Perak · 30 August 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 578 turns · 56,997 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.

Setiausaha

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keempat Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin 30 Ogos 2021 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha Hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranmu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Perkara yang kedua, pengumuman Tuan Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sebelum saya membuat pengumuman mengenai beberapa perkara pada persidangan hari ini, saya mewakili Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Chenderiang atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 27 Ogos 2021 hari Jumaat yang lalu. InsyaAllah kita berharap agar melalui pelantikan Yang Berhormat Chenderiang ini ianya akan membawa manfaat yang besar kepada pembangunan sukan dan pengukuhan peranan serta Institusi Belia di Negeri Perak khususnya.

Dalam perkara yang lain mewakili pihak Dewan negeri, saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Dewan Negeri sementara Encik Shahrul Azam bin Shaari, Penolong Setiausaha Dewan Negeri sementara Dr. Mohd Sani bin Kamarudin dan Penolong Setiausaha Dewan Negeri sementara Encik Mahathir bin Mohamad Isa Suffian. Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh Setiausaha Dewan Negeri dan Penolong-Penolong Setiausaha Dewan Negeri seperti dinyatakan yang bertugas menggantikan Setiausaha Dewan Negeri dan Penolong-Penolong Setiausaha Dewan Negara asal yang menjalani tempoh kuarantin bagi memastikan kelancaran sepanjang Persidangan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan seperti yang dirancangkan adalah amat dihargai. Seterusnya izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah berjaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memastikan persidangan pada hari pertama hingga hari ketiga dapat dilaksanakan dengan sempurna serta berjaya mengelakkan berlakunya sebarang insiden jangkitan Covid-19 memandangkan sepanjang tempoh tiga hari persidangan tersebut Ahli-ahli Yang Berhormat telah memberikan kerjasama yang baik dan melalui penilaian risiko secara berterusan continuous psychoanalysis dengan izin oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak. Maka penggunaan ruang utama Dewan Negeri telah dinilai semula dan dibenarkan semua Ahli Dewan Negeri untuk berada di dalam Dewan Utama pada persidangan hari ini. Boleh tepuklah kalau yang itu.

Walaupun begitu, saya mengharapkan agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat terus istiqamah dan konsisten untuk mematuhi SOP yang ditetapkan. Sebagai langkah tambahan semua pintu Dewan Negeri akan dibuka sepanjang masa bagi memastikan pengaliran udara dapat dilakukan secara sempurna. Melalui kaedah ini juga, persidangan dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa memerlukan persidangan ditempohkan setiap empat jam seperti sebelumnya.

Perkara yang kedua, berkenaan sesi penggulungan. Sesi penggulungan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dijadualkan berlangsung setelah selesai sesi soalan-soalan lisan.

Perkara yang ketiga, mengenai sesi usul. Sesi usul dijangka akan berlangsung selepas selesainya penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Perkara yang keempat mengenai handsard rasmi, jawapan soalan lisan yang tidak dijawab dan jawapan soalan bertulis. Ingin saya maklumkan dokumen-dokumen berkenaan boleh diakses dan dimuat turun pada sistem e-Dewan selewat-lewatnya dalam tempoh 2 minggu daripada persidangan hari ini. Berkaitan handsard rasmi bagi sebarang pindaan yang ingin dibuat, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh masa dua minggu berikutnya setelah dokumen-dokumen berkenaan dapat diakses dan dimuat turun pada sistem e-Dewan.

Perkara yang kelima berkenaan proses penaiktarafan Dewan Negeri. Sukacita dimaklumkan bahawa setelah persidangan mesyuarat ini berakhir pada hari ini, proses penaiktarafan yang melibatkan kerja-kerja berikut akan dilaksanakan. Antaranya ialah:

1. Penambahbaikan penambahan 7 unit skrin papan LED bersaiz 80 inci setiap unit.

2. Penggantian permaidani secara keseluruhan.

3. Pengubahsuaian tempat duduk Tuan Yang Dipertua, Dewan Negeri dan Setiausaha Dewan Negeri

4. Pemasangan soket elektrik dan pengecas USB di atas meja.

5. Kalibrasi semula dan naiktaraf audio.

6. Dicadangkan penambahan ionizer dan penapis udara bagi saluran penyaman udara di dalam Dewan Negeri sebagai satu langkah tambahan pencegahan Covid-19.

Kesemua penambahbaikan ini akan dapat memberi keselesaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada sesi persidangan mesyuarat akan datang. Segala kerja-kerja naiktaraf yang dinyatakan sebentar tadi akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Dijangkakan kerja-kerja naiktaraf tersebut akan disiapkan sepenuhnya sebelum mesyuarat yang melibatkan pembentangan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan 2022. InsyaAllah pada mesyuarat pembentangan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan 2022 nanti, Dewan Negeri Perak akan berwajah baru. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada satu soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Oleh yang demikian saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan nombor soalan bagi pihak Yang Berhormat Chenderiang.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mewakili Chenderiang untuk menjawab soalan nombor 1.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang berhormat Dato’ Yang Dipertua. Oleh kerana soalan nombor satu adalah soalan Chenderiang, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Chenderiang yang telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, jawapan kepada soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Chenderiang, jawapan bagi soalan Yang Berhormat Chenderiang ini saya jawab bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Kepayang kerana ianya adalah berkaitan.

Jawapan soalan A, untuk makluman Yang Berhormat jumlah kutipan premium yang berjaya dikutip sejak 1 Januari 2021 sehingga 31 Julai 2021 adalah sebanyak RM26,389,363.90. Perolehan ini adalah 41.33% daripada sasaran asal iaitu RM63,691,084.00. Ini adalah kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang. Jawapan bagi soalan B, Kerajaan Negeri mengambil maklum terhadap implikasi daripada pandemik Covid-19 ini yang menjejaskan prospek kemajuan dan pembangunan sehingga mendatangkan kesan kepada pemaju khususnya dari segi pertumbuhan ekonomi. Ekoran daripada itu, pemaju berhadapan dengan kekangan kewangan dan permintaan pembangunan sehingga mengakibatkan kos yang tinggi perlu ditanggung bagi sesuatu kemajuan yang telah dirancang. Oleh itu, ramai pemaju perumahan memohon dan mengharapkan supaya kerajaan mengurangkan bayaran premium. Sebarang polisi Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bayaran kadar premium memerlukan penelitian dan kajian yang mendalam sebelum dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan juga pemaju. Sukacita saya melaporkan bahawa Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera Fasa 1 yang bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2021 seperti berikut:

1. Pengecualian denda lewat cukai tanah bagi semua hakmilik.

2. Pemberian diskaun tunggakan cukai tanah dari 10 peratus hingga 20 peratus bagi pembayaran sekaligus.

3. Pemberian diskaun strata iaitu cukai petak sebanyak 20 peratus bagi petak kategori perniagaan.

4. Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga bagi mana-mana perserahan yang tamat semasa tempoh PKPD dikuatkuasakan.

5. Melanjutkan tempoh Notis 5A dan 7G Kanun Tanah Negara 1965, jika tamat dalam tempoh PKPD secara automatik dari tarikh PKPD ditamatkan dan pengecualian fi permohonan.

6. Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKPD dan diberi lanjutan untuk membuat bayaran.

7. Pelanjutan tempoh kelulusan bagi surat kebenaran pindah milik atau gadaian atau pajakan yang tamat dalam tempoh PKPD.

Seterusnya, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan pula PRE Perak Sejahtera Fasa 2 yang akan bermula 1 September hingga 31 Disember 2021 seperti berikut:

Pertama, pelanjutan pengecualian denda lewat cukai tanah bagi semua hakmilik sehingga 31 Disember 2021. Kedua, pemberian diskaun untuk bayaran tunggakan cukai tanah sekaligus bagi tahun 2021 sehingga 31 Disember seperti pecahan berikut iaitu 50% diskaun tunggakan cukai yang membuat bayaran sekaligus pada bulan September 2021, 30% diskaun tunggakan cukai tanah yang membuat bayaran sekaligus pada bulan Oktober 2021 dan 10% diskaun tunggakan cukai tanah yang membuat bayaran sekaligus pada bulan November dan Disember 2021.

Insentif ketiga, pelanjutan pemberian 20% diskaun cukai petak strata bagi kategori perniagaan sahaja sehingga 31 Disember 2021. Insentif keempat, pemberian 10% diskaun premium tanah bagi notis 5A dan 7G tertakluk kepada terma dan syarat. Insentif kelima, selain daripada penambahbaikan dan pelanjutan pemberian insentif dari sudut cukai tanah, urusan-urusan tanah bagi maksud perserahan urusniaga dan bukan urusniaga, serahan dokumen dan pelanjutan tempoh bagi Notis 5A dan Notis 7G turut dipertimbangkan sehingga 31 Disember dengan menawarkan pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga, pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik, pelanjutan tempoh kelulusan surat kebenaran pindahmilik dan gadaian dan pelanjutan tempoh Notis 5A dan 7G secara automatik dan pengecualian fi permohonan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya menyeru syarikat-syarikat besar dan semua yang terlibat mengambil peluang menerima tawaran yang saya sebutkan tadi dan melunaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Semoga dengan insentif ini ia dapat menambah pungutan hasil kerajaan dan pihak pemaju dapat meneruskan projek mereka. Oleh itu, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat turut boleh menjadi agen untuk menghebahkan insentif PRE Fasa 2 ini.

Jawapan bagi soalan C, sungguh pun insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dalam aspek premium tanah tetapi pengurangan premium bukanlah faktor tunggal yang menyebabkan pembangunan sektor tanah terkesan kerana premium merupakan kos yang perlu ditanggung oleh pemaju apabila memasuki sesuatu fasa pembangunan. Tambahan pula premium adalah hasil kepada negeri dan insentif yang diberikan hanyalah bersifat galakan kepada pemaju untuk melaksanakan pembangunan sektor hartanah. Walau bagaimanapun, terdapat indikator-indikator lain yang lebih penting seperti permintaan pasaran, sumber guna tenaga dan juga sumber bahan binaan lebih dilihat sebagai punca utama dalam memastikan sesuatu pembangunan hartanah itu memberi kesan langsung kepada sektor tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih YAB Kota Tampan. Walaupun kerajaan boleh memberi pengurangan premium yang tentu akan menggembirakan rakyat terutama sekali pemaju perumahan kerana kita lihat tadi ada tujuh sektor untuk pengurangan daripada semua hasil yang perlu dibayar oleh rakyat ataupun pemaju perumahan. Kita berasa bimbang kemungkinan kutipan tidak dapat dicapai seperti yang dirancangkan. Jadi kerajaan tentu akan memberi tumpuan kepada hasil-hasil yang baru yang ada di dalam Negeri Perak untuk menambahkan hasil kepada kerajaan negeri. Soalan saya apakah hasil-hasil baru yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri dan dimanakah tahap pengeluaran nadir bumi yang tidak beraktif ataupun non-radioactive rare earth dengan izin, yang ada di dalam Negeri Perak seperti yang kita sedia maklum ada empat negeri yang disebut yang mempunyai rare earth atau pun nadir bumi ini yang akan mendapatkan hasil yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Hulu yang prihatin terhadap kemungkinan kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk mendapat hasil seperti mana yang sepatutnya. Penerokaan dan penumpuan kepada pengenalpastian sumber hasil baru adalah merupakan cabaran dan kesukaran yang perlu dihadapi oleh Kerajaan Negeri. Di tambah pula dengan situasi pandemik Covid-19 dan pertumbuhan ekonomi yang tidak memberangsangkan mengetatkan lagi pendapatan hasil negeri semasa apatah lagi terhadap penemuan hasil baru. Namun begitu Dato’ Yang Dipertua, inisiatif dan usaha bagi mendapatkan sumber hasil baru sentiasa kita ikhtiarkan dan kita usahakan bagi memastikan pendapatan Kerajaan Negeri berterusan dan bertambah dari masa ke semasa dan tidak hanya bergantung melalui pendapatan sedia ada sahaja daripada hasil tanah dan juga premium tanah. Antara inisiatif-inisiatif kerajaan bagi usaha tersebut adalah seperti berikut:

Yang pertama, pelaksanaan kadar royalti kepada bahan mineral dan bahan batu yang dieksport berdasarkan caj royalti eksport yang lebih tinggi berbanding dengan penggenaan kadar royalti di dalam negeri. Kedua, mengenakan kadar royalti eksport kepada produk perlombongan seperti kaolin, broclay dan pasir silika yang sebelum ini tidak dapat dikenakan royalti. Ketiga, kelulusan pengeksportan bahan batu khususnya pasir sungai ke luar negara telah menyokong pertambahan pendapatan hasil negeri. Keempat, pelaksanaan pemutihan melalui pengeluaran lesen menduduki sementara atau LMS bagi peneroka-peneroka tanah kerajaan dan pajakan tanah rizab turut memberi peluang kepada mereka untuk menikmati hasil serta mendapat pendapatan bagi kelangsungan hidup. Kelima, mengenakan caj penggunaan tanah bagi tujuan menara telekomunikasi melalui Digital Perak. Penyelarasan semula semua kadar-kadar yang dikenakan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Penilaian semula terhadap caj penggunaan melalui lesen air yang dikeluarkan bagi tujuan perniagaan dan pembangunan serta premium tambahan bagi tukar syarat khususnya sektor penternakan ayam. Keenam, meluluskan pindaan kadar atau nilai yang melibatkan Kadar SES Pembangunan Hutan Kadar Premium dan pelbagai fi di dalam Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984, 1985 dan kaedah-kaedah hutan 1988 yang berkuatkuasa 1 Jun 2021, menjangkakan kutipan tahunan bagi kadar yang ditetapkan akan meningkat sebanyak 10 peratus berbanding kadar semasa.

Ketujuh pelaksanaan projek perintis perlombongan nadir bumi, bukan radioaktif atau NRREE di mana kerajaan negeri telah meluluskan lesen melombong tuan punya kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bagi tujuan berkenaan di atas tanah seluas 213.761 hektar di Daerah Hulu Perak. Kaedah perlombongan secara in-situ leaching, in-situ leaching akan dilaksanakan bagi penghasilan produk akhir lombong dan dalam dalam bentuk NRREE karbonat. Statusnya pada masa ini, perancangan kerajaan negeri dan Persekutuan adalah untuk melaksanakan satu projek perintis NRREE bertujuan mengkaji kaedah perlombongan baharu iaitu melalui teknik in-situ leaching. Di mana secara teorinya merupakan teknik perlombongan terkini yang mampan dan lebih mesra alam iaitu tidak sepertimana aktiviti perlombongan lain contohnya secara open cast. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Kawasan Canning.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Terima kasih kepada Dato' Yang Dipertua, soalan saya soalan 2.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Selamat Pagi, Salam Kemerdekaan. Terima kasih YB Canning di atas pertanyaan. Dato' Yang Dipertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Air Perak (LAP) komited untuk memastikan penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan asas rakyat khususnya berkaitan dengan bekalan air bersih sentiasa terjaga dan terjamin. Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sejak tahun 2020 kerja-kerja menaik taraf dan penggantian paip-paip lama telah dijalankan dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Sehingga Julai 2021, sepanjang 94.4 kilometer paip lama telah di siap diganti dengan paip yang baru di seluruh Negeri Perak. Usaha-usaha ini akan terus digiatkan di seluruh pelusok Negeri Perak secara berperingkat dan pembinaan kawasan alah berdasarkan penilaian dan keutamaan semasa kawasan yang berkaitan. Bagi gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan DUN Canning khususnya di Taman Ipoh Timur di Laluan Perajurit, Lebuh Perajurit dan Lintasan Perajurit. LAP mendapati isu ini berpunca daripada keadaan paip air lama yang pecah. Sepanjang tahun 2021 sebanyak enam laporan kejadian paip pecah yang mengakibatkan gangguan bekalan air di kawasan sekitar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, LAP telah mengambil tindakan segera bagi mengurangkan dan mengatasi masalah ini dari terus berulang. Beberapa tindakan jangka pendek dan cadangan jangka panjang telah dan akan diambil dalam menangani isu ini. Tindakan jangka pendek mengawal tekanan air di kawasan ini dengan menggunakan kaedah advanced pressure management control di mana kaedah ini lebih efektif bagi menguruskan tekanan aliran pada kawasan tersebut.

Yang kedua, mengambil tindakan untuk pengezonan semula bekalan air di Taman Ipoh Timur bagi menguruskan tekanan yang lebih efektif dan mengurangkan kawasan gangguan jika berlaku paip pecah di dalam kawasan tersebut. Bagi tindakan jangka panjang. Kerajaan negeri melalui LAP akan masukkan kawasan Laluan Perajurit, Lebuh Perajurit dan Lintasan Perajurit ini ke dalam program penggantian paip lama dan penggantian dan pembaikan tangka sedia ada LAP kepada yang baru. Ini adalah bagi memastikan tekanan air lebih stabil dapat diberikan kepada penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Canning.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Terima kasih YB dan juga terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan saya adalah kita sering kali dengan jawapan yang bahawa kerajaan sedang dalam usaha untuk selesaikan masalah ini. Sila nyatakan jangka masa yang ditetapkan tiga bulan, empat bulan atau enam bulan. Saya berharap kerajaan boleh dapat memahami kesengsaraan rakyat dalam isu ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih YB Canning. Perkataan projek penggantian paip tahun 2020 dan tahun 2021. Penggantian paip tahun 2020 berjumlah panjang paip yang telah siap diganti 49.75 kilometer. Penggantian paip tahun 2021 jumlah panjang paip diganti dalam pelaksanaan 44.45 kilometer. Jumlah peruntukan bagi penggantian paip tahun 2021 ialah sebanyak RM11.97 juta. Bagi kriteria-kriteria terutama projek penggantian paip. Penggantian paip lama sedia ada jenis asbestos, simen atau ac yang kerap pecah. Penggantian paip lama sedia ada jenis HDPE PN8 yang kerap pecah. Penggantian paip lama sedia ada dalam kawasan zon DMZ, DMA yang kerap pecah. Penggantian paip lama sedia ada yang kerap pecah dan kebocoran sukar dikesan disebabkan oleh kedalaman paip melebihi 5 kaki. Penggantian paip lama sedia ada yang berada di bawah jalan utama dan kerap pecah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat sekali lagi dari kawasan Pengkalan Hulu.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya soalan nombor tiga.

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang Dipertua, saya ingin menjawabnya berserta dengan soalan daripada Hutan Melintang kerana ianya berkaitan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak telah mensasarkan sebanyak 50,000 unit rumah mampu milik yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2018 hingga tahun 2023. Daripada jumlah tersebut sebanyak 14,004 kini telah siap dibina, 15,089 dalam pembinaan dan 22,085 unit dalam proses perancangan oleh jabatan agensi dan serta anak syarikat kerajaan negeri. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 52,170 buah unit. Bagi projek perumahan yang dilaksanakan oleh pemaju swasta pula merujuk kepada data berkaitan Surat Sokongan Permohonan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan Dan Jualan (EPDL) oleh LPHP. Bagi tahun 2019 sehingga Julai 2021 sebanyak 1,663 unit Rumah Perakku, kos rendah 412 unit Rumah Perakku 2 kos sederahana, 1,032 unit Rumah Perakku 3 mampu milik dan 1,476 unit rumah dalam kategori terbuka telahpun dibina. Sebanyak 3,107 rumah mampu milik telah dibina oleh pihak swasta.

Untuk makluman Yang Berhormat, harga nilai Rumah Perakku mengikut komponen pemajuan perumahan dan perbezaan kawasan iaitu Zon A kawasan operasi PBT bertaraf Bandaraya dan Majlis Perbandaran dan Zon B kawasan PBT berstatus Majlis Daerah luar kawasan operasi Majlis Bandaraya mahupun Majlis Perbandaran serta luar kawasan PBT. Untuk Zon A, Rumah Perakku bermula adalah sebanyak RM90,000. Untuk Rumah Perakku 2 ia adalah adalah di antara RM90,000 hingga RM180,000. Untuk Rumah Perakku 3 adalah antara RM180,000 hingga RM250,000. Bagi Zon B pula untuk Rumah Perakku 1 adalah bernilai RM70,000. Untuk Rumah Perakku 2, RM70,000 hingga RM140,000. Untuk Rumah Perakku 3 adalah bernilai RM14, 000 hingga RM240,000.

Bagi soalan B, untuk makluman Yang Berhormat banyak 14,004 rumah telah siap dan telah diduduki. Untuk soalan C, untuk maklumat Yang Berhormat umum mengetahui pandemik penularan covid-19 bukan satu masalah yang di luar jangkaan dan turut memberi kesan yang sangat besar terhadap pembangunan perumahan di Negeri Perak. Namun Kerajaan Negeri berusaha, agar semua pembangunan perumahan dapat dilaksanakan seperti mana yang telah dirancang. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak akan meneruskan kesemua projek yang sedang dijalankan di atas tapak-tapak LPHP. Di samping itu, kerajaan negeri juga akan mengenalpasti tapak-tapak baru yang bersesuaian dengan permintaan untuk dibangunkan perumahan. Sekiranya ada permintaan daripada Dewan Undangan Negeri seperti Hutan Melintang, LPHP bersedia untuk mengkaji kesesuaian lokasi, permintaan pasaran serta availability dengan izin atau ketersediaan tanah di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri juga untuk makluman sidang dewan turut memberi pengurangan premium tanah serta pengecualian beberapa caj pembangunan kepada pemaju yang membangunkan rumah kos rendah dan kos sederhana di Negeri Perak. Melalui usaha dan insentif kerajaan ini kita harapkan ianya dapat merancakkan lagi pembangunan perumahan dan menambahkan penawaran perumahan mampu milik di negeri ini.

Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan negeri telah banyak meluluskan RPT-RPT ataupun Rancangan Perkampungan Tersusun di daerah-daerah di dalam Negeri Perak. Yang kita sedia maklum banyak daripada RPT-RPT ini tidak dapat diduduki oleh peserta-peserta kerana masalah infra. Jadi soalan saya, adakah kerajaan negeri merancang untuk menyediakan infra-infra di RPT-RPT yang telah lama diluluskan dan adakah kerajaan negeri boleh memberi subsidi kepada peserta-peserta RPT ni untuk kos menyediakan infra RPT kepada peserta-peserta RPT? Kerana bagi saya sehingga hari ini banyak RPT-RPT yang tidak dapat diduduki kerana tidak ada infra. Terima kasih.

Terima kasih kepada Pengkalan Hulu di atas soalan tambahan. Ia ada dua isu di sini iaitu RPT yang telah pun diluluskan dan tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap. Jadi untuk tujuan tersebut kerajaan negeri sebenarnya telah memberikan satu peruntukan pada tahun dalam bajet kita yang terbaru sebanyak RM10 juta bagi membantu RPT-RPT tersebut. Walau bagaimanapun, kita ambil maklum bahawasanya peruntukkan ini tidaklah mencukupi tetapi kita akan melaksanakan untuk projek-projek yang difikirkan perlu diberikan keutamaan. Di bawah LPHP kita ada satu skim yang kita panggil Skim Lot Perumahan Perakku (SLPP). Kita telah kenal pasti sebanyak lapan lot yang boleh kita bangunkan dalam kadar segera. Ianya akan dibukakan kepada semua masyarakat yang termasuklah kepada golongan belia. InsyaAllah, ini adalah satu skim yang akan menyediakan lot tapak perumahan yang lengkap dengan jalan, perparitan dan juga kemudahan-kemudahan IWK. InsyaAllah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Soalan ini dijawab sekali. Jadi saya benarkan soalan tambahan daripada Hutan Melintang.

Datuk Khairuddin bin TarmiziUMNO · BNHutan Melintang

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Cuma Yang Berhormat Exco, saya hendak tanyakan adakah projek LPHP ini dibuat di kawasan Hutan Melintang sekarang Bagan Datoh khususnya?

Setakat ini tiada Yang Berhormat. Jadi sekiranya kalau ada permintaan seperti yang saya sebutkan dalam jawapan saya tadi. Kita bolehlah mempertimbangkan cadangan daripada pihak Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kenering.

Dato' Yang Dipertua, soalan saya nombor empat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan doa). Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seluruh siapa yang mengikuti persidangan pada pagi ini. Untuk makluman semua ahli dewan yang mulia, kerajaan negeri memberi penekanan yang berkaitan dengan hala tuju Jabatan Pertanian Negeri Perak melalui perancangan dan usaha yang dilaksanakan berasaskan kepada kadar sara diri ataupun self-sufficient rate dengan izin bagi kegunaan rakyat dalam Negeri Perak. Pada tahun 2020, kebanyakan daripada sayur-sayuran, buah-buahan utama telah pun mencapai kadar sara diri dan melebihi daripada 100 % keperluan rakyat Negeri Perak. Sebagai contoh: bayam, timun, kacang panjang, bendi, salad, terung, sawi, nangka, cempedak dan sebagainya. Manakala bagi sayur-sayuran dan buah-buahan seperti cili, tomato, kubis, nenas, langsat belum lagi mencapai tahap keperluan kegunaan dalam negeri. Ertinya SSR kurang daripada 100 %. Bagi tanaman yang telah melebihi kadar sara diri tumpuan kerajaan adalah ke arah memasuki pasaran eksport. Langkah yang diambil oleh kerajaan adalah meningkatkan kuantiti pengeluaran di samping menjaga kualiti yang memenuhi permintaan eksport.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua manakala bagi tanaman yang masih belum mencapai kadar sara diri, kerajaan negeri berusaha menambah pengeluaran sehingga mencapai 100%. Pendekatan yang diambil adalah melalui:

Yang pertama kempen untuk menarik minat golongan muda dan usahawan baru bagi menceburi bidang pertanian dan yang kedua memperluaskan kawasan-kawasan pertanian yang dah sedia ada untuk memperluaskan kawasan pertanian perbincangan dengan pejabat tanah dan daerah negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah terbiar yang boleh dimajukan. Selain daripada itu, perbincangan juga telah diadakan dengan pihak-pihak Tenaga Nasional Berhad, negeri Perak bagi mengenal pasti tanah-tanah di bawah pencawang elektrik yang begitu luas dalam negeri Perak dan berpotensi untuk dibangunkan. Bagi menarik minat golongan muda serta usahawan baru kerajaan memperkenalkan teknologi moden yang terkini dalam industri pertanian dengan mengambil kira Internet of Things (IoT) dengan izin selaras dengan Revolusi Industri 4.0 teknologi berasaskan robotik. Alhamdulillah setakat ini penggunaan drone dalam penyelenggaraan ladang seperti meracun dan membaja telah menarik minat ramai daripada golongan muda menceburi bidang pertanian .

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, akan keperluan daging dalam negeri masih lagi belum mencukupi kadar pengeluaran negeri Perak sekitar bawah daripada 10 peratus daripada keperluan daging dalam negeri Perak. Jadi Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Veterinar Negeri telah mengambil beberapa pendekatan bagi menampung kekurangan ini antara langkah-langkah yang diambil:

Yang pertama, membangunkan serta memulihkan semua tanah-tanah Padang Ragut yang terdapat di seluruh negeri Perak melalui tanaman makanan ternakan ruminan seperti rumput ragutan, rumput napier dan juga jagung manis dan kedua kita memberi latihan secara intensif kepada para penternak. Untuk makluman Yang Berhormat, Ladang Infoternak Sungai Siput dijadikan Pusat Latihan Teknologi dan juga informasi maklumat penternakan dan juga langkah yang diambil seterusnya adalah membekalkan baka kualiti yang tinggi kepada penternak di dalam negeri Perak dengan mengimport baka terpilih daripada luar negara. Seterusnya kerajaan mengadakan bimbingan kepada para penternak tradisional supaya menggunakan teknologi terkini khasnya dalam teknologi pemakanan haiwan dan pengurusan yang bersistematik. Kerajaan negeri juga sentiasa memantau supaya hasil ternakan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan bebas daripada sebarang penyakit dan wabak.

Yang Berhormat Dato Yang Dipertua’, untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini persoalan mengenai tanah milik ataupun tanah terbiar yang tidak diusahakan. Ini definasi tanah terbiar ini adalah tanah darat ataupun tanah sawah yang berkeluasan 0.4 hektar itu lebih kurang setengah ekar ke atas yang tidak diusahakan selama 3 tahun berturut-turut bagi setengah ekar ke atas yang tidak diusahakan selama 3 tahun berturut-turut diklasifikasikan sebagai tanah terbiar. Jadi mengikut rekod sehingga Oktober 2019 tanah terbiar yang dilaporkan dalam negeri Perak adalah seluas 11,013.25 hektar yang melibatkan 4,004 lot dan jumlah keluasan tanah terbiar mengikut taburan daerah adalah seperti berikut:

Larut Matang dan Selama seluas 735.25 hektar melibatkan 624 lot. Perak Tengah seluas 197.86 hektar iaitu melibatkan 192 lot. Manjung 389.86 hektar melibatkan 149 lot. Kinta sebanyak 4471.42 hektar iaitu melibatkan 1,049 lot. Kerian seluas 701.30 hektar iaitu melibatkan 272 lot. Kuala Kangsar seluas 559.03 hektar melibatkan 370 lot. Hulu Perak melibatkan seluas 2,197.22 hektar yang melibatkan 392 lot Hilir Perak iaitu 189.99 hektar melibatkan 122 lot. Batang Padang seluas 1,632 hektar itu melibatkan 832 lot.

Berikut adalah jawapan mengena dengan persoalan Padang Ragut yang belum dimajukan. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini terdapat 85 buah Padang Ragut di seluruh negeri Perak dengan keluasan 11,982 ekar dan sehingga ini Padang Ragut yang dimajukan adalah seluas 8,499 ekar. Baki kawasan yang masih belum dimajukan adalah seluas 2,037 ekar dan daripada kawasan itu terdapat seluas 1,449 ekar yang tidak boleh dibangunkan tak sesuai dibangunkan sebagai Padang Ragut kerana ianya berbukit, bercerun, berpaya dan berbatu-batu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, soalan tambahan saya. Saya tidak nampak usaha-usaha yang dilakukan untuk terus memperkasakan industri yang berasaskan pertanian di negeri kita ini. Sesuai dengan Titah Kebawah Duli Tuanku di dalam ucapan pembukaan Dewan tempoh hari jelas menggambarkan hasrat baginda untuk ianya diberikan tumpuan utama. Semasa Kota Tampan mengetuai portfolio yang berkaitan dengan pertanian, slogan yang diperkenalkan ketika itu 'Tanam apa yang hendak dimakan, Makan apa yang hendak ditanam lebihnya jual'. Ini bersesuaian dengan kempen bumi hijau yang diperkenalkan. Dalam krisis kita berhadapan dengan covid ketika ini, keperluan makanan amat mendesak saya tidak nampak usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Negeri dan Daerah mengembalikan semula dengan memperkenalkan sistem yang ada tetapi biarlah ianya dalam bentuk pemberian subsidi dan bentuk benih, benih sayur, benih pokok dan sebagainya. Tetapi ini sekarang ini tumpuan diberi kepada tanam fertigasi sebagai contoh. Ianya satu modal yang besar dan pulangannya tidak menguntungkan sebenarnya kalau dibandingkan dengan modal yang dikeluarkan. Jadi ini perlu dikaji semula.

Soalan saya, apakah langkah-langkah akan dilakukan khususnya dalam bidang pertanian dan ternakan? Apakah slogan 'Ternak apa yang hendak dimakan, Makan apa yang diternak, lebihnya jual' . Itu maksud saya 'Ternak apa yang hendak dimakan, Makan apa yang hendak diternak, lebihnya jual'. Simple contoh ayam mana lagi dah hari ini ada cerita ayam yang diternak semuanya main ayam daging dan sebagainya. Jadi ini maksud saya. Jadi apakah usaha-usaha yang hendak dilakukan oleh Jabatan Pertanian Negeri? Bayangkan dengan 11,000 hektar lebih kawasan terbiar dan malang di Hulu Perak lebih daripada 2,000 mencecah kalau ekarnya 5,000 ekar dengan 11,000 hektar ini keseluruhan negara China saya fikir tidak ada tanah terbiar sebegini tinggi yang ada di Negeri Perak. Jadi apakah langkah Jabatan Pertanian memperkasakan ini?Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih kepada Pengkalan Hulu yang memberi pandangan. Untuk pengetahuan Pengkalan Hulu bahawa pendekatan yang kita ambil yang pertama kita mengenal pasti untuk memperluaskan kawasan-kawasan pertanian yang sedia ada yang sedia ada. Malangnya pada masa sekarang ini adalah covid menyekat pergerakan dan menyekat juga pengusaha-pengusaha untuk terus berusaha. Tetapi dengan adanya land bank ataupun tanah-tanah terbiar ini mungkin di situlah kajian yang kita buat bersama untuk menggalakkan pemain-pemain baru dalam industri pertanian khususnya sebagaimana yang diketahui bahawa rakyat Malaysia ataupun anak-anak muda ni kurang berminat, orang Malaysia ini kurang berminat dalam industri pertanian ini. Jadi ini yang kita cuba, sedang mengadakan satu gerakan atau satu kempen supaya orang muda ataupun rakyat Negeri Perak minat untuk menceburi dalam bidang pertanian dan kita menyediakan land bank. Jadi mana-mana pihak yang berminat dia datang untuk merujuk kepada ini tanah yang kita peroleh SADC ada banyak sekian untuk dapat macam ini dan tanah-tanah terbiar mengikut daerah sekian banyak boleh pergi berjumpa dengan Pejabat-pejabat Daerah untuk mendapatkan tanah untuk diusahakan. Cuma mekanisma dan kaedah itu sebab tanah yang terbiar ni kebanyakkan dia tanah-tanah pusaka yang yang menjadi masalah kepada semua. Bahawa tidak ada autoriti untuk membenarkan. Ini kita walau bagaimanapun, kita sedang berusaha supaya tanah-tanah tersebut itu boleh dipulihkan. Itulah usaha-usaha yang kita buat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Speaker, satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong.

Ini penting, penting sebab dia melibatkan food security.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok, 30 saat. Soalan sahaja tanpa ulasan.

Saya kira nak bertanya kepada Exco Pertanian sebab dua daripada Exco Pertanian daripada Kerian juga sebelum ini. Saya tidak nampak adakah data-data land bank yang betul-betul komprehensif untuk membawa pelabur-pelabur dari luar. Apakah langkah yang akan diambil, perancangan diambil oleh Exco Pertanian untuk menunjukkan kita ada land bank yang besar dan bagaimanakah data-data ni boleh dikongsi kepada pelabur-pelabur luar dan adakah Kerajaan Negeri telah membuat satu jemputan daripada pakar-pakar ataupun pelabur luar untuk memberi membuat pelaburan khususnya dalam bidang penternakan di tanah-tanah yang terbiar terutamanya di kawasan Pengkalan Hulu yang kawasan tanah yang agak cantik putih. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih. Mengenai dengan data sebagaimana yang di maklumlah kita memang dalam proses, benda tu ada dalam proses untuk mendapatkan data daripada keseluruhan secara terperinci daripada pejabat-pejabat daerah dan juga kita mengambil inisiatiflah tanah-tanah kerajaan dan tanah-tanah persekutuan yang telah diberikan kepada agensi tetapi tidak dibangunkan. Mungkin data dalam tempoh bila nak dibangunkan ini juga kita sedang dalam proses dan juga tanah-tanah sepertimana dengan SADC dan PKNP yang ada tanah-tanah. Di sini apabila kita dapat data nanti baru kita boleh mengajak pelaburan. Sekarang ini sepertimana yang kita tahu keterbatasan kita dalam PKP. Kita tak boleh nak keluar. Even kita nak keluar daerah untuk mengajak orang mari bawa pelabur pun menjadi masalah dan lebih-lebih lagi untuk pengetahuan kita juga bahawa industri pertanian dan juga perladangan amat terjejas dengan PKP ini kerana tenaga yang banyak bergantung kepada tenaga luar ataupun dah buruh luar. Jadi di situ kita akan melihat secara keseluruhan supaya industri ini boleh dimainkan oleh penduduk tempatan dan juga bawa daripada pekerja-pekerja asing untuk memenuhi permintaan dalam industri ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Pantai Remis. Dipersilakan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Selamat pagi. Terima kasih Timbalan Tuan Yang Dipertua. Soalan saya nombor lima.

Timbalan Yang Dipertua. Yang Berhormat Pantai Remis, Kerajaan Negeri menyedari keperluan untuk mewujudkan sebuah institusi kursus yang akan berperanan sebagai penyelaras dasar dan polisi berkenaan pembangunan wanita dan sosial. Ringkasnya institusi ini akan berperanan sebagai pelaksana program dan pusat setempat one stop center bagi pembangunan sosial pengupayaan wanita dan kebajikan kepada golongan sasar. Selain itu, ia juga akan turut berperanan membentuk pelan strategik berjangka panjang bagi membantu kerajaan negeri merangka dasar yang komprehensif, progresif dan responsif yang merangkumi keperluan rakyat Negeri Perak. Maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Perak telah meluluskan penubuhan institusi tersebut yang dikenali sebagai Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Negeri Perak dan sekretariat ini dijenamakan sebagai Wanita Perak dan mula beroperasi pada 1 Januari 2021.

Oleh itu, sepanjang 7 bulan beroperasi, perkara pertama yang dibuat oleh Wanita Perak adalah pengisian jawatan. Proses temu duga pengisian jawatan dibuat pada bulan Februari dalam beberapa siri yang dibantu oleh Pengurusan Sumber Manusia (PSM). Pengisian perjawatan mula dibuat secara berperingkat pada bulan Mac 2021. Seterusnya Wanita Perak telah mengenal pasti ruang pejabat dan akan beroperasi di Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari, Ipoh. Untuk makluman, kerja-kerja baik pulih oleh kontraktor sedang berjalan setelah beberapa kali tergendala disebabkan PKP dan juga full lock down. Wanita Perak sekarang ini beroperasi secara sementara di ruang pejabat di dalam Bangunan SUK ini.

Seterusnya diadakan pertandingan mereka cipta logo Wanita Perak bagi memilih seorang pemenang dengan logo yang paling berketerampilan, bersesuaian dengan Wanita Perak. Yang Berhormat Pantai Remis, program yang telah dilaksanakan oleh Wanita Perak bermula Mac 2021 sehingga kini ialah seperti berikut:- i. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat Negeri Perak pada 8 Mac ii. Pertandingan rekacipta logo Secretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak yang telah disertai oleh 115 penyertaan. iii. Majlis Pelancaran logo Wanita Perak pada 17 Mac 2021. iv. Seterusnya Program Pelancaran Program Bisnita serlah bakat jana pendapatan pada 8hb April. v. Program Seronok Beraya 16 April. vi. Seterusnya Bengkel Strategi Promosi dan Penjenamaan Jabatan pada 6 Mei. vii. Menguruskan operasi dan pengurusan Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) sementara negeri di Daerah Kinta yang beroperasi pada 5hb Jun 2021 sehinggalah kini. viii. Siri webinar tentang Kesedaran Hak dan Kesihatan Reproduktif dan Seksual (HKRS) Negeri Perak. Program ini adalah kerjasama dengan Institut Darul Ridzuan dan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM).

Terdapat 12 ciri webinar sedang dilaksanakan bagi tahun 2021 ini yang menyentuh topik berkaitan kesihatan reproduktif kanak-kanak dan wanita. Selain itu, Wanita Perak turut menjalankan kerjasama strategik bersama Institut Darul Ridzuan (IDR), Jabatan Pelajaran Negeri dan University of Cyberjaya melaksanakan program webinar Perak Darul Ridzwan dengan tema ‘Mensejahterakan Modal Insan’. Program ini memberi fokus kepada kesihatan mental, psikologi klinikal, pengisian motivasi dan rohani. Program ini telah mula diadakan bermula 23 Ogos, telah mula diadakan pada 23 Ogos dengan tajuk, Kepayahan Hari Ini Kemenangan Hari Esok.

Yang Berhormat Pantai Remis, program-program yang bakal dilaksanakan oleh Wanita Perak. Selain dari program yang saya nyatakan tadi, Wanita Perak turut mempunyai perancangan untuk melaksanakan beberapa program lain bersesuaian dengan keadaan semasa pandemik dan norma baru ketika ini. Program yang bakal dilaksanakan adalah berdasarkan teras yang telah kita tetapkan iaitu kesihatan gender dan kepimpinan, ekonomi, undang-undang, pembangunan rohani dan masyarakat lestari. Antara program yang dicadangkan adalah program jejari emas iaitu program bagi meningkatkan pendapatan dan pengupayaan kemahiran golongan sasar, wanita dan masyarakat iaitu program kemahiran dalam bidang seperti kecantikan, masakan, jahitan dan kraftangan.

Yang kedua, adalah program pemasaran dan pekerjaan digital bagi meneroka peluang baru menjana pendapatan terutama bagi wanita yang bekerja dari rumah work from home seperti kursus-kursus photoshoot smartphone, kursus Facebook Certified Trainer, kursus video editing, kursus personal branding dan kursus tiktoker makes money, ilmu menguruskan kewangan diri dan keluarga. Yang keempat, adalah Program Directory Pakar Industri Negara Wanita Perak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi memberi pengiktirafan kepada wanita dalam pelbagai bidang kemahiran. Yang kelima adalah Program Kepimpinan Wanita dan Pemerkasaan Gendar. Keenam, Program Seni Dalam Talian, Silat Seni Wanita. Yang ketujuh, Program Literasi Undang-Undang, kelapan Program Keselamatan Jenayah Berkaitan Wanita, Kanak-Kanak dan OKU. Kesembilan, Program ESQ Emotional and Spiritual Quotient Wanita. Kesepuluh, Program Keibubapaan seperti Papaku Superhero dan yang kesebelas, adalah program bagi membantu golongan ibu bapa yang mempunyai masalah anak dari kalangan orang kurang upaya melalui program 'Anak Lambat Cakap dan Autism-Kenali Potensi Anak Istimewa Kita.

Untuk makluman yang berhormat jua, struktur organisasi serta jumlah perbelanjaan operasi Wanita Perak ketika ini semua program inisiatif dan fokus yang dirancang adalah dilaksanakan dengan kekuatan 9 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang Pengarah, tiga orang Pegawai Tadbir, seorang Penolong Pegawai Tadbir, tiga orang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Operasi. Manakala daripada jumlah peruntukan yang diterima pada tahun ini, pecahan perbelanjaan diagihkan bagi tujuan ubahsuai dan baikpulih pejabat, pembelian peralatan dan aset jabatan, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan untuk pembangunan melalui pelaksanaan program kepada golongan sasar iaitu wanita, orang kurang upaya, kanak-kanak, warga emas dan masyarakat. Bagi tujuan perbelanjaan operasi Wanita Perak bagi tahun 2021, sebanyak RM770,000 diperuntukkan merangkumi perbelanjaan untuk emolumen, tuntutan elaun lebih masa, perhubungan, utiliti, bayaran sewa, penyelenggaraan dan perkhidmatan ikhtisas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih kepada pihak Exco dan tahniah kepada pihak Kerajaan negeri yang telah berjaya untuk menubuhkan sekretariat ini dan selain daripada Skuad Waja dan program-program yang dinyatakan tadi, KKM dan Talian Kasih 1999 yang telah diwujudkan oleh kerajaan persekutuan. Bagi isu bunuh diri, saya nak boleh tahu tak apakah pelan kerajaan negeri untuk menangani kes bunuh diri ini kerana yang setakat semakin ketara,? Terima kasih.

Ya, Yang Berhormat. Kerajaan negeri melalui Portfolio Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan juga melalui agensi Sekretariat Wanita Perak ini seperti yang saya sebutkan tadi beberapa program telah kita rangka iaitu program pencegahan. Selain daripada program itu telah berlaku, kita juga menekankan pencegahan dan juga memperkuatkan jati diri dan semangat kerohanian dalam diri wanita dan juga masyarakat rakyat di negeri Perak ini. Jadi beberapa siri program pencegahan kita telah lakukan di dalam komuniti bersama dengan Wanita Perak, Jabatan Kesihatan, JKM, JPW dan juga LPPKN yang mana beberapa program telah kita turun iaitu seperti program LPPKN, program bersama komuniti yang kita jalankan iaitu Peduli Keluarga. Begitu juga dengan JPW. Antara program yang kita lakukan adalah bersama dengan komuniti setempat dan juga bersama dengan pihak sekolah bagi membina jati diri yang kuat. Selain daripada itu, beberapa talian kasih dan juga aduan-aduan lain kita buat untuk kes-kes yang berkaitan dengan gangguan mental, seperti contohnya laporan terus kepada balai polis yang berdekatan, hospital dan klinik yang berdekatan dan juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai hotline-hotline di daerah-daerah. Itu sahaja, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat Exco. Soalan Tambahan.

Ok, Saya ucapkan tahniah kepada Sekretariat Wanita Negeri Perak yang telah menubuhkan jawatankuasa pada tahun lalu. Apa yang saya nak tahu pertama, adakah sekretariat ini berada di daerah-daerah atau di kawasan-kawasan parlimen di negeri Perak? Sebab saya lihat hanya beroperasi di negeri sahaja yang mempunyai kepentingan hanya 9 jawatankuasa sahaja. Sudah pasti untuk menjaga kawasan Perak ni agak luas. Adakah cadangan kerajaan negeri untuk mewujudkan sekretariat wanita disetiap kawasan parlimen atau di daerah-daerah negeri Perak? Yang kedua, adakah kerajaan negeri telah menentukan geran peruntukan tahunan kerana sekretariat wanita ni amat penting bagi wanita khususnya di negeri Perak? Bila ada geran kita boleh merancang sesuatu untuk kebajikan wanita khususnya di negar Perak, itu sahaja.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Kuning. Berkenaan dengan Wanita Perak sekarang ini bagi tahun ini ia baru sahaja ditubuhkan tak sampai dalam 7 bulan, maka memang ada perancangan kita untuk mengembangkan lagi Wanita Perak ini di setiap daerah dan apabila telah kukuh di setiap Parlimen melalui mungkin seperti satu badan ataupun satu networking dia seperti Majlis Wanita Perak dan sebagainya kerana di beberapa negeri seperti di Kelantan, di Selangor dan sebagainya mereka memang ada institusi wanita ini yang diperkukuhkan di peringkat daerah dan juga Parlimen. InsyaAllah dalam perancangan dan dalam pelan kita.

Soalan yang kedua, berkaitan dengan dana ataupun geran tadi. Sehingga kini kita mendapat geran daripada kerajaan negeri untuk tahun 2021 yang digunakan untuk belanja mengurus dan juga untuk belanja program-program dan InsyaAllah pada tahun depan juga kita dah dah hantar kertas kerja yang mana kita berharap akan mendapat peruntukan yang lebih. Sebabnya banyak lagi program yang telah kita rangka untuk terus memperkasakan golongan wanita dan juga masyarakat di dalam negeri Perak ini terutamanya daripada segi kebajikan dan ekonomi, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Batu Kurau untuk mengemukakan nombor soalan. Dipersilakan.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, soalan saya adalah soalan nombor enam. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Malaysia Prihatin. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat sekalian. Berkaitan dengan soalan Batu Kurau untuk soalan satu A, cabaran yang dihadapi oleh kerajaan diseluruh dunia dalam penyampaian maklumat menjadi semakin kompleks berikutan perubahan teknologi, budaya dan demografi serta pergerakan manusia yang semakin pantas sekarang ini. Bagi menangani cabaran ini, kerajaan perlu menggunapakai modul baru penyampaian perkhidmatan yang sepadan dengan teknologi terkini, norma dan kehendak rakyat bermatlamat membina masyarakat berhubung dan berinformasi. Pelan Strategi Pendigitalan Sektor Awam 2021/2025 telah dibangunkan oleh kerajaan Malaysia yang menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam untuk tempoh lima tahun yang akan menjadi panduan kepada agensi sektor awam. Pelan strategik ini merupakan pemangkin kepada kesinambungan kerajaan digital mampan ke arah membentuk masyarakat digital.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah mengambil beberapa pendekatan bagi memperluaskan penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan negeri melalui kerjasama media rasmi kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan serta swasta seperti Jabatan Penerangan, Unit Komunikasi dan Strategik Negeri Perak, Digital Perak, SKMM, Radio Perak ataupun Perak FM dan juga akhbar Suara Perak. Kerajaan negeri telah melaksanakan promosi dan sebaran maklumat mengenai kerajaan negeri menerusi pelbagai medium antaranya adalah seperti bahan-bahan penerbitan seperti cetakan akhbar rasmi, akhbar digital, jemputan program dan pelaporan berita infografik, penghasilan video, serta hebahan maklumat menerusi media massa, menerusi page-page media rasmi kerajaan dan platform media sosial mesyuarat kerajaan Negeri Perak.

Melalui media terbitan kerajaan negeri, kita telah mencatat 25 ribu naskah akhbar Suara Perak setiap bulan dan akan menyebarkan di 202 lokasi terpilih di setiap DUN melibatkan banyak premis. Kerajaan negeri juga melalui Unit Komunikasi Strategik Perak telah menerbitkan Buletin Perak iaitu sebuah akhbar digital yang merupakan rangkuman program kerajaan negeri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta segala inisiatif kerajaan negeri sebanyak tiga kali seminggu. Selain itu, kerajaan melalui unit Komunikasi Strategik Perak, Jabatan Penerangan dan Digital Perak telah berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan insentif dan bantuan Kerajaan dengan lebih berkesan kepada rakyat melalui penghasilan video, infografik, pemberitaan, poster dan semua yang berkaitan bahan penerangan berkaitan inisiatif-inisiatif kerajaan negeri. Terdapat tiga mekanisma yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan dalam penyampai maklumat kerajaan kepada rakyat.

Pertama, kaedah penyampaian secara bersemuka. Kedua, kaedah penyampaian melalui media massa dan ketiga kaedah penyampaian secara digital. Bagi kaedah penyampaian maklumat secara bersemuka, Jabatan Penerangan Perak sentiasa turun padang melalui program-program diseluruh daerah. Pelaksanaan program turun padang ini bagi mendekati kumpulan sasara terutama yang tinggal di kawasan luar bandar dan pendalaman untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada kerajaan negeri. Dalam menghadapi situasi pandemic covid ini, kaedah penyaluran maklumat di lapangan diteruskan oleh Jabatan Penerangan melalui program Info On Wheels yang mengaplikasikan pematuhan Prosedur Operasi Standard atau SOP yang ditetapkan oleh MKN. Hebahan awam, IOW ini dilaksanakan setiap hari bagi memaklumkan pengumuman-pengumuman terkini kerajaan kepada rakyat.

Pihak Jabatan Penerangan secara berterusan menyampaikan maklumat melalui kaedah bersemuka bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang sahih dan tepat mengenai dasar dan pencapaian kerajaan. Sehingga Julai tahun ini Jabatan Penerangan telah melaksanakan sebanyak 1,876 Program Info On Wheels di seluruh daerah di Negeri Perak. Dalam pengkhususan dalam usaha kita untuk kita menggalakkan masyarakat menyertai Program Imunisasi Covid Kebangsaan. Kaedah yang disifatkan sebagai pro aktif ini amat penting khususnya bagi masyaraat di luar bandar kerana ia memudahkan mereka untuk memahami maklumat lebih tepat tentang apa-apa informasi dan dasar kerajaan. Dalam tempoh Bulan Kebangsaan ini juga penyampaian maklumat kerajaan terus disampaikan kepada rakyat mengambil semangat cintakan tanah air.

Bermula 1 Ogos, Jabatan Penerangan memperuntukkan sebanyak 10,000 Jalur Gemilang terdiri daripada bendera, pelekat magnet dan bahan penerbitan yang lain untuk diagihkan kepada rakyat negeri Perak. Media massa merupakan medium saluran maklumat yang utama di negara kita. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya teknologi maklumat. Internet digunakan dengan meluas ini hari kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat. Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi melalui cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan sebagainya. Media massa rasmi kerajaan adalah di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai agensi seperti Jabatan Penyiaran Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional ataupun BERNAMA.

Selain itu organisasi media swasta yang lain turut mendukung aspirasi kerajaan negeri dalam menyebarkan maklumat dan dasar yang diperkenalkan kepada kerajaan kepada rakyat. Justeru, kebanyakan program-program dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sentiasa mendapat liputan meluas daripada rakan-rakan media di negeri Perak ini dan penyampai maklumat saluran digital merupakan mekanisma yang turut digunapakai oleh Jabatan Penerangan melalui media sosial rasmi agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Hebahan turut giat disebarkan melalui laman Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan Telegram Jabatan Penerangan dengan memberi tumpuan kepada penyebaran maklumat dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Melalui penyampaian maklumat secara digital, kandungan infografik, poster dan video berkaitan pemasaran maklumat kerajaan sering dimuatnaik oleh Jabatan Penerangan secara digital menjadi fungsi kepada rakyat. Malah Jabatan Penerangan turut menerbitkan buku digital yang dikenali sebagai Buletin Kita Ok yang diterbitkan sebulan sekali. Di negeri Perak, Jabatan Penerangan mempunyai 42 saluran komunikasi meliputi laman sosial rasmi Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube dengan jumlah keseluruhan hampir 400 ribu pengikut. Selain itu, untuk memperkasakan lagi bahan-bahan penerangan dari kerajaan negeri, pihak kerajaan negeri akan menerbitkan buku maklumat dan bantuan kerajaan negeri untuk memberi kemudahan akses maklumat kepada seluruh rakyat berkaitan semua pakej-pakej dan inisiatif bantuan kerajaan daripada semua agensi yang terpilih dalam negeri Perak.

Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk jawapan B berdasarkan kepada kajian keberkesanan penyampaian maklumat medium komunikasi dan perkembangan yang dilaksanakan pada Julai 2020 yang melibatkan khusus kepada 3000 orang responden. 91.8% responden mengetahui bahawa Jabatan Penerangan aktif menyampaikan maklumat kerajaan secara berterusan. 90.6% responden memahami mengenai penyampaian maklumat yang dilaksanakan menerusi medium-medium Jabatan Pertanian, 62.6% responden menjawab sumber bagi mendapatkan maklumat kerajaan adalah daripada Jabatan Penerangan. Seterusnya bagi jawapan C Yang Berhormat, antara media lain yang digunakan oleh Jabatan Penerangan adalah dengan menggunakan papan iklan ataupun billboard yang dipasang di jalan-jalan utama di seluruh daerah negeri ini. Terdapat 54 papan iklan Jabatan Penerangan yang menyiarkan maklumat dan kempen kerajaan khusus kepada pengguna jalan raya yang akan dikemaskini dalam tempoh tiga bulan sekali.

Malah, kesemua PBT di negeri ini turut memberi kerjasama penuh dengan Jabatan Penerangan untuk menyiarkan kempen-kempen kerajaan di papan iklan milik PBT. Terdapat juga PBT yang mempunyai papan iklan digital yang boleh juga dipakai untuk penyampai maklumat kerajaan antaranya MBI, Majlis Perak Tengah, Manjung, Taiping dan banyak lagi PBT di sini. Selain itu, Jabatan Penerangan juga turut menerbitkan majalah dan risalah sempena dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan. Pada tahun ini, hampir 40 ribu risalah telah diedarkan di seluruh nigari Perak merangkumi Belanjawan 2021, buku norma baharu, Covid-19, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Proklamasi Darurat dan maklumat sempena bulan kemerdekaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya adalah pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan media-media dalam pelbagai bentuk, dalam bentuk elektronik dan juga hard copy. Soalan saya adakah perancangan daripada pihak kerajaan untuk melibatkan, melibatkan DUN, DUN masing-masing yang ada di seluruh Negeri Perak ini untuk memberikan berita ataupun maklumat yang boleh dimasukkan dalam semua saluran berita ini sama ada secara elektronik atau pun secara hard copy. Terima kasih.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Timbalan Speaker, soalan yang senada, mungkin boleh dimasukkan sekali Yang Berhormat sekiranya diizinkan, adakah soalan yang dibentangkan tadi ruang itu juga terbuka kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah pembangkang juga? Minta pandangan?

Terima kasih soalan tambahan daripada Pasir Pinji. Berkaitan dengan ruang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita sekarang ini telah pun menjalankan program satu slot yang dinamakan Cer Cerita YB yang mana kita berkolaborasi dengan pihak Perak FM yang akan bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 10 pagi selama lebih kurang setengah jam. Ini bagi memberi ruang kepada semua ADUN-ADUN untuk berkongsi berkaitan dengan gerak kerja dan keadaan khususnya di kawasan masing-masing cumanya ia telah pun berlangsung di peringkat ini kita telah laksanakan sebahagian daripada ADUN-ADUN kerajaan dulu dan proses ini masih belum selesai untuk keseluruhan insyaAllah kita akan mengambil maklum tentang cadangan Pasir Pinji mengambil semangat apa yang telah kita zahirkan di dalam Dewan ini kita akan cuba usahakan dan di samping itu juga, berkaitan dengan perkongsian program. Saya tawarkan agensi-agensi ini untuk kita guna pakai selalu bersama antaranya Suara Perak yang juga merupakan misi kita dan juga STRATCOM serta pihak RTM dan juga BERNAMA untuk kita divide kan mereka bagi kita berkongsi tentang apa yang berlaku di DUN dan sebagainya dan InsyaAllah kita juga akan mengaturkan ruang di dalam Buletin Suara Perak untuk kita kongsikan apa juga berita berkaitan dengan ADUN-ADUN sendiri InsyaAallah. Terima kasih banyak. Minta maaf tiga soalan.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Dengan ini dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Usul yang telah diberi notisMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat, usul yang telah diberi notis. Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi Menyembah Ucapan Tahniah serta Menjunjung Kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Ampun Tuanku. Patik-Patik sekalian, iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini Merafak Sembah Menjunjung Kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan telah mendapat sokongan dan dibahaskan. Sesi penggulungan perbahasan di atas usul ini akan dimulakan oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering dan diikuti oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) mengikut portfolio masing-masing serta diakhiri penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tempoh masa penggulungan, 20 minit. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jering untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan juga selamat pagi. Alhamdulillah (BACAAN DOA). Terima kasih. Yang pertamanya saya ucapkan kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, yang saya hormati sama-sama kita pada hari ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Tak dilupakan keseluruhan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga pembangkang yang telah turut serta bersama bagi berbahas usul dan juga Titah daripada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan juga Negeri yang sedang menyaksikan secara maya. Tak dilupakan Ketua-Ketua Agensi, para petugas Dewan Undangan Negeri yang sangat mulia ini, rakan-rakan media yang saya kasihi, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Pertama dan selamanya terlebih dahulu izinkan patik Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga telah memberi perkenan untuk merasmikan Pembukaan Dewan Negeri Perak Yang Keempat Belas. Patik memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berada dalam keadaan selamat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah, sukalah saya memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmat kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Mesyuarat Yang Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas. Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya ucapkan dan panjatkan kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, Dato Yang Dipertua Dewan dan juga Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas kepercayaan dan peluang ruang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan penggulungan bagi portfolio Pendidikan Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia. Sebelum saya pergi dan juga cerakinkan kepada tiga perkara asas utama di bawah portfolio saya iaitu, Bahagian Pendidikan, Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia. Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada daripada pembangkang mahupun kerajaan yang telah mengambil bahagian dan juga berbahas secara berhemah dalam perbahasan untuk sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya untuk memulakan dengan pelaksanaan ataupun wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda bukan sahaja Negeri Perak, Malaysia yang kita cintai bahkan seluruh dunia. Seperti mana yang kita tahu, pandemik Covid-19 ini telah pun menyebabkan berlakunya perubahan landskap secara total ataupun besar-besaran bukan sahaja daripada sudut pandang ekonomi malah berlaku juga landskap perubahan yang amat ketara daripada aspek kesihatan, daripada aspek pendidikan, daripada aspek pekerjaan dan juga sosial masyarakat di Negeri Perak secara khususnya dan juga bumi bertuah Malaysia secara amnya. Sebagai rekod, ingin saya maklumkan kepada semua berkaitan satu kaedah ataupun berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan kadar pengangguran di dalam Negeri Perak. Untuk makluman seluruh Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019 kadar pengangguran sebanyak 3.4% dengan jumlah 37,500 orang penganggur di Negeri Perak, pun begitu trend pengangguran kadar pengangguran ini kita dapat lihat meningkat pada tahun lepas iaitu tahun 2020 iaitu berlaku trend peningkatan sebanyak 1.4% berbanding tahun sebelumnya menjadikan kadar pengangguran sebanyak 4.8% melibatkan 53,000 orang penganggur secara keseluruhan di Negeri Perak. Suka untuk saya maklumkan, daripada statistik trend peningkatan 2019 ke tahun 2020, trend peningkatan ini telah pun menunjukkan berlakunya penurunan dan juga penyusutan pada suku pertama tahun 2021 kepada 4.6% iaitu daripada jumlah keseluruhan penganggur 53,000 orang di negeri Perak kepada 49,500 orang penganggur apabila kita dapat menyaksikan lebih banyak sektor perindustrian dan juga perniagaan dibenarkan untuk beroperasi pada awal tahun ini.

Hadirin-hadirat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, daripada fakta yang saya sampaikan sebentar tadi, perkara ini terus menjawab persoalan dan juga kegelisahan serta kegusaran daripada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah pun dibangkitkan sewaktu perbahasan termasuklah daripada perbahasan Ahli Yang Berhormat Sungkai, Ahli Yang Berhormat Pengkalan Hulu, Ayer Kuning, Tebing Tinggi, Sungai Rapat, Ahli Yang Berhormat Pokok Assam serta beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain yang turut mengajukan soalan berkaitan dengan sumber manusia dalam sesi soalan lisan dan juga bertulis.

Selain itu, perkara ini ataupun landskap perubahan ini juga berlaku kepada seluruh mahasiswa dan juga mahasiswi dan juga bagi proses pembelajaran di sekolah dalam sektor pendidikan. Daripada berlakunya perkara yang kita namakan sebagai PdPC kemudian berubah 360 darjah kepada PdPR yang sedang dilalui dan juga dihadapi oleh pelajar-pelajar..

Pohon laluan…

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

…akibat daripada pandemik Covid-19. Dipersilakan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Ini berkaitan dengan kadar pengangguran di negeri Perak. Dalam jawapan Yang Berhormat telah menyatakan bahawa bagi tahun suku pertama tahun 2021, kadar pengangguran telah menurun dari 53,000 ke 49,500 orang. Ini adalah satu tanda yang baik. Tetapi Yang Berhormat, apabila kita bincang berkaitan dengan pengangguran, saya percaya Yang Berhormat bahawa pengangguran ini adalah mahasiswa-mahasiswa yang keluar daripada institut tinggi dan juga dari sekolah-sekolah vokasional. Apa yang kita nak tahu adalah dalam musim pendemik Covid-19, berapakah pekerja-pekerja yang sedang berkerja diberhentikan kerja atau dengan izin retrench from job. Ada beberapa jenis Yang Berhormat iaitu angka ini, adakah angka ini daripada Perkeso? Angka yang disebutkan ini daripada Perkeso ataupun daripada Jabatan Tenaga Kerja? Apa yang Menteri Sumber manusia, memberitahu angka ini adalah daripada Perkeso dan Perkeso, pencarum Perkeso adalah pekerja-pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah. Jadi yang RM4,000 ke atas tidak berdaftar dengan Perkeso. So, kita tidak tahu. Angka yang dihentikan kerja menurut mantan Menteri Besar adalah di Perak tiga ribu. Tiga ribu di Perak tetapi pada hari ini, berapakah yang telah dihentikan kerja kerana syarikat mereka telah digulung akibat Pandemik. Macam contohya perhotelan…

Timbalan Yang di-Pertua

Sungkai, ringkaskan.

Hampir 60% hotel dh gulung. Jadi apakah kedudukan sekarang? Ini adalah perkara yang serius. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Baik, terima kasih mungkin Tuan Timbalan Yang Dipertua boleh pertimbangkan tambahan masa sebab soalan diberikan pun macam perbahasan dah. Baik saya menjawab bagi persoalan tersebut pun begitu sebenarnya bagi persoalan daripada Yang Berhormat Sungkai ada di dalam sesi penggulungan saya yang mana saya akan masukkan di dalam Sumber Manusia. Saya berharap Yang Berhormat boleh terus tekun mendengar segala bentuk yang akan saya sampaikan sebentar nanti. Baik saya teruskan Tuan Timbalan Yang Dipertua dengan penghujahan saya ataupun penggulungan saya. Saya masuk kepada pecahan ataupun cerakin yang pertama iaitu pemerkasaan pendidikan di negeri Perak. Menjawab persoalan, kegusaran serta keluh-kesah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pangkor, Yang Berhormat Trong dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain berkaitan dengan satu term di dalam perbahasan kita pada kali ini yang dinamakan sebagai The Lost Generation yang mana bila kita melihat pentakrifan The Lost Generation ini berlaku apabila adanya suatu pandemik, penyakit-penyakit berbahaya ataupun perkara-perkara yang menyebabkan sesuatu generasi itu ataupun kohort yang kita namakan sebagai kohort hilang dalam keadaan mereka tercari-cari identiti mahu pun tercari-cari ruang dan peluang yang seharusnya menjadi milik mereka. Sepertimana generasi-generasi sebelumnya. Maka dinamakan sebagai The Lost Generation. Apa yang hilang bagi pendidikan ataupun pelajar-pelajar kita. Antara mereka tergolong dalam golongan The Lost Generation adalah pelajar-pelajar yang kita lihat pada tahun ini daripada darjah satu sebagai contohnya. Juga mungkin daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang sedang melalui transisi peralihan kepada Darjah 4. Pelajar darjah tiga ke darjah empat yang sedang melalui transisi peralihan. Yang mana pada tahap umur sebegini pelajar-pelajar ini dalam proses untuk apply ataupun untuk memastikan mereka terus belajar dan juga mungkin transisi daripada pelajar darjah enam pergi kepada pelajar tingkatan satu iaitu proses transisi perubahan daripada sekolah rendah kepada Sekolah Menengah.

Jadi ini mungkin antara golongan yang ditakrifkan sebagai The Lost Generation jadi cadangan dan juga penambahbaikan yang telah pun disampaikan oleh Yang Berhormat Pangkor, Yang Berhormat Trong dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan The Lost Generation ini. Ada sebahagian jawapannya terkandung di dalam program pemerkasaan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah portfolio Pendidikan Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia. Iaitu Program Tuisyen Cikgu Saarani. Sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini bagi Program Tuisyen Cikgu Saarani ini, program ini sebenarnya program yang diilhamkan cetusan idea daripada Yang Amat Berhormat Dato' Saarani Mohamad ataupun Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang merupakan Menteri Besar Perak sendiri.

Program ini bertujuan untuk terus memastikan pendidikan di negeri Perak berada pada tahap yang terbaik. Justeru ingin saya sampaikan berkaitan dengan Program Tuisyen Cikgu Saarani dalam usaha kita memastikan pelajar-pelajar menerima sistem pendidikan terbaik walaupun sedang diuji dengan Pandemik Covid-19. Ini jugalah antara perkara yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain iaitu daripada Pangkor, Belanja, Batu Kurau, Trong, Lubuk Merbau, Selinsing, Manong, Sungkai, Changkat Jong, Pasir Bedamar, Simpang Pulai, Teja, Titi Serong, Kenering dan juga Sungai Rapat. Antara inisiatif daripada Program Tuisyen Cikgu Saarani ini. Dipersilakan Pangkor.

Bagi habis ayat dulu.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Antara program yang dilaksanakan di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani ini adalah yang pertama bantuan makanan percuma. Yang mana sudah pasti memberikan kelebihan serta memberikan manfaat kepada calon-calon SPM, STPM, SVM dan juga STAM tahun yang lepas, tahun 2020 dengan kos bernilai RM2.49 juta bermula pada 8 Februari sehingga 22 Februari 2021 yang lepas selama 15 hari dan bantuan ini sebenarnya telah pun memberikan manfaat kepada 33,170 orang murid di seluruh negeri Perak. Hasil daripada bantuan ini suka untuk saya mengambil contoh. Sebagai contoh di SMK Sri Kurau. Jumlah kehadiran pelajar secara bersemuka bagi pelajar tingkatan lima, sebelum program TCS ini dilaksanakan seramai 52% kehadiran secara bersemuka ke sekolah. Tapi selepas sahaja pelaksanaan program TCS ini dilaksanakan kehadiran pelajar meningkat untuk kelas sebelah petang ataupun tuisyen yang telah pun dianjurkan oleh guru-guru pada sebelah paginya, iaitu kepada 89%, peningkatan kehadiran dicatatkan sebanyak 37%. Trend peningkatan ini juga berlaku di semua sekolah-sekolah menengah di negeri Perak secara keseluruhannya. Baik, silakan Pangkor.

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam perbahasan saya yang lalu, saya ada menggunakan istilah The Lost Generation. Istilah The Lost Generation ini bukanlah satu istilah baru tetapi telah pun digunakan sejak akhir abad ke-19 dan bermula pada abad ke-20. Ia berkaitan dengan keadaan satu generasi yang terkesan akibat daripada peperangan dan pandemik. Termasuklah yang berlaku dalam Peperangan Dunia pertama dan begitu juga ketika mana Spanish Flu bukan Spanish Fly, yang pernah berlaku di waktu itu dan juga telah melahirkan satu kohort, generasi yang terkesan sangat-sangat terkesan dimana mereka ini kehilangan arah dan tidak tahu kemana mereka nak bawa. Tak perlulah saya nak ceritakan lagi dari setiap peperangan yang macam seperti contohnya waktu Perang Dunia Kedua dan begitu juga bila berlakunya apa yang disebut dalam istilah Roaring 20's, sila bacalah dalam-dalam. Itu yang berlaku ekonomi yang teruk waktu tahun 1930 an. Tapi dalam konteks kita pada hari ini adalah kita menghadapi sesuatu yang tidak pernah berlaku. Walaupun waktu Spanish Flu, pernah kita hadapi. Tapi kali ini adalah satu keadaan yang very very unrepresented. Yang tak pernah berlaku begitu lama sekali hampir dua tahun. Oleh yang demikian, sistem pendidikan juga terkesan kerana sistem pendidikan kita bukan lagi macam pendidikan dipakai The Rod System. Sistem pendidikan kita pada hari ini banyak menggunakan tentang elektronik gadget, dengan pedagogi yang sangat sangat berlainan sama sekali. Hal ini pun telah saya bangkitkan di peringkat persekutuan untuk kita benar-benar tengok salah satu isu besar yang kita alami hari ini ialah konten.

Timbalan Yang di-Pertua

Pangkor panjang lagikah? Masa Yang Berhormat Changkat Jering ada lima minit saja lagi.

Yang tu tambahlah masa. Saya nak perjelaskan sikit sebab ini isu besar yang perlu kita lihat. Saya harap kepada negeri Perak supaya dapat memberi perhatian yang serius kepada soal The Lost Generation dalam konteks negeri Perak kita juga. Kerana setiap tahun pelajar yang masuk ke darjah satu sebagai contoh sahaja dianggarkan 400,000 ke 500,000. Dibayangkan kalau you kira, kalau darjah satu sampai darjah 6, ada dekat lebih daripada 2 juta, tiga juta tu tapi tak masuk lagi daripada tingkatan satu sampai ke tingkatan lima. Kita sudah pun sampai ke tahun kedua yang ini akan memberikan. Saya harap negeri Perak dapat mengemukakan beberapa cadangan sepertimana yang telah saya sebutkan dalam cadangan saya itu untuk melihat semula ke dalam kaedah-kaedah yang boleh dibantu melalui negeri Perak. Terima kasih.

Saya nak tambah sikit lagi. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kepada YB Exco, pertamanya haritu saya tak sempat sentuh berkenaan dengan masalah remaja ketagihan gajet akibat dalam musim PKP ini. Jadi ini juga harus diambil peri pentingnya kerana kalau kita lihat sekarang, mereka tidak berjaya untuk mengurus masa mereka dengan baik disebabkan oleh ketagihan gajet ini. Jadi apakah pendekatan yang JPN boleh lakukan, sekurang-kurangnya Jabatan Kaunseling, Exco Wanita mungkin boleh mengambil peranan bersama untuk melihat bagaimana remaja ini boleh dibimbing untuk merancang aktiviti yang sesuai ketika PKP, dan dalam keadaan rumah yang terhadnya, biliknya kecil, gagal mengadaptasi rutin harian, ini merupakan masalah kesejahteraan remaja. Jadi kalau boleh kita menyumbang kepada pembinaan kesejahteraan remaja dalam musim PKP ini adalah sangat baik. Pertamanya, berkenan dengan komunikasi strategi. Kita tahu pelajar ini dia tak minat. Cikgu sekarang ini pun banyak yang download YouTube sahaja. Tak boleh sebenarnya pendekatan pedagogi berdasarkan online ni tidak boleh hanya bergantung kepada cikgu ajar ataupun cikgu ambil video-video yang daripada Internet saja tak boleh, mesti cikgu didedahkan dengan andragogi yang lebih baik, pedagogi yang lebih baik supaya pelajar itu lebih berminat untuk datang ke kelas online dan seterusnya komunikasi strategik yang saya maksudkan info-info yang very interactive melalui tiktok sebab ini adalah ruangan yang paling berkesan untuk mendidik pelajar. Khusus untuk melihat kesejahteraan mereka mengajar mereka membuat rutin harian yang lebih baik itu saja.

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering, 7 minit.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Satu lagi soalan.

Timbalan Yang di-Pertua

Simpang Pulai, boleh? Pendekkan ya.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Ya. Terima kasih kepada Timbalan Speaker, terima kasih kepada Exco. Saya setujulah apa yang dibangkitkan oleh Pangkor tadi. The Lost Generation, ini adalah satu perkara yang memang serius. Sebelum saya utarakan soalan, saya ingin ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Changkat Jering kerana telah pun menyampaikan gajet ke kawasan saya dan setiap kawasan tanpa kira parti mana, dan apakah latar belakang parti. Saya ucapkan terima kasih bagi pihak pelajar-pelajar di Simpang Pulai.

Soalan saya adalah, adakah Yang Berhormat ada angka di mana drop up read yang sekarang ada berlaku di dalam Perak khususnya kepada mereka yang mengikuti PdPR yang barangkali ada gajet ataupun yang tak ponteng kelas, tak masuk langsung menghadiri kelas PdPR dan sebagainya. Sebab, walaupun PdPR merupakan satu-satunya cara di mana pendidikan berlaku secara online tetapi saya jangka angka drop up read itu agak tinggi. Ada banyak faktorlah, atas kekangan gajet tiada, atas kekangan ibu bapa tiada di rumah tak boleh jaga dan sebagainya. Banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekarang. Kalau boleh, sila kemukakan data berkenaan dengan PdPR.

Timbalan Yang di-Pertua

Exco, masa Exco hanyak tinggal 5 minit sahaja lagi.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Sikit sahaja, sikit. Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Changkat Jering, cuma yang pertamanya saya bersetuju dengan soalan yang dibangkitkan oleh YB Trong. Tetapi, rata-rata kita bercakap soal PdPR secara online yang mana inisiatif Kerajaan Negeri telah dibuat. Antaranya membantu dengan memberikan gajet tetapi sebagai contoh kawasan dalam daerah Hulu Perak, kawasan saya sendiri, sebahagian kawasan tiada liputan capaian internet yang meyebabkan rata-rata pelajar kita gagal untuk menyertai kelas secara online. Jadi apakah inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi membantu kawasan-kawasan yang tiada liputan internet untuk memastikan pelajar-pelajar tidak terpinggir kerana saya melihat sekarang apa yang dibuat oleh pihak sekolah sekarang, usaha-usaha menyalin modul dan menyerahkan kepada pelajar-pelajar dan ini juga memberi kesan kepada sekolah dari segi bantuan kewangan. Mungkin salah satunya inisiatif daripada Kerajaan Negeri membantu pihak-pihak sekolah untuk mereka menyediakan modul-modul kepada pelajar-pelajar ataupun mungkin ada inisiatif lain yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Negeri bagi kawasan-kawasan yang tiada capaian internet seperti kawasan saya RPS Kemar, Banun dan sebagainya. Termasuk kawasan-kawasan kampung yang tiada liputan Internet yang baiklah, itu saja.

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan Exco.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih Yang Dipertua. Kena pertimbangkanlah pertambahan masa, ramai berminat. Berkaitan apa yang telah disampaikan oleh Pangkor, Trong, kemudian Simpang Pulai dan juga Temanggor. Saya mengucapkan ribuan terima kasih. Memang benar kita sedang berbincang berkaitan dengan pendidikan, kita sedang berbincang dengan satu generasi yang dinamakan sebagai The Lost Generation. Sebab itu saya kena percaya saya juga menyampaikan bahawa seseungguhnya kerajaan negeri sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan The Lost Generation yang kita maksudkan tadi akan bertukar selepas ini. Perak akan menukarkan perkataan The Lost Generation itu kepada The Smart Generation. Kita cuba untuk mengubah keadaan itu, cuba untuk pastikan daripada kita menghadapi satu kekangan itu generasi yang tercari-cari, kita mengubah keadaan tersebut, mengubah ayat tersebut kepada Kerajaan Negeri Perak ke arah untuk mencari generasi-generasi pintar yang bukan lagi tercari-cari ataupun mencari-cari.

Jadi saya minta untuk dimasukkan dalam sebahagian penggulungan saya pada hari ini, kenyataan-kenyataan dan juga cadangan-cadangan daripada sahabat-sahabat saya, memang benar apa yang disampaikan oleh Pangkor berkaitan dengan Tuisyen Online, sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan beberapa Tuisyen Online yang boleh kita pertimbangkan, sesuai, manfaat untuk digunakan oleh pelajar dan inshaAllah kita akan mendapat laporan penuh daripada pihak Jabatan Pendidkan Negeri Perak dan juga Kementerian berkaitan di content yang ada dalam tuisyen tersebut, mudah-mudahan kita akan teruskan dengan apa yang sepatutnya.

Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin hadirat, Ahli Yang Berhormat, Program Tuisyen Cikgu Saarani yang kedua, yang pertama adalah berkaitan dengan pemberian makanan kepada semua calon-calon SPM, yang kedua adalah berkaitan dengan telefon pintar dan juga Sim Card ataupun kad sim yang diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar dengan plan data 10Gb selama tempoh setahun secara percuma dan sudah pasti, sekiranya kita berbicara tentang pendidikan PdPR, sekiranya pelajar ada capaian Internet tapi tidak ada peranti pun perkara tersebut tak boleh dilaksanakan, sekiranya pelajar mempunyai peranti tapi tidak ada capaian Internet juga, perkara tersebut tidak boleh kita laksanakan sebaik yang mungkin, sudah pasti ada kekangan dan juga halangan bagi proses PdPR. Justeru, disebabkan itu jugalah pejabat saya sendiri iaitu pejabat Pengerusi Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia berkolaborasi sebaiknya dengan pejabat daripada Pengerusi Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kawasan-kawasan yang tidak ada capaian Internet akan dibekalkan dan juga dipastikan mendapat liputan dan capaian internet sebaiknya bagi membolehkan proses PdPR berjalan sebaiknya.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Canning mohon mencelah.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Saya minta maaf banyak, sebab masa saya tidak panjang. Ada lagi dua perkara, tiga perkara kegusaran yang perlu saya sampaikan.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Canning mohon mencelah sikit sahaja.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

InshaAllah saya akan masukkan dalam penulisan saya secara bertulis untuk disampaikan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan dasar dan polisi serta program Tusyen Cikgu Saarani yang memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar. Minta maaf banyak Canning. Izinkan saya untuk teruskan dengan penggulungan saya.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Sikti sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua

Minta maaf Canning.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Ada dua tiga benda yang perlu saya teruskan ini. Tuan-tuan dan puan-puan Ahli Yang Behormat, ada juga kegusaran berkaitan dengan isu vaksinasi di kalangan guru-guru, vaksinasi di kalangan warga pendidik, suka untuk saya maklumkan kepada semua, bagi kerajaan negeri Perak saya menjawab respon perbahasan daripada Belanja. Untuk makluman ahli yang berhormat, sehingga 29 Ogos 2021 iaitu semalam sebanyak 36,238 guru-guru sekolah rendah dan menengah telah pun divaksin daripada jumlah keseluruhan guru-guru di negeri Perak sebanyak 37,590 orang guru di mana seramai 1,352 orang guru masih belum di vaksin, masih belum mendaftar untuk divaksin dan juga masih menunggu panggilan untuk divaksin.

Bagi kumpulan guru STAM, Vokasional, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 pula, daripada jumlah keseluruhan 9,684 guru, seramai 9,426 orang guru telah pun di vaksin di mana sehingga kini seramai 258 orang guru masih belum di vaksin, masih belum mendaftar untuk divaksin dan masih menunggu panggilan untuk divaksin. Pun begitu kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan terus menggandakan usaha bagi memastikan guru-guru ini akan menerima vaksin dan sekiranya perlu program-program seperti sesi kaunseling, webinar dan juga bengkel pengurusan kepentingan vaksin akan terus dianjurkan bagi mencapai tujuan ini.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, pelan perancangan ini juga sebenarnya bergantung kepada bekalan vaksin daripada Kerajaan Persekutuan dan juga pemantauan akan terus kita laksanakan bagi kita mencapai tahap imuniti kelompok dalam kalangan murid-murid di negeri Perak. Kerajaan negeri juga sebenarnya sedia maklum, serta turut merasai keresahan ibu dan ayah serta penjaga pelajar-pelajar sekiranya sesi persekolahan akan dibuka pada 3 Oktober 2021 ini. Justeru, kerajaan negeri berpendirian sekiranya penilaian risiko yang dibuat oleh KKM dan juga pihak MKN menunjukkan adanya keperluan yang mana menunjukkan sekolah belum bersedia untuk dibuka adalah baik kiranya laporan penilaian risiko ini dijadikan sebagai asas dan pembukaan sekolah ditunda sehingga ke semua sekolah bersedia sepenuhnya.

Hadirin dan hadirat sekalian, suka juga untuk saya sampaikan persoalan daripada Belanja berkaitan dengan pencapaian bagi peperiksaan awam. Untuk makluman...

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Boleh tanya soalan tentang...

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

...di Negeri Perak, boleh saya teruskan sekejap, sedikit lagi. Untuk makluman di negeri Perak GPN peperiksaan SPM menunjukkan peningkatan prestasi iaitu pada aras 4.88 pada tahun 2020, jika dibandingkan pada tahun 2019 iaitu pada aras 4.91. Usaha yang berterusan akan terus digiatkan dibawah JPN Perak dan target JPN Perak bagi tahun ini iaitu tahun 2021 pencapaian peperiksaan ataupun GPN peperiksaan SPM ini adalah bersamaan dengan paras GPN Kebangsaan iaitu 4.80.

Hadirin dan hadirat sekalian, Ahli-ahli Yang Berhormat saya teruskan dengan pengupayaan mahasiswa. Untuk makluman Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bagi pengupayaan mahasiswa setakat ini, kerajaan negeri sedang berhubung rapat dengan beberapa Persatuan Mahasiswa termasuklah Majlis Perundingan Mahasiswa Perak dan juga Gerakan Mahasiswa Perak (GMPK) dan antara program yang telah pun dilaksanakan di bawah agensi pelaksana iaitu Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK adalah Program Eksplorasi Kampus dan juga Pemetaan Kerjaya serta Program Pembudayaan Kepimpinan yang telah pun melibatkan penglibatan sebanyak 2,235 orang mahasiswa secara maya ataupun dalam talian dan program ini akan diteruskan sehingga Disember 2021.

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering, 2 minit sahaja lagi.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

InsyaAllah dua minit kita cuba jadikan 20 minit. Selain daripada itu, Bantuan Khas Mahasiswa untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pinji ada bertanyakan berkaitan dengan bantuan. Pada tahun 2020 kerajaan negeri telah memperuntukkan menyalurkan sebanyak RM200 ribu bagi membantu mahasiswa di IPT ataupun Institusi-institusi Pengajian Tinggi khususnya dalam kalangan keluarga B40. Bantuan ini telah disalurkan kepada 1,313 orang mahasiswa bagi meringankan beban yang dihadapi mereka sepanjang tempoh Pendamik Covid-19 atas kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 ini, InsyaAllah Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan memaklumkan perkara yang indah serta baik bagi keseluruhan mahasiswa negeri Perak. InsyaAllah saya yakin dan percaya dalam ucapan penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Kota Tampan nanti.

Selain daripada itu, suka juga saya maklumkan sedikit, saya sentuh berkaitan dengan pembangunan sumber manusia di negeri Perak. Menjawab respon perbahasan daripada Sungkai. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 9143 kekosongan jawatan telah ditawarkan bermula Januari hingga Jun 2021 meliputi sektor pertanian, pembuatan, perkilangan, pembinaan dan juga perkhidmatan. Di mana daripada jumlah tersebut 77% merupakan peringkat perjawatan kumpulan sokongan. Bagi pekerja yang terkesan pula, soalan yang baru ditanyakan sebentar tadi daripada tahun 2020 sehingga Jun 2021 seramai 5,972 orang pekerja tempatan telah terkesan akibat daripada penutupan beberapa sektor industri dan perniagaan di negeri Perak. Dalam membantu pekerja yang terkesan ini, adalah untuk menempatkan mereka semula ke dalam industri berdasarkan gaji akhir yang diterima oleh mereka kerana ada di antaranya telah berkhidmat melebihi 20 tahun sebelum diberhentikan, pun begitu selaras dengan Kempen Vaksinasi Kebangsaan ke arah Imuniti Kelompok serta unjuran unggulan ekonomi negara oleh Bank dunia secara berperingkat pada tahun ini. Kerajaan negeri yakin, kadar pengangguran akan mengalami penurunan dan juga penyusutan secara berperingkat melalui lebih banyak peluang pekerjaan yang dapat ditawarkan kepada rakyat dalam negeri.

Dalam mengurangkan dengan izin Tuan Timbalan Yang Dipertua Damage Impact akibat daripada penularan wabak ini pelbagai inisiatif dan juga Mitigation Plan ataupun Pelan Mitigasi telah dilaksana oleh kerajaan negeri sama ada melalui pendekatan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan juga ekonomi daripada rakyat secara keseluruhannya. Justeru, PASAK akan terus menjadi ataupun Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan terus menjadi pemacu ke arah pertumbuhan dan juga pembangunan sumber manusia yang mapan di negeri Perak dan terus akan menjadi agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan sumber manusia di negeri Perak terus diperkasakan dan diperkukuhkan.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingin memaklumkan berkaitan dengan Program TVET yang mana setakat ini, pengendali bagi program TVET ataupun agensi yang melaksanakan TVET ini iaitu Pusat Aspirasi Anak Perak sedang melaksanakan beberapa program berkonsepkan On The Job Training ataupun OJT dan juga beberapa program yang lain. Untuk makluman semua, di bawah skim ini sebanyak 800 peluang pekerjaan akan ditawarkan yang akan memberi manfaat kepada 800 peserta melalui konsep Place and Train bermula Ogos 2021 sehingga Disember 2021.

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering, Changkat Jering.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Latihan untuk fasa 1, telah pun bermula melibatkan pekerja daripada Silverstone Berhad yang telah pun diberhentikan akibat daripada penutupan kilang di Kamunting untuk dilatih dan ditempatkan semula di Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd. Selain daripada itu, jumlah pendaftaran terkini selepas borang permohonan dibuka pada 23 Ogos 2021, seramai 120 orang telah berdaftar untuk mengikuti latihan yang ditawarkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak dan juga Pusat Aspirasi Anak Perak menjangkakan jumlah 500 peserta yang disasarkan akan dapat dipenuhi selepas tiga minggu permohonan ini dibuka.

Tuan Yang Dipertua, terima kasih di atas masa telah diberikan InsyaAllah lain-lain perincian akan terus saya disalurkan melalui penulisan secara bertulis kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mengakhiri penggulungan saya pada hari ini, saya ingin menzahirkan sekali lagi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak serta keseluruhan barisan pegawai pegawai pentadbiran negeri, agensi mahupun GLC yang senantiasa tanpa mengenal erti penat lelah, siang dan malam dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutamanya ketika dunia sedang diancam dan diuji oleh Pendemik Covid-19. Saya turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh barisan depan frontliners kita yang bertungkus-lumus tanpa mengenal erti jemu dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat berada pada tahap yang terbaik terutamanya petugas barisan hadapan dalam sektor kesihatan dan juga keselamatan. Tidak dilupakan kepada ahli keluarga besar saya, warga pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang terus bertungkus-lumus memastikan pendidikan di negeri Perak berada pada tahap yang terbaik.

Saya juga menyeru dalam suasana yang mencabar ini. Marilah kita sama-sama mengenepikan fahaman politik serta secara bersama, sama ada kerajaan ataupun pembangkang untuk saling kita berganding bahu dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negeri yang lebih baik lagi kita main sejahterakan kehidupan rakyat negeri Perak. Sama-sama kita pastikan agenda #keluargaMalaysia berjaya diterjemahkan sebaiknya malahan kita pastikan juga #keluargaPerak akan menjadi contoh dan ikutan terbaik ke arah keberkesanan dan keberhasilan #keluargaMalaysia yang diimpikan dapat kita capai. Marilah kita panjat kepada Allah SWT mudah-mudahan Pandemik Covid-19 ini diangkat dan juga bumi bertuah Malaysia ini bersih daripada Pandemik Covid-19. Saya sekali lagi menjunjung titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di atas Titah ucapan perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri yang Ke-14. Saya akhiri dengan pantun:

Bumi Perak makmur sentosa, Tuanku Sultan Raja bijaksana, Agenda rakyat terus diperkasa, Di bawah pelan Perak sejahtera.

Madah diungkapkan santun bitara, Pantun dilantun mengusik hati, Salah dan silap tutur bicara, Pohon diampun seikhlas hati.

Saya mohon menyokong. Aqulqaulihaza Wa Astaghfirullahaliwalakum.

Pucuk sekayu daun selasih, Thank you, terima kasih.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Timbalan Yang Dipertua. Selinsing.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Ya.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Pendidikan merupakan alat yang penting untuk kita membasmi kemiskinan. Bersetuju?

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Dah habis dah perbahasan. Ya, setuju.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Jadi saya mintaklah boleh bagi lebih kurang lima minit lagilah kepada Exco kerana pendidikan merupakan alat yang penting untuk kita membasmi kemiskinan dan saya lihat penawaran daripada permintaan sangat tinggi. Jadi saya mintak....

Timbalan Yang di-Pertua

Ok, terima kasih kepada Selinsing. InshaAllah perbahasan daripada Changkat Jering dah penutup dah tadi dan InsyaAllah kalau ada apa-apa boleh pergi pejabat Exco terus InshaAllah.

Okey seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Bota untuk menggulung perbahasan 20 minit.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia Prihatin. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Ahli Mesyuarat sekalian.

Pertamanya, terima kasih atas ruang dan peluang untuk saya gulung bagi sesi penggulungan sempena titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah sempena perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Persidangan Negeri Perak Darul Ridzuan. Pertamanya, juga ingin saya lahirkan rasa terima kasih dan bangga atas titah yang telah dimulakan oleh Duli Yang Mulia Tuanku semasa titah itu berkaitan dengan Tuanku memaklumkan yang mana para belia di negeri Perak ini telah memainkan peranan aktif dalam membantu usaha kerajaan Negeri memerangi wabak Covid-19 dengan wujudkan sukarelawan perkhidmatan bukan kesihatan dan penyesuaian norma baharu dalam sektor sukan dengan pengwujudan sport bubble volunteers dengan izin.

Jadi mengambil contoh sahabat saya Changkat Jering tadi, saya mohon izin untuk diberi ruang sepenuhnya dalam penggulungan ini dan seterusnya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Chenderiang yang telah pun dilantik sebagai Menteri Belia Sukan Malaysia yang baharu. Alhamdulillah. Hari tu bos saya di Negeri, sekarang bos saya di Federal dan saya yakin akan banyak ruang dan peluang yang akan Perak terima di bawah Kementerian Belia dan Sukan ini khususnya projek pembinaan Kompleks Belia Sukan Seri Iskandar.

Bagi menjawab soalan yang telah disentuh YB Canning iaitu berkenaan dengan CITF. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, penubuhan sukarelawan bukan kesihatan(MYVAC) adalah bertujuan untuk membantu dan memberikan peluang kepada belia kita untuk bertugas dan berperanan di dalam menjayakan usaha usaha kerajaan kita. Jadi untuk makluman semua sehingga 26 Ogos 2021, jumlah keseluruhan sukarelawan bukan kesihatan (MYVAC), yang telah ditugaskan di seluruh negeri Perak telah mencecah sehingga 851 orang. Manakala jumlah keperluan sukarelawan bukan kesihatan di seluruh negeri Perak adalah hanya 451 orang sahaja dan untuk makluman juga jumlah terkini sehingga 26 Ogos 2021, jumlah sukarelawan (MYVAC) yang telah berdaftar di dalam sistem www. myvac.com.my bagi negeri Perak adalah seramai 20,734 orang.

Jadi kalau kita lihat angka ini ia begitu jauh dengan keperluan yang kita perlukan. Jadi ini satu perkara yang kita harap boleh kita usahakan bagi memberi ruang kepada mereka yang menawarkan khidmat mereka untuk di beri peluang berkhidmat dalam menjayakan program-program Kerajaan khususnya dan untuk makluman juga, di daerah Kinta sahaja seramai 7,068 orang telah telah mendaftar yang keperluannya hanyalah seramai 67 orang sahaja setiap hari untuk PPV Stadium Indera Mulia dan juga PPV, Dewan Bandaran Kinta.

Penugasan-penugasan kepada sukarelawan MYVAC ini diseluruh Negeri Perak ini telah mengambil kira keperluan sukarelawan melalui garis panduan yang telah ditetapkan oleh CITF Kebangsaan. Daripada situasi ini, dapat kita lihat penawaran sukarelawan telah melebihi permintaan di PPV. Menyedari tentang situasi ini, CITF Kebangsaan telah pun memberi kebenaran untuk penambahan sebanyak 30% daripada jumlah sukarelawan semasa yang bertugas di PPV dan hampir kesemua PPV di Negeri Perak telah pun membuat penambahan 30% ini. Namun, ianya masih lagi tidak dapat memenuhi penawaran yang telah kita terima daripada 20,000 lebih itu sukarelawan tadi dan penggiliran bertugas sukarelawan juga telah dilakukan dan ini juga masih belum dapat meredakan jumlah pendaftaran sukarelawan yang terlalu ramai.

Jadi sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak kepada YB Canning dan seluruh warga belia yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu frontliners, petugas kesihatan kita dalam sama-sama berganding bahu melawan wabak Covid-19. Ini satu perkembangan positif kerana belia kita lihat begitu berminat untuk memberikan khidmat kepada masyarakat kita khususnya dan juga yang paling penting membantu usaha Kerajaan dalam mengatasi perkara-perkara untuk kepentingan kita bersama dan menyentuh berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya Pasir Pinji pula, Kerajaan memang menitikberatkan keupayaan belia secara menyeluruh. Jadi menerusi agensi-agensi seperti JBS, MSN, PASAK, Hub Inovasi Multimedia, Digital Perak, Sekretariat Usahawan Negeri Perak dan pelbagai pertubuhan belia telah melakukan pelbagai inisatif mendepani pasca Covid-19. Pelbagai kursus dan program upskilling mahupun reskilling telahpun dilaksanakan.

Menerusi JBS, terdapat satu program yang dinamakan Skim Perantisan Nasional. Program ini adalah inisiatif kolaborasi rentas Kementerian yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan khusus untuk melonjakkan kebolehpasaran belia dan menyediakan peluang latihan serta pekerjaan. Suka untuk saya menggalakkan para belia yang sedang mengikuti live sidang DUN ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini di laman sesawang JBS Negeri ataupun www.jbsn.gov.my.

Kerajaan Negeri juga menerusi agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak telah mengambil langkah dan beberapa pendekatan dalam menyediakan pelbagai program jangka pendek dan panjang yang berimpak tinggi untuk memastikan golongan belia mengisi kekosongan jawatan yang terdapat di negeri Perak. Saya seperti yang dimaklumkan oleh sahabat saya Changkat Jering tadi memang 2 portfolio ini begitu berkait rapat untuk kita bekerjasama InsyaAllah kita akan kukuhkan lagi. Silakan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Bota. Berkaitan dengan program model pacuan industri negeri Perak yang dikendalikan pada ketika ini. Kertas portfoliolah kot. Apakah mungkin boleh minta Yang Berhormat untuk memberi sedikit maklum balas atau yang terkinilah tentang berapa rakan kerjasama industri yang telah memeteraikan perjanjian untuk bersama dalam program tersebut dan juga bilangan place to train bilangan tempat penempatan place to train yang dijangkakan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Mungkin dalam 3 bulan ke 6 bulan sebab saya sendiri pun juga terlibat bersama dengan Pusat Aspirasi Anak Perak untuk memfasilitasikan kerjasama antara PASAK dengan AC Holding dan jangkanya akan mewujudkan 25 penempatan place to train bersama dengan AC Holding. Nak mintak sikit penjelasan berapa partners atau rakan kongsi industri yang sudah dimeterai dan telah bersetuju dan berapa jumlah bilangan penempatan yang kita jangkakan akan dilaksanakan? Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Pasir Pinji. Untuk soalan ini saya takkan jawab di sini kerana untuk makluman fungsi PASAK adalah Yang Berhormat Kenering. Jadi kebanyakkan maklumat itu berada di Kenering, cumanya apa yang ingin saya kongsikan bersama apa yang dibangkitkan oleh Pasir Pinji itu memang kita laksanakan secara berterusan melalui pelbagai melaksanakan peranan PASAK itu sendiri iaitu berkaitan dengan program dan persediaan kerjaya, pengumpulan data dan modal insan, pembangunan kemahiran skill dan juga persediaan sosial dan pembangunan insaniah dan kita juga sebenarnya telah melaksanakan pelbagai program dan strategi iaitu antaranya klinik kerjaya jaringan industri. Ini antaranya yang yang akan terjawab di dalam persoalan yang dibangkitkan oleh Pasir Pinji tadi nanti dan juga kolaborasi strategi juga akan kita susun untuk jawapan ini dan untuk makluman juga kita memang bekerjasama dengan Northern Corridor Implementation Authority ataupun NCIA dalam memperluaskan insentif-insentif yang ditawarkan.

Yang Berhormat sekalian, bergerak seiring dengan perkembangan Industri 4.0 kelangsungan ekonomi GIG turut terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 di negara kita, tetapi ini telah mendorong dan mempercepatkan kembali digitalisasi dalam sektor perniagaan ke arah ekonomi digital menerusi aktiviti-aktiviti e-dagang secara dalam talian dan aplikasi mudah alih. Kerajaan negeri melalui Digital Perak dalam bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengendali platform e-dagang, Shopee dan juga Lazada dalam inisiatif SMART Niaga@Perak dan syarikat-syarikat pengendali penghantaran pesanan makanan, Food Panda, Grab Food, Yezza dalam inisiatif SMART Iftar@Perak pada tahun 2020. Dari segi pembudayaan ……….. pihak kerajaan negeri melalui Hub Inovasi & Multimedia di bawah Digital Perak telah dan sedang meneruskan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan belia seperti kursus-kursus asas ICT dalam Siri Kursus Inovasi Rakyat, kursus Korporat ICT, kursus Skim Keusahawanan digital serta pelbagai bengkel dan seminar. Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP pada tahun 2020-2021 lebih 50 kursus telah dijalankan secara atas talian yang telah mendapat penyertaan melebihi 1000 peserta dimana 75% peserta adalah daripada golongan belia.

Kerajaan negeri juga melalui Sekretariat Usahawan Perak telah dan sedang dalam beberapa kerjasama program bersama beberapa pihak dari agensi di Negeri Perak bagi membantu dan merancakkan penyertaan belia dalam bidang usahawan. Selain itu, kerajaan negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak serta Digital Perak sedang merancang dan sedang membangunkan kerangka data usahawan Negeri Perak yang dikenali sebagai Perak SME Database dengan kerjasama pelbagai agensi keusahawanan di Perak. Inisiatif kerajaan negeri dalam mewujudkan satu pengkalan data usahawan ini memudahkan rujukan pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi keusahawanan di Negeri Perak bagi data-data yang sahih dan lengkap secara sistematik serta perancangan pelbagai program dan bantuan keusahawanan dirancang pada masa akan datang.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para belia yang berjaya mengharungi cabaran besar ini dan mereka juga telah berjaya keluar daripada gelembung selesa dan bertukar daripada mereka yang mencari pekerjaan kepada mereka yang mencipta pekerjaan ataupun mencipta peluang. Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat sekalian sejumlah 85000 telah diperuntukan untuk Program Pemerkasaan Persatuan Belia. Program ini memfokuskan penubuhan persatuan belia baru meremajakan atau menghidupkan semula persatuan belia yang telah lesu dalam usaha kerajaan negeri menggalakkan belia untuk berpersatuan dan menggalakkan lagi sifat kesukarelawan dalam diri mereka. Walaupun dalam suasana pandemik terdapat 107 persatuan belia baru pelbagai latar belakang yang telah didaftarkan di bawah program ini dan saya sangat teruja dengan sambutan yang diberikan oleh para belia di negeri kita ini.

Pentadbiran negeri ini juga telah menyalurkan sejumlah peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Perak dan seluruh ahli gabungan Majlis Belia Negeri untuk menjalankan mesyuarat agung pemilihan bagi membolehkan proses peralihan selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan Akta Belia yang mana belia ditakrifkan mereka yang berumur bawah 30 tahun. Walau bagaimanapun, proses ini masih belum berjalan kerana kekangan yang kita hadapi dari segi pandemik dimana mereka tidak dapat menjalankan mesyuarat agung secara bersemuka ini dan saya diberi keyakinan oleh pihak MBG, Majlis Belia Gabungan sebaik saja perkara ini selesai kita akan usahakan sebaik mungkin kerana antara yang saya tekankan adalah agar setiap persatuan belia baru ini mestilah 50% nya dianggotai oleh mereka yang berumur bawah 30 tahun bagi menyahut pelaksanaan akta belia itu nanti dan seterusnya dalam kita menyediakan kesinambungan kepimpinan berwibawa. Kerajaan negeri menerusi Digital Perak dan PASAK meneruskan program Dewan Belia Perak. Platform ini turut menjadi medium dalam menyalurkan input serta idea melibatkan pembangunan belia di negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, seramai 257 peserta telah menawarkan diri sebagai calon Ahli Belia Perak. Manakala seramai 11000 para belia di seluruh negeri Perak telah mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih. Ini satu perkara yang cukup melegakan juga kerana ia menunjukkan peningkatan penglibatan belia. Sebelum ini sekitar 3000 orang sahaja pemilih yang terlibat di dalam sesi penggal yang sebelum ini dan pada penggal kali ini lebih daripada 11000 yang telah terlibat dan ini menunjukkan para belia di luar sana kini lebih cakna politik dan sentiasa mengikuti perkembangan politik secara dekat. Selain itu, pendedahan ini penting dalam usaha mendidik para belia menjiwai bagaimana sistem demokrasi di negara dan juga di negeri ini. Di kesempatan ini juga, patik ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kerana memperkenankan pelantikan dua orang wakil belia iaitu saudara Wan Mohammad Afiq bin Wan Aris Fathillah 23 tahun dan saudari Ezatul Farita Rohawi 30 tahun sebagai anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK). Ini adalah satu perkara yang pelantikan buat julung kalinya melibatkan belia dan Alhamdulillah belia diberi kepercayaan terbabit dalam sebagai aktivis di barisan hadapan dalam meremajakan program di bawah anjuran MAIPK dengan menyuntik idealisme baru. Terima kasih dan saya juga…..

Mohon mencelah. Terima kasih Bota. Berkenaan dengan Dewan Belia saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen dan amanah yang telah diberikan kepada saya selaku Speaker Dewan Belia. Cumanya kalau saya lihat di sini kita ada beberapa kekanganlah. Kita tidak dapat menghadiri persidangan secara bersemuka lagi, mungkin selepas ini. Namun, ada pernah kita berbincang berkenaan dengan sukarelawan negeri Perak selaras dengan Perak Bumi Lestari saya ingat kumpulan ini bolehlah kita jadikan mereka sebagai team sukarelawan Perak Bumi Lestari dimana mereka boleh menjadi orang yang membawa ke arah kesejahteraan terutamanya alam sekitar dan kita perlu meletakkan satu-satu KPI kepada seluruh Ahli Belia ini sekurang-kurangnya mereka membuat sesuatu di DUN mereka. Jadi tidak hanya menunggu untuk persidangan dan bersedia untuk memberikan ialah berucap, memberikan mereka pandangan di dalam sidang Dewan je tapi di bawah ini, di DUN ini mereka memberi sumbangan kepada wakil-wakil rakyat. Tak kisahlah daripada aspek mana tapi saya nampak lebih baik kita fokus kepada aspek pemeliharaan alam sekitar. Itu pandangan saya. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Trong yang juga merupakan Speaker Yang Dipertua bagi Dewan Belia pada kali ini dan InshaAllah kita akan laksanakan bersama saya slot ini dan memang kita tekankan agar mereka bukan sahaja fokus kepada persidangan tetapi juga urusan-urusan pelaksanaan program di lapangan sendiri bagi memberi kemudahan kepada mereka dan untuk makluman juga, lagi sekali ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berbahagia Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini iaitu Yang Dipertua MAIPK atas pengikhtirafan lagi sekali kepada belia kerana telah pun melantik seramai 19 orang wakil belia menganggotai Jawatankuasa Baitulmal di seluuruh daerah di Negeri Perak. Pengikhtirafan ini juga pasti menyuntik semangat para belia untuk peranan lebih besar dalam memacu gerak kerja kita ini dan seterusnya untuk e-sports kita banyak program yang telah kita laksanakan. Saya tengok masa saya ni berapa lama lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

4 minit lagi.

Untuk e-sports saya akan bersedia untuk bekerjasama dengan dengan Pasir Pinji bagi kita persediaan dan untuk makluman juga sebenarnya banyak program-program yang Pasir Pinji telah rancang sebelum ini semasa menjawat jawatan di portfolio ini juga akan kita teruskan untuk makluman dan InshaAllah kita akan bekerjasama untuk program-program ini dan banyak program yang kita laksanakan tapi untuk makluman Pasir Pinji, saya lebih memfokuskan kepada pemerkasaan di peringkat lapangan, maksudnya sekarang ini kita sedang mengaktifkan 12 daerah ini …

Timbalan Yang di-Pertua

Bota,Pasir Pinji

dan…dan saya ingin memaklumkan untuk e-sport kita telah pun menyalurkan peruntukan kepada semua peserta ni e-sport di daerah untuk mewujudkan studio e-sport di daerah masing-masing. Itu asas yang kita akan laksanakan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Soalan yang sangat ringkas Bota. Adakah pihak kerajaan sekarang khusus pejabat Yang Berhormat akan meneruskan kerjasama bersama dengan partners-partners di luar sana dalam Majlis e-sport , negeri Perak.

Ok untuk makluman, kita memang meraikan kerjasama khususnya partnertship didalam apa juga pelaksanaan program khususnya belia kerana semua orang berperanan dalam perkara ini. Cumanya untuk untuk e-sport kali sini saya agak berfokus kepada Persatuan e-sports daerah yang bernaung di bawah Persatuan E-Sport Negeri Perak. Jadi ini dan kita juga bersedia dan kita memberikan ruang yang seluasnya pada persatuan e-sport negeri ini untuk beroperasi dengan siapa juga bagi pelaksanaan ini dan banyak perkara yang akan saya kongsikan tetapi oleh kerana kekangan masa saya akan usulkan dengan soalan jawapan bertulis kepada semua Ahli Mesyuarat sekalian dan seterusnya berkaitan dengan apa yang telah diperkatakan tadi dibawah Changkat Jering berkaitan dengan PdPR dan sebagainya. Saya ingin maklumkan juga bahawa kita memang betul begitu fokus tentang komunikasi ini ataupun coverage ini dan untuk makluman juga antara yang ingin saya kongsikan adalah sejak 1 April 2020, Kerajaan telah pun memberikan data percuma sebanyak 1GB setiap hari bersamaan dengan 30 GB setiap bulan sebulan kepada semua rakyat Malaysia yang di bawah pakej prihatin yang kini dilanjutkan hingga akhir tahun 2021 di bawah Pakej Pemulih. Kegunaan data ini untuk kegunaan produktiviti dan juga pembelajaran dan pengajaran PdPR. Bagi kawasan yang tidak mendapat liputan Internet gajet kita ada 66 buah Pusat Internet Komuniti yang disediakan oleh SKMM dan juga tenaga pengajar di situ.

Di samping itu, saya juga ingin memaklumkan inisiatif WiFi Komuniti dilaksanakan di bawah Inisiatif Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat, SKMM yang mana ia adalah inisiatif kerajaan pusat di mana akses Internet Tanpa Wayar secara percuma di lokasi terpilih terletak dalam lingkungan 3 kilometer daripada Pusat Internet Komuniti ini dan kita akan mengusahakan saya berjanji saya akan mengusahakan untuk diperbanyakkan lagi WiFi Komuniti ini untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang sesuai di negeri Perak. Seterusnya berkaitan dengan saya ucapkan terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri khususnya kerana untuk makluman pada Bajet 2019 tiada peruntukan untuk multimedia. Ya alhamdulillah pada 2020, kerajaan negeri telah pun memberikan RM300 ribu untuk multimedia dan sebanyak RM125 ribu telah kita gunakan untuk proses pengujudan kesinambungan Tuisyen Cikgu Saarani iaitu kita telah salurkan sebahagiannya untuk mewujudkan studio Cikgu Saarani bagi membantu proses pembelajaran PdPR ini memantapkan lagi dan saya mohon agar keputusan ini dapat ditingkatkan kerana jelas ia amat diperlukan pada masa kini dan perancangan saya pun untuk kita tambahkan lagi studio-studio ini bukan sekadar di setiap daerah di setiap PBT hanya studio-studio tetapi lebih daripada itu lagi. Sikit lagi, sudah-sudah sikitlah jangan panjang sangat.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Memandangkan Exco ada menyebut bantuan dari segi multimedia tadi saya tak sempat bertanya Exco Pendidikan bahawa kalau multimedia pelajar-pelajar ini belajar melalui e-learning tadi ada sebut Tuisyen Cikgu Saarani. Jadi kalau boleh banyak murid-murid di mana kekurangan peranti-peranti termasuklah dia sudah bagi tahu kalau boleh multimedia dari segi printer boleh bagi untuk kepada golongan sasaran yang memang tak ada sebab kadang-kadang ada kerja rumah nak cikgu suruh print tetapi mereka tak ada printer. Itu sajalah cadangan saya.

Terima kasih cadangan yang akan kita timbangkan untuk kerana ini ini yang saya maksudkan tadi RM300 ribu memang tak mencukupi untuk memenuhi keperluan ini yang begitu mendesak sekarang ni, terima kasih. Untuk makluman juga, ada maklumat berkaitan dengan coverage YES yang di bawah 20,000 peranti tadi, yang mana separuh tidak dapat digunakan kerana coverage tak ada. Jadi untuk makluman juga, sebenarnya di dalam peranti tersebut dia ada dua sim untuk dia yang satu untuk YES, satu lagi saya cadangkan agar pengguna bolehlah tambah satu lagi sim yang bersesuaian dengan kawasan tersebut kerana ini juga membantu untuk mereka mengoptimumkan penggunaan peranti yang telah kita berikan dan untuk makluman juga menyedari kepentingan liputan Internet kerajaan negeri melalui Digital Perak telah melaksanakan perkhidmatan CSR Wifi Sementara untuk Pusat Pemindahan Sementara, bagi mangsa banjir ataupun bencana dan juga program-program seperti outreach imunisasi dan juga PPV. Kita akan pastikan setiap program yang kita laksanakan mesti mempunyai coverage untuk memudahkan lagi urusan urusan kita. Dan akhir sekali berkaitan dengan coverage juga terima kasih kerana ramai YB yang telah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah hadir dalam program taklimat Pelan Jalinan Jendela yang diadakan di WEIL tempohari bagi kita membincangkan dan memberikan taklimat khusus berkaitan dengan gambaran program jendela yang diperkenalkan di peringkat pusat dan untuk makluman juga saya telah memanjangkan surat kepada semua pegawai-pegawai daerah untuk menjemput pihak SKMM dan juga Digital Perak bagi memberikan taklimat di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah di daerah masing-masing bagi kita dapat gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan keadaan-keadaan semasa di bawah berkomunikasi.

Untuk makluman juga, kerajaan negeri telah memperkenalkan satu pakej yang kita sifatkan mesra industri. Kita telah mengenakan kadar yang bersesuaian kita telah memudah-mudahcarakan akan berubah urusan-urusan untuk permohonan permit dan sebagainya yang akhirnya, untuk makluman sekarang ni kadar yang dikenakan permit yang dikenakan oleh kerajaan negeri ini adalah antara yang terendah di Malaysia dan yang dan juga pengurusan kita begitu baik sekali untuk memudah carakan mereka untuk menguruskan perkara ini yang sekarang ini kalua saya lihat trend negeri kita ini adalah antara negeri yang menjadi rujukan kepada beberapa negeri dalam usaha komunikasi.

Jadi Digital Perak saya mendapat maklumat telah menerima pelbagai lawatan kunjungan daripada Kelantan, Pahang dan sebagainya untuk mereka melihat apa yang telah kita usahakan dan ini nampak agak berkesan kerana ramai maklumat yang saya terima, pemain industri sama ada telco ataupun ……….. ini begitu berminat untuk melabur di Perak ini. Jadi antara satu perkara yang saya lihat satu perkembangan positif yang boleh kita gunakan dan saya ucapkan terima kasih banyak kepada Dato’ PTG, PBT khususnya Pejabat Daerah kerana telah memudahkan cara. Untuk makluman juga, kita-kita antara negeri yang selalu memberikan peringkat approval untuk site-site bagi pembinaan Tower ni, kita walaupun peringkat approval kita memenuhi segala kehendak yang ditetapkan ….

Timbalan Yang di-Pertua

Simpang Pulai, sikit-sikit je

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih kepada Exco. Saya ingin bertanyakan soalan kepada Yang Berhormat Exco, sebab saya lihat portfolio Yang Berhormat berkaitan dengan Belia Sukan dan Komunikasi. Ianya berkaitan dengan satu sektor ekonomi yang baharu yang tengah memesat iaitu Ekonomi GIG. Ekonomi GIG ini memang membawa pulangan dan rezeki kepada golongan muda khususnya yang mana mereka menggunakan teknologi maklumat untuk mencari makan tanpa bergantung kepada majikan. So, apakah rancangan ataupun pandangan Yang Berhormat secara umumnya, apakah perancangan tentang pembangunan dalam sektor ini dan bantuan-bantuan yang dibekalkan kepada mereka yang mencebur diri dalam Ekonomi GIG ini?

Terima kasih Simpang Pulai. Berkaitan ekonomi……

Timbalan Yang di-Pertua

Teja seringkas mungkin ya.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Baik. Saya ingin tanyakan status pelaksanaan Pelan Jendela. Sebab saya jangka sepanjang PKP ini akan menangguhkan proses pelaksanaan dan pembinaan dan adakah sasaran untuk siapkan 146 pemancar komunikasi menjelang 2022 ini masih revelen? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Bota. Jawab terus soalan tadi.

Ekonomi GIG ini memang kita sentiasa memudahcarakan mereka melalui Digital Perak dan juga agensi-agensi PASAK dan sebagainya seperti yang ucapan yang telah dibuat di awal tadi dan saya tidak boleh nak terangkan lebih lanjut lagi berkaitan ini tetapi saya kita nak pastikan ini antara ruang dan peluang khususnya belia dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Kita sedar dan kita akan mengambil maklum tentang perkara.

Berkaitan dengan perlaksanaan JENDELA, untuk makluman semua sebenarnya perlaksanaannya sedang berjalan dengan lancar kerana seperti yang saya maklumkan tadi kerana kita memudahcarakan banyak urusan. Untuk makluman semua, 105 tapak yang telah diluluskan oleh SKMM di Perak masih lagi belum kita terima dari segi belum selesai, dalam proses, perlaksanaan kerja di lapangan tetapi untuk kelulusan site kita telah berikan. Maksudnya kita nak bagitahu kita nak memang nak memudahkan segala urusan ini. Jadi kelulusan site dah selesai. Walaupun belum lagi kerja itu belum sampai ke Perak sitenya sudah selesai. Dah lulus nanti terus kita laksana dan ini satu perkara dan untuk makluman juga berkaitan dengan jalur lebar. Jalur lebar di Perak ini untuk makluman kita di Perak 33 ibusawat di bawah TM. Sorry. 83 ibusawat di bawah TM dan 73 ibusawat telahpun dinaik taraf kepada perkhidmatan Internet jalur lebar bekalan UNIFI. Sejumlah lebih kurang 200,000 port telah ditawarkan di seluruh Perak yang membolehkan seramai lebih kurang 400,000 premis kediaman dan perniagaan mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar UNIFI ini dan inisiatif ini juga akan ditambah baik oleh pihak ALUR Teknologi Sdn. Bhd. anak syarikat TNB melalui inisiatif pemasangan fiber optic, high speed broadband di Ipoh yang melibatkan kawasan Menglembu, Papan, Sililbin, Sungai Rapat dan Lembah Kinta membabitkan 52,000 unit premis serta perancangan pelaksanaan peluasan di Taiping dan Kuala Kangsar dalam tempoh 2022 hingga 2024.

Jadi itu berkaitan dan banyak lagi sahabat-sahabat kita yang telah membangkitkan tentang perkara ini akan saya susulkan dengan jawapan bertulis saya dan akhir sekali tuan-tuan, di Bulan Kemerdekaan ini juga saya ingin memaklumkan kita walaupun dalam keadaan pandemik ini kita sentiasa juga mempergiatkan usaha untuk kita meraikan Bulan Kemerdekaan kita. Terima kasih Yang Amat Berhormat kerana telah melancarkan Bulan Kemerdekaan pada 11 Ogos yang lalu yang telah melibatkan seramai mungkin dan saya lihat walaupun dalam keadaan pandemik ianya tidak menghalang untuk rakyat kita menzahirkan, menyambut bulan kemerdekaan dengan baik sekali. InsyaAllah.

Bota. Sedikit Bota. Sebelum berakhir. Oleh kerana permintaan pengguna-pengguna di luar bandar, saya lihat dari segi jawapan tadi hanya tertumpu kawasan bandar sahaja. Kawasan luar bandar hanya hari ini melihat apa yang dibangunkan oleh kerajaan negeri khususnya SKMM hanya khususnya penduduk dalam bandar. Penduduk luar bandar melihat apa yang telah dilaksanakan tetapi deme mereka tidak merasa. Tengok cerita kuat tapi mereka tidak merasa nikmat daripada pembangunan Internet ini. Apakah perancangan kerajaan negeri khususnya penduduk-penduduk luar bandar khususnya untuk mengaktifkan balik jalur lebar khusus kawasan mereka? Itu saya nak tahu.

Terima kasih Ayer Kuning. Berkaitan dengan ini sebenarnya kita tidak melupakan luar bandar. Itu memang tanggungjawab kita yang perlu kita laksanakan. Sebab itu kalau saya hendak kongsi dalam 100 jumlah keseluruhan site yang telah dirancang ini, 105 site melibatkan kawasan luar bandar. 105 site melibatkan kawasan luar bandar kerana kita tahu kepentingan itu dan site yang bersifat komersial ataupun selalu berada di dalam kawasan pekan ini hanya 30 setakat ini. Jadi ini penzahiran yang yang kita hendak tunjukkan tentang seriusnya kita berkaitan dengan liputan di luar bandar dan pihak TM juga telah memberikan keyakinan kepada saya untuk mereka memperluaskan lagi usaha ini dan seperti yang saya .....

Timbalan Yang di-Pertua

Bota yang terakhir.

Maklumkan tempoh hari berkaitan dengan UITM, Tapah pun saya dah maklumkan untuk kita ambil maklum tentang perkara-perkara ini dan akhir sekali. Terima kasih banyak Timbalan Speaker, mengakhiri ucapan ini saya ingin

Timbalan Yang di-Pertua

Minta maaf Changkat Jong. Masa sudah terlalu lama bagi Bota. Minta Maaf.

Mengakhiri ucapan ini ingin saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri besar kita Yang Berhormat Kota Tampan kerana telah berjaya mewujudkan satu situasi politik yang harmoni dan matang di negeri ini. Sidang kali ini berjalan dengan begitu harmoni dalam melontarkan pandangan dan juga teguran kepada wakil kerajaan negeri untuk membangunkan negeri tercinta. Kalau kita ingat semalam saya sembang dengan Tebing Tinggi saya rasa buat pertama kalinya saya menghadiri dalam dewan ini, buku Peraturan Tetap kita itu tidak pernah digunakan lagi pada pada sidang ini. Ini satu perkara yang begitu baik untuk dicontohi oleh orang-orang lain dan sesungguhnya Ahli Yang Berhormat sekalian, rakyat khususnya warga belia sedang memerhati dan mengikuti segala gerak geri dan tindakan kita semua. Jadi saya yakin dengan apa yang telah dibuktikan oleh Yang Berhormat Kota Tampan seharusnya suasana Sidang Dewan DUN Perak ini menjadi contoh kepada negeri lain dan wajar kesemua Ahli Parlimen mengamalkan nada yang sama. Tahniah sekali kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana menjadi perintis kewujudan suasana politik harmoni di Perak ini dan Tahniah juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya fikirkan turut memainkan peranan mereka dengan baik dalam usaha kita secara bersama memakmurkan negeri ini. Sekian, patik menjunjung kasih. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bota. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Kampung Gajah untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Perak Sejahtera. Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat Ahli Dewan dan semua yang berada di luar dewan dan sedang menonton Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada kali ini. Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-14 dapat dilangsungkan dengan teratur dalam suasana dan pendekatan baru. Gelembung Sidang Dewan Negeri Perak. Tahniah kepada Yang Berhormat, Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kita semua yang terlibat di dalam gelembung ini.

Patik menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang menzahirkan keprihatinan terhadap rakyat akibat pandemik covid-19 di mana sektor kebajikan awam dan kesihatan mendapat peruntukan terbesar berjumlah RM63 juta. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyediakan dana khas dari sumber zakat berjumlah hampir dua puluh tujuh juta ringgit bagi membiayai pelbagai pakej bantuan kebajikan kepada golongan sasar. Antaranya bantuan kos operasi, pusat jagaan anak yatim, rumah orang tua dan warga emas, bantuan kebajikan pelajar dalam dan luar negeri, bantuan kecemasan kelangsungan hidup, sumbangan ke pusat gelandangan dan petugas barisan hadapan.

Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan. Andalah Wira Negara yang bertungkus-lumus menangani gelombang-gelombang pandemik Covid-19. Kita sama-sama berdoa semoga kita dapat melandaikan bilangan kes secara bersama-sama. Tarikh 25 Ogos setiap tahun merupakan tarikh sambutan Hari Wanita Kebangsaan yang disambut di seluruh negara. Diraikan khusus sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada golongan wanita. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Wanita buat semua. 'Wanita Bangkit Mendepani Cabaran'.

Yang Dipertua teristimewa pada hari ini saya ingin bawakan Kisah Dua orang Srikandi Islam di mana kisah mereka adalah realiti yang pernah berlaku dan telah menjadi sejarah sebagai pedoman kita semua. Wanita pertama kesetiaannya seperti Siti Khadijah. Srikandi Siti Khadijah Binti Khuwailid adalah isteri pertama Nabi Muhammad S.A.W. Beliau cukup dikenali di kalangan ahli perniagaan dan bangsawan sebagai pedagang yang paling berjaya ketika itu dengan keuntungan yang besar. Cerita mengenai kesetiaan Khadijah kepada suaminya Nabi Muhammad SAW seperti dalam sabdanya yang bermaksud 'Dia percaya kepadaku di saat semua orang ingkar dan membenarkanku di kala orang-orang mendustakanku'. Kisah pengabdian dan pengorbanannya telah membuktikan dirinya sebagai Ummul Mukminin yang tidak pernah dibahagi cintanya oleh Rasulullah sehinggalah beliau wafat.

Kisah kedua adalah kemuliaan seperti Siti Mariam. Siti Mariam adalah ibunda Nabi Isa AS. Beliau teguh mempertahankan kesuciannya sejak awal mengandung hinggalah melahirkan Nabi Isa AS. Atas izin Allah bayi yang baru dilahirkan oleh Mariam berkata-kata bagi menjawab fitnah dan celaan dari masyarakat. Kemudian Allah juga berfirman 'Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakinya apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu maka Allah hanya cukup berkata kepadanya jadilah maka jadilah dia' surah Ali Imran ayat 42 hingga 47. Kisah kemuliaan dua orang serikandi Islam yang saya kongsikan ini sangat signifikan untuk dijadikan pedoman dalam perjalanan hidup kita pada hari ini. Kisah mereka dijadikan iktibar bagaimana kekuatan rohani dan jasmani kaum wanita menjadi tonggak dalam pembentukan ummah dan masyarakat. Maka itu, golongan wanita perlu diperkasa dari segi jati diri dan ekonomi supaya kesejahteraan keluarga dan masyarakat terjamin.

Timbalan Yang Dipertua dan sidang Dewan, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak, yang dijenamakan sebagai Wanita Perak telah ditubuhkan pada 1 Januari 2021 dengan misi penyedia latihan, khidmat nasihat dan kebajikan kepada wanita dan masyarakat ke arah Perak yang sejahtera dan visi menjadi jabatan dan organisasi peneraju kepada wanita dan masyarakat negeri Perak. Terdapat enam teras utama pembangunan wanita dan masyarakat yang telah dirangka iaitu wanita kepimpinan, wanita pertahan, wanita usahawan, wanita insan, wanita kesihatan dan masyarakat lestari. Kesemua teras ini memerlukan penyelarasan dari segi dasar dan polisi serta saling melengkapi ditambah dengan 4 fokus iaitu memberi latihan kepada golongan usahawan, menyediakan khidmat nasihat, menjaga kebajikan masyarakat dan mencapai kesaksamaan gender.

Saya yakin dengan kekuatan 9 orang kakitangan dan manpower ini Wanita Perak mampu untuk menggerakkan segala perancangan dan takwim yang telah disusun menggunakan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi tahun ini sebanyak RM2.4 juta. InsyaAllah jika ada kemampuan kita akan menambahkan lagi bilangan kakitangan dari semasa ke semasa dan wanita Perak, InsyaAllah mampu berdiri sama tinggi dan bergerak seiring dengan agensi-agensi berkonsep sama yang telah ditubuhkan di negeri-negeri lain sebagai contohnya seperti Pusat Pembangunan Wanita Kelantan, Unit Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang, PWC Pulau Pinang dan Wanita Berdaya Selangor.

Sidang ahli Dewan yang saya hormati, Timbalan Yang Dipertua, Kad Perak Prihatin. Kerajaan negeri sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah menyediakan 20,000 Kad Perak Prihatin yang merupakan sebuah program kebajikan awam yang dikhususkan bagi golongan kurang berkemampuan bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup. Mereka akan mendapat akses kepada rawatan kesihatan dan pembelian barangan asas secara tanpa tunai di kedai dan pasar raya yang berdaftar. Sehingga 1 Ogos 2021 jumlah keseluruhan penerima Kad Perak Prihatin adalah seramai 19,078 orang penerima. Jawatankuasa pengurusan Kad Perak Prihatin telah mengambil maklum baki kad terbanyak 922 dan akan mengisi kekosongan ini dalam masa terdekat kepada mereka yang layak yang berada di dalam senarai menunggu.

Atas dasar keprihatinan dan komitmen kerajaan negeri membela nasib rakyat dalam membasmi kemiskinan, program ini akan diteruskan dan ditambah baik pelaksanaannya dari semasa ke semasa mengikut keperluan situasi semasa dan juga peruntukan kewangan negeri. Terkini dimaklumkan bahawa had penggunaan bagi manfaat rawatan kesihatan telah dinaikkan daripada RM50.00 kepada RM70.00 untuk setiap kali rawatan namun had RM300.00 setahun masih kekal.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Minta laluan.

Sila Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, cuma saya nak tanya adakah pihak kerajaan ada rancangan untuk masukkan pesakit-pesakit terlantar untuk terus dapat Kad Perak Perihatin ini. Thank you.

Terima kasih Yang Berhormat Pantai Remis. Sebahagian penerima kad Perak Prihatin ini memang ada yang kategori pesakit terlantar terutama daripada yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kita masukkan pada tahun 2019 dan 2020. Terutamanya mereka yang menerima bantuan am dan memang kita akan sentiasa melihat dan juga peka kepada kebajikan yang mereka memerlukan terutama golongan pesakit yang terlantar dan juga golongan Orang Kelainan Upaya.

Timbalan Yang di-Pertua

Kampung Gajah ada dua, Bercham dan juga Jalong.

Jalong dahulu.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih kerana diberi peluang Timbalan Speaker. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Exco, jadi ada dalam keadaan covid sekarang ada yang kata dulu dia memang M40 dia jatuh ke B40 dan sebagainya maknanya kita kata orang miskin barulah kan? Jadi ada tak perancangan kerajaan negeri untuk melibatkan mereka yang tiba-tiba jatuh sebab sekarang tadi yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Exco bahawa kita ada senarai yang tersedia back up list dengan izin. Jadi ada tak usaha dari kerajaan negeri untuk melihat mereka yang tiba-tiba terjadi miskin dan juga soalan nombor duanya adakah rancangan untuk melibatkan ahli-ahli ataupun pusat-pusat khidmat daripada pihak pembangkang untuk memohon atau memasukkan nama mereka ke dalam senarai prihatin ini? Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya tambah sikit saya adalah ada dua segi, tadi Exco Kerajaan ada berkata sekali untuk visit sekali dengan izin telah ditambah kepada RM70.00 kalau-kalau perkiraan saya kalau RM70.00 maksima 4 kali sudah RM280.00 cuma tinggal RM20.00. Kalau boleh had itu boleh ditambahkan dan ini cadangan saya memang saya mengalu-alukan pertambahan ini kalau boleh kita boleh tambah ke RM100.00 sebab kos perubatan tempatan meningkat jadi ini kerajaan boleh buat pertimbangan ini.

Yang kedua pula adalah tentang penggunaan pembelian barangan runcit sebanyak RM80.00. Kalau saya ada terima aduan daripada pengguna. Dia kata kalau mereka beli dekat katakan mereka beli barang RM90.00 tetapi mereka tidak dibenarkan untuk beli. Mereka kena beli barang di bawah semaksima dia RM80.00. Kalau lebih katakan RM81.00 mereka tidak terima mereka kena beli RM79.00 RM75.00 baru boleh. Jadi ada baki tu sayang tak boleh pakai menggunakan. Jadi persoalan saya yang kedua adalah tentang Econsave di Bercham mereka tidak dibenarkan untuk mengguna setahu sayalah mereka ada beritahu saya tentang tentang masalah ini dan cadangan ketiga ialah kalau boleh kita sekira boleh tambahkan tempat-tempat untuk pemegang kad prihatin ini seperti di AEON ke Tesco ke mana-mana untuk menyenangkan mereka untuk penggunaan ini agar mereka tidak tumpu kepada sesuatu tempat. Kita pun tidak menggalakkan untuk berkumpul masa PKP ini . Itulah cadangan saya. Terima kasih.

Terima kasih kepada Jalong dan Bercham. Berkaitan dengan yang dibangkitkan oleh Jalong tadi berkaitan M40 yang telah menjadi B40. Memang kita mengambil maklum perkara itu dan sentiasa senarai kebajikan ini akan diupdate dari masa ke semasa dan juga berkaitan dengan rujukan daripada Pusat Khidmat Adun Pembangkang, memang antara caranya adalah dipihak kerajaan datangnya daripada Pusat Khidmat Adun Kerajaan, namun di sebelah Adun pembangkang senarai yang diterima oleh Kad Perak Prihatin ini oleh BESD ialah melalui Pejabat-pejabat Daerah dan Pejabat Penghulu. Yang kedua adalah melalui rujukan-rujukan daripada Adun-Adun. Saya juga ada menerima rujukan daripada Adun-Adun di sebelah sana dan yang ketiga adalah mereka hadir sendiri ke Pejabat Exco dan juga hadir ke pejabat di BESD. Jadi itu adalah antara caranya. Jadi, yang ketiga adalah berkaitan dengan yang dibangkit oleh Adun Bercham tadi. Kad Kesihatan 70 kepada 100, kita akan bawa cadangan itu untuk dipertimbangkan dan yang kedua, adalah dari segi barangan-barangan itu kalau dia tidak habis guna untuk bulan itu, maksudnya dia akan hapus tak dibawa ke bulan hadapan. Kerana itu penerima sentiasa diingatkan akhir saja tarikh satu bulan itu dia kena habiskan RM80 dan yang ketiga kita akan bawa juga masalah Econsave Bercham tersebut. Kita akan melihat apa masalah di situ dan untuk penambahan kedai-kedai panel, dia mestilah datang daripada mereka sendiri yang memohon dan juga pihak daripada kad Perak Prihatin juga boleh bertanyakan jika mereka mahu atau berminat untuk menyertai. Jadi itu adalah antara caranya. Jadi saya teruskan ya.

Kampung Gajah, Kampung Gajah.

Ok, Ayer Kuning.

Terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi maklumat yang cukup baik, cuma soalan saya melalui kad prihatin ini. Saya nak tanya adakah cadangan-cadangan lain untuk menunaikan kad prihatin selain daripada Speedmart kerana kita lihat di kampung-kampung ada juga koperasi serbaguna yang boleh ditunaikan kad demikian. Saya berharap tindakan yang boleh diambil bukan saja Speedmart tapi kedai-kedai lain yang boleh menawarkan perkhidmatan kad prihatin ini.

Terima kasih YB Ayer Kuning. Saya mengalu-alukan jika YB ada cadangan kedai-kedai mahupun klinik-klinik panel untuk dipertimbangkan bolehlah majukan kepada pihak Pejabat Exco atau pun Brand Equity Sdn. Berhad sebagai penyelarasnya.

Okey seterusnya saya pergi kepada pusat penempatan gelandangan. Ekoran Pandemik Covid-19 yang melanda, kerajaan negeri mengambil perhatian di atas kesihatan dan kebajikan para gelandangan di negeri Perak ini terutama yang ramai di dalam Daerah Kinta. Kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah pusat penempatan gelandangan sementara yang bertempat di Wisma Persatuan Bulan Sabit Merah, Jalan Kompleks Sukan Ipoh. Ianya mula beroperasi pada 5 Jun 2020 sehinggalah kini. Selain mengelak gelandangan menjadi ejen penularan wabak Covid-19, objektif penubuhan PPG ini juga dapat membantu mengubah sikap gelandangan untuk kembali kepada masyarakat dan meningkatkan tahap hygiene diri mereka.

Untuk makluman, operasi menyelamat gelandangan telah dilaksanakan sebanyak 3 kali di 14 buah kawasan hotspot tumpuan sekitar Bandaraya Ipoh. Operasi bersepadu ini melibatkan anggota penguatkuasa daripada JKM, PDRM, AADK, RELA, APM, JBPM, MBI, Imigresen dan NGO yang diselaraskan oleh PDT Kinta dan Wanita Perak sebagai urusetia. Jumlah keseluruhan gelandangan yang ditempatkan di PPG adalah seramai 84 orang. Daripada jumlah tersebut yang positif ujian dadah oleh AADK adalah seramai 44 orang dan yang ditempatkan ke PPG sementara adalah seramai 40 orang menjadikan jumlah keseluruhan 84.

Terdapat juga penghuni yang telah mula bekerja setelah terkandas di Bandaraya Ipoh dan hilang punca pendapatan. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, jumlah penghuni yang masih ada di PPG kini ialah seramai 16 orang dan kesemua mereka telah menjalani ujian saringan dadah oleh AADK dan ujian RTPCR Covid-19. Daripada jumlah tersebut 14 orang penghuni telah pun divaksin di PPG tersebut oleh PKD Kinta. Sepanjang tempoh perlindungan, penghuni diberikan pemeriksaan kesihatan berkala oleh Pegawai Perubatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kinta. Penghuni juga didedahkan tentang maklumat penjagaan kesihatan diri seperti risiko menghuni dalam persekitaran yang kotor, risiko penyakit di hadapi, risiko penyakit berjangkit, kaedah penjagaan diri serta penjagaan sistem reproduktif bagi golongan wanita.

Seterusnya adalah Dana Perubatan Warga Emas. Kerajaan negeri dengan kerjasama Hospital Pakar Komuniti Perak (PSCH) menyediakan dana perubatan khusus bagi membantu golongan warga emas B40 untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dengan diskaun sebanyak 50% daripada bil rawatan pembedahan kecil yang dikenakan. Pesakit boleh mendapatkan bantuan dana subsidi ini maksimum sebanyak RM5,000 sekiranya layak. Terima kasih kepada YB Pantai Remis atas cetusan program yang baik ini yang mana kita kekalkan pada tahun ini. Seterusnya adalah Dana Perubatan Wanita. Kerajaan negeri telah memperkenalkan satu bantuan baru khusus buat kaum wanita pada awal tahun ini iaitu Bantuan Dana Perubatan Wanita untuk pembuatan tapak dialisis dengan bantuan dengan kerjasama Hospital KPJ Ipoh Specialist. Dana perubatan ini adalah dana subsidi daripada kerajaan negeri dan ianya terbuka kepada pesakit golongan wanita berusia 40 tahun ke atas serta tidak berkemampuan. Bagi membantu sebahagian daripada kos pembedahan tapak yang dijalankan di hospital ini. Pesakit boleh mendapatkan bantuan dana subsidi maksimum sebanyak RM3,000 sekiranya layak. Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 khas untuk dana ini bagi tahun 2021 dan akan ditambah mengikut keperluan dan kemampuan.

Seterusnya rumah anak-anak yatim. Kerajaan negeri menyalurkan dana pada tahun ini sebanyak RM333,600 kepada 39 buah rumah anak yatim yang berdaftar dengan JKM Perak yang melibatkan seramai 1,112 orang di mana setiap anak yatim diperuntukkan RM300 seorang bagi membantu kebajikan mereka. Seterusnya, usahawan wanita dan masyarakat. Kerajaan negeri memberi bantuan peralatan kecil perniagaan berserta kursus bimbingan kepada usahawan kecil wanita melalui Program BISNITA dengan tema, Serlah Bakat Jana Ekonomi. Kaum wanita dan ibu digalakkan untuk menggunakan hobi atau bakat yang ada sebagai menambah punca pendapatan keluarga di dalam cabaran PKP ni.

Selain daripada itu, kerajaan negeri juga telah menjalankan pelbagai program anti dadah bersama Pemadam dan AADK. Program-program jejak kasih seperti Apa Kabor Kome? Ramah Mesra YAB Menteri Besar bersama orang kena pengawasan, Program Hijrah dan beberapa program lain lagi yang diadakan dengan kerjasama Pemadam Daerah. Program pencegahan juga giat dijalankan di dalam komuniti bersama masyarakat dan pelajar sekolah. Menyedari dadah merupakan musuh nombor satu negara maka pencegahan lebih baik dilakukan sedari awal dan secara konsisten.

Timbalan Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh beberapa isu perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang pertama daripada YB Pantai Remis berkaitan data kebajikan. Kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) sedang membangunkan sistem pangkalan data kemiskinan Negeri Perak untuk menyelaras data penerima bantuan daripada kerajaan persekutuan dan negeri bagi mengelakkan keciciran atau pertindihan bantuan kepada penerima.

Berkaitan dengan isu keganasan rumahtangga. Berdasarkan statistik JKM Negeri Perak, dari tahun 2020 sehinggalah Jun 2021, terdapat sebanyak 109 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan. Berkaitan sistem laporan kecemasan setakat ini kita belum lagi menggunakan farmasi ataupun kedai serbaguna sebagai ejen pelaporan. Aduan boleh dibuat dengan menghubungi talian kasih 15999, melaporkan ke balai polis berhampiran, Pejabat JKM Daerah atau merujuk terus ke hospital berhampiran sekiranya dicederakan. Sehingga kini di negeri Perak terdapat tiga buah tempat perlindungan dan tempat selamat yang diluluskan iaitu rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Rumah Seri Kenangan Taiping, Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar.

Berkaitan foodbank, Perak Foodbank kini bertindak sebagai badan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO dan beroperasi sebagai badan bebas. Justeru, sebarang urusan check and balance adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Setakat ini belum ada perbincangan bersama Perak Foodbank tentang hala tuju program yang akan dilaksanakan. Mungkin akan diadakan pada masa yang akan datang. Namun data yang didapati daripada Perak Foodbank, pelaksanaan program ini telah diperluaskan ke daerah-daerah lain seperti Kuala Kangsar, Hilir Perak, Manjung, Kampar, Perak Tengah, Larut Matang dan Selama.

Timbalan Yang di-Pertua

Batu Gajah, 2 minit lagi.

Kampung Gajah kut. Ok, seterus dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chenderoh, berkaitan pusat aktiviti wanita. Kerajaan negeri berpandangan cadangan penubuhan Pusat Aktiviti Wanita (PAWA) Negeri Perak oleh YB Chenderoh adalah satu inisiatif yang sangat baik. Ia dilihat dapat membuka peluang yang sangat besar kepada golongan wanita terutamanya beliawanis, ibu tunggal, usahawan kecil wanita dan golongan kurang upaya wanita. Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan ini dan meneliti contoh-contoh yang ada di negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. PAWA dilihat boleh berperanan untuk memberikan latihan kemahiran khusus sebagai One Stop Centre untuk wanita dan juga boleh menjadi pusat untuk meningkatkan jati diri yang secara tidak langsung turut memberikan sokongan moral dan mental kepada golongan wanita. Harapan saya, semoga PAWA wanita anggun ya seperti dicadang oleh YB Chenderoh akan berjaya direalisasikan di negeri ini secara berperingkat yang boleh digerakkan oleh wanita Perak.

Seterus dibangkitkan oleh YB Manong. Untuk makluman Yang Berhormat Manong, sehingga kini sebanyak 57.9 bersamaan dengan 11,057 orang penerima initiatif Kad Perak prihatin adalah ketua isi rumah wanita. Ini jelas menunjukkan bahawa kaum hawa tidak ketinggalan di dalam menerima bantuan daripada pihak kerajaan negeri. Namun, kerajaan negeri menyambut baik cadangan penambahan peserta ketua isi rumah wanita dalam program Kad Perak prihatin ini. Penambahan kad untuk tahun hadapan bergantung kepada kedudukan kewangan dan sumber pendapatan kerajaan negeri pada tahun 2022. Seterusnya Yang Berhormat yang membangkitkan berkaitan khairat kematian pesakit covid-19. Yang Berhormat Pasir Pinji membangkitkan bantuan kepada waris pesakit covid yang meninggal dunia. Kerajaan negeri telah menyediakan program Tabarru' Khairat Kematian bagi membantu meringankan beban kewangan waris. Menerusi belanjawan Bajet 2021, kerajaan Negeri memperuntukkan RM4 juta untuk pelaksanaan program ini di mana bantuan kewangan sebanyak 500 ringgit bagi setiap tuntutan khairat kematian dan adalah dimaklumkan pelaksanaan program ini tidak bertumpu hanya kepada waris pesakit meninggal dunia akibat covid-19 sahaja, tapi terbuka kepada waris simati semua penduduk negeri Perak yang memenuhi syarat-syarat kelayakkan.

Mohon sikit je, nak celah pasal tabarru' sikit je. YB, harap YB boleh pertimbangkan melihat keadaan sekarang PKP, apabila sijil kematian ini nak dikeluarkan melebihi tempoh 3 bulan. Jadi pihak pusat khidmat ADUN ni sukar untuk mendapatkan salinan sijil kematian. Jadi saya mohon agar ada pertimbangan sedikit di situ. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Kampung Gajah , masa pun dah ni dan juga terus gulung. Terima kasih.

Terima kasih kepada Trong. Kita ambil maklum cadangan itu dan saya juga rasa ia adalah satu keperluan yang baik pada masa ini. Seterusnya, ini pendek jelah saya jawab ya untuk Yang berhormat daripada Mengelembu dan Batu Kurau iaitu perkhidmatan kaunseling. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, JKM ada melaksanakan program dan aktiviti berkaitan psikologi serta kaunseling melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Berbagai kursus dan program juga dirangka membantu kumpulan sasar dan pada masa yang sama pegawai psikologi turun padang menyantuni mana-mana client yang memerlukan. LPPKN pula, ada menjalankan sesi kaunseling dalam program turun padang, Jelajah Peduli Keluarga melalui dana kerajaan negeri. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) pula, tidak mempunyai kaunselor yang bertauliah dan yang terakhir daripada Yang Berhormat Manjoi.

Kampung Gajah, boleh sikit je. Timbalan Yang Dipetua. Soalan saya, pertama saya melihat bahawa keberkesanan penyalahgunaan dadah di negeri Perak semakin hari semakin lesu supaya bila saya lihat di persatuan-persatuan PEMADAM di daerah, bila kita tanya kepada Yang Dipertua macam mana kita nak buat? Tidak ada peruntukan khusus untuk persatuan-persatuan PEMADAM daerah untuk melaksanakan tanggungjawab. Oleh kerana dadah ini musuh pertama dalam negara kita, seolah-olah kita tertinggal dalam menangani masalah utama ini. Saya percayakan kekangan yang dilakukan ialah kurang bajet daripada kerajaan negeri. Saya difahamkan kerajaan negeri hanya meluluskan Bajet 2021 hanya RM300,000 ringgit. RM300,000 ringgit untuk menanggung 15 persatuan PEMADAM di negeri Perak, nak bagi RM10,000 pun tak boleh. Oleh itu, saya harap supaya kerajaan dalam Bajet 2022 dapat ditingkatkan sebagaimana semasa mantan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah memperuntukkan khusus unit dadah sebanyak RM2.5 juta dan akhirnya RM3 juta untuk dibelanjakan khusus untuk menangani dadah, Bebas Dadah Perak 2020. Saya rasa ini amat penting untuk diambil perhatian kerana kegiatan penyalahgunaan dadah setakat ini masih berleluasa terutamanya penyalahgunaan daun ketum di kampung-kampung amat berleluasa dan sebagainya, sekian.

Terimna kasih Yang Berhormat Ayer Kuning, ……

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Mohon laluan. Nak tambah sikit. Kampung Gajah, boleh tambah sikit tentang Takaful Tabarru'.

Tentang Ayer Kuning, kita akan ambil maklum tentang cadangan yang baik daripada Ayer Kuning tersebut berkaitan dengan peruntukan untuk anti-dadah. Ya silakan, pendek je.

Timbalan Yang di-Pertua

20 saat sahaja.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Saya difahamkan setakat ini untuk Takaful Tabarru' syaratnya untuk yang meninggal 60 tahun ke atas ataupun yang meninggal dalam kemalangan ataupun bencana. Jadi memang saya nak sokong cadangan yang dibangkitkan oleh Pasir Pinji supaya kalau Kerajaan Negeri boleh buat pindahan untuk membenarkan permohonan khairat kematian bagi waris kes yang kematian atas covid-19. Sebab setakat 26 Oktober ini, sebanyak 400 lebih kematian kes covid di negeri Perak ini. Jadi sedikit sebanyak tanda simpati daripada kerajaan negeri bagi waris keluarga. Terima kasih.

Terima kasih kepada Teja. Jadi kita ambil maklum perkara itu dan tadi saya pun dah sebut bahawa pelaksanaan program ini bukan sahaja tertumpu pada waris pesakit meninggal dunia akibat covid-19. Maksudnya bolehlah mereka memohon Takaful Tabarru'.

Ok, seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manjoi berkaitan penutupan operasi agensi pemberi bantuan. Untuk merespon kepada Yang Berhormat Manjoi, untuk makluman operasi pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak pernah ditutup sepanjang tempoh pandemik covid-19 kerana menyedari bahawa terdapat keperluan masyarakat untuk menghubungi JKM sesuai dengan peranannya dalam membantu golongan yang memerlukan. Walau bagaimanapun, terdapat pada situasi tertentu perkhidmatan kaunter pejabat JKM diarahkan tidak beroperasi terutama yang berada di kawasan yang diistiharkan sebagai zon merah. Sebagai alternatif, sebarang perkhidmatan kaunter boleh dilakukan melalui panggilan talian telefon 'hotline' di bilik gerakan dan sebarang penghantaran dokumen atau borang akan diterima oleh kakitangan bertugas dan juga berkaitan dengan ibu tunggal yang dibawa oleh Yang Berhormat Manjoi. Berkaitan isu bantuan kerajaan negeri kepada ibu tunggal yang terjejas akibat covid-19. Kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui pakej rangsangan ekonomi kepada rakyat yang terkesan termasuklah golongan ibu tunggal. Bantuan diberikan dalam bentuk kewangan dan juga bukan kewangan seperti kotak makanan, pengecualian sewa rumah dan lain-lain lagi. Memang tak dapat dinafikan situasi krisis kesihatan iaitu pandemik covid-19 telah mendatangkan impak yang besar kepada segenap lapisan masyarakat termasuklah ibu tunggal.

Akhir kata, saya percaya masih ada ruang-ruang yang perlu ditambah baik dan saya turut menghargai perbahasan idea pandangan juga sokongan mahupun teguran daripada Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dibangkitkan sepanjang dewan ini bersidang. Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2021 kepada semua. Malaysia Prihatin. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kampung Gajah. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Selama untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan, 20 minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

(Bacaan ayat Al-Quran)

“Dan Tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan ditujukan kepadamu itu dengan cara yang lebih baik. Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib”, Surah Fussilat ayat 34.

Terbangnya enggang di Tualang Sekah sambil Mengusik si burung nur Prinsip berhujah bukan berbalah Teguh berdiri selama tak lari.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, yang dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan sekalian Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua agensi dan semua yang menyaksikan persidangan kita pada kali ini. Menjunjung kasih titah Diraja Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat, 25 Ogos 2021 Rabu. Patik dan seluruh warga kerja Jabatan Alam Sekitar menjunjung kasih di atas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almaghfirullah. Patik juga dengan rendah hati menginsafi dan komited dengan titah Tuanku bahawa langkah-langkah pemantauan dan penguatkuasaan amat perlu ditingkatkan bagi merealisasikan agenda besar Perak Bumi Lestari Perak Prihatin.

Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam, “(sabda nabi), “Semuanya dunia ini cantik lagi menghijau dan sesungguhnya Allah telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” Hadis riwayat Muslim.

Patik serta warga kerja Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak akan terus bekerja bagi memastikan negeri Perak mencapai hasrat ku, Perak Bumi Lestari, Perak Sejahtera demi menjunjung titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almaghfirullah untuk melestarikan alam sekitar.

Yang berhormat Timbalan Yang Dipertua, YB Bercham telah membangkitkan isu berkaitan premis Rubberex Alliance Sdn. Berhad dan Rubberex Malaysia Sdn. Bhd. Untuk makluman Yang Berhormat, premis Rubberex kedua-duanya yang terletak bersebelahan antara satu sama lain merupakan premis yang menjalankan proses berasaskan getah yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan jarak premis dengan kawasan kediaman terhampir adalah kurang 100 meter iaitu kurang daripada 500 meter mengikut keperluan zon penampan yang dinyatakan dalam garis panduan Siting and Zoning of Industry and Residential Areas, dengan izin, terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Berdasarkan rekod kediaman terhampir iaitu taman perumahan dibangunkan selepas kilang ini beroperasi. Premis beroperasi 24 jam dan punyai sistem kawalan pencemaran udara SKPU yang bertujuan memastikan pelepasan ke udara adalah mengikut had yang ditetapkan sebagaimana yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 2014.

Beberapa siri siasatan dan penguatkuasaan telah dijalankan sepanjang tahun 2020 dan tahun 2021 bagi memastikan pihak premis sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Untuk makluman, pihak premis dalam proses penambahbaikan dengan menaiktaraf sistem kawalan pencemaran udara SKPU termasuk penukaran bahan bakar yang digunakan iaitu daripada palm kernel shell, dengan izin, kepada penggunaan gas asli yang lebih mesra alam. Tindakan penambahbaikan ini akan mengurangkan impak pelepasan bahan pencemar ke udara. Berdasarkan rekod pemeriksaan Jabatan, terdapat ketidakpatuhan kepada perundangan berkaitan dan pihak jabatan telah mengambil tindakan mengeluarkan kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 124. Jabatan turut mengeluarkan notis arahan bagi tindakan penambahbaikan dalam usaha mengurangkan impak pencemaran alam sekitar. Jika notis arahan ini tidak dipatuhi, tindakan pendakwaan ke mahkamah akan dilakukan. Penguatkuasaan yang telah diambil pada premis Rubberex Malaysia Sdn. Bhd. field citation dua, notis arahan dua, kompaun seratus sembilan puluh sembilan, begitu juga dengan premis Rubberex Alliance Sdn. Berhad. Notis arahan empat dan juga kompaun 13. Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selinsing tentang konflik kehidupan liar yang kebetulan selama saya mempengerusikan …

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selama, Bercham.

berkaitan dengan kehidupan konflik kehidpuan liar, saya kalau dapat masa lebih insyaAllah

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Tadi YB ada sebut kawasan saya boleh saya tahu kawasan boleh

Saya nak cuba jawab semua soalan hari ini antara yang paling banyak yang dapat soalan pada kali ini. Nanti Pasir Pinji marah saya tak jawab soalan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Sekejap saja bagi bagi …

Timbalan Speaker

Ok seringkas mungkin.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok ok terima kasih YB EXCO. Hari ini kita baru jumpa. Tentang isu alam sekitar dekat Bercham asap yang keluarkan oleh kilang Rubberex, setahu saya kilang ini mendapat keuntungan yang lumayan akibat pandemik serata dunia ini sebab sarung tangan ini mendapat sambutan yang baik. Jadi, prosesan 24 jam ni kalau walaupun mereka terima amaran ke terima kompaun ke bagi mereka kompaun tu macam ikan bilis sahaja. Mereka boleh jelaskan dengan senang. Jadi apakah pihak Kerajaan Negeri adakah Exco boleh datang bersama saya untuk buat lawatan mengejut ke ataupun secara temujanji ke agar mereka berikan komitmen mereka agar penduduk-penduduk mereka ini tidak dibelenggu masalah sebab setiap malam termasuk media yang duduk di sana setiap malam mereka WhatsApp kepada saya, YB adakah kamu bekerja? Saya bekerja tetapi saya pun harap EXCO pun bekerja sekali lah okey terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bercham. Saya selalu turun berkaitan dengan Alam Sekitar dengan Teja dengan Yang Berhormat, bekas bos saya dulu, Yang Berhormat bekas Menteri Besar, Sungai Rapat lama kita tak bersidang dan juga beberapa Yang Berhormat yang lain kita turun untuk menangani isu alam sekitar ini. Sebab itu, ketika saya bermesyuarat dengan sebagai Pengerusi, Jawatankuasa Tindakan Tetap Alam Sekitar, kita dah bersetuju untuk membawa kepada peringkat MMK untuk menjadikan satu polisi dasar kerajaan iaitu semua permohonan baru untuk penggunaan bahan api adalah dicadangkan untuk diwajibkan untuk menukar daripada penggunaan bahan api jenis pepejal kepada penggunaan gas sepenuhnya.

Jadi masalah pada kilang itu dan insyaAllah nanti saya bersetuju untuk turun bersama dengan YB Bercham. Masalah pada kilang itu ialah kilang itu wujud lebih awal daripada perumahan yang ada di situ dan perumahan yang ada di situ berhampiran dengan kilang yang mana berada dalam Zon Industri dan jaraknya lebih kurang tak sampai 100 meter yang sepatutnya Zon Penampan ialah 500 meter. Jadi macam mana kita nak buat, nak tak nak kita minta supaya dia naiktarafkan untuk supaya lebih dapat kawal asap itu dan insyaAllah kita janji akan turun sekali apatah lagi kita mencadangkan kepadanya supaya ditukar kepada gas asli. Itu adalah lebih baik jika dapat dilakukan bergantung kepada kesesuaian tempat itu. InsyaAllah YB Bercham, kita akan turun bersamalah sebentar ataupun mungkin selepas daripada ini. Baik, boleh ya.

Seterusnya berkaitan dengan yang dibangkitkan Yang Berhormat Selinsing. Olewh itu untuk makluman Yang Berhormat, anggota Perhilitan di seluruh Negeri Perak ialah seramai 76 orang yang mana Pejabat Perhilitan Negeri Perak ialah seramai 21 orang, Daerah Kinta 5 orang, Daerah Selama 6 orang, Daerah Tapah 6 orang, Daerah Sungai Siput 6 orang, Daerah Gerik 10 orang, Daerah Teluk Intan 6 orang, Daerah Perak Tengah 6 orang dan seterusnya Pusat Konservasi Burung Laut Kuala Gula 4 orang, Daerah Sungkai, di pusat itu 5 orang dan juga di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota 1 orang. Jadi di mana Jabatan Perhilitan Negeri Perak bersama agensi-agensi lain berkerjasama dalam Operasi Basmi Musuh Tanaman seperti kera dan juga babi hutan yang selalu merungsingkan pekebun-pekebun selaras dengan saranan Baginda Nabi Muhammad SAW. Setengah pihak mungkin berpendapat bahawa melaksanakan operasi seperti ini, Operasi Basmi Musuh Tanaman dapat mengurangkan gangguan secara drastik.

Yang sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, dulunya ada pihak Polis memberi lesen kepada pemburu-pemburu untuk menembak babi hutan. Dulu. Tapi sekarang ini tidak lagi dan jumlah pemburu babi yang berlesen ini ataupun khinzir di Negeri Perak seramai 79 orang dan dulu juga pasukan RELA diberi senjata api dan turut terlibat sama dalam operasi dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Perhilitan untuk membasmi ataupun membunuh/memburu musuh tanaman ini. Tetapi sekarang ini hanya Jabatan Perhilitan sahaja yang boleh menghapuskan ataupun diberi senjata api untuk menembak babi itu sahaja. Jadi untuk mengatasi masalah ini pihak kami, pihak Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan semua pihak ADUN dan pihak Pusat Khidmat untuk Pusat Khidmat menyumbang perangkap kera ataupun babi ataupun khinzir dan setakat ini kerjasama daripada Pusat Khidmat, beberapa Pusat Khidmat kita melihat ada menunjukkan kejayaan. Antaranya terima kasih kepada ADUN Lintang, kepada ADUN Pasir Panjang. ADUN Lintang yang menyumbang 5 unit perangkap, ADUN Pasir Panjang yang menyumbang 2 unit perangkap, ADUN Pantai Remis yang menyumbang 3 unit perangkap, ADUN Ayer Kuning 1 unit dan juga ADUN Tualang Sekah 3 unit dan Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu membasmi ataupun membantu masyarakat di situ daripada diganggu oleh khinzir dan juga kera itu sendiri. Yang seterusnya…

Mohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua

Selama. Chederoh. Belakang.

Terima kasih kepada Yang Dipertua dan juga EXCO. Berhubung dengan musuh tanaman seperti yang dikatakan tadi. Berhubung dengan perangkap ini, sebenarnya di Chenderoh pun pada. Ada 5 dah buat tapi malangnya apabila sehari saja masuk, hari yang kedua dia dah tak ada dah. Bukan tak ada, dia orang panggil di kampung panggil cuak dah. Dia masuk saja, sekali saja. Lepas tu kita tak pindah, dah ambil oleh Perhilitan tu kera-kera tersebut tapi masih lagi selepas itu dia tak masuk dah. Ini menunjukkan suatu yang kera ni tadi educated sikit lah dalam hal-hal ini tapi saya mencadangkan supaya, ini amat penting kerana RELA ni dulu masa sebelum kita ada apa kita memerlukan pembasmi bersama dengan RELA tapi malangnya RELA sekarang ni dia punya senapang telah ditarik balik. Saya ingat ini kena ambil perhatianlah kepada agensi ini supaya kita ketengahkan balik semula supaya kita dapat menghapus musuh tanaman yang seperti kera dan juga tupai yang masih banyak lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Tuan Yang Dipertua, Selinsing ingin respon terus sekali kerana ada petik nama Selinsing tadi. Tentang isu ini saya tak dengar lagi la tentang jumlah anggota Perhilitan yang ingin ditambah. Saya mencadangkan agar jumlah itu ditambah kerana kita dapati permasalahan ini merangkumi hampir semua DUN di Negeri Perak. Jadi sebab itu, saya ingin mendapat satu jawapan adakah pertambahan itu boleh dilakukan. Yang kedua, mengenai RELA ni yang saya dapat maklumat perkhidmatan RELA ini ditarik balik kerana ada satu kes yang melibatkan kehilangan senjata. Jadi yang melibatkan kehilangan itu tentulah ada SOP-SOP RELA yang tidak dipatuhi. Oleh sebab itu, RELA mesti memastikan SOP itu diikut. Jadi saya mencadangkan jangan aniaya perkhidmatan yang diberi oleh ramai anggota RELA kepada pembasmi ataupun membasmi binatang-binatang ini. Jadi sebab itu, saya mencadangkan agar pihak KDN memberi tafsiran ataupun pendekatan baru untuk memastikan perkhidmatan RELA iaitu dari aspek senapang ini dapat diberi kepada masyarakat semula. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Tebing Tinggi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih. Saya harap kalau dapat pihak Exco dan Kerajaan Negeri umumnya melihat peruntukan yang diberikan untuk apa masalah ini oleh kerana pengalaman saya dalam dua tahun ini, tidak jarang dan pihak Pusat Khidmat DUN terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk menangani masalah berkenaan dan ini satu perkara yang memang berbahaya. Jadi kalau kita adukan ke jabatan dan jabatan mengatakan keupayaan dana mereka terhad, ini satu perkara yang serius lah bagi saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok saya minta Selama untuk menjawab kerana dah banyak responds.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Timbalan Speaker, Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa yang tidak…Selama, saya bagi 5 minit saja.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Timbalan Speaker…

Timbalan Yang di-Pertua

Selama…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Bukan. Timbalan Speaker, saya cuma nak minta dekat sini sebab saya tengok tadi, YB Exco bermula pada jam 12:09. Sekarang kalau nak ikut jam di sini dah 12:29 maknanya dah 20 minit Tuan Exco menjawab tentang berkaitan dengan kesihatan alam sekitar dan lain-lain. Saya memahami kepentingan dan keperluan kita untuk berbincang itu. Tapi saya rasa kepentingan yang lebih terdesak pada masa ini adalah kita membincangkan isu kesihatan rakyat Negeri Perak. Membincangkan isu pandemik covid dan kesediaan-kesediaan Exco Kesihatan menangani isu ini. Terima kasih dan nombor dua, saya harap Timbalan Speaker boleh memberi peruntukan masa lebih sekurang-kurangnya 20 minit untuk kita membincangkan isu-isu ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Jalong. Saya persilakan….

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Pinji menyokong. Pinji menyokong.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan. Alam sekitar, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar. Saya lead sepenuhnya. Begitu juga dengan Perhilitan. Fungsi untuk menangani konflik hidupan liar, saya lead sepenuhnya. Cuma berkaitan dengan Covid ini, ia dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan dibantu juga oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Begitulah strukturnya di seluruh negeri-negeri yang lain pun begitu. Jadi perlulah untuk saya menjawab ini terlebih dahulu. Kemudian yang seterusnya berkaitan….

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Caning mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua

Selama, ada lima..

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya nak tanya nak jawab tak isu kesihatan?

Timbalan Yang di-Pertua

Selama benarkan yang mana?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Bermaksud tentang covid, tentang vaksin semua tak jawab…

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Mana boleh…

Dewan Riuh (gangguan)

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Berkaitan dengan Keranji ada menyimpulkan tentang Hospital Kampar. Projek Hospital Kampar telah diumumkan dalam Belanjawan 2020. Namun tiada kelulusan peruntukan diluluskan dalam senarai projek RP1 RMK12. Ini kerana tapak asal bagi bangunan Hospital Kampar baharu merupakan kawasan berpaya, bekas lombong dan juga tidak sesuai untuk dibangunkan. Pihak Kementerian bersama dengan Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang dalam tindakan untuk mengenal pasti tapak baru untuk diganti. Berkaitan dengan apa yang telah dibangkitkan oleh ADUN Keranji. Status tanah di Kampung Changkat Baru sehingga kini masih dalam kajian dan penelitian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Pohon celah pohon celah

Yang Berhormat Yang Berhormat, pohon laluan. Tak dengar ke ini. Tak dengar ke tak nak dengar ini.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Selama.

(Gangguan)

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Yang Berhormat semua, sekejap.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Mengapa Exco Kesihatan tidak boleh jawap semua soalan-soalan vaksin?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat nanti dulu. Yang Berhormat Exco ada yang nak mencelah tanya. Ada bagi jalan ke tidak.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Perintah Tetap. Tuan Speaker, ini bukan bagi jalan ke tidak bagi jalan. Ini mesti dengar. 36(3a) Seorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas penerangan ke atas isi kandungan ucapannya. Tadi saya ada bangkit bahawa tanah di Changkat Baru Hospital Kampar masih dalam proses. Tetapi itu tidak benar sama sekali kerana sebelum dan pentadbiran yang lama semasa Kerajaan Pakatan Harapan. Tanah tersebut telah pun diluluskan. Boleh cek balik rekod. Okey sila cek balik dan sekarang kita nak tahu apakah status tanahnya? Kalau itupun sudah diluluskan, adakah ia telah dihantar kepada KKM untuk diluluskan? Jadi itu kita kena tahu. Tadi Exco sudah diri sana 20 minit, semalam Covid kematian 280. Setiap 5 minit satu rakyat Malaysia yang mati. Dari tadi Exco sudah diri 20 minit, so empat rakyat Malaysia mati. Jadi itu bukan, bukan nak main politik apa. Ini soal hidup mati. Soal nyawa. Bukan saya cakap, bukan kami nak cakap, yang semua yang pun

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat, I think your point has been heard, kita bagi peluang kepada Yang Berhormat Exco untuk apa, untuk jawab, untuk komen.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Mohon laluan.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Kepayang, saya nak tanya Yang Berhormat Kota Tampan adakah KPI selama Covid dikecualikan? Apakah itu Exco Kesihatan? Apakah KPI Exco Kesihatan? Sudah lapan bulan telah dilantik. Adakah Covid dikecualikan?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat saya faham banyak soalan-soalan yang nak dikemukakan kepada Exco Kesihatan. Tetapi kita pun kena berlaku adil juga kepada Exco. Biar dia jawab satu-satu bagi dia masa. Okey.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Masalah saya adalah saya ada ramai kawan doktor-doktor, pakar-pakar yang kerja di Hospital-hospital Kerajaan. Tapi adalah menyedihkan dan menyesali. Mereka tak kenal Exco Kesihatan. Bila saya bincang dengan mereka, mereka tanya nama Exco Kesihatan siapa. Lepas lapan bulan.

Yang di-Pertua

Ok YB faham, takpe. Yang Berhormat Exco silakan.

Untuk makluman YB, bagi status tanah di Kampung Changkat Baru, 12 peserta telah dikeluarkan hak milik, manakala 13 peserta telah menjelaskan pembayaran bagi Notis 5A. Yang seterusnya, berkaitan dengan kelengkapan hospital di ICU. Kadar penggunaan katil ICU di hospital KKM di negeri Perak adalah meningkat terutamanya pada masa kini semasa Pandemik Covid-19. Kadar penggunaan keseluruhan katil ICU bagi negeri Perak. Bagi minggu Epidemologi 32 dan 33 adalah antara 90 hingga 100%. Pihak Jabatan Kesihatan negeri Perak sentiasa bersiap-siaga dengan katil-katil ICU bagi merawat pesakit kritikal Covid-19. Hospital KKM di negeri Perak telah menyediakan sebanyak 118 buah katil ICU bagi merawat pesakit-pesakit kritikal. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM485,950.00 bagi kerja-kerja naiktaraf wad ICU. Pihak JKM Perak juga telah mengenalpasti 2,780 bilangan katil di keseluruhan hospital yang tidak memiliki centralize oxygen terminal oulet dengan izin. Bagaimanapun JKM telah menyediakan pembekalan gas silinder bagi setiap katil untuk menampung sebarang kemungkinan peningkatan kes kritikal Covid-19 kategori tiga dan juga empat yang berlaku di hospital-hospital sekitar negeri Perak.

Selain itu hospital-hospital di negeri Perak mempunyai pelbagai saiz silinder tangki oksigen. Sehingga kini bilangan tangki oksigen di hospital negeri Perak adalah mencukupi bagi kegunaan pesakit-pesakit sekira terdapat peningkatan keperluan tangki oksigen. Tindakan yang akan diambil adalah membuat perolehan tangki oksigen bagi memenuhi keperluan perawatan pesakit. Organisasi tangki oksigen dalam dan luar negeri Perak di mana Kerajaan Negeri menyumbang …..

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Manjoi minta laluan

sebanyak RM2.7 juta kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan sebahagiannya adalah untuk menampung keperluan di ICU.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada. Dia tak bagi laluan sila duduk.

ada banyak lagi (Gangguan)

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Dengan peningkatan keperluan ICU bed, apa yang telah dibuat oleh Exco Kesihatan? Ya setakat ini. Tapi sekarang kenapa berbanding apabila kita nampak 138%

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Kita tak nak tahu apa yang berlaku di Labuan. Kita nak tahu apa yang berlaku di Perak.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Pada ketika itu 138% kapasiti ICU. Waktu itu harian punya kes dua ratus lebih. Sekarang harian kes sudah mencecah 1,200, 1,300. Adakah kita menjangkakan, saya tidak tahu saya bukan Exco Kesihatan. Adakah kita bersiap-siaga dan bersedia apabila kes ICU meningkat. Adakah kita bersedia? Jawapan dan bukan saja adakah kita bersedia? Apakah yang telah pihak Exco dan Kerajaan Negeri telah bertindak. Apakah tindakan? Apa yang telah disediakan?

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Pinji bagi peluang pada Exco Kesihatan jawap.

Peralatan ICu dan juga katil ICU cukup.

Yang di-Pertua

Pasir Pinji duduk.

Walaupun ruangan bilik ICU yang dimaksudkan 118 katil itu yang berada di dalam bilik ICU.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Perintah Tetap.

Yang di-Pertua

Ok, Simpang Pulai.

Dia nak saya jawap, tapi?

Yang di-Pertua

Sekejap, Perintah Tetap.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Perintah Tetap 35(6). Seorang. Saya tak nak gunakan Perintah Tetap ini tapi saya terpaksa. Seorang ahli tidak boleh membaca ucapannya tetapi boleh dibaca cabutan daripada buku ataupun surat dan menyokong. Dia tak boleh nak baca text. Dia tak nak dengar apa hujah kita. Sebenarnya kita nak bagi ruang untuk menjawab tapi tadi Exco kata pasal Covid dia tak nak jawab. Itu sebab kita rasa tak puas hati nak mendengar penjelasan daripada beliau. Dia tak boleh hanya baca teks saja untuk menjawab. Saya nak tanya soalan kepada Exco, adakah Exco tadi apa yang jawab oleh Exco tadi, ICU.

Yang di-Pertua

Ok YB Simpang Pulai, YB Simpang Pulai, ok.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Berapa ICU, berapa hospital yang pernah turun, berapa ICU yang pernah pergi? Tahukah sekarang talian kecemasan, hotline, CAC, hospital, semua tak ada orang jawab.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Apakah kapasiti CAC sekarang? Berapa orang yang tengah menghuni CAC? Apakah nisbah antara patient antara CAC berbanding dengan ICU? Apakah nisbah antara nisbah ......

(Gangguan).

Yang di-Pertua

Kejap-kejap, biar saya cakap dahulu. Yang Berhormat semua sila duduk. Simpang Pulai, Simpang Pulai duduk. Biar Speaker cakap. Saya faham bahawa topik ini bukan saja topik ini topik yang sekarang ini dekat di hati rakyat dan juga dekat di hati Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Tetapi ianya satu topik yang sangat penting, tetapi kita juga, kalau kita semua bercakap pada waktu yang sama, macam mana kita nak dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Exco. Jadi sorang-sorang cakap, sorang-sorang cakap. Saya pun tengok masa dah lebih sebenarnya. Tetapi kita memahami bahawa topik ini satu topik yang mesti, apa kata, yang hendak di banyak perkara yang hendak diutarakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat semua. Kalau kita lihat daripada perbahasan dalam dua tiga hari yang lepas pun, kita tengok banyak perkara yang dibangkitkan. Tetapi kita tenanglah, kita sorang-sorang bercakap ya. Saya percaya YB Exco ini ada jawapan. Kalau dia tak dapat jawab dalam, kalau tak dapat menyampaikan jawapannya itu mungkin setengah-setengah tu a bit technical, dia boleh sampaikan selepas ini secara melalui bertulis kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain. Ok, sorang-sorang... ada

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Saya hanya minta kalau boleh Yang Berhormat Selama betul-betul turun padang ke Hospital Kerajaan sini. Kalau boleh beri tahu sudah berapa kali dia pergi sana? Apa yang disebutkan tadi adalah tidak benar. Katil ICU adalah tidak mencukupi. Hospital Raja Permaisuri Bainun terpaksa buka wad-wad baharu. Saya sendiri pun ada sumbang oksigen.

Yang di-Pertua

Ok Yang Berhormat, saya faham. Yang Berhormat pun baru habis daripada apa kata, dan kita menghargai pandangan daripada Yang Berhormat. Memang dalam dua tiga hari yang lepas pun banyak pandangan-pandangan yang berkaitan dengan apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat sedemikian. Tapi kita bagi peluang kepada YB Exco ini. Saya minta yang lain duduk dulu, kita dengar lagi jawapan daripada Yang Berhormat dan Yang Berhormat kita tinggal lagi lima minit. Saya tahu banyak jawapan-jawapan yang diperlukan yang dituntut daripada pihak kerajaan berkaitan dengan hal ini, tapi kita ada masa yang kita nak ni, dah kalau tak boleh nak dijawab dalam dewan ini pada ketika sesi ni, boleh juga dijawab secara bertulis kepada, yang penting kita dapat jawapan dan kita boleh sampaikan kepada elect..... kita, kepada rakyat nanti.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Covid tak boleh tunggu, virus tidak boleh tengok jam.

Yang di-Pertua

Ya saya faham

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Tak boleh baca jawapan bertulis.

Yang di-Pertua

Saya faham, saya faham. Silakan Yang Berhormat Exco, please.

Ada berapa minit lagi? Lima minit.

Yang di-Pertua

Tak apa, saya bagi masa tambahan lima minit lagi.

Baik, seterusnya, langkah-langkah yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat. Langkah-langkah yang boleh diambil dalam negeri Perak yang boleh memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara adalah seperti berikut:

Pelan tindakan menghadapi pandemik Covid-19 melalui pendekatan Whole Government Approach dan juga Whole Society Approach dengan izin oleh setiap individu, keluarga, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, pihak korporat dan semua agensi kerajaan di semua sektor kerana implikasi bencana Covid-19 meliputi semua sektor kehidupan rakyat Malaysia.

Bagi Jabatan Kesihatan Negeri, pelan tindakan menangani Covid19 adalah tertakluk kepada polisi dan garis panduan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia yang dinamik mengikut situasi Pandemik Covid 19 di negara ini. Langkah pertama adalah pelaksanaan aktiviti Pengesanan kes Covid 19 di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta iaitu melalui dua kaedah. Yang pertama, kaedah pendekatan pengesanan pasif apabila pesakit bergejala datang ke klinik kesihatan jabatan pesakit luar hospital dan juga jabatan kecemasan hospital. Pendekatan yang kedua, pendapatan melalui pengesanan kes secara aktif di kawasan wabak Covid-19 atau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Dipeketatkan (PKPD)

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Canning mohon mencelah. Canning mohon laluan.

Saya tak beri laluan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Mohon laluan

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Canning mohon laluan.

Saya tak bagi laluan. Langkah kedua ....

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Yang Berhormat Exco boleh saya tanya. Soalan mudah sahaja, jangan baca teks, ini bukan kuliah untuk taklimat. Itu balik ke bilik.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat dia tak bagi laluan, Exco tak bagi laluan, this is his floor.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Jika tak bagi laluan tak payah terima gaji, senang saja. Kamu dibayar oleh rakyat untuk bertanggungjawab sebagai Exco Kesihatan bukan di sini untuk baca teks. Saya nak tanya sekarang setiap hari ini di Negeri Perak hampir ini dah kes kematian lebih kurang 500 orang. Kes jumlah jangkitan 65 ribu orang. Saya nak tanya Exco apakah yang akan dilakukan oleh Exco untuk selamatkan nyawa Negeri Perak. Ini soalan pertama.

Kedua sekarang ini hospital. Pihak kami terpaksa mengumpul dana kerana bekalan oksigen tak cukup. YB Kepayang sendiri derma beberapa mesin untuk bekalan oksigen. Kami ini kumpul hampir berikan kepada pihak hospital. Apakah langkah yang akan dilakukan oleh exco kerajaan untuk pastikan hospital kerajaan tidak kekurangan bekalan perubatan dan bekalan oksigen. Ini adalah tugas hakiki bukan lari dari tanggungjawab baca teks, baca teks ABC saya pun tahu baca, mengapa nak jadi Exco.

Yang di-Pertua

Ok, ok baik Yang Berhormat. Sekarang ini Exco, sila.

Saya telah jawab soalan daripada Aulong tadi, saya telah jawab. Kerajaan Negeri telah .....

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Canning mohon laluan.

Yang di-Pertua

Canning nanti dulu.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Tak, Yang Berhormat tadi tidak jawab soalan saya pun. Dalam ucapan saya pun ada, tak perlu cari 118 ICU bed. Saya belum dapat jawapan saya lagi.

Yang di-Pertua

Silakan YB Exco.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.7 juta untuk membantu Jabatan Kesihatan Negeri.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

YB Exco nak tanya, Exco Kesihatan mengetahui bahawa Pusat Pemberian Vaksinasi di Perak hanya memberi kurang daripada 200 dos suntikan pertama vaksinasi pada 23 Ogos, tahu tak? Exco Kesihatan sila jawab.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Kenapa sehari 200 dos, first dose sahaja di Stadium Indera Mulia pada tarikh tersebut. Kenapa?

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

23 Ogos

Yang di-Pertua

Ok YB, itu soalan spesifik. Ok, bagi YB Exco jawab.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.7 juta untuk membantu Jabatan Kesihatan dalam menguruskan vaksin Covid-19, separuh daripada itu

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Itu kita tahu itu adalah maklumat umum, kita nak tahu secara dasar.

Yang di-Pertua

YB Pinji, bagi la dia jawab dulu. Bagi dia jawab, jangan celah dulu.

Dan telah dibuat perolehan kepada Kerajaan Persekutuan. 400 ribu lebih untuk membantu kelengkapan ICU itu sendiri. Jadi, itulah yang saya sebutkan tadi dan telah dia jawab pun, jadi sebab tu sekarang ni saya nak jawab banyak lagi soalan yang telah timbulkan oleh Ahli-ahli Dewan. Jadi saya tak mahu ambil masa yang banyak untuk itu sahaja. Kemudian seterusnya

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Dah belanja 400 ribu ke juta ke, hanya setakat 118 itu tidak menjawab soalan. Adakah kita bersiap siaga kalau nanti kes melambungkan ke 180, 200 adakah kita bersiap siaga dan apa tindakan yang telah dibuat untuk pastikan kita bersiap siaga? Ada 118 tak kisahlah dah belanja 3 juta ke 300 juta, kalau tak ada, tu tak ada!

Ya kita siap sedia dengan 2780 katil yang kita telah siap sedia dan kita sediakan cylinder bagi setiap katil.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

ok, katil ICU sekarang ada 270 ya, adakah itu jawapan Exco?

Cylinder bagi setiap katil di luar daripada bilik ICU.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Pada ketika ini, ada 270, so maksudnya tidak akan wujud kapasiti 130, 180 betul?

Pada ketika ini kita ada 2780, 2780 katil.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Adakah kita bersedia sekiranya ada 200 casses yang perlukan ICU sekarang?

InshaAllah kita bersedia.

Yang di-Pertua

YB-YB, Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Saya nak tahu, adakah kita bersedia sekarang.

Yang di-Pertua

Pinji sudah, YB Exco sudah jawab. Ok YB Exco gulungkan. Saya rasa masa pun dah dekat dah.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Saya minta satu lagi. Saya tanya sembilan soalan, satu pun tak jawab.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dato' Speaker, saya untuk YB-YB dekat sini. Kita sanggup dekat sini sampai pukul 12.00. Tak ada masalah dengan masa. Masalahnya Dato’ Speaker, sekarang masalahnya YB Exco dia menggunakan MB sebagai perisai atas kelemahan dirinya sendiri itu yang saya tak boleh tengok. Yang saya kadang-kadang jumpa YB-YB di luar belah sana yang tak boleh tengok, yang ditumpangkan saya untuk tanya YB Exco apa you buat. Sebab mereka dibelah sana tak boleh berdiri. Mereka di belah sana dia tak boleh nak tegur YB sendiri. Jadi kita di sini terpaksa menanyakan kepada YB Exco apa yang beliau buat. Tetapi beliau tidak menunjukkan kepada kita apakah program YB tu, apakah tindakan-tindakan jangka panjang. Macam kita tengok semalam, semalam sahaja, Perak kita berapa? Tahap vaksin kita tak sampai setengah.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Speaker, speaker...

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kita di sini dapat vaksin ok, fikirkan anak cucu kita. Kita cakap dengan yang masuk ICU, cubalah kita selesaikan supaya mereka jangan sampai ke ICU. Itu yang kita hendak cakap.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Simpang Pulai mohon.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Jadi Dato' Speaker, mohon bagi masa kurang-kurang tambah setengah jam ke satu jam, saya rasa kita sampai pukul 12 kita boleh duduk kat sini.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Saya minta laluan, saya minta laluan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Saya tanyakan 9 soalan kepada Yang Berhormat Exco tentang portfolio dia. Dia kata ada sebahagiannya jatuh bawah kepada tanggungjawab Yang Amat Berhormat Menteri Besar, vaksinnya dan Covid dan sebagainya. Baik, itu nanti MB akan jawab, saya bagi laluan kepada you bagi pada MB sebab MB hendak protect you, tak apa tapi kerja hakiki anda ada banyak lagi. Pastikan fasiliti kesihatan cukup. Apakah trend kanak-kanak yang menjangkiti Covid itu meningkat atau tidak? Apakah kesiapsagaan di peringkat lapangan? Tadi saya tengok gaya Exco menjawab, saya boleh jangka jelas beliau tak berapa 100% not 100% yakin apa yang berlaku di bawah itu bersedia.

Yang di-Pertua

Tak apelah, tak apa YB tak apalah...

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Selepas itu saya hendak beritahu apa yang berlaku di bawah hakikatnya...

Yang di-Pertua

YB.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Hotline tak ada orang hendak jawab, setiap hari berapa orang jangkit closed contact setiap hari berapa orang, 1000 lebih, 1000 lebih closed contact...

Yang di-Pertua

YB saya rasa the massage is clear, dah dapat dah. Yang Berhormat Exco pun sudah dapat masej yang demikian phak kerajaan pun dah dapat. Jadi kita bagi peluang untuk jawab.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Dia tak jawab.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Sini ada satu kes yang disahkan positif tapi tak dapat CPRC respond.

Yang di-Pertua

Itu jawapan dia.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

9 question, 9 soalan.

Yang di-Pertua

Kalau kita terus macam ini, dia soalan-soalan yang sama tu kalau kita hendakkan jawapan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Lain, saya tanya lain.

Yang di-Pertua

YB biar saya bercakap, biar saya bercakap. Saya tahu biar saya bercakap semua duduk. Please, kalau kadang-kadang bila kita tanyakan soalan kita mahukan jawapan yang tepat dan seperti yang memenuhi selera kita. Kadang-kadang kita tak dapat, tapi jawapan telah diberikan saya pun percaya YB Exco ada jawapan-jawapan dia semua. Kadang-kadang, jawapan-jawapan itu tidak memenuhi selera kita tapi itulah jawapan dia. Itu yang pertama, yang keduanya dalam masa yang terbatas ini kadang-kadang semua jawapan dapat diberikan. Saya percaya YB Exco dan juga pihak kerajaan akan dapat memberikan jawapannya terus kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain selepas ini. Okey, jadi kita bagi masa sikit sabar-sabar, saya tak habis lagi. Saya dah bagi banyak masa dah, Dewan telah berikan banyak masa kepada Yang Berhormat Exco yang berkenaan untuk menjawab banyak-banyak penggulungan. Saya tahu ini soalan favourite, sebab itu kita bagi selalunya 20 minit sahaja untuk penggulungan bagi tiap-tiap Exco. Tapi yang ini kita nak bagi lebih daripada ini. Saya rasa lebih 40 minit dah pun ini, dah double daripadanya. Betul ye seisi Dewan. Lebih daripada 40 minit dah, itu pun tapi kita faham.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Speaker.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Speaker.

Yang di-Pertua

Tak apa kita bagi lagi tambahan 5 minit untuk Yang Berhormat.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

5 minit memang tak cukup, sebab ini sekarang isu ini bukan pasal berapa jam, berapa panjang masa diberi. Hal ini pentingnya...

Dato' Speaker.

Yang di-Pertua

Ok sekejap, bagi saya dengar daripada Yang Berhormat daripada Kenering.

Dato' Speaker saya pohon untuk mencelah di sini untuk memperingatkan Ahli Dewan sekalian. Isu Covid-19 ini saya nampak lebih serangan atas tubuh badan Exco Kesihatan itu sendiri. Sorry saya cakap, isu ini isu national semua kita tahu. Saya ada cadangkan di sini, kalau nak sampai Jalong kata pukul 12 nak bincang part ini tengah malam, tak payahlah sebab kita dah tahu apa jawapan yang tidak puas hati di pihak sebelah sana. Kalau pun termasuk juga pihak kita. Apa yang saya syorkan di sini, kalau ada kelemahan kita minta, memang terdapat kelemahan. Kita minta selepas ini Selama perbaiki untuk prestasi yang akan datang. Kalau hendak diungkit-ungkitkan sebelum ini sampai bila kita hendak habis sidang pada hari ini.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Saya rasa kalau macam itulah...

Kalau ditambah masa 3 jam lagi tidak akan puas hati sebab saya tengok serangan pada hari ini bertalu-talu seperti peluru di PBB apabila disahkan perang, terima kasih.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

YB Exco yang menjawat jawatan ini bukan satu hari, dua hari tahu? 8 bulan sudah.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Sebab dia tidak boleh jawab...

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Apakah peranan Exco sebenarnya. Adakah Selama...

Yang di-Pertua

Semua duduk, semua duduk. Tak apa, tak apa.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Tak payah susahkan kawan-kawan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Dato' Speaker.

Yang di-Pertua

Okey sila Yang Berhormat.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Mengapa positif Covid-19, mengapa KKM juga tidak bagi mereka memakai itu gelang kuarantin dan juga dia menerima temujanji dari JKJV.

Yang di-Pertua

Isu Covid19 ini tidak akan selesai. Disini sahaja, ia akan berterusan dan jawapan akan diberikan oleh pihak kerajaan. Tak apa...

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Dato' Speaker boleh minta izin sedikit.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Dato' Speaker saya cuma hendak tanya apa yang menghalang Exco Kesihatan daripada turun padang, menjawab panggilan telefon, tengok keperluan itu saja yang kita hendak tahu. Apa masalah?

Yang di-Pertua

Ok Manjoi. Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Okey sila Yang Berhormat Aulong.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, daripada sejak pagi ini kita lihat dimana Exco dia memang kurang bersedia untuk menjawab. Apa susahnya jika tak dapat jawab, tak dapat jalankan tugas dengan baik bolehlah mohon maaf. Terkhilaf dari segi tersebut supaya dapat perbaiki pada masa yang akan datang. Tapi sikap dia bukan seolah-olah semuanya under control, semuanya baik tapi yang mati tu rakyat. Saya tanya satu soalan, spesifiklah ikutkan benchmark World Health Organization (WHO). Sekiranya ada satu kes terjadi, sepatutnya buat 30 ujian saringan tapi negeri Perak ini semasa kita adakan Dewan pada kelmarin kita ada kes 1170 kes sepatutnya ujian saringan 1 to 30 adalah 30,000 saringan tapi di Perak hanya dijalankan 8000 kes sahaja. 8000 ujian saringan jauh tidak memadai benchmark ataupun piawaian Bangsa Bangsa Bersatu, tidak dapat jawab mohon maaflah, itu sahaja.

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat I thing this massage has been received, ok Yang Berhormat dengan izin. Yang Berhormat Exco saya bagi masa untuk penggulungan. Dipersilakan Yang Berhormat.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, saya sedang menjawab soalan mereka ganggu tanya pelbagai soalan. Macam mana saya hendak jawab. Banyak lagi yang tidak saya sempat untuk hendak jawab soalan-soalan daripada semalam. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya gulung, buat akhirnya saya mengucapkan ribuan terima kasih dan terharulah kepada rakan-rakan lama saya di kalangan Adun di sebelah sana termasuk kepada bekas bos saya juga Manjoi yang telah memberi tanda ingatan khususlah kepada saya dalam sidang Dun kali ini. Beberapa Ahli Yang Berhormat memohon pencerahan tentang isu Exco Kesihatan yang dibangkitkan sepanjang sidang kali ini. YB Manjoi merasa terkejut kenapa MB bangun menjawab soalan berkaitan dengan Pendemik Covid-19, YB Simpang Pulai pula kecewa MB bangun menjawab soalan berkaitan Pandemik Covid-19 di Perak. Kenapa tidak Exco Kesihatan? Apa yang hendak terkejutnya? Memanglah MB yang mengetuai Jawatankuasa Kerja Keselamatan Khas, negeri khas iaitu Pengurusan Pendemik dibantu oleh Pengerusi CITF negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Tengok cara jawab dia...

Dan strukturnya memang setiap negeri begitu.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Tak perlu jadi Exco Kesihatan kalau tak berani jawab.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Lepaskan portfolio, kerja semua bagi MB

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Pusing-pusing guna MB sebagai perisai lagi. Exco lain kita semua tiada masalah, cuma Exco yang tak kerja sahaja kita ada masalah.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Ini tak pernah berlaku dalam sejarah negeri Perak, Exco Kesihatan tak berani jawab soalan kesihatan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Semua Exco Kesihatan tidak ada turun padang.

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat sila gulung, sila simpulkan Yang Berhormat.

Tidak perlu terkejutlah Ronaldo yang sumbat gol kenapa marah kepada penjaga gol yang tidak menjaringkan gol. Ketika di sidang media saya di sebelah MB, MB menjawab segala soalan. Kenapa hendak marah sebab saya tidak menjawab soalan. Saya hanya akan menjawab soalan ketika diminta oleh MB sahaja. Begitulah adab kita dalam organisasi. Kalau dalam sidang media MB tak ada bolehlah saya menjawab soalan. Inilah etika kita dalam organisasi duduk berbual di rumah senja, angin taufan bertiup kencang, kalau kapal dua nakhoda, alamat karam dipukul gelombang.

YB pernah menjadi Exco dahulu, sebelum sidang dun berlangsung ada perbincangan antara pegawai-pegawai khas dan juga pegawai di pejabat MB, Pegawai di pejabat MB sendiri yang minta bawa soalan berkaitan Pendemik Covid-19 dan vaksin dijawab oleh MB. Jikalau Pejabat MB, minta saya jawab soalan itu saya jawab. Dato' Yang Dipertua, WHO mengisytiharkan wabak Covid19 ini adalah Pendemik yang merebak di serata dunia dan juga dimerata tempat. Ia memerlukan kepada task force yang besar, pandemik ini bukan sahaja ditangani oleh jabatan kesihatan.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Sebab MB ada turun padang, you tak ada turun padang...

Yang melibatkan PDRM, tentera, RELA, bomba dan lain-lain agensi. Struktur organisasi CITF disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini pandemik bukannya endemik. Bukan juga epidemik macam wabak chikungunya. Wabak chikugunya bukan pandemik dan ianya boleh diurus di peringkat Exco Kesihatan sahaja.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Semua buat kerja. Hang sorang tak buat kerja je.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Masalahnya Dato' Speaker, di negara lain kalau Menteri, kalau Exco dikatakan tak buat kerja dan sebagainya, mereka berundur. Mereka letak jawatan. Mereka tak salahkan Perdana Menteri Negara mereka. Mereka tak salahkan Menteri Besar Negara mereka. Masalah...

Yang di-Pertua

Yang Berhormat ok, ok, ok.

Nak habis dah.

Yang di-Pertua

Bagi Exco jawab. Yang Berhormat bagi Exco jawab. Please.

Untuk mengiringi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, apa yang telah di planned lebih awal dan juga mendapat jemputan Insyallah saya akan sertai tapi banyak pergerakan MB di atur secara adhoc. Soal saya kena sabotaj...

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Sebagai Exco, Yang Berhormat sepatutnya aturkan MB turun. Bukan tunggu MB jemput untuk turun. Teman pernah jadi Exco. Teman tahu. Tahulah kerja.

Yang di-Pertua

YB Exco, jangan libatkan MB dalam ni.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Memanglah program MB adhoc. Hang yang kena aturkan.

Yang di-Pertua

Jangan libatkan MB di dalam teks ucapan ini. YB Exco ada tugasan sendiri. Jangan libatkan MB di dalam ni.

Soal saya nak sabotaj seperti yang dituduh tidak timbul sebenarnya malahan hubungan antara kami sangat akrab. Kami bekerja dalam satu pasukan. Sakitnya kami sakit bersama Sedihnya kami adalah sedih bersama. Kami dari kalangan Exco dan MB saling membantu antara satu sama lain. Marilah sama-sama kita Ahli-Ahli Yang Berhormat...

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mengapa MB turun ke PPV dan Exco you tak ada hadir?

Berganding bahu membantu antara satu sama lain bagi menjunjung titah Tuanku Sultan agar kita dapat mengamalkan politik aras tinggi di negeri yang kita cintai ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan yang saya lakukan selama ini. InsyaAllah akan di perbaiki daripada masa ke semasa. Moga Allah mudahkan segala urusan kita semua.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Exco sendiri tak kerja. nak suruh kita bersama-sama tanggung kesalahan anda. Apa ini?

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Negara kali yang ke-64. Sekian, Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Speaker ada permohonan sebab tadi Exco ya lah, Exco sudah landing. Sudah tamatkan sesi penggulungan beliau.

Yang di-Pertua

Tak payah Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Tadi beliau kata ada jawapan yang belum dijawab. Belum sempat jawab. Saya memohon speaker bagi arahan kepada Exco Kesihatan untuk menjawab secara bertulis kepada mereka yang tanyakan soalan sebab saya sudah tanya kan beberapa soalan. Saya tak dapat apa-apa pun semasa sesi penggulungan beliau.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Simpang Pulai. Saya percaya jawapan-jawapan yang tak dapat dijawab, tak dapat dijelaskan kerana kesuntukan masa itu seperti mana juga dengan ini akan disampaikan oleh pejabat Yang Berhormat Exco itu nanti kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat berkenaan.Ok, sekarang terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Selama. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk menggulung perbahasan 20 minit ya.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiaala wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri yang Ke-14. Terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat yang amat prihatin dan yang telah menyentuh isu berkaitan dengan portfolio saya iaitu Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna, Integrasi Nasional dan juga masyarakat Sivil.

Sebanyak dua isu berkaitan portfolio saya telah dibangkitkan sewaktu perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang bermula pada 25 hingga 27 Ogos tahun 2021. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat daripada kawasan Air Kuning dan Yang Berhormat daripada kawasan Manong yang berkaitan dengan kenaikan harga barangan harian seperti ikan bilis, ayam, sayur sawi serta barangan pembinaan.

Untuk makluman yang berhormat, kajian di semua peringkat berkaitan pembekalan ayam mendapati punca kenaikan harga ayam di pasaran adalah disebabkan peningkatan kos harga makanan ternakan. Kebanyakan makanan ternakan adalah diperbuat daripada soya dan jagung yang diimport daripada luar negara seperti Argentina dan juga Brazil di mana kenaikan kos makanan ini adalah kesan daripada peringkat luar negara lagi. Justeru, kenaikan kos pengangkutan yang tinggi dan tidak dapat mengimport dedak daripada luar negara bukanlah punca utama yang menyebabkan peningkatan harga ayam di pasaran. KPDNHEP telah melaksanakan penguatkuasaan OPS Rantai iaitu makanan ternakan ayam sejak 11 Ogos 2021. Susulan daripada kenaikan harga import ternakan ayam yang memberi kesan langsung ke atas harga ayam dan juga telur ayam. Di samping itu, pegawai pemantau harga ataupun PPH, melakukan pemantauan harga ayam di pasaran setiap hari sebagai pendekatan bagi memastikan pasaran sentiasa kompetitif.

Hasil pemantauan juga mendapati purata runcit bagi ayam bersih standard adalah stabil sejak 22 Ogos 2021 sehingga 23 Ogos 2021 iaitu pada harga RM7.51/sekilogram. Di bawah OPS Rantai 7.0, makanan ternakan ayam KPDNHEP turut mempergiatkan pemeriksaan di peringkat pengeluar, pengilang dan pengimport makanan ternakan ayam. Pendekatan yang telah diambil oleh pihak KPDNHEP di bawah harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan 2011 bertujuan untuk mendapatkan maklumat harga di samping memberi peringatan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Dato' Yang Dipertua, sehingga kini KPDNHEP telah mengeluarkan 46 notis Seksyen 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan 2011 kepada peniaga ayam. Peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tanpa mengambil, tanpa mematuhi Akta Perundangan Anti-pencatutan akan diambil tindakan tegas di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011. Sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 bagi perbadanan ataupun syarikat dan sehingga RM100,000.00 bagi individu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau pun kedua-duanya sekali. Pengguna juga disarankan menggunakan aplikasi price catcher untuk mendapatkan maklumat yang terkini serta perbandingan harga barangan keperluan termasuk ayam yang dijual di premis berhampiran tempat tinggal mereka bagi tujuan pembelian yang terancang.

Untuk makluman Yang Berhormat kawasan Manong, secara keseluruhan bekalan dan harga barang keperluan di seluruh Negeri Perak adalah terkawal. Walaupun masih terkawal KPDNHEP Negeri perak melalui 176 pegawai penguatkuasa dan dibantu oleh 79 orang pegawai pemantau harga KPDNHEP sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara harian di premis borong dan runcit bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi dan harga jualan barangan keperluan adalah munasabah. Sehingga 27 Ogos 2021 sebanyak 59,364 pemeriksaan telah dilakukan oleh pihak KPDNHEP di seluruh negeri Perak.

Dato' Yang Dipertua, bagi isu yang seterusnya pada tahun ini iaitu tahun 2021 merupakan tahun yang ke-64 kita mencapai kemerdekaan negara. Pada tahun ini tema Malaysia Prihatin masih dikekalkan. Sambutan kemerdekaan amat sederhana dan dalam suasana kegawatan ekonomi dan pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, suasana perpaduan kaum di negeri Perak adalah amat baik sekali dimana rakyat saling hormat-menghormati, bertoleransi dan bersatu padu untuk membangunkan negeri Perak dan bersama-sama dengan kepimpinan negeri bagi kita membendung wabak Covid-19. Kita amat berharap suasana seperti ini dapat dikekalkan dan dimantapkan lagi melalui pelbagai program-program yang menjurus kepada perpaduan kaum dan integrasi nasional. Perpaduan merupakan tonggak utama dalam merencanakan pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan. Rakyat Negeri Perak perlu bersatu padu bergerak seiring dengan pemimpin untuk kita bersama-sama keluar daripada kegawatan ekonomi dan pandemic Covid-19.

Dato’ Yang Dipertua, dalam suasana keadaan negara dan negeri kita menghadapi wabak Covid-19, Jabatan Perpaduan Negara, Negeri Perak turut ataupun telah berjaya melaksanakan program MOVAC ataupun Mobilisasi Vaksin Komuniti. Jadi program ini adalah bertujuan untuk menyokong hasrat kerajaan di mana kerajaan mensasarkan sehingga hujung tahun ini hampir 80% rakyat Malaysia mencapai vaksin ataupun imuniti berkelompok. Jadi program MOVAC ini telah dijalankan di seluruh Negeri Perak di mana 10 lokasi yang melibatkan lebih kurang 9 kawasan Dewan Undangan Negeri dan juga di beberapa daerah dan kita fokus kepada kawasan-kawasan di luar bandar dan juga di pinggir bandar. Antara DUN-DUN yang terlibat adalah DUN Bota, Manong, Kuala Kurau, Selinsing, Tualang Sekah dan sebagainya.

So, dalam Program MOVAC ini Kementerian Perpaduan Negara dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membekalkan 2 bas kepada Jabatan Perpaduan Negeri Perak untuk melaksanakan program tersebut dan kita telah berjaya mencapai lebih kurang 4000 orang penduduk-penduduk kawasan luar bandar yang telah mendapat vaksin yang kita fokus kepada golongan warga emas, OKU, Orang Asli, sakit yang terlantar dan sebagainya dan kita sangat kepada bekalan vaksin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebab itulah kita tidak dapat mencapai jumlah yang lebih tinggi untuk menerima vaksin. Jadi saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama semua pihak dalam melaksanakan Program MOVAC ini dan tahniah juga kepada Jabatan Perpaduan Negara dan juga Integrasi Nasional Negeri Perak termasuk juga kawasan-kawasan yang terlibat kepada Pusat Khidmat ADUN di seluruh Negeri Perak.

Dato' Yang Dipertua, akhir kata saya mengambil kesempatan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua para pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan baik di sepanjang tempoh pandemik ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua petugas barisan hadapan kita yang berkorban masa, tenaga dan mempertaruhkan nyawa mereka demi keselamatan kita semua. Semoga semangat mereka ini hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan saya juga mengambil kesempatan ini sempena sambutan hari kemerdekaan yang akan berlangsung pada esok 31 Ogos 2021. Sama-samalah kita menyemarakkan sambutan kemerdekaan pada kali ini dengan mengibarkan bendera di premis-premis kediaman masing-masing. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Warrahmatullah, terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Kuala Kurau. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk menggulung perbahasan.

Bismillahirrahmanirrahim. Allah Subhanahu Wataalla berfirman yang bermaksud dan sesungguhnya kami akan menguji kalian dengan sedikit rasa takut dan rasa lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikan khabar gembira untuk orang-orang yang bersabar iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan Innalillahiwainnailaihirojiun.

Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya hanya kepadaNya kami akan kembali. Mereka itulah golongan yang mendapat rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. Surah Al-Baqarah Ayat 155-157.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia dan Salam Perak Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan. Pertamanya, marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan izinNya jua dewan pada kali ini kembali bersidang. Selawat serta salam dipanjatkan ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu para anbia membawa rahmat ke seluruh alam. Ampun Tuanku patik merafak sembah dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah mencemar duli menyampaikan Titah Diraja dan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Ke-14 Perak Darul Ridzuan pada 25 Ogos 2021 yang lalu. Besarlah harapan seluruh rakyat khususnya di negeri ini agar krisis politik yang melanda negara sebelum ini dapat dihentikan dan semua pihak sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang dapat bekerjasama dalam mengembleng tenaga bagi membantu YAB Kota Tampan untuk memfokuskan usaha memerangi pandemik Covid-19 serta membela nasib rakyat yang terjejas.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, firman Allah Subhanahu Wataala yang dibacakan pada permulaan ucapan tadi memberi seribu satu makna kepada kehidupan kita semua di mana menerusi ayat tersebut Allah Subhanahu Taala merakamkan kepada kita ciri-ciri orang beriman yang sentiasa bersabar dalam menempuh ujian. Dalam konteks kita pada hari ini, penyebaran pandemik Covid-19 yang menimpa dunia sudah tentu memberi kesan yang cukup besar khususnya kepada aktiviti ekonomi, perdagangan dan pelaburan bukan saja di dalam bahkan di luar negara. Merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara, pertumbuhan kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada tahun 2020 merosot pada kadar -5.6% berbanding tahun 2019 iaitu berkembang pada kadar 4.4%.

Situasi yang sama juga berlaku di Negeri Perak di mana pertumbuhan ekonomi pada tahun 2020 merosot kepada keadaan -2.3% berbanding tahun 2019 iaitu berkembang pada kadar 4.1%. Dalam pada itu sekiranya dilihat pencapaian ekonomi Negeri Perak mengikut sektor, pertumbuhan ketiga-tiga sektor ekonomi iaitu sektor perkhidmatan, pembinaan dan perlombongan mencatatkan pertumbuhan negatif iaitu masing-masing mencatatkan pertumbuhan -4%, -17.4%, dan -9.3%, sebaliknya hanya dua sektor yang mencatatkan pertumbuhan positif iaitu sektor pembuatan dan pertanian iaitu masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.5% dan 1.4%. Pencapaian ini sekaligus menjustifikasikan kepentingan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi Negeri Perak iaitu ketika mana lain-lain sektor mencatatkan pertumbuhan negatif pada tahun 2020, sektor pembuatan terus mencatatkan pertumbuhan yang positif iaitu berkembang sebanyak 3.5% seperti mana yang dinyatakan.

Dato’ Yang Dipertua, walaupun pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan kemerosotan pada tahun lalu namun ianya dijangka pulih secara beransur-ansur pada tahun 2021 dimana bank dunia menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara berkembang pada kadar 4.5%. Manakala The International Monetory Fund (IMF) pula mengekalkan sasaran pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 6.5 %. Di samping itu bagi pencapaian pelaburan pula berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Yang Berhormat Exco, boleh saya tolong tanya tadi unjuran tentang pembangunan ekonomi. Sebenarnya unjuran terbaru yang baru diumumkan oleh Bank Negara Malaysia di mana perkembangan ekonomi yang sepatutnya mencapai 7.5% seperti yang dianggarkan pada awal tahun ini telah tercorot, merosot kepada 3% sahaja. Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan negara berada di landasan yang betul supaya masalah ekonomi tidak terus merudum, kadar pengangguran tidak terus merosot. Terima kasih.

Yang Berhormat Aulong bercakap seolah-olah beliau berada di Parlimen. Saya teruskan dulu. Di samping itu, bagi pencapaian pelaburan pula berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pelaburan dalam sektor pembuatan yang diluluskan di Negeri Perak bagi tempoh Januari sehingga Mac 2021 adalah sebanyak RM936 juta. Daripada keseluruhan pelaburan yang dicatatkan ini RM364.1 juta merupakan pelaburan domestik DDI, manakala baki RM566.4 juta merupakan pelaburan langsung asing FBI. Jumlah pelaburan ini dijangka terus meningkat pada suku kedua dan ketiga tahun 2021, sekaligus diyakini mampu mengatasi pencapaian yang direkodkan pada tahun lalu iaitu sebanyak RM3.3 billion. Dalam pada itu merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, berkaitan usaha menggalakkan aktiviti hiliran ke atas sumber mineral yang dilombong. Sukacita dimaklumkan kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG), Perbadanan Menteri Besar Perak (MBIng) dan Invest Perak sedang mengadakan kerjasama strategik secara berterusan bersama agensi Persekutuan seperti Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG), MIDA dan pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi mengenalpasti pelabur-pelabur berpotensi untuk melaksanakan aktiviti nilai tambah atau value adding ke atas sumber mineral yang terdapat di Negeri Perak bagi pengeluaran end products.

Jadi menjawab soalan YB Aulong tadi, inilah the kind off game changer dengan izin dan Dato’ Yang Dipertua yang yang kita nanti-nantikan dan kita harapkan usaha untuk kita membuat Pilot Project untuk NRREE atau pun non-radioaktif red earth element itu akan berhasil dan hasil-hasil baru seumpama inilah yang akan melonjakkan ekonomi Negeri Perak supaya dapat berkembang dengan lebih pesat lagi sebagaimana yang dikatakan oleh Aulong sebentar tadi.

Merujuk kepada perbahasan YB Simpang Pulai, berkaitan proses vaksinasi di kalangan sektor industri. Sukacita dimaklumkan

Yang di-Pertua

Yang Berhormat-Yang Berhormat Exco nak tanya

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Nak Tanya kejap. Suatu hal yang membuat duduk di sebelah sini ada membangkitkan soal beberapa projek apa Persekutuan yang ditangguh atau dibatalkan. Jadi saya ingin tahu apa yang berlaku ataupun apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran sekarang kepada projek berkenaan. Kedua, bagaimana dengan prasarana yang telah pun dimulakan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan khususnya dalam dalam menggalakkan pelaburan terutama daripada apa ni pelaburan domestik termasuk perkara-perkara seperti lapangan terbang sebahagian sebab saya rasa kalau kita bercakap soal pelaburan prasarana yang disediakan oleh kerajaan negeri terutamanya dan perkara yang saya bangkitkan hari tu soal seperti soal temu janji dan sebagainya perlu dilihat. Jadi tidak ada gunanya tidak ada gunanya kalau kita cakap soal memperkukuh ataupun menggalakkan pelaburan jika prasarana yang ada tu tidak dilihat ataupun tidak diperkukuhkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tebing Tinggi, buat makluman Yang Berhormat Tebing Tinggi pada tahun lepas, kita telah pun menghantar satu senarai projek-projek RMK-12 yang kita mohon untuk dihidupkan semula dan ada di antaranya yang telah re-instatekan balik tetapi kita masih lagi dalam proses terus merayu untuk ianya dapat dilaksanakan sama ada dia kalau tak dapat dalam RP1 kita mohon untuk ianya dapat dilaksanakan dalam RP2, 3, 4 ataupun 5. Hubungkait dengan lapangan terbang tadi betul, saya sangat setuju bahawa infrastruktur seumpama itulah yang diperlukan untuk kita menarik pelaburan ke negeri kita ini. Namun dari segi pelaksanaan sama ada pembesaran lapangan terbang sedia ada ataupun lapangan terbang yang baru ianya masih lagi diperingkat MOT. Masih lagi MOT sedang menjalankan kajian untuk melihat dari segi kebolehlaksanaan sama ada pembesaran lapangan terbang yang sedia ada ataupun kita memerlukan lapangan-lapangan terbang yang baru.

Saya terus dengan perbahasan Simpang Pulai sebentar tadi. Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri bersama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) telah menjalankan inisiatif Program Imunisasi Industri Covid-19 kerjasama awam swasta (PIKAS) di beberapa daerah dan kawasan industri utama iaitu daerah Kinta, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta daerah Muallim. Selain PIKAS, kerajaan negeri juga bekerjasama bersama Kementerian Pengangkutan, Jabatan Laut Malaysia bagi membuka pusat pemberian vaksin industri sektor maritim di Manjung pada 12 ogos yang lalu dan keseluruhannya sehingga kini sejumlah 41,743 orang di kalangan pemain-pemain industri telah menerima vaksin dan dijangka akan terus bertambah dari semasa ke semasa selepas mendapat kelulusan beroperasi daripada jawatankuasa pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) CiTF , persekutuan dan negeri.

Sedikit pecahan di PPV PIKAS telah dijalankan di Negeri Perak, lokasi pertama di Kompleks Sukan Proton, menyaksikan sejumlah 4,500 orang pekerja di daerah Muallim yang telah mendapat vaksin dan ianya bermula pada 12 Julai yang lalu. Di Convention Centre Casuarina Meru, 16,000 orang pekerja yang meliputi Daerah Kinta, bermula pada 21 Julai yang lalu Sapura Fabrication Sdn. Bhd. 4,400 orang di Daerah Manjung juga bermula pada 21 Julai yang lalu, di Dewan San Louis Jalan Convent jumlah pekerja 10,000 orang yang meliputi Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Kerian bermula pada 28 Julai yang lalu. Dinding Poultry Processing Sdn Bhd 1,440 orang pekerja, di daerah Manjung bermula pada 30 Julai yang lalu, Toyo Tyres Malaysia Sendirian Berhad, 1,800 orang di Larut di Daerah Larut Matang Selama pada 3 Ogos bermula pada 3 Ogos yang lalu dan Malayan Flour Mill Group, Batu Undan di Daerah Manjung, 859 pekerja bermula 5 Ogos yang lalu. Juga sepertimana yang saya sebutkan tadi untuk sektor industri maritim 2,744 orang di Daerah Manjung dan telah mula beroperasi pada 12 ogos yang lalu. Jadi keseluruhannya 41,743 orang.

Seterusnya perancangan strategik pembangunan di bawah Sektor Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak. Bagi melonjakkan lagi pertumbuhan sektor industri dan pelaburan di Negeri Perak, beberapa perancangan atau focus project dengan izin di bawah Gugusan Silver Valley sedang dilaksanakan. Usaha ini juga adalah sejajar dengan pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 seperti mana yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada 29 Mac 2021 yang lalu.

Di antara projek-projek yang difokuskan ini meliputi tiga koridor Utama. Dato’ Yang Dipertua satu ketika dulu kedudukan Negeri Perak yang tersepit di antara Pulau Pinang dan juga Selangor merupakan satu disadvantage dengan izin. Tetapi pada masa dan ketika ini ianya merupakan satu pemilihan kelebihan kepada Negeri Perak cuma kita perlulah bersedia dengan infrastruktur yang tersedia ada kerana para pelabur pada masa kini mahukan kawasan industri yang sudah sedia infrastrukturnya. Mereka mahukan plug-and-play dengan izin Dato’ Yang Dipertua. Oleh itu, kita sedang melihat kepada tiga kawasan utama yang merupakan, yang pertama Greater Ipoh, dengan izin yang kedua, Greater Kuala Lumpur dan yang ketiga Greater Kamunting.

Bagi koridor Greater Ipoh, dengan izin projek atau inisiatif yang dimasukkan adalah pembangunan Kawasan Perindustrian baharu iaitu Silver Valley Teknology Park (SVTP). Projek ini akan dibangunkan secara usahasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan MCIA di Kantan Ipoh. Bagi koridor Greater Kuala Lumpur antara projek yang sedang dirancang dan diusahakan adalah pembangunan projek jajaran paip gas asli dari Changkat Jong, Teluk Intan ke Bidor Tapah dan seterusnya dari Bidor ke Daerah Muallim. Bagi jajaran paip gas asli dari Changkat Jong ke Bidor projek dengan jarak sepanjang 44 kilometer sedang dalam pembangunan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2022. Manakala bagi projek pembangunan jajaran paip gas asli dari Bidor ke Daerah Muallim, pihak Gas Malaysia Berhad sedang menjalankan kajian menyeluruh dan perbincangan berterusan bersama Invest Perak, UPEN sekarang Majlis Daerah Tapah, Majlis Daerah Tanjung Malim dan Pejabat Daerah Dan Tanah Batang Padang dan PDT Muallim yang sedang diijalankan bagi memperhalusi cadangan penjajaran jajaran dan kos projek. Menerusi pembangunan projek ini diyakini akan melonjakkan lagi pembangunan ekonomi di selatan Negeri Perak khususnya di Proton City, Daerah Mualim yang kini dikenali sebagai Asian Automotive Valley (AAV) sepertimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).

Seterusnya bagi pembangunan Coridor Greaters Kamunting pula antara projek yang sedang dirancang dan diusahakan adalah pembangunan kawasan perindustrian baru di Alor Pongsu oleh Syarikat MK Land Berhad dan Dennis Town, Parit Buntar oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Majlis Daerah Kerian bersama pelabur-pelabur berpotensi. Pembangunan projek ini amat penting bagi memastikan negeri Perak tidak ketinggalan dalam mengambil peluang dan manafaat daripada limpahan sektor industri dan pelaburan di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Bagi merealisasikan hasrat murni ini beberapa siri pertemuan di antara pelabur-pelabur berpotensi bersama MK Land Berhad telah diaturkan oleh Invest Perak, MIDA Perak dan NCIA untuk menempatkan projek pelaburan mereka di atas tapak cadangan sekaligus menjadi perintis kepada pembangunan di kawasan tersebut.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Boleh mencelah sekejap YB.

Silakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Tadi Yang Berhormat ada sebut soal disadvantage berbanding dengan Selangor. Saya tidak begitu jelas apa dimaksudkan oleh kerana kalau kita lihat sebagai contohnya Proton telah menjual sitenya di Shah Alam dan berpindah ke Tanjung Malim kan? Jadi di mana yang ada timbul ataupun kita ini kurang daya saing ataupun kita ini berbanding dengan Selangor itu agak kurang di mana. Sebab saya lihat kalau umpamanya di Lembah Bernam itu di sebelah apa di Selangor dia ada Tan Chong kalau tidak silap saya dan di sebelah sini ada Proton. Jadi bagi pada saya terpulang kepada bagaimana Perak dapat menambahkan lagi nilai tambah kita dan juga dikawal oleh. Satu lagi isu adakah keputusan ataupun apa nama nak menambahkan kawasan perindustrian telah pun dibuat ataupun hanya sekadar cadangan sebab saya bimbang dengan penutupan Kilang Toyo di Taiping, Kamunting sebagai contoh. Kita masih terkial-kial untuk menarik pelabur. Jadi ini adakah satu jangkaan ataupun memang telah pun satu keputusan yang muktamad telah dibuat untuk menambahkan kawasan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi?

Terima kasih Tebing Tinggi. Maksud saya disadvantage yang saya maksudkan disadvantage itu dulu ya tetapi sekarang ini ianya sudah menjadi advantage kerana kos tanah dan juga kos untuk membuat industry park di Selangor dan Pulau Pinang telah melonjak begitu tinggi. Jadi kita harus mengambil kesempatan tersebut di mana kedudukan kita di tengah-tengah di antara Selangor dan Pulau Pinang ini sangat strategik. Namun kita perlu bersedia dari segi infrastruktur dan sebagainya.

Yang kedua tadi, apa tadi terlupa saya. Nilai tambah. Dari segi infrastruktur yang saya nyatakan tadi kerana pelabur-pelabur pada hari ini mereka tidak boleh lagi menunggu dua, tiga tahun sebelum infrastruktur tersedia. Baru-baru ini kita kehilangan satu peluang untuk menempatkan sebuah Syarikat Solar Panel Manufacturer di Alor Pongsu kerana mereka perlu menunggu dua tahun sekurang-kurangnya untuk infrastruktur tersedia. Jadi untuk kita adakan nilai tambah itu kita perlu bersedia dengan menyediakan infrastruktur-infrastruktur yang sedia ada supaya apabila pelabur datang mereka boleh memulakan operasi mereka secepat mungkin.

Saya teruskan. Selain itu kewujudan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang sedang dibangunkan menghubungkan Changkat Jering ke Banting, Selangor seharusnya diambil manfaat sepenuhnya memandangkan WCE akan melintasi lima daerah utama iaitu Larut Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Bagan Datuk. Justeru, wujud peluang untuk membangunkan kawasan perindustrian baru di sepanjang Jajaran Lebuhraya tersebut demi meningkatkan lagi aktiviti ekonomi dan pendapatan rakyat khususnya di daerah-daerah terlibat. Antara projek berpotensi untuk dibangunkan adalah seperti Perak Heavy Industrial Park di Bagan Datuk yang akan dibangunkan oleh PKNP dan NCIA dengan kerjasama pelabur-pelabur berpotensi serta Projek Pembangunan Seri Iskandar Industrial Park yang akan dibangunkan oleh pemaju swasta iaitu Syarikat ECK Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Ayer Kuning berkaitan insentif-insentif yang ditawarkan kepada para pelabur dalam fasa pandemik ini. Sukacita dimaklumkan Kerajaan Persekutuan menurusi MIDA menawarkan insentif khas di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Di mana dua kategori insentif ditawarkan iaitu special tax insentive dan kedua smart automation grant. Selain itu satu lagi program khas pembangunan modal insan berteraskan rakyat telah dilaksanakan menerusi inisiatif program transformasi pekerjaan workpro. Program yang dikendalikan oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dengan kerjasama PASAK di bawah pakej ransangan ekonomi kedua di mana ianya memanfaatkan 1 500 berserta dan terbahagi kepada tiga skim iaitu yang pertama latihan-latihan tenaga kerja. Skim ini dikhususkan kepada pekerja yang telah diberhentikan dengan fokus latihan adalah kepada kemahiran baru reskilling untuk ditempatkan ke dalam industri yang menawarkan peluang pekerjaan. Melalui skim ini peserta akan menjalani latihan jangka pendek selama satu bulan dengan elaun sara diri diberikan sebanyak RM500.

Yang kedua skim pengekalan tenaga kerja. Skim ini adalah langkah ketiga intergrasi kerajaan negeri bagi membantu para majikan mengekalkan para pekerja khususnya dalam sektor pelancongan perkhidmatan dan pembuatan. Menerusi skim ini kerajaan negeri menyalurkan RM500 kepada majikan untuk mengekalkan setiap pekerja mereka secara bersyarat. Para peserta skim ini juga akan menjalani latihan kemahiran tambahan.

Boleh minta laluan.

add on skills selama tiga bulan bermula Julai 2020.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat EXCO, YB Sungkai minta laluan.

Sekejap. Inisiatif ini bukan saja membantu mengurangkan kos operasi para majikan malahan memberi manfaat jangka masa panjang kepada produktiviti syarikat hasil peningkatan kemahiran pekerja yang menyertai skim ini.

Terima kasih Yang Dipertua. Soalan saya adalah berkaitan dengan inisiatif yang diberikan kepada majikan-majikan di mana memandangkan MCO. Tidak dapat bekerja. Maka mereka harus menerima gaji sebanyak RM600 daripada kerajaan. Adakah aduan dibuat di mana majikan enggan bayar dan tindakan susulan yang diambil? Boleh saya rasa saya percaya di sini adalah Jabatan Tenaga Kerja. Adakah over statistic berkaitan dengan perkara tersebut sebab saya ada terima panggilan, aduan di Bidor. Saya ada terima aduan individu di mana sebuah kilang tutup pada hujung Mei tahun ini dan masih belum benarkan pekerja-pekerja tempatan bekerja tetapi pekerja asing bekerja dan mereka juga tidak dapat satu sen pun daripada pembayaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

YB EXCO. Sebelum itu saya nak maklumkan ada tinggal dua minit lagi.

Skim ini ditawarkan kepada mereka ataupun majikan-majikan yang nak mengambil bahagian. Kita tidak memaksa majikan-majikan untuk mengikuti skim ini. Jadi sesiapa ataupun mana-mana majikan yang willing to come forward untuk participate dalam skim ini maka kita bekerjasamalah dengan majikan-majikan ini untuk melaksanakan skim-skim tersebut. Kita tak boleh nak paksa mereka untuk untuk laksanakan skim ini Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang ketiga latihan peningkatan kemahiran. Skim yang ditawarkan khas kepada pemandu pelancong. Contohnya bagi membantu mereka mempelbagaikan kemahiran sedia ada upskilling dalam menghadapi norma baru pandemik Covid-19. Setiap peserta akan menerima elaun latihan sebanyak RM800 sepanjang tempoh latihan selama 2 bulan bermula 22 Jun 2020.

Merujuk kepada perbahasan sahabat saya daripada Pasir Berdamar berkaitan usaha kerajaan negeri bagi membantu para pelabur untuk merealisasikan projek mereka. Sukacita dimaklumkan kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkasakan peranan Invest Perak sebagai Centre Of Investment bagi membantu dan mempercepatkan perlaksanaan projek-projek pelaburan negeri Perak. Beberapa Jawatankuasa Teknikal COI yang dipengerusikan oleh saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan Dan Pembangunan Koridor telah ditubuhkan khusus bagi memantau dan mempercepatkan pelaksanaan beberapa projek-projek pelaburan strategik dan berimpak tinggi di negeri Perak. Antaranya sebagai contoh adalah COI SVTP Silver Valley Technology Park, COI Proton City, COI Glove City iaitu projek kawasan di Bidor dan juga COI Seri Iskandar Industrial Park. Selain itu, Invest Perak juga akan menjalankan kerjasama strategik bersama MIDA dalam melaksanakan inisiatif Project Acceleration and Coordination Unit dengan izin PACU, di peringkat negeri atau dikenali sebagai PACU@Perak bagi memastikan projek-projek pelaburan yang telah diluluskan dapat dipantau status pembangunannya secara serius supaya projek-projek tersebut dapat direalisasikan dengan cepat dan sempurna tanpa halangan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sebelum saya mengakhiri ucapan pengulungan ini sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Taala kerana dengan izin-Nya kita dilimpahkan kekuatan untuk terus bersama berusaha memperkasakan sektor industri dan pelaburan di negeri Perak. Saya juga akan tetap istiqamah, patuh dan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan untuk terus beriltizam menjayakan segenap usaha kerajaan negeri dalam memerangi pandemik Covid-19 untuk membantu rakyat yang terjejas. Rungkup juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua penjawat awam khususnya petugas barisan hadapan yang banyak berkorban dalam membendung penularan wabak pandemik Covid-19. Sekian, salam keluarga Malaysia dan Salam Perak Sejahtera. Rungkup serta Jawatankuasa Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak Darul Ridzuan mohon untuk terus berkhidmat. Selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke-64 wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Patik menjunjung titah Tuanku.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Rungkup. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli dewan undangan negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi, rakan media dan penonton alam maya yang saya hormati sekalian. Terebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih di atas titah ucapan Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak yang telah menggariskan beberapa perkara utama yang perlu kita titik beratkan oleh kerajaan Perak. InsyaAllah sebagai pasukan pentadbiran saya cuba sedaya upaya bersama rakan-rakan Exco berbekalkan maklumbalas dan kerjasama dari rakan-rakan wakil rakyat serta kerjasama seluruh penjawat awam untuk mempertingkatkan lagi usaha dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian masalah di masa yang cukup kritikal ini.

Saya juga ingin mengambil peluang ini bagi pihak rakyat DUN Tualang Sekah untuk menzahirkan ucapan terima kasih serta penghargaan kami kepada kepimpinan kerajaan di peringkat negeri, daerah, pihak swasta, kepimpinan politik serta NGO yang telah kekal bersatu hati dalam menjayakan Program Vaksinasi Negara dan Pelan Pemulihan Negara sebagai agenda yang merentas fahaman politik dan perbezaan budaya. Sampai hari ini alhamdulillah daerah Kampar contohnya telah mencapai 77.34% dos pertama dan 62 % lengkap 2 dos. Terima kasih khusus saya tujukan kepada frontliner daerah Kampar, daerah Kinta untuk kawasan saya dan keseluruhan bertugas di negeri Perak dan Malaysia pasukan perubatan mahupun bukan perubatan yang telah bertungkus-lumus berkorban hingga ke hari ini untuk memerangi penularan Covid-19. Sesungguhnya hanya Allah subhanahu wa ta'ala yang dapat membalas jasa kalian semua.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, untuk makluman untuk soalan lisan dan bertulis ianya telah pun siap untuk edaran yang berhormat dan untuk isu-isu yang tidak dapat saya jawab akan diberikan secara bertulis kepada rakan-rakan yang berhormat. Tuan Yang Dipertua, sektor pelancongan merupakan antara sektor yang terjejas teruk akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang bertujuan bagi menghadkan perjalanan sama ada di dalam mahupun luar negara. Ini adalah untuk membendung jangkitan dan penularan wabak Covid-19. Mengikut kajian yang telah dikeluarkan oleh United Nations World Tourism Organization dengan izin the biggest crisis in the history of tourism comes into a second year. Between January and May, international tourist arrival were 85% below 2019 level or a drop of 65%. UNWTO data shows, despite a small up till in May the emergence of covid-19 variance and the continued in position distriction a way on the recovery of international travel. Meanwhile what is more important is that domestic tourism continues to rebound in many parts of the world.

Oleh itu, kerajaan negeri merancang untuk merangsangkan semula sektor ini melalui inisiatif-inisiatif yang releven dan bersesuaian antara lain dengan melaksanakan pendekatan travel bubbles di kawasan pelancongan berpotensi tinggi khusus untuk pelancongan domestik. Mengikut laporan pelancongan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, Negeri Perak walaupun dengan cabaran covid menerima kedatangan pelawat domestik kedua tertinggi pada tahun 2020 iaitu seramai 13.1 juta pelawat harian selepas negeri Selangor dan pelawat bermalam pula adalah sekitar 4.9 juta orang selepas negeri Pahang yang telah menjana sebanyak RM3.8 bilion dari segi dengan izin tourist spending di dalam negeri.

Berdasarkan laporan survey tersebut ini menunjukkan negeri Perak masih mampu dan menjadi pilihan pelancong domestik walaupun berdepan dengan situasi yang sangat sukar bersandarkan kepada kepelbagaian produk pelancongan yang boleh diterokai di seluruh negeri Perak. Kita mesti mengambil peluang ini melalui kekuatan yang ada sebagai destinasi pelancongan domestik pilihan utama negara untuk kita pulih menjana ekonomi bagi rakyat Perak yang terlibat dalam sektor perkhidmatan ini sebelum sempadan dibuka sepenuhnya. Negeri Perak kini telah berada di fasa 2 plan pemulihan negara yang membolehkan sektor pelancongan beroperasi walaupun tidak sepenuhnya.

Oleh itu untuk makluman Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat Pasir Bedamar, Yang Berhormat Temenggor, Pengkalan Hulu, Simpang Pulai, Canning serta semua Ahli sidang. Kerajaan negeri akan mengambil inisiatif-inisiatif strategik dalam masa terdekat dengan berlandaskan kerjasama yang erat bersama-sama pemain industri. Untuk pelan jangka masa pendek. Yang pertama, bantuan khusus bagi mengurangkan beban penggiat industri pelancongan, kerajaan negeri telah mengumumkan beberapa bantuan one off kepada penggiat industri yang terjejas termasuk enam kategori melalui sepuluh saluran.

Bantuan-bantuan yang terbaru pula telah pun ditambah untuk operator aktiviti pelancongan dan juga pengusaha kraftangan. Selain daripada itu, pengecualian bayaran lesen hotel kepada 560 hotel yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan, pengecualian cukai taman tema dan pembaharuan lesen denda permit di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga turut diberikan. Daripada segi aspek acara untuk makluman sidang Dewan, sebanyak lapan program fizikal telah dapat kita anjurkan pada awal tahun ini sebelum PKP yang terbaru. Walau bagaimanapun, Tourism Perak telah merancang untuk menganjurkan program secara norma baru memandangkan negara masih lagi belum pulih sepenuhnya dari penularan wabak Covid-19. Oleh itu, program-program virtual seperti virtual run akan atau virtual bike akan dianjurkan pada bulan Oktober 2021. Manakala dua lagi acara besar akan kita laksanakan pada bulan November dan Disember tertakluk kepada keadaan semasa dan SOP yang akan dikenakan iaitu untuk acara Pangkor Endurance dan juga Taste of Perak. Yang ketiga aktiviti promosi, promosi juga merupakan

Yang di-Pertua

Tualang Sekah. Bercham

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih kepada pihak Exco. Nak minta pertanyaan dari segi pelancongan memang amat terjejas sejak PKP 1 hingga sekarang, Perak di masuk ke fasa kedua. Jadi banyak pengusaha seperti agensi pelancongan, hotel, homestay ataupun penjualan seperti di concubines street memang semua terjejaslah. Jadi kalau kita nak buat satu kerajaan negeri ada perancangan untuk bubble travel, jadi adakah kita boleh ambil contoh seperti di Negara Jepun mereka baru telah mengadakan acara Olimpik dan kini selamat dalam fasa paralimpik mereka terdahulu mereka penduduk di Jepun, rakyat Jepun pun agak khuatir mereka akan meletusnya kluster-kluster akan lebih banyak, akan berlipat-ganda. Jadi akhirnya mereka membuktikan bahawa acara besar seperti Olimpik berjaya dijalankan. Adakah Perak kita akan mengambil contoh negara ini? Kita pun nampak Premier League di England pun sudah ada penonton-penonton bersesak juga tidak memakai pelitup muka. Jadi adakah Perak kita tidak seharusnya nak tunggu sampai pulih sepenuhnya. Saya gambaran tersebut untuk pulih sepenuhnya kita pun tak dapat bayangkan bila akan berlaku. Jadi adakah pihak kerajaan negeri akan menjalankan perkara seperti itu, sekian lama dah kita tak dapat aktiviti pelancongan ini. Sekian, terima kasih.

Betul ramai yang dah gian nak buat revenge tourism ya YB. Untuk makluman YB, sebenarnya kita memang ada buat perancangan sama-sama dengan pihak Tourism Malaysia untuk membukakan bubble-bubble di antara negeri-negeri yang akan mengalami fasa 3 selepas ini. Selain daripada itu, untuk antarabangsa sebenarnya kerajaan negeri telah pun bersama dengan Tourism Malaysia dan juga Tourism Indonesia telah pun mengadakan 3 siri perbincangan di mana kita hendak adakan bubble, travel bubble daripada lokasi-lokasi yang tertentu di mana kita boleh kawal direct travelling maknanya ada flight yang akan masuk contohnya daripada Bali ke Ipoh dan sebagainya untuk kita lihat potensi untuk kita anjurkan travel bubble dan mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negeri. Jadi kita masih lagi teruskan usaha-usaha untuk orang kata ya, persediaan untuk kita buka sempadan antarabangsa pada waktu yang sama. Selain daripada itu, aktiviti…

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

YB, nak mencelah. Terutama tahniah kerana kita berjaya mendapat tempat kedua dan saya yakin dengan potensi yang ada di Perak ini. Sebenarnya kita boleh nombor satu. Cuma saya nak mengulang apa yang sebut dalam ucapan saya itu tentang soal kemudahan asas yang boleh katakan tidak ada di kawasan apa ni, Banding, tasik contohnya dan ini saya fikir terlalu asas. Ini kawasan untuk pelupusan najis, kemudahan WiFi dan juga hospital dan kita tahu di kawasan berkenaan termasuk Belum menjadi tumpuan pelancong luar dan saya fikir kalau ini dapat ditingkatkan, ini memberikan pulangan dan orang cakap action yang cukup besar satu. Yang keduanya, jajaran baru WCE, saya fikir itu yang boleh melonjakkan jumlah pelancong oleh kerana kawasan Hilir Perak sebagai contoh, banyak potensi yang boleh dibangunkan dan terutamanya di kawasan luar bandar seperti hasil-mahsul dan juga peniaga-peniaga kecil, peniaga homestay dan sebagainya. Saya haap kita belajar daripada kelemahan dan kekurangan kita dalam dalam mengambil kesempatan daripada Lebuhraya Plus sekarang. Jadi apatah lagi WCE itu adalah satu, boleh kata satu jajaran baru untuk Negeri Perak seolah-olahnya. Jadi saya fikir dapat dibuat sesuatu supaya rakyat dapat faedah daripada apa yang telah pun sedia ada ini. Terima kasih.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada YB Exco. Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana izinkan saya untuk bangkitkan cadangan saya. Terima kasih kepada Exco kerana semasa pembentangan beliau kita tahu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan memang apa tu mengambil kira kesusahan pemain pelancong yang mana dapat impak yang besar menjelang musim wabak Covid-19. Suka saya ingin mencadangkan kepada YB selain daripada bantuan secara one-off oleh kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan sebenarnya mungkin saya ingin nak melontarkan idea supaya kerajaan negeri boleh kerjasama dengan pemain industri kursusnya macam ejen pelancongan Matta ke dan sebagainya. Melibatkan mereka dalam agriculture sectors, agrotourism di mana sekarang kerajaan negeri atau pun GLC mempunyai tanah-tanah yang tidak dibangunkan dan kalau boleh libatkan mereka sebagai peserta dalam bidang pertanian, wujudkan satu agrotourism, satu ekosistem yang baru, carikan tempat yang potensi, spefisik sebagai tapak baru untuk membangunkan kawasan itu. Buat sementara ini sebab tak boleh nak cross daerah, tak boleh nak melintas daerah. So, memang tidak ada pelancong dating. Tetapi masa inilah untuk mereka untuk menanam, untuk membuat homestay yang baru dan sebagainya supaya nanti dalam setengah tahun lagi apabila sektor pelancongan dibuka balik, barang-barang ataupun produk, tourism product itu akan ready on the ground. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya respon dulu kepada Tebing Tinggi. Saya ucapkan terima kasih di atas cadangan yang baik kerana kita tahu apabila kita membuka apa-apa saja highway yang baru ianya akan membawa percambahan…

Timbalan Yang di-Pertua

Tualang Sekah. Ada satu lagi daripada Pasir Bedamar.

Ok,sorry. You want to go first?

Dengan izin. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kepada Exco kerana memberi laluan. Saya juga ingin menanyakan kepada YB Exco samada pihak kerajaan ingin cuba mengenalpasti samada konsep tourism sedikit sebanyak isu pelancongan di sesuatu daerah itu dipelopori oleh suatu apa dikatakan sebagai suatu koperasi, koperasi pelancongan di mana koperasi ini dianggotai oleh stakeholder- stakeholder yang terlibat dalam industri pelancongan selain daripada meletakkan beban pelancongan di sebuah daerah itu di atas PBT atau pejabat daerah yang berkenaan. Terima kasih.

Terima kasih Pasir Bedamar. Saya respon pada Tebing Tinggi. Memang kita mengalu-alulah bila kita ada pembangunan di, orang kata di lebuhraya. Sebenarnya kita harapkan percambahan ekonomi akan berlaku secara automatik dan kita akan berusaha secara pasukan, satu pasukan untuk memastikan ianya akan membawa manfaat kepada produk-produk yang sedia ada di Negeri Perak khususnya untuk kawasan-kawasan Hulu Perak ya. Berkenaan dengan Tasik Banding memang kita sudah mulai kerja-kerja penyenggaraan dan kita juga akui kelemahan kita daripada segi waste management dan itu telah pun diambil tindakan oleh pihak Perbadanan Taman Negeri.

Untuk Simpang Pulai sebenarnya makluman untuk YB, pihak MATTA sebenarnya yang sekarang ini merupakan golongan yang kira zero business dalam industri pelancongan, mereka memang ada datang berjumpa berkenaan dengan projek ataupun cadangan yang telah disebutkan oleh YB. Tetapi masalahnya kita masih lagi belum mengenalpasti atau mereka belum mengenal pasti kawasan-kawasan yang boleh dijadikan sebagai projek agro-pelancongan ataupun sebagai pelaburan lah daripada pihak mereka. Jadi insya-Allah saya akan tengokkan. Bagi pengetahuan Pasir Bedamar memang kita tidak ada konsep ya untuk ataupun kita belum lagi bercadang untuk mewujudkan apa-apa koperasi bagi menguruskan pelancongan di daerah-daerah kerana baru-baru ini kita baru sahaja mewajibkan setiap PBT mempunyai unit pelancongan khusus untuk daerah masing-masing. Tetapi saya juga faham ada di kawasan-kawasan tertentu produk-produk pelancongan yang dikawal selia oleh PBT ataupun pejabat daerah ada diberikan ataupun diuruskan oleh pihak koperasi yang datangnya daripada orang tempatan. Jadi insyaAllah saya akan lihat balik sama ada cadangan itu boleh tak kita laksanakan di peringkat daerah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sidang dewan sekalian, selain daripada itu kita meneruskan aktiviti aktiviti promosi yang melibatkan online virtual tours …

Timbalan Yang di-Pertua

Tualang Sekah. Pasir Panjang.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Nak mencelah sikit je. Tadi kita membincangkan ada, ada dibincangkan iaitu jangka pendek ya. Kemudian jangka pendek. Saya juga ingin mengetahui status atau pun kedudukan dan pelancongan di Tanjung Kepah dan Sungai Lombong? Pelancongan di Tanjung kepah dan Sungai Lombong tentang kerja yang telah pun saya kemukakan, Pasir Panjang kemukakan tapi boleh Exco memberi sedikit statusnya? Kemudian yang kedua, iaitu berkaitan dengan pelancongan di Sungai Dinding atau cruise Sungai Dinding yang telah pun dihantar beberapa tahun yang lalu dan Pasir Panjang berpendapat bahawa Sungai Dinding yang dahulunya merupakan sumber pendapatannya berdasarkan nelayan tetapi kini hasil nelayan sudah tidak begitu memberangsangkan dan kita cuba divert sumber pendapatan daripada nelayan kepada pelancongan. Jadi apa yang kita perlu lihat bahawa cruise Sungai Dinding merupakan alternatif kepada sumber pendapatan tersebut dan sebelum ini juga telah pun ada perancangan daripada kerajaan yang lalu iaitu melibatkan MPKK. Seperti MPKK Kg. Baru, MPKK Telaga Nenas dan Kg. Teluk dan telah pun menyediakan sedikit prasarana awal ataupun infra awal untuk menjadikan kampung-kampung tersebut sebagai pusat pelancongan. Jadi harapan Pasir Panjang bahawa hendaklah diteruskan kerana memberi pendapatan kepada penduduk-penduduk kampung. Sekian, terima kasih.

Terima kasih YB Pasir Panjang. Untuk projek yang disebut oleh YB, kami masih lagi belum menerima peruntukanlah yang sesuai untuk projek tersebut. Itu status dia. Untuk Projek River Cruise, Sungai Dinding ini dipantau dan dikawalselia diuruskan oleh pihak MPM. Jadi saya kira sebenarnya daripada segi perancangan sudah ada, cuma kita tidak dapat meneruskan sepertimana yang dirancang memandangkan kita telah terhad kepada PKP yang telah dilaksanakan. Jadi InshaAllah Sungai Dinding itu memang dah ada sebagai produk pelancongan yang akan diberi perhatianlah dalam masa yang akan datang. Terima kasih.

Selain daripada itu sidang Dewan sekalian, kita juga salah satu dariapda program yang penting adalah program vaksinasi pemain industri. Di sini sepertimana yang disebutkan oleh UNWTO, Secretary General Zurab Pololikashvili, as waiting the pace of vaccination world wide, working on effective coordination and communication on ever changing travelers struction while advancing digital tools to refacilitate mobility will be critical for us to rebuild trust in travel and to restart tourism, dengan izin ya. Jadi Kerajaan Negeri memandang serius akan kepentingan pemberian vaksinasi yang merupakan imunisasi covid-19 kepada semua rakyat negeri Perak tidak terkecuali penggiat industri pelancongan sebagai usaha untuk kita mencapai imuniti kelompok ataupun herd community.

Berdasarkan data yang telah dikemaskinikan oleh pihak Tourism Perak melalui bantuan daripada persatuan-persatuan yang terlibat dalam industri pelancongan. Sebanyak 5,000 nama telah diserahkan kepada kami dan 3000 telah selesai divaksinasi jadi hanya tinggal 2000 yang akan diserapkan dalam program Outreach MOVAC dan PPV sedia ada bagi membantu mempercepatkan proses vaksinasi mereka. Pelaksanaan program vaksinasi ini saya percaya akan membantu para penggiat industri pelancongan membina semula semangat dalam memajukan sektor pelancongan apabila perniagaan mereka boleh dibukakan semula secara sepenuhnya. Pada waktu yang sama, ianya juga akan mengembalikan keyakinan pengunjung terhadap sektor pelancongan khususnya di negeri Perak.

InsyaAllah untuk menjawab soalan Yang Berhormat Belanja, inisiatif ini juga kita gabungkan dengan penjaja atau peniaga kecil yang berdaftar di bawah PBT. Pihak kerajaan tempatan telah menyelaraskan data golongan peniaga kecil dan penjaja berjumlah 39,454 yang berlesen dengan PBT dan telah pun diserahkan kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan sejak Jun 2021 bagi mempercepatkan vaksinasi. Tetapi untuk makluman, sesetengah PBT telah pun ketengahkan line-listing ini kepada PKD daerah masing-masing untuk PPD Daerah dan telah selesai secara berperingkat. Usaha ini diteruskan pada hujung minggu ini pada 4 dan 5 September 2021 di mana kita akan adakan program MOVAC di bawah KPKT untuk tiga lokasi iaitu di DUN Simpang Pulai untuk daerah Kinta, Tualang Sekah untuk daerah Kampar dan juga daerah Sungai Siput.

Untuk makluman Yang Berhormat Pangkor, Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah dan Majlis Perbandaran Manjung juga telah bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia dalam menjayakan program outreach pemberian vaksin di Pulau Pangkor untuk inisiatif Program Covid-19 Free Destination.

Timbalan Yang di-Pertua

Tualang Sekah, 2 minit lagi.

2 je, alamak! Saya tak touch lagi perumahan dengan PBT. Saya habiskan vaksin dulu. Sehingga 2021, hampir 100 peratus penduduk dewasa di Pulau Pangkor telah mendapat vaksin dos pertama dan kedua seramai 11,854 orang. Setelah mencapai tahap imuniti yang diperlukan, kerajaan negeri akan membantu untuk mempromosikan pembukaan Pulau Pangkor sebagai destinasi covid free ataupun destinasi berisiko rendah utama negeri Perak untuk Malaysia. Kerajaan negeri juga telah mengangkat cadangan kawasan-kawasan kluster pelancongan lain yang boleh diketengahkan sebagai covid free destination kepada MOTAC untuk dipanjangkan ataupun diperluaskan ya, covid free destination yang ada khususnya di dalam negeri Perak. Saya teruskan kepada PBT. Cuma mungkin saya boleh pendek-pendekkan lah ya, isu-isu.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Tualang Sekah minta laluan sikit. Satu soalan ringkas. Minta Laluan, terima kasih. Tualang Sekah nak tanya sikit tentang permohonan Bukit Kampar yang pemaju ingin tukarkan kegunaan tanah dari komersial dari hutan simpanan kepada komersial untuk membangunkan tanah perkuburan. Jadi apakah keputusan daripada state…. .committee sebab pendengaran awam telah diadakan pada bulan Mac atau April bulan ini tahun ini. Jadi apakah keputusan state …. committee sampai hari ini?

Dengan tanah perkuburan ya yang ingin ditukarkan kepada komersial. Kita dah tolak semasa dalam public hearing dan begitu juga itu di dalam Mesyuarat SPC. Jadi perkara itu tidak diterimalah. Jadi dia punya detail YB memang ada secara bertulis. Saya dah sediakan untuk YB, terima kasih. Berkenaan dengan PBT, pihak berkuasa tempatan memahami keperitan dan kekangan ekonomi yang dihadapi oleh orang ramai akibat covid-19. Justeru, PBT amat komited untuk melaksanakan dasar kerajaan negeri dalam membantu orang ramai. Pada tahun 20 dan 21, bantuan pengecualian sewa gerai dan pelbagai bantuan one-off telah diserahkan sehingga yang terbaru ya pada bulan Julai, di mana kita telah memberikan bantuan one-off kepada 39,000 orang penjaja ataupun peniaga yang telah berdaftar dengan pihak PBT. Ini membawa kepada jumlah besar sebanyak RM32,495,501 juta bantuan yang telah diberikan sehingga ke hari ini. Inisiatif-inisiatif lain untuk peniaga dan penjaja juga dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Sekretariat STEP dan program FEDROS seperti PEMERKASA yang berada di bawah portfolio Sungai Manik. Merujuk kepada isu yang dibawa oleh ADUN Astaka, Teja dan Malim Nawar berkenaan kompaun, permit, denda lewat dan parkir, PBT juga sentiasa berintegriti tinggi dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Justeru itu, pengeluaran kompaun adalah langkah terakhir setelah nasihat, amaran lisan dan notis pemberitahuan yang diberikan enggan dipatuhi oleh pihak yang terlibat dan PBT juga tidak akan mengeluarkan sebarang kompaun dengan sewenang-wenangnya.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada 2. Astaka dengan Pasir Panjang.

Saya bagi Astaka dulu.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua dan juga Yang Berhormat Tualang Sekah. Soalan saya, hari itu dalam perbahasan saya, saya tidak bangkitkan berkenaan dengan kompaun tapi adalah berkenaan dengan permit kerja PKP yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Taiping. So, saya pun tidak faham mengapa satu sektor yang telah dibenarkan untuk beroperasi semasa PKP, PBT masih minta mereka untuk bayar permit kerja PKP ini. Itu soalan saya bukan berkenaan dengan kompaun ya, terima kasih.

Sorry, sebab saya lupa nak sebut pasal permit tadi dalam saya punya sentence ya nak laju. Berkaitan permit pembinaan dan kerja-kerja yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Astaka, ianya dikeluarkan berdasar permohonan syarikat kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja yang berkaitan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 18 (1) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang dimaksudkan yang dikenakan adalah RM50 ringgit untuk sebulan di mana pengeluaran permit ini adalah penting untuk memastikan kerajaan ada kawalan terhadap kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuasa. Itu adalah antara sebab kenapa kita perlu adakan permit itu tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua

Tualang Sekah, panjang lagi ke?

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Tetapi kalau PBT pada masa ini apabila semua sektor telah affected, dengan izinnya, apabila PBT mengenakan caj begini dia akan menekankan rakyat lagi menambahkan tekanan kepada mereka. Adakah ini satu langkah ataupun satu, yang yang yang munasabah.

Iya, bukanlah kita lakukan dengan sewenang-wenangnya, bila kita keluarkan permit dengan ada charge tanpa mulakan penjualan sebenarnya adalah komitmen kepada Syarikat untuk memastikan dan juga memberi punca kuasa kepada kami untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan kerana permit ini adalah untuk kawal selia pembinaan di atas tapak yang harganya hanya adalah dicaj kepada RM50 ringgit yang kita kira munasabahlah memandangkan kerja-kerja pembinaan itu adalah jauh lebih tinggi nilainya. Tetapi sekiranya kalau ada permohonan yang ingin merayu ataupun membuat pengecualian bolehlah buat kepada PBT dan kita akan angkat di dalam mesyuarat penuh sekiranya perlu ataupun tertakluk kepada kuasa YDP. Terima kasih.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Satu lagi soalan. Adakah ini dikutip oleh semua PBT atau hanya sesetengah PBT sahaja?

Yang ini saya kira memang semua tapi saya tak pasti I will come back to you on that.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Alright, hank you , thank you.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok Tualang Sekah. Masa dah terlalu Panjang dah bagi Tualang Sekah.

Speaker kena bagi laluan untuk perumahan. Titi Serong, Titi Serong.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang mana tak ada jawapan InsyaAllah Exco akan bagi secara bertulis nanti.

Saya minta maaf YB Titi Serong ada soalan bertulis ke isu dalam perbahasan?

Isu dalam perbahasan.

Isu dalam perbahasan saya akan bagi secara bertulis sekiranya tak sempat jawap kali ini. Jadi tak payah risau maksudnya. Ya Pasir Panjang?

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Sikit saja berkaitan dengan tanah dikampung tersusun dalam MPM kalau di Manjung. Jadi tanah itu tidak dibangunkan rumah jadi tanah tu semak lah semak samun dan sepatutnya boleh dikompaun, betul? Kerana tidak mendirikan rumah dan membiarkan tanah semak. Jadi, isunya setakat ini ada atau tidak kompaun yang dikenakan kepada tanah yang dibiarkan semak sepatutnya dibangunkan rumah.

Ya, saya difahamkah mereka ada dikenakan kompaun ataupun terpaksa membayar di atas ketidakpembinaan structure di atas tanah seperti yang sepatutnya.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Jadi, saya difahamkanlah, saya tinggal di kampung tersusun Batu 7 Lekir, masih banyak rumah yang tidak dibangunkan dan semak.

Oooh sorry ni maksudnya dia untuk RPT.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Ya RPT.

Saya minta maaf saya tersilap.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Tapi di bawah Majlis Perbandaran

RPT tapi di bawah kawasan Majlis Perbandaran. Saya akan semak dulu YB untuk jawapan yang lebih tepat.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Jadi untuk makluman, rungutan-rungutan penduduk di Kampung Tersusun Batu 7 Lekir terdapat banyak lagi tapak-tapak yang belum dibangunkan dengan perumahan dengan rumah jadi terbiar semak. Jadi mintalah dalam dalam dewan ini untuk kita settlekan kita selesaikan masalah rungutan-rungutan tersebut.

Saya ambil maklum YB dan saya akan lihat kepada tindakan susulan selepas ini. Terima kasih. Jadi, saya terus kepada kepada penggulungan sayalah. Akhir kata saya terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya tak tahu kat mana dah. Akhir kata Tualang Sekah sekali lagilah mengucapkan terima kasih di atas titah ataupun menjunjung kasih di atas titah rasmi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak tempoh hari. Terima kasih saya ucapkan kepada warga bahagian Dewan yang telah bekerja keras untuk menyedia keadaan yang terbaik apabila kita bersidang pada kali ini secara Hybrid bersama-sama dengan agensi lain. Terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan pentadbir awam serta rakan-rakan sidang Dewan yang banyak berkorban khususnya dalam menjalankan tugas semasa pandemik ini. Semoga kita dapat bersama menakhodai bahtera kemenangan dalam menjayakan pelan pemulihan negara pasca Covid-19.

Setiap tahun kibar bendera Mahu tambah semangat di hati Sentiasa cinta akan negara Sayang kasih sampailah mati

Begitulah bayangan semangat kemerdekaan yang perlu ada pada kita semua yang akan disemarakkan lagi InsyaAllah apabila kita menyambut hari kemerdekaan pada keesokkan hari. Saya akhiri dengan ucapan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-64. Jangan lupa kalau ada hari cuti lengkap 2 dos #Travel Peraklah bersama kita pulih dan jana ekonomi rakyat Perak #Kita Jaga Kita. Sekian terima kasih wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tualang Sekah. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Lintang untuk pergulungan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan ayat Al-Quran) “Bagi manusia ada mereka malaikat yang selalu menjaganya bergiliran dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain dia Allah”, surah Ar Rad ayat 11.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media, pugas-petugas Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari yang dirahmati sekalian. Saya mulakan sesi penggulungan saya dengan membaca sebaik-baik ayat al-quran. Dalam mengingatkan kita kepada semua seisi dewan. Apabila kita sedang dilanda kesulitan Allah akan selalu setia untuk mendengarnya dan apabila kita sedang dilanda kesukaran Allah akan mudahkan kesukaran itu untuk kita harungi. Namun, ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Semoga Allah subhanahu taala membantu kita untuk mengharungi segala cabaran khususnya berkaitan isu-isu di bawah portfolio saya.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya untuk turut menzahirkan rasa setinggi-tinggi penghargaan dan lafaz dengan penuh hormat penghormatan. Merafak sembah dan menjunjung kasih kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menzahirkan titah ucapan perasmian yang sangat mendalam dan menyeluruh terutama berkenaan kepentingan rakyat dan keperluan sebuah pentadbiran yang cekap lagi amanah. Patik menjunjung kasih Tuanku, insyaAllah patik akan berusaha memperbaiki diri agar dapat bekerja dengan lebih kuat dan gigih untuk kerajaan Tuanku dan rakyat jelata. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin dan cakna dengan membangkitkan isu-isu berkaitan pembangunan serta masalah infrastruktur di kawasan masing-masing. Seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat dan 29 isu telah dibangkitkan dan pihak saya dan seluruh agensi mengambil maklum segala pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina demi penambahbaikan yang berterusan.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipetua, saya akan memberikan fokus untuk menjelaskan isu-isu dasar mengikut beberapa tema. Izinkan saya untuk memulaikan penggulungan dengan soalan-soalan yang berkaitan projek-projek jambatan, jeti penambang dan jalan raya. Ahli Yang Berhormat dari Bukit Chandan telah mencadangkan berkenaan pembinaan baru jambatan Sungai Senggang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak telah menyenaraikan cadangan pembinaan jambatan Sungai Senggang ini dalam senarai Rolling Plan Rancangan Malaysia ke-12 yang seterusnya. Kerja-kerja merekabentuk akan dimulakan setelah mendapat kelulusan peruntukan dan Insya Allah Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan keperluan mendesak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan diuruskan sebaik mungkin demi keselesaan dan keselamatan rakyat di Bukit Chandan. Seterusnya sahabat saya Ahli Yang Berhormat dari Hutan Melintang telah membangkitkan berkenan status pembinaan Jalan Baru Kampung Sungai Dulang Fasa 2 dan isu Jeti Penambang Kampung Kota di Hutan Melintang.

Untuk makluman Yang Berhormat, status projek membina laluan baru Kampung Sungai Ipil ke Kampung Sungai Dulang Fasa 2 adalah dalam proses pembayaran balik tanah. Proses ini dijangka mengambil sedikit masa kerana melibatkan beberapa proses dari pelbagai pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, saya memberi jaminan bahawa kerja-kerja bagi projek ini akan dijalankan secepat mungkin selaras dengan kelulusan yang telah diumumkan. Bagi isu Jeti Penambang di Kampung Kota, dan saya sendiri telah turun melihat keadaan jeti tersebut dan pihak JKR Malaysia telah menyiapkan laporan pemeriksaan serta penilaian struktur Jeti Penambang di Kampung Kota. Hasil daripada lawatan tersebut terdapat dua cadangan rekabentuk pembinaan semula bagi menggantikan jeti sedia ada. Cadangan reka bentuk pertama adalah pembinaan ram dan struktur lapis lindung (rebathment) dengan anggaran kos sebanyak RM2.6 juta. Manakala cadangan kedua adalah pembaikan jeti dan pembinaan pemecah ombak breakwater yang dianggarkan peruntukan sebanyak RM3.3 juta. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja tersebut adalah bergantung kepada kesediaan peruntukan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya untuk menjawab pula berkenaan pertanyaan Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu berkaitan dengan Jalan Persekutuan. Yang pertama, Yang Berhormat Pasir Panjang telah memainkan isu kesesakan Jalan Batu 7 hingga Batu 10 dan isu lampu yang tidak sekata. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa pembangunan sedang berlaku di laluan tersebut amat lancar. Jika melalui dari One Stop Centre (OSC) akan memastikan setiap pembangunan yang dijalankan adalah secara terancang dan mematuhi piawai infrastruktur yang diperlukan. Jabatan Kerja Raya akan memberikan khidmat nasihat dari masa ke semasa bagi memastikan laluan FD005 berada pada tahap selamat dan mematuhi arahan teknikal jalan. Bagi Ahli Yang Berhormat Astaka yang memainkan isu lampu jalan yang tidak diselenggara. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Perak sentiasa prihatin dengan isu yang dibangkitkan dan sedia untuk membantu menyelesaikan isu ini sebaik-baiknya. Berkaitan isu 43 lampu jalan yang tidak diselenggara. Jabatan Kerja Raya telah memohon peruntukan pembaikan isu kabel terputus dan kerosakan fit filler dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan serta-merta setelah mendapat kelulusan peruntukan.

Bagi tindakan jangka masa pendek, JKR Negeri Perak akan melakukan beberapa penambahbaikan kecil di sekitar Kampung Koh pada masa yang terdekat ini. Seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Kenering membangkitkan isu keperluan menaiktaraf Jalan Lenggong ke Gerik. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Perak sentiasa membuat pemantauan dan menyemak keperluan cadangan projek menaik taraf laluan Persekutuan supaya ianya dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya. Jalan Lenggong ke Gerik adalah merupakan laluan Persekutuan FT004 dan di bawah selenggaraan konsesi yang dipantau oleh JKR Negeri Perak. Pihak JKR telah mengambil tindakan iaitu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan saliran longkang agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat. Sekiranya berlaku keadaan yang berbahaya seperti lubang di jalan, pihak konsesi akan terus dipanggil ke lokasi kejadian bagi kerja pembaikan. JKR Negeri Perak akan menyenaraikan cadangan kerja menaik taraf jalan tersebut sekiranya isipadu trafik didapati meningkat.

Bagi Ahli Yang Berhormat dari Menglembu yang membawa isu banjir kilat yang kerap berlaku di Menglembu iaitu di Jalan Lahat-Menglembu dan Jalan Kledang Utara-Falim. Untuk makluman Yang Berhormat, lokasi banjir yang dibangkitkan terletak di Jalan Persekutuan FT005 Falim Connector di Seksyen 2.5. Sekiranya berlaku kejadian hujan lebat luar biasa, paras air daripada Sungai Pari akan melimpah dan masuk ke Sungai Buntong yang menyebabkan air sungai menjadi tinggi (SENYAP) tebing sungai. Kerja-kerja pembersihan longkang akan dilaksanakan mengikut pusingan yang telah ditetapkan setiap tahun agar air dapat mengalir dengan lancar. Usaha bersama secara kordinasi telah diadakan bersama agensi berkaitan seperti JPS, MBI dan JKR bagi mengenal pasti punca utama dan tindakan yang akan diambil bagi setiap agensi yang terlibat untuk mengurangkan masalah banjir. Bagi jawapan kepada Yang Berhormat Tebing Tinggi yang menyentuh projek hidro elektrik kecil ataupun PHREC. Untuk makluman Yang Berhormat, Perak Hydro Renewable Energy Corporation (PHREC) telah selesai membangunkan dan mengoperasi tiga empangan hidroelektrik kecil iaitu di Sungai Slim, Sungai Bintang dan Sungai Kerian sejak tahun 2019. Sementara itu empat projek sedang dalam pembinaan iaitu di Sungai Beruntung, Sungai Korbu, Sungai Kampar dan Sungai Selangor yang dijangka siap sekitar tahun 2022 dan 2023. 26 sungai lain sedang dalam proses pra pembinaan. Manakala baki 16 masih berstatus green field. Sehingga kini terdapat 5 lokasi projek hidro elektrik kecil terletak di kawasan yang berhampiran dengan penempatan Orang Asli iaitu di Sungai Slim, Sungai Korbu, Sungai Kampar, Sungai Geruntum dan Sungai Pelus. Setakat ini hanya satu isu di Sungai Beruntung melibatkan masyarakat Orang Asli yang mana pada ketika ini isu tersebut berada di peringkat mahkamah dengan arahan injuksi untuk tidak memulakan proses pembinaan. Namun PHREC telah mengemukakan rayuan ke atas keputusan itu.

Timbalan Yang di-Pertua

Lintang, ADUN Manjoi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Yang Berhormat Lintang, Timbalan Speaker. Baik. Sebentar tadi, Yang Berhormat EXCO telah menyatakan bahawa PHREC telah memajukan beberapa buah sungai di Negeri Perak untuk tujuan renewable energy dan sungai-sungai tersebut telahpun dikenalpasti. Cuma saya yakin di sana ada lagi sungai-sungai yang tidak termasuk di dalam senarai yang diserahkan kepada pihak PHREC yang boleh dijadikan tapak atau pun tempat di mana empangan dalam bentuk RE ini boleh dimajukan. Soalan saya adakah pihak kerajaan bercadang untuk meminta atau menjemput pihak-pihak lain untuk turut sama memajukan sungai-sungai kecil ini supaya rancangan untuk memajukan renewable energy ini dapat disegerakan kerana kalau kita nak bergantung kepada pihak PHREC saja, yang ada pun tak sempat disiapkan selain daripada masalah seperti di Geruntum dan sebagainya. Terima kasih.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Teja minta laluan.

Saya jawab ni dulu.

Timbalan Yang di-Pertua

Teja

Saya jawab YB Manjoi dulu.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Ok.

Terima kasih YB Manjoi atas cadangan yang disebutkan oleh YB tadi, pihak kerajaan akan mengkaji dan meneliti di atas cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat. Insya Allah.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya nak tanya kan sebab tadi ada disebut salah satu projek mini hidro elektrik yang telah dimulakan di Sungai Geruntum iaitu terletak di kawasan Teja. Sekarang kes telah masuk mahkamah dan injuksi telah diluluskan. Oleh sebab kes mahkamah ini sedang berjalan, jadi projek kerja pembinaan telah tertangguh terbiar macam tu dan telah menyebabkan ada kesan-kesan ke atas apa tu keselamatan dan alam sekitar pada kawasan-kawasan kampung orang asli yang di sekitarnya. Oleh sebab kita tak tahu berapa lama masa yang akan diambil oleh mahkamah untuk adakan satu keputusan terakhir. Jadi saya harap pihak Kerajaan boleh ambil tindakan untuk meninjau impak-impak ke atas kehidupan dan keselamatan alam sekitar dan itu penduduk orang asli di dalam tempoh masa ini. Terima kasih.

Terima kasih YB. Ini satu pandangan yang baik dan perlu diberi perhatian oleh pihak Kerajaan. Insyaallah. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Saya ingin menjawab apa yang dibangkitkan oleh soalan lisan yang tak sempat saya menjawab dengan lebih tepat iaitu YB Canning. Berkaitan dengan jangka siap ataupun yang melibatkan tukaran ataupun penggantian paip-paip lama di kawasan YB Canning telah dimasukkan dalam rancangan pada tahun 2022. Dalam cadangan penggantian paip baru bagi tahun 2022 dalam Lembaga Air Perak.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Timbalan Yang Dipertua, Soalan Pasir Panjang.

Silakan Pasir Panjang.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Berkaitan dengan air itu saya ingin membawa isu ataupun masalah penduduk kawasan Pasir Pandak yang mana berkaitan dengan bekalan air ke rumah yang pressure rendah ataupun tekanan rendah. Jadi kita melihat bahawa kesannya ialah telah menyulitkan keadaan penduduk-penduduk di ataupun keselesaan penduduk-penduduk di Pasir Pandak. Yang mana terutamanya pada waktu puncak, jadi bila waktu puncak tu nak pergi bekerja ataupun Hari Raya dan sebagainya mereka mengalami masalah air. Jadi di antara punca yang dikenal pasti ialah ataupun yang di boleh dikatakan sebab punca biasa seperti yang dibincangkan iaitu paip asbestos yang kita bincangkan sebelum ini yang mana usia paip asbestos dah melebihi 40 tahun dan memang perlu diganti. Kemudian yang keduanya paip yang lama, saiz yang kecil. Apabila exert pressure makna dibubuh tekanan, jadi paip itu bocor, pecah dan sebagainya. Jadi harapan Pasir Panjang bahawa hendaklah paip itu ditukar segera kerana lebih kurang satu atau dua kilometer di situ daripada Pasir Pandak itu, ada tangki ternaik. Jadi bukan soalnya kekurangan air disebabkan tidak ada air tetapi saluran paip. Jadi sila ambil diharap Kerajaan dapat mengambil tindakan segera atas isu yang dibangkitkan. Terima kasih.

Terima kasih YB Pasir Panjang. Memang Kerajaan Negeri amat bersimpati apa yang berlaku di Kampung Pasir Pandak Lekir dan juga kawasan-kawasan yang lain. Kerajaan Negeri mengambil maklum berkenaan keadaan yang berlaku di Kampung Pandak Lekir di kawasan Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak saya bersama Lembaga Air Perak telah turun sendiri ke kampung ini ketika lawatan kejadian banjir pada awal tahun ini. Bagi mengatasi masalah ini, LAP telah melaksanakan projek pembinaan tangki air baru dan rumah pam di tapak tangki air sedia ada di Batu 12 Lekir yang dijangka siap pada September tahun ini. Selain itu Lembaga Air Perak juga melaksanakan projek pemasangan paip besi keluli berukuran 450mm sepanjang 6.5 kilometer yang sedang dalam peringkat akhir penyediaan dokumen tender yang akan dipanggil dalam tahun ini juga. Selain itu, pemasangan paip dari Batu 12 ke Kayan bersaiz 300mm sepanjang 11km akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.

Timbalan Yang di-Pertua

Lintang ada Temengor.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Temengor nak..

Saya jawab sikit lagi. Dengan pelaksanaan kriteria kompenan projek ini, iaitu pembinaan tangki air baru Lekir, pemasangan paip 450mm dan 300mm tersebut, bekalan air ke kawasan Lekir dan sekitarnya insyaAllah akan lebih baik lagi. Silakan Temengor.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lintang atas laluan yang diberikan. Saya ingin bertanya mengenai masalah gangguan bekalan air di kawasan saya. Sebelum ini sekiranya di bangkitkan isu masalah gangguan air terutamanya di sekitar Pekan Gerik, alasannya ialah disebabkan pembinaan loji baru 6 Gerik yang sedang dalam pembinaan. Jadi saya ingin bertanya pertamanya tentang status Loji Gerik 6 yang bakal mengisi hampir saya difahamkan lebih kurang 10 juta mililiter sehari. Adakah loji ini akan mampu menampung bekalan air keseluruh Pekan Gerik bagi mengatasi masalah bekalan air dan juga tekanan air rendah ataupun memerlukan backup lagi daripada loji-loji yang berada di Gerik dan seterusnya ialah mengenai pemasangan-pemasangan paip baru. Sebab saya difahamkan ada isu antara KPLB dan juga LAP yang mana kalau paip-paip baru terutamanya permohonan baru untuk masuk ke kampung ialah berkaitan dengan KPLB dan LAP tidak terlibat untuk pemasangan paip baru tetapi hanya melibatkan pembaikan paip-paip baru. Jadi adakah perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat bagi kampung-kampung yang belum ada bekalan air terawat untuk mendapatkan bekalan air bersih kepada kampung-kampung terbabit. Itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih. Temengor.

Timbalan Yang di-Pertua

Lintang. Astaka

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Berkenaan air juga.

Ok.ok.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Bagi kawasan Astaka, tak awal tahun ini ataupun hujung tahun lepas, banyak kali juga menghadapi masalah ataupun gangguan bekalan air. Apabila saya berhubung dengan LAP, jawapan yang saya sentiasa dapat adalah ada pam di loji Teluk Kepayang ataupun Kampung Kepayang. Saya tak pasti yang nama tu, tapi jawapan yang saya sentiasa dapat adalah pam di situ rosak dan sudah lama dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat ataupun ingin nak menaik taraf loji di situ memastikan pam-pam di situ tidak lagi rosak dengan do often lah dengan izin. Terima kasih.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Canning mohon laluan. YB Lintang, Canning mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua

Canning, lepas jawapan daripada Lintang, dia bagi.

Yang pertama daripada YB Temengor, pada masa ini bekalan air ke pekan Gerik dan sekitarnya diperolehi daripada tiga buah loji rawatan air, iaitu loji rawatan air Kampung Jong, loji rawatan air gred 5 dan Loji Rawatan Air Lawin. Dijangka dengan beroperasinya LRA gred 6 sepenuhnya serta pembinaan saluran paip utama baharu akan membantu meningkatkan keupayaan bekalan ke kawasan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bekalan air ke kawasan-kawasan luar bandar yang masih belum menerima bekalan air terawat telah dilaksanakan oleh melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Cuma projek-projek kawasan-kawasan berkenaan perlu dipanjangkan kepada kementerian berkenaan untuk dilaksanakan melalui program bekalan air luar Bandar dan insyaAllah YB Temengor, kita akan uruskan kawasan-kawasan yang tidak mendapat bekalan air bersih. Bukan sahaja di kawasan Temengor tetapi seluruh Negeri Perak. Kita akan bekerjasama di antara LAP dan Kementerian Luar Bandar untuk membekalkan air bersih kepada rakyat yang berada di luar bandar. Bagi yang pernah rasakan memang ini yang menjadi usaha kita untuk memperbaiki daripada kelemahan-kelemahan, kekurangan-kekurangan ini kepada yang lebih baik lagi dan insyaAllah apa yang dibangkitkan dalam soalan daripada Astaka nanti akan saya jawab selepas ini. Ok, Canning.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Terima kasih YB Lintang. Didapati isu mengenai pekerjaan paip di kawasan sekitar tadi, Taman Ipoh timur dan juga Taman Ipoh Selatan yang berlaku secara kerap. Terima kasih.

Terima Kasih YB Canning. Sebagaimana saya nyatakan tadi, bahawa LAP akan masukkan bajet peruntukan ataupun penambahan ataupun pertukaran paip lama kepada yang baharu di 3 kawasan yang dibangkitkan oleh YB Canning, iaitu pada tahun 2022. InsyaAllah.

Timbalan Yang di-Pertua

Lintang, ada lagi. Chenderoh..Chenderoh.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan juga ADUN Lintang. Isu air juga. Berhubung dengan bekalan air, saya dimaklumkan dua tiga hari sudah oleh pengurus PLKN satelit penjara di Sauk, Changkat Duku yang mana sering apa ini, gangguan air dan ini sangat, kesannya kepada banduan-banduan yang ada di penjara satelit itu kadang-kadang dah tak boleh mandi. Saya ingat perlu diambil tindakan segera iaitu di penjara satelit Kampung Sauk. Baru ini pegawai tu datang jumpa saya mengadu kan hal ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lintang, masa Yang Berhormat lebih kurang 3 minit lagi.

Saya minta jasa baik Timbalan Yang Dipertua kerana peringkat akhir ini ada beberapa soalan yang perlu saya jawab dan ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh rakan-rakan Yang Berhormat sekalian. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan isu pengairan dan saliran Sungai Perak. InsyaAllah YB Chenderoh kita akan ambil tindakan apa yang dibangkitkan.

Ahli Yang Berhormat dari Keranji telah membangkitkan isu permohonan masalah banjir di Kampar. Sebanyak RM10 juta yang masih belum diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak mengambil maklum dan sentiasa memantau masalah banjir yang berlaku di Kampar. Bagi mengurangkan masalah ini, JPS Negeri Perak telah memohon memperuntukkan sebanyak RM10 juta iaitu di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta. Projek ini berada di fasa proses rekabentuk terperinci oleh pihak perunding yang telah dilantik dan projek ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2023. Selain daripada itu, masalah tebing Sungai Keranji yang runtuh di Jalan Baru adalah berpunca daripada masalah perparitan dalaman. Bagi mengatasi masalah ini, Pihak Berkuasa Tempatan akan menaiktaraf tebing dan juga longkang saliran dalaman tersebut. Diharap usaha ini akan mengurangkan kejadian banjir di kawasan Yang Berhormat.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Sepetang telah membangkitkan isu masalah tebatan banjir yang rosak dan pecah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak saya sendiri telah mengarahkan JPS Negeri Perak untuk membuat kajian mendalam serta menjalankan post-mortem secara terperinci bagi semua RTB di dalam Negeri Perak. Saya juga mengarahkan agar semua kertas cadangan dan pembinaan projek tebatan banjir yang sedang dirancang atau dalam pembinaan diteliti semula agar RTB yang dibina di Perak benar-benar mampu mengurangkan kesan banjir. Saya memberi jaminan satu laporan komprehensif akan dihasilkan oleh JPS Negeri Perak agar kejadian ban pecah seperti di Alor Pongsu tidak berlaku di kawasan lain. Bagi permasalahan banjir yang berlaku dalam kawasan Sungai Larut, isu ini berlaku disebabkan oleh keadaan paras ban yang rendah. Oleh itu JPS Negeri Perak akan mengambil inisiatif dengan menjalankan kerja-kerja meninggikan paras ban. Selain itu pihak JPS Negeri Perak juga akan menjalankan kerja-kerja mendalamkan Sungai Larut untuk membantu mengurangkan masalah banjir terutamanya kawasan Kuala Sepetang pada bulan September ini.

JPS Negeri Perak turut mengambil inisiatif dengan memasang dua buah pam bergerak untuk mengurangkan masalah banjir di kawasan yang rendah untuk mengepam air di kawasan banjir ke dalam Sungai Larut. Bagi tahun ini sahaja, pihak JPS Negeri Perak telah membelanjakan hampir RM890 ribu di dalam kawasan DUN Matang untuk mengurangkan masalah banjir.

Bagi Ahli Yang Berhormat di Astaka dan Pasir Panjang membangkitkan isu di pekan Setiawan, Manjung dan Pasir Panjang yang kerap berlaku kejadian banjir kilat. YB Astaka juga mencadangkan agar satu pelan induk sistem saliran dapat diwujudkan sebagai pelan perancangan jangka panjang bagi mengatasi isu banjir. Saya juga sependapat dengan pandangan YB Astaka bahawa semua daerah perlu mempunyai pelan induk sistem saliran yang sentiasa dikemaskini bagi tujuan rujukan.

Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Negeri Perak menghasilkan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) yang merupakan satu pelan terperinci dalam pengurusan air larian untuk satu pekan ataupun bandar. Pelan ini akan dirujuk dan digunapakai oleh agensi-agensi terlibat khususnya pihak perancang bandar dan JPS dan memastikan sistem saliran dalam bandar, pekan diuruskan dengan cara yang terbaik terutamanya di peringkat awal sesuatu permohonan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon laluan, Pantai Remis. Sikit sahaja. Ok terima kasih Tuan Yang Dipertua. Cuma berkaitan dengan sistem perparitan ini, yang pentingnya kadang-kadang kita, tidak fokus tentang outlet. Selalu kita ada bincang dengan perparitan di kalangan kawasan perumahan ataupun commercial area tetapi apabila air dari perparitan ini dia sambung keluar untuk masuk ke sungai dia melalui kawasan di dalam kebun-kebun swasta, iaitu masalah yang sebenarnya yang berlaku kerana sempit ke, singkat ke, tak cukup mendalam ke. Itu outlet adalah masalah yang kita harus ambil berat. Terima kasih.

Terima kasih YB. Cadangan yang amat baik. Untuk Pekan Sitiawan, pihak Kerajaan Negeri dalam proses menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) yang baru kerana pelan induk yang sedia ada dalam dilaksanakan tahun 2010 dan kurang efektif untuk dijadikan rujukan lagi. Seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat, pelan induk baharu untuk Pekan Setiawan sememangnya perlu disegerakan bagi memastikan pembangunan yang sedang rancak sekarang berpandukan pelan yang teratur dan sistematik.

Air adalah sumber penting dalam kehidupan manusia. Dalam Al Quran, ayat 30, surah al-anbiya, Allah telah berfirman dengan jelas dengan maksudnya bahawa "dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup, maka Mengapa kamu tidak mahu beriman". Allah SWT telah berfirman dan menerangkan betapa itu adalah sumber air amat penting dalam kejadian pelbagai makhluk Allah SWT. Maka berimanlah dengan nikmat Allah ini dan janganlah sesekali kita kufur nikmat kerana perubatan tersebut merupakan tindakan tercela yang dapat mendatangkan azab yang hebat sebagaimana firman Allah SWT pada Surah Ibrahim ayat 7, dan ingatlah maksudnya, (Bacaan Ayat Al Quran) "dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmat kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras”.

Selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika menzahirkan Titah ucapan perasmian Baginda pada 25 Ogos yang lalu.di para 19 baginda mengingatkan bahawa air ialah khazanah alam yang tidak ternilai dan merupakan sumber penting kepada kehidupan manusia dan penjanaan pelbagai sektor ekonomi. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut menegaskan bahawa kebersihan Sungai hendaklah diutamakan. Tanggungjawab memelihara kebersihan sungai ialah tanggungjawab semua pihak. Masjid, surau, sekolah, badan-badan belia dan persatuan-persatuan penduduk hendaklah mendidik setiap rakyat bermula daripada usia kanak-kanak untuk tidak mencemari sungai.

Seperti cadangan dan pandangan daripada YB Sungai Rapat, Perak telah berjaya dengan memiliki empat sungai paling bersih iaitu Sungai Tapah sebagai sungai terbersih di Malaysia, kemudian Sungai Licin, Sungai Nyior dan Sungai Manong yang merupakan antara 10 sungai terbersih dalam negara. Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat bahawa kerajaan ini perlu dijadikan penanda aras dan perangsang kepada Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan pelbagai usaha bagi pemuliharaan sungai di seluruh Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Negeri Perak sentiasa terpelihara dan berada pada tahap yang berkualiti.

Laporan Indeks kualiti air Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menunjukkan air sungai, sungai di Perak berada di gred 1 iaitu cukup berkualiti, Timbalan Yang Dipertua. Melalui mekanisma penetapan harga air air mentah yang dibuat oleh KASA, air gred 1 boleh dijual pada harga yang lebih tinggi kerana kos rawatan airnya yang lebih murah berbanding gred-gred lain. Cadangan mekanisma penetapan harga air mentah ini mampu untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri Perak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri berada di fasa akhir untuk menggubal Rang Undang-Undang Sumber Air Perak (RUUSA Perak) sebagai undang-undang negeri untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan sumber air negeri secara bersepadu dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Satu perbadanan akan ditubuhkan bagi menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang pengurusan air bersepadu negeri khususnya berhubung perlindungan.

Timbalan Yang di-Pertua

Lintang, panjang lagi ke.

Ada sedikit lagi. Penggunaan pembangunan, perbendaharaan, pengurusan dan pengawalan sumber air secara mampan dan saksama untuk faedah semua pihak dan alam sekitar. Rang undang-undang ini akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan seterusnya ke Dewan Negeri untuk kelulusan. Tahun 2001, merupakan tahun rintis kepada kepelbagaian usaha pemuliharaan sungai di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan pemuliharaan sungai dan di Sungai Kinta dijadikan sebagai rintis. Antara usaha-usaha pemuliharaan sungai yang telah dilaksanakan adalah program-program pemulihan kualiti air Sungai Kinta Ipoh, gotong-royong perdana dijalankan serentak di seluruh negara. Sepanjang 142 kilometer jajaran denai sungai telah diwujudkan di seluruh Negeri Perak. Program eksplorasi Sungai Perak, kempen kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah dan IPT, program Integrated River Basin Management ataupun (IRBM). Program ini telah menunjukkan kejayaan antaranya kualiti air Sungai Kinta telah meningkat kepada kelas 2 daripada kelas 4.

Usaha-usaha pemuliharaan sungai ini akan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh Negeri Perak mulai tahun 2022. Insyallah mulai tahun hadapan, pihak kerajaan negeri bercadang untuk memperluaskan Program Denai Sungai di Perak dengan melibat samakan semua Pusat Khidmat, 59 Adun di Negeri Perak agar mempunyai sungai angkat di kawasan masing-masing untuk dipulih dan dipelihara melalui penglibatan komuniti dan juga pendidikan. Satu peruntukan bagi tujuan ini akan diusahakan melalui kerajaan negeri dan Yang Amat Berhormat Menter Besar.

Timbalan Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan serta memberi pandangan dan cadangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan infrastruktur Negeri Perak. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dalam penggulungan ini, jawapan tersebut akan dihantar secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat.

Sesungguhnya kerajaan Negeri Perak dan saya sendiri amat terbuka untuk sebarang perbincangan, teguran dan cadangan penambahbaikan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Pintu pejabat saya juga sentiasa terbuka luas Timbalan Yang Dipertua, untuk menerima kedatangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita boleh duduk berbincang mencari penyelesaian yang terbaik bagi setiap permasalahan rakyat di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Marilah kita merealisasikan hasrat dan titah kebawah Duli Tuanku Sultan untuk menunjukkan kematangan politik aras tinggi dan bekerjasama demi kepentingan rakyat Negeri Perak. Terima kasih juga kepada semua pegawai-pegawai agensi di bawah INTAP yang bertungkus lumus menyediakan ulasan teknikal bagi sesi penggulungan hari ini, dan saya sekali menyatakan komitmen saya dan semua agensi di bawah saya untuk bekerja lebih kuat dan memberikan kerjasama yang erat kepada semua pihak merentasi fahaman politik demi kesejahteraan rakyat. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Lintang. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Gunung Semanggol untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan Al-Quran) Sadaqallahul azim. Allah SWT berkata, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang dibacakan tadi yang bermaksud "dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan jangan sekali-kali kamu tolong menolong dalam perkara-perkara dosa dan pelanggaran dan bertakwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amat berat siksaNya". Yang dihormati, Timbalan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan dan seterusnya semua yang mengikuti sidang pada hari ini.

Yang pertamanya, patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah dalam Titah Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Keempat Belas pada hari Rabu lalu. Tuanku menitahkan supaya kerajaan Tuanku, kerajaan Negeri Perak memberi perhatian serius kepada ancaman keselamatan bekalan makanan akibat daripada Covid-19 dengan menitik beratkan sektor pertanian, ternakan dan perikanan. Melalui pendekatan budaya kerja dan pengeluaran baru serta menyuntik kaedah-kaedah dan mekanisma moden supaya produktiviti dapat ditingkatkan dan boleh menarik lebih ramai rakyat terlibat.

Keduanya saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin akan kepentingan sektor keselamatan makanan ataupun food security dengan izin. Sebanyak 24 soalan yang telah dibangkitkan oleh 18 Adun termasuk melalui soalan lisan dan bertulis serta melalui perbahasan yang menyentuh mengenai portfolio pertanian, perladangan dan juga industri makanan. Terdapat 25 isu, cadangan dan saranan yang telah dibangkitkan oleh 21 orang Ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan titah Tuanku.

Timbalan Yang Dipertua untuk makluman Yang Berhormat, Indeks Keselamatan makanan Global, Global Food Security Index yang mengukur tahap kemampuan, ketersediaan dan juga kualiti dalam keselamatan makanan mencatatkan Malaysia berada pada kedudukan ke-43 pada tahun 2020 berbanding dengan ke-28 pada tahun 2019 dan kedudukan ini menurun sebanyak 15 tangga. Penurunan ini adalah dipengaruhi oleh ketidakpastian kestabilan sumber bekalan makanan, tahap sara diri sektor pengeluaran makanan yang rendah. Ancaman bencana semulajadi dan juga faktor luar jangka seperti pandemik Covid-19.

Timbalan Yang Dipertua bagi menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning dan Manong, berkenaan dengan pergerakkan lori yang terlibat dengan aktiviti rangkaian makanan. Surat pengesahan bagi aktiviti sektor agro makanan boleh dipohon melalui Jabatan Pertanian Daerah yang berhampiran secara atas talian. Surat pengesahan tersebut perlu dibawa ke balai polis berhampiran sebagai dokumen sokongan untuk mendapat permit pergerakan daripada pihak Polis. Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tiada sebarang kebenaran pergerakan keluar masuk dibenarkan kecuali dengan kes-kes kecemasan. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberi kepada pekebun yang ingin memasarkan hasil tanaman mereka dengan syarat seperti berikut; Yang pertama menggunakan kenderaan yang berada di dalam kawasan PKPD sahaja dan yang kedua kenderaan tersebut hanya dibenarkan membawa hasil keluar sehingga pos kawalan pada kawasan PKPD berkenaan.

Yang ketiga kenderaan daripada luar kawasan PKPD untuk mengambil makanan hasil tersebut hendaklah menunggu di luar pos kawalan dan proses pemindahan hasil boleh dilakukan di pos kawalan. Petani dan pemborong boleh terus melakukan aktiviti jualan hasil tani mereka tanpa sebarang masalah. Kerajaan melalui FAMA Negeri Perak telah membuka bilik gerakan Crisis Management Centre dan yang berperanan mengatur bekalan makanan hasil pertanian semua peringkat bermula daripada ladang, pemborong, proses, pengeluar dan pengguna.

Timbalan Yang Dipertua, berkenaan dengan soalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Chenderoh, masalah musuh tanaman seperti kera, monyet, tupai, babi hutan adalah masalah yang berlarutan sekian lama. Kerajaan telah mengambil pendekatan berikut bagi mengatasi masalah ini. Yang pertama Jabatan Pertanian sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan bagi mengatasi masalah kacau ganggu musuh tanaman.

Yang kedua, Kerajaan membantu petani-petani membangunkan pagar elektrik dan yang ketiga Kerajaan memperkenalkan teknologi terkini iaitu dengan menggunakan outdoor repeller yang mengeluarkan bunyi yang menakutkan musuh-musuh dan bagi menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Behrang, untuk pengetahuan yang berhormat Kerajaan negeri sentiasa memastikan aktiviti pertanian dijalankan dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik. Bagi merealisasikan usaha ini satu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian iaitu My Organic telah diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan perladangan organik berpandukan kepada Malaysian Standard MS 1529 tahun 2001 The Product Processing Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produces Food. Selain daripada itu, Kerajaan berusaha mewujudkan land bank dan data tanah yang boleh dimajukan sebagai usaha untuk memperluaskan kawasan pertanian dan memberi peluang kepada seluruh rakyat negeri dan pihak swasta yang berminat menceburi sektor industri makanan. Batu Kurau ada membangkitkan mengenai dengan...

Timbalan Yang di-Pertua

Semanggol, Manjoi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Semanggol. Saya nak kita tolak daripada dari mana YB Semanggol tadi berhenti iaitu mengenai land bank. Baik. Seperti mana yang kita tahu bahawa kebanyakan daripada pengusaha-pengusaha tanaman sayur. Saya pun dulu merupakan land less farmers ataupun pekebun-pekebun yang tidak bertanah. Mereka ini meneroka tanah Kerajaan ataupun meneroka tanah milik individu untuk membolehkan mereka menggunakan tanah-tanah tersebut sebagai tapak untuk mengusahakan tanaman sayur dan kita harus berterima kasih juga di atas adanya mereka ini walaupun kita panggil mereka ini squarters, kita tidak alu-alukan squarters tetapi kalau tidak kerana adanya mereka ini barangkali kita tak makan sayur ataupun menghadapi kekurangan bekalan sayur sebab sayur-sayur daripada Cameron Highlands tu banyak dihantar ke Singapore. Dia tak jual dah di sini harganya pun mahal ya. Jadi saya nak bertanya kepada tetapi masalah kepada mereka ini ialah kerana mereka merasakan tak selamat. Tak secured.

Tahulah sebagai squarters bila-bila masa sahaja pihak penguatkuasa boleh datang untuk perhambat mereka keluar atau pun bawak mereka ke mahkamah dan juga tuan-tuan tanah yang memiliki tanah tersebut boleh ambil pada bila-bila masa dan akhirnya mereka dihalau keluar dan akhirnya kalau ini yang berlaku, berlaku ancaman kepada bekalan tanaman sayur ataupun bekalan sayur-sayuran yang diperlukan oleh kita pada saban hari dan untuk itu saya nak bertanya kepada pihak Kerajaan ada ataupun tidak sebarang ataupun satu blue print atau pun usaha yang dalam bentuk jangka panjang atau bentuk jangka pendek untuk membolehkan petani-petani ini memiliki tanah ataupun mereka mengusahakan tanah dengan keadaan rasa selamat dan tidak lagi bimbang untuk dihalau keluar daripada tanah-tanah yang mereka usahakan.

Misalnya pihak Kerajaan mengenal pasti satu kawasan yang besar dimajukan dengan infra yang sewajarnya dan boleh dibuat dalam bentuk ala ladang kelapa sawit yang besar-besar macam tulah ya dan akhirnya dia boleh juga dijadikan sebagai satu tapak Agro Tourism yang membolehkan kawasan ini dimajukan sebagai kawasan tanaman sayuran dengan cara yang lebih efisyen lebih bersih dan bekalannya lebih terjamin dan menjamin pendapatan kepada mereka-mereka yang terlibat dan mungkin juga kita boleh libatkan anak-anak muda yang sekarang ni berhadapan dengan masalah pekerjaan untuk turut sama diasuh ataupun dididik untuk menjadi pekebun-pekebun moden dengan syarat bahawa tanah-tanah tersebut Sekarang saya akuilah adalah yang dibuat oleh pihak SADC misalnya dimana SADC menyewakan tanah untuk dijadikan tapak pertanian dan sebagainya tapi SADC bagi tanah begitu je. Kalau lombong-lombong lah. Kalau hutan, hutanlah. kalau banyak kera, banyak keralah dan ini merupakan satu disincentive ataupun tidak menggalakkan anak-anak muda yang berminat untuk usaha pertanian ini untuk meneroka pertanian kerana pasaran tidak ada.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih kepada Manjoi yang membangkitkan soal sekuriti makanan dan berkaitan dengan land bank dan juga untuk memberi jaminan kepada pengusaha-pengusaha yang berminat. Memang dalam sekarang ni sedang kita mengumpulkan data dan data-data tanah-tanah yang boleh dimajukan sebagai satu panduan kepada pelabur-pelabur ataupun orang muda yang untuk menceburi diri dalam pertanian kepada mereka melihat kedudukan tanah tersebut, berapa tempoh yang akan dibangunkan. Mereka telah mengetahui tempoh untuk mereka mengusahakan tanah itu. Ini sedang dilakukanlah sepertimana yang dinyatakan bahawa sekarang ni kita sedang mendapat data-data daripada pejabat-pejabat tanah. Selain daripada itu, kita ada agensi-agensi Kerajaan agensi-agensi kita seperti SADC ataupun PKNP yang telah pun mempunyai kedudukan tanah mereka itu dan mereka ni bolehlah pelabur ini berjumpa dengan agensi berkenaan dan melihat kesesuaian tanah untuk dibangunkan seperti apa-apa bentuk pertanian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Semanggol, Titi Serong.

Saya tertarik dengan land bank tu. Soalan saya tadi pun berkenaaan soalan tambahan saya pun berkenaan land bank juga. Kita melihat banyaklah banyak tahun dah tanah-tanah yang terbiar tanpa diusahakan terutamanya saya tertarik industri ternakan. Ternakan sama ada lembu atau kambing kerana dua ternakan ini memang mempunyai permintaan tinggi. Kalau kita lihat ladang-ladang yang diusahakan di SADC kebanyakkannya mereka bekal lembu pada ketika musim Perayaan Haji tapi kita nak kan ada kesinambungan lembu-lembu yang boleh dijual pada harian, keperluan harian.

Jadi bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya dengan cadangan saya untuk kita melantik satu badan swasta menguruskan data-data land bank ini untuk kita publishkan supaya nilai-nilai tanah di Perak ini terutamanya land bank yang dimaksudkan itu lebih komprehensif datanya kita boleh kategorikan tanah berkenaan contoh di Hulu Perak bersesuaian untuk ternakan lembu, di Selama kita difahamkan ada projek Farm Fresh. Jadi kalau saya masih menunggu jugalah tindakan tuntas daripada Kerajaan untuk menyediakan data-data land bank ini secara komprehensif koordinatnya, keluasannya, kesesuaian untuk pembinaan. So, boleh tak Yang Berhormat Gunung Semanggol bersetuju dengan saya untuk kita lantik satu syarikat swasta yang pakar untuk penyediaan data-data ini. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap, tak dan nak habis ni. Baru yang pertama. Sekejap ya. Bersetuju dengan apa untuk menunjukkan data-data tu tetapi kalau untuk dia bagi kepada pihak swasta mungkin perlu perbincangan ke peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk zoning kan kawasan-kawasan. Ok, kawasan ini ternakan udang, kawasan ini ikan air tawar, kawasan ini untuk pertanian supaya nanti apabila apa ada pelabur-pelabur dia masuk salah zone nanti akan menjadi masalah pada pengusaha-pengusaha itu sendiri. Ok,ya. satu lagilah sebelah ni ya.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok, Simpang Pulai.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Baru awal.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Soalan saya lebih kurang apa yang dijawabkan oleh Exco cuma saya nak tanya sebab sekarang dalam proses untuk kenalpastikan land bank dan setelah kenalpastikan land bank sudah tentunya Kerajaan Negeri ada hala tuju yang kita nak bangunkan. Contohnya kalau Perak dia lebih sesuai untuk ternakan sekian-sekian ini. Pertanian untuk jenis tanaman apa? So, apakah rancangan secara holistik ataupun secara keseluruhannya ke mana hala tuju kita. Nak pergi atau pun kita ada satu blueprint untuk sektor pertanian bagi Negeri Perak.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok terima kasih Yang Berhormat Simpang.

Timbalan Yang di-Pertua

Simpang Pulai.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Simpang Pulai. Memang seperti yang dinyatakan memang kerajaan Perak telah pun mempunyai hala tuju pertaniannya. Kerajaan telah meletak kadar sara diri untuk setiap jenis pemakanan. Sebagai contoh ada beberapa tanaman kita telah mencapai 100% kita ke arah kepada eksport, ada agriculture, akuakultur misalnya. Kita juga telah mencapai lebih daripada 100% keperluan dalam negeri dan kita juga mengarah kepada kualiti untuk ekspot sepertimana yang dinyatakan sebagai ternakan daging, penternakan dan sebagainya. Setakat ini negara dan juga Negeri Perak ni hanya mengeluarkan lebih kurang 16% sahaja lembu dan kambing. Jadi di situ kita memerlukan peningkatan kepada pengeluaran sebagai untuk kegunaan dalam negeri. Ini arah ke arah tuju yang kita buat.

Encik Leong Cheok KengDAP · PHMalim Nawar

Minta laluan sikit saja YB Semanggol Adakah YB bersetuju bahawa prosedur permohonan untuk TOL adalah terlalu susah atau pun tidak terbuka atau pun dengan izin transparent. Saya menerima banyak aduan daripada petani-petani bahawa mereka pohon untuk TOL tapi kadang kala selepas sangat lama pun tidak dapat apa jawapan dan kalau dapat jawapan pun kadang kala ditolak tanpa apa-apa sebab. Bolehkah YB mengadakan satu prosedur yang springline dengan izin yang transparent supaya permohonan adalah di positionnya dijadikan lebih senang dan lebih mudah untuk petani-petani pohon dan kalau tidak dibenarkan boleh ke sebab-sebab diberikan kepada mereka ataupun tanah yang lain yang lebih sesuai dicadangkan untuk mereka kerana sekarang complaint adalah tiada jawapan pengakuan penerimaan ataupun white card telah diterima tapi tak ada jawapan. Selain daripada blueprint yang saya..

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dia tak tau macamana nak guna. Orang yang tak ada tanah boleh nak guna itu yang menjadikan mereka terpaksa teroka dan dan sebagainya dan In Shaa Allah kita akan ambil perhatian tentang ini. Ini nak menyentuh tentang Batu Kurau membangkitkan mengenai dengan industri durian. Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian telah pun merancang satu program membangun ekonomi yang dinamakan sebagai Batu Kurau Durian Park, Taman Durian Batu Kurau yang berkonsepkan agro pelancongan. Dengan ini industri durian ini dapat dikembangkan dan kaedah yang lebih moden dengan melibatkan pekebun-pekebun kecil di sekitar Batu Kurau dan juga Selama. Oleh itu kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap cadangan ini dan untuk memastikan usaha ini dapat dijayakan .

Kerajaan negeri juga melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak turut memberi insentif dan juga bantuan kepada usaha-usaha yang melibatkan sektor agro pelancongan. Pada tahun ini bantuan disalurkan kepada 10 usahawan di Negeri Perak bagi menaikkan infrastruktur peruntukan sebanyak RM20,000.00 seorang dengan jumlah lebih kurang RM200 ribu telah pun dibelanjakan. FAMA juga telah mewujudkan sebuah pusat proses pemprosesan buah-buahan segar di Batu Kurau. Pusat ini berperanan sebagai pusat memproses buah-buah bertaraf good manufacturing practice atau pun GMP bagi tujuan pemasaran tempatan dan juga eksport.

Selain daripada itu pihak FAMA juga sedang membangunkan galeri durian sebagai salah satu daya tarikan pelancongan di Batu Kurau. Galeri ini menyediakan informasi berkaitan dengan tatacara pengekspotan pensijilan good manufacturing practice, pembungkusan dan juga maklumat dari variety durian utama di sekitar Batu Kurau. Untuk pengetahuan semua Ahli-Ahli Dewan kerajaan juga berusaha menjadikan Perak ini sebagai hub durian. Jadi SADC sedang mengkaji tanah-tanah milik SADC di Sanggang, Lenggong, Sungai Siput dan juga Gerik yang tidak sesuai untuk tanaman sawit dan diganti dengan tanaman durian. Sehubungan dengan itu SADC telah membangunkan pusat nursery durian di Kampung Gajah Pasir Salak bagi memenuhi keperluan tersebut dan terhadap permintaan semasa.

Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manong, Titi Serong dan juga Aulong, untuk makluman Yang Berhormat beberapa insentif telah pun diambil oleh kerajaan dalam memastikan kelestarian dan juga kesinambungan keselamatan makanan Negeri Perak. Di antaranya kerajaan Negeri Perak telah meluluskan sejumlah peruntukan melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.

Minta laluan, Pangkor.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap, habis.

Saya nak kembalikan kepada kenyataan sebelu saya terlupa. Saya fikir ini apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan untuk menjadikan Perak sebagai hub durian ini adalah merupakan satu idea yang baik kerana Perak adalah antara negeri yang mengeluarkan begitu banyak durian. Namun kita ada beberapa daerah yang terkenal di Batu Kurau, Bukit Gantang, Manong, Parit dan juga di Kampung Gajah. Apa yang mustahak ni ialah bagaimana kita nak control dari segi supply durian yang pertama. Yang keduanya untuk memastikan apabila pengeluaran durian yang secara berlebihan di mana yang berlaku baru-baru ini akibat daripada pandemik menyebabkan durian- durian tidak dapat dijual dengan begitu banyak. Saya tertarik dengan idea yang telah pun dilakukan oleh kerajaan di di kawasan Batu Kurau iaitu dengan membina sebuah tempat untuk menyimpan dan memproses durian yang berkenaan. Jadi soalan saya apakah kerajaan mempunyai hasrat untuk mewujudkan konsep yang sama di mana yang dilakukan di Batu Kurau sekarang ini untuk di kawasan-kawasan yang lain supaya pengeluaran durian itu sentiasa berada pada permintaan yang baik dan juga kualiti yang terjaga dan hasil-hasilnya itu tidak terbuang begitu sahaja dan dapat diproses untuk kegunaan tempatan dan luar negara.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Pangkor. Memang kita melihat durian ni memang mempunyai potensi yang baik. Setakat ni ada di Batu Kurau dan ada satu kilang juga di di Pengkalan Hulu. Sekiranya kita mempunyai kilang ini ataupun tempat memproses ini maka tidak akan berlaku lambakan sebab kilang ni ada satu proses yang boleh bagi ketahanan durian ni sampai dua tahun. Kita akan ambil perhatian ini untuk dibangunkan di seluruh daerah di Perak dan di Negeri Pahang telah ada beberapa kilang ini yang membantu pekebun-pekebun kecil supaya tidak berlaku lambakan durian.

Ok bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Manong, Titi Serong dan Aulong berapa inisiatif telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan kelestarian dan juga kesinambungan keselamatan makanan dalam Negeri Perak. Antaranya tadi Negeri Perak telah meluluskan peruntukan melalui SADC kepada FAMA untuk menjalankan aktiviti perkhidmatan pemasaran sepanjang tempoh perintah PKP. Kerajaan negeri juga telah melancarkan Skim Agro Prihatin sepanjang tempoh PKP 3.0 yang bermula pada 25 Mei 2021 pihak FAMA melalui 6 pusat operasi telah membuat pembelian sebanyak 93.4 matrik tan daripada 370 petani dalam seluruh Negeri Perak. Berkenaan dengan padi huma yang dibangkitkan oleh Manong, padi huma ni merupakan padi asal tanaman di Malaysia dan sebelum padi sawah diperkenalkan. Untuk makluman Yang Berhormat pihak JAKOA Negeri Perak telah pun menjalin kerjasama strategik bersama dengan Jabatan Pertanian untuk membangunkan kawasan-kawasan padi huma dalam Negeri Perak.

Kerajaan negeri juga sedang giat bekerjasama dengan persatuan-persatuan penduduk, taman-taman perumahan, pejabat, masjid untuk menggiatkan lagi industri pertanian bandar melalui konsep pertanian komuniti dalam bandar secara pertanian moden. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada mana-mana permohonan daripada individu, syarikat untuk dimajukan secara bersama. Kelulusan adalah bergantung kepada kelayakan dan juga keupayaan pemohon. Kerajaan mempergiatkan aktiviti pertanian ini melalui pengekalan zon agro makanan yang sedia ada seperti yang disebutkan tadi zon tanaman makanan utama iaitu padi di jelapang padi Kerian, Seberang Perak seluas 35 ribu hektar. Zon tanaman makanan sokongan kekal ada 6 lokasi sebanyak seluas 691 hektar. Zon penternakan dan padang ragut ada 96 lokasi, 13,477 ekar. Zon akuakultur Tasik Temenggor dan juga kluster akuakultur Sungai Perak. Zon industri akuakultur sedia ada iaitu 19,372 dan itulah senarai-senarai zon nanti kalau nanti akan dikemukakan untuk rujukan. Itu zon-zon yang telah pun ada dalam Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua

Semanggol, Pasir Pinji

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Cuma minta pandangan berikutan apa yang disampaikan oleh kekanda saya Pangkor. Berkenaan dengan tentang food security dan sebagainya, sebenarnya salah satu cabang daripada disiplin food security dari segi penyelidikan dan kajian. Adalah bagaimana untuk menambah nilai ke atas barang-barang keluaran pertanian dan salah satu yang sangat-sangat berkurangan yang kita nampak khususnya di Negeri Perak yang kita yang tercinta. Ambil contoh produk produk permitasi atau penapaian tadi disebutkan oleh Pangkor tu pasal durian. Durian kalau ditapaikan atau durian kalau di permitasikan dapat tempoyak. Tempoyak tu kalau kita bagi dia masuk team lah bagi dia masuk akuakulturlah semua dia menjadi satu produk-produk yang tambah nilai. Bermaksud dua lapisan ekonomi tambahan secara ekonomi tambah nilai. Kita boleh nampak nenas yang kita ada kat Sungai Siput ada banyak jugak benda yang boleh ditapaikan. Bukan sekadar nak tapai buat arak. Tapi tapai buat produk-produk yang lain seperti beras pun kita boleh buat tapai-tapai, tapai beras atau tapai good regional pricelah yang boleh dijadikan produk-produk yang boleh katakan menguatkan semangat laki-lakilah dengar cerita.

Adakah pihak kerajaan negeri punya sebarang strategi untuk membuat sesuatu marketing kempen, atau tahu branding strategy untuk membantu size strim dan down strim industri dalam sektor pertanian supaya ada industri yang akan datang daripada apa nama lapisan ekonomi tambah nilai kepada produk-produk pertanian yang sedia ada, tak kisah, dia kelapa ka durian ka, apa jualah nenas ka, rasanya minta pandangan Yang Berhormat mewakili kerajaan, apakah strategi kerajaan negeri dalam mewujudkan satu lapisan ekonomi tambah nilai kepada produk-produk pertanian.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

seperti yang dinyatakan tadilah kepada produk-produk yang telahpun memenuhi SSR self section level untuk kegunaan Negeri Perak memang kita mempunyai fokus untuk tambah nilai dan membuka pasaran eksport. Memang ada dalam perancangan tapi step by steplah. Insyaallah, terima kasih.

Semanggol, Semanggol sikit. Penting ya, Tuan Timbalan Speaker, saya kira saya kira Food Security ini sangat penting sebab terlibat dalam Titah Tuanku. Saya mencadangkan Gunung Semanggol ini diberi masa tambahan sedikitlah.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Titi Serong ringkaskan soalan.

dia ada dua, yang pertama saya nak sentuh dulu berkenaan dengan ternakan tadi ya. Saya kira adakah Exco Pertanian telah meletakkan satu sasaran pengeluaran ternakan berdasarkan kapasiti keluasan tanah yang ada iaitu padang ragut yang ada. Bolehkah 2021 atau 2022 diletakkan sasaran pengeluaran jumlah ternakan per kilo ke per tan, seperti mana diletakkan sasaran pada pengeluaran padi, tanaman yang lainkan. Itu yang pertamanya berdasarkan pada keluasan tanah padang ragut yang ada di Negeri Perak ni, berapakah sasaran pengeluaran per kilo atau per tan untuk ternakan.

Yang keduanya dengan dengan dengan jelapang padi tadi, saya melihat dengan lebih dekat kerananya berlaku di kawasan saya seperti mana kawasan Exco sendiri yang mana berlakunya padi angin, kerosakan padi angin dan baru-baru ni di Sungai Manik pun ada kerosakan padi kerana diserang ulat pemakan tangkai tu. Jadi apakah perkara ini sering kali berulang kan, di kawasan Titi Serong padi angin. Tidak adakah teknologi baru yang boleh mengawal sebab, setiap musim Gunung Semanggol berlakunya serangga padi angin masalah padi angin dan juga dengan serangga perosak tanaman padi. Saya melihat MARDI ini lebih kepada pengeluaran, apa benih padi dibuat kajian mengeluarkan benih padi yang berkualiti tapi tak ada satu kaedah yang komprehensif yang secara saintis secara saintifiknya untuk mengawal kerosakan kepada pokok padi yang lagi 20 hari nak keluar hasil tiba-tiba rosak. Jadi saya mengharapkanlah jawapan daripada pihak YB Exco adakah satu badan yang betul mengawal selia untuk memastikan pelaburan yang kita buat subsidi yang kita bayar kepada pesawah tu mendapatkan hasil yang seperti mana kita. Terima kasih.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Selinsing, Selinsing ingin mencelah. Selinsing ingin mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Semanggol masa dua minit saja saya. Ok terima kasih, terima kasih.

Speaker. Saya rasa boleh bagilah, penting.

Saya rasa elok bagi Semanggol masa yang mencukupi. Ini isu besar, ini berkaitan makanan. Elok bagi masa kepada . Spaya kita pun boleh tanya banyak soalan lagi.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Ada sokongan tu.

YB ENCIK HOWARD LEE CHUAN HOW Sokong cadangan Pangkor, diberi masa tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih semua. Ok untuk setakat ini, Yang Berhormat Semanggol telah melebihi 20 minit. Ok terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Mengenai sasaran. Untuk pengetahuan Ahli Dewan, lembu dan kerbau sekarang ni kita hanya boleh keluar 16% daripada kegunaan kita. Cuma kita tak target banyak pada tahun 2025, 5 tahun lagi kita target sekurang-kurangnya boleh sampai 30%. Kemudian untuk lembu tenusu kita apa sara diri dia 74% dan kita harap dengan adanya farm fresh nanti bagitahu farm fresh di Pondok Tanjung kita harap boleh mencapai 100% untuk section level kita. Kemudian kambing biri-biri kita hanya 2% saja dan kita anggarkan kita boleh sampai kepada 12%. Untuk pengetahuan yang jadi masalah tinja, masalah ayam, ayam dan itik ni, kita dah mengeluarkan 271… 271%. Nanti dah tak berniatlah lagi untuk untuk …untuk menambahkan lagi sebab dia banyak memberi kesan kacau ganggu lah tinja dan sebagainya menguruskan yang sedia ada. Begitu juga dengan mengenai dengan telur itik tu dah beberapa yang memang ada sasaran.

Boleh saya minta laluan, ingat elok juga dibagi ruang kepada Yang Berhormat Gunung Semanggol sedikit masa untuk beliau menjelaskan kerana ini berkaitan dengan perkara yang sangat penting kerana kita pernah mempunyai pelan besar untuk Negeri Perak. Kita juga untuk menjadikan Perak sebagai negeri pengeluaran makanan yang penting untuk negara yang paling tak panggil sebagai food valley for the country jadi saya nak mendasarkan kepada apa yang telah pun diterangkan oleh Yang Berhormat tadi, saya fikir perlu untuk kita menyemak dari masa ke semasa untuk memperkukuhkan lagi pelan perancangan yang sudahpun dikemukakan sebelum ini untuk melihat dan kedudukan terkini Negeri Perak dalam kontek menjadikan ia sebagai penama Lembah Makanan Negara. Bila Yang Berhormat sebut-sebutkan tadi ada itik dan seumpamanya menjadi pengeluar antara yang tertinggi dalam negara. Telur itik dan juga padi banyak orang yang yang tak tahu bahawa kita adalah negeri yang kedua atau ketiga di…..di seluruh negara yang menjadi jelapang padi. Jadi ada hal-hal yang lain banyaklah kalau saya kalau kita nak tetapkan satu satu persatu. Jadi cadangan saya untuk Yang Berhormat dapat tengok balik, lihat balik tentang kemampuan di Negeri Perak untuk menjadi salah satu daripada lembah makanan negara.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Insyaallah akan diberi perhatian dan cadangan yang diberi. Jadi untuk pengetahuan untuk seterusnya iaitu isu yang dibangkitkan oleh Hutan Melintang. Untuk pengetahuan Yang…..Yang Berhormat Negeri Perak juga merupakan penanam kelapa keempat terbesar daripada Semenanjung Malaysia selepas Johor, Selangor dan Kelantan iaitu seluas 751….7521 hektar dan juga daripada segi pengeluaran hasil pula Negeri Perak adalah ketiga terbesar selepas daripada Negeri Johor, Selangor iaitu sebanyak 79,431 metrik tan dan daripada jumlah keluasan penanaman kelapa Negeri Perak 88% daripada keluasan itu adalah merupakan keluasan di Bagan Datuk iaitu 6,678 hektar.

Kerajaan Negeri dan Persekutuan Jabatan Pertanian memberi fokus untuk memperkasakan industri kelapa di Negeri Perak khususnya di Bagan Datuk dan sepanjang tahun 2011 sehingga 2021 sebanyak RM2 juta lebih diperuntuk sebagai insentif dalam membangunkan industri kelapa ini. Insentif tersebut berupa pemberian input dan juga pembangunan infrastruktur kepada 475 orang petani yang melibatkan RM1.5 juta dalam....dalam peruntukan bagi membangunkan 125 hektar dan kadar sara diri kelapa Negeri Perak juga adalah telahpun melebihi iaitu kita mencapai 138% melebihi 38% daripada keperluan kelapa dalam negeri dan 38% tu kita eksport ke luar negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, SADC juga sedang melaksanakan projek rintis tanaman kelapa semula kelapa di Bagan Datuk yang melibatkan keluasan 100 ekar dalam usaha menjadikan Bagan Datuk sebagai hub kelapa dalam Negeri Perak. Projek ini dilaksanakan secara konsep Mentor Mentee iaitu pemilihan peserta yang terdiri daripada peserta yang mempunyai tanah sendiri berkeluasan 2 hingga 5 ekar. SADC juga menyediakan geran subsidi bagi kos penyediaan tanah, pembangunan dan juga serta input pertanian dalam setiap peserta. Ini nak bagi berapa ini.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Selingsing.

Timbalan Yang di-Pertua

Last Selinsing saya bagi kerana Gunong Semanggol dah melebihi 30 minit.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Lebih 30 minit.

Timbalan Yang di-Pertua

Last kalau boleh ini perenggan yang terakhir.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Banyak perkara yang hendak disampaikan. ini lain lah. nanti jawapan-jawapan boleh diberi secara bertulis la, apa yang dibangkitkan oleh

Timbalan Yang di-Pertua

YB Semanggol bagi satu minit untuk Selingsing kerana dia dua kali bangun.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Terima kasih kepada Speaker yang telah memberi laluan kepada saya. Saya ingin mengingatkan semula EXCO tentang ungkapan sebelum ini ada mengatakan bahawa EXCO Pertanian akan memberi peluang kepada petani-petani muda dalam sektor pertanian ataupun sektor perladangan. Jadi saya ingin mengetahui apakah strategi, peluang dan contoh-contoh yang boleh diambil oleh mereka yang telah terlibat dalam bidang pertanian atau penternakan ini bagi menambah nilai terutama di musim pandemik ini agar mereka menjadi petani yang lebih berjaya dalam masa yang sama sektor pertanian Negeri Perak dapat menyumbang kepada penambahan pemakanan di Negeri Perak. Terima Kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya menggulung yang terakhir.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sedikit nak jawab Yang Berhormat dengan Titi Serong tadi mengenai isu benih padi yang tidak sah tadi. Ini menjadi isu tiap-tiap tahun sebab itu untuk pengetahuan kita semua. Jadi menjadi cabaran jugalah kepada di bawah portfolio. Sebab kita tengok pengeluaran padi purata pengeluaran padi perhektar dalam Negeri Perak ni berbanding dengan negeri jiran Seberang Perai dan juga Tanjung Karang di Selangor. Kita jauh lebih rendah. Kita dalam purata dalam 4 metrik tan perhektar. Sedangkan di Tanjung Karang ia mencapai 8. Dua kali ganda lebih daripada ini dan sekiranya kita boleh meningkatkan produktiviti itu bukan saja boleh menampung kekurangan padi negara dan juga boleh memberi pulangan yang baik. Jadi dengan itu kita sedang mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan hasil pertanian. Jadi apa yang dibangkitkan oleh Titi Serong tadi memang kita ada dalam perancangan kita. Ingat banyak masa sangat habis sebentar lagi. Sebentar lagi MB nak gulung. Jadi kesempatan ini saya landing lah. Last page.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Semanggol nak jawab. Dia mampu jawab. Dia buat kerja. Bukan macam lain.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Pasir Pinji.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Memang kita merasa bangga berada di Dewan pada hari ini. Inilah yang kita cita-citakan bahawa kita sama-sama bertanggungjawab membangunkan negara. Bukan seorang yang ini bangun. Orang ini nak runtuh.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Kalau buat kerja kita tidak kacau.

Timbalan Yang di-Pertua

Lega Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Potensi dalam Negeri Perak ni, kita boleh meletakkan Negeri Perak ini dalam in term of industrial pun kita boleh jadi nombor satu. In term of pertanian pun kita boleh jadi nombor satu. Tapi interm of politic pun kita sentiasa jadi nombor satu.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Industri pertanian pun boleh jadi no 1.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dan sekian Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Tahniah Semanggol. Tahniah Semanggol. Bukan macam Selama.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Sungai Manik untuk menggulung perbahasan dipersilakan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin, washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin, wa'ala alihi wasahbihi ajma'in, robbisrohli sodri wayasirli Amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan, puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan Titah Diraja pada Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas. Ampun Tuanku.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, terima kasih saya rakamkan dan kini tibalah giliran saya untuk membuat sesi penggulungan dalam masa yang cukup terbatas dan Insya Allah dalam sesi penggulungan ini saya akan menjawab kesemua soalan-soalan lisan daripada sahabat-sahabat Yang Berhormat yang tidak sempat untuk dijawab sepanjangan dewan ini berlangsung dan sebelum itu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Adun Chenderiang atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Bagi memulakan ucapan penggulungan saya pada hari ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wakil-wakil daripada jabatan, agensi yang begitu tekun mendengar, menonton secara atas talian dan membantu menyediakan jawapan-jawapan serta ulasan-ulasan teknikal yang berkaitan dengan portfolio saya. Begitu juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang menyentuh portfolio saya pada hari Khamis dan Jumaat yang lepas.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, sepanjang tempoh Dewan ini bersidang saya telah menerima enam soalan lisan dan satu telah dijawab pada Hari Khamis yang lalu dan begitu juga sepanjang perbahasan yang telah berlalu setelah menerima sekitar 6 isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang menyentuh portfolio saya dan menurut pengamatan saya daripada enam isu yang dibangkitkan, hanya dua berkaitan pembangunan luar bandar. Dan selebihnya adalah berkaitan dengan usahawan. Menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kenering iaitu berkaitan pembangunan orang asli khususnya di Parlimen Gerik ataupun di Daerah Hulu Perak. Antara projek-projek yang telah dilaksanakan dan dalam pelaksanaan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri kepada pembangunan masyarakat orang asli oleh JAKOA di Parlimen Gerik bagi tahun 2021.

Pertama, tiga projek imuniti sosial ataupun infrastruktur yang sedang dijalankan di parlimen Gerik dengan kos keseluruhan RM 60,000. 00. Yang kedua RM106,000.00 bagi projek bina baharu rumah dan RM26,000.00 bagi projek baikpulih perkampungan orang asli yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 di bawah program bantuan rumah orang asli (PBROA). Yang ketiga RM 50,000.00 bantuan pengembangan ekonomi pertanian yang telah diperuntukkan dan manfaat yang telah diterima oleh beberapa penduduk orang asli yang dikenalpasti berpotensi untuk pembangunan ekonomi pertanian. Yang keempat, projek pembekalan perpaipan air ke kampung orang asli Hulu Gerik dengan kos berjumlah RM38,500.00. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Changkat Jong, iaitu berkaitan dengan JPKK. untuk pengetahuan sidang Dewan, mesyuarat jemaah menteri pada 8 Julai 2020 telah meluluskan untuk menambahbaik pelaksanaan dan penjenamaan semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK yang dikuatkuasakan di 10 buah negeri termasuk Negeri Perak. Sementara Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan ia dijenamakan semula kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan yang dikuatkuasakan di 4 buah negeri.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipertanggungjawabkan untuk menyeragamkan dasar kaedah pengurusan serta mekanisme pelaksanaan JPKK dan JPKKP bagi kampung tradisional Melayu. Bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan, anggota JPKK akan dilantik oleh kerajaan negeri masing-masing. Manakala bagi negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan, anggota JPKKP akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar. Sejajar dengan keputusan tersebut, Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (GSTK) yang sedia ada di Negeri Perak sejak 1 Mei 2020 telah dijenamakan semula dan ditambah baik seperti berikut.

Pertama jawatankuasa sementara pengurusan kampung JSPK dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mulai 1 September 2020. Yang kedua, struktur keanggotaan JPKK adalah sebagaimana struktur keanggota JSPK sedia ada iaitu pengerusi JPKK terdiri daripada Penghulu Mukim dan seorang setiausaha merangkap bendahari yang dilantik oleh Penghulu dan merupakan calon yang calon bebas yang tidak mewakili mana-mana parti bagi setiap JPKK. Yang ketiga, ahli jawatankuasa JPKK terdiri daripada tiga wakil parti komponen parti UMNO, BERSATU dan juga Pas. Model yang digunakan pakai yang digunapakai bagi komposisi JPKK di Negeri Perak buat masa ini adalah merupakan model terbaik yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri setelah semakan dan perbandingan dibuat dengan beberapa negeri yang lain.

Beralih kepada isu pembangunan usahawan yang melibatkan 4 Yang Berhormat daripada Ayer Kuning, Chandan, Jelapang dan juga Hutan Melintang. saya rangkumkannya sebagai satu jawapan. Timbalan Yang Dipertua, pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara sejak tahun lalu telah memberi kesan rantaian ekonomi berterusan yang amat besar kepada keseluruhan lapisan masyarakat.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Yang Berhormat Exco minta celah, Changkat Jong.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terutamanya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS yang meliputi usahawan dalam sektor informal, penjaja, peniaga kecil dan lain-lain. Sektor PMKS di Negeri Perak tidak terkecuali dari menerima impak negatif di mana umum mengetahui pelaksanaan perintah kawalan pergerakan PKP, PKPD, PPN dan juga pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah mengakibatkan sektor ekonomi terutamanya sektor usahawan tidak dapat beroperasi dan kehilangan pendapatan yang bukan sedikit. Kementerian Pengguna Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 29 Julai 2021 memaklumkan kerugian RM40.7 bilion yang ditanggung sektor PMKS pada tahun 2020.

Jumlah ini adalah kerugian terbesar yang pernah dialami sektor ini setakat ini. Jumlah kerugian ini dijangka lebih besar pada tahun 2021 akibat pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan penutupan pelbagai sektor ekonomi untuk tempoh masa yang panjang. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga 31 Julai 2021, sejumlah 155,896 perniagaan berstatus enterprise, 25,853 syarikat berstatus sendirian berhad dan 705 perniagaan berstatus liabiliti terhad, masih aktif di Negeri Perak. Keseluruhan sehingga 31 Julai 2021 sejumlah 182,454 perniagaan dan syarikat masih aktif di Negeri Perak yang meliputi pelbagai jenis industri dan sektor perniagaan. Namun rekod SSM turut menunjukkan 17,451 perniagaan enterprise, 72 sendirian berhad, 28 berstatus liabiliti terhad telah ditutup sejak Januari hingga Julai 2021. Data ini menunjukkan lebih kurang 9.6% dari keseluruhan perniagaan telah ditutup sepanjang tempoh tersebut yang diyakini berhubung kait dengan wabak Covid-19 yang menyebabkan mereka ini tidak dapat meneruskan operasi dan terpaksa menutup perniagaan.

Cuma pada masa yang sama dan tempoh yang sama, rekod SSM juga turut menunjukkan kenaikan pendaftaran di mana 17,468 perniagaan berstatus enterprise, 629 sendirian berhad dan 53 syarikat Liabiliti Terhad mula didaftarkan sepanjang tempoh yang sama. Kenaikan pendaftaran ini adalah disebabkan SSM giat mempromosikan skim pendaftaran perniagaan prihatin SSM iaitu skim pendaftaran bagi menggalakkan golongan B40 yang kehilangan pekerjaan dan OKU untuk mendaftar perniagaan masing-masing bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan. Jika dicongak berdasarkan kajian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sepanjang tahun 2020 sahaja sektor keusahawanan Perak telah mengalami penurunan pendapatan keseluruhan berjumlah hampir RM64 bilion iaitu purata RM35,000.00 bagi setiap usahawan.

Keadaan ini secara langsung turut memberi kesan pada nilai sumbangan sektor usahawan kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Negeri Perak yang meliputi kutipan hasil pelbagai jenis cukai dan pendapatan langsung serta tidak langsung yang lain. Kesan lain adalah ramai penduduk kehilangan pekerjaan yang turut menyebabkan semakin ramai rakyat mengalami penurunan kuasa membeli dalam ekonomi. Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan pelbagai pakej-pakej ransangan ekonomi (PRE) yang turut menumpukan bantuan dan sokongan kepada sektor PMKS di Negeri Perak yang merupakan peruntukan kedua terbesar dengan peruntukan berjumlah RM46 juta yang memfokuskan bantuan kepada penjaja, peniaga kecil dan usahawan. Bantuan ini antaranya meliputi bantuan one-off, moratorium, pemberian baucar dan lain-lain. Pakej bantuan PRE ini adalah bantuan sokongan Kerajaan Negeri Perak kepada pakej bantuan yang telah diumumkan dan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah pakej rangsangan ekonomi prihatin,

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Mohon pencelahan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

PENJANA, PEMERKASA, PEMERKASA KELAS dan yang terkini Program Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Timbalan Yang di-Pertua

Temengor.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

kepada pelbagai golongan usahawan.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, terima kasih Sungai Manik memberi laluan. Mengenai bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri melalui pakej rangsangan ekonomi saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas inisiatif yang diambil terutamanya sebagai contoh bantuan kepada peniaga-peniaga kecil kalau berbanding tahun lepas di kawasan saya sendiri untuk PBT hanya 40 orang menerima bantuan manfaat daripada one off tetapi pada tahun ini 857 orang, satu jumlah yang cukup besar perbezaannya. Cuma apa yang ingin saya tekankan di sini ialah mengenai data base usahawan yang saya kira menjadi satu permasalahan kepada kita kerana ramai lagi peniaga-peniaga atau penjaja-penjaja yang terlepas daripada menerima manfaat daripada pakej rangsangan yang telah di berikan oleh kerajaan negeri dan saya difahamkan sewaktu YAB Menteri Besar menjadi Exco yang memegang portfolio usahawan pada tahun lepas, beliau ada menyentuh mengenai soal pembangunan database. Jadi saya difahamkan sehingga kini kita masih lagi, isu ini bukan isu baru tapi isu yang cukup lama. Masih lagi gagal untuk menyediakan satu platform database yang baik bagi kita menangani masalah ke orang kata, ketirisan atau pun dapatan maklumat daripada penjaja atau pun perniaga serta usahawan mikro dalam Negeri Perak ini. Yang keduanya, saya ingin bertanya sedikitlah mungkin adakah inisiatif daripada kerajaan negeri memikirkan soal peniaga atau pun usahawan-usahawan yang membuka kantin sekolah, difahamkan kemungkinan besar sesi pembelajaran bersemuka akan berlaku tidak lama lagi. Jadi adakah kelompok ini ada termasuk dari segi pemberian bantuan one-off daripada Kerajaan Negeri kepada usahawan-usahawan yang membuka kantin sekolah. Itu saja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok terima kasih.

Ayer Kuning. Saya nak tambah sikit Yang Behormat. Pertama saya melihat bahawa bantuan insentif kepada penjaja dan peniaga kecil khususnya, mengikut laporan hanya 49,000 penjaja dan peniaga kecil telah diberi insentif one-off. Persoalan saya, pertamanya sejauh mana insentif ini diberi kepada mereka-mereka yang tidak berdaftar di bawah perbandaran atau majlis perbandaran sebagainya kerana mereka ada SSM untuk berniaga dan sebagainya. So, ini oleh kata kita nak adil, mereka juga adalah usahawan, peniaga kecil yang kita telah latih dulu dan hari ini pun mereka masih ada tetapi bila insentif hanya mereka yang berdaftar di majlis perbandaran atau majlis daerah. Yang tak ada itu memang mereka tidak dapat apa-apa pun daripada kerajaan dan sebagainya. So, adakah pendekatan ini digunakan oleh mereka-mereka yang tidak berdaftar khususnya di majlis daerah atau majlis bandaran.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok, Manjoi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Sungai Manik. Sedikit saja. Cuma saya nak tanya mereka-mereka yang mendapat bantuan one-off tadi, ada atau pun tidak monitoring atau pun pengawasan yang dibuat oleh pihak kerajaan, mereka-mereka mendapat bantuan itu sama ada mereka betul-betul gunakan dana one-off yang diberikan itu untuk memulakan perniagaan atau macam mana? Terima kasih.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

YB Temenggor, Ayer Kuning dan Manjoi. Sebenarnya sebahagian daripada apa dia di tanya tu adalah dalam teks penggulungan saya. Jadi saya akan baca dulu sambil tu saya akan respon. Diantara insentif yang diberikan oleh kerajaan persekutuan melalui kesemua pakej kepada usahawan adalah Geran Khas Prihatin (GKP). Dia ada empat tahap pengagihan GKP ini. Dia mula daripada bulan Mei 2020 iaitu GKP satu sebanyak RM3,000.00 GKP 2 untuk yang tidak menerima GKP 1 sahaja, bayaran juga sebanyak RM3,000.00 yang dibayar pada 30 November. GKP Permai bayaran sebanyak RM1,000.00 dibayar pada Jun 2001, GKP 3 Tambahan sebanyak RM500.00 yang dibayar pada Julai 2021 manakala jika GKP 4 bayaran sebanyak RM1000.00 yang dibayar RM500 pada September dan RM 500.00 pada November 2001. Maka keseluruhannya sebanyak 5 kali GKP yang berjumlah puluhan diterima oleh usahawan mikro ini yang layak adalah sebanyak RM 6,500. Geran Prihatin ini telah memberi manfaat lebih kepada 83,000 usahawan mikro di Negeri Perak.

Namun masih terdapat ramai usahawan mikro Perak yang tidak menerima di GKP ini atas pelbagai factor. Di antaranya mereka ini tidak berdaftar dengan SSM atau PBT. Atau pun begitu lama tidak mengemas kini maklumat SSM, tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pun ketiadaan sistem perakaunan asas dan lain-lain. Di sebabkan oleh perkara yang saya sebutkan tadi, maka ramai lagi yang didapati masih terlepas daripada bantuan terutamanya peniaga, penjaja dan usahawan yang dalam kategori umur senior dan di luar bandar. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) sedang membangunkan satu pengkalan data usahawan yang dikenal pasti sebagai Sistem Pengkalan Data Usahawan Negeri Perak, Perak SMMB D-Base. Memanglah sebenarnya rancangan pengkalan data ni telah dimulakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Lenggong dan pada waktu itu kita PKP dan semua perancangan itu terpaksa ditangguhkan dan sempat juga diadakan bengkel yang melibatkan hampir 42 jabatan, agensi dan rancangan kita dengan kerjasama Digital Perak ianya akan dijangka akan dilancarkan selewat-lewatnya awal tahun 2022 yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri dan semua agensi usahawan termasuk usahawan Negeri Perak. Dengan adanya pangkalan data usahawan ini, semua data usahawan Perak dapat diselaraskan serta semua bentuk bantuan, program dan insentif dapat disalurkan dengan lebih komprehensif dan tepat. Memenuhi keperluan serta mengelakkan sebarang pertindihan bantuan.

Sidang dewan yang saya hormati sekalian, memandangkan tempoh Januari hingga sekarang, pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga SOP yang diperkenalkan yang tidak membolehkan program secara fizikal dilaksanakan, namun STeP atau Sekretariat Usahawan Negeri Perak dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi Negeri Perak telah juga berjaya melaksanakan 42 Program Quick Win, dengan izin melalui atas talian sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2021. Ianya melibatkan 12,463 usahawan telah mendapat mengikuti program dan mendapat manfaat. STeP memfokuskan aspek pendigitalan usahawan di mana program dilaksanakan bukan setakat kerjasama agensi tetapi turut melibatkan penglibatan pelbagai persatuan usahawan di Negeri Perak. Di antara Program Quick Win yang dilaksanakan oleh STeP adalah sesi atas talian bersama SSM. SSM telah mengadakan sesi pendaftaran atas talian dengan subsidi 90% untuk mendaftar syarikat. Sebab antara isu yang besar yang menghalang mereka menerima bantuan ini adalah tidak berdaftar syarikat yang tidak berdaftar. Yang keduanya, tentang isu pemberian ini sama ada dimanfaatkan untuk tidak agak sukar Yang Berhormat Manjoi untuk kita nak siasat sorang-sorang. Tapi kita ada juga kes-kes terpencil di mana apa yang kita salurkan itu tidak dimanfaatkan untuk perniagaan mereka.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Dewan, selain daripada itu kita juga bersama dengan Jabatan Tenaga Kerja, MARA, program pendigitan bersama Shopee, Lazada, Touch n Go dan lain-lain. Walaupun ramai usahawan kategori senior yang saya sebutkan tadi, iaitu pakcik dan makcik, ada setengahnya boleh dikategorikan sebagai opah dan datuk. Walaupun mereka menghadapi masalah di peringkat awal untuk memahami dan menyelami perubahan dalam dunia perniagaan atau pun norma baharu, tapi mereka juga menghadiri program dan sesi secara atas talian seperti Zoom dan Google Meet. Namun ketika ini dilihat kebanyakan mereka semakin dapat membiasakan diri dan semakin ramai yang mula belajar mendigitalkan perniagaan terutama menggunakan kaedah penghantaran dan online bagi melaksanakan transaksi jualan dan pembelian. Di antara program-program bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri kepada Usahawan Perak melalui PRE dan lain-lain. Yang pertamanya Program Go Cashless and E-Commerce, Usahawan Perak 2021 yang kita sebut Glamour 2021 yang dilaksanakan oleh STeP. Di mana program ini memberi fokus untuk meningkatkan jualan peniaga, penjaja dan Usahawan Perak dengan pemberian baucer pembelian dan penghantaran dengan kerjasama 9 platform online pergi Shopee, Lazada, Touch n Go, Boost, Grab, Food Panda dan lain-lain. Program ini dijangka akan memanfaatkan hampir 50 ribu usahawan pelbagai kategori sehingga penghujung tahun ini.

Selain daripada bantuan 'one-off' yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tualang Sekah tadi yang melibatkan penyaluran melalui PBT, terdapat juga bantuan golongan usahawan asnaf yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIPk) yang telah memperuntukkan bantuan kelangsungan hidup sebanyak RM10.9 juta yang turut meliputi bantuan kepada usahawan Asnaf seramai 33,000 orang layak menerima bantuan ini. MAIPk juga turut menyediakan bantuan yang boleh dipohon melalui program pemerkasaan ekonomi Asnaf (PROPER A) iaitu melibatkan bantuan peralatan.

Di samping itu, Yayasan Perak turut menyediakan skim pinjaman mikro kredit RM5 juta tanpa faedah kepada usahawan Perak yang layak dan moratarium kepada peminjam sedia ada. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak turut sama menyediakan skim latihan pinjaman tanpa faedah program mentor mente, program pitching, geran asnaf dan program bersama KPLB. Semua ini melibatkan 360 usahawan dengan peruntukan berjumlah RM4,315,900.00. STeP juga telah dan juga sedang merancang beberapa kerjasama program bersama beberapa pihak dan agensi Negeri Perak yang memfokuskan dari aspek pendigitalan perniagaan, pengurusan kewangan dan sistem perakaunan serta mendigitalkan aspek pemasaran dan penjenamaan produk dan perkhidmatan.

Sungai Manik mohon mencelah. Terima kasih. Berkenaan dengan pendigitalan perniagaan ini satu perkara yang baik sebenarnya dan saya nak bertanya kepada Sungai Manik adakah Kerajaan Negeri sedang ataupun dalam proses untuk merancang platform khusus untuk mengumpulkan semua peniaga-peniaga usahawan Negeri Perak ini agar mereka ini platform yang secara digital ini dapat dipasarkan. Kita buat ala-ala Shopee tapi menjurus kepada semua produk dalam Negeri Perak dan kita dapat membangkitkan mereka punya market lah, ok itu saja.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Yang Berhormat Trong. Itu adalah antara matlamat kita lah untuk mewujudkan pendigitalan ini untuk mewujudkan platform pemasaran khusus untuk usahawan Negeri Perak. Satu lagi perkara yang ingin saya sebut dalam sidang dewan ini adalah mengenai program dan program-program bantuan melalui agensi-agensi persekutuan yang membantu usahawan-usahawan dari Negeri Perak ini. Sebagai contoh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Negeri Perak telah meluluskan pinjaman kepada 23,550 usahawan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM58.4 juta. Ini turut membabitkan pemberian moratorium dari jumlah dari tempoh Jun hingga Ogos 2021.

Yang kedua, Tekun Nasional telah menyalurkan pembiayaan kepada 594 usahawan yang melibatkan RM12.9 juta daripada Januari hingga Julai 2021. Moratorium juga turut diberikan kepada 8,129 usahawan Perak yang melibatkan RM13,165.00 secara automatik bermula Jun hingga November 2021. Ini juga merupakan moratarium kali ke-3 yang diberikan oleh pihak Tekun sejak 2020.

Pejabat MARA Negeri Perak juga memaklumkan telah meluluskan 82 permohonan bantuan skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro Khas berjumlah RM2,855,000.00 dan selain daripada itu MARA juga memberikan penjualan sewa premis perniagaan MARA selama 3 bulan dan diskaun sebanyak sebanyak 30% kepada sewa premis perniagaan MARA selama lima bulan. Ini akan memanfaatkan kepada 551 penyewa premis MARA dengan peruntukan sebanyak RM806,515.00 Untuk makluman Ahli-Ahli dewan, sebenarnya sangat banyak bantuan dan insentif kepada usahawan sama ada daripada peringkat persekutuan mahupun negeri yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan Negeri Perak. Usahawan sendiri sebenarnya perlu mengetahui dan rajin mengetahui info dan juga pengumuman yang dibuat oleh kerajaan dan agensi daripada masa ke semasa. Anjakan paradigma dan minda usahawan juga perlu diubah agar dapat disesuaikan dengan norma baru kehidupan dan ekonomi sekarang ini.

Kementerian dan agensi telah banyak mempermudahkan syarat dan mekanisma permohonan, namunusahawan juga perlu mempersiapkan diri dan bersedia untuk belajar dan menggunakan kaedah online dan digital dalam pengoperasian perniagaan mereka. Sekiranya masih terdapat usahawan yang mempunyai masalah dari aspek ini, saya yakin semua agensi usahawan dari Negeri Perak bersedia untuk membantu usahawan ini pada bila-bila masa. Sesi khidmat urus serta maklum balas dari usahawan, dewan dan juga persatuan sedang dilaksanakan secara berterusan di mana STeP dan saya sendiri sepanjang masa berhubung dengan persatuan, dewan, usahawan bagi mendengar memahami permasalahan dan isu serta membantu usahawan di seluruh Negeri Perak.

Bagi menyokong agenda pembangunan usahawan, kerajaan Negeri Perak telah menubuhkan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Ini ada inisiatif yang saya sambung daripada Yang Amat Berhormat Lenggong sewaktu beliau memimpin portfolio ini, iaitu sebuah institusi khas yang memfokuskan kepada sektor usahawan Negeri Perak di mana penubuhan STeP ini diluluskan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada tahun 2020 melalui penstrukturan Bahagian Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang menjadi pusat penyelarasan dan juga rujukan berkaitan pembangunan ekosistem usahawan negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Manik. Mungkin kalam yang terakhir. 2 muka lagi, panjang lagi tu.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Eh tak. tulisan besar, font besar tu. Sasaran STeP ini akan dipantau melalui pelan strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk tempoh tahun 2021 hingga 2025 dalam usaha kerajaan negeri untuk memasuki fasa-fasa berikutnya. Kita sedang merangka untuk mengangkat STeP menjadi satu agensi tetap yang boleh membantu usahawan. Begitu juga dari segi pengurusan perniagaan yang boleh kita beri sumbangan kepada usahawan-usahawan Negeri Perak.

Satu lagi yang perlu saya tambah dalam penggulungan saya ini adalah perubahan perniagaan khususnya kepada mereka yang hilang punca pendapatan. Hari ini sana sini bercakap tentang ekonomi GIG yang patut diberi perhatian oleh masyarakat dan Kerajaan Perak mengambil serius ekonomi GIG ini memandangkan ekonomi GIG merupakan satu aspek baru dalam ekosistem keusahawanan. Melalui STeP juga kita akan bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi persekutuan khususnya dengan Digital Perak dan yang lain-lain untuk meneroka kerjasama dalam membangunkan program di dalam ekonomi GIG ini.

Justeru itu, semuanya ini adalah bertujuan untuk memastikan sektor keusahawanan dan juga koperasi di negeri Perak ini dapat dimantapkan dengan lebih komprehensif lagi. Ini juga memastikan STeP dapat menyelaras program bantuan, pinjaman dan insentif yang dilaksanakan ketika ini oleh lebih 50 kementerian agensi dan jabatan persekutuan dan negeri berkaitan usahawan negeri Perak agar bantuan yang diberikan lebih meluas kepada golongan yang betul-betul layak dan mengurangkan pertindihan bantuan. Buat akhirnya.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Manik, ada Ayer Kuning.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Majlis Kerajaan Negeri. Cuma saya nak tahu satu, apakah halatuju usahawan Negeri Perak pada masa hadapan. Sebagaimana kita sedia maklum, bahawa usahawan ini amat penting khusus menjana pendapatan rakyat khususnya. So, saya lihat bahawa jumlah bilangan usahawan yang ada di Negeri Perak orang kata antara negeri yang kedua tertinggi selepas Selangor dan sebagainya. Kita tidak mahu bilangan begitu ramai tapi segi kualitinya agak lemah. Mengikut sasaran kita pada ketika itu, 65,500 usahawan peniaga kecil yang berpendapatan dalam turn over RM300,000.00. 65,500 Adakah usaha-usaha untuk untuk menunjukkan bahawa 65,000 kita nak angkat sekurang-kurang 1.5% daripada itu naiki daripada turn over 300 menjadi 500. Begitu juga pendapatan setengah juta kepada satu juta dan seterusnya. Bahawa perkara-perkara ini agak elok dibuat supaya kita lihat, kita wujudkan usahawan-usahawan yang berkualiti bukan hanya usahawan dari segi kuantiti semata-mata.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok Sungai Manik. Menjawab dan terus kepada perenggan yang tadi.

YB DATO’ ZAINOL FADZI BIN PAHARUDIN. Saya sambut baik pandangan daripada Yang Berhormat Ayer Kuning. Saya rasa rancangan ini telah pun dimulakan sewaktu beliau menjadi EXCO. Cuma rentetan dengan daripada Mac 2020 kita menghadapi pandemik Covid-19. Jadi transformasi usahawan ini juga telah berubah, landskap dia berubah. Hari ini kita kena mencari alternatif baru dan teknoloji baru yang boleh dimanfaatkan oleh para usahawan. Berakhirnya adalah menjadi harapan kerajaan Negeri Perak pada hari ini agar kesemua usaha ini berjaya mengubah landskap dan juga nasib semua usahawan agar mereka dapat bertahan dalam tempoh sukar ini serta meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik selaras dengan motor kemerdekaan kita, Malaysia Prihatin. Untuk itu, saya sudahi Wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh salam kemerdekaan ke-64, patik menjunjung kasih Tuanku.

TIMBALAN SPEAKER. Terima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Manik. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Masa yang diperuntukkan kepada Yang Berhormat Menteri Besar sebanyak 60 minit dipersilakan.

YAB MENTERI BESAR. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

(Bacaan Al-Quran). Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, saudara saudari yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah. Mari sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah (SWT) kerana meskipun masih berdepan situasi sukar susulan pendemik covid-19, berkat kebesaran dan keagunganNya jua, kita semua masih dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu untuk hadir ke Dewan ini bagi melunaskan amanah membela nasib dan kebajikan segenap lapisan. Timbalan Yang Dipertua, pada kesempatan ini saya mewakili pentadbiran kerajaan Negeri Perak dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah ketika mencemar Duli merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Keempat belas di Dewan yang mulia ini pada hari Rabu 25 Ogos 2021.

Sesungguhya, nukilan titah dan pedoman, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku mencerminkan keprihatinan yang mendalam baginda supaya semua pihak memainkan peranan secara kolektif dalam membantu Kerajaan Negeri menangani situasi pendemik Covid-19 yang terus menghambat kehidupan rakyat dan merencatkan perjalanan ekonomi serta pembangunan negeri. Saya juga amat menghargai semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku dengan melontarkan pandangan serta teguran secara membina selain menitipkan idea-idea yang segar dan konstruktif bagi menjayakan segala usaha untuk membangunkan dan mensejahterakan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sepanjang dua hari perbahasan seramai 39 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian. Dengan 190 isu yang telah dibangkitkan. Daripada jumlah itu, 61 daripadanya adalah berkaitan dengan portfolio saya, manakala 129 lagi menyentuh portfolio rakan-rakan EXCO yang lain. Komitmen Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam isu covid-19 amatlah jelas. Apabila daripada 61 isu atau perkara yang dibangkitkan berkenaan portfolio saya, hampir separuh daripadanya menyentuh mengenai hal ehwal dan pengurusan Covid-19. Tidak termasuk beberapa perkara yang sudah saya sentuh dan perincikan dalam sesi soalan lisan.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, walau apa pun yang dihujahkan, haruslah kita ingat ada pepatah yang mengajar kita seberat mana mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Oleh kerana itu, pada kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang berpanas yang berhujan dan berembun daripada senja ke dinihari dalam usaha menangani pandemik Covid-19. Terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengarah Kesihatan Negeri Perak satu barisan petugas Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan daerah. Terima kasih Ketua Polis Negeri serta barisan petugas Polis Diraja Malaysia negeri Perak. Terima kasih Panglima 2 Briged, serta barisan petugas Angkatan Tentera Malaysia. Terima kasih Pengarah Majlis Keselamatan Negara, MKN Negeri Perak serta barisan petugas MKN. Terima kasih kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ATM Negeri Perak serta seluruh petugas-petugasnya. Terima kasih juga kepada Timbalan Pesuruhjaya RELA negeri Perak serta para petugas RELA. Terima kasih kepada Pegawai-Pegawai Daerah dan pada semua tugas di peringkat daerah. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Sehubungan dengan itu, saya akan sedaya upaya memanfaatkan tempoh satu jam yang diperuntukkan ini bagi menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai Covid-19. Bagi sesi penggulungan ini, saya akan menyentuh isu-isu meliputi pengurusan Covid-19, pakej rangsangan ekonomi, Agama Islam, Hal Ehwal tanah, syarikat berkaitan kerajaan, ekonomi, sumber asli dan juga pentadbiran negeri. Jika dalam tempoh 1 jam ini saya tidak sempat memberi respon satu persatu kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya menyusun jari memohon ampun dan maaf namun saya akan memberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya kepada semua perkara yang telah dibangkitkan untuk tindakan kerajaan negeri seterusnya.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN), Khas pengurusan pandemik Covid-19, saya mengambil tanggungjawab untuk memberi jawapan kepada beberapa isu yang dibangkitkan selain daripada yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Selama semasa beliau menggulung pada sebelah pagi tadi. Yang Berhormat Ayer Kuning telah memohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri berhubung langkah yang akan dilaksanakan ke arah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Seperti yang kita semua sedia maklum bagi memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara, MKN telah meletakkan tiga indikator ambang utama yang perlu dicapai oleh Negeri Perak.

Pertama, purata tujuh hari kes harian tidak melebihi 153 kes. Kedua, bilangan penggunaan katil, unit rawatan rapi, ICU tidak melebihi 70% dan yang ketiga bilangan populasi menerima dua dos vaksin sekurang-kurangnya mencapai 40%. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pergerakan ke fasa 3 dapat direalisasikan, usaha-usaha perlu dibuat bagi mengelak risiko penularan dan jangkitan wabak seterusnya mengurangkan jumlah kemasukan ke hospital. Maka program imunisasi Covid-19 Kebangsaan atau ringkas PICK merupakan antara usaha untuk melengkapkan dan memantapkan pelaksanaan Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara berikutan peningkatan kes harian. Mengambil kira situasi terkini dengan jumlah kes harian yang masih tinggi serta penggunaan katil ICU yang meningkat kebelakangan ini, Kerajaan Negeri telah dan sedang melaksanakan langkah-langkah berikut.

Yang pertama, meningkatkan kesedaran dan penguatkuasaan pematuhan SOP. Kedua, membantu meningkatkan proses pendaftaran vaksin terutamanya di kawasan luar bandar melalui usahasama antara agensi di bawah program outreach. Ini termasuklah menjadikan institusi masjid dan surau sebagai medium perantara bagi meningkatkan kesedaran masyarakat beragama Islam untuk menerima suntikan vaksin. Ini boleh dilakukan melalui khutbah Jumaat dan juga kuliah seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Manjoi dalam masa perbahasan. Sukalah saya maklumkan bahawa sehingga 28 Ogos 2021, seramai 1,550,066 orang iaitu 83 kumpulan, 54% penduduk Negeri Perak yang berumur 18 tahun dan ke atas telah pun mendaftar dengan MySejahtera.

Langkah seterusnya ialah mempercepatkan proses vaksinasi kepada penduduk dengan mempelbagaikan kaedah dan pendekatan. Pelan tindakan menghadapi pandemik Covid-19 memerlukan pendekatan secara menyeluruh di peringkat kerajaan dan juga komuniti merangkumi setiap individu, keluarga, pertubuhan bukan kerajaan, pihak korporat dan semua agensi kerajaan di semua sektor.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Simpang Pulai dan Aulong telah membangkitkan isu berkaitan bekalan vaksin kepada Negeri Perak. PICK Negeri Perak menerima bekalan vaksin dari Kerajaan Persekutuan melalui unjuran mingguan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin atau pun JKJAV. Sehingga 28 Ogos 2021, jumlah bekalan vaksin yang diterima di Negeri Perak ialah 2,383,460 dos yang terdiri daripada empat jenis vaksin dengan pecahan seperti berikut. Jenis Pfizer sebanyak 1,279,376 dos. Jenis Sinovac sebanyak 1,007,264 dos termasuklah bekalan bagi PPV PIKAS dan sumbangan daripada Hospital UiTM dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Jenis yang keempat Astra Zeneca sebanyak 94,820 dos dan yang keempat CanSino sebanyak 200 dos. Perak adalah antara negeri yang mencapai peratusan tinggi bagi kadar penggunaan stok vaksin yang dibekalkan iaitu di antara 89 hingga 95%.

Jawatankuasa Khas Imunisasi Covid-19 atau CITF Negeri Perak sentiasa berusaha untuk mendapatkan bekalan tambahan dos vaksin dan sehingga kini jumlah vaksin yang diterima oleh Kerajaan Negeri adalah sebagai mana yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun adakalanya bekalan diterima agak lewat dan tarikh yang dijanjikan lewat dari tarikh yang dijanjikan dan sedikit sebanyak menjejaskan perancangan CITF Negeri Perak. Sehubungan itu Kerajaan Perak menyambut baik pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Ogos yang lalu yang mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri termasuk Negeri Perak hendaklah ditingkatkan melebihi 50% menjelang hujung bulan September 2021. Ini selaras dengan apa yang telah saya sebutkan bahawa kita akan dapat mencapai herd immunity 80% pada bulan Oktober dan imunisasi sepenuhnya pada bulan November.

Yang di-Pertua

Sungai Rapat.

Terima kasih kepada Kota Tampan. Tuan Yang Dipertua, kalau dinyatakan tadi bahawa mengikut apa yang dinyata kan oleh YB Simpang Pulai tadi dirujuk, bermaknanya kita ada jaminan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menokok jumlah vaksin Negeri Perak tapi tak tahu bila akan sampai. Apabila YB Simpang Pulai menyatakan dalam bahas dia bahawa Negeri Pulau Pinang mendapat 200,000 daripada Kerajaan Selangor dan mereka ada 500,000 spare. Makna ada 300,000 lagi. Jadi kalaulah jaminan daripada Kerajaan Pusat belum tahu bila akan sampai, suka saya mencadangkan supaya kita pinjam dahulu daripada Kerajaan Selangor, kemudian bila sampai vaksin untuk Negeri Perak baru kita bayar balik. Ini boleh membantu kita mencepatkan vaksinasi kepada rakyat kita khususnya mereka yang duduk di pedalaman. Complaint mereka hari ini, kami dah daftar MySejahtera lama, tapi tidak ada panggilan apa-apa. Jadi saya menyokong kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi yang merujuk Simpang Pulai kepada maklumat yang dinyatakan bahawa vaksin lebih ada di tangan Kerajaan Negeri Selangor, kenapa tidak kita pinjam dahulu. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Sungai Rapat.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat…

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Sedikit saja Yang Amat Berhormat. Kerana kita sekarang sudah lagi tidak berada dalam darurat, saya mengharapkan supaya pihak pentadbiran negeri dapat menimbangkan supaya dalam perkara-perkara atau dasar-dasar yang ditetapkan oleh MKN Federal, pihak negeri memikirkan apakah ia sesuai dengan negeri dan mungkin ada perkara-perkara yang terlepas pandang oleh pihak Persekutuan dilihat oleh negeri, oleh kerana sekarang kita sudah berbalik kepada keadaan normal, biasa, tidak darurat lagi. Jadi diharapkan supaya SOP itu lebih logikal dan tidak berbelit-belit. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ok terima kasih Sungai Rapat tadi. Sebenarnya pada pagi ini Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telah pun menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Selangor untuk membolehkan kita meminjam vaksin dan Insya Allah kita akan bayar balik vaksin kepada Selangor setelah kita mendapat vaksin daripada kerajaan Persekutuan. Terima kasih juga pandangan Ketua Pembangkang tadi. Kita akan bincang sebab pengurusan Covid ini dia centralise, dia federalise, dia diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tapi kita setuju sepertimana yang pernah diputuskan sebelum ini. Satu ketika dahulu semua negeri terikat dengan SOP yang sama tapi setelah melihat kes lebih daripada 40% adalah di Lembah Klang dan tak adil kepada kita menghukum Perlis, negeri yang tak ada Covid pada waktu itu. Jadi akhirnya Majlis Keselamatan Negara bersetuju supaya sebahagian daripada SOP boleh diubah suai mengikut keperluan dan juga kesesuaian negeri masing-masing.

Yang di-Pertua

Simpang Pulai. Ya.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Sebenarnya perkara ini patutnya saya sampaikan pada pagi ini masa penggulungan EXCO Kesihatan sebab ikutkan saya bukan nak salahkan proses dia lambat ataupun tak jalankan tugas dengan baik. Saya rasa barisan hadapan telah pun melaksanakan tanggungjawab dengan penuh gigih dan usaha cuma masalahnya adalah bekalan vaksin yang tak sampai-sampai. Sebab sebelum ini saya baca satu kenyataan yang dikatakan oleh EXCO Kesihatan pada bulan Julai, dia kata target untuk mencapai daily doses adalah 33,000. Saya tahu ada hari yang capai, ada hari yang tak capai. Ada yang pernah berlaku pusat vaksinasi tutup atas sebab kekurangan bekalan vaksin. Itulah sebab kita nyatakan kebimbangan kita apatah lagi dia bukan saja berlaku setakat di kawasan luar bandar tetapi di kawasan Kinta khususnya sebab 1/3 daripada jumlah pendaftaran dewasa 18 tahun ke atas adalah jatuh di kawasan Daerah Kinta di mana tempat ini Bandaraya Ipoh adalah merupakan hub ekonomi bagi Negeri Perak. Itu sebab kita menyatakan kegusaran. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Simpang Pulai di atas penjelasan dan juga penerangan tersebut dan saya sekali lagi mengalu-alukan sebarang pandangan dan juga teguran untuk membolehkan kita bersama-sama menangani Covid-19 ini. Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Aulong yang telah mengutarakan cadangan pengwujudan PPV di seluruh daerah termasuk di klinik-klinik swasta supaya kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan. Kerajaan Negeri berpendapat bilangan PPV di Negeri Perak sebanyak 229 mencukupi. Walau bagaimanapun kita sedang memperhalusi cadangan 12 lagi PPV tambahan dan juga cadangan untuk menaik taraf tiga lagi PPV. Ini saya maksudkan sebab di seluruh negeri di setiap daerah memang ada sejumlah PPV yang telah berfungsi. Iaitu di daerah Kinta ada 78 PPV, Larut Matang Selama (23), Kerian (15), Batang Padang (6), Kuala Kangsar (9), Perak Tengah (5), Muallim (16), Hulu Perak (8), Hilir Perak (15), Kampar (15), Bagan Datuk (4), Manjung (33) dan apabila Yang Berhormat Aulong mencadangkan supaya melibatkan klinik swasta, sukalah saya maklumkan di sini bahawa memang kita melibatkan 150 buah pengamal perubatan am ataupun GP swasta di seluruh negeri iaitu 58 PPV GP daerah Kinta, Manjung (22), Larut Matang & Selama (16), Kerian (11), Hilir Perak (10), Mualim (10), Kampar (8), Kuala Kangsar (5), Hulu Perak (3), Batang Padang (3), Perak Tengah (2) dan Bagan Datuk (2).

Dengan sejumlah PPV ini kita yakin InsyaAllah, jika vaksin sampai mengikut jadual. Termasuk yang kita pinjam daripada Selangor, kita akan dapat sampai kepada matlamat untuk mencapai suatu herd imuniti pada bulan Oktober dan sepenuhnya vaksinasi pada bulan November. Dato Yang Dipertua, Yang Berhormat Tebing Tinggi dan juga Yang Berhormat Bercham telah mengutarakan persoalan mengenai SOP pelaksanaan PKP dan peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Kerajaan dan PBT bagi pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan lain-lain memandangkan Ordinan Darurat tidak lagi berkuatkuasa pada ketika ini.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Amat Berhormat telah bergerak ke isu lain. Boleh saya bawa balik kepada isu vaksin seketika. Memandangkan kajian-kajian yang telah yang memang tertular di sini sana lah. yang rasmi, yang surat khabar, antarabangsa yang menyatakan bahawa kemungkinan besar vaksin akan menjadi dengan izin apa permanent fixture dalam masyarakat kita. Memandangkan kalau kita rujuk kepada kajian di Israel, di mana sudah capai herd imuniti lama dah tetapi setibanya keluarnya keputusan kajian menyatakan ada halangan yang telah cucuk dua vaksin, lepas 5 bulan, 6 bulan, 7 bulan terjangkit pula, Delta Varian yang telah menjadi varian dominasi di Israel dan kadar masuk hospital dan kematian pun agak tinggi dan Israel juga telah sebenarnya sudah mula cucuk dos ketiga. Benda ini realiti ini mungkin menjadi panduan kepada kita apa yang bakal berlaku dalam bulan-bulan yang akan datang. Mungkin kita perlu mula pertimbangkan mencucuk dos ketiga, walaupun kita dos kedua pun belum sampai lagilah. Apakah pendirian Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dalam menangani kebarangkalian perlu kita cucuk dos ketiga dan juga dari segi bekalan juga, adakah Kerajaan Negeri punya contigency plan dengan izin untuk membekalkan kepada anggota frontliners PPV kita, termasuk PPV yang saya usahakan di kawasan saya. Untuk ia menjadi sesuatu yang berlanjutan sebab kebarangkalian ia berlanjutan adalah amat tinggi. Jadi minta pandangan Yang Amat Berhormat bab vaksin berlanjutan ini.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Sekadar pandangan, bukan polisi. Sebab polisi dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. WHO telah pun menyatakan bahawa Covid-19 bukan lagi suatu pandemik tetapi juga suatu endemik. Bermakna kita kena bersedia untuk hidup bersama dengan Covid-19. Jadi sudah tentu akhirnya vaksin ini akan dijual di farmasi seperti mana kita beli Panadol lah dan soalan tadi sama ada kita bersedia untuk memberi dos ketiga. Ini belum diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan. Kita Negeri Perak kalau Kerajaan Persekutuan kata kita kena ambil dos ketiga kita akan akur. Sebab itu adalah keperluan untuk kita memberi vaksin dan menyelamatkan nyawa di Negeri Perak ini. Yang Berhormat Kepayang

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Soalan saya adalah mengenai pelajar-pelajar daripada umur 12 sampai 18. Saya sendiri ada empat orang anak yang pergi ke sekolah menengah. Sekarang Kerajaan sudah buat rancangan untuk buka sekolah pada bulan Oktober tapi saya dengar berita hari ini sudah ada satu mangsa hanya berumur 8 tahun sahaja. Itulah ada satu masalah yang amat penting untuk ibu bapa yang ada anak-anak yang pergi ke sekolah. Sekarang kita tahu di Amerika Syarikat yang paling teruk adalah young people dengan pelajar-pelajar sampai semua padeatrik ICU penuh 100% over. Apakah rancangan Negeri Perak Kerajaan, Kota Tampan untuk mempastikan anak-anak kita adalah selamat. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tuan Yang Dipertua saya juga bersetuju dengan…

Soalan tambahan juga. Diizinkan ya. Terima kasihlah Kota Tampan. Soalans saya adalah lanjutan daripada soalan-soalan yang dikemukakan tadi. Kita tahu bahawa pemberian vaksin setakat ini, sedikit sebanyak daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi bagi tahap pihak Kerajaan Negeri pula di mana ada kekurangan dari segi pengagihan vaksin dari punca yang berpunca dari Kerajaan Persekutuan, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membekalkan atau membeli vaksin sendiri untuk melengkapkan tempat-tempat di mana Kerajaan Persekutuan telah gagal untuk memberi vaksin dengan sempurna.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang Dipertua, apa disebutkan oleh Yang Berhormat Kepayang tadi, saya juga sama-sama bersetuju bahawa keperluan untuk memberi vaksin kepada remaja sekolah ini perlu diberi perhatian. Oleh kerana bila guru-guru diberikan vaksin, petugas-petugas di sekolah diberikan vaksin tetapi pelajar-pelajar sendiri boleh menjadikan carrier membawa kepada Covid-19. Cuma ia akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya bersetuju supaya pada hari ini, Dewan ini menyatakan pendirian bahawa Dewan Undangan Negeri Perak mengambil perhatian dan kita bersetuju mendesak Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan supaya membuat kajian yang serius dan jika ada keperluan untuk memberi vaksin kepada remaja sekolah. Maka kita turut menyokong dan berharap akan dilaksanakan secepat mungkin.

Yang Berhormat Pasir Berdamar. Terima kasih di atas itu dan soalan tadi telah kita jawab iaitu kita tampung ketidakcukupan itu kelewatan itu dengan meminjam terlebih dahulu sejumlah vaksin daripada Selangor. Sebab Selangor dia dah beli vaksin tapi dia tak boleh guna vaksin tu. Masalahnya dia tak ada tempat nak simpan, so dia bersedia untuk dipinjamkan kepada kita. Bila kita dapat vaksin kita, kita pulangkan balik. Kerana saya sebutkan tadi ia bukan tajuk tak cukup vaksin ialah tentang penjadualan ketibaan vaksin itu saja. Sebab vaksin ini pun dia tertakluk kepada pembekal sebenarnya. Lambat pembekal hantar, lambat lah vaksin itu sampai. InsyaAllah kita akan cuba. Terima kasih Negeri Selangor akan membantu kita dalam hal ini.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Hanya ada satu cadangan. Kita sudah tahu, itu dos bagi itu remaja adalah hanya satu pertiga dos dewasa. Kalau satu dos bagi satu orang dewasa boleh diberi kepada tiga orang remaja. Itulah kalau kita tak cukup vaksin, kita boleh mencapai herd imuniti tiga kali lebih cepat kalau kita boleh buat perancangan. Bukan semua tapi bagi sebahagian kepada remaja-remaja. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih doktor. Saya faham doktor mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang ini yang ni saya harap doktor tolong sampaikan kepada pihak yang lebih berkuasa lah. Sebab saya tak boleh nak tiba-tiba bahagi tiga benda tu. Menteri Besar Perak ni cikgu, dia tak pandai daripada satu botol pecah tiga tak boleh. Not simply i can do that. Terima kasih pandangan itu.

Dato'Yang Dipertua saya teruskan tadi sukacitanya saya tegaskan bahawa Majlis Keselamatan Negara telah membuat ketetapan bagi pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan lain-lain yang berhubung dengan pematuhan SOP semasa Covid-19 boleh menggunapakai beberapa peraturan seperti berikut. Yang pertama Akta 342 iaitu Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Yang kedua, Peraturan 16 Pemberitahuan Undang-Undang 293/2021 iaitu Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Yang ketiga arahan atau ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Yang keempat arahan dan peraturan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan yang kelima lain-lain arahan daripada masa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Dato' Yang Dipertua, masih dalam tajuk Covid-19, Yang Berhormat Pantai Remis telah membangkitkan persoalan mengenai keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang lebih komprehensif dari segi sosial ekonomi bagi memastikan impak negatif Covid-19 dapat kita tangani. Sukacita saya memaklumkan bahawa Pelan Pemulihan Negara adalah merupakan dasar yang dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan yang merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik Covid-19. Kerajaan Negeri Perak menggunapakai dasar PPN yang secara amnya melibatkan lima ciri utama, iaitu pertama melindungi nyawa dan kehidupan. Yang kedua, dinamik dan penyesuaian berterusan. Yang ketiga, penjelasan dan penerangan. Yang keempat, Whole Of Nations, peranan ssegenap lapisan masyarakat dan yang kelima, pemantauan dan keberkesanan prestasi. Dato' Yang Dipertua izinkan saya beralih kepada isu yang berkaitan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE). Keadaan Negeri sangat....

Saya nak minta sikit daripada Yang Amat Berhormat. Dalam perbahasan saya baru lalu, saya ada bawa cadangan iaitu berkaitan dengan untuk mewujudkan Pangkor sebagai Bubble Island untuk membolehkan, untuk bawa tourism ini dan saya rasa mungkin di peringkat negeri pun sudah ada beberapa perancangan. Boleh saya ketahui, bila masa yang sesuai untuk kita mulakan melaksanakan Bubble Tourism di Pangkor.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Pangkor. Ia telah dimulakan bubble pelancongan ini di Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor adalah merupakan destinasi pelancongan yang berikutnya. Yang Berhormat Menteri Pelancongan telah pun datang ke Pangkor dua tiga minggu yang lalu dan melihat perkara ini dan insyaAllah kita akan mulakan pada waktu yang sesuai dan bila ianya boleh memberikan kepada kita impak yang baik untuk tujuan membawa Pangkor kembali kepada kegemilangan sebagai pusat pelancongan InshaAllah.

Dato' Yang Dipertua, Kerajaan Negeri sangat memahami kesusahan rakyat yang diakibatkan oleh pandemik Covid-19. Atas kesedaran ini kerajaan telah melaksanakan dua Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sejak tahun lepas membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM200 juta ringgit.

Menyedari situasi pandemik ini yang masih mencengkam kehidupan segenap lapisan rakyat dan keperluan untuk memulihkan semula ekonomi rakyat, saya dengan sukacitanya mengumumkan inisiatif tambahan yang melibatkan RM34.8 juta ringgit seperti berikut. Pertama, insentif berkaitan cukai tanah mulai 1 September sehingga 31 Disember 2021 yang bernilai RM30.9 juta ringgit seperti mana yang telah saya jelaskan dalam jawapan lisan pada sebelah pagi tadi. Kedua, bantuan one off kepada 4,000 mahasiswa anak Perak yang berjumlah RM400,000 ringgit sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Changkat Jering semasa sesi penggulungan beliau pagi tadi dan bantuan ini akan dipecahkan kepada dua kategori bantuan iaitu 2,000 orang penerima bagi Bantuan Kewangan Umum secara one off sebanyak RM150 seorang dan pengenalan inisiatif baharu melibatkan baucar tebus tiket pengangkutan awam sebanyak RM50 juga kepada 2,000 penerima. Bantuan ini secara tidak langsung akan dapat membantu kira-kira 4,000 orang mahasiswa anak Perak daripada keluarga B40 dan M40 yang memenuhi pra syarat yang ditetapkan untuk persediaan kemasukan Oktober 2021.

Seterusnya Dato' Yang Dipertua, sukacita saya mengumumkan, bantuan tambahan kepada maahad tahfiz berjumlah RM3.5 juta ringgit seperti berikut. Pertama, bantuan pengurusan sama rata RM10,000 kepada setiap 144 buah maahad tahfiz melibatkan peruntukan RM1.44 juta ringgit. Kedua, bantuan tambahan pengurusan berasaskan bilangan pelajar dengan kadar perkapita RM200 seorang melibatkan 5,291 pelajar dengan jumlah peruntukan RM1,058,200.00. Ketiga, bantuan one off sebanyak RM1,000 bagi setiap 819 orang guru maahad tahfiz dengan jumlah peruntukan RM819,000.00 dan yang keempat sumbangan kepada Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran negeri Perak iaitu PEMATAP berjumlah RM182,800.00. Peruntukan yang saya sebutkan ini adalah sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rintihan yang tular di media massa mengenai nasib Sekolah Maahad Tahfiz yang dilaporkan menghadapi masalah kewangan akibat pandemik Covid-19. Ia juga adalah merupakan respond kepada perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Trong dan Yang Berhormat Lubuk Merbau dalam perbahasan mereka.

Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Lubuk Merbau dan juga Trong telah membangkitkan isu berkaitan kualiti pendidikan di maahad tahfiz dan mencadangkan agar pembelajaran tahfiz dapat diperkasakan. Kerajaan Negeri amat prihatin dalam isu pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang pendidikan khususnya pendidikan tahfiz. Pada tahun 2020, jumlah pelajar yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk adalah seramai 222 orang.

Bagi memperkasakan pendidikan maahad tahfiz, Kerajaan Negeri telah dan akan mengambil tindakan berikut. Pertama, mewujudkan Sijil Tahfiz Negeri Perak (STMP) melalui ujian yang selaras mencakupi ujian hafazan secara lisan dan bertulis. Kedua, menyediakan pelbagai kursus bagi membantu pihak sekolah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam menyampaikan pengajaran di maahad-maahad tahfiz. Ketiga, menyediakan peluang kepada guru dan pelajar untuk menyambung pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi melalui program pengkreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu dan sistem fast track di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Keempat, mengadakan kursus latihan perguruan anjuran bersama Institut Kemahiran Darul Ridzuan (IKDAR) ada yang akan dilaksanakan selama 4 bulan bertaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Program ini merupakan program pertama seumpama ini yang diadakan di Malaysia dan yang kelima, mengadakan latihan berasaskan kemahiran di bawah program Techno Hafidz bagi membangunkan generasi hafiz yang bukan sahaja mampu menghafaz Al-Quran malah turut mempunyai kemahiran yang boleh dimanfaatkan selepas tamat pengajian.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Behrang mencadangkan agar satu Enakmen Wasiat Orang Islam diwujudkan di Negeri Perak sepertimana yang sedia ada di Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan berterima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Behrang berkaitan dengan enakmen tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, draf undang-undang berkaitan wasiat telah disediakan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang digubal berdasarkan model undang-undang berkaitan wasiat di beberapa negeri di samping merujuk kepada manual pengurusan model perundangan wasiat yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR). Perbincangan dan kajian lanjut akan dilaksanakan mengikut giliran pengguguran undang-undang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah Negeri Perak. Jawatankuasa ini mengambil maklum cadangan Yang Berhormat agar sesi perbincangan turut melibatkan peguam-peguam syarie yang berpengalaman. Selain daripada isu enakmen ini, beberapa Ahli Yang Berhormat juga telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan isu memperkasakan Mahkamah Syariah. Kerajaan negeri mengambil maklum dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Keranji telah membangkitkan isu untuk memohon pengurangan premium tanah kepada 46 penduduk yang telah menerima kelulusan lot tapak kediaman bagi tujuan penempatan setinggan secara in-situ di Wilayah Jalan Station, Bandar Kampar, Ddaerah Kampar. Semakan mendapati seramai 41 peserta telah menerima Surat Tawaran dan Notis 5A yang perlu dijelaskan sebelum hakmilik boleh didaftarkan. Setakat ini kerajaan negeri telah menerima permohonan rayuan daripada 36 orang peserta yang memohon pengurangan premium bagi kelulusan tapak lot kediaman mereka. Kerajaan negeri sebagai kerajaan yang prihatin telah memutuskan bermula 1 September 2021, diskaun sebanyak 10% bagi mana-mana premium tanah yang telah dikeluarkan melalui notis 5A setiap daerah. Di mana di sekarang ini merupakan salah satu bantuan dan kelonggaran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui (PRE) Perak Sejahtera fasa 2, yang saya umumkan sebentar tadi. Oleh itu dalam hal ini peserta yang terlibat dengan penempatan setinggan secara in-situ di jalan stesen boleh menjelaskan bayaran premium dengan pengurangan sebanyak 10 peratus daripada jumlah asal.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Behrang mengenai Tapak Mahkamah Majistret Tanjung Malim atau Slim River yang dicadangkan oleh Yang Berhormat untuk ditukar menjadi Mahkamah Syariah Daerah Muallim. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah, telah membawa perkara ini untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Muallim Bil. 4/2021 pada 29 Julai 2021 yang lalu. Mesyuarat tersebut bersetuju supaya Jabatan Kehakiman Syariah Perak menyediakan kertas kerja permohonan kelulusan kepada Pejabat Kewangan Negeri Perak bagi cadangan membangunkan Mahkamah Syariah Daerah Muallim.

Justeri, bagi penyelesaian jangka pendek Jabatan Kehakiman Syariah Perak akan menyewa premis yang sesuai untuk dijadikan Mahkamah Syariah Mualim. Selain itu, pihak Jabatan Kehakiman Syariah Perak juga akan mengkaji dan memperhalusi cadangan bagi pengambilalihan salah satu Mahkamah Seksyen yang berada dalam Daerah Muallim. Manakala bagi penyelesaian jangka panjang pula pihak Jabatan Kehakiman Syariah Perak akan mencari tapak yang sesuai untuk membina bangunan Mahkamah Syariah yang serba lengkap seperti bangunan mahkamah syariah di daerah lain, di mana lazimnya lokasi bangunan Mahkamah Syariah akan dibina berhampiran dengan pejabat Institusi Agama Islam yang lain seperti pejabat Agama Islam Daerah, pejabat Majlis Agama Islam Daerah dan 'Adat Melayu Perak dan juga masjid daerah demi kemudahan orang ramai untuk berurusan.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Yang Amat Berhormat MB. Saya hendak bagi cadangan sikit, mengenai program Yang Amat Berhormat tadi nyatakan cari tapak baru untuk membina bangunan Mahkamah Syariah Perak. Saya kira, itu satu cadangan yang baik tetapi saya nak buat pesanan sedikit sini melalui pengalaman sayalah selaku peguam syarie, bila saya lihat bangunan Mahkamah Syariah yang dibina kadang-kadang itu lebih canggih daripada keperluan. Di Mahkamah Sivil yang kita ada di Mahkamah Tinggi Ipoh, Mahkamah Seksyen dia ada kamar mahkamah, kamar bicara sahaja. Tak perlulah ada dewan, dewan makan, dewan jamuan, bankuet. Itu buat apa, ini yang saya nampak di Ipoh, kalau kita jadi pun siap dengan dewan bankuet untuk disewakan untuk majlis perkahwinan. Ini bukan tugas mahkamah. Jadi saya minta supaya perkara ini di ambil perhatian. kalau hendak bina bangunan mahkamah bina bangunan mahkamah sahaja, dewan mahkamah, ruang bicara dan bahagian pentadbiran, terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang Dipertua, terima kasih Manjoi dan kita ambil kira dalam kita membuat reka bentuk mahkamah tersebut.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Sikit sahaja Yang Amat Berhormat. Saya ada dulu ada bekerja dengan Allahyarham ADUN Slim dan antara isu yang berbangkit di Daerah Muallim ialah soal penubuhan Daerah Muallim dan juga agensi tertentu seperti PPD sebagainya yang dikatakan tidak mendapat ataupun masih lagi belum diluluskan oleh pihak Persekutuan. Jadi apa statusnya sekarang.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih, biasanya akan ada perbincangan secara adik-beradik di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan mudah-mudahan perbincangan itu dapat memberikan keputusan yang baik untuk kebaikan dan juga kebajikan bagi penduduk Daerah Muallim, Insyallah.

Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Malim Nawar juga telah mencadangkan agar pengecualian dan diskaun diberikan untuk pemilik tanah kosong memandangkan pemilik tanah tidak dapat membangunkan tanah sewaktu pandemik Covid-19. Bagi menjawab soalan ini, kerajaan negeri telah meneruskan pakej (PRE) Perak Sejahtera bagi tahun 2021 dan telah memberikan pengecualian denda lewat bagi semua hakmilik dan diskaun tunggakan cukai tanah adalah terpakai kepada semua pemilik tanah sama ada tanah tersebut dibangunkan ataupun dibiarkan kosong.

Yang Berhormat Kuala Sepetang telah memohon agar masalah penempatan semula setinggan di Rancangan Perkampungan RPT Kampung Simpang Hok, Kuala Sepetang diselesaikan dengan kadar yang segera. Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah kerajaan seluas kira-kira 11.19 hektar sebagai RPT Simpang Hok bagi tujuan penempatan semula setinggan secara in-situ dan setinggan di kawasan sekitar pembangunan. Pembangunan infrastruktur bagi RPT ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak meliputi kerja-kerja tambakan tanah, pembinaan jalan premix, pembinaan longkang konkrit, penyediaan tapak kolam tadahan, sistem bekalan air dan juga lampu jalan. Kerja-kerja pembangunan infrastruktur ini akan dilaksanakan secara berfasa di mana bagi fasa 1 kerja-kerja pembangunan infra dan dilaksanakan di kawasan yang tidak diduduki oleh setinggan insitu, seterusnya semua setinggan in-situ akan ditempatkan ke dalam lot-lot tapak kediaman di dalam tapak fasa 1 tertakluk setinggan insitu membina rumah sendiri atau memohon peruntukan bantuan bina rumah daripada agensi kerajaan.

Setelah setinggan mendiami rumah baru, rumah asal setinggan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja pembangunan infrastruktur fasa 2. Pihak PKNP pada Februari 2020 telah memaklumkan bahawa kontraktor yang dilantik telah menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan, kerja korekan kolam tadahan sementara dan kerja-kerja tambakan dalam kawasan fasa 1 seperti yang telah dipersetujui. Walau bagaimanapun kerja-kerja tertangguh berikutan permasalahan dengan kontraktor yang dilantik selain keadaan semasa negara yang dilanda Covid-19 yang melibatkan pelaksanaan Printah Kawalan Pergerakan. Walau bagaimanapun, pihak PKNP telah menyelesaikan perkara ini dan telah melantik kontraktor baru pada 7 Januari 2021 dan berdasarkan keadaan semasa Covid-19 yang masih berterusan kerja-kerja pembangunan infrastruktur RPT Simpang Hok ini, disasarkan akan bermula pada Oktober 2021 tertakluk juga kepada PKP. Sila Yang Berhormat Aulong.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya hendak tumpang tanya dalam perbahasan saya, saya telah bangkitkan satu perkara yang penting iaitu pengeluaran makanan isu Food Security adalah satu aspek penting dalam pembangunan ekonomi Negeri Perak. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memberi hakmilik tanah kepada petani-petani dan penternak-penternak yang benar-benar mengusahakan tanah tersebut supaya mereka diberikan jaminan untuk terus melabur dalam tanah tersebut menghasilkan lebih makanan untuk menampung keperluan rakyat kita domestik dan mengelakkan kejadian seperti yang berlaku di Negeri Pahang, penanaman durian Musang King, generasi demi generasi akhirnya 15,000 pokok durian Musang King kena tebang. Ini adalah satu kehilangan besar Kepada hasil dalam negeri. Maka ada walaupun kami tak sokong penternak dan petani tanpa izin tapi mereka yang betul-betul menternak bukan rent sitting atau sewa kepada mana-mana pihak harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Apakah pendapat Yang Amat Berhormat Menteri Besar? Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih, Aulong dan sepertimana jawapan telah diberikan oleh Yang Berhormat Semanggol memang Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada usaha-usaha yang dibuat oleh petani-petani untuk menjamin keselamatan makanan dan kita memang berhasrat untuk menjadikan Negeri Perak ini sebagai pembekal utama makanan negara. Jadi saya faham maksud Yang Berhormat Aulong dan rakan-rakan yang lain berkaitan dengan keperluan tanah untuk diberikan kepada petani-petani sebenar Genuine farmers. Bukan yang mendapatkan tanah dan menjual. Yang itu kita akan pertimbangkan Yang Berhormat dan kita akan perhalusi supaya usaha-usaha dilaporkan ini adalah usaha-usaha yang dapat memberi kebaikan dan juga jaminan makanan kepada bukan sahaja orang Perak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Yang Berhormat Teja.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima kasih. Minta maaf sebab isu tentang Mahkamah Syariah yang saya bangkitkan semasa pembahasan tak dijawab. Jadi saya nampak dah masuk tajuk yang baru, terpaksa saya tarik balik la untuk tanyakan. Saya nak tahu setakat ini ada tak apa sebarang perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan operasi Mahkamah Syariah dari segi apa itu pembangunan teknologi ICT khususnya untuk membangunkan E-Filling untuk meningkatkan kecekapan. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Teja. Dalam tajuk transformasi. Maaf. Transformasi Mahkamah Syariah…Makamah Syariah. Saya kena melihat balik Yang Berhormat sebab ada nota pada saya. Sebenarnya kita memang dalam proses untuk menyiapkan dan juga memperhalusi serta melaksanakan transformasi Mahkamah Syariah dan penggunaan IT adalah juga akan dibangkitkan, akan diupgrade supaya ia sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Insya-allah, pada bulan Disember atau bulan November apabila kita membawa enakmen baru akan berada di situ tentang penggunaan teknologi moden termasuk perbicaraan melalui vc, video call. Insha Allah ada.

Yang Berhormat. Ada masa sikit lagi Dato' Speaker. Saya ingin memberi respon kepada Yang Berhormat Pinji yang telah membangkitkan mengenai halatuju Negeri Perak dan daerah-daerah sama ada negeri Perak merupakan Agro State, atau Industries State atau Manufacturing State atau Tourism State berdasarkan kepada pembahagian daerah-daerah atau wilayah.

Untuk maklumat Yang Berhormat Pasir Pinji, halatuju pembangunan Negeri Perak di peringkat wilayah atau peringkat daerah adalah berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040. Dokumen ini merupakan dokumen perancangan untuk memandu dan mengawal pembangunan fizikal Negeri Perak yang melibatkan beberapa kawasan pertumbuhan secara kolektif, bersepadu dan saling menyokong dan penting dalam memangkin pertumbuhan Negeri Perak ke tahap maksimum. Ini dapat dihasilkan melalui pembentukan empat wilayah pertumbuhan yang mempunyai ciri-ciri kekuatan dan juga keistimewaan tersendiri. Wilayah pertumbuhan ini merupakan gabungan beberapa daerah yang terletak berjiran dan hampir antara satu sama lain. Setiap wilayah pertumbuhan akan berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi, ruang dan fizikal Negeri Perak dengan mengambil kira potensi dalaman daerah dan mengintegrasikan dengan kawasan-kawasan bersempadan di negeri-negeri berjiran seperti berikut:

1) Membangunkan daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah dan Kuala Kangsar sebagai wilayah Metropolitan Lembah Kinta. Pembentukan wilayah utama ini adalah berdasarkan ciri-ciri potensi dan kekuatan sedia ada yang boleh ditingkatkan berdasarkan lokasi yang strategik di dalam konteks Negeri Perak. Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah dan Kuala Kangsar secara bergabung akan membentuk wilayah peneraju utama pertubuhan Negeri yang dikenali dengan nama wilayah Metropolitan Lembah Kinta.

2) Membangunkan daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim secara bersepadu sebagai wilayah Perak Selatan. Kedudukan empat daerah yang berjiran iaitu daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim perlu dibangunkan secara bersepadu untuk membentuk wilayah pertumbuhan di bahagian selatan Negeri Perak. Kedudukan daerah-daerah ini yang bersebelahan dengan Negeri Selangor juga boleh membentuk wilayah pertumbuhan rentas sempadan bagi memberi perkhidmatan kepada daerah Sabak Bernam. Pembangunan wilayah Perak Selatan akan meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup penduduk dan mengukuhkan fungsi sebagai gerbang Selatan Perak.

3) Membangunkan daerah Kerian, daerah Larut Matang dan Selama serta wilayah Perak Utara. Sorry. Sebagai wilayah Perak Utara (WPU). Bahagian utara Negeri Perak berpotensi dibangunkan secara bersepadu dengan menggabungkan ciri-ciri dan potensi pertumbuhan yang dimiliki daerah Kerian dan daerah Larut Matang dan Selama. Kedudukan daerah-daerah ini yang terletak bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembangunan wilayah Perak Utara terutama dalam pembangunan perumahan untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk sekitar. dan;

4) Membangun Daerah Hulu Perak sebagai wilayah Hulu Perak. Sebahagian besar Daerah ini diliputi hutan simpan dan tanah tinggi yang perlu dipelihara sebagai sumber biodiversiti alam semulajadi negeri dan negara. Kelebihannya juga yang terletak bersempadan dengan negara Thailand mewujudkan potensi pembangunan aktiviti perdagangan dan pengedaran barangan keluar masuk di kawasan sempadan antarabangsa di bawah inisiatif wilayah IMTGT. Di samping itu, rangka pembangunan strategik negeri Perak yang telah digariskan di bawah NCER telah menggariskan pelbagai projek pemangkin berimpak tinggi. Program pemerkasaan modal insan dan inisiatif galakan pelaburan bagi seluruh NCER. Dokumen ini merupakan strategi utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan rakyat seterusnya mengurangkan jurang keseimbangan antara wilayah di NCER.

Dato' Yang Dipertua, Kerajaan Negeri menyedari bahawa sebarang bentuk perancangan pembangunan ekonomi negeri adalah dinamik dan perlu disemak dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan situasi dan keadaan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri mengambil serius pandangan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Pangkor, Yang Berhormat Titi Serong, Yang Berhormat Aulong berkaitan dengan cadangan pengwujudan Majlis Pemulihan Negeri Perak dan membincangkan strategi dan inisiatif pemerkasaan semula ekonomi Negeri susulan impak Covid-19.

Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi dialog sebagai satu medium untuk menyampaikan idea pemulihan ekonomi Negeri yang akan melibatkan ADUN, pakar ekonomi, agensi Kerajaan dan swasta, Dewan Perniagaan dan NGO. Dapatan dari forum atau dialog ini akan dibawa kepada pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam merangka strategi pemulihan ekonomi. Dapatan forum ini juga boleh disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui kementerian atau agensi pusat yang berkaitan. Cadangan pengwujudan Majlis Pemulihan Negeri Perak ini akan tertakluk kepada format Majlis Pemulihan Negara yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Sungai Rapat telah membangkitkan mengenai perancangan perlombongan Non-Radioactive Rare Earth Elements (NRREE) yang perlu diperhalusi dengan industri hiliran oleh Perbadanan Menteri Besar (Perak MB Inc.) dengan kerjasama negara-negara luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan negeri dan juga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah merancang untuk melaksanakan satu projek perintis NRREE di Daerah Hulu Perak bertujuan untuk mengkaji kaedah perlombongan baru melalui teknik instulicing. Teknik ini merupakan teknik perlombongan terkini yang lebih mampan dan lebih mesra alam tidak seperti aktiviti perlombongan konvensional lain iaitu teknik perlombongan dedah dan perhubungan terbuka.

Projek perintis NRREE ini merupakan kerjasama di antara MB Inc. dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC Negara China kerana pada masa ini hanya GLC Negara China sahaja yang mempunyai teknologi perlombongan NRREE secara instulicing Justeru itu pada peringkat awal ini mineral NRREE yang diekstrak akan diekspot ke Negara China untuk pemprosesan lanjut bagi mengasingkan dan mengeluarkan 17 unsur mineral yang terkandung di dalam kumpulan latunite yang mempunyai nilai komersial yang berbeza. Selain itu MB Inc. juga masih meneroka potensi teknik perlombongan NRREE di beberapa negara lain yang menggunakan kaedah berbeza yang akan dijadikan sebagai perbandingan dengan projek perintis yang sedang dijalankan seterusnya. Hasil dapatan daripada projek perintis ini akan digunakan untuk agensi teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi lain untuk melihat impak perlombongan NRREE terutamanya kepada alam sekitar.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Maaf Yang Amat Berhormat. Yang Amat Berhormat mantap dan pantas dalam menjawab tapi saya nak bawa balik kepada isu tadi YAB telah mengumumkan hasrat untuk menubuhkan jawatankuasa atau majlis pemulihan. Dalam nada yang selari dengan majlis tersebut yang telah saya dengan Simpang Pulai cadangkan berkenaan dengan sesuatu jawatankuasa rentas parti, hal ehwal dan tindakan kesihatan yang telah kami cadangkan. Mohon mungkin dalam senada dengan majlis tersebut adakah pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan kami bagi membentuk satu jawatankuasa seperti yang telah dibangkitkan.

Yang Berhormat, bolehkah kita cadangkan supaya jawatankuasa untuk membangunkan NRREE yang diketuai oleh MB Inc. juga meliputi beberapa agensi-agensi lain termasuk rakan-rakan kita yang ada maklumat tu daripada sebelah sini supaya tanah 214 yang di Pengkalan Hulu itu besok dapat dimanfaatkan secara baik untuk jangka panjang kepada kita. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya melihat kepada kecenderungan kedua-dua pihak sebelah sini dan sebelah sana untuk sentiasa saling memberi pendapat dan pandangan untuk berkongsi pengetahuan dan ilmu serta kemahiran bagi membangunkan negeri kita dalam semua aspek termasuk kesihatan termasuk ekonomi dan sebagainya tu dan saya menyambut baik cadangan tersebut. In Shaa Allah kita akan perhalusi dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagaimana kaedah kita nak membolehkan kolaborasi itu berlaku. Of course bila kita nak bangunkan negeri kita perlukan pendapat dan pandangan daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang. Jadi soalan daripada Pasir Pinji itu maksudnya supaya ada jawatankuasa by partition ataupun merentas parti untuk sama-sama kita bincang berkaitan bagaimana nak menangani Covid-19 dan juga cadangan oleh Yang Berhormat Sungai Rapat tadi adalah berkaitan dengan pembangunan NRREE. Saya menyambut baik cadangan tersebut In Shaa Allah kita akan perhalusi sebab mereka ni semuanya kena dilihat. Saya kena bincang dengan Penasihat Undang-Undang dan sebagainya melihat kepada TOR dia, terms of reference dia supaya nanti ia tidak menyusahkan kita. Jangan ada berlaku pertindihanlah. In Shaa Allah kita mengambil kira pandangan-pandangan tersebut Yang Berhormat. Saya nak sambung tadi di mana. Dato’ Yang Dipertua ada masa sikit lagi ke?

Yang di-Pertua

Silakan.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Sikit lagi. Ok. Yang Berhormat Pantai Remis memohon pihak SADC memainkan peranan untuk melihat semula kawasan-kawasan paya bakau untuk dijadikan kawasan perlindungan haiwan dan tumbuhan semulajadi daripada terjejas. Untuk makluman Yang Berhormat, SADC sentiasa komited dan sentiasa sedia bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi memelihara rizab paya bakau di kawasan tersebut. SADC juga melaksanakan hasrat untuk projek-projek ternakan yang bersesuaian dengan paya bakau tanpa merosakkan atau menjejaskan ekosistem hutan paya bakau. SADC juga akan memberi tumpuan dan fokus kepada keseimbangan antara membanteras penerokaan haram dan memajukan kawasan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri.

Sebagai tanda komitmen terhadap kelestarian alam sekitar SADC telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program menanam pokok bakau sempena Hari Hutan Sedunia di atas tanah milik SADC di Wilayah Kota Siam Mukim Lumut Daerah Manjung pada 27 Mac 2021 yang turut disertai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, Sahabat Alam Malaysia, Sahabat Bakau Manjung dan beberapa agensi serta NGO yang lain. SADC dan Sahabat Hutan Bakau Lekir telah melaksanakan program penanaman anak pokok bakau di Hutan Simpan Parit Haji Dollah Kampung Sungai Tiram pada 11 April 2021.

Untuk makluman Yang Berhormat jua Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir urus kawasan paya bakau yang berada di dalam hutan simpan kekal dan ia diurus di bawah amalan pengurusan hutan secara berkekalan mengikut fungsi pengkelasan iaitu hutan pengeluaran dan hutan perlindungan. Kawasan paya bakau dalam hutan simpan kekal ini sentiasa dipelihara dan dipulihara dengan pelbagai aktiviti tanaman spesies yang bersesuaian dan juga aktiviti rawatan hutan di bawah program penanaman pokok bakau dan spesis-spesis yang sesuai di persisiran pantai negara. Bagi kawasan-kawasan hutan paya bakau yang berada di luar hutan simpan kekal yang dikenalpasti untuk dijadikan sebagai kawasan perlindungan flora dan fauna kerajaan negeri akan meneliti kesesuaian untuk mewartakannya sebagai hutan simpan kekal mengikut Seksyen 7 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984, Pemakaian 1985.

Dato’ Yang Dipertua, beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Aulong, Pasir Pinji, Tebing Tinggi dan Keranji telah membangkitkan tentang cadangan pindaan Perintah Tetap. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa telah sedia ada satu draf cadangan pindaan yang telah dirangka oleh pentadbiran terlebih dahulu yang dirintis oleh Yang Berhormat Dato’ Ngeh Koo Ham mantan Speaker DUN Perak. Kerajaan Negeri akan meneliti dan memperhalusi semula draf cadangan tersebut dan jika keadaan mengizinkan akan dibawa untuk dibahas dan diluluskan dalam Dewan Negeri yang akan datang. Dato’ Yang Dipertua, sebagai penutup…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Yang Amat Berhormat sebab saya tengok Yang Amat Berhormat dah nak landing dah jadi saya terpaksa bangun. Masalah yang penting di kawasan saya. Saya rasa mungkin pegawai yang catat telah ketinggalan iaitu markas untuk pertahanan awam di Sungai Siput. Mereka telah pindah, Ahli-Ahli Pertahanan Awam telah pindah keluar menunggu penempatan baru. Jadi sekarang mereka terpaksa bergegas daripada rumah mereka sendiri atau pun daripada Ipoh atau pun daripada Kuala Kangsar untuk ke kawasan Sungai Siput sekiranya berlaku masalah. Jadi dalam kekangan keadaan Covid-19 sekarang dan juga kekangan kepada kakitangan KKM dan sebagainya, Bomba, Polis, jadi saya harap ada satu markas disediakan secepat mungkin oleh Kerajaan Negeri kepada mereka daripada pertahanan awam supaya boleh mempercepatkan proses tindakan mereka. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya akan mengambil kira dan akan bincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Dato’ Yang Dipertua, sebagai penutup sebelum mengakhiri sesi penggulungan ini….

Kota Tampan,satu sahaja. Titi Serong. Terima kasih kepada Kota Tampan. Memandangkan Kota Tampan menjaga portfolio agama juga saya ingin mencadangkan jadi berkaitan dengan Tuisyen Cikgu Saarani yang dibentangkan oleh Exco Pendidikan jika boleh sekarang ni sekolah memang tak dibenarkan buka dan dikhabarkan katanya bulan Oktober ni hanya pelajar Tingkatan 5 sahaja dibenarkan masuk. Jadi banyak kekurangan akan dihadapi oleh pelajar tingkatan yang lain. Kalau boleh diizinkan melalui Exco Agama untuk berbincang dengan pentadbir masjid-masjid daerah, untuk dibenarkan penggunaan ruang dewan dalam masjid dijadikan sebagai tempat kelas tambahan melalui program Tuisyen Cikgu Saarani. Sebab yang ini banyak aduan yang saya terima ada yang nak menggunakan masjid tapi pihak masjid tidak dapat beri kebenaran. Jadi saya kira kalau kuliah boleh dilaksanakan di dalam ruang pengajian masjid apakah, apa tah lagi boleh kita laksanakan kelas-kelas tambahan kepada murid-murid. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Titi Serong. Saya akan ambil tindakan untuk berbincang dengan pihak yang berkaitan. Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mengakhiri sesi penggulungan ini, saya menarik perhatian kita semua, kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di dewan ini minggu lalu supaya kita semua sama ada Yang Berhormat di blok kerajaan atau di blok pembangkang untuk terus menyuburkan budaya politik baharu berasal beraras tinggi dan saling hormat-menghormati satu berganding bahu dalam menjayakan segala usaha untuk memelihara kepentingan negeri dan rakyat.

Sesungguhnya nukilan penghargaan dan pengharapan yang dititahkan Duli Tuanku, menjadi penguat semangat dan ihtizam pentadbiran kerajaan negeri untuk terus merintis usaha meningkatkan nilai-nilai solidariti dan kebersamaan dalam kalangan wakil-wakil rakyat agar setiap daripada kita menghargai pandangan dan kritikan, demi kebaikan negeri dan juga rakyat. Saya menyeru marilah kita meraikan perbezaan pendapat tetapi pada waktu yang sama kita berkongsi matlamat bagi memastikan seberat manapun ujian dan dugaan yang kita hadapi negeri yang kita cintai ini akan terus mengecapi kemakmuran manakala rakyat mendapat pembelaan dan juga sewajarnya. Saya dan rakan-rakan pentadbiran juga komited untuk terus mencari ruang supaya sesi-sesi libat urus rentas parti yang kini menjadi antara pendekatan penting kerajaan negeri akan diperkasa dari masa ke semasa. Ini telah dibuktikan apabila sesi libat urus anjuran IDR yang sama-sama kita mengambil bahagian pada 19 Ogos 2021, telah berjaya mengumpul idea-idea bernas bagi merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030. Bagi masa terdekat ini saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dapat juga mengadakan sesi libat urus bersama semua 59 Adun untuk mendapatkan input bagi menyediakan bajet 2022 Negeri Perak.

Sepanjang persidangan ini saya bersyukur dan berbangga melihat ketertiban yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat apabila berbahas secara objektif. Sama ada menyentuh dasar, hal-hal dasar atau melibatkan isu di kawasan masing-masing. Saya juga menghargai dokongan dan penghargaan yang diberikan kepada saya sebagai Menteri Besar oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan ini. Sesungguhnya keharmonian yang dijelmakan dalam persidangan kali ini mencerminkan bahwa kita di Negeri Perak mampu merintis jalan dalam menyuburkan budaya politik baharu dan menjadi contoh teladan kepada kematangan kita berpolitik tanpa mengabaikan tanggungjawab mengukuhkan proses semak dan imbang. Saya yakin semua ini bertolak, semua ini bertitik tolak atas kesedaran setiap daripada kita bahawa rakyat sudah tidak mampu untuk melihat persengketaan dan polemik politik yang sia-sia. Lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sedang berdepan krisis kesihatan yang menuntut kita semua wakil rakyat meletakkan kepentingan rakyat mengatasi garisan politik kepartian. Atas keyakinan itu dan mengambil semangat sempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut esok, saya mendoakan agar segala pengorbanan usaha dan kerja keras dalam melawan Covid-19 oleh kita semua terutamanya para pejuang barisan hadapan akan sentiasa direstui oleh Allah Subhanahu wa ta'ala dan mudah-mudahan akhirnya kita akan beroleh kemenangan. Sehubungan dengan itu, tidak lupa saya ingin menyampaikan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri di semua peringkat yang terus setia dan komited menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk membangunkan dan memakmurkan Negeri Perak ini. Dato' Yang Dipertua, demikian ucapan penggulungan saya, wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikummussalam warahmatullah hiwabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang berbunyi menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas pengzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Ampun Tuanku, Patik-Patik sekalian itu Yang Dipertua, Timbalan Yang Di-Pertua Dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri yang ke-14 Perak Darul Ridzuan telah disokong, dibahaskan dan digulung. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara bersetuju, secara sebulat suara maka usul itu dipersetujui.

Usul-usul yang telah diberi notisMotion

Setiausaha

Perkara yang kelima usul-usul yang telah diberi notis. Usul Pertama Usul Melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk mengemukakan usul.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan bertarikh 18 Ogos 2021 berkaitan perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak dan saya turut mengemukakan Notis Pindaan Usul Di Bawah Perkara 28 Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak pada Setiausaha Dewan pada 30 Ogos 2021, maka saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi, bahawa mengikut Perintah Tetap 70 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negeri Perak Darul Ridzuan Bagi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada:

Yang Berhormat Dato’ Mohd. Tarmizi bin Haji Idris Ahli Dewan Negeri Kenering - Pengerusi

Yang Berhormat Puan Salbiah binti Mohamed Ahli Dewan Negeri Temengor - Timbalan Pengerusi

Yang Berhormat Encik Khairudin bin Abu Hanipah Ahli Dewan Negeri Belanja - Ahli

Yang Berhormat Puan Jamilah binti Zakaria Ahli Dewan Negeri Trong - Ahli

Yang Berhormat Encik Tan Kar Hing Ahli Dewan Negeri Simpang Pulai - Ahli

Yang Berhormat Encik Chong Zhemin Ahli Dewan Negeri Keranji - Ahli

Yang Berhormat Encik Leong Cheok Keng Ahli Dewan Negeri Malim Nawar - Ahli

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tujuan usul ini ialah untuk menerima pakai kehendak Perintah Tetap Bilangan 70, di mana Dewan ini hendaklah melantik sebuah Jawatankuasa Kira Kira Wang Negeri yang mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak lebih daripada 5 orang ahli. Antara tugas-tugas jawatankuasa ini adalah :

(a) Memeriksa Kira-Kira Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Dewan kerana memenuhi perbelanjaan negeri.

(b) Apa-apa kira-kira pihak berkuasa awam dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan di dalam Dewan.

(c) Laporan-laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di dalam Dewan menurut Perkara 107 Perenggan 2 Perlembagaan Persekutuan dan (d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh jawatankuasa ini patut diperiksa atau apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa ini

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, semua ahli yang dicadangkan adalah difikirkan layak dan sesuai untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa kira-kira wang seperti yang diterangkan. Terima kasih

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Dato’ Yang Dipertua, Lintang menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari Kawasan Sungai Manik dan telah mendapat sokongan sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan dibahaskan sekiranya ada. Masalah sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik yang berbunyi 'Bahawa Menurut Perintah Tetap 70, hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak Darul Ridzuan Bagi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada :

Yang Berhormat Dato’ Mohd. Tarmizi bin Haji Idris Ahli Dewan Negeri Kenering - Pengerusi

Yang Berhormat Puan Salbiah binti Mohamed Ahli Dewan Negeri Temengor - Timbalan Pengerusi

Yang Berhormat Encik Khairudin bin Abu Hanipa Ahli Dewan Negeri Belanja - Ahli

Yang Berhormat Puan Jamilah binti Zakaria Ahli Dewan Negeri Trong - Ahli

Yang Berhormat Encik Tan Kar Hing Ahli Dewan Negeri Simpang Pulai - Ahli

Yang Berhormat Encik Chong Zhemin Ahli Dewan Negeri Keranji - Ahli dan

Yang Berhormat Encik Leong Cheok Keng Ahli Dewan Negeri Malim Nawar - Ahli

Tiada perbahasan. Dan sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Ahli yang bersetuju, sila bersuara bersetuju. Dan yang tidak bersetuju, sila beritahu tidak. Lebih suara bersetuju dan tiada tidak bersetuju maka usul itu dipersetujui.

Usul kedua, usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Negeri Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Usul kedua, usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk mengemukakan usul.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Yang Berhormat Dato' Yang DiPertua, saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan bertarikh 18 Ogos 2021 berkaitan perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Negeri Perak Darul Ridzuan dan saya turut mengemukakan Notis Pindaan Usul Di Bawah Perkara 28 Perintah Perintah Tetap Dewan Negeri Perak kepada Setiausaha Dewan pada 30 Ogos 2021.

Maka Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi ‘Bahawa Menurut Perintah Tetap 71 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Negeri Perak Darul Ridzuan Bagi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada :

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku pengerusi

Yang Berhormat Encik Maslin Sham bin Razman, Ahli Dewan Negeri Bukit Chandan - Ahli,

Yang Berhormat Datuk Khairuddin Bin Tarmizi, Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang – Ahli

Yang Berhormat Encik Mohd Noor bin Dawoo, Ahli Dewan Negeri Selinsing – Ahli

Yang Berhormat Encik Nga Kor Ming Ahli Dewan Negeri Aulong - Ahli

Yang Berhormat Encik Aminuddin bin Zulkipli Ahli Dewan Negeri Behrang - Ahli, dan

Yang Berhormat Cik Sandra Ng Shy Ching Ahli Dewan Negeri Teja - Ahli

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Perintah Tetap 71 di mana Dewan ini hendaklah melantik secepat mungkin sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap yang mengandungi Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua sendiri sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang lain. Adalah kewajipan jawatankuasa ini menimbangkan dari semasa ke semasa dan mengemukakan penyata kepada Dewan Negeri berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan perintah-perintah tetap yang dirujukkan oleh Dewan Negeri kepadanya bagi ditimbangkan termasuk juga sebarang usul yang melibatkan apa-apa cadangan bagi pindaan kepada perintah-perintah tetap.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, nama-nama yang dicadangkan itu adalah nama yang difikirkan layak dan sesuai untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Saya percaya mereka dapat memberi kerjasama dan perkhidmatan yang dikehendaki. Sesuai dengan pengalaman yang ada pada mereka. Dengan demikian, saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap seperti yang dicadangkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Dato' Yang Dipertua, Tualang Sekah menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering yang telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk dibahaskan Sekiranya ada.

Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 71 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Negeri Perak Darul Ridzuan Bagi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada :

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku pengerusi,

Yang Berhormat Encik Maslin Sham bin Razman, Ahli Dewan Negeri Bukit Chandan - Ahli,

Yang Berhormat Datuk Khairuddin Bin Tarmizi, Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang – Ahli

Yang Berhormat Encik Mohd Noor bin Dawoo, Ahli Dewan Negeri Selinsing – Ahli

Yang Berhormat Encik Nga Kor Ming Ahli Dewan Negeri Aulong - Ahli

Yang Berhormat Encik Aminuddin bin Zulkipli Ahli Dewan Negeri Behrang - Ahli, dan

Yang Berhormat Cik Sandra Ng Shy Ching Ahli Dewan Negeri Teja - Ahli

Tiada perbahasan. Dan sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Ahli yang bersetuju, sila bersuara bersetuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju dan tiada suara tidak bersetuju. Maka usul itu dipersetujui.

Usul yang ketiga, usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Negeri Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Usul yang ketiga, usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan usul.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan bertarikh 18 Ogos 2021 berkaitan perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan dan saya turut mengemukakan notis pindaan usul di bawah Perkara 28 Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak kepada Setiausaha Dewan pada 30 Ogos 2021. Maka saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi ‘bahawa menurut Perintah Tetap 72 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri Perak Darul Ridzuan Bagi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya hendaklah terdiri daripada :

Pertama Dato' Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku Pengerusi,

Yang Berhormat Dato’ Mohd Azhar bin Jamaluddin Ahli Dewan Negeri Changkat Jong – Ahli

Yang Berhormat Encik Mohamad Zuraimi bin Razali Ahli Dewan Negeri Manong – Ahli

Yang Berhormat Encik Mohd Zaidi bin Aziz Ahli Dewan Undangan Negeri Slim – Ahli

Yang Berhormat Dato’ Asmuni bin Awi Ahli Dewan Negeri Manjoi - Ahli

Yang Berhormat Encik Ong Boon Piow Ahli Dewan Negeri Bercham – Ahli

Yang Berhormat Cik Jenny Choy Tsi Jen Ahli Dewan Negeri Canning - Ahli.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Perintah Tetap 72 di mana Dewan ini hendaklah melantik secepat mungkin sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan yang mengandungi Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua sendiri sebagai pengerusi dan 6 orang ahli yang lain.

Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Dewan Negeri. Adalah menjadi kewajipan jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan Negeri. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebut tadi adalah didapati sesuai untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Dengan demikian, saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Itu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato' Yang Dipertua, Gunung Semanggol menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Bota yang telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk dibahaskan sekiranya ada.

Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Bota yang berbunyi ‘bahawa menurut Perintah Tetap 72 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri Perak Darul Ridzuan Bagi Tahun Ketiga Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya hendaklah terdiri daripada :

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku pengerusi,

Yang Berhormat Dato’ Mohd Azhar bin Jamaluddin Ahli Dewan Negeri Changkat Jong sebagai ahli,

Yang Berhormat Encik Mohamad Zuraimi bin Razali Ahli Dewan Negeri Manong sebagai ahli,

Yang Berhormat Encik Mohd Zaidi bin Aziz Ahli Dewan Negeri Slim ahli,

Yang Berhormat Dato' Asmuni bin Awi Ahli Dewan Negeri Manjoi selaku ahli,

Yang Berhormat Encik Ong Boon Piow Ahli Dewan Negeri Bercham selaku ahli dan

Yang Berhormat Cik Jenny Choy Tsi Jen Ahli Dewan Negeri Canning selaku ahli”.

Tiada perbahasan dan sekarang saya menjemput ahli-ahli yang berhormat mengundi. Ahli-ahli yang bersetuju sila bersuara bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersuara bersetuju maka usul itu dipersetujui.

Usul yang keempat, usul melantik ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha Dewan Negeri

Usul yang keempat, usul melantik ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat kawasan Rungkup untuk mengemukakan usul.

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wabarakatuh salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan bertarikh 18 Ogos 2021 berkaitan perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri dan saya turut mengemukakan notis pindaan usul di bawah perkara 28 perintah-perintah tetap Dewan Negeri Perak kepada Setiausaha Dewan pada 30 Ogos 2021 maka saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi, “bahawa menurut Perintah Tetap 73 Dewan bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak dan ahli-ahlinya terdiri daripada :

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku pengerusi.

Yang Berhormat Dato’ Hj Samsudin bin Abu Hassan Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning- ahli

Yang Berhormat Dato’ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria Ahli Dewan Negeri Batu Kurau -ahli

Yang Berhormat Dr.Jurij bin Jalaludin Ahli Dewan Negeri Lubok Merbau -ahli,

Yang Berhormat Encik Mohd Kamaruddin bin Abu Bakar Ahli Dewan Negeri Kuala Sepetang- ahli,

Yang Berhormat Encik Sivasubramaniam a/l Athinarayanan Ahli Dewan Negeri Buntong-ahli

Yang Berhormat Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Rapat -ahli

Yang Berhormat Encik Yahaya bin Mat Nor Ahli Dewan Negeri Kawasan Pasir Panjang -ahli

Yang Berhormat Encik Teoh Yee Chern Ahli Dewan Negeri Astaka -ahli

Yang Berhormat Encik Cheah Pou Hian Ahli Dewan Negeri Jelapang -ahli

Yang Berhormat Encik Chaw Kam Foon Ahli Dewan Negeri Kawasan Menglembu - ahli

Yang Berhormat Encik Muhamad Arafat bin Varisai Mahamad Ahli Dewan Negeri Kawasan Hulu Kinta -ahli

Yang Berhormat Encik Hasnul Zulkarnain bin Abd Munaim Ahli Dewan Negeri Kawasan Titi Serong -ahli.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Perintah Tetap 73 yang mana Dewan telah bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak yang mengandungi Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua sendiri sebagai pengerusi dan 12 ahli Dewan yang lain.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Dato' Yang Dipertua, Selama menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli yang berhormat, dihadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh yang berhormat dari kawasan Rungkup dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk dibahaskan sekiranya ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh yang berhormat dari kawasan Rungkup yang berbunyi bahawa menurut perintah tetap 73 Dewan bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak dan ahli-ahlinya terdiri daripada :

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku pengerusi.

Yang Berhormat Dato’ Hj Samsudin bin Abu Hassan Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning- ahli

Yang Berhormat Dato’ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria Ahli Dewan Negeri Batu Kurau -ahli

Yang Berhormat Dr.Jurij bin Jalaludin Ahli Dewan Negeri Lubok Mebau- ahli,

Yang Berhormat Encik Mohd Kamaruddin bin Abu Bakar Ahli Dewan Negeri Kuala Sepetang- ahli,

Yang Berhormat Encik Sivasubramaniam a/l Athinarayanan Ahli Dewan Negeri Buntong -ahli

Yang Berhormat Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Rapat -ahli

Yang Berhormat Encik Yahaya bin Mat Nor Ahli Dewan Negeri Kawasan Pasir Panjang -ahli

Yang Berhormat Encik Teoh Yee Chern Ahli Dewan Negeri Astaka -ahli

Yang Berhormat Encik Cheah Pou Hian Ahli Dewan Negeri Jelapang- ahli

Yang Berhormat Encik Chaw Kam Foon Ahli Dewan Negeri Kawasan Menglembu -ahli

Yang Berhormat Encik Muhamad Arafat bin Varisai Mahamad Ahli Dewan Negeri Kawasan Hulu Kinta -ahli

Yang Berhormat Encik Hasnul Zulkarnain bin Abd Munaim Ahli Dewan Negeri Kawasan Titi Serong -ahli.

Tiada pembahasan dan sekarang saya jemput ahli-ahli yang berhormat mengundi. Ahli-ahli yang bersetuju sila bersuara bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Secara sebulat suara bersetuju dan tiada suara tidak bersetuju maka usul itu dipersetujui.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Dipertua, saya ingin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Sungai Manik menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli yang berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini dengan semangat Merdeka saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.