Perak · 18 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 178 turns · 29,129 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Pertama, Mesyuarat Kedua, Tahun Kelima, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin 18 Julai 2022 jam 10.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahirrahmannirrahim, segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagian meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufikmu hidayatmu dipohon menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan menjunjung perintah dan kebesaranmu. Mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenankan, amin Ya Allah seru sekalian alam. Perkara yang kedua, pengumuman Dato’ Yang Dipertua.
Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama berkenaan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Sepanjang perjalanan persidangan mesyuarat yang berlangsung, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Majlis Keselamatan Negeri Perak akan dikuatkuasakan sebagai langkah pencegahan Covid-19. Sehubungan itu, semua SOP dan garis panduan yang dilaksanakan perlu dipatuhi semua pihak sepanjang persidangan berlangsung dalam memastikan aspek kesihatan dan keselamatan kekal terjamin. Antara SOP yang ditetapkan dan wajib dipatuhi adalah semua pihak yang berada di Dewan Negeri iaitu Ahli Dewan Negeri, urusetia dan para petugas media, diwajibkan menjalani ujian air liur dengan izin saliva test pada waktu pagi di Dewan Bankuet, Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan dan perlu disahkan negatif sebelum dibenarkan masuk ke dalam Dewan Negeri. Semua pihak boleh memilih untuk mengikut penjadualan A atau penjadualan B. Penjadualan A iaitu 18 Julai 2022 Isnin dan 20 Julai 2022 Rabu atau penjadualan B esok 19 Julai 2022 Selasa dan 21 Julai 2022 Khamis. Maknanya bukan tiap-tiap hari tetapi selang sehari. Pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sepanjang persidangan adalah diwajibkan dan pemeriksaan kesihatan adalah diwajibkan di fasiliti klinik Dewan Negeri sekiranya terdapat pihak yang berasa kurang sihat dalam tempoh persidangan berlangsung.
Perkara yang kedua, berkenaan penjarakan fizikal. Sepanjang perjalanan persidangan mesyuarat ini perlaksanaan penjarakan fizikal di dalam Dewan Negeri akan dilaksanakan. Memandangkan tempat duduk dalam Dewan Negeri terpaksa dihadkan hanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan persekutuan akan mengikuti persidangan secara live streaming dengan izin.
Perkara yang ketiga berkenaan kemudahan makanan dan minuman. Mengenai kemudahan makanan dan minuman yang disediakan di Bilik Jamuan Dewan Negeri adalah dikhususkan pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai kanan, penolong-penolong setiausaha dan para pegawai khas dan tetamu yang berkaitan sahaja. Manakala pihak urusetia dan para petugas yang lain boleh menggunakan kemudahan makanan dan minuman yang disediakan di ruang legar Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan. Petugas media pula boleh menggunakan kemudahan makanan dan minuman yang disediakan di Aras 3 Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Perkara yang keempat berkenaan hand sanitizer dengan izin pensanitasi tangan. Semua pihak yang terlibat dalam persidangan mesyuarat ini dinasihatkan menggunakan hand sanitizer dengan lebih kerap. Kemudahan persanitasi tangan akan disediakan dan ditempatkan di beberapa lokasi yang bersesuaian dalam bangunan ini sepanjang persidangan ini berlangsung.
Perkara yang kelima berkenaan QR Code. Saya memohon Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menggunakan QR Code ini bagi tujuan pengaksesan dokumen aturan urusan mesyuarat dan soalan lisan sepanjang persidangan mesyuarat ini.
Perkara yang keenam berkenaan sesi soalan lisan. Saya ingin memaklumkan tempoh masa yang ditetapkan bagi sesi soalan lisan pada sepanjang persidangan mesyuarat ialah satu jam.
Perkara yang ketujuh berkenaan Rang Undang-Undang Kerajaan. Adalah dimaklumkan bahawa pada mesyuarat ini terdapat dua Rang Undang-Undang Kerajaan yang akan dibawa iaitu Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2022 dibentangkan oleh YAB Menteri Besar pada persidangan hari ini. Seramai 10 orang Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan tersebut. Sesi perbahasan tersebut yang berlangsung pada hari persidangan hari ini. Empat orang Ahli Yang Berhormat Kerajaan, lima orang Ahli Yang Berhormat Pembangkang, seorang Ahli Yang Berhormat daripada blok bebas. Saya masih belum dapat lagi satu lagi senarai nama daripada Yang Berhormat dari blok pembangkang untuk berbahas pada hari ini.
Sesi penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan berlangsung pada persidangan kedua iaitu 19 Julai esok (Selasa). Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022 dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada persidangan ketiga 20 Julai 2022 iatu pada hari Rabu. Seramai empat orang Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan yang berlangsung pada hari yang sama. Dua orang Ahli Yang Berhormat kerajaan, dua orang Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang dan sesi penggulungan oleh YAB Menteri Besar akan berlangsung pada hari yang sama.
Perkara yang kelapan berkenaan usul yang telah diberi notis. Terdapat dua usul yang akan dibawa pada persidangan mesyuarat ini iaitu Usul Penyata Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak yang akan dibawa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kawasan Selinsing pada 21 Julai 2022 iaitu hari Khamis dan usul persendirian yang akan dibawa oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri kawasan Behrang pada hari yang sama.
Perkara yang kesembilan berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan. Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.
Membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Perkara yang ketiga, membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari 06/2022 hingga 24/2022 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 8 hari bulan Julai tahun 2022.
Bilangan 06/2022 Laporan Tahunan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak Hartanah Perak Darul Ridzuan Tahun 2020.
Bilangan 07/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 08/2022 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Yayasan Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 09/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 10/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Taiping bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 11/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Manjung Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 12/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Teluk Intan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 13/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 14/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Batu Gajah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 15/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Kerian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 16/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Kampar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 17/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanjung Malim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 18/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Perak Tengah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 19/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Gerik Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 20/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Tapah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 21/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Lenggong Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 22/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 23/2022 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Selama Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Bilangan 24/2022 Penyata Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu Deraf Penambahbaikan dan Pindaan Perintah Tetap Dewan Perak Darul Ridzuan.
Soalan yang telah diberi notis soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang keempat, soalan yang telah diberi notis soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal, soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan nombor soalan.
Bismillahirrahmanirrahim Dato’ Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor satu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning, Yang Berhormat Pasir Panjang dan Yang Berhormat Temenggor berhubung Pelan Perak Sejahtera 2030 secara bersekali kerana ianya saling berkaitan. Pelan Perak Sejahtera 2030 merupakan sebuah pelan pembangunan negeri yang komprehensif dan merupakan penunjuk arah untuk jentera kerajaan bagi merancang dan merencana pembangunan negeri menuju tahun 2030. Matlamat pelan ini adalah jelas iaitu memastikan Perak Makmur, Rakyat Sejahtera menjelang 2030. Matlamat ini disokong dengan tujuan yang jelas iaitu memacu pembangunan sosio ekonomi yang mapan, inklusif dan dinamik. Mapan bermakna ia satu bentuk pembangunan yang kukuh dan mantap dalam berdepan dengan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan yang sedang dan akan berlaku dalam tempoh menuju tahun 2030. Inklusif pula bermakna Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan yang dirancang menerusi pelan ini tidak akan meminggirkan atau mengenepikan mana-mana kumpulan rakyar negeri Perak dan dinamik pula bermakna penyesuaian penambahbaikan boleh dilakukan bagi memenuhi keperluan rancangan dan tuntutan semasa yang di luar jangka.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Pasir Panjang telah membangkitkan persoalan mengenai langkah proaktif kerajaan dalam menyelesaikan cabaran perdana iaitu masalah aliran negatif migrasi bersih negeri Perak yang juga berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Temengor mengenai langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi menarik tenaga pakar dan memperbaharui ekosistem bertepatan dengan keperluan pekerjaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa migrasi bersih Perak pada tahun 2020 adalah pada kadar (-1.2) dengan jumlah migrasi keluar Perak seramai 12,800 orang iaiti sedikit tinggi berbanding jumlah migrasi masuk ke dalam Perak iaitu seramai 11,600 orang. Angka ini menunjukkan situasi migrasi negeri Perak masih dalam keadaan terkawal namun ia perlu diberi perhatian serius bagi menjamin sumber manusia negeri dapat dikekalkan untuk menyokong dan menggerakkan agenda pembangunan negeri. Kerajaan Negeri akan terus berusaha kukuhkan ekosistem berkaitan keperluan kemahiran dan tenaga kerja bagi memastikan rakyat Perak mendapat pekerjaan dan meningkatkan taraf sosio ekonomi tanpa perlu berhijrah keluar daripada negeri ini.
Di antara perancangan Kerajaan Negeri melalui Invest Perak ialah menarik minat tenaga pakar berkhidmat di negeri Perak dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi khususnya dalam menarik pelaburan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk memenuhi keperluan rakyat. Pada masa yang sama sebagai antara agenda penting dalam Pelan Perak 2030, pendidikan teknikal dan latihan vokasional TVET akan dijadikan pemacu bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berpotensi menembusi pasaran pekerjaan dan memenuhi permintaan industri. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta pada tahun 2022 di bawah jawatankuasa TVET negeri Perak untuk melaksanakan program latihan kemahiran dalam menjayakan agenda satu warga satu kemahiran. Selain itu Kerajaan Negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) juga secara berterusan menjalankan pelbagai bentuk program dan inisiatif dalam usaha menghebahkan peluang-peluang pekerjaan yang wujud di negeri Perak terutamanya kepada graduan-graduan yang bakal menamatkan pengajian.
Yang Berhormat Pasir Panjang juga telah menyentuh mengenai langkah proaktif kerajaan dalam menyelesaikan cabaran perdana berhubung kumpulan isirumah B40 dan peningkatan warga usia di negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi menangani cabaran ini dengan lebih berkesan, Kerajaan Negeri akan menilai semula pelbagai pendekatan dan tindakan yang diambil dalam meningkatkan pendapatan serta menambahbaik kualiti hidup golongan berkenaan selain memastikan program atau bantuan yang disediakan benar-benar dapat dinikmati golongan sasar. Di antara tindakan proaktif semasa yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ialah dengan menilai dan mengukuhkan program bantuan sedia ada secara strategik agar penyaluran bantuan ini sampai kepada golongan sasar. Selain itu, Kerajaan Negeri juga melalui PASAK dan STeP akan melaksanakan padanan pekerjaan dan penyediaan latihan kemahiran serta keusahawanan bagi membantu meningkatkan pendapatan yang sekaligus meningkatkan taraf hidup kumpulan B40.
Seterusnya, bagi menangani cabaran peningkatan warga berusia pula, Kerajaan Negeri akan mengoptimumkan perbelanjaan fiskal infrastruktur negeri menjadi lebih mesra warga emas terutamanya dalam sektor pengangkutan, fasiliti bangunan, fasilti kesihatan dan rekreasi serta perkhidmatan sosial. Di antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan adalah penyediaan institusi kebajikan warga emas iaitu Rumah Seri Kenangan, penubuhan pusat aktiviti warga emas yang mana lapan buah telah beroperasi yang mana empat buah lagi akan beroperasi pada tahun ini. Selain itu, bantuan-bantuan kebajikan dan penyumberan luar atau alternative service delivery juga disediakan bagi perkhidmatan penjagaan warga emas melalui kerjasama dengan petubuhan bukan kerajaan. Kerajaan juga sedang dalam usaha melaksanakan konsep Bandar Mesra Usia atau Age Friendly City di mana Taiping telah dipilih sebagai bandar pertama di Malaysia menjayakan projek rintis tersebut. Selain itu, persediaan bagi dari sudut kesihatan juga telah dilakukan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak, bagi menigkatkan mutu perkhidmatan hospital dan klinik kesihatan yang merangkumi penyediaan kemudahan asas, penyediaan kemudahan khas dan selesa untuk warga emas mendapatkan rawatan. Antara inisiatif yang telah tersedia ialah penyediaan lapan buah katil khusus untuk rawatan bagi warga emas dengan kemudahan gimnasium untuk kemudahan reliabilitas di Hospital Taiping dan menempatkan lima orang pakar geriatric berkhidmat di negeri ini.
Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhrmat Ayer Kuning mengenai peranan agensi-agensi kerajaan dalam menggerakkan agenda dan prinsip Perak Sejahtera 2030. Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Perak Sejahtera Tahun 2030 dibangunkan untuk manfaat semua rakyat di negeri Perak. Oleh yang demikian semua individu yang bermastautin dan organisasi yang beroperasi di negeri ini mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan pelan ini. Semua agensi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri PKNP, Perbadanan Menteri Besar MB Inc, Yayasan Perak dan Perak SADC terlibat secara langsung dalam merialisasikan agenda pelan ini mengikut teras organisasi dan bidang kuasa masing-masing.
PKNP misalnya menyokong agenda Kerajaan Negeri bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif yang memberi impak serta nilai tambah merangkumi enam bidang perniagaan utama iaitu pembangunan hartanah, teknologi hijau, hospitaliti dan pelancongan, pemprosesan mineral, ekonomi digital dan pelabuhan serta logistik. MB Inc pula merupakan agensi yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perlombngan lestari selari dengan tujuan pelan untuk memacu pembangunan sosio-ekonomi Perak Mampan. Tanggungjawab dan komitmen yang dipikul oleh Yayasan Perak pula, adalah dari segi penyediaan bantuan kepada rakyat melalui inisiatif program pinjaman usahawan, pendidikan dan perumahan manakala Perak SADC pula menjayakan pelan ini melalui program-program aktiviti ekonomi ke arah jaminan sekuriti makanan terima kasih.
Ayer Kuning.
Terima kasih atas jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi yang sungguh komprehensif dan sungguh saya faham segalanya. Cuma persoalan saya tinggal lapan tahun lagi Gagasan Perak 2030 akan berlaku. Yang menggusarkan saya dengan keadaan ekonomi hari ini adakah kita boleh melaksanakan Gagasan Perak 2030 sebagaimana yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Ayer Kuning. Dato’ Yang Dipertua, kita tiada pilihan lain melainkan setelah kita melalui fasa hitam, gelap selama dua tahun PKP, Kerajaan Negeri tidak ada pilihan lain melainkan mesti membuat persiapan perancangan yang rapi untuk membolehkan kita membangunkan semula negeri. Jadi soal sama ada ia berjaya atau tidak kita tidak ada pilihan kita mesti menggerakkan semua jentera kerajaan termasuk NGO dan rakyat seluruhnya mesti bergerak sederap, serentak sehati sejiwa untuk melaksanakan program ini insya Allah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dengan izin kepada Yang Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan Perak Sejahtera iaitu Program Flagship yang kelapan belas iaitu santuni orang asli. Beberapa hari lepas telah dilaoprkan di dalam media massa berkenaan dengan isu yang berlaku pada 7 Julai di Pos Bor kalau tak silap saya di mana telah dilakukan bahawa dewan orang ramai didirikan oleh komuiti orang asli telah diserbu oleh Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli dan juga telah dilaporkan tentang isu seorang sukarelawan Rusia bernama Dellery Astranova yang telah membantu meningkatkan kualiti hidup orang asli di kawasan situ dengan mengadakan pendidikan percuma. Jadi saya ingin bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar apakah pendirian Kerajaan Negeri Perak berkenaaan isu yang berlaku di situ pada 7 Julai mengenai penyerbuan dewan orang ramai yang didirikan oleh mereka sendiri dan apakah pendirian Kerajaan Negeri Perak kepada sukarelawan sedemikian yang dikatakan cuba membantu menaik taraf hidup komuniti orang asli terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Bedamar. Saya tidak dapat memberi ulasan sekarang kerana saya belum mendapat laporan penuh berkaitan insiden tersebut tetapi atas keperihatinan kerajaaan, kita akan memberi perhatian selepas kita mendapat laporan penuh di atas insiden berkenaan terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan daripada Pasir Bedamar tadi tiada kaitan dengan soalan asalnya tetapi saya rasa saya beri satu lagi soalan tambahan kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang
Terima kasih Yang Dipertua. Soalan ada kaitan dengan risalah kecil ini Yang berhormat. Saya akur bahawa di Lembah Kinta ataupun Daerah Kinta ini ada beberapa isu yang boleh dikatakan sebagai peradaban tetapi saya agak musykil dengan Hulu Perak yang diletakkan di bawah kod 01 ini daripada segi nish daerah. Sebab setahu saya di sebelah Hulu Perak ini banyak lokasi ataupun ‘spot’ yang telahpun diakui oleh UNESCO sebagai bertaraf dunia. Jadi apabila nish daerah itu tidak menyebut ataupun tidak berkaitan dengan hal tersebut dan saya bimbang dengan kesan nish ini kepada alam sekitar dan juga tapak-tapak ataupun kawasan-kawasan yang telah diakui oleh UNESCO sebagai contoh sebagai sesuatu yang bertaraf dunia. Jadi apakah nish ini sesuatu yang umum atau telahpun dikenalpasti sebab saya fikir ini harus dilihat dalam konteks itu. Ertinya Hulu Perak harus dikekalkan sebab kita bimbang juga soal-soal seperti pembalakan dan sebagainya yang mengganggu tapak-tapak tadi tu dan saya pernah bercakap dengan ahli majlis daerah dan sebagainya mereka mengakui ada masalah sedikit membangunkan Hulu Perak sebab kawasan itu dikenali sebagai kawasan yang telahpun dimaktubkan sebagai sesuatu yang bertaraf dunia. Jadi mungkin tidak mungkinkah bahawa Hulu Perak dikekalkan bersifat ataupun dikekalkan dengan nish yang berkaitan dengan perkara-perkara itu dan tidak diberikan ataupun difokuskan baru. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Tebing Tinggi. Seperti yang saya maklumkan tadi, apabila Pelan Perak Sejahtera 2030 ini bersifat dinamik, ia masih boleh dibincangkan mengikut kesesuaian dan juga tuntutan yang bersesuaian dengan zaman dan keadaan berkenaan. Jadi apapun pandangan dan pendapat yang dikemukan oleh Yang Berhormat Pasir Pinji Tebing Tinggi tadi masih boleh dibincangkan dan insya Allah jika ia bersesuaian kita boleh laksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk kemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum wbt. Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 2.
Bismillah. Assalamualaikum wbt. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Bagi menjawab soalan YB Trong. Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan 3 bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), Program Pengupayaan Ekonomi Wanita (BIZNITA) dan M2YONG dan Program Pengupayaan Ekonomi Keluarga (BIZMAN) di Negeri Perak serlah bakat jana pendapatan bagi tahun 2022 di mana peruntukkan yang telah diluluskan bagi 3 bantuan ini adalah sebanyak RM1.1 juta dipecahkan kepada 3 kategori. BIZNITA sebanyak RM300,000 untuk 100 orang. Yang kedua BIZMAN RM300,000 untuk 100 orang. M2YONG RM500,000 untuk 500 orang. Sekretariat Wanita Perak juga telah memohon sebanyak RM1.7 juta untuk tahun 2023. Selain daripada tiga-tiga bantuan ini, bantuan ini juga memberi fokus kepada sebahagian besar peniaga-peniaga di pasar malam di mana penerima yang berjaya melalui tiga bantuan tersebut terdapat pemohon di kalangan peniaga pasar malam yang menjalankan perniagaan seperti menjual sayur-sayuran, menjual kasut, makanan dan bahan mentah. Mereka menerima bantuan modal sebanyak RM1000 di bawah proram ini dan bantuan peralatan perniagaan seperti kiosk, meja berniaga, ‘freezer’ dan sebagainya di bawah program BIZNITA dan BIZMAN.
Untuk makluman Yang Berhormat Trong, pada sidang Dewan yang lepas, YAB Dato’ Seri Menteri Besar telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2022 di mana dana khas turut diluluskan di bawah portfolio saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Di bawah dana khas ini, Geran Usahawan Perak (GERAK) diperkenalkan dengan peruntukkan sebanyak RM1.5 juta di mana program ini menyasarkan bantuan berbentuk geran kepada kelompok usahawan baru, informal, mikro, luar bandar, wanita dan B40 termasuklah golongan penjaja dan peniaga pasar malam. Di samping itu terdapat juga agensi-agensi persekutuan yang menyediakan pinjaman mudah kepada peniaga-peniaga pasar malam sebagai contoh AIM sendiri telah mencapai pemberian pinjaman sejumlah RM 98 juta sehingga Jun daripada RM177 juta yang disasarkan untuk tahun 2022 melibatkan semua daerah dalam Negeri Perak.
Bagi soalan yang seterusnya mengenai ‘STeP’, untuk makluman, Sekretariat Usahawan Negeri Perak ataupun ‘STeP’ telah mula beroperasi sejak oktober 2020 sehingga kini telah berjaya melaksanakan lebih 300 program keusahawanan dengan kerjasama pelbagai agensi di mana lebih 80,000 usahawan pelbagai kategori dan industri negeri perak telah mendapat manfaat. Tidak dinafikan ‘STeP’ ini sememangnya adalah menjadi pusat rujukan dan tumpuan utama usahawan dan agensi di Negeri Perak di mana ‘STeP’ sentiasa dilibatkan di dalam pelbagai program anjuran Kerajaan Negeri dan agensi di negeri perak hampir setiap hari. Namun ‘STeP’ yang berstatus sekretariat ini mempunyai fungsi yang amat terhad dengan tenaga kerja hanya seramai 9 orang pegawai termasuk kakitangan peminjaman daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan ini sebenarnya amat memberi kesan terhadap proses pelaksanaan dan penyampaian kepada lebih 100 ribu usahawan Perak dan lebih 50 agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Melihat kepada maklum balas dan permintaan daripada jabatan, agensi serta usahawan menaiktaraf ‘STeP’ kepada agensi amat penting untuk disegerakan bagi memastikan fungsi ‘STeP’ dapat diperluaskan serta segala perancangan dapat dilaksanakan dengan segera terutama bagi membantu melaksanakan program-program agensi sama ada persekutan dan negeri digariskan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 serta membantu meningkatkan sumbangan ekonomi usahawan kepada negeri perak. Insya Allah isu ‘STeP’ ini telahpun dibangkitkan dalam mesyuarat EXCO dan di bawah pengetahuan Yang Amat Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Insya Allah kita akan mempercepatkan proses bagi membolehkan struktur organisasi ‘STeP’ ini dinaiktaraf dengan pertambahan kakitangan agar fungsi ‘STeP’ ini dapat diperluaskan di pelosok Negeri Perak, terima kasih.
Soalan tambahan Trong.
Soalan tambahan, sistem data raya peniaga pasar malam adalah sebenarnya sangat berguna untuk tujuan pengumpulan data di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030. Adakah pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan platform atau dashboard khas data raya peniaga pasar malam, peniaga-peniaga lain yang mempunyai kategori-kategori tertentu untuk memudahkan bantuan disalurkan oleh Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Trong di atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat Trong dan sidang Dewan. Kita di peringkat Negeri Perak baharu sahaja melancarkan sistem maklumat ‘database’ Usahawan Perak (SMA-DBASE) yang dilancarkan pada Mei 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Untuk buat masa ini data peniaga pasar malam kita hanya bergantung pada maklumat yang ada pada pihak PBT atapun pihak berkuasa tempatan di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT-SUK). Namun kita yakin sekiranya data-data ini dapat dikongsikan bersama ‘STeP’ terutama semua PBT mengguna pakai sistem maklumat yang kita dah sediakan ini iaitu maklumat ‘database’ usahawan Negeri Perak. Negeri Perak akan mempunyai satu kelompok ‘database’ yang lengkap dan solid untuk kita merancang program dan merancang bantuan-bantuan pada penjaja dan peniaga pasar malam pada masa akan datang. Buat masa ini usahawan-usahawan boleh juga mendaftar secara ‘online’, maknanya usahawan sendiri boleh daftar. PBT sendiri juga boleh mendaftar peniaga-peniaga pasar malam ini dalam sistem maklumat yang kita dah lancar ini. Terima kasih
Soalan tambahan kedua, Teja.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Kebanyakan skim bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh kerajaan menjadikan pendaftaran SSM sebagai syarat permohonan yang asas. Namun timbul isu bahawa banyak permohonan bantuan Kerajaan BKM telah ditolak kerana mempunyai rekod pendaftaran SSM. Jadi soalan tambahan saya, bagaimanakah pihak kerajaan dapat bantu golongan usahawan B40 agar mereka tidak terpaksa untuk pilih antara bantuan BKM ataupun bantuan skim perniagaan yang lain. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan Teja. Untuk makluman Yang Berhomat Teja, hampir kesemua bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Sekretariat Wanita dan juga di bawah portfolio saya tidak memfokuskan kepada mereka yang memiliki SSM dan terdapat juga agensi persekutuan yang tidak juga mementingkan SSM, seperti TEKUN, AIM sendiri tak semua jumlah pinjaman itu melibatkan keperluan SSM. Tujuan kita mewujudkan geran dan juga pinjaman mudah melalui TEKUN dan AIM untuk membantu mereka untuk mula kembali berniaga selepas hampir dua tahun terjejas. Sebab itu kita tak memberi penekanan tentang elemen-elemen ataupun syarat-syarat yang ketat. Lebih kepada nak memastikan mereka dapat survive hidup semula dalam era endemik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya jemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Keranji untuk mengemukakan nombor soalan. Silakan.
Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya soalan ketiga. Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam Perak Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Ahli ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri dan kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya. Terima kasih Yang Berhormat Keranji yang bertanyakan soalan dan untuk makluman bahawa persoalan yang dibangkitkan oleh Keranji adalah mengenai dengan usaha kerajaan untuk membantu penternak-penternak khususnya ayam, lembu dan khinzir untuk mengurangkan kos menternak. Pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan agensi-agensi di bawahnya khususnya dalam sektor ternakan dalam bentuk jangka masa pendek dan panjang. Ia adalah seperti berikut.
Yang pertama, pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyediakan peruntukan bagi menanam rumput di kawasan-kawasan padang ragut dan pihak Kerajaan Persekutuan telah menyediakan bantuan sebanyak RM300.00 kepada setiap penternak secara one-off bagi meringankan kos perbelanjaan makanan ternakan dan yang kedua, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga meneruskan program skim rezeki ternak yang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan di samping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil-kecil. Bantuan adalah di dalam bentuk geran padanan bagi induk ternakan ruminan seperti bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang dan reban. Yang ketiga Kerajaan telah menawarkan di bawah Geran Agropreneur Muda untuk membantu pengusaha ternakan dalam kalangan anak muda dan belia bagi mengurangkan kos permulaan dan bantuan dalam bentuk peralatan seperti mesin, benih, baka, khidmat nasihat dan sebagainya. Yang keempat bagi penternakan unggas, ayam pedaging dan penelur pula, pihak Kerajaan Persekutuan memberi bantuan dalam bentuk subsidi ke atas setiap pengeluaran iaitu RM0.60 untuk satu kilogram untuk ayam dan RM0.05 untuk sebiji telur ayam.
Subsidi ini boleh membantu pengeluar meneruskan operasi ternakan mereka seterusnya menjamin bekalan makanan berasaskan kepada ternakan sebagai sumber protein untuk rakyat pada kadar yang munasabah. Yang kelima Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM500 ribu di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera untuk sektor ternakan melalui bantuan kepada para penternak ruminan dan ayam kampung yang memenuhi syarat dan merupakan pengusaha secrara kecil-kecilan. Pakej ini merangkumi bantuan daripada sudut penyediaan kursus dan pemberian peralatan mesin secara percuma kepada peserta-peserta iaitu mixer dan juga tong kedap udara untuk para penternak dapat menghasilkan makanan ternakan alternatif. Jumlah kos dan kadar bagi seorang adalah RM2,000.00 yang bakal memberi manfaat kepada 250 orang penternak.
Timbalan Yang Dipertua, sebagai langkah jangka masa panjang, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak ataupun SADC juga telah mengorak langkah bagi membantu dalam usaha pengeluaran makanan ternakan dengan mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar makanan ternakan iaitu Cargill Feed Sdn Bhd. Ini sebagai langkah untuk mengawal harga pasaran dengan lebih baik dan terkawal untuk manfaat semua. Dalam pada itu juga, Kerajaan Negeri juga dalam usaha untuk membangun padang rumput di seluruh negeri Perak dengan memperbanyakkan lagi kawasan untuk penanaman rumput napier berkualiti, tanaman jagung manis. Justeru Kerajaan Negeri amat terbuka kepada sebarang perbincangan oleh para pelabur dalam dan luar negara serta mana-mana individu ataupun syarikat swasta yang berminat untuk mengusahakan tanaman itu di negeri Perak. Usaha itu nanti setelah mendatangkan hasil bakal membantu para penternak dalam mengurangkan kos ternakan mereka dan seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran dan kadar sara diri, SSL daging, telur dan tenusu di negeri Perak mampu melonjakkan ekonomi ke arah lebih tinggi, kukuh dan mampan. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan Keranji.
Terima kasih kepada jawapan Gunung Semanggol. Tadi saya meneliti jawapan yang dibagi oleh YB Semanggol. Dia bagi banyak peruntukan dari kerajaan tapi itu secara am, tiada peruntukan spesifik kerana hari ini kenapa kita pergi pasar tiada ayam boleh jual. Ada sesetengah tempatlah, bukan semua kerana sekarang harga silingnya RM9.40 dan kos untuk bela seekor ayam mungkin mencecah RM10 / RM10.50. Jadi saya rasa Kerajaan Negeri patut ada satu peruntukan spesifik untuk setiap ayam yang diternak, setiap ayam yang dibela kita kena bagi RM1 ataupun RM2 subsidi. Jadi kita kurangkan kos nya baru kita boleh ada penternak yang membela ayam. Kalau tidak penternak-penternak tidak hendak bela ayam, kita tiada ayam nak beli. Dan tadi juga saya teliti, saya rasa kalau tak silap saya, saya tak silap dengar, saya tak dengar apa-apa peruntukan untuk khinzir kerana penternak khinzir sekarang pun susah. Dalam enam bulan sudah naik harga khinzir enam kali ganda, enam kali naik harga. Dari 100 kilo RM700.00, naik sehingga hari ini 100 kilo RM1,200.00. Sudah naik enam kali dalam enam bulan. Bermakna secara purata ia setiap bulan naik harga. Jadi saya rasa ini satu masalah yang perlu kita tangani dan paling penyelesaian paling mudah, paling spesifik ialah bagi setiap kilo daging ataupun ayam penternak bela kita bagi peruntukan ataupun subsidi secara spesifik. Jadi saya haraplah Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan cadangan ini.
Ok, terima kasih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Keranji bahawa setakat ini kita, kerajaan tidak mendengar sebarang rungutan mengenai dengan khinzir dan juga penternak khinzir dan setakat ini negeri Perak ataupun kerajaan belum ada apa-apa pakej bantuan kepada penternak negeri itu. Namun untuk penternak ayam sepertimana yang dimaklum bahawa kerajaan menetapkan harga siling yang bergerak memandangkan kepada kos penternak itu terus bergerak mengikut kadar tukaran asing dan perkara-perkara yang mendorong kepada kenaikan harga. Walau bagaimanapun setakat ini kerajaan pusat memberi peruntukan sebanyak sepertimana yang dinyatakan tadi bahawa 60 sen untuk 1 kilo ayam dan 5 sen untuk telur masin.
Simpang Pulai.
Ok, Pengkalan Hulu dulu. Kejap ya, Pengkalan Hulu dulu.
Terima kasih Tmbalan Yang Dipertua. Seperti yang dijawab oleh YB EXCO tadi, kita ada melihat tentang padang ragut, padang ragut yang disebut yang telah dikenalpasti dalam negeri Perak ini dan Veterinar yang bertanggungjawab di bawah padang ragut-padang ragut yang lain. Soalan saya kepada Vaterinar, Padang Ragut yang ada ini yang tidak dimanafaatkan, yang menjadikan sebagai kita panggil sebagai tempat pembiakan musuh tanaman. Sebagai contoh macam di kawasan tempat saya Pengkalan Hulu. Ada padang ragut yang sampai 300 ekar, penggunaanya baru dalam 50 ekar. Lagi 250 ekar itu sudah jadi tempat untuk pembiakan musuh tanaman. Jadi apakah langkah Veterinar untuk melihat balik padang ragut-padang ragut yang ada di dalam negeri perak ini yang tak diguna pakai untuk dimajukan ataupun mencari satu jalan penyelesaian masalah musuh tanaman ini dapat diselesaikan dan padang ragut itu boleh mendatangkan pendapatan kepada peserta-peserta yang ada dalam kawasan tersebut. Terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih Pengkalan Hulu terutama mengenai dengan bagan ragut ataupun padang ragut. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa kalau kita lihat bahawa kadar untuk meragut ekor lembu 1 tahun, dia memerlukan 2 ekar, jadi bagan ragut kita tak boleh menampung, tak boleh menampung keperluan penternakan itu. Satu ekar untuk satu ekor, jadi bagi mengatasi masalah ini setelah berbincang dengan pihak Veterinar supaya kita nak menanam nepier supaya lebih produktif lah mungkin dan juga membuat satu teknik untuk pemakanan makanan tambahan kepada lembu. Jadi kalau kita bergantung kepada keluasan bagan ragut tu sendiri dia tidak mampu untuk menetapkan tumbuh daging dan juga boleh mengurangkan harga dan yang kedua mengenai dengan bagan- bagan ragut yang tak aktif. Biasanya bagan ragut itu mempunyai tanah-tanah yang tak sesuai untuk tanaman rumput dan sebagainya, berbatu dan sebagainya. Satu faktor lagi jalan akses untuk masuk ke bagan ragut itu tak ada, ada beberapa tempat. Jadi walau bagaimanapun insya Allah kita akan ikhtiar supaya bagan-bagan ragut ini boleh proaktif sikit.
Saya benarkan satu saja soalan. Ok, Pasir Pinji.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih atas respon daripada Yang Berhormat EXCO. Malangnya saya tak boleh kata jawapannya mantap kerana tadi disebut berkenaan dengan apa nama, tak adanya subsidi atau bantuan kepada penternak khinzir. Kita kena tahu bahawasanya Perak sejak sekiranya tak silap 2019 ke 2020 telah menjadi pengeluar daging khinzir yang terbesar di Malaysia mengatasi negeri Sarawak yang sebelum ini yang terbesar. Sarawak tanah dia luas dan besar. Perak kecil tapi kita menang dan nilai komersial dan sumbangan KDNK cukup besar tetapi kenapa yang mencipta peluang-peluang pekerjaan yang menggunakan teknologi-teknologi yang terkini di negeri Perak ini tak dibantu, tak ada sebarang subsidi atau bantuan kepada golongan usahawan dan penternak-penternak daging untuk makan, untuk rakyat Malaysia dan juga di luar sana. Saya mohon sedikit pencerahan kerana ini adalah satu kelompongan yang perlu diisi.
Tambah sikit boleh?
Sikit saja.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada YB EXCO. Saya ada soalan pertanyaan tentang bidang akua makanan. Tadi YB EXCO kata subsidi-subsidi kerajaan telahpun diberikan kepada penternak-penternak termasuk ayam dengan telur. Namun kalau kita meninjau liputan media ataupun kenyataan-kenyataan kerajaan persekutuan khususnya, dikatakan subsidi itu dihapuskan oleh sebab subsidi kepada penternak itu tidak dituntut sepenuhnya oleh penternak. Itu dipersalahkan kepada penternak-penternak. Saya nak tanya kepada YB EXCO, sejauh manakah penternak-penternak dalam negeri Perak yang mana Kerajaan Persekutuan telah bagi subsidi tapi enggan nak tuntut, mereka sengaja, kos itu tinggi dan sebagainya. Saya rasa itu tidak betul sebab setahu saya proses untuk menuntut subsidi itu rumit dan menyusahkan sehingga subsidi itu tidak dapat dituntut sepenuhnya oleh pihak penternak. Saya mohon pencerahan YB EXCO sejauh mana benar kenyataan Kerajaan Persekutuan yang memberikan gambaran penternakan enggan menuntut subsidi untuk membela, untuk menternak daging di Perak. terima kasih.
Terima kasih. Jadi mengenai dengan prosedur tuntutan mungkin daripada subsidi kerajaan terhadap penternak-penternak, jadi mungkin selepas ini kita akan semak lah. Tapi setakat ini di Perak kita tidak ada menerima apa-apa aduan kelambatan ataupun dan kepayahan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Pusat. Ok-ok, jadi kita akan tengok. Jadi maksudnya sekarang penternak itu under Jabatan Veterinar dan kerajaan telah mengumumkan. Jadi sepatutnya kita kata adalah pihak penternak boleh berjumpa. Jadi tak apalah selepas ini kita akan semak, supaya ada satu SOP yang jelas kepada penternak-penternak.
YB EXCO, maksud saya adalah...
Simpang Pulai, minta maaf masa kita kesuntukan. So minta jawapan daripada EXCO dah kita akan terus ke.
Tapi setiap kali menggulung pun kata ada jawapan bertulis, tapi tidak dapat.
Timbalan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Astaka sini.
Terima kasih Astaka, kita kesuntukan masa. Dua jawapan tadi daripada Pasir Pinji dan juga Simpang Pulai tadi belum dijawab. Minta Astaka duduk sekejap, duduk dulu. Duduk dulu, Astaka duduk dulu.
Sebab soalan ini, masa sekarang harga semua naik. Saya banyak lagi soalan nak tanya, tambahan. Tadi Keranji hanya bagi cadangan. Saya rasa soalan ini cukup penting masa dekat
Astaka boleh duduk dulu tak.
Nak tanya soalan.
Jawab dulu, jadi yang dibangkitkan oleh Pasir Pinji mengenai dengan pertolongan ataupun subsidi kepada penternak khinzir. Jadi untuk makluman yang pertama sekali, khinzr ini mungkin bukan menjadi satu makanan kepada keseluruhan rakyat dan setakat ini negeri Perak, SSL ataupun kadar sara diri pengeluaran khinzir untuk negeri Perak ini dah hampir-hampir 300% iaitu 284% dah over dan banyak dia dah tidak menjadi kritikal lah jadi mungkin itu tidak ada pertimbangan daripada pihak kerajaan dan juga tidak menjadi satu isu nasional berbanding dengan ayam. Ayam ini kenaikan dia terlalu ketara dalam menjadi nasional isu. sebab itu pihak MAFI, pihak kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal harga ayam.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan.
Timbalan Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua
Terus Pengkalan Hulu.
Timbalan Yang Dipertua soalan sikit.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Kita nak menceriakan sikit Timbalan Yang Dipertua , makan lepat, soalan Pengkalan Hulu nombor 4.
Bismillahirahmanirahim. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Untuk makluman Yang Berhormat di bawah Lembaga Perumahan Hartanah Perak, terdapat tanah di Wilayah Selarong ya, Mukim Pengkalan Hulu Daerah Hulu Perak dengan keluasan 6.143 ekar yang akan dibangunkan di kawasan DUN Pengkalan Hulu. LPHP kini dalam proses untuk mendapatkan hak milik blok bagi tapak tersebut. Setelah hak milik blok diperolehi, perjanjian usaha sama dengan pemaju akan dibuat bagi pembangunan RPT di situ. Bagi tanah LPHP di Wilayah Nenering pula di DUN Pengkalan Hulu, ianya masih belum dapat dibangunkan kerana tanah tersebut sedang diusahakan oleh peserta projek berkelompok tanaman sayuran di bawah seliaan Pejabat Pertanian kawasan Pengkalan Hulu. Sehubungan dengan itu, LPHP telah memutuskan untuk meluluskan dan membenarkan peserta projek berkelompok tanaman sayuran tersebut untuk meneruskan aktiviti pertanian dalam tempoh 3 tahun dengan dikenakan kadar bayaran yang sama seperti lesen menduduki sementara sebelum ianya diambil semula oleh tapi LPHP untuk tujuan pembangunan perumahan. Ini adalah kerana kawasan tanah tersebut adalah agak jauh daripada jalan utama yang mana ianya akan mengambil sedikit masa untuk kita melaksanakan cadangan pembangunan perumahan bagi kawasan tersebut dan juga kerana kebolehan pasaran belum dapat dicapai untuk kawasan tersebut. Terima kasih.
Tambahan Pengkalan Hulu.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Bila kita lihat bila kita sebut Lembaga Perumahan Harta Tanah LPHP yang telah ditubuhkan pada 2016, kita melihat ketika itu kita mensasarkan wujudnya LPHP ini untuk memberi kemudahan kepada rakyat untuk Rumah PerakKu dan rumah kos sederhana yang harga di antara 90K ke 150K. Cuma bila kita lihat sekarang masalah yang timbul seperti di Pengkalan Hulu dan di tempat-tempat lain saya yakin masalah tanah kepada LPHP untuk nak majukan Rumah PerakKu dan rumah kos sederhana. Saya melihat daripada data yang kita ada PKNP mempunyai tanah lebih daripada 5000 ekar yang bersesuaian untuk dijadikan kawasan perumahan. Jadi apa salahnya LPHP bekerjasama dengan PKNP untuk negeri Perak bukan untuk Pengkalan Hulu untuk pastikan hasrat menubuhkan LPHP ini untuk memberikan rakyat mendapat Rumah PerakKu dan rumah kos rendah ni dapat tercapai. Itu yang saya nak bangkitkan di sini dan hanya soalan saya yang kedua, saya difahamkan baru-baru ini PTG dan LPHP ada mengenakan syarat tambahan untuk pindah milik rumah kos-kos rendah. Mohon penjelasan berkenaan perkara ini kerana ianya saya lihat akan menambahkan lagi kerenah birokrasi atau pun akan menyusahkan urusan pindah milik rumah-rumah kos rendah yang ada ketika ini. Terima kasih.
Ok terima kasih Pengkalan Hulu di atas soalan tambahan. Ada dua d sini. Yang pertama berkenaan dengan kerjasama bersama dengan GLC. Sebenarnya LPHP tiada halangan untuk bekerjasama dengan mana-mana GLC mahu pun ya pemaju-pemaju yang kita lihat berkeupayaan. Zaman ADUN Pengkalan Hulu kita memang ada kerjasama pun dengan GLC seperti Menteri Besar Incorporated, SSI yang sedang menjalankan projek. Jadi dalam perancangan kami pun daripada tahun 2021 saya rasa lebih kurang 12,000 rumah telah pun dalam proses pembangunan bersama-sama dengan pihak GLC di mana keseluruhannya hampir mencecah 21,000 dalam perancangan dan yang telah pun siap bagi tempoh tahun sehingga 2023. Jadi kami memang mengalu-alukan lah sekiranya ada kerjasama yang boleh dilakukan dengan GLC dengan giat lagi, Insya Allah kita akan pertimbangkan melalui Lembaga Perumahan Hartanah Perak nanti.
Untuk soalan kedua, betul kita telah mengenakan syarat tambahan ya bagi urusan pindah milik rumah-rumah kos rendah. Ini adalah kerana kita lihat kita tidak mahu dengan izin ada abuse ya berkenaan dengan pindah milik rumah kos rendah yang telah disubsidikan dengan harga yang begitu tinggi. Harga kos sekarang mencecah 150 hingga 160 dan kita jual hanya 70 hingga 90. Jadi apabila pindah milik dilakukan ada kebanyakkan kes ya ianya dijual pada harga yang jauh lebih mahal daripada itu dan ini menyebabkan golongan-golongan B40 yang sepatutnya menduduki perumahan tersebut pada asal tujuannya akan terlepas daripada peluang untuk memiliki rumah-rumah ini. Walau bagaimanapun kita faham, untuk pemilikan yang telah lama didiami atau pun oleh pemilik tetap ya kita masih boleh benarkan cuma kita adakan satu syarat semakan daripada LPHP sebagai tambahan dan seterusnya proses itu sekiranya ada rayuan juga akan diproses di peringkat Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan. Jadi insya Allah ia hanya satu saringan dan saya rasa ianya tidaklah terlalu orang kata menambah rona birokasikan kita harus mengawal pemilikan tanah-tanah atau pun rumah-rumah kos rendah ini kepada mereka yang selayaknya. Terima kasih.
Pasir Panjang.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Berkaitan dengan Pembangunan Pantai Barat PCO Development di Mukim Lekir yang sepatutnya diberi kepada mereka yang telah pun diundi atau pun ditawarkan dan saya nak tahu apakah status mereka yang dijanjikan untuk ditempatkan di tempat lain tu? Jadi yang keduanya lah saya mengucapkan terima kasih bagi Projek Aman Jaya Batu 14 Lekir yang nama yang saya serahkan enam orang tu hanya tinggal 1 sahaja yang bermasalah dan mohon jasa baik pihak EXCO untuk mempertimbangkan semula. Terima kasih.
Ok terima kasih di atas soalan tambahan pada Pasri Panjang. Sebenarnya kita telah pun mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah lah untuk kita luluskan satu lagi kawasan sebagai kawasan gantian dan sebenarnya kita dalam proses untuk melantik kontraktor untuk memajukan pembangunan untuk hasrat menggantikan senarai lot-lot perumahan yang telah kita luluskan kepada senarai yang telah diluluskan pada projek lalu yang dijalankan bersama dengan pihak MB Inc. Walau bagaimanapun untuk kelulusan nama-nama yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat, itu sebenarnya adalah kelulusan daripada pihak bank. Seorang tak lepas kerana dia tidak memenuhi syarat-syarat. Walau bagaimanapun kita telah memohon kepada pihak LPHP untuk melihat sama ada ianya boleh diserapkan di bawah Skim S3KP untuk mendapat jaminan lah daripada Kerajaan Persekutuan bagi membantu menguruskan pinjaman dengan bank-bank yang bekerjasama seperti Agro Bank dan juga Bank Rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. So, saya nak jemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Slim untuk mengemukakan nombor soalan, silakan.
Assalamualaikum. Terima kasih Timbalan. Soalan saya soalan nombor lima.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Dipertua, Yang Berhormat Yang Dipertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Slim yang bertanyakan soalan berkaitan dengan kenaikan harga barangan. Yang Berhormat Timbalan Tuan Yang Dipertua, kerajaan melalui KPDNHP melaksanakan program pemantauan harga di seluruh negara termasuk di negeri Perak dengan skop pemantauan adalah melibatkan sebanyak 186 barangan asas untuk pemantauan secara harian. Kemudian 406 barangan untuk pemantauan secara mingguan dan 486 barangan bagi pemantauan yang dilakukan secara bulanan di Pasar Awam, Pasaraya, kedai runcit yang terpilih di seluruh daerah di Negeri Perak.
Seterusnya sehingga 30 Jun 2022 sebanyak 44,669 premis di Perak telah diperiksa oleh KPDNHP dan laporan analisis trend harga pasaran disediakan sebagai rujukan kerajaan untuk merangka tindakan serta memastikan kestabilan harga dan bekalan barangan.
Di samping itu terdapat juga beberapa operasi dilaksanakan antaranya Ops Catut 9.0, Ops Rantai 8.0, Ops Pasar, yang terbaru Ops ATM ataupun singkatan kepada ayam, telur dan juga minyak masak. Bagi memantau harga keperluan asas seperti ayam, telur, sayur, minyak masak dan sebagainya. Jadi Ops ATM 2.0 ini bermula pada 1 Julai hingga 31 Julai. Sebanyak 181 aduan berkaitan harga telah diterima sehingga 30 Jun 2022 untuk seluruh Negeri Perak antaranya berkaitan isu penandaan harga. Kemudian, harga jualan melebihi harga kawalan dan isu kenaikan harga barangan yang melampau dan sehingga 30 Jun 2022 juga, kesalahan berhubung harga di bawah akta kawalan harga dan antipencatutan 2011 yang direkodkan adalah sebanyak 440 kes dan 11 kes bagi mencatut dengan nilai kompaun keseluruhan sebanyak RM100,000. Jadi untuk makluman semua Ahli Dewan maksud mencatut itu ialah perbuatan ataupun aktiviti yang membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah dalam menjual, mengedar dan juga membekalkan barangan ataupun perkhidmatan, sekian terima kasih.
Soalan tambahan Slim.
Terima kasih kepada YB EXCO. Dinyatakan tadi berkenaan dengan operasi ayam, telur dan minyak masak yang dijalankan bermula 1 Julai hingga 7 Julai ini. Jadi saya mohon penjelasan lanjut tentang bentuk tindakan yang diambil oleh Negeri Perak dalam operasi untuk ayam, telur dan minyak masak fasa 2 yang dijalankan. Mohon pencerahan.
Terima kasih pada soalan tambahan daripada YB Slim. Untuk makluman YB dan seluruh Ahli Dewan sekian, operasi ATM ataupun operasi ayam, telur ayam dan minyak masak Fasa 1 telah dijalankan pada 23 Jun hingga 30 Jun 2022 dan kini sedang berlangsung operasi ATM Fasa 2 bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2022. Operasi ini bertujuan agar tindakan kawal seliaan bekalan ayam, telur ayam dan minyak masak secara harian di setiap rantaian memastikan bagi memastikan keberadaan bekalan adalah stabil dan tiada isu berkaitan kegiatan menyorokkan barangan. Operasi ini juga bagi memastikan harga dijual pada 1 Julai 2022 adalah munasabah untuk mengelakkan kegusaran masyarakat dan mengekang peniaga yang tidak beretika dari mengambil keuntungan secara berlebihan. Ketika operasi ATM Fasa 1, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan syarikat pembekal, pemborong, peruncit dan semua rantaian pembekalan bagi memastikan Seksyen 15, AKB atau Akta Kawalan Barangan 1961 sentiasa dipatuhi dan tiada berlakunya kegiatan penyerokan dan penyelewengan. Seterusnya bagi Operasi ATM Fasa 2, pemeriksaan telah dijalankan di setiap rantaian perniagaan bagi memastikan peniaga menjual ayam, telur ayam dan minyak masak mempamerkan tanda harga dengan jelas dan akan mengeluarkan notis bertulis sekiranya didapati berlaku kenaikan secara tidak munasabah.
Untuk makluman YB Slim juga, disepanjang operasi ini yang dijalankan oleh pihak KPDNHEP Perak, sebanyak 478 pemeriksaan dan 11 kes telah dihasilkan di mana 10 kes atas kesalahan gagal mengemaskini buku stok dan satu kes di premis runcit atas kesalahan menggenakan pembelian bersyarat kepada pembeli. Siasatan juga akan dilakukan di bawah akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2011.
Jalong, sorry, sorry, sorry. Bercham.
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Speaker dan juga kepada Speaker yang baru naik. Soalan tambahan saya kita tahu pihak kerajaan tadi telah menjawab soalan untuk harga barangan asas tetapi memandangkan pasaran kini yang kita alami kenaikan harga barangan tidak termasuk ke bukan asas termasuk barang industri perkhidmatan dan barang-barang barangan seperti barang pembinaan, elektrik, alat tulis dan perkhidmatan juga pun melambung naik. Saya nampak banyak Ops itu tertumpu kepada harga barangan asas, adakah Ops tersebut diperluaskan agar lebih banyak sebab yang kita alami ni kita tidak terhad kepada harga ayam ke telur ke tepung, beras tetapi harga semua meliputi semua barangan pun sudah naik. Jadi apakah langkah-langkah kerajaan untuk menjamin harganya ni naik dengan munasabah ataupun tidak? Jadi apakah langkah-langkah yang telah diambil dan lagi satu perkara apakah langkah proaktif yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi membantu agar penjual-penjual ini yang memang sudah terima barangan mereka dengan harga lebih tinggi dijualkan kepada mereka agar mereka tidak dibebani oleh bayaran lesen ke ataupun sewa daripada bangunan kerajaan. Adakah langkah diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu meringankan bebanan peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan. Terima kasih.
Speaker saya nak tambah sedikit. Sedikit sahaja.
Adakah soalannya berkaitan?
Ya soalannya berkaitan.
Boleh YB EXCO ya.
Boleh.
Saya nak, satu soalan dari kerajaan. Apakah tindakan dari kerajaan proaktif untuk menurunkan harga barangan yang naik tinggi sehingga menjejaskan rakyat dan peniaga. Terima kasih.
YB EXCO, sila.
Terima kasih kepada YB daripada Bercham di atas soalan tambahan. Jadi untuk makluman YB Bercham, pihak kerajaan melalui KPDNHEP tidaklah mengawal semua jenis barangan kecuali barang-barang keperluan asas seperti ayam, telur ayam, minyak masak, petrol, diesel, gas LPG, gula, tepung dan sebagainya. Bukan melibatkan semua sekalilah. Jadi yang kerajaan kawal adalah barang-barang keperluan asas sahaja. Kemudian berkaitan dengan soalan yang seterusnya, sekiranya ada apa-apa aduan tentang kesalahan ataupun pelanggaran aktiviti perniagaan di peringkat bawah bolehlah membuat aduan kepada mana-mana pejabat KPDNHEP yang terdekat kawasan masing-masing.
Boleh minta penjelasan sikit sebab tadi YB ada kata bukan semua barangan terlibat oleh Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Jadi bolehkah pihak kerajaan bagi sikit rujukan kepada orang ramai agar mereka boleh tuju kepada bahagian mana kalau selain kalau katakan bahagian jabatan ini terhad untuk mengawasi harga untuk barangan asas saja, kalau yang bukan asas ini mereka kena rujuk kepada siapa. Sebab kadang kala mereka merujuk kepada kita, pejabat kita sebagai pusat khidmat, jadi tak akan kita kata kita tak tahu. Kita tak boleh bagi jawapan begitu remeh temeh saja. Jadi itu tidak professional. Boleh bagi spesifik ataupun mana-mana, lepas ni bahagian mana yang kawal mana-mana. Ok, terima kasih.
Saya rasa boleh dipanjangkan juga kepada mana-mana pejabat KPDNHEP yang terdekat untuk dibangkitkan isu yang tersebut dan kalau bukan di bawah urusan KPDNHEP boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan. Pihak KPDNHEP boleh panjangkan kepada pihak yang berkaitan.
Ok, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.
Membawa Rang Undang-Undang iaitu Enakmen Sumber Air Perak 2022Bill
Perkara yang kelima membawa Rang Undang-Undang iaitu Enakmen Sumber Air Perak 2022.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2022 dibaca bagi kali pertama.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-Undang yang bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Perak, penubuhan Lembaga Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Bila bacaan kali yang kedua?
Dalam mesyuarat ini juga.
Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan notis bacaan kali yang kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 53(1). Seterusnya, dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang Yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Perak, Penubuhan Lembaga Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya sekarang dibaca kali yang kedua.
Ada sokongan?
Sungai Manik menyokong.
Trong menyokong.
Selinsing menyokong.
Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membentangkan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2022.
Yang berhormat Dato' Yang DiPertua, Saya mohon izin mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama suatu Enakmen Sumber Air Perak 2022 dibaca kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Dato' Yang DiPertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mohon izin memulakan pembentangan ini dengan membaca petikan Ayat Al-Quran, Ayat 164 dari Surah Al-Baqarah, Firman Allah SWT; (Bacaan Ayat Suci Al-Quran dibacakan)
Yang bermaksud; "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang. Bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah keringnya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengusiran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sungguh terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkannya.” Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Perkara 74 dibaca bersama butiran 6 dan 9 senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang berhubung perkara sumber air dan perwujudan kesalahan bagi perkara tersebut. Selanjutnya perkara 76(a) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 3 dan butiran 17, jadual pertama Incorporation (State Legislatures Competency) Act 1962 atau dikenali sebagai Akta 380 telah memberikan kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang bagi menubuhkan Badan Berkanun Pengurusan Sumber Air.
Selaras dengan punca kuasa di atas, jelas telah menyatakan bahawa Badan Perundangan Negeri Perak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung kawal selia sumber air di Negeri ini. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, antara negeri lain yang telah meluluskan enakmen berkaitan pengurusan sumber air adalah Negeri Selangor pada tahun 1999, Negeri Kedah pada tahun 2008 dan yang terkini adalah negeri Terengganu pada tahun 2020. Ketiga-tiga negeri ini telah menubuhkan Badan Pengurusan Sumber Air Negeri masing-masing iaitu Lembaga Urus Air Selangor atau LUAS, Lembaga sumber air Negeri Kedah di Kedah dan Lembaga Sumber Air Terengganu.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sehingga kini pengurusan sumber air di Negeri Perak masih dikawal selia berdasarkan kepada peruntukan Akta Air 1920 atau dikenali sebagai Akta 418 yang dilaksanakan oleh Pegawai-Pegawai Daerah di negeri ini dan tiada badan khusus yang boleh menjadi rujukan utama untuk kawal selia sumber air tersebut selain peruntukkan Akta Air 1920 terdapat dua kaedah yang telah dibuat di bawahnya iaitu Kaedah-Kaedah Charge Air Perak 2010 dan Kaedah-Kaedah Abstraksi Air Tanah Perak 2011. Ketiadaan badan khusus ini menyebabkan kawal selia ke atas penggunaan sumber air negeri tidak dapat dioptimumkan khususnya dari aspek pelesenan dan penguatkuasaan yang melibatkan sumber air. Justeru itu, telah timbul keperluan dasar untuk menggubal satu undang-undang negeri yang baru yang teratur dan menyeluruh bagi menggantikan Akta Air 1920 dan undang-undang yang berhubung dengannya.
Oleh itu, Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2022 ini digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Perak serta menubuhkan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2022 yang telah digubal mengandungi 94 fasal peruntukan yang dibahagikan kepada sembilan bahagian seperti berikut:
Bahagian pertama, permulaan bahagian pertama Rang Undang-Undang Sumber Air ini mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara permulaan iaitu tajuk ringkas enakmen dan pendapatan tarikh kuatkuasa enakmen oleh Pihak Berkuasa Negeri di Bawah Fasal 1 dan tafsiran bagi beberapa tafsiran perkataan dan ungkapan spesifik yang digunakan dalam Rang Undang-Undang di bawah Fasal dua. Bahagian kedua, pentadbiran. Bahagian kedua Rang Undang-Undang Sumber Air ini mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara pentadbiran. Fasal 3 hingga 15 memperuntukkan perkara berhubung penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak atau Lembaga Pengurusan Sumber Perak ini akan dianggotai oleh 12 orang anggota lembaga iaitu seorang pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi, enam orang anggota atas jawatan serta tiga orang anggota lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang sumber air yang juga dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan pengarah lembaga sebagai Setiausaha. Fasal 16 hingga 19,10 memperuntukkan perkara berhubung fungsi dan kuasa lembaga.
Lembaga adalah sebuah badan berkanun negeri yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber air di negeri ini menurut fungsi dan kuasanya di bawah rang undang-undang. Antaranya menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang pengurusan sumber air bersepadu, merumus dan melaksanakan Pelan Pengurusan Sumber Air, mengawal selia pelesenan aktiviti yang menggunakan sumber air, menjalankan penguatkuasaan di bawah rang undang-undang. Fasal 20 hingga 25 pula memperuntukkan perkara berhubung pekerja lembaga sebagai sebuah badan berkanun. Lembaga ini mempunyai kuasa untuk melantik pekerja-pekerjanya yang akan diketuai oleh seorang pengarah. Pengarah Lembaga dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam atau mana-mana orang yang difikirkan layak oleh lembaga dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Bahagian ketiga, Kewangan. Bahagian ketiga Rang Undang-Undang Sumber Air mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara kewangan. Fasal 26 memperuntukkan perkara berhubung Kumpulan Wang Disatukan Lembaga yang antara lain mengandungi wang yang diperuntukkan oleh kerajaan dan semua fi, caj, wang selain daripada deposit atau harta lain yang dibayar di bawah rang undang-undang ini. Kumpulan wang ini hendaklah dibelanjakan untuk membayar kos dan perbelanjaan lembaga di bawah rang undang-undang termasuklah menyediakan peruntukan tahunan kepada Kerajaan Negeri sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Fasal 27 pula memperuntukkan berhubung Kumpulan Wang Pembangunan Air yang mengandungi wang yang diterima daripada penguatkuasaan deposit serta wang lain yang diperuntukkan bagi penambahbaikan dan pemulihan kualiti dan kuantiti sumber air negeri. Penyata akaun tahunan kedua-dua kumpulan wang ini yang telah diaudit hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan laporannya hendaklah dibentangkan ke Dewan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal 29 dan 30 rang undang-undang.
Bahagian keempat, Pengurusan dan Perlindungan Sumber Air. Bahagian keempat Rang Undang-Undang Sumber Air mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara pengurusan dan perlindungan sumber air. Menurut Fasal 31, pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi semua perkara berkaitan dengan sumber air di dalam negeri antaranya ialah Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu Negeri di bawah Fasal 32 hingga 34 serta mengeluarkan arahan menghentikan kerja-kerja yang menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber air di bawah Fasal 35. Fasal 36 pula memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengisytiharkan melalui warta mana-mana kawasan tanah atau badan air sebagai kawasan perlindungan sumber air. Fasal 37, 38, 39 dan 40 pula memperuntukkan kawalan bagi Pengurusan Air Larian Hujan atau Stormwater serta pengurusan sumber air dan tindakan semasa banjir dan kemarau. Bagi menjaga kualiti dan kuantiti sumber air negeri, Fasal 41 hingga 43 memperuntukkan perkara berhubung mitigasi pencemaran akibat kemalangan, kawalan pembaziran air dan tindakan pemulihan sumber air. Fasal 44 pula memperuntukkan perkara berhubung larangan pencemaran sumber air bahawa mana-mana orang yang melepaskan apa-apa pencemar ke dalam sumber air tanpa lesen di bawah rang undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Bahagian kelima, Penggunaan Sumber Air Dan Perlesenan. Bahagian kelima Rang Undang-Undang Sumber Air ini mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara penggunaan sumber air dan perlesenan. Antaranya hak untuk menggunakan air tanpa bagi maksud sara diri bagi penggunaan air rumah, bagi penggunaan isi rumah iaitu tidak melebihi 2,500 liter sehari bagi setiap orang dan pertanian sara diri iaitu tidak melebihi 15,000 liter sehari bagi setiap seorang, di bawah Fasal 45 keperluan pemasangan dan pengendalian sukatan air di bawah Fasal 46 kuasa pihak berkuasa negeri untuk menetapkan caj bayaran atau sumbangan bagi penggunaan sumber air di bawah Fasal 47. Fasal 49 memperuntukkan keperluan lesen untuk penggunaan sumber air bagi sebarang aktiviti termasuklah pengabstrakan air. Di bawah Fasal 50 melencong, mengganggu atau menghalang aliran semulajadi air. Di bawah Fasal 51 mengendalikan sebarang vesel atau navigasi di jalan air pedalaman negeri. Di bawah Fasal 52 aktiviti rekreasi atau riadah. Di bawah Fasal 53 pembinaan jambatan, jeti atau pelantar pendaratan. Di bawah Fasal 49 (1)(i) kesalahan bagi aktiviti yang tidak berlesen boleh didenda tidak melebihi RM 300 ribu untuk aktiviti penggunaan air atau tidak melebihi RM 1 juta untuk aktiviti melepaskan air sisa. Perkara berhubung pelesenan pula diperuntukkan di bawah Fasal 54 hingga 65 Rang Undang-Undang
Fasal 6 Penguatkuasaan. Bahagian enam, Penguatkuasaan. Bahagian enam Rang Undang-Undang Sumber Air mengandungi peruntukan Fasal 66 hingga 83 berhubung perkara penguatkuasaan. Antaranya prosedur penguatkuasaan, pemakaian Kanun Tatacara Jenayah dan pendakwaan. Pegawai diberi kuasa, diperuntukkan kuasa-kuasa penguatkuasaan antaranya kuasa menyiasat di bawah Fasal 67, kuasa memasuki premis di bawah Fasal 69 dan kuasa menyita benda dan pengangkut di bawah Fasal 72 dan 73 serta melucuthakkan barangan yang disita di bawah Fasal 75 hingga 77 rang undang-undang.
Bahagian ketujuh, Kesalahan dan Penalti. Bahagian ketujuh Rang Undang-Undang Sumber Air mengandungi peruntukan Fasal 84 hingga 88 berhubung perkara kesalahan am dan penalti am. Antaranya kesalahan berterusan, kesalahan oleh badan korporat dan pengkompaunan kesalahan.
Bahagian kelapan, Pelbagai. Bahagian kelapan Rang Undang-Undang Sumber Air mengandungi peruntukan Fasal 89 hingga 93 berhubung perkara pelbagai antaranya perlindungan pemberi maklumat dan kuasa membuat peraturan-peraturan dan menetapkan borang.
Fasal kesembilan Pemansuhan dan Kecualian. Bahagian kesembilan Rang Undang-Undang Sumber Air mengandungi peruntukan Fasal 94 berhubung perkara pemansuhan dan kecualian. Bagi pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu di bawah Rang Undang-Undang The Ferries Enactment 1901 atau dikenali sebagai enactment number one of 1901 dengan Waters Act 1920 atau dikenali sebagai Act 418. Sejauh mana ianya terpakai kepada Negeri Perak dan Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai Perak 2016 dikenali sebagai Enakmen 10 akan dimansuhkan. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, di bawah peruntukan Rang Undang-Undang yang dicadangkan ini peruntukan baharu yang dibuat adalah bertujuan untuk pertama mengadakan peruntukan baru mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Perak bagi menggantikan atau memansuhkan Akta Air 1920 Akta 418 dan undang-undang lain yang berkaitan. Yang kedua menubuhkan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dengan tujuan antara lain adalah seperti berikut, yang pertama mengawal selia penggunaan sumber air negeri secara optimum khususnya dari mengawal selia kualiti dan kuantiti sumber air di negeri ini. Yang kedua menjaga kepentingan negeri dalam aspek pengurusan, pembangunan dan penggunaan sumber air di Negeri Perak dengan lebih sistematik.
Yang ketiga pengeluaran lesen dengan syarat-syarat tertentu kepada mana-mana pihak untuk mengusahakan apa-apa perkara atau aktiviti berkaitan sumber air. Yang keempat penguatkuasaan undang-undang atau peraturan-peraturan yang berhubung dengan suatu sumber air bagi menjamin kelestarian sumber air negeri ini. Yang kelima menjana hasil baharu kepada Kerajaan Negeri melalui kutipan hasil penggunaan sumber air di mana hasil kutipan akan digunakan semula bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan sungai-sungai atau sumber air di negeri ini. Yang keenam membuka ruang dan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Negeri Perak bagi menjana ekonomi setempat. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Perak, penubuhan Lembaga Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sekarang masalah dibuka untuk perbahasan. Dibenarkan empat orang pembahas daripada kerajaan, lima orang pembahas dari pembangkang dan seorang daripada bebas. Bagi penyokong perbahasan untuk bacaan kali kedua ini dihadkan hanya mengenai dasar-dasar dan rang undang-undang itu saja. Saya ingatkan sekali lagi ya. Perbahasan untuk bacaan kali kedua ini dihadkan hanya mengenai dasar-dasar dan rang undang-undang itu saja. Bagi penyokong rang undang-undang dan pembahas pertama pembangkang, tempoh masa yang diberikan adalah selama 20 minit manakala setiap pembahas yang lain diberi masa selama 10 minit.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, ada satu permintaan kecil sekiranya boleh dilayan. Memohon supaya teks hujah cadangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di diagihkan kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri sekiranya boleh. Terima kasih.
Tak ada masalah. Akan diagihkan sebentar lagi ya Setiausaha.
Whatsapp pun boleh Dato' Yang Dipertua.
Sekarang ini dijemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wabihi Nasta'in, selawat dan salam kepada Rasul Junjungan Nabi Muhammad SWT. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, barisan Exco dan ADUN seluruh Negeri Perak, ketua-ketua pengarah, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan pemerhati yang dirahmati Allah. Dato' Yang Dipertua saya dengan penuh takzim berdiri di dalam Dewan yang mulia ini untuk menyokong usul Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2022 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Dato' Yang Dipertua serta semua Ahli Dewan yang mulia, lebih 40% penduduk dunia menghadapi masalah mendapatkan air yang cukup. 70% pula daripada semua kematian akibat bencana alam adalah disebabkan oleh perkara yang berlaku disebabkan oleh air.
Penduduk Malaysia bertambah setiap tahun dan dijangkakan mencapai 43 juta orang pada tahun 2050. Susulan daripada pertambahan penduduk dan pembangunan ekonomi yang pesat, permintaan negeri dan negara untuk air bagi memenuhi keperluan harian akan meningkat. Kerajaan telah menggubal, melaksana pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk menangani masalah dan cabaran untuk tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengurus keboleh dapatan dan keperluan sumber air negara. Ini merangkumi penekanan untuk mengenal pasti dan menangani jurang dan kekangan yang wujud bagi mengukuhkan tadbir urus sumber air. Penekanan tersebut adalah melalui penyediaan struktur polisi seragam yang akan mengawal selia jawab piawaian dan amalan pengurusan sumber air di negara khusus di Negeri Perak.
Oleh yang demikian RUU Sumber Air Perak merupakan satu ketetapan yang penting dalam menggariskan strategi dan pelan tindakan untuk menangani isu dan cabaran dalam menguruskan sumber air di dalam Negeri Perak. RUU ini juga penting bagi menangani isu dan cabaran dalam pengurusan sumber air negeri akibat daripada peningkatan permintaan air negeri, peningkatan pencemaran sumber air keboleh dapatan sumber air antara negeri yang berbeza dan keadaan perubahan iklim negara. Di Negeri Perak khususnya negeri kita mempunyai 800 sungai yang berdaftar bersamaan dengan 9000 km dan Negeri Perak juga terdapat 11 lembangan sungai utama Iaitu lembangan yang luasnya melebihi 80 kilometer persegi. Lembangan Sungai Perak adalah lembangan yang luas yang terbesar dengan keluasan 1498 km persegi iaitu kira-kira 70% daripada keluasan Negeri Perak. Ia juga merupakan lembangan sungai kedua yang terbesar di Semenanjung Malaysia selepas lembangan Sungai Pahang. Jumlah sungai yang banyak dan luas ini merupakan harta yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya sekiranya Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Perak tidak mampu menguruskan sumber ini dengan baik. Penyediaan Pelan Pengurusan Air Bersepadu yang termaktub di dalam RUU Sumber Air Perak adalah salah satu langkah yang amat berkesan bagi mengurus sumber air Negeri Perak. Di samping apabila kita lihat taburan hujan tahunan di Negeri Perak juga adalah sebanyak 3600 mililiter.
Menyedari bahawa perkembangan pengetahuan dan teknologi terkini dalam pengurusan air adalah amat penting serta terdapat kajian menunjukkan bahawa pengurusan air secara berhemah adalah pra syarat ke arah pembangunan mapan. Kerajaan Negeri Perak seharusnya memastikan kelestarian penggunaan air di dalam negeri melalui kewujudan RUU ini. Di dalam pembangunan mapan antara konteks yang harus diberikan fokus adalah dalam konteks mengurangkan impak akibat daripada perubahan iklim dan kesan perubahan iklim terhadap keselamatan air pertamanya seperti banjir besar, pencemaran air yang berleluasa dan kekerapan berlakunya kekurangan air. Isu-isu berkaitan dengan rancangan tebatan banjir juga bagi membendung air berlebihan, menambah baik sistem saluran banjir serta melaksanakan sistem rangkaian hidrologi yang canggih bagi membantu meramal banjir besar yang akan berlaku.
Sebagai contoh apabila berlakunya satu-satu pembangunan di dalam kawasan yang mempunyai aliran sungai dan aliran hujan, kerajaan seharusnya mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam mengenal pasti kawasan-kawasan yang mempunyai risiko tinggi penerimaan taburan hujan yang banyak. Proses menghimpun dana analisis untuk menentukan keadaan tanah dan situasi keterukan banjir amatlah penting di dalam satu-satu pembangunan agar memudahkan unjuran dilakukan. Seterusnya laporan juga boleh di bawa ke peringkat perbincangan sama ada projek tersebut boleh dilaksanakan mengikut prosedur biasa ataupun kawalan yang lebih ketat disebabkan pembangunan di dalam kawasan tersebut berada di bawah kawasan berisiko tinggi banjir. Kaedah kawalan sedimen juga perlu dipraktikan oleh semua pemain-pemain industri seperti pembalakan, perlombongan, projek-projek infra dan lain-lain yang berkaitan. Sebagai contoh projek WCE di kawasan DUN Trong mengalami masalah sedimen yang agak tinggi di mana banjir kilat ini menghasilkan sedimen yang telah meningkatkan kandungan sedimen di dalam sungai menyebabkan sungai menjadi sebu dan tidak mampu menampung keperluan sedimen itu. Jadi sekiranya RUU ini diangkat ia mampu mengawal dan menguatkuasa ya pemain-pemain industri khusus kontraktor-kontraktor yang melanggar peraturan. Setakat ini hanya JPS sahaja yang mengawal selia keperluan-keperluan seperti sedimen Basin dan sebagainya. Namun sekiranya kita ada RUU, penguatkuasaan boleh dilaksanakan bagi memastikan proses pembangunan itu tidak menjejaskan kawasan setempat.
Isu penternakan ayam, penternakan itik serta udang yang melepaskan tinja dan sisa kotor ke dalam sungai sering berlaku dan tiada keputusan yang mampu dilaksanakan dibuat di peringkat Kerajaan Negeri disebabkan oleh tiadanya akta untuk untuk mengenakan tindakan yang lebih ketat kepada pengusaha-pengusaha ini. Jadi menyebabkan masalah pencemaran ini tidak ada hujung pangkalnya dan pencemaran bau serta kepupusan haiwan laut seperti lokan, ketam nipah dan di DUN Trong khususnya ramai nelayan-nelayan mengadu bahawa mereka tidak mampu lagi mendapatkan hasil yang lumayan, akibat daripada pencemaran tinja yang disalurkan kepada sumber air yang sangat berkualiti akhirnya apabila disalurkan sisa-sisa tinja haiwan-haiwan tersebut tidak mampu lagi hidup di kawasan di DUN Trong khususnya. Maka saya pasti isu pencemaran sumber air juga boleh diatasi melalui penguatkuasaan RUU Sumber Air Perak. Isu-isu yang pencemaran yang tidak berkesudahan ini adalah disebabkan oleh pengusaha-pengusaha yang tidak terikat dengan larangan pencemaran sumber air disebabkan sungai-sungai ini adalah di bawah kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri.
Maka dengan adanya larangan pencemaran sumber air pengusaha-pengusaha yang kebal ini boleh didakwa dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan. Dato’ Yang Dipertua, pembangunan air di negeri khususnya di negara kita telah memenuhi keperluan sosio-ekonomi sudah berdekad lamanya dengan adanya empangan beribu kilometer paip yang dipasang di dalam Negeri Perak telah membekalkan air dari sumber sungai untuk keperluan domestik industri dan pertanian Melalui pertambahan penduduk dan pengembangan bandar-bandar baru serta pengembangan industri pertanian ianya secara langsung telah meningkatkan keperluan air di dalam negeri Perak.
Aktiviti komersial dan industri di dalam bandar dan pekan-pekan meningkatkan penggunaan air dan juga telah menyumbang kepada pencemaran air. System future hydroclimate dengan izin data retrieval yang digunakan oleh NAHRIM mampu menyediakan maklumat yang tepat kepada kerajaan, kepada perunding, kepada penyelidik atau mana-mana lembaga yang akan ditubuhkan boleh membangunkan sistem ini sebelum sebarang bentuk pembangunan yang ingin dilaksanakan di dalam Negeri Perak ianya selaras dengan RUU Sumber Air Perak bahagian 4 Pengurusan dan Perlindungan Sumber Air. Yang Berhormat Dato' Speaker pengurusan air secara komprehensif adalah amat perlu bagi mengatasi masalah permintaan tinggi terhadap penggunaan air serta masalah yang enapan yang sering berlaku akibat dari pembangunan samaada secara terkawal tidak terkawal dalam perhatian atau bukan dalam perhatian disebabkan itulah maka RUU itulah bakal diluluskan nanti diharapkan mampu membantu penguatkuasaan sumber air Negeri Perak memandangkan ianya memerlukan pemantauan kursus penguatkuasaan khusus dan kepakaran khusus untuk melihat masalah-masalah dan cabaran ini.
Dato’ Yang Dipertua, air juga sebagai sumber pendapatan baru Kerajaan Negeri apabila kita melihat peluang-peluang sumber seperti air hujan yang boleh menjadi sumber pendapatan pada masa hadapan. Selepas air galian diproses sebagai minuman pengguna di negara ini sebenarnya telah pun mempunyai pilihan untuk menikmati air hujan yang juga boleh dibotolkan sudah terdapat usaha membotolkan air hujan sebagai air minuman berbungkus AMB ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) untuk memanfaatkan sumber air yang selama ini tidak begitu dipedulikan menurut Pegawai Penyelidik Kanan Unit Sumber Air Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim NAHRIM Ir. Marini Mohamad Ideris, AMP melalui pelbagai kajian dan penyelidikan dan mendapat lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 21 September 2018 untuk dikomersialkan. Prosesnya bermula dengan penuaian air hujan yang dilakukan di dua lokasi membabitkan kawasan pedalaman dan kawasan bandar dan NAHRIM telah memilih untuk melakukan penuaian air hujan di kawasan hutan simpan di daerah Kuala Tahan dan ianya juga sebenarnya tidak mustahil bagi Negeri Perak untuk menggunakan sumber air hujan sebelah sebagai salah satu sumber yang boleh dikomersialkan dan adalah juga tidak mustahil bagi Negeri Perak untuk membekalkan produk air hujan khusus daripada kawasan hutan-hutan simpan yang mempunyai kualiti tadahan air hujan yang baik.
Kajian menunjukkan juga terdapat kira-kira 3 trillion sumber air bawah tanah dan hanya satu perpuluhan lima peratus daripadanya digunakan. Jumlah yang besar itu sebenarnya boleh dimanfaatkan agar penggunaan masa depan untuk generasi lebih terjamin, kemungkinan besar 3 trillion sumber air itu sebahagiannya adalah termasuk di dalam bumi di bawah Negeri Perak. Sebagai penutup Dato’ Yang Dipertua menyedari air adalah Anugerah Tuhan yang Maha Esa seharusnya kita bersyukur Malaysia khususnya Negeri Perak yang kaya dengan sumber air semulajadi seharusnya memastikan kelestarian penggunaan air,
Boleh, Pangkor sila.
Boleh mencelah sikit. Sahaja nampak senyap sangat jadi elok juga kita sembang-sembang sikitlah dalam Dewan ni, Dato’ Speaker mendengar apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menter Besar dan diulas oleh Trong sebentar tadi dalam hal yang berkaitan perkara yang agak besar juga. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Trong sebab salah satu perkara yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat kalau tak silap saya dalam perkara bahagian ke-9 tentang pemansuhan dan pengecualian antara yang disebutkan ialah kalau tak silap saya ayat yang terakhir termasuklah Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai Perak 2016 Enakmen 10 akan dimansuhkan. Saya ingat this is going to be very very important point yang kita ambil mudah kerana enakmen pesisir pantai telah dibahaskan di dalam Dewan ini dengan mengambil pelbagai faktor dibuat kajian bertahun-tahun dan apabila kita ingin membuat keputusan disebabkan oleh keputusan Mahkamah Persekutuan maka nampaknya dalam Dewan hari ini kita akan supaya ia akan dimansuhkan. Jadi setuju atau tidak Trong semangat enakmen yang kita buat itu juga berkaitan dengan kepentingan negeri yang juga berkaitan dengan perbahasan kita tentang RUU untuk memansuhkan begitu saja tanpa melihat ke dalam substance-substance yang ada di dalam enakmen pesisir pantai itu adalah bagi saya suatu yang agak serius apabila kita tidak langsung memberikan perhatian atas semangat dan roh yang ada di dalam enakmen persisir pantai itu dan saya ingin bertanya kepada Trong sama ada pembentangan ini soal-soal yang berkaitan dengan semangat atau substance yang ada di dalam enakmen persisir pantai itu juga diambil kira ataupun tidak kerana meskipun kita menerima hakikat bahawa akhirnya di peringkat Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan sebaik itu tetapi kita lihat proses di peringkat awal, di peringkat Mahkamah Tinggi kita menang Kerajaan Negeri menang tapi apabila berlakunya perubahan kerajaan dan sebaliknya berlaku lah tapi tak apa itu adalah suatu yang sudahpun bersifat akademik tetapi yang paling mustahaknya ialah soal substance-substance yang ada di dalam enakmen pesisir pantai itu apakah tidak diambil kira untuk dimasukkan di dalam RUU kali ini sebagai contoh kalau dibenarkan untuk saya teruskan naik bagi sikit pandangan kalau kita lihat dalam bahagian tafsiran-tafsiran awal kita tidak nampak soal tafsiran tentang pesisir pantai, tentang kedudukan pantai yang kita tafsirkan di dalam ni banyakkan sumber-sumber air, sungai dan sebagainya atau dalam bahasa mudahnya sumber-sumber air tawar jelah. Tidak air masin.
Sedangkan kita tahu bahwa antara sumber-sumber pendapatan penting kepada negeri juga adalah berasaskan kepada sumber air pantai. Pernah waktu zaman kita dulu kita bagaimana kita mengesyorkan kepada TNB dan dalam Dewan inilah dan juga dasar Kerajaan Negeri Perak lah yang memulakan mengenakan caj kepada penggunaan air laut oleh pihak TNB dan ia telah memberi satu pulangan yang besar kepada Kerajaan Negeri ya sumber tahunan. Jadi saya agak minta maaflah mungkinlah saya tidak terlibat kerana mungkin saya tak ada tak dapat maklumat awal tentang hal-hal yang begini.
Perkara-perkara begini perlu kita fikirkan macam mana yang kita buat jugalah waktu kita nak bentangkan enakmen kita enakmen pesisir pantai. Saya masih ingat lagi bila kita bentangkan memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk berbahas dalam dewan dan akhirnya diaorang membuat keputusan kita tangguh dulu. Kita bawa kemudian untuk kita perhalusi lagi dan akhirnya kita sama-sama bahas dan akhirnya kita membuat keputusan bersama daripada kedua-dua belah pihak. Kerana ini adalah hal yang berkepentingan dengan negeri Perak kita dengan ini sangat-sangat mustahak untuk kita fikirkan bersama-sama kerana satu perkara lagi hal yang berkaitan dengan RUU yang nak kita bentangkan ini di dalam konteks negeri Perak dia mempunyai keunikan yang tersendiri. Kerana apa, sebab apa yang saya sebutkan keunikan itu kerana sebelum ini kita telah pun mempunyai sebuah enakmen yang kita bentangkan di dalam Dewan ini. Di negeri lain mungkin tak ada,di Selangor tidak ada. Di Kedah dan beberapa negeri yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi tidak ada sebelum itu. Sebuah enakmen tetapi dalam konteks negeri Perak kita dah ada sebelum ini dan sekarang ini kita nak buat RUU baru ini tentunya kita perlu mengekalkan substance-substance asas-asas yang ada juga di dalam enakmen yang kerana enakmen yang lalu, yang kita buat itu sudah ada berhubungan dengan soal pengurusan air, penggunaan air, kawasan-kawasan pesisir pantai, di mana had-had yang sepatutnya berada dalam lingkungan negeri. Sebagai contoh ya contohnya iaitu kawasan di dalam kawasan negeri berapa jauh daripada pantai. Tiga nautika.
Saya pernah bahas pekara ini waktu kita sedang membahaskan isu enakmen yang lalu. Bagaimana kita membuat tafsiran tentang pesisir pantai negeri Perak sebagai contoh. Macam mana kita mentafsirkan tentang kedudukan pulau-pulau yang ada dalam negeri Perak. Perak ni banyak pulau dia. Ada Pulau Sembilan nya, Pulau Jarak, Pulau jarak yang paling jauh daripada negeri Perak how do you calculate? tetapi kalau Pulau Jarak itu lebih kurang 14 km daripada negeri Perak dan pulau itu di bawah negeri Perak airnya macam mana pula? Ini hal-hal yang berkaitan teknikal yang perlu kita lihat dan saya pun sebenarnya saya tengok-tengok sikit saya bukanlah ahli undang-undang tetapi saya cuba baca oleh kerana dalam dalam warta kerajaan ini dengan izin kita ada soal tafsiran sebagai contoh dalam kalau kita lihat muka surat 10 ya kalau muka surat 10 dalam bab tafsiran kita ada tentang perairan pantai ertinya rujukan kepada bahagian Laut Wilayah Negeri dalam sub Seksyen 3 (3) Akta Laut 2012.
Kalau kita lihat dalam Akta Laut Wilayah ya 2012. Kalau kita baca sebagai contoh tafsiran had Laut Wilayah bukan hanya dirujuk kepada perkara bukan hanya dirujuk kepada perkara 3 (3). Di situ kalau kita lihat dalam konteks tafsiran dia ada 31, 32, 33 yang juga berkaitan. Kita bukannya nak merujuk kepada tiga perkara tiga yang berkaitan dengan bahagian laut tu yang berdampingan dengan pantai wilayah itu tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari garis air surutnya. Tapi kalau kita lihat juga dalam perkara tafsiran 3 (1) sebagai contoh tertakluk kepada...
Yang Berhormat saya minta maaf sebab kerana yang itu detail mungkin kita bincang di peringkat jawatankuasa esok.
Ok, tak saya nak bagi contoh.
Ok, terima kasih Yang Berhormat.
Dibahaskan nantilah sebagai contoh dalam perkara 3.1 tertakluk kepada peruntukan akta ini lebar laut Wilayah Malaysia hendaklah 12 batu nautika bagi segala maksud. Nampak tu dan ada juga yang berkaitan dengan kalau dalam Akta Laut Wilayah ni sebagai contoh dalam Seksyen 4 kedaulatan berkenaan dengan wilayah laut kuasa Yang Di-Pertuan Agong, peta dan carta had Laut Wilayah di mana Perdana Menteri boleh mensyorkan kepada Yang Di-Pertuan Agong di mana kawasan yang sebenarnya yang boleh nak dihadkan jadi hal-hal yang berkaitan dengan teknikal ni sangat-sangat mustahak sebab apa saya bangkitkan perkara ini supaya kita benar-benar membuat kajian secara mendalam supaya akhirnya dia memberi kebaikan kepada negeri Perak kita. Jadi saya minta pandangan Trong tentang hal ini.
Trong ada satu lagi nak mencelah daripada Pinji.
Terima kasih Dato' Speaker dan Trong saya amat kagumlah dan tertarik dengan hujah yang disampaikan oleh Trong tadi pasal AMD dan juga penggunaan-penggunaan yang alternatif penjanaan ekonomi dan sebagainya menggunakan air bawah tanah, air hujan dan sebagainya. Tahniah. Pandangannya sangat bernas. Cuma kalau kita rujuk kepada cara spirit of the law yang dibawa di sini ambil contoh untuk kilang-kilang yang la ni duk buat bungkusan air botol yang sdah ada sumbangan KDNK dan penciptaan peluang pekerjaan yang cukup banyak di sebelah utara oleh beberapa syarikat.
Deme ni dahlah tahun-tahun bayar cukai dah, bayar yuran, bayar duit kepada Kerajaan Negeri dengan pengambilan ataupun pengekstrakan air bawah tanah dah. Cuma kuasa yang diberi kepada PBN dan juga lembaga kelak sekiranya undang-undang ini diselesaikan dan juga diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, kuasa diberi kepada lembaga dan juga PBN untuk kutip bukan sahaja untuk pengekstrakan tetapi wujudnya ruang untuk apa nama penyimpanan atau pengestoran. Adakah ini akan mewujudkan kuasa PBN untuk kutip cukai dua kali untuk benda yang sama? Ini cukup mungkin akan memudaratkan ekonomi negeri sebab mungkin tahu le korporat-korporat takkanlah deme mahu tanggung rugi. Mungkin air mineral nanti sebotol akan dua kali ganda. Mungkin mungkin kerana ruang perundangan diberikan kepada PBN dan lembaga nanti untuk kutip cukai dua kali. Apa pandangan Trong berkenaan perkara ini? Terima kasih.
Ok, Trong gulungkan.
Baik terima kasih Pangkor dan Pasir Pinji. Pertamanya saya ingin respon dengan apa pencelahan daripada Pangkor tadi. Sebenarnya sumber air termasuk juga persisiran pantai kalau kita lihat tapi saya tak nak tunjukkan kepada buku ni ada yang ada perkara yang berkenaan dengan pesisir pantai dan mungkin ianya boleh dibincangkan secara lebih terperinci dalam peringkat jawatankuasa lagi sebab saya juga bersetuju dengan beberapa perkara yang telah dibawa oleh Pangkor tadi. Terima kasih Pangkor di atas cadangan dan penambahbaikan yang mungkin kita akan laksanakan di peringkat jawatankuasa nanti dan berkenaan dengan Pasir Pinji, saya juga sebenarnya semalam, malam tadi telah memikirkan perkara yang sama saya bersama dengan Temenggor di mana perkara itu mungkin akan berada di bawah caj kebenaran untuk caj dan ianya ialah di bawah kuasa lembaga. Manakala lembaga juga boleh membuat keputusan sekiranya mungkin akan berlaku pengecualian disebabkan ada sumbangan-sumbangan ataupun caj yang telah dikenakan oleh Kerajaan Negeri Perak terhadap pemain-permainan industri ini kemungkinan besar akan adalah satu pihak perbincangan di peringkat lembaga dan Kerajaan Negeri Perak. Saya rasa akan wujud perkara itu dan kemungkinan besar Kerajaan Negeri Perak tidak akan menganiaya pemain-pemain industri yang telah pun memberi sokongan peningkatan KDNK dalam negeri Perak khusus yang mengesktrak air mineral dan sebagainya. Terima kasih Pasir Pinji. Ada lagi.
Sikit pandangan.
Teruskan. Saya nak gulung dah ni.
Sedangkan Trong setuju dengan pandangan saya dan punya pandangan yang memang selami le. Saya harap ada ruang untuk Trong satu hari nanti jadi Exco Ayor dan sebab dalam perkara ini khususnya dengan kuasa diberi kepada lembaga, kuasa tu dengan undang-undang yang sukar untuk ditarik. Alangkah baiknya sekiranya kuasa tidak diberi melalui undang-undang kepada lembaga supaya kuasa itu disekat. Jangan diberi kuasa lepas tu baru nak mohon dia untuk nak dikecualikan. Sebab undang dalam 'spirit of the law' kita kena tahu niat dia apa. Niat dia nak kenakan caj atau niat dia nak menyekang sesetengah yang tidak diinginkan. Jadi pandanganlah. Kalau pindalah, janganlah bagi kuasa itu kepada lembaga.
Baik. Itu juga telah dibincangkan semalam bersama YB Temenggor dan kami berdebat di dalam bilik berkenaan perkara ini. Jadi saya yakin. Saya yakin di dalam peringkat jawatankuasa nanti kita boleh 'detail'kan perkara tersebut insha Allah. Terima kasih Pasir Pinji. Baik, saya ambil kembali daripada akhir tadi seperti mana yang saya maklumkan tadi kemungkinan besar ya seperti yang saya sebutkan sumber air bawah tanah ini merupakan satu sumber air yang boleh dijana. Walaupun kita dah ada pemain industri pemain industri yang yang sudah ada di negeri Perak, tapi mungkin boleh dilebarkan lagi peluang untuk meningkatkan mungkin pemain industri yang baru ini kita akan kenakan caj yang mungkin berbeza atau sebagaimana yang boleh kita bincangkan dengan terperinci dalam sesi jawatankuasa nanti. Baik Dato' Yang Dipertua, menyedari air adalah anugerah tuhan yang Maha Esa seharusnya kita bersyukur Malaysia khusus negeri Perak kaya dengan sumber air semulajadi.
Negeri Perak mesti memastikan kelestarian penggunaan air melalui pengukuhan terhadap ketahanan iklim dan pengupayaan pengurusan secara bersepadu. RUU Sumber Air Perak 2022 juga memberi potensi dan peluang yang besar bagi mencapai pengurusan sumber air di negeri Perak secara berkualit, secara lestari dan seterusnya mampu mendukung agenda pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat negeri Perak. Harapan Trong agar RUU ini bukan sahaja mampu melindungi sumber air Perak, ianya juga mampu membantu meningkatkan kebolehgunaan air untuk sara diri juga tanpa mengetepikan keperluan-keperluan air yang berada di kawasan pedalaman, air masyarakat dan sebagainya. Perkara-perkara ini haruslah diambil pertimbangan ketika perbincangan sesi jawatankuasa nanti dan seterusnya saya dengan ini berterima kasih di atas pembentangan RUU ini dan diharapkan sesi jawatankuasa ini nanti akan membawa satu perbincangan yang sangat baik dan seterusnya meluluskan enakmen ini agar ianya dapat digunapakai khusus untuk kelastarian pengurusan sumber air negeri Perak. Sekian dahulu Trong menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Trong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Jalong untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Terima kasih Dato' Speaker. saya mohon untuk buka 'mask'. RUU Rang Undang-Undang Sumber Air, pengurusan sumber air ni. Ok, pertama sekali saya ingin nyatakan di sini, saya mengambil maklum dan melihat kepada ada keperluannya untuk satu rang undang-undang untuk kita mengurus mengawal selia ataupun untuk menyelia dan sebagainya untuk menjaga sumber air negeri Perak ni. Namun demikian, namun demikian kita kalau kita baca dalam rang undang-undang ni jarang kita dapat buku biru ni dalam bilik ni dalam Dewan yang mulia ni rasa tebal macam ni. Jarang kita dapat. Jadi kali ini saya dapat dan kami semua dapat yang ini tebal. Jadi apa yang saya nak katakan di sini ialah rang undang-undang ni sebenarnya amat luas. Amat luas. Betul di sini saya tidak mempertikaikan ada keperluan untuk mengurus tetapi ada peruntukan-peruntukan di dalam rang undang-undang ini yang saya kira sepatutnya tidak perlu. Tidak perlu. Jadi yalah saya faham. Bila kita kata pasal sumber air kalau terlebih sumber air jadi masalah jadi banjir kilat. Tak cukup sumber air dia jadi masalah. Dia jadi kemarau ataupun tanaman kita mati dan sebagainya.
Namun kita kena tanya diri kita secara betul seperti apa yang dikatakan oleh rakan-rakan tadi. Rang undang-undang ini betul kita katakan untuk mengurus tetapi kita semua memahami di sini. Rang undang-undang ini juga dikemukakan untuk membantu dari segi pendapatan, sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Jadi di sinilah saya ingin nak orang kata membawa seisi Dewan ni untuk melihat kepada sesuatu benda yang saya ingin katakan di sini dalam keghairahan kita untuk mencari sumber pendapatan yang alternatif, kita perlu lihat kepada apa yang akan dibangkitkan dan apa yang akan terjadi selepas undang-undang ini orang kata diluluskan kelak. Saya bagi satu contoh, kadang-kadang kerajaan melakukan dengan saya tak tahu niat baik ke atau dah tak ada cara lain atau keadaan terdesak sekarang mempunyai banyak pandangan banyak cara nak mendapatkan duit. Saya bagi contoh di Sungai Siput. Satu Dewan telah dibina. Namanya Arena Square. Ia dibina dengan bertujuan untuk kegunaan orang ramai masyarakat dan sebagainya untuk aktiviti kerajaan dan sebagainya tetapi saya telah mendapat maklumat sekarang ini akan di tender keluar kepada syarikat swasta.
Jadi kenapa kerajaan duit digunakan untuk membuat sesuatu yang sepatutnya baik dan akhirnya menjadi sesuatu yang tidak baik. Berbalik kepada sini, rang undang-undang ni saya faham niatnya baik. Saya faham niatnya baik tetapi saya bagi contoh di sini. Dalam di sini perkara dalam 37(1) dan 37(2). Saya lihat ini baik untuk menangani masalah-masalah contoh pembangunan kontraktor, pembangunan perumahan, penanaman semula. Ia mungkin akan mengakibatkan banjir kilat dan apabila saya berbincang dengan Jurutera JPS saya, seringkali jurutera kata tangan mereka terikat dan saya merasa dengan ada ni memang cukup baik. Mereka boleh melaksanakan dan boleh melaksanakan undang-undang dan boleh juga meminta peladang dan sebagainya untuk mengikut undang-undang dan mempunyai kuasa untuk menguatkuasa dan juga orang kata apa untuk mendenda dan sebagainya membawa ke mahkamah tetapi di sini saya ingat nak bawa kepada lain pula. Apabila dalam kita keghairahan mengawal, kita tak boleh campur adukkan dengan pendapatan. Saya tengok di sini apabila di sini kita tanya saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kerana telah melibatkan pihak pembangkang di sini dalam sesi libat urus sebanyak dua kali sekurang-kurangnya dan dalam sesi libat urus kami telah membawa banyak orang kata pandangan kami, namun ia juga masalah tersebut saya rasa kadang-kadang ia juga dibawa balik ke dalam rang undang-undang ini.
Mengambil contoh di dalam mesyuarat tersebut saya pernah bertanya, dalam sumber air ini dalam sumber air ini adakah ia termasuk air hujan dan jawapan saya dapat hari itu ia termasuk air hujan tetapi kalau saya baca di sini kalau kita baca definasi sumber airnya adalah mana-mana badan air sumber air. Ertinya mana-mana badan air termasuklah sungai dan air tanah tetapi tidak melibatkan hujan. Jadi definisi dekat sini tidak melibatkan hujan tetapi yang saya difahamkan di dalam sesi libat urus termasuk hujan. Jadi saya pun keliru di sini. Apabila kalau undang-undang dikatakan, bila dikuatkuasakan apa akan terjadi. Contoh saya bagitahu, sekiranya air hujan sekiranya air hujan dan juga dia bukan sahaja kata tak boleh kumpulan nak tadah dan sebagainya, dia tak boleh store air hujan. Saya tadi dia dimaklumkan oleh kawan kena baca bersekali. Ya saya faham, kena baca bersekali 49 untuk dibaca bersekali dengan 45. Termasuk dalam kategori sara diri. Betul saya faham kalau rumah kita nak tadah hujan nak guna sendiri, saya faham tetapi apa kata kalau contoh kita lihat dalam kita, kita masyarakat kita sekarang menangani perubahan iklim dan juga dalam kita nak menangani cuaca tu menjadi panas dan sebagainya, pengurusan air dan sebagainya ada baiknya syarikat-syarikat besar kilang-kilang besar sebagai contohnya ataupun kita kata commercial…commercial mungkin kita kata contohlah mungkin kata Aeon ke, kilang besar macam Carsem, mereka mempunyai apa orang kata bumbung yang amat luas.
Kawasan tu boleh menjadikan tadahan hujan. Andai kata adalah pengusaha-pengusaha, pengilang dan sebagainya mereka menadah hujan mereka. Air hujan boleh digunakan untuk pelbagai benda. Macam kondominium untuk cuci kereta, untuk siram tanah dan sebagainya, untuk penyejukan aircond dan sebagainya tetapi rang undang-undang ini tidak membenarkan mereka berbuat demikian dan sekiranya melanggar ada denda di situ. Ada denda di situ kalau saya tak silap lebih, didenda tidak melebihi RM300 ribu dan dipenjara selama tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. Apabila niat baik niat baik untuk membuat sesuatu untuk environment dengan izin untuk alam sekitar dan sebagainya tetapi dihalang oleh rang undang-undang ini. Jadi saya rasa di sini ada satu permasalahan di mana rang undang-undang ni saya rasa, saya rasa perlu ditarik balik, perlu ditarik balik untuk penambahbaikan dan mengurangkan atau mengeluarkan apa-apa peruntukan yang tidak perlu dan dibawa semula selepas penambahbaikan. Jadi untuk masa sekarang...
Pasir Bedamar nak mencelah tu, boleh benarkan ke?
Terima kasih Yang Berhormat Jalong. Boleh tak Yang Berhormat Jalong, Boleh tak Yang Berhormat setuju dengan saya jika saya katakan rang undang-undang ini, secara prinsipnya adalah atau dasarnya adalah untuk mengawal atau memperlesenkan atau mendapatkan revenue daripada penggunaan air secara komersial atau daripada sumber-sumber ataupun penggunaan yang patut dicukai dan ditambahkan kepada pendapatan negeri tetapi kita menghadapi sedikit masalah di dalam tahap mana pelesenan adalah diperlukan. Maksud saya penggunaan air, hampir semua orang di negeri Perak guna air tapi setakat manakah pengunaan air ini perlu dilesenkan dan tidak dilesenkan. Sebagai Yang Berhormat kata tadi di Seksen 49 penggunaan air secara tidak berlesen yang perlu dilesenkan berhadapan menghadapkan seseorang pengguna air itu dengan denda sehingga RM300,000 dan owners adalah kepada pihak yang menggunakan air untuk memastikan sama ada dia perlukan lesen atau dia tidak memerlukan lesen. Jadi jika semua orang di negeri Perak perlu menggunakan air dan kita menghadapi masalah di kawasan green area dengan izin. Maksud saya tempat yang kita tak tahu sama ada kita perlu lesen atau tidak memerlukan lesen. Jadi bagi saya, ataupun bagi Yang Berhormat, boleh tak Yang Berhormat bersetuju bahawa perkara ini perlu lebih diperhalusi, setakat mana yang perlu dilesen yang setakat mana tidak perlu dilesen. Terima kasih.
Daripada bacaan saya, semua sumber air perlu dilesenkan. Tak kiralah nak guna nak store ke dan pelbagai melencong ke. Sumber air itu kena dilesenkan melalui selain dari mendapat pengecualian daripada pengarah di sinilah dan juga sara diri dan itu pun masuk satu permasalahan di sini. Bila kita kata mengenai sara diri, definasi sara diri dia macam mana. Di sini dia merupakan contoh, nelayan-nelayan darat, orang-orang kampung yang menggunakan perairan. Nak buat jeti tak boleh. Dulu boleh sekarang tak boleh buat jeti sendiri dah. Kenapa, kenapa nak begitu? Bila nelayan darat tu, dia keluar walau perahu, sampan kecil dia keluar tapi dia bawa balik tu, dia bukan makan, bukan makan habis satu perahu satu sampan ikan tu. Ikan tu dia jual. Jadi dia jadi commercial, dan bila commercial dia bukan sara diri. Maka dia tak boleh buat jeti, walaupun rumah dia di tepi. Dia pacak 2, 3 papan salah. Jadi kita nampak dan betul macam seperti yang dikatakan Pasir Berdamar. Saya setuju dia ada dua implikasi di situ untuk mereka yang tahu golongan korporat dan sebagainya. Mereka tahu tetapi permasalahan sekarang golongan yang tak tahu. Kita cuma cakap dengan orang kampung. Turun-temurun mereka boleh guna air sungai, sekarang tak boleh. Turun temurun bila mereka, air sawah dan sebagainya, mereka ada kolam kecil sana tepi nak beli ikan dan sebagainya untuk mandi. Lepas tu sekarang tak boleh sebab kita dah kira melencong sungai tu. Jadi benda-benda kecil ni saya rasa perlu diperhalusi dahulu. Walaupun kita kata ada... dengan syarat nanti Speaker bagi masa lebih sikit yer.
Lanjutan dari apa yang telah disebutkan oleh Jalong tadi. Dalam konteks air sungai dan juga air tasik. Jalong setuju atau tidak dengan pandangan saya bahawa dalam konteks air laut pun, minta maaflah saya timbulkan air laut sebab saya orang laut, pun akan menghadapi masalah yang sama sebagai contoh ketika kita membahaskan tentang untuk kita perkenalkan enakmen persisir pantai dulu. Ini antara perkara yang telah pun kita perhalusi, kita bahaskan berkali-kali. Termasuk di kawasan sungai, macam mana kalau ada jeti-jeti kecil kita nak kenakan juga fees ataupun tidak termasuk juga di kawasan pesisir pantai yang banyak pelantanr-pelantar ikan di Pangkor, di Kuala Kurau, di Hutan Melintang, saya rasa ribuan yang ada di situ. Soalnya kita telah membahaskan di waktu itu dalam hal ini ia tidak termasuk di dalam pengenaan fees yang dimaksudkan kerana pelantar-pelantar telah pun dikenakan sebagai contoh ada TOL dia tersendiri. Pantai Remis sebagai contoh, yang ini pun saya tidak tahu samada Pihak Berkuasa Negeri telah pun mengambil maklum perkara-perkara detail yang perlu dibahaskan dengan semasak-masaknya. Terima kasih.
Terima kasih Pangkor. Daripada apa yang saya baca di sini sebenarnya ia boleh dikecualikan oleh Pengarah. Jadi ini merupakan satu tempat bahaya saya nampak ialah apabila dia boleh dikecualikan dia memperuntukkan undang-undang itu berbuat demikian dan kita kata selalu kita kata the spirit of the law tetapi bila kita gubal undang-undang kita kata the spirit the low ataupun kita akan menguatkuasa apabila perlu dan sebagainya tetapi sekiranya dan apabila seseorang itu dibawa ke mahkamah, yang hakim mahkamah tersebut atau majistret tersebut ia akan baca undang-undang mengikut undang-undang sahaja. Itu yang selalu kita dapat, kita dapat kenapa kita dapat Ibu tunggal, dia curi tepung bayi, kita dapat bapa yang tak ada kerja dia mungkin curi makanan dan kemudian dipenjarakan, setahun, beberapa bulan. Secara relatifnya jauh lebih teruk daripada golongan-golongan korporat yang mungkin didenda ratusan ribu kerana mereka kaya.
Contohlah yang kaya. Kalau secara relatifnya jauh lebih teruk kerana mereka mengambil untuk hidup dan di sini mereka terkena. Sebab apabila dibawa ke mahkamah mereka akan baca mengikut peruntukan undang-undang dan bukan the spirit of the law. Itu yang menjadi permasalahan mereka. Jadi di sini saya ingin nak katakan lagi di sini dan juga apabila kita katakan kita nak target yang kaya, yang pengusaha-pengusaha, saya faham, saya faham realiti di sini sebenarnya menguruskan kerajaan bukan duit jatuh dari langit, saya faham dan selepas pandemik covid dan sebagainya, tekanan yang ada sekarang, kerajaan perlu mencari pendapatan alternatif, itupun saya faham tetapi adakah kerajaan menilai apakah yang akan bakal berlaku sekiranya kos-kos sekiranya menjadi kos-kos lebihan apabila kerajaan mencaj lebih kepada pengusaha-pengusaha? Secara senanglah pengusaha-pengusaha ini, pengusaha-pengusaha ini akan apabila overhead mereka naik, peratusan keuntungan mereka menurun, secara senang aja mereka akan menaikkan harga dan harga itu akan ditrasmitkan dan disebarkan kepada pengguna. Jadi ini merupakan satu benda yang merbahaya dan ia akan pergi dan ia akan sebenarnya dia akan berpintal dalam satu kitaran yang agak teruk.
Jadi di sini saya nyatakan di sini, sebenarnya sebenarnya niat Kerajaan Negeri untuk mengawal, mengawal selia, mengurus saya katakan di sini baik, cuma keluarkan benda-benda yang boleh menyebabkan golongan susah menjadi lebih susah macam saya katakan tadi. Sebab sebenarnya penggunaan jeti dan sebagainya terdapat satu juga peruntukan di dalam sini, saya rasa tidak boleh caj, tidak boleh menjana elektrik, tidak boleh menjana elektrik untuk kegunaan. Sedarkah orang-orang, minta maaf. Sedarkah YB-YB dan sesiapa dan semua yang ada dalam Dewan ini, bahawa teknologi dunia sekarang semakin canggih. Sebenarnya kita sekarang dah mempunyai generator mudah alih. Kita boleh buang satu benda yang lebih kurang macam kipas ke dalam sungai dan dia boleh menjana elektrik untuk lampu mentol dan untuk kegunaan laptop kita. Kalau buang lagi dua tiga biji, silap-silap dengan kipas dengan lampu semua boleh menjadi dan ini menyebabkan penghalang-penghalang kepada kemajuan negeri apabila kita ada undang-undang yang menghalang kemajuan. Bayangkan mereka duduk di dalam-dalam tu, di dalam kampung Orang Asli, yang di FELDA mungkin saya tak tahu, saya tak tahu.
Saya rasa FELDA adalah elektriknya tetapi yang jauh di pendalaman, apabila mereka membina empangan, kadang-kadang mungkin kita kata mereka buat sesuatu yang tidak betul, tetapi cuba kita bayangkan, kadang-kadang nak tarik wayar tu, kabel tu masuk, berapa tiang kita nak pacak baru sampai kampung Orang Asli. Itu belum terkira macam kadang-kadang yang ada dekat Temenggor di mana ada pulau-pulau. Nak pacak macam mana tu. Jadi we have to have something that is different dan kadang-kadang all this, minta maaf, dengan izin. Dengan ini semua kita ada renewal dan undang-undang sekarang mengekang kemajuan untuk negeri Perak. Jadi saya rasa sebenarnya undang-undang ini perlu ditarik balik dulu, baca dulu buat apa yang perlu untuk mengawal benda-benda yang perlu dikawal. Seperti pencemaran, pembuangan sisa, contoh-contoh pembangunan, orang kata pembangunan perumahan, industri dan juga pembangunan pertanian yang secara komersial yang secara besar-besaran menyebabkan di mana orang kata pencemaran dan banjir, banjir kilat dan juga kematian spesies-spesies dan sebagainya, itu baik tetapi untuk yang mengekang ekonomi, saya rasa perlu ditarik balik supaya dibuat kajian semula. saya rasa ramai yang bersetuju di sini, cuma ada yang tak boleh cakap sebab mereka di belah sana. itu sahaja.
Di sini saya ingin juga menyatakan di sini bahawa saya mengucap terima kasih diberi peluang untuk berbahas hari ini mengenai rang undang-undang ini. Jadi cuma saya mohon sekali lagi, tarik balik dulu, baca apa yang perlu, dikemukakan semula mungkin esok di peringkat jawatankuasa, tarik apa yang tidak perlu dan apa yang boleh menyebabkan rakyat yang sekarang telah tertekan dengan ekonomi, dengan kos sara hidup yang tinggi dan kita menyebabkan kesusahan kepada mereka, dan juga apa yang bakal akan menyebabkan kepada kenaikan harga. Apa yang bakal menyebabkan kenaikan harga, itu juga kena tarik balik. Saya difahamkan dalam sesi libat urus bahawa dia kata YB tidak apa kita adakan dulu dalam rang undang-undang ini, kita adakan dulu dalam rang undang-undang ini, tak apa. Kita tak enforce dulu, kita tak enforce dulu, tak apa tetapi bila dah kita luluskan itu dah jadi bom, jangka kita tak tahu bila nak enforce. Kalau kita tak tahu bila nak eniforce atau tak jangka nak enforce baik jangan buat undang-undang tu. terus tarik keluar dulu, bila ada keperluan baru kita buat itu saja. Ok, terima kasih Tuan Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas RUU kali ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jalong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Lubok Merbau untuk memulakan perbahasan. Sepuluh minit ya, terima kasih.
Sepuluh minit ya. Assalamualaikum WBT. Bismillahirrohmanirrohim Alhamdulillahirobbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil anbiya wal mursalin Sayyidina wa Maulana Muhammadin wa ala alihi wa shohbihi ajma'in . Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, terima kasih Dato' Yang Dipertua kerana membenarkan turut serta membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2022.
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat barisan EXCO, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, YB Penyokong Kerajaan, YB Pembangkang, pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat Perak yang menonton secara live. Lubok Merbau mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kota Tampan dan juga barisan EXCO kerana dapat menyediakan Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2022 yang baik untuk rakyat negeri Perak.
Alhamdulillah negeri Perak yang kita sayangi tidak ketinggalan dalam mewujudkan rang undang-undang ini iaitu Enakmen Sumber Air Perak 2022 selari dengan undang-undang seumpamanya yang telah diluluskan oleh DUN Selangor yang kini dinamakan LUAS, banyak penggunaan undang-undang ini di Selangor. Di Terengganu dinamakan LAUT. Kedah belum saya dapat nama dia dan di Perak ni dinamakan sebagai Lembaga Pengurusan Air Perak. Sila rujuk Rang Undang-Undang Bahagian 2 pentadbiran, Bab 1, Perkara 3 kurungan satu, muka surat 180 ataupun 12. Itu wujud dalam buku biru ini. Jadi kalau di Selangor tu LUAS, di Perak jadi eloklah kita ringkaskan namanya supaya jangan di negatif kan nanti, takut-takut timbul pula diringkaskan LESAP. Bila dapat duit LESAP, Lembaga Sumber Air Perak. Jadi short form LESAP. Jadi elok dicadangkan untuk nama baik sebagai ringkasannya.
Saya menyokong penuh Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak ini kerana sumber air Perak ataupun tadi dinyatakan oleh Trong Perak ini kaya dengan sumber air semulajadinya dan sumber alamnya. Jadi sangat penting bagi rakyat di Perak untuk diadakan rang undang-undang seumpama ini. Jadi ialah seperti yang dinyatakan tadi bahawa oleh ucapan Yang Amat Berhormat tadi bahawa sumber air ini adalah anugerah allah subhanahu wa ta'ala. Yang dibacakan dalam surah Al-Baqarah tadi. Tadi saya lihat tanah pun sudah kita urus. Air pun kita nak urus. Cuma tinggal oksigen saja yang free, jadi yang ini kita tak boleh nak urus. Jadi pengurusan sumber air ini sangat penting.
Sumber air sepertimana Jalong kata tadi, bila dia berlebihan dia banjir, bila dia kekurangan kemarau. Jadi bila keadaan banjir pun dia menggugat ketenteraman rakyat bila kemarau pun begitu juga. Bila kemarau sumber air tu tidak dapat disedut untuk loji air dan mengakibatkan air untuk bekalan ke rumah-rumah terganggu.
Saya ingin merujuk kepada Rang Undang-Undang bahagian 4, Pengurusan dan Perlindungan Sumber Air. Bab dua perkara 31 kurungan satu dan dua. Jadi dalam hal pengurusan ini saya memohon memastikan bahawa Lembaga Air nanti ataupun Lembaga Sumber Air nanti dapat mewujudkan, memastikan hak guna air adalah hak untuk memperolehi atau memakai air. Jadi ada rakyat yang memerlukan air dan haknya untuk menggunakan air. Kemudian hak guna pakai air untuk masuk memerlukan izin kerana ini contohnya bagi pengusaha yang ladang besar-besar pada ketikanya ada orang suka di tempat tertentu untuk memelihara ikan arowana. Jadi dia mengambil tanah kosong dan dia menakung air untuk memelihara atau membiak ikan arowana kerana ikan itu dari segi komersialnya mendapat sambutan yang baik. Jadi dapat dipastikan hak menggunakan air bagi golongan-golongan yang pengusaha ini untuk mendapatkan hak mereka bagi mengembangkan industri pertanian khususnya memelihara ikan.
Kemudian hak guna air dan mengusahakan air yang ini ada ketika dulu sewaktu saya menjadi orang sawah lah kita ada relong-relong yang kecil-kecil kalau di sebelah atasnya sikit ada orang tuan punya nya. Jadi bila kita nak memerlukan air ada tali air yang lalu ke kawasan tanah bendang kita, kita empang dan kita masuk dalam bendang kita dan kita banyaklah bendang untuk mendapatkan air dan untuk menanam padi atau pun menanam padi lah. Jadi kalau sekiranya air tu tidak dapat daripada yang di sebelah atas maka tak boleh lah saya dia sebelah bawah ni nak menanam padi. Jadi dalam konteks ini perlu ada bagi orang yang memerlukan air pengusaha-pengusaha petani-petani ini perlu ada penjelasan yang pada ketika ini memang JPS tu yang menyalur tetapi bila wujudnya undang-undang nanti mungkin ada penyelarasan di antara sumber air ini bahagian Badan Lembaga Sumber Air dengan JPS. Jadi saya ingin merujuk juga kepada Rang Undang-Undang Bahagian 4 Pengurusan dan Perlindungan Sumber Air Bab 3 Perkara 44 (satu dan dua). Pengendalian pencemaran air atau pun air yang rosak hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan mencakuk kepada pencegahan, penguatkuasaan dan juga pemulihan. Jadi dia berlaku apabila kerosakan atau pun akibat kegiatan fizikal dan juga non fizikal.
Jadi contoh-contohnya pembalakan. Di kawasan saya dia bersebelahan dengan Larut Matang dan Selama. Jadi pembalakan tu berlaku di Daerah Larut Matang dan Selama bila sempadannya menuruni bukit bila air tu mengalir. Of course ia ada jabatan yang berkenaan dia lulus untuk mengambil balak. Lulusnya tu pada musim kemarau. Jadi takdalah kesannya ketara tetapi bila musim hujan tengkujuh air yang apa ni hujan yang terlalu lebat dia menyebabkan keadaan yang tidak elok kepada air sungai khususnya. Air sungai tu merupakan tapak perkelahan. Jadi jika ada undang-undang untuk mengawal seumpama ini dia merupakan satu penguatkuasaan yang baik. Jadi kampung yang berdekatan dengannya contohnya mereka mengadu kepada saya, YB apa kena air dah macam teh tarik, dulu tak pernah. Jadi rupa-rupanya ada perhutanan atau pun pembalakan yang ada di sebelah atas.
Minta laluan sikit. Baik Yang Dipertua. Adakah apa pandangan daripada Yang Berhormat? Adakah Yang Berhormat bersetuju sama ada kita bukan tiada enakmen atau pun apa-apa undang-undang yang baik atau sedia ada boleh dikuatkuasakan tetapi kerana tiada pasukan penguatkuasa yang baik yang jalankan tugas dan akibatnya banyak isu berlaku? Tadi Yang Berhormat kata kita perlu ada satu penguatkuasa yang baik tetapi bagi sekarang bukan kita tak ada apa-apa enakmen atau pun undang-undang yang tiada yang boleh tawar dengan banyak isu tetapi selalunya tak ada penguatkuasa ambil tindakan. Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Dalam rang undang-undang yang akan dirangka dan kita bersetuju nanti di Dewan yang mulia ini kita akan melihat ada cabang yang terdapat dalam penguatkuasaan. Jadi itu saya bersetujulah supaya lebih ada penguatkuasaan kerana kalau jabatan berkenaan Jabatan Hutan dia ada renjer hutan. Tapi bagi rang undang-undang yang akan kita tubuhkan nanti kita akan adakan penguatkuasaan atau pun Pengarah Lembaga Air itu akan bertindak untuk melihat..
Lubok Merbau, boleh saya celah sikit. Terima kasih Lubok Merbau. Saya tertarik dengan perkara isu pembalakan ini yang menyebabkan salah satu punca kepada penghasilan sedimen yang tinggi di dalam sungai dan seperti mana yang Pantai Remis telah menyatakan bahawasanya memang kita ada penguatkuasaan daripada jabatan dan agensi-agensi lain tetapi perkara ini tidak disepadukan. Jadi harapan saya agar dengan adanya enakmen ini enakmen ini boleh berfungsi sebagai orang yang menyatupadukan keseluruhan tindakan-tindakan di bawah agensi-agensi berkenaan untuk memastikan lah. Tak guna kita ada enakmen berapa enakmen Jabatan Hutan pun ada enakmen PBT pun ada enakmen, polis pun ada dan akhirnya kita end up banyak undang-undang tetapi tak dilaksanakan. Jadi saya mengharapkan niat orang kata penubuhan lembaga ini adalah dengan tujuan untuk kemaslahatan rakyat. Terima kasih.
Itulah punca akal kerana tidak mencukupi sumber-sumber penguatkuasa kita boleh macam mana kita tambah baik tindakan bersepadu tetapi bukan kerana ini kita timbulkan lagi satu enakmen untuk jalankan isu ini tetapi akhirnya bagi lembaga ini selain melakukan tidak mencukupi penguatkuasa yang mencukupi.
Ok terima kasih. Memang agensi tertentu dia ada penguatkuasanya. Tapi yang ini lebih diselaraskan lagi. Jadi bagi dah saya nak menutupkan apa ni ucapan bahas saya, saya daripada Lubok Merbau menyokong Rang Undang-undang Sumber Air Perak. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Merbau. Dijemput Yang Berhormat daripada Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan. Sepuluh minit daripada sekarang, dipersilakan.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas pembentangan Rang Undang-undang Sumber Air Perak bagi tahun 2022. Kita sedar bahawa sumber air adalah sebuah anugerah Tuhan yang terhad yang mana kita harus menghargai kewujudan semua anugerah Tuhan ini menjaga bukan demi generasi kita tetapi demi generasi yang akan datang. Itu tak ada bantahan. Prinsipnya memang dan niatnya adalah betul dan sebagai kerajaan untuk mewujudkan satu peraturan atau pun undang-undang untuk mengurustadbirkan sumber itu memang niatnya betul. Cuma apabila saya menghadiri dalam sesi libat urus pihak kerajaan yang melibatkan pembangkang saya melihat enakmen ini agak membimbangkan saya sebab apa yang saya dalam minda saya sebenarnya lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Pangkor tadi.
Saya ingat kewujudan enakmen ini adalah untuk mengawal selia, menguruskan penggunaan air yang melibatkan pihak komersial atau pun syarikat-syarikat besar atau pun syarikat gergasi international company yang menggunakan air kita sumber air kita di persisiran pantai tanpa memberikan bayaran yang setimpal yang mana kita telah pun hilang punca pendapatan selama beberapa tahun yang belakang ini. Lepas tu saya lihat kepada intipati atau pun semangat dalam rang undang-undang ini seolah-olahnya mesej yang saya dapat adalah pengurusan air dan mengenakan cukai atau pun dikenakan lesen, dikenakan fee, dikenakan caj lebih kepada kehidupan harian orang ramai. Apatah lagi negeri Perak memang aktif dalam sektor pertanian dan saya cukup bimbang apabila melihat kepada semangat rang undang-undang ini yang mana bahkan mungkin kalau kita nak luluskan enakmen ini bahkan dalam sektor pertanian khususnya yang mana di luar bandar kawasan terpencil di kawasan-kawasan bandar itu akan dikenakan bayaran yang bagus. Kalau kita lihat kepada rang undang-undang ini, ada ada beberapa fasal yang cukup penting, kita tidak sebut banyaklah tentang pentadbiran, tentang pewujudan lembaga itu, tak ada isu. Cuma dalam bab pengurusan sumber pelesenan dan penguatkuasaan itu amat membimbangkan saya. Saya bagi contoh, petani di kawasan saya ataupun penternak di kawasan saya, pekebun di kawasan saya, di kawasan Ampang, Tambun sepadan dengan Ampang, Ulu Piai dan sebagainya, petani-petani limau bali atau pun penternak ikan darat yang akan menggunakan air permukaan bumi ataupun air tanah.
Saya rasa kalau kita luluskan enakmen ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan mereka. Apatah lagi rang undang-undang itu diberikan kuasa penuh kepada PBN of course, tetapi kuasa yang resah juga kepada pihak lembaga lembaga dan pengarah kursusnya yang dilantik oleh PBN, untuk membuat penguatkuasaan, membuat syarat-syarat ataupun peraturan-peraturan yang bakal akan mengecaskan kepada petani-petani. Itu amat membimbangkan saya bukan setakat hanya memberikan kuasa untuk caj lesen, fi, subcaj dan untuk mendapatkan kelulusan tetapi juga memberikan kebenaran atau pun kuasa penuh kepada pengarah supaya untuk mensita aset-aset dalam tempat ataupun memasuki ke kompaun kawasan premis atau aset peribadi dan sebagainya. Bagi saya ianya adalah bertentangan dengan apa yang telah dibentangkan sebelum ni waktu YB Pangkor dulu adalah tentang pengurusan persisiran pantai, sumber air di persisiran pantai yang mana kita telahpun lihat kehilangan sumber air yang banyak di persisiran pantai tetapi kini dilihat kebimbangan saya adalah sektor pertanian di kawasan luar bandar, kawasan terpencil yang akan membawa kesan yang besar terhadap petani-petani, pekebun-pekebun, penternak-penternak di kawasan masing-masing.
Minta laluan. Simpang Pulai.
Lagi 1 ayat sahaja dan itu akan sudah pasti akan membawa masalah kepada YB EXCO Pertanian nanti. Silakan.
Terima kasih Simpang Pulai. Pengkalan Hulu tertarik menyebut petani-petani yang akan terlibat di dalam Lembaga Pengurusan Air nanti tentang pertani-pertani ini akan disebut oleh Simpang Pulai ini akan menjadi kerisauan untuk mereka akan dicaj ataupun dikenakan bayaran. Dalam semasa sesi libat urus dulu saya pun hadir sama. Soalan ini kita ada bangkitkan tapi kita itu dia jawab perkara ini akan diperhalusi di dalam lembaga nanti. Pandangan Pengkalan Hulu enakmen yang nak dibuat ni memang baik tetapi akan menjadikan impak yang kurang sesuai kerana kita tidak memperhalusi sepenuhnya rang undang-undang yang dimasukkan di dalam buku biru ini kerana mungkin kita lihat macam di kawasan saya ataupun di kawasan Hulu Perak, kebanyakan masyarakat kampung masih menggunakan air masyarakat. Jadi mungkin perkara ini akan dimainkan, akan disiplinkan isu ni. Lepas ni air masyarakat duduk di kampung pun nanti kena caj bila dah dah lembaga ini. Jadi kita kena lihat pemikiran yang begini yang mungkin di luar sana memikir begitu yang gunakan air masyarakat, lepas ni kami kena bayar ni. Deme dah luluskan rang undang-undang di Dewan. Jadi bila kita lihat benda-benda begini yang akan menjadi, yang disebut tadi daripada sektor pertanian, daripada segi masyarakat yang mengunakan air masyarakat, jadi saya bersetuju untuk kalau boleh timbangkan kembali kita perincikan kembali apa ni sebelum kita luluskan RUU ini ataupun mungkin kita boleh cadangkan kita bawa dalam sidang DUN yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih YB Pengkalan Hulu. Memang saya tidak ingin nak bagi fakta yang songsang ataupun memberikan apa tu tomahan terhadap niat baik kerajaan tetapi saya rasa ada banyak kegusaran yang berlaku ataupun banyak green area berlaku timbul dalam rang undang-undang ini. Kalau kita lihat kepada definasi-definasi. Ada perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dikecualikan.
Ia digunakan apa tu terma pertanian secara sara diri kalau ataupun untuk kegunaan isi rumah kalau tak menggunakan melebihi 15,000 liter air sehari tu tidak dikenakan caj ataupun untuk kegunaan isi rumah tak silap saya dalam 2000 ke 3500 liter sehari tetapi itu itu antara indikatornya tetapi satu lagi adalah pertanian yang dimaksudkan pertanian sara diri ertinya aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan bagi tujuan menjarah sebuah keluarga atau sekumpulan keluarga termasuk transaksi perdagangan tahap sara diri yang menjana pendapatan bulanan bagi jumlah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri berdasar kepada dokumen dan penyata yang dikemukakan.
Itu maksudnya pertanian anda sama ada perlu dilesenkan atau pun boleh dikecualikan akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan saya rasa kita akan menimbulkan kebimbangan di kalangan petani-petani. Saya tidak ingin nak memberikan tomahan kepada Kerajaan Negeri kepada kerana nak caj pada semua orang tak, tetapi ia akan menimbulkan kegusaran, kebimbangan kebanyakkan petani-petani bukan setakat di kawasan luar bandar tetapi tetap di kawasan sekitar saya, di Chemor, di tempat-tempat lain pun akan menimbul kegusaran sebab definasi pertanian sara diri itu akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Saya rasa itu perlu ada satu definasi yang lebih terperinci dan saya rasa adalah penting Kerajaan Negeri perlu menyatakan hasrat kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang ini. Sama ada untuk tujuan pengurusan sumber air, untuk mengawal pencemaran, untuk mengetahui kedudukan sumber kita untuk mengurus tadbir atau pun melalui sumber air ini niat dia adalah untuk menjana pendapatan kepada kerajaan. Kalau adalah niat adalah untuk menjana pendapatan, sumber pendapatan yang baharu kepada Kerajaan Negeri wajar YAB waktu penggulungan nanti perlu meletakkan sasaran kutipan cukai, hasil kepada sekian-sekian tahun, lima tahun akan datang. Apa hasil yang kita dapat. Kalau kita melihat kepada Selangor kepada Kedah, negeri-negeri yang telah melaksanakan, kita ada kes, reference kes yang mereka telahpun laporan-laporan yang telahpun mereka timbulkan.
Kalau niat kerajaan untuk menjana pendapatan baharu melalui rang undang-undang atau pun enakmen ini sepatutnya Kerajaan Negeri atau pun YAB Menteri Besar perlu membentangkan apakah kita punya sasaran untuk mendapatkan apa tu pendapatan kepada negeri? Saya lihatkan kepada laporan dalam LUAS Selangor pada laporan tahunan pada tahun 2020, hasil untuk LUAS Selangor adalah lebih kurang dalam RM30 juta, saya lihat laporan online. Atau betul tak betul. Saya buat petikan daripada situ tetapi angka dia kalau kata kecil tak kecil, besar pun tak sebesar. Tapi kalau kita mampu menjanakan hasil dalam RM30 juta tapi kita nak menggerakkan segenap lapisan masyarakat especially khususnya dalam keadaan pada sektor pertanian untuk menggunakan kos, untuk mematuhi syarat, untuk menyediakan laporan untuk membuat segala bentuk permohonan, saya rasa kos untuk pengusaha-pengusaha itu jauh lebih tinggi daripada hasil yang yang yang dapat dijana melalui enakmen ini.
Maka niat atau pun spirit the law itu perlu jelas. Kalau setakat hanya untuk pengurusan dan pengawalan pencemaran haruslah jelas atau perlu dibincang dinyatakan oleh pihak Kerajaan sebab saya lihat dalam semua fasal ini banyak menceritakan tentang kuasa, tentang enforcement, tentang dia punya kesalahan tentang lesen dan sebagainya dan satu lagi adalah penting apabila kita kata kita nak bayar, kita nak orang ramai ataupun petani membayar cukai, membayar lesen, membayar caj dan sebagainya atas kehendak rang undang-undang ini tetapi adalah penting juga perlu dinyatakan apakah lembaga ini atau pun apakah tanggungjawab lembaga ini membuat sesuatu kepada mereka yang membayar sebab kita kata taxation without representation itu tidak betul? Kalau bayar dia kena dilibat uruskan, kena ada penyediaan infra ke, perkhidmatan ke daripada lembaga tersebut sebab kalau saya lihat setakat ini tanggungjawab yang paling jelas adalah pengarah ataupun lembaga ini menyediakan pelan pengurusan untuk sumber air Perak tetapi...
Tuan Timbalan Yang Dipertua, boleh bagi laluan? Terima kasih diatas kebenaran memberi laluan. Saya melihat kepada pembentangan rang undang-undang ini yang telah dibincangkan. Saya difahamkan semua Ahli-Ahli Dewan dipanggil untuk perbincangan dua kali libat urus di dalam memastikan apa yang nak dibentangkan ini mendapat pandangan, cadangan, teguran dan kritikan di peringkat libat urus tersebut tetapi saya pun dah jadi hairan dan kelainan pula bila dibangkitkan yang berkaitan dengan seolah-olah ianya lebih berfokus kepada penjanaan pendapatan kepada Kerajaan Negeri dan seolah-olahnya ditinggalkan tujuan dan antara matlamatnya untuk pengurusan dan juga kawalan yang lebih baik. Mungkin kalau kita tidak bersetuju dan mempunyai pandangan boleh kita kemukakan di peringkat jawatankuasa ini tambahan dan sebagainya dan adalah lebih cantik pada saya supaya di peringkat lembaga ini kuasa itu diberikan kepada lembaga dengan melibatkan bukan hanya di pihak kerajaan tetapi juga wakil tak kisahlah siapa masa itu jadi pembangkang untuk berada di peringkat lembaga.
Jadi sekarang ini dua kali dipanggil dalam libat urus membincangkan hal ini. Sepatutnya hari ini kita bermesyuarat dan di peringkat Jawatankuasa nanti kita boleh bincangkan penambahbaikkan tetapi bukanlah nak tarik balik. Tak apalah kalau bersetuju nak tarik balik itu terpulang kepada kerajaan tapi pada saya kita dah diberi peluang untuk bincangkan hal tersebut di peringkat jawatankuasa dan di peringkat libat urus dan saya fikir di Pejabat Undang-Undang Negeri juga dah melihat dan memasukkan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakan semasa libat urus diadakan. Terpulanglah. Yang penting pada saya bukan hanya kita melihat kepada kebergantungan kepada keuntungan daripada apa yang kita bincang ini dengan membebankan rakyat. Itu saya tidak bersetuju tetapi lebih kepada pengurusan dan kawalan wang dalam masa yang sama menjaga sumber air negeri demi rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kenering. Memang dari sejak awal pembentangan tadi saya telah pun menyatakan dengan jelas saya tidak ingin membuat tohmahan ke atau memberikan fakta yang songsang tentang perkara ini. Memang benar kita telah pun dipanggil untuk sesi libat urus tetapi saya rasa soalan saya ataupun kawan-kawan yang dibangkitkan itu agak relevan dan perlu diperbincangkan. Kalau betul lepas sesi libat urus tidak perlu dibangkitkan dalam Dewan ini, kalau begitu baik Yang Amat Berhormat bentang lepas tu kita luluskan je tapi saya rasa dalam Dewan ini adalah satu ruang di mana kita boleh ada ruang dan peluang untuk berbahas, berbincang dan seterusnya dilaporkan melalui media, rakyat mendapat perhatian ada perbincangan sihat, yang baik. saya rasa tidak salah kalau kita bawa isu ini kepada Dewan yang mulia ini untuk dibahaskan.
Minta sedikit ruang celahan, Simpang Pulai. Saya ingin ucapkan tahniah kepada kedua-dua sahabat saya, Kenering dan juga Pengkalan Hulu sebab kita nampak dengan izin intension yang ada dalam Dewan ini berkenaan dengan Rang Undang-Undang ini di mana ya, kita nampak dari segi tata kelola pra pembentangannya ya libat urus buat perjumpaan dua kali cuma malangnya teman kena covid waktu itu tak boleh nak hadir dan disebabkan teman tak boleh nak hadir disebabkan Embargo dan sebagainya kertas yang dicetak, kawan-kawan tak boleh bawa keluar untuk saya rujuk. Bila saya tak boleh rujuk saya tak boleh nak menyumbang sehingga dihantar nak dibaca keseluruhannya Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu dia pun empat hari. Ini belum kira lagi kerja hakiki siang hari nak lawat kawasan. So, itulah masalahnya apabila diembargo kita faham. Kita faham apabila benda diembargo tak boleh dicetak. Cuma apabila boleh dibawa ke sini nayalah teman tak boleh nak-nak betul-betul sesungguhnya menyumbang ke arah libat urus yang yang konstruktif. Cuma kita kena ada keseimbangan di antara pandangan Pengkalan Hulu dengan pandangan Kenering. Dengan itu saya cadangkan dan mohon kerajaan memberi komitmen di mana di peringkat jawatankuasa sekiranya ada pindaan, ada pindaan dicadangkan oleh Ahli-Ahli Dewan sikap dan semangat terbuka diambil dan ditonjolkan oleh kerajaan untuk betul-betul pinda? Apa pandangan Simpang Pulai?
Yang tu Kenering bersetuju di peringkat jawatankuasa apa yang dicadangkan yang memberikan kebaikan kepada negeri kita setuju.
Simpang Pulai, boleh terus kepada penggulungan ya.
Saya setuju kita perlu membuat sedikit pindaan di peringkat jawatankuasa apa yang saya katakan tadi dalam ucapan saya adalah lebih kepada dasar dan saya rasa ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik ataupun diperincikan supayanya maksud atau pentafsiran lebih jelas untuk pemahaman waktu penguatkuasaan dalam rang undang-undang ini. So, sebab masa pun tak mengizinkan Howard, Pasir pinji nanti ada ruang tu bicara lagi sudah curi masa saya nak curi lagi masa saya maka dengan itu, saya ingin ialah menyeru kepada pihak kerajaan supaya nanti waktu penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar esok boleh menjawab beberapa soalan saya ataupun kebimbangan saya dan seterusnya kita perlu memperincikan dalam pihak jawatankuasa nanti. Sekian saja, Simpang Pulai.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai. Ahli Dewan Yang Berhormat sekalian sepatutnya Titi Serong tetapi memandangkan Titi Serong tidak berada dalam Dewan, kita teruskan dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan dipersilakan selama 10 minit. Dipersilakan.
Terima Kasih. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua, kalau kita tengok rang undang-undang ini dan setelah mendengar beberapa wakil rakyat daripada sana dan juga di sebelah sini kami bincang kami bahas berkenaan dengan rang undang-undang ini soalan saya satu saja. Ya, tujuan untuk kita meluluskan rang undang-undang ini adalah untuk menguruskan sumber air di Negeri Perak. Kita semua ini mencintai Negeri Perak. Ini negeri kita. Cuma sekarang soalannya adakah rang undang-undang ini harus diluluskan pada sidang ini sebab kalau kita tengok dalam Seksyen 49 kawalan penggunaan air sumber air tertakluk kepada Seksyen 45, tiada seorang pun dibenarkan untuk menggunakan sumber air negeri bagi sebarang aktiviti termasuklah A sampai ok satu soalan. Hari tu selepas sesi libat urus pertama saya telah berjumpa dengan salah seorang penternak itik di negeri Perak. Dia juga risau kalau enakmen ini betul-betul rang undang-undang ini digubal dan diluluskan dan menjadi enakmen dalam negeri kita, apa akan berlaku? Dia telah menternak itik sepanjang umur dia dan dia bukan menternak sebanyak seekor dua ekor dia penternak dia eksport ke Singapura. Tapi sekarang kita kata kita nak luluskan rang undang-undang ini untuk menjaga untuk mengurus sumber air. Ya, dia lepas itu dia kena memohon lesen dengan lembaga, pengarah meluluskan dia itu lesen juga akan menambah kos kepada dia. Itu nombor satu. Yang kedua kebanyakan penternak itik itu mereka menternak itik di atas tanah yang mempunyai lombong. Dulu lombonglah sekarang dah jadi kolam.
So, kolam itu juga sumber air semulajadi. Adakah kalau kita meluluskan rang undang-undang ini dan menjadikan enakmen di negara di negeri ini, adakah mereka juga perlu memohon lesen dengan lembaga? Kalau ikut apa yang kita tengok harus. Dia tambah kos lagi tapi yang penting masalah tanah itu yang dia telah mohon lama tak dapat juga. Nampaknya masalah tanah juga kita tidak dapat selesai, sekarang kita nak luluskan satu enakmen, satu rang undang-undang dan bagi control lagi. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Pantai Remis tadi. Pantai Remis membangkitkan isu ini berkenaan dengan penguatkuasaan. Penguatkuasaan ini kalau kita nampak agensi-agensi di negeri di negara ini banyak agensi mempunyai pasukan penguatkuasaan. Cuma sumber ataupun anggota penguatkuasaan tak cukup. Penguatkuasa tak ada. satu. Nombor dua, kalau semua agensi ada dia punya enakmen ataupun akta-akta yang control mengawal agensi itu, kementerian itu apabila Trong katakan tadi kita nak pas kan luluskan rang undang-undang ini untuk menyelaras lembaga ini akan role dia, watak dia ok adalah untuk control menyelaras koordinat. Tapi kalau ada enakmen-enakmen lain yang telah control agensi-agensi lain kalau lembaga ini kita tubuhkan adakah lembaga ini mempunyai kuasa untuk control dan menyelaras semua agensi itu? Itu soalan saya. Kalau kita nak pas kan undang-undang ini di dalam Dewan ini kita juga kena tengok apa yang akan berlaku kepada agensi-agensi lain.
Lagi sekarang kos kalau kita kata nak tujuan kita meluluskan rang undang undang ini adalah untuk mengurus sumber air seperti mana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Tapi sekarang kalau kita kata ya betul kita untuk sumber air apa ni nak menguruskan tapi bagi rakyat ini menekankan mereka. Ini lagi tekan kepada mereka Sebab kalau kita tengok, balik kepada Seksyen 49, tiada seorang pun dibenarkan untuk menggunakan sumber air negeri bagi sebarang aktiviti termasuklah mengstor air yang berpunca daripada mana-mana sumber air. Ya betul dia ada kuantiti dia tak boleh melebihi berapa liter dan semua tu tapi kenapa kita nak pas undang-undang ini untuk menyusahkan rakyat. Kalau kita tengok ini nanti penguatkuasa nak turun dia nak measure berapa liter dia dan semuanya. Dulu kita pun dalam sesi libat urus seperti Jalong katakan tadi kami tanya hujan, air hujan kena juga. Nanti sikit-sikit kena juga ya. Seperti apa yang dikatakan oleh Pasir Pinji tadi kalau ini mungkin juga akan tambah kepada kos mineral air. Habis minyak naik harga, ayam naik harga nanti semua naik harga, air mineral pun naik harga. Apa lagi mahu? Tanya tadi EXCO Gunung Semanggol dia kata naik organik. Dia tak tahu ada aduan berkenaan dengan orang mengatakan apa ni tak tahu macam mana nak mohon peruntukan itu kan betul. Tetapi itulah berlaku dekat sana, saya minta juga Yang Berhormat EXCO turun.
Lagi satu contoh saya bagi. MPM Majlis Perbandaran Manjung mereka meluluskan banyak undang-undang kecil tempatan. Ok, oh sekarang yang penting lesen untuk satu kedai bukan saja lesen biasa. Lesen untuk mengawal betul kita tahu sini ada kedai ini, sini ada kedai apa kedai makan ke apa-apa, lesen ada bayar ke tak itu untuk mengawal. Tapi sekarang MPM telah meluluskan satu undang-undang kecil yang baru di mana mereka mencajkan owner kedai itu lesen itu mengikut keluasan kedai. Kalau keluasan kedai itu besar maka lesen mahal. Kalau kecil sikit dia murah sikit tapi ada banyak fi lagi dia caj. Banyak lagi. Apa yang dia caj? Kalau saya jual ikan peti sejuk besar tu caj lagi lesen, aircond restoran aircond mahal RM100 dengan restoran yang tak ada aircond. Kalau itu charge sikit sana sini sana semua yang dia caj apa rakyat mahu makan nanti susah lor mati lor. Kalau kita tengok kita tahu undang-undang untuk menguruskan tapi kita juga ada. Kalau ada pencemaran air kita ada pencemaran apa-apa jenis pun kita ada Jabatan Alam Sekitar.
Bukannya Jabatan Alam Sekitar tidak bekerja. Ada cuma kadang kala lambat sikit sampai tapi ada juga. Kalau kita nak kita nak memperkasakan ataupun menguatkan pasukan enforcement Jabatan Alam Sekitar. Mana satu EXCO yang incharge ya Jabatan Alam Sekitar pencemaran haruslah tengok macam mana kita nak memperbaiki ataupun upgrade sikit. Janganlah kita nak paskan sikit-sikit kita nak enakmen sikit-sikit nak undang-undang kecil ni semua nak mengawal-mengawal. Bagi kita nampaknya ok cantik tapi bagi rakyat ini kerajaan tidak prihatin dengan mereka. Bagi rakyat ini kerajaan nak kenakan semua orang. Nak tambahkan kos lagi nak tekan kan rakyat. Itulah satu imej yang dihantar oleh kerajaan buat masa sekarang. Tak kisah buat Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Tempatan. Semua mahu caj itu mahu caj itu mahu caj ya. Yang penting kita nak kalau nanti kita pas RUU ini kita tak ada pilihan nanti kalau semua sokong sana ok, pas lulus jadikan enakmen, adakah kita akan teruskan pilihan raya nak datang ni? Sebagai pembangkang saya pun risau. Kalau kerajaan, kalau sebelah sini duduk dekat sebelah sana saya rasa risau. Ini tidak akan dibentang dalam Dewan ini. Tapi saya cukup respect lah rakan-rakan di sebelah sana buat masa sekarang nak table lagi nak table lagi ini. Sungkai.
Terima kasih Astaka. Saya setuju dengan hujah YB Astaka tetapi walaupun tak sentuh saya minta YB Astaka supaya rujuk kepada Seksyen 54 Bab 2. Saya percaya Seksyen 54, Memberi kuasa extensive power kuasa kepada pengarah. Umpamanya, permohonan ini untuk permohonan bagi sesuatu lesen di bawah enakmen ini hendaklah dibuat kepada pengarah dalam borang, dalam borang peserta fi sebagaimana yang ditetapkan oleh pengarah. Jadi pengarah akan tetap fi. Tidak sebut berapakah fi dalam jadual sini. Tidak ada jadual juga dalam ini dan juga kurungan 2, satu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik bila-bila masa sebelum permohonan diluluskan. Jadi kuasa pengarah lagi. Dia tak perlu bagi apa-apa alasan. Seorang masukkan satu permohonan untuk lesen tanpa alasan dia boleh tolak. Apakah seksyen ini satu seksyen yang munasabah.
Begitu juga kalau kita maklum kepada kuasa yang diberi di bawah Seksyen 55 dan juga 56 deposit. Kurungan 1 sebelum pengeluaran dan pembaharuan lesen, Pengarah boleh menghendaki permohonan untuk mendepositkan sejumlah wang sebagaimana. Jadi siapa menentukan jumlah wang. Sini adalah pengarah. Jadi kuasa yang diberikan kepada pengarah di sini adalah terlalu luas. Saya percaya ini adalah satu peruntukan yang kita harus kaji balik. Terima kasih.
Terima kasih kepada Sungkai. Saya amat setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungkai. Bukan sahaja kedua-dua seksyen yang dibangkitkan atau pun diketengahkan atau pun disebut oleh Yang Berhormat tadi adalah tidak munasabah maka kita boleh nampak bahawa pengarah yang akan mempengerusikan lembaga ini mempunyai kuasa yang terlalu luas dan siapa akan control? He is answerable to the state government, Pihak Berkuasa Negeri. Kalau Pihak Berkuasa Negeri tiada apa-apa ok semua maka pengarah itu memang ada power yang cukup besar untuk control semua. Lagi satu Timbalan Yang Dipertua, kalau kita balik kepada seksyen 49 saya ingin highlight 4091D, menjalankan sebarang aktiviti rekreasi atau riadah atas atau dalam mana-mana sungai atau badan air menurut seksyen 53. Kalau kita baca seksyen 53 kawalan aktiviti rekreasi, tiada seorang pun boleh menjalankan sebarang aktiviti rekreasi atau riadah atas atau dalam mana-mana sungai atau badan air yang boleh mengubah atau menjejaskan aliran kuantiti atau kualiti sumber air jika tiada dan kena dapatkan lesen. Soalan saya kalau ada satu tourist spot contoh di Pulau Pangkor. Laut tu besar atau pun laut tu ada sebelum sampai ke laut ada sungai sikit, daripada bukit ke apa. Anak sungai ini tengok.
So, kalau ada anak sungai tu dia confirm dia kelak pagarkan, dia adakan aktiviti riadah atas anak sungai tu atau di di dalam laut itu, dia mesti dapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan. Itu dah tentu. Nombor satu. Yang kedua nanti masuk air pula dia kena dapatkan lesen lagi. Apa ni? Kalau dia betul-betul mencemarkan air maka kita laporlah kepada Jabatan Alam Sekitar. Takkanlah pegawai daerah tidak ada kuasa. Takkanlah kerajaan ni tak ada kuasa. Kenapa kita nak undang-undang ini? Kalau undang-undang ini atau pun rang undang-undang ini tidak cukup cantik, tidak cukup handsome pada kali ini, biar kita tarik dulu. Kita tarik dulu sampai kita ada satu undang-undang yang cukup baik baru kita luluskan jadikan enakmen. Kalau tak mengapa kita nak buangkan masa hari ini satu pagi satu petang untuk membahaskan ini yang tidak cukup handsome sekali. Kita buangkan masa. Kali ini tak ada apa-apa usul lain ke? Ada. Banyak juga ADUN yang ingin bangkitkan isu kawasan isu dalam negeri ini. Banyak juga saya dah prepare tapi terima tak ada tapi ambillah juga peluang ini untuk membahaskanlah yang ini, rang undang-undang air ini sumber air tapi kita tengok juga banyak masalah juga. Siapa boleh setuju. Saya tahu. Saya setuju dengan Jalong apa yang dia katakan tadi, banyak juga rakan-rakannya duduk di sebelah sana mereka ingin menyuarakan cuma mereka tidak berpeluang sebab duduk di luar sana.
Oleh itu Timbalan Yang Dipertua, saya haraplah. Saya juga haraplah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan boleh mengambil mengimbangkan semula meneliti semula dan menarik balik pembentangan ini. Kalau tidak saya rasa cukup tidak munasabah. Rakyat dekat luar tau. Susah rakyat jelata, susah dekat luar sekarang nak luluskan ini caj air tapi berkenaan dengan pertanian sara hidup diri itu tadi seksyen berapa tak apa. Yang penting pertanian sara diri tu macam mana kita nak tentukan. Dia tanam sikit sayur, dia pergi ke pasar, dia jual untuk sara diri keluarga. Adakah itu kira pertanian sara diri? Kalau betul yes. Kalau satu hari dia jual banyak kilo dah sampai boleh menyara dua tiga family tapi family. Kalau ikut bolehkah dia kenakan. Itu macam tak masuk akal tau Timbalan Yang Dipertua. Oleh itu saya rasa yang penting sekarang apa yang penting dekat dengan hati rakyat haruslah kerajaan mengambil tahu. Ini bukan sepatutnya yang harus kita bincang dalam sidang pada hari ini adalah macam mana kita nak control kos supaya kos ayam tak naik, kos khinzir tak tak naik, kos lembu tak naik, padang ragut macam mana kita nak kena selesaikan sebab padang ragut Yang Berhormat EXCO bukan tanah tak sesuai. Semasa pihak kami duduk di sebelah sana saya pernah semak dengan pegawai daerah. Pegawai daerah mengatakan bahawa banyak padang ragut, sorry. Padang ragut ini…
Astaka boleh gulung.
Ya…ya sikit sikit. Padang ragut ini banyak tanah sangat tidak diuruskan dengan baik tapi tak ada rumput. Ada apa? Ada kelapa sawit. Orang telah masuk menanam kelapa sawit tanpa kebenaran daripada Kerajaan Negeri. Tengok isu-isu tanah yang sedia ada yang ada di depan kita, kita tidak boleh selesaikan maka kita hari ini duduk di sini satu hari bincang ini apa? RUU sumber air yang belum harus kita bincang masa kita harus buat sekarang ke apa yang penting adalah masa depan negeri. Apa yang dekat dengan hati rakyat. Rakyat susah sekarang. Semua orang tahu RUU air. So, itulah Timbalan Yang Dipertua, saya haraplah saya sampaikan apa yang saya ingin sampaikan. Saya juga haraplah Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh mempertimbangkan, meneliti semula. Kalau berjaya menarik balik maka keyakinan rakyat ada balik sikit kalau tak keyakinan sudah turun, saya pun tak tahulah hala tuju manalah Negeri Perak ini dan saya juga pity juga dengan rakan-rakan di sebelah sana. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Astaka. Seterusnya. Ok sepatutnya pembahas seterusnya adalah daripada Malim Nawar. Memandangkan Malim Nawar tidak berada dalam Dewan kita teruskan. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 10 minit Pasir Pinji, 10 minit. Dipersilakan.
Nasib baik memang dari awal lagi pun tak bersedia jadi tahulah awal sikit. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya nak mula dengan secara falsafah the spirit of the law. Kita telah memasuki satu order baru saya guna istilah yang agak controversial di mana kita tidak lagi hidup dalam suasana share holder capatalisme di mana semakin dekat mana-mana peringkat kerajaan negeri, kerajaan tempatan mahu pun kerajaan pusat di mana-mana negara lebih cenderung untuk menggunakan cara stake holder economy atau stake holder management. Kalau kita ikut kata kelola pra pembentangan rang undang-undang ini, ya tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri dan juga Kerajaan Negeri. Dalam prosesnya dilibat uruskan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi saya nak tanya dalam proses libat urus itu, teman seorang tak dapat hadirlah sebab covid dan disebabkan covid tak hadir Embargo tak boleh nak baca teks. Tak boleh nak ambil teks. Itu saya terima tetapi yang akan dikenakan atau merasakan kesan adanya undang-undang ini bukan sekadar bukan setakat hanya Ahli-Ahli Dewan Undangan
Negeri, pesawah padi akan mungkin kena. Adakah kita melibat uruskan pesawah atau pertubuhan atau persatuan persaudaraan pesawah Malaysia?
Deme dilibatkan ke tidak. NAFAS, adakah mereka dilibat uruskan ke tidak? Juga ada satu golongan. Mungkin kerajaan akan ambil posisi dema ni syarikat besar tak bahaya ke? Lebih baik kita cuba dapat lebih cukai dari dema tapi tak betul. Saya nak tanya yang la ni memang dah bertahun-tahun bayar duit, bayar apa nama bayar hasil kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil air bawah tanah, dengan apa yang saya sebut tadi, dengan kuasa dan dan ruang yang dibawa atau dikurniakan kepada kerajaan dan juga lembaga nanti untuk mengutip cukai atau mengutip caj sama ada bukan sahaja untuk ambil atau expect dan juga untuk mengstor atau menyimpan adakah akan adanya keadaan double taxation terhadap orang yang buat air mineral yang mengambil air bawah tanah? Adakah kita libatkan dema? Saya tahu saya ada baru tanya berapa beberapa orang kawan yang bekerja peringkat atas-atas dan dalam syarikat tersebut. Syarikat-syarikat tersebut yang berada di sebelah utara. Dema tak libat uruskan atau sekurang-kurangnya tak terima jemputan daripada Kerajaan Negeri ataupun daripada daripada Kerajaan Negeri, berkenaan dengan rang undang-undang ini. Jadi adakah kita, adakah ahli seisi Dewan, boleh terima bahawasanya rang undang-undang hanya dibawa melibatkan atau libat urusnya hanya melibatkan kita ahli kita-kita sahaja, yang tak melibatkan orang yang akan menerima atau merasakan kesan sekiranya rang undang-undang ini diluluskan nanti?
Saya rasa sukar untuk ahli-ahli Dewan untuk menjawab di lapangan nanti. Kome-kome je yang bincang tak libatkan kita juga, orang di luar sana tak rasa mereka dilibatkan. Sedangkan kuasa yang diberikan oleh undang-undang cukup beso. Kita ada Pengarah Tanah dan Galian ini adalah pengarah segala sumber ayor yang ada kat Perak. Pengarah nanti kuasa dia besar. Adakah kita nak luluskan sesebuah undang-undang yang memberi begitu besarnya kuasa kepada seorang individu atau sesebuah yang bukan TBN? Itu soalan pertama dan cara kita buat ini kurang elok, sebab NAFAS tak dilibat uruskan apa nama pesawah tak dilibat uruskan. Syarikat-syarikat yang sekarang ini mungkin ada depa copy depa tak dilibat uruskan.
Pinji, Manjoi. Terima kasih Pinji. Saya tertarik apabila Pinji mengatakan tadi bahawa kuasa ini juga daripada PTG. Warga anak watan ada kuasa yang lebih besar. Jadi apa yang saya difahamkan daripada statement yang disebut oleh Pinji tadi, dia akan menyebabkan conflict of our sharing. Siapa yang berkuasa di situ? Jadi kalau melihat kepada apa yang dinyatakan di dalam rang undang-undang ini lembaga ialah tongkat dan pengurusan sumber air. Sumber air kalau di darat, air lombong, air sungai. Jadi kalau kita melihat kepada pengurusan sungai tetap di bawah JPS. Lombong pun setengah tempat JPS yang take over. Sebagai satu kawasan untuk takungan air, takungan air. Jadi tidak akan timbul conflic of authority kat sini, perebutan kuasa. Siapa yang kamu burukkan siapa, siapa yang berkuasa siapa. Misalnya kalau berlaku banjir nyatakan di dalam enakmen ini, antara tindakan yang kuasa yang diberikan kepada lembaga ataupun Ppngarah ialah pengurusan banjir dan kemarau. Kita tahu kalau berlaku banjir orang cari JPS. Jadi selepas diluluskan enakmen ini saya bimbang nanti apabila kita cari JPS, JPS kata ini Lembaga Pengurusan Air yang bertanggungjawab. Bila pergi pergi ke lembaga-lembaga pengurusan air dia tertindanlah. Jadi macam mana penyelesaian kepada perkara ini. Minta Pinji ulas sedikit.
Terima kasih Manjoi. Orang putih cakap will the power sharing deal, its not the negosite the well, it become the power struggle. Apabila perkongsian kuasa tak diuruskan secara elok dan tak ada satu penyelesaian yang elok ia akan menjadi dipertarungan kuasa. Yang disebutkan tadi oleh Manjoi memang sesuatu yang yang disebutkan tadi oleh Manjung memang sesuatu yang lagi ramai yang menghadapi pertindihan kuasa yang sudah ada pun dah ada pertindahan, apatah lagi sekiranya adalah lembaga baru, ada pengarah Baru, ada rang undang-undang, undang-undang baru pening nanti. Saya pun duk tengok dia peninglah sekarang, sebab power become, power share, unsuccessfull that’s become to the power struggle. Siapa akan naya nanti. Bila bola ini ditendang dari sini ke sana, rakyat nanti akan susah.
Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Pinji, tentang isu berlaku di Selangor, walaupun mereka pun sudah ada rang undang-undang sumber air ini tetapi apabila berlaku isu-isu kes pencemaran, DPP tidak gunakan enakmen negeri untuk caj mereka yang mencemarkan sungai? Apa pandangan Pasir Pinji?
Pandangan saya adalah rang undang-undang ini, kalau tak silap 9 tahun 90 an pun dah ada dan sebenarnya boleh dikatakan 90 an waktu itu Barisan Nasional yang yang mentadbir. Dema yang luluskan dema tak pakai. Maksudnya mungkin ada masalah ini Yang Berhormat LA lebih arif. Lepas Pakatan Rakyat kemudiannya Pakatan Harapan ambil alih pun tak digunakan maksudnya mungkin ada sedikit masalah, jadi rujukan yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk membentangkan rang undang-undang ini bahawasanya Selangor ada, Pahang ada, Kedah pun ada, sebenarnya mungkin dia tak begitu relevan sebab salah satu contohnya Selangor ada, dema pun tak guna. Mungkin ada masalah, mungkin mungkin bersangka baiklah. Mungkin ada masalah. Cuma bagi saya dema buat kat Selangor dema punya hal lah, kita kat Perak. Kita buat kita punya hal, kalau kita buat secara sempurna sedangkan wangnya ada. Politikal ada, suasananya ada suaranya ada kat Perak ni kita boleh bincang. Kalau tak silap tahun 2014, 2014 dioranglah yang dulu Pantai Remis yang dulu Pasir Pinji la ni pun masih Pantai Remis, la ni pun masuk Pasir Pinji yang angkat suara rakyat waktu itu cadangkan dalam Dewan sebagai pembangkang untuk kita pujuk wujudkan lebih ruang dan lebih cara dan kaedah untuk menambah hasil Kerajaan Negeri.
Antaranya gunalah air sungai, guna air laut. Tengoklah macam mana untuk kita minta syarikat-syarikat gergasi GLC Peringkat Nasional untuk demo bayar lebih. Lepas tu Kerajaan Negeri dengor ucapan tahniah lepas tu bentang waktu itu apa nama Sungai Manik pun waktu tu ada waktu itu yang pertama kali dibentangkan atas draf pertama kurang elok dan kalau tak silap waktu tu yang bawa yang bawa, rang undang-undang itu adalah Yang Berhormat Speaker. Waktu itu EXCO Ayor, EXCO Infra, EXCO Pelaburan, dia yang bawa dan dia bawa dia sedari dan dia dengar Ahli Dewan Undangan Negeri membawa hujah memang ada ruang yang kurang elok yang kita perlu perhalusi dan sempurnakan. Dia tarik syabas dan tahniah. Kemudiannya baru dia bawa yang telah disempurnakan baru kita dapat sebulat suara baru elok tapi la ni kita nampak sekali lagi.
Pinji last jap Manjoi lagi. Barang kali Pinji tak sempat bacalah hari ini saya tak sempat juga dah tak sempat juga baca enakmen yang telah diluluskan di Selangor. Enakmen yang telah diluluskan di Selangor tak sempat baca.
Tak sempat baca. Setuju saya dah tengok dan apa yang terdapat di dalam RUU ini yang telah diluluskan di Selangor lebih kurang sama sahaja tetapi Selangor tidak dipakai dan kita nak menggunakan apa yang telah pun diluluskan Selangor tak dipakai Selangor, jadi bukan ke lebih baik kalau sekiranya kita teliti balik seperti mana kata Pinji tadi tu. Kenapa Selangor tak pakai, walaupun dah ada dalam kita pun more less ambil sama je macam Selangor.
Pasir pinji boleh terus gulungkan ya.
Setuju sepenuhnya.
Gulung baru nak baru nak apa nama, baru sampai. Ok, saya nak bawa satu perkara yang sangat teknikal yang bersentuhan dengan prinsipnyalah, kalau kita kaji dan tanya orang-orang yang Arif. Sawah padi ini berkenaan dengan istilah sara diri. Sawah padi sawah satu hektar, kalau satu hektar dalam satu kitaran pengeluaran akan guna sebanyak mungkin 10 juta sehingga 12 juta ayor, betul. Yang Arif dan pandai dalam bidang pertanian tahu 10 juta hingga 12 juta dan saya tahu ada yang menyara diri dengan menjadi seorang yang menanam sawah padi untuk menyara diri akan menggunakan air sebanyak 12 juta, 10 juta untuk tempoh 90 hari ke 120, 130 hari untuk satu kitaran, betul. Maksudnya penggunaan harian kalau kita gunalah kita pun tahu pengairan tu hanya 30 ke 40 hari saja tapi kalau kita apa ni kita kita average lah sehari sudah jauh lebih daripada 2,500 kita. So adakah persaraan diri itu kena mohon persetujuan atau mohon keizinan daripada lembaga dan juga pengarah untuk diguna air sungai yang dilencongkan untuk sawah dia 2 ekar setengah atau 1 hektar sebab kita tahu ramai yang sara diri dengan 1 hektar pun ramai kat luar sana orang Perak? Yang selama ini tak perlu sebab dia lancong air dari anak sungai dia guna air tu la ni nanti pengarah akan hantar anggota penguatkuasa kira ni confirm lah lebih 2,500 liter sehari.
Mungkin PBN atau lembaga akan kata kita tak sejahat tu. Kita akan bagi apa nama pengecualian tapi masalahnya kenapa nak beri kuasa kemudiannya nak minta pengecualian bukankah itu tambah kerja dan tambah birokrasi baik jangan bagi kuasa pada mula-mulanya. Jadi bagi saya, saya sangat permatik dalam hal ini. Ia kita tengok ketidaksempurnaan rang undang-undang ini memang ada banyak kekosongan dan perlu tambah baik dan pindaan dan saya menjunjung kasih kepada satu saranan titah saranan yang telah diberi kepada saya oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan satu ketika dahulu do not let perfection stop any effort to bring good .Jangan bagi yang sempurna atau pengajaran sempurna itu menghalang kita buat baik. Jadi saya mohon komitmen daripada pihak Kerajaan Negeri untuk berlapang dada ambil sikap terbuka untuk meminda sebarang cadangan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan sekiranya sikap terbuka itu ada ialah kalau kita kan extend sehari tambahan, dua hari tambah untuk di peringkat jawatankuasa nanti untuk betul-betul bincang, betul-betul kaji, betul-betul debat dan betul-betul pinda. Mungkin akan ada ruang untuk pihak pembangkang memberi sokongan sedikit sebanyak.
Mungkin tetapi buat sementara ini, buat sekarang nampak dengan gaya, cara dan raganya payah untuk teman nak sokong ni. Masalah terlampau banyak. Jadi sekiranya boleh diberikan komitmen nak tambah hari nak tambah waktu nak tambah masa, tambah ruang untuk bahas nanti di peringkat jawatankuasa demi pindaan yang konstruktif oleh ahli seisi Dewan. Saya rasa kalau kome belah sana boleh berlapang dada, bersifat terbuka kami kat sini pun boleh juga.
Ni bukan nak ugut ini cadangan je. Jadi saya mungkin point yang sangat last ni saya agak khuatir secara teknikalnya 54,71,64 memang memberi kuasa yang begitu besar kepada pengarah. Saya rasa perkara ini tidak akan berlaku khususnya apabila kita macam seolah-olah cut and paste daripada Selangor sekiranya kerja yang begitu berat ini tidak dipikul oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya mohon maaf EXCO air sepatutnya usaha ini perlu diterajui oleh EXCO air. Saya tahu EXCO air ada banyak kerja yang lain portfolionya cukup besar tetapi Yang Amat Berhormat punya portfolio yang lebih besar dan saya rasakan sekiranya saya EXCO di sebelah sana. Saya akan menawarkan diri untuk membawa undang-undang ini. Saya akan tawar diri untuk menerajui pembentangan, drafting dan segalanya jadi ini sedikit teguran yang konstruktif mungkin Yang Amat Berhormat sendiri yang hendak pun saya tak tahulah sebab saya tak terlibat dalam perbincangan tetapi seelok-eloknya demi demokrasi negeri kita demi cara pembuatan dasar di negeri kita demokrasi yang subur eloklah perkara ini sebenarnya diterajui oleh EXCO air tetapi tidak mengapa saya rasa bila kuasa itu diberikan kepada pengarah, di manakah kedudukan anda di manakah kuasa EXCO, di manakah kuasa PBN di situ nanti yang saya sebut tadi lah nanti perkongsian kuasa menjadi pertindihan kuasa, pertindihan kuasa dah jadi perebutan kuasa.
Jadi Itu saja daripada saya dan saya rasa ruang perbincangan perlu diadakan untuk kita pindah rang undang-undang yang sedia ada sebelum ia menjadi undang-undang sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Pinji seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Selinsing untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker yang memberi laluan untuk saya berbahas bagi tajuk yang sangat besar dan penting kepada Kerajaan Negeri iaitu pembentangan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2022. Yang Amat Berhormat, barisan EXCO, YB-YB, ketua-ketua pengarah,tuan-tuan, puan-puan yang berada di dalam Dewan dan juga mungkin di luar Dewan serta yang mengikuti media sosial saya dengan ini memohon agar dengan rendah dirinya diberi perhatian untuk kita sama-sama mencari titik tolak kepada satu pembentangan rang undang-undang enakmen yang sangat penting.
Pada prinsipnya kita dapat lihat tadi ada pelbagai pandangan daripada pelbagai kawasan ataupun ADUN yang pada saya ini menunjukkan satu yang menunjukkan sikap dan prinsip kebersamaan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengambil jalan yang sebagai tirulah kepada kita untuk sama-sama berlapang dada untuk berbincang dan berdiskusi secara ilmiah bagi menyempurnakan satu pandangan dan idea yang kita tahu sangat kompleks tetapi untuk makluman Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat bahawa sesungguhnya semangat ini yang saya tengok kadang-kadang ada pelbagai pandangan yang menyuburkan demokrasi ini sudah tentulah ia akan menghasilkan satu natijah ataupun objektif yang paling tepat yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tentu kita melihat bahawa air satu anugerah yang sangat penting. Air telah pun merentasi kehidupan kita seharian daripada hujung rambut ke hujung kaki ia akan merentasi semua lapisan politik, ekonomi dan sosial.
Oleh itu sebab apabila kita nak mengemukakan permasalahan Rang Undang-Undang Air maka kita akan memikirkan secara kritis. Kita akan mengkaji secara teliti dan setelah pengkajian secara teliti inilah barulah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia kerana sebelum ini juga telah dibuat kali pertama dan dipanggil secara tadbir urus kerana Yang Amat Berhormat memikirkan bahawa persoalan air ini sangat-sangat penting oleh itu sebab maka Yang Amat Berhormat mengambil langkah yang sangat berani. Saya ingin mengemukakan pandangan daripada Yang Berhormat lupa tadi yang mengatakan wah berani betul Yang Amat Berhormat mengambil satu langkah. Inilah dia pemimpin yang kita tengok bukan mementingkan persoalan kepada natijah politik tetapi mementingkan kebersamaan kita berfikir untuk memberi satu natijah yang cukup baik kepada rakyat.
Saya yakin semua yang ada sini sayang kepada rakyat, terutama rakyat negeri Perak dan rakyat di kawasan masing-masing. Saya juga bagi pihak Selinsing tentu saya merasa sayang dan kasih kepada pengundi saya yang rata-ratanya datang daripada nelayan, petani Selinsing adalah kawasan petani tetapi tuan-tuan dan puan-puan serta Timbalan Speaker apabila Yang Amat Berhormat membuat satu keputusan, ia telah melalui beberapa proses yang sangat teliti dan dia juga meminta atau beliau meminta pandangan daripada orang-orang yang berkelayakan, orang-orang yang mempunyai autoriti, orang-orang yang mempunyai kepakaran tertentu dan kalau kita sebagai ahli politik kita mendengar suara rakyat kita kena berkerjasama suara rakyat dan juga kepakaran yang ada dalam negeri Perak. Saya yakin Yang Amat Berhormat bukan buat sorang. Kepakaran yang ada digembelingkan semua maka dibuat satu keputusan. Saya suka juga mengatakan Pinji mengatakan kesempurnaan itu tidak ada. Perlembagaan di negara kita ini pun untuk makluman Yang Berhormat dipinda untuk penambahbaikan. Kalau kita tidak berani mengemukakan rang undang-undang ini dan kita takut dengan kelemahan demi kelemahan, maka kita tidak akan berjaya untuk melangkah ke arus perubahan. Kita tahu Yang Amat Berhormat menghadapi masalah tetapi untuk pengetahuan Dewan, kadang-kadang masalah juga menjadi manfaat kepada sesuatu aspek bila kita pandai mengurus dengan mengambil kira persoalan-persoalan dan pandangan-pandangan. Jadi keraian Yang Amat Berhormat mendapat pandangan ini saya rasa satu yang terbuka yang perlu kita bagi penghargaan.
Persoalan tidak suka dan sebagainya nak mengambil apa pandangan dari akar umbi semua, itu bukan satu kerja yang mudah. Jadi kita sudah diberi autoriti Yang Berhormat mempunyai autoriti dan orang lain begitu juga. Jadi sudah tentulah ini menjadikan satu manifestasi bahawa apa yang kita buat ini cukup baik dan saya tahu bahawa Selinsing melihat pengurusan ini sangat penting. Air adalah anugerah tapi pengurusan sangat penting. Disiplin pengurusan sangat penting. Kalau kita tidak mengurus air dengan baik walaupun dia merupakan anugerah dia akan merupakan bencana kepada kita dan akhirnya rakyat yang kita tidak disiplinkan dengan pengurusan dan pengurusan ini tentulah kita dapat lihat dua aspek tertentu iaitu daripada Kerajaan Negeri dan melibatkan pengguna iaitu rakyat. Di pihak Kerajaan
Negeri sudah dibentang dan melalui proses bahawa kita kena mengkaji, meneliti dan menganalisa secara terperinci. Dengan sebab itu saya yakin proses itu Yang Amat Berhormat dengan barisan EXCO serta pengarah-pengarah daripada mempunyai kebolehan orang kata telahpun mengkaji dan membuat. Jadi di peringkat saya di Selinsing sudah tentu saya melihat pengurusan sangat penting. Kalau di sekolahlah disiplin kita nak buat satu ketika dulu nak dipanjangkan tempoh untuk pelajar ke petang ramai yang tidak setuju. Ada masalah.
Saya sebagai tenaga pengajar guru pun menghadapi masalah tetapi bila kita laksanakan masalah itu dikecilkan. Saya rasa dalam satu kerja yang besar ini tentulah kita akan ada masalah tetapi percayalah kita yakin kepada kebolehan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita yakin kepada EXCO-EXCO yang telah dilantik. Kita yakin dengan penggubal undang-undang di peringkat pengarah-pengarah bagi urusetia yang terlibat. Maka saya menyeru kepada Ahli Dewan untuk bersama-sama mencari titik persamaan di mana kerajaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini akan membela rakyat dan akan juga mengkaji tentang permasalahan rakyat. Tidak terfikir kepada saya bahawa Yang Amat Berhormat berani mengambil risiko untuk kononnya ada kata dalam bentuk komersial semata-mata dalam masa yang sama memperjudikan masalah rakyat dan tentunya Yang Amat Berhormat akan menghadapi risiko. Tentu pengkajian ini telah dibuat. Kita jangan buang masa. Dah banyak masa dan kerajaan bagi negeri-negeri lain yang buat ini pun kadang-kadang kerajaan yang pembangkang juga. Tak apalah kita meraikan persoalan pandangan yang berbeza. Tentu mereka juga melalui beberapa proses yang ada pro dan kontra dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk bersama-sama mengambil yang terbaik daripada sedikit permasalahan yang ada. Jadi kalau kita nak kaji…kaji dan kaji sampai bila kita nak bentang satu masalah yang besar. Kalau kita tak urus air ini, maka kita akan menempatkan diri kita dalam arus pembangunan yang lambat. Jadi kita mesti untuk bersama-sama berlapang dada.
Kalau tadi saya tengok daripada pembangkang untuk berlapang dada, Mari kita berlapang dada. Tentu Yang Amat Berhormat dengan barisan EXCO yang kadang-kadang terdiri daripada pelbagai parti pula tu. Tentulah mereka memikirkan yang terbaik untuk memastikan ianya menjadi sumber. Kita tahu air sangat penting pada manusia. Kita tahu air sangat penting kepada tanaman. Kita tahu air sangat penting kepada ekonomi dan sosial tetapi kalau kita tak kurus kita bertelagah dan kita takut untuk membuat perubahan, akhirnya kita bimbang akibat ketakutan-ketakutan kita membuat perubahan itu bencana yang lebih besar akan datang. Kita ini pengurus dilihat dari peringkat tertinggi negeri Perak. Tentu kita ada jiwa. Saya sebagai anak petani, saya sebagai anak nelayan tentu sebelum saya nak menyokong saya mengambil kira tentang bagaimana kesan yang dihadapi oleh nelayan oleh petani terutama di kawasan Selinsing dan juga di negeri Perak. Ini menjadi kayu ukur saya sebelum saya bercakap tetapi saya tidak boleh mengesampingkan kalau projek atau pun pengurusan air ini mengambil kira kepentingan tentang pencemaran. Mengambil kira tentang kepentingan komersial. Dua faktor ini kita tidak memberi perhatian maka kita akan gagal. Timbalan Speaker atas dasar ini, maka kita mesti melihat dan percaya kepada kepakaran pegawai-pegawai tadbir di negara kita. Apakah kita lebih hebat daripada mereka kerana mereka telah mengkaji mendapat pendidikan di peringkat Phd dan sebagainya yang membuat penelitian yang sebenarnya untuk berkhidmat kepada Kerajaan Negeri Perak. Apakah kita saya sebagai guru saya telah hebat. Belum tentu. Mereka mempunyai 'team' yang telah pun duduk lama bukan sekali untuk kita mendengar meneliti dan saya tahu ada pro dan kontra tetapi marilah kita mencari titik persamaan yang akhirnya dia akan menguntungkan kerajaan negeri Perak dan nelayan petani di bawah sana akan manafaat. Mesti ada CSR nya. Cetak air biar ada lokalitinya. air tu hujan turun di mana, di Taiping Bukit Larut. Tentulah Bukit Larut. Tanah yang rendah akan ada air. Tanah yang tinggi tak ada air.
Itu hukum geografikalnya. Jadi mereka mesti memikirkan pula persoalan di Bukit Merah contohnya di tempat saya. Air tak cukup kalau tak diurus dengan betul. Takkanlah Kerajaan Negeri begitu zalim dengan memberi kuasa bahawa petani semua kena bayar. Kalau itu kita pun tak setuju tetapi ada beberapa nilai tambah yang menjaga kerana saya percaya Yang Amat Berhormat ia bukan saja nak memastikan Kerajaan Negeri dapat ditadbir dan maju tetapi dalam masa yang sama kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat kerajaan kita ini akan memastikan bahawa golongan-golongan petani, golongan-golongan nelayan yang terpaksa menggunakan air dengan kadar yang betul dan mengikut hukum alamnya mereka bertani untuk sara diri tentulah Yang Amat Berhormat memberi kepercayaan dan keperhatian yang sangat mendalam tetapi kita kena ingat ada orang yang mencemar. Kita kena ingat ada orang yang melakukan komersial. Dia mendapat keuntungan. Adakah pembangkang bersetuju mereka ini kita biarkan pencemaran berlaku kita biarkan? Tak boleh kalau begitu juga kalau kita kata dia orang buat satu tempat perniagaan komersial yang mengaut keuntungan, dalam masa yang sama kita tak ambil apa-apa tindakan dan dalam masa yang sama petani kita tindas. Eh tuan-tuan. Timbalan Speaker saya tidak rasa itu ada di benak pemikiran pentakbir di negeri Perak.
Seligsing saya mohon sedikit celahan. Terima kasih Selinsing. Saya bersetuju dengan roh yang Selingsing cuba bawakan dan bersetujukah Selinsing apabila pihak sebelah sini ya mengutarakan beberapa perkara yang perlu kita ambil kira. Bersetujukah agar penyediaan pelan pengurusan sumber air bersepadu yang akan dilaksanakan nanti sekiranya RUU ini diluluskan melibatkan kedua-dua pihak pembangkang dan pihak kerajaan, terima kasih.
Terima kasih Trong. Saya sangat bersetuju kerana saya tahu bahawa kepimpinan Yang Amat Berhormat merentasi parti, merentasi kerajaan. Dia ataupun Yang Amat Berhormat selalu mengambil meraikan perbezaan sebab itu saya yakin bahawa beliau dapat menerima cadangan Trong ini. Maka kalau ada nanti penambahbaikan yang dikemukakan, idea-idea bernas daripada pihak pembangkang dan tak mustahil idea itu merupakan idea yang akan diterima oleh Yang Amat Berhormat kerana kita nak memikirkan satu rang undang-undang untuk kerajaan kita, Kerajaan Negeri Perak untuk dimanfaatkan. Bukan kita nak buat undang-undang nak meniaga. Memang kos ada, saya tak nafi tak payah bangun memang kos ada. Tapi kita mesti memikirkan sebagai ibu dan bapa, kesejahteraan kepada anak-anak kita. Jadi saya ingat kesimpulannya secara dasarnya saya berterima kasih sepanjang saya cakap tadi nampaknya pihak pembangkang dapat menerima, kalau tak dapat menerima 100% pun, saya rasa atas niat nak membawa kebaikan pentadbiran terutama pengurusan air di negeri Perak ini dapat kita cari titik persamaan dan kita kurangkan jurang perbezaan. Maka saya dapat membuat keputusan bahawa rang undang-undang ini kita dapat terima secara berlapang dada dan sekiranya ada pengurusan-pengurusan kebimbangan, macam saya di peringkat DUN saya Selinsing, kita tahu Bukit Merah kadang-kadang yang Yang Berhormat EXCO pun terpaksa buat pembenihan hujan. Jadi tentulah pengurusan air perlu kita kaji dengan teliti. Jadi saya ataupun Selinsing mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Negeri Perak 2022 di terima dan Selinsing menyokong. Sekian wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Selinsing. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 10 minit.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullah barakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahirobbil Alamin, Washolatu Wassalamu'ala Asrofil Ambiya Iwal Mursalin Wa'ala Alihi Wasohbihi Aj Ma'in. Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Yang Dipertua.
Terima kasih kerana berikan saya kesempatan untuk berucap, berbahas tentang RUU penubuhan Lembaga Pengurusan Air Perak. Kita telah dengar banyak hujah-hujah pro dan kontra dan sebagainya. Saya yakin semua hujah yang dikemukakan itu bertujuan untuk memastikan rakyat tidak dianiaya ataupun rakyat dipelihara oleh kerajaan yang menjalankan tugas untuk memastikan kemakmuran berlaku di negeri Perak. Itu saya rasa bottom line, semua ada perasaan begitu dan kita pun yakin Yang Amat Menteri Besar pun memberikan pandangan-pandangan bertujuan untuk membantu rakyat dan kita pun yakin bagi pihak pembangkang sekalipun, kita melihat ini bukan saja nak membangkang dan sebagainya tetapi kita memikirkan betapa penting RUU ini dilihat secara holistik dan dilihat secara terperinci dan barulah kita laksanakan. Orang kata apa dont' rush. Kadang-kadang kita nak cepat sangat, banyak benda yang kita tinggal dan kita faham pun di Selangor walaupun ada RUU tetapi ada kelompongan dan sebagainya.
Sekarang ini kalau kita tengok di Selangor, telah membangkitkan ataupun untuk buat pindaan kepada RUU yang telah mereka kemukakan pada tahun 1999 lagi. Jadi bagi pihak kita di Perak ini saya rasa haruslah kita teliti dengan lebih perinci lagi dan cuba lihat segala aspek dan insya Allah dengan itu kita akan dapat satu RUU yang benar-benar baik, yang mendapat restu daripada rakyat dan melalui pelaksanaan RUU Pengurusan Sumber Air ini diharapkan dapat memastikan kelestarian kualiti dan kuantiti sumber air, dan juga memelihara dan menguasai sumber air Perak secara holistik dan juga yang tidak kurang penting melaksanakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan kualiti sumber air.
Saya ingin menyentuh tentang pencemaran air di sungai-sungai sebab saya rasa sumber sungai ini amat penting kerana daripada Laporan Kualiti Alam 2018 dinyatakan bahwasanya 90% daripada bekalan air di Malaysia bergantung pada sungai. Jadi sungai ini sangat penting untuk kita jaga dan daripada laporan tersebut dikatakan hanya 56% menunjukkan indeks kualiti air bersih di sungai. Selain daripada itu, iaitu 44% dikategorikan sebagai sederhana tercemar dan tercemar dan oleh sebab itulah kita lihat Jabatan Alam Sekitar telah mengenalpasti isu di Sungai Kim Kim Pasir Gudang pada Mac 2019, Loji Rawatan Air Bukit Tampoi ditutup kerana kadar ammonia yang tinggi sehingga 5 ppm walhal rationya hanyalah 1.55 ppm. Rawatan air Sungai Semenyih pun ditutup kerana pencemaran bau dan di Perak pun tidak terkecuali pada Januari 2020 air di Loji Rawatan Kerian berasa lebih gelap daripada biasa dan terpaksa ditutup, loji tersebut ditutup. Apabila loji ini ditutup maka ia akan menjejaskan banyak perkara, antaranya ialah penduduk itu sendiri dan kalau yang di Kerian tu 19 ribu pengguna telah terjejas dan ini akan melemahkan ekonomi dan seumpamanya.
Jadi Timbalan Yang Dipertua, saya ingin merujuk kepada bahagian 4 iaitu Pengurusan dan Perlindungan Sumber Air di bawah Fasal 44 di bawah tajuk Larangan Pencemaran Sumber Air di bawah Seksyen sub Seksyen 8 yang mengatakan mana-mana orang yang melanggar Sub Seksyen 1, melakukan kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Saya berfikiran perlu dikenakan tindakan yang lebih, seandainya kita menerima RUU ini. Maknanya di sini kita perlu kepada tindakan yang lebih tinggi kepada mereka ini bukan sekadar denda dan atau penjara tapi mungkin kita memikirkan sebatan bagi mereka melakukan pencemaran di sungai-sungai, yang kesalahan yang amat buruk sekali dapat menjejaskan kehidupan manusia sebenarnya dan kalau lihat di federal pun Menteri Pusat ataupun Menteri Alam Sekitar pun pada tahun lepas telah mencadangkan untuk membuat pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekitar dengan mewujudkan denda minimum tidak kurang daripada RM5000 dan denda maksimum tidak lebih daripada RM10 juta kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar. Jadi kes-kes pencemaran ini satu perkara yang sangat serius dan kalau kita menerima RUU ini saya mengesyorkan supaya kita lihat benda itu perlu dinaikkan diletakkan situ maksima, Jadi kalau maksima dia RM1 juta, mungkin dalam perbicaraan akan dikurangkan hanya kepada RM500 ribu atau RM400 ribu dan sebagainya. Jadi saya syorkan supaya perkara ini dilihat dan di Selangor pun ADUN-ADUN telah bangkitkan perkara ini dan telah ingin mencadangkan supaya dinaikkan benda-denda ini. Jadi amat wajarlah kita melihat kembali detail RUU ini supaya kita akan dapat satu RUU yang holistik yang dapat mencapai tujuan dia untuk menjaga sumber air seperti mana kita sebutkan tadi.
Yang keduanya Yang Dipertua ialah tentang di dalam RUU ini juga tidak disebut secara terperinci ataupun detail tentang aktiviti industri di hulu muka sauk atau pun water intake point. Saya ingin masyarakat agar perincian yang lebih jelas dibuat dalam enakmen RUU ini agar tiada aktiviti industri dibenarkan berhampiran sungai utama sekali berhampiran muka sauk ataupun water intake point dan kenal pasti berapakah jarak atau luas yang diperlukan untuk jadikan sebagai buffer zone supaya pemantauan dapat dilakukan secara efektif dan efisien agar pencemaran sisa bahan kimia tidak berlaku di sungai-sungai. Kita dengar yang kes di Sungai Kim Kim tu pun sebab industri berdekatan dengan Sungai Kim Kim tersebut jadi menyebabkan berlakunya pencemaran yang begitu teruk sekali.
Yang keduanya saya ingin mengesyorkan supaya diletakkan apabila kita sebut kualiti, banyak disebut tentang kualiti air dalam RUU ini tapi apakah kualiti yang kita harapkan. Jadi kualiti air ini perlu ada KPI nya yang tertentu dan sudah tentulah kualiti air kalau di hulu tu lebih tinggi kualitinya berbanding dengan yang di hilir sebab pencemaran dan sebagainya. Oleh sebab itu kita kena ada letak minimum kualiti yang diperlukan di sepanjang sungai tu yang berbeza-beza. Tidak boleh satu-satu kualiti yang tetap untuk sepanjang sungai kerana di hulu sungai perlulah kualiti yang lebih tinggi kerana di situ diharapkan tidak ada pencemaran dibanding dengan di hilir. Jadi oleh sebab tulah kita perlu ada KPI yang jelas. Mungkin akan diperincikan kemudian.
Jadi di situ dinyatakan berapakah kandungan ammonia, COD, BOD sungai tersebut dan sebagainya.
Tuan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, air adalah di antara sumber kehidupan, maka Allah menciptakan air sehingga Allah takdirkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sebagai rezeki yang boleh dinikmati manusia. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membaca ayat 164 daripada Surah Al-Baqarah yang antara lain mengukir, turunkan dari langit berupa air yang dapat menghidupkan bumi. Ertinya penciptaan air adalah di antara bentuk kasih sayang Allah subhanahu wataala kepada manusia. Oleh hal yang demikian, saya mengharap, Kamunting mengharap memohon agar dengan adanya RUU pengurusan sumber air ini kelak jika diluluskan akan menunjukkan kasih sayang kepada rakyat dengan tidak menjadikan peningkatan hasil negeri sebagai pelaksanaan RUU ini sebagai agenda utama. Maknanya kita tak naklah jadikan agenda utama untuk dapatkan duit ataupun menambahkan pendapatan bagi negeri Perak ini tetapi apa yang perlu daripada RUU ini perlu ada penambahbaikkan. Jadi kalau tidak ada penambahbaikkan kita tak nampaklah mengapa RUU ini perlu diketengahkan dan diluluskan, dibahaskan dan seterusnya diluluskan. Akhir sekali Kamunting mengucapkan.
Boleh mencelah.
Silakan.
Terima kasih Kamunting. Timbalan Yang Dipertua. Saya nak bertanya kepada Kamunting. Bila Kamunting sebut pengurusan secara holistik berkenaan dengan sumber air dalam negeri Perak ini, kita melihat dalam cadangan Seksyen 36, pengisytiharan kawasan perlindungan termasuk rizab sungai. Kemudian kalau tengok definasi rizab sungai ini, dia 50 meter daripada tanda air biasa sungai atau jarak lain ditetapkan. Rizab-rizab sungai ini termasuk di dalam tanah persendirian ataupun tanah di bawah FELCRA atau FELDA, perladangan.
Yang saya percaya semasa kita nak mengelakkan perizaban itu dia memerlukan satu kekuatan kesungguhan yang serius. So, apa pandangan Kamunting bagaimana boleh kita membantu kerajaan untuk memastikan kerja-kerja perizaban sungai ini benar-benar termaterialise dapat dilaksanakan seadanya? Apakah mekanisma atau apakah bantuan, apakah cadangan yang Kamunting ada bagi memastikan rizab sungai ni memang betul-betul dapat digazetkan dan nampak batu sempadannya itu di lokasi?
Rizab sungai ini saya rasa kena ada kekuatan willpower lah untuk melaksanakan perizaban ini dan kita perlukan secara holistik jabatan-jabatan yang terlibat untuk memastikan bahawasanya perizaban ini memang wujud. Memang akan dapat dikekalkan dan definasi sama ada daripada air pasang surut dan sebagainya perlu diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya lah supaya tidak ada pertindihan dan tidak ada confuse terhadap jarak 50 meter itu daripada sungai. Daripada mana, daripada sungai ke, daripada pasang air surut atau air pasang ke, so, itu kena dikenalpasti dan pelaksanaan ini kena ada holistic approach jugalah seperti yang disebutkan tadi.
So, sekali Kamunting ucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua kerana memberi izin untuk membahas dan saya mohon kerajaan mempertimbangkan saranan-saranan yang telah dikemukakan. Yang penting melalui pelaksanaan enakmen ini jika diluluskan perlu ada penambahbaikan atau adopt value kepada pengguna. Memandangkan terlalu banyak grey area yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat maka saya mengesyorkan untuk menangguh perlaksanaan RUU ini dan tidak tergesa-gesa melaksanakan RUU ini selagi perkara-perkara yang dibangkitkan dapat diberi perhatian sewajarnya. Isu-isu dibangkitkan seperti kuasa lembaga pengarah, isu pelaksanaan dan seumpamanya perlu kepada pindaan dan tidak perlulah kita rush ataupun rushing untuk meluruskan RUU ini tapi kita buat benda yang sebaik mungkin dan akhir sekali insya Allah dapat RUU yang begitu mantap yang dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, wabilahitaufik, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kamunting. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada Malim Nawar untuk memulakan perbahasan. Sepuluh minit daripada sekarang.
Terima kasih Timbalan YDP kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Sumber Air Perak Tahun 2022. YDP, pada dasarnya saya memang bersetuju dengan inisiatif Yang Amat Berhormat dan Kerajaan Negeri untuk membentangkan RUU ini yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri Perak memandangkan sumber air adalah satu sumber negeri kita yang sangat precious dan scarce commodity dengan izin iaitu satu sumber yang susah didapati dan sangat berharga. Walau bagaimanapun saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri kepada implikasi kepada dan impak ke atas golongan petani-petani dan penternak-penternak. Beberapa peruntukan yang terkandung di dalam enakmen tersebut. Yang pertama Seksyen 37 enakmen tersebut yang memperuntukkan bahawa setiap orang yang menjalankan apa-apa kerja di atas tanah hendaklah mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan atau meminimumkan kesan negatif kepada aliran punca air, hakisan tanah, keledakan ataupun pencemaran sumber air. Mereka hendaklah menyediakan satu pelan kerja tanah, pelan kawalan hakisan dan kelodak, pelan susun atur saliran dan juga laporan.
Selain daripada itu juga, di seksyen 46. Untuk tujuan menyukat kuantiti dan kualiti air, pengarah lembaga tersebut boleh menghendaki tuan punya ataupun pengundi premis yang menggunakan ataupun melepaskan ke dalam ataupun mengganggu aliran air untuk memasang dan mengendali apa-apa jenis alat pengukuran ataupun perekodan yang diluluskan oleh pengarah. Mereka juga hendaklah mengendali apa-apa jenis peralatan termasuk peralatan pagi pengawalan, persampelan, pemancaran ataupun amaran yang diluluskan oleh pengarah dan adalah juga keperluan di bawah seksyen ini bahawa mereka yang menggunakan peralatan ini hendaklah melantik Juru Audit luar atau pun orang keseorangan yang bebas untuk memeriksa peralatan tersebut untuk memastikan ketepatan peralatan tersebut kerana dengan jelasnya diperuntukkan bahawa perbelanjaan atau pun caj peralatan itu adalah ditanggung oleh pengguna-pengguna. Selain daripada itu, dibawah Seksyen 47, Kerajaan Negeri juga boleh atas nasihat lembaga menetapkan caj dan bayaran yang perlu dibayar oleh orang tersebut iaitu ia merangkumi saya pasti dengan interpritasi yang literal ini ia akan merangkumi petani dan penternak apabila mereka menggunakan air.
So, dengan beberapa seksyen ini yang mengkehendaki orang yang memerlukan air untuk membeli peralatan atau pun membayar caj yang lebih ni saya khuatir sekiranya interpretasi yang luas digunakan perkataan yang digunakan adalah setiap orang ia akan merangkumi petani-petani khusus dia mereka yang menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian secara kecil-kecilan atau pun penternak-penternak sama ada mereka menternakan lembu, itik atau pun mereka telah nelayan darat atau pun menternakan ikan di kolam. Sudah tentu mereka akan menggunakan sumber air dan sudah tentu seksyen-seksyen atau pun peruntukan-peruntukan tersebut tadi akan melibatkan mereka dan mereka akan dikehendaki untuk menambah kos pengeluaran mereka dan dengan kerajaan yang selalu memfokuskan kepada food security dengan izin atau pun keselamatan makanan dan dengan kenaikan harga makanan di kebelakangan atau pun masalah inflasi ini adalah satu permasalahan untuk petani-petani dan penternak-penternak kerana apabila kita ingin mendapatkan makanan yang lebih murah atau pun dengan harga yang lebih munasabah dengan penambahan perbelanjaan ini atau pun kos tambahan yang dikenakan ke atas mereka sudah tentu cost production atau pun pengeluaran mereka akan menambah dan saya khuatir kos ini akan di dengan izin pass on atau pun pass on kepada pembeli-pembeli sayur-sayuran, buah-buahan atau pun daging dan ikan dan ini akan memburukkan keadaan sekarang inflasi sekarang.
Oleh itu, saya cadangkan Kerajaan Negeri boleh memperhalusi peruntukan-peruntukan tersebut untuk memastikan bahawa khususnya petani-petani atau pun penternak-penternak yang bukan menjalankan aktiviti komersial secara besar-besaran secara korporat boleh dikecualikan atau pun peruntukan-peruntukan diperhalusi supaya bagi mereka yang mengusahakan tanah atau pun kolam di bawah jumlah yang tertentu mereka boleh dikecualikan atau pun dikurangkan caj yang di akan dicajkan ke atas mereka dan juga untuk budi bicara yang diberikan diberi kuasa kepada pengarah. Saya cadangkan juga budi bicara tersebut hendaklah dikawal dan peruntukan-peruntukan tambahan ditambah untuk menghadkan budi bicara Pengarah Lembaga Sumber Air tersebut supaya budi bicara ini tidak dijalankan secara terus terluas ke atas mereka yang tidak mampu untuk membayar caj atau pun bayaran yang akan tikus dikenakan ke atas mereka yang menggunakan sumber air.
Memandangkan topik yang panas sekarang ialah harga makanan saya ingat ini adalah sangat penting untuk meringankan beban kewangan ke atas petani-petani penternak-penternak dan juga saya bagi pihak kawasan saya iaitu kawasan Malim Nawar di mana ada banyak penternak-penternak petani-petani yang sekarang sudah mengalami masalah tidak ada tanah yang mencukupi dengan enakmen yang baru ini. Selain daripada masalah mereka yang sudah tidak ada tanah yang mencukupi untuk menternak dan mengusaha ini akan tidak akan menolong mereka yang selalu datang ke pejabat saya untuk memohon sama memohon untuk Kerajaan Negeri untuk memberikan mereka penyewaan tanah. So, di sini saya ingin menggesa kerajaan untuk mengkaji semula peruntukan-peruntukan tersebut khususnya peruntukan-peruntukan yang mengenakan caj dan bayaran, peruntukan-peruntukan yang memaksa mereka melantik Juru Audit bebas dan juga memberi peralatan. Saya di sini merayu kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula dan sekiranya boleh menambah peruntukan-peruntukan tambahan untuk menjelaskan siapa yang boleh dikecualikan daripada bayaran tersebut atau pun keperluan tersebut untuk membeli peralatan dan pelantikan pakar kerana sudah tentunya petani-petani dan penternak-penternak kecil-kecilan tidak ada kepakaran atau dengan izin expertise untuk membuat peralatan tersebut sendiri. Mereka akan bergantung kepada pakar luar dan ini akan menambah perbelanjaan mereka apabila mereka menternak atau pun mengusahakan tanah untuk mengeluarkan makanan kepada kami. Itu saja sekian dan saya menyokong enakmen ini tertakluk kepada apa yang dinyatakan di atas. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Malim Nawar. Wa betul-betul ikut time ada seminit lagi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat pembahas yang terakhir untuk rang undang-undang ini, saya jemput Yang Berhormat daripada Pasir Bedamar. 10 minit ya.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Yang Berhormat Menteri Besar Perak, rakan-rakan sebelah sini dan juga rakan-rakan di sebelah sana, ahli-ahli media, saya mengucapkan sekali lagi terima kasih atas peluang untuk berbahas. Saya pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa sudah tiba masanya ada rang undang-undang bagi mengawal penggunaan sumber air negeri Perak. Memang pada dasarnya Pasir Bedamar berpendapat bahawa rang undang-undang ini adalah perlu. Tapi saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada hakikat bahawa rang undang-undang ini sangat-sangatlah penting sebab rang undang-undang ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara hidup atau pun mempunyai kesan ke atas hampir semua orang di negeri Perak. Sebagai manusia kita tahu seseorang manusia itu dibuat daripada 60% air. Jadi air itu sangat penting sumber air sangat-sangatlah penting dan pernah ada negara berperang oleh kerana ada air dan jika kita lihat di Bangsa-Bangsa Bersatu pun ada badan untuk mengawal isu yang dipanggil conflict of water management.
Dato' Yang Dipertua, berkenaan dengan rang undang-undang ini kalau kita teliti secara keseluruhan rang undang-undang ini sebagaimana yang dikatakan secara dasarnya ingin mengawal kegunaan air dari segi perdagangan atau corporate use commercial use dengan izin tetapi apa yang menjadi sensitif adalah bab apabila ia mempengaruhi atau pun memasuki bahagian di mana rang undang-undang ini memberi kesan kepada rakyat biasa kepada yang disebut oleh ramai Yang Berhormat petani, yang disebut pada orang biasa. Jadi kita lihat bahawa pada dasarnya kita diminta untuk meluluskan satu rang undang-undang yang akan mengawal sumber air di Negeri Perak. Pada masa sama, bahagian-bahagian yang menyentuh rakyat biasa ataupun yang disebut oleh YB-YB isu sara diri itu terdapat beberapa idea yang menjadi kabur sikit ataupun yang disebut sebagai grey area. Jadi saya ingin fokuskan perbahasan saya kepada isu-isu yang grey area yang boleh ditambah baik melalui rang undang-undang ini. Secara prinsipnya Dewan diminta untuk meluluskan undang-undang dari segi polisi yang berkaitan dengan komersial atau penggunaan secara komersial itu tiada masalah tetapi apabila ia menyentuh bahagian yang melibatkan orang biasa saya perhatikan bahawa rang undang-undang ini memberi Pihak Berkuasa Negeri keputusan untuk memutuskan sama ada memberi apa yang dipanggil sebagai pengecualian ataupun yang dipanggil sebagai kebebasan untuk menjalankan aktiviti tanpa perlukan lesen.
Secara keseluruhan apa rang undang-undang ini membuat adalah memerlukan sesuatu pihak atau seseorang itu memperolehi satu lesen jika menggunakan sumber air atau aktivitinya berkaitan dengan sumber air dan apabila ada lesen ni mestilah mempunyai suatu fi atau pun bayaran untuk mendapatkan lesen yang diperuntukkan. Jadi kita dapati bahawa ada tiga, saya mendapati ada tiga isulah. 3 isu yang kita perlu kaji semula atau kaji dengan lebih teliti. Kalau Behrang kata sini tadi bahawa kerajaan amat prihatin untuk memastikan bahawa ada kawalan ke atas sumber air, saya juga percaya pihak pembangkang sebelah sini juga sama-sama prihatin untuk memastikan ada kawalan ke atas sumber air di Negeri Perak yang tercinta ini. Jadi kalau kita lihat bab-bab yang menjadikan penggunaan air tu sebagai ciri ataupun fokus yang boleh ditambah baik. Kalau kita lihat berkenaan dengan isu di bahagian 4, dia menyebut tentang pencemaran air.
Apabila kita lihat pencemaran air seseorang atau sesuatu syarikat itu boleh melakukan pencemaran air sekiranya ia dilesenkan dan definisi pencemaran itu diambil daripada akta-akta alam sekitar tahun 1994. Definisi sama telah digunakan dan di bawah akta ini, sesuatu pihak itu boleh melakukan pencemaran air jika ia dilesenkan dan sama juga di Negeri Perak, kita diminta untuk meluluskan satu undang-undang yang juga akan melesenkan pencemaran air bukan menghalang pencemaran air. Tapi dilesenkan. Jadi kita akan mendapati tidak ada dua pihak yang kita perlu berdialog dengan ataupun dengan izin approach untuk mendapatkan lesen. So, jadi bagi satu pun satu perbuatan yang sama kita akan perlukan dua lesen. Satu daripada akta kualiti alam sekitar dan satu daripada Kerajaan Negeri dan kalau kita lihat ini pertindihan 2, 2 perkara ini mungkin satu badan membenarkan perbuatan yang dipohonkan dan satu badan tidak membenarkan perbuatan yang dipohon jadi kita akan dipohon. Jadi kita mungkin akan menghadapi satu konflik dengan suatu akta persekutuan dan akta negeri. Jadi saya meminta bahawa perhatian diberi kepada isu yang ini dan lagi satu berkait dengan isu yang disebut-sebutkan, Seksyen 37, Seksyen 49 dan Seksyen 45. Isu-isu ini adalah berkenaan dengan penggunaan...
Pasir Bedamar, dengan izin. Terlanjur Pasir Bedamar menyebut Seksyen 44/1 tadi, adakah Pasir Bedamar rasa pelik ataupun tiada seorang pun boleh menyebabkan kemasukan atau melepaskan apa-apa pencemaran ke dalam melainkan jika dia memiliki suatu lesen. Maka kalau dia ada lesen dia boleh lepaskan ke dalam sumber air. Boleh ke tak boleh?
Ya saya berpendapat bahawa sebagaimana pencemaran itu dibenarkan jika dilesenkan. Jadi saya memintalah kita mengambil penelitian lebih mendalam berkenaan dengan seksyen ni sebab seksyen ini jika dibacakan dibaca oleh orang awam akan dilihat sebagai pelik. Saya teruskan Dato’ Yang Dipertua. Kalau kita lihat khasnya berkenaan dengan Seksyen 37 sebagaimana yang dibangkitkan oleh Malim Nawar tadi, sumber air hujan, sumber air hujan ni yang menjejaskan apa-apa sumber air lain perlu dikemukakan satu pelan pada pengarah dan juga perlu ada kelulusan. Jadi honest yang disebut honest kepada semua orang sama ada perbuatan beliau itu akan mengancam, akan mempunyai satu impak yang negatif ke atas sumber air. Ini bermaksud kalau kita melakukan penanaman semula kawasan kita ataupun dimana air hujan mungkin, aliran air hujan mungkin tergugat, sungai tergugat ataupun kita di tapak pembinaan kita atau tempat kita nak buat sedikit kerja-kerja kontrak, mengubah ataupun memberi kesan kepada laluan air ni, beban adalah atas pihak ini untuk memohon ataupun mengemukakan pelan atau mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Jadi apa yang kita dapati adalah beban pulang kepada rakyat di mana mereka dikehendaki untuk memastikan mereka tidak melanggar peruntukan Seksyen 37.
Jadi bagi seseorang itu yang lebih arif ataupun dengan izin, more carefull, apa yang dia akan buat kerja akan masukkan kebenaran apabila dia perlu buat apa-apa dan ini akan menjadikan apa yang dikatakan red tape yang banyak. I percaya apa yang akan terjadi adalah sesuatu seseorang itu yang ingin membuat apa-apa pun bila adanya Seksyen 37, bila adanya Seksyen 44, bila adanya Seksyen 49 terpaksa berjaga-jaga ataupun memohon untuk lesen perlu buat drawing. Jadi saya berpendapat bahawa kita kalau kita kaji semula seksyen- seksyen ini, kita boleh menambahbaikkan rang undang-undang yang sepertimana saya katakan yang rang undang-undang ini adalah baik dengan penambahan ataupun kajian semula kita boleh memperbaiki rang undang-undang ini supaya ia menjadi lebih adil kepada semua yang berkenaan.
Pasir Bedamar. Sikit ye. Terima kasih Pasir Bedamar. Saya juga bersetuju dengan pendapat Pasir Bedamar. Jadi apa pun sebenarnya Pihak Berkuasa Negeri berhak menentukan dan meletakkanlah ketentuan untuk pelaksanaan yang berkaitan dengan lesen ini. Saya yakin perkara ini akan diperhalusi oleh pihak kerajaan kerana kadar dan apa juga sebelum dilaksanakan ini perlu diperhalusi kerana di Perkara 45 sebenarnya, hak petani dan pesawah juga dijaga di bawah bahagia Perkara 45. Cumanya perlu juga penambahbaikan. Terima kasih Pasir Bedamar.
Terima kasih. Saya juga bersetuju cuma hak untuk meluluskan rang undang-undang ini adalah terpulang kepada Ahli-Ahli YB tetapi penghalusan ataupun terlalu banyak isu-isu yang penting dia letak di dalam tangan Pihak Berkuasa Negeri untuk memastikan. Jadi saya percaya deciding sector atau pun the deciding the highest body adalah Dewan Undangan Negeri Perak yang perlu dibahaskan oleh semua, semua orang, bukan semua orang, semua pihak perlu bersetuju dan pengundi sama ada rang undang-undang yang ingin diluluskan itu adalah rang undang-undang ataupun peruntukan-peruntukan yang kita sendiri mau dan bukan meluluskan satu rang undang-undang secara yang dikatakan luas atau general dan detail diberikan kepada semua diberikan kepada satu pihak yang lain untuk memutuskan dan sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin berhujah sedikit mengenai isu yang disebut-sebut semua orang sebagai isu sara hidup.
Saya mendapati bahawa ada pengecualian di mana petani-petani atau pun penternak-penternak yang menjalankan pertanian sara hidup ini tidak terjejas oleh rang undang-undang ini, tidak memerlukan lesen. Itu ada sesuatu perkara yang baik dan saya ingin amat bersetuju tetapi masalah yang rang undang-undang ini membuat adalah pihak-pihak yang ingin menjadi pihak petani yang menyara hidup sendiri telah dibebankan dengan perlu membuktikan bahawa dengan menyertakan ataupun mengemukakan dokumen atau penyata akaun bahawa mereka adalah golongan yang terkecuali jadi apa ini membuat adalah bagi mereka-mereka yang betul-betul miskin, betul-betul menjalankan pertanian sara diri terpaksa juga menyertakan akaun dokumen-dokumen dan membuktikan bahawa mereka sedang menyara diri dan ini bukanlah secara otomatis dan kalau kita lihat secara praktiknya hampir tidak ada orang yang menjalankan pertanian sara diri hari ini semua orang menjalankan pertanian. Walaupun kita nak tanam cili, cili itu nak dijual. Jadi itu menjadi komersial. Bila cili itu nak dijual dijadikan komersial kita perlukan penyata. Kemukakan kepada pihak berkuasa untuk mendapat pengecualian daripada lesen. Jadi saya berharaplah kita boleh menghalusi isu ini menjadikan rang undang-undang ini lebih baik dan untuk kelestarian rakyat Negeri Perak. Jadi Yang Dipertua, saya ingin menyatakan bahawa:
Negara damai rakyat sejahtera, Lalu disimpan di atas sana, Beras segantang akan dimakan bersama, Rang undang-undang baik dan disokong Jika dipinda.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang berhormat daripada Pasir Bedamar dengan selesai sudah pembahasan daripada Yang Berhormat daripada Pasir Bedamar itu, maka selesailah perbahasan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2022 oleh Ahli Dewan Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan ini menangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa, 19 haribulan Julai 2022, jam 9.00 pagi.