Perak · 13 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 261 turns · 55,369 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Kedua Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin, 13 Disember 2021 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran-mu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Pengumuman Tuan Yang Dipertua

Setiausaha

Perkara yang kedua pengumuman Tuan Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak, seterusnya para petugas, wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama berkenaan penguatkuasaan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard atau SOP dan garis panduan berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Secara keseluruhannya, Ahli-Ahli Yang Berhormat, para bertugas dan waktu media dapat dilihat telah mematuhi pematuhan SOP yang berkaitan. Adalah amat diharapkan agar momentum yang baik dan bertanggungjawab ini dapat diteruskan pada persidangan hari ini.

Perkara yang kedua berkenaan perbahasan atas usul Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022, seramai 14 Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan pada persidangan hari ini. Saya memohon jasa baik semua Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan untuk berbahas dengan sebaik-baiknya membawa aspirasi rakyat dan menyumbang secara positif kepada kesejahteraan sosio ekonomi negeri. Sekian, terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Daripada dua soalan itu, soalan tambahan yang pertama akan diberi keutamaan kepada penanya soalan Ahli Yang Berhormat yang bertanya soalan yang asal tetapi sekiranya soalan jawapan kepada soalan itu dicampur maknanya campur itu dijawab bersekali dengan Yang Berhormat yang lain Insya-Allah kalau ada mirip kepada isu yang berkenaan mungkin boleh ditambah lagi satu soalan tambahan. Untuk makluman Ahli-Ahli MMK lah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang ini dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Yong Choo KiongDAP · PHTronoh

Dato’ Yang Dipertua, Izinkan saya untuk mewakili Chenderiang untuk membangkitkan soalan beliau. Soalan beliau adalah soalan nombor satu.

Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Roadmap Pelan Perak Sejahtera 2030 telah dilancarkan pada 29 Mac 2021 dan pelan ini dijangka siap pada bulan Februari 2022. Pelan permohonan ini dibangunkan berlandaskan tiga prinsip utama iaitu inklusif, realistik dan boleh capai. Fasa pertama telah dijalankan melalui sesi libat urus bersama agensi-agensi Kerajaan. Dua siri bengkel telah dianjurkan dan pada fasa ini, visi, misi, teras strategik dan nilai bersama telah dimuktamadkan. Fasa ke-2 pula telah dilaksanakan melibatkan sesi libat urus bersama anggota pentadbiran Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Inisiatif strategi, sub inisiatif strategi dan pelan tindakan mengikut portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah dihasilkan pada fasa ini. Proses pemetaan dan penjajaran pelan-pelan pembangunan yang sedia ada dengan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 turut dijalankan.

Kini penyediaan Pelan Perak sejahtera 2030 berada dalam fasa ketiga iaitu melibatkan libat urus bersama pihak berkepentingan di peringkat daerah. Fasa ini melibatkan pembangunan inisiatif strategi dan program serta pelan tindakan mengikut daerah pentadbiran di Negeri Perak. Pada fasa keempat pula akan melibatkan penyediaan pelan pemantauan dan deraf akhir pelan yang dijangka siap pada suku pertama tahun 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat jua, pelan ini berpaksikan kepada matlamat Perak makmur, rakyat sejahtera dengan tujuan memacu pembangunan sosial ekonomi yang mapan, insklusif dan dinamik. Oleh itu, pelan ini dibangunkan dengan menggarap pelan-pelan sedia ada termasuklah rancangan pembangunan lima tahun.

Rancangan Malaysia 5 tahun, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan lain-lain rancangan relevan. Justeru pelan ini akan menggariskan strategi-strategi yang berpandukan kelebihan dan potensi negeri agar dapat menyokong perkembangan industri tradisional, ekonomi digital, jaminan keselamatan makanan, pelancongan serta memacu kemunculan industri baru atau emerging industry seterusnya menyumbang kepada peningkatan KDNK Negeri. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Tronoh, ada soalan tambahan?

Encik Yong Choo KiongDAP · PHTronoh

Ya. Adakah pelan ini akan mengambilkira pelan sedia ada di peringkat Persekutuan dan Negeri termasuklah Rancangan Malaysia Ke-12 Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan daerah dan lain-lain dasar yang diperkenalkan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Tronoh. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya telah pun menjawab soalan itu sebentar tadi. Bagi soalan yang kedua. Pelan ini dibangunkan dengan menggerak pelan sedia ada termasuklah Rancangan Pembangunan Malaysia, RMK 5 tahun, termasuk Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, termasuklah Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan lain-lain rancangan yang relevan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YAB Menteri Besar. Memandangkan tiada soalan tambahan yang kedua.

Encik Yong Choo KiongDAP · PHTronoh

Soalan tambahan yang kedua. Adakah pelan ini mengambil kira situasi semasa pandemik yang melanda negara pada ketika ini yang sedikit sebanyak membantutkan perkembangan ekonomi.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang Dipertua, sudah pasti apabila kita merancang sesuatu pembangunan jangka masa panjang, kita mengambil kira apa yang sedang berlaku dalam situasi ekonomi sekarang. Jadi kesan daripada pandemik Covid-19 juga menjadi asas kepada Rancangan Pembangunan Negeri Perak 2030 Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YAB Menteri Besar, sekarang ini dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Sungkai untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Dato' Yang Dipertua, sila izinkan saya mewakili ADUN Sungkai untuk membangkitkan soalan nombor dua. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih Dato' Yang Dipertua dan juga YB ADUN Sungkai yang bertanyakan soalan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Sungkai berkaitan dengan jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat daripada pandemik Covid-19 Negeri Perak dan juga tindakan serta langkah yang telah pun diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah ini. Suka untuk saya menjawab untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat terutama YB Sungkai. Berdasarkan statistik yang telah pun direkodkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun PERKESO di bawah Sistem Insurans Pekerjaan ataupun SIP, jumlah anak Perak yang telah kehilangan pekerjaan dan didaftarkan di bawah SIP bagi tempoh bermula Mac tahun 2020 sehinggalah November tahun 2021 adalah seramai 3643 orang. Jumlah ini sebenarnya dipengaruhi oleh faktor penutupan beberapa sektor seperti sektor perkilangan, sektor perkhidmatan dan juga sektor perhotelan akibat daripada penularan dan juga wabak pandemik Covid-19.

Memahami kebimbangan dan situasi pasaran kerja yang terjejas, Kerajaan Negeri melalui PERKESO telah pun melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan ini. Antaranya yang pertama, inisiatif yang dinamakan sebagai EMP ataupun Elaun Mencari Pekerjaan. Bagi inisiatif ini ianya merupakan inisiatif bagi tempoh tiga hingga enam bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman. Jumlah EMP yang dibayar adalah berdasarkan kepada gaji bulanan anggapan pada kadar seperti yang berikut: a) 80% bagi bulan yang pertama, b) 50% bagi bulan yang kedua, c) 40% bagi bulan yang ketiga dan juga bulan yang keempat dan juga 30% bagi bulan yang kelima dan juga bulan yang keenam.

Yang kedua, inisiatif yang telah pun dilaksanakan adalah inisiatif yang menamakan sebagai EBSA (Elaun Bekerja Semula Awal) iaitu elaun yang dibayar kepada orang yang berinsurans yang kembali bekerja semula. Kadar bayaran bagi EBSA ini adalah sebanyak 25% daripada baki EMP dan dibayar secara pukal.

Inisiatif yang ketiga adalah elaun pendapatan berkurangan atau pun dikenali sebagai EBB. EBB merupakan elaun yang disediakan kepada orang berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan daripada salah satu majikan tersebut. Kadar dan tempoh bayaran adalah sama sepertimana kadar yang ditetapkan oleh EMP.

Yang keempat adalah program Penjana Kerjaya 3.0 di bawah PEMULIH. Ini merupakan insentif atau pun inisiatif kepada majikan yang telah pun membuat pengambilan pekerja berusia 40 tahun dan ke atas ataupun daripada golongan istimewa atau pun OKU, lepasan sekolah dan juga graduan selain perluasan insentif pengambilan pekerja di bawah program Kerjaya Gig.

Selain itu kerajaan dalam pembentangan Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion kepada PERKESO untuk terus melaksanakan jamin kerja iaitu insentif pengajian ataupun JKIP di bawah sistem insurans pekerjaan yang dijangka akan memanfaatkan 300 ribu pencari kerja dari seluruh negara. Menurut JKIP para majikan yang menggajikan individu yang tidak aktif bekerja bakal menerima insentif sebanyak 20% daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan yang pertama dan 30% bagi enam bulan yang berikutnya. Bagi golongan rentan pula majikan layak untuk menerima insentif sebanyak 30% untuk tempoh 6 bulan yang pertama sebelum dinaikkan kepada 40% bagi enam bulan yang berikutnya. Kadar insentif yang sama turut akan dipanjangkan bagi pengambilan pekerja golongan wanita yang telah menganggur melebihi tempoh setahun, ibu tunggal dan juga suri rumah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Astaka.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Terima kasih jawapan daripada Exco. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan anak-anak muda. Dalam Negeri Perak ini juga ramai juga anak-anak muda yang kehilangan kerja atas sebab penularan Covid-

19 ini. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan juga berapa peratus anak-anak muda telah dibantu oleh kerajaan. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih soalan tambahan daripada Astaka. Sudah pasti Kerajaan Negeri mengambil maklum dan juga mengambil berat bukan sahaja berkaitan dengan mereka yang dibuang pekerjaan atau pun kehilangan pekerjaan bidang sumber pendapatan juga daripada golongan anak muda, mahasiswa dan juga mereka yang baru habis atau pun lepasan sekolah. Untuk makluman, Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK terus diperkasakan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan kita memberikan peluang yang sewajarnya serta memberikan ruang yang secukupnya buat kita terus melatih dan juga memberikan satu nilai tambah atau pun lebihan tambahan kepada anak-anak muda ini untuk terus kita memperkasakan anak-anak muda ini dan juga untuk kita memastikan anak-anak muda ini berjaya untuk menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan ataupun to put themselves into marketplace dengan izin Dato’ Yang Dipertua. Jadi banyak inisiatif telah dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak sendiri sebagai contoh program perintis iaitu program karnival program yang dinamakan sebagai Perak Employability Training Scheme yang mana program ini telah memanfaatkan hampir 50 mahasiswa ataupun graduan yang telah pun bergelar graduasi yang mana kita telah menempatkan mereka dalam konsep perintis ataupun kita letakkan mereka dan konsep intel, yang mana bayaran untuk bulanan mereka dibayar dan ditanggung oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya sewaktu mereka menjalani kursus tersebut dan juga ditempatkan di GLC ataupun anak-anak syarikat Kerajaan Negeri sebagai contoh.

Yang keduanya juga kita ada laksanakan program karnival kerjaya dan juga karnival kerjaya mega. Yang terbaru ini kita telah pun melaksanakan baru sahaja melaksanakan pada 27 dan 28 haribulan November yang lepas. Program Perak E-Career Carnival secara maya mengikut SOP yang telah pun ditetapkan oleh (KKM) Kementerian Kesihatan dan juga Majlis Keselamatan Negara yang mana daripada program tersebut kita telah mewujudkan hampir 1000 peluang pekerjaan buat anak-anak muda di luar sana dan telah pun mendapat sambutan hampir 5000 daripada anak-anak Perak, anak-anak muda daripada seluruh Negeri Perak yang menyertai program PECC ataupun Perak E-Career Carnival tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

YB Slim

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Terima kasih. Saya ingin bertanya berkenaan dengan peluang pekerjaan yang untuk kita berikan kepada anak muda terutama yang baru mula nak menceburi contohnya bidang pertanian atau perniagaan. Saya di datangi oleh anak muda ni, mereka mengatakan bahawa syarat yang dikenakan kalau mereka nak mohon bantuan atau geran ataupun pinjaman yang terlalu ketat contohnya kalau pertanian. Mereka nama tanah tu perlu dinamakan atas mereka. Begitu juga kalau nak mohon dalam apa nama ni peniagaan. Tiadakah ruang yang boleh kita mudahkan untuk anak muda yang baru nak mula menceburi. Selain daripada krusus tu kita fahamlah tapi kalau nak dia orang dana, modal yang besar dan juga dengan aset-aset tu, saya rasa dia agak merumitkan bagi mereka yang mula untuk menceburi bidang-bidang sebab kita nak harap kepada kerja kepada kerajaan dan sebagainya tak mampu kerajaan sediakan peluang itu tapi sektor yang lain tu, harap boleh YB EXCO jelaskan. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih rakan saya daripada Slim. Soalan tambahan yang ketiga berkaitan dengan soalan tersebut sudah pasti setiap kali mesyuarat-mesyuarat yang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri itu juga merupakan antara perkara yang kita utamakan. Kerajaan Negeri utamakan dan juga menjadi kebimbangan utama kita. Bagaimana caranya untuk kita memastikan ruang dan peluang pekerjaan buat anak-anak muda ini selain daripada syarat-syarat yang perlu dipenuhi itu kalau boleh dipermudahkan semudah-mudahnya. Jadi sudah pasti ini merupakan antara hasrat dan juga mungkin juga merupakan antara perkara yang perlu untuk kita semua perhalusi semula dalam usaha kita nak memastikan peluang pekerjaan itu terbuka seluas-luasnya dan sudah pasti perlunya kepada hubungan yang baik di antara Portfolio dan Portfolio serta G to G hubungan yang baik di antara kerajaan dengan kerajaan. Jadi sudah pastilah ini jadikan sebagai antara perkara utama bagi misi tahun hadapan di bawah Pusat Aspirasi Anak Perak dan juga di bawah portfolio saya sendiri iaitu sumber manusia dalam usaha kita untuk memastikan anak-anak muda ini diberi ruang peluang dan juga syarat-syarat yang nampaknya diperketatkan itu mungkin boleh kita permudahkan urusan anak muda ini mudah-mudahan. Terima kasih atas makluman dan juga perkara-perkara yang perlu diperkemaskan daripada Slim. Terima kasih banyak.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya rasa cukup saja lagi soalan yang berikutnya. Sekarang ni dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Tronoh untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Yong Choo KiongDAP · PHTronoh

Dato’ Yang Dipertua, soalan saya soalan ketiga.

Yang di-Pertua

Sila Ahli EXCO.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Tronoh. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera. Untuk maklumannya Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah berbincang dengan akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk merealisasikan setiap sasaran yang dirangka dalam Pelan Jalinan Digital Negara atau pun JENDELA sehingga tahun 2022 di Negeri Perak dan ada perkara-perkara yang akan diberi pertimbangan bagi menangani keperluan baharu ini sebab Kerajaan Negeri telah pun bersetuju terutamanya telah pun bersetuju itu untuk menjadikan keperluan kemudahan berkomunikasi sebagai utiliti asas ketiga, selepas air dan juga elektrik dan seterusnya kedua menerima pakai garis panduan perancangan prastruktur ataupun MBI, komunikasi dalam setiap projek pembangunan yang dirancangkan mengikut kesesuaian yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Ketiga, kita akan memudahkan permohonan permit pembinaan dan pemasangan kemudahan infrastruktur komunikasi. Akhir, yang keempat akan bekerjasama dengan pihak MCMC untuk mengenalpasti status jemputan dan perancang penambahbaikan di kawasan-kawasan aduan serta mengenalpasti lokasi-lokasi yang perlu ditambah baik kemudahan infrastruktur komunikasi di seluruh Negeri Perak. Setakat suku ketiga 2021 sebanyak 95.58% penduduk telah mendapatkan liputan perkhidmatan 4G di seluruh Negeri Perak di bawah Pelan JENDELA, berbanding suku ketiga 2020 sebelum inisiatif JENDELA dilaksanakan itu hanya 94.71% jemputan 4G pada ketika itu.

Yang Berhormat berikut adalah status perkembangan terkini perincian pelaksanaan Pelan Jalinan JENDELA di seluruh negara fasa satu yang bermula pada tahun 2020 hingga 2022 khususnya bagi DUN Tronoh setakat 2021, Okober 2021. Yang pertama, sebanyak satu menara telah dirancang dan siap dibina dan beroperasi bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G. Yang kedua, sebanyak 37 stesen pemancar telah dirancangkan dan siap dinaik taraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G dan yang ketiga, sejumlah 3083 premis daripada jumlah keseluruhan sebanyak 8567 premis telah tersedia dengan akses gentian optik bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkeupayaan.

Kesemua inisiatif ini akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2022 dan sokongan serta kerjasama erat daripada Kerajaan Negeri dapat memastikan angka-angka atau sasaran yang telah ditetapkan tersebut akan dicapai dalam masa yang disasarkan demi untuk kebaikan dan keperluan rakyat. Pihak MCMC akan mengambil maklum isu kadar capaian kampung-kampung yang diutarakan dan akan terus berusaha untuk membuat penilaian dalam dalam usaha menambah baik kualiti perkhidmatan setia ada. Berikut adalah tindakan yang telah ambil oleh pihak MCMC bersama dengan pihak perkhidmatan. Yang utamanya, Kampung Baharu Bali. Penelitian sedang dijalankan dan akan berada dalam perancangan penambahbaikan kadar liputan sedia ada. Untuk keadaan terkini, terdapat satu menara komersial berkaitan dengan menyediakan pencapaian oleh Celcom, Digi, Maxis, U-Mobile dan juga Wave. Untuk Kampung Baru Nalla, kini terdapat satu menara komersial berdekatan yang menyediakan pencapaian oleh Celcom, TM, U-Mobile dan Webe. Penelitian sedang dijalankan dan berada dalam perancangan penambahbaikan kadar jemputan sedia ada dan seterusnya untuk Kampung Baru Bemban kini terdapat satu menara komersial dalam dengan kurang satu meter yang menyediakan capaian oleh DIGI, Maxis, U-Mobile dan juga Webe dan penelitian juga sedang dijalankan dalam beberapa perancangan untuk penambahbaikan kadar liputan sedia ada. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Tronoh.

Encik Yong Choo KiongDAP · PHTronoh

Tuan, Timbalan Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan saya. Kita tau kesan daripada penggunaan internet yang berleluasa dan juga meningkat. Ia juga membawa banyak kesan-kesan sampingan yang buruk seperti memfitnah, menipu dan anak-anak muda sekarang terlalu bergantung terikat di internet dengan game-game yang begitu menarik. Kesan-kesan buruk ini apakah langkah-langkah kerajaan akan diambil untuk mengelak dan mengurangkan kesan buruk ini?

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman pihak SKMM senantiasa bekerjasama dengan pihak pengguna khususnya dalam isu penyalahgunaan internet dan media sosial kita. Jadi kita sebenarnya ada satu website iaitu sebenarnya.my di bawah SKMM. Yang mana kita harap pengguna kita dapat memastikan berita-berita itu dia yang sebenar melalui sebenarnya.com. Dan kita juga pihak SKMM sekiranya ada laporan-laporan berkaitan berita tidak benar dan sebagainya mereka akan mengambil tindakan penerangan mengikut tindakan yang telah ditetapkan. Cumanya untuk angka saya akan kepilkan kemudian. Terima kasih YB.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya nampak Ayer Kuning tadi.

Encik Yong Choo KiongDAP · PHTronoh

Timbalan Yang Dipertua. Izinkan saya untuk soalan tambahan saya. Adakah yang berhak merasa ini akta-akta yang sedia ada di negeri atau negara kita. Adakah mencukupi untuk mengurangkan atau mengelakkan berita-berita palsu yang disebar begitu berleluasa sehingga suratkhabar tradisional hari ini kena ada satu ruangan atau satu page untuk menafikan bahawa setiap hari ada berita-berita palsu yang disebarkan begitu berleluasa. Ini adalah satu kesan yang amat buruk dan di negara-negara maju memang mereka ada akta atau undang-undang untuk melindungi pihak-pihak yang telah difitnah. Adakah negara kita akta yang sedia ada ini, Yang Berhormat merasa mencukupi untuk membentung gejala sebegini.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Berkaitan dengan akta ini sebenarnya ia telah diputuskan di peringkat Parlimen dan saya yakin kementerian khususnya SKMM senantiasa berusaha untuk menambahbaik akta-akta ini kerana ianya perlu mengikuti peredaran zaman atau perubahan masa. Jadi ini yang saya yakin sedang dilaksanakan dan sedang dikaji oleh SKMM dengan perkara-perkara sekarang ini dan berkatian dengan fitnah dan sebagainya, seperti saya kata tadi ada tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan dan pihak kementerian sebenarnya bergantung dengan akta yang telah diluluskan tersebut. Jadi untuk usaha ini akan ada sentiasa penambahbaikan dan esok saya ada mesyuarat dengan pihak SKMM untuk membincangkan perkara tersebut di Putrajaya. Jadi senantiasa ditambahbaik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya benarkan satu lagi daripada Ayer Kuning.

Timbalan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya yang pertama. Oleh kerana program JENDELA adalah program di peringkat Persekutuan yang meminta supaya penyebaran jalur lebar ini meluas di seluruh negara. Untuk soalan hari ini saya nak tanya kepada Exco yang bertanggungjawab. Apakah perancangan JENDELA khususnya di daerah Batang Padang yang sering kali saya katakan setakat ini perkembangan agak lambat dan sebagainya kerana di daerah Batang Padang ada kawasan-kawasan yang membangun, ada universiti ada sekolah asrama penuh yang memerlukan jalur lebar khususnya kawasan-kawasan berkenaan dan saya nak tanya yang sejauh mana program JENDELA ini telah dilaksanakan khususnya untuk daerah Batang Padang?

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning. JENDELA ini memang sekarang ini memang cukup agresif perlaksanaannya khususnya peringkat fasa 1 yang akan berakhir 2023 tahun hadapan. Jadi untuk keadaan semasa ini apa yang boleh saya kongsikan di Ayer Kuning khususnya, satu menara baru akan dilaksanakan dan seterusnya 27 menara dinaiktaraf kepada 4G dan jumlah keseluruhan untuk naiktaraf menara ini adalah 36 buah. Jadi telah dilaksanakan 27 dan seterusnya untuk gentian optik ataupun jalur lebar teta,. keseluruhan premis di Ayer Kuning yang akan menerima sebanyak 2,513 premis dan telahpun dilaksanakan 1,136 premis dan saya mengucapkan terima kasih banyak pihak TM khususnya kerana saya melihat mereka begitu agresif untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan jalur lebar tetap sekarang ini dan kita pun juga sebenarnya sedang berusaha untuk bekerjasama dengan supaya lebih banyak lagi premis-premis yang boleh ataupun kawasan-kawasan yang boleh menerima akses ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Temenggor.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua.

Wanita Perak sentiasa diingat, Menghulur bantuan setiap tempat, Keganasan wanita isu yang hangat, Soalan saya soalan nombor empat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan Negeri. Saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada YB Temenggor bersekali dengan soalan YB Canning dan juga YB Belanja kerana ia adalah berkaitan.

Yang Berhormat, keganasan terhadap wanita boleh dikategorikan kepada keganasan fizikal, seksual dan juga psikologi ataupun emosi. Erti keganasan rumah tangga ialah perlakuan secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan mencederakan secara fizikal, memaksa atau mengancam melakukan perbuatan seksual, mengurung atau menahan tanpa kerelaan dan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan dan kegusaran.

Mengikut statistik yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak bilangan kes keganasan rumah tangga semasa PKP mengikut tahun adalah tahun 2020 bermula Mac hingga Disember sebanyak 277 kes. Tahun 2021, Januari sehingga Oktober 274 kes menjadikan jumlah keseluruhannya 551 kes. Manakala berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak, kes keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan kepada JKM adalah bagi tahun 2020 sebanyak 63 kes, Januari hingga Disember. Bagi tahun 2021, Januari sehingga November adalah sebanyak 70 kes menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 133 kes. Tiga daerah telah mencatatkan berlakunya kes keganasan rumah tangga yang tertinggi iaitu daerah Kinta sebanyak 39 kes, Larut Matang dan Selama 22 kes dan Manjung sebanyak 21 kes.

Sebagaimana telah dilaporkan kepada JKM daripada tahun 2020 sehingga tahun ini 2021, bilangan kes jenayah seksual pula dicatatkan oleh PDRM negeri melibatkan kesalahan rogol, seksual terhadap kanak-kanak, cabul dan liwat adalah sebanyak tahun 2020 146 kes, Mac sehingga Disember dan tahun 2021 Januari sehingga Oktober 165 kes menjadikan jumlah keseluruhannya 311 kes. Manakala bagi kes gangguan seksual melibatkan kesalahan perbuatan lucah adalah tahun 2020 Mac hingga Disember 2 kes, tahun 2021 Januari hingga Oktober sebanyak 20 kes menjadikan jumlah 22 kes. Hasil siasatan yang dijalankan oleh PDRM Perak. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kes keganasan rumahtangga ini berlaku adalah disebabkan oleh 5 faktor utama iaitu yang pertama penagihan dadah. Yang kedua masalah kewangan. Yang ketiga masalah peribadi. Yang keempat mabuk dan yang kelima adalah perceraian. Tindakan kita adalah sebagai langkah dalam memberi bantuan dan khidmat sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga.

Sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga. Kerajaan Negeri melalui JKM menyediakan beberapa perkhidmatan iaitu yang pertama, diberikan khidmat nasihat berkaitan keganasan rumah tangga dan yang kedua dibantu untuk mendapatkan perintah perlindungan sama ada (EPO) Emergency Protection Order, (IPO) Interim Protection Order dan (PO) Protection Order. Yang ketiga diberikan kaunseling oleh pegawai psikologi dan juga kaunselor JKM dan yang keempat diberikan perlindungan di tempat perlindungan dan tempat yang selamat dan yang kelima dirujuk kepada jabatan dan agensi lain yang berkaitan seperti Mahkamah Syariah, Pejabat Pendaftar Perkahwinan dan Biro Bantuan Guaman.

Bagi menangani isu keganasan rumah tangga, JKM mengambil tindakan kepada kes yang dilaporkan dengan mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta 521. Menerusi akta ini, kerajaan memperuntukkan perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga. Tindakan dijalankan bersama agensi penguatkuasaan seperti PDRM, mahkamah dan agensi yang berkaitan bagi memastikan segala bentuk keganasan rumah tangga dapat dibendung dengan segera. Antara perkara yang diberi tumpuan oleh pihak kementerian adalah penambahbaikan prosedur dan garis panduan untuk agensi kerajaan mengendalikan kes keganasan rumah tangga serta panduan dalam kalangan mangsa mengenai hak mereka dan memudahkan akses kepada bantuan perlindungan yang disediakan agar ia selaras dengan peruntukan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

JKM juga turut mengadakan kerjasama dengan NGO dalam membangunkan bahan promosi bagi meningkatkan kesedaran isu berkaitan rumah tangga, keganasan rumah tangga dan menekankan tentang keperluan sokongan psikologi berterusan kepada mangsa melalui talian kasih 15999. Daripada tahun 2010 sehinggalah November 2021 tahun ini, statistik bilangan keganasan kes keganasan rumah tangga yang menerima perkhidmatan JKM dan dimasukkan ke tempat selamat adalah sebanyak 33 kes. JKM negeri sedang berusaha ke arah memperluaskan tempat selamat di bawah JKM dan tempat berlindung di bawah NGO bagi menampung keperluan mangsa yang terlibat dalam keganasan rumah tangga. Sekian, terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Kita yakin dan percaya daripada data statistik yang diberikan itu apa yang mangsa berani untuk melaporkan dan saya yakin dan percaya banyak lagi kes-kes yang mereka tidak berani laporkan. Saya ingin bertanya selain daripada jabatan dan agensi penguatkuasaan seperti JKM dan PDRM negeri apakah ataupun agensi atau jabatan manakah yang boleh dirujuk bagi membantu mangsa-mangsa keganasan terutamanya wanita untuk mereka mendapatkan bantuan, sokongan ataupun bimbingan yang berterusan. Itu saja, terima kasih.

Terima kasih kepada YB Temengor. Yang disebut oleh YB tadi adalah benar. Iaitu kes yang ada ini adalah kes yang telah dilaporkan kepada badan-badan dan agensi-agensi kerajaan dan didapati masalah ini berlaku ada setengah kes yang tidak dilaporkan. Sejarah keganasan memang sukar didapati dalam ilmiah kajian ilmiah kerana fakta kes yang tidak didedahkan dan tidak dilaporkan sepenuhnya. Ini adalah didapati ianya norma sosial masyarakat kita dan juga pantang larang, stigma dan juga sifat sensitif sesetengah individu ataupun komuniti dan itulah mungkin kajian yang dibuat dalam mungkinlah sebab-sebab mengapa kes tidak dilaporkan sepenuhnya dan berkaitan dengan agensi-agensi ataupun badan-badan lain bagi mendapatkan sokongan dan bimbingan secara berterusan, kita di negeri Perak ini kita ada badan-badan dan juga agensi seperti Sekretariat Wanita Perak, LPPKN, Jabatan Pembangunan Wanita dan juga NGO-NGO bagi terus memberikan sokongan dan bimbingan secara berterusan. Sebagai contoh, Sekretariat Wanita Perak telah mengadakan pelbagai Program Kesedaran Hak dan Resihatan Reproduktif dan Seksual (HKRS) yang bertajuk isu-isu keganasan terhadap wanita dan selamatkah anak-anak kita. Semperna kempen hentikan keganasan terhadap wanita yang kita adakan secara dalam talian webinar bermula pada November 2021 yang lepas kerana kita tahu keganasan rumah tangga merupakan masalah sosial yang serius dan ia mesti ditangani dengan segera kerana ia bukan saja masalah peribadi keluarga tapi merupakan masalah sosial yang perlu ditangani secara bersama oleh kita kerana ia boleh memberi kesan bukan saja kepada anak-anak dan ahli keluarga tetapi juga memberi kesan-kesan komuniti yang lain.

Selain daripada Wanita Perak juga LPPKN telah mengadakan Kursus Program Pengurusan Stress dan Terapi Minda yang melibatkan seramai 715 klien termasuk lelaki dan perempuan telah menerima khidmat kaunseling kelompok yang dijalankan secara dalam talian oleh kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Negeri. Seperti yang saya sebut tadi yang diadakan juga oleh Sekretariat Wanita Perak kita melibatkan beberapa isu dan kupasan isu yang dibincangkan dalam webinar. Ada empat isu yang kita bincang, yang pertama keganasan rumah tangga, yang kedua jenayah melibatkan wanita seperti gangguan seksual, cabul dan rogol dan yang ketiga bagaimana wanita boleh dilindungi di bawah undang-undang dan tindakan yang boleh diambil jika ia menjadi mangsa dan yang keempat cadangan untuk disegerakan perundangan yang tertangguh seperti ini seperti Akta Anti Mengintai, Anti-Stalking, gangguan seksual dan kesaksamaan gender.

Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Wanita juga sering mengadakan program-program secara berterusan bagi menangani masalah keganasan terhadap wanita. Program-program Wanita Anti-Jenayah diadakan oleh skuad waja dan juga diadakan juga diadakan De'Stress Klinik dan juga Legal Klinik kerana kita mesti menangani masalah keganasan terhadap wanita ini berpandukan cegah, rawat dan perbaiki. Jadi ketika ini menjadi asas pegangan untuk kita bersama menangani masalah keganasan terhadap wanita sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Silakan Pasir Bedamar.

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya, bolehkah Yang Berhormat setuju bahawa berkenaan dengan isu tadi bahawa ramai orang yang menghadapi masalah-masalah yang kita sedang bincangkan kini lebih serius untuk berhubung ataupun membawa masalah ini kepada NGO-NGO yang sedia ada. Soalan tambahan saya adalah apakah dengan izin engagement pihak kerajaan sama-sama dengan pihak NGO-NGO ini dan tahap manakah yang NGO ini dimaklumkan tentang program-program yang kita diadakan dan juga bagaimanakah kerajaan boleh mengadakan satu usaha bersama untuk menangani masalah-masalah ini. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Pasir Bedamar. Berkaitan dengan engagement NGO. Ya kita memang Kerajaan Negeri memang sentiasa mengadakan kerjasama dan juga membantu memberikan sokongan kepada NGO-NGO terutamanya NGO-NGO yang memperjuangkan hak-hak wanita dan juga berkaitan dengan anti keganasan terhadap wanita. Sebagai contoh tahun lepas juga kita mendapat permohonan yang banyak daripada NGO-NGO yang seperti yang saya katakan ini untuk menjalankan program berbentuk pencegahan, program pengenalan dan juga program-program bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Tapi disebabkan keadaan pandemik covid yang agak tidak menentu pada tahun ini, kebanyakan program yang dibuat adalah secara hibrid dan juga dalam secara talian webinar dan kita memang ada memberikan sentiasa memberi sokongan kepada NGO-NGO. NGO-NGO nya banyak memang ada senarainya dan Insya Allah pada tahun ini kita akan terus lagi giatkan aktiviti bersama NGO kerana kita memang terdapat beberapa juga kes yang mana diangkat oleh NGO-NGO ini yang mana mangsa atau keluarga mangsa bertemu dengan NGO ini untuk membantu dan ini juga ada kita terima yang hadir ke pejabat Exco yang mana kita rujuk kepada JKM dan kita rujuk kepada Biro Bantuan Guaman. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dijemput Yang Berhormat.

Soalan tambahan daripada saya sebab tadi Belanja termasuk dalam ruang lingkup yang diberi.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok saya benarkan Belanja.

Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua seperti yang kita sedia maklum tadi difahamkan 33 kes. Itu yang dilaporkan kepada pihak berwajib. Mungkin ada juga kes keganasan rumah tangga yang tidak dilaporkan mungkin atas beberapa faktor. Soalan saya bagaimanakah caranya untuk mereka yang terbabit ini untuk melaporkan kes keganasan rumah tangga yang berlaku. Terima kasih Tuan Timbalan.

Terima kasih kepada YB Belanja. Saya ucapkan terima kasih pada YB Belanja kerana ini memberi sokongan kepada masalah dan isu wanita. Yang ditanya oleh YB Belanja tadi berkenaan bagaimana cara untuk melaporkan kes yang berlaku. Mangsa-mangsa keganasan wanita terutamanya mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian yang menimpa terhadapnya kepada balai polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran ataupun yang kedua menghubungi talian kasih 15999 di mana kalian kasih ni boleh kita buat aduan dan juga kita juga boleh mendapatkan bimbingan, kaunseling dan sebagainya. Yang ketiga boleh merujuk terus ke hospital berhampiran sekiranya ada berlaku kecederaan dan yang keempat boleh juga diadukan kepada NGO dan sebagainya untuk kita untuk disampaikan kepada pihak-pihak yang berwajib. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh sikit je.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Timbalan Yang Dipertua, apa yang dibincangkan tadi ialah berkaitan dengan punca-punca bagaimana menangani tetapi saya jumpa satu kes keganasan rumah tangga, suami memukul isteri, isteri cedera dan tidak boleh agak sukar untuk menyara keluarga dan berpanjangan tangan patah. Jadi apakah cara yang terbaik untuk membantu kesan daripada keganasan rumah tangga ini dengan secara tuntas. Kalau nak buat permohonan dan sebagainya lambat. Jadi sumber yang terdekat ataupun yang mudah didapati untuk membantu anaknya di sekolah sudah tidak ada punca pencarian dan isterinya tadi dan suaminya dipenjarakan. Ini berlaku di kawasan saya. Jadi kalau kita hanya membincangkan bagaimana mengatasinya punca-punca yang lain dan sebagainya, yang ini adalah makan, makan agak penting dia tak boleh tunggu. Kalau perbicaraan boleh tunggu tapi makan tak boleh tunggu. Yang ini perlu kita kaji, kita selidiki di mana tempat mereka mengadu yang sebaik mungkin dapat pertolongan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih YB Pasir Panjang dan juga terima kasih kerana prihatin kepada masalah yang menimpa institusi keluarga. Sebagai contoh yang disebut oleh Pasir Panjang tu mungkin berlaku juga di tempat-tempat yang lain dan memang ada aduan yang kita dapati keganasan secara berulang, keganasan secara berulang dan kebanyakan mangsa yang seperti ini memang dia rela hati untuk meninggalkan rumah dan ditempatkan di rumah-rumah perlindungan yang selamat oleh JKM buat sementara waktu dan ada juga, yang kedua yang kita bantu bersama dengan JKM dan juga bersama dengan MAIPK dan kita bersama dengan Jabatan Kesihatan membantu mangsa dan keluarganya dan yang ketiga tentulah kaunseling. Dia memainkan peranan yang penting bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada pasangannya yang melakukan keganasan tersebut dan juga ahli keluarga secara berterusan dan di sini juga peranan komuniti, peranan komuniti setempat amat penting bagi terus menasihati, memantau dan sebagainya. Jadi maknanya ia memerlukan kerjasama semua pihak bagi menangani masalah ini agar tidak berulang dan juga tidak, mangsa tidak menderita. Jadi insya Allah kita akan terus membantu bersama kerjasama dengan kerjasama semua pihak.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB. Dijemput YB dari Kepayang untuk mengemukakan soalan.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan saya nombor 5.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya menjawab soalan ADUN Kepayang bersama dengan ADUN Menglembu kerana ianya berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, United Nations Sport Tourism Organization meramalkan pemulihan sektor pelancongan mengambil masa dua hingga empat tahun. Tempoh ini agak panjang dan pasti memberikan cabaran besar kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri pelancongan negara. Kerajaan Negeri menyedari situasi yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan di negeri ini sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sejak Mac 2020 yang lalu. Kekurangan atau hampir tiada pelancong- pelancong mahupun pengunjung ditambah pula dengan sekatan pergerakkan merentas daerah dan negeri, kekangan kewangan bagi menampung kos operasia, cukai, aktiviti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasarannya semestinya menjadi cabaran terbesar untuk sektor ini. Menyedari akan perkara ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan pelbagai bantuan dan insentif melalui pakej rangsangan ekonomi seperti berikut:-

1. Bantuan kewangan one-off sebanyak RM700 kepada pemandu pelancong yang berlesen. 2. Bantuan kewangan one-off sebanyak RM2,000 kepada syarikat agensi pelancongan dan pengembaraan berdaftar yang beroperasi di Negeri Perak. 3. Bantuan kewangan one-off sebanyak RM10,000 kepada persatuan-persatuan ataupun badan NGO berkaitan pelancongan. 4. Bantuan one-off sebanyak RM2,000 kepada pengusaha hotel bajet yang berdaftar di bawah MEVA. 5. Bantuan kepada ahli pengusaha hotel dan resort di Pulau Pangkor. 6. Bantuan one-off kepada pemandu-pemandu bot pelancongan termasuklah kawasan Teluk Intan, Kuala Sepetang, Taiping, Pulau Pangkor, Temenggor dan sebagainya. 7. Bantuan one-off sebanyak RM2,000 kepada 11 homestay di Negeri Perak. 8. Dan juga bantuan one-off kepada 35 syarikat umrah, haji dan ziarah yang telah berdaftar di Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah Khas di Negeri Perak.

Dengan adanya bantuan-bantuan seperti ini sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban penggiat industri yang terjejas akibat penularan Covid-19. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah merancang dan melaksanakan beberapa program pemulihan sektor ini dari segi beberapa aspek. Yang pertamanya, pembangunan pakej. Mengadakan program kerjasama strategik bersama kerajaan persekutuan melalui Tourism Malaysia untuk menyediakan pakej-pakej pelancongan yang melibatkan hotel-hotel dan resort serta produk, operator produk bagi empat buah negeri di utara iaitu seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang termasuklah Perak. Program ini telah kita laksanakan pada bulan November yang mana Negeri Perak telah diberi penghormatan untuk menjadi hos bagi program tersebut. Dari segi aspek pemasaran dan promosi pula, kita telah menyertai Exco pelancongan domestik seperti MATTA Fair di Kuala Lumpur, Jom Travel Fair di Aeon Melaka dan telah mengadakan pelbagai program bisnes matching di antara negeri-negeri. Promosi dan pemasaran secara digitalisasi melalui platform pertama adalah untuk mempromosikan Negeri Perak melalui Facebook, Tik Tok, Twitter dan sebagainya. Promosi-promosi hotel dan resort pula kita teruskan dengan menyenaraikan hotel-hotel yang berdaftar dengan persatuan-persatuan berkaitan pelancongan di dalam bentuk e-brochure ataupun e-brochure pakej pelancongan. Program-program promosi dan pemasaran ini juga akan melibatkan Key Equipment Leaders di mana kita mengharap yang dapat mempengaruhi atau mempunyai pengaruh media yang mampu menarik perhatian orang ramai untuk datang dengan lebih ramai ke Perak.

Daripada segi pemerkasaan, perkhidmatan dan pematuhan SOP dengan tujuan untuk pembinaan imej dan juga pemerkasaan praktis, melalui pematuhan amalan baik pengendalian premis produk pelancongan di Negeri Perak ianya telah ditambah baik daripada segi kriteria penilaian untuk kita pertingkatkan lagi keyakinan pelancong supaya datang berkunjung ke Negeri Perak. Negeri Perak sebenarnya telah memenangi Anugerah Best Destination di Malaysia semasa Festival Road Award pada minggu lepas. Dari segi program insentif diteruskan dengan subsidi-subsidi yang diberikan kepada pelbagai sektor industri pelancongan melalui baucer #TravelPerakLah.

Program baucer ini telah diperkenalkan dan telah dilanjutkan penggunaan dan pengurusannya sehingga Jun 2022 dengan memberikan pelbagai tawaran promosi kepada pelancong. Dari segi penganjuran acara pula mengikut SOP yang sedia ada. Untuk memeriahkan lagi aktiviti di Negeri Perak kita melalui Tourism Perak, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak telah merancang beberapa program acara sehingga hujung tahun ini seperti Pangkor Sea Challenges dan sambutan ambang tahun baru. Tourism Perak juga telah menerima lebih kurang 100 penganjuran acara dari pelbagai pihak untuk dilaksanakan pada tahun 2022 untuk kita senaraikan di dalam kalendar acara tahun 2022. Insya Allah antara acara yang akan diketengahkan dan bagi memeriahkan untuk menarik kedatangan pelancong adalah seperti pesta Songkran pada bulan April, Pesta Laut Lumut pada bulan Oktober dan Lumut International Boat Show pada bulan Disember.

Secara spesifik pihak Kementerian dan Pelancongan dan Kebudayaan Kementerian Pelancongan dan kebudayaan tidak menyediakan sebarang bentuk pinjaman. Namun begitu bantuan yang diberikan adalah daripada segi pemberian insentif dan program eco-pelancongan termasuk inisiatif-inisiatif yang sedia ada. Insentif potongan cukai penajaan aktiviti Kesenian Kebudayaan dan Warisan di bawah sub-seksyen 346(K) Akta Cukai Pendapatan 1967 diteruskan permohonan tabung MOTAC iaitu tabung khas pelancongan, tabung infrastruktur pelancongan diteruskan. Tourism Malaysia pula menawarkan geran sepadan sambilan dan juga geran sokongan pelancongan seni dan budaya dan pada tahun ini, 5 homestay telah menerima bantuan secara menerus daripada pihak kementerian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Terima kasih YB Tualang Sekah. Soalan tambahan saya adalah kerajaan Perak ada datakah berapa hotel dan business sudah tutup business disebabkan covid dan berapakah pekerja-pekerja di sektor pelancongan sudah hilang kerja kerana masalah ini juga? Adakah kerajaan datakah boleh beritahu kepada Dewan ini? Terima kasih.

Terima kasih di atas soalan tambahan. Pada waktu dan ketika ini saya tidak mempunyai data tersebut dihadapan saya. Jadi saya akan maklumkan kemudian, tetapi untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya secara asasnya kami belum menerima apa-apa data secara rasmi daripada pihak kementerian berkenaan dengan penutupan ataupun pengoperasian semula khususnya daripada mereka yang telah berdaftar dengan kementerian. Tapi saya akan semak dan maklumkan pada Yang Berhormat kemudian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan Tambahan Pengkalan Hulu. Pengkalan Hulu. Ok Pengkalan Hulu

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Bercham ke?

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham. Tadi daripada sebelah sini pertama. Kedua kita prefer kepada Pengkalan Hulu. Minta maaf.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kepada YB Exco yang telah menjawab soalan tadi yang saya difahamkan ada bantuan one-off yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada semua kita panggil pengusaha-pengusaha pelancongan cuma bagi saya soalan yang saya nak tanya, ada ke bantuan lain yang Kerajaan Negeri perlu melihat untuk disalurkan kepada usahawan pelancongan kerana usahawan pelancongan ini dia pun terjejas pendapatan. Sama seperti macam sektor dalam perhotelan, lain-lain apa ni bidang di dalam pelancongan semasa pendemik ini kerana usahawan pelancongan ini saya terdengar tadi tidak termasuk ataupun tidak tergolong di dalam apa ni bantuan Kerajaan Negeri. Jadi ada tak bantuan lain untuk usahawan pelancongan ini, terima kasih.

Ok, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Hulu di atas soalan tambahan tersebut. Sebenarnya untuk pengusaha-pengusaha yang terlibat di dalam pelancongan yang berdaftar dengan PBT kita memang memberi bantuan one-off dan juga bantuan-bantuan pengecualian sewa dan sebagainya tetapi untuk pengusaha-pengusaha yang lain sebenarnya kita melihat kepada skop yang lebih besar di mana pinjaman ataupun geran-geran boleh didapati melalui Kerajaan Persekutuan. Jadi di antara program-program yang telah diambil peluang ataupun diberi tawaran adalah termasuk daripada segi Program Pemerkasa 2021. Kita ada geran bantuan khas. Saya difahamkan hampir 3 ribu pengusaha pelancong telah pun mendapat manfaat daripada geran tersebut. Mereka juga menawarkan skim pinjaman perniagaan melalui agensi-agensi yang ada seperti Tekun, MARA, Amanah Ikhtiar mengikut jumlah dan keperluan masing-masing dan kita juga melalui PEMULIH kita telah dimaklumkan oleh pihak kementerian bahawasanya geran khas prihatin sebanyak RM1000 memang dikhususkan kepada pengusaha-pengusaha pengkhidmat seperti SPA dan urutan. Jadi itu adalah antaralah apa ni bantuan-bantuan yang telah kita ketengahkan kepada pengusaha-pengusaha untuk diambil peluang bagi orang kata mengambillah peluang pinjaman ataupun pulang-pulang geran yang ada dan kalau tak silap saya satu lagi yang kita ada adalah daripada segi PENJANA yang ini untuk upgrading untuk premis pelancongan. Jumlahnya sebanyak saya rasa bawah RM300 ribu untuk dipohon oleh pengusaha-pengusaha pelancongan itu, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada Jalong untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 6.

Assalam WBT. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat daripada Jalong. Dasar gunaan gas asli di dalam Project Pipeline Gas untuk semua industri dijajaran tersebut menggunakan gas asli berbanding biomass atau bahan bakar yang tercemar bagi industri baru dikehendaki mengguna gas menggunakan gas serta-merta, manakala bagi industri sedia ada diberi tempoh 3 tahun untuk peralihan penggunaan bahan bakar tidak mesra alam kepada gas asli. Salah satu kaedah usaha memulihara alam sekitar terutamanya dalam pelepasan karbon daripada kenderaan, Jabatan Alam Sekitar telah mengutarakan beberapa langkah penguatkuasaan terdiri daripada penguatkuasaan syarikat-syarikat pengangkutan dan penguatkuasaan di jalan-jalan raya, sama ada di jalan persekutuan dan di lebuh raya bersama agensi-agensi lain seperti PDRM, seperti Polis Diraja Malaysia Bahagian Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga PLUS Malaysia.

Penguatkuasaan yang dijalankan adalah seperti berikut, penguatkuasaan pengendali berkumpulan iaitu syarikat firma pertubuhan atau seorang yang mempunyai jumlah unit-unit kenderaan atau lebih kenderaan atau enjin yang mempunyai berat dengan muatan BDM melebihi 3.5 tan. Penguatkuasaan yang dijalankan ialah menguji ketumpatan asap hitam kenderaan secara rambang dan pemeriksaan buku log kenderaan-kenderaan syarikat yang melakukan pemeriksaan asap hitam di PUSPAKOM. Penguatkuasaan Ops catat kamera video merekod dan mencatat kenderaan-kenderaan yang dikenalpsti mengeluarkan asap hitam sepanjang jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya untuk diarahkan melakukan enjin ketumpatan asap kenderaan di PUSPAKOM. Ops Stastik Bersepadu dijalankan bersepadu bersama agensi-agensi lain daripada 3 agensi OPS yang dijalankan iaitu OPS Statik kenderaan berenjin diesel, kenderaan petrol dan juga Ops Statik petrol.

Tindakan-tindakan yang telah diambil daripada Januari 2021 hingga November 2021 iaitu kompaun sebanyak 61, notis arahan sebanyak 87 dan juga perintah larangan. Dalam dokumen Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 telah menyatakan, Dasar Perancangan 18 (RSA 18) iaitu menjadikan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki di kawasan bandar sebagai mood gerakan alternatif dan mobiliti rendah karbon. Dasar perancangan 20 RSA 20 yang meningkatkan keberkesanan sistem infrastruktur dan juga amalan teknologi hijau. Bagi menyokong pembangunan negeri Perak, antara dasar yang menyokong kepada usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon contohnya draf RPMBI 2035 yang sedang dipublisitikan telah mencadangkan strategi penanaman pokok efektif serap karbon bagi meningkatkan kualiti visual dan menyokong pembangunan bandar ke arah bandar tanpa karbon. Isu pemanasan global merupakan perkara yang diambil perhatian oleh dunia terutamanya isu pelepasan karbon. Malaysia telah salah sebuah negara yang mengambil inisiatif ke arah pemuliharaan alam sekitar melalui beberapa projek dan program seperti Sustainable Development Goals, Green City dan juga Smart City selaras dengan dengan izin selaras dengan komitmen negara dalam Persidangan Iklim Paris 2015 bagi mengurangkan pelepasan karbon sehingga 45% menjelang tahun 2030.

Pihak berkuasa tempatan komited melaksanakan pelbagai program jangka pendek dan jangka panjang. Cara mencapai matlamat ini selain itu PBT juga sedang berusaha untuk memperkukuhkan kerangka pelaksanaan insentif, inisiatif rendah karbon dengan lebih sistematik sejajar dengan pelaksanaan rangka kerja bandar rendah karbon, LCCF serta keutamaan dalam rancangan Malaysia ke-12. Pelbagai inisiatif telah dirangka bagi menjayakan program ini antaranya ialah mengguna pakai garis panduan perancangan kejiranan hijau dalam perancangan pembangunan, penyediaan laluan basikal dalam bandar, kebun kejiranan dalam komuniti, penyediaan 10% kawasan lapang bagi pembangunan baru, laksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat contohnya Hari Tanpa Kenderaan, Program Hari Tanpa Beg Plastik, Program Kitar Semula dan E-Waste dan sebagainya, program penanaman pokok, pemasangan panel solar, kegunaan tenaga NTT, mengalakkan penggunaan perkakasan yang lebih efisien khasnya di premis milik majlis sejajar dengan renewable energy dan efficient energy (EE) mensyaratkan penggunaan penuaian air hujan di dalam semua urusan cadangan pembangunan sebagaimana yang telah disyaratkan oleh undang-undang kecil bangunan seragam.

Pengkomposan sisa ini mengurangkan penambahan tapak pelupusan serta menukar kepada baja organik untuk tanaman. Aktiviti juga dari masa ke semasa menilai keberkesanan program-program yang dilaksanakan ini. Kaitan dengan perancangan kerajaan dalam penggunaan kenderaan letrik. Gantian pengangkutan awam sedia ada iaitu teksi menumpang kepada kenderaan elektrik di Pulau Pangkor merupakan tunjang utama perancangan jangka pendek oleh pihak kerajaan negeri bagi memastikan hasrat dalam penggunaan kenderaan bebas karbon dapat laksanakan di negeri Perak dan langkah ini selari dengan hala tuju pembangunan di Pulau Pangkor bagi memastikan matlamat Pulau Pangkor sebagai Pulau Pintar atau Smart Island dapat dicapai menjelang tahun 2030.

Pihak Majlis Perbandaran Taiping juga sedang dalam peringkat akhir untuk melaksanakan penggunaan bas elektrik di lingkaran Jejak Warisan Taiping. Bas ini akan diusahakan oleh Majlis sendiri dengan tujuan untuk menjadi pemangkin kepada pelancongan warisan tempatan, iaitu sebuah medium size easy bus yang menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dan telah disumbangkan oleh kerajaan pun melalui Japan National Cooperation. Insiatif ini melibatkan kerjasama beberapa syarikat tempatan dan juga daripada Jepun. Prosedur laluan jejak warisan telah siap termasuk pembinaan perhentian bas dan juga pusat mengecas bas yang majlis menjangka akan melaksanakan operasi bas elektrik di laluan jejak warisan pada awal tahun 2022. Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Teluk Intan, dalam perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan pihak swasta dan menyediakan perkhidmatan lintasan kereta elektrik dalam usaha menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di masa hadapan dan beberapa lokasi telah dikenalpasti untuk pemasangan alat pintasan kenderaan tersebut. Walau bagaimana pun, pelaksanaan penggunaan kenderaan elektrik merupakan perancangan jangka panjang yang perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti kemudahan infrastruktur, terkesediaan pihak pengeluar dan juga kesediaan pengguna. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jalong.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya. Ok dalam dalam bajet tuan kita boleh lihat di mana kerajaan memberikan pengecualian duti pada kenderaan-kenderaan kereta elektrik jadi itu dalam konteks Kerajaan Persekutuan. Jadi saya nak tanya dalam konteks usaha Kerajaan Negeri untuk menambahkan untuk bersekali dengan usaha Kerajaan Persekutuan menambahkan charging-charging stations untuk kereta-kereta elektrik ini sebab setakat ni bukan saja di maaf maaf bukan setakat ni cuma di Lembah Klang dan beberapa kawasan yang maju saja kita boleh nampak ada sedikit pembangunan tetapi kalau kita katakan di Perak memang boleh katakan hampir tak ada. Jadi, apakah usaha kerajaan dalam menambahkan charging stations ni di seluruh Perak khasnya di Ipoh bagi melibatkan rakyat bersekali terutamanya apa yang tadi saya nampak daripada jawapan Exco banyak kita tengok kepada melibatkan kerajaan dan juga komersial tetapi mahu tak mahu kita terpaksa mengiktiraf antara pencemar utama di negara dan negeri bukan sahaja komersial tetapi pengguna-pengguna jalanraya. Jadi bukan saja kalau kita lihat pengguna jalan raya bukan sahaja kereta hibrid itu kereta hibrid boleh katakan orang kaya saja mampu atau kereta elektrik lagilah kaya. Kita nak libatkan seluruh rakyat Perak. Jadi apakah usaha saya ucapkan syabas atas usaha e-Bus itu sebenarnya saya nak tanya tetapi selain itu sekarang kita tengok banyak e-Bus apakah status e-Bus di negeri Perak ni, mereka berada di atas jalan raya, ada yang kata sebenarnya mengikut undang-undang, ada yang kata tak mengikut undang-undang dan sebagainya. Apakah usaha negeri untuk menggalakkan rakyat menggunakan lebih banyak kenderaan-kenderaan ini. Terima kasih.

Baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jalong. Sebenarnya memang Kerajaan Negeri telah pun berusaha dalam masa setahun dokumen untuk menyiapkan satu dokumen Perak Sustainable Green Print jadi dalam itu salah satu faktor yang menjadi tumpuan kita dalam sektor pengangkutan darat insya-allah bermula tahun hadapan kita akan memperkenalkan dokumen itu dan salah satunya ialah sektor pengangkutan dan kita ke arah untuk menyediakan tempat mengecas itu sendiri tapi dia mengambil masa itu dalam jangka masa yang panjang insya-allah kita ucapkan kasih kepada YB Jalong yang prihatin terhadap isu ini sebenarnya kita telah pun bermesyuarat dengan pihak kerajaan negeri mesyuarat dengan pihak berbincang dengan pihak KASA dan pihak KASA telah pun menurunkan geran kepada setiap hampir kesemua PBT lebih kurang RM250 ribu atau RM200 ribu untuk memulakan usaha ke arah bandar rendah karbon ini dan antara usaha itu ialah menyediakan lorong berbasikal, penukaran lampu LED yang telah berjaya diadakan dan juga membekal dan memasang sistem solar di pasar besar dan juga lain-lainlah, jadi antara tumpuan kita ialah untuk mewujudkan mungkin pada masa akan datang pula untuk memberi tumpuan kepada mewujudkan tempat mengecas itu sendiri. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Boleh saya cerahkan sikit soalan sebab saya rasa ada…

Yang di-Pertua

pendek-pendek.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Pendek. Ok. Yang Berhormat Selama, saya maksudkan kepada kenderaan-kenderaan e- termasuk tadi lagi e-bike bukan basikal biasa, basikal e-bike motorcycle e-bike tu bukan basikal biasa, mereka berkemampuan untuk berjalan seperti motosikal biasa cumanya mereka perlu charge di rumah itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih kepada cadangan YB Jalong, kita ambil perhatian insya-allah kita usahakan ke arah itu.

Yang di-Pertua

Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih YB Speaker dan pihak Kerajaan. Soalan tambahan saya adalah kalau kita memetik minggu lalu semasa MB membentangkan Bajet 2022. Dalam point yang ke-129 di mana Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diperuntukkan RM43.4 juta dan RM41.4 juta pula untuk digunakan sebagai belanja mengurus dan bakinya RM1 juta untuk Program Pembangunan Hutan dan adakah pembangunan hutan ini yang di mana cuma 4% saja memadai untuk pembangunan hutan tapi mengalami perubahan iklim cuaca yang mendadak dan tidak dapat membuka apakah perubahan iklim ini sebab banyak ADUN-ADUN telah terasa banjir kilat yang sering berlaku yang dulunya tak pernah banjir kilat sekarang termasuk juga kita.

Yang di-Pertua

YB. Soalan make itu short YB.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok,ok, termasuk juga kepada kediaman rasmi bekas Kediaman MB lama di sana pun ada terlibat dengan banjir kilat. Jadi, apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang perubahan iklim. Terima kasih.

Baik, terima kasih. Sebab tu kita merasai tentang perubahan iklim ini dan pokok-pokok juga menyerap berperanan untuk menyerap karbon yang dilepaskan dan pokok-pokok juga berperanan untuk menghasilkan oksigen. Jadi penting kepada hutan itu sendiri. Terima kasih dan Insyaa Allah kita dah bagi tahu sebab kita check yang terkini hutan kita dalam 48, 49% dan ke arah 50% untuk hutan simpan itu sendiri dan juga untuk makluman kepada YB, Kerajaan Negeri telah pun mencapai KPI pada tahun ini iaitu untuk tanam pokok sebanyak 2 juta tercapai pada tahun ini dan dalam masa 5 tahun kerajaan pusat telah target 100 juta untuk penanaman pokok dalam masa lima tahun dan Insyaa Allah akan diteruskan dan saya suka untuk menggalakkan dan juga mencadangkan kepada semua-semua ADUN juga untuk bekerjasama dengan pihak PBT, NGO untuk terus menanam pokok itu sendiri. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih pada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022Bill

Setiausaha

Perkara Yang Keempat. Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022.

Yang di-Pertua

Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun ini dibaca bagi kali yang kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 29/2021 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM302 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2022. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu, adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Penyokong Kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 40 minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 20 minit seorang. Lebih kurang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan baik. Dijemput Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. (BACA DOA)

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau saya boleh mencelah sekejap untuk penjelasan, saya rasa agak selamat kalau boleh kerana bunyi ucapan tu agak muffle dengan izin, dengan memakai mask tapi kalau Yang Berhormat ni boleh diizinkan kalau Yang Berhormat selesalah untuk membuka mask masa berucap. Terima kasih.

Terima kasih Dato’Speaker. Saya pun nak mohon izin untuk membuka mask kerana ucapan saya ini agak panjang. Saya akan kurang selesa bila kurang oksigen. Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan di pihak kerajaan dan juga di pihak sebelah sana, pegawai-pegawai kanan kerajaan, para petugas, hadirin yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah SWT atas limpah dan kurniaNya jua kita dapat berhimpun di Dewan yang mulia ini bagi melunaskan tanggungjawab bersama demi rakyat dan Negeri Perak yang tercinta ini. Ucapan berbanyak terima kasih saya lafazkan kepada Dato’ Yang Dipertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berucap menyokong pembentangan Belanjawan Negeri Perak pada tahun 2022.

Kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan sekalian dan juga audient yang mengikuti ucapan saya ini secara bersemuka ataupun secara maya, saya ingin nak sisipkan serangkap pantun pembukaan.

Kalau tuan pergi kedai, belikan saya asam jawa, Diharap semua dapat fokus dengan baik ucapan diikuti sepenuh jiwa.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia termasuk di negara kita ini telah membawa musibah yang amat besar. Tiada sektor ekonomi dan tiada kelompok masyarakat yang terkecuali daripada terkesan teruk akibat Covid-19 ini. Ekonomi merudum dan kesihatan terjejas. Hampir seluruh sistem kehidupan rakyat lumpuh. Tak perlu saya ulang sebut corak dan ciri mahupun statistik yang mencerminkan tahap sengsara dan luka laranya rakyat kerana penceritaan itu telahpun meniti dari bibir ke bibir rakyat semenjak hampir dua tahun hinggalah ke hari ini.

Dalam suasana yang sedemikian suram dan getir itu, Belanjawan Negeri Perak tahun 2022 ini dirangka dan disediakan untuk dibentang dalam Dewan yang mulia ini. Pastinya tugas penyediaan ini bukan sesuatu yang mudah. Pastinya tugas penjagaan ini, sekaligus boleh menggamit pelbagai reaksi sama ada dalam nada simpati mahupun umpat keji. Menyedari keberangkalian itu, saya berdiri di sini untuk menyokong belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 10 Disember 2021 yang lalu. Diharapkan kita masing-masing berlapang dada menyetujui belanjawan ini sekalipun berkemungkinan tidak memenuhi cita rasa ataupun agenda politik masing-masing.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seperti yang disebutkan dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, angka-angka dalam belanjawan ini merangkumi unjuran jumlah hasil dan lain-lain pendapatan yang bakal diperolehi oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2022 berserta dengan butiran angka-angka yang akan dibelanjakan sebagai Belanja Mengurus dan juga Belanja Pembangunan. Bagi tujuan analisis, saya sebutkan angka-angka induk yang dimaksudkan rekod seperti berikut. Anggaran hasil dan terimaan Pembangunan bagi tahun 2022 adalah RM1.055 bilion berbanding dengan RM1.061 bilion pada tahun 2021 iaitu berkurangan sebanyak RM5.7 juta. Manakala dari segi perbelanjaan pula berjumlah RM1.1 bilion berbanding dengan RM1.2 bilion pada tahun 2021 iaitu berkurangan sebanyak RM110 juta. Secara perbandingan unjuran defisit RM49.6 juta bagi tahun 2022 berbanding unjuran RM153.9 bagi tahun 2021 iaitu berkurang sebanyak RM104 juta. Berpandukan rangkaian angka-angka tersebut analisis perspektif yang boleh dibuat adalah seperti berikut.

Yang pertama sekalipun unjuran sumber dana pada tahun 2022 adalah menyusut sebanyak RM5.7 juta berbanding tahun 2021, namun unjuran defisit sebanyak RM49.6 juta adalah lebih rendah berbanding dengan RM153.9 juta pada tahun 2021. Ini merupakan satu perkara di luar kelaziman kerana pada kebiasaannya apabila sumber dana merosot angka defisit akan meningkat. Walau bagaimanapun, pengurangan angka defisit ini dapat dilakukan melalui perbelanjaan berhemat dan secara selektif tanpa memberi kesan negatif kepada komponen-komponen utama. Pendekatan selektif dan efektif yang telah diambil oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam perkara ini sewajarnya diucapkan syabas dan tahniah. Di samping itu sejumlah RM47.0 juta dana pembangunan tambahan melalui Kumpulan Wang Amanah disediakan bagi merancakkan semula ekonomi Negeri. Ini menokok jumlah dana Pembangunan Negeri kepada RM349.0 juta.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua bagi memudahkan hujah dan juga pemahaman, saya akan meneruskan ucapan ini dengan mengkategorikan melalui saya namakan sebagai tiga bingkai utama, yang saya sebut sebagai bingkai 3S kerana semua perkataan itu bermula dengan S. Iaitu bingkai pertama, sihat tubuh badan rakyat. Bingkai yang kedua, sihat ekonomi rakyat dan negeri, dan bingkai yang ketiga sihat politik. Saya akan ulaskan setiap bingkai-bingkai ini satu persatu selepas ini. Saya mulakan dengan S pertama iaitu sihat tubuh badan rakyat. Hujah saya mudah iaitu hanya rakyat yang sihat yang mampu menjana ekonomi dan kemakmuran. Pengalaman pahit yang dialami apabila dilanda wabak Covid-19 sepatutnya telah mengajar kita bahawa kesihatan itu adalah suatu perisai dan juga aset yang amat berharga. Oleh itu penjagaan kesihatan dan amalan hidup sihat perlulah dibudayakan dalam kehidupan rakyat. Bagi menyuntik budaya ini dua aspek utama perlu diberi perhatian iaitu pencegahan dan rawatan. Sesungguhnya kita menyedari bahawa hal ehwal kesihatan adalah dibawah jabatan dan Kementerian Kesihatan yang dibiayai dan diurus kelolakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun terdapat beberapa aspek penting yang patut diberi perhatian dan ditampung biaya dan dikelola juga oleh Kerajaan Negeri. Ini termasuklah yang pertama bekalan makanan berkhasiat bagi golongan daif dan golongan yang memerlukan kemudahan -kemudahan riadah dan bersukan yang secukupnya dan sesuai untuk segenap lapisan masyarakat. Yang ketiga, input-input ke arah membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan yang keempat bekalan makanan tambahan dan bernutrisi untuk kanak-kanak sekolah yang memerlukan. Apabila wabak Covid-19 datang menyerang, kita digemparkan dengan berita-berita sedih dan menakutkan yang secara terangkum memaparkan bahawa golongan yang lebih mudah tewas kepada serangan Covid-19 ini ialah mereka yang kurang daya tahan diri dan juga mereka yang mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, sakit buah pinggang, asma dan sebagainya. Seandainya tahap daya tahan diri dapat dibentuk dan keberadaan penyakit-penyakit kronik ini dapat dibendung dipercayai serangan Covid-19 tidak mencapai angka equality yang tinggi.

Dalam teks ucapan Belanjawan Perak tahun 2022. Terdapat beberapa segmen dan peruntukan yang membawa maksud kebajikan dan khidmat masyarakat yang membawa, yang dikategorikan dalam pelbagai sektor. Sehubungan dengan perkara ini, sukalah saya mengesyorkan agar kita sama-sama meneliti butiran tersebut Dengan tujuan menspesifikasikan sebahagian daripada peruntukan-peruntukan itu bagi tujuan kesihatan secara khusus. Termasuk menampung keperluan makanan tambahan yang berkhasiat untuk murid-murid daif dan tidak berkemampuan. Sayugia diingatkan, prevention is better than cure. Dengan izin. Atau pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Janganlah kita menukar amalan daripada menjadikan makanan sebagai ubat kepada menjadikan ubat sebagai menu makanan harian. Jika ini berlaku klinik dan hospital jadi tempat bertandang tidak kira waktu.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bingkai S yang kedua ialah sifat atau sihat ekonomi rakyat dan negeri. Sesungguhnya kita ingin melihat proses merealisasikan belanjawan ini berjalan dalam suasana ekonomi yang sihat segar-bugar serta menjanjikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar mencerminkan nilai sebenar atau dengan izin value for money. Apabila kita melihat jumlah hasil dan pendapatan Negeri menyusut atau tidak bertambah. Naluri nakal kita akan pantas mengajak, menuding jari kepada pihak Kerajaan Negeri atas kegagalan menokok hasil dan pendapatan walhal kita sedia menyedari bahawa usaha menokok hasil dan pendapatan Kerajaan Negeri bukanlah suatu kerja yang mudah. Golongan yang gemar menuding jari terhadap Kerajaan Barisan Nasional pada musim-musim sebelum PRU-14 telah merasa betapa sukarnya melonjakkan hasil negeri apabila mereka menjadi Kerajaan. Apa pun saya tidak berhasrat nak menggamit polemik mengenai perkara ini. Cukup sekadar menyedarkan kita sama ada yang di sebelah sini atau yang di sebelah sana bahawa tugas menambah hasil dan pendapatan Negeri tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi pada musim ekonomi yang merudum akibat covid. Walaubagaimanapun ini bukan bermakna kita harus pasrah. Tanpa menyusun langkah ke arah penambahbaikan bagi menambah hasil dan pendapatan Negeri. Menyedari bahawa kira-kira 65% sumber hasil negeri bersifat time base dan juga menyedari terdapat pelbagai kekangan serta keterbatasan bagi meningkatkan jumlah kutipan hasil dalam kategori ini.

Opsyen yang harus menjadi pilihan ialah ke arah bidang-bidang sektor non-conventional. Ini termasuk meningkatkan pelaburan dalam sektor-sektor terpilih. Penglibatan dan industri pembangunan Hartanah yang berpotensi memberikan pulangan tinggi serta nilai tambah ekonomi digital dan sebagainya atas sebab-sebab kekangan masa, saya tinggalkan hujahan di sini untuk saya selusuri semula pada kesempatan yang mengizinkan selepas ini. Dalam bingkai sihat ekonomi, saya ingin menyentuh soal yang pernah diviralkan tentang kedudukan Negeri Perak sebagai salah satu negeri yang tinggi kadar kemiskinan dan juga miskin tegar. Terpaut dengan satu pernyataan yang satu iklan yang berbunyi negeri kaya tapi rakyat miskin. Betulkah ini? Dipandang dari satu sudut penyataan sedemikian itu amat menghiris hati anak watan Negeri Perak. Saya tidak mahu mengheret isu ini sehingga ke tahap yang boleh menimbulkan kegelisahan rakyat jelata namun saya rasa timbul kebertanggungjawaban kita bersama untuk menyelusuri isu ini secara timbal balik. Dalam erti kata menangkis jika tidak benar ataupun merawat isu ini dengan memperincikan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil bagi menangani fenomena miskin dan miskin tegar seperti yang diwar-warkan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya masih lagi membincangkan perkara-perkara dalam bingkai S dua iaitu sihat ekonomi. Akibat Covid-19 Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan ratusan bilion ringgit bagi membiayai pelbagai inisiatif dan program termasuk program prihatin, pakej pemulihan, pakej rangsangan ekonomi dan sebagainya. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri juga telah turut menyumbang dana bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat juga pemulihan warga usahawan yang terkesan teruk. Dalam konteks ini saya ingin menyentuh dua perkara penting iaitu yang pertama, tahap keberkesanan pelbagai bantuan itu dan yang kedua apa lagi yang harus kita lakukan untuk benar-benar melepaskan derita rakyat yang terkesan. Bercakap mengenai keberkesanan bantuan, saya ingin menyentuh soal ketirisan dan pemanfaatan dana yang sampai ke tangan rakyat. Sebagai petunjuk terhadap perkara yang saya bangkitkan ini, tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa walaupun agak menghairankan, bahawa jualan telefon bimbit yang berjenama dan kedai-kedai emas nampak meriah di musim luruhnya pelbagai dana dan bantuan daripada kerajaan, dan sebaik PKP dilonggarkan, pusat-pusat peranginan, pusat atau tempat-tempat perkelahan dan bersantai penuh sesak dan sarat dengan pengunjung.

Dalam masa yang sama, satu fenomena yang amat menggusarkan ialah kenaikan harga barang-barang yang melonjak ke paras luarbiasa. Pada lazimnya apabila ekonomi merudum, harga barang juga turut merudum kerana daya beli pengguna terjejas. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah suatu keganjilan luar kelaziman hukum ekonomi. Justeru amat dibimbangkan kalau-kalau fenomena luar biasa ini berpunca daripada apa yang disebut sebagai katil pasaran. Yang pastinya menjejaskan daya beli dan kualiti hidup rakyat. Rakyat yang terhimpit semakin menderita.

Turut menjadi kegusaran ialah fenomena harga naik ini akan menjejaskan mutu produk dan perkhidmatan yang dibiayai kerajaan dalam belanja pembangunan dan perkhidmatan sekaligus menyusutkan nilai sebenarnya. Dalam kedua-dua senario ini rakyat yang menjadi mangsa. Justeru setiap usaha perlu digembleng oleh pihak-pihak berwajib bagi menangani anasir yang tidak sihat ini.

Sehubungan dengan perkara ini, saya ingin mencadangkan supaya digalakkan penubuhan persatuan-persatuan pengguna dan juga memperkasakan persatuan-persatuan pengguna yang sedia ada supaya giat memperjuangkan hak-hak pengguna iaitu satu bentuk inisiatif.

Boleh mohon mencelah? Boleh, sedikit. Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan persatuan-persatuan pengguna. Semasa saya, saya percaya persatuan pengguna khasnya di negeri Perak ini agak lambat. Kerana semasa saya jadi Exco pengguna, saya telah memanggil mereka, saya telah kenal pasti ke semua persatuan-persatuan pengguna di negeri Perak dan minta mereka menghadiri mesyuarat dengan saya untuk mencari jalan macam mana kita nak kurangkan harga-harga pasaran. Semasa saya ada di sebelah sana, soalan-soalan ditembak terhadap saya bahawa saya tidak dapat kawal harga barangan pasaran. Jadi salah satu tindakan adalah saya menjemput mereka untuk bersama dengan pegawai-pegawai KPDN negeri dan bincang macam mana kita boleh selesaikan masalah.

Tetapi nasib malangnya, datangnya hanya dua persatuan iaitu Persatuan Pengguna-Pengguna Muslim dan persatuan pengguna saya percaya dari Taiping. Nampaknya kalau aktif pun hanya ini dua saja. Tetapi dalam senarai ada banyak, ada lebih kurang satu dozen.Tetapi mereka datang untuk peruntukan, tetapi untuk kerjasama dengan kita untuk mempastikan bahawa matlamat mereka sendiri tercapai. Responnya agak berkurangan. Jadi saya nak tanya, macam mana kita nak memastikan mereka kembali kepada kita dan bekerjasama dengan kita untuk memastikan matlamat kita bersama-sama ini tercapai. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Secara spontannya saya tidaklah boleh memberikan satu jawapan yang pasti tetapi kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencuba di peringkat permulaan. Misalnya tadi Yang Berhormat menjemput mereka datang, tapi yang datang hanya dua. Mengapa ataupun mengapa tidak kita turun berjumpa dengan mereka di kawasan atau di tempat mereka sendiri, itu satu tindakan dan mungkin kita menganjurkan satu program yang berasaskan kepada persatuan pengguna dan kita jemput mereka dalam bentuk jawatankuasa atau bersama-sama menjayakan program tersebut. Itu adalah sekadar cadangan. Mungkin pengalaman akan memberikan kita keyakinan dan yang lebih lagi untuk kita tahu mengatasi masalah-masalah bersama persatuan-persatuan pengguna ini. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa memperkasakan persatuan pengguna ini akan dapat membantu kita untuk kerajaan juga dan juga memberikan impak ekonomi dan mendidik rakyat bagaimana untuk berbelanja dengan cara yang berhemah. Terima kasih.

Saya sambung, Dato' Yang Dipertua. Di samping itu, badan-badan koperasi yang juga perlu digembleng untuk memainkan peranan dalam rantaian pembekalan dan pemasaran supaya dapat mengekang cengkaman orang tengah dan juga pengawalan harga.

Dato' Yang Dipertua, dianggarkan kira-kira 80 hingga 85% rakyat negeri Perak menjana pendapatan sara diri melalui makan gaji. Ini bermakna jika mereka hilang pekerjaan, maka hilanglah pendapatan. Di samping golongan tersebut, terdapat juga golongan yang bekerja sendiri, peniaga-peniaga bertaraf mikro atau kecil-kecilan dan sederhana yang terjejas teruk akibat Covid-19. Malah ramai yang telah gulung tikar. Mengikut perangkaan daripada jabatan statistik, angka pengangguran di negara ini pada bulan Oktober 2021 berjumlah 7005 orang, atau 4.3%. Walaupun angka Ini berkurangan berbanding bulan-bulan sebelumnya di musim covid, ia masih merupakan suatu yang kritikal dalam konteks usaha pusat pemulihan ekonomi dan taraf hidup Rakyat.

Dalam konteks negeri Perak, apa yang lebih membimbangkan ialah terdapat kira-kira 200 ribu golongan lepasan sekolah dan IPT yang akan tamat pengajian pada hujung tahun 2021 ini. Mereka ini akan mencari peluang pekerjaan. Sekalipun terdapat tanda-tanda awal menunjukkan sektor ekonomi akan pulih secara berperingkat mengikut sektor, kekhuatiran kita ialah sama ada akan wujud peluang-peluang pekerjaan secukupnya bagi menampung jumlah pencari pekerjaan seramai itu.

Jika berlaku sebarang shortfall yang ketara dengan izin, maka akan lahir golongan miskin dan miskin tegar yang akan menokok golongan miskin di negara kita. Pastinya kita perlu mengelak daripada menjadi kilang penganggur dan gudang kemiskinan. Sama-samalah kita fikirkan. Apa yang saya suarakan ini tidak bermaksud bersifat sinis.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Yang Dipertua, mohon mencelah. Slim.

Yang di-Pertua

Ada dua Yang Berhormat, Yang telah slim dan juga

Silakan, silakan.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Terima kasih Batu Kurau, Yang Berhormat Speaker. Bila Yang Berhormat Batu Kurau menyatakan tentang kerisauan anak-anak muda lepasan SPM, STPM ini keluar dan juga Universiti, saya suka ingin juga menyebutkan tentang, kita melihat kepada peluang kedua yang perlu diberikan kepada mereka yang telah pun sebelum ini bekerja tetapi disebabkan kerana pandemik, akhirnya mereka hilang pekerjaan ataupun bekerja tapi hanya mendapat kepada gaji yang basic.

Ini ramai sebenarnya apabila terkesan daripada pandemik tempoh hari dan akhirnya mereka sekarang apabila selepas PKP dilonggarkan dan sekarang ini seolah sedang mencari-cari ruang dan peluang untuk mereka memulakan kerja sedangkan dalam masa sama mereka punya tanggungan dan bebanan kerana mereka sudah pun bekerja sebelum ini, sudah berkeluarga, sudah ada anak, sudah ada kereta yang dibeli, rumah yang disewa ataupun dibeli, komitmen dengan bank. Sedangkan anak muda kita yang SPM ini baru nak mengorak langkah, dan mereka mungkin mengharapkan pada mak ayah. Tapi yang saya juga concern adalah mereka ini, yang mungkin mereka ini bukan tergolong daripada golongan B40 mungkin sebelum ini mereka sebelum ni M40, T20 tapi terjejas dan sebab itu rasa kita perlu juga melihat apakah bentuk-bentuk cadangan dan ruang yang kita boleh berikan kepada mereka sebagai peluang kedua hanya untuk mereka boleh meneruskan kehidupan kalau tidak dia akan berbangkit dengan masalah yang bagaimana disebutkan oleh EXCO YB Norashikin tadi iaitu ada keluarga yang terkesan disebabkan kerana bercerai akhirnya berlaku di kepada masalah sosial.

Yang di-Pertua

Point dan soalan.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Soalan saya itulah apakah langkah-langkah boleh bersetuju dengan penerangan saya tadi tentang mereka yang terjejas disebabkan kerana pandemik tadi yang tu yang golongan B40. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Slim.

Saya jawab dahulu, terima kasih Slim saya menjawab, dalam soalan yang tadi tu ada-ada kenyataan-kenyataan yang berupa cadangan juga, jadi benar seperti soalan yang dilontarkan oleh Slim banyak perubahan yang telah berlaku apabila seseorang itu terkesan sehingga melibatkan hilang pekerjaan ataupun tidak mendapat saraan yang sistematik seperti sebelum ini untuk menyara keluarga. Saya saya tertarik dengan satu cadangan yang dilontarkan oleh pakar-pakar ekonomi tentang bagaimana kita menyesuaikan diri kita maka lahirlah beberapa istilah-istilah ia dipanggil sebagai release feeling dan sebagainya itu dan ini juga kita boleh apa nama ni jemput atau pun kita boleh adakan suatu program bagi tujuan tersebut bagi memberikan mereka satu latihan yang baru latihan yang sesuai dengan bidang pekerjaan baru yang mereka nak. Kalau itu mungkin pandangan sayalah. Terima kasih silakan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih pada YB Batu Kurau, Saya ingin kemukakan pandangan daripada Batu Kurau tentang isu pengangguran dan berkait rapat dengan pendidikan. Umumnya tahu bahawa isu doktor kontrak di bawah bidang kuasa negeri ini isu ini masih lagi belum dapat penyelesaiannya, kita umum tahu bahawa supply graduan mereka selepas graduate lepas tu mereka akan dapat penempatan di tempat-tempat yang berkaitan dengan mereka. Saya teringin nak masukkan dalam teks tambahan bagi Batu Kurau ataupun adakah YB Batu Kurau Kerajaan Negeri sepatutnya ada satu pendekatan membantu Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah sampai dalam kata apa ni graduan medical yang berlambak dalam pasaran dijalankan kontrak terhadap rakyat sehingga sekarang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Terima Kasih kepada soalan,saya setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Simpang Pulai.

Yang di-Pertua

Simpang Pulai

Terima kasih, Kerajaan Negeri ada kalanya mungkin pihak Kerajaan Persekutuan memerlukan data yang lebih tepat bagi sesuatu negeri dari negeri lah yang akan menyediakan data tersebut untuk merangka latihan ataupun untuk merangka bidang-bidang yang sesuai kepada kumpulan sasaran yang ada di negeri tersebut. Jadi saya rasa kerjasama itu sangatlah digalakkan. Terima Kasih.

Saya sambung apa yang saya suarakan ini tidaklah bermaksud sesuatu yang pesimistik tetapi sebagai satu loceng amaran terhadap kebarangkalian sistem ekonomi yang sukar ditangani jika dibiarkan tanpa tindakan yang berkesan salah satu bidang yang wajar kita berikan penekanan ialah pembangunan pesawat, kerana setiap seorang usahawan yang dilahirkan ia bukan bersifat self employed dengan izin bahkan berpotensi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada pembantu atau pekerja beliau jadi sesungguhnya kerajaan negeri melalui Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini ada menyediakan peruntukan bagi membiayai pelbagai program pembangunan dan pemulihan usahawan namun oleh kerana pentingnya peranan warga usahawan sebagai agen pemulihan dan kelestarian ekonomi izinkan saya untuk mencadangkan beberapa perkara seperti berikut, yang pertama, mungkin kita boleh menghidupkan semula konsep payung mengikut kluster atau sektor ataupun segmen sebagai contoh sektor industri asas tani kluster penghasilan produk makanan segmen perkhidmatan dan sebagainya yang kedua, di samping Sekretariat Pembangunan Usahawan atau sistem yang sedia ada ditubuhkan pusat khidmat setempat atau one-stop-centre dengan izin bagi membantu bakal-bakal usahawan dalam urusan penubuhan dan pendaftaran syarikat atau koperasi serta urusan perlesenan permit perolehan Sijil Halal dan sebagainya one stop centre ini juga diberi peranan sebagai klinik usahawan dalam usaha dengan izin, nursing and turning around atau merawat dan memulih projek-projek yang bermasalah tetapi berpotensi.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, dalam Belanjawan 2022, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM55.4 juta kepada industri asas tani, tahniah dan syabas diucapkan kepada kerajaan negeri kerana ini merupakan 19.8% daripada belanja pembangunan iaitu satu petanda menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap peri pentingnya sektor pertanian dalam konteks jaminan keselamatan makanan dan juga sebagai salah satu sektor yang menjana pendapatan untuk rakyat malah berpotensi untuk menjadi sumber kekayaan baru bagi rakyat dan negara kita. Sehubungan dengan perkara ini, saya ingin membangkitkan dua perkara penting yang pertama, tentang perihal golongan yang membanting tulang untuk mengisi perut mengisi perut kita supaya tidak kelaparan dan juga golongan yang majoritinya dalam kumpulan keterbawahan B40, malah golongan ini telah lama ditampar jenama sebagai penghuni lubuk kemiskinan sepanjang ingatan saya, perkara ini sering dibangkitkan dalam dewan yang mulia ini di mana salah dan silapnya eloklah kita sama-sama mencari penyelesaiannya dengan seberapa segera. Kedua, berkaitan dengan kenaikan harga-harga input pertanian yang begitu mencanak termasuk baja, racun, benih, kelengkapan ladang dan sebagainya apakah tidak ada kaedah, cara atau kuasa yang boleh membanteras kegiatan menindas golongan petani ini sebelum disebut lagi kegiatan manipulasi orang tengah terhadap harga hasil- hasil pertanian.

Dalam kita menunjukkan keghairahan untuk memajukan sektor pertanian ini dan membela nasib petani kita seolah-olah terlupa menangani unsur-unsur yang memangsakan para petani itu sendiri sekali lagi elok dicari di mana salahnya dan silapnya supaya segera diperbaiki. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya ingin mengakhiri hujah mengenai sihat ekonomi tadi, dari perspektif makro dengan menyentuh peranan agensi-agensi dan GLC-GLC serta anak syarikat anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Dalam pembentangan Belanjawan 2022, Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan setinggi harapan agar agensi-agensi dan GLC-GLC dapat menyumbang kepada Kerajaan Negeri jika mereka masing-masing mampu memperkasakan diri untuk meraih keuntungan bagi merealisasikan harapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu. Izinkan saya melontarkan sedikit pandangan bersekali dengan cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan. Diadakan seperti berikut, yang pertama, agensi-agensi dan GLC-GLC termasuklah anak-anak syarikat kerajaan negeri hendaklah memberikan tumpuan kepada bidang perniagaan utama confine to resources nasionalisme elakkan persaingan sesama sendiri atau persaingan dengan rakyat yang bergiat dalam bidang yang sama.

Yang kedua, tumbuhkan usaha peningkatan prestasi dan keberuntungan tanpa terpaut kepada bantuan atau sumbangan daripada Kerajaan Negeri ringkasnya jangan jadi beban tetapi berdikari. Yang ketiga, bergerak ke hadapan sebagai dengan izin agent of change dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dalam kapasiti dan peranan sebagai engine of blow dengan izin dan yang keempat sentiasa akur dan mematuhi corporate governance dengan izin dan berintegriti. Dato' Yang Dipertua...

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Dato' Yang Dipertua, boleh sikit...

Yang di-Pertua

YB Pasir Panjang.

Sila.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, setuju atau tidak apabila kita membincangkan tadi GLC. Sama ada anak syarikat atau pun subsidiarinya, apabila GLC ini mengalami kerugian dan kita kawal dari awal supaya tidak kerugian itu berpanjangan menyebabkan kerugian yang besar. Jadi jika kita ketahui bahawa dia tidak membawa keuntungan dan bahkan menjadi beban kepada kerajaan negeri, kita tutup sahaja. Itu soalan, sebab saya baca apa yang diperkatakan tadi bahawa GLC membantu kerajaan negeri bersama-sama untuk mengatasi masalah rakyat. Jadi kalau GLC, itu menjadi beban dia sudah tidak lagi berfungsi bahkan liabiliti kepada Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.

Saya bersetuju pandangan Pasir Panjang itu, kalau GLC itu sudah tidak ada kemampuan barangkali, sudah tidak berdaya maju barangkali elok sahaja ditutup supaya tidak menjadi bebanan kepada kerajaan yang mungkin hendak kena top-up sejumlah dana yang besar kepada mereka setiap kali mereka mengalami kerugian, tetapi satu analisis yang adil yang saksama perlulah dibuat sebelum keputusan untuk menutup GLC tersebut. Terima kasih Pasir Panjang.

Batu Kurau minta laluan. Terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih kepada Batu Kurau yang beri laluan kepada saya. Saya ingin berkongsi dan mendapat penjelasan kalau boleh yang lebih complete serta cadangan penyelesaian kepada jangka panjang mengenai kenaikan harga barangan yang berkaitan dengan industri berasaskan pertanian seperti baja, racun dan sebagainya yang cukup ketara dan sejauh mana kerajaan negeri khususnya GLC ini boleh membantu. Ini cerita bila kenaikan harga keperluan pertanian, kesan dia cukup besar kepada industri yang berasaskan pertanian yang merupakan pengeluaran kepada makanan. Sejak akhir ini kenaikan yang tidak terkawal dan kita di peringkat negeri kita mempunyai GLC yang hebat tetapi apakah peranan GLC dalam membantu supaya ada penglibatan dan campur tangan supaya kekangan dapat diberikan kepada orang tengah dalam mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi pada masa kini. Jadi macam mana pada pandangan Batu Kurau yang GLC ini, sebab saya tahu Batu Kurau memang hebat dan membuat research mengenai apa yang diperkatakan jadi sejauh mana GLC ini boleh membantu. Cuba cadangkan kepada Kerajaan Negeri, kerana kita lihat memang GLC kita banyak yang besar-besar, yang hebat tetapi ulangan sumbangan mereka kepada rakyat di negeri Perak ini sejauh mana dalam menghadapi kekangan khususnya berkaitan dengan harga barangan termasuklah yang berkaitan dengan harga barangan pertanian. Sekian terima kasih.

Terima kasih YB Kenering. Saya kongsikan sedikit, tolong menjawab jawapan YB Kenering. Saya menghadiri satu Mesyuarat Agung NAFAS, NAFAS ini ialah Persatuan Peladang Kebangsaan dan saya ada kesempatan untuk hadir dalam majlis tersebut. Persoalan yang sama dikemukakan oleh ahli-ahli tentang kenaikan barang-barang yang ada hubungannya dengan pertanian seperti baja, racun dan sebagainya. Jadi antara cadangan yang telah di kemukakan dalam permasalahan tersebut ialah kita membeli sendiri daripada sumber utama. Cadangan tadi ialah why not atau pun kenapa tidak GLC-GLC kita yang berasaskan pertanian ini dicadangkan untuk mengambil sumber itu secara direct kalau sumber itu adalah daripada luar negara, maka merekalah yang import daripada luar negara lain atau pun yang selama ini mereka ambil daripada orang tengah yang berada di negara kita. Ini akan dapat menjimatkan harga atau pun mengurangkan harga. Itulah saya rasa, jadi saya teruskan Dato' Yang Dipertua, dianggarkan nilai pusingan perniagaan dalam kalangan agensi-agensi dan GLC-GLC serta anak syarikat ini berjumlah berbilion ringgit setahun. Begitu juga dari segi nilai aset secara terangkum jumlahnya ialah satu bentuk kuasa ekonomi yang amat besar dan mampu mencetus gelombang pertumbuhan dan juga kesan limpahan atau spin off yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan pesat ekonomi negeri. Soalnya, apakah ini sudah, sedang atau pun berlaku seperti yang banyak disoalkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga diingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara-negara maju adalah juga terhasil daripada peranan agent of change dan engine of growth dengan izin yang dimainkan oleh komuniti perniagaannya. Saya hendak mengambil satu masalah yang dikemukakan kepada saya berkaitan dengan GLC-GLC ini.

Yang di-Pertua

YB, masa tinggal sikit lagi, kurang dari setengah minit tapi saya tambah lima minit lagi.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, saya hendak bawa teruslah isu-isu yang dibawa, yang disampaikan oleh rakyat kepada saya, yang pertama ada pihak yang memohon supaya Kerajaan Negeri menilai semula proses-proses permohonan rakyat seperti yang pertama mempercepatkan proses kelulusan doket-doket pasir yang dipohon. Kenapa mengambil masa yang terlalu lama sebab ini adalah juga sumber bahan yang digunakan dalam perusahaan. Yang kedua, mempercepatkan proses permohonan tanah kepada rakyat dari proses tanah-tanah yang telah diluluskan itu dapat diusahakan dengan cepat,dengan ini mereka boleh buat projek dana pejabat tanah ini kena tukar sikit dia punya pendekatan daripada menunggu permohonan masuk, hendak tunggu sebulan, dua bulan atau mungkin lebih lama untuk memutuskan itu. Why not, kita ambil pendekatan permukiman, kita turun ke daerah-daerah tersebut dan kita lihat apakah isu yang sebenarnya dan kalau dapat kita luluskan segera itulah yang lebih baik.

Dato' Yang Dipertua sebelum saya beralih ke S yang ketiga iaitu sihat politik, saya hendak ringkaskan lagi, saya hendak bawa berapa isu daripada kawasan saya iaitu isu yang pertama ialah tentang air masyarakat. Di Batu Kurau ada sekumpulan penduduk yang kampungnya berdekatan dengan sumber air. Air yang jernih, cantik, air terjun. Jadi mereka mengambil air dari situ, mereka ini tidak mengambil air LAP kerana air LAP sangat mahal bagi mereka kerana mereka tinggal jauh daripada main pipe, jadi hendak ambil sambungan daripada main pipe ke rumah mereka, mereka kena bayar dengan harga yang tinggi ada yang RM2,000-RM3,000 malah lebih daripada itu. Jadi masalahnya ialah air masyarakat ini ialah tidak ada selenggaraan yang baik, memerlukan kos yang tinggi dan tiada kepakaran dalam pemasangan. Jadi mereka buat sendiri. Jadi itu isu yang utamanya, jadi kerajaan kena buat satu dasar tentang mungkin isu air masyarakat ini membantu mereka supaya mereka dapat air yang konsisten.

Seterusnya Dato' Yang Dipertua, saya berbalik kepada S yang ketiga, yang disebut sebagai sihat politik walaupun yang ketiga ini tidak ada kaitan langsung dengan angka-angka Belanjawan tapi tanpa sihat politik banyak perkara boleh terjejas termasuk usaha merealisasikan belanjawan, apa lagi belanjawan yang cantik, yang ideal, yang realistik dan juga yang dinamik. Keterkaitan antara kesan kestabilan politik dan kemampanan dan kelestarian ekonomi tidak boleh dinafikan telah terbukti banyak negara mengalami keruntuhan ekonomi akibat konflik politik. Negara kita tidak terkecuali terutama selepas peristiwa peralihan kuasa pada PRU-14 pada tahun 2018. Semenjak PRU-14 hingga sekarang dalam tempoh kira-kira 2 tahun 7 bulan, kita sudah tiga kali bertukar kerajaan dan bertukar Perdana Menteri termasuk juga beberapa pertukaran kerajaan dan Menteri Besar di peringkat negeri. Ironinya segalanya itu berlaku tanpa melalui pilihanraya, peristiwa-peristiwa itu jelas menjadi bukti ketidakstabilan politik di negara ini yang menghantar signal yang salah kepada pelabur dan komuniti perniagaan. Sekali gus menimbulkan kegusaran kepada mereka untuk melabur dan membesarkan perniagaan masing-masing di negara kita.

Paling mendukacitakan ialah mereka berpaling atau pun lari ke negara lain, natijahnya negara kita mengalami kesuraman ekonomi bahkan makin menguncup. Apakah itu harga yang perlu kita bayar daripada kerakusan berpolitik ke tahap excessive sekalipun berselindung di sebalik hukum dan amalan demokrasi yang membenarkannya. Lagi sekali saya lontarkan persoalan yang saya jangka akan menggamit seribu jawapan. Yang pasti rakyat tertunggu-tunggu bilakah akan tiba masa untuk negeri tercinta ini dinobatkan sebagai sebuah negeri berstatus maju seperti yang didendangkan ke telinga rakyat beberapa tahun yang lalu. Ke mana dan di mana arah tuju politik kita masih samar-samar walaupun sudah 64 tahun kita merdeka daripada penjajah. Apakah akan berterusan ke berasingan Melayu dengan agenda Melayu, Cina dengan agenda Cinanya, India dengan agenda Indianya dan etenik-etenik lain juga mungkin masing-masing dengan ragam. Maka kita akan terus berada dalam kepompong masing-masing yang membelenggu kita dari maju ke hadapan sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan berdaulat. Sama-samalah kita renungkan dan apa yang akan berlaku dalam PRU15 kelak mengamit pelbagai teka-teki. Dalam masa yang sama ketidakstabilan politik terus menghantui. Saya tidak mempunyai jawapan yang tuntas kepada persoalan yang dibangkitkan sama-samalah kita cari jawapannya asalkan bukan kehancuran dan penderitaan yang menanti kita di hujung terowong.

Yang berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengakhiri jawapan mengakhiri ucapan saya ini dengan menyusun sepuluh jari dan memohon kemaafan atas salah dan silap dan sebelum itu saya akan, saya mengambil satu dan membuat satu kenyataan bahawa saya menyokong penuh pembentangan bajet yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada Negeri Perak untuk tahun 2020. Akhir sekali saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang yang tidak disenangi sepanjang ucapan ini diiringi dengan doa semoga Belanjawan 2020 ini akan dapat kita jayakan pada masa yang berkenaan. Sekian wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Taala

Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon menutup. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Batu Kurau. Satu ucapan yang cukup mengujakan saya mengikutinya dari mula sehingga habis. Saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain juga begitu juga. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin mengingatkan satu perkara memang dalam pencelahan kita apabila Ahli-ahli Yang Berhormat kita berbahas saya tahu kadang-kadang kita kena buat elaboration dengan izin elaboration untuk kita komen sebelum kita bertanya soalan. Tapi kalau boleh seperti kata orang please dengan izin please make it short, suit and simple, seek to the point supaya tidak mengganggu pembahas yang berbahas dan masing masa-masa yang Yang Berhormat yang berbahas. Ok, tanpa melengahkan masa saya dengan ini menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan selama 40 minit. Silakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya tertarik dengan begitu banyak isu mengenai alam sekitar, ketirisan dan sebagainya yang dibincangkan dalam dua hari kita bersidang ini dan saya melihat bahawa apa yang kita cuba capai dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk tahun hadapan sebahagian besarnya juga menyangkut ataupun berhubung dengan isu-isu ini iaitu Tuan Yang Dipertua izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan memetik pandangan daripada seorang sarjana, Syed Hussin Nas dalam buku klasik beliau Man And Nature yang dengan tegas mengatakan bahawa crisis psychology ang berlaku dalam dunia ketika itu tahun 60-an hingga sekarang ialah limpahan daripada krisis dalaman roh manusia itu sendiri boleh melanjutkan bahawa krisis psychology itu berlaku dalam diri kita bukan setakat alam sekitar tapi juga masalah-masalah yang bernama…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tebing Tinggi kalau Yang Berhormat nak rasa selesa saya izinkan untuk buka mask supaya lebih jelas.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih. Ya, soal ketirisan yang disebutkan oleh rakan saya daripada Batu Kurau tadi jadi ini satu perkara yang penting dan kita sebagai masyarakat Islam tertanya-tanya bagaimana boleh berlaku dalam keadaan ramai yang bertudung dalam keadaan Maahad Tahfiz banyak ditemui di sana sini. Tetapi apa yang disebutkan oleh Profesor Pengajian Islam daripada Universiti Washington yang kebetulan saya kenal ini ialah bahawa apa yang berlaku ialah gagalnya kita untuk membawa Islam itu dalam diri kita. Islam itu hanya di luar. Tuan Yang Dipertua, saya ingin meneruskan pembacaan untuk secara langsung memberikan beberapa penekanan dan pemerhatian kepada belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar dan saya rasa ada beberapa perkara yang saya lihat perlu diberikan perhatian.

Yang pertama ialah perlunya kita memikirkan hasil-hasil ataupun sumber-sumber yang tidak tradisional yang telahpun dibayangkan oleh rakan Batu Kurau tadi dan saya ingin membuat sedikit paparan yang telahpun benar belanjawan yang telah dibentangkan iaitu soal penguncupan anggaran hasil yang akan diterima. Jadi telah pasti dengan pengurangan sebanyak 20% ataupun RM5 juta ringgit dari penerimaan pembangunan yang dikeluarkan memberikan impak yang ketara. Jadi penurunan yang ketara daripada sumber-sumber pelancongan, secara tidak langsung perkhidmatan dan pembayaran perkhidmatan.yang saya katakan tadi memerlukan kita memikir, mencari sumber-sumber lain yang memberikan kita kekuatan supaya kita tidak terlalu bergantung kepada sumber yang sedia ada. Dalam masa yang sama saya agak terkejut untuk melihat suatu perkara yang barangkali walaupun daripada segi sifatnya menunjukkan peningkatan tetapi peningkatan ini berlaku atau pun melibatkan satu sektor yang barangkali bukan sesuatu yang positif.

Kalau kita melihat kepada sumber hasil yang disenaraikan ada sesuatu yang boleh dibangkitkan nampak hasil untuk 1122 pendaftaran cerai yang meningkatkan atau mencatatkan kenaikan sebanyak 35%. Apa yang kita pasti ialah bahawa kenaikan ini berpunca daripada kenaikan kes cerai dan saya fikir ini amat releven dengan tema yang kita bincangkan pada pagi ini soal penambahan ataupun tambahnya kes perceraian, soal keganasan dometik dan sebagainya. Jadi yang pastinya peningkatan kes ini menunjukkan bahawa ada yang tidak kena dengan institusi keluarga kita yang dengan sendirinya pada saya membawa satu soalan besar kepada slogan keluarga Malaysia yang di bawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi kita perlu untuk mencari jalan untuk memikirkan apakah yang perlu diperkukuhkan dalam menangani peningkatan kes cerai. Kita telahpun melihat dalam media betapa dalam musim ataupun pendemik covid ini kes penceraian bertambah di kebanyakan negeri.

Tuan Yang Dipertua, perkara kedua yang saya ingin bangkitkan ialah soal pengurangan anggaran perbelanjaan sebanyak 25.9% dari Maksud Pembangunan dalam buku Belanjawan dalam halaman 9. Yang boleh dianggap besar dan membawa impak yang besar kepada inisiatif yang sedia ada dan akan dilaksanakan itu pasti perlu kepada penelitian dan bagaimana ini berlaku. Seterusnya nampak ada semacam anggaran yang agak signifikan seperti perolehan aset sebanyak 16% sebanyak satu juta ringgit yang saya juga rasa memerlukan sedikit sebanyak pencerahan. Dalam pada itu ada sedikit ataupun ada pertambahan ketara pada item Pelbagai Perkhidmatan Am sebanyak RM124,610,600 seperti halaman 45 dan kenaikan ini sekitar tiga kali ganda dari tahun sebelumnya dan ini juga memerlukan sedikit sebanyak penjelasan dan perkara besar yang saya fikir saya perlu bangkitkan ialah dalam soal peruntukan ataupun peruntukan mengurang peruntukan sebanyak 4.35% bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi umumnya ketika rakyat memerlukan bantuan akibat Covid-19, peruntukan Covid-19 yang berkurangan itu memerlukan penjelasan.

Dan kita tahu peruntukan ataupun belanjawan ataupun dana untuk JKM ini sedia kecil berbanding dengan agensi-agensi yang lain seperti JPS, JKR dan JAIPk dan pada saya angka-angka ini menarik bukan hanya sekadar kerana ianya besar atau kecil tetapi ia menggambarkan sesuatu yang menayangkan apakah falsafah dan tujuan disebalik amaun yang diberikan itu dan akhirnya saya berasa agak bimbang belanjawan defisit yang memberi impak yang negatif kepada mekanisme penyampaian ataupun delivery dengan izin Tuan Yang Dipertua dan kita menjangka pandemik Covid-19 akan sentiasa menjadi jawapan standard kepada masalah yang dihadapi masalah kewangan. Dengan demikian adalah disarankan supaya Kerajaan Negeri melalui UPEN dan Jabatan Kewangan dapat memikirkan sebab sedikit sebanyak elasticity dengan izin ataupun keanjalan dalam pengagihan peruntukan kewangan dan kita di Pusat Khidmat memang sentiasa berhadapan dengan masalah ini.

Dengan itu, kita mengharapkan supaya pihak Kerajaan Negeri dapat memahami masalah yang kita hadapi dalam berhadapan dengan rakyat yang kehilangan kerja, yang bunuh diri, yang tak makan dan sebagainya dan kita sedar bahawa sebenarnya apa yang disediakan oleh pusat khidmat saya melihat hanya sekadar pain killer sahaja sedangkan masalah ataupun penyelesaian yang lebih besar harus disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan ia perlu bersifat jangka panjang dan bukan hanya bersifat ialah kita faham bagaimana ataupun apa yang kita dapat berikan hanya dengan memberikan kotak makanan. Jadi seharusnya dalam usaha menangani kebajikan rakyat kita harus untuk melakukan lebih.

Tuan Yang Dipertua, ingin berpindah kepada isu yang lain. Nampaknya tidak ramai yang sedar dikalangan kita akan menyambut Ulang Tahun yang ke-500 Kesultanan Melayu Perak tujuh tahun dari sekarang. Jadi kalau kita mengambil 1528 sebagai tarikh di mana Kesultanan Melayu Perak diasaskan jadi kita akan menyambut Ulang Tahun Yang Ke-500. Jadi ini suatu perayaan di Negeri Perak dan seharusnya diberikan ruang untuk difikirkan bagaimana ataupun apa yang perlu dilakukan untuk menyambut kedatangan tarikh yang signifikan itu ya. Jadi saya ingin nak mengaitkan apa yang bakal kita hadapi dengan apa yang pemulihan Teluk Intan khususnya kepada Istana Raja Muda Perak. Sebenarnya sebelum perkara itu berlaku pun saya telah pun banyak kali melihat ataupun saya selalu lalu di kawasan itu oleh kerana kampung saya berdekatan. Jadi sebenarnya apa yang kita boleh katakan daripada isu ini ialah bagaimana tidak prihatin ataupun tak kisahnya kita kepada tradisi dan warisan kita ya. Jadi bagaimana Istana itu boleh terlepas dijualnya sebagai satu perkara yang penting Jadi kita tidak memikirkan apakah kesan dan nilai sejarah di sebalik itu. Dalam masa yang sama Tuan Yang Dipertua saya ingin juga menyebut kita baru sahaja meraikan ataupun merayakan Ulang Tahun Yang Ke-100(UPSI) ataupun Universiti Perguruan Sultan Idris yang asalnya di MPSI yang merupakan tapak dan kawasan atau institusi bermulanya perjuangan kebangsaan yang akhirnya membuahkan kemerdekaan.

Jadi di Perak seperti yang kita maklum kita banyak institusi seperti MCKK, Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Sekolah King Edward di Taiping yang sudah melepasi 100 tahun ya dan saya fikir kita perlu ada satu daftar ya sebab ini sebenarnya secara jangka panjang menjadi satu sumber atau pun menjadi satu sebab mengapa pelancong boleh datang ke Negeri Perak dan kehebatan Perak dalam aspek yang sedemikian dan apa yang saya bangkitkan ialah mungkin kita tidak ruang sebagai contoh saya masih ingat lagi sewaktu saya menjadi Exco Pendidikan betapa daifnya keadaan sekolah keramat atau Sekolah Menengah King Edward itu dan pihak Kementerian Pendidikan tidak kurang memberikan dana untuk memperbaiki dan sebagainya. Senaraikan dalam senarai warisan pun nampaknya tidak memberi kesan tetapi bagi saya apa yang lebih penting ialah kita tidak ada kesedaran ataupun kita tidak ada langsung minat untuk memelihara perkara ini dan lebih malang lagi saya rasa kita tidak memberikan bantuan pun kepada Persatuan Sejarah di Negeri Perak yang berterabur di Taiping ada di Ipoh dan ini saya satu perkara yang kita harus diberikan perhatian dan saya yakin dengan adanya pejabat baru Arkib Negara di Malaysia di Perak ini sesuatu boleh dibuat untuk memastikan bahawa artifak-artifak ini dapat kita pelihara dan dapat menjadi satu sumber tarikan untuk pelancongan di masa hadapan.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Selinsing Mencelah.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Selingsing mohon celahan.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Terima kasih Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan kerana saya ini berasal ataupun pernah mengajar di Sekolah Menengah King Edward. Soalan saya adakah Tebing Tinggi bersetuju sekiranya pihak Warisan ataupun Kerajaan Negeri memberi sedikit apa pandangan dan peruntukan ataupun perhatian kepada Sekolah Menengah King Edward yang merupakan sekolah yang mencatat banyak sejarah dan jasa kepada negara Perak. Terima kasih.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Ya, saya setuju dan memang kita cuba nak buat perkara itu tetapi seperti yang kita semua maklum portfolio pendidikan tidak mempunyai dana dan sebenarnya bidang kuasa untuk menjaga bangunan lama seperti berada di bawah tangan Kementerian Pendidikan dan mereka terbeban dengan banyak masalah dan ketika inilah perlunya Badan Warisan apa ni satu agensi pusat itu diperkasakan dan kita boleh bekerjasama dengan pihak Persekutuan ataupun Kerajaan Pusat. Terima kasih. seterusnya Tuan Yang Dipertua, saya ingin nak membawa ataupun nak menyinggung isu yang telah dibawa di Parlimen 2 minggu yang lepas yang sebenarnya dikemukakan oleh sahabat saya daripada Aulong ya yang juga merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan dan sebenarnya respon itulah respon yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri ya, yang seperti yang telah pun kita dengar bahawa Perak tergolong dalam kelompok negeri-negeri yang kemiskinan tegarnya tinggi sama dengan Kelantan, Sabah dan Sarawak sementara Negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang rendah ialah Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Jadi ini bukan perkara baharu sebenarnya dan saya merasa bahawa kita perlu lebih realistik dalam melihat masalah ini oleh kerana saya tidak yakin ataupun saya tidak menjangka bahawa kita boleh jadi seperti Selangor bagi orang bukan untuk kita semua bukan pakai ekonomi tapi mudah untuk kita mudah untuk kita fahami bahawa tiap-tiap seringit duit Malaysia itu 20 sen di Selangor. Japi kita tidak boleh jadi Selangor dalam masa 5 tahun ya oleh kerana Selangor tu jadi begitulah Dia ada dia ada kekuatan dan sejarahnya sendiri daripada zaman Yap Ah Loy. Jadi saya fikir bukan satu benda yang realistik untuk kita menjadi ataupun masuk dalam liga itu cuma apa yang boleh dilakukan ialah kita keluar daripada kelompok negeri itu dan kalau kita tengok mereka yang mengikuti perkembangan politik di seluruh negara kita tahu dan kenapa jadi begitu? Dia bukan negeri yang miskin. Di sini pentingnya soal urus tadbir soal ketelusan dan sebagainya dan ini sebenarnya yang saya ingin bayangkan dulu apabila saya memetik pandangan Professor Syed Hussin Hassadi.

Tuan Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyinggung isu kereta. Maklumat yang kita dapati ialah bahawa seorang bekas Menteri Besar telah membeli kereta mewah dengan harga yang begitu murah ya. Saya faham saya akur bahawa ada peraturan tertentu seperti yang telah pun dipatuhi dan saya yakin para pegawai kita telahpun mengikuti dan meneliti prosedur yang telah ditetapkan itu apa pun secara faktanya bahawa ialah kereta CPU Lexus E2S250 itu dibeli dengan harga RM287,671.00 dan dijual pada individu berkenaan dengan harga RM172,000.00 lebih yang merupakan lebih kurang 60% daripada harga asal. Jadi yang pasti sebab saya rajin juga untuk melayari laman-laman web seperti Mudah.my. Apa yang saya pasti ialah harga pre- owned dengan izin tidak semurah itu ya. Saya tengok kereta-kereta yang sedemikan yang berusia 22 bulan 75%, yang berusia 11 bulan dalam 73% bergantung kepada jenama kereta itu. Jadi apa yang saya nak fikirkan di sini ialah bahawa dalam keadaan rakyat menderita di bawah Covid, ada yang bunuh diri, ada yang mengibarkan bendera putih. Jadi bagaimana kita tergamak membeli kereta baru waktu itu?

Saya tak minta kereta baru pun tapi kereta saya baru ini baru tukar brake, tukar tayar. Tak apa lah kereta buruk selagi boleh jalan dan saya pun bagi tahu pemandu saya jangan bawa laju sangat ya. Ertinya kita sebagai pemimpin, saya tak nak angkat bakul tapi sayalah tapi kita harus menunjukkan sikap prihatin dan juga kita bersama dengan rakyat kita di waktu mereka susah dan menderita. Kita tak mahulah perkara-perkara seperti ada bekas Perdana Menteri yang menuntut atau meminta hartanah lebih ratus juta ringgit atau pun kerajaan negeri beli kereta Mercedes Benz baru, naikkan gaji dan sebagainya. Jadi ini tidak harus berlaku dalam keadaan rakyat seperti yang telah pun disebut oleh rakan saya Batu Kurau tadi begitu menderita terutama dalam pandemik Covid ini. Jadi saya mohon maaf kerana walau pun ada kisah-kisah manis yang kita nak bawa tetapi kita harus juga menyebutkan perkara-perkara yang tidak begitu ceria ini sekurangnya untuk mengingatkan kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran kita supaya kita dapat berbuat sesuatu untuk mengelakkannya di masa hadapan.

Oleh kerana kita terlalu atau pun kita banyak terlepas pandang dalam soal-soal yang mungkin dianggap kecil seperti ini. Dato' Yang Dipertua, saya ingin mengulas atau pun saya ingin menyinggung apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning semalam saya tertarik dengan rasa prihatin beliau tentang soal kenaikan harga barang. Saya rasa dalam soal ini apa yang perlu ditubuhkan ialah bukan hanya sekadar persatuan pengguna. Saya menghormati cadangan yang dibuat oleh rakan saya di Batu Kurau dan rakan saya daripada Sungkai tadi. Oleh kerana

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, daripada Sungai Rapat.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Terima kasih Tebing Tinggi. Berhubung dengan perbelanjaan bekas Menteri Besar Perak yang belanja pembelian kereta baru Lexus dan juga permohonan daripada bekas Perdana Menteri untuk dikurniakan beratus juta punya tanah dan rumah. Adakah Tebing Tinggi merasakan bahawa di masa ini berbelanja RM38.5 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri itu juga wajar dan perlu ditolak oleh Parlimen dan juga kabinet. Terima kasih.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih daripada Sungai Rapat. Undang-undang kuasa meluluskan itu ialah dengan kabinet atau pun pihak yang berkenaan. Jadi Parlimen ini satu tempat atau pun Dewan dimana pertanggungjawapan itu diteliti. Jadi kalau sudah diluluskan oleh pihak yang berkenaan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan mereka dan tidak disentuh oleh audit dan sebagainya maka tidak apa yang tidak boleh dilakukan tetapi saya rasa yang penting dalam Dewan ini baik di sini ataupun di parlimen ialah bahawa perkara itu didedahkan dan dilihat oleh rakyat. Saya dah katakan tadi saya tidak mempertikaikan soal peraturan ataupun soal apakah dipatuhi atau tidak tetapi soal yang nak dibangkitkan ialah moral dia kewajaran dia. Apakah kita wajar berbuat demikian dalam keadaan rakyat menderita. Terima kasih rakan saya daripada Sungai Rapat.

Jadi berbalik kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Ayer Kuning itu, saya rasa apa yang lebih penting ialah kita mempunyai suatu badan yang tetap yang memantau harga barang dan ini saya fikir tidak boleh dilakukan oleh persatuan pengguna. Persatuan pengguna sebagai NGO dia hanya melalak saja atau pun dia hanya membangkitkan isu tanpa memberikan penyelesaian dan pada saya tidak kurang penting ialah harga barang sebagai contoh dipantau daripada masa tidak ada krisis jadi persatuan pengguna hanya menggunanya krisis oleh kerana dia pun orang kata mengisi masa lapang sahaja, dia bukan satu badan professional. Dia tidak mempunyai angka dan sebagainya sebab itu saya mencadangkan supaya kalau boleh kerajaan negeri mencari satu jalan ya. Saya akur bahawa di sana ada suatu badan atau kementerian iaitu KPDNHEP, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tetapi masalah yang mereka takrif terlalu besar dan saya fikir tiap-tiap negeri termasuk Perak mempunyai beberapa isu yang lebih spesifik, yang lebih special dan ada beberapa perkara tertentu yang barangkali tidak berlaku di negeri yang lain. Jadi kalau kita dapat mengambil inisiatif saya fikir satu perkara yang lain. Begitu juga dengan soal alam sekitar. Kita banyak universiti di Negeri Perak ini yang boleh memberikan bantuan dan kepakaran daripada segi pengalaman, daripada segi perangkaan, daripada segi analisis dan juga daripada segi memberikan langkah-langkah penyelesaian dan sebagainya.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin nak menyentuh soal GLC yang dibangkitkan beberapa kali tadi. Saya harus menyatakan bahawa saya fikir kita tidak harus melupakan bahawa kita mengamalkan ekonomi bebas dan GLC ini dah banyak kali bertukar namanya. Dulu sekali of bajet agency dan sebagainya dan bermula sebagai public enterprise yang sebenarnya pada peringkat awal tahun 60-an ditubuhkan untuk menangani atau pun untuk masuk dalam bidang-bidang yang tidak mahu atau pun yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta. Sebab itu MARA masuk bebas dan sebagainya. Sebab itu ada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri dan seterusnya tetapi keadaan ekonomi sudah berubah dan sejak kebelakangan ni telah pun banyak seruan ditimbulkan betapa GLC telah pun lari daripada tujuan asal. Sebab itu saya melihat seruan daripada YAB Menteri Besar maklumat tentang GLC ni hanya setakat, saya tidak menafikan pentingnya dia membantu kerajaan tetapi saya harus juga mengingatkan bahawa GLC ini bukan badan kebajikan. Saya tak pastilah maknanya kalau kita nak menang bola ke atau pun kita nak majukan ekonomi kita.

Jadi kita sekarang berhadapan dengan persaingan dengan negara-negara jiran jadi apa juga langkah yang kita nak buat kita harus kembali atau pun kita harus sedar perkara itu. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar di atas murah hati beliau untuk mengekalkan diskaun 80% bagi premium tanah pajakan di kampung-kampung baru dan juga TOL dan kesediaan untuk berbincang tentang masalah-masalah lain yang saya fikir masih lagi belum diselesaikan. Bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada sumbangan mereka rakyat di kampung baru ini sewaktu bergelut dengan ancaman komunis pada zaman darurat khususnya selepas Perang Dunia Kedua tetapi seperti yang saya katakan tadi ada masalah-masalah teknikal berhubung dengan peraturan tanah dan sebagainya, dengan prosedur daripada Pejabat Daerah yang harus dilihat dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan atau pun dapat disegerakan. Saya ingin juga nak menyebutkan soal pemotongan peruntukan bagi Hal Ehwal Bukan Islam yang dipotong 50% kepada hanya RM5 juta ringgit sahaja. Begitu juga dengan peruntukan SUWA yang daripada

RM1.8 juta ringgit kepada RM10 per kapita. Jadi isunya di sini ialah peruntukan asal pun tak sebanyak mana jadi potongan ini sudah tentu sesuatu yang mengecilkan sesuatu yang sudah dikecil. Jadi dengan slogan Keluarga Malaysia, jadi kita kena pastikan bahawa ia benar-benar boleh memberikan atau melayan semua rakyat kita baik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan sama atau pun selaras dengan kedudukan mereka sebagai rakyat dan saya ingin mengingatkan bahawa pada masa ini ada pihak yang mencabar kedudukan yang telah pun diterima sekolah-sekolah binarkolar. Ini saya kira satu perkara yang agak menyedihkan oleh kerana isunya di mana tempat atau pun apa sudah jadi dengan Kontrak Sosial yang selalu kita war-warkan ya.

Walaupun mereka mempersoalkan soal hak perlembagaan, saya fikir oleh kerana perkara ini sudah berlarutan puluhan tahun saya rasa ada hujah di sebalik explanation Tuan Yang Dipertua untuk mempertahankan kedudukan sekolah-sekolah binocular itu. Satu lagi perkara saya ingin bangkitkan ialah soal slogan atau pun kesediaan atau pun iyalah apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat memberikan keselesaan golongan berpendapatan rendah. Ini satu perkara yang sangat baik, cuma di sana sini saya fikir ada masalah dari segi pelaksanaan dan saya nak mengkhususkan daripada apa yang kita sering sebut sebagai Little Napoleon di sini. Ini kebetulan masalah berlaku dekat kawasan saya. Masalah berlaku di Desa Aman ya yang melibatkan soal apa ni pengecilan ataupun pembinaan pagar di sebuah sekolah S.R. Ar-Rahmaniah. Jadi apa yang berlaku di sini ialah saya agak pelik oleh kerana saya memang tidak di ajak bincang langsung dan apabila saya tanyakan Penghulu Mukim pun dia tidak tahu apa.

Jadi di sini apa yang berlaku ialah di mana apa nama proses ataupun line pertanggungjawaban ini. Ini satu perkara perlu diberi perhatian sebab sudahlah kawasan-kawasan ataupun kawasan permainan kecil 2/3 diambil tanpa bincang dengan penduduk dan saya lihat saya turun ke sana rumput yang lebih dari 6 kaki Yang Berhormat, ular sawa pun bersembunyi kat situ. Jadi kita tahu di kawasan-kawasan perumahan kos rendah biliknya kecil jadi padang itulah satu-satunya tempat mereka untuk mereka menghisap rokok ataupun bermain ataupun untuk duduk melapangkan fikiran menjadi kita mesti tidak menyukai stress atau pun masalah rumah tangga dan sebagainya. Jadi kalau kawasan sudah dikecilkan dengan adanya pagar di sekeliling sekolah jadi ini satu perkara yang saya fikir tidak harusnya berlaku dan kita haruslah apa ni dan di sini perlunya saya ingin menekankan mengapa Pakatan Harapan memberikan jaminan bahawa dalam manifesto kita bahawa strukturviti akan dilihat supaya dia lebih ataupun dia akan benar-benar melambangkan demokrasi di akar umbi.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada usaha dan inisiatif Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar begitu banyak inisiatif pemuliharaan yang dilakukan. Kita lihat begitu banyak papan iklan yang saya rasa boleh memperkasakan budaya cintakan alam sekitar termasuk saya harapkan kesedaran untuk boleh prihatin kepada kes kematian hidupan liar oleh kenderaan dan saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana waktu saya di sebelah sana dahulu, bekerja secara rapat dengan Ketua Polis Negara yang waktu adalah Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan beliau adalah orang yang memulakan usaha di pihak PDRM untuk mempastikan pemburu haram dan tidak bermaharajalela di negara ini. Dan saya tahu ikutkan bukan bidang yang khusus pihak PDRM. Saya fikir inilah satu perkara saya harus contohi jadi kalau budaya mencintai alam sekitar tu sudah merebak di kalangan masyarakat jadi semua akan bertanggungjawab ataupun memberikan sumbangan ke arah untuk apa nama memelihara saya fikir secara jangka panjang ini juga akan membantu memberikan memperkasakan ekonomi kita. Oleh kerana, sumber-sumber ataupun keindahan alam semulajadi yang ada di Perak tidak ada di tempat lain. Jadi satu perkara yang boleh dipakejkan dan alangkah bagusnya kalau SLR yang telah dirancangkan adalah tidak ditangguhkan. Penghujungnya saya ingin ucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri kerana mengadakan inisiatif untuk membuat taklimat berhubung dengan pindaan kepada Enakmen dan Mahkamah Syariah minggu lepas hari Jumaat. Cuma saya agak sedikit kecewa apabila soalan-soalan yang dikemukakan tidak begitu ditangani dengan baik. Jadi kelihatannya pegawai-pegawainya tidak ada background knowledge dengan izin yang cukup tentang pindaan itu dan kita harus ingat bahawa masalah apa nama itu keganasan domestik yang disebutkan tadi masalah perceraian dan sebagainya. Masalah nafkah bergantung kepada kecekapan dan juga pengukuhan institusi mahkamah mahkamah syariah kita, selain daripada menyediakan kaunseling dan sebagainya seperti yang berlaku di peringkat pusat dan itu yang penting. Kita akur bahawa enakmen ini masih jauh daripada sempurna. Saya melihatnya sebagai satu work in progress tapi saya ucapkan tahniah kerana kita telah memulakan langkah yang baik.

Apa yang penting ialah bahawa walaupun mungkin dah apa yang saya bangkitkan dan ini sudah terlambat oleh kerana pindaan akan diumumkan tidak tak lama lagi tapi di masa hadapan, saya ingat perkara-perkara ini boleh diberikan perhatian dan setahu saya Perak adalah merupakan negeri perintis ataupun antara perintis di kalangan negeri-negeri di Malaysia dan ini adalah satu perkara yang saya fikir bukan hanya perlu untuk ditambah baik produk kita enakmen tapi disediakan laporan penulisan sebab negeri-negeri yang lain kali yang barang kali yang tidak menyertai tidak mengambil inisiatif seperti Perak memerlukan suatu contoh yang baik seperti itu. Jadi saya fikir untuk itu adalah perlu kerajaan negeri perlu meneruskan kepercayaan supaya dapatkan perkara ini didokumenkan dengan baik. Saya sebutkan bahawa…

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Tebing Tinggi saya nak bertanya menyentuh tentang cadangan pindaan terhadap Enakmen Mahkamah Syariah mungkin tidak terlalu kasarlah kalau dikatakan dalam keadaan tergesa-gesa mungkin saya menggunakan perkataan mungkin dalam keadaan tergesa-gesa tetapi lebih baik jika langsung tiada, apakah mungkin boleh difikirkan untuk kita mengelaklah saya tidak berulang lagi perkara-perkara yang over look, over site mungkin juga keterlibatan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam pusingan awal itu adakah pada pandangan Yang Berhormat ianya telah menjadi satu keperluan sekarang ini dalam bila mana jabatan-jabatan atau agensi-agensi mencadangkan sebarang pindaan keterlibatan Ahli Dewan itu boleh kita mestikan. Apa pandangan?

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat, nak tambah sikit dengan cadangan yang begitu arif dan alim daripada saudara Behrang. Yang Berhormat Behrang. Berikutan daripada cadangan Behrang, saya mencadangkan supaya boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Satu jawatankuasa Drafting, Drafting Company di mana Jawatankuasa ini boleh dirujuk sekiranya ada apa-apa rang undang-undang enakmen hendak dibawa ke Dewan supaya apa yang disebut oleh Behrang tu, kita lalui dan tanganikan ada sebelum masuk ke dewan. So, maksudnya apa ni penglibatan libat urus setelah dilaku bawa sini di mana kita boleh meningkatkan tahap dan standard perbahasan dalam rang undang-undang. Apa pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Ya sudah pasti satu cadangan yang baik tetapi saya juga sedar bahawa apa yang berlaku sekarang ni kebetulan dan nasib baik. Saya mengajar dari Universiti YB Behrang seorang peguam yang mengamalkan ataupun bergelumang dengan isu ini kalau tidak saya fikir Dewan ini pun main-main lepas macam tu. Tak ada siapa yang pedulikan. Pro-teknikal dan benda ni pun sangat rapat dengan kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan kuasa agama. Seperti apa yang saya katakan tadi kesempatan ini datang dan boleh dan saya fikir selepas ini, selepas dewan satu langkah yang dapat diambil untuk melihat perkara-perkara yang dibangkitkan itu supaya dia tidak berlalu begitu sahaja tetapi sedikit sekali yang baik dan saya berasa sangat sukacita Negeri Perak di hadapan dalam soal ini ya dan saya juga tak menyebutkan satu lagi isu tentang banyak kali disebut bekas Yang Dipertua yang lepas. Soal penambaikan apa nama Peraturan Tetap Dewan Negeri Perak yang telah pun begitu teliti dan lama di proses yang saya tak pasti bila akan dilaksanakan.

Proses itu telah melibatkan banyak pihak daripada Dewan Bahasa, pakar-pakar perundangan dan bahasa daripada universiti dan sebagainya. Ini satu kesempatan bagi kita di Perak untuk menunjukkan di negeri-negeri lain bahawa Peraturan Dewan boleh ditambah baik bagi memastikan peranan yang dibebankan ataupun dipikul oleh Dewan dapat dilaksanakan dengan baik. Ini suatu perkara yang saya fikir tidak boleh dilengah-lengahkan. Saya akur dan saya faham bahawa sesuatu perkara ini berlaku ataupun sudah dilaksanakan dua tahun yang lepas sekurang-kurangnya tetapi tidak berlaku. Sama-sama kita faham. Jadi better late than never dengan izin Tuan Yang Dipertua. Sekurang-kurangnya kita dapat memikirkan secara serius apa yang berlaku atau pun kita tidak boleh selamanya duduk atau pun terjebak dengan mentaliti Westminster yang diambil dari England itu sebab ada perkara-perkara penambahbaikan yang saya fikir sesuai dan perlu dalam konteks Malaysia khususnya di Perak dan ini satu perkara yang saya fikir original yang asli yang saya fikir menampakkan bahawa kita ada kemampuan untuk membuat sesuatu dan menambah baik dan saya fikir itu sahajalah Tuan Yang Dipertua daripada saya. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih daripada Yang Berhormat Tebing Tinggi. Satu ucapan yang komprehensif yang saya agak teruja mendengarnya. Selepas ini pembahas-pembahas hanya diberikan 20 minit masa lebih kurang untuk berbahas. Dengan itu saya tanpa berlengah lagi saya menjemput Yang Berhormat daripada Chenderiang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Warga Malaysia. Bismillahirahmannirahim alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak Bagi Tahun 2022 dengan tema 'Perak Negeri Berdaya tahan, Mampan dan Inklusif. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua saya lihat daripada sini Yang Berhormat Dato' Yang

Dipertua amat berseri-seri sekarang ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang dimuliakan. Moga-moga dirahmati Allah sekalian. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak telah membentangkan Belanjawan Negeri Bagi Tahun 2022 berjumlah RM1.1 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM115 juta atau 12.75 % berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1.15 bilion selepas mengambil kira kekurangan hasil yang diterima pada tahun ini dan anggaran kutipan pada tahun hadapan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM803 juta atau 73 % diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan. Manakala RM302 juta atau 27 % untuk perbelanjaan pembangunan. Daripada unjuran hasil dan perbelanjaan tersebut belanjawan 2022 adalah belanjawan defisit sebanyak RM50 juta. Bagi mengukuhkan strategi merancakkan semula ekonomi negeri, Kerajaan Negeri juga merancang untuk menggunakan dana pembangunan tambahan melalui Kumpulan Wang Amanah Pembangunan berjumlah RM47 juta. Dana ini akan digunakan untuk membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera. Oleh yang demikian dana tambahan ini akan menjadikan peruntukan bagi maksud pembangunan untuk tahun 2022 kepada RM349 juta. Melihat kepada situasi ini adalah penting bagi kerajaan negeri untuk mempelbagaikan punca hasil pendapatan tanpa bergantung penuh kepada hasil tanah.

Negeri Perak yang terkenal dengan kekayaan hasil mineral dan sumber asli perlulah bijak menguruskannya secara mampan dan lestari. Sebagai contoh Kerajaan Negeri dalam usaha Kerajaan Negeri dalam meneruskan perlombongan landthanide dilihat salah satu sumber ekonomi baru. Kerajaan Negeri telah melaksanakan kajian tinjauan sumber landthanide di empat daerah iaitu di Hulu Perak, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta sejak awal tahun 2019 lagi. Hasil kajian ini telah mengenal pasti kawasan seluas 1,350 kilometer persegi yang berpotensi untuk dijalankan kajian susulan. Sebagai projek perintis perlombongan landthanide di Negeri Perak, Kerajaan Negeri telah meluluskan lesen melombong tuan punya atau LMTP di atas tanah seluas 213.761 hektar kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak untuk dimajukan pada tahun yang sama. Sejurus itu, Kerajaan Negeri telah bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan saya berharap selepas Prosedur Operasi Standard disiapkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli kelak, projek ini dapat dilaksanakan kelak dengan segera. Kerajaan Negeri telah merancang agar ianya dilaksanakan bukan sekadar secara industri huluan tetapi memastikan industri hilirannya yang diutamakan melalui pemindahan teknologi.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya menyambut baik usaha dan hasil daripada kerajaan negeri yang telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM5.2 bilion ringgit bagi tempoh enam bulan pertama pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 176 % berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Dalam meningkatkan usaha ini kawaan-kawasan perindustrian yang baru dijangka akan terus dibuka oleh Kerajaan Negeri bagi menerima bakal-bakal pelabur yang berpotensi bagi terus merancakkan lagi ekonomi khususnya dalam sektor pembuatan dalam negeri. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga terus memberikan khidmat yang terbaik dengan menyediakan 3 pakej tawaran yang berbeza mengikut nilai pelaburan.

Antara insentif yang ditawarkan adalah diskaun premium sehingga 30%, remisyen cukai tanah sehingga 15% bagi tempoh tiga tahun selepas production aid, fee consultation serta pemprosesan kebenaran merancang secara fastrack dalam tempoh 21 hari tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Yang di-Pertua

YB, Ada celahan daripada Pasir Pinji.

Bagi saya sambung lagi sampai habis this point. Walaubagaimanapun usaha menarik pelabur perlu diteruskan walaupun rekod pelaburan telah dicatatkan oleh MIDA. Hal ini bagi memastikan komitmen pelaburan dapat direalisasikan dan dengan kolaborasi di antara MIDA dan Invest Perak melalui program Pacu@Perak yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya berkeyakinan kemajuan projek dapat terus dipantau termasuk mengenal pasti isu yang dihadapi semasa pelaksanaannya serta cadangan penyelesaian. Silakan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Chenderiang. Saya tertarik dengan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Chenderiang. Berkenaan dengan (NRRE) non-reactive rare earth element ataupun landthanide namanya yang sedang kita mencari-cari di sebelah Pengkalan Hulu Negeri Perak. Cuma saya tiada masalah secara dengan syarat dengan perlombongan ataupun peninjauan ataupun kajian perlombongan NRRE tetapi saya amat tertarik dengan sebutan industri hilirannya. Kita sedia maklum ini adalah fakta saintifik bahawasanya pemerosesan NRRE atau apa-apa jua yang radioaktif. Tidak kisahlah ia reactive atau non-reactive. Sisa atau bahan sisa hasil daripada pemprosesan memang ada kesan atau impak negatif yang radioaktif atau dia memang membawa sedikit ancaman kepada alam sekitar kita. Ini belum sebut lagi proses galian, korek apa semua yang mungkin melibatkan nak tebang pokok atau cuci mangkuklah. Jadi pandangan saya dan pendirian saya. Ini tidak mewakili keseluruhan pembangkang. Pandangan saya adalah kita perlu betul-betul kaji dan memikirkan dan jangan kita ambil tindakan yang tergesa-gesa khususnya dengan industri hiliran perlombongan tersebut sebelum kita tahu-menahu tentang hasil dia sendiri dulu. Jadi apa pandangan Yang Berhormat dan mungkin insight dengan izin daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan industri hiliran kepada NRRE. Yang saya nyatakan di sini saya membantah.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Pinji. Saya bersetuju daripada maksudnya nak sampaikan berkenaan dengan industri hiliran yang mana untuk kita sampai ke end produk perlulah pada proses yang akan sedikit mengakibatkan hasil radioaktif itu terhasil. Jadi ini satu perkara yang perlu kita ambil kira dan sebelum kita meluluskan sesuatu proses itu perlulah ianya dijalankan secara terperinci dengan jabatan-jabatan yang berkaitan. Jadi saya fikir itu perkara yang saya percaya pihak kerajaan negeri akan lihat dengan serius tentang penghasilan radio aktif tersebut. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya berbangga dengan Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan Program Bantuan Skim Pinjaman Mikro Kredit dan Geran Padanan bagi membantu usahawan melalui peruntukan tabung usahawan berjumlah RM2 juta dan pelbagai program di bawah Sekretariat Usahawan Negeri Perak STeP yang berjumlah sebanyak RM1.5 juta.

Oleh yang demikian saya mengharapkan, jabatan dan agensi kerajaan khususnya di peringkat pihak berkuasa tempatan dapat memudahcara urusan usahawan- usahawan kecil dan memberikan kelonggaran kepada peraturan-peraturan sedia ada agar perniagaan dapat dibuat secara lebih mudah dan segera. Apa yang saya maksudkan ialah kepada peniaga-peniaga gerai, peniaga-peniaga pasar malam, yang mencari rezeki untuk berniaga saya harap pihak-pihak berkuasa tempatan tidak perlulah terlalu rigid terlalu apa namanya menekan sehingga menyusahkan mereka untuk menjalankan perniagaan. Pada waktu sekarang ini kita baru nak keluar daripada pandemik, saya harap pihak berkuasa tempatan dapat memudahcara memberi ruang kepada mereka jika tidak ada lesen kita permudahkan untuk mendapatkan lesen dan sebagainya boleh diluluskan secara di situ dan sebagainya.

Selain daripada itu Dato' Yang Dipertua, saya ingin membangkitkan satu perkara berkenaan dengan satu peruntukan khas yang telah diterima oleh kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM50 juta pada bulan Disember 2019 bagi pelbagai projek pembangunan bagi merancakkan ekonomi setempat. Pelbagai inisiatif telah dirancang meliputi pelbagai aspek ekonomi seperti pelancongan, infrastruktur, teknologi hijau dan lain-lain. Daripada jumlah tersebut RM19 juta telah diperuntukkan bagi pelbagai projek dan program di Pulau Pangkor. Pulau Pangkor mesti kita kekalkan sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka di negeri Perak dan juga di Malaysia. Pangkor mencipta sejarah apabila menjadi pulau bebas cukai berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Hasilnya selepas sektor ekonomi beransur-ansur dibuka, selepas perintah kawalan pergerakan tempahan hotel dan penginapan di Pulau Pangkor pada bulan Oktober yang lalu mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 78% dalam tempoh enam hari selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri. Pendekatan ini memberi keyakinan bahawa industri pelancongan khususnya Pulau Pangkor telah mula menerima pelancong sekaligus membantu pemulihan pemain-pemain industri tersebut. Walau bagaimanapun perisytiharan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlulah seiring dengan kemudahan asas dan infrastruktur yang selesa bagi menyokong limpahan kehadiran pelancong.

Oleh itu pada bulan Jun 2020, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi menukar teksi yang sedia ada di Pulau Pangkor kepada kenderaan elektrik. Komitmen tersebut turut disahut oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan selepas mengambil alih kepimpinan negeri dalam ucapan Bajet 2021, yang mana beliau menyebut usaha kerajaan untuk menggunapakai pendekatan Smart Island dengan izin untuk membangunkan Pulau Pangkor melalui pengurusan sumber alam yang efektif serta berkesan dalam mengawal pencemaran. Daripada peruntukan khas tersebut juga Kerajaan Negeri pada tahun 2020 juga telah memperuntukan kira-kira RM9 juta bagi pembangunan infrastruktur di Pulau Pangkor meliputi pelbagai aspek antaranya termasuklah membina ruang perniagaan bazar dan berkaitan di Teluk Nipah sebanyak RM3.69 juta, pembinaan sebuah Arena Square, ruang perniagaan dan restoran terapung di Teluk Baru sebanyak RM3 juta.

Menaik taraf jeti sementara Pulau Bebas Cukai, Jeti Pangkor sebanyak RM1 juta, projek menaik taraf Pusat Pendaratan Pulau Pangkor RM5.5 juta, membina bangunan tandas dan surau di kawasan Teluk Nipah sebanyak RM4.45 juta dan pembinaan struktur ruang menunggu di kawasan Jeti Pangkor sebanyak RM0.3 juta melalui usaha-usaha ini dan dengan sokongan kemasukan pelancong saya pasti Pulau Pangkor bukan saja akan menjadi satu destinasi pelancongan tempatan malah di peringkat antarabangsa dan untuk itu apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan Sekertariat Pulau Bebas Cukai Pangkor dalam mempersiapkan jentera kerajaan dalam menghadapi peningkatan drastik pembangunan ekonomi yang bukan sahaja akan memanfaatkan penduduk setempat tetapi juga kepada kerajaan. Sehubungan dengan itu, saya mohon bertanya berkenaan status semasa pelaksanaan projek-projek di atas setelah hampir 18 bulan diumumkan memandangkan tuntutan tersebut telahpun tersedia melalui tuntutan khas oleh Kerajaan Persekutuan. Saya juga mencadangkan agar satu kaedah perolehan yang sesuai bagi kenderaan elektrik menggantikan teksi di Pulau Pangkor dapat disediakan untuk merealisasikan usaha ini. Silakan.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, tambah Chenderiang ini sekarang merupakan Menteri Persekutuan dan dalam perbahasan telah menyatakan berjuta-juta telah diperuntukkan untuk pembangunan di Pulau Pangkor tapi apakah masalah di Pulau Pangkor khasnya adalah penghotelan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha perhotelan. Yang pertama berapa hotel yang gulung tikar. Kedua masalah mereka adalah masalah pekerja kekurangan pekerja setiap hotel, setiap pengusaha complaint mereka, aduan mereka tak cukup pekerja. Jadi apakah Yang Berhormat sebagai Menteri Persekutuan ingin membantu Kerajaan Negeri dalam isu ini.

Terima kasih Yang Berhormat, kalau mengikut apa yang saya diamanahkan melalui Kementerian Belia dan Sukan tentunya saya akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dalam menyediakan program-program Reskilling, Upskilling melalui IKBN dan ILKBS untuk menyediakan pekerja-pekerja mahir dan separa mahir terutamanya sekali dikalangan belia dalam negara kita ini terutama sekali daripada negeri Perak. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meneruskan idea pembukaan Pusat Rehat dan Rawat Rider 3R yang pertama di negara ini di Bandaraya Ipoh. Kemudahan yang mampu memberi manfaat kepada hampir 2,000 penghantar makanan di bandar raya ini lengkap dengan ruang rehat dan solat, tandas serta wifi percuma dengan peningkatan demand dengan izin dalam usaha menjaga kebajikan mereka seperti ini adalah penting dalam usaha menjaga kebajikan mereka yang telah memberi khidmat sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Dimaklumkan sebanyak tujuh lokasi tempat 3R yang dibina di sekitar Ipoh ialah Pusat Bandar Meru Raya, Jelapang, Medan Gopeng , Klebang, Station 18 dan Taman Ipoh dengan menggunakan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Bandaraya Ipoh. Saya ucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri. Selain daripada inisiatif 3R tersebut Kerajaan Negeri pada tahun 2020 juga telah merancang pembangunan melibatkan infrastruktur pelancongan di sekitar Bandaraya Ipoh menggunakan sumber peruntukan yang sama. Antaranya adalah seperti menaiktaraf Jalan Tambun sebanyak RM8 juta, membina MT teater di Taman Dr Seenivasagam sebanyak RM2 juta, menaiktaraf Gerbang Malam sebanyak RM2 juta, menaiktaraf Kinta River Walk RM0.5 juta dan menaiktaraf pagar di Taman Jepun Taman Dr Seenivasagam banyak RM0.3 juta. Saya berharap kerajaan negeri dapat memberikan status pelaksanaan projek-projek tersebut.

Yang Berhormat Dato Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM70 juta untuk pembangunan infrastruktur negeri di bawah Jabatan Kerja Raya daripada jumlah tersebut sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk projek pembangunan dan RM20 juta untuk projek jalan serta jambatan. Antara projek utama yang diumumkan termasuklah projek Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan ataupun SMTDR Tambun, namun begitu saya ingin bertanyakan bagaimana status pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Sungai Manik yang pernah diumumkan sebelum ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, cadangan untuk memajukan pembangunan bersepadu Stesen Keretapi Ipoh telah bermula sebelum PRU-14 lagi. Kerajaan Negeri telah menerima pelbagai cadangan daripada syarikat-syarikat yang ingin memajukan kawasan tersebut. Setelah sekian lama masalah di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang tidak dapat dirungkai, Kerajaan Negeri pada Disember 2019 bersama dengan Perbadanan Aset Keretapi ataupun RAC telah mengusahakan penyelesaian isu tanah yang timbul dengan satu cadangan pembangunan yang bersepadu. Seterusnya, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah memberi limpah perkenan dan melancarkan pelan pembangunan bersepadu Stesen Keretapi Ipoh dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang. Projek tersebut merupakan usaha sama yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Menteri Besar, MB Inc dan kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi (RAC) akan mewujudkan pembangunan bersepadu berorientasikan transit dengan nilai pembangunan kasar ataupun GTV lebih RM5 bilion. Saya mohon bertanyakan apakah status semasa pembangunan projek tersebut yang amat penting dan jika kita dapat laksanakan dapat membangunkan ekonomi di dalam Bandaraya Ipoh dan juga Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di dalam kawasan Chenderiang pada masa ini hanya terdapat bas daripada syarikat Hup Soon dengan laluan Kampar-Tapah-Kampar manakala JAKOA ada menyediakan bas bagi pelajar-pelajar orang asli. Kemudahan perkhidmatan bas henti-henti tidak didapati secara menyeluruh terutama dari Pekan Chenderiang sehingga ke Kampung Sungai Chin Chin. Di sepanjang jajaran laluan Tapah-Chenderiang terdapat 12 buah sekolah dengan anggaran 3,500 pelajar dan 10,500 penduduk yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam ataupun bas henti-henti. Kerajaan Negeri di dalam Belanjawan 2021 telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi perkhidmatan bas RM1 di Daerah Batang Padang dan Daerah Kuala Kangsar. Tujuan agihan peruntukan di dua daerah disebabkan permintaan yang tinggi daripada masyarakat orang asli. Oleh yang demikian saya ingin bertanyakan apakah status pelaksanaan program ini memandangkan musim persekolahan telah pun bermula.

YB Dato’ Yang Dipertua, garis jalan di Tapah-Renglet telah pudar dan boleh menyebabkan kemalangan ketika keadaan gelap dan hujan memandangkan tiada lampu jalan yang disediakan di selekoh. Keadaan jalan di selekoh yang tidak rata dan berlubang juga boleh mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan boleh menyebabkan kemalangan. Malah perkara ini pernah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Batang Padang. Saya berharap agar Kerajaan Negeri segera mengambil tindakan atas perkara ini sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Kerajaan Negeri sebelum ini telah menyediakan cadangan projek membina jambatan baru di Seksyen 24, laluan FT059 Tapah-Ringlet Daerah Batang

Padang dengan panjang 35 meter berjumlah RM18.12 juta. Walaubagaimanapun, projek tersebut tidak disenaraikan di dalam rancangan Malaysia ke 12 volume ke-2. Sehubungan itu saya berharap Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya dapat mengemukakan semula permohonan tersebut untuk perkembangan selanjutnya.

YB Dato’ Yang Dipertua, mungkin kita tu namanya perlu sebutkan juga tentang menzahirkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tourism Perak yang telah berjaya merangkul empat anugerah untuk negeri dan produk-produk pelancongan di Tourism Console Gold Award. Malangnya mengikut belanjawan hanya RM7.8 juta sahaja dibelanjakan untuk pelancongan. Itu adalah 0.7% sahaja daripada unjuran belanjawan. Ini tidak setara dengan sumbangan yang diberi sebanyak RM2.347 bilion dalam bentuk tourism spending di dalam negeri tercinta kita ini, Negeri Perak. Saya sarankan pada Kerajaan Negeri bersegera berbincang dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan ataupun Kerajaan Negeri boleh memberikan fokus kepada industri pelancongan Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera yang akan dilaksanakan selepas ini.

YB Dato’ Yang Dipertua walaupun saya terlibat di dalam Kementerian Belia dan Sukan sekarang ini, saya sekali juga sebut tentang harapan daripada ramai peminat sukan di Negeri Perak ini agar Kerajaan Negeri dapat memberi sedikit perhatian yang lebih kepada pembangunan sukan bola sepak terutama sekali pasukan kita, Perak FC dan saya harap apa yang telah kita cuba laksanakan sebelum ini jika ada sedikit sahaja, sedikit sahaja daripada Kerajaan Negeri tentu dapat menyelesaikan banyak perkara berkenaan pembangunan sukan bola sepak di Negeri Perak ini.

YB Dato’ Yang Dipertua, sebagai penutup saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan sidang Dewan Negeri pada kali ini dengan keadaan yang teratur dan selamat.Tidak lupa kepada semua barisan penjawat awam Negeri Perak di atas segala khidmat bakti sepanjang tempoh yang sukar buat kita semua. Saya mendoakan dan mengajak semua kita mendoakan agar terus aman dan sentosa, dilimpahi rahmat dan rezeki buat rakyat-rakyatnya. Tidak lupa juga kepada kepimpinan negeri di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar terus diberikan kekuatan dan kesihatan dalam menerajui kerajaan kepada negeri tercinta ini. Sebagai penghabis, penutup saya ingin menyampaikan dua apa nama dia, 2 rangkap pantun yang saya nak tujukan khas buat YB Dato’ Yang Dipertua. Kalau bersetuju dengan saya saya mohon tepuk meja.

Pohon beringin daunnya lebat, Tempat asyik untuk berkhemah, Selamat berbahagia Wahai sahabat, Semoga sakinah mawaddah warahmah.

Menulis surat menggunakan tinta, Hendak dikirim ke Tanah Jawa, Moga erat jalinan cinta, Di antara kalian bertiga.

Sekian, terima kasih. Chenderiang menyokong. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB daripada kawasan Chenderiang. Terima kasih kerana hadir pada hari ini dalam Dewan walaupun kita semua percaya bahawa atas kesibukan tugas selaku Menteri di peringkat Persekutuan, YB dapat meluangkan masa juga dan dapat berbahas. Orang kata dalam peruntukan waktu yang telah diperuntukkan. Terima kasih banyak-banyak YB Chenderiang. Terima kasih atas pantun yang telah diberikan tadi yang saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sekarang saya jemput YB dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan, silakan.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah. (Bacaan doa). Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan kesempatan untuk saya untuk menyampaikan ucapan perbahasan atau pun mengambil bahagian dalam ucapan perbahasan ini sempena dengan pembentangan belanjawan 2022 oleh YAB Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas dan di kesempatan ini juga bagi pihak, khususnya bagi pihak pembangkang di sini dan mungkin juga daripada ahli Dewan yang lain saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih diatas peruntukan tambahan tahunan daripada RM200,000 kepada RM300,000 kepada semua Adun dan tambahan RM2,000 sebulan kepada pejabat-pejabat ADUN. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, tahun 2021 telah merekodkan hasil negeri yang berkurangan berbanding unjuran yang telah pun dibuat sebelum ini. Dalam pembentangan belanjawan 2022, didapati bahawa Kerajaan Negeri telah mensasarkan sumber-sumber baharu, hasil negeri yang hampir semuanya berteraskan hasil berkaitan dengan tanah. Cuma yang menjadi kebimbangan kepada pihak kami di sini ialah sejauh mana apa yang telah disasarkan itu akan dapat kutipan hasil yang akhirnya akan dapat membantu Kerajaan Negeri untuk membiayai projek-projek dan juga rancangan yang telah dibentang oleh YAB Menteri Besar dalam pembentangan yang telah dibuat pada hari Jumaat yang lepas.

Tahniah saya ucapkan kerana secara keseluruhannya Kerajaan Negeri berani untuk commit dalam perbelanjaan walaupun kita berhadapan dalam suasana yang tidak menentu kesan daripada pendemik Covid-19 yang berlarutan hampir 2 tahun yang lalu dan kepada yang bersama-sama tahu telah menjejaskan kehidupan rakyat dan dalam masa sama juga memberikan kesan kepada kutipan hasil kepada Kerajaan Negeri. Saya cuma nak menyentuh beberapa perkara saja di sini dalam perbahasan pada kali ini yang pertama saya nak menyentuh tentang perhatian pihak kerajaan di dalam memberikan perhatian kepada bidang penlancongan yang mana kita tahu bahawa sektor pelancongan merupakan sektor yang paling terjejas sektor yang paling terjejas teruk kesan daripada pendemik Covid-19 ini yang menyebabkan banyak hotel-hotel dan pusat-pusat pelancongan terpaksa ditutup ekoran daripada pergerakan rakyat yang terbatas termasuk juga sekatan yang dikenakan kepada pergerakan pelancong-pelancong yang datang daripada luar negeri.

Dalam pada itu saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana memberikan peruntukan sebanyak memberikan peruntukan kepada sektor ini sebanyak RM20.3 juta. Ini tidak termasuk RM12.5 juta yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Namun seperti mana yang dapat kita lihat kebanyakan daripada peruntukan ini hanya untuk tujuan promosi iaitu untuk menggalakkan pelancong datang tetapi tidak hampir tidak ada langsung peruntukkan yang diberikan bagi pembangunan pelancongan itu sendiri ataupun tempat-tempat pelancongan dan juga pemulihan-pemuliharaan (Rehabilitation) tempat-tempat pelancongan yang terdapat di negeri ini. Termasuk juga RM12.5 juta yang telah pun diluluskan ataupun diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan yang tidak dimasukkan ataupun tidak ada peruntukan yang dibuat untuk pembangunan pelancongan itu sendiri.

Yang menjadi masalah nanti ialah 'ia in ia out' saban tahun kita melakukan promosi pelancongan menggalakkan pelancong-pelancong datang negeri Perak tetapi tidak ada benda baru yang dapat dipromosikan ataupun tarikan kepada para pelancong untuk datang ataupun sebagai galakan kepada mereka untuk melancong ke negeri Perak. Tidak ada peruntukan yang dibuat misalnya kita ada pusat pelancongan ataupun di Pasir Salak sana tu kita ada satu tempat yang benar pelancongan satu masa dahulu jadi tarikan pelancongan tetapi keadaannya sekarang dalam keadaan terlalu daif. Ada tempat-tempat yang ditutup kepada pada pelancong dan ini merupakan satu kerugian kepada Kerajaan Perak dan juga kepada para pengusaha yang berkaitan dengan usaha-usaha pelancongan. Walaupun kita tahu bahawa pelancongan itu tidak memberikan hasil yang direct kepada Kerajaan Negeri tetapi ia memberikan direct income kepada mereka yang terlibat. Sebab dia ada dia punya downstrim gitu dalam usaha-usaha pelancongan ini termasuk mereka yang menjual barang cenderahati atau cenderamata, kedai-kedai yang berkaitan dengannya, pengusaha-pengusaha transportation pengangkutan dan sebagainya termasuk juga pengusaha-pengusaha hotel dan juga motel dan juga resort.

Tapi kalau tidak ada usaha-usaha yang dibuat untuk membaik pulih tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancongan ini ataupun membuat usaha-usaha yang mencari sumber-sumber baru di mana pelancong boleh tertarik untuk datang maka saya melihat bahawa usaha untuk jadikan Perak ini sebagai satu pusat pelancongan yang ternama akan mungkin tidak akan dapat dicapai dan ini dapat kita lihat bahawa misalnya sepatutnya di tempat-tempat yang kita punya banyak bandar-bandar yang besar di Negeri Perak Lumut, Batu Gajah,Kampar, Teluk Intan dan tempat-tempat ini sebenarnya boleh jadikan sebagai pusat pelancongan tapi dengan syarat ada tarikan yang dapat di laksana. Misalnya kerajaan membina muzium-muzium kecil di pusat-pusat yang saya katakan tadi itu. Pangkor dan Lumut misalnya merupakan tempat yang bersejarah dalam konteks sejarah moden di negara kita ini bukan hanya di negeri Perak tetapi dalam konteks sejarah tanah air kita. Kerana bermula di Pangkor inilah tempat berlakunya atau Perjanjian Pangkor pada tahun 1875. Tetapi untuk merekodkan ataupun mengekalkan sejarah ini sepatutnya ada satu muzium sama ada di Lumut atau di Pangkor tapi tidak ada. Begitu juga di Batu Gajah yang berupakan ibu negeri Perak yang pertama dan juga pusat perlombongan yang utama di negeri Perak satu masa dahulu sepatutnya mungkin kalau kita boleh bina sebuah muzium di sana yang berkaitan dengan usah-usaha perlombongan supaya apabila pelancong datang kita dapat kita boleh membuat antara program melihat tempat ataupun melawat tempat-tempat tersebut dan ini dengan sendirinya akan merancakkan pembangunan di tempat-tempat yang saya katakan ini tadi.

Perak seperti mana yang selalu disebut hanya 'It's good for stock over' dengan izin hanya merupakan negeri yang kepada pelancong hanya sesuai untuk mencari makan. Memanglah Perak ini terkenal dengan makanan yang murah terutama di Ipoh dengan chinese food dan akhirnya kita ada nasi wanggey. Kalau tanya pada rakan-rakan di

Kuala Lumpur datang ke Ipoh untuk apa cari nasi wanggey. Malah kita baru-baru ini heboh di viral ada sebuah helikopter landing di Padang Ipoh kerana cari nasi wanggey. Tetapi sebenarnya kita boleh buat lebih daripada itu kalau sekiranya usaha mempromosikan pelancongan ini dapat dibuat dengan lebih serius lagi. Seperti mana yang dikatakan Yang Berhormat Tebing Tinggi dalam ucapan beliau tadi kita tak berapa peduli untuk mengekalkan warisan kita. Misalnya di Taiping di sana kita boleh memajukan bina sebuah muzium keretapi dengan kerjasama KTM sebab kita tahu jalan keretapi yang pertama di negari Perak ini dibina daripada Taiping ke Port Well.

Tetapi malangnya trek kereta api jalan kereta api antara Taiping ke Port Well telah dicabut. Jual besinya sebagai besi buruk dan ini sebenarnya kita boleh pulihkan balik walaupun landasan yang ada tu mungkin tidak original, tetapi sebagai usaha kita untuk menarik pelancong dan memajukan Taiping dan juga Port Well sebagai tempat tarikan pelancongan yang baru kita boleh rehabilitate ataupun pulihkan balik trek dengan menggunakan gerabak-gerabak lama dan ini sebenarnya banyak dilakukan di luar negara. Di luar negara kalau kita tengok Youtube ada waktu-waktu tertentu mereka menggunakan steam locomotive untuk mengangkut pelancong dan ini boleh dilakukan di Taiping misalnya dengan kerjasama pihak KTM sendiri. Penang misalnya, Malangnya ya kita terletak antara Penang dengan Selangor dan di sana di antaranya terdapat juga Cameron Highland tetapi Penang dapat menarik pelancong dengan nasi kandar, rojak dan pasembur. Pahang dapat menarik pelancong dengan masakan ikan patin yang datangnya daripada Perak. Datang daripada lombong Perak dibawa ke Pahang dan dikatakan sebagai ikan patin Pahang. Kita hanya jual ikan. Begitu juga pelancong lalu di Perak untuk mencari apa mencari jagung manis yang ditanam di Jelapang. Kita ni sebagai pembekal saja dan yang mendapat nama ialah tempat-tempat lain yang menggunakan apa yang kita perlu untuk mempromosikan tempat-tempat mereka sebagai tempat pelancongan. Jadi saya kira kalau boleh di adjust sedikit daripada bajet yang ada itu ataupun yang diambil perhatian dimasa akan datang supaya diadakan peruntukan untuk pembangunan tempat-tempat pelancongan itu sendiri jadi Insyaa allah usaha kerajaan untuk kita untuk menjadikan Perak sebagai negeri tarikan pelancongan akan berjaya.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Perak kerana memberikan peruntukan sebanyak RM51.4 juta untuk sektor pertanian dan insyaa allah dengan peruntukan seperti ini dapat membantu lagi atau pun pastikan perancangan negeri Perak dalam usaha untuk mencapai sekuriti pertubuhan seperti ini akan dapat dicapai. Tetapi, di sana saya tidak nampak pecahan-pecahan bagaimana peruntukan sebanyak ini boleh digunakan untuk mempelbagaikan usaha kita mencapai sasaran kepada food security ini sebab antara masalah yang kita hadapi di sini ialah kekurangan tanah bagi pengusaha-pengusaha untuk tanam. Saya dah sebutkan dahulu bahawa kita harus berterima kasih kepada illegal farmers ataupun setinggan-setinggan yang menanam sayur-sayuran atau pun mengusahakan pertanian di tanah-tanah kerajaan kerana kalau tidak ada mereka ini barangkali kita tidak makan sayur kerana sayur yang ada di Cameron Highlands tu semuanya diekspot ke Singapura. Jadi, kita banyak bergantung kepada mereka ini untuk membekalkan barangan keperluan harian kita. Jadi untuk itu, saya mencadangkan supaya dibuat peruntukan kepada negeri untuk berikan satu insentif yang bagi mengubah cara pertanian kepada cara yang lebih intensif.

Misalnya diberikan insentif kepada mereka-mereka yang mengusahakan pertanian secara greenhouse, hidroponik, kerana kos bagi membiayai pertanian cara ini adalah mahal, makan belanja yang besar dan hanya boleh dilakukan ataupun di besarkan apa ni pengembangannya kalau sekiranya pihak kerajaan memberikan insentif ataupun bantuan kepada mereka ini dan cara ini insyaallah akan dapat mengurangkan lagi masalah penerokaan tanah secara haram oleh para-para petani yang dahagakan kepada kawasan untuk membolehkan mereka itu mengusahakan tanah pertanian mereka ini. Seperti mana yang selalu disebut ataupun baru disebut oleh Yang Berhormat Batu Kurau juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning pada hari Jumaat yang lalu kita dikejutkan akhir-akhir ini dengan harga barangan keperluan harian yang harganya mendatang.

Dalam jawapan kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning, Yang Berhormat EXCO Pertanian mengatakan bahawa bekalan makanan cukup dan meletakkan kesalahan kepada kenaikan harga barang makanan yang lain itu daripada pandemik ke-19. Tetapi kalau sekiranya masalah pandemik yang menjadi sebab sudah tentulah bekalan makanan tidak mencukupi. Tetapi bagaimana bekalan makanan tidak cukup tapi harganya seolah-olah tidak ada pihak yang boleh mengawal, yang menjadi malang kepada masalah ini ialah harga diladang masih lagi sama. Ertinya kenaikan harga barang-barang bahan-bahan pertanian ini tidak dinikmati oleh kesemua pihak, tidak dapat dinikmati oleh pengeluar ataupun pekebun. Saya telah membuat tinjauan dua tiga hari yang lalu dan terakhir pada pagi tadi saya sempat membuat panggilan telefon Misalnya saya nak bagi tahu harga bendi. Harga bendi di kebun RM4 satu kilo tetapi harga bendi di pasar RM10. Siapa yang dapat faedah di sini kita pun tak tahu. Demikian juga dengan harga cili. Harga cili di kebun, harga di ladang ialah RM8 satu kilo. Tapi harga cili di pasar besar ialah sebanyak RM17 satu kilo. Beza RM9. Jadi ini satu perbezaan yang tidak dapat diterima. Kecualilah sekiranya kalau sekiranya harga cili tujuh belas harga kebun dua belas ringgit ataupun di situ pekebun dapat faedah jadi siapa yang ini dapat faedah di sini. Jadi di sini diharapkan pihak EXCO turunlah padang tengok, mengapa terjadi, berlaku, kenal pasti puncanya dan cari jalan bagaimana untuk mengatasi.

Salah satu daripada usaha yang boleh dilakukan ialah untuk mengatasi dan juga mencapai hasrat food security tersebut ini pada saya selain daripada cadangan yang saya katakan tadi untuk mencari jalan dan insentif ialah dengan memajukan tanah-tanah yang dimiliki oleh SADC banyak tanah-tanah kerajaan yang yang terbiar begitu saja. Kalau boleh gunakan tanah ini tawarkan tanah ini dan sewa kepada pengusaha-pengusaha yang laparkan tanah regulate mereka ini dengan perjanjian yang apa ni yang munasabah, kenakan bayaran yang minima kepada mereka ini yang sepenuhnya sini ialah menjayakan hasrat kerajaan mencapai matlamat food security kalau tidak pun tanah ini akan terbiar kosong hutan dan dan tidak berjaga dan tidak mendatangkan hasil kepada mana-mana pihak. Dah habis dah?

Timbalan Yang di-Pertua

Dah habis dah.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Oh, ingat ada lagi dua puluh minit lagi. Sikit lagi. Demikian juga dengan lombong-lombong yang terbiar. Banyak lombong-lombong terbiar ini boleh dimanfaatkan dan boleh digunakan boleh di convert kepada kawasan penternakan ikan sebagainya. Yang ni saya minta supaya EXCO Pertanian cuba naik helikopter, jalan dengan helikopter dan tengok daripada udara banyak mana lombong yang ada di Perak ini, baru dapat gambar yang sebenarnya dan barulah lepas tu boleh buat perancangan. Jangan hanya minta maklumat daripada pegawai kerajaan yang mungkin juga mereka tidak mengetahui akan jumlah-jumlah lombong-lombong terbiar ini yang boleh kita turn into kepada satu tempat ataupun tukarkan kepada lombong yang memberikan hasil kepada rakyat dan juga hasrat kerajaan untuk mencapai food security.

Timbalan Yang Dipertua, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberikan insentif untuk menggalakkan para pelabur datang melabur di Perak. Insentif potongan, premium sebanyak 30% tapi kita harus ingat bahawa kita ambil contoh apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan pada 30 tahun dahulu ketika nak menggalakkan pelaburan datang melabur ke negara kita ini dengan memberikan mereka ke taraf perintis kepada industri tertentu seperti industri eletronik di mana di beri pelepasan cukai untuk selama tempoh sepuluh setahun. Tapi itu bukan bidang kita, ini kuasa bidang persekutuan tetapi apa yang boleh dilakukan kepada saya kalaulah boleh dikurangkan lagi bayaran premium itu daripada 30% kepada 60% kerana kita harus ingat bahawa Malaysia sekarang ini tidaklah berada dalam keadaan yang kompetitif seperti tahun 70an dan awal 80an. Dahulu negara kita menjadi tarikan kepada para pelabur kerana kawasannya kawasan industrinya luas. Tanah murah dan buruh pun ramai tetapi sekarang ini faktor-faktor Itu sudah tidak ada lagi di sini. Jadi, banyak dikalangan pelabur-pelabur ini telah pun keluar dan menempatkan semula pelaburan mereka itu ke negara-negara Asean yang lain.

Jadi untuk itu kita kena lebih berdaya saing dalam memberikan tarikan kepada mereka itu seperti memberikan seperti yang saya katakan tadi dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri ialah berikan insentif potongan premium lebih 60%. Tak apalah upfront kita collect sedikit tetapi dalam masa yang sama kita dapat memastikan bahawa kita akan dapat satu teknologi baru dan juga dalam masa yang sama memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk dan juga anak-anak negeri kita ini. So, dalam masa yang sama saya minta juga supaya kadang-kadang peraturan yang ada itu terlalu mengekang kesannya. Kalau boleh, kena tengok jugalah peranan yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar, laporan DIA yang memakan belanja yang besar dan juga makan tempoh yang lama sebelum satu keputusan dapat dilaksanakan. Kadang-kadang apa yang kita lihat, laporan yang dikehendaki itu sama sahaja. Tetapi ia memerlukan kepada satu laporan yang terpaksa disediakan oleh pakar-pakar yang belanjanya kadang-kadang sampai mencecah beratus ribu dan malah hampir mencecah juta ringgit. Jadi, apa masalahnya kalau sekiranya kalau melibatkan industri yang sama, syarat yang telah ada itu, yang telah pun diketahui oleh umum dikenakan sahaja secara bertulis kepada para-para pelabur yang ingin melabur itu tanpa perlu mereka mengadakan atau menyediakan laporan EIA kerana laporan EIA ini seperti saya katakan tadi itu menyebabkan para pelabur memerlukan modal ataupun kos tambahan untuk menyediakan laporan. Jadi, saya minta supaya dapat dilihat perkara ini supaya hasrat kita untuk menjadikan negara kita dan Perak khususnya lebih menarik dan lebih friendly kepada pelabur dapat kita laksanakan. Habih dah.

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Point yang terakhir.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Point yang terakhir, usaha kerajaan membantu Pembangunan Usahawan. Walau pun STEP telah pun ditubuhkan, dan sekarang ini telah ada pegawai yang berkaliber lah saya kata. Memang di dalam bidang dia tetapi

STEP masih lagi bersifat lack off. Saya mencadangkan dan staff yang ada, ataupun kakitangan yang ada, kakitangan pinjaman daripada agensi-agensi lain, saya mencadangkan untuk membolehkan STEP ini lebih berdaya saing, lebih bermotivasi dan juga lebih bertumpu supaya STEP ini dijadikan satu entiti yang melapor terus sama ada kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau pun Setiausaha Kerajaan Negeri. Tidak terletak di bawah agensi-agensi lain dan dia akan melambatkan tugas mereka itu dan untuk itu satu usaha kena dibuatlah dengan bajet dan sebagainya kepada mereka itu dan mungkin terpaksa dibawa kepada Mesyuarat EXCO untuk kelulusannya.

Dalam masa yang sama juga saya nak menzahirkan kegusaran saya. Satu masa dahulu untuk membantu usahawan-usahawan membangunkan semula usaha-usaha mereka itu dalam bidang perniagaan, Yayasan Perak diberikan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk disalurkan kepada para usahawan dapat pinjaman tanpa faedah. Tapi pada kali ini hanya diperuntukkan sebanyak RM1.2 juta sementara untuk YBU, sebuah agensi, sebuah NGO bukan kerajaan tempatan Kerajaan diberikan peruntukan sebanyak RM4.1 juta. Adakah ini bermakna pihak kerajaan tidak mempunyai kepercayaan agensinya sendiri dan lebih mempercayai sebuah agensi yang bukan kerajaan untuk membantu usaha-usaha kerajaan membangun dan membantu para-para usahawan. Jadi saya minta supaya Yang Amat Berhormat lihat balik. Saya tidak mengatakan bahawa tidak wajar pihak kerajaan untuk membantu NGO. Boleh bantu tetapi look at their spend ke atas government negeri tersebut. Terima kasih di atas kesempatan diberikan kepada saya. Assalamualaikum wbt.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Manjoi. Dijemput Yang Berhormat daripada Kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan selama 20 minit.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO, pembangkang, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga jabatan yang tengah mengikuti persidangan DUN pada kali ini melalui alam maya dan juga para wartawan yang hadir di luar sana. Salam hormat dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin menyatakan kesyukuran kerana mendapat keizinan daripada Speaker untuk berucap sempena pembentangan Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2022. Tidak lupa saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan ataupun seluruh anggota pentadbiran Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang tahun 2021 yang mana kini telah pun sampai ke penghujung tahunnya. Segala usaha baik dan usaha yang murni itu hanya boleh dibalas hingga akhir hayat.

Timbalan Yang Dipertua, walaupun sekarang keadaan pandemik nampaknya telah pun beransur, kadar vaksin telah pun makin baik, lancar dan ekonomi telah pun buka balik. Tetapi kita harus sentiasa sedar bahawanya kita belum capai lagi ke post-pandemic atau pun pandemik lagi dan banyak usaha-usaha yang perlu Yang Berhormat dan juga Ahli-Ahli MMK dan Yang Amat Berhormat ataupun Kerajaan Negeri usahakan maknanya terus bantu rakyat ataupun peniaga di luar sana menjana ekonomi negeri kita. Secara keseluruhannya, bagi Belanjawan Negeri Perak tahun 2022, saya rasa bajet kali ini sepatutnya memainkan peranan yang cukup penting iaitu menjana ekonomi semula dalam negeri, membantu rakyat dan langkah-langkah persediaan post-pandemic termasuk mencipta pekerjaan baru, teknologi hijau dan juga digitalization (digitalisasi). Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF dalam forum kewangan baru-baru ini di Guangzhou, berpandangan bahawanya risiko penurunan kepada pemulihan ekonomi global yang diunjurkan bagi tahun ini dan tahun hadapan. Sebab apa? Sebab bimbang varian omicron dan varian-varian yang lain yang barangkali lebih agresif dan mungkin akan melumpuhkan segala usaha untuk memulihkan ataupun merancakkan semula semula ekonomi negara dan isu inflasi antara bakal menjadi permasalahan yang paling sukar ditangani oleh para penggubal undang-undang ataupun legislators.

Kalau kita lihat pada angka-angka yang ada pada KWSP baru-baru ini, 48% pencarum KWSP bawah umur 55 tahun tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung keperluan asas selepas bersara. 3.6 juta pencarum mempunyai kurang RM1000 dalam akaun KWSP masing-masing dan kadar pengangguran pula kembali meningkat. Ikutkan data meningkat hampir kepada 800 ribu orang ataupun pada kadar 4.8% pada tahun ini, separuh tahun pertama pada bulan Jun tahun 2021. Maka masalah ini perlu mendapat perhatian setelah mendengar amaran daripada apa ni agensi antarabangsa, angka-angka daripada jabatan dan agensi. Masalah ini perlu mendapat perhatian dan usaha kerajaan supaya ianya tidak berlanjutan sehingga masalah sosial dan kemiskinan berlaku di kalangan rakyat di bawah sana dan sudah tentu ekonomi negeri tidak mampu pulih secara baiknya jika tiada tidak mempunyai suntikan kerajaan yang lebih, kurang projek pembangunan, kurang hasil dan seterusnya masalah sosial akan mulai berlaku. Baik soal pendidikan, baik keganasan rumahtangga, baik kemiskinan, sosial dan sebagainya. Banyak kita akan temuinya. Saya berpandangan bahawa terdapat jurang antara harapan rakyat dan peniaga terhadap pembentangan belanjawan kali ini yang bernilai sekitar RM1.1 bilion dan halatuju perancangan Kerajaan Negeri yang dirangkakan dalam belanjawan kali ini saya rasa kurang mampu untuk menjana semula ekonomi negeri secara baik.

Saya tidak mempersoalkan belanjawan defisit ini pada waktu pandemic, pada waktu yang hampir kepada pos endemik dan sebagainya. Pada pandangan saya suntikan kerajaan atau perbelanjaan kerajaan sepatutnya bertambah lebih. Apatah lagi kalau kita lihat tahun depan merupakan tahun yang pertama untuk kita menjalankan proses pemulihan ekonomi secara berperingkat ataupun dalam jangka masa yang pendek. Jika kita lihat kepada belanjawan, angka-angka dalam buku Belanjawan Negeri Perak tahun depan, banyak angka yang terpaksa dihapuskan berbanding dengan unjuran tahun 2021 tahun ini. Kalau saya dibenarkan, saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan perbelanjaan yang telah pun dipotong. Cadangan hasil yang saya rasa boleh saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengoptimakan kutipan hasil bagi negeri Perak. Penting juga saya rasa sebelum kesemua itu kerajaan perlu memberikan satu gambaran kepada kita. Walaupun tahun lepas kita barangkali defisit saya tak pasti. Kita perlu tahu apakah kedudukan dalam penyata kewangan yang latest dalam tangan hanya tahun 2020. Penyata Kewangan Negeri tahun 2020 yang mana jumlahnya adalah RM1.26 billion dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri. Maka wajar Kerajaan Negeri untuk lihat kalau dana itu ada banyak lagi. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menggunakan Kumpulan Wang Disatukan Negeri itu bagi memperbanyakkan lagi projek-projek pembangunan dalam Negeri Perak.

Yang pertama potongan perbelanjaan pembangunan yang banyak. Saya rasa tidak mampu untuk menjana ekonomi kalau kita lihat pada unjuran perbelanjaan bagi tahun

2022. Yang mana perbelanjaan pembangunan khususnya dia hanya tinggal dalam RM302 juta sahaja kalau berbanding dengan tahun 2021, yang mana angkanya adalah RM430 juta pada tahun 2021. Ianya bermaksud ada kurangan sekitar RM128 juta untuk unjuran perbelanjaan pembangunan. Apakah maksudnya? Maksudnya Exco Kesihatan dapat program, barangkali tak dapat. Barangkali Exco Pelancongan nak buat program, nak buat projek pembangunan tu kurang. Ataupun Yang Amat Berhormat nak jalankan projek-projek pembangunan, program-program bantu rakyat, baik kesihatan, pendidikan, agama dan sebagainya terpaksa dipotong. Bagi saya kekurangan itu amat ketara sangat. Apatah lagi angka itu telah mencecah beratus juta. RM128 juta ditunjukkan pemotongan berbanding dengan tahun ini. Ianya saya rasa kurang mampu untuk menjana semula ekonomi negeri. Kita perlukan suntikan kerajaan sewaktu pandemik ataupun kegawatan ekonomi berlaku dan jumlah peratusan perbelanjaan pembangunan hanya pada kadar 27.33% saja. Amat sangat sikit kalau kita lihat dari segi komposisi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Hanya 27.33% sahaja berbanding dengan tahun dulu memang kurang dan pelbagai perbelanjaan pembangunan telah pun dikurangkan.

Contohnya perbelanjaan untuk usahawan. Tabung usahawan disusut dari RM7 juta kepada RM3.5 juta, Hal Ehwal Bukan Islam daripada RM10 juta dikurangkan kepada RM5 juta, Sekolah Tahfiz dan sebagainya. Kalau kita lihat pada butiran dalam belanjawan bagi Perak JKR dikurangkan RM20 juta yang mana JKR kena uruskan pembaikan lampu jalan, kondisi permukaan jalan raya. JPS kurang RM5 juta, di mana dia tugas untuk tebatan banjir, pengurusan sungai dan pantai. Jabatan Pertanian kurang RM4 juta, Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM1.3 juta, Perhutanan kurang RM1 jut, Pejabat Daerah kurang RM4.7 juta, Pejabat SUK kurang RM26.5 juta yang mana UPEN akan menjalankan program pembangunan ekonomi negeri dan bawah Pegawai Kewangan Negeri pelbagai projek telah dikurangkan sebanyak RM65.5 juta. Yang mana pelbagai projek itu kebiasaannya setahu saya pernah saya menjadi Exco.

Kebanyakan program Exco ataupun Menteri Besar jatuh pada kategori itu. Bermaksud Exco ni, Exco tu, makna program tak boleh jalan. Bagi saya kalau kita hanya nak mengawal dari segi kekurangan ataupun defisit belanjawan ini saya rasa bukan pada masanya. Bukan tepat pada masanya. Kalau pada zaman-zaman biasa, waktu-waktu biasa itu saya faham. Tak nak ada defisit yang berlebihan.Tak nak jadi isu politik. Tetapi sekarang di luar sana masyarakat perlukan dana kerajaan untuk menjalankan program. Rakyat di luar sana mengharapkan Exco Pelancongan kena buat projek di Pangkor, kena buat projek di Pengkalan Hulu, Exco kesihatan mungkin boleh buat saringan kesihatan dan sebagainya. Tetapi kalau dengan cara untuk kurangkan perbelanjaan Pembangunan. Saya rasa tak kenalah pada kali ini dan saya rasa Exco lebih setuju dengan saya. Supaya lebih peruntukan untuk menjalankan program dan portfolio masing-masing. Itu pertama. Keduanya tentang cadangan saya untuk tingkatkan hasil baru Negeri dan kurang pasti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan bahawanya tujuh jenis hasil baru itu yang dikatakan mampu mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Adakah ianya ada satu unjuran hasil berapa jumlahnya pada tahun hadapan dan kalau ada mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh kemukakan pada sesi penggulungan nanti. Sebab kita perlu tahu berapakah unjuran yang dijangkakan boleh dijanakan melalui tujuh jenis hasil baru. Bawa dua cadangan yang barangkali boleh diambil pertimbangan oleh Kerajaan Negeri. Kalau kita lihatkan kepada hasil cukai langsung. Cukai tanah semasa dan cukai tunggakan merupakan antara hasil yang banyak memberikan hasil, menjanakan hasil kepada Kerajaan Negeri.

Selain itu, cukai balak dan cukai bahan batu, serta royalty perlombongan turut menyumbangkan angka yang signifikan kepada Hasil Negeri. Maka saya lihat adalah penting supaya Kerajaan Negeri perlu sentiasa pastikan kutipan royalti bahan batu dan bahan mineral daripada alam semula jadi kita dapat daripada kurnia tuhan ini Perlu diurus tadbir dengan baik dan dikenakan bayaran ataupun kutipan cukai, fee, lesen, royalti dan sebagainya sedang optimum. Ianya boleh memastikan Hasil Negeri dapat dioptimumkan. Saya rasa adalah amat penting supaya Kerajaan Negeri ambil pendekatan untuk melihat semula atau kaji semula butiran-butiran dalam Enakmen Mineral tahun 2003, Peraturan-peraturan Mineral tahun 2008. Ataupun pekeliling khas Pejabat Tanah dan Galian dan sebagainya. Punca kuasa yang berkaitan dalam bidang ini. Apakah cara untuk kita mengoptimumkan segala kutipan ataupun hasil kepada Kerajaan Negeri. Sebab kita harus tahu apakah kedudukan caj-caj kita ini adakah ianya memadani harga pasaran. Maksudnya bayaran yang kita caj ke atas operator itu lepas dia dapat barang tu dia nak eksport ke luar negara. Adakah harga itu mereka dapat lebih banyak margin. Apa yang dia dapat untung. Dari situlah kita boleh tahu adakah bayaran itu sudah outdated perlu ada kaji semula. Baru kita kata boleh optimumkan kutipan cukai tersebut. Untuk cakap panjang Kerajaan Negeri perlu juga merancang supaya mengurangkan pengeluaran bahan mentah sahaja dan perlukan memproses bahan-bahan mentah atau bahan batu ini supaya mengujudkan industri hiliran di Perak, pertama.

Yang keduanya ada perlu supaya Kerajaan Negeri kaji semula enakmen-enakmen dalam negeri yang berkaitan dengan penubuhan dan tanggungjawab GLC kepada Kerajaan Negeri seperti PKNP, Menteri Besar Incorporated, SSI, Yayasan Perak dan sebagainya. Kita ada banyak enakmen-enakmen yang ada, tetapi enakmen-enakmen tersebut barangkali telahpun pun audited ataupun perlu disemak semula dan kita harus juga mendekatkan semula ataupun mengkaji semula tanggungjawab dan peranan ke semua GLC Ataupun Badan Berkanun kepada Kerajaan Negeri, terutamanya dalam soal bab pembayaran royalti ataupun dividen tahunan secara tetap kepada Kerajaan Negeri. Kalau kita lihat, contoh Kerajaan Negeri Sabah, baru tahun ni saja dia menerima RM113 juta daripada 12 Badan Berkanun dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri bagi tahun 2021 dan ianya meningkat sebanyak 12.92% dan ini adalah penting supaya kita juga kaji semula enakmen tersebut yang berkaitan. Kita juga harus meletakkan kedudukan GLC ini, barangkali perlu membentangkan prestasi kewangan mereka di dalam Dewan ini sama ada mereka memainkan peranan sebagai satu kemajuan dan pembangunan ekonomi negeri. Satu perkara yang saya ingin kongsi dengan rakan-rakan adalah berkaitan dengan pemberian bonus yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengumumkan bonus RM1000 ringgit kepada semua penjawat awam sebagai bonus pada tahun ini. Tetapi saya kedengaran ada GLC yang memberikan bonus sebulan mungkin lebih daripada satu bulan, dua bulan, tiga bulan. Maka saya rasa kurang adil kalau GLC untung tapi kurang bayaran dividen kepada Kerajaan Negeri tetapi pada masa sama dia bagi bonus lebih kepada anggota pentadbir pentadbiran dalam GLC tersebut. Saya bukan nak ganggu, tapi saya rasa keadilan itu penting, keadilan itu penting untuk memastikan kalau GLC itu untung kena bayarlah kepada Kerajaan Negeri secara tetap kalau boleh, dia akan menimbulkan satu suasana yang tak adil, yang mana kalau lihat bonus kali ini pun macam kurang senang di kalangan pentadbir awam pun maklum perkara ini pada GLC-GLC yang dapat bonus berbulan pada tahun ini. Perkara ketiga,

Boleh, boleh celah? boleh celah mengenai bonus. Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Ini berkaitan dengan pemberian katanya bonus. Saya percaya kita tak boleh gunakan isu perkataan bonus sebab bonus itu dibayar atas prestasi seseorang pekerja. Ini adalah boleh dikatakan sebagai ex-gratia sebanyak RM1000. Tetapi masalahnya kita ada pekerja-pekerja kita yang telah bersara dan gaji yang agak rendah dan mereka pun susah juga. Jadi apabila kita bayar ex-gratia kepada kakitangan yang sedia berkhidmat, pada masa yang sama kita tidak boleh lupakan pesara-pesara kita. Jadi apakah Yang Berhormat bersetuju, kalau kita bagi satu jumlah yang rendah daripada RM1000 kepada pesara-pesara kakitangan Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Tiga minit masa Yang Berhormat.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Mungkin saya boleh bersetuju, tapi dari segi teknikal pelaksanaan itu kita minta pada pihak kerajaan untuk menjawab isu ini. Tinggal tiga minit saja, saya akan teruskan dan saya ingin masukkan isu yang dikatakan oleh Sultan dalam enakmen. Ada dua perkara saja, sikit sahaja. Kita lihat pada Belanjawan 2022 nampaknya setakat ini saya tak nampak sebarang program yang berkaitan dengan kesihatan awam. Saya tidak, nak sebut isu ini kata nak serang Exco kesihatan, tidak. Tapi saya rasa adalah wajar supaya kerajaan perlu sentiasa waspada sebab kita menjangkakan negeri Perak kita tak boleh nak, tidak akan terkecuali daripada kesan pandemik atau endemik pada tahun depan.

Setakat ini saya ingin bertanya kepada Exco Kesihatan, apakah program yang akan dijalankan pada tahun depan sebab ia bukan setakat hanya vaksin sahaja ataupun covid sahaja. Kesihatan awam pun sangat penting juga. Sebab lepas kita menghadapi covid-19 pandemik ini, kita lihat angkanya 80% kes kematian covid adalah terdiri daripada golongan komorbid iaitu diabietis, obesiti dan darah tinggi. Selain itu, pesakit kronik seperti penyakit jantung, buah pinggang, diabetis dan sebagainya juga menyumbangkan kepada angka kematian tersebut dan saya rasa kerajaan Negeri sepatutnya, sebenarnya boleh menawarkan bantuan kepada pesakit-pesakit dialisis, pesakit yang menerima rawatan jantung dan kanser, rawatan untuk penjagaan kesihatan mata kanak-kanak dan sebagainya. Saya kurang pasti adakah sebab kekangan peruntukan perbelanjaan pembangunan itu yang menyebabkan program tidak kelihatan dalam buku belanjawan itu. Bukan setakat ini, ada banyak lagi program-program yang berkaitan dengan kesihatan awam contohnya, Tibi, Kusta, AIDS, vektor, kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Banyak perkara yang perlu lihatkan dalam teks belanjawatan negeri.

Dan last, Ini adalah berkenaan dengan kedudukan guru KAFA dan sekolah agama rakyat. Saya ingin bangkitkan perkara ini sebab macam baru-baru ini, ada beberapa isu yang saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri terutamanya tentang menyerap, meletakkan guru KAFA dalam jawatan tetap, sampai sekarang saya belum dapat kepastian daripada kerajaan kos, tapi dalam soal ini dan selebihnya adalah tentang gaji guru KAFA yang mana sewaktu berlakunya pandemik, PKP, PKPB, PKPD dan sebagainya, gaji mereka banyak terganggu sebab gaji mereka di tampung oleh bayaran yuran oleh murid-murid dan saya dapati bahawa ada sekolah-sekolah SAR-SAR yang mana ibu bapa kehilangan punca rezeki tidak mampu untuk membayar yuran dah adakah Kerajaan Negeri boleh melihatkan perkara ini berapa tunggakan dan yuran tidak bayar yang menyebabkan ada kesan langsung kepada pendapatan bagi guru KAFA di seluruh negeri.

Dan saya rasa itu saja yang saya nak sampaikan. Ada berapa perkara tapi saya tak sempat nak huraikan tapi apa pun satu lagi adalah saya ingatkan, dengan mengurangkan defesit itu, saya rasa kali ini bukan pada masanya. Kalau boleh saya ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya lihat semula menggunakan apa-apa dana yang ada untuk memberikan peruntukan yang lebih kepada EXCO Kerajaan ke, I tak minta untuk Adun tapi EXCO by EXCO semua dapat peruntukan lebihan supaya betul-betul ada suntikan kewangan yang langsung dalam negeri membantu menjana sumber ekonomi Negeri serta rakyat. Sekian sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Simpang Pulai. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Air Kuning untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan, 20 minit daripada sekarang.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Timbalan Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi laluan kepada saya untuk bersama-sama membahas pembelanjaan bagi tahun 2022. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan bajet dengan penuh bergaya dan yakin. Walaupun bajet kali ini bersifat defesit, kita faham negara kita dan negeri kita dilanda pandemik 19 selama 1 tahun setengah mengakibatkan sektor ekonomi mengalami penurunan hasil amat ketara sekali terutama sektor industri mahupun sektor usahawan rakyat dan juga pendapatan rakyat. Ramai dikalangan rakyat jatuh miskin dari kategori M20 jatuh ke M40 dan jatuh ke P20. Oleh itu sebab negeri hari ini telah menduduki tangga keempat dari negara-negara miskin selepas Kelantan, Sabah, Sarawak barulah diikuti Perak. Ini adalah merupakan satu tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri bagaimana nak meningkatkan pendapatan rakyat untuk mengatasi kemiskinan di negeri Perak. Sebagai sedia maklum, sepanjang tahun 2021 negara mengalami kenaikan harga barangan seperti ayam, telur ayam, minyak masak, roti dan sayur-sayuran.

Sebagai contoh harga proses meningkat dengan mendadak sepanjang tahun 2021 mencecah RM10 bagi sekilogram ayam yang hanya sekitar RM7 ke RM8 sebelum itu. Punca sepertimana yang telah diterangkan oleh Kementerian dan agensi berkaitan, punca utama kenaikan ayam adalah kerana kenaikan harga dedak menyumbang kepada kenaikan harga ayam hidup di peringkat tanah kemudian meningkatkan harga ayam proses tangkap burung dan runcit dan seterusnya kepada pasar-pasar yang ada. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia mengimport hampir 100 peratus keperluan bahan dedak dari luar negara. Tahun lepas sahaja kita mengimport 3.85 tan juta jagung bernilai RM3.3 bilion dan 730 ribu tan kacang soya dengan nilai 1.3 bilion dari negara seperti Argentina dan Brazil. Kebergantungan Malaysia kepada pengimport Komuniti jagung kacang soya memberi kesan kepada harga ayam apabila harga jagung meningkat secara mendadak semasa wabak Covid-19 ini melanda antara 300 hingga 400 USD sepanjang dua tahun lepas meningkat sehingga 800 USD manakala sekitar 600 sekarang sekarang kacang soya sebelumnya sekitar 900 USD dan sekarang 1200 USD. Antara punca kenaikan komuniti ini adalah kerana cuaca kemarau berpanjangan yang mengurangkan pengeluaran jagung dan kacang soya di ladang-ladang ditambah pula dengan permintaan melonjak selepas ekonomi dibuka seluruh dunia terutama permintaan yang agak tinggi daripada negara seperti USA dan negara China.

Apabila penawaran terhad permintaan meningkat kita semua tahu apa yang akan berlaku pada harga barangan tentunya akan meningkat. Begitu juga dengan harga-harga gandum yang merupakan ramuan utama untuk membuat roti, harga komuniti ini meningkat secara mendadak daripada 500 USD kepada 850 USD meningkatan harga runcit yang menampung kos harga hasil yang kita perlu faham bahawa harga komuniti antarabangsa termasuk komuniti yang dihasilkan dalam negara kita mengikut kuasa pasaran di luar kawalan kerajaan. Sama seperti harga minyak mentah antarabangsa untuk menghasilkan petrol dan diesel dia bergantung kepada supply dan demanded dalam pasaran antarabangsa secara kebetulan sepanjang tahun 2017 hingga sebelum Covid-19 melanda pada tahun 2020 harga komuniti ini stabil kekal sejak kebelakangan setahun itu. Sama ada harga sayur-sayuran akan meningkat dengan begitu mendadak sekali faktor musim seperti cuaca yang sayur seperti di Cameron Highland terdapat juga komponen input yang meningkat harganya iaitu baja dan meningkat harga untuk menghasilkan sayur-sayuran di samping itu Malaysia juga mengimport sayur-sayuran tertentu daripada luar untuk memenuhi keperluan pengguna contohnya cili dan kubis bulat yang melebihi 65% import dari negara seperti Thailand juga mengandung musim tengkujuh yang berlarutan. Langkah jangka pendek untuk mengatasi perkara ini. Semua ini bukanlah bermakna kerajaan tidak mengendahkan langsung kuasa campur tangan dengan melakukan demonstrasi membantu mengurangkan beban pengguna terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan seperti telur ayam minyak masak roti dan sebagainya.

Pertama sebagai langkah jangka pendek Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RM262 juta untuk menampung kos petani dan peladang yang terkesan dari kanak-kanak dengan sasaran untuk membantu mengawal kenaikan harga runcit kepada rakyat. Selain itu penguatkuasaan yang lebih ketat wajar dilaksanakan di saat- saat ini memastikan tidak ada orang tengah yang ambil kesempatan menaikkan harga atau margin keuntungan yang berlebihan.

Saya yakin usaha-usaha ini kemungkinan sedang dirancang oleh MATI, MOF dan KPDNHEP untuk keputusan dan tindakan segera kedua seperti yang di cadang oleh KPDNHEP. Kerajaan boleh memberi subsidi diimport di peringkat pengeluaran contohnya seperti harga dedak kepada penternak untuk mengurangkan kos menternak ayam dalam bajet 2022 Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion subsidi untuk intensif benih padi dan baja. Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini hanya untuk jangka pendek dan tidak akan masalah struktur iaitu kadar import yang terlalu tinggi

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Ayer Kuning.

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Bukan kacau, saja cadangan. Terima kasih Yang Berhormat Air kuning saya nak mohon pandangan Air Kuning, Air kuning bawa isu pasal harga tidak tentu pihak yang tidak bertanggungjawab tu jadi nak naikkan harga berkenaan. Apa pandangan Air Kuning dengan intervensi barangkali kalau Kerajaan Negeri sudi nak campur untuk membeli atau melongok apabila wujudnya ekonomi di mana supply turun lepaskan longgokan untuk turunkan harga itu satu, keduanya untuk pihak kerajaan negeri melalui agensi yang ada SADC atau mana-mana agensi persekutuan pun untuk menyalurkan peruntukan yang secukupnya untuk membuat Penyelidikan dan kajian untuk mewujudkan dedak yang lebih efisien dari segi dia dia dan juga harganya apa pandangan Ayer Kuning.

Ok, YB saya rasa perkara ni baik dari mana kita kena telus untuk menentukan harga pasaran disenangi oleh rakyat dan sebagainya . So, kita sama-sama berdoa supaya apa yang diambil oleh kerajaan melalui itenvisi ini dapat dilaksanakan dengan jaya. Ok, langkah panjang matlamat utama sudah tentu ia mengurangkan pergantungan import kami bahan mentah seperti jagung baja import barangan seperti sasaran contoh dedak Malaysia perlu memperhebatkan usaha untuk menghasilkan dan menggunakan produk alternatif sebagai dedak. Pada tahun 2015, MPOB Universiti Putra Malaysia telah menghasilkan produk dedak berasaskan isirung sawit usaha seperti ini wajar diperhebat masalah pengeluar sawit dan tumpuan diberi secara R&D mendalam dilakukan perubahan yg perlu diterokai kebergantungan kepada kacang soya dan jagung akan berkurang kerana alternatif isirung sawit dapat digunakan sebagai dia dedak. Kerajaan juga melihat bagaimana untuk menggalakkan pertanian sayur yang punya nisbah penggantungan import yang tinggi seperti cili dan kubis bulat dalam Bajet 2022 kerajaan membuat insentif di bawah program jaminan bekalan makanan negara dengan program galakan techno PKS bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian dan juga bercadang menggunakan tanah terbiar yang dibangunkan oleh milik kerajaan persekutuan dan juga tanah Rizab Melayu di sewa kepada golongan belia yang berjawatan rendah bagi projek pertanian untuk meningkatkan hasil pertanian di samping memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan secara tidak langsung mengurangkan pergantungan negara kepada pengimport bahan makanan.

Isentif-isentif lain seperti program pembiayaan berjumlah RM1.25 bilion di bawah Agro Food Facilities yang disediakan oleh Agro Bank dan Bank Negara Malaysia melengkapkan usaha jangka panjang kerajaan untuk menstabilkan harga makanan dengan memastikan bekalan yang mencukupi dalam pasaran.

Di samping Itu semua ini dilihat terlalu perlahan kerajaan melalui syarikat pelaburan milik kerajaan boleh melabur di dalam penghasilan baja dalam negara jika tidak ada teknologi boleh dilabur dalam syarikat-syarikat baja di luar negara untuk memindahkan teknologi ke dalam negara ini sudah pasti bekalan baja negara akan bergantung kepada permintaan yang besar di negara-negara yang lain. Pergantungan yang tinggi import membawa risiko kepada negara harga eksport kepada negara memberi keutamaan kepada negara-negara yang mereka berlaku tahun lepas apabila Vietnam menghalang daripada beras untuk dieksport ke luar negara. Dasar-dasar kerajaan umum dilaksanakan adalah demi keselamatan peralatan makanan untuk menjamin bekalan makanan mencukupi pada harga yang berpatutan bagi menampung keperluan pengguna. Akhir sekali, sudah tentu penyelesaian terbaik adalah menyediakan pekerjaan mengangkat pendapatan isi rumah bagi rakyat negara ini untuk menampung kos penekanan sara hidup dengan insentif jaminan kerja yang diumum oleh Menteri Sumber Manusia, bahawa insentif peningkatan kemahiran boleh membantu rakyat meningkatkan pendapatan mereka.

Timbalan Yang di-Pertua

Ayer Kuning, ada dari Pasir Panjang.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Boleh? Ayer Kuning, sepanjang apa yang dibicarakan ialah berkaitan dengan kenaikan harga barang bersetuju ye, jadi mungkin ingin saya mencelah disini bahawa, showtaste kekurangan barang dan ini juga satu faktor yang perlu kita fikirkan. Saya ambil contoh, hari ini nak cari minyak sawit kampit yang berharga 1 kilo susah didapati. Walaupun diperuntukkan 5 kilo tetapi yang ada semalam saya dapat telefon daripada kawan bagi penjual-penjual kuih yang menggunakan minyak masak sebagai medium dan tidak boleh dapat. Sepatutnya mereka ni boleh berniaga tapi tak boleh berniaga. Sedangkan kita antara negara pengeluar minyak sawit.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Panjang, soalan.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

dan soalannya, bagaimana dan mengapa perkara ini berlaku sedangkan, hasil atau pun di panggil komersial port ini ada di negara kita, sekian terima kasih.

Untuk Yang Berhormat Pasir Panjang, dalam soal minyak 1 kilo ini, adalah minyak dalam kawalan kerajaan untuk rakyat dan harga bersubsidi pun 1 kilo RM1.50 satu beg. Oleh itu, pihak-pihak yang berniagakan harga bersubsidi beg plastik ini adalah dilarang dan salah. Pihak pembekal juga hendaklah menyediakan kuantiti yang telah ditentukan oleh jabatan berkenaan iaitu untuk kita mengatakan bahawa tidak boleh jual, memang tak boleh jual kerana ia adalah barang kawalan kepada kerajaan. Untuk cadangan kepada kerajaan negeri untuk pasal harga barangan tadi, syarikat integrator yang sedia hari ini seperti Leong Hup, Hwan Lai, SB, Reputalent, KL Supreme, Dinding Priority, Ayamas, KFC dan lain-lain. Syarikat bela ayam secara sistem kontrak, kebanyakan syarikat menawarkan kepada mereka yang ada reban ayam, membela ayam untuk mereka.

Antaranya syarikat yang menjadi integrator di Malaysia ialah Leong Hup daripada China, Dinding dari China, GSM dari China, CAB dari China, Wan Huat dari China, HPA dari Melayu dan CB daripada Thailand kerana syarikat ini adalah supply anak ayam, ubat ayam, makanan ayam secara hutang dengan integrator. Selepas ayam ini besar, ayam ini akan dibeli dibeli balik oleh syarikat setelah ditolak balik hutang-hutang pinjaman kos ayam, dedak dan ubat-ubatan. Cadangan saya kepada Kerajaan Negeri melalui GLC-GLC milik kerajaan buat sedemikian sama-sama berdaing dalam pembekalan ayam daging, khususnya untuk mengimbangkan harga ayam dan proses di Perak akan menjadi hub pengeluar daging ayam unggul di negera ini. Perak memerlukan integrator yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Perak sebagai contoh syarikat Entegrator Sdn. Bhd. Bagaimana pelaksanaannya, permulaan ESB bertindak sebagai orang tengah antara reban persendirian atau state owner dengan integrator pembekal ayam dan pembeli. Cara ini ESB akan memperoleh jumlah belian yang tinggi untuk anak ayam, secara langsung memberi ruang kepada ESB untuk nego dan mendapat harga anak ayam lebih rendah. target ESB pada permulaan untuk 1 juta ayam dalam satu kitaran. Dalam pencapaian 1 juta ayam tersebut, ESB akan memerlukan R&D untuk menghasilkan dedak dan makanan ayam dengan mulakan langkah-langkah menghasilkan produk berasaskan ayam. Apabila ESB mencapai 1 juta ayam dalam satu kiraan ESB sudah boleh menjadi integrator ESB akan menternak sendiri, melantik reban kontrak, memproses ayam, mengeluarkan produk pembekal ayam kepada pelanggan sendiri. Hasilnya faedah kawalan harga mengeluarkan dedak atau makanan buatan Perak.

Kedua, menjamin status halal-haram mengeluarkan produk berasaskan ayam. Ketiga, melahirkan usahawan-usahawan baru memperkenalkan teknologi industri 4.0 untuk memantau dan menguruskan reban ayam. Memperkenalkan formula ubat khusus untuk ayam. Untuk cadangan kedua, untuk menambah baik pulih Belanjawan 2022 Perak, pertama dari segi projek-projek sosial untuk dadah. Saya rasa perlu ditambah dan yang seimbang kerana ini adalah penting ditambah daripada RM300 ribu kepada RM5 juta. Sedia maklum, dadah adalah musuh negara dan negeri tiada gunanya negara maju tetapi rakyatnya terjebak dengan dadah durjana ini. Diharapkan dengan kenaikan peruntukan RM300 ribu kepada RM5 juta ini. Pertama alasannya, mahu mengaktifkan 15 persatuan anti dadah di peringkat daerah-daerah di peringkat negeri Perak ini dapat diperkasakan dengan anti dadah dalam kalangan masyarakat setempat. Rata-rata Pegawai Daerah adalah pengerusi persatuan PEMADAM daerah masing-masing. Kalau kita takdirkan satu daerah mendapat RM20 ribu untuk aktiviti setahun maka kalau 15 daerah belanja yang ditetapkan RM30 ribu habis begitu sahaja.

Oleh itu, seperti amalan dua tahun lepas bila kerajaan negeri meluluskan RM3 juta untuk dibelanjakan oleh Exco dan RM2 juta dibelanjakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri kita bantu sekolah-sekolah yang pelajar terlibat dengan dadah terutama daerah Kinta, Perak Utara, Batang Padang dan Perak Tengah seorang pelajar untuk test urine adalah RM10 setiap tahun kerajaan negeri membelanjakan pelajar melalui unit dadah ini berjumlah 100 ribu ujian test urine kepada pelajar yang sering ponteng di sekolah. Yang kedua, untuk membina bilik sumber anti dadah sekolah-sekolah wajib diadakan. Pusat pemulihan kerajaan seperti rumah pengasih di Gopeng, pusat pengasih swasta di Kuala Kangsar, di Pangkor, di Perak Tengah perlulah dibantu dipantau untuk seiring dengan acuan Kerajaan Negeri Perak. Di bawah Exco yang menjalankan kerja-kerja pengurusan negeri dan juga memantau 15 PEMADAM daerah mestilah mengadakan mesyuarat di peringkat PEMADAM negeri dan sama ada MB atau Exco menjadi promosi untuk memantau perjalanan pencegahan, dadah mengadakan program pencegahan dadah dan juga jabatan berkaitan. Seterusnya peruntukan NGO juga ditingkatkan daripada RM1 juta kepada RM5 juta, alasan NGO bersedia memikul tanggungjawab, selaras dengan pelbagai pendekatan diambil oleh kerajaan negeri terutama dalam berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial. Mereka diharapkan memainkan peranan sebagai suara ketiga dalam menarik rakyat, lebih-lebih lagi apabila mereka dilatih dan dibentuk bertindak sebagai penyalur maklumat yang telus, yang dilatih oleh kepakaran IDR. Tindakan strategi NGO 2016-2020 menggariskan 9 fokus utama. Antaranya pembangunan kapasiti NGO belia dan wanita. Kedua, keselamatan dan kesihatan rakyat. Ketiga, isu sosial kebajikan masyarakat penyayang, komuniti keluarga Malaysia. Yang keempat, pembangunan usahawan dan peningkatan ekonomi masyarakat. Yang kelima, asas keagamaan integriti keadilan. Yang keenam, kebersihan dan kelestarian sekitar. Ketujuh, penyampaian maklumat dan media sosial. Kelapan, pendidikan pengguna.

Yang kesembilan, pendidikan dan juga integrasi nasional. Dalam PKS ini, diharapkan menjadi rujukan bagi setiap badan NGO yang di bawah penguasaan IDR untuk bertanggungjawab, melaksanakan memperkasakan NGO-NGO negeri Perak. Saya difahamkan, NGO di negeri Perak lebih kurang daripada 7,000 itu hanya aktif 2,500 badan-badan NGO yang ke arah satu kemakmuran keluarga. Dengan cadangan penambahan RM5 juta ini wajar selaras perkasaan NGO berkehendak semasa IDR. Peruntukan ini boleh diberi kepada NGO hendaklah mendapat kelulusan daripada IDR dan Exco berkenaan bersyarat mesti kursus dalam IDR dan akhirnya sebagai isu kawasan isu alam sekitar di kawasannya penceraman sungai air, pencemaran sungai yang harus diatasi dengan terperinci tentang libatkan air, makanan, pencemaran antara sungai yang dimaksudkan Tasek, Sungai Kantan, Sungai Pari, kawasan industri menyebabkan pencemaran sungai-sungai. Pihak Berkuasa perlulah bertanggungjawab memantau sungai-sungai ini agar masalah pencemaran dapat diatasi sebaiknya.

Daerah Batang Padang seperti Sungai Bidor, Sungai Batang Padang akibat pencemaran industri ternakan khinzir dan yang lain contoh Sungai Padang, Sungai Bidor contohnya Kampung Chang. Kedua-dua sungai ini dianggap serius kerana hampir 20 tahun diajukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemohon Daerah tetapi tidak tapi nak tidak mengambil tindakan sewajarnya. Ladang khinzir ini sebagai contoh di Ladang Tai Sing Estate di Air kuning sebelah rumah saya sendiri berbau najis khususnya Tanjung Keramat, Kampung LC Redang Punggur, Kampung Air Kuning amat mendukacitakan sekali. Bila pemeriksaan dilakukan setiap minggu paling kuat bau yang kuat yang menjijikkan penduduk tempatan di rumah di siang hari dan makan tidak boleh hidang kain cuci tak boleh disidai dan masjid-masjid ditutup dengan menggunakan hawa dingin. Sudah-sudahlah YB Timur cukup 25 tahun kampung ini menderita tiada tindakan diambil Walaupun usaha dalam Jawatankuasa Pemohon Daerah dibuat pertemuan antara penternak dengan pihak kerajaan telah diadakan dan mereka sanggup untuk menggunakan sistem baru pig farming tetapi masih tidak berlaku. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya kandang-kandang yang telah diberi warning ini diambil tindakan segera ataupun ditutup dan sebagainya. Masalah saya katakan sebelum ini asingkan kawasan-kawasan perumahan bersebelahan Sekolah Tahfiz, bersebelahan masjid di kawasan-kawasan orang Melayu dan kalau ia menjadikan sentimen orang Melayu khususnya di kawasan itu. Dan saya juga difahamkan kawasan pemohon telah pun memohon kepada pejabat tanah untuk di wartakan kawasan farm khinzir di situ. Saya sebagai rakyat kawasan itu membantah sekeras-kerasnya jika Kerajaan Negeri beri setarafnya farm di situ ladang khinzir matlamat kita 25 tahun. Mengambil ikhtibar bahawa tidak ada masa untuk kita layan dan saya khuatir rakyat di situ akan bangun menentang kerajaan pada masa akan datang.

Pencemaran Sungai Padang. Sungai Batang Padang hasil penemuan kilang sawit Tai Seng Air Kuning apabila hujan lebat berlaku takungan air kolam ini dilepaskan ke Sungai Batang Padang merayu dan memohon pihak jabatan berkaitan mengambil tindakan sewajarnya kerana memberi kesan kepada petani-petani sawah padi di Sungai Manik dan juga Labu Kubung tidak menjadi akibat pencemaran air, air minyak ini. Tindakan awal dari DUN Air Kuning dan Pegawai Daerah telah berbincang dengan syarikat namun masih terjadi pembuangan sisa kumbahan dan takungan mereka dan akhirnya Sekolah Menengah Tahfiz Batang Padang. Sekolah Menengah Tahfiz Batang Padang dijangka siap tahun 2018 akibat pertukaran Kerajaan Perak pembinaan sekolah ini telah ditangguhkan sehingga 2021 dan surat penyerahan sekolah telah pun dibuat pada pertengahan Ogos September 2021. Untuk makluman Sekolah Menengah Tahfiz ini beroperasi dan telah meletakkan pelajar perempuan seramai 95 orang, guru 24 dan staf pentadbiran lima orang. Pandangan saya sekolah yang dibina mencecah RM30 juta dengan kapisiti pelajar 300 pelajar perempuan dalam satu masa merugikan rakyat sepatutnya kerajaan membantu pengambilan pelajar baru melalui temuduga atau secara online saja kepada pelajar perempuan yang minat khas di Jabatan Agama Islam Negeri. Saya mohon kuota 30% adalah terdiri pelajar-pelajar daripada Tapah. Semasa pembentangan kertas kerja tempohari

Yang di-Pertua

Ayer Kuning, minta Titi Serong sila.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Ayahanda Air Kuning berkenaan dengan Tahfiz Al Ridzwan, Sekolah Tahfiz Al Ridzwan. Kita lihat sekarang ini banyak sekolah-sekolah tahfiz yang bermasalah dari untuk menguruskan perbelanjaan tahfiz mereka maka berlakunya keciciran pelajar-pelajar tahfiz ini disebabkan ketidakmampuan pengurusan tahfiz meneruskan sesi pembelajaran. Jadi saya bolehkah Air Kuning bersetuju dengan saya kita Kerajaan Negeri perlu mengenalpasti sekolah-sekolah tahfiz yang tidak berkemampuan untuk menguruskannya boleh menyerap anak-anak pelajar tahfiz ini ke mana-mana sekolah tahfiz milik Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua

YB masa dah lebih, saya bagi 3 minit lagi.

Ok. Saya tak boleh jawab sekarang sapa yang dia tanya itu secara spontan. Saya nak juga maklumat tepat Sekolah Menengah Tahfiz Ar Ridzwan ialah sekolah-sekolah yang dipilih oleh kerajaan sudah pasti perjalanan sekolah itu cukup baik sekali tapi sebagai yang tadi mungkin sekolah-sekolah biasa yang diiktiraf sebagai sekolah menengah tahfiz menjadi masalah. Yang itu kena lihat ke jabatan-jabatan berkenaan untuk dinaik taraf dan sebagainya. Ok, so akhirnya semasa pembentangan kertas kerja tempoh hari, padang permainan tidak dapat dibina dan ditukar untuk membina dewan serbaguna tertutup. Malangnya selepas kerja-kerja siap dewan serbaguna tidak dibina. Sudah pasti mendatangkan masalah kepada guru dan pelajar perempuan untuk beriadah dan juga sekolah untuk mengadakan peperiksaan umum yang lebih selesa. Cadangan ini memohon Kerajaan Negeri untuk memberi peruntukan tambahan untuk membina dewan serbaguna tertutup bagi Sekolah Agama Tahfiz Batang Padang, Air Kuning ini dan juga membina sebuah surau dan kantin yang selesa bagi secepat mungkin kepada pelajar dan lain-lain projek dan saya juga mohon Kerajaan Negeri supaya projek-projek permohonan tertangguh diletakkan dikelolakan oleh PKNP sedia dilaksanakan dengan segera memandang projek itu telah diluluskan dan wang telah disimpan di tabung PKNP.

Sebagai contoh pembinaan baru Masjid Kampung Banir berjumlah RM1.0 juta, pembinaan Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Sains Tapah RM400 ribu dan lain-lain projek di daerah lain masih tertangguh di bawah PKNP dan saya berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera supaya projek yang lulus dan duit parking ke jabatan berkenaan ambil balik. Jangan jadikan surplus pada bajet tahun lepas. Akhir kata saya ucapkan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan bajet dan saya percaya bahawa apa yang saya katakan tadi untuk menambah, tambahlah. Kita sebagai negara menjadi negeri maju sepastinya kita nak kapasiti rakyat dalam keadaan aman dapat maklumat dan sebagainya. Saya harap ianya dapat dikatakan dapat dikotakan supaya penambahan-penambahan saya katakan dapatlah diadakan sebaik mungkin. Akhir kata saya mohon ampun dan maaf dan terima kasih kepada Yang Amat Menteri Besar, barisan Exco dan tuan-tuan, puan-puan yang terlibat bagi menjayakan Belanjawan 2022 kali ini. Ayer Kuning menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Air Kuning. Sekarang ini saya jemput dipersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji, 20 minit ya.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli seisi dewan, Ketua-ketua Jabatan atau rakyat Perak yang sedang menonton di luar sana melalui youtube live. Dunia kita masih dalam sesuatu kejutan. Kejutan aggregate demand dan aggregate supply atau dalam Bahasa Perak kita kejutan penawaran dan permintaan. Yang bermaksud apa? Yang bermaksud apa dalam bahasa orang marhaen. Dari sudut penawaran atau supply side banyak sektor ekonomi baik pengeluaran mahupun perkhidmatan yang menguncup atau lebih banyak lagi yang tutup terus. Menyebabkan kepastian keluaran turun mendadak kurang pengeluaran kurang pendapatan kurang hasil kurang duit. Sudah permintaan atau demand pulak ramai dikurangkan atau hilang kerja dan mata pencarian. Maka kuasa membeli atau wang tunai yang mengalir dalam pasaran secara keseluruhan juga turun mendadak. Tak ada duit jugak. Pandemik melanda yang menawar dan ditawar kurang, kuasa dan kemampuan membeli juga menguncup dan inilah maksud aggregate supply dan demand shock atau kejutan permintaan dan penawaran dan inilah sebenarnya krisis yang sedang kita alami selain dari krisis kesihatan. Ini belum masuk lagi golongan yang kaya dan berada dan tak sior nak belanja, tak nak belanja dan tak nak melabur kerana ketidaktentuan ekonomi. Dia sebenarnya sangat tentu. Tentu menguncup, tentu kurang lebih-lebih lagi kalau kerajaan pun tak belanja.

Yang ada tak sior belanja, yang tak ada tak kuasa nak belanja. Yang nak belanja dikurangkan pula tempat belanja atau tempat untuk barang dibeli kerana tak ada orang nak belanja yang buat pun yang pihak yang membuat yang mengeluarkan terpaksa tutup kedai sebab tak ada orang nak beli. Pasaran nampak dan rasa dingin tak membawa keyakinan pelabur, pelabur pula tahan pelaburan apatah lagi pelabur baru menambah pelaburan. Belum masuk lagi yang pindah pelaburan malah tarik pelaburan atau tutup kedai terus. Kitaran ganas atau business cycle ini kitar mengitar. Nak buat macam mana? Tang mana kita nak cari duit ke mari? Inilah soalan dia dan sebenarnya jawapannya tidak lain dan tidak bukan perbelanjaan kerajaan tak kisah Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Tak ada, tak ada jawapan lain. Tak ada solusi lain dan ini bukan teori ciptaan Pasir Pinji. Ni bukan teman yang labun. Ini adalah asas dan kelaziman pengurusan fiskal mana-mana kerajaan yang demokratik di seluruh dunia malah ada kerajaan yang tak demokratik pun buat begitu.

Memungut dan menyimpan pada tika pembangunan dan pertumbuhan membara secara pesat, melabur, menabur, memperkasa dan membelanja pada waktu penguncupan dan darurat. Inilah apa yang dimaksudkan atau adalah intipati kepada keynesian economics yang telah diiktiraf oleh pakar-pakar ekonomi dan telah diangkat sebagai dasar fiskal bagi mengatasi dan mengatasi krisis kewangan di kebanyakan negara-negara di dunia kebelakangan ini atau bahasa ekonomi yang kurang marhaennya adalah counter signal fiscal budgeting atau fiscal management.

Malangnya, dalam belanjawan negeri Perak kita pada tahun ni saya tak nak sugar coat yang ikutkan barangkali adalah belanjawan yang paling signifikan dan paling penting memandangkan kita dalam usaha untuk memulihkan ekonomi kita yang parah dan agak tenat. Kerajaan memilih bukan sahaja tidak meningkatkan perbelanjaan malah menguncup lagi peruntukan berbanding tahun lepas. Ni tadi kita pun dengarlah ada berapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat kata 12% menurun tahun ni berbanding tahun lepas.

Dan bagi saya ada beberapa isu yang spesifik dan mendasar yang perlu kita tanya Ok, itu tadi microeconomics tetapi berkenaan dengan isu-isu dan dasar-dasar yang telah dijanjikan dan telah dinyatakan diumumkan oleh kerajaan yang sekarang saya kena tanya kalau tak ada duit ni kerana kerajaan pilih. Ni memang hak kerajaan pilih untuk kurangkan perbelanjaan, saya nak tanya soalan-soalan yang berikut. Apa ni Yang Berhormat Rungkup tak ada dengar dia kurang sihat. Jadi kita doakan kesihatan dia secepat mungkin supaya boleh kembali ke dalam Dewan dengan kita.

New investment kat Perak ni apa industri baru dan dah masuk sehingga kini yang bakal masuk dan berapa lagi yang nak masuk belum masuk tengah dirunding untuk masuk, berapa peluang pekerjaan yang telah dan bakal diwujudkan dan apakah implikasi kewangan dan sumbangan jumlah pekerjaan dan jumlah KDNK sumbangan KDNK yang bakal masuk untuk tahun 2020-2022 ini. Ini tak sebut dalam bajet. Sebenarnya kita perlu ada sedikit sinar harapan dalam bajet ni yang teman tak rasa adalah tak dengar.

Kedua, apa perkembangan terkini pelan rancangan di bawah Silver Valley? Sejauh mana tahap pelaksanaannya sehingga kini? Kita dengar cerita tapi tak nampak keberkesanannya dan pelaksanaannya.

Ketiga, apa rancangan belia dalam memperkasa agenda anak-anak muda khususnya di luar bandar dan apa aktiviti yang dilaksanakan selain daripada pertandingan E-Sport? Saya minta maaflah sebab saya memang tak nampak. Mungkin ada perancangan dan ini adalah Yang Amat Berhormat sebut pagi tadi. Ini untuk perbahasan dan perlu dibahas. Saya nak mohon pencerahan daripada wakil-wakil kerajaan pula. Apakah aktiviti yang bakal dibawa yang mungkin ada kesan ekonominya di luar bandar mahupun di bandar untuk anak-anak muda yang mungkin akan bawa kesan ekonomi. Kita harap ada kesan ekonomi.

Keempat, Mengapa peruntukan Dewan Belia dikurangkan secara mendadak? Apa perancangan seterusnya pada tujuh usul yang telah diluluskan pada Persidangan Dewan Belia baru-baru ni? Bagaimana nak pastikan usul benar-benar dapat dilaksana kalau duit untuk adakan persidangan pun dah dipotong? Anak-anak muda kita Dewan Perwakilan-Perwakilan Dewan Belia kita sewaktu kami jadi kerajaan, saya bukan-bukan nak cakap cerita-cerita silam tetapi kita nak memperkasakan perwakilan-perwakilan kita untuk bawa agenda mereka untuk dilaksanakan bukan sekadar nak labun dalam Dewan. Bukan nak gelak tiak dalam Dewan. Kita nak depa laksanakan dan untuk laksanakan kena ada peruntukan supaya benda itu boleh turun.

Kelima, apakah hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh IDR di bawah tajuk "Kajian Persediaan Pasca Pandemik dan Endemik Covid-19 negeri Perak" yang digerakkan melalui Perwakilan Dewan Belia. Ni teman nak tanya nak tahu juga apa dia punya hasil? Apakah, adakah akan ada hasil ekonomi, kesan ekonominya juga. Biar saya habis 8 point dulu lepas tu masuk boleh?

Keenam, nyatakan statistik terkini jumlah usahawan muda yang telah dibantu oleh Seketariat Usahawan Negeri Perak (STeP)? dan apakah bentuk bantuan yang telah diberikan bagi membantu usahawan muda ini? Bagaimana kita nak meningkatkan perbelanjaan, meningkatkan ekonomi dan aktiviti ekonomi kalau usahawan ini sekarang yang ketandusan modal di luar sana aliran wang tunai pun tak ada pun, macam mana depa nak usaha? Nak usaha apa? Dan ketujuh, inisiatif GBS. Perkara ini pernah saya gaduh dengan Temenggor dulu pasal GBS di Ipoh. Adakah syarikat-syarikat sedia ada sebelum ini masih beroperasi dan ramai yang memang waktu itu ada beroperasi dan adakah terdapat pertambahan bilangan syarikat sehingga kini? Jika ada, sila nyatakan berapa pekerjaan yang masih ada dan mereka bakal nak wujudkan dalam tempoh akan datang dalam tempoh 2022? Kelapan, mengapa peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam di potong separuh? Kenapa peruntukan sekolah-sekolah SRKJ(C), SRKJ(T), sekolah mubaligh, SUWA dipotong? Dulu hanya kumpulan ini dapat RM4.8 juta sekarang campur sekali dengan SK pula RM4.5 juta? Sebab di situ pun ada kesan ekonomi supaya sekolah yang daif diusangkan lebih kalau ada kontrak-kontrak kecil untuk pembaikan Itu pun ada kesan sampingan ekonominya. So, inilah soalan yang mungkin Changkat Jong nak tanya.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Terima kasihlah Pasir Pinji. Saya tertarik dengan berkaitan dengan industri tadi. Unjuran untuk pendapatan ataupun perancangan industri untuk masa depan tahun 2022 juga penting tetapi apa yang lebih penting adakah Pasir Pinji setuju selain daripada unjuran perancangan tetapi penyediaan tapak industri terbina untuk negeri Perak ini adalah satu kunci utama untuk menarik pelabur dan mendapat pelabur untuk jangka panjang dan lagi satu adakah apa pandangan Pasir Pinji kita lihat daripada dulu hingga hari ini peruntukan-peruntukan yang dipohon dan disalurkan ke tempat industri tertentu saja. Kalau di Ipoh, di Ipoh. Kalau di Kamunting, di Kamunting. So, Ia tidak membantu daerah-daerah lain dalam mewujudkan peluang-peluang baharu, peluang-peluang ekonomi, peluang-peluang pekerjaan. Inilah yang menjadi isu dan masalah di seluruh negeri Perak sebab tidak ada perkara-perkara ini diambil berat dan dilaksanakan. So, apa fungsi sebenarnya agensi-agensi seperti Invest Perak, agensi lain yang sepatutnya berperanan bukan sahaja menumpu satu tempat untuk dibangun semata-mata tetapi mengambil kira dari segi pembangunan keseluruhan di negeri Perak ini. Terima kasih.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Changkat Jong. Saya setuju berkenaan dengan tapak pelaburan atau sediakan tapak-tapak untuk orang melabur atau orang berniaga. Itu adalah satu perkara yang sangat penting. Saya yakin negeri kita kaya dengan sumber tanah bukan sahaja sumber tetapi tanah-tanah di mana memang wujudnya tempat tetapi kita hanya kurang transaksi iaitu orang nak mencari, orang nak melabur, orang nak ambil lease 50 tahun, 60 tahun, 99 tahun tapi transaksi ini ambil masa yang lama. Jadi transaksi kurang maksudnya hasil pun kita kutip kurang. Apabila tak ada transaksi, lepas transaksi pun nak dapat kelulusan ini kelulusan itu pun pening juga. Jadi transaksi dan untuk mempercepatkan dan menfasilitasikan transaksi-transaksi selepas pembelian atau penyewaan atau lease hold sudah dibagi itu pun penting supaya depa ambil tanah dah bayar premium terus boleh berniaga, terus boleh cangkul, bolehlah mula bina kilang-kilang depa.

Saya setuju dan ini sebenarnya adalah satu tanggungjawab dan kewajipan pihak agensi-agensi seperti Invest Perak dan GLC-GLC yang lain. Saya setuju tetapi kita perlu meningkatkan keberkesanan dan efficiency agensi-agensi kita untuk pastikan yang melabur boleh terus dan secepat mungkin melabur, melabur yang membawa pekerjaan-pekerjaan. Itu satu. Kedua berkenaan dengan mengapa masih dan hanya tertumpu kepada tempat-tempat yang lain. Saya masih ingat waktu pihak sebelah sini duduk sebelah sana kita telah adakan Perak Investment Ekspo dan waktu itu agensi yang lead adalah Invest Perak dan waktu itu telah kita buat satu arahan dan satu cadangan yang disambut sangat baik untuk senaraikan satu atau ada satu inventory aset GLC-GLC yang dipegang oleh mana-mana agensi kerajaan yang bersedia bersiap siaga untuk menerima pelaburan tetapi selepas itu tak lama kerajaan tumbang, banyak benda yang tak jadi tetapi itulah antara benda-benda yang pada waktu itu kalau kita tengok peta aset-aset yang ada memang merangkumi keseluruhan Perak, dari Sungai Hantu sehingga ke Bagan Datuk. Dari memanglah dari Teluk Intan sampai mungkin Kenering pun ada.

Ada banyak tempat cuma ialah dia punya update kurang kerana dia punya direction dan fasilitasi itu mungkin kurang. Saya bukan nak tuduh siapa-siapa tetapi ini adalah sesuatu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Changkat Jong ada wujudnya sedikit kekurangan efficiency dari segi pelaksanaan dengan kita nak cari orang untuk melabur. So, saya nak balik sini ok ya. Tadi 8 soalan yang yang saya bangkitkan tadi. Jadi saya mohon Exco-Exco, wakil kerajaan boleh memberi sedikit keterangan atau sedikit sinar harapalah sebab sekarang ni nampak macam gelap sangat sebab tak nampak ada jawapan-jawapan yang akan memuaskan hati tapi harap-harap adalah, kita bersangka baik dan sedari bahawa mengikut pengakuan YAB MB sendiri pada pembentangan 12 tahun berturut-turut kita telah mencatat surplus dan kita tahu juga dalam akaun disatukan kita punya kekuatan sebanyak sekitar RM1.285 billion kalau tak silap pada hujung tahun 2020, bukanlah kata reserved tapi itulah duit yang kita ada.

Kalau kita potong apa yang kita bakal nak ambil keluar untuk dibelanjakan tahun ni pun masih ada RM900 lebih juta. Apa salahnya untuk kita ambil lebih ya defisit meningkat tapi inilah saat untuk kita belanja kalau bukan sekarang bila? Nak simpan menyimpan buat apa. Sekarang orang kat luar memang susah, ketandusan aliran wang tunai dan kalau kerajaan tak belanja siapa lagi nak belanja. So, kita berkewajipan untuk memastikan kita menabur dan melabur apa dan seberapa yang perlu supaya rakyat kita yang terperangkap dan hampir lemas di lurah lembangan boleh diselamatkan dan dikembalikan ke tanah rata dan disiap siagakan supaya depa untuk kembali sihat dan tekun mendaki ke puncak kegemilangan nanti. Dengan budaya politik yang baru yang telah kita lahirkan dan zahirkan sehingga kerajaan pusat pun mengambil kita sebagai rujukan. Kita Negeri Perak dijadikan rujukan kepada kerajaan pusat. Dengan kekuatan pengalaman tidak kurang daripada seorang

Menteri Besar yang ada, 3 orang mantan Menteri Besar yang ada dalam Dewan ini, dengan 10 orang Exco yang ada, dengan 10 orang lagi mantan Exco, dia bukan 10 tambah yang masih ada, dia 10 lagi dengan mantan yang ada pun 10. Jadi 10 Exco 10 mantan Exco kita punya satu Dewan yang cukup handal tapi bajet ini adakah hasil gemblengan penggemblengan kita semua yang hebat-hebat ini.

Bukanlah teman hebat sangat tapi kalau kita kumpul semua kita memang hebat dan handal tapi tak nampaklah. Saya amat kecewa, saya guna istilah kecewa. Saya minta maaf YAB Menteri Besar, saya kecewa dengan apa yang telah dibentangkan yang sebenarnya agak biasa-biasa malah nampak tak tentu hala dan sangat konservatif untuk menghadapi cabaran kita yang lebih luar biasa dari luar biasa. Saya faham kita hidup dalam zaman yang luar biasa tapi kita juga perlu mengambil tindakan menggorak langkah yang luar biasa dan saya inginlah, ini adalah satu saya nak ajak supaya rakan-rakan Ahli Yang Berhormat untuk kita gembleng segala tenaga dalam dewan ini untuk berunding, berbahas meminda belanjawan ini sekiranya ada ruang lingkup secara profesional dan berjiwa rakyat demi rakyat supaya kita boleh meningkatkan dan menambah perbelanjaan biarpun defisit lebih besar supaya kita dapat menyampaikan yang terbaik dan yang diperlukan oleh rakyat kita pada saat yang genting dan derita ini. Saya bukan orang yang hanya tanya soalan, saya bukan hanya nak cari salah. Saya nak bagi solusi juga. Bagi saya ada beberapa orang putih cakap don’t hanging fruits.

Sektor-sektor ekonomi yang memang senang dan mudah dicapai, senang mudah untuk kita ada hasil dan keluaran positif. Saya ambil contoh saya terlibat dalam penyampaian vaksin kepada rakyat di kawasan saya atau di sekitar Kinta tetapi dengan vaksin yang ada kita ada vaksin, dengar ramai rakyat lagi yang belum dapat booster dengan ambil contoh di kawasan saya ini masuk kawasan sikit. Dalam dua tiga minggu yang lepas ni letup tiba-tiba ramai yang dijangkit tetapi masalah sebab dia datang daripada tempat awam. Puncanya dari tempat awam dan apabila kita semua tahulah bila datang dari tempat awam ramai yang berkumpul, ramai yang berniaga kat sana, kita susah nak trace, kita susah nak kesan dia datang dari mana so kita kena buat mass testing ujian besar-besaran tetapi bukan senang nak cari pihak sebab memang KKM pada saat ini seperti dua tahun yang lepas depa ni sibuk sampai memang tak kuasa nak hantar orang untuk buat mass testing. Saya pun faham, saya kasihan tetapi bukannya tak ada orang di luar sana yang boleh mengendalikan kontrak-kontrak atau event-event atau masa di mana kita ajak satu team datang mess testing untuk sehari dan di situ ada peluang untuk Kerajaan Negeri keluarkan peruntukan untuk mereka belanja duit untuk mereka menjalankan tugas yang amat penting ini untuk kita mengekang penularan wabak tapi dalam dua tiga hari ini memang susah saya nak cari jadi saya apa nama saya Exco Kesihatan saya mohon bantuan, saya minta tolong supaya sekiranya boleh tolong sama ada kita kerah anggota KKM atau JKN atau boleh fasilitasi untuk kita adakan mess testing di kawasan saya sebab baru pasar saya, baru tadi tengah bahas pun dapat call nampaknya ada laporan, kita dah bagi test kit, ramai yang call balik kata YB saya dah kena. Macam mana? Aku nak buat apa? So saya mohon, memang mohon pertolongan.

Di situ ada walaupun dia satu ancaman, satu permasalahan tetapi di sebaliknya ada peluang-peluang ekonomi. Mass testing van, mass testing operation, vaccination booster operation dan sebagainya. Di sini ada peluang, care economy. Kita tahu dalam dua tahun yang lepas ramai yang saya pun kadang kala susah nak cakaplah sebab ramai betul-betul keluarga dengan tiga orang anggotanya tiba-tibanya dua orang menimpa maut mati dari covid tinggal sorang dan yang tinggal seorang tu yang paling tak sihat yang ada yang terlantar. Siapa yang nak jaga deme ni? Tak ada. Adakah kita nak harapkan KKM pada ketika mereka memang sudah hampir nak tercekik dah. Tak cukup anggota. Siapa yang nak menyampaikan penjagaan yang golongan ini diperlukan. Di situ juga sebenarnya kerajaan punya tanggungjawab dan boleh ada wang cukup untuk belanja masukkan aliran wang tunai sedikit melalui operator-operator penjagaan yang mobile. Ini saya mohon pertimbanganlah. Kalau kita nak cari di mana kita boleh kita boleh belanja dan dimana perlu perbelanjaan yang memang secocok dan selaras dengan keperluan sekarang. Ada yang lebih positiflah bukan yang jump and gloom, orang mati orang suka orang sakit. Kita di Negeri Perak ni penuh penuh dengan harta warisan yang cukup hebat kita punya tanah yang subur, kita punya rakyat yang anak-anak Perak yang begitu kreatif dan inovatif tetapi boleh gabung sekali dengan tanah alam semulajadi kita. Kita boleh wujudkan inisiatif-inisiatif agrotourism sama ada nak bagi TOL, tanah orang buat homestay dia boleh ajak orang datang duduk homestay, caj duit sedikit boleh untung sambil minta orang tolong pelancong yang datang tolong cucuk tanam.

Itu adalah satu yang allow hanging food yang boleh ni saya mohon pertimbangan daripada Exco Pertanian, Agro Tourism, Culture dan History Tourism. Kampung Baru Negeri Perak punya 160 Kampung Baru, Kampung Baru Cina di Perak, ok. Antara yang terbesar di Negeri Perak adalah kawasan teman. Kampung Baru Pasir Pinji di mana cukup mewah sejarahnya untuk kita kaut keuntungan demi rakyat sekiranya kita boleh wujudkan seperti yang saya sebut dalam libat urus apa nama bajet awal lagi. Kalau kita boleh wujudkan satu muzium-muzium sejarah Kampung Baru museum interactive di mana kita boleh ajak orang orang bukan Perak, orang Selangor, orang Penang ke orang Siam dari Thailand ke orang-orang Indonesia yang sekarang orang Singapura dan yang dah boleh main melancong kat sini.

Depa datang nak tengok nak experience mengalami kehidupan seorang penduduk kampung baru penghuni rumah kampung baru pada zaman apa nama emergency malayan emergency tadi dulu. Itu juga ada peluang untuk dikautkan keuntungan rakyat dan juga pendapatan pekerjaan untuk orang-orang kampung dan setempat. Jadi di sini culture dan history tourism spots tourism kita punya apa nama kita punya stadium kompleks stadium yang begitu hebat dah mula atlit memang tak memang tak sabar menunggu nak datang Malaysia dari India, dari Singapura, dari Thailand. Saya tahu benda ni tapi ini perlu diusahakan bukan saja teman labun nak cakap bagi idea tapi benda ni boleh jadi nanti saya tu di sana saya cadangkan dengan apa yang sebut satu kita perlukan ini adalah satu cadangan rasmi. Saya cadangkan supaya kita boleh wujudkan jawatankuasa rentas portfolio dan rentas parti untuk kita menerokai dan melaksanakan dasar-dasar cadangan-cadangan saya ini, saya sudi membantu, kami di sini sudi membantu, cuma kerajaan nak buat ke tidak je.

Ok so, jawatankuasa rentas portfolio pelaburan-pelaburan adalah sesuatu yang perlu kami sudi membantu juga. Jadi jawatankuasa rentas portpolio, rentas parti satu untuk ekonomi hari keesokan, satu untuk apa nama untuk tourism… tourism 2.0 lah katakan. Tourism Agro, Tourism Culture dan Sejarah Tourism sukan ini adalah dua jawatankuasa yang saya harap boleh kita pertimbangkan dan ada satu yang memang close to my heart jawatankuasa pembangunan Kampung Baru. Saya sebut 160 jawatankuasa, 160 Kampung Baru yang tidak nampak ada sebarang dasar ni. saya bukan nak besar-besar kan memang tak ada sebarang dasar oleh kerajaan untuk membantu penduduk kampung baru. Tak ada. Saya mohon maaf tak ada ini sangat mengecewakan. Saya sebagai wakil rakyat ada peruntukan kawasan saya boleh bantu kita tapi banyak benda yang perlukan intervensi-intervensi kerajaan mendasar. Pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan, wakil rakyat hanya mewakili rakyat dalam institusi apatah lagi bukan dalam kerajaan Saya mohon satu jawatankuasa pembangunan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Mohon mencelah Pasir Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Ketua pembangkang hendak, sudah tentu nak bagi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Saya nak tanya satu perkara sebab saya rasa masyarakat kita di sini atau pun di seluruh negara tidak memahami ataupun tidak mahu faham asal-usul Kampung Baru, sedangkan pengorbanan mereka, kebebasan mereka, nyawa mereka sangat penting dalam mengekang pengaruh dan juga kemarahan komunis di zaman darurat dan selepas itu. Jadi saya ingin bertanya apakah kita nak mengharapkan pihak yang naratif ataupun kefahaman yang berbeza ataupun mengapa tidak diusahakan apa yang kita panggil dengan izin citizen initiative maknanya macam di macam di Muzium di Setiawan

Yang di-Pertua

Sebelum tu Yang Berhormat saya nak ingatkan kurang sikit dari 5 minit ya tinggal ya.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Saya sangat setuju dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Keluarga saya sebelah mak dan bapak pun dulu keluarga mereka tanah asal mereka yang ada di Chemor dirampas lepas tu dibubuh terus, dihumban ke dalam saya guna istilah humban kerana dia memang penjara. Dulu Kampung Baru asal-usul dia penjara sebab waktu itu pemerintah pihak British memikirkan menganggap mengambil tafsiran dan tanggapan bahawa kalau engkau Cina, kau komunis. Kalau kau tak komunis, kau pembantu komunis dan kalau Cina dan Komunis aku nak humban nak kunci kau dalam supaya engkau tak bantu komunis. Itu salah fakta itu salah, itu bukan fakta itu dongeng dan apa yang disebutkan korban dan pengorbanan apa semua itu. Kampung Baru ni hanya Malaysia saja yang ada. Walaupun kita panggil di Kampung Baru Cina engkau pergi Cina kita pergi Taiwan kita pergi mana-mana di mana kebanyakannya rakyat berketurunan Cina, tak da Malaysia saja yang ada. Jadi ini adalah warisan negara kita yang punya sejarah yang manis dan pahit dan penceritaan itu boleh, saya mohon maaf ya boleh dijadikan sumber pendapatan untuk kita. Kalau kita menggunakannya ia secara betul dan membina. Sebab masa dan singkat speaker dah bagi tahu saya ada satu isu lagi yang perlu saya bangkitkan. Isu ni fiskal kalau kita merujuk kepada penyata kewangan 2020, ok muka surat 15, saya tahu kita tak ada bukan dalam jawatankuasa tetapi ini isu mendasar. Saya tahu bahawasanya dalam muka surat ni di bawah maksud akaun CSR Akaun Amanah Tanggungjawab Sosial dekat TNB Janamanjung. Pada hujung tahun 2019 dia punya final figure adalah RM10,357 juta. Hujung 2020 pula hanya baki RM1,696 juta itu bermaksud ada perbelanjaan penggunaan sebanyak RM8.66 juta. Saya nak tanya ini adalah sesuatu perbelanjaan yang cukup besar tetapi kita tak dapat nak tahu tak dapat nak lihat dan tak tak dapat nak semak di mana perbelanjaan itu dan pada ketika sekarang, sebab duit ni dah belanja kalau duit ni tahun lepas dia belanja secara berhemat dan membina, baguslah tetapi kalau dia dia belanja secara tak berhemat dan tak bagus RM9 juta tu boleh kita bagi kat sekolah-sekolah. Saya nak mohon pencerahan daripada pihak kerajaan untuk memberi sedikit sebanyak pandangan dan juga pencerahan, di manakah RM8.66 juta ini telah digunakan kepada siapa ianya telah disalurkan dan bagi maksud apa dia telah diperuntukkan dan dibelanjakan. Saya mohon Kerajaan Negeri untuk memberi peneranganlah.

Satu lagi isu sebelum saya landing sekiranya diizinkan. Saya difahamkan saya dapat panggilan daripada sebuah NGO yang memang memperjuangkan hak kanak-kanak untuk tidak ditahan. Saya difahamkan ada satu pusat tahanan pelarian atau pusat tahanan imigresen sementara yang telah di ditubuhkan atau dibina di apa nama di Depot Imigresen Sementara Kem PLKN Nilai Ehsan di Bidor dan kenapa saya membawa perkara ini. Saya walaupun secara dasar dan saya kurang setuju dengan penahanan a silent sittes atau pelarian tetapi saya lagi tak setuju dengan penahanan kanak-kanak dan kami dapat tahu bahawasanya ada sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang ditahan di kem tahanan itu. Ini adalah tidak berperikemanusiaan.

Yang di-Pertua

YB, ok finishing ya.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Ini sahaja. Jadi saya harap perkara ini boleh kalau saya boleh dapat sedikit maklumat untuk kita fasilitasikan supaya anak kanak kanak ini boleh dilepaskan. Tuan Yang Dipertua, kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh, puncak yang jauh dalam gelora dan taufan tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan mengasuh kita untuk bersuara dalam sopan. Yakin menyanggah musuh. Telus menambah kawan. Inilah inti tonggak menara kebahagiaan Ini nukilan A.Samad Said. Saya seorang pesimis dek kerana kebijakan tetapi optimis kerana kemahuan. Saya tak bijak sangat saya jadi saya tak pesimis. Saya optimis kerana saya sentiasa ada kemampuan untuk membawa yang terbaik untuk rakyat Negeri Perak.

Panggilan saya, saranan saya dan saya harap semua ahli Dewan menyahut seruan saya. Kita perlu meningkatkan perbelanjaan dan untuk kita lakukan itu kita perlu gembeling semua tenaga dan semua kepala kita untuk memikirkan di mana kita perlu meningkatkan perbelanjaan dan bagaimana kita nak menyampaikan apa yang diperlukan secara cemas oleh rakyat. Cadangan yang last satu jawatankuasa menggembelingkan semua seisi Dewan mungkin untuk kita memang betul-betul memikirkan bagaimana sekiranya kita tidak dapat pinda belanjawan ini untuk wujudkan satu pelan perancangan ekonomi khusus untuk Negeri Perak yang bakal dibentangkan sebagai bajet belanjawan tambahan atau supplementary budget. Sekian yang daripada saya. Sekian daripada seluruh rakyat Pasir Pinji. Terima kasih Yang Dipertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang tercinta.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pasir Pinji. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirrah manirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. (Bacaan surah) ‘Pada hari itu kami akan tutup rapat pula mulut-mulut kalian. Dan kami akan benarkan tangan-tangan kalian berkata-kata. Dan kaki-kaki akan menjadi saksi kepada apa yang kalian buat apabila sekalian diberikan kehidupan sementara di dunia ini’ Yaasin 65. Alhamdulillah wa syukrulillah wassolatu Wassalam ala rasulillah SAW.

Pertamanya Yang Dipertua. Dato’ Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli EXCO, Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Saudara-saudara yang dirahmati Allah.

Pertamanya saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas dalam belanjawan tahun depan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar. Saya berterima kasih di atas segala-gala yang telah diperuntukkan cuma barangkali ada sedikit tempat yang perlu dibuat pindaan ditambahkan tokoh. itu saja. Tapi pada keseluruhannya oleh kerana berlakunya pandemik yang dahsyat ini maka kita semua akur perlukan perhatian daripada Kerajaan Negeri dan kita yang wakil rakyat ini.

Saya melihat bahawa yang pertamanya diberikan peruntukan yang agak sama kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebagaimana telah diperuntukkan pada tahun lepas. Kita diberikan OG 200, kita diberikan OG RM100 ribu dan 200 lagi mengikut PLB, P07 UPEN dan dinaikkan elaun pusat khidmat daripada RM 5 ribu kepada RM 7 ribu. Jadi kalau boleh ini dipinda oleh kerana kita sekarang masuk ke dalam era yang jauh lebih mencabar, yang jauh lebih tidak kita dapat duga dibandingkan dengan masa covid ini.

Semasa kita buat peruntukan RM 20 ribu kepada ADUN ketika itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, beri dua tiga kali RM 20 ribu. Tiga empat bulan selepas itu beri lagi RM 20 ribu. Ketika itu kita hanya dapat menyediakan basket makanan pada orang-orang kampung lebih kurang 400 bakul.

Barangkali selepas redanya covid ini maka kos itu tidak menyamai, oleh kerana hari ini harga barang-barang kali dua kali ganda ini. Jadi kalaulah RM 20 ribu tahun hadapan untuk dibelikan makanan berupa makanan persediaan hari-hari. Tidak sampai pun 200 bakul. Barangkali 100 sahaja. Jadi oleh itu apa yang saya nak mohon supaya dikaji semula peruntukkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ini. Exco memang dah ada peruntukan tambahan itu. Tapi sekurang-kurangnya OG ini dicadangkan daripada RM 100 ribu kepada RM 200 ribu. Berbeza pada tahun hadapan tahun lepas kerana nak berhadapan dengan suasana tahun lepas yang cukup mencabar pasca covid ini. Pasca covid ini kalau kita kaji balik senarionya jauh lebih dahsyat daripada suasana covid. Oleh kerana sekarang ini jumlah orang yang tidak, yang hilang pekerjaan. Mereka tak tahu apa nak buat selepas covid ini reda dan Insyaallah kita berdoa covid ini akan berakhir. Bila covid ini berakhir maka mereka menempuh suasana kehidupan baru. Terpaksa membuat perjanjian baru. Terpaksa membeli barang-barang yang mereka tinggalkan dahulu. Jadi semuanya Ini memerlukan bantuan. Jadi tidak keterlaluan kalau saya cadangkan supaya OG ini diberikan kepada setiap ADUN ini daripada RM 100 ribu ditingkatkan RM 200 ribu. Semata-mata hendak mempertahankan suasana semasa pasca covid esok.

Dan kalau sekiranya P07 sistem PLB itu boleh diteruskan RM 200 ribu. Kalau dapat dinaikkan RM 300 ribu lagi cantik. Sekurang-kurangnya kita tidak ada alasan esok. Pertengahan bulan Mei tahun depan. Kita mohon daripada Menteri Besar untuk ditambahkan lagi kita punya OG kerana habis dah pakai RM 100 ribu. Hari ini suasana tidak menentu. Jadi saya nak mencadangkan dalam Dewan mulia ini difikirkan semula supaya OG ini dinaikkan daripada tahun lepas RM 100 ribu. Tahun hadapan naik RM 100 ribu lagi jadi RM 200 ribu. Jadi kata orang Perak itu RM 200 ribu ‘Sempurna beno lah yeop’ . Daripada RM 100 ribu dapat RM 200 ribu. Jadi itu cadangan saya. Kalau kita program libat urus hari itu sebelum penyediaan bajet ini. Dicadangkan ketika itu bahawa elaun bulanan pusat khidmat di dinaikkan RM 5 ribu kepada RM 10 ribu. Jadi lagi sempurna. Tetapi yang dinaikkan Alhamdulillah terima kasih jugalah. RM 7 ribu sahaja. Kenaikan kalaulah Yang Berhormat duduk di bandar khususnya di Ipoh. Sewa bulanan pun dah RM 2 ribu yeop. Kalau saya sewa di Larut barang kali RM 200, RM 300 sebuah rumah. Kalau di Parit itu pun begitu juga. Di Larut, Lenggong RM 200, RM 300 sebuah rumah. Tapi kalau di Sungai Rapat itu. Kalau tidak RM 1 500 jangan sewa di bawah ini. Kurang-kurang RM 1 200, RM 2 000.

Jadi untuk itu kalau boleh saya syorkan juga bahawa bulanan kepada pusat khidmat dinaikkan daripada RM 5 ribu kepada RM 7 ribu tetapi RM 10 ribu. Kalau RM 10 ribu banyak leganya Yang Berhormat. Kenapa apa kerana kita boleh bantu bukan hanya pekerja-pekerja kita tambahkan daripada dua orang jadi tiga orang. Boleh mereka diberi khidmat yang banyak dan berterusan kepada warga di setiap DUN kawasan. Itu cadangan saya semasa kita berhadapan dengan pasca covid yang cukup tidak menentu dan kembali balik merayu balik minta tambahan. Minta tambahan.

Yang keduanya kita Ahli-ahli Yang Berhormat ini kita masuk bulan Syaaban esok. Orang melayu ini kalau buruk perangai masuk bulan syaaban dah nak raya sahaja kerjanya. Bulan Syaaban dah menyambut raya. Nak masuk bulan Syaaban. Masuk bulan Syaaban. Kemudian masuk bulan Ramadan. Perbelanjaan bulan ramadan ini lebih hebat daripada perbelanjaan bulan syawal. Yang kita diperuntukkan hanya RM 10 ribu untuk perayaan. Deepavali RM 10 ribu. Raya Cina RM 10 ribu. Raya Aidilfitri RM 10 ribu. Mana aci. Sebabnya perbelanjaan masa Syaaban itu sendiri tiap-tiap masjid kalau Ramadan. Kalau tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat ini menyumbang untuk moreh sahaja. Tahun lepas barang kali tidak ada moreh. Untuk moreh sahaja lebih RM 10 ribu.

Saya nak cadangkan untuk Hari Raya Aidilfitri ini bukan hanya RM 10 000 Aidilfitri. RM 10 ribu perbelanjaan Ramadan namanya. Baru lega sedikit. Bukan begitu. Jadi bulan Ramadan ini 30 hari, hari-hari moreh. Kadang-kadang dua, tiga masjid. Bukannya minta kurang-kurang RM 800. RM 1000 satu masjid. Jadi kalau boleh ditambahkan kalau. Itu yang keduanya. Yang ketiga saya lihat tadi ada tujuh cara. Yang Amat Berhormat mencadangkan supaya dana hasil kerajaan ini ditambah. Bagus tujuh-tujuh itu. Saya nak mencadangkan tambah lagi berapa perkara dan ini memang kita boleh buat. Misalannya perkara yang ketujuh disebut bahawa kita nak bincang dengan RNR, supaya cukai yang beri kepada Kerajaan Negeri di sepanjang highway kita ada dekat Perak ini ditambah. Mungkin dapat hasil. Tapi saya nak cadangkan kita panggil pengurusan PLUS, supaya dia juga boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri kerana depa dah duduk dekat tanah Perak ni lama dah. Start tahun 1985 dahulu. Mereka kenakan tol daripada Tanjung Malim sampailah ke Parit Buntar. Siapa lalu saja di highway Perak, PLUS highway maka dicaj. Tidak bolehkah PLUS ini mikirkan setiap RM10 ke atau RM100 ke bagilah Kerajaan Negeri Perak ini sekupang.

Setiap RM10 sekupang, setiap RM10 sekupang. Banyak tu, kalau dia boleh bagi bonus kepada staf dia setiap tahun PLUS ni tiga, empat bulan bonus maknanya berlambak keuntungan dia kan? Apa salahnya bagi sikit pada Kerajaan Negeri Perak. Ketika nak cadangkan pada pengurusan PLUS ini kerana kamu lama sangat dah untung sangat dekat negeri Perak ni, apa salahnya bagi kami siap 10 sen setiap kali kutipan jika lalu saja Tanjung Malim ke Parit Buntar. Itu baru PLUS highway saja. 10 sen setiap RM10, sepuluh sen setiap RM100, itu kita bincang fomula ni kita bincang dengan PLUS besok. Nak kutip setahun sekali ke, tiap-tiap bulan ke terpulang formula tersebut. Kita ada WCE pula sekarang ni daripada Changkat Jong sampai tol Changkat Jering pun kita boleh guna yang sama WCE panggil . WCE ni baru start.

Timbalan Yang di-Pertua

Behrang

Sila-sila.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya nak merujuk kepada rujukan Yang Berhormat Sungai Rapat tunjukkan tadi menaikkan kadar bayaran yang akan dikenakan kepada RNR PLUS. Apa pandangan Yang Berhormat bagaimana kita nak memastikan supaya kenaikan ini impak negatifnya tidak pergi kepada pengguna-pengguna lebuhraya sebab orang yang menggunakan lebuhraya ni termasuklah penumpang-penumpang yang naik bas ekspres yang mereka kalau berhenti di RNR itu dia tak ada pilihan dia kena makan. Sebab saya teringat satu ketika dulu memang telah berlaku bila ada something back.

Perkongsian keuntungan antara PLUS dengan operator-operator makanan itu yang akhirnya menyebabkan kenaikan barang makan di RNR itu meningkat sedikit dan memberi impak negatif kepada pengguna. Jadi apa pandangan Yang Berhormat bagaimana boleh kita membantu Kerajaan Negeri ini dalam melaksanakan dasar yang nak dicadangkan ini tidak mendatangkan impak negatif kepada pengguna-pengguna lebuhraya.

Terima kasih Behrang. Walaupun dicadangkan oleh Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar semalam bahawa kita ada peluang ada lima, enam RNR yang besar-besar di Perak ini termasuk Sungai Perak termasuk juga Bukit Merah semua dan mereka menggunakan kawasan yang tak kurang 20 ekar satu kawasan tu. Jadi kita boleh negotiate dengan mereka macam mana mereka boleh bayar kepada kerajaan dengan syarat tidak menyusahkan pengguna. Saya setuju tadi kalau pengguna terpaksa bayar nasi goreng RM8 tak payah berhentikan la. Kalau nak buang air pun nak bayar seringgit tak payah la yong. Nak kayo pun RM10.

Jadi untuk itu kalau tengok RNR luar negara depan lagi dahsyat. Yang berhenti dekat parking RNR tu kena bayar, parking pun kene bayar. Tak boleh parking lebih dua jam. Cuba bawa kereta pergi Amway dekat London boleh berhenti dekart RNR lama. Tarik deme kereta kita. Ini masih lagi percuma jadi untuk itu kita bincang selagi tidak menaikkan apa-apa kos khidmat dan juga barangan, tidak menyusahkan pengguna maka berilah apa sedikit kepada Kerajaan Negeri. Itu hanya kat RNR. Saya mencadangkan satu royalti kepada Kerajaan Negeri daripada tol yang mereka kutip itu. Kutipan tol ini tak tahu saya kira kalau dapat Tanjung Malim ke Parit Buntar kalaulah RM500 juta setahun dapat satu sen pun setiap RM10 dapat sepuluh sen banyak jutaan sekurang-kurangnya RM50 juta setahun Kerajaan Perak dapat RM5 juta daripada commission, kutipan sewa, kutipan tol.

Ini saya rasa PLUS juga akan lebih adil .Kita buat proper business. You are making dengan izin huge profit from our land and what do we enjoy? We enjoy nothing to the last 30 years daripada tahun 1985 lagi depa dah duduk tanah Perak ni depa satu sen tak bayar yang depa kutip tol. Jadi saya rasa tidaklah keterlaluan kalau kita panggil pengurusan PLUS ini bincang dengan Kerajaan Negeri Perak. Apa salah bagilah kami sekupang bagi dekat kami lima duit, saya rasa dia pun boleh terima. Itu cadangan jawapan pada Behrang.

Cadangan ketiga nak tambahkan dana ini adalah membuat satu tender terbuka kepada mana-mana konsesi balak. Saya tak mahu dengar cerita-cerita yang tak berapa nak sedap didengar. Berapa banyak syarikat ini dapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengagihan Konsesi ini kemudian dijual, pindah tangan dan sebagainya. Tapi kalaulah tahun lepas saya tak pernah tengok mana-mana iklan di pejabat hutan, baik di dalam surat khabar ,baik,untuk ditender konsesi balak bukan semua. Sebahagian daripada kuota yang dibenarkan kepada pejabat hutan tu sebahagian jadi tender terbuka. Jadi kita boleh merasa bangga kepada negeri-negeri lain Perak kita ada tender terbuka kepada konsensi balak. Jadi kalau orang nak buat tohmahan, cerita tak elok, tak boleh sebab kita ada bukti menunjukkan kita open tender. Saya nak cadangkan bila open tender dia punya cost itu terpulang siapa yang bidding yang tertinggi.

Terpulang pada kawasan itu, terpulang pada hasil dalam konsensi tersebut. Jadi ini akan mendatangkan dana yang banyak kepada Kerajaan Negeri daripada ketetapan saya lihat dalam tahun 2022 besok RM13 juta tetapi kalau saya merasakan tender akan mendapat hasil jauh lagi. Kita bukan nak tenderkan semua kalau dibenarkan hanya 7 ribu hektar setahun balak boleh ditebang kita ambil satu pertiga, satu perempat untuk tender. Sekurang-kurangnya ia akan mendatangkan hasil yang orang tak ada persoalkan inilah tender terbuka. Banyak orang mempersoalkan kalau macam tu tak ramailah orang boleh masuk. Pembalak-pembalak melayu langsung tak boleh. Bukan kira begitu kiranya kita ada tender yang terbuka dan tempat-tempat yang memang menghasilkan banyak. Biarlah syarikat-syarikat, firma-firma balak yang besar itu beri sumbangan kepada Kerajaan Negeri yang lebih besar. Itu cadangan saya ketiga menambahkan hasil.

Cadangan keempat nak tambahkan hasil Perak ni kita ni dianugerahkan Allah banyak sungai. Tadi pun ada sebut Sungai Batang Padang. Sungai Batang Padang sejak saya beranak lagi sampai hari ini tak putus-putus airnya ada je. Bahkan sampai kiamat Sungai Batang Padang itu akan ada airnya betul Trong?Tak pasti. Tak pernah pergi Batang Padang. Changkat Jong memang lalu hari-hari Batang Padang. Sungai Batang Padang ni sungai yang memang seronok orang putih suka Sungai Batang Padang ni . Sungainya airnya sejuk, elok jernih tiada tempat lain macam tu. Lalu tengah-tengah Pekan Tapah, tengah pekan Tapah sebelah masjid Sungai Batang Padang. Dulu kalau orang ambil air sembahyang di Tapah ni pakai air Sungai batang Padang je. Sempurna sembahyang dah sejuk.

Sekarang ni kata di YB Ayer Kuning tu dah macam-macam dah dia punya kekotoran masuk. Jadi oleh kerana sungai di Perak ni banyak, saya nak mencadangkan supaya LAP buat kajian jual air mentah ni kepada kerajaan Pulau Pinang. Sedut air daripada Sungai Kerian sungainya lebih besar daripada Batang Padang lagi. Makna kalau kita sedut air mentah bukan air proses . Air proses ni kita tak mahu belanja buat pelaburan. Biar kerajaan Pulau Pinang yang buat perbelanjaan. Dia yang dirikan loji rawatan, dia yang pasang paip, dia yang pasang pam. Kita cuma benarkan dia sebut air daripada Sungai Kerian. Setiap meter persegi setiap setiap cubic meter persegi kita caj barangkali satu sen air mentah satu sen, dua sen. Kalau hari-hari dia sedut air Sungai Kerian bawa ke Pulau Pinang yong, mana tak ada duitnya. Mana moncah kita kerana Allah anugerahkan air kita gunakan itu untuk mendapat hasil tambahan Kerajaan Negeri Perak. Jadi kalau LAP bersama dengan Kerajaan Negeri Perak oleh kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga pengerusi kepada LAP boleh pastikan mereka gunakan sungai-sungai kita ni, biar kita jual air daripada Pulau Pinang mengamuk hari-hari dengan Kedah baik kita tolong mereka. Free je dapat duit.

Jadi biarlah dia belanja nak pasang paip, nak pasang pam, nak pasang rumah-rumah rawatan, loji-loji rawatan itu kerja dia. Kita cuma bagi laluan bagi kebenaran dan cajnya kita bincang berapa banyak nak caj satu sen satu meter kiub terpulang dan saya rasa ini akan mendatangkan RM50 juta, RM60 juta setahun kepada kerajaan negeri Perak. Itu cadangan saya yang ketiga. Seterusnya Tuan Speaker,

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada lima minit.

Cepat , lerah benor rasanya bencana itu diluluskan dalam belanjawan tahun depan RM8.3 juta. Saya rasa kalau ada kaedah yang mana Tuan DO atau Puan DO bersama-sama dengan penghulu bila berlaku satu-satu kecemasan, tragedi ataupun malapetaka. Ketika itu penghulu tu boleh cakap, tak apa kita akan beli zink 40, pasang malam ini juga. Barulah Tuan DO tu seronok, Tuan DO tu boleh buat keputusan sama dengan penghulu. Hari ini kalau berlaku banjir, penghulu menyapu telinga, DO pun pandang di atas je. Tak tahu macam nak cari kat mana nak cari kewangan. Contact JKM, contact JKM, cari JKR, cari bomba. Tapi kalau RM8.3 juta ni yang diberi kepada pejabat-pejabat PTG ini, pejabat tanah ni, Tuan DO boleh putuskan dengan penghulu. Beli zink malam tu, pasang. Sekurang-kurangnya kalau hujan besok pun rumah dia tidaklah terlambak. Hari ini tidak dapat macam itu. Jadi hendaklah rakyat mendapat manfaat daripada peruntukan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri di atas kelulusan belanjawan tahun depan. Jadi saya syorkan RM8.3 juta ini dapat diagihkan dengan cara kaedah penghulu tu boleh luluskan pada malam itu sekejap saja besok dia keluarkan cash bagi pada penghulu untuk beri kepada kontraktor yang supplykan bumbung dan sebagainya. Nak cuci rumah, benda-benda macam itu. Terima kasih di atas peruntukan RM8.3 juta.

Kemudian saya juga nak menyatakan di Sungai Rapat ni ada berapa tempat yang pantang, bila hujan je bah, bila hujan je bah. Awak hairan. Tempat ni, ada satu orang tu dia kabokan apa benda dia bah dulu baru hujan. Dia bagi.dia bah dulu baru hujan. Rupanya ada tempat nama Bahrin. Dia bah dulu baru hujan. Tempat-tempat lain hujan dulu baru bah bukan. Ini idak, dia bah dulu baru hujan. Di Taman Sri Perkasa namanya, di Taman Sri Perkasa, nama Sri Perkasa. Tapi kalau lebih hujan sejam, tenggelamlah. Seluruh taman itu tenggelam. Aja kesian tengoknya. Yang keduanya sebelahnya tu Taman Lapangan Harmoni namanya. Saya hari itu, saya bagitahu kepada MBI kerana ada seorang pemaju itu dia buat rumah. Ban dia pecah. Dia tidak buat beberapa syarat-syarat yang memenuhi apa yang MBI buat dan saya mengucapkan terima kasih kepada MBI kerana dia hantar 5 orang pegawai dia pergi check tempat tu dan terbukti benda tu menyebabkan bila hujan lebat dia akan banjir seluruh taman. Jadi sedang nak ambil tindakan, tindakan tu belum lagi dapat kita lihat masih lagi banjir hujan. Jadi saya merayu supaya dipanggil pengusaha-pengusaha dengan pemaju-pemaju supaya mereka ni jugak boleh berusaha sama nak menghilangkan, menangani masalah banjir di tempat kami tu, di Taman Sri Perkasa dan juga Lapangan Harmoni.

Akhir sekali, akhir sekali Tuan Speaker, ada seminit lagi. Saya berterima kasih kepada Exco Pendidikan, adinda saya daripada Changkat Jering. Pusat khidmat saya di Medan Gopeng dah dua kali dijenguknya tau. Zaman saya dahulu pun saya nak jenguk pusat khidmat orang-orang lain. Zaman saya pun saya tak jenguk. Dia tak, 2 kali jenguk pusat saya. Terima kasih, bagus. Pertamanya dia hantarkan kita telefon pintar ni di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani. Dia sebut haritu ini tuisyen Cikgu Shaari ke? Saya sebut Cikgu Shaari takda sini. Ini Tuisyen Cikgu Shaarani. Shaari lain, P.Ramlee. Jadi di situ terima kasih la kepada Changkat Jering telah berikan perhatian kepada dia. Baru-baru dia datang lagi sekali bagi kita 39 bantuan warga mahasiswa. Cumanya masih lagi sangkut 152 telefon pintar, ambil tindakan juga. Masih lagi sangkut. Tak tahulah ada sebab-sebab tertentu di antara pembekal dengan Exco kita. Kita minta diselesaikan oleh mereka kerana kalau cuti sekolah ni bila buka sekolah esok dapat mereka telefon pintar. Bolehlah mereka sertai program alam maya ni. Jadi tu saya merayu supaya diberi perhatian kepada mana-mana DUN yang belum dapat disempurnakan jumlah keseluruhan telefon pintar ni dicepatkan. Mungkin ada sebab-sebab tertentu, wallahualam saya tak tahu dan berita-berita negatif ada juga budak-budak yang jual, gadai, bukan banyak pun. Tapi ada benda-benda macam itu. Akhir sekali Yang Berhormat Dato' Speaker, saya berterima kasih di atas perhatian dan saya mohon maaf di atas…

Yang di-Pertua

Mic, mic

Dan mudah-mudahan dapat keberkatan dari Allah SWT. Sungai Rapat menyokong belanjawan yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar kita. Saya sudahi dengan (ucapan salam) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB daripada Sungai Rapat. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam selawat kepada junjungan besar Rasulullah Muhammad yang menjadi tauladan, membawa rahmat ke seluruh alam. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, barisan Exco, ADUN dan seluruh Negeri Perak dan ketua-ketua pengarah, ketua-ketua jabatan yang sedang mungkin menyaksikan secara maya, pegawai SUK dan pemerhati yang dirahmati Allah. Pertama sekali izinkan saya menzahirkan ucapan tahniah kepada YAB Menteri Besar Perak dan keseluruhan pasukan yang telah berjaya menyediakan bajet Negeri Perak 2022. Tahniah dan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri yang telah mengambil inisiatif yang baik dengan menampung peruntukan-peruntukan yang tidak disenaraikan Kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2022.

Harapan saya dan seluruh warga Negeri Perak, kursus warga DUN Trong adalah agar bajet ini dapat mengembalikan kemakmuran di dalam pasca cabaran Covid-19. Ternyata mana-mana bajet yang dibentangkan oleh negeri di dalam Malaysia adalah jauh lebih mencabar sebenarnya berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Memandangkan semua negeri terpaksa mengurus keadaan kritikal ini dalam usaha untuk memastikan keselamatan sejagat dan tahniah juga saya ucapkan di atas pencapaian KDNK yang lebih baik berbanding daripada peringkat nasional. Pandemik ini megubah interaksi manusia dan melonjakkan penggunaan teknologi digital jauh lebih maju lebih, laju berbanding sebelum ini. Pandemik juga telah banyak melebarkan sebenarnya jurang ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi. Ada di mana M40 telah jatuh ke B40. Jadi data-data ini juga perlu ada untuk memudahkan pengurusan dan perancangan Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, strategi dan inisiatif bagi memulihkan kehidupan dan mata pencarian rakyat perlu menjadi fokus bajet Negeri Perak 2022.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berlaku penurunan bajet yang disebabkan oleh kutipan hasil kerajaan hanya berjumlah RM 797.5 juta berbanding unjuran RM1.03 billion. Penyusutan yang agak ketara ini sebenarnya membawa kepada pembentangan bajet yang dikurangkan dari tahun sebelumnya iaitu belanja mengurus turun pada 10.5% manakala pembangunan juga turun sebanyak 16.9%. Walaupun ianya berkurangan, namun saya rasa ianya masih wajar dan harus dilihat sebagai salah satu cara untuk mengelakkan defisit yang lebih besar. Namun saya mengharapkan juga jika prestasi pendapatan separuh tahun dilihat bertambah baik mungkinlah supplementary budget ini akan dapat memperkasa lagi bajet 2022. Seperti yang dimaklumkan oleh Pasir Pinji sebentar tadi, kita faham berkenaan dengan teori Keynesian. Commission stimulant seperti mana yang dikatakan oleh Keranji memang benar sebenarnya boleh membantu kerajaan tetapi sebenarnya Keynesian Theory juga mempunyai risiko-risiko yang tertentu kerana pada pendapat sayalah ya future tax increase, future tax akan meningkat sekiranya kita berbelanja melebihi daripada apa yang sepatutnya dan seterusnya kalau kita lihat kita tahu perbelanjaan kerajaan ini merupakan salah satu komponen yang sangat penting untuk mengelakkan ekonomi menjadi lebih tepu.

Tetapi kalau kita lihat tadi yang dibentangkan oleh Pasir Pinji sebenarnya ada perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan oleh sektor-sektor tertentu dan sudah tentulah sektor-sektor yang dibelanjakan ini tadi akan kekal beroperasi dan mengekalkan putaran wang di dalam pasaran. Tapi yang paling penting sebenarnya bagaimana bajet ini dapat diurus dan tidak tiris di tengah jalan. Tak kisahlah berapa banyak bajet pun sebenarnya dan sekiranya kita tidak belanja secara berhemah apa saja teori ekonomi Keynesian ke, Adam Smith ke, Carl Max ke tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kita tidak bersama-sama membantu menjayakan bajet ini. Jadi saya bersetuju juga dengan Pasir Pinji berkenaan dengan penubuhan cadangan jawatankuasa rentas folio tadi yang mungkin boleh sekurang-kurangnya dapat membantu menggalakkan lagi ataupun mempercepatkan dan memperkasakan ekonomi Kkrajaan negeri Perak. Jadi dalam bahas ini izinkan juga saya membawa perbincangan fokus yang pertama iaitu menjana semula ekonomi dan mengupaya sara diri rakyat.

Menyentuh Program Penggalakan Pelancongan, kelulusan sebanyak RM12.5 juta dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri adalah inisiatif yang amat sesuai untuk dimanfaatkan. Saya juga amat berharap Trong juga bakal menikmati limpahan peruntukan ini memandangkan persediaan dari segi memantapkan sektor pelancongan desa di dalam kawasan Trong masih belum dapat dilihat. Trong mempunyai kawasan air terjun yang cantik, namun pengurusannya sangat daif dan manakala hutan paya bakaunya juga ada salah satu tempat yang boleh menjadi tarikan pelancong seperti di DUN Kuala Sepetang. Susur muara sungai yang sangat menarik sebenarnya kalau ikutkan lebih cantik daripada Sungai Mekong yang kita pi naik sampan kat Vietnam tu. Jadi kalau kata kita dapat naik taraf Jeti Sungai Tinggi khususnya dapat dilaksanakan dan saya yakin apa tambah baik jeti ni dapat meneruskan memangkin kepada industri pelancongan desa dan saya amat berharap agar perkara ini diambil perhatian oleh Yang Berhormat Exco Pelancongan di mana apabila siapnya Projek WCE akan datang dalam 2023, saya menjangkakan akan ada ramai pelancong yang akan datang ke kawasan Trong.

Selain daripada itu industri kecil desa juga perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri kerana industri ini juga akan bakal menggalakkan persinggahan pelancong sebelum tiba ke destinasi yang dituju. Kita tahu Trong ni ada banyak kerang, ada banyak lokan. Jadi apalah kiranya kalau Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membina gerai-gerai di sepanjang jalan di lebuhraya apabila exit daripada Trong itu supaya dapat memperkenalkan makanan-makanan laut yang dipelopori oleh kawasan DUN Trong ini kepada pelancong-pelancong yang mungkin akan keluar daripada tol tersebut. Perkara seterusnya ialah berkenaan dengan agenda keselamatan makanan yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Di Trong juga terdapat ribuan ekor ternakan yang menyumbang kepada sumber daging tempatan. Puluhan penternak yang terpaksa...

Minta laluan mencelah sedikit.

Yang di-Pertua

YB, Daripada Pasir Berdamar.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan penyataan Yang Berhormat bahawa RM20 juta yang diagihkan untuk pelancongan itu memang baik untuk menaikkan semula industri pelancongan pasca after covid dan saya pun tertarik dengan banyak-banyak produk pelancongan yang juga ada dalam kawasan Yang Berhormat dan saya juga percaya ramai Yang Berhormat yang lain juga mempunyai destinasi yang sama untuk mempromosikan pelancongan di kawasan masing-masing dan memandangkan bahawa pada ketika ini kita melihatkan bahawa ramai orang selepas 2 tahun ini keluar untuk melancong dan destinasi domestik Perak adalah yang tertinggi di Malaysia. Setuju tak dengan saya bahawa industri pelancongan ini patut dititikberatkan dan jika boleh bajet yang lebih diperuntukkan untuk industri pelancongan domestik di Perak.

Ya, saya amat bersetuju dengan pendapat Pasir Bedamar di mana fokus bajet ini harus juga diberi kepada sektor pelancongan kerana kita kita yakin mahu tidak mahu apabila rakyat Malaysia khususnya rakyat dalam negeri Perak tidak boleh keluar melancong ke luar negara, maka tempat-tempat tumpuan inilah harus dinaik taraf. Macam di kawasan saya, ada beberapa kawasan air terjun. Jadi apabila menerima tumpuan yang sangat tinggi dalam kalangan pelancong domestik dengan ketiadaan tandas, dengan ketiadaan infra yang cukup baik sebenarnya sepatutnya disediakan, ia mengundang satu lagi masalah iaitu masalah kebersihan. Jadi sama-samalah kita lihat. Saya rasa kita perlu mempeloporilah YB-YB yang mempunyai kawasan-kawasan tempat tumpuan pelancongan yang boleh dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Maka kita bagi ruang kepada kawasan tersebut. Tambahan pula yang berada di dalam jajaran WCE seperti Beruas, seperti mungkin Teluk Intan juga, Pasir Bedamar dan jajaran WCE lah sepanjang-panjang sehingga ke Changkat Jering. Jadi perkara ini harus diambil persediaan lebih awal kerana kalau kita dah siap lebuh raya baru kita nak bersedia dengan prasarana-prasarana ini, sudah tentulah orang kata masyarakat kita atau pelancong yang datang ni pun tak berminat untuk berkunjung. Jadi rugilah kita buat exit di DUN-DUN yang tertentu tu, semata-mata untuk tengok benda yang tak ada di dalam kawasan. Jadi kalau kita upgrade sedikit perkara-perkara yang boleh menambah baik sektor pelancongan dan memberi limpahan rezeki kepada masyarakat dalam kawasan, apalah salahnya. Jadi saya amat bersetuju dengan pendapat Pasir Bedamar.

Seterusnya saya patah balik tadi, kita lihat kepada bagaimana sektor makanan keselamatan makanan ini di mana kalau kita lihat di kawasan Trong ya kami juga menyumbang kepada sumber daging tempatan. Puluhan penternak yang harus menggunakan ruangan yang agak terhad untuk memelihara haiwan yang ternakan ini dan jumlah ternakan lembu yang berdaftar kalau ikut di bawah Jabatan Veterinar adalah lebih daripada 2000 ekor yang menyumbang kepada 25 tan metrik setahun. Seterusnya kerbau hampir 500 ke 700 ekor yang juga menyumbang hampir 10 tan metrik setahun. Malangnya penternak ini tidak mempunyai kawasan padang ragut. Saya terpaksa menelefon penternak ini kadang-kadang malam, petang tolonglah tengok you punya lembu, orang sudah marah, budak sudah accident, langgar budak. Jadi saya pun kasihan kepada penternak-penternak ini. Saya faham masalah mereka tidak mempunyai kawasan padang ragut tetapi isu masyarakat juga perlu kita ambil kira di mana keselamatan jalan raya, masalah kacau ganggu di jalan. Kerbau yang berkeliaran di kiri kanan jalan. Tapi sekiranya kita menghadkan mungkin bilangan binatang yang ternakan ini mungkin akan mengganggu pula kitaran proses daging tempatan yang berada dalam pasaran negeri Perak. Jadi satu perkara atau pendekatan yang lebih sistematik mungkin perlu diambil oleh Jabatan Pertanian, pihak Vaterinar supaya perkara ini tidak tidak berulang sebab saya rasa selalu kita bawa semua ADUN bawa perkara yang sama berkenaan dengan kawasan padang ragut tapi di belah Temengor ada kawasan padang ragut tak ada lembu. Di dalam DUN Trong berlambak lembu tak ada kawasan padang ragut. Jadi ini satu benda yang amat merugikan. Kita declare kita ada kawasan padang ragut yang besar tapi lembu tak ada. Jadi bolehlah hantar lembu singgah kat kawasan Trong pergi dekat Temengor.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Minta laluan.

Dipersilakan.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Terima kasih Dato' Dipertua. Terima kasih Trong. Isu padang ragut dan lembu berkeliaran dan berfoya-foya ni ya. Menggamit balik sejarah lama. Rindu ayat tu. Sebenarnya telah dibangkitkan berkali-kali dalam sidang Dewan oleh ramai di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya juga tidak faham dasar pertanian dalam mewujudkan padang ragut untuk players ataupun pemain-pemain industri berasaskan perternakan ini. Walhal keperluan dan permintaan untuk daging lembu ini amat tinggi dan sentiasa kekurangan dan malah kalau mungkin dalam konteks data pun kita rasa negara mengimport lembu-lembu ini juga dalam jumlah yang besar dan mencecah ratusan juta mungkin bilion. Tetapi dalam konteks ini sudah tentulah setuju tak apa ni Trong supaya mulai tahun hadapan, jangan ambil masa lagi berlama-lama khususnya pihak Kerajaan Negeri, Jabatan Pertanian mesti mengenal pasti player-player sini di setiap daerah dan mewujudkan padang ragut untuk penternak-penternak lembu ini. Kalau tidak dilakukan sampai bila-bila pun tak dapat dilakukan. Jadi ini yang adakah Trong setuju, terima kasih.

Baik, saya sangat bersetuju dengan pendapat Teluk Intan di mana sebenarnya saya kalau boleh Teluk Intan pula.

Yang di-Pertua

Changkat Jong, Changkat Jong

Changkat Jong, minta maaf ye. Saya sangat bersetuju sebab bila berfoya-foya tadi. Baik, berfoya dan bersantai ye.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Mungkin petunjuk nak pi Teluk Intan ni. Nak pi tanding Teluk Intan.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat Changkat Jong di mana kita dah sering bawa dah saya dah boleh dah boleh tengok dah ADUN-ADUN yang bawa perkara ni setiap setiap tahun ya setiap penggal tetapi masih belum selesai jadi saya harapkan Exco pertanianlah kalau tak boleh bentang saya nak bentang data penternak-penternak yang ada potensi sini takkan kita tak ada data. Kalau kata dalam kawasan Trong saya boleh dapat data boleh sebutlah data-data orang-orang yang apa main benda nak menternak lembu ni dan kerbau ni kenapa kerajaan negeri Exco negeri tak boleh kumpulkan data-data penternak yang berpotensi untuk membekalkan daging dengan dalam jumlah yang banyak. Jadi tahun depan mesti kena ada jalan penyelesaian sebab kalau kita duk bersembang saja kita tak buat walk the talk bila masa nak selesai masalah harga daging ya masalah harga ayam, itu belum cerita bab ayam lagi ayam berlambak kat Temengor ayam mahal pula ya. Ni satu hal jugak ayam RM20 sekor sekarang tapi kat Trong dapat taik jer sebab harga ayam mahal. Jadi saya harapkanlah ada perbincangan dalam kalangan GLC, dalam kalangan Exco Pertanian dan Exco yang jaga harga barang ni diam jer, Kuala Kurau ye, mana Kuala Kurau, tak de pun.

Yang di-Pertua

YB, Pasir Pinji.

Ya ya.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih YB Speaker, terima kasih YB Trong. Tadi Trong kata dapat tinja, dapat taik je. Sebenarnya kalau Exco Kesihatan bukanlah kata dia tak buat kerja kalau kerja dia lebih rancak lagi tahi pun boleh jadi duit tapi ia memerlukan spesifikasi daripada pihak pemerintah dan pihak Menteri Negeri, Menteri Pertanian kita untuk buat kerja supaya yang tengah kita nak cari untuk depa pi pada ragut untuk meragut dia kena buat kerja kena ada,.apakah pandangan Trong berkenaan tu.

YB PUAN JAMILAH BINTI ZAKARIA. Ya, betul buat kerja laju sikit. Jadi sebab tu saya rasa zaman la ni kalau kita tak buat kerja laju ni dia jadi tak jadi sebab tu bagi saya kalau perkara-perkara yang melibatkan pengurusan berkenaan dengan apa makanan, pemprosesan makanan, alam sekitar, perkara-perkara ni dah selalu dibawa tapi nanti saya akan sentuh satu lagi berkenaan dengan akta dan sebagainya, berkenaan pengurusan tinja dan sebagainya.

Yang di-Pertua

Exco Pertanian kena makan laju sikit buat kerja laju.

Jadi saya haraplah saya haraplah sebab ini ialah perkara yang penting kita sembang banyak pasal harga barang tapi kita sebenarnya kita tak boleh mengawal dalam negeri sendiri tak berjaya nak mengawal keadaan hasil di dalam negeri. Ya, jadi dah ke mana hala dah saya ni. Ok, seterusnya. Saya mohonlah sekali lagi jasa Kerajaan Negeri untuk mencari jalan dan pendekatan yang lebih sistematik untuk menguruskan haiwan ternakan agar tidak menjadi isulah sebab bila kita hadap nanti dia bela lembu banyak ni dah tak cukup pula lembu nak bekalkan, harga daging jadi mahal, tak jadi benda ni kitaran ekonomi sebenarnya. Jadi sampai bila kitaran ekonomi ni kita nak selamatkan kalau kita tidak mencari jalan.

Batu Kurau ada soalan.

Banyak sangat nak masuk ni saya kena tambah lagi tu.

Di Batu Kurau pun ramai penternak lembu. Yang menjadi isunya ialah mereka menternak lembu kandang-kandang mereka tu di tepi jalan dibuat secara haram dan polemik yang berlaku adalah accident dengan kenderaan bermotor. Sehingga saya berada di sini pun sudah dapat laporan ada kemalangan antara kenderaan dengan lembu. Apa-apa cadangan daripada YB untuk mengelakkan perkara ini sentiasa berulang.

Terima kasih Kuala Kurau. Jadi cadangan yang tadi tu, yang apa Changkat Jong, cadangan tu cadangan yang baik di mana kalau kita ada contract farming, berdekatan contract farming ada-ada pengurusan yang baik yang sistematik dan seterusnya kalau kata PBT lah nak ambil tindakan cuba bayangkan kalau 20 ekor lembu atau kerbau duk atas jalan larat ke aktiviti nak tangkap seekor seekor tak tertangkap PBT. Tangkap sekor bawa balik buat kenduri.

Yang di-Pertua

PBT pula yang kena tangkap, bela lembu le.

YB PUAN JAMILAH BINTI ZAKARIA. Jadi, PBT pulak sat pagi dua pagi mencari kerbau dan lembu di tepi jalan. Wajarkah perkara itu

Yang di-Pertua

Monyet banyak monyet.

YB PUAN JAMILAH BINTI ZAKARIA. Kita ada akta PBT tapi akta pun ialah kita tahu akta terlalu macam saya cakap tadi banyak perlu penambahbaikan akta-akta di dalam kerajaan tempatan juga. Jadi perkara ini berulang kali berlaku kemalangan dan sebagainya dan saya rasa tak ada pendekatan lain selain daripada melihat suasana padang ragut tadi isu padang ragut tadi ataupun contract farming yang mungkin boleh dibantu oleh GLC-GLC di mana penternak-penternak ini boleh membekalkan haiwan ternakan secara bulanan dan sebagainya. Jadi itu mungkinlah salah satu cara untuk membantu dan dari segi akta PBT, undang-undang yang ni kita kena kuat kuasa sebab saya dah banyak kali dah saya buat perjumpaan berkenaan dengan isu haiwan ternakan yang berada di sekitar jalan dan sebagainya tapi tak berjaya, tak selesai masalah, panggil polis, panggil PBT, panggil DO, panggil semua tak selesai juga masalah. Jadi last-last kerja YB lah kena salah, YB tak buat kerja. Jadi kalau ada akta yang boleh selesai, ada perundangan yang boleh kita selesaikan bersama saya pun tak maulah halau orang bela lembu sebab kita tahu kita pun makan daging lembu. Kalau lembu karang sampai sekilo pun susah.

Yang di-Pertua

Lima minit lagi.

YB PUAN JAMILAH BINTI ZAKARIA. Allah, baik. Ok, seterusnya. Saya tak mau sambung bab lembu dah. Seterusnya bab sektor perlombongan. Sektor perlombongan kita lihat mengalami penyusutan hasil pada tahun 2021. Sektor ini merupakan sektor yang mungkin boleh membantu Kerajaan Negeri meraih pendapatan dalam kadar yang lebih singkat. Isu pengurusan kaolin dan borclay di dalam kawasan DUN Trong sering saya bangkitkan. Saya amat berbangga kerana Trong dapat menyumbang hasil perlombongan yang bernilai tinggi serta membantu pendapatan Kerajaan Negeri. Namun, pengurusan dan amalan perlombongan yang baik haruslah dititikberatkan, economic spear, sosial spear, environmental spear, perlu menjadi fokus kepada agensi kerajaan yang menjalankan perlombongan. Adakah GLC GLC ini melaksanakan proper risk of inventory dan management, dengan izin, bagaimana pula memastikan pengagihan hasil ini dapat dirasai oleh semua, seterusnya bagaimana perlombongan ini mampu meminimumkan kerosakan alam semasa proses perlombongan dan selepas proses perlombongan.

Oleh kerana semua hasil-hasil ini dijual secara mentah maka pengeluaran hasil mentah ini perlulah dilakukan secara berhati-hati bagi mengelak sebarang ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya keluar tanah liat ketul-ketul jatuh gedebuk gedebak atas jalan. Kesian kadang-kadang CEO kena balun dengan jadi saya mohonlah jasa baik GLC-GLC ini melihatlah sebab orang kata nanti kita pula saya pula ada laba makan ten persenlah padahalnya kita pun dapat tanah kotor atas jalan jadi saya mengharapkan kalau bolehlah kalau boleh GLC-GLC ini melihat keperluan untuk lebih bertindak atau mengurus secara sistematik. Isu seterusnya ialah isu keusahawanan, sektor ini antara aktiviti strategik yang berimpak tinggi yang boleh membantu memulihkan ramai usahawan kecil di dalam negeri Perak. Dana sebanyak RM3.5 juta adalah satu inisiatif yang amat baik untuk menggerakkan ekonomi melalui bidang keusahawanan. Covid-19 telah memberi kesan yang sangat teruk kepada usahawan kecil dan sederhana bukan setakat itu sahaja ramai juga yang hilang mata pencarian.

Oleh sebab itu, Trong mencadangkan agar sistem koperasi diperkasakan kembali mewujudkan satu daerah satu koperasi adalah satu perkara yang mungkin boleh diambil kira. Koperasi sedia ada saya rasa rata-rata tidak mahir mengurus dan kadang-kadang hanya ingin mencari peluang perniagaan secara mudah dengan memiliki tender-tender seperti balak atau pasir namun jika satu koperasi satu daerah ini diketuai oleh YDP ataupun Tuan Pegawai Daerah bagi memantau dan menjadi pemudahcara perjalanan koperasi secara lebih efektif dan lantikan pegawai pengurus pelaburan dari Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi sebagai pegawai yang menguruskan perjalanan aktiviti koperasi mungkin mampu menjadi anjakan transformasi kepada koperasi-koperasi yang hidup segan mati tak mahu ni. Dok ada jenama koperasi depa kira minta dana tapi depa tidak membuat perniagaan.

Jadi kita nak kena gembeling koperasi ni balik supaya koperasi ini mampu menjana ekonomi rakyat, seterusnya memberi impak dan manfaat kepada masyarakat sekeliling. Dengan ini saya yakin keuntungan melalui koperasi mampu dirasai oleh ahlinya oleh semua orang melalui pembayaran dividen dan setiap wang yang diuruskan oleh koperasi ini akan kembali kepada rakyat semula dan akan wujudlah kitaran kewangan yang mampu memulihkan ekonomi setempat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, KDNK atau GDP ni tak boleh menjadi indikator keutamaan kesejahteraan rakyat ada banyak indikator lain sebenarnya kalau kita belajar. Rakyat ingin melihat apakah tindakan yang boleh meningkatkan kebajikan rakyat. Terima kasih di atas peruntukan sebanyak RM 3 juta bagi menguruskan bantuan kotak makanan serta RM22.8 juta untuk kad makanan dan kad kesihatan. Bantuan ini sejujurnya memang dapat mengurangkan bebanan rakyat. Namun peningkatan harga barang. Semua YB dok cerita pasal harga barang tadi. Ya harga sayur, harga ayam. Saya sendiri pun sebab anak suka makan ayam. jadi seekor RM20 ni, pening jugak. Ni hat gaji banyak, hat gaji RM400 sebulan, hat gaji RM1000 sebulan. Jenuh. Jadi, kita tahu kos-kos lain juga meningkat. Kos racun, kos baja, semua orang dah sebut tadi. Saya sangat risau kerana saya takut salah satu faktor yang menyebabkan kenaikan ini adalah disebabkan oleh aktiviti menyorok barang dengan harapan harga akan terus meningkat dan saya harap aktiviti ini harus dicegah dan dilaksanakan penguatkuasaan secara maksima. Exco Pertanian, Exco yang jaga harga barang tadi. Kuala Kurau, mana dia. Seterusnya, kita lihatlah perkara ini secara serius dan kita tak mahu mainan harga oleh puak-puak kartel ini akan mengakibatkan kesan buruk kepada masyarakat.

Yang di-Pertua

YB tiga minit ya.

Ok, saya syorkan ya. Saya syorkan kuota kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebab kalau kita lihat di sini kalau kata tidak ada peluang langsung kepada NAFAS untuk berniaga dan seterusnya berhubung dengan petani ya, membekalkan baja dan racun ini kepada PPN dan PPK, tak ada kuota langsung, yang control semua di federal, bagaimana petani-petani di dalam Negeri Perak ini nak dibangunkan kapasitinya. Jadi sekurang-kurangnya ada lah kuota sedikit. Bukanlah nak control semua ya, bagilah sikit kuota kepada NAFAS supaya NAFAS dapat mengurus pengurusan baja dan racun ini khusus untuk petani-petani dan disalurkan melalui PPN dan PPK. Seterusnya pemegang taruh seperti GLC.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

NAFAS dah tak bernafas.

Seterusnya pemegang taruh seperti GLC di dalam Negeri Perak juga perlu melihat keadaan ini sebagai satu kesempatan untuk terus membantu kerajaan mengatasi masalah ini. Kerjasama pintar harus dilaksanakan bersama Kerajaan Negeri Perak. Komitmen untuk memastikan tanah-tanah yang dimiliki oleh GLC-GLC ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti ternakan, penanaman sayur, yang mampu membantu rakyat. Tahniah kepada SADC dan pihak YBU yang mengadakan jualan barangan secara diskaun, kedai bergerak YBU yang bekerjasama dengan SADC menawarkan harga yang berpatutan di mana dengan pembelian barang dapur sebanyak RM25, pembeli akan dapat membeli ayam dengan harga RM4. Sat saja, habis. 15 minit je hari tu datang Trong. Sebab RM4 seekor. Orang dah lama tak makan ayam, ayam mahal. Jadi, saya mengharapkan ada lagi banyak kerjasama pintar ini berlaku di dalam kalangan GLC.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, memakmurkan dan mensejahterakan rakyat, peruntukan sebanyak RM65 juta di mana RM17.9 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan pembaikan akibat bencana dan kecemasan. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang prihatin terhadap isu infra di dalam kawasan terutama dalam kawasan Trong yang sering menghadapi masalah banjir kilat. Bak kata YB Sungai Rapat tadi, Bahrain. Bah dulu baru hujan. Seterusnya kalau kita lihat ini, kita tak naklah peruntukan ini terlalu rigid. Apabila dia melibatkan peruntukan selenggara, maka, benda-benda lain tak boleh buat. Jadi saya juga kadang-kadang sedihlah. Ada benda-benda yang kita nak buat tak boleh disebabkan oleh peruntukan ini hanya turun di bawah peruntukan selenggara. Jadi bina baru, mungkin tambah baik sikit, tak boleh. Jadi kita tengoklah agar perincian ini boleh memaksimakan bajet yang diperuntukkan. Seterusnya ialah permohonan Rumah Perakku Prihatin dan Sayangi Rumahku. Peruntukan ini besar kalau kita lihat adalah dalam RM8 juta mungkin dalam satu daerah boleh layak dalam 20 biji rumah.

Namun saya harap agar agensi yang menguruskan peruntukan ini dapat menyegerakan permohonan yang telah diluluskan. Terima kasih juga kepada Baitumal yang banyak membantu menguruskan bantuan rumah untuk asnaf berkeperluan tinggi dan saya mengharapkan sekali lagi pengurusan dalam meluluskan Projek Rumah Mampu Milik ini diurus oleh agensi yang mempunyai keupayaan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ucapan terima kasih sekali lagi terhadap kelulusan baik pulih beberapa masjid di kawasan DUN Trong dan Sekolah Agama Rakyat di kawasan DUN Trong untuk anak didik dalam kawasan DUN Trong. Terima kasih di atas peruntukan jalan-jalan MARRIS juga tapi sepertimana yang kita bincang dan bincang setiap tahun masalah peruntukan MARRIS federal dan peruntukan kerajaan pusat. Eh, rakyat tak mahu tahu ini jalan federal ke ini jalan MARRIS, ini jalan PLB, sebab dia nak tahu jalan tu, sebab jalan tu berturap, jalan tu elok, dia lalu boleh, tak rosak tayar. Setiap kali saya menghadapi masalah yang sama, YB-YB menghadapi masalah berkenaan dengan isu jalan federal. Sebab rakyat tak tahu saya terpaksa turun dan bagi tahu bahawasanya….

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Minta laluan sikit Trong.

Yang di-Pertua

Landing dah…nak landing dah ni.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Alah sikit je.

Yang di-Pertua

Kesimpulan dah ni.

Minta maaf ya…minta maaf. Saya terpaksa menjelaskan tuan-tuan dan puan-puan, ini peruntukan kerajaan pusat. Saya tak boleh. Di luar kuasa saya. Melainlah kalau saya pi kerabat menteri. Tu pun kalau menteri nak dengaq. Kalau menteri tu tak mau dengaq jalan tu berlopak, serupa tu la jugak. Macam FT60 yang saya dok tanya dalam Dato’ Zul, jadi saya faham kekangan YB Exco ya. Jadi saya mengharapkan agar akta ke perlembagaan ke boleh diubah. Dia bukan Kitab Quran. Quran ya kita tak boleh ubah. Akta, undang-undang mungkin kita boleh ubah. Jadi, memerlukan perbincangan yang lebih serius di peringkat pusat kemungkinan besar. Kalaulah boleh wire dalam 10% duit MARRIS negeri, manalah nak tahu kot ada, Insyaallah ya. Jadi, sama-samalah kita boleh…

Yang di-Pertua

Ok kesimpulannya.

Sabaq sat. Sikit lagi. Tuan Speaker, bagi ruang sikit lagi kat saya. Seterusnya sama juga. Ni penting tadi, kita sembang bab akta tadi. Peruntukan undang-undang dalam Jabatan Alam Sekitar. Saya dah bawa banyak kali juga. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Kanun Tanah Negara, Akta Kerajaan Tempatan, ketiga-tiga agensi ini sebenarnya mempunyai peruntukan undang-undang. Masing-masing ada peruntukan undang-undang. Sebagai contoh Akta 133 dan Akta 171 di bawah Pihak Berkuasa Tempatan, kacau ganggu dalam anak sungai dan saluran serta parit awam. Tetapi apabila berlaku satu-satu isu yang melibatkan isu pemprosesan haram atau pelepasan kotoran secara haram dalam kawasan sungai, petikan yang sering berlaku, hang kata aku, aku kata hang, ni bukan aku punya, ni sungai aku, tu sungai hang, ni parit aku, ni parit hang. Rakyat tak mau tau ni parit sapa, ni sungai sapa.

Jadi rakyat nak tahu, isu ni selesai. Jadi cerita dia, kalau kata benda boleh buat, macam saya kata tadi bukan Kitab Quran yang tak boleh kita ubah, peruntukan undang-undang ini perlu dilihat secara serius. Sekiranya kita ingin menawarkan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat. Isu-isu yang melibatkan kacau ganggu sering melibatkan inter-agency. Jadi inter-agency ni kenalah duduk sekali. Kalau masalah tinja tadi bak kata Pasir Pinji ya, kalau melibatkan Veterinar, melibatkan Jabatan Alam Sekitar, melibatkan PBT, cuba sembang elok-elok. Kebenaran merancang ni hangpa nak buat kot mana supaya tidak memberi masalah di masa hadapan. Tapi kalau kebenaran merancang pun mungkin tak bincang dengan Veterinar, tak bincang dengan Pejabat Daerah, jadi lagu ni lah. Jadi sebab itu, bagi saya inter-agency punya perbincangan juga sangat-sangat penting. Maka saya mengharapkan agar respon secara agresif dapatlah dilaksanakan sekiranya ada isu yang melibatkan peruntukan undang-undang, yang melibatkan pelbagai agensi. Jadi kita ni bawa isu tema Perak Bumi Lestari tapi peruntukan undang-undang yang sedia ada kurang lestari. Sesuatu perlu dilakukan. Sama seperti isu yang tadi lah yang dibangkitkan oleh YB Pasir Pinji tadi. Seterusnya…

Yang di-Pertua

YB. Banyak lagi ke?

Sikit lagi. Baik. Kira baru 19 minit. Sikit lagi. Lima minit lagi. Baik.

Yang di-Pertua

Dua minit ya. Dua minit.

Ok ini penting. Ini penting. Ok seterusnya isu pengukuhan. Fokus ketiga pengukuhan modal insan dan pembangunan sosial. Terima kasih. PASAK menerima duit sebanyak RM11 juta peruntukan untuk menguruskan program dan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional. Terdapat tujuh program yang disenaraikan. Saya mengharapkan agar program-program PASAK ini merupakan program-program yang berimpak tinggi tetapi meminimumkan penggunaan bajet. Kita boleh, kita ada teknik pengurusan program yang berkesan. Jangan kita buat program habis RM1, 2 juta, kesannya tak ada. Jadi pastikan kami semua YB-YB menerima laporan apakah potensi-potensi selepas berlakunya program-program tersebut yang untuk kita mungkin lihat ke depan bagaimana peserta-peserta ini boleh dibangunkan lagi kapasitinya. Ok? Ini kena tengok sikit YB Changkat Jering, pastikan pengurusan program yang berkesan ini akan memberi impak kepada bajet dan akhir sekali ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar yang memperuntukkan RM500 ribu untuk penyelenggaraan perpustakaan desa. Ya lah pengerusi perpustakaan kan.

Jadi maka besarlah harapan saya agar perpustakaan desa ini dapat dimaksimakan penggunaannya khusus untuk keperluan anak didik di dalam kawasan ADUN masing-masing. Galakkanlah anak-anak pergi ke perpustakaan desa untuk menggunakan perkhidmatan ini agar ianya dapat menambah ilmu pengetahuan. Seterusnya terima kasih juga memberi peruntukan Dewan Belia sebanyak RM0.4 juta, kurang sikit daripada tahun lepas. Jadi kita angkat suara anak muda baru-baru ini ya Exco Belia, terima kasih kerana menjayakan walaupun saya tak ada masa tu menjayakan Persidangan Belia buat tahun 2021 dan saya nampak ada unsur yang baik, yang bernas, yang boleh kita ambil. Ada setengah Exco ambil terus. Tak bolehlah. Ambil kena bagi kredit sikit. Sebab kadang-kadang idea tu datang daripada orang muda. Mereka nak idea mereka diangkat. Ucapan terima kasih sikit pada depa kalau kata depa ni memberi kan idea yang baik untuk Exco-Exco menjalankan apa juga usul yang dipanjangkan dan saya akhiri ucapan saya dengan setinggi penghargaan terhadap peruntukan bajet. Insyaallah memberi impak yang baik kepada rakyat dan pesanan saya kepada seluruh kakitangan awam Negeri Perak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan bajet ini. Teruskan usaha membantu rakyat kurangkan karenah birokrasi dan amalkanlah sistem pengurusan yang cekap. Demi memastikan bajet ini benar-benar sampai ke golongan sasaran. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi. Trong menyokong.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Trong terbabas banyak kali. sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Jalong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Dato' Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk bangun dan membahaskan untuk belanjawan ini dan kebenaran menanggalkan mask saya. Jadi saya bangun hari ini sekarang untuk membahaskan mengenai Belanjawan 2022 untuk Negeri Perak Darul Ridzuan. Jadi pada permulaannya kita ingin mengupas sedikit mengenai belanjawan ini. Sekali pandang kita boleh nampak bahawa belanjawan ini tidak banyak bezanya daripada belanjawan-belanjawan lepas. Nombor satu kita boleh tengok belanjawannya lebih kurang dari kebiasaan sejak dulu antara dalam RM1 billion lebih sikit. Jadi kalau kita tengok belanjawan kali ini belanjawannya adalah RM1.1 bilion lebih kurang. Dibandingkan dengan belanjawan tahun lepas lebih kurang RM1.2 billion. Kalau kita tengok kan lebih kurang mungkin cuma kurang, lebih kurang RM1 billion. Tapi kalau kita tadi saya kira-kira lebih kurang RM110,000 lah lebih kurangnya. Ok. Kalau kita tengok pula perbelanjaan untuk pembangunan sebenar dan lain-lainnya. Peruntukan untuk Pembangunan 2021, adalah RM430 juta, manakala pindaan pada 2021 menjadikannya sebanyak RM357 juta. Peruntukan untuk 2022 pula adalah sebanyak RM300.02 juta bermakna penurunan sebanyak lebih kurang 30% ataupun RM128 juta. Jadi kalau kita tengok secara awalnya, secara atasnya kita boleh nampak macam tak banyak perbezaan tetapi bila kita tengok lebih dalam lagi, kita mendapati bahawa peruntukan untuk pembangunan telah turun 30%.

Di sini saya ingin bertanya secara permulaannya. Adakah penurunan perbelanjaan untuk pembangunan ini wajar pada masa ini. Jadi ini adalah suatu yang kita perlu fikir-fikirkan. Memang kalau kita ikuti sidang Dewan dari dulu hingga sekarang. Kebiasaannya bila kerajaan menaikkan, membentangkan satu belanjawan yang defisit. Memang pembangkang akan kata, kenapalah defisit, duit kurang, janganlah bazir, nanti anak cucu kita perlu bayar dan sebagainya tetapi kali ini mungkin saya rasa kita boleh dengar daripada permulaan pagi ini hingga sekarang, mungkin kita lihat nada dia sedikit terbalik. Kali ini kerajaan pula kata nak jimat duit. Biarlah kita jangan pakai duit banyak sangat, kita nak jimat untuk anak cucu kita. Tetapi kita tengok mungkin pembahas-pembahas sebelum saya mula mengutarakan bahawa perbelanjaan tidak mencukupi. Jadi ini adalah sesuatu yang kita perlu fikirkan kerana kalau kita ikutkan accounting practices mungkin kita akan kata perbezaan cash flow dengan perbezaan long term profit. Jadi perbezaan ini mungkin kita, adakah kita kena korbankan duit yang kita ada sekarang, supaya kita nak ada keuntungan jangka panjang. Itu dalam segi accounting. Tetapi perlu kita ingat dalam segi perakaunan untuk sesuatu negeri, untuk satu kerajaan, negara, mungkin ada perbezaannya dengan syarikat, dengan organisasi persendirian.

Dari segi maksud itu ialah mungkin bagi organisasi persendirian mereka menampakkan keuntungan itu lebih penting. Mungkin 90%, mungkin 99% berbanding dengan tanggungjawab sosial. Tetapi bagi kerajaan, bagi kita yang mentadbir negara, mentadbir negeri ataupun bagi ketua-ketua jabatan dan semua kawan-kawan yang ada di situ, dalam tempat masing-masing kita, bagi kita tanggung jawab sosial kita lebih penting daripada tanggungjawab cari untung ataupun kita kata surplus dari segi pentadbiran kerajaan, kita tak cakap profit, kita tak cakap untung, kita cakap surplus, lebihan. Sebab kita bukan berniaga. Nampak, nampak tak perbezaan itu. Bila di kerajaan kita kata lebihan. Lebihan, maksudnya pendapatan kita lebih daripada perbelanjaan. Kita tak cakap, kita untung sebab kerja kerajaan bukan untuk buat untung. Kalau ada lebihan memang baik. Jadi dari segi ini kita kena pandang-pandang dan kita kena fikir- fikirkan apa yang kita perlu buat terutamanya dalam keadaan pasca covid ini. Sebenarnya covid ini mengajar kita sesuatu. Covid ini mengajar kita bahawasanya, mungkin satu petunjuk daripada Tuhan, daripada Allah, bahawa tiada perbezaan di antara kita semua. Kita tidak ada perbezaan antara kita dari segi, kalau you lelaki ke, perempuan ke, tua ke, muda ke, kulit you gelap sikit ke, cerah sikit, tak ada perbezaan. Kalau covid tu mencari makanya jumpa you habislah, you kena covid. Itu saja. Itu jawapannya pada sama, pada kehidupan rakyat. Jadi kita kena ada satu paradigm shift.

Satu pemindahan kita, atau kita kata hijrah pemikiran kita untuk melihat apa kita nak buat untuk memastikan rakyat negeri Perak ini dapat hidup dengan lebih baik, rakyat negeri Perak ini dapat keluar daripada permasalahan dan kesengsaraan yang kita hadapi sekarang. Kita perlu utamakan supaya mereka dapat mencari makan, mencari rezeki, mencari keuntungan supaya negeri Perak dapat lebih maju. Barulah bila mereka maju, rakyat Maju, rakyat untung, baru kita boleh kata kita sebagai kerajaan di negeri Perak kita boleh secara boleh cakap dengan lebih kuat. Bahawa kita sekarang akan mendapat lebihan daripada perbelanjaan atau kita menutup akaun kita dengan lebihan. Bahawa sesungguhnya lebihan itu datang daripada cukai yang kita kutip daripada rakyat yang mendapat untung. Bukan kita perah mereka. Jadi ini paradigm shift yang amat penting. Jadi dengan itu saya ingin nak katakan tadi ialah macam kita katakan tadi.

Saya sebenarnya saya nak ucapkan syabas kepada Trong tadi atas mempertahankan bajet yang di dikemukakan. Memanglah secara terang saya cakap, tugas kita YB-YB, ADUN-ADUN, kadang-kadang kita terpaksa mempertahankan belah kita. Bila jadi kerajaan, kita mempertahankan belah kerajaan. Bila jadi pembangkang, kita mempertahankan pembangkang. Tetapi cuba kita fikirkan dan renung-renungkanlah bahawasanya ada masa kita perlu jangan berdiri mengikut barisan-barisan kita. Ada masanya kita tidak perlu berdiri mengikut pembahagian. Anda pembangkang, anda kerajaan. You belah sana, you belah sini. Bahawasanya betul tu betul dan salah tu salah. Jadi dari segi ini mungkin nanti saya akan kupas mengenai kenapa perlunya kita menambah perbelanjaan dalam belanjawan ini.

Macam tadi saya ambil contoh, perbahasan Trong tadi. Saya rasa perbahasan Trong tadi sebenarnya mengikut hati. Daripada apa yang Trong fikirkan dan kita boleh nampak sebagai seorang ADUN, beliau menyampaikan melalui hatinya. Kadang-kadang beliau memuji kerajaan sebab tanggungjawab tetapi ada perlunya dia Trong, beliau meminta sesuatu daripada kerajaan, walaupun menjadi permintaan beliau tu kadang-kadang memberi masalah atau tekanan kepada pihak kerajaan. Jadi dari segi bila kita kata, bahawa defisit ni bagus. Bahawa defisit ini, orang kata tidak membebankan rakyat. Bahawa defisit ini supaya tidak membelanjakan duit rakyat. Saya ingin nak utamakan, kadang-kadang bila kita berkata ni, kita sekarang berkata, bercakap, berbahas demi rakyat Perak. Kadang-kadang kita perlu undurkan sedikit daripada tanggungjawab parti, daripada tanggungjawab sama ada anda adalah kerajaan atau tanggungjawab anda adalah pembangkang.

Sebagai contoh, bila tadi dikatakan bahawasanya perbelanjaan ini bagus. Perbelanjaan ini menjimatkan tetapi pada masa yang sama meminta, saya rasa bukan Trong saja, ramai YB meminta kerajaan supaya melihat kepada masalah rakyat, masalah kawasan supaya diadakan projek sekian-sekian, diadakan pembangunan sekian-sekian. Saya nak tanya, mana datangnya duit itu sekiranya tidak daripada belanjawan. Mana datangnya duit itu sekiranya tidak diluluskan dalam pelan belanjawan. Maknanya pada hakikinya kita terpaksa meluluskan perbelanjaan itu dalam belanjawan sebelum kita dapat menaikkan perbelanjaan dalam apa-apalah projek atau pembangunan yang kita minta untuk kawasan-kawasan kita. Tapi sebelum saya terlanjut, sebelum saya melanjutkan dalam itu, saya nak balik kepada masalah kawasan saya dulu supaya tidak nanti ketinggalan pula masalah kawasan.

Jadi nombor satu saya nak bawakan kepada sini ialah mengenai masalah kawasan di jalan Kuala Kangsar di mana antara Hospital Sungai Siput dan sejak kebelakangan ini banyak berlaku kemalangan. Memang jalan tersebut telah dinaiktaraf tetapi masalahnya kadang-kadang disebabkan jalan tersebut dinaiktaraflah berlakunya masalah. Saya dapati, saya sendiri membuat tinjauan bahawasanya apabila kita lalu pada waktu malam, lampu yang menerangkan jalan tersebut tidak berada pada keadaan sepatutnya. Kita mendapati tompok-tompok antara terang dan gelap, terang dan gelap, terang dan gelap itu menjadi masalah pemanduan terutamanya pada waktu hujan. Kawasannya dua lane up, dua lane down, minta maaf dengan izin. Jadi bila ada dua laluan ke atas ke bawah, ke utara ke selatan, dia menjadikan pemandu itu leka, laju dan apabila hujan, maka akan menjadi masalah, apa orang kata, kemalangan. Bulan lepas sahaja dua kemalangan, tiga maut. Baru beberapa hari lepas, berlaku kemalangan lagi. Jadi saya mohon izin minta pada pihak yang bertanggungjawab, terutamanya Exco infrastruktur ADUN di kawasan itu supaya menaik taraf jalan tersebut terutamanya dengan papan-papan signboard yang ada anak panah pusing itu, yang kuning hitam tu, yang lebih besar supaya menampakkan bahaya tempat tersebut. Supaya mereka yang melalui kawasan itu dapat lebih berjaga-jaga.

Lepas tu, mengambil semangat daripada Changkat Jong dan Trong, saya nak cerita pasal lembu pula. Jadi lembu mungkin penggal lepas kita kata berfoya-foya, tapi penggal ini, saya nak naik taraf sikit lembu ni. Sekarang bukan saja berfoya-foya, lembu sekarang ni bermaharajalela lebih dahsyat, bermaharajalela. Saya bagi satu contoh, keadaan ini berlaku di Taman Kemiri, Sungai Siput. Seingat saya pada 2019, banyak aduan telah diadakan, mesyuarat diadakan dan kita telah mengadakan satu jawatankuasa lembu. Bayangkan jawatankuasa lembu untuk menangani masalah ini. Banyak tempat-tempat yang sensitif telah diselesaikan. Cuma ada satu di Taman Kemiri yang sepatutnya berpindah selepas Tahun Baru Cina 2020. Tetapi malangnya datang masalah covid kepada negara kita dan ini menjadikan penangguhan perkara tersebut. Kini penternak lembu tersebut bukan sahaja tidak berpindah, namun meluaskan kawasan penternakan beliau di kawasan tersebut.

Maka ini yang saya katakan bermaharajalela, bukan saja tak pindah, maka meluaskan. Minta maaf Changkat Jong saya tak cukup masa, kertas tebal, minta maaf. Ok, jadi saya harapkan, saya harapkan supaya Exco yang bertanggungjawab untuk usahakan, sebab saya rasa banyak-banyak YB ini termasuk belah sana belah sini, tak kisahlah YB nak cerita macam mana pun, YB nak minta macam mana pun, YB nak tekan macam mana pun, hakikat nya Veterinar cakap ini bukan kuasa saya, PBT akan cakap ini bukan kawasan saya, DO cakap dia bukan kawasan saya, ding dong ding dong sini sana, tapi kita tahu keputusan terakhir letak kat tangan siapa? Exco Pertanian, Exco Perladangan, tolong jaga. Sekiranya YB asyik tekan macam mana pun, tak ada angguk daripada Exco, benda tu tak jalan. Minta maaflah, dia takkan jalan. Itu pengalaman saya. Mereka akan tengok pada Exco tersebut yang bertanggungjawab pada portfolio dan mereka tengok kepada Menteri Besar. Kebetulan Menteri Besar yang handsome saya telah ngam-ngam keluar tak sempat nak dengar perbahasan saya.

Jadi saya mohon Exco yang bertanggungjawab dan Menteri Besar tolong tengok. Sebab masalah lembu ni bukan pada ADUN-ADUN 1 2 3 ini, ia berlaku di mana-mana. Jadi perlu ada political view, dengan izin. Semangat itu untuk menyelesaikan masalah ini. Selagi Exco dan MB tak tekankan, maka tiap-tiap penggal, tiap-tiap sidang akan adalah YB yang cakap pasal lembu lembu.. lembu.. lembu.. lembu.. lembu, tak selesai. Jadi tolong, MB dengan Exco tengok atas benda ini, ini semua demi rakyat. Sebab kita nak fikirkan bahawasanya, bahawa adakah kita nak pentingkan kepentingan seorang dua penternak lembu ataupun beberapa orang penternak lembu berbanding dengan kepentingan ratusan ataupun ribuan orang yang terpaksa menanggung masalah yang ditinggalkan oleh penternak-penternak lembu ini. Jadi renung-renungkan apa yang saya bawakan ini supaya kita dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Ok nombor dua, saya nak bawa pasal-pasal banjir, biasa tak selesai-selesai terutamanya setelah beberapa tahun mesti adalah tahun yang lebih hujannya. Tadi kebetulan tahun ini banyak hujannya, hujannya agak kuat, jadi saya nak bawa masalah banjir. Masalah banjir di Sungai Siput terutamanya di kawasan Jalong. Saya rasa nak kata bahawa agensi-agensi tak buat kerja, saya rasa mereka ada buat kerja tetapi masalah kadang-kadang, benda-benda yang diturunkan daripada Allah ni, benda-benda turunkan daripada kehendak Tuhan, kita tak boleh control sangat. Tetapi manusia kita boleh ikhtiar, manusia kita boleh usahakan. Jadi saya nak kata satu, kita boleh korek macam manalah sungai tu, kadang-kadang sungai ini dia macam highway, dia macam lebuh raya. Dia tak boleh ada satu sangkut. Kalau dari KL dia balik, semua dia mesti berlaku disebabkan dekat kawasan sekitar Sungkai. Betul tak? Sebab apa, 3 lane masuk jadi 2 lane. Jadi dia berlaku sama dengan sungai.

Apa yang berlaku di kawasan saya, di kawasan Sungai Siput, ada dua benda yang berlaku, saya ingin bawakan sekarang. Nombor satu, saya telah berbincang dengan YB Lintang yang cukup membantu, Ok, YB cukup membantu dan saya rasa YB Lintang telah melakukan lawatan dan mungkin ada hasil usaha yang akan dibentangkan YB Lintang nanti berkenaan dengan banjir di Taman Muhibbah Jaya. Sebenarnya banjir di Taman Muhibbah Jaya ini tidak sahaja melibatkan MPKK. Saya difahamkan kerja-kerja MASMA yang melibatkan JPS Pusat bukan JPS Negeri, JPS Pusat bahawanya ia akan siap. Tetapi berlaku juga pada masa yang sama, peruntukan telah diturunkan, ok dalam bajet, kalau saya tak silap Bajet 2020 ke 2019, tetapi tak jalan-jalan kerja disebabkan covid. Tapi sampai sekarang, covid pun dah lepas, saya harapkan betul-betul berlaku. Saya difahamkan bahawa kolam pertama, tadahan yang pertama akan berlaku akan dijalankan diusahakan di kawasan menyelesaikan masalah Taman Muhibbah Jaya tadi.

Cuma saya minta supaya disegerakan, sebab papan tanda dah naik. Papan tanda kata bulan lapan, tapi sekarang tak nampak kerja lagi. Jadi itulah yang macam tadi YB Trong berkata berucap, rakyat tak nak tahu proses, rakyat tak nak tahu ini tanggungjawab siapa, kuasa siapa, rakyat nak tahu selesai kerja. Jadi saya harap, YB yang bertanggungjawab supaya usaha benda ini supaya berlaku. Tambahan kepada juga Taman Muhibbah Jaya itu, selain daripada usaha yang dilakukan, saya rasa YB Exco sudah turun tengok, saya ingin cadangkan juga lagi satu, supaya diadakan longkang, pembesaran longkang daripada kawasan itu dari persimpangan terus masuk ke dalam kawasan industri supaya air dapat keluar mengikut satu jalan yang lain. Sekarang ada longkang tetapi longkang tersebut tidak cukup untuk membawa air tersebut dan juga ada longkang yang telah pecah dan tersumbat dan sebagainya.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Jalong, boleh.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Minta maaf, saya panjang lagi, minta maaf, kertas banyak, nanti Speaker tak bagi saya cakap. Jadi balik pada itu, termasuk juga pada projek MASMA, saya kata tadi sungai daripada kawasan Jalong sebenarnya dah banyak di korek, sebenarnya dah banyak jalan. Dalam kita kata usaha selama 5 tahun ini memang banyak benda dah buat, cuma masalahnya, saya banyak berjumpa JPS, bila kita berjumpa JPS, masalahnya mereka yang dibangkitkan ialah bahawasanya JPS tiada peruntukan untuk mereka menguatkuasa. Jadi bila sungai ni masuk ke dalam kawasan perladangan sungai di masuk ke dalam kawasan persendirian terutamanya ladang-ladang besar, ladang-ladang yang diketuai yang mempunyai dalam bursa saham dan sebagainya maka amat susah untuk pegawai-pegawai melakukan sesuatu kerja ini yang berlaku di Sungai Siput. Di Jalong sungai lebih kurang daripada Sungai daripada Sungai Buloh dia terus Sungai Nyamuk sampailah ke Taman Lintang Makmur lebih kurang lebih kurang lah saya katakan lebih kurang ok cuma dia selalu air ditendang balik selepas Taman Lintang Makmur menyebabkan Taman Lintang Makmur banjir apa yang berlaku ialah air sungai tu bila dia masuk kawasan yang kebetulannya kebetulannya lah daripada melintas DUN Jalong ke DUN Lintang kebetulan ok, kita masuk ke dalam kawasan perladangan dan bila JPS meminta mereka buat-buat kerja tak jalan.

Saya dapati bahawa kita ada pokok-pokok di tengah sungai selepas penanaman semula air sungai menjadi begitu cetek sekali sehingga air sungai tak dapat jalan, jadi tak kira berapa duit lagi you orang nak korek tak kira berapa duitlah JPS nak korek dekat Hulu tapi kalau Hilir tak kiralah bahagian atas tu nak korek berapa tak bahagian yang bawah tu kalau cetek, maka akan berlaku tendang balik. Jadi saya harap saya syorkan supaya diadakan satu enakmen untuk membenarkan tak kiralah siapa JPS ke bagi kuasa pada DO ke pada siapa janji untuk boleh kuatkuasa untuk memaksa untuk memanggil untuk meminta supaya mereka membersihkan sungai itu mahu tak mahu kena bersihkan sungai itu sebab keengganan mereka membersihkan sungai itu menyebabkan banjir di atas.

Apabila air di tendang balik di kawasan ladang, kawasan pekan banjir air di tendang balik di kawasan ladang kawasan kampung banjir jadi, saya harap pada belah kerajaan supaya melihat dari adakah satu perundangan supaya membenarkan JPS mahupun PBT mahupun Pejabat Tanah untuk mengadakan supaya boleh menguatkuasakan apa yang dikatakan supaya pihak-pihak persendirian ni dapat membersihkan sungai tersebut bagi mengelakkan banjir. Bayangkan sekali banjir, berapa kerugian berapa rumah yang terlibat, berapa perabot yang terlibat, berapa kenderaan terlibat, berapa barangan elektrik yang terlibat dan banjir tu mungkin akan berlaku dalam 5 minit atau 5 jam tetapi melibatkan kerugian ribuan ringgit kepada setiap rumah.

Ok, seterusnya saya ingin bercakap sedikit mengenai pertanian ok. Dari pagi tadi hingga sekarang sebelum saya kita banyak dengar banyak tengah mengenai pertanian habis kita dengar mengenai pertanian kita tengah harga naik banyak-banyak kita kena mengena harga naik ada yang saya pun tak ada ceritalah sebab ramai orang cerita sayur ini kalau kita beli di kebun berapa kalau bila dijual borong berapa, bila sampai dia kalau mak cik kiah nak beli nak beli kat pasar berapa harga sayur tu, kita semua tahu melibatkan kenaikan harga tetapi, tetapi, penanam tu tak dapat naikkan harga pekebun tu, tak dapat tak naik harga yang baik harganya baja, yang naik harganya mungkin kos minyak, kos diesel yang mereka perlu pakai untuk generator ataupun kos elektrik yang naik harganya mungkin dalam segi netting atau netting yang mereka perlu pakai dan sebagainya itu yang harga tetapi harga jualan sayur di kebun sebenarnya tak naik ke mana. Tetapi bila kita pergi ke pasar, bila mak cik Kiah pergi, atau siapa-siapa pergi ke pasar, kita tahu kita tak perlu cerita 1 Malaysia dah tahu satu Perak dah tahu harga sayur di pasar dan menjadi lebih mahal daripada harga daging dan menjadi lebih harga lebih mahal kalau kita beli kadang-kadang beli sayur baik makan ayam.

Menjadi sehingga sekian jadi apakah peranan Exco yang menjaga bahagian tersebut Apakah peranan Exco untuk menjaga sama ada kita bagi subsidi baja kepada mereka yang menjadi yang yang menanam ataupun kita mengawal harga di bahagian mereka yang menjual. Kita tak boleh biarkan sebegini untuk selama-lamanya mesti ada sesuatu tindakan mesti ada sesuatu tindakan untuk menyelesaikan masalah ni sama ada kita nak tampung kos kepada penanam, ataupun kita nak mengawalkan harga bukanlah kita nak kata kawal ada selama-lamanya tapi untuk seketika terutamanya termasuklah sekarang kita kata dalam proses post pandemic covid, sebab post pandemic covid ni nak katakan kita boleh bagi alasan, satu dunia pun covid oii, kalau itu satu tu dia pun ada sakit, satu tu dia tak makan nak cakap boleh nak bagi alasan tapi di mana ada kemahuan di situ lah kita boleh mencari penyelesaian sama yang paling jawabnya, jawabnya sama ada kita nak atau tak nak sama ada kita nak buat atau tak nak buat jadi.

Saya mohon Exco yang menjaga perladangan menjaga pertanian supaya melihat sebab pertanian ini merupakan satu yang amat penting cuba kita tengok apabila kita kehilangan kerja contoh kehilangan kerja dia bukan saja kita kata bila kita hilang kerja kita tak boleh makan sayur mahal bukan ada lagi satu fenomena bila kita kehilangan saja andai kata saya kerja sebagai pekerja kilang, andaikan saya kerja sebagai contoh pekerja pejabat pentadbiran dan sebagainya bila kita hilang pada fenomena akan berlaku kebiasaannya di tempat yang orang lebih daripada pokok ini ada bagi tadi ada orang lebih daripada pokok kebiasaannya mereka akan masuk kepada bisnes menjual makanan di tempat yang pokok lebih daripada orang kebiasaannya mereka akan masuk ke dalam pertanian dan petani kita kena tengok juga petani-petani komersial lain caranya. Mereka melibatkan 50 ekar, 50 hektar, 500 hektar mereka kira dengan hektar tahu. Jadi bila mereka melibatkan kos-kos tersebut maka sebenarnya bagi mereka itu satu permainan keusahawanan yang berlainan tetapi kepada petani-petani kecil petani-petani yang cuba untuk mencari makan sesuap nasi ini ramai petani demikian demikian ada di kawasan terutamanya di Hulu Perak dan kawasan Kuala Kangsar. Saya mohon supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang amat handsome supaya.

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong, kejap.. 2 minit

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Boleh, tadi Trong ada injury time.. Saya pun kena ada injury time, adalah pelajaran ini tambahkan berlandaskan peruntukan pembangunan kepada pertanian seboleh-bolehnya kita agihkan secara adil kepada semua daerah tak kira RM500 ribu untuk pembangunan pertanian khasnya, khususnya kepada petani-petani kecil petani-petani di rumah di kampung namun begitu kalau boleh ditambahkan lebih sikit untuk kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak cepat kerana di kawasan kita tu lebih ramai petani-petani kampung petani-petani tradisional mereka bukan petani komersial yang mempunyai ladang-ladang yang besar itu tandanya amat penting saya mohon supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya melihat kepada permohonan saya ini.

Saya akan sentuh sikit lagi mengenai tadi kita katakan tadi mengenai pengurangan karbon yang dibangkitkan tadi. Terima kasih kepada YB Exco yang menjawab memang kita lihat memang banyak dasar memang banyak tak sayang telah dijalankan sama ada tak sah daripada Persekutuan atau berasal daripada negeri saya mengambil maklum dasar-dasar tersebut inisiatif tersebut tetapi persoalannya adakah ia sampai ke peringkat akar umbi itu mencari satu permasalahan jadi lebih baik kalau kita tarikan kita ada kat daripada atas ke bawah rumah kita cuba proses daripada bawah ke atas pula ataupun kita cuba kedua-dua daripada atas ke bawah dan juga proses daripada bawah ke atas macam saya katakan tadi sebenarnya apa yang kita harus kita ada sekarang memang banyak daripada atas ke bawah kerajaan yang mereka yang membawa inisiatif-inisiatif ini seperti menggunakan kuasa solar dan sebagainya ini lepas tu kita ada duty free kepada kereta macam saya kata tadi kereta hibrid kereta ratusan ribu. Mungkin kita dalam Dewan ni mungkin akan semua, mungkin kita boleh mampu beli sebiji lah banyak tak nak tapi tak mampu juga tapi ini bukan mainan rakyat jelata bukan mainan akar umbi mainan-mainan untuk rakyat jelata kegunaan untuk akar umbi dan rakyat jelata.

Adalah yang saya katakan tadi e-bike, e-bike harganya jauh lebih murah daripada motosikal. Jadi e-bike lebih kurang harga pasaran, lebih kurang dalam seribu lebih. Ada yang lebih murah, dibandingkan dengan motosikal yang release stubborn mungkin RM3 ribu, mungkin RM5 ribu. Kalau ambil Y15 lagi mahallah. Tadi yang muda-muda sukalah Y15 kan lagi mahal, tapi e-bike ini sebenarnya bagi yang muda kadang-kadang tidak teruk. Kadang-kadang kita hendak cakap bahasa orang muda e-bike ini kadang-kadang dia punya top atau pun dia punya host power jauh melebihi yang kita pakai, tak kiralah nak pakai MP09 ke MP07, you hendak pakai Z600 ke Z900 ke, so dia ada kepentingan dia di situ. Tapi itu mungkin lebih mahallah. Tapi untuk makcik-makcik, untuk pakcik-pakcik yang gunakan e-bike mereka dari mana, daripada rumah ke masjid, daripada rumah ke warung, daripada rumah ke kebun getah, daripada rumah ke pasar dan mereka tak perlu masuk minyak. Mereka cuma perlu pergi pasar, lepas itu balik rumah caj. Esok pagi, pergi lagi dan kita adakan inisiatif supaya menggalakkan penggunaan e-bike ini di negeri Perak. Biar kita menjadi negeri yang nombor satu yang menggalakkan penggunaan tersebut. Seorang sahaja yang sokong? Kita tambahkan penggunaan e-bike demi dua benda.

Nombor satu, secara cost valuation dia, ia lebih efektif daripada kepenggunaan motosikal biasa secara orang kata untuk alam sekitar, ia juga lebih mesra alam kepada alam sekitar. Jadi saya harap, adalah satu usaha untuk ini dan juga macam tadi saya katakan tadi penggunaan e-bus yang telah dibawa oleh bas elektrik yang telah dibawakan oleh YB Exco ialah satu usaha yang amat cantik, amat baik cuma saya mohon kebetulan YB Infrastruktur pun telah melancarkan bas untuk kawasan tempatan di kawasan beliau. Apa kata YB melancarkan bas elektrik di kawasan bersama di Lintang dan di Jalong. Kita jadikan kawasan bersamaan, kita bawa pemikiran-pemikiran baru ini, kita bawakan sampai ke dalam kampung, bahawa kenderaan elektrik ini lebih mantap, lebih jimat, lebih selesa dan tidak orang katakan mencemar alam sekitar. Jadi saya harap dengan ini, semua benda-benda ini kita dapat bawakan supaya demi orang kata, anak cucu kita juga. Lagi satu...

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong, boleh point yang terakhir.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Boleh, cuma satu saya hendak minta lagi. Memandangkan saya dah bawa YB Exco banyak kali YB Exco Lintang punya nama, saya hendak sambungkan juga sampaikan salam kepada YB Exco Lintang bahawa Lot 10 telah banyak kali saya bawa dah sejak 2019 dan juga sejak zaman pembangkang dulu pun jadi kerajaan sekarang jadi pembangkang balik. Tak apa, saya bawakan lagi Lot 10 di Jalong sekarang mereka menggunakan jalan masuk atas ihsan pemilik ladang kelapa sawit. Jadi seboleh-bolehnya lihat, saya difahamkan bahawa pejabat daerah, pejabat tanah telah membawanya kepada PLB untuk diluluskan jadi memandangkan YB Infra juga boleh melihat-lihatlah kalau boleh sekiranya PLB tidak dapat melaksanakan mungkin YB Infra dapat melihat perkara ini supaya mereka mempunyai satu jalan, yang betul-betul jalan kepunyaan mereka tidak perlu melalui ihsan mana-mana tanah persendirian dan selepas itu mereka bolehlah diberi infra-infra yang sesuai termasuklah air, telekomunikasi dan sebagainya supaya mereka dapat infra yang betul-betul sesuai untuk dijalankan di tempat-tempat tersebut.

Last sekali macam saya katakan tadi, last Timbalan Speaker, macam saya katakan tadi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan supaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cuma kita hendak tengok kadang-kadang bila kemahuan kita itu, sama ada ia bersamaan dengan rakyat atau tidak. Bila kemahuan itu kita lakukan kemahuan kita, bila kita di awang-awangan, kita lakukan kemahuan itu bila kita dalam keadaan terputus daripada apa yang berlaku di bawah sana, di peringkat akar umbi. Kita duduk atas awan sahaja, jadi di peringkat akar umbi mungkin berlainan. Saya hendak tanya kenapa, saya nak tanya Kerajaan Negeri Perak sama ada YAB Menteri Besar bercadang untuk mengikut atau memperluaskan gerakan, mengharamkan penjualan arak yang berlaku di Selama. Ramai yang tidak tahu, cuba kita fikirkan dan kita juga saya masukkan sekali dengan judi, sebenarnya apa yang kita faham di awang-awangan dengan apa yang berlaku di peringkat akar umbi amat berbeza.

Apabila kita melakukan pengharaman secara terang-terangan ia membawa banyak masalah. Contohnya, saya bawa contoh jika kita membawa pengharaman penjualan arak ini satu yang mungkin banyak berlaku akan berlaku riuh rendahlah kawasan YB Pengkalan Hulu kenapa, ramai kawan akan datang daripada sempadan sebelah sana, membawa barangan ke dalam negeri kita. Nampak, kita ingat kita hendak stop tetapi apabila pergerakan penyeludupan ini berlaku, ia membawa kepada banyak masalah. Jadi adalah lebih baik kita buat control, kawalan kepada itu daripada kita terus tutup habis jalan. Nombor 1, kita kehilangan cukai. Negeri Perak kehilangan cukai, adanya kalau boleh sekiranya kita dibekalkan dengan cukai yang kita dapati. Cukai mungkin ada kata cukai itu tidak dapat ke Kerajaan Negeri Perak, tapi saya hendak minta maaf. Cukai itu kalau tidak datang secara terus kepada Kerajaan Negeri Perak pun, kadang-kadang melalui Kerajaan Persekutuan dia akan datang dan saya hendak cakap downstream, downstream effect bukan kedai itu sahaja yang akan mencari duit. Bukan kedai itu saja akan mencari nafkah tetapi apabila kedai tu mencari duit, mencari nafkah beliau akan menggaji pekerja beliau akan menggunakan kontraktor, beliau akan mencari khidmat logistik, beliau akan mencari khidmat pengiklanan dan seterusnya ini akan menyebabkan downstream effect kepada ekonomi negara dan negeri.

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong yang terakhir.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ya, sekejap nak tutup. Hendak landing sudah. Jadi saya harap, dilihat semula kepada pengharaman penjualan arak ini. Walaupun saya sendiri tidak minum alkohol, ramai kawan-kawan saya tahu, saya sendiri tidak minum alkohol sebenarnya saya tak suka pun, pahit benda itu tapi ada orang yang suka tapi tidak kisahlah. Tapi saya hendak tengok, kehilangan cukai itu satu masalah, nombor dua ia membabitkan, menaikkan aktiviti-aktiviti haram seperti penyeludupan, kalau kita kata judi, bookie-bookie haram. Orang-orang ini demi menjalankan aktiviti mereka, mereka akan buat apa. Mereka akan memberi rasuah untuk menutup mata dan menutup hidung.

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong yang terakhir.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Landing, landing betul ini hendak landing. Jadi hendak menutup mata dan telinga dan mata dah semua ini dan apabila pegawai-pegawai ni mendapat pendapatan yang lebih daripada kawan-kawan di sebelah sana, daripada pendapatan yang mereka jana daripada kerajaan cuba fikirlah ke mana ketaatan mereka akan berada. Adakah mereka akan taat kepada Kerajaan Negeri yang memikirkan masalah rakyat atau mereka akan taat kepada bookie-bookie dan penyeludupan-penyeludup yang cuba memikirkan poket-poket mereka. Jadi saya harapkan demi itu, fikir semula langkah ini sememangnya ia melibatkan, ia sebenarnya memang menimbulkan kacau bilau kepada sistem ekonomi kita. Merugikan kita dalam segi percukaian dan juga menggalakkan benda-benda yang bercanggah dengan perundangan kita. Jadi dengan itu, saya memohon supaya saya ulangkan sekali lagi, supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar melihat kepada permohonan saya supaya menaikkan peruntukan kepada pembangunan pertanian atau pun boleh dikatakan one-off demi selepas covid ini untuk supaya rakyat kita dapat dengan izin kita jumps start effect situ Supaya mereka dapat keluar daripada sengsara covid dan meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan yang lebih baik, dengan saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam keluarga rakyat negeri Perak. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, semua Ahli-ahli Yang Berhormat semua ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan yang bersama-sama kita secara maya pengamal-pengamal media yang ada dan kepada rakyat di luar sana yang sedang melihat secara online. Terlebih dahulu terima kasih Timbalan Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas belanjawan tahunan untuk tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas. Cuma saya nak minta kebenaran kepada Timbalan Yang Dipertua izinkan saya nak menyanyi empat rangkap lagu.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh tapi 20 minit saja masa, ada masa tambahan.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Muzik please payah dulu.

Timbalan Yang di-Pertua

Lepas ni kalau suara cantik boleh tukar profession masuk artis pula.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih sayang ku ucap padamu kerana menyambut tangan ku yang hampir layu. Saya menyanyi lagu terima kasih yang dinyanyikan oleh Awie. Boleh masuk Kilauan Emas. Kenapa saya menyanyi? Saya menyanyi lagu ini kerana senikata dia yang menunjukkan kepada kita terima kasih dan sayangnya kita kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Itu yang pertama sekali. Yang kedua, Pengkalan Hulu ucapkan mewakili rakyat negeri Perak yang ku ucapkan padamu itu adalah mewakili rakyat negeri Perak. Kerana menyambut tangan ku sambut tangan ku itu adalah sambut tangan rakyat Negeri Perak. Ya hampir layu rakyat yang sedang memerlukan bantuan. Jadi seni kata dia amat sesuai dengan Bajet 2022 kerana dia betul-betul memberi harapan kepada rakyat di suara sana yang hampir layu maksud hampir layu kita senang ingat kalau pokok hampir layu kita siramkan air. Selepas siramkan air kita bubuh baja pokok tu akan segar kembali jadi itulah yang saya nak bayangkan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat untuk tahun hadapan yang bernilai sebanyak RM1.1 billion yang bertemakan Perak Berdaya Saing Mampan dan Inklusif merupakan bajet yang bersifat holistik untuk rakyat negeri Perak. Itu sebab saya menyanyi lagu tu di mana lagu tu empat kerat tetapi maksudnya besar untuk rakyat negeri Perak.

Di dalam pembentangan pada hari Jumaat yang lepas saya melihat ada lima fokus utama di dalam bajet 2022. Yang saya ingin berkongsi salah satu daripada lima fokus utama tersebut. Menjana semula ekonomi dan pengupayaan sara diri rakyat. Ayatnya cukup cantik skopnya besar melibatkan rakyat di luar sana yang paling penting sara diri rakyat. Itu yang paling penting. Kenapa saya sebut begitu kerana rakyat di luar sana terutama sekali mereka-mereka yang berada di dalam bidang pertanian. Mereka-mereka yang ada di dalam bidang perniagaan. Mereka melihat bajet ini telah merangkumi semua aspek semua generasi yang ada di luar sana sama ada daripada anak kecil sehingga yang telah menemui ajal mendapat khairat kematian. Jadi ini satu bajet yang kita lihat telah merangkumi semua yang diperlukan oleh rakyat.

Timbalan Yang Dipertua, tadi Jalong ada sebut dua tiga kali. Dia sebut dekat saya depan-depan tu. Dia kata pokok banyak daripada orang tu adalah Pengkalan Hulu sebab pokok banyak pada orang ni kawan-kawan saya suka melawak. Ada Pengkalan Hulu ni jangan cakap banyak pokok banyak kepada penduduk memang betul sebab kawasan sana kawasan Hulu Perak adalah kawasan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian. Jadi bila saya sebut kawasan pertanian saya ingin menyentuh sedikit tentang peruntukan kepada Jabatan Pertanian yang berjumlah RM4.0 juta sebelum ini untuk pertanian peruntukan sebanyak RM8.0 juta. Kenapa saya sebut begini kerana masalah yang akan timbul kepada pekebun-pekebun kecil di dalam DUN Pengkalan Hulu dan di seluruh negeri Perak terutama sekali kepada penanam-penanam sayur kerana seperti yang disebut tadi harga sayur di ladang tidak naik cuma harga sayur di pasaran saja yang naik. Harga baja dan racun naik. Jadi kita lihat adakah menjadi satu bebanan kepada pekebun-pekebun kecil kerana mereka ini terpaksa menanggung kerugian disebabkan dengan kenaikan harga baja dan racun tetapi hasil mereka tidak naik jadi saya minta kepada Kerajaan Negeri supaya melihat kembali agensi-agensi yang terlibat di dalam untuk menangani masalah ini supaya masalah penanam-penanam sayur atau pekebun-pekebun kecil ini dapat diatasi dan saya yakin dengan peruntukan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan Kerajaan Negeri akan melihat kembali mungkin selepas hujung bulan Jun ataupun awal bulan Julai mengikut apa yang difikirkan perlu bersamaan dengan pendapatan kemungkinan kenaikan pendapatan daripada Januari hingga Jun untuk tahun 2022 dan kerajaan boleh melihat kembali bajet yang telah dibentangkan untuk tahun 2022 untuk di lebih baik kan ataupun dibantu di sektor-sektor yang memerlukan.

Timbalan Yang Dipertua, bila sebut Trong sebut pasal MARRIS tadi saya nak minta celah dia tak mahu bagi sebenarnya saya nak utarakan di sini sebelum ini peruntukan MARRIS untuk DUN kita boleh gunakan di dalam kawasan DUN. Tetapi tahun ini saya tak tahu di DUN-DUN lain duit MARRIS hanya boleh gunakan di dalam kawasan daerah kecil sahaja macam saya daerah kecil Pengkalan Hulu. DUN saya terlibat dengan daerah kecil di belah kawasan Gerik. Jadi ada empat kampung yang kita tidak boleh menggunakan peruntukan MARRIS yang orang kampung mai mencari di pejabat Haji geina balah ni bahasa orang sana. Kampung kami tak dapat peruntukan empat kampung. Kampung lain dapat. Ini yang berlaku jadi saya nak minta kerajaan negeri tolong melihat kembali jadikanlah macam tahun-tahun yang sebelum ini peruntukan MARRIS boleh diguna pakai di dalam kawasan DUN-DUN.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Saya sekali lagi nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar selaku pengerusi, Pengerusi Perbadanan Pertanian Negeri Perak senang kita sebut SADC kerana telah menyelesaikan masalah yang telah saya bawa daripada tahun 2013 tentang pengusaha-pengusaha tanah di sekitar Kampung Air Panas yang telah mengusahakan tanah milik SADC. Pada mulanya SADC telah membuat kelulusan untuk pajakan kepada mereka ini seramai 116 orang yang melibatkan tanah seluas 437 ekar tetapi yang Amat Berhormat Menteri Besar begitu prihatin dengan isu ini dengan masalah ini dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membuat keputusan Perbadanan Pertanian telah menyerahkan kembali hak milik kerajaan. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana telah menyelesaikan masalah ini yang boleh mendatangkan kebaikan bukan kepada 116 pengusaha ini tetapi kepada lebih daripada 400 keluarga.

Kenapa saya sebut 400 keluarga kerana lebihan tanah ini kita akan jadikan Rancangan Pertanian Berkelompok. Lebihan tanah ini lebih kurang 250 ekar. Tanah yang luas ini kita akan jadikan Rancangan Pertanian berkelompok yang kita boleh bantu sekurang-kurangnya 100 lebih keluarga yang ingin untuk menjalankan ataupun menambahkan pendapatan di dalam sektor pertanian dan kita telah melihat lebihan tanah ini seluas 40 ekar untuk dijadikan RPT, Rancangan Kampung Tersusun yang boleh menyelesaikan masalah belia-belia yang menumpang, belia-belia yang sudah berumahtangga yang saya sebut di dalam sidang DUN yang lalu.

Ada rumah satu rumah ada tiga keluarga. Kita dapat selesaikan masalah ini dengan adakan rancangan (RPT) rancangan apa ni Rancangan Kampung Tersusun lebih kurang untuk 200 keluarga generasi muda. Jadi lebih kurang 400 lebih keluarga akan mendapat manfaat yang telah diberikan oleh SADC dan terima kasih juga kepada CEO dia dengan semua kakitangannya kerana turun ke lapangan untuk menjadikan tanah ini milik kerajaan dan terima kasih juga kepada Pengarah PTG kerana begitu perihatin untuk melihat isu yang besar ini yang telah lama dapat diselesaikan dengan baiknya dan di sini bila saya sebut SADC, saya ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri selaku Pengerusi Perbadanan Pertanian supaya melihat kawasan-kawasan milik SADC yang ada di Pengkalan Hulu yang telah ditanam dengan pokok-pokok getah yang ketika ini kita lihat seolah-olah hasilnya yang begitu kurang kerana dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dengan harga getah yang rendah supaya kawasan-kawasan ini boleh dipertimbangkan supaya dijadikan kawasan tanaman durian Musang King ataupun durian yang bermutu tinggi kerana tanah-tanah SADC yang ada di sekitar Pengkalan Hulu, saya lihat agak sesuai untuk dijadikan ladang durian- durian yang bermutu tinggi.

Dan yang kedua saya nak mencadangkan kepada SADC supaya kalau boleh wujudkan sebuah kilang memproses durian-durian yang ada di dalam sekitar DUN Pengkalan Hulu yang sehingga kini jumlahnya telah melebihi 5,000 ekar yang telah mendatangkan hasil supaya lambakan akan datang boleh dikawal oleh kilang-kilang milik Perbadanan Pertanian Negeri Perak. Jadi saya mintalah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya melihat perkara ini.

Yang kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Jurutera Daerah Hulu Perak, JKR yang kita lihat kejadian tanah runtuh yang menyebabkan Kompleks CIQ untuk nak ke Thailand telah ditutup lebih daripada 20 hari dan telah selesai dan telah dapat kita gunakan dan saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri kerana turun ke lapangan untuk melihat masalah banjir yang telah saya utarakan dari tahun 2013 di Kampung Simpang Pulai. Jadi, Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri telah melihat dan Yang Berhormat Dato' Exco kita, Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Exco Lintang pun telah mengambil berat tentang perkara ini dan saya difahamkan bajet untuk membuat kelubung ataupun culvert dengan izin untuk mengelakkan banjir di Kampung Simpang Pulai telah sampai di Kementerian Kerja Raya hanya menunggu kelulusan tetapi saya mengharapkan di sini bukan hanya menunggu kelulusan kerana untuk makluman Timbalan Yang Dipertua dan makluman kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri saya sampai dah tak berani pergi ke kampung ini bila banjir. Makcik tu kata apa, "Haji, tak payahlah datang mai tengok. Tak payahlah datang nak mai bagi bantuan. Tak payahlah datang nak bagi duit. Tolong uruskan kelubung ni bagi jangan banjir kerana untuk pengetahuan bulan 10 dan bulan 11 seminggu tiga kali banjir di kawasan itu sampai saya ambil satu keputusan beli water pump jet dengan izin Bahasa Melayu sebut apa tak tau.

Pump pencuci tu bagi kepada Penghulu dan sukarelawan untuk pergi cuci di rumah penduduk -penduduk kampung yang kena banjir. Jadi, bayangkanlah kalau rumah kita pun kalau kata seminggu sampai empat lima kali ayaq selut duk masuk duk kena cuci, dia pun marah yang tak tahan ni di dalam media sosial dia tulis, YB hanya bercakap dalam Dewan ja. Dah lapan tahun bab kelubung pun tak boleh selesai. Saya tak jawab apa dalam media sosial saya diam saja. Hari ini saya bawa di dalam lagi di dalam Dewan. Mak Cik, Mak Long, Pak Long yang duk dengar di luar sana di Pengkalan Hulu, saya dah bawa dah. Insyaallah kali ini saya yakin Exco kita akan bermati-matian berlawan untuk pastikan masalah banjir di Kampung Simpang Pulai dapat diselesaikan.

Masalah yang ketiga, terima kasih saya hari ni tajuk terima kasih saja sebab saya menyanyi tadi lagu kerima Kasih. Terima kasih kepada Jabatan Pengairan (JPS) kerana telah melaksanakan jalan-jalan untuk masuk ke kebun-kebun, jalan-jalan pertanian yang amat diperlukan oleh petani-petani ataupun pekebun-pekebun di dalam kawasan Pengkalan Hulu. Cuma di sini saya nak menekan sedikit apabila saya melawat di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir kilat, aduan daripada penduduk kampung yang mengatakan sungai-sungai ni dah tiga tahun Haji. Sana orang panggil saya Haji. Tak ada orang panggil YB. "Haji, Dah tiga tahun tak diselenggara dan tak dikorek jadi punca dia sungai dah terkambus. Bila dah terkambus banjir sikit ayaq naik melimpah." Jadi nak minta tolong kepada JPS tolong tengok Kampung Pahit, Kampung Simpang Pulai, Kampung Air Panas, Kampung Selarong. Ini kampung-kampung yang selalu sangat bila hujan ayaq naik dan akan menjadi masalah banjir kilat. Isu yang keempat. Terima kasih lagi kepada…

Pengkalan Hulu. Pengkalan Hulu. Manong. Isu banjir kilat.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Saya takut tak dan. Kena bagi masa sikit na. Ok, ok.

Terima kasih Pengkalan Hulu. Sikit saja mengenai isu banjir kilat ini di tempat saya pun berlaku baru-baru ini dan untuk kita memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kilat ini dalam MKN, arahan MKN menyatakan bahawa banjir kilat tidak dimasukkan ataupun ditakrifkan sebagai bencana. Jadi setuju tak Yang Berhormat kalau kita masukkan banjir kilat ini sebagai satu bencana dan apa pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Saya cukup setuju kerana banjir kilat ni dia bukan mari selalu. Sekali-sekala bila hujan lebat. Bila dia masuk dalam rumah dia masuk cara mengejut kacau dia masuk habis TV, habis almari, habis semua. Pasal apa MKN tak boleh bagi. Kita kena mintak peruntukkan juga walau pun sedikit rakyat tengok kita membantu. Walaupun sikit. Orang kampung ni dia bukan baca nak RM1000 ke RM2000. Dia baca kalau boleh mai bagi RM100 ke RM200 dah bagus. Setuju setuju. Saya setuju sangat-sangat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu dah masuk masa tambahan ya.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Minta tolong cik oii banyak sangat ni tak habis lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya potong masa menyanyi tadi.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Ok, Ok. Nyanyi tidur 2 saat pun tak sampai. Masalah perhilitian. Terima kasih kepada Jabatan Perhilitan kerana memang dah datang ke Pengkalan Hulu untuk selesaikan masalah gajah-gajah liar yang masuk mengganggu tanaman-tanaman di dalam kampung di dalam DUN Pengkalan Hulu dan DUN Temengor. Sebanyak 5 ekor gajah telah diambil di dalam kawasan, 3 ekor di dalam DUN Pengkalan Hulu, 2 ekor di dalam DUN Pengkalan Hulu dan terima kasih banyak-banyak cuma bila waktu dah sikit saya nak tekankan di sini masalah yang didatangi oleh kepimpinan masyarakat orang asli di kampung RPS Kemar yang melibatkan 15 kampung di dalam kawasan tersebut yang penduduknya ada lebih kurang 5000. Bukan sikit tapi gajah dok masuk di dalam kawasan mereka itu lebih kurang 5 ataupun 6 ekor. Gajah ni yang dah biasa. Ni saya dah bawa gambar. Kalau tengok kalau kata boleh cameraman boleh fokus, cameraman tak ada pula dah.

Kalau boleh fokus ni Timbalan Yang Dipertua tengok gajah depan rumah. Bayangkan kalau kitalah bangun-bangun buka tingkap tengok malam gajah depan rumah boleh tidur ke malam tu? Ha ni gambar bukti. Jadi saya nak mintalah Perhilitan bukan saya nak suruh pi tangkap gajah di RPS Kemar. Saya nak minta masuk jumpa Tok Batin di RPS Kemar ada 15 kampung kecil kita duduk kita sembang cari jalan penyelesaian. Macam mana kita nak buat sama ada pagar elektrik atau pun apa kaedah boleh menyekat laluan gajah yang 6 ekor yang duk lalu di dalam kawasan mereka ini supaya tak mai di depan rumah. Itu saya. Jadi saya nak mintalah kepada Perhilitan tolong bagi tarikh kepada saya. Saya pun nak masuk sama duduk sekali dengan tok-tok batin dengan kepimpinan kita bincang cara mana kita boleh selesai masalah ini dan saya ingin ucapkan terima kasih juga kepada LPHP kerana mengambil tindakan terhadap permasalahan ini yang saya telah bawa pada sidang DUN yang lalu.

Permasalahan yang saya bawa ketika itu adalah masalah projek perumahan rakyat Taman Desa Cempaka yang had pendapatan untuk menjadi penyewa adalah RM3860. Jadi bayangkan setiap minggu ada makcik, ada ane, ada masyarakat Cina, Siam mari jumpa yang pendapatan dia RM900, RM1000, RM1500 minta nak sewa rumah PPR yang RM100 ni tak dapat kerana telah diduduki oleh mereka-mereka ini yang berpendapatan RM3860. Saya dah minta LPHP tolonglah tengok, turunkan had pendapatan ini kepada RM2000. Nak minta tolong YAB Dato' Seri tolong sat. Orang susah kena sewa rumah RM400. Orang senang sewa rumah RM100. Kesian. Makcik, Mak Long, Pak Long yang duk dengar di sana tu saya dah bercakap dalam Dewan. Mai pejabat kali ni saya habaq. Tengok balik video saya, saya dah cakap. Pasal depa dok mai pejabat, dok mai minta rumah RM100. Depa mai habaq kat saya, Haji pi tengok ada Toyota Wish, ada Myvi, ada BLM. Macam-macam kereta ada tapi depa sewa rumah RM100. Had yang pakai motor ni sewa rumah RM400. Minta tolonglah benda-benda macam ni. Ini yang rakyat marah kepada kita kerana kita tak dapat mendekati dengan hati rakyat. Ini yang rakyat marah.

Jadi akhir sekali, ada lagi masa. Akhir sekali saya nak saya nak penutuplah. Bila kita melihat Pengkalan Hulu ini sebelum ini tidak ada YDP. Sama dengan Selama tak ada YDP, Pengkalan Hulu, Lenggong. Pengkalan Hulu sekarang ini dah dapat YDP. Sebelum ini YDP ataupun Yang Dipertua ni adalah Pegawai Daerah Gerik. Dia ni biasa melawat bandar sempadan yang kita duk sebut bandar sempadan Pengkalan Hulu. Jadi ketika itu dia lawat ada gerai-gerai yang jual barang-barang untuk orang datang, pelancong-pelancong datang hari Sabtu Ahad bercuti untuk membeli-belah di bandar sempadan Pengkalan Hulu tetapi apabila peruntukan telah diluluskan pada tahun 2020 sebanyak RM125 juta depa dah roboh dah gerai-gerai tu semua habis. Licin, roboh. Bila dah roboh tahun 2021 tak boleh buatlah kerana pandemik covid tetapi saya melihat tahun 2022 tak ada peruntukan untuk pembinaan komplek ataupun gerai di bandar sempadan. Saya cukup yakin YAB Menteri Besar akan melihat balik RM1.5 juta ni kenapa apa, kerana 15 haribulan ni airport Thailand akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Thailand dan akan mula operasi 16 Disember. Bayangkan kapal terbang dari Bangkok turun, KL turun semua turun lalu lalu mai masuk sempadan Pengkalan Hulu tengok licin je di sempadan. Gerai-gerai tempat membeli-belah dah diruntuh, dah kosong. Jadi inilah satu benda yang mungkin akan terkejut. Sebenarnya bukan saya terkejut. YDP tu terkejut, YDP yang baru dilantik di Pengkalan

Hulu tu terkejut. Saya dah tahu dah benda tu jadi saya tak terkejut. Jadi saya nampak saya pun dah ambil waktu lebih banyak.

Timbalan Yang Dipertua pun cukup baik, cukup memberi ruang dan peluang kepada saya dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan yang membantu di dalam apa ni tak boleh dah menyanyi tadi, kepada ketua-ketua jabatan semua yang telah membantu di dalam DUN Pengkalan Hulu dan kita yakin dengan bajet 2022 yang bertemakan Negeri Perak Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Perak dan saya begitu yakin dengan sokongan kita semua ADUN-ADUN yang ada di dalam dewan ini, YAB Menteri Besar dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan rakyat Negeri Perak akan mendapat manfaat yang terbaik daripada kita semua. Jadi Itu saja. Sekian terima kasih. Salam keluarga rakyat Perak. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Hulu. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya, terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada Timbalan Yang Dipertua dan rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua pejabat dan rakan-rakan media dan semua kawan-kawan yang menonton melalui atas talian sekarang. Salam sejahtera sekalian. Hari ini saya ingin memulakan perbahasan saya dengan isu keganasan rumahtangga yang telah dibangkitkan pada pagi ini tapi saya rasa agak kurang memuaskan apa tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan. Kita mesti akui Perak ada masalah serius dalam konteks ini. Dengan dukacitanya saya tidak nampak pihak kerajaan berada di hadapan tetapi jauh ketinggalan daripada apa yang sebenarnya boleh dilakukan.

Seiring dengan pengumuman KPWKN kerajaan pusat ini telah bertindak dengan menjadikan masjid sebagai pusat transit keganasan rumah tangga. Malahan ada dua buah masjid dipilih sebagai program perintis dan 12 buah masjid bagi bakal menyediakan khidmat bimbingan nasihat kepada mangsa keganasan rumahtangga tetapi saya ingin memuji tindakan KPWKM ini kerana ada adalah langkah yang intensif tapi soalannya, mengapa negara, negeri kita masih menunggu-nunggu program perintis samada Sekreteriat Pembangunan Wanita kita telah ditubuhkan bukankah masa ni adalah masa yang terbaik untuk kita merancang dan bertindak sebelum tindakan yang diambil oleh kerajaan pusat.

Timbalan Yang Dipertua, cuba kita lihat beberapa inisiatif negara lain, kerajaan Perancis misalnya telah menubuhkan pusat bantuan di kedai serbaneka dengan kod rahsia untuk membantu mangsa mendapatkan pertolongan. Cadangan yang sama juga telah saya bawa ke pihak kerajaan tapi berikutlah ada apa yang telah berlaku. Pada 22 haribulan Jun, saya mengeluarkan kenyataan dan menyeru kerajaan untuk bertindak mengikut cadangan tu, pada hari 6 haribulan Ogos saya mengemukakan soalan berkenaan cadangan ini melalui sesi soalan lisan tetapi akhirnya ditolak dan tidak dibenarkan untuk dibentang dalam Dewan di bawah Perintah Tetap 20(2) dan pada 26 haribulan Ogos cadangan yang sama di bawa ke sidang Dewan ni semasa sesi perbahasan tapi dibalas dengan jawapannya di mana kerajaan tidak ada rancangan untuk untuk menerima cadangan tersebut.

Saya tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sedangkan menangani menangani isu rumah keganasan rumah rumahtangga ini adalah tanggungjawab semua. Apa yang ingin saya tekankan di sini karangan menjadikan farmasi ataupun kedai serbarneka sebagai pusat bantuan. Ini berasas dan bukannya secara rocket science maka barisan Exco adalah diminta supaya meneliti cadangan ini dengan lebih responsive. Sekiranya kita memang bertekad untuk menangani isu keganasan, maka semua kedai serbaneka adalah sesuai dijadikan pusat bantuan kerana ia bukan sahaja lebih mudah diakses malah second program yang dianjurkan oleh PDRM bersama dengan kedai-kedai serbaneka yang pasang CCTV. Ia juga menyediakan asas keselamatan yang baik dan farmasi dan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam sesuai bagi mangsa untuk meminta bantuan dengan kod rahsia pada bila-bila masa. Cuba kita bayangkan ribuan buah farmasi dan kedai serbaneka dijadikan pusat bantuan kepada mangsa-mangsa pastilah negeri kita menjadi lebih selamat.

Timbalan Yang Dipertua, bercakap berkenaan rumah perlindungan kita perlu akui bahawa kerajaan kita lemah dalam menjamin keselamatan mangsa-mangsa kerana kita menghadapi isu kekurangan rumah perlindungan. Walaupun kita ada kerjasama dengan NGO tetapi masih tidak mencukupi. Saya ingin saya juga difahamkan kalau kita nak tambah dan juga penerangan kos penyelenggaraan rumah perlindungan tu dia agak tinggi dan sedangkan kedudukan kewangan negeri kita juga terjejas akibat covid tetapi ya..ya bukan alasan kita untuk berhenti sebagai alternatif kita mungkin dapat mencontohi kerajaan Perancis yang turut menawarkan pembayaran penginapan bilik hotel kepada mangsa.

Untuk makluman semua kerajaan Perancis kini telah menawarkan jumlah 20,000 malam kepada mangsa-mangsa keganasan rumahtangga. Jadi mekanisma ini didapati bukan sahaja menjamin keselamatan mangsa-mangsa memanfaatkan pengusaha hotel, malahan kita boleh mengurangkan kos penyelenggaraan yang dibayar oleh kerajaan. Jadi seperti apa yang disebut tadi kita bukan membina rocket science berbanding dengan prestasi kewangan Kerajaan Negeri sudah tentunya 20,000 malam tidak mampu dicapai secara persendirian. Jadi oleh itu kita boleh membuat kajian dan penyelidikan yang lebih lanjut boleh dijalankan oleh SPW dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Buat sementara ini kerajaan adalah disaran untuk mempertimbangkan penawaran bilik hotel ni sekurang-kurangnya 1000 malam kepada mangsa-mangsa keganasan rumahtangga di mana-mana tempat di Negeri Perak. Beberapa cadangan ini saya bentangkan di sini dengan inisiatif-inisiatif yang disebut terbukti berjaya dan mendapat sambutan yang baik di dunia. Namun persoalan kita, adakah cadangan ini akan diambil tindakan. Kalau tidak saya nak ingin nanya kepada pihak kerajaan, apakah perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan dan bilakah kerajaan akan bertindak bagaimana kita dapat menjadikan negeri kita lebih selamat.

Saya juga faham bahawa kerja menangani keganasan rumahtangga ini bukan kerja yang senang kerana di masyarakat kita kadangkala juga tidak peka terhadap isu keganasan dan isu wanita. Oleh itu kerajaan kita sebagai pemimpin kita wajib tanamkan kesedaran untuk melindung mangsa dalam masyarakat bermula dari masjid, dari farmasi, dari kedai serbaneka, dari mula dari sekolah supaya pada suatu hari nanti jaringan perlindungan terwujud tanpa membezakan mana mangsa itu berada. Jika kita masih duduk dan menunggu inisiatif daripada pihak kerajaan pusat saya dapati isu ini tidak kena-mengena dengan pendera ataupun krisis covid kerana dia kegagalan untuk merancang serta selesaikan rancangan ni yang telah dibuat dan bercakap berkenaan kegagalan. Saya minta maaf kerana terpaksa saya menegaskan perkara ini secara terus terang kepada pihak kerajaan kerana sudah lama tidak menjalankan isu kebajikan dan keselamatan sosial dengan yang secukupnya.

Saya ambil contoh bagi portfolio di untuk Exco Wanita. Program keprihatin ini adalah kumpulan yang dimulakan oleh Kerajaan PH. Mekanisma ini telah stabil jadi peruntukan program ini juga diedarkan sama dalam dua tahun. Program Foodbank Perak yang telah dimulakan oleh kerajaan PH juga tetapi akhirnya diambil alih oleh NGO. Kononnya dia tidak di bawah pengendalian kerajaan dan yang ketiga manakala SPW Sekreteriat Wanita itu telah ditubuhkan dan dia patutnya merancang dan mengkoordinasi agensi-agensi sosial di kalangan Negeri Perak tapi ini kita tengok dalam facebooknya macam hanya sibuk dengan buat banner sahaja tetapi kita memandang antara program ni kita nak tanya apa halatuju daripada pihak Exco. Apa hala tuju daripada pihak kerajaan untuk menangani isu-isu sosial di Negeri Perak. Jadi saya ingin minta kerajaan negeri kita supaya memandang serius tentang isu kebajikan dan keselamatan sosial.

Timbalan Tuan Yang Dipertua, jika kita lihat pada Laporan Ketua Audit Negara 2019 pada Siri 1 buku Siri 1, KKM telah disemak oleh oleh Audit diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan di mana jabatan ini berkemungkinan besar menghadap mengalami isu kekurangan kakitangan. Untuk makluman semua, piagam pelanggan JKM telah menetapkan bahawa semua permohonan baru dan kajian semula hendaklah diselesaikan disiasat dalam tempoh dua minggu. Keputusan permohonan pula hendaklah dimaklumkan dalam masa satu bulan dari tarikh permohonan baru. Walau bagaimanapun proses siasatan JKM (NP) Negeri Perak ni di tiga daerah yang dilawati oleh di dalam Laporan Ketua Audit Negara iaitu Daerah Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak didapati tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu melibatkan 71 daripada 477 kes diproses lambat.

Semakan audit juga mendapati keputusan permohonan sama ada diluluskan atau ditolak telah lewat dikeluarkan kepada pemohon bagi 197 daripada 477 kes yang disemak. Jadi dalam 70 kes daripada 197 itu melebihi tempoh 30 hari dan manakala ada 29 melebihi 60 hari. Kesemua kes yang saya sebut tadi jelaskan menunjukkan kecekapan JKM Negeri Perak ini kurang memuaskan. Namun tujuan saya bukan nak menyalahkan JKM Negeri Perak tetapi saya ingin mengenalpasti punca-punca berlaku masalah ini yang dihadapi oleh JKM Negeri Perak. Mengikut data seluruh pada tahun 2019 setiap pegawai JKM secara purata hendaklah menangani 200 kes bantuan setiap tahun. Anggap pegawai JKM hendak mengurus 200 kes setiap tahun. Itu sudah overload kepada JKM. Jadi apa pertambahan tumbuhan lagi yang meningkat drastik setelah covid ini berlaku. Yang ramai kita dengar banyak permohonan baru itu sangkut kerana covid tidak mencukupi kakitangan di Jabatan Kebajikan. Jadi tidak lagi kita hanya minta JKM Negeri Perak untuk bertindak cepat tetapi macam mana kita tidak membantu mereka menyelesaikan isu kekurangan kakitangan yang dihadapinya. Jadi saya ingin bertanya bagi pihak kerajaan negeri. Apakah rancangan untuk menyelesaikan masalah ini ?

Timbalan Tuan Yang Dipertua, selain dari isu kakitangan. Kotak bantuan juga telah diselaraskan dengan segera. Merujuk kepada laporan audit juga JKM dan bantuan JKM kepada client yang meninggal dunia. 75 daripada 355 client telah meninggal dunia tetapi masih menerima bantuan bulanan sebanyak RM 250 hingga RM 300. Dan contoh-contoh ini telah menyebabkan persepsi, imej JKM agak teruk di antara rakyat. Jadi saya ingin tanya juga bukan sahaja di JKM tetapi kepada agensi-agensi yang juga memberi bantuan bulanan atau bantuan sebagainya kepada rakyat juga menghadapi data-data mereka tidak selaras dan tidak dikemaskini. Jadi Itulah juga isu yang sangat penting bagi pihak kerajaan untuk mengambil serius.

Tuan Yang Dipertua, saya teruskan ucapan saya dengan isu Taman Negeri Segari, Melintang. Pengeksploitasian sumber hutan, kegiatan kuari serta pengambilan tanah dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal di Segari, Melintang kian lama kian membimbangkan. Dalam isu ini saya tidak nampak perlindungan hutan kita dijalankan dengan baik. Setiap kali kesalahan dan kerosakan dilakukan kerajaan akan menghentikan kerja-kerja itu tetapi sementara waktu sahaja kerja-kerja lain akan dikembalikan dan sebagai contoh air terjun yang telah dimusnahkan oleh sebuah syarikat kuari juga di Hutan Segari, Melintang telah diarah berhenti kerja sejak sebulan yang lalu tetapi kini kita nampaknya laporan daripada NGO. Kuasa mereka telah mengambil rekod semua itu. Ia telah menunjukkan kawasan di air terjun itu masih tidak mengubah pembaikpulihan itu tidak dijalan dengan baik. Saya harap pihak kerajaan dapat ambil serius dalam isu ini dan juga cadangan mewartakan Hutan Segari, Melintang ini secara dasarnya sebagai taman negeri yang menjadikan taman negeri adalah pernah diterima semasa tempoh pemerintah Kerajaan PH. Jadi ia ditangguhkan akibat pertukaran kerajaan.

Maka sekarang saya harap pihak Kerajaan Negeri akan teruskan usaha melindungi usaha Hutan Segari, Melintang menjadikan ia sebagai taman negeri kerana ini bukan sahaja ia sebagai hutan kekal di kawasan itu tetapi juga ia sebagai kawasan pendaratan penyu yang hanya berada di Perak dan selain itu kita kerajaan juga digesa untuk memberi perhatian kepada isu kehakisan yang sedang berlaku di kawasan Hutan Segari, Melintang. Jadi diharap dengan taman negeri ini cadangan ini dapat diteruskan oleh pihak kerajaan.

Lagi satu adalah projek pembangunan koridor persaraan telah ditangguh. Ia juga dianggap sebagai projek retirement village yang sebelum ni dikendali oleh Majuperak Holdings Berhad didapati merugikan kerajaan. Mengikut perancangan awal projek ini adalah dijangka untuk membangunkan Kolam Air Panas Awam, Kolej Kejururawatan dan Penjaga Professional, Agromo Hotel, Sekolah Antarabangsa, kawasan perumahan, Taman Biotik dan sebagainya. Namun ia telah ditangguhkan akibat penularan wabak covid. Memandangkan sekarang kita sudah bertukar daripada pandemik kepada epidemik. Bilakah projek ini dapat dihidupkan semula dan jika tidak, apakah perancangan bagi pihak Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha pusat jagaan warga emas di negara-negara luar meninjau potensi melebarkan operasi mereka di Negeri Perak kerana kita semakin popular sebagai lokasi persaraan khususnya sektor kesihatan. Ini adalah sangat penting kerana ia dapat meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri juga hendaklah bertindak dengan lebih pantas dalam isu ini kerana bagi pihak swasta seperti Swiftcare dengan pengiktirafan SKM, Sijil Kemahiran Malaysia ini dalam usaha untuk menyediakan latihan profesional kepada golongan belia wanita tempatan yang ingin melibatkan diri dalam bidang penjagaan warga emas. Di mana ia telah menjadikan Perak sebagai negeri pertama yang telah menawarkan kursus penjagaan warga tua di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Tuan Yang Dipertua, berbanding dengan perbelanjaan tahun 2021, pengagihan peruntukan RM108 juta pada 9 buah sekolah persendirian Cina, Sekolah SUWA telah dibatalkan. Dibatalkan dalam bajet 2022. Jadi saya berharap bagi pihak kerajaan dapat kaji semula untuk meneruskan pengagihan bajet ini secara sistematik dalam bajet tiap-tiap tahun.

Dan saya juga ingin bangkitkan satu isu yang sangat penting dan juga yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Dewan tadi itu iaitu isu peruntukan JKR Persekutuan. Selalunya bermasalah peruntukan daripada JKR Persekutuan. Ia selalu tidak mencukupi. Jalan raya persekutuan selalunya kita tampak masalah banyak. Jalan sudah rosak. Lampu tidak menyala. Tepi jalan rumput sangat tinggi, tidak dipotong. Longkang-longkang sumbat tidak dicuci. Jadi apabila semua ini berlaku, kita buat aduan kepada pihak JKR. Jawapannya adalah peruntukan untuk Jalan Persekutuan ini tidak mencukupi.

Salah satu contoh ada satu aduan daripada Ayer Tawar. Seorang penduduk hantar bagi saya. Sejak Januari 2021 tahun ini saya telah sampaikan kepada JKR Manjung tetapi hingga hari ini masalah itu belum diselesaikan. Masalah itu apa, 5 tiang lampu tidak menyala di depan Sekolah Methodist, Ayer Tawar. Hampir satu tahun masalah ini tidak dapat diselesaikan. Saya baru dimaklum oleh JKR Manjung mengatakan permohonan mereka untuk membaiki masalah di situ seperti kabel-kabel hendak ditukar. Kabel-kabel yang ingin ditukar dan juga lampu controller semua akan diubahsuai. Major repair di situ tetapi permohonannya hanya RM 165 ribu itu ditolak. Tidak diluluskan oleh pihak JKR Persekutuan.

Namun bukan sahaja di sini. Tahun ini JKR Manjung telah mohon sejumlah RM3.7 juta untuk seluruh kerja-kerja elektrik dan lampu isyarat di kawasan Manjung. Akhirnya hanya diluluskan RM 60 ribu sahaja. Mana wang pergi. Saya yakin ini bukan sahaja berlaku di kawasan Manjung tetapi di semua tempat yang melibatkan Jalan Persekutuan di semua kawasan ADUN-ADUN di Dewan ini. Jadi saya nak tanya apabila pegawai-pegawai jabatan susah payah mencari-cari semua peruntukan untuk membaiki yang terbaik kepada rakyat sampai korek kepala sudah jadi botakpun wang itu pun tak nampak tapi sebaliknya kita nampak apa malu bossku? Mudah sahaja ambil billion-billion ringgit daripada rakyat, daripada agensi kerajaan begitu senang sahaja. Walaupun dijatuh hukuman disabit salah masih boleh bersiar-siar di luar negara main golf apa logiknya ini? Apabila kakitangan kerajaan kita bertukus-lumus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat namun kita juga menghadapi masalah ahli-ahli parlimen yang mencuri dan ambil wang rakyat sewenang-wenangnya. Banding dengan jumlah yang dia ambil tu billion-billion ringgit. Apa ini? RM3 juta. Billion-billion ringgit itu boleh baiki berapa banyak jalan-jalan di negeri Perak di seluruh Malaysia. Bayangkan kalau kita teruskan kerja-kerja macam ni pencurian yang ini, continue terus berlaku maka apa yang kita nak bagi apa pendidikan, apa tujuan, apa perkhidmatan, yang kita nak bagi kepada cucu kita kepada rakyat kita.

Jadi, saya lagi satu berharap pihak Kerajaan Negeri walaupun selalu kata ini peruntukan federal ni kita susah nak kacau dengan federal. Tapi susahnya kita kata tidak boleh kacau dengan kerajaan federal dia punya jalan. Saya harap pihak Kerajaan Negeri boleh beri tekanan yang serius secukup-cukupnya kepada mereka untuk salurkan peruntukan. Bukan sahaja dalam bajet sekarang yang dilangsungkan di Parlimen kata macam mana berapa projek yang nak buat tetapi masalah yang kecil ni langsung berapa lama ini tidak dapat diselesaikan. Malu sangat.

Lagi satu isu yang terakhir, baru-baru ini saya juga terima pandangan dan juga aduan daripada pemaju katanya PU layout plan tu proses agak lambat. Mereka kena mohon daripada pihak pejabat tanah daerah lepas tu sampai ke PTG sampai ke Exco meeting lepas tu hantar balik kepada mereka. Proses tu agak lama jadi mereka berharap pihak kerajaan yang terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat melihat dengan teliti dalam proses ini supaya kita memberikan perkhidmatan terbaik tidak bagi rakyat yang selalu kata apa-apa proses yang lambat tu. Salahnya semua covid ini bukan sikap dan bukan alasannya yang perlu kita ambil untuk jalankan tugas.

Jadi sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin mohon maaf jika terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa. Saya juga berharap agar cadangan dan kritikan tu dapat diambil serius oleh pihak kerajaan supaya kita dapat menjadikan segala kelemahan dapat diperbaiki dengan secepat mungkin. Pantai Remis sedia membantu dan berharap kita berkerjasama dapat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pantai Remis. Sekarang dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Sungkai untuk memulakan perbahasan. 20 minit daripada sekarang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Exco dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada dalam Dewan yang mulia. Selamat petang dan selamat sejahtera. Dalam perbahasan Belanjawan 2020 Perak ingin saya menyentuh beberapa perkara yang penting dan di antara adalah nombor satu adalah ancaman virus Covid-19 dan impak terhadap pembangunan ekonomi negeri Perak secara keseluruhannya. Ancaman virus Covid-19 yang bermula telah tergugat ekonomi dan pembangunan negeri Perak dengan begitu teruk sekali. Ini bukan hanya berlaku di negeri Perak malah berlaku di seluruh dunia. Jumlah kematian di Malaysia setakat hari ini adalah 30,879 orang mungkin kalau campur hari ini dia akan jadi 31,030 adalah juga kanak-kanak terdapat tidak dapat meneruskan kehidupan mereka kerana kedua ibu bapa telah pun terkorban akibat serangan Covid-19. Sekarang anak-anak ini jadi anak yatim yang dijaga oleh saudara.Ddalam belanjawan 2022 sebanyak RM1 juta diperuntukan untuk masa depan anak-anak ini saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas keprihatinan. Namun demikian, saya berpendapat bahawa jumlah RM1 juta ini adalah tidak cukup kerana ini bukan untuk sehari dua hari tetapi sehingga mereka menamatkan pengajian, pendidikan universiti mereka. Jadi saya pohon agar jumlah ini dinaikkan mengikut keadaan.

Berkaitan dengan penerimaan vaksin. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia World Health Organisation telah memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak bergantung kepada vaksin sahaja bagi menangani peningkatan kes Covid-19 makanya terdapat jangkitan di seluruh Eropah melonjak biarpun ada negara yang mencatatkan keadaan vaksinasi yang tinggi. Menurut beliau jika anda diberi vaksin anda akan mempunyai risiko penyakit dan kematian yang jauh lebih rendah tetapi anda masih berisiko untuk dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Baru-baru Ini terdapat beberapa orang warga emas khasnya di kawasan saya Sungkai, walaupun mereka telah menerima kedua-dua suntikan vaksin mereka masih jangkiti. Pada masa yang sama ada hampir dua hingga tiga peratus warga Malaysia yang enggan menerima suntikan vaksin.

Soalannya, sila nyatakan berapakah orang melebihi umur 18 tahun yang masih enggan menerima vaksin ini dan apakah alasan mereka. Kedua berapakah di antara mereka merupakan kakitangan awam dan apakah tindakan-tindakan terhadap mereka. Di antara kakitangan kerajaan adalah guru-guru yang enggan menerima suntikan ini. Soalan adalah berapakah guru-guru di negeri Perak yang masih berdegil atau tidak mengambil vaksin Covid-19 dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka. Selaku seorang pengawal undang-undang, kerajaan selaku majikan boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka tapi adakah kerajaan mempunyai daya untuk melakukan sedemikian.

Tuan Timbalan Speaker, baru-baru ini saya ada dijumpa oleh dua orang pekerja, dua orang ini, seorang, dua-dua ini mempunyai kelulusan akademik tinggi. Mereka masing-masing tak nak menerima suntikan. Alasan mereka adalah ini adalah tidak mandatori. Kedua-dua orang ini adalah beragama Kristian dari Kuala Lumpur dan pengikut mereka, agama mereka tidak membenarkan mereka mengambil suntikan. Tetapi pada masa yang sama majikan mereka telah mengeluarkan notis kepada mereka untuk mendapat suntikan. Alasan jika ada masalah perubatan iaitu disahkan oleh doktor dari kerajaan maka mereka boleh di excepted, dengan izin. Tetapi tanpa alasan seperti itu mereka terpaksa mendapatkan penjelasan. Seorang bekerja di International School, sekolah antarabangsa. Seorang bekerja di sebuah syarikat automobile dan mereka tak nak. Nasihat saya kepada mereka ini, kalau mereka tidak mengikut arahan daripada majikan maka tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap mereka dan itulah keadaan di, dengan perkhidmatan kerajaan. Kenapa kerajaan masih diam? Dan tidak mengambil tindakan terhadap mereka.

Kalau mereka ada alasan yang munasabah medical ground, kita boleh bagi kelonggaran. Tanpa sebab itu kita tak boleh dan pula ada aduan daripada guru-guru mengatakan bahawa mereka telah dipindahkan untuk duduk dalam stor kerana mereka tidak dapat vaksin. Jadi kenapa kita nak tunggu sehingga saat itu. Malah bila kita boleh ambil tindakan terhadap mereka dan saya ingin tahu di Negeri Perak adakah tindakan tatatertib telah diambil terhadap guru-guru termasuk guru-guru Kafa sebab keadaan dia sama di antara guru-guru Kafa di Negeri Selangor saya tidak tahu keadaannya di negeri kita ini dan berapakah guru-guru yang telah dikenakan tindakan ini dan apakah jenis hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka.

Tuan Timbalan Speaker, berkaitan dengan pendidikan. Untuk meningkatkan sosio ekonomi rakyat, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta kepada sektor pendidikan pada tahun hadapan. Jumlah ini tidak termasuk peruntukan daripada kerajaan pusat tetapi untuk mencapai matlamat supaya kita dapat mengeluarkan tenaga pelajar yang bijak dan mahir, faktor yang paling utama adalah komitmen daripada guru-guru atau tenaga pengajar. Jangan kita main politik melibatkan pendidikan. Contohnya, Kerajaan Negeri mulai daripada tahun ini, demi kebaikan dan kemakmuran rakyat Perak telah memberi peruntukan yang sama rata kepada kesemua 59 ADUN tak kira ADUN kerajaan ataupun ADUN pembangkang. Peruntukan ini ditambah daripada RM200 ribu ke RM300 ribu setahun. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar. Duit adalah untuk dibelanjakan kepada kebaikan dan kemakmuran rakyat. Berlaku satu kejadian di kawasan saya.

Baru-baru ini saya terbaca dalam surat khabar tempatan Tamil bahawa sebuah sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Sungkai mengalami masalah kebocoran bumbung dan memandangkan ini adalah musim hujan, guru besar menyatakan bahawa beliau telah meminta kerjasama daripada PPD. Namun demikian beliau tidak dapat bantuan daripada PPD. Saya selaku ADUN kawasan itu terus hantar seorang kontraktor untuk meneliti masalah dan untuk membaiki masalah bumbung berkenaan dan ingin saya nyatakan di sini masalah itu telah dibaiki dalam 24 jam. Hanya 24 jam, duit tak sampai RM2,000. Kemudian, saya cross check selepas berapa hari sebelum sesi sekolah bermula, guru besar memanggil saya dan meminta agar saya melawat sekolah itu pada hari pertama untuk berjumpa dengan murid-murid tadika baru iaitu seramai 15 orang.

Memandangkan perayaan Deepavali akan dirayakan dalam berapa hari saya pun memaklumkan saya akan hadir dan memberitahu beliau tentang agenda majlis iaitu satu berjumpa dengan murid-murid tadika, dua bagi serahan angpau kepada setiap murid. Ketiga mengadakan majlis makan dengan seluruh murid dan guru-guru dan akan beredar. Stringy, saya telah menyatakan bahawa saya tidak akan bagi apa-apa ucapan. Tiada ucapan. Jadi kalau bab ucapan nanti jadi politik. Tiada ucapan. Hanya serahan bantuan kewangan, makan, keluar dari situ dan guru besar puas hati. 2 hari sebelum majlis tersebut pejabat saya menerima panggilan daripada guru besar yang sama sambil menyatakan bahawa beliau terima arahan supaya jangan benarkan saya masuk ke sekolah. Saya pun terkejut. Soalan saya adalah, apakah pejabat YAB Menteri Besar atau pejabat adinda saya, Exco Pendidikan mengeluarkan arahan kepada sekolah-sekolah di Negeri Perak agar atau supaya wakil rakyat pembangkang tidak boleh dijemput atau masuk ke dalam komponen sekolah kerajaan. Jika tidak ada arahan sedemikian, adakah Pengarah Jabatan Pendidikan Perak atau PPD mengeluarkan arahan sedemikian. Ini adalah satu perkara atau tuduhan yang agak serius dan saya harap kedua-dua YAB dan Exco Pendidikan akan memberi satu jawapan.

Sungkai boleh saya masuk sikit.

Nasib baik Sungkai bagi ruang untuk saya tambahkan lagi soalan yang dikemukakan oleh Sungkai. Sepertimana yang kita ketahui bahawa arahan larangan untuk wakil-wakil rakyat sama ada pembangkang dan juga kerajaan masuk khususnya kepada pembangkang telah pun bermula waktu zaman kerajaan 2012 di mana arahan telah dikeluarkan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang untuk tidak masuk ke dalam kawasan sekolah. Jadi saya ingin bertanya kepada Sungkai. Apakah arahan itu sebenarnya sejak daripada dulu ataupun arahan yang baru-baru ini dilaksanakan.

Terima kasih kawan baik saya dari Pangkor.

Sungkai sekejap je. Saya Trong. Saya pun ingin mengulas berkenaan dengan isu ini. Sebenarnya Sungkai, untuk makluman Sungkai, kami semua pun kerajaan tidak dibenarkan untuk masuk. Jadi memang kalau di kawasan pun sebenarnya guru besar memang menggalakkan kami hanya membuat program di luar dan membuat jemputan di luar dan ucapan sebarang bentuk ucapan semua berada di dalam, luar kawasan sekolah. Jadi sebab itu saya rasa ini bukanlah isu arahan daripada Menteri Besar sendiri ataupun Exco Pendidikan tapi yang merupakan satu pendekatan baharu untuk mungkin mengelakkan situasi politik yang akan menjejaskan kestabilan. Jadi tu saja untuk Sungkai untuk makluman.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Sungkai sikit jugak. Saya juga nak respon seperti yang dimaklumkan oleh YB Pangkor. Bagaimana saya kira perkara ini sebenarnya orang kata dibuat suatu 22 bulan sehinggakan kami wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang pada ketika itu nak ambik sekolah anak sendiri pun menjadi pertikaian boleh hadir ataupun tidak walaupun atas dasar seorang ibu untuk hadir ke sekolah anak kerana bimbang nanti dilihat seolah-olah YB masuk ke sekolah untuk berpolitik dan perkara ini dilaksanakan pada zaman 22 bulan. Jadi apa pandangan Sungkai?

Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga ADUN. Dalam undang-undang kita biasa kita mengatakan menggunakan satu perkataan 'return and un-return' ada yang bertulis ada yang tidak bertulis. Dalam 22 bulan itu tidak pernah pendidikan Exco Pendidikan yang ada di sini keluar arahan sedemikian itu. Tidak pernah Menteri Besar pun keluarkan arahan seperti itu dan Menteri Besar pada waktu itu adalah Menteri Besar pada zaman Yang Berhormat pun.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Dato' Yang Dipertua, saya nak pohon laluan sedikit. Seingat saya Tuan Yang Dipertua, saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk melarang YB pembangkang sewaktu saya jadi Exco Pendidikan, satu. Yang keduanya, saya juga tidak pernah melihat sebarang surat rasmi hitam putih daripada kementerian waktu itu yang diketuai oleh YB Mazli Malik dan juga di pihak jabatan ataupun di Jabatan Pendidikan Perak pun saya ingat saya tidak ada dan saya memberitahu secara secara lisan kepada mereka benarkan oleh kerana mereka adalah YB kawasan jadi saya tidak tidak tahu ada yang takut ataupun disekat. Itu mungkin itu mungkin di peringkat yang saya tidak tahu ataupun di peringkat kawasan itu mungkin boleh berlaku tapi secara rasmi sama ada secara bersurat atau pun secara lisan saya tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian. Bahkan saya mengatakan mereka berhak untuk datang selagi tidak berucap oleh kerana mereka tidak dasar kerana mereka bukan kerajaan. Itu saja.

Terima kasih dan sebelum 22 bulan saya dah jadi ADUN di Sungkai selama lebih kurang 13 tahun dan sebelum 22 bulan itu, saya tidak dibenarkan masuk iaitu waktu Barisan Nasional dan semasa 22 bulan ini, kita tidak melarang sesiapa wakil rakyat mempunyai hak untuk masuk mana-mana tempat di kawasan beliau. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan. Malah saya telah menyatakan kepada semasa saya jadi Exco kepada DO Batang Padang supaya membenarkan wakil rakyat daripada Barisan Nasional pun menghadiri mesyuarat dan saya tahu saya tahu dan saya percaya ini bukanlah arahan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan tidak juga ada arahan daripada adinda saya Exco Pendidikan seperti yang dikatakan oleh Tebing Tinggi. Tetapi ini adalah 'self made law' dengan izin oleh guru besar-guru besar sekolah berkenaan. Tidak juga ada surat pekeliling. Tidak juga ada arahan daripada ketua setiausaha dan sekarang satu surat pekeliling telah dikeluarkan pada 8 haribulan Disember 2021 tahun ini minggu lepas hari Rabu minggu lepas oleh Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat pekeliling ini menyatakan menyatakan arahan pembatalan kelulusan penglibatan penjawat awam di dalam politik bagi warga Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sukacita saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 November 2019 waktu Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dalam memutuskan bahawa penglibatan politik wajar dihadkan sebagai ahli biasa termasuk pegawai perkhidmatan pendidikan dan ahli akademik bagi memastikan pegawai kerajaan tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Semua pegawai awam di semua peringkat kumpulan atau dan gred tidak dibenarkan sama sekali bertanding atau memegang jawatan atau dilantik dalam apa-apa jawatan dalam satu parti politik. Biar di mana parti politik, biar pembangkang biar dia kerajaan. Keputusan ini diambil pada satu Mesyuarat Jemaah Menteri mengambil keputusan ini pada 1 November 2019, tetapi pekeliling ini dikeluar minggu lepas. Jadi apakah impak pekeliling ini?

Adakah Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mematuhi pada arahan ini. Jika tidak mematuh, dengan izin 'depend to mount to in supporting nation' ataupun jika Pengarah Jabatan Pendidikan Perak 'enforce' pekeliling ini, maka apa akan jadi kepada guru-guru atau pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang memegang jawatan dalam parti politik. Bermakna tak boleh memegang jawatan yang boleh mengambil keputusan dasar iaitu di peringkat cawangan pun tak boleh. Jadi apakah kedudukan kerajaan pada hari ini dan berapakah guru-guru kita yang masih memegang jawatan because this pekeliling its immediate affect from the date of the pekeliling. Tuan Timbalan Speaker, isu doktor kontrak. Rancang piket, mogok dan letak jawatan adalah satu perkara yang serius. Baru-baru ini timbulnya gerakan…

Timbalan Yang di-Pertua

YB Sungkai, tambahan masa 3 minit yang kedua dah ni. 3 minit lagi.

Jadi ada banyak pula. Takpe, kita lompat. Mengenai peruntukan kepada Yang Amat Berhormat peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Bukan Islam. Peratus kaum bukan islam di negeri Perak adalah lebih kurang 42% iaitu Cina, India dan bukan islam termasuk saya dan sebelum tahun 2008 tidak ada peruntukan langsung dalam bajet untuk Hal Ehwal Bukan Islam. Pada 2008, apabila kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan, jadi kita wujudkan satu tabung sebanyak RM2 juta dan di situlah mulanya dan apabila Yang Berhormat Pangkor ambil alih, terima kasih kepada beliau menaikkan RM2 juta kepada RM4 juta. Terima kasih dan 10 tahun berturut-turut adalah RM4 juta dan RM0.5 juta untuk kaum Sikh dan pada tahun 2019 di bawah kerajaan Pakatan Harapan, jumlah ini dinaikkan kepada RM10 juta. Tetapi tahun ini dalam bajet diturunkan kepada RM5 juta.

Saya percaya Yang Amat Berhormat ini adalah tidak adil kerana jumlah agama yang terlibat dalam unit bukan Islam, kaum Buddha, kaum Hindu, kaum Sikh, kaum Toisme, kaum Kristianiti, 5 agama 5 penganut terlibat. So kalau potong RM5 juta daripada apa yang sedia diberi jadi adalah tidak baik dan saya percaya mungkin orang awam akan pikir ini adalah satu penganiayaan terhadap kaum bukan Islam. Jadi saya mohonlah kepada Yang Amat Berhormat untuk susun semula menaikkan balik kepada RM5 juta. Satu lagi adalah tabung pendidikan murid-murid India yang diwujudkan semasa kerajaan Yang Berhormat Pangkor yang RM1 juta. Sebelum ini tidak. Waktu kita pun tak ada. Kali pertama diwujudkan pada zaman Pangkor RM1 juta tetapi tidak ada sekarang. Tahun lepas apabila saya tanya Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa itu adalah di bawah peruntukan Yang Amat Berhormat.

Tapi untuk untuk orang awam eloklah kita masukkan itu ke dalam bajet. Oleh kerana dah ada RM1 juta. Itu di bawah peruntukan Yang Amat Berhormat what is wrong putting in the budget? Biar rakyat tahu bahawa kerajaan ini prihatin. Ini adalah kerana pada tahun 2013 Yang Berhormat Pangkor telah menyerahkan 2000 ekar tanah di Sungkai kepada sebuah Yayasan Pendidikan Murid-Murid India. Sekarang dah 7 tahun harga kelapa sawit telah melambung empat lima kali tetapi tahu tak sehingga hari ini tidak ada satu sen pun yang murid India dapat. Not a single cent. Sebab keseluruhan yayasan ini diduduki oleh pemimpin-pemimpin MIC. Mereka bertanggungjawab kepada perhimpunan MIC. Bila saya jadi Exco, apabila saya minta mereka datang untuk berbincang mereka enggan datang.dan juga apa yang kerajaan negeri Perak terikat adalah hanya kaveat pendaftar itu saja. Ada kaveat pendaftar other then that nothing.

Jadi keseluruhan murid-murid India di negeri Perak telah dianiayakan bagi 2000 hari ini Yang Amat Berhormat boleh berkata kita dah bagi 2000 ekar kepada kaum India jadi apa lagi wang you hendak tetapi satu sen pun tak dapat. We enquired daripada yayasan ini apa sedang berlaku. Jemput tak datang, degil. Adakah mereka mencuri? Saya tak tegur tanya soalan saja. Adakah mereka mencuri wang itu kenapa 7 tahun. 7 tahun tidak dapat hasil. This is a very serious, it is going to reflect on Yang Amat Berhormat. Your government, it is a Barisan Government Land. Tapi tadi saya minta sekurang-kurangnya RM1 juta ini akan membantu murid-murid dan saya harap kita akan dapat balik dan dengan itu saya ucap terima kasih kepada Timbalan Speaker di atas peluang yang diberikan kepada saya. Sekian terima kasih.

TIMBALAN YANG DIPERTUA. Terima kasih Yang Berhormat daripada Sungkai. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Malim Nawar untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang.

YB ENCIK LEONG CHEOK KENG. Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk berbahas ke atas Belanjawan tahun 2022. Yang Amat Berhormat, barisan Exco, ADUN-ADUN di Dewan yang mulia ini dan rakan-rakan media. Salam sejahtera. Yang pertama, terlebih dahulunya saya ingin menyentuh ke atas isu penjualan tanah yang dipunyai oleh GLC. Pada mesyuarat sidang DUN yang lalu saya telah pun menyeru supaya GLC yang mempunyai tanah yang kosong dan belum digunakan untuk tujuan pembangunan lain mempertimbangkan untuk menyewanya kepada petani-petani di kawasan saya. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada GLC yang sudi memberi respons yang begitu menggalakkan bererti MBInc yang telah pun menghantar pegawainya untuk turun padang untuk menjalankan lawatan tapak dan saya difahamkan sekiranya sesuai MBInc, akan menyewa lebih kurang 80 plot tanah kosong kepada petani-petani di kawasan tersebut dan MBInc juga selain daripada 4 plot di kawasan dekat Malim Nawar di mana mereka sudah mengenal pastikan orang yang mengusahakan tanah tersebut mereka juga minta saya memberi maklumat 4 lagi plot di mana mereka tidak tahu siapa yang kini mengusahakan tanah tersebut dan saya telah pun membalas dengan surat bertulis siapa yang kini berusaha di atas tanah tersebut dan saya harap dengan jawapan saya 8 orang yang kini sedang mengusahakan tanah tersebut akan diberikan pajakan dan sukacitanya saya juga difahamkan bahawa PKNP pun telah pun berjumpa dengan beberapa orang petani-petani di kawasan saya dan kalau sesuai mungkin mereka akan menyewa lebih kurang 11 plot tanah kepada petani-petani tersebut.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasihlah kepada kedua-dua GLC ni yang memberi respons yang cepat dan positif kepada cadangan saya di Dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu dan juga saya ucapkan terima kasih terima kasih kepada YAB Menteri Besar yang beri sokongan di dalam isu ini. Saya di sini minta kedua-dua MBInc. dan PKNP untuk membuat kajian yang perlu dengan lebih cepatnya supaya petani-petani tersebut dapat menyewa tanah-tanah tersebut dengan lebih awalnya. Tindakan keadaan menjadi win-win kerana Kerajaan Negeri boleh mendapatkan banyak pendapatan melalui bayaran sewa walaupun bukan begitu mahal tetapi ini pun boleh dijadikan pendapatan kepada negeri dan petani-petani dapat menyewa tanah dan tidak perlu khuatir bahawa mereka akan tiba-tiba dihalau keluar daripada tanah tersebut tanpa notis dan selanjutnya mungkin dengan lebih pengeluaran dan bekalan sayur-sayuran rakyat boleh menikmati sayur-sayuran dengan harga yang lebih rendah.

Ini sebenarnya adalah win-win situation, dengan izin, bukan saja menang-menang, kerajaan menang dan petani-petani pun menang. Ini boleh dikatakan selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat dalam Belanjawan 2022 iaitu semua GLC negeri perlu sentiasa inovatif, kreatif dan proaktif bagi memastikan pendapatan sentiasa dapat ditingkatkan dan sebahagian daripada keuntungan dapat disumbangkan kepada hasil negeri. Ini juga selaras dengan apa yang selalu kita bincang di Dewan ini iaitu kita kena menguatkan keselamatan makanan ataupun dengan izin, food security, supaya kita tidak mengalami situasi di mana harga sayur-sayuran tambah dan macam kini saya difahamkan harga sayur-sayuran sudah pun menjadi sangat mahal. Dengan penyewaan tanah kerajaan kepada petani-petani sudah tentunya mereka boleh keluarkan sayur-sayuran dengan jumlah yang lebih besar dengan izin, market theory supply in demand, lebih bekalan ini akan turun. Saya juga harap badan-badan kerajaan yang lain seperti SADC pun boleh ikut dasar sama yang membenarkan penyewaan tanah kepunyaan mereka yang kini tidak digunakan untuk apa-apa tujuan menyewakan tanah ini kepada petani-petani dan penternak-penternak seperti apa yang dibuat oleh PKNP dan MBInc. Di sinilah saya menggesa MBInc, kalau boleh cepatkan proses permohonan petani-petani bagi perjanjian penyewaan lebih cepat dalam perjanjian ini saya difahamkan boleh ditambahkan klausa di mana mereka tidak akan mendapatkan apa-apa pampasan kerana mereka penyewa dan juga mereka tidak sudah tidak jadi setinggan bukan supporter, dengan izin, jadi mereka boleh menyewa diberikan notis tengah tempoh yang munasabah supaya mereka tinggalkan sekiranya GLC-GLC tersebut ingin mengambil mengambil balik milikan tanah tersebut untuk pembangunan.

Timbalan Yang Dipertua, sekarang saya ingin menyentuh kata satu topik yang lain iaitu pemulihan ekonomi melalui industri pelancongan. Secara amnya di seluruh negeri dan secara khususnya di kawasan saya Malim Nawar. Timbalan Yang Dipertua, negeri kita kini telah masuk ke fasa 4 Pelan Pemulihan Negara. Kini kita telah merancangkan dengan izin, exit mechanisme atau pun exit strategy, mekanisma exit yang membolehkan ekonomi kita dijana semula dan dihidupkan semula. Salah satu cara yang terbaik saya rasa untuk membangunkan ekonomi tempatan adalah melalui industri pelancongan.

Saya telahpun memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri bahawa kawasan kolam bekas lombong yang disinggahi banyak spesies burung di kawasan saya boleh dibangunkan sebagai suatu lokasi intai burung dunia. Saya ucapkan terima kasih kepada YB Tualang Sekah, Exco Pelancongan dan beberapa agensi kerajaan yang secara cekapnya telah pun menganjurkan satu mesyuarat khas untuk berbincang kemungkinan dan kebolehlaksanaan projek tersebut. Selepas saya memberi cadangan tersebut kepada Kerajaan Negeri. Daripada maklumbalas yang diterima di mesyuarat tersebut daripada kakitangan kerajaan, saya difahamkan satu isu yang mungkin timbul adalah kolam bekas lombong yang kini ada paling banyak burung mungkin telah pun diberimilik dan dipunyai kini oleh individu ataupun syarikat swasta dan kini tidak dimiliki oleh kerajaan lagi.

Satu isu lagi yang dibangkitkan oleh kakitangan kerajaan di mesyuarat khas tersebut adalah kerajaan mungkin ingin menumpukan perhatian kepada Taman Alam Kinta yang berdekatan dulu. Walau bagaimanapun respon saya, saya masih rasa sepatutnya kawasan di Malim Nawar tersebut dibangunkan ataupun dipromosikan sebagai santuari burung dan satu tempat tarikan pelancongan. Saya ada tiga alasan. Yang pertama, sebenarnya dalam Taman Alam Kinta tersebut bukan begitu dekat dengan Malim Nawar dan Kerajaan Negeri boleh sebenarnya membangunkan kedua-dua tempat sebagai santuari burung dan tidak semestinya hanya menumpu perhatian kepada satu-satu taman saja dan kedua, seperti yang diakui oleh kakitangan kerajaan, Taman Alam Kinta sebenarnya mengalami masalah jalan masuk ataupun dengan izin, access road dan tidak mudah untuk jalan masuk ke taman tersebut tetapi walau bagaimanapun, kawasan intai burung-burung Malim Nawar adalah hanya di tepi jalan raya saja dan pelancong-pelancong boleh intai burung di tepi jalan sahaja tanpa perlu berjalan jauh masuk ke hutan. Ini alasan yang baik untuk membangunkan kawasan itu berbanding dengan kawasan yang lain dan tambahan pula Kerajaan Tempatan juga boleh menambah kemudahan-kemudahan awam tanpa memasukkan ke bahagian kolam bekas lombong yang dimiliki oleh swasta ataupun individual kerana ada banyak kawasannya sebenarnya masih ada rezab jalan ataupun road reserve dan oleh itu, Kerajaan Tempatan masih boleh dirikan struktur di atasnya tanpa memasukkan ke tempat yang dimiliki oleh syarikat swasta dan sekurang-kurangnya Pihak Berkuasa Tempatan boleh mendirikan papan tanda yang memaklumkan orang awam di mana burung boleh diintai dan juga mereka boleh dirikan pinoculars dengan izin untuk pelancong macam apabila kita berkunjung ke negara Jepun, kalau tempat itu ada beruang, dia akan ada satu papan tanda yang menyatakan di sini ada beruang.

Kalau di Australia mungkin dia dirikan papan yang kata di sini ada beruang koala ataupun kangaroo supaya orang awam boleh tahu di tempat itu ada binatang-binatang yang lalu. Kemudahan lain termasuk kemudahan yang menjaga keselamatan juga boleh didirikan. Sebelum ini saya mengadakan satu sidang media dan sidang media ini bertujuan untuk mempromosikan kawasan ini sebagai santuari burung. Selepas itu, kini sudah ada lebih banyak pelancong yang singgah di tepi jalan untuk intai burung. Mungkin termasuk kanak-kanak. Oleh itu, lebih baik majlis daerah boleh mendirikan struktur yang jaga keselamatan mereka. Selain daripada itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh timbangkan untuk memberikan lesen kepada penjaja untuk menjual makanan ataupun cenderamata. Seperti di luar negara, di tempat pelancongan memang ada banyak penjaja yang jual makanan dan cenderamata dan ini boleh menjana pendapatan untuk komuniti setempat dengan menguruskan aktiviti berasaskan alam semulajadi ataupun eco tourism.

Timbalan Yang Dipertua, sebagai usaha untuk mempromosikan kawasan santuari burung ini, saya sebelum ini telahpun melantik pakar-pakar burung untuk menyediakan satu laporan profesional ke atas potensi kawasan tersebut untuk dibangunkan sebagai tempat eco tourism dan selepas mereka mengkaji kawasan tersebut mereka telahpun mendapati bahawa wujudnya 83 spesies burung dalam hanya tiga hari saja mereka pergi ke kawasan sana dan memerhati burung-burung tersebut untuk tiga hari saja dan telah pun dalam tempoh yang singkat ini telah pun mendapati ada 83 spesies burung dan burung-burung tersebut boleh dikenalpastikan sebagai ada beberapa jenis lah, dia termasuk Little Comeron, Paper Heron, Oriental Darkter, Fin Fish Owl, Little Integrated dan sebagainya dan burung ini termasuk burung dari China, Rusia, Jepun dan Korea. Sesalinan report ataupun laporan ini saya telahpun kemukakan kepada Setiausaha Kerajaan dan YB Tualang Sekah, EXCO Pelancongan. Selain daripada kawasan intai burung sebagai usaha untuk meningkatkan pelancongan, saya juga ingin mencadangkan kawasan dua kolam bekas lombong yang berdekatan dengan Malim Nawar di Changkat Baru di mana pemandangannya adalah sangat cantik, di mana ada batu dalam bentuk yang bergaya, diperindahkan dan dibangunkan sebagai satu taman rekreasi dan tempat tarikan pelancongan yang baru.

Selepas saya keluarkan satu kenyataan media di suratkhabar dan media sosial memang sekarang ada pelancong yang selalu tanya saya di facebook di mana tempat ini dan mereka berminat melawat ke tempat ini dan baru-baru ini saja saya nampak ada orang yang pergi ke sana dan mereka menggunakan drone untuk mengambil gambar dan juga buat video ke atas kawasan tersebut, ke atas keindahan tempat itu. Saya telah pun menulis kepada YB Tualang Sekah dan saya pun di dalam surat tersebut berikan lokasi dan koordinat yang tepatnya supaya kerajaan boleh meneliti cadangan saya sama ada tempat ini boleh dijadikan taman rekreasi dan Kerajaan Negeri juga boleh memperkenalkan beberapa aktiviti air di kolam tersebut yang boleh memberikan peluang kepada orang tempatan untuk mendapatkan peluang perniagaan apabila pelancong datang ke tempat ini.

Satu lagi cara untuk memperindahkan kolam bekas lombong tersebut adalah untuk menanam bunga teratai di kolam tersebut. Dulu ada banyak bunga teratai di kolam- kolam bekas lombong itu tapi sekarang sudah tak begitu banyak. Saya sebelum ini telah pun menulis ke Jabatan Lanskap untuk mohon mereka kaji sama ada mereka boleh memberi sedikit peruntukan untuk menanam bunga teratai dan kerana sebenarnya wujudnya banyak jenis bunga teratai. Oleh itu, kita mungkin boleh adakan satu projek untuk menanam sejenis bunga teratai yang berbeza di setiap satu kolam. So, one pond, one kind of flower dengan izin.

Saya di sini ucapkan terima kasih kepada YB Tualang Sekah kerana YB telah pun memberi balasan kepada cadangan-cadangan saya dengan panjangkan cadangan saya untuk dikaji oleh Tourism Perak. Saya harap dengan beberapa usaha-usaha yang serius ini untuk mempromosikan beberapa tempat yang saya saya sebutkan tadi di kawasan Malim Nawar yang akan sedikit sebanyak menjana semula ekonomi tempatan dan mendatangkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan. Ini adalah selaras dengan tema belanjawan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu Perak Negeri Berdaya Tahan, Mapan dan Inklusif. Sudah tentunya Kerajaan Negeri boleh menggunakan sebahagian kecil peruntukan sebanyak RM12.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan yang dimaksudkan untuk pembangunan kecil dan menaiktaraf infrastruktur pelancongan. Untuk membangunkan kawasan saya sebut tadi iaitu kawasan intai burung dan kawasan kolam bekas lombong. Satu lagi topik yang saya tanya telah juga berkaitan dengan unit integrasi dan pengukuhan masyarakat.

Daripada jawapan bertulis kepada soalan bertulis, saya yang saya dapatkan di Dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu setakat 18 Ogos tahun ini, jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan daripada Unit Integrasi tersebut adalah hanya 42% daripada jumlah RM10 juta. Maksudnya terdapat lebih daripada separuh peruntukan yang belum digunakan setakat bulan Ogos. Walau bagaimanapun saya tahu kerana ada banyak tokong ataupun gereja yang minta pertolongan saya. Saya tahu ada beberapa permohonan sudah pun dikemukakan sangat lama, tapi tidak dapat maklum balas ataupun kelulusan dan di tangan saya ada satu gereja dari Ipoh, St.Michael Church ada satu Tokong Guanyin, Kampung Timah, satu tokong di Malim Nawar satu kuil di Malim Nawar, satu permohonan dari Persatuan Singh Malim Nawar dan kesemua ini saya telah pun kemukakan kepada Unit Integrasi sebelum tarikh akhir tapi hingga sekarang mereka belum dapat apa-apa maklum balas. Ini tidak betul kerana saya khuatir sekira tidak dihabiskan, peruntukan ini akan hilang ataupun forfeited kerana tidak boleh dibawa ke hadapan, ke tahun depan.

Saya cadangkan di sini, pada tahun depan, unit tersebut hendaklah ada satu SOP yang menetapkan masa, tempoh masa, dalam tempoh masa tersebut mereka hendaklah menjawab. Mereka hendaklah meneliti kesemua permohonan yang belum diproses dan dengan cepatnya menjawab samada permohonan tersebut telah lengkap ataupun tidak lengkap. Sekira lengkap mereka hendaklah serta-merta meluluskan permohonan tersebut dan peruntukan boleh dikeluarkan. Bukan macam sekarang dan sekarang saya juga menyeru unit tersebut supaya permohonan-permohonan yang tadi saya sebutkan dapat diteliti dengan cepatnya sebelum akhir tahun dan memberitahu tokong-tokong dan gereja tersebut dan kuil tersebut samada permohonan mereka adalah diluluskan atau tidak kerana tidak boleh biar saja sehingga akhir tahun. dan saya pun khuatirlah peruntukan tersebut mungkinlah tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.

Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang prihatin kepada rakyat dan sudi menambah peruntukan tahunan untuk setiap ADUN termasuk Speaker dalam bahagian projek kecil melalui pemaju dan juga menambah peruntukan untuk pusat khidmat kita dan pada tahun ini pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun beberapa kali memberikan peruntukan khas untuk rakyat yang terkesan covid dan juga melalui SADC dan saya di sini ingin mengucapkan terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri kerana semua peruntukan ini saya boleh gunakan dengan baiknya untuk membeli makanan, bakul makanan kepada rakyat dan untuk rakyat terkilan covidlah pada tahun ini.

Diharapkan pada tahun depan kita tidak perlukan lagi menjalankan aktiviti memberikan makanan kepada semua sektor ekonomi pun sudah dibuka dan harap kita boleh pada tahun depan menumpu perhatian kita untuk menjanakan semula ekonomi untuk rakyat-rakyat. Di sini saya juga ucapkan terima kasih kepada YB Changkat Jering yang selalu prihatin kepada sekolah dalam kawasan saya dengan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. YB Changkat Jering juga datang sendiri untuk hantarkan telefon pintar YTL YES untuk pelajar-pelajar golongan B40. Saya harap pada tahun depan juga kalau sekolah dalam kawasan saya perlukan peruntukan yang khas untuk murid-murid mereka, saya harap YB Changkat Jering akan terus membantu seperti tahun inilah dan ada satu topik yang berkenaan dengan masalah tempatan di kawasan saya itu di Tronoh Mines, saya difahamkan baru-baru ini bahawa taman rekreasi satu-satunya taman rekreasi di Tronoh Mines, mungkin akan dipindahkan ke tempat yang lain kerana tanah di mana taman rekreasi ini didirikan telah pun diberikan kepada satu persatuan. Saya tidak pasti samada ini adalah benar atau tidak. Tapi sekiranya tanah tersebut belum diberimilik kepada persatuan ini, harap Kerajaan Negeri jangan memberikan tanah di Tronoh Mines ini kerana hanya ada satu taman rekreasi di Tronoh Mines. Kalau tempat ini telahpun diberikan kepada persatuan ini mereka akan merobohkan kemudahan-kemudahan taman rekreasi di Tronoh Mines tersebut. Mohon kerajaan akan kaji perkara ini dan sekiranya permohonan persatuan ini belum diluluskan, mohon jangan meluluskan dan kekalkan tempat itu sebagai taman rekreasi. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Malim Nawar.

Encik Leong Cheok KengDAP · PHMalim Nawar

Saya mohon sokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar kerana setia menunggu dan juga mendengar, 14 pembahas pada petang ni dan juga kepada pembangkang. Macam-macam jenis burung, burung cantik si Cenderawasih. Akhir sidang sudah berkunjung, Dewan ditangguh. Sekian terima kasih. Ahli Dewan Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini. Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa 14 Disember 2021 jam 9.00 pagi. Sekian wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.