Perak · 27 December 2022
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 259 turns · 63,810 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keempat, Mesyuarat Kedua, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 27 Disember 2022 jam 9.20 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahhirrohmannirrohim, segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajiban ke atas Raja dan Ahli Majlis permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman, makmur limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian hambaMu, yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajiban yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu, dimohon menyuluh memandukan pada ketika kami berunding menimbang bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan menjunjung perintah dan kebesaranMu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan Amin Ya Allah seru sekalian alam.
Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, pihak urusetia, para petugas, para pemerhati dan wakil media sekalian. Pertama sekali saya ingin mengucapkan kepada semua yang hadir pada pagi ini selamat kembali bersidang. Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara yang pertama urusan mesyuarat akan dimulakan dengan sesi soalan lisan. Saya ingin memaklumkan tempoh masa yang ditetapkan bagi sesi soalan lisan pada sepanjang persidangan mesyuarat adalah satu jam. Perkara yang kedua urusan Dewan Negeri akan diteruskan dengan sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023. Seramai 24 Ahli-ahli Yang Berhormat dijangka akan menyertai sesi perbahasan pada hari ini. Saya memohon jasa baik Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas dengan sebaik-baiknya dan membawa aspirasi rakyat yang menjurus kepada pembangunan kesejahteraan sosio ekonomi negeri. Tempoh masa perbahasan kepada penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 45 minit bagi setiap seorang. Manakala tempoh perbahasan bagi setiap pembahas yang lain adalah 20 minit.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengingatkan kepada Ahli-ahli Dewan sekalian untuk berbahas atau yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dengan mengambil kira serta mematuhi adab-adab dan peraturan-peraturan perbahasan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Perintah-Perintah
Tetap Dewan Negeri Perak dan Konvensyen Dewan Negeri. Tujuannya ialah supaya Ahli-ahli Dewan sekalian akan dapat mengoptimumkan peluang sewaktu persidangan Dewan ini untuk berbahas, berhujah, berdebat dan bertukar-tukar pandangan demi kesejahteraan rakyat tanpa perlu menimbulkan suasana yang tegang apatah lagi keadaan huru-hara di dalam Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, akhir sekali berkaitan dengan hansard saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli ahli Yang Berhormat juga bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada paparan hansard sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat pada hansard tersebut. Selamat berbahas, sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini seperti yang saya nyatakan tadi adalah selama satu jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal, soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan nombor soalan.
Tuan Yang di-Pertua, saya wakil kepada YB Trong mengemukakan soalan nombor satu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Trong. Berkenaan isu pemilikan hak milik tanah yang dikatakan telah menjadi isu utama di DUN Trong dan bertanya langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah permohonan geran tanah yang tertangguh. Berdasarkan semakan dengan pihak pentadbiran tanah di daerah-daerah, secara umumnya beberapa punca kelewatan pemprosesan permohonan tanah dan juga kelewatan pemprosesan pemberian hak milik tanah adalah seperti berikut. Yang pertama permohonan yang tidak lengkap diterima serta kelewatan pemohon mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.
Kedua, prosedur pelupusan tanah yang perlu dipatuhi merangkumi keperluan laporan atau ulasan daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain, yang melibatkan tempoh pemprosesan oleh jabatan teknikal bagi menyediakan laporan siasatan tanah dan juga ulasan jabatan teknikal. Begitu juga proses penilaian yang melibatkan pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta atau JPPH.
Ketiga, proses penyediaan permintaan ukur dan pengeluaran pelan oleh pihak jabatan ukur dan pemetaan dan sebagainya sebelum sesuatu geran dapat didaftarkan.
Yang keempat, isu permohonan kebenaran merancang yang belum dimuktamatkan berikut terdapat beberapa pindaan atau pematuhan yang perlu dilaksanakan oleh pihak juruukur tanah ataupun pemohon ataupun pemaju.
Yang kelima, kos pembangunan infrastruktur di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan juga Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang belum mendapat kelulusan akibat kos pembangunan infrastruktur yang terlalu tinggi terutamanya bagi kerja-kerja menambak tanah.
Yang keenam, proses penyediaan pelan susun atur yang belum diselesaikan oleh pihak juruukur tanah berlesen berikutan faktor-faktor seperti masalah juruukur, pertelingkahan peserta mengenai keluasan sempadan usaha dan perubahan nama peserta yang sering berlaku terutamanya bagi proses pemberimilikan di Rancangan Tanah Berkelompok. Ketujuh, kawasan tanah yang dimohon terlibat dengan proses pembatalan rizab hutan, dimana sijil pembebasan hutan masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri berikutan masih lagi terdapat hasil hutan yang boleh dikeluarkan menyebabkan proses pemberimilikan hak milik tidak dapat disempurnakan.
Walau bagaimanapun data-data tunggakan permohonan tanah dipantau secara berkala oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan juga pentadbir-pentadbir tanah. Malahan juga berbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pasukan pentadbir tanah dari masa ke semasa seperti mengadakan sesi perbincangan dengan pihak jurukur atau jabatan lain yang berkaitan mahupun pelbagai pendekatan lain dalam mempermudah proses permohonan ini, bagi memastikan kecekapan pengurusan permohonan tanah dapat ditingkatkan dan dipercepatkan. Kerajaan Negeri komited untuk menyelesaikan isu hak milik tanah yang tertunggak sejak sekian lama.
Untuk makluman Yang Berhormat Trong usaha untuk memuktamadkan pemilikan hak tanah. Pemilikan hak milik tanah sentiasa menjadi dasar keutamaan oleh semua lapisan peringkat di seluruh pentadbiran tanah di negeri Perak. Manifestasi kepada sistem penyampaian yang efisien, Kerajaan Negeri telah menjalankan penurunan kuasa kepada pentadbir tanah bagi mempercepatkan permohonan untuk pertimbangan. Di samping itu proses permohonan telah ditetapkan melalui piagam pelanggan yang digariskan iaitu permohonan pemberimilikan hendaklah disempurnakan dalam tempoh 190 hari. Selain daripada itu, perlaksanaan Sistem e-Tanah merupakan satu mekanisme transformasi kepada urusan pemilikan dan pendaftaran hak milik, untuk disempurnakan dengan lebih cepat. Malahan Kerajaan Negeri juga telah memutuskan melalui keputusan MMK Bilangan 2053, bertarikh 9 Disember 2021, Dasar Penyelesaian Tunggakan Permohonan Tanah tahun 2018 ke bawah. Perkara ini telah diselaraskan di peringkat PTG dengan mengeluarkan surat arahan PTG Bilangan 6/2021 yang menetapkan tindakan yang perlu diambil oleh pentadbir tanah bagi fail-fail permohonan tanah yang diterima bagi tahun 2018 ke bawah. Perkara ini turut dijadikan KPI setiap daerah dan dipantau melalui mesyuarat berkala yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, dengan wujudnya arahan ini serta komitmen daripada setiap PDT, isu tunggakan permohonan tanah dapat dikurangkan dan proses pemberi milikan dapat dipercepatkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh sikit soalan.
Changkat Jering.
Boleh? Ok, terima kasih di atas jawapan yang diberi tadi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, lanjutan daripada pemilikan tanah, saya nak tanya sikit, nak tujukan persoalan berkenaan dengan tanah di Simpang Halt. Yang difahamkan 30 rumah lebih kurang berada di Simpang Halt perlu mengosongkan tanah tersebut dalam tempoh 30 hari. Notis daripada peguam yang mempunyai dia kata hakmilik tanah tersebut dan saya difahamkan tanah di situ ada yang diduduki daripada tahun 1960 lagi dan baru-baru ini, notis dikeluarkan oleh pihak peguam untuk mengosongkan tanah di tempoh 30 rumah yang berada di Simpang Halt. Ada maklumat. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada pihak yang berkenaan terutama sekali Pejabat Tanah dan Daerah Larut, Matang dan Selama dan juga PKNP dan saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Bercham.
Terima kasih. Selamat pagi. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan soal permohonan pemilikan tanah dan juga kepada soal pembaharuan pemilikan tanah. Jadi, pejabat saya sering diterima soalan-soalan daripada penduduk di mana mereka telah mengemukakan banyak permohonan untuk pembaharuan untuk pemilikan tanah tidak kira yang biasa ataupun TOL dengan izin dan mereka telah dikenakan untuk sering kali pergi ke pejabat tanah ataupun bertanya kepada saya untuk mencari jalan pintas agar saya boleh mendapat mereka membantu untuk mempercepatkan pembaharuan ataupun pemilikan. Jadi, memandangkan Kerajaan Negeri ada satu sistem baru iaitu e-Tanah, adakah sistem ini mempunyai satu SOP agar mereka boleh tahu perkembangan status permohonan mereka sampai ke tahap mana? Kalau tidak, mereka sudah tunggu, tunggu, tunggu, ada yang sudah beberapa tahun, jadi, harap Yang Amat Berhormat boleh menjelaskan soalan ini dan juga kepada pemohonan untuk iaitu pembaharuan pemilikan tanah itu, premium yang dikenakan kadang kala agak terlalu tinggi. Adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk bayaran secara ansuran? Kita tahu pembayaran kita beli barangan elektrik ke? mana-mana kereta ke, kita boleh bayar secara ansuran. Adakah sistem ini diperkenalkan agar tidak membebankan mereka, tidak bayar secara jumlah yang begitu besar? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan pertama tadi berkaitan dengan sistem e-Tanah. Sukacita saya maklumkan dengan sistem tersebut pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan status permohonan mereka melalui aplikasi berkenaan. Yang kedua berkaitan dengan cadangan atau pertanyaan sama ada boleh dibayar secara beransuran. Saya minta maaf, kita tak dapat menyempurnakan permintaan ini kerana ia terlibat dengan audit dan juga sasaran atau KPI bagi pendapatan yang dijanjikan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Pejabat Tanah dan Galian Negeri mempunyai KPI tertentu untuk mereka menentukan berapakah pungutan bagi setiap tahun. Jadi kalau kita membenarkan bayaran secara ansuran, sukar bagi pihak PTG untuk membuat ketetapan bagi KPI mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Kamunting untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan bagi Kamunting adalah soalan nombor dua.
Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kamunting serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Perak sentiasa prihatin dalam perancangan yang melibatkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Seperti yang kita sedia maklum, alam sekitar amat penting dalam rantaian kehidupan manusia dan memberi keseimbangan kepada ekosistem alam. Dalam usaha ini Kerajaan Negeri telah mempromosikan gagasan Pelan Perak Sejahtera 2030 dan pendekatan yang diambil iaitu membudayakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Bagi mencapai matlamat pendekatan ini, digariskan tiga rangka pelaksanaan iaitu yang pertama meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap alam sekitar. Yang kedua, melaksanakan tindakan segera dan proaktif bagi menangani isu dan masalah alam sekitar. Yang ketiga, memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam pengurusan alam sekitar.
Untuk makluman Dewan yang mulia, sekiranya semangat menjaga alam sekitar dipupuk sama seperti semangat patriotism, kesannya dipercayai lebih berganda. Kesedaran setiap individu dalam masyarakat bagi menangani isu ini pula akan menambahkan impak berganda terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu juga setiap agensi mahupun jabatan di Negeri Perak dikehendaki memberi fokus dalam memastikan setiap pembangunan adalah seimbang iaitu mengharmonikan dan mengintegrasi dimensi alam sekitar dalam dasar semua sektor serta meningkatkan program-program berkaitan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat umum di Negeri Perak di samping memantapkan penguatkuasaan berkaitan isu-isu pencemaran alam sekitar.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi menyahut hasrat ini, Kerajaan Negeri sentiasa arif dalam mempraktikkan amalan-amalan berkenaan usaha murni ini. Di antara amalan-amalan tersebut dalam usaha Kerajaan Negeri bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah satu, Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-waste) di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak. Yang kedua, Kempen Hindari Plastik Sekali Guna dan pelaksanaan Kempen Tiada Plastik Beg. Yang ketiga, Program Gotong Royong Denai Sungai. Yang keempat, Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. Kelima, Program Kesedaran Alam Sekitar yang melibatkan rakan strategik Jabatan Alam Sekitar Negeri dan pihak swasta bagi penganjuran sempena Hari Alam Sekitar Negara dan lain-lain sambutan bertemakan alam sekitar. Yang keenam, Program Anugerah Lestari Alam Sekitar Premis Yang Berjadual. Ketujuh, Program Anugerah Ikon Muda Alam Sekitar iaitu pelajar di sekolah dan kelapan, cadangan pengwujudan dasar baru Kerajaan Negeri untuk penggunaan bahan api gas asli bagi industri baru dan sedia ada dan kesembilan, Kempen Hari Tanpa Kenderaan. Kesepuluh, cadangan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di Negeri Perak dan kesebelas, Roof
Top Solar PV System di bangunan kerajaan dan pembangunan ladang solar seperti contohnya di Keramat Pulai, Perak.
Untuk makluman Dewan yang mulia, bagi mencapai hasrat ini saya mengajak kita semua supaya terus menyuburkan pendekatan yang harmoni serta memupuk nilai-nilai kebersamaan. Pendek kata, setiap anggota masyarakat perlu lebih prihatin, komited dan serius untuk bersama-sama menjaga alam sekitar seperti kita menjaga kemakmuran dan kemerdekaan negara ini. Bersamalah kita berganding bahu dalam memastikan kelestarian alam terus terpelihara. Sekian, terima kasih. Terima kasih.
Sefaham saya bahawa Perak telah pun mengeluarkan satu dokumen pada mulanya, namanya Perak Sustainable Green Print 2030. Kemudian telah ditukar kepada Perak Lestari yang melibatkan 12 sektor utama Negeri Perak untuk pastikan bahawa sasaran nasional pengurangan, ke arah pengurangan dengan izin Greenhouses Gas (GSG). Jadi, dokumen ini telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan saya nak tahu bagaimana perancangan Kerajaan Negeri bagi menyokong dokumen ini di peringkat PBT? Adakah PBT untuk sampai 2030 ada fasa tertentu? Fasa pertama apakah pencapaian yang akan kita capai sehinggalah ke 2030? Seumpama macam bandar rendah karbon di Pangkor. Maknanya kita akan melaksanakan kenderaan yang tidak menggunakan petrol. Jadi, apakah perancangan untuk terutama kepada PBT-PBT? Perlaksanaannya, seeloknya PBT dululah untuk PBT utamakan dahulu di peringkat MBI, piping dan sebagainya. Adakah perancangan itu berfasa supaya kita boleh monitor fasa ini dah capai berapa peratus? Sekian.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kamunting. Satu soalan yang bagus. Mengenai Perak Sejahtera 2030, dasar tersebut merupakan satu dasar yang amat menyeluruh dan saya juga dalam proses meneliti dasar-dasar tersebut dan saya rasa saya akan cuba untuk menyediakan satu naskah untuk setiap Ahli-ahli Dewan yang berada di dalam Dewan ini untuk drujukkan pada masa akan datang dan ianya merangkumi banyak aspek dan...
Dokumen ini telah pun siap dengan kerjasama Pihak UPEN dan MAIPk. Dokumen itu dah ada, cuma di peringkat adakah dia buat bentuk fasa di PBT?
Maksudnya, YB Kamunting dalam perlaksanaankan? Dalam perlaksanaan juga telah terangkum dalam dasar tersebut dan ia merupakan satu dasar yang amat menyeluruh dan saya rasa kita semua harus meneliti dengan secara terpenci dan dengan membawa harapan besar, dasar tersebut akan tercapai dalam masa yang akan datang. Itu saja daripada saya. Terima kasih.
Saya minta izin.
Ya, Buntong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan Buntong, sejajar dengan penerapan agenda Perak Bumi Lestari, apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri berhubung dengan kempen E-waste secara menyeluruh di negeri Perak? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan daripada Buntong yang berperihatin terhadap agenda Perak Bumi Lestari. Untuk maklumat Yang Berhormat Buntong, kempen E-Waste yang sedang dilaksanakan termasuk penguatkuasaan secara holistik terhadap hasil usaha agresif yang dijalankan dengan penglibatan pelbagai pihak seperti Badan Bukan Kerajaan, iaitu NGO, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak swasta dan agensi Kerajaan Negeri. Tuan Yang di-Pertua, kini peningkatan jumlah sisa E-waste juga perlu diberi perhatian yang serius dan faktor tersebut disebabkan hasil dari ledakan pantas peralatan teknologi seperti komputer, televisyen, telefon bimbit, serta barangan elektronik yang lain. JAS Negeri Perak telah menyediakan kaedah perlupusan barang E-waste secara teratur dengan jaringan kerjasama yang menyeluruh ini dapat dijalankan dengan lebih selamat, tersusun dan berkesan. Usaha ini amat penting kerana pengendalian E-waste secara tidak terkawal boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Akhir kata, pengurusan E-waste yang diuruskan secara selamat dan berkesan di negeri ini supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat. Terima kasih.
Satu soalan sahaja, Timbalan Yang di-Pertua.Tahun 2021, satu operasi besar-besaran di kuari di Hutan Melintang, Segari juga pihak Kerajaan telah buat di sanalah dan ada lebih kurang 42 kompaun dikeluarkan untuk pengusaha kuari di sana dan ada lebih kurang 2 kuari ditutup. Saya nak tahu status sekarang berkenaan dengan perkembangan kompaun ini dan juga status kuari yang ditutup di Hutan Melintang, Segari.
Terima kasih Yang Berhormat Kamunting. Soalan Kamunting merupakan satu soalan yang agak saya memerlukan maklumat yang lanjut daripada pihak JAS. Saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.Soalan Pasir Pinji, soalan nombor tiga.
Salam sejahtera kepada semua dan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, jumlah peruntukan MARRIS yang diterima bagi Majlis Bandaraya Ipoh untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM133,327,793.18 manakala jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk memperbaiki dan menurap jalan di kawasan DUN Pasir Pinji adalah sebanyak RM198,460.00 seperti berikut:
(a) Menurap semula jalan dan kerja berkaitan di Persiaran Tokong dan sebahagian Jalan Fu Eng Ling dengan jumlah sebanyak RM98,975.00 (b) Menurap semula jalan di Jalan Holmberg dan Jalan Ng Kheng Tan, Housing Trust dengan nilai sebanyak RM39,510.00 dan;
(c) Menurap semula jalan di Jalan Bunga Kala, Jalan Bunga Kemuning dan sebahagian Jalan Anggerik, Taman Pinji berjumlah RM59,975.00.
Bagi menjawab soalan pecahan (b), semakan mendapati jalan di kawasan Pasir Pinji ada yang mengalami kerosakan kecil. Oleh yang demikian, pembaikan secara tampalan akan digunakan manakala jalan-jalan yang telah mencapai jangka hayat tertentu akan dicadangkan untuk pelaksanaan turapan semula. Majlis Bandaraya Ipoh juga berusaha untuk memohon peruntukan luar bagi mengatasi masalah tersebut.
Untuk pengetahuan, Ahli-ahli Yang Berhormat, salah satu isu yang dihadapi dalam isu ini adalah tentang kelewatan pelantikan Pegawai Kemajuan Kampung Baru yang mengalami kelewatan dalam tahun 2021 dan 2022. Jadi sepatutnya setiap Kampung Baru yang mempunyai peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf termasuk untuk memperbaiki jalan tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat memanfaatkan Kampung-Kampung Baru. Jadi peruntukan yang ada di bawah MARRIS yang ada dengan PBT terpaksa digunakan untuk menjalankan kerja di kawasan perumahan, taman dan juga Kampung Baru. Jadi pihak Kerajaan Negeri akan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk pastikan isu ini dapat ditangani supaya lebih banyak peruntukan yang dapat digunakan untuk menjalankan kerja-kerja memperbaiki dan menaiktaraf jalan raya.
Untuk menjawab soalan pecahan C, terdapat dua kategori penyelesaian, iaitu aduan penyelanggaran rutin dan juga penyelanggaran berkala. Bagi kategori aduan penyelanggaran rutin, sekiranya pihak syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd gagal untuk masuk atau mengikut kitaran kerja yang telah ditetapkan, pihak Majlis Bandar Raya Ipoh akan mengeluarkan non confirmance product NCP, dengan izin, kepada syarikat konsesi untuk menyelesaikan dan menutup aduan berkenaan dalam masa tiga hari bagi skop pemotongan rumput dan tujuh hari bagi skop pembersihan longkang. Manakala bagi aduan penyelanggaran berkala setelah notis pembaikan NOD diluluskan oleh pihak MBI, pihak Puncak Emas Infra Sendirian Berhad akan melantik rakan niaga secepat mungkin untuk pelaksanaan pembaikan semula kerosakan. Bagi NCP dan NOD yang tidak selesai, pemotongan bayaran kerja akan dilaksanakan dan pihak syarikat konsesi tetap perlu selesaikan aduan yang diterima. Sebagai tambahan, pasukan quick response team QRT dengan izin bagi MBI juga ditubuhkan dan digerakkan dari masa kesemasa untuk bantu menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dan juga jawapan daripada YB Exco. Soalan tambahan saya ialah, barangkali kita lihat kadangkala syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat, menyebabkan masalah-masalah itu menjadi lebih serius dan kadangkala lubang yang kecil jadi lubang yang besar lagi membahayakan tapi keadaannya mungkin mengambil masa dua tiga bulan. So, bila tambah dengan musim hujan, keadaannya lagi teruk. So, saya nak tanya, apakah langkah yang akan diambil untuk meningkatkan efisiensi syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd dalam menangani aduan, terutamanya kerosakan jalan dan longkang yang serius, yang membahayakan keselamatan penggunaan jalan raya? Terima kasih.
Terima kasih. Saya sangat menghargai keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat tentang isu keberkesanan syarikat konsesi. Untuk pengetahuan, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan dan kerjasama PBT sentiasa memantau prestasi perkhidmatan konsesi Puncak Emas Infra Sendirian Berhad bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan, pembersihan longkang dan sebagainya dan ini dijalankan melalui pelaksanaan tindakan seperti berikut.
Pertama, mesyuarat bulanan oleh Wakil Pegawai Pengusaha di setiap 15 PBT yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua atau Datk Bandar dijalankan setiap bulan. Pelaporan prestasi dan isu serta masalah dibincangkan untuk memastikan kerja penyelenggaraan dijalankan dengan sempurna.
Kedua, mesyuarat pemantauan di peringkat negeri juga dilaksanakan secara berkala iaitu setiap dua bulan yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan. Laporan lengkap daripada setiap PBT diambil maklum dan sebarang isu berbangkit dibincangkan lanjut bagi mendapatkan jalan penyelesaian.
Ketiga, lawatan naziran ke setiap PBT dilaksanakan bagi memantau SOP Projek MARRIS yang berkuatkuasa dipatuhi dari semasa ke semasa.
Keempat, mengumpul dan menganalisa laporan-laporan penting berkaitan pelaksanaan Projek MARRIS dan menyediakan pelaporan prestasi kepada pihak pentadbiran Kerajaan Negeri bagi memberi gambaran jelas mengenai prestasi, aduan dan pelaksanaan pengurusan Projek MARRIS dari masa ke semasa untuk tujan penambahbaikan.
Dengan langkah-langkah ini, Kerajaan Negeri dapat memantau dan memastikan syarikat konsensi menjalankan tanggungjawabnya dan berusaha meningkatkan mutu kerja penyelenggaraan dari masa ke semasa dan seperti yang saya sempat kongsikan dalam sesi penggulungan sebelum ini, dalam tahun 2023, penilaian prestasi syarikat konsensi juga menjadikan juga turut menjadi salah satu agenda yang penting bagi bahagian Kerajaan Tempatan untuk kita menilai kontrak dengan syarikat konsensi ini. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua. Manong sila.
Terima kasih Timbalan Speaker, Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya berkaitan dengan Yang Berhormat Exco ada menyebut tentang kaedah pembaikan jalan melalui tampalan dan kaedah ini kita sedia maklum telah menimbulkan keadaan jalan yang tidak rata dan adakah satu kajian telah dibuat oleh pihak Yang Berhormat Exco keadaan jalan yang tidak rata ini antara faktor punca kemalangan? Telah ada kajian ataupun tidak telah dibuat. Terima kasih.
YB CIK SANDREA NG SHY CHING. Terima kasih kepada Yang Berhormat Manong. Ya, pihak kami turut mendapat feedback-feedback daripada pusat khidmat dan juga orang awam tentang kerisauan bahawa kerja tampalan kadang mungkin dijalankan dengan kurang sempurna atau turut membawa kepada isu lain. Pihak PBT dan juga pihak pejabat saya akan mengambil perhatian tentang isu ini dan juga kajian akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan kerja tampalan dijalankan dengan baik supaya tidak menimbulkan sebarang isu yang lain. Terima kasih.
Mohon soalan tambahan Buntong.
Buntung, soalan berkaitan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. YB Exco, Buntong membawa suara akar umbi aduan-aduan daripada rakyat Buntong ya. Kalau ikutkan, Buntong adalah lima hingga sepuluh minit sahaja dari pusat bandar, tetapi jalan utama, Jalan Sungai Pari di Buntong tidak mencerminkannya. Jalan yang diturap juga seringkali rosak dan membahayakan kepada pengguna jalan raya terutamanya mereka yang menggunakan motosikal. Adakah Kerajaan Negeri akan memastikan peruntukan yang secukupnya diberikan untuk menaiktaraf Jalan Sungai Pari pada tahun 2023? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Buntong. Untuk pengetahuan, setiap kali kalau aduan tentang port hole diterima, pihak konsensi akan menjalankan kerja tampalan secara fast patch, dengan izin, dalam jangka masa dua puluh empat jam dan dalam tempoh masa 3 hari pula, tampalan secara kekal perlu dijalankan tetapi dengan musim hujan yang berpanjangan, kita lihat kadangkala selepas fast patch dijalankan, jalan tersebut akan mengalami kerosakan yang berterusan dalam jangka masa yang pendek dan apa pun, saya ambil maklum tentang isu di jalan raya di Buntong yang dibentangkan, di mana kalau jalan-jalan raya yang tidak sempat kita laksanakan pada tahun ini, perancangan akan dijalankan untuk kami menyusun kerja-kerja ini mengikut keutamaan dan saya sentiasa mengalukan pusat khidmat yang Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kongsikan maklumat dan beri cadangan tentang jalan-jalan yang perlu diberikan keutamaan dan isu-isu berkaitan jalan raya untuk sama-sama kita pastikan keselamatan jalan raya dan orang awam sentiasa diutamakan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Soalan saya tentang port hole ini, memang masalah ini memang menggeramkan saya. Jadi saya ada contact pengurus konsesi itu Puncak Emas, saya pun juga ada contact Datuk Bandar dan juga Pengarah Kejuruteraan MBI dan kontraktor yang sendiri yang mengusahakan kerja-kerja untuk road patching. Ini, walaupun saya ada contact contact ini dan masalah yang di kawasan saya terutama sekali semalam saja saya baru pergi ke kawasan Perindustrian Tasek di mana sana ada banyak kilang termasuk Yee Lee ke banyak tetapi saya sudah buat aduan tersebut hampir setengah tahun tapi keadaan itu masih tidak berubah. Jadi saya harap kontrak Puncak Emas ini mesti ditamatkan. Saya rasa ini adalah luahan saya. Sebab kalau kerja potong rumput itu mereka bukan ok tetapi berkenaan dengan lubang jalan ini memang teruk. Sebab setelah saya post satu katakan di Facebook saya katakan masalah sudah selesai tetapi komen-komen bawah semua kena bantai. Sebab boleh kata rumah depan saya ada banyak lubang jalan macam mana. Jadi saya sering diasak oleh netizen. Jadi saya harap pihak kerajaan termasuk MB lah hentikan untuk Puncak Emas ini terus dijadikan konsesi untuk pembaikan jalan ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Bercham. Saya ambil maklum tentang isu-isu yang dibangkitkan dan juga pandangan terhadap penilaian prestasi tentang syarikat konsesi. Jadi untuk seperti yang saya kongsikan tadi selain daripada kerja pembaikan jalan raya yang dijalankan oleh Pihak Puncak Emas dengan peruntukan MARRIS, sebenarnya pihak PBT juga kalau ambil contoh di bawah MBI Quick Response Team juga diadakan untuk mereka bantu untuk menjalankan, ambil tindakan jika keadaan memerlukan dan ialah telah menjadi keutamaan bagi pihak Kerajaan Negeri dan dengan kerjasama semua PBT untuk kita menilai secara terperinci tentang prestasi ini dan juga pada masa yang terdekat, kami juga mengkaji macam mana dari segi sistem pengurusan dan dari segi mekanisme yang ada sekarang bagaimana kita boleh tambah baik untuk pastikan penambahbaikan dapat dijalankan dalam masa yang terdekat sebelum kita ada keputusan tentang halatuju untuk kontrak ini. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Astaka, soalan nombor empat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Terima kasih soalan daripada Astaka. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli Dewan yang dihormati sekalian. Menyedari kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negeri Perak, dalam Rancangan Malaysia ke-12, pelbagai program telah dirangka dan dirancang untuk memberi peluang kepada beliau menceburi diri dalam sub-sektor pertanian. Bagi memantapkan lagi usaha-usaha ini, kerjasama di antara agensi di bawah MAPPING digerakkan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pengeluaran dan kebolehpasaran hasil pertanian. Antara langkah yang diambil adalah melalui mesyuarat dengan Exco Pertanian yang dianggotai oleh jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri seperti Jabatan Pertanian, SADC dan jabatan agensi Kerajaan Persekutuan seperti FAMA dan LPP. Mesyuarat MAPPING di peringkat negeri dan daerah yang diketuai oleh Jabatan Pertanian digunakan sebagai platform perbincangan dalam mencapai keputusan bersama bagi menangani isu-isu berkaitan hasil pertanian. Selain daripada itu, kerjasama dengan pihak swasta melalui kebenaran penggunaan tanah kerajaan negeri membuka peluang dan ruang bagi menambahkan lagi bilangan peluasan bertanam di negeri Perak ini.
Bagi menggalakkan belia-belia menceburi sektor pertanian secara komersial, pelbagai latihan dan program telah dilaksanakan. Antaranya ialah kursus dijalankan di pusat-pusat latihan pertanian. Kursus-kursus ini dijalankan setiap tahun dalam pelbagai bentuk latihan dan tajuk meliputi kejuruteran pertanian, teknologi tanaman dan industri asas tani. Seiring dengan titah Tuanku Sultan untuk memperkasakan belia, Program Brigade Muda Pertani Moden telah dilancarkan khas untuk golongan belia yang berumur di bawah 40 tahun. Antara tujuan utama program ini dilancarkan adalah untuk membangunkan warga belia dan menjadikan pertanian sebagai salah satu kerja-jaya, kerjaya dan punca pendapatan yang utama mereka. Selain itu, Jabatan Pertanian Negeri Perak turut membuka peluang kepada usahawan dan petani untuk mengikuti program Agropreneur Muda yang mana usahawan tersebut boleh mendapat bantuan atau isentif sehingga RM20,000.00 bagi setiap orang. 34 tajuk khusus dilaksanakan melibatkan teknikal tanaman, pemprosesan makanan dan kejuruteran pertanian. Seramai 1,200 peserta khusus sepanjang tahun 2022. Bagi berkaitan dengan soalan penternakan, kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga sentiasa memberi perhatian terhadap golongan muda dan belia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti penternakan. Pelbagai usaha dan isentif telah disediakan bagi golongan ini meningkatkan kemahiran, pengetahuan, produktiviti, usaha ternak mereka seterusnya menjadi aktiviti penternakan yang diceburi berdaya maju.
Antara yang insentif yang disediakan oleh program Agropraneur Muda, AGM yang khususnya kepada golongan belia yang berumur diantara 18 tahun hingga 40 tahun. Peruntukkan sebanyak 20,000 disediakan bagi peserta yang layak. Sehingga kini bilangan penerima dari tahun 2015 sehingga 2022, seramai 237 orang belia dengan nilai penuntukan RM3,332,600.00 telah diberikan untuk projek-projek ternakan di seluruh negara. Selain daripada insentif, jabatan juga menyediakan peluang latihan kepada golongan ini meliputi kemahiran pengurusan ladang dan pendedahan kepada teknologi ternakan sebagai langkah mempertingkatkan keupayaan produktiviti mereka. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih jawapan daripada Dato' Exco. Tahniah dan syabas atas inisiatif-inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan golongan belia untuk terlibat dalam bidang pertanian. Namun demikian, isu tanah dalam bidang-bidang tersebut sering menjadi halangan bagi penglibatan belia dalam bidang-bidang tersebut. Apakah dasar Kerajaan Negeri dalam pemohonan tanah kerajaan untuk tujuan pertanian atau pentertakan dan adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mempermudahkan prosedur pemohonan tanah ataupun pemutihan penerokaan tanpa izin di atas tanah kerajaan bagi menggalakkan penglibatan belia dalam bidang tersebut? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Astaka yang telah mengemukakan soalan tambahan dan sebahagiannya Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Di sini saya ingin menjelaskan berkaitan soalan tambahan yang dikemukakan oleh Astaka. Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak telah memulakan inisiatif untuk mewartakan kawasan bertujuan pertanian di bawah seksyen 62 KTN Kanun Tanah Negara dan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Pertanian Negeri Perak sebagai penyelenggara.
Kelulusan daripada Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar Negeri Perak perlu diperolehi dahulu sebelum sesuatu tanah disyorkan untuk diwartakan bagi memastikan tanah tersebut sesuai untuk tujuan pertanian ataupun penternakan.
Sekiranya tanah tersebut dipajakkan, tempoh pajakkan boleh ditetapkan sehingga tidak melebihi 21 tahun sebagaimana yang nyatakan dalam Kanun Tanah Negara. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri berharap agar tanah-tanah yang diwartakan tersebut dapat diselenggara dengan baik dan hendaklah dikembalikan kepada kerajaan negeri sekiranya tidak lagi digunakan bagi mengelakkan isu tanah terbiar.
Perbadanan Pembangunan Peranian Negeri Perak (PPPNP), merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Perak yang ditubuhkan pada tahun 1973 yang menjalankan fungsi untuk membangunkan sektor pertanian di Negeri Perak. Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan tanah-tanah kepada PPPNP untuk tujuan pembangunan pertanian berskala besar melalui projek kerjasama bersama syarikat-syarikat pelabur. Di samping itu juga, PPPNP turut dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana melalui kaedah pajakan dan sewaan ke atas tanah-tanah yang bersesuaian yang telah diberimilik kepada PPPNP.Pihak Berkuasa Negeri juga telah memberi tanah-tanah yang diteroka untuk tujuan pertanian secara tidak sah kepada PPPNP untuk dipajakkan kepada pengusaha-pengusaha bagi meneruskan usaha ke arah mempertingkatkan sekuriti makanan. Bagi tempoh pajakan, tempoh yang ditetapkan adalah tertakluk kepada persetujuan di antara PPPNP dan pihak yang terlibat. Walaubagai manapun, tempoh pajakan adalah mematuhi tempoh yang dinyatakan oleh Kanun Tanah Negara.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Lesen Pendudukan Sementara (TOL), merupakan lesen yang boleh dikeluarkan kepada pemohon dan mempunyai tempoh kuatkuasa selama satu tahun kalendar. TOL boleh diperbaharui sehingga tiga kali pembaharuan dan pemberian tempoh pembaharuan melebihi tiga kali perlu diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Terdapat permohonan Negeri Perak yang diberi kelulusan TOL sehingga lima tahun dan sepuluh kali ganda. Pembaharuan tertakluk kepada jenis pembangunan di atas tanah. Tanah-tanah yang dikeluarkan TOL ini merupakan tanah-tanah yang tidak boleh atau tidak wajar diberi milik antaranya merupakan tanah rizab. Oleh itu, salah satu syarat yang ditetapkan ialah pemegang lesen adalah mengosongkan tanah pada bila-bila masa sekiranya pihak kerajaan memerlukan tanah tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan? Kenering sila.
Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Berhubung dengan projek pembangunan tanah yang telah dibuka oleh kerajaan ada Rancangan Satu Malaysia di Bukit Sapi dalam kawasan DUN Kenering yang kira-kira 5 tahun yang lalu dibuka tapi setakat ni tak. Tak diusahakan dan juga rancangan untuk belia di Rancangan Merah dan Gelung Baru yang dikatakan hampir dah 10 tahun rancangan itu telah dirancang oleh kerajaan tapi tidak terlaksana juga dan saya juga ingin tahu sejauh mana perkembangan oleh pihak kerajaan dengan Lenggong Agro Valley? Sejauh mana syarikat-syarikat yang telah meneroka mengusahakan tanah tersebut di bawah PPPNPk. Terima kasih.
Terima kasih pada soalan tambahan. Perkara telah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan beberapa projek yang belum dilaksanakan ataupun telah dilaksanakan dan jumlah dan tahap pencapaian pelbagai projek yang telah dibangunkan di kawasan Yang
Berhormat dan juga di kawasan Parlimen Lenggong. Jadi bagi soalan tersebut dan soalan tambahan kita akan menjelaskan secara terperinci berkaitan soalan-soalan yang telah dikemukan oleh Yang Berhormat secara bertulis insya Allah. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk mengemukakan soalan. Sila.
Bismillah, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lima.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Timbalan Yang di-Pertua, Happy Christmas. Alhamdulillah Wal shukurullillah S.A.W. Terima kasih kepada Kubu Gajah menanyakan soalan berkenaan dengan projek tebatan banjir. Buat masa ini JPS Negeri Perak banyak melaksanakan projek-projek tebatan banjir di serata tempat. Tapi bagi khusus Larut Matang dan Selama kita melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Larut dan lebih khusus lagi Sungai Larut Fasa Pertama. Inilah peningkatan daripada kerja-kerja tebatan banjir sebelum ini. Jadi untuk itu kita merancakkan lagi projek tersebut iaitu di Sungai Larut Fasa Pertama.
Bagi tempat-tempat lain projek tebatan banjir ini tidak dilaksanakan. Kita laksanakan kadang-kadang tu memerlukan bantuan dan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebab kosnya tinggi. Projek tebatan banjir ini dia lain sungai lain caranya lain kaedah dia. Jadi kalau ada 10 biji sungai di kawasan di Perak ini kita ada 10 proses untuk melaksanakan projek tebatan banjir dan projek ini sebelum dilaksanakan, dia memerlukan kajian mendalam kena ada saintifik survey untuk dikaji apa kaedah tebatan banjir terbaik untuk jangka masa panjang. Jadi Alhamdulillah untuk pengetahuan Kubu Gajah kita laksanakan di Sungai Larut dalam fasa yang pertama dalam kaedah yang lebih tinggi. Yang kedua soalannya mengapakah kadang-kadang kata dia pasir ini ditimbunkan di tepi-tepi sungai. Kita tidak bermaksud bawa pasir luar dan himpunkan di tepi sungai. Pasir itu sebenarnya dikorek daripada dalam sungai tersebut untuk mendalamkan paras air itu. Sebab dia telahpun ditepu dengan pasior tau pasior tak reti pasior sembar. Bila dah terlampau dalam maka perlu dikorek.
Bila dikorek kadang-kadang ditimbunkan di tepi-tepi sungai untuk tujuan mengelakkan banjir jika sekiranya sungai itu melimpah. Jadi soalannya adakah rasional dibiarkan timbunan pasir di tepi-tepi sungai akhirnya bila hujan nanti pasir itu masuk dalam sungai balik. Memang betul tapi sekurang-kurangnya bila ditimbunkan pasir-pasir dikorek melalui beberapa perintah daripada MMK kelulusan daripada beberapa agensi misalnya daripada MB Inc, maka pasir itu lebih murah dihimpunkan di tepi sungai kerana kos membawa pasir itu keluar amat tinggi. Lebih-lebih daripada sungai berjauhan dan keduanya untuk bawa pasir ini keluar daripada sungai itu ke tempat-tempat yang serupa yang lain memerlukan izin dan permit daripada Pejabat Tanah. Jadi sebabnya kadang-kadang itu syarikat yang telahpun dibenarkan untuk mengorek pasir daripada sungai ini dibenarkan timbul di tepi-tepi sungai itu kerana mengelakkan kos yang tinggi dan juga izin daripada Pejabat Tanah dan Galian.
Itu rasional kenapa pasir itu dibiarkan di situ buat sementara waktu. Dia jadi ban. Ban untuk mengelak kalau sekiranya sungai itu melimpah maka ditahan oleh pasir-pasir tersebut. Jadi untuk itu tempatan banjir ini merupakan satu kaedah yang masa-masa jangka panjang. Tebatan banjir itu sendiri kosnya tinggi dengan jangka panjang dan berterusan. Kadang-kadang bila kita buat tebatan banjir itu lama kelamaan dia menjadi hakis. Proses dan juga binaan yang dibuat dia terhakis, terhakis dan perlu ditambah, diperkuatkan dan dikukuhkan lagi. Jadi untuk itu kita berikan banyak tumpuan kepada Larut Matang dan Selama dan beberapa kawasan yang lain yang mudah sangat bila hujan lebat dia banjir. Bagi kawasan-kawasan yang serius dan kawasan-kawasan yang cepat naiki banjir ini kita berikan melalui JPS Negeri Perak berikan tumpuan yang lebih tinggi supaya akan dapat kita kurangkan. Bukan nak hilangkan banjir itu maklumlah yob bukan senang nak hilangkan banjir ini.
Semalam nak bah tapi kita boleh melalui tempatan banjir ini kita boleh kurangkan tidak lah mangkur sangat. Kita boleh kurangkan dan InsyaAllah kalau sekiranya kita pelan dua proses ini setiap tahun dia dapat kita dapat kita kawal banjir tersebut. Nak hilangkan banjir itu impossible tak boleh sebab air nak datang nak buat macam mana air nak datang. Benteng itu kita kurangkan banjir. Jadi kalau kita dapat kurangkan arus yang melimpah darpada sungai keluar itu ia menyebabkan hari ini ramai taman-taman dan kampung-kampung dilimpahi air kerana arus air dari sungai itu terlalu kuat. Jadi kita buat tebatan banjir kita buat macam-macam ban itu nak mengurangkan arus kemasukan air ke kampung-kampung. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Yang Berhormat ada sebut tadi fasa yang pertama telah dilakukan di Sungai Larut. Boleh saya tahu tahun bila dibuat fasa yang pertama. Yang keduanya berkenaan dengan banjir memang kita nak mengurangkan banjir. Tapi selama mana sewaktu saya berada di sebelah sana perbincangan dibuat melalui JPS dan juga pejabat tanah, memang isu yang disebut oleh Exco tadi adalah berkenaan dengan kos lah. Sebab itu pasir dikorek daripada sungai diletakkan di tebing dan isu yang saya sebut ini bila hujan datang pasir akan menimbun atau turun balik ke dalam sungai. Cumanya boleh tak jaminan daripada Exco menteri supaya tebatan banjir fasa yang kedua ini melibatkan tiga kampung ini di Sungai Teras dan juga Sungai Ijok kerana apa bila mana hujan turun lebih kurang satu jam setengah hingga dua jam confirm tiga kampung ini akan banjir.
Kampung Teras, Kampung Bendang Luas dan juga Kampung Kota Raja Bersiung. Tiga kampung ini confirm akan banjir dan tindakan-tindakan yang lepas saya puji daripada JPS dan juga Pejabat Tanah Daerah Larut Matang dan Selama ada tindakan. Cuma kita nak perbaiki kerana keluhan-keluhan daripada masyarakat setempat tiga kampung ini selalu terlalu banyak sangat rungutan-rungutan bila mana di sejam setengah dia hujan dia akan melibatkan banjir dan juga salah satu puncanya adalah sungai tadi lah. Sungai tadi bila mana dikorek hanya dijadikan diletak di tebing-tebing kiri kanan tebing sungai. Kalau selut ok lagi. Tapi ini pasir bila pasir dia akan turun terus ke dalam sungai. Terima kasih.
Ya, terima kasih Kubu Gajah kerana prihatin berkenaan dengan tiga-tiga sungai yang biasanya terlebih sejam, sejam setengah dia banjir. Kalau hujan lebih sejam setengah dia banjir ya betul dan kerja-kerja tebatan itu diteruskan oleh pihak JPS, Majlis Daerah dan juga pihak JPN negeri. Di samping itu juga berapa korekkan untuk dijadikan tempat tadahan juga telah dibuat oleh JPS. Ini bermaknanya sebelum air itu melimpah keluar dia dihimpun di dalam tebatan banjir dahulu dalam kolam tebatan banjir. Jadi untuk itu perkara-perkara ini akan diteruskan. Saya terima kasih di atas perhatian tersebut oleh kerana kita akan dapatkan maklumat-maklumat ini dan kita nak tengok berapa kerapnya. Tapi biasanya bila kita korek sungai untuk mendalamkan paras air itu, pasir daripada sungai itu digunakan untuk dijadikan ban.
Oleh kerana pasir-pasir kawasan lain tidak sesuai, pasir sungai itu sendiri bila kita lambakkan di tepi sungai itu kerana kos yang awal saya sebut dia merupakan ban yang agak kukuh dibandingkan dengan pasir-pasir lain. Pasir sungai ini yang paling baik sekali bila kita tambak di tepi sungai kerana dia mendap dia elok. Keras dia nature dia pun berbeza dia punya ciri-ciri dia pun berbeza. Jadi sebabnya dia gunakan pasir sungai itu sendiri untuk tambak dekat situ. Jadi saya akan pastikan bahawa kerja-kerja untuk meneruskan tebatan banjir di ketiga-tiga sungai itu dapat kita laksanakan dalam masa terdekat ini. Terima kasih Kubu Gajah.
Manjoi.
Soalan tambahan kedua.
Manjoi.
Manjoi, sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Yang Berhormat Exco Sungai Rapat. Satu soalan daripada Manjoi. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi mengatasi masalah tebatan banjir? Di DUN Manjoi khususnya dan jauh manakah peruntukan tebatan banjir? Melalui peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan diagihkan kepada DUN-DUN untuk mengatasi masalah risiko banjir yang berlaku. Terima kasih banyak.
Terima kasih pada Manjoi. Soalan yang telah pun dinyatakan tadi dapat kita ketengahkan dan insyaallah sebanyak RM108 juta telah pun di telah pun dipohon dan insyaallah akan diberikan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan sendiri. Jadi insyaallah kalau perkara ini dapat kita laksanakan secepat mungkin maka proses-proses ini akan di akan disempurnakan bukan hanya di Manjoi tapi di sepanjang-panjang sungai yang telahpun membanjiri kawasan tersebut terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Soalan enam, Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk pengetahuan Yang Berhormat kejayaan projek printis penginapan pekerja berpusat atau CLQ di Jelapang akan dijadikan sebagai penanda aras bagi menentukan atau meneruskan pembangunan CLQ di lokasi-lokasi yang berpotensi. Antara kawasan-kawasan perindustrian yang sedang dipertimbangkan adalah seperti kawasan Estate Perindustrian Kerian, Taman Perindustrian Kamunting, Silver Valley Technology Park atau SVTP, kawasan Perindustrian Daerah Kinta, Taman Perindustrian Bemban, Batu Gajah, LMT2 di Daerah Manjung, Tanjong Malim dan Seri Iskandar. Pembangunan CLQ ini mensasarkan kapasiti untuk menampung seramai lebih kurang dua belas ribu orang pekerja dalam tempoh 5 tahun. Bagi menyokong sektor perindustrian Negeri Perak yang semakin pesat membangun.
Timbalan Speaker, antara faktor dan prasyarat yang akan dipertimbangkan untuk meluaskan Pembangunan CLQ ke kawasan lain adalah potensi dan permintaan daripada pemain industri di kawasan yang dirancang berdasarkan kajian. PKNP atau PKNPk juga sedang merancang seri jelajah ke kawasan-kawasan perindustrian berpotensi bagi membuat hebahan dan memupuk dan memberi kesedaran kepada pemain industri akan perlakasanaan CLQ ini menjelang tempoh penguat kawasan penuh Akta 446 di negeri Perak.
Soalan tambahan? Kalau tak ada soalan tambahan seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan nombor soalan sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Simpang Pulai nombor tujuh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Timbalan yang di-Pertua. Terima kasih YB Simpang Pulai atas soalan. Sudah tentunya Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan juga maklum akan keperluan pendidikan serta sebarang kemudahan yang bersangkut paut dengan keselesaan pendidikan rakyat di Negeri Perak. Merujuk kepada soalan YB Simpang Pulai pembangunan pesat yang sedang berlaku di Bandar Sri Botani telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk yang ketara di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri iaitu sektor perancangan dan pengurusan PPD sedang dalam perancangan bagi pembinaan sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah bagi murid di bawah bahagian genius Kementerian Pendidikan Malaysia di Bandar Seri Botani.
Lokasi tapak cadangan pembinaan tersebut terletak di plot 9477 Mukim Sungai Raya iaitu kawasan seluas 16 Ekar bersebelahan Eco Park. Namun yang demikian buat masa ini permohonan pembinaan bagi sekolah-sekolah baru di negeri Perak termasuk sekolah-sekolah baru di bandar Sri Botani disusun mengikut keutamaan memandangkan kelulusan bagi pembinaan sekolah baru yang sangat terhad dalam bajet RMK yang diluluskan setiap tahun. Keutamaan permohonan pembinaan sekolah baru diberikan kepada kawasan-kawasan yang berpenduduk padat. Selain daripada itu, bagi menampung keperluan tersebut terdapat juga beberapa sekolah yang berhampiran dengan Bandar Botani iaitu empat sekolah menengah dan empat sekolah rendah bagi mengurangkan atau bagi menampung pertambahan penduduk. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah SMK Pengkalan, kedua SMK Rapat Setia, ketiga SMK Gunung Rapat dan yang keempat SMK Simpang Pulai. Manakala bagi sekolah rendah di SK Taman Bersatu, SK Simpang Pulai, SK Rapat Jaya dan SK Pengkalan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan Alor Pongsu. Timbalan Yang di-Pertua, Alor Pongsu.
Simpang pulai dulu. tak apa, nanti, nanti. Bagi Simpang Pulai dulu.
Saya bangun dulu.
Sebab soalan asal.
Terima kasih. Kriteria bagi permohonan projek pembinaan sekolah baru adalah kepadatan penduduk yang tinggi di suatu kawasan dan sekolah-sekolah perhampiran terhadap operasi dua sesi iaitu pagi dengan petang. Boleh Simpang Pulai tahu sekolah-sekolah yang berhampiran dengan Bandar Seri Botani dengan status operasi sekolah tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Simpang Pulai atas soalan tambahan. Jabatan Pendidikan Perak sentiasa memantau dan memandang serius tentang peningkatan kepadatan penduduk di bandar Seri Botani serta implikasinya kepada sekolah-sekolah berhampiran. Justeru telah berada dalam perancangan Jabatan Pendidikan Perak seperti saya nyatakan tadi untuk pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah. Walau bagaimanapun keperluan bagi pembinaan sekolah baru di Bandar Seri Botani ini kurang mendesak disebabkan terdapat beberapa sekolah yang berhampiran dengan Bandar Seri Botani ini masih mampu menampung keperluan jumlah murid berkenaan.
Berikut ialah status pengoperasian sekolah serta enrollment atau jumlah murid bagi tahun 2022. Bagi sekolah rendah seperti saya sebut tadi empat buah sekolah SK Taman Bersatu hanya satu sesi iaitu sesi pagi jumlah muridnya seramai 725 orang. Manakala bagi Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai juga satu sesi iaitu sebelah pagi seramai 461 orang. SK Rapat Jaya satu sesi iaitu pagi seramai 510 orang. Manakala SK Pengkalan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang seramai 1,189 orang. Manakala bagi sekolah menengah 4 sekolah berkenaan SMK Pengkalan dua sesi pagi dan petang seramai 983. Manakala SMK Rapat Setia satu sesi 583 orang murid SMK Gunung Rapat satu sesi 731 orang. Manakala SMK Simpang Pulai satu sesi bagi sesi pagi iaitu 1,064 orang. Bermakna jumlah sekolah lapan-lapan sekolah ini sambil sekolah rendah dan sekolah menengah yang masih mempunyai enrollment murid yang masih mampu menampung jumlah kepadatan penduduk akibat adanya bandar di Seri Botani.
Maka pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak merasakan pembinaan sekolah di Bandar Seri Botani ini masih belum untuk dibina berdasarkan jumlah kepadatan penduduk kerana ada beberapa kawasan lain seperti di Klebang dan Seri Iskandar yang mana sekolah-sekolah yang berampiran telah pun berada dua sesi dan masih belum mampu menampung jumlah penduduk yang padat maka keutamaan diberikan kepada di SK di kawasan Kelebang dan juga Seri Iskandar. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Exco saya nak bertanya tentang status SMK Pelangi Perdana. Itu di kawasan DUN Alor Pungsu. Pengambilan tanah tahun 2007 dan kerja-kerja tambak tanah selesai pada April 2018 sehingga sekarang 4 tahun sunyi sepi. Saya nak tahu status.
Terima kasih pada YB Alor Pongsu atas sekolah yang berkaitan dengan SMK Pelangi Perdana di Kuala Kurau kalau tak silap saya. Untuk makluman, pihak Jabatan Pendidikan dalam mesyuarat tempoh hari telah memaklumkan bahawa SMK Pelangi Perdana ini kemajuannya baru 12%. 12% disebabkan ada masalah struktur tanah di kawasan tersebut dan saya bersama dengan jabatan mungkin akan membuat lawatan untuk melihat permasalahan bersama dengan pihak Jabatan Kerja Raya dan mungkin saya juga akan jemput YB kawasan berkenaan untuk bersama dengan kita untuk kita selesaikan masalah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana yang saya difahamkan hampir empat tahun tidak berjaya dibina dengan sebaiknya. Terima kasih.
Puan Yang di-Pertua, balas satu soalan sahaja.
Ya, pendekkan soalan, sila.
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, saya nak bertanya berkenaan sekolah juga. Iaini berkenaan status sekolah, cadangan pembinaan Sekolah Seri Kampung Jelapang, Simpang. Jadi statusnya saya tidak tahu sekarang ini dan hanya tempat buat untuk penambakan tanah. Dah hampir 10 dah. Bermakna nampak macam tergendala. Jadi adakah status sekarang ini nak diteruskan lagi pembinaan sekolah tersebut iaitu kampung Sekolah Seri Kampung Jelapang, Simpang dalam Daerah Larut Matang dan Selama? Terima kasih.
Terima kasih pada Changkat Jering. Berkaitan dengan pembinaan Sekolah Kebangsaan Seri Jelapang, Ya Seri Jelapang, betul. Maklumat itu saya tak dapat. Saya tak dapat nak menjawab secara detail seperti SMK Seri Pelangi tadi. Jadi nanti mungkin jawapan saya beri secara betulis pada Yang Berhormat untuk pertanyaan yang dikemukakan sementara tadi.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Ok, terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Keranji soalan lapan.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat Keranji, termasuk Yang Berhormat Tualang Sekah dan Yang Berhormat Malim Nawar, satu mesyuarat bagi membincangkan status cadangan projek-projek pembangunan baru dan fasiliti bagi sektor kesihatan di Negeri Perak yang dipenguruskan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telah diadakan pada 1 September tahun ini. Berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengemukakan semula permohonan cadangan tapak Kampung Changkat Baru bagi pembinaan Hospital Kampar Baru di Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pertimbangkan semula melalui surat bertarikh 5 Oktober 2022.
Maklumbalas daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kampar melalui surat bertarikh 14 Jun 2022 menyatakan anggaran kos mengenai nilaian yang diperolehi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi pengambilan tanah dengan nilai sebanyak RM41,000 bagi setiap lot untuk kesemua 11 lot bermilik terlibat menjadikan kos keseluruhan bagi maksud pengambilan balik tanah sahaja, tidak termasuk caj premium tanah, adalah dianggarkan sebanyak RM1.25 juta. Bagi baki tanah yang masih bersatus tanah kerajaan, pengenaan caj premium tanah yang perlu dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Perak untuk tanah bagi maksud kegunaan awam, kebiasaannya akan dikenakan caj berdasarkan pengiraan di bawah peraturan tanah Perak sebanyak 1/4 daripada nilai tanah. Sekiranya cadangan tapak ini dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri boleh memberi pertimbangan untuk meluluskan kadar nominal caj premium tanah kepada KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia sedia maklum akan cadangan perbinaan Hospital Kampar yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2020 pada Oktober 2019 di Parlimen.
Walaubagaimanapun untuk projek ini masih belum dipohon dan kelulusan di bawah Rancangan Malaysia sehingga tapak cadangan dimuktamatkan dan status pemilikkan tapak tanah di Kampung Changkat Baru selesai. Oleh itu, sehingga kini masih belum ada sebarang kelulusan projek di bawah RMK yang diterima oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang melibatkan Hospital Kampar yang baru. Secara umumnya, anggaran tempoh masa pembinaan bagi sebuah hospital ada dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun tertakluk kepada tempoh perlaksanaan projek sebenar kelak. Selepas projek ini diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Kerajaan Negeri sebelum ini berhasrat untuk memasukkan projek Hospital Kampar ke dalam Rancangan Malaysia Rolling Plan Suku ke-4 Tahun 2023. Adakah Hospital Kampar masih sempat untuk dimasukkan ke dalam Rolling Plan Ke- 4 Tahun 2023?
Terima kasih atas soalan tambahan ini. Saya mohon maaf saya tidak dapat memberi jawapan buat masa ini dan saya akan memberi jawapan bertulis. Terima kasih.
Soalan tambahan boleh ke?
Sila Alor Pongsu.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Exco tadi yang mengatakan pembentangan sebuah hospital 3 atau 4 tahun. Jadi ini related dengan Hospital Bagan Serai. Dah 3 kali pilihanraya. Tapi saya pernah terlibat dengan perbincangan untuk memilih tanah. Sebab saya dapati Hospital Kampar dan Hospital Bagan Serai, masalahnya tanah. Jadi saya minta YB Exco, kalau boleh selepas ini, bila terlibat perbincangan antara KKM, JKR dan pejabat tanah. Saya rasa pejabat tanah dengan JKR selalunya mereka ada argue tentang tanah. Tapi end user ini degil katanya. Jadi minta kita jangan degil lepas ini. Jadi saya minta selepas ini, terutamanya Hospital Kampar, kita jangan ulangi lagi tentang masalah tanah. Sebab tadi saya tanya tentang Kementerian Pendidikan tadi, Pelangi Perdana juga masalah tanah. Saya rasa JKR dengan pejabat tanah lebih tahu jawapannya. Jadi pohon pada YB Exco bagi ulasan sikit.
Terima kasih atas cadangan dan khasnya Hospital Kampar ini mula dibincang pada tahun 2015 dah. Bukan baru lagi. Selepas itu pada tahun 2017, tanah telah dikenalpastikan. Apabila saya ambil alih jawatan sebagai portfolio Exco Kesihatan, saya difahamkan bahawa tanah yang dikenalpasti pada masa itu tidak sesuai kerana terdapat beberapa lombong yang harus dipenuhi dan ia menunjukkan kos agak tinggi. Maka saya telah cuba untuk mencari tanah baru dan inilah tanah baru yang saya dapat cari dan selepas berbincang dengan Pejabat Tanah Kampar, mereka telah bersetuju untuk memutuskan tanah ini sebagai tanah yang paling sesuai untuk pembinaan hospital. Kemudian kita menjalankan usaha untuk pembinaan dan mengambil alih tanah di Kampar yang saya maksudkan. Bukan tempat lain di Kampar saja.
YB Exco saya tambah sikit ye. Maksud saya tadi, jika tanah itu sudah didapati tidak sesuai, kita minta YB Exco fight. Jangan bulldoze. Ni tanah tak sesuai, kita bulldoze untuk membuatnya juga. Itulah sebab terbengkalai.
Terima kasih dan oleh kerana saya fight punya pasal la dapat lot tanah ini. Kalau saya tidak dapat, mereka akan kekal berbincang tentang tanah yang lama dan yang tidak dapat dibina. Jadi, itulah kerja pertama yang saya buat. Kerja kedua pula, kita lobi juga. Kita lobi pada waktu itu dengan mantan Menteri Kewangan, yang bernama Lim Guan Eng. Maka kita dapat luluskan RM500 juta pada tahun 2019 untuk pembinaan hospital ini tetapi masalahnya, apa jadi selepas itu? Jadi, satu adalah pasal pandemik covid, kedua adalah tidak bergerak, diberhentikan setakat tanah. Jadi, lepas itu, anggaran nilai yang telah dibuat sebanyak RM41,000. Jadi, now, as far as the land is concerned, dah final stage dah. Final stage boleh ambil.
Yang kedua pula, kita kena lobi sekali lagi untuk RM500 juta itu. Jadi saya akan jumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kesihatan dalam 2-3 minggu yang akan datang. Bukan saja bincang tentang isu Hospital Kampar baru, malah berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh Hospital HRPB dan juga beberapa klinik yang dimaksudkan. Bukan setakat itu, ada beberapa klinik desa yang mungkin akan ditutup dan ini bukan maksud kita tidak akan menyediakan perkhidmatan untuk pesakit di kawasan berkenaan. Satu kajian sedang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Perak dan sehingga itu klinik-klinik ini tidak akan ditutup tetapi kalau kita perlu tutup klinik ini, itu adalah berkaitan dengan jumlah pesakit yang melawat klinik-klinik ini dan juga pada masa yang sama, pesakit-pesakit ini akan mendapat rawatan di klinik berhampiran. Tak jauh daripada 5 km daripada tempat tinggal mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat. Dengan ini, maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.
Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembngunan 2023Bill
Perkara yang keempat, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembngunan 2023.
Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun Ini. Dibaca bagi kali kedua, Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 07/2022 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM395 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2023. Seterusnya, jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 45 minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 20 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, ahli-ahli Yang Berhormat barisan Exco Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri Perak, rakan-rakan media dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas dan menyokong usul Bajet 2023 untuk Negeri Perak yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Khamis, 22 Disember 2022 yang lalu. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Kota Tampan atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Syabas dan tahniah kepada ahli-ahli Yang Berhormat barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan tak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada semua ahli-ahli Dewan Negeri yang telah menerima mandat daripada rakyat pada Pilihanraya Umum ke-15 yang lalu. Saya mohon maaf Timbalan Yang di-Pertua. Silap sebut tadi, Dato' Yang di-Pertua pula, Timbalan Yang di-Pertua. Semoga semua pelantikan dan pemilihan tersebut mendapat keberkatan jua hendaknya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah perkenan dan keizinan-Nya jua saya berpeluang membahas dan menyokong usul Bajet 2023 Negeri Perak. Tugas ini akan saya cuba laksanakan dengan sebaik mungkin supaya bermanfaat juga hendaknya. Saya mulakan dengan menyentuh sedikit sebanyak senario yang sedang dan akan kita lalui sepanjang tempoh pelaksanaan Bajet 2023 ini. Persekitaran ekonomi di peringkat global terus tidak menentu pada tahun 2023. Pertumbuhan yang menguncup mungkin menjurus kepada kemelesetan ataupun stagnation dengan izin. Oleh kerana negara kita mengamalkan ekonomi terbuka, fenomena di peringkat global tersebut pastinya menempias kepada ekonomi domestik sekaligus meletakkan ekonomi negara dalam keadaan yang amat mencabar. Justeru kesiapsiagaan kita untuk mendepani suasana sedemikian itu perlulah di tahap untuk cukup mantap supaya rakyat dan negeri tidak terkesan teruk. Dalam masa yang sama kesan daripada ancaman Covid-19 masih belum boleh kita pulihkan sepenuhnya. Para penganalisis meramalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2023 dijangka perlahan pada kadar antara 4 atau 5% berbanding unjuran 8.2% pada tahun 2022.
Kelembapan ekonomi global dijangka menjejaskan eksport Malaysia. Manakala tekanan harga dan inflasi memberi kesan kepada penggunaan domestik. Mujurlah beberapa pakej pemulihan dan juga pakej rancangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan telah membantu daya beli rakyat sekaligus meningkatkan permintaan domestik yang secara langsung dan tak langsung menyumbang kepada pertumbuhan KDNK. Di peringkat Negeri Perak pula walaupun terdapat petunjuk-petunjuk positif daripada langkah-langkah pemulihan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ia akan mengambil suatu tempoh masa tertentu sebelum tanda-tanda positif itu dapat diterjemahkan kepada peningkatan hasil negeri. Dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan amat mencabar sedemikian itu, secara konvensional pihak Kerajaan berperanan sebagai penyelamat atau dengan izin custodian of last resort yang bercirikan amalan "putting money in people's pocket" dengan izin supaya kehidupan rakyat tidak terkesan teruk. Walaupunbagaimanapun kalau pihak Kerajaan juga mengalami keterbatasan sumber, peranan penyelamat atau custodian of last resort itu juga terus terbatas. Oleh itu, mesej yang tersirat melalui nukilan analisis ini membawa maksud bahawa dalam situasi kita dilanda masalah dan mengalami keterbatasan sumber, amalan berjimat dan perbelanjaan berhemat adalah suatu kemestian.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pembentangan Bajet 2023, 3 sektor yang telah menyumbang kepada pertubuhan positif KDNK Perak ialah sektor pembuatan dengan pertumbuhan yang memberangsangkan pada kadar 9.2%, diikuti dengan sektor pertanian 3.1% dan sektor perkhidmatan yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.4%. Petunjuk-petunjuk positif sedemikian yang dicapai pada awal musim pasca Covid-19 adalah bukti nyata bahawa Negeri Perak mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk bangkit semula dan berdaya tahan untuk mendepani cabaran-cabaran ekonomi pada tahun 2023. Tidak mustahil pengisian tema 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' akan berjaya direalisasikan.
Walaubagaimanapun satu pendekatan ke pembangunan atau developmental approach dengan izin yang holistik dan inklusif perlu dicari bagi merangkaikan pelbagai potensi yang terdapat dalam negeri ini untuk digarap menjadi pelan pembangunan bersepadu. Sehubungan dengan perkara ini Kerajaan Negeri telah membuat keputusan yang tepat dengan melancarkan Pelan Perak Sejahtera 2030. Saya ucapkan syabas dan tahniah. Pelan Perak Sejahtera 2030 yang bersendikan sejahtera ekonomi, sejahtera sosial dan sejahtera politik adalah berasas dan 5 keperluan rakyat iaitu bekalan makanan yang mencukupi, pemilikan rumah, peluang pekerjaan berkualiti, kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan pembangunan modal insan dan belia. Pelan ini telah dilancarkan pada bulan Jun 2022 iaitu kira-kira 6 bulan yang lalu. Jika diibaratkan seorang bayi, ia baru mula belajar hendak merangkak. Kita harus sama-sama membantu bayi ini supaya dengan cepat mampu bertatih, berjalan dan berlari agar segera tiba ke destinasi yang dituju.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, apa yang ingin dicapai melalui Bajet 2023 ini berpaksi pada 5 fokus utama iaitu pertama, kesejahteraan rakyat, kedua tadbir urus projek kepentingan negeri, ketiga kelestarian alam sekitar, keempat keterjaminan bekalan makanan dan kelima pembangunan modal insan dan belia. Sama ada setiap 5 fokus utama itu berimbang dengan keperluan sebenar rakyat golongan sasar atau pun kepentingan negeri banyak bergantung kepada jumlah peruntukan yang disediakan. Pada hemat saya, melihat kepada angka RM38.9 juta yang diperuntukkan bagi tujuan kesejahteraan rakyat iaitu kira-kira 38% daripada keseluruhan bajet adalah suatu angka yang mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri hendak mensejahterakan rakyat.
Sehubungan dengan perkara ini elok kiranya kita sama-sama mewarwarkan kepada rakyat jelata tentang berita gembira ini iaitu kerajaan negeri amat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat, bukan minta dipuji cuma sekadar penghargaan bahawa kerajaan negeri mengambil berat terhadap permasalahan rakyat. Seterusnya saya ingin menyentuh satu lagi fokus utama Belanjawan Negeri Perak iaitu fokus keempat mengenai keterjaminan bekalan makanan. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM55 juta bagi merealisasikan fokus keempat ini. Selain dari itu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (PPPNP) atau lebih dikenali sebagai Perak SADC juga memperuntukkan sebanyak RM306 juta melalui pelbagai projek pelaburan dan program tanggungjawab sosial korporat dalam rangka pelaksanaan program sekuriti makanan. Secara terangkum kedua-dua sumber ini berjumlah RM361 juta iaitu satu jumlah yang cukup besar nilainya.
Sehubungan dengan perkara ini saya ingin menyentuh dua aspek penting iaitu aspek penyelarasan pelaksanaan program dan aspek keberhasilan program. Saya berpendapat usaha untuk menjayakan program keterjaminan makanan ini melibatkan tiga komponen utama iaitu pengusaha, keberadaan kawasan tanah yang sesuai dan faktor sumber modal. Selain daripada tiga faktor tersebut ia juga melibatkan aspek pasaran dan teknologi pertanian. Dari pemerhatian saya kebanyakan daripada pengusaha agromakanan di negeri ini adalah bersaiz kecil, bersifat tradisional dan turun temurun yang mengusahakan pelbagai tanaman pada skala cara diri malah tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar. Sejujurnya saya tertanya-tanya apakah kita boleh menyandarkan harapan kepada golongan ini untuk menjayakan matlamat keterjaminan makanan manakala diri mereka sendiri sering dilanda masalah sara hidup. Sama-samalah kita fikirkan. Satu lagi faktor kekangan ialah masalah keberadaan kawasan tanah yang sesuai sama ada dari segi keluasan, lokasi atau pun tahap kesuburan. Permasalahan agronomi yang mereka alami merencatkan tahap keberhasilan dan produktiviti ladang. Menyedari permasalahan ini baru-baru ini YAB Menteri Besar telah membuat pengumuman bahawa Kerajaan Negeri memberi beberapa kelonggaran dan galakan bersabit penggunaan tanah-tanah terbiar sama ada milik kerajaan atau agensi-agensi kerajaan untuk dimanfaatkan bagi kegiatan usaha tani secara sewa atau pajakan.
Diharapkan melalui pengumuman tersebut dapat dipermudahkan urusan sewaan atau pajakan tanah-tanah terbiar sekaligus dapat meningkatkan jumlah peserta dan juga keluasan tanah untuk maksud keterjaminan bekalan makanan. Satu lagi aspek yang sering menjadi kekangan ialah sumber modal. Para petani sukar mendapatkan modal pinjaman kerana masalah cagaran. Sesungguhnya pihak kerajaan ada pelbagai skim bantuan, subsidi dan insentif, namun pemberiannya bukan tanpa noktah dan untuk petani mendapatkannya bukanlah mudah. Selain dari itu kita sering mendengar keluhan para petani mengenai masalah pemasaran dan eksploitasi orang tengah. Turut menjadi masalah yang kian ketara ialah kos input pertanian seperti benih, baja dan racun yang semakin tinggi tanpa kawalan. Gejala ini telah menyebabkan ramai petani gulung tikar.
Apa yang ingin saya bangkitkan melalui pemaparan ini ialah peri pentingnya pendekatan pelbagai dimensi atau multi dimensional approach dengan izin bagi menangani pelbagai masalah dalam sektor agro makanan supaya hasrat hendak mencapai keterjaminan bekalan makanan tidak terencat. Selain daripada itu peranan agensi-agensi terbabit termasuk Jabatan Pertanian, PERAK SADC, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan sebagainya perlulah diselaraskan sebaik mungkin. Soal keterjaminan bekalan makanan ini bukan hanya berkisar pada aspek keberadaan banyak ladang atau bilangan usahawan agromakanan atau pun keberhasilan dan produktiviti di peringkat ladang. Ia melibatkan ekosistem dan cerakinan agronomi yang agak kompleks.
Sebagai contoh, seorang usahawan tani tidak akan boleh bertahan jika dia terus tertekan oleh kos input pertanian yang semakin meningkat. Turut menjadi perhitungan ialah kebolehpasaran produk yang dihasilkan kerana rantaian pasaran yang penuh dengan eksploitasi. Selain daripada itu, penindasan dan eksploitasi dari pihak kartel dan monopoli juga boleh membunuh minat usahawan tani. Aspek pemprosesan, pengajaran dan penyimpan stok juga sering menjadi masalah. Oleh itu, bercakap mengenai keterjaminan bekalan makanan, kita perlu melihat dari skop yang lebih luas justeru memerlukan tindakan bersepadu.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh aspek keusahawanan. Peranan usahawan dalam ekonomi negara adalah sangat penting. Golongan ini adalah di antara penyumbang terbesar kepada pertumbuhan KDNK. Golongan ini juga adalah ibarat nadi yang menggerakkan kerancakkan pasaran pengguna dan sektor perkhidmatan. Selain daripada itu, golongan usahawan adalah job creators dengan izin yang melahirkan peluang-peluang pekerjaan bagi pelbagai lapisan masyarakat. Malah dikatakan bahawa di antara ciri-ciri negara maju ialah dengan keterampilan peranan dan sumbangan golongan usahawan yang berdaya maju. Di Negeri Perak, terdapat kira-kira 150,000 usahawan aktif. Daripada jumlah tersebut, 90% adalah usahawan kecil.
Di samping itu, terdapat juga sebilangan usahawan separuh masa yang menjalankan perniagaan secara sampingan untuk menjana pendapatan tambahan. Dari pernyataan tersebut, secara terangkum bolehlah diandaikan terdapat kira-kira 200,000 usahawan dalam pelbagai sektor di Negeri Perak dan jika diandaikan secara purata setiap usahawan adalah majikan kepada tiga orang pekerja, maka terdapat kira-kira 600,000 peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh usahawan di negeri ini. Ia mencerminkan peri pentingnya sektor usahawan diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri. Berpandukan hakikat tersebut, peruntukan sebanyak RM1.2 juta kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak STeP dan RM2 juta kepada Yayasan Perak sebagai modal tambahan untuk pelaksanaan program tabung usahawan dianggap wajar untuk ditambah.
Sayugia diingatkan bahawa akibat dilanda Covid-19 bilangan usahawan di Negeri Perak telah mengalami masalah rencat dan rentan perniagaan. Mereka ini perlu diberi bantuan dan khidmat sokongan supaya boleh bangkit semula. Manakala mereka yang telah terkesan teruk atau gulung tikar amat memerlukan bimbingan dan bantuan modal untuk menghidupkan semula perniagaan masing-masing melalui geran khusus atau pun pinjaman mudah, soft loan dengan izin. Satu lagi aspek keusahawanan yang pada hemat saya perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri ialah tahap kesediaan bakal-bakal usahawan sebelum mencebur diri dalam perniagaan terpilih. Telah terbukti bahawa golongan bidan terjun atau pun mereka yang memulakan perniagaan tanpa persediaan rapi amat terdedah pada kegagalan. Sehubungan dengan perkara ini, saya ingin mengesyorkan agar diwujudkan satu unit khas di bawah Sekretariat Usahawan Negeri Perak, STeP untuk membimbing tunas-tunas usahawan ke arah penyediaan diri sebelum memulakan perniagaan.
Selain daripada itu, unit khas itu juga diberi peranan ala klinik untuk merawat dan mengubat projek yang sakit atau disebut sebagai khidmat nursing and turning around dengan izin supaya dapat dikurangkan kebarangkalian projek-projek sakit terus terkubur. Khidmat ini dapat mengelakkan ketandusan sumber modal dan kepupusan bakat serta minat keusahawanan. Dalam masa yang sama dapat mengelakkan kebankrapan yang di akhir-akhir ini semakin berleluasa berlaku di kalangan usahawan muda.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan Pelan Perak Sejahtera. Saya mulakan dengan pernyataan bahawa pelan ini telah mengambil masa lebih setahun untuk dirangka sebelum diterima pakai dan dilancarkan pada bulan Jun 2022. Semestinya pelan ini wajar disokong dan direalisasikan sebaik mungkin demi kebaikan kita bersama. Cuma saya ingin menyentuh mengenai aspek daya capai pelan ini dari perspektif kemanusiaan atau human perspective. Pelan ini sebenarnya mengajak rakyat Perak berubah secara terancang dari mana kita berada sekarang kepada apa yang ingin kita capai menjelang tahun 2030 iaitu suatu roadmap menuju negeri makmur rakyat sejahtera. Terowong masa selama lapan tahun yang bakal kita lalui dijangka penuh dengan beraneka cabaran dan kekangan. Dalam masa terdekat iaitu tahun 2023, kita dijangka berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin menjurus kepada pengucupan pertumbuhan dan kemelesetan. Untuk tempoh berapa lama kita akan mengalami suasana yang getir itu amat sukar diramalkan.
Justeru tahap ketahanan diri kita dan tahap kesediaan kita perlu diperkukuhkan di mana semangat dalaman adalah resipi utama. Di negara-negara yang kini bertaraf maju majoriti rakyat mereka telah terasuh untuk menerima hakikat bahawa mereka masing-masing perlu sedia berubah dan menerima perubahan sebagai suatu kemeskian. Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang aspirasi, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat beberapa kelompok masyarakat yang tertinggal di belakang dari segi ekonomi dan taraf hidup berpunca daripada keengganan atau ketidakrelaan untuk berubah. Mereka tidak rasa begitu terpanggil untuk turut sama secara aktif dalam arus perubahan yang direncanakan untuk sekalian rakyat jelata lantas berlaku keterciciran atau keterpinggiran yang akhirnya memisahkan diri mereka dari nikmat kemajuan.
Dalam istilah psikologi dan juga sosiologi, golongan yang lihat berubah ini disebut sebagai the unchanging dengan izin, manakala mereka yang sedia untuk berubah dan terus maju ke hadapan disebut sebagai the ever changing dengan izin. Kewujudan dan pertembungan dua kelompok ini sering menjadi punca konflik sosial di mana golongan yang tercicir dan hidup miskin beranggapan diri mereka mangsa penindasan dan diabaikan oleh pihak pemerintah. Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum, sindrom ini amat berbahaya sama ada dari sosial mahupun politik kerana keterasingan taraf hidup dan taraf ekonomi mengikut kaum adalah racun kepada semangat kepaduan. Lumrahnya bukan mudah untuk menuruh orang berubah sekalipun perubahan yang dirancang itu menjanjikan pelbagai manfaat.
Bersandarkan hakikat ini, saya beranggapan Pelan Perak Sejahtera 2030 perlu berikhtiar dengan cara pemerintahan sosial yang serasi dengan keupayaan kaum dan sosial budaya rakyat Negeri Perak supaya boleh dirapatkan jurang di antara golongan berada dengan golongan kurang berada tanpa mengira kaum ataupun ketersisihan geografi. Salah satu pendekatan yang mungkin boleh digunapakai bagi maksud ini adalah pendekatan 3D iaitu D1, distance dengan izin mendekatkan jarak di antara arus perubahan dengan golongan sasar, D2 distribution dengan izin melakukan pengagihan adil dan saksama ke atas peluang-peluang ke arah kebersamaan dalam arus dan umat perubahan yang dirancang dan D3.
Rungkup mic.
Dah on dah. Menokok peluang-peluang yang kualitatif ke arah kecapaian menuju kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
Tempoh lapan tahun menjelang tahun 2030 bukanlah suatu jangka masa yang panjang jika diukur dari segi kebolehcapaian. Sasaran sejahtera ekonomi, sejahtera sosial dan sejahtera politik yang menjadi agenda Pelan Perak Sejahtera. Sepenggal lima tahun tempoh jarak masa menuju Pilihan Raya Umum ke-16 akan menguji kita dari segi kebersamaan niat hendak mereleasasikan apa yang terkandung dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Jika matlamat bercabang hala akibat ragam dan agenda politik, manakala dalam masa yang sama rakyat sukar diajak berubah, maka yang menunggu kita pada tahun 2030 ialah kehampaan yang tidak mampu ditebus walau dengan seribu kesalahan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas inisiatif di bawah Program Perak Sejahtera 2030 untuk menjadikan Bagan Datuk sebagai jendela kelapa dunia. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, hampir ke semua kita yang berada dalam Dewan ini adalah mantan belia. Golongan bestari sering menyatakan bahawa jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan belianya pada masa kini. Dua penyataan tersebut menjadi bingkai bicara saya menyentuh pasal belia dan tidak dilupakan bahawa saya juga adalah mantan belia. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM21.6 juta untuk pembangunan modal insan dan belia yang merangkumi pelbagai program latihan dan aktiviti belia. Secara bandingan dengan saiz bajet negeri, angka tersebut boleh dikatakan agak besar.
Apa yang ingin saya sentuh berhubung perkara ini bukannya hendak menggesa pertambahan peruntukan untuk program belia, tetapi lebih kepada aspek penyesuaian dan penambahbaikan program dan aktiviti belia mengikut situasi dan tuntutan semasa. Melalui Pindaan Akta Pilihan Raya, belia yang berumur 18 tahun sudah boleh mengundi pada Pilihan Raya Negara. Pindaan tersebut telah membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang baru saja berlalu. Lazimnya, setiap perkara baru memerlukan masa dan usaha menerapkannya ke dalam norma-norma sedia ada. Berpandukan hakikat ini dan menyedari bahawa segolongan belia belum berpeluang mendapat pendedahan politik mungkin sudah sampai masanya untuk kita mengisi program belia dengan input-input yang sesuai dalam kerangka kebudayaan politik sebagai salah satu komponen penting dalam semangat membina negara bangsa.
Dalam konteks ini, Perak merupakan negeri yang pertama mewujudkan institusi Dewan Belia di mana perwakilan belia dari pelbagai kaum dan latar belakang berpeluang menyuarakan aspirasi belia secara terkelola, secara langsung dan juga tidak langsung, pendedahan melalui Dewan Belia menyuntik pendemokrasian idealisme belia yang kelak boleh diterjemahkan kepada pendedahan politik mengikut lunas-lunas rukun negara. Saya berpendapat Dewan Belia Negeri Perak ini boleh dikembangkan lagi skopnya untuk mencakupi kursus-kursus secara berkala mengenai pendedahan dan kebudayaan politik. Sekalung tahniah dan perhargaan kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif ini.
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan berkaitan belia ialah fenomena semakin renggangnya golongan belia daripada institusi keluarga. Pengaruh teman-teman sebaya, media sosial dan pelbagai unsur luaran telah membentuk norma-norma keterasingan daripada institusi keluarga. Walhal golongan ini masih memerlukan bimbingan keluarga untuk menjauhi anasir-anasir yang merosakkan. Golongan yang dikategorikan sebagai neither a man khow a boy dengan izin ini tidak harus dibiarkan hanyut dalam arus yang menenggelamkan nilai-nilai murni dan jati diri sebagai rakyat yang diharapkan membina dan membela negara bangsa. Sehubungan dengan perkara ini saya ingin mengesyorkan supaya disuntik dalam program-program belia, input-input yang bertujuan memupuk keterpautan belia dengan institusi keluarga. Sebagai contoh mungkin boleh diaturkan program-program yang sesuai untuk disertai bersama keluarga masing-masing. Menyedari bahawa masalah pengangguran masih ketara dikalangan belia dan masalah ini mungkin semakin meruncing jika ketidakentuan ekonomi global yang menempias kepada ekonomi domestik semakin mencabar pada tahun mendatang, seperti yang diramalkan oleh pihak-pihak berwibawa. Sesuatu pelan bersasar perlu diwujudkan dengan beberapa segera supaya keboleh pasaran golongan belia dapat dipertingkatkan.
Bagi maksud tersebut, agensi dan GLC-GLC Kerajaan Negeri harus diminta berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk mendepani masalah ini. Selain daripada itu, dunia keseluruhannya harus diteroka seluas-luasnya untuk membuka ruang dan peluang bagi golongan belia. Program bimbingan usahawan muda mungkin boleh dirancakkan lagi dengan kerjasama institusi-institusi yang relevan, termasuk institusi kewangan dan dewan-dewan perniagaan atau persatuan-persatuan industri dan perniagaan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kebetulan saya adalah mantan Exco Kerajaan Negeri Perak yang diberi tanggungjawab berkaitan pelaburan. Elok kiranya saya sentuh perkara ini bagi tujuan kesinambungan dan kalau-kalau ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Pada tahun 2021, 43 projek dengan nilai pelaburan berjumlah RM6.081 bilion telah diluluskan oleh MIDA untuk Negeri Perak. Dari nilai tersebut, RM1.96 bilion adalah pelaburan domestik dan bakinya RM4.084 bilion adalah pelaburan langsung asing, FBI. Pelaburan tersebut dijangka boleh mewujudkan 6,038 peluang pekerjaan. Atas keterbatasan waktu, saya hanya akan menyentuh dua aspek perkara ini iaitu berkaitan dengan usaha meningkatkan pelaburan dan langkah-langkah memanfaatkan pelaburan.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi meningkatkan pelaburan di negeri ini termasuk misi-misi penggalakan pelaburan, sesi-sesi libat urus, engagement dengan MIDA dan bakal-bakal pelabur berpotensi dan pelbagai tindakan susulan bagi menyantuni proses merealisasi pelaburan-pelaburan terpilih. Apa yang ingin saya kongsikan pada sidang dewan ini ialah beberapa kekangan yang dihadapi supaya ini kelak boleh diatasi dan ditambah baik. Di antara kekangan yang ketara bersifat institutional termasuk masalah untuk mendapatkan sokongan dan dukungan daripada pihak jabatan, agensi teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diselesaikan dengan penumbuhan one stop center (OSC) dengan izin di setiap peringkat pihak berkuasa tempatan. Turut menjadi kekangan ialah pensuasanaan mesra pelabur di peringkat negeri dan daerah di mana sebahagian daripada puncanya ialah kemudahan awam, khidmat sokongan dan keberadaan bekalan tenaga mahir dan separuh mahir yang bersesuaian dengan industri pihak pelabur. Untuk tujuan itu kita telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan Center of Investment (COI) yang berfungsi sebagai one stop center di peringkat negeri. Selain daripada itu, terdapat juga kekangan dari segi keupayaan penyediaan infra asas yang mempengaruhi bakal pelabur untuk melabur di Perak.
Ia merupakan antara isu terpenting yang sentiasa menjadi kebesaran para pelabur. Cukup kiranya saya sekadar menyatakan sepintas lalu dan meletakkan harapan supaya kekangan-kekangan itu dapat diatasi segera bagi menambah pelaburan datang ke negeri ini. Satu lagi aspek yang ingin saya sentuh ialah penggalakan pelaburan domestik. Di negeri ini terdapat beberapa skop pelaburan yang boleh menarik pemain-pemain industri tempatan. Ini termasuk industri pemprosesan sumber asli seperti bahan mineral, sumber dan hasil kayu dan bahan makanan yang dihasilkan oleh petani-petani tempatan.
Sebagai contoh terdapat pelbagai bahan mineral di negeri ini yang boleh diproses untuk pasaran domestik dan juga eksport. Ini termasuk bahan mineral bukan logam seperti silica, kaolin, batu kapur, batu dolomite, batu granite, tanah liat dan sebagainya. Yang pada masa kini banyak di eksport mentah walhal boleh mendapat nilai tambah jika diproses dalam negeri. Di samping itu boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa Perak bumi bertuah ini memiliki pelbagai khazanah semulajadi dan juga khazanah modal insan yang boleh dimanfaatkan untuk menjana kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat. Sama-sama lah kita terokai dan memanfaatkan sebaiknya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di kesempatan ini izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang melibatkan kawasan saya. Adalah menjadi amanah utama saya dalam menyampaikan suara serta hasrat keseluruhan warga Rungkup di Dewan yang mulia ini. Ia saling berhubungkait soal ekonomi, sosial, kebajikan dan pembangunan kawasan tempat yang sudah pasti memberikan impak-impak limpahan positif kepada warga tempatan khususnya dalam negeri kami. Tanggal 9 hari bulan Januari 2017 yang lalu, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Almarfaullah telah mencemar Duli berangkat ke istiadat pemasyhuran Bagan Datuk sebagai daerah yang ke-12 negeri Perak Darul Ridzuan.
Maka dengan Bagan Datuk yang dimasyhurkan sebagai sebuah daerah, sudah tentulah pelbagai pembangunan mesra rakyat amat dituntut oleh warga Bagan Datuk. Ada yang sehinggakan berpandangan bahawa Bagan Datuk sudah lama terpinggir dan tertinggal dari pelbagai aspek. Oleh sebab itu, saya selalu memberi bayangan seakan Bagan Datuk yang berada di Hilir Perak lebih hulu tempatnya berbanding daerah Hulu Perak. Ketiadaan Kompleks Pentabiran Bagan Datuk sehingga kini memberi implikasi yang besar apabila tidak dapat memusatkan penjawat, persekutuan mahupun negeri di sana. Perkara sedemikian menjadi asbab kurang fokus yang diletakkan kepada Bagan Datuk oleh kerana sehingga kini pelbagai jabatan misalnya seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS dan yang lain-lain masih berpusat di bawah daerah Hilir Perak. Malah boleh saya katakan ianya lebih kritikal apabila Bagan Datuk, Bagan Datuk tidak mempunyai pihak berkuasa tempatan PBT tersendiri dan masih berada di bawah kelolaan Majlis Pembandaran Teluk Intan, MPTI.
Justeru pewujudan Majlis Daerah Bagan Datuk amatlah diperlukan. Saya juga memohon Kerajaan Negeri untuk menilai dan melihat semula projek pembangunan rakyat secara keseluruhan di Bagan Datuk yang tergendala serta dibatalkan sejurus peralihan Kerajaan pada tahun 2018 yang lalu. Antaranya pembangunan infrastruktur Bagan Datuk Water City, pembangunan Perak Heavy Industrial Park (PHIP), projek naik taraf Jalan Parit 19 ke pekan Bagan Datuk, persimpangan bertingkat flyover di simpang empat Hutan Melintang, projek perumahan rakyat PPR Bagan Datuk yang menawarkan 250 unit rumah, pembinaan hotel dan digital library oleh MOTAC, Kolej Komuniti Bagan Datuk, pembinaan balai bomba dan penyelamat dan kuarters kediaman anggota, Ibu Pejabat Polis Bagan Datuk, penjara khas Akta pencegahan Jenayah dan Keganasan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bagan Datuk, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan dan Klinik Kesihatan KK3 di Bagan Datuk Water City.
Walaupun sebahagian projek ini adalah projek federal. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk membuat pemantauan kurang-kurangnya di peringkat ICU negeri. Oleh yang demikian, saya, berhubung kait perancangan pembinaan klinik kesihatan, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan sebuah hospital daerah di pekan Bagan Datuk. Jika rakyat Bagan Datuk mahu mendapatkan khidmat kesihatan, rawatan mahupun perubatan, mereka perlu menempuh perjalanan hampir 45 kilometer yang memakan masa di antara 45 minit ke satu jam, bergantung kepada keadaan trafik semasa. Bayangkan jika mereka dalam keadaan segera mahu mendapat rawatan, apakah 45 kilometer harus ditempuh dulu. Ada yang mengembuskan nafas terakhir di dalam perjalanan sebelum sampai ke hospital yang terletak di Teluk Intan. Ya benar, qada’ dan qadar, hidup dan mati telah ditentukan oleh Allah SWT. Namun dalam konteks ini, kita berbicara soal kemanusiaan, soal kebajikan dan keperluan semasa yang mendesak.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, fenomena banjir Temerloh yang melanda negara turut sampai ke Rungkup bumi Bagan Datuk. Dalam pelbagai usaha dan inisiatif yang telah serta sedang digerakkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, saya mohon jasa baik Jabatan Pengairan dan Saliran melalui peruntukan yang tersedia dengan kerjasama semua jabatan berkaitan, bagi mencari solusi tuntas bersifat jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menghadapi bencana banjir khususnya di Rungkup dan amnya di negeri Perak.
Banjir ini begitu besar implikasinya, bukan sahaja merosakkan harta benda, mengganggu emosi dan kehidupan rakyat, malah memusnahkan hasil pertanian. Maka kita perlu benar-benar mencari jalan penyelesaian. Bahkan ada sehingga mengorbankan nyawa juga menyebabkan bencana berangkai yang lain seperti tanah runtuh dan sebagainya. Menyentuh akan bencana ini, saya dan seluruh warga Rungkup merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi Tanah Runtuh Batang Kali. Moga terus tabah menghadapi ujian dan saya rakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua penjawat keselamatan yang bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saban tahun kita berdepan dengan masalah keterbatasan hasil dan sumber dana untuk membiayai perbelanjaan mengurus yang sentiasa meningkat dan untuk menyantuni hasrat menambah belanja pembangunan supaya kek ekonomi yang terhasil dari projek-projek pembangunan itu semakin membesar bagi memakmur dan mesejahterakan rakyat jelata. Anggaran hasil bagi tahun 2023 meningkat kepada RM1 bilion, RM1,133,643,000 berbanding RM1,32,903,000 pada tahun 2022. Jumlah tersebut terdiri daripada hasil cukai RM549,194,620 hasil bukaan cukai sebanyak RM393,963,680 dan terimaan bukan hasil berjumulah RM190,480,700. Satu gambaran yang menarik daripada statistik tersebut ialah kemerosotan hasil cukai kepada RM549,194,620 berbanding RM607,695,087 pada tahun 2022 iaitu merosot sebanyak RM58.5 juta. Trend kemerosotan hasil cukai ini berpunca daripada penyusutan kutipan cukai tanah dan lain-lain cukai berkaitan tanah dan base revenue dengan izin. Bagi menangani trend kemerosotan ini Kerajaan Negeri Perak perlu mempelbagaikan sumber hasil supaya tidak menjejaskan belanjawan negeri. Ini termasuk sumber hasil dari pelaburan dan lain-lain kegiatan ekonomi yang boleh menjana pendapatan.
Selain daripada itu, sekali lagi oleh kerana negeri Perak ini kaya dengan pelbagai khazanah mineral, sama ada mineral logam ataupun mineral bukan logam. Usaha perlu dipertingkatkan dalam kegiatan penerokaan kawasan-kawasan baharu penghasilan mineral bagi menjana hasil untuk kerajaan negeri. Turut menyumbang kepada belanjawan negeri ialah sumbangan daripada badan-badan berkanun negeri termasuk Lembaga Air Perak dengan jumlah RM20 juta, Perak SADC sebanyak RM20 juta juga. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) sebanyak RM5 juta. Perbadanan Menteri Besar (MB. Inc) RM3 juta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PNPK) sejumlah RM0.1 juta. Kita mungkin ternyata-tanya kenapa sumbangan daripada MB. Inc dan PKNP ini terlalu kecil berbanding keterbabitan mereka dalam pelbagai bidang ekonomi dan perniagaan.
Jawapannya adalah mereka masih lagi dalam development stage dengan izin ataupun dalam turn around stage dengan izin. Saya berpendapat badan-badan berkanun dan juga GLC negeri sepatutnya memberi sumbangan yang lebih besar bagi menampung belanjawan negeri supaya dapat mengurangkan kebergantungan kepada perolehan hasil Kerajaan Negeri yang kini banyak tertumpu pada hasil cukai yang berkaitan dengan tanah. Hakikatnya, keluasan tanah negeri tidak bertambah. Walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana dapat menambah belanja pembangunan bagi tahun 2023 iaitu pertambahan sebanyak RM93 juta bersamaan 30% kepada RM395 juta berbanding RM302 juta pada tahun 2022. Dalam masa yang sama dapat mengurangkan jangkaan defisit kepada RM30 juta berbanding unjuran RM49.615 juta pada belanjawan tahun 2022.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, betapa baik sekalipun penyediaan sebuah bajet, ia tidak akan mencapai matlamat dan keberhasilan yang disasarkan jika mekanisme pelaksanaan tidak efisien dan persekitaran yang tidak kondusif. Bercakap mengenai mekanisme perlaksanaan, apa yang menggamit kebimbangan kita ialah soal penyelarasan tindakan dan pengurusan masa. Dengan warga perkhidmatan awam di negeri ini yang berprestasi dengan cemerlang, tahap kebimbangan kita ini hampir sifar. Bersekali dengan barisan kepimpinan negeri yang penuh komitmen serta bertanggungjawab, saya beranggapan tidak ada ruang untuk bajet ini menemui kegagalan.
Walau bagaimanapun apa yang agak memimbangkan kita ialah persekitaran ekonomi yang tidak menentu serta keberangkalian kemelesitan yang diramalkan berlaku pada tahun 2023, iaitu tahun bajet ini dilaksanakan. Dalam persekitaran yang diramalkan itu, kita perlu mengambil langkah-langkah berjimat dan perbelanjaan berhemah kerana tekanan kos yang meningkat akibat inflasi adalah kekangan yang sukar di tangani.
Selain daripada itu, soal kestabilan politik juga boleh menjadikan faktor penentu kepada kebolehcapaian matlamat bajet 2023. Jajaran politik yang baru terbentuk melalui gabungan Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional pada pasca PRU 2015, diharapkan dapat membentuk kesepakatan yang jitu serta kukuh bagi rakyat menyandarkan harapan untuk memakmurkan negeri sekaligus mensejahterakan kehidupan rakyat jelata. Akhir kata saya tutup perbahasan saya ini dengan dua rangkap pantun.
Terbang tinggi si burung tempua, Di petang hari mencari makan, Berakhir di sini perbahasan saya, Salah dan silap mohon dimaafkan.
Apa riuh di kaki bukit, Anak rusa kehilangan ibu, Kalau sungguh Perak nak bangkit, Elak sengketa dan terus bersatu.
Sekian Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rungkup mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Rungkup. Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, saya nak mohon maaf bagi pihak Dewan kerana kita, nampaknya ada sedikit masalah daripada sistem teknikal, kita ada cuti hujung minggu yang panjang yang lepas, jadi ada, disebabkan hujan lebat dan juga ada kilat, jadi kita ada masalah sikit dengan sistem teknikal, sebab itu kita punya sistem, PA system kita dan juga waktu kita lari. Jadi, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat bersabar. Kita punya Bahagian Dewan ini sedang melihat dari segi untuk memperbetulkan kembali sistemnya. Walau bagaimanapun sekarang ini saya jemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Gunung Semanggol untuk memulakan perbahasan dipersilakan, 45 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdullillah Rabbil Alameen, wal aqibatul lil muttaqeen, wala udwana illah alaz zalimeen. Wa Nusalli Walannabihilkarim waala alihi wasahbihi. Waman tabiahkum biihsanin ila yaumiddin amma ba'du. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Kota Tampan, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini. Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah SWT pada hari yang berbahagia ini dapat sama-sama kita berbincang untuk membangun dan memberi kesejahteraan kepada rakyat negeri Perak yang dikasihi.
Mengambil panduan dan pedoman daripada kalimah kalamu Allah yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quranul Karim saya memulakan perbahasan belanjawan sebagai Ketua Pembangkang pada hari ini dengan membaca sepotong firman Allah SWT daripada surah Al A'raf ayat yang ke 96. Au'zubillahimminash shaitanirrajim, Wa law anna ahlal quraaa aamanoo wattaqaw lafatahnaa 'alaihim barakaatim minas samaaa'i wal ardi wa laakin kazzaboo fa akhaznaahum bimaa kaanoo yaksiboon. Sadaqallahul a'zim. Yang bermaksud sekiranya penduduk dalam negeri itu beriman dan bertakwa. Tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah barakahnya daripada langit dan bumi tetapi mereka mendustakan Rasul kami. Lalu kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Sadaqallahul azim. Key word dalam ayat ini adalah bertaqwa, beriman dan bertakwa mengikut perintah Allah SWT. Maka segala kehidupan dunia ini insyaAllah akan dibereskan oleh Allah SWT.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana memberi saya ruang dan turut serta mengambil bahagian dalam membahas Enakman Perbekalan Negeri Perak 2023. Belanjawan Perak yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada minggu lalu. Semanggol mengucapkan tahniah kepada yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh jentera Kerajaan yang telah menyiapkan belanjawan yang mana boleh dikatakan sebagai sebuah bajet pada hemat saya cukup komprehensif dan menyeluruh serta menepati situasi semasa negeri pasca covid dengan jangkaan ekonomi mendatang dengan mengimbangi di antara jangkaan pendapatan dan juga jangkaan perbelanjaan. Terima kasih saya bagi pihak seluruh kakitangan penjawat awam di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat dengan menganugerahkan atau memberi bonus sebanyak satu setengah bulan gaji kepada mereka.
Penghargaan ini sudah pastinya dapat meningkatkan motivasi kepada seluruh jentera Kerajaan sebagai enjin penggerak pembangunan dan juga pentadbiran serta perkhidmatan kepada rakyat dalam negeri Perak ini. Saya sebagai Ketua Pembangkang dan semua staf pembangkang akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif, membina dalam membantu Kerajaan dalam memberi perkhidmatan mengurus hasil negeri dengan lebih berfokus, berkesan efektif dan rakyat negeri Perak juga sudah lama menanti suatu yang terbaik daripada pentadbiran Kerajaan dalam aspek sosio ekonomi, kebajikan kesihatan, peluang pekerjaan, kos sara hidup dan lain-lain perkara yang boleh memberi keselesaan kepada mereka.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kami barisan pembangkang dan juga rakyat negara ini sudah lama menanti, menunggu pemerintahan yang benar-benar berlandaskan kepada undang-undang atau roll of law dengan izin. Pemerintahan yang berkonsepkan pemisahan kuasa, tiada tangkapan, tiada siasatan, tiada dakwaan terpilih, ada yang terlepas, ada yang menjadi mangsa. Tiada pecat-memecat, tukar-menukar pegawai yang mana tidak sealiran. Memberi tekanan dan melabel dengan tidak berasas kepada pihak lawan. Bersih daripada salah guna kuasa, rasuah kleptokrasi dan pemimpin yang bertanggungjawab dan juga yang tidak menipu rakyat. Kami dan rakyat seluruhnya sedang menunggu formula ekonomi yang boleh menurunkan harga barang, menurunkan harga minyak dan juga menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran yang dinanti oleh semua rakyat.
Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, sebelum saya terus perbahasan ini, sukacita, saya mewakili 26 Ahli Dewan Negeri daripada pihak pembangkang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas keprihatinan dan memberi peruntukan saksama di antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang yang seperti diumumkan pada minggu lepas. Laksanaan ini adalah sama seperti Yang Amat Berhormat Kota Tampan menjadi ketua kepada Kerajaan campuran, Perikatan Nasional dan juga Barisan Nasional pada penggal yang lalu. Ini juga sejajar dengan titah Tuanku yang mahukan Kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat. Tuanku Sultan Perak tanpa diskriminasi dan menekan mana-mana pihak yang menang, tidak menang semua. Perkara ini juga menggambarkan kepada mungkin secara akademiknya seperti yang dinyatakan oleh Tebing Tinggi yang merupakan bekas pensyarah, pengurusan dan juga pentadbiran. Konsepnya Kerajaan Perpaduan tetapi pada sifatnya bukan Kerajaan perpaduan kerana kita berada dalam dua blok yang berbeza, ialah kerajaan dan pembangkang. Untuk itu saya menyerulah ADUN-ADUN di sebelah sana tidak perlu risau dan bimbang dengan kami. Ungkapan perkauman daripada sebelah sana tidak perlu diulang-ulang dengan nada yang menuding jari kepada kami. Dunia telah tahu siapa yang memulakan agenda perkauman ini. Carilah sebaik-baik jalan supaya tidak ada gelombang yang lebih besar di masa hadapan. Kami akan terus melaungkan perpaduan insyaAllah. Insyaallah kami akan memberi kerjasama sepenuhnya seperti yang diharapkan oleh sebelah sana kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan juga membantu Exco-Exco dalam pengurusan negeri ini.
Kami akui bahawa kestabilan politik adalah menjadi tunjang utama kepada keamanan dan juga kemakmuran sebuah negara ataupun negeri. Nasihat kami janganlah memberi tekanan yang melampau dalam bentuk perkauman, luar lunas undang-undang kepada Kota Tampan. Bimbang Kota Tampan akan beralih arah bersama-sama dengan kami seperti mana yang telah berlaku membentuk kerajaan baru yang lebih stabil, lebih efektif dan tidak berlandaskan kepada perkauman. Untuk pengetahuan semua, semasa kami menjadi Kerajaan dahulu, Kota Tampan telah melantik wakil daripada kaum India dan kaum Cina untuk sama-sama terlibat, namun api perkauman yang ditiup oleh sebelah sana amat tebal sehingga Kota Tampan sendiri pun tidak mendapat sebarang undi ataupun sokongan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada fokus yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan dalam belanjawan
Pohon celah, Yang di-Pertua. Saya nak dapat penjelasan daripada Gunung Semanggol tentang tiupan api perkauman yang dimainkan oleh sebelah sini. Sebab setahu saya, kita tidak memainkan api perkauman dan kita berlandaskan kerajaan, pentadbiran yang ada kepada perlembagaan dan undang-undang termasuk Undang-undang Tubuh Negeri. Jadi, bila mana yang Kota Tampan dikatakan tunduk pada tekanan dan sebagainya?
Ok, terima kasih. Kita boleh rujuk kepada 22 bulan semasa PH memerintah yang mana menimbulkan kegusaran kepada pihak di sebelah sini dan telah menyatukan pihak di sebelah sana.
Pohon celah, kalau boleh saya sebut, Kota Tampan tidak berada ataupun tidak bersama pada 22 bulan itu, jadi bila mana yang sebelah sini menekan beliau?
Kita boleh rujuklah dalam kempen-kempen yang diadakan sepanjang pilihan raya boleh rujuk sampai sekaranglah, keratan-keratan video. Nanti saya tunjukkan kepada Tebing Tinggi lepas ini nanti ya. Mungkin ada daripada sebelah sana, sebelah belakang, boleh rujuk sekali kan? Berapa keratan video yang ada yang amat mengguris di sebelah sini. Saya nak fokus kepada peruntukan yang diberikan kesejahteraan sebanyak RM380 juta. Terima kasih di atas keperihatinan dan segala inisiatif bantuan yang telah diberikan kepada rakyat khususnya B40. Jadi seperti mana yang kita maklum bahawa saban tahun kerajaan mengadakan berbagai-bagai program dan memperuntukan perbelanjaan yang besar dalam menangani isu kemiskinan. Sebab isu kemiskinan ini amat menyentuh hati khususnya pada kami di luar bandar.
Namun, Negeri Perak ini masih kekal kedudukan pertama negeri yang mempunyai bilangan B40 yang tertinggi. Walaupun kita menggunakan perbelanjaan, mengadakan berbagai-bagai program, tetapi kedudukan Negeri Perak ini mempunyai bilangan B40 yang tertinggi iaitu 12.5% di peringkat nasional. Agak tinggi dan ia diterjemahkan dalam negeri, dia mengampiri 57.8% daripada rakyat Negeri Perak pada tahun 2019 mempunyai medium ataupun pendapatan sebanyak RM4190. Dengan kata lain, 9.57% rakyat Negeri Perak adalah berpendapatan rendah. Jadi istilah B40 itu tak terpakailah untuk Negeri Perak. Dia dah sampai kepada B60, itu bawah 60%, dia kurang 57%. 60% daripada rakyat Negeri Perak ini adalah rakyat yang termiskin. Jadi, sebilangan besar daripada mereka ini adalah terdiri daripada para petani, pekebun kecil dan juga melayan.
Jadi, tidak kurang juga daripada wujud dalam kalangan mereka ini yang mempunyai pekerjaan dan juga pendapatan yang tidak setimpal dengan kelulusan mereka. Mereka mempunyai kelulusan yang tinggi balik ke Negeri Perak dan bekerja dengan gaji yang sedikit. Inilah salah satu kalau lihat punca kepada brain drain yang keluar sebab tidak ada peluang pekerjaan yang rasa pihak kerajaan perlu juga memberi penekanan yang serius dalam perkara ini. Saya mencadangkan selain daripada pengukuran kepada pencapaian ataupun kejayaan yang selalu kita guna itu KPI, Key Performance Indicator. Biasanya kita ukur kepada program-program yang kita lakukan tercapai, maka KPI kita tercapai. Jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan kita boleh belanja habis, maka KPI kita tercapai. Jadi, saya suka mencadangkan supaya kita buat pengukuran kepada objektif kepada program-program, ataupun yang dikatakan bahasa pengurusan sekarang itu Key Performance Area ataupun petunjuk keberhasilan utama. Sebagai contoh, kita kata apabila kita mengadakan program-program untuk mengeluarkan golongan miskin ataupun B40 ini dengan peruntukan yang kita belanjakan itu, sejauh mana matlamat itu tercapai? Berapa orang yang telah kita keluarkan B40 itu? Dan berapa tangga yang kita boleh tingkatkan kedudukan, rating di negeri Perak ini?
Usaha membantu B40 yang berpendapatan RM4,360 ke bawah dengan program dan perbelanjaan diperuntukkan mestilah dapat diukur daripada berapa banyak jumlah
B40 yang dapat kita kurangkan pada tahun-tahun akan datang. Jadi, kita tengok berapa lama kita buat, tapi rating kita masih di tempat yang sama. Begitu juga dengan kedudukan B40 negeri Perak ini di tangga yang kelima terbawah dalam negara pada tahun ini dan dengan program perbelanjaan yang kita peruntukan sebegitu banyak, pada tahun hadapan, agak-agak tangga di peringkat negeri Perak itu, boleh berapa tangga yang kita boleh naik supaya kita tidak membazir masa, membazir tenaga dan kita boleh membantu rakyat negeri kita. Oleh kerana kami di 26 kawasan, 26 pihak pembangkang ini terdiri daripada kawasan-kawasan luar bandar dan ramai daripadanya merupakan petani, penternak, nelayan dan kawasan yang teramailah B40, yang B40 teramai di kawasan luar bandar. Jadi, saya mencadangkan supaya untuk menangani isu B40 ini ataupun kemiskinan itu perlu kita memberi lebih fokus untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi, walau bagaimanapun suka saya mencadangkan di sinilah sebab saya hari itu berpengalaman sedikit sebagai Exco Pendidikan yang kita lihat bahawa sekiranya kita boleh mengadakan satu keluarga, program satu keluarga B40 ini, kita boleh mengurus ataupun mengadakan seorang daripada anak mereka mendapat pendidikan sehingga ke universiti. Perkara ini mungkin sedikit sebanyak, saya cadangkan, ianya boleh apabila anaknya sudah sampai pendidikan ke peringkat universiti, mungkin mereka boleh balik dan membimbing keluarga mereka dan InsyaAllah boleh mengeluarkan keluarga mereka itu daripada kelompok B40 ataupun termiskin ini.
Jadi, sehubungan dengan itu, saya mencadangkanlah kita aktifkan semula iaitu sekolah model khas. Jadi, dulu kita ada sekolah model khas. Kalau di Perak ini pada masa saya Exco Pendidikan, saya tengok di Selama, di Kubu Gajah, di Larut ada sekolah, satu sekolah model khas. Sekolah model khas ini adalah di mana pelajar-pelajar, guru-guru mengenali pelajar-pelajar yang berpotensi seawal Darjah 4. Jadi, seawal Darjah 4 telah dipindahkan kepada sekolah model khas ini dan di situ ada kemudahan asrama, bantuan dan sebagainya.
Gunung Semanggol. Gunung Semanggol. Ya, tambah sikit. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan sentuhan daripada sekolah model khas yang berada di dalam DUN Kubu Gajah yang disebut oleh Gunung Semanggol tadi. saya dapati sekolah tersebut, saya ada buat lawatan dua tiga kali untuk pengetahuan Exco Pendidikan. Tapi malangnya sekolah tersebut banyak infra dia terlalu uzur dan ada bilik makmal yang telah dimakan oleh binatang, apa, serangga yang menyebabkan makmal dan juga kerusi meja hampir rosak dan saya mohon pertimbangan sewaktu mana Gunung Semanggol jadi Exco Pendidikan lepas, Gunung Semanggol ada buat lawatan mungkin ada tindakan susulan daripada Exco sekarang. Terima kasih.
Saya minta dimasukkan sebagai ucapan saya ini. Ini yang dikatakan sekolah model khas ini berjaya di Pahang. Tapi di sini kita kata bahawa mereka ini B40. Apabila kita hantar ke asrama contohnya daripada Kerian, kita nampak dia hantar ke asrama, ibu bapa memang tak mampu untuk hantar. Kita kena buat sat dulu saya mencadangkan supaya kita mengadakan shuttle. Mungkin dah sebulan sekali shuttle untuk ambil dan hantar mereka. Model ini amat baik kalau kita tengok ini dan juga kepada mereka yang lepasan sekolah menengah saya cadangkan mungkin kalau tak boleh dihidupkan semula iaitu Asrama Perak mungkin kita boleh bentuk seperti yang di sekolah-sekolah lain yang bertindak seperti
Asrama Perak itu sendiri untuk membantu golongan-golongan B40 ini. Sebab masa PDPR yang kita tengok, golongan B40 ini, kalau rumah mereka memang tak kondusif langsung untuk belajar.
Ada di kalangan mereka ini mempunyai kecerdasan yang tinggi ataupun bijak. Ada pernah tahun lepas sekali, saya pernah pergi tengok dia dapat 8A untuk masuk universiti, dia takde duit. Dia buat iklan 2000 lebih. Kita pergi tengok kat sana rupa-rupanya memang B40 duduk di PPRT di Selama. Mak dia berpisah dengan… tetapi dia hanya belajar menumpang di rumah kawan. Dapat 8A. Jadi kalau kita boleh mengenal pasti pelajar-pelajar ataupun anak kepada golongan B40 ini yang mempunyai kecerdasan dan kita pelihara mereka sehingga ke peringkat universiti dan InsyaAllah kalau mereka balik, mereka boleh bawa keluarga mereka ini keluar dari golongan B40 ini. Kemudian yang keduanya, kita mencadangkan bahawa memang kita kata perumahan untuk B40 ini adalah perumahan. Perumahan ini adalah satu keperluan dan kalau tak ada rumah kadang-kadang sebahagian besar daripada pendapatan kita itu habis kepada sewa rumah. B40 ini kadang-kadang mereka sudah dapat kelulusan daripada Baitumal untuk membina rumah dan sebagainya. Tapi rumah tak boleh dibina sebab dia tak ada tanah. Ada pengalaman saya sendiri masuk mesyuarat dalam Mesyuarat Focus Group bila nama Si A ini dapat kelayakan untuk dapat rumah daripada Baitumal, tiba-tiba bulan depan dia keluar daripada Focus Group, saya tanya kenapa, sebab dia tidak ada tanah. Jadi memanglah orang susah mana nak ada tanah. Jadi saya cadangkan di sini kepada mereka-mereka yang telah dapat peruntukan ini, kerajaan mesti menyediakan tapak-tapak rumah untuk mereka yang telah dapat bantuan ini dan saya rasa perkara ini tak memerlukan apa kos yang mahal sebab yang dibantu oleh pihak Baitulmal dan sebagainya cuma mereka nak tanah sebab saya rasa tidak ada alasan sebab saya sendiri praktis benda ni secara individu saya praktis. Kita beli tanah sikit lebih kurang bukanlah mahal sangat tanah luar bandar kemudian kita plot kan kita wakafkan ke Baitulmal bagi kepada golongan-golongan B40 ni.
Saya ingat Kerajaan perlu mengambil perkara ini supaya kita boleh mengeluarkan mereka ini daripada golongan B40 ni dan kemudian saya juga memohonlah di Semanggol ataupun di kawasan Kerian termasuk dengan Larut sahabat saya dan kawan-kawan ni ramai daripada B40 ni dan rumah-rumah tak ada. Jadi saya mintalah kalau tu kalau boleh di Semanggol kita boleh buat pembinaanlah satu rumah-rumah B40 ni sebab keperluan dia amat mendesak. Bila kita tengok rumah tempat mereka duduk dan sebagainya itu amat, amat, amat menyentuh hatilah. Amat menyentuh hati dan kalau kita buat ini mungkin kita boleh mengeluarkan mereka daripada kumpulan B40 ni juga dan selain daripada itu kita pembinaan rumah tu kita kena seperti yang dibangkitkan semalamlah. Oleh itu, kita kena membincangkan juga keluasan tanah rumah tu. 3 bilik tu mesti ada satu untuk anak perempuan, satu untuk anak lelaki, satu untuk ibu bapa. Kalau yang ada dua sekarang itu yang kita pergi tengok di PPRT itu dipanggil Hatyai Malaysia pun ada. Sumbang maharam berlaku di situ kan? Mak bapa tak boleh nak tidur sekali. Anak dah besar-besar.
Jadi perlu pembinaan dan pembincangan untuk keluasan rumah ni memang kena, kena, kena, kena diambil kira. Tidak kita menyumbangkan lagi mereka kepada masalah sosial dan mereka susah, menyusahkan lagi. Menyusahkan lagi dalam keadaan itu dan juga saya mencadangkan di sini saya rasa di rumah-rumah PPR, biasa kita isolid mereka keluar daripada masyarakat dan perlu kita kata pihak Kerajaan menyediakan pusat komuniti ataupun bimbingan kerohanian. Kerohanian cuma kita boleh membentuk dengan adanya ajaran agama maka InsyaAllah mereka akan jadi manusia. Saya bercakap benda ni berdasarkan kepada apa yang saya buat. PPMS Bukit Merah malah surau tak hidup semua sekali. Kita buat program sekarang ni kalau kita tengok boleh melawat boleh spot pergi tengok macam mana kehidupan mereka dah macam kita. Jadi saya mencadangkan pihak kerajaan di PPR ni lantiklah dalam bentuk ataupun pihak agama lantiklah seorang mubaligh ataupun ustaz yang khusus untuk menjaga tempat itu bagaimana kita boleh buat tempat orang asli kita boleh menyediakan ustaz maka tempat-tempat yang macam ni kita tak boleh buat. Saya ingat Kerajaan perlu prihatin sebab perkara ini memang-memang apa menyentuhlah, menyentuh sebab ramai dikalangan kita ni adalah kami di kawasan-kawasan luar bandar. Di kawasan-kawasan yang ni memang tersentuh kita tengok anak bangsa kenapa mereka jadi macam tu? Kita tak pernah tengok mereka boleh duduk di rumah ke tak. Rumah mereka tak boleh tak ada tempat untuk duduk menyebabkan baru 18, 14, 13 sudah berada di luar. Bila berada di luar dia terpaksalah berboyfriend untuk membonceng dan sebagainya menimbulkan masalah sosial. Ini kita menjadi tanggungjawab kitalah bersama untuk menyelesaikan masalah ini sebab ini perkara utama dan perkara pokok dan perberlanjaan besar dan tak habis-habislah kita bincang perkara ini.
Yang Berbahagia Dato' Yang di-Pertua dan salah satu daripada punca kemiskinan ini adalah peningkatan kos sara hidup dan juga pendapatan yang tidak boleh menampung keperluan. Jadi InsyaAllah kita akan bantulah. Kita akan bantu sebelah sana untuk mengurangkan kos sara hidup dengan mengurangkan harga-harga barang, harga-harga petrol, InsyaAllah isu ini boleh dapat diselesaikan. Justeru itu, saya mencadangkanlah, mencadangkan kepada agar Kerajaan Negeri dapat menjadikan sejumlah peruntukan yang boleh diselaraskan dalam Belanjawan Negeri Perak serta menubuhkan sebuah jawatankuasa by partition ataupun merentas parti untuk kita sama-sama duduk merangka, mengkaji untuk menyelesaikan isu kos sara hidup dan ataupun mewujudkan blueprint bagi membasmi kemiskinan secara tuntas dalam usaha untuk mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan.
Jadi saya juga mencadangkan kepada Kerajaan juga supaya dapat meneruskan Pakej Rangsangan Ekonomi melalui perbelanjaan dan peruntukan yang bersesuaian bagi memastikan proses pemulihan pasca covid yang pernah kita laksanakan membantu kepada peniaga-peniaga untuk menambahkan pendapatan mereka dan kami amat prihatin dan bersama-sama InsyaAllah akan membantu Kerajaan seperti yang diminta, Jalong pun minta, kita bersama ini Sungai Rapat ini dia minta juga kita bersama InsyaAllah. Kami akan membantu sedaya dan upaya kami untuk mengeluarkan B40 ataupun mengurangkan kadar kemiskinan dan khususnya berasa rasa agak malu jugalah kita orang Perak pakat malu bila ditanya kadar kemiskinan dari Perak ini tertinggi kedudukan B40, 5 yang terbawah sedangkan negara kita, Negeri kita ini cukup kayakan? Cukup kaya. Itu InsyaAllah jadi sama-sama menjadi tanggungjawab kita bersama kan, kalau tak boleh kita selesaikan tahun ini InsyaAllah penggal depan kita selesaikan. Yang ketiganya, saya nak menyentuh sikit...
Semanggol, Kamunting nak mencelah.
Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua. Semanggol, saya nak respon sikit berkenaan dengan masalah sara hidup. Setujukah YB Semanggol dengan pandangan saya sebab Perak ni dia mempunyai 23 buah ladang ternakan ayam dan mengeluarkan 148 juta telur ayam dalam sebulan. Jadi sekarang masalahnya telur ayam gred A, gred B, gred C tak ada di pasaran. Masalah yang berlaku sekarang ni peniaga roti canai, peniaga murtabak mereka menggunakan telur, mee goreng mamak, saya jumpa semalam, hari ini nak makan di kedai depan masjid tu. Kawan saya tak boleh meniaga sebab telur tak ada dia kata. Cari semua tak ada. Jadi masalah sekarang ni telur ni pergi mana? Perak penyumbang telur banyak. 148 juta sebulan. Jadi telur gred A, gred B, C ni mana?
Tanya Hulu Kinta, dia tahu.
Tu la, saya tunggu Hulu Kinta dia tak bangun bawa telur. Dulu dia bawa ayam. Jadi sekarang ni telur gred A, gred B, C ni mana? Sedangkan Perak penyumbang telur yang besar yang ada di pasaran telur Omega. Telur Omega ni saya tengok kira-kira pasarannya tak menentu ada RM7.90, ada RM7.20. Telur Omega tak ada kawalan dan juga telur import juga tak ada kawalan mereka boleh bubuh berapa harga pun. Jadi masalahnya sekarang ni setujukah YB Semanggol bahawa pemantauan pada ternakan ini pihak Kerajaan buat untuk pastikan telur ni ada di pasaran di Negeri Perak untuk mengurangkan beban kepada B40 sebab mereka ni makan telurlah yang paling mudah untuk dimakan. Sekian.
Ya, setuju sangat Kamunting ialah nampak kebelakangan ni semuanya bukan sekadar harga telur semuanya bercelaru. Jadi InsyaAllah kalau dia lantik kita dalam Jawatankuasa tu mungkin kita boleh selesaikanlah bagi pihak pembangkang. InsyaAllah masukkan dalam ni ok? Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasihlah juga di atas peruntukan sebanyak RM251 juta untuk tadbir urus yang berkepentingan Negeri dan selain daripada dia tengok senarai pembangunan tu berdasarkan kepada infrastruktur, kemudahan pejabat dan juga apa yang seperti mana yang telah tersenarai, saya cadangkanlah saya cadangkan di sini supaya Kerajaan Negeri berusaha menambahkan peruntukan untuk mempromosi produk-produk pelancongan. Produk pelancongan yang sedia ada dan juga membina pusat- pusat pelancongan baru sebagai sumber pendapatan Negeri dan juga menambah peluang pekerjaan negeri Perak. Jadi saya nak masuk bagi contoh ni apa di Gunung Semanggol lah. Gunung Semanggol dalam kawasan saya tu gunung tu memang cantik di tengah tu.
Yang pertama dia menjadi satu rekreasi. Rekreasi untuk tiap-tiap minggu, tiap-tiap hari minggu agensi-agensi Kerajaan, kilang-kilang dia datang untuk sama rekreasi mendaki gunung ke atas tu. Mendaki gunung ke atas tu jadi tidak ada satu maintenance di tempat tu ataupun penyelenggaraan dan lebih malang lagi, lebih malang dan apabila orang datang ramai hari Sabtu, Ahad tu juga selain daripada tu menjadi punca pendapatan kepada penduduk tu boleh jual untuk sarapan pagi dan sebagainya tapi ada baru ni ada penguatkuasaan daripada Jabatan Hutan untuk naik ke atas tu kena bayar satu caj. Jadi caj tu kadang-kadang mari daripada kilang bawa 3, 4, 5, 10 motor mari kena caj di tempat nak naik patah balik. Sekarang apa aktiviti untuk menaik gunung tu dah menjadi lesen. Jadi saya cadangkanlah, cadangkan pihak Kerajaan mempertimbangkan semula caj yang dikenakan untuk naik mendaki Gunung Semanggol itu sebagai pusat rekreasi tu kita boleh gazette sebagai mana Bukit Larutlah kot. Bukit Larut tak kena. Tak kena.
Dengan itu boleh menggalakkan selain daripada mereka datang beramai pusat rekreasi dan boleh juga memberi sumber pendapatan kepada penduduk tempat dan lagi satu saya dah cadang lama dan dah buat lama mengenai untuk menjadikan Gunung Semanggol itu sebagai pusat paragliding ataupun terbang pakai itulah dan saya sendiri dengan Manjoi pernah pun terbang disitu sebab di situ sebab paragliding ni untuk Negeri perak satu pun tak ada. Peminat-peminat tu cuba buat di Ipoh ni. Di Ipoh dengan gunung di Ipoh tapi tak boleh sebab terganggu dengan penerbangan yang ada di sebelah utara di Jugra dan di sebelah nu dan paling baik sekali di Ranau Sabah dan dikatakan oleh paraglider ini, Gunung Semanggol ini adalah satu tempat yang paling baiklah kalau kena dengan anginnya. Tapi malang untuk bawa naik terbang ke atas tu, kita kena mendaki dengan kaki. Lebih kurang satu setengah jam bawa tujuh kilo. Dalam tujuh, lapan, tiga puluh, tiga puluh kilo barang yang nak terbang tu. Jadi setengah jam naik ke atas, turun ke bawah dalam masa dua jam. Dalam masa 30 minit lebih kurang. Sebab tu dulu pernah kita cadangkan dan telah diluluskan satu peruntukan untuk membuat track four wheels. Track four wheel naik ke atas untuk bawa barang dan bawa siapa yang nak bersukan.
Jadi peruntukan telah dibuat dan kita telah buat kerajaan awal tapi disebabkan oleh covid pada masa itu ditarik balik peruntukan tu. Jadi saya minta supaya perkara ini ditengok semula. Ditengok semula dan kalau boleh kita boleh laksanakan semula. Sebab kita nampak sekiranya kita boleh jadi pusat para gliding di situ, dan banyak daripada pelancong-pelancong daripada luar negara, terusnya Vietnam, Taiwan, Jepun dan negara-negara Balkan dia suka terbang ni. Sekarang dia terbang terus daripada turun dia pergi ke Ranau dan sekiranya kita boleh tarik ke Semanggol, ke negeri Perak ni kita boleh dapat sumber pendapatan dan selain daripada itu boleh menjana ekonomi penduduk setempat. Jadi mereka datang sini, tak boleh hari itu mereka kena bermalam, mereka bermalam restoran boleh hidup. Kemudian sekarang ini orang tak suka dah orang luar negara tak suka dah nak duduk di hotel, hotel-hotel dan sebagainya. Mereka suka duduk maka homestay boleh hidup. Jadi saya mohon sangatlah perkara ini supaya dijadikan juga. Dan saya telah pergi sekali dekat tengok di Kuala Kubu. Di Kuala Kubu ada satu.
Mudah-mudahan kita beri perhatianlah produk-produk yang macam ini, yang boleh membuat produk baru dan menarik pelancong-pelancong untuk datang kepada kita. Bukan itu saja boleh menjana ekonomi pendapatan negeri dan boleh menjana ekonomi penduduk tempat. Sebab di Semanggol di sana nak buat kilang tak boleh. Tanah semua dah jadi hak orang. 95% daripada tanah dah jadi milik orang. Terlalu mahal. Jadi perkara-perkara macam ini yang perlu kita adakan untuk menarik pelancong dan yang ketiga, kita tahulah kalau siapa yang pernah pergi tengok Tasik Merah. Itu Tasik Merah ini adalah satu tasik yang cantiklah. Kalau kat negara barat ini memang kita kata boleh jadi satu produk pelancongan yang besar dan Tasik Merah itu sendiri adalah satu mengeluarkan di situ ada ikan arowana itu. Tasik Merah itu adalah ikan arowana yang terbaik. Sekarang ini kita ada satu membuat santuari arowana, santuari arowana bersama dengan Jabatan Perikanan, dipanggil MyKP. Ini kita boleh jadi produk pelancongan.
Itu kita minta supaya kerajaan membuat promosilah di tempat itu dan selain daripada itu, Tasik Bukit Merah juga dah menjadi tarikan kepada pemancing-pemancing, daripada Kolumpo turun sewa bot dan memancing. Tapi di situ ikan dah makin berkurang, jadi kita mintalah supaya kerajaan bagi perhatian membuat pelepasan benih dan sebagainya untuk membanyakkan dan menarik pelancong ke sana. Begitu juga dengan Pulau Orang Utan yang kita pergi tengok kalau di sana apa boleh dikendalikan oleh Yayasan. Kalau ada promosi, saya ingat boleh menarik pelancong dan boleh menggiatkan aktiviti untuk orang ke Semanggol khususnya dan lagi satu saya nak menarik perhatian, ada lagi satu pelancong yang dibuat di Sungai Kerian, iaitu memancing daripada Kuala Lumpur mana minggu-minggu datang 30 orang, 40 orangs. Tapi sekarang dah tak ada lagi orang pergi dan di situ orang datang boleh menyewa, penyewa-penyewa, boleh ambil sewa bot. Ada satu sumber pendapatan lagi. Sekarang orang dah tak pergi disebabkan ikan dah tak ada. Jadi ikan dah tak ada disebabkan orang menggunakan pukat sorong, pukat tunda dan sebagainya menjadikan tak ada ikan lagi. Jadi saya mohonlah, saya mohon kerajaan mengambil penguatkuasa mengambil perhatian supaya sumber, menjaga kelestarian sumber di Sungai Kerian itu dikuatkuasakan secara bersepadu dan seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat mengenai dengan bajet yang telah meletakkan kelastarian sumber itu untuk RM160 juta. Jadi setiap tahun kita tahu kerajaan memperuntukkan jumlah yang besar untuk projek-projek tebatan air yang berpunca daripada kerana hujan dan sebagainya.
Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan memberi fokuslah kepada hotspot, dengan izin, yang sering berlaku banjir untuk menyelesaikan permasalahan secara menyeluruh. Fokus satu-satu tempat. Jadi, kadang-kadang kita banyak tiap-tiap tahun dengar ratus juta, berapa bilion, berapa bilion, tapi hujan mari, kita masalah banjir juga. Jadi, macam mana pengurusan macam mana dibuat ini mungkin kita boleh buat kita selesaikan satu-satu tempat. Saya suka menarik perhatian di sini. Di tempat saya, semalam saya ada sebut di Tebuk Panchor. Di Tebuk Panchor ni ada satu terusan besar daripada Tebuk Panchor kepada pekan Bagan Serai, ada air besar, sebelah ini ada jalan, jalan sebelah sini, jalan sebelah sana. Di sini ada parit buang. Jadi, parit buang itu di sebelah sana itu ada, di sebelah parit itu ada pula perumahan-perumahan yang duduk di sana dan juga pengusaha-pengusaha ikan kelisa. Jadi oleh sebab nak jemerang parit, nak jemerang parit itu, diorang kena buat, tak tahulah tempat saya panggil kelubung, buat kok ni. Jadi buat kok. Bila kok ni tidak standard, ada kecil ada besar, ada kecil ada besar. Maka menjadikan, bila hujan mari, air tak boleh mengalir. Hujan dua jam banjir, hujan dua jam banjir.
Saya cuba menyelesaikan perkara ini. Dah ajak berapa, hingga menteri pun turun. Lepas tu saya berasa, hari saya mengatakan semalam, ada lagi tempat yang bertindih. Kita tanya, ini siapa punya? JPS punya ke? Tak, bukan. Ini siapa punya? IADA punya ke dak? Ini Pejabat Tanah, kami tak ada punca kuasa. Sehingga duk sampai macam itu, sampai bila perkara ini kan? Jadi kita tak maulah ini melihat satu perkara yang kecil. Jadi kita ingat, kalau kita boleh membesarkan balik kok ni, masalah atau dengan peruntukan yang ada, boleh tengok balik situ, dia boleh menyelesaikan banjir itu dan bantuan bulanan keselesaan rakyat pun bolehlah kita bagi. Tapi kita nak bagi keselesaan, kita mari cerita. Saya bawa sampai menteri, saya tanya bila lagi perkara ini bermula. Pada sebelum ni pun kita bawa juga. Takkan perkara sekecil itu kita tak boleh nak selesai. Kita nak, dan perkataan ataupun perkara yang bertindih ni, ingat kerajaan kita kena selesaikanlah. Kalau sebelah sana tak mampu nanti, kita ambil esok kita selesaikan insyaa Allah.
Jadi apa, dan juga banjir di Pekan Semanggol. Di Pekan Semanggol ni dulu sebelum ni, dia ada satu pakej di Pekan Semanggol dulu. Hujan sekejap je banjir, hujan sekejap je banjir. Kita dapat satu pakej. JKR dah buat di pekan tu di kedai tak ada banjir tetapi belum dibuat secara keseluruhan. Sekolah Ehyak, sekolah Yang Berhormat Ustaz Akmal ni. Hujannya masuk air, hujannya masuk air. Kan, kita nak pakej ni kena buat keseluruhan. Jadi saya mintalah supaya kerajaan tengok dan buat menyeluruh, biar selesai sekali menyeluruh. Tak apa, sekali ni bajet, sekali ni banyak ni tak apalah bagi ke tempat mana tapi bagi selesai. Tapi kalau kita buat sekerat, sini banjir, sekerat, banjir belanja habis. Kemudian masalah tak selesai. Kan, jadi kita tak perlu bincang dah. We are moving forwardlah, kata orang Lenggong, kita nak moving forwardlah, nak pergi ke depan. Kita tak mahu dengarlah masalah bertindih, masalah banjir dan sebagainya. Apa yang ketiga dan yang ketiga mengenai dengan keterjaminan makanan. Ini menjadi fokus kepada kerajaan, kepada Malaysia. Untuk menentukan bahawa makanan yang kita selesaikan, sediakan dalam negeri ini cukup untuk kita, untuk kita makan, untuk Malaysia makan. Walaupun kita ni sebuah negeri pertanian, kita kata dulu tapi sekarang ni hampir keseluruhan kita nak kena import. Hatta telur ayam yang kita banyak pun nak kena import juga. Jadi, wallahu alham lah macam mana. Jadi perkara ini, walaupun kita memperuntukkan yang banyak, seperti mana yang telah disebutkan tadi, telah membangkitkan perkara ini dalam perbahasan Titah Tuanku itu. Pertama, saya minta, sebab yang menyumbang kepada padi, ataupun tanaman padi ini, pesawah-pesawah ini, kadang-kadang mereka ini sering kena bencana dan kena serangan ulat dan sebagainya.
Jadi, saya mohonlah kepada kerajaan yang pertama untuk memasukkan serangan daripada penyakit ini sebagai salah satu bencana, sebagai membantu kepada pesawah-pesawah. Dia ni kalau dia buat itu kena ulat, jadi ulat itu habis semua kena. Hasil pun tak ada ataupun tinggal terlalu sedikit. Jadi, nak memulakan, habis dah modal, nak memulakan baru itu dia memang tak ada duit. Orang kampung tak ada duit. Satu ekar dah kena berapa. Jadi, kalau kita tak bantu, memang menjadi kesusahan kepada mereka dan di sini, saya ingin jugalah ucapkan kepada kerajaan dalam usaha memperkasakan Jawatankuasa Sekuriti Makanan. Dulu kita ada peruntukan, saya ingat saya ada peruntukan sejuta pun bagi merangka dasar sekuriti makanan negeri Perak ini, ada jumlah ini, kita harap kita menggunakanlah secara sepenuhnya, secara efektif supaya boleh memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya dan saya sekali lagi untuk menegaskan di sini bahawa perkara-perkara yang telah dibangkitkan itu diberi keutamaan untuk meningkatkan hasil padi khususnya di Semanggol itu dan kita kena mengambil kira, terutama air dari Bukit Merah itu kita kena selesaikan dan yang ketiga untuk menaikkan tarah perparitan. Kalau di Sekinchan boleh buat parit kut atas, takkan di Semanggol tak boleh di atas?
Di Kerian tak boleh di atas? Saya tanya pasal apa? Dia kata kos mahal. Kalau di sana boleh buat, takkan sini tak boleh buat? Kan? Jadi saya minta lah kerajaan supaya selesaikan. Jadi tak mahu lah kita berulang-berulang. Sekali lagi kita tak mahu bercakap nak tengok dah parit ada kot atas, dah buat paip kut atas, turun bawah supaya tidak menyelesaikan. Apa? Tidak menimbulkan masalah dan boleh meningkatkan hasil padi dan yang ketiganya itu apa proses mengembalikan kesuburan tanah, percampuran dan juga untuk perataan tanah. Saya ingat perkara ini kita kena usahakan betul-betul bagi jadi. Kita kena bagi jadi kesian. Kalau kita tengok orang kampung kesian, kan? Orang motong getah boleh cari cari ini, tiap-tiap hari boleh ambil. Jadi orang kita kalau tak jadi satu musim, nak tunggu satu musim lain yang panjang. Kan? Jadi kalau kita buat macam ini dengan hasil yang tinggi, InsyaAllah selain daripada kita boleh menampung sekuriti makanan negeri kita, dan kita boleh bantu pendapatan kepada rakyat seluruhnya dan seterusnya cadangan saya supaya kita kaji ataupun secara mendalam untuk meningkatkan bekalan daging dalam negeri. Agak malanglah kita mempunyai bagan ragut yang besar, tapi kita SSR yang menampung daging untuk keperluan rakyat negeri Perak ini hanya 13% kan? Tanjung Rambutan, 13% saja. Lembu nampak banyak. Lembu merayau-rayau kat Tanjung Rambutan. Tapi hanya 13% saja yang kita... Hulu Kinta, Hulu Kinta. Saje nak usik dia, pasal dia tak bawa ayam kali ini. Jadi, ini minta Hulu Kinta nak.
Boleh nak mencelah sikit?
Semanggol, Hulu Kinta.
Masa Gunong Semanggol jadi Exco, apa benda telah dilakukan? Boleh jelaskan sikit yang soal daging, apalah. Sekarang, nyata kena buat itu, nak buat itu. Apa telah dirancang, apa telah berjaya? Tolong terangkan sikit. Bawah Gunong Semanggol.
Ok… ok. Saya jadi Exco 2 tahun. Saya telah meletakkan sasaran padi kita yang sekarang ni SSL kita atau Self Sufficient Rate kita 90% yang meletakkan sekurang-kurang capai 80%. Bukan cakap hari ni, esok jadi. Bukan hari ni jadi, hari ni kahwin, esok beranak.
Ini bukan soal target. Apakah keberjayaan bawah Gunong Semanggol? Kita tak nampak apa-apa benda pun.
Tak, ini yang kita bawa. Bukan kita bawa hari ni.
Itu target. Saya tanya, apakah telah keberjayaan? Tolong terangkan satu benda keberjayaan. Apa benda kita tak nampak?
Ayam ada di pasaran. Ayam ada di pasaran. Tak apalah Exco kesihatan menghilang masa itu. MB Kena jawab...
Setiap kali kita timbulkan, semua nak salahkan kerajaan dulu.
Mantan Exco kesihatan pun hilang masa itu.
Itu oklah, kita tak bawa telur. Kalau dulu kamu bawa ayam.
Selama duduk dulu. Selama duduk dulu. Sekarang Selama pembangkang jangan ingat kerajaan.
Malu kat penjawat awam bawa ayam. Kamu kerajaan sekarang Hulu Kinta.
Sekarang ni saya tanya Gunung Semanggol. Terangkan satu benda telah berjaya dilakukan. Apa benda pun kita tak nampak? Gagal! Masa sebagai Exco.
Ayam banyak di pasaran.
Gagal! Gagal! Gunung Semanggol sebagai Exco gagal. Sekarang megah sangat katakan buat itu buat ini. Apa benda pun tak laku.
Ok… ok. Bagi Semanggol jawab. Yang lain semua duduk. Okey, Hulu Kinta.
Bukan kita buat.
Bagus minta Hulu Kinta bangun tadi kan?
Duduklah dulu nak jawab.
Bagus minta Hulu Kinta bangun. Ok, jawab.
Yang Hulu Kinta tak ada apa apa pun.
Ok, jawab, jawab.
Sebab itu kita merancang supaya perkara ini untuk menjadikan bekalan air sempurna mesti dapat bajet. Bajet tak dapat. Untuk memberi kesuburan untuk kesuburan tanah mesti ada bajet. Itu yang kita minta sebab itu saya ulang di sini supaya benda ini boleh dilaksanakan. Sebab itu ini yang kedua. Ok, cukuplah itu. Standard Hulu Kinta macam itulah.
Semanggol, masa dekat nak habis ni boleh gulung lah.
Gunong Semanggol.
Ok, 3 minit.
Hulu Kinta terliur nak jadi nak jadi pembangkang ni sebenarnya.
Daging saya cerita masalah daging.
Orang jual kita belilah kan. Ini Gunong Semanggol nak sangat. So, Hulu Kinta bangunlah. So, sekarang saya nak tanya itu dia sebut tadi. Gunong Semanggol sebut menyatakan Hulu Kinta isu katakan ini apa semuakan. Saya dengar tadi bagi lontarkan cadangan banyak. Apa benda dia buat masa dia Exco. Dia menyatakan pasal soal apa menyatakan soal Kota Tampan tadi. Ini sebagai Exco dulu, ini tikam belakang. Dalam kerajaan jadi musuh dalam selimut. Lagi dasar pengkhianat masa dalam kerajaan.
Ok…ok Hulu Kinta.
Dia tak layak sebut soal kerajaan.
Ok…ok Hulu Kinta. Kita bagi Semanggol jawab.
Ok, yang…yang nak bagi tahu sekarang ini kita lembu. Daging lembu kita hanya 13.6%. Sedangkan kita mempunyai bagan ragut yang banyak. Peruntukan juga kita bagi. Saya minta lah kita kena ada satu formula yang kita boleh selesai. Boleh upgradekan balik. Bagan-bagan ragut setengah ada bagan ragut. Setengah ada pengusaha yang tidak mengusaha. Supaya kita boleh capailah satu peningkatan kepada penghasilan daging untuk kegunaan kita negeri Perak. Tak bercakap pasal nak supply daging korban lagi. Korban kita pakai berapa Lintang? 7,000, 8,000 ekor. Itu memang tak cukup kita nak supply. Jadi tambah yang kita makan harian tadi. Sedangkan kita mempunyai tanah yang luas. Kita mempunyai bagan ragut dan sebagainya. Saya baru nak cuba. Baru nak buat benda itu. Baru nak mengenal pasti. Saya minta lah supaya kerajaan menyambung. Dari daripada boleh menambahkan sekuriti makanan kepada Kerajaan Negeri kepada kita di negeri Perak ini dan seterusnya kita boleh bagi sumber pendapatan kepada rakyat.
Semanggol sebelum tu 3 minit.
Ini penting. Sejarah lama. Jadi kalau tak bangkit pun tak kena. Bangkit pun rasa macam terkena kawan-kawan. Tapi nak kata macam mana kena bangkit juga lah. Itu sebab kita dah mengatakan bahawa kita mempraktikkan good a governant. Jadi ada isu minta lah kita minta supaya kerajaan menyelesaikan isu tanah teroka di Kampung Perlis, Gunong Semanggol. Jadi tanah ini kalau tengok, saya dah buat video tanya meleleh air mata depa. Mari daripada kecil lagi nam tebang pokok 2 jam nak buat tu. Tiba-tiba tebang pokok dan sebagainya. Tanam padi dan sebagainya tiba tiba, tiba-tiba kita nak ceritakan tanah tersebut telah diberi kepada seseorang. Mereka ada di dalam tu. Kampung di dalam tu. Kan nak pindah ke mana kata. Mereka bagilah duit. Kami bukan tahu mereka bagi duit apa. Supaya nak ni. Tak ada. Sekarang ni mereka duduk bukan di tanah mereka. Sedangkan mereka yang teroka. Nama kampung tu Kampung Perlis. Jadi sekiranya, kira kata pihak yang mendapat tanah tu dia buat pembangunan. Maka Kampung Perlis tu akan hilang daripada peta. Mungkin silap management kita kat mana. Masa bagi tanah tu kita tak tengok bahawa di situ ada penduduk dan sebagainya. Saya mintalah kerajaan selesai perkara ni dan saya kita telah memulakan. Tak kiralah salah siapa kita tak mengungkit salah siapa. Jadi kita tengok mata orang, mata rakyat. Mata ni kan. Depa keluar merantau. Mari buat tebang pokok tanam pokok. Tiba tiba, geran keluar hak orang lain kan. Saya minta perkara ni di selesaikan.
Yang pertama dan yang kedua, mengenai dengan tanah ataupun kampung tepi kolam Bukit Merah. Kampung tepi kolam Bukit Merah tu kampung tradisi 30 dah, 3, 4 generasi dah. Tapi sekarang ni ada nampak Pakteh agak lah kita sebab nak dibuat apa pembangunan agropelancongan dan sebagainya. Maka ada usul-usul supaya mereka ni diletak keluar. Jadi kalau boleh kita bagilah penempatan supaya mengekalkan kampung tepi kolam tu. Kita boleh buat cantik sebagai satu produk pelancongan. Mereka inilah yang menghidupkan di Kampung Tepi Kolam di Semanggol itu dan akhirnya, akhirnya ni. Akhirnya ni. Akhirnya sikit. Tadi kita sebut banyak mengenai dengan pembangunan Pelan Perak Sejahtera daripada Institut Darul Riduan. Jadi tak sepatutnya nak bawa di Dewan. Tapi ini diminta dibawa di Dewan tapi sekarang ni berlaku oleh sebab satu institusi penting ini ramai daripada mereka diberhentikan secara mendadak daripada staf-staf yang ada di situ. Jadi minta kerajaan perhatikanlah perkara ini. Detail dia adalah. Jadi kita tak perlu bincang panjangkan perkara ini. Jadi institusi yang amat penting untuk merakau pembangunan mereka. Ada experience tiba tiba. Sebahagian dia diberhentikan.
Jadi kita ingat. Minta kita sama-sama bertanggungjawab untuk melihat. Sekarang kita nak mencipta peluang pekerjaan. Institusi kita sendiri. Kita pergi buang orang. Jadi itu nampak macam tak cantik lah. Jadi itulah Dato' yang di-Pertua. Terima kasih banyak. Terima kasih Hulu Kinta. Jadi InsyaAllah. Jadi dengan ini Semanggol menyokong. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Gunung Semanggol. Seperti mana yang saya maklumkan tadi, kita ada sedikit masalah teknikal dan kita memerlukan sedikit masa untuk memulihkannya. Oleh yang demikian, sekarang saya tempohkan dewan selama 30 minit dan Dewan akan bersidang semula pada hukum 12.50 tengah hari, terima kasih.
[DEWAN DITEMPOHKAN SEKETIKA DAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 12.50 TENGAHARI] ___________________________________________________________________
SETIAUSAHA Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian terima kasih di atas kesabaran semua Dewan bersidang semula. Bagi perbahasan seterusnya masa yang diperuntukkan adalah 20 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Salam Sejahtera dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, petugas-petugas media, para pemerhati yang saya hormati sekalian. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Negeri Perak Bagi Tahun 2023. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak Bagi Tahun 2023 pada hari Khamis minggu lepas. Atas komitmen dan kerja keras membuktikan Kerajaan Negeri dalam mengharungi wabak Covid-19, Kerajaan Negeri di bawah pempinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjaya meningkatkan hasil negeri melepasi RM1 bilion. Saya berharap momentum ini dapat dikekalkan sejajar dengan tema Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menekankan untuk memberi tumpuan kepada lima fokus pertama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Kelestarian Alam Sekitar, Keterjaminan Bekalan Makanan serta Pembangunan Modal Insan dan Belia.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, melihat kepada fokus pertama iaitu kesejahteraan rakyat, saya melihat kehidupan rakyat masih perlu dibantu. Dengan diperbanding dengan kos sara hidup yang tinggi pentingnya kerajaan untuk sama-sama menyelami dan merasai nadi denyut rakyat, segala bentuk bantuan mahupun program yang dirancang haruslah dilaksanakan secara inklusif supaya tiada golongan yang tercicir dan menikmati faedahnya. Seterusnya saya ingin memberi fokus kepada pembangunan komuniti Orang Asli di kawasan saya. Tiga bidang saya cuba ketengahkan untuk diberi keutamaan bagi memperkasakan masyarakat Orang Asli di dalam sesi pembahasan saya iaitu Pembangunan Modal Insan, Ekonomi dan Infrastruktur. Dalam mengupayakan golongan muda masyarakat Orang Asli yang berumur di bawah 40 tahun saya mencadangkan kerajaan untuk merangka program yang berkonservatif dan berterusan untuk jangka masa panjang.
Ia bertujuan menjadikan golongan ini sebagai golongan yang berilmu, berinovasi dan kreatif. So, dia sentiasa sensitif dengan pembangunan yang berlaku di sekeliling mereka. Justeru saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi membina sebuah pusat kemahiran berasrama khususnya untuk masyarakat Orang Asli. Dengan adanya pusat ini, masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman boleh tinggal di asrama dan belajar di dalam persekitaran yang kondusif dan berfokus.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya berpandangan sudah tiba masanya masyarakat Orang Asli terutama yang di kawasan saya yang bergantung hidup terhadap hasil hutan perlu diberi pendedahan di dalam sektor pertanian dan mempunyai keupayaan keusahawan bagi melancarkan dan mempertingkatkan pendapatan ekonomi mereka. Saya ingin mencadangkan penggemblengan tenaga secara menyeluruh melibatkan agensi-agensi di dalam sektor pertanian dan merangka satu program atau projek yang berasaskan hasil hutan dan tumbuhan semula jadi yang ada di pedalaman kampung Orang Asli dan dapat dihasilkan secara komersial dan sistematik. Saya juga berharap masyarakat Orang Asli ini diberi pendedahan berkaitan teknik ilmu pertanian moden dan mempunyai keupayaan keusahawan agar dapat menjana pendapatan sendiri. Melalui teknik moden hasil pengeluaran pertanian akan cepat dan berkali ganda. Mereka juga boleh diberi pendedahan secara aktif di dalam program pendigitalan usahawan bagi peluasan pasaran. Maka saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan usahawan Perak khususnya kepada usahawan kecil masyarakat Orang Asli bagi membantu meningkatkan keupayaan menjalankan perniagaan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, disebabkan faktor muka bumi dan kawasan penempatan masyarakat Orang Asli di kawasan yang jauh di pedalaman saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan untuk projek menambah baik jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli di kawasan DUN Chenderiang terutamanya jalan laluan ke kampung Pos Musuh yang sering berlaku tanah runtuh. Laluan Pos Musuh adalah jalan perhubungan untuk penduduk mendapatkan rawatan kesihatan di luar kawasan dan juga memudahkan kepada petugas-petugas kesihatan membuat pemeriksaan kesihatan di kawasan pedalaman. Selain mengemukakan khidmat kesihatan kepada masyarakat Orang Asli ia juga dapat mengemukakan tenaga pekerja dan pelajar belajar di sekolah SK Pos Musuh dan membantu masyarakat Orang Asli mengeluarkan hasil masuk dengan mudah dan cepat, serta dapat menjualnya secara terus kepada pembeli.
Walaupun masyarakat Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman namun mereka juga sepatutnya tidak ketinggalan dengan arus pemodenan. Saya berharap Kerajaan Negeri tidak memikirkan masyarakat Orang Asli terutamanya di kawasan DUN Chenderiang bagi kemudahan infrastruktur yang sempurna, akses jalan masuk ke kampung yang baik, akses peliputan telefon dan perkhidmatan jalur lebar dapat disediakan di penempatan masyarakat Orang Asli dan program bantuan baik pulih dan bina baru rumah secara percuma kepada masyarakat Orang Asli juga perlu diberi perhatian.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pada masa kini pekan Tapah telah pesat membangun memacu ekonomi setempat. Oleh itu, kapasiti asal penggunaan kenderaan di jalan raya melalui pekan Tapah telah menjadi maksimum dan kepadatan bertambah. Saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek membina satu jalan baharu bagi mengurangkan kapasiti trafik sedia ada di jalan persekutuan di dalam Pekan Tapah. Ia juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Pekan Tapah oleh sebab lokasi berkenaan merupakan salah satu kawasan hotspot dengan izin. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8 juta pada tahun 2023 dalam merancakkan lagi sektor perlancongan negeri. Di kawasan DUN Chenderiang, terdapat beberapa kawasan perlancongan yang menarik seperti Tasik Temoh. Dalam aspek ini, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak merancang Tasik Temoh menjadi destinasi pelancongan pilihan di negeri Perak. Ia boleh menjadikan Tasik Temoh sebagai nafas baru dalam ekopelancongan dengan pembinaan Arena Square Tasik Temoh yang merangkumi kedai jualan produk buah-buahan tempatan, medan selera berbilang kaum, galeri seni dan warisan, pusat e-hub pertanian dan tapak pelancongan camping. Perkara-perkara di atas adalah idea-idea yang benas untuk memajukan sektor pelancongan di kawasan Tapah. Ia juga boleh merancakkan sumber pendapatan masyarakat setempat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di atas kelulusan peruntukan projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur pelancongan, seperti pemasangan paparan LED di pekan tapah dan bangunan kedai pekan Tapah dicat berbagai warna untuk menceriakan parorama pekan Tapah. Di dalam kawasan Chenderiang pada masa ini hanya terdapat bas daripada Syarikat Hup Soon yang laluannya Kampar-Tapah, Tapah-Kampar manakala JAKOA ada menyediakan pas bagi pelajar-pelajar Orang Asli. Kemudahan perkhidmatan bas henti-henti, kita dikenalpasti tidak didapati secara menyeluruh dan efisien. Terutamanya dari pekan Tapah hingga ke Kampung Sungai Kenting, Kampung Orang Asli dan Pekan Chenderiang. Di sepanjang jajahan laluan Tapah-Chenderiang, terdapat 12 buah sekolah dengan anggaran 4,000 pelajar dan 12,000 penduduk yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam ataupun bas henti henti. Bajet negeri dalam belanjawan tahun 2021 telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi perkhidmatan pas RM1 di Daerah Batang Padang dan Daerah Kuala Kangsar. Tujuan agihan peruntukaan di 2 daerah disebabkan permintaan yang tinggi daripada masyarakat Orang Asli dan golongan pelajar.
Oleh yang demikian, saya ingin bertanya apakah status perlaksanaan program ini? Dan saya merayu kepada pihak kerajaan, perlaksanaan program ini disegerakan. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek pembinaan terminal atau stesen pengangkutan awam bersepadu bagi pengangkutan bas, teksi, hailing dan sebagainya untuk meningkatkan sistem perangkutan awam antara stesen kereta api Tapah Road dan pusat bandar Tapah serta antara pusat bandar dan kawasan perkampungan luar bandar yang terlibat di kawasan DUN Chendriang.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, banjir kilat sering melanda bandar Tapah, Kampung Baru Chenderiang, Kampung Baru Pahang, Kampung Sami dan taman taman persekitaran yang dikenal pasti berpunca daripada sistem saliran dan sungai. Ia telah menyebabkan kerugian kepada masyarakat setempat dan menjejaskan urusan harian mereka. Oleh itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya projek-projek kecil tembatan banjir dapat dilaksanakan dan menaik taraf sistem saliran perbaritan dan sungai di sekitar kawasan yang seling dilanda banjir kilat.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat menambah baik kemudahan-kemudahan yang ada di Hospital Tapah. Bagi penduduk Tapah dan penduduk di kawasan Bidor yang memerlukan rawatan doktor pakar dan penjagaan rapi akan dihantar ke hospital yang berdekatan iaitu Hospital Teluk Intan. Ini disebabkan oleh ketiadaan doktor pakar, ketiadaaan theater pembedahan serta peralatan terkini bagi merawat pesakit yang kritikal. Saya sarankan kepada Kerajaan Negeri, memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah theater pembedahan atau surgery di Hospital Tapah. Ia boleh dapat memudahkan pesakit-pesakit yang mengalami kemalangan di jalan raya. Ia juga boleh mengadakan OT ataupun dengan izin theater pembedahan pembedahan kecil boleh dapat dilakukan di Hospital Tapah dan tidak perlu dihantar ke Hospital Besar iaitu Hospital Teluk Intan ataupun Hospital Permaisuri Bainun.
Yang Berhormat Dato' yang di-Pertua, Jawatankuasa Khas Rumah Ibadat dalam kawasan Gua Batu Kapur telah ditubuhkan pada 7 Februari tahun ini bagi tujuan memantau segala perkembangan yang membabitkan rumah ibadat dalam gua batu kapur di mana ia melibatkan jabatan-jabatan teknikal dan ahli-ahli yang dilantik khas bagi menyelesaikan isu rumah ibadat yang bertapak di gua batu kapur yang berstatus tanah kerajaan. Mesyuarat khas rumah ibadat dalam kawasan gua batu kapur telah menjurus kepada beberapa perkara iaitu membincangkan hala tuju pelupusan gua batu kapur berdasarkan ulasan JMG, zoning dari bahagian pihak PBT dan agensi-agensi teknikal yang terlibat. Ia juga membincangkan aspek kawalan risiko, kaedah dalam menjamin keselamatan di lokasi terlibat dan mengambil langkah awal dalam usaha untuk berjaga-jaga dalam faktor keselamatan. Pada 15 Februari tahun ini, 14 pengusaha rumah ibadat yang berada di dalam gua batu kapur telah mengemukakan permohonan Borang Jadual 1 dan dokumen permohonan secara rasmi untuk pertimbangan pihak berkuasa dan pihak pengusaha perlu melantik konsultan agar keselamatan pengunjung terjamin sebelum permohonan penisipan diproses. Atas inplikasi kos yang tinggi, bagi menjalankan penilaian zon teknikal, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang sumbangan dalam mengkaji sistem keselamatan semasa dan penilaian zon teknikal tempat-tempat ibadat yang bertapak di gua batu kapur melalui peruntukan Unit Integrasi dan Pengukuhan Masyarakat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan sidang Dewan Negeri pada kali ini dengan keadaan yang teratur dan saksama. Tidak lupa juga semua barisan penjawat awam Negeri Perak di atas segala khidmat bakti semasa mendepani tempoh yang amat sukar akibat daripada wabak Covid-19. Saya ingin mengajak kita semua agar sentiasa berdoa supaya Negeri Perak akan sentiasa aman dan sentosa. Di anugerahi rahmat dan dilimpahi rezeki buat rakyat-rakyat ini. Tidak lupa juga kepada kepimpinan negeri di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, agar terus diberi kekuatan dan kesihatan dalam menerajui kerajaan kepada negeri tercinta. Sekian terima kasih. Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, Chenderiang menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Chenderiang yang berbahas tepat mengikut masanya. Sekarang seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahirrabbilalamin wabihinasnaain dengan nama Allah Yang Maha Permurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabat Baginda yang dimuliakan. Yang Berhormat Dato' Speaker Dewan Perak Darul Ridzuan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat ketua-ketua Ahli Dewan yang dimuliakan, Setiausaha Dewan Negeri Perak, ketua-ketua jabatan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, para pengamal media, urus setia Dewan, pemerhati, hadirin-hadirat yang saya kasih sekian.
Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas keizinanNya jua memberi peluang kepada kita sekaligus lagi berada dalam Dewan yang Mulia ini bagi sesi perbahasan bajet tahun 2023 yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar pada 23 Januari 2022. Saya juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk memulakan perbahasan dari barisan pembangkang buat pengalaman kali kedua selepas tahun 2008. Tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana sekali lagi telah dipilih sebagai Speaker Dewan Perak Darul Ridzuan tanpa ditandingi. Hebat, tahniah. Saya juga mengambil peluang untuk merakamkan tahniah kepada Timbalan Speaker, YAB Menteri Besar dan barisan Exco serta tidak lupa juga kepada Yang Berhormat Gunong Semanggol yang telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang. Dato’ Yang di-Pertua, episod PRU yang ke-15 pada 19.11.2022 telah pun berlalu dan hari ini tanpa disangka-sangka telah tertubuhnya kerajaan PH bersama BN di Negeri Perak. Ianya mengingatkan saya kembali pada 12.5.2018 selepas PRU yang ke-14. Iaitu selepas 3 hari PRU pada 9 Mei 2018, Negeri Perak masih belum dapat memutuskan calon Menteri Besar dan akhirnya saya sebagai ADUN Sungai Manik pada ketika itu dan ADUN Tualang Sekah telah membuat SD menyokong ADUN Chenderiang sebagai Menteri Besar. Walaupun berlaku incident di mana ADUN Sungai Rapat telah mencuba untuk menjadi MB di Istana. Namun disebabkan SD itu jelas menyatakan hanya ADUN Chenderiang sahaja yang disokong yang mana selain nama itu adalah terbatal sokongan SD tersebut. Maka selepas itu bermulalah episod pemecatan saya dan ADUN Tualang Sekah oleh parti UMNO. Berbagai kritikan dan kata-kata celahan dilontarkan kepada kami berdua, namun kami tetap tabah dan meneruskan tugas seperti biasa.
Pada 21.11.2022, langkah berani luar jangka telah diambil oleh BN. Bagi kerjasama dengan PH, maka Kota Tampan telah dilantik semula menjadi YAB Menteri Besar yang ke-10. Sudah tentu situasi pada 2018 dan 2022 ini menjadi perbandingan dan penilaian kepada umum. Namun saya tidak berminat untuk meneruskan, berbicara lanjut dengan apa yang telah terjadi. Biarlah rakyat dan pengundi yang membuat rumusan. Namun hati kecil saya amat berasa lega dengan tindakan yang telah diambil oleh BN. Sekurang-kurangnya tindakan saya pada tahun 2018 tidaklah sehebat pada tahun 2022. Saya yang digelar dengan bermacam-macam gelaran hinaan sejak Mei 2018 hinggalah semasa kempen PRU yang ke-15 baru-baru ini akhirnya berjaya menyumbangkan tiga kosong kepada Perikatan Nasional.
Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan perhargaan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi-pengundi di Negeri Perak, khususnya di DUN Sungai Manik, saluran 3, 4, 5, 6, 7 dan 8 yang beri sokongan kepada Perikatan Nasional. Dato’ Yang di-Pertua, saya telah mengikuti ucapan pembentangan bajet 2023 yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar. Daripada muka surat 1 hingga 38. Saya juga telah meneliti dan menyemak buku bajet tahun 2023 Negeri Perak Darul Ridzuan setebal 332 muka surat. Seperti mana Kerajaan Pusat, ini adalah merupakan pembetangan bajet tahunan dari Kerajaan PH dan BN Negeri Perak selepas PRU yang ke-15. Sama ada bajet ini baik atau tidak, amat tidak adil untuk dikatakan dalam Dewan yang mulia ini memandangkan saya serta sebahagian ahli-ahli pembangkang di sebelah sini adalah sebahagian daripada bajet yang telah dibentangkan.
Justeru itu, besarlah harapan kami dan juga rakyat dengan pengumuman-pengumuman yang telah dibentangkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana sudah tentu asasnya adalah untuk kesejahteraan rakyat. Sudah pasti saya menyokong segala yang memberi kesejahteraan kepada rakyat dan Negeri Perak. Bagi berkongsi perasaan dan niat murni untuk menghasilkan apa yang terbaik untuk manfaat bersama, hujah dan perbahasan saya mengenai bajet 2023 Negeri Perak ini akan berkisar atas lima senario sebagai rujukan kepada Kerajaan Negeri. Yang pertama, perlu mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global yang memperlihatkan cabaran baru yang getir dan beraneka rupa. Kerajaan perlu bersedia menghadapi dan mengambil langkah-langkah proaktif jika berhadapan dengan situasi yang sukar. Yang kedua, meneruskan dasar-dasar sedia ada demi survival, dengan izin, survival pelaburan adalah langkah yang bijak bagi meneruskan keyakinan pelabur. Yang ketiga, mengekalkan segmen pertanian sebagai keutamaan adalah penting bagi mengelakkan kebergantungan sumber luar yang terlalu ketara. Kerajaan perlu memastikan bukan sahaja cukup dalam negeri, malah perlu menjadi pengeluar pada negeri-negeri lain di Malaysia.
Yang keempat, semua bantuan-bantuan dan sumbangan yang sebelum ini telah dilaksanakan perlu diteruskan. Bukan sahaja kepada golongan B40, malah lebih ramai lagi golongan yang memerlukan perhatian. Manakala yang kelima, usahawan SME terutamanya perlu terus diperkasakan, bukan ditekan dengan pelbagai lesen dan keperluan yang menyekat mereka. Tahniah saya ucapkan kepada STeP, SADC dan semua agensi persekutuan dan negeri yang banyak membantu usahawan, terutamanya untuk mengembalikan semangat dan perniagaan mereka agar kembali pulih seperti biasa.
Dato’ Yang di-Pertua, rakyat memerlukan perhatian daripada kerajaan meliputi keseluruhan aspek yang penting. Bagi menjamin keselamatan kehidupan agar negeri Perak tercinta dihadirkan kesejahteraan dan kemakmuran bagi perkara yang melibatkan keadaan semasa dan akan datang. Saya ingin menyentuh mengenai peruntukan RM2.1 juta pengangkutan luar bandar bagi pengkhidmatan Bas Perak Sejahtera. Persoalannya, adakah peruntukan ini hanya menjurus ke daerah tertentu sahaja? Bagaimana pula dengan pengangkutan awam di bandar yang mempunyai permintaan? Setuju atau tidak, Kerajaan Negeri perlu mengemukakan statistik serta data penggunaan kenderaan awam yang terkini.
Namun jika dilihat keadaan semasa, pengangkutan awam di bandar lebih kepada e-hailing, dengan izin ataupun Grab. Saya mengajak seluruh Dewan ini dapat kita bersama menilai bahawa selepas bencana covid melanda, ramai rakyat ini terlibat sama dalam industri pengangkutan awam dengan wujudnya e-hailing di bandar dan luar bandar yang menjadi sebahagian pengangkutan awam pilihan utama rakyat generasi dunia digital. Besarlah harapan rakyat yang kini terlibat dalam sektor ini agar diberikan perhatian oleh kerajaan. Menilai sektor ini agar diberikan bajet khusus agar masa depan pengangkutan awam akan lebih terjamin. Kerajaan rakyat harus membentangkan bancian terkini terhadap perbandingan pengangkutan awam oleh rakyat, bas ataupun Grab. Cadangan kepada Kerajaan Negeri agar menyalurkan peruntukan khas atau memberikan bantuan seperti servis kenderaan, seperti menukar tayar ataupun major servis serta memperuntukan perlindungan khas kerana bencana hari ini berlaku tanpa diduga. Kita tidak mahu mereka yang membawa Grab ini nanti akan menimbulkan masalah lain kepada penumpang khususnya pengguna pengangkutan awam.
Dato’ Yang di-Pertua, Negara Argentina memenangi piala dunia menjadi sebutan rakyat kerana kita tahu sukan ataupun seni adalah nadi kepada perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Fokus khas yang kepada pembangunan atlet perlu diberi perhatian dari awal dan sememangnya memerlukan kos yang tinggi. Namun, usahawan Negeri Perak perlu dilibatkan dengan menjadikan atlet sebagai duta khas produk atau servis syarikat. Hasilkan kerjasama khas berbentuk sponsorship dengan izin, ini dapat menjamin atlet untuk tidak bersara awal kerana pendapatan dan kos sara hidup yang dah alami oleh bekas atlet negeri memerlukan kos yang tinggi. Kerajaan perlu mencipta satu kerjasama khas ini di antara Majlis Sukan Negeri bersama dengan STeP. Setiap kali Sukan dan SUKMA, acara combat atau pun tempur sering menjadi tumpuan untuk mendapat pingat. Tapi amat malang di Negeri Perak, mereka perlu berkongsi gelanggang untuk 7 acara. Hampir 110 pingat ditawarkan oleh acara tempur. Hanya ada beberapa acara sahaja yang mempunyai gelanggang sendiri.
Walaupun demikian, kalau kita melawat gelanggang-gelanggang mereka adalah amat daif dan serba kekurangan. Semuanya atas inisiatif persatuan masing-masing. Justeru itu, acara-acara seperti ini tidak memerlukan modal yang besar, tak memerlukan peralatan yang besar seperti acara berbasikal, memerlukan kos membeli basikal RM60,000.00, RM80,000.00. Tapi hanya untuk satu pingat. Acara ini 110 pingat, hanya individu tersebut bertempur je. So, keadilan perlu diberi kepada atlet-atlet ini dalam mereka mewakili Negeri Perak. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas inisiatif yang diberikan kepada Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi. Sebenarnya ramai lagi atlet Negeri Perak ini yang telah melakarkan kejayaan yang cemerlang. Saya bagi contoh mudah, Mohammad Rifdean Bin Masdor, dalam usia 16 tahun menyumbang Emas pada tahun 2018. Menyumbang Emas pada tahun 2019 dalam usia 17 tahun, Sea Game, dalam acara Muay Thai. Juara Remaja Dunia 2019. Juara Dunia 2021 dan 2022 dan yang terbaru mendapat pingat Emas untuk SUKMA 2022 dalam usia 20 tahun. Selepas ini beliau tak layak nak mewakili Negeri Perak dalam acara SUKMA. Tapi beliau telah melakarkan kejayaan yang hebat di peringkat asia dan juga dunia.
Sudah tentu atlet-atlet sebegini juga perlu diberi perhatian. Saya hanya menyebut seorang sahaja Mohammad Rifdean, tapi sebenarnya Muay Thai telah menyumbang dua atlet bertaraf dunia. Iaitu seorang lagi wanita Nur Amisha Binti Azrilrizal, dalam usia 16 tahun juga menyumbang Emas SUKMA pada Perak dan juga mendapat Gangsa Sea Game 2019 dalam usia 17 tahun. Dalam Sea Game 2021, dapat Perak. Juara Remaja Dunia 2019. Juara Dunia 2021, Naib Juara Dunia 2022 dan yang terbaru menjuarai Juara Thai King's Cup 2022. Dua nama yang saya sebut ini adalah sebahagian daripada anak-anak Perak yang cemerlang. Keadilan perlu diberikan kepada atlet-atlet sebegini selain daripada atlet yang telah ditawarkan sumbangan pendidikan. Yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat dalam teks ucapan bajet. Ini akan menaikkan semangat kepada atlet yang lain. Sebab umum mengetahui, mereka ini setelah selesai SUKMA mereka akan hilang arah dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang atlet. Kalau mereka melanjutkan pelajaran, pengajian di peringkat pendidikan tinggi, mungkin mereka ada peluang, ada platform untuk meneruskan bakat dan kebolehan mereka. Satu langkah perlu diambil bagi melihat bagaimana kita dapat membantu mereka dalam meneruskan minat.
Yang di-Pertua. Boleh buat celahan? Yang Berhormat Sungai Manik, saya amat bersetuju berkaitan dengan pihak swasta mengambil peranan untuk kita menggilapkan atau perkasakan sukan. Di mana waktu saya bermain dulu, kalau tuan-tuan masih ingat ada seorang pemain bola sepak yang amat terkenal namanya, iaitu Jian Juh. Jian Juh ini dulu ditaja oleh Perak Anjung. Perak Anjung ini adalah syarikat anak syarikat Kerajaan Negeri. Sekarang saya rasa Perak Anjung sudah menjadi YTL. Walaubagaimanapun ini adalah merupakan satu contoh di mana pihak swasta dapat memainkan peranan sehingga kita beroleh kejayaan cemerlang pada ketika itu. Terima kasih.
Ya, saya bersetuju dengan pandangan Ayer Kuning sebagai seorang bekas pemain Kebangsaan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebanyak RM21.6 juta bagi Pembangunan Modal Insan dan Belia diperuntukkan adalah jumlah yang besar bagi pembangunan belia untuk mencorakkan pemimpin masa hadapan adalah cerminan kepada pemimpin kini. Anak muda hari ini lebih terbuka memberikan pandangan terhadap politik kerana informasi di hujung jari. Syabas Kerajaan Negeri meneruskan Dewan Belia kerana ini adalah platform yang amat penting bagi mencipta pimpinan negeri masa hadapan. Apa yang akan jadi pada ahli Dewan Belia selepas mereka tamat setiap sesi? Adakah mereka akan berhijrah meninggalkan negeri? Justeru itu Kerajaan perlu meletakkan mereka di agensi-agensi yang penting bagi memastikan belia-belia ini dimanfaatkan sepenuhnya tidak kiralah apa pun parti politik yang mereka sokong kerana demokrasi itu bebas memilih. Sediakan perjawatan, urusan khas yang hanya mereka yang pernah menjadi ahli Dewan Belia menjawat bagi memastikan mereka dapat memberikan sumbangan idea, pelaksanaan serta perkhidmatan khusus kepada Kerajaan Negeri bersama Institut Darul Ridzuan.
Peluang pekerjaan adalah perkara yang selalu dibangkitkan dalam hal yang penting. Ianya amat berkait dengan soal pendapatan. Rakyat sentiasa menginginkan gaya hidup mereka dipertingkatkan. Ada yang melakukan pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup. Hari ini rakyat memilih pekerjaan mengikut apa yang mereka minat dan dapat memberikan pulangan yang lumayan. Namun realiti hari ini harus dibentangkan. Keperluan utama adalah sekuriti makanan. Kajian perlu mewujudkan pusat kajian khas bagi memastikan hasrat ini dilaksanakan dengan lebih efisyen dan terjamin. Wujudkan kempen sepanjang tahun di semua platform serta libat pihak swasta bersama dalam halatuju sekuriti makanan yang memerlukan sokongan dan penglibatan seluruh rakyat Negeri Perak. Sebagai contoh bulan Januari 2023, berapa anak benih pokok ditanam? Jumlah jenis yang ditanam dan sekiranya setiap individu menyertai, dana khas harus diperuntukkan agar penglibatan setiap rakyat dapat mewujudkan cycle of collaboration dengan izin dalam menjayakan hasrat Kerajaan dan bersama menyokong fokus keterjaminan bekalan makanan Kerajaan Negeri, dilestarikan dengan penglibatan semua rakyat Negeri Perak. "Tanam ubi rapat-rapat, biar senang puyuh berlari. Sama-sama bantu rakyat, mudah-mudahan selamat negeri". Saya ingin menarik perhatian pada Sidang Dewan mengenai pengumuman Bantuan Khas Kewangan 1 setengah bulan gaji dan minimum RM2 ribu kepada semua penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri. Sudah tentu amat menggembirakan penjawat awam Negeri Perak.
Namun saya mohon dipertimbangkan agar bantuan khas ini juga dapat disalurkan kepada bekas-bekas Pegawai Khas Exco dan juga pejabat Exco yang lepas. Sebab mereka telah ditamatkan perkhidmatan pada 23 haribulan 12, 2022. Syarat mendapatkan bantuan khas ini berkhidmat sehingga 31 Desember 2022. Lapan hari saja lagi, hilang kelayakan. Tak ke kejam Kerajaan ini? Lapan hari lagi nak cukup 31 haribulan 12, 2022. Saya mohon Yang Amat Berhormat dapat mempertimbangkan sebab saya difahamkan jumlahnya tak sampai 10 orang pun. Kami nak bagi, tak ada dah. Yang Amat Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya pun dah sampai ke penghujung. Cuma saya nak mengambil kesempatan di penghujung perbahasan saya ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih. Khususnya kepada ketua-ketua jabatan, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sepanjang saya memimpin portfolio PLAK, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada penggal yang lepas. Semoga jasa dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan yang telah diberikan dalam menjayakan agenda pembangunan Perak ini dapat diteruskan dengan barisan Exco yang baru. Justeru itu, mari lah sama-sama kita bekerjasama, tak kira lah di barisan Kerajaan, mahu pun Pembangkang untuk kita menjayakan satu matlamat dan bagi kemakmuran Negeri Perak agar Perak lebih sejahtera pada masa akan datang. Akhir kata, saya ingin memetik satu ayat yang telah jelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan satu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenai ini. Sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". Surah Al Hujurat, ayat 6. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Manik. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Pertama kali, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan Kerajaan Perpaduan atas pembentangan Bajet 2023 yang telah dibentangkan pada minggu lepas. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada penduduk DUN kawasan Pantai Remis dan Dewan yang mulia ini kerana sekali lagi memberi mandat dan peluang kepada saya untuk menyuarakan suara rakyat serta mengemukakan pandangan berhubungan Belanjawan Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pemerhati, rakan-rakan media, ekonomi kita masih tidak menentu sedangkan insiden-insiden seperti pandemik Covid-19 dan konflik Rusia-Ukraine masih memberi kesan berkekalan kepada ekonomi global. Ekonomi dunia pada 2023 telah dijangka menyaksikan suasana suram bersama-sama dengan gangguan rantai bekalan. Sementara usaha-usaha pemulihan giat dijalankan, kita di sini selaku pekerja-pekerja garis depan dalam politik perlu mengakui bahawa tahun 2023 akan lebih mencabar dan memerlukan penilaian semula polisi bergantung kepada prestasi ekonomi dunia dari semasa ke semasa.
Oleh itu, persefahaman dan kerjasama parti-parti politik di kerajaan perpaduan adalah penting untuk memastikan kestabilan politik negara pada tahap kukuh dalam jangka masa panjang supaya pemerkasaan ekonomi serta polisi-polisi negeri dapat disesuaikan mengikut realiti semasa. Pada saya, bajet 2023 merupakan sebuah bajet berjimat. Kami sedar bahawa Kerajaan Negeri telah membelanjakan beratus ratusan ringgit, beratus ratusan juta ringgit melalui beberapa pakej ransangan untuk membantu rakyat Perak yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Maka adalah jelasnya Kerajaan Negeri tidak mempunyai banyak wang seperti masa sebelum Covid-19. Jadi, tahun 2023 bukan tahun senang bagi pihak kerajaan, sama juga bagi rakyat Perak khususnya kepada golongan pekerja dan pengusahaan kerja dan sederhana.
Timbalan Yang di-Pertua, persoalan yang timbul adalah seperti berikut: penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 akan dilaksanakan di negara ini bermula 1 Januari tahun depan. Kandungan pindaaan ini melibatkan penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti materniti 7 hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja. Saya ingin merakamkan sokongan kepada pindaaan ini tetapi saya harus juga membawa perbincangan yang amat penting ke dalam Dewan yang mulia ini iaitu bagaimana Kerajaan Negeri melindungi pekerjaan rakyat Perak di samping menjamin daya tahan perniagaan.
Memandangkan ekonomi tahun depan diramalkan dengan permulaan kurang cerah, pendapatan syarikat dan individu mungkin berkurangan, maka kedudukan golongan majikan akan menjadi lebih kronik selepas pelaksanaan pindaan akta kerja itu kerana merekalah bakal berdepan dengan peningkatan kos pengurusan. Lanjutan daripada itu, saya menyambut baik tentang pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa lebih RM285 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi bagi membantu rakyat yang terjejas. Pengumuman ini menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan ini telah mengambil maklum masalah yang sedang dihadapi majikan dan bersedia untuk menyelesaikan masalah ini.
Namun, saya juga ingin membuka ruang perbahasan bahawa bagaimana bantuan bersasar dapat dijalankan untuk memastikan golongan majikan tidak terkesan daripada pindaan akta kerja tersebut. Hal ini kerana kebergantungan tinggi kepada tenaga buruh telah menjadikan negeri Perak lebih terdedah kepada kesan pindaan akta ini. Perniagaan kerja di Perak dilihat paling berisiko menanggung kesannya berbanding syarikat besar kerana ia akan menambahkan beban kewangan dan kekangan dalam menjalankan perniagaan pada majikan tersebut dan isu selaras dengan ini juga yang harus diperbahaskan secara dasar adalah apabila hanya pekerja sahaja yang mendapat manfaat majikan berkemungkinan takut menggaji pekerja wanita. Maka terwujudnya isu diskriminasi terhadap golongan wanita. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita selaku wakil rakyat wajib memandang serius isu diskriminasi ini kerana kadar penyertaan tenaga wanita telah menurun berterusan selepas PKP. Malahan negara kita kini berdepan cabaran di mana populasi wanita adalah 47.7% iaitu hampir separuh daripada populasi Malaysia sedangkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita tahun 2021 hanya 55.5%.
Oleh itu, saya ingin menyeru barisan kerajaan untuk membuat persiapan untuk menangani ekoran pindahan akta yang bakal tertimbun dengan mempertimbangkan dasar menang-menang, win-win situation dengan izin seperti pemberian insentif kepada majikan atau pun membiayai kos cuti bersalin dan cuti materniti mereka melalui Skim Insurans Keselamatan Sosial. Dasar-dasar sebegini tidak sukar untuk dicontohi sedangkan negara Asean yang lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Cambodia dan Singapura telah menyaksikan pembiayaan sebahagian kos cuti oleh kerajaan atau pun pertubuhan keselamatan sosial mereka. Kerajaan Jepun yang kini bergelut dalam mencari jalan untuk meningkatkan kadar kelahiran juga telah mengemukakan cadangan untuk meningkat jumlah bayaran imbuhan kepada RM16 ribu kepada ibu bapa baharu pada dua minggu yang lepas. Jika negeri kita dapat mempertimbangkan bantuan bersasar sebegini yang telah pun mula dijalankan oleh negara-negara lain, maka Perak diyakini menjadi negari pertama yang bertindak dalam dasar mesra pekerja, mesra majikan serta mesra kelahiran iaitu menggalakkan kadar kelahiran yang lebih tinggi sehingga sekaligus meringankan impak isu penuaan dalam negeri.
Timbalan Yang di-Pertua, kegemilangan Negeri Perak pada akhir abad ke 19 hingga awal abad ke 20 adalah dibina atas kekayaan sumber bumi dan jumlah penyertaan tenaga buruh yang sangat tinggi tetapi cuba kita lihat pada senario hari ini, negeri kita telah lama kehilangan tanda sebagai negeri yang paling kaya kerana ia telah lama kehilangan kelebihan penyertaan tenaga buruh sejak tahun 2000. Untuk makluman semua, sejak tahun 1894, populasi Perak sentiasanya adalah di tempat nombor satu di antara semua negeri tetapi sehingga tahun 2000, Negeri Selangor dan juga Johor telah mengganti tempat itu dan Perak tidak lagi menduduk dengan jumlah polisi yang tinggi sejak tahun 2000. Negeri Perak kini menghadapi isu penuaan di mana 15% daripada 2.4 juta populasi adalah warga yang berumur 60 tahun ke atas dan kita terpaksa beralih kepada penggunaan tenaga kerja luar terutamanya dalam sektor pekerjaan 3D. Cabaran yang paling mendesak buat Perak adalah kebergantungan sistem kesejahteraan terhadap tenaga kerja yang semakin berkurangan berbanding kenaikan kos untuk merawat penyakit panjang. Maka kita perlu mengambil pendekatan holistik tentang bagaimana mentransformasi ekonomi negeri menerusi ekonomi inovatif. Berbagai dasar polisi dan inisiatif jangka panjang juga perlu dijalankan bagi membuahkan hasil perkembangan khususnya dalam sektor-sektor baru seperti sektor penjagaan wargatua dan sektor pelancongan perubatan.
Sehubungan itu, saya berpandangan Kerajaan Perak harus menyepadukan segmen penjagaan warga emas ke dalam keseluruhan ekosistem penjagaan kesihatan negara sambil menggalakkan pelabur menceburi sektor penyediaan perkhidmatan penjagaan warga emas di Negeri Perak. Perkara ini boleh dilakukan dengan mengiatkan semula hub penjagaan dan kemudahan warga emas iaitu projek pembangunan korridor teras persaraan. Hari ini kerana pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah bersedia memberikan tanah seluas 780 ekar di Ulu Slim untuk dijadikan projek pembangunan koridor persaraan yang dikendali oleh Maju Perak Holdings Berhad dan dijangka akan melibatkan pelaburan tempatan dan pelaburan asing. Pada peringkat permulaan, Kerajaan Negeri telah menyediakan tanah sebanyak 284 ekar pada Fasa 1 untuk pembangunan koridor persaraan ini yang telah yang menyasarkan pesakit luar dan warga emas yang berminat pesara di Negeri Perak. Di mana jumlah pelaburan ini pada Fasa 1 adalah dijangka sebanyak RM2 billion. Walau bagaimanapun, projek pembangunan ini terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Memandangkan negeri kita kini menuju ke arah pemulihan, maka mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk Kerajaan menimbang semula dan merancang untuk projek ini dibangkitkan semula untuk menyediakan konsep baru penjagaan warga emas dengan kemudahan bertaraf dunia dan mewujudkan sumber pentubuhan baru bagi kerajaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas pandemik Covid-19, saya telah menerima beberapa kunjungan daripada pihak hak penjagaan warga emas, jururawat, penjaga yang berpengalaman termasuk wakil-wakil swasta dari negara Jepun. Berdasarkan perbincangan yang diadakan, ramai daripada mereka telah menunjukkan keyakinan dan minat untuk membuat pelaburan di negeri ini kerana mereka sedang menerokai peluang pertumbuhan baru untuk industri penjagaan warga emas. Selain daripada hasil perjumpaan bersama pihak swasta, saya juga telah mengadakan satu perjumpaan bersama YB Temengor atas isu ini supaya perbincangan projek ini boleh diteruskan dan saya juga percaya dengan komitmen dan kesungguhan yang ditampilkan Yang Berhormat Exco tentu mampu melonjakkan pembangunan dalam industri baharu ini. Saya juga dengan penuh rasa tanggungjawab serta rendah diri untuk menawarkan idea dan tenaga bagi memastikan pembangunan persaraan dalam negeri ini perlu terus diperkasa secara lebih lanjut.
Timbalan Yang di-Pertua, isu keganasan rumah tangga dalam negeri juga sememangnya suatu isu penting yang patut hangat dibincangkan dalam sidang ini. Berhubungan dengan pelantikan baru atas barisan Exco, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dengan hormatnya dimohon mengambil maklum serta meneliti sosial seperti berikut: Yang pertama, mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan program Serat Seribu Malam kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dalam negeri sedangkan rumah transit di Perak agak kurang dan model ini telah melihat kejayaan di luar negara. Yang kedua, mempertimbangkan pelaksanaan sistem laporan kecemasan di kedai serbeneka bagi menyediakan asas keselamatan yang baik kepada mangsa. Menjadikan masjid, tempat-tempat ibadat, bangunan komuniti sebagai pusat transit yang menyediakan hikmat bimbingan nasihat kepada mangsa.
Akhir, memperkenalkan kod rahsia untuk memudahkan mangsa mendapatkan pertolongan. Dengan syor-syor ini, saya sekali lagi menyarankan kepada kerajaan menyepadukan agensi-agensi kerajaan seperti JKN, PDRM, Wanita Perak, mahupun Kerajaan Pusat untuk memberi sokongan penuh dalam usaha mewujudkan satu sistem penjagaan keganasan rumah tangga yang cekap. Timbalan Tuan Yang di-Pertua, bajet ini merupakan bajet berjimat. Sehubungan itu, saya juga ingin memohon usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah proaktif secara berterusan untuk kurangkan, tunggakan kutipan hasil negeri. Sebagai contoh, berkenaan kadar penggunaan air laut serta tunggakan cukai tanah yang melibatkan amaun yang tinggi. Berdasarkan warta kerajaan, berkenaan kadar penggunaan air laut ke atas 3 syarikat jana kuasa elektrik adalah 0.015 sen setiap meter padu. Namun, semakan audit mendapati jumlah penggunaan air laut yang dibayar oleh 3 syarikat jana kuasa elektrik sejumlah RM18.28 juta bagi tahun 2021, bagi tahun 2020, RM18.56 juta dan RM18.98 juta bagi tahun 2019 adalah mengikut kadar lama iaitu 0.01 setiap meter padu. Keadaan ini telah mengakibatkan baki tunggakan bagi tahun 2019 dan tahun 2020 yang masih belum dijelaskan serta bayaran penggunaan air laut tahun 2021 terkurang bayar adalah sejumlah RM27.91 juta.
Saya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah mengambil inisiatif menubuhkan satu jawatan kuasa kerja antara Kerajaan Negeri Perak dan Tenaga Nasional Berhad bagi memantau isu-isu berbangkit serta isu berkaitan tunggakan hasil jualan air laut dari tahun 2019 hingga tahun 2021. Saya juga mengharap pihak Kerajaan Negeri boleh memberikan, membentangkan penjelasan dan juga keputusan telah dibuat antara pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak TNB dan keadaan ini yang sama juga diperlihat pada tunggakan cukai tanah di mana analisis audit turut mendapati cukai tanah mencatatkan tunggakan hasil tertinggi iaitu RM98 juta atau RM69.9% daripada keseluruhan baki akaun belum terima pada tahun 2021 berjumlah RM140.20 juta. Memandangkan tunggakan bayaran sebegini melibatkan jumlah yang besar, saya ingin memohon kerjasama Kerajaan Negeri untuk mengemukakan langkah-langkah penyelesaian tunggakan hasil cukai tanah yang telah berlaku pada tahun 2022 dan bakal diambil pada tahun depan. Adalah diharapkan Kerajaan Negeri komited untuk meningkatkan kutipan dengan selepas mengambil kira kesan pandemik serta memastikan kutipan hasil dapat dibelanjakan untuk bantuan bersasar dan demi menjamin keselamatan dan keselesaan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, Kad Perak Sejahtera ataupun dikenali sebagai Kad Perak Prihatin sebelum ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Perak bagi menjamin kesejahteraan golongan keluarga berpendapatan rendah serta miskin tegar. Inisiatif ini dimulakan dengan peruntukan kos sebanyak RM22 juta pada tahun 2019 dengan jumlah 17,000 orang penerima dan kemudian dinaikkan kepada RM25.2 juta dengan penambahan RM3,000 orang penerima pada tahun 2020. Saya menyambut baik keputusan kerajaan dalam peningkatan pembiayaan untuk makanan asas daripada RM80 sehingga RM90 sebulan tetapi saya juga ingin rasa ada keperluan bagi Kerajaan Negeri supaya mengemukakan penjelasan asas atas pengurangan pembiayaan kesihatan daripada RM300 setahun hingga RM150 setahun. Saya mewakili Pantai Remis ingin menyarankan Kerajaan Negeri supaya mengekalkan amal pembiayaan kesihatan yang asal iaitu RM300 setahun tetapi sekiranya realiti sebenar tidak membenarkan maka perspektif Kerajaan dalam isu ini harus dijelaskan dengan lebih lanjut pada sesi penggulungan supaya isu ini tidak akan dipermainkan untuk mempengaruhi persepsi rakyat.
Sekiranya penjelasannya didapati berlogik dan ditangani dengan hati, maka saya yakin bahawa dengan rakyat yang juga semakin meningkat kesedarannya tindakan kerajaan ini dapat difahami. Ahli-ahli Dewan yang sekalian, sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin meingatkan bahawa satu mentaliti harus dibudayakan oleh semua ahli bagi menyelesaikan cabaran yang bakal tertimbul, tidak kira pada tahap akar umbi ataupun dalam Dewan ini, iaitu cara penyelesaian merentasi pihak berwajib. Rakyat kita jelasnya memerlukan norma baru, sedangkan mereka baru menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi menamatkan kemelut ketidaktentuan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mahupun dalam sejarah negeri. Jadi, pembentukan Kerajaan Perpaduan ini harus membawa makna sebagai pencapaian bersejarah politik kerana semakin rentas parti diutamakan berbanding retorik, tindakan bersendirian dan politik yang tidak berkesudahan di mana kita semua wajib mengetepikan kepentingan politik dan parti masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara dan bukan sahaja mentaliti yang sama ini wajib diamalkan pada tahap penjawat awam, kerajaan tempatan, PDT, jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang didepani rakyat, terutama berkaitan kemudahan awam dapat ditangani dengan lebih cepat walaupun berdepan cabaran tertentu. Ada keperluannya mentaliti ini diterapkan sepanjang masa dan menjadi sebahagian daripada norma kerja pihak berwajib setiap masa dan bunga bukan hanya mengambil tindakan apabila sesuatu isu berhubung penyelenggaraan dibangkitkan. Kerjasama antara jabatan dan agensi haruslah diamalkan. Sudah tentu kerajaan akan menghadapi pelbagai cabaran untuk lima tahun yang akan datang tetapi dengan kestabilan kerajaan sedia ada iaitu kesungguhan barisan Exco dan sokongan backbencher kerajaan maka saya yakin bahawa kebajikan serta kesejahteraan rakyat Perak akan sentiasa berbelah. Jadi Pantai Remis mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Remis. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah wa salatu wa salamu ala rasulullah. Wa la hawla wa la quwwata illa billah wamarbagh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, pengarah-pengarah jabatan agensi, ketua jabatan yang hadir pada hari ini, rakan-rakan anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, rakan-rakan pengawal media yang turut bersama dengan kita hari ini, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, saya dengan penuh takzim dan rasa hormat merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muazzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Ibnuddin Shah Al-Maghfurlah sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Baginda tahun 2022 ini, Dirgahayu Tuanku.
Juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan, yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke 15. Juga ucapan tahniah kepada Dato' Speaker yang telah dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan tidak dilupakan kepada YB Timbalan Speaker. Dimulakan ucapan perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2023 ini, dengan Firman Allah Taala pada Surah Al Baqarah pada ayat ke 291 yang bermaksud: “Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan 7 tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya. Allah maha luas kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya” Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, insyaAllah saya akan menyentuh 5 subtopik utama dengan merujuk kepada Belanjawan Negeri Perak tahun 2023 ini yang mana ianya sangat berkait rapat tentang kepentingan dan keperluan semesta rakyat khususnya di DUN Manjoi dan umumnya di Negeri Perak Darul
Ridzuan. Subtopik pertama iaitu kekangan dan kos sara hidup. Mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota penjawat awam negeri dan persekutuan yang telah memberikan komitmen sebaik mungkin dalam membangunkan Negeri Perak khususnya dari sudut idea, masa dan tenaga tuan-tuan ke arah penghasilan Belanjawan Negeri Perak tahun 2023 ini.
Mengambil maklum tentang pelbagai agenda kebajikan yang telah dilaksanakan selama ini di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri khususnya berkaitan agihan peruntukan kewangan dan pembangunan yang disediakan kepada seluruh ADUN yang diberikan secara saksama kepada semua wakil rakyat adalah sangat-sangat kami hargai. Lebih-lebih lagi saya selaku wakil rakyat di DUN Manjoi yang mempunyai pengundi paling ramai dalam Negeri Perak iaitu 86,266 orang rujukan daftar pemilih SPR, PRU15 dan terbanyak bilangan penduduknya mencecah 145,492 orang rujukan banci penduduk dan perumahan tahun 2020 yang sudah tentu lebih tinggi ketika ini. Malah di dalam DUN Manjoi adanya Gugusan Manjoi yang merupakan kawasan perkampungan melayu yang terbesar di Malaysia terletak dalam DUN Manjoi ini dan di dalam DUN Manjoi juga terdapat Zon Klebang, Zon Meru, Zon Chepor dan Zon Chemor yang semuanya ini mempunyai kepadatan kampung-kampung dan taman-taman di dalam zon masing masing. Saya yakin, tuan-tuan puan-puan dalam Dewan ini juga ramai yang tinggal dalam DUN Manjoi. Ada tinggal di Meru, ada tinggal di Klebang, ada tinggal di Chemor di Chepor bahkan dalam Kampung Manjoi sendiri. Justeru, saya merayu agar kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan dan ramai penduduk seperti DUN Manjoi ini diberi perhatian dan peruntukan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri. Manjoi mengharapkan program Kad Perak Sejahtera, program bantuan kotak makanan, program Kad Makanan, program Kad Kesihatan, sumbangan Takaful Tabaruk Khairat Kematian dan segala program kebajikan rakyat yang ada diharapkan dapat diagihkan dan diberikan melalui Pusat Khidmat ADUN Kerajaan dan Pembangkang secara saksama termasuklah permohonan penggunaan dewan orang ramai oleh ADUN-ADUN pembangkang dapat diberikan dengan baik kepada kami. Nabi s.a.w. Bermaksud: siapa yang melepaskan kesusahan seseorang hambanya di atas muka bumi ini maka Allah akan melepaskan kesusahannya dia yamul akhirah kelak, hadis riwayat muslim.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kedua Manjoi Sejahtera. Nanti rakyat DUN Manjoi sebenarnya terarah kepada penaik tarafan dan pembangunan semula. Klinik Kesihatan Manjoi yang kini memasuki episod baru yang sangat memerlukan perhatian yang lebih agar dapat disiapkan sesegera untuk manfaat rakyat keseluruhan. Sudah tentu kepadatan penduduk di Gugusan Manjoi ketika ini memerlukan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan dapat memenuhi nisbah ia disarankan oleh WHO sekurang-kurangnya seorang anggota kesihatan terdiri daripada doktor dan jururawat terlatih bagi setiap 225 penduduk diperlukan. Manjoi ingin bertanya apakah ada masalah-masalah tertentu yang menyebabkan kelewatan untuk Klinik Manjoi ini disiapkan. Untuk makluman semua, Klinik Kesihatan Manjoi ini telah dibangunkan seawal 1971 lagi. Dimana komposisi penduduknya adalah di kalangan peniaga, penjawat awam dan pelbagai. Klinik ini juga merupakan salah satu klinik di bawah naungan Pejabat Kesihatan di area Kinta Perak.
Saya sebutkan antara isu berbangkit berkaitan dengan klinik ini tahun mula operasi 1971. Tahun berpindah ke bangunan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Manjoi. Tahun 2015, orang kampung ataupun orang Manjoi tak boleh guna dewan ini. Padahal boleh digunakan untuk kegunaan orang ramai, kenduri kendara tapi tak boleh buat kerana digunakan untuk kita adakan klinik sementara. Tahun pecah tanah penambahbaikan tapak klinik lama pada tahun 2018 saya kira-kira daripada 2018 sampai ke hari ini dah beberapa kali pecah tanah dibuat, namun hingga hari ini masih belum selesai. Jumlah kadar sewaan RM3 ribu sebulan. Ruang menunggu yang kurang selesa kerana ruang tersebut berada di bawah, khemah di luar, pesakit semakin bertambah hari demi hari. Bumbung dewan klinik telah bocor dan air masuk melaluinya ketika hujan, kerusi tidak mencukupi. Sistem kumbahan akibat kerosakan saluran tandas yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Simpanan ubat terjejas akibat voltan bekalan elektrik yang tidak mencukupi. Elektrik yang tidak dibekalkan dengan sempurna boleh menyebabkan spek stok simpanan ubat terjejas. Berlakunya litar pintas yang menyebabkan gangguan saluran elektrik. Tuan-tuan, ini antara isu penting, yang sangat penting kepada orang Manjoi yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Bahkan doktor, pembantu perubatan dan staf yang tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.
Seterusnya penaiktarafan Balai Polis Manjoi juga perlu diberi perhatian serius kerana perkara ini sudah diperjuangkan sekian lama memandangkan, ketika ini Balai Polis Manjoi hanya beroperasi di sebuah bangunan rumah sewa yang sangat kecil. Difahamkan tapak baharu untuk Balai Polis Manjoi ini sudah dikenalpasti dan memerlukan tindakan proaktif berikut. Balai Polis Manjoi kini beroperasi menggunakan bangunan yang disewa di Kampung Tengku Hussein. Bangunan ini disewa dengan bayaran sebanyak RM1800 sebulan. Dimaklumkan, tapak ini telah disewa sejak 2006 lagi, bayangkan hingga sekarang, 16 tahun Balai Polis Manjoi masih menyewa bangunan dalam Kampung Manjoi ini.
Tuan-tuan sekalian, isu berbangkit, mula operasi Balai Polis Manjoi 2006, sewa RM1800 sebulan, bumbung bocor kerana keadaan rumah yang agak lama. Pembiakan anai-anai di bangunan. Tiada bilik persalinan yang sempurna untuk anggota kita. Ruang solat yang terhad. Tempat meletak kenderaan, yang, polis yang sangat sempit. Jumlah anggota semasa 18 anggota dan seorang kerani. Kekurangan tenaga anggota dengan kepadatan penduduk yang dianggarkan 48 ribu orang di dalam Gugusan Manjoi. Shif anggota tidak menentu dan mengakibatkan tidak mencukupi untuk melakukan rondaan secara berkala. Tuan-Tuan, perkara ini sangat-sangat diambil perhatian oleh kami di Gugusan Manjoi dan juga di DUN Manjoi. Ini amat membimbangkan, bagi keselamatan penduduk kerana anggota yang ada tidak mampu untuk melaksanakan rutin keselamatan secara berkala dengan baik akibat kerana fasiliti semasa yang kurang memuaskan.
Manjoi ingin bertanya, apakah status cadangan tapak pembangunan yang baharu dan sejauh manakah perkara itu berjalan demi kebajikan anggota dan penduduk setempat. Saya sangat berharap agar Balai Polis Manjoi yang mengikut ciri-ciri piawaian sebuah bangunan balai polis yang sempurna dapat diwujudkan di Gugusan Manjoi ini. Juga cadangan menaiktaraf pasar Manjoi dan tapak gerai niaga Manjoi untuk dibangunkan menjadi pusat kegiatan ekonomi rakyat, wajar dipertimbangkan dan dimulakan agar lebih menarik dan selesa. Secara tidak langsung akan membantu mengembangkan ekonomi masyarakat setempat serta akan memberi peluang kepada pengguna dan peniaga. Antara usaha yang boleh dikembangkan ialah tuan-tuan sekalian, pasar Manjoi. Saya mencadangkan supaya usaha menaiktaraf pasar Manjoi ini dapat dilaksanakan dengan sesegera mungkin bagi menjadi satu tempat aktiviti penjanaan ekonomi kepada peniaga dan kemudahan buat penduduk yang hadir membeli barangan basah di situ. Memodenkan prasarana di pasar Manjoi ini, menambah baik persekitaran agar lebih selamat dan dapat menarik minat pengunjung untuk hadir, mewujudkan satu hub perniagaan khusus kepada penduduk tempatan yang ingin berniaga.
Untuk tapak gerai niaga Manjoi, pula mengharapkan agar tapak gerai niaga Manjoi, selalu berpusat yang ingin dibangunkan di kawasan bawah tali api Manjoi ini dapat diusahakan dengan segera bagi menjamin keselesaan peniaga dan penduduk. Selain itu, ia juga boleh menjadi tarikan pelancong luar untuk datang ke Gugusan Manjoi, kampung Melayu terbesar di Malaysia ini. Mewujudkan satu perjanjian yang kukuh di antara peniaga dan pihak PBT agar peniaga sentiasa menjalankan aktiviti ekonomi di tapak yang telah diberikan. PBT meningkatkan promosi gerai niaga membantu orang Manjoi sebagai contoh menambah signboard dan sebaran di sosial media.
Sementara itu projek tebatan Manjoi, Projek Tebatan Banjir Manjoi. Dalam DUN Manjoi mesti menjadi keutamaan pelan pembangunan kawasan bandar dan pinggir bandar khususnya melibatkan beberapa kawasan dalam DUN Manjoi. Ianya perlu disegerakan agar rakyat tidak berdepan dengan situasi bencana yang berulang-ulang. Berkebetulan ketika ini negeri dan negara kita sering berdepan dengan musibah bencana lebih-lebih lagi apabila tiba musim tengkujuh. Antaranya melibatkan pemeliharaan Sungai Pari di Kampung Tengku Hussein, Jalan Tok Ketua Manjoi, Sungai Tapah begitu jugalah dengan Sungai Chepor, Sungai Pari, Kampung Seri Klebang dan juga Sungai Klebang. Tempat-tempat saya sebutkan ini, tempat-tempat yang sering dilanda banjir kilat dan sering berlaku banjir yang kadang-kadang membimbangkan kita bahkan baru ini berlaku banyak peristiwa yang sangat-sangat menjadikan kita di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ketiga berkaitan dengan anak muda dan belia. Pemilikan rumah pertama di kalangan anak muda dan belia seringkali menjadi perhatian, malah pelbagai inisiatif dan skim diperkenalkan pihak kerajaan sebelum ini. Namun pelaksanaannya belum ditambah baik bagi membolehkan peluang lebih terbuka kepada anak muda dan belia memiliki rumah pertama tatkala baru memulakan kerjaya dan membina rumah tangga mereka. Program Rumah Perakku merupakan salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Perak di bawah selian Lembaga Perumahan dan Hantanah Perak (LPHP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) setelah mendapat kerjasama daripada sektor swasta wajar diperluas kepada M40 khusus kepada anak muda dan belia, dengan syarat-syarat yang tidak membebankan dan tidak menyukarkan mereka.
Pertama, Manjoi ingin bertanya, secara keseluruhan, berapakah jumlah permohonan Program Perumahan Rakyat Perak dan berapakah jumlah pemohon yang sudah berjaya memiliki rumah dari keseluruhan jumlah pemohon? Kedua, Manjoi ingin bertanya adakah wujud SOP atau garis masa yang diperlukan pemohon untuk mengetahui permohonan mereka berjaya ataupun tidak supaya ianya tidak menyebabkan pemohon tertunggu-tunggu dan tidak mendapat jawapan yang sepatutnya daripada pihak berwajib? Ketiga, Manjoi ingin bertanya, kekangan golongan muda belia memiliki rumah adalah disebabkan permohonan pinjaman bank? Lalu bagaimana Kerajaan Negeri mengadakan inisitatif membantu golongan muda kita ini?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, keempat, kesihatan dan keselamatan. Seawal minggu pertama kami membuka Pusat Khidmat Rakyat DUN Manjoi, pihak kami menerima aduan yang cukup banyak berkaitan tapak pengumpulan sampah haram walaupun sudah ada papan tanda larangan dan cadangan pengurusan sampah yang lebih efektif. Saya pasti ia juga menjadi masalah rakyat di kawasan-kawasan lain yang memerlukan suatu tindakan drastik dan komprehensif bagi jangka pendek dan jangka masa panjang. Ianya melibatkan aspek kebersihan, kualiti kesihatan persekitaran penduduk. Keperluan penyediaan tong sampah besar yang dikendali sebagai roro, roll on roll off ini dilokasi strategi kyang mudahkan rakyat membuang sampah dan mungkin juga disekalikan dengan penyediaan rumah sampah yang lebih terurus. Di samping itu, penempatan tong sampah bersaiz sederhana juga perlu diperbanyak dan boleh diletakkan di tepi-tepi jalan yang memudahkan lori mengangkutnya secara lebih kerap yang boleh diambil contoh, yang dibuat oleh kerajaan di Terengganu, kaedah cara pembuangan sampah lebih efektif dan lebih tersusun.
Selain itu, Manjoi ingin membangkitkan isu berkaitan keselamatan jalan raya yang mesti diambil perhatian serius termasuklah simpang-simpang utama yang melibatkan laluan trafik yang tinggi…
Minta penjelasan.
Yang sangat memerlukan pemasangan lampu isyarat.
Yang Berhormat Manjoi, Bercham mohon laluan. Bagi?
Boleh?
Ok.
Isu sampah haram.
Sila Bercham.
Ok, terima kasih kepada YB yang jiran saya. Ok, Bercham ingin minta pendapat, daripada pendapat daripada YB Manjoi ini, soal dengan sampah, pungutan sampah ini, kita pun menerima cabaran yang sama tak kira Manjoi ke mana-mana ADUN di sini. Jadi, setahu saya konsesi pengutip sampah ini setiap bulan PBT atau MBI ada membayar sebulan untuk seisi rumah RM6.80 kalau tak silap saya untuk, pada konsesi untuk pengutipan sampah di kawasan kediaman.
Jadi kalau saya, setahu saya kalau dibandingkan dengan PBT di Alor Setar, mereka dibayar lebih daripada RM10. Jadi mereka dapat memberikan itu apa itu, perkhidmatan yang lebih baik, lebih mantap. Sebab kalau kos yang diberikan kepada konsesi ini lebih baik, agar mereka boleh berlabur lori sampah yang lebih baik, lebih canggih sebab setahu saya ini konsesi Ipoh ini mereka punya kadar itu sudah lama tidak dirombak semula. Adakah YB Manjoi setuju ke untuk tambahkan agar perkhidmatan pungutan sampah ini diperbaiki negeri Perak? Terima kasih.
Terima kasih Bercham, Manjoi bersetuju dan mohon dimasukkan ke ucapan saya. Terima kasih. Selain itu Manjoi ingin membangkitkan isu berkaitan keselamatan jalan raya. Mesti diambil perhatian serius termasuklah simpang-simpang utama yang melibatkan laluan trafik yang tinggi yang sangat memerlukan pemasangan lampu isyarat traffic light atau sistem pusingan U yang tidak menyukarkan pergerakan penduduk setempat. Lokasi utama dalam DUN Manjoi yang perlu diberi keutamaan ialah pertama, persimpangan Taman Chepor Indah, sehingga di sini, jika ada orang Chepor Indah, tuan-tuan maklum betapa lama orang di sana memerlukan traffic light hingga hari ini banyak kemalangan berlaku di kawasan tersebut. Penduduk yang sangat ramai malah satu-satunya laluan keluar masuk penduduk Chepor Indah dan Chepor Sentosa yang seringkali berlaku kemalangan jalan raya di sini.
Dalam makluman saya, pihak penduduk telah beberapa kali membuat permohonan agar dipasang lampu isyarat tersebut tetapi sehingga kini masih belum tercapai. Makluman baru ini pun ada juga kemalangan yang berlaku melibatkan orang yang sangat rapat dengan saya. Manjoi berharap agar perkara ini dapat segera dilaksanakan demi keselamatan penduduk setempat kita. Kedua persimpangan Halaman Meru Permai. Memerlukan solusi yang lebih baik berbanding langkah sementara penutupan laluan dengan pemasangan batu penghadang ketika ini. Manjoi mencadangkan sebagai pihak berwajib untuk mempertimbangkan pemasangan lampu isyarat diwujudkan atau ada alternatif lain yang lebih baik untuk keselamatan pengguna jalan raya di sini. Ketiga, juga laluan utama Jalan Jelapang Chemor khususnya berhadapan Seri Al Ummah, Sekolah Seri Al Ummah Chepor memerlukan jalan penyelesaian terhadap ibu bapa. Daripada Chemor ke Meru Raya yang terpaksa membuat pusingan U yang agak jauh. Lampu isyarat Taman Meru Perdana yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang bagi tujuan untuk menghantar anak ke sekolah kerana trafik yang tinggi. Cadangan Manjoi mungkin boleh disediakan jejantas dengan ruang kenderaan menunggu yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
Ketika ini juga rakyat amat mengharapkan cadangan penyambungan jalan Meru Klebang Ipoh. Ini sangat penting kepada kita semua. Dapat direalisasikan dan secara langsungnya boleh memberikan impak positif kepada pertubuhan ekonomi di bandar Meru Raya. Malah menjadi laluan alternatif pengguna jalan Jelapang Chemor. Sudah tentu ini akan memendekkan jarak perjalanan di Meru ke Klebang, mengurangkan kesesakan di persimpangan sedia ada di depan Chemor, merancakkan pembangunan perumahan dan kedai pejabat sepanjang laluan yang meningkatkan nilai hartanah di kawasan tersebut. Hal ini secara tidak langsung ini juga boleh memberikan keselesaan kepada masyarakat keseluruhannya dan boleh menjadi salah satu langkah ke arah mengurangkan kesesakan trafik dan kemalangan jalan raya. Sementara itu demi keselamatan pengguna harian yang melalui jambatan Kampung RPT Chepor, Seri Klebang. Ianya perlu diberi perhatian segera melibatkan pembaikan dan penaiktarafan jambatan ini kerana keadaannya kini agak membahayakan. Beberapa kes yang berlaku yang menyebabkan kemalangan seperti tayar kenderaan yang tersepit di tengah retakan jambatan sebelum kejadian lebih berbahaya berlaku. Saya mohon pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera dan besarlah harapan penduduk kampung RPT Chepor dan Kampung Seri Klebang agar perkara ini dapat disegerakan oleh pihak berwajib dan pasti ia akan membawa keselesaan kepada penduduk setempat dan orang ramai.
Akhirnya Timbalan Yang di-Pertua bagi minit-minit kecemasan, sukan dan rekreasi. Saya mewakili rakyat DUN Manjoi khususnya. Amat mengharapkan pembangunan taman rekreasi rakyat dalam DUN Manjoi dapat diberi keutamaan kerana ia sudah tertangguh sekalian lama. Contohnya, tuan-tuan sekalian, pusat perkelahan Lata Ulu Chepor, Chemor yang sangat indah merupakan kawasan perkelahan dalam DUN Manjoi yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk datang berekreasi di sini. Saya difahamkan tidak lama lagi Lata Ulu Chepor akan kembali. Saya difahamkan tidak lama lagi Lata Ulu Chepor akan kembali dibuka dan sewajarnya ia terus dipelihara daripada sebarang pencemaran atau pencerobohan yang merugikan aset rekreasi negeri Perak. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana penyelenggaraan kawasan rekreasi Ulu Chepor termasuk dalam bajet projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur pelancongan Kerajaan negeri yang telah diumumkan dalam bajet 2023 ini dan satu lagi Timbalan Yang di-Pertua, sewajarnya kempen promosi terhadap Taman Rimba Kledang Sayong diperhebatkan. Tuan-tuan di tempat kita ada banyak tempat-tempat yang indah yang boleh kita bangunkan. Sebagai destinasi pelancongan rekreasi yang sangat menarik. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Meru Raya dalam DUN Manjoi. Ianya dibangunkan dan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Manjoi mencadangkan operasi pembukaan yang berterusan dapat dilaksanakan agar dapat menarik pelancong dan penduduk untuk hadir. Kerajaan juga perlu melihat apakah kaedah yang terbaik bagi mengekalkan pengoperasian yang berkala apabila tibanya musim tengkujuh. Hal ini kerana kepentingan eko pelancongan dapat disemarakkan dan menyumbang kepada pembangunan negeri kita. Timbalan Yang di-Pertua sebagai penutup saya mohon agar Belanjawan 2023 yang dibentangkan ini dapat diberi penekanan kepada aspek pelaksanaan yang mesti dimanfaatkan secara adil kepada seluruh rakyat negeri Perak. Serta agihan yang saksama dan secukupnya kepada semua 59 orang ahli Dewan Undangan Negeri yang berada pada hari ini. Saya tutup dengan firman Allah Taala, dalam surah Al-Baqarah pada ayat 195, yang bermaksud: “Dan belanjakanlah apa yang ada pada kamu karena menegakkan agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dengan bersikap bakil dan baikilah dengan baik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu kerana sungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” Dengan ini Manjoi menyokong pembentangan Belanjawan 2023 negeri Perak yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan. Dua puluh minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Selamat petang. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunung Semanggol, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak Kerajaan, rakan-rakan Yang Berhormat dari pihak Pembangkang. Yang Berusaha ketua-ketua jabatan, Pengamal-pengamal media dan seterusnya tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama menzahirkan rasa syukur pada hadrat Allah SWT dan masih diberi peluang untuk bertemu dalam persidangan pada hari ini. Moga-moga persidangan kita pada hari ini diberkati dan dirahmati Allah Taala. Yang pertamanya saya mengucapkan taniah kepada ADUN Kota Tampan yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Seterusnya tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Mohammad Zahir dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan. Tahniah juga kepada ADUN Canning yang dilantik sebagai Timbalan Speaker. Seterusnya Exco-Exco yang dilantik dan rakan-rakan, baik sama ada daripada pembangkang dan kerajaan yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan pada hari ini. Seterusnya saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang telah membentangkan Belanjawan 2023 pada 22 Disember yang lalu. Yang mana belanjawan yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Saya kira belanjawan yang telah dibentangkan sangat baik dan komprehensif. Namun begitu saya yakin masih terdapat ruang-ruang yang boleh ditambah baik untuk manfaat rakyat negeri Perak pada masa akan datang. Saya tidak lupa juga tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberi bonus sebanyak sebulan setengah dan minimum RM2 ribu kepada kakitangan kerajaan negeri Perak. Terima kasih sekali lagi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan dalam Dewan yang mulia ini, belanjawan yang bernilai hampir 1.19 mestilah diuruskan dengan sebaik mungkin. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan ketakwaan kepada Allah SWT. Elakkan ketirisan dan penyelewengan-penyelewengan dalam menyampaikan bantuan-bantuan perlaksanaan projek dan lain-lainnya. Saya mengajak raka-rakan Ahli Yang Berhormat, dan sama-sama kita menghayati sepotong ayat Al-Quran (AYAT QURAN). Maksudnya, wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul dan jangan kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya. Surah Al Anfal Ayat 27. Mengambil ibrah daripada ayat ini saya mengingati diri saya sendiri dan kita semua agar tidak mengkhianati amanah ini khususnya kepercayaan rakyat Negeri Perak yang telah mengundi saya dan tuan-tuan semua pada PRU-15 yang lalu.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang meneruskan peruntukan kepada semua ADUN negeri termasuklah ADUN Dewan Negeri Pembangkang dan saya mengharapkan semua bantuan dan peruntukan ini disalurkan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri yang telah dipilih sah oleh pengundi ataupun rakyat pada PRU yang ke-15 yang lalu. Janganlah diwujudkan mekanisme yang lain untuk penyaluran tersebut. Seolah-olah menafikan hak kami sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini juga saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, pertamanya di pihak kerajaan berkaitan beberapa keperluan bagi tempat yang saya wakili iaitu DUN Lubuk Merbau. Pertamanya saya mohon kepada pihak kerajaan, supaya dapat menambah dan meluaskan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera bagi laluan Kuala Kangsar-Padang Rengas bagi menampung permintaan pengangkutan awam di kawasan ini. Laluan ini adalah laluan utama dan kritikal, terutamanya bagi golongan pelajar. Seterusnya, saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan sebanyak RM10 juta untuk tujuan baik pulih dan bina baru masjid dan surau.
Justeru itu, saya memohon supaya sebahagian peruntukan tersebut diberi dan disalurkan untuk pembinaan masjid di Taman Puncak Bouganvilla. Untuk makluman Ahli-ahli Berhormat, terdapat lebih 700 buah rumah dalam taman tersebut. Namun sehingga sekarang ini, masih tiada masjid didirikan di situ. Setiap kali hari Jumaat, penduduk taman ini terpaksa pergi ke masjid lain yang agak jauh untuk menunaikan solat Jumaat. Dengan adanya masjid ini, InsyaAllah, aktiviti keagamaan di taman ini akan lebih rancak dan lebih meriah. Timbalan Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan pihak kerajaan dapat menyediakan peruntukan tambahan untuk mewujudkan prasarana-prasarana masjid, iaitu masjid yang mesra musafir, terutamanya bagi masjid-masjid utama dan tumpuan bagi setiap daerah. Fasiliti seperti ruangan rehat dan makan, koperasi, kafeteria, penginapan dan lain-lainnya, seharusnya diwujudkan supaya memudahkan pengunjung yang datang dari jauh. Boleh kita ambil contoh antaranya Masjid Nurul Salam yang di Gerik.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga memohon supaya pihak Kerajaan Negeri dapat menambah peruntukan untuk menaik taraf prasarana sekolah-sekolah tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan sekolah agama rakyat, utamanya di DUN Lubuk Merbau. Saya percaya masih banyak sekolah-sekolah aliran ini yang jauh ketinggalan dari sudut fasiliti seperti asrama, perpustakaan, surau dan sebagainya. Seperti mana sekolah-sekolah kebangsaan disediakan laluan melintas jalan, begitulah juga sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat yang memerlukannya. Timbalan Yang di-Pertua, seperti yang telah dibentangkan, Kerajaan Negeri ini memperuntukkan sejumlah RM35 juta kepada JKR untuk tujuan projek jalan. Saya mewakili rakyat DUN Lubuk Merbau ingin memohon supaya sebahagian daripada peruntukan tersebut digunakan untuk membaik pulih dan menyelenggara beberapa buah jalan di DUN Lubuk Merbau yang di antara yang dikenal pasti yang telah lama mendapat rintihan dan mendapat perhatian dari penduduk iaitu laluan utama Pekan Padang Rengas sehingga ke Jalan Petronas Padang Rengas. Begitu juga jalan-jalan di kawasan kampung iaitu Kampung Lalang, Kampung Labu Kubung, Kampung Lubuk Merbau dan sebagainya kerana dibimbangi jalan-jalan yang tidak baik ini akan membahayakan pengguna jalan raya terutamanya di waktu malam. Ahli-ahli Dewan yang mulia, seterusnya, saya memohon pihak kerajaan dapat menyediakan sedikit peruntukan untuk menghidupkan semula air terjun Batu Hampar di Kampung Laneh.
Ia sebagai satu destinasi pelancongan di Negeri Perak. Dapat menyediakan landskap yang menarik dan infrastruktur yang baik serta diyakini ia akan dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke sini. Seterusnya ia merancakkan lagi aktiviti ekonomi bagi penduduk setempat. Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM96.8 juta kepada JPS. Sehubungan itu saya memohon supaya sebahagian peruntukan tersebut dapat digunakan untuk membaik pulih beberapa terbing sungai di beberapa kawasan di DUN Lubuk Merbau. Ada yang telah rebak dalam banjir baru-baru ini dan ada yang sedang menunggu masa untuk rebak dan saya mohon supaya kerja-kerja tebatan ini dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Dalam keadaan ini kita masih dalam fasa musim peralihan monsun laut dan antara sungai-sungai yang terlibat dan kampung-kampung yang terlibat, antaranya ialah Sungai Ulu Kangsar, Sungai Chempias dan kampung-kampung yang terlibat Kampung Kroh Seberang, Kampung Rambong, Kampung Buaya, Kampung Tenalik dan banyak lagi kampung yang tak perlu disebutkan. Yang mulia, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan rakan-rakan mesyuarat, seterusnya isu besar yang dihadapi oleh seluruh dunia adalah isu food security dengan izin. Keterjaminan bekalan makanan. Tiada siapa yang boleh menafikan betapa food security negara kita masih berada pada tahap yang lemah. Buktinya perang Rusia-Ukraine yang melanda telah menyebabkan keperluan makanan naik mendadak.
Di sebabkan kebergantungan kita kepada bekalan daripada luar negara. Justeru itu, saya memohon pihak Kerajaan Negeri dapat manfaatkan tanah-tanah terbiar di negeri Perak ini dengan semaksimum yang mungkin. Saya percaya masih terlalu banyak tanah terbiar, sawah yang tidak diusahakan, padang ragut yang tidak diseliakan di seluruh Negeri Perak ini, termasuklah di DUN Lubuk Merbau sendiri. Antaranya tanah di Changkat Ponggen sebanyak 26 ekar, begitu juga di Bukit Payung, 69 ekar di Mukim Lubuk Merbau. Seterusnya, saya percaya dengan sedikit peruntukan dan skim bantuan daripada pihak kerajaan buat kepada petani-petani, pesawah dan penternak, mereka akan lebih bermotivasi untuk memajukan kawasan-kawasan ini. Langkah ini bukan sahaja menambahkan pendapatan rakyat, bahkan ia membantu kerajaan meningkatkan keterjaminan makanan di negeri ini. Timbalan Yang di-Pertua, golongan belia atau pemuda adalah golongan yang paling penting dalam pembinaan sesebuah negara.
Almarhum Dr. Yusof Al Qadhawi Rahimmamullah telah menegaskan, apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, maka lihat generasi muda pada hari ini. Justeru itu, saya menggesa pihak Kerajaan Negeri, supaya dapat merencanakan pelan tindakan yang betul-betul serius dan bersungguh-sungguh dalam membentuk anak-anak muda kita pada hari ini. Masa-masa mereka harus diisi dengan aktiviti yang bermanfaat, aktiviti pengukuhan sahsiah dan pembinaan kepimpinan harus digilap daripada bangku sekolah lagi dan saya memohon pihak Kerajaan supaya dapat menyediakan peruntukan untuk membina atau membaik pulih pusat kegiatan riadah anak-anak muda di luar bandar. Khususnya Di DUN Lubuk Merbau. Sehingga hari ini, hanya satu sahaja gelangan futsal yang betul-betul lengkap atau kondusif untuk anak-anak muda yang bersukan Di DUN Lubuk Merbau, iaitu di Taman Dato' Meor Aris.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon supaya Kerajaan Negeri dapat meneruskan program ke arah pembinaan kerjaya, seperti mana yang telah diwujudkan sebelum ini Program Rintis Kemahiran, Klinik Kerjaya, Program Perintis dan sebagainya ia wajar diteruskan, diluaskan, supaya dimanfaatkan dan dapat dirasai oleh lebih ramai anak muda khususnya anak muda di DUN Lubuk Merbau. Program-program sebegini sudah pasti akan membantu mengurangkan kadar pengangguran pada kalangan anak-anak muda.
Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua, tidak keterlaluan juga jika saya nyatakan bahawa internet sudah menjadi keperluan pada semua pihak pada masa hari ini. Justeru itu, Lubuk Merbau memohon pihak Kerajaan Negeri dapat membantu dalam menyediakan serta memperluaskan jaringan internet khususnya di Lubuk Merbau. Capaian internet di beberapa kawasan dalam DUN ini sangat terhad sehingga menyukarkan para pelajar dan mahasiswa bagi mengikuti pembelajaran di atas talian semasa tempoh PKP yang lalu.
Memohon jasa Kerajaan yang seterusnya, antara yang terakhir, iaitu memohon jasa Kerajaan Negeri Perak memohon kepada pihak yang berkenaan untuk membina lif ataupun eskalator kepada pengguna-pengguna bagi stesen keretapi Padang Rengas. Sebab stesen keretapi Padang Rengas ini agak unik sikit. Dah banyak juga stesen keretapi atau komuter yang saya pergi ada lif tapi di Padang Rengas ini tidak ada lift, tidak ada eskalator dan ini menyukarkan dan menyulitkan bagi warga emas dan OKU atau anak-anak kecil bagi menggunakan komuter ataupun ETS. Maknanya, kena panjat menaik tangga. Jadi agak unik sikit lah bagi pengguna-pengguna keretapi atau pun ETS Komuter di Padang Rengas sedangkan Stesen Padang Rengas itu merupakan stesen terakhir komuter di antara Padang Rengas ke Padang Besar. Jadi mohon pihak Kerajaan Negeri dapat memohon atau menyarankan pada pihak berkenaan bagi pembinaan lif ataupun eskalator.
Yang penutupnya, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya mengajak semua dan diri saya sendiri melihat dan menghayati apa yang disebut, apa yang difirmankan oleh Allah Taala.
(Bacaan Ayat Suci Al-Quran), Yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah Taala menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."
Sabda Rasulullah SAW, (Bacaan Ayat Suci Al-Quran), yang bermaksud, "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang raja ataupun pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yakni Menteri atau Penasihat yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberi peringatan. Jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberi pertolongan kepada dia. Sebaliknya, jika Allah menghendaki selain daripadanya yakni keburukan kepada pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pembantu itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberi peringatan dan jika dikhianati, nescaya tidak akan diberi pertolongan kepadanya." Riwayat Abu
Daud. Itu sahaja daripada Lubuk Merbau dan Lubuk Merbau menyokong apa belanjawan yang telah dibentangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubuk Merbau. Seterusnya, kita jemput Yang Berhormat dari Kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada seluruh sidang Dewan sekalian. Terlebih dulu, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas keizinan dan peluang yang diberikan kepada Behrang untuk turut sama berbahas Belanjawan 2023 Negeri Perak yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada minggu lepas.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Usai pembentangan Belanjawan Perak Makmur Rakyat Sejahtera bagi menzahirkan rasa syukur dan menghargai kurniaan Allah, kita semua harus bertekad untuk terus menguruskan sumber kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Negeri Perak ini dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Lima fokus utama yang ditetapkan menunjukkan keseriusan Kerajaan terhadap kemakmuran Negeri yang akan membawa kepada kesejahteraan rakyat. Barisan kepimpinan Kerajaan baharu yang telah dipilih oleh rakyat ini tidak akan sekali-kali mengkhianati amanah yang diberikan dan akan terus memperkayakan hasil, memakmurkan kekayaan selain daripada mempertingkatkan ma'ruf yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan hasil daripada pelbagai sumber. Langkah- langkah pencegahan daripada perkara mungkar iaitu aktiviti menghalang daripada melakukan ketirisan, pembaziran, pemborosan, pengabaian dan salah guna ke atas sumber hasil juga akan diberikan perhatian.
Untuk memastikan hasil Negeri ditingkatkan secara maksima dan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memakmurkan Negeri dengan lebih berkesan, kita harus berpegang kepada nilai bersih, perpaduan dan kesejahteraan. Bersih dalam konsep pentadbiran, bersih dalam konteks pentadbiran kewangan dan ekonomi Negeri ialah merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan dan pembangunan ekonomi Negeri dengan rasa penuh tanggungjawab kepada Allah SWT, amanah dan berintegriti. Bebas dari apa juga unsur penyelewangan, salah guna kuasa dan rasuah. Perpaduan dengan menjadikan prinsip syura' sebagai unsur penting dalam proses perancangan dan pembangunan ekonomi Negeri sesuai dengan perbidalan kata orang-orang tua, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat.
Maka setiap perkara yang ingin diputuskan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan semua pihak yang berkepentingan selaku stakeholders dengan izin supaya ianya bersifat inklusif dan menyeluruh manakala sejahtera ialah memastikan setiap perancangan pengurusan dan pelaksanaan program pembangunan ekonomi Negeri akhirnya akan menatijahkan kesejahteraan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya yakin dengan jumlah RM 1.1 bilion yang bakal diagihkan bagi pembelanjaan mengurus sebanyak RM794 juta dan pembangunan sebanyak RM395 juta ini akan dapat memberi impak kepada kesejahteraan rakyat dalam takbir urus projek berkepentingan. Selain itu, menjadi pemangkin kepada program-program kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan serta pembangunan modal insan dan belia.
Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar minggu lalu memerlukan semua pihak melakukan pendekatan yang luar biasa mestilah berani, kreatif dan memberi inspirasi dan pengharapan kepada rakyat. Bajet ini perlu dilihat sebagai inklusif supaya semua kaum berasa terbela. Pastikan tidak ada mana mana pihak yang akan tercicir. Walaupun Perak telah mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK lebih baik namun lebih baik berbanding pencapaian peringkat pusat pada tahun 2021. Namun, hampir pasti ekonomi dunia pada tahun 2023 akan lebih mencabar dengan risiko berikutan pertumbuhan ekonomi yang melemah, peningkatan kadar inflasi dan tindakan sesetengah negara mengetatkan dasar monitari. Tekanan terhadap ekonomi semakin bertambah dengan situasi yang bergelora, geopolitik dunia dan impak globalisasi terhadap perubahan iklim dan bencana alam.
Pemulihan ekonomi sangat bergantung kepada pelaburan yang dibawa oleh sektor swasta sama ada dari dalam mahu pun luar negara. Lebih banyak pelaburan yang masuk maka lebih rancaklah rantaian pembangunan ekonomi yang lain. Namun kecenderungan dan keyakinan pelabur akan didorong oleh berbagai faktor terutamanya kestabilan politik, kemudahan laksanaan peniagaan dan tata kelola perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama kita terus yakinkan rakyat berkat kestabilan politik di hari ini di Negeri Perak dan berbekalkan ketekunan dan iltizam semua Yang Berhormat di dalam Dewan ini, pasti nasib rakyat akan lebih terbela selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang dinamik, realistik dan boleh dicapai. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan menyediakan peruntukan bagi tujuan kesejahteraan rakyat berjumlah RM380.9 juta. Selaku ADUN wanita, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan wanita kepada kemajuan negeri. Peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk pelbagai program khas termasuk untuk pendaya upayaan wanita, termasuk kesuhanan wanita ini amat bermakna. Kita sedia maklum ramai golongan wanita terlibat dengan pelbagai aktiviti keusahawanan bagi membantu meningkatkan pendapatan keluarga mahupun ibu-ibu tunggal yang menyara kehidupan keluarga.
Saya suka mencadangkan agar kita dapat mengenalpasti usahawan-usahawan wanita yang berpotensi untuk kita bimbing dengan kerjasama strategik pelbagai jabatan, agensi dan syarikat-syarikat korporat bagi membolehkan kita melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya dan mampu membimbing usahawan-usahawan wanita lain. Begitu juga dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM21.
Mohon pencerahan, mohon pencerahan Behrang. Saya dengar tadi Behrang sebut refer kepada tahun 2020 dan 2021 mengatakan KDNK kita menunjukkan pertumbuhan yang baik. Setuju tak? 2021 satu dunia terkesan. Kita kena impak daripada covid. Jadi di mana kebenarannya mengatakan pertumbuhan kita naik?
Lebih baik daripada Kerajaan Pusat.
Lebih baik dari Kerajaan Pusat? Jadi penempatan naik? Penempatan isi rumah naik ke?
Ya.
Pasti? Refer balik.
Sila rujuk balik dalam yang dibentang oleh Menteri Besar kita dalam, ada, ada .
Saya rasa data yang paling tepat daripada Jabatan Perangkaan. Kita drop lebih teruk daripada Kerajaan Pusat lagi. Isi rumah jatuh.Yang…
Yang dibentangkan oleh.....
Saya tanya ...
Ok saya sambung baliklah ye. Begitu juga dengan penyediaan peruntukan RM21.4 juta bagi tujuan bantuan pendidikan dipelbagai peringkat pembelajaran yang bakal membantu pembangunan tamadun manusia, mencakupi aspek karamah insaniah dalam pembentukan adab, akhlak dan integriti modal insan negara. Bagi memastikan tiada yang tercicir, saya mohon kerajaan terus memantau tahap penguasaan asas 4M, membaca, menulis, mengira dan menaakul murid sekolah dan transisi murid dari tahun 6 ke tingkatan 1 terutamanya bagi murid-murid orang asli.
Saya juga bersetuju dengan cadangan-cadangan Chenderiang untuk memperkasakan masyarakat orang asli seperti yang telah dibentangkan tadi. Memandangkan kawasan kami mempunyai penduduk orang asli dalam kawasan yang tinggi. Bagi meningkatkan modal insan kaum orang asli, Behrang juga memohon Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan penubuhan sekolah model khas komprehensif 9, K9 di SK Jernang dan SK Pos Bersih yang telah dimajukan permohonan penubuhannya oleh mantan Timbalan Menteri Pendidikan terdahulu. Perluasan sekolah K9 ini akan mengatasi jurang keciciran pembelajaran, menggalakkan pendidikan sepanjang hayat dan memastikan akses pendidikan yang sama diterima termasuk golongan minoriti.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita sama-sama perlu memahami apa yang sedang dialami oleh rakyat serta ketakutan dan kerisauan yang sentiasa berlegar di dalam fikiran rakyat kini. Rakyat mengharapkan kerajaan sentiasa memastikan mereka terasa terbela dan kerajaan dapat menunjukkan jalan keluar bagi mereka dan negeri daripada situasi ekonomi dan sosial yang amat menggerunkan ketika ini. Kita perlu menghayati keluhan daripada rakyat saban hari melalui platform sosial media seperti Facebook, Twitter, TikTok dan lain-lainnya. Bukan sahaja golongan B40 malah daripada golongan M40 turut menerima impak daripada situasi ekonomi mutakhir ini. Menyambut keluh kesah rakyat, segenap lapisan maka janganlah kita menunggu M40, golongan M40 berubah menjadi golongan B40 barulah kita sedar untuk memasukkan mereka dalam perkiraan kita. Sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk mendengar rintihan semua rakyat dan sedaya upaya cuba menyelesaikan masalah yang terbelenggu sejak sekian lama. Bak kata bidalan, yang kusut diselesaikan, yang keruh dijernihkan, berkayu berakar, tungku bercanggah, kerbau ditambang, beras dibasuh, inai diandam, orang dipanggil.
Di dalam Pelan Strategik Perak Sejahtera 2030, Daerah Muallim berpotensi untuk dibangunkan sebagai gerbang otomotif negara dan daerah mesra belia serta mampan. Kedudukan Muallim yang tidak jauh dari ibu negara memerlukan pembangunan yang setara bagi menyumbangkan kenaikan ekonomi rakyat dan negeri dan sudah tentunya ia boleh direalisasikan dengan hub inovasi teknologi otomotif. Maka hari ini saya mengesyorkan 3 perkara utama yang diambil kira dalam pembangunan Muallim bagi pembangunan ekonomi. Pertamanya, Behrang menyokong penuh dasar revolusi Perindustrian keempat negara, 4IR, yang memperlihatkan usaha pendigitalan dan penggunaan teknologi sebagai keutamaan untuk meningkatkan prospek-prospek dan daya tahan ekonomi jangka panjang Daerah Muallim. Kecekapan teras rakyat perlu terus dibangunkan agar tenaga kerja kita boleh bersaing dengan cekap dalam ekonomi global bagi memastikan manafakat kepada negeri selain menarik pelaburan teknologi tinggi dan beralih kepada sektor baharu yang mempunyai kelebihan.
Bagi Daerah Muallim, pembangunan pesat di Proton City memperlihatkan peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi akan tercipta untuk rakyat tempatan dan memperkukuhkan daya saing negeri. Namun kerajaan perlu menilai semula dasar sedia ada dan menyesuaikan strategi pelaburan untuk memastikan iklim perniagaan syarikat di Negeri Perak umumnya dan Muallim khususnya sebagai gerbang selatan Perak kekal berdaya saing untuk pelabur asing.
Mohon mencelah.
Saya ada banyak saya rasa saya tak cukup masa untuk apa ni saya baca dulu kalau habis nanti saya saya terima sebab banyak lagi saya pun laju dah ni tinggal enam minit.
Saya nak menambah point untuk ekonomi digital.
Ok..ok.
Boleh?
Sekejap je jangan lama sangat.
Sikit saja.
Manong, sila duduk. Duduklah.
Saya berharap pelaburan baharu bagi membangunkan Automotive High Technology Valley bernilai RM30juta bilion yang diwawarkan oleh PM ke-9 sebelum ini boleh diteruskan kerana pelaburan daripada
DRB-HICOM ini bakal mewujudkan 370 ribu peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunan serta 161 ribu sepanjang fasa operasi. Bagi merancakkan lagi ekonomi dan pendapatan dalam kawasan saya dan negeri perak amnya, saya suka mencadangkan lapangan terbang kargo diwujudkan di Tanjong Malim bersesuaian juga dengan perancangan jalan baharu dari Ulu Slim di Behrang ke Raub di Pahang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Kedua, pembangunan automotif yang pesat akan disertai dengan penghijrahan tenaga manusia. Begitu juga dengan penyumbang populasi dari pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Politeknik Sultan Azlan Shah. Maka Kerajaan Negeri perlu mempunyai tindakan tuntas dalam persiapan bagi menyediakan rumah-umah mencukupi untuk didiami. Jika dilihat pada tren semasa rakyat bekerja di Mualim sejak awal pagi. Namun menjelang petang akibat kekurangan kediaman mampu milik rakyat memilih untuk mendiami dan bermaustautin di jiran terhampir kita iaitu Hulu Selangor. Maka timbul situasi di mana rakyat bekerja di Perak namun berbelanja di negeri Selangor.
Dari segi ekonomi ini amat merugikan Muallim. Situasi sama dilihat di kawasan Tanjung Malim dan Behrang yang hanya mempunyai 1,675 unit rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang mana perumahan jenis inilah yang paling bersesuaian dengan kemampuan rakyat buat masa ini. Dengan belanjawan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Negeri akan meneruskan komitmen dan menyediakan kemudahan bagi memiliki kediaman yang selesa dan mampu milik di kalangan golongan berpendapatan rendah. Dengan perlaksanaan program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada B40 yang menetap dan bermaustautin di negeri Perak. Untuk itu RM5 juta telah yang diperuntukkan bagi perlaksanaan Program Rumah Perak-Ku Prihatin, saya memohon lebih banyak rumah mampu milik diwujudkan dan dikawal selia agihannya kepada rakyat yang layak memilikinya.
Begitu juga dengan Projek Perumahan Transit Belia di Tanjung Malim yang tertangguh dahulu dapat direalisasikan semula sejajar dengan mengimarahkan status bandar belia di Tanjung Malim. Dengan itu, saya juga memohon pencerahan bagi status perumahan di Behrang dan Trolak, perumahan awam di Behrang dan Trolak yang terbengkalai pembinaannya sejak 4 tahun yang lalu.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sorry. Ketiga, baru-baru ini Proton telah menghantar 16 kakitangan ke Hongzhou, China bagi menyertai latihan semasa latihan selama 6 bulan untuk mempelajari tentang tenaga baharu. Program ini menempatkan mereka di Institut Pendidikan Geely di Ningbo dan dilatih dalam pelbagai bidang melibatkan pembangunan. Memandang jauh lebih ke hadapan, program ini akan membantu mengukuhkan usaha kerjasama kakitangan Proton yang terlibat dalam pelbagai bidang lebih awal dan proses pembangunan untuk memperhalusi tawaran yang mendatang demi mencapai jangkaan pasaran tempatan.
Walaubagaimanapun, ada garis panduan dalam menyokong, perlu ada garis panduan dalam menyokong persediaan tenaga kerja tempatan agar dapat digunapakai untuk menyumbang tenaga kerja selain memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru yang akan membantu mengemudi halatuju masa depan syarikat pada tahun-tahun mendatang. Saya yakin dan percaya jika perkara-perkara yang saya bangkitkan ini dapat dilaksanakan seberapa sempurna, permata Perak Selatan ini akan menjadi penyumbang kepada ekonomi negeri.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa suara rakyat di kawasan saya. Sebagai wakil rakyat baharu sepanjang tempoh berkempen, pelbagai keluhan rakyat dapat saya dengari. Rakyat mahukan kerajaan atau wakil rakyat yang mampu mendengar, melihat, mengambil berat dan yang utamanya mampu menyelesaikan masalah mereka. Dalam tempoh sebulan saya menjadi wakil rakyat, kawasan yang saya hadapi mengalami pelbagai bencana seperti tanah runtuh di sembilan spot di sepanjang jalan menuju ke Pos Tenau, tanah rebak di Kampung Lambak, Tanjung Malim, jambatan runtuh di Kampung Poh dan tebing rebak di Kampung Orang Asli, Chenain. Permohonan kecemasan peruntukan kecemasan agak mengambil masa. Jadi rakyat terkesan dari pelbagai aspek contohnya, di Kampung Poh apabila jambatan itu roboh, rakyat penduduk di kariah di situ terpaksa jalan itu adalah untuk menuju ke tanah perkuburan. Jadi rakyat terpaksa memikul jenazah untuk lalu di sungai untuk ke tanah perkuburan. Jadi tindakan segera bagi saya perlu diambil dengan pantas. Di Kampung Orang Asli Chenain pula, penduduk tersebut telah bergotong-royong membina atau membaiki membuat batu sangkar bagi menghalang runtuhan dengan lebih teruk. Dalam tempoh dua minggu sahaja bertahan dan akhirnya roboh kembali. Jadi saya berharap perkara ini dapat diberi perhatian utama. Kesejahteraan rakyat juga memerlukan perhatian terutamanya lampu-lampu jalan.
Di Mualim, banyak kes kemalangan berlaku kerana ketiadaan lampu jalan ataupun lampu jalan tidak bernyala. Contohnya, di kilometer 121, 123, 112 dan sebagainya melibatkan 27 kes kemalangan berlaku disebabkan masalah ketiadaan lampu jalan. Begitu juga di jalan Proton City, Kampus UPSI dan sebagainya. Jadi saya berharap perkara ini dapat diberi perhatian utama. Begitu juga dengan permohonan daripada saya. Saya mohon JKR di Mualim yang baru ditubuhkan. Mereka memerlukan pertambahan kakitangan yang berkelayakkan untuk membantu penyelenggaraan di kawasan Tanjong Malim, penyelenggaraan lampu lampu di kawasan Tanjong Malim. Untuk makluman, JKR Mualim tidak mempunyai tenaga yang mahir dalam skop elektrik. Jadi JKR Mualim mengharapkan bantuan daripada JKR Batang Padang.
Menurut JKR Mualim, permohonan untuk menambah tenaga kerja telah diajukan. Jadi demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang telah saban tahun terkesan dengan isu ini, saya memohon pihak kerajaan negeri dapat memperkasakan jabatan-jabatan dan agensi-agensi bukan saja JKR, dengan penempatan kakitangan yang mencukupi dan bersesuaian bagi memaksimumkan pelaksanaan tanggungjawab mereka. Begitu juga saya memohon supaya projek tebatan banjir dapat diluaskan dan diperkasakan juga di DUN Behrang yang mana DUN Behrang juga merupakan salah satu kawasan yang kerap berlaku banjir.
Selain itu, pelancongan juga bukan sesuatu yang baru. Di daerah Mualim terdapat banyak kawasan-kawasan yang boleh dimajukan, kawasan-kawasan pelancongan yang boleh dimajukan. Salah satunya adalah di Ulu slim. Air panas di Ulu Slim, water rafting di Ulu Slim. Jadi, sayang sekali jika sumber-sumber ini tidak dimaksimakan penggunaan, pembangunannya. Begitu juga di Sungai Klah Hot Spring. Sungai Klah Hot Spring terletak di kawasan Behrang. Saya memohon agar jalan masuk ke Sungai Klah Hot Spring ini yang menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong tempatan tetapi pelancongan dunia dapat dibaiki. Akhir kata dalam masa yang singkat ini, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana memberi ruang dan masa kepada saya untuk berbahas. Jadi saya mendoakan kita semua diberi kesihatan dapat kita mewakili rakyat di kawasan kita untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Perak Darul Ridzuan. Sekian, wabila hitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
"Ke kampung Menderang mencari dokong, Behrang mohon menyokong".
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Behrang. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri sekalian, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan. Tak lupa juga rakan-rakan media dan juga anggota keselamatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Pertamanya, Alhamdulillah marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kehadarat Allah s.w.t kerana di petang yang berbahagia ini saya diberikan peluang untuk turut serta dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak Bagi Tahun 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar pada minggu lalu iaitu pada hari Khamis 22 haribulan Disember 2022 sempena Persidangan Tahun Yang Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi-pengundi di kawasan DUN Kuala Kurau yang telah memilih saya lagi sekali ya khususnya anak-anak muda yang telah memberikan peluang kepada saya lagi sekali untuk mewakili kawasan DUN Kuala Kurau bagi penggal yang ke-15. InsyaAllah rakyat mandat rakyat yang telah diberikan kepada saya untuk penggal ini akan dilaksanakan dengan sedaya upaya dengan izin Allah s.w.t bagi membawa suara rakyat di dalam Dewan yang mulia ini bagi meneruskan agenda pembangunan dan juga penyelesaian masalah-masalah rakyat demi kesejahteraan dan keharmonian pelbagai lapisan masyarakat di DUN Kuala Kurau.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah juga kepada gabungan kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional yang telah berjaya membentuk kerajaan baru di Negeri Perak yang mana telah diwakili oleh parti-parti daripada DAP 18 kerusi, UMNO 8 kerusi, PKR 5 kerusi, MCA 1 kerusi dan juga AMANAH 1 kerusi dan berdasarkan analisis awal keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu kita nampak jelas bahawa polarisasi kaum ataupun corak pengundian berdasarkan kaum yang mana ada kaum bukan Melayu majoritinya memilih Pakatan Harapan, manakala kaum Melayu memilih Perikatan Nasional. Jadi ini satu trend yang tidak berapa baik lah untuk dari segi keharmonian kaum di Negeri Perak dan ia juga sudah tentu akan memberikan cabaran dan juga menguji kebijaksanaan kerajaan baru yang dibentuk memandangkan Perak adalah sebuah negeri yang multiracial di mana rakyatnya berbilang kaum, bangsa, agama dan juga budaya. Bagi pihak pembangkang pula insyaAllah kami daripada gabungan Perikatan Nasional yang telah diberikan mandat akan terus memain peranan yang penting sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab menjadi jurubicara rakyat serta memenuhi peranan sebagai semak dan imbang kepada pihak kerajaan demi kesejahteraan seluruh rakyat di Negeri Perak.
Pembentangan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar pada minggu lalu dengan tema Perak Makmur Rakyat Sejahtera telah menarik perhatian pelbagai pihak antaranya agihan peruntukan yang sama rata kepada semua 59 ADUN-ADUN termasuk pembangkang yang mana bertujuan untuk perlaksanaan projek-projek kecil, program-program dan juga perbekalan. Keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberikan peruntukan yang sama rata kepada semua ADUN-ADUN pada kali ini adalah satu perubahan yang ditampilkan ini selaras dengan titah Tuanku dan ini sewajarnya juga diberikan pujian ya kerana pada pandangan saya ianya tidak pernah berlaku sebelum ini dan agihan peruntukan ini juga boleh oleh Kerajaan Negeri sudah tentu dapat memberikan manfaat dan kelegaan kepada wakil-wakil rakyat terutamanya yang mewakili kawasan-kawasan DUN luar bandar ya termasuk kawasan saya lah ya, kawasan luar bandar yang sudah tentu memerlukan peruntukan yang munasabahlah untuk kami semua menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan lebih kesan.
Saya juga ingin memohon pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya semua wakil-wakil rakyat termasuklah pembangkang turut dijemput dan dilibatkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah yang kebiasaannya diadakan sebulan sekali. Sebab mesyuarat ini sangat penting kepada semua wakil-wakil rakyat sama ada pihak kerajaan ataupun pembangkang kerana di situlah tempatnya segala permasalahan rakyat dapat dibincangkan dengan kehadiran semua ketua jabatan di peringkat daerah. Kalau tidak kami hanya ada peluang di Sidang DUN sahaja untuk membahaskan segala permasalah rakyat dan mungkin hanya setahun dalam tiga kali saja. Jadi bagi saya tidak praktikal lah ya. Ia sudah sewajarnya saya memohon ya pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk diberikan peluang kepada kami juga pihak pembangkang untuk hadir dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Peringkat Daerah.
Begitu juga dengan program-program Kerajaan Negeri yang lain ya seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat pada Manjoi tadi seperti program Kad Perak Prihatin, Program Bantuan Kotak Makanan, Program Tabarruk Khairat Kematian, program Dermasiswa Pendidikan, Program Rumah PerakKu dan lain-lain juga supaya turut dilibatkan juga peranan dan kerjasama oleh wakil-wakil rakyat daripada pihak pembangkang. Ini adalah tujuannya adalah untuk memudahkan urusan rakyat untuk mengurangkan karenah birokrasi. Di samping kita nak supaya hasrat kerajaan negeri untuk segala bantuan dan juga peruntukan daripada pihak kerajaan ini dapat disalurkan kepada semua lapisan masyarakat yang berhak dan layak tanpa mengira fahaman politik, kaum dan sebagainya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya memohon keizinan untuk meneruskan berbahasan dengan menyentuh isu-isu di kawasan saya sendiri di kawasan DUN Kuala Kurau. Ini adalah untuk perhatian dan juga pertimbangan pihak Kerajaan Negeri. Ada dua perkara sahaja yang pertama berkaitan permohonan untuk membina sebuah dewan orang ramai di pekan Kuala Kurau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa di pekan Kuala Kurau sehingga kini masih belum terdapat dewan orang ramai yang dibina oleh pihak kerajaan untuk menampung keperluan penduduk serta orang ramai bagi menjalankan pelbagai program dan juga aktiviti. Rasanya mungkin mukim Kuala Kurau antara mukim yang sehingga sekarang masih lagi belum mempunyai dewan orang ramai yang agak besar dan selesa. Sekitar Jun 2020, mantan Yang Berhormat Menteri KPKT ketika itu iaitu Dato' Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Parit Buntar dan telah memberikan kelulusan secara prinsip untuk berkaitan dengan permohonan untuk membina sebuah dewan orang ramai di pekan Kuala Kurau. Untuk makluman dewan yang mulia juga isu tapak dewan tersebut telah pun diselesaikan dan sekarang saya difahamkan dalam proses perwartaan sebagai tapak dewan di mana lokasinya sangat strategik iaitu di dalam pekan Kuala Kurau. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak telah berjaya menyelesaikan isu tapak cadangan untuk membina dewan orang ramai iaitu antaranya ialah Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian, Majlis Daerah Kerian dan juga pihak JKR Kerian. Justeru, kini saya memohon semua pihak Kerajaan Negeri berusaha untuk mendapatkan dana yang secukupnya lah bagi merealisasikan hasrat dan juga impian penduduk di pekan Kuala Kurau yang telah menunggu sekian lama untuk mendapatkan semua dewan orang ramai.
Perkara yang seterusnya yang ingin saya suarakan di dalam Dewan yang mulia ini adalah berkaitan dengan cadangan pembangunan RPT ataupun Rancangan Perkampungan Tersusun Kampung Tok Ngah Mukim Kuala Kurau iaitu kaitan dengan cadangan pembinaan RPT ini untuk fasa yang pertama proses pengambilan tanah seluas kira kira hampir 10 ekar dan proses pembayaran pampasan kepada pemilik-pemilik tanah sekitar RM4 juta telahpun berjaya diselesaikan dan untuk makluman juga idea asal cadangan pembangunan projek RPT ini bermula pada tahun 2018 adalah untuk menyusun semula Kampung Tok Ngah iaitu sebuah kampung tradisional Melayu yang terletak di pinggir pekan Kuala Kurau yang telah terjejas akibat pembinaan jajaran baru jalan raya iaitu Jalan Tuju Jambatan Kuala Kurau. Akibat pembinaan jalan raya jalan raya baru ini di kawasan tersebut harga tanah di kawasan sekitar Kampung Tok Ngah telah melonjak tinggi dan kita bimbang jika kerajaan tidak berbuat sesuatu penempatan orang orang Melayu di pinggir pekan Kuala Kurau lambat laun akan terjejas dan mungkin akan lenyap pada satu masa nanti justeru cadangan pembangunan RPT Kampung Tok Ngah amat relevan demi kepentingan jangka panjang pada masa hadapan.
Pembangunan RPT Kampung Tok Ngah Mukim Kuala Kurau ini diharap dapat membantu menyediakan peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah dengan harga yang berpatutan kepada mereka yang berkelayakan terutamanya penduduk-penduduk asal Kampung Tok Ngah termasuk mereka yang telah berpindah kerana pembinaan jalan raya yang merentasi kampung mereka. Juga mungkin peluang boleh diberikan kepada penduduk-penduduk yang berhampiran yang layak yang belum memiliki rumah untuk mendapatkan sebuah rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan contohnya kampung-kampung seperti Parit Mak Ali, Parit Abbas, Kampung Tok Adam, Kampung Nelayan dan sebagainya. Justeru saya memohon supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan segera oleh pihak kerajaan negeri dengan menyediakan dana awal bagi tujuan tambakan, tambakan tanah di tapak projek RPT tersebut dan saya juga memohon supaya pihak UPEN dengan kerjasama pihak LPHP ataupun lain-lain agensi dapat mengkaji dan melaksanakan model pembangunan perumahan yang sesuai dengan keperluan penduduk di situ dengan harga yang mampu milik.
Tuan-tuan, Timbalan yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan pada petang ini sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sedikit penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama sama menjayakan persidangan Dewan Negeri tahun yang pertama bagi penggal yang ke 15. Justeru Kuala Kurau dengan ini menyokong. Sekian, wabillah tafiq walidhayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada yang berhormat dari kuala Kurau. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer kuning untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Di-Pertua. Sebelum saya bacakan bahaskan pembentangan bajet marilah kita bersama-sama membaca Al Fatihah kepada Ketua Kampung saya ataupun orang yang telah pula pergi meninggalkan kita dahulu. Orang yang banyak jasanya kepada kampung iaitu Encik Johari bin Muhammad, Al-Fatihah.
Terima kasih. Alhamdulillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan yang saya hormati Tuan Timbalan yang di-Pertua, ahli ahli yang berhormat, Ketua Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan, para pemerhati, rakan rakan media, tuan tuan dan puan-puan yang saya muliakan. Salam persidangan saya hulurkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Semoga kehadiran kita membawa mandat daripada rakyat di kira ibadah oleh Allah SWT. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dan saya merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian di dalam perbahasan Fang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 sempena Mesyuarat Tahun Pertama Dewan Undangan Degeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas.
Tuan Timbalan yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan kesyukuran kerana berpulang untuk membahaskannya dan saya ucapkan dengan belanjawan ini ia sentiasa mengambil berat serta memikirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Perak agar sentiasa dipelihara dan terbela dengan membentang usul belanjawan. Yang Berhormat Timbalan yang di-Pertua meniti usul Belanjawan 2023 pada Persidangan DUN Perak ke-15 mencukupi aspek sosial ekonomi kestabilan politik makam penting Sidang Dewan bagi meluluskan dan memperakui belanjawan agar segala perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Saya amat yakin dan percaya bajet yang dibentangkan merupakan bajet untuk masyarakat dan mensejahterakan rakyat. Saya amat yakin dan percaya pakar-pakar ekonomi dapat merasakan bajet yang dibentang bukan sahaja demi kesejahteraaan dan kebaikan rakyat malah mampu melonjak ekonomi Perak 2023 apatah lagi merancang ekonomi dan memajukan negeri Perak serta dapat membantu negeri Perak menangani masalah ekonomi dunia bakal merundung menjelang tahun 2023 mengikut analisis pakar ekonomi.
Timbalan Yang di-Pertua, PRU-15 telah pun melabuhkan sauhnya. Ianya telah ke satu dimensi politik yang baru. Fenomena politik baru dan menjadi harapan daripada rakyat kepada kerajaan baru yang mengabungkan parti-parti yang berjaya dalam PRU ke-15 akan terus bergerak untuk memajukan negeri dan memakmurkan negara dalam negeri Perak ini. Naratif daripada netizen, non patizen mungkin pelbagai tetapi kita akan terus mengadaptasikan supaya ianya membawa kebaikan seluruh rakyat dan masyarakat di negeri yang kita cintai ini. Timbalan yang di-Pertua dalam kempen PRU-15 saya telah mensasarkan ataupun membawa misi-misi untuk Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning kepada tiga elemen. Elemen pertama adalah Pendidikan, elemen yang kedua adalah berkaitan dengan kemudahan awam dan elemen yang ketiga adalah berkaitan dengan pembangunan sukan. Tuan Yang di-Pertua, kita sebenarnya telah lama hebat dalam membicarakan soal pendidikan di Dewan yang mulia ini. Pendidikan menjadi agenda utama dalam kempen pilihan raya saya kerana saya melihat bahawa dengan pendidikan lah kita akan terus boleh memajukan bukan sahaja masyarakat, kaum, negeri dan negara yang kita cintai dalam bajet yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini,saya tertarik dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana meneruskan konsep Tuisyen Cikgu Saarani yang telah pun dilaksanakan di negeri Perak, mengutamakan pendidikan dan keperhatinan bahawa pendidikan elemen utama dalam mencorak dan merubah kehidupan masyarakat sejajar dengan kehebatan pendidikan di negara. Sememangnya berkaitan dengan pendidikan kita memang hebat. Kita ada MCKK, Malay College Kuala Kangsar. Kita ada Sekolah Tengku Abdul Rahman. Kita ada Sekolah Anderson. Kita ada sekolah-sekolah yang telah pun banyak melahirkan pemimpin-pemimpin yang boleh mencorak negeri dan negara.
Kita berterima kasih kepada mereka-mereka yang terdahulu yang juga melihat bahawa pendidikan memainkan penting memainkan peranan penting di negeri dan negara kita. Di dalam Dewan yang mulia ini kita juga boleh berkongsi di mana dalam kempen peliharaan gaya saya kita menjuruskan kepada pendidikan. Di parlimen kami, kita ada melaksanakan satu program yang kita panggil D’Sara. Di mana program D’Sara ini kita kumpulkan anak-anak kita, anak-anak didik kita, murid-murid sekolah daripada sekolah rendah yang berjaya dari segi pendidikan, hebat dari pendidikan, kita kumpulkan mereka di sekolah ataupun di Parlimen Tapah kita ada lebih kurang 38 sekolah rendah. Ada lebih 38 sekolah rendah.
Kita kumpulkan mereka mereka ini daripada sekolah rendah, daripada darjah empat dalam satu sekolah ada dua orang, tiga orang dan akhirnya ada 100 orang kita kumpulkan dan kita beri mereka dermasiswa sebanyak RM50 setiap bulan dan kita jaga mereka ini sampai 100 orang ini ya sampai tingkatan lima dan kita yakin ya kita yakin mereka akan ke menara gading pada masa-masa akan datang. Inilah sumbangan kami ya. Supaya melihat pendidikan ini memainkan peranan yang penting untuk kita menjanakan supaya ada pertumbuhan ekonomi dan sebagainya berkaitan dengan kita mahu menjana ya anak-anak kita supaya menjadi harapan kepada kita pada masa-masa akan datang. Kita juga boleh membina modal insan kepada mereka ya supaya mereka juga bersedia ya menjadi pemimpin dan akan memimpin negeri dan negara kita pada masa masa yang akan datang. Ini adalah juga berkisar dengan Cikgu Sa’arani. Kami di Parlimen Tapah ya saya di DUN Ayer Kuning dan juga di DUN Chenderiang kita ada kita panggil dermasiswa D’Sara, ya, yang telahpun kita buat ya hampir empat tahun ya. Kita berharap inilah sumbangan kecil kita untuk kita memastikan supaya kita boleh membina negara bangsa yang cemerlang pada masa masa yang akan datang.
Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian, saya dah beritahu tadi bahawa kita ataupun mereka-mereka dah terlalu cerita berkaitan dengan pendidikan di negeri kita. Sebenarnya kita bukan sahaja kita ada Malay College Kuala Kangsar, STAR ataupun sekolah-sekolah Anderson dan sekolah-sekolah yang telahpun kita bina di negeri kita. Ya. Kita ada kalau kita lihat berkaitan dengan kita bina pendidikan ataupun SITC sekarang dah Universiti Sultan Idris Shah. Ya. Kita bina pada tahun 1922 pada ketika itu di Negeri Perak. Ya. Untuk kita mewujudkan supaya melahirkan anak-anak bangsa yang boleh kita banggakan pada masa akan datang. Kita ada produk sebenarnya yang kita boleh banggakan. Kita ada dua sekolah walaupun saya bukan sekolah di situ ya tapi kita ada sekolah yang kita boleh banggakan ya itu Sekolah Izzuddin dan juga Sekolah Ta’ayah. Ya. Karena juga mereka juga melahirkan ya pemimpin-pemimpin yang hebat ya kalau kita lihat pada hari ini ya. Produk daripada Izzuddin dan Ta’ayah. Tapi pada kali ini kita agak pada saya, saya agak kecewa kerana ini adalah projek atau produk atau pun jenama Negeri Perak. Ya tetapi kali ini ya sekolah ini telah pun dia ambil alih oleh pusat kerana kemungkinan kita tak ada sumber kewangan yang boleh membiayai sekolah ini tetapi yakinlah dan percayalah bahawa ini adalah produk kita.
Kalau ditanya apakah hasil daripada Kerajaan Negeri untuk membangunkan pendidikan. Kita boleh bangga dengan sekolah ini. Ada dua sekolah ini yang kita boleh banggakan. Jadi saya yakin dan percaya ya kalau kita ada kewangan, kalau kita ada peluang-peluang kewangan yang boleh kita ambil semula sekolah ini untuk kita jadikan dia sebagai produk jenama kepada negeri yang kita cintai ya. Ini antara yang kita, yang saya nak lontarkan dalam Dewan yang mulia ini supaya pendidikan ya menjadi agenda utama bukan sahaja kita tapi mereka yang terdahulu daripada kita telah pun menjenamakan bahawa pendidikan yang amat penting untuk merealisasikan, untuk membangunkan negara bangsa yang lebih berjaya pada masa-masa akan datang. Di sudut itu juga kita lihat dalam bajet ini juga saya berterima kasih kepada YAB Menteri Besar kerana melihat bahawa ada peruntukan-peruntukan kepada sekolah tahfiz. Saya dalam Dewan yang mulia ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Besar yang dahulu ya, iaitu Sungai Rapat dan juga diteruskan oleh mantan ya Menteri Besar iaitu daripada Pangkor dan diteruskan oleh Menteri Besar yang ada pada hari ini daripada Tampan. Saya ucap terima kasih ya.
Tahniah dan syabas kepada mereka ini kerana kita melihatkan bahawa sekolah tahfiz ini juga sebuah sekolah yang juga boleh melahirkan anak bangsa yang boleh membangunkan negara pada masa masa akan datang. Saya tertarik berkaitan dengan sekolah tahfiz ini ya. Kalau kita lihat bahawa sekolah tahfiz ini ya sekarang dah ada di setiap ataupun ada di beberapa daerah yang dah ada sekolah tahfiz. Maka kita pada hari ini dalam Dewan yang mulia ini terima kasih kita cakapkan kepada YAB Menteri Besar yang melihat bahawa sekolah tahfiz ini perlu dibantu malahan diperkasakan pada masa masa akan datang. Begitu juga kita lihat ada sekolah tahfiz yang telah berdaftar. Ada sekolah tahfiz yang belum berdaftar yang saya rasa dalam Dewan yang mulia ini harus kita lihat dan harus kita bantu supaya mereka juga boleh berdaftar. Boleh juga mendapat imbuhan-imbuhan, insentif-insentif daripada pelbagai pihak, samaada pihak kerajaan mahu daripada pihak swasta kerana kita takut kalau mereka tidak berdaftar kita tidak takut akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Akhirnya akan berlaku pebalahan, akan berlaku ketidak jelasan berkaitan dengan pemohonan-pemohonan mereka untuk mendapat, supaya mereka juga didaftarkan menjadi sekolah tahfiz yang berdaftar. Kalau dilihat berkaitan dengan sekolah tahfiz pada hari ini ya, saya diberitahu bahawa sekolah tahfiz pada hari ini ada 5,000 sekolah. 5,000 sekolah yang telah didaftarkan dan ada hampir 200,000 pelajarnya. Ada hampir 200,000 pelajarnya.
Saya diberitahu oleh mereka bahawa mereka ada Persatuan Tahfiz Malaysia yang dipanggil PERMATA dan mereka mempunyai inisiatif untuk mewujudkan satu universiti yang dipanggil Universiti Al-Quran. Di dalam Dewan yang mulia ini ya saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya kita mengambil inisiatif untuk juga bersama dengan ada collaboration ya bersama dengan persatuan tahfiz yang kita panggil PERMATA ini supaya kita boleh wujudkan satu universiti iaitu Universiti Al-Quran di bumi kita yang kita cintai ini iaitu di Perak. Saya yakin dan percaya kalau kita ada inisiatif kalau kita ada kesungguhan ya dalam apa juga perkara ya saya yakin juga kita dapat membina sebuah universiti di Negeri Perak, kita ada universiti yang kita boleh banggakan iaitu Universiti Sultan Azlan Shah dan kita juga mungkin kalau kita buat kita boleh merealisasikan hasrat daripada anak-anak kita ini supaya Universiti Al-Quran ini wujud di negara yang kita cintai ini.
Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian ya, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan isu-isu berkaitan dengan security makanan ya. Ada perkara yang penting juga kita bicarakan mungkin sebelum saya tadi telah membicarakan juga berkaitan dengan security makanan ya. Perkara yang penting berkaitan dengan soal-soal kenaikan harga barang pada masa-masa yang akan dating, ekonomi yang tidak menentu, security makanan ini menjadi agenda yang utama juga saya kira di Negeri Perak kerana dalam titah ucapan Tuanku Sultan Perak di dalam Utusan Malaysia 30 Julai 2022 sempena Ma’al hijrah 1444 ya di peringkat Negeri Perak berkaitan dengan security makanan wajiblah dilaksanakan dengan kadar segera dan bersistematik. Titah Tuanku Kebawah Duli Tuanku ya berkata bahawa dia bertitah, loceng amaran telah berbunyi, lampu isyarat telah berkelip, kekurangan bekalan makanan dan dengan harga barang yang tidak menentu tercetus perang Rusia-Ukraine dan penurunan nilai mata orang.
Jadi kalau kita lihat dari segi kedudukan ataupun anggaran penduduk Malaysia pada tahun 2040 mencecah kepada 41.5 juta orang. Jadi ini harus juga kita lihat bahawa security makanan ini ya, keselamatan makanan ini menjadi topik utama agenda utama untuk kita melihat supaya keadaan-keadaan berkaitan dengan kos sara hidup, keperluan-keperluan makanan ya utama ini tidak akan terjejas dan dia tidak akan membebankan rakyat dan juga masyarakat pada masa-masa akan datang. Itu sebabnya dia dalam Dewan yang mulia ini ya saya berharap supaya Kerajaan Negeri melihat bahawa di tempat saya ya, di Parlimen Tapah ada satu projek daripada swasta yang kita panggil ASEAN Agrotech Distribution Center, dengan izin ya. Itu satu projek yang mahu supaya satu-satu pusat sumber makanan dan pengedaran makanan di peringkat ASEAN diwujudkan di Negeri kita.
InsyaAllah kalau Kerajaan Negeri membantu dan saya rasa Kerajaan Negeri dah tahu berkaitan dengan pembangunan ini, untuk kita membina satu pusat sumber makanan dan pengedaran makanan ASEAN dan di samping itu juga membawa kepada kontrak farming kepada penguasa tempatan. Ada kontrak farming-farming yang dibuat. Hasil juga dibeli semula oleh syarikat untuk diedarkan ke peringkat dalaman dan juga di eksport ke luar Negara. Jadi projek ini bernilai RM6 billion dan saya rasa ini adalah satu projek yang besar yang kita harus bantu untuk mereka dapat menyegerakan apa sahaja perkara-perkara berkaitan dengan permohonan dan juga perkara-perkara yang boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk mereka dapat meneruskan supaya projek ini menjadi satu projek pemangkin kepada ekonomi bukan sahaja di tempat saya di Parlimen Tapah tetapi mungkin di dalam negara negeri yang kita cintai ini. Itu sebabnya pada hari ini juga dalam Dewan yang mulia ini juga saya mengesyorkan supaya kita menjadi Negeri yang mesra atau pun Negeri yang mesra pelabur. Negeri yang mesra pelabur di mana kita harap supaya kita menjadi destinasi utama kepada pelabur-pelabur untuk memberi pelaburan di dalam Negara kita. Sekarang ini saya rasa mungkin kita bukan menjadi destinasi utama tetapi dengan kita mempelbagaikan perkara-perkara yang boleh menyokong kepada permohonan mereka untuk dipercepatkan.
Contohnya kita adakan satu task force bagaimana untuk kita menyegerakan supaya pembangunan supaya mereka-mereka yang mahu melabur kepada negeri kita ini mendapat jaminan kepada mereka sendiri. Tuan yang di-Pertua, saya juga cadangkan kita juga perlu buat satu dasar. Dasar atau pun satu undang-undang memberi jaminan yang khusus kepada pelabur-pelabur untuk mereka hadir ke Negeri Perak. Ada jaminan-jaminan yang tertentu khususnya berlaku apa sahaja peralihan berkaitan dengan kepimpinan, peralihan berkaitan dengan Kerajaan Negeri atau pun politik yang tidak stabil tetapi ada dasar-dasar, ada undang-undang yang menyakinkan pelabur ini untuk melabur di tempat kita. Saya yakin ini salah satu cara bagaimana kita mahu menyambut yang saya nyatakan tadi sebagai kita, Negeri kita mesra pelabur. Mereka datang ke tempat kita, kita bantu mereka dengan proses-proses dengan cepatnya dan impaknya ada kepada Kerajaan Negeri dan juga pendapatan kepada kita pada masa-masa yang akan datang. Ini antara yang dasar-dasar yang saya lihat bahawa kalau kita bandingkan kita dengan negeri-negeri yang lain kerana kita juga boleh mengambil inisiatif daripada negeri-negeri lain untuk kita bawa ke mari supaya ia menjadi relevan kepada kita dan bersesuaian dengan pelabur-pelabur dan memberi keyakinan untuk mereka melabur di tempat kita. Kerana apa? Kerana kita ada source. Kita ada keadaan semula jadi yang banyak, hasil bumi yang banyak dalam Negeri kita. Kita ada raw material, ada yang beli daripada kita dan bawa semula ke tempat lain.
Contohnya, mereka buka kilang yang besar contohnya di Sarawak. Mereka buka kilang yang besar contohnya di Kulim Hi-Tech. Kenapa mereka tidak mahu datang dan hadir ke tempat kita? Kita ada raw material. Kenapa tidak buat end product di tempat kita. Kita ada banyak kelebihan-kelebihan yang kita lihat dan kita kaji secara terperinci daripada aspek pelbagainya. Saya yakin dan percaya. Saya yakin dan percaya kita dapat menjadi mesra pelabur dan seterusnya kita dapat menjana ekonomi negeri dan negara kita pada masa-masa yang lain. Selain dari itu juga kita dapat menjana pekerjaan, pendapatan kepada generasi-generasi muda pada masa-masa yang akan datang. Tuan-tuan puan-puan yang saya hormati sekalian, dalam Bajet ini juga saya tertarik berkaitan dengan perkara nombor 50 iaitu menyedari keperluan rakyat untuk mendapatkan akses pengangkutan khususnya di luar bandar. Di luar bandar, perkhidmatan bas Perak Sejahtera di daerah Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar dan Batang Padang akan diteruskan.
Boleh. Sila sambung. Masuk perenggan yang terakhir.
Dalam Dewan yang mulia ini saya mengesyorkan supaya perkhidmatan Bas Perak ini ada collaboration atau pun ada ada satu perjanjian atau pun satu keutamaan diberi kepada MARA Liner. Di mana MARA Liner ini adalah syarikat di bawah MARA Corp, agensi kerajaan yang mana wujudnya MARA Liner ini adalah sebuah syarikat yang bukan membuat keuntungan pada asalnya. Kalau kita buat kajian berkaitan dengan MARA Liner ini, MARA Liner ini sentiasa rugi. Dia bukan satu badan yang buat keuntungan tapi adalah satu badan atau satu perkhidmatan untuk meringankan beban masyarakat luar bandar dan juga untuk kita membawa atau pun mereka membawa anak-anak di pedalaman ke sekolah pada ketika itu.
Jadi saya syorkan dalam Dewan ini InsyaAllah kalau boleh dipertimbangkan untuk supaya bas atau pun Perak Sejahtera ini boleh buat collaboration bersama dengan MARA Liner. Tuan-tuan puan-puan yang saya hormati sekalian, untuk akhirnya sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua ada banyak lagi perkara sebenarnya saya nak sentuh tetapi akhirnya sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih. Yang penting sekali terima kasih sudah tentulah kepada Yang Amat Berhormat, daripada kakitangan Kerajaan kerana kita Yang Amat Berhormat telah memberi satu bulan setengah bonus kepada kakitangan Kerajaan dan ini merupakan solidariti antara kita. Antara kita ahli-ahli Yang Berhormat kepada kakitangan Kerajaan adalah haruslah dipertingkatkan kerana ini kalau kita dapat kita buat ia akan dapat terus kita membina Negeri Perak yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Validitasnya InsyaAllah kita akan menerus untuk memberi sokongan dan dokongan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya beliau seperti mana yang saya nyatakan dalam ucapan sebelumnya kita perlu superstar untuk kita berjaya dalam apa juga bidang.
Tuan-tuan puan-puan yang saya hormati sekalian, rentetan daripada ucapan saya dalam penutupnya, UMNO bukan calang-calang parti. UMNO melahirkan pemimpin.
Sudah terbukti bahawa UMNO amat-amat dekat dengan kita. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih. Mudah-mudahan daripada satu masa yang akan datang kita membina negara, bangsa yang lebih bermaruah, memartabatkan agama, bangsa dan negara yang saya atau pun kita cintai. Kepada sahabat-sahabat semua baik di dalam mahu pun di luar sana saya mewakili DUN Ayer Kuning berpijak di bumi yang nyata. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Orang berbudi kita berbahasa. Sekian terima kasih. Ayer Kuning menyokong. Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Ayer Kuning. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan. 20 minit.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah alhamdulillah rabi alamin salatu wassalamu ala asrafil anbiya wal mursalin wa ala alihi wa ashabihi ajmain. Asyadu an la ilaha ilallah asyadu anna muhammadan abduhu wa rasuluh. Allahuma sali ala muhammad wa ala ali muhammad walallahu taala fil qurani alazim. Audhu billahi min al shaytani al radim. Wa in tauddu ni'mat Allah la tuqsuha. Sadaqallahul azim. Allah SWT berfirman dalam Quran dalam surah An-Nahl Ayat 18 yang maksudnya lebih kurang "Dan sekiranya kamu ingin menghitung nikmat Allah nescaya sekali-kali kamu tidak akan dapat berbuat demikian". Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat barisan Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Yang Berusaha ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti sidang DUN pada hari ini secara fizikal atau pun atas talian. Timbalan Yang di-Pertua, pertama-tamanya marilah kita merafakkan kesyukuran yang sedikit-tinggi kepada Allah SWT yang telah mengizinkan persidangan kita pada hari ini.
Pada hari yang dinaungi dengan penuh keberkatan ini saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Marghfirullah sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda tahun 2022. Dirgahayu Tuanku. Seterusnya saya ingin memanjangkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas pelantikan Yang Amat Berhormat sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, kepada Yang Berhormat Gunung Semanggol yang telah diamanahkan sebagai Ketua Pemangkang dan tidak lupa juga ucapan tahniah kepada rakan-rakan Ahli Dewan Negeri yang telah dilantik sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri.
Semoga Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat sekalian diberi kekuatan untuk menggalas amanah ummah yang sangat besar lagi berat ini dan tidak lupa juga saya mewakili seluruh Ahli Dewan menyampaikan ucapan salam takziah kepada Yang Berhormat Belanja di atas pemergian Rahmatullah ibunda tersayang Yang Berhormat pada hari Jumaat yang lepas. Semoga dikurniakan keampunan dan ditempatkan Almarhumah bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah. Timbalan Yang Dipertua, Pasir Panjang mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan Belanjawan 2023 Perak Darul Ridzuan yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera pada 22 Disember 2022 yang lalu yang jumlah keseluruhan pembelanjaan mencecah RM1.9 bilion.
Semasa membentang Yang Amat Berhormat Menteri Besar melahirkan keyakinan beliau bahawa Negeri Perak akan berjaya menutup akaun pada tahun ini dalam kedudukan lebihan atau pun surplus dengan izin. InsyaAllah. Pasir Panjang juga percaya bahawa hasrat dan harapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini akan tercapai sekiranya penduduk di Negeri Perak Darul Ridzuan ini mampu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Maha Pencipta Allah SWT. Dalam Surah Al Aqraf ayat 96 Allah SWT berfirman (Ayat Quran) yang maksudnya lebih kurang dan sekiranya penduduk di suatu negeri itu beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan kepada mereka barakah daripada langit dan daripada bumi. Justeru itu marilah kita menjadikan diri kita sebagai pemimpin yang beriman dan bertakwa yang patuh kepada perintahnya dan takut kepada ancamannya dalam kita melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas kita.
Hanya pemimpin-pemimpin yang beriman dan bertakwa akan melaksanakan urus tadbir yang telus dan amanah serta bebas daripada perbuatan pecah amanah dan perlakuan rasuah. Timbalan Yang di-Pertua Pasir Panjang menyambut baik dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menyatakan kesediaan dan keikhlasan Kerajaan Negeri untuk mengagihkan peruntukan bernilai RM0.3 juta sama rata kepada 59 Ahli Dewan Negeri untuk dibelanjakan di kawasan masing-masing. Sehubungan dengan ini Pasir Panjang ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat kepada dua perkara untuk dipertimbangkan. Pertama hakikatnya jumlah penduduk di suatu DUN itu tidak sama. Sekiranya kita mengambil jumlah pengundi sebagai ukuran terdapat DUN yang jumlah pengundinya kurang daripada 20,000 seperti Kota Tampan dan terdapat juga DUN yang pengundinya melebihi 50,000 seperti Pasir Panjang dan juga DUN Manjoi. Oleh kerana itu melihat hakikat ini saya mohon mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat untuk dilihat semula akan agihan peruntukan demi keadilan semua. Maksudnya DUN yang besar penduduknya diberi lebihan peruntukan untuk dibelanjakan dan jangan sekali-kali dikurangkan amoun yang telah dijanjikan tetapi tambahlah kepada DUN yang tinggi jumlah penduduknya. Mudah-mudahan dapat dipertimbangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar InsyaAllah.
Kedua memandangkan kesemua 59 DUN atau Ahli Dewan Negeri atau pun wakil rakyat yang telah dipilih dan dimandat oleh rakyat maka amat wajar sekalilah bahawa wakil rakyat itu menerima dan menguruskan apa-apa peruntukan bantuan ke atas penduduk DUN yang dipertanggungjawabkan. Dengan erti kata yang lain tidak perlu diwujudkan mekanisme lain, cara lain untuk kita menyampaikan bantuan daripada kerajaan kepada rakyat, kepada pengundi, kepada penduduk di kawasan-kawasan kita. Dato' Yang di-Pertua, dalam belanjawan salah satu sektor yang diberi perhatian, penekanan dan tumpuan secara langsung dalam belanjawan adalah golongan B40 iaitu mereka yang berpendapatan kasar tidak lebih daripada RM4,850. Alhamdulillah dengan kelayakan ini mereka berpeluang menikmati pelbagai bantuan dan inisiatif daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi tujuan menjamin kehidupan yang lebih selesa akibat daripada bencana Covid-19 dan bagi menangani kos sara hidup yang meningkat. Pasir Panjang menyokong penuh keprihatinan pihak kerajaan membantu golongan ini. Walau bagaimana pun Pasir Panjang bimbang ketidakadilan boleh berlaku kepada golongan M40 yang berpendapatan RM4,851 apabila mereka mendapat pendapatan RM4,851 mereka terkeluar daripada B40. Sekiranya kelayakan ditentukan berasaskan kepada pendapatan semata-mata dan tidak mengambil kira kos sara hidup dan tanggungan dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah rumah. Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang guru.
Dia mengatakan bahawa pendapatan dia adalah RM5,000 tetapi anak dia ada 4 orang di universiti dan dia kata bila mana dia nak memohon bantuan tidak diberikan bantuan, tidak dikira sebagai layak sebab dia berada dalam golongan M40. Berbanding dengan rakan dia yang gajinya RM4,000 berada dalam golongan B40 tetapi layak dengan pelbagai bantuan walau pun dia hanya ada anak seorang sahaja di pusat perniagaan tinggi atau pun yang masih bersekolah. Jadi Pasir Panjang melihat bahawa hakikat ini, Pasir Panjang mencadangkan bahawa syarat ini dilonggarkan. Syarat perbantuan dilonggarkan supaya membolehkan lebih ramai lagi memohon dengan memberi keutamaan kepada B40 tetapi juga layak dipohon oleh mereka yang berada dalam golongan M40. Jadi kita buka dan bila mana mereka menghantar permohonan kita nilai permohonan mereka, nilai kedudukan kewangan mereka, melihat kos sara hidup mereka, melihat tanggungan mereka, barulah kita menentukan sama ada mereka layak atau pun tidak layak. Kita tidak mahu hanya kerana lebihan gaji sebanyak RM10 daripada B40 kebanyakan bantuan tidak dilayakkan ke atas mereka. Dato' Yang di-Pertua, dengan komitmen perbelanjaan yang dinyatakan oleh Belanjawan sudah pasti pelbagai projek ke arah kemajuan, kemakmuran dan pendekatan hasil negeri akan dilaksanakan dari masa ke masa pada tahun 2023 ini. Di samping itu pelbagai inisiatif akan diperkenalkan dan diumumkan oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi bertujuan membantu rakyat bangkit dan mampu meraih pendapatan yang stabil dan berterusan. Seperti tahun-tahun yang lepas puluhan bahkan ratusan juta telah dibelanjakan oleh pelbagai agensi negeri yang bertanggungjawab dengan mengharapkan kutipan hasil yang tinggi dan konsisten bagi menampung komitmen perbelanjaan yang sentiasa meningkat saban tahun.
Berkaitan dengan perkara ini saya ingin mencadangkan diwujudkan mekanisme yang berkesan untuk melihat dan mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan inisiatif atau projek yang dibuat. Kita perlu tahu apakah peniaga yang terkesan akibat Covid telah pulih dan mampu meraih pendapatan yang stabil. Apakah tercapai KPI agensi-agensi penyalur inisiatif dan bantuan ini? Adakah projek-projek untuk membantu rakyat bermanfaat dan berkesan? Pada saya, sekiranya tiada mekanisme yang memantau dan menilai manfaat tidak dapat dimaksimakan dan kemungkinan akan bertambah projek gajah putih dalam Negeri Perak Darul Ridzuan ini. Dato Yang di-Pertua, bagi menyokong pertumbuhan ekonomi rakyat dan penyediaan peluang peniagaan dan pekerjaan, saya cadangkan langkah-langkah dan tindakan segera diambil bagi memulihkan projek gajah putih di negeri ini. Kajian perlu segera dikenal pasti.
Kajian perlu disegerakan untuk dikenal pasti masalah yang sebenar dan datangkan solusi-solusi ke arah pemulihan projek gajah putih ini. Kita tidak mahu bina baru tinggal yang lama dan kemudian yang baru pula terbiar. Yang terbaik pulihkan yang sedia ada dan tambahkan yang baru. Kalau kita lihat di DUN Pasir Panjang, ada beberapa projek Gajah Putih yang telah lama ditinggalkan antaranya Dataran Aman Jaya yang tidak dimanfaatkan dan kemudian bila kita melihat bahawa di sana ada manfaat yang besar kalau kita pulihkan dataran tersebut. Ada ramai peniaga, anak-anak muda dapat berniaga di situ. Berbagai aktiviti dapat dilakanakan. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah tidak ada siapa yang menjaga, yang mengawal. Tidak ada pejabat pun di situ dan tidak ada orang yang menguruskan menguruskan dataran itu. Begitu juga dengan sebuah pasar tani kekal yang pada mulanya nampak maju tetapi sekarang sudah mula pudar. Kita takut dia juga akan menjadi Gajah Putih. Sekiranya tidak tidak diselenggara, tidak diawasi, tidak diuruskan dengan baik. Maka oleh karena itu saya sangat mencadangkan supaya kajian dibuat segera untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada ini dan seterusnya saya ingin membawa sepertimana rakan-rakan yang lain, masalah-masalah, aduan-aduan yang disampaikan kepada kita oleh penduduk-penduduk di DUN kita.
Yang pertama sekali, masalah yang berlaku di seluruh negara. Terutama di Negeri Perak, keadaan jalan raya yang tidak yang yang berisiko yang kepada pengguna jalan dan juga kenderaan. Keadaan yang berlubang, berlopak. Permukaan tidak rata, dikebanyakan lokasi hampir setiap hari kita dituduh tidak membuat kerja. Kenapa? Kerana jalan rosak. YB tak buat apa apa. YB tunggu YB tersungkur dulu bahawa YB nak ambil tindakan. Inilah antara aduan-aduan yang yang yang kita kita terima. Jadi, berhubungan itu bukan saja tidak selesa tetapi boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan. Yang paling lebih dibimbangi lagi adalah kemalangan yang boleh membawa kecederaan dan kematian. Oleh kerana itu, saya memohon YB Exco yang terlibat untuk melihat, berusaha untuk memastikan bahawa tindakan dapat dilaksanakan segera. YB Exco pun tak asing dengan orang Pasir Panjang ini. Pernah menjadi ADUN Pasir Panjang. dan pernah menjadi Menteri Besar ketika menjadi Adun Pasir Panjang. Dari penduduk Lekir, kirim salam dan YB Exco dan seterusnya, saya juga bimbang sekiranya tindakan segera diambil kedudukan ekonomi orang-orang Lekir boleh terjejas. Yang saya maksudkan adalah jalan bila kita keluar daripada lebuh raya Persisiran Pantai Barat, WCE. Masuk ke Kampung Lekir itu, bermula daripada situlah jalan-jalan yang rosak ini dilaporkan kepada kita dan di sepanjang jalan tu kegiatan ekonomi orang-orang kampung, orang tempatan Lekir ini membiak tetapi oleh kerana jalan tidak…tidak…tidak baik, tidak elok maka pengunjung-pengunjug luar mereka tidak lagi menggunakan laluan tersebut. Mereka menggunakan laluan daripada WCE terus ke destinasi mereka Pulau Pangkor, Teluk Batik dan sebagainya.
Saya khuatir sekiranya perkara terus berlaku sebab baru-baru ini saya pergi ke Teluk Batik ada program. Ada sekumpulan lelaki, tiga, empat orang dia jumpa saya, saya tak tahu bagaimana dia tahu saya wakil rakyat di situ. Dia kata YB, YB tahu tak, jalan itu cukup teruk. Jalan itu kami suka lalu sebab apa sebab di sana ada pelbagai gerai makanan restoran makanan yang sedap-sedap. Tapi sekarang dia kata, kita pun boleh rosak laluan di situ. Jadi kami tak lalu dah. Kami tak lalulah jalan itu. Jadi jadi YB Exco, kita kita beri perhatian dan InsyaAllah, dua perkara akan dapat diselesaikan. Satu, pesan rakyat tentang keadaan jalan. Yang keduanya ialah ekonomi mereka dapat ditingkatkan dari masa ke masa, InsyaAllah.
Seterusnya keluhan warga nelayan. Nelayan pinggir pantai di Kampung Sematang dan Teluk Kencalang. Kalau kita lihat kalau kita melawat kawasan mereka, walhal hidup dalam keadaan daif. Pendapatan tidak menentu. Tempat tinggal yang sempurna lesen sampan yang menafikan. Bantuan sara hidup dan subsidi-subsidi lain yang berkaitan. Kawasan tangkapan juga terkesan akibat pembangunan di kawasan laut di laut sekitar. Akibatnya tangkapan menurun dan ikan-ikan kurang membiak. Justeru saya cadangkan kepada Exco yang berkenaan untuk turun InsyaAllah melawat dan kemudian cuba mendapatkan cuba mendapatkan lesen-lesen sampan daripada mereka untuk membolehkan mereka mendapat sara hidup dan juga subsidi-subsisi yang lain dan mungkin kita dapat menambahkan biakkan ikan dengan disediakan tukun-tukun tiruan konkrit kepada-kepada mereka dan seterusnya permohonan daripada penduduk Felcra Gugusan Lekir untuk diwujudkan semula sebuah klinik desa yang ditutup hampir 10 tahun yang lalu. Dengan alasan bangunan sudah uzur.
Ketiadaan klinik ini menyulitkan lebih seribu penduduk yang kebanyakannya warga emas, generasi pertama yang tinggal di sana. Klinik yang berdekatan adalah tidak kurang dari 6 kilometer daripada penempatan mereka. Saya rasa sangat wajarlah YB Exco yang berkenaan untuk melihat akan perkara ini dan tengok apa masalah sebenarnya. 10 tahun dah tidak dibangunkan semula klinik yang ditutup akibat keuzuran itu sebagai alasannya dan seterusnya, masalah biasa juga disebut beberapa kali dalam Dewan ini, banjir kilat sering berlaku. Bukan sahaja di kawasan kampung, di taman-taman juga berlaku dan bila kita semak sebabnya kita siasat didapati bila berlaku banjir kilat disebabkan longkang parit yang tidak diselenggarakan dengan baik. Jadi kita mohon kepada pihak yang berwajib untuk menghubungi masalah ini. Pihak yang berwajib untuk melakukan untuk melakukan penyelenggaraan secara berkala dari masa ke masa. Sebab apa? Sebab kalau kita dah banjirlah, kita pergi dan pada hari itu juga mereka boleh bawa jentera untuk kembali. Jadi orang kampung apa orang kampung pada kata, kalau tak jadi, tak mati. Mereka tidak akan datang. Kalau ayak tak masuk dalam rumah kami, mereka tak akan datang. Jadi eloklah kita cantikkan cantikkan diri kita ini dengan kita mengambil mengambil pendekatan dengan kita membuat penyelenggaraan dari masa ke masa secara berkala.
Akhirnya saya dibisikkan oleh ramai orang-orang di DUN Pasir Panjang. Justeru saya nak mohon Exco Pendidikan untuk menyemak semula fail-fail lama yang pernah mencadangkan untuk diwujudkan sebuah sekolah asrama penuh di daerah Manjung. Khabarnya tapak sudah disediakan tetapi bangunan belum lagi ditegakkan sejak sekian-sekian lama. Hampir di semua daerah ada sekolah berprestij tinggi seperti ini. Parit pun ada tetapi Manjung belum lagi. Insyaallah, YB Exco dapat lihat mohon di di aktifkan semula untuk ditubuhkan untuk membina sebuah sekolah berasama penuh di kawasan kami. InsyaAllah.
Pasir Panjang Pasir Panjang. Lama lagi ke? Lama lagi ke? Lama lagi ke?
Dah…dah…dah.
Saya beri dua minit lagi boleh?
Boleh boleh seminit lagi Dato'. Penduduk Lekir juga mohon dinaik tarafkan pondok polis sedia ada ke taraf balai polis di Batu
Sembilan Lekir. Dengan menempatkan lebih ramai anggota kerana penduduk di sana bertambah dan jenayah pun tidak dapat dikawal. Jadi itulah permintaan mereka. Mudah-mudahan kita dapat dapat membantu mereka menyelesaikan masalah daripada aduan-aduan yang telah kita terima. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan. Dan saya sudahi dengan ucapan saya dengan Wabilahhitaufik wahidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera dari saya selaku ahli Dewan Negeri kawasan Malim Nawar. Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Menteri Besar Perak. Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri. Para pengamal media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita sama kita panjatkan setinggi tinggi kesyukuran atas limpah kurnia dan perkenannya untuk rakyat dan negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini dianugerahkan rahmat dan kesejahteraan. Pada kesempatan ini, saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al Marfullah yang telah memperkenan untuk memberikan amanah dan tanggungjawab kepada saya dalam mentadbir urus untuk rakyat sebagai ahli Dewan Negeri, kawasan Malim Nawar yang memenangi dalam Pilihan Raya Umum yang ke-15.
Patik menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih saya ucapkan di atas ruang dan juga memberi peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2023 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Kebahagiaan dan kemakmuran negeri adalah tanggungjawab kita semua. Dalam memastikan kesejahteraan dan keseimbangan pembangunan di setiap sudut negeri Perak, namun demi kepentingan rakyat di mana ianya perlu dikukuhkan dalam semua perancangan pembangunan negeri. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua berdasarkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2023, infrastruktur dan kemudahan awam sering dibangkitkan.
Justeru itu, penaiktarafan dan penambahbaikan kemudahan prasarana menjadi salah satu aspek utama di kawasan saya. Baru-baru ini terdapat ramai penduduk gusar gelisah apabila menjelang setiap hujung tahun kerana perubahan monsoon dan berlakunya banjir serta banjir kilat. Harapan dan hasrat untuk menangani isu berkenaan di beberapa lokasi yang sudah dikenalpasti untuk dinaik taraf serta pembinaan yang baru dapat dipertimbangkan adalah seperti berikut. Sistem perparitan yang tidak teratur di kawasan hadapan Taman Cahaya dan Taman Sejahtera di kawasan Mambang di Awan dan di RPT Kampung Air Hitam Labu kerana tiada kawasan tadahan air walaupun terdapat beberapa tasik bekas lombong di kawasan tersebut. Terdapat anak sungai tidak diselenggara di Kampung Timah iaitu di belakang kilang papan yang menyebabkan sering terjadinya banjir kilat di kawasan tersebut.
Juga tiada sistem aliran air ke tasik bekas lombong berhampiran di Kampung Tanjung Tualang di mana sebelum ini aliran air tersebut mengalir ke tapak rumah milik persendirian di situ menyebabkan pemilik tanah tersebut tidak dapat membina rumahnya. Menaik taraf serta baik pulih dua buah dewan yang telah didaftarkan sebagai pusat pemindahan sementara banjir atau BPS iaitu dewan orang ramai air papan dan dewan serba guna Tanjung Tualang kerana hanya terdapat satu sahaja tandas untuk digunakan oleh lelaki dan perempuan dan tiada tempat untuk mandi. Selain daripada projek-projek yang telah siap pembinaan, projek-projek baharu untuk kemudahan prasarana perhubungan jalan perlu diadakan pada tahun 2023. Yang disenaraikan adalah pembinaan jalan alternatif RPT Batu Putih ke Bandar Agasia Daerah Kampar jauh hampir satu kilometer dan pembinaan jalan dari kampung Air Hitam Labu ke Bandar Agasia sepanjang lima kilometer di Daerah Kampar. Jalan ini akan menghubungkan beberapa kampung dan kawasan taman dengan memberi manfaat kepada hampir 10 ribu orang penduduk di Pekan Kampar.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ketika kerajaan berhasrat untuk membasmi kadar kemiskinan di bawah B40 yang seumpamanya aspek perumahan serta tanah menjadi isu terpenting di kalangan masyarakat setempat berkaitan dengan isu perumahan dan tanah suka saya maklumkan bahawa terdapat sembilan buah kampung tradisional yang berada di dalam DuUN Malim Nawar. Seramai 45 peserta telah selesai membuat bayaran premium dan telah pun mendapat tapak tanah keluasan 50x80 kaki persegi di RPT Kampung Air Hitam Labu. Di kawasan tersebut terdapat kira-kira 80 hingga 100 lot yang masih kosong serta boleh dimohon oleh penduduk setempat yang masih tiada tapak rumah. Ini kerana terdapat masih ramai penduduk setempat yang menyewa di kawasan taman berhampiran. Selaku wakil rakyat yang baru sering saya ditanya akan bilakah pula lot-lot kosong tersebut akan ditemuduga atau diambil tindakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kampar. Saya amat berharap bagi lot-lot tersebut perlu mengutamakan penduduk tempatan. Saya mohon agar perkara ini dapat perhatian segera dari pihak kerajaan negeri. Dengan ini hasrat kerajaan negeri untuk memeriahkan semula kawasan RPT tersebut dapat dijayakan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Malim Nawar terkenal sebagai kawasan nelayan darat. Ianya juga adalah sebuah kawasan pertanian yang luas dan melibatkan kawasan kampung-kampung. Oleh kerana terdapat beberapa kampung dan kawasan yang mempunyai kedudukan hampir dengan penternakan haiwan seperti lembu serta kerbau adalah menjadi isu utama ancaman pertanian tersebut. Malah ada juga beberapa kes mengganggu penduduk setempat hingga mendatangkan kecederaan. Para petani dan penduduk sering menyuarakan permasalahan ini setiap kali saya berkunjung ke kampung mereka. Gangguan lembu dan kerbau bertuan ini juga sudah dimaklumkan kepada pihak yang berkuasa. Namun, belum ada sebarang usaha serta tindakan diambil terhadap pemilik binatang-binatang berkenaan.
Sebagai contoh, tanaman yang masih diusahakan sehingga kini di kawasan saya adalah seperti berikut tanaman durian belanda, tanaman ubi keledek, tanaman nanas serta tanaman pisang. Berkenaan dengan nelayan darat pula, sebahagian daripada mereka mengadu bahawa terdapat beberapa kawasan tasik bekas lombong yang sebelum ini menjadi tempat punca rezeki mereka. Namun, kawasan tersebut sudah dijadikan projek di bawah program berkelompok iaitu projek perikanan bandar. Menjadi tanda tanya, terdapat beberapa pesertanya bukan dari kalangan nelayan darat. Jadi saya berharap perkara ini dapat disiasat secepat mungkin supaya hasrat untuk membantu golongan sasar dapat terlaksana, seterusnya dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, norma baru dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia telah membuka lebih banyak peluang bagi perniagaan secara digital. Selain akses kepada pasaran yang luas, perniagaan secara digital dapat mengurangkan kos operasi. Ini adalah antara peluang yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Maka dengan itu, kelangsungan pendapatan terhadap golongan tersebut harus dititikberatkan agar dapat menaikkan taraf hidup serta menaikkan ekonomi setempat. Oleh itu, suka saya bawakan cadangan untuk dipertimbangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini di mana satu pembinaan tapak, tapak kiosk yang baru diadakan di kawasan DUN Malim Nawar serta penduduk setempat berpeluang menjana pendapatan dan juga ia akan memberikan ruang bagi peluang perniagaan atau peluang pekerjaan dipertingkatkan serta mengembangkan ekonomi setempat. Kerajaan Negeri harus bertanggungjawab dalam menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat dan terus berusaha untuk melonjakkan usahawan-usahawan tempatan. Justeru itu, untuk makluman Yang Dipertua serta Ahli-ahli Dewan, terdapat beberapa kumpulan yang terdiri daripada golongan ibu tunggal serta belia sudah mengusahakan perniagaan seperti anyaman dari mengkuang. Contohnya, di kampung Bukit Pekan, dalam Daerah Kampar, memerlukan beberapa kemudahan asas seperti mesin dan menaik taraf bangunan supaya dapat mengembangkan lagi industri kraftangan berkenaan. Ianya, satu hari nanti boleh melahirkan tenaga pengajar dan ramai serta menjadi tempat pelancongan dalam negeri mahupun luar negeri.
Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi tahun 2023 Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM21.6 juta. Maka dengan itu, langkah-langkah harus diambil oleh wakil rakyat demi menaikkan kualiti modal insan kepada penduduk setempat agar membentuk sebuah negeri yang makmur. Cadangan langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut, memperluaskan atau memperkasakan transformasi pekerjaan dengan memberi fokus kepada aspek reskilling, upskilling dan crosskilling dengan izin kepada kawasan setempat. Memberi bangun baru bina baharu bangunan yang, untuk program TVET kepada golongan OKU, belia dan belia lepasan sekolah. Mengadakan program latihan mahir dan separuh mahir kerja kepada peserta Belia B40 dan M40 dengan izin. Mengadakan latihan TVET termasuk kemahiran membaiki kenderaan ringan serta berat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya sangat teruja untuk berada dalam Dewan yang mulia ini untuk mengutarakan kepentingan atau menegakkan hak asasi manusia dan kesan positifnya terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Sejak saya menyertai bidang politik dan selepas mendapat peluang untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri, saya sememangnya mempunyai minat, khususnya dalam hubungan antara hak asasi manusia dan kesihatan terutamanya aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak. Saya yakin bahawa cara terbaik untuk meningkatkan hasil kesihatan untuk semua warga adalah melalui rangka kerja hak asasi manusia di mana satu peruntukkan masa dan bajet perlu dilaksanakan. Baru-baru ini, Skim
Keselamatan Sosial Suri Rumah Tangga bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keeratan semasa menguruskan rumah tangga telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia iaitu caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga untuk suri rumah tersebut. Dalam belanjawan, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk program pendayaupayaan wanita dan kebajikan masyarakat dan RM1.5 juta untuk Sekretariat Wanita Perak. Namun, wang peruntukkan yang diberikan tidak mempunyai pengkhususan kepada SKSSR. Saya berharap dan mencadangkan bahawa kerajaan negeri dapat mempertimbangkan peruntukkan pertambahan bagi pelaksanaan SKSSR untuk menjaga kepentingan golongan wanita.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, menitik beratkan budaya sukan kepada semua golongan untuk penduduk setempat agar melahirkan atlet-atlet yang berpotensi untuk mewakili daerah atau negeri, maka satu pelan perancangan akan dirangka untuk tahun 2023. Sebagai seorang wakil rakyat, saya bertekad untuk memainkan peranan yang penting dalam bidang sukan supaya ia dapat mempertengahkan bakat-bakat yang ada di, ke peringkat daerah, negeri mahupun ke peringkat negara. Kali ini dapat menaikan imej kawasan yang melahirkan atlet-atlet yang berkebolehan dan lebih dari segi kualiti dan kuantiti. Dengan adanya minat sukan yang mendalam sebagai wakil rakyat, maka saya ingin memberi beberapa carangan bagi kawasan DUN Malim Nawah terutamanya. Adanya beberapa rekod kejayaan dan kecemerlangan sukan oleh atlet sekolah dan belia seperti bola sepak, hoki, bola jaring, olahraga dan lain-lain lagi, maka beberapa carangan lokasi telah dikenalpasti untuk pembinaan baharu dan menaiktaraf arena sukan yang perlu dipertimbangkan. Ianya adalah seperti berikut, membina stadium mini hoki di Malim Nawar Daerah Kampar, menaiktaraf lampu limpah stadium mini di Kompleks Rakan Muda, menaik taraf padang bola yang sedia ada, membina gelanggang sepak takraw, bola keranjang, badminton dan futsal di setiap atau di kawasan-kawasan kampung, membina dewan serberguna di Mambang Diawan dan Tanjung Tualang serta menaiktaraf dewan serberguna di Malim Nawar.
Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, bagi merancakkan sektor pelancongan dalam kawasan DUN Malim Nawar, saya mencadangkan beberapa kawasan yang sudah dikenalpasti untuk dinaikkan adalah berkonsepkan rumah inap atau homestay dengan izin dalam kawasan pertanian, perladangan dan perikanan dan penyediaan tapak penjualan barang-barang antik atau barang-barang lama akan menjadi kawasan terbesar dalam daerah Kampar. Sektor pelancongan dalam kawasan DUN Malim Nawar juga penting kerana memberikan pulangan kepada penduduk setempat seperti peluang pekerjaan serta penambahan ekonomi.
Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, setelah mengetahui keadaan ekonomi dunia dijangka akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada tahun 2023, maka dengan itu, janganlah kita patah semangat demi kepercayaan rakyat memilih kita sebagai wakil rakyat, supaya setiap pelan dan perancangan dapat dicapai matlamatnya dengan jayanya. Mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri adalah penting supaya terus komited menyempurnakannya. Tiada siapa yang boleh memberikan telahan tepat, bilakah pandemik Covid 19 benar-benar akan berakhir.
Namun, langkah-langkah kesiapsiagaan dan pelan jangka masa pendek atau panjang perlu diwujudkan bagi mendepani sebarang kebarangkalian.
Akhir sekali, dalam kesungguhan kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu kita, marilah kita terus berdoa mudah-mudahan Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pemimpin. Yang memimpin dan membimbing semua niat, yang memimpin dan membimbing semua gerak, yang memimpin dan membimbing semua rasa, yang memimpin dan membimbing semua fikir. Memimpin dan membimbing fikiran dan perasaan kita, semua tetap sentiasa di jalan yang benar, tetap di jalan yang diredhoi dan sentiasa bermuafakat. Pasti rakyat dan negeri Perak akan terus selamat, aman, makmur dan maju. Dengan kata kata ini, saya akhir perbahasan saya ini. Sekian terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Malim Nawar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin, Wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Rabbishrah Li Sadri Wa Yassir Li Amri Wahlul Uqdatan Min Lisani Yafqahu Qawli. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan negeri Perak dan Persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak muda yang sedang melihat persidangan ini di atas talian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi N56 Changkat Jong, daripada golongan veteran sehinggalah golongan muda kerana telah memberi mandat kepada saya untuk menjadi Ahli Dewan Negeri kawasan Changkat Jong dalam PRU-15 pada 19 November 2022 baru-baru ini.
Sesungguhnya, amanah yang diberikan ini akan saya galas sebaik-baiknya yang berteraskan keikhlasan, kejujuran dan keadilan, insyaAllah. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak. Tahniah dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya pada petang ini untuk membahas Belanjawan Negeri Perak 2023 yang telah dibentangkan pada hari Khamis 22 hari bulan Desember 2022 jam 5 petang.
Sebelum saya meneruskan perbahasan belanjawan yang telah dibentangkan, izinkan saya untuk menjunjung kasih Titah DiRaja Tuanku Sultan Perak yang bertarikh 20 Disember 2022, perenggan 7 yang berhubungkait dengan belanjawan yang telah dibentangkan seperti berikut. Pemimpin telah dilantik, Kerajaan telah dibentuk, mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Negeri merupakan suatu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipenuhi serta menuntut pengorbanan yang besar, penuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan perlembagaan serta berteraskan undang-undang.
Sehubungan dengan itu, Titah DiRaja TuanKu Sultan Perak ini boleh kita rumuskan bahawasanya segala perkara yang hendak dilakukan oleh Ahli Dewan Negeri ini, yang telah diberi mandat oleh rakyat hendaklah bersandarkan keikhlasan, kejujuran dan keadilan. Sekiranya ketiga tiga sifat ini kita amalkan dalam urus tadbir di kawasan dan juga di negeri insyaAllah bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT akan terus hadir bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dengan tujuan untuk lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba dengan Allah SWT. Dato' Yang di-Pertua Belanjawan 2023 yang bertemakan “Perak Makmur Rakyat Sejahtera” telahpun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Saya sedia maklum Belanjawan 2023 yang dibentangkan adalah berdasarkan Unjuran Pendapatan RM1.16 bilion dan unjuran keseluruhan perbelanjaan RM1.19 bilion dan ditutup dengan defisit RM30 Juta. Berdasarkan kepada tadbir urus projek berkepentingan negeri, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM258.1 juta yang merangkumi projek yang berimpak positif dan projek prasarana di beberapa kawasan dan di daerah yang terlibat.
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memperuntukkan khusus RM3.5 juta ke kawasan Changkat Jong iaitu RM2 Juta bagi projek membina jambatan baharu dari Kampung Bahagia ke Teluk Intan. Sekiranya projek ini dapat disiapkan maka ianya akan menjadi jalan alternatif yang kedua bagi memberi kemudahan lebih 10 ribu penduduk Kampung Bahagia ke Bandar Teluk Intan. Manakala RM1.5 Juta bagi projek melebarkan jalan Persimpangan Kampung Banjar ke Selabak dan Jalan Kampung Banjar ke Padang Tembak untuk menyuraikan kesesakan yang berlaku pada hari ini. Saya amat berharap agar kedua-dua projek ini dapat dimulakan pada tahun hadapan dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membawa dua isu pembangunan tertangguh di kawasan saya. Pertama, projek pembangunan Universiti Pendidikan Sultan Idris bernilai RM130 Juta di bawah Kerajaan Persekutuan yang terletak di Batu 4 Changkat Jong telah mula dibangunkan semenjak tahun 2017 pada ketika ini dengan kemajuan kurang daripada 20%. Namun ianya gagal untuk disiapkan. Saya amat berharap supaya projek ini dapat diteruskan dan disiapkan sepenuhnya dengan adanya Kampus UPSI di Batu 4 Changkat Jong, ianya boleh menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat di kawasan tersebut. Nombor dua, projek perumahan Prima, seluas 143 ekar, lot 66028 yang telah dirancang semenjak tahun 2018 di Batu 5 Changkat Jong juga masih gagal dilaksanakan sehingga hari ini.
Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil alih tanah tersebut untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan kos rendah bagi golongan muda yang masih tidak mempunyai rumah. Melalui kaedah ini, sebahagian isu pemilikan rumah mampu milik golongan muda dapat diselesaikan. Dato' Yang di-Pertua, bagi mengelakkan anak-anak muda berhijrah keluar kawasan atau negeri lain bagi menjana pendapatan. Kerajaan Negeri perlu berusaha untuk membawa pelabur-pelabur perindustrian atau pengilangan ke negeri Perak yang berorientasikan eksport. Sehubungan dengan itu, melalui Pejabat Tanah Daerah Hilir Perak, tanah seluas 180 ekar akan dibangunkan di kawasan industri Batu 8 Changkat Jong, bersebelahan kilang sarung tangan penjagaan kesihatan iaitu Central Medicare Sendirian Berhad. Saya mencadangkan kawasan industri baru yang akan dibangunkan ini dijadikan khusus sebagai hub industri berteraskan perubatan, yang mana pelabur-pelabur masa kini melihat permintaan yang tinggi daripada masyarakat dunia berhubung dengan penjagaan kesihatan diri.
Dengan wujudnya hub industri berteraskan perubatan ini, pertamanya kita akan fokus untuk membawa pelabur-pelabur yang beteraskan industri perubatan seperti pembuatan peralatan perubatan, pembuatan peralatan penjagaan kesihatan, pembuatan ubat-ubatan dari dalam negara atau luar negara untuk melabur dan membangunkan kilang-kilang pembuatan perubatan ini di zon industri Changkat Jong. Selain daripada kemudahan-kemudahan yang mencukupi seperti bekalan air, elektrik dan gas, zon industri ini juga berhampiran dengan Lebuhraya Pantai Barat bagi kemudahan pengangkutan ke pelabuhan Lumut, pelabuhan Klang dan KLIA. Dengan tambahan insentif yang boleh ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada pelabur, saya percaya dan yakin hub industri perubatan di zon industri Changkat Jong ini boleh dijayakan. Melalui zon industri Changkat Jong ini, ribuan peluang pekerjaan boleh diwujudkan dan ekonomi setempat boleh dipertingkatkan dan capaian ini akan dijadikan sebahagian daripada usaha kami untuk menjadi tema Majulah Changkat Jong. Dato' Yang di-Pertua, melalui kelastarian alam sekitar, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM162.6 juta bagi Belanjawan 2023. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Changkat Jong telah diberikan peruntukan khusus RM2.5 juta bagi rancangan tebatan banjir Sungai Bidor di Changkat Jong daerah Hilir Perak. Dengan pelaksanaan projek ini kawasan-kawasan yang terbabit seperti di Batu 7 dan Batu 9 Changkat Jong yang sebelum ini banjir akibat daripada limpahan air sungai dapat dikawal. Di kesempatan ini juga saya ingin membawa beberapa isu yang berkaitan banjir di kawasan DUN Changkat Jong.
Pertama, isu perpindahan mangsa banjir dari Lorong Mesra Batu 7 Changkat Jong yang melibatkan 28 keluarga ke RPT Air Hitam yang telah dijanjikan sebelum ini. Difahamkan, pembinaan RPT ini tertangguh semenjak 2018 disebabkan oleh penambahan kos kerja piling dan kerja-kerja tambak tanah. Saya mohon kos penambahan ini perlu diluluskan segera, bagi membolehkan perancangan pembinaan RPT ini dapat diteruskan dan isu perpindahan 28 keluarga ke PPS setiap kali banjir dapat dielakkan. Sebagai alternatif pembinaan RPT ini juga boleh dibangunkan di tanah milik LAP Batu 8 Changkat Jong bersebelahan dengan ladang Mossis yang mempunyai kedudukan tanah yang tinggi dan bebas dari banjir. Kedua, isu banjir yang berlaku di Taman Muhibbah Batu 6 Jalan Maharaja Lela, yang melibatkan 150 unit rumah teres disebabkan air pasang besar, air hujan ataupun ban pecah di Sungai Perak yang berhampiran dengan Taman Muhibbah.
Kerajaan Negeri perlu menangani isu ini untuk meyakinkan penduduk kawasan tersebut adalah selamat untuk diduduki dan bebas dari banjir pada masa akan datang. Untuk makluman lebih daripada 3 kali setahun akan berlaku banjir di kawasan perumahan tersebut. Ini yang akan menyebabkan kerosakan barangan yang boleh menjejaskan ekonomi penduduk yang terlibat. Isu yang ketiga sistem perparitan yang baru diperlukan di Lorong Selamat dan Lorong Sentosa Kampung Bahagia. Bagi membolehkan air yang bertakung di sekeliling rumah kawasan tersebut boleh dialirkan keluar terus ke Sungai Kerawai. Mohon Kerajaan negeri melalui jabatan yang berkaitan mengambil tindakan segera dengan permasalahan ini yang telahpun disuarakan oleh penduduk setempat lebih 5 tahun yang lalu tetapi tiada satu tindakan yang dibuat sehinggalah hari ini. Isu yang keempat banjir di Kampung Selat Manggis, Sungai Kerawai akibat ban pecah di Sungai Perak yang melibatkan 38 keluarga. Difahamkan kos baik pulih ban pecah ini bernilai lebih daripada RM1 juta. Sekiranya ban banjir ini tidak dibaikpulih, maka setiap kali air pasang besar Kampung Selat Manggis ini akan banjir. Kerajaan negeri perlu membuat kajian teknikal serta kos yang efektif untuk menangani isu ini. Oleh yang demikian Changkat Jong memohon agar Kerajaan negeri memberi peruntukan tambahan segera bagi menguruskan keempat-empat isu yang berkaitan yang telah saya nyatakan tadi.
Dato' Yang di-Pertua, saya mengharapkan segala cadangan dan permasalahan tempatan yang telah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini dapat diberi perhatian untuk tindakan seterusnya daripada Kerajaan Negeri. Semangat perpaduan amat diutamakan jasa dan keringat sentiasa dijulang. Kebajikan rakyat hendaklah didahulukan agar masyarakat terus gemilang. Izinkan saya membaca sepotong hadis sebagai peringatan kepada diri saya dan juga Ahli Dewan Negeri dalam dewan yang mulia ini. Daripada Aishah RA : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam rumahku ini. Wahai Tuhanku, barangsiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku ini lalu dia menyusahkan urusan umatku, maka susahkanlah urusan mereka yakni pemimpin tersebut dan barangsiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku dan dia melakukannya dalam keadaan yang lembut dan baik maka Engkau berlaku lembut lah terhadap mereka”. Hadis sahih Muslim nombor 1828. Justeru itu, Changkat Jong menyokong perbahasan Belanjawan 2023. Sekian, wassalamualaikum wbt.
Wassalamualaikum wbt. Terima kasih Yang Berhormat dari Kawasan Changkat Jong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Kawasan Changkat Jering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim (BACAAN DOA) yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu, apabila menetapkan hokum di antara manusia, supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baik kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Surah An Nisa’ Ayat 58. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi saya peluang dalam sesi perbahasan ini. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media dan terima kasih kepada pengundi-pengundi DUN Changkat Jering yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili mereka. Sedikit mengenai sebelum meneruskan perbahasan sedikit mengenai DUN Changkat Jering. Changkat Jering adalah terletak dalam Daerah Larut Matang dan Selama.
Pusat pentadbiran berada di Taiping seperti PBT yakni Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah. Changkat Jering adalah separa bandar yang merangkumi 45 taman perumahan dan 59 buah kampung yang terletak di luar bandar PPRT satu dan estet satu. Ini bermakna projek-projek berada di bawah kuasa PBT yakni Pihak Berkuasa Tempatan dan PLB yakni Pembangunan Luar Bandar di bawah Pejabat Daerah. Dato’ Yang di-Pertua, seiring dengan komitmen kerajaan membangunkan kawasan bandar, Changkat Jering tidak ketinggalan menerima manfaatnya juga. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan bajet. Namun adalah diharapkan dengan Bajet 2023 yang berjumlah hampir RM1.19 billion yang dibentangkan pada 22 Disember iaitu Khamis minggu lalu. Pembangunan luar bandar juga perlu diberi perhatian khusus seiring dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar. Saya mengharapkan dengan limpahan infrastruktur, kondisi dan ekonomi di luar bandar, bukan sahaja dapat mengurangkan penghijrahan penduduk ke bandar malah dapat menarik warga bandar untuk bekerja di luar bandar seperti Changkat Jering ini. Dato’ Yang di-Pertua, Changkat Jering adalah laluan utama yang menghubungkan pusat bandar dan tempat-tempat pelancongan seperti di Taiping dan Kuala Sepetang. Ini melibatkan jalan raya persekutuan dan negeri. Kondisi jalan raya amat menyedihkan. Kerosakan jalan raya dibaikpulih dengan kerja tampalan. Lebih menyedihkan tampalan itu tidak sekata.
Keadaan ini lebih mengundang risiko kepada pengguna motosikal yang berulang-alik ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah. Begitu juga dengan jalan-jalan di taman perumahan terutama kawasan projek kumbahan oleh kontraktor. Ada yang tidak dibaikpulih sepenuhnya dan diturap dengan baik. Lopak dan lubang semakin besar dan mendatangkan bahaya terutamanya anak-anak sekolah yang berbasikal dan bermotosikal. Mana nak elak lopak, dalam masa yang sama nak menggelak kereta. Isu jalan raya ini adalah masalah yang paling kerap dibangkitkan oleh rakyat. Adalah diharapkan isu ini diambil perhatian yang segera oleh pihak yang berwajib. Dato’ Yang di-Pertua, Pihak Berkuasa Tempatan yakni PBT selaras dengan kedudukan sebagai kerajaan peringkat ketiga adalah pemangkin perubahan ke arah pembangunan perbandaran yang cemerlang dan unggul khususnya merealisasikan matlamat SDJ iaitu PBB tahun 2015 untuk meningkatkan nilai kehidupan pada masa hadapan ke arah yang lebih baik dan mampan untuk semua lapisan masyarakat. Empat teras agenda pemerkasaan PBT 2021-2030 yang telah dikenal pasti adalah satu, organisasi berdaya maju, responsif dan adaptif. Kedua, pengurusan bandar yang berdaya huni dan mampan. Ketiga, rekayasa sumber kewangan dan pemerkasaan hubungan dan yang keempat, kolaborasi strategi. Susulan itu, Kerajaan Negeri Perak telah merangka pelaksanaan agenda 2030. Ini berdasarkan objektif dan strategi yang jelas dengan menetapkan program-program pengukuhan organisasi PBT.
Penerokaan sumber-sumber alternative, kewangan atau hasil PBT dan penglibatan aktiviti dan masyarakat dalam ekosistem aktiviti pelancongan pada tahun 2022. Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk membangunkan tiga pelan induk utama yang menyokong strategi iaitu Perak Bumi Lestari iaitu Pelan Induk Bandar Pintar, Pelan Induk Landskap dan Pelan Induk Pengurusan Tapak Sisa Pepejal Negeri Perak. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan di atas peruntukan sebanyak RM3 juta yang merupakan penyambungan serta penambahan peruntukan kepada usaha untuk pengurusan sampah bagi kawasan di luar selenggaraan PBT. Bagi mengatasi aktiviti pembangunan sampah haram tidak terkawal dan pembakaran terbuka. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan saya juga ingin memohon untuk bantuan ini dipanjangkan kepada kawasan di DUN Changkat Jering. Walau bagaimanapun pada waktu yang sama bantuan ini hanya merupakan perkhidmatan yang bersifat sementara, memandangkan kawasan luar operasi terlalu banyak dan tidak mampu untuk kita tanggung dan kawal selia dalam jangka masa yang panjang. Adakah pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk pengurusan kutipan sampah dan sisa pepejal yang lebih efektif? Suka untuk saya mencadangkan peruntukan di bawah pelbagai program Lokal Agenda 21 yakni LA-21, RM0.3 juta tidak mencukupi dan harus ditambahkan lagi untuk program merakyatkan tanggungjawab kutipan sampah dan pengurusan sisa pepejal melalui kempen promosi untuk mendaftarkan kampung-kampung tradisional dan RPT khasnya dijadikan sebagai kawasan operasi PBT yakni pelanggan berbayar dan kempen-kempen pendidikan khususnya 3R dengan izin reduce, reuse, recycle perlu dipergiatkan lagi untuk membantu pengurusan sisa pepejal ke arah Sustainable Development Goal dengan izin memandangkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia adalah 20 tahun terkebelakang.
Dato' Yang di-Pertua, sumber pendapatan baru juga sangat penting dalam memastikan keupayaan PBT untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan sekaligus mengupayakan usaha perkembangan ekonomi setempat satu aktiviti yang berkait rapat dengan kitaran ekonomi dan ekonomi masyarakat setempat ialah perkhidmatan dan pelancongan. Saya ingin menggesa untuk Kerajaan Negeri melihat kepada model seperti mana yang dijalankan di Negeri Kelantan dan Pahang di mana pendapatan pelancongan di dalam bentuk cukai atau sumbangan pelancongan dikenalkan di atas pelancong yang menginap untuk dimasukkan kepada pendapatan kerajaan Negeri, PBT atau agensi berkaitan untuk pengurusan alam sekitar serta pemasaran dan promosi bagi melestarikan industri perkhidmatan dan pelancongan setempat. Contohnya, Perak menjadi negeri kedua tertinggi menerima kedatangan pelawat domestik dengan mencatat 13.17 juta orang pada tahun 2020 selepas Selangor berbanding 2.1 juta orang pada 2019. Prestasi yang baik ini disokong oleh aktiviti membeli-belah yang merupakan komponen terbesar dengan sumbangan 42.1% diikuti oleh pembelian bahan api kenderaan yakni 16.7% dan makanan dan minuman 15.9%. Sektor pelancongan mengikut laporan Jabatan Perangkaan telah menyumbang sebanyak RM2.347 bilion kepada ekonomi negeri Perak dengan kedatangan pelancong domestik seramai 13.1 juta tersebut.
Dato' Yang di-Pertua, air merupakan asas yang amat penting dan menjadi kewajipan pemerintah untuk menyediakannya. Dalam Islam tanggungjawab menyediakan air diletakkan sebagai Al Milkiyyat Al 'Ammah yakni pemilikan umum. Al Milkiyyat Al 'Ammah adalah harta yang telah ditetapkan status pemilikannya oleh Allah dan Rasul-Nya bagi kaum Muslimin dan menjadi harta tersebut sebagai milik bersama. Namun begitu, malah gangguan bekalan air yang kerap berlaku telah menjadi beban besar kepada penduduk dan menyulitkan urusan seharian. Lebih parah lagi setiap kali berlaku gangguan mengambil masa 2 ke 4 hari untuk menyelesaikannya. Kampung-kampung dalam Mukim Bukit Gantang dan Mukim Trong menerima bekalan air bersih dari kolam LAP di Trong. Kolam ini lama dan mendapat bekalan air terus dari sungai. Apabila berlaku hujan, apabila berlaku hujan lebat yang berterusan LAP akan menghentikan dan menutup aliran masuk air sungai ke dalam kolam bagi memastikan tiada air keruh atau sampah sarap yang mengalir masuk ke dalam kolam. Pastinya keadaan ini mengambil masa beberapa hari untuk menyelesaikannya. Selain itu, paip utama merupakan paip lama dan kerap pecah apabila berlaku tekanan air yang kuat. Keadaan ini memerlukan penggantian paip baru yang lebih kukuh dan tahan lama.
Dato' Yang di-Pertua, Taiping merupakan kawasan tadahan hujan dan kawasan paling lembab di Malaysia. Kapasiti hujan diterima adalah antara 250 cm hingga 500 cm setiap tahun. Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan, kawasan sekitar yang rendah akan berlaku banjir kilat tidak terkecuali Changkat Jering juga menerima tempiasnya. Kekerapan berlakunya banjir menyebabkan tebing-tebing sungai rebak dan runtuh malah ada jambatan yang melintasi sungai tersebut untuk laluan orang kampung mengalami kerosakan. Beberapa buah kampung yang berhampiran sungai kini sedang berdepan dengan masalah yang boleh mengancam keselamatan kediaman penduduk sekaligus boleh meragut nyawa juga. Di antara sungai-sungai yang terlibat ialah Sungai Kampung Kubu, Sungai Cheh dan Sungai Bukit Gantang. Saya mohon pihak yang berwajib menyediakan peruntukan untuk projek-projek tebatan banjir agar kejadian tebing runtuh tidak berulang lagi.
Dato' Yang di-Pertua, Pendidikan. Pendidikan merupakan teras kekuatan sesebuah Negara. Oleh itu, Kerajaan perlu menyediakan suasana yang kondusif supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Sepanjang saya memegang jawatan sebagai pengerusi PIBG di beberapa buah sekolah, pelbagai masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan kerosakan. Di antaranya masalah yang diajukan ialah tentang bumbung sekolah yang bocor menyebabkan siling semakin reput. Bila-bila masa sahaja boleh runtuh. Pastinya ini mendatangkan bahaya kepada guru dan murid seterusnya lantai yakni lantai kelas yang berlubang dan berlopak juga boleh mendatangkan bahaya terutama guru-guru wanita yang hamil dan guru wanita yang memakai kasut bertumit kecil. Lebih parah lagi kerosakan tandas yang perlu dibaikpulih dengan segera. Hampir kebanyakannya sekolah menghadapi masalah yang sama. Saya mohon pihak yang berkenaan agar mengambil tindakan dengan segera.
Dato' Yang di-Pertua, JAIPk atau Jabatan Agama Islam Perak adalah satu badan yang bertanggungjawab dalam pengurusan Agama Islam di Perak dan pelaksana kepada dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak. Skop dan tugasnya begitu luas iaitu pelaksanaan program dakwah, pengurusan nikah cerai serta pembangunan warga Islam, pengurusan dan pengimarah masjid dan surau, membuat kajian berkaitan isu- isu semasa dalam bidang akidah, penguatkuasaan undang-undang syariah dan pendakwaan. Malangnya tugas-tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna disebabkan kekurangan kakitangan. Contohnya setiap aduan terhadap isu-isu atau masalah tertentu yang berlaku di kawasan tertentu, kekurangan kakitangan untuk turun memantau dan menyebabkan isu tersebut berlarutan. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih terutama kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi izin saya sehingga habis bahas saya dan akhirinya saya daripada Changkat Jering menyokong Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2023. Sekian, Wallahuallam.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jering yang berbahas mengikut masa. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan Tronoh ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua, Setiausaha Dewan Negeri, ke semua Ahli Dewan Negeri Perak yang berada di blok Kerajaan dan blok Pembangkang, seluruh barisan pengarah-pengarah agensi kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan, Dato'-Dato', Datin-Datin, para media, tuan-tuan dan puan-puan, yang berada di Dewan Yang Mulia ini, serta penonton-penonton siaran langsung yang turut bersama mengambil berat tentang perkembangan dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Perak Dato' Haji Sarani Mohamad. Pertama sekali, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua atas ruang yang diberi bagi membahaskan Belanjawan Perak 2023 yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar. Di samping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua ADUN yang telah menang di PRU-15 dan mengucapkan selamat maju jaya kepada calon–calon yang tidak terpilih di PRU-15.
Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, pada pendapat saya, Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan adalah agak inklusif dan saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai salah seorang ADUN yang telah berkhidmat selama enam penggal di negeri Perak yang tercinta ini telah menabur usaha bakti untuk membawa satu Belanjawan Negeri yang memanfaatkan rakyat negeri Perak. Dengan itu, saya berpandangan bahawa Belanjawan 2023 ini masih mempunyai sedikit ruang untuk menjadikannya lebih sempurna dengan mengaitkan isu–isu rakyat yang akan saya utarakan. Pada sesi persidangan minggu yang lalu, saya melihat pelbagai isu rakyat telah dibawa oleh ADUN di sebelah blok kerajaan ataupun di sebelah blok pembangkang. Ada juga sebahagian yang cuba atau ingin mengapi–apikan isu–isu yang menyinggung hati rakyat Malaysia dengan hujah–hujah polirisasi kaum dan pada hari ini, selaku wakil rakyat yang datang daripada kalangan orang muda, saya ingin mengucapkan syabas kepada wakil rakyat, terutamanya anak muda Perak yang telah menjadi wakil rakyat pada hari ini, yang berada di blok kerajaan ataupun blok pembangkang, yang berbahas dengan mengutamakan isu–isu rakyat di luar sana dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dan bukannya permainan politik yang berasaskan sentimen kaum dan agama. Rakyat di luar sana telah berasa muak dengan politik dan agama. Dan pada hari ini, saya mendengar ramai yang telah berpantun. Dengan itu, Tronoh pun ingin berpantunlah sedikit.
Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu, Bermacam–macam keturunan bukan halangan, Bersama–samalah membina bangsa yang padu.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan wujudnya arena yang ada pada hari ini, ramai muka baru di dalam Dewan yang mulia ini. Sebanyak 59 ADUN di Dewan ini, 35 orang ataupun hampir 60% daripada jumlah ADUN adalah muka baru. Saya mengambil peluang ini untuk menasihatkan ADUN muda ataupun orang baru, ayuh kita bersama–sama mewujudkan situasi politik baru yang dapat mengangkat Dewan yang mulia ini ke satu tahap yang lebih tinggi dan menjadi teladan kepada negeri lain serta mendapat penghormatan daripada warga Perak, Malaysia ataupun kawan-kawan daripada negara yang lain.
Yang Berhormat Timbalan Dato' Yang di-Pertua, di sini saya ingin membawa isu–isu rakyat DUN Tronoh dan ingin menarik perhatian jabatan–jabatan dan agensi–agensi kerajaan dan berharap diberi keutamaan semasa perbelanjaan peruntukan bagi menyelesaikan masalah–masalah rakyat DUN Tronoh selepas Peruntukan telah diterima sejurus dengan Kelulusan Belanjawan 2023 yang akan diluluskan tidak lama lagi. Dengan itu, saya mewakili rakyat Tronoh mendahului dengan ribuan ucapan ribuan terima kasih kepada semua jabatan–jabatan dan agensi agensi yang sudi bekerjasama dan bakal membawa sinaran positif kepada rakyat DUN Tronoh. Yang Berhormat Timbalan Dato' Yang di-Pertua, masalah brain drain adalah isu yang amat ketara di negeri Perak, khususnya di DUN Tronoh di mana pada hari ini, kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah mereka yang merupakan warga emas ataupun warga yang hampir bersara.
Kewujudan anak muda di kawasan tersebut adalah mereka yang sedang belajar di sekolah menengah ataupun lepasan baru sekolah menengah. Mereka merupakan golongan yang bakal meninggalkan kampung halaman mereka untuk meneruskan pembelajaran kolej ataupun universiti kerana ketiadaan kolej ataupun universiti di seluruh DUN Tronoh. Sebelum ini, rakyat di Tronoh amat gembira dengan khabar angin mengatakan UCSI bakal membuka satu kampus di DUN Tronoh. Tapi sehingga hari ini, berita berkenaan tetap menjadi kabar angin. Dengan itu, saya berharap Kerajaan Negeri Perak pada hari ini dapat menggandakan usaha untuk mengesahkan adakah khabar angin sebelum ini akan menjadi realiti pada masa yang akan datang. Selain itu, saya juga amat mengalu-alukan kedatangan jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi untuk melaksanakan program-program di kawasan DUN Tronoh yang mana dapat memanfaatkan rakyat DUN Tronoh sama ada dari segi ekonomi, kesihatan ataupun kebajikan.
Pembangunan ekonomi di kawasan DUN Tronoh amat memerlukan usaha kerajaan pada hari ini. Isu yang seterusnya adalah berkenaan dengan keselamatan penduduk Tronoh khasnya kawasan di Pekan Pusing. Selepas PRU-15, saya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sesi kunjung hormat ke IPD Daerah Batu Gajah untuk memahami tahap keselamatan penduduk di bawah pentadbiran IPD Batu Gajah. Menurut info yang telah saya terima sewaktu kunjung hormat, didapati kes-kes jenayah seperti pecah masuk rumah semakin meningkat berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya di kawasan Pusing. Dengan itu, saya ingin menarik perhatian Ketua Polis Perak agar menerima ataupun mengangkat cadangan daripada Tronoh agar menaikkan status Balai Polis Pekan Pusing supaya wujudnya ruang untuk penambahan jentera ataupun anggota polis di Balai Polis Pekan Pusing. Selain itu, semasa lawatan saya ke IPD Daerah Batu Gajah, saya mendapati keadaan railing yang sedia ada, sebahagian telah reput dan kelihatan uzur.
Itu demi keselamatan anggota polis di IPD ataupun pelawat di IPD Batu Gajah, saya memohon jasa baik Ketua Polis agar mendapatkan untuk menukarkan railing yang tidak sempurna kepada yang baru. Yang Berhormat Timbalan Dato' Yang di-Pertua, di Kampung Nala, Kampung Piandang dan kawasan berdekatan Tronoh perkuburan cina, Tronoh, seringkali berlakunya banjir kilat semasa waktu hujan. Sebelum ini, saya telah berhubung dengan JPS agar penyelenggaran sampah sarap yang bersangkut di jambatan-jambatan dikerapkan. Maka, menerima jawapan yang agak mendukacitakan mengatakan sekarang adalah akhir tahun. Maka, akaun telah ditutup dan kerja-kerja pembersihan yang dipersangkut di jambatan tidak dapat dilakukan sehingga hari ini. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang di dalam Dewan yang mulia ini agar Kerajaan Negeri ataupun JPS mewujudkan satu peruntukan khas ataupun peruntukan kegunaan kecemasan sepanjang tahun untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaran kecemasan demi menyelesaikan masalah penduduk yang begitu dekat dihati kalian.
Yang Berhormat Timbalan Dato' Yang di-Pertua, di kawasan DUN Tronoh, sebahagian besar jalan raya adalah jalan persekutuan JKR tetapi, malangnya, seringkali JKR menghadapi kesukaran untuk menyelenggara jalan persekutuan dengan tahap yang baik kerana tiada peruntukan yang mencukupi. Misalnya, di jalan Lahat, perlu diberi perhatian sewajarnya. Antara masalahnya adalah, di penghujung jalan Lahat, terdapat banyak masalah, perparitan yang perlu diberi perhatian. Di bahagian berdekatan Papan Memorial Park, JKR perlu mengambil tindakan memperbaiki tahap keselamatan jalan raya di sana kerana risiko kemalangan di kawasan sana adalah amat tinggi dan dengan malangnya saudara saya yang digelar uncle saya iaitu my mum's cousin dengan izin pada tahun lepas merupakan salah seorang mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut di kawasan tersebut. Saya memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh JKR Perak untuk memperbaiki jalan raya persekutuan dan bagi jalanraya negeri, kebarangkalian tidak menghadapi masalah besar.
Dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan 2023, JKR akan mendapat peruntukkan sebanyak 35 juta untuk projek jalan dan jambatan. Dengan itu, saya ingin bertanya sama ada apa-apa mekanisme bagi peruntukan negeri digunakan untuk menaiktaraf projek jalan persekutuan kerana sebelum ini saya seringkali mewakili mantan Ahli Parlimen Ipoh Timur menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kinta. Seringkali mendapat maklum balas daripada JKR bahawa tiada peruntukkan bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Maka isu tersebut telah memperlengahkan perjalanan mesyuarat.
Yang Berhormat Timbalan Dato' Yang di-Pertua, sektor pelancongan di negeri Perak semakin berkembang dan telah mendapat sambutan yang baik selepas pandemik Covid-19. Belanjawan 2023 turut memperuntukan RM7 juta kepada Tourism Perak dan RM1 juta bagi pelbagai program pelancongan. Saya berpendapat peruntukan tersebut adalah tidak mencukupi bagi memesatkan lagi sektor pelancongan di negeri Perak. Dengan itu, Kerajaan perlu mencari dana lebihan untuk meningkatkan hasil supaya dapat diperbelanjakan dalam pembangunan sektor pelancongan. Antara perbelanjaan yang boleh digunakan adalah yang wajar digunakan adalah promosi tempat pelancongan di Perak, menaiktaraf kemudahan awam di kawasan pelancongan, melahirkan pakej khas untuk pelancong bagi membantu pengusaha pelancongan meningkatkan taraf ekonomi mereka ataupun memberi subsidi kepada pengusaha pelancongan. Seringkali apabila rakyat Perak melancong ke negeri lain dan bermalam di sana, rakyat Perak dikenakan cukai warisan di Melaka, fee hotel di Penang, cukai katil di Pahang dan negeri-negeri yang lain.
Dengan itu, saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji sama ada pengutipan fee hotel sesuai dilaksanakan atau tidak di negeri Perak. Saya yakin sekiranya pengutipan tersebut dilaksanakan dan jumlah pengutipan dimasukkan ke dalam satu tabung yang boleh dinamakan Tabung Pembangunan Pelancongan Perak sebagai contoh dan disuntik semula ke dalam pembangunan sektor pelancongan, saya yakin rakyat Perak akan menerima manfaannya. Pengusaha pelancongan di negeri Perak dapat mempertingkatkan tahap kewangan syarikat mereka dan ekonomi negeri Perak menjadi lebih berdaya saing dengan negeri yang lain. Timbalan Dato' Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan pengumuman yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah akan menerima peruntukan MARRIS sebanyak RM570 juta untuk menyelenggara jalan-jalan yang berdaftar. Setahu saya, Kerajaan Negeri telah melantik sebuah syarikat konsesi bernama Puncak Emas Infra Sendirian Berhad bagi menyelenggara semua jalan-jalan yang berdaftar di seluruh negeri Perak dan semua pembayaran kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Puncak Emas akan dibayar dengan menggunakan peruntukan MARRIS. Sehingga hari ini syarikat tersebut masih kelihatan tidak mencapai tahap yang memuaskan. Sebagai contoh, satu aduan dibuat di sistem SISPA Perak bernombor PERAK.016848.
Pihak MDBG telah membalas dengan e-mail mengatakan bahawa pada 18 Oktober 2022, aduan telah dikemukakan kepada Puncak Emas untuk tindakan selanjutnya tetapi sehingga hari ini, setakat yang saya tahu, pemilik premis tersebut memaklumkan bahawa masih tidak menerima apa-apa maklumat berkenaan tindakan pembaikian daripada Puncak Emas. Dengan itu, ia mewujudkan kekhuatiran pada prestasi Puncak Emas. Lalu saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah keputusan masa depan negeri? Adakah Kerajaan Negeri akan semak semula perjanjian Kerajaan Negeri bersama syarikat tersebut? Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya ingin sampaikan kepada semua pegawai SUK kerana telah bertungkus lumus menyediakan segala perjalanan sidang DUN Perak dan kesemua ketua pengarah jabatan dan agensi yang giat bekerjasama dengan pimpinan kerajaan untuk menjawab kesemua soalan yang diutarakan oleh kesemua 59 Ahli Dewan Negeri Perak. Demi rakyat, kita berkhidmat bersama-sama. Semoga Perak kembali ke zaman kegemilangan dan menjadikan Perak No. 1 seperti yang ternyata dalam lirik lagu Perak No. 1. Ambillah lirik tersebut sebagai dorongan. Dengan itu, saya memohon untuk menyokong belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tronoh. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin menceriakan Dewan ini dengan menjual 2 rangkap pantun. Tapi, tak perlu belilah.
Buah jambu 3 serangkai, Hanyut sebiji ke tanah jawa, Apa ilmu YB semua pakai, Bila berhujah pakat angguk belaka.
Daun selisih permainan budak, Bunga selasih dimakan kuda, Belanjawan 2023 belanjawan perak, Perak makmur rakyat Sejahtera".
Alhamdulillah, Wa salatu wa salamu ala Rasulullah, Wa ala alihi wa sahbihi wa man walah, Qalu Subhanaka la ilmulana, Illa ma allamtana, Innaka anta ala alimul hakim, Wa la hawla wa la quwwata illa billahil aliil azim. Wa la hawla wa la quwwata illa billahil aliil azim. Wa la hawla wa la quwwata illa billahil aliil azim.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Riduan, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, Sama ada daripada Kerajaan mahupun Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan pengamal media, Seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan, yang sedang mengikuti sidang Dewan Negeri Persidangan kKeempat, Mesyuarat Kedua Tahun Pertama, Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Pertamanya, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan ruang dan peluang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 pada hari ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan rasa terima kasih saya kepada semua pengundi yang telah mengundi dan memilih saya bagi mewakili kawasan Selinsing. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah terpilih mewakili kawasan masing-masing pada pilihanraya yang lalu. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai mukadimah suka saya mulakan perbahasan saya dengan membacakan firman Allah SWT kerana tidak ada yang lebih hebat daripada ayat Al Quran surah Al Araf ayat 96 yang berbunyi (bacaan ayat al-quran) yang membawa maksud: “Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu-pintu pengurniaan yang melimpah ruah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan rasul kami lalu kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. Sadaqallahulazim.
Dalam konteks ayat Al Quran yang saya bacakan tadi suka saya menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kepada perkataan sifat bertakwa. Takwa ini membawa maksud seluruh manusia diseru agar melakukan perkara yang baik yang diperintahkan oleh agama dan meninggalkan segala perkara yang buruk yang dilarang oleh agama.
Saya sangat berkeyakinan sekiranya sifat takwa ini berada dalam diri setiap individu dalam sesebuah negara mahu pun negeri nescaya negara atau negeri tersebut akan beroleh keberkatan dan kesejahteraan. Inilah yang kita cita-citakan agar Negeri Perak yang kita berada padanya ini berada dalam keadaan penuh dengan keberkatan, ketenangan, keharmonian yang membawa kepada kebahagiaan hidup. Suka juga saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini beberapa ungkapan dan mutiara kata daripada tokoh-tokoh bukan Islam yang boleh kita fikirkan dalam usaha kita untuk mengislahkan kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Antaranya, B. Corbett pernah berkata, kebesaran suatu negara tidak diukur dengan luas daerahnya tetapi diukur daripada watak masyarakatnya. Manakala Robes Fiers pula pernah menitipkan negara merdeka adalah negara yang mana hak-hak manusia dihormati dan semua undang-undang bersifat adil. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada negara dan negeri kita suasana dan keadaan yang sentiasa aman yang sentiasa damai yang sentiasa makmur yang sentiasa teguh ekonomi dan politiknya serta bahagia rakyat dan penduduknya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2023 pada minggu yang lepas. Saya melihat Belanjawan 2023 yang dibentangkan ini adalah baik dan komprehensif. Walau bagaimanapun izinkan saya untuk menyumbang saran beberapa perkara sebagai penambahbaikan. Yang pertama saya ingin merujuk kepada peruntukan di bawah portfolio Agama Islam yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa pembentangan RUU Perbekalan 2023 iaitu penyediaan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan baik pulih dan bina baru masjid serta surau dan RM4 juta diperuntukan bagi program menaik taraf tahfiz dan sekolah agama rakyat tanpa menafikan peruntukan yang juga telah disediakan di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam saya menyarankan agar adalah lebih baik sekiranya peruntukan turut dapat diberikan khusus kepada program pembangunan insan yang madani seperti program majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan surau agar program-program pembangunan masyarakat di Negeri Perak dapat dilaksanakan dengan lebih serius.
Maksudnya di sini selain daripada pendidikan formal yang disediakan di bawah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam, pendidikan tidak formal di masjid-masjid dan surau ini juga sangat penting contoh saya sebutkan dalam bab solat misalnya berapa ramai di dalam ini yang solat tetapi dia hanya belajar bab solat. Ini masa dia darjah enam dahulu maka banyak ketidaksempurnaan hingga menyebabkan solat tidak membawa kesan kebaikan dan tidak menghalangnya daripada terus melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama. Pembangunan belia sebagai modal insan tidak sepatutnya hanya menumpukan aspek menambah baik kecekapan tenaga buruh untuk memenuhi keperluan industri tetapi melahirkan tenaga kerja yang melaksanakan kerja atas prinsip keimanan atas prinsip keihsanan, keikhlasan dan tata kelola yang baik. Adalah amat baik jika dapat dibangunkan satu plan pembangunan belia sebagai modal insan Negeri Perak berteraskan tiga tunjang utama iaitu akidah, syariah dan juga akhlak.
Kita mengakui bahawa pendidikan arus perdana di negara kita ini telah pun berjaya mengajari belia kita kepada hakikat pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Tapi kita amat mengharapkan dengan pendidikan tidak formal di masjid-masjid dan surau yang diperkasakan, digabung dengan pendidikan arus perdana bukan sahaja dapat mengajari belia kita kepada hakikat ilmu yang pelbagai bahkan dapat mengajari anak mata belia-belia muda kita bagaimana untuk menangis, bagaimana untuk merintih di hadapan Tuhannya di penghujung-penghujung malam. Kita mahu melahirkan belia yang bukan sahaja hebat membawa agenda duniawi bahkan kita mahu belia yang hebat juga dalam membawa agenda ukhrawi.
Kita mahu belia seperti Sayyidina Abu Bakar yang begitu hebat memimpin di siang hari tetapi malamnya tersedu-sedan di hadapan Tuhannya. Kita mahu beliau seperti Sayyidina Omar yang begitu tegas dalam memimpin tetapi apabila malamnya tersungkur, menangis seperti mana anak kecil yang kehilangan ibunya. Kita doakan pada suatu hari kita semua akan berbahagia dikelilingi oleh para belia yang bukan sahaja menyelamatkan kita di dunia bahkan memimpin tangan kita untuk sama-sama kita memasuki syurga di akhirat kelak. Saya kira sebagai umat Islam tunjang utama pembentukan insan adalah solat. Kita pernah didedahkan dengan statistik yang pernah disebutkan pakar motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah hasil kajiannya mendapati bahawa 80% umat Islam di negara ini tidak menyempurnakan solat 5 waktu. Statistik ini tidaklah boleh dipandang mudah kerana soal solat, solat adalah tiang agama.
Sekiranya tiang sesuatu struktur itu tidak kuat maka bangunannya boleh runtuh pada bila-bila masa sebagai mana yang disebut oleh Allah SWT Qad aflaha almu'minun Aladhinahum fi salatihim khashiun. “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman atau berjaya lah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan kebajikan para imam…
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan juga YB Selingsing. Saya nak respon berkenaan dengan memperkasakan modal insan sebab ramai di antara guru bertauliah Jabatan Agama Islam tidak aktif. Jadi pengimarahan masjid dan surau ini tidak dapat dimaksimumkan. Setuju tak Selingsing bahawa pihak kerajaan memperbanyakkan kursus intensif untuk guru-guru tauliah ini supaya mereka lebih berkesan di dalam masyarakat, pertama. Yang keduanya elaun tahunan mereka hanya RM600 setahun. Setuju tak YB Selingsing supaya elaun untuk guru tauliah ini dinaikkan daripada RM600 kepada lebih daripada itulah sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Kamunting saya sangat bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh Kamunting kerana memang perlu kepada latihan supaya penyampai-penyampai ilmu ini mempunyai kebolehan supaya ilmu itu bukan sekadar ilmu tetapi perlu dihayati dan di amalkan begitu juga dengan saranan supaya dinaikkan bayaran kepada mereka ini maka saya sangat menyokong kerana guru-guru inilah yang mendidik manusia supaya menjadi manusia, bukan menjadi haiwan. Jadi saya menyokong dan mohon supaya dimasukkan ke dalam ucapan saya insyaAllah. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua seterusnya saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan kebajikan para imam, penguatkuasa agama, guru ta'mir, guru dakwah dan juga guru-guru KAFA walaupun sebahagiannya adalah di bawah pentadbiran persekutuan tapi saya kira kumpulan ini adalah kumpulan yang besar baktinya dalam membentuk kemenjadian masyarakat di Negeri Perak ini kita maklum kadar elaun mereka ini masih di bawah gaji minima iaitu sekitar RM900.00 Sehingga RM1200.00 sebulan sedangkan mereka inilah merupakan kelompok pendidik umat yang menerapkan pendidikan asas agama seperti pembelajaran Al Quran dan asas Fardhu Ain yang merupakan tapak asas kepada penguasaan kefahaman agama kepada rakyat dan kanak kanak beragama Islam di negara ini.
Untuk makluman di Perak kita ada sekitar 3,000 orang guru KAFA manakala sehingga Jun 2021 jumlah guru KAFA seluruh negara adalah seramai 35 ribu orang dengan jumlah murid 1 juta orang lebih 1.2 juta orang lebih, guru KAFA ini dilantik dalam kalangan mereka yang mempunyai kelulusan Pendidikan Islam berdasarkan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan mereka dilantik secara kontrak oleh agensi pelaksana di negeri iaitu pihak berkuasa agama negeri mengikut jumlah kuota yang diluluskan oleh kementerian kewangan dari masa ke semasa, guru KAFA dibayar alaun sebanyak RM1,000.00 setiap bulan caruman KWSP sebanyak RM130.00 dan Perkeso sejumlah RM16.65 dengan menggunakan peruntukan-peruntukan kerajaan persekutuan yang diuruskan oleh JAKIM. Saya melihat sebagai kelompok pendidik yang pelibatannya telah lama semenjak 32 tahun sewajarnya kebajikan mereka ini begitu juga pegawai-pegawai penyelidik KAFA yang masih berstatus dengan izin contract of service Gred S19 diberikan perhatian. Permasalahan utama yang melingkari kebajikan kelompok ini dan para pegawai ini adalah apabila jawatan ini tidak disandarkan kepada mana-mana skim perkhidmatan awam persekutuan maupun skim pegawai perkhidmatan pendidikan mungkin Kerajaan Negeri Perak dapat memikirkan satu mekanisme sebagai mana untuk kita dapat menyandarkan mereka ini dalam skim tertentu untuk memastikan kebajikan mereka dapat dijaga dengan sebaiknya ataupun sekurang-kurangnya dapat disediakan peruntukan dengan jumlah yang bermakna sebagai tambahan kepada elaun yang diterima oleh golongan ini.
Selinsing mohon pencelahan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, setujukah Selinsing sebab saya dengar pengumuman daripada Yang Berhormat Menteri Besar penjelasan awam dapat bonus satu setengah bulan setujukah Selinsing macam dua Menteri Besar yang dulu saya rasa Dato Seri Nizar pun terlibat dengan Pangkor dulu Imam, Lebai, Tok Bilal, Tok Siak dan Guru KAFA ni kita bagilah sedikit bonus hujung tahun ini terima kasih Selinsing?
Terima kasih kepada Alor Pongsu, saya memang bersetujulah saya memang bersetuju masukkan juga dalam ucapan saya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang ketiga saya mahu izin untuk menyentuh isu-isu kawasan yang ada kaitannya dengan perbahasan pada hari ini kita sedia maklum bahawa jelapang padi Daerah Kerian di dalamnya terdapat dua kawasan parlimen dan 5 dun iaitu Parit Buntar dan Bagan serai dan dunnya ialah Gunung Semanggol, Selinsing Alor Pongsu, Kuala Kurau dan Titi Serong di bawah fokus keempat iaitu keterjaminan bekalan makanan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM55 Juta kepada pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi bagaimanapun bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan terutamanya padi yang merupakan produk pertanian utama di Daerah Kerian ini dapat direalisasikan pelbagai isu perlu segera ditangani antara yang paling utama ialah isu perbekalan air kepada sawah dan hal-hal yang berkaitan dengannya iaitu yang pertama isu kedudukan parit atau saliran yang lebih rendah daripada sawah saya kira telah diulas panjang oleh Yang Berhormat Semangol yang kedua isu pam air Kerian dan pam air Padang Lalang ataupun Pam Air Titibina yang sepatutnya boleh berfungsi membantu mengairi sawah padi dengan mengepam air daripada Sungai Kerian dan juga Sungai Kurau jika air tidak mencukupi masih belum dapat diselesaikan setelah sekian lama.
Yang ketiga isu pengurusan pembersihan perparitan dan saliran yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik menyebabkan pergerakan air tersekat dan lambat. Yang keempat isu jadual perbekalan air yang tidak dirunding secara langsung dengan pesawah menyebabkan kekeliruan dan ketidakseragaman. Yang kelima isu kerosakan kepada infrastruktur saliran seperti pintu air dan lain lain yang bukan saja menyebabkan pengeluaran padi berkurangan bahkan kadang kadang menyebabkan banjir dan lain lain lagi selain itu saya juga ingin menarik perhatian isu pendapatan sampingan kepada para pesawah juga perlu diambil perhatian sebahagian besar pesawah adalah merupakan golongan miskin dan B40 yang telah pun berkorban tanah mereka bagi memberi ruang kepada penyediaan bekalan makanan utama rakyat di negara kita.
YB Selinsing seminit lagi.
Baik panjang lagi ni. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua perkara seterusnya yang saya ingin berikan perhatian ialah peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM4.3 juta untuk Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak bagi menyediakan perumahan awam yang selesa dan selamat kepada rakyat. Sememangnya rumah kediaman mampu milik ini amat diperlukan oleh rakyat malangnya di Selinsing saya dapatkan terdapat satu projek perumahan rumah Perakku.
2 minit boleh ya? 2 minit, sila masuk perenggan terakhir, sila.
Baik, sikit saja ni ya. Malangnya di Selinsing hanya terdapat satu projek perumahan rumah perakku kalau tak salah dengan jumlah sebanyak 57 unit rumah yang menyedihkan saya projek ini dimaklumkan telah bermula sekitar tahun 2018 dan sehingga kini masih belum dapat untuk diduduki rakyat yang mengharap terus tertanya tanya apakah sebab kelewatan dan sekiranya masalahnya ialah masalah kewangan adalah dicadangkan agar peruntukan dapat disalurkan kepada projek-projek yang tertunggak seperti ini. Oleh kerana masa yang mencemburui maka sebagai mengakhiri perbahasan saya ingin saya bacakan maksud sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Atta Braani yang berbunyi dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke hati seorang mu'min atau engkau hilangkan kesusahannya atau engkau membayar hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. Sadoqah Rasulullah SAW, mengambil pengajaran daripada hadis ini, suka saya mencadangkan supaya pemberian bantuan khas kewangan kepada semua penjawat awam pentadbiran Kerajaan Negeri dapat juga dipanjangkan kepada penjawat awam Pentadbiran Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini dalam jumlah yang bersesuaian. Ini sebagai menghargai dedikasi dan komitmen yang mereka curahkan semasa menjalankan amanah tugas di negeri ini. Mereka sama seperti kita membayar cukai, zakat, yuran-yuran sekolah dan sebagainya di sini. Maka pada hemat saya, adalah wajar dipertimbangkan cadangan ini. Akhirnya terimalah, pantun last. Ini bukan racist ya. Pantun yang ada sebut Cina.
Anak Cina memasang lukah, Lukah di pasang di Tanjung Jati, Jika ada silap dan salah, Mohon ampun daripada lubuk hati.
Saya akhiri perbahasan saya dengan ucapan wabillahitaufiqwal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Selinsing. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu Untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Alor Pongsu untuk berbahas Belanjawan Perak 2013. Pertamanya Alor Pongsu juga ingin menjunjung kasih atas titah Tuanku di Dewan ini dan juga Alor Pongsu ingin mengucapkan tahniah Kepada Yang Ahmad Berhormat Menteri Besar dan Barisan Exco kerana telah berjaya mebentangkan Belanjawan 2023 dengan tagline yang saya suka dan saya rasa semua orang suka. “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera”. Timbalan Yang di-Pertua, saya juga minta izin nak ucapkan ahlan wah sahlan kepada 4 orang tulang belakang saya yang kali pertama pijakan kaki di Dewan SUK ini dan juga ucapan terima kasih kepada pengundi-pengundi Alor Pongsu yang rasa saya sedang banyak tengok di media sosial. Lima fokus utama teras kepada Belanjawan Negeri Perak, Kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek, kepentingan negeri kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan dan yang kelima pembangunan modal insan dan belia. Sebelum saya pergi lebih jauh, untuk negeri yang berjaya rakyatnya mesti belajar daripada sejarah. Apa sejarah yang ada pada Negeri Perak.
Rakyat terutama YB-YB yang muda-muda ni mereka kena tahu dan kita yang orang lama ni kena ulang dalam diri kita bahawa Perak satu masa dulu adalah negeri yang dominan di Tanah Melayu. Negeri yang mengeluarkan pertumbuhan ekonomi yang hebat di tanah Melayu. Jika saya sebut getah, Perak adalah pengeluar getah yang paling hebat di dunia pada masa itu. Bila Resident British tanam biji-biji getah di Kuala Kangsar, kita jadi pengeluar getah yang terhebat. Bila saya sebut bijih timah YB Kamunting, YB Aulong, YB Pokok Assam kena tahu sejarah ni. Ya, bijih timah logam yang amat berharga pada masa itu. Kita menjadi pengeluar di dunia yang terbesar sekali bijih timah pada masa itu. Jangan kita ulangi lagi cerita-cerita, Aulong pernah dengar tak cerita kongsi gelap, Ghee Hin lawan Hai San. Ya, kita tak mahu gaduh. Kena aman. Kamunting tahu tak apa erti Bandar Taiping Bandar Aman.
Pada masa itu, Perak adalah negeri yang hebat. Perak adalah negeri yang kaya. Perak hebat sumber aslinya. Perak menjadi pusat perdagangan di persisiran Selat Melaka. Semua negeri tunduk kat Perak pada masa itu. Banyak nombor satu Perak ni. Kalau saya nak sebut lagi jalan ketapi pertama, Perak, muzium, plat kereta yang pertama, penjara, hebat negeri kita. Semua orang kena akui. Saya cikgu sejarah saya cerita, saya pegang sampai sekarang. Bila saya ada peluang jadi cikgu sejarah, saya cerita pada anak murid saya. Tapi malang, kenapa saya sebut malang? Semua kegemilangan, semua yang saya cerita yang hebat-hebat untuk Negeri Perak sekarang hanya tinggal kenangan. Yang ada pun tugu-tugu sikit-sikit je. Mana Kuala Sepetang? dah tak ada. Kota Ngah Ibrahim, Muzium Matang semua tinggal dah jadi sejarah. Jadi bagi saya cabaran utama Belanjaan 2023 Negeri Perak ini adalah kita untuk dapat balik zaman kegemilangan kita. Kita mesti rasa bangga dan kita semua kena berusaha dengan pimpinannya YAB Menteri Besar. Semua teras dah baik dah.
Jadi dalam memastikan prinsip Perak Makmur dan Sejahtera ini kita mesti menghilangkan kebergantungan rakyat kepada Kerajaan Negeri. Momentum ataupun Belanjawan 2023 ni bukan untuk 2023 sahaja. Kalau siapa yang berpikiran macam itu, salah jawabnya. Ini adalah titik mula, titik mula dari 2023 supaya kita dapat menikmati hasil jangka panjang. Kita kena gerakkan rakyat kita. Kita kena kekalkan momentum supaya pertumbuhan pendapatan rakyat Perak terus naik, terus naik. Jadi bila kita bentang belanjawan 2024, kerja jadi mudah. Masa itu MB senyum saja. Tapi kita kena mulakan daripada sekarang. Jadi saya jika nak ceritakan tentang pertumbuhan pendapatan, siapa yang bersetuju, tadi saya tegur Behrang, siapa yang bersetuju kita menggunakan benchmark pertumbuhan 2020 dan 2021 salah jawapannya kerana 2020 dan 2021 semua negara di dunia ini terkesan dengan pandemik covid. Adakah ini nak jadi benchmark kita? Saya rasa salah. Masa itu tak menentu. Ekonomi naik turun dan kebanyakannya turun. Kita Perak lagi turun, negara merosot 11.3%, Perak merosot 12%. Jadi kalau 2020 dan 2021 kita nak jadi benchmark, salah. Saya lebih selesa menggunakan pertumbuhan 2016 dan 2019 Iaitu RMK 11, 4 tahun yang pertama. Kenapa? Itulah stable period, itulah zon selesa untuk Negeri Perak. Kita gunakan penilaian itu. 2016 dan 2019 tiada krisis. Tiada krisis. Jadi benchmark yang paling sesuai itulah.
Lagi satu, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Belanjawan ini terbaik. Nak bantu rakyat. Nak bantu rakyat macam-macam dalam teras ini nak bantu rakyat. Tapi saya rasa, jika kita teruskan dengan sebutan nak bantu rakyat, rakyat tak dapat berdiri sendiri. Kita kena mulakan titik belanjawan ini supaya rakyat dapat berdiri sendiri, rakyat dapat solusi. Solusi untuk bergerak dan kekal kalau boleh selama lama. Jadi kita kena mula sekarang. Kalau kita mula 2023, InsyaAllah 2024, 2025 kita akan tengok hasilnya. Ok, saya ada bawa carta Timbalan Yang di-Pertua. Carta yang pertama adalah tentang KDNK. KDNK Malaysia 2016, 2019. Malaysia 5.0%, Perak 4.9%. Hebat kita, memang hebat. Sikit je lari daripada negara. Tapi malang sekali, sekali lagi malang kerana pertumbuhan yang hebat ini tidak dapat dinikmati oleh rakyat Negeri Perak kerana pertumbuhan pendapatan dia tak telly. Ini yang kita katakan dengan izin, paradox, pertumbuhan yang naik tiada impact kepada pertumbuhan pendapatan. Jadi kita Negeri Perak terperangkap dalam keadaan paradox ini. Jadi sekali lagi saya nak sebut tentang kejatuhan, bila covid, bila berlaku covid, Perak terkesan Malaysia jatuh 11.3 tanpa kita sedar Perak jatuh 12%. Jatuh lagi. Pendapatan isi rumah, Negara di tahap RM5 ribu. Perak di tahap RM4 ribu. Jadi saya rasa kita banyak kerja kita nak buat. Perak ada problem yang sangat serius yang kita sama-sama tak sedar. Minggu lepas saya dah sebut lagi dah. Betapa pertumbuhan pendapatan Perak daripada semua negeri di Semenanjung Malaysia, kita ketiga ke bawah.
Bawah kita Sabah dengan Kelantan. Wajarkah Negeri Perak yang banyak sumber dan infra ini, kita di kedudukan itu? Jadi sebagai cadangan. Sebagai cadangan yang telah mula digunakan oleh Bank Dunia. Kita mesti menggunakan dengan izin District Spesific. Kita mesti memberi kepercayaan kepada kepimpinan kepada agensi di peringkat daerah. Biar Pegawai Daerah, YDP Majlis, siapa saja yang jadi pemimpin di daerah, dia boleh bertindak sebagai Menteri besar di kawasan dia. Kita yang di Ipoh ini pemimpin besar, Menteri Besar, Exco semua, kita jadi pemudah cara. Kita bring the growth to the owner. To the real owner. Sebab kalau kita buat daripada Ipoh daripada Kuala Lumpur dan sebagainya. Saya ada pengalaman pahit, bila JPS buat alignment parit tali ayak. Boleh paham kut tali ayak, no? Kennel. Dia lukis pakai pembaris. Parit tali air bawah rumah orang. Sebab dia tengok daripada Google dan sebagainya. Kalau Pegawai Daerah, kalau Jurutera JPS yang jadi peneraju kepada district spesific ini saya yakin kita akan lebih maju. Tapi kita kena bagi semua resources dekat dia. Kita bagi kuasa kepada pemimpin-pemimpin daerah supaya dia dekat dengan rakyat.
Terutamanya di Bagan Serai dan DUN Alor Pongsu, mereka saling mengenali. Mereka boleh gunakan pelbagai cara, pelbagai idea yang ada, yang depa lebih tau daripada kita yang ada di Ipoh. Kemudian carta yang kedua saya nak guna adalah tentang, ini juga penting dalam membentuk pertumbuhan ekonomi. Struktur ekonomi penting. Ini dia Struktur Ekonomi Perak. Kita lebih menumpukan kepada perkhidmatan iaitu 61%. Kita lebih kurang dengan negara. Negara 55%. Tapi kita tak tumbuh. Pendapatan kita pendapatan isi rumah tak naik. Kita tengok pula yang hujung ini, iaitu income kepada negara. Negeri-negeri yang maju, Negeri Pulau Pinang, Negeri Selangor, mereka tumpukan kepada pembuatan. Dia tumpu pada pembuatan. Bila pembuatan di situ baru kita dapat naik dan sebagainya. Di Penang dan Selangor, peratus tumpuan kepada pembuatan 34% ke 39%. Perak 19% sahaja. Macam mana kita nak ligan Selangor dengan Pulau Pinang kalau macam ni? Jadi saya rasa kita boleh kenal pasti district spesific yang saya sebut tadi. Katakanlah di Alor Pongsu lah. Buat contoh kawasan saya lah. Di Alor Pongsu kita tumpu pada pembuatan dan juga pertanian, boleh teruskan pertanian, tapi pertanian yang macam mana? Kita mesti modenkan pertanian, tinggikan tahap teknologi, tingkatkan produk supaya hasil bertambah. Carta yang ketiga saya bawa. Ini tentang tenaga kerja mahir. Ya, tenaga kerja mahir. Sekali lagi Pulau Pinang dan Selangor mendahului. Mereka 39% tenaga mahir yang berkemahiran tinggi, berilmu tinggi, berpengetahuan tinggi, yang dapat menghasilkan produk dan pembuatan apa sahaja. Perak 25.4%. Kita kena ligan balik.
Mohon laluan, Alor Pongsu.
Silakan.
Terima kasih. Setuju atau tidak Alor Pongsu bahawa beberapa kali Alor Pongsu menyebut tadi bahawa Perak berada di tengah-tengah Pulau Pinang dan Selangor? Yang mana dari seri perangkaannya lebih tinggi daripada kita. Jadi sebab seharusnya, limpahan daripada Penang dan juga Selangor ini tumpah ke kita tetapi perkara itu tidak berlaku sekarang, apa pendapat Alor Pongsu?
Terima kasih Rungkup. Kalau nak jawab, panjang. Saya minta ucapan Rungkup tadi masuk dalam perbahasan saya. Tapi saya nak ulas sikit saja. Lebuhraya PLUS yang paling panjang adalah daripada Tanjong Malim sampai Parit Buntar. YB semua, sidang, ketua-ketua jabatan. Highway PLUS tengok kiri dan kanan daripada Tanjong Malim sampai Parit Buntar. Terang ke gelap? Saya umpamakan highway PLUS ini macam paip yang menjalar daripada Tanjong Malim sampai ke Parit Buntar. Kita kena tebuk paip ini. Kalau kita tebuk paip ini, air akan melimpah keluar. Ini yang tak berlaku atau pun kurang berlaku Yang Amat
Berhormat Menteri Besar. Kurang lagi. Kita kena tebuk banyak lubang lagi, terutama DUN Alor Pongsu.
Jadi, Timbalan Yang di-Pertua kita mesti memberi kepercayaan kepada daerah. Kalau merujuk kepada Daerah Kerian, Pegawai Daerah ada, YDP ada. Alor Pongsu DUN kawasan saya. Kita ambil di Penang. Di Penang kawasan yang kepadatan density, pertumbuhan ekonomi kuat adalah Bayan Lepas. Kilang semua ada di situ. Infra semua ada di situ. Apa kurangnya DUN Alor Pongsu? DUN Alor Pongsu ada semua. You just name it. Parlimen Bagan Serai satu-satunya Parlimen yang ada exit PLUS 3. Kamunting ada ka? Satu je. Tempat lain ada. Bagan Serai ada tiga. Kita ada Kamunting, kita ada Bukit Merah, kita ada Alor Pongsu. 3 exits. Kenapa kita tak gunakan keistimewaan ini? Tapi kalau Alor Pongsu nak naik, kembalikan balik Bandar Metropolis Perdana. Dah dirancang. Perdana Menteri pada masa itu dah setuju. Tanah, DO pun tahu tanah dah bagi dah berapa ribu ekar. Tapi disebabkan oleh perselisihan pendapat, UKM yang dah pecah tanah tadi tu dah naik lalang. Jadi saya minta Kerajaan Negeri tengok benda ni. Kita buka balik Koridor Utara. Masa zaman Pak Lah dulu namakan DUN Alor Pongsu Segi Tiga Emas Utara. Mini Cyberjaya Utara. La? Koridor Utara pun dah sejuk.
Saya rasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita kena kejutkan balik Koridor Utara. Bagi tumpuan balik Kepada Alor Pongsu yang ada potensi yang tinggi ini. Tak maukah kita Bayan Lepas tu Yang Berhormat Rungkup? Perak tak mau? Penang ada Bayan Lepas. Dia dah congested dengan izin, Timbalan Yang di-Pertua. Penang dah tak ada tanah dah. Alor Pongsu ada beribu-ribu ekar tanah. Perak jangan tanya lah lagi banyak. Kita nak cipta sejarah dengan Belanjawan yang Yang Amat Berhormat bentangkan ini Perak juga dapat Bayan Lepas 2.0. Kalau boleh di Alor Pongsu DUN Alor Pongsu sebab dah ada infra semua. Kemudian sebelum saya akhir antara perkara penting adalah modal insan. Dalam pertumbuhan ekonomi, modal insan amat penting. Adakah kita pernah jalankan PAR? Bila saya sebut PAR, orang kaki golf tau lah PAR. Tapi mengikut pakar ekonomi PAR, produce, attract dan retain. Berjayakah kita melahirkan modal-modal insan yang hebat? Perak berjaya tak berjaya? Berjayakah kita tarik, kita jadi magnet kepada modal-modal insan yang hebat untuk datang ke negeri kita? Berjayakah kita kekalkan mereka bermastautin di Perak? Berjayakah kita? Itu sebab saya kata district spesific tadi. Kita kena tubuh Majlis Modal Insan. Kita panggil balik idola-idola kita. Orang Perak ni orang-orang hebat di Negara. Hebat di luar Negara. Kita panggil balik supaya mereka jadi idola-idola supaya dapat menggerakkan anak-anak muda supaya modal insan ini tak mengalir keluar. Tapi kita kena tawarkan mereka tiga benda iaitu melahirkan, iaitu PA tadi. Jadi kita mesti fokus. Kita mesti fokus, kita kena kuatkan magnet kita semua. Kita kena gemblengkan usaha. Kita kena dekati anak-anak sekolah ni. Yang kita cakap ni bukan umur-umur kita. Kita kena lantik duta-duta idola yang umur kita, kita kena lantik anak-anak muda kita yang ada universiti bila cuti balik, sembang dengan budak-budak sekolah ni.
Yang Berhormat, satu minit lagi.
Satu minit saja lagi? Ok lah. Cut it short. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Last kali kena sebutlah, jeritan batin DUN Alor Pongsu. Saya sebut jeritan batin. Yang pertama, jalan daripada Bagan Serai ke Changkat Lobak pohon dibaiki. Lama dah. Semalam ada satu pak haji tertonggeng di depan Masjid Matang Jelutung. Sedih saya, saya kena sebut. Tapak pasar malam dan pasar hari di pekan Alor Pongsu minta ada tapak kekal atau pun kita mantapkan. Jalan maut daripada Batu Lapan ke Simpang Lima perlukan lampu yang banyak. Cuba tuan-tuan pergi, gelap. Depan rumah Tok Ketua ada tiga lampu. Depan kilang ada empat lampu. Orang biasa tak ada lampu. Kemalangan maut selalu berlaku di situ, Dato Seri. Kemudian rumah pam. Saya telefon IADA, IADA kata rumah pam yang kedua kalau tak terbengkalai, masalah pengairan boleh diselesaikan walaupun kita perlukan water tunnel seperti kata Ketua Pembangkang. Jadi, kemudian bila sebut tentang jelapang padi.
Saya sebenarnya saya dah lama duduk Bagan Serai sejak kecil. Malu nak sebut jelapang padi. Saya ulang balik. Jelapang padi Perak di Kerian di Bagan Serai di DUN Alor Pongsu. Pengairan boleh kata out. Tak cukup hebat. Kita tak ada benih kilang padi. Kita kurang teknologi. Technician dua orang. Institut Pertanian tak ada langsung. Jadi, macam mana kita nak lahirkan modal insan yang hebat. Macam mana kita nak lahirkan petani-petani yang hebat. Kita kena bagi infra. Sekali lagi, saya mohon saya sebut clue yang utama saya iaitu tentang kedaerahan. District specific. Kita biar DO ni, ini semua orang-orang hebat sebenarnya tapi selama ni depa laksana dasar daripada Ipoh. Kita try depa Dato' Seri, bagi tanggungjawab kat depa tapi duit peruntukan kena cukuplah. Saya sanggup sebagai wakil rakyat kerja dengan depa. Kita tarik pelabur luar. Kita tarik konsultan luar. Koridor utara lengkap dah semua ni. Bandar Metropolis Perdana pelan dia tu saya rasa dah lengkap Dato' Seri. 2024 Dato' Seri dan barisan EXCO akan dipuji. Belanjawan 2023, saya sokong sepenuhnya. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Alor Pongsu. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak media dan seterusnya pemerhati-pemerhati dan hadirin sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan-penghargaan dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Sidang Dewan yang mulia, kita hidup dalam sebuah negara yang aman dan makmur, yang mana masyarakatnya yang majmuk dengan kepelbagaian budaya dan adat resam serta mengamalkan sikap saling hormat menghormati tanpa mengira kaum. Inilah kekuatan negara kita Malaysia.
Oleh yang demikian kita harus menolak fahaman extreme yang boleh menjejaskan perpaduan kita. Justeru itu, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan juga bertitah dalam ucapan Baginda bahawa kerajaan negeri haruslah bijak untuk menerus dan menggunakan perancangannya terutamanya dalam ketidak stabilan ekonomi antarabangsa dan keadaan kewangan negara yang kurang baik pada masa kini. Perbelanjaan Kerajaan Negeri seharusnya memberi manfaat kepada rakyat dan mengelakkan kemudaratan serta pembaziran. Seperkara lagi saya berharap agar kerajaan negeri dapat menguruskan bajet dan tanah dengan lebih baik khususnya dalam suasana ekonomi yang tidak stabil ini demi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Di sini saya ingin membangkitkan tiga isu untuk menarik perhatian Kerajaan Negeri dan pihak-pihak yang berkaitan. Pertama sekali infrastruktur iaitu satu elemen yang berkait rapat dengan kehidupan harian rakyat. Merujuk kepada statistik JKR telah menerima peruntukan berjumlah RM70 juta pada tahun 2022. Adalah amat mengagumkan sekiranya kita bandingkan dengan kos-kos keseluruhan yang hanya berjumlah RM67.24 juta. Akan tetapi jika kita mengambil kira kes-kes aduan kerajaan yang dilaporkan sebelum ini, khususnya kerja-kerja restonasi dan pembaikan didapati bahawa peruntukan tersebut adalah tidak mencukupi. Seterusnya, menurut Bajet 2023, peruntukan JKR pada tahun 2023 akan ditingkatkan daripada RM70 juta kepada RM90 juta. Iaitu, peningkatan sebanyak 28.57%. Oleh itu, saya sarankan agar pihak-pihak berkaitan boleh menggunakan dana yang diperuntukkan ini dengan lebih rasional.
Sidang Dewan yang mulia, saya juga ingin membangkitkan isu-isu yang memerlukan perhatian JKR dan MBI khususnya penyelenggaraan lampu jalan, jalan berlubang dan garisan yang pudar di jalan raya. Masalah satu dua batang daripada sepuluh lampu jalan yang tidak berfungsi tidak kelihatan serius. Meski pun peribahasa, sehari selambak benang lama-lama jadi sehelai kain akan tetapi ini bukanlah usaha yang kita mahukan. Jelas sekali, masyarakat besar yang timbul nanti adalah disebabkan oleh tunggangan masalah kecil dari masa ke semasa yang akan menjadikan semakin besar. Jadi jangan abaikan isu yang dianggap remeh seperti jalan berlubang dan garisan yang pudar di jalan raya. Jalan yang berlubang dan garisan yang pudar di jalan raya amat menyusahkan orang ramai yang lalu lalang setiap hari. Terutamanya membahayakan nyawa pengguna jalan raya. Saya berharap akan kaedah pengaliran yang lebih berkesan dan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan rakyat ini dapat dilaksanakan.
Dengan pemantauan masalah-masalah ini, seharusnya dikesan dengan lebih awal dan seterusnya diselenggara ataupun dibaiki. Pihak berkuasa tidak perlu menunggu aduan daripada Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Pihak Perkuasa Tempatan atau orang ramai untuk mengenalpasti sesuatu masyarakat. Isu kedua, berkaitan dengan ekonomi. Dalam persekitaran ekonomi yang tidak stabil di samping pemulihan pemulihan ekonomi pada era pasca Covid-19. Kita perlulah bertungkus lumus untuk membolehkan ekonomi serta keyakinan berlaku. Dalam hak yang demikian, saya menyokong sepenuhnya saranan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa hanya syarikat swasta dibenarkan untuk menyertai pembangunan kawasan perindustrian dalam negeri ini. Manakala syarikat atau agensi-agensi yang berkait rapat dengan kerajaan dilarang terlibat dalam projek tersebut? Ini akan menolong pembangunan dan pemulihan sektor swasta. Oleh itu, saya berharap agar Kerajaan Negeri dapat menerima pakai inisiatif tersebut. Pada pandangan saya, wabak Covid-19 ini telah mempercepatkan pembangunan pendigitalan rangkaian dan kecetasan kuatan, industri digital serta artificial intelligence (AI). Oleh itu, Kerajaan Negeri seharusnya mempercepatkan pendigitalan industri.
Selain memberi tumpuan kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET, kita juga perlu meningkatkan kesetaraan pengusaha untuk industri yang sedia ada terhadap transformasi digital. Ini akan banyak membantu untuk meningkatkan keyakinan transformasi di kalangan orang ramai. Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat memperkasakan transformasi, meningkatkan sokongan kewangan dan memoptimumkan persekitaran pembangunan sebagai momentum kepada orang ramai untuk memperkukuh sumpah yang berkait rapat dengan transformasi digital perusahaan kecil dan sederhana (PKR) dari segi teknologi, Mota, perkhidmatan dan pakau. Isu ketiga pula berkaitan aplikasi Park @ Perak dalam usaha untuk menyeragamkan serta memudahkan penduduk Negeri Perak untuk menggunakan sistem letak kereta yang sistematik maka aplikasi Park @ Perak telah diperkenalkan sejak Januari 2019. Walaupun bagaimanapun, banyak aduan diterima mengenai aplikasi Park @ Perak yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia menjadi lebih buruk pada bulan Jun 2022 kerana MBI membatalkan parkir sistem kupon yang menyebabkan wakil emas yang tidak mempunyai telefon pintar, tidak dapat membayar fit parkir. Kita tidak boleh memingkirkan wakil emas kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat yang turut sama memberi berbagai sumbangan kepada Negeri Perak. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan maklum balas apakah langkah penyelesaian Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah warga emas yang tidak mempunyai telefon pintar untuk membayar fit parkir, serta aplikasi yang tidak stabil ini. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji balik kemampuan pasukan teknikal, IT, aplikasi Park @ Perak dan apakah kaedah terbaik untuk memantapkan pasukan ini? Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Jelapang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalammualaikum warahmatullahhiwabaratuh, Bismillahhirrohmannirrohhim, Alhamdulillah hirrobbilalamin wasalatuwasalam waalahrasulillah waalahalihiwasobbihiajmain. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri dan para penonton yang melihat secara langsung di seluruh Negeri Perak dan juga di seluruh negara. Yang pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua bagi Dewan yang mulia ini. Ucapan tahniah juga saya ingin sampaikan kepada yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri atas taklifan yang diamanahkan. Syabas, saya ucapkan juga kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang kerana dilantik untuk menunaikan tanggungjawab dan sebenarnya, semua amanah yang ditaklifkan itu adalah suatu taklifan iaitu satu bebanan, dia bukanlah satu taksyrif, iaitu kemuliaan.
Timbalan Yang di-Pertua, saya amat berharap agar kerajaan campuran yang bertemakan perpaduan ini dapat memelihara asas perpaduan yang telah termaktub di dalam rukun negara serta menghalang anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan negeri kita seperti timbulnya persoalan mempertikaikan kontrak sosial yang telah menjadi asas perlembagaan negara kita dan suka suka juga ingatkan sepotong ayat
Al-Quran, Firman Allah Taala (bacaan Al-Quran) yang bermaksud dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu dizaman jahiliah bermusuh-musuhan. Lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurniaanNYA itu kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka. Lalu Allah selamatkan kamu daripada sana, demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada Mu agar kamu mendapat petunjuk. Timbalan Yang di-Pertua, setelah mendengar pembentangan belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Izinkan saya untuk memberikan pandangan buah fikiran demi kebaikan rakyat Negeri Perak bersama-sama dan sudah banyak pandangan dan cadangan daripada ADUN-ADUN daripada Ahli Dewan Negeri yang lain dan saya ingin mencadangkan beberapa perkara sebagai perkara yang sangat penting.
Yang pertama saya menyokong penuh pemberian bonus kakitangan awam negeri yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya mencadangkan supaya ia juga dinikmati oleh semua ahli majlis daerah dan perbandaran dan juga JPKK ataupun ketua kampung yang mana mereka berkhidmat kepada Kerajaan Negeri walaupun dengan hanya elaun RM250.00 sahaja sebulan maka sudah tentu kita perlu memberikan suatu bonus juga kepada mereka. Yang kedua saya ingin mencadangkan supaya pemberian bonus dan elaun khas kepada guru-guru agama dawah lantikan Kerajaan Negeri Perak seramai 110 orang yang mana guru-guru dakwah ini alhamdulillah dahulunya elaun bulanan yang cuma RM400.00.
Sekarang sudah mencecah RM900.00 sebulan tetapi saban tahun tidak ada bonus ataupun elaun khas tahunan kepada mereka sebagai mana guru taqmir, sebagai mana imam, bilal dan siak saya cadangkan dipanjangkan juga bonus kepada mereka guru-guru dakwah yang berkhidmat di dewan-dewan, yang berkhidmat di sektor-sektor yang lain dimana sahaja selain daripada masjid dan surau perlu diberikan bonus kepada mereka dan saya juga menyokong penerusan yang ketiga saya menyokong penerusan takaful tabaruk sebagai mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu suatu khairat kematian sama ada untuk yang muslim ataupun yang tidak muslim. Cuma saya nak cadangkan supaya ditingkatkan takaful tabaruk itu daripada RM500.00 kepada RM1000.00 kerana pada masa ini untuk golongan asnaf penerima bantuan JKM, Baitulmal, OKU mereka terpaksa mengambil kos sehingga RM1000.00.
Kos pengurusan jenazah hari ini sudah mencecah RM1000.00 maka sekiranya kerajaan memberikan takaful tabaruk RM1000.00 maka mereka tidak perlu meminta-minta daripada golongan lain. Yang keempat, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Perak dapat menyediakan kenderaan yang lengkap untuk semua Pejabat Agama dan Daerah,setakat hari ini ada 18 Pejabat Agama dan Daerah, 10 yang telah ada kenderaan manakala lagi 8 buah Pejabat Agama dan Daerah, Pejabat Agama Bagan Serai, Selama, Pengkalan Hulu, Kampung Gajah, Ipoh, Kampar, Bagan Datuk dan Muallim perlukan kenderaan jabatan yang mana mereka menggunakan selama ini terpaksa menggunakan kenderaan peribadi dan lebih malang lagi untuk menguatkuasakan undang-undang syariah jangan sampai mereka terpaksa menggunakan van jenazah.
Saya pernah ada pengalaman bersama dengan penguatkuasa ini yang mana ada penguatkuasa yang penguatkuasa sukarela yang terpaksa menggunakan van catering untuk menguatkuasakan jenayah syariah di negeri Perak. Mohon perhatian kepada Yang Amat Berhormat untuk mengambil pertimbangan terhadap permohonan ini. Yang kelima, saya juga ingin mencadangkan agar elaun penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Perak atau singkatannya pencegah maksiat dinaikkan kerana setakat hari ini elaun sukarela, penguatkuasa sukarela ini adalah RM6.00 sejam dan maksimanya cuma 3 jam, 3 jam masa itu tidak cukup untuk menguatkuasakan enakmen jenayah syariah kerana ia melibatkan penangkapan, melibatkan siasatan, dia melibatkan pendakwaan, masa 3 jam sehari tidak cukup untuk mereka berkhidmat sebagai penguatkuasa sukarela. Oleh demikian, saya syorkan perkara ini diambil berat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon yang ke enam ialah supaya guru-guru mubaligh Jabatan Agama Islam di negeri Perak yang mana mereka bertugas di pedalaman supaya mereka diberikan elaun pedalaman sebagai mana sektor pendidikan dan juga sektor kesihatan di mana guru-guru dan juga petugas-petugas kesihatan ada elaun pedalaman.
Bagaimana susahnya mubaligh-mubaligh ini masuk ke perkampungan orang asli berada di sana mereka berhadapan dengan masalah dan cabaran di pedalaman maka saya syorkan juga mereka diberikan elaun pedalaman untuk memberikan motivasi kepada mereka dalam melaksanakan tugas dakwah yang mulia ini dan hari ini guru mubaligh terdiri daripada iaitu golongan mubaligh for service, contract for service yang dibayar elaun RM1300.00 sehingga RM1400.00 sebulan tanpa kenaikan gaji tahunan. Maka disyorkan juga supaya mereka juga menikmati gaji minima RM1500.00 sebulan dan juga adanya kenaikan gaji tahunan sekurang-kurangnya RM50.00 setahun. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin juga mencadangkan supaya guru-guru tadika Islam negeri Perak, guru-guru tadika negeri Islam negeri Perak yang mana terdapat 76 buah tadika Islam dinaikkan gaji mereka kepada gaji minimum sehingga RM1500.00 sebulan.
Setakat hari ini berdasarkan makluman yang saya terima pendapatan mereka bulanan adalah RM1200.00 sebulan. Mereka adalah golongan yang sangat setia berkhidmat mendidik anak-anak bangsa yang berumur 4 hingga 6 tahun maka suka saya syorkan supaya diambil berat tentang pendapatan bulanan guru-guru tadika Islam. Yang kelapan saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri berusaha untuk membayar gaji dua bulan cuti bersalin khususnya bagi guru-guru kafa dan juga guru tadika Islam yang mana guru-guru kafa ini apabila mereka bersalin, anak yang pertama diberikan cuti bergaji tetapi bila anak yang kedua hingga ke lima tidak dapat gaji mereka bersalin tanpa ada cuti dua bulan tanpa gaji maka saya syorkan supaya kita mengambil contoh daripada pendidikan di peringkat federal iaitu sekurang-kurangnya lima kali bersalin mereka diberikan gaji untuk cuti dua bulan dalam sepanjang tempoh mereka berkhidmat.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengesyorkan dalam syor yang kesembilan ini, Alhamdulillah, Lembaga Air Perak saban tahun mendapat keuntungan yang besar dan keuntungan ini perlu dikongsi bersama dengan rakyat jelata. Saya ingin menyarankan agar Lembaga Air Perak dapat memberikan rebat khas kepada bil air masjid dan surau yang mana air yang digunakan adalah untuk berwuduk dan membersihkan diri daripada najis dan hadas. Saya yakin Yang Amat Berhormat
Menteri Besar merangkap Pengerusi Lembaga Air Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah LAP dapat bersetuju dengan pandangan saya ini. Yang kesepuluh, saya ingin mencadangkan supaya agar Kerajaan Negeri memberikan bantuan one-off kepada golongan OKU dan ibu tunggal yang berkelayakan mengikut syarat yang ditetapkan kerana di negeri Perak ni jarang-jarang golongan OKU dan juga ibu tunggal ini mendapat bantuan one-off daripada Kerajaan Negeri. Timbalan Yang di-Pertua, di kesempatan perbahasan bajet pada kali ini saya ingin membawa isu-isu bagi DUN Trong. Yang pertama masalah gangguan lalat dan bau.
Ya, Trong.
Ya, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Trong dan saya tertarik dengan apa yang telah dibahaskan tadi berkaitan dengan elaun ataupun berkaitan dengan minta untuk naikkan elaun ataupun bonus diberikan kepada mereka-mereka yang bertugas di bawah JAIPk dan juga Kerajaan Negeri. Jadi kebetulan juga Yang Amat Berhormat Kota Tampan ada di sini, ada satu yang tidak disentuh, tidak disentuh, ada satu golongan dalam negeri Perak ini yang bertugas, yang tidak pernah mendapat elaun atau gaji daripada Kerajaan Negeri yang mana mereka ini bertugas sama dengan tugasan imam-imam di masjid-masjid dan surau-surau. Mereka juga mengimamkan Solat Jumaat, mereka juga membaca khutbah dan sebagainya. Golongan ini nama dia ialah imam di surau diri Jumaat. Imam di surau diri Jumaat ini tidak pernah menerima sebarang elaun daripada Kerajaan Negeri, tapi bilal di surau diri Jumaat ini menikmati elaun sebagaimana masjid-masjid lain, bilal di masjid-masjid lain. Jadi setuju tak kalau kita cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil perhatian juga kepada imam di surau diri Jumaat? Terima kasih.
Terima kasih Selama. Saya ambil dia sebagai sebahagian daripada ucapan saya dan saya sokong penuh pandangan beliau. Berbalik kepada masalah penduduk di DUN Trong. Yang pertama masalah gangguan lalat, bau dan juga pencemaran air yang menghantui rakyat di DUN Trong, akibat daripada penternakan ayam dan itik yang dibuat secara terbuka di sekitar kampung Toh Johan, Kampung Sungai Limau, Batu 11, Batu 10, Trong. Saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri supaya disegerakan pindaan Enakmen Perladangan Unggas Negeri 2005 dengan harapan bahawa pindaan ini mewajibkan supaya kaedah kandang tertutup bukan lagi kaedah terbuka dan untuk makluman sidang Dewan yang mulia, setakat hari ini hanya 30% daripada 526 reban ayam di Perak yang melaksanakan reban tertutup. Manakala bakinya masih mengamalkan sistem reban yang terbuka yang menjadi punca gangguan lalat dan pencemaran dan saya syorkan juga agar pindaan juga perlu dibuat agar, supaya kompaun kesalahan yang dilakukan oleh pihak industri ini dinaikkan daripada RM2 ribu sahaja kepada RM20 ribu yang mana pengusaha yang kerap melakukan pelanggaran undang-undang pencemaran dalam melaksanakan industri mereka.
Yang kedua, masalah banjir termenung di padang Kampung Padang Serai yang menjadi sempadan di antara dua DUN, DUN Trong dan juga DUN Pengkalan Baharu. Ia juga menjadi, berada di sempadan antara dua daerah, Daerah Larut Matang dan
Selama dan juga Daerah Manjung. Banjir termenung ini pernah berlaku pada tahun 2017 dan berlaku lagi ketika Pilihanraya Umum pada bulan November 2022. Seramai 85 keluarga terlibat dan melibatkan lebih 200 orang penduduk. Rumah mereka terbenam antara 14 hari hingga 20 hari, tidak dapat pulang ke rumah. Rumah mereka terbenam, bahkan pencemaran air juga berlaku akibat daripada industri. Saya mencadangkan agar pihak JPS menyelenggara semua parit-parit secara tahunan kerana saya dapati penyalanggaan itu dilakukan dalam tempoh masa yang agak panjang. Maka sewajarnya penyelenggaraan tahunan ini perlu dilakukan supaya tidak berulang lagi banjir air termenung ini.
Minta celahan Trong.
Ya,sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Setujukah Trong, andai sebab saya dapat maklumat mengatakan bahawa Rancangan Tebatan Banjir, sebab benda ini ada kaitan dengan kawasan Pengkalan Baharu. Jadi kita nak penjelasan berkaitan dengan Lembangan Sungai Beruas, satu projek yang ada kaitan dengan Trong, jika projek ini dilaksanakan insyaAllah banjir yang kita sama-sama hadapi itu akan selesai. Jadi saya nak minta penjelasan dari EXCO berkaitan dengan projek Lembangan Sungai Beruas. Yang kedua adalah berkaitan dengan jambatan ataupun pemotong yang bersaiz kecil yang sedia ada di kawasan Beruas di bawah seliaan JKR. Saya harap, saya nak tahu adakah jambatan dan pemotong juga termasuk yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir di Lembangan Sungai Beruas juga melibatkan Trong?
Ya terima kasih Pengkalan Baharu. Saya harap persoalan itu dimasukkan dalam ucapan saya untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Masalah yang ketiga adalah masalah jalan runtuh di antara Kampung Matam Rebau dan Kampung Kelubung. Jalan yang runtuh ini akibat daripada banjir yang berlaku baru-baru ini yang mana dia menyebabkan terputus hubungan antara dua kampung dan laporan telah dibuat dan anggaran kos bajet telah dibuat oleh Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama, dan diharapkan supaya jambatan baru ini termasuk sebahagian bajet yang diutamakan di dalam Bajet 2023, kerana ia menjadi laluan penting untuk anak-anak pergi sekolah. Mereka tak perlu melalui jalan besar, mereka melalui jalan kampung yang selamat. Bahkan laluan ini penting untuk keluar masuk hasil tanaman penduduk di sana.
YB Trong, dua minit lagi.
Terima kasih. Yang keempat, DUN Trong sangat sinonim dengan kegiatan perikanan dan terdapat banyak jeti-jeti yang melibatkan nelayan-nelayan di sana. Nelayan adalah salah satu kerjaya utama penduduk Trong, ramai belia berminat untuk menjadi nelayan, tetapi mereka dihalang oleh modal yang tidak ada. Oleh demikian, saya mengasyorkan bagi menggalakkan belia-belia menyertai bidang nelayan, saya menyarankan bantuan insentif perlu dibuat kepada mereka seperti bantuan enjin sangkut dan bot melalui Jabatan Perikanan dan LKIM. Yang terakhir ialah antara masalah yang berlaku di DUN Trong adalah haiwan rayau yang melibatkan kerbau serta lembu yang menyebabkan berlaku kemalangan, bahkan kematian. Saya mencadangkan agar suatu penyeragaman undang-undang kecil di bawah PBT yang lebih tegas dibuat oleh Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan kepada penternak yang mengabaikan aspek keselamatan ini dan suatu insuran, pampasan juga perlu diperkenalkan bagi membela nasib mangsa kemalangan akibat haiwan rayau ini dan saya juga mengesyorkan agar pihak TNB memasang lampu-lampu yang optimum di kawasan haiwan rayau ini terutama di waktu malam, supaya ia mudah kelihatan dari jarak jauh dan saya juga mengesyorkan kepada pihak JKR supaya memasang papan tanda haiwan melintas agar pemandu sentiasa berhati-hati melalui jalan raya tersebut kerana terlalu sedikit papan tanda yang berkaitan dengan haiwan rayau ini. Saya akhiri ucapan perbahasan saya iaitu dengan serangkap pantun.
Ikan siakap di dalam baldi, Makan bersama burung punai, Jangan silap memangkah undi, Janji manis tidak dapat ditunai.
Sekian, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Trong. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Slim untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismilahirohmanirohim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Qul Allah Taala, Yaaa aiyuhal lazeena aamanoo laa takhoonal laaha war Rasoola wa takhoonooo amaanaatikum wa antum ta'lamoon Taala, Sadaqallahul azim. Maksudnya, wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahuinya, yakni salahnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Semanggol, Ketua Pembangkang, Yang Berhormat seluruh Exco Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat ADUN-ADUN seterusnya pegawai-pegawai jabatan kerajaan sekalian. Dato' Yang di-Pertua, Slim ucapkan ucapan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada Slim untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan membawa Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 baru-baru ini. Ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas kejayaan membentangkan Belanjawan 2023 yang sudah pasti bertepatan dengan tema "Perak Makmur Rakyat Sejahtera".
Semoga Belanjawan ini memberi manfaat yang dirasai oleh seluruh rakyat negeri Perak insyaAllah. Suka Slim merakamkan sekalung penghargaan kepada seluruh pengundi DUN Slim pada PRU-15 yang lalu juga kepada seluruh masyarakat di DUN Slim. Maka tanggungjawab kita berada di Dewan yang mulia ini mestilah membawa kepentingan dan masalah rakyat tidak kira fahaman politik, kaum dan latar belakang. Pihak Kerajaan mesti memberi contoh terbaik dalam mengimbangi keharmonian dengan memberi hak kepada semua rakyat melalui saluran yang sepatutnya. Kita melihat satu kejayaan negeri dari agensi negeri yang lepas apabila laporan Audit Negara 2021, analisis kewangan Kerajaan Negeri Perak secara keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2021 adalah kukuh berdasarkan metrik kedudukan kewangan 2021. Kutipan hasil 2021 meningkat sebanyak 1.5%, menjadi juga berbanding dengan tahun 2020 namun perbelanjaan mengurus menurun 5.3%.
Maka Kerajaan Negeri perlu mengekalkan prestasi pengurusan kewangan yang baik di samping perbelanjaan secara berhemah tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan pembangunan ekonomi negeri. Beberapa fokus yang diberikan, yang pertama, tadbir urus projek kepentingan negeri. Terima kasih di atas peruntukan belanjawan sebanyak RM258.1 juta bagi tujuan penambahbaikan kemudahan prasarana. Menjadi salah satu fokus utama Kerajaan Negeri. Maka saya ingin sentuh dengan keperluan menambah lampu jalan di sekitar yang kekerapan berlaku kemalangan pada waktu malam. Laluan Kuala Slim ke Felda Gunung Besout, laluan masuk Felda Trolak Utara dan Selatan, laluan Sungkai ke Felda Gunung Besout, laluan Trolak ke Slim River, dan laluan Klah Baru ke Sungkai. Laluan-laluan ini disebut adalah laluan yang kekerapan berlaku kemalangan. Apabila kita mendapat statistik daripada Polis Trafik, IPD Slim, kalau kita lihat lima bulan sahaja, statistik banyak berlaku kemalangan disebabkan banyak faktor dan kita lihat ia perlu diatasi dengan segera. Oleh demikian saya mencadangkan untuk ditambah beberapa lampu jalan bagi memudahkan serta mengelak kemalangan jiwa. Antara faktor besar adalah disebabkan penglihatan yang terbatas ketika memandu dalam keadaan yang sangat gelap.
Timbalan Yang di-Pertua seterusnya kesejahteraan rakyat dalam fokus selaras dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan tahap sosial ekonomi rakyat, agenda pendidikan akan terus menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri. Terima kasih di atas peruntukan yang diberikan RM21,000.4 juta bagi tujuan bantuan pendidikan di peringkat pembelajaran. Pelbagai program pendidikan yang dinyatakan oleh Kerajaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat. Kerajaan perlu mengambil perhatian yang serius terhadap golongan yang tercicir dalam pendidikan, samada mereka tidak berkemampuan atau cenderung ke arah kemahiran. Saya nak sentuh berkaitan dengan PPD Muallim. Justeru Slim ingin nyatakan bahawa bagi memastikan pendidikan terus dapat diurus dengan lebih baik dan teratur perlu sebuah tempat yang kondusif. Walaupun PPD Muallim baru beroperasi, 2016 beroperasi dan ditutup pada 2019 dan kalau lihat beberapa berita yang dinaikkan sebelum-sebelum ini, banyak mencadangkan untuk PPD Muallim dibuka semula. Maka setelah dibuka, hari ini kita dengar PPD nak menyewa bangunan kedai untuk pentadbiran.
Maka kita lihat, perlu ada satu jalan penyelesaian untuk pendidikan terus dapat diurus dengan baik dan teratur, perlu sebuah tempat yang sesuai untuk menjalankan pentadbiran. Maka di sini kalau lihat sebelum ini, ditumpang di Sekolah Kebangsaan Amiruddin Baki, Slim River. Sehingga hari ini dan PPD Muallim juga dikenali sebagai PPD Satelit dan banyak juga kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh PPD Muallim terbatas kerana masih tidak ada tempat yang khusus. Maka perlu dipertimbangkan dan perlu disegerakan untuk PPD ada tempat yang sesuai. Seterusnya, untuk maklumat Yang di-Pertua, PPD perlu menguruskan 31 buah sekolah rendah, 7 sekolah menengah kebangsaan, sebuah sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah swasta, SRITI. Maka Slim memohon Kerajaan Negeri menyediakan tapak. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya, fokus keterjaminan bekalan makanan, masalah ekonomi generasi kedua. Belanjawan Kerajaan Negeri Perak tidak menyebut berkaitan dengan Felda dan Felcra kerana ia di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan. Namun pada pandangan saya, Kerajaan Negeri boleh memainkan peranan memberdayakan komuniti Felda seperti jawatankuasa, pembangunan dan koperasi.
Isu paling besar pembangunan Felda ini mempelbagaikan kegiatan ekonomi di Felda. Kawasan Felda ada modal aset sumber manusia dan tanah. Dua modal ini sepatutnya diambil peluang untuk mempelbagaikan ekonomi kawasan Felda. Sektor yang paling berpotensi adalah berkaitan dengan industri kecil dan sederhana IKS. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga disarankan agar meneliti usaha bagi memastikan keberlangsungan ekonomi komuniti Peneroka Felda. Pada masa yang akan datang, saya akan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini yang telah menghapuskan hutang Peneroka Felda sebanyak RM83 bilion sebelum ini. Kita menyambut baik usaha-usaha Kerajaan melalui beberapa inisiatif yang dinyatakan. Contohnya, melalui sektor pertanian yang menelan belanja sebanyak RM55 juta.
Antaranya, peruntukan sebanyak RM5 juta di bawah belanja pembangunan yang disediakan bagi membiayai program pembangunan tanaman, pembangunan ladang dan infrastruktur, program peningkatan kapasiti pengeluaran produk makanan serta pelbagai kursus dan latihan juga belanja program di bawah Jabatan Veterinar dan SADC yang melibatkan pertanian dan penternakan. Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan FELDA melalui agensi-agensi berkaitan untuk membuka peluang kepada generasi baru FELDA untuk menyertai program-program ini sekaligus dapat mempelbagaikan aktiviti ekonomi mereka. Peneroka FELDA memerlukan dokongan agar mereka tidak hanya bergantung kepada penebatan tuaian kelapa sawit semata-mata.
Sebaliknya, penjanaan ekonomi golongan ini mampu dihasilkan melalui aktiviti tanaman sayur-sayuran dan penternakan seperti kambing, lembu, ayam, arnab dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga disarankan agar melibatkan peneroka FELDA dalam program pembangunan modal insan memfokuskan kepada beberapa kemahiran-kemahiran. Generasi baru peneroka FELDA mesti melibatkan dan memberi manfaat antara dalam peruntukan RM5.5 juta diperuntukkan untuk program TVET RM1.2 juta kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan RM2.0 juta melalui Yayasan Perak yang melaksanakan program tabung usahawan. Mudah-mudahan dengan penglibatan generasi baru FELDA dalam usaha-usaha yang dibentangkan Kerajaan pada Bajet 2023 ini dapat menjayakan, kita membudayakan ekonomi generasi baru peneroka FELDA. Seterusnya, kesejahteraan rakyat penempatan baru golongan B40 generasi FELDA dan FELCRA.
Terima kasih kepada peruntukan Kerajaan bagi meringankan beban rakyat menyediakan kediaman yang selesa dan mampu milik dikalangan golongan berpendapatan rendah. Program ini merupakan pinjaman perumahan tanpa faedah khusus untuk golongan B40 sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Rumah Perak Prihatin yang diselaras oleh Yayasan Perak. Ditambah program pinjaman perumahan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.7 juta di bawah Tabung Amanah Ladang Masyarakat Ladang Mas akan menguruskan program Sayangi Rumahku oleh Yayasan Perak. Program bantuan baik pulih dan bina baru rumah secara percuma kepada rakyat yang kediamannya mengalami kerosakan atau Slim menyambut baik usaha murni ini khusus untuk B40 di DUN Slim dan mengharapkan agar program ini menyeluruh dan tiada kawasan yang terpinggir.
Timbalan Yang di-Pertua, Slim ingin bertanya adakah pihak kerajaan berhasrat, bersedia dan bersungguh untuk membantu menyelesaikan masalah rumah generasi kedua FELDA dan FELCRA? Kalau di FELDA Gunung Besout, 102 buah rumah yang telah siap dah lama tapi masih lagi tidak dapat memberi kepada orang yang sepatutnya. Undian Majlis Cabutan Undi Perumahan Generasi Baharu (PGBF) Gugusan Felda Besout telah dibuat. Kita tidak mahu setiap kali pilihanraya, seolah-olah diberi gula-gula kepada generasi kedua. Slim mengharapkan ini ada jalan penyelesaian segera. Perkhidmatan baharu generasi FELDA harus diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri kerana hal ini generasi kedua Felda ramai yang sudah berkeluarga dan memerlukan rumah. Mungkin pihak Kerajaan Negeri perlu meneliti Akta Penempatan Berkelompok GSA 1960, adakah perlu dipinda ataupun membuka klausa yang menjelaskan tanah peneroka FELDA sama ada boleh diwarisi oleh generasi kedua FELDA? Kami menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Besar pada 28 Ogos 2022 berkaitan perbincangan atur semula antara Kerajaan Negeri, FELDA dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.
Kami nyatakan kebersediaan untuk bersama dengan Kerajaan Negeri agar usaha ini dapat dijayakan demi masa depan generasi FELDA. Jika kita turun ke lapangan, kita mendengar generasi FELDA banyak sangat isunya. Banyak dari sudut masalah rumahnya, masalah ladangnya, masalah ulat bungkusnya, masalah fasiliti kemudahan warga FELDA. Terutama di klinik memerlukan ambulan dan sebagainya. Banyak fasiliti yang perlu difikirkan oleh kerajaan untuk memudahkan mereka di sana. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya fokus kelestarian alam sekitar. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memperuntukkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak RM96.8 juta bagi Belanja Mengurus. Manakala RM15 juta disediakan meliputi Rancangan Tebatan Banjir (RTB). Slim ingin menyebut beberapa tempat di DUN Slim yang perlu diberi perhatian kerana kekerapan berlaku banjir. Yang pertama, transit Orang Asli, Pusat Kesihatan Daerah (PKB) Muallim, Kampung Kuala Slim, Kampung Trolak Pekan, Felda Trolak Utara, Felda Trolak Selatan, Kampung Kelah Baru dan sekitarnya. Adakah cukup sekadar mendalamkan sungai sahaja? Cadangan Slim agar jabatan yang berkaitan untuk sentiasa memantau sungai dan parit yang berpotensi banjir secara berkala, juga tebatan banjir yang perlu dilakukan dengan kadar yang segera.
Yang seterusnya, fokus tadbir urus projek kepentingan negeri. Baik pulih jalan. Terima kasih kepada kerajaan yang memperuntukkan kepada JKR, RM 90 juta di bawah Belanja Mengurus. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM35 juta diperlukan untuk projek jalan dan jambatan. Slim melihat isu jalan ini adalah isu utama rakyat yang perlu pemantauan berkala dan menyelesaikan segera oleh pihak JKR. Kadang-kadang isu ini tidak perlu kita menunggu aduan rakyat kerana jika aduan rakyat ini, akan berlaku panas di media sosial. Jadi di sana lah ADUN, Ahli Majlis, JKKK dan sebagainya kena hentam. Di situ lah tidak harmoninya. Maka perlu kepada tindakan yang lebih proaktif.
Seterusnya, fokus dua tadbir urus projek kepentingan negeri. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana memperuntukkan RM2.13 juta kepada Jabatan Kehakiman Syariah bagi memperluaskan perkhidmatan kehakiman syariah termasuk Mahkamah Syariah Daerah Muallim. Untuk maklumat Dewan, sebelum ini urusan Mahkamah daerah Muallim perlu ke Mahkamah Tapah. Semoga perkhidmatan ini dapat mempermudahkan urusan Pejabat Agama Daerah dan masyarakat setempat. Seterusnya, Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan modal insan dan belia, RM21.6 juta bagi pembangunan modal insan dan belia. RM1.2 juta peruntukkan negeri untuk memperkasakan anak muda dan belia dan program berupaya mahasiswa. Kalau tengok, bandar Pekan Slim itu, futsal pun tak ada. Jadi, perlu bandar mesra belia yang dicanangkan di Daerah Muallim itu perlu dilihat menyeluruh. Bukan sekadar di Tanjung Muallim, pekan yang besar, tapi melihat sehingga ke bawah Slim River. Jadi, kita mengalu-alukan mungkin ada cadangan untuk membawa sesuatu, mungkin projek untuk bandar tarikan belia. Timbalan Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya ingin menutup perbahasan ini dengan sepotong ayat Al Quran dalam surah Sahabah (AYAT QURAN).
Bandar yang baik akan mendapat keampunan Allah. Islam dalam bentuk bandar yang baik, tidak menolak kaedah inovatif dan kreatif, seperti menjalankan penyelidikan asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Perancangan bandar sejahtera perlu dilihat dalam konteks kesepaduan sistem hidup Islam yang diterjemahkan dalam aktiviti kehidupan seharian masyarakat dan diterjemahkan ke dalam ruang dan ke bentuk fizikal. Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutupnya, suka saya merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah menghempas pulas dalam menyediakan Belanjawan Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2023 ini. Tidak lupa juga kepada semua barisan penjawat awam Negeri Perak yang sebagai teras kepada keberhasilan dan keberjayaan segala yang diputuskan secara bersama. Saya juga mendoakan agar Negeri Perak terus dikurniakan keamanan dan kesejahteraan, seterusnya dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Ilahi buat rakyat dan penduduknya. Izinkan saya membacakan pantun yang terakhir,
Berkaliang warisan anak anak Merdeka, Disanjung dipuja setiap masa, Rakyat DUN Slim tetap dijiwa, Masa depan dinanti untuk dibangga.
Pohon mangga, buahnya lebat, Secangkir kopi, diminum hangat, Negeri Perak terus hebat, Di rahmati Ilahi, terasa selamat.
Assalamualaikum wbt. DUN Slim menyokong belanjawan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Slim. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam muhibah kepada Yang Berhormat
Timbalan Yang di-Pertua, sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat Dewan Negeri, para pegawai kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang sedang menonton secara langsung Sidang DUN Negeri kali ini. Izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan RUU Perbekalan bagi tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 yang amat penting ini. Hutan Melintang juga ingin turut serta mengambil bahagian dalam pembahasan RUU Perbekalan bagi tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak dan Dato’ Yang di-Pertua kerana dilantik semula dan tidak lupa juga kepada Timbalan Yang di-Pertua, Puan Jenny Choi yang dipilih untuk menjawat jawatan tersebut pada penggal ini.
Alhamdulillah, Pilihanraya Umum ke-15 telah melabuhkan tirainya pada 19 November 2022 yang lalu. Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat Yang Berhormat, Dewan yang berjaya mendapat mandat dan kepercayaan kawasan masing-masing dan ingatlah bahawa keamanahan ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang berat. Penuhilah tanggungjawab ini dengan amanah, ikhlas, jujur, adil, saksama terhadap kita tanpa prejudis, tanpa diskriminasi, tanpa penindasan, tanpa mengira fahaman politik, tanpa melihat tata belakang, tanpa mengira peringkat umur, tanpa mengira fahaman agama mahu pun kaum. Tidak kira siapa jua, mereka adalah tanggungjawab kita untuk menjaga dan membela nasib mereka kerana antara tanggungjawab kita kepada mereka adalah untuk membina masyarakat yang bersatu, masyarakat yang menerima dan meraikan perbezaan, masyarakat yang menghormati realiti kepelbagaian dan masyarakat dan juga melihat kepelbagaian secara positif. Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pelbagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza tentang belanjawan ini. Realitinya, Belanjawan 2023 ini adalah tidak lain dan tidak bukan di rangka untuk kelangsungan hidup rakyat dan ketahanan ekonomi negara pada masa akan datang yang tidak menentu.
Terciptanya belanjawan ini adalah untuk memelihara kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan dan kehidupan agar rakyat negara kita mampu menghadapi cabaran-cabaran ekonomi akan datang. Diharap melalui belanjawan 2023 ini, kita dapat membina ketahanan supaya rakyat dapat melangkah ke masa depan lebih cerah. RUU Pembekalan dan Pembangunan kali ini bertemakan "Perak Makmur Rakyat Sejahtera" yang menelan belanja peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM1.19 billion dengan menekankan 5 fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan serta pembangunan modal insan dan belia. Di mana bagi maksud pembangunan RM390 juta iaitu penambahan RM93 juta berbanding belanjawan tahun sebelumnya dan belanja bagi maksud mengurus RM794 juta dan dari belanja tersebut, RM38.9 juta dikhususkan bagi tujuan kesejahteraan rakyat.
Saya dengan penuh takzim berdiri dalam Dewan yang mulia ini menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosial ekonomi dunia tahun 2023 masih tidak menentu dan sangat bergelora. Dalam persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu, persaingan globalisasi yang semakin hangat serta perkembangan teknologi yang pantas, daya tahan negara mesti dipertingkatkan. Dengan mengambil kira cabaran-cabaran ini, RUU Perbekalan dan Pembangunan ini digubal bagi memberi penekanan kepada aktiviti rakyat dalam Negeri bagi kesejahteraan serta kelestarian rakyat di peringkat yang lebih tinggi. Kita akui pasaran dalam negeri tidak cukup besar untuk membawa ekonomi kita ke hadapan. Kita juga perlu mengkaji bagaimana sumbangan rakyat kepada ekonomi Negara dapat dipertingkatkan. Antaranya sektor yang perlu diberi penekanan ialah sektor pertanian dan pembuatan. Selaras dengan itu, RUU Perbekalan dan Pembangunan ini perlu mengutamakan strategi-strategi berikut.
Pertama, meningkatkan pelaburan tempatan dalam semua sektor yang berpotensi menjana pertumbuhan. Kedua, mengenal pasti dan menerokai bidang baru dalam semua sektor perkhidmatan, pertanian dan pembuatan. Ketiga, memantapkan kewangan sektor awam serta mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Keempat, memupuk masyarakat progresif, berakhlak dan berharmoni serta menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru Dewan ini, yang mulia ini agar semua pihak bersama-sama dan berusaha sungguh-sungguh berganding bahu bagi menghadapi cabaran ekonomi tersebut.
Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat, menyusur titian masa semenjak tahun 1971 hingga 1990, kita telah melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu DEB yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengutamakan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Di mana ketika itu kita mencapai sasaran ekonomi, sosio ekonomi yang lebih saksama sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam Negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Di sinilah satu hal yang perlu difahami baik-baik bahawa kesemua dasar gagasan, dasar dan matlamat setiap satu rancangan adalah tali-temali, saling kait-mengait dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain secara konsisten sejak puluhan tahun yang lalu sehingga kita telah mampu memperolehi pelbagai nikmat kejayaan kerana pernah mencatat pertumbuhan ekonomi antara yang tertinggi di asia.
Ringkasnya pada hemah saya, kita perlu membangunkan satu tamadun holistik di mana masyarakatnya memiliki nilai-nilai tinggi, berakhlak, mencintai ilmu pengetahuan, rajin membaca, menghargai seni budaya dan warisan serta memiliki minda yang mencerminkan rakyat sebuah Negara maju. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, antara program Kerajaan Negeri yang menarik minat saya adalah program Kad Perak Sejahtera, Program Bantuan Kotak Makanan, Program Pendaya-upayaan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Program Khairat Kematian, Program Bantuan Pendidikan Termasuk Biasiswa oleh Menteri Besar, Program Teduhan Kasih, Program Kesihatan serta program khusus untuk golongan Belia yang diberi peruntukan sebanyak RM21.6 juta bagi pembangunan modal insan, kerjaya, pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional iaitu TVET.
Pendek kata belanjawan kali ini adalah untuk rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Oleh yang demikian, saya ingin melihat beberapa perkara dan rancangan yang boleh dikaji dan diteliti oleh Kerajaan bagi mewujudkan projek pemangkin bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di kawasan-kawasan membangun seperti di kawasan DUN Hutan Melintang. Bagi merapatkan jurang pembangunan kawasan di sekitar negeri Perak Ridzuan yang tercinta ini. Sehubung dengan ini, jasa baik dan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan strategi untuk setiap kawasan dikenal pasti bagi memastikan pembangunan seimbang antara wilayah dan kawasan di dalam Negeri Perak dapat dilaksanakan. Antara perkara yang perlu dititik beratkan dan diberi keutamaan bagi memperkukuh pembangunan ekonomi wilayah dan kawasan, empat strategi mesti dikenal pasti termasuklah memperkukuh dan memperkemas perancangan pembangunan serta memoden dan pelbagai asas ekonomi. Merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar mesti digariskan melalui tiga strategi iaitu termasuklah mempertingkatkan infrastruktur luar bandar dan menambah baik hubung kait antara bandar dan luar bandar.
Bagi rancangan untuk mempercepatkan pembangunan di kawasan luar bandar pula antara strategi yang perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan adalah mempergiatkan pertumbuhan ekonomi dan perancangan pembangunan dan mempertingkat infrastruktur untuk menambah baik ketersambungan di kedua-dua kawasan antara bandar dan luar bandar. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, makanya melangkah kita ke hadapan buat julung kali setelah menerima mandat daripada rakyat secara demokrasi pada Pilihan Raya Umum yang lalu dengan kehendak dan izin Yang Maha Berkuasa saya mencadangkan usul RUU Perbekalan tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 ditekankan dipertimbangkan dan diambil kira melalui beberapa perkara dan aspek yaitu pertama inklusiviti, ke-dua kesejahteraan rakyat, ke-tiga modal insan, ke-empat pertumbuhan hijau, ke-lima infrastruktur, ke-enam inovasi dan produktiviti. Bagi mempastikan enam strategi ini yang berjaya mencapai matlamatnya, dengan izin, game changers, perlu dibantu, dibentuk, dibincangkan dan dilaksanakan antaranya seperti menekankan perancangan bersepadu jangka panjang dan perlaksanaan projek-projek yang tersusun, menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan lain yang komprehensif, menggalakkan multimodalisme, meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan, memastikan ketersediaan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan pada kos yang munasabah. Ianya adalah sebagai pemangkin ke arah lonjakan yang signifikan bagi meningkatkan produktiviti, infrastruktur, ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara inklusif di setiap kawasan di dalam Perak Darul Ridzuan.
Kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya. Apa artinya kemajuan tanpa sentosa dan bahagia mendatangi kehidupan, sumber terpenting kepada pembangunan kawasan negeri dan maju dan mundurnya sebab kawasan negeri dan negara bergantung penuh kepada kekuatan dan kehebatan modal insan, infrastruktur, produktiviti dan kesejahteraan rakyat. Bagi memastikan kesejahteraan dan taraf hidup rakyat terus dipelihara terutamanya di kawasan luar bandar, perlaksanaan, projek-projek yang memberi manfaat terus kepada rakyat iaitu projek-projek yang bersifat mesra rakyat dan berimpak tinggi seperti jalan raya, jambatan, bekalan raya, bekalan letrik, keselamatan, kesihatan, rumah, ibadat, sekolah dan sebagainya perlu digiatkan dan diteruskan. Di kesempatan ini, suka saya menyentuh sedikit beberapa perkara yang difikirkan perlu dipertimbangkan dan dikaji bagi kawasan DUN Hutan Melintang di antaranya adalah berkenaan struktur dan permukaan jalan persekutuan dari arah Simpang 4 dan jalan masuk ke Hutan Melintang dari Teluk Intan di mana ia perlu diberi perhatian untuk dibaikpulih dengan peruntukan kerajaan. Lampu-lampu jalan yang perlu ditambah dan dibaikpulih untuk keselesaan dan keselamatan rakyat terutamanya di kawasan berisiko termasuk juga rancangan bagi merangkakan plan strategik untuk mengurangkan kawasan yang berisiko banjir seperti membina kolam, tadahan, menaiktaraf sistem konektiviti saliran dan mendalami dan membesarkan hilir sungai yang perlu dipertimbangkan.
Industri perikanan di kawasan DUN Hutan Melintang juga berpotensi untuk diberi perhatian, dikaji serta dinaiktaraf bagi meningkatkan ekonomi masyarakat setempat seperti mewujudkan pusat pengumpulan hasil tangkapan bagi mengelakkan dimonopoli orang tengah sewaktu pembelian secara pukal bagi mengelak gejala yang tidak sihat bagi golongan generasi penerus negara secara amnya khususnya rakyat Hutan Melintang, satu hub sukan atau tempat riadah juga perlu dipertimbangkan bagi menggalakkan rakyat Hutan Melintang menjalankan aktiviti-aktiviti riadah serta sukan kerana badan yang sehat akan menjana otak yang cerdas. Generasi muda dan belia adalah tonggak yang akan mencorak masa depan negara dan peranan mereka harus dihargai dan dititik beratkan. Saya yakin dan percaya setiap kawasan mempunyai masalah masing-masing, oleh itu pemeliharaan, kemudahan awam dan infrastruktur seperti jalan raya, air, saliran, pembentungan, kutipan sampah dan keindahan alam sekitar perlu diberi penekanan kepada meneliti, mengkaji dan mengemaskini mengikut kesesuaian kawasan masing-masing bagi memastikannya ia memberi manfaat, keselesaan serta kebijaksanaan kepada rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dan situasi rakyat yang terbeban dengan masalah kos sara hidup, sekiranya dikabulkan dan diperkenankan dalam usul RUU Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 ianya sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan masalah rakyat. Sememangnya beban dan amanah yang sedang digalas ini adalah berat dan memerlukan sokongan dari jiwa-jiwa besar serta kekuatan dari segenap penjuru. Barulah sebuah kawasan, negeri, negara, bangsa yang maju dan berjaya dapat dijelmakan serta dibela. Sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua sahabat yang berhormat di dalam Dewan ini yang saya hormati dan saya kasih termasuk juga diri saya. PRU sudah berakhir, kerajaan juga telah tertubuh, sudah masanya dihentikan intrig politik yang hanya menempah kita ke kancah perpecahan, kita manfaatkan gudang suara ini menelah dan berbahas soal dasar dan kepentingan rakyat.
Akhir kalam, saya ambil kesempatan menyeru semua sahabat baik kerajaan maupun pembangkang untuk sama-sama memainkan peranan dalam memacu negeri tercinta ini ke arah yang lebih baik. Pucuk pangkalnya jangan dipersiakan kemenangan ini. Apa yang kita baru kecapi secara susah payah semoga negeri Perak Darul Ridzuan dilimpahi rahmat, keamanan, kemakmuran, kesejahteraan rakyatnya akan terus diberkati dan dibela. Sebelum saya mengundur diri, ingin saya mengucapkan tahniah kepada penjawat awam kerana bajet kali ini Kerajaan Negeri juga memperuntukkan bantuan khas kewangan dengan bonus satu setengah bulan gaji minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Semoga dengan pengumuman tersebut penjawat awam dapat berkhidmat dengan lebih dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam laksanakan amanah yang diberi.
Pada petang ini juga, saya ingin dan juga tertarik dengan ucapan Titah Di Raja Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muhyiddin Shah Ibni Al Mahrum, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfirullah yang saya mohon, yang memetik firman dalam Al Quran surah dalam ayat 8 surah Al Matana yang memaksud, "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." Dengan ini saya dengan rendah diri dan penuh tawadduk ingin menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sebulat suara meluluskan Belanjawan 2022 ini, dengan ini saya menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan Bagi Tahun 2023 kali ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Hutan Melintang. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk memulakan perbahasan. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Atas nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Gunung Semanggol, Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana terpilih sekali lagi menjadi yang di-Pertua Dewan. Bagi penggal ini. Juga tahniah kepada Timbalan Yang di-Pertua. Ucapan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan, juga sekali lagi terpilih sebagai Menteri Besar Negeri Perak. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Gunung Semanggol, kerana dipilih sebagai Ketua Pembangkang. Ucapan tahniah juga kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tahniah juga kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terpilih bagi kawasan masing-masing. Terima kasih juga kepada pengundi-pengundi DUN Kuala Sepetang, terutamanya pengundi-pengundi muda, kerana mereka pulang beramai-ramai untuk mengundi tanpa diberi sebarang peruntukan dan berterima kasih saya kepada mereka kerana mereka mengundi Perikatan Nasional.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Sepetang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2023. Tak lupa juga sebelum saya terus ucapan, ingin saya mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional kerana Kerajaan Campuran ini telah berjaya membentuk sebuah kerajaan bagi Negeri Perak. Semoga dengan campuran ini agar dapat melahirkan pemikiran-pemikiran dan idea-idea yang lebih bernas bagi meningkatkan ekonomi ke arah Perak makmur rakyat sejahtera. Tahniah dan syabas.
Orang haji dari Jeddah, Buah kurma berlambak lambak, Pekerjaan guru bukannya mudah, Bagai kerja menolak ombak".
Kota Tampan dan Kuala Sepetang sama sama mantan guru. Dari guru kepada wakil rakyat bukannya mudah. Jika dulu kerja menolak ombak, Kini kerja di badai ombak.
Timbalan Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua. Kuala Sepetang amat terharu dengan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi selaras dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan tahap sosial ekonomi rakyat. Agenda pendidikan akan terus menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM21.4 juta bagi tujuan bantuan pendidikan di pelbagai peringkat pembelajaran. Walaupun komitmen yang dilontarkan begitu tinggi, namun angka yang diperuntukan hanyalah sekitar 2% daripada anggaran belanjawan yang dibentangkan. Kendati pun begitu, usaha meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak Negeri Perak harus dihargai dan disokong. Pada masa ini, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu SPM, merupakan kayu ukur penting kepada kejayaan pendidikan kita. Bagi tahun 2021, Indeks Gred Purata Negeri ataupun disebut GPN, Negeri Perak mencatatkan 4.96. Jumlah mata GPN Perak ini lebih tinggi daripada negeri maju, seperti Selangor yang hanya mencatat 4.87. Keputusan SPM 2021 juga menunjukkan 85.71% calon SPM Negeri Perak layak menerima sijil. Peratusan ini mewakili 28,817 daripada 33,144 pelajar yang mendaftar.
Namun, terdapat lebih 5,000 lagi calon SPM kita yang gagal mendapat sijil. Justeru kita semua harus berusaha meningkatkan lagi jumlah calon yang layak mendapat sijil kerana ini adalah satu-satunya peperiksaan yang menjadi kayu ukur untuk melanjutkan pelajaran atau melangkah ke alam pekerjaan. Jika boleh kita tetapkan matlamat, bukannya 90% dan bukannya 95%, akan tetapi 100% calon SPM Negeri Perak 2023 akan layak menerima sijil SPM. Jika ini dapat kita capai, maka ia akan menjadi satu kejayaan kepada pentadbiran negeri ini. Bagaimanapun, dalam meneliti belanjawan 2023, saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini mengenai beberapa perkara yang mungkin boleh diperbaiki dalam usaha kita meningkatkan kualiti ekosistem pendidikan Negeri Perak. Antaranya ialah peruntukan bantuan kepada sekolah mengikut perkapita. Dalam belanjawan tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM4.5 juta bagi bantuan perkapita kepada sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil, sekolah menengah jenis kebangsaan cina, sekolah Mubaliq dan sekolah suar. Manakala bagi tahun yang sama, peruntukan bantuan perkapita bagi sekolah tahfiz dan pondok ialah RM2 juta. Sekolah tahfiz dan pondok turut mendapat peruntukan program sebanyak RM1.5 juta.
Bagaimanapun bagi tahun 2023, sekolah tahfiz dan pondok hanya menerima bantuan RM2 juta. Manakala peruntukan bagi sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil, sekolah menengah jenis kebangsaan cina, sekolah Mubaliq dan sekolah SUWA telah dinaikkan kepada RM5 juta. Selain sekolah tahfiz dan pondok, Universiti Sultan Azlan
Shah ataupun USAS turut menerima peruntukan yang kurang berbanding tahun tahun sebelumnya. Pada tahun 2022, USAS mendapat RM5 juta. Namun, bagi tahun hadapan, USAS hanya akan mendapat RM3 juta. Saya berharap pengurangan ketara, sumbangan kepada sektor pendidikan yang dilihat berkait rapat dengan melayu dan Islam bukanlah atas sifat balas dendam, berikutan kehilangan sokongan Barisan Nasional iaitu UMNO dalam kalangan pengundi melayu.
Mungkin ada pertimbangan-pertimbangan lain yang diambil kira oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam mengurangkan peruntukan-peruntukan ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, adalah penting peruntukan pendidikan daripada belanjawan negeri Perak yang tidak seberapa ini diutamakan kepada hal-hal yang memberi manfaat besar kepada dan menyeluruh kepada anak-anak kita di bangku sekolah dan universiti. Mereka inilah yang nanti akan membangunkan keluarga, masyarakat, dan negeri Perak Darul Ridzuan. Seterusnya, saya agak terkejut dengan keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperuntukan dana pendidikan negeri bernilai 600 ribu kepada pelari pecut negara Muhammad Azim Fahmi. Walaupun kita berbangga dengan pencapaian anak kelahiran Perak, Muhammad Azim yang mencatatkan rekod 10.09 saat bagi acara lumba lari 100 meter. Namun, jumlah ini adalah terlalu besar bagi seorang individu. Saya percaya kita telah mempunyai sistem sokongan peringkat nasional kepada atlit sukan negara yang mencapai prestasi mengagumkan. Justru, dalam kekangan belanjawan negeri, tidak seharusnya jumlah sedemikian besar diperuntukan lagi kepada seorang individu semata mata.
Dalam keadaan Kerajaan Negeri ingin meraih populariti dengan pengumuman sedemikian, adalah amat menyedihkan apabila kita mendapati program pembangunan pendidikan pelajar-pelajar orang asli bagi tahun hadapan, hanyalah sebanyak RM400 ribu sahaja. Beberapa bulan lalu, Perdana Menteri ke 9, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, mendedahkan bahawa sebanyak 10% pelajar dalam kalangan orang asli di seluruh negara berhadapan keciciran persekolahan akibat kemiskinan dan kekurangan infra. Walaupun saya belum mempunyai data yang tepat untuk negeri Perak sahaja, namun memandangkan negeri Perak antara tiga buah negeri yang mempunyai masyarakat orang asli teramai, maka kemungkinan peratusan nasional itu mencerminkan peratusan negeri adalah sangat tinggi. Adalah amat menghairankan di sebalik pendedahan sedemikian, peruntukan kepada pendidikan pelajar-pelajar orang asli tidak menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu. Malah hanya RM200 ribu diperuntukan bagi bantuan per kapita murid berkeperluan pendidikan khas pada tahun 2023 berbanding RM800 ribu pada tahun 2022. Adalah tidak munasabah bagi individu seorang individu mendapat dana pendidikan sehingga mencecah RM600 ribu. Sedangkan anak-anak orang asli hanya mendapat peruntukan RM400 ribu, manakala pelajar kurang upaya pula hanya mendapat bantuan RM200 ribu. Seorang ahli falsafah pernah berkata, matlamat besar pendidikan bukan sahaja pengetahuan, tetapi di atas semua tindakan. Jadi di mana nilai dan neraca yang kita cuba tunjukkan kepada rakyat terutama kepada anak-anak kita, dari keluarga berpendapatan rendah dan daerah-daerah terpencil.
Dato Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, Kuala Sepetang ingin merakamkan penghargaan atas peningkatan peruntukan program Saradiri dan Kecemasan Mahasiswa daripada RM600 ribu pada tahun 2022 kepada RM2 juta pada tahun hadapan. Apa yang diharapkan pemberian bantuan ini dilakukan secara telus dan tiada lagi mahasiswa yang tercicir. Jangan pula ada pilih kasih berdasarkan segmen pendidikan tertentu atau kecenderungan politik tertentu. Yang terakhir, Belanjawan Perak 2023 juga mensasarkan 25 ribu anak-anak negeri bagi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan peruntukan RM5.5 juta. Langkah Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada TVET sangatlah dialu alukan. Namun, Kuala Sepetang berpendapat, sasaran 25 ribu orang peserta dengan peruntukan sebanyak RM5.5 juta adalah sangat-sangat tidak munasabah. Jika kerajaan negeri kekal dengan sasaran tersebut, ia bermakna kos latihan setiap peserta hanyalah sekitar RM250. Ini satu angka yang agak tidak munasabah. Bagi latihan TVET dan kita khuatir latihan yang akan disediakan sekadar melepas batuk di tangga, tanpa menghasilkan apa-apa kemahiran yang boleh memenuhi kehendak industri dan negeri.
Justeru dalam kita mahu memperbanyakkan pelajar dan belia yang meneruskan kerjaya dalam pendidikan TVET bagi mengwujudkan sejumlah tenaga kerja, berkemahiran biarlah ia berkualiti dan bermanafaat. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian, dalam menyediakan belanjawan dan melaksanakannya, agihan peruntukan Kerajaan Negeri bagi tujuan pendidikan haruslah bersifat menyeluruh dan mengambil kira kepentingan ramai dan efektif. Bukannya sekadar meletakkan angka-angka tanpa meneliti secara mendalam keperluan setiap pihak.
Dato' Yang di-Pertua dalam kesempatan ini saya juga ingin membangkitkan beberapa perkara mengenai kawasan yang saya wakil, iaitu DUN Kuala Sepetang untuk pengetahuan dan belas ehsan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk bertindak. Saya bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Gunung Semanggol tadi. Setiap tempat saya percaya masalah pemilikkan tanah ini menjadi isu. Pun begitu, di Kuala Sepetang tidak terlepas daripada masalah yang sama. Sebagai contohnya, di Kampung Setiajaya, saya rasa Tuan Yang di-Pertua juga tahu berkenaan dengan keadaan itu. Mereka telah menduduki tanah itu lebih kurang tiga generasi, iaitu kalau kita kira lebih kurang 40 ke 50 tahun. Telah menduduki tanah itu. Tanah itu milik Kerajaan Negeri dan mereka berusaha setiap tahun untuk mendapatkan hak milik. Apabila kita bawa ke majlis perbandaran, bawah perancang bandar kita lepas, ke pejabat daerah kita lepas. Bila sampai kepada Plan Malaysia, kita tak lepas. Jadi saya harap, kerena penduduk di situ adalah dikalangan orang-orang miskin. Mungkin pegawai-pegawai yang ingin meluluskan tanah itu, mereka tidak tahu erti kemiskinan. Saya dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Jadi kemiskinan itu telah pun sebati dengan diri saya.
Ibarat beginilah contoh. Kalau kita tidak pernah merasai masam, bagaimana kita akan menikmati masam itu? Kalau kita pernah makan mangga putik yang masam, pada satu hari kita melihat seorang budak di hujung sana, menggigit mangga putik itu, kenapa air liur kita yang meleleh? Kerana masam itu meresap dalam jiwa kita. Jadi saya harap Dato' Yang di-Pertua. Kita permudahkanlah. Berilah mereka tapak tanah ini untuk rumah mereka. Bantulah mereka dan sekiranya kita memudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita. Pun begitu, masalah yang sama juga berlaku di Kuala Sepetang. Di Kampung Menteri. Sudah sekian lama, berpuluhan tahun mereka menduduki tanah JPS. Sedangkan tanah milik kerajaan masih banyak di kawasan itu. Apa salahnya jika dibuka kampung tersusun atau sebagainya dan pindahkan mereka daripada tapak JPS yang sering banjir itu dan beri mereka seperti mana kita punya Perikatan Nasional, kita berjanji kepada rakyat dalam manifesto kita sekiranya kita menjadi kerajaan, kita selama lima tahun, kita akan membuka sebanyak 50 ribu lot tanah untuk diberikan kepada B40 terutama anak-anak muda yang baru berkahwin. Kalau Dato' Yang di-Pertua pergi ke sana, rumah yang kecil...
Dua minit, dua minit.
Rumah yang kecil, mereka duduk, orang kampung yang miskin ini, mereka miskin harta, harta miskin, tetapi mereka kaya dengan anak-anak. Anak dah berkahwin pun duduk di situ lagi, maka ini boleh berlaku sumbang mahram dan keadaan sosial yang tidak baik. Jadi saya harap untuk DUN Kuala Sepetang ini tolong Yang Amat Berhormat Menteri Besar ambil perhatian dan satu lagi masalah tentang nelayan. Di Kuala Sepetang, bangsa Cina dan bangsa Melayu ini banyak terdiri daripada nelayan. Dan mereka ini, daripada zaman berzaman, datuk, nenek mereka menggunakan pukat sorong. Di sini tak ada, di Malaysia tak ada. Di Kuala Sepetang, mungkin di bagan pancor, aktiviti ini dijalankan. Dan pukat sorong ini tidak mendapat lesen tak pernah dikeluarkan. Jadi mereka beroperasi secara haram. Jadi mereka terpaksa membayar wang untuk menjalankan aktiviti. Berlakunya rasuah di situ.
Adakah kerajaan tidak mahu untuk, maksud saya begini. Saya cadangkan agar kerajaan berbincang dengan Jabatan Perikanan dan sebagainya bagaimana untuk memberi mereka lesen sementara atau pun kawasan-kawasan tertentu untuk mereka beroperasi. Mereka tak tahu nak tangkap ikan dengan cara lain cara yang mereka belajar adalah dengan pukat surung. Itu saja yang mereka tahu dan sudah 40, 50 tahun mereka bekerja dengan pukat surung dan hasil laut tidak pernah berkurangan. Ini maklumat yang saya dapat jadi tolong bantu mereka. agar mereka ini bekerja menangkap udang bukan untuk membina kekayaan tetapi mereka menangkap udang untuk melangsungkan kehidupan. Maksudnya, dengan duit itulah mereka akan memelihara anak-anak mereka dan dengan duit itulah mereka akan melanjutkan pelajaran anak-anak mereka dan duit itulah yang akan menjadi saran hidup bagi keluarga mereka.
Dato' Yang di-Pertua. Saya rasa setakat itu dahulu dan saya ingin mengakhiri ucapan saya ini dengan satu pesanan. Pesanan ini saya ingin berpesan kepada diri saya dan kepada semua rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya, kehidupan kita ini adalah satu kesementaraan yang terlalu singkat, apabila sampai waktunya kita semua akan kembali ke kampung asal iaitu menuju kematian dan semasa di sana, di hadapan Allah SWT, Allah tidak akan bertanya kepada kita berapa banyakkah kebenaran-kebenaran yang sering kita pertengkarkan. Akan tetapi, Allah akan bertanya kepada kita sepanjang kita dihantar ke sini, malahan kita menjadi pemimpin kepada masyarakat berapa banyakkah kebaikan-kebaikan yang telah kita lakukan. Jadi hari ini, marilah kita bersama-sama, walaupun kerajaan dan pembangkang yang baik kita akan teruskan dan kita akan sokong. Dato' Yang Di-Pertua. Kuala Sepetang menyokong. Sekian, wa bilahi tafeeq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kuala sepetang dan pembahas yang terakhir saya jemput Yang berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang. Dipersilakan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Hadir ke Dewan penuh bergaya, Dibawa bersama isu terkini, Perbahasan akhir dibawa saya. Pengkalan Hulu penutup cara Dewan hari ini.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabbilalamin. Wasalatu wasalamu ala asyuhu fi al anbiya wal musalin. Wa ala aalihi wa sahbihi ajmain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzwan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ahli-ahli Yang Berhormat Pihak Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat pihak Pembangkang. Yang berusaha ketua-ketua jabatan dan pengarah-pengarah, pengamal-pengamal media yang masih setia menunggu sehingga ke lewat petang ini dan seterusnya sidang hadirin rakyat yang mengikuti perbahasan ini. Khususnya rakyat yang sedang mengikuti secara langsung di DUN Pengkalan Hulu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih diucapkan kerana sudi memberikan peluang kepada Pengkalan Hulu untuk turut serta dalam membahaskan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Pera ketika membentangkan Rang Undang Perbekalan Tahun 2023 dan membawa Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 baru baru ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga DUN Pengkalan Hulu yang telah mengundi saya dan insyaAllah mandat yang diberikan akan diaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Dengan penuh tanggungjawab saya Ahli Dewan Negeri bagi Kawasan Pengkalan Hulu akan membahaskan Rang Undang Perbekalan Tahun 2023. Saya berdiri di sini dengan satu tujuan, dengan satu niat, dengan satu matlamat ingin melihat dan membawa suara masyarakat untuk diperjuangkan bersama.
Jadi berbalik kepada belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari saya tertarik dengan membahaskan beberapa perkara yang perlu dipandang dengan dua mata dan didengar dengan dua telinga. Dato Yang di-Pertua, kegawatan ekonomi global benar benar meletakkan kita dalam suasana di luar kebiasaan, kita bukan sahaja pernah berdepan dengan pandemik yang mengancam nyawa malah nadi ekonomi kita hampir terhenti susulan penutupan pintu sempadan dan pelaksanaan siri perintah kawalan pergerakan dan beberapa siri konflik politik yang berlaku sebelum ini. Penguncupan ekonomi bukan sahaja meningkatkan angka penggangguran dan menjadikan kuasa beli rakyat menurun ekoran batas dan halangan di dalam aktiviti perniagaan malah kutipan hasil negeri merosot dengan begitu ketara sekali.
Memetik ayat 67 daripada surah Al Furqan yang bermaksud “Dan mereka yang apabila membelanjakan harta mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil kedekut dan sebaiknya perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara kedua-duanya”. Menitik pengajaran dari surah tersebut Kerajaan Negeri perlu dan wajar mengambil langkah menyemak dan menyusun semula perbelanjaan bagi mengimbangi keperluan memperkukuhkan kedudukan kewangan tanpa mengabaikan tanggungjawab membela kebajikan rakyat. Jika kita melihat kepada peruntukan yang disediakan khususnya dalam bidang keusahawanan, saya adalah seorang usahawan dan hari ini menjadi wakil rakyat. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.2 juta jumlah ini dilihat sangat besar dan bernilai jika diuruskan serta diperuntukan dengan efisien dan saksama bagi memastikan ekonomi rakyat kembali pulih dengan mengambil berat soal keusahawanan kerajaan negeri hendaklah komited dalam merancang dan menyediakan kerangka ataupun ekosistem yang holistik bagi pembangunan keusahawanan di Negeri Perak ini.
Dato’ Yang di-Pertua, ada beberapa permasalahan yang perlu dilihat dan dipertimbangkan bagi memastikan bidang keusahawanan di negeri Perak ini terus memacu ekonomi negeri yang pertama, latihan dan bimbingan dalam bidang keusahawanan, latihan bermaksud segala usaha terancang organisasi untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Manakala bimbingan bermaksud proses di mana individu itu belajar melalui pengalaman untuk menjadi lebih mahir. Jadi, apabila disebut latihan dan bimbingan, ia memberi definasi lengkap iaitu setiap usaha daripada sesebuah organisasi bagi memastikan seseorang individu itu diberi pendendahan tentang kemahiran-kemahiran tertentu supaya produktiviti dapat dipertingkatkan. Usahawan tempatan khususnya dalam kalangan belia tidak begitu mengharapkan tongkat kewangan kerajaan untuk maju. Sebaliknya, bantuan permasalahan dan bimbingan latihan berterusan diteruskan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Mereka berpendapat jika ada bantuan kerajaan sekalipun, ia mestilah berfokus kepada usaha mengembangkan ekonomi dan perniagaan. Memetik satu wawancara yang melibatkan Setiausaha Kehormat Persatuan Wanita Bumiputra dalam perniagaan profesion Malaysia, ataupun perniagawati Junaidah Ishak berkata, yang dipertanggungjawabkan memberi bimbingan juga perlu mahir dalam bidang keusahawanan. Usahawan yang perlu berdiri kemudian berjaya mengembangkan perniagaannya tanpa bantuan kerajaan, perlu diberi rangsangan baharu bagi membolehkan mereka membantu orang lain untuk berjaya dalam menceburi bidang keusahawanan. Tongkat itu extra dengan izin Yang di-Pertua, satu kelebihan kalau ia dapat, selebihnya kita bagi sepenuh usaha dan minat yang mendalam kepada keusahawanan.
Dasar Ekonomi Baru ataupun DEB, Dasar Pembangunan Asia ataupun DPN dan moden ekonomi baru masih belum mencapai sasaran. Masalah utama ialah bumiputera pemain kedua dalam industri, peniagaan yang mana kaum lain, terutamanya kaum sahabat saya, kaum cina, masih lagi menjadi pemain utama dalam sistem ekonomi negara. Kerajaan Negeri perlu membawa satu modul peniagaan utama yang dapat melahirkan golongan bumiputera sebagai pemain industri dan peniagaan yang bersifat membekalkan bahan mentah dalam semua bidang industri serta perkhidmatan utama dalam sektor pembangunan negeri, ekonomi yang berteraskan industri berkemahiran tinggi.
Di sini juga, suka untuk saya berpesan kepada para usahawan muda di luar sana yang seumur dengan saya. Antara faktor seringkali menjadi punca kekegagalan, usahawan semua adalah disebabkan oleh tidak bersedia untuk bekerja lebih masa. Harus diingat kejayaan bukan telah berlaku sekelip mata tetapi penuh dengan liku dan cabang ujian untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi. Dato Yang di-Pertua, isi utama kedua yang ingin saya kupaskan adalah bagaimana belanjawan kali ini mampu menarik minat belia dan golongan muda mencuba bidang keusahawanan ini. Pendidikan keusahawanan amat penting untuk memberi pendedahan kepada bidang keusahawanan dan anjakan minda daripada job seeker, dengan izin kepada job creator, dengan izin. Laporan pemantauan keusahawan global GEM 2013, 41.8% masyarakat Malaysia menganggap keusahawanan ini sebagai pilihan kerjaya yang baik. Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia atau Malaysia Productivity Corporation (MPC) dengan izin pada 2015 majoriti IPT telah menjadikan pembangunan dan pendidikan keusahawanan sebagai salah satu agenda utama dan petunjuk prestasi institusi masing-masing tetapi persoalannya sejauh manakah golongan muda Negeri Perak khususnya bersedia untuk mencuburi bidang keusahawanan ini.
Agensi-agensi Kerajaan Negeri yang berorientasikan keusahawanan seperti Sekretariat Usahawan Negeri Perak ataupun SNAP harus diperkasa fungsinya. Inisiatif dan intensiti seperti bibingan, pementoran, skim pinjaman mikro kredit, geran padanan, platform permasaran digital serta sistem pangkalan data dilihat mampu memberi nafas baharu kepada golongan usahawan untuk bergiat dengan lebih aktif lagi. Namun sejauh manakah keberhasilan setiap bantuan huluran tangan ini mampu menarik minat orang muda untuk mencuburi bidang keusahawanan. Usaha yang lebih efisien perlu ditingkatkan bukan sahaja membantu golongan usahawan akan tetapi menarik golongan muda di luar sana yang masih mencari arah boleh mencuba untuk mencuburkan diri dalam bidang ini. Perutukan kepada Yayasan Perak sebanyak RM2 juta difikirkan mampu memberi impak yang positif kepada bidang keusahawanan di negeri ini.
Namun menjadi usahawan bukanlah pilihan golongan muda. Ada yang menceburi bidang keusahawanan tapi tidak ramai, boleh dibilang dengan jari anak muda yang memilih menjadi usahawan. Kejayaan dan kemewahan usahawan masih belum mampu menambat hati ramai anak muda untuk mencuburinya atas dasar kemahuan tinggi. Selalunya dipilih sebagai pilihan yang terakhir. Program Tabung Keusahawanan dan Penjana (KPT) ataupun CAP iaitu Career Advancement Programme dengan izin dilihat perlu diperkasa bagi menarik minat orang muda di negeri ini berani untuk membuat langkah pertama ke dalam bidang keusahawanan ini. Dato’ Yang di-Pertua, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menarik perhatian kerajaan untuk melihat dan menoleh nun di sana di tempat saya di Hulu Perak khususnya di Pengkalan Hulu. Walaupun pada awal perbahasan tadi ada Rungkup ada menyatakan Daerah Bagan Datuk lebih hulu daripada Hulu Perak, namun ia tidak menjadi masalah untuk saya menyambut kenyataan dan seruan tersebut. Hulu kami bukan sekadar hulu tapi hulu ini bersempadan hulu kami bukan sempadan hulu tapi hulu kami banyak perkara yang perlu dibantu.
Semua maklum bahawa Pengkalan Hulu ini bersempadan dengan Thailand tetapi apa yang sudah terjadi dengan pembangunan ekonomi di situ. Pintu-pintu sempadan yang lain giat menjalankan aktiviti ekonomi namun di tempat kami sudah pelahan kerancakannya. Gerai bazar yang telah dirobohkan dan mampu diganti dengan bangunan baru tetapi masih belum nampak sinar untuk beroperasi. Saya menggesa pihak Kerajaan Negeri meneruskan inisiatif membangunkan kawasan pintu sempadan antara Pengkalan Hulu, Perak dan Betong, Thailand yang telah tertangguh sejak, telah tertangguh kerana pandemik Covid-19. Ia perlu lagi, ia perlu bagi merancakkan semula sektor ekonomi dan pelancongan yang semakin suram selepas bazar sempadan yang mempunyai 40 gerai tumpuan pelancong sejak 20 tahun lalu dirobohkan pada tahun 2020. Sebagai permulaan Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri boleh mengembalikan peruntukan RM1 juta dalam belanjawan ini untuk membina semula bazar sempadan kerana ia menjadi tumpuan pelancong sebelum ia dirobohkan.
Baru-baru ini YAB Menteri Besar ketika membentangkan Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam mengumumkan pembangunan border gateway dengan izin, Kerajaan Negeri boleh menimbangkan cadangan untuk memanfaatkan bangunan kompleks komersial berserata yang tertangguh pembinaannya akibat pandemik sebelum ini. Bangunan dua tingkat itu mempunyai keluasan lebih 48 ribu kaki persegi boleh dijadikan pusat bilik sejuk untuk penggunaan kedua-dua belah pihak di Malaysia dan Thailand. Bagi kawasan lapang seluas kira kira 12 hektar yang berhampiran boleh dijadikan pusat transit kontainer seperti yang terdapat di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Laluan khas ke kawasan ini perlu dibina untuk memudahkan pergerakan keluar masuk pengunjung yang tidak perlu melalui pos pemeriksaan pihak keselamatan. Apabila diteliti belanjawan yang telah dibentangkan saya memohon pihak Kerajaan Negeri agar tidak juga terlepas pandang ke kawasan saya ini yang berpotensi untuk dijadikan bandar pelancongan. Kawasan rekreasi Gua Gendang, Tasik Takung, kawasan air panas ataupun dah dijenamakan sekarang ini Cross Hot Spring and Riverside milik Majlis Daerah Penggalan Hulu dan Istana Singgah Raja Reman merupakan aset dan tarikan utama pengunjung dari luar untuk bertandang ke Pengkalan Hulu. Lokasi kawasan Pengkalan Hulu yang bersepadan dengan Baling, Kedah dan Betong, Thailand menjadi ruang dan peluang utama untuk kawasan ini di promosikan dek kerana ianya menjadi laluan utama kepada para pengunjung luar. Antara aset dan mecu tanda yang boleh disebut adalah seperti Madrasah Ad-Dinniah Al-Latifiah ataupun Pondok Pak Teh yang saya sendiri duduk daripada kecil sehingga umur 11 tahun di sini dan juga MRSM Pengkalan Hulu, Rahman Hidrolik Din dan kilang proses durian serta ladang hub durian yang satu-satunya ada di Negeri Perak.
Dengan adanya ladang durian dan juga kilang proses durian di kawasan Pengkalan Hulu ia berpotensi untuk menjadikan kawasan Pengkalan Hulu sebagai bandar hub durian. Bandar Pengkalan Hulu dahulunya dikenali sebagai bandar perlombongan biji timah, kini lebih dikenali sebagai daerah durian musang king, durian duri hitam dan yang terbaru untuk makluman dewan yang mulia ini adalah tupai king jika masih yang belum dengar. Hasil promosi pelancongan yang diusahakan pimpinan masyarakat sebelum ini, saya berterima kasih kepada ADUN sebelum ini kerana mempromosikan produk-produk pelancongan di Pengkalan Hulu. Malah perladangan durian ini menjadi pendapatan utama penduduk dan menjadi industri utama kerana durian gred A itu sudahpun dieksport hingga ke luar negara. Keenakan raja buah itu juga membantu untuk menarik pelancong ke daerah berkenaan hingga mewujudkan banyak kemudahan berkaitan industri pelancongan terutamanya inap desa dan restoran. Saya juga ingin menarik perhatian pihak Kerajaan Negeri untuk memberi bantuan menaik taraf jalan ladang misalnya di ladang durian Kampung Tasik, Pengkalan Hulu yang terletak di perkampungan Siam bagi memudahkan penyunjung untuk kesana. Ini adalah satu-satunya perkampungan Siam yang ada Negeri Perak.
Jadi mohon Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian. Pemilik di dusun ini turut merangka perancangan jangka masa panjang untuk membina inap desa di sekitar dusun yang berkeluasan 500 ekar ini. Jadi sambil makan durian, sambil duduk di inap desa kita boleh makan durian, insyaAllah. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, luluskan usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menjadikan negeri ini sebagai Koridor TVET Malaysia. Saya sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan Pengkalan Hulu melihat satu potensi yang tinggi agar didirikan sebuah pusat kemahiran belia di kawasan ini seperti Giat Mara ataupun Institut Kemahiran Mara dan lain-lain institut kemahiran yang difikirkan sesuai. Setiap tahun terdapat lebih kurang 300 orang murid lepasan SPM daripada sekolah-sekolah menengah di sekitar DUN Pengkalan Hulu tidak semua daripada kalangan ini mereka ini mampu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru dengan idea penubuhan pusat kemahiran belia ini sedikit sebanyak mampu menyasarkan manfaat kepada golongan ini dan usaha meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat di Negeri Perak.
Idea ini dilontarkan berdasarkan pada beberapa siri maklumbalas yang dibuat bersama penduduk setempat. Jikalau kawasan Gerik ada dan kawasan Lenggong boleh mempunyai beberapa institusi berdasarkan kemahiran, mengapa tidak di kawasan saya. Suka juga untuk saya menarik perhatian dewan yang mulia ini membawa juga suara dan keluhan rakyat di DUN Pengkalan Hulu selain isu keusahawanan yang telah saya kupas sebentar tadi, di sini saya ingin membawa beberapa isu setempat untuk perhatian pihak Kerajaan Negeri. Untuk pengetahuan sidang Dewan yang mulia, pada bulan November yang lepas, beberapa siri kejadian banjir kepala air telah berlaku di Kampung Kuak Hulu, Kampung Kuak Tengah dan Kampung Kuak Luar dan juga Kampung Air Panas. Kejadian kepala air yang jarang berlaku ini telah mendatangkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat. Saya sendiri, saya sendiri terlibat sewaktu musibah ini berlaku. Rentetan daripada kejadian ini, saya bersama Ahli Parlimen Gerik telah mengadakan perjumpaan bersama agensi yang berkaitan untuk perbincangan dilakukan sama-sama mencari titik punca kejadian kepala air yang telah berlaku. Adakah kejadian ini berlaku kesan daripada penerokaan hutan di hulu sungai secara berluasa? Saya mencadangkan agar pihak berwajib mengkaji semula aliran air sungai ini. Kesan daripada kejadian kepala air telah menyebabkan tebing sungai runtuh dan merosakkan beberapa buah jambatan yang menjadi jalan utama keluar masuk penduduk kampung.
Selain itu, mangsa-mangsa yang terlibat juga mengalami kerugian harta benda kesan daripada kejadian ini. Oleh itu kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang seperti mendalam dan memperluas serta baik pulih tebing-tebing sungai perlu dilaksanakan. Siren kecemasan perlu dipasang bagi membolehkan para penduduk di kawasan tersebut sentiasa berwaspada. Namun batasan peruntukan yang diberi dilihat merencatkan sedikit usaha untuk melaksanakan tindakan ini. Jadi dipohon dan saya memohon pihak Kerajaan Negeri, sudilah untuk melihat permasalahan ini dan berjuang untuk membantu masyarakat di kawasan yang terlibat. Saya juga ingin membawa isu berkaitan dengan longkang di beberapa jalan yang dilihat tidak mampu menampung aliran air ketika hujan lebat berlaku. Sebagai contoh, longkang-longkang di sepanjang jalan negeri yang menghubungkan Kampung Selarong ke Kampung Tasek sering berlaku limpahan air sewaktu hujan lebat.
Jadi saya memohon Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya melihat isu ini dan juga meneliti dengan mendalam sekiranya ada projek-projek pertanian dan di kawasan sekitar turut menyumbang kepada masalah ini. Tasik Takong di Pengkalan Hulu juga perlu diperdalamkan lagi. Hasil perbincangan saya bersama dengan pihak PBT kerana pada satu-satu masa, limpahan air akan berlaku kerana ketidak-upayaan tasik ini untuk menampung air yang ada. Di samping itu, isu kerosakan jalan raya yang tiada jalan penyelesaian masih berlaku. Jalan berlubang, garisan pudar, garisan jalan yang kian pudar, lorong-lorong yang tidak mencukupi perlu di atasi dengan segera. Janganlah hanya mengutamakan jalan.
Pengkalan Hulu, dua minit ya, dua minit saja lagi.
Terima kasih Yang di-Pertua. Jalan berlubang, garisan jalan yang kian pudar, lorong-lorong yang tidak mencukupi perlu di atasi dengan segera. Janganlah hanya diutamakan jalan-jalan raya di kawasan bandar sahaja. Ingatlah kami di Hulu Perak ini khususnya di tempat saya, Pengkalan Hulu. Kejadian tebing runtuh yang berulang-ulang kali berlaku masih berlaku di Jalan Pengkalan Hulu, Gerik. Contohnya yang baru berlaku adalah berhampiran Gunung Paku yang menjadi kawasan hotspot kemalangan maut. Yang mana kejadian terdekat adalah pada bulan Ogos lalu. Terima kasih kepada pihak JKR Hulu Perak kerana mengambil tindakan pantas menyelesaikan masalah isu ini. Jadi saya mohon untuk Kerajaan memberi peruntukan yang secukupnya untuk pihak JKR Hulu Perak untuk menyelenggara jalan ini.
Di samping jalan, lampu-lampu yang masih tidak mencukupi. Pihak Kerajaan Negeri juga perlu meneliti keadaan ini. Saya suka untuk menjemput YB Exco berkaitan untuk sama-sama kita turun padang melihat permasalahan ini. Dato' Yang di-Pertua, saya kira ini adalah yang terakhir lah. Budaya politik matang dan sejahtera ataupun BPMS mengajar Yang Berhormat-Yang Berhormat Perikatan Nasional ikut kepada peraturan Dewan. Mendengar apabila Yang Berhormat lain sedang berucap, minta celahan dengan hormat Tuan Speaker, berhujah dengan matang dan meraikan pandangan Yang Berhormat yang lain termasuk Yang Berhormat di pihak Kerajaan. Beruntung Kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional sekarang. Teringat kisah di zaman Sayyidina Ali RA, ada seorang sahabat bertanya kepada beliau. "Wahai Amirul Mukminin, kenapa suasana dahulu lain, sekarang lain? Dulu masa zaman Rasulullah SAW tiada sekecoh seperti zaman kamu ini. Ali menjawab, sebab zaman Rasulullah SAW rakyatnya orang seperti aku. Zaman aku ini rakyatnya orang seperti kamu". Begitulah jawapan Ali RA. Jika ingin melihat ciri-ciri pemimpin sekarang selepas pasca PRU yang ke-15. Mari kita semak tafsir Al Quran sebab turunnya surah Al-Kafirun. Ibn Abbas menjelaskan berkenaan Musyrikin Quraisy Mekah memujuk menawarkan berbagai tawaran kepada Rasulullah SAW. Antaranya adalah pangkat jawatan dan harta dunia, memberi pilihan wanita mana yang disukai beliau sebagai isteri. Semua menjadi milikmu dengan syarat Engkau berhenti menghina Tuhan kami dan jika tidak mahu menerima tawaran ini, sebaliknya Engkau sembah Tuhan-Tuhan kami selama setahun. Tapi baginda ada asas iman, harga diri dalam perjuangan tidak tewas dengan tawaran ini. Maka turunlah surah Al-Kafirun. InsyaAllah kami akan jadi.
Landing ya. Tolong conclude. Simpulkan.
Maka dengan ini saya menyokong belanjawan ini berbekalkan pendapat dan idea yang telah saya lontarkan. Sebelum melabuhkan tirai ucapan perbahasan saya ini ingin saya merakamkan serangkap pantun.
Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta.
Wa bilahitafi wa idhayah Wa salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih.
Waalaikumsalam wa rahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini. Dewan akan bersidang semula pada Hari Rabu 28 Disember 2022 jam 9.00 pagi. Sekian terima kasih.