Perak · 16 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 754 turns · 74,345 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Timbalan Yang Dipertua,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kelima, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 16 Disember 2021 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran-mu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.
Perkara yang kedua, Pengumuman Tuan Yang Dipertua.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya Izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama berkenaan penguatkuasaan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan berkenaan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Secara keseluruhannya Ahli-ahli Yang Berhormat, para petugas dan wakil media dapat dilihat telah mematuhi pematuhan SOP yang berkaitan. Saya memohon pematuhan SOP ini dapat diteruskan pada persidangan pada hari ini. Bagi memastikan langkah kawalan pencegahan Covid-19 yang dilaksanakan adalah efektif.
Perkara yang kedua, berkenaan sesi penggulungan atas usul Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022. Seramai 9 Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menyertai sesi penggulungan pada persidangan hari ini. Saya memohon Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat melaksanakan penggulungan mengikut masa yang ditetapkan agar persidangan hari ini dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Sekian, terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk mengemukakan nombor soalan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Soalan saya, soalan nombor 1.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, setiap agensi yang memainkan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan bencana adalah tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) nombor 20. Tempoh bantuan yang akan disalurkan bergantung kepada prosedur tetap operasi (PTO) setiap agensi dan juga lokasi kejadian. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, bersama-sama ahli mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana daerah akan menilai dan akan menyalurkan bantuan yang bersesuaian seperti digariskan oleh agensi-agensi yang berkaitan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Sebagai contoh yang paling hampir bantuan yang diberikan kepada mangsa bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah meliputi yang pertama, bantuan pusat penempatan sementara (PPS) bagi mangsa yang memerlukan tempat perlindungan sementara dan serta-merta. Kedua, bantuan peralatan dan keperluan asas seperti tempat tidur, peralatan kebersihan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi dan pakaian. Bagi mangsa yang berada di pusat penempatan sementara keperluan makan minum akan disediakan di sepanjang pusat penempatan sementara beroperasi. Bantuan pemulihan yang ketiga, bantuan pemilihan berbentuk kewangan selepas bencana bertujuan untuk membantu meringankan beban kepada mangsa dan bukan bertujuan membayar ganti rugi bagi kerosakan atau kerugian yang dialami. Kadar yang layak dipertimbangkan bergantung kepada tahap kerosakan sesebuah kediaman.
Selain bantuan pakaian, pakaian sekolah, keperluan barangan dapur dan bantuan keluarga mengikut bilangan isi rumah dengan kadar maksimum keseluruhan bantuan RM3,000 dan yang keempat, khidmat kaunseling dan psikologi sebagai bantuan sokongan emosi kepada mangsa bencana untuk meneruskan kehidupan selepas bencana. Bantuan yang diberi adalah bantuan one-off dan diberikan dengan kadar yang segera bergantung kepada situasi bencana. Bagi permohonan bantuan pemulihan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat siasatan dan memproses permohonan dengan kadar yang segera setelah menerima permohonan daripada mangsa. Dokumen sokongan yang perlu disertakan merangkumi salinan kad pengenalan pemohon dan juga ahli isi rumah, laporan polis berhubung kejadian bencana dan gambar yang berkaitan sebagai bukti. Terima kasih.
Soalan tambahan. Slim.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas jawapan yang diberikan. Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan kadar bantuan wang ehsan akibat daripada bencana negeri Perak kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Slim. Suka saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui akaun amanah Tabung Bencana Dan Bantuan Sosial Negeri Perak memperuntukkan bantuan sebanyak RM300 kepada setiap keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan bencana. Manakala bagi keluarga yang tidak berpindah atau berpindah ke lokasi selain daripada pusat pemindahan juga layak menerima bantuan pada kadar RM300 dengan syarat ketua keluarga perlu daftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat pengesahan Penghulu Mukim dan mendapat kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Dan Bantuan Bencana Daerah ataupun Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri. Bagi kediaman yang musnah atau rosak akibat bencana, Kerajaan Negeri memberikan bantuan RM2,000 bagi rumah yang musnah keseluruhannya, RM500 hingga RM800 bagi kerosakkan kemudahan asas rumah dan RM200 bagi kerosakan perkakasan rumah. Bantuan ini diberikan setelah mendapat pengesahan Penghulu Mukim dan mendapat kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Dan Bantuan Bencana Daerah ataupun Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri.
Soalan tambahan kedua. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Berkaitan dengan bencana. Saya nak ambil satu aspek iaitu pokok tumbanglah. Ada atau tidak bantuan yang boleh dipohon untuk tahun bagi orang-orang kampung. Pokok dia tepi rumah tapi belum lagi tumbang dan dia berhajat untuk menebang pokok tersebut. Jadi ada kita, adalah hasrat kita untuk membantu sebelum prevention is better than cure. Itu saja terima kasih.
Terima kasih. Memang ada ruang supaya penduduk yang merasakan bahawa rumahnya tidak selamat kerana ada pokok besar yang merbahaya di tepi rumah. Masalahnya ialah masalah peruntukan dan mereka boleh memohon peruntukan daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN masing-masing. Itulah gunanya yang kita bagi duit apa nama outright grant itu Yang Berhormat, terima kasih.
Kalau boleh satu lagi. Boleh? Boleh. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya nak bertanya kebiasaannya kelayakan menerima itu berasaskan rumah atau isi rumah tetapi mengambil kira bahawa selepas bencana covid ini kadang-kadang satu rumah itu didiami oleh dua keluarga anak balik kampung duduk sekali dengan mak ayah ataupun suasana dalam biasanya lah perkampungan Orang Asli satu rumah itu 3, 4 kelamin. Boleh tak dikembangkan kita tidak lagi berasaskan kepada bilangan isi rumah tetapi lebih kepada berapa bilangan keluarga itu sebab sekarang ini situasinya macam mendesak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Behrang. Bayaran ataupun bantuan untuk memperbaiki rumah sekali jer lah sebab rumahnya satu tapi bantuan yang saya sebutkan tadi boleh dikembangkan ikut ketua isi rumah dalam rumah itu berdasarkan kepada didaftarkan oleh Penghulu setempat.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Bukit Chandan untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh soalan saya soalan nombor dua.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih pada sahabat saya Bukit Chandan. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengemaskini perancangan projek-projek infrastruktur jaringan jalanraya di Negeri Perak. Bagi jambatan yang berada di laluan negeri A164 telah pun disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke 12, RMK Ke-12. Di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Perak di mana dua dari cadangan tersebut telah siap dilaksanakan. Manakala tiga buah jambatan yang masih di peringkat perancangan dan akan diangkat semula bagi kelulusan pelaksanaan pada tahun 2022 iaitu dalam rolling plan yang ketiga insyaallah. Serta pelaksanaan projek adalah seperti berikut.
Yang pertama jambatan Sungai Menora Laluan A164 Sayong ke Tanjung Belanja Seksyen 32. Tarikh mula pembinaan pada 4 November 2019. Tarikh siap 26.8.2021. Kos adalah sebanyak RM345,783.46. Manakala jambatan yang kedua jambatan Sungai Cermin Laluan A164 Sayong ke Tanjung Belanja Seksyen 36. Tarikh mula pembinaan pada 1 Disember 2015. Tarikh siap 26.11.2017. Bermakna kos pembinaan adalah sebanyak RM3,103,037.78. Manakala jambatan yang ketiga jambatan Sungai Bekor Laluan A164 Sayong ke Tanjung Belanja Seksyen 11. Status semasa peringkat perancangan anggaran kos sebanyak RM5.0 juta. Tapi ada saya masukkan diangkatkan dalam rolling plan yang ketiga pada tahun 2022. Yang keempat Jambatan Sungai Teruan Laluan A164 Sayong ke Tanjung Belanja Seksyen 13. Status semasa peringkat perancangan. Anggaran kos RM5 juta dan diangkat kepada rolling plan yang ketiga pada tahun 2022. Manakala jambatan yang kelima Sungai Senggang Laluan A164 Sayong ke Tanjung Belanja Seksyen 23. Status semasa peringkat perancangan anggaran kos RM5 juta dan dibawa kepada rolling plan ketiga pada tahun 2022. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri selari dengan aspirasi dan hasrat Yang Berhormat bahawa jambatan di Sungai Senggang yang sempit dan jalannya berselekoh tajam perlu ditambah baik dengan segera. Saya telah meminta pihak JKR negeri untuk melihat perkara ini dengan kadar segera dan langkah-langkah penyelesaian jangka masa pendek perlu dibuat segera bagi memastikan jalan tersebut selamat dan tidak membahayakan nyawa penduduk. Terima kasih Bukit Chandan.
Soalan tambahan.
Terima kasih atas jawapan daripada Exco saya juga ucapkan terima kasih kepada kerajaan dan juga pihak JKR kerana telah pun memberi keprihatinan yang lebih kepada kawasan DUN Bukit Chandan dan sepanjang lapan tahun saya menjadi wakil Bukit Chandan dua jambatan telahpun disiapkan satu di Bukit Cermin yang keduanya di Sungai Menora yang baru disiapkan dan insyaallah seperti yang dinyatakan oleh Exco sebentar tadi jambatan yang seterusnya akan dibangunkan dalam rolling plan yang ketiga iaitu pada tahun 2022. Soalan tambahan saya adalah bukan berkenaan dengan kawasan saya kita berhadapan dengan apa nama pengalaman sejak beberapa bulan yang kebelakangan ini di kawasan ataupun di jalan susur lebuh raya selepas exit atau jalan keluar ke Jalan Kuala Kangsar yang rasanya sudah memakan masa agak lama iaitu tiga ataupun empat bulan yang kebelakangan ini. Jadi saban hari kita lihat kawasan tersebut sesak sampai melewatkan perjalanan kita mungkin 30 minit ataupun sejam daripada bandar Ipoh ke Meru saja. Jadi, saya mohon jawapan daripada Exco, apakah perancangan kerajaan atau pun apakah yang perlu dibuat untuk menyegerakan proses atau pun pembaikan jalan yang saya maksudkan sebentar tadi.?
Terima kasih kepada Bukit Chandan. Sebagaimana yang saya maklumkan, kepada pihak media semalam, bahawa mengenai apa yang dibangkit oleh Bukit Chandan insyaallah, pihak JKR akan memulakan kerja pada minggu hadapan yang berkaitan dengan keadaan senggol yang berlaku di jalan tersebut dan perkara ini kena diambil perhatian betul-betul kajian yang terperinci kerana melibatkan Jalan Persekutuan dan Jalan Plus Lebuhraya dan Insyaallah perkara ini akan diambil tindakan oleh pihak Konsesi Belati Wangsa. Pada peringkat awalnya ialah pihak kerajaan telah Kementerian Kerja Raya telah memberikan kerja tersebut dilaksanakan oleh konsesi yang awal tetapi oleh kerana konsesi cerun yang saya maksudkan tadi kerana mereka tidak ada belum lagi mendapat penyambungan kontrak daripada MOF maka, saya telah meminta kepada JKR dan Kementerian Kerja Raya supaya memberikan kerja-kerja tersebut dilaksanakan oleh konsesi Jalan Persekutuan iaitu Belati Wangsa untuk laksanakan dengan segera kerana ini satu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya. Saya amat memahami apa yang dirasakan oleh pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua. Air kuning, sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua kerana memberi ruang untuk saya menambah soalan tambahan. Pertama saya lihat dari segi pembangunan atau pembaikpulihan Jalan Persekutuan khususnya seluruh negeri Perak amat mendukacitakan. Saya nak tahu, sejauh mana perancangan Kerajaan Negeri walaupun peruntukan pusat tidak memadai untuk kita menurap semula Jalan-jalan Persekutuan terutama jalan daripada Kampar Ke Air Kuning dan juga ke Langkap. Saya nampak bahawa semasa penaiktarafan melebarkan jalan itu kawasan ini ketika itu di anaktirikan, tidak termasuk dalam senarai-senarai projek yang dinaiktaraf. Saya nak tahu kepada Kerajaan Negeri, adakah perancangan ini nak disambung semula atau dibiarkan seolah-olah orang Kampar, orang Mambang Diawan, orang Air Kuning, orang Langkap dianaktirikan dalam soal pembangunan prasarana khususnya mereka dan saya faham bahawa kawasan-kawasan ni tidaklah membangun seperti bandar-bandar lain. Tapi rakyat sama juga. Rakyat ni sama juga mengalami masalah-masalah laluan khususnya jalan persekutuan-persekutuan ini. Saya harap dari Kerajaan Negeri supaya ambil iktibar supaya kami pun orang rakyat luar bandar pun inginkan kemudahan-kemudahan saya bagaimana saya katakan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Air Kuning. Saya amat bersimpati apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Air Kuning. Sebenarnya pihak kerajaan tidak menganaktirikan mana-mana daerah sama ada dalam negeri Perak atau pun di seluruh negara. Tetapi oleh kerana dengan keadaan pandemik yang berlaku hampir 2 tahun dan contoh saya maklumkan Ahli Dewan sebenarnya untuk penyelenggaraan jalan saja Jalan Persekutuan, hanya RM800 juta untuk tahun lepas diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan seluruh negara. Maka sudah tentulah jalan-jalan Persekutuan dalam negari Perak ini ada yang tertinggal tapi tidaklah di anaktirikan dan perkara ini akan menjadi priority kepada pihak JKR atau Kerajaan Perseketuan untuk laksanakan berdasarkan pada keutamaan. Tapi saya amat berterima kasih saya akan bangkitkan perkara ini yang telah dibangkitkan oleh Air Kuning kepada kementerian dan juga pada JKR Negeri untuk memberi perhatian dan untuk dilaksanakan pada tahun 2022 Insyallah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Chenderiang untuk mengemukakan nombor soalan.
Timbalan Speaker, Chenderiang soalan nombor tiga.
Bismillahhirrahmanrrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Barakatuh. Salam Sejahtera dan juga Selamat Pagi. Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Chenderiang di atas soalan yang telah diberikan. Dato' Tuan Yang Dipertua Dewan, ekonomi yang kian mencabar muasir kini sudah pastinya masalah pengangguran merupakan isu yang menjadi perhatian dan juga menjadi maudhu' utama perbincangan Kerajaan Negeri. Pastinya peratusan ini meningkat tinggi seperti mana statistik yang telah pun dinyatakan di dalam persoalan oleh Yang Berhormat Chenderiang sendiri dan saya yakin statistik yang dinyatakan tersebut diambil daripada Jabatan Statistik Malaysia atau pun DOSM Malaysia dan statistik ini sebenarnya meningkat adalah akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang dirasai bukan sahaja di negeri Perak, malah keseluruhan Malaysia dan seluruh dunia turut meratapi bagaimana wabak Covid-19 ini mengganas pada waktu dan ketika itu. Syarikat-syarikat terpaksa mengurangkan kos operasi sama ada dengan cara untuk memberhentikan pekerja, mengurangkan gaji pekerja atau memberi cuti tanpa gaji terhadap pekerja mereka.
Di atas permasalahan yang dinyatakan di atas inilah, Pusat Aspirasi Anak Perak atau pun PASAK menjadi sebagai agensi pelaksana yang berperanan dalam pembangunan modal insan telah mengambil langkah yang drastik bagi memfokuskan isu pengangguran yang kian meningkat ini. Melalui PASAK, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan jangka masa pendek atau pun quit win dan juga pendekatan jangka masa panjang iaitu long term dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi serta kehidupan rakyat dengan membawa peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri selain komited untuk memfokuskan pembangunan modal insan yang berorientasikan bidang kemahiran atau pun skill. Bagi meneruskan agenda pembangunan sumber manusia yang lebih komprehensif dan juga kompentitif, PASAK dalam perancangan utama agensi bagi tahun 2022 menganjurkan Jelajah
Kerjaya di 12 daerah di Negeri Perak dalam membawa peluang-peluang pekerjaan yang berpotensi terus kepada mereka yang di luar sana, mereka mungkin ayahanda kita ibunda kita. Mereka juga mungkin kekanda dan juga adinda kita yang sedang mencari ruang dan peluang untuk ditempatkan dalam ruang pekerjaan.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, bagi meneruskan agenda pembangunan sumber manusia yang komprehensif ini, PASAK juga akan melaksanakan Program Perak atau pun karnival kerjaya secara maya dan juga karnival kerjaya secara fizikal pada tahun hadapan. PASAK juga dalam proses perancangan untuk menganjurkan dua siri temuduga terbuka setiap bulan sama ada secara fizikal atau pun secara maya bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pencari kerja selain pengiklanan jawatan-jawatan kosong melalui medium teknologi dan juga media sosial.
Memahami kepentingan persediaan sumber manusia yang berkualiti, Pusat Aspirasi Anak Perak juga akan memfokuskan penganjuran Program Rintis Kemahiran, Pemetaan Kerjaya di peringkat sekolah menengah dan juga sekolah rendah, Program Explorasi Kampus dan juga Klinik Kerjaya yang mana secara tidak langsung dapat membantu dalam pembangunan modal insan bagi jangka masa panjang dalam rangka persediaan guna tenaga yakni talent pool yang semaksimum yang mungkin. Selain itu juga, teras kebolehpasaran juga akan ditekankan oleh pihak Pusat Aspirasi Anak Perak dalam perancangan jangka panjang dengan menerapkan nilai tambah atau pun add on value bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk ditempatkan mereka-mereka ini ke dalam industri-industri yang terpilih. Takrifan kebolehpasaran itu sendiri sebenarnya adalah kemahiran atau pun kebolehan yang dimiliki oleh individu yang membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka.
Dalam konteks ini, kebolehpasaran akan meliputi 4 elemen dan juga perancangan yang utama Iaitu yang pertama elemen yang dinamakan sebagai elemen kesesuaian ataupun match iaitu kebolehan membangunkan bentuk penyelesaian yang serasi dengan budaya dan juga matlamat kerja. Ini jugalah perkara semalam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Pasir Bedamar. Elemen yang kedua adalah elemen kefleksibelan ataupun flexsibility iaitu kebolehan bagi menyediakan khidmat kerja yang sesuai dan sepadan dengan projek ataupun tugasan yang sedang dilaksanakan dan juga dijalankan. Elemen yang ketiga adalah elemen kebolehpercayaan ataupun reliability iaitu dapat bersifat responsif dengan keperluan majikan dan pelanggan menepati masa dan juga sasaran objektif kerja yang telah ditetapkan dan yang terakhir Tuan Timbalan Yang Dipertua, elemen yang keempat iaitu elemen kepekaan ataupun sensibility iaitu dapat menjalankan pendekatan kerja menepati nilai sebenar kerja yang telah pun ataupun diperlukan oleh majikan sendiri seperti pendekatan bermaklumat, berkemahiran tambahan dan keberkesanan untuk kos. Oleh itu, usaha yang berterusan akan terus dipergiatkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui agensi pelaksana iaitu Pusat Aspirasi Anak Perak bagi membantu para pencari kerja untuk menempatkan diri di dalam pasaran ataupun dengan izin Tuan Timbalan Yang Dipertua to put themselves into marketplace sama ada dalam jangka masa pendek quick win sederhana mahupun secara long term dengan kerjasama erat rentas agensi dan jabatan yang berkaitan serta pemain-pemain industri yang berminat di dalam Negeri Perak.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan Selinsing. Kita dapati apabila PASAK menjadi agen membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, rakyat kadang-kadang tertanya-tanya hasil daripada bantuan ataupun pertolongan PASAK ini. Sejauh mana kejayaan PASAK memberi peluang maksud saya berapa peratus yang telah berjaya kerana kadang-kadang di kampung mereka bertanya bila nak dapat dan sebagainya. Mungkin ada faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat dibantu. Terima kasih.
Terima kasih persoalan tambahan seperti yang telah pun saya nyatakan di dalam soalan yang pertama sebentar tadi agensi pelaksana ataupun Pusat Aspirasi Anak Perak sekarang sedang giat melaksanakan program demi program bagi terus membantu anak-anak Perak, ahli keluarga besar kita di luar sana yang mana sewaktu pandemik Covid-19, mereka ini mungkin antara yang terkesan dan juga diuji hilang punca pendapatan akibat daripada kilang yang ditutup. Mereka juga ahli keluarga kita ini mungkin sedang diuji. Mereka mungkin anak-anak kepada ayah dan juga ibu yang terpaksa diberhentikan kerja tersebut. Mereka mungkin menjadi anak kepada ayah ataupun ibu yang bekerja sendiri dan tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKP dan PKPD maka di atas rasional itulah PASAK telah melaksanakan pelbagai program untuk manfaatnya dirasai bersama oleh anak-anak Perak.
Untuk rekod sepertimana yang ditanyakan sebentar tadi hasil dan juga keberhasilan program yang telah pun dilaksanakan untuk rekod makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Timbalan Yang Dipertua sepanjang tahun 2020 sehinggalah November tahun 2021, Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK telah berjaya membantu seramai 1251 orang anak-anak Perak untuk ditempatkan ke dalam industri menerusi penganjuran pelbagai program kerjaya dan juga kemahiran yang telahpun dilaksanakan. Antaranya program karnival kerjaya secara maya iaitu program temuduga yang dilaksanakan secara online menggunakan konsep dan juga asas ataupun menggunakan teknik yang terkini. Kalau sebelum ini kita sering kali mendengar perkataan resume bagaimana untuk menulis membuat penulisan resume yang terbaik dan juga nak menarik perhatian majikan kita untuk menerima kita sebagai pekerja melalui resume yang baik tapi sekarang bila kita melangkaui era pandemik COVID-19 segala-galanya menuntut ke arah era pendigitalan ataupun digitalization.
Maka sekarang ini bilamana kita melaksanakan program interview ataupun temuduga secara maya majikan kebanyakannya memerlukan vesume ianya merupakan istilah baru ataupun dalam perkataan panjangnya perkataan itu disebut sebagai video resume maknanya pekerja-pekerja perlu untuk membuat satu penghasilan video untuk memperkenalkan diri mereka kepada majikan dan juga menarik perhatian majikan melalui video yang mereka sediakan secara maya itu. Ini antara konsep yang ditekankan dan PASAK kini giat melaksanakan program program bengkel latihan-latihan untuk penyediaan resume yang terbaik buat kemaslahatan dan juga bagi kebaikan bersama anak-anak Perak.
Selain daripada itu, PASAK juga telah pun melaksanakan program transformasi pekerjaan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi ataupun PRE fasa yang kedua yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan pada bulan Jun 2020. Kerajaan Negeri telah melancarkan pelaksanaan Program Transformasi
Pekerjaan ataupun dinamakan sebagai Workpro dengan sasaran seramai 1500 orang peserta yang telahpun dikenalpasti bermula Jun tahun 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM36 juta. Sasaran tersebut sebenarnya dibuat berdasarkan hasil dapatan kajian situasi semasa dan juga data awal yang diperoleh daripada syarikat yang terjejas bermula bulan Mac sehinggalah Mei tahun 2020. Program modular industri dan juga peningkatan kemahiran juga telah pun dilaksanakan oleh PASAK selain daripada PASAK juga dalam proses untuk memberikan manfaat kepada 840 orang peserta meliputi 32 jenis latihan yang mana dicerakinkan kepada Fasa 1 dan Fasa 2 latihan. Sehingga November tahun 2021 untuk Fasa 1 latihan ini seramai 223 orang peserta daripada 459 jumlah keseluruhan yang telahpun disasarkan telah menjalani latihan. Insyaallah baki 236 peserta akan mula menjalani latihan bermula pertengahan Disember ini.
Jadi seperti mana yang telah pun ditanyakan sebentar tadi buat seluruh warga ahli keluarga besar saya dalam negeri Perak yang sedang mencari ruang dan peluang untuk menempatkan diri dalam bidang pekerjaan saya menjemput semua ahli keluarga besar saya ini untuk sentiasa bersama dengan Pusat Aspirasi Anak Perak melalui media Facebook page ataupun melalui Instagram, TikTok juga ada disediakan dan juga pelbagai medium yang lain bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat dan juga bagi kita mendapatkan maklumat berkaitan dengan mungkin kita telahpun mengisi borang bagi mengikuti latihan-latihan yang telahpun ditawarkan oleh PASAK tapi belum dipanggil atau pun belum menerima sebarang maklumat juga boleh terus berhubung dengan pihak Pusat Aspirasi Anak Perak melalui talian tetap mahupun melalui media sosial dan seperti yang saya nyatakan sebentar tadi Tuan Timbalan Yang Dipertua.
Soalan yang kedua Sungkai.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih diucapkan kepada Exco Sumber Manusia. Berkaitan dengan pemberhentian kerja akibat daripada endemik Covid-19, jika kita lihat puncak pemberhentian kerja adalah lebih kurang dalam bulan September hingga Disember tahun lepas iaitu mengikut Institut Statistik Negara lebih kurang 780,000 telah kehilangan kerja dan apabila kita bincang berkaitan dengan hentian kerja atau ditamatkan kerja atau dipecatkan daripada kerja akibat daripada pandemik Covid-19 adalah satu faktor adalah penggulungan syarikat winding up syarikat dah tutup. Kedua, adalah rezeki restructure exercise syarikat nampaknya sekarang kos dah naik akibat dari pandemik jadi mereka kena mengurangkan pekerja. Kategori ketiga adalah mahasiswa-mahasiswa daripada universiti tempatan atau institut tempatan yang masih menunggu untuk pekerjaan. Itu pun boleh dianggap sebagai penganggur. Soalan saya mungkin kalau tidak ada di tangan Exco sekarang boleh bagi secara bertulis. Ini adalah berkaitan warga Perak. Berapakah di antara pekerja-pekerja yang dihentikan kerja oleh syarikat atas alasan penggulungan syarikat di negeri Perak. Tiga tadi 780 adalah Semenanjung Malaysia tetapi di Negeri Perak. Berapakah pekerja-pekerja yang dihenti kerja atas alasan restructure exercise di Negeri Perak. Saya percaya angka ini boleh kita dapat daripada
Sungkai ringkaskan.
Ya, ya, Jabatan Perhubungan Perusahaan sebab setiap pekerja yang dihentikan kerja ika berpendapat bahawa perberhentian itu adalah tanpa alasan yang munasabah maka beliau boleh membuat satu aduan terhadap di Jabatan Perhubungan Perusahaan bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan. Jadi kita boleh dapat angka dari sana. Jadi berapakah angkanya. Saya tidak nafikan bahawa PASAK ada menjalankan kerja-kerja tetapi dan karnival kerja dan sebagainya tapi satu lagi kategori adalah unemployment dengan under employment ada satu lagi kategori kita selalu lupakan kategori under employment. Siapa ini under employement. Under employment adalah contohnya seorang juruterbang dengan MAS atau Air Asia kehilangan kerja akibat Covid-19 tetapi mereka tidak dapat mencari kerja setaraf dengan kelulusan mereka. Jadi mereka kena jual burger pun ada. Jadi adakah kita mempunyai angka seperti ini. Sebab ini ada di tiap-tiap kawasan kita. Soalan-soalan ini wujud di tiap-tiap kawasan. Jadi saya ingat tindakan-tindakan Kerajaan Negeri Perak terhadap golongan-golongan ini. Terima kasih.
Terima kasih di atas penjelasan dan juga soalan yang diberikan oleh kanda saya iaitu Yang Berhormat Sungkai berkaitan dengan sama ada ahli keluarga besar saya ini kehilangan pekerjaan atau pun punca pendapatan dek kerana penggulungan atau pun destructure semula syarikat atau pun bilangan tersebut atau pun mungkin mahasiswa-mahasiswa yang telah pun bergelar graduan bergraduasi dan belum mampu untuk menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan dan juga seperti mana yang telah pun dimaklumkan yang terakhir sebentar tadi. Sudah pasti Kerajaan Negeri mengambil maklum semua perkara-perkara ini. Pun begitu sekarang ini kalau kita minta data yang terkini sudah pastilah kita masih menunggu sebab bulan 12 insyaallah akan dikeluarkan data dalam masa yang terdekat. Cuma kalau kita lihat data daripada Jabatan Statistik sebenarnya adalah data secara general yang mana data tersebut diambil daripada semua penutupan-penutupan kilang ataupun sektor-sektor yang telah pun menutup operasi pengoperasian mereka maka diambil secara kasar jumlah pekerja maka dimasukkan sebagai sebahagian daripada data. Sudah pastilah data tersebut bukan data yang lengkap atau pun data yang sempurna dan kalau untuk makluman juga kita boleh dapat satu data yang cukup sempurna.
Sebagai contoh data daripada PERKESO, sekiranya pekerja yang telah diberhentikan akibat penggulungan syarikat, mungkin diberhentikan juga akibat daripada kehilangan punca pendapatan sebab mereka bekerja sendiri. Sebagai contoh mungkin juga mereka di kalangan mahasiswa yang sedang mencari pekerjaan sekiranya mereka berdaftar di bawah Sistem Insuran Pekerjaan yang telah pun dibuat atau pun diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kolaborasi bersama Kerajaan Negeri Perak dan juga pihak PERKESO Cawangan Perak, maka kita akan menerima maklumat tersebut. Pun begitu sehingga ke hari ini mereka yang berdaftar dengan Sistem Insuran Pekerjaan atau pun SIP ini sehingga November 2021 hanyalah seramai 3954 orang pekerja yang mana mereka sedang diuji mungkin hilang pekerjaan. Jadi kita...
Satu Yang Berhormat. Yang PERKESO ini hanya mewakili pekerja-pekerja yang bergaji RM4000 ke bawah. Jadi hanya golongan itu yang kita akan dapat dalam data mereka. Bukan keseluruhan. Terima kasih.
Benar sebab itu tadi saya nyatakan di peringkat awal, kita sedang dalam proses untuk pengumpulan data daripada beberapa sumber. Antara sumbernya adalah yang saya sebutkan tadilah. Mungkin daripada DOSM tapi DOSM datanya terlalu general dan juga terlalu besar dan perlu diperhalusi lagi. Data yang sudah pun diperhalusi sebagai contoh dalam skim yang saya namakan Sistem Insuran Pekerjaan yang telah pun dibuat oleh pihak PERKESO pula mungkin belum lagi melengkapi keseluruhan data. Di situ saya mohon kepada Yang Berhormat daripada Sungkai sekiranya inginkan data secara sepenuhnya mungkin insyaallah selepas saya menerima data-data tersebut mungkin awal tahun depan atau pun pertengahan tahun depan saya akan memberikannya secara bertulis kepada Yang Berhormat Sungkai dan juga muka Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain yang berminat untuk tahu berkaitan dengan data tersebut. Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Sungkai.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya dijemput oleh Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Trong untuk mengemukakan nombor soalan.
Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bikin muafakat, di dewan yang mulia isu diangkat, soalan saya nombor empat.
Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat dan Timbalan Yang Dipertua dan terima kasih kepada sahabat saya daripada Trong atas soalan iaitu mengenai dengan usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan kelestarian kesinambungan habitat hidupan laut dalam kawasan Trong. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah membuat perancangan jangka masa panjang dan pendek bagi memastikan habitat hidupan laut dalam kawasan Trong dan seluruh Negeri Perak supaya tidak berlaku kekurangan sumber dan mengekalkan Perak sebagai pengeluar ikan utama dalam negara. Berikut adalah program-program yang jangka masa panjang yang telah dirangka.
Yang pertama penerapan program kesedaran dalam kalangan nelayan tentang kepentingan penglibatan nelayan di dalam penjagaan dan pengurusan sumber perikanan dengan mewujudkan komuniti nelayan bagi menjaga ekosistem setempat.
Yang kedua mengurangkan faktor pencemaran di perairan umum yang menyebabkan gangguan habitat sehingga menyumbang kepada kemerosotan sumber perikanan dan membantu membantutkan pembiakannya.
Yang ketiga adalah mewujudkan industri hiliran atau lain-lain aktiviti tambahan, tambah nilai value added yang berasaskan kepada ikan dan hasil laut dan setiap komuniti nelayan bagi meningkatkan pendapatan nelayan.
Manakala perancangan jangka masa pendek pula adalah seperti berikut, yang pertama Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM150 ribu setiap tahun melalui Jabatan Perikanan, program pelepasan benih ikan di perairan umum bagi meningkatkan sumber ikan di sungai, tasik, lombong, empangan dan juga laut. Dianggarkan sebanyak 2 juta ikan dan udang akan dilepaskan di perairan umum pada tahun 2022. Yang kedua membanteras penggunaan peralatan haram yang merosakkan sumber perikanan seperti penggunaan bubu naga, pukat rawa sorong serta mencegah pencerobohan oleh nelayan yang tidak berlesen melalui penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 dan juga peraturan-peraturan sungai 1992. Yang ketiga mengurangkan tekanan terhadap sumber perikanan yang dengan menghadkan bilangan nelayan di setiap tempat kajian kapasiti dijalankan di setiap perairan untuk menentukan stok sumber perikanan berbanding dengan nisbah bilangan nelayan.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pembinaan tunjang tuas ataupun tukun tiruan di perairan Negeri Perak merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sumber perikanan. Peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan ini adalah sangat terhad. Walaubagaimanapun pembinaan tukun tiruan di perairan sekitar Trong sememangnya dalam pemerhatian dan masih di peringkat cadangan oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak. Jabatan Perikanan Malaysia juga telah membuat perubahan dasar dalam reka bentuk dan pembinaan tukun tiruan. Dasar tersebut lebih menumpukan kepada pembinaan tukun tiruan bersaiz besar berat dan kuat menggunakan bahan-bahan yang tahan lama seperti konkrit ataupun besi. Bagi memastikan usaha ini Berjaya, Kerajaan Negeri bersama dengan pihak penyelidik daripada Institut Sumber Marine Asia, Marine Asia atau Asian Tenggara ataupun ISMAT dan Jabatan Perikanan Malaysia Kuala Terengganu menjalankan kajian untuk menilai kesesuaian lokasi mengikut kedalaman air dan cadangan rekabentuk mengikut jenis dasar laut. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Baik kalau kita lihat ya kepupusan ikan di laut ini memang perlu diberikan amaranlah kalau dianggarkan lagi 50 tahun kemungkinan kepupusan ikan di laut ini akan lebih besar dan kalau kita lihat laporan daripada FAO juga mengatakan hampir 95% stok ikan dunia ditangkap secara berlebih-lebihan. Jadinya kalau kita lihat di sini, saya nampak kalau nelayan nelayan-nelayan kecil ni, dia tidak memberikan kesan besar kepada kepupusan ikan kerana dia mungkin menangkap ikan dalam kadar yang sangat minimum tetapi isunya apabila ikan-ikan ini yang ditangkap di mungkin laut dalam yang tidak ada yalah tidak ada secara nilah secara tidak berlesen dan sebagainya, adakah kajian dibuat untuk sejauh mana lagi, lama lagi stok ikan dalam kawasan negeri Perak ini akan berada di dalam kawasan perairan Negeri Perak dan kajian sepertimana dimaklumkan oleh YB Exco tadi, adakah dibuat dalam kadar yang ataupun kadar yang berkala ataupun sekali ataupun bagaimana sebab saya rasa kepakaran ini amat perlu penyelidik juga, amat perlu untuk menjelaskan kepada penangkap-penangkap ikan ni, bahawasanya kita mengalami masalah dari segi lagi 50 tahun kita akan berlaku kepupusan ikan ini. Terima kasih.
Terima kasih jadi memang menjaga sumber ikan ini adalah menjadi keutamaan kepada Jabatan Perikanan dan Kerajaan Negeri Perak. Sebagaimana peraturan-peraturan yang telah dilaksanakan itu tidak dibenarkan penangkapan di pergigian pantai bermula daripada 0 hingga 1 batu nautika dan ada juga pembenihan serta penambahan sumber ini tetapi inilah langkah yang diambil oleh Jabatan Perikanan dan kerajaan adalah memberi kesedaran mereka dan kepada nelayan-nelayan supaya mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan supaya kita boleh menjaga sumber di masa hadapan. Sebagai contoh nelayan-nelayan dalam masa satu hari mesti direhatkan dalam seminggu direhatkan untuk satu hari tu supaya membolehkan ikan itu apa berada dalam keadaan yang tanpa diganggu untuk proses pembiakan dan sebagainya. Itulah yang yang yang yang dapat diberikan. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua, Pasir Berdamar.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya ingin menanyakan Gunung Semanggol berkenaan dengan isu tadi, penggunaan kadar penangkapan ikan secara haram yang sering kita dengar adalah isu penggunaan dan bila saya melawat kawasan persisiran pantai. Saya mendapati ada banyak-banyak vessel yang masih menggunakan peralatan untuk membolehkan penggunaan tu. Walaupun bubu naga itu tetapi alat untuk memasang dan menarik bubu naga itu masih kelihatan secara berleluasa dan kita tahu bubu naga satu cara menangkap ikan yang sangat bahaya dan ia akan merosakkan ekosistem. Persoalan saya adalah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan enforcement penguatkuasaan ke atas penggunaan bubu naga ini. Yang satu nak yang kedua soalan saya yang kedua adalah berkenaan dengan enakmen ataupun kaedah-kaedah untuk meluaskan industri akuakultur di kawasan perairan di Negeri Perak. Apakah tahap penyediaan prosedur-prosedur, SOP-SOP untuk pelaksanaan akuakultur di Negeri Perak?
Yang pertamanya sekarang ni memang digalakkan, LKIM menggalakkan supaya nelayan-nelayan ini membuat tangkapan di laut dalam. Sebab di laut dalam, dia tidak mengganggu kepada habitat pembiakan ikan dan yang kedua seperti mana yang kita maklum bahawa pukat sorong dan pukat bubu ini merosakkan ekosistem ini dan bilangan penguatkuasaan tidak dapat nak dikuatkuasakan sebagaimana kita tahu bahawa perairan kita ini terlalu besar dan penguatkuasaan tak bagi tangan tu amat berkurangan. Walau bagaimanapun, apabila dapat kerja ditangkap penggunaan peralatan yang tidak dibenarkan itu dibawa dengan kapal dan dimusnahkan peralatan itu.
Soalan saya Yang Berhormat adalah, peralatan untuk menangkap bubu naga tu boleh kelihatan ke atas di atas banyak vessel yang telah sedang berlabuh. Itulah isu mereka enforcement cuma dibuat bila mereka ada di laut. Tetapi alat tu alat tu yang salah. Ada di atas vessel, vessel itu boleh dikatakan parkir di pelabuhan-pelabuhan. Apakah, kenapakah tindakan-tindakan tidak diambil pada tahap di mana enforcement boleh dibuat. Sebagai contoh katakan kita ada pengubahsuaian yang haram pada kereta kita itu. Itu adalah salah kenapa kita kena tunggu hingga kereta itu dibawa ke atas jalanraya dan tidak boleh dikesan sebelum enforcement dibuat. Apabila kereta itu sedang dekat dalam keadaan parkir patutlah enforcement itu dibuat, kalau benda itu salah.
Yalah sekarang ni mungkin dapat sebab pendaftaran menetapkan bilangan-bilangan sampan dengan bilangan nelayan itu, bilangan nelayan berkadaran dengan jumlah ataupun sumber ikan yang ada di dalam dan ini mungkin dah kita akan melihatlah ini untuk membuat pendaftaran vessel-vessel yang ada.
Terima kasih sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Hutan Melintang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Assalammualaikum warahmaturlahhirwabarakatuh, Soalan Hutan Melintang adalah soalan nombor lima.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Bagi menjawab persoalan mengenai program baik pulih jalan-jalan kampung ataupun hubungan desa. Program ini bagi tahun 2021 baik pulih jalan-jalan kampung dan hubungan desa, berdasarkan laporan yang diberikan oleh pentadbiran Daerah Bagan Datuk. Bagi tahun 2021, PLB telah melaksanakan projek-projek Jalan Hubungan Desa, JPD. Baik pulih dan menaik taraf jalan kampung dan projek-projek kecil naik taraf baik pulih jalan melalui peruntukan MARRIS, Pemerkasa dan Program Transformasi Luar Bandar (PTLB) dan peruntukan P06 dibawah UPEN. Butirannya adalah seperti berikut di mana 65 projek dibawah MARRIS yang melibatkan jumlah RM3,090,000.00 juta di bawah pemerkasa dua projek bernilai RM40 ribu. Di bawah Program Transformasi Luar Bandar tiga projek bernilai RM150 ribu. Di bawah peruntukan P06 UPEN, 11 projek bernilai RM 269,500.00. Bagi tahun 2022 pentadbiran daerah telahpun menyenaraikan senarai permohonan projek-projek jalan perhubungan desa dan kampung yang masih belum dilaksanakan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco yang menjawab soalan tadi. Soalan tambahan saya, saya ingin menjelaskan dahulu bahawa ada peruntukan projek MARRIS tahun inilah 2021. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah meluluskan RM1 juta untuk DUN Hutan Melintang untuk dilaksanakan dan kita bersama pejabat daerah mencadangkan beberapa projeklah. Yang satu ditolak oleh sebab oleh kerana apa nama ni jalan tersebut merupakan jalan daripada jalan kampung ke masjid lorong laluan masjid dan ada apa nama ni jambatan sedikit dan kebetulan waktu itu dia rebak. Rebak dan kebetulan ada projek MARRIS ni. Jadi saya cadangkan pejabat daerah untuk dimasukkan dalam senarai tetapi ianya ditolak tak luluskan oleh kerana bersebablah.
Jadi oleh kerana ia bukannya melibatkan jalan sepenuhnya. Jadi saya ingin mencadangkan, ingin bertanya soalan tambahan saya adakah spesifikasi kerja projek baik pulih jalan di bawah peruntukkan MARRIS ini tidak boleh dibuat tambahan lain seperti road furniture atau perabot jalan atau pun gabion dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Hutan Melintang. Untuk makluman Yang Berhormat peruntukan MARRIS ini adalah bagi jalan-jalan yang telahpun didaftarkan menerusi kelulusan yang diberikan oleh JKR sama ada di peringkat daerah mahupun negeri dan senarai ini dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan bagi pembaikan dan mungkin kita kena dapatkan lebih detail tentang isu ada jalan yang ditolak ini. Samada ia melibatkan tidak didaftarkan atau isu-isu yang lain. Kalau jalan itu menjadi keperluan saya rasa kita boleh cari mekanisma yang lain, peruntukkan yang lain bagi memastikan jalan menuju ke masjid itu dapat dijayakan.
Isu yang kedua tadi mengenai perabot jalan dan sebagainya, gabion dan sebagainya. Memanglah ada spesifikasi kerja yang ditetapkan oleh MOF dalam penggunaan peruntukan MARRIS ini. Apapun perundingan dan perbincangan boleh dilaksanakan dan saya masih ingat masa saya EXCO infra dulu kita ada juga menggunakan sebahagian daripada peruntukkan MARRIS ini untuk pembinaan titi dan juga jambatan. Sebab ianya melibatkan laluan ataupun jalan yang penting. Jadi saya ambil perhatian apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua. Ok, Pengkalan Hulu.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih jawapan daripada Exco tadi untuk tentang jalan. Cuma soalan saya sebelum-sebelum ini peruntukkan MARRIS kita boleh guna untuk buat di jalan dalam kawasan DUN. Cuma pada tahun ini mungkin di DUN lain tak berlaku ataupun hanya di DUN Pengkalan Hulu sebab di Pengkalan Hulu DUN Pengkalan Hulu ini, ia ada daerah kecil Pengkalan Hulu dan ada berapa kampung yang masuk dalam daerah Gerik. Jadi peruntukkan kita selalunya boleh pakai di dalam DUN sehingga ke daerah Gerik.
Tahun ini peruntukkan permohonan yang kita hantar ditolak kerana ia kata boleh guna di dalam kawasan daerah kecil sahaja. Jadi macam saya ada empat kampung yang tidak boleh dapat guna duit peruntukan MARRIS ini yang menjadikan rakyat merasakan macam wakil rakyat ini pilih kasih. Kampung belah daerah kecil Pengkalan Hulu sahaja buat. Yang sebelah ke Gerik ini ada empat kampung dalam DUN Pengkalan Hulu tak buat. Jadi nak minta lah macam mana masalah dia sama ada daripada bahagian kewangan ataupun dari mana. Macam mana punca ini berlaku. Sebelum ini ok. Tahun yang kelapan jadi wakil rakyat ini baru jadi. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Hulu. Tidak habis dalam perbahasan bawa dalam soalan tambahan. Saya memahami apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Hulu. Memanglah kelulusan yang diberikan oleh Pejabat Kewangan Negeri kepada ADUN itu adalah melibatkan kawasan pentadbiran ADUN. Sebenarnya bukan itu sahaja peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Ada peruntukan-peruntukkan MARRIS yang lain juga yang disalurkan kepada pentadbiran daerah. Mungkin boleh berbincang dengan pentadbiran daerah bagi jalan-jalan yang di luar kawasan DUN itu boleh digunakan peruntukkan yang ada di daerah. Ianya lebih besar daripada apa yang disalurkan kepada kawasan-kawasan ADUN. Di awal tahun ini mungkin boleh ambil kesempatan jumpa dengan PLB daerah-daerah untuk mengambil kira jalan-jalan yang dimasukkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Kamunting untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan saya nombor enam.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kamunting, Majlis Perbandaran Taiping telah memohon peruntukan bagi cadangan menaiktaraf tapak pelupusan di Lot 1706, Mukim Jebong, Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Permohonan telah dihantar ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan permohonan ini merupakan Cadangan Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia ke-12 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Pada waktu yang sama pihak majlis juga telah mengeluarkan tawaran terbuka pada 6 November 2019 bagi Cadangan Pengurusan Tapak Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Taiping ke arah Waste to Energy. Penilaian di atas tawaran tersebut telahpun dilaksanakan di peringkat majlis tetapi cadangan pelaksanaan ini perlu telahpun dan perlu dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk keputusan lanjut.
Untuk soalan B, pembuangan dan pelupusan sampah atau sisa pepejal memerlukan satu sistem pengurusan yang baik dan mapan demi kelestarian alam sekitar. Pengurusan sisa pepejal merupakan salah satu isu utama bagi negara-negara membangun. Ini kerana kaedah kebergantungan kepada tapak pelupusan tidak lagi efektif kerana pertambahan jumlah sisa pepejal saban hari. Di samping kekurangan kawasan pelupusan yang sedia ada. Sehubungan dengan itu terdapat keperluan-keperluan untuk Negeri Perak menyediakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Perak bagi memastikan satu sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih komprehensif bersepadu, prospektif dan mampan sesuai dengan kehendak masyarakat ke arah pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam untuk menggantikan kemudahan pelupusan sampah yang ada di Negeri Perak memandangkan terdapat beberapa tapak yang hampir ataupun sudah habis masa hayatnya.
Kaedah-kaedah inisiatif Waste to Energy (WTE) seperti kaedah Loji Rawatan Termal atau incinerator dan lain-lain kaedah pengurusan sisa pepejal baru adalah alternatif dalam melupuskan sisa pepejal kerana ia melibatkan tapak yang lebih kecil berbanding penyediaan tapak pelupusan sampah yang baru. WTE dilihat sebagai lebih mampan dan lebih baik untuk masa hadapan negara berbanding cara pelupusan sedia ada. Namun kos untuk membina Loji WTE ini agak tinggi dan memerlukan jumlah sampah yang banyak. Pihak Kerajaan Negeri sedang mengkaji dan meneliti kaedah terbaik bagi pengurusan tapak-tapak pelupusan sampah di Negeri Perak melalui usaha penyediaan blueprint pengurusan sisa pepejal Negeri Perak dalam perancangan bajet yang akan datang. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan tersebut. Saya ini merujuk kepada soalan nombor dua tadi mengenai kos. Saya yakin kalau boleh buat usahasama dengan pihak swasta.
Mungkin kos ini boleh dipindahkan kepada mereka dan mereka akan buat pelaburan di Negeri Perak. Sebab saya telah didatangi oleh beberapa orang yang berminat tapi apabila saya bawa kepada pihak Exco maknanya benda itu tidak berjalan. Soalan tambahan saya ialah kalau ikutkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Perak Perak ini menghasilkan 1.1 juta sisa pepejal setahun. Jadi saya ingin bertanya, adakah kerajaan berhasrat untuk melihat bagaimana yang dilakukan oleh Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar, Selangor, di mana saya rasa banyak benda yang baik di situ sehinggakan mereka mendapat award sebab menguruskan sisa pepejal dengan baik dan mereka memperkenalkan Zero Discharge Sanitary Landfill. Jadi adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan tapak pelupusan berpusat mengikut zon di Negeri Perak dan seumpanya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kamunting di atas soalan tambahan. Sebelum saya jawab kepada soalan tambahan. Saya ingin memaklumkan sepertimana yang saya sebutkan dalam ucapan saya pihak majlis sebenarnya telah mengeluarkan tawaran terbuka pada tahun 2019 bagi cadangan untuk projek-projek Waste to Energy dan ini telahpun yang dinilai dan dilanjutkan untuk perhatian pihak kerajaan negerilah dan di situ kita dapat pelbagai cadangan daripada pihak-pihak swasta secara RFP atau secara tender terbuka untuk dinilai yang mana satu paling tepat untuk kesesuaian tapak pelupusan khususnya di MPT. Berkenaan dengan soalan tambahan tadi sebenarnya pihak Kerajaan Negeri telah mengadakan satu lawatan bersama semua PBT dan agensi-agensi yang terlibat ke pusat pelupusan sampah Bukit Tagar dan insyaallah hasil daripada lawatan tersebut ada beberapa perkara yang kita lihat yang perlu kita kaji semula untuk memasti tindakan dan strategi seterusnya adalah orang kata memenuhi kehendak negeri Perak kerana kita mempunyai 15 tapak pelupusan sampah yang mempunyai kepelbagaian daripada segi aspek lokasi satu tetapi daripada aspek tarnish pembuangan sampah dan pengutipan sampah tersebut.
Jadi kita telah menubuhkan jawatankuasa pengurusan tapak sisa pepejal pada tahun akhir tahun lepas dan antara perkara-perkara yang kita akan lihat ialah kajian kaedah pengurusan sisa pepejal yang lebih lestari dengan pembangunan tapak-tapak potensi sisa pepejal negeri Perak dan pada waktu yang sama juga kita telah dalam proses ya untuk membangunkan Pelan Induk Pengurusan Tapak Sisa Pepejal negeri Perak 2022 hingga 2026. Ini adalah untuk memastikan sekiranya perlu akan ada ruang untuk kita menjalankan projek-projek WTE dan sebagainya ianya bertepatan dengan apa yang diperlukan di tapak-tapak pelupusan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua. Ok, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga semua ahli Yang Berhormat.
Boleh tambah soalan?
Ok, boleh-boleh.
Saya ingin tanya secara ringkasnya lah apakah PBT mampu untuk menyelenggara sisa pepejal dengan baiklah maksud saya dengan baik ni dengan efisien buat masa kini?
Pada waktu kini seperti yang diketahui kita mengendali dengan bantuan daripada pihak federal lah tapi kita memang tidak dapat melakukan dengan secekap yang kita mahu kerana kekangan kewangan. Oleh itulah kita juga menerima ataupun mengalu-alukan lah cadangan-cadangan daripada pihak swasta untuk projek-projek PFI bagi ke arahnya untuk menguruskan tapak-tapak pelupusan tersebut kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.
Membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022Bill
Perkara yang keempat membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022.
Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama, satu enakmen bagi menggunakan ejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahu itu dibaca bagi kali yang kedua dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 29/2021 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM302 juta yang ditunjukkan dalam pernyataan tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2022. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong.
Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Perbekalan 2022 dibaca bagi kali kedua serta usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 telah disokong dan dibahaskan. Sesi penggulungan perbahasan di atas usul ini akan dimulakan dengan penggulungan oleh 9 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO mengikut portfolio masing-masing. Sesi penggulungan perbahasan di atas usul ini akan dimulakan oleh yang berhormat dari kawasan Changkat Jering masa yang ditetapkan bagi setiap penggulungan ialah 45 minit. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan baik. Sekarang saya mempersilakan yang berhormat daripada kawasan Changkat Jering untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan selama 45 minit.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan juga selamat pagi. Alhamdulillah (bacaan ayat Al-Quran). Terima kasih yang pertamanya saya ingin rakamkan kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan. Alhamdulillah segala puji hanya milik Allah Subhanahu Wa Ta'ala tuhan semesta alam, selawat dan salam kesejahteraan ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga para sahabat dan juga para tabi'in serta seisi Dewan Yang Mulia. Mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan dalam Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Yang Keempat Belas.
Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, bagi membuka sesi penggulungan pada hari ini izinkan saya mewakili keluarga besar saya di DUN Changkat Jering dan juga Parlimen Bukit Gantang secara keseluruhannya merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersempena dengan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada 5 November yang lalu. Patik memanjatkan doa kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berada dalam keadaan selamat dan sejahtera hendak-Nya.
Saya juga di kesempatan ini, Tuan Timbalan Yang Dipertua ingin menzahirkan ucapan setinggi tahniah kepada ADUN Kota Tampan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan di atas penganugerahan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-65 Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan baru-baru ini. Terima kasih kepada Dato' Yang Dipertua dan juga Tuan Timbalan Yang Dipertua di atas peluang, ruang, kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan penggulungan bagi portfolio dan juga jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia pada pagi yang sangat berbahagia ini.
Tidak dilupakan saya juga ingin menzahirkan sekalung penghargaan kepada seluruh ahli keluarga besar saya, Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dengan memberikan cadangan serta kritikan yang membina yang sudah pasti akan diberi perhatian sewajarnya terutamanya perkara-perkara demi kemaslahatan melibatkan portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dato' Tuan Yang Dipertua Dewan, di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan dan juga Kerajaan Negeri Perak kerana telah memperuntukkan sejumlah perbelanjaan di bawah portfolio Pendidikan, Tinggi dan juga Sumber Manusia dalam meneruskan kesinambungan dan juga perancangan yang telah pun dirancang bagi kita menongkah arus tahun 2022 yang bakal menyusul tiba.
Melalui bait-bait Ucapan Belanjawan di bawah Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada hari Jumaat yang lepas, Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan sejumlah RM34.7 juta dalam memastikan pengukuhan modal insan yang lebih inklusif dapat dipacu untuk tahun hadapan di bawah tajuk Pengukuhan Modal Insan dan juga Pembangunan Sosial.
Oleh itu saya bertekad untuk memastikan peruntukan ini akan dibelanjakan sebaiknya dan juga dengan cara yang berhemah dan sedaya upaya berusaha memberikan impak bagi memastikan pembangunan tuntas kepada rakyat keseluruhannya di Negeri Perak sama ada mereka yang berada di bandar, mereka yang berada di pekan-pekan kecil mahu pun mereka ahli keluarga besar saya yang berada nun jauh di desa sana, berteraskan pendekatan yang saya namakan sebagai pendekatan 3S. Iaitu, S yang pertama mewakili perkataan atau pun seimbang. S yang kedua adalah mewakili perasa suai manfaat dan juga S yang ketiga bagi syumul. Berdasarkan belanjawan yang telah pun diberikan kepada portfolio saya dan sudah pasti pada pagi yang penuh barakah ini saya akan mendasarkan pendekatan 3S ini di dalam teks penggulungan saya untuk diterjemahkan berdasarkan aspirasi Kerajaan Negeri di bawah tema Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif.
Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, di bawah tajuk dan mauduk pemerkasaan pendidikan, saya akan mulakan penggulungan saya dengan menyentuh fokus yang pertama iaitu pemerkasaan pendidikan di Negeri Perak secara keseluruhannya. Merujuk kepada teks belanjawan YAB Dato’ Seri Kota Tampan, muka surat 29 dan muka surat 30, perenggan 99 sehingga perenggan 107 sejumlah RM11.3 juta telah diperuntukkan di bawah portfolio pendidikan untuk meningkatkan aras pencapaian, sama ada dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum murid bagi terus memacu sistem pendidikan yang terbaik kepada anak-anak serta adik-adik saya di sekolah rendah mahupun peringkat menengah di dalam Negeri Perak.
Kerajaan Negeri secara berterusan akan terus memastikan sektor pendidikan di dalam Negeri Perak akan terus dipacu sebaiknya di mana proses dan menuntut ilmu ini tidak akan ada titik noktahnya serta penghujungnya seperti petikan ayat al-quran dalam Surah Luqman ayat 27 yang berbunyi, (bacaan ayat Al-Quran), yang bermaksud, dan sekiranya segala pohon-pohon yang ada melata di muka bumi ini diambil dan dijadikan sebagai pena atau pun pen untuk menulis dan segala bentuk lautan dihamparkan menjadi hamparan tinta atau pun kertas juga untuk tujuan kita menulis dan dibantu dengan 7 lautan lagi sesudah itu, tulislah kata Allah SWT, nescaya kalimah-kalimah dan ilmu aku tidak akan pernah habis. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana. Negeri Perak khususnya di bawah portfolio pendidikan cukup bertuah kerana kita mempunyai seorang ketua kerajaan YAB Dato’ Seri Kota Tampan yang sangat cakna dan juga sentiasa mengambil berat berkaitan pembangunan pendidikan dalam negeri khususnya berkaitan dengan kebajikan murid dan juga keluarga kepada murid-murid yang terkesan. Selain itu usaha dan perancangan program dibawah pemerkasaan Tuisyen Cikgu Saarani, atau pun TCS seperti yang dinyatakan oleh YAB Dato’ Seri Kota Tampan dalam ucapan belanjawan, boleh saya habiskan perenggan ini sekejap.
Boleh minta laluan.
Boleh saya habiskan perenggan ini sekejap. Di dalam ucapan belanjawan muka surat 30 perenggan 105 sehingga perenggan 107 akan terus ditambah baik serta dipergiatkan bagi tahun 2022 seiring dengan motor JPN atau pun Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan izin Tuan Timbalan Yang Dipertua, JPN Perak We always deliver bagi mengembalikan kegemilangan Negeri Perak sebagai hub pendidikan utama ke arah melahirkan modal insan yang unggul dan juga kalis masa. Dipersilakan Ayer kuning.
Terima kasih Changkat Jering. Cuma saya lihat rezeki memperkasakan tu cukup baik dengan bait-bait ayat yang cukup bernas bagi saya. Persoalannya kenapa Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling larangan orang luar atau pun orang politik bersama-sama dengan sekolah untuk mengadakan program dan sebagai. Inilah satu pekeliling yang saya rasa menyonsang kursusnya wakil-wakil rakyat di Negeri Perak ini kebiasaannya mereka adalah bersama sekolah seiring. Buka pintu sekolah dan kita bersama-sama sekolah untuk memajukan anak didik kita di sekolah-sekolah berkenaan. Kalau larangan ini masih digunapakai sudah pasti kami pun wakil-wakil rakyat tak sudi untuk ke sekolah sebab larangan ini cukup bermakna kepada guru-guru berkenaan. Kalau kita masuk cikgu kena ambil tindakan dan sebagainya. Saya nak ketetapan apakah larangan ini masih terpakai yang digunakan sehingga kami wakil rakyat agak takut untuk masuk ke sekolah dan sebagainya.
Timbalan Speaker, soalan berkaitan dengan Ayer Kuning.
Pendek ye. Panjang lagi, banyak lagi.
Lanjutan daripada apa yang disebut Ayer Kuning soalan saya adalah masa buat Program Cikgu Saarani pun saya rasa YB sendiri pun ada masalah nak masuk sekolah. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ni?
Terima kasih soalan yang dimajukan oleh kekanda saya Ayer Kuning dan juga dijawab sebenarnya oleh kekanda saya Pasir Berdamar. Jawapan daripada Pasir Berdamar sebenarnya secara tak langsung menjawab persoalan daripada Ayer Kuning. Cumanya saya ingin jelaskan di peringkat Kerajaan Negeri Perak kita sedang melaksanakan satu sesi libat urus bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk kita sampaikan dan zahirkan perasaan serta rasa Ahli-Ahli YB secara keseluruhannya terhadap mungkin adanya perintah supaya sebab setakat ini perintah yang saya lihat hanyalah kepada mereka yang berkepentingan. Kalau mengikut kepada ayatnya. Jadi saya akan sampaikan suara kita semua kepada pihak kementerian untuk diperhalusi dan juga didengari mudah-mudahan. Terima kasih banyak atas idea dan kegusaran yang telah pun disampaikan oleh kekanda saya Ayer Kuning dan juga Pasir Berdamar sebentar tadi. Tuan Timbalan Yang Dipertua...
Tuan Speaker, Tuan Speaker.
Izinkan saya untuk teruskan dengan ucapan penggulungan saya sebentar tadi, boleh bagi saya habiskan ni sekejap.
Sekejap je. Terima kasih. Hari ini telur ayam pula bawak. Merujuk apa Ayer Kuning, soal ahli politik tidak dibenarkan ke sekolah tu. Kita harap Exco insyaallah akan membawa isu ini dan menyelesaikan dan apabila menyelesai juga jangan ada macam dululah. Maknanya kita nak bawa politik matang, kita yakin Exco Pendidikan ke arah itu dan hanya bukan bila benarkan tu jangan benarkan ADUN kerajaan sahaja. Yang mewakili ADUN keseluruhan. Itu pandangan saya, terima kasih.
Baik. Terima kasih banyak kepada kekanda saya dari Hulu Kinta di atas cadangan dia juga idea yang telah dilontarkan. Insyaallah mewakili Kerajaan Negeri, insyaallah akan disampaikan segala bentuk kegusaran daripada kekanda dan juga mungkin ayahanda saya, Ahli-Ahli YB,
59 keseluruhannya yang berada dalam sidang dun ini berkaitan isu yang dibangkitkan itu.
Tuan Timbalan yang Dipertua, mohon untuk saya meneruskan penggulungan di bawah portfolio pendidikan dan juga sumber manusia pada hari ini. Keberhasilan yang telah ditunjukkan melalui inisiatif TCS ataupun Tuisyen Cikgu Saarani yang telah mula digerakkan pada Disember tahun 2020 nampaknya hasil dan juga cetusan idea yang mana ilhamnya sudah pasti daripada YAB Menteri Besar kita sendiri Dato’ Seri Kota Tampan telah membawa limpahan dan juga manfaat bukan sahaja kepada murid-murid malahan kepada seluruh ahli keluarga besar saya yang berada di dalam keluarga Jabatan Pendidikan Negeri Perak secara keseluruhannya. Hal ini dapat dilihat melalui pemberian yang telah pun dilaksanakan sebelum sidang DUN ini bermula iaitu antaranya program yang kita namakan sebagai bantuan makanan percuma kepada semua calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan pada tahun 2020 untuk peperiksaan awam SPM, STPM, SVM dan juga STAM yang mana melibatkan sejumlah 33,170 orang murid secara keseluruhannya dan telah pun diyakini memberikan impak yang sangat positif dilihat daripada penghasilan serta dilihat daripada pencapaian prestasi akademik bagi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan awam pada tahun tersebut.
Nilai purata gred telah pun negeri Perak secara keseluruhannya telah pun mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan daripada 4.92 sekarang berada pada tangga 4.88 dan insyaallah target saya dan juga Kerajaan Negeri Perak secara keseluruhannya untuk capai nilai purata kebangsaan pada kadar 4.80 bagi peperiksaan awam yang bakal menjelang tiba sekitar Mac tahun 2022 tahun hadapan. Hal ini juga Tuan Timbalan Yang Dipertua, daripada inisiatif-inisiatif yang telah pun dilahirkan ini secara tidak langsung sebenarnya berpadanan dan juga bertepatan dengan pendekatan 'S' yang kedua yang saya maksudkan tadi iaitu suai-manfaat khususnya kepada pengusaha kantin sekolah di mana pihak sekolah adalah diwajibkan sebenarnya bagi proses pemberian makan tengah hari secara percuma ini memberikan kepada penyedia-penyedia ataupun operator penyediaan makanan, pengusaha-pengusaha kantin sekolah masing-masing dan tidak boleh mengambil operator luar sebagai penyedia makanan bagi program TCS ini.
Sudah pasti kita melihat program dengan serampang tiga mata ini selain daripada memberikan makan kepada calon-calon mereka yang merupakan candidate bagi peperiksaan awam di negeri Perak, kita juga membantu dan juga menzahirkan rasa berdukacita kita terhadap semua pengusaha-pengusaha kantin yang sudah pasti tidak dapat menjalankan dan juga membuka kantin sepertimana normal biasa dan secara keseluruhannya perkara yang saya nyatakan ini secara tidak langsung menjawab respon dari soalan daripada Yang Berhormat Trong pada sesi yang kedua hari selasa baru-baru ini tatkala kalau semua masih lagi dalam keadaan nak mengingat pada waktu dan ketika bila Yang Berhormat Trong membangkitkan isu itu ianya pada waktu dan tika kita melihat tragedi ayam yang sudah disembelih dibawa masuk dan dicekik dipastikan matinya 'benor-benor' mati pada masa itu.
Jadi pada masa dan ketika itulah YB Trong bertanyakan soalan dan juga memperjuangkan nasib kesemua pengusaha-pengusaha kantin ini dan saya yakin dan percaya program pemberian makan tengah hari secara percuma kepada calon-calon SPM menjelang Mac 2022 ini akan diteruskan dan sudah pasti ianya akan memanfaatkan keseluruhan pengusaha-pengusaha kantin di sekolah-sekolah menengah di dalam negeri Perak secara tidak langsung ianya merupakan serampang mata yang ketiga iaitu Kerajaan Negeri serius untuk membantu kesemua pengusaha-pengusaha kantin ini untuk meneruskan dan juga untuk memastikan mereka boleh meneruskan segala bentuk penjanaan pendapatan yang ada buat mereka Insyaallah, mudah-mudahan dan memahami kebimbangan serta keluh-kesah seperti yang telah diutarakan pada persidangan Dewan Negeri sebelum ini oleh Yang Berhormat Pangkor, Belanja, Yang Berhormat Trong, Yang Berhormat Simpang Pulai, Yang Berhormat Teja dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain berkaitan isu yang sering kita lafazkan dalam keadaan kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini iaitu perkataan ataupun satu terma yang dinamakan sebagai the lost generation.
Kerajaan Negeri seperti mana telah saya maklumkan, kita komited untuk memastikan kita nak mengubah perkataan ataupun terma the lost generation ini kita akan 'convert'kan untuk menjadi smart generation untuk anak-anak Perak ini dengan memperkenalkan tuisyen online ataupun tuisyen maya secara percuma yang dinamakan program ini sebagai Smart G-Tuisyen Cikgu Saarani di bawah inisiatif tuisyen Cikgu Saarani. Untuk makluman semua, inisiatif Smart G-Tuisyen ini merupakan usaha yang berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengubah istilah seperti yang saya maksudkan tadi the lost generation kepada the smart generation di mana ianya sudah pasti akan memberikan manfaat kepada 6,000 pelajar secara keseluruhannya di negeri Perak khususnya kepada pelajar-pelajar yang mana ketinggalan dan mempunyai prestasi akademik yang kurang memberangsangkan dan data-data pelajar ini akan kita ambil daripada data Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan juga pihak Pegawai Pendidikan Daerah di semua daerah-daerah dalam negeri Perak. Terima kasih saya nak ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan di atas peruntukan sebanyak RM600,000 yang telah pun diperuntukkan bagi kita sama-sama melaksanakan program inisiatif yang dinamakan Smart G-Tuisyen Cikgu Saarani ini.
Menjawab respon perbahasan kekanda saya Yang Berhormat Selingsing pula, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah pun melaksanakan pelan mitigasi bagi menangani isu keciciran pembelajaran dengan melaksanakan inisiatif KPM Perkasaku melibatkan semua murid daripada tahun 1 hingga ke tingkatan 5. Inisiatif program KPM Perkasaku ini melibatkan beberapa pendekatan melalui strategi pengukuhan dan juga pengayaan, pemugaran, literasi dan juga numerasi pemerkasaan pentaksiran bilik darjah atau pun PBD serta menyediakan bahan sokongan pengukuhan juga pengayaan termasuklah program intervensi bagi murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Saya fikir ini merupakan jawapan yang paling sesuai bagi menjawab persoalan yang telahpun diajukan oleh kekanda saya Yang Berhormat Selinsing sewaktu sesi soalan dan juga perbahasan daripada kekanda saya. Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan untuk makluman ahli Dewan, antara inisiatif lain yang bakal diwujudkan pada tahun ini di bawah Tuisyen Cikgu Saarani adalah seperti berikut; memperkenalkan program khas bagi imunisasi Covid-19 Kebangsaan, PICK bagi program vaksin anakku dan juga CITFA negeri Perak 2021. Kerajaan Negeri juga telah pun memperuntukkan sebanyak 256,808 untuk penyediaan sarapan pagi bagi kesemua pelajar-pelajar yang terlibat untuk mengambil vaksin iaitu seramai 128,404 anak-anak murid ataupun 128,404 adik-adik pelajar yang berusia di antara 12 hingga 17 tahun.
Selain itu, hasrat Kerajaan Negeri sentiasa ingin melihat bahawa persekitaran sekolah dan juga asrama-asrama yang ada di dalam negeri Perak sentiasa dalam keadaan bebas covid, maka Kerajaan Negeri Perak dan juga portfolio pendidikan pengajian tertinggi dan juga sumber manusia telah menzahirkan satu program yang dinamakan sebagai sekolah bebas covid dan juga ABC Cikgu Saarani ataupun asrama 'A' untuk asrama, 'B' untuk bebas, 'C' untuk covid. Jadi programnya dinamakan sebagai ABC Cikgu Saarani yang mana program ini menekankan konsep kebersihan tatkala kita menjaga, kita memastikan keseluruhan pelajar menikmati kebersihan dalam keadaan yang terbaik, maka sudah pasti kita telah pun melaksanakan satu tugasan di peringkat ataupun di pihak Kerajaan Negeri dalam usaha kita nak memastikan asrama sentiasa bebas daripada segala bentuk wabak termasuklah wabak Covid-19. Dipersilakan Changkat Jong.
Terima kasih Yang Berhormat Exco dan Timbalan Pengerusi Tetap. Saya ingin menyinggung berkaitan dengan e-tuisyen Cikgu Saarani tadi. Saya ucapkan syabas dan tahniah di atas keperihatinan Kerajaan Negeri untuk menyahut cabaran pendidikan hari ini apatah lagi apabila kita berdepan dengan pendemik yang lalu menyebabkan ramai yang tidak dapat ke sekolah bersemuka dan ramai juga tidak dapat mengikuti pembelajaran PdPR menyebabkan pelbagai faktor tetapi inisiatif ini satu perkara yang sangat baik. Cuma saya lihat angka yang dinyatakan lebih kurang 6,000 dan peruntukan lebih kurang 600,000 satu perkara yang saya rasa amat sedikit ya, amat sedikit. Mungkin ini satu permulaan memandangkan kalau tidak silap saya data berkaitan dengan pelajar yang berada di negeri Perak lebih kurang 300 lebih ribu dan mereka juga harus kita fikirkan dalam suasana baru ini bagaimana untuk khususnya mereka yang diluar bandar, semi urban dan sebagainya memerlukan juga itu e-tuisyen yang insyaallah akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat.
Jadi saya berharap Exco dapat mencadangkan kepada Kerajaan Negeri meningkatkan lagi jumlah penyertaan berdasarkan kepada statistik yang betul, feedback yang sebenar daripada daerah-daerah supaya dapat merancang masa depan. Begitu juga dengan peruntukan harus tingkat. Kita pernah ada peruntukan sebanyak RM3 juta lebih. Mungkinlah kali ini kita kekangan sedikit bajet tetapi haruslah mencari jalan keluar untuk memastikan pendidikan ini dapat disalurkan dapat diterima di semua peringkat. Terima kasih.
Terima kasih kekanda saya Changkat Jong yang mengutarakan serta memberikan komen serta idea yang sangat bernas bagi tujuan yang sama iaitu matlamat yang sama mahu melihat sistem pendidikan negeri Perak berada pada tahap yang terbaik dan juga tertinggi, mudah-mudahan. Untuk makluman kekanda saya Ahli Yang Berhormat Changkat Jong ini merupakan program permulaan yang mana sudah pastilah kita mulakan dulu dengan bertatih. Insyaallah selepas ini kita akan berlari cuma yang saya nak maklumkan matlamat utama bagi program Tuisyen Online ataupun G-Smart Cikgu Saarani ini adalah memfokuskan kepada pelajar-pelajar yang tercicir yang mana kita sudah pun berbincang dengan pihak PPD untuk mendapatkan data pelajar-pelajar yang kemungkinan besar yang tercicir ini memungkinkan mereka sewaktu peperiksaan awam nanti tidak melayakkan mereka untuk menerima sijil ataupun tidak layak mendapat sijil.
Justeru kita cuba laksanakan satu program dengan beberapa apa serampang matanya, antaranya kita fokuskan kepada pelajar-pelajar ini untuk memastikan dengan latih tubi yang kita berikan ini dengan adanya pemantauan daripada pihak Kerajaan Negeri sendiri, pemantauan daripada pihak PPD dan juga guru-guru yang terlibat dengan pelajar-pelajar ini, kita nak pastikan pelajar-pelajar ini terus fokus dan juga memastikan sekiranya mereka pada awalnya mungkin akan berakhir sistem pendidikan mereka dengan tidak layak mendapat sijil. Hasrat Kerajaan Negeri nak melihat pelajar-pelajar ini akhirnya besok selepas menerima keputusan peperiksaan dengan keadaan ada satu sijil SPM di tangan mereka. Sebab Kerajaan Negeri sudah pasti tidak berniat untuk memberikan ikan kepada semua keseluruhan rakyat secara keseluruhannya tapi sudah pasti Kerajaan Negeri cuba untuk memberikan joran yang terbaik buat keseluruhan rakyat supaya kesemua kita boleh meneruskan proses penuntutan dan juga dalam konteks yang saya ceritakan tadi untuk terus mencari Ikan bagi meneruskan kelangsungan hidup kita mudah-mudahan. Jadi ini antara perkaranya disebabkan itulah melihatkan kepada keputusan peperiksaan awam itu SPM yang lepas, 2% pelajar dalam kategori tidak layak untuk menerima sijil ataupun tidak layak mendapat sijil.
Jumlah 2% itu mewakili hampir 6000 pelajar secara keseluruhannya dan disebabkan itulah bagi program Smart G atau pun G Smart Cikgu Saarani ini kita memfokuskan kepada kelompok 2% tersebut dengan harapan jumlah 98% keseluruhan pelajar yang layak mendapat sijil pada tahun yang sebelum ini akan meningkat mungkin kepada 99% dan juga kita berjaya mengurangkan jurang pelajar-pelajar yang tidak layak mendapat sijil tersebut. Itu merupakan hasrat Kerajaan Negeri mudah-mudahan. Terima kasih banyak Changkat Jong, saya menyambut benor sebenarnya cadangan dan juga ilham daripada Changkat Jong lagi banyak bajet insyaallah lagi bagus untuk kita teruskan program-program yang baik buat pelajar ini dan yang terakhir, Tuan Timbalan Yang Dipertua, bagi menyemarakkan lagi program penghijauan bumi Perak ini, melestarikan bumi on sustainability kita nak pastikan Perak sentiasa lestari mudah-mudahan iaitu kempen penanaman 100 juta pokok peringkat negeri Perak, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM150 ribu di bawah program Perak Myhealty Garden dan juga Junior Health Ambassador yang akan melibatkan sekolah-sekolah terpilih dalam negeri Perak.
Untuk tahun ini 32 buah sekolah telah pun terpilih dan program ini baru dimulakan pada tahun lepas yang mana pada tahun lepas juga sekitar 48 buah sekolah telah terpilih bagi mengikuti program Junior Health Ambassador dan juga Myhealty Garden dan juga untuk maklumat Tuan Timbalan Yang Dipertua dan seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi program Junior Health Ambassador dan Myhealty Garden, kebanyakan sekolah yang menyertai di dalam negeri Perak telah pun diiktiraf dan juga menerima pengiktirafan di peringkat dunia, di peringkat antarabangsa dan juga insyaallah dalam Perak sekolah-sekolah di Perak ini mula untuk dijadikan contoh bagi sekolah-sekolah dalam peringkat ASEAN dan juga Asia mudah-mudahan.
Bagi program yang sangat bermanfaat dalam usaha kita nak memastikan kelestarian ini terus kita pertahankan dalam masa yang sama kita nak pastikan bumi Perak ini terus di hijaukan dan juga terus disuburkan dengan tumbuh-tumbuhan dan juga sumber semulajadi yang baik mudah-mudahan.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang Dipertua, menjawab persoalan yang cukup hangat sebenarnya yang diutarakan oleh Yang Berhormat kekanda saya Sungai Rapat dan juga kekanda saya Kamunting berkaitan pemberian telefon pintar percuma program kolaborasi bersama pihak YTL Foundation, untuk makluman semua program ini pada peringkat awalnya mengikut persetujuan asalnya merupakan program pembelian pemberian telefon pintar sebanyak 20 ribu unit telefon pintar bagi tempoh 2 tahun iaitu tahun 2021 dan juga tahun hadapan 2022.
Pun begitu, di atas keadaan situasi semasa sepanjang tempoh PDPR yang menuntut kepada peri pentingnya penggunaan peranti dan juga sistem capaian internet yang, (gangguan) Kerajaan Negeri telah meminta pihak YTL Foundation untuk mempercepatkan proses pemberian telefon pintar ini secara berfasa, khususnya kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam bagi tahun hadapan dan juga mereka yang tergolong dalam keluarga B40 yang mana senarai nama pelajar-pelajar ini sebenarnya diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Pegawai Pendidikan Daerah ataupun Pejabat Pendidikan Daerah iaitu PPD yang mana kita fikirkan telahpun ditapis oleh pihak-pihak yang berkenaan dan sehingga kini sebanyak 11,378 unit telefon pintar telah pun diedarkan melalui pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, 59 pejabat secara keseluruhannya diberikan oleh saya sendiri selaku Exco Pendidikan Tinggi dan juga sumber manusia di dalam tour ataupun di dalam Jelajah Exco Pendidikan kesemua pusat-pusat khidmat dan juga suka untuk saya maklumkan saya sudah memohon kepada pihak YTL untuk mempercepatkan proses bagi fasa yang kedua.
Saya juga ingin memohon sebenarnya kerjasama merayu kerjasama daripada seluruh ahli keluarga besar saya kekanda juga ayahanda saya Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah pun menerima telefon pintar ini yang mana kita telah hantar ke pusat khidmat dan juga yang telah pun menyerahkan kepada pelajar-pelajar yang telah pun diberikan nama oleh PPD ini untuk memberikan semula borang maklumbalas penerimaan daripada pelajar-pelajar yang telah pun ditandatangani oleh pelajar-pelajar yang menerima ini. Sebabnya kegagalan untuk kita menyampaikan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak YTL Foundation sepertimana yang telah dipersetujui dan juga disampaikan sewaktu penyerahan secara tidak langsung sebenarnya memberi kesan dan juga impak kepada jadual penghantaran telefon pintar yang berikutnya kerana rekod penerimaan telefon pintar bagi Fasa 1 masih belum lengkap secara sepenuhnya dan juga pihak YTL masih lagi menunggu. Saya tidak ingin nyatakan dan namakan mungkin pusat khidmat yang mana satu cumanya insyaallah saya yakin dan percaya kebanyakan pusat khidmat yang belum melengkapkan telah pun dihubungi oleh pegawai-pegawai saya supaya melengkapkan penyerahan borang maklumbalas tersebut. Saya berikan laluan kepada Ayer Kuning dulu.
YB Chenderiang, Changkat Jering. Cuma yang menggusarkan kita, pertama visi yang dibawa oleh Jabatan Pendidikan melalui Exco begitu baik sekali. Saya ucapkan tahniah kepada Exco yang bertanggungjawab apa yang jadi isunya ialah warga sekolah guru-guru kebanyakannya tidak divaksin. Ini menjadi kesukaran bagi ibu bapa anak- nak hantar sekolah guru tidak divaksin. So, apakah tindakan Pejabat Pelajaran Negeri khususnya untuk mengenalpasti guru-guru yang tidak divaksin dan anti vaksin khususnya, mereka katanya akan ditukarkan ke ceruk rantau yang lebih jauh. Adakah tindakan itu baik ataupun sebaliknya dan saya nak kepastian kepada Exco berkenaan untuk maklumkan Dewan ini berapa bilangan guru-guru yang anti vaksin di negeri Perak ini supaya kecurigaan ibu bapa khususnya parents tidak memuncak ke arah ini.
Bercham.
Boleh Tuan Yang Dipertua banyak yang berminat saya minta kalau boleh ditambah sedikit masa.
Ok. ok... saya takkan ambil masa yang lama. Terima kasih pihak kerajaan. Soalan saya adalah tentang peranti smart phone seperti yang disebut Yang Berhormat tadi. Tetapi senarai nama dan nombor contact untuk senarai tersebut fasa pertama yang telah bagi nama YB secara kita bersemuka kita terima. Jadi ada sebahagian besar daripada contact mereka tu sudah itu tidak dapat dihubungi sebab mereka ini, ibu bapa ini, mereka dari golongan miskin, mereka gunakan prepaid, kadangkala mereka sering tukar dia punya simkad, jadi kita mengalami kesukaran untuk menghubungi mereka. Walau pun kita pergi cari, dapat senarai pun tak ada alamat saya rasa, terdahulu. Kalau boleh kita, sebab orang miskin ni kadang kala, dia sewa rumah, dia pun berpindah-pindah ataupun dia tumpang rumah saudara ke, kita cari mereka, tapi tak dapat. Jadi apakah pendekatan pihak kerajaan dan lagi satu saya kena selit berkenaan dengan pendidikan di mana pelajar-pelajar sekolah kini dalam fasa pemulihan keempat, kita sudah balik ke pangkuan sekolah tapi satu lagi aktiviti yang kekurangan iaitu aktiviti bersukan. Jadi kita sebagai orang dewasa, kita pun sudah boleh bersukan di stadium ataupun di pusat badminton ke, mana-mana. Kenapa budak-budak atau murid-murid di sekolah ni masih tidak dibenarkan. Adakah disebabkan mereka belum divaksin atau pun macamana. Terima kasih.
Baik, saya jawab daripada Bercham dahulu, kekanda saya. Terima kasih banyak. Untuk makluman bukan sahaja Bercham, pusat khidmat yang lain juga ada yang bermasalah dan juga menghadapi masalah yang sama iaitu untuk menghubungi pelajar sebab ada yang sudah menukar nombor telefon ibu bapanya. Ada juga yang sudah berpindah. Sebagai contohnya akibat pandemik dan juga pelbagai-bagai masalah yang lain. Suka untuk saya sarankan sekiranya perkara ini datang ke pengetahuan pejabat pusat khidmat saya ataupun Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia, kita akan memberikan dua solusi yang terbaik yang boleh kita laksanakan.
Yang pertama adalah dengan cara membuat satu kolaborasi dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah untuk kita membuat contact tracing. Maknanya kita boleh terus, maknanya kita boleh tahu pelajar tersebut daripada sekolah mana dan kita akan melalui guru-guru. Itu yang pertama. Yang keduanya, kita boleh terus direct kepada sekolah untuk minta sekolah mencari maklumat pelajar-pelajar tersebut dan insyaallah setakat ini pusat-pusat khidmat yang berhadapan dengan permasalahan seperti ini bila mana maklumkan kepada pejabat saya. Setakat ini kesemuanya berjaya diselesaikan dengan cara yang baik dan juga berjaya untuk mencari dan juga mengesan pelajar-pelajar tersebut. Itu bagi soalan yang pertama. Bagi soalan kedua, sudah pasti saya yakin dan percaya saya juga mengakui satu sesi ataupun silibus yang dinamakan sebagai PJK, Pendidikan Jasmani Kesihatan sangat perlulah untuk pelajar-pelajar. Pun begitu setakat ini kita masih lagi menunggu perintah dan juga SOP-SOP yang telah, yang akan dikeluarkan, yang telah dikeluarkan dan juga yang akan dikeluarkan oleh pihak MKN dan juga pihak KKM berkaitan dengan pengoperasian sekolah ini. Sekiranya diberi kebenaran untuk melaksanakan dengan keadaan pematuhan kepada pembudayaan norma baru, sudah pasti kita akan melaksanakan mengikut seperti mana yang disarankan oleh pihak KKM juga MKN. Bagi menjawab persoalan daripada Ayer Kuning, ada dinyatakan di dalam perbahasan saya, penggulungan saya ini. Jadi saya minta Ayer Kuning terus tekun untuk mendengar penggulungan ini sebab segala bentuk fakta ada dinyatakan di dalam penggulungan saya.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang Dipertua, menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat kekanda saya, Belanja, saya memahami keprihatinan Yang Berhormat khususnya melibatkan guru-guru dan juga murid-murid yang masih tidak divaksin. Untuk rekod sehingga November 2021, peratusan guru yang telah pun divaksin di Negeri Perak telah mencapai jumlah sebanyak 99.13% manakala jumlah keseluruhan peratusan murid yang telah pun divaksin di Negeri Perak telah mencapai sebanyak 93.59% di bawah program Vaksin Anakku CITFA ini. Melalui data e-operasi Kementerian Pendidikan Malaysia, sehingga 22 November tahun 2021, seramai 250 orang guru di Negeri Perak masih tidak menerima vaksin di atas beberapa faktor seperti mempunyai sejarah kesihatan dan juga alahan yang teruk, menghidap penyakit kronik, mengandung, menyusukan anak serta sedang merancang kehamilan. Sebagai langkah pencegahan, bagi guru yang masih belum divaksin ini, mereka tetap perlu hadir ke sekolah dan tidak dibenarkan berada di bilik atau kawasan yang sama dengan murid atau warga sekolah yang telah pun menerima vaksin lengkap sepertimana arahan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Guru-guru ini adalah diarahkan untuk melaksanakan pengajaran dan juga pembelajaran secara dalam talian serta tidak dibenarkan melaksanakan PDP secara bersemuka selain perlu sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan sentiasa menggunakan pelitup muka berganda serta pelindung muka. Bagi memastikan guru-guru yang layak menerima vaksin namun enggan melakukan demikian, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah melaksanakan beberapa pendekatan. Antaranya menguatkuasakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di seluruh sekolah di dalam Negeri Perak.
Melalui pekeliling ini, Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi Covid-19 yang lengkap sebagaimana yang telahpun ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum. Bermula 1 November Tahun 2021, mana-mana pegawai yang gagal mendapatkan vaksin, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan selaras dengan syarat-syarat perkhidmatan Fasal 2 Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan selain terikat dengan surat akujanji yang ditandatangani oleh pegawai di bawah Sub Peraturan 20(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan Tahun 2012. Saya suka membuat pencerahan berkaitan isu yang dibangkitkan oleh kekanda saya iaitu Yang Berhormat Sungkai berkaitan larangan kepada pihak pembangkang untuk masuk ke kawasan sekolah. Saya sudah memberikan respon dan menjawab, sebab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungkai adalah bersama dan bersekali dengan apa yang dibangkitkan oleh kekanda saya, Yang Berhormat Ayer Kuning sebentar tadi.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Dipertua, saya yakin dan percaya keluarga besar saya di bawah portfolio pendidikan amat menyambut baik dan menyifatkan bajet di bawah pendidikan ini sebagai pendekatan yang holistik merangkumi konsep 3S yang saya nyatakan di awal penggulungan saya iaitu S yang pertama, Syumul, S yang kedua, Suai Manfaat dan juga S yang ketiga Seimbang dan juga sudah pastilah akan digunakan sebaik yang mungkin perancangan Belanjawan 2022 Kerajaan Negeri Perak ini untuk terus memacu sistem pendidikan yang lebih dinamik serta komprehensif untuk memastikan anak-anak kita, adik-adik kita, boleh menikmati sistem pendidikan yang terbaik di dalam Negeri Perak. Mudah-mudahan.
Boleh celah sikit tak? Sikit jer…
Kalau boleh percepatkan.
Ok saya nak bawa satu jer isu untuk perhatian YB Exco lah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak berkenaan isu buli. Jadi isu buli ini kita tahu memang seringkali menghadapi beberapa sekolah ada isu ini dan seringkali ditutup. Jadi saya mengharapkan agar satu tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak supaya ada fasa-fasa tertentu untuk memastikan pelajar-pelajar yang sebelum masuk asrama ini diberikan orang kata satu taklimat ataupun kursus bagaimana cara nak mempertahankan diri, cara nak melaporkan kepada warden. Ini kemungkinan besar dia tak berlaku perkara itu, jadi dia jadi takut dan tidak melaporkan apa yang berlaku kepada diri dia. Terima kasih.
Terima kasih kepada kakak saya, YB Trong yang memberikan idea dan juga cambahan yang sangat bernas. Sudah pasti saya akan mengambil kira semua pendekatan yang telah pun disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat cuma untuk saya maklumkan bagi kes buli ini, pihak pejabat saya mewakili Kerajaan Negeri Perak telah pun mengadakan sesi libat urus bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi kita melihat SOP-SOP ataupun pematuhan kepada Standard Operation Procedure ini yang mana kita cuba untuk pastikan sepertimana dimaklumkan oleh YB Trong tadi kalau boleh sebelum masuk mungkin akan ada beberapa pengenalan, sesi pengenalan dan sebagainya bagi memastikan kes-kes seperti yang mana yang berlaku sebelum ini iaitu kes buli, tidak berulang lagi di masa-masa yang akan dating.
Pengkalan Hulu ada, Selinsing pun ada.
Belah sini pulak.
Yang mana satu?
Saya yang rasa paling kacak boleh teruskan.
Ok terima kasih YB. Saya nak tanya tadi yang bahawasanya tadi YB telah bercakap mengenai vaksinasi guru, kakitangan dan sebagainya cumanya saya nak tanya satu sahaja. Apakah gerakan atau tindakan pihak Kerajaan Negeri Perak untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat mengenai suntikan vaksin kepada anak-anak kita yang paling kecil serta paling terdedah. Kita dapati bahawa pelajar-pelajar di sekolah menengah telah mendapat vaksinasi mereka tetapi yang menjadi kerisauan kita adalah pelajar-pelajar yang paling rendah iaitu di sekolah rendah. Jadi bilakah mereka akan mendapat vaksin mereka? Kerana mereka golongan inilah yang paling tidak tahu menjaga penjarakan sosial, tidak tahu menjaga kesihatan dan sebagainya. Jadi apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini dan mempercepatkan vaksin-vaksin untuk diberi kepada anak-anak kita. Saya rasa ini adalah satu keperluan kepada rakyat negeri Perak terutamanya untuk menjaga keselamatan anak-anak kita secara keseluruhannya. Terima kasih.
Changkat Jering masa dah tamat. Masa saya nak maklumkan, masa sudah tamat.
Minta kes-kes sempadan.
Pertimbangan daripada, dari Exco sendiri.
Saya minta sedikit tambahan masa. Memandangkan pegawai tinggi dari semua.
Minta-minta.
Saya akan berikan semua untuk bertanyakan soalan, sebab saya akan berikan ruang. Cumanya saya akan perhalusi satu-persatu, jangan risau. Cuma bagi saya menjawab dahulu persoalan kekanda saya tadi. Berkaitan dengan vaksin bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, sebab untuk makluman semua ini merupakan program rentas kementerian ya. Iaitu melibatkan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kesihatan. Sudah pastilah kepakaran itu ada pada Kementerian Kesihatan. Jadi kita masih lagi menunggu feedback dan juga maklum balas daripada Kementerian Kesihatan. Sekiranya mendapat maklumbalas berkaitan dengan CITFA ataupun Vaksin Anakku bagi peringkat rendah ini boleh terus dilaksanakan. Sudah pasti Kerajaan Negeri Perak dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersedia untuk melaksanakan segera yang mungkin. Sebabnya untuk makluman bagi program CITFA Vaksin Anakku bagi pelajar 12 tahun ke atas. Jabatan Pendidkan Negeri Perak antara Jabatan Pendidikan Negeri yang paling pantas dan juga yang paling efektif dalam proses pemberian vaksin ini. Untuk makluman semualah. Jadi saya rasa persoalan kekanda, menjawab persoalan kan sebentar tadi, tak sabar kekanda saya nak tanya soalan. Jadi saya berikan.
Saya nak minta celah sikit dulu tadi. Minta maaf. Cumanya saya faham bahawa YB telah melakukan kerja-kerja YB dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Cumanya kita tengok balik pada tindakan kerajaan untuk membuka sekolah seminggu, dalam dua, seminggu atau dua minggu tu. Jadi budak, anak-anak kecil ni, terdedah kepada bahaya covid untuk hadir ke sekolah seminggu sahaja. Selepas itu cuti. Jadi adakah pihak pendidikan akan memberi tekanan supaya katakan kalau vaksin tak sampai, sekolah tu biar jangan buka dulu. Sebab tak ada gunanya kita buka cuti, buka cuti dan mendedahkan anak kita kepada bahaya covid tanpa mendapat vaksin. Jadi itu adalah satu perbuatan atau keputusan saya rasa kurang tepatlah. Terima kasih.
Terima kasih kerana saya Jalong. Sudah pasti kita akan perhalusi perkara tersebut dan sudah pasti kita juga memahami sebenarnya rintih, keluh-kesah serta kegusaran ibu dan ayah yang akan menghantar anak-anak ke sekolah. Jadi itu menjadi keutamaan kita. Sudah pasti kita akan membuat pemakluman dan juga sudah pasti kita cuba untuk percepatkan proses tersebut. Terima kasih Jalong. Saya
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih. Terima kasih saudara YB Exco. Cuma Pengkalan Hulu ada sikit beza dengan kawasan lain. Sebab di Pengkalan Hulu ini adalah satu kawasan yang bersempadan dengan Thailand. Masalahnya ada penduduk di Pengkalan Hulu ni yang berkahwin di sebelah sana, di sebelah Thailand. Jadi bila dia berkahwin di sebelah Thailand, bila dapat anak, anak dia tak dapat sijil kelahiran. Jadi apabila kanak-kanak ini tidak ada sijil kelahiran, macam mana dia nak masuk sekolah. Macam mana dia nak ke sekolah. Jadi kementerian memang tidak benarkan kerana tidak ada dokumen. Jadi apa kesudahan akan jadi. Anak-anak yang berada di Pengkalan Hulu ini, yang dah semakin ramai, yang tidak dapat masuk ke sekolah dan apa tindakan kita untuk melihat perkara ini untuk dapat kita, apa ni bantu anak-anak ini. Terima kasih.
Changkat Jering sebelum menjawab, masa Changkat Jering dah habis. Cuma saya benarkan satu lagi soalan dan seterusnya jawapan dan terus kepada penggulungan dan ayat yang terakhir.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Mungkin saya tak dengar jugalah jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco. Cuma saya nak bangkitkan tentang surat pekeliling daripada Menteri. Di mana orang-orang kenamaan seperti kita ni tak dibenarkan masuk ke sekolah. Sedangkan mereka memohon peruntukan-peruntukan daripada Yang Berhormat. Tapi seperti ADUN ni tak dibenarkan orang kenamaan tak dibenarkan. Saya minta Yang Berhormat Exco untuk memberi penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih kepada kekanda saya Kuala Sepetang untuk persoalan itu telah pun saya jawab sebentar tadi dengan panjang lebarnya. Bagi kekanda saya Pengkalan Hulu terima kasih di atas pemakluman. Untuk makluman sewaktu kunjung hormat saya ke beberapa sekolah di dalam kawasan Lenggong dan juga Gerik baru ini. Perkara ini dalam pemakluman saya dan saya dah minta satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji perkara ini. Insyaallah kita akan libat uruskan sekali kekanda Pengkalan Hulu dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam kawasan yang berdekatan supaya tidak ada yang tertinggal, tidak ada yang terpinggir dan juga sistem pendidikan ini berjalan sebaiknya. Pendidikan ini untuk semua sebenarnya mudah-mudahan. Kekanda saya Tuan Timbalan Dipertua disebabkan banyak yang berminat boleh tak saya mintak tambahan masa lima ke sepuluh minit, sebab saya perlu untuk merangkumkan dua lagi di portfolio saya. Iaitu bagi pengupayaan mahasiswa dan juga bagi TVET negeri Perak. Saya cuba pendekkan seringkas yang mungkin cumanya
Seringkas yang mungkin lima minit.
Baik seringkas yang mungkin. Cuma saya mohon kalau ada yang berminat boleh terus ajukan soalan. Cuma soalannya tolonglah pendek, bantu saya, yang pertama. Yang keduanya kalau saya tak boleh menjawab, saya akan jawab secara bertulis nanti. Mudah-mudahan terima kasih.
Minta maaf Changkat Jering, soalan tambahan tidak dibenarkan, terus kepada menggulung dan juga ayat terakhir, lima minit.
Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua yang baik budi. Mahasiswa merupakan tonggak penting dalam ekosistem pembangunan negara dan juga negeri Perak secara keseluruhannya dan sudah pastilah kita mengambil kata-kata daripada Saidina Ali, karamallahuwajhah, yang mana Saidina Ali ada menyebutkan, kita ingin melihat bagaimana pembangunan sesebuah negara pada masa akan datang, lihatlah kepimpinan ataupun belia dan anak mudanya pada masa ini. Oleh itu, saya mahu pilih keluarga besar mahasiswa menzahirkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Seri Kota Tampan kerana sentiasa cakna dan mengambil berat perihal siswa dan juga siswi untuk anak-anak Perak yang mana sejumlah peruntukan RM16.4 juta meliputi pelbagai inisiatif seperti yang dinyatakan dalam teks Belanjawan, perenggan muka surat 29, perenggan 96. Melalui biasiswa pendidikan dalam dan juga luar negara kepada anak-anak Perak dan juga RM4.0 juta bagi tujuan pemberian pinjaman Pendidikan Tinggi.
Memahami suasana ketidaktentuan ekonomi, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM0.6 juta bagi Program Sara Diri Mahasiswa dan Kecemasan Mahasiswa. Manakala RM0.4 juta pula diperuntukkan di bawah tajuk Program Pengupayaan Mahasiswa dan juga RM5 juta diperuntukkan bagi Pembangunan USAS dan sudah pasti melalui peruntukan yang diperuntukkan di bawah Program Pendayaupayaan Mahasiswa ini, saya akan memastikan program-program yang dijalankan dapat memberi nilai tambah kepada siswa dan juga siswi. Khususnya dalam memberi, dengan izin Tuan Timbalan Yang Dipertua, add on value kepada siswa dan juga siswi. Khususnya dalam menghadapi cabaran industri pekerjaan yang semakin kompetitif seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Menglembu dalam perbahasan beliau di atas persoalan yang dibangkitkan. Selain itu bagi meningkatkan kapasiti serta keupayaan mahasiswa negeri Perak tahun hadapan, sudah pasti peranan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak ataupun MPMP berserta dengan ahli-ahli gabungan yang lain termasuklah Gerakan Mahasiswa Perak ataupun GMPK akan terus diperkasakan sebagai platform kepada siswa dan juga siswi melontarkan idea, pandangan mahupun pelaksanaan program yang melibatkan mahasiswa dari negeri Perak.
Tuan Timbalan Yang Dipertua bagi pembangunan sumber manusia, suka untuk saya nyatakan bagi meneruskan agenda pembangunan sumber manusia, yang lebih komprehensif seiring dengan keperluan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negeri, Pusat Aspirasi Anak Perak akan terus berperanan dalam memperkasakan agenda transformasi pekerjaan, bagi mendokong keperluan permintaan pasaran industri khususnya dalam negeri Perak. Terima kasih banyak diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan yang secara berterusan mendokong keperluan pembangunan sumber manusia di negeri Perak secara serius dengan peruntukan sebanyak RM7 juta kepada pihak Pusat Aspirasi Anak Perak sebagai agensi peneraju seperti yang dinyatakan melalui ucapan Belanjawan di dalam muka surat 28, perenggan 95 di bawah tajuk pengukuhan modal insan. Suka untuk saya betulkan fakta seperti mana yang dinyatakan oleh YB kakak saya, YB Trong iaitu peruntukan RM11 juta sewaktu perbahasan kakak saya. Suka untuk saya betulkan sebenarnya peruntukan yang diberikan untuk tahun hadapan kepada PASAK adalah sebanyak RM7 juta sahaja bukan RM11 juta.
Untuk itu Tuan Timbalan Yang Dipertua, suka untuk saya nyatakan beberapa program yang cuba dan akan dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak sebagai penggulungan saya iaitu yang pertamanya, jelajah kerjaya dan juga pendidikan di 12 daerah di dalam negeri Perak secara keseluruhannya. Program temuduga bersiri industri iaitu penganjuran bagi empat siri temuduga terbuka setiap bulan sama ada secara fizikal atau pun atas talian bagi meningkatkan kadar keboleh pasaran pencari kerja. Program Platform Pekerjaan Talent Perak, yang mana menyasarkan seramai 10 ribu individu dalam negeri yang akan memperoleh manfaat dengan sasaran 6,000 pencari kerja berdaftar dan 5,000 peluang pekerjaan yang baharu bagi tahun 2022. Program Perintis Perak Employability Training Scheme yang mana menumpukan pengkhususan kepada pembangunan sumber manusia dan juga latihan-latihan modular kepada adik-adik kita, mahasiswa dan juga mahasiswi yang sudah pun bergraduasi dan juga bergelar graduan yang mana ke tempatkan mereka place and train kita tempatkan mereka di dalam GLC dan juga anak-anak syarikat kerajaan negeri dengan harapan mereka akan terus memperoleh ilmu dalam bidang yang mereka sukai dan juga program pembangunan modal insan melibatkan pemetaan kerjaya dan juga program rintis kemahiran melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah, program eksplorasi kampus melibatkan IPTA, IPTS dan juga klinik kerjaya serta penciptaan resume yang terbaik mudah-mudahan. Agenda TVET juga akan terus diperkasakan mudah-mudahan.
Last penutup saya pada hari ini Tuan Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya untuk membawakan contoh peri-pentingnya pemerkasaan TVET ini. Untuk kita terus memastikan Kerajaan Negeri dengan program-program yang ada memberikan nilai tambah kepada mereka di luar sana para pencari kerja, ahli keluarga besar kita yang mungkin cuba menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan mudah-mudahan sebagai contoh jika di peringkat Persekutuan baru-baru ini di dalam ucapan kita ada mendengar nama Mak Cik Kiah di dalam peringkat Kerajaan Negeri Perak kita dengar bagaimana Yang Amat Berhormat Kota Tampan ada menceritakan tentang Kak Limah hari ini suka untuk saya bawakan contoh yang ada kena-mengenanya iaitu berkaitan dengan adik Khai yang merupakan golongan kelebihan upaya atau pun OKU yang mana adik Khai ini sebenarnya ada kaitan dengan Mak Temah yang selalu saya sampaikan. Beliau merupakan anak kepada Mak Temah, adik Khai merupakan golongan OKU dan juga baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM, sedang mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran dan adik Khai telah berdaftar di bawah PASAK mengikuti latihan peningkatan kemahiran OKU melalui kursus pemasaran secara atas talian.
Hasil latihan yang diikuti selama 2 minggu ini, adik Khai telah mula memasarkan produknya di atas talian dan mula menjana pendapatan melalui hasil jualan secara online. Contoh yang kedua, adalah Encik Tan yang baru sahaja ditamatkan kontrak pekerjaan akibat daripada penutupan kilang batu di Simpang Pulai. Encik Tan telah merujuk kepada pihak Pusat Aspirasi Anak Perak dan telah berminat untuk mengikuti latihan place and train yang dijalankan selama 4 minggu hasil daripada latihan yang telah diikuti, kini Encik Tan telah pun diterima bekerja di kilang elektronik di Batu Gajah, tempat yang sama di mana beliau menjalani latihan sebelum ini dan yang terakhir contoh, adik Siva yang telah pun mengikuti latihan kulinari yang dijalankan di bawah PASAK, adik Siva merupakan graduan dalam bidang undang-undang bakal bergelar seorang peguam, pun begitu tidak berjaya menempatkan diri sebagai seorang peguam akhirnya berdaftar dengan Pusat Aspirasi Anak Perak mengikuti latihan kulinari di bawah PASAK dan hasil daripada latihan yang dijalankan ini adik Siva telah berjaya untuk menjana pendapatan beliau melalui perniagaan kecil-kecilan di rumah melalui kemahiran yang telah pun diperolehi melalui program yang dilaksanakan oleh PASAK ini merupakan antara contoh yang sememangnya hasil daripada program-program sebenar latihan yang dilaksanakan oleh PASAK menggunakan nama dan juga watak yang berbeza.
Kita tidak memberikan ikan seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, sebaliknya kita cuba untuk menambah daya upaya itu kita menyediakan pancing yang terbaik untuk terus digunakan sebaik yang mungkin oleh keseluruhan warga keluarga besar kita di negeri Perak. Tuan Yang Dipertua, sebagai menutup penggulungan saya pada hari ini suka untuk saya mengakhiri dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kota Tampan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak di atas bajet yang cukup inklusif di bawah teras Perak Negeri Berdaya Tahan Mampan dan Inklusif dan juga terima kasih yang tidak terhingga juga saya hendak zahirkan kepada keseluruhan ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan kematangan dalam perbahasan kita selama persidangan dilaksanakan. Dalam masa sama mewakili Kerajaan Negeri Perak saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa dan segala budi yang telah pun ditaburkan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohamad Suhaimi bin Muhammad Ali, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang bakal menamatkan karier dan juga berpencen hujung tahun ini.
Mudah-mudahan segala bentuk jasa kekanda saya dan juga pengorbaan kekanda saya ini menjadi asbab kebaikan buat semua dan juga diangkat sebagai kebaikan kebajikan di sana kelak. Terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh warga pendidik yang terus berusaha walaupun dalam keadaan kita mempunyai halangan untuk terus mendidik dan memberikan ilmu kepada anak bangsa kita, kita teruskan walaupun halangan itu berada depan mata kita. Kita atasi dengan sebaiknya, terima kasih banyak semua cikgu-cikgu yang telah bertungkus lumus selama ini. Terima kasih banyak kepada seluruh ahli keluarga besar saya Jabatan Pendidkan Negeri, dan juga pensyarah-pensyarah, adik-adik mahasiswa dan mahasiswi serta seluruh ahli keluarga besar saya ayahanda saya, bonda saya, kekanda saya dan juga adinda saya, seluruh warga dalam negeri Perak ke arah menzahirkan Perak negeri yang berdaya manpan, inklusif dan juga maju. Mudah-mudahan mengakhiri ucapan penggulungan saya. Saya menyokong ucapan dan juga pembahasan atau pun Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kota Tampan.
Pucuk sekayu daun selasih, Thank you, Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Changkat Jering yang pembentangan dan juga penggulungan yang amat baik dengan tutur bicara yang cukup teratur. Seterusnya, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Bota untuk menggulung perbahasan, 45 minit dan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, (Ayat al-Quran) Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, seterusnya sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian. Alhamdulliah kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada kepada Allah Subhanallah taala limpah perkenannya dapat kita laksanakan Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat, Dewan Negeri Keempat Belas Perak Darul Ridzuan yang bermula pada 10 Disember sehinggalah ke 20 Disember nanti, insyaallah semoga berjalan dengan sempurna dan terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli Dewan kerana telah menjalankan peranan masing-masing dalam membahaskan Belanjawan 2022 Negeri Perak dengan baik sekali dan penzahiran akan politik matang itu terus kita zahirkan untuk jadi contoh kepada negeri-negeri yang lain, insyaallah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua ahli Dewan yang telah memberi pandangan dan cadangan untuk membina kepada Jawatankuasa Belia Sukan Telekomunikasi dan Multimedia. Segala input daripada semua Yang Berhormat akan saya perhalusi demi pembangunan anak muda dan sukan di negeri Perak ini khususnya dan juga pembangunan komunikasi dan juga multimedia. Kini tibalah giliran saya untuk saya menyampaikan ucapan penggulungan dan bagi melicinkan sesi penggulungan ini saya akan menyentuh beberapa perkara mengikut tajuk-tajuk tertentu termasuklah dengan sukan Maksak, perkembangan sukan e-sport, peruntukan Dewan Belia, isu komunikasi internet dan keseluruhan yang telah disentuh dalam perbahasan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana telah memperuntukkan sejumlah RM19.3 juta dalam Bajet 2022 ini untuk pembangunan sukan dan pemerkasaan anak muda. Walaupun sepertimana Yang Amat Berhormat Kota Tampan bahawa Bajet 2022 dirangka berasaskan keadaan semasa yang begitu mencabar, mengambil kira situasi ketidaktentuan ekonomi. Jadi sudah tentulah bajet untuk portfolio saya juga akan menerima impak dan kesan berkaitan dengan pemotongan seperti yang bangkitkan oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat Pinji mengenai peruntukan Dewan Belia dan juga peruntukan-peruntukan lain. Namun begitu, ingin saya tegaskan bahawa ianya insyaallah tidak akan mengganggu keberkesanan dan juga pergerakan kita untuk memastikan penguasaan belia ini akan terus menjadi keutamaan kita.
Yang Berhormat, bagi agenda pemerkasaan Dewan Belia pada tahun hadapan pelbagai program telah dirancang yang meliputi Bengkel Kajian Pengucapan Awam, Mesyuarat Pra-Persidangan, Program Khidmat Komuniti, Kajian Strategik Bersama IDR, Persidangan Dewan Belia yang sebelum ini dilaksanakan di luar dewan kerana teknikal masalah teknikal dan insyaallah tahun depan kita akan laksanakan di Dewan ini dan seterusnya kita juga akan mengadakan program pemerkasaan dan penghasilan usul di bawah jawatankuasa masing-masing. Selain daripada itu, perwakilan juga terlibat secara langsung dalam melaksanakan kajian atau sesi libat urus dengan Institut Darul Ridzuan dalam kita mendapatkan dapatan-dapatan berkaitan dengan banyak perkara usul dengan belia di negeri ini. Bagi melibatkan para perwakilan dalam agenda pembangunan negeri juga saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Kota Tampan kerana telah mengadakan juga sesi libat urus khususnya bersama dengan perwakilan-perwakilan Dewan Belia bagi mendengar buah fikiran serta pandangan daripada perwakilan agar dapat dijadikan isi dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 khususnya dalam aspek pembangunan belia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Ahli Dewan sekalian, terdapat 8 usul yang telah dibentangkan pada persidangan Dewan Belia yang telah berlangsung baru-baru ini iaitu Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Sidang Dewan Belia Perak Ketiga yang telah berlangsung pada 4 hingga 5 Disember yang lalu di Hotel Casuarina Meru yang sepatutnya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Trong tapi Yang Berhormat Trong pada masa itu mendapat arahan untuk kuarantin diuruskan oleh Timbalan Speaker kita dan ingin saya kongsikan juga berkaitan dengan usul-usul, hasilan-hasilan dan khususnya berkaitan dengan usul-usul yang telah diangkat oleh jawatankuasa usul di persidangan tersebut. Bagi Jawatankuasa Perladangan dan Industri Makanan usul yang diangkat adalah mengangkat sektor perladangan pertanian dan industri makanan khusus untuk belia di negeri Perak.
Bagi Pembangunan Luar Bandar dan juga Pembangunan Usahawan dan Koperasi, e-platform Perak Entrepreneur Stop Center untuk usahawan negeri Perak. Bagi Jawatankuasa Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor diusulkan penubuhan platform Invest Perak Info Centre di negeri Perak. Bagi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia usulnya adalah penubuhan satu Stop Sukarelawan Belia sebagai duta pembasmian berita palsu dan bagi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia usulnya berbunyi mereka perkasa skim latihan modular berasaskan TVET Bagi Golongan OKU Di Negeri Perak. Bagi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan usulnya adalah Perak Negeri Bersih 2025 pengurusan sisa pepejal yang sistematik di Negeri Perak. Usul yang jawatankuasa ketujuh iaitu Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengusulkan untuk mewujudkan e-Platform Perak dan seterusnya Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam mengusulkan Perak bumi lestari, membina persekitaran kondusif berlandaskan teknologi tenaga boleh diperbaharui. Ini adalah antara cadangan-cadangan yang telah dilontarkan oleh para belia kita yang saya melihat begitu baik untuk kita pertimbangkan.
Mohon mencelah. Terima kasih YB Exco. Pertamanya berkenaan dengan isu portfolio belia dan cadangan-cadangan usul yang dibawa dalam sidang DUN Belia baru-baru ini, ucapan terima kasih kepada YB Exco Belia yang telah memberi ruang kepada kesepuluh-sepuluh portfolio yang telah membentangkan usul dengan baik walaupun perlu ada sedikit penambahbaikan daripada usul-usul yang dibentangkan. Cumanya saya mengharapkan agar kesepuluh-sepuluh usul ini diambil perhatian oleh ke semua Exco agar dapatlah kiranya sekiranya ada peluang untuk usul-usul ini dibawa dan dibincangkan secara lebih teliti untuk ditambah baik angkatlah usul ini kerana ianya merupakan suara anak muda dan titik peluh mereka, idea mereka yang baik dan saya juga mengharapkan agar ADUN-ADUN lain ya ADUN-ADUN yang berada di sebelah sana di sebelah sini berilah komitmen kepada ADUN-ADUN Belia ini agar mereka ini. mempunyai jalan petunjuk. Kadang-kadang ada yang lebih-lebih perasaan nak jadi YB juga. Jadi kita lebih baik kita bersama dengan mereka melihat cara bagaimana mereka melaksanakan mungkin aktiviti di kawasan dan juga idea-idea yang mungkin boleh bawa dibawa daripada kawasan ke peringkat sidang DUN Belia. Terima kasih YB Exco.
Terima kasih sahabat saya Trong yang juga merupakan Speaker Dewan Belia. Saya akan memastikan usul-usul ini akan dipanjangkan dan saya akan bentangkan di dalam MMK bagi pertimbangan untuk pelaksanaan dan sebagainya oleh Ahli-Ahli MMK yang lain kerana kita memang menekankan agar segala gerak kerja dan juga tindakan-tindakan ini mestilah mengambil kira apa juga pandangan dan juga kepentingan belia kita dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Speaker ingin menzahirkan rasa terima kasih khususnya kepada sokongan semua dan terima kasih kepada Trong kerana menzahirkan perkara ini untuk saya minta kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk kita senantiasa memberi ruang kepada ahli-ahli Dewan Belia kita ini untuk bersama-sama dalam tugasan di kawasan dan sebagainya kerana kita memang memerlukan mereka untuk mendekati orang muda dan kita secara tidak langsung sebenarnya telah melantik mereka sebagai ejen kerajaan negeri bagi menyampaikan apa itu visi misi kerajaan dan seterusnya Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin kongsikan bahawa sebenarnya Dewan Belia Perak adalah satu-satunya Dewan Belia yang telah berjalan sepanjang tahun 2021 ini. Ini satu perkara yang cukup positif dan saya melihat mereka cukup komited dalam dalam apa juga usaha, arahan dan juga tugasan yang telah kita berikan.
Berbalik kepada keinginan sahabat saya Pasir Pinji dan juga Hutan Melintang tentang pengurangan bajet bagi portfolio belia saya amat setuju dengan pertimbangan tersebut memandangkan terdapat seramai 1,122,400 orang belia yang meliputi 45% daripada jumlah warga negeri Perak dan juga di negeri Perak kita ada 942 pertubuhan belia. Walau bagaimanapun saya amat yakin akan Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan membantu kita warga belia sekiranya ada peruntukan-peruntukan tambahan yang akan kita pohon melalui bajet tambahan atau supplementary budget bagi kita memenuhi keperluan-keperluan semasa dan saya yakin juga semua rancangan program ini masih boleh dilaksanakan dengan peruntukan yang dicadangkan dengan kita mendahulukan perbelanjaan-perbelanjaan mengikut keperluan kita.
Sidang Dewan sekalian berhubung isu yang dikemukakan oleh Chenderiang mengenai pembangunan sukan negeri ini saya ingin memohon izin Dato’ Speaker untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada sahabat saya Belanja menunggu Pasir Pinji, Kamunting, Batu Kurau dan juga Slim kerana ia berkaitan dengan sukan. Bagi isu yang di antaranya Chenderiang berkenaan dengan pembangunan sukan bola sepak yang sekarang ini begitu sensitif di negeri Perak ini, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri memberikan sepenuh tumpuan kepada pembangunan sukan bola sepak negeri ini. Di antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah dengan mempelbagaikan program pembangunan dan pencarian bakat baru dengan kerjasama persatuan sukan negeri dan juga Jabatan Pendidikan Negeri khususnya dan selain daripada itu Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan
National Football Development Programme ataupun NFDP di mana program pembangunan bola sepak ini telah diwujudkan untuk menumpukan kepada pembangunan bakat yang bermula daripada usia 7 hingga ke 17 tahun. Program ini melibatkan empat pusat latihan daerah iaitu di Kinta, Larut Matang Selama, Bagan Datuk dan juga Kuala Kangsar. Ianya turut merangkumi penganjuran pertandingan di peringkat negeri, kebangsaan yang akan dijalankan di pelbagai peringkat umur bagi mengenalpasti bakat yang boleh kita ketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Di samping itu juga, saya menyeru agar usaha ini terus diperkasakan dengan mewujudkan lebih banyak lagi akademi bolasepak di bawah kelolaan sama ada persatuan bolasepak daerah-daerah atau pun persatuan-persatuan belia dan sebagainya aktivis-aktivis sukan bola sepak khususnya dan untuk makluman semua ahli-ahli Dewan, Kerajaan Negeri begitu komited untuk menyokong program penswastaan Liga Malaysia yang merupakan satu usaha yang dilakukan oleh pihak FAM dan juga Football Malaysia LLP untuk membolehkan Liga Malaysia ini dimiliki bersama antara FAM dan juga pasukan-pasukan bertanding di dalam liga tersebut.
Hal ini merupakan salah satu usaha untuk kita meningkatkan kecekapan dan professionalisme di dalam arena bola sepak Malaysia. Untuk makluman Ahli Dewan, perkara ini sepatutnya berlaku pada 2015 lagi. Kemudian dianjak kepada 2016 sebelum dilanjutkan lagi kepada 2018. Bagaimanapun ianya hanya cuba direalisasikan pada tahun 2021. Usaha ini sebenarnya amat baik dan akhirnya akan mengurangkan kesannya bila besar kerana ia akan mengurangkan kebergantungan pasukan bola sepak kepada Kerajaan Negeri. Namun begitu, proses transisi ini masih lagi tidak dapat berjalan dengan lancar di negeri Perak ini sehingga pada awal tahun 2021 yang lalu, kita pasukan Perak berdepan dengan kepimpinan gagal untuk mendaftarkan pasukan bagi menghadapi musim 21 akibat daripada tunggakan gaji selama 3 bulan pada awal musim 21. Sekali lagi saya ucap terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Kota Tampan kerana pada masa itu Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan sebanyak RM3 juta melalui syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau pun GLC kepada PAFA untuk melunaskan tunggakan tersebut supaya Perak tidak dikenakan sekatan untuk menyertai Malaysia Super League.
Lubuk Merbau.
YB Exco. Boleh masuk. Terima kasih Timbalan Speaker dan YB Exco. Ini tentang pembangunan bola sepak ni. Saya terlibat dengan belia dan juga Presiden. Kita memang sukar nak cari pemain-pemain berbakat ni kerana yang pertamanya, kelab-kelab yang di luar tu dah ambil pemain-pemain Perak ni daripada sekolah rendah lagi. Depa ambil depa bawa ke kelab mereka dan di sekolahkan sekolah yang berhampiran lah. Kemudian diberi biasiswa kepada mereka ni. Jadi pemain-pemain Perak dia banyak pergi keluar sejak daripada awal lagi. Jadi ini merupakan kerugian kepada apa ni pasukan Perak nilah pada akan datang. Jadi, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk bakat-bakat yang mendatang ni supaya dia tak lari daripada negeri Perak ni? Terima kasih.
Ya terima kasih Lubuk Merbau berkaitan dengan usul pembangunan. Ini yang saya kata tadi. Memang kita menumpukan kepada pembangunan dan negeri Perak memang cukup terkenal dengan bakat-bakat muda yang sentiasa menjadi pilihan atau pun intipan daripada pasukan-pasukan lain khususnya. Jadi, dalam aspek ini kita sebenarnya sebab tu kata tadi kita menyahut baik usaha persasaan ini kerana insyaallah ini antara salah satu jalan merungkaikan masalah ni kerana kita berterus-terang Kerajaan Negeri secara keseluruhannya sebenarnya tidak mampu untuk kita bersaing dengan pasukan-pasukan yang lebih besar yang menawarkan tawaran yang begitu besar yang kalau saya sendiri pun ditawarkan itu kalau sebagai pemain saya akan memilih untuk menerima tawaran tersebut. Tapi yang paling penting pada saya ada semangat negeri Perak ni kita ingin menghasilkan melahirkan ramai jaguh-jaguh yang boleh menjadi hebat di luar dan ianya sebenarnya memberi impak kepada masyarakat negeri Perak untuk keluarga dan juga masyarakat mereka.
Namun begitu, kita akan berusaha untuk memastikan bakat-bakat ini akan memberi pilihan utama kepada negeri Perak. Namun begitu kita tidak menghalang untuk mereka memilih laluan yang lebih hebat untuk mereka. Ok, dan sebagai tambahan saya nak maklumkan juga sebenarnya pihak Perak FC telah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri melalui Syarikat-syarikat GLC dengan jumlah keseluruhan RM4.626 juta. Ini adalah jumlah yang besar yang akhirnya keseluruhannya untuk tahun ini sahaja Kerajaan Negeri telah membantu dengan jumlah RM7.626 juta. Ya inilah angka yang telah diberikan saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri dengan kata berkomitmen dengan bola sepak ini tetapi dalam keadaan sekarang kita pun tidak mampu untuk melabur dengan angka yang lebih besar lagi kerana ia memberi kesan yang cukup besar dalam pembangunan-pembangunan yang lain khususnya pembangunan-pembangunan sukan kita yang lain kerana kita juga ingin mengambil maklum bahawa kita bukan sekadar mengutamakan sukan bola sepak, tapi juga kita mengutamakan juga sukan-sukan yang lain khususnya sukan yang berpotensi di negeri Perak ini yang mana ramai aktif hebat ada di sini. Yang Berhormat sekalian, bagi demi kemajuan dan pembangunan sukan negeri Perak.
Selinsing boleh mencelah. Baik. Bagi membangunkan pembangunan sukan dengan mencungkil bakat-bakat, adakah pihak kementerian dan juga pihak Exco mengambil kira tentang pembinaan pusat-pusat seperti futsal dan juga lain-lain lah kemudahan untuk membantu. Contohnya di DUN Selinsing ni kalau nak cungkil bakat tak adalah sebab tak ada padang futsal. Sebab itu saya harap Exco atau kementerian memberi sedikit perhatian di tempat-tempat di negeri Perak yang tidak ada bagi mencungkil minat dan bakat serta melahirkan seorang sukan yang baik. Jadi, mohon pencerahan.
Ya terima kasih sahabat saya Selinsing. Ini berkaitan dengan fasiliti ni juga merupakan salah satu aspek penting untuk kita melahirkan apa ni atlet-atlet yang hebat. Cuma kita ada sedikit kekangan khususnya fasiliti ini berkaitan dengan peruntukan-peruntukan dan walau bagaimana pun sebenarnya di negeri Perak kita mempunyai fasiliti yang baik cuma masih belum mencukupi dan dan paling kita kata agak menjejaskan kita ini adalah kerana fasiliti-fasiliti ini kadang-kadang gagal dijaga dengan baik oleh pengguna kita khususnya. Jadi ini salah satu perkara yang yang cuba kita nak terapkan pada masa akan datang. Saya jemput saya minta Titi Serong dulu. Ok Titi Serong.
Minta laluan, ha lepas ni saya ya.
Terima kasih Yang Berhomat Exco. Berkenaan dengan pembangunan sukan ni. Ialah seperti mana Yang
Berhormat dulu berada di sini saya berada di sana, saya bola dulu kan. Tak apa. Kita faham tapi tak tahulah Yang Berhormat sekarang tidur lena ke tak kan. Mungkin sebelum ni takde.
Dah mula lena dah.
Dah boleh lena dah? Ha. itulah penangan jaga bola Perak ni bukan mudah. Tapi takpe, kita usaha cari jalan yang terbaiklah kan. Saya difahamkan dah ada pihak swasta ambil. Saya ada tiga soalan. Yang pertamanya, nak bertanya berkenaan dengan sejauh manakah kita punya velodrom rakyat, velodrom rakyat tu pada ketika nak kita gunakan SUKMA untuk penggunaan SUKMA, belanjanya hampir difahamkan RM11 juta lah pembaikan bina baru. Tapi sekarang dah jadi bukan kacang putih dah dia memang tak boleh guna dah dia punya track tu dah rosak semua dan building. So, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk adakah dia membangunkan semula ke sebab itu adalah velodrom yang mempunyai sejarah kerana ada kutipan daripada duit rakyat.
Yang keduanya, ada seorang anak muda daripada Perak saya kira Yang Berhormat pun tahu berita ini iaitu Rifdin Masdor. Dia ni menang World Muay Thai Champion Chip Bangkok 2021. Ada saya ada tengok dah posternya dan semalam saya dihubungi adalah salah seorang daripada kontinjennya, dia bagi tahulah kalau boleh Kerajaan Negeri buatlah satu penghargaan bagi penghargaan kepada beliau ni. Dia menang di Bangkok, Muay Thai makna dia kalahkan peserta yang terhebat jugalah. Jadi saya mewakili kontinjen ini kalau boleh buat satu majlis untuk penyerahan.
Yang ketiganya, berkenaaan di Kerian ini kami memang daripada segi sukan kita hoki la champion. So, kalau boleh tengok-tengokkan lah di Kerian mungkin boleh dibina dibina padang hockey turf di Kerian ni dan yang mini pun ok sekadar untuk menyediakan pusat latihan mereka di sana. Ok terima kasih Yang Berhormat.
Ok terima kasih. Sorang lagi belakang, Kenering.
Terima kasih atas laluan yang diberikan. Saya ingin menarik perhatian Dewan dan juga Kerajaan Negeri. Di kawasan di Lawin, kompleks sukan dibina dua tahun lepas. Tapi sampai hari ini terbengkalai. Ya, tolong bagi jawapan dan tolong ambil tindakan yang sewajarnya kerana terbengkalai ini mengakibatkan sekarang ni dah penuh dengan lembu dah padang bola ni nak dijalankan dan juga mendapat kritikan daripada masyarakat setempat kerana dia kawasan strategik. Tolong. Terima kasih.
Ok, sila.
Terima kasih kepada pihak kerajaan. Persoalan saya tadi YB ada memang kerajaan sekarang ini ada kekurangan peruntukan kalau kita nak semua pembangunan sukan faktor kekurangan peruntukan tetapi kalau pihak kerajaan boleh cuba mencari penaja-penaja, sponsor-sponsor yang di mana di seluruh negara terutama sekali di Negeri Perak agar mereka pun penyumbang besar sebab dekat luar negara mereka katakan premier league mereka dapat broadcasting punya keuntungan sana memang lumayan tetapi kita tak ada faktor tersebut tapi penaja ni memang penting. Kita sebab sukan ni kita berikan tumpuan yang banyak kepada bola sepak tetapi kita telah terpinggir sukan-sukan yang lain termasuk juga dengan bola keranjang dulu Perak ni johan kepada Piala Agong dan juara kepada MBA. Bukan MB Inc., MBA jadi kita pun disebabkan faktor kekurangan penaja-penaja besar mereka pun telah berhijrah ke Negeri Sembilan. Jadi harap pihak Kerajaan Negeri ambil kita pun menggalakkan untuk penaja lebih besar untuk mengambil bahagian. Jadi agar perkembangan sukan di Negeri ini akan dinaikkan. Ok, terima kasih.
Terima kasih. Saya jawab dulu sahabat saya Titi Serong.
Satu lagi.
Laju boleh? banyak. Jangan ulas banyak beno.
Sikit saja. sikit je. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Cuma saya nak bangkitkan tentang Daerah Larut Matang dan Selama ni yang mana daerah ni banyak melahirkan ahli-ahli sukan sehingga dapat mewakili negara cuma di Daerah Larut Matang dan Selama ini satu saja masalahnya tidak ada stadium, tidak ada stadium yang di kemudahan track dan juga lampu limpah. Saya berharap Yang Berhormat Exco cubalah bagi daerah Larut Matang ni saya rasa daerah lain dah ada. Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih. Terutamanya Titi Serong berkaitan dengan Velodrom Rakyat. Terima kasih banyak. Ini pun mula-mula saya masuk pejabat dulu inilah perkara yang saya ambil perhatian kerana kita tahu sensitiviti Velodrom Rakyat ini. Jadi pada permulaan dulu saya telah minta JBS dan juga MSN untuk menguruskan kerana bila saya masuk itu hari memang keadaannya amat menyedihkan dengan pertanyaan kena curi dan sebagainya. Jadi kita dah kita gunakan peruntukan sedikit yang kita ada sedia ada ni untuk akhirnya sekurang-kurangnya velodrom itu boleh digunakan oleh atlet kita untuk menjalani latihan. Itu satu.
Sikit, sikit, sikit je. Yang Berhormat, pasal basikal ni saya cadangkan Kerajaan Negeri memberi satu peruntukan khas besar jugalah pada industri sukan basikal ni kerana boleh meningkatkan nilai negeri dan juga pelancongan YB.
Ok, terima kasih. Jadi saya telah antara masalahnya adalah velodrom rakyat ni dulu JBS ni dia dah repair melalui SUKMA itu hari dah tak ada siapa yang nak mengambil alih tapi alhamdulillah saya ucap terima kasih banyak kepada Datuk Bandar Ipoh kerana masa saya berbincang dengan beliau, beliau sendiri sebenarnya bersetuju untuk mengambil alih pengurusan Velodrom Rakyat ni namun begitu saya agak agak kecewa sikit dengan KBS khususnya kerana pada permulaan mereka ingin mencari siapa yang boleh bantu untuk uruskan velodrom, bila kita dah kenal pasti MBI bersedia untuk ambil alih mereka pula ada banyak sangat halangan-halangan. Ini satu perkara yang amat mengececewakan saya. Jadi memang saya dah minta pihak KBS untuk mengambil maklum perkara ini untuk disegerakan urusan penyerahan pengurusan daripada KBS kepada MBI. MB Inc. pula. MBI ya.
Jadi saya mengucapkan terima kasih banyak kepada MBI dan yang keduanya berkenaan dengan Raifudin memang kita memang ada dalam ucapan saya ni ucap terima kasih banyak. Tahniah kepada Raifudin kerana seorang anak muda yang telah pun menjadi jaguh dunia sebenarnya yang akan kita pastikan usaha-usaha untuk kita menjaga dan juga mengiktiraf dia ni akan kita laksanakan dan seterusnya untuk fasilitilah. Fasiliti ini saya agak lega kerana Chenderiang berada di Perak. Bila Chenderiang di Perak beliau merupakan YB Menteri KBS dan kita gunakanlah peluang ini bersama-sama dengan beliau dan seterusnya untuk Kenering tadi kompleks sukan di DUN Kenering saya akan panjangkan perkara ini kepada kementerian untuk kita usahakan penyelesaian ini. Saya pun tak perasan dah dua tahun terbengkalai ini satu benda yang cukup serius yang tak sepatutnya berlaku. Jadi ini pengurusan-pengurusan ini yang agak mengganggu sedikit kelancaran kita.
Boleh sambung sikit lagi dengar. Kejap ya. Sekejap ya. Tunggu dulu dan seterusnya Bercham berkaitan dengan penaja saya ucap terima kasih banyak tu sebenarnya akhirnya pihak PAFA telah pun menemui penaja untuk menaja pasukan bola sepak kita. Ini satu penghargaan yang cukup besar kepada saya khususnya daripada syarikat MC yang telah bersedia untuk menaja. Sebab itu saya minta pada pengurusan PAFA yang saya difahamkan ada kumpulan 12, dah kumpulan 7 dan sebagainya. Tolong jangan kacaulah urusan-urusan ini kerana saya khuatir akhirnya kerana kita lihat ada sedikit isu dalaman PAFA ni yang melabur ni akhirnya esok akan tarik diri dan dan akhirnya merugikan kita. Bukan setakat merugikan kita merugikan negeri Perak. Kerajaan Negeri terpaksa berkomitmen lagi. ha, kan? Kita dah lega ni tambah saya ni dah lena sikit tidur saya lihat dengan keadaan semasa jadi saya minta lagi sekali PAFA tolonglah jangan mengganggu urusan-urusan dari segi aspek pemilikan pembelian saham di Perak FC ini khususnya. Bagilah selesai betul-betul dulu kerana saya nak bagitahu saya cuba cari semasa saya di Perak FC dulu saya cuba cari penaja-penaja untuk mengambil alih urusan Perak FC ini tapi sebenarnya saya tak menemui tak berjumpa dengan pihak yang benar-benar ingin mengambil alih tapi alhamdulillah baru-baru ni dah ada pihak yang ingin berminat kita teruskan perkara tersebut.
Yang Berhormat Temenggor.
Sikit je. Pandangan je. Pandangan je. Sikit je. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Bota. Sekadar untuk berkongsi pandangan mungkin telah pun diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri, saya kira melihat daripada masalah yang dihadapi kita mengenai sukan MAKSAK terutamanya penumpuan kepada bola sepak sahaja sehinggakan banyak sukan-sukan lain yang kita berpotensi untuk orang kata menjadi juara kita kurang tumpu dan kurang memberi peruntukan-peruntukan tambahan kita tengok peruntukkan untuk sukan MAKSAK pun agak kurang jadi mungkin ataupun adakah sudah ada cadangan daripada Bota ataupun Kerajaan Negeri melihat GLC-GLC yang bersesuaian ataupun syarikat-syarikat yang kita khususkan untuk sukan yang kita ada potensi untuk kita lonjakkan bagi kemenangan kita fokuskan. Ok, agensi ni minta tolong jaga ni. Tidak hanya memberi tumpuan kepada sukan bola sepak sahaja. Itu pandangan.
Ok, terima kasih. Terima kasih. Kuala Sepetang tadi berkaitan dengan Kompleks Sukan. Saya baru-baru ni dalam Facebook saya tengok Kuala Sepetang ada menghadap Yang Berhormat Menteri. Jadi saya rasa dah terjawablah persoalan Kuala Sepetang tu. Buatlah susulan elok-elok untuk kita jayakan perkara tersebut bagi Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha yang diusahakan oleh Kuala Sepetang.
Ok, Bota. Terima kasih.
Ok, sikit je. Sila. Sila Dato'.
Pertama saya minta nak minta Bota tolong tengok paper yang kita hantar kepada Menteri Belia dan Sukan untuk menyempurnakan Kompleks Sukan Belia di Tapah yang ketika itu telah selesai dibina tapi masalahnya ialah ketika dulu papernya ada untuk balapan. Ada kolam renang. So, dua perkara ini perlu dipanjangkan sebab ia agak popular di situ dan merupakan satu kawasan yang boleh digunakan oleh orang-orang daerah Batang Padang mahupun Muallim adalah balapan dan juga kolam renang di Kompleks Belia ni dan saya minta kepada Exco Belia tolong tengok tolong orang kata tolak supaya permohonan yang begitu lama dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
Ok, terima kasih. Begini sebenarnya kita lihat Tapah sebenarnya bertuah kerana memiliki kompleks yang cukup baik dan juga terima kasih banyak pada KBS lah dan yang terbaru saya nak kongsikan juga di Bagan Datuk juga dah ada sebuah Kompleks Sukan yang begitu hebat yang saya dapat makluman antara kompleks sukan yang terbaik dan tercantik di Malaysia. Jadi gunakanlah saya yakin akhirnya fasiliti ini akan memberi ruang untuk kita melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet hebat. Temenggor tadi maklumkan berkaitan dengan penumpuan tadi ya. Saya sebenarnya bersetuju dengan cadangan pandangan Temenggor tadi berkaitan dengan kita tak boleh nak fokus kepada satu sukan je hingga kita habis berpuluh juta. Untuk makluman bola sepak ni RM7.6 juta ni tak jadi apa pun.
Tak jadi apa pun ya. Maksudnya bukan tak jadi apa macam mana maksudnya tak pergi tak membantu 50% pun tak bantu dari segi pengurusan mereka. Jadi memang ini kos yang besar sebab itu kita harap kita pun tak nak letakkan perkara ini ke bawah kepada GLC-GLC kita saja kerana mereka pun nak bantu sukan-sukan yang lain pula. Sebab itu kita telah pun memperkenalkan konsep smart partnership yang mana sukan-sukan ini kita akan minta mereka kenal pasti siapa pihak yang mereka boleh boleh bekerjasama untuk jadi penaja mereka. Jadi ini pendekatan yang kita nak buat dan saya nak teruskan berkaitan dengan...
Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Yang Berhormat Exco, saya cuma nak bertanya apakah perancangan untuk membangunkan bola sepak di di peringkat daerah-daerah pasal kami ni YDP di daerah masing-masing. Berapa banyak bantuan atau pun yang nak dibuat untuk pastikan sekarang ni Perak dah berada di division Liga Perdana, nak naik balik macam mana. Yang kedua dari segi sukan takraw, pun dah turun division. Apakah pandangan Exco Belia? Terima kasih.
Ok terima kasih. Sepertimana saya bagitahu pasukan bola sepak tadi kita dah menemui penaja yang berminat dan sanggup dan yang sebenar jadi saya yakin akan ada perkara yang positif akan berlaku di situ. Namun begitu kita di Kerajaan Negeri menumpukan kepada pembangunan bakat sebenarnya. Ini yang penumpuan kita sekarang ni kerana kita nak berlaku adil kepada sukan-sukan yang lain. Yang Berhormat sekalian saya nak maklumkan juga ini dibuktikan dengan apa yang telah dizahirkan dalam belanjawan hari ini, Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan sebanyak RM17.2 juta kepada MSN bagi menguruskan urusan-urusan pasukan Negeri Perak keseluruhan sukan dan ini merupakan jumlah yang menunjukkan peningkatan pertambahan sebanyak RM6.8 juta berbanding tahun dulu.
Jadi saya ucap terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri kerana telah pun memberikan peruntukan tambahan kepada MSN yang menguruskan keseluruhan sukan di Negeri Perak. Bukan sekadar satu atau pun dua sukan tapi keseluruhan sukan di negeri kita. Jadi insyaallah, saya yakin Majlis Sukan Negeri Perak yang merupakan alternatif kerajaan berperanan untuk menjalankan tanggungjawabnya bagi membantu melahirkan dan juga menjayakan sukan kita khususnya kita sedang menghadapi SUKMA yang akan berlangsung pada tahun hadapan yang sepatutnya dilaksanakan di Johor tapi telah ditunda ke tahun 2024 dan tahun hadapan kita akan laksanakan SUKMA di Kuala Lumpur atau pun di MSN Negara yang mana kita ada berapa target yang kita sasarkan dan sebenarnya persiapan atlet kita berterusan dan sasaran kita cukup tinggi sebenarnya untuk kali ini cumanya apa yang ingin saya tegaskan di sini saya melihat MSN Negara ada sedikit tak konsisten kerana sebelum ini acara yang diputuskan untuk SUKMA Johor sebanyak 16 acara wajib dan juga 15 acara pilihan tetapi Perak telah membuat persiapan untuk semua acara tersebut tapi baru-baru ini difahamkan akan dikaji balik acara-acara pilihan ini. Sama ada dilaksanakan secara menyeluruh atau pun ada perubahan-perubahan tertentu yang saya yakin akan memberi kesan kepada atlet kita kerana mereka telah membuat persiapan yang cukup rapi dan mengambil masa yang cukup lama. 2 3 tahun. Ini adalah SUKMA yang paling special kerana persiapan atletnya hampir lebih kurang 3 tahun menumpukan membuang tenaga, membuang komitmen mereka untuk menjayakan. Jadi saya harap MSN khususnya dapat melaksanakan mengikut seperti mana yang telah dijanjikan peringkat awal. Risau takut ada perkara lain yang saya tak dapat nak pastikan.
Jadi untuk makluman juga seawal pelaksanaan Fasa 4 bagi Negeri Perak pada awal September atlet-atlet SUKMA telah menyertai kejohanan-kejohanan sukan di dalam dan di luar negara. Kita telah mencapai berapa kejayaan seperti pasukan hoki yang telah memenangi Piala Tun Razak. Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada Kota Tampan kerana telah meluluskan insentif sebanyak RM100 ribu kepada pasukan hoki ini yang telah mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut dan merupakan kali ke-11 keseluruhan. Untuk makluman saya nak zahirkan komitmen Kota Tampan kepada sukan sebenarnya. Saya memanjangkan cadangan kepada Kota Tampan untuk beri insentif sebanyak RM70,000 saja kepada pasukan ini tapi alhamdulillah Kota Tampan meluluskan RM100 ribu untuk insentif ini bukan sekadar digunakan diberi terus kepada atlet tapi juga untuk persatuan hoki digunakan bagi persiapan-persiapan program mereka di masa akan datang. Terima kasih banyak dan seterusnya kita ada tiga orang atlet Muay Thai yang memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Kejohanan Juara Dunia Remaja di Thailand baru-baru ini termasuklah
Rifdin yang mana ini adalah atlet SUKMA yang akan kita bawa ke peringkat SUKMA nanti dan kita pastinya kita akan mengusahakan sesuatu untuk pencapaian ini dan seterusnya berita yang gembira juga kerana atlet SUKMA. Acara tenis baru-baru ini juga telah menjuarai Kejohanan Juara Remaja juga di Thailand. Saya tak tahu pasal banyak benar kejohanan berada di Thailand kali ini dan ini pun kita akan usahakan untuk kita raikan kejayaan ini dan seterusnya banyak lagi atlet-atlet lain yang saya lihat berpotensi untuk memberikan sumbang bakti yang hebat khususnya pencapaian hebat kepada atlet-atlet kita.
Seterusnya berkaitan dengan Sukan e-Sports. Untuk e-Sports negara ini malah ia berpotensi untuk menjadi karier yang mempunyai pendapatan yang lumayan dengan hanya bermain permainan secara competitive. Mungkin berapa dekad lalu ramai beranggapan bahawa permainan ini cuma sekadar hobi atau pun membuang masa sahaja tapi inshaallah secara keseluruhan ianya merupakan satu perkara yang cukup lumayan dan platform media sosial popular iaitu Facebook menyediakan ruang untuk permainan dan kaedah untuk kita memberi peluang kepada pemain untuk menjana pendapatan menerusi mekanisme. Saya ucap terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri kerana juga telah meluluskan peruntukan untuk sukan e-Sports ini dan walau pun kurang daripada dulu tak ada masalah kerana kita akan uruskan dengan sebaik mungkin urusan-urusan ini dan ternyata bidang e-Sports ini terlalu meluas skopnya kerana ianya akhirnya bukan sekadar melibatkan mereka sebagai pemain sahaja tetapi ekosistem e-Sports ternyata mencakupi pelbagai bidang.
Justeru itu Jawatankuasa Belia Sukan Pengerusi Multimedia bersama Persatuan e-Sports Negeri Perak telah melaksanakan e-Sports workshop yang menyediakan kelas-kelas pelbagai teras. E-Sports workshop management, e-Sports workshop ethics, workshop custom, production, shimmer, coaching, editing dan design yang mana ia akhirnya dengan ilmu ini mereka akan boleh menjadikan e-Sports ini sebagai satu kerjaya untuk mereka dan saya ucap terima kasih banyak kepada MSN kerana juga telah menekankan untuk melaksanakan konsep sains sukan bagi e-Sports ini dan supaya kita mengharapkan akhirnya e-Sports ini bukan sekadar bermain di situ tapi juga mereka akan ada faktor-faktor dalam mengambil kira faktor penjagaan kesihatan, kawalan minda, diet makanan supaya sukan e-Sports dapat mengimbangi antara menerima kesan positif dan seterusnya dapat mengelakkan ketagihan yang akhirnya memberi kesan buruk kepada atlet tersebut.
Selain daripada itu juga saya ingin memaklumkan berkaitan dengan program-program e-Sports. Sebenarnya kita teruskan walau pun kita tak dapat laksanakan sepertimana yang dicadangkan oleh Pasir Pinji iaitu program epik, macam karnival kerana kekangan pandemik baru-baru ini tapi kita tetap juga menganjurkan berapa kejohanan seperti Perak e-Sports Championship, Northern e-Sports Championship dan beberapa penyertaan-penyertaan lain dan seterusnya. Saya memang berhasrat menzahirkan hasrat saya kepada MSN untuk akhirnya Perak akan mewujudkan sebuah pasukan e-Sports untuk bersaing di dalam kejohanan-kejohanan yang lebih tinggi di peringkat kebangsaan seperti Mobile Legends Professional League dan juga PUBG Mobile Pro League.
Jadi kalau sebelum ini kita lihat ia didominasi oleh pihak swasta sahaja tapi kita juga melihat kepada potensi e-Sports ini kita berhasrat untuk mewujudkan pasukan kita sendiri yang mana sebenarnya e-Sports juga menyediakan pingat untuk kejohanan
SUKMA kita. Seterusnya Kerajaan Negeri serius membudayakan sukan dan mempromosikan gaya hidup sihat. Pelbagai inisiatif dan program berkaitan dengan perkara ini telah dilaksanakan seperti Hari Sukan Negara, Webinar Kesihatan, Virtual Ride and Run dan pelbagai aktiviti lain dan seterusnya saya pergi ke masalah perkara komunikasi ya, liputan komunikasi dan data internet kawasan masing-masing. Ada beberapa sahabat-sahabat yang telah membangkitkan antaranya Kenering, Lubuk Merbau, Menglembu, Titi Serong, Slim, Air Kuning dan ramai lagi yang telah membangkitkan perkara ni seperti yang saya maklumkan baru-baru ni pelbagai insentif melalui jendela telah disediakan oleh pihak kementerian yang ia sedang dilaksanakan dan dilaksanakan dengan begitu serius sekali begitu rancak sekali di Negeri Perak ni.
Alhamdulilah baru-baru ini dua hari lepas saya berkesempatan untuk bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi satu mesyuarat berkaitan dengan perkara ini yang mana ada lagi satu insentif yang telah diperkenalkan oleh kementerian itu berkaitan dengan Point of Reserve (POP) yang mana ia akan membantu untuk kita memperhebatkan lagi usaha liputan ini dan (POP) ini untuk makluman Negeri Perak telah diberi ruang sebanyak 507 unit akan dilaksanakan di Negeri Perak yang mana POP ni akan diletakkan ditempatkan di sekolah-sekolah di hospital saya minta tunjukkan masa sepertimana sahabat saya tadi letakkan di sekolah-sekolah yang akhirnya ia akan menjadi penghubung kepada persekitaran tersebut untuk kita liputan ini akan berada dalam keadaan cukup baik cumanya ia perkara baru yang saya sendiri pun baru baru terima maklumat ni yang tak ada detailnya dengan kita. Cuma kita ada kita mendapat 507 unit yang mana ia merupakan keempat tertinggi selepas Sabah, Sarawak dan juga Johor. Ini satu perkara yang cukup baik.
Yang Berhormat nak tanya berapa mbps dia punya tu, point dia tu? Berapa mbps yang diperuntukkan? Adakah dia 5G, 4G punya, 4G punya atau lain.
Yang confirm 4G cuma yang saya tak berani nak komen detailnya kerana saya pun baru dapat maklumat perkara ini yang mana saya akan kongsikan dengan pihak Yang Berhormat kerana saya panjangkan kepada Yang Berhormat Menteri agar program ini mestilah juga dimaklumkan kepada kita Kerajaan Negeri. Bagi saya kongsikan juga perkara ini dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Jadi saya akan aturkan perkara ini untuk dipanjangkan perkara ini kepada Ahli Yang Berhormat bagi kita dapat apa ni sekurang-kurangnya kita dapat kongsi perkara ni dengan komuniti yang terlibat dengan proses dengan inisiatif tersebut.
Back bone dia ada pakai Telekom ke ataupun daripada syarikat sebab di Titi Serong dah mulakan program ni sebenarnya kan kita kita kita pilih 7, 7 premis sekolah sebuah di masjid.
Dia itu saya kata tadi. Ia merupakan pemasangan gentian optik yang menggunakan sekolah antaranya untuk untuk untuk memberikan liputan persekitaran lebih kurang 2.5 km, 3 km radius di persekitaran dan ini antara yang ingin saya kongsikan dan saya akan panjangkanlah lebih detail lagi pada Ahli Yang Berhormat bagi kita kongsikan perkara ini kerana ini merupakan perkara yang baru dan saya ucapkan terima kasih banyak juga kepada kepada SKMM kerana telah memperkenalkan insentif ini dan lebih menarik lagi di Negeri Perak kita pelaksanaannya adalah anak syarikat Perak sendiri yang saya yakin akan berikan keutamaan untuk pelaksanaan ini supaya ianya tidak tergendala. Ini harapan kita ok dan seterusnya untuk Kenering, saya nak maklumkan juga di kawasan Kenering ada 12 lokasi menara baru yang akan kita bina di samping kita senaraikan juga untuk kampung asli atau empat kawasan yang akan kita bantu untuk melalui ataupun BWA.
Dan seterusnya Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin kongsikan berkaitan dengan pengujudan pusat penggunaan pusat internet komuniti yang dulunya Pusat Khidmat Komuniti tapi sekarang ni telah ditukarkan nama dan juga peranannya kepada peranan yang lebih besar lagi iaitu Pusat Ekonomi Digital keluarga Malaysia yang disediakan oleh SKMM atau MCMC. Di Perak kita ada 66 buah atau pusat-pusat ekonomi digital warga Malaysia 66 dan perkara yang menggembirakan saya yang melegakan saya kerana sebelum ini ianya telah dihentikan kewujudannya yang masuk yang sedia ada saja tapi baru-baru ni dalam sesi libat urus dengan YB Menteri, beliau memaklumkan bahawa ianya akan diteruskan khususnya kepada DUN-DUN yang masih lagi belum mempunyai padie di kawasan tersebut. Jadi saya pun minta agar bukan sekadar DUN-DUN yang tiada tapi kawasan-kawasan yang memerlukan pun kita harap untuk untuk diusahakan juga penambahan kawasan yang baru dan saya juga dah telah berbincang dengan pihak SKMM untuk memastikan di Perak ini khususnya agar padie ni kemudahan internetnya beroperasi 24 jam yang boleh digunakan oleh orang ramai walaupun pada malam hari dan sebagainya kerana kita mungkin bagi ruang kepada pelajar-pelajar mahasiswa kita mungkin untuk gunakan bagi proses sesi pembelajaran dan sebagainya.
Nanti kalau kita minta untuk dipastikan 66 ni buat operasi 24 jam bagi kegunaan orang ramai dan seterusnya untuk ini saya ucap terima kasih banyak juga kepada Kerajaan Negeri kerana telah memberikan peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi bajet bawah pendigitalan dan juga di dalamnya ada bajet bawah multimedia RM0.3 tiga juta ini merupakan tahun, bukan ini di diperkenalkan dan alhamdulillah, untuk tahun yang lepas kita sebenarnya telah mengisi ruang untuk melengkapkan pengkhususan kita kepada sektor Pendidikan iaitu PdPR. Kita telah menggunakan bajet ini untuk kita wujudkan kesinambungan tuisyen Cikgu Saarani ni, kita wujudkan di setiap PPD Negeri Perak kita dua buah studio, skrin yang kita namakan studio Cikgu Saarani untuk kita beri ruang kepada guru-guru ataupun pelajar untuk menyediakan modul pembelajaran dan sebagainya jadi dan untuk tahun ini kita yakin kita akan kembangkan lagi multimedia ini mungkin kita akan fokus kepada perkara-perkara begini dan seterusnya Yang Berhormat sekalian, untuk akhir sekali sebelum saya ni, saya suka pencerahan kerana saya dapat masa saya tambah lagi.
Yang Berhormat sikit, Apa Yang Berhormat semalam Trong adakan bangkitkan isu berkenaan big data saya pun dulu masa saya berada di komunikasi dulu pun saya telah merancang untuk melaksanakan big data dan kita bagi task force kepada Digital Perak cuma masa ketika itu fokus utama di Digital Perak adalah untuk menyelaraskan dulu berkenaan dengan pembinaan menara telekomunikasi. So, masa tak dapat ini tak dapat diselesai cuma kalau boleh Yang Berhormat boleh mohon peruntukan sedikit tambahan untuk menyediakan big data, big data ini sangat penting kerana perkongsian data daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk mengurangkan ke kadar ketirisan. Contohnya JKM, Baitumal, Jabatan Pendidikan ini berkaitan dengan bantuan. Bantuan kepada orang susah sebab ada keluarga macam kena Trong semalam dan juga daripada bekas Exco JKM apa, YB Wong. YB minta maaf yang bangkitkan masalah ini juga. Kalau bantuan tu diberi kepada adil yang sama sebab perkongsian data tak cukup. Kita pun tak salahkan penerima sebab dia pun dah orang nak bagi bantuan diterima je lah kan.
Trong nak tambah sikit je, ok boleh tak sikit je. Dia bukan saja isu data kemiskinan dan sebagainya tetapi keseluruhan data tadi YB Changkat Jering data pekerjaan, lepas tu data apa pelajar sekolah, lepas tu data peniaga-peniaga usahawan. Jadi mengapa tidak Digital Perak mengupayakan hak data untuk kegunaan Exco-Exco juga. Jadi senang nak jawab, Bila you klik je once keluar repot. Jadi saya membayangkan keadaan itulah. Terima kasih banyak.
Terima kasih Titi Serong dan Trong, saya juga telah berbincang dengan pihak Digital Perak dan ia akan saya akan wujudkan satu jawatankuasa khusus bagi memikirkan urusannya bukan bersama dengan UPEN. UPEN sebagai pengantar utama untuk usaha ini dan saya terima kasihlah kerana memberi pengiktirafan kepada Digital Perak untuk pelaksanaan untuk usaha ini dan saya lihat saya yakin di Perak begitu komited untuk menjayakan banyak perkara di Perak ini.
Yang Berhormat sebelum landing ada saya tanya semalam berapakah tower pemancar yang sedia ada dan juga yang akan dibina dalam tempoh 2021, 2022 ini? Sebab semalam saya ada tanya. Kalau tak ada tak apa. Kita boleh bagi jawapan bertulis nanti.
Yang Berhormat Bota. Soalan terakhir daripada Yang Berhormat Titi Serong.
Ok. Terima kasih banyak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, kita di Perak sebenarnya baru-baru ini kita telah mendapat peningkatan tower apa ini maklumat berkenaan dengan pencawang kita meningkat sekali kerana kita telah pun mengadakan kempen pemutihan. Pemutihan ia akhirnya telah memberi impak yang cukup besar kepada negeri kerana kita telah pun mendapat satu data baru yang cukup banyak berkaitan dengan struktur-struktur ini kerana sebelum ini banyak struktur ini yang tidak memberi berdaftar kepada kita. Jadi akhirnya baru-baru ini kita telah pun mendapat tambahan kalau tak silap saya hampir 700 struktur. Sekarang ini jumlah menara kita keseluruhan di Negeri Perak sebanyak lebih kurang saya rasa 1,700 lebih. Ini adalah tambahan sebanyak 600 lebih 700 hampir setelah kita buat kempen pemutihan.
Yang akhirnya Ia juga memberi tambahan pendapatan kepada Kerajaan Negeri melalui permit dan juga penalti yang kita kenalkan walaupun kita bagi kadar yang cukup istimewa dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya akhiri bahawa Digital Perak senantiasa melaksanakan usaha-usaha untuk pendigitalan bagi masyarakat kita di sini dan ok, saya minta maaf. Saya ulang yang tadi baru jumpa. Ok.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita wujudkan sebuah Jawatankuasa Task Force Pemutihan yang dianggotai oleh SKMM, BKT, PBT, PTG dan sebagainya bermula pada 1 April hingga 31 Disember ini. Hasilnya setakat ini 681 struktur yang sebelum ini tidak ada permit yang tidak berdaftar telahpun menyerah diri daftar kepada kita secara sukarela kerana tawaran kita yang akhirnya kita memberi pendapatan yang lebih kepada negeri kita dengan kadar lebih kurang RM5 juta lebih setahun untuk Digital Perak dan juga PBT khususnya. Ini belum lagi kadar pendapatan baru bagi sewaan tanah-tanah Kerajaan Negeri kerana kita juga menekankan untuk mereka menggunakan menyewa tanah-tanah Kerajaan Negeri bagi akhirnya ia memberi ruang kepada dua-dua pihak. Mereka dapat kadar lebih murah dan kita dapat tambahan hasil untuk perkara ini dan akhir sekali ingin saya.
Bota. Ayer Kuning, Bota.
Timbalan Speaker saya tiada halangan tapi.
Saya mencelah sedikit sahaja. Demi kepentingan rakyat. Banyak perkara yang telah dinyatakan oleh Exco berkenaan cukup baik bagi saya. Isunya bagi saya sikit saja. Kerosakkan line laluan ini. Sekarang ini menjadi-jadi terutama dalam waktu hujan dan sebagainya. Isu di kawasan saya Ayer Kuning dan juga di Tapah. Orang kata 5G dulu ada. Sekarang saya dah bagi tahu kat bahagian pengurusan. Hari ini 3G pun tak ada. Kadang-kadang 0 sahaja. Benda ini bukan sehari dua. Dah hampir berbulan-bulan. Saya juga telah maklum kepada Exco berkenaan. Exco minta usulkan kepada SKM. Saya juga minta duit dah turun tetapi setakat ini masih benda yang sama. Masih dalam keadaan yang sama. Ada 5G. 2G pun tak dapat. 3G akhirnya 0G di kawasan kita. Ini amat merugikan pengguna-pengguna kawasan di Ayer Kuning, Tapah.
Bota, jawab dan terus kali yang terakhir.
Terima kasih. Untuk makluman sebenarnya memang usaha penampatan rangkaian 3G ini sedang berlangsung dan memang ke peningkatan kepada 4G bagi memastikan kualiti lebih baik tapi ini juga telah dibangkitkan. Memang ia memberi kesan. Dalam proses peralihan ini ia memberi kesan semasa. Jadi sebab itu saya akui ada sedikit gangguan dari segi proses ini. Cumanya saya mohon untuk SKMM akan memastikan perkara ini dapat diatasi segera kerana proses ini sedang berlangsung Ayer Kuning. Jadi saya pun dah menekankan kepada pihak SKMM dan Digital Perak untuk melihat Ayer Kuning khususnya dia faham. Kadang-kadang saya pun malu juga. Ayer Kuning selalu jumpa saya berkaitan perkara ini untuk mereka perhalusi betul-betul khususnya di kawasan yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi di UiTM Tapah khususnya. Kerana kita nak pastikan ianya menjadi servis-servis yang baik dan saya faham keadaan semasa. Saya minta pada sahabat-sahabat dan saya offer, saya tawarkan kepada semua Ahli-ahli Dewan untuk berhubung ataupun menggunakan sebaik mungkin Digital Perak dan juga SKMM Negeri Perak ini. Ini kerana saya tahu komitmen mereka cukup baik untuk cuba menyelesaikan permasalahan ini. Gunakan sebaik mungkin mereka ini untuk kebaikan kita bersama dan akhir sekali dan akhirnya saya juga ingin ucap terima kasih banyak kepada Digital Perak yang telah pun membantu Kerajaan Negeri. Buat pertama kalinya sejak penubuhan Digital Perak. Ini adalah tahun pertama. Walaupun saya agak pada saya Kerajaan Negeri tak bagi bajet kepada Digital Perak ini sebenarnya adalah satu pengiktirafan kepada mereka kerana buat pertama kalinya mereka tidak diberi sebarang peruntukan.Tahun 2022 kerana mereka telah berjaya menghasilkan benih hasil mereka sendiri. Buat pertama kalinya untuk tahun 2021 mereka telah berjaya membuat pendapatan sendiri sebanyak RM1 juta lebih dan mereka telah menyumbangkan kepada Kerajaan Negeri. Tahun ini RM150 ribu kepada Kerajaan Negeri dan janjinya tahun hadapan akan bertambah lagi kepada Kerajaan Negeri.
Jadi saya nak maklumkan bahawa ini adalah komitmen kita kepada Kerajaan Negeri melalui Digital Perak yang begitu komited dalam usaha untuk memastikan komunikasi ini berada dalam keadaan cukup baik kerana Perak sebenarnya sekarang ini dah menjadi rujukan kepada negeri lain khususnya dalam usaha ini. Kerana kita bekerjasama cukup baik antara semua pihak sama ada SKMM, Digital Perak ataupun Kerajaan Negeri serta pemain-pemain industri yang lain. Jadi insyaallah, saya kira ini satu perkara yang positif bagi Kerajaan Negeri Perak dan akhir sekali saya ucapkan terima kasih banyak kepada Timbalan Yang Dipertua kerana telah memberikan saya ruang kepada saya untuk membuat penggulungan pada hari ini dengan masanya dan saya minta maaf atas kekurangan. Semoga usaha-usaha kita ini akan berterusan dari masa ke semasa dan saya yakin juga akhirnya saya nak maklumkan kepada Yang Amat Berhormat, saya yakin Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan mempertimbangkan portfolio saya sekiranya ada permohonan permohonan tambahan yang melibatkan belia, yang melibatkan sukan, yang melibatkan khususnya dalam konteks tambahan dari masa ke semasa. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bota. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Kampong Gajah untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan 45 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Selamat pagi.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan di pihak kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para petugas Dewan Negeri, rakan-rakan media, juga hadirin yang menonton secara online sekalian. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani firman-nya ‘Dan carilah kepada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, yakni kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada Mu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka Bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan’ Surah Al-Qasas ayat 77.
Terlebih dahulu sukalah saya memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmat kurnia dan izin-nya jua dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas. Pada kesempatan ini saya dengan penuh hormat dan takzimnya fakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Tahun 2021. Dirgahayu Tuanku.
Didoakan Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan Negeri, Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan penggulungan bagi portfolio Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO negeri Perak. Sekalung penghargaan juga turut diucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat baik yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan memberikan cadangan serta kritikan yang membina di mana ianya akan diberi perhatian sewajarnya di bawah portfolio saya.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, sebagaimana yang semua sedia maklum pandemik Covid-19 telah memberikan kesan dan perubahan berpanjangan sama ada dari aspek ekonomi, kesihatan dan sosial masyarakat di negeri Perak. Pembentangan belanjawan bagi tahun 2022 oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan boleh saya sifatkan sebagai satu belanjawan yang menyeluruh bertemakan Perak negeri berdaya tahan mampan dan inklusif. Walaupun pada masa yang sama hasil Kerajaan Negeri menunjukkan graf penurunan pada tahun ini belanjawan Kerajaan Negeri Perak kali ini telah memperuntukkan sejumlah RM64.8 juta bagi memperkasa serta membangunkan agenda sosial rakyat negeri Perak yang lebih dinamik dan sejahtera. Izinkan saya huraikan semula pecahan peruntukan di bawah tajuk pembangunan sosial di mana melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sejumlah RM37.8 juta telah diperuntukkan bagi memperkasa perihal kebajikan rakyat di negeri Perak melalui Skim Bantuan Am. Selain itu sejumlah RM3 juta juga diperuntukkan kepada Skim Tabarruk Khairat Kematian bagi meringankan beban dalam menguruskan urusan kematian ahli keluarga.
Memahami keperluan pemerkasaan NGO sebagai pelengkap kepada pembangunan sosial masyarakat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk dimanfaatkan bagi kepentingan rakyat. Peruntukan juga disediakan sebanyak RM2.4 juta untuk Program Pendayaupayaan Wanita termasuk RM0.8 juta bagi belanja mengurus Sekretariat Wanita Perak. Program pembangunan dan rumah kebajikan kanak-kanak dan anak yatim sebanyak RM0.4 juta serta program pembangunan warga emas sebanyak RM0.2 juta. Bagi menzahirkan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat khususnya dalam kalangan B40, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM22.8 juta bagi pelaksanaan Kad Perak Prihatin yang akan memberi manfaat kepada 20 ribu penerima dengan peruntukan yang telah diperuntukkan untuk tahun 2022 ini kita akan memastikan segala program yang telah dirancang akan dapat dilaksana bagi memberi impak yang holistik kepada rakyat di negeri Perak tanpa mengira ideologi politik, gender, agama ataupun bangsa.
Dato' Timbalan Yang Dipertua, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat atau dikenali sebagai Wanita Perak telah ditubuhkan pada 1 Januari 2021 dan mula mengisi perjawatan pada bulan Mac. Buat masa ini Sekretariat Wanita Perak beroperasi di pejabat sementara iaitu di perpustakaan pejabat SUK Perak aras 4.
Sepanjang beroperasi agensi ini telah pun mula melaksanakan agenda Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Sosial dan Kebajikan. Untuk makluman Yang Berhormat, semua Wanita Perak dijangka berpindah ke pejabat sendiri di Meru pada Januari 2022. Pada tahun 2021, Sekretariat Pembangunan Wanita menerima peruntukan yang dipinda sebanyak RM1.8 juta dan pecahan perbelanjaan adalah seperti berikut. Belanja mengurus sebanyak RM 376,807.50, belanja baik pulih dan ubahsuai pejabat sebanyak RM635,260.00, pembelian peralatan dan perabot pejabat sebanyak RM 124,094.00, sumbangan kepada NGO Perak Foodbank RM100,000.00, program keluarga dan kanak-kanak RM486,049.50, program teras sebanyak RM77,789.00 menjadikan jumlah keseluruhannya RM1.8 juta.
Daripada pecahan perbelanjaan didapati peruntukan untuk program teras hanya berjumlah hampir RM80 ribu kerana mengambil kira pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) maka kebanyakan program dilaksanakan secara atas talian. Antara program yang telah dilaksanakan adalah webinar berkaitan Hak Wanita dan Kesihatan Mental dan juga Spiritual Wanita. Sebahagian peruntukan digunakan untuk belanja mengubahsuai dan baik pulih ruang pejabat serta pembelian peralatan dan perabot. Kerja-kerja telah dilaksanakan oleh JKR daerah Kinta. Di bawah Sekretariat Wanita Perak terdapat enam teras tumpuan yang telah ditetapkan iaitu Wanita Usahawan, Wanita Kesihatan, Wanita Pertahan, Wanita Kepimpinan, Wanita Insan dan Masyarakat Lestari. Semua terasa ini amat penting bagi membantu Wanita Perak menjadi peneraju pembangunan wanita dan masyarakat ke arah Perak Sejahtera. Teras yang pertama Wanita Usahawan dan Ekonomi. Di bawah teras ini strategi kita adalah untuk merapatkan jurang gender dengan meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh KPTB wanita di negeri ini yang masih rendah iaitu sebanyak 49.1% dibandingkan dengan KPTB lelaki iaitu 77.5% menurut Jabatan Statistik Negara untuk tahun 2020.
Program Biznita yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 berupa program bantuan peralatan perniagaan kepada usahawan kecil wanita. Disebabkan oleh PKP kebanyakkan aktiviti perniagaan tergendala dan ramai wanita yang hilang punca pendapatan. Memandangkan industri makanan agak kurang terjejas dan sentiasa mempunyai permintaan maka pada tahun ini Kerajaan Negeri telah membekalkan bantuan peralatan berbentuk kiosk Biznita mudah alih kepada 215 orang wanita. Usahawan ini direka khusus untuk. Maaf kiosk ini direka khusus agar mudah dan senang digunakan oleh golongan wanita termasuk Orang Kelainan Upaya. Program ini diadakan dengan kerjasama JPW dan juga JKM.
Selain daripada bantuan peralatan kita juga memberikan latihan, bimbingan dan kursus berterusan bagi membantu usahawan kecil ini mengembangkan dan memasarkan produk mereka secara atas talian. Selain itu, mereka juga diberi bimbingan dan ilmu pengurusan kewangan bagi tujuan pengurusan perniagaan dan keluarga. Ini kerana wanita bukan saja sebagai usahawan namun juga kebiasaannya menjadi menteri kewangan di rumah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga. Kemudahan internet dan revolusi perindustrian harus digunakan sebaiknya bagi membantu wanita untuk menjana pendapatan dari rumah bagi membantu ekonomi keluarga. Oleh itu, latihan pendidikan kemahiran dan khidmat nasihat...
Kampong Gajah mohon mencelah.
Trong Yang Berhormat. Belakang.
Ya, silakan Trong.
Minta maaf saya terlewat sikit sebab saya nak masuk berkenaan isu Biznita. Terima kasih di atas sumbangan sebanyak 215 untuk khusus untuk wanita seluruh negeri Perak dan ada juga Trong mendapat beberapa peniaga ya. Cumanya saya nak bertanya kepada YB Exco, bagaimana pemantauan dibuat ataupun orang kata semakan dibuat kepada mereka-mereka ini yang telah dijana ilmunya, kemahirannya agar mereka ini dapat terus istiqamah dalam melaksanakan perniagaan di mana kadang-kadang ada kita lihat lama sangat dia tutup kiosk tu. Nak beli karipap dia kadang-kadang tunggu sampai sebulan dia tak buka lagi. Jadi kemungkinan besar mungkinlah ada teknik-teknik pemantauan ataupun pelaporan ringkas supaya kita dapat menggalakkan lagilah peniaga-peniaga yang telah menerima kiosk ini untuk kekal istiqamah berniaga. Terima kasih.
Terima kasih kepada pandangan Trong itu memang benar sebagai contoh 215 orang wanita ini yang kita ada data mereka dan kita memang sentiasa sebelum menerima itu ada seperti aku janji kepada mereka yang akan terus diberi bimbingan dan kursus secara berterusan di samping juga mereka diberi motivasi dan juga kemudahan-kemudahan lain. Contohnya untuk mereka mengembangkan modal dengan agensi-agensi yang lain dan kita juga berusaha sebaik sedaya yang baik untuk melakukan pemantauan agar mereka ini akan terus berniaga. Ini untuk membantu keluarga mereka. Jadi selain daripada itu tadi seperti yang saya sebut..
Yang Berhormat, Pasir Bedamar.
Ya, Pasir Bedamar sila.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan saya kepada Exco. Tadi Yang Berhormat menyatakan bahawa ada golongan wanita yang kehilangan pendapatan. Benar? Apakah statistik yang dimaksudkan tentang jumlah wanita ini yang kehilangan punca pendapatan dan saya juga nak beri sedikit cadangan. Saya juga difahamkan bahawa ada banyak-banyak kilang pemprosesan seperti kilang kain, kilang pakaian di mana mereka sanggup memberi latihan dan juga peralatan supaya suri-suri rumah atau wanita ingin bekerja dalam industri ini boleh bekerja daripada dari rumah dan mereka menghadapi masalah untuk mencari mereka-mereka yang sanggup bekerja dari rumah. Jadi apakah usaha atau pun bolehkah ada Yang Berhormat adakan usaha di mana pihak-pihak kilang yang ada peluang-peluang ini dimajukan kepada mereka-mereka atau wanita-wanita, kaum wanita yang ada di rumah yang ingin mendapat sumber pendapatan yang lebih di mana mereka boleh bekerja dengan kilang-kilang ini dari rumah?
Terima kasih Pasir Bedamar. Satu pandangan yang baik. Memang kita tengok data kemiskinan untuk tahun 2021 ni miskin dan miskin tegar semua genderlah lelaki dan wanita adalah sebanyak 23, 40,719 yang mana ada peningkatan sepanjang tempoh PKP. Cuma data wanita kehilangan kerja tu saya tidak ada sekarang. Cumanya Sekretariat Wanita Perak akan bekerjasama dengan PASAK dan juga dengan agensi-agensi kita yang lain bagi mendapatkan, membantu mereka untuk mendapatkan kerja dengan majikan-majikan yang berdaftar dengan PASAK dan sebagainya. Yang ini memang sedang dijalankan dan saya yakin pada tahun 2022 nanti, lebih giat lagi akan dilakukan usaha untuk membantu kedua-dua pihak majikan dan juga mereka yang kehilangan kerja terutama akibat covid dan PKP ni.
Boleh saya tanya sikit. Adakah usaha untuk berhubung terus dengan pengusaha-pengusaha kilang atau pun peniagaan-perniagaan yang mengkehendakkan sumber tenaga kerja yang tidak dapat daripada golongan yang berada di rumah. Adakah usaha-usaha untuk berhubung dengan mereka dan juga kepada mereka-mereka yang, wanita yang ada di rumah. Apakah langkah untuk menjalinkan perhubungan ni?
Seperti saya sebutkan tadi kita ada agensi sekretariat wanita yang mendapatkan maklumat berkaitan dengan wanita yang memerlukan pekerjaan dan boleh melakukan pekerjaan daripada rumah dan kita juga ada agensi PASAK yang engaged dengan majikan-majikan yang memerlukan kepakaran seperti ini dan saya kira ianya sedang dilakukan dan akan ditambah baik daripada masa ke semasa. Ok. saya sambung kepada...
Selinsing, Selinsing.
Selinsing ingin mendapat pencerahan. Tadi saya maklum kalau tak salah ada 215 yang telah diberi bantuan dibawah sekretariat ini. Jadi banyaknya kepada kiosk. Jadi Selinsing ingin mendapat pencerahan, adakah bantuan-bantuan yang berbentuk lain seperti mesin jahit, peralatan memasak di rumah dan sebagainya memandangkan orang perempuan ini atau wanita ini mereka boleh bekerja di rumah dan membantu keluarga dan saya yakin mereka jujur dan sangat mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh sekretariat dan sekiranya kalau kurang peruntukkan, Selinsing ingin mencadangkan supaya ditengok baliklah peruntukan bagi membantu sekretariat.
Terima kasih pada Selinsing yang memperjuangkan wanita. Memang benar sekretariat ini untuk permulaan mungkin bajet diberi agak kecil. Jadi jika ada pertambahan bajet kepada saya sekretariat ini, insyaallah kita akan kembangkan lagi. Sebagai contoh sebelum Biznita sebenarnya dah buat beberapa fasa. Sebelum ni kita ada buat fasa untuk bagi peralatan seperti peralatan mesin jahit, peralatan peti sejuk, peralatan mesin membuat dodol dan sebagainya. Tetapi ianya bergantung kepada keupayaan bajet daripada Kerajaan Negeri. Namun program itu diadakan masa ke semasa di mana bukan saja pemberian alatan tetapi juga diikuti dengan kursus. Kursus motivasi, pengurusan kewangan, mengembangkan bisnes dan sebagainya cuma syarat yang mereka yang yang untuk memohon Biznita ni mestilah mereka yang telah memulakan perniagaan mereka. Bukannya baru nak mula tetapi telah memulakan dan untuk meneruskan perniagaan ke arah yang berjaya. Jadi saya sambung kepada yang saya sebut tadi berkaitan dengan...
Mohon celah.
Selinsing dah mencelah lagi. Saya rasa bantuan tadi adakah berbentuk kiosk saja. Jadi adakah yang lain?
Ada selain daripada kiosk. Kiosk ini adalah yang terbaru ekoran daripada PKP yang terbaru ini. Kita lihat ramai permintaan daripada kalangan wanita yang berniaga, yang mahu memulakan, yang berniaga di atas meja yang mahu mengembangkan kepada peralatan yang lebih kemas dan teratur. Tengok ada permintaan dari segi kiosk. Tetapi sebelum ini kita memang ada bagi juga Biznita dalam bentuk peralatan seperti saya sebut tadi mesin membuat kek untuk juga mesin pelbagai jenis mesinlah, mesin dan juga freezer, chiller dan juga peralatan lain ada juga diberi bergantung kepada keperluan usahawan wanita yang kecil yang bermula daripada rumah atau pun di tempat-tempat perniagaan yang kecil. Sila Pantai Remis.
Antara Pantai Remis dan Manjoi. Mana? Ada Pantai Remis dan ada Manjoi.
Pantai Remis sekejap. Pantai Remis dulu.
Ok, Pantai Remis.
Terima kasih Timbalan Tuan Yang Dipertua, terima kasih YB Exco. Cuma yang dengan apa yang dikata tadi, adalah kewangan dan juga resources Kerajaan Negeri agak terhad. Jadi saya ada cadangan mungkin kita boleh ada kerjasama dengan agensi-agensi persekutuan yang khasnya seperti KEMAS. Mereka selalu ada program-program latihan kepada yang khas untuk kawasan-kawasan luar bandar. Yang ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk kita adakan program bersama kerana kita selalu tengok di KEMAS mereka ada tempat yang sangat besar, elok dan fasilitinya dia semua ok. Tetapi kadang-kadang kita tengok kurang orang ada orang. Jadi ini adalah resources yang kita boleh kongsi dan bukan sahaja persekutuan dia buat program sendiri dan negeri buat program sendiri.
Terima kasih pada pandangan Pantai Remis itu. Sekretariat wanita memang akan berbincang dan juga memang sedang melakukan program bersama. Bukan sahaja dengan KEMAS tetapi juga dengan kolej komuniti yang mempunyai kepakaran dan juga mempunyai tempat yang sesuai dan terima kasih kepada pandangan yang baik daripada Pantai Remis, Manjoi.
Masalah yang ada sekarang ni kadang-kadang lihat ada kita nak lihat mereka memulakan perniagaan dahulu tapi masalahnya ialah mereka ada peralatkan, ada kemahiran. Nak memulakan balik tu yang sumber kewangan tak ada. Jadi ada ke tidak tidak tabung permulaan dalam bentuk one-off pada para wanita ini terutama pada ibu tunggal yang tersepit kehidupan mereka itu. Nak mulakan perniagaan, modal tak ada dan nak mendapatkan modal tu satu perkara yang susah untuk mereka. Adakah tidak tabung khas yang boleh ditubuhkan untuk memberikan modal permulaan, bukan banyak pun kadang-kadang mereka nakkan RM500, bawah daripada RM1,000 dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Manjoi. Di bawah portfolio Wanita, Pembangunan Wanita dan Keluarga kita tidak ada lagi tabung yang diwujudkan untuk usahawan cumanya kita ada melalui portfolio-potfolio lain. Kerajaan Negeri ada menyalurkan kepada usahawan bukan sahaja di kalangan wanita tetapi juga usahawan-usahawan yang berdaftar dengan PBTdan sebagainya untuk diberi bantuan one-off kepada yang terkesan daripada PKP ini. Juga ada disediakan tabung usahawan di bawah Kerajaan Negeri untuk mereka yang layak untuk dia memohon. Tetapi tabung itu adalah satu cadangan yang baik mungkin akan dikaji dan dipertimbangkan.
Seperti yang saya sebut tadi, latihan pendidikan kemahiran dan khidmat nasihat kepada wanita ini perlu diberikan secara berterusan seperti yang disebut oleh YB, YB tadi juga. Ini bagi membantu mereka menjana pendapatan yang menyumbang kepada ekonomi negeri. Selaras dengan fokus ketika belanjawan 2022 Kita iaitu mengukuhkan modal insan dan pembangunan social. Jadi Wanita Perak akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Pasak, MAIPk, Sekretariat Usahawan iaitu STeP, YBU, Yayasan Perak untuk membantu wanita menjana pendapatan dan mewujudkan ekosistem keusahawanan dalam kalangan wanita. Ini juga menjawab persoalan oleh YB Manjoi tadi. Bagi wanita yang bekerja, polisi tempat kerja yang selamat dan selesa serta mesra gender perlu disediakan oleh majikan. Sebagai contoh tempat kerja perlu menyediakan ruang yang menyokong polisi penyusuan susu ibu. Ini dapat memberi keselesaan kepada wanita bekerja di samping dapat membantu membekalkan keperluan nutrisi kepada bayi. Selain itu keperluan tambahbaik taska dan pusat asuhan tempat kerja juga perlu dikaji melibatkan semua agensi dalam negeri dan daerah.
Teras yang kedua wanita kesihatan dan kesejahteraan. Teras kedua adalah kesihatan yang kita percaya wanita yang sihat mampu untuk menjaga kesejahteraan keluarga dan menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, program dana perubatan wanita telah diperkenalkan pada tahun 2021 dengan peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi membantu pesakit buah pinggang kronik dari kalangan wanita yang layak dari golongan B40. Program ini adalah subsidi pemasangan tapak dialisis sehingga maksimum RM3 ribu yang dilaksanakan dengan kerjasama hospital KPJ Ipoh. Kita menyedari dan memahami kesusahan mereka yang terpaksa menunggu lama untuk mendapat temujanji pemasangan tersebut di hospital-hospital awam. Menyedari kanser yang paling banyak menyerang wanita adalah kanser payudara dan kanser serviks, maka Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan LPPKN dengan mengadakan program subsidi mamogram untuk wanita di negeri Perak dengan peruntukan sebanyak RM220 ribu. Program ini telah memberi manfaat kepada 880 orang wanita. Selain itu juga diadakan ujian pap smear dan juga pemberian kid HPVDNA kepada 490 orang wanita. Sekretariat wanita juga telah melaksanakan program 'Webinar Kesedaran Barah Payudara Nilai Mahkota Wanita' pada 9 September lepas dengan penyertaan seramai 3,400 peserta. Teras ketiga wanita pertahan dan undang-undang.
Isu keselamatan wanita seperti keganasan rumahtangga, jenayah seksual dan diskriminasi gender sering mendapat perhatian masyarakat tambahan pula akibat daripada Covid-19 dan pelaksanaan PKP. Berkenaan isu yang telah dibangkitkan oleh YB Pantai Remis berkaitan keganasan wanita di mana beliau mencadangkan supaya alert sistem mangsa keganasan rumah tangga diwujudkan melalui kedai-kedai serbaneka dan juga farmasi. Kerajaan Negeri amat memandang serius dalam mencari solusi terbaik bagi menangani isu keganasan rumahtangga. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan YB Pantai Remis tersebut, namun melalui pemerhatian perbincangan dan kajian yang kita dapati ianya masih terdapat faktor-faktor yang masih belum sesuai dan belum lengkap dengan keadaan dan persekitaran di negara kita buat masa ini. Namun ianya satu cadangan yang amat baik dan akan kita perhalusi bersama dengan kerajaan pusat. Ini kerana kita mendapati faktor lain seperti institusi kekeluargaan di Malaysia ini masih lagi kukuh dan mengambil berat terhadap satu sama lain.
Ini dibuktikan dengan kebiasaannya mangsa keganasan rumah tangga akan mendapatkan bantuan dan sokongan daripada keluarga terdekat, sahabat dan juga jiran tetangga serta NGO-NGO yang rapat dengan mereka. Selain itu dari aspek faktor profesionalisme dan kerahsiaan. Kita juga mendapati ianya belum sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini kerana beberapa langkah perlu kita adakan sebelum pelaksanaannya dimulakan. Sepertimana kita semua maklum, pekerja-pekerja di kedai serbaneka belum terlatih dan tidak arif dalam isu perundangan, kerahsiaan, cara mendapatkan pertolongan yang betul bagi membantu mangsa-mangsa ini. Tambahan pula pekerja ini didapati berkhidmat di sana tidak berjawatan tetap dan silih berganti. Jadi jika perlu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja ini kita perlu beri pendedahan dan latihan tentang cara yang betul dalam memberi perkhidmatan yang sesuai kepada mangsa keganasan rumah tangga ini.
Timbalan Yang Dato’ Yang Dipertua, hadirin dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati. Oleh kerana oleh yang demikian buat masa ini Kerajaan Negeri berpandangan masih lagi yakin dengan kemampuan agensi yang terlibat dan akan memperkasakan lagi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Mahkamah Syariah, Polis Diraja Malaysia, One Stop Crisis Centre, hospital dan juga pejabat-pejabat daerah melalui pejabat-pejabat penghulu. Kesemua agensi ini perlu diselaraskan melalui Sekretariat Wanita Perak dengan membentuk satu pelan tindakan keganasan rumah tangga di negeri Perak yang akan kita cadang untuk rangka pada tahun hadapan. Selain daripada tindakan pemulihan, kaedah pencegahan juga penting dan perlu diambil bagi menangani isu keganasan wanita ini. Jadi kita juga akan sentiasa meneliti cadangan bagi mencari solusi yang terbaik menangani masalah keganasan wanita.
Selain daripada itu, YB Pantai Remis ada menyentuh mengenai program webinar yang diadakan oleh Sekretariat Wanita Perak. Untuk makluman YB semua, program webinar pencegahan ini telah dijalankan sebanyak 16 siri merangkumi aspek pendidikan kesihatan reproduktif, kesihatan mental dan rohani, isu keganasan wanita dan keselamatan kanak-kanak. Sejak mula dilaksanakan pada 12 Ogos, seramai 32,253 orang telah menonton webinar tersebut dengan kos pelaksanaannya sebanyak RM49,300.00. Kaedah ini ternyata sesuai dan agak berkesan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) tahun ini di samping ianya dapat memperkenalkan wanita Perak kepada masyarakat dengan lebih menyeluruh. Program ini telah memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat bahawa keganasan rumah tangga adalah bentuk jenayah kekerasan kepada wanita dan tidak boleh dibiarkan sehingga menjadi satu budaya dan kebiasaan dalam masyarakat kita.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Wanita Perak juga menjalankan program kerjasama dengan LPPKN, JPW, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kesihatan Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi membendung isu keganasan rumah tangga dan juga keganasan seksual. Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Pembangunan Wanita Perak telah menubuhkan skuad WAJA iaitu Wanita Anti Jenayah Perak bertujuan memperkasakan komuniti melalui bimbingan sektor sosial dalam menangani
Manjoi nak minta laluan.
Sila Manjoi.
Bercakap mengenai keganasan kepada kaum wanita, dia tidak dapat dipisahkan dengan masalah wanita terutama apabila mereka berhadapan dengan kes-kes di mahkamah syariah, kes penceraian, kes tuntutan anak dan sebagainya dan ini melibatkan kepada satu proses penyelesaian di mahkamah. Ia memakan masa dan kebanyakan pemerhatian sayalah selaku mantan peguam syarie, ramai kaum-kaum wanita yang hadir di mahkamah itu tidak diwakili peguam dan mengharapkan kepada biro bantuan guaman untuk mewakili mereka itu maklum sajalah kakitangan terhad dan mereka juga menghadapi dengan tekanan-tekanan ataupun constrain yang lain yang boleh menjejaskan tugas mereka memberikan perkhidmatan yang cekap kepada masalah ini.
Jadi soalan saya ialah, ada atau tidak perancangan kerajaan untuk menubuhkan satu badan dalam bentuk legal in khusus untuk membantu kaum wanita bagi menyegerakan dan membantu mereka dalam proses misalnya dalam proses mendapatkan penceraian yang cepat, tuntutan anak dan juga tuntutan-tuntutan di mahkamah syariah khususnya kerana kadang-kadang apabila berlakunya kelewatan ini ni yang meragam tu. Kalau macam ni baik tak usah jadi masuk Islam. Baik keluar daripada islam. Mahkamah Syariah buat apa? Jadi menyalahkan banyak pihak lain yang boleh diselesaikan kalau sekiranya pihak kerajaan boleh menyediakan fasiliti kepada mereka itu dalam bentuk satu badan khusus dalam bentuk memberikan bantuan guaman khusus kepada kaum wanita sahaja. Minta penjelasan.
Terima kasih kepada Yang Berhomat Manjoi. Sebelum ini
Yang Berhormat Exco Sungai Rapat nak tanya, boleh nak mencelah?
Sikit sahaja. Bersambung dengan apa Manjoi beritahu tadi.
Sama topik ye Chor.
Terima kasih Yong, terima kasih Yong. Saya melihat keganasan rumah tangga ini bukan hanya apabila rumahtangga itu bersekali duduk satu bumbung. Apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan sesuatu tindakan, ramai di antara wanita-wanita yang telahpun dipisahkan ini, mereka ada hukum keputusan mahkamah syariah untuk bekas-bekas suami mereka ini memenuhi beberapa tanggungjawab. Laporan Sinar Harian minggu lepas menyatakan beribu...beribu isteri-isteri ini menanggung penderitaan kerana suami-suami ini dia lari tanggungjawab mereka. Maka mereka menanggung penderitaan ini. Jadi keganasan rumah tangga ini tidak berhabis apabila mereka itu dalam proses nak bercerai ke ataupun sebagainya. Setelah mereka ditinggalkan para-para suami ini juga tidak bertanggungjawab untuk meneruskan nafkah-nafkah keputusan daripada Mahkamah Syariah. Yang menanggung penderitaan itu adalah bekas isteri dia anak-anak mereka. Jadi adakah keputusan kerajaan hari ini mana-mana orang-orang Perak yang menanggung penderitaan ini kerana suami mereka gagal untuk mematuhi peraturan dan arahan mahkamah ini, boleh mereka dapat sedikit bantuan. Kadang-kadang mereka cuma nak minta supaya barangkali kos susu-susu anak mereka. Barangkali harga ataupun sewa rumah yang telahpun dicuaikan diabaikan oleh bekas-bekas suami mereka. Jadi saya mohon begitu. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang, eh Pasir Panjang lagi ke mantan je kan. Dah Sungai Rapat dah pindah. Minta maaf ya, minta maaf Pasir Panjang. Jadi yang ini juga saya bersekalikan dengan yang dibangkitkan oleh Pasir Panjang juga sebelum ini iaitu wanita ini suami yang dipenjara juga menghadapi masalah yang sama seperti disebut oleh Sungai Rapat tadi mereka menderita bukan saja wanita tetapi juga anak-anak. Jadi antara jalan atau usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri melalui yang saya sebut tadi kita mendapatkan data-data ini bersama dengan JKM dan juga JPW di mana kita mengutamakan juga ibu-ibu tunggal yang mempunyai masalah seperti ini, suami dipenjara, ditinggalkan, suami masih menghadapi mempunyai masalah dengan suami dan sebagainya yang mana kita latih untuk bangkit sebagai kita katakan wanita usahawan.
Pada masa yang sama juga kita dedahkan mereka di dalam teras wanita pertahan tadi kita maklumkan kepada mereka hak-hak mereka. Kita bagi pendedahan dan beberapa program kita jalankan dengan NGO-NGO untuk membantu mereka ini. Cumanya saya kira untuk tahun 2022 ini kita akan lebih kemaskan lagi kerjasama ini sepeti cadangan oleh YB Manjoi tadi diwujudkan satu badan khusus untuk melihat masalah keganasan terhadap wanita ini yang mana dia bukan sahaja secara fizikal tetapi juga secara emosi mereka ini didera. Jadi saya Kerajaan Negeri akan mengambil maklum pandangan ketiga-tiga YB ini untuk kita dapatkan satu penyelesaian solusi yang terbaik untuk menangani masalah ini secara berterusan. Tadi saya sebut usaha yang dibuat oleh JPW ya dengan menubuhkan skuad WAJA untuk menangani masalah ini. Jadi silakan Manong.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Saya setuju dengan pandangan bahawa keganasan rumahtangga dan juga wanita ini adalah disebabkan kelemahan di mana suami memandang wanita itu lemah dan saya setuju dengan pandangan Exco bahawa kita mengadakan satu program usahawan dan juga PERTAHAN untuk wanita ini dan saya ingin membuat cadangan sebab saya terlibat dengan kebudayaan ini, setujukah Yang Berhormat Exco dalam wanita Perak dalam program PERTAHAN ini kita diberikan latihan seni bela diri kepada setiap wanita dia agar dia nampak angunlah wanita ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manong. Memang sebenarnya wanita PERTAHAN itu juga kita sebenarnya selain daripada diberi pendedahan tentang hak-hak wanita kita juga mahu mereka menjadi kuat untuk mempertahankan diri. Habislah kita kuat pertahankan diri maka kita tidak akan dibuli oleh kaum lelaki kadang-kadang memang saya setuju dengan Manong kaum lelaki ni dia nak menunjukkan kita katakan diskriminasi gender tadi, dia nak menunjukkan bahawa dia boleh mengawal kaum wanita itu. Jika lemah dia boleh kawallah, kalau kuat mungkin dia akan fikir dua kali. Jadi saya setuju dengan pandangan Manong itu yang mana kita telah adakan kerjasama program-program silat, silat untuk wanita melalui cabang ataupun teras wanita pertahanan diri ini dengan NGO yang mana juga kita telah melibatkan juga penglibatan YB Manong kerana kita memerlukan kata kepakaran YB Manong untuk silat dan sebagainya. Juga bukan saja silat kita juga kita akan memberikan segala jenis pertahanan diri, seperti contoh kalau Jalong boleh mengajar kungfu, jadi kita mengalu-alukan untuk mempertahankan wanita ini.
Exco, saya minta laluan sikit.
Ya, sila Changkat Jong.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Exco yang berkaitan. Saya nak sambung lanjutan daripada Chor atau pun YB Sungai Rapat ye. Saya lihat jawapan-jawapan Exco lebih kepada untuk melindungi dan mempertahankan golongan wanita. Tetapi isu berkaitan dengan ketidak tanggungjawaban bekas suami tu bagaimana. Bagaimana, dengan tidak mematuhi undang-undang dan sebagainya saya harap di samping untuk menyelesaikan apa ni mempertahankan dan menjaga kebajikan bekas isteri dan anak dan keluarga tetapi dalam masa sama juga pihak Exco juga boleh memberi tekanan kepada agensi-agensi berkaitan ya untuk mendesak supaya tindakan undang-undang harus dijalankan sehingga ke tahap yang maksimum supaya menjadi pengajaran kepada suami-suami yang tidak bertanggungjawab tadi dapat apa mengambil dan memikul balik tanggungjawab dalam apa melunaskan apa ni arahan tabungan dan sebagainya.
Terima kasih Changkat Jong masukkan dalam ucapan saya kerana saya setuju dengan Changkat Jong. Kerana itulah sekretariat ini bukan sahaja dia menguruskan wanita tetapi juga masyarakat di mana kita akan adakan juga program giat mengadakan program untuk kaum lelaki juga dan juga program-program bersama dengan badan undang-undang seperti Mahkamah Syariah dan juga program dengan Jabatan Polis Diraja Malaysia dan sebagainya kita kerana kita kalau nak melindungi mereka je maknanya kita kena halang juga puncanya. Jadi penghalang punca bermula daripada rumah di mana kita juga bersama LPPKN dan juga Sekretariat Wanita akan mengadakan program sentiasa mengadakan program kesedaran di peringkat rumah iatu kadang-kadang kita buat yang jelajah komuniti dan sebagainya untuk memberitahu bahawa buli ataupun keganasan dalam rumahtangga itu terhadap ibu dan bapa atau ahli keluarga adalah perkara yang bukan perkara biasa. Jadi maksudnya bila didedahkan kepada anak kecil jadi mereka akan menjadi perkara tu bukan perkara biasa kepada mereka yang ni juga memainkan peranan yang penting tu pencegahan dan juga usul-usul yang dilakukan tema kasih pada Changkat Jong. Ok, Selain daripada itu, program yang diadakan yang saya sebut tadi oleh Jabatan Pembangunan Wanita telah mengadakan banyak program seperti Wanita Anti Jenayah, Distress Cllinic dan juga Legal Clinic yang mana juga memberi tahu hak-hak dan juga membimbing motivasi dan sebagainya bukan sahaja kepada wanita malah klinik ini juga ada juga dihadiri oleh kaum lelaki juga. Maksudnya dalam keluarga.
Seterusnya yang keempat, teras keempat adalah wanita kepimpinan dan pemerkasaan gender. Kedudukan Malaysia dalam Global Gender Gab Index, GGI yang rendah disebabkan oleh faktor pencapaian yang rendah dalam sektor ekonomi dan juga politik. Oleh itu di bawah teras kepimpinan wanita Perak akan mengenal pasti potensi dan melatih pemimpin wanita bagi mencapai 30% wanita di peringkat pembuat keputusan. Itu menghargai penglibatan kaum lelaki yang sama-sama membantu Agenda Pembangunan Wanita dan Masyarakat namun dengan meletakkan wanita di posisi yang strategik membolehkan wanita melihat sesuatu itu dari kacamata gender. Yang lebih bersifat gender sensitive. Jadi kepimpinan wanita ini perlu dibentuk dari rumah lagi. Wanita yang menjadi isteri dan ibu perlu berperanan sebaiknya bagi memastikan kesejahteraan keluarga terjamin. Suka atau tidak kita perlu mengakui bahawa ketidaksamaan gender masih berlaku dalam masyarakat kita. Kebanyakan isu-isu keganasan diskriminasi buli pengabaian yang dilakukan oleh wanita adalah bentuk kekerasan berasaskan gender seperti yang kita bincangkan tadi. Maka itu peringkat akar umbi seperti ketua kampung, penghulu, KRT, golongan pendidik sehinggalah golongan pembuat dasar perlu mempunyai pengetahuan dan sensitif terhadap keperluan gender.
Seterusnya teras yang kelima adalah wanita insan dan pengisian dakwah. Menyedari pentingnya pengisian jiwa bagi memastikan wanita mampu bertahan dalam apa jua situasi maka wanita Perak telah melaksanakan empat program berbentuk kerohanian dan spiritual iaitu siri kesejahteraan modal insan dengan kerjasama IDR, Jabatan Pendidikan dan juga University of Cyberjaya. Jadi saya setuju untuk kita kuat kita juga perlu kuat fizikal dan kita juga perlu kuat dalaman. Yang keenam adalah teras masyarakat lestari. Ekoran pandemik Covid-19 yang melanda, Kerajaan Negeri mengambil perhatian atas kebajikan dan kesihatan golongan gelandangan di negeri Perak terutama di daerah Kinta. Ini bagi mengekang mereka menjadi medium penularan Covid-19 dan memastikan mereka lengkap menerima suntikan vaksin.
Kerajaan Negeri telah membuka sebuah pusat penempatan gelandangan EPG sementara bertempat di Wisma Persatuan Bulan Sabit Merah Ipoh yang mula telah beroperasi pada 5 Jun 2021 yang lalu dan telah ditutup pada September hujung September 20, 15 September 2021. Sebanyak RM600 ribu diperuntukkan yang diterima di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera dan RM131,404.20 daripada MAIPk yang telah memberi manfaat kepada 85 orang gelandangan. Wanita Perak telah menjadi urusetia induk dan bertugas sebagai frontliners EPG sementara ini. Sebanyak 5 kali operasi menyelamat gelandangan telah diadakan secara bersepadu bersama agensi yang berkaitan seperti MBI, JKM, JKN, AADK, PDRM, APM dan banyak lagi.
Selain gelandangan warga emas. Selain itu, kita juga mengambil berat terhadap kesihatan warga emas dan kita meneruskan Program Dana Perubatan Warga Emas iaitu bantuan subsidi perubatan sehingga maksimum RM5000 bagi bantuan subsidi perubatan untuk golongan warga emas yang layak berusia 60 tahun ke atas dengan kerjasama Perak Community Specialist Hospital (PCSH). Untuk tahun ini seramai 24 orang telah menerima manfaat terdiri dari latar belakang pelbagai kaum dan juga terdiri daripada pesakit kanser, jantung, lutut, rawatan mata dan banyak lagi. Bagi meningkatkan kualiti hidup warga emas selari konsep warga emas aktif dan produktif, pusat aktiviti warga emas (PAWE) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat. Di Negeri Perak terdapat lapan buah PAWE iaitu di Slim River, Tanjung Malim, Bagan Datuk, Langkap, Ipoh, Manjung, Kuala Kangsar dan Manong. Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan dan bantuan apabila diperlukan bagi memastikan kesejahteraan dan pembangunan warga emas dipelihara. Selain daripada itu, bagi memberi penjagaan dan perlindungan warga emas yang tidak mempunyai waris, mereka boleh ditempatkan di Institusi JKM iaitu di Rumah Seri Kenangan (RSK). Di Negeri Perak terdapat tiga buah RSK iaitu di Hulu Kinta, Taiping dan Seri Iskandar.
Kerajaan Negeri mengadakan pelbagai program kebajikan bersama RSK ini. Kerajaan Negeri turut membantu Pusat Jagaan Warga Emas yang berdaftar dengan JKM. Menjawab pertanyaan YB Pantai Remis tentang status Cadangan Pembangunan Koridor Persaraan (Retirement Village) di Ulu Slim dan berkaitan kolam air panas, perkara ini telah disemak semula dan perancangan baru telah dirangka bermula tahun 2020 dan proses masih berjalan di peringkat perbincangan. Namun kemajuan pembangunan agak perlahan disebabkan keadaan semasa, Covid-19. Perancangan baru ini merangkumi beberapa komponen pembangunan yang lebih terancang dan memberi impak yang tinggi dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Berikut adalah komponen cadangan pembangunan yang dirancang dan dijadualkan akan bermula pada 2022 iaitu Taman Rekreasi Awam dan Resort Kolam Air Panas, durian orchard, perumahan, pusat pelancongan ecotourism. Selain itu golongan kanak-kanak juga kita santuni. Kerajaan Negeri menyantuni kanak-kanak dan anak-anak yatim dari golongan B40.
Program Seronok Ke Sekolah telah dilaksanakan pada awal Januari 2021 melibatkan seramai 3100 pelajar sekolah di seluruh Negeri Perak dengan peruntukan sebanyak RM465 ribu. Mereka telah menerima bantuan pakaian sekolah lengkap berserta beg dan juga kasut. Bagi persekolahan sesi 2022, program ini akan dilaksanakan pada Februari 2022 dengan memasukkan pelajar-pelajar, anak-anak yatim akibat kematian ibu atau bapa disebabkan Covid-19 seramai 250 orang. Moga bantuan ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak terutamanya bagi mereka yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.
Manakala Program Seronok Beraya telah dilaksanakan dengan kerjasama JKM yang melibatkan seramai 3100 orang penerima di 12 daerah dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM465 ribu. Ianya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan penjaga bagi persediaan keperluan menyambut perayaan Syawal iaitu kelengkapan baju raya termasuk biskut dan kuih raya. Program Kasih Lebaran pula merupakan pemberian bantuan sebanyak RM200 seorang kepada 546 orang anak yatim daripada 19 buah rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sempena Hari Raya Aidilfitri. Bantuan rumah anak-anak yatim, Kerajaan Negeri juga memberi bantuan perkapita sebanyak RM300 kepada 1112 orang anak yatim melibatkan 39 buah rumah anak-anak yatim seluruh Negeri Perak yang berdaftar dengan JKM. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu buli di sekolah asrama yang melibatkan pelajar Tingkatan 1. Sebagai pemimpin dan kerajaan prihatin, kita perlu melihat isu ini secara serius kerana mereka adalah pewaris negara pada masa akan datang menjadi tanggungjawab kita menjamin masa depan kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat untuk mereka. Pandemik Covid-19 ini juga turut memberi kesan kepada kanak-kanak yang mengalami perubahan gaya hidup yang sangat ketara. Keberadaan mereka di rumah dalam tempoh PKP telah menyekat aktiviti norma hidup mereka sebelum ini. Kebimbangan kita telahpun dizahirkan dengan isu-isu yang timbul baru-baru ini berkaitan dengan kanak-kanak sebagai contoh buli dan juga penyalahgunaan pornografi. Oleh itu, program-program jati diri melibatkan kanak-kanak kita perlu laksanakan dengan lebih giat lagi.
Dato’ Yang Dipertua dan juga Yang Berhormat yang saya hormati, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat termasuk kalangan isi rumah yang diketuai oleh wanita. Antara inisiatif Kerajaan Negeri adalah Program Kad Perak Prihatin. Kad Perak Prihatin akan diteruskan pada tahun 2022 tahun dengan peruntukan sebanyak RM22.8 juta….
Minta laluan.
Ya, Changkat Jong.
Saya menyekat balik ingin menyinggung berkaitan dengan anak yatim tadi. Selain daripada, rumah anak yatim, sebenarnya terdapat juga anak-anak yatim yang tinggal dengan ahli keluarga mereka. Pak saudara ataupun jiran dan sebagainya. Mereka ini tidak termasuk dalam satu kumpulan yang tinggal di rumah-rumah anak yatim. Jadi, saya nak mencadangkan supaya kerajaan dapat memikirkan boleh mewujudkan satu pusat aktiviti untuk anak yatim di setiap daerah di mana pusat aktiviti itu merangkumi pelbagai elemen-elemen yang dapat mendidik dan membantu dan mengumpulkan anak yatim ini dapat menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti di tempat tersebut. Tuisyen, pembelajaran dan pelbagai keadaan sebab jika mereka duduk di rumah mungkin dan banyak perkara terhad, dari segi internet, dari segi komputer dan sebagainya. Jadi adakah Exco bersetuju dan memikirkan masa depan mereka dapat diubah dengan cara mewujudkan pusat, One Stop Centre, aktiviti untuk anak-anak yatim tersebut? Terima kasih.
Terima kasih pada Changkat Jong. Satu cadangan yang baik. Untuk menjawab soalan Changkat Jong, anak-anak yatim yang tidak berada di rumah anak-anak yatim, yang berada bersama keluarga dan penjaga, kita Kerajaan Negeri menyantuni mereka dengan kerjasama NGO-NGO itu yang yang menyantuni mereka. Tetapi dengan cadangan yang disebut oleh Changkat Jong itu ia adalah satu cadangan yang baik di mana saya rasa mungkinlah boleh dipertimbangkan di masa akan datang untuk penubuhan pusat aktiviti kanak-kanak mungkin kerana kita insyaaalah pada tahun depan, kita akan mengkaji dan melihat hasrat kita untuk menubuhkan pusat aktiviti wanita. Jadi pusat aktiviti kanak-kanak ini juga boleh kita buat kajian bersama. Terima kasih.
Its not the kanak-kanak sahaja tapi anak yatim dan keluarga….
Ya.
Tadi yang tercicir. Suami isteri bercerai. Anak-anak ini memang terbiar dan tidak dapat didikan yang sempurna di rumah apatah lagi kasih-sayang. Jadi sekurang-kurangnya dengan adanya apa ni sistem…rumah…One Stop Centre, rumah aktiviti tersebut, mereka dapat hadir dan lepas tu pukul 5 dia orang balik, balik ke rumah mereka.
Ok, ya.
Menyelesaikan, ya? Terima kasih.
Terima kasih, saya faham. Maksudnya adalah satu seperti pusat aktiviti harian yang kita mungkin akan buka bukan saja kepada anak-anak yatim, kepada juga kanak-kanak yang memerlukan.
Mungkin anak yatim yang dah besar dah, yang maknanya yang lepas 18 tahun, yang tidak boleh lagi duduk di kawasan tempat rumah anak yatim. Mereka juga tak ada rumah. Mereka juga lost. Lepas habis SPM, dia orang kena keluar. So, dia orang kena bekerja tempat lain dan dia orang kena balik ke situ, kurang-kurangnya dia boleh membantu di kawasan tersebut juga. Terima kasih.
Terima kasih pada pandangan dan juga cadangan oleh Changkat Jong itu. Satu pandangan yang cukup baik kerana mereka juga boleh melakukan, saya setuju kerana melakukan pelbagai aktiviti kan? kerana kita lengkapilah dengan kemudahan-kemudahan semasa di pusat tersebut. Terima kasih kepada Changkat Jong. Tadi saya sebut…
YB Pasir Panjang.
…tentang….
Dato’Yang Dipertua.
Pasir Panjang.
Oo. Pasir Panjang. Sila cikgu.
Pasir Panjang nak bertanya sikit. Ini bukan anak yatim, ini keluarga miskin. Dia ada hubung kait yang mana keluarga miskin yang ada dua keluarga tinggal di sebuah rumah. Jadi apabila nak memohon-permohonan, permohonan untuk bantuan JKM dan sebagainyalah. Dulu apabila satu keluarga diberi bantuan dalam rumah yang sama, yang lain tidak dipertimbangkan. Adakah masih dipraktikkan lagi begitu ataupun sudah ada perubahan prosedur yang begitu. Jadi ini kita lihat dalam keadaan hari ini lah terdapat dua atau tiga keluarga yang miskin dalam satu rumah kerana tidak ada tempat tinggal dan sebagainya.Jadi kalaulah dasarnya begitu maksudnya tidak adil diberi, mungkin mereka masak periuk yang lain. Kita pun begitu, kita anggarkan begitu jadi kita mintalah supaya mereka ini dia diberi bantuan seperti keluarga-keluarga yang lain. Terima kasih.
Terima kasih atas keprihatinan Pasir Panjang. Saya yakin setiap keluarga itu ada dah dinilai berdasarkan ketua isi rumah. Walaupun anak duduk sekali dengan ibu, jika anak tersebut mempunyai keluarganya sendiri, dia juga layak untuk dipertimbangkan bantuan-bantuan Kerajaan Negeri seperti contohnya Kad Perak Prihatin dan sebagainya. Jika ia memenuhi kriteria-kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan JKM dan yang lain-lain. Okey, saya sebut tentang Kad Perak Prihatin tadi. Sebanyak peruntukan RM22.8 juta untuk tahun hadapan. Di masa pengurusannya, dimana pengurusannya akan diambil alih sepenuhnya oleh Sekretariat Wanita Perak. Kadar pembelian barangan asas buat masa ini kekal RM80.00 sebulan. Penambahbaikan yang telah dilakukan adalah kemudahan rawatan kesihatan dinaikkan daripada RM50.00 ke RM70.00 sekali rawatan. Namun kita mengambil maklum cadangan YB Bercham, Aulong, Chandan, Trong dan juga Pantai Remis berkaitan penambahbaikan kad Perak Prihatin ini. Kedua adalah Tabarru’ Khairat Kematian, program khairat kematian Tabarruk akan diteruskan pada tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM3 juta di mana ada pengurangan sebanyak RM1 juta. Berkaitan cadangan pindaan kelayakan penerima yang dibawa oleh YB Manong, YB Belanja dan YB Kuala Sepetang tentang had umur menerima dan punca kematian akibat sakit kronik, akan diambil maklum dan dibincangkan dalam jawatankuasa, bergantung kepada sumber kewangan tahun semasa. Seterusnya bantuan am, Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kebajikan rakyat, dan menyediakan peruntukan sebanyak RM31.8 juta melalui JKM. Meliputi bantuan am, yang berupa bantuan bulanan sebanyak RM300.00 sebulan kepada penerima yang berkelayakan. Seterusnya saya menyentuh yang terakhir sekali berkaitan dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Respon ke. Respon. Ok, Jalong. Jiran
Sebelum bergerak ke NGO, saya ada dua perkara yang saya nak minta pandangan atau saya kemukakan kepada Yang Berhormat. Berkaitan dengan nombor satu saya nak katakan berkaitan dengan OKU. Ok, apabila saya kadang-kadang dengan orang rumah apa dengan family, bila kita ke pasar raya atau pekan dan sebagainya dan sentiasa kita nampak ada kereta yang parking kat OKU tu dan kadang-kadang anak saya pula tanya saya kenapa kereta itu ada di situ. Jadi jawapan saya kepada anak saya adalah senang, semua yang parking kat OKU tu memang OKU, memang OKU, tak ada yang bukan OKU. Jadi anak saya kata mana mungkin. Jawapannya senang kalau dia bukan kelainan upaya atau kekurangan upaya fizikal, maknanya dia kekurangan upaya dekat mental sebab dia parking kat OKU tu. Tapi permasalahannya kadang-kadang melibatkan satu masalah iaitu masalah mengenai tempat parking dan juga kesesuaian atau peralatan dan sebagainya untuk OKU bergerak di kawasan tersebut. Jadi adakah inisiatif-inisiatif untuk kerajaan menambahkan parking-parking OKU ni nombor satu dan dua mengambilkira kekangan kewangan yang ada pada negeri sekarang. Iaitu penambahan secara CSR atau syarat-syarat baru dalam pembangunan. Usaha-usaha daripada apa nama kebajikan untuk menambahkan OKU ini?
Nombor dua nak tanya lagi sebab tadi saya tak dengar berkenaan dengan masalah banjir. Ya, saya faham tak berkaitan dengan kebajikan tetapi yang berkaitan ialah biasanya bila masalah banjir ni, prosedur biasa yang kita lakukan ialah bila mereka dipindahkan ke dalam pusat pemindahan, baru dikira banjir. Lepas tu ada bantuan dan sebagainya. Mereka yang mengalami banjir kilat sebenarnya kalau kita ikut prosedur sekarang tak dikira sebagai banjir. Bantuan jarang-jarang itupun atas ihsan kadang-kadang DO dan sebagainya yang mungkin melawat atau Exco yang melawat dan sebagainya. Jadi sebenarnya kalau banjir tak kiralah satu hari atau 1 jam, 10 hari atau 10 jam, perabotnya rosak, barangan elektriknya rosak dan kalau banjir kilat lagi teruklah sebab ia berlaku berkali-kali. Jadi adakah kemungkinan dalam hal ini kebajikan melihat kepadanya dan melakukan perubahan yang sewajarnya untuk melibatkan juga sekali mereka yang terkena dengan banjir kilat supaya mendapat apa-apa bantuan daripada Kerajaan. Terima kasih.
Ya Bercham.
Terima kasih YB Exco. Pertanyaan saya adalah tentang permohonan JKM. Di mana seorang keluarga tua, balu telah membuat permohonan kepada pihak JKM untuk bantuanlah. Tapi selepas ditemujanji dengan pegawai, permohonan beliau telah ditolak disebabkan dia punya anak-anak yang telah berkahwin dan bekerja tetapi masalahnya anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin, bekerja, ada karier yang baik tetapi tidak menjaga emak dia. Jadi memang tak ada petty cash dihulurkan kepada wanita ini. Jadi saya harap pihak pegawai JKM ambil perhatian sikit. Tidak semestinya ada, keluarga tu ada anak, mereka secara automatiknya akan menjaga ibu bapa yang tua, yang di mana telah bersara dan tidak berkemampuan untuk mencari nafkah. Itu persoalan saya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Bercham. Teja.
Terima kasih. Saya ingin sebut tentang bantuan kerajaan. Sebab setakat ni kebanyakan bantuan kerajaan, masih perlu menjalankan permohonan secara manual. Jadi saya rasa untuk kita memudahkan golongan berkeperluan dan juga bersesuaian dengan norma baru saya ingin bagi cadangan pihak kerajaan untuk kaji semula mekanisma sedia ada dan membolehkan permohonan secara atas talian dijalankan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Teja. Merespon kepada Jalong tadi berkaitan dua perkara. OKU dengan banjir. OKU itu memang benarlah masalah itu memang sentiasa berlaku masa ke semasa. Jadi kita Wanita Perak memang sedang merangka untuk mengadakan pelan rancangan strategik dengan kerjasama agensi-agensi dan juga PBT-PBT untuk memberikan satu suasana ataupun keadilan yang lebih kepada OKU ini. Kerana kita tahu kita juga telah mengadakan bimbingan TVET dan juga kita mengiktiraf mereka dan juga menggalakkan mereka untuk menyertai sukan dan sebagainya. Namun kebajikan mereka juga kita tidak harus pandang ringan dan yang kedua berkenaan dengan banjir. Banjir itu diambil maklumlah cadangan daripada Jalong itu dan yang Bercham pula berkaitan dengan JKM, saya kira akan diambil perhatian ya dan akan ditambah baik masa ke semasa dan seterusnya untuk Teja, ia satu cadangan yang baik. Kebanyakan agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri pun telah mula membuat secara online dan nanti mungkin akan ditambah baik akan bergantung kepada keupayaan jabatan masing-masing, agensi masing-masing dan insyaallah kebanyakan agensi negeri nanti lama-kelamaan akan membuat juga online secara sepenuhnya. Terima kasih.
Seterusnya adalah berkaitan dengan NGO, tadi saya sebut respon kepada Yang Berhormat Air Kuning berkaitan dengan NGO. Kerajaan Negeri sedar tentang pentingnya peranan NGO sebagai suara ketiga masyarakat. Jadi kerjasama dijalankan dengan Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak yang terdiri daripada keahlian 73 buah NGO-NGO daripada lima kluster, iaitu kluster kebajikan, ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan OKU dan saya menyeru lebih ramai lagi NGO-NGO tampil menyertai Majlis MPMMP ini. Jadi Sekretariat Wanita Perak telah mengadakan banyak juga program bersama dengan NGO-NGO ini. Mengadakan bengkel, sebagai contohnya mengadakan Bengkel Jalinan Strategik bersama ROS dan juga 52 buah NGO berkaitan wanita di negeri Perak pada 7 Disember yang lalu. Melalui bengkel tersebut Wanita Perak telah dapat mengenal pasti isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh wanita di negeri ini dan satu pelan strategik akan dibangunkan pada tahun hadapan. Insyaallah. Kerjasama Kerajaan Negeri dengan agensi pusat juga penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program di peringkat negeri bagi mencapai objektif yang dikehendaki untuk rakyat Perak.
Oleh itu, Wanita Perak telah mengadakan Bengkel Jalinan Strategik bersama agensi bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat JKM, LPPKN dan JPW pada November dan Disember lalu. Berkaitan dengan kebajikan juga iaitu foodbank, Kerajaan Negeri meneruskan penyaluran sumbangan kepada NGO Pertubuhan Perak Foodbank Kinta bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan mereka. Pada tahun ini sebanyak RM100 ribu telah disalurkan daripada peruntukan Sekretariat Wanita Perak kepada Perak Food Bank untuk Program Perak Food Bank ini, bagi menjawab pertanyaan daripada YB Pantai Remis. Seterusnya berkaitan dengan pembangunan pangkalan data kemiskinan, persoalan berkaitan pengkalan data kemiskinan ini ada dibangkitkan oleh YB Canning, Pasir Panjang dan juga Selinsing. Kerajaan Negeri peka perkara ini dan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan libat urus mewujudkan jawatankuasa bagi menyelaraskan data kemiskinan di negeri Perak yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, SUK Perak. Ini bagi mengelakkan pertindihan di kalangan penerima bantuan selain mengemaskini data kemiskinan negeri.
Selain daripada itu, kajian-kajian berkenaan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan dijalankan oleh Wanita Perak dengan kerjasama IDR dan institusi-institusi awam yang terdapat di negeri Perak dan buat masa ini kita telah mengenal pasti kajian yang akan dijalankan iaitu kajian kemiskinan cabaran peniaga kecil wanita terkesan Covid-19 di daerah Kinta, kemampuan pemilikan rumah dan kesejahteraan golongan ibu tunggal dan cabaran kesejahteraan surirumah berpendidikan tinggi. Seterusnya berkaitan dengan anti dadah.
Kampung Gajah pasal NGO.
Ada masa lagi tak Dato' Speaker.
Masa sudah tamat lama tetapi saya bagi masa kerana saya tahu, portfolio Yang Berhormat Exco ini favourite.
Ok boleh.
Terima kasih Dato' Speaker. Sila Ayer Kuning
Saya bagi 10 minit lagi.
Ok, Sila Ayer Kuning.
Terima kasih Kampung Gajah yang telah pun menerangkan tentang NGO. Saya masih melihat NGO yang dinyatakan oleh Kampung Gajah hanya bersekitar NGO dalam wanita. Kita di Perak ini banyak, NGO-NGO yang dilahirkan. NGO yang kita lihat ada sembilan 9 kluster NGO yang berkiblatkan Integrasi Nasional melibatkan pelajaran, kebajikan dan berbagai-bagai lagi. Apa yang saya nyatakan dalam ucapan saya tempoh hari, saya hendak supaya Exco yang menjaga NGO ini adalah menyeluruh semua NGO yang ada di Perak lebih kurang 7,000 NGO. Daripada 7,000 ini, 2,500 adalah aktif yang saya katakan berkiblatkan sasaran yang ada. So, dalam soal ini dengan peruntukan yang sedia ada hanya kepada NGO di bawah peranan wanita, saya rasa tidak moleklah sebagai Exco menjawab hanya untuk NGO di bawah wanita tidak begitu kepada NGO-NGO lain yang bukan di bawah wanita. Terima kasih.
Terima kasih Ayer Kuning seperti yang saya sebutkan, terima kasih atas keprihatinan Ayer Kuning terhadap NGO dan peruntukan kepada NGO. Kalau kita lihat yang saya sebut tadi 5 kluster kebajikan ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan OKU ini adalah NGO yang agak menyeluruh seperti yang disebut oleh oleh Ayer Kuning tadi. Cumanya untuk kita menyantuni kesemua NGO ini insyaallah kita akan lakukan pada tahun hadapan bergantung kepada keupayaan Kerajaan Negeri dan tentulah kita akan adakan lebih lagi program-program dan membantu NGO-NGO ini, terutamanya NGO-NGO bagi orang kata yang rapat dengan masyarakat dan juga rakyat. Terima kasih kepada Ayer Kuning. Seterusnya saya menyentuh tentang anti dadah. Kerajaan Negeri memandang serius masalah dadah dalam kalangan rakyat negeri Perak, kerajaan pada dasarnya telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memerangi ancaman dadah yang telah dikategorikan sebagai musuh nombor satu negara.
Sejajar dengan objektif mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara, pelbagai usaha dilaksanakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) termasuk pendekatan pemerkasaan komuniti bagi menangani dadah. Sebanyak 58 buah program pencegahan dan kesedaran awam berkaitan dadah telah dilaksanakan sepanjang tahun ini secara maya dan bersemuka, yang mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada ahli keluarga, komuniti setempat, pelajar IPT, sekolah menengah, sekolah rendah serta tempat kerja awam dan juga swasta. Beberapa siri kajian telah dijalankan dengan membuat penilaian program pendekatan bersepadu AADK negeri di kawasan rintis Parlimen Tambun oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2020. Selain daripada itu, kaedah tinjauan melibatkan 110 respondan di Tambun, serta kaedah kualititaf melibatkan 14 orang yang pernah menjadi peserta Program AADK. Dapatan kajian menunjukkan peserta mencapai matlamat mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti setempat dan membantu mereka dalam membangunkan diri sendiri. Kajian siri kedua, yang sedang dijalankan adalah melalui Program Pendekatan Bersepadu di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) oleh UPSI masih dalam proses pelaporan dan dijangka siap penghujung bulan Disember ini. Selain daripada itu, PEMADAM negeri Perak.
Mohon mencelah, Minta laluan.
Ya, silakan Pantai Remis.
Yang Berhormat, berkaitan satu kajian yang telah dilaksanakan di kawasan Selama pada tahun 2019, yang ini adalah dijalankan oleh kerajaan pusat yang khas untuk kawasan Selama tapi saya dimaklumkan projek ini telah ditamatkan kerana MCO dan sebagai puncanya kerana pada suatu hari saya pergi hantar barang bantuan kepada satu keluarga, ketua isi rumah beliau adalah salah seorang pegawai yang menjalankan projek itu di kawasan Selama dan itu telah ambil agak panjang masanya tetapi akhirnya ditamatkan. Jadi mungkin pihak kerajaan boleh menghalusi dan bolehkah kita teruskan kajian di situ kerana ia adalah satu tempat yang agak kita kata satu kajian yang sangat penting untuk kita mengatasi dan menghadapi masalah dadah ini, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Remis, kita akan melihat kembali perkara ini bersama dengan AADK. Terima kasih atas maklumat tersebut.
YB EXCO sudah hampir 1 jam 20 minit. Banyak lagikah.
Akhir sekali, PEMADAM selain daripada AADK, PEMADAM negeri Perak sedar bahawa peranan pemadam daerah sangat penting bagi mencegah dadah dalam kalangan rakyat. Daerah telah dibentuk dan ditadbir urus oleh jawatankuasa kerja PEMADAM daerah yang diketuai oleh seorang pegawai daerah. Oleh itu, sehingga 7 Disember 2021 PEMADAM negeri Perak telah melaksanakan 24 program dan aktiviti untuk menguatkan peranan PEMADAM daerah, setiap agensi dan NGO yang berkaitan bagi membanteras dadah dalam kalangan masyarakat seperti Program Apa Khabar Kome! Hijrah OKP dan OKP bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Respon kepada perkara yang dibangkitkan oleh YB Ayer Kuning berkenaan menambah peruntukan untuk PEMADAM negeri bagi keberkesanan pencegahan pembasmian dadah di peringkat daerah adalah satu cadangan yang sangat baik dan akan diambil maklum dan disesuaikan dengan peruntukan semasa yang diterima.
Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan YB Air Kuning berkaitan isu penting ini. Akhir sekali, ini respon kepada Yang Berhormat Pantai Remis, isu berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2019 berkaitan beberapa kelemahan dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti proses kes yang lambat, klien JKM yang meninggal masih menerima bantuan, kurang kecekapan JKM disebabkan kekurangan kakitangan. Di Dewan yang mulia ini, saya ingin maklumkan bahawa sebagai agensi peneraju utama kebajikan, JKM sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kompleksiti isu sosial semasa yang meliputi pelbagai kumpulan sasar yang terdiri dari kanak-kanak OKU, warga emas, orang papa, keluarga, mangsa keganasan rumah tangga dan sebagainya.
Selain itu, suasana pandemik yang berlaku turut memberi kesan terhadap peranan JKM buat masa ini bagi memastikan ekspektasi kumpulan sasar yang dapat dipulih dengan segera. Pada tahun ini, seramai 243 orang kakitangan daripada kumpulan pelaksana merangkumi pelbagai gred bertugas di 12 jabatan JKMD yang menguruskan bantuan kewangan. Daripada jumlah ini hanya 115 orang terlibat sepenuhnya dalam pengurusan bantuan yang melibatkan proses siasatan dan temubual bagi permohonan baru dan proses siasatan bagi kaji semula penerima sedia ada. JKM sentiasa berusaha dan komited untuk memenuhi piagam pelanggan iaitu menjalankan siasatan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan dan pemakluman keputusan dalam tempoh 30 hari permohonan yang lengkap diterima.
Walau bagaimanapun, terdapat juga keadaan di mana tempoh siasatan dan kelulusan tidak mengikut tempoh yang ditetapkan disebabkan beberapa perkara seperti dokumen dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap. Pemohon tidak ditemui semasa lawatan ke rumah, pemohon tidak hadir sesi temubual seperti ditetapkan dan pegawai kes terlibat dengan kerja-kerja kecemasan seperti kejadian bencana dan lain-lain. Yang ini juga tadi di bangkit oleh YB Pasir Panjang juga iaitu kita ada permohonan yang tidak diluluskan tetapi pemimpin setempat dan juga merasakan bahawa mereka layak mendapatkan, maka rayuan boleh dibuat. Justeru itu, kematian penerima dalam tempoh kelulusan sedia ada akan ditamatkan secara automatik melalui Integrasi Sistem e-bantuan JKM dengan sistem my identity Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Walau bagaimanapun, dalam masa-masa tertentu terdapat juga beberapa kes penamatan yang tidak berlaku secara automatik disebabkan waris lewat mendaftarkan kematian, waris tidak memaklumkan kematian kepada JKM dan juga faktor rekod manual yang tidak dikemaskini dengan teratur. Dalam keadaan seumpama itu bayaran yang telah dikreditkan ke akaun penerima akan dibuat kutipan semula bagi jumlah yang tidak layak diterimanya. Jadi untuk makluman bayaran bantuan JKM dibayar pada setiap awal bulan dan jika berlaku kematian pada bulan berkenaan penamatan bantuan akan bermula pada bulan berikutnya ya Pantai Remis.
Mana tahu yang purata seorang pegawai yang akan mengurus berapa kes setahun?
Tadi kita saya dah sebut jumlahnya yang terlibat untuk membuat siasatan dan sebagainya tadi ada disebut ini.
Bukan jumlah pegawai tetapi purata seorang pegawai dia hendak mengurus berapa kes.
Oh, yang itu tidak ada lah. Nanti akan saya bekalkan pada YB secara bertulis.
Ok, terima kasih.
Ok, berkaitan dengan cadangan pertambahan kakitangan JKM dimaklumkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang dalam usaha mengemukakan cadangan penstrukturan semula JKM dengan mengambil kira cabaran serta keperluan semasa untuk memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan JKM kepada kumpulan sasar kerana kita memandang dan mengambil maklum bahawa bilangan kadar kemiskinan meningkat terutama di Perak buat tahun ini.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua mengakhiri penggulungan saya pada hari ini saya menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, barisan pentadbiran negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri serta pegawai pentadbiran negeri dan agensi yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengenal penat lelah siang dan malam.
Saya juga menzahirkan jutaan penghargaan kepada barisan hadapan frontliners yang sentiasa gigih dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dijaga sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini. Jasa mereka adalah tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah diberikan. Tak ketinggalan terima kasih saya juga kepada Sekretariat Wanita Perak, JKM, JPW, LPPKN, ROS, AADK, PEMADAM dan MPMMP. Marilah kita semua sama-sama berdoa agar negeri Perak sentiasa dipayungi kesejahteraan dan limpahan rezeki oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Bagi menamatkan penggulungan saya pada hari ini saya ingin menyampaikan tiga rangkap pantun ya Pantai Remis. Boleh ya Dato’?
Sebelum pantun cuma saya nak ingatkan tadi yang saya dah missed out tadi yang kata dengan retirement village di Muallim itu, saya agak, agak baik Kerajaan Negeri akan memulakan projek ini perbincangan projek ini tetapi saya nak ingatkan tujuan projek ini adalah untuk kita menghadapi persediaan bersedia menghadapi aging nation tapi janganlah akhirnya tujuan ini dihilangkan tetapi dia bangun dengan pembangunan yang lain. Ok terima kasih.
Terima kasih atas pandangan dan nasihat daripada Pantai Remis tersebut akan diambil maklum.
Pergi ke kebun mencari nangka nangka dipetik di Econsave seruan disahut gerakan dirangka ke arah Perak berdaya saing mampan dan inklusif
Pisang sesikat di tepi kuala jahit baju benang sutera wanita dan masyarakat harus dibela demi menuju Perak Sejahtera
Petik Kemboja di rumah Tok Wan wangi mengharum di tengah laman erat perpaduan bangsa berbilang kemakmuran bersama satu tujuan
Sekian saya mohon menyokong.
Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Exco daripada Kampong Gajah, Yang Berhormat Exco yang menggulung perbahasan sebentar tadi adalah dari Kampung Gajah. Sekarang saya mempersilakan pihak Yang Berhormat dari kawasan Selama, Exco untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Dihormati Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan, ketua pentadbiran Kerajaan Negeri, rakan-rakan media dan semua yang mengikuti sidang secara langsung (bacaan doa)
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya dan berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang kalau tidak kalau kalau tidak diterima dan juga jangan rasaan dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan supaya makbul. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang membaiki amalannya.
Sadaqallahhalazim.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat tabi’in, tabi’ tabi'in para alim ulamak yang telah meninggalkan kita semuanya.
Pada kesempatan ini hadir dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah dan setia ucapan tahniah buat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Marhumfullah bersempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Baginda pada 5 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku patik panjatkan doa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar baginda sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi hidayah serta innayah oleh Allah SWT dalam menahkoda tahta pemerintahan negeri yang kita cintai. Terima kasih tinggi-tingginya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin terhadap masalah rakyat memperjuangkan masalah rakyat di Dewan yang mulia ini untuk sama-sama kita mendapat ataupun mencari satu jalan penyelesaian terbaik. Sudah tentulah pihak kerajaan mempunyai kelemahan dan perlu kepada teguran demi teguran untuk diperbaiki kelemahan itu daripada masa ke semasa.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mulakan insyaallah saya akan cuba untuk menjawab semua persoalan dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan dan menyokong penuh cadangan-cadangan yang baik yang dibawa oleh Ahli-Ahli Dewan. Insyaallah akan diambil perhatian yang sebaiknya demi kepentingan rakyat itu sendiri. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan, menyentuh secara langsung mengenai Jabatan Perhilitan Negeri Perak di mana Jabatan Perhilitan Negeri Perak mengambil maklum berkenaan dengan gangguan gajah di kawasan perkampungan orang asli RPS Kemar. Antara tindakan yang dilaksanakan oleh Perhilitan Negeri Perak adalah pemasangan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di sekeliling Sekolah Kebangsaan RPS Kemar. Pihak Perhilitan Perak turut melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
SPEG di Sekolah Kebangsaan RPS Kemar dengan kerjasama pihak sekolah dan juga pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ipoh, Perak. Perhilitan Perak turut dalam perancangan pemasangan SPEG di sekeliling Klinik Kesihatan RPS Kemar dan difahamkan itu juga ada laluan gajah yang masuk di kawasan situ.
Bagaimanapun dimaklumkan terdapat kerja-kerja naik taraf dan pembangunan baru sedang dirancang bagi Klinik Kesihatan RPS Kemar dan sedikit isu berkaitan dengan tanah penduduk kerana klinik dengan rumah penduduk berhampiran maka perlu ada perbincangan untuk menyelesaikan berkaitan dengan masalah disitu untuk pemasangan pagar SPEG. Akhirnya, SPEG pemasangan pagar di situ terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Kemudian kerjasama awam dan juga penduduk setempat sangat penting dalam usaha mitigrasi konflik gajah melalui pembangunan SPEG telah berlaku sebelum ini di mana SPEG Sekolah Kebangsaan RPS Kemar telah rosak dan gagal berfungsi dan akhirnya alhamdulillah telah pun dapat di baiki selepas pagar itu rosak, tidak berfungsi mengakibatkan gajah masuk semula di kawasan sekolah yang menjadi isu dan tular baru-baru ini di media sosial. Alhamdulillah sekarang telah pun dibaiki.
Selain daripada pemasangan SPEG pihak Perhilitan Perak turut membekalkan lampu LED flashlight kepada penduduk RPS Kemar pada tahun-tahun sebelum dan pada tahun ini 2021 lampu ini bertujuan bagi menghalang gerakan gajah dengan mengganggu penglihatan gajah. Bagaimana pun dimaklumkan bahawa lampu-lampu peralatan telah pun dah hilang dicuri dan tidak diselenggara dengan baik lebih kurang 40 unit. Hilang yang dibeli pada tahun lepas dan bulan 10 baru-baru ni telah diberi pula yang baru dalam 20 unit. Jadi untuk makluman sebenarnya adalah sukar bagi tindakan untuk diambil dalam isu gajah di RPS Kemar ini disebabkan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah habitat semula jadi gajah yang turut dikenali juga sebagai Rangkaian Kompleks Central Forest Spine dengan izin.
Tindakan litigasi secara tangkap pindah gajah keluar daripada habitat hanya akan menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa yang boleh menjejaskan nama dan ekonomi negara terutama industri minyak sawit itu sendiri. Selain itu kesukaran hubungan melalui jalan darat ke RPS Kemar juga merupakan salah satu isu dihadapi oleh Perhilitan Perak. Hanya terdapat satu laluan darat yang menghubungkan RPS Kemar dan juga jalan raya utama. Jadi pihak Perhilitan Perak mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan Kemar akibat jalan rosak dan kejadian tanah runtuh yang tidak diselenggara. Jadi terdapat alternatif melalui jalan air menggunakan bot.
Bagaimanapun, tindakan kawalan oleh pihak Perhilitan Perak memerlukan kenderaan darat bagi memudahkan pergerakan di sekitar RPS Kemar kerana kawasan perkampungan yang luas dan seterusnya Dato' Yang Dipertua berkaitan dengan gangguan haiwan liar yang banyak dibangkitkan oleh Ahli Dewan pada kali ini dan saya kira setiap kali persidangan Dewan dibangkitkan berkaitan dengan isu gangguan orang panggil musuh tanaman yang disebut sebagai khinzir dan juga kera itu sendiri. Dan sebenarnya Jabatan Perhilitan selaku organisasi yang bertanggungjawab terhadap sebarang konflik manusia dan hidupan liar melibatkan spesies yang disenaraikan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan (Akta 716) termasuklah babi hutan dan juga kera yang mana pihak Perhilitan menerima aduan daripada awam.
Yang pertama, penerimaan aduan awam. Yang kedua, siasatan dan juga pemantauan. Yang ketiga, tembak halau. Yang keempat, tangkap lupus dan juga tembak mati dan yang kelima khidmat nasihat. Jadi di mana pengadu bukan sahaja datang mengadu begitu sahaja, atau pun penduduk kampung datang mengadu tapi mereka ni juga dinasihatkan agar sama-sama membantu jabatan dalam usaha mengurangkan masalah gangguan musuh tanaman ini. Jadi penduduk dipohon untuk sama-sama memantau perangkap yang telah dipasang oleh jabatan bagi mengurangkan risiko haiwan yang terperangkap dalam perangkap dilepaskan semula oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Jadi, penduduk kampung juga dinasihatkan agar mengamalkan cara pengurusan sampah dan kawasan semak belukar dengan baik kerana sampah dan kawasan belukar yang tidak diurus dengan baik akan menarik kera dan juga babi hutan di kawasan tersebut dan mendatangkan konflik manusia hidupan liar.
Selain itu tindakan memberi makan kepada hidupan liar yang berkeliaran juga adalah ditegah kerana ini akan mengubah kelakuan pemakanan hidupan liar terutamanya kera. Biasanya kalau diberi roti kepadanya maka dia akan suka kepada roti dia akan datang lagi kepada di tempat itu. Bagi situasi di tempat-tempat lain begitulah sebagai mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain dan bilangan perangkap yang terhad yang ada di jabatan ini untuk mengekang tindakan ini dilaksanakan. Jadi justeru Jabatan Perhilitan menggalakkan agensi-agensi, badan-badan bukan kerajaan atau persatuan setempat di mana-mana tempat yang mempunyai sumber kewangan akan dapat mengumpul sedikit dana bagi menambah bilangan perangkap hidupan liar mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhilitan dan perangkap tersebut akan menjadi milik agensi ataupun badan berkenaan dan Perhilitan akan sedia membantu dari segi sudut aspek perangkap dan menguruskan kera atau pun babi hutan yang memasuki perangkap tersebut. Jadi dulu-dulu kurang berkaitan dengan gangguan babi dan juga kera ini. Antara sebabnya ialah anggota RELA diberi senapang atau pun senjata api dan mereka boleh turut serta memburu binatang-binatang itu bersama dengan Jabatan Perhilitan satu masa dahulu.
Tapi sekarang mereka tidak lagi dibekalkan tidak diberi senjata tersebut dan cuma ada berita yang sedikit gembira. Mereka-mereka yang memiliki senapang tidak dibenarkan memburu binatang-binatang ini sebelum ini tetapi sekarang boleh dah memohon kepada pihak polis untuk mohon tambahan syarat penggunaan untuk memburu. Pergi kepada polis boleh mohon untuk tambah syarat pada lesen tersebut iaitu boleh memburu dan jika dapat syarat tersebut maka bolehlah pergi mengambil permit untuk memburu di Jabatan Perhilitan. Ertinya dah dibuka kepada mereka-mereka yang memiliki senapang itu. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua.
Selama, Selama. Mohon Titi Serong. Terima kasih Dato' Yang Dipertua, Selama. Isu ini memang saya pun tak tahu barangkali Sidang DUN akan datang pun kita akan membicarakan sama juga. Pertamanya saya nak tanya, adakah usaha daripada Yang Berhormat Exco untuk mewujudkan satu enakmen khusus untuk negeri Perak je menangani isu binatang liar ni. Tadi Yang Berhormat kata pasal dengan bagi makan ke atau pun binatang liar. Dia masalahnya di mana berkebun-berkebun yang ada kebun tanaman pisang ke buah-buahan dia orang ini yang kera ni datang serang datang kan dan pekebun kalau yang berskala kecil 1 ekar atau pun kurang 2 ekar dia tak dapat senapang. Adakah satu kaedah orang kata contoh Yang Berhormat kata tadi, sekarang dah dibenarkan siapa pekebun ada bekas senapang dia boleh memburu. Adakah pekebun tu kalau pekebun lain yang kebunnya kecil yang tak ada senapang dia boleh minta kawan dia yang ada senapang ni datang memburu ke kebun dia. Ok itu yang pertama. Yang keduanya, pekebun yang ada senapang ini boleh tak membantu penduduk di kawasan taman-taman perumahan yang di kelilingi oleh sawit ke kebun-kebun kecil yang ada khinzir ni babi ni. Boleh tak minta pekebun yang ada senapang ini turut untuk mohon lesen untuk memburu binatang liar di kawasan-kawasan kampung yang ada binatang liar ni. Ok terima kasih.
Minta celahan terus sebab soalan hampir sama lah. Terima kasih. Selinsing ingin mencadangkan. Satu ketika dulu saya difahamkan senapang atau pun senjata ini telah ditarik balik di kalangan anggota RELA kerana terdapat satu penyalahgunaan, penyelewengan lah dikatakan. Jadi terpaksa ditarik balik. Jadi kalau begitulah, janganlah kerana 1 kes daripada apa yang berlaku maka ditarik balik dan akhirnya fungsi dan peranan RELA seolah-olah tidak dapat membantu masyarakat. Jadi saya nak bagi tahu supaya Exco cuba memohon kalaulah Rais Yatim tu kata kirim salam kat Dato' apa ni kepada Menteri, Selinsing tak. Selinsing kirim permohonan, Perak kirim permohonan bagi mendapat kebenaran agar senjata ini dikembalikan kepada RELA bagi membantu permasalahan yang semua dibangkitkan oleh YB-YB dan saya yakin Exco mesti mengambil tindakan bagi menjamin keselamatan dan hasil tanaman bagi rakyat di negeri Perak.
Bersekali ….
YB Selama, daripada Jalong.
Bersekali perkara isu yang sama cumanya saya nak bangkitkan di sini adalah berkenaan isu senapang ni. Sebenarnya Jalong juga mempunyai kawasan-kawasan yang hutan jadi masalah biasanya dengan petani-petani juga adalah kerana mereka bersempadanan dengan hutan. Jadi adalah berlaku masalah gangguan seperti babi hutan, kera dan sebagainya cuma permasalahannya di sini apabila kita berkata mengenai kebenaran berburu. Ok, permit itu. Jadi apakah syarat-syarat yang ditentukan itu amat penting yang dibangkitkan oleh dua YB tadi sebenarnya semua menjadi isu dan juga saya nak tambah juga kadang-kadang binatang yang kita katakan ni mereka tidak bodoh tau walaupun mereka bukan manusia tetapi mereka tidak bodoh. Banyak cerita di mana kita dapati bahawa sekiranya senapang masuk kebun maka tak datanglah binatang itu. Saya pun tahu bukan saja mereka yang duduk kat kawasan kebun tahu.
Sekiranya senapang masuk kebun binatang tak datang. Senapang keluar beli teh tarik satu datang. Teh Tarik balik kebun habis. Jadi adakah ini suatu orang katakan apa nama decision atau keputusan yang baik saya fahami ada keperluan di situ. Jadi nombor satu syarat-syarat nyata penggunaan buru. Buru apa? Kera sahaja ke babi hutan ke atau nanti dia masuk dengan rusa dengan apa dia tibai saja. Itu satu. Nombor dua. Orang yang diberi. Betul, saya faham sebenarnya ramai di antara mereka mahir menggunakan senapang. Betul tetapi kita juga risau bahawa ada penggunaan senapang ni secara berleluasa atau ikut suka dia sahaja. Jadi siapa yang diberi? saya rasa ini melibatkan satu isu yang sangat sensitif. Jadi adakah mereka diberi latihan? Mereka juga diberi pantauan oleh oleh Polis Diraja Malaysia dan sebagainya. Saya minta pencerahan daripada YB Exco, apakah rancangan sebenarnya mengenai senjata api ini. Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Kera tidak termasuk dalam haiwan buruan. Ini kira yang termasuk dalam haiwan buruan adalah khinzir ataupun babi hutan lah dan Perhilitan akan memberi lesen untuk memburu itu berdasarkan kepada tempoh yang tertentu. Kalau waktu ini tidak boleh tidak dikeluarkan lagi lesen pada waktu ini untuk memburu kijang, untuk memburu rusa dan mungkin dalam bulan tertentu akan dibuka semula untuk memburu binatang yang tertentu tetapi pada masa ini dibuka untuk memburu binatang yang disebut sebagai babilah dibuka. Sebab itu perlu pergi pejabat Perhilitan untuk mendapat lesen ataupun permit memburu daripada Perhilitan setelah mendapat daripada polis itu sendiri. Baik, terima kasih. Kemudian yang seterusnya.
Terima kasih. Terima kasih YB. Cuma saya nak tambah sikit. Sini, sini, sini. Nak tambah sikit. Cuma saya berlaku kerisauan jugalah sebenarnya semua maklum di sini sebenarnya YB-YB dibenarkan mengambil senjata api. Ada permit. Saya dah fikir 7 tahun. Suka juga nak main senjata api ni tapi lepas tujuh tahun tak ambil ambil juga sebab masalah bebanan tanggungjawab itu sangat besar. Kadang-kadang bukan kita sendiri yang buat hal. Bukan orang yang diberi senapang tu buat hal macam saya katakanlah yang RELA tu dan sebagainya. Bukan mereka yang buat hal tetapi kadang-kadang orang di sekitar di sekeliling juga boleh buat hal tanpa pengetahuan pemegang senjata api itu.
Jadi itu satu. Cumanya maksud saya ialah contoh sekiranya diberi berburu adakah kemungkinan ditambah syarat sekiranya mungkin memerlukan orang yang lebih bertanggungjawab untuk mengiringi dengan izin mungkin kita katakan ketua kampung diperlukan bersama contoh atau tok batin untuk kampung orang asli diperlukan bersama supaya penggunaan senjata api itu tidak digunakan secara ikut suka hati sebab kita tahu kadang-kadang berburu ni seorang bahaya. Kadang-kadang dia pergi beramai-ramai tapi masalah dengan manusia ni dia pergi secara beramai-ramai macamlah kita tengok kita tengok bila kita turun ke jalan tak kiralah parti mana bersih ke, parti politik ke apa apabila turun ke jalanan biasanya ramai tu bersangkaan baik tapi kadang-kadang bila ramai-ramai berkumpul dia boleh jadi lain.
So, aktiviti berburu ni boleh menjadi bahaya. Jadi apakah syarat-syarat yang kita perlu nyatakan? Jadi saya rasa itu perlu dipertimbangkan mungkin kita kata perlukan ketua kampung ke mungkin kita perlukan wakil daripada pejabat tanah ke, mungkin kita perlukan wakil daripada polis ke, saya rasa ini amat penting supaya menjaga kebajikan. Juga kita selalu tengok ada kemalangan menggunakan senjata api semasa memburu. Itu zaman-zaman sebelum senapang ditarik balik selalu berlaku kemalangan. Jadi ini semua mereka betul-betul melibatkan kerisauan dalam hati saya. Saya minta YB Exco supaya memanjangkan ini semula perkara yang baik saya setuju sebab banyak kebun memerlukannya tetapi apakah syarat-syarat nyata yang perlu kita letakkan supaya memastikan senjata api ni tidak digunakan sewenang-wenangnya. Ini yang amat penting. Terima kasih.
Baik, terima kasih sebab tu dalam hal ini memang ada pro dan kontralah ada yang minta supaya dikembalikan senjata api ada yang risau dan bimbang dengan keadaan yang berlaku dan perlu diletakkan syarat tu sudah pastilah apabila permit nak diberikan oleh Perhilitan maka dia adalah pemantauan selepas diberikan permit itu adalah dia punya kena isi borang yang ditetapkan di situ. Kemudian berkaitan dengan apa yang disebut oleh rakan saya daripada Titi Serong boleh tak nak ajak daripada kawan lain untuk memburu di tempat kita. Sebenarnya kalau YB-YB pun nak buat program memburu di tempat dia boleh kita kumpulkan tenaga-tenaga Perhilitan daripada tempat-tempat lain juga untuk kita buat program di tempat YB masing-masing. Ertinya Perhilitan mengalu-ngalukan kerjasama semua pihak termasuk pejabat ADUN, YB-YB termasuk NGO dan mana-mana pihak untuk bekerjasama sebab tenaga mereka juga dengan tugas mereka yang sangat berat.
Yang Berhormat, soalan saya tu adalah pemegang lesen senapang tu bukan Perhilitan yang pekebun yang ada senapang dia boleh tak dijemput ataupun dipanggil untuk memburu kebun orang lain ataupun dia suruh pemilik senapang tukar contoh perumahan A dia ada masalah dengan Perhilitan lambat nak datang. So, dia ada senapang. Taman A ni panggil dia minta datang memburu di binatang liar di kawasan tu. Boleh tak dia mohon permit pada polis untuk menggunakan permit apa permit senapang tu memburu kawasan. Bukan dia guna dari kebun dia.
Ya, boleh. mohon permit dari pihak Perhilitan sebab kita akan melihatlah adakah sesuai atau pun tidaklah berkaitan dengan itu.
So, maksudnya Perhilitan boleh bagi keizinan kepada pemilik senapang tu untuk membantu penduduk Taman A ni memburu binatangnya?
Itu atas daripada Perhilitanlah.
Perhilitan ke polis?
Perhilitan. Polis ni dia akan bagi dia akan masukkan syarat pelesenan tersebut iaitu boleh memburu kemudian bila kita setiap kali nak pergi memburu pergi kepada Perhilitan untuk memburu. Contohnya kalau nak pergi berburu ayam pun, ayam hutan pun kalau kata ayam hutan pun kita nak buru 50 ekor.
Bukan ayam daging ya?
Seekor kena bayar RM10.00 pada Perhilitan. Itu contohlah. Begitu juga dengan babi tu ataupun buru binatang-binatang yang kita nak cari.
Nanti Yang Berhormat boleh share dia punya circular tu ya pada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya kalau boleh dibantu.
Ya, dibolehkan.
Kita nak mengurangkan bebanan tugas Perhilitan sebenarnya.
Ya, sangat menyokong. Perhilitan amat menghargai usaha daripada itu.
Terima kasih.
Tambahan. Tambahan. Tambahan.
Begitulah juga apa yang disebut oleh saya nak.
Ya, ya sebab senjata api ni sangat penting saya rasa sebab bukan kata kita nak membantah tetapi bahaya yang melibatkan senjata api ini.
YB, I think point has been delivered.
Tambah masa dekat saya.
Saya rasa YB Jalong your point has been delivered to YB Exco. I think biar dia jawab.
But he does not get the cracks of the problem you know.
Saya faham. Saya faham.
Dengan izin Yang Dipertua.
Dengan izin juga I think he understand, he understood it.
Ok, ok. Yang Dipertua mintak duduk. Ok, terima kasih.
Baik. Yang Berhormat Selinsing kita dah bawa kepada KDN dan juga banyak pihak bawa kepada KDN dan saya pun dah suarakan dalam MMK berkaitan dengan masalah ini untuk bawa kepada KDN dan setakat ni belum ada apa-apa jawapan lagilah berkaitan dengan untuk mengembalikan senapang RELA itu untuk kirim salam tu boleh Yang Berhormat sendirilah menyampaikan salam kepada Menteri KDN. Baik, yang seterusnya tentang Insya-allah.
Saya suruh tadi bukan kirim salam, kirim permohonan. Rais Yatim yang kirim salam. Terima kasih.
Baik, Terima kasih kepada Yang Berhormat Selinsing. Yang seterusnya apa yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat, antaranya daripada Jalong jugalah. Jadi Kerajaan Negeri berkaitan dengan e-Bike. Kerajaan Kegeri sentiasa mengambil berat akan kelestarian alam sekitar dan sedang berusaha ke arah mewujudkan bandar rendah atau pun bebas karbon selaras dengan konsep mewujudkan green city dan low carbon city dengan izin. Inisiatif penggunaan e-Bike telah mula dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebenarnya. Sebagai contoh di Majlis Perbandaran Manjung dan juga di Majlis Daerah Kampar.
Walaubagaimanapun penggunaan e-Bike pada masa ini adalah terhad di kawasan-kawasan yang bersesuaian yang dikhaskan kepada aktiviti riadah dan juga rekreasi bagi menjamin keselamatan pengguna e-Bike. Malaysia salah sebuah negara yang mengambil inisiatif ke arah mewujudkan bandar rendah karbon melalui beberapa projek dan program berpandukan kepada konsep sustainable development goals dengan izin green city dengan izin dan low carbon city. Seruan ini disahut baik oleh kerajaan Negeri Perak yang senada dalam pelaksanaannya dengan menyediakan peruntukan khas dalam program Local Agenda 21 kepada semua PBT bagi mengatur beberapa inisiatif mesra alam dan mengurangkan pencemaran. Kerajaan Negeri Perak juga sentiasa terbuka dan memperhalusi cadangan-cadangan yang menerapkan mekasnisme mesra alam bagi mewujudkan bandar rendah atau pun bebas karbon khususnya dalam kawasan PBT.
Pada tahun 2021 pelaksanaan program LA21 ini dan juga SDG masih dilaksanakan di antaranya menggunapakai garis panduan perancangan kejiranan hijau dalam perancangan pembangunan, penyediaan laluan basikal dalam bandar, program gotong royong bersama komuniti, kebun kejiranan dalam komuniti, penyediaan 10 peratus kawasan lapang bagi pembangunan baru, melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat contohnya hari tanpa kenderaan, program hari tanpa beg plastik, program kitar semula dan juga e-waste dan sebagainya. Program penanaman pokok dan pengkomposan sisa bagi mengurangkan penambahan di tapak pelupusan dan menukar kepada baja organik untuk tanaman, menggalakkan penggunaan perkakasan yang lebih efisien khasnya di premis milik majlis sejajar dengan RE dan juga EE. Pihak PBT juga dari masa ke semasa menilai keberkesanan program-program yang dilaksanakan ini dan juga sebagai permulaan di mana Majlis Perbandaran Manjung telah mengambil insiatif dengan menggunakan e-Bike untuk anggota penguatkuasa pelancongan menjalankan aktiviti pengurusan dan pemantauan di kawasan Pantai Teluk Batik seperti Dataran Teluk Batik, Taman Awam Teluk Batik dan persekitaran pantai.
Selain itu Majlis Perbandaran Manjung juga telah menjadikan Dataran Teluk Batik sebagai kawasan bebas karbon. Lokasi tersebut dikhaskan sebagai kawasan riadah untuk pengunjung berjalan, menaiki skuter dan juga basikal dengan kerjasama operator swasta dan juga penyedia perkhidmatan e-Bike dan juga Majlis Perbandaran Manjung juga telah mewujudkan program hari tanpa kenderaan pada setiap bulan dengan menjalankan aktiviti berbasikal e-Bike di lokasi-lokasi yang strategik bagi menggalakkan masyarakat di daerah itu menggunakan kenderaan tanpa karbon. Begitu juga di Majlis Daerah Kampar, di sini Kerajaan Negeri ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Kampar yang mana memenangi Anugerah Kejiranan Hijau 2021 anjuran daripada Plan Malaysia yang mana melibatkan beberapa inisiatif ke arah bandar rendah karbon dan Majlis Daerah Kampar juga aktif dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif tersebut. Antaranya adalah laluan pejalan kaki dan juga laluan basikal, pengkomposan sisa makanan, kebun kejiranan dan 3R penggunaan e-Bike basikal elektrik adalah sejajar dengan hasrat ke arah bandar rendah karbon dan pihak majlis menggalakkan penggunaannya di daerah Kampar dan tiada sebarang larangan penggunaan e-Bike untuk digunakan di Kampar
Exco, celah sikit.
Dan di mana JPJ pun di mana konsep penggunaan kenderaan e-Bike ini adalah sama dengan pengguna basikal konvensional. Jadi kenderaan e-Bike ini tidak perlu didaftarkan dan penggunaannya juga boleh dipakai di kawasan yang diwartakan oleh pihak PBT.
YB, Changkat Jong.
Terima kasih Dato Yang Dipertua dan Exco yang berkaitan. Saya tertarik dan amat bersetuju dengan perancangan bandar rendah karbon yang dibentangkan oleh Exco. Cuma saya nak bagi cadangan selain daripada e-Bike, cycling dan hari tanpa kenderaan untuk mengurangkan karbon di sesuatu bandar tapi kita kadang-kadang terlupa bahawa perkara asas yang boleh merendahkan karbon atau pun teknologi hijau dan sebagainya adalah dengan menggunakan tenaga kudrat kita. Maknanya berjalan kaki merupakan satu transport asas kepada manusia sejak berkurun tahun daripada dulu sebelum ada kenderaan, sebelum ada mesin jentera dan sebagainya. Ini adalah satu peluang atau pun untuk kita meningkatkan kesedaran dalam masyarakat bahawa berjalan kaki itu adalah pengangkutan utama kepada manusia untuk mengurangkan karbon di dalam dunia ini.
Dengan adanya dengan peningkatan kesedaran ini dan kesediaan untuk membina lebih banyak lagi pejalan kaki memungkinkan ramai orang akan menggunakan pejalan kaki ini untuk ke satu destinasi ke satu destinasi terutama di dalam daerah. Saya ambil dalam dalam kontek Teluk Intan umpamanya atau pun Tapah dan sebagainya atau pun Ipoh itself yang mempunyai connecting bangunan kerajaan, swasta dan mall dan sebagainya berdekatan tak sampai 100 meter, 200 meter, 500 meter. So, kaedah ini jika pejalan kaki tersedia dengan baik dengan prasarana yang cantik dan indah akan menyebabkan ramai orang menggunakan kaki sendiri berjalan ke satu tempat ke satu tempat dengan selesa dan sampai ke tempat yang dituju. Ini adakah Exco bersetuju supaya lebihkan peruntukan untuk setiap daerah membina pejalan kaki ini untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan dan rakyat di samping dapat mengurangkan penggunaan karbon.
Satu lagi saya nak cadangkan juga supaya mana-mana lorong yang ada tiga empat lorong tu kecilkan ya. Kita kurangkan kenderaan supaya pergi ke bandar bagi mengelak penggunaan lebih banyak kereta ke dalam bandar. Mungkin boleh buat timing juga untuk mengelak mereka menggunakan kenderaan untuk masuk dalam bandar supaya lebih aktiviti-aktiviti sendiri atau pun pejalan kaki ini dapat ditingkatkan, dapat mengurangkan matlamat yang ingin dicapai oleh negara atau pun negeri ataupun daerah Bandar Hijau. Jadi adakah Exco bersetuju dan akan membawa perancangan ini ke masa hadapan. Terima kasih.
Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Changkat Jong. Sebenarnya memang mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan libaturus dan saya sendiri bersama dengan KASA dan baru-baru ini pun di mana telah diberi geran oleh KASA Persekutuan melalui KASA untuk menjayakan bandar rendah karbon ini kepada PBT-PBT, ada yang dapat RM250 ribu, ada yang
RM200 ribu ada yang RM170 ribu pada PBT baru-baru ini dan di mana mereka telah pun melaksanakan seperti mana disebutkan tadi. Antaranya tadi ialah saya nak ucap tahniah sekali lagi berkaitan dengan Majlis Daerah Kampar yang memenangi anugerah pertandingan Kejiranan Hijau 2021 iaitu memenangi kategori majlis daerah bagi penyediaan laluan pejalan kaki dan laluan basikal dan sistem pengumpulan dan juga penggunaan semula air hujan kebun perjalanan juga insentif 3R termasuk sisa kompos pada 9 November 2021 dan untuk merancakkan lagi tu insyaallah dipohon geran dari masa ke semasa untuk ke arah bandar rendah karbon silakan. Dato’ Yang Dipertua, boleh tambah masa.
Minta laluan, Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Exco Kesihatan dan Alam Sekitar. Soalan saya ada tentang itu charging station, masalah kenderaan elektrik e-bike. Masalah yang paling besar adalah tak cukup charging in station sekarang macam dekat Kinta City, Ipoh Parade atau Sunway. Syarikat swasta sendiri ada charging station tapi apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri pastikan Negeri Perak ada charging station yang mencukupi, bukan sahaja di Bandaraya Ipoh. Kalau awam guna kenderaan elektrik pergi ke Kampar atau pergi ke Teluk Intan mereka tak nak pergi sana tapi tiba-tiba tak cukup jus, macam handphone kita punyalah. Itulah masalah yang paling menakutkan itu masalah di banyak negara sama. Apa apakah langkah-langkah untuk nampakkan pastikan nombor minimum setiap bandar atau pekan ada charging station yang mencukupi. Terima kasih.
YB Exco daripada Bercham.
Terima kasih. Kepayang kalau tak cukup power pakai power banklah. Ok...ok...terima kasih pihak Exco. Soalan saya adalah tadi saya memang mengakui saya memang setuju cakap Changkat Jong tadi di mana kita menggalakkan penggunaan kaki kita sebagai pengangkutan sendiri peribadi kita. Jadi kalau tak silap saya kalau berkenan tak tadi dengan sebut e-bike. Ipoh memang ada perkhidmatan diberikan oleh pihak swasta untuk menjana penggunaan e-bike ini tetapi malangnya lepas pandemik ini kita rasa semua e-bike-e-bike yang disediakan dalam bank Pusat Bandaraya Ipoh ni sudah lesap je. Jadi saya kalau pihak kerajaan ingin meneruskan usaha membangunkan e-bike ini saya rasa kita kena kembalikan pelabur-pelabur agar kita penggunaan e-bike ini diperluaskan sebab e-bike ni, selain daripada charging station yang kurang e-bike ni kita pun perlukan faktor keselamatan.
Sebab kalau kita bawa e-bike sendiri ke mana-mana dekat Ipoh ke atau di Taiping mana-mana kita pun pengguna pun takut e-bike mereka dicuri. Jadi tempatnya kalau katakan terletak di tepi jalan itu pasti habislah. Sebabkan sekarang banyak orang pakai Hilux ataupun ambil saja hilang. Jadi ini kita kena ambil perhatian dan juga pejalan kaki juga kalau kita kita nampak banyak Ipoh ni tu apa penjalan kaki tu banyak menggunakan material dengan izin interlocking faver interlocking faver ni dia kena ada selenggara oleh PBT selalu sebab lama kelamaan dia tak tak ada pokok dia tidak sekata. Orang kata tersepak ke atas tumbuh lalang ke itu kena ambil perhatian agar kita menggalakkan sebab jalan pun tak baik orang tak nak, jalan nak. Jadi kita harap kita ada satu kesinambungan itu daripada PBT mana kita pun bekerjasama agar kita bersama-sama mengurangkan penggunaan kereta ni sebab, kalau e-bike kita tadi Exco ada kata ada PBT-PBT Manjung mana mana tu mengguna e-bike tetapi kita tidak hendak itu cuma satu gimik-gimik kerja biasa saja, PBT kita guna kita menang anugerah tetapi tidak ada apa tu kesinambungan ada kita teruskan penggunaan tu atau memperluaskan penggunaan tu agar e-bike ni akan mendapatkan mendapat sambutan kita tak nak itu cuma satu apa tu kita dapat laporan media itu ah sudah habis cerita. Terima kasih.
Baik terima kasih kepada Yang Berhormat Bercham. Untuk ke arah rendah karbon ada beberapa kaedah yang disebutkan antaranya itulah apa tadi bina laluan jalan kaki dan sebagainya. Jadi kita akan tumpu sesuatulah. Lepas tu sedikit demi sedikit untuk dapatkan geran daripada pihak federal, insyaallah mungkin satu masa nanti kita akan lihat tempat cas bagi e-bike dan jugak kereta dan juga yang lain-lain. Kita akan dapat lihat sekarang ni kita sedang bangunkan sedang bangunkan Perak Sustainable Green Print 2030 dan ada dimasukkan tentang cadangan itu. Kita ambil masa sikitlah untuk nak jayakan ini. Baik seterusnya.
Jalong terima kasih.
YB Selama, YB Selama sini. Ok, terima kasih. Mengenai e-bike sebab soalan saya jugakan. Jadi macam ni cerita dia, tadi kita dengar yang ada dikatakan kereta EV this is a Super Car kenderaan inikan ada yang kita kata tentang e-bike tapi kalau kita nak kata kata minta maaf e-bike yang dimulakan oleh kerajaan seperti Kampar dan sebagainyakan itu memang usaha yang baik saya setuju. YB tadi berkata mengenai apa nama kata jalan berbasikal itupun usaha yang baik, saya sokong. Cumanya dia apa kata kita satukan kedua-duanya. Maknanya e-bike untuk pengguna basikal ni kita satukan idea dia. Masalah dia sekarang ada sini ada yang menggunakan e-bike. E-bike tu ada banyak jenis ada yang berbentuk basikal yang digunakan oleh makcik-makcik, pakcik-pakcik ke warung. E-bike pun ada sampai yang dia kata kalau bahas bahasa orang apa nama orang yang suka geng-geng motosikal ni, mat rempit ini termasuk beberapa kawan saya.
Dia boleh sampai mengalahkan Ferrari dia punya kuasa pun ada, yang di tengah-tengah skuter jenis skuter pun ada tapi bermasalah di sini e-bike yang di Malaysia sekarang bukan jenis yang macam motosikal besar ke apa tak ada. E-bike yang banyak dekat Malaysia sekarang ni ialah yang jenis kecil-kecil yang lebih kurang berbentuk kalau Pasola, kalau ada orang ingat lagi Pasola ke atau basikal anak makcik-makcik ni. Masalahnya kadang-kadang e-bike ni dia naik ke atas jalan raya. Jalan raya di taman memang kita tak ada masalah, di kampung tak ada masalah, kadang-kadang ada e-bike ini yang sampai ke jalanraya yang dua lorong, tiga lorong dengan dia tak pakai helmet dan sebagainya. Jadi saya rasa di sini kena adalah satuan kesinambungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat untuk mengadakan hala tuju kita apa yang kita nak, apa yang kita tak nak, supaya mengimbangi keseluruhannya. Sebab kalau e-bike jenis yang kecil-kecil sepatutnya macam tadi kata ada lorong basikalkan, sepatutnya berada di lorong basikal. E-bike yang besar dia kena ada di jalan yang besar dan sebagainya. Saya rasa usaha ini perlu diwujudkan untuk menangani masalah ni. Terima kasih.
OK, terima kasih kepada YB Jalong. E-bike ni dia kenderaan micro apa micro mobility. Yang mana kereta dia dia mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam saja. Dia tak boleh lebih. Lebih tu kira kena ambil lesen macam mana orang lain juga. Kalau yang maksimum kelajuannya 50 km sejam tu, ia seperti peranan dia seperti dia seperti basikal konvensional maksudnya tidaklah seperti disebutkan tadi pelbagai jenis jadi dari segi apa yang disebutkan oleh JPJ kenderaan iaitu yang maksima kelajuannya ialah...
Terima kasih, maksud yang dikatakan tadi just nak jelas saja e-bike yang tadi dia katakan tu maknanya mereka boleh ke jalan ke, masuk dia macam contohlah Jalan Kuala Kangsar yang besar tu kan, sanggup maknanya e-bike yang di bawah 50 tu boleh masuk.
Kawasan yang digazet. Dia macam mana basikal, yang mana basikal boleh masuk bolehlah, yang mana basikal boleh. Baik yang seterusnya
Minta maaf kepada Speaker. Tadi saya ada tanya Exco, apakah langkah-langkah untuk menangani itu kenderaan elektrik apa nombor minimum untuk memastikan Negeri Perak ada charging station yang mencukupi ada charging station yang mencukupi. Tetapi Exco hanya jawab akan ada masa. Apa standard jawapan ini. Ini bukanlah sekolah rendah. Mana boleh bagi jawapan macam ini.
Ok. Baik. Baik.
Tak boleh. Ini tidak boleh diterima oleh rakyat. Ini adalah satu isu yang sangat penting.
Ok. Kepayang. Kita bagi peluang kepada YB Exco jawab.
YB Kepayang, kita mengambil masa enam bulan. Enam bulan untuk membangunkan satu dokumen yang disebut sebagai Perak Sustainable Greenprint ataupun PSG 2030 dan di dalam Perak Sustainable Greenprint itu memberi tumpuan kepada tujuh sektor. Antaranya ialah sektor yang disebut sebagai pengangkutan dan di situ ada diperincikan antaranya ialah ke arah menyediakan tempat ataupun station untuk cas itu dan saya tak boleh nak umum lagi sebab ia akan difinalkan di dalam Mesyuarat MMK nanti pada bulan satu. Jadi sebab itu saya hanya menyebut ke arah itu. Takkan saya nak umum satu persatu berkaitan dengan itu. Insyaallah pada sidang DUN yang akan datang insyaallah kita akan sebutkan.
Ok, Kepayang. Itu answernya.
Dan juga Yang Berhormat Dato' Speaker. Ia juga berdasarkan kepada mesyuarat demi mesyuarat dengan pihak berkuasa dan juga dengan pihak Kerajaan Negeri. Untuk mendapatkan geran yang mana yang diberi keutamaan geran untuk laluan pejalan kaki ke ataupun tempat cas kereta elektrik tadi ke dan sebagainya. Itu jawapan saya. Tak jelas lagi.
YB Exco nak benarkan YB.
Saya boleh benarkan.
Saya tak tanya e-Bike lagilah. Tentang isu pengurangan pembebasan karbon. Saya ada nampak usaha PBT termasuk MBI itu menjalankan usaha work hari tanpa kereta. Di mana ia itu diperluaskan di PBT dekat Kuala Kangsar. Di mana sebahagian jalan utama ditutup agar orang ramai boleh datang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Jadi pada pandangan saya kalau objektif untuk pengurangan memberikan satu mesej kepada orang awam untuk mengurangkan penggunaan kereta. Jadi saya rasa kalau tutup jalan tersebut sudah tentu tak ada keretalah. Jalan sudah ditutup tetapi selepas jalan dibuka sesak semula.
Jadi mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat kita untuk mengurangkan penggunaan kereta itu akan pudar saya rasa. Kalau lebih baik kita buat sesuatu untuk termasuk e-Bike atau mana-mana. Kegunaan bas awam ke. Jadi itu lebih praktikal. Kalau tidak aktiviti itu pun perlukan ruang untuk jalankan. Kita kena letak khemah sekat jalan. Kita kena. RELA kena datang. Jadi saya rasa kita perlukan sedikit perubahan sikit. Jangan selalu kita tutup. Jalan seolah-olah kita katakan kita sudah ada usaha untuk pengurangan karbon. Apakah pandangan pihak kerajaan.
Terima kasih. Kita ambil pandangan itu dan kita alu-alukan dan kita bawalah kepada Exco yang berkaitan. Insyaallah. Terima kasih. Yang seterusnya ini menarik minat sahabat kita daripada Kepayang dan juga daripada Kerinji iaitu berkaitan dengan Hospital Kampar. Hospital Kampar ini tiap kali persidangan Dewan Undangan Negeri akan dibangkitkanlah oleh Keranji dan juga Kepayang. Ini menunjukkan keprihatinan untuk melihat Hospital Kampar yang baru akan dibina dan keprihatinan daripada kedua-dua YB ini kita amat hargailah dan saya pun mendengar dengan teliti ucapan daripada pihak daripada YB Keranji menunjukkan bahawa sebenarnya isu ini telah lama dan ia agak rumit.
Kalau kita sebut bahawa kita akan ke arah membinanya dan kalau ikut jawapan daripada KKM bahawasanya pembinaan Hospital Kampar ini kalau saya sebutlah adalah merupakan Projek Perancangan Pembangunan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan akan diteruskan. Ini jawapan daripada KKM dan pihak KKM tidak terlibat dalam projek pembinaan UTAR. Pihak UTAR telah mengemukakan cadangan untuk berkolaborasi dengan KKM dalam perkhidmatan perubatan yang disediakan di Hospital. Cadangan kerjasama ini sedang dalam pertimbangan pihak KKM. Memandangkan kedudukan Hospital UTAR yang akan dibangunkan terletak berdekatan dengan Hospital Kampar yang sedia ada. Saya mendengar dengan teliti maksudnya macam ada isu lagi yang selain daripada ini. Jadi insyaallah kita akan turun di Kampar. Kita akan laksanakan satu sesi libat urus. Kita bincang bersama bagaimana untuk dijayakan Projek Hospital Kampar ini demi rakyat Kampar itu sendiri. Kita sambung baik usaha daripada kedua-dua YB.
Terima kasih. Beri laluan ye. Sebenarnya Hospital Kampar itu isu kami. Kalau nak bina satu hospital lama kita kena tahu ada tak keperluan. Hospital Kampar telah terbukti atas keperluan terbesar untuk dibina. Kedua ada tak duit? Ada parlimen sudah lulus. RM416 juta. Sudah lulus. Sebulat suara. Ketiga ada tak tapak. Ada. Tapak yang lama tak boleh pakai tak apa. Kita jumpa tapak baru di Changkat. MMK sudah lulus. Jadi duit ada, tanah ada, keperluan ada. Saya tak faham ada apa rumit nak bina Hospital Kampar dan saya sekarang nak tanya. Saya ambil maklum yang bahawa itu cadangan UTAR nak buat usaha sama dengan KKM. Jadi Kerajaan Negeri saya rasa ini tak diberitahu. Tapi saya nak tahu apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap cadangan ini. Adakah Kerajaan Negeri boleh terima jika Hospital Baru Kampar dibatalkan dan duit itu digunakan dengan UTAR. Apakah pendirian Kerajaan Negeri Perak.
Baik. Sebab tu saya kata selepas daripada Persidangan Dewan Negeri ini kita akan libatkan sesi libat urus pelbagai pihak untuk kita mendengar daripada semua pihak berkaitan dengan masalah ini. Insyaallah.nanti kita aturkan satu sesi libat urus. Selepas ini. Terima kasih
Terima kasih YB Selama. Projek Hospital Kampar ini sudah ada banyak masalah. Saya hanya kalau bolehlah minta bantuan Exco Tualang Sekah Exco kanan. Dulu pun ada terlibat dalam projek inilah. YB Tualang Sekah pun ada itu special interest kerana dia punya kawasan adalah di tepi Hospital Kampar juga. Kalau boleh untuk mencepatkan projek ini ini yang telah diabaikan selama 60 tahun. Kita minta jasa baik Exco kanan. YB Tualang Sekah dan Yang Amat Berhormat untuk mempercepatkan proses ini. Saya tahu ada lebih daripada 20,30 hospital-hospital projek di seluruh negara ini. Kita mesti lawan untuk Negeri Perak. Untuk hotel baru bukan di Kampar sahaja tak boleh hanya dapat jawapan akan ditangani oleh KKM atau MOH atau lain-lain dah macam itu. Itu bukan sebab rakyat undi kita untuk kerja macam ini. Kita mesti lebih proaktif. Mesti minta tanya tapi hari tanya. Ada apa-apa boleh kita buat untuk mempercepatkan projek ini. Bukan hanya duduk sini. Tunggu-tunggu saja kerana ada 20,30 lebih masih dalam senarai untuk dibinakan.
Terima kasih YB Kepayang.
Saya nak tambah sedikit. Terbaru di tempat lain. Mungkin ketika itu mereka mahu memohon kebenaran dan kelulusan di Kampar ni telah lulus telah peruntukan dibuat dan telah kenal pasti lokasinya pun. Jadi bermakna kalaulah kita hanya berhubung dengan Kementerian Kesihatan melalui surat ke melalui perjumpaan ke saya rasa ia boleh dipercepatkan sebab kerja-kerja asas semua telah pun siap. Jadi kalau saya lihat suasana Kampar ini, Tualang Sekah ada bagitahu nak manjat Hospital Kampar tu kalau kaki sakit-sakit lutut hentikanlah tak terpanjat tinggi. Hospital tinggi masa saya kecil-kecil dulu nak pergi ke hospital tu kena naik land rover KKM sediakan land rover. Hari ini land rover sepatah pun tak ada dah jalan kaki le kome ke atas tu. Turun jalan kaki, naik jalan kaki. Dah hospital tu masa Jepun pun dah ada dah. How many years? 80 years?
Hospitalnya telah begitu lama. Banyak cerita berhantu ada sekarang ni. Rumah mayatnya menenjeru. Belambak hantu. Hantu Jepun dulu. Jadi saya merayulah oleh kerana peruntukan telah pun dibekalkan kelulusan telah dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan dulu dan tempatnya telah dikenalpasti. Where the location now? Tangkak Baru. Tempat cantik elok. Teruskanlah kalau ada surat-menyurat pun sekurang-kurangnya kita ada bukti untuk tunjuk pada orang Kampar dah kita dah buat surat 5,6 surat dah tapi nohen je deme. Wallhualam.
Sungai Rapat. Insyaallah akan diambil perhatian dan seterusnya kita pindah kepada berkaitan dengan proses vaksinasi untuk penjawat awam. Di mana status..
YB Exco minta maaf dah 1 jam. Ada banyak lagi ke?
Banyak lagi Dato’.
Ok, takpa saya bagi masa.
Baik yang seterusnya iaitu tentang status vaksinasi satu jam lagi berapa minit akan diberi peluang. Status vaksinasi penjawat awam di negeri Perak sehingga Oktober 2021 yang iaitu yang tidak divaksin ye. Tidak divaksin 1,012 orang yang belum divaksin penjawat awam atas pelbagai alasan kesihatan. Antaranya juga menolak untuk divaksin itu sendiri dan soalan juga daripada Sungkai, YB Sungkai berapa jumlah guru KAFA tidak divaksin. Berdasarkan maklumat yang diperolehi iaitu ada 69 orang guru KAFA yang masih enggan untuk divaksinasi dengan pelbagai alasan dan kerajaan negeri masih memberi peluang kepada guru KAFA yang terlibat untuk mendapatkan vaksin sehingga akhir tahun 2021 dan Kerajaan Negeri juga masih menunggu keputusan daripada pihak JAKIM kaitan dengan perkara ini agar diwujudkan penyelarasan di seluruh negara berkaitan dengan perkara ini. Baik, itu tentang status vaksinasi penjawat awam dan apa guru daripada Kementerian Pelajaran telah dijawab oleh sahabat saya daripada YB Changkat Jering.
Seterusnya, yang dibangkitkan juga iaitu berkaitan dengan halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kadar vaksinasi. Ini secara amnya halangan yang dihadapi untuk meningkatkan kadar vaksinasi dewasa dan remaja adalah mereka yang enggan menerima vaksin dengan pelbagai alasanlah jadi pelbagai strategi yang telah diambil untuk meningkatkan kadar vaksinasi di kalangan penduduk dewasa dan remaja di negeri Perak antaranya adalah dengan menjalankan pemberian vaksin secara jangkawan komuniti terutamanya di luar bandar. Di kawasan penempatan orang Asli oleh anggota Pejabat Kesihatan daerah dengan kerjasama agensi lain terutamanya JAKOA, ATM serta penglibatan NGO itu sendiri dan jangkawan komuniti juga dijalankan oleh HCO yang berdaftar.
Di samping itu juga klinik kesihatan dan hospital kerajaan juga memberikan vaksin secara oportunistik kepada pesakit dan juga klien mereka itu sendiri di pihak kuasa ketua-ketua jabatan bagi agensi semua pemimpin masyarakat dan media massa perlu giat menyebarkan maklumat kepentingan vaksinasi dan menangani unsur-unsur negatif tentang vaksinasi yang berleluasa dalam media sosial itu sendiri.
Canning mohon laluan.
YB Exco bagi laluan ke?
Ya nak tanya YB Exco Kesihatan, sampai sekarang ada berapa peratus sudah ambil dos penggalak di negeri Perak. Terima kasih.
Dos? Booster oh ok..
Dos Penggalak ya.
Sampai sekarang yang ambil dos penggalak sehingga 13 Disember iaitu 226,000 iaitu 35%.
Terima kasih Selama minta laluan sikit. Saya dapat kenyataan media yang paling terbaru dari Menteri Kesihatan Rembau baru saja dia umum untuk umur yang 18 tahun ke atas kalau yang ambil sinovac dua dos paling lewat harus ambil dos penggalak pada bulan Februari depan kalau tidak status vaksinasi di mySejahtera akan bertukar jadi tidak lengkap. Begitu juga untuk yang umur 60 tahun ke atas. Jadi saya tak ada masalah dengan dos penggalak tapi masalah sekarang kebanyakan orang tua 60 ke atas mereka ambil dua dos sinovac dan mereka tak mahu mix dos penggalak dia tak mau mix pfizer tak mau mix vaksin yang lain. Jadi apakah usaha Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan untuk mereka yang ambil dos sinovac pertama kedua mereka boleh dapatkan booster dos sinovac juga. Terima kasih.
Exco?
Terima kasih. Saya pun baru mendapat maklumat itu dihantar kepada saya insyaallah kita akan maklum lah dari masa ke semasa berkaitan dengan ini baik yang seterusnya
Minta laluan. Tentang dos penggalak juga. Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Keranji memang betul saya pun banyak terima luahan masyarakat bahawa mereka teragak-agak untuk dapatkan dos penggalak khususnya yang campuran vaksin. Jadi saya perhatikan baru ni di negeri Selangor kerajaan telah laksanakan satu program sylvac booster di mana Kerajaan Negeri sediakan vaksin jenama sinovac secara percuma kepada penduduk untuk selesai isu ini. Jadi saya harap untuk dapatkan pandangan daripada pihak kerajaan tentang ni sebab ni isu yang yang memang sangat penting khususnya apabila Menteri Kesihatan umumkan sebelum bulan 2 kena dapatkan dos penggalak untuk kekal status fully vaksin ini terima kasih.
YB habiskan dengan cepat.
Insyaallah akan diberi perhatian dan akan dibawa kepada mesyuarat lah CITF yang diketuai oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ya ,YB terima kasih seminit je. Ok, berkaitan juga sebab dalam kita bercakap mengenai dos penggalak ni saya harap YB dapat melihat ke dalam vaksin-vaksin untuk anak-anak kecil. Sebenarnya ini melibatkan kita ya betul kita cakap tentang dos penggalak mereka yang dah dapat 3 dos tetapi masalahnya bila ditanya kepada YB Exco Pendidikan masalahnya juga berkaitan dengan YB Kesihatan juga kan. Jadi saya berharap YB dapat membawa suara ni kepada kerajaan pusat bahawa ramai ibu bapa yang mungkin ahli keluarganya ada 7 orang, 5 orang dan sebagainya yang semua dapat dos tetapi pada masa yang sama ada budak kecil di rumah yang tak dapat dos. Jadi keadaan ini amat berbahaya kerana mereka yang dapat dos pergi sini sana mereka akan bawa balik penyakit tu balik kepada anak yang tidak mempunyai dos. Jadi saya harap YB ambil perhatian terhadap ini terima kasih.
Segala cadangan dan pandangan kita akan bawa kepada mesyuarat dan juga di peringkat kementerian kesihatan lah. Terima kasih dan seterusnya..
Yang Berhormat Exco masa sebenarnya dah sejam lebih dah ni. Jadi berapa minit lagi yang Yang Berhormat perlukan?
Nak langkah tengok.
Macam mana? 10 minit lagi cukup?
Baik. Berkaitan dengan...
YB 10 minit lagi ya.
Perubatan di hospital. Ini juga Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa memantau mutu perkhidmatan yang disediakan di semua Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Perak. Urusan pesakit dibuat berdasarkan kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM dan tidak ada kekurangan dalam kualiti mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit bukan Covid-19 berbanding dengan pesakit Covid-19 atau kekangan peralatan dan setakat ini dimaklumkan oleh JKN dan tiada sebarang aduan rasmi direkodkan oleh pihak JKN Perak mahu pun pihak Hospital Taiping berkenaan isu tersebut dan keperluan untuk menambah aset di Hospital Taiping dibuat setiap tahun oleh KKM dan peruntukan yang akan diterima bagi tahun 2022 adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Pejabat KKM pada tahun hadapan.
Seterusnya berdasarkan maklumat yang diperolehi, ini berkaitan dengan perkhidmatan ambulans. Berdasarkan maklumat diperolehi melalui sistem pengurusan aduan awam Sispa, Jabatan Kesihatan Negeri JKN Perak jumlah aduan berkaitan ambulan di Negeri Perak ini bagi tahun 2017 sehingga 2021 adalah seperti berikut di mana jumlah aduan berkaitan perkhidmatan ambulans 2017 ada 13. Jumlah aduan berkaitan kelewatan atau masalah peralatan ada 4, dan status aduan, 2 tidak berasas. Itu 2017, 2018, 2019, 2020 dan 2021 kalau ikut jumlah berkaitan aduan perkhidmatan ambulans hanya 1, jumlah aduan berkaitan kelewatan masalah peralatan 1 dan status aduan dalam siasatan dimaklumkan oleh pihak JKN. Jadi setiap panggilan kecemasan perubatan di Negeri Perak akan disambung ke pusat koordinasi kecemasan. Koordinasi kecemasan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Pusat ini akan menyaring dan menilai tahap keterukan kes-kes yang terlibat mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh KKM. Kes kategori 1 atau kes kecemasan yang mengancam nyawa akan diberikan keutamaan untuk perkhidmatan ini berbanding dengan kes kategori lain.
Oleh itu, secara umumnya kes selain daripada kes kategori 1 perlu memberi laluan kepada kes yang lebih kritikal. SOP ini bersifat universal dan diguna pakai untuk semua keadaan tanpa mengira sama ada pesakit yang terlibat adalah kes Covid-19 atau pun tidak. Hanya pandemik Covid-19 tidak dapat dinafikan bahawa keperluan perkhidmatan ambulans meningkat seiring dengan peningkatan jumlah kes positif Covid-19. Beberapa pendekatan telah diambil bagi mengatasi cabaran ini. Antaranya ialah penggunaan ambulans di dalam pengurusan pesakit dibuat secara berkumpulan dalam satu perjalanan. Ini melibatkan dua atau tiga orang pesakit Covid-19 yang stabil dan memerlukan oksigen. Penggunaan kenderaan bukan ambulans untuk penghantaran kes-kes. Walaupun bukan ambulans tetapi dia adalah kenderaan daripada Jabatan Kesihatan juga. Penggunaan kenderaan bukan ambulans untuk penghantaran kes-kes Covid-19 yang stabil dan tidak memerlukan oksigen dan yang ketiga proses saringan dan penilaian pesakit Covid-19 yang berkesan telah membantu mengurangkan beban keperluan penggunaan ambulans.
Proses ini dilaksanakan secara berkesan di CAC di setiap daerah di pusat operasi kecemasan perubatan di Perak. Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memajukan permohonan perolehan aset 18 buah ambulans kepada Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi klinik kesihatan termasuk di Pejabat Kesihatan Daerah Kampar berdasarkan maklumat diterima daripada Bahagian Kejuruteraan KKM. Dijangka Bahagian Kesihatan Awam JKN Perak akan mendapat penggantian ambulans yang dipohon pada tahun 2022 dijangka. Jadi Bahagian Kesihatan Awam JKN Perak sentiasa berhubung dengan pihak KKM agar pergantian ambulans ini di pohon dapat disegerakan. Itu berkaitan dengan ambulanslah. Kemudian yang seterusnya…
Nak tanya tentang ambulans balik sikit. Pencelahan Exco. Boleh? Selinsing. Baik. Masalahnya begini kadang-kadang kita nak membantu apa orang yang ditimpa kemalangan ni kita tidak ada kepakaran, orang kampung untuk membawa pesakit ke hospital. Nanti disaman dan sebagainya. Itu persoalan. Tetapi petunjuk-petunjuk perkhidmatan ambulans yang sering diberi alasan bahawa kereta ambulans rosak, lambat dan kadang-kadang ada juga pemandu kata tak ada aircond dan sebagainya. Jadi maksud saya ambulans ini perlu diberi perhatian kerana serangan ambulans berbanding serangan covid ni pun hampir sama. Memang kita tahu ada takdir, sebab musabab meninggalnya ada sebab musabab, kita tahu. Jadi kita bimbang kalau pihak Kementerian Kesihatan tidak mengambil langkah drastik ini faktor-faktor kematian walaupun dengan takdir Allah SWT diakibatkan sebab dan musabab ini.
Jadi sebab itu kita harap Kementerian Kesihatan mesti memberi peluang dan memberi perkhidmatan ini yang terbaik. Jadi saya harap di kawasan saya ni berlaku. Sebab itu kita tengok Kenering semalam membangkitkan, mengatakan ada tersadainya. Jadi bukan perkhidmatan oleh kakitangan tu tidak bagus tetapi ambulans itu didapati sering rosak. Jadi itu maksudnya. Jadi saya harap mesti dua, bukan mestilah insyaallah 2022 ini pihak Exco dapat memastikan Perak mendapat bilangan yang sempurna perkhidmatan ambulans, terima kasih.
Terima kasih kepada YB Selinsing. Sepertimana yang saya sebutkan tadi diharap 2022 ini dapatlah 18 buah ambulans daripada pihak KKM. Insyaallah. Baik. YB Dato' Yang Dipertua, jadi kalau nak ikutkan banyak lagi yang saya nak sentuh tapi bagi menghormati masa yang sangat berharga jadi insyaallah yang mana yang tak sempat jawab tu insyaallah akan dibekalkan jawapan secara bertulis. Sebagai penutup saya ingin merakamkan...
Exco Kesihatan, Kenering minta laluan.
Sebelum penutup boleh tak.
Ok dah.
Perak atas pembentangan belanjawan 2022 Negeri Perak bagi memacu Perak berdaya saing, mampan dan inklusif dalam keadaan situasi ekonomi yang sangat mencabar akibat pandamik Covid-19. Jadi syabas dan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kemudahan buat semua YB Ahli Dewan Negeri dengan memberi sepenuh sokongan dan dokongan kepada YAB Dato' Seri Menteri Besar dalam menerajui kepimpinan pentadbiran kerajaan Negeri Perak. (Ayat Al-Quran).
Walaikumsalam wbt YB daripada Exco daripada Selama daripada kawasan Selama yang menggulung perbahasan. Sekarang saya menjemput dan mempersilakan YB dari kawasan Kuala Kurau untuk menggulung perbahasan persilakan.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada YB Dato’ Yang Dipertua Dewan, YAB Dato’ Seri Menteri Besar, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli YB, ketua-ketua jabatan negeri dan juga persekutuan, rakan media, pertugas-pertugas dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung pada petang ini.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua Ahli-Ahli YB yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak tahun dah 2022 bagi Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas. Terima kasih juga kepada Ahli-Ahli YB yang amat prihatin terhadap isu-isu kepentingan pengguna yang telah menyentuh isu berkaitan potfolio saya iaitu Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan juga masyarakat Sivil. Seramai 6 orang Ahli YB telah membangkitkan Isu berkaitan portfolio saya terutamanya berkaitan dengan harga barang sewaktu perbahasan mulai 13 Hingga 15 Disember 2021. Saya yakin semua isu yang dibangkitkan bagi sama-sama untuk kita jalan penyelesaian dalam memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat negeri Perak khususnya.
Yang Berhormat Dato' yang Dipertua, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat kawasan Batu Kurau, berkaitan dengan memperkasakan persatuan-persatuan pengguna yang sedia ada di negeri Perak, pihak KPDNHEP Perak amat mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan pengguna yang baharu bagi menangani isu-isu berkaitan kepenggunaan dan juga isu-isu harga barang. Justeru Kerajaan Negeri melalui KPDNHEP Perak juga sentiasa melibatkan persatuan pengguna dalam beberapa forum rasmi berkaitan kepenggunaan dan antaranya juga menganggotai gerakan pengguna negeri dan juga gerakan pengguna di peringkat daerah. Pihak persatuan juga sering dipelawa oleh pihak KPDNHEP untuk memohon bantuan kewangan bagi menjalankan program dan juga aktiviti kepenggunaan di kawasan masing-masing. Yang Berhormat kawasan Trong, Canning, Menglembu, Temenggor, Pasir Panjang dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain juga telah membangkitkan isu berkaitan harga barangan dan juga makanan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ataupun KPDNHEP merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk melindungi pengguna dan memastikan kedudukan barang keperluan sentiasa mencukupi di pasaran dan mudah diperoleh oleh pengguna. KPDNHEP diberi tanggungjawab memantau aktiviti pencatutan di kalangan entiti perniagaan di pasaran dan bertindak di bawah bidang kuasa yang telah diperuntukkan. KPDNHEP hanya mengawal harga barang kawalan sahaja seperti gula, tepung, minyak masak, minyak masak paket 1 kilo, minyak masak sawit tulen botol 1 kilo, 2 kilo, 3 kilo dan 5 kilo. Gas memasak, pelitup muka dan kit ujian pantas antigen. Selain itu KPDNHEP juga mengawal beberapa barangan terpilih semasa musim perayaan iaitu mengadakan skim harga maksimum musim-musim perayaan. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan mulai 18 March 2020, KPDNHEP melalui pegawai dan anggota penguatkuasa sentiasa membuat pemantauan bekalan dan juga harga secara harian. 11 barangan keperluan asas ke atas pengilang, pemborong dan peruncit termasuk pasaraya di seluruh negeri Perak.
11 barangan tersebut ialah gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang dan pelitup muka. Di samping itu, sebanyak 297 peruncit terpilih daerah dan 120 pemborong terpilih daerah yang terdiri daripada hypermarket, pasar raya, pemborong dan kedai runcit telah dilantik oleh KPDNHEP sebagai pusat pembekalan barangan keperluan asas di setiap kawasan parlimen di negeri Perak di mana peniaga tersebut hendaklah menghantar laporan semasa kedudukan bekalan mereka secara tidak langsung, pihak kementerian dapat mengetahui kedudukan bekalan dan harga barangan tersebut di pasaran sama ada menghadapi masalah ataupun tidak.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Panjang, berkaitan dengan harga-harga barang keperluan yang tidak mencukupi dalam pasaran seperti minyak masak paket 1 kg, KPDNHEP
Perak telah meningkatkan pemeriksaan bekalan minyak masak di peringkat syarikat pembungkus bagi memastikan bekalan sentiasa ada dan mencukupi.
Mohon mencelah. Mengenai harga maksimum ladang, borong dan runcit skim harga maksimum keluarga Malaysia yang dikeluarkan pada 6 haribulan dikuatkuasakan 7 haribulan hingga 31 Disember. Dato' Speaker, pada 14 haribulan yang lepas, Hulu Kinta ketika berbahas telah bangkitkan isu berkaitan skim harga maksimum keluarga Malaysia. Apabila saya tumpu Gunung Semanggol nak pergi mengalih ke KPDKN, Exco yang bertanggungjawab dah hilang daripada DUN. Maknanya masih tak jawab lagi Exco YB Kuala Kurau mengenai kecacatan dan ketidak kesempurnaan dalam mengeluarkan skim harga maksimum Keluarga Malaysia ni. Boleh jawab?
Terima kasih pada celahan daripada pihak Hulu Kinta. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan dalam perbahasan Hulu Kinta dalam beberapa hari yang lalu. Berkaitan dengan kes yang berlaku di Semanggol.
Tak ni Dato' Speaker ni Timbalan Speaker. Dia macam ni. Ketika seseorang wakil rakyat berbahas, tanggungjawab Exco harus mendengar. Apakah isu yang dibangkit? Adakah isu yang dibangkit itu melibatkan portfolio kita ataupun sebagainya. Dia melibatkan isu harga ini dua-dua pihak bertanggungjawab. Pertanian saya dah maklum tadi. Apa tindakan perlu diambil. Nanti saya tunggu jawapan. Begitu juga selaku Exco KPDKN. Saya dah katakan saya nampak sangatlah apabila ucapan dalam DUN Perak ni. Exco tak ambil berat, tak ambil maklum. Seharusnya tanggungjawab DUN ini adalah kena ingat, apabila kita tanya soalan, penjelasan dalam penggulungan, Exco harus jawab berkaitan-berkaitan.
Tapi hari ini apabila saya saya bangkitkan isu kecacatan dalam pengeluaran skim harga maksimum Keluarga Malaysia ni, tapi tak nampak pun jawapan hari ini. Bila saya tanya tolong jawab, tanya saya balik. Saya ulang balik. Saya ulang balik. Sepatutnya dengar tapi tak dengar saya ulang balik. Benda ni kecacatan di mana skim harga maksimum Keluarga Malaysia dikeluarkan pada 6 dikuatkuasa 7 sampai 31 Disember di mana kita lihat harga runcit diletakkan, harga borong diletakkan tapi harga ladang kebanyakan tidak diletakkan. Tolong jawab apa sebabnya harga ladang ini tidak diletakkan. Kalau nak pergi ke arah nak kawal harga, kita kena letakkan pegang harga kawal di peringkat ladang dulu. Baru kita nampak di antara pemborong dan peruncit sampai kepada rakyat berapakah keuntungan yang mereka mempunyai. Itu nombor satu. Nombor dua, yang dia meletakkan apa melibatkan pemborong dengan peruncit ataupun pemborong dengan pengusaha, saya nampak ada beberapa perkara dalam yang ditetapkan ini tak betul.
Maknanya, harga daripada pengusaha contohnya, saya dah maklum kangkung, saya sendiri saya lihat kangkungnya daripada pengusaha depa keluarkan lapan kupang hingga seringgit setengah. Maknanya, lebih kurang macam itu. Maknanya pembohong pula ambil kesempatan. Mereka sampai kepada peruncit sampai RM5 ke RM7. Hampir-hampir kita bayangkan berapa banyak apa keuntungan yang depa kaut dan akhirnya peruncit terpaksa letakkan sikit je keuntungan dan mereka jual pada rakyat, rakyat jadi mangsa. Itu satu. Kedua, kecacatan kedua adalah melibatkan tomato. Tomato telah diletakkan dalam skim harga maksimum Keluarga Malaysia. Di sini dia tomato ni ada banyak gred. Untuk makluman, gred yang paling murah ni ada RM2 yang paling kecil. Tapi kerajaan khususnya dalam skim harga maksima Keluarga Malaysia ni, depa letakkan sama RM5.50. Maknanya depa ambil kesempatan tomato yang rendah gred rendah pun jual RM5.50 kerana deme kata ini ketetapan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Mana saya tak nampak mana sape kenapa kenapa buat tergesa-gesa. Nampak sangat cacatnya. Ini bukan bagi keuntungan kepada rakyat, ini memberi keuntungan kepada orang tengah-tengah ni, maknanya pemborong dan sebagainya maka tolong jawab ni penting ni isu penting ni.
Ringkas. Hulu Kinta.
Kita mohon jawab jangan bagi alasan kita akan lihat apa sebab kita dah bagi masa dua tiga hari ini.
Exco dah berdiri untuk jawab.
Canning mohon laluan. Tambah sedikit saja. Boleh tambah sikit. Ya berkaitan isu harga naik ini ada apa-apa action plan dari pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Untuk meneruskan penggulungan sebab saya baru mula lagi sebab ada banyak lagi. Insyaallah ada ada jawapannya nanti ya.
(gangguan)
Hulu Kinta, Hulu Kinta, Hulu Kinta duduk dulu. Bagi Exco jawab dulu.
Ok, hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa KPDNHEP Perak dan mendapati bekalan adalah mencukupi dan tiada berlaku gangguan minyak masak (gangguan) di peringkat pengeluaran di negeri Perak.
Timbalan Speaker, Timbalan Speaker Exco tak jawab soalan saya. Dia intepret yang lain.
Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Kinta,
Hulu Kinta duduk kejap. Hulu Kinta duduk kejap, duduk dulu, Hulu Kinta duduk dulu. Hulu Kinta duduk. Hulu Kinta duduk. Hulu Kinta duduk. Hulu Kinta duduk.
Timbalan Speaker, jangan jadi pembela kepada Exco yang tidak bertanggungjawab.
Saya kata Hulu Kinta duduk. Hulu Kinta duduk kejap, duduk kejap, duduk kejap. Duduk.
Saya duduk pastikan Exco jawab, pastikan Exco jawab.
Selepas Hulu Kinta duduk. Exco kata ada dalam jawapan dia. Sabar sekejap.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat negeri Perak telah diperuntukkan kuota sebanyak 3452 tan kepada 25 syarikat pembungkusan minyak masak yang terletak di beberapa daerah negeri Perak. Untuk membungkus minyak masak polibeg 1 kilo ataupun paket setiap bulan. Isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi ini sering dibangkitkan kerana peniaga atau pengusaha makanan turut juga menggunakan minyak masak satu kilo atau pun paket bagi kegunaan perniagaannya dan melakukan pembelian secara pukal yang mana peniaga adalah tidak termasuk dalam golongan sasar yang mana hanya untuk keperluan isi rumah sahaja.
Bagi memastikan bekalan minyak masak bersabsidi 1 kilogram paket ini mudah diperolehi. Pengawal bekalan telah mengeluarkan arahan kepada semua pelesen runcit yang menjual minyak masak paket 1 kilo supaya membuat pengawalan secara kendiri dengan mengenakan had pembelian hanya sebanyak tiga paket sahaja bagi setiap transaksi jualan. Kerajaan telah menetapkan harga maksimum runcit bagi minyak masak minyak masak sawit tulen dalam botol pada harga RM29.70 bagi botol 5 kilogram, RM18.70 bagi botol 3 kilogram, RM12.70 bagi botol 2 kilogram dan RM6.70 bagi botol 1 kg. Harga minyak masak bersubsidi dalam paket 1 kilo pula ditetapkan pada harga RM2.50. Pemeriksaan dan pemantauan terhadap rantaian bekalan minyak masak subsidi satu kilo paket ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan bekalan ada di pasaran untuk kegunaan pengguna domestik.
Sejak 1 Ogos 2021 sehingga 1 Disember 2021 sebanyak 2701 bilangan pemeriksaan minyak masak di seluruh negeri Perak telah dilaksanakan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 24 kes berkaitan minyak masak atas kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan telah dihasilkan dengan nilai rampasan sebanyak RM30,036.40. Nilai kompaun sebanyak RM 6 ribu telah dikeluarkan mengikut perintah kawalan harga dan anti pencatutan ataupun enentuan harga maksimum nombor enam tahun 2021 akta kawalan harga dan anti pencatutan 2011 kerana kesalahan menjual melebihi harga maksimum.
Manjoi ingin mencelah.
YB Exco, ADUN Manjoi.
Terima kasih Timbalan Speaker. Tadi dimaklumkan bahawa sebanyak 3025 tan telah diperuntukkan untuk minyak masak yang 1 kilo 1 minyak masak paket tu lah untuk kegunaan para peniaga. Masalahnya seperti yang diakui oleh Yang Berhormat Exco jumlah ini pun tidak mencukupi dan dikatakan sebab antaranya ialah ada pengguna-pengguna domestik yang membeli untuk kegunaan domestik mereka. Soalnya ialah adakah satu kajian telah pun dibuat terlebih dahulu oleh pihak kementerian mengenai jumlah keperluan yang diperlukan terhdap penggunaan minyak paket ini oleh peniaga-peniaga runcit khususnya. Sebab peniaga goreng pisang, buat nasi lemak, cucur kodok dan sebagainya itu mereka ni memanglah bukan peniaga yang berdaftar, ada syarikat.
Mereka ni merupakan surirumah tangga, ibu tunggal dan sebagainya yang penggunaannya dia bersilang, digunakan untuk masak kat rumah dan digunakan untuk perniagaan. Jadi soalnya di sini memang susah nak dibezakan antara pengguna domestik dengan perniagaan. Oleh itu saya nak bertanya sama ada kajian telah dibuat terlebih dahulu mengenai kadar kecukupan terhadap peruntukan yang dibuat itu supaya tidak timbul masalah tak cukup lagi minyak masak satu paket ini untuk membolehkan dan membantu para peniaga kecil-kecilan inilah untuk meneruskan mereka-mereka itu sebab kalau sekiranya tidak ada bantuan daripada dalam bentuk minyak paket yang dijual dengan harga RM2.50 satu kilo ini memang mereka tidak boleh meniaga, memang tak boleh untung langsung dan tak mampu untuk menjalankan peniagaan dengan harga yang dijual sekarang ni. Minta penjelasan.
Terima kasih kepada soalan daripada Manjoi berkaitan ketidakcukupan minyak masak paket 1 kilogram. Jadi kalau mengikut unjuran daripada pihak KPDNHP negeri Perak jumlah 3452 tan setiap bulan tu memang cukup dengan jumlah penduduk negeri Perak dan pihak KPDNHP negeri Perak memang sentiasa memantau keberadaan bekalan minyak masak paket dan kita percayai keadaan ini mungkin berlaku bersifat sementara sahaja kerana apabila kebenaran rentas negeri dilakukan ekonomi di buka di mana permintaan terhadap minyak paket ini meningkat secara mendadak termasuklah golongan (gangguan) peniaga penjaja dan sebagainya.
Tambahan.tambahan ada cadangan dak untuk increase penambahan peruntukan daripada 3425 katalah 500 ribu tan.
Memang KPDNHEP akan sentiasa memantau bekalan minyak masak paket diseluruh negeri Perak dan sekiranya berlaku ketidakcukupan biasanya kita akan berbincang dengan pihak kementerian untuk menambah kuota tertentu di mana di kawasan yang mengalami masalah bekalan minyak paket yang kurang.
Timbalan Yang Dipertua, minta mencelah.
Titi Serong, saya teruskan ucapan saya dulu.
Titi Serong mencelah pasal minyak je nanti dia terlajak. Ni Ahli-ahli Dewan sekalian, saya setuju dengan Manjoi ketika hari soalan lisan hari tu, rakyat Malaysia ni banyak itu je, dia tak bertambah. So, bila kata bila kebenaran rentas dibuka permintaan tinggi permintaan tinggi macam mana? Kadar permintaan tu tinggi tara mana sebab ia ada sebelum PKP ke rakyat permintaannya banyak itu juga bermakna kena ada persediaan PKP dibuka pada awal bulan 11 sekarang dah masuk bulan 12 masih lagi masalah minyak ni. Saya rasa jawapan itu belum dia bukan memberi satu jawapan yang kata boleh dipegang sebab nanti kata masuk tahun depan permintaan tinggi, permintaan tinggi sedangkan tidak ada persediaan yang konkrit daripada pihak kementerian. Saya mohon penjelasan daripada Exco, adakah masalah ini, alasan ini, boleh terus diguna pakai ketika waktu kemuncak nanti. Mohon penjelasan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Titi Serong di atas perkara yang telah dibangkitkan. Sebagaimana yang telah disebut oleh saya tadi bahawa, kita jangka bahawa, keadaan ini adalah bersifat sementara apabila berlakunya kebenaran rentas negeri dan juga pembukaan ekonomi secara serentak. Justeru, permintaan terhadap minyak paket juga meningkat secara mendadak. Ok, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, naik turun harga barang adalah dipengaruhi oleh….
Timbalan Yang Dipertua…Timbalan Yang Dipertua. Dia bukan sementara Yang Dipertua, Ahli Dewan. Dia bukan sementara ni. Permintaan ni bukan permintaan yang sementara. Permintaan ini permintaan yang berterusan. Tak ada istilah sementara sebab rakyat tetap menggunakan minyak ni harian. Saya rasa ini perkataan sementara ini dia…tak ada jawapan sementara kerana dia adalah barang keperluan harian. Harian ni…
Titi Serong. Ayer Kuning. Titi Serong. Ayer Kuning.
Ok. Tentang minyak packing ni…isu ni cukup lama. Masa saya Exco pun isu jugak. Yang kita tengok bila kita siasat, bukan disebabkan oleh pembekal kerana kerajaan memberi subsidi begitu tinggi terhadap minyak yang recycle dan yang dipacking dalam bentuk 1 kilo. Isunya adalah bila kita buat lawatan ke premis-premis yang terdedah bagi gazet untuk buat replaycer, kita dapati bahawa pemaju-pemaju ini menyelewengkan bilangan yang dikeluarkan, deme lebih suka buat dalam bentuk botol dan sebagainya. Maka, kita telah ambil siasatan dan tindakan. Pada masa itu telah diselesaikan. Saya rasa kali ini benda yang sama diulang oleh pemaju-pemaju berkenaan bahawa jabatan mesti melihat secara terperinci kursusnya replaycer-replaycer yang telah dibuat lesen ini supaya keluaran yang dikeluarkan memadai sebagaimana kuota yang diberi oleh KPDNKK. Itu cadangan dan perlu diambil tindakan sewajarnya.
Terima kasih atas pandangan daripada Ayer Kuning.
Tambah sikit. Exco. Changkat Jong Exco.
Ok.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua dan Exco berkaitan. Saya juga setuju dengan pandangan YB Ayer Kuning. Cuma saya nak bagi sedikit cadangan juga. Memandangkan keperluan ini sentiasa menjadi isu ketidak cukupan. Antaranya penyelewangan dan penguatkuasaan. Saya rasa penguasaan mesti dia lebih tegas dalam mengawal pengeluaran minyak-minyak di dalam plastik tersebut. Cuma jika saya minta pihak kementerian juga dapat membuat kajian keperluan sebenar mengikut ratio kependudukan di sesuatu kawasan ataupun negeri supaya pengilang yang nak buat tu mencukupi dengan permintaan. Dibimbangi dengan kuota yang tidak cukup, pengeluaran yang tidak cukup, permintaan yang lebih tinggi dan menyebabkan tidak dapat menyelesaikan isu ini sampai bila-bila. Jadi, mungkin dengan membuka sektor ini lebih luas lagi, memberi licences kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang ini akan membuka ruang lagi dan peluang di samping dapat mengekang isu-isu berkaitan dengan pengawalan, simpanan dan sebagainya, penyorokan dan sebagainya. Ini antara juga yang boleh menyelesaikan isu secara jangka panjang. Apa pandangan dan…oleh Exco dan pendirian Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih di atas cadangan juga pandangan daripada Ayer Kuning tadi dan juga Changkat Jong. Insyaallah segala isu yang telah difikirkan akan diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak KPDNHEP Perak. Yang Berhormat Dato’Yang Dipertua, naik turun harga barang adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor permintaan dan bekalan. Permintaan dan bekalan ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti bekalan yang mencukupi dan yang seterusnya akan menentukan kos sesuatu barang. Sekiranya ada peniaga yang melakukan aktiviti penyorokan barang kawalan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat kawasan Trong dengan niat untuk mengurangkan bekalan dan mengharapkan kenaikan barang-barang tersebut, maka ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Sekiranya ada aduan berkaitan aktiviti ini, orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran-saluran yang telah disediakan atau pun boleh membuat aduan di pejabat KPDNHEP yang berhampiran di setiap daerah ataupun di kawasan masing-masing. Yang Berhormat
Timbalan Yang Dipertua, seterusnya berkaitan dengan pemantauan harga barangan di pasaran dan tindakan daripada pihak KPDNHEP Perak. KPDNHEP Perak telah melaksanakan pemantauan harga 135 barangan keperluan harian, pengguna secara harian dan mingguan oleh pegawai pemantau harga di seluruh pasar-pasar dan pasar raya Negeri Perak. Hasil pemantauan mendapati terdapat barangan yang mengalami kenaikan harga seperti ayam standard daripada RM9.50 satu kilo mencecah ke RM10.50 sekilo dan telur ayam gred A, B dan C menunjukkan kenaikan sebanyak 3 sen sebiji iaitu telur gred A, 44 sen sebiji naik ke 47 sen sebiji. Kenaikan harga ayam dan telur ini adalah berpunca daripada kenaikan bahan mentah makanan telah naik berikutan kenaikan harga makanan ayam di pasaran dunia dan bagi kategori sayur-sayuran pula dikesan terdapat kenaikan harga di peringkat ladang sehingga 8.45% ke 64.1%.
Disebabkan faktor cuaca, peningkatan kos baja dan racun yang juga ditentukan oleh pasaran dunia. Berikutan kenaikan barangan tersebut KPDNHEP telah mengadakan sesi libat urus bersama kementerian dan agensi yang berkaitan seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, LKIM, FAMA, dalam usaha menstabilkan harga barangan makanan. Selain daripada maklum balas dari kementerian dan agensi, KPDNHEP juga telah mengambil kira pandangan dan situasi sebenar di lapangan dengan mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri di semua peringkat pengeluar, pemborong dan juga peruncit. Antara pemain industri yang dihubungi termasuklah persatuan-persatuan penternak serta persatuan sayur di seluruh
Malaysia yang mewakili penternak, peladang dan juga pekebun. Tujuan libat urus ini amat penting bagi mencari titik pertemuan bagi mencapai satu harga yang tidak membebankan peniaga dan semua peringkat penternak, peladang dan petani dan dalam waktu yang sama menjamin hak pengguna supaya tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan.
Kementerian akan terus memantau bekalan dan harga barangan yang berterusan di bawah Akta Kawalan Bekalan ataupun AKB 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 khususnya pada perayaan Krismas yang akan disambut pada 25 Disember 2021 ini.
Timbalan Yang Dipertua. Titi Serong.
Permintaan barangan pengguna meningkatkan dan akan memastikan….
Timbalan Yang Dipertua. Titi Serong.
Mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti mencatu iaitu menaikkan harga dengan mengambil keuntungan berlebihan yang tidak munasabah di bawah AKHAP 2011 akan dikenakan Notis Seksyen 21, AKHAP 2011…
Exco. Saya nak tanya pasal ayam. Ayam. Saya difahamkan kita semua dalam Dewan ini termasuk rakyat difahamkan ada…kerajaan akan mengimport berapa ratus kontena ayam nak mengimbangi. So, sejauh manakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan ini, dia boleh mengimbangi harga pasaran ayam ni setakat mana katanya boleh mengimbangi. Harga mengimbangi itu adakah bawah RM9.50, kembali kepada asal ke RM6 ataupun RM7, ataupun masih kekal RM9.50 dan berapa lamakah jangka masa untuk mengimbangi ayam ni dengan import yang masuk ni. Mesti ada perancangan daripada pihak kementerian dan mungkin pihak Exco boleh kongsi. Saya nak tanya harga yang boleh diimbangi itu setakat mana harga siling. Terima kasih.
Titi Serong, saya nak menambah daripada Yang Berhormat tanya tadi cuma saya nak tahu sejauh manakah Kerajaan Negeri untuk melahirkan syarikat integrator yang selama ni syarikat ini dimonopoli oleh Leong Hup, Huat Lai dan juga syarikat daripada Thailand, CP dan juga KL Supreme dan juga Dinding Poultry dan Ayamas di negara kita. Maka saya beranggapan kita di Kerajaan Negeri Perak melalui GLC saya ada. Mestilah mengujudkan integrator untuk menandingi, player-player ini supaya harga ayam di negeri ini dapat distabilkan sebagaimana di negeri-negeri lain. Oleh itu saya nak tanya kepada kerajaan, adakah Kerajaan bersedia, bercadang untuk mewujudkan integrator daripada GLC-GLC Kerajaan yang berkaitan untuk kita gembleng bersama, membekal anak ayam, membekal dedak, membekal makanan, khususnya kepada player-player di bawah syarikat GLC di negeri Perak ini. Itu saja.
Timbalan Yang Dipertua. Sikit tambah. Minta. Saya ingin penjelasan daripada Kerajaan Negeri, sama ada menyedari ataupun tidak. Harga ayam pasaran yang ada di negeri Perak khususnya penjualan runcit di daerah Gerik dan Lenggong. Lebih mahal daripada ayam yang dijual di Negeri Kelantan, yang mana ayam tersebut pengeluarannya adalah dari daerah Manjung. Lori yang lalu melintas di Pekan Lenggong dan Gerik, ayam yang sama tetapi dijual di Kelantan lebih murah antara RM1.00 ke RM1.50 berbeza dengan yang ada di pasaran di Gerik. Jadi mengapakah ini berlaku dan apakah peranan Kerajaan Negeri khususnya GLC ini untuk membantu kerana saya difahamkan yang menguasai pasaran dan juga bekalan kepada barangan termasuk keperluan ayam di Manjung ini adalah taukenya berasal dari Kelantan. Minta penjelasan.
Terima kasih atas isu yang telah dibangkitkan berkaitan dengan isu harga ayam. Seolah saya akan jawab dengan lebih spesifik di hujung penggulungan saya nanti. Kemudian isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Kuning, saya rasa mungkin lebih sesuai dijawab oleh Yang Berhormat Exco Pertanian berkaitan dengan industri ternakan ayam.
Slim mohon mencelah. Ahli Yang Berhormat maklumkan bahawa antara tindakan yang dilakukan adalah sesi libat urus bersama dengan pemain-pemain yang ataupun pengeluar barang-barang ni. Cuma saya ingin tanyakan, selain daripada itu apakah tindakan selanjutnya yang dilakukan oleh Yang Berhormat Exco. Berapa agensi-agensi yang terlibat bagi memastikan harga barangan ini terkawal dan juga pengeluarannya juga di pasaran di mana tidak terjejas oleh pengguna. Jadi saya perlukan nak bertanya tentang bagaimana tindakan selanjutnya selain daripada libat urus. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Slim lah, di atas isu yang telah dibangkitkan. Saya ingat saya telah ada jawab tadi dalam ucapan saya sebelum ini yang selain daripada kita buat sesi libat urus, kita juga mengadakan apa ni tindakan pemantauan ya, turun padang. Kita juga bekerjasama dengan pihak kementerian dalam untuk memastikan barang-barang keperluan asas ini sentiasa cukup di dalam pasaran. Bermula 1 Januari 2021 sehingga 14 Disember 2021, sebanyak 139 surat pemberitahuan semakan harga dan sebanyak 88 notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga. Anti Pencatutan AKHP 2011 telah dikeluarkan daripada setiap rantaian peniaga ayam, telur dan sayur, kesan menaikkan harga barangan.
Sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani harga barang pada masa kini, pihak KPDHEP telah melaksanakan kawalan harga lebih awal, sebelum skim harga maksimum musim perayaan Krismas iaitu Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia ataupun SHMKM sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada masa kini di samping memastikan keberadaan bekalan di pasaran yang berkuatkuasa pada 7 Disember 2011 sehingga 31 Disember 2011. Skim ini melibatkan kawalan harga ke atas item-item tertentu seperti ayam, telur ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran. Sehingga 14 Disember 2021, KPDNHEP Negeri Perak telah mengambil 14 tindakan kes kepada peniaga seluruh negeri Perak atas pelbagai kesalahan seperti menjual melebihi harga kawalan dan tidak mempamerkan tanda harga. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, pada 2 Disember 2021 Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia ataupun PJKM.
Pelaksanaan PJKM ini dikendalikan oleh pihak KPDNHEP sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama dari kalangan berpendapatan rendah. Program ini merupakan kerjasama di antara KPDNHEP, Kementerian pertanian dan industri makanan ataupun MAFI dan juga MOF, serta agensi-agensi di bawahnya dalam menangani isu kenaikan harga barangan yang melanda di negara kita dan juga di seluruh dunia. Program ini dirancang untuk dilaksanakan setiap dua kali sebulan dalam tempoh tiga bulan bermula 4 Disember 2021 merangkumi 222 kawasan Parlimen, di mana bagi negeri Perak sebanyak 24 kawasan Parlimen yang akan terlibat. Program jualan Keluarga Malaysia, PJKM ini, pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga lebih rendah sehingga 20% daripada harga pasaran setempat. Selain itu program seperti kedai bergerak Negeri Perak yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temengor juga adalah satu inisiatif yang baik daripada Kerajaan Negeri yang telah, sudah di dijalankan dari masa dan ke semasa.
Seterusnya saya ingin lah menerangkan tentang isu berkaitan dengan harga ayam yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Isu kenaikan harga ayam harus lihat daripada dua peringkat iaitu dari konteks global yang lebih luas dan konteks dalaman iaitu kecekapan kos seperti penternak. Penternak ayam ini yang berlaku bermula dari peringkat ladang lagi. Yang pertama pihak KPDNHEP sentiasa melaksanakan sesi libat urus dan sesi perbincangan bersama kementerian berkaitan dan pihak industri yang terkesan berhubung kenaikan harga ayam ini. Terutama daripada aspek membantu menangani masalah kos penternak, dari sejak ladang lagi. Antara saranan pihak industri adalah untuk memohon bantuan pinjaman mudah. Ataupun soft loan, dengan izin. Serta kemudahan moratorium bagi membantu menangani isu kos operasi perniagaan mereka.
Selain itu kementerian telah melaksanakan skim harga maksimum musim perayaan ataupun SHMMP untuk menstabilkan kenaikan harga yang tidak munasabah akibat permintaan tinggi semasa musim perayaan serta memastikan keberadaan bekalan di pasaran. Pemantauan harga barang juga turut dilakukan secara harian dan konsisten oleh pegawai pemantau harga yang telah dilantik oleh pihak Kementerian. KPDNHEP juga sedang melaksanakan jualan Keluarga Malaysia yang melibatkan 222 kawasan Parlimen dengan kekerapan dua kali sebulan. Seterusnya program melibatkan usaha sama serta penglibatan pelbagai peringkat. Agensi Kerajaan ini akan menawarkan harga jualan barangan sebanyak 15 hingga 20% lebih murah daripada harga pasaran untuk membantu meringankan beban pengguna pada masa ini.
Timbalan Yang Dipertua, saya nak sentuh by soft.
…dan moratorium.
Titi Serong, soft loan dan moratorium tadi kalau kita lihat daripada sebelum ini, orang mohon yang pegawai pinjaman bank. Sama ada rumah atau kereta dia ada moratorium dia ada soft loan. So, bank tidak mengenakan caj lebihan daripada moratorium. Kali ini Kerajaan Persekutuan diberi soft loan, dia bagi moratorium kepada pengusaha-pengusaha ayam. Tapi harga tetap sama tinggi juga, so, dimana kelebihan daripada 2 skim yang dilaksanakan ini. Skim soft loan ini katanya hendak bagi kemudahan kepada pengusaha supaya boleh niatnya, tujuan asalnya adalah menstabilkan harga ayam. Begitu juga moratorium tapi sehingga sekarang harga ayam masih lagi tinggi dan tapi tak jawab lagi soalan saya tadi, yang pasal import ayam itu macam mana nak stabilkan harga ayam. Dua isu ini, macam apa keberkesanan daripada skim kerajaan Perseketuan soft loan dan moratorium.
Kenyataan daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkaitan dengan bekalan ayam. Bekalan ayam tempatan dalam pasaran dijangka stabil menjelang Februari tahun 2022. Kekurangan bekalan ayam di pasaran antara lain disebabkan oleh peningkatan permintaan mendadak selepas pembukaan semula sektor ekonomi bermula Oktober tahun ini dan di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan atau pun PKP pihak industri mengurangkan pengeluaran ayam tempatan dan keadaan ini menjadi kritikal apabila ekonomi dibuka dan permintaan ayam bertambah. Ayam memerlukan 2 bulan untuk diternak dan digunakan maknanya ada, 2 bulan menyebabkan kekurangan bekalan ayam. Ini kenyataan Menteri yang dipetik pada semalam 15 Disember 2021.
Kuala Kurau, Ayer Kuning.
Sebagai sedia maklum hari ini rakyat seluruh negeri Perak melihat persidangan kita pada pagi ini, pada petang ini adalah tidak lain tidak bukan untuk mendengar dari Exco yang menjaga kawalan makanan khususnya rakyat negeri Perak. Mereka rasa kecewa apa yang diberi jawapannya tidak memenuhi kehendak rakyat khususnya rakyat masih tertekan dengan harga yang tinggi ini. Apa yang penting bagi saya ialah bagaimana kita hendak beri keselesaan rakyat walaupun harga bahan mentah naik dan sebagainya. Berbagai-bagai cara kerajaan telah lakukan tetapi hasil kepada rakyat tidak memadai sebagaimana peruntukan yang diberi cuma daripada sahabat saya daripada Hulu Kinta minta apakah kawalan yang dibuat oleh kerajaan. Dia hendak supaya, di mana harga borong, di mana harga pembekal, di mana harga peruncit. Ini mesti ada berbeza sebagai contoh last week, saya pergi pasar saya tengok kacang panjang dengan nilai RM11.00 satu kilo, sudah kita seganlah, kita orang situkan. Kita beli juga RM11.00 tapi kalau kita tanya kepada pembekal, pemborong harga dia ambil daripada ladang RM3.50 kenapa sampai RM11.00 ini orang marah, rakyat marah apatah lagi ayam, masa musim perayaan Tahun Baru Cina boleh turun, masa pasaran lain, sama saja kan.
So, satu pendekatan kena buat bahawa berapa harga pemborong, harga runcit yang jadi mangsa ialah peruncit kita hari ini. Bila kita marah kita tidak marah kepada pemborong, kita tak marahkah pada pembekal. Kita menjadi mangsa adalah peruncit- peruncit di pasar-pasar atau di pasar-pasar malam. Itu saya hendak supaya Exco bertanggungjawab, bukan arahkan mesti kerjasama dengan agensi yang berkaitan pantau harga diperingkat pemborong, pembekal biasanya peruncit. Kita hasil terpakai kepada kumpulan peruncit sahaja, kita jarang kita dengar kepada kumpulan pemborong yang menjadi satu bahaya kepada pengguna-pengguna di negara kita. Itu sahaja telahan saya buat, saya hendak ianya berjalan dengan baik. Rakyat hanya ternganga tertengok apa yang kita bincang pada hari ini tidak ada satu solusi yang jelas memahamkan mereka pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Mohon pencerahan.
Saya hendak tambah sikit sahaja.
Sekejap, ada Trong, Manjoi dan juga Kamunting. Mana YB Exco.
YB Kuala Kurau, saya hendak tambah sedikit sahaja.
Sekejap Trong.
Sikit sahaja.
Kenapa kita kerajaan ini.
Saya pun sikit juga.
Sapa punya dahulu.
Sila
Seperti mana yang dicadangkan oleh YB Ayer Kuning tadi, saya amat-amat bersetuju kerana kita asyik tengok di bawah harga peruncit sahaja. Bila harga pemborong, semua orang tak tahu harga. Kenapa kita tidak buat ketetapan di mana pasang billboard macam kita pasang harga minyak punya di stesen-stesen minyak ke apa ke, jadi orang ramai tahu harga borong banyak ini sahaja. Jadi kita tak adalah nampak seolah-olah macam menyorok harga borong sebenarnya dan akhirnya menekan kepada petani-petani yang jual kacang RM2.50 sahaja sekilo Tapi sampai ke RM11.00. Sama juga dengan harga cabai, tekanan-tekanan ini diberi oleh pemborong sebenarnya, jadi mengapa kita tak selaraskan kerajaan tak pantau harga pemborong. Di mana pemborong hanya boleh mengambil dan "seteng-seteng" harga kita kawal macam di negara Jepun. Saya tengok, saya pun tak pandai hendak explain tapi itulah kerajaan Jepun mengawal harga borong dalam untuk pekebun-pekebun.
Saya hendak tambah daripada apa yang disebut oleh YB Ayer Kuning tadi, di mana bila di ambil tindakan asyik-asyik kepada peruncit. Tapi kita tak pernah tengok, apa yang berlaku di peringkat pengeluaran dan juga peringkat pengedaran orang tengah. Saya hendak tanya di sini dalam beribu-ribu kali pemantauan dibuat itu, boleh tak Yang Berhormat Exco terangkan, maklumkan kepada Dewan ini berapa kali pemantauan di buat kepada pengedar belah tengah ini mengenai harga ini. Ada tak, dibuat semakan. Kita semak pada peruncit, yang kena denda, kena heret ke mahkamah peruncit sebab dia jual dengan harga yang melebihi daripada harga kawalan tetapi ada semak tak di sini mengenai harga yang dijual oleh pihak pemborong kepada peruncit.
Boleh saya mencelah sikit Batu Kurau.
Terima kasih kepada... Kamunting.
Terima kasih Exco dan Timbalan Yang Dipertua. Saya rasa kalau tengok KPDNHEP ini, inisiatif yang dilakukan memang telah banyak dan program pun banyak. Sama ada di peringkat pusat atau pun di peringkat negeri, banyak sangat inisiatif tetapi kalau kita tengok, kalau turun padang misalnya kalau kita bercakap dengan pegawai-pegawai KPDNHEP dan juga peniaga-peniaga. Mereka ada menyuarakan tentang perkara yang selain daripada bekalan dan permintaan iaitu kartel, isu kartel, isu orang tengah, isu monopoli dan sebagainya. Tak kiralah kalau kita sebut kartel ini seolah-olah macam kartel itu besar tapi mungkin kartel kecil-kecilan tapi inilah isu yang kalau saya berjumpa dengan KPDNHEP sendiri, benda ini tak dinafikan. Jadi saya hendak tanya Exco adakah perlu akta-akta yang ada ini seperti yang disebutkan tadi Akta Kawalan Bekalan, Akta Perlindungan Pengguna dan sebagainya. Diubah atau pun ditambah baik dikenakan penambahbaikkan supaya isu-isu kartel, isu monopoli dan isu orang tengah ini dapat diatasi. Mohon respon daripada Exco.
Terima kasih di atas isu yang telah dibangkitkan dan saya percaya pihak KPDNHEP Perak sentiasa membuat pemantauan di semua peringkat rantaian pengeluaran barang-barang makanan dan juga barang-barang keperluan bukan sahaja di peringkat peruncitan termasuk juga di setiap peringkat pemborongan dan juga di peringkat pengeluaran. Sudah tentu tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat, ada aduan yang telah disampaikan kepada pihak KPDNHEP. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, secara keseluruhan bekalan dan harga barang keperluan asas di seluruh negeri Perak adalah terkawal. Walaupun situasi terkawal pihak KPDNHEP negeri Perak melalui pegawai dan anggota penguatkuasa KPDNHEP...
Exco.
Dan dibantu oleh pegawai pemantau harga KPDNHEP sentiasa komited.
Minta celahan sedikit Exco.
Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara harian di premis-premis di seluruh negeri Perak bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi di samping di samping bagi melindungi hak pengguna.
Yang Berhormat Exco minta celahan sedikit boleh.
Mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Kamunting Yang Berhormat Exco.
Boleh tak respon sedikit saya punya. Saya rasalah isu kartel isu ini telah dibincang di Parlimen dibincang juga di sini pun dibincang juga. S,o Exco ada maklumat lanjut tak mengenai apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan isu kartel isu orang tengah dan monopoli ini. Kalau ada boleh share lah dengan kita orang semua. Apa tindakan selanjutnya.
Yang Berhormat Kamunting.
Tambahan sikit. Tadi Yang Berhormat Exco mengatakan harga barangan terkawal secara keseluruhan terkawal tetapi keadaan tidak terkawal jadi macam mana ni. Baru sebentar tadi Yang Berhormat Exco mengatakan secara keseluruhannya harga barangan ada terkawal tetapi realitinya tidak terkawal. So macam mana ni? Harga semakin naik seperti mana kata YB Ayer Kuning tadi harga di kebun lain harga dia tiba sampai kepada peruncit dah naik RM11.00 dua, tiga hari sudah saya nyatakan harga cili di kebun RM8.00 harga peruncit RM17.00. RM9.00 beza.
Ok, bagi menjawab isu telah dibangkitkan oleh ADUN Kamunting perkara ini akan saya bawa untuk perbincangan dengan lebih lanjut dengan pihak KPDNHEP dan juga pihak Kementerian untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkaplah. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Saya sudah sampai di penghujung penggulungan setakat ini sajalah tidak setiap malam bangun-bangun.
Timbalan Yang Dipertua, tidak menjawab soalan. Timbalan Yang Dipertua, tidak menjawab soalan Timbalan Yang Dipertua. Tak boleh. Jawab dulu soalan. Ramai yang bertanya ni.
Sekejap-sekejap.
Timbalan Speaker tadi bagi jaminan Hulu Kinta dulu. Timbalan Speaker bagi jaminan Hulu Kinta tadi akan dapat jawapan. Timbalan Speaker bagi jaminan tadi.
Tuan Speaker tak boleh. Tuan Speaker bagi jaminan untuk Exco menjawab
Ok, jawapan yang berkenaan dengan Hulu Kinta tadi saya dengar dengan kepala dan juga telinga saya telah menjawab 135 barangan dalam kawalan dan juga ada di sebut.
Timbalan Yang Dipertua, Hulu Kinta tanya pemeriksaan tomato sahaja. Buah tomato. Exco kena jawab.
Timbalan Speaker, Timbalan Speaker kena ingat. Timbalan Speaker wakil rakyat juga. Rakyat tengah memerhati ini bukan pejabat Timbalan Speaker ini Dewan ini melibatkan isu rakyat fundamental issue ada asas saya minta soalan. Perkara ini bukan saya bangkitkan hari ini. Kalau bangkit hari ini mungkin dia boleh maklumkan ok bagi masa untuk menjawab. Ok kita terima. Tapi yang ini 14 hari bulan hari tu Hulu Kinta dalam perbahasan telah bangkitkan isu kecacatan faham tak kecacatan faham (gangguan). Orang kata kecacatan Timbalan Speaker kata tak sempurna pula. Apa benda ni. Faham ke tak faham?
Exco sendiri bagi jaminan tadi akan menjawab semua orang dengar handsard pun boleh buktikan Sejujurnya ada tak jawab pasal saya kata ada kecacatan tadi. Faham tak? Exco tak menjawab soalan. Ok, tak lengkap faham. Ini isu melibatkan rakyat. Rakyat menderita di bawah faham.
Semua memahami, semua memahami semua memahami dan juga semua rakyat negeri Perak dan Malaysia memahami barangan dan..
Ok, Timbalan Speaker faham tapi Exco tak menjawab.
Titi Serong boleh duduk tak. Boleh duduk tak, boleh duduk tak. Saya mintak Titi Serong duduk. Saya minta Titi Serong duduk. Saya minta duduk. Ok kita teruskan.
Ok saya minta tiga minit lagi Hulu Kinta tolong jelaskan.
Nak ni kali ketiga saya jelaskan. Ini kali ketiga eh. Inilah keadaan Exco yang melibatkan peningkatan harga barang ni. Saya ulang balik ini kali ketiga eh Timbalan Speaker dengar balik. Skim harga maksimum Keluarga Malaysia telah dikeluarkan pada 6 haribulan dikuatkuasakan 7 hari bulan sampai 31 Disember 2021 ok. Dalam skim tersebut ada 12 item diberikan untuk kawalan. Saya baca. Ayam hidup, ayam standard ayam super, ayam telur, ayam gred ABC, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis bulat import, kacang panjang, timun. Ok, ni jer item yang telah dikeluarkan. Apa saya sebut sini kecacatannya adalah yang pertama depa kata harga telah dikawal ini untuk kawal harga tapi depa keluarkan harga ni dia kawal daripada harga yang telah naik ketika itu. Itu satu. Kedua kecacatan-kecacatan seterusnya harga tertera, borong tertera tapi harga ladang tidak diletakkan. Maknanya dia nak bantu taukeh-taukeh besar ker nak bantu rakyat? Itu persoalan.
Yang ketiga kecacatan contohnya mereka letakkan harga tomato saya ambil contoh harga tomato, harga tomato ini ada banyak gred. KPDKN dia letakkan harga RM5.50 sekilo. Maknanya gred yang rendah tu RM2 di market. Yang dulu-dulu orang beli. Apabila kerajaan KPDKN sendiri telah tetapkan lima ringgit setengah, orang ambil kesempatan lah. Dijual gred RM2 sepatutnya rakyat beli RM2 tu rakyat terpaksa beli lima setengah kerana ini dia dah keluar. Tu keempat Seterusnya contoh cili merah tadi siapa Trong, Trong bangkit tadi cili merah dalam item ini cili merah ni harga, harga tetapkan RM17 dengar yer cili merah tetapkan RM17 dalam item ini. Tapi walaupun dalam musim perayaan sebelum ini musim perayaan ini dah tentu harga naik musim perayaan sendiri pun ketika itu pun harga yang maksimal naik adalah RM15 itu musim perayaan. Harga ini bukan musim perayaan. Tapi kerajaan tetapkan RM17. Yang kelima kenapa tak letak harga ladang sini.
Saya faham nak bantu tauke-tauke besar bukan bantu rakyat kerana apa saya bagi contoh. Ni kangkung saya ambil benda kecil jer kangkung. Pengusaha ladang jual kepada pemborong RM0.80 hingga RM1.50. RM0.80 ini kira macam biasa lah. Kalau musim raya ataupun musim hujan sebagainya dia orang jual RM1.50 itu maksima. Tetapi pemborong ambil RM1.50, RM0.80 dia pergi hantar ke runcit makna pasar depa RM7.00 lagi cas. Berapa RM7.00. Maknanya kalau RM7.00 peruncit kena jual rakyat berapa? Tambah lagi seringgit dua biasa lar dia kena ada untung sikit. Mananya akhirnya rakyat jadi mangsa Timbalan Speaker. Ini yang saya minta ni penjelasan. Apa salahnya? Ini isunya sekarang Sidang DUN dah ketahui umum bulan lepas dah maklum. Exco yang bertanggungjawab kena datang dengan jawapan-jawapan yang sewajarnya untuk terangkan pada rakyat. Inilah tempat terang pada rakyat. Kalau tidak bukan tempat ni tempat mana lagi tak faham. Mana lagi ini tempat kuasa rakyat. Rakyat hantar wakil-wakil rakyat termasuk dalam DUN ni. Untuk apa untuk apa? Hanya akan sebut akan akan akan dan kami pulak duduk ok. ok...ok begitu. Hah nampak. Dah lupa dah ada, ada tu lama tak ada dah habis dah tinggal mana ni.
Habis dah tiga minit.
Maknanya tau dak sekarang ni dia macam ni, kalau Exco tak dapat jawab, dia kena minta maaf pertama kenapa saya bukan bangkit hari ini. Dalam perbahasan saya telah kabo dah ada kecacatan, kecacatan apabila saya bangkit isu ini isu ayam saya bangkitkan, Gunung Semanggol lepas tu saya beralih nak pergi ni dah hilang 14 bulan Exco dah buka dah keluar luar lari. Maknanya tak apa asalkan dia dengar. Sebagai Exco dia kena dengar mana-mana Exco pun kena dengar perbahasan wakil. Inilah ketetapan dan peratuan Dewan di mana setiap perbahasan wakil rakyat harus didengari oleh Exco-Exco sekiranya ada topik-topik berkaitan mereka akan bersiap kan apa jawapan untuk Bacakan untuk jelaskan dalam Dewan itu kebiasaan. Tapi apa benda ni. Saya tak faham. Saya tak faham. Seolah-olah Exco patung. Tak sekarang ini ada jawapan? Ada-ada jangan takde je.
Jawapannya ada lah.
Ok saya minta Hulu Kinta tamatkan.
Ok sekarang ni dua je saya nak. Sama ada, oleh kerana saya dah bangkit 14 hari bulan, kena jawab. Kalau tak ada jawapan mohon maaf kepada rakyat. Itu kedua. Yang ketiga, Dato' Speaker kena ingatkan. Kena ingatkan inilah peraturan Dewan adalah apabila wakil rakyat bangkit-bangkit isu rakyat harus beri jawapan. Ini menunjukkan kegagalan. Bukan ini sebab apa, dengar-dengar ni.
Ok. Dah banyak isu dah. Semua dah faham dah.
Isunya sekarang dia boleh...
Masa dah cukup, benda yang sama berulang daripada Hulu Kinta.
Ok dah...dah...dah habis dah. Oleh kerana kegagalan Exco begini, dia melibatkan nama baik rosak nama baik Menteri Besar juga. Itu isu dia. Maknanya saya nampak contohnya saya bagi contoh. Dalam apabila saya bagi cadangan soal apa Jawatankuasa Task Force diwujudkan, Dato' Menteri terima. Maknanya, itu adalah sifat ditengok kalau benda baik tak kiralah parti mana apa semua dia terima alhamdulillah. Makna itulah kita mahukan. Tapi takkan tugas-tugas ini pun Menteri Besar boleh turun. Ini tugas tu sebabnya dah ada tugas ada bagi jawatan buat peranan. Bawa perkara tu...
Ok Hulu Kinta, sudah. Sudah faham.
Kalau tak mampu selesai sendiri bawak kepada kepimpinan atasan.
Timbalan Speaker. Mohon Exco mohon maaf.
Kalau tak boleh jawab jugak ni...
Ok minta maaf. Terima kasih Hulu Kinta. Saya buat keputusan.
Saya tak nak panjangkan. Saya tak nak panjangkan. Dengar ni. Sekarang ni arahkan Exco minta maaf. Kedua, mengarahkan ingatkan selepas ni apa-apa perkara ni. Ni ketiga lepas ni jawab bertulis. Tu saja tiga perkara. Saya nak mudahkan kerja tapi bergantung dengan Timbalan Speaker apa...
Terima kasih daripada Hulu Kinta kerana perbahasan dan juga soalan tambahan tadi. Saya mohon satu minit kalau ada respond daripada Exco. Satu minit saja sebelum saya buat keputusan yang lain.
Terima kasih kepada Hulu Kinta di atas isu yang telah dibangkitkan.
Jawapannya akan dijawab.
Ha insyaAllah saya akan jawab secara bertulis.
Terima kasih. Saya mohon kan semoga Exco dapat menjawab semua persoalan yang tidak jawab tadi secara bertulis. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Timbalan Speaker. Timbalan Speaker yang memanjangkan perkara ini. Saya dah kata tadi...
Tualang Sekah teruskan. Hulu Kinta... Hulu Kinta boleh duduk tak? Tualang Sekah nak menggulung. Hulu Kinta 1, Hulu Kinta 2, Hulu Kinta 3. Dipersilakan keluar.
Ini isu rakyat.
Dipersilakan.
Ini isu rakyat.
Dipersilakan keluar. Nak duduk ke nak keluar sekarang ni? Saya dah selesai untuk Exco daripada ...
Ini isu rakyat, kedukaan rakyat. Tak sekarang ni mengarahkan kepada Exco. Contohnya kalau saya terlepas pandang saya minta maaf. Maknanya, apa susah sangat ni. Timbalan Speaker, selesaikan isu ni. Ini isu rakyat. Saya tak nak panjangkan perkara ni. Kabo kan begitu saya duduk.
Teruskan Tualang Sekah.
Sekarang ni mudah je Timbalan Speaker, saya duduk sekarang. Mohon satu je. Ok tersilap pandang saya mohon maaf. Itu je. Saya duduk.
Ok peraturan Dewan ke 45 ialah memanggil ahli yang dahulu dipandangkan olehnya. Minta maaf, yang kelima. Seorang ahli yang hendak berucap hendaklah bangun ditempat dan apabila dipanggil hendaklah dia berdiri dan mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi. Seseorang ahli yang tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Pengerusi.
Kalau itu semua saya dah buat dah. Saya akur keputusan Speaker, saya duduk tadi kan. Saya hormati kan?
Tak boleh tak hormati Pengerusi dan Tualang Sekah dan saya arahkan Hulu Kinta duduk? Bentara arahkan Hulu Kinta keluar.
Hulu Kinta minta maaf. Saya perlu teruskan dengan pergulungan saya. Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Exco, Yang Berhormat-Yang Berhormat ADUN, ketua jabatan, agensi, sahabat media dan pemerhati alam maya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam sejahtera dan Salam Perak Sejahtera. Timbalan Yang Dipertua, pada kesempatan ini saya dengan penuh hormat dan takzimnya merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Mahfullah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Tahun 2021. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar di atas pengurniaan Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak. Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan saya, saya ingin mengambil peluang ini selaku Ahli Dewan Negeri Tualang Sekah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Pentadbiran Negeri dan persatuan yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama untuk kita terus menyelesaikan masalah berkaitan Covid-19 dan pembangunan di kawasan saya. Bagi pihak rakyat DUN Tualang Sekah saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan kerajaan di peringkat negeri, daerah, pihak swasta, kepimpinan parti politik serta NGO yang telah kekal bersatu dalam menjayakan program vaksinasi negara sehingga kita ke tahap pemulihan negara seperti yang ada pada hari ini. Timbalan Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai perkara demi kepentingan rakyat khususnya berkaitan dengan portfolio saya. Memandangkan hampir semua Yang Berhormat ada menyentuh berkenaan portfolio, ucapan penggulungan saya akan menyentuh berkenaan perancangan dan isu yang dibangkitkan dalam sidang Dewan yang tidak dikemukakan melalui soalan lisan mahupun bertulis memandangkan soalan-soalan tersebut akan diberi jawapan.
Minta Bentara off kan mikrofon. Tualang Sekah teruskan dengan ucapan.
Ok. Kalau duduk tak keluar apa.
Speaker bagi arahan jelas.
Sekarang ni bagi jelas. Apa nak keluar ke nak duduk sekarang ni.
Nak duduk boleh atau pun nak keluar.
Di kantin.
Tualang Sekah Teruskan. Tualang Sekah teruskan.
Timbalan Yang Dipertua, menyentuh kepada isu pelancongan, pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat yang melebihi daripada 50 batu dari tempat kediaman dan tidak lebih daripada satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Pelancongan mungkin boleh dilakukan secara Antarabangsa mahupun di dalam Negara. Menurut pertubuhan pelancongan sedunia iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong juga teori dan amalan pelancongan, perniagaan tarikan, menampung dan menghiburkan pelancong dan perniagaan operasi pelancongan. Mengikut takrifan ini ianya bermaksud aktiviti perihal pelancongan ini melibatkan pelbagai aktiviti lain yang melibatkan seluruh negeri Perak dan pada hari ini fakta ini tidak boleh dipertikaikan lagi bahawasanya ya kesan buruk pandemik Covid-19 kepada sektor ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Mengikut statistik Jabatan Perangkaan bagi tahun 2020, pemulihan ekonomi negeri turut dipacu oleh sektor pelancongan di mana seramai 13.17 juta pelawat kedua tertinggi selepas Selangor, di negeri Perak telah menjana sebanyak RM2.347 bilion kepada kitaran ekonomi di dalam negeri. Alhamdulillah pembukaan semula sektor pelancongan dan kebenaran untuk rentas negeri sejak bulan Oktober 2021 disambut baik oleh semua pihak. Pulau Pangkor bebas cukai, Bandaraya Dalam Geopark Kinta dan Bandar Warisan Taiping merupakan antara destinasi pelancongan utama di negeri Perak. Selain itu usaha kita juga telah diiktirafkan dengan penganugerahan empat anugerah semasa Malaysian Tourism Gold Awards yang mana salah satu daripada Anugerah Perak telah menerima Anugerah Best Safer Destination. Ini adalah hasil komitmen dan jalinan kerjasama semua pihak yang telah mempelopori program Good Practice Guide kat Perak sejak pasca PKP pada tahun 2020.
Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih saya kepada agensi-agensi dan juga rakan-rakan yang strategik termasuk Tourism Perak, MOTAC, NGO-NGO pelancongan yang diketuai oleh Perak Tourism Association, pengusaha-pengusaha produk, pihak Bomba dan Penyelamat dan juga Pihak Berkuasa Tempatan yang telah memberi komitmen untuk menjayakan SOP tersebut. Ya betul bajet-bajet pelancongan telah diturunkan dengan begitu mendadak sekali termasuk untuk sektor pelengkap atau sokongan iaitu Kebudayaan dan Warisan tetapi harus diperingatkan di sini keputusan itu telah kita lakukan kerana peruntukan untuk pembangunan pelancongan telah ditampung secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan khas RM20 juta seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan di mana RM12.5 juta diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur pelancongan yang merentasi semua daerah. Contohnya sektor eko-pelancongan negeri Perak kian melonjak naik dan diminati ramai pasca PKP. Prasarana yang bersesuaian dan mencukupi amat penting terutamanya waktu puncak semasa musim perayaan ataupun cuti sekolah yang telah pun bermula.
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri menyedari pembangunan infra hanyalah suku dalam usaha kita memulihkan industri yang berpacu kepada pihak swasta. Mengambilkira keseriusan isu pelan pemulihan ekonomi industri pelancongan ianya memerlukan usaha-usaha atau strategi khusus untuk restart or kick-start dengan izin saya dengan itu ingin mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Chenderiang, Yang Berhormat Pasir Berdamar, Yang Berhormat Kepayang, Yang Berhormat Manjoi, Yang Berhormat Malim Nawar, Yang Berhormat Pasir Pinji dan Yang Berhormat Menglembu serta ramai lagi yang telah memberikan cadangan-cadangan dan idea-idea baru untuk pelancongan.
Kerajaan Negeri telah merancang satu program kursus di bawah peruntukan Pakej Ransangan Ekonomi iaitu program yang berteraskan pemulihan pelancongan Perak yang dipanggil DREAM dan Insyaallah cadangan-cadangan YB-YB akan dikaji dan diangkatkan untuk kelulusan di bawah program ini. Program ini akan memberikan penekanan untuk menambahkan pendapatan rakyat melalui 5 penekanan. D: Development dan Infra iaitu Pembangunan dan infrastruktur. R: Resources iaitu sumber sama ada manusia, kewangan dan teknologi. E: untuk Events iaitu acara. A: untuk Advertising and promotion iaitu promosi dan pengiklanan dan M: adalah Marketing dan pengurusan iaitu pemasaran marketing and management iaitu pemasaran dan pengurusan. Kenapa DREAM? kerana pada waktu dan ketika ini kita ketahui ramai di antara kita adalah dalam keadaan mechanisme coping hanya coping with the events yang telah melanda kita dengan izin ya. Jadi dengan adanya DREAM atau impian ianya akan memberi sinar harapan which were led to hope insyaallah dan hope ini pula akan melahirkan passion dan komitmen untuk kita jadikan DREAM tadi sebagai satu kenyataan.
YB Exco. sekejap. YB Yang Berhormat Exco. Speaker.
Can I finish a little bit?
Standing Order 442. Nanti dulu. Standing Order 442. Minta duduk sekejap YB Exco.
Ok.
Saya dimaklumkan tadi sebelum saya masuk Timbalan Speaker telah buat ruling untuk minta YB Hulu Kinta untuk keluar daripada Dewan pada hari ini setelah berlaku kelakuan haru-biru. Jadi mengikut Standing Order 442, saya ikut di sini demi kemuliaan Dewan, saya minta Hulu Kinta untuk keluar daripada Dewan sekarang. Bentara, please. Iring Hulu Kinta keluar.
Tak, sekejap Tuan Speaker kata ok boleh duduk, boleh keluar. Ini kata keluar. Apa saya tak faham benda ni? Saya tanya isu rakyat saya dikeluarkan. Tak apa, tak apa. Saya tanya mengenai isu rakyat…
Hulu Kinta.
Exco tak jawab.
Hulu Kinta.
Saya dikeluarkan tak apa. Ok.
Keluar.
Saya keluar.
YB Exco, sila teruskan.
Program ini adalah diaturkan untuk memfokus dalam usaha kita menarik seramai mungkin pelancong sama ada domestik ataupun antarabangsa dalam rangka tempoh 2022 hingga 2023. Jadi Kerajaan Negeri menetapkan sasaran dalam tempoh pemulihan sektor pelancongan sebanyak 14 juta pelawat domestik dan 6 juta pelawat bermalam yang akan berkunjung ke negeri Perak sepanjang tahun 2022. Tadi Pasir Berdamar. Silakan.
Terima kasih. Saya kagum dengannya projection iaitu 14 juta iaitu lebih hampir 800,000 orang daripada apa yang telah dicapai setakat tahun 2020 iaitu 13.1 juta pelancong domestik dan Yang Berhormat telah mengatakan bahawa jumlah yang telah diperuntukan adalah RM 20.3 juta dan sebagaimana yang saya telah perbahaskan semalam RM20.3 juta ini hanyalah 1% daripada keuntungan Negeri Perak memperolehi daripada industri pelancongan dan dalam pasca covid ni setuju tak dengan saya Yang Berhormat bahawa kita menghadapi banyak kekangan-kekangan dan kita nampak bahawa industri pelancongan ini adalah money spinner membawa wang sebagaimana saya kata semalam macam golden goose. Itik ya. Bawa wang tu kena jagalah itik tu. So, mengapakah kita tidak boleh mempertingkatkan usaha untuk lebih memperkasakan industri pelancongan dengan meningkatkan jumlah peruntukan kepada sektor pelancongan. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Pasir Berdamar ya di atas pandangan tersebut. Sememangnya Kerajaan Negeri mengakui ianya adalah satu keadaan yang cukup-cukup mencabar khususnya untuk portfolio pelancongan apabila peruntukannya tidaklah begitu besar ya untuk pemasaran dan promosi serta acara tapi kita telah berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri kita masih ada ya peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan di situlah kita akan membuat bidaan untuk program DREAM ini mendapatkan perhatian dan juga suntikan yang secukupnya khusus untuk program-program yang telah kita aturkan bagi jangka masa pendek iaitu tahun 2022 hinggalah lanjutannya kepada 2023 tapi itulah antara cabarannya dan kita pastilah kita perlu mencari kaedah dan alternatif yang kreatif daripada segi kerjasama daripada segi berkongsi tenaga khususnya dengan jabatan dan agensi yang sedia ada mahupun pihak-pihak swasta yang kini saya lihat ramai ke depan untuk bersama-sama membantu menyelesaikan apa saja orang kata ya isu-isu yang dihadapi tetapi saya ucapkan terima kasihlah di atas pandangan tersebut. Memang mencabar dan saya memerlukan pandangan dan juga bantuan daripada rakan-rakan Yang Berhormat untuk kita jayakan suntikan ekonomi khususnya untuk pelancongan pada tahun hadapan.
Selinsing.
Dato’ Yang Dipertua, Selinsing ingin menarik perhatian tentang peruntukan RM12.5 juta yang diberi kepada Exco dan juga saya merakamkan terima kasih juga kepada Astaka yang membangkitkan persoalan pelancongan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Cuma saya tengok RM12.5 juta ini sangat sedikit. Jadi saya atau pun Selinsing mengharapkan ada sedikit perhatian kepada Chalet Kuala Gula. Janganlah pula rakyat Selinsing tidak mendapat langsung daripada RM12.5 juta ini. Jadi harapan rakyat Selinsing semoga Exco dapat memberi sedikit perhatian dan janganlah ada taburan itu kepada satu satu tempat sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Tualang Sekah. Saya cuma ingin bertanya daripada pakej rangsangan untuk pembangunan pelancongan sebab tadi menyentuh soal memberi tumpuan kepada Pangkor beberapa kawasan tapi saya tidak mendengar satu kawasan yang cukup besar yang gah di kawasan saya iaitu di Royal Belum. Apakah bantuan-bantuan untuk mengupayakan semula pemandu-pemandu houseboat yang cukup-cukup terkesan. Sekadar saya boleh mampu bagi bantuan barang kotak baru-baru ini sebab mereka tidak dapat mengusahakan seperti pemilik-pemilik hotel dan resort-resort yang lain. Jadi saya ingin bertanya apa tindakan atau pun bantuan yang diberikan untuk pemandu pemandu houseboat di kawasan Royal Belum. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Selinsing dan juga YB Temengor. Untuk makluman YB Selinsing sememangnya kita ada sedikit lagi peruntukan di bawah PRE untuk pembangunan infra insyaallah kita akan pertimbangkanlah untuk dimasukkan sebagai salah satu daripada projek priority sekiranya ianya amat amat diperlukanlah. Untuk YB Temengor sebenarnya tadi saya mention tu cuma contoh untuk destinasi-destinasi popular. Pada waktu dan ketika itu Royal Belum lambat sikit buka ya semasa rentas negeri kerana kita terpaksa orang kata menghormati SOP yang telah diturunkan oleh pihak MKN tetapi pada waktu dan ketika ini mereka telah menerima bantuan daripada pihak kerajaan secara bantuan one off secara menerus kepada pemandu-pemandu bot pelancong dan mereka telah juga menjadi peserta kepada program re-skilling yang telah mana kita memberikan elaun kepada mereka selama dua bulan semasa mereka membuat latihan bersama Tourism Perak di bawah inisiatif PASAK dan insyaallah kita akan lihatlah sekiranya ada lagi keperluan-keperluan lain kita akan sentiasa bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Terima kasih. Ya Yang Berhormat Manjoi.
Terima kasih YB Exco. Saya nak sambung sedikit daripada apa yang bertulis Yang Berhormat Temengor tadi iaitu mengenai pelancongan. Saya rasa dia merujuk kepada pelancongan di houseboat tadi tu di kawasan Tasik Banding di mana kita lihat di Tasik Banding sana tu adalah satu inovasi baru dalam segi pelancongan iaitu apabila pelancongan melalui houseboat tu banyak kita lihat dan houseboat itu dibina satu oleh syarikat, ada orang perseorangan dan sebagainya tetapi dari pemerhatian dan daripada pengalaman saya sendiri mengikuti perjalanan menaiki houseboat tersebut, saya tengok designnya bermacam-macam, tidak ada spek yang tertentu dan jauh sekali pemantauan mengenai isu-isu keselamatan dari segi design dan sebagainya. Jadi soalan saya ada tak rancangan pihak kerajaan untuk regulate pembinaan dan juga pengoperasian houseboat tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini satu masa nanti.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat kita memang mengeluarkan lesen di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Gerik dan sebenarnya kita telah mewujudkan jawatankuasa untuk memastikan penyelarasan daripada segi speks dan juga daripada segi keselamatan daripada agensi-agensi lain yang perlu dipatuhi apabila pengeluaran lesen diperbaharui. Malahan kita telah mengambil tindakan untuk memberi notis kepada mereka. Mereka akan diberi 3 bulan dalam tahun depan untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan khususnya daripada segi keselamatan dan orang kata safety and hygiene. Jadi perkara itu telah pun dilaksanakan dan mereka juga telah dimaklumkan berkenaan dengan perkara tersebut. Setakat ini lesen baru tidak dikeluarkan sehingga kita memperbetulkan keadaan yang ada di Tasik Banding. Terima kasih.
Saya teruskan ya. Jadi program TRIM akan fokus kepada pembangunan infra yang akan dilakukan melalui gabungan bajet peruntukan dan juga peruntukan federal dan ERE. Insyaallah cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat Selinsing, Malim Nawar, Lubuk Merbau akan diperhalusi dan kita kaji ya mengikut keutamaan untuk kita angkat bagi kelulusan. Pemerkasaan sumber manusia juga perlu apabila industri ini dilanda masalah kekurangan pekerja seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungkai termasuklah industri-industri perkhidmatan. Negeri Perak memerlukan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan kepakaran khas termasuklah berkaitan dengan geologi pada hari ini, antologi, arkeologi digitalization dan teknologi hijau. Setakat ini kerjasama telah dijalinkan bersama pihak PASAK untuk program-program seperti untuk tour guide iaitu program storytelling, program work pro bagi mereka yang mengganggur atau diberhentikan daripada industri dan juga program re-skilling bagi memenuhi permintaan industri. Penganjuran acara untuk penjanaan pendapatan untuk pengusaha pelancongan sama ada dalam bidang penginapan, perkhidmatan termasuk usahawan makanan, minuman, barangan dan pengendali aktiviti seperti spa dan juga eco pelancongan juga memastikan Perak terus menjadi pilihan utama dalam mendapat kunjungan pelawat secara berkali. Reputative visitors dengan izin. Acara akan merangkumi acara pelancongan, sukan pelancongan dan kebudayaan.
Promosi pula adalah dalam bentuk insentif dan subsidi untuk menggalakkan pengusaha dan pelancongan melalui program Perak Pass atau pun program baucer #TravelPeraklah yang diteruskan sehingga hujung tahun hadapan. Pemasaran akan diperhebatkan melalui pakej baru untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Antara pakej yang sesuai bukan sahaja bagi Perak malah kita telah membuat kerjasama untuk negeri-negeri utara Malaysia adalah termasuk dengan izin Real Tourism, Tapak Warisan Dunia Unesco, Devu pelancongan dan Coffee Map. Tidak ketinggalan juga Heritage Trail di Batu Gajah, Taiping dan Teluk Intan dan juga dalam proses kita sedang membangunkan adalah proses coffee trail untuk wilayah utara Malaysia. Sistem pengurusan pemasaran juga amat penting dalam kita merencanakan pemasaran yang berjaya.
Menyentuh pula berkenaan dengan Geopark saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Teja yang telah banyak memberikan pelbagai cadangan. Jawapan bertulis telah pun disediakan untuk Yang Berhormat. Walaubagaimana suka untuk saya berkongsi bahawa Mesyuarat Geopark Kebangsaan akan dipengerusikan oleh KSU, KETSA pada petang ini pada pukul tiga yang lalu di mana Insyaallah agenda yang akan dimasukkan adalah perakuan Geopark Lenggong sebagai Geopark terbaru untuk Malaysia. Papan tanda dan sebagainya dari segi disability telah pun siap dan Galeri Lenggong pula akan siap tahun depan. Ini akan menambah nilai kepada tapak Warisan Dunia Unesco Lenggong dan semestinya memperkasakan lagi branding Lenggong sebagai hub warisan dan juga Ipoh pelancongan global.
Menyentuh berkenaan dengan budaya dan warisan kerajaan Negeri Perak sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak seni di Negeri Perak. Atas sebab itu saban tahun Kerajaan Negeri adalah antara kerajaan yang menyediakan peruntukan khusus untuk kegiatan anak seni di negeri ini. Antara agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu anak seni di negeri adalah Majlis Kebudayaan Negeri Perak (PORT) serta disokong penuh oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak. Antara usaha yang dilakukan oleh agensi-agensi ini dalam membantu penggiat dan tokoh seni budaya di negeri ini untuk terus berkarya termasuklah insentif seni kewangan, insentif seni ruang untuk berkarya, insentif seni penerbitan buku, insentif seni ruang pameran dan juga insentif kebajikan penggiat-penggiat itu sendiri.
Jadi untuk makluman sidang Dewan dan Yang Berhormat Manong, dalam usaha untuk mengangkat dan memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh dan penggiat seni budaya di negeri ini, Majlis Kebudayaan Negeri Perak sedang merangkakan satu program Anugerah Tokoh Seni Budaya Perak yang akan melibatkan semua cabang seni budaya. Program Hadiah Sastera Perak juga akan diteruskan dan insyaallah program ini akan dijalankan atau dilaksanakan pada tahun 2022. Aacara-acara juga untuk untuk makluman Yang Berhormat telah terus dijalankan walaupun dalam keadaan PKP melalui platform-platform media oleh agensi-agensi kita termasuklah pihak quad dan juga pihak Majlis Belia Negeri. Berkenaan dengan isu warisan yang ini Yang Berhormat Tebing Tinggi ada bangkitkan ya.
Saya menyambut baiklah cadangan daripada Yang Berhormat Tebing Tinggi untuk kita perkasakan lagi usaha Kerajaan Negeri ke arah ini termasuklah untuk warisan budaya, sejarah dan geologi. Jadi untuk makluman satu jawatankuasa penyelarasan warisan sebenarnya telahpun kita tubuhkan di antara Kerajaan Negeri dan juga kerajaan Persekutuan untuk kita susun semula bukan sahaja daripada segi rekod tetapi dalam usaha kita membuat pemuliharaan dan pemeliharaan warisan yang sedia ada. Kerana pada hari ini terlampau banyak isu yang mengatakan isu itu adalah warisan tetapi ianya perlu ditapis oleh pihak pakar-pakar dan inilah kita mewujudkan satu kerjasama di bawah jawatankuasa ini untuk menilai yang mana yang perlu diberi perhatian dan tindakan tindakan segera mengikut kemampuan kewangan kita. Ahli-Ahli Yang Berhormat…
Tualang Sekah sedikit soalan. Temengor. Cuma nak bertanya berkenaan dengan warisan saya nak bertanya tentang soal status Unesco Royal Belum sebab difahamkan Februari 2017 kita telah panjangkan permohonan untuk memasukkan Royal Belum. Adakah masih lagi berterus meneruskan permohonan tersebut?
Ok, terima kasih Temengor. Sorry saya lupa nak sebut tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, bila kita buat permohonan pada tahun 2017 ianya telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Warisan Negara dan prosesnya telahpun dimulakan sehingga tahap proses-proses untuk permohonan tersebut telah pun lengkap dan dibawa kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Jadi mereka akan memulakan proses untuk orang kata mempersembahkan kepada jawatankuasa antarabangsa selepas ini. Terima kasih. Menyentuh berkenaan…
Yang Berhormat. Yang Dipertua, saya ingin apa menambah sedikit dari apa aspek pelancongan iaitu pelancongan kesihatan. Yang mana dari sama ada dari luar negara ataupun dalam negeri datang ke Perak untuk mendapat mendapat khidmat kesihatan. Jadi apakah ini tidak boleh di apa diwar-warkan ataupun kita expose hospital-hospital swasta yang berada di Negeri Perak ni, boleh menggalakkan mereka datang ke Perak untuk mendapatkan yang kita anggap sebagai pelancongan kesihatan. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan pada Pasir Panjang. Sebenarnya saya pun lupa juga nak masukkan dalam usul penggulungan saya. Sebenarnya kita telah pun mengambil tindakan dengan bantuan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Di mana kita telah bukan sahaja menjemput mereka untuk bersama kita tapi mereka telah mengadakan taklimat kepada pemain-pemain industri dalam Malaysia Healthcare di Perak. Termasuklah lapan hospital dan kalau tak silap saya keseluruhan 30 Healthcare Practitioners yang bersama di dalam taklimat tersebut dan kita berniat untuk memperluaskan lagi potensi untuk Healthcare Tourism ini pada masa yang akan datang.
Masalahnya di sini ialah kebanyakkan daripada Healthcare Practitioners kita termasuklah hospital tidak berdaftar dengan MHTC ataupun tidak mempunyai orang kata kapasiti yang diperlukan untuk menawar untuk Healthcare Service tersebut bagi bagi apa ni orang kata pelawat-pelawat antarabangsa kerana at the moment pun ada bed is not enough for our parents’ lockers. Jadi apa yang dilakukan kita akan fikir secara bersama tapi banyak jugak hospital telah menunjukkan interest dengan izin, insyaallah kita akan cuba gerakkan untuk mendapatkan pakej ataupun lokasi yang yang sebaik mungkinlah. Ok, siapa dulu Air Kuning ke Pasir Pinji. Ok, silakan.
Tualang Sekah. Ayer Kuning. Terima kasih YB Exco, cuma dalam Dewan hari ini saya saya tak bawa pas tentang pelancongan di daerah Batang Padang kerana saya telah bawa pada mesyuarat masa lepas tetapi jawapannya masih statik, masih sama je. Cuma dalam mesyuarat tadi, saya nak tanya kepada Exco berkenaan, apakah perancangan bagi kawasan Lata Kinjang dan Air Panas Kuala Woh merupakan dua kawasan destinasi yang sinonim usianya orang Batang Padang dan orang Negeri Perak yang kita lihat masih lagi berada dalam takuk yang lama. Saya nak Exco jawab dalam keadaan yang baik supaya rakyat di sana nak dengar juga wakil rakyat bangunkan tak walaupun DUN Chenderiang kedua-dua kawasan ini. Terima kasih.
Ayer Kuning ya, sebenarnya jawapan tulis dah disediakan untuk untuk pertanyaan Yang Berhormat. Di mana (TER) Lata Kinjang ataupun Taman Eko-Rimba Lata Kinjang ni sebenarnya telahpun bermula ya pembangunan oleh pihak NCIA bersama JAKOA dan dipantau oleh pihak Kerajaan Negeri, untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai satu kawasan eco-pelancongan yang khusus kita cuba bantu untuk orang asal kitalah. Jadi daripada segi persediaan sebenarnya infra pun dah ada penambahan daripada pihak SADC, kita dah ada dah Cube Camping dan sebagainya dan insyaallah perkara ini saya akan laporkan secara bertulislah kerana banyak details dia sebenarnya dan sebenarnya saya tidak mempunyai fakta yang bersama dengan saya sekarang ni. Insyaallah secara bertulis sebab dah memang dah sedia dah. Terima kasih. Pasir Pinji.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, dan kita dengar banyak cadangan dan ada banyak bantuan juga kiranya walaupun peruntukan pelbagai sektor tapi ada sesuatu sektor pelancongan yang sebenarnya walaupun dalam keadaan pandemik, PKP apa semua sebenarnya dia masih rancak. Itu pelancongan makanan. Pelancongan sektor ini kiranya kawasan sayalah Pasir Pinji antara yang yang masih aktif dan tak taklah kata dia bertambah tetapi disebabkan ramai orang tak boleh nak keluar tak pergi Singapura tapi pergi kata tapi keluar negara. Depa mai Ipoh datang ke Pasir Pinji pergi ke pokok besar dan bisnes sana pun agak okey.
Tetapi perkara ini pernah dikaji diselidik oleh dua orang yang datang ke Pasir Pinji datang ke Perak dari Amsterdam yang merupakan pengkaji penyelidik daripada University one of Agriculture and Tourism in the world. Depa mai duk kat pejabat saya selama empat minggu dan memang interview ramai orang dan dua master's degree telah dihasilkan. Hasil daripada interview mereka dengan orang-orang tempatan, dengan peniaga-peniaga kecil, dengan gerai-gerai makanan dan dia dua buah tessis masters berkenaan dengan apa ni dengan food tourism and culture tourism and historical tourism merupakan sesuatu yang amat underated pada ketika ini dan kita punya peluang di sana. Apakah pandangan Yang Berhormat Exco dan sekiranya ada ruang dan peruntukan boleh ke kita bersama-sama wujudkan sesuatu inisiatif untuk melaksanakan apa yang telah dihasilkan dalam dua Masters sini satu pelan perancangan ke. Saya minta pandangan Yang Berhormat Exco.
Terima kasih di atas pandangan dan cadangan Yang Berhormat Pasir Pinji. Ramai yang berpendapat rasional about tourism especially your self, thank you. Saya tidak ada halangan dah malahan saya menyambut baik sekiranya ada studies dan projek boleh kita teliti secara bersama. Kerana sepertimana yang kita ketahui pada hari ini tourism is all about creativity dan dia sentiasa berubah mengikut trending mengikut orang kata gaya hidup ya. Yang sekarang ni berubah dalam sekelip mata. Tiap tahun ada saja perubahan dan perkara-perkara yang boleh kita tunjukkan lagi saya tak ada masalah malahan restoran di bawah pokok besar tu pun kita telah mengadakan program promosi secara khusus.
Di mana kita cuba pihak tourism dengan pihak swasta cuba tab dalam premium punya market sebab kita lihat antara perkara yang boleh kita teruskan untuk mendapat orang kata premium ataupun di sebaliknya premium pendapatan ni premium Nova ni
Sebenarnya dia higher-higher touries that the point dengan izin. Higher touries ni memang berpotensi besar di kawasan-kawasan seperti Ipoh even Royal Belum ya dan juga di setengah kawasan yang ada di Negeri Perak. Jadi kita lihat ini adalah antara sektor yang belum kita tab dan perlu kita lakukan banyak pembaharuanlah dan sekiranya ada idea lagi pada Pasir Pinji saya mengalu-alukan. Terima kasih.
Sikit lagi Yang Berhormat, baru saja whatsapp dua pieces pada Yang Berhormat dan saya amat setuju higher sector seperti restoran-restoran yang agak premium. Saya sendiri terlibat dan malah pada ketika itu rasional keterlibatan saya dalam satu rasionalnya agak mahallah katanya adalah kerana pada ketika itu kita tahu hanya orang yang kaya-raya, ada duit nak belanja tapi depa tak ada tempat nak belanja. So, dimanakah kita nak wujudkan peluang pekerjaan. Kita ambil duit daripada orang kaya, wujudkan pekerjaan kepada orang-orang yang kurang kaya dan memang terbuktilah dan saya pun agak sejuk hati. Kadangkala nampak apabila restoran nampak rancak dan ramai datang dan kebanyakannya memang orang luar, bukan orang Ipoh.
Tetapi siapa yang dapat manfaat. Orang Ipoh 100% daripada staf kami di restoran saya adalah orang Ipoh dan sekiranya kita boleh menggalakkan lebih ramai orang yang punya pengalaman, yang punya pengalaman dan juga kepakaran dalam bidang-bidang hire di mana marketnya adalah orang kaya. Tak kisah dia orang kaya, orang kaya Ipoh pun cukup ramai boleh tahan juga. So, bila kita boleh ada sektor-sektor ini. Tak kisahlah dia dalam galeri yang jual painting-paintin besar ke yang kita hanya ambil hasil karya kerja daripada orang Perak. Pun boleh juga. Jadi inilah antara perkara-perkara yang saya harap kita boleh betul-betul usahakan. Sebab jika setakat sekadar nak branding sebenarnya tak cukup. Sebab kita kena wujudkan satu ekosistem dan perkara itu perlukan perancangan yang yang cukup terperinci. Dan saya tiada masalah untuk menyumbang jadi sedikit cadanganlah Yang Berhormat.
Terima kasih Pasir Pinji yang bukan saja terlibat dalam industri ini secara menerus tapi saya bersetuju. Bila kita ada higher to risk disgusting for us. First, we are taking and actually spending out for me with other people's money Which is better. Not within the state dan kita juga berterima kasih juga kepada semua pengusaha-pengusaha pelancongan yang telah banyak memberi sokongan kepada penggiat-penggiat industri di dalam negeri sendiri. Macam painting semua itu sebenarnya sepatutnya itu yang kita lakukan secara sekeluarga di dalam negeri Perak di mana kita mengambil orang Perak sebagai pilihan sebagai first choice dan bukannya last choice. Jadi Dato' Yang Dipertua sampai di sini sahaja untuk pelancongan. Saya akan teruskan kepada kerajaan tempatan.
Sekejap.
Ada lagi.
Terima ksaih YB Tualang Sekah. Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada YB Tualang Sekah kerana ucapan dan jawapan penggulungan YB Tualah Sekah adalah sangat bertaraf tinggi dan sangat hebat. Tadi YB Keranji pun ada beritahu saya YB Tualang Sekah. You know about your subject and you know about your portfolio and soalan saya adalah apakah kritikan-kritikan pelancong-pelancong yang pernah datang ke Negeri Perak? Seperti yang difahami dulu ada satu masalah besar adalah itu teksi-teksi tapi sekarang sudah ada Grab. Itu bukan masalah lagi. tapi ada satu masalah lain itu tandas awam di banyak tempat-tempat pelancongan. Tiada tandas awam langsung. Kalau ada pun tak ada buka. Kalau ada buka tak ada air. Macam itu. Atau sangat kotor. Apakah langkah-langkah untuk memastikan, itu bukan satu masalah lagi. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Kepayang. A lot of pressure of me know to answer KP. Apa ni sebenarnya apa yang disebutkan YB sebutkan tadi. I answer YB Kepayang first. Sebenarnya apa yang disebutkan YB Kepayang tidak boleh dinafikan. Sememangnya perkara ini berlaku sama sekali daripada segi kebersihan kemudahan. Kadang kala bukan tak ada tandas tapi kebersihan itu dan kita lihat ini adalah satu cabaran yang kita perlu still carry on tetapi kita perlu kempen dengan penukaran mindset. Bukan sahaja daripada pihak operator tetapi juga daripada pihak pengunjung-pengujung sendiri. Kalau kita bermula dengan tandas itu bersih ya. Ramai yang datang tidak akan mengotorkannya kerana malu untuk mengotorkannya dia kan maintain.
Jadi ini kempen ini akan berterusan tetapi salah satu perkara yang saya lihat agak mudah untuk lebih mudah lah untuk saya menangani masalah ini apabila portfolio pelancongan ini digabungkan dengan kerajaan tempatan. Jadi sekarang saya tahu dah, siapa saya boleh hambatlah PBT sekiranya kasih fasiliti-fasiliti awam ada mendapat aduan. Kita boleh membuat tindakan dengan secara menerus. Itu adalah antara perkara yang kita lakukan dan pada waktu dan ketika ini pun tak silap saya. Baru-baru ini pun MPM menang tandas bersih untuk daerah di seluruh Malaysia sebenarnya. Tak silap saya katanya. Saya nak kena tanya YB Akmal. Yang ini di bawah hospital ke apa ke. Saya pun tak pasti dan ini menunjukkan kita sudah ke arah apa ni meningkatkan prestasi hygiene dan sanitasi kita tetapi ia bukan satu cara yang boleh kita selesai sekarang. Kita akan cubalah sebaik mungkin untuk meneruskan usaha-usaha tersebut dan menyediakan prasarana yang cukup untuk tempat yang tidak mempunyai infra-infra tersebut. Terima kasih YB. YB Teja.
Terima kasih. Saya ingin bangkitkan isu oleh pengusaha eko pelancongan di Gopeng. Di mana oleh kerana kedudukan mereka yang di luar daripada kawasan kediaman dan komersial. Dari segi apa isu pengurusan sampah. Mereka ada masalah terpaksa menguruskan sampah atas kreativiti masing-masing. Ada yang mungkin dapatkan tapak yang sesuai. Ada juga saya perhatikan terpaksa buang di tempat yang orang di mana orang kampung buang dan ada juga pihak yang tak bertanggungjawab dan menyebabkan isu seperti longgokkan sampah dan ini memang sesuatu yang tak baik sebab dapat apa datangkan satu yang negatif. Jadi saya harap pihak PBT dan pelancongan dan boleh bincang isu ini. Dan bantu pengusaha untuk selesaikan isu pengurusan sampah. Terima kasih.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Teja. Sememangnya kawasan kita berdualah terlibat dengan eco pelancongan yang sekarang semakin membesar saya lihat. Jadi keperluan itu adalah sangat orang kata real dengan izin. Jadi kita telah sebenarnya dengan projek pengurusan sampah di luar kawasan PBT yang telah berjalan pada tahun ini pada tahun 2020. Kalau lokasi-lokasi itu belum lagi dimasukkan ataupun perlu dimasukkan ke tahun hadapan. Kita akan buat kajian sekiranya perkara itu belum lagi diilakukan di bawah Majlis Daerah Kampar. Insyaallah saya akan tengokkan. Ok, menyentuh pula kepada…
Satu lagi YB. Terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Tualang Sekah boleh saya pandangan Tualang Sekah tentang isu memandangkan Tualang Sekah juga bertanggungjawab ke atas local government. Apakah pandangan Tualang Sekah tentang penglibatan orang awam dari segi pelancongan di mana pelancongan itu diusahakan melalui suatu koperasi-koperasi pelancongan. Soalan yang pertama. Ok. I ask question later.
Sebelum itu YB Exco. Masa sebenarnya tinggal lagi 5 minit. Tapi saya faham isunya banyak. Jadi saya boleh bagi tambah masa selepas lagi 5 minit ini. Saya tambah lagi 5 minit, so 10 minit sepenuhnya.
Tualang Sekah.
Changkat Jong di belakang.
Lagi lima minit. Dah la jawapan saya pun tidak dapat jawab soalan lisan.
Ada dah bertulis ke tidak. Yang dalam bertulis ke takda. Isu baru.
Kebetulan berkaitan dengan isu pengurusan sampah tadi di luar kawasan operasi apabila Yang Berhormat Exco ada perancangan dan sebagainya. Isu ini memang berterusan di luar kawasan operasi majlis perbandaran menjadi isu besar kepada rakyat. Rakyat orang kampung terutamanya dan kalau dulu memang ibu bapa ataupun orang tua-tua memang membakar sampah dan menanam sampah-sampah yang terpakai ataupun buatlah sebagai baja dan sebagainya tapi generasi yang ini memang takkan, tak buat dah benda-benda ini. Diorang sibuk sebab apa yang mereka buat ialah siapa-siapa mereka ini dia orang tak tahu nak buang mana. Dia naik motor di campak merata-rata ataupun dia pergi taman taman lain yang ada tong sampah di rumah orang itu.
Dia pergi letak di situ ataupun mereka akan buang di sungai dan sebagainya akan menimbulkan pencemaran dan sebagainya. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dan era hari ini kerajaan terkena memikirkan pula selain daripada di bawah kuasa kawasan operasi majlis pembandaran itu sendiri yang mana dikenakan assessment kepada tuan-tuan rumah menyebabkan perkhidmatan sampah dapat dilakukan tetapi di luar bandar tak ada. Luar kawasan tak ada. Jadi saya nak cadangkan supaya pertama jika konsesi pelupusan sampah ini diberi kontrak pada mereka. Mereka mendapat keuntungan menghasilkan O2 dan sebagainya. Mereka juga bertanggungjawab untuk mengurus sampah di dalam kampung-kampung atau luar kawasan operasi. Satu. Keduanya jika boleh jika majlis boleh, Kerajaan Negeri boleh caj assessment untuk cukai-cukai untuk sampah longkang dan rumput. Why not. Apa salahnya. Kerajaan Negeri mungkin boleh mengenakan satu peraturan mengenakan cukai sampah tersebut supaya boleh melayakkan mereka mendapat perkhidmatan sampah, lori sampah, bakul sampah dan sebagainya dengan memasukkan dalam cukai tanah mungkin beberapa ringgit. Jadi ini akan dapat menyelesaikan masalah kepada pengurusan sampah di luar kawasan operasi majlis. Jadi saya mohon pandangan dan pemikiran agar dapat melakukan perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih diatas cadangan YB Changkat Jong tapi perkara ini perlu kita perhalusi kerana dia datang di bawah dua apa ni punca kuasa yang berbeza iaitu satu di bawah pejabat daerah dan tanah di bawah KTN dan satu lagi adalah di bawah UUK di bawah PBT-PBT. Nanti kita akan cuba tengok selaras walaupun cadangan ni baik pada memang cukup baik tapi pada dasarnya kita lihat balik kepada punca kuasa sama ada perkara itu boleh dianjurkan atau tidak. Terima kasih. Menyentuh kepada kerajaan tempatan saya akan skip perkara asas YB Howard tak ada dia ada membangkitkan berkenaan Kampung Baru saya akan maklumkan kemudian kepada beliau.
Bagi tahun untuk makluman untuk berkenaan isu-isu banjir di PBT akan sentiasa memantau dan membantu menyelesaikan masalah secara bersama dengan agensi-agensi lain. Saya percaya isu ini akan di jawab saya dah bincang dengan Yang Berhormat YB Exco Infrastruktur dan akan dijawabkan di mana PBT untuk pihak kami kita akan menguatkuasakan undang-undang yang berada di bawah PBT sekiranya ianya berpunca daripada bidang kuasa PBT. Daripada segi pengurusan dan penyenggaraan jalan di bawah PBT yang ini saya mahu masa sikit untuk saya memberi penjelasan kerana ada ramai di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu tersebut.
Perkhidmatan Puncak Emas telah mula dilaksanakan di kawasan PBT secara berperingkat mulai Ogos 2019 beberapa penambahbaikkan yang dilihat setelah pelaksanakan kaedah konsesi ini termasuklah penambahan peruntukan MARRIS dan kesan daripada pendaftaran pertambahan panjang jalan yang sentiasa dikemaskini oleh pihak konsesi dan juga pihak PBT ya yang telah mendapat pertambahan sebanyak 1,000 km jalan raya PBT yang telah didaftarkan dalam sistem MARRIS untuk tahun ini. Peningkatan penyelesaian aduan isu-isu penyelenggaraan juga telah meningkat mengikut laporan ya sehingga Mac 2021 sebanyak 22%. Walau bagaimanapun kita akui dengan keluasan pengurusan sepanjang 7,908 kilometer jalan raya di seluruh negeri Perak semestinya mempunyai kelemahan-kelemahannya. Kerajaan negeri melalui UPEN dan PBT memantau pelaksanaan dan prestasi kontrak kerja PE sejak ianya mula dilaksanakan.
Beberapa kaedah pemantauan yang dilakukan termasuklah mesyuarat berkala di antara pihak konsesi di peringkat PBT, mesyuarat pemantauan di antara PE,PBT dan UPEN kerajaan tempatan. Lawatan pemeriksaan tapak secara mengejut dan berjadual, laporan prestasi dan pengurusan aduan yang dibentangkan secara berkala di peringkat negeri, sesi libat urus semua pihak dalam perjanjian setiap tahun serta latihan dan bengkel bagi memperkemaskan kefahaman pegawai-pegawai dalam memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak konsesi. Melalui pemantauan ini kita dapati masih ramai lagi ataupun terdapatnya salah faham dan kekeliruan tentang skop kerja yang perlu dilunaskan oleh pihak konsesi dan kerja-kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang lain. Perkara ini perlu diberikan penjelasan agar pelaksanaan konsesi ini dapat kita nilai dengan lebih adil dan berasas ya.
Peraturan penggunaan peruntukan ini sebenarnya ya ditetapkan oleh Kementerian Kewangan mengikut garis panduan tatacara pengurusan pemberian penyenggaraan jalan negeri Marris dan dalam menyediakan perjanjian konsesi ini skop kerja yang telah ditetapkan adalah kerja-kerja penyelenggaraan sahaja yang meliputi kerja-kerja rutin iaitu turapan pemotongan rumput, pembersihan perabot jalan, jabatan pembentungan dan longkang, kerja berkala, menurap semula jalan raya, penyenggaraan struktur jalan, selenggara cerun, penggantian perabot jalan dan membaik pulih longkang dan mencantas pokok serta kerja-kerja kecemasan pada jalan raya yang didaftarkan sahaja dalam sistem MARRIS. Dalam garis panduan tersebut kerja-kerja membina baru dan naiktaraf jalan tidak diambil kira dan tidak menjadi tanggungjawab konsesi dalam konteks perjanjian konsesi ini. Walau bagaimanapun sebagai langkah prihatin Kerajaan Negeri masih menyediakan peruntukkan kerja-kerja MARRIS selain daripada peruntukan yang diberikan melalui perjanjian konsesi.
Sehubungan dengan itu pihak PBT akan memohon kelulusan peruntukan Pegawai Kewangan Negeri bagi menangani aduan yang tidak ditampung oleh perjanjian konsesi. Dalam menguruskan kelemahan prestasi syarikat konsesi, Kerajaan Negeri akan melihat semula prosedur operasi standard nan compliance record agar teguran yang dibangkitkan oleh PBT mahupun oleh Yang Berhormat ya dapat ditangani dengan cekap dan lebih cepat lagi untuk kita pastikan keselamatan awam terpelihara.
Untuk maklumat semua ahli Dewan penilaian semula ke atas prestasi konsesi akan dilaksanakan pada tahun 2022 iaitu tahun ketiga perjanjian konsesi bagi melihat keperluan untuk kita melanjut tempoh konsesi ini. Jadi untuk aduan-aduan yang secara spesifik saya memberi komitmenlah saya akan lihat balik nak nak sebut satu-satu saya tak sempat sebab dah tak cukup masa. Jadi saya mintalah kerjasama daripada pihak Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada depan dan belakang saya untuk memaklumkan kepada saya supaya saya sendirilah boleh memberi komitmen untuk melihatkan dan cuba membantu menyelesaikan masalah tersebut. Ok, YB Kepayang. Silakan.
Terima kasih YB Tualang Sekah. Saya hanya nak tanya kenapa negeri Perak buat konsesi macam ini kepada Puncak Emas. Adakah negeri-negeri lain buat konsesi macam ini dan memberikan konsensi macam ini kepada satu syarikat sahaja untuk kerja-kerja tempatan. Apakah rasional konsensi ini. Terima kasih.
Yang Berhormat saya cadangkan sebab banyak soalan dengar bersekali lepas tu jawab.
Banyak ke?
Astaka? Jalong?
Ok, terima kasih dari tadi YB ada sebut mengenai kajian semula. Jadi adakah Itu bermaksud kemungkinan kita terminate and then untuk PBT buat semula kerja-kerja yang sekarang telah diserahkan kepada PE sebab yang kita dapati sekarang ialah cara lama kita tukar kepada cara yang baru supaya kadang-kadang kita andaikan bahawasanya bila kita tukar kepada cara baru ia berjalan dengan lebih baik. Tetapi apa yang terbukti sekarang kita mempunyai pelbagai permasalahan termasuk apabila Puncak Emas sekarang mengambil apa yang dikatakan apabila mereka dapat kontrak lebih dengan harga yang boleh dikatakan lebih tinggi daripada biasa daripada Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama mereka memberikan kerja kepada subcon-subcon yang sama yang sedang membuat kerja kepada PBT-PBT yang sekarang mendapat margin yang lebih rendah daripada mereka ambil daripada Puncak Emas sekiranya mereka ambil dari PBT mereka dapat harga yang lebih tinggi. Jadi ia bersamalah dengan yang saya katakan pada Pangkor semalam dengan tripling down effect tu duit kita bagi dia kena skim dia kena potong dekat satu tahap lagi sebelum sampai terus ke bawah.
Jadi ini menyebabkan masalah rakyat di bawah mendapat dengan izin short change kepada apa yang kita yang kerajaan telah keluarkan. Itu nombor satu, nombor dua juga ialah kadang-kadang PBT dengan subcon ini mereka mempunyai satu hubungan yang baik. Jadi bila berlakunya kadang-kadang benda-benda di luar konsesi, benda-benda di luar tanggungan mereka kadang-kadang dengan hubungan baik di mereka dapat melakukan CSR di kawasan-kawasan luar atau mungkin sekaki saja ke depan. Ini tidak berlaku pada masa pada masa sekarang dengan PE jadi mereka terkongkong dengan benda tu. Jadi adakah mungkin pandangan daripada Kerajaan Negeri supaya mengkaji semula untuk terminate dan bagi balik tanggungjawab kepada PBT.
Astaka.
Similar so saya tak perlu ulang.
Ada Changkat Jong dan juga Pengkalan Hulu.
Pendek-pendek la kot saya tinggal berapa minit? 5 minit.
3 minit lagi.
Ok, sila.
Ringkas je Pengkalan Hulu.
Sikit je. Bila Terima kasih Timbalan Speaker. Bila saya melihat YB Exco ada mengatakan akan melihat kembali perjanjian yang dibuat antara konsensi dengan Kerajaan Negeri. Bagi saya kita kena melihat daripada semua aspek. Aspek yang disebut mengatakan Puncak Emas menjalankan kerja-kerja agak kurang memuaskan. Jadi daripada apa ni yang disebut oleh Exco untuk melihat balik perjanjian kita semua sedia maklum dalam ni pun ada lawyer ada semua mungkin ada klausa-klausa yang boleh kita lihat sama ada benda ni boleh dibatalkan, macam Jalong sebut tadi. Kalau tidak boleh dibatalkan kita ada satu cara lagi mungkin Kerajaan Negeri boleh fikir untuk menambahbaikkan kepada apa ni Puncak Mas dengan keluarkan notis amaran terakhir apa semua kerana saya faham di dalam perjanjian konsensi ini mesti dia dah ada mengikat ke mana-mana ini. Jadi saya minta kepada YB Exco melihat tengok cara yang lebih baik untuk kita selesaikan ini win-win situation yang terbaik. Rakyat pun kita tengok, ini pun kita tengok. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Speaker dan Exco. Cuma masukkan satu lagi elemen dalam perjanjian jika ada perubahan dan sebagainya. Sesiapa pun yang akan ambil alih atau pun dikekalkan sebagainya iaitu hari ini PE mengamalkan sesiapa saja di bawah yang ingin mengambil kontrak dengan mereka sesiapa pun boleh. Sesiapa pun boleh walhal kalau dulu terus dengan majlis pembandaran disyaratkan kontraktor bumiputera atau pun G1 dan G2 dan sebagainya yang mungkin semua orang dapat peluang dan boleh mengawal dari segi apa ni sistem kontraktornya. Jadi minta supaya dimasukkan balik supaya melindungi kontraktor-kontraktor kecil ni yang yang yang tak dapat apabila dibuka keseluruhannya dan peluang mereka pun dah dah makin kecil dan dimonopoli oleh sesetengah kumpulan mengikut kesukaan PE dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada keempat-empat YB, atau kelima-lima YB yang telah bangun sebentar tadi. Yang pertama saya rasa semasa usaha ini telah diambil atau pun keputusan telah diambil ianya dalam spirit, dengan izinnya untuk melakukan suatu langkah yang proaktiflah bagi meringankan beban PBT pada waktu dan ketika itu bila kita mempunyai banyak kekurangan daripada segi pekerja. Jadi itu antaranya yang saya dimaklumkan. Jadi ini sebenarnya adalah merupakan projek pertamalah yang dilakukan secara modul yang yang telah kitaKkerajaan Negeri ambil. Untuk makluman, untuk makluman YB, on record daripada PBT-PBT sebenarnya memang nampak peningkatan daripada perkhidmatan yang diberikan oleh PBT iaitu adalah daripada laporan yang kita dapat secara berkala up to March 2021 per quater daripada PBT-PBT.
Tapi walaubagaimanapun kita mempunyai klausa di dalam perjanjian yang menuntut untuk Kerajaan Negeri membuat penilaian semula dan melalui penilaian semula kita akan ikutlah kepada batasan yang ada dalam agreement tersebut untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya apa yang didapati adalah negatif atau positif kita akan lihat semasa, semasa penilaian tersebut dibuat dan of course tindakan itu akan guided by what the agreement has ready apa ni orang kata detacted within the bounce of agreement, dengan izin. Jadi apa yang dimaklumkan oleh pihak Changkat Jong itu mungkin satu perkara yang saya perlu lihat, saya akan lihat semula daripada segi apakah proses dan peraturan apabila mereka mengambil kontraktor-kontraktor atau pun smart partnership yang mereka labelkan sebagai kontraktor yang membuat kerja- kerja penyenggaraan di daerah-daerah. Terima kasih. Jadi selain daripada itu saya beralih kepada isu yang lain…
Canning mohon laluan. Terima kasih kepada Exco Kerajaan Tempatan. Berkenaan dengan isu banjir kilat di Taman Cempaka yang amat serius, adakah pihak kerajaan mendalamkan sungai-sungai utama di Sungai Pinji dalam usaha mengatasi masalah bencana banjir yang kerap. Terima kasih.
Untuk banjir kilat Taman Cempaka…
Saya nak patah balik kepada isu Puncak Emas tadi. Ada kemungkinan tak boleh berkongsi atau untuk Dewan ini diberi akses kepada agreement sebab saya nampak jawapan Exco tadi lebih kepada bergantung pada agreement. Saya nampak masih ada, kecuali ianya dalam OSA ke atau tapi saya rasa adalah lebih baik kalau Dewan ini, ahlinya diberi akses kepada agreement tersebut.
Saya mohon maaf. Saya tidak mempunyai maklumat sama ada dia OSA atau tidak. Saya akan rujuk semula kepada Dato LA nanti dan sekiranya boleh dikongsi kita akan maklum kemudian ya. Boleh ke saya jawab YB Canning tadi berkenaan dengan banjir di Taman Cempaka. Sebenarnya memang kita semua dah ambil maklum dan untuk pihak PBT saya telah aku bercakap dengan Datuk Bandar dan mereka telah mengambil tindakan bagi pihak mereka dan saya difahamkan pihak JKR juga sebab jalan JKR juga telah mengambil maklum dan akan mengambil tindakan untuk yang seterusnya. Cuma saya tak ada update dia YB. Mungkin saya boleh update kemudian ya.
Kepayang.
Satu soalan sahaja. Terima kasih. Bolehkah YB Tualang Sekah beritahu saya, saya tak pastilah apa dalam perjanjian konsensi itu. Tapi tiap-tiap pagi saya ada buat jogging. Kalau saya nampak pekerja-pekerja MBI, mereka kenal saya, saya kenal mereka. Macam mereka adalah penduduk Kampung Kepayang. Tapi ada beberapa kali saya nampak pekerja-pekerja Puncak Emas adalah orang asing. Adakah itu dalam perjanjian kontrak yang disub kan kepada subkontraktor. Berapa peratus boleh guna orang asing. Bila satu masalah, PBT adalah satu majikan besar untuk rakyat Negeri Perak. Adalah satu sumber pendapatan khususnya untuk kampung-kampung kecil. Adakah itu dalam perjanjian, kalau tak ada mesti dipastikan pekerja-pekerja tempatan dimaksimakan, terima kasih.
Ok, saya ambik baik cadangan tadi, saya akan semak semula sebab saya tidak ada fakta itu bersama dengan saya, minta maaf. Ok, seterusnya cuma saya nak bangkitkan berkenaan rel transit yang telah dibangkitkan oleh YB Canning. Sebenarnya dalam Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 yang telah kita wartakan pada 30 Disember 2020 perkara ini sebenarnya dah ada pun dalam penggubalan dasar tempatan, Dasar Rancangan Struktur Negeri dan untuk perubahan Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 ya, rancangan itu orang kata juga mengambil kira lah perancangan rancangan struktur negeri itu dengan cadangan jajaran LRT sebanyak 28 lokasi yang telah dikenalpasti dan saya juga mengambil YB Tebing Tinggi untuk kita masuk kaji dalam tempoh penyertaan awam ini sama ada lokasi-lokasi di Bercham juga boleh dimasukkan sekali. Tapi itulah sebenarnya apa yang telah terjadi lah YB. Ada soalan berkenaan perkara tersebut? Tak ada ya. YB Canning ada. Ok thank you.
Ok, terus itu saya cuma nak menjawab sikit saja lagi, saya akan skip yang lain-lain berkenaan inisiatif dan prestasi. Cuma saya mengambil peluang ni Timbalan Yang Dipertua Dewan ya untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa PBT. Yang pertama, Majlis Bandaraya Ipoh yang telah melancarkan pelan tindakan bandar Ipoh pada 23 March 2021. Majlis Perbandaran Taiping yang telah terpilih sebagai bandar contoh Malaysia untuk Age Planting City yang mana model ini sebenarnya sedang dilaksanakan di beberapa dunia, beberapa negara di dunia seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura dan juga Majlis Pembandaran Manjung yang telah melangkaui transformasi digital di mana mereka melancarkan MyManjung dan perkara ini menjadi PBT pertama yang mempunyai lesen premis digital yang dipanggil MyPatel, yang pertama di Malaysia. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada PBT-PBT yang telah mencapai pelbagai kejayaan pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang tertekan. Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Perbandaran Kampar dan Majlis Perbandaran Taiping di atas anugerah-anugerah yang telah diperolehi.
Berkenaan dengan isu rumah, saya suka untuk melaporkan di dalam perancangannya sama ada daripada segi yang sudah dibina, yang sedang dibina dan yang akan dibina dalam perancangan bagi tahun 2018 hingga 2023 di bawah kemajuan LPHP dan juga pihak GLC. Kita mendapat sebilangan sebanyak 49,142 unit yang kita sasarkan dan pihak swasta pula melalui ADPL kita telah mendapat rekod sebanyak 35,472 unit yang telah dibina. Jadi ini bermaksud ya kita telah menjangkau sasaran kita untuk menghasilkan atau membina 50,000 rumah mampu milik insyaallah bagi tahun 2023. Tetapi perkara ini semestinya tidak bolehlah kita jamin ya untuk di dalam perancangan kerana kita tertakluk kepada keadaan-keadaan khususnya pasca pandemik ini. Ya YB.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih YB Exco. Berkenaan dengan perumahan ni mungkin sedikit out of the box dengan izin di mana kita temu saya dapat aduan dan dapat permintaan permohonan menangis-nangis oleh orang-orang yang agak susah di mana deme ada tanah, tapi begitu miskinnya depa memang rumah dah dia bukan di roboh, dia runtuh akibat daripada ribut petir ke, sebab bencana lah sehingganya memang diperlukan satu rumah tapi tak koser nak tak mampu nak apa nama nak bayar sewa untuk pergi ke tempat lain tak koser nak bayar untuk roboh dan bina semula. Jadi pejabat saya bersama dengan pejabat Ahli Parlimen Ipoh-Timur sedang usahakan sesuatu projek di mana kita akan bantu roboh lepas tu perolehkan sebuah rumah kontena. Ini out of the box sebab perkara itu memang agak sukar untuk dia naik nilai atau peningkatan nilai tu tak adalah sebab dia bukan dia bukan building kan.
Tapi itulah antara inisiatif-inisiatif yang kami nampak boleh membantu segolongan kecil ini yang sangat susah punya dan sekiranya ada sedikit bantuan daripada pihak
Kerajaan Negeri sebab sekarang ni kita usahakan ni menggunakan peruntukan kawasan saya dan juga ahli parlimen. Adakah pihak kerajaan sedia untuk sekurang-kurangnya pertimbangkan inisiatif sebegini khususnya kepada mereka di mana rumah mereka roboh atau runtuh akibat daripada bencana. Sekurang-kurangnya depa ada sebuah rumah yang boleh diduduki lah untuk kontenanya mungkin dua biji 20 feet kontena tapi dibuat 'L'. Dalam ada jamban lah apa semua dan memang dia dia kabin tetapi dengan plywood punya lining. Apakah pandangan Yang Berhormat Exco. Ada 3 minit je lagi.
Exco, sikit ja sikit ja. I tambah sikit je. Berkaitan dengan juga rumah iaitu antara inisiatif yang terbaik juga tapi mungkin akan jawab tapi saya nak ceritakan tentang rumah PPR. Saya nak minta jasa baik Exco supaya kalau boleh libatkan YB-YB setempat dalam mereka membuat penilaian dan keputusan untuk memilih calon-calon yang akan menduduki di rumah PPR tersebut ataupun yang dah keluar dan sebagainya. If not kan, macam-macam isu patah balik pada kita. So macam mesyuarat tindakan daerah, macam mesyuarat-mesyuarat lain ada satu jawatan teknik jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada Lembaga Perumahan kita supaya kita dapat bersama-sama akses eh betul ke tak betul ni. Ni orang tak orang dah ada kereta ada apa semua senang nak lagi. So kita boleh tahu. So, kita boleh siasat bagi pihak Lembaga Perumahan bentukkan jawatankuasa tersebut, terima kasih.
Ok, terima kasih. Ok, Kamunting.
Sikit sahaja. Saya tengok carta organisasi LPHP dalam laporan tahunan 2019 dan saya dapati takde unit kejuruteraan. Saya faham LPHP bukanlah entiti kejuruteraan. Memang dia ada unit perundangan, pemasaran dan sebagainya tapi saya saya rasa perlu ada unit kejuruteraan perlu ada jurutera atau penolong jurutera untuk jadi penguasa projek dan bukan out sourse semua sekali.
Terima kasih. Ok, siapa ye. Pengkalan Hulu
Minta YB Exco, sikit je.
Pengkalan Hulu.
Apa ni saya dah bawa di dalam sidang DUN yang lalu dan sidang DUN kali ini. Cuma mungkin Yang Berhormat Exco masih belum menjawab. Mungkin ada dalam jawapan yang akhir ni kerana di Pengkalan Hulu ni ada rumah PPR yang disewa kepada masyarakat yang memerlukan tetapi tahap yang syarat untuk melayakkan terlalu tinggi 3,890. Jadi bagi saya, saya dah minta supaya kerajaan ataupun LPHP tengok balik apa ni kelayakan ni diturunkan kepada RM2,000 kerana yang berpendapatan RM1,000 ke 1,500 2,000 ni terlalu ramai tetapi yang duduk kebanyakkannya gaji yang melebihi 3,000. Jadi minta tolong yang tu sebab ramai sangat dah datang ke pejabat minta tolong. Ok, Exco.
Terima kasih Yang Berhormat ye. Yang pertama dah lupalah sebab. Yang pertama tadi saya jawab siapa ye? So many tadi. Pasir Pinji, Pasir Pinji yes rumah kontena. Sebagai pengalaman sayalah sebagai ADUN. Apabila ada berlakunya bencana dan rumah affected roboh dan sebagainya. Sebenarnya ada banyak saluran yang boleh kita mohon. Selain daripada kemudahan PPR untuk temporary pemindahan dan sebagainya. Jadi kita ada agensi-agensi seperti Yayasan Perak sekarang ini dibawa yang kita juga ada SPNB dan juga kita buat melalui Baitumal sebenarnya untuk mendapatkan bantuan rumah. Walau bagaimanapun saya ucapkan tahniahlah di atas apa ni orang kata usaha yang baru ini mungkin kami pun boleh belajar dan lihat bagaimana kita boleh juga ya melibatkan cadangan tersebut di peringkat Kerajaan Negeri tapi setakat ni belum lagi adalah model yang berdasarkan rumah kontena ini lah.
Sikit tambahan Yang Berhormat. Perkara ni sebenarnya kasor cakaplah kita langgor je dan sudah tentu kita belum tahu lagi sama ada pihak PBT akan benarkan ke tidak tetapi memang kita tak nampak ada selain daripada undang-undang memang tak ada alasan yang munasabah untuk menghalang. Cuma saya mohonlah sekiranya perkara ini boleh diperbincangkan di peringkat MMK ke, di peringkat PBT supaya sekiranya berjaya dibuat perolehan dan malah yang dengan Yayasan Perak punya dia 50,000. Dia had harganya dari segi price 50,000. Yang ni dia dalam 25,000 boleh selesai. So dia lebih murah walaupun dia tak nampak akan memberi kesan peningkatan nilai lah tapi saya juga nak minta Timbalan Speaker lah sebab Yang Berhormat Exco punya portfolio dia dia banyak dan luas dan besar. So mohon sekiranya boleh ehsankan beberapa minit lagi.
Dah...dah 20 minit.
Ok, saya jawab, jawab yang tadi je. Ok, terima kasih YB. Memang saya akan lihat semula lah dan terima kasih di atas cadangan tersebut. Untuk Yang Berhormat Changkat Jong, sebenarnya daripada segi pemilihan untuk rumah-rumah, rumah mampu milik ni memang kita melalui JKTD tetapi untuk pemilihan PPR kita sebenarnya mendapat daripada segi daripada atas talian dan insyaallah saya akan cuba syorkan kepada LPHP untuk untuk memperbaiki atau menambah baiklah mengikut cadangan tersebut ye. Ya.
Dan boleh buat jawatankuasa kecil, jawatankuasa mengikut daerah melibatkan engagement kita.
Saya ambil cadangan itu dan saya akan bincang dengan Perak LPHP, terima kasih dan bagi YB Kamunting sebenarnya tadi YB cakap ape ye YB? Ha unit kejuruteraan. Sebenarnya kita ada di bawah unit pembangunan kita memang ada jurutera, jurutera yang diambil oleh daripada JKR yang mana mereka membantu sebagai pasukan teknikal. Bukan semua kerja kita out source untuk konsultan tetapi kita lakukan secara in house dan untuk Yang Berhormat Pengkalan Hulu, saya tahu ni hot issue dan tiap-tiap term memang naik kan. Saya faham dan kita dah sediakan jawapan kepada Yang Berhormat. Cumanya kita pun tertakluk kepada takrifan B40. Jadi bila B40 telah dinaikkan kepada 3,980, itulah takrifan yang terpaksa kami guna pakai tapi saya faham dia berbeza mengikut lokasi-lokasi dan perlu mendapat mendapat orang kata perhatian. Nanti saya tak pasti sama ada boleh melakukan atau tidak kita akan lihat semula sebab kita guna standard B40 which it is 3,980 at the moment dengan izin. Jadi saya rasa saya juga ada banyak isu yang dibangkitkan.
Titi Serong berkaitan dengan tanah tu. Ya, minta tolong.
YB DATO' NOLEE ASHILIN BINTI MOHAMMED RADZI Ok, untuk Bagan Tiang sebenarnya dia dah dimasukkan sebagai salah satu projek di bawah SLPP iaitu Skim Lot Perumahan Perakku ataupun sebenarnya dia RPT lah yang mana tanah ini akan dibangunkan secara infra dan pembiayaan akan dikongsi bersama dengan LPHP dan juga peserta nanti.
Saya nak tanya. Maksudnya peserta tu sudah ada ke ataupun belum lagi?
Belum ada. Setahu saya belum ada. Mungkin saya silap tapi saya akan check tapi setahu saya belum ada lah.
Saya ikuti tanah ni sebab ni kawasan saya. Memang kalau ikut syarat mereka dia orang dia orang tak mampu nak ikuti isyarat daripada LPHP tu. Itu yang mungkin tak dapat sambutan ke situ. Jadi saya mungkin LPHP boleh pertimbang.
Ok, faham. Kalau tak dapat sambutan kita tiada masalah untuk menyerahkan semula projek ini kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah. Cuma mohon mereka untuk memohon semula lah untuk dimasukkan sebagai RPT di bawah kelolaan Pejabat Daerah dan Tanah.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Exco. Anda bersedia untuk menjawab soalan, terima kasih tahniah.
Ok, untuk isu-isu lain Speaker saya dah habis cuma ada yang...
Ok, ni Exco terakhir daripada Pasir panjang, terakhir.
Last, Pasir Panjang ye. Untuk rumah ye. Terima kasih jawapan di Harian Metro tempoh hari. Tinggal lagi saya ingat nak kan kepastian lah. Pasir Panjang nak kepastian bila agaknya untuk disambung semula projek itu dan di mana kawasan yang perlu dibangunkan. Satu lagi ialah rasa kesal juga benda on-going, sudah cantik dah panggil nama pun sudah dikeluarkan untuk penerima dan sebagainya tetapi diberhentikan secara mengejut disebabkan oleh pinjaman. Jadi selepas inilah mungkinlah LPHP ataupun tuan punya projek ataupun dipanggil kalau masaitulah MBInc.t uan punya projek ialah tuan tanahlah. Jadi kau dapat mencari kontraktor yang betul-betul mampu sebabnya begini ketika hendak mohon projek macam-macam boleh ditawarkan perjanjian dan sebagainya tetapi dalam pelaksanaan halfway jadi separuh jalan saja jadi ibarat beginilah kan. Kita berjaya mendapat kontrak dengan berbagai-bagai alasan tapi tak boleh menyiapkan. Apa perasaan orang ataupun terkesan kepada mereka. Jadi cari kontrak yang betul-betul mampu dan ada dua-dua tempat tu yang pertama ialah di Batu 10 yang kedua di Batu 14. Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Panjang yang cukup prihatin dengan isu ini. Sebenarnya memang cukup malang dalam kes ini keupayaan kontraktor menjadi salah satu daripada penghalang terpaksa ditamatkan daripada segi perjanjian kerana tidak mampu untuk menganjurkan program rumah kos rendah tetapi kita telah berbincang dengan pihak PTG dan satu tapak baru telahpun dikenalpasti cuma saya tidak mempunyai lokasi tu ketika ini. Apa yang kita akan lakukan pada kali ini ialah untuk membuat satu kerjasama dengan syarikat jaminan kredit perumahan JKP salah satu daripada daripada institusi persekutuan ya di mana kita mengharapkan kerjasama ini akan membuka ruang kepada lebih banyak bank untuk bersama-sama dalam menawarkan semula pinjaman kepada permohon-pemohon yang telah pun memohon dan pemohon-pemohon tersebut nama-nama mereka telahpun diserapkan di dalam system e-permohonan kita.
Dan insyaallah kita akan cubalah tengok bagaimana cara untuk kita menyelesaikan masalah pembiayaan seperti yang dibangkitkan oleh YB Pasir Panjang dan juga YB Pangkor kalau tak silap. Ikut kita akan lihatlah dalam masa terdekat ya. Jadi akhir kata saya selaku ADUN Tualang Sekah sekali lagilah ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pentadbir daerah termasuklah DO, Yang Dipertua dan semua ketua jabatan dan agensi untuk (gangguan) Kampar dan Batu Gajah
Yang Berhormat ada jawapan berkatian dengan Taman Negeri Hutan Simpanan Kekal Segari Melintang bawah portfolio Yang Berhormat.
Bukan.
Bukan. Ok thank you.
Yang tu saya rasa portfolio lain. Sori YB bukan bawah saya. dan semua ketua jabatan dan agensi untuk daerah Kampar dan Batu Gajah Kinta di atas khidmat dan bantuan ke atas rakyat Tualang Sekah. Terima kasih dan tahniah serta syabas juga kepada barisan pentadbiran awam yang telah bertungkus lumus menyediakan bajet pada kali ini dalam keadaan yang cukup mencabar yang telah diketuai oleh Dato’ SS, Dato' LA, Dato’ Sfino, SUB MMK, dan warga kewangan, UPEN dan Bahagian Pengurusan Dewan negeri serta lain-lain yang terlibat. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pasukan yang membantu saya di bawah portfolio ya Perumahan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Kebudayaan termasuklah LPHP, SUB dan Bahagian Kerajaan Tempatan, Datuk Bandar, barisan Yang Dipertua Majlis dan warga-warganya, PTT, Tourism Perak, Lembaga Muzium PKNPK, Sekretariat PBC, dan Majlis Kebudayaan Negeri serta semua jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung atau tidak termasuklah Kerajaan Persekutuan, MOTEC, TM, Kraftangan, JKKM Klang Malaysia, Bomba yang walau dalam keadaan hari ini cukup mencabar dengan kesan pandemik masih gigih untuk melakukan inovasi dan penyelesaian isu. Semoga dengan peruntukkan yang memang cukup-cukup memberi cabaran kepada kita, kita tetap mencari alternatif yang kreatif untuk memulihkan ekonomi rakyat khususnya di negeri Perak.
Dari Lambor pergi ke Bota Singgah bermalam rumah Wan Lebo Bersama usaha diatur merata Memulih semula ekonomi yang hambar
Insyaallah. Sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih Yang Berhormat Tualang Sekah. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Lintang untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Perak sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in rabbisrahli Sadri wa yassirli Amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli Bismillahillazi la yadurru ma asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami Ul alim. ….
Yang bermaksud, “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Timbul yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”, Ar-Run ayat yang ke-41.
Allahu Taala Wa makaru Wa makarallah wallahu Khairul makirin yang bermaksud dan mereka merancang Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang.
Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, para pengamal media dan seluruh petugas Dewan yang saya muliakan. Menghayati bait-bait ayat firman allah subhanahu taala sebentar tadi, sesungguhnya selain diciptakan untuk menyembah Allah, manusia juga ditugaskan untuk menjadi khalifah di bumi ini sebagai khalifah manusia ini ditugaskan untuk memanfaatkan dan memulihara alam. Namun akibat kerakusan dan tabiat-tabiat buruk manusia persekitaran menjadi rosak dan kita sendiri yang akan menanggung akibat.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-maghfurlah Sultan Yang Di-pertuan dan Raja pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan sempena hari keputeraan baginda tahun ini pada 5 November yang lalu. Patik memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wataala dengan iringan doa semoga Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku Sultan terus peroleh keafiatan dikurniakan kemuliaan dan kebijaksanaan memayungi negeri di atas singgahsana Dirgahayu Tuanku. Saya juga ingin menzahirkan rasa penghargaan dan setinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan atas penganugerahan Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah semoga terus diberi kekuatan dan kerahmatan untuk memimpin negeri ini dengan bijaksana.
Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di atas keperihatinan semua dalam membangkitkan isu-isu yang berkait rapat dengan isu pembangunan infrastruktur. Seramai 22 orang Ahli Yang Berhormat Dewan telah memberikan pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina demi membantu penambahbaikan berterusan aspek infrastruktur di negeri Perak. Sebanyak 29 isu telah dibangkitkan kepada portfolio saya sepanjang sesi perbahasan Belanjawan negeri Perak 2022 yang bermula daripada 13 Disember sehingga semalam. Saya percaya semua isu yang dibangkitkan adalah bagi memantapkan pembangunan infrastruktur sesuai dengan slogan Perak Sejahtera.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, ketersediaan infrastruktur dan kemudahan awam adalah salah satu satu isu yang menjadi fokus dalam Belanjawan Tahun 2022 di bawah tema 2 belanjawan negeri Perak itu memakmurkan dan mensejahterakan rakyat. Walaupun kerajaan mengalami kekangan peruntukan tetapi pendekatan yang seimbang antara pembangunan fizikal dan sosioekonomi akan diambil kira agar segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan ataupun dapat dikurangkan. Secara keseluruhannya di bawah portfolio saya sejumlah RM226.9 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembangunan masing-masing dengan pecahan iaitu RM70 juta bagi JKR Negeri Perak, RM11 juta bagi JPS Perak, RM143.4 juta bagi LAP, RM2.1 juta bagi Program Bas Rakyat dan RM0.5 juta pula bagi Program Denai Sungai di Perak. Mengangkat prinsip pengurusan yang cekap, saya ingin memberi jaminan dan penegasan bahawa segala peruntukan yang disalurkan ini akan digunakan dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan telus.
Prinsip-prinsip ini penting agar setiap bagi sesi penggulungan hari ini. Saya akan cuba sehabis baik untuk memberikan respon dan maklumbalas terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan serta menjelaskan isu dasar mengikut beberapa tema. Perkara berspesifik dan operasi akan dirumus secara umum bagi menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, semua isu yang dibangkitkan akan diambil perhatian oleh pihak saya dan jawapan bertulis telah dikemaskini di dalam sistem yang disediakan.
Isu penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Jalong, Bercham, Pantai Remis dan Lubuk Merbau telah membangkitkan isu mengenai masalah penyelenggaraan lampu-lampu di Jalan Persekutuan yang boleh menyebabkan kemalangan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kriteria utama pemasangan lampu jalan adalah lebih tertumpu kepada persimpangan-persimpangan yang mana lebih berisiko berlakunya kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun, fasiliti keselamatan bagi Jalan Persekutuan terutama di jalan selekoh yang gelap akan ditambah baik dengan pemasangan chevron, eliantor post dengan izin dan signage jalan jenis all weathered retro reflective marking dengan izin digunakan bagi menambah pencahayaan penggunaan jalan raya di kawasan selekoh.
Garisan kuning ataupun putih juga boleh ditambah mengikut kesesuaian. Namun saya telah mengarahkan pihak JKR Negeri untuk sentiasa memastikan kualiti kerja sentiasa dijaga agar dapat memberikan, dapat memberi dan menjamin keselamatan kepada pengguna jalan raya terutamanya pemandu motosikal. Sebagai makluman, JKR Negeri Perak turut memohon RM0.5 juta bagi senggaraan semua lampu-lampu jalan bagi jalan-jalan milik Persekutuan di seluruh Negeri Perak. Dua, seterusnya Ahli Yang Berhormat daripada Aulong telah membangkitkan isu keperluan penubuhan task force bagi menurap jalan yang berlubang.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memastikan Jalan Persekutuan di negara ini berada dalam keadaan selamat dan selesa. Syarikat konsesi yang dilantik melalui perjanjian penswastaan juga skop kerja penyenggaraan rutin perlu melakukan rondaan, pemeriksaan rutin Jalan Persekutuan dengan kekerapan dua kali seminggu. Ini adalah untuk memastikan jika terdapat sebarang kerosakan jalan seperti jalan berlubang, kerja tampalan lubang sementara hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam dan tampalan kekal dalam tempoh tiga hari. Pengekalan ini telah diterjemahkan melalui program Aku janji Sifar Lubang, zero hole dengan izin antara pihak KKR ataupun Kementerian Kerja Raya dengan pihak konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan seluruh negara.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Pantai Remis, Temengor dan Trong telah membangkitkan isu kerja-kerja penyelenggaraan jalan milik Persekutuan yang tidak memuaskan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengakui bahawa usaha membaik pulih jalan-jalan Persekutuan kini dalam status kritikal. Kementerian Kerja Raya telah menyediakan program penyenggaraan membuat turapan berdasarkan notis kerosakan. Notice of Defects ataupun NOD yang disediakan oleh syarikat konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan. Melalui NOD ini, Kementerian Kerja Raya akan menyenaraikan program penyenggaraan turapan ini mengikut keutamaan dan keperluan mendesak untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi kelulusan peruntukan. Pelaksanaan program penyenggaraan ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Negeri Perak dilaksanakan oleh pihak konsesi yang telah dilantik oleh Kementerian Kerja Raya. Pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan ini adalah di bawah pengawasan sepenuhnya oleh pihak JKR Malaysia iaitu pihak yang telah dilantik sebagai wakil kerajaan. Pemilihan kontraktor oleh pihak konsesi bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan hanya terhad kepada kontraktor tempatan yang berkelayakan dan berdaftar dengan CIDB. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua dan sidang Dewan yang dimuliakan, Yang Berhormat Titi Serong telah membangkitkan isu pelebaran bahu jalan dengan memasang box culbert di Jalan Persekutuan berhampiran Kampung Kedah.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan longkang tepi jalan, aduan awam dan kerja-kerja berkaitan di Seksyen 718.40 sehingga 719.00, FT 001 Jalan Ipoh-Butterworth Daerah Kerian Perak Darul Ridzuan telah dilaksanakan pada 29 Jun 2021 sehingga 2 Ogos 2021 dengan kos sebanyak RM150 ribu. Selain itu pihak JKR telah membuat permohonan sebanyak RM1 juta bagi kerja-kerja pelebaran jalan di beberapa lokasi seperti Sungai Setar dan Sungai Bakau yang melibatkan kawasan sekolah dan masjid. Kerja-kerja akan dilaksanakan setelah peruntukan diluluskan.
Seterusnya Yang Berhormat Teja telah membangkitkan isu keselamatan laluan jalan Simpang Pulai-Cameron Highland. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, sebelum ini saya mewakili Kerajaan Negeri Perak ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika kejadian tanah runtuh di Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley. Dalam kejadian tanah runtuh itu telah mengorbankan dua mangsa iaitu Allahyarham Muhammad Hafiz Hamdi, berumur 31 tahun dan Tan Chee Heng, 36 tahun. Marilah kita bersama membaca Umul Kitab dan kita hadiahkan kepada Muhammad Hafiz Hamdi dan kepada mendiang Tan Ching Heng, kita bertafakur. Al-fatihah. Jazakallah. Terima kasih.
Yang Berhormat Exco. Titi Serong
Ya.
Terima kasih. Yang pertamanya saya nak mengucapkan terima kasih lah di atas yang projek yang telah disiapkan ini yang bernilai RM100 ribu peruntukan cumanya saya nak perbetulkan sikit, dia di depan masjid yang tu, masjid hijau. Yang saya mohon ni sebelum tu…ada lagi dia ada lagi lebih kurang 200 meter lagi daripada yang projek yang dimaksudkan oleh YB Exco tadi. Kalau boleh tambah memang…itulah kritikal sikitlah. Terima kasih.
Terima kasih Titi Serong. Insyaallah. Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan penghargaan terima kasih dari pihak Kerajaan Negeri kepada semua petugas misi mencari dan menyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, Pejabat Daerah Kinta, para pengamal media dan semua jabatan teknikal yang bertungkus-lumus sehingga larut malam bagi menyelesaikan misi menyelamat. Saya yang turut berada di tempat kejadian sepanjang misi tersebut berasa cukup terharu dengan komitmen dan kecekalan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. Semoga Allah, jasa kalian dirahmati oleh Allah SWT. Berbalik persoalan yang diajukan. Cawangan kerja cerun JKR Malaysia telah mengesahkan bahawa kejadian ini disebabkan oleh taburan hujan yang tinggi di lokasi tersebut dalam tempoh beberapa hari. Hal ini telah menyebabkan berlaku pergerakan tanah dalam skala yang besar sepanjang 100 meter.
Pihak bomba telah melakukan siasatan mendalam dan mendapati tiada sebarang aktiviti pembukaan tanah atau sebarang bentuk pembangunan yang berlaku di lokasi kejadian. Jadi ini telah diklasifikasikan sebagai bencana alam. Kerajaan mengambil serius terhadap kejadian ini dan telah mengarahkan JKR Negeri dan Persekutuan untuk melakukan pemantauan berkala di hotspot area di semua cerun-cerun yang berpotensi berlaku keruntuhan. Sebagai makluman laluan tersebut akan dibuka pada Jumaat, iaitu esok kepada semua jenis kenderaan memandangkan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan tebing cerun tersebut telah siap sepenuhnya. Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah JKR Malaysia.
Mohon celah. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua dan kepada Lintang. Saya mohon pencerahan sebab hari ini saya terima pula berita bahawa di keluarkan notis oleh JKR Daerah Kinta dimaklumkan laluan itu masih tidak dibuka. Sebab sebelum ni berita akan dibuka semula pada hari Jumaat. Cuma ada kekeliruan dari segi info. Terima kasih.
Terima kasih. Di sini ada hal sikit miscommunication. Walaumanapun, insyaallah jalan ini akan dibuka pada esok hari, hari Jumaat. Sebab itu saya menyeru agar pengguna jalan raya tersebut mengambil langkah-langkah berhati-hati dan melakukan rancangan awal ketika melalui jalan tersebut. So, seterusnya Yang Berhormat Hutan Melintang telah bertanyakan mengenai status projek jalan baru dari Sungai Ipil ke Sungai Dulang dan laluan Jalan Negeri A123, Tanah Melintang ke Kampung Sungai Tiang Baru, Rungkup. Untuk makluman Yang Berhormat status kini bagi projek jalan baru dari Sungai Ipil ke Sungai Dulang adalah di peringkat pengambilan tanah. Projek ini telah diluluskan dengan peruntukan bernilai RM26 juta.
Walaumanapun projek ini hanya akan dimulakan selepas isu yang berbangkit diselesaikan. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua dan sidang Dewan yang saya hormati. Pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum dengan segala rintihan berkenaan keadaan jalan-jalan milik Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak saya sendiri telah mengadakan beberapa pertemuan bersama Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya dan pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya untuk menzahirkan pendirian tegas Kerajaan Negeri berkenaan isu Jalan Persekutuan. Khususnya berkenaan kerja-kerja yang menjadi keutamaan mendesak dan amat diperlukan oleh Kerajaan Negeri. Dalam pertemuan empat mata Oktober yang lalu, saya telah menghantar permohonan potongan khas kepada KKR iaitu melibatkan RM54 juta bagi kerja-kerja selenggara banjir dan RM43 juta lagi bagi penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan. Saya penuh yakin hubungan yang baik yang telah di bina melalui komitmen Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar.
Perkara yang dibangkitkan khususnya berkenan penyelenggaraan jalan Persekutuan akan diatasi dengan baik Insyaallah.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua izinkan saya beralih pula ke tema yang seterusnya iaitu isu pengangkutan awam. Ahli Yang Berhormat dari Chenderiang telah membangkitkan berkenaan status terkini berhubung projek bas. Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan pengumumanYang Amat Berhormat Menteri Besar Perak semasa membentangkan Belanjawan Negeri Perak tahun 2022. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif perkhidmatan bas henti-henti, yang dilihat dapat meningkatkan perhubungan kawasan bandar dan luar bandar. Perkhidmatan bas ini memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan setempat yang terdapat di sepanjang laluan. Selain meningkatkan akses orang awam dan masyarakat orang asli. Sehubungan itu Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.1 juta pada tahun 2022 bagi pelaksanaan projek perkhidmatan bas henti-henti. Iaitu Bas Perak Sejahtera, yang telah dan akan dilaksanakan di beberapa kawasan yang telah dikenalpasti di negeri Perak.
Antaranya di Manjung, Kamunting, Sungai Siput, kawasan Lintang kawasan saya sendiri serta termasuklah di Tapah dah akan melalui Chenderiang. Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak telah melaksanakan beberapa sesi libat urus. Melibatkan jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan pada sepanjang tahun 2021 bagi tujuan pelaksanaan projek ini. Projek perkhidmatan bas henti-henti Bas Perak Sejahtera ini telah beroperasi di Manjung sejak tahun 2019 yang akan diteruskan perkhidmatannya pada tahun 2022 kelak. Projek di Kamunting telah mula beroperasi bermula Oktober 2021. Manakala projek di Sungai Siput kini dalam proses perolehan Kerajaan dan dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun 2022 ini. Bagi projek di Tapah pula berapa kumpulan teknikal projek ini dalam semakan akhir sebelum cadangan pelaksanaan Bas Perak Sejahtera di tapak Chenderiang ini diangkat kepertimbangan kelulusan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan kelak. Disasarkan pada suku pertama tahun 2022. Insyaallah. Seterusnya saya beralih pula ke isu perbekalan air mentah. Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sungai Rapat telah membangkitkan berkenaan isu pembekalan air mentah. Iaitu kajian keperluan penjualan air mentah kepada negeri Pulau Pinang sebagai langkah untuk mempertingkatkan Hasil Negeri Perak.
Sepertimana yang termaktub di bawah jadual kesembilan, senarai dua, Lembaga Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa hal-hal berkaitan sumber air adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Justeru itu Kerajaan Negeri berpandangan bahawa cadangan penjualan air mentah ke mana-mana negeri bagi tujuan meningkatkan hasil negeri perlu diperhalusi melalui kajian lapangan dan kaedah-kaedah yang bersesuaian. Yang pasti Kerajaan Negeri berpendirian dengan jelas bahawa sebelum apa dasar baru dibuat, berhubung penjualan air mentah. Kerajaan akan memastikan terlebih dulu segala keperluan rakyat negeri Perak berkenaan penggunaan bekalan air domestik seharian dan semua sektor ekonomi, perniagaan dan perindustrian perlu dijadikan keutamaan. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian, saya teruskan sesi penggulungan keutamaan seterusnya isu banjir.
Pasir Pinji. Berkenaan dengan isu air mentah itu. Saya yakin Yang Berhormat ingat pernah diadakan satu perbincangan berkenaan dengan bekalan air ke negeri Pulau Pinang. Tetapi sebenarnya kalau kita rujuk kepada satu kajian yang telah diadakan itu apa nama, semakan kajian sumber air Nasional untuk tahun 2000 sehingga 2050, yang menyatakan bahawasanya, pelan Sungai Perak transfer, dengan izin nama dia. Sebenarnya dia bukan sahaja satu peluang untuk air ke Pulau Pinang yang kita boleh jual. Sebenarnya ia adalah bagi menampung keperluan air di sebelah utara Perak. Kita tahulah skim pengairan Kerian sebenarnya kalau kita menjelang 2050, dia akan ada sekurang-kurangnya untuk utara Perak peningkatan RM500 milion itu pada asalnya energi dan kalau kita kumpul apa yang diperlukan oleh Pulau Pinang apa yang diperlukan di sebelah utara Perak, dia mungkin akan perlu tambahan lagi 1500 million liters per day.
Sebab hanya apa nama skim pengairan Kerian punya sendiri pun perlu air sebanyak kalau tak silap lah, 555 million cubic meters. Jadi untuk keperluan ni sedangkan sekiranya ada dalam satu kajian juga yang telah diadakan di dianjurkan oleh Pulau Pinang bersama dengan Kerajaan Persekutuan sebenarnya dia adalah antara Kementerian Sumber Air yang menyatakan sebenarnya ada satu skim, di mana, yang paling mahal sekali RM3.9 billion, yang paling murah sekali RM3.9 billion dan yang paling mahal sekali RM5.6 billion dan skim ini ada limpahan ekonomi yang sekiranya ditangani dan dirunding-runding secara berhemah dan ada hasilnya yang baik dan duit ni datang daripada Kerajaan Persekutuan tetapi syarat dia adalah air mentah. Sebab takkanlah Kerajaan pusat nak bayar untuk Taiping bagi air yang terawat. Sebab itu adalah produk terawat tapi air mentah pula deme yang akan bayar. So, benda ni bukan sahaja setakat kita nak jual air kepada Pulau Pinang tetapi untuk menampung keperluan kita di negeri Perak sebelah utara dan limpahan ekonomi dalam pelaksanaan pelan tersebut mungkin RM3.6 billion, mungkin RM5.9 billion. Apa pandangan dan apa perancangan setakat ini untuk Kerajaan dan sekiranya hendak adakan perundingan dengan kerajaan Pulau Pinang, teman tawarkan diri untuk membantu.
Saya, terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Lintang. Saya ingin bertanya mengenai soalan mengenai pengguna lah di kawasan saya ni saya rasa kadang sebulan tu dua tiga kali berlaku trip elektrik yang menyebabkan gangguan kepada bekalan air ke rumah-rumah dan menjadi complain pengguna-pengguna sebab bila elektrik problem dia akan ganggu proses air di loji, yang menyebabkan air macam kejap-kejap tak ada. Jadi apakah usaha yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut yang sering kerap berlaku. Yang keduanya, saya ingin bertanya status Loji Gerik 6, adakah telah digunakan sepenuhnya dan adakah loji tersebut mampu menampung kapasiti penggunaan di sekitar Pekan Gerik yang sekarang dilihat banyak membangun terutamanya taman-taman perumahan dan berapakah jumlah kapasiti air yang menampung di Loji Gerik 6 itu, terima kasih.
Pantai Remis ada lagi.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, YB Lintang. Sama juga dengan bekalan air tapi ini sudah berlaku lebih kurang 10 tahun di Bagan Panchor dan isu ini saya telah bangkit kepada Pejabat Exco, tapi di sini saya nak tegaskan bahawa isu ini selalu kata tekanan air itu tidak mencukupi dan puncanya adalah LAP yakin bahawa puncanya adalah kerana pencurian air oleh pengusaha-pengusaha di Bagan Panchor. Tapi sampai sekarang kita tidak nampak apa tindakan yang telah diambil, tidak ada sesiapa dihukum, tidak ada sesiapa yang di dakwa kerana pencurian air. Macam mana bagi pihak kerajaan dengan LAP mereka bertanggungjawab untuk kita bersama-sama macam mana dengan SPAN untuk ambil tindakan kepada mereka-mereka yang mencuri air, kerana ia telah menyebabkan penduduk-penduduk di sana, akibatnya mereka tiada air mereka guna pam dan LAP juga mengharapkan mereka katakan ini kerana you orang guna pam, air itu air masin pun masuk, air minyak pun ada tapi ia lagi ada satu isunya adalah paip bocor. Paip pun sudah lama kat sana, jadi saya berharap pihak kerajaan dapat ambil tindakan dan ambil serius tentang isu ini kerana ia berkaitan minuman setiap hari bagi semua orang. Terima kasih.
Lintang, Ayer Kuning, Lintang.
Ayer Kuning. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, cuma beberapa perkara yang saya bawa dalam perbahasan saya tentang jalan dari Kampar - Mambang Diawan - Ayer Kuning - Langkap saya tak pasti sama ada Exco telah jawab atau tak. Saya ingin juga, mendengar apa jawapan yang sebenar. Kalau selama ini, dianaktirikan kawasan ini, jalan ini. Kawasan-kawasan daripada Ipoh semua jalan besar, alignment cukup besar sampai ke Kampar ke Mambang Diawan sampai Ayer Kuning ke Langkap masih lagi takuk lama. Apa saya hendak tahu jawapan daripada Yang Berhormat Exco dan soalan kedua, dari tadi tak tak dengar, saya baru balik solat. Perkhidmatan bas henti-henti khususnya bas rakyat yang dicadang tempoh hari untuk kawasan Chenderiang dan kawasan Ayer Kuning malah jawapan daripada Exco hanya kawasan Chenderiang melibatkan kawasan orang asli. Kawasan bukan asli di kawasan Chenderiang ke Ayer Kuning ialah Sungai Lesung, Tapah Road dan juga berapa kawasan juga memerlukan bas rakyat yang tak henti-henti ini berlaku di situ dan saya dengan Exco pun telah melawat kawasan dan saya hendak tahu jawapan setakat ini sama ada ianya akan dilaksanakan pada tahun 2022 atau pun sebaliknya. Itu sahaja.
Timbalan Exco.
Sekejap Pasir Panjang, beri Exco jawab dahulu.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah mengemukakan soalan tambahan. Berkaitan dengan air mentah yang dijual di Pulau Pinang, sebenarnya kerajaan akan fokus untuk selesaikan dahulu masalah bekalan air di utara Perak. Selepas kumpulan domestik selesai, barulah kerajaan akan melihat keperluan negeri lain. Maknanya kita selesaikan masalah negeri kita dulu, baru kita mulakan dengan keperluan untuk negeri lain.
Ok, tambah sedikit. Sebenarnya Yang Berhormat perkara ini dia memang bersangkut-paut sebenarnya, sebab untuk menyelesaikan masalah keperluan domestik di sebelah utara Perak infrastrukturnya yang melibatkan transfer daripada apa nama dia kena ada Bukit Merah sebagai balancing dan selepas itu Empangan Chenderoh pula punya downstream punya hiliran perlu di transfer juga. Di situ infrastrukturnya memang berada di dalam cadangan yang dikeluarkan medicost RM3.6 billion itu. Jadi saya rasa agak sukar untuk kita asingkan, hendak selesaikan masalah kita dulu baru kita hendak jual ke "deme" sebenarnya dia pakej, so mohon pertimbangan Yang Berhormat bawa perkara ini dalam MMK sebab dia tidak boleh dipisahkan. Di samping mewujudkan peluang pekerjaan dan juga limpahan ekonomi. Terima kasih.
Terima kasih Pasir Pinji, saya ambil maklum apa yang dibangkitkan. Berkenaan dengan Temenggor, Loji 6 Gerik memang tujuannya bagi menampung keperluan penduduk di Gerik. Kerajaan yakin dengan kemampuan loji yang ke-6 ini, ia dapat memberi bekalan kepada keseluruhan di Gerik. Insyaallah bagi masalah yang dimaklumkan tadi berkaitan dengan graviti atau pun tekanan air rendah dan sebagainya, insyallah saya akan turun ke Gerik bagi melihat isu ini, insyaallah kita akan bersama menyiasat perkara ini. Berkaitan dengan di Panchor tadi, insyaallah kita memang dalam pengetahuan kita dan LAP dan kita ambil beberapa tindakan langkah yang bersesuaian untuk penyelesaian yang dibangkitkan tadi. Bagi Ayer Kuning, pagi tadi saya sudah pun jawab, kerajaan memang adil bukan hendak anak tirikan Tapah, utamakan Kuala Kangsar dan sebagainya. Insyaallah apa yang saya bangkitkan saya jelaskan tadi permohonan kepada penyelenggaraan jalan Persekutuan bagi tahun 2022 kepada Menteri Kanan JKR, kalau inilah berjaya, saya akan pastikan, saya akan mencadangkan, mengesyorkan kepada JKR negeri untuk memasukkan salah satu cadangan yang kata YB Ayer Kuning tadi ketinggalan supaya dapat diberi keutamaan insyaallah.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua.
Pasir Panjang, Pasir Panjang.
Yang pertama terima kasih kerana loji air di, bukan loji tapi air tangki air ternaik di Batu 12 telah pun siap dan menunggu Sistem Piping daripada Lekir ke SPAN. Kemudian diberitakan bahawa paip ke Pasir Pandak telah pun di diserahkan ke pihak JBA. Yang yang kedua, berkaitan dengan pencahayaan di 2 buah kampung tradisi iaitu Kampung Teluk dan Telaga Nenas. Kampung ini baru dalam setahun dua dihubungi, dapat jambatan yang memudahkan perhubungan dari dua kampung ini ke Manjung dan ke tempat-tempat lain. Jadi bayangkan selepas Merdeka dalam dua tiga tahun ini baru kemudahan untuk keluar daripada kampung tersebut dapat digunakan atau pun menggunakan jambatan, kalau tidak menggunakan jalan raya dulu mengambil masa setengah jam lebih atau pun 40 minit. Jadi kampung ini merupakan kampung tradisi, kampung nelayan dan apabila jambatan menghubungkan kedua-dua kampung ini siap.
Sudah tentulah membawa impak yang besar iaitu kemasukan atau pun pelancong-pelancong atau pun orang luar dan masuk ke kampung tersebut dan di situlah merupakan tempat pelancongan dibangunkan pusat pelancongan yang dipanggil Selat Dinding atau pun Sungai Dinding yang telah disebutkan sebelum ini. Jadi untuk memudahkan pengguna-pengguna jalan raya iaitu pencerahan masuk daripada simpang jambatan itu terus ke kampung tidak terdapat atau pun dapat atau pun selama hari ini pun mereka dalam bergelapan masuk ke kampung lebih-lebih pada waktu malam. Di situ terdapat dua atau pun perkembangan ekonomi yang jelas ialah di situ terdapat makanan-makanan seperti udang, mee udang dan sebagainya. Jadi sudah tentu pergerakan pada waktu malam menyukarkan penduduk dua kampung dan di Telaga Nenas itu orang suka datang selain daripada mee udang adalah pusat pelancongan itu Masjid Terapung itu. Jadi dalam Dewan yang mulia ini Pasir Panjang mohon supaya dipercepatkan apa pencahayaan di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.
Mohon Selinsing mencelah sikit. Selinsing ingin menarik perhatian tentang Ayer Kuning. Ayer Kuning bangkitkan tadi ada Exco mengatakan bahawa sekiranya dibangkitkan diberi perhatian. Jadi Selinsing pun begitu daripada jalan keluar tol ke Bagan Serai terdapat Simpang Tiga Selinsing. Sebab itu Selinsing ingin membangkitkan traffic light atau lampu isyarat di Simpang Tiga kerana bancian dibuat tu di musim PKP. Jadi saya harap bancian itu tak betul. Jadi kalau mengikut bancian itu tentulah musim PKP tak ada laluan yang begitu sesak. Jadi kita minta diadakan bancian dan insyaallah memang perlu di Selinsing kerana ada banyak kes kematian. Terima kasih.
Terima kasih Pasir Panjang dan juga Selingsing. Berkaitan Pasir Panjang sebenarnya pencahayaan di dua kampung tradisional ini sebenarnya lampu-lampu dibekalkan oleh melalui Kementerian Luar Bandar melalui pejabat daerah melalui cadangan daripada ketua-ketua kampung kepada pejabat daerah masing-masing. Walau bagaimanapun kita ambil perhatian di atas apa yang diutarakan oleh Pasir Panjang insyaallah. Berkaitan dengan Selinsing tak saya juga akan mengambil perhatian dan saya akan pastikan bawah pihak JKR akan dapat memberikan perhatian pembetulan dari segi kajian di luar pendemik.
Terima kasih, terima kasih.
Timbalan Yang Dipertua saya ingin teruskan kepada sidang Dewan sekalian Ahli-Ahli Yang Berhormat Jalong sahabat saya. Dah nak masuk Jalong terus dah telah membangkitkan mengenai masalah banjir di Sungai Siput terutama di Jalong dan langkah penyelesaian banjir yang sering berlaku di Taman Muhibbah Jaya. Itu persoalan kot. Ada soalan tambahan lagi? Untuk makluman Yang Berhormat projek Saliran Mesra Alam (SMA) kini telah diberi milik tapak kepada kontraktor pada 20 Ogos 2021. Walaupun telah dibangkit pada papan tanda pada tahun 2018. Tapi saya kata yang ini lebih tepat dan dijangkakan siap pada 19 Ogos 2023. Kemajuan kerja sehingga hari ini ialah 3% jadual dan 3% sebenar di tapak. Pihak kontraktor sedang menjalankan ukur di tapak bagi 5 kolam termasuk ukuran jajaran sungai terlibat. Mengikut jadual pesanan kerja terutamanya pembinaan kolam di Sungai Bemban dan Sungai Buloh akan dilaksanakan pada awal tahun 2022 bagi mengurangkan masalah banjir yang kerap berlaku di Taman Muhibbah Jaya. Ada soalan?
Terima kasih. Saya mohon kepada YB Lintang saya masukkan sekali ketiga tigalah daripada bangun tiga kali jadi yang nombor satunya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada YB Lintang, YB yang menjaga infrastruktur kerana prihatin terhadap masalah ni. Cuma saya kena minta YB untuk tengok-tengokkan lah supaya percepatkan sebab duitnya telah dikeluarkan lama tapi cuma kerjanya belum jalan. Jadi ini merisaukan rakyat. Macam saya bangkitkan tadi mengenai bencana banjir kilat ni sebab banjir ni dia tak kira banjir berapa kali. Kalau banjir bermusim dia bagi 10 hari dia rugi sekali tapi masalah dengan banjir kilat ni dia kalau dalam setahun dia banjir 10 kali dia rugi 10 kali. Jadi ini yang merugikan rakyat jadi saya terima kasihlah YB Lintang dan melihat kepada ini. Cuma saya nak tambahkan dua perkara satu ialah di mana kita katakan sejak banjir pada bulan 5 banjir pada bulan 5 pertengahan tahun ini, ok telah melibatkan satu banjir kilat yang amat besar jadi dia menyebabkan kerosakan pada dua jambatan besi. Saya rasa YB Lintang pun tahu cuma saya nak yang ingatkan lagi supaya percepatkan iaitu di Rimba Panjang di Rimba Panjang.
Ok, sekarang sekolah dah nak buka semula sesinya tak lama lagi. Jadi ia merupakan satu jalan utama kepada kawasan Kampung Muhibbah dan Rimba Panjang dan menghubungkan kampung tersusun dan sebagainya di belakang. Jadi amat penting saya harap YB Lintang lihat pada ni dan nombor dua mungkin kurang mendapat perhatian ialah juga jambatan yang rosak pada hari yang sama iaitu jambatan besi di belakang kilang papan. Ok, dia ada berdekatan dengan apa yang kita panggil di sana ada satu kilang tauhu di situ. Ok, di sana juga lebih kurang sama keadaannya cuma kerosakannya mungkin tak seteruk mungkin melibatkan wang yang kurang. Saya harap YB Lintang lihatkan kepada keadaan ini supaya dapat menyelesaikan perkara ini lah sebab yang jalan tu merupakan satu-satunya jambatan tu merupakan satu-satunya jalan keluar sekarang mereka menggunakan jalan tanah persendirian. Ialah maklumlah kalau melalui tanah persendirian kalau silap haribulan tuan punya tanah pagar nanti naya orang tak boleh keluar.
Ok, nombor tiga ialah saya tahu sebab yang Lot 10 jalan, jalan di Lot 10 Jalong ini Kampung Melayu ni jadi masalah di sini saya dah bangkitkan bertahun-tahun pegawai pun dah bertahun-tahun mohon peruntukan cumanya yang jalan ni kalau jalan pertanian sebab di bawah JPS maknanya saya harap YB Lintang boleh tengok-tengokkan. Sekiranya tidak nanti saya bersekali dengan YB jugalah. Walau bagaimana pun saya harap YB Lintang dapat selesaikan ini atas keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Sungai Siput. Terima kasih.
Batu Kurau ingin mencelah YB Exco. Terima kasih saya juga nak membawa isu pembangunan jalan khususnya di Batu Kurau ini kerana jalan ini telahpun dimohon sejak sekian lama dan saya sendiri pernah pergi menghantar sendiri surat kepada Pengarah JKR waktu tu tapi oleh kerana masa tu covid tengah-tengah aktif saya pun tak dapat naik cuma letak surat di di bawahnya. Jadi saya nak rujuk kepada dua batang jalan yang telah dimohon kerana di Batu Kurau sekarang ni keadaan semakin sesak kerana banyak perumahan yang naik sama ada di sebelum Pekan Batu Kurau atau selepas Batu Kurau dan dijangkakan mengikut pengerusi-pengerusi apa ni perumahan di kawasan tersebut lebih kurang 2500 unit rumah yang akan dibina di kawasan Batu Kurau dan sekarang ni tengah naik dengan begitu pesat sekali. Jadi Batu Kurau memerlukan dua batang jalan ini yang pertama jalan daripada Batu 14 Kampung Batu 14 ke Kampung Anak Kurau dan jalan tu pun sudah disukat telah pun diberi sebut harga ataupun diberi anggaran harga tapi masih lagi belum dilaksanakan dan satu batang jalan lagi ialah daripada Kampung Batu 14 ke Kampung Jelai. Ini adalah dua jalan pintas yang didesakkan kerana kalau jalan yang ada hanya terpaksa melalui pekan akan menyebab Pekan Batu Kurau akan menyebabkan kesesakan jadi dua jalan ni adalah jalan pintas untuk jaringan yang lebih baik lagi lah di Batu Kurau. Terima kasih.
Slim mohon mencelah. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Exco. Slim juga ingin memaklumkan berkenaan dengan permohonan saya ingat ini pun dah lama dibawa oleh YB Dato’ Seri iaitu pelebaran jalan daripada Pekan Slim River ke Tanjung Malim yang sekarang ini memang penggunaan jalan tu agak sesak apatah lagi bila Highway PLUS, highway daripada Tanjung Malim nak pergi ke Ipoh jam dia orang akan keluar sama ada ke Tanjung Malim, Behrang atau Slim menggunakan jalan. Jadi harap juga dapat dipertimbangkan untuk pelebaran jalan ini dan juga lampu jalan yang daripada Politeknik bawa ke pekan Tanjung Malim. Di situ juga kawasan berbahaya khusus melibatkan pelajar-pelajar dan selalu berlaku kemalangan di dalam kawasan itu dan yang ketiga juga untuk lampu jalan dan juga penurapan jalan daripada simpang Besout bawa ke MRSM dan itu juga jalan melibatkan jalan persekutuan yang juga dari segi maintenance nya sekarang ni agak teruk. Terima kasih.
Kuala Sepetang YB Exco. Apabila sahabat-sahabat lain pun mengutarakan masalah saya pun ingin menimbulkan kembali lah pertamanya tentang jalan daripada Pekan Simpang ke Kuala Sepetang memang teruk jadi saya minta Yang Berhormat Exco tengoklah macam mana dah tampal-tampal celah gigi tu dah tampal tentu satu hari nanti dah rosak teruk. Jadi minta tindakan Yang Berhormat Exco lah untuk mempertimbangkan jalan tersebut. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Exco, Menglembu. Yang Berhormat Exco tolong memberi perhatian bahawa Jalan Kledang Utara dari Falim di mana lebih kurang satu bulan yang lalu saya telah pun dah maklumkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kecil bahawa jalan tersebut sebanyak 40 unit lampu awam telah pun rosak. Tapi sampai sehingga hari ini semalam saya lalui masih tidak belum diselenggarakan. Sebenarnya lampu jalan tu kalau mungkin menghadapi masalah kekangan kewangan so tak apa. Tapi saya dapati garis lalu lintas sepanjang jalan tu memang dah kabur. Kalau kita menggunakan lampu kenderaan apabila garisan lalu lintas tu kalau jelas memang kalau tak ada lampu pun tak ada masalah. Tapi sekarang lampu tak ada garisan lalu lintas pun tak ada. So mintalah pihak Yang Berhormat Exco tolong ke memberi perhatian. Terima kasih.
Canning mohon lalu. Minta maaf. Ya. Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua. Yang dua isu saja. Dari Sultan Azlan Shah menyusur keluar ke Lebuhraya PLUS, itu lampu jalan yang rosak sudah selama dua tahun sampai sekarang pun belum diperbaikkan dan juga ada yang lain tadi saya ada bagi bangkit banjir di kawasan Canning Garden dan Cempaka. Sila JPS boleh mendalam sungai-sungai utama di Sungai Senam dan juga Sungai Pinji. Ya terima kasih.
Timbalan Yang Dipertua. Saya ingin menjawab kesemua sekali. Tapi minta maaflah saya akan jawab secara bertulis kerana mempunyai soalan yang terlalu banyak yang mengambil masa untuk saya buat penggulungan. Insyaallah, dalam masa yang terdekat kita akan membuat jawapan bertulis kepada semua sahabat-sahabat yang telah membangkitkan soalan-soalan yang baru di dalam Dewan yang mulia ini. Ahli Yang Berhormat daripada Pengkalan Hulu telah membangkitkan isu kerja-kerja penyelenggaraan dan mendalam sungai di kawasan parit Kampung Simpang Pulai, Kampung Air Panas, Kampung Selarong di mana tidak diselenggara selama lebih 3 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat kejadian banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Parit, Sungai Kepayang, Kampung Simpang Pulai Sungai Pulai, Kampung Air Panas Sungai Kuak dan Kampung Selarong Sungai Kroh kalau disebabkan kapasiti sungai-sungai tersebut tidak mampu menampung kadar alir air sungai ketika hujan lebat terutama hujan di kawasan hulu sungai atau bukit. Bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan ini, pihak JPS daerah telah menjalankan kerja-kerja penyelesaian jangka pendek dengan menyelenggara serta mengorek pulih Sungai Pulai pada April 2021, Sungai Kroh pada Oktober 2020, Sungai Kepayang pada September 2020 dan Sungai Kuak pada September 2018. Bagaimana pun pihak JPS daerah akan memohon serta masukkan kerja penyelenggaraan dan mengorek pulih sungai-sungai tersebut yang merupakan kawasan berisiko banjir pada tahun 2022. Bagi Yang Berhormat dari Changkat Jong pula telah membangkitkan isu keperluan kajian menyeluruh dan cadangan jika ada keperluan untuk tingkatkan saluran-saluran dan merujuk kawasan tadahan yang sesuai dan besar. Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Perak cakna dan mengambil maklum dari yang dicadangkan. Kajian menyeluruh dan terperinci perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti punca dan masalah sebenar kajian banjir tempatan dan banjir disebabkan oleh fenomena air pasang tinggi. Bagi RTP Batak Rabit sebagai makluman terdapat perubahan kerja terhadap projek ini disebabkan oleh cadangan reka bentuk yang dihasilkan tidak bersesuaian dengan keadaan topografi di kawasan tersebut. Hal ini telah mengakibatkan kos siling projek tersebut meningkat dua kali ganda dari peruntukan asal itu RM20 juta. Bagi RTP Changkat Jong pula JPS telah mengeluarkan iklan-iklan tender bagi projek yang dinyatakan dan tender telah ditutup pada 15.12.2021. Status seterusnya adalah dalam proses penilaian tender iaitu RM9.5 juta. Ahli Yang Berhormat dari Mengelembu telah membangkitkan isu masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan Jalan Lahat.
Minta celah sikit Dato' Exco, Changkat Jong. Sikit ja. Cuma saya nak bangkitkan sedikit berkaitan dengan Kampung Orang Asli Erong ya. Laluan keluarnya ke Slim ke Behrang sana jalannya melalui jalan-jalan estate. Saya difahamkan ketika Profesor Dr. Juli menjadi Ketua Pengarah JAKOA dan dia telah memohon kepada JKR bersama saya pun tiap-tiap tahun pun mohon juga supaya satu jalan untuk keluar daripada kampung asli ke jalan utama dah diluluskan dan difahamkan JKR akan membinanya. Jika itu betul dan saya minta disegerakan kerana penting seramai hampir 300 orang asli sana jika berlaku kecemasan, bersalin, sakit dan sebagainya amat sukar untuk keluar dan boleh mengakibatkan kematian dan sebagainya Terima kasih.
Terima kasih maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Changkat Jong. Insyaallah perkara ini diberi perhatian jawapan bertulis secara terperinci akan diberikan. Untuk makluman Yang Berhormat bagi menangani masalah berterusan banjir kilat akibat perubahan monsun serta hujan lebat yang kerap berlaku di bandaraya Ipoh, pihak JPS telah memohon Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi Bandaraya Ipoh Perak di dalam permohonan RP3 RMK ke-12 untuk menangani masalah kuantiti, kualiti air larian hujan dan banjir kilat. PISMA Bandaraya Ipoh ini mampu menjadi rujukan kepada semua agensi sebelum sesuatu kawasan ini dimajukan bagi memastikan sistem saliran dalam keadaan baik dan tidak mengundang kepada masalah banjir yang akan berlaku di kemudian hari. Sebagai kesimpulan bagi isu-isu banjir yang dibangkitkan, pihak Kerajaan Negeri maklum dan memahami segala keluh resah Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan peruntukan yang terhad bagi mengimbangkan keperluan ekonomi yang mendesak, sudah pasti tahun 2022 akan menjadi tahun ni amat mencabar bagi JPS Negeri Perak dan saya sendiri sebagai Exco yang bertanggungjawab. Kerajaan Negeri pada tahun 2022 akan turut menumpukan perhatian ke satu sisi dan dimensi yang sering dilupakan dalam menyumbang kejadian banjir kilat iaitu sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri seperti mana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan Tahun 2022 telah memperuntukkan RM0.5 lima juta atau pun RM500 ribu khas bagi Program Denai Sungai Perak yang akan memberi fokus kepada aktiviti, advokasi, pendidikan dan penglibatan komuniti terhadap penjagaan sungai dan anak-anak sungai yang terdapat di seluruh negeri Perak. Sekalung penghargaan dari saya di atas sikap yang begitu prihatin dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam penjagaan sungai dan sumber air. Oleh itu atas semangat kematangan politik yang dipamerkan sesi libat urus bersama pusat khidmat ADUN-ADUN juga akan dibuat untuk menterjemahkan usaha ini supaya ia benar-benar memberi impak kepada rakyat. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua dan Ahli Dewan yang dikasihi sekalian. Akhir sekali Kerajaan Negeri mengakui selama ini aspek penguatkuasaan yang lemah juga antara penyumbang besar kepada isu banjir. Oleh itu kerajaan ini kerajaan amat serius bagi memperkasa serta perkukuhkan mekanisme perundangan dan penguatkuasaan supaya sumber air di Perak tidak dimusnahkan oleh aktiviti haram. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sehingga ke tarik ini pengurusan sumber air di negeri Perak masih dikawal selia menurut peruntukan Akta Air 1920 yang dilaksanakan oleh Pegawai-pegawai Daerah di negeri ini dan tiada badan khusus yang boleh menjadi rujukan utama untuk kawal selia sumber air tersebut. Secara amnya, perkara berhubung sumber air berada di bawah senarai negeri menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri Perak kini sedang dalam tindakan menggubal Rang Undang-Undang Sumber Air Perak (RUUSA) yang dicadang akan dibentangkan di Dewan Negeri Perak pada awal tahun 2022. Rang Undang-Undang Sumber Air Perak ini digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri Perak serta untuk menubuhkan Lembaga Urus Air Perak (LUAP) dan mengadakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya. Kerajaan Negeri yakin melalui usaha ini penguatkuasaan serta perancangan yang tegas, menyeluruh dan holistik akan dapat diterjemahkan supaya sistem saliran serta sumber air di Perak terus terjaga. Saya juga akan berusaha untuk mewujudkan sebuah dana, Timbalan Yang Dipertua, tabung bagi kerja-kerja kecemasan. Walau pun kita ada dalam Kerajaan Negeri ada tabung kecemasan tapi kita berusaha dalam portfolio saya boleh digunakan keadaan-keadaan yang tertentu di kawasan-kawasan Yang Berhormat yang boleh kita salurkan. Timbalan Yang Dipertua dan Sidang Dewan yang dimuliakan. Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan belanjawan yang menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Saya yakin Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dari Kota Tampan akan mengambil pendekatan yang seimbang antara pembangunan fizikal dan sosial ekonomi rakyat agar aspirasi belanjawan ini benar-benar dapat diterjemahkan. Belanjawan ini perlu diterjemahkan atau deliver kepada rakyat maka saya selaku Exco yang diberi tanggungjawab akan memastikan semua agensi-agensi pelaksana dapat melaksanakan setiap perancangan belanjawan tahun 2022 dengan cekap dan penuh akauntabiliti.
Jadikanlah Dewan Ini tanda perjuangan kita bersama untuk membina semula ekonomi Negeri jangan kita sekali-kali terhenti di tengah jalan. Membujur lalu melintang patah. Kita tidak akan berhenti selagi ekonomi belum pulih seperti sediakala. Dengan ini saya dengan rendah hati dan penuh tawadhu' menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat sahabat-sahabat sekalian untuk sebulat suara untuk kita meluluskan belanjawan 2022 ini. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Lintang. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Gunung Semanggol untuk menggulungkan perbahasan dipersilakan 45 minit.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat petang. Bismillahirrahmanirrahim (bacaan ayat suci Al-Quran). Daripada Jabir R.A., dia berkata telah bersabda Rasulullah SAW, "Tidaklah seorang Muslim menanam tanaman apa yang dimakan dari tanaman tersebut ganjaran kepada penanamnya menjadi sedekah. Apa yang dicuri daripada tanamannya tersebut juga ganjaran kepada penanamnya menjadi sedekah dan tidaklah seseorang mengambil tanaman yang melainkan bagi penanamnya adalah sedekah." Hadis Riwayat Muslim. Agama Islam amat menggalakkan untuk memenuhi bumi dan tanah yang terbiar dengan tanaman pertanian dan lain-lain aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada manusia dan seluruh kehidupan di atas muka bumi ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, saf Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan, pegawai-pegawai kerajaan, pengamal-pengamal media seterusnya para hadirin dan semua yang mengikuti sidang DUN sama ada secara bersemuka ataupun maya pada hari ini. Timbalan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mewakili Kerajaan insyaallah akan berusaha sedaya dan upaya memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai dengan portfolio perladangan, pertanian dan industri makanan yang dibangkitkan sepanjang persidangan ini.
Yang berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ADUN Kota Tampan atas peruntukan belanjawan 2022 sebanyak RM51.4 juta kepada industri asas tani. Peruntukkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM28.3 juta meliputi RM24.3 juta peruntukan mengurus dan RM4 juta belanja pembangunan. Pembangunan Komuniti pertanian sebanyak RM3.1 juta, pembangunan infrastruktur banyak RM0.4 juta, dana program latihan dan promosi sebanyak RM0.5 juta. Jabatan Veterinar pula diperuntukkan sebanyak RM17 juta untuk belanja mengurus dan RM3.7 juta belanja pembangunan. Jabatan Perikanan pula diperuntukkan sebanyak RM1.2 juta belanja pembangunan. RM5 juta telah diperuntukkan melalui unit laksana bagi pembangunan hab halal daging Perak yang akan di jalankan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPNP) untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber daging import selain daripada jabatan tersebut. Kerajaan Negeri turut menyediakan sebanyak RM0.5 juta bagi pelbagai program dan juga projek pertanian lain di bawah peruntukan Unit Perancang Ekonomi ataupun UPEN. Peruntukan tersebut juga meliputi bantuan input makanan ternakan program penternakan ikan program khas pasca tani COVID-19 dan membeli hasil pertanian daripada golongan petani, penternak dan nelayan yang terjejas. Melalui peruntukan tersebut ini menunjukkan bahawa jaminan keselamatan adalah aspirasi Kerajaan Negeri bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan dalam negeri.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2022 khasnya Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyentuh sektor jaminan bekalan makanan ataupun food security. Sepanjang sesi persidangan kali ini, saya menerima 24 soalan yang dibangkitkan oleh 17 ADUN melalui soalan lisan dan soalan bertulis tambahan iaitu sebanyak 30 isu telah disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan belanjawan yang berkaitan dengan keselamatan bekalan makanan. Ini memberi isyarat baik kepada rakyat dan kerajaan dalam mengembeling dan menggandakan usaha bagi memastikan bekalan makanan mencukupi selamat untuk dimakan keberhasilan kepada pemain-pemain industri makanan. Saya akan merangkumkan jawapan ke atas isu-isu permasalahan yang dibangkit secara dasar dan tindakan perincian dan penyelesaian insyaallah akan diambil dan dimaklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat setelah tindakan diambil. Sebelum itu saya ingin berkongsi hala tuju industri makanan Negeri Perak.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Perak komited melaksanakan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 bagi mencapai objektif seperti berikut. Yang pertama, meningkatkan pertumbuhan pendapatan dan kualiti hidup yang lebih baik bagi pengeluar makanan. Yang kedua, mempertingkatkan output pengeluaran serta kualiti penuaian melalui peningkatan produktiviti. Mewujudkan rantaian nilai yang lebih tangkas, berdaya tahan dengan aktiviti nilai ditambah yang tinggi. Menambahbaik sekuriti dan juga nutrisi makanan rakyat. Memacu pertumbuhan ekonomi sosial dan inclusitivity. Menggalakkan amalan penggunaan dan juga pengeluaran makanan secara mampan, good agricultural practices. Lima idea utama yang digariskan menerusi dasar ini iaitu mendukung permodenan dan juga pertanian pintar, memperkukuhkan pasaran domestik, meningkatkan hasil keluaran yang mempunyai permintaan tinggi dan juga produk yang berorientasikan eksport, membangunkan bakat yang memenuhi permintaan industri, meningkatkan amalan pertanian dan sistem makanan mampan, menyediakan ekosistem pertanian yang kondusif dan kerangka institusi yang lebih kukuh.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat pada tahun 2020, kebanyakkan daripada keperluan makanan asas telah mencapai kadar sara diri self effusion rate dengan izin melebihi 100% dan meletakkan Negeri Perak sebagai pengeluar utama agro makanan negara walau bagaimanapun usaha diteruskan bagi menjamin bekalan makanan mencukupi tidak bergantung kepada sumber import dan pemain-pemain dalam industri makanan ini petani, nelayan dan penternak sama-sama menikmati taraf hidup yang lebih baik.
Saya yakin semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sedar bahawa sebahagian besar daripada pemain industri makanan sama ada petani, nelayan dan penternak terlalu bergantung kepada bantuan sara hidup daripada kerajaan seolah-olah mencerminkan bahawa industri makanan bukan lagi merupakan satu bidang kerjaya yang menarik dan menguntungkan. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua bagi memastikan industri makanan Negeri Perak berada pada tahap yang baik, Kerajaan Negeri telah menubuhkan beberapa jawatankuasa sebagai platform bagi mencapai hasrat ini dan juga sebagai majlis bertindak bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dengan industri makanan.
Jawatankuasa yang ditubuhkan adalah seperti berikut, yang pertama Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Negeri Perak. Ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar. Kemudian Jawatankuasa Dasar Akuakultur, kemudian Jawatankuasa Teknikal Akuakultur dan Jawatankuasa Ternakan Ruminan dan Unggas. Jawatankuasa-jawatankuasa ini baru sahaja di peringkat awal penubuhannya dan saya yakin dengan wujudnya jawatankuasa ini kita dapat mengangkat industri makanan Negeri Perak sebagai pengeluar utama makanan dalam negara ini dan sekaligus isu-isu yang dibangkitkan oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat kita dapat ada mekanisme untuk menyelesaikan isu yang berbangkit dan tidak lagi menuding jari kepada mana-mana agensi. Sebab itulah ada satu jawatankuasa bagi menangani isu ini.
Yang Berhormat Exco.
Terima kasih.
Ni nak habis bagi point. Sekejap sat lagi masuk. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua sudah tentulah segala pembangunan perancangan ini akan bersama-sama adil bersama-sama dia kesan sampingannya. Kita membangun mesti ada kesan sampingannya. Sebagai contoh Negeri Perak ini pengeluar ayam yang terbesar nombor dua dalam negara 300%. Begitu juga dengan pengeluar khinzir. Jadi kadar ini lebih menghampiri 300% bererti kita perlukan 100 ekor kita keluarkan 300 ekor. Jadi pengeluaran bekalan ayam, itik, khinzir ini boleh menyumbang kepada kacau ganggu awam, bau dan juga lalat. Jadi apakah di sinilah hadirnya kerajaan untuk menentukan sama ada kita mengambil keputusan yang bagaimana untuk menentukan hala tuju industri makanan ini. Jadi isu mengenai kacau ganggu lalat dan juga pencemaran dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Astaka, Trong dan Kuala Sepetang.
Terima kasih Exco yang berkaitan. Saya tertarik dengan cadangan membentuk jawatankuasa apa tadi lupa saya. Jawatankuasa, apa nama jawatankuasa tadi yang akan dibentuk di peringkat negeri tu.
Pertama Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan yang sekarang ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar dan di peringkat kebangsaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Kemudian Jawatankuasa Dasar Akuakultur sebab apabila kita melihat pelabur-pelabur untuk membuat kolam udang dan sebagainya terganggu. Dengan adanya jawatankuasa ini mungkin kita boleh melancarkan lagi pelaburan dan mengangkat industri dan yang ketiga jawatankuasa teknikal keluarga sendiri sebab untuk sebagai sebagai contoh perladangan ayam dan sebagainya untuk dia punya lesen dia tergantung kepada Pejabat Tanah dan bergantung kepada Plan Malaysia atau pun Majlis Daerah.
Terima kasih Pakteh. Melibatkan jawatankuasa-jawatankuasa tadi sangat bagus dan baik dalam kita mengawal dan juga untuk merancakkan lagi industri sekuriti tapi saya nak cadangkan juga supaya jawatankuasa-jawatankuasa ini juga diturunkan ke peringkat-peringkat daerah yang melibatkan YB-YB. Kalau tidak tiap-tiap tahun YB-YB semua akan bangkitkan balik perkara yang tidak setentang dengan apa yang dicadangkan oleh players dan peringkat negeri. Sebab peringkat negeri mungkin akan memikirkan dalam konsep yang lebih menyeluruh tapi di peringkat ADUN-ADUN ni akan memikirkan dalam konteks locality. So, ini juga mungkin Yang Berhormat Exco juga boleh mempertimbangkan tidak dapat membuat kita tidak dapat masuk dalam jawatankuasa itu tetapi jawatankuasa baru dibentuk di peringkat daerah yang berkaitan dengan security ini supaya penglibatan kita dalam memastikan tapak-tapak untuk penternakan, pertanian dan sebagainya dapat dibincangkan dengan ketua-ketua jabatan di daerah dan di negeri bagi memastikan perkara yang dihasratkan ini dapat direalisasikan. Kalau tidak saya yakin hanya tinggal kenangan dan tidak dapat matlamat yang hendak dicapai. Terima kasih. Apa-apa adakah Yang Berhormat Exco setuju akan perkara ini. Terima kasih.
Jadi kalau kita tengok di sini Insyaallah itu satu cadangan yang baik sebab di sini pengerusinya YAB Menteri Besar, kemudiannya pengerusi ganti YB Exco Pertanian, Ahli-Ahli wajib Exco yang bertanggungjawab kepada sektor kesihatan, penempatan, sara hidup, penduduk alam sekitar, wakil Kementerian Pertanian, industri makanan, MARDI, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Jabatan Kesihatan Dalam Negeri dan dan ini juga NGO. Dengan ada cadangan ini saya juga mungkin Dewan ini kita menerima dibawa untuk menerima YB-YB sebagai salah seorang daripada ahli jawatankuasa kepada jawatankuasa ini. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya terpaksalah menyuarakan kekecewaan saya apabila baru saja Yang Berhormat bacakan senarai anggota jawatankuasa tersebut sebab apabila kita bicara tentang apabila kita nak self sustain, apabila kita bicarakan tentang bagaimana untuk kita seimbangkan kepentingan alam semulajadi, carbon footprint, production apa semua, sebenarnya polisi driver yang paling terbesar adalah on the supply side. Sekarang semua anggota, saya faham anggota yang menduduki jawatankuasa ini memang boleh menyelesaikan setiap masalah on the demand side tapi on the supply side macam mana.
Ok, ambil contoh saya nak tanya soalan kenapa tidak ada sebarang perwakilan daripada industri makanan iaitu restoran, gerai-gerai, warung-warung, FMCG. Kenapa tiada kerana merekalah jentera kepada perubahan yang hendak dibawakan sebab apa yang mereka guna misalnya kalau 10 restoran di Ipoh, 10 warung di Ipoh, 10 gerai makan di Ipoh, kesemua mereka mengambil pendirian untuk guna sekurang-kurangnya 80% bahan mentah keluaran Negeri Perak kita lebih berdaya untuk mencapai sustainability tetapi apabila hanya agensi kerajaan, hanya politicion atau anggota kecil dalam benda tu mungkin tak sampai. Malah saya boleh guarantee tak sampai. Pemain industri khususnya FMCG, restoran, warung, kedai, kedai makan, mereka harus dilibatkan. Kalau tidak kita tidak dapat membawa budaya kerana pembudayaanlah solusinya tetapi tanpa penglibatan mereka pembudayaan itu mungkin akan terbantut. Apa pandangannya Yang Berhormat Exco.
Pandangan yang amat baik kita akan ambil perhatian cadangan ini. Jadi isu mengenai dengan kacau ganggu lalat, pencemaran yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Astaka, Trong dan Kuala Sepetang. Jadi kita yakinlah daripada dahulu lagi apabila ada persidangan Dewan maka isu inilah yang berbangkit dan inshaallah kita dengan adanya jawatankuasa ini mungkin boleh kita mengurangkan isu yang dibangkitkan. Jadi kerajaan memberi pertimbangan secara menyeluruh bagi memastikan bekalan mencukupi, harga terkawal, peluang pekerjaan ada, ganggu kacau kesan negatif kepada awam ni dapat kita minimumkan.
Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut yang pertama menetapkan tempoh untuk pengusaha mengubah ladang daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup menjelang tahun 2025. Sebab mereka dah membuat reban tertutup untuk diarahkan tutup begitu saja banyak kesanlah kepada pengusaha kepada pelaksanaan pengurusan tender secara bersepadu. Seperti contoh yang proses penghasilan bio gas di India, kemudian penguatkuasaan pematuhan undang-undang dan peraturan kepada pemain-pemain industri dan mewajibkan penternak menggunakan bahan anti effective microorganism (EM) yang dicampurkan ke dalam makanan, minuman juga campuran pada tinja unggas.
Menyediakan kolam kumbahan yang dirawat dengan efektif EM ini kepada pengusaha-pengusaha besar dan kita juga mengetahui bahawa pengeluaran hasil pertanian, perladangan ini berkait rapat dengan pembangunan tanah dan penerokaan hutan bagi tujuan pembangunan dan sebagainya. Ini kita semua maklum apabila ada penerokaan hutan maka mengganggu habitat hidupan liar seperti babi, gajah dan sebagainya dan akhirnya mereka turun ke kampung-kampung ataupun ke kebun-kebun dan dan menjadi habitat tahu kepada mereka dan mengganggu kacau kepada sistem apa-apa pertanian yang ada. Jadi isu ganggu kacau kehidupan liar ni terdapat ladang-ladang pertanian dan kebun-kebun kecil ni dibangkitkan oleh ADUN Belanja, ADUN Chandan, Slim dan Kenering dan kita yakinlah bahawa ganggu kacau babi, kera dan sebagainya bukan berlaku di kawasan ni bukan berlaku di seluruh Negeri Perak dan hampir seluruh negaralah ancaman kepada ini. Maka apakah langkah-langkah yang kita ambil untuk pegawai ni?
Sebab tu mengikut rekod daripada Jabatan Perhilitan Negeri Perak telah menerima aduan mengenai kera saja sebanyak 1360 aduan dan 649 aduan mengenai dengan perosakkan babi hutan. Bagi tempoh Januari hingga Oktober. Jadi jumlah aduan tersebut sebanyak 8661 ekor kera dan 1258 ekor babi telah dilupuskan, ditembak. Tapi masih lagi ancaman babi dan kera ni berleluasa. Jadi rekod kita memohonlah kepada semua kerjasama daripada semua pihak untuk membantu Jabatan Perhilitan. Rasanya perkara ni telah pun dia bahas begitu panjang, bagaimana untuk mengatasi mengatasi ancaman ini. Berikut inilah yang diturunkan oleh Jabatan Perhilitan supaya pejabat-pejabat ADUN dan sebagainya sebagai untuk membuat aduan terus kepada Jabatan Perhilitan melalui telefon, surat, hadir sendiri ataupun media massa, media cetak, kepada Jabatan Perhilitan. Jabatan Perhilitan datang dan dia tembak, halau kemudian tangkap lupus. Kemudian tangkap lupus dan pengadu dan penduduk ini dinasihatkan agar sama-sama membantulah jabatan dalam usaha mengurangkan masalah gangguan tanaman ini dan ADUN-ADUN juga haruslah menjadi perantaraan di antara jabatan dan juga orang awam.
Yang Berhormat Exco, YB Exco Titi Serong. Saya nak menyentuh balik nak ke belakangkan sikit pasal kacau ganggu tu, katanya ada pendapatan apa penetapan. Penetapan kepada pengusaha-pengusaha ladang ayam yang terbuka ni menggunakan produk EM. Kalau benar pengusaha ni menggunakan produk EM mengikut jadual atau pun sukatannya, dianya boleh sebenarnya boleh mengurangkan ataupun membasmi terus kacau ganggu di lalat. So, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Exco, adakah mereka ni pengusaha ni benar-benar menggunakan produk EM ataupun hanya laporan sahaja dan satu lagi saya kalau boleh pengusaha-pengusaha ni perlu membagi jadual. Jadual menyediakan jadual kepada memberitahu kepada pejabat Kerajaan Negeri ataupun Yang Berhormat Exco bila mereka nak mengeluarkan ayam dan bila mereka nak memproseskan semula ke tinja ni. Supaya kita boleh memantau saat jadual tu, ok, kita tahu mereka ni kena gunakan produk EM bagi menghalang daripada kacau ganggu daripada lalat. Kalau kalau kita tak synchronize dengan praktik Kerajaan Negeri, masalah sama akan berulang. So, saya nak tanya produk EM itu betul ke digunakan ikut jadual dan sukatan dan juga yang minta pengusaha ni menyediakan jadual pengeluaran dan juga untuk menentukan.
YB Exco.
Terima kasih Titi Serong. Saya memang begitu sensitiflah. Apabila ada tanya aduan ke mana saja saya akan turun. Kadang-kadang kita terlupa aku kata tak sempat nak pergi nak maklumkan kepada kepada ADUN tempatan. Tapi memang kita maklum supaya turun Bersama.
Saya ikuti memang nampak memang Yang Berhormat ADUN Exco buat kerja turun bila aduan. Cumanya sampai bila Yang Berhormat Exco bila nak setiap kali aduan turun, setiap kali aduan turun. Kita sekarang kerja work smart supaya pengusaha ni memberi kerjasama dengan Kerajaan Negeri mereka menyediakan data penggunaan semua EM itu dan juga data, bila aku nak keluarkan ayam bila dia nak lupuskan tinja. So, itu bila ada jadual ni mudahkan kerja-kerja Kerajaan Negeri dan penguatkuasaan. Terima kasih.
Saya memang perkara ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Veterinar. Bila memang ada tempoh khas daripada 25 hari. 25 hari dia mesti gunakan EM dan sebagainya. Tapi ini laporan yang kita dapat tetapi apabila kita turun di sana kita melihat bahawa seolah-olah tidak ada penggunaan tepi tu sebab tu mungkin selepas ini kita akan mengarahkan Jabatan Veterinar supaya lebih tegas. Lagi satu lepas tu kita dalam untuk…
YB Exco, YB Exco Pasir Panjang ada nak mencelah. Pasir Panjang.
Sekejap, sekejap sebab tu kita ada nak untuk membuat pindaan …
Bukan, isu yang sama, isu yang sama.
Kepada Enakmen Unggas itu. Sebab sekarang kita denda maksimum RM2000. RM2000 ini tak ada masalah apa pun. Daripada dia menggunakan EM, lebih daripada RM2000. Ini yang kita nampakkan tapi ini persepsilah.
Yang Berhormat Speaker, apa ni saya pun terkejut juga tadi dengar sampai 2025 baru nak diimplementasi reban tertutup ya. Itu yang yang diperkatakan tadi tu betul. Exco, betul ya. Jadi maksudnya isu lalat ni bukan isu baru. Jadi kenapa mengambil jangka masa yang panjang kita pula bercakap berapa lama dah, kemudian yang kedua tidak dinyatakan kontigensi, apa perkara yang akan dilakukan step langkah-langkah yang akan di ambil kalau betul-betul sementara nak menyampaikan 2025 tu. Supaya kita melihat rakyat dibelenggu dengan masalah begitu. Jadi maknanya perancangan-perancangan mesti teliti dan kita boleh jelaskan kepada rakyat di bawah sana, bahawa ini langkah-langkah yang diambil yakinlah lalat tidak berbulu. Jadi macam kalau dia makanan tu berbulu pada makanan tu dengan lalat. Jadi kalau bercerita begitu saja tidak menyakinkan rakyat jadi bermakna, apakah ini suatu retorik sahaja. Sekian.
Dia yang pertama tadi sepertimana yang kita katakanlah boleh dia nak bertindak tegas tapi dia punya kesan dia lebih besar kepada gerakan ekonomi tu. Apa pekerja peluang pekerjaan dan sebagainya kita boleh mengarahkan untuk tutup. Tapi bekalan ayam sebab tu kita tengok macam di Manjunglah kita kata di Manjung dia pernah berbincang dengan jabatan teknikal sendiri sebab tu dia kata telah ada ruang kepada mereka yang membuat apa reban yang secara terbuka ini supaya dapat modal balik untuk mereka membuat pengusaha semula, reban tertutup. Jadi tempoh masa tu tempoh masa yang agak cukup untuk mereka mengubah daripada sistem lama kepada sistem baru.
YB Exco, saya perlu penjelasan YB Exco. Alhamdulillah, terima kasih memang ada saya tahu pengusaha memerlukan modal yang besar untuk menaik taraf. Cumanya dalam masa yang sama kita ada ada alternatif untuk mengawal itu saya cakap tadi pengunaan EM. Kalau YB Exco bagi tahu waktu diorang keluarkan ayam diam, bila ada Veterinar datang baru diorang guna. Pada saya yang penguatkuasaan itu perlu jelas dan kalau boleh enakmen tu perlu disegerakan sebelum 2025. Sebelum 2025.
Boleh saya bagi cadangan. Cadangan EM. Saya menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku pada apa Titi Serong, berkenaan dengan penggunaan EM ni, pengusaha-pengusaha ni dia selalu tipu sebab EM ni mahal. Jadi dia menggunakan nisbah yang sangat kecil agar dia dapat menjimatkan EM ini dan dipanggillah bangla-bangla ni buat kerja, apa untuk apa pastikan konon-kononnya lalat ni selesai masalah tapi bila kita semak mungkin bancuhan EM tu tak sesuai dengan nisbah yang ditetapkan. Jadi siapa yang akan memantau, cerita dia sekarang ni isu pemantauan dan jadual pengeluaran ayam, cuma kalau kata kita lihat di sini bila Veterinar ni tidak ada kapasiti pemantauan kerana disebabkan oleh bilangan pegawainya sangat-sangat minimum dan kenderaannya pun tak ada.
Jadi saya tak tahulah sesuatu perlu diada dibuat sama ada melantik pegawai kontrak ke ataupun menyediakan apa prasarana yang sesuai untuk Veterinar bertindak sebagai pemantau dan kemungkinan besar JPKK ni juga di mana dalam kawasan-kawasan yang mempunyai reban ayam yang banyak ini memainkan peranan ada-ada hubungan dengan Veterinar supaya jadual keluar ayam, tahu bila, jadi dia boleh mungkin bantu melihat sama ada EM ni digunakan secara maksima atau tidak. Jadi ini orang kata langkah jangka masa pendek, jangka panjang tu memanglah soft-landing sampai 2025 memang lambat kita tahu. Itu itulah cadangan saya, sebab sementara nak tunggu akta unggas ni pun dah bertahun-tahun saya tunggu tak siap-siap lagi ya jadi inilah mungkin pendekatan jangka masa pendek. Terima kasih.
Ok, Ok, YB Exco.
Terima kasih YB, insyaallah kita dengan adanya tertubuh jawatankuasa, kita berharap ada satu tindakan yang lebih proaktif dan efektif. Jadi yang kedua isu yang dibangkitkan mengenai berkenaan isu sekuriti makanan yang dibangkitkan ADUN Changkat Jong, Titi Serong dan juga Pangkor agenda keselamatan makanan adalah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Ini selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Almagfurullah supaya sektor pertanian, ternakan dan perikanan ini menggarap budaya kerja dan budaya pengeluaran baru. Dua perkara yang ditekankan itu budaya kerja dan budaya pengeluaran baru yang menyuntik kaedah-kaedah dan juga mekanisma moden agar produktiviti bahan makanan dapat dipertingkatkan. Bagi mencapai hasrat ini Kerajaan Negeri mengambil beberapa tindakan yang proaktif untuk terus mengekalkan zon agromakanan strategik seperti kawasan-kawasan sumber makanan melalui sektor pertanian, akuakultur dan juga penternakan seperti berikut.
Perkara ini telah diulang beberapa kali untuk zon ternakan, makanan utama iaitu Jelapang Padi Kerian dan Seberang Perak, zon tanaman makanan sokongan kekal. Ada enam lokasi. Zon Penternakan dan Padang Ragut ada 96 lokasi. Zon Akuakultur Tasik Temenggor dan juga Kluster Akuakultur Sungai Perak. Zon industri akuakultur yang sedia ada, pusat agropolitan. Kemudian pengeluaran bagi bahan-bahan komersial tanaman herba, ternakan difokuskan di daerah Perak Tengah, Larut Matang dan Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Manjung dan juga Hulu Perak. Kemudian bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri memfokuskan kepada pemerkasaan dan juga memperdayakan industri makanan melalui di libat urus kerjasama strategik dan juga tindakan bersepadu sektor pertanian.
Bagi memperkasakan sektor pertanian Kerajaan Negeri menumpukan kepada pelaksanaan dan juga penambahbaikan program pembangunan pertanian, pembangunan industri asas tani berdasarkan kepada penggunaan teknologi moden (IOT), pertanian bandar (Urban Farming), agro pelancongan, program, bantuan, kursus, khidmat nasihat dan juga rundingan, temu sua dengan petani dengan lebih kerap, bantuan pemasaran tempatan dan eksport sebagai kerjasama dengan pihak pemborong dan pengilang.
Kemudian untuk sektor perikanan, beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan adalah yang pertama menerapkan program kesedaran daripada kalangan nelayan tentang kepentingan penglibatan nelayan dalam perniagaan dan pengurusan sumber makanan dengan mewujudkan lebih banyak komuniti sistematik nelayan untuk menjaga ekosistem, mengurangkan faktor pencemaran perairan umum dan menyebabkan gangguan habitat sehingga menyumbang kepada kemerosotan sumber hasil, memperkasakan industri hiliran. Yang keempat itu Kerajaan Negeri tiap-tiap tahun memperuntukkan lebih kurang RM150 ribu kepada Jabatan Perikanan untuk pelepasan benih ikan di perairan umum.
Kemudian yang kelima membanteras penggunaan alat-alat haram, merosakkan sumber perikanan seperti penggunaan bubu naga, pukat rawa, sorong serta mencegah pencerobohan oleh nelayan yang tidak berlesen melalui penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 dan juga Peraturan Sungai 1662 dan yang keenam mengurangkan tekanan dan terhadap sumber perikanan yang menghadkan bilangan nelayan untuk setiap tempat. Kajian kering kapasiti dijalankan di setiap pengairan untuk menentukan stok sumber perikanan ini berbanding dengan nisbah. Bagi sektor ternakan.
YB Exco. Jalong ada nak tanya.
Di bawah sektor ternakan, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan, satu membangunkan membuat pemulihan kepada semua tanah-tanah padang ragut di seluruh Negeri Perak secara dasarnya. Kemudian meningkatkan kualiti baka ternakan. Kemudiannya mendapatkan baka bermutu daripada luar negara. Di samping itu, kerajaan sedang giat melaksanakan usaha-usaha kawalan penyakit. Ladang infoternak juga menjadi satu sumber untuk pembangunan penternakan ruminan dalam Negeri Perak. Kerajaan Perak berusaha untuk mengeluarkan makanan secukupnya untuk rakyat Negeri Perak dengan kadar 100% dan juga berusaha meningkatkan hasil pengeluaran pertanian, akuakultur, ternakan sehingga mencapai tahap untuk dieksport. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua pemain-pemain industri sama ada petani, nelayan dan penternak dinasihatkan supaya mereka ini berdaftar dengan jabatan-jabatan dan agensi supaya kegiatan mereka itu boleh dipantau dan bantuan boleh dikemukakan. Terima kasih.
Ok. YB Exco boleh bagi. Ada tiga orang yang berdiri di sini. Jalong, Pasir Bedamar, Pasir Panjang dan Changkat Jong. Ada empat. Boleh semua ye. Satu. Satu. Saya bagi Jalong dulu.
Terima kasih Dato’ Speaker. Berkenaan tadi apa yang dikatakan oleh YB Exco. Saya terima penyampaian yang diberikan oleh YB Exco kepada semua. Memang panjang dan bukan senang nak menguruskan semua Ini terutamanya pertanian dan penternakan. Saya setuju ada kebaikan dan keburukan apabila kita memajukan sesuatu tetapi apa yang saya nak katakan di sini ialah kepadanan. Kepadanan sesuatu dan kerja-kerja memadankan itu. Contohnya belah sini dah belah sana juga menyebut. Kebanyakkannya mungkin kita ada dengar. Di satu kawasan kita selalu dengar. Complain. Lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Di sebelah yang lain mungkin kita dengar complain pula. Kita ada padang ragut punya banyak tapi lembunya tak jumpa.
Jadi mungkin ini saya rasa kerajaan perlu melakukan sesuatu sekiranya padang ragut terlalu banyak dan tak ada lembu. Mungkin ada eloknya cuba diusahakan ke jalan lain. Nombor dua di tempat yang terlalu banyak penternakan. Mungkin kita selalu kata kita nak mungkin nak minta mereka pindah tetapi hakikatnya jika nak mereka pindah dari a ke b. Kalau setakat 5 km, 10 km mungkin mereka sanggup tetapi kalau sampai contohnyalah kalau macam kita di Sungai Siput nak minta sampai ke Lenggong. Memang mereka tak nak. Takkan jadi. Walaupun mungkin Kuala Kangsar ke kawasan MB. Contohnya di Kota tampan. Mungkin mereka tak hendak sebab itu menjadi satu masalah.
Jadi itu satu point, saya ingat saya rasa saya syorkan kerajaan supaya melakukan yang ini. Sempadankan semula. Ini semua. Jangan kita katakan syok sendiri. Jangan kata kita banyak zon ini, zon ini. Seluruh kita nak nak senarai memang banyak. Tetapi apa yang berlaku dia takkan jadi hasilnya. Itu nombor satu. Nombor dua ialah makanan. Penyediaan makanan ini. Tadi kita sebut banyak mengenai big players dengan izin. Player-player yang besar-besar dalam industri tetapi YB Exco juga menyebut mengenai latihan dan sebagainya. Cuma saya ingat syorkan. Saya memahami kerajaan sekarang menghadapi kekangan kewangan. Itu bukan saja Negeri Perak. Saya tahu banyak tempat banyak negeri pun menghadapi kekangan ini tetapi saya nak bagi satu konsep di sini. Saya sebagai seorang . Saya tiap-tiap bulan saya jimat duit. Tiap-tiap tahun saya jimat duit. Pada bulan ke 11, 12, 13, saya jimat duit tapi pada bulan ke 14. Malangnya rumah saya terbakar. Adakah saya nak keluarkan duit dari bank itu untuk baik pulih rumah saya. Atau saya nak tinggal di sebuah rumah arang. Itulah yang saya nak umpamakan.
Sekarang ya, YAB MB telah menyebut bahawa kita surplus dua tahun berturut-turut. Jadi maknanya kita mesti adalah sedikit sebanyak simpanan dan apa gunanya simpanan kalau tidak digunakan pada masa yang terdesak dan saya rasa setelah hampir dua tahun covid sekarang memang merupakan masa yang terdesak dan saya syorkan supaya dalam pertanian ini ditambahkan peruntukan. Saya minta YB Exco juga bersama-sama. Kalau boleh seisi Dewan. Tentulah dengan persetujuan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya menambahkan peruntukan kepada sektor pertanian ini di bawah latihan dan kemudiannya membantu mereka yang baru masuk dalam bidang ini. Terutamanya kepada peringkat-peringkat di bawahan, dipermulaan. Kalau boleh melibatkan pejabat ADUN. Kalau boleh ini saya nak sebutkan. Kalau boleh jangan kita nak tengok dia kebun halal ke kebun haram ke? Penceroboh dan sebagainya. Sebab kita tahu sekarang rakyat susah, tak makan, semua tak makan. Tak kira dia muda ke, tua ke. Kalau lapar itu, laparlah. Satu. Dua bila kita bantu mereka menanam dan sebagainya bila mereka berjaya ada juga can mereka nak keluar. Kalau tidak menjadi juga masalah kepada rakyat. Jadi saya harap supaya diadakan jangankan peruntukan kalau tambahan tu terus kepada yang besar-besar syarikat besar lepas tu kita harapkan trickle-down effect. Saya rasa trickle-down effect dah banyak tempat cuba sebenarnya susah sangat trickle-down effect ni cuma diwar-warkan oleh syarikat besar diwar-warkan oleh peniaga-peniaga besar sebab mereka akan kata kita menggandakan pendapatan dan sebagainya tetapi kadang-kadang kita perlu terus kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.
YB Pasir Bedamar. Pasir Bedamar dulu lepas itu Changkat Jong , Pasir Panjang dan bagi YB Exco untuk jawab terus.
Berkenaan dengan agrikultur dan penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Perak, saya rasa ingin bertanyakan kepada Exco adakah spesies-spesies ikan yang ditanam. Ikan yang dibela dalam sangkar itu dikawal sebab ada pernah ada kes di mana spesies ikan yang agresif yang tidak sesuai dengan persekitaran. Pernah terlepas dan masuk ke dalam dan merupakan suatu ancaman kesar kepada ekosistem di mana dia ni macam ikan jaws dia akan makan semua hidupan lain dalam sungai masuk. Soalan saya adakah kita mempunyai apa-apa mekanisma untuk mengawal dan memastikan spesies ikan yang tidak agresif menghancurkan ekosistem.
Saya faham YB is a long day. Changkat Jong.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua, lanjutan daripada Jalong tadi ada kebenarannya dan apabila Dato' Exco menyebut berkaitan dengan data-data, berkaitan dengan zon kawasan-kawasan pertanian yang kita ada yang boleh mengeluarkan hasil makanan tetapi kesesuaian setempat juga harus diambil kira, pemadanan perternakan juga harus diambil kira ada tempat yang macam di Trong tak ada tak ada padang ragut di sebelah sana ada Padang Ragut. Jadi kalau tempat tu dah tersedia tak apa mungkin boleh dibangunkan usahawan-usahawan maknanya di kawasan tersebut memerlukan usahawan-usahawan yang sesuai dengan sorry petani-petani yang dibangunkan petani-petani yang sesuai dengan keadaan setempat tersebut antaranya mungkin di macam di Kuala Kangsar ada beberapa 1,000 ke 500 kawasan pertanian yang terbiar dan tak guna mungkin boleh diwujudkan di lahirkan usahawan tani yang hebat-hebat ini di sana dan mereka menjadi pembekal utama .Tetapi dalam masa yang sama juga bak kata Jalong tadi ada tempat di Teluk Intan atau tempat lain nak buat nak pergi ke sana tak mungkin mereka akan pergi.
Jadi itu yang saya tegaskan saya minta Yang Amat Berhormat juga dan juga Dato' Exco juga supaya mengarahkan PTG, pejabat pegawai daerah, Jabatan Pertanian ya bersama dengan YB dan sebagainya supaya merancang dan mencari kawasan-kawasan yang sesuai di kawasan di seluruh daerah di dalam negeri Perak supaya kita nak players yang lokaliti tadi tu yang bukan merupakan pengusaha haram, pertanian haram dan petani halal dapat tempat yang betul dan tepat dapat menjalankan pertanian yang betul dan menjadi pembekal utama kepada daerah dan daerah-daerah lain. Ini penting kalau tidak kita cakap tentang harga makanan naik dan sebagainya tetapi puncanya adalah pengeluaran bila kita tak ada pengeluaran yang betul yang cukup memang harga akan naik. Demand ada supply tak cukup untuk bagi supply cukup mesti nak kena ada kawasan pertanian yang mencukupi bagi menghasilkan tanaman-tanaman yang mencukupi untuk pengguna.
Jadi selama ini tidak difokus perkara ini lebih kepada subsidi. Subsidi ini hanya untuk sementara sahaja. Sebab itulah saya mendesak dan menyeru dan memohon kepada Kerajaan Negeri supaya kali ini ya. Ini kali supaya dapat merancang dengan teliti dan mengadakan blueprint dan pastikan tanah-tanah tersebut dan buat pengambilan ataupun tanah-tanah kerajaan yang ada dan bangunkan sektor-sektor pertanian secara menyeluruh supaya ada pembekal-pembekal yang boleh menjadi pembekal yang besar ye dalam konteks 1,000 ekar dan sebagainya Terima kasih.
Last Pasir Panjang.
Lagi satu saya terlupa nak cakap ni. Berkaitan dengan ikan dalam sangkar ni di Sungai Perak mereka telah mula aktif setelah di Teluk Intan tetapi tak ada tak ada tak ada tools tak ada tak ada apa dipanggil pemilikan sementara tersebut menyebabkan usahawan-usahawan ini jika dia nak buat pinjaman dia nak buat apa-apa pun tak dapat . Bantuan pun tak boleh dapat. So, saya mohon arahan daripada Jabatan Pertanian dan Yang Amat Berhormat supaya pegawai-pegawai daerah segerakan beri tools kepada perusahaan ini dan akhirnya mereka pun mudah untuk mendapat pinjaman dan membesarkan penjagaannya dalam dalam masa yang sama juga Kerajaan Negeri akan mendapat hasil baru di dalam kawasan-kawasan sungai yang mereka sewa dan pajak terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker saya simplified dalam bentuk pendek sajalah. Ada berapa perkara yang pertama Pasir Panjang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri yang membina 3 pelantar untuk menaikkan hasil kerang dan ikan yang pertama di Parit Haji Dolah. Ini semua di Mukim Lekir ya. Yang kedua di Kayan. Yang ketiga di Sungai Tiram yang di berkaitan dengan lubuk kerang yang merupakan industri di panggil akuakultur tadi. Ok, yang kedua saya dengar Halal Hub dibangunkan ataupun di Lekir. Betul Exco ya di atas tanah PKNP ya. Ok, dahulu ada Perak Met di situ betul ya. Sebab saya tidak dimaklumkan hanya dengar-dengar hear say sahaja. Jadi walaupun ADUN Pasir Panjang atau tetapi hear say sajalah tapi tak apa. Apa yang penting ialah kita berkongsi dulu Perak Met tetapi mengalami kerugian yang besar tetapi kali ini saya mendoakan mendapat kejayaan yang besar.
Dulu merudum habis tanah diberi kepada pengusaha akhirnya habis begitu sahaja apa yang difahamkan. Jadi dengan kali ini memberi impak yang tinggi kerana tempat itu memang sesuai dan berhampiran dengan kawasan ternakan yang mana lembu-lembu dipelihara di ladang Fima itu dan ada satu lagi padang ragut di Teluk Tiga dan dapat digunakan kawasan itu sebagai kawasan ternakan. Jadi satu lagi yang ketiganya ialah Pasir Panjang mohon jeti atau bukan jeti pelantar untuk menaik apa hasil nelayan dapat dipunggah dan baru-baru ni dalam bulan lepas dua kematian di laut ataupun ialah di muara sungai Lekir tu. Yang pertama kematian seorang Cina nelayan mengambil udang kemudian yang mana kita lihat sendirilah kebetulan saya hadir di Lekir ni nelayan Lekir tidak ada jeti yang sebenarnya. Tidak ada tempat yang pelantar ikan yang dibina daripada konkrit yang ada hanya papan begitu saja. Itulah tempat saya terjun masa kecil-kecil dalam sungai dulu sampailah hari ini itulah pelantar yang ada tetapi ditukar saja struktur.
Jadi saya selaku ADUN di Pasir Panjang dan tempat saya sendiri rakyat ataupun nelayan-nelayan berjumpa saya mohon supaya pelantar saya tak minta jeti ya pelantar sekurang-kurangnya pelantar dibina untuk memudahkan saya nak relate dengan kematian tadi cukup susah nak angkat mayat daripada bawah tu kena pula air pula surut nak di tolak kat atas nasib baik tak tak jatuh saja mayat tu ke bawah sama ada mayat seorang India, Cina dan seorang lagi lah pegawai apa ni anggota polis yang meninggal baru-baru ini. Jadi tak mahu cakap panjang tolong sebagai apa nama menghormati kawasan Pasir Panjang supaya dapat dibina pelantar tadi ok.
Ok, terima kasih YB Exco teruskan.
Ok, apa yang dibangkitkan tadi insyaallah berada dalam catitan kita akan perhatikan.
Dah catit tu. Dalam catatan ke udah catit? Dah catat ke atau dalam catitan.
Hansard ada, hansard ada. Ok, kemudian mengenai dengan isu yang...
YB, isu saya berkenaan dengan krisis ikan...
Saya rasa kita bagi YB Exco jawab. Kita bagi YB Exco jawab.
Banyak lagi nak bagi mengenai dengan isu harga input pertanian, harga komuniti makanan serta kebajikan petani-petani dibangkitkan. Banyaklah. Semua hampir bercakap mengenai isu kebangkitan ni. Tapi kalau kita juga harus berlaku adil kadang-kadang untuk penanam-penanam sayur ni, apabila naik harga, naik input pertanian, maka sudah pasti mereka akan menaikkan harga untuk jualan hasil mereka dan secara langsung mesti kena kepada pengguna. Jadi di sini isu ni banyaklah dibangkit termasuklah Ayer Kuning, Batu Kurau, Manong, Kenering, Trong, Jalong, Pengkalan Hulu, Titi Serong, Manjoi pun ada bangkitkan. Jadi pertamanya kita, kita apa harus sedar bahawa isu kenaikan harga ini selagi mana kita hidup selagi tu takkan selesai. Itu kita kena terima fact ni. Kita kena terima, kalau kita tak terima fact tu kita boleh main. Kita memainkan isu kangkung naik 200%. Jadi saya rasa…
YB Exco.
YB Exco.
YB Exco, saya nak tegur sikit pasal sayur tadi kalau input naik, harga sayur pun naik. Saya nak tanya, kalau input naik, harga padi naik tak? Saya rasa yang itu kena tak boleh…Exco kena betulkan.
Semua kita tahu bahawa ekonomi tekanan.
YB Exco. Sebenarnya dah pukul 7. Kita tak berniat nak memanjangkan Dewan ni. Tapi jawapan yang macam itu kita tak boleh terima.
YB cakap selagi mana kita hidup kita kena terima harga barang naik. Tak boleh YB. Kalau itu alternatif bagi jawapan kepada rakyat, macam mana kita nak mengadap luar YB. Saya tak setuju bila YB cakap kalau input naik, harga sayur naik. Kalau input naik, padi tak naik harga.
Tarik balik perenggan itu. Tarik barik perenggan tadi. Sebab itu tak boleh diterima.
Tak boleh terima YB. Minta maaf.
Kalau tidak dia mencerminkan YB Exco tak ke padang. Sekarang kos sayur naik. Dengan kos baja, dengan kos racun tu semua. Bandingkan dengan kos naik dekat kebun.
Dengar dulu Jalong.
YB Jalong.
Saya mohon yang tadi YB. YB tolong tarik…
Tak boleh cakap macam tu sebab masalahnya pekebun pula. Kawasan saya kawasan...YB tarik balik perenggan tadi. Hujung tadi. Perenggan tu Tarik balik je.
Dengar YB dulu, dengan explanation dulu. Bukan terus main tarik je.
Ok Titi Serong, Jalong, please. Kita dengar explanation.
Tak boleh menetapkan harga barang. Itu dulu isu kita ambik. Sebab itu OIC minyak, minyak OIC semua pakar-pakar ekonomi dia tidak boleh menentukan harga. Itu juga isu yang kita ambik. Sebab itu kita kena tangani bersama. Kita tidak boleh mempolitikkan. Sebab tu tak habis musim naik harga...
YB, ini bukan...
YB, kami bukan nak mempolitikkan YB.
(Gangguan)
(Gangguan)
Pekebun. Ini bukan mempolitikkan.
Tak adil YB cakap macam tu kepada pekebun. Kos mereka yang naik berapa, kos harga sayur sampai sekarang tidak ditentukan oleh pekebun. Mereka kos harga sayur ditentukan oleh tokey-tokey yang bawak lori tu RM3 la. Itu cara dia menentukan tau. Bukan pekebun yang menentukan. Kalau harga tak cukup pekebun sanggup tak jual, buang sayur mereka dalam kolam. YB sedar tak perkara ini berlaku. YB sedar tak. YB tak pernah ke padang tau. Tau boleh cakap macam itu. Itu tidak boleh terima, itu menghina pekebun sebenarnya. Kata mereka mainkan harga. YB tak boleh sebut macam tu. Tarik balik perenggan itu saja.
YB, saya nak minta tolong YB betulkan, adakah YB, ADUN-ADUN ni, wakil rakyat nak turun ke bawah jumpa petani dan pesawah ni, jangan politikkan benda ni. Ini isu dunia. Jangan politik. Sebab YB bercakap dalam Dewan tadi bagi tahu kat kami semua jangan politikkan isu ini. Ini bukan isu politik. Ini adalah isu rakyat berkenaan dengan isu harian. Saya boleh bercakap di bawah, saya cakap kepada petani bawah, dihujahkan oleh YB Exco Pertanian benda ini jangan dipolitikkan. Minta tolong sabar. Boleh begitu? Saya nak tanya YB Exco.
Ok, sekarang saya nak bagi tahu apa kaedah cara kita nak mengawal harga ini. Persoalan itu yang kita kena jawab. Sebab itu saya mengatakan bahawa tidak ada pakar ekonomi yang boleh menetapkan harga. Sebab itu isu kenaikan harga barang ini telah pun sampai kepada kementerian. Mereka bermesyuarat bagaimana nak menentukan harga ini. Bukan politik. Kalau kita mempolitikkan benda itu, kita mewarwarkan harga itu. Itu yang maksud saya. Sebab memang kita nak tanam kerajaan sedang menangani. Ok...
YB, saya. YB tanya tadi bagaimanakah caranya. Ok, saya bagitahu satu…
Nanti kejap, nanti kejap. Duduk dulu.
YB Exco tanya bagaimana cara. Saya nak share satu je. Satu je saya nak share.
YB Titi Serong dia tak bagi jalan. Ok sekejap. YB Exco panjang lagi ke? YB Exco panjang lagi ke?
162%. Jadi...
YB Exco panjang lagi ke? Rasa-rasa dalam 5 minit lagi cukup?
Tak cukup ni. Panjang lagi.
10 minit lagi cukup?
Nak cerita bahawa…
Dato’ Yang Dipertua, sebelum habis 5 minit. Ada isu berkaitan dengan saya.
Hajat nak memanjangkan Dewan ni tau.
Nak cerita bahawa kenaikan...
Kami tak berhajat nak panjangkan sampai pukul 9 pukul 10. Masalah sekarang. YB sedar tak statement yang tadi YB buat.
Ok dengar dulu. Kenaikan harga input pertanian. Kerajaan Negeri Perak. Kita sendiri, saya sendiri membawa isu ini kepada kementerian. Kementerian juga mengadakan mesyuarat dengan jabatan, dengan Kementerian Hal Ehwal Pengguna, dengan MOF dengan MITI untuk menentukan harga ini. Bagaimana nak ambil tindakan. Sebab itu...
Saya tiada masalah dengan penjelasan tu YB. Cuma saya bermasalah bila YB kaitkan harga kenaikan input menyalahkan petani mendapatkan keuntungan dan saya bermasalah sedkit bila kenaikan input, adakah petani boleh menaikkan hasil tani mereka. Itu je, saya tiada masalah. Masalah penjelasan. Saya besetuju dengan penjelasan YB Exco dan juga kementerian. Cuma masalah adalah YB bagi tahu harga input naik, petani pun dapat keuntungan sebab diorang jual mahal. Saya nak cakap ni soal petani, pesawah saya. Hari-hari mengadap, sawah, racun, baja tapi harga, jualan, hasil tani sama je dan kerajaan tak boleh nak bagi subsidi sepanjang masa untuk menampung kos ini. Cuma ada alternatif, YB Tarik yang itu je YB. Saya tak ada masalah lain. Terima kasih YB.
Kenaikan harga oleh sebab petani dan pekebun. Itu sahaja.
Ok, YB faham. Duduk. Kita bagi YB Exco jawab.
Saya terima fakta tu. Apabila kos kepada petani naik, maka mereka tak boleh nak menaikkan harga. Itu yang dikehendaki oleh Titi Serong. Betulkan? Maksudnya apabila kos tangkap ikan naik, maka ikan dia tak boleh bawak naik.
Bukan macam itu. Saya tak ada, bukan yang itu.
Itu sebabnya YB tak dengar pandangan orang. YB kekal dengan pandangan YB seorang. YB kena juga terima pandangan wakil rakyat yang lain.
YB yang saya nak penjelasan YB jangan salahkan petani harga barang naik. Bukan itu yang kita nak cari input. Ok, YB, kita macam-macam ada. Bayar tax ada, sepatutnya kerajaan kena mencari kaedah...
Ok.
Saya ada satu je Speaker. Ada satu je sebelum saya nak landing. Ini satu masalah kawasan saya.
Nanti, nanti. Tak apa, tak apa.
Jadi saya nak cerita satu inisiatif yang diambil oleh kementerian supaya satu subsidi diberi kepada untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh petani ini. Jadi perkara ini pun telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Dan perkara ini telah pun sampai kepada MOF dan bentuk-bentuk yang nak diberi tu kita belum dapat ditentukan lagi. Jadi bagi menyelesaikan jangka sederhana, jadi kerajaan menggalakkan petani-petani untuk menghasilkan baja dan racun sendiri secara organik berasaskan kepada sisa baki ladang dan juga yang dikeluarkan oleh sebagai langkah alternative. Oleh itu untuk makluman Ahli YB, kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan modul bagi kaedah-kaedah penyediaan baja organik ini.
Jadi kursus berkenaan dengan penyediaan baja organik dan racun yang juga telah dirancang di pusat-pusat latihan pertanian secara percuma kepada golongan-golongan petani yang supaya mendapat alternatif kepada penggunaan racun dan baja ini. Selain daripada itu Jabatan Pertanian dan Industri (MAFI) sentiasa memberi bantuan dan inisiatif kepada pesawah yang berdaftar. Jadi inisiatif-inisiatif yang dibagi telah terlalu banyak kepada pesawah-pesawah seperti mana di tempat saya juga dan tempat YB juga. Skim baja padi Kerajaan Persekutuan dalam bentuk bantuan yang diberikan adalah baja sabatian dan juga baja urea, skim insentif pengeluaran padi SIPP bentuk bantuan adalah dalam baja tambahan. Baja tambahan mikro, racun makhluk perosak, kapur dan upah bajak. Insentif benih padi. Kemudian skim subsidi. Banyak bantuan-bantuan yang telah diberi oleh kerajaan kepada petani-petani. Sebab itu yang saya maksudkan kata tadi kita kena mencari jalan penyelesaian. Bukan kita nak mengambil kesempatan dan sebab-sebab ini tidak ada formula untuk menyelesaikan. Sebab itu kita minta supaya kita semua bertanggungjawab.
YB saya faham Alhamdulillah terima kasih penjelasan. Cuma yang tadi tu je YB.
YB-YB sekarang. YB sekarang sudah melangkau kuasa. YB cakap pasal harga. Pertikaian kami di sini bukan mengenai kawalan harga dan sebagainya. YB sepatutnya seorang yang membela hak petani, pekebun, penternak dan mereka-mereka semua tu. Bukannya kata bila harga kos naik mereka naik kan kos sewenangnya. Tetapi hakikatnya sekarang di kebun-kebun, di ladang-ladang bukan benda yang sama yang berlaku. Nampak tak?
Ok, ok, ok, ok YB Exco. Masa suntuk YB Exco. Ini dah tersasar dah ni. Jadi boleh tak kita bagi 10 minit. 10 minit ye.
Banyak sangat gangguan Tuan Speaker. Ni nak bagi tahu. Sebab itu
Dato' Speaker saya mohon satu je Dato' Speaker. 1 je kita mohon tadi.
Minta pendekkan 10 minit je.
Jadi melalui FAMA kita telah mengambil tindakan untuk mengatasi harga ini. Yang pertama, yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu FAMA untuk sebagai jualan keluarga Malaysia yang beli direct daripada peladang-peladang dan petani dan yang kedua kedai bergerak kita SADC sendiri dan juga Yayasan Bina Upaya telah membeli direct dan bagi apa jual terus kepada kepada pengguna dan begitu juga dengan pasar-pasar yang di apa pasar-pasar kekal oleh oleh FAMA. Beli terus daripada daripada petani kepada pengguna supaya kita boleh mengurangkan rantaian ataupun tuduhan bahawa orang tengah mengambil keuntungan yang terlebih banyak. Jadi rasanya kita perlu adil lah kepada semua.
Jadi isu mengenai dengan pembangunan pertanian teknologi pintar di sini, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong lah pembangunan pertanian dan teknologi seiring dengan revolusi industri 4.0 antara usaha yang dilakukan iaitu merangka pelbagai program dalam menghasilkan petani-petani berskala besar seperti smart sawah berskala besar dan juga berteknologi tinggi. Jadi skim ini sebab kita tengok pesawah untuk pengairan dan peracunan penggunaan teknologi ni kalau dia berbuat dalam bentuk kecil susah untuk untuk di diselenggara. Maka dibuat dalam skala besar dengan itu memudahkan untuk penggunaan, pengairan dan sebagainya. Kemudian pertambahan kawasan-kawasan penanaman dan tumbuhan jenis tanaman. Kemudian memperkasakan pertanian menggunakan internet (IOT) dan membolehkan petani mengawal pertanian serta menggunakan teknologi seperti membangun pembangunan dron dan juga ladang satelit.
Speaker speaker. Mic ...mic... mic.
Bagi tujuan penyelidikan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian bekerjasama dengan universiti dan juga syarikat-syarikat besar. Salah satu daripada pendekatan yang digunakan adalah melalui pelaksanaan participatory observations (PO) melibatkan kerjasama strategik di antara Jabatan Pertanian dan pemegang taruh itu Persatuan dan Industrial NGO. Mengenai dengan padang ragut...
YB Exco minta laluan sikit satu sebelum landing, sebelum landing.
Tak mahu. Dah habis. Dah banyak dah banyak dah...
Sebab isu ini sangat penting. Saya nak bangkitkan daripada tadi dah. Tolong-tolong…
Tak payah. Dah banyak masa dah habis dah.
Takde. Ini pasal kolam ternakan. YB Exco turun kawasan saya. Saya nak share minta tolong penjelasan yang ni je. YB Exco minta tolong tanah 200 ekar SADC…
2 minit je 2 minit je saya bagi.
Ok, 2 minit. Isunya adalah SADC bagi tanah 200 ekar kepada sebuah koperasi. Koperasi inilah masalahnya dia melanggar syarat awal dan yang paling kita saya nak pesan dua kali notis dikeluarkan oleh pejabat daerah memberhentikan kerja. Pada 22 20 haribulan 10 dan 27 haribulan 10. Masalahnya koperasi ini dia cabut notis pemberhentian kerja diteruskan kerja. 27 haribulan 10 sekali lagi notis di tampal.
Ok, ok, saya dapat.
Saya nak minta ni. Nak minta tolong YB jawatankuasa akuakultur. Minta tetapkan setiap daripada pengusaha-pengusaha kolam ini ada ditepati syarat dulu baru mulakan kerja. Minta tolong yang ni
Ok, terima kasih terima kasih. Kita dah tubuh jawatankuasa akuakultur tanah…
YB Exco saya minta jaminan perkara ini boleh diselesai. YB Exco minta boleh jaminan.
Kita tengok jawatankuasa tu bagaimana dia melaksanakan lah apa-apa menanam.
YB Exco saya minta jaminan kita kerjasama untuk mengatasi masalah ini boleh ye. Ok, terima kasih.
Ok. Jadi tubuh jawatankuasa supaya menangani. Kita haruslah mesra mesra pelabur. Kadang-kadang ini tanah dah jadi milik apa agensi kerajaan GLC dan sebagainya. Apabila bagi kepada si fulan untuk mengusaha telah pun mengeluarkan modal yang banyak kemudian kita pula menjadi penghalang kepada pembangunan itu.
YB saya nak YB Dato' Speaker, saya nak minta tolong YB. Saya tak menghalang. Saya tidak menghalang sama sekali. YB, YB Exco bagi tahu tadi saya nak menghalang. Saya saya tak menghalang sama sekali. Saya nak minta di patuhi syarat itu je. Minta tolong
YB Exco dah jawab tadi dah. Dia kata ok.
Dato Speaker, niat saya bukan nak menghalang Dato' Speaker. Saya tak menghalang. Tapi YB Exco seolah-olah menyalahkan saya menghalang. Saya tak menghalang sama sekali. Saya menyokong lagi. Cuma patuhi syarat kita selesai, terima kasih.
Ok, kita lantik jawatankuasa. Jawatankuasa itu akan melihat apa yang berlaku.
No no. Konstruktif…konstruktif konstruktif. 30 saat sahaja. Gerenti punya. Orait ye. Ok, boleh, terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang YB Exco tadi sebutkan apa mereka apabila mereka mengeluarkan modal yang banyak jadi kita susah untuk kita menghalang untuk mereka ini betul, saya setuju. Sebab ini mereka dah cari makan. Apa yang dibangkitkan oleh YB tadi berkenaan hal undang-undang. Itu saya tak nak masuk campur sebab YB lebih mahir. Cuma saya nak katakan di sini, YB sebagai seorang Exco yang menjaga pertanian, hak-hak warga petani, pekebun dan mereka semua tu. Tolong tengokkan apa yang berlaku di Chemor. Dalam masa sekarang ramai tak ada makanan. Ratusan diminta keluar dalam tempoh berapa 30 hari, 30 hari. Jadi saya minta YB Exco tengok kalau boleh selesaikan supaya mereka hak mereka tidak tercabul, terima kasih.
YB Exco, sila tamatkan. Lagi 5 minit.
Sekarang ini mengenai dengan isu padang ragut. Padang ragut yang dibangkitkan oleh ADUN Trong, Changkat Jong dan Temengor. Jadi kerajaan mengambil perhatian tentang isu yang telah dibangkitkan. Kerajaan akan mengarahkan kepada agensi berkaitan dengan seperti Veterinar…
YB Exco, 5 minit ye.
YB TUAN HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA; Kawasan tanah pemilik kategori pertanian yang terbiar. Tanda-tanda kerajaan dan tidak diusahakan untuk disewakan ataupun diwartakan mengikut kesesuaian. Jadi kalau di sini kita tengok kita ada lebih kurang 85 padang ragut di seluruh negeri Perak dan ada 2,037 ekar yang tidak dapat dibangunkan. Jadi akan diambil perhatian insyaallah dan kemudian mengenai dengan enakmen kerbau lembu yang diutarakan oleh ADUN Belanja yang saban hari lah kita bangkitkan mengenai lembu-lembu berpoya-poya dan sebagainya. Jadi di sini dengan dengan dengan mungkin kita dengan ada jawatankuasa ni kita boleh menangani lah isu ini secara bersama sebab dia ada green area di situ dia ada dia ada sama ada PBT yang menguatkuasakan ataupun Veterinar yang menguatkuasakan. Jadi perkara ini kita akan ambil tindakan insyaallah dan kerajaan juga mengambil maklum atas cadangan daripada YB Manong mengenai dengan Taman Agroteknologi Manong (APAM). Insyaallah Kerajaan Negeri akan memberi sokongan 100% untuk merancakkan lagi sektor agro-pertanian di negeri Perak.
Jadi kerajaan juga mengenai dengan kesuburan tanah yang dibangkitkan juga oleh YB Manong di Kampung Talang Hulu. Ini juga menjadi agenda kepada apa Kerajaan Negeri Perak untuk memberi kesuburan kepada tanah itu. Kemudian mengenai dengan penggunaan tanah-tanah terbiar dan juga rezab lombong bagi projek pertanian, penternakan dan juga perikanan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Manjoi dan Manong. Jadi Kerajaan Negeri memberi fokus kepada pengurangan dan juga pembangunan tanah tanah terbiar yang berdekatan yang berdekatan penyelesaian isu penerokaan tanah kerajaan secara tidak sah dengan kaedah penyelesaian yang memberi menafaat kepada rakyat dan juga dalam masa yang sama memberi pulangan kepada negeri dan rakyat. Jadi isu yang dibangkitkan oleh Jalong itu insyaallah kita akan tangani bersama secara menang-menang daripada kedua-dua pihak dan sehingga kini sebanyak 5 kawasan gunung telah pun diluluskan bagi tujuan pewartaan-pewartaan untuk program Urban Farming iaitu Gunung Mesorat, Gunung Rapat, Gunung Panjang, Gunung Gunting dan Gunung Liang dengan keluasan 259 hektar dan tanah bahagi-bahagi. Untuk makluman Yang Berhormat mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan aktiviti pertanian di atas tanah kerajaan ataupun tanah rizab bolehlah mengemukakan permohonan kepada pejabat tanah untuk dipertimbangkan. Jadi kita nasihatkanlah memberi nasihat kepada supaya tidak menceroboh dahulu sebab kesannya seperti mana yang dibangkitkan apabila pelaburan dibuat kemudian diarahkan keluar maka kita tidak boleh berbuat apa-apa. Manakala bagi mana-mana tanah yang telah diberimilik kepada GLC negeri Perak dan juga pembangunan belum dilaksana pembangunan belum dilaksanakan pihak-pihak yang berminat boleh merujuk kepada GLC berkenaan seperti SADC dan PKNP untuk tujuan pajakan ataupun sewaan. Mengenai dengan perumahan di Pangkor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pangkor kita akan perincikan isu ini dan insyaallah kita cuba selesaikan dalam masa yang terdekat. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, amat besarlah hasrat saya agar sektor perladangan, pertanian, penternakan dan perikanan menjadi pemacu kepada ekonomi Negeri.
Hal ini secara tidak langsung melonjakkan negeri Perak sebagai negeri utama pengeluar hasil pertanian dan juga sekuriti makanan. Kerajaan Negeri berhasrat mengupayakan sektor perladangan dan komoditi melalui transformasi hasil yang melibatkan modal insan, peningkatan pengeluaran teknologi rantaian sumber dan kebolehan hasil secara optimum. Segala usaha ini adalah berteraskan kepada tiga teras utama. Yang pertama itu menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian melalui produktiviti, kualiti dan juga hasil pendapatan. Yang kedua meningkatkan penyertaan modal insan untuk menarik golongan muda dan siswazah dengan menjadikan pertanian sebagai sumber berpendapatan utama.
Yang ketiga iaitu penggunaan teknologi moden sebagai pemangkin transformasi sumber pertanian negeri melalui penyelidikan dan juga kajian bagi meningkatkan kualiti serta hasil pengeluaran. Sebelum mengakhiri saya ucapkan terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang terlibat, para anggota barisan hadapan, para petani, para pesawah, para nelayan dan agensi yang terlibat dalam memastikan sektor pertanian dan industri makanan terus memberi sumbangan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan Negeri amat prihatin dengan apa yang ditanggung oleh petani, nelayan dan penternak. Anda semua adalah wira negara.
Terima kasih juga kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas segala isu yang dibangkitkan sebagai tanggungjawab bersama dalam membangunkan sektor agro-makanan negeri Perak. Semua isu-isu dan persoalan yang tidak sempat dijawab secara lisan insyaallah pihak saya akan memberi jawapan secara bertulis habis saja Dewan ini insyaallah. Sekian, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Gunung Semanggol, Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan penggulungan perbahasan yang cukup komprehensif. Sekarang saya menjemput Ahli Exco yang terakhir untuk menggulung, saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk menggulungkan perbahasan. Dipersilakan.
YB DATO’ ZAINOL FADZI BIN PAHARUDIN. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua jabatan negeri dan persekutuan, urus setia dewan, petugas media dan pemerhati maya. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih saya ucapkan kini tiba giliran saya untuk membuat sesi penggulungan insyaallah cuba meminimakan masa. Saya akan cuba untuk menjawab semua isu yang dibangkitkan khususnya daripada sahabat-sahabat saya Yang Berhormat-Yang Berhormat sewaktu sesi perbahasan usul belanjawan 2022. Bagi memulakan ucapan penggulungan saya pada petang ini izinkan saya mewakili rakyat DUN Sungai Manik keseluruhannya merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almaghfirullah bersempena dengan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada 5 November yang lalu patik memanjatkan doa kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berada dalam selamat dan sejahteranya.
Saya juga ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad di atas penganugerahan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato’ Seri bersempana sambutan ulang tahun keputeraan ke-65 Sultan Perak Darul Ridzuan. Ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua wakil-wakil daripada jabatan dan agensi yang begitu tekun mendengar, yang menonton secara atas talian dan membantu menyediakan jawapan serta ulasan teknikal yang berkaitan dengan portfolio saya. Begitu juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena Mesyuarat yang Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Keempat Belas.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dengan peruntukan tahun hadapan berjumlah RM3.5 juta kepada usahawan. Daripada jumlah ini RM2 juta diperlukan khusus untuk tabung usahawan yang RM1.5 juta untuk pelbagai program Pembangunan Usahawan di bawah STeP. Dato’ Yang Dipertua, sepanjang tempoh Dewan ini bersidang saya telah menerima sebanyak 2 soalan lisan dan 6 soalan bertulis. Begitu juga sepanjang perbahasan saya telah menerima sekitar 13 isu iaitu 9 isu berkaitan dengan pembangunan luar bandar, tiga isu berkaitan dengan pembangunan usahawan dan satu isu berkaitan operasi yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Diruang ini saya ingin mengucapkan terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat Trong bagi memperkasakan semula koperasi di negeri Perak. Sememangnya koperasi merupakan salah satu sektor yang sedang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk diperkasakan terutama dari segi gerak kerja dan sumbangan kepada ekonomi Negeri Perak. Statistik gerakan koperasi negeri Perak sehingga Jun 2021 menunjukkan terdapat 1622 koperasi yang berdaftar di negeri Perak dengan jumlah anggota berjumlah 363,094 orang dan jumlah share terkumpul berjumlah RM555 juta. Justeru itu cadangan Yang Berhormat Trong agar operasi ini kembali dipulihkan dan juga menubuhkan koperasi di peringkat daerah. Pada tahun 2008 penubuhan Koperasi Bela Rakyat, KOBERA telah diperkenalkan. Konsep KOBERA ini adalah mensasarkan golongan rakyat miskin yang dia ni dah ditubuhkan hampir melibatkan 576 DUN seluruh negara. Walau bagaimanapun di negeri Perak terdapat 17 koperasi KOBERA di setiap daerah atau pun setiap kawasan. Daripada 17 KOBERA ini sehingga hari ini hanya Trong Perak Berhad. Tahniah kepada Yang Berhormat Trong kerana mempunyai KOBERA yang masih aktif di mana pihak KOBERA Trong ini ini telah pun memohon geran bantuan pembangunan dan pembiayaan di bawah SKM melibatkan jumlah sebanyak RM100 ribu bagi tujuan ternakan ayam kampung dan ikan keli.
Pihak SKM telah melaksanakan juga berbagai-bagai program pembangunan perniagaan khususnya kepada gerakan koperasi di negeri Perak bagi membantu koperasi memulihkan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19 di mana program dan kursus akan dilaksanakan dan terbuka kepada semua gerakan koperasi negeri Perak. Selain daripada program dan kursus yang ditawarkan SKM juga menawarkan geran bantuan pembangunan dan pembiayaan EMP SKM kepada koperasi negeri Perak. Pada tahun 2021 sebanyak RM 1.35 juta geran bantuan permohonan telah disalurkan kepada 19 koperasi negeri Perak dan sebanyak 8 buah koperasi negeri Perak telah diluluskan pembiayaan sejumlah RM11.35 juta. SKM akan terus membantu gerakan koperasi Perak dalam meningkatkan sosioekonomi koperasi.
Beralih kepada program Pembangunan Usahawan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pasir Pinji, Manjoi, Hutan Melintang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS yang meliputi usahawan dalam sektor informal, penjaja, peniaga kecil dan lain-lain merupakan antara sektor yang memberi sumbangan cukup besar kepada ekonomi dan Hasil Negeri. Lanjutan dari pengumuman kerajaan berkaitan Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, ia telah membolehkan sektor PMKS ini bernafas kembali. Dengan bantuan Sekretariat Usahawan Negeri Perak dan agensi-agensi usahawan sendiri yang sentiasa turun padang bagi menilai impak bantuan dan situasi semasa yang dihadapi oleh usahawan-usahawan Perak. Sesi-sesi libat urus turut sentiasa dibuat bersama pelbagai peringkat usahawan bagi mendapatkan maklum balas bagi membolehkan Kerajaan Negeri merangka tindakan dan program berkesan bagi terus membantu golongan usahawan Negeri Perak. Antara dapatan dan maklum balas yang diperolehi, ramai usahawan yang telah mula mencatatkan jualan dan keuntungan yang baik terutama mereka yang telah beralih dengan menggunakan pemasaran digital sebagai kaedah baru perniagaan. Usahawan telah mula mahir menggunakan pelbagai platform atas talian bagi memasarkan produk dan menjalankan perniagaan mereka.
Malahan isu yang banyak diperolehi oleh saya kini adalah masalah kekurangan pekerja di kalangan usahawan terutamanya pengusaha restoran, kedai makan dan sektor perkhidmatan lain. Ini membuktikan sektor ini telah mula kembali rancak. Ia juga dilihat merupakan satu potensi kepada golongan muda yang ingin mencari pekerjaan ataupun menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu kerjaya pilihan pada waktu ini. Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak atau STeP telah melaksanakan dan menjalankan pelbagai program latihan, bimbingan bagi membantu perusahaan mikro kecil dan sederhana Negeri Perak meningkatkan daya saing, kualiti dan kapasiti mereka termasuklah usahawan muda atau belia. STeP adalah merupakan agensi Negeri Perak yang berfungsi sebagai penyelaras, pelaksana dan pemantau program-program keusahawanan di Negeri Perak. Program yang dilaksanakan oleh STeP ini juga dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti SADC, MARA, SME Corp., TEKUN, Jabatan Pertanian, Amanah Ikhtiar dan lain-lain.
Di antara bantuan dan program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh STeP dan melibatkan beberapa fokus kepada usahawan belia adalah seperti Geran Usahawan Perak Group di mana seramai 80 penerima bantuan one off Geran Group berjumlah RM3000 adalah di kalangan usahawan belia. Agropreneur muda anjuran SADC juga melibatkan 20 usahawan muda. Program Pembangunan Usahawan Belia dan Inovatif Perak melibatkan 200 usahawan belia. Program Pengukuhan Usahawan Belia Lenggong melibatkan 25 usahawan belia. Ini antara program-program belia yang telah pun kita laksanakan di bawah kerjasama diuruskan oleh STeP. Di samping itu, terdapat juga program usahawan belia yang baru iaitu Program Penjana KPT, Career Advance Program KP State iaitu program bersama Yayasan Perak gradpreneur di mana program ini dianjurkan oleh Yayasan Perak dengan kerjasama UPSI, STeP dan PASAK.
Program ini memfokuskan untuk melahirkan usahawan belia dengan mensasarkan 200 graduan anak perak, lepasan IPTA dengan setiap belia yang layak akan diberikan pinjaman tanpa faedah oleh Yayasan Perak berjumlah RM5000 dengan pemantauan dan bimbingan yang akan dilaksanakan secara bersama oleh Yayasan Perak, STeP dan UPSI. Ketika ini hanya 17 graduan yang sedang mengikuti KOHOT, satu program di mana untuk peringkat yang kedua akan dilaksanakan pada Januari 2022. Untuk itu saya memaklumkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk memanjangkan ataupun mempromosikan program ini di kalangan graduan-graduan yang terdapat di kawasan masing-masing untuk menjadi usahawan graduan di Negeri Perak.
Selain itu, STeP juga terlibat dalam penganjuran pelbagai program, bimbingan, latihan dan sesi khas bersama usahawan belia dengan kerjasama pelbagai agensi usahawan Negeri Perak dengan penglibatan lebih 3000 dan 3000 usahawan dan bakal usahawan belia Negeri Perak. STeP dengan kerjasama agensi dan jabatan telah mengadakan 76 program tweet win melalui atas talian dan fizikal yang melibatkan 48,638 usahawan yang turut juga disertai oleh usahawan belia dari pelbagai sektor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga Oktober 2021. Bagi tahun 2022, STeP merangka beberapa program yang memfokuskan usahawan muda antaranya Program Pembangunan dan Pemerkasaan Usahawan Belia Perak 2022 yang mensasarkan lebih 400 orang usahawan muda dan program bimbingan usahawan atau latihan khas industri dan juga program mentor mentee dan lain-lain program bergantung kepada kehendak agensi dan juga jabatan yang terdapat di Negeri Perak ini.
Di samping itu, dalam memastikan perancangan program keusahawanan dapat dilakukan dengan tersusun, Unit Perancang Ekonomi Perak (UPEN), STeP dan Digital Perak Corporation Holdings telah bekerjasama dalam membangunkan satu sistem pangkalan data bagi usahawan Negeri Perak yang dinamakan Perak SME Database. Objektif penggunaan sistem ini adalah untuk mengumpulkan data maklumat bagi usahawan Negeri Perak. Status penggunaan sistem ini telah pun di peringkat akhir dan dijangka ianya boleh digunakan pada awal tahun hadapan melalui atas talian. STeP akan bekerjasama dengan semua agensi dan pihak terlibat untuk mempromosikan penggunaan sistem ini. Setakat ini kita mempunyai database 85000 usahawan dalam sistem ini.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya juga turut mendengar semasa sesi perbahasan beberapa Ahli Yang Berhormat memberikan pandangan dan cadangan agar memperkasakan dan menaiktaraf ataupun memperluaskan fungsi STeP ini ke setiap daerah di Negeri Perak. Saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Saya harus akui dengan wujudnya STeP sejak setahun yang lepas, hasil idea daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu beliau menjadi Exco Pembangunan Luar Bandar dan Usahawan, pelbagai program kepada masyarakat usahawan Negeri Perak dapat mula diselaraskan dan dilaksanakan dengan tersusun. Namun fungsi STeP yang masih terhad sebagai hanya sebuah sekretariat, banyak program dan gerak kerja usahawan agak sukar dilakukan dan terbatas.
Para pegawai dan kakitangan STeP ketika ini hanya berjumlah 12 orang merupakan peminjaman dari SME Corp Malaysia dan PKNP. Manakala pelaporan STeP ini secara pentadbiran adalah kepada Pengarah UPEN Negeri Perak. Isu bagi menaik taraf STeP sebagai sebuah agensi penuh masih sedang diperhalusi oleh Kerajaan Negeri. Walaupun serba mencabar, sebagai Exco yang bertanggungjawab, saya akan cuba memastikan STeP dapat terus beroperasi dan memberikan khidmat kepada masyarakat usahawan di Negeri Perak.
Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temengor, YB Slim berkaitan infra dan juga bangunan, infra dan juga air di perkampungan Orang Asli, saya telah mendapat maklum balas daripada pihak JAKOA dan juga telah berjumpa dengan Yang Berhormat Temengor tentang isu yang beliau telah bangkitkan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada jalan-jalan yang terdapat di kawasan Yang Berhormat Temengor telah dimajukan kepada pihak JAKOA Pusat untuk disenaraikan, untuk diperbaiki dan dinaik taraf. Secara detailnya sebenarnya beberapa kampung Orang Asli seperti Kampung Rasa Cenawin, Kampung Orang Asli Semelor, RPS Banun dan beberapa lagi kampung yang terdapat di Daerah Hulu Perak ini telahpun disenaraikan oleh pihak JAKOA Negeri Perak untuk dimohon peruntukan dan sebahagiannya telah pun dilawati oleh pihak JKR untuk mendapatkan perincian kerja. Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah-masalah lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temengor yang perlu diberi perhatian dan saya akan mengambil berat di atas saranan yang telah beliau buat sewaktu saya berjumpa dengan beliau untuk diselesaikan.
Bagi isu air yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Slim yang melibatkan kawasan di Tanjung Malim yang melibatkan tujuh kawasan. Kawasan Orang Asli Rasau, Penderas, Sungai Teras, Changkat Ramu, Nibang, Seruas termasuklah juga Pos Bersih Timur dan Barat. Senarai 9 kawasan ini telah pun dimajukan oleh pihak JAKOA untuk mendapat bekalan air bersih dan saya yakin kita perlu memantau dan juga lihat perkara ini agar ianya dapat diselesaikan dalam masa yang secepat mungkin. Sebab isu air ini adalah isu keperluan yang memerlukan perhatian yang khusus bukan sahaja di perkampungan Orang Asli malah tempat-tempat lain juga. Begitu juga salah satu lagi soalan yang dikemukan oleh Yang Berhormat Slim adalah isu pembuangan sampah di luar kawasan PBT. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat 107 kampung di bawah Majlis Bandaraya Ipoh, majlis-majlis perbandaran dan majlis daerah yang terlibat bagi pengurusan kutipan sampah di luar kawasan operasi PBT Negeri Perak. Sepanjang tempoh perkhidmatan yang telah diberikan oleh PBT terlibat, sistem pembuangan sampah oleh penduduk di perkampungan terlibat dilaksanakan secara teratur dan berkesan. Justeru itu mungkin ianya akan diperluaskan lagi di kawasan-kawasan kampung-kampung yang lain dan pada masa yang sama kita juga perlu memastikan isu pungutan sampah ini tidak menjejaskan kualiti alam sekitar di mana terdapat juga setengah-setengah kampung setengah penduduk yang membuat pembakaran secara terbuka.
Exco, Ayer Kuning.
Terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih Sungai Manik. Isu yang saya nak bangkitkan ialah tentang penjaja kecil. Dalam debate saya tak masukkan cuma saya tunggu respon tapi petang tadi pihak penjaja telah mesej kat saya untuk bertanya. Pertama isu penjaja di Padang Polo Ipoh dan isu penjaja di Meru Raya Ipoh. Setakat ini isu penjaja di Meru Raya Ipoh telah selesai dan kedudukan amat strategik dan mereka tengah meniaga amat selesa. sekali cuma saya nak bangkitkan tentang isu penjaja di Padang Polo Ipoh. Isu ini kita kena cari satu penyelesaian. Ketika saya berkunjung ke tempat ini difahamkan daripada Persatuan Penjaja dan penjaja- penjaja yang terlibat hanya mereka yang ada lesen daripada MBI yang dibenarkan menjaja di situ. Saya akur bila lesen dikeluarkan MBI, mana-mana peniaga yang tidak ada lesen dari MBI hendaklah keluar dari kawasan penjaja situ.
Saya nak tahu sejauh manakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menempatkan penjaja-penjaja di Padang Polo ini untuk mereka terus berniaga dan saya juga difahamkan mereka-mereka ini akan dipindahkan ke satu tempat yang kurang komersial dan kurang strategik. Sudah pasti bahawa pendapatan khususnya yang ada lesen yang tidak ada lesen akan menjejaskan pendapatan mereka. Oleh itu, saya berharap kepada Exco berkaitan supaya memikirkan kalau nak pindah tu bagus juga pindah tapi letakkan pemindahan yang strategik, komersial untuk mereka penjaja penjaja kecil ni. Dengan cara itu saya rasa itu win-win kerajaan menang, deme pun menang terutama dalam Covid-19 ini kita kena ikut kita kena patuh dengan keadaan SOP dan kita juga kena patuh dan berharap supaya rakyat khususnya penjaja-penjaja ini dapat hidup meneruskan hidup dengan selesa.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning. Ambil maklum dan akan merujuk kepada MBI. Bagi menjawab soalan YB Kamunting, iaitu isu penyeragaman undang-undang kecil bagi untuk mengatasi masalah banjir bila melakukan pembangunan di luar kawasan PBT. Sebagai makluman setakat hari ini ia Pihak berkuasa Tempatan menggunapakai akta sedia ada iaitu Akta 133 Jalan juga dipakai oleh JPS juga Parit dan Bangunan 1974. Akta ini jelas menyatakan Seksyen 50, Pihak Berkuasa Tempatan tidak boleh boleh mengarahkan supaya dibuat, di bina selenggara parit air permukaan dan parit hujan lebat pembentung salur dan alur air. Di samping itu juga menurut Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 51(3) Pihak Berkuasa Tempatan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri boleh menuntut pemaju atau individu untuk menuntut kos bagi pembinaan parit. Ini terpakai di kawasan PBT. Isu yang dibangkitkan YB Kamunting ini tidak terpakai di kawasan luar PBT. Namun Kementerian Pembangunan Luar Bandar setakat ini masih tidak dapat mempertimbangkan undang-undang kecil pembangunan bandar kerana ia di luar bidang kuasa Kementerian Luar Bandar. Saya pun mohon maaf mungkin penjelasan ni pun saya sendiri pun tak berpuas hati apa pun saya akan membangkitkan perkara ini apabila ada mesyuarat bersama-sama dengan KPLB agar isu ini dapat diselesaikan diseragamkan bagi mengelakkan isu banjir di kawasan-kawasan luar bandar apabila tidak ada akta yang khusus dalam perancangan pembangunan.
Betul. Sebabnya kalau tidak dia akan takkan selesai isu banjir sebab parit yang dibina longkang-longkang yang dibina di rumah-rumah tidak bersambungan langsung dan akhir sekali isunya isu banjir dan perkara ini berbangkit beberapa ribu kali dah so harap pertimbangkanlah.
Terima kasih Yang Berhormat Kamunting. Berkenaan dengan peruntukan khas seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang bagi projek membaik pulih rumah keluarga daif negeri Perak, sebagai makluman pada setiap tahun Kerajaan Negeri sememangnya menyediakan peruntukan bagi membaik pulih rumah dan keluarga daif demi keselesaan dan keselamatan mereka seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pada tahun hadapan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 3 juta bagi program sayangi Rumahku yang akan dilaksanakan di bawah Yayasan Perak. Bagi menjawab isu Yang Berhormat Hulu Kinta, Yang Berhormat Slim, Yang Berhormat Selinsing berkaitan dengan JPKK, saya suka mengingatkan ataupun memaklumkan pada sidang Dewan, perjalanan dan penubuhan JPKK bermula selepas MPKK. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai telah meluluskan untuk menambahbaik pelaksanaan penjenamaan semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung MPKK kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK. Ianya dikuatkuasa di 10 buah negeri Johor, Melaka, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sementara Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan MPKKP dijenamakan semula kepada semula Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan JPKKP yang dikuatkuasa di empat buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah. Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah dipertanggungjawabkan untuk menyeragamkan dasar kaedah pengurusan serta mekanisme pelaksanaan JPKK ataupun JPKKP di kawasan-kawasan bawah Persekutuan. Bagi Kampung Tradisional Melayu manakala Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT dipertanggungjawabkan untuk Pengurusan Komuniti Kampung Baru. Bagi negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan anggota JPKK akan dilantik oleh Kerajaan Negeri masing-masing, manakala bagi negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan anggota JPKKP akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah bidang kuasa masing-masing.
Sejajar dengan keputusan tersebut Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung yang yang sedia ada dilaksanakan di Perak sejak 1 Mei 2020 telah dijenamakan semula dan ditambah baik pada September 1 September 2020 diubah kepada JPKK. Struktur keanggotaan JPKK ini adalah sebagaimana struktur JSPK yang sebelum ini sementara ditukar kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK mulai 1 September 2020 yang melibatkan pengerusi terdiri daripada Penghulu Mukim, seorang setiausaha merangkap bendahari yang dilantik oleh Penghulu yang merupakan calon bebas yang tidak mewakili mana-mana parti bagi setiap JPKK. Manakala ahli jawatankuasa JPKK terdiri daripada tiga parti komponen di mana setiap seorang diwakili oleh ajk daripada UMNO ajk daripada satu daripada PAS. Model yang diguna pakai bagi komposisi JPKK negeri Perak ini pada masa tersebut adalah merupakan model yang terbaik yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri setelah semakan dan perbandingan dibuat dengan beberapa negeri yang lain. Justeru itu, pandangan dan juga cadangan untuk mewujudkan kembali ketua kampung akan diperhalusi oleh pihak MMK agar ianya dapat lihat disesuaikan dengan keadaan dan juga senario politik semasa. Bagi yang menjawab isu Hulu Kinta berkenaan dengan penambahan tiga kali ganda peruntukan JPKK sebenarnya tidak benar.
Peruntukan RM 75 juta tu adalah peruntukan yang standard. Kalau dulu 829 ketua kampung, seorang dapat RM750, jumlahnya RM7.5 juta juga. Cuma bezanya kali ini dibahagi 829 kali 3 dengan jumlah yang sama juga. Cuma pada tahun lepas peralihan antara JSPK ke JPKK tu terdapat lebihan peruntukan pada tahun 2019, RM2.5 juta. Tapi sebenarnya pada Julai 2020 pihak BKP waktu itu yang menguruskan JPKK telah memohon peruntukan tambahan kepada Pejabat Kewangan Negeri sebanyak RM5 juta untuk menampung jumlah elaun yang perlu dibayar kepada JPKK pada waktu itu, yang melibatkan 2,487 jawatankuasa JPKK di mana mereka menerima RM250 setiap orang. Peruntukan ini sebenarnya sama setiap tahun dan mungkin lebih tinggi sewaktu di zaman BN memerintah negeri di mana pernah mencecah RM900 hingga RM1000 setiap JPKK pada waktu itu. Walau bagaimanapun pandangan dan juga saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat akan diperhalusi untuk diambil tindakan selanjutnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, kalau tidak ada apa-apa lagi saya hendak menamatkan ucapan, sebab sudah ringkas-ringkas yang boleh ini. Maghrib belum lagi ini, akhirnya adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Perak pada hari ini agar semua urusan kerajaan ini berjaya mengubah landskap dan nasib ke semua masyarakat di luar bandar khususnya golongan usahawan dan perusahaan mikro kecil dan sederhana dan juga koperasi agar mereka dapat terus meningkat dalam bidang masing-masing. Bagi memastikan ekonomi negeri Perak dapat terus dikembangkan dan hasil negeri akan terus bertambah. Cuma tambahan sedikit khususnya makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat saya mendapat maklum mungkin ada yang merasakan jumlah RM2 juta yang diterima untuk Exco ini terlalu rendah untuk usahawan sebenarnya di bawah agensi-agensi Persekutuan yang ada di negeri Perak ini banyak lagi tabung-tabung yang boleh kita war-warkan kepada usahawan di kawasan kita. Bahawasanya seperti TEKUN, TEKUN Yang Berhormat Tan Sri Menteri di Pembangunan Luar Bandar Usahawan telah mengumumkan RM200 juta untuk pinjaman di bawah TEKUN tanpa faedah dan juga moratorium setahun dan Perak telah mendapat RM13 juta daripada RM200 juta itu. Jadi mulai tahun hadapan, boleh memohon. Usahawan-usahawan boleh memohon kepada TEKUN di parlimen masing-masing, untuk mendapatkan pembiayaan ini maksimum RM10,000.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Timbalan Yang Dipertua, isu yang saya bawa itu, iaitu mengenai isu lot tanah terbiar, lot rumah yang terbiar yang mana belukar dan hutan naik dan tidak dijaga dan mengganggu jiran tetangga dan sebagainyalah dan lebih teruk lagi binatang liar macam babi, biawak dan ular mulalah membiak di situ. Jadi saya hendak tanya sama ada, ada peruntukan undang-undang kalau boleh dimasukkan dalam geran misalnya sebab mereka apabila dapat lot tanah itu berjanji akan mendirikan tanah dalam masa dua tahun, kalau di Sungai Relung lah syarat yang kita letakkan di situ. Maknanya dia sepatutnya mendirikan tanah, mendirikan rumah dalam tempoh dua tahun tetapi selepas dua tahun dibiarkan begitu sahaja dan adakah tindakan boleh diambil terhadap mereka dengan mengambil balik lot-lot tanah itu atau pun seumpamanya.
Saya rasa memanglah dalam setiap penawaran, ada garis panduan atau pun tempoh yang diberikan. Tapinya jaranglah pihak berkuasa ambil tindakan drastik itu, biasanya bagi peluang lagilah cuma mungkin kita kena memaklumkan kepada mereka ada pelbagai agensi yang menawarkan pembinaan rumah. Selain daripada menerusi Yayasan Perak, SPNB juga sekarang telah bekerjasama dengan Yayasan Perak untuk membina rumah mampu milik yang boleh mereka miliki. Saya hendak tambah sikit tadi yang RM13 juta itu hanya untuk di bawah pinjaman khas, sebenarnya TEKUN Perak menerima suntikan RM35 juta untuk tahun hadapan maknanya baki daripada RM13 juta itu terdapat lagi RM22 juta yang boleh dimohon oleh usahawan jadi jangan usahawan dengar...
Minta laluan.
Pengkalan Hulu, silakan, bila juta-juta baru hendak tanya.
Bukan, bila saya dengar kata di TEKUN ada peruntukan RM13 juta untuk membantu usahawan-usahawan yang di Perak ini kita fahamlah lebih kurang 85,000 usahawan-usahawan, jadi dengan peruntukan yang dapat disebut tadi RM2 juta sudah tentunya tidak mencukupi jadi RM13 juta daripada TEKUN ini saya ingin mencadangkan supaya TEKUN dapat membantu atau pun sama ada dapat kita mewar-warkan kepada usahawan-usahawan ini terutama sekali yang macam di pekan-pekan kecil contoh di Pengkalan Hulu ini, gerai-gerai makan yang dah tutup 2 tahun hari itu, dia hendak mulakan perniagaan dia terpaksa pinjam dengan "along" yang interest bunganya 10% sebulan. Jadi mereka-mereka ini yang kita rasa tertekan, yang peniaga-peniaga yang betul-betul memerlukan bukan banyak modal RM5000, RM2000, RM3000 itu sahaja tetapi mereka tidak tahu di mana mereka hendak pergi. Jadi saya hendak minta TEKUN kalau boleh tolonglah bersama dengan apa ini persatuan usahawan atau pun penjaja tolong maklumkan kepada mereka macam mana tempat yang mereka perlu atau pun mereka dapat untuk pinjaman atau pun bantuan daripada TEKUN ini, terima kasih.
Terima kasih, sebenarnya kita pun akan bekerjasama dengan Majlis Perundingan Penjaja yang melibatkan penjaja dan peniaga kecil negeri Perak. Saya telah menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Negeri Perak di mana pengerusi penjaja dan peniaga di Perak adalah sebagai Timbalan Pengerusi dan mungkin kita boleh kolaborasi dengan pihak persatuan, sebab persatuan ini terdapat di setiap daerah untuk memudahkan pengurusan pengagihan atau pun pinjaman yang boleh kita salurkan, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, untuk itu saya sudahi dulu ucapan dan penggulungan saya dengan menyatakan Sungai Manik menyokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat oleh itu, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullah, terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang saya tangguh Dewan ini. Dewan akan bersidang semula pada hari Jumaat, 17 Disember 2021 jam 9.00 pagi. Sekian, terima kasih Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.