Perak · 15 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 207 turns · 50,481 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.
Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Keempat Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu 15 Disember 2021 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Selawat dan Salam atas Rasul-Nya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian Hamba Mu, yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkemanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin Ya Allah, seru sekalian alam.
Perkara yang kedua, pengumuman Tuan Yang DiPertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, berkenaan penguatkuasaan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Secara keseluruhannya, Ahli-ahli Yang Berhormat, para petugas dan wakil media dapat dilihat telah mematuhi pematuhan SOP yang berkaitan. Saya memohon pematuhan SOP ini dapat diteruskan pada persidangan hari ini, bagi memastikan langkah kawalan pencegahan Covid-19 yang dilaksanakan adalah efektif.
Perkara yang kedua, berkenaan pembahasan atas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022. Seramai 13 Ahli-ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan pada persidangan hari ini. Saya ingin menekankan mengenai keperluan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat untuk berbahas secara berfokus dan mengikut masa yang ditetapkan, agar persidangan hari ini dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Kegagalan mematuhi masa yang ditetapkan akan menyebabkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat berada dalam ruang tertutup yang lebih lama dan ianya tidak selari dengan SOP berkaitan langkah mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Perkara ketiga, berkenaan etika perbahasan. Selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, saya amat memahami hasrat murni setiap Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas. Sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengenengahkan isu-isu semasa, khususnya isu-isu berkaitan denyut nadi rakyat. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama etika perbahasan perlu diutamakan agar dapat melambangkan Dewan yang mulia ini sebagai institusi legislatif tertinggi negeri. Di kesempatan ini, saya ingin memberikan panduan dan sedikit nasihat mengenai sesi perbahasan pada persidangan semalam. Saya ingin memaklumkan sekiranya terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat yang membawa masuk barangan yang di luar kebiasaan bagi tujuan perbahasan, perlu memberi makluman atau merujuk kepada Yang Dipertua Dewan Negeri atau Setiausaha Dewan Negeri terlebih dahulu. Saya ingin menegaskan perkara yang berlaku ketika sesi perbahasan persidangan semalam, sewajarnya tidak lagi berulang. Justeru, saya memohon kerjasama pihak keselamatan untuk melaksanakan pemeriksaan yang lebih rapi terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam Dewan Negeri termasuk beg, bungkusan dan sebagainya. Saya harap tak da pulak yang nak bawa kambing ke, lembu ke malam hari ini ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Saya juga mengambil maklum waktu semalam semasa menghabiskan tamat persidangan Dewan kita semalam sebelum ditangguhkan kita tamat agak awal dengan 15 pembahas. Jadi hari ini kita ada 13 pembahas. Saya rasa sebagai untuk memberikan lebih kelonggaran kepada Ahli-Ahli dewan dalam sesi soalan ini sekiranya ada isu-isu yang dibangkitkan itu dekat dengan hati rakyat dan dirasakan mempunyai kewajaran untuk ada soalan tambahan terutamanya sekiranya soalan itu disatukan yang ditanya itu bukan saja seorang YB tapi disatukan dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh YB yang lain tertakluk kepada keputusan Speaker, saya boleh benarkan satu lagi soalan tambahan. Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang ini saya saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan doa). Dato' Yang Dipertua Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor satu. Terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa kawasan lombong merupakan option kepada penyediaan kolam tadahan bagi mengawal dan menakung air selaras dengan usaha untuk mencegah sesuatu tempat itu dari berlakunya banjir. Pengawalan dan penyelenggaraan serta inisiatif untuk menaik taraf kawasan-kawasan bekas lombong terbiar ini untuk dijadikan sebagai fungsi kawasan tadahan adalah bertepatan khususnya di kawasan yang mempunyai penempatan yang padat seperti di kawasan Manjoi.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat cadangan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mewartakan tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dikenalpasti bersesuaian untuk dirizabkan sebagai kolam takungan air di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri secara dasarnya menyambut baik dan komited untuk melaksanakan cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri memahami hasrat Yang Berhormat Manjoi untuk membangunkan kawasan-kawasan lombong terbiar di kawasan Manjoi supaya lebih ekonomik serta berdaya maju dan seterusnya mampu untuk meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Sehubungan itu Kerajaan Negeri bersedia untuk mengkaji serta meneroka potensi lombong-lombong yang terbiar tersebut dengan mengambil kira keadaan geografi dan kepentingan kawasan Manjoi agar aktiviti yang dirancang tidak mendatangkan implikasi negatif kepada masyarakat setempat dan ianya bergantung kepada ulasan terperinci daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan. Lombong-lombong terbiar yang berpotensi boleh dimajukan sebagai kawasan ternakan akuakultur, rekreasi dan juga eko-pelancongan bagi menjana sumber pendapatan serta ekonomi penduduk setempat. Namun demikian, semua cadangan ini adalah tertakluk kepada sama ada lombong-lombong tersebut akan diwartakan sebagai kolam takungan air di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara ataupun tidak. Terima kasih.
Saya menyanjung tinggi akan hasrat kerajaan untuk bertujuan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi tapi yang menjadi masalah sekarang ialah pengawalan kepada lombong-lombong itu seolah-olah macam tak ada tuan punya. Di sana sini kalau kita lihat menjadi tempat untuk longgokan buangan sisa kilang, batu bata pembinaan sebagainya. Jadi untuk menjadikan lombong-lombong tersebut sebagai satu kawasan tadahan air atau pun untuk ditukar untuk aktiviti ekonomi ekokultur dan sebagainya sudah tentulah pemeliharaan penjagaan kepada lombong-lombong tersebut daripada pencemaran perlu dilakukan termasuk juga tumbuhan-tumbuhan liar water icing yang setengah lombong tu dah hampir tertutup dan penuh dengan water icing. Jadi saya mencadangkan tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Negeri supaya langkah-langkah diambil untuk memastikan bahawa lombong-lombong itu dapat dikekalkan bebas daripada apa ni bahan longgokan buangan dan juga pemeliharaan lombong itu supaya hasrat akan dapat dicapai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Jika sekiranya lombong-lombong tersebut diwartakan sebagai takungan air di bawah Akta 62 maka fungsi untuk menyenggara lombong-lombong tersebut akan diletakkan di bawah agensi-agensi berkaitan sama ada JPS ataupun di bawah PBT dan jika sekiranya ia nanti akan dijadikan sebagai pusat ternakan akuakultur ataupun rekreasi maka sudah tentu pengusaha-pengusaha tersebut akan bertanggungjawab untuk menjaga, menyelenggara dan memulihara kawasan lombong. Terima kasih.
Sungai Rapat.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sewaktu tu saya menjadi Exco Pelaburan hari itu kami telah buat sedikit kajian tapi bukan terperinci untuk banyak lombong- lombong yang bertabur di kawasan Kampar, Tanjung Tualang, Batu Gajah dan salah satu pendekatannya adalah untuk meletakkan panel-panel solar yang terapung di situ. Bila kalau satu lombong tu luasnya lebih kurang dalam 4-5 ekar satu lombong. Kalau di Manjoi ni 10 lombong ni 50 ekar. 50 ekar ni you boleh letakkan panel-panel solar ini dan masih lagi ternakan-ternakan ikan tidak kacau. Masih lagi proses tadahan air boleh diteruskan menjana tenaga. Kalau 50 ekar tu tak kurang 20 megawatt yang mana kampung berdekatan atau pun kawasan-kawasan berdekatan boleh dapat bekalan elektrik dengan kaedah-kaedah teknikal yang tertentu. Jadi sejauh manakah kerajaan hari ini boleh mempopularkan supaya di Perak ini kita gunakan lombong-lombong yang tinggal ini akan jauh lebih produktif dan jauh lebih ekonomik. Jadi saya mencadangkan supaya kawasan-kawasan bukannya di Manjoi tetapi kalau pergilah ke Tualang Sekah, Tanjung Tualang, Batu Gajah ni. Memang banyak sangat lombong. Jadi kalau kita gunakan kaedah untuk menjana tenaga melalui solar panel ini saya rasa dia lebih memberikan banyak produktif, banyak perkara-perkara yang memanfaatkan Negeri. Wallahua'llam. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, terima kasih Sungai Rapat. Memang ada banyak sekali proposal yang datang kepada Kerajaan Negeri oleh syarikat-syarikat yang berkaitan bagi tujuan mereka membina solar farm di lombong- lombong terbiar dan saya mengesahkan memang ada banyak kebaikan dan faedah jika lombong-lombong ini dibina solar farm dan ia sebenarnya Yang Berhormat Sungai Rapat bergantung kepada kejayaan syarikat-syarikat berkenaan membida lesen daripada SEDA. Jika mereka berjaya membida maka kawasan-kawasan tersebut bolehlah dirundingi oleh Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi Kerajaan untuk JV dengan syarikat yang berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan nombor soalan.
Selinsing mengemukakan soalan nombor dua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Speaker, Ahli Yang Berhormat. Terutamanya kita di negeri Perak sentiasa mengiktiraf golongan OKU yang merupakan sebahagian daripada masyarakat yang punyai hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain bagi menjamin kepentingan golongan OKU. Golongan OKU menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan modal insan dan pencapaian dalam pelbagai bidang termasuk bidang sukan. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan supaya hak dan peluang untuk menyumbang kepada pembangunan negara turut melibatkan penyertaan golongan OKU khususnya dalam aktiviti dan program sukan berprestasi tinggi mahupun sukan untuk semua.
Untuk makluman Yang Berhormat, setelah melihat akan potensi atlet-atlet PARA Perak ini, portfolio saya melalui program rentas jabatan bersama dengan Majlis Sukan Negeri, Jabatan Belia Sukan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan dan juga Persatuan Orang Kurang Upaya Negeri Perak telah pun menyediakan kertas konsep bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan negeri untuk kita laksanakan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya Negeri Perak yang merupakan suatu dasar ke arah pemerkasaan sukan dalam kalangan orang kurang upaya melalui pembentukan dan penglibatan semua pihak seluruh untuk mencapai kecemerlangan sehingga ke peringkat kebangsaan. Dasar ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Perak bagi memastikan kesaksamaan hak, peluang dan kepentingan OKU khususnya dalam bidang sukan dan terjamin sepertimana yang ditetapkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan Dasar Orang Kurang Upaya. Kerajaan Negeri Perak mengambil inisiatif untuk menggubal satu dasar berkaitan pembangunan sukan OKU supaya hala tuju pembangunan sukan OKU dapat diselaraskan dengan lebih efisyen.
Di samping itu penggubalan dasar ini dapat memastikan tanggungjawab terhadap pembangunan sukan OKU dilaksanakan dengan lebih berkesan dan membantu melengkapkan ekosistem pembangunan sukan OKU yang realistik di Negeri Perak di samping mengambil kira sukan sebagai landasan bagi menyatupadukan hubungan semua biar pun berlainan bangsa, agama, ideologi dan juga fahaman politik. Sidang dihormati sekalian, strategi dasar ini ada terdapat enam strategi dasar yang digariskan dalam dasar pembangunan sukan OKU Negeri Perak antaranya adalah memperkukuhkan struktur pentadbiran altet PARA melalui pembahagian atlet mengikut peringkat negeri supaya struktur pentadbiran atlet lebih teratur dan sistematik. Selain itu setiap peringkat kategori atlet juga akan ditadbir urus oleh agensi-agensi yang terlibat dengan lebih kemas.
Yang kedua memperkasakan program pembangunan atlet PARA di setiap peringkat supaya program pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi meliputi segala keperluan yang diperlukan atlet di setiap peringkat. Yang ketiga memantapkan sistem kejurulatihan dan kepegawaian untuk kita pastikan atlet-atlet PARA dilatih oleh jurulatih yang bertauliah dan diurus selia oleh pegawai yang berkenaan. Yang keempat melaksanakan dan menyertai kejohanan sukan PARA untuk kita pastikan setiap atlet PARA mempunyai peluang untuk menyertai pertandingan sukan yang dianjurkan bukan sahaja di peringkat Negeri Perak malah di peringkat kebangsaan. Inisiatif ini amat penting untuk menilai bakat, potensi dan prestasi atlet PARA Negeri Perak. Yang kelima menyediakan kemudahan dan fasiliti Sukan PARA khusus untuk atlet-atlet sukan PARA menjalani latihan yang lebih kondusif di samping memberi peluang untuk penganjuran acara sukan PARA ini dianjurkan di Negeri Perak dan yang keenam meningkatkan kerjasama strategik antara agensi supaya setiap agensi sama ada di peringkat negeri mahu pun persekutuan dapat bersama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab untuk membangunkan sukan PARA di Negeri Perak. Kerjasama strategik ini juga akan merangkumi penglibatan NGO dan pihak swasta bagi mewujudkan satu ekosistem yang lengkap dalam pembangunan sukan. Insyaallah jika dasar ini diluluskan dan saya difahamkan sudah di peringkat akhir, jadi Negeri Perak merupakan negeri yang pertama di negara kita ini akan memperkenalkan dasar sukan OKU ini malahan Majlis Sukan Negara sendiri pun masih lagi belum ada dasar ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Saya nak menanya satu soalan tapi sebelum itu kita tahu umum mengetahui bahawa insan-insan terpilih ini merupakan anugerah Allah Subhanahu Wata'ala dan mereka ini mempunyai potensi dalam pelbagai bidang. Kebetulan ada sukan yang kurang upaya ini atau OKU ini telah pun menunjukkan satu prestasi yang baik dengan memenangi pelbagai pingat dan sebagainya tadi. Soalan saya adakah kerajaan negeri memberi sebarang insentif atau pun hadiah atau pun ganjaran bagi mengiktiraf kejayaan atlet PARA terutama yang telah memenangi pingat yang telah dipertandingkan seperti di temasya Paralimpik.
Terima kasih jiran saya Selinsing. Jadi untuk makluman, Kerajaan Negeri senantiasa mengiktiraf akan kejayaan atlet-atlet kita sama ada atlet normal atau pun aktif PARA malahan kadar insentif ini juga adalah sama tidak ada beza pun antara mereka. Jadi Kerajaan Negeri juga sebenarnya Yang Berhormat konsisten dalam kita meraikan mereka dan bukan sekadar kita meraikan selepas mereka berjaya tapi sebelum pertandingan pun kita raikan mereka. Sebagai contoh di Negeri Perak baru-baru ini pada asalnya 3 orang atlet PARA kita yang mewakili negara ke Paralimpik Tokyo, asalnya 3 tapi lepas itu kita dapat permohonan lagi seorang atlet yang berasal dari Perak tapi mewakili Terengganu tak silap saya tapi dia tak dapat insentif di sana dan kita pun raikan juga beliau ada empat orang yang kalau saya kongsikan bersama.
Yang pertama Cheah Liek Hou untuk badminton, saudara Mohd Yusof Hafizi berbasikal, saudara Chee Cheong Min pingpong dan juga Abu Samah Borhan tenis berkerusi roda. Jadi mereka yang telah berjaya mewakili negara ke Paralimpik yang asal dari Perak ini kita telah bagi insentif sebelum pergi kejohanan sebanyak RM5 ribu seorang. Kadar ini juga sebenarnya sama dengan atlet normal yang mewakili negara ke Olimpik yang berasal dari Negeri Perak dan alhamdulilah saudara Cheah Liek Hou telah pun berjaya memenangi pingat emas bagi acara perseorangan badminton dan kita telah pun menjemput beliau dua kali kita jemput beliau untuk kita meraikan dengan gimik penyerahan insentif sebanyak RM25 ribu daripada Kerajaan Negeri iaitu pada Hari Sukan Negara yang lalu tapi beliau tidak dapat hadir kerana berada sama dengan YAB Perdana Menteri dan baru-baru ini di sambutan Hari Belia peringkat Negeri Perak juga beliau tidak dapat hadir kerana kurang sihat.
Jadi Alhamdulillah hari ini kebetulan kita susun untuk kita raikan atlet kejayaan pasukan hoki kita dan kita jemput jugak beliau untuk sama-sama menerima inseftif ini kerana hari ini kita akan serahkan RM25 ribu atas penghargaan insentif dan saya juga mengalu-alukan pihak-pihak lain swasta khususnya untuk bersama menyumbang dalam kerajaan ini dan kita juga ucap terima kasih banyak kepada Kerajaan Pusat kerana telah juga meraikan mereka ini yang mana Cheah Liek Hou telah pun menerima insentif RM1 juta dan juga pencen RM5 ribu. Jadi ini merupakan satu pengiktirafan yang cukup baik kepada atlet PARA kita. Terima kasih.
Pinji
Terima kasih kepada Dato' Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Belia dan Sukan atas pengiktirafan usaha kerajaan pada ketika SUKMA dan PARA SUKMA 2018 yang selepas itu kita mulakan usaha untuk mewujudkan dasar sukan OKU dan terima kasih atas penerusan agenda tersebut. Ini adalah untuk semua para atlet, atlet PARA di negeri ini. Kita perlu menjadi pelopor dan terus menjadi pelopor. Cuma saya nak bertanya bahawasanya atlet-atlet PARA kita ni memang sangat istimewa dari sudut pandangan persembahan mereka, dari segi prestasi mereka tetapi kita juga perlu memikirkan masa hadapan mereka selepas karier kerjaya sukan Para di peringkat Para SUKMA.
Sekiranya segolongan mereka tidak berjaya atau memilih untuk tidak mara ke depan untuk pergi ke peringkat nasional atau ke peringkat antarabangsa, mereka juga mempunyai kapasiti untuk menjadi jurulatih, untuk menjadi operator pelancongan sukan dan kesemua ini merupakan sesuatu yang perlu diaktifkan atau perlu diperkasakan dengan latihan, dengan peruntukan dan dengan fasilitasi dan penyelarasan pihak kerajaan kerana memang agak sukar dan sangat-sangat susah untuk meminta pihak swasta untuk membantu dan fasilitasi.
Apakah pandangan dan juga dasar kerajaan kerajaan negeri mahupun apa yang diketahui oleh pihak Exco Kerajaan Pusat untuk memperkasakan dan memberi latihan dan bimbingan kepada para atlet-atlet para kita untuk menceburi bidang sport tourism menceburi rehabilition sebab kita tahu ada di negara-negara lain atlet-atlet para yang memilih untuk tidak mara ke depan dalam sukan mereka menjadi fisioteraphys, mereka menjadi operator-operator dalam ekonomi sukan. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Exco berkenaan perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Pasir Pinji. Memang kita sentiasa mengambil berat keseluruhan atlet kita termasuk para dan sebab kita perkenalkan dasar ini kerana saya pun telah memaklumkan kepada pihak MK untuk mempertimbangkan sehalus-halusnya akan telusan dasar ini dan saya yakin dasar ini akan diteruskan tidak lama lagi dan dengan adanya dasar ini, dari segi pengurusan atlet dan juga kejurulatihan, pengurusan-pengurusan lain akan lebih teratur dan terjamin. Insyaaalah, kalau sebelum ini memang mereka ini bergerak atas dasar sukarela atas dasar semangat mereka sendiri sahaja tanpa ada kepakaran dan sebagainya. Jadi dengan adanya dasar ini akan dilaksanakan dan kita juga di negeri-negeri kita telah pun memutuskan untuk kita juga memberi memastikan ada ruang untuk atlet kita ini mengisi ruang-ruang perjawatan khususnya di bawah agency GLC ataupun di dalam Kerajaan Negeri kita.
Jadi Yang Berhormat, terima kasih dengan usaha sebelum ini yang akan teruskan untuk kita pastikan atlet para kita ini akan sentiasa berada dalam keadaan cukup baik, khususnya kita sekarang ini juga sedang menekankan kepada atlet kita bukan sekadar mereka sebagai atlet tapi kita nak bagi tahu sukan ini adalah kerjaya mereka. Sebab itu kita telah pun buat MOU dengan beberapa universiti untuk kita pastikan atlet kita mendapat pendidikan dan akhirnya mendapat wang pekerjaan yang terbaik pada masa akan datang. Bukan sekadar habis khidmat mereka sebagai atlet, mereka terus berhenti disitu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lubuk Merbau untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera, terima kasih Dato’ Yang Dipertua soalan saya nombor tiga.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubuk Merbau yang menanyakan soalan. Kad program, program kad Perak Prihatin ini merupakan satu skim bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan barangan keperluan dan kos perkhidmatan kesihatan di klinik atau pusat perubatan swasta kepada golongan sasar yang melibatkan keluarga berpendapatan rendah miskin dan miskin tegar, Para pemegang kad Program Perak Prihatin layak untuk membeli barangan asas makanan bernilai RM80.00 sebulan, di kedai-kedai runcit pasar raya yang berdaftar serta kemudahan mendapatkan rawatan kesihatan sehingga RM300.00 setahun di klinik-klinik panel yang terpilih. Ianya diuruskan oleh anak syarikat PKNP brand equity BESB dan akan diserah pengurusan sepenuhnya kepada Sekretariat Wanita Perak bermula Januari 2022. Sehingga 31 Oktober 2021 seramai 19,078 orang penerima telah menerima manfaat melalui pelaksanaan program kad Perak Prihatin.
Menjawab soalan yang pertama, perincian penerima mengikut daerah adalah seperti berikut Kinta 4320 orang, Larut Matang Selama 2553, Kerian 1823, Hilir Perak 1536, Kuala Kangsar 1493, Manjung 1417, Hulu Perak 1401, Perak Tengah 1176, Batang Padang 970, Mualim 864, Kampar 835 dan Bagan Datuk 690 menjadikan jumlah keseluruhannya 19,078.
Menjawab soalan yang kedua berkaitan tabarruk khairat kematian. Program tabarruk khairat kematian merupakan keprihatinan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kewangan waris di seluruh Negeri Perak dalam usaha dalam urusan kematian peserta program di samping sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Menerusi belanjawan bajet negeri 2021, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk pelaksanaan program ini. Setiap waris akan menerima pemberian sebanyak RM500.00 bagi setiap tuntutan khairat kematian mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Jumlah peserta Skim Takaful Tabarruk Khairat Kematian sehingga September 2021 mengikut daerah, Kinta 832, Larut Matang dan Selama 671, Kerian 482, Kuala Kangsar 318, Manjung 317, Kampar 285, Hilir Perak 273, Perak Tengah 258, Batang Padang 150, Bagan Datuk 90, Hulu Perak 64 dan Mualim 54 menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 3794 orang.
Soalan yang ketiga Kerajaan Negeri sentiasa meneliti dan mengemaskini mekanisma pelaksanaan Program Perak Prihatin dan Program Tabarruk Khairat Kematian supaya relevan dan sesuai dengan situasi semasa agar dapat membantu rakyat Negeri Perak mendapat akses bantuan yang sewajarnya dan meringankan beban rakyat. Walau bagaimanapun pelaksanaan program ini pada tahun hadapan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diperuntukkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco, atas jawapan yang jelas lagi fasih. Soalan tambahan saya, adakah bayaran RM80.00 ni akan dinaikkan mungkin kepada RM100.00 ataupun RM150.00 kerana memandangkan pada ketika ini heboh tentang kenaikan harga barang-barang asas. Banyak barang yang naik harga tapi sedikit yang tak naik harga. Jadi itu soalan saya. Terima kasih.
Ok, terima kasih kepada Yang Berhormat Lubuk Merbau atas soalan tambahan itu. Sebenarnya penambahbaikan kad Perak Prihatin bagi manfaat rawatan kesihatan yang sebelum ini RM50.00 telah dinaikkan had penggunaannya kepada RM70.00 untuk setiap kali rawatan. Itu adalah penambahbaikan yang telah dilakukan. Walau bagaimanapun penggunaan pembelian barangan asas kekal dengan kadar RM80.00 sebulan untuk setiap penerima. Ini kerana pada 31 Oktober 2021 yang saya sebutkan tadi, jumlah penerima kad Perak Prihatin telah mencapai 19,078 orang dan jumlah keseluruhan kad Perak Prihatin ini boleh dikatakan hampir mencapai kuota penuh iaitu sebanyak 20 ribu orang penerima. Jadi buat masa ini, buat tahun ini kita tidak tingkatkan tahun hadapan pun, kita melihat kepada seperti yang saya sebutkan tadi hampir penuh. Jadi tetapi kita ambil maklum setiap yang telah dihujahkan ataupun disuarakan oleh Yang Berhormat yang prihatin tentang kos sara hidup ini. Terima kasih.
Pasir Berdamar.
Terima kasih Dato Yang Dipertua, soalan saya tambahan saya kepada Exco adalah berkenaan dengan maksima yang disebutkan tadi iaitu dalam RM20 ribu. Jadi adakah diadakan apa yang dikatakan review bagi penerima-penerima Kad Prihatin ni. Dari masa ke semasa atau pun yang akan menerima manfaat daripada ini diteruskan secara berterusan memandangkan ada ramai orang yang lain yang juga perlukan bantuan. Negeri kita ini sebuah negeri yang membangun. Maka dalam proses ini bila penduduk bertambah juga berada kita mempunyai segelintir rakyat yang kita memerlukan bantuan ini. Itu soalan yang pertama saya. Soalan yang kedua sebelum ini, pihak Pejabat ADUN kawasan telah membantu dalam pengiraan khairat kematian dan juga dalam pemprosesan kad prihatin. Adakah dalam arena yang disebut-sebut hari-hari politik matang, servis ini atau perkhidmatan ini juga dibenarkan dibuat melalui pejabat ADUN pembangkang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Berdamar atas soalan tambahan tersebut berkaitan dengan Kad Perak Prihatin. Memang sebenarnya kita telah hampir mencapai 20 ribu yang mana hujung tahun ini pun kita akan isikan lagi melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kad Perak Prihatin dan ada juga dibincangkan dalam mesyuarat itu untuk kita review. Sebagai contohnya penerima-penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan am dan juga bantuan bulanan baitumal. Penerima yang telah ditamatkan penerimaan kedua-dua bantuan ini secara automatik juga kita dicadangkan untuk ditamatkan Kad Perak Prihatin ini kerana dasarnya mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Itu salah satu cadangan yang disuarakan dalam mesyuarat jawatankuasa itu yang turut dihadiri oleh agensi-agensi yang berkaitan.
Dan yang kedua juga memang kerana tidak ada penambahan pada tahun hadapan juga. Ianya memang ada dibincangkan untuk direview. Seperti juga agensi-agensi lain seperti JKM, Baitumal dan sebagainya. Jadi pandangan Yang Berhormat itu memang kita ambil kira dan dia saya pandang baik.
Yang kedua berkaitan dengan cara memohon untuk Kad Perak Prihatin dan juga Takaful Tabaruq. Memang kita ada menerima daripada juga ADUN-ADUN sebelah sana dan ianya juga diproses dengan secara yang sama dan kalau dilihat Kad Perak Prihatin dan juga Takaful Tabaruq ini boleh dikatakan merangkumi semua DUN. Ada yang banyak, ada yang sedikit. Jadi kita boleh terima selagi ada peruntukan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Khairat kematian.
Yang Dipertua, soalan ini jawapan ini memerlukan pencerahan semula. Izinkan saya untuk menambah soalan. Pertama kita ada kad prihatin. Kita ada Kad (KIDR) Kad Kasih Ibu Perak Darul Ridzuan anjuran NCIA. Kita baru-baru ini digemparkan bila kita terima Kad KIDR yang diagih oleh Penghulu-penghulu. Kita sebagai ADUN kita tanya kad ini hasil daripada mana. Apa yang boleh diberi oleh Kad KIDR ini. Dijawab oleh mereka bahawa kad ini sama dengan Kad Prihatin Negeri Perak bahawa mereka membeli barangan bernilai RM 100 dan juga kad perubatan yang ditentukan oleh NCIA. Persoalan saya siapakah yang layak untuk dapatkan Kad KIDR. Jawapan yang mereka bahawa dia diambil daripada senarai eKasih di peringkat daerah. Saya nak tahu kalau mereka dapat kad prihatin, dia juga dapat KIDIR ini yang dianjurkan oleh NCIA. Ini sudah pasti kalau kita di peringkat negeri kita tak seragam melaksanakan.
YB. Soalan YB soalan.
Soalannya saya nak tahu, apakah sebenarnya Kad KIDR ini dengan kad prihatin ? Dan apakah cara yang boleh diperolehi ? Adakah kad KIDR ini merupakan secara one-off semasa pandemik Covid-19 ini. Itu saja.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Kuning. Sebenarnya Kad Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) ini memang kad yang diberikan oleh NCIA kepada mereka yang layak dan siapakah mereka yang layak ini adalah mereka yang dipilih daripada senarai eKasih daripada ICU dan juga senarai iDAMAK daripada JAKOA. Jadi kedua-dua mereka ini dipilih untuk menerima Kad Kasih Ibu Darul Ridzuan yang juga lebih kurang sama macam Kad Perak Prihatin. Cuma jumlahnya lebih daripada Kad Perak Prihatin iaitu pembelian barangan asas keperluan dan juga untuk kesihatan dan memang kita ada berbincang sebelum ini dalam mesyuarat khas kita juga melihat bahawa ada bertindan. Ada juga yang menerima Kad Kasih Ibu ini juga menerima Kad Perak Prihatin. Yang ini juga dalam proses seperti yang disebut oleh YB Pasir Berdamar tadi. Kita akan review untuk melihat sebab senarai yang kita terima daripada Pejabat Daerah, daripada pejabat ADUN-ADUN. Senarai menunggu untuk Kad Perak Prihatin itu agak panjang. Jadi ini juga kita akan meneliti kembali. Terima kasih.
Terima kasih. Sekarang saya nak jemput.
Saya nak maklumkan juga Kad Kasih Ibu (KIDR) ini memang sepenuhnya dibangunkan di bawah NCIA.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Kenering.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya soalan nombor empat.
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada YB Kenering. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Izinkan saya untuk menjawab soalan tadi Yang Berhormat Kenering dan Yang Berhormat Temenggor secara bersekali kerana kedua-dua soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan isu yang sama iaitu banjir di Gerik dan Parlimen Lenggong.
Untuk makluman Yang Berhormat, masalah banjir kilat yang sering berlaku di beberapa kawasan di Gerik dan Lenggong adalah disebabkan taburan hujan yang lebat pada satu-satu masa. Dalam semakan dan laporan daripada JPS daerah terdapat juga beberapa sistem pemparitan serta saliran setempat yang berada dalam keadaan kurang memuaskan dan saliran yang terlalu uzur. Hal ini sekali gus menambahkan lagi risiko kejadian banjir kerana sistem saliran berada dibawah kupayaan hidraulik yang diperlukan bagi menampung aliran air dari pembangunan semasa. Dalam usaha mengatasi masalah kejadian banjir secara keseluruhannya di Gerik dan di Parlimen Lenggong dalam kawasan DUN Kenering dan Temenggor. JPS Hulu Perak telah melakukan perancangan sebaiknya dengan melaksanakan kaedah jangka pendek iaitu dengan mengenalpasti sungai-sungai, kolam-kolam takungan banjir serta sistem saliran sedia ada yang berisiko mengakibatkan banjir akan dinaik taraf serta diselenggara secara berkala sebelum tiba musim tengkujuh.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua bagi mengatasi permasalahan banjir di Gerik. Perancangan jangka masa panjang telah disusun iaitu dengan membawa masuk Projek Rancangan Tebatan Banjir Gerik yang telah diberi kelulusan dalam RMK11 dan disambung dalam RMK-12 yang kini berada di peringkat kajian dan projek fizikal dijangkakan akan dilaksanakan bermula pada tahun pertengahan 2022 dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM74 juta yang merangkumi kos kajian dan kos projek fizikal. Untuk makluman Yang Berhormat juga dengan terlaksananya Projek RTB Gerik ini, mangsa banjir yang kini 1,448 orang dapat dikurangkan seminima yang boleh. Selain itu keluasan kawasan banjir juga dapat dikurangkan daripada 33.50 hektar kepada 3.5 hektar. Seterusnya bagi soalan spesifik berkenaan banjir kilat yang terjadi di kawasan Sungai Kenering serta Sungai Temelong pula. Di jalan ini juga disebabkan simpanan air sungai terbabit akibat daripada kejadian hujan lebat terutama di kawasan hulu sungai dan di kaki bukit. Rekod hujan tertinggi pernah dicatatkan adalah pada bulan 7 iaitu 271 mm dengan purata rekod hujan harian pula ialah 66.5 mm.
JPS Hulu Perak telah mengambil langkah-langkah dengan memastikan kawasan yang berkaitan diselenggara sebahagiannya secara berkala setiap tahun dengan menggunakan peruntukan tahunan yang diperolehi oleh jabatan. Untuk makluman Yang Berhormat, Sungai Temelong ada sebahagian sungai atau kawasan yang akan terlibat dalam Rancangan Projek Rancangan Tebatan Banjir Lenggong Fasa 1 yang telah mendapat kelulusan dari dalam RMK-11 dan kini dalam peringkat kajian rekabentuk terperinci dan akan dilaksanakan projek fizikal mula 2023 dengan peruntukan bernilai RM20 juta. Kerajaan Negeri yakin projek ini akan memberikan impak yang positif di mana peratusan kejadian banjir yang berlaku dapat dikurangkan dan bilangan penduduk terjejas dapat dikurangkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Temenggor, setiap kali berlakunya bencana banjir di negeri Perak, satu laporan bencana banjir yang mempunyai data-data taburan hujan, sebab berlakunya banjir, tindakan awal atau jangka pendek serta tindakan jangka panjang akan dikeluarkan dan dihantar ke Jawatankuasa Bencana Negeri Perak.
Langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan adalah dengan melaksanakan kerja penyelenggaraan berkala bersama pihak PBT dan agensi-agensi yang berkaitan. Selain itu, tahun ini persiapan yang lebih rapi turut dibuat dengan melibatkan Tenaga Nasional Berhad Perak melalui pihak pengurusan stesen-stesen janaelektrik Sungai Perak SSJ Bersia bagi mengawal dan merancang pelepasan air ke Sungai Perak dengan lebih berstrategik agar kadar ketinggian air sungai Perak tidak di naik mendadak. Alhamdulillah.
Saya melihat usaha integrasi yang strategik rentas agensi ini satu idea yang amat baik dan saya telah mengarahkan agar satu garis panduan yang lebih jelas dibukukan dan disusun rapi agar boleh menjadi nilai tambah kepada usaha mengatasi banjir. Selain daripada itu usaha memupuk kesedaran kepada orang awam untuk menjaga kebersihan denai, sungai akan diteruskan lagi dengan melibatkan komuniti berhampiran sungai untuk terus menjaga tebing dan rezab sungai.
Maka sekali Dato' Yang Dipertua saya juga ingin menekankan bahawa manual Saliran Mesra Alam MSMA telah diperkenalkan dengan hasrat awalan dipunca dapat dibuat bagi mengurangkan impak pembangunan terhadap jumlah air larian. Adalah perlu kerjasama setiap agensi yang terlibat untuk menguatkuasakan peraturan MSMA supaya kos menaik taraf sistem saliran utama tidak meningkat secara mendadak. Terima kasih.
Terima kasih. Kenering.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua dan terima kasih kepada Exco yang bertanggungjawab. Saya menghargai atas komitmen Dato' Exco termasuklah turun padang sendiri apabila berlaku kejadian banjir untuk awal tahun yang lalu. Tetapi ianya berterusan dan seolah-olah tidak ada penyelesaian yang konkrit. Walaupun usaha-usaha dilakukan termasuklah tambatan banjir ini dah lama diwar-warkan lebih dua tahun dengan kos RM75 juta tetapi pelaksanaannya terlalu mengambil masa yang panjang pelan 2022 dan perlaksanaan akan berakhir 2025. Kajian saja mengambil masa hampir 2 tahun. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Andai kata ianya memang tidak ada peruntukan cakap tidak ada peruntukan tetapi apabila dikatakan ada peruntukan dan diluluskan tetapi perlaksanaan sampai hari ini belum bermula untuk fasa seterusnya. Jadi soalan saya di sini apakah jabatan khususnya yang bertanggungjawab iaitu JPS dan lain-lain agensi yang ada kaitan mampu untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sebegini besar sedangkan pentadbiran JPS di peringkat daerah Hulu Perak masih berkongsi pentadbiran dengan pejabat JPS Daerah Kuala Kangsar yang begitu besar kawasan yang untuk diselia oleh seorang jurutera di peringkat daerah di Kuala Kangsar sehingga ke Hulu Perak termasuk Pengkalan Hulu. Jadi apakah kerajaan negeri tidak boleh mempastikan wujudnya pentadbiran JPS di peringkat daerah Hulu Perak bersendirian daripada daerah Kuala Kangsar. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada YB Kenering. Yang pertamanya saya amat sedar beberapa perkara yang berkaitan dengan soalan tambahan tadi dan saya telah memberikan beberapa cadangan kepada jabatan dan agensi yang berkaitan supaya menggunakan menggunakan kaedah-kaedah yang baru yang boleh dilaksanakan secara berfasa. Walaupun dalam kajian tapi ada beberapa perkara yang perlu diteruskan dan perlu dilaksanakan oleh agensi dan jabatan yang berkaitan seperti perkara-perkara yang telah selesai diambil tindakan oleh pihak jabatan dan agensi seperti pembinaan kolam takungan ataupun tadahan yang boleh dilaksanakan dahulu seperti mana yang saya telah cadangkan di kawasan saya di Parlimen Sungai RTB MSMA di Bandar Sungai Siput walaupun dalam peringkat kajian akhir tetapi jabatan JPS telah bersetuju untuk mempercepatkan pembinaan kolam tadahan ini bagi mengelakkan banjir berlaku di Taman Muhibbah Jaya dan kalau pendekatan ini boleh dilakukan apa yang dibangkitkan oleh YB Kenering ini boleh dilaksanakan di daerah-daerah yang lain.
Jadi tidak perlu menunggu sehingga 3 tahun ke 4 tahun dalam kajian dan sebagainya Insyaallah pihak Kerajaan Negeri akan berusaha, akan berusaha memastikan bahawa kajian-kajian penyelidikan ini dapat diselesaikan dengan segera dan dapat dilaksanakan seperti apa yang telah kita rancangkan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.
Yang kedua saya amat sedar di atas apa yang dicadangkan oleh YB Kenering berkaitan dengan perjawatan Jurutera Daerah bagi Hulu Perak. Buat masa sekarang ni Jurutera Daerah Kuala Kangsar menanggung kerja ada lima parlimen dua daerah di daerah Kuala Kangsar, daerah Hulu Perak Perlimen Sungai Siput, Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Padang Rengas, Parlimen Lenggong dan Parlimen Gerik dan kita berharap Insyaallah Kerajaan Negeri akan mengkaji di atas cadangan yang begitu amat baik dan saya sedar bawa geografi di Gerik itu amatlah luas hutannya dan begitu pembangunan yang pesat berlaku di Gerik dan juga di Lenggong ini akan memberikan perhatian yang sewajarnya dari pihak Kerajaan Negeri dan saya akan kemukakan kepada pihak yang berkaitan supaya mengkaji dan kalau boleh disegerakanlah pertambahan jawatan khususnya jurutera di daerah Hulu Perak. Ini keadaan semasa yang amat diperlukan. Terima kasih.
Ok, jemput ahli Yang Berhormat dari kawasan Hulu Kinta untuk membuka nombor soalan.
Dato' Yang Dipertua, saya mewakili Yang Berhormat Hulu Kinta untuk bertanyakan soalan nombor lima.
Terima kasih, YB Exco.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi terima kasih Dato' Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat dan terima kasih kepada Tanjung Rambutan bertanyakan soalan. makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bagi pengeluaran agro-makanan dalam negeri Perak tahun 2021 maklumat masih belum habis dikumpul dan data secara rasmi insyaallah akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Februari awal tahun hadapan. Namun begitu maklumat tahun 2019 dan 2020 boleh dijadikan asas untuk menilai prestasi industri makanan negeri. Pada tahun 2019 pengeluaran makanan pertanian adalah sebanyak 403,612 metrik tan turun kepada 383,323.9 metrik tan pada tahun 2020. Penurunan sebanyak 20,288.1 metrik tan ataupun 5% berbanding dengan tahun 2019k terdapat lima komoditi yang mencatatkan penurunan iaitu buah-buahan sebanyak 14%, tanaman industri sebanyak 6%, tanaman kontan 4%, herba 1%, rempah ratus 7%, hanya sayur-sayuran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 3%.
Walaupun berlaku pengurangan hasil Perak masih lagi mampu menjadi pengeksport makanan utama dalam negara pada tahun 2019 direkodkan sejumlah 381 metrik tan hasil pertanian telah dieksport dengan nilai RM16.4 juta. Sementara bagi tahun 2020 pula direkodkan sejumlah 582 metrik tan hasil pertanian dieksport dengan nilai RM24.6juta. Durian, limau dan salad direkodkan sebagai hasil eksport utama Negeri Perak. Di antara negara pengimport utama adalah Dubai, Kesatuan Eropah (EU), London, China, Jepun, Australia, United Emirates, United State, Amerika dan juga New Zealand. Bagi sektor perikanan pada tahun 2020, Negeri Perak telah mengeluarkan sebanyak 65,191 metrik tan ikan makan. Bagi tahun 2021 sehingga Oktober 2021, pengeluaran ikan makan Negeri Perak telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 49,465 metrik tan dan sasaran pengeluaran adalah 71,000 metrik tan sehingga hujung tahun. Bagi sektor penternakan, perbandingan peningkatan pengeluaran agro-makanan melalui sektor penternakan bagi tahun 2021 dan 2022 insyaallah akan dikeluarkan pada bulan Februari 2022. Ini adalah kerana tahun pengeluaran dikira sehingga 31 Disember 2021.
YB Dato' Yang Dipertua, untuk melonjakkan ekonomi sektor pertanian dalam negeri terdapat lebih 30 program pembangunan pertanian. Diantaranya adalah pembangunan industri asas tani berdasarkan penggunaan teknologi moden, Internet of thing (IOT), pertanian bandar atau pun urban farming, agropelancongan, program bantuan kursus khidmat nasihat kepakaran dan rundingan temu sua dengan petani-petani, bantuan pemasaran tempatan dan eksport melalui kerjasama dengan pihak pemborong dan pengilang seperti Tesco, Lotus atau pun AEON. Berdasarkan usaha-usaha tersebut secara tidak langsung membantu membangunkan industri pertanian dalam Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi melonjakkan sektor penternakan kerajaan melaksanakan usaha-usaha seperti berikut. Yang pertama membangunkan dan membuat pemulihan kepada semua tanah-tanah padang ragut di seluruh Negeri
Perak. Kerajaan juga sedang giat meningkatkan kualiti baka ternakan melalui kaedah sistem permanian beradas untuk lembu tenusu dan juga lembu sado. Manakala untuk kambing pedaging, kambing tenusu, biri-biri dan rusa, kerajaan berusaha untuk mendapatkan baka bermutu daripada luar negara. Di samping itu kerajaan sedang giat melaksanakan usaha-usaha kawalan penyakit ternakan dengan membuat saringan penyakit di seluruh Negeri Perak. Ladang infoternak juga dijadikan sebagai pusat latihan dan informasi maklumat ternakan kepada penternak-penternak di seluruh negeri.
Bagi sektor perikanan pula di antara usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah, yang pertama projek kebun kerang Lekir dan sehingga kini telah mengeluarkan sebanyak 99.94 metrik tan kerang, mewujudkan kluster ternakan kerang di Daerah Bagan Datuk, Larut Matang dan Kerian bagi meningkatkan pendaratan kerang. Projek perikanan bandar dalam dengan membangunkan kawasan-kawasan bekas lombong di sekitar Daerah Kinta dan Kampar. Sehingga Oktober 2021 berjaya mengeluarkan 60.83 metrik tan dan tempat memperluaskan industri ternakan ikan air tawar dalam sangkar di sepanjang Sungai Perak dan Tasik Buatan Chenderoh dan Temenggor. Pengusaha ikan sangkar juga dibantu dengan memberi bantuan input pertanian seperti makanan ikan dan peralatan. Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi program permodenan West Vessel menepati piawaian Hygiene of Board Actual Be. Selain daripada yang tersebut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12. Kerajaan juga membantu nelayan memodenkan kaedah penangkapan melalui strategi berikut. Yang pertama, program dana nelayan dan usahawan perikanan, yang kedua program pembinaan bot bagi program penangkapan ikan melalui persatuan nelayan, program permodenan nelayan pantai dan program subsidi minyak.
Bagi kemudahan nelayan kerajaan juga membangunkan projek menaik taraf dan juga peningkatan infrastruktur kompleks pelabuhan perikanan. Projek peningkatan menaiktaraf kemudahan infrastruktur jeti dan pembinaan kemudahan infrastruktur jeti. Bekalan kemudahan seperti kilang air batu, bilik sejuk, bekalan minyak, kilang memproses dan sebagainya disediakan untuk merancakkan industri perikanan. Menyediakan kemudahan pemasaran melalui projek pembangunan hab pengumpulan dan pengedaran ikan pasar nelayan stok penimbal dan program ikan sejuk beku atau pun Q’Fish juga diadakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih FO dan terima kasih Yang Dipertua. Saya mewakili Hulu Kinta memohon maaf di atas perlakuan semalam oleh kerana barangkali ada pelanggaran SOP atau pun Perintah Tetap. Jadi saya mohon maaf bagi pihak Hulu Kinta. Walaubagaimanapun saya menghargai kreativiti dia untuk memberikan 1 gimik dan simbolik. Ini satu benda yang kita hargai pada Hulu Kinta. Itu sahaja. Terima kasih. Yang keduanya soalan tambahannya. Baru-baru ini kita diviralkan dengan dengan isu 1,000 ekar tanah yang ditanam dengan macam-macam jenis sayur, buah-buahan di Kantan dan juga di Chemor oleh 130 penternak, petani dan juga nelayan. Mereka ini dapat surat daripada PKNP untuk diusir keluar dan dibersihkan kawasan itu sehingga akhir bulan ini. Jadi adakah apa yang dinyatakan oleh Gunung tadi, YB Gunung bahawa dia nak berikan satu hasil yang banyak supaya kita dapat meraikan harga sayur yang murah. Dan suasana harga sayur mahal, ikan mahak, buah nangka mahal, kita nak usir mereka yang telah pun turun temurun duduk di situ hampir 60 tahun. Jadi saya merayu bagi pihak petani-petani itu apa sudi kiranya PKNP cari jalan penyelesaian bila mereka telah menternak ayam ke telur ke…
YB soalan.
Ya, ya. Saya tanya soalan itu. Diteruskan usaha itu jadi PKNP cari tanah lain kalau nak bangunkan rumah, nak bangunkan kilang ke cari tempat lain. Satu pendekatan. Pendekatan yang kedua, gantikan mereka dengan tanah yang mereka boleh teruskan proses penanaman ini. Sebab kemahiran mereka tidak ada lain tidak ada bukan adalah pertanian. Boleh tidak Exco Pertanian Gunung memberikan jaminan kepada Dewan mulia ini bersama-sama YAB Menteri Besar sebab YAB Menteri Besar adalah juga Pengerusi PKNP bersama dengan Pangkor pernah jadi Pengerusi PKNP. Saya pernah jadi Pengerusi PKNPk. Semasa Chenderiang menjadi Pengerusi PKNPk, saya menjadi ahli lembaga pengarah. Jadi kalau kita menggunakan kaedah budi bicara, kaedah hati perut, kaedah ramah ini maka dia akan memberikan win-win kepada peneroka, win-win kepada PKNPk dan win-win kepada kerajaan. Tapi sekarang ini mereka dilontarkan dengan surat mahkamah, surat lawyer untuk mereka diusir keluar. Apa untungnya? Sedangkan mereka memberikan hasil satu hari kepada Tesco, Jaya Jusco kepada Lotus tak kurang 60 tan satu hari sayur, buah-buahan dan juga makanan. 60 sehari. Oleh 130 petani di Khantan dan juga di Chemor itu.
Ya, YB.
Jadi untuk itu soalannya boleh tak saya nak diberi jaminan kerana khasiat gunung tadi nak membanyakkan hasil supaya kita dapat hasil yang murah dan fresh. Boleh beri jaminan bersama-sama YAB Menteri Besar bahawa mereka tidak akan diusir keluar, kita akan bincang, jangan dipaksa mereka keluar. Teruskan usaha mereka bagi memberikan manfaat kepada Kerajaan Negeri Perak, manfaat kepada rakyat. Di akhirnya kalau sekiranya kita dapat jaminan itu, maka mereka boleh berbincang. Kalau kami terpaksa bayar tiap-tiap tahun cukai pun, kami boleh beri pertimbangan. Dan habis koman, kudis sekali pun cari tanah lain minta mereka bertani di sana, mereka boleh pertimbangkan daripada diusir keluar hari ini. Jadi jawapan yang diberikan oleh gunung tadi seolah-olah tak selari dengan tindakan yang dibuat oleh PKNP. Biarlah PKNP dan GLC-GLC ini memberikan pertolongan dan bantuan kepada kerajaan jangan menyusahkan kerajaan. Hari ini macam mana kerajaan nak berhadapan dengan suasana kalau diambil tindakan. Buah-buah di situ sedang ralik berbuah. Buah nangka siap balut terus sekah. Nangka-nangka madu dan manis. Dan kalau ini…
Soalan-soalan mana soalan.
Jadi mintalah jaminan daripada Gunung, jaminan Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya petani-petani tidak diusir keluar dan mereka boleh meneruskan usaha maka sampailah anak cucu mereka yang lain. Wallahualam terima kasih.
Terima kasih Sungai Rapat yang mewakili Tanjung Rambutan. Pertamanya nak terima maaflah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa yang pertama saya ingat kita kita balik kepada korum kita la. Saya faham saya boleh baca kalau bahasa inggerisnya "I can tech the guide" apabila YB Exco merujuk Hulu Kinta sebagai Tanjung Rambutan. Sungai Rapat merujuk kepada YB Exco sebagai YB Gunung. Jadi saya rasa kita Dalam dewan ini kalau ikut Standing Order 36(5) ia sebenarnya tak dibenarkan. Jadi saya mohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kita rujuk kepada kawasan-kawasan yang sebenarnya ya, terima kasih.
Ok, terima kasih. Itulah yang kita nak terapkan dalam Dewan ini supaya budaya politik matang dan sejahtera, saling hormat-menghormati. Isu yang dibangkitkan itu biar benar-benar memberi menafaat kepada negeri dan juga kepada rakyat. Kita mempunyai nama. Kita mempunyai kawasan-kawasan yang disebut dengan jelas. Jadi terima kasihlah. Apa pun cuba baikilah kelemahan-kelemahan yang ada dan saya terimalah maaf daripada daripada Sungai Rapat yang mewakili Tanjung Rambutan. Cuma nak bagi tahu kita sebagai
Hulu Kinta, Hulu Kinta.
Hulu Kinta ok minta maaf Hulu Kinta. Cuma kita tahu bahawa harga ini adalah market force. Kita kena faham dan basic economy. Pernah berlaku dahulu di zaman-zaman itulah zaman sebelum itu. Kelapa sawit jatuh harga dan sehingga ada usul untuk ditanam di buang kelapa sawit ditanam ditanam dengan buluh. Dan sekarang apabila kelapa sawit meningkat sampai 1000 satu metrik tan, tak ada siapa pun yang membangkitkan perkara ini. Jadi saya ingat perkara ini kita sama-samalah sebagai wakil rakyat memberi peneranganlah kepada rakyat supaya faham, supaya faham isu dengan kenaikan harga dan sebagainya sebab ini menjadi tanggungjawab yang bersama.
Yang kedua mengenai dengan kata pencerobohan tanah. Jadi kita tahulah kita kita tidak menggalakkan walaupun kita berkehendakkan kepada bekalan makanan, ramai pemain-pemain industri ini terlibat dalam industri sebagaimana tetapi undang-undang dan peraturan mesti kita ikuti dan tanah-tanah itu ada tuan miliknya. Apabila ada pencerobohan maka mesti ada isu di situ. Insya-allah, bagi pihak kerajaan kita akan melihat perkara ini supaya tidak win-win situation ataupun menang menang. Tidak ada perkara yang apa yang menjadi mangsa di dalam apa pencerobahan ini. Saya ingatlah itulah sahaja yang saya boleh bagi dalam…
Dato Yang Dipertua, Titi Serong.
Titi Serong.
Melihat daripada laporan yang dibentangkan oleh Gunung Semanggol, kalau tengok nilai eksportnya belasan juta ringgit, puluhan juta ringgit. Eksport makanan. Tapi yang kita nak jaga ni adalah rakyat kita sendiri ni terbeban dengan kos makanan yang tinggi. So, saya nak tanya apakah inisiatif di bawah Exco sendiri, program yang di bawah kelolaan Exco sendiri untuk memastikan harga barang terkawal. Setakat ini saya tengok banyak tu melibatkan Kerajaan Persekutuan. Inisiatif di bawah kerajaan Exco sendiri. Apakah dalam langkah jangka pendek ataupun jangka panjang. Jangka pendek ni nak mengadap tahun baru cina ni. Harga tinggi lagi. Lepas tu karang ada perayaan lain lagi. Apakah langkah perancangan jangka pendek dan jangka panjang daripada inisiatif YB Exco itu sendiri.
Ok, terima kasih Titi Serong.
Boleh gabung sekali ke. Saya nak merujuk terus kepada jawapan yang diberikan dalam dewan sebentar tadi tentang benih dan baka. Secara spesifiknya saya nak merujuk kepada ternakan ruminal. Ternakan berkaki empat. Apakah perancangan yang diatur oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan benih-benih kambing terutamanya bebiri dan kambing untuk negeri Perak. Sebab kalau peringkat Persekutuan selama hari ini bekalan baka ni lebih kepada federal, persekutuan yang disediakan. Tapi dalam dunia pertanian dan penternakan, saya rasa memiliki benih sendiri, baka sendiri itu sebenarnya dah masuk bab keperluan, wajib. Jadi apakah perancangan yang disusun oleh pihak Kerajaan Negeri melalui YB Exco dalam memastikan Perak mencukupi bekalan baka kambing baka cuma ternakanlah termasuk unggas tu. Saya rasa benda ni kalau tak ditangani, dia akan menyebabkan kita sebab yang saya tahu Bukit Cerakah pusat penyediaan baka apa ni kambing bebiri dah ditutup. Jadi apakah perancangan atau dimanakah boleh didapati baka-baka yang saya maksudkan tadi, terima kasih.
Speaker, minta saya nak rangkum nak tanya sikit boleh rangkum sekali jawapan.
Boleh Exco ya. Exco boleh benarkan tak. Ok, Pengkalan Hulu.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Exco apabila kita melihat harga-harga contoh sayur daripada petani-petani di ladang tidak ada kenaikan. Baja dan racun difahamkan telah naik sehingga 40 ke 50%. Jadi saya nak tanya langkah Kerajaan Negeri untuk membantu petani-petani terutama sekali di kawasan Pengkalan Hulu kerana mereka ni penanam-penanam sayur yang betul-betul tertekan dengan harga pengeluaran yang dibeli dengan harga rendah kos yang tinggi. Soalan yang kedua, adakah pihak apa ni kerajaan memikirkan hasil-hasil yang dikeluarkan oleh pekebun-pekebun, petani-petani ini tidak ada pembeli, contohnya saya difahamkan apabila kita minta hubung dengan FAMA, FAMA kata petani-petani ini tidak ada contract farming. Jadi bayangkanlah orang kampung hat tanam cabai 1000 beg 2000 beg nak ada contract farming macam mana. Jadi bila jawapan tak ada contract farming, jadi lambakan ini akan jadi masalah. Jadi nak minta tolong pada Exco tolong cari jalan penyelesaian untuk membantu lambakan ini, terima kasih.
Ok, kita bagi pada YB Exco untuk menjawab.
Sat…satu lagi tambahan.
Ya. ya dalam penggulungan nanti.
Terima kasihlah sahabat-sahabat saya semua sahabat saya Behrang dan Titi Serong. Yang pertamanya mengenai dengan secara rangkumlah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh petani-petani yang menanam dan sebagainya sebab kita ada agensi. Sebab itu kita kata kadang permulaan memulakan apa usaha mereka yang pertama sekali, mereka digalakkan untuk berdaftar, mendaftarkan mereka sama ada dengan Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan ataupun Jabatan Perikanan dan juga Veterinar supaya pengeluaran mereka tu dapat dirancang daripada awal. Jadi kadang-kadang kita mengikut rekod pengalaman kita yang telah sudah bahawa mereka tanam dulu apabila hilang pekerjaan mereka tanam itulah apabila tidak tahu ke mana nak arahkan nak tujukan hasil produk mereka itu baru kembalikan kepada kerajaan dan ini menjadi kesukaran kepada kita untuk menanganinya. Itu kita dinasihatkan kepada kemudian mengenai dengan harga-harga yang dibincangkan tadi. Memang sebagaimana yang dikatakan tadi memang diluar kawalan kita.
Mungkin KPDNKK boleh memberi jawapan secara tuntas mengenai dengan bagaimana kawalan tapi ni tidak menjadi sejarah memang kita tidak boleh nak kawal. Cuma apa yang diambil oleh oleh apa pihak Kerajaan Negeri Perak cuma kita mendapatkan pasaran dan bila kerajaan membuka satu pasar keluarga Malaysia, pasar keluarga Malaysia yang kita ambil secara terus daripada petani-petani selain daripada selain daripada pasar tani yang ada untuk terus kepada pengguna. Supaya ini kita boleh mengelakkan yang dikatakan spekulasi. Kita pun tak tahulah kebenaran yang sejauh mana. Cuma dikatakan kacang panjang diambil daripada daripada pekebun sayur RM4. Kemudian di pasaran mencecah sampai RM15. Kita nampak jurang tu begitu tinggi RM10. Ke mana pergi RM10 ni. Kita ingat kita menganggap bahawa ini adalah dimanipulitkan oleh oleh orang tengah. Jadi untuk mengelak inilah kita membuat pasaran secara terus.
Walaubagaimanapun ini kajian sedang dibuat oleh pihak kementerian dan juga jawatankuasa untuk menangani harga ni juga telah ditubuhkan di peringkat peringkat kebangsaan di peringkat kementerian mungkin satu peruntukan yang telah diperuntukkan tapi bagaimana nak disalurkan kalau kita menyalurkan untuk subsidi harga syiling ataupun harga lantai maka harga lantai kita bawa sebanyak mana kewangan pun kita tak boleh tampung sebab market ni sampai bila pun kita tidak tahu. Ini yang yang apa yang yang yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan. Dan sebagaimana yang dikatakan oleh pihak tadi bahawa Kementerian Pertanian ini kebanyakkannya federal, ini kita tau semua kan harga semualah peruntukan daripada federal dan ada peruntukan yang sedikit kalau kita tengok dalam bajet, Itu pun telah diturunkan dalam ni daripada daripada RM8 juta kepada RM4 juta yang kita bagi inisiatif ini terus kepada petani-petani ataupun pesawah-pesawah. Ini satu inisiatif yang memang tiap-tiap tahun. Dia kata Titi Serong masa duduk sana kerajaan tu dia nampak benda ni kan. Jadi kita kita kita curahkanlah kepada rakyat kita curahkanlah kepada rakyat. Jangan kita nak cari salah je. Ok wallahu alam. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO saya percaya dalam ketiga-tiga tertentu tu dia ada apa yang Ahli- Ahli Yang Berhormat isu-isu dalam masa dia yang menjadi favourite untuk kita ni saya faham dan dan terima kasih Yang Berhormat.
Cuma saya nak buat note tadi jawapan tentang baka tu tak dikemukakan mungkin boleh secara bertuliskan ya.
Ok terima kasih. Lupa nanti kalau secara keseluruhan nanti saya bagi (gangguan) nanti kejap saya nak sambung sikit lagi. baka ni tadi kita memang ada di pusat infoternak dan sebagainya boleh berjumpa dengan jabatan-jabatan pertanian dan boleh mendapatkan sumber. Ok terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Saya rasa kalau ada lagi jawapan-jawapan yang mungkin tak sempat pada masa ketika ini nanti semasa penggulungan Yang Berhormat Exco nanti pada hari Khamis kan hari Khamis penggulungan pada hari khamis nanti insyaallah boleh dibangkitkan dan kita disebabkan banyak isu-isu yang dibangkitkan keterangan berkaitan dengan portfolio Yang Berhormat Exco saya boleh bagi masa lebih sikit supaya dapat penjelasan-penjelasan yang lebih baik lebih jelas dapat disampaikan supaya kemudiannya dapat disalurkan maklumat ini kepada rakyat bawahan. Terima kasih ya. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.
SETIAUSAHA. Perkara yang keempat, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022.
Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi bagi kali yang kedua dan usul Kumpulan Wang pembangunan 2022 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Dewan bilangan 29 palang 2021 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang pembangunan 1966 boleh digunakan bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM302 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2022 seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap bukti yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat ada selama 20 minit setiap seorang lebih kurang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan baik. Dijemput seterusnya yang berhormat dari kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
YB DATO’ SERI DIRAJA DR ZAMBRY BIN ABD KADIR. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato' Yang Dipertua, saya bangun untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan bajet negeri 2022. Dalam kesuraman ekonomi seluruh dunia akibat pandemik Covid-19 tentunya kita tidak menjangka pembentangan bajet yang akan memberikan hasil yang tinggi kepada negeri. Bersyukur kerana perbelanjaan pengurusan tidak perlu meminjam dari kerajaan persekutuan, manakala perbelanjaan pembangunan dapat dikekalkan pada kadar sekurang-kurangnya 30% dari keseluruhan bajet. Itulah hakikat yang sedang kita hadapi dalam kemarau ekonomi. Sejak tahun 2009 hingga 2019, trend pertumbuhan negeri Perak seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota tampan adalah memberangsangkan. Ia berkat usaha kerajaan Barisan Nasional mencari sumber-sumber hasil pendapatan baru dan sekaligus menambahkan perbelanjaan pembangunan.
Daripada hasil tahunan dan perbelanjaan sekitar 600 ke 700 juta setiap tahun kita telah memacu pertumbuhan dan hasil sehingga lebih satu bilion ringgit manakala simpanan negeri mencecah lebih RM1 billion juga dengan misi Amanjaya dan kerjasama semua termasuk dari kalangan kakitangan awam, kita berjaya mengorak langkah, kita berjaya mengorak pelbagai kejayaan. Justeru adalah menjadi harapan saya agar ekonomi mapan, dengan izin, sustainable economy, dapat diteruskan oleh kerajaan tanpa mengira latar belakang politik. Sustainable economy adalah berkaitan dengan pembangunan, dengan ekosistem termasuk memelihara alam sekitar. Justeru, dalam dewan ini saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan agar meneruskan Dialog Pangkor atau Pangkor Dialogue mengenai sustainable development bersama dengan UNDP iaitu United Nation Development Programme bagi kita menggarap pelbagai idea dan cadangan untuk membangunkan negeri Perak di masa kini dan di masa akan datang.
Seterusnya saya ingin membincangkan juga tentang mencari sumber-sumber baru. Dalam hal ini dalam dalam kesulitan ekonomi dan kemarau ekonomi yang sedang kita hadapi ini kita perlu mengambil pendekatan-pendekatan di luar konvensional untuk meneroka sumber-sumber pendapatan baru dan negeri Perak telah mengambil pendekatan ini. Ini termasuklah sebelum ini kita pernah mengenakan caj penggunaan air kepada TNB, yang tak pernah terfikir di waktu dan kemudian diikuti oleh negeri-negeri yang lain juga. Demikian juga caj premium tanah-tanah Persekutuan yang diserahkan oleh pihak Kerajaan Negeri yang tidak dibayar selama ini dan kita telah meminta kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk membayarnya dan mulai dibayar waktu zaman ketika itu Pangkor jadi Menteri Besar dan diteruskan selepas itu dan demikian juga dengan bayaran-bayaran lain yang dikenakan.
Jadi saya mengucapkan syabas kepada Kota Tampan kerana turut mengenalpasti sumber-sumber baru dalam keadaan kemarau ekonomi ni seperti pemberimilikan tanah bagi tujuan talian rentis TNB yang sebelum ini pun kita pernah kita kemukakan. Diharap pada kali ini ianya dapat dilaksanakan dan dibayar oleh pihak TNB dan juga mana-mana GLC ataupun kumpulan yang berkepentingan untuk membayarnya. Pembinaan menara komunikasi di bawah pelan jalinan digital negara dan termasuklah meluaskan pelaksanaan permit khas untuk projek solar. Ini antara perkara yang telah dikemukakan dalam bajet oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Namun seperti mana yang kita sedia maklum, selama ini kita telah merancang pelbagai sumber-sumber yang dapat menambahkan pendapatan kepada negeri. Ada yang berjaya. Ada yang tidak berjaya. Ada yang berjaya tetapi disekat pelaksanaannya.
Ini termasuklah apabila Dewan yang mulia ini telah meluluskan sebuah enakmen yang dipanggil Pengurusan Pesisir Pantai Perak 2016 dan di waktu itu Yang Berhormat Dato’ Speaker menjadi Exco yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan melihat dalam aspek Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai. Usaha-usaha dilakukan selama lebih daripada 2 tahun supaya Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai ini dapat memberikan sumber hasil baru kepada Kerajaan Negeri Perak dan di waktu itu dijangkakan hasil untuk Negeri Perak saja untuk tahun pertama lebih daripada RM60 juta dan untuk tahun seterusnya kepada RM90 juta lebih dan demikianlah untuk tahun-tahun berikutnya kepada RM130 juta dan dijangkakan seterusnya hampir RM200 juta setahun untuk Kerajaan Negeri Perak.
Malangnya apabila pelaksanaan sudah dimulakan ianya dicabar oleh sebuah syarikat yang beroperasi di kawasan pesisir pantai, iaitu oleh VALE mempertikaikan tentang kesahihan dan juga dari segi hak pihak Kerajaan Negeri melaksanakan dasar mengenakan bayaran ini dan saman pemula telahpun dibuat dan kita difahamkan pihak council bagi pihak VALE pada waktu itu adalah seorang yang bernama Tommy Thomas. Apabila kes dibawa ke Mahkamah Tinggi pihak Kerajaan Negeri menang kes ini. Namun, selepas itu ianya dicabar semula dan ia dilihat sebagai kes yang bersifat perlembagaan ataupun situational case lalu ia dirujuk terus ke Mahkamah Persekutuan. Kemudian ditakdirkan berlaku pertukaran kerajaan dan orang yang bernama Tommy Thomas dilantik sebagai AG dan kes saya difahamkan bahawa council bagi pihak VALE diberikan kepada Gopal Sri Ram. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah keputusan Mahkamah Persekutuan akhirnya tidak menyebelahi Kerajaan Negeri.
Dikatakan bahawa penggunaan fees, levis and other payments yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri itu adalah unconstituonal. Namun saya difahamkan sewaktu saya bertanya di dalam Dewan ini, oleh kerana kita tidak mendapat maklumat secara detail apa yang berlaku sebenarnya, apa keputusan yang sebenarnya, apa hujahan-hujahan yang sebenarnya, apakah pendirian Kerajaan Negeri di waktu itu ketika mana kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan setelah Kerajaan Negeri berjaya di peringkat Mahkamah Tinggi untuk meneruskan pengenaan fees ini. Apakah benar bahawa Kerajaan Negeri tidak mencabar kes itu ketika mana dia dikemukakan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Ini persoalan yang saya timbulkan di dalam dewan ini. Diharapkan ianya dapat menjelaskan kepada kita.
Sila Manjoi.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua dan terima kasih Pangkor. Ini satu isu yang menarik. Saya pada masa tu EXCO. Duduk sebelah MB.
MB masa tu lah dan ini satu berita kepada saya. It’s a news to us, Sir dengan izin. Apabila dimaklumkan bahawa kes ini berakhir begitu saja oleh Pangkor tadi di Mahkamah Persekutuan tanpa dicabar oleh Kerajaan Negeri dan kita tidak tahu sama ada full hearing atau pun tidak di dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan. Ini ialah isu constituonal, isu perlembagaan. Memang wajarlah di bawa ke Mahkamah Persekutuan sebab Mahkamah Persekutuan ialah forum di mana isu-isu mengenai perlembagaan itu harus diputuskan. Saya terkejut dan juga hairan bagaimana ini boleh berlaku. Walau bagaimanapun yang sudah berlaku itu tepatlah sudah berlaku kerana keputusan mahkamah apabila telah diputuskan tiada proses itu.
Ada tempoh tertentu untuk dibuat rayuan dan ada tempoh tertentu kalau bukan rayuan pun untuk dibuat division review. Tetapi kedua-dua waktu itu telahpun lupus kerana division review hanya boleh dibuat dalam tempoh tiga bulan daripada keputusan mahkamah dibuat. Kalau sekiranya keputusan itu dibuat pada tahun 2018 ertinya telah berlalu tiga tahun atau empat tahun dan begitu juga dengan kalau nak dibuat rayuan lagi cepat apabila tidak ada penghujah atau bantahan di pihak yang satu lagi iaitu pihak Kerajaan Negeri dengan bahasa mudahnya it was a consent judgement. Jadi kalau consent judgement, bagaimana nak dibuat rayuan. Sudah tentu tidak boleh. Kecualilah kalau ada unsur lain yang boleh dikemukakan oleh pihak perayu tetapi prosesnya terlalu rumit dan terlalu sukar untuk dilakukan. Saya bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dahulu. Pernah mengendalikan kes-kes seperti ini bagi pihak kerajaan dan kita tahu masalah-masalah yang dihadapi. Pun begitu dia merupakan satu kehilangan revenue yang besar seperti mana yang dinyatakan oleh Pangkor tadi yang sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan kita mencari hasil baru kepada Kerajaan Negeri kita sekarang bercakap sana sini. Sana bercakap, sini pun bercakap. Cari hasil baru selain daripada hasil-hasil tradisional. Asyik cukai tanah, cukai tanah, cukai tanah saja. Yang lain seolah tak ada. Ia satu pendekatan baru yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Sebenarnya saya salah seorang dari champion ketika menjadi EXCO dahulu supaya dikenakan cukai air. Saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar peruntukan cukai air termasuk yang digunakan oleh Power Hydro. Empangan-empangan yang ada yang digunakan, sungai-sungai yang ada untuk menjana kuasa elektrik dan kita tahu sekarang ini Renewable Energy (RE) merupakan satu usaha yang giat dijalankan oleh pihak-pihak yang berminat untuk menjanakuasa daripada sungai-sungai kecil dan ini merupakan satu sumber baru kepada Kerajaan Negeri untuk mendapatkan hasil selain daripada mengenakan cukai-cukai yang biasa. Jadi apabila berlaku keadaan seperti ini, saya mengira walaupun masa telah berlalu, tidak lewat rasanya lah kalau pihak kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa, mengkaji balik keputusan itu, tengok walaupun sudah ada keputusan mahkamah tetapi kita tak tahu sebenarnya. Yang Berhormat Dato’ LA pun tidak ada di sini. Kita pun tidak tahu what is the full text of the judgement. Keputusan penuhnya kita pun tak tahu. Apa bentuk sama ada dia menyekat terus Kerajaan Negeri daripada menghidupkan kembali ataupun mengenakan semula cukai ataupun macam mana. Kalau ditubuhkan satu jawatankuasa yang dibentuk oleh pihak kerajaan untuk mengkaji balik akan kemungkinan untuk membolehkan Kerajaan Negeri mengutip kembali bayaran ini. Saya tidak mengatakan cukai sebab cukai tidak boleh dikutip, saya setuju. Kes kerajaan Kelantan melawan Kerajaan Persekutuan dalam tahun 60an dahulu, memang Mahkamah Supreme Court pada masa itu telah memutuskan bahawa
Kerajaan Negeri tidak boleh mengutip cukai yang dikhaskan pada Kerajaan Persekutuan. Tetapi dalam bentuk fees boleh dibuat dan ini yang telah dilakukan.
Saya di fahamkan begitulah oleh Kerajaan Negeri iaitu kutipan fees dalam penggunaan air yang digunakan oleh pihak pengusaha, termasuk VALE dan juga TNB. Tetapi kalau telah saya fahamkan, saya dengar-dengar jugalah bahawa kemudiannya cukai itu ditukar bentuk, bayaran fees itu ditukar bentuk pada bayaran CSR. Tapi CSR ini ikut budi bicara. Berapa banyak dia nak bagi pun, ikut kehendak dialah. Ikut keupayaan dia. Tapi kalau kes ini sudah ada formula dan peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Sudah tentu kita boleh menjangkakan banyak mana hasil yang boleh diperoleh oleh Kerajaan Negeri melalui penggunaan air yang digunakan oleh pihak yang menggunakannya. Jadi untuk itu saya mencadangkan supaya tubuhkan satu jawatankuasa oleh Kerajaan Negeri, untuk mengkaji balik, the probability of providing of the agreement, and endforcing the agreement. Dengan izin.
Terima kasih Manjoi. Sungai Rapat boleh? Ok? Pinji. Minta maaf Pinji.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya tidak ingin memanjangkan thrill ini tetapi saya amat menyambut baiklah pertukaran dan percambahan idea ini. Sebab inilah fungsi sebenarnya Dewan kita yang mulia ini dan masih ingat pada tahun 2014, Pinji dengan Pantai Remis mula membangkitkan isu penggunaan air laut sebagai satu sumber hasil dan amat gembira, beberapa yang masih ada dalam Dewan ini semua berjaya meluluskan. Waktu itu you masih ingat kalau kita ingat, sampai kita lalu dua sidang. Angkat Rang Undang-undang Enakmen Pesisiran Pantai berubah, pinda. Satu sidang lagi baru kita bawa luluskan. Saya masih ingat itu, sebenarnya satu detik yang agak bersejarah. Bermaksudnya, pendirian pembangkang pada ketika itu dengan pendirian kerajaan serasi, sepadan dan bersatu. Iaitu kita nak kaut sumber hasil daripada air laut yang digunakan oleh JanaManjung dan juga VALE.
Sudah tentu apabila pendirian kami pada ketika itu iaitu untuk menggunakan kaedah ini. Apabila kita jadi kerajaan pula pada tahun 2018, tersekatnya apabila ada penghakiman yang telah menghadkan pelaksanaan tersebut. Jadi pada ketika itu agak sukar untuk mana-mana hujah yang menyatakan kami yang sekat. Walau bagaimanapun perkara itu telah berlaku. Cadangan saya dan juga beberapa orang di sini adalah sekiranya kita nak betul-betul terokai sama ada nak cabar kembali kalau dia legally disable, saya rasa elok tetapi kita perlu ada kata sepakat sebagai sebuah negeri. Iaitu sama ada kita nak teruskan usaha itu dan saya cadangkan satu jawatankuasa bersama untuk kita rentas parti untuk kita fikir kembali satu atau mengorak satu langkah atau merancangkan sesuatu bersama-sama.
Terima kasih.
Pangkor ada daripada Tebing Tinggi. Boleh, saya suka enakmen air ini. Saya suka. Penting untuk negeri.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya ingin menyinggung beberapa isu yang dibangkitkan oleh Pangkor dan juga rakan saya daripada Manjoi tadi. Tadi sekejap Pasir Pinji. Di sisi undang-undang ada satu prinsip, dengan izin Tuan Yang Dipertua, principle of succession. Jadi ertinya samada kerajaan itu kerana parti A atau parti B, kepentingan dan kedudukannya sama. Jadi sebab itu, sosok tertentu seperti Tommy Thomas dan juga Karpal Singh Ram. Saya ingin nak menyatakan bahwa isu ini atau pun belum sempat ditangani secara terperinci. Jadi saya tidak pasti sama ada soal jawatankuasa oleh Manjoi atau Pinji perlu tetapi bagi saya dari segi undang-undang dan tidak ada masalah dan saya mohon tegaskan di sini bahawa Pakatan Harapan tidak berganjak dari segi mempertahankan kepentingan negeri dan sekalipun Kerajaan Persekutuan itu diperintah oleh parti yang sama. Dari segi undang-undang, Kerajaan Persekutuan dan Negeri adalah dua entiti yang berbeza. Jadi dengan kata lain, kalau kita ada masa, kita ada peluang, insyaallah saya fikir dari segi undang-undang tiada masalah untuk Kerajaan Negeri bertembung dengan Kerajaan Persekutuan dan saya fikir sekiranya sosok yang berkenaan itu masih memegang jawatan Peguam Negara sekalipun, dia harus mengecualikan dirinya kerana waktu itu dia bertindak bagi pihak yang lain. Saya rasa dari segi undang-undang ada cara dan tidak perlu kita mengadakan satu jawatankuasa yang di bangkitkan. Terima Kasih.
Terima kasih atas pandangan dan cadangan yang sangat konstruktif daripada rakan-rakan kita kerana saya bukan pakar undang-undang yang ada sana ada dua orang dalam bidang undang-undang dan seorang dia tak sampai peringkat undang-undang macam saya. Apa pun saya setuju bahawa ini merupakan satu hal yang mana kita telah pun membuat keputusan bersama. Betul seperti mana yang disebutkan oleh Pinji. Apabila kita membuat keputusan untuk meluluskan enakmen ini, ia merupakan satu keputusan yang bersejarah di mana kita telah membincangkan perkara ini dalam dua penggal untuk melihat secara detailnya dan saya juga bersetuju dengan cadangan daripada Manjoi bawa mungkin kita boleh duduk lihat balik, secara konstruktif apa yang telah pun diputuskan dan dilihat semula dan dalam Dewan yang mulia ini saya mohon persetujuan dari dalam Dewan ini untuk hal ini dilihat semula, dikaji semula. Bagaimana kaedah yang terbaik meskipun kita tahu keputusan yang telah dibuat di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Mungkin ada ruang-ruangnya atau legal avenue yang masih lagi boleh digunakan untuk kita melihat semula bagaimana kita dapat melaksanakan enakmen pengurusan ini. Terima kasih. Dato' Yang Dipertua, saya juga ingin membangkitkan hal dari segi sumber-sumber pendapatan baru dalam keadaan kemarau ekonomi yang kita hadapi pada hari ini. Seperti yang kita sedia maklum, kita sedang berada dalam dunia ekonomi yang baru juga. Iaitu salah satu dari bidang ekonomi ini iaitu yang disebutkan sebagai digital ekonomi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut tentang digital ekonomi dalam ucapan beliau, kita di sini perlu mengenal pasti dalam perkembangan teknologi dan sektor teknologi ekonomi hari ini. Untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagaimana mewujudkan competitive advantage, yang dapat memberikan multiple effect yang tinggi kepada negeri kita. Krisis yang sedang kita hadapi ini memberikan ruang untuk kita reset balik kedudukan ekonomi kita. Kaedah struktur ekonomi yang ada, mungkin tidak lagi sesuai.
Apatah lagi kita dengar perbahasan pada beberapa hari ini dari segi perkembangan ekonomi yang berasaskan kepada AI (Artificial Intelligence). Yang bukan AI, bukanlah Anwar Ibrahim tapi AI yang mempunyai ruang yang begitu luas sekali dan saya yakin dalam konteks Negeri Perak kita, kita boleh melakukannya kerana kita pernah melakukan itu. Kita pernah mengemukakan ketika mana di seluruh Malaysia belum memperkatakan tentang konsep knowledge based economy. Saya ingat lagi pada tahun 2004. Waktu itu Perak telah kemukakan sebuah blueprint A economy untuk Negeri Perak. Tetapi ianya tidak dikembangkan dan ia terbiar begitu sahaja. Begitu jugalah dalam aspek-aspek yang lain, yang saya yakin ianya boleh kita kembangkan, kita laksanakan. Tetapi dengan syarat kedua-dua belah pihak hendaklah dilibatkan. Kerana dalam soal untuk menjana ekonomi ini, khususnya dalam konteks digital ekonomi ini dan dalam ekonomi baru, resetting the new economy dan juga untuk mewujudkan the new economy enabler ini, dia memerlukan pemikiran-pemikiran yang pelbagai. Dia tak boleh ambil kalau sorang saja yang pandai, tak. Dalam hal ini kita kena ada pemikiran-pemikiran daripada anak-anak muda golongan muda. Umpamanya hari ini kita bercakap tentang eSport, mungkin kita tak faham. Kita bercakap tentang eCommerce, mungkin kita pun tak tahu pada umur yang seperti saya ini.
Tetapi bagi Pinji dan juga yang lain-lain, rakan-rakan di sebelah sini juga, mereka mempunyai kemahiran ini. Mereka tahu potensi yang ada. eCommerce sebagai contoh, bagaimana satu ketika dulu kita tidak pernah terfikir bahawa dari sumber pendapatan eCommerce ini yang dianggap tak begitu tinggi tetapi pada hari ini saya nak bagi tahu bahawa dalam pendapatan ekonomi negara, ia naik sebanyak 17.1% dan menjadikan keseluruhannya lebih daripada RM279 bilion kepada negara. Ini dalam keadaan covid dan sebagainya kerana masing-masing beralih ke bidang eCommerce. Nak beli barang umpamanya, dia tak perlu turun lagi dah, tak perlu pergi ke kedai-kedai, supermarket tetapi mereka hanya order begitu saja. Ia telah mengembangkan ekonomi dengan begitu rancak sekali. Something yang kita tak pernah terfikir bahawa ada satu ruang baharu dalam ekonomi yang dapat menjana pertumbuhan dalam negara kita. Sila Pinji.
Dua faktor yang Pangkor bawa tadi, satu Pangkor Dialog, keduanya eSport. saya amat setuju dan menyokong saranan Pangkor untuk teruskan Pangkor dialog. Waktu zaman Pakatan Harapan pun kami berjaya memanggil, menjemput dan hadirnya Jack Spite yang mula-mula runding lepas tu berjayanya, boleh dikatakan jadikan STG sebagai berstatus quo yang baru. Dia datang, kita adakan dan sudah tentu saya akan seratus-peratus sokong adanya Pangkor Dialog. Tetapi pada waktu yang sama, bangkitnya eSports zaman saya, bawah pejabat saya sebagai Exco Belia dan Sukan pun, kami mulakan inisiatif dan adanya yang pertama di Malaysia Esports Professional Industry Conference (EPIC). Saya nak mohon pandangan lah kanda Pangkor sama ada setuju untuk teruskan diadakan dan peruntukan disediakan untuk adanya EPIC 2.0, EPIC 3.0 dan harap pihak kerajaan juga memberi sedikit respons. Adakah Pangkor setuju adakan EPIC juga. Terima kasih.
Saya setuju dengan cadangan itu. Kerana kita kenal pasti niche market yang ada dalam ekonomi kerana niche market ini tidak lagi berdasarkan kepada hasil-hasil utama dalam pertanian dan sebagainya. Dalam bidang yang disebutkan oleh YB Pinji tadi, dia ada kelompok dia. Sepertimana yang kita pernah wujudkan People Of Remarkable Talent, YB Nolee Exco ada di sini. Bagaimana mereka, dia mengenal pasti something yang kita tak pernah terfikir tapi sebenarnya dia ada kelompoknya dalam negeri Perak kita dan begitulah juga di peringkat kebangsaan. Saya setuju.
Yang tak kecil, kelompok yang tak kecil sebenarnya.
Ia bukan kelompok kecil. Sebenarnya bukan hanya kelompok yang tak kerja, tetapi the purchasing power yang ada di kalangan mereka. Jadi potensi yang besar. Jadi kita gunakanlah peluang-peluang ini. Saya harap pihak Kerajaan Negeri, saya difahamkan dalam bajet tu ada ruang sekitar RM35 juta yang diperuntukkan kepada pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar mungkin boleh digunakan, dianjalkan sedikit dari segi bajet itu. Mungkin YB-YB yang ada, exco-exco yang ada boleh fikirkan cadangan-cadangan yang dikemukakan itu .
Yang seterusnya Dato' Yang Dipertua, saya juga ingin membangkitkan tentang soal kita menjana pendapatan untuk negeri ini. Cuma nasihat saya satu, supaya sumber-sumber ketika mana kita nak mendapatkan sumber-sumber baru kepada negeri kita ni, nasihat saya satu sahaja lah supaya kita tidak membebankan rakyat yang sedang menghadapi kesusahan pada hari. Jadi kena ada imbangan antara kesusahan rakyat dan kesusahan pihak kerajaan pada hari ini kerana sumber pendapatan yang terbatas. Apa yang saya nak sebutkan di sini ialah, kita cuba elakkan daripada dasar-dasar perlesenan yang boleh membebankan mereka ataupun begitu kita melaksanakan dasar-dasar, kita imposed dasar itu dasar ini yang menyusahkan mereka lagi untuk mencari makan. Jadi saya juga ingin mengesyorkan dalam hal ini, oleh kerana Keadaan ekonomi yang sedang kita hadapi dua tahun kebelakangan ini. Tentunya berlaku satu pergerakan dalam struktur kehidupan rakyatnya dalam kedudukan mereka.
Kalau dulu umpamanya kita tahu bahawa golongan B40 berapa peratus. Sekarang ini saya yakin sudah ada juga kumpulan daripada M40 yang sudah pun berada di dalam kategori B40. Oleh yang demikian saya nak syorkan di sini supaya IDR menjalankan kajian. Dalam Negeri Perak kita untuk mengenal pasti berapa peratus sebenarnya kemiskinan yang ada dalam negeri Perak kita pada hari ini dan apakah bentuk-bentuk kemiskinan, bagaimana anjakan daripada M40 menjadi B40 pada hari ini dan apakah jenis kemiskinan yang sedang dihadapi oleh mereka. Kita tak boleh lagi berdasarkan kepada formula-formula tertentu. Lepas itu kita nak lihat dari segi genie coefficient berapa, antara kaya dengan yang miskin. Saya rasa pendekatan menggunakan atas nama formula-formula konvensional ini sudah tidak boleh dipakai dalam keadaan kita menghadapi masalah yang sangat serius pada hari ini. Sebab itu saya nak bawa kepada Dewan untuk kita lihat ada satu buku tentang dia menceritakan balik bagaimana formula nak kira kemiskinan ini iaitu apa nama Banerjee dan Esther Duflo, dua orang Profesor daripada MIT yang akhirnya mendapat hadiah Nobel Economic. Tajuk bukunya Poor Economic. Bagaimana dia melihat bahawa selama ini formula-formula yang digunakan untuk mengkaji kemiskinan, kau punya salah sebab dia kata, kita tak faham sebenarnya apa yang dihadapi oleh golongan miskin ini. Kita perlu, dia kata sebagai pengkaji kita kena pergi lihat tengok dengar apa yang mereka hadapi sebenarnya.
Formula umpanya di Nigeria tidak sama dengan di Malaysia. Di Nepal mungkin tak sama dengan di India sebab masing-masing mempunyai pendekatan dan pendirian tentang konsep kemiskinan yang sangat berlainan. Duit yang dia ada RM100. Mungkin di India digunakan untuk apa, tapi duit yang RM100 di Malaysia digunakan untuk apa. Tapi tafsiran kemiskinan bagi mereka adalah sangat berbeza. Duit yang ada RM100 tu juga dia boleh gunakan untuk membeli makanan. Mungkin dia beli makanan hanya sedikit sahaja berbanding dengan negeri yang lain dia membeli makanan yang benar-benar digunakan untuk beli yang ada kandungan nutrisi yang baik dan sebagainya tetapi yang lebihnya mungkin dia beli untuk tujuan lain.
Jadi dalam hal inilah, dalam ketika mana kita menghadapi kesusahan Covid-19 ini saya minta supaya Kerajaan Negeri buat kajian ini, fahami mereka, apa kehendak mereka sebenarnya, apa harapan-harapan mereka supaya ada sedikit pertimbangan daripada pihak kerajaan ketika mana mereka sedang menghadapi masalah kesusahan dalam covid ini. Sila.
Terima kasih Pangkor. Tadi Pangkor sebut tentang pertembungan antara cara kiraan lama dengan cara kiraan baru yang baru ditemui. Tapi ada pertembungan-pertembungan idea, pertembungan tafsiran, macam boleh dikatakan manusia sehari-hari proses pengisian dah seratus tahun gaduh dengan siapa nama dia. Maksudnya porsiklis vs counter siklis dalam dua tahun yang lepas ini dah la kita tahu ke porsiklis were wrong sejarah dengan izin counter siklis dibuktikan tanpa ragu-ragu adalah satu-satunya cara untuk menangani masalah ekonomi sekarang. Kita tahu agregat supply demand dah ke kiri pula. So maksudnya pasaran ketandusan modal, ketandusan aliran wang tunai. Apakah pandangan dan pendirian Pangkor berkenaan dengan sikap dan sifat bajet Belanjawan Negeri Perak 2022 ini adakah ia mencukupi untuk menghadapi cabaran penderitaan kita pada saat ini. Terima kasih.
Pangkor minta izin, Titi Serong.
Silakan.
Saya tertarik dengan apa yang dibentang oleh Pangkor untuk melihat kadar kemiskinan. Saya nak lontarkan juga kita di Malaysia ini dan mungkin di rantau Asia sebahagiannya kita ada kemiskinan tradisi dan kemiskinan moden. Kemiskinan tradisi ini kemiskinan yang diwarisi daripada pekebun ke petani ke yang duduk di kampung. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Kalau di Pengkalan Hulu semalam menyatakan kemiskinan tradisi daripada penoreh getah tradisi zaman azali lagi.
Dalam masa sama juga sekarang kita menerima pula bebanan kemiskinan moden. Kemiskinan moden ini ialah orang yang kehilangan daripada pekerjaan daripada M40 pada B40. Sekarang ini cabaran yang paling besar dengan kerajaan adalah untuk menangani dua kelompok kemiskinan ini. So, saya nak minta pandanganlah daripada Pangkor yang telah menjawat lama jawatan sebagai Menteri Besar adakah kaedah terbaru yang boleh kita kongsikan untuk kita menangani kemiskinan tradisi dan kemiskinan moden.
Terima kasih soalan adinda-adinda saya yang bagus-bagus. Yang pertamanya dibangkitkan oleh Pinji yes kalau ditanya saya activism effort is the best from now whether you like it or not is Dato’ Speaker pun as a development economist desire that’s the best from now. Oleh yang demikian, konsep palm cramming hah ni Pangkalan Baharu dia panggil palm cramming adalah antara konsep yang sangat penting untuk kita masukkan modal untuk kita menggerakkan ekonomi balik pertumbuhan perlu perlu perlu dijana semula. Bagaimanakah kita kita nak jana biasanya kita akan lihat dalam sektor-sektor seperti infrastruktur. Jadi ini yang akan menggerakkan market pride little down economic nya biar semua orang dapat rasa contoh paling mudah menggunakan kabin-kabin yang besar umpamanya kita masukkan dalam program-program infrastruktur yang melibatkan di negeri kita termasuk di daerah-daerah.
Projek-projek untuk baik pulih jalan dan sebagainya yang akan bukan hanya memberi manfaat kepada kelompok kontraktor utama termasuk juga di peringkat kontraktor-kontraktor di kawasan-kawasan dan dengan sendirinya mereka yang menjadi kontraktor-kontraktor Kelas F sebagai contoh mereka sebenarnya menjadi pengguna yang yang tinggi yang mereka berbelanja dalam theory economy biasalah bila dia dapat duit you akan belanja duit. Saving is one aspect tetapi price konsep dalam ekonomi ialah dari segi aliran wang di dalam dalam pasaran. You want to have some equity di dalam di dalam pasaran. Oleh yang demikian inilah pendekatan yang sebaik-baiknya bersetuju dengan pandangan yang disebutkan oleh Pinji tadi. Yang sebagai jawapan kepada Titi Serong juga ini merupakan satu lagi konsep sebenarnya apa yang bukan dia bukan dia tak panggil sangat dalam konteks kemiskinan moden. Dia panggil venerable poor ataupun dia tiba-tiba dia jadi miskin. Jadi miskin ni sebab macam ini lah macam mana yang berlaku pada kita hari ini iaitu disebabkan oleh Covid-19.
Sebelum ini dia mempunyai pendapatan RM5 ribu tiba-tiba hilang, hilang pendapatan tiba-tiba kena buang kerja. Saya ambil contoh umpamanya di MAS tiba-tiba hilang RM6 ribu mana dia nak cari duit. Yang ini merupakan salah satu masalah besar yang perlu ditangani dengan sebaik-baiknya oleh pihak kerajaan dan kerajaan dan kita telah pun kemukakan bagaimana dia nak adjust. Itulah sebenarnya antara lain supaya mereka boleh keluarkan wang dari EPF tetapi keluar wang EPF juga banyak yang tak tahu dia telah mengakibatkan bukan satu dua bilion dia melibatkan sampai lebih daripada hundred billion kalau tak silap saya sampai peringkat dan dia akhirnya dia telah memberi kesan secara keseluruhan kepada ekonomi Malaysia dan ia mungkin tidak memberikan satu pulangan yang baik akhirnya jadi inilah saya fikir dia memerlukan satu konsep ekosistem yang lengkap bagaimana kita nak menghadapi suasana kesuraman ekonomi pada hari ini.
Intervensi yang last Pangkor boleh? Tadi kita dah sembang atas-atas dalam bahasa yang kurang marhaen so teman nak bawa bahasa marhaen yang kaya raya tak sior nak belanja yang kadang kala ada kadang kala tak ada yang mendengar tak kuasa nak belanja. Yang miskin lagi tak payah cakaplah tak ada nak belanja. So dalam pasaran tak ada duit. Satu-satunya jawapan seperti yang disebutkan dipersetujui satu counter seek able approach ignescent approach satu-satunya jawapan kerajaan kena belanja duit. Toksah kita nak sembang pasal Kerajaan Pusat dah keluarkan berapa duit sebab itu ada banyak sektor yang memang tak ada kena mengena dengan apa yang Kerajaan Negeri boleh buat. Jadi tajam sikit saya yakin Pangkor boleh dan mampu jawab sekiranya ada usaha untuk meminta merayu pindaan belanjawan itu meningkatkan sikit bukan banyak pun sedikit yang kita sebagai Kerajaan Negeri kuasa mampu nak tambah adakah ia sesuatu yang boleh dan akan disokong oleh Yang Berhormat Pangkor.
Terima kasih YB Pangkor. Seluruh dunia sudah mengaku negara yang paling berjaya untuk membasmikan kemiskinan adalah China. Negara China dalam pembasmian kemiskinan. Seramai 500 juta lebih orang sudah keluar kemiskinan selepas 20 tahun 30 tahun. Apakah pandangan Pangkor? Adakah YB Pangkor selepas baca itu buku itu Nobel Prize Winner tak ada YB Pangkor semak model Negara China untuk cari kaedah-kaedah membasmikan kemiskinan di negeri Perak, terima kasih.
Pangkor ini memang ramai orang suka dengar perbahasan Pangkor. Lepas tu nak share-share pendapat. Ok, dua pendapat kat sini nak tanya Pangkor nombor satu mengenai tadi yang Pangkor sebutkan ialah cara kita menafsir cara kita tafsir kemiskinan berbeza. Begitu juga saya nak tengok pandangan Pangkor ialah cara kita bukan saja tafsir tapi kita masukkan ke dalam kiraan kita sebagai kerajaan. Saya bagi satu contoh bila saya mula-mula menjadi ahli dalam Dewan ini saya diajar bukan diajarlah, diberitahu oleh oleh seorang pegawai kebajikan dan cara mereka nak check orang-orang dalam senarai. Apa yang berlaku ialah mereka first time mereka akan pandu lalu sekiranya mereka nampak ada Astro ada TV yang besar-besar terus keluar list. Tak payah masuk nak tengok tak payah tanya sama ada rumah tu ada 10 orangkah satu orang ke kereta besar terus out. Tapi itu mungkin tempat orang lain. Itu nombor satu.
Nombor 2 ialah yang saya nak tanya ialah kita berkata dalam suntikan dana. Saya rasa semua orang bersetuju belah sini dan belah bila kita sembang di luar semua setuju supaya kita adakan suntikan dana ke dalam ekonomi Negeri Perak tetapi kita perlu lihat cara suntikan sekiranya suntikan itu terus kepada syarikat besar kepada kontraktor-kontraktor besar dan kita harapkan the slipping down effect adakah itu akan berjaya adakah duit yang kita suntik ke dalam akan sampai ke bawah atau kita pakai direct effect kita terus turun membantu kepada membantu kepada peniaga-peniaga kecil, petani kecil, peladang kecil. Terima kasih Pangkor.
Terima kasih di atas pandangan-pandangan. Bagi menjawab Pinji yang pertama saya kalau soalan itu ditanya saya kata ya. Kerajaan perlu mempertimbangkan kerana kita ada apa nama boleh review tahun hadapan sekiranya ada keperluan saya syorkan kepada Kota Tampan untuk melihat semula akan keperluan ini kerana ekonomi perlu dijana ini pandangan saya selaku ADUN. ADUN Pangkor ya. Yang keduanya...
Kita sama-sama backbencher sekarang.
Yang keduanya daripada Kepayang yes you are right, I agreed dan saya juga membaca apa pendekatan-pendekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan China tetapi dilihat dia datang bersekali dengan sistem yang diwujudkan. It has to come with a systems. I dont say the unit and revolution to do that dengan izin tetapi they has to comes. Dia macam ada complete pakej dan Negara China sebenarnya antara menjadi model dalam dunia ya bagaimana dia telah berjaya mengurangkan satu jumlah yang besar dari segi peccability income dari segi income di kalangan masyarakatnya. Walau bagaimana pun kita tahu sebagai sebuah negara yang besar ia masih lagi mempunyai masalah-masalah dari segi pendapatan senjangan pendapatan yang ada di sana. Baik I’ll take daripada Jalong itulah yang antara hujah yang disebutkan oleh Abhijit Banarjee dan Duflo apabila kita membuat penilaian kepada kemiskinan itu, ada rumah yang dia mungkin dia lihat ada apa nama ada satelit dari luar negara tu, ada astro nya, ada peti ais nya, malah ada setengah tempat tu ada letrik nya di anggap orang itu tidak miskin dan kriteria-kriteria ini yang dikatakan oleh pemenang novel ini salah sebenarnya.
Dan inilah sekarang ini termasuk UNDP cuba mengubah konsep bagaimana mereka menilai kemiskinan ini dan saya mengharapkan dalam kontek kita di negeri Perak pun, kita tidak boleh lagi orang kata berdasarkan kepada rumah itu ada astro dan itu yang kita fikirkan. Saya fikir Kota Tampan cukup mahir dalam hal ini kerana waktu itu saya mempertanggungjawabkan kepada beliau untuk melihat dalam kontek bagaimana proses pembasmian kemiskinan dalam negeri Perak kita dapat kita lakukan dengan secara efektif mungkin. Jadi, antara isu yang ditimbulkan seperti mana yang ditimbulkan oleh Jalong tadi. Tapi kita beritahu kepada kakitangan awam termasuk pihak jabatan yang terlibat supaya dipinda balik ni kerana kita tidak boleh lagi hanya berdasarkan kepada rumah ni ada astro, bermakna dia tak dia tak miskin. Saya rasa konsep itu sudah berubah kenapa preference dia agak berbeza tapi konsep kemiskinan kena ditinjau balik. Sebab tu IDR, saya nak tekankan supaya IDR buat kerja ini. Ya, saya minta kepada Kerajaan Negeri tolong syorkan supaya satu kajian menyeluruh tentang new concept of power think ini dapat dilakukan. Ya. Tengok saya jawab dah kot. Ada satu lagi apa yang...
The checkling down effect versus bagi direct. Terima kasih.
Yang trickle down effect itu saya faham apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah apabila kita memberikan kepada hanya kepada yang the top kontraktor tapi tidak berlaku tackle down. Tetapi dalam kontek kita itu yang saya sebutkan tadi, projek-projek infrastruktur yang sepatut dialirkan kepada peringkat-peringkat daerah dan dia akan memberikan total down effect yang lebih efektif berbanding dengan hanya di peringkat pemusatan ya di satu peringkat saja. Jadi, saya harap pendekatan-pendekatan ini boleh difikirkan dengan sebaik-baiknya. Baiklah saya juga ingin nak mengesyorkan dalam usaha kita untuk menjana ekonomi, pada pendapat Pangkor saya kenal pasti tiga sektor penjana ekonomi. Yang pertamanya, saya lihat seperti mana telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan tadi iaitu negeri Perak perlu dijadikan terus sebagai lembah makanan.
Jadi, kalau ada permasalahan-permasalahan yang termasuklah dibangkitkan tadi, boleh kita tinjau semula dan rancangkan balik sebab kita pernah mengadakan satu pelan yang agak komprehensif bagaimana menjadikan negeri Perak kita sebagai lembah makanan. Malah, dalam banyak sektor-sektor dalam pertanian kita berada dalam posisi yang terbaik di peringkat negara. Umpamanya, kita menjadi sebuah negeri pendaratan ikan yang tertinggi sekali dalam Malaysia. Not many people know thing. Padi kita adalah negeri kalau tak silap saya kedua atau ketiga dalam Malaysia, walaupun kita anggap jelapang padi di Kedah tetapi di negeri Perak kita, kita berada di posisi kalau tak silap saya nombor dua. Ikan, ikan air tawar kita di posisi nombor tiga dan begitu jugaklah dengan yang lain-lain. Bayangkan kalau kita gabungkan semua ini, bermakna Perak boleh menjadi sebuah dan negeri lembah makanan untuk negara. Yang keduanya, kita pergiatkan juga dalam sektor pelancongan. YB Nolee kita ada sini dan lihat bagaimana beliau bekerja siang dan malam sejak dulu lagi. Bagaimana kita nak kita nak mempromosikan bidang-bidang pelancongan dan untuk ketika ini saya syorkan Perak kita doublekan kedatangan pelancong-pelancong dalam negeri. Perak pernah mencatatkan berapa tahun hampir sembilan tahun berturut-turut ya, kedatangan pelancong dalam negeri yang paling tinggi di Malaysia. Gerakkan. Bukan hanya di Pangkor dan termasuk juga di tempat-tempat yang lain. Perkenalkan. Kita banyak sumber-sumber kita di sekitar Lembah Kinta saja lihat kalau pergi ke kawasan air terjun ke Gua Tempurung dan sebagainya dia menjadi antara tarikan yang besar sebenarnya cuma yang mana kita nak menggerakkan promosi kita secara besar-besaran dan demikian juga yang ketiganya sektor IKS kita yang perlu kita kembangkan kita banyak potensi sebenarnya dalam IKS ini.
Terima kasih Pangkor. Saya ada kemukakan soalan ini kepada Chenderiang semalam. Tetapi jawapan yang dia bagi itu berkaitan dengan pelancongan. Ada kena-mengena dengan soalan saya. Yang Berhormat Pangkor ini dari pusat pelancongan Pulau Pangkor dan memang Pangkor sebagai mantan Menteri Besar pun tahu, kawasan sendiri dan masalah-masalah yang dihadapi oleh khasnya pengusaha-pengusaha hotel. Masalah mereka ini satu setengah tahun yang lepas. Ada yang gulung tikar. Sekarang mereka kembali tetapi masalah yang mereka hadapi sekarang adalah kekurangan pekerja. Very drastic problem. Tetapi Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak ada bantu sebegitu. Sebab all this red tape masih mengatakan kita tak boleh dapat pekerja daripada negara asing dan sebagainya. So, all this thing. Sekarang dia stucked. Jadi apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dapat membantu mereka. Terima kasih.
Jawab Exco pelancong, jawablah. Tapi saya boleh share sikitlah di peringkat Persekutuan dan ini pun saya bincang dengan menteri yang bertanggungjawab, Menteri Sumber sumber Manusia kerana ada perkara yang sama dikemukakan kepada saya oleh pengusaha-pengusaha hotel, dan juga pengusaha-pengusaha restoran dan kita nak menggerakkan ekonomi kita ni, dan kita tak mempunyai. Jadi, saya difahamkan bahawa pihak kerajaan akan menyegerakan. Ada mula-mula dicadangkan pada bulan Disember dan yang terbaru saya difahamkan ialah pada bulan Januari akan dibuka dan jadi pekerja-pekerja ini boleh masuk semula. Itu saya difahamkan. Saya tak mungkin Exco boleh jawab selepas ini. Saya juga ingin mengesyorkan kepada Pihak Berkuasa Negeri supaya untuk memikirkan sumber-sumber pendapatan baru. Satu ketika dahulu kita pernah mengemukakan idea karbon kredit dan karbon kredit ni kita tahu bagaimana pelaksanaan melalui apa nama europane union dan juga UNDP bagai untuk menggantikannya oksigen yang kita dapat dan dikenal pasti kawasan-kawasan tu dan akan diberikan satu peruntukan khas kepada negeri yang berkenaan asalkan kawasan hutan yang berkenaan itu tidak diganggu. Dan kemudian idea itu terbengkalai. Saya pernah waktu satu ketika dahulu kita mencadangkan supaya Hutan Royal Belum kita dijadikan sebagai salah satu daripada karbon kredit punya apa nama projek dan dijangkakan di waktu itu saja peruntukan untuk hasil negeri untuk satu tempoh. Kalau tak silap saya waktu itu lebih kurang 30 tahun hasil negeri boleh mencapai mencecah sampai RM20 bilion. Itu ideanya dan saya difahamkan sekarang ini persoalan karbon kredit ini dikemukakan semula dibicarakan semula di peringkat antarabangsa. Mungkin Kerajaan Negeri boleh melihat dalam aspek ini dalam usaha untuk menambahkan pendapatan baru kepada Kerajaan Negeri dan oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini juga seperti mana yang telah dibentangkan oleh pihak wakil rakyat kita...
Pangkor, Pengkalan Hulu minta sikit ja.
Sila-sila, boleh benarkan ya, Speaker ya.
Ya. ya boleh.
Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih Pangkor. Bila disebut tadi tentang untuk menambahkan punca pendapatan, kita lihat sebagai kita sedia maklum di sebelah Hulu Perak sebenarnya ada. Ada dua yang saya nak katakan di sini yang pertama bila sebut Hulu Perak, Lenggong ada dengan tempat pelancongan contoh Perak Man, di Gerik ada Royal Belum seperti yang Pangkor sebut. Pengkalan Hulu kita ada sektor pertanian dengan bandar sempadan tetapi sehingga hari ini kita masih belum ada satu kita panggil Tourist Centre yang menggabungkan Hulu Perak ni sebagai satu destinasi pelancongan yang boleh mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri. Itu yang pertama.
Yang kedua bila saya melihat di Pengkalan Hulu bila kita lihat ketika tahun 2012 sehingga ke 2016, kawasan yang telah dikenalpasti untuk dijadikan kawasan perlombongan ataupun hasil bumi yang dikeluarkan oleh Perbadanan Menteri Besar tidak mendapat kelulusan kerana masalah yang ditimbulkan oleh untuk alam sekitar EIA report stage two yang memang susah daripada segi untuk mendapat kelulusan dan sehingga hari ini Perbadaan Menteri Besar hanya ada kawasan yang diberi kawasan penjelajahan tetapi tidak boleh take off sebagai kawasan perlombongan dan kita lihat sekarang kita ada satu lagi bahan yang paling latest yang ada yang value di negeri Perak apa ni NR-REE Non-Radioactive Rare Earth yang semua orang tahu nilai dia tinggi tetapi sehingga hari ini masih di dalam kajian yang kita tidak boleh mendapatkan hasil ataupun kita boleh mulakan projek ni sebagai punca pendapatan dalam Negeri Perak.
Ya, bagi menjawab pertama berkaitan dengan sektor pelancongan memang tak ada Tourist Centre sebenarnya kita telah pun merancang apa yang kita rancangkan juga untuk Hulu
Perak iaitu untuk ada airport yang ada sekarang ni untuk dipanjangkan. Malangnya apabila kita pergi semak rupanya di hadapan pintu telah pun ada rumah-rumah yang diluluskan untuk projek perumahan. Itulah antara beberapa orang kata set back kita di waktu dan selain daripada itu ada pelbagai lagi perancangan yang dibuat untuk kawasan Hulu Perak termasuklah pembangunan sempadan yang ada di kawasan-kawasan itu. Beberapa usaha telah pun dilakukan termasuk oleh bekas Menteri Besar kita dulu bagaimana kita nak merancakkan pembangunan di kawasan sempadan antara Perak dengan dengan Thailand. Baik, bagi hal yang berkaitan dengan ini saya ingat Kerajaan Negeri boleh jawablah kerana saya yakin berdasarkan sedikit sebanyak pengalaman yang ada memang benar Kerajaan Negeri merancang termasuk Negeri Perak adalah merupakan antara negeri yang mempunyai sumber mineral yang begitu banyak sekali begitu kaya sekali namun ianya hendaklah kita ambil dengan keadaan yang mapan.
Kita tidak boleh hanya mengambil oleh kerana kita banyak tu ada ni ada lanternite, ada non radioaktif mineral di dalamnya maka kita boleh ambil begitu kita sahaja dan dia juga tertakluk kepada dipanggil apa Pelan Mineral Negara yang tidak boleh sewenang-wenangnya diambil dan dia memang merupakan antara kawasan-kawasan yang sensitif apabila kita keluarkan sesuatu hasil-hasil bumi ini. Saya tidak menjawab bagi pihak Kerajaan Negeri. Ini berdasarkan sedikit sebanyak apa yang kita rancang dulu ya. Apa yang ada hasil semalam pun saya bercerita sedikt pada rakan-rakan bahawa waktu dulu yang mana Kota Tampan merupakan Exco di waktu itu, kita telah merancang untuk mengenal pasti betul-betul apa kandungan mineral yang ada dalam Negeri Perak dan kita telah berjaya mendapat laporan tu sebenarnya tapi kita tidak kemukakan termasuklah ada yang kata pernah ditanya dalam dewan ini kita ada emas tak? Waktu tu memang saya jawab memang ada emas tetapi tidaklah sampai peringkat boleh dikeluarkan secara besar-besaran dan sebagainya. Ini antara kandungan mineral yang kita ada tetapi faktor alam sekitar sensitiviti yang ada perlu juga kita ambil kira.
Maaf Pangkor saya nak tanya banyak lagi ke?
Saya ada satu ada 4-5 tu boleh?
Saya punya intervensi bukan isu dasar. Isu pendirian sahaja. Apa yang dibangkitkan oleh Pengkalan Hulu pasal NREE sudah tentu kita tahu sekarang masih dalam kajian. Dia ada dua opsyen saja perlombongan dia. Perlombongan transfer gilling atau phosphate tu pun belum kita selesai lagi sama ada yang mana kita drop, yang mana selamat. Dah mula ada perbincangan malah saya dengar ceritalah ada kawan-kawan kita kat peringkat pusat yang kata kena kalau nak benda ni jalan kena sekali buat bubuh pemerosesan. Ok, saya pendirian saya pelombongan hampa selesaikan kajian dulu nak sembang letak syarat pasal pemerosesan saya tolak mentah-mentah dan sekeras-kerasnya sebab benda tu bahaya. Kita tahu confirm bahaya. So, apa pendirian apa pendirian Pangkor, lanternite ke NREE secara spektrumnya perlombongannya masih dikaji tapi pemerosesan apa pandangan dan apa pendirian Pangkor?
Ya, sama kita bukan hanya boleh buat mengikut suka hati kita. Semua proses itu tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian bukan hanya di peringkat kita sebab kita ada Jabatan Mineral dan Galian yang juga bertanggungjawab di peringkat Kerajaan Persekutuan. Jadi apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan itulah juga patut yang menjadi dasar dan pendirian bagi pihak Kerajaan Negeri. Baik, dalam perbahasan ini Yang Berhormat Dato' Speaker. Oleh kerana kita tahu keadaan suasana ekonomi yang suram ini saya ingin mencadangkan juga supaya kita dapat membentuk by Partician State Investment Promotion Comittee iaitu dalam konteks investment atau pun pelaburan ini ia merupakan satu isu yang sangat penting kerana negara sedang menghadapi masalah bagaimana kita nak menarik FDI masuk ke dalam negara kita. Oleh yang demikian, kita tidak boleh semata-mata bergantung hanya kepada Kerajaan Persekutuan melalui MITI untuk melaksanakan agenda kita.
Kita kena menggerakkan misi pelaburan ini secara bersama untuk melaksanakan itu saya syorkan agar Perak Invest yang kita ada ini dibentuk dan dianggotai oleh kedua-dua belah pihak sebab masing-masing ada idea yang nak disumbangkan. Ini bukan soal political divide ataupun perbahasan politik kerana ini berkaitan dengan perlu kita lakukan secara bersama sebagai melaksanakan tanggungjawab kita kepada negeri kita. Saya yakin daripada kedua-dua belah pihak kita mempunyai idea dan pemikiran yang boleh kita sumbangkan kepada Kerajaan Negeri kita.
Yang seterusnya saya ingin membangkitkan tentang masalah perumahan. Ramai di kalangan Ahli-Ahli kita yang telah membangkitkan isu tentang masalah perumahan ini. Banyak masalah-masalah yang tidak diselesaikan. Antara masalah utama yang kita dengar termasuklah mereka yang mempunyai keupayaan untuk membeli tetapi tidak dapat pinjaman disebabkan tidak ada slip gaji sepertimana yang dikehendaki oleh pihak institusi-institusi bank. Kita telah mempunyai LPHP Lembaga Perumahan yang telah kita wujudkan.
Baru-baru ini saya berada di Sarawak saya bertanya dengan Ketua Menteri Sarawak bagaimana mereka menyelesaikan masalah ini. Di Sarawak mereka telah menubuhkan seperti mortgage company iaitu finance yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar perumahan mereka di mana Kerajaan Negeri telah menyediakan satu peruntukan khas bagaimana untuk membantu golongan-golongan berpendapatan rendah ini. Mungkin Kerajaan Negeri boleh memikirkan kaedah ini dalam usaha kita untuk menyelesaikan. Saya mempunyai masalah di kawasan saya Yang Berhomat Dato' Speaker iaitu mereka saya fikir Pasir Panjang pun dah bangkitkan perkara ini di Batu 14, di Batu 10 yang akhirnya kerajaan telah pun membina rumah itu tetapi tak boleh nak serahkan kerana apa mereka yang layak untuk mendapat rumah itu yang terdiri daripada dua kumpulan B40 ini. Tak boleh nak ambil. Hanya disebabkan boleh bank tak lulus kerana mereka tidak ada slip gaji walhal dari segi kemampuan mereka lebih tinggi daripada yang ada slip gaji ni. Dia mungkin dia tak tunjukkan pendapatan tetapi dia bekerja. Malah dalam laporan YBU, saya tanya dengan YBU kerana YBU pernah melaksanakan pendekatan ini. Mereka yang tak mampu untuk mendapatkan pinjaman daripada bank tetapi melalui YBU dan didapati mereka yang tidak bekerja dengan sama ada sektor makan gaji kemampuan membayar itu lebih tinggi daripada yang ada slip gaji tetapi hari ini YBU pun dah tak dapat laksanakan keraa tidak ada modal. Jadi saya nak mintalah kepada LPHP ni supaya dapat duduk dengan kita dan saya mengharapkan pada Kota Tampan agar dapat memikirkan bagaimana kita nak cerita banyak masalah yang sedang kita hadapi ini sampai sekarang kita tak dapat nak selesaikan.
Yang akhirnya saya juga ada beberapa perkara lagi, saya nak bawa ke kawasan saya juga iaitu berkaitan dengan Jeti Sungai Pinang Kecil. Jadi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kota Tampan YAB Menteri Besar kerana dalam bajet kali ini telah pun memperuntukkan saya tak tahu berapa banyak sebab tak disebutkan berapa jumlahnya. Mungkin berapa jutalah mungkin RM8 juta atau RM9 juta kepada pembinaan semula Jeti Sungai Pinang Kecil yang telah menjadi isu begitu lama dan kita harapkan mulai tahun hadapan projek pembangunan semula Jeti Sungai Pinang yang sudah berada di situ berpuluh-puluh tahun dapat kita gerakkan kita bina semula bagi memudahkan masyarakat Pangkor untuk bergerak daripada Pangkor ke Lumut, Lumut ke Pangkor dan seterusnya saya juga ingin membangkitkan tentang cadangan satu ketika dulu untuk kita wujudkan Perbadanan Pelancongan Pangkor. Jadi saya harap Perbadanan Pangkor ini akan dapat meliputi juga kawasan seperti kawasan Teluk Batik dan juga Teluk Senangin.
Mungkin dalam sesi yang akan datang cadangan untuk perbadanan ini dapat dikemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Kita telah saya fikir di peringkat Kerajaan Negeri telah pun ada idea ini untuk dibentangkan di dalam Dewan. Saya tak perlu bahaskannya secara panjang lebar cuma satu perkara lagi di kawasan saya iaitu berkaitan dengan perumahan nelayan Pangkor. Kita tahu bahawa inilah antara perkara yang sangat mengecewakan saya ketika mana kita mengemukakan idea untuk pembinaan semula perumahan nelayan. Yang kita maksudkan perumahan nelayan untuk generasi kedua nelayan daripada anak-anak nelayan sama ada mereka yang bekerja sebagai full time nelayan atau pun anak yang ada di Pulau Pangkor itu telah pun berubah ke sektor pelancongan iaitu bekerja di hotel dan sebagainya bagi meningkatkan kehidupan mereka.
Mereka ini adalah antara golongan yang layak untuk memiliki dan mendapatkan rumah itu. Malangnya apa yang saya difahamkan dalam perjanjian yang dibuat oleh LPIM menetapkan bahawa hanya nelayan yang membawa kad nelayan sahaja dan yang ini saya tidak pernah saya nak sebutkan di dalam dewan ini. Kerajaan Negeri di waktu itu menetapkan bahawa anak nelayan dan termasuklah dan juga anak-anak generasi kedua dan sehingga hari ini projek yang telah siap lebih daripada 3 tahun itu tidak dapat diduduki hanya tahun sudah atau pun awal tahun ni baru boleh diduduki di kalangan nelayan tetapi kekosongan-kekosongan itu tidak dapat dimasuki disebabkan oleh masalah yang timbul, masalah teknikal sebab mereka yang layak untuk dapat itu tak boleh nak masuk dan ia telah menjadi satu isi Audit Negara dalam laporan audit yang turut menjadi satu isu yang besar. Rumah dah siap tapi tak boleh masuk. Hanya disebabkan oleh masalah teknikal yang kecil dan ia sampai sekarang ini tidak diselesaikan. Saya mintalah kepada pihak LPIM khususnya yang bertanggungjawab dalam hal ini supaya dapat dibawa Exco yang ada tolong bantu. Exco pun faham, Exco pun pernah datang. Kita pernah bincang.
Saya pun semalam bagitahu dengan Exco yang bertanggungjawab, beliau faham. Sebab itu kita kena bersama-samalah bagi pihak Kerajaan Negeri untuk menyakinkan kerajaan persekutuan ubah sikit, tambah sikit, satu ayat je yang menjadi halangan selama ni yang menyebabkan generasi muda generasi kedua ni tak boleh nak masuk.
Tak boleh dapat. Jadi saya harap ianya dapat diselesaikan dengan kadar yang segera dan demikian juga perumahan nelayan di Teluk Buruk dan juga jeti nelayan yang sepatutnya telah pun kita selesaikan tapi sehingga sekarang kita tak dapat selesaikan. Tanah yang telah pun dibuat penambakan telah pun ada. Jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri melalui Exconya dapat tanya balik kepada pihak berkuasa kerana kita laksanakan projek ini melalui EPU dulu kita mendapat satu peruntukan yang tinggi apa perancangannya dan saya mohon supaya perancangan asal itu tidak diubah. Pelan asal itu tidak diubah. Saya difahamkan ada sedikit perubahan dan menjadi tanggungjawab saya untuk saya timbulkan di sini dan kalau ada sikit sebanyak respect kepada saya rujuklah kepada saya.
Bagaimana perancangan yang kita buat dulu untuk kepentingan nelayan perlu kita kekalkan dan design yang ada itu hendaklah kita kekalkan juga. Saya juga saya ingin mengambil kesempatan ini Dato’ Yang Dipertua, untuk mengucapkan terima kasih kepada jabatan-jabatan tertentu yang bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat kita, datang ke hadapan bersama-sama untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat. Ini termasuklah baru-baru ini di Pulau Pangkor kita tahu masalah ikan bilis. Bot-bot ikan bilis yang tidak dibenarkan untuk menangkap ikan pada di kawasan 0 ke 1 kilometer. Ia telah menimbulkan satu perbahasan keluar dalam media tapi akhirnya saya telah berjaya membawa pihak Jabatan Perikanan dan juga pihak pengusaha-pengusahan ikan bilis untuk duduk bersama dan menyelesaikan masalah secara bersama dan inilah pendekatan yang sebenarnya yang kita nak.
Kita tidak mahu ada jabatan-jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan yang langsung tidak mahu mengambil pendekatan engagement. Hanya nak laksanakan tentang pelaksanaan-pelaksanaan yang telah pun ditetapkan atau pun undang-undang yang telah ditetapkan. Tak kisah apa-apa. You like it or not this is the way. You must follow it. Tak bolehlah. Ada isu-isu tertentu yang tak perlulah saya bahaskan di sini cuma saya ingin memberi nasihat, bukan peringatan, nasihat kepada ketua-ketua jabatan, DO-DO, YDP-YDP, kena tahu peranan. Kita kerja bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat. Tak rugi sebab wakil rakyat ini adalah tugas mereka untuk menyelesaikan masalah rakyat dan ketua-ketua jabatan juga bertanggungjawab tugas mereka untuk bersama-sama menyelesaikan masalah rakyat.
Kita wujudkan jabatan-jabatan ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat. Saya tak fikir ada di kalangan wakil-wakil rakyat yang pergi minta itu minta ini, desak itu desak ini, tidak tetapi dalam masa yang sama sebagai ketua-ketua jabatan, saya ambil contoh DO-DO yang ada. DO-DO ini adalah ketua-ketua daerah. Di peringkat negeri SS adalah ketua yang bertanggungjawab. Saya tak mahu komen apa-apalah cuma saya nak sebutkan di sini, hubungan timbal balik itu kena ada, saling faham memahami itu kena ada supaya segala masalah rakyat dapat kita selesaikan. DO sebagai contoh. DO itu adalah ketua di peringkat kawasan dan dia adalah ketua yang tidak bekerja 8.00 sampai pukul 5.00. Lepas pukul 5.00 tutup pintu tak ada. DO ini tugasnya pukul 12.00 malam pun bila orang cari, pukul 12.00 malam bila ada masalah di kawasan, ribut berlaku di kawasan, pukul 1.00 pagi dia kena ada di situ untuk bersama-sama dengan rakyat.
DO tak boleh mengatakan bahawa tunggulah esok pagi. Saya tak tahu saya hanya ada peruntukan ini, bolehlah saya bagi. Tak boleh. DO tugas dia adalah ketua di peringkat daerah itu, mencari jalan bagi menyelesaikan, duduk bersama dengan wakil rakyat. Ini bukan saya nak kritik DO tidak, contoh bagaimana kita buat kerja dulu. Dulu kita bekerja saya tahu di kalangan ketua-ketua daerah, DO sebagai contoh, Yang Dipertua Majlis, saya tahu kualiti, begitu baik sekali tapi dalam masa yang sama peringatan ini perlu diberikan sebab saya tidak mahu melihat ada bad apple ni. Ya, dalam satu raga ada epal-epal yang sedap-sedap, tiba-tiba ada yang busuk satu. Yang busuk satu menimbulkan masalah kepada semua sekali. Jadi saya harap peringatan ini dapat diambil dan khususnya kepada SS, SS pun duduklah bincang-bincang dengan wakil-wakil rakyat ni. Bincanglah dengan kita juga dan saya tak mahu komen, saya tak mahu kritik. Saya sebagai wakil rakyat Pangkor, saya ingin memohon supaya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan di Pangkor, setidak-tidaknya janganlah biar saya hanya tukang tengok saja. Ya saya tak tahu apa benda yang berlaku di kawasan saya.
Walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kerana baru-baru ini ada pendekatan itu. Yang datang kepada saya minta pergi bincang dengan minta pandangan Pangkor sebab itu idea dia dulu. Banyak kawasan Jeti pembinaan Jeti Pangkor yang baru yang nak dibuat, sekurang-kurangnya mendapat pandangan sebab itu adalah kesinambungan pembangunan. Saya bukan nak halang nak buat apa-apa sebab kita ciptakan Pangkor sebagai pulau-pulau bebas cukai ni. Kita ciptakan, kita createkan itu secara bersama semua tanpa kerjasama daripada kakitangan awam tak mungkin Pangkor Bebas Cukai tu dapat kita kita laksanakan dan tanpa kerjasama daripada wakil-wakil rakyat juga tidak mungkin dari segi kelancaran yang ada dalam proses kita membuat sebarang polisi dapat dilaksanakan juga. Jadi ini kedua-dua aspek ini hendaklah kita, kita ambil dan kita buat kerja secara bersama-sama dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada pihak kerajaan supaya beri ruang juga kepada anak-anak muda kita untuk terlibat dalam sebarang bentuk perniagaan mereka ataupun kegiatan-kegiatan ekonomi yang mereka lakukan.
Mungkin ada kegiatan-kegiatan yang tertentu yang dianggap, yang dianggap ya menyalahi peraturan, mungkin dia boleh buka stor di depan tu ataupun dia pergi buka macam di Pangkor, ada beach guard kita, dia pergi buka di tiang tu ada tempat dia orang nak minum sedikit sebanyak. Selepas tu orang pergi daripada Teluk Nipah pergi ke sana. Jadi saya suka melihat pendekatan engagement. Call them, itulah saya bagi tahu, tanyalah YB Exco Nolee, bagaimana masalah penyu sebagai contoh di Teluk Ketapang. Beliau tahulah waktu pernah jadi yang kita ni engage dan saya ucapkan terima kasih kepada Exco, yang engage YB Nolee, engage dengan dengan YB, engage dengan mereka.
Sebab kita dengar daripada dua-dua kita cari jalan bagaimana kita selesaikan. Sebab mereka ini anak-anak muda yang bukan pergi melakukan sebarang keburukan membuat itu, membuat ini tapi mereka nak hidup. Anak-anak muda ni tambah dalam keadaan baik sekarang ini baik di Pangkor, baik di Pengkalan Hulu, baik di Parit Buntar, baik di mana sahaja, mereka ini nak menjalankan kegiatan peningkatan ekonomi mencari makan. Tapi kita bimbing mereka. Mungkin ada kesilapan-kesilapan mereka lakukan, yes tetapi kita bimbing mereka, panggil mereka, engage mereka, beritahu mereka yang ini tak boleh, boleh tak yang ini sikit, boleh tak? Kita tahu bahawa ada pendekatan-pendekatan yang mereka buat. Kegiatan ekonomi mereka itu sebenarnya kita tak pernah terpikirkan, they do something yang tak pernah terfikirkan bahawa itu adalah merupakan punca pendapatan yang baik buat mereka.
Akhir sekali, Yang Berhormat terima kasihlah Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, memberi ruang kepada saya bercakap panjang lebar saya faham. Terima kasih di atas kesefahaman semua saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua wakil-wakil rakyat Negeri Perak kerana sebenarnya Negeri Perak telah mencipta satu sejarah apa yang dipanggil sebagai kematangan politik. Ketika mana tempat-tempat lain tidak memikirkan, bagaimana proses kematangan politik ini dapat kita bina tetapi Negeri Perak kita telah memulakan. Kita ucapkan tahniah kepada semua YB-YB sekalian. Ketika mana kita tidak pernah terfikir bahawa ada satu konsep CSA walaupun kita tidak panggil CSA tetapi kita telah membina satu persefahaman bersama ke arah membina menjadikan Negeri Perak sebagai negeri yang stabil.
Oleh yang demikian saya anggap Perak adalah satu tempat sebuah negeri di mana bermulanya satu proses yang saya sebut-sebut perkayasaan politik untuk negara kita. Jadi saya ucapkan semua kepada semua wakil-wakil rakyat tahniah atas kematangan kita berpolitik. Kita mungkin berbeza, kita mungkin ada perbezaan pandangan, perbezaan ideologi, pemikiran parti dan sebagainya tetapi apabila kita memikirkan tentang kepentingan negeri kita, kita dapat duduk bersama-sama, kita berbincang bersama-sama, kita berdebat bersama-sama. Akhirnya kita membuat satu keputusan bersama untuk kepentingan negeri kita sekalian. Terima kasih, tahniah, terima kasih YB Dato’ Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikummussalam warahmatullahhi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat daripada Pangkor yang telah memberi yang bahas pada pagi ini dengan penuh komprehensif sekali. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang berikutnya untuk memulakan perbahasan menyambung perbahasan, saya ingin memaklumkan dengan penuh dukacitanya bahawa Yang Bahagia Tan Sri Ahmad Azizuddin mantan Speaker Dewan Negeri Perak telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi ini. Oleh yang demikian, saya mohon Dewan untuk yang beragama Islam untuk menyedekahkan surah Al-Fatihah dan kita sedekahkan bacaan kita ini kepada roh Allahyarham dan yang bukan beragama Islam untuk bertafakur sebentar sebagai tanda hormat kepada mantan Speaker Dewan Negeri Perak, Allahyarham Tan Sri Ahmad Azizuddin. Al-fatihah (bacaan dibaca).
Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat semua. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Kepayang untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Terima kasih pada Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2022 pada hari ini Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan rakan-rakan media sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana memberi peruntukan sama kepada ADUN kerajaan dan ADUN pembangkang. Seperti disebut oleh YB Pangkor tadi, sekarang di Negeri Perak kita ada semangat demokrasi yang baru. Saya harap sesiapa yang jadi kerajaan pada masa hadapan semangat baru ini boleh dikekalkan selama-lamanya. Dato’ Yang Dipertua, perkara pertama saya nak bangkitkan adalah mengenai Covid-19. Pandemik covid telah melanda seluruh dunia, setiap tahun 2019 dan negara kita Malaysia juga tidak terkecuali.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan hari ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan negara kita yang telah bertungkus-lumus, bertugas sepanjang waktu yang susah ini. Kita boleh tengok sekarang bilangan-bilangan kes-kes baru sudah jatuh ke bawah 4000 sampai 3000 lebih sahaja. Semua frontliner yang bertugas di hospital seperti doktor-doktor dan jururawat-jururawat, ramai daripada mereka adalah kawan-kawan saya. Mereka telah mengorbankan masa bersama keluarga yang tersayang demi merawat dan menjaga pesakit-pesakit Covid-19 di hospital. Adalah susah bagi mereka untuk menjalankan tugas tanpa fizikal dan mental yang kuat dan sokongan daripada ahli-ahli keluarga mereka masing-masing. Saya pun tau ramai daripada mereka pun sangat terpaksa menjalani kuarantin juga seperti saya. Kalau ada rakan-rakan macam doktor atau jururawat kena kes covid mereka mesti menjalani kuarantin juga. Itu adalah satu proses yang sangat susah juga. Oleh itu saya ingin menyeru pihak Kerajaan Negeri untuk memberi pertimbangan dengan memberi insentif tambahan kepada mereka sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka sepanjang dua tahun ini dalam memerangi penyakit covid-19. Saya juga nak menyeru sesiapa yang masih belum divaksin untuk pergi untuk dapat suntikan vaksin juga. Kita tak nak jadi macam Negara Austria. Terpaksa sekarang melaksanakan mandatory vaccination. Saya fikirlah orang Malaysia adalah lebih cerdik dan bukan macam semua itu anti vaksin di Eropah dan di Amerika Syarikat.
Dato' Yang Dipertua, perkara kedua adalah mengenai hospital-hospital di Negeri Perak. Sedia maklum Hospital Besar Ipoh dan juga dikenali sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun menjadi saksi kepada jutaan kelahiran anak Perak. Sejarah HRPB bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital Daerah dengan dikenali sebagai Hospital Ipoh dengan kapasiti 50 katil sahaja. Kemudian hospital ini dinaiktarafkan. Sampai sekarang ada satu Kompleks Klinik Pakar pada tahun 1992. Kompleks Rawatan Harian dibina pada tahun 2005 dan kompleks terbaru Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi yang bermula beroperasi pada tahun lepas. Akan tetapi kapasiti HRPB adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit yang semakin naik. Hospital HRPB telah beroperasi dalam keadaan kapasiti penuh atau hampir penuh sebelum pandemik Covid-19.
Pada tahun ini HRPB telah dijadikan pusat rawatan bagi pesakit Covid-19. Kebanyakan unit ICU telah dipenuhi dengan pesakit-pesakit covid yang kritikal dan mereka sukar mengalami keadaan ventilator tak cukup. Saya sendiri pun ada sudah sumbangkan. YB Teja pun ada. YB Simpang Pulai pun ada. Sudah beri sumbangan macam oxygen concentrator atau itu oximeter monitor macam itu kerana kami faham itulah ada situasi negara kita. Katil-katil di hospital kerajaan kita adalah tidak cukup untuk merawat semua orang pesakit-pesakit termasuk pesakit covid.
Boleh mencelah.
Banyak perkara. Lepas ini.
Terima kasih Kepayang. Di negeri kita di Perak ada sejumlah 14 hospital dan jumlah katil yang ada di Hospital Tuanku Bainun adalah lebih kurang 1,800 katil dan mengikut doktor pernah kerja, Kepayang pernah kerja di Hospital Tuanku Bainun. Berapakah katil yang Kepayang percaya masih harus ditambahkan lagi ? dan apakah kekurangan-kekurangan yang ada di hospital tunggal iaitu Hospital Tuanku Bainun, Ipoh ? Terima kasih.
Terima kasih YB Sungkai. Semua orang tahu bilangan katil di Malaysia adalah 2 katil setiap 1,000 orang tertutup Malaysia. Itulah ada satu bilangan yang sangat rendah berbanding dengan negara-negara maju macam Eropah. UK adalah 6 atau 8. Kalau di Negara Jepun adalah 14 katil setiap 1,000 orang. Walaupun kalau negara kita tak tambah bilangan-bilangan katil hospital tapi bagi penambahan penduduk Malaysia. Setiap tahun populasi Malaysia naik sebanyak hampir 500 000 orang. Itu sahaja negara kita mesti bina sebuah hospital dengan katil sebanyak 1,000 katil.
Sorry. Minta maaf. Saya nak teruskan dengan ucapan saya. Masalah lain dengan Hospital Bainun adalah kekurangan tempat letak kereta juga. Itu adalah satu masalah sangat teruk. Oleh itu saya ingin menyeru. Saya ingin mintalah kalau boleh Exco atau Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya untuk memberi pertimbangan untuk menambah dan membina sebuah hospital baru di Ipoh bagi mengurangkan beban kerja dapat HRPB dan menyelesaikan masalah-masalah yang disebut tadi. Saya cadang nak satu lokasi yang terbaik adalah yang MAPS sekarang sudah gulung tirai. Kalau kerajaan dulu boleh belanjakan sebanyak RM5 juta untuk satu itu adventure yang sudah dibuktikan adalah gagal. Kita sudah dapat satu hospital baru tapi sekarang itulah sejarah. Saya cadang kalau boleh sekarang kita sudah ada itu infrastruktur dekat sana. Ada jalan. Ada Car Park semua macam macam. Itu tepi lebuh raya juga. Itulah ada satu lokasi yang sangat baik untuk membina satu hospital baru. Macam sekarang di KL. Dulu ada Hospital Kuala Lumpur sahaja tapi sekarang mereka atau Hospital Sungai Buloh, ada Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Putrajaya, Hospital Serdang.
Sudah sampai masa Negeri Perak ada sebuah hospital pakar yang baru. Kita semua faham negara kita bina hospital kerajaan ambil masa minimum 10 tahun lebih. Hampir 20 tahun. Seperti Hotel Kampar jadi juga selepas 60 tahun. Hospital Seri Iskandar juga ambil banyak tahun baru bermula. Walaupun hospital swasta di sektor swasta. Macam UTAR. Mereka boleh bina satu hospital baru dalam tempoh dua tahun sahaja. Saya kerja di Hospital KPJ. Mereka mengambil masa 2, 3 tahun sahaja untuk membina satu hospital pakar yang canggih. Sudah sampai masa kita buat permohonan kepada pusat kerajaan, kepada Putrajaya untuk buat rancangan membina satu hospital baru. Saya minta jasa baik semua Yang Amat Berhormat Exco-Exco semua untuk menyokong cadangan ini. Ini bukan untuk saya sahaja. Ini untuk kawasan Meru, untuk semua orang Perak kerana semua pesakit-pesakit yang teruk dihantar kepada HRPB. Tapi kalau you minta kepada Putrajaya. Mereka kan beritahu itu ratio utilization adalah 70%. Tapi kalau you pergi kepda hospital-hospital kecil, Hospital Kampar ke Hospital Batu Gajah ke, mereka tidak ada alat-alatan untuk merawat pesakit-pesakit yang teruk. Mereka ada banyak katil-katil yang kosong tapi yang penuh atau penuh. Kalau you tengok itu statistik covid. Itu utilization adalah lebih daripada 100%. kerana mereka tambah katil di tengah koridor mereka pakai ventilator dekat luar ICU. Sebelum ini saya tengok mana boleh dapat utilization lebih daripada 100%. Tak logik tapi itulah hakikat sebenarnya. Saya harap itu dapat itu perhatian.
Kepayang boleh masuk sikit tak? Ala sekejap je. I bukan nak ni. I nak cadangkan je tak boleh? Ala sikit je.
Minta maaf. Perkara ketiga Tuan Yang Dipertua adalah mengenai banjir kilat. Itulah ada masalah selepas dua hari saya sudah dengar ada banyak kawasan di mengalami masalah banjir kilat juga. Di kawasan saya Taman Suria pada tahun lalu dan November 2000, 2000 dan tahun ini ada dilanda itu banjir kilat. Kawasan lain ada macam mana ini Fair Park, Jalan Kamaruddin Isa di depan Hospital Raja Permaisuri Bainun juga. Menerusi pemerhatian saya paras air Sungai Senam naik dengan kadar yang agak cepat semasa hujan dan air hujan tidak dapat discharge dengan sempurna.
Jadi saya menyeru pihak JPS dan pihak MBI dapat duduk bersama untuk mengenal pasti punca kejadian kedua-dua kawasan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya sangat bersimpati dengan JPS dan MBI. Ada ramai ADUN ada banyak kawasan dengan masalah banjir. Tapi mereka hanya dapat peruntukan tak banyak juga. Semua orang salahkan JPS. Saya tak salahkan mereka. Kalau mereka tidak diperuntukan dana untuk menangani masalah ini mereka tak boleh buat apa-apa. Ada satu masalah lain juga iaitu masalah kita sendiri. Semua orang selalu nak salahkan JPS ,lepas tu mereka akan salahkan YB-YB juga. Oh you tak kerja tapi saya nak sebut macam itu Presiden JFK. Ask not what the country can do for you, ask what you can do for country.
Masalah banjir adalah akibat perubahan iklim. Rakyat Malaysia ada masalah dengan itu buang sampah merata-rata plastik beg ke semua-semua. Itulah masalah. Saya sendiri pun sudah laksanakan itu plastik free saya tengok yang itu apa itu inisiatif penanaman 100,000 pokok oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya nak tunjuk ye tak ada ayam. Sudah di check oleh security. Kita boleh kitar semula eco bag. Saksi saya ada. Tiap-tiap minggu saya ada pergi pasar UTC saya ambil kotak aiskrim ya, yang telah diguna dan eco bag. Saya ada eco bag dalam kereta saya bila saya pergi beli apa-apa kalau mereka nak beri saya plastik beg saya akan suruh mereka. Saya tak nak kerana saya sudah letih ya bersihkan sampah. Saya nak menyerulah bukan seorang saja boleh berjaya menangani masalah sampah dan perubahan iklim. Seluruh dunia dengan Summit Climate di Glasgow semua YB-YB, rakan-rakan media, yang paling penting adalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Kalau boleh untuk meningkatkan itu publisiti plastik free negeri Perak. Bebas plastik. Kalau bolehlah minta Tuanku atau Permaisuri untuk jadi patron persatuan untuk rubish free or plastic free negeri Perak. Itulah impian saya lah kalau boleh negeri Perak jadi satu contoh yang paling hebat di Malaysia. Selepas itu saya hanya boleh minta JPS untuk kerja. Kalau macam dulu satu hari dua hari lepas bersihkan longkang tengok longkang sudah penuh dengan sampah mereka itu cakap. Itu MDK la saya ahli Parlimen Kampar. Macam sini MBI la MBI akan bersihkan. Itu tak logik. Lepas orang bersih itu orang buang lagi. Itu adalah tidak bertanggungjawab. Itulah saya hanya minta kita boleh tanya ask what you can do for the country or for negeri Perak.
Ok, tambah sikit masa saya nak membangkitkan masalah Mangkubumi. Mangkubumi ada ramai orang sudah bising sudah cakap itu menyuarakan ketidakpuashati mereka penduduk-penduduk, peniaga-peniaga tentang progress projek papan yang sedang dijalankan di sekitar Bandaraya Ipoh. Projek tersebut telah merosakkan keadaan jalan di tapak kerja seperti di depan SUK. Kalau pergi pusat bandar pergi rumah Menteri
Besar ada di minimum 3, 4 tempat itu Mangkubumi ada kerja dekat sana. Selepas kerja jalan tidak dibaiki atau diturap semula. Keadaan ini adalah amat membimbangkan kerana ia membahayakan pengguna jalan raya. Saya juga mendapati bahawa sebahagian jalan telah ditutup oleh kontraktor sungguhpun ia tiada kerja-kerja sedang dijalankan di tapak tersebut dalam tempoh masa yang agak panjang. Sudah tahun.
Saya fikir YB-YB di sini pun sendiri ada nampak. Selalu ada jem yang teruk tapi Mangkubumi sana ada mesin ada paip tapi tak ada orang kerja. Saya fikir mereka mungkin macam orang beritahu saya itu 3S itu sleep, snek makan, tidur, makan dan buang air. Kalau boleh saya berharap ya MBI minta mereka untuk mencepatkan progress kerja mereka. Walaupun mereka diberi masa sampai tahun depan atau dua tahun lagi kalau bolehlah lebih cepat selesaikan masalah ini.
Saya ada satu isu berkaitan juga dengan projek papan. Ada orang tanya saya juga selepas ini akan diserahkan kepada Indah Water. Adakah Indah Water akan charge semua orang penduduk di Perak, Kinta atau di Bandaraya Ipoh. Mereka takut walaupun mereka mempunyai tangki septik tersendiri mereka akan diminta untuk bayar bil Indah Water bulanan seperti pengguna-pengguna yang lain. Oleh itu, adalah penting nah kalau boleh Exco untuk memberi penjelasan untuk semua pengguna-pengguna mereka akan di charge itu bil Indah Water. Yang terakhir bagi sikit masa ya. Mengenai itu petani-petani di Khantan yang diarah kosongkan tanah diusaha mereka selama 60 tahun seperti dibangkitkan oleh YB Sungai Rapat. Lebih daripada 130 petani generasi ketiga di Khantan diarahkan untuk, supaya mengosongkan lebih 1,000 ekar tanah diusahakan oleh mereka sejak lebih 6 dekad lalu. Kawasan ini menghasilkan sayuran sebanyak 50 sampai 40 tan sayur seharian. Itulah satu revenue hasil yang nilai sebanyak kalau sekilo sayur harga RM1, sebanyak RM50 ribu sehari. Dalam tempoh satu tahun, hasil tulah adalah sebanyak RM18.25 juta.
Saya hairan mengapa PKNP arahkan mereka untuk kosongkan tanah itu kerana itu kesan-kesan atas ekonomi tempatan dan Negeri Perak adalah sangat teruk. Bayangkan, tiba-tiba dalam tempoh 30 hari mereka mesti keluar daripada tanah kawasan itu dan semua hasil akan tiba-tiba berhenti. Tiba-tiba banyak RM50 ribu hasil dan RM18 juta setahun akan hilang daripada KDNK Negeri Perak. Mereka sanggup bayar sewaan. Mereka boleh bayar cukai tanah. Kalau 1,000 ekar, kalau setiap ekar mereka bayar RM1,000, tak sampai RM100 sebulan, pejabat tanah atau PKNP boleh dapat hasil minimum RM1 juta. Dengan itu PKNP boleh buat profit sharing kerana itu tanah kerajaan. Profit sharing, RM50 ribu sehari, RM18 juta setahun, kalau charge 10% sahaja, kerajaan negeri akan dapat hasil RM2 juta untuk pejabat tanah tempatan, PBT, PKNP. Saya fikir itu termasuk akal. Mengapa tiba-tiba ekonomi dah ada baik, PKNP pergi minta mereka keluar daripada kawasan sana. Kalau boleh PKNP buat sementara, buat kontrak sementara bayar cukai tanah, bayar sewa, buat profit sharing macam itu, lepas itu bagi rancangan lebih panjang macam okey, cari tempat lain untuk mereka untuk, mereka tanam semula. Itulah lebih adil sekarang, tiap-tiap hari Kerajaan Negeri cuba cari direct investment.
Tapi sekarang kita sudah ada hasil. Tiap-tiap hari sudah ada RM50 ribu, RM18 juta tiap tahun. Itulah hasil yang sudah ada selama 60 tahun dan downstream effect itu pendapatan mereka akan dibelanjakan kerana mereka duduk sini, mereka kerja sini, mereka beli rumah dan sebagainya. Saya hanya mintalah YAB Kota Tampan, Exco tempatan untuk menelitikan cara yang lebih baik untuk masalah ini untuk masalah yang sama di tempat lain macam Tualang Sekah, Malim Nawar pun ada. Banyak kes macam ini. Kalau bolehlah buat satu SOP ke yang lebih senang untuk semua orang untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Sekarang saya jemput YB daripada kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang saya hormati Dato’ Yang Dipertua, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan daripada Ahli YB, harap pegawai khas tugas-tugas dan pengamal media serta teman-teman yang sedang menyaksikan perbahasan Bajet 2022 secara langsung di luar sana. Izinkan saya memetik sebuah ayat Al-Quran daripada surah Al-Baqarah ayat 155-156. (Ayat Al-Quran). Maksudnya, dan kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan kepada musuh, dan kami akan menguji kalian dengan kelaparan, menguji kalian dengan kemiskinan harta, menguji kalian dengan kemiskinan jiwa dan juga hasil tanaman yang berkurangan. Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang pernah ditimpa musibah. Mereka berkata sesungguhnya kami milik-Mu dan kepada-Mu kami kembali.
Keterangan mengambil ibrah daripada keterangan ayat ini ianya sangat sinonim dengan apa yang telah kita hadapi sekarang iaitu ujian kehidupan. Ada yang diuji dengan ketakutan kepada musuh, takut kepada covid, ada yang diuji dengan kemiskinan harta benda, hilang harta benda, ada yang telah diuji dengan kehilangan nyawa dan ada juga yang diuji dengan hasil tanaman yang berkurangan. Bagi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan cakna dengan isu masyarakat orang-orang yang sedang diuji ini, (ayat Al-Quran) berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sedang sabar dengan ujian ini.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menzahirkan sekalung apresiasi saya dan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar dan juga barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang telah melunaskan tanggungjawab mentadbir Kerajaan Negeri ini dengan lebih intelektual dan berketerampilan seusai pasca pendemik Covid-19. Pujian wajar diberikan kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar kerana di atas sikap kematangan yang ditunjukkan beliau daripada Belanjawan 2021 yang memberi hak kesamarataan kepada seluruh ahli Dewan ini daripada kerajaan dan pembangkang, malah pada tahun ini dengan sikap tanggungjawab dan amanah beliau yang telah bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM100 ribu lagi bagi memberi kemudahan kepada Ahli-Ahli YB melaksanakan tugasan di bawah sana.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita, sabdanya, setiap kamu adalah pemimpin yang akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinan kamu. Seorang Amir iaitu pemerintah, pemimpin atau ketua akan diminta pertanggungjawaban terhadap rakyat yang dipimpinnya. Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.
Dato’ Yang Dipertua, ahli Dewan yang saya hormati, meneliti daripada satu helaian ke satu helaian bajet yang telah dibentangkan, saya ingin berkongsikan sedikit khabar gembira dan juga terharunya saya apaabila melihat bagaimana kerajaan boleh menjimatkan hampir RM5 juta daripada anak syarikat iaitu Digital Perak Corporation
Holdings Sdn Bhd. Entiti ini pernah berada di bawah saya ketika saya menjawat jawatan Exco Komunikasi kat mana ketika itu saya dibentangkan pada 2018 entiti ini menanggung hutang sebanyak RM6 juta kepada Program Metro-E iaitu pada TELEKOM dan saya telah menetapkan sasaran dan mengambil cabaran daripada mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lepas iaitu perlu menyediakan satu pelan jangka panjang bagi memastikan Digital Perak Corporation ini yang sebelum ini dikenali sebagai K-Perak boleh berdiri sendiri tanpa perlu bantuan daripada kerajaan negeri.
Maka kerangka gerak kerja ini telah digerakkan. Saya mendedikasikan ucapan tahniah kepada 3 orang tokoh pegawai kanan kerajaan iaitu mantan Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri. Izinkan saya menyebut nama beliau Dato’ Rohana, mantan pengarah PTG, Dato' Rumaizi dan juga Pengarah PTG sekarang Dato' Fariz yang telah banyak memberi sumbang idea bagaimana nak mewujudkan punca kuasa supaya anak syarikat Kerajaan Negeri ini beroleh pendapatan sendiri melalui kadar sewaan ataupun fee pembaharuan lesen. Sudah tentulah tidak ketinggalan kepada bekas pegawai khas saya dan juga kakitangan daripada Digital Perak, daripada pihak UPEN, daripada kakitangan kerajaan persekutuan SKMM yang turut membantu dalam menjayakan usaha untuk mewujudkan salah satu sumber baru kepada Kerajaan Negeri seperti mana yang telah disebutkan oleh ADUN Pangkor.
Tuan-tuan sidang hadirin yang saya hormati ahli-ahli Dewan, untuk menjimatkan jutaan ringgit ini bukan perkara yang mudah. Ia makan masa. Tapi kalau kita beriltizam, insyaallah Ta'ala akan memberi bantuannya dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertaqwalah. Janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan maksiat dan pencerobohan. Bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha berat azab seksa-nya kepada orang yang melanggar perintahnya. Dato' Yang Dipertua, saya ingin memberi cadangan kepada ahli Dewan ini melihat daripada perkara-perkara yang dibahaskan oleh ADUN-ADUN dalam Dewan ini iaitu berkaitan dengan kebimbangan food security yang menjadi satu ujian kehidupan kita. Harga barangan keperluan harian semakin meningkat. Kita tidak boleh menyalahkan bangau, kita tidak boleh sebut bangau oh bangau.
Kita tanya pada Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat Exco bagitahu ini adalah Kerajaan Persekutuan. Bila bertanya pada Kerajaan Persekutuan ini melibatkan daripada rantaian ekonomi. Jadi saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri turut terlibat sama untuk menangani masalah ini dengan mewujudkan satu GLC yang baru syarikat milik kerajaan yang memberi fokus isu berkaitan dengan keselamatan makanan. Kerajaan Negeri seharusnya melibatkan industri ini sebagai jaminan dan juga kepercayaan rakyat. Peranan entiti tersebut adalah untuk memastikan jaminan rantaian ini mencukupi dan tidak terputus memandangkan Kerajaan Negeri Perak kaya dengan hasil bumi yang sangat luas. Memang kita bercakap soal ini kita akan meletak bebanan kepada SADC. SADC dia ada teras perniagaannya sendiri dan sekarang apa kata kalau kita boleh wujud juga satu entiti yang baru untuk membantu menangani isu ini dan juga kita boleh menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sebenarnya bertanggungjawab kepada rakyat di bawahnya. Saya memahami bahawa cadangan ini agak sukar untuk diterima. Namun sekiranya kita bersama mencetus idea dan mengorak langkah dalam melakukan sesuatu perubahan, ianya pasti akan mendatangkan hasil yang menyenangkan kepada semua pihak.
Dato' Yang Dipertua, saya nak terus kepada isu berkaitan dengan alam sekitar. Alhamdulillah, Exco Alam Sekitar berada dalam Dewan ini. Isu yang saya nak bangkitkan ini adalah Isu berkaitan dengan sisa buangan daripada kolam udang dan kolam ikan. Di sepanjang lembangan persisiran pantai di Kerian memang terdapatnya ratusan kolam pengusaha kolam udang dan ikan ni. Ada yang berskala kecil ada yang berskala besar. Kalau kita bercakap soal pencemaran, sudah tentulah kita menunding atau bertanyakan kepada Jabatan Alam Sekitar. Kuasa-kuasa penguatkuasaan pada mereka. Tapi bila saya rujuk kepada Alam Sekitar, mereka agak terhad kuasanya kerana setiap pengusaha kolam udang ni kalau diusahakan di bawah 20 ekar ataupun 50 ekar, Jabatan Alam Sekitar tak boleh enforcement dalamnya kerana Jabatan Alam Sekitar ini dia akan terlibat sama jika ada pihak pengusaha diwajibkan disyaratkan untuk menyediakan laporan EIA, baru Jabatan Alam Sekitar boleh terlibat sama. Tapi kalau pengusaha kecil yang bawah 20 ekar, memang tidak boleh mereka mengambil tindakan melainkan ada enakmen baru diwujudkan dan saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Exco Alam Sekitar, kalau kita bercakap soal ini tidak ada apa tindakan yang tuntas.
Mencadangkan kepada Yang Berhormat agar diwujudkan satu syarat khas di bawah PBT. PBT perlu menyediakan syarat khas kepada pihak pengusaha kolam agar pengusaha kolam ini menyediakan satu kolam takungan untuk memproses sisa-sisa buangan sebelum dilepaskan kepada pihak luar itu ke laut ataupun sungai. Ini sebenarnya boleh diwujudkan. Namun perlu ada kerjasama daripada pihak Jabatan Alam Sekitar dan juga daripada PBT serta Exco yang berkenaan lah. Peringatan ini adalah untuk kita. Menjaga hubungan dengan alam sekitar. Kerajaan Negeri memberi fokus kepada penjagaan rakyat di bawahnya. Kita jangan lupa alam sekitar juga sebahagian daripada makhluk Allah. (Bacaan ayat suci Al-Quran) Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 41, "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia". Timbulnya isu ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.
Dato' Yang Dipertua, ayat ini ada berkaitan dengan kita perlu bertanggungjawab dengan alam sekitar. Alam sekitar bukan saja di darat, di laut saja ataupun di dalam air tetapi ia juga melibatkan di daratan. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu pembangunan tanah tinggi. Tiga tahun yang lalu, Tuanku Sultan Perak telah menitahkan agar pihak Kerajaan Negeri menghentikan serta-merta aktiviti di kawasan tanah tinggi yang bersempadan dengan Cameron Highlands bagi mengelakkan lebih banyak bencana seperti tanah runtuh berlaku di kawasan berkenaan. Namun pada tanggal 2 Disember yang lalu, satu kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di sepanjang jalan daripada Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highland yang melibatkan kematian 2 nyawa. Saya membawa isu ini suara ini daripada rakan-rakan daripada NGO kuasa dan juga SAM (Sahabat Alam Malaysia). Mereka menyuarakan kebimbangan di atas kelemahan Kerajaan Negeri untuk menangani pembangunan di kawasan tanah tinggi. Mereka juga menyatakan kebimbangan berkaitan dengan isu di Segari. Saya mengharapkan Yang Berhormat Alam Sekitar boleh menjawab isu ini supaya ada satu tindakan yang tuntas dan dapat melegakan bukan saja hati manusia tapi melegakan alam sekitar yang berada di sana.
Dato' Yang Dipertua, saya ingin teruskan juga masalah di kawasan saya. Tidak molek kalau tidak bicara di kawasan saya. Di kawasan Titi Serong ini ada dua industri yang besar iaitu berkenaan dengan tanah sawah padi tanaman sawah padi dan juga nelayan. Tanaman padi merupakan tanaman penting yang memberikan penekanan sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. Negara kita merupakan negara yang menanam padi seluas 670,000 hektar. Lembangan sawah padi di Kerian telah wujud lebih daripada 60 tahun. Sejak daripada itu, pelbagai racun dan bahan kimia telah digunakan oleh para pesawah untuk menangani masalah penyakit ataupun serangan serangga. Masalah ini juga seperti mana yang dibangkitkan oleh ADUN Manong semalam. Saya nak bangkitkan sekali juga sekali lagi dalam sidang Dewan ini, mohon daripada pihak yang berkaitan sama ada Jabatan Pertanian ataupun IADA mengeluarkan peruntukan untuk memulihkan semula tekstur tanah ini daripada bahan kimia yang telah lama mendap di sana. Penggunaan racun pelbagai ini telah mengubah struktur tanah dan telah menyebabkan pencemaran tanih. Dalam masa yang sama juga Titi Serong telah memulakan satu inisiatif yang baru iaitu penggunaan produk EM iaitu Efektif Organisma. EM ini adalah produk yang bukan bahan kimia. Saya sering didengari masalah daripada petani berkaitan dengan serangan Bena Perang ataupun serangga.
Saya memulakan langkah menggunakan produk biostar iaitu produk EM ini pada 2019. Kita cari peserta atau petani yang mana saban tahun mereka ini terkena dengan serangan bena perang atau pun bom. Lima tahun 5 peserta ini setiap musim yang terkena. Jadi saya mulakan projek perintis dengan membekalkan mereka produk EM MyBiostar ini untuk membantu menangani serangan bom. Alhamdulillah hasil di penghujung musim ke lima-lima pesawah dan petani petak mereka tidak dilindungi daripada serangan penyakit bena perang. Musim yang seterusnya saya kenal pasti lagi kita cari 25 orang petani dan pesawah, lima daripada DUN Selinsing, lima orang daripada Alor Pongsu dan 25 daripada daripada DUN Titi Serong. Kita bagi produk yang sama dan diakhir musimnya hanya tiga orang saja yang terkena serangan bena perang dan musin ini kita perluaskan lagi kepada 220 orang peserta bekalkan mereka dengan produk EM ini.
Saya nak berkongsikan jika ini mencapai kejayaan 90% dapat menangani serangan serangga ini alangkah baiknya pihak Exco Pertanian turut sama berusaha untuk mengguna ataupun memperkenalkan produk EM kepada pesawah di kawasan jelapang padi di negeri Perak ini. Dato’ Yang Dipertua, saya memohon untuk dibawa isu juga daripada kawasan orang nelayan. Di Titi Serong, ada empat buah jeti, empat muara sungailah, iaitu Sungai Betul Bawah, Sungai Labu Bawah, Kuala Bagan Tiang dan juga Sungai Bakau. Berlakunya mendapan yang teruk di kawasan kuala sehingga menyukarkan pergerakan keluar masuk jeti. Nelayan terpaksa menunggu air pasang kemudian barulah mereka dapat keluar ke laut dan menunggu air pasang semula untuk pulang ke jeti. Kalau tidak mereka bot mereka tidak boleh bergerak kerana mendapan yang sangat tebal dan tinggi ini.
Saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar dapat memberi kelulusan kalau tak dapat buat tiga muara kuala sungai ni dapat buat empat pun jadilah. Kerana mereka ini orang yang dah sabar lama dah menunggu (ayat al quran) “berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabra”. Tinggilah harapan saya agar pihak JPS dapat melakukan projek ini dengan segera supaya nelayan dapat keluar mencari hasil dengan keadaan yang selesa. Isu yang ketiga, permohonan saya untuk agar pihak JKR dapat melebarkan bahu jalan dengan memasang box culvert di Jalan Persekutuan berhampiran dengan Jalan Kampung Kedah dan Sungai Setar, bermula daripada trafik light Simpang 4 bandar Parit Buntar sehingga ke trafic light sepadan dengan negeri Pulau Pinang. Begitu juga daripada Jalan Sungai Setar ke Sungai Bakau, ini adalah kawasan hotspot kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal kerana tidak ada bawa jalan. Jalan terus ke tali air. Jikalau bahaya untuk penunggang motosikal kerana ada berlakunya kemalangan.
Dato’ Yang Dipertua, di kawasan Kerian kerap berlakunya ribut dan menyebabkan beberapa kerosakan di rumah-rumah terutamanya di kawasan kampong. Saya nak memohon kepada Kerajaan Negeri bantuan kecemasan dapat disalurkan segera kepada mangsa-mangsa ini. Peruntukan sebanyak RM8.3 juta telah diluluskan telah dibentangkan untuk projek fizikal dan kecemasan, namun ianya tidak memadai kerana sekadar RM0.4 juta bagi daerah yang besar manakala RM0.22 juta untuk daerah-daerah yang kecil. Bencana ribut ni sukar untuk dijangka. Ada rumah yang rosak teruk bumbungnya dan ada kerosakan kecil. Bagi yang mengalami kerosakan yang besar sudah tentulah melibatkan kos pembaikan yang besar melebihi RM3 ribu ke atas, Jadi daripada pihak pejabat DUN kita hanya boleh memberi bantuan ehsan barangkali RM500, daripada Pejabat Daerah pula paling tinggi RM1 ribu. Andaikata kos kerosakan lebih daripada RM3 ribu, maka bagaimanakah orang kampung ini nak menampung kos pembaikan di dalam keadaan yang ekonomi yang tidak baik ini.
Jadi, saya mengharapkan agar perkara ini diteliti semula, dapat diberi penambahan bajet pada peruntukan kecemasan ini. Semalam di DUN Manjoi pun ada berlakunya ribut di kawasan-kawasan ni kerap berlaku jadi kalau inilah yang kita hadap setiap tahun barangkali pejabat Khidmat DUN pun tidak dapat memberi servis yang terbaik kepada mereka, rakyat makin lama makin merintih. Dato’ Yang Dipertua, saya nak memohon juga kepada Exco Komunikasi. Kalau tadi saya bercakap pasal Digital Perak yang telah berjaya memerdekakan diri mereka sendiri yang menjadi anak yang mampu berbakti kepada ibu bapa mereka, saya mohon pula kepada Exco Komunikasi ini untuk menaiktaraf ataupun membina pencawang baru di kawasan Kampung Sungai Labu Bawah, Sungai Labu Atas, Kampung Sungai Betul Bawah yang di mana kampung ini masih lagi menerima capaian 3G sahaja. Agar perkara ini amat mendukacitakan kerana anak-anak di kawasan tersebut tidak dapat mengikuti pembelajaran atas talian disebabkan gangguan talian jalur lebar ini.
Dalam masa yang sama saya nak bertanya juga kepada Exco Komunikasi, berapa banyakkah menara-menara baru yang telah dan bakal dibina samada 2021 ataupun 2022 ini kerana ini sangat penting dalam masa tak sampai setahun barangkali kita akan menyambut pulak kedatangan 5G dan apakah persediaan kerajaan negeri terhadap infrastruktur yang sedia ada ini untuk menyambut kehadiran 5G pula di negeri Perak ini. Dato’ Yang Dipertua, kebetulan Exco yang menjaga LPHP berada dalam Dewan yang mulia ini, saya nak bertanya kepada beliau, apakah perancangan pihak LPHP terhadap tanah sebelah seluas 10 ekar di Kuala Bagan Tiang yang telah siap ditambak. Level dah siap dah infra cuma saya nak tahu model pembangunan di kawasan tersebut.
Saya difahamkan memang ada kalau LPHP ni dia nak bina rumah teres setingkat ataupun ya kita tak tahu model apa cuma dah hampir 2 tahun lebih masih belum ada lagi progres di kawasan sebut. Jika LPHP tidak ada tidak dapat bertemu developer nak mengenal pasti pemaju yang bersesuaian untuk membangunkan di kawasan tersebut, saya merayu dengan rendah hatinya agar dapat LPHP memulangkan semula tanah 10 ekar tersebut kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri memberi kuasa kepada pejabat daerah untuk mengenal pasti pula penduduk-penduduk yang boleh menjadi peserta di kawasan tersebut kerana saya faham sepertimana yang dibangkitkan oleh pihak Pangkor tadi masalahnya kepada penduduk di sana nelayan ataupun pesawah mereka tidak ada slip gaji. LPHP ni kalau nak dengan pemaju berhubung dengan pemaju dengan pemaju mesti melalui kena ada pinjaman bank. Jadi yang ini menjadi kekangan kepada semua kebanyakan di kawasan. Jadi jika tidak ada model atau perancangan terkini dalam masa terdekat saya mohon kalau jika boleh LPHP memulangkan tanah ini kepada Kerajaan Negeri supaya kami dari pihak saya boleh mengenalpasti. Tanah dengan luas seluas 10 ekar ini boleh menempatkan 70 buah rumah kalau ikut dalam scale 50 kali 80 saiznya. Dato' Yang Dipertua, saya berapa minit lagi Dato’,
Sebenarnya dah habis dah tapi …
YB ENCIK HASNUL ZULKARNAIN BIN ABDUL MUNAIM. Sikit saja lagi, sikit saja lagi Dato’, sebelum saya membuat kesimpulan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Pinji iaitu penambahan bajet bagi membantu menjana semula ekonomi Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, kita perlu memberi sokongan dahulu bajet yang telah dibentangkan ini. Beri ruang masa kepada Kerajaan Negeri membelanjakan bajet yang ada ini dan mungkin Kerajaan Negeri akan menilai semula daripada suku tahun pertama 2022 ataupun suku tahun suku tahun kedua 2022 sama ada perbelanjaan ini memberi impak positif ataupun penguncupan. Jika berlakunya penguncupan ataupun sasaran yang tidak dapat dicapai maka kita bersatu padu dalam Dewan yang mulia ini menyokong untuk dibentangkan bajet tambahan kepada Kota Tampan supaya ekonomi ini dapat digerakkan. Insyaallah itu harapan saya.
Dato’ Yang Dipertua, besarlah harapan saya agar pentadbiran Kerajaan Negeri sama ada kerajaan mahupun pembangkang dapat menyemaikan semangat kebersamaan ini dengan mengamalkan konsep 3C iaitu cakna, cekap dan ceria. Cakna atau prihatin dengan setiap permasalahan rakyat terutamanya selepas pasca Covid-19. Justeru saya menyeru sahabat-sahabat yang berada di sini untuk sentiasa cekap dalam mengambil langkah proaktif menyelesaikan permasalahan rakyat. Dua C ini jika diterapkan bakal menghasilkan satu C yang kita mahukan iaitu ceria. Keceriaan rakyat yang berterusan. Dato’Yang Dipertua, akhir kata saya ingin menyampaikan empat rangkap pantun untuk dihayati bersama.
Sirih pinang buat hiasan, Kacip suasa berukir tembaga, Masih panjang arus perjuangan, Demi rakyat dan Negeri Perak tercinta.
Sekian daripada Titi Serong menyokong belanjawan dibentangkan. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wbt.
Waalaikumussalam wbt. Terima kasih dari Yang Berhormat Titi Serong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Teja untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli Berhormat sekalian, Yang Berusaha ketua-ketua dan wakil jabatan kerajaan serta rakan-rakan media sekalian dan juga teman-teman yang sedang mengikuti siaran langsung sidang dewan ini.
Pertama sekali Teja ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 dalam sidang Dewan yang mulia ini. Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah membentangkan Bajet 2022 dengan unjuran belanja pembangunan sebanyak RM302 juta iaitu merosot secara mendadak hampir 30% berbanding tahun ini. Dalam keadaan negeri kita sedang berusaha memulihkan ekonomi daripada kesan Covid-19, sudah pasti Kerajaan Negeri memainkan peranan yang sangat penting dalam mengagihkan sumber hasil pendapatan yang sewajarnya bagi tujuan merangsang ekonomi negeri. Malangnya kerajaan telah bercadang untuk mengurangkan peruntukan kepada banyak agensi-agensi kerajaan yang penting.
Contohnya peruntukan JKR berkurang sebanyak RM20 juta. JPS dipotong sebanyak RM5 juta. Jabatan Pertanian pula berkurang sebanyak RM4 juta. Meskipun pandemik Covid-19 turut membawa kepada unjuran hasil yang menurun, namun peranan kerajaan haruslah membelanja secara bijaksana bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di samping terus menjana sumber pendapatan yang baru. Kerajaan tidak harus hanya fikirkan untuk menjimat sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan dan melambatkan pemulihan ekonomi.
Sepanjang sidang Dewan yang mulia ini banyak idea dan cadangan bagus telah dilontarkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi menyelesaikan pelbagai masalah-masalah baru mahu pun yang lama. Tetapi dengan bajet yang dibentangkan ini, kita sudah boleh jangka apabila Pusat Khidmat ADUN mengemukakan cadangan pembangunan ataupun masalah rakyat kepada agensi-agensi kerajaan untuk diambil tindakan, tentu jawapannya ialah minta maaf kita tak ada peruntukan. Minta maaf kita sedang menunggu kelulusan peruntukan. Ini satu situasi yang kita tak nak, tak ingin untuk lihat dan kita tak nak agensi-agensi kerajaan turut terhimpit dalam keadaan ini dan tidak dapat laksanakan tugas dengan baik akibat daripada kekangan peruntukan yang diberikan.
Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal, Apa guna belanjawan cantik, Kalau nasib rakyat terabai.
Saya harap pihak kerajaan boleh renungkan perkara ini dan menambah baik sebelum belanjawan ini diluluskan. Dato’ Yang Dipertua, isu kenaikkan harga barang asas baru-baru ini cukup merunsingkan rakyat dengan kos sara hidup dijangka melonjak berkali ganda. Media-media tempatan turut melaporkan kenaikan harga barang yang dijangka meningkat antara 30 hingga 200% menjelang tahun 2022. Masalah ini banyak menggambarkan kelemahan negara kita iaitu kebergantungan kepada bahan mentah import dan juga tenaga buruh asing. Isu pokoknya tidak lain dan tidak bukan iaitu penghasilan sektor pertanian makanan Malaysia masih jauh daripada sasaran sehingga tidak dapat menjamin keselamatan makanan. Kadar kebergantungan import tahun 2019 menunjukkan kebergantungan Malaysia terhadap daging import masih berada pada tahap yang tinggi iaitu sebanyak 76.6%. Selain daripada itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, Malaysia mengimport sebanyak RM55.5 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion pada tahun sebelumnya.
Pembangunan pertanian tidak harus menjadi sebutan dan slogan semata-mata saja. Pandemik Covid-19 sememangnya membawa banyak cabaran kepada kita namun ianya juga boleh menjadi game changer, dengan izin yang menggerakkan transformasi sektor pertanian di Negeri Perak jika kerajaan memberi tumpuan dan sumber yang sewajarnya. Pertanian berteknologi tinggi atau pertanian pintar dilihat sebagai satu hala tuju yang mampu memberi perubahan yang besar kepada landskap agro makanan Negeri Perak. Aplikasi teknologi terkini termasuk drone, GPS, sensor, kecerdasan buatan AI, integrasi sistem digital, sistem automasi dan sebagainya dilihat dapat membantu melonjakkan hasil pertanian. Penggunaan pelbagai hasil teknologi baru ini akan membantu memastikan setiap sumber seperti baja, racun, tenaga buruh digunakan dengan lebih sistematik dan terkawal dan seterusnya menjimatkan kos.
Data boleh dikumpul bagi tujuan analisa bagi penambah baik untuk mencapai hasil pengeluaran yang optimum. Kerajaan Negeri harus memainkan peranan dengan kerjasama pihak universiti-universiti tempatan dan agensi swasta bagi menawarkan ilmu pertanian berteknologi tinggi semasa yang menitikberatkan pengalaman hands on dan fleksibel kepada petani-petani. Geran, dana, insentif juga boleh disediakan untuk menggalakkan penggunaan teknologi tinggi dalam sektor pertanian. Ini akan memberi suntikan baru kepada golongan belia untuk lebih berminat menceburi diri dalam bidang pertanian dan golongan petani juga dapat memanfaatkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian untuk berkembang ke arah kerjaya pendapatan tinggi.
Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk mengekalkan zon agro makanan strategik untuk meningkatkan jaminan keselamatan makanan cuma pada masa yang sama seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain, kita melihat satu isu di mana seramai 130 orang petani yang telah hampir enam dekad mengusahakan zon-zon pengeluaran sayur di kawasan Khantan baru-baru ini telah diarahkan oleh PKNP untuk mengosongkan tanah seluas 1000 ekar itu. Saya faham bahawa kita tidak patut menyokong mana-mana pencerobohan atau pengusaha tanah tanpa izin cuma petani-petani ini telah mengusahakan tanah itu turun-temurun iaitu tiga generasi selama 60 tahun dan mereka banyak menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan Negeri Perak.
Jadi saya mohon Kerajaan Negeri khususnya Exco Pertanian untuk ambil berat tentang isu ini dan cuba selesaikan dengan alternatif-alternatif yang baik. Adakah projek yang ingin dibangunkan oleh PKNP ini masih relevan dalam keadaan pandemik Covid ini. Adakah kerajaan boleh mewujudkan satu zon agro makanan yang lain untuk menempatkan petani-petani ini. Ini semua soalan-soalan yang perlu dijawab dan dicari penyelesaian. Saya harap petani-petani ini yang banyak menyumbang kepada sektor pertanian agro makanan negeri kita tidak diusir begitu sahaja kerana ini akan mendatangkan satu impak yang secara langsung menyusahkan kepada rakyat iaitu harga sayur-sayuran akan terus meningkat lagi. Saya harap pihak kerajaan dapat ambil tindakan yang baik kerana kita tidak ingin dalam sidang Dewan yang akan datang, oleh kerana harga makanan asas terus meningkat, Ahli-Ahli Yang Berhormat terpaksa membawa ayam, lembu, kambing, sayur dan macam-macam ke dalam Dewan yang mulia ini.
Timbalan Yang Dipertua, seterusnya saya ingin membangkit tentang Perbadanan Taman Negeri Perak. Geopark Kebangsaan Lembah Kinta yang berkeluasan 1950 kilometer persegi telah dimasyhurkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muhyidin Shah pada Oktober 2018. Perbadanan Taman Negeri Perak merupakan agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan pengurusan dan pemantauan bagi memastikan Kerajaan Negeri sentiasa memelihara dan memulihara terhadap khazanah warisan ini. Geopark Kebangsaan Lembah Kinta, perlu sentiasa diperkasakan dari segi pengurusan keselamatan dan keindahannya supaya ianya terus dimajukan sebagai pakej laluan geo pelancongan bagi menarik pelancong. Oleh itu saya ingin memberikan beberapa cadangan kepada Kerajaan Negeri atas tujuan tersebut pertama saya lihat peranan Perbadanan Taman Negeri Perak perlu diperkasakan dalam perancangan pembangunan di kawasan Geopark Lembah Kinta. Geopark Lembah Kinta adalah satu konsep pembangunan yang memberikan perhatian kepada keseimbangan tiga komponen utama. Iaitu pemuliharaan sumber asli, pembangunan infrastruktur, pelancongan dan pembangunan sosial ekonomi yang menguntungkan masyarakat setempat. Peranan Perbadanan Taman Negeri Perak adalah penting dalam soal pembangunan dalam kawasan Geopark Lembah Kinta. Bukan saja terikat dengan program kesedaran dan pelancongan, tetapi keterlibatan dalam soal pembangunan. Namun apabila Pertubuhan Perbadanan Taman Negeri Perak diberikan tanggungjawab bagi tujuan pengurusan dan pemantauan Geopark Lembah Kinta.
Dalam soal pembangunan sesuatu tapak di bawah kawasan Geopark Lembah kita pula, Perbadanan Taman Negeri Perak tidak disenaraikan sebagai agensi kerajaan yang memberikan teknikal komen termasuk pelupusan tapak tanah. Maka saya ingin cadangkan supaya kerajaan harus mengambil kira komen teknikal daripada Perbadanan Taman Negeri Perak dalam pembangunan sesuatu tempat di bawah Geopark Lembah Kinta. Termasuk dalam kertas MMK, Mesyuarat JPTD Kinta dan juga Kampar. Cadangan ini turut mengambil kira keperluan untuk tambahan penjawatan dalam Perbadanan ini bagi tujuan tersebut. Buat masa ini penjawatan dalam Geopark Lembah Kinta adalah terhad dan dijangka kurang kemampuan jika dasar ini diperkenalkan dan baru-baru ini juga saya sempat setelah menerima aduan daripada pihak NGO tentang pencerobohan yang berlaku di dalam gua-gua dalam Geopark Lembah Kinta kami mengadakan lawatan tapak bersama Perbadanan
Taman Negeri tetapi mengambil masa yang agak lama untuk kita dapatkan hasil laporan itu untuk tindakan susulan.
Jadi saya nampak dari segi penjawatan perbadanan ini memang harus diperkasakan. Keduanya dasar dan tatacara pelupusan gua-gua batu kapur dalam kawasan Geopark Lembah Kinta. Terdapat banyak gunung-gunung yang terletak di dalam kawasan Geopark Lembah Kinta dan sudah tentu banyak topografi gua-gua batu kapur yang tertua dalam semenanjung Malaysia terletak dalam gunung-gunung ini. Namun kelestarian warisan kebangsaan ini kian menghadapi cabaran yang terdiri daripada aktiviti kuari yang menyebabkan keruntuhan gua, hakisan luluhawa, vandalism pencerobohan, malah rombongan pelancong yang hadir ke situ. Jadi Kerajaan Negeri perlu mengkaji perancangan kawasan-kawasan alam semulajadi khususnya gua, gunung dan hutan di dalam kawasan Geopark Lembah Kinta adalah penting kerajaan untuk mewartakan tapak yang bersesuaian sebagai hutan simpanan kekal atau kawasan perlindungan. Juga mengambil kira segala aktiviti-aktiviti dalam gua batu kapur. Seterusnya menetapkan satu dasar bagi tujuan pelupusan tapak gua batu kapur di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Timbalan Yang Dipertua, penularan pandemik Covid-19 sudah tentu memberi kesan yang mendalam kepada semua aspek dalam kehidupan rakyat. Cuma barangkali ramai yang tidak terbayang bagaimana kemiskinan telah memberi kesan kepada kaum hawa dalam menguruskan haid kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila seseorang wanita menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan haid akibat kekangan kewangan.
Pada tahun 2018 bank dunia menganggarkan lebih kurang RM500 juta wanita di seluruh dunia yang terkesan dengan masalah ini. Bagaimana pula keadaan isu ini di Malaysia, terutamanya di negeri Perak. Setakat ini kajian data dan statistik yang membolehkan kita memahami isu ini dengan lebih menyeluruh hampir tidak ada. Sementara itu laporan berita telah mendedahkan bahawa segelintir pelajar perempuan sanggup ponteng sekolah sepanjang tempoh haid kerana tidak selesa, malu atau tidak mampu membeli tuala wanita. Bagi mereka adalah barangan mewah. Keadaan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran. Semua ini bukan kes yang terperinci.
Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk kami untuk kita memahami isu kritikal ini agar penyelesaian boleh dirangka. Kini isu kemiskinan haid mula mendapat perhatian walaupun sebelum ini apabila NGO dan aktivis masyarakat tampil untuk memperjuangkan isu ini terdapat pula pihak yang cuba menghina dan memperlekehkan usaha mereka. Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah dalam belanjawan tahun 2022 mengumumkan pengedaran kit asas kebersihan diri secara percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja daripada keluarga B40. Saya menyambut baik usaha ini. Apa pun saya ingin ingatkan bahawa meskipun ini satu langkah permulaan yang baik tetapi masalah ini jelas tidak akan selesai dengan pemberian tuala wanita percuma sahaja isu kemiskinan haid ini turut melibatkan aspek lain yang penting seperti akses kepada produk sanitari.
Selain itu ilmu pengurusan haid dan kesihatan reproduktif juga perlu diberikan perhatian segera untuk membantu meningkatkan kesedaran. Memandangkan stigma tepu dan salah faham tentang haid masih membataskan perbincangan secara terbuka dan komprehensif di kalangan masyarakat kita.
Saya ingin menyarankan Kerajaan Negeri agar mengambil inisiatif untuk lebih cakna dalam menangani isu ini. Pertamanya pihak kerajaan harus bekerjasama dengan pihak universiti, tentang ahli akademik dan NGO untuk menjalankan lebih banyak kajian untuk memahami isu ini. Kita perlu tahu dengan tepat berapa ramai yang terkesan dan daerah mana yang paling terkesan dan sebab apa mereka mengalami masalah ini. Kedua pihak kerajaan juga boleh memperbaiki implementasi, pendidikan kesihatan reproduktif dan pengurusan haid secara am di media arus perdana dan media sosial dan juga secara kursus di sekolah untuk meningkatkan kesedaran orang awam. Harus kita ingat bahawa kesedaran di kalangan golongan lelaki yang kebiasaannya menjadi ketua isi rumah juga adalah sangat penting seterusnya pihak kerajaan juga boleh berkolaborasi dengan pihak swasta dan komuniti setempat seperti KRT, masjid, surau, tempat beribadah untuk melancarkan program CSR dan juga program kempen kesedaran program. Menggalakkan penemuan tuala wanita mesra alam juga boleh digerakkan dalam bentuk social enterprise dengan izin. Kesimpulannya banyak usaha yang boleh diikhtiarkan dan dijalankan untuk memastikan golongan wanita dapat menguruskan haid dalam keadaan yang selamat, bersih dan bermaruah. Dengan kesedaran yang mula bercambah, semoga kita semua dapat terus menggembeling tenaga dalam menangani isu ini demi kepentingan golongan wanita.
Timbalan Yang Dipertua seterusnya saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai isu keselamatan laluan Jalan Simpang Pulai, Cameron Highland. Untuk pengetahuan semua walaupun nama jalan tersebut Simpang Pulai tetapi sebenarnya sebahagian besar terletak di bawah kawasan DUN Teja. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga 30, Jalan Simpang Pulai, Cameron Highland yang berlaku pada 2 Disember. Kemalangan ini turut melibatkan, turut mengorbankan dua nyawa. Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan juga setinggi penghargaan kepada semua anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Sehingga kini dilaporkan terdapat tanda-tanda pergerakan tanah di bukit sepanjang jalan dan laluan dijangka akan dibuka semula pada hari Jumaat ini. Jika kita imbas balik, tidak lama sebelum ini iaitu pada 18 September tahun ini, berlaku pula rekahan permukaan jalan yang ketara di Seksyen 43.9 Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands pula. Membabitkan pergerakan cerun dengan laluan sepanjang 30 meter dan dengan lebar 5 meter. Saya percaya ramai yang telah sempat menyaksikan video tempat kejadian yang agak seram, yang viral di media sosial. Bukan itu sahaja pada 23 Oktober 2018, rekahan tanah turut berlaku di Kampung Pawong di penempatan orang asli Pos Slim iaitu terletak kira-kira dua kilometer daripada tempat kejadian terkini. Kejadian pada tahun 2018 ini telah menyebabkan masyarakat orang asli yang terkesan terpaksa dipindahkan bagi tujuan menjalankan kerja pembaikan. Kerja tersebut telah menelan kos sebanyak RM1.45 juta dan mengambil masa hampir tiga tahun iaitu baru sahaja pada dua bulan lepas, pada bulan Oktober, kerja selesai sepenuhnya. Kejadian-kejadian ini yang kerap telah meresahkan orang awam khususnya masyarakat tempatan dari perkampungan Orang Asli. Apa yang lebih merisaukan ialah apabila JKR memaklumkan bahawa tempat kejadian terkini ini adalah di luar kadar kawasan berisiko tinggi untuk mengalami tanah runtuh. Sesuatu mesti dilakukan dengan segera agar kejadian sebegini tidak menjadi satu norma baharu di laluan penting yang menghubungkan Negeri Perak dengan Pahang ini. Saya perhatikan bahawa pihak kerajaan telah menyatakan faktor hujan berterusan sebagai faktor utama bagi beberapa kejadian tersebut.
Walaupun faktor cuaca sesuatu yang di luar kawalan kita, namun pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah pemantauan, penguatkuasaan, pencegahan yang lebih ketat dan sewajarnya, terutamanya menjelang musim hujan. Saya minta agar pihak kerajaan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian serta kaedah pembaikan yang patut diambil dan seterusnya mengumumkan hasil siasatan kepada orang awam. Pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada terdapat sebarang pembersihan tanah untuk aktiviti pertanian atau pembangunan yang lain yang telah atau sedang dijalankan di kawasan tersebut. Pihak kerajaan juga harus pastikan untuk menghentikan segala kegiatan penggubahan guna tanah daripada hutan kepada tujuan lain yang menyebabkan kemusnahan kawasan tadahan air, hakisan lereng bukit dan kerosakan struktur alam sekitar semula jadi.
Kejadian tanah runtuh dan rekahan tanah ini telah menggugat keselamatan orang awam setiap kali kejadian sebegini berlaku sudah pasti akan menelan kos yang tinggi untuk tindakan pembaikan. Ianya juga menjejas aktiviti sektor pelancongan dan menjejas punca pendapatan masyarakat Orang Asli yang berdekatan apabila tidak dapat berulang-alik untuk bekerja di Cameron Highland. Maka Kerajaan Negeri disarankan untuk mengambil tindakan yang perlu dengan kadar yang segera untuk memastikan tragedi sebegini tidak akan berlaku lagi.
Sebelum saya mengakhiri, saya juga ingin menyentuh tentang syarikat konsesi Puncak Emas iaitu selama ini banyak kita mendapat keluhan daripada orang awam mahupun daripada PBT sendiri iaitu apabila sesuatu aduan rakyat dipanjangkan kepada syarikat konsesi, tindakan yang kurang cekap diambil, dan saya kurang pasti apa isu yang berkaitan yang terlibat. Cuma saya lihat ada satu kepastian untuk kita menyemak balik sama ada syarikat konsesi ini mencapai KPI ataupun dari segi mekanisme yang sedia ada, adakah dia boleh ditambah baik supaya kita boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan lebih baik. Sebab kita lihat pelantikan syarikat konsesi ni patut meringankan beban pihak PBT dan meningkatkan kecekapan. Jika hakikat yang berlaku adalah sebaliknya, jadi kita mesti perlu menilai balik keputusan untuk pelantikan syarikat konsesi ini.
Sebelum saya akhiri, saya memang seperti Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain, saya meraikan suasana yang harmoni dan semangat bekerjasama yang baik dalam Dewan ini dan saya rasa kita patut memanfaatkan hubungan kerjasama yang baik ini untuk sama-sama kita selesaikan masalah. Banyak masalah lama mahupun baru yang disebutkan sepanjang sidang ini, seperti harga barang, seperti banjir kilat, lembu berfoya-foya dan sebagainya. Saya lihat tahun ini kita memang banyak merugi masa sebab dengan ekoran daripada proklamasi darurat, kita tak sempat bersidang dalam Dewan ini seperti biasa. Jadi kalau ada isu-isu yang perlu dan sesuai saya cadangkan pihak Kerajaan Negeri untuk tubuhkan jawatankuasa atau taskforce mengikut keperluan, baik di peringkat daerah atau negeri untuk kita boleh menangani masalah dan kita boleh sama-sama mengikhtiarkan penyelesaian. Sebab apa yang penting pada akhirnya ialah kita sama-sama selesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan terus membangunkan negeri ini.
Dengan itu, Itu saja isu-isu yang ingin saya bangkitkan dalam hari ini. Saya harap pihak kerajaan dapat meneliti cadangan-cadangan dan juga mengambil tindakan untuk meningkatkan peruntukan-peruntukan untuk belanja pembangunan dan agensi-agensi kerajaan pada tahun depan, supaya kita boleh laksanakan tugas dengan baik. Itu saja sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Teja dengan pembahasan yang cukup baik dan juga penjagaan masa yang teliti dan juga baik. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Sepetang, dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu Ala asrofil ambia’iwal mursalin wa sohbihi ajma'iin. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak. Yang Amat Dato' Seri Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Exco-Exco yang masih lagi berkesempatan berada di dalam Dewan ini. Yang Berhormat-Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai yang bertugas. tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Pertamanya syukur alhamdulillah, pada tengah hari ini giliran saya pula untuk membahaskan tentang Belanjawan Negeri Perak Tahun 2022.
Sebanyak 335 muka surat yang tercatat di dalam buku ini yang perlu sama-sama kita sebagai ADUN di Negeri Perak ini untuk menghayati di atas apa jua yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pembentangan belanjawan pada hari Jumaat yang lalu. Kalau kita tengok ucapan Yang Amat Berhormat pun sebanyak 41 muka. Jadi sama-samalah kita menghayatinya.
Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang juga merupakan Menteri Besar yang telah membentangkan belanjawan tersebut yang mana segala pembentangan yang dibuat oleh beliau, oleh Yang Amat Berhormat sudah tentu beliau mengkaji keseluruhannya. Sesungguhnya selepas keadaan pandemik covid ini berada dalam keadaan yang agak selesa dan keadaan ini telah bertambah baik dan sudah tentulah dalam sebelum ini belanjawan yang perlu kita belanja pada tahun hadapan berkurangan seperti pada tahun-tahun yang lalu dan tajuk yang diberikan dalam buku belanjawan ini ialah “Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif”, itu perlu kita hayati bersama dan saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada lima fokus utama yang dibawa di dalam sesi bajet pada kali ini iaitu yang pertamanya adalah, mengenai menjana semula ekonomi dan mengupayakan sara hidup diri rakyat yang. Kedua, kemakmuran kesejahteraan rakyat. Ketiga, mengukuhkan modal insan dan Pembangunan. Keempat, memantapkan tadbir urus dan peristilahan dan yang terakhir memulihara alam sekitar.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, sesungguhnya bajet kali ini ia merangkumi semua, merangkumi semua yang terlibat terutama sekali di dalam kawasan kita, malah di seluruh negeri Perak ini. Jadi bagi saya, saya menyambut baik menyokong penuh Belanjawan Tahun 2022 ini supaya kita sama-samalah berkongsi bersama dan kita terus berkhidmat kepada rakyat yang merupakan penentu kita yang kita menjadi seorang yang berhormat. Oleh yang demikian khidmat kita kepada masyarakat kepada orang ramai perlu lah sama-sama kita teruskan.
Saya amat tertarik sekali yang pertamanya apabila Yang Amat Berhormat Kota tampan telah menyebut semasa di dalam pembentangan belanjawan iaitu program galakan pelancongan domestik Kuala Sepetang. Ini melibatkan kawasan saya. Saya amat berterima kasih di atas cadangan tersebut. Sesungguhnya Kuala Sepetang ini semua orang tahu yang terkenal sebagai tempat pelancongan walaupun Kuala Sepetang ini terkenal juga dengan mee udangnya. Sudah tentulah dalam keadaan yang membolehkan hari ini rakyat keluar untuk melancong. Ini telah menarik perhatian mereka ke Kuala Sepetang. Sekarang pekan Kuala Sepetang pun penuh setiap Sabtu Ahad pelancong-pelancong datang nak makan mi udang kononnya nak melawat menaiki bot untuk melihat keadaan keindahan hutan kayu bakau, melihat keadaan memproses kayu arang, melihat sejarah jalan kereta api yang pertama di antara Taiping dan Port Weld pada satu ketika dahulu, melihat keindahan alam semulajadi burung helang dan berbagai-bagai lagi dan saya amat berterima kasih kerana Yang Amat Berhormat akan mendirikan lagi satu jeti khususnya untuk pelancong. Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan.
Dan seterusnya juga saya ingin membangkitkan terutama sekali isu-isu yang melibatkan kawasan Kuala Sepetang ini. Sekarang keadaan dunia sudah berubah dunia dalam keadaan dulu tebal hari ini dah nipis. Sekarang ada musim air pasang besar yang melibatkan hari ini apabila berlakunya air pasang besar menyebabkan pekan Kuala Sepetang itu akan tenggelam. Kalau saya baca ada satu yang terdapat di dalam YouTube mengatakan 50 tahun yang akan datang ini daripada kajian geologi bahawa semua pekan-pekan di persisiran pantai akan tenggelam. Begitu jugalah di kawasan saya Kuala Sepetang berkemungkinan besar akan tenggelam walaupun pada ketika itu saya sudah tidak ada lagi 50 tahun. Tetapi kita sebagai wakil rakyat sebagai ADUN pada kena hari ini kenalah memikirkan soal bagaimana untuk tidak menjadi perkara-perkara tersebut. Baru-baru ini tiga kali bila air pasang besar berlaku Pekan Kuala Sepetang tenggelam dan sasarannya sudah tentulah kepada ADUN di kawasan tersebut.
Dan saya berharap khususnya kepada pihak yang terlibat terutama sekali JPS kena memikirkan, pihak Jabatan Kerja Raya turut memikirkan bagaimana kaedah untuk kita mengawal keadaan tersebut daripada berlaku banjir lagi. Bukan sahaja di Kuala Sepetang malah di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan laut sebagai contoh kampung saya sendiri pun setiap kali banjir. Saya amat berterima kasih khususnya kepada pihak JPS daerah Larut Matang dan Selama. Terima kasih kepada pihak JKR yang sentiasa memberi kerjasama tetapi masih belum ada satu kaedah bagaimana jalan penyelesaiannya untuk mengatasi masalah banjir ini. Yang seterusnya juga. bila menyebut soal jalan persekutuan, jalan kampung dia ada perbezaan. Hari ini saya sudah…
Minta laluan. Simpang Pulai. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada Kuala Sepetang. Suka saya ingin bangkitkan satu perkara yang barangkali Yang Berhormat Kuala Sepetang sedar atau tengah follow up sebab setahu saya kalau ceritakan tentang musibah banjir, hakisan pantai ataupun sungai dan sebagainya ia berkait rapat dengan kawasan hutan paya bakau yang banyak terdapat di kawasan Kuala Sepetang. Salah satu perkara yang mungkin boleh menarik perhatian YB ataupun agensi berkaitan adalah tentang pengwartaan Kampung Dew kawasan hutan paya bakaunya sebagai kawasan simpanan untuk kelip-kelip di kawasan tersebut. So, barangkali kalau YB sedar perkara ini boleh bagi sedikit pandangan atau pun boleh masukkan dalam Apps YB bagi minta perhatian kawasan pewartaan tersebut. Terima kasih.
YB ENCIK KAMARUDDIN BIN ABU BAKAR Terima kasih di atas pertanyaan yang telah ditanya sebentar tadi tentang klip-klip di Kampung Dew. Ya, saya tahu semasa dahulu Yang Berhormat jadi Exco tanggungjawab jugalah di kawasan klip tersebut dan berapa kali telah dating. Di kawasan kelip-kelip Kampung Dew walaupun masih lagi beroperasi mereka yang melakukan lawatan sekiranya pelancong yang datang tetapi keadaan apabila berlaku pandemik Covid-19 ini keadaannya sudah menjadi perlahan lah tentang kedatangan pelancong. Tetapi hari ini saya bersama-sama pengusaha kelip-kelip tersebut sedang mengusaha kembali untuk memulih kembali keadaan ini kerana kita nak menyambut kedatangan pelancong ramai pelancong daripada Jepun, China ataupun daripada luar negara yang lain yang datang kerana mereka memang memberi perhatian insya-allah saya akan memberi perhatian kepada usaha lawatan ke Kelip-kelip ini. Kalau nak datang boleh lagi.
Tak bukan lawatan maksud saya wartakan kawasan tersebut warta, gezet sebagai tapak untuk Kelip-kelip habitat. Habitat kelip-kelip itu ada di kawasan hutan paya bakau. So, adalah penting kerana ada usaha sebelum ini yang saya menyambung kesinambungan itu ke status terkini pihak Kerajaan Negeri bagi agensi dan jabatan berkaitan bukan pelancongan bukan lawatan tapi gezet penwartaan.
Kurang dengar sudah tua. Rambut dah putih habis. Jadi kawasan tersebut sebenarnya kelip-kelip di kampung itu bukan terletak dalam kawasan hutan bakau ya hutan bakau dia mesti menaiki bot sepanjang lebih kurang 3 batu lagi baru melibatkan kawasan bakau jadi saya rasa kelip-kelip ni juga saya akan cuba memperjuangkan untuk diwartakan sebagai satu tempat untuk daya tarikan pelancong. Terima kasih jadi seterusnya juga, terganggu ler dah, saya daripada itu juga untuk perhatian Yang Berhormat Exco Tualang Sekah khususnya. Saya berharap di kawasan DUN Kuala Sepetang ini yang merupakan salah satu kawasan yang boleh menarik pelancong khususnya. Selain daripada Kuala Sepetang di mana kelip-kelip di Kampung Dew di kawasan Kuala Sepetang ini juga terdapat ciptaan Allah semulajadi kolam air panas yang masih belum dapat dimajukan sepenuhnya. Jadi saya berharap Yang Berhormat Exco Tualang Sekah supaya dapatlah datang ke kawasan saya bagi kita memikirkan soal pembangunan kolam air panas tersebut.
Di samping itu juga saya juga berharap satu lagi isu yang telah lama saya tak bawa semasa saya jadi pembangkang masih bawa tetapi isu ini masih sehingga kini masih belum di dapat diselesaikan iaitu tapak pelupusan sampah di Kampung Jebong Matang. Hari ini keadaan tapak pelupusan sampah dah tinggi macam Bukit Larut dah dan ini menyebabkan seperti mana yang saya katakan yang lalu bila selepas hujan saja bau-bau yang hanyir yang busuk berlaku di sekitar kawasan tersebut. Saya telah mendapat pandangan daripada penduduk-penduduk di kawasan tersebut supaya mencadangkan sudah 35 tahun tapak pelupusan sampah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Taiping supaya dapatlah diubah ke tempat yang lain. Ini pandangan penduduk kampung. Jadi saya berharap tapak pelupusan sampah ini perlulah pihak-pihak yang tertentu memikirkan soal bau yang kurang enak sama-sama kita hidu. Itu yang kedua.
Yang ketiganya adalah mengenai jalan raya jalan Persekutuan. Saya berterima kasih kepada Jurutera Daerah Larut Matang dan Selama yang sentiasa memberi kerjasama kepada Kuala Sepetang. Banyak kali dah saya jumpa dia jadi sekali ini kalau kita lihat belanjawan yang telah dibentang banyak juta jugalah supaya jalan persekutuan daripada Simpang ke Kuala Sepetang diturap semula. Kalau siapa-siapa pergi ke Kuala Sepetang nak makan mi udang sudah tentu akan berleter. Rosak tayar, rosak spring kereta exsorber kerana jalan hanya ditampal-tampal. Saya mintalah perhatian kali ini tahun 2022 bajet sedikit ini bawalah ke kawasan saya untuk kita memperbaiki kembali kerana kita nak menggalakkan pelancong-pelancong daripada luar datang ke Kuala Sepetang. Yang seterusnya juga, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Parit dan Tali Air JPS, JD JPS. Saya ucap terima kasih kerana beliau sentiasa mengambil perhatian kerana Taiping ini adalah merupakan kawasan hujan yang paling lebat sekali. Setiap petang sudah pasti hujan akan turun dan mengakibatkan air hujan tersebut melalui Sungai Larut.
Saya ucapkan terima kasih pada Sidang DUN yang lalu di mana Exco telah memberi peruntukan untuk memperdalamkan Sungai Larut tetapi kesan daripada dalam itu masih belum dapat mengatasi masalah banjir apabila air daripada Taiping melalui Sungai Larut itu akan terbabas dan akan mengakibatkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak Jabatan GPS pecah, runtuh. Jadi kena kaji kembali bagaimana untuk kita sama-sama mengatasi masalah bila hujan lebat menyebabkan ban-ban di sepanjang Sungai Larut itu akan runtuh dan pecah. Yang seterusnya juga, saya ingin juga membangkit masalah yang melibatkan memulihara alam sekitar ini. Semua orang mempertikaikan tentang kehadiran, maklumlah kawasan kampung dengan kehadiran banyak monyet, kera, lotong, dengan kehadiran lalat yang begitu banyak hasil memelihara ayam di dalam di kawasan pedalaman tetapi mengakibatkan lalat yang begitu banyak membiak.
Lagi satu kerana khinzir-khinzir hutan yang berkeliaran yang menyebabkan sekiranya berlaku kemalangan, ada yang mengakibatkan kematian dan juga cedera yang begitu teruk. Jadi saya berharap, terutama kepada Yang Berhormat Exco, walaupun Yang Berhormat Exco Pertanian baru-baru ini ada turun ke kawasan saya melihat keadaan lalat di Kampung Air Putih. Cubalah memikirkan soal lalat ini. Macam mana kita nak mengatasinya. Saya tahu Yang Berhormat Trong pun masalah yang sama juga terutama sekali masalah lalat. Cubalah kita fikirkan bagaimana untuk mengatasi mereka yang memelihara ayam ini. Lalat ini sebab ayam. Dari segi kebersihan dan lain-lain. Begitu jugalah masalah monyet dan kera yang di mana-mana kampung banyak. Masuk ke rumah-rumah mengakibatkan mencuri makanan, menyebabkan bumbung rumah tahulah orang kampung bumbung rumah bukannya besar mana belumnya elok mana mengakibatkan tiris. Jadi kita minta pihak yang terlibat cuba fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kalau nak tembak, tembak. Senang. Tapi kadang-kadang nak tembak tak boleh ya. Kemudian masalah khinzir hutan ini yang banyak di kampung-kampung. Dia suka duduk dalam hutan dia membiak pun pandai. Kalau seekor tu keluar mak bapak dia keluar anak-anak lima enam ekor ikut aja. Ya, jadi, cuba kita fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
Jadi tuan-tuan Timbalan Yang DiPertua. Selain itu juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Setiap tahun saya bila sidang DUN ini saya telah mengemukakan tentang surau di Kampung Hujung Matang, akhirnya hari ini telah mendapat kelulusan dan akan dibina pada awal tahun 2022 ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang Amat Berhormat yang sudi menyelesaikan masalah ini. Kemudian saya juga ingin berharap supaya masalah-masalah yang melibatkan tanah PKNP pun di Kampung Simpang Hall pun akan ada jalan penyelesaiannya kerana pada minggu depan saya akan bersama-sama dengan Tuan Pegawai Daerah akan berbincang tentang pengagihan tapak-tapak tanah perumahan di kawasan tersebut dan satu lagi yang saya ingin bangkitkan di sini adalah mengenai Kampung Kurnia Jaya Tambahan yang pada hari ini masih belum selesai yang mana banyak-banyakkan mereka yang meneroka tanah-tanah tersebut membina rumah di tanah lot-lot mereka yang sudah ada geran. Jadi, masalah kemudahan asas seperti jalan, air yang masih belum sempurna sepenuhnya. Begitu juga elektrik, jadi saya berharap pihak-pihak yang berkenaan mengambil...
Boleh saya celah sikit tak? Sikit je. Terima kasih Kuala Sepetang. Ianya isu yang sama berkenaan dengan isu permohonan tanah seperti RPT dan RBT, RTBK ya. Jadi sebenarnya kita dah bawa isu tanah ni selalu sangat ya. Semua YB bawa. Cumanya kalau kata dalam kawasan saya tu ada tanah yang dah berpuluh-puluh tahun dihuni dan diteroka tetapi masih belum ada jalan penyelesaian. Jadi saya mohon jasa baik lah Sekiranya ada di pihak Menteri Besar Perak supaya dapat mengumpulkan isu-isu tanah yang telah bertahun-tahun ini dipanggil semua DO-DO untuk mereka sendiri mencadangkan bagaimana cara penyelesaiannya sebab kebanyakannya tanah ini tanah lapuk-lapuk kita YB baru ni tak tahu kisah lama-lama ni. Jadi saya mengharapkan ada tindakanlah daripada pihak Kerajaan Negeri supaya dapat Tuan Pegawai Tanah Daerah ini menghantar laporan-laporan tanah-tanah permohonan yang tergendala setelah melebihi 20 tahun. Itu cadangan saya. Terima kasih.
Terima kasih Trong yang telah memberi pandangan serba sedikit lah. Memang saya tahu di kawasan ni pun banyak masalah-masalah tanah yang belum diselesaikan. Jadi inilah sama dengan kawasan saya di DUN Kuala Sepetang ini. Yang akhirnya pula, saya ingin seperti mana yang telah diperkatakan oleh Teja tadi mengenai Syarikat Konsesi Puncak Emas ini. Memanglah kalau saya tengok di kawasan saya walaupun merupakan ada setengah tu dalam kawasan pinggir bandar di kawasan perumahan memang kalau kita lihat di atas gerak kerja yang mereka lakukan penyelenggaraan kerja memanglah tidak berpuas hati sebenarnya. Keadaan longkang yang dicuci tidak sempurna, keadaan potong rumput mesin rumput pun tak sempurna, kemudian apabila depa mengadakan pembentungan di taman-taman bila dah selesai, buat jalan kembali tak sama rata. Jadi saya berharap supaya Exco yang bertanggungjawab supaya mengkaji baliklah Syarikat Konsesi Puncak Emas ini. Kita pun tak tahu dari dulu lagi memang isu panas ya. Jadi kepada pihak yang berkenaan kaji balik peranan mereka ini. Tengok di taman-taman padang permainan pun tak bersih, padang bola pun sebulan sekali bermesin, longkang tak bersih ya. Jadi kita minta kaji baliklah keadaan-keadaan yang sebegini.
Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat Timbalan Yang DiPertua, Kuala Sepetang ni memanglah dari dulu lagi walaupun penduduk-penduduknya adalah terdiri pada mereka yang bekerja kampung, kelapa sawit..
Kuala Sepetang, mohon Slim mencelah.
Sila Slim, sahabat saya.
Terima kasih Kuala Sepetang. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Berkenaan dengan Puncak Emas ni mungkin Kuala Sepetang boleh setuju untuk kita cadangkan supaya selain daripada kaji semula untuk dibuatkan tindakan penalti ataupun terminated teruslah company ini sebab rata-rata saya rasa semua tempat ada masalah dengan prestasi Puncak Emas ini dan kita boleh syorkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji, menilai dan terminated syarikat ini supaya akhirnya digantikan dengan syarikat yang lebih mahir dan confident untuk melakukan kerja-kerja ini.
Terima Kasih Slim. Saya amat bersetuju sekalilah. Saya rasa pun Teja pun bersetujulah. Boleh ganti yang lainlah. Ya. Jadi saya berharap terutama sekali Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya kita sama-samalah mengkaji kembali syarikat tersebut. Timbalan Yang Dipertua Dewan, akhirnya saya ingin juga mencadangkan supaya belanjawan yang telah dibentangkan pada Jumaat lalu saya rasa pun Dewan pun agak tenang dengan keputusan yang telah dibuat oleh seorang pemimpin yang bijak yang dapat mengatasi masalah perpaduan kita dapat menyelesaikan sesama kita. Kita Punya peruntukan pun sama. Saya rasa tidak ada negeri lain yang seperti di Perak ini. Kita kena ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah meluluskan peruntukan yang sama rata kepada kita jadi dalam soal ini marilah kita sama-sama berganding bahu mengekalkan perpaduan yang penting kita nak melihat rakyat yang ada di akar umbi ini dapat menikmati segala apa yang telah yang dicadangkan dalam belanjawan itu nanti. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco wanita kita yang begitu prihatin dengan Kad Prihatin dia dengan tabarru' dia jadi tabarru' ni kalau boleh kita kaji lagi macam mana untuk kita memuaskan hati kalau peringkat umur ini yang meninggal umur 60 ke atas baru boleh kita sampaikan kemundian yang terlibat OKU baru boleh kita dapat tapi kita kaji baliklah tentang untuk pemberian tabarru' ini. Khairat kematian ini kalau boleh 50 tahun ke atas tu boleh la dah kebanyakkan rakyat dah susah nak meninggal hari ni nak mati nak kebumi semua RM 1000 lebih. RM 2000, RM 1800, RM 2000 kalau orang Islam. Saya tak tahulah masyakarat Cina dengan India macam mana pula tapi kita masyarakat Islam dah tentu RM 1800 hingga RM 2000 baru boleh kebumi ya. Walaupun duit yang disumbang oleh khairat kematian ni RM500 tapi ini sedikit sebanyak melegakan kepada waris-waris yang terlibat dalam kematian ini.
Akhir sekali, sepertimana biasalah saya berharap sahabat-sahabat semua, ADUN-ADUN semua kalau datang ke kawasan saya jangan lupa bila kita masuk kampung kita dah tentulah kena maklum pada tuan rumah kerana ada jugalah sahabat-sahabat kita datang tak maklum tengok-tengok pergi tengok ke reban ayam dah. Kita jadi wakil rakyat situ apa sangat. Maklumlah kepada saya. Saya bukan nak kata apa saya datang tu maklum. Kurang-kurang saya boleh belanja juga mee udang. Jangan langgar je ya. Begitu jugalah wakil rakyat yang lain, ADUN-ADUN yang lain tapi saya rasa cukuplah sekadar itu. Cukup dah masa? Belum.
Dah lebih dah. Bunyi macam dah landing lama.
Ya. Jadi Terima kasih semua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak. Terima kasih kepada Exco-Exco, Terima kasih kepada ADUN-ADUN semua. Kalau datang Kuala Sepetang, jangan lupa makan mee udang. Saya akan belanja semua ADUN-ADUN yang datang ini. Jadi saya mencadangkan saya menyokong belanjawan 2022 Perak Darul RIdzuan ini dengan rasminyalah. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih Yang Berhormat Kuala Sepetang. Insyaallah nanti kita bagi tarikh pada Kuala Sepetang untuk kita ziarah sambil makan mee udang free daripada Kuala Sepetang. Sekarang dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit daripada sekarang.
Salam sejahtera Timbalan Tuan Speaker, ADUN-ADUN, Ahli-Ahli Yang Berhormat, tidak lupa juga ketua-ketua Jabatan dan ketua badan berkanun kerajaan, pengarah serta rakan-rakan media yang sedang menonton sidang DUN Perak live secara atas talian. Ingin saya cakap mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Ketua dengan mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 Negeri Perak. Pertama sekali saya ingin bangkit tentang isu Hospital Baru Kampar. Ingin saya memberi sedikit latar belakang tentang Hospital Kampar supaya Exco Kesihatan, Selama tidak keliru dengan jawapan yang lama dengan soalan yang ditujukan dengan membaca dari teks tanpa sebarang verifikasi. Hospital Kampar yang sedia ada dibina pada tahun 1949 sebelum merdeka di atas Bukit Kampar dan kini terdapat dua bangunan yang telah tua dan uzur dan didapati tidak lagi selamat dan diisytihar tidak selamat oleh JKR kerana terdapat pergerakan tanah dalam bangunan tersebut. Jadi bangunan kedua-dua bangunan tersebut sekarang dikosongkan. Oleh itu tidak ada apa-apa pertikaian bahawa terdapat satu keperluan yang mendesak untuk membina Hospital Baru Kampar yang baru untuk menggantikan Hospital Kampar yang sedia ada. Pada tahun 2012 hampir 10 tahun lalu, 1 tahun sebelum Pilihanraya ke-13 Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai bersama Exco Kesihatan pada masa itu Mah Hang Soon telah mengumumkan peruntukan RM150 juta untuk membina Hospital Baru Kampar namun sampailah tahun 2016 kerajaan telah membatalkan projek Hospital Baru Kampar kerana dengan alasan usahasama dengan hospital swasta UTAR. Izinkan saya baca dalam handsard Sidang DUN Perak pada 27 November 2017 di mana Exco Kesihatan Mah Hang Soon pada masa itu telah membuat kenyataan berikut di Sidang DUN di sini juga. Seterusnya pada masa sama kementerian telah dimaklumkan mengenai cadangan pembinaan sebuah hospital swasta yang bukan berasaskan keuntungan long for profit di mana jarak hospital yang dicadangkan adalah lebih kurang 4 km daripada tapak cadangan pembinaan Hospital Kampar oleh Kementerian Kesihatan. Mengambilkira cadangan hospital tersebut oleh UTAR maka Kementerian Kesihatan tidak meneruskan cadangan pembinaan Hospital Kampar dan juga pada Ogos 2017 ini dari Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Hilmi Yahaya juga mengulas bahawa UTAR akan membantu dalam pembinaan Hospital Baru Kampar. Maknanya pada tahun 2017 hospital baru kerajaan telah dibatalkan dan peruntukan itu akan digunakan untuk dalam usahasama bersama dengan hospital swasta UTAR. Saya baca dari berita hari ini pembinaan Hospital Kampar akan dilaksanakan secara usahasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman.
Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Seri Hilmi Yahaya berkata usahasama dengan universiti swasta itu akan menjimatkan masa dan kos pembinaan hospital berkenaan. Beliau turut memberi jaminan pembinaan hospital awam-swasta itu tidak akan membebankan rakyat dari segi kadar bayaran perkhidmatan rawatan. Kita bekerjasama dengan UTAR kerana kita boleh berkongsi kos serta kemudahan dan ia menjimatkan. Jadi dari sini jelas niat MCA yang pemilik UTAR ada niat untuk menggunakan dana ataupun peruntukan awam untuk membina hospital swasta UTAR dengan alasan usahasama hospital awam dan swasta.
Namun selepas Pakatan Harapan mengambil alih pada tahun 2018, saya telah mengutus surat kepada Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan untuk membina hospital baru kerajaan Kampar. Pada masa itu, saya telah dimaklumkan bahawa tapak hospital baru yang sedia ada tidak sesuai. Inilah jawapan yang dibagi oleh Selama. Kita sudah tahu pada tahun 2018 bahawa tapak itu tidak sesuai dibina kerana tapak itu adalah tapak bekas lombong di mana 60% air dan 40% tanah dan saya pada masa itu saya tahu tapak tidak sesuai saya telah dengan bantuan Pejabat Daerah Kampar, kami telah mengenalpasti tiga bidang tanah di Kampar di daerah Kampar yang sesuai untuk dibina Hospital Kampar dan akhirnya lokasi telah dimuktamadkan di Kampung Changkat Baru yang seluas 60 ekar dan tanah ini telahpun diluluskan oleh MMK dalam Mesyuarat MMK dan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019 juga telah membentang dalam Bajet 2020 sebanyak RM416 juta untuk membina hospital baru Kampar dan klinik-klinik.
Namun sehingga kini tak ada pun satu bata yang telah didirikan di atas tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri saya telah menerima satu jawapan yang mengejutkan dari Kerajaan Negeri pada sidang yang lalu di mana mungkin mimpi ngeri bagi penduduk Kampar dan juga penduduk negeri Perak kerana sejarah mungkin bakal berulang dan saya harap saya boleh baca di sini jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak. Untuk makluman YB ADUN Keranji, pihak Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) juga telah mengemukakan cadangan usaha sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyediakan perkhidmatan di hospital UTAR. Cadangan ini sedang dalam pertimbangan KKM memandangkan kedudukan hospital UTAR yang dibangunkan terletak berdekatan Hospital Kampar sedia ada di samping berupaya untuk mengukuhkan tenaga kerja perubatan bagi meningkatkan akses perkhidmatan dan peluang latihan di kawasan Kampar. Jadi biar kerajaan negeri boleh jelaskan apakah syarat cadangan usahasama dengan UTAR Hospital dan adakah hospital baru Kampar masih akan dibina ataupun hospital baru Kampar ini akan dibatalkan dan peruntukan itu digunakan untuk usahasama dengan pembinaan hospital swasta UTAR dan di sini saya ingin memberi amaran kepada
MCA jangan sesekali nak batalkan pembinaan hospital baru Kampar dan guna dana awam ini untuk nak bina hospital swasta.
Saya percaya ahli-ahli dalam Dewan yang duduk di sini hari ini boleh bersetuju dengan saya bahawa dana awam harus digunakan untuk bina hospital kerajaan. Dana awam haruslah dibina hospital awam. Tak boleh guna dana awam untuk bina hospital swasta UTAR, setuju tak kerana ini duit rakyat tak boleh guna untuk buat joint venture dengan UTAR dan ini merupakan satu CBT (Criminal Breach of Trust) kerana peruntukan ini telah diluluskan dalam parlimen. Luluskan dalam parlimen, tertulis dalam parlimen kertas putih tulisan hitam duit ini RM416 juta haruslah dibina hospital kerajaan Kampar dan bukannya duit dibelanjakan untuk usahasama dengan UTAR private hospital. Saya cabar supaya MCA boleh menafi sekeras-kerasnya bahawa MCA tak ada apa-apa hasrat untuk memohon dana awam dalam pembinaan hospital swasta UTAR ini. Saya juga berharap pihak Kerajaan Negeri boleh teruskan usaha untuk terus membina hospital Kampar dengan peruntukan RM416 juta ini. Jumlah ini memang banyak. Kalau hospital Kampar ini dibina saya yakin ia akan merancakkan ekonomi di Negeri Perak. Andaikan kita ambil satu angka yang amat konservatif. Kita ambil multi-failure effect tiga kali ganda cukup. Kalau RM416 juta ini hospital Kampar dibina di Perak saya yakin ini akan membawa gandaan ekonomi sebanyak RM1.24 billion pada Negeri Perak.
Kita akan dapat tingkatkan KDNK bagi Negeri Perak. Di sini saya juga ingin menjemput kekanda dari Selama supaya kita buat kunjungan rasmi ke Hospital Kampar dan kita tengok dengan mata kita sendiri bagaimana doktor-doktor, jururawat-jururawat, pesakit-pesakit, pelawat-pelawat setiap hari naik ke bukit nak dapat rawatan. Pelawat-pelawat yang sihat naik sampai bukit, panjat bukit pun sudah jadi sakit. Jadi saya haraplah kekanda Selama bolehlah datang ke Kampar buat kunjungan lihat dengan mata sendiri betapa uzurnya bangunan hospital Kampar dan janganlah sibuk nak jaga tepi kain portfolio orang, jagalah portfolio sendiri. Isu kedua saya ingin bangkit ialah tentang diskaun premium tanah di kampung baru. Saya menyambut baik pengumuman YAB Kota Tampan bahawa diskaun 80% premium akan diberikan kepada pemilik terakhir tanah kampung baru yang memohon pembaharuan. Ingin saya bangkit juga selain kes-kes pembaharuan untuk generasi kedua generasi ketiga terdapat juga kes-kes lain seperti penduduk di Jalan Stesen di mana mereka telah tinggal berpuluh-puluh tahun di tanah tersebut tetapi dan mereka memohon tanah tersebut dan baru sahaja mendapat notis 5A. Ada 46 penduduk di Jalan Stesen Kampar yang baru menerima notis 5A pada Mei tahun 2020.
Namun mereka telah dikenakan premium 100% untuk tanah asal mereka. Saya rasa ini tidak berapa adil kerana mereka telah menetap di sana sebelum merdeka berpuluh-puluh tahun. Jadi saya haraplah Kota Tampan boleh mempertimbangkan supaya diskaun 80% ini juga dipanjangkan kepada mereka yang telah tinggal di tanah kampung baru berpuluh-puluh tahun dan baru sahaja menerima notis 5A termasuklah pada penduduk di kampung Jalan Stesen Kampar. Seterusnya saya ingin bangkit tentang soal isu harga makanan yang kian meningkat. Semalam Hulu Kinta ada bawa ayam segar masuk ke dalam Dewan. Namun satu Dewan tenang, cool, tenang dan damai. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Dewan kerana menunjukkan kematangan politik dalam perbahasan meskipun ayam segar ditunjuk. Kalau dua tahun yang lalu kalau ayam segar masuk mesti kecoh satu Dewan dan saya juga ingat dua tahun lalu semasa saya duduk di sana saya bawak playcard dalam pembahasan saya. Satu Dewan real semua bangun nak bantah dan semasa itu demi kelancaran urusan mesyuarat saya akur kepada keputusan Dato’ Yang Dipertua untuk tidak menggunakan playcard. Namun hari ini saya nak tegaskan di sini let set the record straight tidak ada apa-apa di bawah perintah tetap yang melarang dekat dalam parlimen bawa playcard dan Dato’ Yang Dipertua dibenarkan jadi ini tidak ada apa-apa masalah.
Ok. Timbalan Yang Dipertua, sebenarnya bukan sahaja harga ayam yang melonjak tinggi. Harga sayur-sayuran juga naik dengan tinggi. Semasa pentadbiran Dato’ Seri harga kangkung turun tetapi kalau kita sekarang ke pasar, kangkung pun naik harga. Semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dikatakan tomato saja yang turun harga tapi sekarang kalau pergi pasar tomato pun naik harga tapi kenapa kangkung tomato yang tunggu turun harga sekarang pun naik harga. Selain menetap harga kawalan ke atas sayur-sayuran, saya rasa Kerajaan Negeri boleh buat lebih banyak, lebih banyak langkah proaktif yang kita boleh ambil. Kerajaan Negeri boleh mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai untuk diperuntukkan kepada petani-petani kecil untuk menanam sayur-sayuran untuk meningkatkan lagi pengeluaran sayur-sayuran seterusnya menurunkan harga sayur-sayuran. Ingin saya membawa perhatian dewan ini terhadap seribu ekar tanah di Chemor yang dimiliki oleh PKNP di mana 130 petani telah berusaha menanam sayur selama tiga generasi telah mendapat notis daripada PKNP untuk keluar dari tanah tersebut dalam 30 hari. Saya tak mempertikaikan hakmilik PKNP ke atas tanah tersebut.
Namun saya berharap Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah yang lebih berkompromi supaya bekalan sayur di Negeri Perak tidak terjejas dengan memberi tempoh great spirit yang lebih panjang kepada mereka dan juga mengenal pasti tanah yang lebih sesuai supaya mereka boleh meneruskan usaha mereka untuk membekalkan sayur kepada orang ramai terutama di Negeri Perak. Untuk makluman petani-petani ini membekalkan 70% vegetables di Negeri Perak. Kalau mereka dihalau keluar serta merta saya rasa harga sayur mesti akan melonjak lagi.
Timbalan Yang Dipertua, kalau diperhatikan banyak peruntukan yang telah dipotong dalam Bajet 2022 akibat kekurangan kewangan dan juga pendapatan negeri. Peruntukan pendidikan dipotong, peruntukan agama dipotong, peruntukan kebajikan dipotong, JKR potong, JPS potong, pejabat tanah potong, Jabatan Veterinar potong, semua peruntukan dipotong. Apakah sudah terjadi pada kewangan Negeri Perak. Saya rasa kebanyakan kita di sini telah mengabaikan gajah besar di dalam bilik, the white elephant in the room nobody wants to speak about di mana Kerajaan Negeri telah rugi sebanyak RM600 juta dalam projek MAPS dan ini telah menyebabkan implikasi yang amat besar kepada kewangan Negeri Perak. Sehari kita tak selesaikan isu MAPS ini tak mungkin kita boleh pulihkan status kewangan Negeri Perak. Jadi saya juga ingin memperbetulkan ulasan Kota Tampan semalam terhadap isu MAPS yang telah dibangkitkan oleh Aulong bahawa Kota Tampan mengatakan beliau tak boleh jawab isu MAPS kerana ia bukan di bawah pihak Kerajaan Negeri dan ia di bawah PCB (Perak Corporation Berhad). Ya memang MAPS di bawah PCB tapi Kota Tampan jangan lupa bahawa Kota Tampan merupakan Pengerusi PKNP yang mempunyai controlling interest 52.9% atas saham PCB sekaligus mempunyai kuasa untuk melantik ahli lembaga dan juga pengerusi lembaga dan CEO PCB yang mempunyai kuasa sepenuh dalam pengurusan MAPS dan jangan juga kita lupa semasa MAPS dibina CEO PKNP dan juga CEO PCB merupakan orang yang sama.
Namun saya tidak berhasrat untuk mengaitkan Kota Tampan dengan isu MAPS. Saya tahu ini merupakan masalah pentadbiran yang lama namun Kota Tampan haruslah mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah MAPS memandangkan Kota Tampan sekarang sebagai YAB MB mempunyai kuasa penuh untuk melantik ahli lembaga dan juga CEO PCB.
Di sini ingin saya tegaskan bahawa niat saya untuk membawa isu MAPS ini ikhlas. Kita nak selesai isu ini. We have the state interest in the heart. Kita nak juga selesai MAPS ini dan kalau kita tengok laporan dari media-media gambar terbaru di MAPS sekarang MAPS selepas kita belanjakan RM600 juta untuk bina MAPS sekarang rumput-rampai, lalang-lalang semua tumbuh. Adakah kita larat nak tengok? Sekarang ini yang berlaku, adakah kita akan, biarlah ini berlaku selama 3 tahun 4 tahun 5 tahun, RM600 juta kita sudah belanja. Kenapa kita tak buka kembali MAPS. Saya sudah buat pengiraan kasar, kalau nak buka balik MAPS, RM10 juta boleh. Kita boleh guna untuk membaiki alat-alatan, kita boleh dapat pekerja-pekerja RM10 juta boleh. Tapi kalau dulu nak guna RM600 untuk buat MAPS kita tak patut buat, RM600 dibelanjakan sekarang tak larat nak guna RM10 juta untuk buka kembali MAPS.
Jadi saya haraplah Kerajaan Negeri boleh mendapat iktibar dari pengajaran yang amat besar ini. Dari mulanya from the beginning pihak pembangkang kita telah bagi teguran kita bantah pihak kerajaan untuk tidak beroperasi theme park ini melalui GLC yang dikuasai oleh negeri-negeri itu pihak Corporation Berhad. Pada masa itu Sungai Rapat, Aulong, Sitiawan Dato’ Ngeh, kita berkali-kali bantah di dalam Dewan di sini juga kita bantah, kita katakan It is not The State Government Business to run the Theme Park. Fungsi Kerajaan Negeri sepatutnya untuk membuat dasar-dasar dan polisi-polisi untuk membantu pihak swasta membuat bisnes dan dari pendapatan pelbagai cukai kita tax bisnes itu kita dapat pendapatan. Itu fungsi Kerajaan Negeri. Namun teguran dan bantahan itu tidak diendahkan pada masa itu.
Akhirnya kos pembinaan MAPS melonjak sebanyak RM237 juta dari kos asal RM390 juta ke kos RM607 juta dan sekarang rakyat Negeri Perak haruslah menanggung beban hutang ini. Kesilapan kedua ialah untuk menutup MAPS pada tahun 2020 Januari. Saya rasa pihak orang ramai, orang awam berhak untuk tahu, apakah yang berlaku sampai kita tutup MAPS sampai hari ini, dua tahun. Apa akan berlaku? Dan hari ini saya ingin menceritakan ke semua I tell all story kepada semua mengapa MAPS hari ini tutup. Saya setuju bahawa MAPS perlu dijual kepada pihak ketiga this not the government to run MAPS saya setuju kita tak jual. Namun jika kita nak jual MAPS, MAPS kena dijual dalam keadaan beroperasi it must be going consule be self then only they can fresh the hire value from MAPS. Kita nak nilai yang paling tinggi untuk MAPS kita nak jual bukan dalam keadaan tertutup. Sama saja kalau nak jual bisnes kopitiam, tutup dua tahun jual mesti tidak bernilai. Kalau kita nak nilai yang paling tinggi untuk MAPS kita harus beroperasi MAPS dan cari satu pihak ketiga yang paling sesuai yang tawarkan harga paling tinggi baru kita jual. Setelah dua tahun dilelong dan sekarang tak ada apa-apa pembeli yang memberi sebarang tawaran, saya percayalah kalau ada sebarang tawaran pun yang amatlah rendah dan mungkin tawaran MAPS Sekarang hanya kurang daripada RM50 juta iaitu kurang daripada 10 peratus daripada kos pembinaan MAPS. Untuk pengetahuan semua nilai tanah the value of the land MAPS is still right now tersebut sekarang dalam sekitar RM60 juta. Tapi kalau MAPS itu dijual secara scrab, pembeli tu kena kos untuk dismanter all the equipment for the dismanter MAPS. Jadi mungkin tawaran mereka adalah kurang daripada RM50 juta.
Pada April 2019 saya telah memfailkan satu usul supaya Dewan ini membahas Laporan Audit Dalaman MAPS dan meluluskan supaya pihak Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan kewangan kepada MAPS memandangkan status kewangan MAPS amat genting pada masa itu. Pada masa itu saya faham usul ini tanpa apa-apa niat jahat dan dengan kepentingan negeri dalam hati. Saya berharap pada masa itu usul ini boleh mendapat sokongan by petisyen kerana kita nak selamatkan MAPS. Ini bukan soal politik pada masa itu kita nak selamatkan MAPS kita harap ahli-ahli dalam dewan boleh sokong kita, supaya Kerajaan Negeri selamatkan MAPS dan saya percaya pada masa itu semua ahli-ahli yang duduk dalam Dewan itu pun juga percaya. Itu langkah yang betul yang kita kena buat kita kena selamatkan MAPS.
Usul itu pernah dibincang dalam pre-council di antara Kerajaan N egeri dan back pada masa itu dan juga telah dipersetujui bahawa usul ini dibawa ke Dewan. Namun dua hari sebelum usul itu dibentangkan, Chenderiang pada masa itu telah mengatakan dia tidak akan menyokong usul tersebut dengan alasan ADUN kerajaan tidak elok untuk membawa usul untuk menggesa Kerajaan Negeri membantu MAPS. Setelah Chenderiang memberi jaminan ia sering memberi jaminan dalam media. Saya baca di sini, start Perak Corporation Berhad no need to table mortion over MAPS had already coming. Ini jaminan yang dibagi oleh Chenderiang dan cakap Kerajaan Negeri akan bantu MAPS tak payah buat usul. Dari pada masa itu dengan jaminan Chenderiang, saya telah menarik balik usul yang dibentangkan dan sekarang kita tahu sekarang kita tahu niat Chenderiang supaya usul itu ditarik bukan kerana alasan yang diberikan. Yang diberikan bawa ADUN Kerajaan tak elok nak bentangkan usul sebegini dan yang kita tahu sekarang niat itu adalah Chenderiang tidak mahu terikat dengan keputusan dewan untuk menyelamatkan MAPS.
Walaupun janji-janji telah diberikan oleh Chenderiang untuk membantu MAPS namun akhirnya tidak apa-apa bantuan yang diberikan oleh MAPS dan akhirnya MAPS terpaksa ditutup akibat kelewatan membayar Principles sebanyak RM21 juta. Ingin saya bawa perhatian kepada Dewan ini, bukan sahaja jaminan dari Chenderiang pada masa itu. Pada masa itu surat rasmi telah dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri pada masa itu untuk memberi jaminan kepada bank bahawa Kerajaan Negeri Perak akan membantu dalam pembayaran ansuran bank. Namun surat itu saya tengok dengan mata saya sendiri dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga PCB, memang surat telah dikeluarkan Kerajaan Negeri Perak bagi jaminan hendak selamatkan MAPS. Namun bank tu terima surat kerajaan. Akhirnya ATP telah diisytihar muflis dan juga mengambil alih dan setelah ditutup selama dua tahun. Apakah sudah terjadi kepada nilai MAPS.
Pada tahun 2019, Pihak PCB pernah berunding dengan beberapa syarikat swasta yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan theme park dan nilai kita bincang pada masa itu, nilai yang nak jual, ada berapa syarikat yang ada niat nak beli dan masa itu bila kita nak bincang beli MAPS adalah dengan sekitar RM100 juta kerana 156 tanah-tanah tersebut RM60 juta. Jadi kalau dalam keadaan yang beroperasi dalam keadaannya ada pengunjung saya yakin kita boleh dapat nilai tu RM100 juta sampai RM150 juta. Namun selepas MAPS terpaksa selama 2 tahun, kini nilai MAPS merosot. Itu adalah kesilapan kedua untuk melelong MAPS dengan harga yang murah iaitu kurang daripada RM50 juta dan kesalahan ketiga ialah jika kita biarkan MAPS terus tutup dan setiap bulan kita akan mengalami perbelanjaan faedah sebanyak dua hingga tiga juta.
Kalau kerajaan pada tahun 2014, berjaya ataupun bertegas mahu melaburkan RM600 juta untuk bina MAPS, kenapa sekarang kita tak boleh laburkan bukan RM10 juta untuk buka kembali MAPS. Kita boleh bawa pelancong dulu kata nak bawa pelancong 36 juta pelancong dari seluruh negara iaitu merata-rata negara pada tahun 2020. Rakyat juga boleh memaju ekonomi kita boleh jana pekerjaan. Tapi sekarang kenapa kita biar MAPS tutup saja. Namun sekarang bila MAPS sudah siap bina, Kerajaan Negeri hanya perlu kurang daripada 10 juta jadi saya haraplah Kerajaan Negeri boleh menimbang semula cadangan lets renegotiate with bank, kita bayar secara ansuran untuk ada satu reaction planned dan MAPS sebenarnya dia ada self kitab oleh pada masa 2019 sebelum covid kita boleh membayar segala perbelanjaan hanya dengan harga tiket yang kita kumpulkan. Selain itu saya juga ingin bangkit tentang isu hutang KWSP yang dihutang oleh MAPS ataupun ETP Sendirian Berhad.
Untuk makluman Dewan sebanyak 217 orang pekerja MAPS telah digugurkan kerja untuk mengeluarkan mengurangkan beban kewangan MAPS pada Januari 2020. Namun ingin menarik perhatian bahawa sejumlah lebih kurang RM1.5 juta masih di hutang oleh MAPS kepada pekerja-pekerja ini. Semasa kita beritahu mereka kita gugurkan kerja mereka kita bagi jaminan kita akan bayar kembali KWSP ni. Jadi saya haraplah pihak kerajaan boleh mengambil tindakan supaya KWSP pekerja-pekerja ini dibayar.
Akhirnya saya ingin mengambil perhatian Dewan terhadap afidavit yang telah dibuat oleh bekas CEO, PCB Berhad Corporation. Encik Muhammad Shafie, dalam affidavit sini telah ada satu item yang amat penting yang saya ingin bawa iaitu di dalam sendiri terdapat satu global PKNP between PKNP dan juga PCB. Mengapa kita ada global settlement ini. Ini kerana dalam pentadbiran yang lama setiap kali bila PKNP nak membelanjakan wang, setiap kali PKNP tidak ada duit. Nak belanjakan wang, yang terpaksa keluarkan duit.
Saya bagi contoh. Kos bagi pembangunan Bulatan 18 di Meru. Belakang itu sebenarnya dimasukkan dalam kos PKNP. Tetapi siapa yang bayar ? PCB yang bayar. PCB bayar RM9 juta. Jadi duit ini sepatutnya dibayar oleh PKNP. Ada juga tanah-tanah PKNP. Lanai Casuarina di Cempaka, Parit. Lanai Casuarina di Kuala Kangsar. Tanah itu milik PKNP. Tapi siapa yang bayar ? PCB yang bayar. Jadi I think we have stop this nonsense. Kita harus ada satu urus tadbir yang baik good recounters. Saya tahu PCB itu milik kerajaan tetapi kita hanya ada 52.9%. Masih terdapat minoriti-minoriti interest ini. Kita tidak boleh guna duit ini sewenang-wenangnya untuk PKNP.
Jadi masa itu semasa saya ahli lembaga kita telah membentangkan global settlement ini di antara PKNP dengan PCB dan kita telah mengiira kesemua duit yang telah dibelanjakan oleh PCB. We pay on behalf PKNP. Jumlahnya terdapat RM92.8 juta. Di mana duit yang sepatutnya dikeluarkan oleh PKNP telah dibayar oleh PCB dan ini kita perlu kita tukar. We have to change the mind set now. PCB merupakan satu syarikat listed company di mana Kerajaan Negeri mempunyai 52% saham. We are the biggest shareholder. Tetapi duit itu tak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk PKNP. Jadi saya harap ini kita boleh buatkan dalam masa hadapan dan kita boleh memperbetulkan. Jadi saya berharap point-point ini kita boleh ambil maklum dan kita boleh memperbetulkan dalam masa hadapan dan juga kita tidak lagi menunjukkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam pentadbiran yang lama. Jadi sekian sahaja ucapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Keranji. Sekarang dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. 20 minit daripada sekarang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan doa). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua yang memberikan peluang kepada saya daripada Hutan Melintang untuk berbahas pada petang ini. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato'-Dato' Ahli Mesyurat Kerajaan Negeri, rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan peringkat Negeri dan Persekutuan, urusetia dewan, seluruh masyarakat di luar sana yang mengikuti persidangan ini secara maya khususnya masyarakat dalam DUN Hutan Melintang.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Saya serta masyarakat kawasan DUN Hutan Melintang merakamkan penghargaan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan dan pasukan beliau. Yakni anggota pentadbiran negeri yang telah berjaya juga menyediakan Belanjawan 2022 Darul Ridzuan bertemakan 'Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif' diusulkan ketika Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 untuk dibahaskan walaupun dalam situasi yang amat sukar setelah negara kita dikejutkan dengan fenomena penularan pandemik Covid-19 hingga ke hari ini.
Saya amat yakin Belanjawan 2022 ini sedang dibahaskan akan dapat sokongan dan kelulusan untuk digunapakai pada tahun hadapan walaupun ada beberapa penambahbaikkan tertentu dalam pembahasan daripada sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN-ADUN yang telah pun memberikan idea untuk penambahbaikan. Seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan semasa mengemukakan Usul Belanjawan 2022, Jumaat lepas, unjuran jangkaan hasil pendapatan dianggarkan RM1.06 bilion berbanding unjuran wang akan dibelanjakan dianggarkan RM1.1 bilion. Belanjawan 2022 dijangka mengalami defisit lebih kurang RM50 juta. Namun begitu kita mendoakan agar pada tahun hadapan pandemik Covid-19 ini akan bertambah menurun agar kegiatan ekonomi dapat berkembang dan dapat mengimbang semula tambahan pendapatan bagi mengimbangi perbelanjaan. Daripada unjuran keseluruhan tersebut belanja pembangunan keseluruhannya berjumlah RM349 juta. Yang akan digunakan atau dibelanja sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan tetap terpelihara sepertimana ketetapan 5 fokus yang menjadi keutamaan.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya tertarik dengan cadangan fokus pertama yakni menjana semula ekonomi dan mengupayakan sara diri rakyat. Pengkhususan kepada jaminan keselamatan makanan ataupun food security seiring dengan dasar agromakanan negara daripada pihak MAFI dan juga Kerajaan Pusat. Ramai ADUN telah membangkitkan isu masalah kenaikan harga keperluan harian makanan terutamanya makanan ayam sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Hulu Kinta semalam. Sayur-sayuran dan lain-lain yang terlampau mahal hingga menyebabkan kos kehidupan seharian bertambah tinggi. Ayam merupakan satu makanan ruji kepada semua masyarakat di negara kita. Mahu tidak mahu Kerajaan Negeri Perak juga perlu sama-sama membantu kerajaan pusat bagi memastikan untuk menstabilkan harga barang-barang makanan keperluan harian ini termasuklah ayam dan lain-lain di pasaran berdasarkan permintaan dan penawaran.
Di samping untuk membantu kerajaan pusat ataupun KPDNKK untuk memastikan harga keperluan harian diturunkan. Saya melihat dari sudut bagaimana Kerajaan Negeri Perak boleh ceburi dalam bidang itu yang mana kita yakin boleh menjadi satu sumber kekayaan baru atau penempatan baru kepada Kerajaan Negeri yang boleh dijana untuk jangka masa panjang dalam sektor penternakan. Saya menjangkakan bahawa punca kenaikan harga ayam adalah disebabkan daripada kenaikan kos bahan mentah makanan ayam samada dedak ataupun bijirin. Berasaskan bijirin jagung yang diimport daripada luar negara. Kenaikan harga hampir 35% daripada sebelum ini.
Negara kita Malaysia bergantung kepada import bahan mentah jagung bijirin daripada negara luar. Argentina RM1.8 bilion, Brazil RM1.2 bilion, Amerika Syarikat, Paraguay, Pakistan, Perancis dengan jumlah keseluruhan nilai RM3.1 bilion statistik tahun 2016 sebelum diproses di kilang-kilang tempatan bagi menghasilkan produk akhir sebagai makanan ternakan. Sudah pasti kadar tukaran wang akan menyebabkan harga semakin meningkat di samping waktu pandemik Covid-19 ini mungkin negara pengeksport akan mengurangkan eksport mereka oleh kerana pengelurannya berkurang juga tidak mencukupi untuk digunakan dalam negara mereka. Maka sudah tentu harga akan meningkat jika permintaan tinggi. Oleh itu bagi mengurangkan kebergantungan kepada import bahan mentah bijirin jagung. Bahan mentah utama penghasilan makanan untuk ternakan ayam dan juga ternakan ruminan.
Saya mencadangkan Kerajaan Negeri Perak melalui syarikat-syarikat GLC berkaitan dengan pertanian dan industri makanan di Negeri Perak ini yang mempunyai tanah yang belum dibangunkan, meneroka sumber kekayaan baru dengan menceburi industri penanaman jagung bijirin secara komersial berskala besar dengan mana-mana syariat pemain industri sektor berkenaan yang berminat melabur secara perkongsian strategik. Saya yakin sedikit sebanyak permasalahan kenaikan harga ayam dan lain-lain sumber protein makanan-makanan ternakan dapat diimbangkan semula di samping menjana pendapatan baru bagi kerajaan negeri pada masa-masa akan datang.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, masih lagi berkaitan fokus pertama menjana semula ekonomi dan mengupayakan sara hidup rakyat. Sepertimana para 46 ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kota Tampan berkaitan jaminan keselamatan makanan iaitu bantuan input makanan. Lepas itu bantuan input makanan, ternakan, program penternakan ikan, program asas tani, pasca Covid-19 dan pembelian hasil pertanian daripada golongan petani, penternak dan nelayan yang terjejas akan dilaksanakan.
Bagi membantu petani, penternak dan nelayan yang terkesan. Saya mencadangkan kerajaan negeri meneruskan memberikan bantuan one off kepada mereka-mereka iaitu petani, penternak dan nelayan yang terkesan daripada Covid-19. Berbentuk bekalan asas projek kepada mereka yang layak menerimanya. Walau bagaimanapun Hutan Melintang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberikan bantuan one off ini disalurkan kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan ataupun PPK di seluruh negeri Perak yang berjumlah 30 buah bagi tujuan seperti mana bantuan yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seramai 90 ribu ahli peladang yang berdaftar dengan 30 PPK tersebut dan melaksanakan aktiviti berteraskan pertanian dan juga industri berkaitan dengan pemakanan. Saya tertarik dengan saranan daripada sahabat kita daripada Trong semalam berkaitan projek-projek pertanian tanaman kontan supaya ditanam dengan berbeza-beza diberlainan kawasan agar pemasarannya dapat dijual dan tiada lambakkan di pasaran setempat. Mana sayuran hijau, tanaman cili dan lain-lain serta tangkap ikan dalam sangkar atau pun dalam kanvas. Saya yakin jika Kerajaan Negeri memberikan bantuan tersebut disalurkan kepada 30 buah PPK tersebut mereka mempunyai keupayaan untuk melaksanakan projek-projek tersebut daripada pengurusan awal sehinggalah kepada pemasaran. Sama ada ianya diusahakan sendiri oleh PPK ataupun wakil-wakil ataupun ahli-ahli warga daif yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan.
Ada 30 buah PPK di negeri Perak ini. Jika sekiranya PPK Tanjung Piandang tanam cili, PPK Pengkalan Hulu tanam apa nama jagung, PPK Lenggong tanam kobis, PPK bandaraya tanaman sayuran yang lain dan PPK di tengah itu di Slim tanam sayuran yang berbeza sampailah kepada yang selatan PPK Hutan Melintang dan Bagan Datuk di selatan semuanya 30 PPK mengusahakan tanaman kontan pelbagai jenis dan akhirnya dapat dipasarkan dengan pelbagai jenis tanaman dan tiada lambakkan. Saya yakin dan percaya bahawa Pertubuhan Peladang Negeri menjadi penyelaras kepada program ini. Dari segi pemasaran saya yakin dan percaya.
Jalong minta laluan.
Ya silakan.
Terima kasih. Saya amat tertarik dengan hujahan-hujahan yang berhormat terutamanya berkaitan dengan pertanian dan cara-cara memajukan rakyat yang boleh dikatakan lebih susah kerana mereka mencari pendapatan terutamanya dalam keadaan pasca pandemik covid sekarang di mana ekonomi sedang lembap. Jadi apa yang kita dapati daripada buku bajet kita dapati pada perbelanjaan untuk pembangunan bagi sektor pertanian bagi tahun lepas adalah RM8 juta tetapi pada tahun ini telah dikurangkan kepada RM4 juta sahaja. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi saya rasa banyaknya memang adalah cadangan yang bagus tetapi masalahnya sekarang jika kita hendak melaksanakan cadangan-cadangan ini pada penghujung kiraannya kita memerlukan wang. Jadi apa katanya saya nak tanya Yang Berhormat setujukah supaya Kerajaan Negeri mencari jalan untuk menaikkan bajet bagi sektor perbelanjaan untuk pembangunan pertanian ini. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya daripada Jalong. Saya belum habis lagi memang akhirnya nanti saya akan. Saya bersetuju dengan cadangan Jalong terima kasih. Dari segi pemasaran saya sekarang percaya setiap 30 PPK tersebut telah sedia ada pusat pengumpulan hasil. Hasil tanaman dan ternakan yang diperolehi dikumpulkan sebelum dipasarkan. Pasaran juga akan lakukan dengan jaringan kerjasama semua PPK tersebut ke sasaran dan pengguna di seluruh negeri Perak dengan jalinan pemasaran yang sedia ada. Saya yakin bantuan one off sebut jika diluluskan oleh pihak kerajaaniInsyaallah capai matlamat dan hasrat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan membantu petani, penternak dan nelayan yang terjejas. Walau bagaimanapun saya setuju dengan Jalong tadi bahawa peruntukan sebanyak RM4 juta pun tidak mencukupi dan perlu ditambah untuk memastikan hasrat untuk kita membantu mereka-mereka di sasaran iaitu golongan penternak dan petani serta nelayan dapat dibantu dengan sebaiknya. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, seperti mana para 49 ucapan dalam Dewan Yang Amat Berhormat Mentei Besar, masih lagi berkaitan dengan jaminan keselamatan makanan negara, belanja pembangunan Jabatan Pertanian untuk pembangunan komuniti pertanian sebanyak RM3.1 juta. Hutang Melintang memohon jasa baik untuk sebahagian daripada peruntukan tersebut dilaksanakan projek penanaman komoditi kelapa. Varieti terpilih kerana kawasan parlimen Bagan Datuk merangkumi DUN Rungkup dan Hutan Melintang amat sinonim dengan tanaman komuniti kelapa. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak SADC yang telah meluluskan projek tanaman komoditi kelapa kepada seramai 11 orang peserta dengan keluasan 25 ekar dan akan dimulakan pada awal tahun 2022 dengan varieti SGG iaitu Sungai Gulang-Gulang bagi menggantikan varieti kelapa matak kerana varieti SGG ini boleh jadikan kelapa tua yakni santan manakala kelapa matak kebanyakan dijual sebagai kelapa muda tetapi masih ramai lagi permintaan daripada peladang di Hutan Melintang yang memohon untuk penanaman baru varieti kelapa. Saya mohon pihak Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Pertanian pertimbangkan permohonan daripada Hutan Melintang.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, seperti mana para 46 ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar berkaitan dengan pembangunan keusahawanan. Saya mengucapkan banyak terima kasih di atas kesudian Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan menjenguk ke daerah Bagan Datuk pada tarikh 27 November yang lalu Program Mesra Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyantuni usahawan-usahawan di daerah Bagan Datuk. Para usahawan tersebut menyampaikan salam kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar kerana sudi hadir menemui mereka mereka pada waktu itu. Saya mendapatkan input daripada mereka susulan selepas lawatan tersebut. Mereka amat teruja dengan pelbagai program di bawah Sekretariat Usahawan negeri Perak STeP yang telah diwujudkan dan berpusat di Ipoh. Mereka berpandangan jaringan STeP ini perlu ditambah luaskan supaya segala informasi dapat diterima oleh para usahawan di seluruh negeri Perak. Oleh itu Hutan Melintang mencadangkan agar ditubuhkan cawangan-cawangan STeP ini di setiap daerah untuk keberkesanan matlamat penubuhan sekretariat tersebut.
Dalam kontak Bagan Datuk, termasuklah Hutan Melintang dan juga Rungkup sekretariat ini boleh diselaraskan dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga-peniaga
Kecil negeri Perak cawangan Bagan Datuk. Ini bagi mempastikan bahawa matlamat penubuhan STeP ini dapat dirasai sehingga di peringkat akar umbi. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, berkaitan permasalahan di kawasan saya di Hutan Melintang hasrat dan keluhan daripada penduduk dan rakyat Hutan Melintang.
Yang pertama mengenai projek pembinaan baru Jalan Sungai Ipil ke Sungai Dulang sambungan fasa 2 yang telah diluluskan dalam belanjawan tahun lepas 2021 untuk dilaksanakan pada tahun semasa di tahun ini. Saya melihat projek tersebut belum dilaksanakan pada tahun semasa, pada tahun ini. Juga di dalam belanjawan tahun 2022 ianya telah tiada. Hutan Melintang mohon pencerahan akan status projek tersebut dan telah ada kelulusan. Ke mana perginya, istilah orang Perak, jangan sampai projek tersebut lebuh. Jadi insyaallah saya mohon untuk pihak yang bertanggungjawab, yang menjaga projek ini memberikan pencerahan insyaallah.
Yang kedua, masalah selenggaraan parit saliran di sepanjang jalan laluan negeri A123 Taman Melintang ke Sungai Tiang, Baruh Rungkup lebih kurang 20 kilometer. Masalahnya berkaitan care taker untuk selenggaraan di antara dua jabatan iaitu JPS dan JKR. Ini telah berlarutan sehingga lebih 20 tahun. Difahamkan parit saliran tersebut sebelah kanan jalan diselenggara oleh pihak JPS, alhamdulillah tiada masalah. Cuma parit saliran di sebelah kiri jalan ianya tidak diselenggara, difahamkan ianya di bawah kuasa JKR bukan JPS. Kawasan tersebut selalu berlaku banjir air termenung kerana bila hujan lebat, parit saliran tersebut tidak ada langsung dia buat pembersihan dan sering tersumbat iaitu disepanjang lebih 20 km. Parit tersebut mungkin tidak digazetkan dibawah JPS oleh kerana ianya merupakan parit buatan apabila aktiviti-aktiviti pengambilan tanah untuk menambak pembinaan jalan baru tersebut, ini cerita projek tahun 1980-an. Mohon jasa baik phak berwajib membuat tinjauan dan menyelesaikan masalah tersebut yang berlarutan hampir 30 tahun lebih.
Dan ketiga berkaitan memakmur dan mensejahtera rakyat. Berkaitan dengan keselesaan rumah kediaman, bantuan baikpulih rumah warga daif. Mohon jasa baik pihak kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas daripada belanjawan tahun ini, tahun depan 2022 bagi bantuan baikpulih rumah warga daif demi keselesaan kediaman mereka. Ini merupakan salah satu permasalahan rakyat keluarga daif kawasan Hutan Melintang. Mohon jasa baik pentadbiran Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Perkara keempat, Para 115 belanjawan negeri tahun 2022, pemerkasaan anak muda dan DUN Belia. Bajet sebanyak RM0.8 juta yang diperuntukkan tersebut saya rasakan perlu tambah lagi bagi menyantuni golongan belia dan anak muda dengan pelbagai program-program pembangunan untuk memperkasakan anak-anak muda.
Yang kelima, fokus memantapkan tadbir urus dan pendigitalan. Pemerkasaan komuniti luar bandar. Yang ini berkaitan tentang kuasa pembangunan dan keselamatan kampong, JPKK yang sedia ada kursusnya saya nak bangkitkan mengenai dengan JPKK Kampung India di DUN Hutan Melintang. Dimaklumkan bahawa di kawasan Hutan Melintang terdapat banyak kampung-kampung tradisional, kumpulan masyarakat kaum India tetapi hanya terdapat satu kampung saja yang mempunyai JPKK kaum India dengan keluasan seluas DUN Hutang Melintang yang perlu beliau jaga. Oleh itu, mengikut kesesuaian Hutan Melintang mencadangkan ditambah lagi dua kampung yang mempunyai JPKK kaum India berbandingan kalau mengikut komposisi kaum, kaum Melayu ada lebih kurang 56%, India 28% dan kaum Cina 18% tetapi untuk kaum Cina ada empat ketua kampong JPKK, kaum India ada 1. Jadi tidak munasabah untuk hanya 1 JPKK kaum India. Insyaallah lain-lainnya saya sama juga dengan dah lain sahabat-sahabat ADUN yang lain perlu memikirkan mengenai permohonan hakmilik tanah yang masih tergantung berpuluh tahun yang mana kebanyakkan mereka telah pun mendapat LPS, lesen sementara atau TOL tetapi mereka mohon walaupun telah dibuat permohonan untuk hak milik penuh, hak milik kekak tetapi belum lagi dapat laksanakan.
Saya mohon jasa baik pihak yang berkenaan untuk terus memberikan komitmen agar perkara dapat disegerakan. Begitu juga dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan tanaman iaitu musuh tanaman, samada di atas iaitu monyet atau kera dan di bawahnya adalah khinzir. Saya memohon jasa baik kepada pihak jabatan perhilitan supaya dapat memberikan komitmen terbaik agar dapat dipastikan supaya mereka dapat membantu panel apabila kita memohon untuk untuk jabatan perhilitan, membantu orang kampong, pihak jabatan mengatakan merekatidak cukup anggota untuk memantau atau pun membasmi musuh tananam kursusnya di kampung-kampung.
YB Timbalan Yang Dipertua, saya fikir kita terus membantu bersama YAB Dato’ Seri Kota Tampan bagi meneruskan agenda pembangunan untuk membangunkan Negeri Perak. Saya yakin dan percaya bahawa dengan semua kerjasama semua pihak, daripada pihak kerajaan atau pembangkang, perbahasan pada hari ini, belanjawan ini dapat satu kesimpulan yang baik untuk kita dapat meneruskan agenda membantu rakyat sesuai dengan tema yang telah pun diberikan iaitu “Perak Berdaya Saing Mampan dan Inklusif”. Sebagai menggulung perbahasan saya, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Timbalan Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan usul belanjawan Negeri Perak pada tahun ini. Sekian, (ucapan salam). Hutang Melintang menyokong.
Walaikumsalam wbt. Terima kasih kepada Hutan Melintang. Seterusnya dijemput YB dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit daripada sekarang.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Tuan Timbalan Yang Dipertua dan saya juga ingin mengucapkan salam sejahtera kepada semua yang hadir pada hari ini termasuk juga pegawai-pegawai atau pun ketua-ketua agensi dan pemerhati dan juga rakan-rakan media yang menyertai perbahasan pada petang ini secara maya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada Astaka untuk menyertai bahagian dalam perbahasan Belanjawan tahun 2022.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, bagi satu kerajaan kalau kita bentangkan satu belanjawan yang mempunyai lebihan atau pun defisit ini biasa akan dikutuk oleh pihak pembangkang. Ini atas sebab mungkin pengurusan yang tidak begitu cekap atau pun tetap begitu baik. Tapi pada masa ini iaitu selepas atau pun pasca Covid-19, saya berpendapat bahawa sebagai satu kerajaan kita haruslah menyuntik dana ke dalam pasaran supaya pasaran ini mempunyai dana yang cukup ekonomi boleh dijana semula dan kalau kita tengok balik belanjawan tahun 2022 yang dibentangkan oleh YAB Kota Tampan, temanya adalah “Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif”.
Timbalan Yang Dipertua, kalau kita tidak mempunyai cukup, kita tidak menyuntik dana yang cukup ke dalam pasaran, macam mana kita boleh menjadi satu negeri yang berdaya saing, mampan dan inklusif dan bila saya sentuh berkenaan dengan penyuntikan dana ke dalam pasaran, saya harap pihak kerajaan boleh menyuntik dana atau menyalurkan dana ke dalam pasaran secara terus kepada rakyat di dalam negeri ini dan khusus adalah melalui pembangunan. Kalau kita tengok balik apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada Jumaat yang lalu, kita boleh nampak biasanya dana ataupun belanja pengurusan adalah lebih daripada belanja pembangunan. Kalau kita mempunyai dana yang tidak cukup dalam belanja pembangunan, maka negeri kita ini tidak akan dibangunkan ataupun pembangunannya akan terjejas. Oleh itu saya harap kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan boleh meninjau semula ataupun mempertimbangkan apa yang telah dikemukakan oleh semua ahli-ahli dewan ini supaya kita semak balik kita tinjau balik dan kita menambah kepada belanjawan tahun 2022.
Timbalan Yang Dipertua, saya ingin juga memetik dua perkara yang saya amat ambil perhatian ataupun really catch my perhatian dengan izinnya. Saya juga ingin menyeru Yang Amat Berhormat Kota Tampan supaya kita menjunjung ataupun kita sentiasa menghormati semangat dan jiwa Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini di mana kita saya ingin merujuk dan menarik perhatian kepada perkara 11 iaitu kita semua rakyat di Malaysia ini mempunyai kebebasan untuk mengamal agama yang yang yang yang we had the freedom to perfess our own regilion dengan izinnya. Dengan ini saya ingin menyentuh berkenaan dengan peruntukan yang telah disalurkan ataupun dijangka akan disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam.
Sebelum ini sebelum saya berdiri dan berbahas di sini, ada juga ramai ADUN yang membangkitkan isu ini di mana Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam ini hanya mendapat RM5 juta pada tahun hadapan. Tapi kalau kita tengok balik rekod sebelum ini kita boleh nampak setiap tahun jabatan ini ditubuhkan bukan sejak mula-mulanya tapi sejak kalau tak silap saya mulai tahun 2019, jabatan ini telah disalurkan atau diberi peruntukan sebanyak 10 juta dan supaya kita selain daripada jiwa ataupun semangat perlembagaan persekutuan, saya juga
Canning mohon laluan. Terima kasih YB Astaka. Semalam saya punya speach perbahasan, saya ada sebab isu ini yang tujuan utama untuk hal ehwal bukan islam ini adalah memastikan sebarang kekangan dan isu yang dihadapi oleh masyarakat bukan Islam dapat diatasi dengan lebih sempurna. Saya mencadang mengkaji semula peruntukan RM5 juta perlu menaikkan kepada untuk ke RM10 juta untuk hal ehwal bukan islam, apa pandangan dari YB Astaka, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Canning. Saya amat bersetuju bahawa kita menambah lagi peruntukan yang akan disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam dan dalam Dewan yang mulia ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada ok kita boleh tahu kita semua menerima fakta di mana agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan biar saya bagitahu satu fakta di mana setiap kali dalam Mesyuarat Jawatankuasa JKPD Jawatankuasa JTPD Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah, kalau tidak salah silap saya. Setiap kali dalam Mesyuarat JKTD, saya akan dimaklumkan semua ahli-ahli dewan undangan yang ada ambil bahagian dalam mesyuarat akan dimaklumkan bahawa masjid ini telah kita akan bangunkan. Masjid ini kita akan menaiktarafkan. Honestly speaking, secara jujurnya saya menyambut baik perkara sebegini.
Oleh itu saya juga ingin mengingatkan Yang Amat Berhormat Kota Tampan supaya selain daripada Agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini, kita juga harus menghormati dan juga memberi peruntukan yang lebih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Hal Ehwal Bukan Islam supaya agama-agama lain di dalam negara ini di dalam negeri ini khususnya boleh dibangunkan dan selain daripada itu saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan peruntukan yang diberikan kepada pendidikan, di mana saya merujuk kepada perenggan 99 dalam ucapan Yang Amat Berhormat Kota Tampan di mana bagi tahun hadapan, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM4.5 juta untuk bantuan perkapita kepada hampir 450 ribu pelajar sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, SJK(C), SJK(T) SMJK(C), sekolah mubaligh dan sekolah sukan.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, pendidikan ini merupakan satu sektor yang cukup penting di mana kita mendidik anak-anak muda hari ini dan akhirnya pada masa yang akan datang mereka akan menjadi pemimpin negara ini, pemimpin negeri ini dan saya percaya di sebelah sana ada banyak ada ramai juga rakan-rakan yang sebelum ini sebelum menjadi apa ni menjadi wakil rakyat, mereka juga adalah pendidik. Itu pasal saya haraplah serupa Cikgu Saarani program Cikgu Saarani kalau tak silap saya sebelum ini Yang Amat Berhormat Kota Tampan juga merupakan seorang guru kan, kalau tak silap sayalah. Ok, I stand to be attracted dengan izinnya.
Kalau Yang Amat Berhormat Kota Tampan merupakan seorang pendidik sebelum ini, saya haraplah beliau boleh meninjau semula agar peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah ini boleh ditambah supaya anak-anak muda hari ini tak kisah dari saluran mana pun, sekolah ni aliran manapun, mereka boleh diberi pendidikan yang bertaraf bertaraf dunia supaya mereka boleh pada masa hadapan membawa negeri Perak yang tercinta ini ke satu tahap yang lebih cemerlang lebih baik daripada hari ini. Oleh itu saya meminta kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan supaya meninjau mempertimbangkan apa yang telah di bangkitkan oleh kita dan menambah peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah yang tersebut tadi. Jalong…
Terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang dibawa oleh saudara saya daripada Astaka. Saya perhatikan perbahasannya kira boleh dikatakan kalau saya tutup mata kadang-kadang saya susah juga saya nak tengok sebenarnya dia bila dia cakap pasal sekolah ni saya teringat dia dari sekolah saudara Astaka ni daripada saudara jurusan dulu semasa di sekolah, dikatakan sekolah cina ke atau sekolah kebangsaan. Sebab ada yang rasa bahawasanya bila dalam sekolah ni jika ada banyak jurusan sekolah, mungkin daripada sekolah cina atau sekolah tamil dia menjadi satu permasalahan untuk kita bersama bergaul dan menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia. Jadi sekolah cina ke sekolah melayu?
Untuk menjawab soalan Jalong, sebelum ini saya belajar di SJK(C) Chung Cheng sekolah cinalah dianggap sekolah cina. Lepas itu SMJK Nan Hwa yang juga bukan Tsung Wah bukan Tsung Wah. Tapi lepas itu saya telah pergi ke United Kingdom untuk melanjutkan pembelajaran saya dan selepas itu kuranglah saya pakai bahasa kebangsaan. Tapi terpaksalah balik ke negeri ataupun negara kita dalam mahkamah pun kita pakai bahasa kebangsaan dan juga dalam Dewan yang mulia ini kita haruslah pakai bahasa kebangsaan kita. You have taken my time lah dengan izinnya. That's my personal, ok. Tuan Timbalan Tuan Yang Dipertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu berkenaan dengan premium tanah Kampung-kampung Baru Cina.
Walaupun apabila kita sebut Kampung-kampung Baru Cina dia nampaknya bahawa ini adalah isu kaum cina dan sebagainya. Tapi sebelum ini telah dibangkitkan oleh Pasir Pinji dan juga ramai termasuklah Aulong sebelum ini di mana Kampung-kampung Baru Cina ini dia memang bersejarah istimewa di mana dalam dunia ini kita tidak dapat carilah Kampung-kampung Baru Cina. Hanya di Malaysia sahaja kita akan nampak dan dengar dan baca sejarah Kampung-kampung Baru Cina ini. Oleh itu berkenaan dengan premium tanah yang akan saya bangkitkan ini adalah berkenaan dengan saya juga merujuk kepada jawapan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada hari Jumaat yang lepas apabila beliau menjawab soalan lisan Tebing Tinggi dan juga saya, soalan lisan Tebing Tinggi dengan saya.
Yang Amat Berhormat Kota Tampan mengatakan bahawa bagi pemilik tanah beliau akan dapat 80% diskaun dan bagi waris akan dapat 75 peratus diskaun kalau tak silap saya. Tapi ini bukannya satu situasi yang ada sentiasa kita hadapi. Contoh, saya bagi satu contoh di mana dalam kawasan saya terdapat 5 Kampung Baru Cina dan kebanyakan kesnya adalah sebegini. Contoh 1 title bila dia nak pergi renew, contoh ada balance 10 tahun lagi ok, pejabat tanah akan bagi tahu bahawa ada 10 tahun lagi tidak boleh di renew dan you kena tunggu sampai mungkin 6 tahun 5 tahun. Ok, kalau 10 tahun itu dikurangkan jadi 5 tahun 6 tahun pemilik tanah itu telah meninggal dunia. Beliau meninggal dunia tanah itu akan diwarisi oleh anak-anak beliau. Apabila diwarisi oleh anak-anak beliau tempoh pajakan itu ataupun itu telah lupus. I mean expired after that, dengan izinnya dan adakah pihak kerajaan bersedia untuk memberi memberi 75% kepada waris itu. Nombor satu, yang kedua saya boleh bagi satu cadangan di mana kerajaan negeri boleh menilai semula tanah-tanah di kampung-kampung baru Cina ini.
Walaupun kita boleh bagi diskaun sebanyak 80%, 75% dan sebagainya hampir 90% pun boleh sebab itu adalah hak kerajaan negeri tapi penilaian tanah itu adalah amat tinggi. Kalau penilaian tanah itu adalah amat tinggi betapa berat betapa banyak peratus diskaun diberi pun harga premium tanah itu adalah amat tinggi. Tuan Timbalan Yang Dipertua, kadangkala pejabat saya akan menerima aduan daripada ataupun permintaan pertolongan daripada rakyat di mana satu suratan hakmilik lepas itu mereka hendak memperbaharuinya kadangkala kos boleh pergi sampai RM20 ribu,
RM30 ribu dan 40 ribu dan sebagainya. Timbalan Yang Dipertua, bukan kita senang nak bagi nak bagi duit sebanyak RM20 ribu, RM30 ribu over the night, ya dia ada satu tempoh tapi bagi tempoh itu dalam tempoh Itu bukan kita senang nak mengutip wang sebanyak itu untuk membayar premium tanah. Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah masuk dan saya haraplah beliau boleh mendengar isu yang saya akan bangkitkan. Pasir Pinji.
Terima kasih Astaka, terima kasih Timbalan Speaker. Tadi Astaka ada bangkitkan pasal premium tanah, ni yang pemilik asal meninggal lepas tu waris tak dapat juga ada tak di kawasan Astaka juga orang pemilik asalnya umur dia 45, 46 bukan, bukan umur hampir nak mampuslah. Jadi dia masih ada lama lagi tapi anak dia umur 20 baru ada pendapatan lepas tu tetibanya meninggal covid ke apa jualah. Umur 40 lebih tapi tak tinggal wasiat, wasi tak ditetapkan tak ada sekarang tak ada kertas-kertas mengatakan dia kena ambil kat situ so tiba-tiba dalam setahun dua belum mampu nak tukar milik dia punya pajakan atau dia punya geran tamat tempoh. So. anak dia nak bayar premium dia bayar premium sebagai orang baru, dia tak layak 80% jangan kata 75%, ada yang mungkin diskaun yang tak dapat langsung pun saya pernah adalah saya pernah nampak dengan mata saya sendiri permohonan diskaun ditolak. So, apa pandangan sekiranya saya cadangkan supaya ada satu mekanisma sekiranya apa nama dia boleh buktikan dia adalah waris sah atau dia seorang tak kisah dia anak ke anak saudara ke kalau dia boleh buktikan bahawa dia warisan sahih dia boleh dapat diskaun 80% ke 75%. Apa pandangan Astaka?
Terima kasih Pasir Pinji. Saya setuju dan saya mencadangkan bahawa kalau kita dapat membuktikan bahawa anak-anak itu merupakan waris sah maka bagilah diskaun sebanyak 80% dan bukan 75%, itu cadangan saya setuju dengan Pasir Panji dan juga saya bercadang sebegini dan yang kedua saya juga. Tebing Tinggi.
Pohon mencelah. YB Astaka yang dibangkitkan oleh YB Pinji tadi tapi ini masalah yang real yang memang berlaku. Ini sebenarnya yang saya bangkitkan hari tu soal walaupun kita mengucapkan terima kasih kepada Kota Tampan oleh kerana bermurah hati untuk mengekalkan diskaun itu tetapi di sana ada masalah atau pun ada berbagai masalah berhubung dengan beberapa peraturan yang ada. Cuma pada saya oleh kerana kuasa atau bidang kuasa tanah inilah kuasa mutlak negerilah kita boleh katakan daripada segi perlembagaan ertinya negeri mempunyai wewenang atau autoriti untuk bertindak ataupun memberikan keadilan kepada kes-kes seperti ini dan di sini pentingnya pihak Exco terutamanya untuk melihat kes-kes seperti ini dan ini penting kerana wakil rakyat oleh kerana masalah yg disebutkan oleh dibangkitkan oleh Pasir Pinji tadi satu perkara yang boleh berlaku dan memang telah berlaku.
Jadi dengan cara itu saya rasa dengan kerjasama YB Penasihat Undang-Undang, peraturan tanah tu harus dilihat dan kalau boleh dipastikan dia anjal atau pun fleksibel supaya masalah-maslah seperti ini dapat ditangani dengan baik dan seperti yang disebutkan oleh Astaka tadi, Kampung Baru ini suatu yang unik dan panjang sejarahnya, ni belum lagi sebut yang mati ditembak oleh tentera British di Hulu Selangor tu kan dan banyak lagi kes-kes yang sebenarnya ini pengorbanan mereka untuk mencapai keamanan untuk menentang komunis pada lepas perang dunia dan waktu darurat. Jadi terfikir inilah saja caranya untuk kita menghargai sumbangan mereka sama juga seperti rakan-rakan daripada kalangan India ya yang masih lagi belum dapat kad pengenalan dan mereka telah membina jalan, jalan kereta api dan pembangunan negara ini tidak mungkin sampai ke tahap yang ada sekarang tanpa sumbangan kelompok ini. Jadi saya fikir itu harus kita pertimbangkan dalam isu. Terima kasih.
YB ENCIK TEOH YEE CHERN. Terima kasih Tebing Tinggi. Saya ingin meneruskan teruskan perbahasan saya oleh tu cadangan yang kedua berkenaan dengan premium tanah kampung-kampung Baru Cina ini saya haraplah pihak kerajaan boleh menimbang atau pun menilai semula tanah-tanah ini. Jangan kita mempolitikkan isu ini ataupun apabila kita sebutkan kampung-kampung baru Cina ni nampaknya hanya untuk orang Cina tapi kalau kita boleh melihat isu ini dari segi menghargai warisan Malaysia ataupun negeri Perak ini maka kita akan mempunyai satu cara penyelesaian lebih inklusif dengan izinnya. Timbalan Tuan Yang Dipertua, saya ingin meneruskan perbahasan saya dengan sedikit masalah kawasan.
Yang pertama, tadi hari ini sebelum hari ini pun ramai juga ADUN yang membangkitkan isu berkenaan dengan lubang jalan tapi hari ini tadi saya berpeluang untuk mendengar Kuala Sepetang, Teja pun sebut tadi berkenaan dengan lubang jalan. Berkenaan dengan syarikat konsesi Puncak Emas ini memang prestasinya tidak tidak begitu memuaskan dan kadangkala kita kalau nak membuat aduan sedikit lubang kecil pun nampaknya kita malu sikitlah sebagai wakil rakyat kita nak sentiasa menyelesaikan masalah ini dan bagi saya bukan kalau-kalau Yang Amat Berhormat Kota Tampan atau juga apa ni Yang Berhormat Tualang Sekah boleh datang ke Astaka saya boleh bawalah ke satu tempat di mana lubang itu cukup besar sampai satu biji kereta boleh masuk lubang tu, betul, bukan bukan saya nak apa ni memperbesarkan isu ni tapi lubang itu dekat dengan longkang tepi jalan sampai runtuh jarang itu dua kali saya bawa wartawan pergi ke situ diterbitkan dalam surat khabar tapi tidak ada beberapa tindakan diambil.
Saya pun follow up daripada situ dan saya dimaklumkan bahawa jalan itu, longkang itu belum dimasukkan ke dalam sistem MARRIS. Itu jawapan bukan pertama yang saya terima. Yang biasa kita semua orang tahu standard dia adalah oh! sorry YB, kita tidak ada peruntukan yang cukup. Itu biasa. Jawapan yang pertama. Yang kedua, lepas tu saya difahamkan jalan itu, longkang itu tidak dimasukkan ke dalam sistem MARRIS dan saya lagi mendapat ataupun difahamkan oleh pegawai-pegawai bahawa apabila jalan itu, longkang itu, hendak masuk ke dalam sistem MARRIS, you kena dapat persetujuan atau approval dengan izinnya daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Kenapa dia punya proses begitu susah dan kadang kala saya difahamkan report sudah dihantar tapi peruntukan tidak disalurkan kepada agensi-agensi yang tertentu. Maksudnya kalau jalan itu, longkang itu, telah dimasukkan dalam sistem MARRIS, cuma peruntukan yang seharusnya disalurkan kepada agensi tertentu tidak dilakukan. Oleh itu, saya nak tanya kepada pihak kerajaan, apakah tindakan sebenarnya.
Apakah langkah yang harus? Saya harap pihak kerajaan boleh mengambil serius perkara ini kerana ini bukan satu perkara yang nampaknya remeh-temeh, yang tak cukup it does’nt carried any weight dengan izin. Dia nampak macam ni, tapi bagi rakyat ini adalah isu yang begitu dekat dengan hati mereka dan kalau kita nak menjadi satu negeri yang berdaya saing, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, saya harap isu ini, isu lobang jalan ini boleh diselesaikan dan kita beri keutamaan kepada isu sebegini. Kalau isu-isu ini boleh diselesaikan maka, kejap. Sekali lagi sekejap. Maka kita akan maju ke hadapan dan Negeri Perak ini akan menjadi satu negeri yang cukup-cukup baik dan menjadi teladan kepada semua negeri-negeri yang lain. Trong.
Terima kasih Astaka. Saya juga bersetuju dengan pendapat Astaka dan ingin menambah sedikit cadangan kepada mungkin Kerajaan Negeri Perak untuk kita melihat isu mengapa Puncak Emas ini tidak berjaya dikeluarkan daripada apa terminate daripada apa service. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang menghalang kita terminate Puncak Emas ini dan satu yang saya dapat maklumat, Puncak Emas ini apabila dia menerima NCR daripada PBT, dia diberi beberapa hari untuk menyelesaikan masalah itu. Jadi apabila masalah itu selesai, dia hantar laporan secara bertulis dan bergambar yang cantik, maka hilanglah NCR itu. Jadi, apabila perkara ini berulang-berulang demi hari, setiap bulan, jadi akhirnya sekali laporan akan jadi cantik. Jadi, saya mengharapkan agar daerah-daerah ataupun Majlis Perbandaran yang menghadapi masalah yang sama ini memberi laporan yang telus. Kita tak boleh nak cover-cover under the carpet dah. Sekarang tunjukkan laporan yang betul. Kalau prestasi tak betul, kita bentang dan kita buat keputusan dalam sidang dewan. Terima kasih.
Setuju dengan Trong. Apabila laporan yang cantik-cantik, bila kita lapor, depa lapor balik benda yang cantik-cantik. Sebenarnya belum jalan kerja itu. Bagi saya kalau nak nyembang pasal nak terminate, itu criminal bridge of trust. Bila dia hantar laporan yang tipu, maka dia tipu. Dia tipu kerajaan, dia tipu rakyat. Tipu tu dalam bahasa teknikal sebagai seorang peguam, adakah itu criminal bridge of trust dan adakah itu ground dengan izin untuk terminate sekiranya perlu.
Astaka, masa tambahan pun hampir habis.
Ada lagi. Ada lagi. Terima kasih…
Untuk makluman.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Trong dan juga Pasir Pinji. Saya amat setuju di mana laporan memang kita boleh tulis betapa cantik pun boleh, saya boleh tulis oooo 100% lubang dalam Manjung dalam Astaka ini telah diturap tapi the real situation dengan izinnya bukan sebegini. Oleh itu, saya harap jangan kita ataupun pihak kerajaan sentiasa rely dengan izinnya on the report. I always invite all the Exco’s to come to my area and ADUN’s area yang telah membuat aduan dengan izinnya dan selain daripada lubang yang cukup besar, yang boleh satu biji kereta boleh masuk tu, saya juga ada satu lagi berkenaan dengan Puncak Emas ini. Ok. Pagar rakyat itu runtuh tapi ia runtuh bukan sebab apa, dia runtuh sebab longkang itu telah rosak, tanah telah di…what we call that dihakis dan semua tu tapi pengadu ini telah membuat aduan pada tahun 2013. Tidak ada apa-apa tindakan daripada PBT. Lepas itu, tahun ini lebih kurang bulan 4, saya melawat, saya menerima laporan aduan, saya juga turun padang melawat site itu dan saya mendapati bahawa aduan ini adalah benar, berasas dan lepas itu saya difahamkan oleh PBT bahawa saya tidak memasuk aduan secara formal dengan izinnya. Oleh itu, saya pun tulis satu surat kepada PBT. PBT menerimanya dan tidak ada apa-apa tindakan dilakukan.
Sampai bulan lepas. 30hb November, pengadu itu pagi, awal, dia bangun, dia pergi sembahyang, balik, pagar runtuh.
Timbalan Yang Dipertua, saya telah menyebut dalam surat khabar, kepada wartawan, kalau PBT, dia memperbaikikan longkang itu, saya selaku ADUN di kawasan tersebut, saya akan memberi peruntukan sepenuhnya untuk memperbaiki pagar tersebut. Akan tetapi jangan kata pasal memperbaiki pagar ataupun longkang itu, surat balasan pun sampai hari ini saya tak terima. Oleh itu, sekarang bukan pasal Puncak Emas sahaja, saya juga ingin membangkitkan bahawa PBT selaku Pihak Berkuasa Tempatan, saya rasa dalam konsesi ataupun kontrak yang ditandatangani antara PBT ataupun Kerajaan Negeri dengan syarikat konsesi Puncak Emas ini, mesti ada syarat-syarat yang tertentu mengatakan bahawa jika syarikat konsesi Puncak Emas ini tidak melakukan kerja yang sewajarnya, maka pihak kerajaan ataupun pihak PBT mempunyai kuasa untuk memberhentikan kontrak tersebut. Kalau tidak ini merupakan satu kontrak yang tidak adil dengan izin. Seterusnya berkenaan dengan masalah banjir kilat.
Sebelum ini juga dipanggil oleh ramai ADUN yang berbahas sebelum saya tapi saya ingin memberi sedikit input berkenaan dengan banjir kilat. Nasib baik ataupun kalau bagi penganut-penganut agama Islam syukur Alhamdulillah pada tahun ini Astaka belum kawasan Astaka tidak lagi belumlah ataupun saya belum ada berlakunya banjir kilat. Tapi bagi masalah ni sebelum ini ataupun dalam Mesyuarat JKTD, saya banyak kali membentangkan bahawa satu Pelan Induk Saliran Air yang melibatkan semua agensi-agensi JPS, JKR, PBT dan juga PLB. Semua saliran air itu harus dimasukkan dalam pelan induk itu dan kita tahu di mana masalah banjir kilat selalu berlaku dan kita mengatasi masalah itu dengan cekap, dengan efisiennya. Jangan kita tiap-tiap kali minta JPS, JKR membersih longkang. Ya, itu betul, mereka harus membersihkan longkang mengikutkan jadual tetapi masalah sebenarnya mungkin adalah sebab pintu air rosak ke, apa ke, air pasang sebab kawasan Astaka ini berdekatan dengan laut. Oleh itu, saya haraplah agensi-agensi yang tertentu apabila mendapat peruntukan mengikut jadual membersihkan longkang itu, membersihkan jalan itu, supaya air boleh mengalir dengan lancar dan banjir kilat tidak berlaku. Kalau tidak setiap tahun rakyat menghadapi banjir kilat, perabot rosak, ini rosak, itu rosak, semua rosak tapi wang…
Jalong.
Terima kasih. Ini bersekali…
Sekadar untuk pengetahuan, sekadar lebih 10 minit.
Ini penting. Ini penting. Bersekali, dengan tambahan tadi yang mengenai JPS longkang ni tadi dan juga yang disebut oleh YB Trong tadi. Berkenaan dengan lubang jalan. Jadi saya nak tanya satu hal mengenai saya kadang-kadang mungkin boleh dikatakan kurang faham, saya minta pencerahan di sini. Apa yang berlaku mengikut fahaman saya ialah kebiasaannya kontraktor yang membuat kerja tu mereka akan tangkap gambar. Lepas tu gambar tu sentiasa cantik. Sekarang orang yang tak cantik pun boleh jadikan cantik dalam kita punya telefon kan. Jadi kan kalau projek dekat gambar dekat jalan atau longkang tu sebenarnya pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ni mereka ada ke situ tak. Mereka ada tengok tak sebenarnya kerja-kerja kontraktor-kontraktor ni.
Astaka. Tambahan 2 minit sahaja kan.
Dua minit? Banyak lagi isu. Ok, sekarang saya masuk isu lain. Kalau tak nanti tak cukup masa. Ok, bagi saya banyak tanah kerajaan di dalam negeri ini telah diguna pakai oleh pihak-pihak yang tidak ada kebenaran atau pun saya tak berapa suka pakai perkataan penceroboh tapi walaupun dia dari segi undang-undang memang trace parcel lah, penceroboh. Oleh itu saya harap pihak kerajaan boleh semak sekali lagi. Di mana tanah kerajaan yang telah diguna pakai oleh pihak-pihak yang tidak mempunyai kebenaran dan apabila situasi ataupun keadaan ini berlaku apakah pendirian pihak Kerajaan. Contohnya seorang yang menggunapakai tanah kerajaan yang tidak ada kebenaran. Adakah apabila dia memohon kepada pihak kerajaan, pihak kerajaan akan memberi keutamaan kepada beliau. Ataupun pemohon itu. Itu nombor satu.
Yang kedua kalau ada satu pihak ataupun syarikat yang lebih berwibawa, yang lebih berpotensi untuk membangunkan tanah itu, adakah pihak kerajaan akan memberi keutamaan kepada pemohon yang lebih berpotensi ataupun berwibawa itu dan menghalau penceroboh-penceroboh di situ dan saya juga ada menerima aduan di mana, apabila tanah Kerajaan digunapakai oleh pihak yang tidak mempunyai kebenaran. Lepas itu pihak yang memohon selepas itu dia tahu ada pihak-pihak penceroboh di situ, dia telah menulis surat kepada PDT yang tertentu dan sampai sekarang satu tindakan pun tidak ada dilaksanakan oleh PDT tersebut untuk menghalau penceroboh itu dan ini akan merugikan Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Kota Tampan sebab kalau sesuatu pihak yang menggunapakai tanah kerajaan tidak dapat kebenaran ini akan mengurangkan penggunaan hasil akhirnya. seterusnya berkenaan dengan pasar lama Kampung Koh di dalam kawasan Astaka.
Ini merupakan satu isu yang saya kira pada masa Pakatan Harapan menjadi kerajaan lah. Masa itu kita memang nak membangunkan Pekan Kampung Koh ini dan di bawah tajuknya Pekan Warisan Kampung Koh dalam Pekan kawasan Kampung Koh itu kita ada satu bangunan pasar lama Kampung Koh dan bangunan itu masih kekal di situ dan lepas kerajaan tukar saya ingatlah projek ini tidak diteruskan sebab saya pun pernah tanya dalam soalan bertulis saya dan kerajaan selepas Pakatan Harapan itu telah membalas soalan saya mengatakan bahawa setakat itu tidak ada apa-apa perancangan. Tapi beberapa bulan yang lepas tiba-tiba saya dimaklumkan bahawa Pekan warisan projek Pekan warisan Kampung Koh itu akan diteruskan dan yang penting adalah bangunan pasar lama Kampung Koh itu akan dirobohkan dan satu bangunan baru ataupun satu bangunan pasar baru yang similar dengan izinnya. Reka bentuk dia dari segi semua tu adalah similar dengan bangunan yang lama dan saya juga tidak faham kalau kita robohkan bangunan lama itu dan bangunkan bangunan yang baru, adakah kos itu akan lebih jimat daripada kita lebih jimat atau kita repair saja dengan izinnya dan sebelum ini semasa kita menjadi Kerajaan, saya pernah approach dengan izinnya. Arkitek daripada Singapura dan mereka mari ketempat saya secara volunteer, sukarela hati, mereka tidak mengerti apa-apa, I mean they neverlah dengan izinnya.
Astaka.
Yes yes, last-last a few. Apabila mereka tidak, from the Singapore architect dengan izinnya. Mereka memberitahu dan memaklumkan bahawa bangunan itu masih ok, masih kukuh, papan dia masih boleh tahan dan di belakang pasar itu ada tiga kedai, tiga gerai. Satu kedai kopi yang lama, dua adalah pengusaha ayam mereka menyembelih ayam di situ dan menjual ayam di situ sejak lama-lama lagi. Mungkin sebelum saya dilahirkan. Yang Amat Berhormat, saya ingin mencadangkan walaupun mungkin satu hari projek Pekan Warisan Kampung Koh ini akan diteruskan. Saya mencadangkan bahawa, nombor satu bangunan pasar lama itu kalau masih kukuh kita kekalkan. Sebab kata kalau kita kata kita nak bangunkan satu tempat untuk namakan dia adala pekan warisan Kampung Koh apabila kita namakan kawasan ataupun projek dia nama ini, tapi tidak ada satu bangunan ataupun apa-apa yang boleh dikenang, yang bersejarah, yang ada satu bangunan yang boleh membuktikan perkembangan pekan Kampung Koh itu maka tidak ada maknanya. Itu nombor satu, kalau boleh kita kekalkan bangunan lama itu.
Yang kedua kalau boleh selaku PBT ataupun selaku Kerajaan Tempatan dan juga Kerajaan Negeri, saya haraplah boleh kita mencari tempat kepada ketiga-tiga pengusaha itu termasuk kedai kopi itu dan juga dua pengusaha-pengusaha ayam itu yang mereka menyembelih dan juga menjual ayam itu dan saya tahulah lebih kurang mungkin jawapan yang akan dibagi oleh MPM nanti adalah bahawa sekarang polisi adalah tidak membenarkan pengusaha untuk menyembelih ayam di situ dan menjual ayam di situ. Mereka hanya boleh menjual, menyembelih di tempat di satu pusat, satu tempat menyembelih, lepas tu mereka hantar, ambil ayam itu dan jual. Tapi kebetulannya di hadapan ataupun opposite dengan izinnya ada satu pengusaha juga menyembelih ayam, menyembelih kambing di situ. Kalau tak silap saya VHS Enterprise. So, saya kata apa yang ingin saya bangkitkan di sini adalah bahawa kalau boleh kita melaksanakan satu dasar yang cukup adillah kepada semua pihak di mana, semua orang kalau boleh kita cari tempat kepada semua pengusaha ini supaya mereka boleh ada satu tempat yang sesuai. Kita semua tahu apabila menyembelih ayam tu ada darah, ada semua tu, ada bulu ayam dan bau dia memang teruk sikitlah.
ok Astaka boleh rumus.
Saya harap pihak kerajaan boleh menyelesaikan masalah ini dan kalau ingin kita meneruskan projek Warisan Pekan Kampung Koh itu bahawa kita kekalkanlah bangunan lama pasar Kampung Koh itu. Sekian daripada saya, terima kasih.
Terima kasih Astaka. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. 20 minit daripada sekarang.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbilalamin wassolatuwamuala asrafil ambia iwal mursalin, waala alihi wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, pegawai kerajaan, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafak setinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Atas limpah dan kurnianya. Kita dapat berhimpun di Dewan yang mulia ini bagi melunaskan tanggungjawab bersama untuk rakyat dan negeri Perak yang tercinta ini. Ucapan berbanyak terima kasih saya kepada Timbalan Yang Dipertua kerana memberi peluang sebagai wakil Rakyat di DUN Pasir Panjang berucap dalam pembentangan Belanjawan Perak pada 2022.
Timbalan Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan 2022 pada 10 Disember 2021 yang lalu. Saya ingin menyampaikan atau pun mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pegawai kerajaan yang saya sebutkan tadi, yang komited memberi komitmen yang sebaik mungkin dalam menyiapkan belanjawan ini.
Timbalan Yang Dipertua, kita tahu bahawa dalam membahaskan belanjawan ini kita tidak boleh lepas atau tertukar dengan angka-angka ataupun unjuran semata-mata. Tetapi prinsip al-Adl wal Ihsan memang dari satu asas yang mendasari pemikiran kita. Kalau kita lihat umpamanya orang-orang yang terpinggir atau pun orang miskin atau orang kelas bawahan, selalunya mereka tiada ruang ataupun mempunyai ruang yang terbatas mengemukakan pandangan. Maka diharapkan Ahli Dewan dan pihak berkuasa lebih prihatin dan kasih tentang nasib mereka ini.
Oleh sebab itu saya mengimbau sejarah pada 1961. Allahyarham Profesor Engku Aziz telah menyebut tentang sarung indeks. Maksudnya, sarung ialah kain pelikat. Yang merupakan ataupun menunjuk kadar nilai kemiskinan orang-orang kampung pada ketika itu. Kalau banyak kain sarungnya, maka kemiskinannya tidaklah begitu daif. Kalau hanya tinggal sarung, mempunyai sehelai saja kain sarung, itu kan miskin. Jadi hari ini Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini menggunakan indeks yang hampir sama iaitu indeks tuala wanita. Ini suatu inisiatif yang baik. Cuma kita kena insaf sebab ianya benar-benar menunjukkan keparahan kemiskinan rakyat kita pada hari ini.
Mengenai belanjawan ini, saya ingin bertanya kepada Menteri Besar adakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan tax reform ataupun reformasi teks bagi memastikan hasil pendapatan negeri kembali stabil. Sebagai persediaan memasuki fasa pemulihan ekonomi. Saya mencadangkan, pembaharuan cukai untuk pertimbangan pihak Kerajaan Negeri seperti levi pelepasan, duti eksais dan penstrukturan semula pemberian insentif percukaian secara menyeluruh perlu dikaji dan dipertimbangkan pelaksanaannya dengan secara lebih teliti kerana supaya tidak membebankan rakyat dan tidak menjejaskan kedudukan ekonomi serta daya saing negeri untuk menarik pelabur asing.
Timbalan Yang Dipertua, ketika revenue negeri semakin mengecil, sudah tentu amalan data kelola yang baik perlu diamalkan. Elakkan boros, jauhkan amalan menyeleweng, amalan rasuah dan kawal ketirisan. Kerana revenue yang sangat kecil ini ketika komitmen kewangan itu terus meningkat. Ia harus diberi perhatian yang serius.
Timbalan Yang Dipertua, saya nak ungkit sedikit ataupun berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 yang melibatkan Pejabat Tanah Dan Galian yang perlu diberi perhatian yang serius. Setiap daripada kita sudah dibekalkan, saya jangka kita pun telah meneliti ataupun merenung laporan tersebut. Ketua Audit Negara merumuskan pengurusan tanah rizab Melayu di negeri Perak kurang cekap dan kurang berkesan. Saya ulangi kurang cekap dan kurang berkesan. Sehingga tahun 2019, prestasi pengisytiharan tanah rizab Melayu masih belum mencapai sasaran 50 peratus seperti yang ditetapkan. Saya quote sendiri dalam Laporan Ketua Audit Negara. Ini mengakibatkan kepentingan hak Orang Melayu terhakis.
Timbalan Yang Dipertua, objektif rizab Melayu diwujudkan adalah untuk menyekat tanah kerajaan dalam kawasan rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara jua pun kepada bukan Melayu. Ini juga menyekat tanah pegangan Melayu daripada dibuat apa-apa urusan niaga persendirian antara orang Melayu dengan bukan Melayu.
Saya ingin rujuk wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu, dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung-ganang, tasik dan hutan, tanah simpan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Walaupun demikian, ada juga pindah milik tanah bukan Melayu, contohnya yang melibatkan satu lot Rizab Melayu di Mukim Jaya Baru Perak Tengah. Dua lot tanah rizab Melayu di Mukim Sitiawan yang keseluruhannya meliputi 7200 ekar. Ada satu kes lagi Rizab Melayu di daerah Manjung seluas 34 ekar telah dipajakkan kepada syarikat bukan Melayu bagi urusan kuari. Di mana silapnya. Perlu kita cari di mana silapnya supaya tidak berulang lagi dan kita tahu apa yang perlu kita buat. Akibatnya Rizab Melayu dianggarkan bernilai RM8 juta yang saya sebutkan tadi telah dipertimbangkan untuk dilupuskan. Jadi ke semua tanah Rizab Melayu berjumlah 7234 ekar telah bertukar tangan. Bila saya baca dalam laporan audit ini, saya rasa kesal, kesal dengan prestasi kerajaan hari ini. Majoriti, kita tahu majoriti kawasan politik di Perak ini didominasi oleh orang Melayu, pentadbiran orang Melayu, Pegawai-pegawai kerajaannya ramai orang Melayu. Ikut quote kata Barack Obama dengan izin.”Change will not come if he wait for some other person or some other time”.
Timbalan Yang Dipertua saya ingin beralih pula pada perkara yang kedua iaitu perindustrian di DUN Pasir Panjang. Ia berkaitan dengan industri maritim yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi sesebuah negeri. Industri maritim negeri menjadi titik perhubungan bagi aktiviti perdagangan di antara rangkaian pengangkutan laut dan darat serta merupakan platform penting dalam rangkaian logistik. Pada masa kini kita rujuk Kepada Negeri yang mempunyai kemudahan pelabuhan yang mampu menguruskan dermaga besar. Ia mempunyai nilai pendapatan perkapita yang lebih tinggi berbanding dengan negeri lain yang tidak ada kemudahan pelabuhan. Ia mendorong data yang dikeluarkan oleh Majlis
Perkapalan Dunia dan laporan Persidangan Mengenai Perdagangan Dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) menyatakan lebih 80% perdagangan dunia melalui laut.
Timbalan Yang Dipertua, Lumut Port telah beroperasi sebagai sebuah terminal pelabuhan utama di perairan lumut sejak 1995 di bawah pengurusan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Misi Lumut Port adalah menjadi terminal kargo pukal yang efisien di Asia Tenggara yang memfokuskan kepada penyediaan servis perkhidmatan yang terbaik untuk semua jenis kargo. Melihat perkembangan positif walaupun negeri kita masih bergelut untuk mengukuhkan ekonomi, industri perkapalan sewajarnya diberi lebih perhatian dan lebih diperkemaskan dari segi polisi supaya mencapai piawaian standard. Oleh yang demikian kerajaan negeri dan badan yang terlibat perlu lebih responsif serta proaktif dalam membangunkan Lumut Port ini. Sesuatu yang bersifat massive development shift perlu dibuat jika mahu membina excitement pelaburan dan sentimen pembangunan yang rancak. Jadi kita semua bergerak pantas untuk menuju ke arah pembangunan tersebut.
Oleh sebab yang demikian dalam isu pembangunan industri maritim di DUN Pasir Panjang ini terutama Lumut Port ini, saya ingin bertanya beberapa soalan. Yang pertama. Industri maritim memerlukan task force yang khusus untuk meneliti hal ehwal pembangunan maritim termasuk pelabuhan, laluan kapal dan infrastruktur di kawasan domestik. Lebih-lebih lagi terhadap rancangan dasar dan juga rangka kerja serta kawal selia secara komprehensif untuk menjadikan Lumut Port sebagai hub logistik maritim. Soalan saya, siapakah task force yang bertanggungjawab secara khusus dalam membangunkan industri maritim negeri ini.
Yang kedua. Apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk menarik minat feeder operator dengan izin untuk membantu meningkatkan transhipment di pelabuhan Lumut?. Adakah, ada (gangguan). Silakan.
Terima kasih Pasir Panjang, saya nak tanya sebab Pasir Panjang memang anak jati kawasan itu kan macam nak tahulah setakat mana potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan yang berasaskan maritim yang saya fikir tidak terlalu tidak terlalu orang kata bukan angan-angan kosong sebab Lumut sudah ada di situ dan sekarang dengan adanya jajaran lebuhraya yang baru iaitu WCE itu pun sudah berjalan. Jadi bagaimana Pasir Panjang melihat perkara ini dan berapa lama agaknya boleh boleh menjadi kenyataan oleh kerana ada pihak yang mengatakan bahawa kawasan berkenaan boleh ataupun ada potensi untuk menjadi bandar raya kedua selepas Ipoh. Sekiranya jangkaan ini dapat berjalan dengan mesra seperti mana yang dijangkakan dan kita harus ingat bahawa juga di sana ada Pangkor yang telah pun mendapat status Bebas Cukai. Jadi banyak perkara yang sepatutnya boleh berlaku. Walaupun kelihatannya prasarana yang diperlukan itu harus disediakan oleh kerajaan persekutuan dan mungkin di luar kemampuan kerajaan negeri. Itu satu perkara.
Yang kedua saya tertarik dengan apa yang disebutkan ataupun yang diangkat ataupun dibawa oleh Pasir Panjang tentang Rizab Melayu tadi. Yang mungkin lebih bertumpu kepada soal pegangannya soal kewujudan keluasan kawasan berkenaan. Sedangkan sekarang ini kita sudah mula membincangkan soal nilai ataupun apakah faedah yang didapati oleh masyarakat Melayu khususnya sebab saya fikir itu juga penting jadi walaupun tadi apa Pasir Panjang ada menyebut soal wasiat Raja-Raja Melayu itu tetapi itu mungkin wasiat yang sudah lama dan kita sekarang berada di abad ke-21 dan kalau kita lihatkan masalah-masalah yang berkaitan dengan Rizab Melayu terlalu banyak. Jadi kalau ada pencerahan daripada Yang Berhormat, terima kasih.
Saya tutup. Terima kasih atas soalan Tebing Tinggi ya. Yang pertama ialah sejauh mana Lumut Port boleh berkembang? Jadi kita tidak nafikan Pelabuhan Lumut ini mempunyai sejarah. Apa nama dari start bermula daripada yang kita lihat semasa Perjanjian Pangkor sebelum Perjanjian Pangkor pun di muara Sungai Lumut itu sudah merupakan sebuah pusat ataupun pelabuhan sebelum itu lagi. Jadi apabila ditanya tentang boleh diexpand ataupun dikembangkan atau tidak, memang dalam perancangan di Manjung ataupun PBT Manjung telahpun menyediakan tanah iaitu di kawasan estet yang kepunyaan dulu dipanggil Golden Hope dan tukar kepada Sime Darby. Yang lebih kurang 3000 ekar boleh menjadi feeder ataupun kawasan-kawasan yang dibangunkan untuk industri maritim yang disebutkan tadi. Jadi di samping itu juga kita Lumut Port telah pun pernah merancang untuk membina jalan kereta api daripada Ipoh ke Lumut Port. Jadi kita telah pun berbincang secara awal yang menampakkan Lumut Port boleh berkembang. Sebab itu kalau Lumut Port tidak dikembangkan masih di tahap yang lama dia tidak bawa impak yang tinggi sebagai pendapatan, pertambahan pendapatan bagi negeri Perak. Kemudian yang disebutkan tadi ialah boleh ulang sekali soalan kedua tadi.
Rizab Melayu.
Ha. Tanah Rizab Melayu. Bagi saya, tanah merupakan faktor modal yang penting dalam ekonomi. Hari ini kita melihat tanah rizab Melayu tinggal kita nampak bunyinya hampir 50% tetapi pegangan yang ada mungkin tidak sebanyak itu kerana terdapat pemindahan melalui PA. Kita tak tahu yang ditulis itu mungkin jumlahnya sekian tetapi yang benar bukan sebanyak itu. Kemudian yang kedua, apabila kerajaan mengambil tanah rizab Melayu ini tidak diganti atau pun belum nampak lagi yang diganti. Yang ketiga, kalau pun diganti tanah rizab Melayu itu tidak setara nilainya. Contoh diganti di kawasan Gerik, diambil di kawasan Manjung. Dari segi jumlah ekar acres sama tetapi nilai yang berbeza. Jadi ekuiti pegangan orang Melayu dalam negara ni tinggal berapa. Bunyinya besar tetapi nilainya kecil dan kalau kita lihat jika berlaku berleluasa, hari ini pun orang Melayu yang tinggal di pinggir bandar contohnya di Lekio atau di Lekir tu tinggal di Kayan tu dan mula menjual tanah kepada orang bukan Melayu. Secara PA letak atas nama orang Melayu lain tetapi kepentingan yang dapat kepada orang bukan Melayu. Saya ambil contoh.
Pasir Panjang, dah masuk masa tambahan ya.
Ai, soalan tadi dah 5 minit. Jadi ini perlu. Yang ini adalah isu yang tidak dibangkitkan dalam Dewan ini. Inilah kali pertama kita nak bangkitkan supaya memberi kesedaran kepada orang Melayu supaya tidak menjual tanah mereka, tidak menandatangani dengan apa-apa kontrak menyebabkan tanah mereka punya hasil bukan mereka dapat. Yang ni yang kita nak jaga. Jadi saya rasa saya sudah menjawab InsyaAllah. Kemudian kita balik kepada isu kenaikan barang. Tapi semalam kita pun telah membincangkan banyak isu berkaitan dengan kenaikan harga tetapi ingin saya sentuh iaitu bukannya isu kenaikan barang tetapi barang yang tak ada.
Tak ada di pasaran yang saya sebutkan ialah seperti minyak masak. Jadi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap minyak masak yang tidak ada di pasaran. Minyak masak yang dalam apa botol besar tu ada, tetapi minyak masak dalam bentuk packaging plastik tu tidak ada di pasaran kerana peniaga-peniaga kecil peniaga-peniaga runcit yang buat kuih dan sebagainya mereka menggunakan minyak masak untuk menggoreng. Jadi kalau tak dapat minyak masak bukan kerana harga. Tak dapat supply minyak masak itu mereka tak boleh berniaga. Sudahlah mereka ni dalam keadaan covid. Lepas itu sumber pendapatan berkurangan, tak ada minyak masak untuk nak meniaga akan memburukkan keadaan lagi. Oleh itu, kita berharap pihak berkuasa pantau atau pihak kerajaan perlu bertindak untuk membekal minyak masak ini ke kampung-kampung khususnya untuk memudahkan orang kampung. Yang inilah yang kita kata mensejahterakan orang kampung. Berapa minit lagi. Boleh ya.
2 minit lagi.
Timbalan Yang DiPertua, kita beralih kepada isu kemiskinan tegar. Baru-baru ini, kita lihat kerajaan Indonesia mengisytiharkan 2024 mereka hendak hapuskan miskin tegar. Seperti yang dikatakan pagi tadi perbincangan pagi tadi negeri China menghapuskan kemiskinan tegar. Persoalannya, kita hanya 32 juta. China, 1.4 billion berani menyatakan bahawa mereka nak menghapuskan kemiskinan tegar. Indonesia 200 juta. Kita hanya 32 juta tak berani nak buat. Sedangkan hasil masyhur negeri Perak cukup panjang. Apa yang tak ada. Jadi yang penting ialah strategi untuk ke arah itu. Mereka dah berani contohnya tadi tahun 2025. Ini baru 2022. Tetapi kita belum lagi. Hanya bercakap-bercakap-bercakap tetapi tidak memberi impak. Jadi, dalam Dewan ini mari sama-sama kita fikirkan atau pun menubuh satu jawatankuasa bagaimana dapat menangani kemiskinan tegar ini. Seperti yang kita bincang, hanya kita sebut dari jumlah dari B dari M40 dah turun jadi B40. Itu yang kita baca kita baca tetapi langkah serius ke arah itu sebagai sebuah negeri yang apa yang banyak hasil masyhurnya. Tuan Yang DiPertua, saya nak sentuh sedikit tentang Rumah Perakku, yang saya sendiri buat liputan akhbar yang mana pada hari Jumaat itu kita berada di Dewan, hari Sabtu tu orang-orang di kawasan saya di Mukim Lekir datang berjumpa untuk penjelasan. Jadi telah dijawab oleh apa Exco berkenaan dan telah pun disentuh dalam akhbar itu juga dan apa harapan saya ialah kita mestilah serius menangani isu perumahan atau Perak Rumahku ini. Saya nampak bukan kerana mereka tidak mampu bayar. Tetapi, isunya ialah pinjaman atau pun kelulusan pinjaman bank itu tidak diperolehi. Jadi apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini. Mereka dah duduk rumah sewa tu 4 tahun. Ada lebih daripada itu. Tetapi tidak meyakinkan pihak bank untuk memberi pinjaman kepada mereka. Yang ini yang kita fikirkan dan disamping itu terdapat tanah-tanah kosong atau pun tanah-tanah kerajaan yang perlu diberi kelulusan kepada sama ada LPHP atau pun mana-mana agensi untuk membangunkan perumahan Rumah Perakku ini kerana masih ramai lagi di kawasan Pasir Panjang tu memerlukan tempat tinggal. Jadi penutup lah. Timbalan Yang Dipertua, kita yang dah ada dalam Dewan ini ialah orang politik. Hari ini orang politik dibenci oleh rakyat. Apabila turun di bawah, rakyat kata orang politik ni sama saja semua, semua sama saja. Saya rasa itu isyarat yang tidak baik bagi kita. Malah, masih terdapat lagi sentimen-sentimen kaum dan agama yang berkumandang di sana sini. Yang mendasari dan melatari bicara ahli-ahli dan parti-parti politik untuk meraih sokongan. Pergi sana nak meraih sokongan, pergi sini nak meraih sokongan. Seolah-olah kita tak sedar bahawa rakyat sudah lagi seperti dulu bila ahli politik, orang politik lalu karpet merah, makanan yang sedap-sedap yang itu sudah tak ada lagi. Jadi berhentilah bermain dengan ketaksuban kaum dan isu agama. Kita adalah satu keturunan satu bangsa dan satu wawasan. Janganlah ada diantara kita hanya berpeluk tubuh. Jangan pula hanya menuding jari mencari salah orang lain seolah-olah kita sahaja yang betul. Sebaliknya masing-masing perlu mengambil tanggungjawab untuk memulihkan Negeri ini secara bersama-sama.
Ya, Pasir Panjang.
Ya? Saya tutup perbahasan dengan mengajak kita merenung ayat Al-Quran Surah An-Nisa ayat 58 yang berbunyi (bacaan ayat suci Al-Quran). Maksudnya, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu ataupun Allah memerintah kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerima dan menyuruh kamu apabila meletakkan hukum di antara manusia, kamu hendaklah menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha melihat."
Saya mewakili kawasan DUN Pasir Panjang mendoakan semoga belanjawan 2022 yang bertemakan Perak berdaya saing, mampan dan inklusif berjaya memakmurkan Negeri mensejahterakan rakyat walaupun mendepani wabak Covid-19 yang membawa impak ngeri. Pasir Panjang mengundur diri.
Terima kasih Pasir Panjang. Seterusnya kita jemput Yang Berhormat daripada kawasan Selinsing. 20 minit daripada sekarang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Seri Saarani Mohamad Menteri Besar Perak, barisan Exco, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan yang berada di dalam dewan dan juga mungkin di luar dewan yang mengikuti sidang online sidang Dewan kita pada kali ini. Selinsing ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya dalam menyediakan satu bajet Belanjawan 2022.
Walaupun kita dapati bahawa perbelanjaan ini terhasil dengan kutipan hasil yang menyusut iaitu RM797.5 juta berbanding dengan unjuran perbelanjaan belanjawan mengurus dan mentadbir negeri Perak 2022 melibatkan RM1.03 bilion sudah pastilah belanjawan ini merupakan satu belanjawan yang diteliti dengan penuh perancangan bagi memastikan pentadbiran di negeri Perak berjalan dengan teratur. Oleh itu, Selinsing ingin membuat perbandingan peribahasa belanjawan ini merupakan 1 belanjawan yang boleh kita katakan ukur baju di badan sendiri. Sepanjang tempoh persidangan bermula 10 hari, 10hb Disember nampaknya perjalanan persidangan berjalan dengan lancar.
Ianya menunjukkan keadaan semua YB-YB dapat berbahas dalam suasana mengemukakan fakta menurut kehendak DUN masing-masing. Jadi Selinsing berpendapat suasana perbahasan pada kali ini berlaku dalam keadaan aman, damai dan stabil. Pandangan masyarakat di luar sana suatu ketika dulu Timbalan Speaker cukup memberi gambaran yang negatif dalam sidang Dewan. Ramai di kalangan rakyat melihat bahawa perbahasan yang dilakukan untuk membuat permohonan ataupun membawa masalah rakyat dilihat di dalam Dewan ini berlaku dengan dengan izin seolah-olah dewan ini telah turun darjatnya telah hina darjatnya. Bukan Dewan yang hina tetapi telatah YB-YB yang membawa usul yang pada ketika itu bukan politik matang tetapi hari ini dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menjaga segala peruntukan dengan memenuhi kehendak YB-YB di DUN masing-masing saya dapat lihat perubahan 360 darjah pandangan rakyat kepada sidang dewan di negeri Perak ini menjadi positif dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya menjulang nama dan hakikat kemuliaan dewan yang mulia ini.
Jadi satu tahniah dan satu penghargaan kepada Yang Amat Berhormat kerana kita YB-YB sekarang sudah bermaruah. Sudah tidak lagi dihina dikecam dan Inilah satu permulaan pentadbiran yang baik. Sebagai contoh pada pagi tadi saya tengok apabila Yang Berhormat Pangkor mengemukakan beberapa pandangan saya tengok di sebelah sana ada YB-YB pembangkang mengemukakan fakta yang cukup baik dan cukup murni dan selesa. Inilah yang rakyat-rakyat semua kehendaki bahawa mereka memilih wakil untuk membawa segala permasalahan dalam suasana aman damai dan stabil.
Isu malapetaka Covid-19 ini Selinsing ingin menarik perhatian bahawa satu masalah yang bukanlah satu holistik tetapi ia telah merupakan punca kepada berlakunya rangkaian holistik masalah malapetaka Covid-19 iaitu dengan kehilangan kerja Timbalan Speaker. Apabila kehilangan kerja, ayah kehilangan kerja, ibu kehilangan punca pendapatan, anak terbiar maka kita dapat lihat teropong kemiskinan telah pun berlaku bukan sahaja di luar bandar tetapi Selinsing amat simpati Walaupun Selinsing berasal dari pinggir bandar tetapi bolehlah Selinsing rasa teruk meneropong bagaimana kemiskinan di bandar berlaku. Oleh sebab itu, kita tengok ada ibu ayah mencari kerja dan akhirnya anak-anak terbiar dan sudah pasti kemiskinan melanda mereka. Oleh sebab itu, Selinsing bersetuju sekiranya pelan tindakan bagi membasmi kemiskinan ini seperti kata YB Jalong dan juga Pangkor mesti diberi kayu ukur semula untuk diberi perhatian yang khusus. Kalau boleh tambah belanja tambahlah kerana kita tahu Yang Amat Berhormat suka jihad membasmi kemiskinan.
Kita tahu juga YBU, JKM, Baitulmal dan mana-mana agensi turut terlibat tetapi mereka ini masih lagi menggunakan kayu ukur dan teropong lama kadang-kadang kelabu. Oleh sebab itu, mereka sebagai agensi kerajaan mesti menggunakan kayu ukur dan teropong baru bagi mencari siapakah yang miskin sebenarnya dengan kaedah yang lebih sofistikated di zaman digital ini.
Selinsing, sikit saja. Baik, menyentuh berkenaan dengan...Terima kasih Selinsing. Saya nak sentuh pasal pendigitalan tadi pasal miskin Tegar fokus kepada golongan-golongan yang rentan lagi di dalam bandar khususnya. Adakah Kerajaan Negeri Perak telah pun bersedia dengan big data berkenaan dengan masalah data kemiskinan yang lengkap bukan nak data yang berterabur. Sini ada jabatan ini ada, jabatan tu ada, semua ada dan akhirnya tidak disynchronize yang menyebabkan berlakulah pertindanan. Jadi apalah kiranya di dalam era baru ini kalau kita sembang bab big data ni dah bertahun-tahun masa saya jadi cikgu pun kita dah sembang pasal big data ni tapi kalau kerajaan Negeri Perak masih tidak berjaya untuk mengumpul data-data penting untuk pengurusan perancangan dasar dan polisi, ini satu perkara akan membawa kepada kegagalan. Jadi saya mengharapkan agar Exco Belia tolong tengok sikit Digital Perak kalau kata kita dapat bentukkan satu big data khusus untuk focus group golongan miskin bandar, miskin tegar, di bawah data e-Kasih dan sebagainya. Synchronizekan sekali. Terima kasih.
Terima kasih. Saya pun bersetuju kita sediakan
Selinsing, minta laluan.
Berminat ye Timbalan Yang Dipertua, bagi izin. Kita bagi semua merasa untuk berbahas tajuk yang saya nak bawa ni nampaknya menarik dan kita beri masa. Insyaallah panjangkan sikit masa.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, terima kasih Selinsing. Saya juga ingin tambah sikit tanya pandangan daripada Selinsing berkaitan dengan tadi pandangan daripada Trong juga, adakah Selinsing bersetuju bagi fokus group sekarang setiap bulan ada mesyuarat yang telah mengumumkan data-data miskin-miskin tegar di kawasan masing-masing di daerah, adakah data itu tepat boleh menunjukkan situasi yang sebenarnya berlaku kerana isu ini telah saya bangkitkan sejak kami jadi kerajaan. Saya telah bagi cadangan untuk kita menubuhkan satu data yang sempurna. Tadi yang Trong kata kita sambungkan, gabungkan semua data daripada semua agensi kerana bukan satu agensi seperti JKM yang memberi bantuan tetapi MAIPK dalam Baitulmal mereka lagi TNB ke mana-mana satu agensi yang juga membeli salur bantuan kepada rakyat.
Saya tambah sikit saja. Terima kasih sebab bila cerita bab agensi ni saya nak pesan sikit agensi-agensi ni jangan kedekut data sebab nak tunjuk terror semua. Jadi kalau kita bekerjasama setiap inter-agency ini selesai masalah kerajaan Negeri Perak. Terima kasih.
Pada dasarnya apabila cadangan daripada Yang Berhormat sudah pastilah Selinsing bersetuju kerana apabila data-data ini tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan itu secara total tentulah ada puncanya dan terima kasih kepada YB yang memberi pandangan untuk mengatasinya dan insyaallah saya mencadangkan pihak kerajaan mengambil tindakan. Selinsing juga sedar bahawa kemiskinan ini kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menjana ekonomi. Sebab itu kita ada beberapa peruntukan RM2.7 juta telah disediakan, RM1.5 juta Sekretariat Usahawan Negeri Perak manakala keusahawanan melibatkan RM2.7 juta.
Jadi terutama kepada mereka yang hilang pekerjaan bolehlah mula berniaga secara kecil-kecilan tetapi saya ingin mengingatkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan kerana saya dapati Pihak Berkuasa Tempatan ini apabila sahaja PKP telah dilonggarkan maka kita dapat lihat bahawa mereka cuba mengekalkan peraturan-peraturan secara ridit yang menyebabkan penjaja yang ingin menjaja kerana terkesan dengan sumber pendapatan maka mereka mengeluh di DUN saya. Oleh sebab itu mungkin juga berlaku di DUN-DUN yang lain. Kita minta pihak penguasa tempatan ni tengok-tengoklah budi bicara kerana mereka ingin menjaga masyarakat yang terkesan kerana nak keluar daripada kepompong kemiskinan. Sebagai seorang guru saya melihat apabila Covid-19 ini melanda saya dapat lihat seolah-olah jantung pendidikan terhenti, sekolah ditutup, pembelajaran tidak dapat dilaksanakan, guru-guru pun menjadi bingung. Jadi sebab itu wujudlah kelompongan dalam dunia pendidikan. Kelompongan ini bukan sahaja di peringkat SPM STPM tetapi sebagai seorang guru saya sudah dapat mengesan kelompongan ini berlaku di peringkat pra pendidikan kerana sudah tentu penguasaan 3M mereka tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Jadi sebab itu kita minta pihak Kementerian Pendidikan, kita minta pihak JPN, kita minta pihak Jabatan Pendidikan Daerah menyediakan satu pelan tindakan strategi untuk mengatasi masalah pendidikan pra sekolah ini kerana pada satu ketika nanti pendidikan pra sekolah ini kalau kita tidak atasi ia akan melahirkan satu masyarakat yang bukan kita hendak tetapi sudah pasti hakikatnya tuan-tuan, hakikatnya Timbalan Yang Dipertua kita akan menerima kelompongan pendidikan dan memberi kesan kepada negara. Sebab itu kelompongan ini mesti bukan sahaja pihak kerajaan dan Exco Pendidikan atasi. Pihak-pihak GLC mesti memainkan peranan. Kalau setakat ini terima kasih kepada pihak yayasan dengan gabungan membantu mewujudkan pelbagai bantuan kepada pelajar khususnya dalam musim PDPR ini. Tuisyen Cikgu Saarani dijayakan di DUN saya. Saya sendiri juga terlibat mengemukakan atau menjayakan tuisyen Cikgu Saarani ini. Dua tahun yang lepaslah saya buat. Jadi oleh kerana PDPR tidak dapat dilaksanakan kerana musim ini agak terbantut dan saya akan teruskan pada masa-masa mendatang. Insha Allah.
Selinsing juga membawa isu JKPP…JPKK ni semua orang terlibat. Kalau di bahagian pentadbiran mereka ini merupakan pembantu atau pun ejen kita di akar umbi. Saya berharap merayu kepada YAB Menteri Besar saya dapati peruntukan RM7.5 juta bagi pembayaran elaun dan juga RM4.1 juta pelaksanaan program sudah pasti tidak mencukupi. Mereka ini hujan panas merupakan ejen dan kadang-kadang bergadai nyawa berjumpa dengan pesakit-pesakit atau orang yang dikuarantin. Jadi apa salahnya atas tugas mereka melaksanakan organisasi kita, melaksanakan kelicinan tugas-tugas Penghulu dan juga Yang Berhormat kita naikkanlah RM250 ke RM500 elaun mereka pada kali ini. Saya harap YB-YB semua bersetuju dan kalau perlu peruntukan khas pun kita buatlah. Tadi Pangkor mengatakan apa salahnya kita mengkaji semula dan menambah perbelanjaan-perbelanjaan kita ini sudah pasti mendapat ucapan terima kasih daripada JPKK. Bagi JPS peruntukan yang saya tengok agak kurang.
Selinsing ingin mencadangkan agar pertambahan juga diberi kerana isu pendalaman sungai di Negeri Perak oleh kerana faktor alam semula jadi menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila sungai menjadi cetek nelayan-nelayan tidak dapat keluar ke laut, tidak dapat keluar ke destinasi kerana menunggu air pasang tinggi baru mereka boleh keluar dan mereka terpaksa pulang lebih awal kerana takut air surut. Apabila tempoh masa menangkap hasil nelayan ini pendek sudah pasti ia akan melibatkan hasil pendapatan yang kurang. Oleh sebab Selinsing ingin mencadangkan peruntukan JPS ini diberi untuk mendalamkan sungai-sungai. Kalau di dalam DUN saya tolonglah tengok kedalaman sungai di Jeti Lubok Buntar, di Jeti Sungai Baru, di jeti Sungai Protan, di jeti Sungai Pinang dan juga di kelompang pancur. Walaubagaimanapun terima kasih YAB Menteri Besar yang semasa membuat lawatan mesra tempoh hari telah pun meluluskan dua jeti di Sungai Protan dan juga yang di Sungai Pinang yang bernilai RM200 ribu setiap satu.
Terima kasih YAB atas kelulusan itu tapi ada lagi yang lain itu nelayan yang jihad membasmi kemiskinan. Oleh sebab itu tolonglah luluskan lagi tiga di Lubuk Buntar, di Sungai Petani Selinsing dan juga di Sungai Baru. Ini kisah benar. Saya bercakap benar-benar dan tidak ada penipuan ataupun cerita dongeng. Kenyataan saya benar, cerita saya benar, fakta saya benar.
Kalau isu babi ni dah ramai YB-YB telah mengemukakan pandangan tapi saya ambil kolaborasi YB dan sorry babi dan ini teringat Melaka ni. YB teringat Melaka ni, YB babi apa semua ini teringat Melaka ni. Allahhuakbar, jadi saya nak maklumkan bahawa ada satu kemalangan yang cukup tragis. Pada saya pada 2 Disember 2021 tuan-tuan boleh ikuti FB saya. Berlaku kemalangan seorang isteri JPKK ingin membuang sampah di langgar oleh seekor babi seekor khinzir dan dia jatuh kepalanya pecah dan saya nak kait kolaborasi permasalahan ialah menunggu ambulan sangat lama. Dua orang ini terpaksa di telefon di klinik sana, klinik sini. Nampaknya perkhidmatan ambulan telah pun lambat yang kita bolehlah katakan walaupun redha tetapi perkhidmatan itu kita rasa sangat bimbang dan sedih dan akhirnya pada 7 Disember 2021 dia meninggal kerana kelewatan dan pada semalam 14 haribulan di Teluk Medan saya nak maklumkan lagi ada Encik Rasmi bin Jap telefon saya marah-marah saya apa dah jadi ni, ambulan satu berlaku di Teluk Medan kemalangan menyebabkan kereta dua beranak anak perempuan dan ibunya yang strok dan difahamkan saya difahamkan ambulan datang lambat iaitu satu jam setengah. Jadi sebab itu saya harap kementerian, Exco cubalah melihat bagaimana ambulan ini dapat disediakan kerana apabila ditanya, ada yang nak bertanya, silakan.
YB Dato’ Yang Dipertua, mohon laluan Selinsing. Isu ambulan ni saya tertarik juga. Di kawasan saya itu daripada Hospital Gerik kalau ada kes emergency akan dihantar paling dekat Hospital Taiping. Isu dia sekarang ambulan yang ada dalam keadaan yang cukup naif. Banyak kedapatan ambulans yang duduk ditepi jalan rosak di dalam ada pesakit. Apakah kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan tidak mempunyai perancangan untuk melihat kemudahan-kemudahan yang ada di.hospital-hospital terutama yang berada di luar bandar yang akan berurusan ke bandar dengan melihat kemudahan dari segi ambulan tu sendiri dengan tempoh usia yang dah lama, dipandu oleh berbagai pemandu- pemandu penjagaan dan sebagainya tambahan pula jalan daripada Gerik ke Taiping ataupun Ipoh tu pun sendiri dengan keadaan yang tidak selesa, lopak dan sebagainya membuatkan rosak dan amat malang sekali dalam tempoh bulan ini sahaja pun Disember, saya sendiri melihat beberapa ambulan tersadai di tepi jalan kerana kerosakan. Apakah ini pihak Kementerian Kesihatan tidak melihat sebagai keperluan utama yang sewajibnya disediakan untuk kesihatan dan kesempurnaan kepada rakyat. Apa pandangan Selinsing?
Selinsing amat.. amat…amat bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Kenering kerana mereka kakitangan Kementerian Kesihatan telah pun bertungkus-lumus bagi menghalang covid, tiba-tiba kalau perkhidmatan ambulan yang kita tidak memberi perhatian ataupun Kementerian Kesihatan tidak memberi perhatian sudah pastilah menjatuhkan nama KKM. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan mesti melihat semula permasalahan ini.
Seterusnya saya pergi ke topik peruntukan untuk JKR sebanyak RM153 juta yang melibatkan RM83 juta mengurus dan RM70 juta projek pembangunan termasuklah jalan-jalan dan jambatan. Saya ingin mencadangkan, Selinsing ingin mencadangkan diwujudkan satu lampu isyarat di Simpang Tiga, Selinsing kerana telah berlaku banyak kemalangan. Selain daripada itu kita lihat hasil kutipan kita menyusut kepada RM797.5 juta antaranya saya menyarankan kepada pihak kerajaan supaya RTB sepertimana Trong juga, RTB-RTB di seluruh Negeri Perak yang telah ditanam dengan kelapa sawit dengan tanaman-tanaman yang mereka mendapat pelbagai hasil, apa salahnya diluluskan geran kepada mereka.
Contoh di tempat saya RTB Samagagah, maka sudah 30 tahun mereka mendapat hasil dan mereka pun rasa macam mana keadaannya. Jadi pada saya untuk mendapat hasil cukai maka kita beri geran dan rakyat pun suka, kita pun senang, duit kantong kita pun makin banyak. Satu lagi semasa lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa beliau mula-mula mentadbir Negeri Perak dalam lautan mesra beliau telah singgah ke DUN Selinsing. Saya merakamkan ucapan terima kasih. Selinsing ingin mencadangkan, Selingsing ini satu bandar yang sangat daif. Dato’ Speaker oleh sebab itu Selingsing ingin mencadangkan sebuah pekan baru yang mempunyai pelbagai kemudahan turut dibina di Bandar Selinsing. Kalau tak banyak pun 10 kedai ada 100 buah rumah pun Selinsing telah bersyukur. Walaupun saya lihat kepada lembaga perumahan peruntukannya agak kecil tetapi apa salah kiranya tempat-tempat orang yang susah ini kita buatlah kebajikan supaya Kerajaan Negeri Perak ini mendapat rahmat-nya. Insyaallah, luluslah permohonan saya. Selain daripada itu dalam proses serampang dua mata membantu usahawan kecil jadi kita merayu agar diadakan Arena Dewan Arena Serbaguna di Pekan Selinsing dan juga membina dataran yang lebih baik di Pekan Sungai Gedung bagi peniaga-peniaga mengeluarkan hasil atau berniaga di Selinsing. Maksud saya di DUN Selinsing. Pihak Selinsing juga melihat masalah bank. Ini menarik saya mengkaji dan melihat apabila bertemu dengan pihak bank. Bank ini mengatakan bahawa kita akan buat perkhidmatan mesin ATM ni di tempat yang ada kapisiti kewangan yang banyak. Jadi saya terasa rendah diri di tempat saya Dato’ Speaker, tak ada mesin ATM di Mukim Selinsing ini. Saya telah membuat satu rumusan bahawa orang Selinsing miskin, sebab itu tidak ada mesin ATM. Jadi saya berharaplah kepada pihak yang bertanggungjawab seperti bank supaya memberilah perkhidmatan kepada kami di DUN Selinsing.
Selinsing saya nak masuk sikit. Ok, ni saya seronok ni sebab saya dah tak laratlah kena kecam pasal ATM mesin. Baik saya berlaku perkara yang sama di Pekan Selinsing, ya di mana kami tidak ada langsung walaupun satu mesin ATM dan isunya sekarang apabila saya telah menghantar surat kepada Kementerian Kewangan, Tengku Zafrul telah membalas surat-surat tersebut dan mengarahkan BSN turun untuk membuat pemantauan sepertimana yang saya boleh agak jawapannya sama yang berlaku pada Selingsing, di mana bank-bank ini melihat kepada kapasiti pendeposit yang berada di dalam kawasan. Habis tu kalau orang kampung ni nak tak ada bank, nak cari bank mana? Jadi sebab itu orang kampung tak faham pun sebenarnya dia orang kata bank ini dia lebih kepada melihat margin keuntungan tetapi takkanlah tidak ada satupun budi bicara daripada Kementerian Kewangan untuk memikirkan bagaimana dia boleh bagi order kepada beberapa bank yang hanya orang kata hanya memikirkan tentang keuntungan untuk memberikan khidmat CSR kepada kampung-kampung seperti DUN di Selingsing dan Trong ini. Terima kasih.
Ya, kita senasiblah Trong. Apakan daya kita harap pihak kerajaan mengambil perhatian dan mengarahkan kuasa politik untuk membina atau menyediakan perkhidmatan ATM ini.
Minta laluan. Saya juga bersimpati dan terlibat di dalam isu ini. Ropernya ramailah lagi di kawasan-kawasan yang tidak ada kemudahan ATM ini. Sepertimana dalam ucapan saya semalam pun saya bangkitkan jarak daripada Lenggong ke Gerik ada pekan kecil Lawin mungkin Kenering, isu ATM memang yang dibangkitkan.
Pihak pengurusan daripada Bank Negara cawangan Pulau Pinang datang melawat dan bersungguh-sungguh untuk meluluskannya. Akhirnya jawapan yang saya terima dan kita bawa di dalam peringkat tindakan, pegawai diberi taklimat akan keperluan. Ada tiga Felda, ada sembilan kampung tradisional, ada pondok polis, ada Petrol Pam Shell. Dia boleh kata jawapan diberi kepada saya, jawapan bertulis iaitu keadaan tempat gelap dan tidak sesuai dari segi keselamatan. Terasa saya. Lebih hina kawasan tempat gelap. Jalan utama Lenggong Gerik. Selepas itu dia kata tidak selamat dan tempat gelap tidak selamat. Saya nak tengok di sini. Saya bersetuju dengan Trong dan juga Selinsing bahawa sepatutnya bukan sahaja dari segi keuntungan. Ini masalah rakyat nak berurusan. Nak pergi ke pekan antara Lenggong dan Gerik dengan kos yang tinggi. Cuma nak tekan mesin ataupun hantar anak wang tidak lebih daripada RM100, RM200. Ini macam mana. Kita minta desak kerajaan supaya campur tangan dalam perkara ini.
Terima kasih Kenering yang memberi pandangan untuk mendesak ataupun memohon dan merayu pandangan serius daripada pihak kerajaan dan gunalah kuasa politik bagi jihad membasmi kemiskinan.
Selinsing saya nak tanya. Lama. Banyak lagi ke ?
Boleh sedikit lagi tak. Saya tengah bersemangat ini membawa masalah orang kampung.
Lima minit ye.
Satu lagi masalah ialah chalet di Kuala Gula. Chalet di Kuala Gula ini nampaknya macam tak terurus pada ketika ini. Oleh sebab itu saya minta Pihak Berkuasa Tempatan, pihak pelancongan ataupun pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk melihat kerana potensi Kuala Gula ini sangat baik dan telah pun di letak di peta pelancongan. Sebab itu saya mintalah supaya satu kajian khas untuk menaik taraf semula kerana hasil tinggalan lama PKP ini tahu sajalah. Hotel ini dia ada macam-macamlah binatang terutama dekat dengan laut. Maka saya harap satu pelan tindakan menaiktaraf ini disegerakan.
Selain daripada itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah pun bersetuju dan nampaknya pihak tertentu sudah datang membuat pelan pagi masjid yang saya sering utarakan sejak saya menjadi ADUN semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Faizal Azumu lagi. Saya sering kata masjid, masjid, masjid. Dan alhamdulillah nampaknya sudah ada progress. Sudah ada MOU membuat dan harapan saya harapan DUN Selinsing, Dato’ Seri supaya masjid ini terbina pada tahun hadapan. Cuma bila nak runtuh masjid itu Dato’ Seri fikirkan. Saya ada membuat permohonan untuk mendirikan tempat solat sementara di sebuah sekolah berhampiran sangat dengan Masjid Sungai Protan.
Jadi saya harap tempat solat sementara itu dapatlah kelulusan daripada Yang Amat Berhormat Menteri. Begitu juga surau di Parit Ali Kalang. Jadi di Parit Ali Kalang pun, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana telah membina di sana sebuah surau dengan harga RM 300 ribu dan yang terakhir satu permohonan saya ialah sistem saliran di Kuala Gula dan juga di Taman Serai Perdana. Sering banjir. Hari-hari mereka hantar apa video rumah mereka dimasuki air. Dan yang kadang-kadang saya nak gelak pun ada. Kadang-kadang dia bubu Kenering. Kenering dia bubu di dalam rumah dia. Nak menggambarkan bubu tempat tangkap ikan sembilang, ikan, ketam apa Kenering. Jadi memang betul air tu melepasi bubu yang tingginya dua kaki dan sebagainya. Jadi pihak JPS, Pihak Berkuasa Tempatan dapat melihat longkang dan juga sistem perparitan di Kuala Gula dan di Taman Serai Perdana.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada MCMC Negeri Perak. Terima kasih kepada ketua-ketua jabatan yang telah dan sentiasa membantu saya untuk memberi perkhidmatan di DUN Selinsing. Jadi saya rakamkan jutaan terima kasihlah kepada semua yang tidak dapat saya sebutkan nama mereka. Cuma saya harap mereka sama-samalah menyelami bahawa DUN Selinsing ini milik kita bersama. Kita suka rakyat gembira. Selingsing ingin menyampaikan sebuah pantun. Pantun ini adalah untuk mempromosi. Sahabat saya tadi Kuala Sepetang dia mempromosi Mee Udang. Jadi saya pun nak mempromosi tempat saya di Kuala Gula dan juga di kawasan-kawasan sekitar di DUN Selinsing.
Di dalam Dewan YB bersidang, Tempat berbahas bukan bersembang, Ke Kuala Sepetang makan Mee Udang, Ke Kuala Gula pula makan sembilang.
Selinsing rasa penuh kesedaran menyokong Belanjawan 2022 Perak Darul Ridzuan yang bertajuk ‘Perak berdaya saing, mampan dan inklusif’. Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumusalam wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Selinsing. Sekarang ini dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Dipertua Dewan kerana mengizinkan Pasir Bedamar turut terlibat dalam Perbahasan Belanjawan Perak Darul Ridzuan yang dicintai yang dikasihi bagi Tahun 2022. Kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat dekat sini dan juga di sebelah sana, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta rakan media dan mereka-mereka yang sedang memerhatikan perbahasan sesi petang ini di alam maya. Selamat petang dan selamat sejahtera.
Tuan Yang Dipertua,
Merah menyala Si Bunga Raya, Biarlah ia mekar di sana, Izinkan saya mula berbicara, Agar manfaat diperolehi bersama.
Timbalan Yang Dipertua Dewan,
Belanjawan tahun ini merupakan suatu belanjawan sejumlah RM1.1 billion iaitu RM115 juta kurang daripada perbelanjaan tahun lepas iaitu sebanyak RM1.215 juta. dan apabila saya meneliti belanjawan setiap tahun. Perkara pertama yang saya akan yang menarik perhatian saya adalah nisbah di antara berapakah perbelanjaan untuk mengurus juga berapakah perbelanjaan untuk pembangunan. Bagi tahun 2022, perbelanjaan mengurus adalah RM803 juta ataupun 73% daripada bajet dan perbelanjaan untuk pembangunan hanyalah RM302 juta atau 27% daripada bajet. Bagi tahun 2021 pula nisbahnya adalah 64% bagi pengurusan dan 35% bagi pembangunan. Jadi kita telah melihat untuk tahun 2022 kenaikan jumlah untuk mengurus sebanyak RM18 juta tetapi pengurangan dalam belanja untuk pembangunan sebanyak RM128 juta.
Ini adalah satu jurang perbezaan yang amat tinggi. Dalam pasca Covid-19 ini apa yang kita dapati adalah banyak industri telah tutup, perniagaan tutup. Ada yang gulung tikar. Ada yang terpaksa mengurangkan operasinya dan kita perlukan lebih banyak wang untuk menjana semula kita start ekonomi Negeri Perak dan saya meminta kerajaan supaya apabila jika didapati bahawa jumlah yang telah dibelanjakan adalah tidak mencukupi, mengemukakan semula suatu permohonan untuk bajet tambahan untuk memastikan bahawa ada cukup wang untuk dibelanjakan bagi pembangunan.
Dato’ Yang Dipertua, saya mendapati beberapa hari ini hebat dibahaskan di antara Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelah ini dan juga di sebelah sana. Bukan dengan satu perkataan yang saya dengar politik matang.dan jika diperhatikan ramai mengatakan kita dah memasuki satu era baru. Era politik matang, kenapakan era baru, era politik matang baru sekejap tadi Selinsing dan semalam saya percaya
Kenering juga membahaskan tentang isu politik matang ini. Sebelum saya meneruskan saya ini juga mengingatkan kita bahawa ini adalah tahun ini adalah ulang tahun ke-58 pembentukan negara Malaysia dan ini juga merupakan ulang tahun ke-58 konfrontasi antara Indonesia dengan Malaysia. Pada tahun 1963 dalam pembentukan Malaysia-Indonesia yang telah diketuai oleh Presiden Sokarno telah memulakan polisinya yang berbentuk 'Ganyang Malaysia' di mana kita telah memperlihatkan bala tentera Indonesia telah mencerobohi negara Malaysia dan berlaku pertumpahan darah dan juga kekacauan. Kalau masa dulu diplomasi antara Malaysia dengan Indonesia adalah Diplomasi Rimba tetapi lama kelamaan kita lihat bahawa diplomasi antara Malaysia dan Indonesia telah berubah tidak lagi kita menggunakan peluru tetapi kita menyelesaikan masalah secara berdialog dan kita dapati sekarang diplomasi antara Malaysia dan Indonesia adalah diplomasi matang.
Di antara Malaysia dan Indonesia pula ada banyak persamaan, selain dari makanan, pakaian ada perkataan yang bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia serupa ada yang beza sikit. Ada yang beza terus. Laki-laki di Malaysia di Indonesia kita gelar dia bapak dan laki-laki di Malaysia kita atau kita panggil dia encik. Kalau perempuan pula di Indonesia kita katakan mereka sebagai cewek. Di Malaysia awek tapi siapa yang merompak duit rakyat Indonesia kita panggil pencuri tapi di Malaysia kita sebut Perdana Menteri.
Tuan Yang Dipertua politik matang tidak menghalalkan yang haram. Yang haram tidak dihalalkan. Yang salah tetap salah. Politik matang bukanlah lesen untuk membenarkan salah laku oleh mana-mana pihak. Pihak pembangkang akan terus menjadi check and balance kepada pihak kerajaan. Itulah amanat yang diberikan oleh rakyat kepada ahli Yang Berhormat yang telah di lantik. Kita telah memperlihatkan bahawa penggal ini ada pertukaran beberapa kali kerajaan. Sekejap-kejap kita menjadi pembangkang sana menjadi kerajaan, sekejap-kejap sana menjadi kerajaan kita menjadi pembangkang.
Jadi dalam amalan ataupun apa yang kita alami dalam jangka masa ini saya berharaplah politik matang yang kita guna pakai adalah politik di mana kita tidak bertindak secara peribadi. Tiada serangan peribadi dalam Dewan ni saya melihat bahawa serangan peribadi telah berkurangan tapi tidak pupuslah masih adalah serangan peribadi dan yang kedua kita menitikberatkan kepentingan rakyat dan negara lebih daripada kepentingan parti dan juga peribadi seperti kita mendebat dan meluluskan belanjawan dan dalam pengagihan perbelanjaan. Itu sudah baik dan sepatutnya dilakukan dari mula bukan saja pada tahun kebelakangan ini.
Dato' Yang Dipertua pagi tadi Hulu Kinta telah membawa isu bahawa ada 1,000 ekar rakyat di kawasan. Ada 1,000 ekar tanah di kawasan Khantan di mana ada isu di mana ada pengusiran atau notis pengusiran telah dikeluarkan kepada petani-petani yang telah mengusahakan tanah tersebut sejak tahun 50-an 3 generasi saya percaya. Perkara ini juga telah di bawa oleh saya percaya Keranji dan juga Teja. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada hakikat bahawa pada 13 hari bulan Disember suatu rencana telah dikeluarkan oleh bekas ataupun mantan Ahli Parlimen Sungai Siput. Dimana artikel ni : Perak State To Be Use Land Deal A Call To Stop Addiction of Kanthan Armes. Dalam artikel ini yang telah disebarkan ia telah membawa ataupun ada beberapa dakwaan yang agak serius dan membawa malu kepada Perak Darul Ridzuan dan saya meminta Kerajaan Negeri untuk meneliti dan memastikan jika tiada kebenaran dalam artikel ini tindakan diambil kepada sesiapa yang telah mengeluarkan artikel tetapi jika benar ada kebenaran di dalam rencana ataupun petikan ini sesuatu perlu diambil. Rencana ini telah membawa dalam rencana ini ada banyak aligasi antaranya adalah bahawa tanah yang telah dijual lebih 10 tahun lepas dijual pada harga RM2.30 sekaki yang dianggarkan harga pasaran adalah RM16.
So, aligasi-aligasi perlu diambil dan diteliti dengan serius oleh pihak kerajaan dan yang lebih penting tanah-tanah yang kini menjadi isu adalah tanah pertanian yang telah menghasilkan sayuran dan buah-buahan kepada rakyat Perak dan kita dalam suasana yang perit di mana kita ada krisis makanan, ada krisis sayur-sayuran, harga sayur-sayuran telah melambung 200% dan tindakan untuk mengusir mereka pada ketika ini pendapat saya Tuan Yang Dipertua adalah bukan suatu tindakan yang cerdik. Saya juga difahamkan bahawa peneroka di sini penanam petani-petani di sini berjumlah 132 orang. Tanah yang mereka menduduki itu bukan besar kebanyakkannya adalah 5 ekar dan kurang.
Jadi saya juga difahamkan bahawa ada dialog. Ada dialog antara pihak kerajaan dan juga petani-petani ini dan dalam suasana dialog ini dan dalam suasana ada krisis makanan ini telah keluar notis untuk mereka keluar daripada tanah ini. Jadi saya memohonlan atas dasar perikemanusiaan kita kerajaan negeri meneruskan dialog dengan petani-petani ini dan tidaklah dan tidak membenarkan mereka dihalau pada ketika yang begitu kritikal. Begitu kritikan hari. Saya percaya pula Semanggol akan bersetuju bahawa jika mereka keluar dalam masa 30 hari ini isu harga makanan, akan melambung lagi tinggi. Kesianlah Gunung Semanggol hari-hari kena balun dengan isu harga harga harga makanan naik. Saya berharap bahawa Gunung Semanggol juga mengambil insiatif untuk memastikan ini tidak menjejaskan harga makanan di dalam negeri Perak.
Dato' Yang Dipertua belanjawan 2022 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak ada 5 fokus. Fokus yang ketiga adalah mengukuhkan modal insan dan pembangunan sosial. Strategi kerajaan yang kita nampak dalam ucapan belanjawan adalah melalui melengkapkan warga Perak untuk bekerja. Dalam hal ini kita lihat RM7 juta diperuntukkan untuk PASAK, RM4 juta untuk TVET,RM6.4 juta biasiswa pendidikan, RM4 juta pemberian pinjaman ,RM0.6 juta program sara diri dan kecemasan mahasiswa, RM0.4 juta program pengupayaan mahasiswa. Saya percaya peruntukan-peruntukan yang dibuat ini adalah peruntukkan baik untuk memastikan warga Perak ini bersiap sedia dan berdikari untuk menghadapi dunia perniagaan di dunia pekerjaan tetapi masalah yang kita hadapi ini adalah walaupun ada banyak pekerjaan di negeri Perak tetapi apa yang disebut dalam bahasa Inggeris no takers ataupun less takers. Kita dapati ada banyak pekerjaan yang masih kosong tidak ada orang yang mahu bekerja sehingga kita terpaksa mengambil buruh daripada ataupun tenaga daripada negara-negara asing seperti Vietnam, Myanmar, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, India dan jika kita perhatikan apakah masalah ataupun kenapakah kita ada masalah ini.
Saya boleh huraikan dua sebab pertama, pekerjaan tersebut tidak sesuai bagi pekerja. Yang kedua pekerja tidak sesuai untuk pekerjaan. Apa yang saya maksudkan dengan yang pertama pekerjaan tidak sesuai bagi pekerja ini adalah situasi dimana katakan seseorang itu telah dididik menjadikan doktor seseorang itu telah mempunyai pembelajaran dari segi engineering tapi tidak kerja-kerja yang demikian. Dan ini menjadi tanggungjawab kepada pihak kerajaan untuk memastikan kita menjana ekonomi, kta menjana industri dimana peluang pekerjaan seperti demikian dapat diadakan untuk warga kita bekerja. Ini adalah tanggungjawab kita.
Tapi yang kedua yang saya sebut tu pekerja tidak sesuai untuk pekerjaan. Ini masalah yang susah sikit tu. Yang saya maksudkan pekerja tidak sesuai untuk pekerjaan adalah apabila pekerja itu boleh melakukan pekerjaan tersebut tetapi memilih untuk tidak mahu bekerja. Ini adalah pilihan dan kalau kita lihat atau pun kita meneliti mengapa, dimanakah sektor-sektor yang punya masalah yang kedua dimana pekerja tidak sesuai untuk pekerjaan. Seringkali kita lihat dalam dalam industri perkilangan dan perkhidmatan seperti pelayan, pembantu rumah dan juga yang ketiga adalah dalam industri perladangan dimana pekerjaan ada, kita boleh melakukan kerja tersebut tetapi kita tidak mahu bekerja di sektor tersebut dan alasan-alasan yang diberikan saya percaya adalah 4. 1-susah, 2-berat, 3-tidak sesuai, 4- tak cukup gaji. Tapi kalau kita teliti empat masalah ini mungkin susah berat masalah yang susah sikitlah.
Tapi kalau kita lihat yang tak cukup gaji, adakah benar tak cukup gaji tu satu alasan yang munasabah. Saya sebagai pengamal undang-undang, apabila saya mengiklankan bahawa saya ada jawatan kosong di dalam firma guaman saya, perhatikanlah ada que di luar pejabat saya. Berpuluh-puluh orang akan datang untuk temu duga untuk cuba mencari satu pekerjaan di firma saya dan saya beritahu mereka, tahu tak kalau kerja di sini gaji permulaan gaji basic adalah ikut RM1,200, nak kerja di sini? Dan saya memberitahu mereka bahawa, kami dapati ada ramai di antara mereka samada overqualified atau underqualified atau tak sesuai dengan pekerjaan ni, saya akan memberitahu mereka hal ini sebab saya ada ramai kawan pekilang. Dan mereka memberitahu saya mereka tak ada pekerja. Dan macam mana nak selesaikan masalah tak ada kerja tu kan.
Saya tanya mereka mungkin gaji tak cukup ke? tak ada. Tahu tak kerja kilang campur OT sekali kurang-kurang RM2,000. Boleh sampai RM2,500. Dan kalau kerja-kerja kilang macam di Osram, di Penang, Round, Intel ada masuk dulu pekerja-pekerja di sana boleh mendapat pendapatan sehingga RM3,000 sebulan. Ni tak termasuk apa yang majikan perlu bayar untuk levi, majikan perlu bayar untuk elaun perumahan, pengangkutan, perubatan. Campur ni semula, ini semua kita melibatkan majikan tu keluar lebih RM500. Maka, seseorang pekerja kilang, operator kilang, bukan kerja berat. Kerja yang ringan kita dapati mereka boleh membawa pulang wang atau pun bernilai lebih kurang RM3,500 sebulan dan kalau kita bandingkan dengan warga Malaysia berapakah warga tempatan sekeluarga boleh memperolehi pendapatan RM3,500 sebulan. Ini adalah individu yang datang dari Indonesia, Vietnam, yang bekerja. Mungkin dia bujang, dia akan hantar wang tu ke negara mereka yang asal. Tetapi kalau kita suami isteri sanggup kerja di sini pendapatan mungkin boleh mencecah sampai RM5,000 sebulan.
Jadi, apakah masalah ini. Maka saya pun menanyakan semula mereka-mereka datang bertemu duga dengan saya. Kerja di kilang tu boleh dapat RM3,000 hingga RM3,500 sebulan, kerja dengan saya RM1,200. Kenapa nak kerja dengan saya? Kebanyakkan mereka-mereka akan memberitahu saya. Ini adalah alasan. Sembang-sembang sikit, last-last dapat la. Bos, ini kerja orang asing la. Tak ada standard. Bukan kerja berat tapi isunya adalah mentaliti. Mentaliti bahawa industri ini, industri perkilangan, perladangan ini adalah industri orang asing. Saya tidak mahu disamakan dengan orang asing. Malu bagi saya. Maksudnya itu adalah satu mindset dan mindset ini kalau kita boleh mengubah, ini akan menyelesaikan banyak masalah dan perkara yang melanda negara kita dan peluang, peluang pasca covid ini adalah peluang keemasan untuk kita menangani masalah ini sebab akibat daripada covid ni ramai pekerja asing telah pulang dan tiada pekerja baru telah masuk. Maka kita berada di ground zero.
Kalau kita tak ada ambil mengambil peluang keemasan ini mungkin untuk mengatasi masalah pada masa akan datang akan menjadi lebih rumit dan kalau warga Malaysia dikatakan kerja ni kerja berat, dia tak mahu melakukan kerja ni, saya tak percaya. Tengoklah pekerja-pekerja yang menghantar makanan Grab, Food Panda Rider, Grab Food, mereka kerja di bawah di bawah matahari yang terik, kena bakar pula masa hujan, kena hujan. Sanggup menghadapi risiko demam, sanggup menghadapi risiko kena langgar, accident. Mereka sanggup kerja. Ini kerja berat tapi mereka sanggup kerja, kenapa? Sebab kalau tanya mereka, ini ok la. Ini kerja semua geng-geng kita ada. Ni kerja orang tempatan. Tapi yang rajin-rajin jadi Grab Food Rider, Food Panda Rider, kalaulah warga asing dibenarkan untuk bekerja, lama-kelamaan saya rasa pekerja tempatan pun tak mahu kerja di sini. Ini akan dianggap sebagai pekerjaan bagi orang asing.
Lagi satu contoh, kalau kita lihat di Negara Barat, Negara Barat siapa yang menjalankan kerja-kerja kontrak, construction. Siapakah yang menjalankan kerja-kerja perjalanan membaiki jalan road work. Sanggup melakukan kerja ini. Mereka sanggup berbuat demikian sebab mereka menganggap kerja ini sebagai kerja orang putih. Itu mindset mereka. Mereka sanggup kerja. Bukan pasal kerja berat kerja tak berat, gaji lebih gaji tak lebih, tapi ini dianggap sebagai kerja orang putih. Mereka sanggup kerja dan jadi saya percaya kalau kita boleh menukar mindset, orang tempatan bahawa kerja yang kita lakukan tu kerja untuk warga tempatan saja. Saya percayalah lebih ramai orang yang akan menceburi diri dalam kerja-kerja yang kini kita menghadapi masalah untuk mencari pekerja.
Dato’ Yang Dipertua, sebagai contoh saya boleh mencadangkanlah kita bermula, kita sebenarnya ada political way la untuk menjayakan, untuk mengatasi masalah ini. Katakanlah agensi kerajaan atau kerajaan, GLC kita mewajibkan bahawa kontraktor-kontraktor nak bawa pekerja masuk untuk kerja di bawah projek-projek kita mestilah 100% warga tempatan. Sebagai contoh sajalah, terpulang kepada kerajaan untuk fikir apa yang sesuai. Sebagai contoh kita buat mesyuaratkan bahawa hanya pekerja-pekerja tempatan boleh bekerja bagi projek-projek kerajaan. Maka, saya percaya orang ramai akan atau pun mahu bekerja bagi subkontraktor-subkontraktor ini sebab mereka akan tahu bahawa kalau kita bekerja untuk kerajaan projek-projek kerajaan 100% adalah warga tempatan. Isu bahawa ini adalah kerja-kerja bagi orang asing, ini adalah kerja yang memalukan, tiada standard, saya rasa ini tidak akan timbul atau pun dapat dikurangkan. Jadi kita perlulah ada inisentif untuk memastikan bahawa mindset ini dapat ditukar. Jadi saya menyeru Kerajaan Negeri Perak mengambil peluang ini. Kita fikirlah manalah kita boleh mula untuk memastikan, untuk cuba menukar mainset orang ramai untuk bekerja.
Dato’ Yang Dipertua, dalam isu ini juga saya ingin menceritakan sikit. Bila saya pergi ke suatu kondo, atau pun kondo adik saya, saya mendapati bahawa pekerja-pekerja di sana atau pun security sebelum pandemik mereka adalah daripada warga asing. Tapi bila saya pergi melawat adik saya dua minggu lepas, saya dapati semua security di sana adalah orang tempatan. Saya pun menanyakan, eh mana jadi dengan orang-orang asing dulu. Semua tak ada dah. Ini kontrak baru. Dan tiada pekerja asing? Tiada, kita semua local di sini. 100% kita orang local. Ada masalah? Tiada. Jadi mereka bangga bekerja. Saya berharaplah kita mengambil serius cadangan yang saya berikan ini.
Dato’ Yang Dipertua, kalau kita perhatikan Ipoh hari ini penuh sesak dengan orang. Ini merupakan pelancong-pelancong yang kita percaya dipenuhi dan sesak oleh pelancong-pelancong yang datang untuk melawat Ipoh dan kalau kita pergi atas highway, kita akan mendapati di highway pun penuh dengan orang. Ada beberapa hari yang lepas ni, kita dapat, saya mendapati banyak orang yang menggunakan highway dan kita lihat orang yang yang yang yang yang memandu situ di tempat rehat kebanyakkannya berkeluarga. Keluarga tu rasanya pergi melancong. Jadi pelancongan sudah bermula dan saya juga memerhatikan ada ramai ADUN sebelah sini dah sebelah sana tiap-tiap kali mempromosikan produk-produk pelancongan yang ada di kawasan mereka. Ini bermaksud pelancongan di negeri Perak tidak tepu. Ada banyak produk yang boleh dikemukakan di mana kita boleh menarik perhatian pelancong-pelancong.
Ini bermaksud juga bahawa industri pelancongan di Perak mempunyai banyak potensi dan saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada laporan Jabatan Perangkaan bagi tahun 2020 yang baru keluar pada bulan Jun tahun ini di mana ia melaporkan bahawa pelancongan telah industri pelancongan telah menyumbang sebanyak RM2.347 bilion pada ekonomi Negeri Perak. Ini adalah dengan kemasukan RM13.1 juta pelancong-pelancong domestik. Kalau semalam Trong menyatakan bahawa RM20.3 juta belanjawan untuk untuk pelancongan di Negeri Perak di mana RM7.8 juta adalah suatu langkah yang positif yang baik, saya ingin mengingatkan kita semua bahawa RM20.3 juta hanyalah merupakan satu peratus daripada RM.347 bilion. Maksudnya kita hanya melaburkan semula satu peratus daripada RM2.3 bilon yang kita untung.
Dari segi ekonomi, dari segi perniagaan itu bukan suatu suatu apa yang dikatakan sebagai suatu amalan yang begitu baik. Kalau sesuatu itu memberi kita untung yang besar, pelancong ini saya ibaratkan sebagai golden goose. Bila ia memberikan kita sebegitu banyak wang, kita patut menjaga itik ini dengan eloklah. Kita patut memastikan bahawa kita melabur semula di dalam industri ini supaya industri ini boleh memberikan kita lebih banyak faedah pada masa akan datang. Jadi saya menyerulah Kerajaan Negeri supaya menyemak semula jika ada keperluan untuk memastikan bahawa industri pelancongan ini terus diperkasakan dan kita tambahlah, kita tambahlah belanja untuk memastikan industri pelancongan ini bergerak dengan lebih pesat pada masa yang akan datang.
Timbalan Dato' Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kerana berikan saya lebih masa. Saya pun tidak akan mengambil kesempatan untuk mengucapkan untuk berucap terlebihlah. Tapi izinkan saya berpantun sikit boleh? Boleh ye, untuk menghabiskan masa saya hari ini. "Bunga seroja atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai tersilap bahas dan bicara, Usah digaduh maaf dipohon". Dah habis. "Putik Kemboja baru mengembang, Wangi mengharum di tengah taman, erat perpaduan bangsa berbilang, Kemakmuran bersama satu tujuan". Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Pasir Berdamar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan, dipersila.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak. Selamat petang dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, yang memberi peluang kepada saya untuk berbahas serta merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi persidangan dewan undangan negeri pada kali ini. Pemulihan ekonomi selepas wabak Covid-19 adalah masalah yang harus diberi tumpuan dan diselesaikan oleh kerajaan. Ia bukan dasar yang digunakan untuk menghancurkan keharmonian antara kaum.
Oleh itu, kita perlu sentiasa menghormati foreignercy antara kaum di Malaysia. Peniaga dan pengguna bukan islam berhak memilih untuk menjual atau meminum arak dan bukan melaksanakan dasar islam daripada PAS kerana ia tidak membahayakan keselamatan orang awam dan tidak melanggar undang-undang. Rampasan kebebasan dan hak orang bukan Islam tidak membawa apa-apa kesan terhadap pemulihan ekonomi dan projek ekonomi berimpak tinggi dan program bantuan perniagaan antara cara yang terbaik untuk menjanakan wang dalam pasaran ekonomi. Selain melarang arak dan memerlukan restoran memohon lesen untuk menjual arak, lebih baik tindakan seumpama itu diambil terhadap pemilik tanah yang bersikap acuh tak acuh terhadap tanah kosong terbiar milik mereka. Ia mengarahkan pertambahan tanah kosong terbiar yang menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk setempat.
Sebagai contoh di kawasan Jelapang, tanah kosong telah menjadi tempat semak samun dan pembiakan nyamuk yang amat mempengaruhi kesihatan penduduk. Pemilik tanah tersebut tidak bertanggungjawab dan menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Pihak berkuasa dipohon mengambil tindakan tegas melalui peruntukan undang-undang sedia ada. Apa yang perlu diberi perhatian ialah pindaan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 akta ialah 133 yang memberi tumpuan kepada pemantauan perancangan sistem peparitan projek pembangunan. Membetulkan kesinambungan sistem perparitan projek pembangunan baharu dan lama dan mengelakkan jurang antara lokasi parit dan isipadu saliran. Masalah sampah pula adalah seperti kudis yang beracun yang mana memerlukan rawatan yang baik dan masa untuk pulih. Pada masa kini semua orang membincangkan cara untuk mengurangkan risiko jangkitan. Saya berharap orang ramai akan berubah dan membuang sampah ke dalam tong sampah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Sehubungan dengan itu, saya telah menjalankan program pembersihan kawasan DUN Jelapang sempena Tahun Baru Cina kerana ia akan membantu pembersihan sampah terutamanya sebelum Tahun Baru Cina kerana ramai penduduk bangsa cina akan membersih dan mengemas rumah sendiri. Program pembersihan yang menelan belanja RM 60 ribu. Ini dijangka mengambil masa dua bulan melibatkan kawasan Kampung Jelapang, Puncak Jelapang, Taman Silibin, Taman Sri Wani, lagi Taman Risa ada fasa 1 dan fasa 2, Taman Pertama, Taman Tinggi, Taman Arked, Taman Rasi Jaya, Taman Sepakat, Papan Baru dan Papan Lama. Kenderaan seperti jengkaut akan digunakan untuk menarikkan sampah terkumpul pada kali ini termasuk pembuangan sampah haram yang mana Lengkok Jelapang tambahan Lorong Jelang 5/1/3/4/5 dan / 6 akan menjadikan tempat pertama dilaksanakan kerana kebanyakan orang yang tidak bermoral membawakan sisa industri ke sini dan membuangnya. Kita semua tahu tapak pelupusan sampah yang paling besar di Papan tapi ada satu lagi tapak pelupusan sampah yang haram RPT Jelapang Tambahan. Ia adalah tapak kedua besar.
Keluasannya dianggarkan seluas 20 ekar. Saya berharap apabila timbunan sisa industri dibersihkan jabatan berkaitan akan menggunakan pendekatan yang lebih ketat untuk mencerahkan kawasan lapang menjadi lokasi pembuangan sampah haram. Sekarang ini adalah musim hujan di Malaysia. Jika tempat pembuangan sampah tidak dibersihkan ia akan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Saya berharap MBI akan memberikan sokongan dan kerjasama dalam pelaksanaan program pembersihan ini serta diharapkan penduduk setempat dapat bersama-sama membersihkan keadaan persekitaran rumah agar lebih bersih. Saya di sini berulang kali menasihatkan kerajaan yang memerintah supaya tidak mengganggu keharmonian negara. Lebih lagi tidak mencetuskan isu kebencian antara kaum. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari Krismas kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang beragama Kristian. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Jelapang. Sekarang akhirnya pembahas yang terakhir kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat dijemput Yang Berhormat dari kawasan Lubuk Merbau untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
YB DR. JURIJ BIN JALALUDIN. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajmain. Tadi Dato’ Yang Dipertua kata yang terakhir, akhir ucapan saya dia bolehlah buat perasmian penutup. Itu seloroh je. Jadi Yang Berbahagia Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih atas ruangan yang diberi kebenaran untuk Lubok Merbau turut serta dalam membahaskan Belanjawan Perak 2022 Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat barisan EXCO, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat penyokong kerajaan, pihak pembangkang Yang Berhormat pembangkang, pegawai-pegawai kerajaan, pemerhati dan rakyat jelata yang mengikuti sidang ini secara online.
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua barisan EXCO, pegawai-pegawai ke atas penyediaan terbaik Belanjawan Perak 2022 ini. Walaupun kita kekurangan belanja tetapi terdapat imbangan yang baik untuk memastikan kita rakyat Perak akan meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan harmoni. Dalam keadaan yang dikejutkan dengan pandemik Covid-19 digambarkan prestasi KDNK negeri Perak berbanding dengan negeri-negeri yang lain berada di kedudukan yang ke-lima yang baiklah kiranya yang boleh sustain dalam pembangunan ekonomi walaupun di dalam keadaan pandemik Covid-19 amat bersetuju dengan perkara 18 dalam buku belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di mana kerajaan negeri mengambil langkah menyemak dan menyusun semula perbelanjaan bagi menimbang keperluan memperkukuhkan kedudukan kewangan tanpa mengabaikan tanggungjawab membela rakyat sesuai, dengan istilah untuk keluarga Perak yang besarnya Ialah keluarga Malaysia.
Jadi dalam saya lihat dalam perkara 27 belanjawan itu mengambil langkah proaktif dan mendapat maklum balas daripada jabatan dan agensi kerajaan selain mengadakan di sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk semua Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuk yang di sebelah sana. Jadi sesuai dengan titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang lalu ketika merasmikan sidang DUN ini dalam titahnya Dewan Negeri adalah tempat yang membolehkan rintihan rakyat didengari melalui suara-suara Ahli-Ahli Dewan yang sudah dipilih dan mendapat mandat rakyat semasa pilihanraya. Jadi selain daripada sesi tu saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mengadakan Program Mesra 2 di DUN Lubuk Merbau.
Yang Amat Berhormat dia datang ke DUN Lubuk Merbau ni bukan dia seorang je dia bawa pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, barisan Exco dan pegawai-pegawai yang lain yang turut hadir. Jadi alhamdulillah terima kasih kerana datang ke Lubuk Merbau dan program ini berjaya dan diadakan sesi itulah yang dikatakan mendengar rintihan rakyat diadakan empat townhall bersama penjawat awam, bersama guru-guru, bersama kepimpinan masyarakat dan bersama belia. Saya lihat saya pun takut juga sebab bila di kawasan saya ni bila mereka kata Menteri Besar nak datang jadi apa kita nak buat YB? Orang rasa saya beritahu readylah soalan-soalan apa saja soalan nak diajukan boleh dikemukakan. Jadi dalam sesi 4 townhall ni orang nak bertanya soalan tu dia orang macam beraturlah. Dia tanya apa sahaja soalan berkaitan dengan kawasan.
Jadi ini libat urus rakyat le ni. Jadi bila dia tanya macam-macam dia minta macam-macam jadi kiranya YB Lubok Merbau ni tak perlulah nak minta macam-macam sebab Yang Amat Berhormat dan semua dah tahu dah mungkin yang tak ada dalam mereka minta saya akan bagi tahu dan di samping itu bila dalam program mesra ni bukan saja soalan, surat pun ikut sama. Jadi alhamdulillah saya dah dapat dua tiga surat yang menyatakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar lulus apa yang mereka minta dan terima kasih banyak-banyak. Jadi kalau ada program pada YB-YB yang lain tu wajib syukurlah kerana dia membawa kebaikan yang banyak untuk kawasan. Jadi saya ingin merujuk kepada muka satu dalam belanjawan iaitu menjana semula ekonomi dan mengupayakan sara diri rakyat, jadi saya rujuk kepada perkara 42 iaitu peruntukan pelancongan. Yang ni saya khusus kepada subjek pemeliharaan dan pemulihan. Macam lebih kurang sama je bunyinya tapi dia maksud yang berbeza.
Saya rujuk kepada terowong keretapi lama Bukit Berapit yang merupakan satu terowong keretapi yang banyak sejarah dia.
Sejarah ini penting kerana dia merupakan satu gambaran yang berlaku di ketika satu dulu yang mempunyai maksud yang mendalam dan menjadi rujukan kepada generasi yang akan datang. Jadi, saya ingin membawa perkara ini kerana kita melihat bahawa Negeri Perak ini, dia banyak kawasan pelancongan dia. Jadi, kalau hari itu diberitahu bahawa ada Duta Besar Jerman, dia datang ke Perak, dia melihat bahawa di Negeri Perak ni adalah Taiping dia sebut sebagai di antara 100 bandar destinasi terbaik di dunia pada tahun 2019. Dia tak jauh juga dengan Bukit Berapit ni kan. Kemudian destinasi pelancongan domestik di Malaysia ini yang kedua terbanyaknya, Perak ni. Disebut oleh YB EXCO Pelancongan. Kemudian kita ada Ipoh. Ada enam destinasi pelancongan di Asia terbaik dalam artikel Lonely Planet. Jadi, Lenggong sebagai UNESCO Heritage. Jadi banyak tempat. Jadi saya bangkitkan Bukit Berapit ini kerana dalam sejarah yang nak saya nyatakan bahawa pembinaan terowong Bukit Berapit ini ialah dibuat pada tahun 1890 dan siapnya 1905. Dekat 100 tahun lebih dah. Jadi, kalau kita nak lihatlah, nak buat terowong pada ketika ini, belanjanya berjuta.
Contohnya terowong yang dekat Menora tu, projek berkembar ataupun projek berkembar yang dekat dengan jalan keretapi terowong lama ini, dia melibatkan lebih kurang RM12.5 bilion tetapi saya melihat kepada terowong ini, yang nak saya bangkitkan ini iaitu dia sepanjang berjumlah 851.8 meter. Dia ada tiga terowong di situ dan menurut orang kampung sayalah, dia kata nak masuk terowong ni, dia tiga hari tiga malam. Dia mula-mula terang, lepas tu masuk, gelap, dah sehari. Lepas tu terang balik, gelap, terang, tiga hari, tiga malam. Tapi sebenarnya 800 lebih meter je panjang dia. Jadi, yang nak saya gambar di sini bahawa kalaulah kita buat terowonglah pada ketika ini untuk projek pelancongan, bilion yang akan keluar. Jadi, kalau kita pulih dan memelihara, dia tidak seberapa bilion yang banyak dan selain daripada jalan itu, dalam kawasan Parlimen Padang Rengas juga terdapat Victoria Bridge yang telah menjadi kawasan pelancongan yang menarik pada ketika ini. Ada yang buat hotel pun dekat Victoria Bridge tu. Dia menjadi satu lokasi yang baik untuk pelancongan dan saya tak nafi juga di terowong ini menjadi kawasan yang baik untuk pelancongan. Kemudian ada orang kawasan DUN jumpa saya, terowong Bukit Berapit ini ada yang nak tertimbus. Gunung Pondok tu dah semakin hilang.
Jadi saya mengetahui bahawa hasil aktiviti perkilangan simen di Gunung Pondok tu mendatangkan hasil yang banyak tetapi kalau dia kira timbal balas lah, mohon Kerajaan Negeri untuk kita lihat semula terowong yang bersejarah ini untuk kita hidupkan dan menjadi satu destinasi pelancongan yang bercorak explorace dan juga adventurist maknanya adventure tourism. Kemudian, pernah satu ketika dulu saya menjadi Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan dan bawa menteri kat situ dan termasuklah bawa Jabatan Warisan sekali tetapi pada ketika ini tidak ada satu tindak balas yang sebaiknya untuk apa ni untuk melihat terowong ini dipelihara. Ada juga NGO yang cuba nak membangunkan terowong ini tapi bila mereka berjumpa yang pegang tanah tersebut ialah Perbadanan Aset Keretapi, NGO tu tanya Aset Keretapi ini dia nak charge sewa 15 tahun, RM15 juta. NGO tu kata ooo mak mana nak cari RM15 juta.
Tanah tu ada lebih kurang 20 ekar di sepanjang dekat dengan Kampung Gapis tu sampailah Changkat Jering. Dia sempadan dua ni. Ada tiga terowong sebelah Lubuk
Merbau satu terowong. Belah YB Changkat Jering. Jadi ini kawasan yang besar dan kalau bolehlah, ada EXCO Pelancongan ni, ita bentuklah suatu langkah yang baik untuk kita jadikan tempat ni sebagai satu tempat yang menarik kepada pelancong-pelancong khususnya pelancong domestik di negara kita ini. Insyaallah. Jadi, itu perkara yang nak disampaikan. Kemudian saya ingin merujuk kepada ucapan dalam Belanjawan ini, Perkara 113 iaitu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan hoki yang menjadi johan dua tahun berturut-turut dan kita menyediakan insentif RM100 ribu dan untuk apa ni untuk pasukan hoki tersebut. Jadi, Lubuk Merbau mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana prihatin tentang sukan. Dinyatakan oleh YB Chenderiang bahawa pada ketika ini bola sepak Perak ini menurun. Kita perlu membantu. Ya, betul. Pada pandangan saya betul. Saya ni bekas Exco PAFA bersama dengan YB, SUPOL dan juga YB Exco Rungkup.
Jadi di sini saya ingin mengucapkan terima kasihlah sebab YB-YB BN ni telah mengeluarkan duit poket dia RM4000 seorang. Jadi, biasanya orang sedekah ni…dia bukan sedekah, dia beri sumbangan niRM4000 ni dia senyap je tapi saya selaku bekas EXCO, 26 YB BN ni dia beri RM4000 seorang. 26 x RM4000, lebih kurang RM104,000 untuk pasukan Perak FC yang mana pada hujung perlawanan itu, Pengurusnya berjumpa dengan Dato’ Seri Pangkor, mengatakan bahawa tak cukup kewangan. Jadi, kami YB BN ni..20 orang, dia keluarlah dan masukkan ke dalam akaun Perak FC. Jadi ini menunjukkan bahawa YB-YB khususnya daripada BN ini prihatin dan siapa yang saya lihat dalam bola sepak ni ialah khususnya Perak FA ini ataupun PAFA ini, dia banyak sangat politicking dia, walaupun dia bukan orang politik tapi politicking sukan dia banyak. Jadi bila orang politik ni nak membantu sikit, dia kata jangan masuk orang politik dalam pentadbiran sukan. Jadi sukan ni adalah bola sepak. Mengikut minat seseorang tu kepada kegiatan sukan.
Kemudian, saya ingin juga merujuk kepada MARRIS, Perkara 8, satu iaitu peruntukan jalan MARRIS (Malaysia Road Record Information System). Banyak YB yang membangkitkan perkara ini. Jadi memang betullah ada di jalan di kampung-kampung dah tebal dan tinggi tapi dalam yang pentingnya yang dalam Belanjawan ini disebut di jangkaan terimaan peruntukan RM570 juta untuk tahun 2022. Untuk memberi keselesaan dan keselamatan sistem perhubungan jalan dalam negeri Perak. Jadi betullah selesa dan selamat. Tapi saya ingin merujuk tadi kalau kata dia Selinsing tadi, ni cerita benar. Saya pun nak gambarkan cerita benar di sini, iaitu di tak berapa jauh lagi hujung dekat kampung tu dia masuk ke dalam sikit. Lebih kurang 500 meter berlaku kebakaran. Oleh kerana jalannya tak cukup lebar, maka bomba tu, lori bomba tu yang nak memadamkan kebakaran tu dia tak dapat masuk dalam. Yang dapat masuk dalamnya motosikal bomba tu jer. Jadi maknanya kalau keselamatan ni untuk kampung, almaklumlah pada ketika ini kampung ni, seolah tempat RPT yang baru. Anak-anak mereka pencen, dia balik ke kampung. Kiri kanan jalan masuk tu dah penuh. Dah penuh dengan rumah-rumah. Jadi jalan masuknya kecil. Jadi kalau boleh dilebarkan. Mungkin ada kekangan ataupun halangan daripada tanah atau pun tak ada reserve jalan. Mungkin kita minta pihak JPKK Itu untuk identified mana-mana kampung yang membenarkan ataupun apa-apa pemilik tanah yang membenarkan jalan-jalan tersebut kita beri keizinan untuk sekurang-kurangnya 500 meter ke dalam. Supaya bomba dan juga ambulans khususnya boleh masuk dalam untuk mengambil pesakitnya dan juga yang menghadapi bencana kebakaran ini. Kerana ini penting dan demi untuk keselamatan.
Kadang-kadang di tempat saya tu, kalau nak makan laksa Lubuk Merbau, dia punya jalan masuk dia kecil. Nak berselisih memang susah. Jadi kalau adalah peluang, kalau kita boleh melihat kepada peruntukan MARRIS ini, kita lebarkan jalan itu supaya kemudahan kepada orang kampung khususnya dapat dipergunakan. Kemudian saya nak bangkitkan tentang internet. Jadi banyak yang bangkit tentang tak dapat internet dan ada dua tiga perkara yang lainlah yang di kawasan mereka. Tapi di kawasan saya ni dia ada menara internet. Jadi orang kampung jumpa saya, dia kata ni dekat Kampung Labu Kubong, supaya tidak apa cerita ni tak betul, kata dia oranglah. Tapi di Kampung Labu Kubong tu, ada menara tapi tak berfungsi. Jadi cuba kita perhatikan supaya memastikan menara yang dibina ini berfungsi dan boleh dinikmati oleh penduduk yang pendalaman kerana pada ketika ini akses untuk internet ini penting untuk pembelajaran.
Kemudahan yang terakhir sekali ialah Jalan Persekutuan di antara Simpang Lawin, mungkin sampai ke Bukit Berapit tu. Ada whatsapp yang hantar pada saya, dia kata lampu gelap. Untuk makluman bahawa kawasan ni kawasan yang lalu lintas yang banyak. Terutamanya lori-lori yang membawa simen ni. Kalau boleh dipasangkan lampu untuk jalan Persekutuan tu supaya lebih terang dan memudahkan laluan kepada penduduk dan juga kepada pengunjung yang lain yang melalui itu untuk mudah lalu di kawasan yang terang ini. Jadi saya rasa masa pun sudah cukup. Finalis ni tak payah nak tegur-tegur, Alhamdulillah tak ada siapa yang nak masuk. Mungkin dah penghujung. Itu saja Dato Yang Dipertua, Lubuk Merbau menyokong. Sekian, terima kasih.
Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat daripada Lubuk Merbau selaku pembahas terakhir usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022. Insyallah bermula daripada esok pagi hari Khamis, 16 Disember, sesi penggulungan di kalangan Ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) seawal selepas sesi soalan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini. Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis 16 Disember 2021, jam 9.00 pagi. Terima kasih.