Perak · 14 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 215 turns · 47,233 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.

Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan, pada hari Selasa, 14 Disember 2021 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran-mu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Perkara yang kedua, Pengumuman Tuan Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama berkenaan penguatkuasaan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard atau SOP dan garis panduan berkaitan Langkah Kawalan Pencegahan Covid-19. Secara keseluruhannya, Ahli-Ahli Yang Berhormat, para petugas dan wakil media dapat dilihat telah mematuhi pematuhan SOP yang berkaitan. Saya memohon pematuhan SOP ini dapat diteruskan pada persidangan hari ini bagi memastikan langkah kawalan pencegahan Covid-19 yang dilaksanakan adalah efektif.

Di kesempatan ini, sukacita dimaklumkan bahawa keputusan keseluruhan ujian pantas RTK Antigen ali liur yang dilaksanakan pada 10 Disember iaitu Jumaat dan 13 Disember Isnin yang melibatkan 530 sampel ujian adalah negatif.

Perkara yang kedua, berkenaan perbahasan atas usul Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022. Seramai 15 Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan pada persidangan hari ini, insyaallah. Saya ingin menekankan mengenai keperluan semua Ahli-Ahli Yang

Berhormat yang terlibat untuk berbahas secara berfokus dan mengikut masa yang ditetapkan agar persidangan hari ini dapat berjalan seperti yang dijadualkan. Kegagalan mematuhi masa yang ditetapkan akan menyebabkan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat berada di dalam ruang tertutup yang lebih lama dan ianya tidak selari dengan isu berkaitan langkah mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. InsyaAllah melalui perbahasan yang berfokus, mampu membawa aspirasi rakyat dan menyumbang secara positif kepada kesejahteraan sosio-ekonomi negeri. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, Soalan LisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, Soalan yang telah diberi notis, Soalan Lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi menjawab soalan A daripada Yang Berhormat Kenering. Untuk makluman, bantuan khas pengurusan kematian Covid-19 NADMA disediakan kepada waris si mati yang meninggal dunia akibat Covid-19 ia merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksimum RM5000 di samping itu juga berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) sehingga November 2021 terdapat 7 permohonan yang diterima terus daripada pemohon yang melibatkan kematian ahli keluarga disebabkan Covid-19 dan telah dipertimbangkan bantuan kewangan serta-merta dan bantuan kewangan bulanan. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga, menerima data daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang melibatkan 250 pelajar sekolah yang telah kematian ibu bapa ataupun penjaga disebabkan Covid-19 senarai ini dalam tindakan siasatan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bagi penentuan kelayakan bantuan berdasarkan syarat-syarat yang berkuat kuasa.

Sepertimana yang telah saya umumkan dalam Belanjawan Negeri 2022 pada hari Jumaat yang lalu, bagi membela nasib anak-anak ini Kerajaan Negeri akan mewujudkan Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak dengan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk menampung sara hidup dan pendidikan anak-anak ini sehingga berusia 21 tahun. Selain itu, kerajaan negeri Perak juga akan memberikan bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan kepada penjaga anak-anak yatim dan yatim piatu ini dengan menggunakan skim saham FELCRA.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bagi soalan B, Kerajaan Negeri amat memahami keluh kesah yang dihadapi oleh peniaga kecil dan yang terjejas akibat penularan Covid-19. Memahami situasi tersebut Kerajaan Negeri pada tahun 2021 telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui pakej rangsangan ekonomi seperti berikut.

Yang pertama bantuan one-off RM300 kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan PBT. Yang kedua, pemberian diskaun bayaran air secara bersasar kepada pelanggan-pelanggan perniagaan. Yang ketiga pengecualian sewa gerai di bawah PBT. Yang keempat, pengecualian bayaran pembaharuan lesen pusat kecantikan dan SPA serta hotel yang berdaftar di bawah PBT. Yang kelima, kemudahan moratorium bayaran balik pinjaman tabung Usahawan Yayasan Perak dan pinjaman mikro kredit Yayasan Bina Upaya. Yang Keenam bagi usahawan dalam sektor pelancongan pelbagai bantuan khas one off telah disediakan kepada penggiat-penggiat pelancongan seperti agensi pelancongan dan pengembaraan pengusaha hotel dan resort Pulau Pangkor pengusaha hotel bajet, persatuan hotel, persatuan mmrah haji dan ziarah, pengurusan homestay, serta persatuan dan NGO pelancongan.

Bagi usahawan dalam sektor pertanian beberapa inisiatif yang memberi manfaat kepada para petani penternak dan nelayan seperti pemberian bantuan input ladang dan ternakan pemberian benih dan peralatan aktiviti penuaian hasil pertanian program pembangunan modal insan serta kotak makanan. Yang kelapan, geran-geran usahawan Perak atau GRUP iaitu bantuan one-off berjumlah RM3 ribu bertujuan bagi membantu usahawan mikro bumiputera negeri Perak yang tercicir daripada bantuan gerakan Geran Khas Prihatin atau GKP Persekutuan dan juga GKP1 dan GKP2. Yang kesembilan, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Pembangunan Usahawan juga telah bekerja dengan kerjasama jabatan dan agensi telah mengadakan 62 Program Quickwin melalui atas talian dan fizikal yang melibatkan 27233 usahawan daripada pelbagai sektor sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dan juga pelan pemulihan negara. Bagi jawapan C, untuk makluman Yang Berhormat Kenering bagi membantu golongan B40 yang terdiri daripada petani penternak dan nelayan dalam meningkatkan semula pendapatan mereka kerajaan negeri Perak melalui agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan telah melaksanakan inisiatif seperti berikut ;

Yang pertama, memberi khidmat nasihat kepada usahawan tanaman yang ingin berdaya saing di dalam sektor industri kecil sederhana. Kedua program peningkatan kapasiti pengeluaran produk makanan melalui bantuan peralatan dan mesin untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan kualiti produk keluaran hiliran. Ketiga, penyediaan input makanan ternakan bagi meringankan bebanan penternak dalam kumpulan B40 sebanyak RM138,900.00 telah disalurkan di bawah program bantuan sistem penyampaian dan khidmat sokongan akuakultur sebanyak RM521,883.50 di bawah bantuan dasar jaminan makanan dan sebanyak RM390 ribu bagi peningkatan infrastruktur di bawah program sinergi akuakultur untuk dimanfaatkan oleh kumpulan terbabit keempat melalui program dasar jaminan makanan tahun 2021 sebanyak RM900 ribu bantuan projek akuakultur berupa benih ikan, makanan ikan, sangkar dan tempat penyimpanan telah disalurkan dengan penglibatan sebanyak 19 komuniti perikanan seluruh negeri Perak dan yang kelima, melalui Program Pelepasan Benih Ikan di perairan bagi menambah stok ikan sedia ada di perairan umum. Sebanyak RM150 ribu telah diperuntukkan bagi pembekalan benih ikan manakala Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM25 ribu bagi pengeluaran pendidikan melalui pusat-pusat perikanan dan bekalan daripada swasta.

Bagi meningkatkan semula pendapatan golongan B40 juga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM telah melaksanakan projek pembangunan pelan peningkatan pendapatan golongan B40 kepada nelayan melalui program tanaman kontan sejak tahun semenjak tahun 2020 bantuan yang diberikan kepada peserta adalah dalam bentuk input pertanian yang melibatkan tanaman seperti sayuran secara hidroponik pisang, cili dan halia selain input pertanian peserta juga telah diberi kursus berkaitan tanaman masing-masing Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YAB Menteri Besar. Yang Berhormat Kenering?

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan di dalam jawapan yang telah diberikan. Dalam masa yang sama, saya melihat kepada jumlah 250 anak yang telah menjadi yatim piatu akibat daripada pandemik ini. Mengingatkan semula kepada saya di ketika usia 10 tahun saya sendiri telah menjadi yatim piatu iaitu 50 tahun yang lalu, dalam keadaan kita mengurus diri dalam keadaan dan suasana persekitaran masa kini cabaran yang jauh berbeza jika nak dibandingkan di tahun 70-an. Jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan selain daripada membantu mereka dari segi kewangan? Pendekatan dan langkah-langkah seterusnya perlu dan apakah perancangan kerajaan bagi memastikan jumlah anak yatim piatu ini dapat dibela berterusan terutama dari segi emosi kasih sayang sayu sunyi dan sepi apabila kehilangan orang yang tersayang. Ini menjadi tanggungjawab kerajaan pada masa kini untuk merancang supaya mereka ini tidak terbabas atau tergelincir daripada landasan yang sewajarnya, dan untuk itu saya berterima kasih kepada kerajaan di atas langkah-langkah yang diambil dalam pelbagai sektor lain termasuklah penjanaan ekonomi dan sebagainya. Tetapi yang saya lihat untuk masa depan, anak-anak ini perlu terus diberikan bimbingan pendekatan dan juga kewajaran supaya mereka dapat bangkit semula dalam kehidupan yang agak tertekan untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Jadi inginkan penjelasan daripada kerajaan apakah khusus yang dilakukan bagi membantu mereka ini di dalam meneruskan kehidupan di dalam keadaan persekitaran masa kini yang penuh mencabar. Minta penjelasan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Kenering. Yang Berhormat Dato' yang Dipertua, tidak dapat dinafikan kesan daripada Covid-19 ini bukan sahaja memberi kesan negatif dalam sosio-ekonomi tetapi yang paling penting ialah berkaitan dengan perasaan trauma atau pun menjejaskan kesihatan mental kepada rakyat jelata. Oleh kerana itu, selain daripada bantuan-bantuan yang saya sebutkan sebentar tadi dalam bentuk kewangan dan bantuan-bantuan fizikal, kerajaan negeri juga melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Bahagian Psikologi dan Kaunseling telah merangka pelbagai inisiatif dalam memberikan bantuan terutama dari aspek psikologi dan kaunseling secara bersemuka dan juga atas talian kepada keluarga yang terkesan dengan kematian ahli keluarga akibat Covid-19 sekiranya terdapat rujukan dan laporan daripada mana-mana pihak. Bagi 250 orang pelajar-pelajar yang disebutkan sebentar tadi, kita berharap pihak sekolah melalui guru kaunseling masing-masing akan mengambil tindakan yang sama untuk memberi bimbingan, terus memberi nasihat, memberi motivasi kepada anak-anak ini supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih kuat semangat lagi dan juga kit aktiviti psikologi turut diberikan kepada mangsa mengikut kesesuaian bagi membantu mereka menghadapi masa-masa sukar dan dalam trauma. Keluarga mangsa juga turut di santuni dari masa ke semasa bagi memastikan aspek psikologi mereka terjaga dan dalam keadaan terkawal serta bagi mendapatkan maklumat terkini status kesihatan mental mereka sama ada bersemuka atau pun secara panggilan telefon. Itulah di antara usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan jabatan kebajikan masyarakat dan juga dengan Kementerian Kesihatan dan juga dengan pihak sekolah, terima kasih.

Yang di-Pertua

Manjoi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Dato' yang Dipertua, soalan tambahan daripada saya bagi mereka yang hilang punca pendapatan daripada perniagaan akibat Covid-19, kita tahulah kita boleh bantu mereka itu dengan menyediakan modal untuk bangkit semula perniagaan mereka dan bagi anak-anak yatim, dimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat tadi kaunseling dan sebagainya. Soalannya sekarang ialah bagi mereka yang hilang pekerjaan, kilang tutup, kena buang kerja dan sebagainya itu sudah tentu mereka juga memerlukan kepada pembelaan dan juga peranan kerajaan bagi membantu mereka. Jadi saya hendak tahu apa perancangan, terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sepertimana yang saya beri jawapan tadi, kita tidak terlepas pandang kepada mereka yang terkesan akibat daripada Covid-19 di mana mereka ini kehilangan pekerjaan kerana mungkin kilang-kilang perusahaan atau tempat pekerjaan mereka ditutup maka mereka akan kehilangan pekerjaan. Jadi kita memberi galakkan kepada mereka untuk mencari jalan lain bagi meneruskan kehidupan melalui perniagaan kecil-kecilan dan juga melalui perusahaan kecil dan sederhana. Oleh kerana itu, kerajaan negeri melalui STEP dan juga melalui SME serta jabatan-jabatan berkaitan seperti Mara, pembangunan usahawan, Tekun dan juga sebagainya akan membantu mereka ini untuk memulakan perusahaan kecil dan sederhana atau pun memulakan perniagaan sebagai penjaja termasuklah orang yang ingin memulakan perniagaan menjual nasi lemak dan sebagainya. Kita akan bermula secara kecil-kecilan terlebih dahulu dan bantuan yang berkenaan akan disediakan oleh pihak kerajaan dengan melalui agensi-agensi yang saya sebutkan sebentar tadi, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri Besar, dijemput sekarang ini ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, soalan saya nombor dua.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Menteri Besar, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta seluruh Yang Berhormat yang hadir pada persidangan kita pada pagi ini secara fizikal atau pun secara maya. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Astaka yang bertanyakan mengenai dengan itu kacau ganggu lalat yang berpunca daripada ternakan ayam khususnya yang berlaku di Sitiawan. Isu kacau ganggu lalat ini bukan sahaja berlaku di Sitiawan dan ianya berlaku di seluruh negeri di mana sahaja terdapat ladang ternakan ayam. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi menangani masalah lalat yang telah berlarutan sejak…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat YB EXCO minta tarik sikit mic, tidak berapa dengar.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Pada masa yang sama perlu juga kita semua mengambil maklum mengenai dengan keperluan bekalan ayam kepada penduduk negeri Perak khususnya dan negara amnya. Di samping menjaga ketenteraman awam dari kacau ganggu lalat adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menyediakan bekalan makanan yang secukupnya untuk menampung keperluan pengguna terhadap hasil dan juga produk yang berasaskan ayam. Bagi mengimbangi tanggungjawab ini, kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa ternakan ruminan dan unggas. Satu jawatankuasa di peringkat dasar yang dipengerusikan oleh YB Exco dan juga urusetianya oleh PTG, satu lagi jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Pengarah PTG dengan keahliannya adalah agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pejabat Tanah dan Daerah dan Majlis Daerah serta lain-lain agensi yang bersangkutan mengikut situasi setempat. Pihak Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Veterinar, membuat pemantauan dan juga penguatkuasaan bagi menangani isu lalat mengikut punca kuasa yang ada bukan sahaja di Sitiawan malah di seluruh negeri Perak.

Mana-mana penternak yang tidak mempunyai lesen diarah untuk memohon lesen adalah juga menjadi kewajipan penternak mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan mengikut Enakmen Perundangan Unggas 2005 dan juga Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas lesen bagi tahun 2010. Mana-mana yang tidak mematuhi syarat-syarat, pihak jabatan mengambil tindakan kompaun, denda dan gantung operasi bagi tempoh tertentu sehingga syarat-syarat dipenuhi. Kerajaan Negeri juga telah mewajibkan ladang-ladang ternakan untuk menggunakan sejenis bahan anti lalat iaitu Effective Microorganism (EM) yang dicampurkan ke dalam makanan, minuman dan juga semburan pada tinja unggas untuk mengelakkan pembiakan lalat. Ladang yang berkapasiti besar dan yang ada risiko pencemaran air di arah untuk menyediakan kolam kumbahan dan perlu dirawat dengan effective microorganism mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Jabatan Veterinar.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, mengenai dengan Enakmen Unggas 2005, semakan deraf enakmen di peringkat akhir oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang dan beberapa syor penambahbaikan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang sedang di ambil tindakan oleh jabatan-jabatan berkenaan sebelum ianya diangkat ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat kerajaan untuk diluluskan dan seterusnya dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Bagi jawapan soalan yang kedua, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat dua buah ladang yang telah di arah untuk berhenti operasi kerana gagal mematuhi peruntukan undang-undang dan syarat-syarat dalam Enakmen Unggas 2005 dan Peraturan-peraturan Pengawalan Perladangan Unggas Lesen 2010. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Untuk makluman Yang Berhormat Exco soalan ini ataupun isu ini telah banyak kali saya bangkit dalam Dewan ini. Saya pun agak-agak tahu apa jawapannya akan diberi oleh Yang Berhormat Exco. Cuma saya nak tanya setiap kali pihak Veterinar bagi tahu kita tidak ada cukup manpower untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan sebagainya. Tapi apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan manpower dengan izinnya adalah sentiasa cukup untuk melaksanakan penguatkuasaan, itu nombor satu. Yang kedua, apakah tindakan kerajaan selanjutnya untuk memastikan pengusaha-pengusaha ladang ini tidak di they won’t been burden dengan izinnya further burden dan harga ayam tidak naik lagi sebab sekarang kita semua bincang pasal harga ayam naik dan semua itu kan. So apakah tindakan pihak kerajaan? Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih. Untuk mengenai dengan manpower ataupun kakitangan mungkin kita akan berbincang dengan Jabatan Veterinar. Kemudian mengenai dengan pematuhan dikatakan bahawa sekarang ini dalam denda kompaun yang dikenakan adalah terlalu rendah iaitu lebih kurang RM2 ribu dan dalam cadangan apa pindaan perlembagaan itu dinaikkan kepada RM20 ribu dan mungkin ini akan menakutkan ataupun memberi pengajaran sedikitlah kepada pengusaha-pengusaha supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan mengikut untuk pengetahuan kita mengikut apa Jabatan Veterinar lalat ini boleh biak dalam masa 4 hari 5 hari sahaja. Apabila pergi melawat dia ikut dia pengusaha-pengusaha mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan tinggal pada 4 hari kemudian dia biak semula jadi tu yang sedang kita perhatikan dan juga selain daripada pengawalan harga yang kita kata apabila dikuatkuasakan semua peraturan-peraturan ini maka sudah pasti akan meningkat kos kepada pengusaha-pengusaha dan secara langsung akan menyumbang kepada kenaikan-kenaikan harga ayam itu.

Walau bagaimanapun, memanglah pihak Veterinar kita cuba mengimbangi selain daripada penyumbang-penyumbang kepada kenaikan harga harga ayam ini untuk menjadi bekalan dan juga pengusaha itu comply mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan kita juga dalam peringkat perbincangan industri ayam ini begitu lama enekmen ini dibuat pada tahun 2005. Kemudian sebahagian besar daripada ladang-ladang ayam ini adalah ladang terbuka. Jadi kita cuba meletakkan satu tempoh sampai 2025 insya’Allah supaya semua ladang-ladang ayam ini membuat flow sistem membuat satu sistem tertutup yang mana sistem tertutup ini bukanlah jaminan juga untuk tidak berlakunya lalat tapi boleh mengurangkan. Itulah langkah-langkah yang telah diambil terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua. Trong .

Baik terima kasih Tuan Speaker. Kalau kita lihat Enakmen Unggas bahagian 5 antara kesalahannya ialah melepaskan sisa unggas atau kumbahan sisa unggas dalam sungai dan anak sungai yang tadi lalat tapi sekarang ini isu sisa unggas tinja dan berlaku di kawasan saya di mana apabila masa PKP tinja-tinja ini tidak dapat dikeluarkan dan dia ditabur di sekeliling kebun sawit yang dimiliki oleh syarikat tersebut. Makanya kalau katalah tak ada penyelesaian dari segi pengurusan tinja ini sampai bila kita nak berhadapan dengan masalah lalat sebenarnya hasil daripada tinja inilah yang menyebabkan lalat ini semakin bertambah. Jadi bila kita nak ke hadapan untuk melihat biojisim yang kita cakap ini berkali-kali dalam sidang Dewan untuk kita jadikan ia satu kenyataan di mana kalau kata kita nak ayam banyak dah tentulah tinja akan banyak. Jadi bila tinja banyak tak dapat disalurkan ke mana-mana mungkin ladang dan sebagainya ia akan menyukarkan keadaan ini akan terus berlaku dan tak ada jalan penyelesaian. Jadi jalan penyelesaiannya kalau kita ada tenaga baru yang boleh dihasilkan melalui tinja ini satu perkara yang sangat baik. Jadi bila kita nak bermula itu persoalan saya.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih untuk ada pemprosesan tinja ini sebagaimana yang kita maklum kadang-kadang apabila tinja ini dibawa keluar maka ini juga menyebabkan pada lalat. Ada satu cadangan supaya ada proses untuk menjadikan dan tinja ini untuk menggalakkan menjadikan biogas dan sebagainya insya-allah dalam dengan penubuhan jawatankuasa ini mereka akan membincangkan perkara ini secara menyeluruh. Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan perkara yang dibangkitkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada Jalong untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Soalan saya nombor tiga.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera selamat pagi. Terima kasih di atas soalan dan pertanyaan yang amat baik daripada sahabat saya Yang Berhormat Jalong. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua dan Ahli Dewan yang dimuliakan. Allah SWT telah berfirman, betapa sumber air itu memainkan peranan yang amat penting dalam kejadian pelbagai makhluk Allah SWT. Maka berimanlah dengan makhluk Allah ini dan janganlah sesekali kita khufur nikmat kerana perbuatan tersebut merupakan tindakan tercela yang dapat mendatangkan azab yang hebat sebagaimana fiman Allah SWT pada

Surah Ibrahim ayat 7. La’in syakartum la azidannakum wala in kafartum inna adzabi lasyadid.

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmat kepada kamu. Demi sesungguhnya jika kamu kufur dan ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Berbalik kepada soalan Yang Berhormat Jalong, pihak Kerajaan Negeri mengambil perkara ini sebagai isu yang amat serius dan bersetuju bahawa kerjasama rentas agensi diperlukan dalam memastikan sistem pengairan dan saliran di negeri Perak terjaga serta diselengarakan dengan baik. Semua jabatan dari pelbagai peringkat iaitu negeri, daerah dan mukim mempunyai peranan serta bidang kuasa masing-masing dalam mengatasi masalah banjir buatan manusia yang kebanyakannya disebabkan oleh pembangunan dan pembukaan tanah yang tidak terancang serta haram. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kerajaan negeri mengakui masih ada lompong-lompong yang boleh ditambah baik khususnya dalam usaha mengintergrasikan ke semua agensi yang terlibat bagi mengurangkan kesan pembangunan ke atas sistem saliran terutamanya sungai-sungai utama.

Terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat semalam telah membangkitkan perkara yang berkaitan dengan saya kemukakan kepada pada hari ini. Sebagai contoh. JPS Negeri Perak mempunyai satu manual saliran mesra alam ataupun MASMA yang merupakan satu garis panduan dalam pengurusan air larian untuk sesuatu pekan atau bandar. Garis panduan ini akan dirujuk dan digunapakai oleh agensi-agensi terlibat khususnya pihak Perancang Bandar dan JPS dalam memastikan sistem saliran dalam bandar dan pekan diurus dengan cara yang terbaik terutamanya di peringkat awal sesuatu permainan pembangunan. Garis panduan ini juga akan sentiasa dikemaskini agar relevan dan boleh diguna pakai dengan sebaiknya.

Ahli Dewan yang dimuliakan, kebanyakan kes banjir kilat berpunca daripada gabungan pelbagai faktor. Ini bermaksud selain taburan hujan melebihi kebiasaan dan tidak berpadanan dengan sistem saliran sedia ada. Terdapat beberapa faktor lain pencetus kepada bencana ini antaranya pelaksanaan pembangunan dalam kawasan rizab atau koridor sungai dan sistem saliran dalaman yang tidak sempurna. Selain itu, faktor semula jadi itu purata hujan tahunan yang tinggi bagi semenanjung iaitu 2500mm dan kesan perubahan iklim menjadi pencetus kepada kejadian banjir kilat. Hujan lebat dalam tempoh panjang mengakibatkan sistem perparitan tidak mampu menampung air hujan sehingga mengakibatkan berlakunya bencana ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan. Akhir sekali Kerajaan Negeri mengakui selama ini aspek penguatkuasaan yang lemah juga antara penyumbang besar kepada banjir buatan manusia ini. Oleh itu, kerajaan amat serius bagi memperkasa serta memperkukuhkan mekanisme perundangan dan penguatkuasaan supaya sumber air di Perak tidak dimusnahkan oleh aktiviti haram. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga ke tarikh ini urusan sumber air di negeri Perak masih dikawal selia menurut peruntukan Akta Air 1920 yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai daerah di negeri ini dan tiada badan khusus yang boleh menjadi rujukan utama untuk kawal selia sumber air tersebut. Secara amnya, perkara berhubung sumber air berada di bawah senarai negeri menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu pihak Kerajaan Negeri kini sedang dalam tindakan menggubal Rang Undang-undang Sumber Air Perak (RUUSA) yang dicadangkan akan dibentangkan di Dewan Negeri Perak pada awal tahun 2022. Deraf Rang Undang-undang Sumber Air Perak ini digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri Perak serta untuk menubuhkan Lembaga Urus Air Perak (LUAP) dan mengadakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya. Kerajaan Negeri yakin melalui usaha ini penguatkuasaan serta perancangan yang tegas, menyeluruh dan holistik akan dapat diterjemahkan supaya sistem saliran serta sumber air di Perak terus terjaga. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih kekanda ADUN Lintang, Exco yang menjaga infrastruktur. Ok, macam saya kata tadi, semalam dalam ucapan saya, minta maaf dalam perbahasan saya. Saya dapati ada beberapa masalah. Nombor satu yang dikatakan oleh YB Exco tadi iaitu projek MASMA. Ia kita tahu Projek MASMA dan ia telah disebut bertahun, bertahun-tahun. Kadang-kadang masalah banjir ini tidak boleh diselesaikan mengikut orang kata kalau macam makan panadol. So, kalau sini banjir, kita buat sini. Kalau sana banjir, kita buat sana. Jadi Projek MASMA ini amat bagus sebab ia melibatkan keseluruhan di mana dia melihat daripada hulu sungai sampailah air itu semua masuk ke dalam Sungai Perak. Jadi ia merupakan satu kerja yang baik sebab Lintang dengan Jalong letak dalam basin air yang sama di mana jika banjir, kami banjir bersama. Jadi, itu satu hal. Tapi masalah yang saya nak tekankan nak persoalan di sini. Apakah usaha-usaha jangka pendek, jangka pendek, kembali macam saya katakan tadi, saya rasa YB Exco pun saya boleh katakan antara YB yang rajin, yang kuat kerja, dalam antara Exco-Exco yang ada sekarang. Beliau telah melawat kawasan dan sebagainya. Cumanya saya syorkan supaya dipercepatkan, dipercepatkan kerja-kerja tersebut supaya termasuklah longkang, membesarkan longkang daripada Taman Muhibbah ke Kawasan Industri sebagai laluan alternative air sebab kalau kita nak kerja cepatkan, percepatkan kita boleh siap dalam sebulan dua macam tu. Kalau kita ikutkan proses yang biasa mungkin mengambil masa yang lebihlah. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya YB Jalong yang prihatin dengan kejadian-kejadian apa sahaja yang berlaku bukan sahaja di kawasan beliau kawasan Kami di Sungai Siput tetapi di kawasan-kawasan di seluruh negeri Perak. Sebenarnya MASMA yang ada pada hari ini adalah merupakan satu garis panduan sahaja. Makna dari segi penguatkuasaannya tertakluk kepada apa yang kita akan bentangkan. Saya penuh yakin bahawa melalui kepimpinan Yang Berhormat Menteri Besar, InsyaAllah kita akan bawa pada tahun 2022 Rang Undang-undang berbagai akta air ni bekalan air ini akan di bawa dan insyaAllah berkaitan dengan Taman Muhibbah Jaya kita telah mengadakan sesi perjumpaan bukan saja di antara jabatan dan agensi tapi kita akan libat urus bersama dengan wakil penduduk-penduduk yang mempunyai pengalaman yang mempunyai pendidikan yang mempunyai pengetahuan teknikal, kita berkongsi untuk supaya kita dapat satu cara penyelesaian mana-mana yang telah dibangkitkan oleh YB Jalong tadi. Saya amat appreciate Yang Berhormat terima kasih di atas perhatian tersebut. Sekian terima kasih Timbalan Yang Dipertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua, Pengkalan Hulu. Tidak dibenarkan menyanyi ya, soalan saja.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Hari ini saya tak mahu menyanyi, saya nak tanya soalan tambahan je. Bila kita lihat tadi bila Jalong ada menyebut soalan Jalong tentang pembukaan hutan untuk pertanian akan menjadikan banjir. Itu kita rasa di kawasan luar-luar bandar dan YB Exco pun telah menjawab dengan tepat dan clear, ada dua. Satu banjir di bandar, satu banjir di luar bandar. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri pernah membuat kajian, membuat kajian bagaimana untuk kita nak mengatasi masalah banjir di sungai-sungai yang ada di dalam kawasan luar bandar di dalam kampung, kerana bagi saya sebenarnya kerajaan kena cari satu mekanisma yang terbaik untuk menjimatkan kos perbelanjaan JPS yang pertama. Yang kedua, daripada sungai ini boleh mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri. Yang ketiganya menyelesaikan masalah rakyat. Jadi saya ingat Kerajaan Negeri perlu duduk, lihat balik cari satu mekanisme yang terbaik dengan ada sungai-sungai yang di kampung ni sebenarnya boleh menjimatkan kos JPS, menambahkan hasil Kerajaan Negeri dan boleh menyelesaikan masalah rakyat. Jadi saya nak bertanya kepada saudara Exco, pernahkah kita membuat satu kajian untuk yang saya cadangkan tadi. Kurangkan kos JPS, tambahkan hasil Kerajaan Negeri, selesaikan masalah rakyat. Pernahkah Kerajaan Negeri membuat satu perbincangan atau pun satu kajian bagaimana masalah banjir di sungai sungai di luar bandar ni boleh jimat kos dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

Terima kasih Pengkalan Hulu. Satu soalan yang amat baik. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian, sebenarnya perancangan memang ada dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui jabatan dan agensi yang mana Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Persekutuan melalui MASMA, melalui NAHRIN dan sebagainya. NAHRIN biasanya difokuskan kepada sungai-sungai yang besar dan di luar bandar. Ya memang jabatan agensi menyediakan pelbagai teknikal untuk membendung untuk berlakunya banjir di kawasan luar bandar dan juga di bandar. Di luar bandar kita memang ada pembinaan-pembinaan melalui pedalaman, pembesaran dan mewujudkan benteng-benteng sungai yang telah dilaksanakan dan begitu juga dengan kolam-kolam tadahan untuk menyekat air terus mengalir ke kawasan-kawasan yang sering berlaku banjir dan begitu juga dengan keadaan di kawasan di pekan melalui rancangan tempatan banjir. Ini telah dilaksanakan beberapa daerah dan sebagainya dan banyak lagi daerah yang akan dilaksanakan dibangunkan oleh kerajaan untuk menentukan bahawa untuk minimize kan dengan izin mengurangkan atau pun mengatasi banjir yang sering berlaku di daerah-daerah di kawasan pekan dan luar bandar dalam negeri Perak ini. Jadi, di atas pandangan dan cadangan daripada Pengkalan Hulu kita akan ambil perhatian dan kita akan bawa kepada pihak-pihak yang tertentu bagi kita memperkasakan bagi kita memperhebatkan dalam kita menentukan bahawa kita dapat mengurangkan dan dapat mengatasi banjir yang sering berlaku ini dapat diatasi dalam jangka masa pendek dan juga dalam jangka masa yang panjang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Tambahan-tambahan.

Terima kasih kepada Kenering yang telah membangkitkan persoalan yang sama yang saya akan bangkitkan. Cuma isu di kawasan saya, lombong-lombong di daerah Batang Padang cukup banyak sekali. Yang diteroka oleh sama ada di gazet atau teroka secara haram. Isunya hari ini saya lihat lombong-lombong ini dibuat sesuka hati oleh pengusaha-pengusaha untuk menambak dan sebagainya sehingga saliran di kampung itu tersekat. Berlaku banjir hujan 2 jam banjir kampung terus. Masalah ini telah pun berlaku banyak kali kita bangkitkan di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Daerah tapi hasilnya tidak begitu nampakkan dan saya hendak Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang sama kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab supaya isu ini kita dapat selesaikan dalam masa terdekat dan saya juga sebagai Kenering, that's why Kenering mengatakan bahawa ya lombng-lombong ini elok dikomersialkan kerana kalau tidak sama ada digazet sebagai kawasan ternakan ataupun tidak, ia tidak mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri dalam setiap masalah pembangunan daerah juga saya telah bangkitkan supaya DO pastikan kawasan-kawasan lombong di daerah Batang Padang ini sama ada telah diberi lesen atau tidak dilesen kita akan duduk sama kita bincang bersama Kerajaan Negeri kita minta cadang kerajaan untuk buat apa sama ada dibiarkan untuk diteroka sesuka hati mereka ataupun kita buat untuk pendapatan Kerajaan dan pendapatan rakyat setempat seterusnya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Kuning. Itu satu cadangan yang baik yang perlu kita beri perhatian. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan sekalian, seterusnya pelaksanaan dari segi pemuliharaan lombong-lombong yang ada terdapat di dalam negeri Perak ini memang melalui jabatan agensi seperti JPS ada mengawalselia dan menguruskan dari segi pembersihan untuk jadikan kawasan tadahan dan juga kawasan takungan dan usaha- usaha ini akan diteruskan oleh kerana kekangan peruntukan yang tidak dapat kita laksanakan sebanyak yang boleh. Itu menyebabkan sebagaimana YB Ayer Kuning menyatakan tadi sebab terdapat juga kolam-kolam yang menyebabkan berlakunya banjir oleh kerana tidak ada kawalan dan sebagainya. Insyaallah seperti mana yang saya nyatakan dari awal tadi satu Rang Undang-Undang Sumber Air Perak (RUSA) akan dibentangkan pada tahun 2022. Maka dengan ini kita dengan membentang rang undang-undang ini. Apa yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat Ahli-Ahli Dewan ini akan dapat kita atasi Insyaallah dan yang lebih penting ialah peranan kita semua dalam kita bersama dan kita tidak mengharapkan jabatan dan agensi sahaja yang mengawal selia, yang mengurus, yang mengatasi banjir tetapi peranan kita sebagai pemimpin, sebagai masyarakat, golongan NGO supya dapat bersama-sama kita menentukan bahawa kita juga memainkan peranan dalam kita menentukan bahwa kita dapat mengawal dan berusaha untuk menentukan banjir dapat diatasi, dapat dikurangkan atau pun tidak akan berlaku lagi banjir di kawasan kita di dalam negeri Perak ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat. Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Belanja untuk mengemukakan soalan. Nombor soalan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Tuan Timbalan Yang Dipertua. Soalan Belanja soalan nombor empat.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Belanja yang bertanyakan soalan. Bagi jawapan untuk soalan (a), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak mengambil maklum akan situasi semasa dan negara berikutan kenaikan harga barangan yang memberi tekanan dalam kehidupan seharian masyarakat. KPDNHEP Perak telah menjalankan pemantauan berterusan sepanjang masa melalui 176 Pegawai Penguatkuasa dan 79 Pegawai Pemantau Harga. Untuk makluman sebanyak 77, 901 pemantauan telah dilaksanakan pada tahun 2020 manakala pada tahun 2021 sehingga bulan Oktober sebanyak 74, 240 pemantauan telah dijalankan oleh pihak KPDHEP Negeri Perak.

Di bawah pemantauan yang telah dilakukan terdapat beberapa operasi telah dilaksanakan antaranya OPS Catut 8.0, OPS Rantai 8.0 dan OPS Pasar bagi memantau harga keperluan seperti ayam, telur, sayur dan sebagainya. Jumlah operasi pemantauan yang dilakukan oleh pegawai KPDNHEP Perak mengikut daerah di sepanjang tahun 2020 hingga Oktober 2021 adalah seperti berikut. Bagi daerah Ipoh yang melibatkan cawangan KPDHEP Ipoh sebanyak 27,938 pemantauan. Taiping 14,225, Teluk Intan 13,061, Manjung 7239, Parit Buntar 5305, Gerik 3661, Kuala Kangsar 3442 dan Tapah 2960. Jadi jumlah keseluruhan pada tahun 2020 pemantauan adalah sebanyak 7901 dan bagi tahun 2021 sehingga bulan Oktober bagi cawangan Ipoh sebanyak 22,748, Taiping 16,632, Teluk Intan 9922, Manjung 7818, Parit Buntar 4429, Gerik 4603, Kuala Kangsar 4759 dan Tapah 3379. Jadi jumlah keseluruhan adalah sebanyak 74,240 pemantauan yang dijalankan oleh pihak KPDNHEP negeri Perak sehingga Oktober 2021.

Yang seterusnya antara dapatan yang diperolehi daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh pihak KPDHEP Perak terhadap isu kenaikan harga barangan mendapati punca kenaikan harga barangan di pasaran adalah disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan juga operasi. Selain itu, pembukaan semula sektor ekonomi menyebabkan berlaku permintaan yang sangat tinggi secara mendadak terhadap semua jenis barangan ya. Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat, KPDNHEP Perak telah mengambil tindakan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan di bawah akta-akta seliaan KPDHEP. Antara tindakan yang telah diambil sehingga 1 Disember pada tahun ini ialah yang pertama berkaitan dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sebanyak 538 kes.

Seterusnnya, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kes catut sebanyak 12 kes, Akta Kawalan Bekalan 1961: sebanyak 46 kes, Akta Sewa Beli 1967 sehingga 2 kes, Akta Perihal Dagangan 2011 sebanyak 9 kes, Akta Timbang dan Sukat 1972 sebanyak 250 kes. Seterusnya Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993: 1 kes, Akta Perlindungan Pengguna 1999 32 kes dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 72 kes. Jadi jumlah keseluruhan adalah sebanyak 869 kes yang telah diambil tindakan pada tahun 2011 sehingga 1 Disember.

Bagi soalan menjawab soalan yang berikutnya, antara perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga barang-barang terutama barang mentah dan binaan sewenang-wenangnya pihak KPDNHEP Perak seramai 126 Pegawai Penguatkuasa ya dan 79 Pegawai Pemantau Harga akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga yang tidak munasabah dengan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Di samping itu juga kita di peringkat Negeri Perak kita telah menubuhkan Jawatankuasa Gerakan Pengguna di peringkat Negeri dan juga Daerah dan juga kita telah selesai melantik Penyelaras Kepenggunaan Parlimen di setiap Parlimen ya. Penyelaras Kepenggunaan Parlimen ataupun PKP di mana kita telah selesai melantik seramai 24 orang di seluruh Negeri Perak di mana mereka semua akan membantu pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak KPDNHEP untuk kita pastikan kepentingan pengguna dan sentiasa diberikan perhatian dan sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan Tambahan.

Terima kasih YB Exco atas penjelasan berkaitan dengan isu kenaikan harga barang. Isu kenaikan harga barang ni memanglah isu yang agak struggle pada kali ini khususnya dari segi barang mentah dan juga barang binaan daripada apa yang diperjelaskan tadi kita lihat memang wujudnya pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga dengan menggunakan Akta Kawalan Harga Dan Akta Pencatutan 2011. Soalan saya, apakah tindakan Kerajaan Negeri Perak untuk membantu rakyat yang kesempitan pada waktu ini untuk mendapatkan barang keperluan pada kadar harga yang lebih murah dan rendah. Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada YB Belanja di atas soalan tambahan. Antara tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih murah dan berpatutan. Soalan yang pertama adalah pelaksanaan skim harga maksimum keluarga Malaysia ataupun singkatannya SMKM yang mana tujuan program ini dilaksanakan untuk menangani menangani kenaikan harga barangan pada masa sekarang. Di mana kerajaan melalui KPDNHEP telah melaksanakan skim harga maksimum keluarga Malaysia, bermula 7 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 sebagai langkah untuk menstabilkan harga barang-barang keperluan pada masa kini.

Kemudian seterusnya pihak kerajaan juga telah melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia ataupun PJKM yang telah bermula 4 Disember 2021 di mana keluaran ini akan melibatkan barangan keperluan asas kepada pengguna dengan harga yang mampu milik dan juga berpatutan. So, di Perak kita telah melancarkan pada 4 Disember di RTC Gopeng yang melibatkan beberapa agensi seperti KPDN Perak, FAMA yang juga LKM di mana telah mengadakan jualan barang-barang keperluan asas seperti ayam, yang minyak masak kepada barang dapur sayuran ya dan sebagainya. Program jualan ini akan dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 222 buah kawasan parlimen termasuk di Perak dan kita ada 24 parlimen dan kerajaan akan memastikan harga jualan barangan yang ditawarkan adalah lebih murah daripada harga pasaran sekarang iaitu dalam lingkungan dan 15 hingga 20% daripada harga pasaran sekarang.

Kementerian juga telah mendapat kerjasama daripada pihak agensi dan juga jabatan kerajaan yang dan juga pihak swasta bagi memastikan jualan barangan keluaran asas lagi sampai kepada seluruh isi warga Malaysia yang terkesan dengan kenaikan harga barangan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua. Soalan kedua Titi Serong.

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Kalau kita lihat daripada statistik penguatkuasaan 2021, 74,240 apa penguatkuasaan ataupun pemantauan. Pemantauan ini hanya berkisar di kalangan peniaga sahaja tapi apabila kita bertemu dengan peniaga pergilah berjumpa dengan pasar borong mana pun, peniaga pasar malam ke, bila tanya kami pun dapat harga mahal. Semalam saya sembang dekat kafe, YB-YB pun bercakap soal kenaikan harga barang ni daripada pekebun atau penternak dia boleh dikawal tapi ada middle man ataupun ada orang tengah yang mengambil kesempatan Saya nak tanya kepada Exco sebab ini isu yang sangat penting kalau di Parlimen, menteri yang menjaga hal ehwal pengguna ni diserang bertalu-talu kerana harga barang ini melibatkan perbelanjaan harian, kalau jualan daripada pihak kementerian, mungkin dalam sebulan sekali ataupun dua bulan sekali dia pergi ke parlimen-parlimen. Tapi yang duduk di kampung-kampung ni nak beli barang dengan harga promosi macam mana? Kalau kementerian boleh menyediakan apa menghantar bekalan yang besar dalam satu program yang satu sebulan sekali, kenapa tak disalurkan bekalan yang betul ni kepada gerai-gerai atau kedai-kedai runcit di kampung-kampung. Buat jualan ni memang kampung. So jangan mengambil kepada saya pada ketika ini, kepentingan rakyat perlu di letak dahulu, daripada kata ada jualan semata-mata mungkin nak menutup sedikit. So saya nak tanya kepada Exco ni, boleh tak dilaksanakan program jualan ini bukan pada kala satu parlimen saja kala parlimen kampung, kala Parlimen Bukit Gantang ada tiga DUN, kat mana jualan dilaksanakan? Mana-mana Parlimen Manjoi apa Parlimen Tambun punya besar kat mana jualan dilaksanakan. Apakah manfaat kepada orang yang tak dapat pergi ke jualan karnival tu? Jadi adakah

Kerajaan Negeri boleh mencadangkan kepada pihak kementerian ataupun kerajaan sendiri melaksanakan jualan di peringkat kampung-kampung atau mukim secara sebulan dua kali, supaya pihak orang kampung tidak terputus bekalan dan boleh menikmati jualan pada kadar harga yang sepatutnya sepertimana yang dinikmati oleh orang lain. Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Titi Serong di atas soalan tambahan. Ok, isu kenaikan harga barangan keperluan asas sini adalah Ia adalah isu nasional yang bukan sahaja berlaku di negeri Perak tapi di seluruh negara. Kita lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga selalu mengeluarkan pelbagai kenyataan berkaitan dengan isu kenaikan harga barangan. Ok, isu kenaikan harga barangan ni dia banyak faktor, pihak KPDNHEP bukan sahaja menjaga kepentingan pengguna tapi keseluruhan rantaian pengeluaran barangan dari segi sektor pemborongan dan peruncitan dari segi pengeluaran ya dan akhirnya kepada pengguna. Jadi jadi maksudnya KPDNHEP memastikan setiap rantaian pengeluaran makanan pengeluaran barangan dan makanan ini masing-masing mendapat keuntungan termasuk pihak pengguna.

Ok tadi saya dah sebut antara punca kenaikan harga barangan ini adalah permintaan yang tinggi apabila kebenaran rentas negeri yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana apabila berlaku kebenaran rentas negeri. Sektor ekonomi dibuka isu permintaan terhadap barang adalah sangat tinggi dan ia sudah keluarkan dan menjejaskan harga barangan. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Titi Serong untuk mengadakan apa ni program jualan keluarga Malaysia di setiap mungkin di setiap Undangan Negeri, Insyaallah tanya bawa isu ini kepada pihak kementerian program ini adalah daripada pihak kementerian ya. Kita akan bincang untuk dilaksanakan kalau boleh di semua 59 ADUN di Negeri Perak.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih, terima kasih Titi Serong.

Saya rasa, saya rasa yang itu bagi ruang kepada ADUN juga sebab ini isu yang sangat penting.

Timbalan Yang di-Pertua

Satu lagi daripada Manjoi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Tadi dinyatakan bahawa pemantauan telah dibuat 70 ribu lebih kali pemantauan dibuat dan sepertimana yang dinyatakan oleh Titi Serong. Pemantuan ini selalunya dilakukan di peringkat pengeluaran, pekebun dan juga penjual di pasar-pasar. Tetapi harga barang tetap juga naik dan di sana sudah tentu ada kelopongan dari segi pemantauan. Lainlah kalau sekiranya kenaikan harga barang tu dapat dinikmati oleh pengeluar. Nanti semua pihak dapat faedah daripadanya dan nyatakan juga tadi bahawa kenaikan harga barang disebabkan permintaan tinggi kerana dah tak ada PKP orang dah banyak jalan. Eh, come onlah saya tak boleh terimalah pandangan tu sebab penduduk Malaysia sama tak bertambah, mulut yang makan sama juga. Jadi macam mana tiba-tiba kalau dulu sebelum PKP tak naik harga barang, tiba-tiba lepas PKP harga barang naik, penduduk sama mungkin berkurangan. Jadi sudah tentu ada satu sebab di sini yang yang perlu dikesan oleh pihak Exco ataupun Kementerian yang berkaitan, mengapa berlakunya kenaikan harga barang ini? Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi di atas soalan tambahan. Kita memang mengadakan pemantauan ini secara berkesan dari KPDNHEP Negeri Perak dan saya sendiri mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai dan juga apa ni apa pegawai penguatkuasa dan juga pemantauan daripada KPDNHEP Perak yang menjalankan pemantauan boleh dikatakan setiap hari di seluruh Negeri Perak dan KPDNHEP Perak juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan pelbagai sektor kepada pihak pengusaha, pemborong peruncit dan juga Kerajaan Pusat bagi membincangkan isu kenaikan harga di Negeri Perak dan isu harga barang ini bukan sahaja melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Ia juga melibatkan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Asas Tani dan sebagainya kerana pengeluaran harga barangan termasuk makanan ini melibatkan beberapa kementerian yang berkaitan.

Satu lagi Yang Berhormat. Satu lagi saya minta tolong. Dua minit.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya tidak benarkan. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022.

Timbalan Yang di-Pertua

Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-undang yang bernama satu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan sejumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Dewan Bilangan 29/2021 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM302 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2022. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong.

Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat selama 20 minit bagi setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya dan saya ingatkan sekali lagi kegagalan mematuhi masa yang ditetapkan akan menyebabkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat berada dalam ruang lingkup tertutup ini yang lebih lama dan ia tidak selari dengan SOP berkaitan langkah mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Kenering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan selama 20 minit.

Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kerana di pagi yang mulia ini saya diberi kesempatan oleh Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan untuk memulakan sesi perbahasan mengenai Pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Perak 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada Jumaat, 10 Disember yang lalu dan pembentangan belanjawan ini dirangka dengan penglibatan semua pihak yang bertanggungjawab dan berkepentingan termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri dalam mencadangkan dan akhirnya Kerajaan Negeri telah memutuskan dengan tajuk ataupun tema belanjawan kita pada kali ini adalah ‘Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif’. Dalam dunia yang kita akui cabaran halangan serta rintangan-rintangan yang cukup hebat, besar dan ianya perlu kita gemblengkan sepenuhnya untuk menjana semula ekonomi di mana fenomena pandemik Covid-19 pada masa kini belum lagi menampakkan sinar yang sebenarnya di hujung terowong untuk meyakinkan kita semua akan musibah yang kita hadapi.

Walaubagaimanapun di peringkat Negeri Perak dan juga negara. Kita meneruskan usaha-usaha untuk mendepani cabaran tersebut dan ini terbukti kalau kita lihat disepanjang pembentangan belanjawan yang telah dikemukakan kepada kita. Di peringkat negeri, Perak juga antara negeri kalau kita lihat pembandingan kepada KDNK. Kalau di peringkat Persekutuan untuk tahun 2020 berada pada 5.6% dari segi penyusutannya tetapi di peringkat negeri kita berada pada tahap 2.3% dan ini menampakkan bahawa keadaan kedudukan negeri kita berada di tempat yang kelima di keseluruhan di negeri-negeri lain dari segi KDNK ini. Walaubagaimanapun ianya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Kita kena bergerak dengan lebih hebat lagi bagi menjana pendapatan negeri dan berhadapan dengan cabaran yang belum ada kepastiannya.

Dengan menggariskan lima agenda ataupun lima fokus utama belanjawan 2020. Ianya diharapkan akan mendapat kerjasama semua pihak sama ada di pihak kerajaan di pihak pembangkang dan juga di semua golongan dengan mempamerkan politik matang dan memberikan kerjasama dan penglibatan sebaik mungkin daripada setiap jabatan dan agensi, GLC dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan hasrat murni ini. Belanjawan yang benar-benar holistik dan komprehensif ini mencakupi pelbagai aspek demi kepentingan rakyat dengan mengenepikan diskriminasi termasuk juga di kalangan Ahli Dewan kerana kita mendapat peruntukan yang sama di dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab besar ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua adalah diharapkan kita semua dapat bekerjasama dan berganding bahu bagi menjayakan niat suci ini dan kita perlu membuang segala bentuk ketidaksamaan dan ciri-ciri ataupun titik-titik perbezaan yang menghalang dan membataskan hasrat dan cita-cita kita bersama untuk membangunkan negeri yang tercinta ini. Pengalaman saya sejak 2004 menjadi Ahli Dewan dan saya mendapat tanda isyarat bagus daripada Aulong sahabat saya yang lebih senior daripada saya dalam dewan ini. Apakah mungkin ini tahun kedua selepas tahun lepas yang mana Kota Tampan mengetuai Kerajaan Negeri. Seingat saya sudah tidak ada kedengaran kritikan, perbahasan, teguran. Malah buku hijau pun tidak ada lagi di atas meja kita. Standing Order. Pengalaman semasa sebelum ini Sidang Dewan Negeri, hari pertama bermula pun sebelum speaker memulakan tugas dan tanggungjawab mempengerusikan sidang Dewan. Sahabat saya ketika itu Aulong antaranya akan menggunakan Standing Order untuk bukan menghalang mendapat penjelasan dengan niat yang baik. Mendapat penjelasan Dewan. Begitulah.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Buku hijau dah hafal. Dah hafal semua. Kita semua dah hafal.

Begitulah hebatnya Dewan Negeri Perak sebelum ini dan sejarah telah terbukti di Dewan yang mulia ini. Perbahasan-perbahasan yang begitu hebat. Malah sejarah juga tercatat Dewan diwujudkan di bawah pokok untuk menyatakan hasrat ketidakpuasan hati Ahli-ahli Dewan ketika itu kerana tidak dapat bersidang di dalam Dewan yang mulia ini. Ini semua sejarah yang cukup pahit, manis dan sebagainya yang kita boleh terjemahkan mengikut tafsiran masing-masing. Apa yang penting kepada kita, pembentangan belanjawan ini pada saya membuktikan bahawa sebelum ini pengagihan yang tidak sama rata di antara pihak kerajaan dan pembangkang sebagai Ahli Dewan. Contohnya mengakibatkan rakan-rakan yang ada di pihak pembangkang akan membangkang sekuat-kuat, sesungguh-sungguhnya kerana hak mereka dinafikan termasuklah mereka di dalam sistem demokrasi dipilih oleh rakyat di kawasan mereka untuk mewakilkan mereka di Dewan tetapi mereka tidak diberikan hak untuk berbelanja peruntukan yang dibentangkan di dalam Dewan dan mereka diminta dalam masa yang sama membahas dan seboleh-bolehnya menyokong. Bagaimana mereka untuk menyokong belanjawan tersebut kerana mereka sendiri tidak terlibat dalam pembelanjaannya.

Jadi ini menggambarkan bahawa di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan satu pembaharuan politik telah dilakukan. Di mana diberikan peruntukan sama rata di peringkat Ahli Dewan dan juga perbelanjaan di pusat khidmat dinaikkan. Sebelum ni hanya pihak kerajaan sahaja yang mendapat peruntukan pusat khidmat, pembangkang tak ada. Pengalaman di sebelah sini saya sendiri menjadi pembangkang di tahun 2008, 2018. Kami juga ketika itu pembangkang tidak diberi peruntukan. Jadi tengok rasanya bila kita tidak perbelanjaan ada perbelanjaan untuk membiayai kawasan kita bagaimana perit, derita dan sayunya dengan mendengar peruntukan yang dibentangkan di Dewan Negeri ratusan juta malah hari ini dah mencecah lebih daripada satu bilion tetapi kita tidak boleh berbangga dan ini menafikan hak kita sebagai Ahli Dewan. Tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas langkah berani yang telah dikemukakan.

Dalam masa yang sama lima fokus utama saya mulakan dengan menjana semula ekonomi dan mengupayakan sara diri rakyat dan ianya merangkumi pelbagai sektor terutamanya melibatkan pelancongan yang industri yang lumpuh sepenuhnya. Begitu juga asas tani yang perlu digemblingkan semula untuk menjana pendapatan kepada negeri. Ini soal makan makanan rakyat. Jabatan pertanian yang melibatkan veterinar dan juga perikanan perlu terus diperkasakan dengan jumlah lebih daripada RM50 juta yang diperuntukkan. Tengok semua Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian yang terlibat kita bukan hanya lagi sekadar untuk menyatakan pemberian subsidi-subsidi oleh kerajaan tetapi kita nak tengok apa pula masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil kita, petani-petani kita dengan harga barangan baja sekarang ni cukup meningkat racun cukup meningkat. Musuh tanaman cukup hebat di kawasan saya.

Isu gajah tidak selesai-selesai itu orang besar tetapi isu yang lebih sampai ke rumah pula sekarang ni isu babi, kera, beruk habis tanaman dimusnahkan. Saya nak tengok apa kerajaan perancangan Kerajaan Negeri di dalam memperkasakan sektor pertanian ini serta memberi peluang.

YB DATO’ HAJI AZNEl BIN IBRAHIM: Minta laluan sikit.

Serta memberi peluang sepenuhnya kepada petani untuk berdikari. Semasa era bukan saya nak puji sangat Kota Tampan ni tapi nak cerita masa Exco Pertanian dulu dia ada katakan tanam apa yang, makan-makan apa yang, "tanam apa yang nak dimakan, makan apa yang nak ditanam, lebih tu jual" ini tak ada slogan langsung ni. Itu slogan itu patut terus diperkasakan dengan istilah kebun dapurnya sebagainya. Saya secara jujur saya katakan kepada orang di kawasan saya, saya malu kalau rakyat di kawasan saya pergi beli pucuk paku di pasar. Beli pucuk kangkung di pasar, beli cili di pasar, beli ubi kayu di pasar.

Saya malu biarlah kita bersimpati dengan golongan peniaga kecil. Biar pegawai-pegawai kerajaan dan mereka-mereka yang berkeupayaan membeli yang tu. Ia dapat mengekang permintaan dan penawaran. Yang lebih penting apa yang lebih tu dijual. Kalau ada kebun dapur tak ada cerita lagi dah orang kampung beli sayur. Beli barang-barang keperluan harian. Ini bukanlah sesuatu yang susah nak dilaksanakan. Hantar subsidi-subsidi, benih-benih tanaman setakat bayam, kangkung apa semua ni ke kampung-kampung. Ini duk bercerita projek mega pergi lancar agro-agro tani tak apa teruskan tetapi cerita hak nak makan hari-hari ni, yang di rumah ni. Saya cukup tidak bersetuju pada pandangan saya, kita habiskan banyak peruntukan kepada tanaman dalam polybag, Hidro Polybag, hidroponik. Projek RM50 ribu, RM60 ribu diberikan untuk hidroponik kepada 3 pengusaha. Kesannya lebih baik terus RM50 ribu, RM60 ribu tu bagi masuk akaun dia tentu dah dapat sebab jualan hasil dia belum lagi tentu dapat pulangan sepertimana yang dilaburkan.

Jadi buat pengusaha tanaman tadi saya sendiri pun berkelapangan sekarang ni saya pergi ke kebun. Pengalaman cerita benar suruh anak buah tanam pisang dalam kebun saya. Aulong tempat saya pergi tengok beruk tu dah koyak habis tu pokok. Betul saya ada video gambar ini kalau kita katakan orang besar menyebabkan penerokaan hutan-hutan menyebabkan mereka yang ada di dalam tu terpaksa keluar kerana kita majukan industri perladangan dan sebagainya tetapi ini saya tak tahulah betul atau tidak cerita katanya kera, beruk, lontong apa semua ni dilepaskan oleh apa pengangkutan lori sebelah malam di Daerah Hulu Perak. Pengkalan Hulu boleh confirm, Temengor pun boleh confirm.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Di Muallim pun sama.

Akhirnya dia pun cukup jinak dia boleh pergi ke rumah masuk rumah penduduk kampung. Antara yang dia suka ambil belacan dalam rumah pun ada masuk. Sungai Rapat yeop duduk di pekan tak apalah kami duduk di kampung nun.

Itu yang gemo beno dengo tu.

Antara ancaman ini perlu kita tangani. Jangan biarkan sementelah pula kita dinyatakan bahawa hari ini, sebelum ni di kampung-kampung ada anggota Rela yang bertugas menjaga kampung dibekalkan dengan senjata api. Hari nii senjata api semua ni pungut semula, diambil oleh kerajaan disimpan di balai kerana syarat untuk seorang pegawai Rela itu menurunkan kuasa kepada anggotanya mestilah kelulusan lesen dan sebagainya. Saya dengar macam tu lah jadi akhirnya hari ini ancaman kepada rakyat bukan setakat pertanian kalau di Hulu Perak ancaman kepada nyawa. Sebab dia jalan utama Gerik Kuala Kangsar tu antara yang banyak waktu pagi boleh kita jumpa babi kena langgar. Kalau langgar lori tak apa yeop, kena langgar di motor yang kena langgar tu ICU ada setengahnya sampai melibatkan kematian nyawa dan sebagainya.

Ini ancaman yang jangan kita pandang mudah. Ini cerita depa kampung biarlah. Jangan begitu. Jadi kementerian khususnya jabatan kena melihat semula dalam memperkasakan sektor pertanian di samping mendapat bahan yang murah, bekalan yang baik, dalam masa yang sama menjaga dan berperanan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil pekebun-pekebun kecil, petani-petani supaya tekanan kepada harga barangan dapat membantu mereka di dalam kehidupan. Begitu juga kita pergi kepada cerita yang berkaitan dengan pakej rangsangan ekonomi lebih daripada RM47 juta yang dibelanjakan. Yang penting jumlah itu sejauh mana sampai ke sasarannya. Kita tidak mahu berlaku ketirisan. Salah guna kuasa dan sebagainya kerana ini hak dan duit rakyat. Suara ini selalu dilontarkan oleh sebelah sana tapi biarlah hari ini saya sebelah sini lontarkan. Aulong cukup setuju mengangguk saja. Lepas ni saya ingat, kita bagi laluan kepada Aulong.

Jadi Dato’, Tuan Yang Dipertua, pada masa yang sama kita mengharapkan agar tumpuan juga diberikan kepada fokus yang kedua iaitu memakmur dan mensejahterakan rakyat. Mana mungkin rakyat akan sejahtera kalau dia tidak mendapat kemudahan seperti mana yang diimpikan, yang dihajatkan, yang dicita-citakan. Kalau cerita kawasan saya, masih terdapat lagi jalan-jalan yang perlu dinaiktaraf, jalan-jalan pertanian. Sekarang ni jalan pertanian pun ni bawah JPS, bukan lagi di bawah Pejabat Daerah PLB. Jadi sekarang kesukaran kita untuk mendapatkan peruntukan. Secara jujur di Dewan yang mulia ini saya katakan Daerah Hulu Perak antara daerah yang terbesar di Negeri Perak, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi dalam masa yang sama untuk di peringkat Jabatan Parit dan Saliran kita menggunakan jurutera dan Pejabat JPS Daerah Kuala Kangsar dia cantumkan JPS Kuala Kangsar dan Hulu Perak itu dalam satu daerah. Cuma di Hulu Perak adalah Penolong Jurutera.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Kenering mohon. Timbalan. Terima kasih Kenering, Timbalan Yang Dipertua, saya ingin menyokong apa yang disarankan oleh Kenering tadi mengenai penjawatan untuk Jurutera JPS di Daerah Hulu Perak ini sebab seperti yang kita bangkitkan masalah mengenai JPS itu sendiri termasuk dengan jalan-jalan pertanian. Sekiranya JD berada di Daerah Kuala Kangsar, sudah tentulah sukar untuk mereka melihat sendiri, merasai sendiri bagaimana kesusahan yang ditanggung oleh penduduk-penduduk di kawasan kami. Jadi adalah amat penting dan saya menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Kenering untuk mewujudkan satu penjawatan JD JPS di Daerah Hulu Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Kenering, masa Kenering hampir tamat.

Kalau masa hampri tamat saya ringkaskan. Tapi bagi masa kepada saya. Jadi untuk yang keduanya JPS mesti diwujudkan di peringkat Daerah Hulu Perak sepenuhnya. Yang ketiga dalam masa yang sama mengkaji semulalah. Kita akui ekonomi teruk sekarang, apa semua ni perjawatan yang mana perlu dipenuhi dahulu. Contohnya, Pengkalan Hulu, Majlis Daerah. Pegawai 54 dekat sana. Sebelum ni Majlis Daerah Pengkalan Hulu tu CADO Pembangunan tulah, CADOlah jadi YDP. Begitu juga di Lenggong bagi Daerah Lenggong. Sebelum ini YDP tu adalah CADO Lenggong tetapi hari ini jawatan itu diisi, bagus, tahniah. Wujud jawatan YDP di daerah-daerah kecil tetapi perjawatan yang penting wajib ditunaikan terlebih dahulu.

Antaranya sekarang ini isu MKN apa semua ni penting pada rakyat. Perjawatan MKN, pegawai di peringkat daerah tak ada. Yang mengendalikan adalah hanya seorang sahaja peringkat kerani. Bagaimana mungkin untuk mendepani Daerah Hulu Perak yang begitu luas. Dia ada 3 daerah kecil, hanya meletakkan seorang pegawai ataupun kakitangan bukan pegawai untuk menguruskan masalah Majlis Keselamatan Negara khususnya isu covid ini.

Jadi saya terus kepada masalah di kawasan saya, tentu masalah banjir. Sampai hari ini tak ditangani. 2022 hingga 2025 pelan yang dikemukakan. Nak tunggu sampai 2025 saya pun dah tentulah dah tak ada. Tak ada di dewan ke tak ada di mana ke tu kita tengok lah dimana. Tapi cerita dia banjir ni hari ini kalau boleh besok biarlah selesai. Pelan pembangunan tambatan banjir 22-25. Kajian dibuat bermula tahun 2021, setahun lebih kajian tambatan banjir Gerik. Carilah kaedah dan cara selesaikanlah dulu. Ini masalah rakyat. Ketiga saya nak terus pergi kepada harga barang, tak apalah semua dah kawan dah cakap. Saya nak tanya kedudukan sekarang ni. Masjid Kampung Malau yang sebelum ini kata dah diluluskan pembinaannya, masjid bina baru. Siapa yang nak laksanakan pun tak tahu. Saya dengar ada kata PKNP nak laksana masjid. Saya pun tak fahamlah, tak tahulah. Dengar penjelasan. Begitu juga baik pulih Masjid Kampung Gua Badak, Masjid Kampung Tawai, di mana kedudukan sekarang ni. Dari segi pelaksanaan. Begitu juga saya ingin bangkitkan mengenai isu yang berkaitan dengan RPT, Rancangan Penempatan, untuk pemberian lot-lot tanah di Air Pari Lawin. MMK telah luluskan pada 2017. Sampai hari ini tidak ada lagi pelaksanaan ataupun penyediaan kepada tapak-tapak tersebut. Ini menuntut kepada kita untuk bekerja dengan lebih kuat. Yang penting kepada saya isu rakyat mesti diselesaikan. Isu tanah-tanah yang telah diluluskan untuk tapak-tapak rumah diselenggarakan dan diberi hak kepada rakyat.

Hari ini rakyat nak buat rumah perlu tapak. Nak dapat tapak pinjaman perlu ada lot sendiri. Berkongsi adik-beradik, carian dan sebagainya tidak akan menyelesaikan masalah. Kongsi dah bertahun-tahun, berpuluh tahun. Jadi kalau ada lot sendiri pinjaman boleh diuruskan dan mereka dapat memiliki rumah kediaman sendiri. Dalam keadaan yang sama saya juga amat terkilan. Kawasan saya berada antara Lenggong dan Gerik. Pekan Kecil Lawin tu dah lama dah kita minta. Sekurang-kurangnya adalah mesin ATM, autopay machine ni untuk depa nak jolok duit untuk terima daripada anak- anak yang ada di luar. Nak ke Lenggong jarak dia 25 km nak ke Gerik 25 km. Letaklah mesin ATM di situ. Buatlah kerja kebajikan. Bank jangan kira semua nak untung. Ini servis kepada rakyat. Kita ada tiga Felda di situ. Kita ada mukim yang boleh menyumbang lebih daripada 15,000 penduduk. Itu pun dah dah bertangguh, tak bukan bertangguh, tak ada langsung usaha untuk membantu menjayakan hasrat ini. Ini tuntutan semasa rakyat. Jadi kalau perkara yang saya ingin bangkitkan ini kemudahan telekomunikasi. Malu saya kawan-kawan dalam perjalanan nak ke Kelantan dan juga ada nak ke, nasib baik Betong sehari dua ni dah tutuplah. Talian telefon susah. Di jalan utama pun sekarang ni susah. Tolonglah. Menara dipasang line tak ada. Tak tahu lah Temenggor, depa complaint apa Kenering teruk sangat. Lalu kawasan dia pun tak ada line. Malu saya.

Apa lagi cerita ni pedalaman sedikit tempat-tempat orang asli. Saya ada perkampungan Orang Asli Di RPS Dala. Ni janji juga. Lulus dan jalan. Survey dah buat oleh pihak JKR. Sampai hari ini pelaksanaan belum lagi. Bukan jauh 17 km saja. Dah tanya bajet peruntukan RM21 juta. Betul atau tidak saya tak tahu. Ini pun kena selesai ini masalah rakyat. Kerajaan pula kerja yang sebelum ini kerajaan Barisan Nasional sebelum ini memberikan tanah kepada orang-orang asal di sana tanah pertanian 5,000 ekar dengan tanaman sawit, getah dan sebagainya. Orang asal sana, orang asli kita di sana berjaya menjadi penoreh getah yang baik daripada bekerja sebagai pencari rotan, ikan sebelum ini. Bila mereka mendapat pendapatan lebih depa beli. Jangan terkejut saya boleh tunjuk jalan tanah merah jalan ladang tapi sampai ke dalam ada Persona, ada Gen-2. Ada model-model baru X70 pun ada.

Timbalan Yang di-Pertua

Kenering 1 minit lagi, 1 minit lagi.

Pakailah Hilux. Dia kata tak boleh, kami ada duit sekarang tapi kami tak ada jalan menunjukkan bahawa keperluan jalan itu cukup utama. Begitu juga bekalan air. Saya malu. Orang Asal kita belum lagi dapat air yang sempurna. KPLB sebelum ini dah luluskan peruntukan sedut air daripada tanah bumi akhirnya yang ada paip air saja air tak keluar. Tu pun masalah juga kata orang asal tak tahu guna. Tak tahu guna apa. Dah pulas tak keluar dia kepak. Ini masalah kita. Jadi, saya menghormati masa ditetapkan. Jadi pengharapan saya, ada perjuangan kita bersama ini menuntut kepada kita untuk melihat dan menghayati titah kebawah Duli Tuanku.

Di dalam perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri yang Keempat Belas tempoh hari, di dalam titah tersebut langkah-langkah katanya, dititahkan, langkah-langkah YAB Dato’ Seri Menteri Besar dapat meminimumkan perselisihan dan suhu politik Negeri Perak. Langkah tersebut mungkin satu langkah permulaan yang kecil tetapi langkah yang kecil itu jika terus disuburkan akan membantu melonjakkan budaya politik baru aras tinggi yang kurang berkonfrantasi sifatnya. Setiap ahli dewan hendaklah menyambut langkah tersebut dengan menunjukkan sikap timbal balik yang menghargai budaya baru ini dengan mempamerkan semangat politik matang. Beraras tinggi saling bekerjasama, hormat menghormati serta membantu usaha-usaha dilakukan untuk kepentingan negeri dan warganya. Di samping sama-sama berusaha memupuk semangat perpaduan dan semangat kewarganegaraan antara rakyat berbilang kaum yang menganuti pelbagai agama amalan budaya dan juga menguasai pelbagai bahasa. Titah ini menggambarkan ke bawah Duli Tuanku kita, Sultan yang amat kita hormati berpandangan jauh. Bertitah beliau sebelum pembentukan kerajaan semula, dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan mengingatkan kita bahawa berpolitik aras tinggi, hormat-menghormati dan hari ini dapat diterjemahkan di Dewan yang mulia ini walaupun baru masuk tahun yang kedua. Inilah kata-kata bahawa Titah ke bawah Duli Tuanku itu melangkaui jangkaan awal yang tidak terfikir kita sebelum ini suasana di Dewan akan berlaku seperti mana hari ini. Ini menggambarkan sudah sampai masanya berpolitiklah kita demi untuk mensejahterakan rakyat. Jangan kita hanya hipokrit menyatakan kita berjuang, kita berpolitik, kita berusaha bergigih untuk kepentingan tetapi meletakkan diri mengatasi kepentingan perjuangan bersama kita. Jadi itulah dari saya. Jadi saya menyokong penuh titah ke bawah Duli titah saya menyokong penuh pembentangan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada hari Jumaat 10 Disember yang lalu Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kenering. Untuk makluman kepada semua Yang Berhormat, depan kiri kanan kita ada digital jam. Sambil kita bahas 'usha-usha' jam di hadapan yang masa tu. Insyaallah, supaya kita tepati masa. Ok, diteruskan. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Aulong untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Terima kasih Timbalan Tuan Yang Dipertua yang budiman kerana mengizinkan saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 untuk tahun ke-22 secara berturut-turut. Saya berasa amat bersyukur sekali kerana dapat bersama dengan rakan-rakan sekalian dalam Dewan yang ini untuk membahas belanjawan yang bertemakan "Perak Berdaya Tahan, Manfaat dan Inklusif". Sebagai mukadimah saya buka bicara dengan serangkap pantun.

Daun sirih di dalam tulang, Menjadi hantaran majlis beradat, Rakyat dibela pemimpin dijulang, Kerajaan terbaru negara berdaulat

Tuan Yang Dipertua, bajet kali ini menunjukkan defisit RM50 juta. Jika ditambahkan dengan defisit tahun ini RM99.4 juta, jumlah defisit dalam tempoh begitu singkat ini telah pun sampai hampir RM150 juta. Ini jelas menunjukkan keperitan daripada era pendemik dan saya ingin mengesyorkan dan juga sebenarnya memberi pengiktirafan kepada kerajaan yang peka kepada kejatuhan hasil. Sebenarnya tahun ini hasil yang diunjurkan adalah RM1.03 bilion. Tapi hasil sebenar yang diterima hanya RM797 juta sahaja. Satu kekurangan 24%. Tapi nasib baik di mana kerajaan hari ini dapat mengambil langkah untuk menyemak dan menyusun semula belanjawan kita mengikut Seksyen 13(b) Akta Tatacara Kewangan Tahun 1957, Akta 61 di mana kerajaan hari ini telah pun jimat belanja mengurus telah jimat daripada RM785 juta menjadi RM703 juta. Satu penjimatan sebanyak RM82 juta ataupun 10.5%. Bak kata pepatah melayu, "Inilah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Dulu tahun 1999 zaman Tan Sri Tajol Rosli saya dah perjuangkan supaya kerajaan haruslah sentiasa berhemah dalam segala perbelanjaan kerana setiap sen yang kita belanja bukan duit kita, adalah duit hasil titik peluh rakyat yang bayar cukai.

Tuan Yang Dipertua, hari ini kita sebenarnya Perak negeri yang tercinta ini saya ingin membangkitkan 11 perkara dalam tempoh yang begitu singkat. Perkara yang kedua adalah pembangunan Perak. Jelas pembangunan Perak ini telahpun terpinggir oleh Kerajaan Persekutuan. Daripada teks ucapan Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Kerajaan Negeri telah memohon 1389 projek. Jumlahnya bernilai RM27.3 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12. Tetapi had yang diluluskan mengikut rolling plan 1 hanya RM1.4 bilion (5%). Roling plan ke-2, RM1.5 bilion (5.43%). Macam mana kita nak bangunkan negeri kita. Kita hanya bergantung kepada peruntukan negeri. Bandingkan dengan buku ini anggaran belanjawan persekutuan yang saya bawa dari parlimen, RM331 bilion satu tahun. Tapi negeri Perak kita peruntukkan RM300 juta. Tak sampai 0.1% jika dibandingkan dengan belanjawan persekutuan. Oleh kerana itu, saya mengajak rakan-rakan semua seluruh seisi Dewan menyokong penuh usaha kerajaan Dato' Seri Menteri Besar berikan tekanan kepada Yang Amat Berhormat supaya peruntukan untuk negeri Perak perlu bukan sahaja dipertingkatkan, dilipat gandakan. Saya nak hadiahkan satu kita berikan contoh persekutuan tahun ini yang telah diperuntukkan RM77.6 bilion untuk belanjawan pembangunan. Tapi ikut teks ucapan Menteri Besar dia hanya bagi kita RM20 juta iaitu 0.02% zero point zero two percent. I rasa amat segan dengan Yang Amat Berhormat. Oleh kerana itu pagi yang mulia ini saya hadiahkan serangkap pantun kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri:

Burung pipit burung kediri, Hinggap di pokok di tepi sawah, Ismail Sabri Perdana Menteri kena berbudi, Jangan jadi ibarat pokok tidak berbuah

Sebagai Perdana Menteri haruslah lakukan adil kepada negeri Perak khususnya Perak adalah negeri kedua terbesar di semenanjung. Saya bagi contoh yang paling menyayat hati ni. Kekanda saya dari Kenering akan setuju di mana PKNP kita diberikan peruntukan semua Perbadanan Kemajuan Negeri telahpun diberikan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya bagi contoh Johor RM46.5 juta. Kedah RM8.7 juta. Kelantan RM8.25 juta. Pahang RM7.53 juta. Melaka negeri kecil pun RM4 juta. Tapi kita negeri Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dapat peruntukan berapa tahu? Yang Amat Berhormat Menteri Besar kosong (K.O.S.O.N.G). Adakah ini adil kepada negeri Perak yang kita cinta ini. Perkara keempat, saya hendak bangkitkan adalah tentang hutang khususnya kepada syarikat GLC negeri Perak Corp. ini, ini berhutang RM810 juta. Saya nak tahu macam mana kerajaan nak bayar. Ini bukan salah Yang Berhormat Kota Tampan. Tapi antara sebab utama adalah dulu Yang Berhormat Kenering tahulah, berkali-kali berpuluh-puluh kali kami di sebelah sini telah pun menegur supaya kerajaan jangan buat kerajaan projek gajah putih. Kerana ini akibat daripada projek gajah putih MAPS lah (Movie Animation Park) hutang kita sekarang ni RM810 juta. Macam mana kita nak bayar. Nanti SFINO marah pula. Semua wang rizab negeri habis hanya untuk langsaikan hutang satu syarikat saja. Ini kita perlu ambil iktibar. Jangan lagi mengulangi kesilapan dan di sini juga.

Perkara kelima saya nak bangkitkan adalah tentang beberapa peruntukan yang baik tetapi perlu ditambahkan. Pertama, adalah tentang Kad Perak Prihatin. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar kerana memperuntukkan RM22.5 juta meneruskan dasar Pakatan Harapan yang baik dan prihatin kepada RM20 ribu keluarga miskin atau pun asnaf miskin. Tapi janganlah kita nak potong bajet saya tahu masih kurang janganlah kita potong bajet asas miskin. Dalam kad prihatin ini perlu kita peruntukkan RM300 untuk medical benefit ataupun khidmat perubatan tapi tahun depan potong setengah jadi RM150. Janganlah kita nak jimat-jimat di tempat yang lain jangan kita sentuh duit orang miskin. Yang kedua, tentang program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak. Ini merupakan satu inisiatif yang cukup prihatin saya ucapkan tahniah kepada Dato' Seri Menteri Besar tetapi kita tahu sebenarnya pandemik ini hampir 5000 orang, kanak-kanak menjadi anak yatim piatu akibat kehilangan ibu bapa kerana Covid-19. Keluarga anak yatim ni memang perlu kita berikan perhatian dan keprihatinan. RM 1 juta diperuntukkan untuk program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak ini tak cukup. 250 orang anak setiap orang kita nak jaga dia dari umur 8 tahun sehingga 21 tahun. 1 kanak-kanak RM4 ribu memang tak cukup tambahlah sekali ganda supaya ia amat lebih munasabah kerana mereka dah hilang ibu bapa.

Kita kita jadi pemimpin kita perlulah membela mereka yang perlu dibela, khususnya niat kanak-kanak yatim piatu nanti Dato’ Seri Menteri Besar dapat banyak pahala kerana buat kerja yang baik. Tuan Yang Dipertua, sebenarnya Perak ini kita negeri amat besar tapi mengikut laporan khazanah institut report ini, perlu kita tekankan dua aspek. Negeri Perak pernah disenaraikan sebagai negeri kedua paling miskin. Dari segi pendapatan, rakyat kita memang dah dapat gaji RM10 ribu satu bulan dekat Perak payah sungguh tapi dua penting, dua aspek, satu modal insan, kedua pelaburan. Kita di Perak ini ada banyak institusi pengajian tinggi. UITM, UTP, UTAR banyak tapi kerajaan pernahkah kaji sebenarnya berapa mahasiswa ataupun graduan universiti yang lulus pengajian di negeri Perak tapi KL bekerja, melabur di Perak? Saya rasa kurang daripada 5% ini merupakan satu masalah yang perlu ditangani. Kita menarik mereka menimba ilmu di negeri kita tapi akhirnya lepas habis kajian semua sama ada Singapore, Penang, Kuala Lumpur. Tapi negeri Perak tak ada. Ini saya rasa perlu diberikan tekanan dan saya di sini mengesyorkan tahun depan kita memperuntukkan RM3 juta kepada Institut Darul Ridzuan, this suppose to be our think thank, the state government think thank.

Saya syorkan kepada Menteri Besar setiap tahun IDR ini perlu kemukakan laporan kepada Dewan yang mulia ini kemukakan cadangan mereka, strategi mereka, untuk dibahas dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Jika tidak apa gunanya kita belanja RM3 juta setahun untuk mengupah pakar-pakar Akademik academician. Ini perlu, IDR RM3 juta ini perlu kita pertingkatkan supaya laporan dia dikemukakan. Kita ambillah strategi yang baik. Kedua, pelaburan. Saya ucapkan syabas kepada Dato' Seri Menteri Besar tahun ini sekarang setakat ini mengikut laporan menarik pelaburan RM5.2 bilion. Tetapi sebenarnya kita tidak boleh cap sebagai jaguh kampung. Kita hendaklah lihat apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling khususya rantau Asia mengikut UNCTA, United Nations Conferece On Trade and Development, sebenarnya Malaysia kini kita betul-betul ketinggalan daripada segi pelaburan kita dah gagal. Dulu Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Menteri MITI kita hanya kalah kepada Singapura tapi tahun ini saya dapat laporan daripada United Nations Conferece On Trade and Development, ASIAN mendapat pelabuhan FDI, 100 US dollars 137 billion. Tapi yang datang ke tanah air kita 2.5% saja, two-point five five percent saja yang masuk ke tanah air kita. Apa sudah jadi, kita kalah kepada Singapura.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Aulong, mencelah. Slim mencelah.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Slim, maaflah kecuali ada injury time macam kekanda saya Kenering boleh dapat sepuluh minit tambahan saya akan bagi laluan.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Nak tambah pasal modal insan saja. Sikit.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Sedikit boleh.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Terima kasih kepada Aulong. Saya ingin bertanya pada Along setuju tak kalau kita cadangkan untuk diadakan synergy bersama IDR bersama dengan IPTA yang ada dalam negeri Perak contoh UPSI, USAS, UITM, UTAR sebab saya melihat dengan kepintaran dan kepintaran yang ada kepada pakar-pakar dalam universiti ini kerana dia boleh membantu untuk membangunkan pembangunan secara mampan dalam negeri Perak dan yang kedua, setuju juga kalau kita boleh maknanya di Kerajaan Negeri membantu juga IPTA-IPTA ini dan juga IPTS supaya mereka juga mendapat geran daripada Kerajaan Negeri untuk spesifik perkara yang dalam konteks mengenal modal insan dan juga dari segi ekonomi, pelaburan, alam sekitar dan sebagainya. Sebagai contoh macam UPSI, UPSI dia ada kemampuan dari segi pembangunan modal insan ni daripada pendidikan awal kanak-kanak dan PERMATA itu asalnya datang daripada UPSI, menjadi angkat keperingkat pusat dan berada di UKM. Apa salahnya kalau perkara itu di dibuat di Perak contohnya untuk itu dan akhirnya memberi kemampuan sebagaimana yang Aulong sebutkan tadi. Terima kasih.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Slim yang prihatin. Memang synergy ini perlu kita rancangkan supaya tidak bazir sumber-sumber yang telah diperuntukkan. Seterusnya saya ingin bangkitkan perkara keenam, apabila kerajaan telah merungut kekurangan pasir, saya rasa perlu kita jimat khususnya kurangkan pembaziran saya bagi contoh, kurangkan buatlah majlis, dulu saya pun pernah jadi Exco, majlis keraian kenduri ini memang kadang-kadang membazir duit, pemberian cenderahati, saya rasa macam Dato' Seri Menteri Besar rumah nak letak mana ini semua pasu-pasu ke ataupun cenderamata. Ketiga, khususnya saya tahu kerajaan saya pun dulu duduk dalam kerajaan satu program kita buat satu uniform, saya bagi contoh la baru-baru ini setiap ahli parlimen terima satu beg 10 kilo baju, t-shirt, topi, mask, macam-macamlah untuk program Keluarga Malaysia. Satu program satu uniform, 10 majlis 10 uniform, macam mana kita nak nak kata mesra alam, saya cadangkan supaya jika Kerajaan Negeri ada uniform satu cukuplah. Kita nak ganti dua lah tapi tak payah setiap program satu uniform, kita rasa ini memang satu pembaziran. Duit ini kita jimat tolong bagi orang miskin kepada kepada Baitulmal ke pun lebih baik Tuan Yang Dipertua. Selain daripada itu saya rasa pembaziran ini kena bermula daripada pimpinan melalui teladan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pagi ini baru dapat terima berita Perdana Menteri ada kabinet yang paling besar di dunia. Sekarang dia upah Penasihat, satu bulan RM132,000 gaji penasihat-penasihat Perdana Menteri, dua tahun kena bayar RM3.2 juta, apa nasihat dia bagi. Dulu Yang Berhormat Chenderiang pernah jadi penasihat Perdana Menteri, apa nasihat dia bagi, akhirnya menteri perdana menteri sendiri pun kabut juga.

Tuan Yang Dipertua, selain daripada itu saya tekankan jangan ada lagi projek-projek gajah putih. Saya bagi contoh, dulu, Kompleks Sejarah Pasir Salak. Ooh, saya dituduh macam-macam RM65 juta Kerajaan Negeri sekarang macam mana. Habis dah, pergi tengok sendiri Kompleks Sungai Manik, pergi tengok sendiri. Kompleks

Sejarah Pasir Salak apa sudah jadi, usang. Satu lagi contoh, rumah makan angin di Bukit Larut, RM3 juta belanja tapi tak guna. Oleh kerana itu, saya syorkan Kerajaan Negeri wujudkan satu task force kaji balik semua aset-aset kerajaan. Mana yang below tidak digunakan secara optimum sama ada dipajakkan, disewakan ataupun di jangan jual disewakan, di list supaya kita dapat tingkatkan hasil. Saya bagi contoh Casuarina Inn dekat tepi Taman Tasik Taiping begitu indah sekali mengapa tidak kita buat open tender sewa supaya dia dibangunkan tidak menjadi usang, pasti sarang nyamuk ini satu pembaziran yang boleh dilakukan, low hanging fruit.

Seterusnya Tuan Yang Dipertua, saya nak cadangkan beberapa langkah untuk tingkatkan pendapatan kerajaan. Saya berasa menghargai usaha Dato' Seri Menteri Besar telah pun menggariskan tujuh langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri. Jangan kita hanya pandai untuk membelanja tetapi tak tahu macam mana nak cari pendapatan. So, how to be sustainable? Yang pertama, saya cadangkan supaya kita buat pelupusan tanah secara open tender. Bagi tahun saya dapat angka sebenarnya dalam tempoh tiga tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan 14,018 hektar tanah milik Kerajaan Negeri. Sama ada kepada perindustrian, individu ataupun syarikat. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Besar, berapa ekar dibuat secara tender terbuka. Ini adalah tanah komersial bukan tanah perumahan tanah komersial. Ia wajib dibuat secara tender terbuka. Singapura dah amalkan amalan ini sejak tahun 1980an. Kita dah 30 tahun ketinggalan. Jika kita buat open tender, saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga, saya tahulah ini bukan salah Dato' Seri Menteri Besar, dulu berapa sebenarnya tanah dikeluarkan tanpa kelulusan MMK tapi diberi menerusi kuasa-kuasa khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ini berlaku di zaman Chenderiang. Chenderiang perlu kemukakan berapakah keping tanah diluluskan menggunakan kuasa Menteri Besar tanpa kelulusan MMK. Ini satu kesalahan, ini satu penyelewengan. Ini salah satu salah guna kuasa.

Cadangan kedua adalah peningkatan pentadbiran urusan tanah. Saya nak cadangkan sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar pun tahu sekarang ini di PTG kerana pandemik ke dengan guna tenaga yang tak cukup ke, lebih kurang lumpuhkan kesnya lebih kurang 6000. Kebanyakannya kes MB Consent. MB Consent ini satu perkara yang dah usanglah. Saya cadangkan katakan ini kebenaran Menteri Besar untuk pindah milik. If a Malay transfer to a Malay, bagilah automatic approval. None Malay transfer to none Malay, automatic approval, 14 hari pohon terus lulus kemudian bayar. Hasil boleh tingkat, kurangkan birokrasi, tak ada lagi karenah rasuah. Sekarang ini ejen-ejen dia pakai MB Consent, saya bagi contoh Onsen Suite dekat Sunway, orang Singapura nak melabur, nak beli, hantar masuk MB Consent, satu tahun tak dapat. Akhirnya pelabur pun lari lah. Kita kata nak tarik pelabur, pelabur sudah datang, akhirnya oleh kerana karenah birokrasi mereka pula yang telah pun meninggalkan. Saya rasa MB Consent ini kita perlu kaji semula supaya dia lebih mampan dan juga berdaya maju. Ketiga, kita haruslah tubuhkan task force untuk hapuskan tunggakan. Tunggakan hasil tanah sampai saat ini masih melebihi RM100 juta. Cukai tanah tak bayar. Ini masalah bukan hari ini, sejak zaman Tan Sri Ramli Ngah Talib sudah ada. Ini perlu kita tingkatkan supaya pastikan tak ada tunggakan, kita boleh kurangkan defisit. Keempat adalah adalah saya nak memuji beberapa inisiatif baharu Kerajaan Negeri khususnya PBT, Majlis Perbandaran Manjung telah mengeluarkan lesen elektronik secara tanpa kertas. Saya rasa PBT boleh kongsi maklumat, boleh kongsi sumber. Its only receipt. 15 PBT…..

Timbalan Yang di-Pertua

Aulong, sudah masuk masa tambahan. Minta…

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

15 PBT ni kita boleh kongsi. Dengan usaha ini jika Manjung juga boleh buat, mengapa Ipoh tak boleh buat. We can have all this as a synergy. Yang kedua, Majlis Bandaraya Ipoh telah buat facebook live proses tender supaya orang semua tengok. Tak ada rasuah, telus. Saya rasa ini contoh yang baik. Ini perlu diperluaskan ke semua kepada semua agensi-agensi kerajaan. Ini saya berdoalah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri boleh ambil perhatian supaya setiap tender terbuka dibuatlah secara live. Kita boleh mengurangkan karenah penyelewengan.

Perkara kelima, tentang hak milik kekal. Sebenarnya freehold title is nothing new. Negeri Sembilan dah buat lah. Kita kemukakan kepada siapa-siapa rumah saja untuk bermastautin, rumah mereka, di Kampung Tersusun, Kampung Baru boleh mohon kepada kerajaan. Kerajaan boleh dapat hasil. Rakyat dapat hakmilik tanah. Ekonomi dapat maju. Semua orang win, win, win tak ada loser. It is all winners. Saya mohon supaya dipertimbangkan. Sekiranya tidak mempolitikkan isu ini, tak jadi masalah. Ok. Perkara yang kelapan adalah jaminan keselamatan makanan.

Dato’ Seri Menteri Besar, sebenarnya ikut World Security Food Index, kedudukan tanah air kita ini ialah jatuh daripada tangga 28 menjadi 44 tahun ini dijangka. Mengapa barang naik kerana import. Nilai ringgit jatuh. Kita bergantung kepada import. Tahun ini saja dijangka RM60 billion makanan terbazir. Baja saja. Baja kimia kita RM15 hingga RM18 bilion. Tanah air kita, tanah luas, tanah subur tapi mengapa tak dapat hasilkan baja kimia sendiri. Semua import. RM18 bilion setahun. Ini saya rasa Perak, we have our Blue Ocean Strategy. Jelapang padi haruslah wujudkan hub makanan dan juga mempertingkatkan hasil tanaman yang bernilai tinggi seperti rock melon, durian duri hitam, durian Musang King, ikan garupa, giant garupa. Ini semua adalah potensi yang boleh kita buat. Kita ada bekas lombong. Sekarang ini usang. Ajaklah kepada mengusaha. Biarlah mereka melabur, kemudian kita ambil kutip hasil dari mereka. Dulu pasir pun macam ini. Sekarang MB Inc. satu tahun boleh sumbang lebih kurang RM50 juta ringgit. Inilah kita pandai, bijak menggunakan, we must have business sense dan kemudian kerajaan ini patut jadi facilitator. We are here to facilitate not to frustrate saya dengan izin.

Tuan Yang Dipertua, selain daripada itu, saya perlu bangkitkan jalan-jalan rosak. MARRIS dijangka tahun depan dapat RM570 juta tapi lubang jalan mana-mana pun ada. Minggu ini saja saya nak beritahu kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, pasukan khidmat Parlimen DAP Taiping sahaja, minggu ini akan habis tampal 1000 lubang jalan di kawasan Parlimen Taiping. 1000 lubang jalan. Pergi Taiping kita tengok jika jalan sudah tampal, itu bukan kerja Puncak Emas, itu kerja DAP. Delivered as promise. Mengapa kita buat kerja, orang cakap ini tanggungjawab kerajaan tapi tiap-tiap hari ada orang jatuh akibat daripada lubang jalan. Itu saya rasa kita perlu pertingkatkan. Pastikan. Kerana bukan tak ada duit, JKR sebenarnya, saya dah tanya kepada Menteri Kanan, tahun ini dia dapat RM2.77 billion. Kempen Jaga Jalan Kita. MARRIS ada RM570 juta. Kita kena pastikan supaya ada set up a task force pergi meronda 24 jam. Mana ada lubang jalan terus buat. Tak payah gazet lagi lah, ini lah, itu. Ini extra ordinary time require extra ordinary measure.

Tuan Yang Dipertua, selain daripada itu, saya ingin bangkitkan perkara tebatan banjir. Teluk Intan ni tiap-tiap tahun banjir. Sudah 50 tahun. Kerajaan Persekutuan dah luluskan RM80 juta untuk buat fasa 2 tebatan banjir. Saya mohon supaya JPS Negeri pertingkatkan usaha use their roket speed, percepatkan pembinaan supaya Hilir Perak janganlah tiap-tiap kali waktu air pasang, saya tak boleh tidur. Mesti terima panggilan telefon. Saya rasa ini perlu kita tegaskan, boleh dielakkan. Tuan Yang Dipertua, salah satu aspek penting yang saya ingin bangkitkan di sini adalah konsep keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia mempunyai empat teras yang penting. Saya rasa ramai pun tak tahu apa empat teras. Sebenarnya empat teras ini berdasar, berpaksikan kepada empat perkataan K.A.M.I. Apa itu K.A.M.I? K untuk Karib, A untuk Accessibility, M untuk Majmuk, I untuk Inclusiviti. Saya berasa semua dasar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri haruslah berpaksi kepada teras keluarga Malaysia iaitu K.A.M.I. Karib, Accessibility, Majmuk dan Inclusiviti. Berdasarkan kepada Keluarga Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua

Aulong.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Minta tiga minit. Saya gulung. Gulung.

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit saja lagi.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Tuan Yang Dipertua, saya rasa dalam aspek integrasi, pengukuhan masyarakat, peruntukan dari RM10 juta menjadi RM5 juta. Saya sokong supaya jika tak ada duit, ini duit tak boleh kita terima kerana dia menjaga masyarakat agama Sik, agama Hindu, agama Kristian, agama Katolik, agama Taosism, Buddha. RM5 juta. Macam mana cukup ni. Saya rasa jika tak ada, kita buat pembentangan supplemental bajet supaya menjaga keharmonian dan juga keakrapan dan masyarakat majmuk negeri kita. Yang kesepuluh adalah peruntukan pendidikan. Untuk Sekolah Kebangsaan, SKJC, SJKT, Sekolah Mubaligh, SMJK, SUWA. Ada RM450,000 pelajar. Kerajaan peruntukkan RM4.5 juta. Satu pelajar RM10. Mana cukup. saya nak kongsikan pepatah masyarakat Tionghua dalam bahasa Mandarin.

(BACAAN BAHASA CINA).

Betapa miskin pun, kita tak boleh miskinkan pendidikan. Betapa susahkan pun, kita tak boleh susahkan kanak-kanak. Bahkan dalam pantun ini,

Tumbuh melata si pokok tebu, Pergi pasar membeli daging, Banyak harta jika tiada ilmu, Bagai rumah tidak berdinding.

Ini menunjukkan pendidikan merupakan teras pembangunan negara. Jika nak jimat, jimatlah aspek lain. Kurangkan pembaziran tapi pendidikan, menjaga keharmonian masyarakat, saya mohon jasa baik budi kepada Dato' Seri Menteri Besar kembalikan ataupun restore back at list. Tuan Yang Dipertua, sebelum saya mengakhiri ucapan, beberapa perkara ialah pertama, larangan menjual minuman keras di Selama. Ini bukan kerja Exco Kesihatan. Sebenarnya kita tahu cara yang baik bertempat adalah kita mendidik. Umat Islam ini tidak, dia menjauhi minuman keras. Tapi dengan izin, bismilahhirrahmanirrahim, bermaksud, mengikut kitab suci Al-quran, Allah is the most compassionate, the most loving. Islam prohibit coercion. Islam melarang paksaan. Saya rasa semua orang setuju. Islam melarang paksaan. Kita ni patut mendidik supaya.

Timbalan Yang di-Pertua

Aulong, minta

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Hampir. Tetapi bukannya kita menyekat atau memaksa. Tuan Yang Dipertua tak tahu, mengikut masyarakat Tionghua, dia ada lunar calendar, setiap hari pertama dan 15, dia ada sembahyang nenek moyang dia. Dia kena beri sejenis minuman keras. Di daerah Selama ada 19% masyarakat India dan Cina. Orang dah sembahyang nenek moyang pun, sekarang ni Exco Kesihatan, apa kerja dia. Dia keluarkan arahan, ini bukan dia, ini Exco PBT dan minta Yang Berhormat Menteri Besar kaji semula. Zaman Tan Sri Ramli Ngah Talib, zaman Tan Sri Tajol Rosli, zaman Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, semua tak kacau. Mengapa sekarang nak kacau. Ini dia bukan perkara hari pertama. Dah 50 tahun sejak merdeka. Yang kedua, ni tentang pasar daging khinzir. Saya telah diminta oleh rakyat-rakyat di pekan Gerik ini. Saya bawa sebenarnya ada.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang terakhir Aulong

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Terakhir-terakhir. Minit mesyuarat dalam mesyuarat penuh Majlis Daerah Gerik telah pun menetapkan supaya kerajaan dah berikan RM50 ribu untuk meningkatkan prasarana pasar daging kinzir di pekan Gerik. Dia ni pun dah masuk generasi kedua. 50 tahun jual daging dekat sana pun tak ada isu. Lepas tiba-tiba sekarang, lepas beri RM50 ribu, sudah buat cantik, sekarang paksa mereka pindah. Apa ni sudah jadi sekarang ni. Kita keluarga Malaysia, saya nak tegaskan seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kepelbagaian adalah kekuatan kita. Unity in diversity is the way forward atau kepelbagaian kita oleh kerana itu slogan Tourism Malaysia, Malaysia Truly Asia. Ini sangat penting supaya kepelbagaian ini, Allah cipta kita pun ada Cina, Melayu India, Punjabi dan lain-lain. Mengapa tak satu bangsa. Kerana kepelbagaian ini, adalah selaras…

Timbalan Yang di-Pertua

Aulong…

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Saya tahu masa sudah sampai.

Timbalan Yang di-Pertua

Bukan sudah sampai, sudah lama sampai.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Saya harap segala pendapat, pujian, teguran ini diambil dengan serius kerana demi kesejahteraan rakyat kita dan saya ucapkan terima kasih kerana kematangan berpolitik yang kini semakin subur di zaman ini. Saya harap apa yang kita baik, katakan di sini diterima dengan niat suci dan hati yang baik. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Aulong. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Bismillahirrohmanirrahim. Robbishrohli sodri wayasirli amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli. Terima kasih. Saya ingin memulakan dengan merujuk kepada fokus dua, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan fokus lima yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang fokus lima ialah memelihara khazanah alam sekitar. Mohon buka untuk lebih oksigen, Timbalan. Saya melihat sepanjang perbahasan semalam dan hari ini. Rata-rata majoriti menyebut tentang banjir kilat ataupun perubahan cuaca. Ataupun dah, banjir yang di luar kawalan. Tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa. Solusi ataupun pendekatan-pendekatan yang dicadangkan. Saya ingin katakan ianya bersifat, sediakan payung sebelum hujan semata-mata. Itu umpama menyelesaikan kesan daripada masalah tetapi kita tidak menyelesaikan punca sebenar kepada masalah. Kalau saya boleh bawa perhatian Ahli Dewan ini kepada apa yang berlaku di Muallim. Saya nyatakan bahawa terdapat dua projek berskala besar. Antaranya di kawasan Behrang Stesen dan satu lagi di kawasan Trolak pekan. Di mana projek penebatan banjir sedang dilaksanakan.

Saya ingin katakan bahawa sebelum daripada ini, fakta-fakta berikut yang saya ingin sebutkan di sini adalah yang berlaku di dalam daerah dan tempat-tempat tersebut. Sebelum tahun 2000, kawasan-kawasan yang sekarang ni dikatakan ditenggelami air tidak banjir sebelum daripada ini. Kadar hujan pun, kalau disebutkan tadi rata-rata kita 2000 ke 2500 cm setahun. Isipadu air di dalam sungai, fakta yang ada di sini, kalau dulu ianya penuh. Sekarang ni dah cetek. Kemudian rata-rata tebing sungai. Telah ditanami dengan pohon sawit oleh pekebun kecil dan felda-felda. Saya ingin menyatakan di sini bahawa, melihat kepada dua projek penebatan banjir yang dinyatakan tadi. Saya boleh menjangkakan bahawa projek-projek penebatan ini tidak akan mengupah fakta-fakta yang saya sebutkan sebentar tadi. Sebab kalau kita tengok bila kita menggunakan perkataan penebatan itu kita sekadar menyekat arus, menyekat limpahan. Kalau arus elektrik itu bila kita pakai penebat, dia harus tak melepasi tetapi arus ada di situ juga lagi. Saya ingin menjemput Dewan ini untuk sama-sama memikirkan bahawa apabila sekadar projek penebatan sahaja yang diusulkan. Apabila projek perumahan-perumahan yang baru ditambah. Maka, akan berlaku tambahan curahan air ke dalam longkang dan sungai semulajadi yang berhampiran dengan kawasan yang memang telah mengalami masalah banjir dan akan mengundang masalah banjir di kawasan yang baru pula. Saya ingin katakan dan saya ingin tegaskan bahawa aktiviti pembinaan rumah yang menutup permukaan tanah dan simen dan penurapan jalan dengan tar telah mengurangkan kadar boleh serap air, tanah-tanah di kawasan berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua, saya ingin katakan bahawa, kalau dulunya faktanya adalah sebegini. Meskipun kadar hujan adalah tinggi, air hujan yang turun diserap masuk ke dalam kawasan-kawasan tanah yang berkenaan. Banjir kalau berlaku pun di kawasan-kawasan kita adalah lebih kurang sekali setahun sahaja. Kalau bahasa kampungnya, air banjir untuk membolehkan telur untuk memulihkan ikan menghempas telur. Keadaan muka bumi di tebing-tebing sungai, ditumbuhi dengan flora dan fauna yang berbentuk semak samun dan berperanan sebagai buffer zone ataupun sponge layer yang mampu menyerap dan menyimpan air untuk pepohon dan rumput rumpai. Kalau ada pun aktiviti pertanian dijalankan di sekitar kawasan sungai. Ianya terpelihara dan terkawal daripada penggunaan racun, penggunaan baja sintetik yang dibuat secara berskala besar. Tapi pada hari ini apabila aktiviti, namun fakta atau pun kejadian yang berlaku pada hari ini ialah apabila aktiviti pertanian dilanjakkan sampai ke tebing sungai dan penyelengaraan pokok dibuat setiap bulan gunakan racun, rumpai dan baja statik.

Saya katakan bahawa berbillion bakteria dan funggi telah tercemar dan terbunuh di bawah sana. Tanah-tanah yang telah kehilangan kadar boleh serap, infiltration rate dengan izin. Ianya kini telah bersifat sebagai lantai atau lorong laluan air semata-mata. Akibatnya isi padu air sungai, isi padu air yang masuk ke dalam sungai dalam satu waktu telah melebihi kemampuan tanggung sungai dan mengakibatkan berlaku banjir. Ini yang saya ingin katakan bahawa kita attend dengan izin consequence of the problem. Kita tak attend root of the problem ataupun punca sebenar kepada masalah. Oleh demikian Behrang ingin mencadangkan mengambilkira semangat sepertimana yang disebutkan oleh Aulong tadi. Kami mengambil kira, kita punya slogan Inklusif dalam perbelanjaan ini.

Yang pertamanya, Behrang ingin mencadangkan supaya marilah kita menggubal satu enakmen yang boleh mengawal aktiviti pertanian di tebing-tebing sungai. Yang keduanya. aktifkan peranan Institut Darul Ridzuan (IDR) kerana dia think..thank. Bukan sekadar nak mengkaji apa yang telah berlaku di dalam sungai semata-mata tetapi kena kaji apa sebenarnya aktiviti pertanian di tebing sungai yang telah menyebabkan pencemaran yang telah menyebabkan kadar boleh serap tanah yang berkenaan telah berkurangan dan saya percaya baru tadi ada disebut oleh Slim, kita ada ilmuwan daripada UTP, kita ada ilmuwan daripada UPSI dan kalau kita buatkan pengembelingan secara sinergi kepakaran mereka, saya rasa kita boleh dapat mengesahkan di dalam Dewan ini bahawa aktiviti-aktiviti pertanian yang tidak dikawal sebenarnya adalah merupakan penyumbang terbesar kepada berlakunya banjir-banjir kilat dan yang keempat, saya ingin mencadangkan mulai daripada selepas perbahasan ini, pihak PTG, Jabatan Ukur dan mungkin melibatkan dan Pejabat Menteri Besar dalam usaha untuk memberi geran baru. Saya ingin mencadangkan supaya di dalam geran itu dilukis pelan sungai.

Sama ada geran baru atau geran lama kerana ianya akan sejajar dengan apa yang saya ingin katakan sebagai holistic management. Kalau dulu kita keluar geran sebegitu sahaja dan di dalamnya kalau ada sungai tetapi tak ada siapa tahu melainkan tuan punya tanah sahaja yang tahu. Tetapi kalau kita mulakan pengeluaran geran dan di dalam pelan itu kita nyatakan dan lukis pelan sungai dan nantinya dalam syarat-syarat penggunaan tanah kita nyatakan tidak boleh menanam di tebing sungai sejarak beberapa meter tertentu yang ianya saya percaya ini akan bersifat pengurusan secara lebih holistik.

Dana dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan bahawa Kerajaan Negeri berhasrat untuk beri geran kepada syarikat yang berkenaan antaranya TNB yang ada pencawang mungkin TELCO, mungkin solar operator, mungkin PLUS. Secara spesifik atau tidak, kalau benar ada cadangan untuk pengeluaran geran, saya mohon supaya dipastikan geran tersebut dalam lakaran pelannya kalau memang ada sungai di dalamnya dilukis pelan sungai. Kalau tidak, tak ada siapa akan mengesahkan dan kalau boleh dalam syarat-syarat penggunaan tanah itu menyatakan larangan menggunakan tebing sungai untuk tujuan apa sahaja yang boleh mendatangkan pencemaran kepada sungai yang boleh menyebabkan kadar boleh serap tanah itu terjejas terganggu atau tidak dipelihara.

Dan saya juga tertarik apa yang dinyatakan oleh Exco daripada Lintang tadi bahawa kita lebih tertumpu kepada persoalan-persoalan di huluan. Kalau di hiliran, saya ingin mencadangkan supaya kita dapat perkukuhkan kita dapat lihat semula. Satu undang-undang kecil yang saya rasa di semua Pihak Berkuasa Tempatan rujuk Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, yang mana sistem penuaian air hujan SPAH itu perlu dikuatkuasakan, perlu dimurnikan. Kalau tadi saya sebut, dah kita sebut rata-ratanya tentang pengurusan di peringkat huluan di peringkat hiliran ini kita pastikan projek-projek perumahan itu, mungkinlah dia ada implikasi kos jugalah tetapi saya rasa mungkin boleh dibincangkan bagaimana semua air hujan yang jatuh di atas bumbung itu tidak dipersia-siakan sebegitu sahaja. Tidak dibiarkan terus mengalir masuk ke longkang atau sungai yang menyebabkan berlaku limpahan tetapi kita buat catchment secara individual. Setiap rumah itu dia ada tangki, mungkin tangki di atas pun boleh, tangki di dalam tanah pun boleh. Sebelum dia sempat pergi ke sungai yang sebenarnya. Sebab kalau mengikut satu kajian yang dibuat, air yang kita gunakan, domestik 25% daripada kegunaan harian air adalah untuk aktiviti selain daripada makan dan minum. Nak basuh keretalah. Flush iu, air yang kita gunakan untuk flush tandas itu, tak perlu kita gunakan air yang dirawat. Sebaliknya kalau kita ada air yang kita simpan, tadahan daripada hujan, ianya mungkin boleh. So rata-rata saya percaya bahawa semua Pihak Berkuasa Tempatan dah kisahkan perkara itu dan melihat perkara itu. Tetapi penguatkuasaannya itu yang masih belum kelihatan lagi.

Timbalan Yang Dipertua, mengambil kira semangat inklusif. Saya mohon mengajak supaya pendekatan-pendekatan ataupun approach yang kita ambillah sama ada melalui GPS ke atau melalui pihak berkuasa yang lain, Kita umpama seperti apa yang saya kata tadi ialah menyediakan payung sebelum hujan. Maknanya kita selesai, payung pun sekadar boleh selesai masalah itulah. Tetapi kalau kita tengok bidalan ataupun peribahasa Orang Melayu yang lain antaranya ialah “bila mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan jangan”. Dan ianya ditafsirkan, kalau kita google, maksudnya jangan harap pada sesuatu yang tak pasti. Saya ingin mengajak supaya kita lihat penafsiran sebenarnya kepada bidalan tersebut. Saya yang mengatakan bahawa, apa yang dimaksudkan dengan “bila mendengar guruh di langit air tempayan dicurah jangan” ialah jangan buang air dalam tempayan tersebut.

Saya percaya bahawa peribahasanya tercipta selepas orang-orang Melayu yang terdahulu melihat kepada apa yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah yang antaranya yang bermaksud mengambil wuduk dalam sungai yang mengalir tu sebenarnya adalah satu pembaziran. Kita dalam hal hari ini, kita nampak bidalan itu ada mengatakan jangan mengharap pada benda yang tak pasti. Tetapi saya katakan bahawa bidalan ini ataupun peribahasa ni sebenarnya mengajar kita untuk memikirkan supaya kita perlu mengembalikan sesuatu itu balik kepada tempat asalnya, dengan izin you get to keep the water properly back into the place where it belongs. Itu yang dia katakan. Kalau air tu dah memang ada dalam tempayan, jangan dicurahkan, jangan dibazirkan, jangan dipersia-siakan.

Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan kepanasan, sungai di hulu masih sundal sundalan, pawang di bukit menangis ketewasan.

Timbalan Yang Dipertua, saya ingin mengatakan bahawa, kalau kita kembali merujuk kepada Ar Rum ayat 41, zaharal fasaadu fil barri sampailah la ila hayyat kita kembali. Kalau kita tengok balik maksud sebenar bila kembali itu, kalau saya datang daripada Behrang pergi ke Ipoh, dan saya kembali kepada Behrang, saya mesti kembali sebenarnya kepada Behrang. Kalau saya berhenti dekat Tapah itu dipanggil Tak kembali lagi.

Cuba juga dalam menyelesaikan masalah, climate change, masalah banjir kilat ini saya mengajak supaya kalau benarlah kita ingin menyelesaikan masalah, marilah kita selesaikan permasalahan ini secara holistik dengan kembali kepada roots ataupun permasalahan-permasalahan yang saya sebutkan sebentar tadi antaranya ialah menguatkuasakan di dalam pelan-pelan yang hendak dikeluarkan oleh pejabat tanah, mestilah di dalamnya terlukis pelan dan di dalamnya ternyata syarat tidak boleh guna tebing-tebing sungai untuk kegunaan pertanian dan sudah tentulah dia punya premium dia punya bayaran cukai itu akan terjejas, akan ada kesan tetapi itu kita perlu kompromi. Itu yang baru dikatakan holistik itu yang baru dikatakan bajet yang bersifat inklusif.

Seterusnya Timbalan Yang Dipertua, saya ingin merujuk kepada B02 iaitu tentang Dewan Negeri dan T02 bajet untuk speaker melihat bahawa jumlah yang diperuntukkan ianya hanya untuk Speaker terutamanya dia standard dengan dia sama saja RM352,400 ribu. Saya ingin mengatakan bahawa kadang-kadang ketika kita menjalankan tugas dan peranan kita sebagai ADUN kita terlupa itu lebih dilihat sebagai pegawai kebajikan sedangkan ADUN itu adalah legislator yang kalau kita perhatikan di dalam mana-mana buku rujukan, peranan kita adalah sebagai penggubal undang-undang yang berperanan untuk convert untuk tukarkan sekeping kertas yang tidak ada kesan perundangan kepada satu statement satu penyata yang bersifat undang-undang yang mengikat mana-mana yang berkenaan.

Yang kedua peranan kita sebagai ADUN ialah kita berperanan untuk syncronize ataupun control kerajaan yang sedang memerintah. Mekanisme ataupun means ataupun caranya ialah melalui soalan-soalan yang dikemukakan tadi di peringkat awal kemudian melalui perdebatan-perdebatan yang seperti sekarang ini dilakukan dan melalui select committee, committee yang dilantik yang telah kita ada ini dan yang ketiga tugasan kita, kita ini mewakili kerajaan dan mewakili pengundi ataupun rakyat di luar sana maknanya kalau ada ketetapan kalau ada keputusan yang telah diputuskan dalam dewan ini ianya hendaklah disampaikan kepada rakyat di luar sana selain daripada kita membawa maksud dan isi hati rakyat ke dalam ini kita juga perlu membawa keputusan di dalam dewan ini keluar tu atas sebab-sebab tersebut, saya ingin menyatakan beberapa persoalan di sini.

Yang pertama, kepada Ahli Dewan berapakah yang kita tahu bilangan enakmen yang pernah diluluskan Dalam dewan ini. Mungkin beratus-ratus tetapi kita tak pernah fokus sebenarnya adakah kita sebagai ADUN kita tahu berapa bilangan enakmen yang pernah diluluskan dan saya nak tarik perhatian Dewan ini kepada enakmen penyemakan Undang-undang 2005 Seksyen 8 menyatakan bahawa, "dengan seberapa segera Pesuruhjaya hendaklah melalui warta memperakui bahawa dia telah menyemak semula undang-undang yang telah diperbuat pada 1 Januari 2005 sehingga 31 Disember 2004" jadi saya ingin bertanya kepada mungkinlah mungkin juga pejabat LA. Kedudukan Seksyen 8 ini setakat ini apa kedudukannya kalau ikutkan inti dalam Seksyen 8 sepatutnya pada hari ini semua enakmen-enakmen yang telah samada ianya di mansuhkan secara rasmi atau pun tidak kalau ianya tidak disenaraikan dalam satu notifikasi yang menepati Seksyen 8 ini ianya telah tergubal telah termansuh itu kedudukannya. Itu saya mohon pencerahan Jelaskan bagaimana kedudukan dan pematuhan terhadap Seksyen 8.

Timbalan Yang di-Pertua

Behrang, dah masuk masa tambahan ya..

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Minta sikit lagi ni berkenaan dengan Dewan ni, Dewan yang mulia, kalau tak ada siapa cakap memang tak kalau saya tak cakap tak ada siapa cakap..

Timbalan Yang di-Pertua

Ok, terima kasih.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Yang keduanya saya ingin menarik perhatian kepada enakmen-enakmen yang dah diluluskan dalam Dewan ini adakah ianya bersifat acceseble sumber boleh di perolehi oleh rakyat di luar sana? Fenomena yang berlaku di luar antaranya ialah peguam-peguam syarie pergi mahkamah usung enakmen fotostat. Sebab ianya tak boleh di perolehinya tak dapat dibeli semudah akta yang ada di di Parlimen jadi saya rasa sudah sampai waktunya kita melihat bahawa enakmen itu di mana beradanya enakmen tu boleh diakses atau tidak kalau boleh di akses bagaimana nak diakses? Hakikat nya ramai di kalangan peguam-peguam syarie yang bawa enakmen masuk Mahkamah Syariah pakai salinan fotostat, sebab tak ada tempat di mana nak beli yang asal mungkin adalah sebahagian. Bayangkan lah kalau peguam-peguam bukan di negeri Perak lagi mereka tak boleh nak dapat yang asal, jadi perlu dilihat perkara tersebut dan saya nak bagi juga apa fakta berikut. Kita ada jabatan dan badan berkanun dalam negeri Perak sebanyak 25 jabatan dan agensi, kita ada pihak berkuasa tempatan sebanyak 15 sahaja, tetapi undang-undang jabatan dan badan berkanun hanya 109 sahaja tetapi peraturan undang-undang perintah dan kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Walaupun mereka ada 15 adalah sebanyak 351 soalannya siapa legislator sebenarnya siapa penggubal undang-undang sebenarnya siapa pun buat undang-undang sebenarnya?. Kalau nak dibandingkan kerja mereka sebagai Ahli Majlis, bandingan dengan kita sebagai ahli Dewan nampak kita ketinggalan dan, saya ingin pergi kepada satu persoalan yang lain,k alau kita tengok kita dah lantik special select committee, tetapi persoalannya adakah select committee kita berfungsi seadanya bukankah select committee itu merupakan medan dan ujian dan latihan pertanggungjawaban Ahli-ahli.

Ahli-ahli yang telah dilantik tapi tidak mahu hadir ke mesyuarat ada juga yang tidak datang kerana tiada perkara penting yang nak dibincangkan. Saya ingin katakan janganlah kita kaya dengan alasan tetapi kita miskin dengan jalan. Kepada select committee, bangunlan, mohonlah supaya intai-intai lah suasana yang berlaku dalam bangunan ini. YB May dia nak parking dan dilarang sebab dia dikatakan parking terdekat parking lot orang lain. YB Behrang siap kena clamp lagi kereta pada saya bukan masalah nak dapatkan.

Bukan soal nak dapat parking lot, tapi saya mohon supaya select committee dapat melihat eh bagaimana suasana kita berkongsi bangunan ini bukan nak dapat parking lot tetapi boleh tak ketika kita menggunakan kemudahan Dewan ini ataupun bangunan ini secara berkongsi dengan dia suka kita tak payahlah ada sikap engkau parking tempat aku ya jaga aku clamp kereta tu saya rasa bukan. Jangan, dont get me wrong, dekat Perak Bukan saya minta parking lot tetapi saya rasa perlu dilihat bagaimana kita secara bersama-sama secara keluarga Malaysia ini kita gunakan bangunan ini seadanya dan yang terakhir ni. Kenapa telah diluluskan oleh Dewan ini secara spesifik supaya ahli Dewan menghantar borang pengisytiharan harta kenapa ada di kalangan ADUN-ADUN baik pembangkang ataupun kerajaan dulu ataupun sekarang masih tidak menghantar borang pengisytiharan harta kepada Dewan seadanya dan saya percaya bahawa kalau kita mengikuti perkembangan kita tak jumpa perubahan-perubahan usul yang telah diluluskan. Saya menarik perhatian ingin tarik perhatian bahawa antara tugasan aduan ialah menghormati keputusan usul yang telah diputuskan dalam Dewan ini kalau kita menyatakan bawah ini adalah Dewan yang mulia kita kena lihat balik kalau dah ada satu keputusan perisytiharan harta itu kan kita masih ada alasan lain untuk tidak complie tu maknanya kemuliaan Dewan ini adalah sekadar slogan sahajalah tetapi secara peribadinya secara institusinya ke persamaannya ianya masih belum melihat bawa kita ADUN-ADUN benar-benar menghormati Dewan ini sebagai Dewan Yang Mulia.

Timbalan Yang di-Pertua

Ayat terakhir Behrang.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Ya, Atas penghujahan penghujahan yang saya kemukakan sebentar tadi saya ingin memberi pesan kepada diri saya dan semua yang ada di sini, marilah sama-sama kita kaya dengan jalan dan biarlah kita miskin dengan alasan. Saya dengan ini bagi pihak semua pengundi-pengundi Behrang mohon untuk menyokong. Wallahualam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Behrang. Sekarang kita menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Canning untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit dari sekarang.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, salam sejahtera, salam harapan saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan dan wakil kerajaan, rakan-rakan media serta para pemerhati sekalian. Pertama sekali Canning ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 Perak Darul Ridzuan dalam sidang Dewan yang mulia ini. Yang Dipertua, kemiskinan di negeri Perak, negeri Kelantan, negeri Sabah, Sarawak dan terutamanya negeri Perak merupakan antara negeri yang merekodkan kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia. Empat negeri ini juga merekodkan kadar kemiskinan tegar tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di bawah Pandemik Covid-19 ini ia telah mengakibatkan semakin ramai penduduk di negeri Perak menjadi miskin dan ramai-ramai negeri Perak yang hilang punca pendapatan. Ini boleh dilihat apabila permohonan bantuan semakin bertambah dan juga kita tidak mahu dan tidak berharap para penduduk di negeri Perak ini terjerumus dan menjadi miskin tegar. Ini boleh dilihat apabila permohonan bantuan semakin bertambah dan kita tidak boleh mahu tidak berharap para penduduk di negeri Perak dan dan khususnya tidak menjadi miskin tegar dan kadar kemiskinan di negeri Perak yang amat membimbangkan.

Faktor-faktor negeri Perak menjadi salah satu negeri yang kemiskinan yang pertama, ketidak prihatinan kerajaan dan kedua adalah kos sara hidup yang tinggi. Dengan ini,. Kerajaan negeri Perak harus memastikan penduduk di negeri Perak mempunyai pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahli dan berfungsi di dalam masyarakat. Kerajaan negeri Perak haruslah mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin untuk memastikan kelestarian para penduduk di negeri Perak ini.

Tuan Yang Dipertua, saya telah turun ke pasar di kawasan saya dan mereka merungut dan barangan asas semakin mahal. Cili sekarang ini RM 20 lebih bagi sekilo iaitu lebih murah berbanding daging ayam, perkara ini tidak pernah lagi berlaku harga barangan yang semakin mahal ini disebabkan bekalan yang tidak mencukupi di pasaran selain kos pengangkutan yang tinggi. Yang naik antara lima hingga enam kali ganda berbanding sebelum ini, di sini saya juga mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memerlukan pemantauan dan pemeriksaan di semua rangkaian pengeluar dan pembekal termasuk orang tengah dari semasa ke semasa bagi memastikan barangan makanan dapat dikawal, yang paling yang paling penting Exco silalah turun padang tengoklah harga, carilah punca-punca masalah dan juga selesaikan masalah itu. Jangan duduk di comfort zone dengan izin.

Tuan Yang Dipertua, hari ini dalam sejarah sejak tahun 2019 kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukan sebanyak RM10 juta untuk Hal Ehwal Bukan Islam. Peruntukan ini tahunan untuk Hal Ehwal Bukan Islam tidak pernah dikurangkan bagi tujuan penambahbaikkan, penyelenggaraan dan membina rumah ibadat bukan Islam yang baharu di negeri Perak sepanjang masa ini merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Perak kepada rakyat-rakyat di negeri ini. Belanjawan 2019, memperuntukkan RM10 juta. Belanjawan 2020, memperuntukkan RM10 juta juga. Belanjawan 2021, RM10 juta juga. Belanjawan 2022, RM5 juta. Mengapa pihak kerajaan mengurangkan peruntukan dari RM10 juta ke RM5 juta bagi tujuan integrasi dan pengukuhan masyarakat untuk pelaksanaan program mahupun projek-projek fizikal melibatkan prasarana rumah ibadat bukan Islam dalam Belanjawan 2022 Perak Darul Ridzuan.

Tujuan utama ini ditubuhkan adalah untuk memastikan sebarang kekangan dan isu-isu yang dihadapi masyarakat bukan Islam dapat diatasi dengan lebih sempurna dan teratur. Dengan adanya unit berkenaan masalah-masalah didepani seperti isu berkaitan dengan rumah ibadat dapat diselesaikan dengan lebih sempurna sebagai sebuah negeri yang bermasyarakat makmur tiada sesebuah kaum yang lebih berharga daripada yang lain dan juga semoga keharmonian masyarakat negeri ini terus kekal terpelihara. Saya mencadangkan agar peruntukan RM5 juta perlu ditingkatkan ke RM10 juta untuk unit Hal Ehwal Bukan Islam. Tuan Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM4.5 juta untuk bantuan perkapita kepada hampir 40 ribu pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, SJK(C), SJK(T) SMJK(C), Sekolah Mubaligh dan juga sekolah SWA. Sejak tahun 2019, kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukan sebanyak RM1.8 juta untuk SUWA, setiap SUWA menerima peruntukan sebanyak RM200 ribu sekali bayar. 2019 memperuntukkan RM1.8 juta. 2020 juga memperuntukan RM1.8 juta. 2021 memperuntukkan RM1.8 juta. Kalau mengikut Belanjawan Negeri 2022 Perak Darul

Ridzuan memperuntukkan RM4.5 juta untuk bantuan perkapita kepada hampir 405 ribu pelajar. Maksudnya seorang murid baru, boleh dapat RM10 sahaja. Peruntukan ini diharap dapat membantu pihak-pihak pengurusan sekolah membiayai program pendidikan demi kebaikan guru-guru dan pelajar dalam keadaan pandemik Covid-19 yang menjejaskan sistem persekolahan sejak hampir dua tahun. Saya mencadangkan pihak kerajaan mengkaji semula dan menyalurkan peruntukan mengikut tetap bayar setiap tahun dan kekal RM1.8 juta setiap tahun.

Tuan Yang Diipertua, isu pembangunan LRT Bandaraya Ipoh. Exco Kerajaan Tempatan telah menyatakan hasrat Kerajaan Negeri Perak untuk membangunkan sistem pengangkutan transit aliran ringan LRT di Bandaraya Ipoh dengan permulaannya adalah pembangunan hub pengangkutan di sekitar Stesen Keretapi Ipoh yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 60 hektar. Saya hendak bertanya kepada Exco Kerajaan Tempatan sama ada kajian kebolehlaksanaan facility study tadi dengan izin telah dibuat terhadap cadangan pembangunan LRT seperti begitu besar ini dibuat tanpa sebarang maklumat tambahan berkenaan dengan kos pembangunan membawa lebih banyak persoalan. Ketiadaan kajian kebolehlaksanaan atau kajian kebolehlaksanaan yang lemah dan tidak komprehensif selalu merupakan faktor utama kegagalan projek. Isu ini sebelum merupakan isu yang dititik beratkan oleh Jabatan Audit Negara dalam pelaksanaan audit. Cadangan pembangunan LRT tidak pernah disebut oleh pihak kerajaan atau pun dibangkitkan dalam Dewan Negeri Perak ini. Kenapa tiba-tiba ini muncul apabila cadangan pembangunan hub pengangkutan di sekitar stesen keretapi diketengahkan. Selain...

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Boleh beri laluan, 1 minit. Rehat sekejap ya. Ok, terima kasih Yang Berhormat Canning, setahu saya perancangan LRT ini saya mendapatinya menerusi media, surat khabar baru saya tahu perkara ini. Jadi saya pun ada nampak jaringan stesen-stesen yang akan dilalui oleh kita cadangkan. Tetapi saya nampak kawasan saya Bercham walaupun penduduk dia agak padat, satu kawasan yang merupakan terdapat 70 lebih kawasan perumahan, 2 perindustrian, 1 kampung, 2 kampung Melayu tetapi dia tercicir pula dalam jaringan tersebut. Adakah ini berharap penduduk-penduduk Bercham pun juga membayar hasil juga mereka patut dilayan atas jaringan ini. Adakah Ahli Yang Berhormat Canning setujukah Bercham turut masukkan dalam jaringan tersebut? Terima kasih.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Ya saya bersetuju dengan YB Bercham. Selain daripada isu kajian kebolehlaksanaan bila Exco Kerajaan Negeri juga harus menjawab persoalan-persoalan berikut membuat keputusan muktamad terhadap hub pengangkutan yang diumumkan. Siapa yang akan membiayai kos pembangunan LRT Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak swasta ataupun dengan kerjasama dengan kerajaan swasta? Berapakah jangkaan kos yang terlibat dalam projek ini dan juga sama ada pihak swasta akan diberikan keutamaan untuk membangunkan hub pengangkutan dan pengangkutan yang lain dimiliki oleh dan menguntungkan pihak swasta atas tanah seluas kira-kira 60 hektar di sekitar Stesen Keretapi Ipoh tanpa perlu tanpa perlunya suatu kajian kebolehlaksanaan kajian keperluan dan trend konkrit diutamakan untuk pembangunan LRT seperti yang diumumkan. Saya juga hendak mengingatkan Kerajaan Negeri dalam satu dekad yang lepas kerajaan telah berkali-kali membuat pengumuman pembinaan lapangan kapal terbang baharu di negeri Perak masing-masing di Bagan Serai dan Seri Iskandar tetapi ada akhirnya tidak dilaksanakan langsung. Keadaan ini telah menjejaskan keyakinan pelabur- pelabur terhadap kredibiliti Kerajaan Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak harus memberikan penjelasan dan jaminan bahawa pembangunan LRT tidak akan digunakan sebagai alasan untuk pihak Kerajaan Negeri semata-mata untuk memberikan konsesi dan hak istimewa ke mana kepada mana-mana syarikat swasta untuk membangunkan tanah seluas kira-kira 60 hektar merupakan tanah premier dengan izin di Bandaraya Ipoh. Hak kepentingan Ipoh harus dipelihara dan tidak dieksploitasikan dalam isu ini.

Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2020 Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah membuat perolehan sebuah kenderaan rasmi untuk kegunaan mantan Menteri Besar iaitu Lexus ES250 Luxury ALQ1213 dengan nilai belian RM287,060,71.00 termasuk kos duti eksais dan SST. Setelah itu kereta tersebut telah dijual kepada mantan Menteri Besar dengan nilai yang lebih banyak rendah iaitu sebanyak RM172,602.60 dan permohonan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan. Mengapakah pihak kerajaan meluluskan permohonan tersebut untuk menjual kereta ALQ1213 kepada mantan Menteri Besar dengan harga yang lebih murah. Kereta ALQ1213 tersebut didapati adalah sebahagian daripada aset kerajaan. Adalah ia patut diserah kepada kerajaan dan bukan dijual kepada pihak yang lain. Mohon pihak kerajaan boleh menjelaskan isu ini.

Dato’ Yang Dipertua, Majlis Bandaraya Ipoh untuk menaikkan kadar lesen mulai Januari 2022 dengan kenaikan 10% pada tahun 2022 dan kenaikan sebanyak 30% mulai tahun 2023 sehingga 2025. Saya berharap MBI akan menimbangkan semula cadangan tentang kenaikan kadar lesen sebab hal ini kerana negeri Perak masih ada fasa pemulihan setelah negara kita berlesen dengan MBI masih merosot akibat kemelesetan ekonomi dan pelancong-pelancong dalam negeri masih tidak menggalakkan. Saya dengan wabak Covid-19 yang berterusan sehingga kini telah memberikan kesan impak yang sangat besar kepada penjajah dan juga peniaga kecil atau jikalau kenaikan kadar lesen ini dilaksanakan secara langsung ini akan bertambah beban rakyat dan dengan ini saya mencadang pihak kerajaan akan menimbangkan semula cadangan ini dan sentiasa mencadangkan insentif yang boleh memberi faedah kepada rakyat Perak ini.

Dato’ Yang Dipertua, kebelakangan ini hujan turun dengan lebat di sekitar bandar Ipoh menyebabkan banjir kilat berlaku di banyak lokasi seperti Canning Garden, Ipoh Garden dan juga Taman Cempaka. Berkenaan dengan isu banjir kilat di Taman Cempaka banyak rumah yang dimasuki air dan juga enjin kereta mati di tengah-tengah jalan yang dipenuhi air disebabkan air hujan yang tidak boleh mengalir dengan lancar. Pihak kerajaan perlu mendalamkan sungai- sungai utama ini di Sungai Pinji dalam usaha mengatasi masalah bencana banjir yang kerap. Saya juga berharap agar pihak kerajaan memberi perhatian kepada isu-isu banjir kilat ini dan membekalkan cara penyelesaian. Maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak menjalankan kajian di atas sistem saliran di kawasan tersebut dan juga menyediakan peruntukan untuk menaikkan taraf sistem saliran di lokasi-lokasi yang terlibat bagi mengurangkan impak banjir kilat yang berlaku.

Dato’ Yang Dipertua, lampu jalan di bawah JKR salah satu susur jalan yang amat penting sebab iaitu dari Jalan Sultan Azlan Shah menyusup keluar ke Lebuhraya PLUS lampu jalan tidak berfungsi selama dua tahun dan ini boleh menyebabkan kemalangan. Saya telah melaporkan kejadian-kejadian ini kepada JKR. JKR asyik memberi alasan bahawa kekurangan bajet untuk memperbaiki lampu yang rosak. Saya minta JKR dapat memberi penyelesaian yang memuaskan supaya lampu jalan yang rosak pada masa terdekat dan untuk keselamatan pengguna jalanraya. Kekurangan bajet tidak boleh dijadikan alasan kerana melibatkan isu keselamatan orang awam. Dengan ini saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan negeri Perak dan juga pejabat daerah dan badan-badan agensi dalam menghulurkan bantuan kepada tuntutan ini supaya kami dapat sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat jelata. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Canning yang telah berhujah well within her time banyak masa untuk diberi kita. Seterusnya saya menjemput, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Hulu Kinta untuk memulakan perbahasan. Sebelum itu saya nak ingatkan masa-masa semua supaya masanya ialah 20 minit. Jadi minta berbahas dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terima kasih. Sila, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera. Yang dikasihi Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar, Ketua Pembangkang, Exco-Exco ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, pihak media, anggota keselamatan dan rakyat yang sedang menonton secara live. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana berikan peluang pada Hulu Kinta untuk membahas Belanjawan 2022. Yang temanya Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif. Kita akan lihat insyaallah bagaimana perancangan ini akan kita boleh bersaingdan saya ucapkan tahniah jugalah kepada Dato’ Speaker kerana dalam ucapan Yang Amat Menteri Besar telah berikan peruntukan kepada Speaker. Alhamdulillah dan oleh kerana Hulu Kinta tak dapat bersama dalam sesi Dewan yang lepas harap berikan tambahan lima minitlah dan tidak harap Speaker jangan ganggu ler Hulu Kinta. Ini lah teks yang kita gunakan untuk bahan hari ini.

Dato’ Speaker, pegangan pembangkang mudah iaitu yang baik kita raikan. Ada kekurangan kita tegur untuk. dibaiki. Itu pegangan kita. Sebab dasar itu hari ini saya membahaskan menyentuh beberapa perkara yang penting oleh kerana kesuntukan masa saya akan mulakan dengan tindakan-tindakan kerajaan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kita lihat tindakan-tindakan yang tepat telah mengurangkan jurang defisit asal unjuran asal yang sepatutnya RM154.0 juta kurangkan kepada RM 99.4 juta sehingga 30 November 2021. Maknanya, tindakan kerajaan tepat ketika kita menghadapi pandemik yang berpanjangan dalam sejarah kita telah mengalami situasi begini tiada pernah. Maka, tindakan ketika pendemik alhamdulillah tapi hari ini kita harus bagi keutamaan apabila kita hari ini Kerajaan Pusat pun telah memaklumkan kita harus membiasakan diri dalam kita nak hidup bersama dengan covid dan dalam perancangan untuk umumkan sebagai endemik dan sektor ekonomi telah dibuka hampir sepenuhnya. Maka, atas dasar itu belanjawan pada untuk 2022 saya harap mananya isu-isu yang mana berkaitan tidak bukan melibatkan keutamaan tak apa. Tapi, soal melibatkan kebajikan rakyat harap tidak kurangkan bajet kalau banding pada tahun lepas. Atas dasar itu, saya ingin menyentuh soal jaminan keselamatan makanan soal. Saya dapat lihat di sini, muka surat 15 Perkara 49 di mana kerajaan telah peruntukkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM51.4 juta. Kalau banding tahun lepas, RM58.5 juta ada kekurangan pada tahun ni.

Dato' Speaker, kalau kita lihat setiap kali pembukaan Dewan, Duli Maha Mulia Tuanku Sultan kita menekan soal sekuriti makanan. Atas dasar itu, kita harus mengutamakan soal dasar makanan. Kalau kita nak mengutamakan dasar makanan ini, jaminan keselamatan makanan dan tentu peruntukan yang kita nak beri ini tidak boleh dikurangkan kalau banding tahun lepas. Dalam keadaan covid sekali pun kita letakkan peruntukan RM58.5 juta. Tapi tahun ini tak tahun depan kita kurangkan kepada RM51.4 juta. Maka kalau pecahan dalam apa bentuk kepada Jabatan Pertanian telah diperuntukkan RM28.3 juta meliputi RM24.3 juta peruntukan mengurus, manakala RM4 juta untuk belanja pembangunan. Kalau kita banding dua perkara ni untuk Jabatan Pertanian, untuk peruntukan mengurus hampir sama iaitu tahun lepas RM24.2 juta tapi untuk belanja pembangunan, tahun lepas RM4 juta kita turunkan kepada RM4 juta. Ni saya rasa tidak munasabah kerana pembangunan ini amat penting melibatkan pembangunan komuniti, pertanian, bangunan, infrastruktur, program latihan dan promosi. Ini akan mendorong membantu untuk meningkatkan soal jaminan keselamatan makanan dalam negeri kita. Begitu juga soal peruntukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di mana tahun ini diperuntukkan RM17.7 juta. Tahun lepas peruntukan adalah RM22.5 juta ada kekurangan juga. Kalau kita lihat soal peruntukan untuk belanja pembangunan, diperuntukan sebanyak RM1.2 juta berbanding tahun lepas untuk belanja pembangunan RM5.0 juta. Ini harus kita bagi penekanan saya harap sekurangnya peruntukan untuk Jabatan Perikanan dan juga di Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan begitu juga Jabatan Pertanian harap tidak dikurangkan. Kalau tidak tambah pun tak apa, sekurang-kurangnya kekalkanlah seperti tahun lepas.

Seterusnya Dato' Speaker, berkaitan dengan merujuk muka surat 15 perkara 51, Perak merekodkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM5.2 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Peningkatan sebanyak 126% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Apa yang kita dapat faham daripada kita menerima pelaburan lebih. Ini kerana Perak dalam kestabilan politik. Oleh kerana itulah faktor utama pelabur yakin dengan Kerajaan Negeri Perak, mereka melabur di sini. Maka, sudah tentu tanpa kerjasama dan sokongan atau pun membudaya membawa budaya politik matang yang telah dipraktikalkan oleh sahabat-sahabat sini pembangkang, pada masa yang sama juga sebagai apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun telah menunjukkan satu sikap yang baik dalam soal politik matang ini. So, atas dasar kita raikan kesungguhan semangat yang kita telah menunjukkan oleh pembangkang di sini saya harap Dato' Menteri Besar tolonglah soal kotak makanan tu kotak makanan. Kita sebagai pusat khidmat sebelum ini kita terima 100 kotak. Tapi, setelah perubahan kerajaan, Pembangkang saya rasa tak dapat. Ya. Maka yang saya difahamkan ada parti-parti politik kerajaan telah menerima. Tapi itu kami tidak menyoalkan. Itu adalah hak kepada parti apa yang memerintah. Itu tak ada masalah tapi, janganlah menafikan hak wakil-wakil rakyat pembangkang kerana barang bantuan kotak ni akan sampai kepada rakyat yang susah di sana.

Maka, sebagai Menteri Besar kita lebih kenali sebagai cikgu lebih mesra ya cikgu kita, saya rasa insyaallah akan berlaku adil berikanlah kotak dalam keadaan rakyat susah ni pendemik ni. Bagilah setiap pusat khidmat 100 kalau kurang-kurang tidak pun, kalau kurang bagilah kurang-kurangnya 50 kotak pun takpelah kepada pusat-pusat Khidmat supaya, kita bantu kepada rakyat yang susah di sana dan bila saya sebut soal politik matang ini begitu juga pihak kerajaan. Saya ambil kesempatan ni kita lihat kita bagi syabas dan ucap tahniah kepada Exco Pendidikan kita, YB Saidi kita sebab apa dia itu menunjukkan satu apa perbezaan yang sungguh beza kalau banding dengan dul, di mana beliau sebagai Exco, saya rasa pusat khidmat saya ni dah turun dua kali dah Exco Pendidikan ni. Makna bukan pusat khidmat saya saja, kebanyakan semua pusat khidmat telah dia turun, dia tunggu kat kawasan pusat khidmat dia menyerahkan apa Program Bantuan Tuisyen Cikgu Saarani. Makna kita tolonglah Exco-Exco lain pun tolong ambil contoh daripada Exco.

Hulu Kinta, nak tumpang celah sikit. Terima kasih muji YB Changkat Jering. Ok saya nak sikit berkenaan isu pendidikan. Saya minta Exco Pendidikan tolong tengok sikit keadaan pengusaha-pengusaha kantin yang mengalami masalah kenaikan harga barang ni akibat daripada ialah faktor semasa. Tetapi caj RM2.50 satu kepala RMT ini memang sukar la. Saya nampak memang mereka tak boleh balik modal. So kalaulah ada sikit bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk kita lihat mendokong sikitlah bantuan kecemasan kepada pengusaha-pengusaha kantin dalam negeri Perak. Sekian terima kasih.

Tambah lima minit eh. Setiap kali celah lima minit. Maknanya, puji ni bukan sekadar ni. Kita lihat apa melihat apa yang dilakukan oleh Exco-Exco. So kita inilah semangat anak muda yang ada apabila berikan satu tanggungjawab kita melihat semangat dia. Sebab apa, apabila dia hadir untuk menyampaikan sumbangan apa mahasiswa hari tu, dalam dihadiri oleh anak-anak muda. Maka anak muda akan lihat perbezaan tu. Maknanya, pandangan anak muda sekarang ni di mana kita dah luluskan diberi apa untuk undian berbelas tahun dah sekarang ini, mereka dalam kerisauan politik ni. Uihh, gaduh je kerjanya. Itulah pandangan anak-anak muda di luar. Tapi alhamdulillah bila hadir kita dilihat apabila walaupun ideologi politik tu berlainan, tapi soal kepentingan rakyat kita bersama-sama untuk memastikan agenda tu tercapai Dato' Sepaker. Tapi yang apa saya juga ucap terima kasih kepada kerajaan khususnya Dato' apa Menteri Besar dalam berikan apa Tuisyen Cikgu Saarani yang telah libatkan. Berikan kepada anak-anak sekolah kemudahan telefon pintar. Seterusnya merujuk muka surat 17, perkara 59 mengenai dialog ataupun pendekatan taskforce. Kewujudan taskforce.

Untuk makluman Dato' Speaker pada 20 September 2021 ada satu dialog telah diadakan bersama Menteri Besar dengan ADUN-ADUN di Perak ni, di situ ADUN Hulu Kinta saya selaku wakil rakyat saya telah mengutarakan cadangan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas iaitu satu taskforce untuk penyelesaian tanah-tanah soal pengisian tanah-tanah yang telah untuk legalized tujuannya dan juga untuk meningkatkan hasil kepada Negeri. Alhamdulillah apabila saya lihat dalam buku belanjawan ini cadangan Hulu Kinta telah diterima dan telah masukkan dalam buku belanjawan yang ini. Alhamdulillah. Saya ucap terima kasih kepada Dato' Menteri Besar. Ini akan memudahkan pemudahcara untuk pengusaha-pengusaha khususnya pertanian yang telah diusahakan di tanah-tanah Kerajaan, itu akan jadi memudahcara dan juga akan meningkatkan hasil kepada negeri dan seterusnya Dato' Speaker, merujuk muka surat 34 perkara 120. Di sini Saya lihat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah memperuntukkan daripada jumlah peruntukkan RM12.23 juta, RM7.5 juta diperuntukkan bagi tujuan pembayaran elaun pengerusi ya. Untuk makluman semua kita sedia maklum hari ini kedudukan JPKK cacamarba dan bercelaru sekarang ni sebab apa tak pernah dalam sejarah ketuanya 3 ketua kampung satu kawasan.

Mana-mana organisasi pun sudah tentu ada satu ketua kampung. Bagaimana kalau ada tiga Menteri Besar? Bagaimana ada tiga wakil rakyat? Ada tiga Exco bagi setiap portfolio? Celaru atau tidak? Begitulah keadaan di kampung tu. Apa berlaku kita faham sebelum ini pentadbiran sebelum ini telah memperkenalkan konsep tetapi itu untuk ke arah ambil masa untuk penyelesaian tapi sampai sudahnya tak ada penyelesaian. Maka di situ di bawah tu depa gaduh sama. ABC. Kita fahamlah tiga parti wakil. Satu tak nak bagi bagi kerjasama yang lain. Maka ini menyusahkan rakyat di bawah dan juga peruntukan ini saya lihat kalau banding tahun lepas, belanjawan tahun lepas peruntukan untuk pembayaran elaun hanya RM2.5 juta tapi hari ini meningkatkan kepada RM7.5 juta. Saya Mohon penjelasan daripada Kerajaan. Apakah peningkatan ini diberikan elaun pertambahan bermaksud dulu satu ketua kampung terima tak silap saya RM750. Makna sekarang bila wujud 3 ketua kampung dipecahkan RM250, RM 250, RM250. Maknanya peningkatan tiga kali ganda. Adakah ini indikasi nak berikan elaun penuh untuk tiga-tiga ketua kampung satu pembaziran kalau sekiranya benar. Pembaziran sepenuhnya kalau sekiranya benar. Saya kira benar. Maknanya tolonglah, saya mohon Dato' Menteri Besar ambil tindakan drastik mulai tahun depan ni tidaklah ada tiga JPKK. baliklah kepada asal.

Hulu Kinta, bagi saya sikit.

Mana pulak ni.

Sekali lagi. sekali lagi.

Dah 10 minit.

Ketua kampung juga. Tak lama. Kejap je. Ok, Hulu Kinta berkenaan dengan isu ketua kampung ni akan adalah satu ketua kampung yang dia je jalan solo. Jadi yang dua lagi senyap. Jadi saya nampak di sini pihak pengurusan Kerajaan Negeri Perak perlu melihat bagaimana Penghulu mengawal selia prestasi JPKK ini. Jadi kalau kita lihat tak adillah. Ada yang terima elaun tak buat kerja apa tapi ada yang terima elaun tak berbaloi sebab dia seorang je buat kerja. Jadi prestasi juga perlu dilihat bagaimanapun performance dan sekiranya tidak berlaku sebarang penambahbaikan mungkin JPKK perlu ditukar dalam masa 3 bulan. Sekian, terima kasih.

Silakan. Tambah setiap seorang 5-10 minit untuk Hulu Kinta.

Speaker akan tambah lagi untuk you. Ok, Speaker. Bagi saya isu ni amat tertarik sekali bukan sahaja berlaku Daerah Kinta malah boleh katakan seluruh di daerah-daerah Negeri Perak. Satu kampung mempunyai tiga ketua kampung. Lain parti, lain cara, lain ragam, lain mengurus, lain yang kita dapat. So, Hulu Kinta setuju tak kalau kita minta Negeri kita jadikan satu ketua kampung satu parti. Kalau kita lihat bila kita dulu dah buat amat berkesan bila satu ketua kampung satu parti. Elaun deme pun agak tinggi. Hari ini elaun deme

RM250 sahaja. Nak beli rokok deme kata satu kotak sehari kalau RM 250 setengah bulan habis dah. Setuju tak kita cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya perubahan struktur ketua kampung di Perak dikaji semula.

Setuju. Setuju Yang Berhormat. So, yes. Silakan. Tambah lima minit lagi.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Speaker. Terima kasih Hulu Kinta. Saya turut setuju dengan pandangan Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang ketua kampung dalam Negeri Perak. Apa yang kita alami terutamanya sewaktu pandemik pada tahun awal tahun ini atau tahun lepas contohnya kalau ada keperluan di kampung ada penduduk miskin kami datang dengan tiga senarai. Ketua Kampung UMNO, Ketua Kampung BERSATU. Kami nak layan semua tapi nama di pinggir. Ini akan berlakunya pembaziran sumber atau pun ketidaktepatan maklumat data dan sebagainya apabila kita turun ke padang. So, saya ingin nak bagi cadangan kepada Yang Berhormat Hulu Kinta yang mana pada tahun 2008 ketika Pakatan Rakyat masa tu memerintah dalam Negeri Perak sebenarnya ada cara untuk membuat pemilihan Ketua Kampung Tradisional yang mana pernah berlaku cara ini untuk memilih ketua kampung. So, apa pandangan Yang Berhormat jika Kerajaan Negeri boleh menjalankan pemilihan seumpamanya dulu yang pernah pun berjaya yang ternyata boleh lakukan pada masa yang akan datang.

Ok. Itulah maknanya seperti mana sebut tadi, Penghulu pun dah garu kepala, pening kepala sekarang ni. Sebab tiga-tiga parti dalam itu. Tiga-tiga dalam Kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua

YB, 5 minit ya.

Dah siapa pula ni?

Timbalan Yang di-Pertua

YB, masa tengok-tengok ni. 5 minit.

Baru saya sebut tadi. Jangan ganggu. Tambah 10 minit lagi. Maknanya kita mohon saya rasa majoriti wakil rakyat di sini menyokong cadangan ini. Saya memohon Dato' Menteri Besar ambil satu tindakan yang drastik di mana jangan pedulilah parti-parti yang daripada katak-katak ini jangan peduli. Letakkan ambil satu keberanian untuk meletakkan kepentingan rakyat menyelesaikan. Insyaallah ya dan seperti saya sebut tadi tolong bagi penjelasan adakah benda tu untuk tujuan peningkatan tiga kali ganda perutukkan untuk pembayaran elaun ni dengan hasrat berikan setiap orang RM750, RM750, RM750. Kalau benar saya harap batalkan hasrat tu dan buat yang seperti kita cadangkan tadi.

Seterusnya merujuk muka surat 39, perkara 138. Di mana sebagai tanda penghargaan Kerajaan bagi Bantuan Khas Kewangan kepada Penjawat Awam Negeri Perak sebanyak RM1,000. Dato' Speaker, kita lihat daripada 2019. 2018, 2019, 2020. Ketika kerajaan Pakatan Harapan pun kita dah berikan gaji atau pun Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam sebanyak sebulan gaji ya ataupun minima RM2,000. Maka, tahun lepas bawah apabila Dato' Menteri Besar yang sama berikan apa baca bajet ataupun belanjawan 2021 pun dalam tu pun telah berikan apa Bantuan Khas

Kewangan ni sebanyak sebulan gaji. Itu dalam keadaan pandemik. Dalam masalah. Tak ada pendapatan Tapi hari ini dah berubah. Sektor ekonomi telah dibuka. Kita harap dan kita yakin Insya-Allah akan berubah keadaan pada tahun depan dan Kerajaan pun akan akan umumkan sebagai endermik. Maka saya harap kerana penjawat awam adalah tunjang utama kerajaan dalam merealisasikan hasrat dan target yang diletakkan oleh kerajaan.

Justeru saya mohon jasa baik Dato’ Menteri Besar, tolonglah lihat balik kerana dalam pandermik ni sebagai apa penjawat ni ramai yang jadi frontliner membantu menyelamatkan negara kita, rakyat kita terasa itu saya mohon patah balik kepada yang mana asal sebelum ini di mana daripada Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam berikanlah sebulan gaji kepada mereka semua ataupun sekurang-kurangnya RM2,000.00.

Dato' Speaker dan saudara sekalian. Pada belanjawan 2020, saya masih ingat lagi, masa tu Pakatan Harapan kerajaan. Merujuk muka surat 34 Perkara 85, ni buku belanjawan 2020. Buat julung kalinya Kerajaan Negeri memperkenalkan Program Bantuan Ummah. Dengan peruntukan RM5 juta yang akan memanfaatkan kepada seribu orang asnaf di negeri kita ni. Maka Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini pun kita dah membentangkan teras keutamaan untuk ummah bantu kebajikan. Pada masa yang sama adil kepada bangsa dan agama lain. Begitu juga saya harapkan Dato’ Menteri Besar tolonglah lihat masukkanlah bantuan tu semula untuk belanjawan 2022 ini, berikanlah peruntukan untuk merealisasikan hasrat asnaf di negeri kita seperti mana kita berikan kepada 1000 orang. Ini menunjukkan kita kena harus menunjukkan keutamaan teras kerajaan adalah keutamaannya adalah menjaga kebajikan ummah, pada masa yang sama, adil kepada bangsa lain dan saksama. Atas dasar itu juga saya mohon hal ehwal bukan Islam juga, saya difahamkan telah dikurangkan kepada RM5 juta. Kita seperti saya sebut tadi kita berikan kita secara adil tak salah, kalau kita berikan RM10 juta itu kerana RM10 juta itu bukan satu bangsa dan satu agama tidak, dia dia meliputi pelbagai apa lebih pada satu kata buat agama dan juga bangsa. Maka inilah kita dah sampaikan dan yang terakhir Dato’ speaker dah sampai dah, landing dah ya.

Yang terakhir mengenai dengan isu yang merunsingkan rakyat sekarang adalah peningkatan harga barang. Saya nak sentuh sikit. Maknanya dari hari Jumaat sampai hari ini, saya tengok ombak hati ja, jawapan daripada Exco yang bertanggungjawab iaitu Gunung Semanggol. Tak ada satu perkara yang menyakinkan rakyat. Tak ada satu rancangan ataupun tindakan yang drastik ataupun konkrit untuk ke arah penyelesaian masalah. Apa yang saya faham Gunung Semanggol dengar daripada apa pegawai-pegawai disampaikan di sini. Itu kita nampak. Maknanya hari ini saya bawa satu hadiah kepada hadiah kepada Gunung Semanggol sebab special ni sebab resit ni ayam ni daripada Gunung Semanggol. Kita beli dekat situ. Berat benor. Maknanya tak apa tak apa demi kepentingan rakyat. Maknanya dalam resit ni untuk makluman Dewan dan apa ketua Dato speaker, sebelum 7 haribulan harga ayam di Gunung Semanggol sendiri dah mencecah RM10.00 lebih sekilo. Maknanya lepas 7 haribulan ni saya difahamkan keluar satu skim harga maksimum Keluarga Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Negeri, RM9.30. Maknanya apa yang berlaku di kawasan Gunung Semanggol sendiri sangat menyusahkan rakyat. Merunsingkan rakyat harga barang kena hadiah ni kenapa kita saya terpaksa Dato’ Speaker bawa ayam ni kerana sejak minggu lepas sampai sekarang satu tindakan tidak diambil oleh

Exco, saya tak nampak. Apa sebagai Exco perlu lakukan? Ada tak pernah buat pertemuan dialog bersama dengan peruncit-peruncit? Adakah buat pertemuan dialog bersama pengusaha-pengusaha? Ada tak buat pertemuan dialog bersama pemborong-pemborong untuk melihat di mana masalah sebenarnya. Nak ayam. Hidup (ayam plastik).

Hulu Kinta, Minta minta minta izin Hulu Kinta. Hulu Kinta minta sikit. Dato’ Speaker minta sikit je, sikit je. Boleh, sikit je.

Eh ayam tu letaklah balik buat rendang.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta masa dah habis sebenarnya.

Dato’ Speaker terima kasih. Hulu Kinta beri laluan. Saya nak bertanya kepada Gunung Semanggol ni, ayam dah di bawa ke dalam Dewan ini dan kita nak mengadap Raya Cina dan tempoh dua bulan lagi kalau kata statistik daripada jangkaan daripada Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan MAFI juga mengatakan barang ini akan barang kawalan barang ni akan boleh dapat dikurangkan dalam tempoh dua bulan Februari. Boleh bersetuju ke Hulu Kinta? Pendapat saya adakah kita bersedia untuk menghadapi musim perayaan Gong Xi Fa Cai lagi dua bulan dengan harga barang yang boleh diturunkan dikawal seperti mana yang disyorkan ataupun dicadangkan. Ketika Pakatan Harapan memerintah harga ayam RM5.99 sen. Sekarang dah RM9.30 sen boleh bersetuju kalau kita ni boleh bersedia ke arah untuk menegur.

Kalau sekiranya Exco masih kekal dengan Exco sama jangan haraplah sangatlah. Maknanya

Yang di-Pertua

Hulu Kinta masa landing ya.

Baru-baru dibaca sekarang ni. Sekarang ni kita, isunya adalah sekarang, apa peranan Exco? Itu sahaja nak tanya sekarang ini. Dulu dahlah Selama buat sabotaj kerajaan. Sekarang ni dia dua je sekarang ni Exco ada tak bagi satu apa tindakan telah diambil untuk mengetahui. Apa masalah. Saya Hulu Kinta buat kerja macam Exco. Sibuk contohnya kita panggil pemborong, peruncit, rakyat kita dapatkan maklumat di mana salah silapnya. Di mana puncanya, masalah yang perlu ke arah penyelesaian. Ni duduk dalam pejabat dapatkan respon daripada pegawai sampai kat sini buat apa.

Yang di-Pertua

Ok Hulu Kinta, kesimpulan. Kesimpulan ya.

Dah nak habis dah kejap. Maknanya maksud saya sekarang ni, sebagai Exco peranan tu penting memudahkan kerja Menteri Besar. Untuk makluman Dato’ Speaker, kawasan Bagan Serai berlaku apa penyampaian maklumat salah. Di mana saya difahamkan ada berserta apa rakaman, di mana apabila pimpinan bawah Gunung Semanggol bertemu dengan akar umbi di situ, dia apa mengelirukan rakyat ataupun akar undi mereka katakan ini barang naik kerana kerajaan UMNO. Ini bawah dia mainkan peranan di situ. Maknanya dia kata kalau Perikatan Nasional, insyaallah harga akan boleh kawal.

Apa saya nak buat saya bukan ada kuasa Menteri Besar yang ada kuasa. Ini ropernya dalam keadaan Gunong Semanggol.

Pandai Hulu Kinta nak lagakan.

Maka kita lakukan dan dan kita lihat dia dua je, kalau Exco tak buat peranan dia dua je sebabnya. Yang pertama sama ada tak reti nak buat ataupun sengaja dibuat. Makna kalau tak reti, maklum kata minta maaf, silap kami akan buat yang terbaik. Tak ada masalah Hulu Kinta tak seranglah. Tak timbulkan persoalan ni.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta saya ingat point-point tu. Nanti Exco jawab.

Buat tidak buat tidak meletakkan salah atas Menteri Besar. Dia ada sebagai Exco perlu main peranan untuk memudahkan kerja Menteri Besar.

Yang di-Pertua

Faham-faham boleh-boleh kesimpulan final-final.

Maknanya, maknanya baru-baru ni 6 haribulan kerajaan telah keluarkan skim harga maksima Keluarga Malaysia. Untuk makluman benda ni tergesa-gesa diorang buat. Betul, sebab contoh saya bacakan, benda ni bagi ke apa keuntungan kepada pemborong dan pengeluar bukan kepada rakyat…bukan rakyat. Depa kata kawal harga, kawal apa bendanya lepas naik dia kawal harga yang naik tu. Maknanya kita lihat di sini, ini dikeluarkan 6 haribulan diserah kepada pemborong peruncit dan sebagainya untuk dikuatkuasakan 7 haribulan. Mana EXCO yang ? Dia lari dah. Tak apa. Maknanya kita tengok disini Dato’ Speaker. Harga runcit mereka tulis. Harga borong mereka tulis tetapi harga ladang tidak tulis. Kenapa ? Inikah rupanya nak bantu rakyat ? Dan juga contoh satu contoh saya nak maklumkan. Contohnya daripada ladang. Contohnya orang ladang katakanlah kangkung. Kangkung bagi contoh. Pengeluar dia jual kepada pemborong RM 0.90 sampaikan RM 1.50. Berapa ? RM 0.90 ke RM 1.50. Maknanya pemborong hantar pula kepada peruncit RM 5 ke RM 7. Maknanya harga asalnya adalah RM 3 sahaja tetapi sampai kepada peruncit, peruncit pula jual kepada rakyat. Siapa yang rugi. Rakyat yang bersalah. Makna ini menunjukkan kegagalan Exco di peringkat negeri ini untuk main peranan untuk melihat apa masalah sebenarnya keperitan. Sebab apa saya buat ayat itu kerana Exco tak faham keperitan rakyat, kesusahan yang di bawah. Kalau saya difahamkan Exco ini makan ayam kampung sahaja. Dia tak tahu harga sebenarnya di luar. Maka itu saya bawakan hadiahkan kepada Gunong Semanggol untuk memahami keperitan rakyat, kesusahan rakyat akibat kenaikan harga dibawah. Saudara sekalian.

Yang di-Pertua

Ok. Terima kasih.

Maka saya harap sepatutnya adalah tindakan cepat. Benda ni bukan baru. Harga dah tinggi sejak berapa sebulan ini. Maka tindakan kita tak nampak. Apa subsidi ke ? Lepas kita timbulkan dalam Dewan barulah Gunong Semanggol sebagai Exco memaklumkan akan buat itu akan ini dalam perancangan. Apa benda macam ini? Ini rupanya. Maka kita harap Dato’ Menteri Besar nasihatkan Gunong Semanggol dan jangan tidak, jangan berlaku buat sabotaj ini. Terang-terang sabotaj. Ia mengelirukan rakyat di situ. Meletakkan salah Menteri Besar. Apa perlu buat, saya Exco sahaja, bukan Menteri Besar.

Yang di-Pertua

Ok Hulu Kinta. Terima kasih.

Maka kalau inilah keadaan. Maka kita harap cari apa penyelesaian. Insyaallah. Maka yang penting ialah kita meletakkan kepentingan rakyat. Menjaga kebajikan rakyat. Sekian, Wabilahhi Taufiq, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Hulu Kinta. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan dipersilakan. Dipersilakan. 20 minit.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian perbahasan Bajet Negeri Perak Tahun 2022 bertemakan ‘Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif’ yang menyentuh perkara-perkara yang dekat di hati rakyat dan inklusif.

Saya mulakan ucapan perbahasan saya dengan penuh hormat dan takzimnya merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Tahun 2021. Dirgahayu Tuanku. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas penganugerahan darjah kebesaran membawa gelaran kepada gelaran Dato’ Seri’ oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Tahun 2021.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Belanjawan 2022 ini dibentangkan dalam persekitaran dunia yang sangat mencabar selepas mengharungi fasa krisis politik, krisis pandemik Covid-19 diikuti krisis ekonomi akibat covid-19 yang terburuk sejak 1929. Terkini fasa pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi. Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Menteri Besar yang lepas membentang dengan selesa di permulaan defisit, Di penutupan akaun surplus tetapi Yang Berhormat Kota Tampan lagi hebat sebab semasa ini tiada ketentuan politik dan ekonomi Yang Amat Berhormat berani, bersedia, bertanggungjawab menggalas amanah berat ini demi Negeri Perak tercinta dan kebajikan rakyat Negeri Perak. Belum tentu lagi surplus dapat kecilkan defisit Kerajaan Negeri pun kita kira terbaik. Sebab itu Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain tiada pilihan malah wajib menyokong Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Tambahan Yang Amat Berhormat prihatin terhadap YB-YB sekalian. Sesuai dengan terjemahan Surah Al-Baqarah Ayat 286 ‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia dapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan Ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya’.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kesan defisit kepada ekonomi negara banyak membantu mempercepatkan pemulihan dan perkembangan ekonomi Malaysia dan Negeri Perak. Tahniah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri yang memastikan 78.1 % rakyat Malaysia lengkap dua dos pada 12.12.2021 dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang memastikan rakyat Perak menerima 2 dos lengkap 73.46 % pada 12.12.2021. Mengikut data, Negara Britain pada 2020 ekonomi mereka merosot 9.9 %. Terburuk sejak 1709. Dalam tempoh satu tahun sahaja ekonomi Britain menunjukkan pemulihan kepada 4.8% itu ketika 67% populasi divaksinasi penuh. Ekonomi US pada suku kedua tahun 2021 berkembang 6.5% setelah vaksinasi penuh 56%. Ekonomi China pada suku kedua tahun 2022 berkembang 7.9% setelah vaksinasi penuh lebih 70%. Begitu juga Malaysia. Pada suku pertama tahun 2021 hanya -0.5% kepada suku kedua tahun 2021 berkembang kepada 16.1%.

Setelah semakan unjuran KDNK Negara 2021. Bank Negara Malaysia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara kepada 3% ke 4%. Pada awalnya 6.75%. Maybank menjangkakan ekonomi negara terus berkembang 4.2%. Bank Dunia menyemak semula pertumbuhan KDNK Malaysia menetapkan 4.5%. Bloomberg memberi unjuran pertumbuhan Malaysia disemak naik lebih tinggi berbanding kebanyakan negara lain di rantau iaitu 85 mata asas kepada 5.65% tahun 2022. Malah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan tahun 2022 berkembang sebanyak 6.0%. Berdasarkan indikator-indikator ini, saya yakin pengurusan dan prestasi ekonomi dan kewangan negeri di bawah Yang Amat Berhormat Kota Tampan juga mampu memperolehi surplus di akhir penuh penutupan akaun 2022. Insyaallah. Maknanya akan berlaku semakan semula bajet pertengahan tahun depan. Sama-sama kita doakan.

Saya juga ingin menyentuh lembah pengeluaran makanan, jaminan bekalan makanan, kawalan harga dan tambahan peruntukan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menjelang 2050 populasi global dijangka meningkat hampir 40% kepada 9.6 billion orang. Untuk memberi makan kepada populasi yang meningkat secara drastik ini, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (PBB) meramalkan bahawa industri pertanian perlu menghasilkan 70% lebih banyak makanan. Sementara hanya boleh menggunakan 5% lebih banyak tanah. Ini bermakna kira-kira 1 bilion tan lebih gandum, beras dan bijirin. Lain-lain dan 200 juta tan ternakan setahun di kawasan permukaan pertanian yang hampir sama. Ini ditambah dengan tekanan alam sekitar dan kawalan selia yang semakin meningkat memberikan cabaran yang menggerunkan bagi industri perladangan global. Memandangkan kebanyakan tanah yang sesuai untuk pertanian sudahpun diusahakan pertumbuhan ini mesti datang daripada hati yang lebih tinggi. Sektor pertanian amat penting dan pernah menyumbang 16.1% KDNK negeri Perak sewaktu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pangkor. Hasil Kerajaan Negeri menjadikan Perak sebagai lembah pengeluaran makanan negara amat bertepatan dan dialu-alukan. Saya mengikuti ucapan Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan meneliti buku bajet dan tertarik dengan Zon Agromakan Strategik Negeri Perak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat dan Jabatan Pertanian. Malah Perak ada zon tanaman utama kekal iaitu padi. Zon tanaman makanan sokongan kekal seluas 691 hektar. Zon penternakan dan padang ragut seluas 13,477 ekar. Zon industri akuakultur seluas 19.372 hektar termasuklah terdapat 6 taman kekal pengeluaran makanan TKPM di Perak dengan keluasan 726 hektar melibatkan 95 peserta.

Kalau ikut data-data ini maknanya Jabatan Pertanian sepatutnya hebat. Walaupun kita ada dasar dan zon-zon yang hebat tetapi kita mesti tapi kita masih belum boleh menjamin pengeluaran bahan makanan mentah mencukupi bagi negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya. Hasil tani pun masih tidak cukup harga hasil tani pun terus naik antaranya sawi. Tadi sahabat kita daripada Arafat dari mana ya Ulu Kinta telah membawa seekor ayam mentah, sawi umpamanya. Sebelum ini RM4 hingga RM5, 1kg. Sekarang ini kalau pergi ke pasar 8 hingga 10 kg, sayur kailan sebelum ini 6 hingga 8 kg. Hari ini kalau pergi ke pasar 9 hingga 12 kg ,cili merah Kulai sebelum ni 10 Hingga 15 kg selepas sekarang ini 15 hingga 20 kg, kacang panjang sebelum ini RM5 hingga RM6, 1kg sekarang RM7 hingga RM10, 1 kg, timun sebelum ini RM3 atau RM4 sahaja tetapi hari ini kalau pergi RM5 ke RM7 se kg. Persoalannya adakah zon-zon yang kita sebutkan tadi yang saya sebutkan tadi mencukupi untuk menampung permintaan. Adakah kita mempunyai petani moden yang terlatih, yang mencukupi? Bagaimana dengan penggunaan teknologi pertanian dan jentera pertanian moden. Persoalan ini harus diperhalusi dan dibuat kajian dan dapatan kajian ini bolehlah diguna untuk perancangan pertanian di masa depan untuk negeri Perak.

Subsidi harga barang hanya untuk jangka tempoh pendek saja malah ianya menguntungkan orang tengah dan perniaga semata-mata. Pengguna mungkin untung sedikit sahaja. Dato' Yang Dipertua, Jabatan Pertanian kena rancang untuk jangka panjang bagi pengeluaran hasil tani secara berskala besar dan berterusan serta penggunaan teknologi terkini dan memperbanyakkan kewujudan petani-petani moden. Hasil tinjauan dan dapatan saya di lapangan kita bukan saja belum ada, belum dapat wujudkan ramai petani moden tetapi kawasan gunatanah untuk pertanian di setiap daerah pun masih kecil dan tidak mencukupi dan tidak mampu menampung keperluan petani dan penternak sedia ada yang siapa pun yang berminat.

Perkara utama yang harus pihak Jabatan Pertanian fokuskan kena bincang dengan tuan DO, kena cakap dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, baru boleh jadi dan selesaikan isu ini. Wujudkan task force mungkin task force pertanian. Setuju dengan cadangan Pinji iaitu jawatankuasa rentas jabatan dan sebagainya. Wujudkan kawasan-kawasan baru pertanian di setiap daerah. Lahirkan lebih ramai petani moden. Inilah solusi yang sebenar. Ada pernah pihak kerajaan ataupun Jabatan Pertanian buat hebahan. Ada tanah tapak pertanian boleh diusahakan oleh rakyat selama ini atau pandai-pandailah rakyat ataupun petani mencari sendiri dan usahakan sendiri dan bila ada masalah jaminan bekalan makanan maka kita salahkan mereka pula.

Sepatutnya Jabatan Pertanian dan lain-lain yang ada kaitan menjadi pemudahcara bukan penyusahcara. Kadang-kadang kita lihat orang awam cucuk tanam di tepi-tepi jalan utama ataupun di rizab-rizab sungai ataupun tanah-tanah lapang. Apa maknanya? Itulah ciri-ciri pertanian kerajaan patut bantu begitu juga petani-petani ataupun pemain-pemain industri yang lama sepatutnya diberi tempat yang lebih besar bagi mereka usahakan. Ini tidak selepas kes lembu-lembu dan ternakan berfoya-foya dan terbiar-biar, bersiar-siar barulah isu ini dibangkitkan balik. Kenapa isu ini berterusan? Jika tidak beri kawasan ternakan tiap tahun isu ini sentiasa bangkit, berbangkit tak habis-habis. Maka Kementerian Asas Tani ada banyak dasar dan peruntukan. MITI dan lain ada info barangan apa yang kritikal yang kita import. Semua ini tidak mungkin dapat dijayakan jika sekiranya tanah untuk petani tidak ada. Kita asyik dengar Kerajaan Pusat salahkan ataupun tuduh tanah pertanian sepatutnya disediakan oleh kerajaan Negeri jadi sampai bila pun tak selesai. Apa tindakan kita sebenarnya?

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya juga nak bawa isu berkaitan dengan tanaman kontan. Tanaman kontan merupakan tanaman jangka pendek. Tempoh 1 hingga 6 bulan tetapi hasilnya lumayan. Kos tak tinggi. Kenapa tak fokus program ini? Mungkin Kerajaan Negeri boleh buat dasar pertanian kontan negeri yang lebih jelas dan terfokus bagi menyahut dan melaksanakan Program Dasar Agromakanan Negara. Projek tanaman kontan bertujuan menambah pengeluaran tanaman kontan seperti cili, timun, halia, jagung dan beberapa jenis sayur-sayuran dan rempah ratus dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat, petani dengan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah, isi rumah di bawah mungkin empat ribu setahun dengan meningkatkan hasil pengeluaran hasil tanaman kontan ini kita berharap ia juga mampu mengimbangi membantu menstabilkan. Peningkatan harga sayur-sayuran yang mahal di pasaran. Sekaligus dapat membela nasib peladang yang juga merupakan pengguna dan pengeluar makanan.

Changkat Jong saya nak masuk sikit je tambah idea sebab semalam saya bagi Changkat Jong kan. Baik isu berkenaan dengan pertanian kontan saya sangat bersetuju dengan cadangan daripada Changkat Jong. Cuma saya nak tambah sikit jika boleh jika boleh dibuat. Kenapa pejabat pertanian selalu mengatakan kita tidak boleh membuat zoning area untuk kawasan sayur ni, tanaman kontan ni ? Dia mengatakan bahawasanya akan ada masalah penyakit datanglah apa semua jadi sayur tu akan jadi mahal. Jadi kalau katalah contoh belah DUN Trong ok semua petani mungkin kita tanam cabai, so belah Changkat Jong tanam timun so akan ada barter trade bisnes di situ, so kita supply, Trong supply cabai bagi Changkat Jong, Changkat Jong datang bagi ni, begitu lah maksud saya. Kalau kata dapat dibantu oleh jabatan pertanian mengapa tidak boleh dilaksanakan.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Terima kasih Trong. Sepatutnya perkara itu dipermudahkan ni saya bagi tahu agensi sepatutnya pemudahcara bukan sahaja Jabatan Pertanian, pejabat daerah yang menjadi tuan tanah kedaung mesti juga membantu. Dia tahu dan boleh kenal pasti dan zonkan di setiap daerah supaya aktiviti ini dapat dirancakkan. Saya juga ingin bangkitkan program pertanian bandar dan program tanam apa yang kita makan lebih kita jual juga wajar diteruskan. Masukkan Yang Berhormat mohon masukkan balik peruntukan ini dan laksanakan kerana bagus kepada penanam dan dapat kawal dan membantu harga di pasaran.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, revolusi pertanian digital boleh menyediakan penyelesaian kepada masalah memberi makanan kepada dunia secara mampan. Pertanian telah melalui beberapa siri revolusi yang telah memacu kecekapan, hasil dan keuntungan tetap yang sebelum ini tidak dapat dicapai. Ini termasuk pengenalan dan pelaksanaan mekanisasi antara 1900 dan 1930. Revolusi hijau pada tahun 1960 an yang menyaksikan perkembangan variety tanaman baru yang lebih tahan dan penggunaan bahan kimia pertanian dan peningkatan dalam pengubahsuaian genetik dari 1910 hingga 205. Walaubagaimanapun, kebangkitan pertanian digital boleh menjadi yang paling transformatif dan mengganggu semua ini. Pertanian digital bukan saja akan mengubah cara petani bertani tetapi secara asasnya akan mengubah setiap bahagian rantaian nilai perniagaan tani.

Salah satu elemen utama pertanian digital ialah pertanian persis, precision farming dengan izin untuk sebahagian besar sejarah orang telah menanam tanaman melalui percubaan dan kesilapan. Menerima kebijaksanaan dan memperoleh pengetahuan asas tentang keadaan tanah dan cuaca. Pengenalan pertanian ketepatan telah membolehkan pertanian mengukur, memetakan dan mengurus dan tepat sebarang variasi dalam sesuatu bidang untuk meningkatkan hasil dengan ketara sambil mengurangkan kos pengeluaran. Rakit teknologi baru ini telah diperkenalkan untuk menganalisisasi dengan lebih baik keasidan tanah, tahap nutrient, hasil sejarah dan variasi Iklim sesuatu lading. Daripada traktor yang didayakan GPS dan dron udara yang membawa penderia berbilang septrum kepada peranti internet perkara yang disambungkan, yang memantau tanaman individu.

Petani kini mempunyai akses kepada kepelbagaian maklumat untuk membantu mereka membuat keputusan yang lebih cekap dan tepat. Industri pertanian ini juga telah mula memanfaatkan kuasa data besar, big data dengan izin yang boleh dibawa ke operasi, perisian dan algoritma sedang dicipta untuk memanafaatkan data untuk meningkatkan hasil, meningkatkan keuntungan ladang dan meningkatkan kemampanan ladang. Negeri Perak perlu menyediakan dana yang mencukupi untuk memperluaskan penggunaan teknologi pertanian termasuk dengan membawa masuk lebih ramai tenaga pakar daripada universiti dan industri. Perak perlu ditonjolkan sebagai contoh negeri yang melaksanakan pertanian digital iaitu kesinambungan kepada penekanan kerajaan pada ketika ini iaitu memperkasakan ekonomi digital. Perak boleh mencontoh terbaik memperkasakan ekonomi digital melalui pertanian digital dan ianya akan dapat mendekatkan lebih ramai golongan muda menceburi pertanian digital di Perak.

Selain pihak individu yang aktif sebagai petani dan pihak industri ataupun syarikat-syarikat besar berasaskan pertanian menceburi bidang pertanian, saya nak cadangkan mungkin kerajaan tapi boleh melibatkan koperasi-koperasi yang berpotensi terlibat dalam bidang pertanian ini ataupun wujud satu daerah satu koperasi pertanian yang dianggotai oleh petani-petani yang berpotensi. Tadi bagi menjayakan misi kerajaan YAB Kota Tampan, YB Dato’ Speaker, jika diamati RM4 juta belanja pembangunan untuk pembangunan komoditi pertanian RM3.1 juta bangunan dan infrastruktur, RM0.4 juta dan program latihan dan promosi, RM5 juta Jabatan Veterinar, RM3.7 juta…

Yang di-Pertua

Changkat Jong, 5 minit ya.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Belanja pembangunan Jabatan Perikanan RM1.2 juta, UPEN RM0.5 juta, pelbagai program dan projek pertanian sebenarnya adalah tidak mencukupi. YAB Dato’ Yang Dipertua, saya dah cadangkan sejumlah bajet diperuntukkan bagi pengambilan tanah untuk pertanian di setiap daerah mengikut fasa-fasa dan keperluan bagi mengatasi isu tanah, tapak tanah pertanian yang tidak mencukupi, yang tidak mencukupi serta kes tiada tanah kerajaan di sesuatu daerah termasuklah wujudkan TKPM. Program ini ternyata amat berkesan di samping keluarkan hasil makanan dan sekaligus mengawal harga pasaran. Ia juga dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan-perniagaan di sesuatu tempat. Begitu juga keperluan padang ragut. Terdapat usahawan tani dan penternak bergiat aktif tetapi tidak mempunyai tapak yang sesuai. Mohon Kerajaan

Negeri guna kaedah yang sama jika tidak lembu-lembu tadi dan ternakan yang lain juga akan menjadi masalah. Untuk itu Daerah Hilir Perak telah ada blueprint pertanian. Saya juga mengesyorkan supaya Jabatan Pertanian mengadakan keseluruhan blueprint di semua daerah. Barulah kita boleh tahu kekuatan di setiap daerah. Apakah produk dan tanaman yang sesuai untuk dibangunkan di setiap kawasan.

Di Hilir Perak telah ada blueprint yang mana YAB ketika itu Exco Pertanian di bawah Pangkor telah datang merasmikan program, merasmikan dan melancarkan blueprint tersebut dan insyaallah akan saya harap dapat menawarkan program tersebut di Teluk Intan khususnya di Daerah Hilir Perak yang akan menjadi contoh kepada daerah-daerah lain di masa akan dating. Cuma pesanan saya kepada Exco Pertanian, ya Fatih, janganlah tunggu tanah kerajaan ya ataupun tanah habis pajakan daripada estet. Gunakanlah platform MMK ya, di situlah punca kuasa kerajaan. Zonkan kawasan-kawasan yang sesuai di tanah-tanah estet yang kita buat pengambilan tanah mengikut undang-undang ataupun cari kaedah lain yang lebih diplomatik. Tanah-tanah tersebut juga jika boleh kita jangan bagi hak atau menjadi milik kepada petani ataupun pengusaha tetapi dalam konsep pajakan atau pun sewa dan jika mereka tidak perform kita boleh keluarkan mereka kita ganti dengan player-player baru bagi menjamin kesinambungan perladangan tersebut. Tapi perkara ini mestilah serius. Jika kita bangkitkan lagi tiap-tiap tahun di dalam Dewan ini, maknanya Dewan ini tak mulia dah, benda ini tak boleh dilaksanakan. Jadi saya harap perkara ini dapat direalisasikan bukan untuk faedah kita tetapi untuk faedah negeri dan rakyat di samping dapat menjadi hab pengeluar makanan untuk Malaysia dan Negeri Perak.

YB Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin sentuh sedikit berkaitan dengan isu-isu di DUN Changkat Jong. Iaitu pertama berkaitan isu banjir kilat ya. Memang semua orang akan melalui fasa-fasa akan melalui perkara yang sama tetapi saya nak mohon pihak JPS, Majlis Pembandaran, JKR dan sebagainya sebab kadang-kadang melibatkan taman-taman. Cuba buat kajian yang menyeluruh dan cadangkan jika ada keperluan untuk meningkatan salah saluran paip dan saluran longkang dan sebagainya, lakukan. Jika tidak, mungkin perlukan kawasan tadahan air maka buat kajian. Wujudkan kawasan tadahan yang yang sesuai, yang besar malah boleh menjadikan kawasan tadahan air guna sama. Membuat aktiviti-aktiviti pelancongan dan sebagainya.

Kedua berkaitan dengan banjir yang sering berlaku akibat daripada fenomena air pasang tinggi atau pun hujan lebat iaitu di Kampung Selat Manggis di Sungai Kerawai, Kampung Bahagia, Taman Muhibbah, Kampung Seri Jaya, Kampung Kubu Jepun. Ya saya mohon pihak JPS menyegerakan projek-projek yang telah pun ditenderkan, telah diluluskan. Terima kasih kepada JPS yang telah dalam proses tender di RTB Kampung Batak Rabit, RTB Changkat Jong supaya dapat menyelesaikan isu dan masalah banjir di masa hadapan dan terima kasih juga kepada JKR, Belati Wangsa, Empayar Indera yang mana aduan-aduan yang telah saya bangkitkan ada tindakan dan penyelesaian utamanya melalui Exco YB Lintang yang banyak membantu menyelaras bagi memastikan keadaan tersebut dapat diselesaikan.

Saya mohon juga pihak JKR mempercepatkan proses pembinaan semula UPSI yang terbengkalai supaya ia menjadi angker ataupun menjadi hub ekonomi bagi rakyat Teluk Intan khususnya di Changkat Jong dan saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Negeri disebabkan ramai permintaan untuk rumah-rumah kos rendah terutamanya ingin menyewa rumah, projek PPR yang yang dilancarkan dalam zaman YAB Pangkor dulu kalau bolehlah diteruskan dan kerana ramai lagi setinggan-setinggan yang duduk di pinggiran sungai dan sebagainya, kita boleh tempatkan mereka bagi mengisi rumah-rumah yang mereka sewa hanya sekitar RM120 lebih saja dan lagi satu saya juga tertarik dengan kelulusan YAB luluskan iaitu bencana alam baik pulih rumah. Kalau Sungai Rapat bagi tahu tadi, Penghulu buat keputusan saya nak cadangkan supaya peruntukan ini juga haruslah melibatkan wakil rakyat setempat untuk menentukan program-program baikpulih bagi menyelesaikan isu-isu dan masalah rakyat ya dan akhir sekali saya ingin mengucapkan rakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan dan barisan Exco, pengarah-pengarah negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi dalam daerah serta kakitangan yang telah banyak membantu saya bagi menyelesaikan isu rakyat dalam kawasan Changkat Jong sehingga hari ini. Jadi itu saja, sekian Changkat Jong menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Changkat Jong. Sekarang saya jemput Yang Berhomat daripada kawasan Menglembu untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Selamat tengah hari dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan pemerhati-pemerhati yang dihormati sekalian yang berada di atas talian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua kerana mengizinkan saya bersama-sama untuk mengambil bahagian dalam perbahasan bagi sidang belanjawan negeri Perak untuk tahun 2022.

Saya ingin memulakan perbahasan pada pagi ini pada tengah hari ini dengan menegaskan betapa pandemik Covid-19 serta kesannya menuntut supaya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mengambil sikap dan komitmen sepenuhnya untuk memberikan muafakat demi kesejahteraan rakyat dan juga kemakmuran negeri Perak. Yang menjadi keutamaan bagi kita dalam Dewan yang mulia ini adalah untuk menyusun perancangan dan halatuju yang strategik dalam proses menggubal dasar dan kebijaksanaan yang efektif sekaligus menjamin semak dan imbang yang berkesan dalam sesebuah sistem demokrasi. Saya ingin menegaskan dalam bajet iaitu belanjawan pada bagi tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada minggu lepas dalam usaha kita memacu pemulihan ekonomi pasca Covid-19, kita harus juga memastikan setiap usaha dan keputusan kerajaan negeri dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang progresif dan ia bukan sahaja menjamin pekerjaan tetapi juga dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan yang baru secara meluas.

Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab untuk mengupayakan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang akhirnya dapat meningkat pendapatan dan juga tahap ataupun taraf sosio-ekonomi rakyat. Jika ini dapat dilaksanakan, barulah kita dapat menjamin akan wujudnya pemulihan yang rancak dan juga lestari. Menglembu ingin sekali lagi menyatakan dengan tegas bahawa adalah amat mustahak untuk setiap hasil ataupun anggaran hasil dan anggaran perbelanjaan diunjur dan juga diformulakan berdasarkan persekitaran dan suasana ekonomi yang kita hadapi sekarang.

Dato' Yang Dipertua, pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada rakyat dan industri. Negeri Perak kini sedang berada dalam peringkat awal fasa pemulihan Covid-19. Rakyat jelata sedang bangkit dan membina semula kehidupan masing-masing setelah hampir 2 tahun bergelut dengan pandemik Covid-19. Menurut laporan anggaran pendapatan isi rumah dan insiden kemiskinan Malaysia bagi tahun 2020, sebanyak 20% kumpulan isi rumah M40 telah tergelincir dan beralih kepada kumpulan B40 akibat daripada pandemik Covid-19. Apabila golongan-golongan M40 ini yang telah tergelincir ke kumpulan B40 dan ingin memohon bantuan. Kebanyakan daripada mereka telah dilabelkan sebagai golongan yang tidak layak. Padahal mereka ini telah pun tergelincir dan termasuk di dalam golongan B40.

Oleh itu, Menglembu di sini ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya pihak Kerajaan Negeri dapat mewujudkan satu pangkalan data yang lebih sistematik dan menyeluruh bagi mengenalpasti individu-individu yang kehilangan pekerjaan dan kemerosotan punca pendapatan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Adalah lebih baik sekiranya pangkalan data ini dapat digunakan secara menyeluruh dan diintegrasikan bersama dengan semua sistem-sistem pangkalan data yang berkaitan. Sejak wabak Covid-19 melanda negara, sektor pendidikan telah menerima impak yang sangat tinggi. Wabak ini telah hampir melumpuhkan sistem pendidikan negara apabila persekolahan terpaksa ditutup dalam satu masa yang sangat panjang. Kesan utama yang dapat dilihat dari adalah jurang-jurang pendidikan dan ketidakseimbangan yang membimbangkan antara pelajar kita. Sebelum ini, Menteri Pendidikan telah mendedahkan sebanyak 36.6% pelajar di seluruh negara tidak mempunyai peranti elektronik untuk proses pembelajaran di atas talian dan ini tidak belum masuk lagi isu wi-fi dan juga internet. Akhirnya apabila permohonan ataupun permintaan seperti ini sampai kepada wakil rakyat kawasan dan sebagai wakil dan sebagai wakil rakyat kawasan, memang kita ingin cuba sedaya upaya untuk membantu, tetapi kita harus sedar ramai lagi ramai lagi pelajar yang tertinggal kerana bantuan daripada wakil rakyat itu adalah sangat terhad dan ia juga bukan satu polisi yang menyeluruh bagi membantu pelajar-pelajar dalam jangka masa panjang. Oleh itu, saya harap Kerajaan Negeri boleh meneliti masalah ini dan pastikan sekiranya boleh tiada seorang pun pelajar yang terpinggir dan ketinggalan pada era pasca pandemik ini kerana hanya dengan pengetahuan pada zaman ini barulah kita dapat mengubah nasib seseorang ataupun sesebuah keluarga. Jaringan capaian internet merupakan salah satu isu utama yang dihadapi oleh penduduk terutamanya di kawasan luar bandar.

Kita sedia maklum bahawa kita sedang menuju ke zaman teknologi 5G. Namun hakikatnya capaian internet masih di takuk lama dan kurang memuaskan terutamanya sejak pandemik Covid-19 melanda. Ramai di kalangan anak muda telah menceburi diri dalam bidang ekonomi iaitu sebagai food rider dengan izin serta berniaga secara online. Oleh itu, adalah satu keperluan yang serius agar jaringan capaian internet ini atau keupayaan jalur lebar ini dapat kita pertingkatkan di kawasan seluruh Perak. Dengan penambahbaikan kawasan liputan internet ini, ianya dapat memberi nilai tambah dalam membangunkan ekonomi digital serta mengurangkan jurang komunikasi antara masyarakat. Kerajaan Negeri haruslah memberi lebih tumpuan kepada kebajikan serta kepentingan kepada anak-anak muda untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam golongan ini dan juga harus memastikan peluang pekerjaan yang dihasilkan itu merupakan peluang pekerjaan yang selari dengan permintaan masa depan dalam jangka masa dalam jangka masa panjang. Adakah Kerajaan Negeri menjalankan penyelidikan serta kajian yang serius yang mendalam ataupun tinjauan yang mencukupi untuk memastikan pekerjaan yang ditawarkan itu akan menjadi satu pekerjaan yang popular bukan saja kini tetapi 10 tahun, malah 20 tahun yang akan datang.

Oleh sebab itu, seharusnya apabila Kerajaan Negeri merangka polisi-polisi yang berkaitan dengan rakyat bagi membantu rakyat termasuk kebajikan, kita seharusnya mempunyai data informasi yang cukup tidak kiralah pengumpulan data tu dan informasi itu datang daripada statistik ke ataupun simpanan yang sedia ada. Ini adalah sangat penting kerana perkara ini memerlukan usaha dan mengambil masa yang lama dan sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian ataupun tidak dijalankan mulai sekarang, maka belanjawan yang dirangka pada masa hadapan adalah kurang tepat dan kurang efektif. E-sukan merupakan sebuah industri bukan sahaja kepada pembangunan pemain permainan video tetapi ianya merupakan industri dan sumber ekonomi era baru kepada individu yang meminati permainan video secara positif. Saya juga masih ingat lagi Yang Berhormat Pasir Pinji juga sebenarnya merupakan perintis dalam usaha membangunkan industri ini di mana ketika beliau bertugas sebagai Exco Pembangunan Belia dan Sukan sejak tahun 2018. Ini adalah inisiatif yang tepat pada masanya dalam mengikut trend semasa anak muda yang bukan sahaja sebenarnya menjadikan e-sukan sebagai hobi masa lapang, malah mereka lebih bergiat aktif secara serius menjadikan ia sebagai satu pekerjaan yang berpendapatan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Tuan Speaker dan juga Menglembu. Saya amat setujulah dengan apa yang dibangkitkan oleh Menglembu dan terima kasih atas pengiktirafan. Cuma terasa amat jelas Yang Berhormat Menglembu sokong pembangunan e-sport. Tetapi dengan dalam bajet ini, nampak seperti ada sikit. Bukan sedikitlah penguncupan yang cukup ketara berbanding dengan tahun-tahun yang lepas waktu saya menjawat Exco Sukan punya peruntukan RM1 juta. Waktu itu memang digunakan secara sangat berhemat dan sangat berkesan. Tahun lepas pun agak tinggi tahun ni menguncup. Apa pandangan Yang Berhormat Menglembu berkenaan dengan penguncupan atau pun pemotongan peruntukan bagi sukan e-sport? Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Lagi satu Bercham mohon pandangan saya e-sports ini memang satu trend kita lihat kalau pertandingan di dunia jumlah dia punya hadiah atau bayaran wang tu agak tinggi. Kalau kita katakan pemain badminton legend kita Datuk Lee Chong Wei dia kumpulkan semua wang hadiah yang dia menang tidak setanding dengan sekali mereka menang dalam e-sports tetapi tetapi aliran dalam pendidikan memang sekolah ni dia kalau mereka menggalakkan aktiviti kokurikulum tetapi e-sports ini seolah-olah telah mereka tidak dipertimbangkan. Sebab mereka menggelarkan permainan e-sports ini main hand fon ke, atau pun konsol game ke tau pun VC ke. Mereka telah permainan ini telah apa tu mengabaikan pelajaran mereka. Jadi apakah pandangan daripada Menglembu tentang perkara ini? Pihak sekolah yang ibu bapa tu banyak juga menghalang anak mereka bermain walaupun e-sports ini ada potensi yang agak besar. Terima kasih.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pasir Pinji dan juga Bercham. Sebenarnya saya percaya bahawa dengan adanya pemantauan dari segi perkembangan e-sports maka anak-anak muda yang berpotensi haruslah dibantu serta diangkat ke peringkat antarabangsa. Ini kerana kita sedia maklum bahawa e-sports adalah antara sumber pendapatan tinggi era baru di mana ramai anak muda dapat membuktikan bahawa mereka mampu meraih pendapatan puluhan malah ratusan ribu ringgit melalui industri ini.

Dato’ Yang Dipertua, baru-baru ini isu kenaikan harga barangan bahan makanan menjadi isu hangat antara masyarakat. Dalam dua tahun rakyat hidup dalam keadaan sengsara, ramai sebenarnya yang tidak dapat pendapatan ataupun pendapatan terjejas disebabkan kehilangan kehilangan kerja. Beberapa bulan ini keadaan Covid-19 baru mula reda tapi harga barangan makanan pulak naik mendadak. Jenis barangan makanan yang bahan makanan yang terlibat ini bukan makanan yang jenis mewah. Ia makanan asas bagi rakyat yang biasa. Ada beberapa jenis sayur-sayuran di pasaran mengalami kenaikan sebanyak 20% hingga 40%. Dengan keadaan ini berlarutan seperti ini orang miskin hendak makan apa lagi? Menurut laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, indeks harga pengguna iaitu IHP yang mengukur inflasi utama menunjukkan peningkatan 2.0%tus pada Oktober 2021 kepada 123.7 berbanding dengan 120.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan mengatakan bahawa kenaikan itu adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan dua angka kepada 11.3% dalam kumpulan pengangkutan selaras dengan kenaikan harga minyak petrol. Bagi beberapa bulan yang akan datang, kadar inflasi negara akan dipengaruhi faktor-faktor luar seperti peningkatan harga minyak mentah dan bahan dan harga makanan. Biasanya mereka akan mereka yang berada dalam golongan B40 dan juga M40 yang akan paling terkesan. Dalam perkara ini, Kerajaan Negeri yang mampu memainkan peranan terutamanya dalam perkara sekuriti makanan. Kita lihat sendiri bagaimana kesan mendadak apabila harga sayur meningkat berkali ganda. Pada musim PKP yang lepas disebabkan sekatan PKP di kawasan tumpuan aktiviti pertanian di Malaysia, pasaran turut menghadapi masalah bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pada ketika itu wujudlah kebimbangan dan kerisauan masalah food security, dengan izin. Ini tambah pula dengan kenaikan harga makanan. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Exco, apa yang telah dilakukan bagi memastikan harga barangan dikawal, apa yang Kerajaan Negeri telah melakukan bagi membantu rakyat negeri Perak untuk menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup yang secara mengejut ni.

Dato’ Yang Dipertua, Jabatan Metrologi Malaysia sentiasa menjangkakan hujan dan ribut petir yang lebih kerap akan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut ataupun musim tengkujuh yang bermula setiap hari tahun sehingga bulan Mac tahun hadapan. Ketika perubahan perubahan monsun ini Kerajaan Negeri haruslah berwaspada dan bersiap sedia kerana kejadian ini pasti akan berulang. Setiap kali apabila sampai ke sesi pembentangan belanjawan peringkat negeri setiap tahun, kita selalu dengar selalu dapat baca usaha Kerajaan Negeri untuk meluluskan peruntukan dalam belanjawan setiap tahun seperti untuk projek pembinaan benteng pesisir pantai, projek tebatan banjir, pemuliharaan lembangan sungai, kolam takungan banjir, peningkatan sistem saliran dan sebagainya. Sebenarnya inisiatif dan usaha seperti ini yang dilakukan dalam rancangan tebatan banjir ini adalah disambut dengan hati terbuka, tetapi apabila setiap kali kita dimaklumkan berjuta-juta ringgit telah pun diperuntukkan dalam usaha tebatan banjir tetapi akhir sekali banjir tu tetap berlaku. Malah Ia adalah lebih serius berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Adakah Kerajaan Negeri memikirkan sama ada langkah-langkah atau kaedah-kaedah yang digunapakai itu adalah berkesan ataupun masih sesuai digunapakai pada masa sekarang. Contohnya, masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan saya iaitu Jalan Lahat-Menglembu di mana masalah ini telahpun menghantui kebanyakan rakyat khususnya rakyat di kawasan DUN Mengelembu.

Perkara ini telah banyak kali saya bangkitkan dalam mesyuarat sama ada di dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan juga telah banyak kali dibangkitkan tapi bila setiap kali bersidang. Punca banjir di kawasan yang saya sebutkan tadi itu adalah disebabkan oleh kelubung kekotak yang sedia ada yang merentasi Jalan Lahat-Menglembu adalah under size, dengan izin, dan mempunyai halangan di tengahnya yang menyebabkan sampah akan tersangkut dan menyebabkan aliran air sungai akan tersekat dan membanjiri kawasan-kawasan rendah di sekitarnya. Pihak kerajaan ataupun agensi yang berkaitan selalu memaklumkan bahawa tindakan jangka masa pendek adalah dengan melaksanakan kerja-kerja selenggaraan dan mencuci sampah yang tersangkut selepas setiap kali hujan lebat tetapi saya tidak faham kenapa semakin menyelenggara semakin kerap ianya berlaku dan semakin mencuci semakin seriusnya banjir itu berlaku. Masalah ini bukannya masalah baru dan telah pun berlarutan hampir 10 tahun tak berhenti-henti. Berikutan taburan hujan yang semakin banyak dari masa ke semasa, saya memohon dan merayulah kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil satu tindakan jangka masa panjang untuk menyelesaikan masalah ini selama-lamanya dengan menaik taraf kelubung kekotak tersebut kepada struktur kelubung upcovered dengan izin yang bersaiz lebih besar dan tinggi untuk mengelakkan berlakunya limpahan air sungai semasa hujan lebat. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri seharusnya mengambil pendekatan yang lebih berani dan bertanggungjawab untuk memperuntukkan belanja pembangunan yang lebih tinggi demi mencapai kejayaan yang lebih besar sekaligus untuk kita memastikan usaha pemulihan ekonomi dapat kita laksanakan dalam tempoh yang singkat. Jangan kita hanya bangga dengan angka-angka yang besar, pengumuman demi pengumuman yang berterusan, program-program yang pintar lagi canggih tapi pada hakikatnya ianya tidak dilaksanakan secara efektif dan kurang berkesan ataupun ditangguhkan dan gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat negeri Perak.

Dato' Yang Dipertua, Kerajaan Negeri sepatutnya memikirkan bagaimana sesuatu polisi ataupun program Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dari masa ke semasa dan bukannya berapa kali rebranding, dengan izin yang harus dilakukan terhadap polisi itu. Contohnya, apa yang berlaku kepada unit Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak yang mana Kerajaan Negeri telah pun rebranding unit ini kepada Unit Integrasi dan Pengukuhan Masyarakat pada bulan April yang lalu tahun 2021. Dana yang diperuntukkan sebelum sebelum ini ketika kerajaan Pakatan Harapan adalah sebanyak RM10 juta tetapi apa yang kita nampak apa yang kita boleh baca dalam buku Ucapan Belanjawan tahun 2022 adalah hanya RM5juta diperuntukkan pada tahun 2022 iaitu pengurangan sebanyak 50%. Satu pengurungan satu pengurangan yang cukup besar berbanding dengan sebelum ini. Kerajaan negeri haruslah sentiasa komited dan memastikan kestabilan politik, kemakmuran sosial dan juga keharmonian antara agama dan bangsa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia di Perak ini kekal terpelihara.

Dalam isu bukan Islam ini, apa yang kita boleh nampak sekarang adalah satu kerangka yang diberi satu nama yang harum tetapi isinya yang berlainan yang tidak memberi kelebihan kepada hal ehwal bukan Islam. Kerajaan Negeri harus memikirkan bagaimana kita dapat merealisasikan usaha-usaha ini dengan lebih baik berlandaskan laungan konsep Keluarga Malaysia yang kononnya bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan juga kaum sebagai sebuah keluarga yang utuh. Oleh itu, saya mohon kepada Kerajaan Negeri supaya menjalankan kajian semula bukan sahaja mengekalkan peruntukan RM10 juta itu tetapi ia harus ditambah demi kebajikan serta kepentingan ahli keluarga kita yang bukan Islam. Dato’ Yang Dipertua, sekian ucapan Menglembu pada kali ini. Menglembu berharap segala isu dan cadangan yang diutarakan akan diperhalusi oleh pihak Kerajaan Negeri demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat khususnya penduduk di kawasan DUN Menglembu. Sekian, terima kasih. Menglembu mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Menglembu. Ngam-ngam. Jadi sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Temengor untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

(BACAAN DOA). Assalamualaikum wbt. dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sebelum itu saya mohon izin Dato’ Yang Dipertua untuk membuka face mask kerana sedikit lemas dan juga saya merasakan setiap kali bila Ahli Dewan bercakap menggunakan face mask dia tak bunyi dengan jelas setiap patah perkataan tersebut. Jadi saya kira mungkin selepas ini mana-mana Ahli Dewan yang nak berucap seeloknya bukalah face mask. Penjarakan kita pun lebih daripada 1 meter saya kira, dalam Dewan ini. Yang Berhormat Dato' Speaker, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama membahas Belanjawan 2022 Kerajaan Negeri Perak dengan bertemakan Perak Berdaya Saing, Mapan dan Inklusif. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, mapan membawa maksud mampu mengekalkan pencapaian ataupun prestasi yang baik manakala mengikut World Commissioner Environmental And Development menjelaskan bahawa mapan ini kepada pembangunan yang memenuhi kepada keperluan generasi kini tanpa kita mengabaikan keperluan generasi akan datang dan saya kira inilah yang diterjemahkan dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tampan di dalam sesi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan sewaktu hari Jumaat yang lalu.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli Dewan, ya walau pun dilihat mungkin dari segi perbelanjaan pembangunannya kurang namun dengan pengurusan yang cekap, saya yakin dan percaya ia mampu untuk melonjakkan semula pendapatan Kerajaan Negeri kerana saya yakin dan percaya apa juga teori yang digunakan seperti yang dimaklumkan oleh sahabat saya Trong sebelum ini, sama ada minotoris ekonomi ataupun Keynesian saya tak pandai bab-bab ekonomi ini tetapi saya yakin dan saya percaya atas satu faktor, apa juga teori yang digunakan ialah bergantung kepada tahap kecekapan pengurusan kita menilai sesuatu risiko yang akan berlaku dan saya yakin dan percaya apa yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri melalui bajet yang dibawa baru-baru ini jelas membuktikan bahawa tanpa meminggirkan soal kesejahteraan rakyat, soal pengupayaan sara diri rakyat, soal ketersediaan infra, soal pembangunan sosial, kita masih lagi orang kata memberi peluang ataupun menyediakan kemudahan-kemudahan ataupun peranan-peranan tersebut tapi dalam masa yang sama kita menyeimbangkan kemampuan kewangan kita dan sebagai contoh mudah saya bercakap soal pengurusan ini kalau kita melihat bagaimana Si A ini mendapat RM10 ribu, Si B ini pun mendapat jumlah nilai RM10 ribu yang sama dan Si C ini mendapat RM10 ribu yang sama tetapi Si A, RM10 ribu duit yang ada, dia terus gunakan kewangan tersebut. Si B, RM10 ribu yang ada, dia simpan sebab dia takut nanti dia tak ada duit, dia simpan dalam bank, dia guna sikit-sikit dan Si C ini pula dia menggunakan RM10 ribu itu, sebahagiannya dia simpan ataupun buat pelaburan dan sebahagian lagi dia memulakan perniagaan.

Jumlah yang sama tetapi pengurusan yang berbeza mengakibatkan orang kata hasilnya yang berbeza dan begitulah juga saya yakin dan percaya apa yang akan ataupun digambarkan oleh Kerajaan Negeri dalam pembentangan bajet baru-baru ini dan saya kira mungkin ada yang juga tiap kali menyentuh terutamanya sahabat-sahabat sebelah pembangkang soal pengurangan peruntukan-peruntukan tetapi macam saya kata tadi, pengurusan itu bagaimana Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat KotaTampan melihat keperluan-keperluan dan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang perlu didahulukan. Sebagai contoh mudah kalau nak diikutkan lebih baik peruntukan tambahan RM100 ribu kepada wakil-wakil rakyat, kepada kita semua wakil rakyat sebanyak RM5.9 juta sebab RM100 ribu, kita top-up pergi kepada perkara-perkara yang dikatakan kurang itu. Tapi disebabkan melihat kepada keperluan wakil-wakil rakyat untuk menangani masalah setempat di kawasan terus boleh membantu direct secara terus atau pun orang kata apa masalah, wakil-wakil rakyat sendiri tau mereka boleh selesaikan. Disebabkan itulah peruntukan itu ditambah kepada kita semua wakil rakyat. Kalau nak fikirkan mungkin boleh RM100 ribu ataupun RM5.9 juta itu kita top-up kepada perkara-perkara yang dikatakan kurang oleh sahabat-sahabat di sebelah sana dalam sesi perbahasan.

Dato’ Yang Dipertua, saya amat tertarik merujuk kepada lima fokus utama yang terkandung dalam Belanjawan 2022 iaitu fokus pertama menjana semula ekonomi dan mengupayakan sara diri rakyat. Alhamdulillah melihat daripada pembentangan bajet, Kementerian Kewangan telah meluluskan RM5 juta melalui Unit LAKSANA bagi pembangunan Hub-hub Halal Daging Perak dan termasuk RM20 juta untuk pengurusan sekuriti makanan, saya kira melalui program yang telah dilaksanakan dan difahamkan melihat daripada report yang telah dibentangkan ataupun keratan akhbar sebelum ini mengenai Hub Halal Daging Perak yang telah ditemeterai antara Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebagai agensi pelaksana bersama dengan RISDA Live Stock Sdn. Bhd. dan juga Pertubuhan Peladang Negeri Perak membuka satu sesi lebaran baru yang mungkin kita jangkakan sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan dan diurus dengan sebaik mungkin akan dapat mengurangkan faktor import daging daripada luar dan Perak mampu menjayakan perkara ini kerana kita mempunyai kawasan yang luas untuk kita memastikan bekalan daging-daging ini dapat dibekalkan dengan secukupnya selain daripada apa yang telah ditemeterai baru-baru ini antara Euro Fresh di bawah SADC dengan RISDA Live Stock dan juga Pertubuhan Peladang. Saya kira mungkin boleh diambil kira apa yang telah saya syorkan sewaktu Titah Perasmian oleh Duli Yang Amat Mulia Sultan Perak baru-baru ini di mana saya mencadangkan agar GLC-GLC Kerajaan seperti SADC mengambil kira kawasan-kawasan padang ragut yang ada cumanya dekat sini beberapa sahabat saya agak sedikit konflik sikitlah dengan saya, bagaimana antara Trong dan Changkat Jong tadi bercakap mereka ada lembu yang banyak tapi kawasan tak ada. Tetapi saya ingin bercakap soal kawasan saya yang telah dibentangkan baru-baru ini bagaimana saya ada 13 kawasan padang ragut. 13 kawasan padang ragut dengan jumlah keluasan hampir 1300 ekar tetapi malang sekali lembunya tak ada.

Jadi apa salahnya saya syorkan kepada agensi pelaksana iaitu SADC untuk melibatkan sekali kawasan padang ragut yang ada di kawasan saya dan melibatkan sekali juga pemegang taruh iaitu Veterinar sebagai agensi yang menjaga kawasan-kawasan padang ragut ini untuk kita memikirkan kaedah ataupun cara terbaik bagaimana kita dapat mengoptimumkan penggunaan padang ragut yang ada. Kawasan dah ada cuma tinggal bagaimana peruntukan yang ada yang dilaburkan yang akan digunakan oleh SADC ini untuk membantu kawasan-kawasan padang ragut itu menyediakan lembu-lembu dan akhirnya lembu-lembu Itu dapat dipasarkan semula. Secara tak langsung sasaran Kerajaan Negeri untuk menjadikan Perak ini sebagai satu hub industri daging halal dapat dijayakan kerana saya yakin dan percaya dan melalui sesi perbincangan saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SADC. Semalam bila saya ingin mendapatkan respon mengenai cadangan program hub ataupun pembangunan hub halal daging Perak ini, mereka terus memberi respon kepada saya.

Batu Kurau ingin mencelah. Terima kasih kepada YB Temengor, saya ingin mengemukakan satu soalan berkenaan dengan padang ragut. Pengurusan padang ragut sebenarnya. Jadi ya kalau di tempat saya tu, atau mungkin berlaku juga di tempat-tempat lain. Padang ragut di uruskan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik di kalangan orang ramai yang berdekatan. Masalahnya ialah saya setuju dengan YB katakan tadi bagaimana padang ragut ni boleh dioptimumkan hasilnya lagi. Sedangkan jawatankuasa itu seperti seolah-olah dia tak nak kongsi dengan orang lain dah. Setakat itu saja. Jadi mesyuarat agung dia tak panggil. Hanya ahli-ahli dia saja dan tidak buka peluang kepada orang lain. Macam mana kita nak mengatasi masalah seperti ini. Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih kepada Batu Kurau. Ya memang ada.

Yang di-Pertua

Temengor daripada Pangkor.

Terima kasih. Temengor beri laluan. Berkaitan dengan padang ragut ini. Apakah Temengor itu, konsep padang ragut sebenarnya sudah tidak sesuai dalam konteks hari ini. Memandangkan kebanyakan kawasan padang ragut yang diwujudkan adalah ke mana Malaysia mengamalkan konsep pertanian yang lama. Iaitu dengan menyediakan kawasan-kawasan untuk kawasan yang luas seluas-luasnya tapi sekarang ini kawasan-kawasan seperti itu kebanyakan yang kita dapati lebih daripada 70% telah pun diduduki yang telah diceroboh dengan tanaman-tanaman kelapa sawit dan sebagainya yang menyebabkan konsep ataupun pengwujudan padang ragut itu sudah tidak ada. Walaupun pada namanya masih ada.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih di atas pandangan yang diberikan oleh Batu Kurau dan juga Pangkor. Saya ada bersetuju dan tidak bersetuju juga dengan sebahagian pandangan yang dinyatakan sebagai contoh daripada Batu

Kurau, ya ada sebahagian peserta-peserta padang ragut yang menganggap kawasan itu seperti seolah-olah kawasan mereka dan tidak memberi atau membuka peluang kepada orang lain untuk melibatkan diri dalam padang ragut tersebut. Tetapi itu sekiranya padang ragut tersebut berdaya maju. Tetapi bagi kawasan yang tidak berdaya maju bayangkan ada padang-padang ragut yang bermula pesertanya 50, 60 orang dan akhirnya disebabkan tidak dibangunkan padang ragut tersebut peserta tinggal 10,13 orang. Kerana apa? Lembu tak ada dan akhirnya juga saya bersetuju. Saya nak ni sebab masa saya pun tak panjang dan saya juga. Pangkor apa bila, bila tidak diupayakan, bila tidak diupayakan, akhirnya kawasan itu menjadi satu kawasan terbiar dan adalah pihak-pihak yang mengambil kesempatan ataupun mengguna untuk tujuan dan maksud lain yang menyebabkan apa yang dinyatakan oleh Pangkor itu berlaku.

Tetapi dalam masa yang sama, saya kira ada kawasan-kawasan yang perlu dikekalkan tetapi perlu pertolongan ataupun lonjakan bantuan daripada agensi-agensi yang ada. Macam saya kata tadi peluang kita dah ada untuk mewujudkan hub halal daging Perak di mana SADC menjadi agensi pelaksana. Apa salahnya kawasan padang ragut saya tawarkan boleh mengadakan perbincangan antara Veterinar dan koperasi padang ragut di kawasan saya yang 13 padang ragut tersebut. Kalau ada perkara-perkara yang menjadi kekangan aku sukatan bolehlah diperbincangkan untuk dipermudahkan agar matlamat dan maksud tujuan untuk kita menjadikan Perak hub halal ini dapat dijayakan dan akhirnya sekaligus mengurangkan faktor-faktor seperti yang dibangkitkan oleh Pangkor tadi menyatakan kawasan-kawasan pada ragut ini dah tidak bersesuaian disebabkan tak ada pelonjak atau pun penggerak untuk memajukan padang-padang ragut tersebut sehinggakan ada kawasan-kawasan yang diminta untuk dikeluarkan daripada reserved padang ragut untuk dijadikan kawasan perumahan. Sebab kenapa perlu direservekan sebagai padang ragut, lembunya tak ada. Ya ternakannya tak ada jadi disebabkan itu saya kira untuk memastikan perkara ini tidak gagal dan mengupayakan kawasan-kawasan padang ragut terutamanya kawasan padang ragut di dalam DUN Temengor, saya menawarkan dan saya mohon agar SADC yang menjadi agensi pelaksana berbincang dengan Veterinar dan mengambil satu persepakatan untuk memastikan agenda hub daging halal di Perak ini dapat dilaksanakan dengan melibatkan padang ragut di dalam kawasan DUN Temengor.

Seterusnya saya ingin menyentuh soal jalan MARRIS yang telah dibangkitkan oleh beberapa sahabat kita tetapi cuma isu yang ingin saya bawa ini agak sedikit berbeza. Pekeliling Perbendaharaan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri 3.0 perkara 8, pendaftaran jalan dalam Malaysia. Iaitu jalan MARRIS. 8.1 jalan-jalan negeri yang berdaftar dalam sistem Marris online, layak untuk disediakan pemberian penyelenggaraan jalan negeri. Perkara 9, spesifikasi pendaftaran dan kelayakan jalan negeri. Yang ni saya nak sentuh di mana yang melibatkan jalan-jalan negeri untuk jalan kampung dan jalan pertanian yang mana dihadkan permukaan jalan adalah antara 2.44 meter sehingga 4.27 meter dan tidak memerlukan pelebaran bahu beserta reserved jalan. Sedangkan dalam keadaan sekarang ada kawasan selain kita nak turap, kita perlu lebar jalan tersebut. Kalau dulu jalan tersebut rosak, orang jatuh di tengah jalan tapi sekarang walaupun dah turap, orang masih jatuh tapi jatuh dekat tepi jalan. Sebabnya bila kita turap, dia makin tinggi, makin tinggi, akhirnya membentuk sebuah tebing yang tinggi dan mengancam juga keselamatan orang-orang kampung yang menggunakan jalan tersebut. Jadi maksud dan tujuannya tidak sampai. Buat untuk kebaikan tetapi masalah tidak diselesaikan. Sebab itu saya harap kita dapat melihat balik prosedur-prosedur yang kecil seumpama ini dapat kita tukar. Sebab prosedur ini kita yang buat. Apa salahnya kita melihat semula bagi jalan kampung, jalan MARRIS ini kita dapat masukkan sekali untuk melebarkan jalan kerana ada kawasan-kawasan selain kita nak turap untuk betulkan permukaan jalan, kita perlu lebarkan bagi kawasan ataupun jalan itu dapat digunakan dengan lebih baik oleh penduduk-penduduk kampung.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Slim mohon mencelah.

Minta, tak apa bagi masa sikit hari ini merupakan isu yang penting jugak. Berkaitan dengan jalan yang rosak. Saya tak sempat nak bahas esok. Jadi izinkan saya bertanya juga kepada Temengor dan juga rakan-rakan yang lain. Kerana isu libatkan jalan rosak ini telah mendatangkan masalah besar di semua tempat. Saya ingin bertanya kepada YB Temengor. Setuju atau tidak kiranya apabila kerja-kerja pengorekan jalan disebabkan oleh untuk nak menyediakan utiliti-utiliti, sama ada paip, elektrikal, paip air ke dan lain-lain lagi, tindakan pihak kontraktor yang mengorek jalan-jalan yang baru dikorek tetapi akhirnya apabila dikorek kemudian diturap balik, diturap itu hanya mengambil di kawasan itu, menyebabkan jalan itu rosak. Jadi soalan saya, apakah perlu pihak kontraktor yang berkenaan memastikan supaya jalan-jalan itu yang dikorek tu hendaklah dikekalkan balik surface sepertimana pada asalnya.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Slim mencelah.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Yang Dipertua, saya masa tak lama kan? Tapi saya nak respons kepada Pangkor tadi, saya amat

Yang di-Pertua

Tak apa, saya tambah lima minit lagi ya.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Sikit sahaja Slim ya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Lagi satu.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Slim minta dulu, Slim.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, ok

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Terima kasih Temenggor. Saya nak tanya, setujukah Temenggor untuk kita melihat juga peruntukan MARRIS ini untuk diluaskan lagi untuk membuat jalan-jalan baru sebagaimana yang Temenggor sebutkan tadi. Memang jalan kita turap semula, jalan yang sedia ada yang sedang dah elok, itu sebab dia makin tinggi itu. Tapi jalan baru tak dibenarkan buat. Dia tak boleh pakai peruntukan MARRIS, dia kena turap semula sahaja, satu.

Yang kedua, masalah juga dalam kawasan saya sebab saya DUN Slim. Peruntukan MARRIS tu tak boleh pakai di dalam pentadbiran yang berbeza iaitu di Batang Padang. Peruntukan masuk ke Muallim, saya DUN Slim itu ada dua kawasan, kawasan Batang Padang dan juga Muallim. Banyak saya punya tempat dalam Batang Padang. Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Ok, saya faham, terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Bercham sikit.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Last Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, terima kasih Temenggor. Saya memang amat setuju dengan pandangan daripada Pangkor yang mana kontraktor selain menyempurnakan mereka tetapi ada satu cadangan daripada pihak saya, hantar kontraktor tersebut tinggalkan satu tanda agar orang ramai tahu siapakah pihak yang kerja yang dijalankan kerja tersebut. Sebab banyak penduduk mereka itu, dia tak tahu sama ada dia datang dari TNB ke JKR LAP ke, mana-mana. Mereka tak tahu, lepas korek mereka cabut, tinggal saki baki. Orang macam saya sebagai pemandu motosikal kadang kena elakkan lubang-lubang tersebut, jadi mereka, agar mereka tahu di manakah, saya kadang-kadang saya sebagai wakil rakyat terima aduan, dia kata ada orang-orang korek, daripada mana, mereka tidak tahu. Jadi ini adalah letakkan satu tanda agar projek itu, agar menyenangkan kita untuk buat aduan. terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Ok, terima kasih. Saya mohon Dato' Yang Dipertua untuk memasukkan ketiga-tiga cadangan yang dibangkitkan oleh Pangkor, Slim dan juga Bercham tadi ke dalam ucapan saya dan saya bersetuju dengan pandangan yang telah dizahirkan oleh mereka kepada cadangan yang ingin, untuk dibuat penambahbaikan kepada MARRIS. Termasuklah macam saya kata tadi, soal yang SLIM membangkitkan mengenai tidak boleh dibelanjakan di kawasan pentadbiran, sebahagian pentadbiran. Seperti juga yang dibangkitkan oleh Pengkalan Hulu semalam, hanya boleh digunakan di kawasan daerah kecil Pengkalan Hulu, ada sebahagian kawasannya di dalam Daerah Kecil Gerik. Tapi tidak boleh digunakan, sedangkan pada ketika sebelum ini peruntukan tersebut boleh digunakan. Jadi di mana perkara itu yang menyebabkan kekangan ataupun halangan ini berlaku sehingga pada kali ini peruntukan itu tidak dapat digunakan. Sebab tu saya kata tadi, soal pengurusan, soal tatacara atau prosedur yang boleh kita ubah yang boleh perbaiki yang tak perlu melibatkan kekurangan bolehlah kita laksanakan. Yang ada benda yang kita tak perlukan kewangan, tetapi dapat menyelesaikan masalah dan perkara-perkara seumpama ini. Yang perlu kita laksanakan dan saya yakin dan percaya di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Kota Tampan dapat akan melakukan perkara ini demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, isu seterusnya ialah mengenai isu jalan di kawasan perkampungan Orang Asli. Saya ingin menyentuh soal jalan-jalan, tadi jalan dalam kawasan perkampungan Orang Asli yang ada di kawasan saya. Bagaimana dah sekian lama mereka mendiami kampung tersebut tetapi cuba bayangkan masih belum ada lagi jalan kurang-kurangnya ada jalan swasta yang walaupun mungkin tidak begitu baik tetapi ada asasnya kerana mereka dah diam lama di kawasan tersebut. Memang ada satu peruntukan macam di kawasan Kenering, peruntukkan ke RPS Dala. Di kawasan saya pun akan dapat satu jalan baru daripada Sungai Siput ke khemah. Tapi masalahnya, kawasan dalam kampung perkampungan Orang Asli itu sendiri masih belum ada jalan yang sempurna. Jalan tanah merah, jadi saya ingin pihak Kerajaan Negeri boleh menjawab dalam sidang ini melalui JAKOA, saya nak tahu berapa banyak ataupun kampung-kampung mana yang telah dibuat permohonan sebenarnya oleh JAKOA untuk jalan-jalan kampung di dalam kawasan saya dan sekiranya telah dibuat . Saya mohon nyatakan kampung-kampung mana. Sebab bila saya tanya, ada mohon tak peruntukkan untuk jalan-jalan dalam kawasan kampung di kawasan perkampungan Orang Asli. Mereka kata ada. Tapi sampai sekarang saya tengok jalan itu, jalan itulah tak ada pertambahan jalan-jalan baru.

Jadi, saya mengharapkan dalam Dewan ini ada sedikit sinar kepada mereka bagi jalan-jalan kampung di gugusan RPS Kema termasuk di gugusan RPS Banun di kawasan saya. Yang dalam kawasan pulau-pulau tu memang dah tentulah tak boleh nak buat jalan. Ini yang kawasan access by road ini. Boleh difikirkan untuk dipanjangkan kepada Kerajaan Persekutuan dapatlah kiranya dilihat jalan yang baik kepada masyarakat Orang Asli di kawasan saya. Baru-baru ini ada satu jalan, dah lah jalan tu jalan balak, jalan tanah merah, terputus jambatannya terputus, menyukarkan penduduk di Pulau 7 Kampung Semeloh sukar Untuk keluar yang mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya termasuk anak-anak nak pergi sekolah. Ya sebabnya apa, sebabnya jalan-jalan agak teruk. Jalan, sekarang ni bila dah jambatan yang jambatan balak itu putus mereka terpaksa buat lencongan dan insyaallah sedikit bantuan daripada saya dan juga pejabat daerah kami buat jalan sementara sebab nak tunggu kalau nak buat jalan baru ataupun jambatan tu melibat kos yang agak berjuta. Tapi sekiranya tidak dimulakan, masa bila akan diselesaikan. Sebab itu saya harap isu yang saya bangkitkan ini mendapat perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri.

Seterusnya bercakap soal kenaikan harga barang. Tadi kita kata nak tunggu program daripada kementerian, turun ke parlimen-parlimen dan DUN-DUN di negeri Perak ini untuk dapat kita menawarkan harga yang berpatutan melalui jualan. Kalau program baru-baru ini dekat pusat, jualan keluarga Malaysia yang menawarkan harga yang murah kepada rakyat. Tetapi berapa ramai sangat yang menikmati perkara itu dan tak perlulah kita nak tunggu program-program daripada kementerian, kita dah ada satu program yang cukup baik dari zaman Yang Berhormat Pangkor itu, Kedai Bergerak Amanjaya sebelum ini dan dibawa sehingga sekarang iaitu Kedai Bergerak Negeri Perak yang mana program itu ditawarkan kepada kawasan-kawasan DUN yang ada dalam negeri Perak Ini. Cuma ini sekiranya dapat ditambah peruntukan untuk melaksanakan program kedai negeri Perak ini, saya akan dan percaya kita sekurang-kurangnya mampu menawarkan harga yang lebih baik kepada orang kampung sebab kedai negeri Perak ini, Jedai Bergerak negeri Perak ini memang menawarkan harga yang cukup murah harga yang berpatutan ditambah pula oleh peruntukan ataupun subsidi tambahan yang diberikan oleh wakil rakyat dan juga agensi-agensi beberapa agensi yang membantu. Mengurangkan harga sekurang-kurangnya bebanan kos harga yang mahal yang kita bicarakan sekarang ini dapat dikurangkan dengan kita menyediakan platform yang sesuai seperti kedai bergerak negeri Perak ini. Habis masa Dato'?

Yang di-Pertua

Banyak lagi kah?

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Ada sikit sahaja lagi. Saya perlu utarakan juga perkara ini.

Yang di-Pertua

Tiga minit cukup?

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Boleh. Saya orang yang akur kepada arahan. Mengenai sekali lagi isu jalan. Apabila kita bercakap soal fokus kepada pelancongan tapi malang sekali walaupun ini kuasa kepada peringkat persekutuan iaitu Jalan lebuh raya Timur - Barat. Bagaimana jalan ini tidak diselenggarakan begitu lama dan mengalami kerosakan yang sangat teruk sehingga mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu dan penumpang. Kadang-kadang saya malu dia bila orang taip dekat Facebook ni apa jalan Gerik ni teruk siapa wakil rakyat Dia. Orang pun tag Salbiah Mohamad. Famous la sekejap ya. Sebab famous yang jalan tak elok dan yang lebih mendukacitakan famousnya sebab apa, melihat ada mangsa-mangsa kemalangan yang meragut nyawa kerana jalannya yang begitu teruk sedangkan apabila kita sampai di pintu sempadan negeri Perak dan Kelantan kita tengok jalanrayanya agak begitu baik sedangkan saya di kawasan saya ini jalan Lebuh raya timur-barat melibatkan kawasan pelancongan yang begitu popular bukan sahaja dalam Malaysia di luar negara iaitu Hutan Belum orang nak pergi lalu jalan itu tetapi jalan yang cukup-cukup teruk yang saya kira dapat diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk dipanjangkan ke peringkat Persekutuan agar ada penambahbaikan bagi kita membetulkan keadaan jalan Lebuh raya Timur Barat yang ada sekarang ini.

Dato’ Yang Dipertua last, iaitu bagaimana menyentuh soal pengurusan Saya kira seperti yang saya bangkitkan tadi banyak perkara-perkara sebenarnya isu yang remeh tetapi tidak diselesaikan kerana hanya sedikit ataupun prosedur-prosedur yang mengekang yang boleh kita perbetulkan untuk kita laksanakan kerana rakyat di bawah tak tahu yang mereka tahu mereka mengadu kepada wakil rakyat wakil rakyat panjangkan dan kalau boleh benda itu diselesaikan, mereka tak kira perkara-perkara yang kecil-kecil yang kata tadi jalan MARIS tak boleh lebar ke apa semua tu sebab bagi mereka itu kerja kerajaan kenapa tak boleh kerajaan yang buat keputusan kenapa tak boleh nak dilaksanakan dan disebabkan Itulah juga semalam seperti apa yang dibangkitkan oleh Pengkalan Hulu mengenai isu gajah di RPS Kemar saya tak berulang kali bangkitkan di sidang DUN itu tetapi apabila tindakan yang diambilnya didapati mereka rasa perkara itu seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Mereka cuba untuk ada orang lain bercakap soal ini seolah-olah macam saya tidak memanjangkan perkara ini kerana apa kerana bagi mereka kalau saya dah bersuara dah tentulah ada tindakan daripada pihak yang berkaitan tetapi, saya harap perkara ini diambil maklum oleh kerajaan negeri terutamanya PERHILITAN dah ambil tindakan tetapi disebabkan kekangan-kekangan yang ada terbatas ya terutamanya isu gajah di RPS Kemar banyak perkara-perkara yang terbatas yang menyebabkan mereka merasakan tindakan tidak diambil cuma apa yang disyorkan seperti yang Berhormat Pengkalan Hulu semalam PERHILITAN turun dan mengadakan perbincangan dengan tok-tok batin untuk mencapai kata sepakat kadang-kadang mereka rasa dihargai jadi saya kira saya tidak ingin berucap panjang saya menyokong pembentangan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan baru-baru ni Temengor mohon menyokong . Sekian wabillahitaufikdayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat daripada Temengor, sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan dalam Dewan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah saya diberikan kesempatan pada petang ini untuk sama-sama berbahas dalam Belanjawan 2022 sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Besar dalam belanjawannya berkenaan bagaimana ibrah yang terkandung dalam terjemahan ayat al-Quran surah Furqan ayat 67 dan suka juga untuk saya mengimbau rakan-rakan membantu kita juga melihat pengajaran daripada surah Yusuf ayat 40 hingga 49 yang bagaimana dalam surah Yusuf itu juga menitipkan pengajaran kepada kita tentang bagaimana untuk melakukan usaha berterusan dan juga bagaimana untuk mengutamakan simpanan bagi masa depan menyatakan dalam ayat-ayat ini yang merupakan hasil daripada mimpi Raja Mesir dan perlu persiapan kepada negara Mesir ketika itu untuk langkah berjimat cermat apabila berlakunya kemelesetan ekonomi dan juga wabak, dan inilah saya rasakan kita perlu lihat kepada ibrah yang ada dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar kerana menyatakan tentang dapat menguncupkan sedikit defisit negeri yang pada asalnya dijangkakan RM154 juta tapi dapat dikurangkan sehingga RM99.4 dan InsyaAllah pada tahun akan datang, dikurangkan lagi defisit daripada RM5 juta dan inilah keutamaan-keutamaan yang saya rasakan perlu dititikberatkan dan kita fokus kepada apa yang perlu dibelanjakan dan khususnya kepada tidak dinafikan tentang apa perkara yang boleh menyebabkan tentang masalah rakyat yang utamanya adalah soal makanan dan penginapan, kesihatan dan jadi saya akan tinggalkan perkara dapat dititikberatkan juga tanpa menafikan tentang soal pendidikan dan penggunaan sumber modal insan.

Yang Berhormat Speaker saya juga ingin merujuk kepada perkara 29 muka surat 9 isu yang telah diberikan perhatian iaitu meningkatkan capaian internet dan juga jalur lebar dan pendijilan kepada perkhidmatan dan di sini saya masukkan bahawa isu ini releven jangan terlalu dan sangat up to date perlu diberikan perhatian yang serius. Apatah lagi dalam pasca covid ini ia perlu kepada kita menyaksikan ke persediaan dari segi infra ICT ini suka untuk saya juga menyatakan bahawa mencadangkan kita perlu mengetahui menaik taraf sistem ICT cara lebih meluas dan cekap dan berkesan rata-rata rakan-rakan yang berhormat bercakap tentang perkara ini di kawasan masing-masing perluasan rangkaian public package peranti pintar dengan Internet perlu diberi perhatian. Impak bukan sahaja kepada pelajar malahan pekerja yang work from home dan saya rasa walaupun sekarang sudah dibuka untuk kita aktif atau kembali semula seperti dahulu tapi masih lagi ada juga yang pakai pekerja yang work-from-home dan pembelajaran mengurus memantau mengaudit dan mengawal selia infra telefon kasi dari Perak dengan data dan maklumat terkini dan haruslah dimaklumkan pada setiap ADUN secara berkala sebab ini juga menjadi pertanyaan dan persoalan oleh ADUN-ADUN tentang bagaimana dari segi infra kawasan infra.

Terima kasih bagi tambahan kepada rancangan pembangunan kabel gentian optik kelajuan tinggi dengan jajaran gentian seluruh negeri meliputi semua daerah pagi percepatkan akses jalur lebar dan penghantaran data serta lebih meluas cekap dan berkesan kalau di Parlimen tengah bahas tentang 5G, syarikat yang dapat dan sebagainya. Tapi kita di sini juga perlu lihat ada Perak juga perlu terus ke hadapan melihat tentang teori keperluan semak pencawang telekomunikasi letak baru yang perlu baiki yang rosak dan hapuskan pencawang tanpa kebenaran tetapi masih ada lagi pencawang yang disediakan terhadap jantan ini akan merugikan sumber pendapatan TEKUN hasil kepada itu juga saya ingin menyentuh tentang anak dengan peluang pekerjaan.

Khususnya dalam daerah Muallim yang mana di Perak Selatan ini ditumpukan kepada industri automatif juga. Tadi indah seperti sedia ada dan penggunaan yang setara dulu bagi meminimumkan trend penghijrahan keluar penduduk Iaitu yang dicadangkan ialah pembangunan berasaskan transit di pusat-pusat pertumbuhan sepanjang laluan khidmat dan komputer perlu diadakan untuk di Tanjung Malim, Behrang River, Sungkai kemudahan perkhidmatan ETS dan komputer yang efisien dapat menerangkan kerja di luar negeri Perak untuk berhijrah dia Muallim dengan pembangunan bercirikan transit di sekitar bandar dan pekan berhampiran stesen ETS dan ini sebenarnya akan meningkatkan juga lagi dari segi pembangunan ekonomi yang berskala kecil lagi dan sebagainya dalam kawasan tersebut.

Pembangunan perumahan mampu milik ini sangat penting akan menambah tarikan untuk mereka datang bekerja di Muallim. Masalah di Muallim sekarang ini ataupun dalam Parlimen Tanjung Malim, Bidor bawa ke Tanjong Malim ini ialah perumahan kita kekurangan rumah mampu milik bukan mampu tengok yang banyak sekarang Proton juga dia punya rumah rumah yang harga RM350 ribu ke atas ni kalau pekerja-pekerja Proton ini mereka nak dapat rumah yang mampu milik rumah dengan kos rendah ni memang susah la juga yang bawah RM250 ribu begitu berharap agar ini boleh di lihat dan.dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya anak-anak syarikat yang juga mampu untuk membangunkan perumahan ini dan suka di sini juga ingin saya bertanya tentang status rumah Perakku di Behrang, Ulu Bernam yang sebanyak 58 unit dan juga rumah Perakku di Trolak sebanyak 64 unit, yang sudah sekian lama di buat tapi pembangunannya agak lembab dah lambat.

Kalau di Behrang itu baru 31% dan di Trolak 17% ini di bawah LPHP. Jadi kita harap agar ramai mereka yang telah pun ditawarkan, diberikan surat untuk memiliki rumah ni bertanya status. Bumbung sudah naik dah nampak tapi sampai sekarang nampak kerja-kerja itu tidak dijalankan berterusan. Jadi pada masa akan datang, dia akan menambahkan lagi kos sebab benda ini tidak diteruskan. Kemudian dan suka juga saya ingin melihat kepada soal pelancongan eco tourism ada yang disebut fokus satu dalam muka surat 12 menyatakan, jadi saya suka ingin mencadangkan supaya pembangunan produk pelancongan ini dilakukan secara bersepadu iaitu usaha ke arah menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke daerah dalam negeri Perak khususnya dalam daerah Muallim perlu dipertingkatkan melalui promosi yang lebih agresif. Pembangunan infrastruktur pelancongan juga amat penting untuk menjadikan khususnya Muallim sebagai agensi pelancongan yang selamat dan mesra pelancong. Kalau kita lihat di Hulu Selangor sebagai perbandingan ramai yang pergi ke sana tapi alhamdulillah bila buka saja, PKP ini tak ada. Ramai sekarang ini sudah pergi ke dalam daerah Muallim, sekarang kita banyak sungai-sungai, lata dan sebagainya.

Potensi membangunkan daerah Muallim sebagai permata pelancongan selatan Perak dengan mempelbagaikan aktiviti pelancongan berasaskan alam semulajadi secara lebih efektif dan juga untuk kita perkukuhkan produk pelancongan eko secara mampan tanpa menjejaskan alam sekitar dan biodiversiti setempat dan ini sangat penting kerana orang muda khususnya memang suka kepada pelancongan ini tapi mereka juga cuma melihat supaya tidak menjejaskan alam sekitar. Yang terbaru saya mendapat komen dan sebagainya ialah apabila berlakunya dikatakan pencerobohan hutan di Hutan Simpan Besout, tapi alhamdulillah nampaknya pihak Jabatan Hutan telah pun membuat tindakan dan begitu juga di diamond crete ada juga berlaku pencerobohan, pembangunan yang tidak mampan yang menjejaskan terutamanya sungai-sungai di dalam daerah di kawasan Hulu Bernam. Pemindahan bangunan di pekan lama ini juga perlu diberi perhatian seperti Tanjung Malim, Behrang Stesen dan Slim boleh meningkatkan aktiviti komersial, dan perlu juga untuk meningkatkan prasarana pelancongan yang lebih komprehensif pembangunan di kawasan contoh di Kolam Air Panas Ulu Slim, water rafting juga sukan lasak.

Jadi inilah saya rasa perlukan kepada meningkatkan kepada eko pelancongan dan juga meningkatkan ekonomi tempatan dan seterusnya adalah untuk mewujudkan pekan yang mempunyai dengan izin elemen since of re-coming seperti pintu gerbang, arca, tembok, signage yang berbeza reka bentuk mengikut karakter kawasan atau pun bandar tersebut. Ini perlu dibantu kalau di Tanjung Malim dengan pau mungkin replika pau mungkin ada atau UPSI sebagai ikon sejarah pendidikan. Boleh kita ketengahkan, kemudian seterusnya suka juga untuk saya melihat kepada soal modal insan, soal pendidikan dan suka untuk saya syorkan supaya mewujudkan banyak lagi kolej-kolej atau pun institusi pendidikan khususnya di dalam daerah Muallim sewajar dengan namanya Muallim seperti IKBN, MRSM, Kolej Komuniti yang sekarang ini tidak ada di sana dengan trend pekerjaan di situ yang disebut sebagai sektor automotif dan kewujudan bengkel-bengkel kereta juga yang semakin bertambah di sana dan perlu ada wujud kolej-kolej TVET yang seperti ini. Seterusnya saya ingin syorkan juga untuk perpustakaan daerah yang lengkap dengan kemudahan ICT. Di daerah Muallim tidak ada lagi perpustakaan, yang ada bangunan yang sangat lama tapi sudah uzur dan tidak diguna pakai. Jadi harapnya dapat diberikan tentang perpustakaan daerah ini di dalam daerah Muallim.

Kemudian, suka juga penyaluran dana bantuan kepada sekolah-sekolah sebagaimana tindakan yang lain juga menyatakan bahawa ini juga perlu di lihat kembali kalau boleh dapat ditambahkan kerana ini ialah soal penggunaan modal insan dan juga jangka panjang kepada negeri. Saya hendak syorkan supaya kita boleh juga beri bantuan kepada pelajar-pelajar di universiti dan juga pelajar tingkatan 6 untuk aktiviti. Macam ditempat saya ini ada UPSI, ada politeknik dan juga pelajar tingkatan 6. Jadi ramai yang datang bertemu saya untuk mohon bantuan ini kerana tiada peruntukan di bawah Exco pendidikan untuk bantuan-bantuan dan kalau ada benda ini boleh kita ketengahkan dan angkat ke peringkat Kerajaan Negeri. Seterusnya berkenaan dengan kesihatan, saya suka ingin mengesyorkan untuk kita melihat juga peruntukan tambahan kepada tentang infra dan penyelenggaraan kepada contoh mesin dialisis yang kurang di hospital-hospital dan juga aksesibiliti perkhidmatan yang perlu di pelbagaikan sebagai contoh farmasi drive thru, supaya memudahkan kepada orang awam untuk mendapat perkhidmatan yang baik dan kalau di tempat saya di Muallim ini, dialisis ini kadang hospital terpaksa hantar sampai ke Batu Caves kerana kurang dan juga tidak cukup ruang dan tempat untuk dialisis, yang ada di Sungkai sorry di Bidor, di Slim River dan juga di Tanjung Malim. Seterusnya, melihat kepada tentang orang asli banyak juga rakan-rakan menyatakan kawasan di Mualim juga banyak perkampungan orang asli.

Perkara yang sama ingin saya nyatakan di sini adalah tentang bekalan air bersih dan terawat di Kampung Changkat Ramu dan Sungai Teras kerana perkara ini telah lama diperkatakan sekarang ini mungkin menjadi masalah kepada mereka memang ada bekalan air tapi digali daripada tanah. Apabila tiba musim kemarau, yang keluarnya hanyalah air warna merah jadi tidak boleh hendak mandi pun tak dapat, minum apatah lagi. Jadi inilah perkara yang asas yang saya rasa perlu dipertingkatkan. Kemudian berkenaan dengan pembinaan rumah dan juga baik pulih rumah dalam kawasan-kawasan orang asli dan juga harapnya dapat dipertingkatkan.

Yang Berhormat Speaker, berkenaan dengan masalah banjir ini juga banyak sudah diperkatakan dan sering kali menyatakan tentang banjir kilat dan saya minta supaya dapat juga dilihat tentang SOP banjir ini kerana banyaknya bantuan-bantuan tidak dapat hendak disalurkan oleh pihak-pihak yang berkenaan disebabkan kerana SOP dan juga dasar-dasar yang saya fikir sudah lama, sekarang ini kita nak dapat banjir ini, banjir kilat kita harap dapat dimasukkan dalam dasar yang ada, yang mana boleh layak untuk menerima bantuan kalau tidak banjir kilat walaupun dua, tiga jam dia punya kerosakkan sama juga macam mana banjir dua, tiga hari. Cumanya mereka tak berpindah, tidak ada di pusat banjir tapi kerosakannya sama. Tetapi bila minta bantuan makanan tidak boleh diberi. Bantuan kecemasan juga tidak dapat diberi kerana banjir kilat. Jadi akhirnya yang mereka akan datang ke Pejabat ADUN minta bantuan, minta peruntukan dan sebagainya. Jadi disini akan menjadi masalah kepada kita.

Kemudian dari segi perancangan untuk mengatasi banjir ni juga dalam konteks jangka masa yang panjang bukan hanya bila sudah banjir barulah kita hendak pergi korek sungai, hendak pergi cuci sungai dan sebagainya. Tapi dari segi perancangan jangka panjang itu, harapnya perlu segerakan sebagai contoh ada yang di Pekan Trolak, baru ni sudah ada kajian dibuat dan dipanggil orang ramai, orang kampung untuk datang dan diberikan komen sebagainya. Tapi antara cadangan yang dilakukan oleh pihak konsultan itu dia kata yang paling mudah ialah diminta pindah sahaja orang itu pergi ke tempat yang lebih tinggi, kalau itu kita pun sudah tahu. Dia tak payah cadang pun tak apa, kalau hendak pindah itu, jadi masalah nak pindah pun ada masalah juga di mana kita hendak letakkan mereka dari segi tanahnya dan bila pindah ke tempat yang baru kalau ada tanah pun, mereka terpaksa mengeluarkan modal untuk membangunkan rumah yang baru dan sebagainya. Jadi tak selesai juga masalah, yang kita lihat supaya jangka panjang tu bagaimana hendak dibuat oleh pihak yang berkenaan dan begitu juga dengan pertanian, juga kita harap agar diberikan perhatian masalah dalam kawasan sekarang ini ialah banyaknya berkenaan dengan ancaman haiwan-haiwan.

Tentang kera, monyet babi dan sebagainya dan akhirnya dia memberi kesan juga kepada mereka yang mengusahakan pertanian dan akhirnya mereka tak dapat bukan setakat nak makan tak boleh nak jual nak makan pun tak boleh. Habis rosak semua habis rosak semua yang baru ni semalam saya dimaklumkan ada yang buat apa ni tanam betik habis monyet itu suka makan apa ni rosakkan betik-betik ambil pucuk dan sebagainya. Jadi macam mana nak belum jual pun tapi dah habis. Yang ini pun saya harapkan agar dapat perhatian daripada pihak berkenaan tentang ancaman ini menyebabkan sebenarnya memberikan kesan kepada sumber pendapatan dengan pekerjaan kepada mereka yang di luar sana dan yang akhirnya juga ingin saya nyatakan ialah tentang JPKK ini. Ramai yang tadi pun telah dibahaskan juga yang menyatakan tentang keberkesanan bila adanya apa yang telah kita lakukan. Selama ni kita ada tiga wakil daripada parti dan kemudiannya Penghulu menjadi pengerusi.

Jadi masalah kepadanya ada mungkin hanya satu pihak sahaja yang bekerja bertungkus-lumus yang lain tu hanya melihat sahaja dan juga elaun yang dapat sama tapi kerja tak dapat nak jalankan dengan dan juga akan dan masalahnya juga ialah apabila Penghulu menjadi pengerusi ada kalau di kawasan tu ada 14,15 kampung letih juga Penghulu dan pengerusikan semua tempat masalah-masalah yang berbeza dan setiausaha juga daripada kerani daripada Pejabat Penghulu senang kan. Kalau dulu ketua kampung jadi pengerusi ada setiausaha yag dilantik dari jawatankuasa 10 ke 12 orang. Jadi mereka ini berperanan di tempat masing-masing. Sekarang ini tidak begitu. Jadi bila masalah-masalah kampung ni akan jadi masalah yang berpanjangan kepada ketua kampung dan mereka tak dapat nak selesaikan.

Jadi masalah lain pula di bawah sana pertikaian dan sebagainya. Jadi harapnya benda juga dapat dilepaskan daripada pihak Kerajaan Negeri dan satu lagi isu kampung ialah tentang berkenaan dengan kutipan sampah. Saya ingat dalam ini tidak ada tahun lepas ada tentang bagaimana untuk membantu dari segi pembuangan sampah di kampung-kampung tradisional yang tidak melibatkan dengan PBT. Diharapnya dapat juga diberi ruang dan peluang kepada keadaan ini kerana banyak masalah isu sampah sarap ini jangan hanya tak terkutip dan menyebabkan kepada berlaku perkara-perkara lainlah. Perkara-perkara lain yang akhirnya akan menjadi masalah kepada kampong, penyakit dan sebagainya nanti. Inilah perkara yang saya ingin menyatakan dan dalam konteks belanjawan ini Kita harapkan agar insyaallah boleh memberikan impak yang besar sebagaimana tema yang diberikan Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif itu saya menyokong kepada ucapan beliau. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Slim. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Rabbishrahli Sadri wayassirli Amri wahlul uqdatam millisani yafqahu Qauli.

Yang Berbahagia Dato' Yang Dipertua. Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Menteri Besar, Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran negeri, para petugas wakil media tuan-tuan dan puan-puan. Menekuni laporan Belanjawan 2022 serta laporan Laporan Tahunan yang diedarkan yang bertemakan Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif. Mudah-mudahan segala kebaikan akan timbul daripada belanjawan ini. Insyaallah. Dato' Yang Dipertua sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat pada 25 Ogos yang lalu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah bertitah yang berbunyi;

“Semasa berlangsungnya istiadat pelantikan Ahli Dewan Negeri Kota Tampan sebagai Menteri Besar beta telah menzahirkan kita agar Kerajaan Beta merintis jalan meminimumkan perselisihan politik demi kepentingan rakyat. Agenda kemakmuran ekonomi, agenda pembangunan negeri dan agenda kesejahteraan sosial wajib diutamakan.”

Alhamdulillah Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui belanjawan yang inklusif kali ini bukan sahaja telah mengekalkan peruntukan tahunan yang saksama untuk semua pusat khidmat ADUN sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan malah menaikkan peruntukan bulanan kepada semua pusat khidmat sebanyak ataupun kepada RM7 ribu sebulan. Pendekatan ini selari dengan hasrat Paduka Seri Sultan dsaya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan. Dengan pendekatan budaya politik baru aras tinggi yang diketengahkan oleh Baginda Sultan diharapkan Negeri Perak terus maju dan makmur. YB Kenering juga telah membahas isu ini pagi tadi dan saya bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan. Saya juga harap konsep budaya baru ini bukan hanya diperkasakan di kalangan ahli politik malah perlu diturunkan ke peringkat anggota-anggota pentadbiran agensi dan jabatan negeri dan daerah agar berlaku layanan agar tiada berlaku layanan double standard dan diskriminasi.

Saya sendiri juga mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan di sekolah di Kamunting seperti mana yang berlaku pada Yang Berhormat Sungkai dan Yang Berhormat Trong. Mungkin perlu bincang dengan PPD dah dalam hal ini. Walau bagaimanapun mudah-mudahan perkara ini tidak akan berulang. Konsep budaya politik baru aras tinggi ini seharusnya difahami, dihadam serta diamalkan dan apabila ia berulang kali diamalkan insyaallah ia akan jadi satu budaya. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Exco Pendidikan sahabat saya Yang Berhormat Changkat Jering yang telah turun ke padang ke Pusat Khidmat ADUN pembangkang mempraktikkan politik aras tinggi. Saya harap YB Exco tidak lupa beliau ada terhutang lagi 50 telefon bimbit ataupun telefon pintar yang nak diedarkan kepada pelajar-pelajar di Kamunting. Insyaallah perkara ini harus atau wajib dilakukan kalau tidak nanti nama baik nama Cikgu Saari akan terjejas. Tapi saya yakin YB Changkat Jering akan turun insyaallah. Cikgu Saari. Cikgu Saari tu cerita P Ramlee. Minta maaf Cikgu Saarani.

Juga menjadi pengharapan ADUN pembangkang tidak dipinggirkan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar turun padang ke kawasan menyantuni rakyat atau melaksanakan libat urus dengan pentadbiran daerah masing-masing berhubung amalan saksama tanpa diskriminasi. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Besar kepada permohonan Kamunting mengenai bantuan kewangan yang dijanjikan untuk meringankan beban kawasan yang mengalami PKPD. Pusat Koreksional Kamunting atau lebih dikenali sebagai KEMTAR beserta kuarters kakitangan telah menjalani PKPD sebanyak dua kali iaitu fasa pertama dari 30 Disember 2020 hingga 12 Januari 2021 dan fasa kedua dari 16 hingga 29 Januari 2021. Tetapi malangnya tiada bantuan disalurkan kepada Pusat Khidmat ADUN Kamunting seperti sepatutnya untuk membantu mereka yang terkesan. Oleh hal yang demikian saya telah menulis sepucuk surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bertarikh 29 Ogos 2021 dan menyerahkan kepada beliau semasa sidang Dewan Negeri yang lalu. Saya yakin tiada sikap double standard daripada pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau anggota pentadbiran cuma mungkin terlepas pandang dan saya berharap dan saya yakin sekarang ni masih tidak terlambat untuk mendapat pertimbangan dan respon yang positif.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu jaminan keselamatan makanan yang sentiasa dalam perhatian kerajaan. Sejumlah RM51.4 juta diperuntukkan kepada industri asas tani dan dalam keadaan pandemik Covid-19 yang telah mula reda sedikit ini saya yakin kesemua peruntukan ini dapat dibelanjakan sepenuhnya dengan efisien dan efektif. Saya alu-alukan penggunaan kaedah moden yang disebut dalam pembentangan Belanjawan 2022 dan berharap sebahagian daripada peruntukan RM51.4 juta itu digunakan untuk memperkenalkan teknologi moden atau pun memperkenalkan penggunaan teknologi moden. Kerajaan juga perlu keluar daripada mentaliti dengan izin business as usual kepada pendekatan melihat secara kritikal dan meneroka kaedah-kaedah yang baru yang berlainan dan yang luar biasa.

Teknologi berasaskan revolusi industri 4.0 boleh digunapakai agar kemuncaknya nanti kualiti dan kuantiti pengeluaran hasil tani mampu dinaikkan. Pertanian pintar diwarnai dengan penggunaan dron, mesin-mesin automatik yang terintergrasi dengan jaringan internet. Pengolahan tanah dan menanam juga boleh dilakukan menggunakan alat kawalan jauh serta pemasaran hasil pertanian boleh menafaatkan fasiliti e-Marketing dan e-Commerce dengan bantuan internet. Saya amat yakin perkara serupa ini telah mendapat tempat dalam industri asas tani di Perak. Oleh itu, saya mohon pencerahan daripada Yang Amat Berhormat Exco Pertanian sejauh mana amalan ini dihayati dan diamalkan di peringkat pengusaha pertanian dan bagaimana pencapaian prestasi dalam hal ni.

Dato' Yang Dipertua, isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah isu kenaikan harga barang yang boleh mengakibatkan inflasi berterusan. Secara keseluruhannya, harga kebanyakan barangan melambung tinggi dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila harga barangan makanan asasi seperti ayam, minyak masak, sayur melonjak naik ditambah pula ianya berlaku semasa pendemik Covid-19 yang mana kita melihat beribu-ribu orang telah hilang pekerjaan. Di zaman PH memerintah dahulu Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah pembangkang telah mengkritik keras dan menghina kerajaan di atas kenaikan harga barangan. Ini apa yang berlaku sekarang di zaman PN atau BN adalah jauh lebih serius dan quantum kenaikannya pun lebih tinggi malah bilangan produk terbabit juga jauh lebih banyak. Tetapi kita bukanlah nak menuding jari buat masa kini. Oleh itu, seluruh tenaga baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang harus digembeling mendepani isu ini. Pertemuan saya berserta dengan peniaga pasar malam, pekebun kecil, pemborong, peruncit dan pengguna dengan pihak KPDNHP Taiping baru-baru ini, memberi gambaran keadaan sememangnya susah dikawal walau pun enggagement dengan para peniaga dan pengeluar, pemantauan serta penguatkuasaan dilakukan. Menurut laporan daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), kenaikan tidak masuk akal terjadi terutamanya bagi sayur-sayuran. Umpamanya 1 kg sawi pendek harga dari RM3 meningkat ke RM9 iaitu sebanyak 200% kenaikan. Brokoli dari RM8 kepada RM20 kenaikan 150% dan seterusnya kobis bunga, kacang buncis dan lain-lain. Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ni untuk memastikan kesejahteraan sosial ekonomi berada di tahap yang boleh diterima. Kerajaan Negeri bersekali dengan Kerajaan Persekutuan termasuk agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu melihat secara serius isu-isu yang disebut mempengaruhi harga barang selain daripada hanya isu bekalan dan permintaan. Apa yang saya maksud kat sini ialah isu-isu seperti itu kartel yang telah disebut, isu orang tengah dan isu monopoli barang mesti dihapuskan kerana pemantauan dan penguatkuasaan tidak memadai untuk mencegah kenaikan harga barang yang melampau. Harapan rakyat mudah sahaja. Mereka nak tengok harga barang tidak naik begitu mendadak dan jika boleh harga barang tu turun. Dato' Yang Dipertua, Malaysia adalah salah satu negara berserta 192 negara lain yang menerima Agenda Pembangunan Mampan 2030 di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 25 September 2015. Saya merakamkan sukacita kerana salah satu fokus Belanjawan 2022 ialah memulihara khazanah alam dengan peruntukan sejumlah RM49.9 juta. Sementara kita akui inisiatif pemuliharaan alam sekitar adalah baik, inisiatif pemeliharaan alam sekitar juga tidak kurang penting malah lebih utama. Kerajaan mesti pelihara alam sekitar sebelum pemuliharaan menjadi keperluan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Prevention is better than cure. Alam sekitar perlu dipelihara daripada dicemari unsur-unsur yang menghasilkan gas rumah hijau green house gas dengan izin seperti gas metana, nitrogen monoksida, karbon monoksida dan karbon dioksida. Di antara penyumbang kepada gas rumah hijau ialah daripada tapak pelupusan sisa pepejal. Dato' Yang Dipertua, apa yang hendak saya bawa di sini ialah mencadangkan kerajaan mengambil jalan berani memelihara alam sekitar dengan membangunkan industri Waze To Energy atau pun WTE dengan memanfaatkan bahan buangan sisa pejal. Saya rasa perkara ini telah dibangunkan telah dibangkitkan dahulu iaitu memanfaatkan sisa pepejal untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui seperti elektrik, wap dan sebagainya. Ada pelbagai kaedah memproses sisa pepejal untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga elektrik, haba dan wap manakala abu yang terhasil daripada pembakaran sisa pepejal boleh dijadikan bahan binaan seperti batu bata. Pembinaan loji WTE bukanlah satu perkara yang baru. Di Eropah umpamanya, terdapat 500 buah loji manakala di Jepun sahaja telah terbina sekian lama 60 loji WTE. Di Singapura pula, negara yang paling hampir dengan kita loji WTE dikendalikan oleh sebuah syarikat antarabangsa yang terkenal iaitu Keppel Seghers dan telah beroperasi sekitar 30 tahun dengan memproses 8 ribu tan sisa pepejal setiap hari. Dengan ini saya mohon Yang Berhormat Exco Alam Sekitar dan Yang Berhormat Exco Teknologi Hijau mempertimbangkan cadangan projek WTE ini serta menjadikan negeri Perak sebagai pelopor kepada inisiatif WTE dan sekaligus memelihara alam sekitar. Memetik kata-kata penulis buku terkenal Angela Hunt pemegang Christy Award katanya dengan izin We Need To Be Visionary, We Have To Be Born. Kepimpinan kerajaan harus berpandangan jauh, mempunyai visi yang jelas dan sanggup mengambil langkah berani yang di luar kebiasaan. Perlu diingatkan bahawa, alam sekitar ini adalah aset yang dikongsi bersama dengan generasi akan datang. Biarlah generasi akan datang mewarisi suatu alam sekitar yang lestari untuk mereka pula mewarisi kepada generasi selepas mereka. Melalui penglibatan dan usahasama dengan pihak swasta, membina industri WTE ini boleh juga menarik pelaburan ke negeri ini dan membuka peluang pekerjaan kepada pihak atau pun kepada anak-anak Perak. Oleh kerana alam sekitar bukan sahaja perlu dipulihara tetapi perlu dipelihara juga, maka suntingan dana tambahan sangat diperlukan.

Dato' Yang Dipertua, seterusnya saya ingin membawa isu pembangunan luar bandar. Di kawasan Kamunting berbeza dengan kawasan di bawah seliaan Majlis Perbandaran (MPT). Pembinaan bangunan di luar bandar tidak perlu memenuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1988 dan Akta 133 iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Oleh itu pembinaan rumah di kawasan luar bandar menjadi tidak teratur dan jauh daripada sempurna. Kawasan kampung Sungai Relong di Kamunting sebagai contoh oleh kerana tiada peruntukan undang-undang kecil, maka longkang-longkang rumah yang dibina tidak bersambungan dengan baik dan menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat. Saya mohon Exco Pembangunan Luar Bandar mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan Undang-Undang Kecil Bagi menyeragam pembinaan rumah di kawasan luar bandar agar masalah banjir mampu diatasi.

Dato' Yang Dipertua selanjutnya saya ingin mengutarakan isu lot rumah terbiar di kawasan Kamunting sehingga menjadi belukar kecil yang bukan sahaja sakit mata memandang, malah menyusahkan jiran tetangga. Perkara ini berlaku di kawasan majlis perbandaran dan juga kawasan luar bandar sehingga ia menjadi tempat pembiakan binatang buas seperti ular, babi dan biawak. Pembiakan babi berlaku di belukar lot rumah yang ditinggalkan walaupun kecil tapi yang mampu membiak. Pejabat Tanah dan MPT telah mengeluarkan notis kepada pemilik lot rumah yang terbiar tetapi kaedah ini kurang berkesan. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan mengkaji isu berdasarkan Kanun Tanah Negara 1995 sedia ada supaya pemilik membersihkan lot rumah masing-masing. Bagi mereka yang enggan bekerjasama tindakan yang tegas perlu diambil terhadap mereka.

Dato' Yang Dipertua di bawah Dasar Perumahan Negara DPN ke-11 (RMK-11) Kerajaan Persekutuan telah membina sebanyak 282,000 unit rumah manakala RMK-12 Kerajaan bercadang untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah. Peningkatan rumah bilangan peningkatan jumlah bilangan rumah yang banyak ini merupakan satu cabaran yang mesti ditempuhi secara berstrategi di peringkat Negeri Kerana isu perumahan untuk golongan ini masih jauh dari penyelesaian. Atas dasar ini semasa PH memerintah, kerajaan PH telah merancang untuk membina 50,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun dari tahun 2018 hingga 2023 melalui LPHP. Mohon pencerahan daripada Exco Perumahan adakah polisi 50,000 unit rumah ini masih berjalan dan bagaimanakah prestasi LPHP untuk mencapai target ini. Sebanyak mana unit rumah Program Perumahan Rakyat dan Rancangan Perumahan Rakyat mampu disediakan oleh LPHP bagi memenuhi permintaan rakyat dari golongan B40 dan M40.

Dato' Yang Dipertua dalam belanjawan 2022 kali ini, Majlis Sukan Negeri Perak sebagai peneraju pembangunan sukan Negeri diperuntukkan RM11.8 juta. Di Negeri Perak terdapat 15 stadium mini atau padang yang dilengkapi dengan lampu limpah dengan izin floodlight. Kemudahan yang ada ini sesuai untuk permainan bola sepak dan boleh digunakan juga di waktu malam kerana suasana malam diterangi oleh lampu limpah. Contohnya Padang DR, Ipoh, stadium Manjung, stadium Lenggong, Stadium Parit Buntar, Stadium Proton City, Tanjung Malim, Stadium Mini Tapah dan sebagainya tetapi malangnya untuk perhatian Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan tiada satupun padang di daerah Larut, Matang dan Selama yang dilengkapi dengan lampu limpah sementara kemudahan ini telah lama wujud di daerah-daerah yang lain. Oleh itu, saya mewakili penduduk Taiping amnya dan Kamunting khususnya memohon peruntukan dana untuk kemudahan lampu limpah di padang MPT Kamunting yang saya yakin sesuai kerana ia bersebelahan dengan Dewan MPT Kamunting dan mempunyai kawasan yang mencukupi untuk penambahbaikan.

Datuk Yang Dipertua, impak pandemik Covid-19 terhadap sosioekonomi keluarga daripada golongan B40 dan M40 sangat ketara. Oleh yang demikian, lebih ramai rakyat akan termasuk dalam senarai pemohon yang layak mendapat bantuan dan sokongan daripada JKM. Sebelum daripada pandemik Covid-19 ini pun JKM mengalami kesukaran untuk melayani semua pemohon apatah pula apabila peruntukan dikurangkan. Anggaran peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan dalam belanjawan 2022 boleh digambarkan seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga atau antah patah lesung hilang kepada JKM sendiri. Saya fikir pengurangan peruntukan JKM sebanyak lebih kurang 5% dalam belanjawan 2022 akan menyebabkan kesukaran bagi JKM melaksanakan tanggungjawab menyantuni klien mereka. Saya berpandangan golongan baharu yang dahulunya bekerja dan produktif tapi kini hilang pekerjaan boleh diserap ke dalam program 2 Years Exit Programme (2YEP) yang ditawarkan oleh JKM untuk mereka bangun semula. Dengan itu, suntikan dana tambahan sangat diperlukan untuk JKM untuk bantu rakyat dimasa rakyat memerlukan.

Dato' Yang Dipertua, akhir sekali saya secara ringkasnya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua frontliners yang masih bergelut membantu rakyat memutuskan rantaian yang Covid-19. Mudah-mudahan kita terhindar daripada penyakit ini dan Allah SWT akan angkat penyakit ini daripada atas muka bumi ini dan dengan itu saya menyokong belanjawan 2022 ini dengan harapan teguran-teguran yang dibuat mendapat pertimbangan. Sekian, wabillahitaufik Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wassalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kamunting. Sekarang dijemput Yang Berhormat dari kawasan Belanja untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatu wassalamualaasrofilambiyaiwalmusallin Wa A’la Alihi Wasahbihi Ajmain. Terima kasih kepada Yang Berahagia Dato' Yang Dipertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat seterusnya Tuan-Tuan, Puan-Puan, sidang media yang saya hormati sekalian. Yang pertama terlebih dahulu marilah kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya dan perkenan-Nya jua rakyat dan negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini dianugerahi rahmat dan kesejahteraan. Negeri Perak akan meneruskan agenda pembangunan mengikut perancangan yang telah dibuat sebelum ini dan pada masa akan datang yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

Tema Perak negeri berdaya tahan, mampan dan inklusif terus kekal menjadi tema belanjawan tahun 2022. Pemilihan ini menunjukkan tema yang sama seperti tahun lepas adalah dengan memberi fokus Kerajaan Negeri dalam meneruskan kesinambungan perancangan pembangunan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Belanjawan Negeri Perak tahun 2022 akan terus memberi fokus untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang seimbang, menjaga kesejahteraan rakyat untuk menikmati kehidupan yang berkualiti juga meneraju kelestarian sumber alam sekitar secara efektif serta memacu pemodenan dan pendigitilan institusi bagi menyediakan penyampaian perkhidmatan awam yang bersih dan terbaik di seluruh negeri.

Kerajaan telah memberi Fokus kepada insentif menambah baik kemudahan prasarana. Bagi tujuan tersebut Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 327.9 juta kepada jabatan-jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan urusan ini. Jabatan Kerja Raya (JKR) akan diperuntukan sebanyak RM 153 juta merangkumi RM 83 juta belanja mengurus dan RM 70 juta untuk pembangunan infrastruktur iaitu RM 50 juta untuk projek bangunan dan RM 20 juta untuk projek jalan serta jambatan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan berkaitan dengan infrastruktur jalan ialah seperti lampu-lampu jalan untuk kawasan yang gelap pada waktu malam, kemudahan perabot jalan seperti guard rail dan papan tanda. Selain itu, kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di tepi jalan juga perlu diberi perhatian untuk mengelakkan kejadian banjir kilat. Justeru itu, di kawasan Belanja terdapat beberapa jalan Negeri yang perlu dibuat penyelenggaraan iaitu di Jalan Parit-Bota Kanan di Seksyen 13.50 hingga 14.50 serta Jalan Parit-Seri Iskandar Seksyen 10 hingga 11.

Berkaitan dengan lampu jalan yang berada di kawasan yang gelap saya mohon pertimbangan kepada pihak Jabatan Kerja Raya agar dilakukan penambahan lampu di kawasan perkampungan Changkat Parah iaitu laluan antara Parit dan Bota Kanan yang sering berlakunya kemalangan akibat kawasan yang gelap. Bagi projek bangunan, mohon pihak Jabatan Kerja Raya mengambil serius berkaitan dengan sistem pendawaian elektrik di bangunan-bangunan lama Kkerajaan termasuklah sekolah. Kita tak nak mahu mendengar adanya berlaku kebakaran disebabkan pendawaian elektrik. Di sini saya mohon pihak JKR dapat menimbangkan permohonan penyelenggaraan bekalan elektrik di Sekolah Kebangsaan Changkat Banjar yang telah berusia 50 tahun dan blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah yang telah berumur 37 tahun. Kita tidak mahu kejadian kebakaran asrama sekolah akibat pendawaian elektrik seperti yang berlaku di asrama Sekolah Menengah (SM) Citizen, Sibu Pada 22 Oktober yang lalu akan berlaku di Negeri kita yang tercinta ini.

Pihak pengairan dan Jabatan Pengairan dan Saliran adalah jabatan yang akan mengurus tadbir berkaitan dengan banjir, sungai dan pengairan. Isu yang sering berlegar di kalangan masyarakat yang melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran ini adalah sistem pengairan yang disalirkan ke. Kawasan sawah tidak mencukupi dan ketiadaan peralatan yang terkini. Kawasan terbabit akan menyebabkan tanaman padi tidak dapat hidup subur dan sering menjadi sasaran makhluk perosak. Dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk saliran pertanian dan pembangunan infrastruktur adalah kecil untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu. JPS juga terlibat dengan masalah hakisan sungai yang semakin ketara berlaku pada dewasa ini. Di kawasan Belanja terdapat beberapa kawasan yang sering berlaku hakisan sungai iaitu di Kampung Dusun Hilir, Kampung Serboh, Bukit Chupak dan Kota Pagar. Justeru itu saya mohon pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran dapat memberi perhatian khusus untuk mengatasi masalah kesan sungai ini yang menyebabkan ada tanaman ataupun kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh penduduk telah tenggelam dalam hakisan tersebut.

Kerajaan Negeri juga telah menyediakan RM65.6 juta untuk projek prasarana negeri. Pembangunan prasarana fizikal dan menyediakan kemudahan asas kepada masyarakat menjadi keutamaan supaya dapat memastikan tidak ada kelompok masyarakat yang tertinggal dalam pembangunan negeri. Prasarana lengkap dan canggih antara transformasi pembangunan yang dilihat dapat dinikmati setiap penduduk dengan adil dan saksama.

Sehubungan itu, saya mewakili masyarakat di DUN Belanja memohon jasa baik kepada Kerajaan Negeri untuk laksanakan projek-projek prasarana yang berkaitan di kawasan saya. Dengan peruntukan untuk projek baik pulih dan naik taraf masjid dan surau sebanyak RM6 juta yang diperuntukkan dalam bajet kali ini. Saya mohon kerja-kerja menaik taraf bagi Masjid Kampung Raja, Parit dan Surau Ekor Lambat diberi perhatian.

Selain itu saya juga ingin mencadangkan agar pihak kerajaan meneliti berkaitan dengan kemudahan infrastruktur bagi sekolah agama rakyat yang diperuntukkan sebanyak RM3.0 juta, khususnya dari segi kelengkapan kerusi, meja guru, meja murid serta kelengkapan asrama di sekolah tahfiz yang terpilih. Manakala di bawah peruntukan prasarana ini juga diperuntukkan RM5.0 juta projek pembangunan di bawah pihak berkuasa tempatan. Saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar projek pembangunan di bawah pihak berkuasa tempatan ini penumpuan diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan di taman-taman perumahan. Selain itu perlu juga dibuat penambahbaikan pada taman-taman permainan yang wujud kerana kebanyakan alat-alat yang berada di taman tersebut sudah uzur dan tidak sesuai digunakan. Selain itu sistem perparitan di kawasan taman-taman perumahan juga perlu diberi perhatian kerana ianya kalau tidak disenggara dengan baik akhirnya menyebabkan banjir kilat akan berlaku.

Dalam projek prasarana juga RM17.9 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan pembaikan akibat bencana dan kecemasan. Di sini saya mohon agar peruntukan ini dapat disalurkan dengan segera jika kecemasan ataupun bencana berlaku kerana ia akan menyebabkan mangsa ataupun masyarakat yang terlibat akan merana dan menjejaskan kehidupan mereka khususnya apabila ada kerjalah ribut ataupun banjir kilat.

Seterusnya Tuan Timbalan Yang Dipertua, Program Perak Federal Community Feeding ataupun PCCF iaitu bekalan nutrisi yang lengkap kepada anak-anak yang berumur 6 hingga 6 bulan hingga 6 tahun dalam kumpulan B40 telah menerima peruntukan RM0.5 juta seperti tahun lepas. Setiap makanan yang kita ambil setiap hari mengandungi pelbagai nutrisi, ia sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi organ dalam badan. Nutrisi seharusnya diperolehi daripada makanan kerana tubuh manusia tidak menghasilkan nutrisi dalam badan. Makanan yang berkualiti adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sangat baik untuk badan seseorang pengambilan kombinasi karbohidrat, protein, vitamin, mineral, air, lemak dan sebagainya perlu diambil secara berpatutan dan tidak berlebihan. Ia perlu diambil mengikut keperluan badan bagi mengelakkan sebarang keburukan jika diambil berlebihan. Pada tahun 2022 ini pihak korporat dan orang perseorangan juga diberi peluang untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan program murni ini. Di sini saya ingin mencadangkan agar pemberian nutrisi ini disebar luas kepada anak-anak dalam kumpulan M40.

Seterusnya bagi masyarakat orang asli. Untuk memastikan orang asli tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara kemudahan dan peluang pendidikan untuk mereka adalah teramat penting. Maka Kerajaan Negeri telah peruntukkan sebanyak RM0.4 juta bagi program pendidikan pelajar orang asli. Kita perlu mengurangkan kadar keciciran pelajar melalui penyediaan asrama. Pengangkutan dan bantuan kewangan dan menjadikan lebih banyak tempat kepada pelajar dari masyarakat orang asli yang berpotensi tinggi di institusi pengajian tinggi dan juga institusi kemahiran berdasarkan pada kriteria kelayakan dan kuota kemasukan khas. Kita perlu meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran tinggi seperti pendidikan teknikal dan latihan Vokasional (TVET) dan juga mempergiatkan pembangunan keusahawanan di peringkat sekolah. Oleh itu saya mencadangkan supaya satu sekolah vokasional untuk masyarakat orang asli boleh diwujudkan di Negeri Perak. Ia bukan saja boleh merapatkan jurang pembangunan dan ketidakseimbangan pembangunan wilayah khususnya di luar bandar tetapi juga menggalakkan pertumbuhan yang saksama dan meningkatkan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat orang asli.

Dalam hubungan ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) digesa untuk sama-sama meneliti keperluan sebenar pendidikan anak-anak orang asli JAKOA orang-orang asli. JAKOA perlu mempunyai perancangan strategik untuk menetapkan sasaran pencapaian pendidikan anak-anak orang asli. Di dalam buku bajet juga diberi maklum bahawa RM0.4 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan orang asli. Isu bagi masyarakat orang asli di antaranya infra yang tidak mencukupi kekurangan kemudahan perkhidmatan seperti jalan perhubungan, bekalan elektrik, bekalan air terawat dan selalu mendekati ia akan menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan komuniti tersebut. Justeru itu saya mencadangkan agar diwujudkan pelan pembangunan masyarakat orang asli yang komprehensif bagi meningkatkan kesedaran cakap orang asli agar mereka boleh menikmati pembangunan sosioekonomi negeri dengan lebih bermakna. Pelan tersebut perlu diberi tumpuan kepada aspek pendidikan pembasmian kemiskinan penyediaan infra, kemudahan dan perkhidmatan asas.

Seperti yang kita sedia maklum, sesi persekolahan secara bersemuka telah pun bermula pada 22 November. Terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Perak atas program vaksin anakku bagi anak-anak yang berumur 12 hingga 17 tahun. Walaupun tidak mencapai 100% penerimaan, cuma kita juga mendengar isu keinginan warga pendidik untuk menerima vaksin. Di sini kita kena lihat, keengganan warga pendidik untuk menerima vaksin ini akan menyebabkan sesi pembelajaran secara muka, akan terjejas kerana mereka Tok Guru yang tidak menerima vaksin tidak boleh berada dalam kelas bagi melaksanakan pengajaran dan pelajaran. Secara tidak langsung anak didik atau anak murid kita tidak akan dapat mengikuti pembelajaran yang berkesan daripada guru yang mempunyai kemahiran tertentu dalam subjek berkenaan. Justeru itu saya ingin bertanya kepada pihak Exco juga Jabatan Pendidikan Negeri Perak, apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil kepada barisan guru-guru atau warga pendidik yang enggan menerima vaksin yang boleh menjejaskan perjalanan pembelajaran di sekolah.

Seterusnya mereka ini juga tidak boleh berada dalam situasi atau dalam suasana-suasana bersama dengan guru-guru yang menerima vaksin. Ianya akan menyebabkan guru-guru terpaksa menampung tugas-tugas yang diberi kepada mereka yang enggan vaksin. Ini juga akan menyebabkan produktiviti dan juga menyebabkan bebanan tugas guru yang mendidik akan bertambah. Justeru itu saya mengharapkankan pihak Jabatan Pendidikan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengatasi masalah keengganan guru menerima vaksin ini. Seterusnya berkaitan dengan program tuisyen Cikgu Saarani. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak, atas program perlaksanaan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang cukup memberi manafaat kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan mahasiswa. Saya ingin mencadangkan agar keutamaan diberikan kepada persediaan calon SPM, STPM dan STAM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia 2021.

Dari segi tuisyen, latih tubi dan kelas online. Saya juga berharap Program Makan Tengah Hari Percuma yang kita ataupun Program Tuisyen Cikgu Saarani berikan pada tahun lepas sebanyak 15 hari ditambah bilangan harinya ini bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada murid-murid yang akan mengikuti kelas tersebut. Program Tuisyen Cikgu Saarani juga perlu memikirkan program-program yang bersesuaian dengan pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya dalam mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M menulis, mengira dan membaca serta pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 yang berada di sekolah menengah. Fokus Tuisyen Cikgu Saarani tidak boleh bertumpu kepada kelas-kelas peperiksaan awam sahaja. Tuisyen Cikgu Saarani juga boleh merangkumi program-program yang boleh mendidik murid dari segi sahsiah dan kepimpinan bagi mengelak daripada sebarang gejala sosial berlaku di masa akan datang. Dalam bajet 2021, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada aktiviti Persatuan Ibu bapa dan Guru serta Kelab Guru di sekolah. Dalam bajet 2022, pihak kerajaan telah memberi peruntukan untuk program pendidikan sebanyak RM1.5 juta. Bermakna pada tahun 2022 ini, program pendidikan ini akan melibatkan semua pihak dan tidak tertumpu kepada PIBG dan Kelab Guru seperti tahun 2021. Ini satu tindakan satu langkah proaktif yang boleh melibatkan semua pihak yang terlibat dengan sistem pendidikan di negeri kita untuk menggunakan peruntukkan tersebut khususnya seperti Majlis Guru Besar, Majlis Pengetua Sekolah Menengah, Kelab-kelab Mahasiswa dan juga NGO yang berkaitan dengan pendidikan.

Seterusnya berkaitan dengan persediaan SUKMA. SUKMA 2020 telah ditunda sebanyak dua kali dan difahamkan akan dilaksanakan pada tahun depan pada tahun 2020 di Kuala Lumpur. Peruntukkan yang diperuntukkan ada sebanyak RM4.0 juta. Di sini saya menyatakan berapakah sasaran pingat yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negeri ? Dan bagaimana dengan tahap kesediaan atlet-atlet yang akan menduduki atau yang akan mengikuti SUKMA ini kerana saya difahamkan SUKMA ini mempunyai had umur yang ditetapkan oleh Majlis Kerja Tertinggi SUKMA. Adakah had umur ini telah ditambah baik ataupun masih kekal seperti had umur yang sebelum ini ?

Tuan Timbalan Yang Dipertua, berkaitan dengan Program Rumah Perakku Prihatin yang akan menerima peruntukan RM5 juta pada tahun 2022. Program kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ini mendapat sambutan yang baik di kalangan golongan yang berpendapatan rendah dan masih tiada mempunyai rumah. Perkara yang menjadi isu sekarang adalah syarat permohonan yang dikenakan agak ketat di mana setiap permohonan mesti mendapat kebenaran daripada semua penama yang berada dalam status geran tersebut. Ini memberi kesukaran kepada pemohon-pemohon kerana kadang-kadang nama yang berada dalam senarai geran itu sudah meninggal dan tidak ditemui warisnya dan ini menyebabkan permohonan-permohonan mereka ditolak oleh pihak SPNB dan kita mengharapkan agar pihak Kerajaan Negeri bersama dengan SPNB boleh memberi kelonggaran atau mengenakan syarat yang baru bagi memudahkan proses permohonan rumah mampu milik ini. Mohon diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak Exco bagi berkaitan perkara ini.

Seterusnya Program Khairat Kematian ataupun Tabaruq. Syarat yang ditetapkan untuk menerima khairat kematian ini berumur 60 tahun ke atas. Manakala bagi yang berumur 60 tahun ke bawah, mereka ataupun orang yang meninggal itu merupakan penerima bantuan daripada JKM ataupun Baitumal ataupun dia bertugas sebagai ketua kampung, imam atau sami dan sebab yang lain adalah kerana sebab kematian. Justeru itu saya mencadangkan agar Program Khairat Kematian ini diperluaskan kepada mereka yang berumur di bawah 50 tahun supaya kita boleh memberi bantuan kepada waris-waris yang memerlukan dan juga boleh dicadangkan kepada punca kematian bukan setakat mati kerana kemalangan tetapi juga kerana penyakit-penyakit kronik sepertinya diabetes, jantung dan sebagainya. Seterusnya Tuan Timbalan Pengerusi.

Timbalan Yang di-Pertua

Belanja. Ada tiga minit tambahan.

Bagi tujuan pembangunan penternakan. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM17.7 juta untuk belanja mengurus dan RM3.7 juta untuk pembangunan. Pihak Kerajaan Negeri telah mensasarkan peningkatan pengeluaran daging lembu tempatan dari 799 tan metrik kepada 1200 tan metrik. Dan pengeluaran daging kambing serta biri-biri dari 142 tan metrik kepada 242 tan metrik pada tahun 2025. Justeru itu apakah langkah atau perancangan yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak Veterinar bagi mencapai sasaran tersebut ? Saya nak ulas berkaitan dengan binatang peliharaan yang berkeliaran. Perkara ini semua rakan-rakan ADUN ada menyatakan. Saya difahamkan ada satu enakmen berkaitan dengan binatang peliharaan ini iaitu Enakmen Kerbau Lembu Negeri Perak pada tahun 1981. Satu enakmen yang agak lama dan tidak dibuat penambahbaikan ataupun perubahan. Yang difahamkan enakmen ini hanya berguna atau dikuatkuasakan di daerah yang sepadan dengan Siam ataupun Thailand. Bermaknanya hanya daerah Hulu Perak yang menggunakan Enakmen Kerbau Lembu ini.

Maka saya mencadangkan kepada Exco Pertanian supaya enakmen ini boleh disebar luaskan kepada daerah-daerah lain bagi kita memastikan binatang peliharaan ini berada dalam keadaan yang terkawal kerana binatang peliharaan ini kalau merayau dan berada di kawasan-kawasan awam akan menyebabkan permasalahan kepada masyarakat seperti kemalangan dan menyebabkan kehilangan nyawa. Justeru itu, saya mengharapkan Exco Pertanian untuk memberi tindakan yang cukup teliti dalam perkara ini kerana kebanyakan wakil rakyat atau ADUN membangkitkan perkara yang sama berkaitan dengan isu-isu ini. Tambahan pula enakmen berkaitan dengan binatang peliharaan ini telah terlalu lama 1981, 40 tahun.

Seterusnya berkaitan dengan hidupan liar. Hidupan liar ini semua akan berlaku, kera, khinzir. Yang menyebabkan para penduduk tidak mahu mengusahakan tanam-tanaman kerana usaha akan menjadi mangsa kepada binatang-binatang ini. Justeru itu saya mengharapkan carilah jalan penyelesaian. Kalau RELA seperti kata Kenering tidak boleh melakukan aktiviti membasmi kemiskinan. Carilah kaedah yang bersesuaian. Mungkin ada golongan-golongan yang terlibat ada agensi-agensi tertentu, NGO, untuk membantu menyelesaikan masalah serangan ataupun hidupan liar yang semakin berleluasa. Kalau kita masih bercakap di dalam Dewan ini tetapi tidak ada sebarang tindakan. Saya rasa 10 tahun, 20 tahun akan datang perkara sama akan dibangkit oleh rakan-rakan ADUN yang sama. Yang terakhir. Ada lagi tapi saya berhenti sebab saya ini orang yang mematuhi peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua

1 minit, Belanja.

Tahun 2022 yang bakal kita lalui dijangka masih sarat dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran kesihatan, cabaran ekonomi dan sosial. Dengan semua cabaran ini kita perlu mencari kewarasan berfikir dan bertindak supaya tidak terperangkap dalam luka lara yang tidak terubat. Belanjawan 2020 ini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk mereka menyandarkan harapan, melihat sinaran cahaya setelah melalui terowong kegelapan pada tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik covid. Jangan kita hampakan rakyat. Dengan kata-kata itu saya akhiri ucapan saya. Belanja menyokong. Sekian. WabilahTaufiqwalhidayah Wassalamualaikumwarah matullahitaalawabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Belanja. Sekarang dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Pokok Assam untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang.

Encik Leow Thye YihDAP · PHPokok Assam

Salam sejahtera diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu Pokok Assam ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua kerana membenarkan Pokok Assam untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Yang mulia ini. Isu pertama adalah isu mengenai samanea saman atau pokok hujan-hujan. Timbalan Yang Dipertua, Bandar Taiping dan Taman Tasik Taiping berada di dalam Dun Pokok Assam. Pokok Assam berasa amat bangga ketika Bandar Taiping dianugerahkan sebagai Malaysia The Best Sustainable Tourism Gold Award 2021 pada 9 haribulan Disember baru-baru ini dan Taman Tasik Taiping telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Negara atau Royal Park.

Kehadiran pokok hujan-hujan ataupun taman samanea saman yang berasal dari Amerika Selatan ini telah menjadikan Bandar Taiping terkenal di mata dunia. Pelancong-pelancong tidak kira dalam atau dari luar negara akan ke sini untuk menikmati keindahan pokok dengan mata kepala sendiri. Kini MPT telah menjadikan laluan yang dipayungi oleh pokok hujan-hujan atau samanea saman sebagai Rain Tree Walk dan tempat tersebut telah menjadi hotspot pelancong yang berkunjung ke situ. Dukacitanya, pengunjung-pengunjung berasa amat sedih apabila didapati bahawa beberapa pokok yang berusia melebihi 130 tahun telah tumbang kerana akar pokoknya telah patah dan reput. Syarikat SH Eco Landscape yang dilantik oleh MPT untuk membuat pemeriksaan pokok-pokok tersebut mendapati bahawa akar pokok itu rosak kerana beban pokok yang tidak stabil.

Walaupun MPT telah menjalankan kerja pemulihan akan tetapi masih banyak masalah lain yang tidak diketahui. Kerja-kerja pemeriksaan dan pemeliharaan lanjutan tidak dapat dijalankan kerana peruntukan tidak mencukupi untuk kajian sebanyak 40 pokok-pokok keseluruhannya di Taman Tasik Taiping. Oleh itu, Pokok Assam berharap agar kerajaan dapat menambahkan peruntukan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan pokok hujan-hujan dalam bajet tahun depan agar pihak MPT dapat membantu untuk melanjutkan hayat pokok-pokok tersebut sebelum menjadi sejarah. Memandangkan pokok-pokok tersebut merupakan ikon utama di Bandar Taiping. Seperti peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan' dan 'sebelum nasi menjadi bubur'.

Sementara itu Pokok Assam ingin membangkit isu yang berkait rapat dengan kecantikan dan kebersihan Taman Tasik Taiping. Di mana Pokok Assam ingin menyeru pihak MPT agar dapat memulakan kempen membawa balik sampah sendiri di Taman Tasik Taiping. Semenjak pembukaan semula Taman Tasik Taiping kepada orang ramai selepas PKP, orang ramai tidak sabar untuk kembali untuk menikmati keindahan alam semula jadi Taman Tasik Taiping. Pelbagai aktiviti luar seperti bersukan berkelah dan sebagainya. Alangkah baiknya jika kita semua dapat mengamalkan kebiasaan ini agar keindahan semula jadi ini dapat dikekalkan selama-lamanya.

Isu kedua adalah isu mengenai kekurangan peralatan perubatan di hospital kerajaan. Timbalan Yang Dipertua, sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita ekonomi negara bukan sahaja terjejas malahan ia turut menyebabkan masalah kekurangan peralatan perubatan di hospital kerajaan. Pokok Assam sering mendapat aduan-aduan daripada pesakit-pesakit bukan covid-19 bahawa mereka tidak dapat menerima perkhidmatan perubatan yang sempurna kerana peralatan dan bekalan perubatan telah disalurkan dan digunakan untuk pesakit Covid-19. Rakyat membayar cukai kepada kerajaan dan kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan dan fasiliti yang mencukupi kepada semua lapisan rakyat demi kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Pokok Assam ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada organisasi NGO dan individu yang telah tampil kehadapan menderma peralatan-peralatan perubatan kepada hospital kerajaan. Oleh itu, Pokok Assam berharap agar Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian serius tentang isu tersebut dengan meminta dan memastikan Kerajaan Pusat menyediakan bajet yang mencukupi kepada semua hospital kerajaan di negeri-negeri Perak terutama Hospital Taiping supaya perkara yang sama tidak berulang. Rakyat ialah aset negara dan harus didahului.

Isu ketiga adalah isu mengenai kanak-kanak berstatus tidak bernegara. Timbalan Yang Dipertua, isu kanak-kanak berstatus tidak bernegara menjadi isu yang hangat kebelakangan ini. Kebanyakan kanak-kanak tersebut tidak mendapat kewarganegaraan kerana ibu atau ayah kanak-kanak tersebut adalah bukan warganegara Malaysia dan tidak mempunyai perkahwinan yang sah. Hal ini menyebabkan hak asasi kanak-kanak tersebut tersekat seperti akses kepada pendidikan, kebebasan untuk bergerak, hak rawatan dan lain-lain. Kanak-kanak tersebut telah menjadi mangsa akibat status tersebut.

Oleh itu, Pokok Assam menyeru Kerajaan Negeri memanjangkan isu tersebut kepada Kerajaan Pusat supaya Kerajaan Pusat dapat menitikberatkan isu tersebut dan membantu kanak-kanak ini untuk mendapatkan status kewarganegaraan kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mampu menyelesaikan masalah mereka. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pokok Assam. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Manong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit daripada sekarang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. BismillahiWalhamdulillah (Bacaan doa). Maha suci Allah Tuhan semesta alam, Muhammad SWT utusan Allah. Saya mulakan ucapan salam berkat bismillah syukur alhamdulillah.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, YAB Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli YB, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, petugas-petugas dewan, pihak media dan kepada semua keluarga Malaysia yang saya kasihi. Syukur alhamdulillah kini tiba giliran Manong untuk menyokong pembentangan Belanjawan 2022 Perak Darul Ridzuan yang bertemakan Perak Daya Saing, Mampan dan Inklusif. Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar merupakan bajet yang sempurna dan kena pada masanya. Walaupun banyak peruntukan perbelanjaan mengurus bagi setiap sektor yang telah dikurangkan, namun ianya tepat kerana ini merupakan belanjawan sebenar yang terpaksa kita tempuhi. Walaupun berat untuk dibentangkan kerana emosi rakyat tidak mahu pengurangan.

Setiap ketika sentiasa mahukan penambahan. Tetapi langkah ini terpaksa demi kemakmuran dan kestabilan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Inilah bukti bahawa YAB Menteri Besar ADUN Kota Tampan, berjiwa matang, berjiwa besar, politik matang, tidak takut dilambung ombak, tidak takut tanah runtuh sebagaimana kata bidalan, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau takut tanah runtuh jangan bermain di cerunan bukit dan peribahasa ini ataupun bidalan ini selalu dimainkan oleh ketua cawangan saya, Ketua Cawangan Pulai. Manong yakin dan percaya Kota Tampan buat yang terbaik untuk kepentingan negeri dan untuk memuaskan hati semua terutamanya hati orang yang tak suka adalah amat mustahil. Kita ada selera masing-masing. Ada yang suka tomyam, ada yang suka sup, ada juga yang suka tempoyak. Apapun bajet yang dibentangkan adalah yang terbaik demi kesejahteraan warga Perak.

YB Dato’ Yang Dipertua dan sidang Dewan yang dimuliakan, disebabkan kehidupan bersama Covid-19 bukan sahaja rakyat hilang pendapatan, hilang punca pencarian, pekerjaan dan juga gawat ekonomi, kerajaan juga turut mengalami tempiasnya. Rakyat kini baru bermula taktih untuk melangkah memulihkan ekonomi dengan memulakan aktiviti urus niaga, aktiviti kreatif dan berbagai aktiviti yang merangsang ekonomi. Semoga tiada lagi PKP, PKPD, PKPB dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat dan juga selama-lamanya.

(Ayat Al-Quran). Ayat ini dibacakan oleh YB Exco pada pagi tadi yang membawa maksud, jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambah yakni nikmat kepadamu dan jika mengingkari yakni nikmat Allah Maka sesungguhnya azabku sangat pedih.

Berdasarkan ayat itu, Timbalan Yang Dipertua, keluarga Manong mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri kerana memberi keutamaan dalam fokus kedua memakmurkan dan juga mensejahterakan rakyat dengan pembinaan projek baru yang akan dilaksanakan dalam tahun semasa iaitu projek menaiktaraf jalan dan jambatan-jambatan Manong laluan A3 fasa 3. Ini merupakan projek yang tepat, yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Ini kerana struktur jambatan-jambatan yang ada di jalan Manong telah agak lama. Di bahagian bawahnya telah terhakis dan ada juga yang telah tergantung akibat hakisan aliran sungai dan juga faktor usia yang telah menjangkau 60 tahun lebih. Rata-rata jambatan dibina pada tahun 1960an dan kalau lori lalu bergoyang jambatan dan kenderaan terpaksa beralah kalau berselisih terutamanya kereta chow kita. Demi keselesaan rakyat jadi amat sesuai dinaiktaraf jalan-jalan ini dan jambatan-jambatan ini dibina baru dengan struktur yang kukuh ke atas empat jambatan yang dikenal pasti untuk dibina baharu iaitu Jambatan Sungai Lumpur, Jambatan Sungai Jeliang, Jambatan Sungai Gebui dan Jambatan Sungai Guor. Dan bila siapnya nanti keempat-empat jambatan ini perlulah diberikan pencahayaan. Jangan dibiarkan gelap dan tidak menarik.

Alhamdulillah. Suasana sekarang para pekebun dan petani kurang merungut kerana harga kelapa sawit dan getah yang agak tinggi. Tetapi faktor alam pula mempengaruhi iaitu musim melawas dan kekurangan susu getah. Kata orang kampung saya dua kali lima masa buah banyak harga jatuh masa buah berlawas harga naik dan semasa sidang DUN yang lepas saya dah bangkitkan isu harga barang yang melambung naik dan hari ini juga rata-rata bercakap pasal harga barang yang melambung naik dan setiap yang naik susah nak turun, kalau turun pun tidak kepada harga yang asal. Peniaga-peniaga warung, restoran, kedai-kedai makanan sangat terkesan terutamanya apabila Kinta membawa ayam. Jadi pengusaha-pengusaha makanan ini terlalu susah sebab nak membeli ayam yang mahal harganya dan begitu juga dengan para petani dengan harga baja dan racun yang mahal dan begitu juga tukang-tukang rumah yang harga bahan cukup melambung.

YB Timbalan Yang Dipertua, hari Jumaat yang lepas semasa pembentangan bajet, selepas ditangguhkan persidangan saya dikejutkan dengan berita bencana sekitar Kampung Bendang Panjang, kawasan Jerlun Tambahan, Kampung Baru Jerlun, Taman Jerlun Jaya dan juga Taman Jerlun hujan terlalu lebat dan air telah melimpah memasuki dalam rumah melepasi paras lutut dan ada juga rumah airnya paras dada. Jumlah mangsa yang terlibat mencecah 140 orang. Kejadian ini bukanlah pertama kali. Dalam tahun ini sahaja dah tiga kali berlaku dan kali ini yang luar biasa. Banyak barangan rumah yang rosak seperti perabot, barangan elektrik, pakaian dan juga sebagainya. Longkang yang sedia ada tidak mampu menampung air yang banyak. Bayangkan air dari RPA4, RPA5, Taman Mas, Taman Sri Emas, Taman Harmoni dan juga Taman Pelangi semuanya menuruni ke Taman Jerlun Jaya dan melalui Kampung Jerlun.

Manakala kawasan Surau Taman Jerlun berpunca dari air atas bukit yang ditarah dan tiada perparitan menyebabkan air tanah merah turun mendadak dan begitu juga dengan pembinaan taman baru yang memberi kesan kepada penduduk yang hampir dengan kawasan pembinaan. Tiada perparitan ditambah dengan loji yang melebihi paras. Kawasan Kampung Bendang Panjang, banjir berpunca dari tambatan banjir yang belum siap iaitu dalam pembinaan. Air melimpah memasuki ke dalam rumah-rumah penduduk di kawasan tersebut dan saya mohon supaya projek ini dipercepatkan setelah tertangguh agak lama. Cadangan lain ialah membina sistem perparitan baharu di bahagian sebelah jalan yang tidak melibatkan laluan menyeberang jalan ke Taman Jerlun Jaya. Membina tembok antara longkang ke Taman Jerlun Jaya serta membina sistem perparitan di bahagian hujung taman agar ada dua longkang yang boleh mengalirkan air dari pembinaan taman baru berhampiran Kuarters Polis Bendang Panjang.

Selain daripada itu juga, penduduk di kawasan tersebut memohon agar dibina tangga batu di lereng Bukit Taman Jerlun Jaya kerana kalau ada sebarang kejadian kecemasan penduduk boleh naik selamatkan diri. Bagi kawasan Taman Jerlun diminta pihak pemaju projek perumahan yang berhampiran mensegerakan penyediaan longkang dan pihak berwajib membaikpulih loji tadahan air di kawasan tersebut dan saya berharap semoga akta banjir kilat ditakrifkan sebagai bencana dan bantuan dapat disampaikan. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana memberi penekanan utama dan komited dengan dasar agro-makanan negara dan jaminan keselamatan makanan. Manong dekat dengan pertanian kerana Manong kaya dengan sumber alam dan kelestarian. Manong juga ini dikenali sebagai taman pertanian, zon agro-makanan, taman agro-teknologi, agro-tourism dan pengeluar makanan. Taman agro-teknologi Manong ataupun TAM (Taman Agro-teknologi Manong) dapat dibangunkan dengan menggunakan tanah-tanah kerajaan, tanah-tanah GLC, tanah-tanah SADC ataupun tanah ladang belia yang dijanjikan. Diberikan kepada peserta-peserta tempatan dari kalangan belia ataupun kepada mereka yang hilang pekerjaan yang ingin mengusahakan aktiviti pertanian dengan pengeluaran jagung, pisang serta sayur-sayuran dengan keluasan tanah di bawah 100 ekar yang diusahakan secara berkelompok dan juga projek baru, iaitu projek cendawan yang diusahakan secara mega. Ini semua dapat membantu membasmi kemiskinan di kalangan belia.

Terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana meluluskan peruntukan yang besar kepada belia-belia Manong khususnya di Kampung Suak Petai dan kemungkinan pertama dalam Perak dalam tanaman fertigasi cili dengan penggunaan sistem pertanian pintar ataupun smart farming. Kebun berasaskan fully tecnology Internet of things ataupun IOT. Kebun diselia sepenuhnya menggunakan internet bagi menggerakkan peranti-peranti utama di dalam sistem fertigasi. Sistem ini menghidupkan lampu, kipas dan pam menggunakan smartphone. Terima kasih daun keladi. Namun begitu ada juga petani yang kecewa iaitu 10 orang pesawah di Kampung Talang Hulu yang mengusahakan 68 ekar tidak pernah terjadi dalam sejarah semenjak 10 tahun mengusahakan sawah. Tahun ini hasil susut bagi setiap 1 ekar hanya mencecah 0.4 tan berbanding kebiasaannya 1 tan setiap ekar. Pesawah menyatakan antara puncanya ialah bekalan benih padi yang tak bermutu dan juga struktur tanah yang tidak subur, tidak dirawat dan proses pengkapuran tidak dilaksanakan dalam tempoh masa yang agak lama. Oleh itu saya mohon supaya dipertimbangkan kos pengkapuran yang dianggarkan melebihi RM100 ribu untuk keluasan sawah 68 ekar ini. Jika peruntukan untuk pengrataan dan juga pengkapuran ini dapat dilaksanakan, pesawah boleh menanam padi mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu di akhir bulan Disember ataupun awal bulan Januari 2022. Pesawah tidak rugi, bekalan makanan meningkatkan dan hasil kerajaan akan bertambah.

Dalam usaha membantu para petani supaya hasil tani meningkat, tidak dimusnahkan oleh musuh tanaman selain dari bantuan subsidi baja dan juga racun, saya cadangkan juga diwujudkan ataupun diberikan subsidi pagar elektrik. Dengan adanya pagar elektrik ini, secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah babi dan juga kera yang menjadi musuh tanaman dan mengenai babi saya suka kongsikan supaya babi hutan yang masuk ke kebun atau pun masuk kampung dan juga pekan, tidak dianggap sebagai hidupan liar yang dilindungi. Bayangkan babi boleh masuk ke sekolah. Kata di Jalong, boleh bersiar-siar, berpoya-poya dan juga terbaru bermaharajalela. Bukan saja di kampung Chor ye, di depan rumah DO pun babi berada di depan. Jadi yang tinggal di hutan kita kekalkanlah sebagai hidupan yang dilindungi. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, isu tanah terbiar. Belukar tidak dibangunkan. Masih ketara dalam negeri kita dan antara puncanya ialah status pemilikan. Geran berkongsi dan juga berlapis-lapis. Urusan pusaka tidak selesai. Bukan sahaja diperingkat bapa, tapi kadang-kadang dari peringkat tok, pah tak selesai. Keluarga membiak besar ditambah dengan krisis keluarga. Adik-beradik berselerak. Nama berlapis-lapis. Jadi tanah tak dapat dimajukan. Akhirnya dibiar hutan, belukar semak dan tidak dimanfaatkan dengan berbudi pada tanah.

Ada cadangan dari waris supaya kerajaan mempermudahkan urusan hakmilik dengan memberi kuasa kepada pembayar cukai dan juga pemegang geran ataupun waris sulung ataupun waris tua sebagai hakmilik dan juga pemegang amanah di mana segala hasil akan dikongsi bersama warisan. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, satu lagi sektor yang jarang diberi perhatian adalah sektor seni dan budaya. Seni dan budaya merupakan salah satu medium yang menyumbang kepada pembentukan keluarga Malaysia yang boleh merangsangkan hubungan harmoni antara kaum, merapatkan hubungan sosial dan menenangkan jiwa setiap rakyat. Amat tepat sekali kerajaan mewujudkan dasar kebudayaan negara 2021 ataupun DAKIM. Dengan adanya DAKIM dapatlah menjulang dan juga mengangkat seni budaya dan warisan negara serta menjadikan negara maju rakyat berbudaya. Dasar kebudayaan negara ini merupakan gagasan yang menyokong wawasan kemakmuran bersama ke arah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu dengan menampilkan identiti dan keperibadian bangsa. Perak perlu menyokong dasar ini kerana secara umumnya dasar ini melibatkan empat institusi penting iaitu institusi kekeluargaan, institusi pendidikan, institusi kemasyarakatan dan juga institusi perkhidmatan. Dengan dasar, dengan kerjasama kerajaan dan juga semua pihak termasuk sektor swasta, badan bukan kerajaan, masyarakat dan juga individu dapat membantu kerja-kerja kreatif dalam pembentukan aspirasi negara maju rakyat berbudaya.

Untuk itu Perak perlulah mencungkil tokoh-tokoh seni budaya serta mengidentitikan seni budaya Perak. Perak perlu ada penjenamaan. Jika Kelantan terkenal dengan dikir barat, Johor dengan zapin, Melaka dengan dondang sayang, Pulau Pinang dengan boria. Jadi Perak perlu ada identiti seperti mengangkat seni dabus rebana Perak ataupun apa saja yang menjadi kebudayaan rakyat Perak. Semarakkan seri ini. Kembangkan kesemua pelosok. Contohnya kalau kita mengangkat rebana Perak sebagai identiti kita, kita perlu adakan peruntukan yang sewajarnya untuk mengadakan kelas-kelas rebana Perak serta melantik guru-guru, jurulatih-jurulatih serta mengadakan pertandingan bagi setiap kampung-kampung hinggalah ke peringkat negeri.

Di sekolah-sekolah juga diajarkan seni budaya Perak ini supaya ianya berkembang dan meriah. Kemeriahan seni ini akan mengurangkan tekanan jiwa rakyat harmoni. Kemeriahan seni ini akan mengurangkan tekanan jiwa, rakyat harmoni dan nilai kekeluargaan hidup kemasyarakatan dan kemakmuran terjalin. Bagi menjulang dan memperkasakan seni budaya Perak, suka saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi pengiktirafan kepada anak-anak seni yang lahir di Perak dengan mewujudkan anugerah Anak Seni Perak di mana tokoh dipilih dari penggiat seni dan budaya yang telah menghabiskan usia mereka dalam memperjuangkan seni budaya sepanjang zaman. Manakala bagi mengangkat anak Perak yang telah berjuang dalam penulisan, penghasilan karya-karya bermutu, penglibatan dalam bidang sastera diberikan Anugerah Sasterawan Negeri Perak ataupun nama pendeknya ASPERAK sebagaimana negara mengiktiraf tokoh sasterawan negara dengan memberi Anugerah Sasterawan Negara. Dengan adanya anugerah ini ia memberi perangsang dan juga insentif untuk rakyat Perak berkarya, inovatif dan melahirkan bahan-bahan yang berkualiti. Secara tidak langsung peruntukan-peruntukan diberikan kepada penggiat-penggiat seni budaya yang berada di kampung-kampung dan juga di sekolah-sekolah serta kepada badan-badan NGO bagi memastikan seni budaya dan juga warisan negeri kita ini terus terpelihara dan lestari.

Kerajaan juga perlu mengiktiraf Majlis Kebudayaan Negeri, MKN sebagai NGO yang berdaya yang paling besar kerana terdapat 27 NGOnya bergabung dan sebagai penggerak seni budaya di negeri Perak dan secara tidak langsung peruntukan yang besar dan secukupnya harus diutamakan bukan sekadar RM500 ribu. Kesan jangka panjang yang akan kita perolehi menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti pelancongan budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Perak.

Dan yang terakhir Timbalan Yang Dipertua, bagi membantu kerajaan dalam menyelenggarakan rumah-rumah kerajaan ataupun kuarters yang tidak digunakan daripada dibiar semak tidak diurus, tempat nyamuk dan sebagainya kuarters ini dipajak, disewa ataupun diberikan kepada mana-mana NGO dijadikan pejabat dan pusat aktiviti NGO dan Pejabat Daerah sebagai pemantau. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, bajet yang dibentangkan perlulah diterjemahkan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan kami doakan semoga kerajaan Perak terus sejahtera dan makmur dengan rezeki yang melimpah, berkat dan rakyat bahagia. Saya yakin dengan belanjawan Perak berdaya saing, mampan dan inklusif sejahtera rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Manong menyokong. Sekian terima kasih.

TIMBALAN YANG DIPERTUA. Terima kasih Yang Berhormat daripada Manong. Dimohon pada Titi Serong untuk berada di tempat asal. Sekarang dijemput Yang Berhormat daripada Yang Berhormat daripada kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan 20 minit mulai sekarang.

YB ENCIK ONG BOON PIOW. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Izinkan saya untuk tanggalkan mask agar kelancaran. Salam sejahtera dan selamat petang diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dan juga kepada ketua-ketua jabatan yang juga media-media ataupun penonton-penonton menerusi YouTube yang menonton secara live sidang ini kali ini dan tanpa disebabkan faktor masa jadi saya tentang bajet 2022 ni saya cuma memberikan perhatian kepada lima focus saya akan beri perhatian kepada dua fokus saja. Fokus pertama, itu Yang Amat Berhormat minggu lalu ada menyebut tentang menjana semula ekonomi dan mengupayakan sara diri rakyat.

Di sini saya ada bagi satu cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri bahawa cadangan agar mewujudkan satu baucar subsidi kepada rakyat Perak. Macam mana ya fungsi dia baucar subsidi kepada Perak, katakan kita Kerajaan Negeri mengeluarkan baucar bernilai RM100 tetapi menjualkan kepada golongan B40 ataupun M40 dalam harga RM90 dan mereka boleh membeli secara RM100 di mana-mana pasaran dalam Perak ini. Ini adalah bantuan agar dalam kita menghadapi lepas kita pun belum lepas pandemik Covid-19 ini banyak peniaga-peniaga kini merana terutama sekali kepada industri pelancongan. Mereka pun agak merana, mereka sekarang menjual barangan makanan secara online, ada yang memandu grab car, jadi ada yang hantar jadi penghantar makanan, jadi ini adalah peluang bagi mereka untuk merancakkan ekonomi.

Mereka sebagai contohlah tadi saya kata RM90 untuk beli barang baucer yang bernilai RM100 mereka cuma dihadkan untuk berbelanja di negeri Perak ini agar-agar peniaga-peniaga di kedai ke ataupun di pasar raya ke mana-mana yang boleh terima baucer ini atau di pasar kita pun boleh terima agar mereka boleh membantu sebab kedai-kedai ini mereka pun menerima saingan hebat daripada peniaga-peniaga online termasuk Lazada ke Shopee ke mereka pun menyewa kedai tapi pelanggan ni makin kurang sebab mereka lebih cenderung kepada pembelian secara online. Jadi saya harap ini sedikit sebanyak akan menjadi sebagai pemangkin untuk perniagaan di negeri Perak ini agar mereka boleh setanding dengan peniaga-peniaga dalam industri online ni. Jadi yang fokus yang kedua yang saya ingin menyentuh ialah fokus yang kelima adalah memulihara khazanah alam sekitar di mana semalam pada sesi soal jawab saya ada bertanya tentang Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 49.97 juta untuk pemuliharaan alam sekitar di negeri Perak ini. Ini merangkumi peruntukan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak banyak RM43.4 juta iaituRM41.4 juta untuk belanja mengurus itu sudah menelan sebanyak 83% dan cuma bakinya RM2 juta bagi program pembangunan hutan 4% sahaja. Jadi saya rasa ini amat tidak memadai, kalau RM2 juta ni kita nak kalau katakan Perak kita nak membantu dunia untuk membendung perubahan iklim yang secara mendadak ini RM2 juta ni saya rasa tidak memadailah.

Kalau boleh kita panjatkan lebih banyak sikit agar usaha untuk pembangunan hutan ini memulihara ni agar kita membendung gejala-gejala pembalakan haram ke dan banyak lagi aktiviti akan memusnahkan hutan simpanan di negeri Perak yang kita cinta ini dan juga kepada soal alam sekitar ini dalam soal-soal kitar semula ni. Baru-baru ni PBT pun ada jalankan secara drive through untuk barang mengutip semula barangan kitar semula. Saya rasa kalau boleh Kerajaan Negeri adalah mempelbagaikan jenis barangan yang biasanya tidak dikutip semula oleh peniaga barangan kitar semula ini. Katakanlah kasut lama ni ataupun politirena biasanya ia ada tanda kitar semula ni dia boleh dikitar semula tetapi atas faktor harga pasaran dia kurang sebab politirena ni dia bersaiz besar tetapi kalau ditimbang dia ringan.

Oleh itu mereka tidak begitu ingin untuk terima barangan kitar semula di atas faktor ekonomi, jadi saya harap kalau negeri Perak Kerajaan Negeri Perak boleh mengambil inisiatif agar pelbagaikan jenis barangan yang boleh dikitar semula. Termasuk juga kepada barang barangan binaan yang mereka yang sering menjalankan kerja pengurusan pengubahsuaian membuka kedai ke besi yang dibuang ke ataupun batu-bata dibuang agar boleh kitar semula untuk memproses barangan-barangan yang tertentu. Harap ini Kerajaan Negeri ambil fokus tentang perkara ini dan juga kepada tentang isu pembebasan karbon juga. Semalam YB Jalong pun ada menyebut tentang ED, ED, elektronik digital dan semalam saya ada dengar pihak kerajaan pun ada menyebut tentang easy bus yang akan diperkenalkan.

Tapi sebelum memperkenalkan easy bus ini adakah kita sekarang kita ada bas-bas yang Transit Perak yang nampaknya kurangnya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Sepanjang masa saya nampak bas tu tiada penumpang cuma driver yang pandu dan juga kita harap sebelum perkenalkan Easy Bus ini, kita akan menggalakkan orang ramai untuk penggunaan bas-bas awam. Kita boleh mulakan dari lapisan pelajar sebab pelajar ini kebanyakannya mereka tidak memiliki kenderaan peribadi. Merekalah golongan yang perlu diberikan tumpuan agar mereka lebih memupuk budaya mereka untuk mengambil kenderaan awam ini. Jadi berkenaan dengan EB, Belanjawan Negara 2022 pun ada kata ada pembebasan cukai untuk kenderaan jenis ini. Jadi saya harap Kerajaan Negeri yang kadang kala membeli kereta-kereta kerajaan, perlu kita ambil perhatian untuk memilih kenderaan jenis ini untuk menjaga alam sekitar di Negeri Perak ini dan juga kepada barangan yang kita tidak beri perhatian ialah perkakas-perkakas elektrik di mana banyak kini sudah perkenalkan barangan yang mempunyai fungsi inverter. Jadi inverter ini kalau kita menggunakan seperti peti sejuk ke, penghawa dingin ke ataupun mesin basuh ke, jadi mereka ada fungsi untuk menjimatkan elektrik.

Jadi penggunaan ini tetapi bagi peniaga-peniaga ataupun rakyat kita ini gemar untuk membeli barang lebih murah tetapi barangan lebih murah tiada fungsi inverter ini. Jadi kalau usaha kita untuk menjaga alam sekitar ini, mengurangkan penggunaan elektrik ini akan terbantut jika kita kerajaan ataupun swasta tidak memberikan galakan untuk penggunaan barangan inverter ini. Isu lain pula juga tentang pembebasan karbon kerana Europen Union pun sudah buat permeterai janji agar pada 2035 iaitu lepas 14 tahun dari sekarang, mereka akan menghalang penggunaan kereta jenis kuasa diesel dan petrol. Mereka akan sepenuhnya, Negara Eropah ini akan menjalankan penukaran ataupun transformasi kenderaan, daripada mereka menggunakan pembakaran bio emas ditukar kepada electrolic vehicle.

Jadi Kerajaan Negeri ini, saya rasa dari segi ini kita kerajaan, kalau kita ada sudah akan memberikan focus, Jadi Kerajaan Negeri patutlah bagi kepada tumpuan kepada faktor ini dan juga kepada penggunaan diesel Euro 5 yang di mana harga pasarannya cuma harga mahal 10 sen sahaja seliter tetapi penggunaannya atas faktor penjimatan, pengguna-pengguna lori ke bas ke, mereka lebih cenderung untuk beli menggunakan minyak yang lebih murah tetapi tidak mesra alam. Jadi ini saya dalam intipati apa tu dalam MB kita tidak lihat inisiatif ini untuk Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih orang ramai menggunakan diesel Euro 5 ini. Ok tentang Kad Perak Prihatin yang saya pegang ini, di mana Yang Amat Berhormat pada minggu lepas pun ada membuat pengumuman bahawa Kad Makanan akan kekal kepada RM80 sebulan dan juga kepada Kad Kesihatan pula dikurangkan daripada asal RM300 setahun dikurangkan kepada RM150.

Jadi, saya harap kalau kita nak membantu klinik kesihatan untuk mengurangkan kesesakan, Kad Prihatin ini memang membantu untuk orang-orang miskin ini pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tetapi malangnya semua ini telah dikurangkan. Sepatutnya dikekalkan ataupun ditambah tetapi kini sudah dikurangkan sebanyak 50%. Saya harap pihak Kerajaan Negeri ambil perhatian tentang ini sebab kalau cadangan saya memang kalau sekali kegunaannya RM70 sekali untuk kita mendapat rawatan, kalau kita gunakan empat kali sudah RM280. Tinggal baki RM20 saja. Kalau boleh kita gunakan standard ini RM70 x 5 maksudnya RM350 sebulan.

Ini adalah cadangan daripada saya lah sebab saya pemegang ini saya pun pinjam dengan dia untuk tunjuk kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sebab tiap-tiap bulan dia makcik ini dia mencari saya untuk sebab kenapa saya tahulah penggunaannya perubatan ni kurang sikit tapi masalahnya sebab mereka tak ada, tak tahu mana senarainya, manakah klinik-klinik yang terima Kad Prihatin ini. Jadi kalau boleh pemegang kad ini setiap tahun akan diterima satu butir-butiran update tentang mana kilinik yang terbaru yang akan terima Kad Prihatin ini. Jadi inilah cadangan saya dan juga kepada Kad Makanan di mana RM80 sebulan. Kalau boleh memandangkan sekarang banyak barangan sudah naik harga, jadi untuk mengurangkan bebanan mereka, saya harap sebulan RM80 ini harus ditambah sehingga RM100 agar kita boleh menampung inflasi ini sebab RM80 ini tak banyak barangan dibeli dan juga terhad juga, cuma ada di Speedmart, Econsave tetapi kalau kita boleh kita memperbanyakkan pilihan mereka. Katakan mereka Mr. DIY pun mereka boleh beli tapi harap pihak Kerajaan Negeri ambil perhatian tentang Kad Prihatin ini dan juga selain dalam point saya untuk membantu golongan rakyat B40, mereka di mana dalam suasana pemulihan kita untuk kembali ke asal, jadi banyak mereka kadangkala jangan kata rumah mampu milik, mereka memang tak mampu untuk milik rumah tetapi sewa mereka pun tak mampu nak bayar.

Jadi saya di sini ada satu cadangan dalam Parlimen, kawasan parlimen saya, iaitu di kawasan Buntong iaitu Rumah Pangsa Sungai Pari di mana telah diabaikan begitu lama. Rumah tu banyak struktur saya rasa agak baik tetapi lama saja. Kalau pihak Kerajaan Negeri bersama dengan PBT-PBT untuk kita memulihkan semula rumah pangsa ini agar lebih orang ramai boleh mampu dengan dikenakan sewa yang murah seperti Rumah Pangsa Waller Court ataupun HB Road, saya rasa kita akan menyelesaikan banyak masalah di mana keluarga-keluarga ini tidak memiliki rumah. Walaupun disewa tapi ini akan menyelesaikan masalah mereka. Kita nampak banyak pengemis-pengemis sekitar Waller Court, di Hotel Loti sana pun dekat itu The Store di pekan, nampak banyak pengemis sampai mereka ada tilam ke, katil, apa-apa pun sudah di bawa keluar. Ada kan kita nampak kanak-kanak berusia tidak besar, bayi pun saya pernah nampak.

Jadi harap pihak Kerajaan Negeri ini adalah apa tu langkah jangka masa panjang untuk menjaga kebajikan rakyat di Perak ini. Ok dan point tentang kebajikan juga termasuk juga peranti smartphone yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri di mana jenama YES, saya rasa banyak ADUN-ADUN kita ini dalam kuota kita bukan JPN. Kuota kita memang kita belum terima. Saya rasa YB Simpang Pulai pun belum terima kan. Belum. 100 peranti tu, sekarang sudah masuk kita tunggu masa kita dalam PKP kita tunggu agar mereka beri gunakan simkad dan dengan smartphone yang dibagi tetapi sekarang pun kita tunggu, tunggu, tunggu, tunggu, sampai sekarang pun sudah cuti sekolah. Murid-murid pun sudah balik ke sekolah. Masih belum peranti pun belum diberi tapi kita pun sudah ambil nama mereka. Setiap kali mereka tanya kita manakah peranti tersebut seolah-olah kita mungkir janji tapi hakikatnya Kerajaan Negeri belum bagi kepada kita. Ini saya harap Exco yang menguruskan perkara ini ambil perhatian lah. Ini kita bukan nak kritik tapi harap dipercepatkan. Harap sekolah sesi baru belum bermula, kita akan diselesaikan dan juga cuma tinggal tiga minit lagi.

Saya bagikan tumpuan sikit kepada kawasan saya dari DUN Bercham. Di mana isu pertama yang saya hadapi adalah Dewan Kampung Tawas. Dewan Kampung Tawas ini semasa saya terima Ahli Majlis daripada pihak kerajaan. Mereka menelefon saya pada bulan Mac menyeru saya untuk serahkan kembali kunci Dewan Kampung Tawas ini kepada mereka. Jadi saya pun Setiausaha Politik saya pun telah menyerahkan kunci-kunci tersebut pada 26 Mac tahun ini juga. Selepas diserahkan balik, pada dahulunya dewan ini dia punya pagar dibuka. Di depan dia ada satu tempat letak kereta di atas gelanggang bola keranjang. Tetapi dulu mereka masa zaman pemerintahan Barisan Nasional mereka terima ada, mengenakan parking RM1 per entry dengan izin. Tetapi masa kita ambil alih, masa sudah jadi ADUN tempat ini, jadi saya sudah mansuhkan amalan yang buruk ini dan secara percuma bagi kepada penduduk-penduduk ataupun penjaja-penjaja yang di pasar Kampung Tawas berdekatan. Tetapi malangnya selepas kunci diserah balik, dewan ini dia sekitarnya, dia punya rumput, lalang yang tumbuh, tidak jaga dan juga kunci tadi ditutup, pagar ditutup. Tidak diberikan untuk orang ramai untuk meletak kereta. Jadi masalahnya, penjaja-penjaja di pasar Kampung Tawas ini tidak dapat menggunakan fasiliti ini. Ini saya harap pihak kerajaan juga ambil perhatian. Isu yang kedua dalam kawasan itu banjir kilat.

Di mana banjir kilat ini rumitlah. Saya rasa banyak-banyak ADUN pun sudah mengemukakan masalah mereka masing-masing dan juga saya ingin kata satu kawasan jalan kanan Bercham Utama 11, di Taman Anjung Bercham Utama dan juga kepada Kampung Tasek juga dan juga kepada kawasan JKT Bercham dan juga kepada Taman Kinta Mas, Taman Desa Impian. Ini kawasan ni sering berlakunya banjir kilat. Waktu hujan lebat lama, pasti smartphone saya akan berdering. Agar meminta tolong supaya suruh saya untuk tampil untuk lihat keadaan yang sebenarnya. Saya harap pihak Kerajaan Negeri ambil perhatian dan juga kepada satu lagi isu iaitu tanah TOL yang dipohon oleh Persatuan Bomba Sukarela Bercham. Di mana beralamat Hala Bercham Timur 2, Taman Pakatan. Fail dia adalah nombor failnya P.T.K.(1)No.1/5-189. Mereka sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan TOL agar markas mereka boleh,sebenarnya mereka sudah bertapak di sana tetapi mereka ingin mendapatkan tanah itu secara sah daripada pihak Kerajaan

Negeri. Mereka sudah mengemukakan permohonan selama tiga tahun. Tiga kali mereka hantar isi borang jadual 1. Hantar tetapi tidak dapat.

Saya tak tahu apa berlaku dan kalau harap pihak DO ke, apa pejabat tanah agar mempercepatkan permohonan mereka. Sebab mereka nak bayar. Ini adalah hasil cukai negeri tetapi kalau tidak terima, tidak luluskan, ini akan membazirkan peluang untuk menerima hasil negeri. Lagi last lagi satu point tentang isu jalan pula. Jalan yang berlubang, bermasalah seperti bukan di kawasan perumahan, kawasan perindustrian, di Persiaran Portland, kawasan Perindustrian Tasek dan juga Pesiaran Bercham Timur 10, Pesiaran industri Bercham 8, di mana ni kawasan ni, kawasan perindustrian. Kalau kita kita nak menggalakkan pelabur-pelabur asing untuk bertapak di kawasan perindustrian ini. Kalau mereka disajikan dengan jalan-jalan, kalau mereka datang dengan kereta-kereta mewah mereka, selepas dicuci cantik-cantik datang, berlubang, banyak tompok-tompok air. Jadi ini adalah tidak, keadaan yang tidak baik dan juga bahaya kepada pengguna jalan. Kita harap PBT-PBT ataupun JKR ke, mana-mana ambil perhatian perkara ini. Lebih lekas untuk selesaikan masalah ini.

Bercham, boleh masuk sikit tak. Terima kasih Bercham. Baik berkenaan dengan isu ini Bercham, ianya berlaku di kawasan Taiping juga ya. Di kawasan perbandaran. Jadi isunya seperti tadilah dibangkitkan berkenaan jalan lopak, jalan berlubang dan jalan ni kalau kata diturap oleh contohlah Indah Water ke dia buat kerja, tak ada pemantauan daripada JKR ke ataupun PBT sendiri bagaimana speck jalan itu yang menyebabkan jalan tu berbonggol-bonggol sampai membahayakan nyawa dan juga merosakkan kenderaan. Jadi kenapa tidak ada sistem pemantauan apabila selesai kontraktor tu menjalankan tugas. Datang satu pegawai Penolong Jurutera untuk menyemak keadaan itu sama ada jalan itu boleh dilalui atau pun tak boleh dan perlu dibetulkan semula. Terima kasih Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Bagi lebih masa sikit lah, sikit saja. Disebabkan memang saya setuju perkara yang dibangkitkan YB tadi. Jadi kita tahulah semasa kita nak buat ujian kereta, motosikal di sekolah memandu. Kita terutama kita mengambil lesen memandu motosikal. Kita kena buat macam satu pusingan macam ular, maknanya ini adalah masa depan agar kita bertembung dengan lubang jalan, kita pandai mengelak lubang-lubang tersebut. Jadi masalahnya.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih. Ok, ok. Habis dah.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa dah habis, Bercham boleh.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Sikit saja. Bercham ya. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya melihat bahawa jalan ini, apabila dicomplaint sama ada bersetuju atau tidak. Apa jawab pihak JKR. Senang saja, bajet tak ada. Itu saja mana-mana pergi peruntukan tak ada. Samaada jalan federal ataupun jalan Negeri. Pasir Panjang bercakap jelah dalam Dewan. Jadi buat mana, tolong betul atau tidak Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Memang betul. Tapi masalahnya bila orang-orang awam tampil ke pusat khidmat kita ataupun menelefon kita, mengeluh atau marah kami sebab ada masalah lubang jalan ke pelbagai masalah daripada jalan tersebut. Mereka sudah mengemukakan aduan mereka. Kita sudah tentu kita akan menelefon PBT ke ataupun membuat aduan rasmi kepada PBT ke JKR, mana-manalah. Tetapi masalahnya ini mengambil masa. Kadang kala katakan sekarang musim hujan, nak baiki jalan tu mengambil masa. Sudah nak baiki, lepas hujan dia tak lekat. Jadi masalah tu kalau tidak selesai, orang awam dia akan menyalahkan kita tak kerja. Sebab kan bukannya kita pergi buat turap. Aulong ada pergi buat turap jalan tapi saya tak ada. Jadi kita ada buat aduan rasmi kepada PBT. PBT dia mengambil masa ataupun katakan pagi tadi membalas tentang Pangkor. Katakan kontraktor. Kita tak tahu mana-mana kontraktor. Sama ada TM ke, TNB ke, LAP kita tak tahu. Nanti kita satu persatu kita cari. Mereka menyalahkan kata ini bukan tanggungjawab kami. Itu kerja LAP, itu kerja TNB. Inilah masalahnya kita dipersalahkan. Akan viral dalam Facebook kata YB ini malas, tidur ke mana-mana. Itu sajalah penutup, sebagai penutup saya. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bercham. Seterusnya yang terakhir pada petang ini dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan. 20 minit pada sekarang.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua. Bismillahirahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Tuan Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak. Rakan-rakan daripada kalangan Exco yang masih berada dalam Dewan pada petang yang bertuah ini. Rakan-rakan Yang Berhormat di kiri dan kanan saya, rakan-rakan ketua-ketua jabatan dan juga wakil-wakil jabatan yang setia mengikuti persidangan kita pada kali ini. Rakan-rakan petugas Dewan yang bekerja keras daripada hari Jumaat yang lepas sehinggalah pada hari ini, rakan-rakan media yang turut setia bersama-sama dengan kita. Seterusnya yang terakhir, pemerhati-pemerhati yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada hari ini adalah merupakan giliran saya untuk membahaskan pembentangan Belanjawan tahun 2022 yang telah pun di diberi oleh Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak pada hari Jumaat yang lepas.

Pertamanya saya ingin mengucapkan kepada tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah pun bentangkan belanjawan tahun 2022 dengan jayanya, dan kini giliran kita rakan-rakan dalam kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan ini untuk kita bicarakan dan kita debatkan adakah perlu adanya sebarang tokok tambah ataupun ada sebarang perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan. Namun kali ini kita diperlihatkan bajet yang di bentang mengalami pengurangan yang sedikit berbanding tahun 2021, kita peroleh peruntukan ataupun bajet yang diluluskan sekitar RM1.2 bilion berbanding pada tahun ini tahun 2022 kita mencadangkan untuk sebuah bajet yang hanya bernilai RM1.1 bilion, tak banyak bezanya dan saya amat merasakan bahawa kali ini bajet yang dibentangkan begitu inklusif dalam keadaan kita mengamalkan perbelanjaan berhemah, namun ia tetap inklusif dan juga memberi peruntukan-peruntukan yang kompeten ataupun peruntukan-peruntukan yang mencukupi bagi semua agensi dan juga semua gerak kerja dalam peringkat negeri Perak ini dapat kita laksanakan dengan baik. Jadi boleh dikatakan walaupun tidak sama rata tetapi sama-sama kita merasa.

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak kerana di kalangan negeri-negeri yang berada dalam negara kita berbanding dengan KDNK yang berada di peringkat nasional melalui penyusutan yang agak ketara disebabkan pandemik yang sedang berlangsung. Tetapi kita Alhamdulillah telah pun dikira sebagai 5 buah negeri yang terbaik jika berbandingkan dengan penyusutan KDNK di peringkat nasional. Ini satu petanda bahawasanya Kerajaan Negeri Perak telah pun berjaya membawa pentadbiran ini dengan begitu baik sekali walaupun dalam keadaan tertekan, walaupun dalam keadaan yang terdesak, masih dapat untuk memberikan satu gerak kerja yang cukup baik bagi memastikan KDNK yang ada dalam negeri ini terus berada dalam keadaan yang terbaik dan juga tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana dapat mengawal defisit yang mana pada tahun 2021 unjuran yang telah pun ditetapkan untuk defisit bagi tahun 2021 adalah sekitar RM154 juta ringgit Dato' Yang Dipertua. Tetapi, alhamdulillah apabila akaun ditutup pada penghujung tahun ini, maka kita dapat melihat defisit hanya berlaku dalam sekitar RM99.4 juta. Ada RM55 juta pengurangan daripada unjuran yang telah pun dibuat. Satu pencapaian yang begitu baik. Saya yakin dan percaya ia bukan kerja buat satu-satu pihak sahaja, tetapi seluruh jentera kerajaan termasuklah peringkat Exco, di peringkat jabatan-jabatan dan agensi yang terlibat telah pun berdaya usaha untuk mengurangkan ataupun membuat langkah-langkah penjimatan agar defisit ini tidak mendera akaun-akaun simpanan yang telah pun kita wujudkan iaitu Akaun Wang Simpanan Yang Disatukan, yang mana tidak banyak kita terpaksa menggunakan daripada akaun tersebut.

Terima kasih juga saya ingin unjurkan kepada yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah pun membuat pertambahan kepada bajet bagi kegunaan ADUN-ADUN ataupun wakil-wakil rakyat dalam Dewan Negeri Perak ini yang mana ia adalah merupakan pertambahan daripada tahun yang lepas, daripada RM200 ribu kepada RM300 ribu dan ini adalah merupakan tahun kedua norma baharu peruntukan yang rentas parti dan juga fahaman parti, maka kedua-dua belah pihak, baik kerajaan dan juga pembangkang menerima peruntukan yang sama, yang mana itu adalah memastikan ialah sistem yang boleh di lakukan oleh ADUN-ADUN di kawasan-kawasan yang mereka wakili ini dengan lebih berkesan. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana begitu prihatin. Sudah tentulah peruntukan-peruntukan ini adalah merupakan peruntukan yang besar maknanya kerana selain daripada agensi kerajaan yang menjadi sandaran oleh rakyat, yang kini sedang berhadapan dengan masalah covid, ada yang kehilangan kerja ada yang kehilangan pendapatan dan juga berbagai-bagai masalah yang ada pada hari ini menyebabkan rakyat begitu tertekan. Jadi sudah tentulah dengan pertambahan bajet yang diberikan kepada ADUN-ADUN, dapat sikit sebanyak membantu kita meluaskan sistem penyampaian yang boleh kita dapat bantu dengan segera rakyat-rakyat yang ini terkesan.

Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri atas keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang terkesan akibat covid dan yang saya amat tertarik, kebajikan adalah menjadi salah satu fokus kepada Kerajaan Negeri Perak yang mana kita melihat kita juga turut bersedih kerana hampir 250 pelajar yang kini menjadi yatim piatu, tiada tempat bergantung, tiada tempat untuk menumpang kasih. Jadi Alhamdulillah, Teduhan Kasih Anak Perak yang telah pun diwujudkan, dikhususkan untuk memberi perhatian kepada anak-anak ini yang begitu memerlukan perhatian dan juga saya ingin juga ucapkan terima kasih kepada Felcra kerana begitu proaktif memberikan saraan selama sehinggalah anak-anak ini mencapai umur 21 tahun. Jadi satu tindakan yang cukup prihatin, satu tindakan yang cukup proaktif, saya ucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri dan juga Felcra yang begitu prihatin.

Kad Prihatin yang dahulu telah diwujudkan hari ini masih diteruskan RM23 juta diperuntukkan untuk Kad Prihatin, dan 20 ribu penerima. Jadi rata-rata di peringkat rakan-rakan saya di kerajaan mahupun pembangkang mengatakan bahawa Kad Prihatin ini cukup berkesan, cukup baik dan harus di lebar luaskan. Jadi saya mohon lah jika boleh dipertimbangkan agar satu ketika nanti, agar kad prihatin ini dapat kita tambah jumlah penerimanya dan kalau boleh jumlah kapasiti boleh digunakan, ditingkatkan daripada RM80 kepada satu jumlah yang lebih tinggi kerana rakyat begitu teruja untuk memiliki Kad Prihatin yang pertama dan begitu teruja untuk membelanjakan kerana pengurangan bebanan kepada mereka juga.

Dato' Timbalan Yang Dipertua, kotak makanan yang masih diteruskan. Saya ucapkan terima kasih juga. Ia banyak membantu ketika-ketika kita berhadapan dengan covid ramai rakyat-rakyat yang terkesan, yang pertamanya akibat PKP, PKPD dan sebagainya begitu mendambakan bantuan-bantuan sebegini. Diskaun air daripada LAP yang bernilai RM8.6 juta kepada masyarakat atau pun rakyat yang di bawah kadar kemiskinan juga membantu sedikit sebanyak bagi mengurangkan beban dan yang paling saya gembira kerana Rumah PerakKu Prihatin diteruskan daripada projek ataupun program ini, hampir 200 rumah akan bakal dibina dan kita berharap ia tidak mencukupi. Saya berharap di peringkat Exco dan juga peringkat Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan supaya 200 rumah ini boleh ditambah dari masa ke semasa. Mungkin berlaku sebarang kenaikan pendapatan di sepanjang tahun 2022 ini dapat sikit sebanyak kita pertingkatkan sistem penyampaian daripada segi Rumah PerakKu ini.

Jadi, saya ingin menyentuh daripada sudut memakmurkan dan juga sejahterakan rakyat khususnya untuk pembangunan prasarana. Jadi saya amat terujalah dalam keadaan kita mempunyai peruntukan yang agak terhad namun agenda untuk pembangunan masih terus diutamakan oleh Kerajaan Negeri RM327.9 diperuntukkan kepada pelbagai agensi untuk meneruskan agenda ini jadi Saya mengucapkan terima kasih dan juga jutaan terima kasih tadi petang tadi Manong kenapa menyebutkan projek yang telah pun sampai ke kawasan beliau jadi saya juga sebahagian daripada warga Kuala Kangsar juga mengucapkan terima kasih kerana satu projek menaiktaraf jalan dan juga jambatan Kuala Kangsar ke Bandung telahpun diluluskan untuk fasa yang ketiga jadi selepas ni kalau datang ke kuala nak pergi teman nak makan pau mana tak payah corner kanan pun dah kira jam tajam sangat jadi jalan kita dah mula straight dalam itu jadi insyaallah, cuba kalau datang ke mana kita ada pau yang paling sedap dalam dunia. Jadi sila datang.

Jadi Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang telah pun bekerja keras walaupun dalam keadaan penemu walaupun dalam keadaan PKP projek-projek yang di yang diserahkan kepada kawasan khususnya di kawasan Bukit Chandan masih diteruskan dengan begitu baik sekali yang pertamanya jabatan kerajaan tu juga yang dilaksanakan oleh peringkat JKR telah pun diluluskan telahpun disiapkan dengan sepenuhnya tebatan banjir Bandang Panjang ke Senawar yang laksanakan oleh JPS sedang rancak dalam pembinaan mungkin sudah sampai ke tahap 90% untuk disiapkan. Begitu juga Masjid Alkhairiyah Jalan Kampung Sayong Lembah telah pun menerima jemaah-jemaahnya. Jadi Alhamdulillah kita dapat satu masjid yang begitu indah begitu kondusif begitu nyaman.

Saya jemputlah chor kalau datang berkempen merata kuala tu singgahlah masjid saya lembah ni ramai kawan-kawan chor kat sana tu lama meja meja pun cakap saja ada dan seterusnya saya juga berterima kasih kerana dalam RMK-12 saya tak pastilah rolling plan yang ke berapa telah memasukkan cadangan untuk pelebaran jalan dari Sungai Perak ke seberang Manong Kalau dulu daripada Tanjung Belanja ke Sungai Perak RNR Sungai Perak ke ni daripada daripada Sungai Perah ke seberang Manong Kalau dulu Tanjung Belanja ke Sungai Perah satu kawasan kampung orang asli di sebelah Bota sana nun di sebelah Belanja sana dua kali ini akan diperpanjangkan ke jambatan Manong yang telahpun disiapkan dengan jayanya di sini juga saya punya menarik tu.

Beberapa perkara untuk mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri supaya dapat diutamakan di kawasan Bukit Chandan. Chandan ni sebenarnya dah banyak kemajuan-kemajuan dibawa oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tapi tak pernah cukup-cukup chor yang tak pernah cukup cukup macam Sungai Rapat dah tak pernah cukup. Jadi saya ingin menyatakan di sini mohon perhatian kerana di kawasan kita masih ada lagi jambatan-jambatan yang sempit dan juga merbahaya kepada para pengguna jadi berulang-ulang kali saya angkat. Kalau ini dalam Dewan saya masih ingin menekankan dan saya ingin register juga permohonan ini jambatan senggang yang sepatutnya telah pun mendapat perhatian daripada JKR Masih belum dapat dilaksanakan. Mungkin kerana peruntukan masih belum ada lagi tetapi saya amat berharap ciri-ciri jambatan yang sempit di kawasan Chandan dan juga kawasan mana ini harus diberi perhatian kerana ia merupakan.

Laluan sibuk yang kerap berlaku kemalangan jadi jambatan senggang ni Tuan Timbalan Yang Dipertua amat penting kerana ia duduk dalam keadaan yang sangat berbahaya. Sudahlah sempit tetapi adalah sempit ditambah pula ada apa nama selekoh yang tajam di hadapan dan seterusnya rata-rata kita tengok setiap kali kita tengok bila MARRIS satu pun peruntukan MARRIS diturunkan ke kampung-kampung hanya kita melihat kepentingan untuk mengadakan turapan ataupun pembetulan di peringkat jalan-jalan yang telah pun didaftarkan. Apa yang saya kecewa apa yang saya khuatirkan adalah tentang bagaimanakah kita ingin tingkatkan sistem perparitan di kampung-kampung tradisi chor kampung-kampung tradisi kita tidak ada sistem longkang yang lengkap dan baik banyak berlaku kejadian kejadian banjir kilat.

Asal banjir kilat je telefon YB,YB tak saya YB Manong , tak YB Manong YB Chandan jadi dah komer nolong deme dah luruh. Cuma apa yang kita harapkan supaya selepas ini pihak PLB kita bincangkan dengan pihak pengurusan ataupun Pejabat Kewangan Negeri untuk kita tengok bagaimana kita boleh bantu pada sudut untuk siapkan prasarana perparitan kampung-kampung tradisi ini mereka tidak ada kemudahan daripada PBT-PBT tapi kita juga perlu ambil perhatian tentang mereka. Jadi selain daripada itu saya ingin menambah sikit sebanyak yang itu longkang dan saliran taman perumahan bunga raya dan jugak Chandan Putri. Ini sebuah dua buah taman yang sangat sangat pesat membangun mempunyai kependudukan yang begitu padat cuma apa yang kita lihat pembangunan taman-taman ini dibuat secara berperingkat dan dalam saiz yang kecil jadi sudah tentulah tidak ada prasarana yang lengkap jadi saya mohonlah supaya adanya kolam tadahan adanya perparitan yang mencukupi saiz yang kompiten saiz yang boleh menampung air air daripada domestik ini supaya dapat mengelakkan banjir banjir kilat banjir ni takkan berlaku di taman-taman perumahan banjir-banjir di berlaku di kampung-kampung yang berjiran dengan taman-taman perumahan. Jadi saya amat simpati dengan rakan-rakan kita di kampung-kampung yang di sekitar taman-taman perumahan ini mereka menerima tempias daripada kemajuan bukan tempias yang kurang baik tetapi tempias yang kurang baik daripada itu. Pasir Panjang. Silakan Pasir Panjang Cikgu Ya. Jangan lama benor. Saya last kali boleh tambah kot.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Tuan Yang Dipertua, Bila tadi berbicarakan masalah banjir kilat ataupun banjir buatan manusia yang disebut tadi. Saya tertarik dalam kebenaran merancang kalau di pekan ataupun perumahan baru kebenaran merancang ni masuk dalam one stop center. Berkumpul semua di situ dihantarlah ke agensi ataupun department-department tertentu untuk meluluskan projek tersebut. Jadi kalau kawasan perumahan sepatutnya tidak berlaku lagi banjir tu kerana sebelum dia merancang dia buat kelulusan itu dia dah tahu dah.

Longkang ke mana ayor ni pergi ke mana disalurkan air tu. Jadi kalau masih lagi terdapat banjir maknanya mungkin adalah kesilapan atau pun perlu pembetulan. Kalau sebelum ada one stop centre tu kita boleh terima juga tetapi dalam keadaan sekarang Kalau ada taman-taman baru yang mengalami masalah banjir kilat ataupun yang dikatakan tadi banjir disebabkan oleh kita jadi perlulah di atasi perlu diambil kira supaya tidak berlaku lagi. Sekian terima kasih.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Terima kasih Pasir Panjang. Pasir Panjang ni sebenarnya cikgu saya dulu. Saya mengaji di ACS dulu, ACS Setiawan jadi saya setuju sangat lah apa yang diunjurkan oleh Pasir Panjang bahawa one-stop-centre ni sebenarnya boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku cuma mungkin ada pemaju-pemaju mengambil kesempatan akan menggunakan kebenaran merancang dalam fasa-fasa yang lebih kecil jadi mereka tidak perlu terikat dengan undang-undang untuk mengada ataupun menyediakan kemudahan-kemudahan seperti taman-taman perumahan yang besar diwujudkan jadi kadang-kadang deme mengelat sedikit chor.

Seterusnya, ngecek skit ya. Ngecek tak pa ya.Jadi saya juga berulang kali bawa kes ni Kelubung Utama Jalan Taiping. Jadi Kelubung Utama Jalan Taiping ni halus sangat Saya nak minta JKR ni tengok-tengokkanlah. Dengar cerita peruntukan yang diperlukan RM1.5 juta le RM2.0 juta bagi mengalirkan air yang datangnya daripada taman-taman perumahan melintasi jalan utama dalam protokol yang Duli Yang Maha Mulia Tuanku selalu gunakan dan akhirnya apabila longkang atau pun kelubung ini tersumbat maka akan mengakibatkan banjir kilat di atas jalan dan juga di kampung-kampung sekitar. Jadi saya minta tolong sangatlah kepada pihak JKR untuk tengok-tengokkan perkara ini dan sementara sudah kita bab kedudukan dalam rolling plan yang ke berapa saya pun tak pasti dalam RMK-12, jalan daripada Sungai Perah iaitu di kawasan Belanja membawa ke Kampung Seberang Manong, kita dah besar. Saya hendak mintalah juga dipertimbangkan untuk melebarkan jalan daripada Seberang Manong sampailah ke Sayong barulah lengkap dan sempurna "emporner" kata di orang Bota.

Jadi selain daripada itu isu-isu kawasan yang ini saya bawah tak lama, Tuan Timbalan Yang Dipertua peruntukan MARRIS ini, banyak-banyak yang mengatakan bahawa MARRIS ini terlalu terlalu rigid tentang had-had yang boleh kita buat jadi saya dan juga Manong ini berkongsi kawasan, peruntukan MARRIS yang diberikan kepada saya dah tak boleh masuk ke kawasan yang kononnya menjadi kawasan jajahan Manong dan kawasan Manong pula tak boleh pulak menghantar kawasan-kawasan yang "kiro-kiro" nya di antara kawasan Chandan dan juga Manong. “Kiro” ni chor faham tak antara-antara ya dan idak ya. Jadi saya nak minta lah MARRIS ini janganlah terlalu rigid daripada segi lokalitinya kerana kawasan kami ini bertindih. Macam kawasan saya ini bertindih, kawasan saya ini bertindih dengan DUN Lubuk Merbau, DUN Manong dan juga DUN Chandan, ia bertindih. Jadi saya mintalah peringkat pengurusan supaya pejam mata lah sikit kerana saya masih perlu menjawab. Rakyat yang memohon, rakyat yang berada di kawasan tersebut. Selain daripada itu, saya ingin tekankan sekali lagi daripada sistem MARRIS ini hanya kita peruntukan kepada pembuatan jalan, macam YB Temenggor sebut tadi turap jalan, turap, turap, turap, turap sampai sudahnya tebing kita tingginya dua kaki. Kalau serolohlah kereta Vellfire chor tu, rupa kura-kuralah tak boleh bangkit balik. Jadi Itulah, saya hendak cerita sikit tentang MARRIS ini.

Masalah haiwan, masalah haiwan bukan peliharaan. Kawan-kawan cerita pasal haiwan peliharaan yang merayau, berpoya-poya, bermaharaja lela tapi saya tak nak cerita haiwan-haiwan peliharaan kerana kawasan saya ini banyak kawasan ragut daripada kawasan lembunya sendiri. Jadi lembu dengan kerbau saya tak banyak di Kuala Kangsar ini. Cuma apa yang merisaukan saya adalah haiwan bukan peliharaan, iaitu haiwan perosak seperti babi, seperti beruk atau pun kera yang menjadi musuh tanaman hari ini. Saya mohon sangatlah, saya sudah unjurkan dalam JKTD, saya dah unjurkan dalam Dewan ini. Saya hendak minta tolong sangatlah pihak-pihak yang berwajib, tolong-tolong sangat ambil tindakan. Sekali 100 ekor serang kawasan penanaman sayur-sayuran saya rasa, boleh gulung tikar. Kalau sekali kena serang tak apa kalau berulang-ulang kali kena serang saya rasa pun, saya rasa yang bermodal besar pun akan gulung tikar jugak. Jadi saya mintalah perhatian daripada Jabatan Perhilitan atau pun lain-lain jabatan jadikan ia satu agenda yang besar kerana hari ini bukan sahaja babi-babi yang ada berkeliaran di dalam kebun dan juga ladang tetapi sudah berada di kediaman orang. Jadi di rumah saya ini, saya terpaksa pasang pagar, saya terpaksa pasang pagar bukan kerana saya sombong tapi apa nama babi dah mula bermain-main di halaman rumah saya. Jadi saya saya rasa agak tertekan juga dan baru-baru ini viral di di Kuala Kangsar, rumah DO dah ada macam ada zoo, babi berlari-lari, bercanda dan bersukaria di hadapan rumah Tuan DO. Jadi kita kena tengok macam mana.

Timbalan Yang di-Pertua

Bukit Chandan panjang lagi ke.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Manong, Manong minta laluan.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Boleh, saya hendak minta 5 minit lagi, boleh ke.

Timbalan Yang di-Pertua

Dah lebih 5 minit dah.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Hendak minta 5 minit saja lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

3 minit lagi.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Sedekah itu pahala Tuan Timbalan. Ok, 3 minit lagi. Sekejap saja Pengkalan Hulu.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih Chandan, bila sebut pasal haiwan babi yang masuk mengganggu tanaman-tanaman pekebun kecil, memang perkara ini dah lama berlaku tetapi sebelum ini memang kita boleh lihat zaman-zaman dulu kita memang boleh kita kata menembak atau pun menghapuskan tetapi sekarang bila dah ada undang-undang Perhilitan kita tidak boleh membunuh binatang liar ini. Untuk makluman Dewan, saya baru terima satu report daripada aduan penduduk. Report polis semalam 12.12.21, apa ini penoreh getah telah diserang oleh babi hutan sudah terkoyak kaki dan paha dia semua. Dah ada di hospital, dah buat polis report jadi bayangkan, dia buat report, dia minta YB tolong selesaikan masalah dia. Jadi itu saya hendak bawa dia dalam Dewan. Dia kena serang di dalam ladang getah kerana babi hutan. Adakah Perhilitan akan bertanggungjawab atau pun Kerajaan Negeri akan bertanggungjawab, akhirnya dia akan datang ke pusat khidmat, dia hendak minta ADUN bantu dia. Jadi ADUN pun hendak bantu macam mana. Pasal benda ini dah berada di bawah kuasa Perhilitan. Polis report pun ada 12 haribulan di balai polis Pengkalan Hulu, yang jadi kesiannya chor dahlah bulan 10 hujan, menoreh 2 hari. Bulan 11, tak boleh menoreh terus. Mai bulan 12, panas babi pula gigit dia.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok Pengkalan Hulu faham.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Faham ya, jadi itulah hendak minta Perhilitan tengok dan Kerajaan Negeri tengok apa yang sebenarnya kita boleh buat dengan masalah yang dialami semua tempat di dalam negeri Perak. Masalah apa ini, babi ini atau pun yang mengganggu tanaman. Terima kasih.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Terima kasih, saya juga kalau boleh masukkan dalam ucapan saya sebenarnya Tuan Timbalan Yang Dipertua, Pengkalan Hulu ini sensitif sangat pasal hal babi ini sebenarnya. Kereta motokar dia sudah 2 kali kena rempuh. Jadi kejadian-kejadian sekarang kita tak langgar babi tapi babi langgar kita. Jadi inilah kita rasa agak-agak pelik. Zaman ini, kalau kita nak tembak NGO-NGO yang nak mempertahankan kehidupan liar ini datang complain tapi apabila musibah datang kepada rakyat mereka kemana. Mereka di mana, kita kena ambil tahu tentang kesejahteraan rakyat bukan kesejahteraan binatang-binatang itu. Jadi yang terakhirnya. Baru-baru sebelum saya sampai ke dalam Dewan ini ada teks mesej daripada pengusaha-pengusaha yang mengusahakan pasir yang minta saya bangkitkan perkara ini dalam Dewan.

Saya memang tak meniaga pasir tapi pengusaha-pengusaha ini duk minta merayu, pasir yang mereka usahakan ini mengalami kelewatan apabila memohon e-doket, e-doket ini mesti dimohon dan juga diluluskan oleh pejabat-pejabat daerah, pejabat-pejabat tanah untuk memastikan mereka dapat mengeluarkan pasir untuk dipasarkan. Cuma kebelakangan ini proses kelulusan atau pun mengeluarkan e-doket ini memakan masa yang sangat-sangat panjang, menghampiri 6 bulan prosesnya. Jadi saya mohon supaya Kerajaan Negeri campur tangan sedikit, supaya dapat mengingatkan pejabat-pejabat tanah atau pun pihak-pihak yang berkaitan tentang mengeluarkan e-doket ini supaya ambil perhatian kerana yang pertamanya kelewatan untuk menyiapkan projek-projek atau pun sebagainya bergantung kepada pengeluaran pasir ini.

Yang keduanya, hasil negeri juga mungkin akan berkurangan apabila tiada e-doket maka hasil pendapatan negeri juga boleh berkurangan. Jadi saya mohon sangat kerana perhubungan di antara MB Inc., pejabat tanah, PTG dan sebagainya menyebabkan red tip-red tip yang tertentu melewatkan proses pengeluaran e-doket ini. Jadi saya mohon sangatlah supaya e-doket ini disegerakan dan kalau boleh mereka ini juga mewujudkan satu one stop center supaya kelulusan itu dapat datang berpusat dan dapat diuruskan dengan lancar dan juga baik. Saya rasa waktu saya pun dah habis, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua kerana bagi kesempatan saya untuk berbahas pada kali ini. Terima kasih di atas tambahan masa cuma Allah SWT jua yang dapat membalaskan budi baik Tuan Timbalan Yang Diertua. Jadi saya ucapkan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan teruslah kita pastikan negara kita, negeri kita terus makmur dan juga aman seterusnya insyaallah amin ya rabbal alamin. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Timbalan Yang di-Pertua

Wasalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Bukit Chandan pembahas dan

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Bukit Chandan menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Chandan pembahas yang terakhir pada petang ini.

Semalam burung hari ini ayam Ayam seludup lepas laluan Sidang petang sedikit suram Esok ketemu semula di dalam Dewan

Ahli Yang Berhormat sekalian sekarang saya tangguhkan Dewan ini. Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu 15 Disember 2021 jam 9.00 pagi. Sekian wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.