Perak · 28 December 2022

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 403 turns · 53,136 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kelima, Mesyuarat Kedua, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 28 Disember 2022 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

Bismillahhirrohmannirrohim, segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajiban ke atas Raja dan Ahli Majlis permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman, makmur limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian hambaMu, yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajiban yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu, dimohon menyuluh memandukan pada ketika kami berunding menimbang bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan menjunjung perintah dan kebesaranMu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan Amin Ya Allah seru sekalian alam.

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, pihak urusetia, para petugas, para pemerhati dan wakil media sekalian. Sebelum urusan mesyuarat diteruskan, izinkan saya untuk memberi maklum Dewan bahawa terdapat kaunter pembayaran zakat yang dibuka oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak di Ruang Legar, berhadapan Bilik Jamuan Dewan Negeri. Kaunter ini dibuka pada hari ini 28 Disember 2022 sehingga esok 29 Disember 2022 bermula jam 9.00 pagi. Kaunter ini terbuka kepada semua warga Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara yang pertama, urusan mesyuarat akan dimulakan dengan sesi soalan lisan. Saya ingin memaklumkan tempoh masa yang ditetapkan bagi sesi soalan lisan pada sepanjang persidangan mesyuarat adalah 1 jam. Perkara yang kedua, mesyuarat akan diteruskan dengan sesi penggulungan ke atas sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 yang telah berlangsung semalam. Sesi penggulungan ini akan melibatkan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Exco dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tempoh masa penggulungan yang diberikan kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah selama 20 minit, manakala penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dijangka berlangsung dalam tempoh masa selama 1 jam atau 60 minit. Saya sedia maklum ada setengah-setengah sebahagian daripada Ahli-ahli Exco ini lebih popular daripada yang lain, banyak isu-isu yang dibangkitkan dan kita boleh bagi lebih daripada 20 minit untuk Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Exco yang isunya banyak yang nak kena dijawab.

Perkara yang ketiga, terdapat usul yang akan dibawa dan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari ini iaitu rang undang-undang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022. Ini enakmen lompat partilah. Dewan akan ditangguhkan sejurus selepas pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang dijangka pada jam 6.00 petang dan bersidang semula pada jam 9.00 pagi esok. Perkara yang terakhir berkaitan hansard, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat juga bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada paparan hansard sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya maklumkan tadi, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, sekarang ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan nombor soalan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan selamat pagi, salam sejahtera. Soalan Pantai Remis, nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Perak Sejahtera 2030, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Pantai Remis menanyakan soalan yang berkaitan dengan kawasan hutan simpanan kekal dan juga paya bakau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Perhutanan Negeri Perak merupakan agensi yang mengurus dan mentadbir tanah yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal atau ringkasannya HSK di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sehingga September 2022, keluasan hutan simpanan kekal di Negeri Perak adalah seluas 986,862.44 hektar iaitu 47% daripada keluasan tanah negeri ini. Daripada jumlah ini, seluas 944,451.81 hektar iaitu 95.7% adalah merupakan hutan darat dan 42,410.63 hektar adalah hutan paya laut atau pun dipanggil hutan bakau iaitu 4.3%. Keluasan hutan simpanan kekal Negeri Perak dari tahun 2010 hingga 2022 adalah konsisten sebanyak 47% berbanding keluasan negeri ini. Manakala keluasan hutan simpanan kekal jenis paya bakau meningkat daripada 4.1% pada tahun 2010 kepada 4.3% pada tahun 2022 berbanding keluasan hutan simpanan kekal secara keseluruhannya. Peningkatan ini merupakan iltizam kerajaan negeri untuk mencapai sasaran 50% daripada keluasan tanah kerajaan negeri adalah hutan simpanan kekal.

Untuk maklumat Yang Berhormat jua, punca yang mempengaruhi perubahan keluasan dan peratusan kawasan hutan dan paya bakau di Negeri Perak adalah disebabkan oleh berlakunya pemansuhan dan pengisytiharan hutan simpan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian 1985) untuk tujuan penempatan, pertanian, perlombongan, perindustrian dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersama Pejabat Tanah dan Galian Negeri sedang berusaha untuk mewartakan tanah kerajaan yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sebagai hutan simpanan kekal seluas lebih kurang 5,472.65 hektar. Daripada keluasan hutan simpanan kekal, di Negeri Perak yang berjumlah 986,862.44 hektar. Penerokaan hutan semenjak 2010 yang melibatkan aktiviti pertanian perindustrian dan perlombongan adalah seluas 1,281.02 hektar. Keluasan penerokaan hutan simpan bagi aktiviti pertanian ialah 1,276.02 hektar bersamaan dengan 0.13% dan bagi aktiviti perindustrian adalah seluas 5 hektar ataupun 0.001%, manakala bagi aktiviti perlombongan pula, tiada penerokaan hutan baru direkodkan semenjak tahun 2010. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya, terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya di sini nak tanya tentang tanah runtuh yang semulajadi yang berlaku di hutan simpanan kekal, Hutan Melintang yang telah saya tanya dengan Jabatan Perhutanan, mereka tidak dapat membaiki semula kerana tanah runtuh itu dia dengan punca-puncanya yang agak rumit. Jadi saya nak tanya tentang pihak kerajaan bagaimana kita boleh secara proaktif untuk membaikpulih tanah-tanah runtuh yang berlaku di sana dan bagi paya bakau yang telah diterokai secara haram di Changkat Kruing, di tepi sungai yang bagi orang awam yang selalu berada di sana dan pada tahun 2008, dia telah diterokai secara haram tapi sampai hari ini, tindakan baikpulih tidak dijalankan. Adakah kerana bagi kebanyakan payar bakau mereka tidak ianya tidak diwarta, dibawa kepada Jabatan Perhutanan dan ia adalah satu punca kekangan bagi mereka untuk jalankan kerja-kerja untuk baikpulih? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Yang Berhormat Pantai Remis, dia sama ada tanah itu slide tanah runtuh ataupun tidak, asalkan dia berada dalam kawasan hutan simpanan kekal, dia tetap dikategorikan sebagai kawasan hutan simpanan kekal. Berkaitan dengan hutan paya bakau ni saya minta maaf, saya kena merujuk balik kepada Jabatan Perhutanan sebab memang ada kerja-kerja yang sedang dilakukan untuk tujuan kita membaikpulih tanah yang telah diterokai itu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ayer kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Yang di-Pertua. Ada satu pertanyaan berkaitan dengan apakah polisi kerajaan pada masa kini, jika kawasan-kawasan hutan simpan ataupun kawasan-kawasan yang melibatkan Jabatan Hutan terdapat sumber mineral yang berpotensi untuk dibangunkan? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Memang polisi Kerajaan Persekutuan menetapkan bahawa tidak boleh ada perlombongan dalam kawasan hutan simpanan kekal tetapi jika sekiranya Kerajaan Negeri berpendapat terdapat sumber yang besar bagi mineral tersebut untuk memberi sumbangan, pendapatan ataupun revenue kepada Kerajaan Negeri, jika ianya berbaloi maka Kerajaan Negeri boleh revoke, memansuhkan hutan simpanan kekal tersebut tetapi dengan diganti. Maknanya kerajaan kini kena cari tanah lain untuk mengganti sejumlah luas yang sama sebagai hutan simpanan kekal. Dalam erti kata lain, kawasan yang ada mineral itu kita boleh usahakan sebagai punca pendapatan tetapi luas kawasan hutan simpanan kekal itu akan dikekalkan dengan cara gantian dengan tanah lain.

Yang di-Pertua

Saya bagi satu lagi soalan daripada Pengkalan Baharu.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pun ada kena berkaitan dengan hutan simpan. Ada satu penemuan barulah di kawasan saya. Kawasan Beruas ini agak ketinggalanlah kalau kita lihat di Daerah Manjung ini adalah satu tempat pelancongan. Jadi saya cuba nak bawa satu penemuan baru bagi segi pelancongan. Tapi ianya terletak dalam kawasan hutan simpan. Satu namanya Pantai Kulit Kerang dan satu lagi hutan dalam hutan simpan yang namanya Lata Ulu Licin di Pekan Beruas. Jadi soalan saya, saya berharap YB agar pihak UPEN atau pihak Exco, pelancongan melihat dan memperuntukkan sikit peruntukan untuk menaiktaraf tempat-tempat tersebut dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Hutan, mudahkan usaha agar kedua-dua tempat itu menjadi kawasan rekreasi. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Seperti saya sebutkan tadi apabila berlaku aktiviti ataupun gerak kerja untuk memansuhkan mana-mana kawasan hutan simpan kekal maka kita kena mencari ganti tanah seluas itu dan digantikan serta-merta. Pada hari kita memansuhkan hutan simpan kekal itu sebagai tanah kerajaan pada waktu yang sama kita kena luluskan sejumlah yang sama sebagai kawasan hutan simpanan kekal. Jadi bila Yang Berhormat sebut tentang cadangan untuk menjadikan dia kawasan pelancongan kita kena buat kajian terperinci, UPEN akan membuat kajian terperinci sama ada ianya berbaloi atau sebaliknya termasuk kena dapat kajian sokongan, ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar dan juga jabatan-jabatan teknikal yang lain. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan persoalan.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Pokok Assam soalan yang kedua.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Dato' Speaker. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pokok Assam, status terkini Bukit Larut adalah masih ditutup untuk operasi jeep dan sewaan banglo kepada orang awam. Namun begitu bagi tujuan aktiviti riadah seperti mendaki atau hiking, berjalan kaki dan berjoging masih dibenarkan tetapi pengunjung yang memasuki kawasan Bukit Larut adalah bertanggungjawab terhadap risiko aktiviti yang dilakukan. Mereka adalah bertanggungjawab kepada keselamatan diri sendirilah. Walaubagaimanapun Bahagian Pengurusan Bukit Larut yang menguruskan kawasan Pusat Peranginan Bukit Larut di bawah pengurusan MPT atau Majlis Perbandaran Taiping tetap menjalankan tugasan rutin dari segi kebersihan dan penjagaan persekitarannya. Namun ia bergantung kepada pihak Jabatan Kerja Raya atau JKR kerana sekiranya baik pulih jalan dan cerun tidak selesai, pihak Bahagian Pengurusan Bukit Larut hanya boleh menjalankan tugasan rutin pentadbiran sahaja.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini juga, Bukit Larut hanya akan boleh dibuka setelah pihak JKR melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaran jalan serta cerun bukit yang perlu dibaiki. Ketika ini kerja-kerja pembaikan cerun di laluan tersebut masih giat dilaksanakan. Kerja-kerja pembaikan cerun sebenarnya telah bermula daripada 2020 mengikut pakej pada sehingga 2021 dan juga 2022. Dalam jangkaan juga pada tahun 2023 akan juga dibuka tender pembaikan bagi kerja cerun yang runtuh juga lah dan dijangka tender akan dikeluarkan pada Jan 2023 dengan anggaran kos pembaikan sebanyak lebih kurang RM8 juta.

Yang di-Pertua

Pokok Assam.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas penjelasan yang diberikan. Saya ingin bertanya lagi adakah banglo-banglo di atas bukit itu boleh dibaikpulih dan dibuka kepada pendaki-pendaki sementara menunggu projek baikpulih dijalankan dan juga terdapat sebuah bangunan yang sudah lama terbengkalai di Tea Garden Bukit Larut. So, adakah bangunan tersebut masih berfungsi dan apakah rancangan selepas ini? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang dikatakan tadi, proses pembaikan cerun masih berlaku sepanjang dari 2020 hingga sekarang dan akan ada tender baru yang akan dibuka juga. Jadi sepanjang tempoh ini, cerun-cerun yang merbahaya ini perlu dilakukan kerja-kerja untuk demi menjaga keselamatan pengunjung. Jadi sepanjang kerja pembaikan cerun ini pada masa yang sama juga untuk pelawat-pelawat atau pelancong-pelancong untuk naik sebenarnya bukan semua boleh naik, cuma ada segelintir saja yang mampu untuk berjalan kaki naik. Jadi untuk, dari segi costing untuk membuka semua banglo-banglo dan sebagainya tanpa pengunjung, saya rasa ini merupakan satu beban kepada pihak kerajaan juga. Namun begitu, saya ambil maklum dengan cadangan Yang Berhormat, jadi saya akan bincang dengan MPT, tengok macam mana kita boleh membuka tanpa perlu menaikkan kos yang amat, dan sambil membolehkan pengunjung-pengunjung bagi mereka yang hiking dan jalan dan sebagainya untuk menggunakan fasiliti yang sedia ada. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Manong.

Terima kasih Speaker. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Exco, apakah polisi dan juga kawalan pihak kerajaan terhadap pembukaan aktiviti-aktiviti rekreasi dan penginapan di bukit-bukit dan tanah tinggi milik persendirian? Apakah polisi kerajaan untuk mengawal aktiviti ini? Sekian, terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya polisi yang digunapakai sekarang sebenarnya banyak berlaku atas timbang rasa pihak kerajaan, dengan mengambil kira kalau kita nak katakan di negeri Perak ini banyak operator kawasan pelancongan sebenarnya adalah boleh dikategorikan sebagai haram.

Namun begitu, banyak penduduk-penduduk mereka berada, yang sebenarnya berada di luar kawasan PBT dan tidak boleh dikuatkuasa apa-apa oleh mereka yang melakukan kerja PBT. Cumanya seperti yang telah pernah kita maklumkan, pihak PBT di bawah YB Exco PBT telah mula mengusahakan bersama dengan pihak LA dan sebagainya dan mereka team-team yang terlibat untuk menaikkan undang-undang untuk menjaga, bukan sahaja kawasan pelancongan di kawasan riadah di tempat-tempat hutan dan sebagainya, cerun dan sebagainya, juga di kawasan bandar. Jadi ini akan, enakmen yang, orang kata apa, enakmen yang menjaga kepentingan-kepentingan semua yang terlibat termasuk pengusaha dan juga pelawat atau pelancong akan dinaikkan dan harap-harap boleh diselesaikan dan dibentangkan pada sidang akan datang.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Menglembu soalan ketiga.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Auzubillah Minashaitan Nirajeem, Bismillahir Rahmanir Raheem, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Menglembu untuk soalan yang dibangkitkan. Saya, izinkan saya untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Menglembu. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak telah melaksanakan pelbagai tindakan dan inisiatif dalam usaha menangani isu pengemis dan gelandangan secara berterusan khususnya di kawasan hotspot yang telah dikenalpasti. Usaha yang dijalankan pula adalah secara bersepadu dengan melibatkan pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan, memandangkan isu ini melibatkan punca dan bidang kuasa yang pelbagai berdasarkan status dan kategori pengemis ataupun gelandangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab melaksanakan tindakan mengambil orang papa berdasarkan peruntukan Akta Orang Papa 1977 [Akta 183] di mana tindakan mengambil golongan penggemis dan gelandangan ini dilaksanakan secara berjadual, berkala dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kesihatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan. Dalam melaksanakan tindakan ini, setiap jabatan agensi akan mengenalpasti situasi golongan yang ditemui berpeleseran dan bergelendangan daripada pelbagai aspek dan tindakan akan diambil mengikut kumpulan sasar masing-masing berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan di bawah jabatan agensi masing-masing termasuk usaha mengambil golongan ini yang akan disusuli dengan bantuan berbentuk khidmat sokongan seperti penempatan di institusi JKM.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, sepanjang tahun 2022 iaitu sehingga Disember, pihak JKM telah menerima sebanyak 93 aduan dan telah mengambil tindakan dengan mengambil pengemis atau orang papa ini di seluruh negeri Perak.

Melalui operasi tersebut, seramai 97 orang pengemis, orang papa telah diselamatkan dan daripada jumlah tersebut hanya 21 orang ataupun 21.6% orang pengemis, orang papa sahaja yang sesuai diberi penempatan di bawah institusi JKM ataupun pusat jagaan NGO dan Anjung Singgah. Manakala selebihnya tidak sesuai untuk ditempatkan di pusat-pusat tersebut kerana merupakan gelandangan dalam kategori penagihan dadah, penyakit berjangkit, mempunyai masalah mental dan bukan warganegara. Mereka yang selebihnya ini telah diserahkan kepada agensi yang berkaitan berdasarkan punca dan bidang kuasa masing-masing.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Exco kerana mengambil usaha dan juga mengambil inisiatif untuk turun padang di kawasan Menglembu dua minggu lalu untuk memahami sebanyak sedikit masalah yang dihadapi berkaitan dengan gelandangan di kawasan Menglembu. Soalan tambahan saya, apa usaha dan juga inisiatif kerajaan bagi membantu gelandangan untuk mendapatkan pekerjaan semula supaya mereka boleh kembali kepada kehidupan sosial? Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Bagi gelandangan yang tidak mempunyai keluarga serta tempat tinggal, pihak kerajaan telah menyediakan institusi-institusi di bawah seliaan JKM seperti Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta dan Anjung Singgah Ipoh ataupun mana-mana transit perlindungan milik Pertubahan Sukarela Kebajikan serta pusat jagaan yang bersesuaian tetapi bagi gelandangan yang ingin melakukan perubahan di mana kita telah menempatkan gelandangan-gelandangan ini, bahkan sewaktu saya turun padang pada 15 hari bulan baru-baru ini, kita telah mengenalpasti ada seorang gelandangan yang bersedia untuk berubah dan ingin mencari pekerjaan, maka kita tempatkan beliau di Rumah Anjung Singgah dan dipadankan dengan pekerjaan dan esok harinya, beliau telah bekerja sebagai cuci di tempat servis cuci kereta. Maknanya usaha itu kita akan lakukan sekiranya gelandangan tersebut ingin berubah tetapi macam saya maklumkan, ada beberapa kategori gelandangan yang ada yang ingin berubah, ada yang tidak ingin berubah dan ada kategori-kategori yang perlu ditangani melalui agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua, Kamunting Sila.

Baik, terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Saya menerima banyak aduan berkenaan dengan penerima, kalau dia terima duit bantuan zakat, RM300, dia nak minta JKM, JKM akan tanya antara itulah. Maknanya kalau dapat zakat, tak boleh dapatlah JKM punya bantuan. Begitu juga sebaliknya, kalau dapat yang JKM punya, tak boleh dapatlah zakat. Sedangkan daripada zakat hanya RM300 saja. Kalau B40 itu dia B41, maknanya bawah daripada RM2,500 masih pendapatan RM300, mana yang cukup. Sebab itu dia minta JKM, JKM pun tak dapat dia kata. Adakah ini satu polisi, memang kalau dapat salah satu, tak boleh dapat satu lagi? Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Kamunting. Kalau ikutkan soalan ini tidak berkaitan dengan soalan asal, iaitu isu gelandangan. Tapi saya nak maklumkan, dari segi prosedur itu memang sama ada kita akan selaraskan bantuan, sama ada JKM ataupun Baitumal mana yang lebih tinggi. Bergantung kepada keupayaan, dan ada bantuan-bantuan dari JKM sehingga RM500. Bahkan Kerajaan Negeri sendiri, atau inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan tambahan selain daripada federal iaitu kita menyediakan bantuan am kepada mereka-mereka yang benar-benar kita perlu bantu. Tapi sekiranya YB mengatakan kalau tidak cukup itu, itu ialah sebagai usaha dari kerajaan untuk mereka berusaha menambahkan pendapatan. Jadi kalau nak cakap soalan tak cukup, memang lah tak cukup.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan Kuala Kurau nombor empat. Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya berterima kasih kepada Kuala Kurau yang telah bertanyakan soalan A dan B. Saya jawab sekali. A dan B saya jawab bersekali. Pihak jabatan mendapati isu hakisan di Kampung Raja Bashah. Hakisan benteng, Sungai Kurau. Masalah itu amatlah serius dan diperlukan perhatian yang cepat. Sebabnya dimasukkan dalam syarat JKPTD, Kerian. Sebagai satu isu yang perlu diberikan perhatian. Bukan hanya oleh jabatan di peringkat daerah, tapi di peringkat negeri. Bagi memulihkan dan memelihara tebing Sungai Kurau. Sebab kalau tidak diambil tindakan, maka kesan risikonya adalah pada keseluruhan bandar Bagan Serai dan Kampung Raja Bashah. Sebabnya kita JPS menghadapi masalah ini dan kita beri penekanan.

Bukan hanya kepada peringkat negeri, alhamdulillah telah pun diluluskan. Tapi kita juga pastikan bahawa kos untuk memelihara benteng Sungai Kurau ini berjumlah hampir RM24 juta dan ini telahpun dipohon di bawah Rancangan Malaysia ke-12. Rolling Plan nombor 1, nombor 2, 3 tahun yang kebelakangan ini. Sejumlah RM24 juta itu kita pohon daripada Kerajaan Persekutuan dan saya sendiri sebagai Infra, ataupun Exco Infra hari ini mahu meneruskan permohonan itu dengan suasananya lebih berat. Supaya diluluskan peruntukan RM24 juta bagi menyelesaikan masalah hakisan benteng Sungai Kurau itu. Oleh itu JPS telah mengemukakan permohonan di bawah Rancangan Malaysia yang ke 12. RMK 12. Di bawah Rolling Plan 2020 yang pertama. Rolling Plan yang kedua 2021 dan Rolling Plan yang ketiga 2022. Permohonan tersebut adalah berjumlah RM24 juta bagi kerja-kerja pemeliharaan tebing dan kawalan hakisan yang melibatkan kawasan Pekan Sungai Bagan Serai dan juga Kampung Raja Bashah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, status permohonan ini masih dipertimbangkan di peringkat persekutuan. Maka peringkat persekutuan masih menimbang permohonan daripada JPS negeri. Saya akan menyusul perkara ini di peringkat persekutuan. Saya akan cuba untuk pastikan bawah Timbalan Menteri di bawah JPS ini dan juga menteri dia sendiri mengambil berat berkenaan dengan isu lereng benteng Sungai Kurau ini.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, status permohonan ini masih lagi di peringkat persekutuan. Mereka masih mempertimbangkan. Kawasan terlibat dengan hakisan sungai ini adalah rumah-rumah di sepanjang Sungai Kurau tersebut. Yang bahaya sekali, banyak rumah-rumah yang didirikan di sepanjang sungai tersebut. Termasuk juga RPT Kampung Raja Basyah Fasa I. Masalah hakisan sungai di RPT Kampung Basyah di Kuala Kurau pernah dibawa ke dalam mesyuarat JKPTD ini dan saya merasakan bahawa Kuala Kurau yang pernah menjadi Exco bagi infra juga tahu berkenaan dengan isu ini dan saya berterima kasih di atas membawanya ke pengetahuan Dewan hari ini. Supaya sekurang-kurangnya kita beri keutamaan kepada masalah yang didapati oleh Kuala Kurau yang melibatkan pekan Bagan Serai sendiri. Untuk itu saya akan menyusul dengan Kementerian di Persekutuan, bagi pastikan permohonan ini mohon oleh JPS sebanyak RM24 juta itu dapat diberikan kelonggaran, luluskan dan dapat kita laksanakan kerja itu secepat mungkin. Dan ini akan menghilangkan risiko yang akan dihadapi oleh bukan hanya Kerajaan Negeri, bukan hanya Jabatan JPS Negeri, tapi seluruh rakyat di kawasan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco di atas jawapan telah diberikan. Semua ini sebagai maklumat tambahanlah. Apa yang saya nak bagikan adalah perkaitan dengan saya nak fokus kepada isu yang berlaku di kampung, di RPT Kampung Raja Bashah sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat Exco, saya telah turun padang bersama dengan Pengarah JPS Negeri Perak pada Oktober 2021. Berkaitan cadangan untuk pembinaan ban hakisan di RPT Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau. Memandangkan keadaan yang semakin kritikal di mana jarak beberapa rumah penduduk dengan tebing sungai cuma tinggal dalam lebih kurang 10 meter sahaja. Kalau tidak diambil tindakan segera memang terbimbang ia akan menjejaskan rumah-rumah penduduk yang berhampiran dengan tebing sungai. Justeru saya memohon supaya cadangan pembinaan ban hakisan ini dapat disegerakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan saya ada buat tindakan susulan dengan pengarah JPS selepas itu. JPS buat anggaran lebih kurang untuk kalau untuk membina benteng hakisan di RPT Kampung Raja Bashah dalam anggaran RM5 juta. Itu anggaran daripada pihak JPS. Terima kasih.

Terima kasih tambahan soalan daripada Kuala Kurau tadi. Kalau kita nak melaksanakan kerja secara piecemeal, maka dia hanyalah jangka pendek. Tapi kalau nak kita selesaikan di sepanjang Sungai Kurau itu, maka dia memerlukan kos yang jauh lebih tinggi. Sebab kita mengharapkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Walau macam mana pun, saya terima kasih kepada Kuala Kurau yang telah pun bertemu dengan Pengarah JPS Negeri pada tahun 2021 bulan Oktober. Malangnya hari ini, jabatan JPS ini kita belum lagi dibekalkan dengan seorang Pengarah Negeri yang baru. Kita telah kena pastikan siapa calon dia dan dia akan datang melaporkan diri di peringkat negeri dalam masih terdekat. Walaupun macam mana pun, JPS masih lagi mengikuti pengembangan masalah tersebut. Bila sampai pengarah baru besok, kita akan beritahu bahawa ini merupakan keutamaan untuk diselesaikan. Bukannya untuk tempoh sepanjang 10 meter itu, tapi lebih daripada itu. Supaya masalah itu masalah berpanjang. Masalah yang dapat kita selesaikan secara jangka panjang. Jadi saya berterima kasih di atas keprihatinan Kuala Kurau dan bahawa perkara ini bukan hanya pengetahuan JPS Negeri dan daerah, tapi di peringkat jawatan kuasa JKPTD sendiri. Terima kasih atas perhatian itu. Saya sendiri berjanji akan pastikan perhatian ini diberikan sepenuhnya oleh bukan JPS Negeri, tapi dari Kementerian Persekutuan. Wallah huaalam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Rungkup, sila.

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Saya rasa macam rekod rosak pula bercakap tentang perkara ini. Banjir termenung. Yang Berhormat Exco. Apakah langkah-langkah, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk menyelesaikan fenomena banjir termenung ini? Di kawasan saya khasnya dan di Perak amnya. Terima kasih.

Terima kasih, Rungkup. Untuk menyelesaikan masalah banjir daripada domino atau daripada yang kawasan-kawasan tinggi ini memang tidak dapat dan kita laksanakan 100%. Namun, apa yang pihak jabatan buat adalah cuba mengurangkan kesan daripada banjir tersebut kalau sekiranya berlaku. Kita tak boleh nak tampan, tak boleh nak tahan kalau sekiranya hujan lebat. Kalau hujan dah terlebat benor sangat, nak tahan macam mana? Air dah berlimpah-limpah masuk yop. Jadi untuk itu kita kena cari jalan penyelesaian supaya dia dikurangkan. Jadi kalau tempat di Bagan Datuk itu ada kawasan-kawasan yang telah pun dikenal pasti sebagai kawasan hot point. Hot hot point ini maknanya dia akan berlaku kalau sekiranya kawasan itu dibanjiri oleh hujan yang kecil pun dia dah mula ada banjir termenung dan sebagainya. Jadi untuk itu saya akan berikan satu arahan untuk disegerakan perhatian di kawasan-kawasan Rungkup yang mengalami fenomena yang sama. Itu lah yang dapat kita laksanakan. Wallah hualam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya, jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Ke Kampung Menderang membeli delima, soalan Behrang hari ini nombor lima.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Behrang, semakan melalui portal hartanah setakat ini belum menampakkan jumlah carian yang meloncat, yang menggambarkan hasrat dan minat yang tinggi bagi pembelian rumah kediaman di kawasan Tanjong Malim, Behrang dan kawasan sekitarnya. Pada masa yang sama tiada sebarang portal atau statistik yang dapat memberi gambaran tentang keperluan permintaan rumah sewa. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang keperluan perumahan di kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, LPHP, dalam pelaksanaan projek perumahan PerakKu 1 di Ulu Bernam dan Trolak. Jumlah unit adalah sebanyak 122 unit. Peratusan kerja di tapak bina bagi rumah PerakKu 1 Trolak adalah sebanyak 78% dan jangkaan penerimaan Sijil Penyiapan dan Pematuhan, Certificate of Completion and Compliance (CCC) dengan izin, adalah pada akhir tahun 2023.

Manakala peratusan kerja di tapak bina bagi rumah PerakKu 1 Ulu Bernam pula adalah sebanyak 40% dan jangkaan CCC adalah pada pertengahan tahun 2024. Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan bagi membantu menampung keperluan perumahan di Tanjong Malim, Behrang dan kawasan sekitarnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Soalan tambahan saya, yang pertama nya, kita lihat perumahan PerakKu yang disebutkan tadi di Trolak dan di Ulu Bernam, nampaknya macam tidak ada sebarang kerja di tapaklah, pertamanya, yang keduanya tentang rumah sewa. Kalau kita lihat ya, kalau mungkin YB sendiri belum tahu tapi di kawasan Tanjung Malim, permintaan daripada pelajar-pelajar UPSI sebenarnya menjadi isu apabila mereka ini mencari rumah-rumah sewa sehingga terpaksa ke Selangor sampai ke Slim River mencari rumah sedangkan mereka adalah pelajar-pelajar di UPSI. Agak jauhlah ya dan seterusnya adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi memastikan projek perumahan dalam Negeri Perak ini mengambil kira keadaan mampu milik rakyat ya sama ada jenis kos rendah mahupun sederhana. Terima kasih.

Dua soalan tambahan daripada Behrang. Ok, pertama untuk jawab tentang kemajuan projek yang saya sebut tadi. Apa yang saya kongsikan tadi peratusan kerja adalah mengikut rekod kami setakat ini. Jika Yang Berhormat mendapati terdapat perbezaan dengan apa yang berlaku pada tapak, saya akan semak semula untuk pastikan projek ini berada dalam perkembangan yang baik dan dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Keduanya tentang keperluan perkhidmatan rumah sewa khususnya bagi pelajar-pelajar dari UPSI. Saya rasa di setiap tempat apabila terdapat permintaan yang tinggi sudah tentu ia akan mendorong kawasan setempat dan juga pemberi dan pembekal perkhidmatan untuk memberikan perkhidmatan yang berkenaan dan LPHP juga sentiasa dengan melalui projek JV dan sebagainya sedia kerjasama dengan pihak swasta dan sebagainya untuk wujudkan lebih banyak kawasan perumahan bagi menampung keperluan yang berkenaan dan untuk berkenaan pertanyaan tentang rumah mampu milik, berdasarkan Dasar Perumahan Negeri Perak (DPNP), setiap pembangunan skim perumahan yang melibatkan keluasan 20 ekar ke atas, pemaju perlu menyediakan rumah kos rendah iaitu Rumah Perakku 1, rumah kos sederhana, Rumah Perakku ke-2 atau dan rumah mampu milik iaitu Rumah Perakku 3. Penyataan ketiga-tiga komponen Rumah Perakku ini merangkumi 50% daripada keseluruhan skim pembangunan dengan pecahan komponen berdasarkan DPNP ini dapat memastikan skim-skim pembangunan yang dirancang akan menyediakan rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik. Pihak kerajaan juga melalui LPHP dari masa ke semasa mengkaji semula dan menambah baik DPNP bagi memastikan sentiasa bersesuaian dengan keadaan semasa serta memenuhi keperluan rakyat dan pasaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Hutan Melintang untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Selamat pagi dan salam sejahtera. Soalan Hutan Melintang soalan keenam.

Selamat pagi dan salam sejahtera dijawabkan kepada Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat dan jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang adalah berkaitan dengan penyediaan jika Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu tapak yang baru untuk pembinaan Klinik Kesihatan Awam di Kawasan Hutan Melintang dan jawapan adalah sebenarnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Hutan Melintang yang baru telah disenaraikan di dalam Rancangan Malaysia ke-9 lagi. Sehingga kini fasa kerja tanah telah lengkap 100%. Bermakna tanah dah ada dan telah dirata dan segala kerja-kerja tanah telah siap 100% iaitu lebih kurang 18% kerja pembinaan klinik ini telah disiap. Manakala fasa pembinaan menunggu kelulusan RMK-12 iaitu Rolling Plan tiga sebelum dibuka untuk proses tender. Jangkaan siap kerja pembangunan adalah pada tahun 2025. Bermakna kita hanya sekarang menunggu untuk proses tender saja dan warga Hutan Melintang tak lama lagi akan dapat menikmati satu Klinik Kesihatan dengan alatan moden dan akan menampung keperluan pesakit Hutan Melintang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih atas jawapan dan penjelasan daripada YB Exco. Saya ada sedikit cadangan juga ya. Dengan adanya penambahan penduduk di kawasan Hutan Melintang iaitu kawasan kami adalah baiknya pengwujudan poliklinik. Bukan sahaja Klinik Kesihatan, poliklinik ataupun hospital baru di kawasan kami selain bergantung kepada hospital cluster di Teluk Intan di mana hospital cluster termasuk tiga kawasan dia mengangkumi tiga kawasan. Saya sebenarnya amat prihatin kepada ibu-ibu yang hendak bersalin. Terutamanya yang terpaksa mengharung jalan persekutuan daripada Hutan Melintang ke Teluk Intan kerana keadaan lalu lintas yang tidak menentu risau kelahiran berlaku di atas jalan raya yang agak tidak selamat untuk kedua-dua anggota keluarga tersebut. So, saya mohon klinik itu boleh di penambahbaikan menjadi poliklinik bukan sahaja klinik kesihatan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah isu berkait dengan dasar kesihatan. Maka perkara ini harus dibawa kepada Menteri Kesihatan untuk membuat keputusan. Yang kedua, klinik yang sedang dibina adalah di Jalan Maharajalela di antara Hutan Melintang dengan Teluk Intan. Maka jika klinik ini siap dibina, jarak di antara klinik ini dengan Hospital Teluk Intan adalah lebih dekat bila banding dengan keadaan sekarang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Trong untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Saya mewakili Trong. Soalan nombor tujuh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan daripada YB Trong yang berkaitan dengan pencemaran air serta gangguan lalat yang juga dibangkitkan dalam perbahasan semalam. Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman berkaitan isu pencemaran air dan gangguan lalat akibat penternakan ayam dan itik yang dimaksudkan, Kerajaan Negeri melalui agensi kita, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah kacau ganggu lalat dengan penguatkuasaan Enakmen Peladangan Unggas Negeri Perak 2005 dan peraturan-peraturan Pengawalan Peladangan Unggas Lesen 2010. Untuk makluman Yang Berhormat antara tindakan diambil oleh Jabatan Veterinar adalah meningkatkan kekerapan pemantauan di kawasan aduan dan dikenakan compound kepada ladang-ladang penternakan ayam dan itik yang tidak mematuhi syarat-syarat enakmen tersebut. Di samping itu juga, Jabatan Veterinar juga ada mengeluarkan arahan pembatalan lesen menternak unggas kepada ladang-ladang yang bermasalah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, inisiatif-inisiatif dan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui agensi ini akan memberikan kesedaran dan pengajaran kepada pengusaha yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam Enakmen Peladangan Unggas 2005. Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat, hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan agensi-agensi persekutuan merupakan antara kunci besar berkerja dalam satu pasukan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam memastikan ladang-ladang penternakan sentiasa menjaga persekitaran ladang mereka supaya tidak berlaku kacau ganggu kepada masyarakat setempat. Bukan itu saja Kerajaan Negeri melalui agensi Jabatan Veterinar mengarahkan semua pengusaha-pengusaha unggas di Negeri Perak menuju ke arah sistem reban tertutup yang akan dikuatkuasakan pada satu Januari 2026. Lanjutan daripada Keputusan Mesyuarat MMK Bil. 2073 bertarikh 8 Jun 2022 sebagai salah satu langkah untuk mengatasi isu kacau ganggu lalat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Terima kasih kepada YB Lintang. Tak ada. Orangnya tak datang. Jadi, tak ada wakil untuk soalan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat...

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ada soalan.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, boleh. Sila. Ayer Kuning, sila.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ianya perkara juga Yang Berhormat Exco. Ia juga berlaku di tempat saya. Di Ayer Kuning berkaitan dengan perkara tersebut. Juga berkaitan dengan kerbau dan lembu. Juga telah pun melibatkan kemalangan baru lagi sepertimana yang telah pun dibangkitkan oleh Sungai Rapat baru lagi. Berkaitan dengan masalah-masalah yang begini. Jadi, saya rasa ini adalah perkara yang telah lama berlaku di tempat saya dan mohon diambil tindakan segeralah berkaitan dengan perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Ayer Kuning. Memang Kerajaan Negeri amat sedar apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning dan tindakan-tindakan akan diambil dan telah pun diambil oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri melalui PBT. Melalui PBT dan Insya-Allah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan diberi perhatian. Yang sewajarnya untuk kita mengambil perhatian. Terima kasih.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Timbalan, satu soalan. Isu lalat.

Timbalan Yang di-Pertua

Berkaitan?

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Lalat. Pembangkang, satu soalan. Terima kasih. Berkaitan juga dengan kacau ganggulah. Ada tak kawalan ataupun apa-apa bentuk tindakan yang boleh diambil sebab di kawasan saya, di Bagan Serai, di Kampung Teluk ada pihak yang membuat sangkar di dalam sungai. Sangkar yang besar, sangkar ikan yang besar dalam sungai. Yang mana pada saya dia mengganggu juga aliran air yang boleh menyebabkan banji kilat dan yang menjadi jadi persoalan kat situ ialah bila mana ikan-ikan tersebut ada yang banyak yang mati. Jadi pengusaha masukkan ke dalam satu bekas yang besarlah. Plastik yang besar kemudian dibuang dalam-dalam sungai itu dan kita tahu air sungai ini dia turun naik, turun naik. Jadi bangkai-bangkai ikan itu tidak pergi ke mana pun. Akhirnya membawa bau yang tidak menyelesakanlah di kawasan tersebut. Jadi adakah ada apa-apa tindakan ataupun ada dimaklumkan kepada pihak YB Exco. Terima kasih.

Terima kasih atas makluman Yang Berhormat dan perkara ini belum sampai pengetahuan saya. InsyaAllah perkara ini akan diambil perhatian berasaskan kepada akta dan juga peraturan-peraturan yang ada dalam undang-undang. InsyaAllah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Saya terus menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua soalan Buntong soalan lapan.

Soalan tambahan. Boleh kemukakan balik soalan?

Soalan Buntong soalan lapan.

Saya ingatkan minta maaf. Saya ingat ada soalan tambahan. Terima kasih Buntong di atas soalan yang telah dikemukakan. Sistem saliran di kawasan Buntong termasuk longkang utama, longkang perumahan dan scupper drain dengan izin perlu dikaji dan dinaik taraf memandangkan kawasan Buntong semakin pesat membangun. Sebahagian kawasan ini juga berada dalam kawasan yang rendah dan memerlukan kolam takungan banjir. Selain itu, pihak JPS juga akan memohon peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja pengorekkan sungai Pari. Sungai Pari ni lalu kawasan Buntong di kawasan Buntong bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Buntong, bagi cadangan pemasangan pam yang telah dikemukakan untuk menambah pam tambahan, ianya satu cadangan yang baik daripada YB Buntong tetapi pihak JPS memerlukan kajian yang agak khusus dan terperinci bagi menjamin keberkesanan pemasangan pam, pengoperasian dan juga mengurangkan risiko banjir. So, dengan izin kita dalam kajian ya. Saya akan berkomunikasi terus dengan pihak JPS bagi memastikan masalah banjir di kawasan Buntong itu dapat diatasi dan kita mencadangkan supaya jika ada mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan sebagainya, saya mengharapkan YB Buntong bawa isu ini ke dalam mesyuarat tersebut supaya ianya akan berterusan sebagai satu agenda. Kita tak mahu nanti secara menjelma sahaja, Buntong ditelenggami air. Jadi itu cadangan daripada YB untuk memasang pam itu satu cadangan yang baik, tetapi perlu dikaji oleh pihak JPS sama ada pelaksanaan dia secara automatik dapat dilaksanakan dan pengoperasian dia juga dapat dilaksanakan secara baik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Buntong. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada YB Exco. Soalan tambahan saya berkenaan dengan kajian yang dilakukan ya. Terima kasih, memang kajian tersebut sangat penting untuk rakyat Buntong dan kebajikan mereka sebab bila hujan lebat dalam masa 20 minit, air sudah naik setinggi tiga kaki, empat kaki pun ada ya dan mereka terpaksa tunggu 45 minit sehingga air surut baru boleh keluar rumah. Jadi saya mahu tanya bagi pihak rakyat Buntong, berapa lama kajian ini akan diambil? Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk mengambil kajian ini supaya kita dapat expedite dengan izin langkah-langkah yang perlu kita lakukan dari segi preventive measures dan juga langkah-langkah mitigasi bagi mengelakkan banjir kilat di Buntong? Terima kasih YB Exco.

Terima kasih Buntong di atas soalan tambahan. Kajian ini memerlukan masa kerana perlu dikoordinasikan dengan beberapa pihak lain pihak Majlis Bandar Ipoh, pihak JKR dan juga pihak TNB. Jadi untuk itu kajian itu makan masa kerana mengkoordinasikan suasana tersebut dan pam itu perlulah pam yang sesuai. Laluan air yang kita nak pam daripada tempat itu keluar pun perlu diambil kira. Jadi saya belum dapat tahu lagi berapa lama kajian itu dapat dikajikan tapi telah pun dimulakan kajian tersebut. Cuma diperincikan supaya dapat kita buat peruntukan kos sebenar. Dia tahu kos sebenar, kalau kita ada kemampuan kos itu kita akan belanjakan terus tapi kalau tak cukup, kita buat permohonan lain. Jadi untuk itu saya minta supaya ianya dibawa dalam pengetahuan Jawatankuasa Tindakan Daerah. Terima kasih.

Astaka. Soalan.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan kedua saya bagi sini dulu.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' YB Exco. Di Ulu Sepetang, sama macam Buntong juga satu rail keretapi dibuat menyebabkan air tak sampai ke belah sana dan tendang balik setiap kali hujan menyebabkan banyak rumah dan Dato' Seri Menteri Besar sendiri pun dah melawat kawasan itu di Kampung Ulu Sepetang. Cuba tengok balik, minta pihak-pihak tertentu, kaji balik macam mana nak pam air tadi untuk mengelakkan banjir setiap kali hujan Ulu Sepetang.

Terima kasih kepada Batu Kurau yang telah persoalkan berkenaan dengan di Kampung Ulu Sepetang. Sebenarnya, masa kejadian, masa tindakan itu dibuat, itulah dibuat kajian supaya pam yang dipasang itu memberikan kesan untuk mengepam air keluar tapi masalah sekarang ini, seolah-seolah dipasang di lain tempat yang tak sepatutnya. Adakah begitu? Kalau begitu suasana saya akan minta JPS untuk buat kajian semula. Sama ada, suasana itu perlu kita buat sedikit pindaan agar pam itu kalau dia beroperasi secara automatik, dia mengepam air di tempat yang telah pun kita idamkan tapi kalau ianya tidak begitu, maka suasana itu perlu dibuat pindaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham, sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua atas keizinan untuk memberikan soalan tambahan kepada pihak kerajaan Exco. Soalan saya adalah di mana di DUN Bercham cuma kawasan Bercham sudah ada 7 ke 8 lokasi yang seringkali berlaku banjir kilat dan juga termasuk di kawasan Tasik di bahagian Taman Lok Lim di Jalan Kuala Kangsar sana seringkali senang bila hujan lebat, ada banjir kilat berlaku. Walaupun sana di satu tempat itu hotspot memang ada dua pam secara automatik milik MBI dan dua pam beroperasi secara manual milik JPS tetapi itu sering berlaku juga bila hujan lebat berlaku untuk tempoh masa yang panjang. Jadi adakah pihak Kerajaan mengambilkira sama ada dua sungai di sebelah Bercham itu sungai Kinta dan Sungai Pinji akan akan didalamkan iaitu dasarnya dan juga kolam untuk pencegahan banjir dibina sebab sering berlaku kawasan di Bercham? Bila…bila hujan lebat memang saya akan khuatir keadaan di situ. Terima kasih.

Terima kasih Bercham di atas soalan tambahan itu. Saya merasakan fenomena banjir di Bercham ini baru-baru dah saja berlaku. Sebelum itu tak terdengar Bercham ini tenggelam atau pun banjir kilat kerana barangkali ada pertambahan kerja-kerja di kawasan tersebut yang menyebabkan laluan air itu terkandas. Jadi untuk itu dua pam yang dipasang oleh MBI secara automatik itu akan berjalan terus. Ya sama ada dia dia cukup ataupun tak cukup itu kita akan buat kajian lain. Dua pam yang manual yang dipasang oleh JPS itu perlu dipasang secara secara manual. Jadi bermaknanya kalaulah ada dentuman-dentuman kilat mengatakan hujan akan timbul maka pihak JPS akan bersedia untuk masang secara manual. Jadi kawasan yang baru, Jalan Kuala Kangsar dan sebagainya itu memerlukan kajian sama ada ada tak kawasan lain yang boleh buat tempat tadahan. Ya makna kalau sekiranya tempat tadahan itu boleh dipikirkan secara sesuai maka kita akan cari tanah lapang untuk buat tempat tadahan. Tapi malangnya hari ini kita yang ada tempat-tempat tadahan yang sedia ada walaupun kecil tapi perlu dibuat pemulihan.

Maknanya Sungai Kinta dan Sungai Pinji itu perlu dilihat dari segi pembuangan pasir supaya dalamnya dapat ditambahkan kedalaman sungai itu sendiri. Tapi saya merasakan jangka panjangnya perlu dicari tempat kawasan yang sesuai state land untuk kita jadikan sebagai tempat tadahan yang baru. Ya. Oleh karena nak cope up dengan kerja-kerja yang ditambah oleh pihak-pihak tertentu membuat membina rumah rumah dan sebagainya menyebabkan aliran air terhakis ataupun terhalang. Jadi saya akan buat satu satu perjumpaan dengan pihak-pihak tertentu khususnya MBI bahawa ada projek-projek perumahan yang mereka telah luluskan kawasan tersebut dan telah dipinggirkan masalah melihat laluan laluan air tersebut. Jadi inilah proses pemulihannya sama ada kita nak dalamkan sungai-sungai sedia ada, Sungai Pinji dan Sungai Kinta dan kemudiannya lihat tapak baru untuk dijadikan kolam tadahan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco.

Soalan tambahan satu lagi satu lagi. Astaka.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan. Ya ya. Sila pendekkan soalan.

Sistem perparitan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak bangkitkan sistem perparitan di Sitiawan, Daerah Manjung juga. Sebab ada berapa hotspot jugalah banjir kilat. Contohnya di Taman Singa Baru 2, Taman Aman Muhibah, Taman Terus Maju, Sitiawan Estate, Taman Serikoh, di mana baru-baru ini dua tiga minggu yang lalu berlaku banjir kilat dan saya telah turun bersama pihak JPS dari Manjung dan Majlis dan pergi sana untuk lawat dan mendapati sistem perparitan yang tidak mencukupi kerana ada pembangunan projek yang baru dan sistem perparitan tidak dapat menampung peraliran air dan saya difahami bahawa tak ada satu master plan, dengan izin, master plan untuk drainage system. So, adakah kerajaan negeri merancang untuk membuat satu master plan drainage system itu, dengan izin, untuk Daerah Manjung? Terima kasih.

Terima kasih atas soalan Astaka tadi. Sudah tentulah Kerajaan Negeri ada hasrat untuk menyelesaikan masalah-masalah banjir kilat ini. Walaupun termnya sebagai banjir kilat dia berlaku sekejap sahaja kemudian dia akan surut. Tapi masalahnya orang ramai masih lagi rumah mereka tenggelam sekejap walaupun setengah jam. Jadi itu itu memang kerajaan berhasrat untuk mengurangkan. Master plan yang dicadangkan hari itu, master plan yang barangkali mengambil kira semuanya. Tapi bila projek-projek perumahan ini datang secara mendadak dia mengatasi master plan itu sendiri maka tertinggallah suasana untuk mencari jalan supaya air-air ini diberikan laluan yang sempurna dan akibat daripada itu ah hari ini berlaku banjir kilat. Tapi kalau master plan itu mengambil kira bahawa kebanyakan projek-projek perumahan ini mengikut mengikut aras yang telah ditandakan barangkali ia dapat di dapat ditangani secara pelahan. Jadi saya terima kasih di atas soalan dan insyaa Allah kita akan beritahu kepada pihak-pihak tertentu kawasan dihadapi di Manjung di Astaka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterus menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Pinji soalan kesembilan.

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih pada Tuan Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Pasir Pinji atas soalan yang berkaitan dengan eSports. Soalan yang pertama antara sumbangan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri di dalam pembangunan sukan elektronik negara ini adalah dengan mewujudkan kelab sukan elektronik di setiap daerah di seluruh negeri Perak. Pihak kerajaan telah meperuntukkan bantuan kepada persatuan sukan elektronik Perak bagi pembelian barangan dan kelengkapan bagi memudahkan pihak persatuan menganjurkan kejohanan dan menjalankan aktiviti diperingkat akar umbi. Butiran bantuan adalah seperti berikut. Tahun 2019 sebanyak RM25ribu khusus untuk penganjuran Sukan Perak atau SUPER bagi tahun 2019, manakala bagi tahun 2020 sebanyak RM75,425 diberikan untuk bantuan bagi persiapan pasukan Sukma Perak. Manakala bagi tahun 2021 sebanyak RM150 ribu khusus untuk beberapa program iaitu yang pertama, Perak Esports Festival Challenge, Malaysian Esports League Peringkat Negeri Perak, yang ketiga Esports Workshop 2.0, keempat Perak Esports Championship 3.0, manakala 91,600 bagi bantuan persiapan pasukan Sukma. Manakala bagi tahun 2022 sebanyak 397,000 diperuntukkan untuk sukan Esports. Program-program yang dianjurkan adalah Team Development, Esports Workshop 3.0, Hang Tuah Cyber Games, Botter Cyber Games, Perak Cyber Games, Esports School Championship atau Sukan Perak, Perak Esports Championship 4.0, manakala bagi 45,600 bagi bantuan persiapan pasukan Sukma. Soalan kedua, penganjuran pertama bagi sukan elektronik, eSukan adalah pada Sukan Malaysia Sukma 2018 di negeri Perak sebagai sukan pertunjukan dan kemudiannya menjadi sukan pilihan bagi Sukma di Kuala Lumpur pada tahun 2022.

Antara penganjuran kejohanan yang telah dianjurkan adalah tahun 2018 Bengkel Pengenalan eSports Peringkat Negeri Perak, manakala tahun 2019 antara kejohanan yang disertai atau dianjurkan adalah Sukan Perak, Perak eSports Selection atau untuk Sea Games, yang ketiga eSports Workshop, yang keempat Perak eSports Championship 1.0, manakala bagi tahun 2020 beberapa pertandingan juga telah dianjurkan antaranya BOSCAM eSports Sukma Negeri Perak, Perak Esports Home Challenge 1.0 dan 2.0, yang ketiga pertandingan eSports Peso 2020 1.0 2.0, Perak eSports Championship 2.0, Silver Esports Championship, Malaysia Majlis Makan Malam eSports Perak, manakala bagi tahun 2021 Perak eSports Festival Challenge, Malaysian eSports League Peringkat Negeri Perak, eSports Workshop 2.0, Perak eSports Championship 3.0, manakala bagi tahun 2022 Karnival Mesra Anak Muda KAMU Zone Utara, Perak eSports League, yang ketiga Team Development, yang keempat eSports Workshop 3.0, yang kelima Hang Tuah Cyber Game, yang keenam Botter Cyber Game, yang ketujuh eSports School Championship Sukan Perak, yang kelapan Perak Cyber Game, yang kesembilan Perak eSports Championship 4.0. Pada tahun 2020 dan 2021, seramai 10 ribu orang telah menyertai acara-acara pertandingan eSukan yang telah diadakan pada tahun berkenaan bagi negeri Perak sahaja, manakala bagi acara peringkat kebangsaan menyaksikan penyertaan seramai 11,659 orang telah menyertai acara eSukan ini dari seluruh negara selepas melepasi kelayakan peringkat negeri masing-masing. eSports adalah antara sukan yang berjaya menganjurkan kejohanan semasa negara sedang dilanda Covid-19. Soalan yang ketiga, antara infrastruktur yang ada di negeri Perak adalah Perak eSports Hub yang terletak di Tambun Ipoh Perak. Hub ini adalah di bawah jagaan Persatuan Sukan Elektronik Perak dan telah mendapat bantuan daripada Majlis Sukan Negeri Perak dari segi kelengkapan dan peralatan eSukan. Selain itu, terdapat juga hub mini eSport di peringkat daerah yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Elektronik peringkat daerah. Pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama serta Sukan Elektronik Perak dalam proses penyediaan pelan tapak untuk pembinaan eSport Youth Cabin di negeri Perak sebagai pusat eSukan Negeri. Cadangan tapak yang dicadangkan adalah di kawasan lapang di sebelah Velodrome Rakyat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan yang dijawab oleh YB Exco. Soalan tambahan saya. Apakah kolaborasi korporat dan profesional yang telah Persatuan Sukan Elektronik Negeri Perak merancang dan laksanakan untuk pembangunan Sukan Elektronik di negeri Perak?

Terima kasih, Pasir Pinji. Seperti yang saya maklum tadi, eSport merupakan antara sukan yang cukup popular di kalangan anak-anak muda dan ianya mendapat bantuan ataupun kerjasama ataupun perjanjian persefahaman MOU dengan beberapa badan-badan korporat dan profesional bagi meneruskan usaha pembangunan sukan elektronik negeri Perak. Antaranya Homeboys, iaitu adalah satu nama yang cukup terkenal di persada eSport Malaysia dan antarabangsa. Kerap menyertai pertandingan secara profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pihak eSport dan Akademik Homeboys telah berkolaborasi bagi mencapai satu matlamat iaitu mengumpulkan pemain dari setiap negeri di Malaysia dan berlatih di akademik berkenaan dengan berkonsepkan mentor-mentee selama satu tahun dan bermula pada tahun 2023.

Badan yang kedua ataupun badan-badan korporat dan profesional yang pihak negeri dan juga persatuan eSport Perak telah menandatangani perjanjian adalah MAP eSport. eSport bersama-bersama eSport cadang ingin menganjurkan kejohanan MAP Championship bagi mengukuhkan serta meluaskan komuniti eSport bukan sahaja di negeri Perak, malah negara di dalam negara Malaysia. Kejohanan ini akan mampu melahirkan generasi-generasi pemai- pemain sukan elektronik yang baru lantas meneruskan legasi kesinambungan generasi sukan elektronik ini. Yang ketiga, Todak eSport. Todak bukan nama asing dalam sukan elektronik Mobile Legends dan Mobile Legends Bang Bang tetapi juga telah melahirkan ramai pemain e-Sport mewakili negara ke peringkat antarabangsa seperti sukan SEA, World Championship Mobile Legends Bang Bang dan perbagai liga-liga profesional antarabangsa yang lain. Todak eSport akan memberi kerjasama persahaman bersama sama dengan eSport Perak melalui latihan permainan sukan elektronik dalam membantu menjadi daya tarikan kepada anak-anak muda untuk lebih menyertai, lebih bersemangat untuk bersama-sama menyertai sukan komuniti atau sukan elektronik eSport ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker, mohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua

Manong sila.

Terima kasih Timbalan Speaker. Kepada Yang Berhormat Exco berkaitan dengan eSport. Pertamanya saya ucap tahniahlah kepada Exco Belia atas banyak penganjuran eSukan untuk menggalakkan belia menyertai sukan. Walaubagaimanapun satu isu yang pernah saya tangani berkaitan dengan eSport ini adalah satu kes, saya tak pasti kes terpencil ataupun tidak, satu kes di mana mereka yang mahir dalam eSport ini telah ditaja oleh pihak tertentu dan mereka ini telah dibayar dengan bayaran yang lumayan setiap bulan dan tetapi satu isu yang timbul setelah mana mereka ditaja, penganjur telah menetapkan target tertentu untuk dicapai setiap bulan. Maka gamers ini yang telah ditaja ini diminta menyertai banyak petandingan eSport sama ada yang rasmi ataupun tidak rasmi, dalam negara ataupun tidak dalam negara. Akhirnya mereka tidak dapat mencapai target yang telah ditetapkan oleh penganjur dan menyebabkan mereka menjadi depress, tertekan untuk mencapai target tersebut dan akhirnya berlaku masalah-masalah lain, isu kesihatan mental dan sebagainya. So, adakah pihak Exco atau kerajaan negeri sedar akan isu ini yang menyebabkan penganjuran di luar kawalan terhadap gamers-gamers yang mahir dan akhirnya menyebabkan mereka tertekan dan menyebabkan masalah lain? Itulah saja Exco. Terima kasih.

Terima kasih Manong atas perkongsian maklumat berkaitan dengan penyertaan yang terlalu banyak dan juga berkaitan dengan tajaan oleh pihak-pihak korporat ataupun pihak-pihak individu bagi pemain-pemain eSport ini untuk mencapai sasaran mereka tetapi berkaitan dengan kesan-kesan apabila penyertaan di dalam sukan eSport itu, saya tidak dapat menerima maklumat-maklumat tersebut dan terima kasih atas maklumat itu dan saya akan dapatkan maklumat-maklumat yang lebih lanjut daripada pihak-pihak yang berkenaan bagi kita memastikan bahawa sukan bukan sebagai tempat untuk mendapat tekanan dan sebagainya. Terima kasih atas perkongsian dari maklumat daripada Manong tadi.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan ini, maka tamatlah sesi soalan pada soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang selanjutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat, Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023.

Timbalan Yang di-Pertua

Masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama "Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu". Dibaca bagi kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 yang berbunyi, "Bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 07/2022 adalah dengan ini, diumumkan menjadi tujuan yang mana akan kumpulan wang pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM395juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2023".

Seterus jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang yang rang undang-undang yang bernama "Enakmen Perbekalan 2023 dibaca bagi kali kedua serta Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 telah disokong dan dibahaskan". Sesi penggulungan perbahasan di atas Enakmen Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 akan dimulakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar dan diikuti oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing. Masa yang diperuntukkan bagi setiap penggulungan ialah selama 20 minit. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Tempoh masa adalah penggulungan 20 minit. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Berdamar untuk menggulung perbahasan. Sila.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam perpaduan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang BBerhormat, ketua-ketua agensi kerajaan, rakan-rakan media yang menonton di atas dan tuan-puan sekalian. Selepas 23 Ahli Dewan Negeri berbahas tentang belanjawan 2023 semalam, hari ini sampailah giliran pimpinan Exco untuk menggulungkan sebelum meluluskan belanjawan ini. Dalam perbahasan semalam, pimpinan Exco termasuk saya sedia maklum dengan pelbagai cadangan, idea ataupun kritikan terhadap pelaksanaan belanjawan 2023. Sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya selalu berpegang kepada prinsip untuk mendengar demi menjadikan idea dan cadangan sebagai dasar sekiranya dibenarkan dan juga mengambil kritikan yang membina sebagai langkah penambahbaikan demi rakyat jelata yang menyokong ataupun tidak menyokong kita.

Dalam Belanjawan 2023, saya rasa Kerajaan Perpaduan Negeri Perak telah menunjukkan keprihatinan yang sebenar dan bukannya hanya melakukan slogan perihatin tanpa tindakan. Keprihatinan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak terserlah dengan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak gaji satu setengah bulan dan minimumnya RM2,000 kepada semua lapisan penjawat awam di dalam negeri ini. Sekiranya saya tidak silap, ini adalah yang paling banyak sekali dalam beberapa tahun ini biar pun pilihan raya umum dah berlalu pun dan ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak adalah sangat menghargai segala jasa, segala sumbangan para penjawat-penjawat awam yang berdedikasi untuk berkhidmat demi jentera kerajaan negeri. Dalam pada itu, rata-ratanya semua pun ambil maklum bahawa pimpinan MMK kita telah membuat keputusan untuk tidak mengambil apa-apa ganjaran ataupun bonus dalam akhir tahun ini. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak untuk bersama dengan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, dan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian. Sekiranya kita memperhalusi dasar Kerajaan Perpaduan Negeri Perak tentang aspek agama, kita boleh melihat Kerajaan Perpaduan adalah sebuah Kerajaan Negeri yang menjunjung agama Islam dan menghormati agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Saya boleh bagi beberapa contoh di sini. Dengan membandingkan antara Belanjawan 2022 dengan Belanjawan 2023. Dulu, Belanjawan 2022, Kerajaan Negeri hanya memperuntukan RM6.0 juta untuk menaik taraf masjid dan surau. Tapi sekarang, dengan adanya Kerajaan Perpaduan Negeri Perak, kita memperuntukan RM10.0 juta untuk tujuan ini. Dulu, dalam Belanjawan 2022, hanya RM3.0 juta dikhaskan untuk baik pulih sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat. Sekarang, dengan adanya Kerajaan Perpaduan, kita telah meningkat ke RM4.0 juta. Dahulunya, Jabatan Agama Islam hanya diperuntukan RM1.6 juta dan kini, peruntukan telah dinaikkan sebanyak RM3.1 juta dan jadi meningkat kepada RM4.7 juta. Yang sama, Jabatan Kehakiman Syariah dulu hanya kosong RM0.8 juta. Tapi sekarang, telah meningkat hingga kepada RM2.13 juta. Dalam keempat-empat aspek ini, peningkatan peruntukan adalah sebanyak RM9.43 juta dan saya boleh katakan, ini adalah paling banyak sekali pun dalam sejarah Belanjawan Perak. Pada masa yang sama...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih, Yang Berhormat Exco. Bersetuju tak Exco? Terima kasih dengan laporan yang dikemukakan tadi. Bersetuju tak Exco berkenaan dengan sumbangan-sumbangan ataupun peruntukan yang ditambah pada tahun ini adalah hasil daripada Kerajaan Perikatan Nasional yang tulus pada sesi yang lepas. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih atas soalan. Saya rasa, pertambahan peningkatan peruntukan ini adalah hasil daripada Kerajaan Perpaduan sekarang yang cukup prihatin terhadap masalah aspek agama, bukan Islam dan juga Islam dan pada masa yang sama, tidak lupa juga pihak Kerajaan Perpaduan Negeri Perak, mereka juga, kita juga menjaga kesejahteraan rumah ibadat bukan Islam. Seperti yang dititahkan Tuanku dalam titah DiRaja, komposisi kaum Cina, India dan Asli di Perak adalah merangkumi hampir 40% di negeri Perak. Perak seperti sedia maklum, kita juga mempunyai Kampung Baru Cina yang paling banyak di satu negara iaitu sebanyak 160 buah Kampung Baru Cina termasuk kampung nelayan dan ada banyak juga tokong-tokong dalam kampung-kampung tersebut maka Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang bersifat inklusif kita telah menambahkan peruntukan untuk Unit Integrasi dan Pengukuhan Masyarakat daripada RM5.0 juta tahun semasa kepada RM6.0 juta tahun depan untuk mempastikan kesejahteraan rumah ibadat bukan Islam tidak kira Royal Buddha, Taorism, Christian, Catholic, Sikh terus dijaga di negeri Perak ini. Pada masa yang sama walaupun sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya juga ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar aktiviti-aktiviti kebudayaan juga dimasukkan dalam lingkungan dan jagaan Unit Intergrasi dan Pengukuhan Masyarakat agar tiada pihak yang tersisih daripada permohonan peruntukan.

Manong mencelah. Mungkin Yang Berhormat terlupa satu data dalam Bajet 2023 peruntukan Universiti Sultan Azlah Shah daripada 5.0 juta naik kepada 3.0 juta. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan. Timbalan Yang di-Pertua dan rakan-rakan YB sekalian pendidikan merupakan teras utama negara kita dan tanpa pendidikan maka sesebuah negara tidak mungkinnya akan berjaya tidak mungkinnya akan maju. Kita dapat lihat dengan Belanjawan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak buat kali pertama kita telah memperuntukan sebanyak RM21.4 juta untuk tujuan pendidikan. Maknanya tidak kiranya orang asli, pendidikan khas, sekolah tahfiz, sekolah pondok, sekolah agama rakyat semua akan memperoleh manfaat dalam lingkungan ini.

Manjoi. Terima kasih kepada YB Exco sahabat saya. Saya ingin melontarkan sedikit pandangan. Setujukah YB Exco jika kita berikan sedikit kredit kepada barisan kerajaan sesi lepas dan MMK sesi lepas dan pihak penjawat awam kita saya kira belanjawan ini bukan baru kita rancang seminggu dua bahkan kerajaan baru dibentuk 21 haribulan baru ini. Saya kira sangat singkat masa tersebut jadi perlu diberi sedikit kredit kepada sesi lepas kerana ini saya rasa perancangan belanjawan ini dah bermula setahun dua yang lalu dan saya rasa kita menyempurnakan sahaja. Saya rasa part itu perlu adil dalam konteks perpaduan yang disebutkan oleh YB Exco. Jadi boleh kut berikan sedikit kredit kepada rakan-rakan di sini telah berjuang untuk isu-isu tersebut. Terima kasih Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada saudara Manjoi yang merupakan senior saya dalam Pesatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Dulu kita bersama dalam Universiti Malaya dan tentang soalan yang dilontarkan tadi, saya rasa penghargaan yang setinggi-tinggi memang kena diberikan kepada semua lapisan penjawat awam, jentera Kerajaan Negeri sebab mereka memang bertungkus-lumus menyiapkan belanjawan ini dari siang ke malam dan tanpa penat lelah dan kita harus memberikan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penjawat awam yang membantu menjayakan usaha-usaha ini. Tadi saya sebut tentang belanjawan Kerajaan Perpaduan mengenai aspek pendidikan. Salah satu berita baik adalah bahawa dulu kita hanya ada RM45.0 juta yang dikhususkan oleh beberapa aliran sekolah. Tapi, dalam Belanjawan 2023, terdapat peningkatan RM0.5 juta kepada total dengan izin RM5.0 juta pada tahun depan yang dikhususkan kepada pelbagai aliran sekolah. Sekolah Kebangsaan dapat, Sekolah Menengah Kebangsaan dapat, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dapat, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dapat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dapat, Sekolah Mubaligh dan yang penting sekali Sekolah SUWA pun dapat.

Ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak adalah menghargai aset negara, iaitu sekolah pelbagai aliran, tidak kira sekolah jenis apa dan ini, saya rasa adalah semangat yang harus diteruskan oleh pihak pemerintah sekarang dan juga yang akan perintah pada masa depan. Dengan izin, saya rasa ini adalah prinsip yang kita mesti mengharungi sekarang dan pada masa depan. Timbalan yang di-Pertua dan rakan rakan sekalian, terima kasih. Seperti mana dalam penggulungan saya pada Khamis lepas, saya sentuh tentang pemberian peruntukan yang setara kepada pembangkang dan saya rasa hari itu dapat maklum balas ataupun dengan izin respons yang sangat bagus daripada pihak kawan-kawan pembangkang. Saya masih ingat ada suara daripada pihak pembangkang bahawa pemberian peruntukan kepada pembangkang bukanlah reformasi daripada pihak sini dan adalah dimulakan oleh pihak sana. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menerangkan perbezaan antara kedua-dua usaha ini. Adalah berbeza dari segi tujuan, dari segi niat antara pemberian peruntukan daripada rejim sebelum ini kepada pembangkang dulu dengan pemberian peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan sekarang kepada pembangkang pada masa kini.

Dahulunya, rata-rata mengetahui bahawa rejim sebelum ini adalah tidak mempunyai mandat rakyat dan terpaksa menandatangani MOU dengan izin dengan pembangkang untuk teruskan tampuk pemerintahan dan sejujurnya kalau tiada MOU dengan izin, rejim sebelum ini adalah tidak stabil dan mungkin akan tumbang dan maka, kena bagi peruntukan. Sekarang, masa kini, tujuan Kerajaan Perpaduan berikan pembangkang berikan peruntukan kepada pembangkang secara proaktif adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan pembangkang dijaga dan tidak disisihkan. Pemberian peruntukan ini berlaku selepas PRU dan adanya mandat rakyat. Tidak salah untuk katakan bahawa Pihak Kerajaan Perpaduan adalah pertahankan semangat demokrasi dengan pemberian peruntukan untuk memastikan kawasan pembangkang tidak dipinggirkan langsung walaupun tiada apa apa MOU yang telah ditandatangani. Dalam kata lain, perihal pemberian peruntukan oleh kedua dua pihak adalah berbeza sangat. Rejim sebelum ini adalah memberi sebab takut kerajaan tumbang dan kini Kerajaan Perpaduan adalah beri dengan suka rela, dengan betul-betul ingin menjalankan usaha reformasi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Exco, minta sedikit. Terima kasih. Pertama, saya nak ucapkan syabas dan tahniah di atas keberkesanan Kerajaan Campuran mengadakan bajet yang begitu indah dalam tempoh sebulan. Ini cukup efisien lah. Jadi mudah-mudahan perkara seperti ini boleh diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Lagi, saya nak menarik sikit mengenai dengan apa setujukah YB Exco bahawa apa yang diteruskan bagi pada bahagian pembangkang inilah idea yang telah dicetuskan oleh Kerajaan baris prikatan Nasional selama ini yang pertama dan yang kedua, setujukah bahawa bajet yang dibuat oleh Kerajaan Campuran yang ada pada hari ini adalah berlandaskan kepada pendapatan yang dijana oleh kerajaan perikatan nasional sebelum ini, terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, untuk soalan pertama saya rasa tindakan yang sama tapi niat dan hasrat lain seperti mana yang saya terangkan tadi, yang kedua kekukuhan kewangan Kerajaan Negeri hari ini saya rasa adalah disebabkan usaha gigih oleh para penjawat awam yang bertungkus lumus berusaha keras untuk memastikan kewangan negeri ini kukuh dan stabil walaupun mungkin ada yang tidak pandai mentadbir atau pun yang gagal mentadbir dan sebelum saya tamatkan penggulungan saya, saya juga ingin menyentuh tentang pemberian dana sebanyak RM18.8 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan satu Perak. Pihak Berkuasa Tempatan ini atau pun secara shortform dengan izin PBT sebenarnya merupakan front liner jentera dalam jentera Kerajaan Negeri mana-mana pun lantaran tidak kiranya masalah taman perumahan atau pun parit JPS, atau pun longkang JKR, jalan PLB, atau pun lampu TNB, biasanya yang terkena adalah PBT dan maka saya berharap PBT di negeri perak ini yang menjadi tumpuan oleh semua rakyat boleh belajar daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk mengambil langkah-langkah penjimatan dan tidak bersifat boros dalam menguruskan dana awam.

Saya rasa pembangkang akan setuju dengan saya bahawa tidak ada keperluan untuk PBT demi mengambil pinjaman dengan Kerajaan Negeri untuk membeli kereta baharu mahu pun membeli perabut baharu dan sebaliknya, sepatutnya menyediakan perkhidmatan pembandaran yang lebih mantap yang lebih yang lebih baik kepada penduduk setempat. Rata-rata dalam perbahasan dua minggu ini kita dengar banyak masalah aduan setempat jalan rosak, lampu rosak, ini rosak…sini rosak oleh itu saya rasa PBT seharusnya fokus untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih mantap kepada penduduk.

Selain memegang jawatan sebagai Exco ingin saya sebagai Ahli Dewan Negeri Pasir Bedamar yang berpusat di bandar Teluk Intan merekodkan minit di sini bahawa PBT sepatutnya mencari jalan untuk menambahkan pendapatan kerajaan tempatan masing-masing dan bukannya seperti di Teluk Intan sebagai wakil rakyat Pasir Bedamar sila izinkan saya utarakan sedikit masalah di Teluk Intan seluruh perkhidmatan penguatkuasaan parking dengan izin diberikan kepada syarikat swasta dan malah dibenarkan memasang parking meter dengan izin di dalam petak letak kenderaan ini bukan sahaja menjadikan pegawai-pegawai penguatkuasa kerajaan tempatan seolah-olah hilang fungsi malah menjadikan kerajaan tempatan kehilangan sumber pendapatan dan akhirnya menyebabkan juga rakyat susah untuk cari tempat letak kenderaan di tempat yang sibuk di tempat yang pesat seperti depan bank, depan agensi kerajaan lantaran tempat letak kenderaan yang terhad telah pun dibina parking meter dengan izin yang ketinggalan zaman padahal satu perak tak kira dari Tanjung Malim sehingga ke Gerik kita telah guna Park@Perak apps walaupon merupakan sebahagian daripada blok kerajaan namun adalah wajar untuk saya merekodkan suara bantahan di sini saya wakil rakyat Pasir Bedamar terhadap sistem parking dengan izin tersebut yang merugikan semua pihak tidak menguntungkan kerajaan negeri tidak menguntungkan kerajaan tempatan tidak menguntungkan rakyat setempat dan hanya menguntungkan syarikat swasta yang dilaksanakan pada awal tahun ini dan sebelum saya tamatkan ucapan saya ingin saya juga menyeru kepada Dewan yang mulia ini kita ada banyak rakan-rakan pengamal media yang bekerja dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam tapi setahu saya mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke kafeteria untuk minum pun, maka saya rasa pembangkang akan setuju dengan saya marilah kita sama-sama berganding bahu bekerjasama dalam isu ini untuk memastikan rakan-rakan pengamal media boleh lah masuk ke kafeteria untuk menikmati juadah, minum sekejap pun dalam kafeteria, dan sebelum saya tamatkan ucapan, sila izinkan saya memberikan satu pantun depada Dewan yang mulia ini, di balik mendung…

YB, saya mohon dalam bajet kali ni YB teruskan kedai bergerak kepada rakyat keseluruhan yang sebelum ni ada potongan 5% minta kerajaan prihatin sikit boleh tambah lagi pada 10% memandangkan saya lihat kesusahan rakyat telur pon susah nak dapat YB di pihak YB ada akses untuk bahagian hal ehwal pengguna, kenapa telur ni tak ada di pasaran tolong tengok sebab omega dia tak dikawal telur ni, telur omega tak dikawal, telur import pun tak dikawal, A, B, C tak ada langsung di pasaran jadi hari ni saya nak makan roti canai kedai tutup lagi sebab tak ada telur, jadi YB minta untuk bajet tahun ni YB teruskan kedai bergerak ni dan beri peratus lebih sikit kepada rakyat, sekian terima kasih

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB saya mencelah sikit, Alor Pongsu. Saya suka sikap YB Exco ya saya minta kekalkan maksudnya pihak kerajaan pun boleh hentam MB jugak, boleh hentam kerajaan jugak kita open, kalau benda tu tak baik kalau benda tu A katakan A, jangan sebab kita duduk belah sana benda tu C kita tetap tetap kata A jugak saya rasa YB setuju dengan saya.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ok, terima kasih kepada Yang Berhormat Kamunting dan Alor Pongsu, saya respond dulu kepada Yang Berhormat Alor Pongsu sebenarnya saya bantah dasar kerajaan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang dahulu sebab sistem parking itu dilaksanakan oleh rejim sebelum ini, ini satu, kedua saya rasa tadi yang rakan-rakan dari pembangkang selalu mengutarakan, adakah setuju bahawa benda yang berlaku sekarang adalah susulan daripada kerajaan sebelum ini? Saya rasa betul. Kalau dasar sebelum ini tak bagus dan Kerajaan Perpaduan yang hanya memegang kerajaan tampuk pemerintahan selama sebulan tidak mungkinnya kita akan selesaikan semua masalah dalam sebulan dan saya rasa saya setujulah. Susulan daripada masalah sesi lepas, kita ada masalah sekarang dan sebelum saya tamatkan ucapan, sila izinkan saya memberikan satu pantun kepada Dewan yang mulia ini.

Dibalik mendung serata bumi, Ada cahaya ada matahari, Doa dipohon daripada kami, Agar Perak teguh berdiri.

Sekian saja daripada Pasir Bedamar. Pasir Berdamar mohon menyokong pelanjawan 2023. Sekian, terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya tambah sikit lagi. Sikit saja Timbalan Yang di-Pertua. Sikit saja. Pantun best. Sebab YB Nga suka pantun, saya tahu. Kemudian saya minta reform pasal parking tu.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk dulu. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan. Sila. Tempoh masa adalah penggulungan 20 minit.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma salli ala sayyidina Muhammad. Sayyidina Muhammad. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, pertugas Dewan, tuan-tuan, puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2023. Terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu berkaitan komunikasi, multimedia dan NGO.

Dua orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan portfolio saya, terutamanya berkaitan komunikasi digital sewaktu perbahasan pada 27 Disember 2023. Saya percaya semua isu yang dibangkitkan adalah bagi memberi khidmat terbaik kita untuk rakyat. Timbalan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Lubok Merbau berkaitan dengan strategi Kerajaan Negeri dalam menambahbaik capaian internet khususnya di Lubok Merbau. Kerajaan Negeri mengambil maklum ke atas liputan telekomunikasi yang terhad, terutamanya liputan selular di kawasan kediaman penduduk di luar bandar, terutamanya semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak April 2021 yang menyebabkan kesukaran kepada pelajar luar bandar untuk melaksanakan pembelajaran secara atas talian. Sehubungan dengan itu, sebagai langkah jangka masa pendek, Kerajaan Negeri telah mencadangkan kepada pihak penyedia perkhidmatan melalui SKMM bagi menambahkan kapasiti liputan dan mengoptimumkan rangkaian liputan di kawasan terjejas dengan menambah kapasiti jalur lebar dan melaksanakan penyelenggaraan tapak struktur telekomunikasi dengan lebih kerap bagi mengurangkan gangguan kepada perkhidmatan.

Sebagai langkah jangka panjang pula, Kerajaan Negeri bersama-sama penyedia perkhidmatan telco sedang bekerjasama erat untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular khususnya di kawasan luar bandar termasuk merancang penyediaan menara telekomunikasi baru sama ada melalui inisiatif komersial, penyedia perkhidmatan atau melalui pembiayaan di bawah inisiatif dana peruntukan perkhidmatan sejagat (USP). Bagi mengatasi masalah kualiti perkhidmatan di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan berpenduduk. Dalam memastikan perkhidmatan liputan selular yang lebih baik, kerajaan persekutuan Bersama-sama pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi selular dalam proses pelaksanaan perkhidmatan dan perluasan melalui projek peruntukan perkhidmatan sejagat (USP) yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sekiranya menepati syarat kelayakkan. Melalui pelaksanaan inisiatif jaringan digital negara (JENDELA), pihak SKMM telah mengemukakan cadangan bagi pembinaan 105 struktur telekomunikasi baru terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh Negeri Perak di mana ianya sedang di dalam peringkat akhir kelulusan sebelum dilaksanakan.

Cadangan penempatan lokasi baru struktur telekomunikasi turut dimajukan kepada rakan strategik Kerajaan Negeri untuk dikemukakan kepada pihak penyedia perkhidmatan bagi tujuan cadangan penempatan struktur telekomunikasi komersial. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 13 struktur telekomunikasi yang sedang beroperasi dalam DUN Lubuk Merbau setakat ini. Di samping, terdapat dua cadangan pembinaan infrastruktur telekomunikasi baru di bawah inisiatif JENDELA oleh pihak SKMM iaitu di Kampung Lanih dan Kampung Keruh Hulu. Melalui Pelan Jalinan Digital Negara JENDELA fasa 1, penambahbaikan jaringan akses komunikasi dan akses jalur lebar sedang giat dijalankan bagi seluruh Negeri Perak. Bagi DUN Lubok Merbau khasnya, sebanyak satu daripada tiga buah menara baru telah siap dibina dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun 2023. Ini merupakan penambahan kepada 23 buah menara sedia ada yang telah siap dinaik taraf. Bagi semua projek ini, ia dijangka akan siap secara berperingkat dan beroperasi sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2023. Dalam pada masa yang sama, pihak SKMM sentiasa berusaha membuat penilaian lanjut dalam penambahbaikan kualiti perkhidmatan melalui penambahan atau menaik taraf infrastruktur sedia ada. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Chenderiang telah membangkitkan isu berkaitan infrastruktur telekomunikasi jaringan jalur lebar liputan telefon bagi pembangunan masyarakat khususnya orang asli.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan semua masyarakat di seluruh Negeri Perak mendapat akses infrastruktur telekomunikasi selular dan jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi, yang lebih baik Kerajaan Negeri sentiasa berhubung dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mendapatkan peruntukan yang sewajarnya. Secara dasarnya, terdapat dua kaedah perlaksanaan infrastruktur jalur lebar sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat Perak iaitu Yang pertama, Kementerian Komunikasi dan Digital melaksanakan Inisiatif Point of Present (POP) yang memberi ketersambungan gentian optik kepada populasi dan premis di luar bandar menggunakanpakai sekolah sebagai hub meliputi 55 sekolah dan 3 kawasan perindustrian di seluruh Negeri Perak. Projek POP ini akan dilaksanakan melalui syarikat VC Telekom Sdn. Bhd. dan perlaksanaannya dijangka dimulakan pada bulan Januari 2023 setelah mendapat kelulusan di peringkat PBT dan agensi melulus yang lain.

Kedua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melaksanakan inisiatif Jaringan Digital Negara (JENDELA) melalui cadangan bagi pembinaan 105 struktur telekomunikasi baru terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh negeri Perak, dimana ianya sedang di dalam peringkat akhir kelulusan sebelum dilaksanakan. Bilangan infrastruktur telekomunikasi baru di bawah JENDELA ini akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 adalah yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Selain itu, inisiatif JENDELA turut merangkumi cadangan penyelesaian langkah jangka masa pendek melalui pelaksanaan pemberian internet secara percuma menggunapakai teknologi internet satelit di 73 lokasi terpilih kampung orang asli di Negeri Perak, sebelum pembinaan menara kekal dilaksanakan oleh pihak SKMM melalui Dana Perkhidmatan Sejagat.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Tualang Sekah di atas pembentangan. Cuma saya nak tanya satu persoalan tentang struktur binaan baru dikatakan tadi 171 akan dibuat pertambahan. Jadi dimaklumkan setakat ini ada 1754 struktur atau pun pencawang yang berada di Perak. Saya cuma persoalan saya nak tanya. Adakah masih dikenakan caj lagi sepertimana dulu? Setiap tahun RM1000.00 setahun. Atau pun ditambahkan atau pun dimansuhkan? Jadi masa saya bekerja dulu dicajkan setiap pencawang RM1000.00 cukai untuk Kerajaan Negeri Perak. Itu sahaja persoalan. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Changkat Jering. Tentang persoalan tadi yang pertama tu 105 menara yang baru ni adalah termasuk dalam Rancangan JENDELA Fasa 1 yang pernah saya utarakan dalam perbahasan terdahulu iaitu perancangan kita ialah sebanyak 176 menara dan siap 75. Makna 105 itu termasuk dalam Perancangan JENDELA Fasa 1. Mengenai kutipan pembayaran sebanyak RM1000.00 untuk satu menara itu, saya akan dapatkan kepastian yang lebih detail daripada Digital Perak kerana Digital Perak merupakan One Stop Centre di mana pembina tower dan sebagainya kena berhubung dulu kepada Digital Perak dan ada dikenakan bayaran untuk PBT dan sebagainya. Jadi saya dapatkan maklumat lebih lanjut dan saya akan serah kepada Changkat Jering nanti. InsyaAllah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Hutan Melintang dulu ya. Hutan Melintang dulu.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Tualang Sekah atas pembentangan tadi. Saya sebenarnya ada sedikit cadangan dan juga berkenaan dengan pembinaan Telco towers tadi ya. Saya ingin mencadangkan Telco towers dengan izin untuk tidak mendirikannya di kawasan sekolah memandangkan radiasi frekuensi yang boleh menyebabkan peningkatan kanser otak dengan kegunaan device untuk jaga masa yang panjang. Saya mohon dia dipertimbangkan untuk menjaga kebajikan dan kesihatan kanak-kanak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Exco, Alor Pongsu. Bagi Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Exco. Saya suka tengok SKMM ini memang melibatkan banyak orang muda. Jadi YB Exco pun saya tengok macam orang muda lah. Memang muda kot. Bila sebut tentang tiang pemancar itu, pengalaman saya yang lepas dalam masa 5 tahun kita dapat satu tiang. Jadi saya baca kali-kali dia 5 tahun ini kalau lengkap 5 tahun ini lah dapat 5 tiang. 5 tiang pemancar. Kalau dapat 20 tiang pun bagus juga lah. Kemudian tentang coverage internet semua ni. Saya macam yang dulu juga lah. Saya dengar YB Exco lain jawab. Bila saya tanya soalan, insyaAllah kami akan melawat dan YB akan dijemput. Jadi saya jemput dulu YB Exco datang ke Alor Pongsu bawa handphone YB Exco, kita test tengok internet kawasan saya jadi macam mana? Kemudian satu lagilah Tualang Sekah. Kalau Tualang Sekah ada problem apa-apa, kami open. Boleh tanya, kami nak dengar sama. Kawasan YB Exco ada problem tak. Ok, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Ok, Exco.

Terima kasih, Yang di-Pertua. Bota mohon laluan. Terima kasih kepada Exco yang telah membentangkan beberapa idea tentang SKMM. Cuma saya daripada DUN Bota ingin merayulah. Saya tengok dalam senarai pusat internet yang berada dalam Negeri Perak ini tidak termasuk kawasan Lambor. Lambor Kanan, Lambor Kiri merupakan dua kawasan kampung yang mana ramai orang muda lah di kawasan Lambor mengadu, mereka mengalami masalah talian internet. Jadi saya mohon Lambor diberikan perhatian untuk diletakkan dibina pusat internet dan juga memastikan talian di kawasan tersebut juga diperbaiki, dipulihkanlah, ditambahbaiklah. Di mana kita tahu, di Lambor itu terdapat ramai pekerja-pekerja ladang Lambor yang terdapat di sana di bawah SADC. Jadi saya mohon perhatian untuk mengambil kira, membina pusat internet atau pun memastikan talian internet di kawasan Lambor Kanan, Lambor Kiri diperbaikilah. Sekian daripada saya.

Yang di-Pertua

Ok, Exco. Sila jawab.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang di-Pertua. Yang pertama merujuk kepada Yang Berhormat daripada Hutan Melintang. Kita mengambil maklum tentang kegusaran masyarakat di luar tentang adanya kemungkinan besar radiasi dan sebagainya. Tapi apa pun di peringkat kita, di peringkat saya, kita akan berhubung dahulu dengan agensi yang terbabit untuk mengetahui sejauh mana kebenaran. Adakah ia benar-benar akan menyebabkan kesihatan terganggu atau pun tidak? Dan kemudian kita akan melakukan, kita akan memaklumkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat tentang kajian yang kita akan jalankan nanti. InsyaAllah.

Yang kedua daripada Yang Berhormat Alor Pongsu tentang tower yang begitu lama, selama lima tahun hingga satu. Saya semenjak duduk dalam pejabat ini dalam tempoh sebulan, saya lihat perkara berikut terjadi. Ada dua dana. Yang pertama, dana dari UST saya dimaklumkan dari Kementerian Digital dan kedua adalah daripada penyedia perkhidmatan tersebut. Namun begitu, di pihak saya menerima cadangan daripada Yang Berhormat itu, kita akan buat kaji selidik semula bersama SKMM di mana kalau boleh kita dapatkan lebihan peruntukan UST daripada pihak kementerian untuk kita bawa ke dalam Negeri Perak insyaAllah. Saya ambil maklum saranan daripada Yang Berhormat dan insyaAllah ada rezeki saya akan berkunjung ke kawasan Yang Berhormat dan juga kawasan-kawasan yang lain. Jadi, inilah seperti mana saya sebut dalam Pnggulungan awal saya, saya perlu kerjasama semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, pintu bilik saya setiasa terbuka untuk bersama-sama kita gembeling untuk bantu masyarakat di bawah saya. InsyaAllah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Yang di-Pertua, sikit je. Nak tambah sikit je. Saya berkongsi maklumat dengan YB Kamunting kejap tadi. Saya tak ingat nama dia tapi di kawasan saya adalah yang pusat internet itu. Yang Digital Perak kawal saya rasa kan. Dia sebut apa ya? Yang dia ada membantu JPKK semua boleh buat dan sebagainya itu. Bagus, teruskan. Cuma saya minta satu saja, jangan buat mesyuarat cawangan dalam rumah itu. Sebab dia berlaku. Tolong JPKK buat poster, banner, dia orang 'A' lah saya bagi. Saya minta kekalkan perkhidmatan itu, memang membantu rakyat di kawasan saya. Cuma yang last tu, jangan buat mesyuarat cawangan politik dalam bangunan itu. Sebab berlaku. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Ok, terima kasih Yang Berhormat. Yang terakhir soalan daripada Ahli Yang Berhormat. Lambor. Begitu juga jawapan seperti terdahulu, saya perlukan bantuan daripada Ahli Yang Berhormat. InsyaAllah kita akan atur satu pertemuan dan mungkin kita boleh turun padang untuk kita kenal pasti kawasan mana yang terjejas dan tidak mendapat liputan. InsyaAllah kita akan cuba untuk bantu untuk selesaikan permasalahan khususnya di kawasan yang berpenduduk. Baik, saya sambung Yang Berhormat. Selain itu sebanyak 32 lokasi telah dirancang bagi pembinaan menara baru dan sebanyak 27 lokasi telah dirancang bagi kerja-kerja menaiktaraf stesen pemancar di seluruh kampung orang asli di Negeri Perak. Sehingga kini, 17 lokasi stesen pemancar telah siap dinaiktaraf. Kesemua inisiatif yang dinyatakan dijangka akan siap secara berperingkat menjelang suku keempat tahun 2023. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan. Saya akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara perkara yang telah dibangkitkan. Wa bilahi taufiq wa hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Wa alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Tualang Sekah. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari Exco dari kawasan Belanja untuk menggulung perbahasan. Silakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Alhamdulillah pertama sekali marilah kita kita sama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala serta limpah perkenan dan kekuasaanNya jua maka dapatlah kita berkumpul dalam Dewan yang mulia ini yang menandakan betapa demokrasi terus berkembang subur di tanah bertuah Negeri Perak Darul Ridzuan. Hari ini pada tanggal 28 Disember 2022 bersamaan 4 Jamadilakhir 1444 Hijrah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Taala kerana sekali lagi saya berpeluang untuk bangun dalam dewan yang mulia ini bagi sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 sempena Persidangan Kelima Mesyurat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas. Paling penting kita semua adalah wakil-wakil rakyat, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang datangnya dari rakyat, dipilih oleh rakyat bagi berkhidmat untuk rakyat.

Justeru itu berilah khidmat dan delivery yang terbaik untuk rakyat. Perjuangkanlah nasib dan kebajikan mereka. Saya cukup yakin Ahli-ahli Yang Berhormat mampu melakukannya. Bajet yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera yang menekankan lima fokus iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek keberpentingan negeri, kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan serta pembangunan modal insan dan belia. Semua fokus ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan kelegaan kepada rakyat yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran seperti bencana banjir, kesuraman ekonomi dan sebagainya. Pagi ini saya ingin bercakap berkaitan tentang aspek kepentingan nilai. Nilai yang pertama adalah nilai kompetensi yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Dengan adanya nilai kompetensi sebegini KPI dan produktiviti mampu dipertingkatkan dan kerja dapat disiapkan dengan efisien dengan kadar yang segera. Kedua adalah nilai kesetiaan dan persahabatan. Kedua-dua nilai ini paling penting bagi membina jati diri, kestabilan, kerukunan di kalangan sesama kita dalam konteks membina keluarga besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

Jika kedua-dua nilai yang saya sebutkan tadi ditambahkan lagi dengan nilai-nilai lain seperti jujur, amanah, tanggungjawab, disiplin dan keikhlasan maka saya yakin Kerajaan Perak bakal menjadi kerajaan kukuh, stabil, makmur dan bahagia. Saya telah mendengar, meneliti dan menganalisa isu-isu, hujah-hujah dan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa sesi perbahasan semalam. Saya cuba menjawab setiap persoalan berdasarkan masa dan ruang waktu yang diberikan. Persoalan atau isu yang pertama adalah berkaitan dengan belia yang dibangkitkan oleh YB Rungkup berkaitan dengan program belia yang melibatkan budaya politik, institusi kekeluargaan dan juga mengurangkan kadar pengangguran. Kerajaan Negeri Perak sentiasa mengambil berat perihal berkaitan tahap keboleh pasaran khususnya para belia dalam negeri dan secara berterusan menyediakan platform kepada mereka agar memperolehi pekerjaan. Antara usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan memperkasakan peranan Agensi Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK sebagai wadah dalam membawa peluang-peluang pekerjaan kepada belia di seluruh peringkat sama ada di bandar mahu pun di akar umbi. Antara usaha dilaksanakan adalah penganjuran karnival kerjaya di seluruh daerah yang akan membawa majikan-majikan setempat bagi menawarkan peluang pekerjaan kepada para pencari pekerja khususnya orang muda. Padanan pekerjaan yang menumpukan proses job matching kepada pencari kerja dan syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan di Negeri Perak melalui proses padan kerja. Penganjuran program bersama industri dengan menjemput wakil-wakil daripada bahagian sumber manusia industri bagi memberi penerangan berkaitan syarikat sebagai persediaan awal kepada para pencari kerja sebelum memasuki sesi temuduga bersama syarikat. Bengkel kerjaya atau soft skill melalui penganjuran klinik-klinik Kementerian Kerja seperti penghasilan resume, tips menghadapi temuduga dan kursus bina insan. Program Moh Kerja yang menumpukan program secara berkelompok di peringkat mukim dengan membawa syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan untuk ditemuduga secara terus bersama industri.

Dato' Yang di-Pertua, di bawah kerangka 4K iaitu kemahiran, kewangan, keseimbangan dan kesesamaan serta kepimpinan, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak pernah menjalankan program Young Women Boots Camp. Program ini dilaksanakan bagi membantu golongan wanita muda bagi mengembangkan lagi potensi diri selain meningkatkan pengetahuan teknik kepimpinan efektif. Sasaran peserta adalah untuk program percuma ini adalah seramai 50 orang wanita muda daripada Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan badan bukan kerajaan. Selain itu PPWM Perak juga telah mengadakan sebanyak 13 program kesaksamaan dan kepimpinan yang berbentuk latihan, advokasi dan pendedahan memberi kesedaran dan meningkatkan kemampuan wanita mempengaruhi keputusan berkaitan integrasi sosial sepanjang tahun 2022. Soalan atau isu yang seterusnya berkaitan dengan yang dibangkitkan oleh Lubuk Merbau berkaitan dengan peruntukan untuk pusat belia. Belia adalah penerus kepada legasi kepimpinan negara khususnya kepada kerajaan Negeri Perak.

Pembangunan jati diri dan sahsiah belia adalah menjadi salah satu agenda utama dalam memastikan kelangsungan belia siap sedia untuk menjadi generasi yang berdaya saing. Aktiviti riadah yang menjadi pilihan untuk golongan belia menjadi salah satu wadah perpaduan negara. Sehubungan itu inisiatif penambahbaikan dan penyelenggaraan berkala telah dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Untuk tahun 2021-2022 sebanyak 67 projek termasuk pembinaan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, pusat sukan komuniti, stadium-stadium mini, gelanggang futsal, gelanggang sepak takraw dan padang-padang futsal di seluruh Negeri Perak bagi memastikan golongan ini mempunyai fasiliti untuk beriadah terutamanya dalam melaksanakan aktiviti sosial yang sihat. Sebarang permohonan berkaitan penyelenggaraan atau cadangan pembinaan fasiliti sukan di peringkat daerah dicadangkan jua untuk dipanjangkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah di Negeri Perak manakala untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi iaitu di Kementerian Belia dan Sukan bagi penilaian dan pemilihan projek-projek naik taraf fasiliti sukan dan projek pembangunan fasiliti sukan yang baru. Sebarang kelulusan adalah bergantung kepada pertimbangan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan. Seterusnya Selinsing…

Bota mohon laluan.

Sila.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Exco Belanja yang juga merupakan Exco bahagian Belia dan Sukan untuk melihat kepada gelangang futsal yang telah lama terbiar. Gelanggang Futsal 1 Malaysia yang telah didirikan oleh Kementerian Belia dan Sukan di Bota Kanan. Jadi mohon sangat perhatian daripada ADUN Belanja untuk sama-sama memajukan atau pun memulihkan semula gelanggang futsal tersebut di mana saya kira tempat itu sangat sesuai untuk para belia kita di kawasan Bota khususnya untuk menggunakan gelanggang tersebut. Jadi terima kasih kepada perhatian ADUN Bota. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Bota atas pelawaan dan juga program atau pun masalah berkaitan gelanggang futsal di Bota Kanan. Saya akan bersama untuk melihat situasi keadaan gelanggang futsal di Bota Kanan nanti.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Boleh celah sikit, terima kasih Yang di-Pertua, YB Exco yang terlibat dengan belia dan sukan ini. Jadi pertanyaan berkaitan dengan polemik Persatuan Bola Sepak Negeri Perak yang masih tidak berkesudahan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Exco untuk mengambil pendekatan yang cukup serius berkaitan dengan untuk kita menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Negeri Perak ini kerana kita tahu bahawa sukan bola sepak adalah sukan rakyat bukan sahaja sukan rakyat tapi popular kepada seluruh rakyat khususnya di negeri Perak jadi saya juga tertarik berkaitan dengan infrastruktur-infrastruktur sukan yang telah saya cakap baru-baru lagi berkaitan dengan kita kena wujudkan setidak-tidaknya stadium ataupun mini stadium di setiap daerah-daerah supaya fasiliti-fasiliti yang lengkap dan cukup untuk kita menjana supaya sukan juga boleh menjana kepada perpaduan integrasi kaum dan sebagainya. Saya juga tertarik tak sempat saya nak celah berkaitan dengan Kampung Baru tadi kampung melibatkan Kampung Baru Cina di tempat saya Kampung Baru Cina ini satu pun tak ada padang bola. Satu pun tak ada khusus di Kampung Baru Cina kalau kita lihat jadi kalau zaman dulu kita lihat bahawa ada di kalangan kaum-kaum Cina ni yang berjaya khususnya di peringkat negeri dan negara tapi kali ini kita tengok kurang daripada kaum-kaum ini menceburkan di dalam bidang sukan yang popular khususnya bola sepak dan lain-lainnya. Jadi saya mohon supaya dewan yang mulia ini mengambil tindakan yang sewajarnya. Berkaitan dengan apa yang saya nyatakan. Terima kasih.

Terima kasih pada Ayer Kuning. Persoalan pertama tentang PAFA. Seperti yang semua masyarakat di Perak mengetahui bahawa proses ataupun Persatuan Bola Sepak Negeri Perak telah pun digantung oleh Pesuruhjaya Sukan Kementerian Belia dan Sukan pada 7 Mac yang lalu selama 6 bulan kerana tujuan PJS membuat penggantungan itu bagi mengambil ataupun pihak jawatankuasa eksekutif PAFA iaitu pada tahun jawatankuasa eksekutif sesi 2018-2021 untuk melaksanakan kongres tahunan mengikut perlembagaan PAFA dan PJS mendapati pemecatan yang dibuat oleh PAFA terhadap 12 ahli gabungan PAFA itu tidak teratur dan tidak mengikuti lunas-lunas perlembagaan PAFA yang menyebabkan PJS terpaksa mengambil pendekatan untuk menggantung PAFA dan saya selaku orang yang diberi amanah dan tanggungjawab berkaitan dengan belia dan sukan ini buat masa ini saya telah pun menghubungi pihak PJS untuk mengadakan pertemuan untuk berbincang bagi menyelesaikan kemelut PAFA yang saya nampak dah berlarutan agak lama insyaAllah dalam awal januari ini adanya pertemuan antara saya bersama dengan Pesuruhjaya Sukan untuk kita membantu menyelesaikan kemelut PAFA ini khususnya bagi memastikan PAFA boleh bergerak seperti biasa dan meneruskan pembangunan bola sepak khususnya di peringkat akar umbi.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Saya berharap supaya sukan ini tidak dipolitikkan. Jadi kalau sukan juga dipolitikkan saya rasa kita akan ketinggalan lah dan kita naiktarafkan sukan di kacamata rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Ayer Kuning

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco nak tanya sikit.

Atas peringatan dan pandangan beliau supaya kita bersama-sama menyelesaikan kemelut PAFA ini. InsyaAllah kita sama-sama memastikan PAFA boleh bergerak seperti biasa dalam suatu masa yang agak selepas ini.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Apabila sebut tentang bola tadi saya dah sebut dalam masa perbahasan itu hari Kompleks Sukan dan Bagan Serai dalam DUN saya dah buat kali kedua lah untuk upgrade dia dan diserahkan kepada caretaker iaitu Majlis Daerah Kerian tapi saya difahamkan oleh Majlis Daerah Kerian, kompleks sukan crack dan semuanya mereka terima tapi padang bola sepak yang tak ikut spek ke rosak ke tu Majlis Daerah tak terima, saya nak tahu status dan saya jemput YB Exco kita tengok, terima kasih.

Terima kasih Alor Pongsu atas penjelasan tersebut, maklumat itu baru saya terima insyaAllah saya akan dapatkan butiran lanjut dan kita akan buat kunjungan untuk mengetahui sejauh mana permasalahan-permasalahan berkaitan dengan saiz padang yang tidak mengikut spek ataupun spesifikasi oleh PAFA oleh FIFA dan sebagainya.

Yang Berhormat, saya nak beritahu kepada Yang Berhormat berkaitan dengan tapak futsal yang dibangkitkan oleh sahabat saya tadi sebenarnya bukan di Bota sahaja yang rosak tapak futsal di bawah KBS sebenarnya saya rasa seluruh kawasan rosak dan saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat hasil perbincangan komentar daripada masyarakat setempat punca rosak itu ada dua yang ketara lah yang kita pun semua tahu yang pertama, dari sudut penjagaan tidak ada pihak yang menjaga dengan baik. Yang kedua, punca yang paling-paling menyebabkan court futsal itu rosak anak-anak muda tak minat adalah disebabkan tidak ada bumbung. Kami ni main futsal, saya pun main futsal bila tidak ada bumbung musim hujan court tapak tu kami tak minat main dan menyebabkan banyak berlaku kerosakan, ini antara dua punca lah yang boleh diambil perhatian.

Terima kasih Titi Serong atas penjelasan dan penerangan berkaitan dengan kerosakan fasiliti futsal dan insyaAllah perkara ini kita akan bincang bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan dan Belia Sukan Negeri untuk kita membuat kaedah-kaedah penambahbaikan khususnya bagi mengatasi masalah kerosakan-kerosakan khususnya di gelanggang futsal di DUN-DUN yang telah dimaklumkan tadi. Dato' Yang di-Pertua kita terus kepada isu yang dibangkitkan…

Yang di-Pertua

Exco Belanja.

Terima kasih kepada YB Exco. Saya nak tanya sikit, soalan yang sentuh sikit pandangan, pertama kita ucapkan terima kasih kepada pengurusan baru Perak FC dan XOX yang telah berjaya mengembalikan maruah negeri Perak dalam konteks sukan bola sepak. Isu ini sangat penting kepada orang muda dan kepada para penyokong bola sepak Perak saya ikuti secara langsung jatuh bangun bola sepak negeri dan tuan-tuan pun maklum tentang apa yang berlaku. Cuma apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk kita membantu, membantu memudahkan Perak FC dan juga XOX ini sebab saya tengok idea-idea yang di buat itu sangat menarik antaranya nak buat stadium sendiri untuk pembangunan bola sepak negeri? Mungkin adakah di peringkat YB Exco, cadangan adakah kita boleh menyahut seruan untuk kita melahirkan tunas-tunas bola sepak di daerah-daerah, adakah kita boleh wujudkan kerjasama dengan sekolah ataupun JPN boleh mengadakan kerjasama dengan dengan XOX ataupun Perak RFC untuk kita jadikan satu daerah satu sekolah angkat sukan, macam Gunung Rapat, Ahmad Boestamam, tuan-tuan ia penting sebab Perak hari ini sudah dilihat oleh oleh Malaysia bagaimanakah tunas-tunas baru yang boleh diwujudkan? At least paling tidak ada satu sekolah sukan di setiap daerah, sekolah angkat yang memfokuskan tentang sains sukan di sekolah tersebut, saya rasa part ini penting, XOX dah buat yang terbaik dan membangunkan balik bola sepak kita cuma Kerajaan Negeri kena serius kena fokus, kena ambil berat kat sukan bola sepak dan sukan untuk semua dan orang muda sangat sensitif terhadap bola sepak di negeri ini. Terima kasih YB Belanja.

Terima kasih YB Manjoi atas saranan berkaitan dengan pembangunan sukan khususnya bola sepak seperti yang saya maklumkan tadi bahawa setiap sekolah setiap daerah tiada pusat latihan daerah, tiada pusat latihan negeri yang berfokus kepada beberapa sukan termasuklah bola sepak dan selalunya mereka-mereka ataupun murid-murid ataupun pelajar-pelajar yang berada di PLB ni adalah pelajar-pelajar yang telah dipilih oleh daerah tersebut untuk berada di PLB bagi diberi latihan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih-jurulatih yang berkelayakan dan ianya mungkin selepas ini kita akan mengadakan gabung jalin antara Jabatan Pendidikan Negeri Perak selaku teraju di sekolah dan juga di pusat latihan daerah bersama melalui sukan negeri dan juga Perak FC bagi kita meningkatkan lagi pencapaian-pencapaian khususnya kepada anak-anak Perak dalam permainan bola sepak dan terus kepada isu yang dibawa oleh Selinsing berkaitan dengan pelan pembangunan belia. Pelan pembangunan belia melalui inisiatif Kerajaan Negeri merupakan flagship ke 17 di dalam pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 iaitu Komuniti Perak Sejahtera. Pemupukan perpaduan kemakmuran demi kesejahteraan komuniti akan dilaksanakan melalui program ini untuk menjadikan negeri Perak sebagai hub dan negeri contoh dalam kesukarelawan.

Program ini akan dapat memupuk rasa cinta terhadap kerja-kerja kesukarelawan dan melengkapkan diri dengan nilai-nilai murni, jati diri dan keharmonian insaniah yang tinggi. Bagi merealisasikan aspirasi ini, program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertama Komuniti Rukun Tetangga, projek ini akan mewujudkan kesatuan dalam organisasi sedia ada dalam sesuatu kawasan bagi menjaga keselamatan komuniti setempat. Penerajunya adalah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Yang kedua Skuad Perak Sejahtera, penyertaan belia dan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa dalam aktiviti kesukarelawan amat signifikan bagi melahirkan sebuah komuniti berimpati. Insentif untuk sukarelawan akan diberikan bagi membolehkan golongan ini memberi khidmat bakti dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran yang relevan dalam menjalankan tugas menyumbang kepada komuniti di samping membantu kerajaan melaksanakan kerja kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan. Peneraju bagi skuad Perak Sejahtera ini adalah Unit Komunikasi dan Strategik Negeri Perak dan Institut Darul Ridzuan (IDR). Mankala yang ketiga, Celik Negara.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah. Ya, YB Exco, tadi bincang tentang semua yang sukan yang khususnya semua ada minat dalam bidang bola sepak. Tapi saya nak tahu tentang atlet-atlet OKU yang sebelum ini ada dimaklumkan dengan bilangan para atlet sukan ini, mereka, bilangan agak kurang kerana mungkin publisiti daripada pihak kerajaan tidak perluaskan kepada golongan keluarga OKU, bagi ibu bapa yang tidak berminat untuk hantar anak-anak mereka yang berpotensi dalam sukan. Jadi adakah pihak kerajaan akan menumpu perhatian untuk kita bersama-sama untuk membangun dan menggalakkan bagi anak-anak OKU dalam bidang sukan. Terima kasih.

Terima kasih Pantai Remis atas soalan berkaitan dengan sukan orang kurang upaya ataupun kita panggil para, Sukan Para. Untuk makluman, Sukan Para ini memang ada pertandingan sama ada di peringkat negeri dan juga kebangsaan dan ada juga hingga peringkat Asia dan Olimpik. Kerajaan Negeri Perak tidak pernah meminggirkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak ataupun atlet-atlet Sukan Para ini kerana kita juga memberi insentif-insentif tertentu berdasarkan kepada pencapaian-pencapaian yang akan, yang telah mereka capai. Contohnya pada 5 Januari nanti kita ada anugerah insentif untuk atlet-atlet yang berjaya dalam Sukan Para dan untuk memarakkan lagi Sukan Para ini khususnya dikalangan anak-anak kurang upaya ini, peranan ibu bapa, peranan pihak sekolah khususnya sekolah yang mempunyai kelas pembelajaran pendidikan khas ini, perlu mengenalpasti bakat-bakat pelajar ini untuk diketengahkan dan diberi latihan yang cukup bagi mereka menyertai Sukan Para berdasarkan pada kategori-kategori kurang upaya mereka, dan Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat supaya Sukan Para ini juga dititik berat dan boleh memberi kejayaan kepada negeri dalam pelbagai sukan yang dipertandingkan.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih. Boleh, sikit bagi kebenaran?

Banyak ini.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok terima kasih. Saya difahmkan Belanja pun Exco Pendidikan, ya. Kalau ikut senarai, Exco Pendidikan. Saya timbulkan semalam, masalah sekolah-sekolah yang kerosakan tandas yang paling teruk.

Yang di-Pertua

YB.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ya.

Yang di-Pertua

Dia tak masuk lagi itu. Exco baru bercakap pasal sukan, atau bercakap pasal belia kemudian baru cakap pasal sukan. Dia tak masuk lagi bab pendidikan itu. Kemudian la kot nanti, celah kemudian pasal bab pendidikan. Sila Exco.

Baik, ketiga, Celik Negara. Bagi memastikan usaha pembangunan masyarakat dapat dilaksanakan secara holistik, projek ini juga diadakan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai Perlembagaan Malaysia dan tadbir urus negeri melalui konsep penggubalan polisi yang memerlukan sokongan dan aspirasi daripada setiap lapisan masyarakat. Peneraju bagi program ini adalah Institut Darul Ridzuan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Jabatan Belia dan Sukan. Saya terus kepada bidang sukan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya mohon mencelah, Selinsing. Terima kasih, Yang Berhormat Exco. Saya cuma nak bertanya sedikit lagi, apa yang telah diberi respon oleh Yang Berhormat Exco iaitu berkenaan dengan program-program yang disediakan untuk pembangunan ataupun Pelan Pembangunan Belia. Jadi saya mohon supaya ada program yang berbentuk keagamaan terutamanya untuk belia Islam. Jadi kalau boleh, ada kerjasama dengan sama ada pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam ataupun sebagainya yang programnya lebih kepada bentuk kerohanian supaya belia-belia Islam ini, dia lebih cenderung kepada itulah, supaya tidak, walaupun dia, belia ini kita faham keadaan dia, jadi supaya ada panduan untuk dia dalam agama insyaAllah. Jadi saya minta begitu lah. Terima kasih.

Terima kasih pada Selinsing atas saranan yang dilontarkan. InsyaAllah, pihak Jabatan Belia dan Sukan akan merangka program yang berkaitan keagamaan dan juga kerohonian bagi memastikan golongan belia kita tidak terlibat dengan sebarang gejala-gejala sosial yang menyebabkan proses permurnian dan juga pengimarahan khususnya di kalangan belia dapat kita laksanakan. Terima kasih atas saranan daripada Selinsing tadi.

Saya terus kepada sukan. Isu yang dibangkitkan oleh Sungai Manik berkaitan dengan kos pembangunan atlet. Program-program pembangunan sukan dilaksanakan secara berterusan dengan mengambil inisiatif penambahan bilangan Pusat Latihan Daerah atau PLD dan juga Pusat Latihan Negeri (PLN). Penganjuran program binaan seperti klinik sukan, pencarian bakat baru, TID, program TINDIK iaitu latihan bersama serta penyertaan kejohanan seperti Karnival Sukan Pelapis, Bakat Kejohanan Remaja dan Kejohanan Terbuka. Peruntukan khas bagi menjamin kualiti atlet negeri Perak adalah dengan menyalurkan bantuan kewangan bagi penyertaan ke kejohanan dalam atau luar negara. Insentif kecemerlangan sukan, bantuan wang saku kepada atlet yang mewakili negara serta bantuan kewangan bagi peralatan dan pertandingan. Atlet negeri Perak yang telah mewakili negara dan berjaya memenangi pingat di kejohanan antarabangsa antaranya Muhammad Rifdin bin Masdur (Sukan Muay Thai), Sharif Nukman bin Norman (Muay Thai), Nur Amisha binti Azril Rizal (Muay Thai), Mitsuki Wei Kang Leong (Tenis), Shihomi Li Xuan Leong (Tenis), Alia Ardini binti Zul Amri (Tenpin boling), Lo Wah Seng (Squash), Muhammad Azim bin Muhammad Fahmi (Olahraga), yang kita telah beri RM600 ribu bagi pembiayaan pengajian beliau ke universiti di luar negara USA dan beliau akan bertolak ke USA pada 31 Disember ini nanti untuk melanjutkan pelajaran di USA. Beliau merupakan 5 pelari terbaik di dunia bagi kategori remaja pada ketika ini. So, kita kena memastikan bahawa Muhammad Azim ini terus diberi latihan yang sewajarnya bagi dia meningkatkan lagi prestasi dan boleh melonjakkan nama negeri Perak dalam sukan olahraga nanti.

Seterusnya, Yoh Chi Hoi (Berbasikal), 10, Azwa Nabilah binti Abdullah (Berbasikal), Muhammad Syafiq bin Putih (Terjun), Siti Zalina binti Ahmad (Lawn Ball). Pihak MSN juga telah mengambil peranan dan inisiatif bagi menambahbaikan pembangunan sukan adalah dengan mengadakan kerjasama dengan pihak institut pengajian tinggi awam dan swasta negeri Perak, nota kerjasama termeterai bersama dengan pihak UiTM cawangan Perak, USAS, Politeknik Ungku Omar, UTP dan yang terkini adalah UPSI. Selain itu, inisiatif Kerajaan Negeri Perak melalui Belia Sukan Negeri Perak adalah melalui pengajuran Sukan Perak (SUPER), yang melibatkan penyertaan 12 Majlis Sukan Daerah. SUPER merupakan salah satu medium untuk mencungkil atlet berpotensi dan cemerlang di seluruh negara. Ianya benar-benar dapat memberi peluang dan ruang kepada para atlet mempamerkan bakat dalam sukan.

Isu berkaitan dengan infrastruktur atau fasiliti sukan saya dah jawab apabila ada soalan tambahan tadi. Cuma, seterusnya berkaitan dengan fasiliti sukan ini, seperti yang kita sedia maklum, fasiliti sukan ini kebanyakannya adalah diselenggara oleh Majlis Bandaraya Ipoh atau pihak PBT. Contohnya, bawah Kompleks Sukan MBI adalah Pusat Akuatik Tuanku Zara, Arena Squash Perak, Arena Badminton Perak, Stadium Ragbi Perak, Stadium Perak, Stadium Indera Mulia, Arena Tenis Perak dan Arena Lawnball Perak. Manakala fasiliti sukan yang lain, seperti veledrom rakyat adalah di bawah tanggungjawab dan seliaan Kementerian Belia dan Sukan. Bagi penyelenggaraan tersebut, pihak Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan memastikan kemudahan sukan berada dalam kondisi yang baik.

Manakala pihak Majlis Sukan Negeri mempunyai fasiliti sukan untuk latihan dan penggunaan atlet negeri Perak iaitu Wisma Majlis Sukan Negeri untuk sukan kombat, silat, judo, karate, wushu. Seladang Cage untuk tinju, gimrama, akuatik terjun dan angkat berat. Seladang Sport Hub gimnastik, seladang ekonomi. Seladang Akademik untuk Hostel Atlet dan Arena Badminton Meru. Secara keseluruhan fasiliti sukan yang sudah ada dapat membantu untuk program latihan atlet dan pasukan bagi peningkatan prestasi di samping pemantauan dari pihak PBT dalam naiktaraf fasiliti sedia ada mengikut keperluan dari masa ke semasa. Seterusnya berkaitan dengan pendidikan. Sekolah model khas yang dibangkitkan oleh Gunung Semanggol. Takrifan sekolah model khas ialah sekolah dimana gabungan pendidikan rendah dengan menengah di bawah satu bumbung di peringkat tahap dua iaitu di sekolah rendah tahap dua bermula tahun 4 hingga 6 dan daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, pentadbiran sekolah ini di bawah seorang pengetua sekolah menengah yang akan dapat memberikan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan kepada murid khususnya golongan B40 yang berpotensi cemerlang khususnya dalam bidang akademik yang berada di luar bandar. Dengan adanya sekolah model khas di negeri Perak, hasrat untuk sekurang-kurangnya seorang bagi setiap keluarga di negeri Perak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti akan tercapai.

Di Malaysia ini hanya terdapat 11 buah sekolah model khas di mana di negeri Perak ia dibuka pada tahun 2004 di sekolah menengah Kebangsaan Rendang Panjang Ijok. Jabatan Pendidikan Perak sememangnya menjalankan proses saringan bagi kemasukan murid daripada golongan B40 ke sekolah model khas seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Minima bagi kelas model khas ini adalah seramai 15 orang, maksima 30 orang. Antara kelayakan atau syarat kelayakan untuk memohon sekolah model khas adalah seperti berikut, yang pertama murid adalah golongan B40, yang kedua murid yang dicalonkan adalah murid yang berada di tahun 3 pada tahun permohonan. Yang ketiga sihat sempurna fizikal dan mental. Yang keempat memperolehi keputusan minima tahap penguasaan band 4 dalam pentaksiran bilik darjah iaitu PBD ketika berada di tahun 3. Kemudian dia akan lulus ujian saringan yang melibatkan 5 subjek atau 5 mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral dan yang paling penting dia minat tinggal dan bersedia tinggal dan minat ditinggal di asrama. Sebab ada di kalangan pelajar ini apabila mereka telahpun ditawarkan, menolak kerana kurang minat dan kurang bersedia untuk tinggal di asrama. Untuk makluman enrollment murid di sekolah model khas SMK Redang Panjang bagi tahun 2022 adalah seramai 474 orang iaitu tahun 4, 17 orang, tahun 5, 11 orang, tahun 6, 10 orang, tingkatkan 1, 106 orang, tingkatkan 2, 82 orang, tingkatkan 3, 84 orang, tingkatkan 4, 49 orang, tingkatkan 5, 88 orang. Soalan Behrang berkaitan dengan K9 atau sekolah model khas komprehensif. Jabatan Pendidikan Perak sentiasa cakna dengan isu keciciran pembelajaran khususnya di kalangan masyarakat orang asli.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Belanja, untuk menjelaskan mengenai sekolah model khas untuk B40 itu. Yang pertama kita tengok apa yang nak buat pengacara kaedah permohonan itu sama ada dibuat oleh ibu bapa ataupun dibuat oleh sekolah. Sebab golongan B40 ini memang kita tahulah segala-galanya kekurangan. Kadang-kadang dia pun tak menyedari bahawa anak dia itu ada berpotensi, itu satu dan yang kedua untuk menghantar hanya satu sekolah saja mungkin B40 berada di jauh di Hulu Perak dan sebagainya untuk urusan menghantar anak mereka ke asrama atau menjadi kesulitan kepada mereka. Itu mungkin yang perlu kita perkasakan saya ingat dan kalau boleh kita perbanyakkan lagi iaitu menambahkan sekolah itu untuk memberi kemudahan kepada meliputi kawasan-kawasan yang jauh lah, tak menjadi keberatan. Kita mungkin ingat kalau kita tak ada masalah lah duduk di Tanjung Malim nak hantar kepada Redang Panjang, di Larut. Tetapi kalau kepada orang yang B40 ini memang tidak mempunyai apa-apa kemudahan. Maka saya ingat perkara ini perlu kita beri perhatian lah supaya kita boleh memperkasakan dan matlamat sekolah itu sendiri boleh dicapai itu…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco sebut tentang SMK model khas itu. Jadi di kawasan kami yang menjadi kebanggaan kami adalah SMK Ulu Albab di Kampung Selamat. Dulu sekolah itu orang tak mahu pergi, sunyi sepi, babi hutan saja banyak. Tapi sekarang sekolah itu menjadi rebutan kerana dia adalah SMK Ulu Albab antara yang terbaik di Malaysia. SPM dia MCKK kalah, Sekolah Sains SERATAS Taiping kalah. MCKK, SERATAS dah berbelas tahun dah budak-budak SPM dia ambil periksa dalam air-cond. Minta YB Exco pergi tengok Dewan SMK itu berkipas. The best in Malaysia in Perak. Satu lagi saya nak tambah lagi lah, dia cemburu punya fasal ni. Di Bagan Serai, Parlimen Bagan Serai, Semanggol, kami tak ada MRSM, kami tak ada SBP. Bila minta, Parit Buntar ada, dah dekat. Taiping ada, dah dekat. Dia sampai bila kami nak dapat ni? Terima Kasih?

Yang di-Pertua

YB Exco, sebelum YB Exco menjawab. Saya faham bahawa portfolio-portfolio YB Exco ni popular dan banyak isu-isu yang dibangkitkan. Tapi saya nak tanya berapa minit lagi perlu? Banyak lagi ke?

5 minit boleh.

Yang di-Pertua

Berapa?

5 minit.

Yang di-Pertua

Ok, 5 minit.

Berkaitan dengan cara untuk memohon sekolah model khas seperti yang dibangkitkan oleh YB Gunong Semanggol tadi. Selalunya, pihak sekolah khususnya Penolong Kanan Hal Ehwal murid akan membantu pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mengikuti kelas model khas ini untuk pengisian borang. Sama ada secara online ataupun offline kerana kita faham bahawa golongan atau keluarga B40 ni ada permasalahan dari segi komunikasi untuk liputan internet dan sebagainya. Mungkin pihak sekolah boleh membantu. Cuma dari segi kos pengangkutan dan sebagainya, kita kena fikirkan kaedah-kaedah yang sesuai. Mungkin pihak Jabatan Pendidikan bersama dengan agensi tertentu untuk membantu menguruskan sekurang-kurangnya, waktu pelajar itu untuk pergi ke sekolah dan balik ke rumah, ada jaminan bas disediakan dan sebagainya. Kemudian berkaitan dengan SMK Kerian yang dibetitahu oleh Alor Pongsu tadi, memang prestasi sekolah itu dari segi pencapaian SPM cukup cemerlang dan merupakan sekolah menengah agama terbaik di Malaysia khususnya dari segi pencapaian SPM dan insyaAllah saya akan membuat tinjauan untuk melihat fasiliti-fasiliti sukan yang, eh fasiliti sukan pula. Fasiliti-fasiliti pendidikan yang bersesuaian.

Begitu juga soalan Changkat Jering tadi berkaitan dengan sekolah-sekolah yang fasiliti-fasiliti pendidikan agak daif. Yang pertama, pihak pentadbiran sekolah kena mengemukakan permohonan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah khususnya kepada Unit Pembangunan untuk dipanjangkan kepada pihak Jabatan Pendidikan dan akan dipanjangkan kepada Kementerian Pendidikan. Sebab sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan. Proses itu kena dibuat dan kena berulang kali memohon dan menyatakan permasalahan proses itu. Sebab ada yang sekarang ini menghantar permohonan itu kepada pihak pejabat Exco, tapi saya pun akan panjangkan permohonan itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk mereka membuat laporan dan juga tinjauan keperluan-keperluan yang perlu kita bantu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku khususnya kepada anak-anak murid ketika proses pembelajaran.

Ok, terima kasih tadi. Terima kasih saya. Sebenarnya, saya membuat lawatan sekolah dimana saya dah bentangkan semalam. Masalah prasarana yang paling teruk memang tandas. Saya nak beritahu sekolah, tak perlu saya beritahulah. Ada satu sekolah itu yang saya pergi ziarah. Tandas di tiga- tiga di bawah dia buh palang kertas. Saya pun terkejut. Makna, tak boleh masuk tandas itu. Saya tanya cikgu sebab apa. Dia kata memang rosak tak boleh lah. Dia kata dah lama lah. Dia kata dah buat permohonan ke? Bahagian pembangunan sekolah dah buat berapa kali dah. Dia kata alasan dia, tunggu peruntukan, tunggu peruntukan. Jadi satu masalah. Sebab dia kata yang di bawah tandas tiga-tiga tak ada, murid-murid sekolah terpaksa lari tingkat dua. Cuba tuan-tuan semua faham. Bayangkan. Kalau yang sakit perut macamana nak lari tingkat dua? Jadi, bermakna kita kena perlu ambil segera perhatian benda ni. Majoritinya sekolah, tandas memang paling teruk. Lain itu, prasarana tak kisahlah.

Yang di-Pertua

Ok…Ok. Ringkas. Ringkas je.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Kantin dan sebagainya.

Ok, Changkat Jering. Saya memahami situasi tandas di sekolah kerana saya juga adalah bekas pendidik. Bekas guru besar. Memang fasiliti tandas adalah di antara fasiliti yang cukup kritikal. Bermakna kita sebagai wakil rakyat kena juga membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana pengalaman saya sebagai pentadbir dulu, saya juga memohon kepada wakil rakyat yang berkenaan untuk membantu mempertingkatkan fasiliti-fasiliti di sekolah bagi menjamin keselesaan kepada pelajar. Maknanya, kita sekarang sebagai wakil rakyat juga boleh membantu selain daripada agensi kerajaan, Jabatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan ataupun pihak swasta untuk keceriaan di sekolah. So, kita sama-sama berganding bahu dengan satu matlamat untuk agenda kecemerlangan anak-anak kita dalam pendidikan. Soalan berkaitan dengan? Saya nak ulas lagi. Banyak lagi. Pengajian Tinggi tak masuk lagi.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Sikit. Yang di-Pertua, boleh tak? Sikit.

Yang di-Pertua

Ringkas saja Pasir Panjang.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Saya pun rasa cemburu juga lah bila disebut tentang sekolah berasrama penuh.

Ada saja. Saya jawab.

Yang di-Pertua

Ok, duduk.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih, terima kasih.

Saya pergi K9 dulu. YB Behrang dah marah saya tak jawab. Jabatan Pendidikan Perak telah mengangkat permohonan bagi mewujudkan sekolah model khas komprehensif atau K9 di SK Jernang dan SK Pos Bersih kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga telah mengangkat permohonan bangunan tambahan bilik darjah dan bilik-bilik khas bagi perlaksanaan program K9 di SK Jernang dalam RMK12, Rolling Plan 4 kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi Pos Bersih pula, cadangan perlaksanaan program K9 ialah pada tahun 2023-

2024. Disebabkan sekolah tersebut punya dua bilik darjah yang boleh digunakan pakai. Bagaimana pun bilik darjah tersebut perlu dibaik pulih dan kos baik pulih sebanyak RM54,060.00 telah dimasukkan dalam kertas cadangan pelaksanaan. Kerja-kerja pembaikan akan dijalankan pada tahun 2023 sekiranya peruntukan itu diluluskan. Pasir Panjang, berkaitan dengan sekolah berasrama penuh. Dimaklumkan bahawa Daerah Manjung masih belum mempunyai sekolah berasrama penuh. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebelum ini pernah meluluskan projek pembinaan sekolah baru dalam Rolling Plan 3. Pada tahun 2018 iaitu Sekolah Menengah Sains Manjung yang mengandungi 30 bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Asrama 600 pelajar, 300 lelaki, 300 perempuan dan 16 unit guru mengikut piawai.

Bagaimana pun melalui satu surat bertarikh 7 Jun 2018 daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa projek berkenaan ditangguhkan. Sehingga hari ini, Pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak masih belum menerima maklumat lanjut berkaitan status projek berkenaan. Tapak cadangan seluas lebih kurang 50 ekar bagi maksud Sekolah Menengah Sains Manjung di Bandar Baru Segari, Mukim Lumut telah diluluskan dikeluarkan hakmilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 9 Disember 2015 dengan nombor hakmilik HSD 40246, PT19714, Mukim Lumut. Pentadbiran ini atau Pentadbiran Pejabat Daerah Manjung menyambut baik akan pembangunan Sekolah Berasrama Penuh di kawasan tersebut bergantung pada peruntukan semasa Kerajaan Persekutuan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco. Penting saya celah. Saya nak quote dalam Dewan tentang SMK Sekolah Sains Manjung. Seminggu atau dua minggu sebelum cerita Sekolah Sains Manjung, saya dipanggil oleh Menteri Pendidikan dan disebut oleh Pengarah Pendidikan pada masa itu, katakan Sekolah Sains Bagan Serai diluluskan. Balik reka nama yang elok-elok dalam masa seminggu. Rupanya geran itu tahan seminggu saja. Depa bawak lari pi Manjung. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Exco, YB Exco ini. Masa ini dah habis lama dah. Jadi, saya boleh beri lagi tambahan dua minit saja lagi.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Pada Mac 2021 Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut tentang pembinaan Sekolah Sains Manjung dan juga MRSM Bagan Datuk. Ini pada Mac 2021. JUSA yang ada pada ketika itu dan juga yang sekarang tetapi Bagan Datuk dah dapat dulu. Tapi yang Manjung ini belum lagi dapat dan ditangguhkan. Jadi saya mintalah YB Exco segerakan.

Yang di-Pertua

Ok. Pasir Panjang.

YB Speaker. Sikit

Yang di-Pertua

Ok, Manjoi, last.

Pasir Panjang. Maklumat ini saya akan, kita akan sama-sama perjuangkan demi kelansungan pendidikan anak-anak kita khususnya bagi Negeri Perak dan juga Daerah Manjung.

Terima kasih YB Belanja. Sikit daripada Manjoi. SMK Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi. Saya harap YB Exco jika boleh bagi masa turun ke sana sebab tiga tahun isu tanah mendap ataupun tanah rebak. Bangunan D dah tak boleh digunakan di bawah. Memang saya dapat maklumat ibu bapa, PIBG tentang isu tersebut semakin merisaukan dan adakah tindakan segera daripada pihak kerajaan tentang isu tersebut dan saya turun sini tengok memang kawasan itu memang sangat bahayalah. Saya rasa YB Exco sangat memahami dan kita boleh turun bersama selesaikan isu tanah mendap di SMK Dato’ Ahmad Said ini. Terima kasih.

Ok, Manjoi, saya akan bersama dengan Manjoi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Ketua Pembangkang, last. Memang tak ada celahan lagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya tak perlu ulasan. Cuma nak masukkan dalam pengetahuan Exco. Pertama mengenai dengan Sekolah Seni yang ada di Sungai Siput. Sekolah ini telah pun sampai persembahan sampai ke peringkat antarabangsa. Tapi dia punya facilities tu cukup kebelakang menggunakan sekolah biasa saja. Mungkin ini boleh diambil perhatian. Itu yang pertama dan yang kedua, di samping kita nak tengok infrastruktur sekolah dan sebagainya, kebajikan guru juga perlu kita ambil perhatian. Yang saya nampak Bilik gurulah khususnya. Bilik guru tambah yang ada dua sesi. Satu meja kongsi dua orang. Satu kerusi, kongsi dua orang dan keadaan kerusi dan meja dia cukup daif. Ini kalau boleh kita perhatikan lah. Cuma untuk masuk dalam perhatian Exco saja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih. YB Exco. Dua minit.

Terima kasih pada Semanggol atas saranan.

Yang di-Pertua

Dua minit YB Exco.

Kepada YB-YB ataupun Yang Berhormat-Yang Berhormat yang saya tak sempat untuk menjawab secara lisan isu-isu yang dinyatakan contohnya berkaitan dengan pusat giat dan perkara-perkara lain, saya akan beri jawapan secara bertulis selepas ini bagi memberi kefahaman kepada Yang Berhormat tentang isu-isu yang dibangkitkan. Penutup. Dato’ Yang di-Pertua. Boleh ya? Jelasnya Perak Makmur Rakyat Sejahtera itu bermakna kita sentiasa teguhkan muafakat, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Ke gunung sama di daki, ke lautan sama direnangi. Untuk memajujayakan Perak menggamit dunia hingga ke tersohor ke persada antarabangsa. Ayuhlah kita berusaha bersama berganding bersama agar Bajet 2023 Negeri Perak dilaksanakan dengan jaya. Akhirul kalam, saya doakan agar Allah SWT akan memberkati kita semua, merahmati rakyatnya, stabil politik dan kerajaannya, makmur negerinya, sejahtera Perak sampai bila-bila. Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum wbt.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco dari Kawasan Belanja. Hampir 50 minit juga menggulung. Kalau dibiar tu mungkin sampai satu jam. Bagaimanapun terima kasih. Saya faham. Dewan faham. Satu portfolio yang begitu popular. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Exco yang berikutnya, sukalah saya memberi ingatan kepada semua bahawa kawasan Bangunan SUK, Setiausaha Kerajaan Negeri ini merupakan zon larangan merokok. Oleh itu, diharapkan agar semua yang berada di kawasan ini akan menghormati dan mematuhi status zon tersebut. Ok. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat dari Kawasan Teja, Exco dari Kawasan Teja untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Salam sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas Dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2023 bagi Mesyuarat Kedua Tahun Pertama, Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat yang amat prihatin dan telah menyentuh isu berkaitan Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan portfolio saya pada hari semalam. Saya percaya semua isu ini yang dibangkitkan adalah bagi memantapkan kualiti kita dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Dato' Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Manjoi dan Behrang berkaitan kemudahan peminjaman dan pembiayaan perumahan kepada golongan belia atau B40. Kerajaan Negeri Perak komited dalam memastikan warga Perak mampu mendapatkan kediaman yang selesa melalui Skim Pinjaman Kewangan untuk membina rumah baharu iaitu rumah program Rumah Perakku Prihatin dibawah Yayasan Perak. Program ini adalah pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah pertama di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah jika bukan pemilik. Program ini merupakan kolaborasi Yayasan Perak bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki rumah pertama. Ansuran bulanan serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1000/persegi serta reka bentuk rumah yang terkini disediakan. Setakat ini majoriti penerima pinjaman adalah dari golongan belia iaitu yang berumur 18 hingga 40 tahun. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan perbincangan bersama bank-bank di bawah Syarikat Jaminan Kredit Pembiayaan (SJKP) bagi membantu golongan belia terutamanya mereka yang tidak mempunyai slip pendapatan untuk mendapatkan pembiayaan perumahan. Di bawah skim ini syarat yang ditetapkan tidak terlalu ketat untuk dipenuhi oleh pemohon. Kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu mengatasi masalah pembiayaan perumahan yang dihadapi oleh golongan belia pada masa ini.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manjoi juga telah membangkitkan isu berkaitan jumlah permohonan Perumahan Rakyat sehingga kini dan jumlah pemohon yang berjaya. Untuk makluman Yang Berhormat Manjoi, sebanyak 25,209 permohonan telah diterima dari tahun 2016 sehingga 22 November 2022 bagi kategori pemohon B40. Daripada jumlah tersebut seramai 13,829 pemohon telah dipanggil untuk menghadiri temuduga. Namun demikian, hanya 7,972 pemohon yang hadir dan akhirnya 3,693 sahaja pemohon yang disokong. Bagi golongan M40 pula sebanyak 3,484 permohonan telah diterima manakala 1,329 telah dipanggil temuduga. Daripada jumlah tersebut hanya 379 pemohon sahaja yang hadir dan sebanyak 217 pemohon yang disokong. Berkenaan isu garis panduan atau SOP bagi mengetahui status berjaya atau gagal sesuatu permohonan bagi perumahan rakyat, sebelum ini keputusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada setiap pemohon melalui janaan sistem ePerumahan. Namun demikian, kaedah ini telah dihentikan sementara kerana terdapat isu teknikal dan keselamatan siber terhadap sistem ini. Pemohon yang berjaya akan kini dipamerkan di Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan. Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak sedang menaik taraf sistem ePerumahan dan akan sedia digunakan semula pada tahun 2023 kelak.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Behrang juga telah membangkitkan isu berkaitan ketidakcukupan pembinaan kawasan perumahan di Muallim. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, perancangan pembangunan rumah mampu milik untuk golongan B40 dan M40 telahpun diambil kira dalam perancangan pembangunan Daerah Muallim. Perancangan perumahan mampu milik ini telah pun dimasukkan ke dalam senarai perumahan di bawah Perak Sejahtera 2030 yang melibatkan pembangunan berikut. Ini termasuk projek Perumahan Penjawat Awam (PPA), Projek Pembangunan Rumah Mampu Milik Kota Malim, Malim Prima dan juga projek Pembangunan Mampu Milik Slim River.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Changkat Jering telah membangkitkan isu berkaitan pengambilalihan projek perumahan PR1MA. Untuk makluman Yang Berhormat, LPHP perlu meneliti dengan lebih mendalam cadangan tersebut. Ini kerana untuk mengambil alih projek sakit atau terbengkalai milik agensi lain seperti PR1MA, ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan kerana ianya sememangnya mempunyai implikasi dari segi kontrak pemilikan tanah, tanggungan liabiliti kewangan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, LPHP akan mengadakan perbincangan awal dengan pihak PR1MA bagi melihat kesesuaian cadangan tersebut Untuk dilaksanakan.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Selinsing dalam membangkitkan isu perumahan rumah Perakku di Selinsing. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa isu berkaitan infrastruktur bagi projek tersebut telah pihak LPHP selesaikan. Namun, masih terdapat isu berkaitan pelebaran jalan masuk utama Acceleration & Deceleration Lane (AC/DC) dengan izin di mana pihak LPHP dalam pelaksanaan tindakan penyelesaian. Peratusan kerja di tapak adalah sebanyak 80% dan jangkaan penerimaan sijil penyiapan dan pematuhan CCC bagi projek tersebut adalah pada tahun 2023.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunung Semanggol telah membangkitkan isu tentang keluasan yang sesuai dan selesa untuk didiami oleh keluarga B40 serta pelantikan Ketua Komuniti di rumah PPR. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, rumah PPR yang dibina adalah berdasarkan spesifikasi keluasan perumahan rumah mampu milik. Justeru, rumah-rumah PPR yang ditawarkan adalah sesuai untuk kediaman keluarga yang bersaiz sederhana. Kerajaan Negeri juga komited bagi memastikan kebajikan warga Perak dari kategori pendapatan B40 ke bawah yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan perlindungan dari hujan dan panas dengan menyediakan Skim Bina Baharu Rumah di bawah Program Sayangi Rumahku, Yayasan Perak Di mana rumah berkeluasan 640 kaki persegi yang mempunyai tiga buah bilik dengan lengkap pendawaian, perpaipan dan sanitasi sekaligus memberikan keselesaan sama tara dengan keselesaan rumah golongan pertengahan. Berkenaan isu lantikan Ketua Komuniti di rumah PPRT pula, sebahagian PPR telah mempunyai Jawatankuasa Komuniti secara tidak rasmi dan jawatankuasa ini memainkan peranan sebagai wakil dan pengelola di PPR tersebut. Perancangan juga telah dibuat untuk mewujudkan Jawatankuasa Penduduk atau Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di setiap PPR. Cadangan ini akan dibincangkan secara lebih terperinci dengan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional. Dengan adanya Jawatankuasa ini, nanti program di peringkat Komuniti dan PPR akan boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa tersebut.

Seterusnya saya ingin beredar pula kepada isu-isu yang berkaitan dengan Kerajaan Tempatan. Bagi menjawab cadangan dari Yang Berhormat Manjoi berkaitan mengurangkan isu sampah haram. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memulakan inisiatif baru dengan menyediakan perkhidmatan kutipan sampah di luar, di kawasan luar bandar iaitu di luar kawasan pentadbiran PBT bermula pada tahun 2021 bagi mengurangkan aktiviti pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka yang tidak terkawal sehingga kini sejumlah 177 buah kampung di seluruh Negeri Perak telah menerima perkhidmatan ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.3 juta. Setelah memasuki tahun kedua pelaksanaan inisiatif ini Kerajaan Negeri kini bergerak ke arah menilai dan menambahbaik kualiti pelaksanaan program ini agar dapat memberi manfaat optimum dan mencapai objektif asal inisiatif ini tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dan PBT. Pihak MBI telah menyediakan perkhidmatan kutipan sampah domestik tiga kali seminggu dan kutipan sampah kebun dan pukal sebulan sekali mengikut jadual yang ditetapkan manakala sampah haram dikutip minimum sebulan sekali ataupun mengikut aduan.

Bagi kaedah meletakkan tong roro, ia telah dilaksanakan di beberapa lokasi di kawasan pentadbiran MBI. Walaubagaimanapun ia menemui kegagalan kerana kes pembuangan sampah haram yang luar kawalan bagi pusat pengumpulan sampah domestik yang telah diwujudkan di kampung-kampung sebelum ini juga telah menyebabkan pelbagai masalah sehingga tiga lokasi pusat pengumpulan tersebut telah diminta oleh ditutup oleh penduduk. Kaedah yang disyorkan oleh MBI untuk mengawal pembuangan sampah haram adalah dengan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang suka membuang sampah secara haram. Sebagai tindakan jangka masa pendek dalam menguruskan isu sampah, Kerajaan Negeri mengambil maklum atas cadangan yang telah dikemukakan.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Changkat Jering pula telah membangkitkan isu peruntukan kutipan sampah Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang disediakan bagi keperluan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi tahun 2023 merupakan jumlah tertinggi yang pernah diterima untuk keperluan PBT Negeri Perak berbanding jumlah peruntukan tahun-tahun sebelum ini. Jumlah ini menggambarkan sokongan dan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada usaha PBT dalam menguruskan keperluan rakyat. Jumlah ini akan digunakan sebaiknya bagi menambah baik infrastruktur tapak sisa pepejal serta keperluan-keperluan fasiliti pengurusan sisa pepejal mengikut keutamaan PBT-PBT. Pada masa ini kerja-kerja kutipan sampah di dalam kawasan operasi Majlis Pembandaran Taiping adalah pada kekerapan 3 kali seminggu bagi premis kediaman dan juga kutipan sampah secara harian bagi tong-tong roro dan juga premis perniagaan di sekitar kawasan pusat bandar Taiping dan Kemunting. Di samping itu, bagi merealisasikan impian menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih komprehensif, berkesan dan berasaskan teknologi pintar, perancangan keperluan bajet ini akan diperhalusi dan disusun dengan lebih menyeluruh semasa membangunkan pelan tindakan sisa pepejal Negeri Perak yang dirancang akan dimulakan pada tahun 2023 ini.

Dato' Yang di-Petua, Yang Berhormat Tronoh telah menyentuh isu mutu perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui bahagian Kerajaan Tempatan memandang serius ke atas mutu perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya di Negeri Perak. Selain daripada laporan pemantauan prestasi syarikat konsesi yang dibentangkan secara berjadual, pelbagai bentuk teguran bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan syarikat ini dilaksanakan secara berterusan termasukla lawatan mengejut ke tempat aduan, pemeriksaan audit dan pemotongan bayaran. Semua tindakan ini direkod bagi memastikan penilaian dan sebarang tindakan ke atas mana-mana syarikat konsesi yang gagal menyempurnakan tanggungjawab dilaksanakan mengikut tata kelola dan tidak bercanggah dengan perjanjian dan undang-undang yang sedang digunapakai.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelapang telah membangkitkan isu berkaitan sistem Park@Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Park@Perak telah dijadualkan pelaksanaannya secara berperingkat untuk disesuaikan dengan infrastruktur pendigitalan perkhidmatan sesuatu kawasan dan penerimaan masyarakat setempat. Justeru, jawatankuasa yang dibentuk bagi menguruskan inisiatif Park@Perak ini telah ditubuhkan dengan melibatkan semua PBT dan pembentangan laporan telah ditetapkan secara berjadual bagi melihat perkembangan pelaksanaan serta keberkesanan perkhidmatan ini di lapangan. Berdasarkan sambutan yang sangat menggalakkan diterima di seluruh negeri, Kerajaan Negeri telah menambah baik dengan menaik taraf facility aplikasi Park@Perak baru ini. Keadaan ini mungkin menjadi faktor isu-isu gangguan perkhidmatan ini semakin meningkat dan mendapat perhatian sidang Dewan pada kali ini. Satu mesyuarat khas juga telah diatur sejurus selesai sidang Dewan ini untuk portfolio kami terus memperhalusi tindakan yang perlu diambil bagi menangani perkara-perkara yang dibangkitkan.

Berhubung maklumbalas yang diterima berkenaan kelemahan aplikasi yang baru digunakan sepenuhnya pada tahun 2022 ini, pihak Kerajaan Negeri sudah pasti akan meneliti isu isu yang berbangkit termasuk hal lewat operasi teknikal dan pendidikan kepada masyarakat awam di lapangan bagi meningkatkan penggunaan Park@Perak yang telah memudahkan ramai pelanggan yang tidak perlu lagi mencari-cari ejen penjual kupon atau hadir ke kaunter PBT bagi melunaskan kompaun kerana masing-masing telah mula membayar secara atas talian. Saya amat berharap semua pihak akan terus menyokong dan memberi sedikit masa untuk pihak pengurusan Park@Perak meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dari masa ke semasa. Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Malim Nawar, turut membangkitkan isu gangguan lembu di kawasan kampung. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah menyediakan perancangan jadual operasi dan mengambil tindakan secara berterusan atau secara berkala bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam usaha menangani isu haiwan merayau iaitu lembu dan kerbau yang dilepaskan berkeliaran di jalan raya terutamanya di kawasan hotspot kemalangan dan kawasan yang terdapat banyak aduan awam.

Tindakan penguatkuasaan yang diambil ialah dengan membuat tangkapan melalui kaedah-kaedah yang bersesuaian serta tidak membahayakan keselamatan orang awam. Pihak PBT beroperasi berlandaskan kepada undang-undang kecil pelesenan haiwan ternakan dan haiwan merayau yang melibatkan tindakan seperti mengompaun pemilik haiwan yang dapat dikenal pasti. Pada masa yang sama, bagi haiwan-haiwan merayau yang ditangkap namun pemiliknya tidak dapat dikenal pasti, haiwan yang terlibat akan dilupuskan mengikut ketetapan PBT di bawah peruntukan undang-undang yang sama. Sepanjang tahun 2022, sejumlah 44 kali operasi tangkapan telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kampar. Hasil tangkapan sebanyak 46 ekor haiwan ternakan yang telah ditangkap terdiri daripada 22 ekor kerbau dan 24 ekor lembu. Bengkel resolusi isu anjing terbiar dan haiwan merayau juga telah diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2022 bagi menetapkan pelan tindakan jangka masa pendek dan panjang dalam memastikan isu ini diberi perhatian serius oleh semua PBT dan Jabatan Veterinar Negeri Perak.

Yang di-Pertua

Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Exco. Tentang isu bagi lembu dan juga kerbau yang sering nampak berada di jalan raya, ia bukan sahaja di antara PBT dengan Veterinar, tetapi kerjasama kepada penternak-penternak itu kerana bukan sahaja dikalangan orang awam, bagi pihak estate atau kebun-kebun kecil, mereka juga telah buat aduan tentang lembu-lembu yang berada di kebun-kebun mereka kerana telah banyak merosakkan buahan mereka dan di sini saya berharap bagi pihak kerajaan, bagi kita ada sediakan padang ragut untuk mereka yang untuk melihara, tetapi nampaknya ada kebanyakan penternak mereka tidak berminat kepada tempat yang disediakan dan juga bagi padang ragut ini juga ada masalah diterokai untuk menanam pokok sawit ke yang lain. Jadi, apakah tindakan bagi pihak kerajaan untuk melihat semula tentang tapak-tapak lokasi yang sedia ada dan juga bagaimana kita nak naik taraf ataupun lebih baik untuk bagi penternak-penternak yang mereka boleh duduk di tempat yang sesuai untuk mereka jalankan penternakan mereka?

Terima kasih saya ucapkan kepada Pantai Remis. Dalam isu haiwan merayau ini memang ia melibatkan beberapa faktor dan juga kerjasama beberapa agensi yang terlibat dan saya memang setuju antara sebabnya apabila padang ragut tidak dapat digunakan sebaik mungkin seperti yang ditetapkan, ianya seterusnya akan menimbulkan banyak masalah dan dalam usaha pihak kerajaan menangani isu ini, sudah pasti salah satunya kita akan melihat balik adakah padang ragut yang ditawarkan yang sedia ada berada dalam keadaan yang baik bersesuaian untuk ternakan dan juga memenuhi keperluan penternak dan seterusnya jika padang ragut yang bersesuaian dapat disediakan, kita seterusnya perlu memastikan bahawa pihak penternak juga perlu bekerjasama dengan mematuhi dan sentiasa memastikan ternakan diternakkan dalam padang ragut dan bukan di kawasan kediaman, di jalan raya dan sebagainya dan juga tindakan penguatkuasaan adalah sebagai tindakan sampingan untuk memastikan jika ada pihak yang tidak...

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning YB...

Ya, sekejap saya habiskan dulu ya. Terima kasih. Pihak yang tidak bekerjasama dan tidak mematuhi malah menyebabkan isu seperti kebersihan dan keselamatan orang awam ianya akan diambil tindakan yang tegas. Dipersilakan Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih YB Exco. Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi saya rasa kita perlu ada satu task force yang memikirkan soal berkaitan dengan hal-hal ini kerana ini soal dah lama. Dah cukup lama. Tidak selesai lagi walaupun kita dah bincang dalam Dewan yang mulia ini. Tapi saya rasa kehadapan ini, kehadap ini, saya rasa kita perlu buat secara serius untuk menyelesaikan masalah ini kerana, saya setuju dengan Pantai Remis berkaitan dengan dan juga Manong yang membangkitkan berkaitan dengan padang ragut. Padang ragut ini kita kena perlu juga berbincang bersama dengan Veterinar. Kita kenalpasti dan kita kawal semula. Kalau kita tidak ada padang ragut, kita akan jadi masalah berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan riferal gaderia tadi. Jadi perlu ada task force yang menyegerakan untuk menyelesaikan masalah. Ia juga berlaku di tempat saya. Terima kasih.

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

YB Exco mohon mencelah, boleh? Di sini saya ingin menarik perhatian bahawa padang ragut di Kampung Piandang seringkali dikhabarkan bahawa padang ragut itu ada pemilik tetapi yang ternakan lembu itu tak ada. So, nak semak sama ada memang ada silap daripada mana-mana pihak ke ataupun ada kekurangan management problem daripada mana-mana pihak. Dengan itu saya memohon perhatian daripada YB Exco untuk melihat padang ragut yang berada di Kampung Piandang itu. Terima kasih.

Terima kasih atas perkongsian pandangan Ayer Kuning dan juga Tronoh. Saya percaya di kebanyakan kawasan kita juga menghadapi isu haiwan merayau dan isu ini turut menjadi antara isu yang sentiasa dapat menyatu-padukan ADUN tidak kira di belah sini atau sana dan untuk pengetahuan semua sebelum ini atas keluhan-keluhan dan untuk menyelesaikan masalah ini secara lebih berkesan, suatu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengendali dua isu iaitu tentang isu anjing liar dan juga isu haiwan merayau. Akhirnya dengan kerjasama pelbagai platform dan juga agensi termasuk PBT, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan sebagainya dan melalui mesyuarat jawatankuasa tersebut telah ditetapkan bahawa untuk isu anjing liar pihak PBT akan mengambil peranan untuk menerajui dalam merangka pelan jangka masa pendek dan panjang dan juga untuk isu haiwan merayau pula kita serah kepada Jabatan Pertanian untuk menerajui dalam perbincangan untuk merangka pelan jangka masa pendek dan panjang dan saya percaya dari masa ke masa pelbagai bengkel perbincangan telah diadakan untuk kita memastikan satu penyelesaian yang lebih menyeluruh yang melibatkan usaha daripada pelbagai pihak dan saya percaya mungkin dalam nanti dalam penggulungan Exco Pertanian juga mungkin akan ada sedikit sebanyak info berkaitan isu ini dapat dikongsikan. Saya juga ucapkan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Dia bagi sikit soalan tentang isu pelabur hartanah. Pelabur hartanah, perumahanlah. Jadi adakah saya nak tanya, adakah pihak kerajaan ada mekanisma untuk mengawal pelabur hartanah ini? Sebab kita nampak seolah-olah harga rumah yang ditetapkan oleh pelabur hartanah ini seolah macam ikut suka mereka je. Contohnya macam saya di kawasan kampung katakan di kawasan Kampung Bukit Gantang. Harga rumah yang semi, separuh kembar, kembar dua, satu tingkat hampir RM500 ribu dan rumah teres hampir RM400 ribu. Jadi cuba bayangkan, kalau kita dalam keadaan ekonomi dengan pekerjaan orang muda ini bagaimana depa nak beli rumah macam ini? Jadi adakah ada mekanisme kerajaan untuk mengawal tentang pelabur-pelabur hartanah ini untuk nak menetapkan harga rumah? Terima kasih.

Terima kasih kepada Changkat Jering. Saya percaya kalau isu harga rumah di kawasan Bukit Gantang yang tinggi, barangkali dia berkaitan dengan kawasan Bukit Gantang, Taiping dan sekitarnya yang agak terdapat pembangunan dari segi industri dan ekonomi dan turut menyebabkan pemintaan perumahan yang tinggi. Walau bagaimanapun, selain daripada mengenakan peraturan-peraturan yang sedia ada untuk memastikan, untuk bagi mengurangkan aktiviti-aktiviti untuk pelaburan yang dapat meningkatkan harga rumah secara mendadak, kerajaan juga pada masa yang sama berusaha untuk memastikan menetapkan dasar pembangunan perumahan dan juga kerjasama dengan pihak swasta untuk memastikan pada masa yang sama di setiap daerah juga terdapat kewujudan perumahan mampu milik untuk menjadi pilihan bagi golongan yang memerlukannya. Terima kasih. Saya teruskan sedikit.

Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Exco. Saya dalam ucapan baru ini menyuarakan tentang satu jalan ke pasar Batu Kurau. Saya telah mendapat maklumat bahawa jalan ini rosak teruk. Tapi bila saya bertanya kepada pihak tertentu, mereka kata jalan ini kena tanah persendirian. Sedangkan dah dibuat 20 tahun yang lalu. Kalau pun tanah persendirian, pihak MPT boleh berbincang dengan tuan tanah untuk pampasan ke apa sedikit demi keselesaan pengunjung dan peniaga yang pergi ke pasar itu. Jadi minta tolong YB tengok balik MPT memperbaiki jalan yang teruk ini. Tak banyak, lebih kurang 80 meter, 100 meter saja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Kamunting.

Terima kasih Speaker, YB Teja. Saya juga ada bangkitkan pada ucapan awal titah Tuanku satu tapak pembuangan sampah yang kritikal untuk pasar Kamunting di mana Kamunting ni dia memang tempat B40 cari makanlah. Maknanya dia berniaga ada pagi Ahad ada 350 peniaga berniaga di situ. Masalahnya, pagi Ahad itu tidak ada pengurusan sampah yang cepat sebab bila malam itu, peniaga-peniaga sekitar Kamunting buang sampah.

Peniaga restoran dan sebagainya di situ. Tapak pembuangan sampah roro ada saya tengok ada 3. Tapi bila mereka buang terlalu banyak menyebabkan limpahan. Pagi itu tempat untuk perniagaan. Pagi menyebabkan tidak selesanya peniaga dan juga pembeli berkunjung. Jadi mohon perhatian pada pihak YB lah, sekian.

Terima kasih. Berkenaan isu jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kurau tentang jalan. Ok, saya rasa oleh sebab jalan itu melibatkan jalan hak milik, jadi PBT tidak dapat menjalankan untuk memperbaiki, tindakan untuk memperbaiki jalan itu secara sewenang-wenangnya atas pertimbangan isu hak milik dan sebagainya. Walau bagaimanapun jika jalan tersebut telah lama dijalankan sebagai access road yang satu satunya, saya rasa mungkin perlu diadakan perbincangan untuk meninjau sama ada jalan yang sepatutnya digunakan ataupun sama ada sesuai untuk diambil bagi menjalankan apa tu diguna untuk orang awam dan juga saya ambil maklum tentang isu kebersihan dan kutipan sampah yang dibangkitkan oleh ADUN Kamunting untuk kita ambil tindakan untuk menambah baik mekanisma dan juga perkhidmatan yang sedia ada. Terima kasih.

Encik Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

YB Teja, minta mencelah. Terima kasih Teja. Saya harap soalan saya ini bukan satu yang sensitif. Tapi saya minta penjelasan juga sebab takut ini akan menjadi satu dasar baru pada Kerajaan Negeri Perak. Selepas kerajaan baru dibentuk, saya tengok ada signboard baru naik. Contohnya Kampung Baru Ampang. Signboard ini warna dia merah. Merah ini selalu warna Pakatan Harapanlah biasanya dan di bawah itu ada tulisan cina. Saya tak tahu apa dia tulis. Jadi persoalan saya, adakah ini dasar baru ataupun memang bebas kalau kita nak naikkan mana-mana signboard untuk masa-masa yang depan ni. Terima kasih.

Terima kasih Bukit Chandan. Saya kurang pasti signboard yang dirujukkan dia didirikan oleh pihak mana atau sama ada dia mendapat kelulusan yang diperlukan atau sebaliknya. Mungkin saya perlu mendapatkan maklumat lanjut untuk saya buat semakan selanjutnya. Terima kasih. Ok, sedikit lagi saya ulang beberapa isu lagi saja. Tentang, sedikit tentang isu haiwan marayau tadi. Beberapa pendekatan yang telah dipersetujui termasuk menambah baik prosedur, penambahbaikan sumber tenaga dan kepakaran serta mengemas kini peraturan dan perundangan berkaitan pelesenan haiwan ternakan. Pelan tindakan ini dipantau secara berjadual dan akan dilaporkan dalam jawatankuasa tetap kerajaan tempatan dipengeruskan oleh saya sendiri.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Panjang juga membangkitkan isu projek berisiko diklasifikasi dalam kategori projek gajah putih di Dataran Aman Jaya dan Pasar Tani Kekal. Untuk maklumat semua, semakan mendapati bahawa projek Dataran Aman Jaya adalah di bawah bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) manakala Pasar Tani Kekal berada di bawah bidang kuasa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, (FAMA). Jadi saya ingin syorkan untuk Ahli Yang Berhormat boleh semak status dan juga dengan badan berkenaan dan di samping itu dapat memberi pandangan dan cadangan untuk menambah baik untuk mengelakkan sebarang projek pembangunan daripada menjadi projek gajah putih.

Dato' Yang di-Pertua, setakat ini sajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh pembahasan. Sekiranya terdapat sebarang isu yang tidak sempat untuk saya respon dalam sesi penggulungan ini akan saya sediakan jawapan secara bertulis dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan. Saya akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk melahirkan penghargaan kerana pertama kalinya Bajet Khas PBT telah diletakkan secara khusus dalam Bajet 2023. Ini telah menggambarkan pengiktirafan usaha-usaha penat lelah seluruh warga pasukan PBT Perak yang selama ini sentiasa berjuang tetapi tetap hanya lebih biasa dikritik atas sesetengah kelemahan yang sebenarnya tidak mencerminkan keseluruhan prestasi PBT-PBT ini. Jadi sebelum saya akhiri ucapan penggulungan ini izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun.

Putik kemboja baru mengembang Wangi mengharum di tengah laman Erat perpaduan bangsa berbilang Perak Sejahtera satu tujuan.

Sekian saja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Teja. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Aulong Exco untuk menggulung perbahasan dipersilakan.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Salam sejahtera. Salam Makmur Rakyat Sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Dewan Negeri, Pegawai-Pegawai Kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian. Bajet tahun 2023 bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera menceminkan pendekatan yang inklusif selaras dengan kesejahteraan buat sekalian rakyat di negeri Perak. Terima kasih atas ruang yang diberi kepada saya dalam sesi penggulungan. Walaupun tiada soalan khusus dituju kepada portfolio saya daripada 23 pembahas yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan semalam, banyak isu-isu yang dibangkitkan turut berkait rapat dengan sains, alam sekitar dan teknologi. Memandangkan penggulungan hari ini lebih bersifat makluman kepada Dewan yang mulia ini. Jadi saya memohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat supaya menumpukan perhatian dan tidak membuat celahan. Melalui penggulungan ini, saya akan memfokuskan kepada perkara utama berkaitan portfolio saya iaitu perubahan iklim, 3R kitar semula meliputi pengurusan sisa pepejal dan pengurusan teknologi hijau.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, perubahan iklim bukan perkara kecil yang boleh diabaikan. Menurut laporan Bernama pada tahun 2020, purata suhu Malaysia menaik semenjak tahun 1964 iaitu 24.93 darjah selsius dan menjelang tahun 2020 suhu purata ialah 26.05 darjah selsius iaitu lebih satu darjah lebih panas sekarang.

Aras laut meningkat 0.19 meter dari tahun 1901 hingga tahun 2010 dan dijangka meningkat hingga satu meter pada tahun 2100. Kandungan gas karbon dioksida dalam atmosfer turut meningkat 40%. Jadi 320 ppm pada tahun 1960 kepada 391 ppm pada tahun 2011. Perubahan iklim bukan sahaja memberi tekanan kepada persekitaran malah menjejaskan sistem ekonomi sosial dan politik. Selain yang disebut di atas para saintis juga meramalkan perubahan iklim juga akan mengakibatkan kejadian cuaca ekstrim di seluruh dunia seperti kemarau dan banjir. Apakah punca perubahan iklim? Secara ringkasnya, manusia telah membakar sejumlah besar arang batu, petroleum dan bahan fosil lain untuk menghasilkan haba dan electricity dan ia telah menjadikan pemacu perubahan iklim.

Untuk makluman Dewan yang mulia bencana banjir di berapa buah negeri setiap tahun turut memusnahkan harta benda dan telah meragut nyawa. Banjir besar yang melanda di Hulu Langat dan Lembah Klang yang berlaku pada Disember 2021 mengakibatkan kerugian ekonomi dijangka RM6.0 bilion. Bukan itu sahaja malah kerugian ekonomi yang diakibatkan oleh banjir yang berlaku pada tahun 2022 baru-baru ini masih belum diketahui.

Timbalan Yang di-Pertua, menurut Bank Dunia, penduduk Malaysia adalah antara pengeluarkan sampah terbesar pada tahun 2016. Purata sampah yang dikeluarkan pada setiap hari adalah 1.2 kilo oleh setiap individu. Lebih dua kali ganda purata di rantau Asia Timur dan Pasifik iaitu 0.56 kilo. SWCorp menganggarkan 38 ribu ton sisa domestik dan 17 ribu ton sisa makanan dihasilkan rakyat Malaysia setiap hari. Perkiraan nilai timbunan sisa ini memerlukan tujuh kolam renang bersaiz olimpik untuk memuat semua sisa berkenaan. Ini untuk setiap hari sahaja. Satu hari sahaja. Isu ini amat membimbangkan kerana populasi negara semakin meningkat dengan data terkini menunjukkan pertumbuhan populasi yang dianggar 2.4% atau 600 ribu orang setahun bermakna lebih banyak sampah akan dihasilkan pada masa depan. Walaupun negara kita mempunyai jumlah tapak perlupusan sisa pepejal yang banyak tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah dihasilkan pada setiap hari. Selain itu negara kita juga mengalami kerugian pendapatan yang disebabkan oleh kadar kitar semula yang tidak cukup efektif. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, statistik Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara menunjukkan pada tahun 2021 negara hanya merekodkan kadar kitar semula pada 31.52%. Sedangkan kebanyakan negara maju mencatatkan sekurang-kurangnya 60%. Lebih merugikan angka itu turut bermakna Malaysia kehilangan kira-kira RM476 juta setahun dalam konteks pendapatan negara kerana sumber kitar semula adalah satu industri bernilai tinggi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, antara bahan kitar semula yang rugi paling banyak adalah bahan kertas yang boleh menyumbangkan sekitar RM205 juta dan kedua dan keduanya bahan plastik yang berpotensi pendapatan sebanyak RM163 juta. Ini walaupun program pendidikan dan kesedaran kitar semula dan pengasingan sisa pepejal serta 3R iaitu reduce, kurangkan, reuse, guna semula dan recycle kitar semula masih diberi perhatian untuk diperkasakan di peringkat sekolah. Dengan harapan ibu bapa dan golongan dewasa seharusnya menunjukkan teladan yang menyokong amalan ini terlebih dahulu agar boleh dicontohi oleh golongan muda dan kanak-kanak. Demi meningkatkan pencapaian peratusan kitar semula yang lebih efektif, tindakan segera dengan kaedah yang menyeluruh harus digunapakai dan dilaksanakan di semua peringkat masyarakat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pengurusan sumber semulajadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan sebagainya menyebabkan pencemaran. Jika pengurusan sumber semulajadi ini tidak diuruskan dengan baik, ia turut menjejaskan kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Justeru, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua isu ini harus ditangani secara korektif dan efektif. Sehubungan dengan itu, satu pendekatan yang kritis amat-amatlah penting berdasarkan keperluan ini, teknologi hijau memainkan peranan strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai otonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca. Teknologi hijau turut membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Untuk makluman Dewan yang mulia, kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.

Timbahan Yang di-Pertua, teknologi hijau menunjukkan merujuk produk dan sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan digradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar selamat untuk diguna dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggerakkan sumber yang boleh diperbaharui. Ia adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya, secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Menikmati Prof. James T. Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjah celsius pada setiap lima tahun bermula pada tahun 1952. Dianggarkan antara tahun 1990 hingga 2025, suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6 celsius darjah celsius. Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme penting iaitu melalui kesan rumah hijau dan juga penipisan lapisan ozon. Walaupun terdapat punca semulajadi tetapi aktiviti manusia lebih banyak menyumbang terhadap kedua-dua mekanisme di atas. Kesan rumah hijau banyak disumbangkan oleh gas karbon dioksida.

Lantaran itu, penekanan terhadap teknologi hijau adalah alternatif tepat dalam menangani masalah kesan rumah hijau ini, selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh dunia pada masa kini yang memberi keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini tempat lebih baik. Seperti yang kita tahu, teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memelihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia seperti pengeluaran asap hitam yang membahayakan oleh kilang, penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pemusnahan alam semulajadi, pencemaran sungai, pelepasan karbon ke udara dan sebagainya. Teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada.

Untuk makluman Dewan yang mulia, secara umumnya teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. Dari aspek tenaga, teknologi hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidak bergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hybrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semulajadi. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana dia boleh menjana tenaga dengan pelbagai keadaan dengan kos semula, selamat dan mesra pengguna. Ia dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amaran negara maju yang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama.

Timbalan Yang di-Pertua, teknologi hijau dapat membantu memelihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar akan minimum. Ia dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya. Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam mematikan pembangunan negara.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Aulong, boleh celah sikit.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ia dapat membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Prestasi kita hidup ekonomi juga dapat dioptimumkan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk Malaysia.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Aulong, boleh celah.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Masih banyak lagi. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran. Sebagai contoh, penggunaan kereta enjin hybrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup. Justeru, aplikasi teknologi hijau adalah selaras dengan konsep pembangunan mampan yang mana pembangunan dilaksanakan perlu memenuhi keperluan masa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia, GreenTech Malaysia ditubuhkan pada 2010. Ia merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan

Perubahan Iklim untuk memangkin perlaksanaan teknologi hijau sebagai strategi Malaysia untuk membangunkan sosial ekonomi dan berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai hub bagi sektor teknologi hijau. Pada peringkat negeri, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan Penang Green Council telah ditubuhkan sejak 2011 dan kini Negeri Selangor masih dalam proses penubuhan Green Council lagi membimbing rakyat ke arah perlaksanaan teknologi hijau.

Minta laluan mencelah. Nak bantu YB.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sila duduk. Bagi Aulong jawab dulu. Sila. Aulong sila sambung.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Pada peringkat negeri, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan Penang Green Council telah ditubuhkan sejak 2011 dan kini Negeri Selangor masih dalam proses penubuhan Green Council lagi membimbing rakyat ke arah perlaksanaan teknologi hijau.

Nasib baik saya bukan Jalong.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Timbalan Yang di-Pertua, selaku Exco Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, saya akan mengambil inisiatif untuk mengkaji secara terperinci untuk mewujudkan Perbadanan Teknologi Hijau Perak iaitu Perak Green Council demi menjayakan kelestari bumi Perak, selari dengan matlamat Perak Sejahtera 2030 dan Perlaksanaan Pelan Perak Lestari 2030. Saya mengakhiri dengan ucapan terima kasih dan menyokong usul Belanjawan Negeri Perak 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera dengan harapan perlaksanaan bajet akan mendapat pembangunan negeri yang tercinta ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Aulong. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Temengor untuk menggulung perbahasan. Sila.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, para pengamal media dan seluruh petugas Dewan yang saya muliakan. Alhamdulillah saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas limpah kurnia dan izinnya, Negeri Perak Darul Ridzuan ini terus di bawah rahmatNya dan marilah kita sama-sama mendoakan agar negeri ini terus makmur dan rakyat pula sentiasa dalam keadaan sejahtera.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalian penghargaan dan terima kasih kepada dua orang mantan Exco terdahulu yaitu Yang Berbahagia Datuk Dr Wan Nor Ashikin, yang menjaga Hal Ehwal Wanita dan Yang Berhormat Sungai Manik, Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi di atas segala jasa, idea, keringat yang telah dicurahkan semasa mentadbir portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan juga untuk portfolio Pembangunan Usahawan. Semoga segala kebaikan yang telah dilakukan oleh pimpinan terdahulu diramati oleh Allah SWT. Izinkan untuk saya turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan, barisan mantan-mantan Exco Kerajaan Negeri dan seluruh jentera Kerajaan Negeri Perak di atas kejayaan mengemudi Kerajaan Negeri dengan baik apabila menyaksikan ekonomi negeri telah berkembang dengan positif hasil daripada langkah-langkah pemulihan yang telah diambil semasa pasca Covid-19 yang lalu. Alhamdulillah, Negeri Perak telah mencapai pertumbuhan KDNK berbanding peringkat nasional dengan peningkatan 3.5% pada tahun 2021. Sekaligus Perak telah melonjak ke tangga keempat dalam senarai prestasi KDNK seluruh Malaysia. Selain itu hasil usaha daripada seluruh jentera Kerajaan Negeri juga telah menunjukkan kutipan hasil negeri telah melepasi angka RM1 billion, iaitu mengulangi prestasi tahun 2019 sekaligus telah mengukuhkan kedudukan kumpulan kewangan pembangunan negeri yang kini menjadi positif. Maka sekali lagi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh penjawat awam kita dan didoakan agar prestasi ini akan dapat diteruskan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan Negeri Perak 2023 bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera telah dirangka selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Sepertimana yang diumumkan, fokus pertama bagi belanjawan ini adalah berkaitan kesejahteraan rakyat yang telah menerima RM38.9 juta, iaitu 38% dari keseluruhan Belanjawan Negeri Perak. Inilah gambaran dan cerminan yang jelas lagi nyata bahawa kerajaan ini akan meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat terbanyak terutama yang memerlukan bantuan sebagai keutamaan agar terus dibela dan diupaya. Secara keseluruhannya, di bawah portfolio saya pula, sejumlah RM83.4 juta telah diperuntukkan bagi tujuan perlaksanaan program dan inisiatif masing-masing dengan pecahan iaitu Pertama, RM 42.3 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang kedua, RM25.2 juta bagi tujuan Program Kad Perak Sejahtera, RM0.8 juta bagi Rumah Kebajikan Kanak-Kanak dan Anak Yatim, RM0.2 juta bagi program Kebajikan Warga Emas, RM2.5 juta bagi program Pendayaupayaan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, RM4 juta bagi program Tabaruk Kairat Kematian, RM0.2 juta bagi program membasmi penyalahgunaan dadah, RM1.2 juta bagi program keusahawanan di bawah STeP dan RM2.0 juta bagi program tabung usahawan di bawah Yayasan Perak. InsyaAllah, mengangkat prinsip pengurusan dan tatakelola yang cekap serta amanah, saya ingin memberi jaminan dan penegasan bahawa segala peruntukan yang disalurkan ini akan terus digunakan dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan telus. Prinsip-prinsip ini penting agar setiap peruntukan yang diberi tidak berlaku ketirisan dan benar-benar dimanfaatkan agar memberi impak seperti yang dikehendaki.

Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli Dewan, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas keprihatinan dalam membangkitkan isu-isu yang berkait rapat dengan portfolio saya iaitu Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan. Seramai 11 Ahli Yang berhormat telah memberikan pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina demi menambahbaikan berterusan agar segala peruntukan yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin. Bagi sesi penggulungan hari ini, saya akan cuba sehabis baik untuk memberi respon dan maklumbalas terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan serta memperjelaskan isu-isu dasar mengikut beberapa tema.

Perkara-pekara spesifik dan operasi akan dirumus secara umum bagi menjimatkan masa. Walaubagaimanapun, semua isu yang dibangkitkan akan diambil perhatian oleh pihak saya dan jawapan bertulis akan dikemaskini dalam sistem yang disediakan. Jadi oleh itu, Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon lebihan masa sekiranya untuk menjawab soalan celahan kerana ada hampir 20 page yang perlu saya bentangkan. Memandangkan peruntukan saya agak besar. Timbalan Yang di-Pertua menyentuh soal kebajikan masyarakat, izinkan saya untuk menjawab secara bersekali bagi cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Manjoi, Kuala Kurau, Lubok Merbau agar segala bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri seperti bantuan JKM, Kad Perak Sejahtera, kad kesihatan dan tabarru' khairat kematian dan bantuan kotak makanan agar diagihkan secara saksama dan turut melibatkan pihak Pembangkang.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan sentiasa akan memastikan segala bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat adalah berdasarkan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan berdasar Garis Panduan Kelulusan Bantuan Kewangan JKM, data Baitulmal dan data penerima Bantuan Am. Ingin saya tegaskan juga inisiatif-inisiatif kesejahteraan rakyat yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah atas prinsip keprihatinan Kerajaan untuk menyantuni semua rakyat yang terkesan dengan himpitan ekonomi tanpa mengira agama, bangsa mahu pun fahaman politik. Justeru itu, tidak timbul agihan yang tidak saksama berlaku dalam pemberian bantuan Kerajaan kerana prinsip bantuan masih kekal buat semua rakyat Negeri Perak yang layak.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri akan meneruskan pendekatan dan mekanisma penyampaian bantuan sedia ada iaitu secara terus kepada penerima melalui jabatan dan agensi yang berkaitan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi pelaksana akan sentiasa mengambil perhatian yang serius dan tindakan yang proaktif bagi setiap syor yang dikemukakan oleh pusat khidmat masyarakat wakil-wakil rakyat yang memainkan peranan besar sebagai pemudah cara kepada rakyat khusus bagi bantuan-bantuan kepada yang memerlukan. Seterusnya Yang Berhormat dari Pantai Remis telah membangkitkan isu berkenaan pengurangan peruntukan bagi Program Kad Kesihatan dari RM300.00 ke RM150.00.

Untuk maklumat Yang Berhormat, peruntukan kad kesihatan telah dikaji semula oleh Kerajaan Negeri Perak semasa pembentangan Bajet Negeri 2022 dan mekanisma perlaksanaan tersebut akan diteruskan pada 2023 atas justifikasi rekod penggunaan kad kesihatan secara bulanan adalah amat rendah. Sehingga Oktober 2022, hanya 17.44% sahaja penerima bantuan memanfaatkan kad kesihatan tersebut. Walaubagaimanapun bagi melengkapkan perkhidmatan kesihatan kepada golongan memerlukan, di bawah portfolio saya menawarkan 3 dana perubatan untuk pelbagai keperluan iaitu Dana Perubatan Warga Emas kerjasama Hospital Pakar Komuniti Perak, Dana Perubatan Tapak Dialisis AV Fistula bersama KPJ Ipoh, dan Dana Perubatan Sinar Pembedahan Katarak bersama Hospital Ar Ridzuan. Suka saya war-warkan mengenai program ini, sekiranya pihak YB mempunyai penerima-penerima yang berkelayakan bolehlah mengemukakan permohonan tersebut kepada pejabat saya, terutamanya Dana Perubatan Tapak Dialisis AV Fistula kerana permohonan dibuka untuk semua golongan wanita dan juga lelaki.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pantai Remis juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula cadangan Projek Pembangunan Koridor Persaraan bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas dalam menjayakan ekosistem pelancongan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan projek yang dimaksudkan adalah di atas tanah milik PKNP seluas kira kira 788 ekar yang terletak di sebahagian lot 1803, lot 1805, lot 2397, lot 4554, lot 4616 dan lot 5805 Mukim Slim, Daerah Muallim telah disemak dan diperbaharui semula perancangan master plan oleh Maju Perak Holdings Berhad selaras dengan syarat guna tanah iaitu di bawah Pelan Pembangunan Rekreasi dan Pelancongan. Oleh yang demikian setelah disemak semula impak ekonomi setempat dan negeri, MHB telah mencadangkan untuk mengekalkan 20 ekar tanah bagi pembangunan retirement village di kawasan tersebut seperti yang dimaksudkan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya, Yang Berhormat. Tentang tanah yang katakan di bawah PKNP, kerana sebelum ni tanah itu milik Kerajaan kerana tujuan untuk program ni barulah tanah itu diserah kepada PKNP untuk sebagai agensi yang untuk melaksanakan projek ini. Jadi bukannya tanah itu hakmilik PKNP, tetapi untuk tujuan ini barulah kita serahkan tanah itu untuk PKNP untuk membangunkan.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Ya, saya faham maksud Yang Berhormat sebab kita perlu ada satu agensi yang membangunkan kawasan tersebut. Sebab itu kita serahkan kepada PKNP dan saya yakin dengan keluasan 20 ekar tanah ini boleh menjadi satu pilot projek untuk program atau pun projek retirement village ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen Yang Berhormat kerana berkongsi idea dan pandangan kepada saya dan InsyaAllah kita akan cuba jayakan bersama-sama sekiranya ia memberi kebaikan untuk rakyat Negeri Perak. Timbalan Yang di-Pertua.

Encik Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Mohon mencelah, Temengor. Boleh? Kerajaan Negeri Perak menyediakan peruntukan bagi tujuan kesejahteraan rakyat berjumlah RM30.9juta. RM42.3juta diperuntukkan kepada JKM dan RM0.2juta untuk Program Kebajikan Warga Emas. Persoalan saya, bagaimana Kerajaan Negeri menangani masalah tiga golongan ini? Pertama, pengemis-pengemis yang mengemis di depan bank-bank, khasnya di depan Maybank dan CIMB. Nombor 2, mereka yang meminta sumbangan dan menyediakan berbagai tabung juga di depan-depan bank dan nombor 3, mereka yang menjual makanan segera di depan bank-bank sehingga jam 12 malam dengan membawa anak-anak kecil tidur di kaki lima bank. Saya percaya ini dikendalikan oleh sindiket-sindiket. Jadi ini adalah satu pemandangan tidak baik seolah-olah Perak ini ramai pengemis dan golongan ini tidak mendapat pembelaan daripada Kerajaan Negeri. Sekian terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi isu tersebut saya telah pun mengulas dalam isu gelandangan yang telah dibangkitkan. Sekiranya mereka benar-benar layak ada bantuan-bantuan khusus daripada JKM dan isu gelandangan ini haruslah mendapat penglibatan daripada semua agensi, rentas agensi dan ada di kalangan pengemis ini sebenarnya menerima bantuan tetapi bagi tujuan menambah pendapatan, mereka mengambil jalan untuk mengadakan pengemis. Maknanya pekerjaan pengemis itulah. Jadi dari segi PBT saya yakin dan percaya mereka membuat pemantauan-pemantauan seperti apa yang berlaku di sekitar Daerah Kinta ini. MBI sendiri kalau pasal isu gelandangan, mereka membuat pemantauan berkala dan mengambil tindakan untuk memastikan isu gelandangan, orang papa atau pengemis ini diambil tindakan yang sewajarnya. Macam saya kata, bab soal ketidak-kecukupan bantuan ini memang akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dan apa Yang Berhormat lihat daripada peruntukan RM42juta itu ialah bantuan daripada Kerajaan Negeri tetapi kita ada bantuan daripada Kerajaan Pusat lebih daripada RM100juta untuk tujuan bantuan kepada JKM. Seterusnya saya ingin meneruskan, Yang Berhormat daripada Trong telah membangkitkan isu mengenai bantuan Takaful Tabarru' Khairat Kematian Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, program ini merupakan keprihatinan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kewangan waris dalam menampung sebahagian kos pengurusan kematian di samping sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Saya juga ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberikan penambahan peruntukan program ini pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM4juta berbanding RM3juta sahaja pada tahun 2022 sekaligus akan menyaksikan peningkatan kepada jumlah penerima manfaat program ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli Dewan, Yang Berhormat Pantai Remis juga telah membangkitkan isu keganasan rumahtangga dan mencadangkan beberapa keedah yang boleh melindungi dan memudahkan urusan mangsa-mangsa keganasan rumahtangga. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan tempat selamat sebagai perlindungan kepada mangsa keganasan rumahtangga di institusi kendalian JKM. Penyediaan tempat selamat adalah berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga. Tafsiran dan tugas-tugas Pegawai Penguatkuasa terkandung dalam peruntukan di bawah Seksyen 19 (1) (B) Akta yang sama. Bagi Negeri Perak, terdapat 5 buah institusi kendalian JKM yang telah diluluskan sebagai tempat selamat yang terletak di Daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Perak Tengah dan juga Kuala Kangsar. Tempat selamat sedia ada masih dapat menampung kes-kes keganasan rumahtangga yang dirujuk ke JKM dan bagi tahun ini belum ada kemasukan mangsa keganasan rumahtangga di tempat yang berkenaan.

JKM mengambil maklum akan cadangan tempat yang dikemukan oleh YB untuk mangsa-mangsa AKRT dan ianya tertakluk kepada kesesuaian seperti yang diperuntukkan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Berdasarkan kes-kes yang dikendalikan JKM, kebanyakan mangsa memilih untuk berlindung di rumah saudara mara yang terdekat, rakan-rakan atau pun jiran yang memberi sokongan dan sentiasa membantu. Menyentuh soal ibu tunggal Abu Hurairah RA berkata Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya, orang yang berusaha membantu wanita, janda dan orang yang miskin mendapat pahala sama seperti pahala orang berjuang di jalan Allah atau seperti pahala orang yang selalu qiamulai bangun sembahyang malam dan berpuasa di siang hari, hadis Riwayat Bukhari. Saya mengikuti rapat hujah-hujah yang telah dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat saya mendapati Ahli Yang Berhormat sekalian begitu ambil berat dan perhatin tentang kebajikan ibu-ibu tunggal di Negeri Perak. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian data laporan penemuan utama banci penduduk dan perumahan Malaysia 2020 menunjukkan jumlah ibu tunggal di Negeri Perak adalah seramai 110,778 orang iaitu 11.8% dan Negeri Perak adalah negeri kedua tertinggi selepas Selangor dari jumlah keseluruhan ibu tunggal di Malaysia iaitu seramai 940,735 ribu. Bilangan ibu tunggal di Perak juga berjumlah

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Boleh beri laluan.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Tersebut sebanyak 89,730 orang, 81% adalah ibu tunggal yang kematian suami, berstatus balu dan selebihnya adalah berpisah atau pun bercerai hidup.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Exco Temengor. Saya nak tanya tadi tentang ibu tunggal yang seribu lebih tadi kan. Ini bukan ibu tunggal. Ini ibu yang ditinggal yang digantung tak bertali. Banyak isu-isu ini bila masa kempen pilihanraya terutama yang muda-muda, 20-an, 30-an isu yang dibangkitkan dia kata YB boleh tolong tak, padahal saya belum YB lebih. Jadi makna isu ini timbul. Kadang makan masa bertahun-tahun jadi kasihan juga, dia kata kami ni muda. Jadi kami nak kahwin lagi, contohlah. Itu yang pertama. Yang kedua satu lagi tentang isu bekas suami yang culas bayar nafkah isteri. Kadang-kadang dia beritahu bila kita keputusan mahkamah bayar, lepas tu tak bayar. Bila pergi rujuk balik mahkamah dia bayar balik, lepas tu bayar tak bayar tak bayar. Jadi makna masalah ini apa mekanisme untuk pembangunan wanita, keluarga. Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Changkat Jering. Ya, lebih kurang anggaran ibu tunggal dan ibu tinggal yang berada di Negeri Perak itulah jumlahnya dan pendekatan-pendekatan kita ambil untuk jangka masa panjang Kerajaan Negeri melalui Wanita Perak akan membangunkan Pelan Tindakan Ibu Tunggal Negeri Perak di bawah Pelan Tindakan Wanita Perak. Dua teras strategi utama yang akan diberi tumpuan adalah memperkasakan ekonomi ibu tunggal dan meningkatkan kesejahteraan sosial ibu tunggal. Jadi sekurang-kurangnya bila kita memantapkan ekonomi ibu tunggal ini. Jadi itu adalah kaedah-kaedah yang cuba kita bantu untuk memastikan golongan ibu tunggal ini dapat terbela dan ditingkatkan ekonomi. Di bawah strategi memperkasakan ekonomi ibu tunggal program-program yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan ibu tunggal bekerja sepenuh masa, bekerja separuh masa, bekerja secara fleksibel dan bekerja dari rumah.

Selain itu untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan bantuan kewangan serta pemasaran produk untuk pembangunan perniagaan, antara program yang dilaksanakan adalah melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang memfokuskan kepada kerangka 4K, kemahiran, kewangan, keseimbangan serta kesaksamaan dan kepimpinan kendiri. Penyertaan bagi keempat-empat kerangka ini memberi keutamaan sebanyak 30% kepada ibu tunggal dalam menyertai semua program di domain tersebut. Melalui Sekretariat Wanita Perak, 40% penerima bantuan peralatan perniagaan di bawah program Biznita dan bantuan tunai dari program M2Yong adalah dari kalangan ibu tunggal di bawah strategi peningkatan kesejahteraan sosial ibu tunggal. Selain itu, meningkatkan kesedaran ibu tunggal dan keluarga tentang penjagaan jasmani, emosi, rohani dan intelektual, meningkatkan pengetahuan dalam bidang keibubapaan dan meningkatkan perkhidmatan sokongan bagi ibu tunggal yang mempunyai tanggungan berkeperluan seperti menjaga anak OKU dan orang tua sakit terlantar. Antara bantuan kebajikan yang diberikan kepada ibu tunggal pula adalah seperti contoh Kad Perak Sejahtera yang melibatkan seramai 8,049 orang sejumlah 42% daripada jumlah penerima bantuan Kad Perak Sejahtera.

Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri beriltizam untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi pendaya upayaan wanita dan masyarakat bagi tahun 2023. InsyaAllah, sinergi secara bersepadu dan semangat berpasukan dengan semua agensi negeri dan persekutuan yang berkaitan akan ditingkatkan agar segala usaha yang menjurus ke arah pembangunan wanita dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh soal pembangunan usahawan. Yang Berhormat Rungkup, Chenderiang, Sungai Manik dan Malim Nawar yang telah mengemukakan pertanyaan dan memberikan beberapa cadangan terhadap program pembangunan ekosistem keusahawanan di Negeri Perak. Terima kasih atas keprihatinan juga terhadap fungsi Sekretariat Usahawan Negeri Perak atau STeP yang mana idea penubuhannya datang daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan pada tahun 2020. Walaupun umurnya muda dan serba kekurangan STeP ini telah berjaya menjalankan fungsinya sehingga kini terutama sebagai pusat penyelaras program usahawan Negeri Perak di mana lebih 70,000 usahawan telah mendapat manfaat dari mula ia beroperasi sehingga kini. Yang Berhormat Rungkup telah membangkitkan berkenaan tambahan dana bantuan kepada usahawan di bawah STeP dan turut mengemukakan cadangan agar peranan STeP diperluaskan dalam memberi bimbingan kepada usahawan-usahawan.

InsyaAllah berkenaan peruntukan tambahan ini Kerajaan Negeri terutama Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan memberi perhatian yang sewajarnya di masa akan datang. Selain itu, STeP, agensi-agensi yang turut terlibat dalam membantu usahawan adalah SADC iaitu melalui Unit Pembangunan Usahawan SADC yang menawarkan pinjaman dan geran kepada usahawan-usahawan terutama dalam bidang agro usahawan. Untuk tahun 2022 dan InsyaAllah tahun 2023 sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk tujuan pembangunan usahawan. Terima kasih juga kepada SADC di atas pemberian goodies bag kepada semua ADUN-ADUN dan ketua jabatan pada hari ini yang mengandungi produk-produk usahawan tempatan Perak yang telah menerima bimbingan dan bantuan daripada pelbagai agensi usahawan Negeri Perak bahkan sebenarnya saya ingin mengetengahkan platform yang disediakan oleh SADC mewujudkan satu ruang niaga untuk pemasaran produk IKS yang dinamakan Desa Mall. Di situ banyak produk-produk IKS kita boleh didapati dan sekiranya ada jabatan-jabatan atau pun YB sendiri ingin mendapatkan produk tempatan bolehlah berkunjung ke Desa Mall atau pun mana-mana usahawan yang telah mendapat bimbingan daripada pelbagai agensi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB mohon celahan. Tahniah. Saya suka dengar semangat YB Exco kita. Cuma satu cadangan atau pun teguran sikit apa yang berlaku di DUN saya di DUN dan juga kawasan Bagan Serai. Kita ada ramai usahawan. Ramai yang buat ini buat itu buat ini tapi saya dari pemerhatian saya, pengiktirafan usahawan, bila kita pilih usahawan terbaik atau sebagainya jangan orang yang sama. Sebab selalunya bila dia terpilih sebagai usahawan yang baik agensi-agensi akan carry dia dan of course dia yang akan dapat bantuan demi bantuan dan sebagainya. Bagaimana dengan nasib usahawan-usahawan lain?

Dikatakan usahawan yang selalu terpilih ini hubungannya baik. Baik cara politik. Itu yang tak manis sikit dengar tu. Jadi minta pilih orang lain pulaklah. Di 2023 ni kalau boleh nama yang di hati saya tu bagi chance orang lain pula. Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih. Sebenarnya perkara ini juga turut saya telah memaklumkan sewaktu perjumpaan saya dan saya kira kita akan cuba buat penambahbaikan dan macam Yang Berhormat kata sebenarnya cadangan-cadangan daripada agensi. Ya, agensi-agensi yang mengemukakan usahawan-usahawan tersebut kerana memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan tetapi Insya Allah saya juga yakin dan percaya ramai usahawan-usahawan kita yang boleh diketengahkan dan perkara itu diambil maklum dan Insya Allah kita akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat Alor Pongsu. Program turun padang ke semua daerah akan mula dilaksanakan oleh STeP dengan kerjasama 40 agensi usahawan dengan mengadakan sesi klinik usahawan, sesi taklimat bantuan agensi, sesi perkongsian khas usahawan dan lain-lain bagi memastikan usahawan yang terkesan dapat dikenal pasti untuk dibantu. Bagi penubuhan unik khas bimbingan usahawan di STeP saya akan berbincang dengan UPEN dan kerajaan negeri memandangkan ia memerlukan tambahan kakitangan di STeP.

Untuk maklumat Yang Berhormat Chenderiang, STeP telah dan akan melaksanakan dan menyelaras pelbagai program bantuan, latihan dan program keusahawanan untuk pelbagai lapisan peringkat usahawan Perak yang dijalankan secara terbuka dan meliputi pelbagai etnik, kaum dan jantina. Bagi pelaksanaan program usahawan kepada masyarakat orang asli secara spesifik STeP tidak mempunyai program khusus memandangkan JAKOA adalah agensi yang bertanggungjawab terhadap segala bentuk latihan dan bantuan usahawan terhadap masyarakat golongan ini. Namun STeP ada mempunyai kerjasama program dengan agensi seperti NCER yang turut melibatkan usahawan Orang Asli di Chenderiang dan kawasan-kawasan lain termasuk kawasan saya di Temengor pelaksanaan program untuk kelompok usahawan sebegini akan diteruskan dengan kerjasama lain-lain agensi usahawan di Perak kelak terutamanya Jabatan Kemajuan Orang Asli Jakoa mengikut keperluan dan peruntukan. Yang Berhormat Sungai Manik telah mencadangkan juga agar STeP bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Perak MSN bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan atlet juga program peluasan kerjasama antara usahawan bagi program tajaan atlet.

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan ini dan juga saya harus juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Manik yang menjadi Exco bertanggungjawab terhadap pembangunan usahawan. Pelbagai program dan inisiatif telah berjaya dilaksanakan dalam membangunkan perkembangan sektor keusahawanan di Perak. Saya akan berbincang dengan pengarah STeP dan MSN untuk cadangan program usahawan etnik ini kelak dan saya bersetuju agar usahawan Perak boleh turut sama menjadi penyumbang kepada pembangunan atlet dan sukan Negeri Perak kerana ia secara tidak langsung akan turut meningkatkan aspek pemasaran jenama produk usahawan yang terlibat. Saya akan memohon agensi-agensi usahawan di Perak untuk memperhalusi perkara ini. Yang berhormat Malim Nawar ada membangkitkan berkenaan perniagaan digital memang tidak dinafikan sejak Covid 19 Melanda Perniagaan menggunakan platform digital telah berjaya melahirkan ramai usahawan dan membantu meningkatkan pendapatan rakyat. Agensi-agensi usahawan di Perak seperti STeP, MAIB, Digital Perak, SKMM, FAMA dan lain-lain telah banyak melaksanakan program-program bimbingan dan bantuan pendigitalan usahawan sejak permulaan covid sehingga kini. Program sebegini akan diteruskan kerana ekonomi digital dan pendigitalan usahawan ini akan menjadi trend baru bukan sahaja di Perak malah di seluruh dunia Saya juga telah mengarahkan STeP untuk melaksanakan program khas pemasaran digital menggunakan pemberi pengaruh ataupun dengan izin influencer melalui program usha usahawan.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco seminit lagi.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Untuk membantu usahawan baru, peniaga kecil dan penjaja di seluruh Perak meningkatkan aspek pemasaran mereka dengan menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, YouTube dan lain-lain bermula 2023 insyaAllah. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan serta memberi pandangan dan cadangan terhadap perkara perkara yang berkaitan dengan pembangunan wanita, keluarga, kebajikan masyarakat dan pembangunan usahawan. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dalam penggulungan ini, jawapan tersebut akan dihantar secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih juga kepada semua pegawai agensi-agensi di bawah portfolio saya, WAKE UP, yang itu Wanita Keluarga Kebajikan Usahawan Perak, terima kasih yang bertungkus lumus menyediakan ulasan-ulasan teknikal bagi sesi penggulungan hari ini dan saya sekali lagi menyatakan komitmen saya dan semua agensi di bawah saya untuk bekerja lebih kuat dan memberi kerjasama yang erat kepada semua pihak merentasi ideologi politik demi kesejahteraan rakyat Sekian, Wabilahi Taufiq Dayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Temenggor menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada yang berhormat dari Temengor, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Jalong untuk menggulung perbahasan, sila.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker, Salam Perak Sejahtera, Salam Perpaduan Puan Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Perak Darul Ridzwan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan agensi, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Sebelum saya menyentuh segenap aspek, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan atas pembentangan bajet 2023 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Bagi menjamin kemakmuran rakyat Perak, sejumlah RM1.19billion diperuntukkan dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM794juta dan pembangunan sebanyak RM395juta. Rakaman terima kasih saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan perbelanjaan, minta maaf, dalam Perbahasan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada 22 hari bulan Disember 2022. Penghargaan ikhlas juga daripada saya atas cadangan dan pandangan syor dan rujukan serta idea dan teguran di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

Dengan masa yang diperuntukkan, saya akan cuba sedaya mungkin untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat susulan perbahasan yang telah berlangsung. Tapi sebelum itu, saya ingin bermula dengan beberapa point dulu termasuk dalam isu perlancongan. Dalam perlancongan, sukacita saya ingin bangkitkan konsep perlancongan atau tourism adalah satu sektor ekonomi yang mengembelingkan seluruh rakyat Ia perlu menggembelingkan tenaga dan kerjasama daripada seluruh rakyat berbeza dengan sektor ekonomi yang lain. Saya ambil contoh, sektor pendidikan mungkin ada seorang usahawan atau beberapa orang sekumpulan usahawan yang cuma perlu mengadakan modal dan kemudiannya mendapatkan talent-talent atau bakat-bakat insan insan pendidik yang berkebolehan maka terjadilah sebuah mungkin orang kata kolej atau sekolah atau universiti. Itu sektor pendidikan, begitu juga sektor perkilangan mungkin juga dia datangnya dengan sekumpulan atau seseorang atau sebuah organisasi yang mempunyai modal atau kewangan yang kukuh dan kemudian jugalah mereka akan mendapatkan talent-talent atau bakat-bakat mungkin engineer, mungkin technician, mungkin mereka membeli mesin-mesin, menaikkan kilang dan sebagainya dan begitu lah terjadinya kilang untuk membuat sesuatu produk, mereka tidak memerlukan kerjasama, tidak memerlukan untuk mereka mengembelingkan tenaga dan kerjasama keseluruhan rakyat untuk menjayakan apa-apa kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kumpulan itu tetapi saya ingin nak bangkitkan di sini sektor perlancongan adalah satu sektor yang memerlukan kerjasama keseluruhan rakyat di dalam Negeri Perak.

Dari setinggi tingginya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kepada ketua-ketua jabatan, kepada ketua-ketua agensi, semua pegawai yang ada di sini mahupun di luar sana, Ahli-ahli Yang Berhormat biarpun pembangkang ataupun Exco ataupun ADUN kerajaan dan sebagainya sehinggalah kepada akar umbi, biar makcik yang duduk di kampung, pakcik yang ada di bendang atau mereka yang mengendalikan stesen minyak, mengendalikan warung dan sebagainya kenapa saya kata begitu? Saya tertarik dengan apa yang dibawa tadi oleh Changkat Jering ada satu short snip tadi, Changkat Jering dengan Belanja bercerita mengenai tandas, tandas ini dikatakan mungkin tanggungjawab wakil rakyat, mungkin kata tanggungjawab kerajaan. Tapi bagi saya tandas ini tanggungjawab rakyat, sebab setiap orang, setiap kita yang menggunakan tandas, sama ada kita meninggalkannya lebih teruk dari sebelum atau kita meninggalkannya lebih baik dari sebelum, itu menjadi permasalahan. Saya bagi satu contoh, negara jiran kita, negara jiran kita yang kita tengok cara hidup dia dengan kita lebih kurang saya suka angkat contoh ini, kita pergi ke negara Thailand, seberang saja tandas mereka jauh lebih bersih, kadang-kadang saya boleh gunakan jauh lebih wangi daripada ada tandas kita. Ini satu contoh, sekiranya dalam penggunaan tandas pun kita tak boleh nak mengembelingkan keseluruhan tenaga rakyat, maka usahlah disalahkan, pihak kerajaan, ataupun pihak peniaga, ataupun pihak pelancong saya rasa ini memerlukan kerjasama semua. Jadi saya ingin nak, ini sebagai contoh yang saya nak katakan, pelancongan memerlukan kerjasama keseluruhan rakyat apabila dari benda yang sekecil-kecil, apabila kita gunakan tandas biarlah kita tinggalkan tandas itu lebih bersih, lebih wangi, lebih cantik daripada apa sebelum kita masuk ke dalam tandas. Itu. Itu salah satu contoh. Kenapa saya kata perlu menggemblengkan keseronokkan rakyat.

Saya bagi lagi satu contoh, apabila pelancong datang, pelawat datang, bila dia nak tanya jalan, muka kita masam, bila dia nak tanya jalan, kita tak tahu, kita jawab tak tahu lah. Dengan minta maaf, saya tak tahu saya boleh tolong tanya, kita tanya orang lain. Kita sebagai warga tempatan, kita boleh tanya, kita bagi jawapan dengan peramah. Saya rasa ini akan menaikkan imej negeri Perak dan seterusnya apabila pelawat atau pelancong mereka seronok bila melancong, walaupun sehari, walaupun dua hari, saya pasti mereka akan kembali tetapi apabila mereka tidak seronok, apabila pengalaman mereka tidak sedap, apabila pengalaman mereka memeritkan, saya rasa mereka tidak akan kembali ke negeri Perak. Saya bagi contoh lagi, di Ipoh. Ipoh untuk makluman rakan-rakan semua, ada yang belum tahu, Ipoh terpilih lagi, sekali lagi antara bandar yang paling underrated dalam Asia. Maknanya kita berdaya saing, maknanya kita berkemampuan, maknanya kita mempunyai tempat-tempat atau lokasi-lokasi yang menarik, tetapi tak ada orang tahu, ataupun orang tak nak tahu. Mungkin dia datang sini seronok, tapi dia tak ada pengalaman yang seronok. Jadi itu merupakan satu permasalahan.

Contohnya, di Ipoh sahaja, kita tahu banyak-banyak destinasi pelancongan, makanannya sedap-sedap, biar apa pun kaum daripada Melayu daripada Cina daripada India, sedap tetapi, satu pengalaman pelancong bila dia datang ke Ipoh, kita dikenakan cukai dua kali. Kenapa saya cakap cukai dua kali? Cukai sekali, orang kerajaan. Bila dia masuk, dia parking kereta, cukai kerajaan. Sebab kita bayar parking kereta, cukai kerajaan tetapi dia kena cukai kedua, ada cukai swasta. Cukai swasta yang dia duduk sana ditunggu parking. Cukai dia lagi mahal daripada PBT. Dia minta RM1, RM2 silap-silap dia minta RM5. Jadi ini yang mengelakkan pelancong untuk dia rasa seronok bila dia datang ke Ipoh dia rasa tak nak datang lagi. Jadi saya rasa ini perlukan usaha daripada semua orang. Biar mereka daripada ahli-ahli perundangan dan juga eksekutif untuk melakukan kerja-kerja bersama untuk menaikkan negeri Perak. Oleh itu...

Peluang sekali lagi Jalong. Boleh bagi peluang?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Nanti saya bagi. Oleh itu, ada keperluan untuk rakyat berkerjasama daripada sektor pelancongan dan juga melihat keperluan untuk melibatkan, untuk melihat juga bukan sahaja daripada kerjasama semua rakyat di negeri Perak, kita juga perlu melihat juga keperluan rancangan dari semasa ke semasa. Saya bagi contoh, Pulau Bebas Cukai Pangkor. Sedar atau tidak, atau kita memang sedar, cuma kita nak tutup mata sahaja. Ya, betul, kita tengok angka-angka dia betul, kita tengok angka-angka dia betul, ada kenaikan pelancong, ada kenaikan jumlah mereka yang melancong, tetapi daripada segi mereka yang melancong, ada tak kajian dibuat untuk bahawa adakah mereka nak datang balik selepas itu? Itu nombor satu. Nombor dua, apabila kita berkata mengenai pulau bebas cukai, yang paling penting kita kena ingat, pulau bebas cukai, yang paling penting kita kena ingat adalah untuk memajukan ekonomi setempat. Kenapa kita nak memajukan ekonomi setempat? Betul dari segi percukaian kita dapat tetapi dari nombor duanya, nombor duanya supaya rakyat di tempat tersebut. Bila kita nak majukan ekonomi, mana-mana tempat lah, supaya tempat tersebut, rakyat mereka mendapat kenaikan taraf hidup, mendapat kenaikan kewangan dan sebagainya tetapi keadaan sekarang di pulau bebas cukai, saya terima banyak aduan dah, walaupun cuma sebulan, mengenai keadaan penduduk, apabila pulau itu menjadi pulau bebas cukai, pelbagai jenis penguatkuasaan perlu dijalankan. Pelbagai jenis limitation atau kekangan ada diadakan di pulau tersebut. Ini menyukarkan penduduk-penduduk asal atau peniaga-peniaga asal di pulau tersebut untuk menjalankan kehidupan. Jadi saya rasa di sini, adakah ekonomi yang dibawa itu setimpal dengan apa yang mereka perlu korbankan? So, ini bukan sahaja di pulau bebas cukai. Saya cuma satu contoh saja Pulau Bebas Cukai Pangkor dan lain-lain.

Jalong, sikit sahaja.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Jadi kita perlu melihatkan semula pada polisi-polisi tersebut dan kita akan lihat kepada polisi-polisi tersebut bagi memastikan kerajaan kita akan mencapai satu pencapaian yang lebih baik untuk, apa nama orang kata, untuk memastikan pelancongan ini dapat dibawa ke aras yang lebih tinggi.

YB Exco.

Boleh Jalong? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Exco Jalong. Dari tadi memang tertariklah apa yang dihujahkan oleh Exco Jalong tadi. Cuma kita perlu kena ingat. Teori tak sama dengan praktikal. Kita boleh cakap macam-macam. Atas kadar retorik semata-mata. Sebab itulah kita nampak apa yang kita bincangkan dalam Dewan ini banyak isu-isu yang timbul tak sama dengan praktikal apa yang, teori yang kita laksanakan. Isu-isu sampah, isu jaga tandas dan sebagainya. Ini perkara ini memang di mana-mana pun ada. Sampai isu sampah, sampah haram ini, kalau ikutkan semua PBT mengalami masalah ini. Saya sebagai Ahli Majlis MPT, isu-isu ini, tiap-tiap, bila ada pesidangan ada apa, memang timbul isu ini, makna kesedaran. Tapi apa yang dikatakan oleh Exco Jalong tadi, jika kita boleh buat benda itu, memang itu yang terbaiklah. Tapi kita perlu, kita ingat, adakah mentaliti, semua kita macam itu? Kita kena ingat, makna jangan sekadar kita cakap saja secara retorik tapi benda itu bukan berlaku. Maaf, terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Soalan-soalan. Terima kasih. Itu yang saya katakan, bahawa kita perlu berkerjasama bersekali tak perlu kita nak politicies benda ini sebagai apa yang dibawakan oleh Exco, maka saya sebagai ADUN pembangkang saya perlu berdiri dan menidakkan apa yang dibawa oleh ADUN Exco. Tidak perlu sebegitu. Saya kata mengembelengkan tenaga keseluruhan rakyat. Tak kiralah Menteri Besar sampailah kepada penjaga warung, peniaga kecil. Walaupun dia jual kacang putih, walaupun dia, orang kata apa, bawa motosikal, grab dan sebagainya. Seluruh tenaga dan saya on a certain extant dengan izin, saya setuju dengan apa yang YB ADUN cakap. Kita nak ini, dan kita tahu realitinya sekarang bukan. Maka apa yang saya syorkan ialah semua, terutamanya kita sebagai ADUN-ADUN di sini, dan pegawai-pegawai di sini, kan? Kita bila balik ke kawasan kita tolong kembangkan kepada semua

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka mohon laluan, bagi laluan tak?

Mohon laluan, untuk Pulau Pangkor.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Nanti saya habiskan, tak cukup masa. Ok, cuma saya kata, kita perlu menggembleng tenaga keseluruhan. Tak perlu kira siapa kita, pangkat kita apa, keseluruhan. Sebab kalau kita berjaya, bukan berjaya itu, bukan pada kerajaan yang ada di sini, berjaya itu bukan pada mana-mana YB yang di situ, berjaya itu bukan ada pada mana-mana DO yang ada di situ. Bila berjaya, kesemua kita akan mendapat manfaat. Apabila pelancong ramai, biarlah yang menjual karipap, biarlah yang menjual nasi lemak, biarlah dia operator stesen minyak, biarlah dia tauke besar hotel, tak kira siapa, kita semua mendapat manfaat dan dengan itu apabila percukaian negeri dapat lebih baik, saya rasa kemungkinan besar, kemungkinan besar apabila percukaian negeri mendapat lebih tinggi, kemungkinan besar bonus tuan-tuan dan puan-puan pun lebih baik, betul tak? Saya rasa ini perlu untuk semua menggemblengkan tenaga dan melihat kepada keperluan itu, bukan saja keperluan kepada contoh saya cakap contoh Pulau Pangkor saja, banyak tempat lagi. Kita perlu melihat kepada dasar-dasar yang telah kita adakan dulu dan untuk melihat semula, salah satunya adalah, dan kita akan lakukan juga...

Timbalan Yang di-Pertua

YB Jalong.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Adalah lapangan terbang ok.

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau YB Jalong tak bagi, sila duduk dulu Yang Berhormat, sila duduk.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Untuk itu, lapangan terbang kita perlu adakan dan di mana lapangan terbang ini merupakan satu masalah. Kita dengar, saya rasa YB mungkin kali pertama duduk di situ. Saya dah duduk sini tiga penggal. Saya rasa ada YB yang lagi lama. Lapangan terbang ini, ada kejap dekat Ipoh, ada kejap dia pergi utara, ada kejap dia pergi selatan, ada kejap selatan ada tempat kedua pula, lepas tu naik balik turun balik kiri dan kanan sebagainya. Saya rasa ada keperluan untuk kita semua berkerjasama bukan saja YB di sini, YB di belah sana pun, kalau ada kawan, kalau ada kawan dan rakan di Putrajaya, mungkin di Kementerian Pengangkutan, mungkin di perancangan, tak kira di mana. Kita bersama-sama untuk pastikan kita dapat, dapatkan lapangan terbang di Negeri Perak kerana lapangan terbang ini bukan sahaja melibatkan pelancong. Ia tak nafikan dia melibatkan kebanyakannya pelancong. Apabila mereka datang, mereka membawa duit tetapi, saya kata, tetapi ia juga melibatkan satu sektor yang amat besar, pelaburan. Kalau kita tak ada airport, ada benda-benda yang dia memerlukan airport. Ada benda-benda dia memerlukan seaport dengan izin. Jadi, kalau kita dengan seaport kita tak lengkap, dengan airport pun tak ada, saya rasa ini merupakan sesuatu yang mungkin merugikan negeri Perak.

Jalong 1 minit.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dengan itu, dengan itu, saya... Oh, Rungkup, minta maaf. Ok, sekejap. Dengan itu... Sekejap, sekejap, sekejap ada kakanda.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk dulu.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dengan itu, saya ingin nak katakan, airport itu perlu supaya kita semua boleh dapatkan dan kita perlu lihat dan kita akan lihat, supaya harap-harap dalam dalam penggal ini cerita itu, jangan kekal cerita. Kekanda Rungkup.

Terima kasih, Jalong, YB Exco. Pendek saja soalan saya. Di Bagan Datuk ada beberapa tarikan pelancongan seperti Blue Tears ataupun Faito Plankton, apa lagi, Bunga Matahari, Sky Mirror dan juga Bird Watching. Ianya tidak ada di dalam peta pelancongan Perak. Jadi bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu untuk mempromosikan tempat-tempat tersebut? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih, Yang Berhormat Rungkup. Saya akan minta Tourism Perak akan berjumpa dengan saudara, dengan Yang Berhormat supaya kita dapat untuk menaikkan apa yang ada disebutkan tadilah dan keperluan itu kita perlu lihat berbalik pada lapangan terbang dan juga bukan sahaja lapangan terbang. Saya juga nak kata di sini keperluan nombor yang lagi satu. Keperluan kepada kita semua. Kepada kita semua. Saya rasa dalam 90% ADUN yang sini baik-baik sahaja. 90% saya cakap. Kenapa? Ada lagi seorang dua. Kita dah tak sama macam dulu. Dulu kita boleh bertengkar sampai pukul 11 malam. Dulu. Sekarang kita boleh cakap sampai harmoni. Sampai ada yang ADUN lama complaint dekat saya, mengantuklah duduk dekat dalam ini. Dulu syok. Sekejap-sekejap ada boleh tengok wayang sikit. Sekarang mengantuk tetapi itu ada kebaikannya. Kenapa saya nak sebut macam ini? Kadang-kadang bila kita nak nak dapatkan apa orang kata pelabur. Bila kita nak datangkan pelabur dan dengan keadaan orang kata apa? Keadaan politik. Keadaan politik di Malaysia sekarang. Kadang kadang dia menakutkan pelabur tetapi jawapan saya senang. Jawapan saya senang. Dia tanya bahawa adakah negeri Perak kenapa kita nak masuk melabur di Perak? Kenapa kita nak masuk melabur di Perak? Politiknya stabil ke? Perak adalah negeri yang paling tak stabil di dalam keseluruhan Malaysia. Jadi dari segi itu jawapan saya mudah dan saya harap tuan-tuan dan puan-puan walaupun di pembangkang sana, tolong kita warwarkan bahawa Malaysia adalah negara yang antara negara yang paling stabil di dalam muka bumi ini dan Perak adalah negeri yang paling stabil di dalam keseluruhan Malaysia. Kenapa saya cakap begitu? Ada negeri-negeri lain. Ada negara-negara lain.

Setiap tahun kita dengar ada bom tangan. Kita tahu lah kan. Setiap tahun ada bom, ada meletup, ada sini ada itu. Tapi ada tak dekat Malaysia? Tak ada dan dikatakan pada pemikiran mereka terutamanya negara-negara Barat bahawa negara itu lebih selamat. Pelancongnya lebih ramai daripada mereka nak datang ke Malaysia. Itu satu. Jadi, nombor dua, ada negara-negara yang apabila mereka menghadapi pertukaran Kerajaan, sampai berperang. Ada. Ada juga negara-negara Barat yang di mana, bukan Barat dan sebagainya. Di mana apabila berlaku pertukaran Kerajaan, negara maju, mereka dipuji, this is the world mature democracy dengan izin. Negara demokrasi yang paling maju, kita tengok negara Barat. Contoh Amerika. Contoh di UK. Mereka bertukar Prime Minister di Amerika. Di UK, minta maaf. Kan tetapi mereka akan dipuji bahawa negara mereka adalah demokrasi maju kerana mereka boleh bertukar dan stabil tetapi di Perak, kita dah banyak kali bertukar dan kita champion di seluruh Malaysia tahu. Kita bertukar champion negeri Perak ni. So, apabila kita tengok, apabila dalam pelbagai pertukaran yang berlaku. Kita tak nak cerita negeri mana, kita tak nak cerita Kerajaan mana. Minta maaf, saya tak bagi. Duduk semua.

Timbalan Yang di-Pertua

Semua Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk dulu. Kalau Jalong dah bagi laluan, sila duduk dulu.

YB Teh pun tak bagi dari tadi

Laluan sikit Manjoi

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Jadi saya nak habiskan di sini. Kita adalah negeri yang paling stabil kerana apabila pertukaran, dan saya katakan kita champion. Tapi negeri kita paling stabil dan salah satu sebabnya, kami mempunyai penjawat awam yang paling stabil di dunia. Minta bagi tepukan kepada mereka semua. Jadi, sekiranya ada mereka yang ingin melabur, tolong bawa mereka berjumpa dengan Kerajaan. Saya rasa ini tidak menjadi masalah dan selepas itu, saya juga mohon kepada semua, saya kata tadi 90%, ada lagi seorang dua yang asyik-asyik nak ungkitkan, kononnya, perkauman lah dan sebagainya. Hentikan dengan itu. Sekarang, nak bawa dengan agenda membangunkan negeri Perak dan membawakan agenda membangunkan Malaysia. Sebab, kalau kita nak bonus banyak untuk pegawai, kalau nak bonus banyak untuk pegawai, kalau Kerajaan nak jadi kekal Kerajaan, atau pembangkang nak jadi Kerajaan, tak kisah. Sekiranya kami berjaya memajukan negeri Perak, saya rasa kami semua di sini akan disukai dan disayangi rakyat jelata. Oleh itu, saya ingin masuk ke dalam isu-isu berpangkit.

Helo sikit, Manjoi. Terima kasih, YB Jalong, Exco yang baik hati. Saya nak tanya satu soalan kepada YB Jalong. Saya tertarik tentang isu pelancongan. Semalam saya sebut tentang Taman Rimba Kledang Sayong. Saya yakin ia boleh menarik pelancong dan boleh meningkat ekonomi negeri. Apakah perancangan dari pihak Kerajaan terhadap Taman Rimba Kledang Sayong? Saya rasa kalau ada masa, YB Jalong datang ke Meru, tempat saya di DUN Manjoi ini, kita boleh naik sekali. Tempat sangat menarik. Cuma dia punya operasi itu on off. Orang nak pergi kadang-kadang tutup kadang-kadang buka. Saya ucap terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri sebab kita nak buka Lata Ulu Chepor. Terima kasih banyak kepada YB Jalong.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jalong, celah sikit Jalong. Alor Pongsu, suka dengan statement bahawa semua yang kita buat di Dewan ini dengan penjawat awam dan kerjasama penjawat awam semua, adalah untuk kebaikan kita semua dan saya juga nak beritahu benda ini dah berlaku. Saya terlibat dengan pembentangan kertas kerja lapangan terbang baru di Sungai Bogak, dua kali di EPU dan nyaris-nyaris nak dapat. Tapi sebab politicking hancur semua. Tapi saya juga nak beritahu, antara committee yang pergi pada masa itu, saya masa itu dengan Barisan Nasional, yang kuat bekerja adalah YB Ngeh. Ngeh Setiawan ke dulu. YB Ngeh. Dengan kerjasama yang baik, barulah peringkat pusat nak dengar. Jadi saya rasa, kita start lah 2023. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Jadi itulah, saya ingin katakan tadi, kita bekerjasama. Kita bekerjasama dan kita nampak keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita kena ingat bahawa sebelum-sebelum ni, tak ada peruntukan sama rata. Tiada. Tak pernah dalam sejarah tuan negeri Perak, peruntukan sama rata tidak pernah berlaku di bawah mana-mana MB. Yang cuma berlakunya penggal lepas sekali, itu pun dengan MOU dan kali ini, tiada MOU dan kita nampak keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi saya rasa, kita harap supaya, pihak Kerajaan dengan pihak pembangkang kita dapat bekerjasama. Untuk yang soalan Yang Amat

Berhormat Manjoi, ya saya dah dengar hari tu dekat kantin bahawa Chepor. Boleh lah kita berhubung dan kita tengok apa yang kita buat untuk Chepor dan untuk yang Kledang Sayong tu cerita dia panjang. Saya rasa kalau nak habis tu, tak boleh habis ni. So, kita jumpa je lah kat pejabat, ya.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco 4 minit lagi.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Baru cakap tak cukup masa kan. Ok, jadi saya masuk isu berbangkit. Sesungguhnya cadangan yang dibawa oleh Yang Amat, Yang Berhormat, minta maaf, belum Yang Amat Berhormat ya. Sesungguhnya cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Behrang. Ok, mengenai potensi pelancongan di daerah Muallim akan diteliti bersama pihak Tourism Perak dalam usaha untuk terus mempromosikan Hidden Gems dengan izin di bumi bertuah ini. Berhubung menaik taraf jalan masuk ke Hot Springs Sungai Klah, projek ini telah disenaraikan dalam RPP ke-12 bagi peruntukan Kerajaan Negeri dan sudah pasti akan diberikan keutamaan dalam menjamin kesenangan dan keselamatan para pengunjung ke situ. Cadangan Yang Berhormat Chenderiang, …

YB, minta celah sikit.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Tak cukup masa. Minta maaf.

Sikit…sikit.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Nanti dia tak bagi saya cakap. Tanya Timbalan. Dia bagi saya masa, saya bagi you masa.

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau jalan dah bagi, sila duduk Behrang. Sila.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Minta maaf ya. Cadangan Yang Berhormat Chenderiang menjadikan Tasik Temoh. Timur ke Temoh sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan di Negeri Perak adalah selaras dengan pelan pembangunan taman tasik yang telahpun dirancang. Kerajaan Negeri komited dalam menyedia dan membangunkan kawasan pelancongan dan juga rekreasi di Negeri Perak termasuk pembangunan di Tasik Temoh. Rancangan struktur Negeri Perak telah menggariskan dasar untuk menyediakan kemudahan masyarakat dan rekreasi yang mencukupi, berkualiti dan mudah sampai bagi menampung keperluan sehingga tahun 2040. Manakala bagi menterjemahkan dasar perancangan ini, Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 telah mencadangkan pembangunan bagi Taman Tasik Temoh yang berkeluasan 100 ekar dengan komponen-komponen seperti penanaman landskap lembut, laluan pejalan kaki, pembinaan wakaf, tapak letak kenderaan, dataran untuk aktiviti perayaan, ruang terbuka atau green space, pelantar, alat permainan kanak kanak, gelanggang pelbagai guna, fitness station dengan izin dan kawasan refleksologi.

Berhubung kait perbahasan Yang Berhormat Gunong Semanggol berkenaan sektor pelancongan Gunong Semanggol, perancangan untuk membangunkan sektor pelancongan di kawasan ini telah dicadangkan dan telah dibincangkan bersama Majlis Daerah Kerian (MDK) dan agensi yang terlibat iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Perak,

Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Tanah dan Daerah Kerian yang telah diadakan pada 1 Ogos 2022. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor perlu diambil kira untuk menyediakan laluan dan juga tapak cadangan aktiviti paragliding di Gunong Semanggol serta pandangan teknikal dari Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Sukan Udara Malaysia bagi menilai kesesuaian Gunong Semanggol dijadikan tarikan baharu ekopelancongan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Perak selaku penyelia dan jabatan yang mengawasi hutan Gunong Semanggol ini telah mengadakan lawatan tapak ke tapak aktiviti paragliding sedia ada di Kuala Kubu Baru, Selangor pada 13 Oktober 2022 untuk melihat pengoperasian aktiviti tersebut di sana. Untuk Yang Berhormat Lubok Merbau, telah membangkitkan mengenai peruntukan untuk menghidupkan semula kawasan Air Terjun Batu Hampar, Batu Laneh sebagai salah satu destinasi pelancongan di Negeri Perak. Saya menyambut baik saranan Yang Berhormat Lubok Merbau tersebut dan Kerajaan Negeri sedia membuat perbincangan bersama agensi dan komuniti setempat sekiranya perlu bagi memastikan kawasan tersebut diusahakan dengan baik. Seterusnya, saya ingin mengambil peluang ini untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat Changkat Jering dalam perbahasan beliau yang menyentuh supaya Kerajaan Negeri merujuk kepada modul Negeri Pahang dan Terengganu berkenaan caj yang dikenakan kepada para pelancong ke Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Untuk makluman Yang Berhormat Changkat Jering dan sidang Dewan sekalian, Kerajaan Negeri Perak telah memulakan usaha menambah baik pengurusan pelancongan tersebut, menyemak semula bagi meminda peraturan-peraturan yang telah lama dan memerlukan sentuhan baru yang lebih sesuai dengan peredaran zaman. Ruang kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang ini telah diambil sebaiknya dengan menjadikan Pahang sebagai rujukan menggubal Rang Undang-Undang Hotel bagi Negeri Perak yang baru. Draf Rang Undang-Undang tersebut masih perlu liberasi untuk disesuaikan dengan undang-undang atau peraturan yang sedang berkuatkuasa serta pelaksanaan sedia ada di semua PBT dalam Negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Speaker, tak lengkap kiranya penggulungan saya tidak menyentuh akan hal soal pelaburan dan industri yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Rungkup, Yang Berhormat Ayer Kuning dan Yang Berhormat Changkat Jong.

Antara paling mendapat perhatian mahupun disentuh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah berkenaan satu unit khas bagi menyelaras pelaburan berpotensi masuk ke Negeri Perak dan menjadi bahan pelaksana di negeri dan GLC khususnya seperti saranan Yang Berhormat Ayer Kuning. Untuk makluman Yang Berhormat, telah wujud agensi yang bertindak sebagai One Stop Center atau OSC bagi memudah cara urusan pelaburan di Negeri Perak iaitu Invest Perak. Agensi ini merupakan pintu masuk utama kepada pelabur domestik dan luar negara dan juga sebagai agensi yang mengendalikan promosi serta memudah cara urusan pelaburan di setiap peringkat yang melibatkan Negeri dan Persekutuan. Agensi ini juga bekerjasama dengan agensi dan kementerian seperti MIDA, MITI, NCIA dan lain-lain bagi hal ehwal yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan urusan pelaburan di Negeri Perak. Pelarasan bersama PBT serta agensi badan teknikal juga merupakan antara tunjang utama operasi Invest Perak bagi memastikan pelabur mendapat layanan yang baik serta proses hands holding yang dilakukan sehingga projek pelaburan tersebut dilaksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memandang serius akan usaha untuk menarik pelabur asing maupun pelabur tempatan terutamanya melalui usaha meningkatkan kecekapan dan kompetensi sistem penyampaian perkhidmatan PBT secara khususnya dan perkhidmatan awam amnya. Justeru itu, sejajar dengan kepesatan pertumbuhan sektor industri pembinaan dan penambahbaikan ke atas proses, prosedur dan tempoh masa yang terlibat dicadangkan pemajuan serta urusan permit pembinaan merupakan antara aspek terpenting yang menjadi keutamaan PBT bagi memastikan ianya sentiasa relevan dan tuntutan semasa dalam memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan yang terlibat. Maka unit pusat setempat atau OSC telah ditubuhkan sejak tahun 2007 dengan objektif bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan PBT yang bertindak sebagai penyelaras dan memudah cara proses kelulusan pemohonan pembangunan tanah, pemohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit, pelan-pelan lain berkaitan dengan cadangan pemajuan.

Selain daripada itu, ia turut menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambil kira perundangan-perundangan yang berkaitan termasuklah Kanun Tanah Negara, Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Selain daripada itu, bagi menggalakkan peraburan, insentif khas telah diperkenalkan dan diluluskan oleh MMK melalui kerajaan terdahulu, dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang meliputi insentif fiskal dan bukan fiskal seperti taraf laluan fast track bagi projek berimpak tinggi. Sebagai penutup, saya ingin mengingatkan rakan-rakan semua sekali lagi supaya kita menghindari benda-benda yang dilihat akan melemahkan kerajaan. Jangan kita sengaja mengungkit-ungkitkan atau membawa-bawakan isu atau mengada-adakan cerita yang tiada supaya dilihat pihak kerajaan adalah lemah, supaya dilihat pihak kerajaan perpaduan ini tidak dapat bertahan. Saya rasa ini adalah satu kegiatan yang tidak bertanggungjawab kerana setiap perbuatan anda dalam mengkritik secara konstruktif adalah dikira bagus. Baik, bila kita mengkritik, minta lah bawa penyelesaian yang dicadangkan supaya kita boleh menilai dan memperhalusi apa tindakan seterusnya tetapi dalam membawa hal-hal perkauman oleh seorang dua di belah sana, yang sekarang tak ada dekat sini, yang masih kekal membawa perkauman, saya harapkan supaya berhenti kerana benda ini tidak sihat untuk Malaysia, tidak sihat untuk Perak, tidak sihat untuk anak cucu kita. Dengan itu, saya harap kawan-kawan semua, marilah kita bersama, bersatu padu menaikkan Negeri Perak dan seterusnya menaikkan Malaysia untuk keamanan kita semua dan juga untuk keamanan anak cucu kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Exco dari Jalong. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungkai untuk menggulung perbahasan. Sila.

Salam sejahtera dan selamat tengah hari. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, ketua- ketua agensi, para petugas Dewan Negeri, para pemerhati dan rakan-rakan media sekian. Terlebih dahulu ingin saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan kerana telah memberi ruang kepada saya pada hari ini bagi sesi penggulungan di bawah Portfolio Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India. Tidak dilupakan sekalung penghargaan diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di bahagian Kerajaan ataupun Pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bajet 2023. Dengan memberi cadangan, idea dan kritikan membina yang sudah pasti akan memberi perhatian sewajarnya di bawah portfolio saya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perak kerana telah memperuntukkan sejumlah perbelanjaan di bawah portfolio saya dalam meneruskan keseimbangan dan perancangan yang telah dirancang bagi tahun 2023. Oleh itu, saya bertekad untuk memastikan peruntukan ini akan dibelanjakan dengan berhemah dan sedaya-upaya berusaha memberi impak bagi memastikan pembangunan inklusif kepada rakyat di Negeri Perak, sama ada di bandar, pekan-pekan kecil mahupun di luar bandar.

Saya akan memulakan pengulungan saya dengan menyentuh fokus yang pertama iaitu Pembangunan Sumber Manusia di negeri Perak. Modal insan merupakan sektor penggerak utama dalam mendukung peningkatan ekonomi Negeri melalui penggunaan guna tenaga secara optimum. Bagi terus mendasarkan agenda ini, ucapan terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar yang secara berturusan mendukung keperluan pembangunan sumber manusia di negeri Perak dengan peruntukan sebanyak RM8.5 juta kepada PASAK seperti yang dinyatakan melalui ucapan belanjawan di dalam muka surat 30, perenggan 100 hingga 103 di bawah tajuk Pembangunan Modal Insan. Secara keseluruhannya, peruntukan RM8.5 juta yang diperuntukan ini dipecahkan kepada RM3 juta untuk pengurusan operasi dan program-program berkaitan pembangunan kerjaya manakala RM5.5 juta diperuntukan di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak bagi melaksanakan program berkaitan dengan TVET dalam meningkatkan kadar kebolehan pasaran guna tenaga dalam Negeri ke arah pelaksanaan agenda "Satu Warga Satu Skill".

Untuk makluman Ahli Dewan, sepanjang tahun 2022, PASAK telah melaksanakan seberapa sebanyak 136 program kerjaya melibatkan penglibatan seramai 18,159 orang. Di mana pecahan program adalah seperti berikut:

(1) Karnival Kerjaya Daerah. (2) Karnival Kerjaya Perak Sejahtera. (3) Program Klinik Kerjaya. (4) Program Eksplorasi Kampus. (5) Program Latihan Soft Skill dan; (6) Program Permintaan Kerajaan yang melibatkan murid sekolah.

Bagi tahun 2023, perlaksanaan program-program ini akan diteruskan bagi memberi peluang kepada para pencari kerja, graduan mahu pun lepasan sekolah bagi mendaya-upaya Pembangunan Modal Insan di dalam Negeri. Sudah pasti menjawab respon kepada Yang Berhormat Lubok Merbau, program-program kerjaya ini akan diteruskan dan diperluaskan ke setiap peringkat bagi menyediakan platform sesuai kepada anak Negeri Perak untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pihak industri. Untuk tujuan tersebut, peruntukan yang telah disediakan di bawah PASAK ini akan merangkumi:

(1) Platform pekerjaan atas talian Talent Perak, mensasarkan seramai 10,000 individu dalam negeri yang akan memperoleh manfaat dengan sasaran 6,000 pencari kerja berdaftar dan 5,000 peluang pekerjaan baru bagi tahun 2023.

(2) Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera di Daerah di Negeri Perak mensasarkan pelaksanaan program dalam membawa peluang pekerjaan berpotensi terus kepada pencari kerja di bandar mahu pun di luar bandar.

(3) Temuduga Berseri Industri. Penganjuran dua siri temuduga terbuka setiap bulan sama ada secara fizikal atau atas talian bagi meningkatkan kadar kebolehan pasaran pencari kerja selain pengiklanan jawatan-jawatan kosong secara atas talian.

(4) Perak Employability Training Scheme Prentice. Dalam membuka peluang kepada graduan yang masih tidak memperoleh pekerjaan untuk menjalankan latihan melalui konsep dengan izin on the job training sama ada di agensi Kerajaan Negeri atau syarikat swasta bagi meningkatkan peluang kebolehan pasaran graduan.

(5) Program Pembangunan Modal Insan. Memfokuskan penganjuran program seperti permintaan kerjaya di sekolah menengah, eksplorasi kampus di Institut Pengajian Awam dan Swasta, latihan soft skill serta klinik kerjaya dalam persediaan penyediaan tenaga manusia sama ada short-term mahu pun long-term.

(6) Kelab Kerjaya Sekolah. Satu inisiatif baru yang akan dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada murid berkaitan industri-industri, jenis pekerjaan, haluan kerjaya dan yang terdapat di Negeri Perak khususnya dengan sasaran penglibatan 10,000 orang murid secara berfasa.

Memahami perhatian yang diberikan oleh Yang Berhormat Pantai Remis melalui respon perbahasan berkenaan Penguatkuasaan Akta Kerja 1955, Pindaan 2022 yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023, saya melalui PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja akan sentiasa melihat kesenjangan yang akan berlaku dari masa ke masa khususnya melibatkan usahawan kecil dan sederhana ini. Objektif pindaan waktu kerja daripada 48 jam kepada 43 jam seminggu iaitu pengurangan sebanyak 3 jam seminggu ini, selaras dengan izin Reduction of Hours of Work Recommendation 1962 yang mengesyorkan negara-negara yang mengamalkan waktu kerja 48 jam seminggu supaya mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan waktu kerja tersebut tanpa melibatkan pengurangan gaji.

Justeru itu, taklimat atau program atau engagement atau dialog akan sentiasa dilaksanakan bagi membantu golongan ini memahami pindaan akta dan membantu dalam mewujudkan keharmonian industri. Jabatan Tenaga Kerja juga melindungi pihak majikan dan pekerja dalam aspek perburuhan negara di mana pihak yang gagal mematuhi akan diambil tindakan undang-undang melalui Jabatan Tenaga Kerja. Selain itu, pelaksanaan pindaan akta ini turut akan melibatkan pekerja yang cuti bersalin di mana objektif pindaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari kerana selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Maternity Protection Convention 200 yang menetapkan cuti tidak kurang daripada 14 minggu iaitu bersamaan dengan 98 hari. Dalam mengerakkan agenda kelima di bawah Pelan Pembangunan Perak Sejahtera iaitu menjadikan Perak sebagai negeri koridor TVET di Malaysia. Kerajaan Negeri untuk tahun hadapan akan terus memperluaskan Pelaksanan Program Training Vocational Education and Training (TVET) bagi menyediakan peluang latihan kemahiran kepada pertambahan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada Yang Berhormat Behrang dan Yang Berhormat Slim atas respon perbahasan berkaitan bidang TVET ini.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah Yang Berhormat Exco. Berkaitan tadi yang ada katakan tentang pindaan Akta Kerja, adakah apa rancangan bagi pihak negeri supaya kita boleh menangani dengan isu ini kerana selepas pindaan ini dilakukan, dilaksanakan pada bulan depan jadi pengaruhan kepada peniaga-peniaga kecil atau sederhana adalah kos beban pengurusan mereka akan terus naik dan mereka akan tidak ambil wanita sebagai pekerja mereka, dia akan jadi trend selepas ini? Jadi, apakah rancangan bagi pihak negeri selain kita katakan akan ada pengajian ke atau apa, jadi adakah pihak YB Exco telah ada satu rancangan untuk bagaimana pihak Kerajaan Negeri akan atas menangani isu ini kerana kalau kita hanya kata akan mengaji tapi tak ada apa-apa tindakan yang akan diambilkan?

Terima kasih Yang Berhormat Pantai Remis. Akta kerja yang menjadi tulang belakang bukan saja bagi kaum pekerja tetapi juga kepada majikan. Ada perlindungan dalam Akta Kerja untuk dua-dua pihak dia bukan untuk satu pihak saja untuk kedua-dua pihak. Itu adalah pertama yang kita harus memahami dan kedua, isu berkaitan dengan pengurangan waktu kerja ini bukanlah isu baru malah perbincangan telah diadakan dengan kesatuan-kesatuan sekerja, khasnya Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC dan juga kesatuan-kesatuan in house lebih kurang 10 tahun. Ini adalah permintaan bukan sekarang tetapi lebih kurang 15, 20 tahun dan memang saya setuju tidak ada mana-mana majikan yang akan bersetuju apabila kita tawarkan sesuatu pindaan kepada Akta Kerja yang memanfaatkan kaum pekerja. This is reality. Capitalisme will never agree with the sosialisme when comes to workers right dan kita tak boleh lupa bahawa kita adalah anggota kepada International Labour Organization dan kerajaan kita di sini telah pun tiap-tiap tahun menyertai Convention International Labour Persidangan Labour Organization dan telah mengambil bahagian dalam kesemua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh International Labour Organization yang sebenarnya adalah sebuah cawangan dalam United Nations.

Jadi, di situ pun telah dipersetujui apa yang kita longgarkan tiga jam ini adalah yang paling rendah di dunia. Just three hours. That three hours, dengan izin, will not affect the productivity at or losing in the productivity. Saya tahu ada majikan kata kalau tiga jam ini diambil macam mana dengan pekerja-pekerja yang bekerja shift dia lapan jam jadi macam mana akan terganggu. Jadi adalah isu ini adalah di antara pekerja dengan majikan untuk selesaikan dan saya percaya kita boleh dapat selesaikan isu ini. This is not a big issue for me as far as I'm concerned sebab saya ingat ramai di sini tahu saya pernah menjadi pemimpin kesatuan dan pengamal undang-undang buruh.

Jadi ini bukanlah satu isu. Kita sepatutnya mengalu-alukan pindaan ini dan sepatutnya untuk kaum wanita di mana cuti bersalin ditingkatkan daripada awalnya 45 hari dan bila kita menaikkan ke 60 hari memang majikan tak setuju. Ada ke mana-mana majikan setuju, 45 hari ke 60 hari tidak setuju tetapi mana masalah sekarang bila dah jadi 60 hari selepas lebih kurang 15 tahun kita meningkatkan lagi 98 hari. Tahu tak berapa cuti bersalin di England hari ini, 120 hari. 120 hari adakah syarikat-syarikat di England gulung tikar kerana dah bagi cuti salin 120 hari? Tidak, jadi masa dah sampai kita harus pastikan bahawa keadaan bekerja untuk 15 juta pekerja kita yang bekerja di swasta di lindungi.

Jadi saya teruskan. Program latihan model industri latihan menumpukan pelaksanaan melalui kaedah dengan izin, place and train yang menumpukan latihan berdasarkan kekosongan jawatan di industri dan modul latihan yang dibangunkan adalah melalui input daripada penyedia latihan dan industri yang menawarkan peluang pekerjaan. Dua, program latihan mahir kerja, program latihan melalui konsep reskilling and up schooling seperti membaiki bot, pengendalian dron, penyelenggaraan aircond, penyelenggaraan lift dan lain-lain latihan yang bersesuaian mengikut keperluan setempat sama ada di bandar, luar bandar maupun FELDA. Selain itu, pelaksanaan latihan TVET, OKU TVET. Orang asli TVET., penjagaan warga tua juga turut akan digerakkan di bawah konsep ini.

Merujuk kepada teks belanjawan Yang Amat Berhormat, Kota Tampan di muka surat 14 perenggan 46, sejumlah RM0.5juta telah diperuntukkan di bawah portfolio kesihatan yang terbahagi kepada RM0.2juta untuk pelbagai program kesihatan dan RM0.3juta bagi program kesedaran kesihatan mental yang sudah pasti peruntukan ini akan digunakan sepenuhnya bagi mensejahterakan kesihatan rakyat di Negeri Perak melalui penganjuran program-program kesihatan yang menyeluruh. Bagi menjawab respon soalan daripada Yang Berhormat Chenderiang, Hospital Tapah adalah salah sebuah hospital di bawah Hospital Kluster Perak Selatan yang diterajui oleh Hospital Teluk Intan. Hospital kluster ini telah mempunyai pelan perancangan jangka panjang dan pendek bagi perkhidmatan kepakaran serta pembangunan termasuklah bagi perkhidmatan pembedahan di Hospital Tapah. Keutamaan Hospital Kluster Perak Selatan pada masa ini adalah untuk mengoptimakan penggunaan dewan bedah sedia ada di Hospital Slim River. Namun begitu, perancangan untuk menempatkan pakar secara tetap di Hospital Tapah telah ada di dalam perancangan hospital kluster. Ia akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2025 dengan penempatan pakar perubatan dalaman dan pakar perubatan kecemasan. Memahami kebimbangan…

Timbalan Yang di-Pertua. Minta celah ye YB. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Exco. Membicarakan tentang kesihatan penduduk rakyat, saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Exco tadi. Cuma di Batu Kurau ini satu pusat kesihatan dah lama dan agak tertinggal. Saya mencadangkan Yang Berhormat Exco supaya dapat bersama-sama berusaha untuk menaiktaraf klinik kesihatan yang ada sekarang di Batu Kurau. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kurau dan jika perlu bantuan saya dalam menaiktarafan klinik tersebut, silalah hubungi saya. Saya bila masa sedia. Janganlah kita cuba main politik dalam arena kesihatan. Ini adalah involving nyawa. Memahami kebimbangan serta keluh kesah seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Manjoi. Untuk makluman status semasa bagi Klinik Kesihatan Jenis 3 Manjoi ini dalam proses pembinaan dan mengikut jadual iaitu 8.42% telah siap. Projek ini dijangka siap pada 17 hari bulan Julai 2024. RN Engineering Development adalah kontraktor baru yang dilantik oleh pihak JKR Perak bagi menghentikan kontraktor sebelum ini iaitu pembinaan SPK Sendirian Berhad yang telah ditamatkan pada 12 Februari 2020 kerana tidak dapat menyiapkan kerja-kerja pembinaan mengikut jadual. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memandang berat isu kelewatan projek-projek pembangunan terutamanya yang melibatkan fasiliti kesihatan baru. Kementerian juga sedar bahawa...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Exco. Tentang DUN Alor Pongsu, saya rasa dari segi bangunan, kuarters kita dah settlekan, walaupun tak cukup lengkap. Hospital Parit Buntar, untuk rujukan DUN Alor Pongsu pergi Hospital Parit Buntar. Dia punya scan machine ni masa kita pergi umur 27 tahun. Dah tak nampak apa dah, tapi kita dah bagi yang baru. Tapi pagi tadi saya call Klinik Kesihatan Alor Pongsu. Dia punya scan machine pinjam daripada orang lain. Scan dia dah berumur lebih daripada 20 tahun. Tak nampak baby, tak nampak apa dah pun. Jadi saya pohon daripada YB Exco dapat tengok Klinik Kesihatan Alor Pongsu, dia perlukan scan saja lagi, scan machine. Thank you very much.

Terima kasih sahabatku dari Alor Pongsu. Saya akan menghubungi kedua-dua pihak ini iaitu Hospital Parit Buntar, berkaitan dengan machine scanning.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Parit Buntar kita dah bagi yang baru. Tapi Alor Pongsu tak sempat.

Klinik Kesihatan Alor Pongsu dan pohon untuk maklumbalas daripada mereka dan dari mana mereka pinjam machine ini dan adakah mereka perlu satu machine baru dan persiapan akan dibuat untuk mereka dapat kalau perlu mereka perlu masih akan cuba mendapat satu scan machine baru. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memandang berat isu kelewatan projek-projek pembangunan terutama yang melibatkan fasiliti kesihatan baru. Kementerian juga sedar bahawa kelewatan penyiapan projek tersebut akan mengakibatkan kelewatan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat. Beberapa soalan juga telah dikemukakan khasnya dari sahabat saya daripada Rungkup di mana beliau menyatakan bagi pembinaan, bagi perancangan pembinaan klinik kesihatan negeri-negeri, dicadangkan mohon kepada di negeri Perak terdapat 14 buah hospital dan sebuah institusi psikiatri Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dari perspektif pembangunan, fokus semasa adalah untuk membina hospital baru bagi tujuan menggantikan hospital sedia ada yang amat memerlukan menaiktaraf seperti ini adalah berkaitan dengan Hospital Parit Buntar, Hospital Changkat Melintang dan Hospital Kampar. Berita baik untuk Yang Berhormat Keranji dan juga Malim Nawar. Pagi ini seorang penderma telah datang ke pejabat saya dan telah bersetuju untuk menderma satu mesin hemodalisis. Ini hemodalisis. Ini adalah daripada syarikat VKK Keliana Sundram Ipoh Little India dan syarikat yang sama pada tahun 2019 telah menderma dua mesin dialisis. Satu adalah untuk Hospital Teluk Intan dan satu adalah untuk Hospital Tapah. Yang ini adalah mesin ketiga untuk Hospital Kampar. Jadi saya mohonlah kepada pihak swasta datang tampil ke hadapan untuk menderma mesin-mesin seperti ini sebab kita masih berkurangan lebih kurang 25 mesin hemodalisis ini di seluruh Perak. Terima kasih.

YB Sungkai sentiasa menyatakan bahawa dia adalah orang Bagan Datuk. Jadi setuju tak kita mempunyai satu hospital di Pekan Bagan Datuk, Terima kasih.

Saya teruskan. Selain dari itu, tidak ada pemilikan tanah persekutuan yang diberikan kepada pihak KKM untuk tujuan pembangunan fasiliti di daerah Bagan Datuk. Saya percaya isu berkaitan dengan hospital di Bagan Datuk adalah satu, walaupun satu isu yang amat penting tetapi satu kajian dalaman harus dilakukan. Adakah keperluan betul-betul keperluan di demand? Adakah demand itu ada di situ? Apabila banding dengan penduduk, makin lama makin kurang. Banyak telah hijrah tapi that is not an issue. Saya akan bawa isu ini kepada jawatankuasa bertindak kesihatan negeri untuk membuat satu kajian dan mungkin saya boleh bentangkan di persidangan akan datang. Jika perlu kita akan buat permohonan kepada kerajaan persekutuan. Keperluan sumber manusia adalah merupakan salah satu cabaran yang besar bagi pengoperasian fasiliti-fasiliti sedia ada. Terdapat banyak sebanyak 1,222 pegawai jawatan di hospital-hospital yang masih belum diisi atau bersamaan dengan 7.71%.

Pembinaan hospital baru untuk tujuan bukan penggantian akan menyulitkan lagi isu ini. Namun begitu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan meneliti keperluan dan keupayaan pelaksanaan di mana di masa hadapan bagi mencadangkan pembinaan hospital baru di daerah berkenaan Bagan Datuk sekiranya diizinkan. Hospital Teluk Intan dan Hospital Sabak Bernam, Selangor adalah merupakan hospital KKM yang terdekat bagi penduduk daerah Bagan Datuk. Selain itu, terdapat 5 buah klinik kesihatan di daerah berkenaan iaitu Klinik Kesihatan Bagan Datuk, kedua Klinik Kesihatan Sungai Sumun, ketiga Klinik Kesihatan Selekoh, keempat Klinik Kesihatan Sungai Sumun dan akhirnya Klinik Kesihatan Sungai Tiang. Semua klinik kesihatan ini menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat termasuk bagi rawatan kecemasan 24 jam kecuali di Klinik Kesihatan Sungai Tiang. Mengakhiri penggulungan saya pada hari ini, saya sekali lagi menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Perak di atas ucapan belanjawan dalam mengukuhkan strategi merancang, merancakkan semula ekonomi Negeri Perak. Zahir penghargaan juga saya diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Ada satu soalan lah tentang, soalan saya tentang Klinik Desa di Felcra Gugusan Lekir yang ditutup. Hampir 10 tahun dah tak dibuka tu. Kalau Tuan Yang Berhormat Exco ada penjelasan, saya minta penjelasan pada hari ini. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Exco. Saya nak merujuk pada isu klinik Manjoi. Kalau ikut disebut oleh YB Exco tadi 17 haribulan 7, 2024. Jadi kiraannya kurang lebih, kurang lebih 19 bulan daripada sekarang untuk disiapkan klinik Manjoi ini dan memang sangat-sangat perlu. Cuma disebut oleh YB Exco tadi saya nak tanya satu isu adakah isu pembinaan lot parking bertingkat itu sudah pun selesai ketika ini di klinik Manjoi tersebut sebab saya dapat maklumat itu antara isu yang sedang diselesaikan. Kedua, saya harap sangat mewakili rakyat di Gugusan Manjoi supaya projek yang disiapkan. Sebab dia bermula tahun 2008, 2018 lagi dan 2015 diorang dah berpindah klinik. 2018 baru kita pecah tanah. Saya kira 3, 4 kali pecah tanah dan kali ini harap itu terjadilah di bawah kerajaan. Ya kali ini InsyaAllah 17 bulan 7, 2024 saya kira orang Manjoi akan ingat tarikh ini. Terima kasih banyak YB Exco.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon mencelah.

Yang berkaitan dengan klinik Yang Berhormat, saya tidak mempunyai maklumat buat masa ini. Saya akan bekalkan. Yang berkaitan dengan klinik Manjoi itu dan semasa saya jadi Exco kesihatan pada 2018 kita akan adakan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Negeri setiap 3 bulan sekali. Jadi dalam masa itu akan kita dapat maklum balas berkaitan dengan status pembinaan klinik dan menaiktaraf klinik dan hospital. Jadi kita boleh mempastikan bahawa kerja-kerja pembinaan ini jalan seperti yang di jadual. Seperti contohnya, kita ambil Hospital Raja Permaisuri. Eneksyer ward, Children and Heart Cardiologist Ward telah lewat sebanyak lebih kurang 8, 9 tahun. Dah tukar kontraktor demi kontraktor demi kontraktor. Akhirnya yang rugi adalah warga Perak untuk dari perkhidmatan. Jadi saya setuju sungguh setuju dalam isu yang melibatkan nyawa. Kita tak bolehlah ambil ringan dan JKR sedang menjalankan kerja mereka. Itulah kita nampak yang sekarang mereka dapat bagi satu tarikh satu tempoh tarikh yang tepat di mana mereka boleh selesai pembinaan klinik ini. Kita harap akan berjalan dengan lancar dan saya akan buat follow up.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Yang Berhormat Sungkai. Kita yang banyak perbincangan antara infrastruktur bagi klinik atau hospital. Tapi di sini saya ingin tahu bagi pihak Kerajaan Negeri, semasa kita menunggu bajet persekutuan yang akan diluluskan pada bulan Februari, dan di sini adakah Kerajaan Negeri akan menjalankan, teruskan program untuk pemeriksaan mammogram kerana sebelum ini, program ini adalah disubsidi oleh Persekutuan. Jadi bagi pihak negeri dalam tempoh ini, kita boleh subsidi ataupun teruskan program untuk pemeriksaan mammogram dan satu lagi adalah cadangan ini telah saya bentangkan pada tahun 2015, adalah untuk pemeriksaan kesihatan tetap bagi golongan pendapatan 4,000 sebulan ke bawah, bagi umur yang 40 ke atas. Bagi insentif kepada golongan ini untuk mereka menjalankan pemeriksaan kesihatan tetap mungkin setiap 2 tahun kerana golongan ini adalah selalunya, biasanya mereka adalah ketua isi rumah, ataupun mereka akan menjangkit pelbagai penyakit tetapi apabila mereka dapat tahu ada penyakit itu, sudah sampai tahap yang sangat serius. Jadi adakah pihak Kerajaan Negeri boleh lihat semula tentang cadangan ini untuk kita meningkatkan kesedaran bagi golongan orang Perak tentang pemeriksaan kesihatan tetap bagi semua orang? Terima kasih.

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

YB EXCO, mohon celah sikit. Tronoh. Dengan itu penambahan kepada ADUN Pantai Remis di sini Tronoh ingin membangkitkan sedikit bahawa ingin menarik perhatian daripada YB Exco berkenaan dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Pekan Pusing kerana setakat ini memang sambutan di sana memang amat baik dan saya mohon jasa baiklah sekiranya pada satu hari YB Exco ada sedikit masa, bolehlah melawat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Pusing. Terima kasih.

Terima kasih. Jika ada masalah dan jika saya diundang oleh mana-mana pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang, saya unit saya akan bagi kerjasama sepenuhnya. Jadi jangan teragak-agak adakah saya akan datang tidak. Ini adalah isu nyawa dan saya akan turun padang sendiri dan jika begitu juga memerlukan bantuan, tolonglah hubungi saya dan berkaitan dengan pemeriksaan mammogram, itu adalah satu yang agak penting. Saya terpaksa bincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan dan saya akan maklumkan tetapi kita harus ingat satu perkara. Peruntukan yang diperuntukan untuk kesihatan di peringkat Persekutuan adalah lebih kurang 160 kali bajet kita. Bajet kita hanya RM1.3 bilion. Tapi peruntukan untuk kesihatan sahaja RM100 lebih bilion. So that's a vast difference dan apa yang diperuntukan dalam bajet kita bagi tahun ini untuk program-program kesihatan adalah hanya RM500 ribu. Jadi kita harus menjalankan aktiviti dalam peruntukan yang diperuntukan kepada kita tetapi di sinilah pihak swasta boleh mainkan peranan yang penting. Jika Yang Berhormat di sini ada kenalan dengan swasta, mereka kita boleh menarik dan bekerjasama dengan kita. Tidak dilupakan kepada barisan pegawai-pegawai, sama ada daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri serta Pejabat Kewangan Negeri yang bertungkus-lumus dalam menyediakan belanjawan berteraskan lima fokus utama bagi memastikan kedudukan kewangan negeri kekal teguh bagi mengharungi situasi ekonomi yang kian mencabar pada tahun hadapan.

Saya akhiri penggulungan saya dengan sebaris pantun.

Bunga melati cempaka mulia, Baunya harum semebak mewanginya Di dalam DUN kita bersuara Suara rakyat kita wakili.

Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan. Sila.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wa syukrullillah wa salatu wa salam ala Rasulullah wa salam ala salam. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Perak. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ex-Officio, agensi-agensi serta kakitangan kerajaan, GLC serta rakan-rakan media sekalian. Pertama pertamanya, saya dengan penuh takzimnya merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duii Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibn Almarhum, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Tahun 2022, dirgahayu Tuanku. Sekali lagi, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih mewakili kawasan masing-masing untuk penggal kali ini. Saya berterima kasih kepada seluruh pengundi di DUN Sungai Rapat N44 yang telah memilih saya sekali lagi sebagai wakil rakyat buat penggal kali yang kedua. Terima kasih. Diharap kita semua yang diamanahkan ini dapat menjalankan tanggungjawab kita dengan baik dengan jayanya. Semua sedia maklum akan ucapan perbentangan Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan tempoh hari yang mana ekonomi negeri berkembang positif dengan peningkatan 3.5% pada tahun 2021 dan Kerajaan Negeri sedia ada ini akan meneruskan momentum positif ini sebaik mungkin. Alhamdulillah di atas komitmen tinggi oleh Kerajaan Negeri telah berjaya mengembalikan trend kutipan hasil seperti sebelum tahun 2020 iaitu melepasi RM 1 billion. Ini semua memerlukan kerja keras serta kerjasama semua pihak selepas kita dilanda pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan seluruh ekonomi dunia terjejas teruk, pasaran saham yang menjunam serta kos-kos cara hidup yang meningkat secara mendadak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan segunung-gunung setinggi gunung tahniah kepada penjawat awam yang mana dengan usaha bersama telah mempositifkan kedudukan kewangan Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan telah meningkatkan baki akaun hasil disatukan negeri. Dengan bantuan khas oleh Kerajaan Negeri diharapkan pada penjawat awam dapat meneruskan momentum ini demi kestabilan ekonomi negeri. Kita berterima kasih Yang Berhormat Menteri Besar di atas insentif ini. Saya juga berharap dengan bantuan am sebanyak RM36.4 juta yang disediakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu sedikit sebanyak rakyat di bawah B40 dan B40 di negeri kita.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, lima fokus utama Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar amat baik sekali kerana merangkumi kebajikan rakyat, alam persekitaran, rantaian makanan serta tadbir urus yang cekap lagi amanah. Dalam kontek ini saya peringatkan diri saya dengan sebuah ayat (bacaan ayat al-quran). Mereka yang telahpun diberikan tanggungjawab pemerintah bumi ini. Mereka menggunakan kuasa sementara itu untuk menegak untuk mendirikan solat menguruskan zakat mereka, menyeru makruh yang mencegah kemungkaran dan menyerahkan segala urusan mereka kepada Allah SWT. Saya berterima kasih kerana sebanyak RM21.0 juta, peruntukan telah diberikan bagi membaik pulih perkhidmatan Bas Perak Sejahtera. Saya juga bersetuju dengan pandangan Ayer Kuning semalam berkaitan kerjasama dengan MARA Liner dan saya akan melanjutkan pandangan ini supaya dapat direalisasikan bergantung kepada peruntukan yang sedia ada. Bagi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri kita ini saya akan berusaha sedaya upaya berhubung dengan Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat supaya isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dapat kita penuhi berperingkat-peringkat. Bagaimanapun saya akui dengan peruntukan yang terhad membantutkan segala perancangan dan idea yang baik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Saya juga berhasrat untuk mewujudkan Grab Desa yang mana Grab Desa menjadi alternatif kepada pengangkutan awam sedia ada. Maklumlah banyak kampung-kampung hari ni jalannya kecil-kecil, jalan kampung. Nak bawa bas besar-besar tak boleh. Mereka nak pergi berulang alik ke pekan berhampiran terpaksa panggil teksi. Kadang-kadang terpaksa suruh anak mereka berhenti kerja pada hari tu tak ada gaji. Jadi dengan ada kewujudan Grab Desa ini, maka ia memberikan alternatif untuk mereka pergi berinteraksi urusan di bandar-bandar berhampiran. Maka khususnya rakyat penduduk kampung yang tidak mempunyai akses pengangkutan awam dan ianya secara percuma. Saya akan perhalusi perkara ini dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Persekutuan. Kalau sekiranya terjadi besok kita akan buat satu satu projek mini di tempat-tempat tertentu supaya jadi Grab Desa ini sebagai sebagai kemudahan pengangkutan kepada rakyat di kampung-kampung untuk urusan di pekan-pekan yang berhampiran.

Bukan sahaja berkaitan perkhidmatan awam, peruntukan untuk infrastruktur juga amat mendukacitakan terutama daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi ramai soalan-soalan telah diberi kepada saya bahawa jalan-jalan persekutuan banyak yang banyak yang tidak sempurna. Ya betul. Semasa saya bentangkan bajet hari tu, bahawa segala-gala permohonan kita untuk membaiki jalan negeri dipenuhi oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya tetapi kalau kita pohon RM580juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk membaik pulih rangkaian jalan-jalan persekutuan yang diluluskan dan diberi hanyalah tak sampai 10%. Jadi dibayangkan bagaimana kita nak menguruskan jalan-jalan persekutuan yang sompik yang koyak yang rosak ini dalam peruntukan yang kecil sebegitu. Bukan sahaja berkaitan perkhidmatan awam, peruntukan untuk infrastruktur juga amat mendukacitakan semalam terutama daripada Kerajaan Persekutuan. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang mana permohonan peruntukan tahun 2022 oleh JKR kepada Kerajaan Negeri telah dipenuhi sepenuhnya. Terima kasih. Masalah yang timbul adalah berkaitan peruntukan Persekutuan yang mana JKR negeri bukan sahaja perlu menyelenggara jalan-jalan negeri tetapi JKR negeri juga terpaksa menyelenggara jalan-jalan persekutuan.

Alhamdulillah jalan-jalan di pihak-pihak kuasa tempatan mereka uruskan sendiri. Anggaran kos kerja kerja penyelenggaraan jalan persekutuan adalah berjumlah RM420juta tetapi yang diterima oleh JKR negeri hanya sebanyak RM40juta. Bayangkan nak menguruskan 3 lebuhraya yang besar daripada Gerik sampai ke Jeli, daripada Simpang Pulai sampai ke Cameron highland, daripada Tapah sampai ke Ringlet. Ini semua ni Jalan Persekutuan yang boleh diuruskan yang kita hanya diberikan RM40juta yang kita pohon RM420 juta. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM90juta untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh JKR negeri yang mana pecahan RM35juta untuk projek-projek jalan dan RM55juta untuk projek-projek pembangunan dan daripada itu hanya RM45 juta, RM4.5 billion dengan izin sahaja dapat digunakan bagi kerja-kerja untuk menaik taraf jalan-jalan negeri. Bagi memberi respond kepada Yang Berhormat Chenderoh, suka saya nyatakan di sini bahawa pihak JKR sentiasa melaksanakan permantauan jalan-jalan persekutuan dan jalan-jalan negeri serta melaksanakan kerja penampalan lubang atas jalan ataupun portholes dengan izin, dengan tempoh 24 jam setelah laporan rasmi dapat diterima. Selain itu, pihak JKR telah pun memohon peruntukan sebanyak RM3.79 juta di laluan FT 001 Butterworth Ipoh dan di laluan FT 076 Jalan Kuala Kangsar Lubok

Merbau Sauk bagi kerja penyelenggaraan pavement jalan persekutuan tahun 2023. Manakala jalan-jalan negeri juga telah diselaraikan mengikut keutamaan tahap kerosakan berdasarkan keutamaan keperluan penyelenggaraan.

Pihak JKR telah memohon peruntukan sebanyak RM400 ribu di bawah Program Penyelenggaraan Berkala Bukan Pavement tahun 2023 bagi menyelenggara sistem perparitan terutama di laluan FT 076 Kuala Kangsar Lubok Merbau sampai ke Sauk. Bagi perancangan penyelenggaraan lampu jalan atau sistem lampu isyarat, pihak JKR Elektrik telah memohon peruntukan sebanyak RM100ribu dan ianya akan dilaksanakan setelah peruntukan diterima. Jadi, mana-mana Ahli Yang Berhormat yang menyatakan bahawa kawasan-kawasan kampung yang masih gelap khususnya di mana ke yop? Ayor Kuning ya? Ayor Kuning. Sampai berlanggor dengan kerobo. Nasib baik tak mati je. Jalan gelap, hari hujan. Yang Berhormat Keranji telah menyatakan berkaitan Sungai Keranji dan pembinaan benteng sungai Keranji adalah dimaklumkan bahawa JPS telah memohon Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Keranji melalui RMK-12 namun tidak diuluskan. Oleh karena itu, pihak JPS akan membuat permohonan semula merangkumi pelan kajian menyeluruh termasuk pelaksanaan projek fizikal di sungai Keranji Kampar. Bagi kerja-kerja jangka pendek, pihak JPS telah melakukan kerja-kerja pemeliharaan sepanjang 3.5 km di sungai Keranji pada tahun lepas.

Saya mohon laluan boleh? Sungai Rapat sekejap saja.

Ya, silakan Bota.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin mencelah berhubung dengan projek menyelia sungai. Kita sedia maklum bahawa di bawah Kementerian Alam Sekitar ada program dinamakan Program Denai Sungai Kebangsaan. Jadi sebenarnya program ini kita boleh mengembelingkan tenaga komuniti masyarakat di tebing sungai untuk menyelia kebersihan dan kelestarian sungai dan sampai itu juga boleh mengurangkan risiko terbing runtuh dan juga banjir kilat. Jadi sejauh manakah Bota ingin mendapatkan maklumat? Sejauh manakah negeri Perak mengambil inisiatif program seperti ini untuk dilaksanakan di peringkat negeri Perak? Terima kasih.

Terima kasih Bota di atas cadangan program untuk memperhias recreational sepanjang sungai. Satu pertemuan telah dibuat bersama dengan pihak-pihak yang ingin membangunkan kawasan ini bagi mengelakkan tebitan sungai ini runtuh atau cerun. Jadi untuk itu usaha sedang dibuat untuk pastikan sungai manakah yang perlu diutarakan bagi tempat laluan benteng kiri dan kanan. Jadi usaha dalam program ini telahpun diketahui di maklum oleh kerajaan, Insyaallah kita akan teruskan program ini demi bukan hanya mencantikkan sungai tersebut, demi juga ke rekreasi orang ramai tapi menyelamatkan benteng-benteng sungai tersebut. Yang Berhormat Timbalan yang di-Pertua, Yang Berhormat Kamunting bertanyakan tentang jajaran Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat iaitu WCE. Untuk makluman, kemajuan keseluruhan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat yang berakhir pada 25 November tahun lepas adalah sebanyak 84%. Kesemua seksyen Leboh Raya WCE ini dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025 di mana penyiapan terakhir adalah melibatkan jajaran seksyen 7 di persimpangan Tanjung Karang, Selangor.

Seksyen lain dijangka dapat dibuka lebih awal melibatkan seksyen 1, 2 dan 6 pada tahun 2023, manakala seksyen 3, 4 dan 11 dijangka siap pada tahun 2024. Seksyen 5 daripada persimpangan Bandar Bukit Raja ke persimpangan Kapar serta seksyen 8, 9 dan 10 dari persipangan Hutan Melintang ke persimpangan Teluk Intan dan dari persimpangan Kampung Lekir ke persimpangan Beruas telah mula dibuka pada tahun 2019. Dukacita saya nyatakan di sini antara sebab kelewatan penyiapan jejaran ini adalah berkaitan prestasi kontraktor yang kurang memerangsangkan serta faktor perintah kawalan pergerakan PKP. Di samping itu, isu pengalihan utiliti juga menyumbang kepada kelewatan pembinaan seksyen yang ke-11. Timbalan Yang di-Pertua, bagi menyelesaikan masalah ini, pihak WCE Sdn Bhd telah mengambil alih kerja-kerja pembinaan daripada kontraktor dahulu dan melantik kontraktor yang baru. Pelaksanaan baki kerja ditapak hanya dapat bermula sekitar Ogos 2021 tahun lepas, yang lalu dimana melibatkan beberapa isu seperti pernyelarasan kontrak, pelantikan subkontraktor serta lain-lain keperluan di lapangan.

Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun turapan, kerja mekanikal dan elektrikal, perabot jalan serta bangunan. Untuk makluman Yang Berhormat Titi Serong, tiada rumah pam yang dibina di lokasi Titi Serong. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa rumah pam banjir yang dibina di kawasan Parit Buntar, seperti yang pertamanya di rumah pam Parit Buntar, rumah pam Jalan Pasar, rumah pam kawasan industri dan di rumah pam Alor Simpang 5, Danish Town. Penjelasan kepada Yang Berhormat Simpang Pulai pula bahawa pihak JKR telah kemukakan kertas permohonan bagi projek baru, iaitu menyediakan jejambat sepanjang 2 kilometer berkembar 4 lorong bagi penyuraian trafik bagi masalah kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di jalan Sultan Nazrin Shah iaitu FT 001. Dari Seksyen 589 hingga Seksyen 591 iaitu antara Hotel Symphony ke Stesyen Petronas. Di samping itu, dengan adanya jejambat ini, secara tidak langsung akan memberikan impak penyuraian trafik.

Di samping, di simpang-simpang yang berada di jalan di jejaran tersebut seperti jalan Sultan Nazrin Shah ke Persiaran Lapangan Cyber dan Simpang Dr. Nazrin Shah ke Jalan Raja Muda Musa Mahdi. Namun demikian cadangan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan dan hasil kejadian impak laluanitas iaitu traffic impact analysis dengan izin, serta kajian impact social bagi mengenalpasti kesan dan kesesuaian bangunan infrastruktur yang terlibat. Terdapat juga laluan alternatif iaitu jalan dalaman yang disediakan bagi pembangunan sekitar kawasan tersebut. Akan tetapi saya akan minta JKR membuat level of service (LOS) dengan izin, pada tahun 2023 agar kita dapat input terkini berkaitan kelancaran lalulintas di kawasan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai tersebut.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, alhamdulillah, Jabatan Pengairan dan Saliran telah diperuntukkan sejumlah RM96.8 juta bagi belanja mengurus dan sebanyak RM15 juta bagi belanja pembangunan pada tahun hadapan. Saya percaya dengan peruntukan ini dapat kiranya masalah banjir di Negeri Perak dapat berkurangan termasuk RM1 juta untuk menaik taraf sistem saliran kampung Sungai

Rokam. Jadi mana-mana yang duduk di Sungai Rokam itu berasa lega kerana ada peruntukan untuk menaik taraf Sungai Rokam sendiri dalam Kampung Sungai Rokam itu ada Sungai Rokam, dalam kawasan saya. Saya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dengan peruntukan ini juga saya percaya dapat mengurangkan masalah banjir di kawasan-kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat lain seperti Changkat Jong, Kuala Kangsar serta Perak Tengah kerana ianya meliputi rancangan terbatan banjir sejumlah RM6.7 juta di samping penambahan pam bergerak pada tahun harapan bernilai RM1 juta. Pihak Kerajaan Negeri juga akan meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan Sungai Perak seperti telahpun dilakukan terdahulu daripada ini.

Ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di mana saya tidak berkesempatan menjawab semua soalan-soalan yang telahpun dibangkitkan dalam persidangan ini. Terdapat 55 soalan kepada portfolio saya sendiri dan dalam 55 soalan itu terdapat 49 isu yang saya akan berusaha menjawab melalui proses-proses bertulis yang akan datang, insyaallah. Cuma saya nak peringatkan diri saya sebagai wakil rakyat kalau boleh kita gunakan persidangan setiap kali persidangan itu untuk kita menjana dan menyatukan pemikiran kita bagaimana kita nak mengusahakan supaya negeri ini, negeri akan bukan hanya akan maju tapi memberikan kebaikan memberikan nikmat kepada rakyat, 2.5 juta rakyat Perak, sila.

Terima kasih Dato’ Seri Sungai Rapat. Hubungkait dengan peruntukan yang telah diberikan kepada JPS macam di kawasan saya yang menjadi permasahan adalah kunci-kunci air yang telah rosak. Semua boleh dikatakan semua kunci-kunci air ini telah rosak. Jadi dengan bajet yang sedia ada saya berharap kunci-kunci air ini dapat diperbaiki. Yang kedua adalah gelong-gelong ataupun kalvet yang dibina tidak mengikut spesifikasi JPS yang menyebabkan air tidak boleh melaluinya. Jadi kita harap JPS akan dapat mengambil tindakan. Terima kasih Sungai Rapat.

Ya terima kasih Rungkup di atas keperihatinan berkenaan dengan saiz kalvet yang ada di kawasan Bagan Datuk barangkali ataupun kunci-kunci air. Kunci-kunci air ini memanglah kunci yang kadang-kadang kalau tidak digunakan dia akan lekat, dia akan jem dekat situ. Jadi saya akan pastikan bahawa yang bertugas, agensi yang bertugas pastikan kunci air ini dimain sekali-sekali. Kalau tidak dimain sekali-sekali dia jem yop. Jadi kunci-kunci air ini penting bukan hanya di Bagan Datuk, tapi di Teluk Intan juga banyak kunci air.

Yang bertugas pun dah tak ada di situ Dato Sri, Sungai Rapat. Yang bertugas pun tak ada kat situ dah kita pun tak tahu di mana.

Terima kasih atas info itu. Kita akan pastikan di mana pertugas tu pergi. Sepatutnya kunci air ini sekali-sekali mereka kena pusingkan untuk buat laluan air dan kalau ditutup untuk memastikan air itu tertutup. Tapi kalau semua yang telah rosak, telah jem dia biar begitu sajalah. Jadi kita akan tengok dimanakah kunci air ini terduduk dan di manakah lokasi dia dan apakah status kunci air itu sekarang. Terima kasih banyak, ya sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Mulia YB Exco Sungai Rapat. Jadi ikutkan perbelanjaan belanjawan untuk belanja pembangunan RM15 juta, tabatan ini pun RM6.7 juta. Jadi bila dibuat aduan tentang rebaknya sungai, runtuhnya jambatan, jadi bila buat aduan kepada JPS di daerah, selalu yang kami dengar jawapan kurang kos. Maknanya ikut kalau dapat peruntukan, ada lah, tak ada maka begitulah keadaannya. Jadi Lubok Merbau merayu supaya peruntukan diberi lebih untuk Lubok Merbau. Sekian, terima kasih.

Sungai Rapat, Manjoi sikit. Terima kasih kepada YB Exco. Dua perkara berbangkit, simple sahaja. Pertama saya mendapat aduan, aduan projek di lereng bukit dekat Meru 2B dan di bawah tu ada sekolah tahfiz. Sehingga hari ini saya melihat masih bukit ditarah sikit-sikit dan saya bimbang takut-takut berlaku perkara tidak kita ingini. Bawah ada sekolah tahfiz dan saya rasa pihak negeri boleh check isu tersebut dan sampai harini pun kes tersebut masih berjalan. Mungkin pihak berkaitan boleh refer sebab bawah tu sekolah tahfiz yang perlu kita ambil berat. Takut-takut berlaku kejadian yang tidak kita ingini. Kedua isu terbaru berkenaan bantahan kepada kenderaan berat menggunakan laluan kampung RPT Batu 10 Chepor. Sekarang orang kampung dah mula bersuara. Mereka menuntut supaya saya mengangkat perkara ini. Saya mengambil kesempatan ini dan saya pun akan turun berjumpa dengan orang kampung dengan berkenaan laluan orang kampung yang akan digunakan oleh pemaju, nanti nak buat rumah di situ. Jadi saya minta supaya perhatian diberikan hingga, dibimbangi jalan akan rosak kemudian paip pecah, habuk kering, keselamatan anak-anak sebagainya akan menyebabkan orang kampung kita tidak selesa. Dimaklumkan mala mini orang kampung akan bermesyuarat tentang isu tersebut. RPT Batu 10, Chemor. Terima kasih.

Terima kasih Manjoi. Berkenaan dengan soalan tadi bahawa pembangunan kos kita sediakan RM15 juta oleh Kerajaan Negeri. Kalau jawapan diterima dari pihak JPS itu maka barangkali kalua boleh dimajukan juga kepada kami sebagai Exco kat sini supaya kami dapat pengetahuan awal. Kita tidak mahu lagi berulang yang lepas yang mana bila rakyat complaint, maka agensi kerajaan bagi tahu tidak ada peruntukan, belum diluluskan. Jadi jawapan ini biasa didengar. Tapi kita hendakkan bahawa di dalam pengurusan baharu ini masalah yang sama mungkin ada, Tindakan yang kita nak percepatkan dan kalau proses itu dapat digandakan cepat, kita akan laksana. Berkenaan dengan Fasa 2B Manjoi itu, masalah perparitan barangkali itu kenalah kita buat usaha sama dengan Majlis Bandaraya Ipoh sebab surau itu di bawah pengurusan mereka.

Dato’ Seri bukan perparitan. Isu lereng bukit. Tepi tu diorang sedang tarah bukit. Dikatakan nak membuat rumah banglo di atas. Wallahuaalam tetapi di bawah ada sekolah tahfiz yang saya rasa dibimbangi kalau kata tanah tu runtuh boleh jadi perkara yang tidak diingini.

Ya terima kasih. Saya barangkali perlu mengkaji samada yang datang dari Kota Raja itu banyak. Gunung dari Kota Raja itu membuakkan air banyak pada musim hujan sehingga melimpah sampai ke Meru 2B. Jadi itu perlu dapat kajian dulu. Berkenaan Batu 10 Chepor ini kalaulah lori lebih muatan itu bawa jalan, dah tentu jalan itu akan rosak. Sebab jalan itu hanya dibuat hanya menahan barangkali berat, berat anggota di atas itu lebih 10 kilo newton. Tapi kalau dia bawa lori yang kadang-kadang 26 tayar ini, lebih 10 newton maka ia akan merosakkan bucu-bucu jalan tersebut. Jadi perkara ini hendaklah dicatit untuk dibuat laporan kepada pihak JPJ. Terima kasih. Ya, Changkat Jering.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih YB Exco, Timbalan Yang di-Pertua. YB Exco ni calon Changkat Jering dulu. 2008. Jadi berbalik kepada apa yang saya bangkitkan semalam tentang isu gangguan air di Kampung Mukim Bukit Gantang. Saya nak timbulkan isu ini berkenaan dengan kolam air yang sedia ada adalah jenis lama. Saya difahamkan kolam air itu direct masuk air daripada sungai terus ke kolam. Jadi sistem yang alam daripada air, ikut sungai masuk ke sum, dia panggil kecil itu menapis keladak atau pun kotoran atau sisa-sisa, daun-daun dan sebagainya, baru dia masuk ke kolam. Tapi ada tiga, empat kampung bermakna saluran air itu ambil sebelum masuk kepada kolam. Maksud dia air sungai, masuk pada sum, baru masuk pada kolam. Makna sebelum sampai ke kolam itu ada tiga, empat kampung dia salur kepada kampung. Jadi masalah tiga, empat kampung inilah bila hujan masalah dia LAP terpaksa tutup sebab dia kata kotoran, berkeladak dan daun kayu masuk dalam sum yang sama.

Jadi yang mana terlepas yang hujung sekali itu tak ada masalah. Jadi sebelum ke kolam itu, kalau sistem yang lama dulu, diambil terus daripada itu masuk ke kampung-kampung. Sepatutnya dia ambil kepada kolam itu, baru masuk kampung. Jadi sekarang 3,4 kampung ni jadi masalah. Yang saya dipahamkan itu adalah kolam jenis lama. Jadi kalau nak dari segi perubahan, yang 3 kampung nak mengelakkan, bermakna yang 3,4 kampung ini kena ubah dia punya pipe direct daripada kolam. Jadi tak, orang kata jangan ambil tengah-tengah. Maksudnya macam tu lah. Mungkin disebabkan dulu, mungkin terlampau jauh kolam tu nak tarik daripada kampung. Jadi bermakna terpaksa 2 kali tarik. Baru masuk kolam, patah balik pula. Jadi dia ambil tengah-tengah. Jadi inilah masalah yang berlaku. Jadi makna saya minta lah ambil perhatian pihak yang berkenaan tentang masalah 3-4 kampung ni. Ini sekarang musim hujan. Depa duk mengadu hal. Kadang depa hantar p.m, telefon saya. YB tolong lah macam mana nak mengatasi masalah ni dan satu lagi, sekarang orang kata masalah air ni mungkin LAP boleh bagi lah support secara sementara. Saya difahamkan hanya satu lori tangki saja yang boleh support sekiranya apa-apa yang keperluan terhadap 3,4 kampung ni. Jadi saya haraplah saya mengharapkan agar digunakan atau pun buat satu kolam baru untuk nak mengatasi masalah yang 3,4 kampung ni. Itu saja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco, 3 minit lagi.

YB Exco, berhubung dengan YB Exco sebut tentang kunci air di Kenering, Sungai Hulu Kenerong melibatkan Kampung Tanjong Kala yang sering berlaku banjir kilat di atas alasan adanya kunci air tersebut. Kunci air tersebut tak ada apa fungsi lah. Dulu kegunaan untuk pembinaan untuk keperluan sawah padi. Tapi dah tak berguna dah pasal tak ada sawah padi pun. Jadi apabila berlaku hujan yang lebat dan terhalang dengan kayu-kayu di kunci air tersebut, itu adalah antara punca utama kenapa berlakunya banjir kilat di Tanjong

Kala. Saya cadangkan supaya dirobohkan saja kunci air tersebut kerana dah tak ada apa fungsi dah. Tapi ada golongan yang mempertahankan kunci air tersebut kerana atas sifat kerana dia kata sejarah. Mana lebih keutamaan untuk kita? Kerana sejarah atau pun untuk kemaslahan rakyat tempat tersebut?

Sambung terus. Terima kasih kepada YB Sungai Rapat. Jalan di antara Kamunting ke Batu Kurau. Dia ada satu batu perumahan awam. Di situ ada satu jalan di mana jambatan itu kecil tapi dia menghubungkan antara jalan itu ke kampung sebelah itu, Kampung Sungai Ranting. Masalahnya saya tak tahu lah nak mengadu kat siapa tapi mungkin YB boleh lihat lah. Sebab Waze, bila dia jam dan sebagainya, dia akan tunjukkan jalan alternatif di situ. Masalahnya jalan itu tak support untuk treler dan sebagainya. Jadi, dia boleh masuk tapi bila masuk jalan kampung, dah tak lepas. Menyebabkan lori, kadang-kadang lori bawa besi terbalik dan sebagainya. Jadi masalah. Waze itu tunjuk jalan itu. Jadi bila weight dia boleh masuk tapi bila masuk jalan kampung, dah tak lepas. Banyak kali berlaku dan problem kepada orang kampung lah. Mungkin ada jalan penyelesaian lah. Antara Jalan Sungai Ranting dengan satu perumahan rumah awam di Batu Empat. Kemudian YB, masalah Kampung Sungai Relong itu ada tak jawapan? Sungai Ranting, Sungai Relong yang saya tanya pasal.

Terima kasih Kamunting. Bagi soalan atau pun penerangan yang diberikan oleh Changkat Jering tadi, walaupun ini isu yang telah berlarutan lama, saya akan cuba cari jalan bagaimana kampung-kampung itu mendapat air yang bersih sebelum daripada kolam yang telah dimasuki oleh daripada sungai itu sendiri. Saya akan cari jalan bagaimanakah masalah itu dapat kita atasi untuk membantu 3 kampung tadi? Ya, Insyaallah. Yang keduanya berkenaan dengan di Kenering itu sendiri. Kalau kunci air itu dulunya digunakan kerana ada sawah padi. Sekarang ni kunci air dah haram yop, dah tak berayor. Jadi akibat itu sampah-sampah sarap penuh la bertakung dekat dengan kunci air itu. Itu jadi banjir itu kan? Jadi untuk itu, bila nak diubah kunci air itu, orang kampung marah. Sejarah kononnya. Jadi kita kena harmonikan suasana itu bahawa sejarah itu ada kampung, kampung itu ada kunci air. Kalau kita musnahkan kunci air itu, hilanglah dia punya legenda itu. Dia punya sejarah itu.

Jadi kita akan cuba cari jalan. Kalau sekiranya kunci air itu menyebabkan banyak bertakung sampah sarap di situ, maka kena ada usaha untuk menyucinya dan tengok balik laluan itu. Boleh tak dia lalu air tanpa ada sekatan lagi dan banjir kilat. Berkenaan yang Kamunting tadi, berkenaan dengan jalan kecil itu, bila jambatan itu kecil, jadi memanglah Waze akan beritahu alternative route. Bila lalu alternative route termasuk ke kampung, pecahlah jalan yang kampung itu. Jadi di sini ini, kalau berlaku suasana sedemikian, kita minta usahasama daripada orang kampung. Bila berlaku jam dekat situ bermaknanya Waze akan suruh mereka pergi laluan lain dan laluan itu akan jadi mangsa. Laluan kampung itu akan jadi mangsa. Yang ini kita kena dapat pemberitahuan atau beritahu, saya akan beritahu kepada pihak JKR di daerah tersebut buatkan signage dia. Supaya tidak boleh gunakan jalan kampung jika jalan laluan yang kecil tadi itu. Saya faham ada jambatan gerotak itu kecil sangat. Untuk selisih pun tak boleh. Jadi untuk itu mereka terpaksa gunakan laluan optional. Laluan yang lain. Jadi saya akan cuba dapatkan penyelesaian dengan JKR daerah itu. Terima kasih dan saya akan berikan jawapan bertulis berkenaan dengan soalan yang ketiga tadi. Wallahualam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas saranan yang telah pun diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya pastikan bahawa tugas utama kita sebagai wakil rakyat ini adalah untuk menggubal undang-undang bagi negeri kita ni harmoni. Tidak ada unsur-unsur perkauman. Tidak ada unsur-unsur agresif. Tidak ada unsur-unsur yang tak elok, yang negatif. Sebagaimana saya nyatakan tadi ayat itu menyatakan kita diberikan kuasa sementara. Gunakan kuasa sementara itu laksanakan 4 perkara tadi. Dirikan sembahyang, urus zakat kita, urus kewangan kita, laksanakan yang makruf, tinggalkan yang mungkar. Jadi kalau ini dapat dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada Kerajaan atau pun dari Pembangkang, maka kita duduk dalam suasana yang cukup harmoni. Baru lah datangnya Bal Datun Toibatun Warabul Rafur. Tapi kalau dah hari-hari bertekak, hari berkokak, bergigit, bercakor nak buat macam mana? Jadi marilah sama-sama saya menyeru diri saya sendiri. Jadikan tahun 2023 tahun depan ini satu tahun yang harmoni dan tidak ada perbelahan, tidak ada percakaran, tidak ada. Orang kampung rasa tak puas hati. Jadi dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan Sungai Rapat menyokong Belanjawan tahun depan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Sungai Rapat. Seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Lintang Exco untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah, Alhamdulillah. Solatan wa salaman ala Rasulillah wa maintabi wa walaik. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan juga Negeri, rakan-rakan media seterusnya tuan-tuan dan puan-puan Pemerhati yang dihormati sekalian. Alhamdulillah dengan lafaz Bismillah, pembuka bicara. Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan perkenan-Nya jua rakyat dan Negeri Perak yang tercinta ini mudah mudahan mendapat limpahan rahmat, kemakmuran dan kesejahteraan daripada Allah SWT. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 yang melibatkan di bawah portfolio saya. Segala cadangan, pandangan dan teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas peruntukan Wang Pembangunan sejumlah RM395juta dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2023 yang memberi fokus memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi Negeri Perak yang bertemakan 'Perak Makmur Rakyat Sejahtera'.

Penumpuan terhadap kesejahteraan rakyat melalui projek yang tersedia mahu pun projek di dalam perancangan Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, keprihatinan dan kecekapan Kerajaan Negeri melalui keimpinan Yang Amat

Berhormat Menteri Besar, beberapa projek baru telah diberi perhatian. Sebagai contoh, cadangan PFI Projek Lebuhraya WISE Gopeng dan Kuala Kangsar, Gopeng ke Kuala Kangsar, di mana pembinaan dan pengoperasiannya lebuhraya baru ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi di Negeri Perak dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Di antaranya pembangunan nilai harta tanah, perindustrian, pembandaran serta memberi nilai tambah dari segi sosio ekonomi, khususnya masyarakat luar bandar di sepanjang jajaran lebuhraya. Tambahan lagi penemuan mineral baru lantanid di Negeri Perak juga dapat menarik minat para pelabur dengan membantu kerajaan negeri memacu ekonomi negeri bukan sahaja bergantung selamanya kepada kutipan hasil semata tetapi sumber mineral baru ini juga penyumbang kepada hasil baru Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, meneliti semua pertanyaan, isu, cadangan mahu pun pandangan daripada Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbincangan Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2023, seramai 7 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh pelbagai perkara berkaitan portfolio saya. Dalam tempoh masa 20 minit yang ditetapkan, saya akan menyantuni perkara-perkara yang wajar diberi respond secara tuntas. Manakala yang lainnya akan dijawab secara bertulis mengikut keperluan atau pun dirujuk kepada jabatan atau agensi berkenaan untuk tindakan. Dato' Yang di-Pertua, sesi pengulangan saya hari ini akan terbahagi kepada beberapa pecahan sektor iaitu pertanian, industri makanan, perikanan, pembangunan luar bandar serta akhir sekali ialah isu lain-lain berkaitan dengan portfolio saya. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, menyentuh isu-isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di bawah sektor pertanian dan industri makanan. Ahli Yang Berhormat dari Sungai Manik telah memberi cadangan kepada kerajaan negeri keperluan mengekalkan sektor pertanian sebagai sektor utama bukan sahaja bagi memastikan bekalan makanan mencukupi malah menjadi pengeluar utama.

Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM55 juta wang mengurus dan pembangunan kepada pelbagai jabatan dan agensi bagi menyokong sektor perladangan, pertanian, perikanan dan industri makanan serta menggalakkan penglibatan pemain industri sama ada sedia ada atau pun yang baru dengan pelbagai insentif. Kerajaan negeri juga menjadikan sekuriti makanan sebagai salah satu daripada enam agenda utama dalam Perak Sejahtera 2030. Dari aspek perlaksanaan pula, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, SADC, selaku pemain industri untuk terus komited melalui projek pelaburan serta CSR. Kerajaan negeri mengucapkan setinggi jutaan terima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak di atas komitmen pelaksanaan Program Sekuriti Makanan oleh Perbadnan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang berjumlah RM306 juta bagi tahun 2023. Tambahan lagi Yang Berhormat Sungai Manik mencadangkan mewujudkan pusat kajian khas bagi mewujudkan kempen sepanjang tahun di pelbagai platform dengan melibatkan pihak swasta serta rakyat agar agenda sekuriti makanan ini dapat direalisasikan bersama-sama. Kerajaan Negeri telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Ladang di setiap daerah dengan mengumpulkan semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam keterjaminan sekuriti makanan.

Selain itu, Program Agro Fest yang dilaksanakan 2 tahun sekali dan merupakan platform terbaik bagi tujuan keterjaminan makanan. Yang Berhormat Dato' Yang di-

Pertua, Yang Berhormat daripada Rungkup, Sungai Manik dan Gunung Semanggol yang telah menyentuh peranan dan penyelarasan daripada jabatan agensi persekutuan dan juga negeri termasuk GLC dalam mencapai keberhasilan program-program keterjaminan bekalan makanan seperti yang dicatatkan dalam pembentangan Belanjawan 2023. Untuk maklumat Yang Berhormat, penyelarasan pelaksanaan daripada Jabatan Persekutuan dan Negeri iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang, RISDA, termasuk GLC seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Pertanian Negeri Perak, Agrobank, TEKUN, BERNAS, diwujudkan bagi membantu pengusaha berkaitan pengurusan sumber bahan mentah. Keadaan pasaran, teknologi pertanian dan pengurusan tanah demi menjamin keberhasilan program-program keterjaminan bekalan makanan adalah melalui mesyuarat, MAF Incorporated serta post Exco yang dilaksanakan mengikut suku tahun bagi setiap tahun.

Pengusaha yang terpilih untuk menerima bantuan pembangunan adalah terdiri daripada pengusaha yang mempunyai daya saing dan telah menjalankan projek-projek pertanian mereka sekurang-kurangnya enam bulan. Tambahan lagi pengusaha-pengusaha ini diberikan bantuan one-off seperti pembangunan infrastruktur, input pertanian seperti baja tanaman dan racun perosak serta pembangunan kawasan. Bantuan bekalan anak pokok benih juga dari sumber yang telah disahkan oleh pihak Jabatan Pertanian untuk memastikan kualiti pokok dan benih adalah terjamin. Jabatan Pertanian menjalinkan kerjasama dengan pihak FAMA dan memastikan hasil pengeluaran tanaman pengusaha-pengusaha ini dapat dijual ke pasaran. Dalam memastikan sektor pertanian Negeri Perak dapat berkembang maju dengan arus pemodenan zaman Kerajaan Negeri turut menggalakkan pengusaha-pengusaha pertanian di negeri ini untuk menggunakan teknologi-teknologi terkini. Jabatan Pertanian juga bertindak sebagai ejen pengembangan bagi teknologi-teknologi baru yang disampaikan kepada usahawan tani di negeri ini. Segala usaha yang dijalankan ini merupakan penentu kepada keterjaminan bekalan makanan Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Veterinar juga memastikan keterjaminan makanan di Negeri Perak dicapai dengan pembangunan semula rizab padang ragut. Semua tanah rizab padang ragut ditanam dengan rumput dan fodder bermutu dan perlukan penyelenggaraan dan tanaman semula sepas lima tahun ke tujuh tahun. Jabatan melalui peruntukan ini dipohon sentiasa memberi perhatian terhadap prestasi padang ragut supaya penggunaan padang ragut dan pengeluaran ternakan dicapai secara optimal. Selain daripada itu, bantuan dan inisiatif melalui Program Bantuan Baka Ternakan di mana Jabatan Veterinar merancang setiap tahun bagi perolehan baka-baka ternakan terutamanya ternakan ruminan bermutu untuk disalurkan kepada kumpulan sasa iaitu penternak yang berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran hasil ladang mereka. Selain daripada itu, Yang Berhormat Rungkup menyentuh usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam menepis penindasan dan eksploitasi oleh pihak kartel terhadap pengusaha agar kebolehpasaran produk pertanian dapat diperluaskan dan harga produk di pasaran stabil.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua bagi menepis eksploitasi dan penindasan dilakukan pihak kartel terhadap pengusaha-pengusaha produk pertanian khususnya di Negeri Perak, Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi telah merancang inisiatif untuk melaksanakan pelbagai program melibatkan keseluruhan ekosistem. Antara inisiatif atau pendekatan yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri melalui agensi seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah seperti pengukuhan usahawan ayam kampung dan ayam daging di mana SADC berusaha dengan usahawan untuk melengkapkan ekosistem industri daripada huluan atau pun pengeluaran baka sehingga hiliran itu jualan pasaran dengan memperbanyakkan distribution channel dengan izin. Kaedah tersebut juga akan dilaksanakan oleh Perak SADC bagi industri pertanian, penternakan serta industri bekalan makanan laut. Ahli Yang Berhormat daripada Gunung Semanggol mencadangkan Kerajaan Negeri untuk meneliti anggaran sewajarnya dalam mengatasi masalah serangan kulat ancaman kepada hasil tani terutamanya bagi tanaman padi yang sering dihadapi oleh petani seiring mencapai matlamat usaha-usaha keterjaminan makanan di Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat, setiap tahun Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi mengawal serangan perosak dan penyakit tanaman padi di petak sawah petani dari terus merebak. Peruntukan berjumlah RM100 ribu pada tahun 2021 dan RM50 ribu pada tahun 2022 telah digunakan untuk membuat perolehan racun serangga dan penyakit bagi mengawal serangan bena perang, ulat gulung, daun, ulat pengorang, penyakit hawat dan lain-lain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri percaya Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Negeri Perak yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar pada 4 September 2022. Ia dapat membantu memperkasakan agenda pembangunan sektor agro makanan dengan tumpuan khusus terhadap usaha meningkatkan sekuriti makanan negeri.

Usaha ini bakal dijayakan melalui pemodenan dan pertanian pintar serta memperkukuhkan rantaian nilai agro makanan. Keutamaan plan kali ini ditumpukan kepada usaha mempertingkatkan produktiviti dan pendapatan serta kualiti hidup dalam kalangan pengeluar sektor makanan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya isu-isu soalan-soalan dan cadangan dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di bawah sektor perikanan dan hal ehwal nelayan. Ahli Yang Berhormat Gunung Semanggol mencadangkan Kerajaan Negeri untuk melihat semula ataupun membuat pemantauan merupakan aktiviti penangkapan ikan yang jika tidak dibendung akan merosakkan ekosistem pembiakan ikan. Kali ini dilihat kritikal, terutamanya di Sungai Kerian.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Perak amat memandang serius akan isu-isu yang menyalahi dan melanggar Akta Perikanan 1985 dan Kaedah-kaedah Perikanan Sungai Perak 1992. Penggunaan alatan yang tidak dilesenkan dan dilarang perlu ditegah demi memastikan kelestarian sumber perikanan dan sekaligus menjaga habitat semulajadi ikan perairan negeri. Antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Pejabat Perikanan Negeri Perak ialah dengan membuat pemantauan dan pengawasan ataupun MCS di kawasan perairan negeri Perak secara berkala dan berjadual. Individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Pada tahun 2022 sebanyak 1,048 alatan yang tidak dilesenkan telah dirampas dan dilupuskan oleh pihak berkuasa sebagai salah satu usaha untuk membendung masalah ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan daripada Malim Nawar yang menyentuh status tasik-tasik bekas lombong yang menjadi tempat sumber pendapatan penduduk setempat yang juga nelayan darat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Lintang. EXCO minta untuk menyentuh tadi mengenai dengan penguatkuasaan untuk menjaga kelestarian sumber. Memang kita ucapkan banyak terima kasih lah kepada Jabatan Perikanan. Cuma sebagaimana yang selalu diulang bahawa kekuatan anggota kita tidak cukup. Kemudian pihak-pihak yang menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan ini dia seolah-olah tahu bila kita nak menguatkuasakan. Jadi sebab itu kita kata di Sungai Kerian itu sendiri, apabila dia dia seolah-olah tahu tapi dia memang kegiatan dia orang kampung kata, ok, Haji kami on the way telefon boleh mari tengok bila dia nak beroperasi benda itu. Jadi itu saya mohonlah kalau kita lepas ini kita boleh menguatkuasakan supaya boleh bagi pengajaran dan kesedaran kepada mereka yang menggunakan peralatan yang terlarang ini mereka boleh dapat sumber yang banyak dalam masa yang terdekat tapi dalam satu jangka masa panjang, ianya hilang sumber. Jadi saya minta lah.

Satu pandangan yang baik daripada Gunong Semanggol dan insyaallah saya akan memberi perhatian yang sewajarnya di atas pandangan yang diberikan tadi. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk meneruskan jawapan atau menggulung ucapan pada pagi ini pada petang ini dan saya mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat jika sekiranya ada yang untuk mencelah dan sebagainya berikan keizinan kepada saya untuk menghabiskan saya penggulungan ini dan jika ada ruang masa insya Allah saya akan beri ruang dan peluang kepada Ahli Yang Berhormat untuk membangkitkan apa juga perkara dalam penggulungan ini. Ahli Yang Berhormat dari Malim Nawar menyentuh status tasik-tasik bekas lombong yang menjadi tempat sumber pendapatan penduduk tempat yang juga nelayan darat. Walaubagaimanapun tempat ini turut menjadi tapak projek berkelompok perikanan bandar. Tambahan lagi di kalangan peserta projek ini bukanlah terdiri pada nelayan darat. Berikut Kerajaan Negeri perlu meneliti semula perihal peserta yang berkelayakan untuk terlibat dalam projek perikanan bandar ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek perikanan bandar yang berasaskan kepada pembangunan kolam-kolam bekas lombong sebagai medium untuk penternakan ikan dalam skala yang besar, berkualiti bekalan berterusan dan mudah untuk diakses menepati kriteria yang ditetapkan dalam sekuriti makanan. Kolam lombong yang berpotensi bagi tujuan penternakan dan agro pelancongan menjurus kepada perikanan bandar boleh dilaksanakan apabila kolam-kolam tersebut diwartakan sebagai perairan umum reserve nelayan darat oleh Kerajaan Negeri Perak. Status ini membolehkan jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan Malaysia melaksanakan beberapa projek perikanan bertujuan mempertingkatkan pengeluaran ikan air tawar dan meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti setempat, terutama golongan nelayan-nelayan darat dan usahawan aquakultur di negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek perikanan bandar yang di daerah Kinta dan Kampar ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah bagi individu berpendapatan di bawah RM4,000.00 sebulan atau golongan B40 dan juga menampung keperluan sumber makanan berasaskan ikan air tawar untuk penduduk bandar. Untuk projek ekonomi yang boleh dilaksanakan adalah pelepasan benih ikan, penternakan lepas bebas, perikanan rekreasi, penternakan ikan dalam sangkar dan pengoperasian restoran terapung. Pelaksanaan projek perikanan bandar ini meliputi penternakan ikan air tawar dalam kolam bekas lombong secara berkelompok di daerah Kinta dan Kampar. Sasaran peserta daripada terdiri daripada nelayan darat dan penduduk setempat daripada golongan B40 yang berusia 18 tahun ke atas. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 11 kawasan iaitu 9 di daerah Kinta dan 2 di daerah Kampar yang telah dikenalpasti sesuai yang melibatkan 16 buah kolam lombong bagi pelaksanaan projek ini dengan keluasan tanah sebanyak 109 hektar. Tambah lagi, pemilnhan peserta terdiri daripada komuniti setempat, orang awam ataupun nelayan darat yang berminat dan memberikan komitmen yang tinggi. Keutamaan diberi kepada mereka yang berpendapatan rendah B40, penilaian peserta bergantung kepada keluasan kolam lombong yang hendak dimajukan dengan nisbah 3 ekar per orang ataupun peserta. Seramai 107 peserta akan terlibat dengan pelaksanaan projek ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya yang berkaitan dengan soalan-soalan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah pembangunan luar bandar. Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Kurau mencadangkan Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan untuk pembinaan dewan orang ramai di Kuala Kurau. Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan dewan orang ramai di Kuala Kurau dalam tindakan memohon peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan, di mana anggaran kos yang disediakan oleh pihak JKR sebelum ini bagi membina bangunan dewan baru berkeluasan 1,045 meter persegi adalah berjumlah RM4.8 juta. Satu anggaran yang besar. Dewan serbaguna ini juga dilengkapkan dua gelanggang badminton dan kemudahan lain seperti pentas, bilik persalinan dan tandas. Selain itu, status tanah di atas tapak cadangan dewan ini adalah tanah kerajaan dalam proses permohonan untuk perizaban sebagai reserve dewan. Seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Slim menyentuh berkenaan penempatan dan pemilikan rumah generasi kedua, warga Felcra dan juga Felda.

Untuk makluman Yang Berhormat, Felda telah menyiapkan projek perumahan generasi baru Felda FGBF itu sebanyak 102 unit di Felda Gunung Besout. Dua, Sungkai dan 100 unit di Felda Lasah, Sungai Siput Utara. Mereka telah ada maklumat projek perumahan generasi baru Felda. Telah siap sepenuhnya 100% pemilihan, peserta pemilih telah dilaksanakan melalui cabutan undi, undian pada 8 November 2022. Final inspection oleh PBT untuk CCC pada Mac 2023. SMP, Sale and Purchase, dengan izin kepada pembeli akan dilaksanakan pada hujung Mac ataupun awal April 2023. Untuk makluman Yang Berhormat, Felda telah memberhentikan projek perumahan generasi baru Felda FGBF ini. Walaubagaimanapun ia diganti dengan projek baru yang dikenali sebagai Lot Generasi Felda, LGF. LGF ini berbeza dengan PBGF di mana LGF ini menyediakan tapak lot rumah sahaja dan bakal pembeli yang akan membina sendiri rumah di atas tanah tersebut. Sama ada secara perseorangan, berkumpulan ataupun melalui pembiayaan bank ataupun syarikat-syarikat perumahan yang sedia ada.

Ahli Yang Berhormat Slim juga menyentuh berkaitan dengan tindakan Kerajaan Negeri dalam penyediaan kemudahan fasiliti dan infrastruktur oleh Kerajaan Negeri dan persekutuan agar penyampaian secara menyuruh kepada warga FELDA khususnya di DUN Slim. Untuk makluman Yang Berhormat, FELDA telah membantu membangunkan infrastruktur di kawasan FELDA terutamanya di DUN Slim melalui pelbagai inisiatif. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan melalui Pakej Ransangan Ekonomi, Bantuan Tabung Kebajikan Peneroka dan Dana Infrasturktur FELDA. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan. Penerapan semula pembukaan tar baru di seluruh tanah rancangan FELDA di seluruh negeri Perak. Bagi tanah rancangan FELDA di kawasan DUN Slim dan DUN Behrang, sistem paip telah diganti baharu bagi mengatasi masalah bekalanan air yang sering berlaku. Manakala di Felda Lasah, projek menaiktaraf loji rawatan air sedang dalam proses pembinaan. FELDA juga dengan kerjasama TNB telah memperuntukkan tambahan lampu jalan di dalam kawasan perkampungan FELDA di seluruh negeri Perak. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk menanggung kos elektrik bagi setiap lampu jalan tersebut. Selain itu juga, FELDA sentiasa mengambil berat segala keperluan terhadap peneroka dengan pembinaan dan pembaikkan pelbagai infrastruktur yang ada di FELDA. Antaranya ialah membina, membaikpulih Dewan Semai Bakti di semua FELDA dalam negeri Perak. Membaikpulih cerun dan tanah runtuh di kawasan FELDA terutamanya dalam kawasan rumah warga FELDA. Memberikan bantuan tabung kebajikan peneroka kepada penerokawati yang menghidap penyakit kronik.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri mempunyai iltizam dan komitmen yang tinggi untuk merapatkan dan seterusnya menghapuskan jurang kualiti taraf kehidupan penduduk antara bandar dan luar bandar. Antaranya, mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang lebih besar dan mewujudkan suasana sosial serta persekitaran yang kondusif bagi menarik minat penduduk di luar bandar, khususnya golongan belia untuk terus tinggal di luar bandar. Selain itu, kerajaan berhasrat untuk menarik sebahagian penduduk dan pemain industri di bandar untuk berhijrah ke luar bandar, bagi meningkatkan jumlah penduduk produktif, bagi meningkatkan keupayaan ekonomi luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kawasan luar bandar ini berupaya menjadi destinasi penting percutian dan pelancongan dari dalam dan luar negara, bagi menikmati keindahan alam, warisan budaya dan keseronokkan tinggal di luar bandar. Contohnya, di kawasan saya, iaitu di Kuala Mu di dalam kawasan DUN Lintang. Secara tidak langsung, ia dapat membantu menaik taraf sosio ekonomi untuk masyarakat orang asal. Baru berlaku juga, Kampung Orang Asli Bersah Pos Kuala Mu telah memenangi johan pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera bagi kategori Orang Asli peringkat Kebangsaan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini untuk kita bersama-sama memberikan sokongan dan dokongan kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri untuk kita berganding bahu, bekerja dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab bagi merialisasikan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 untuk memakmurkan negeri dan mensejahtera rakyat. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakam setinggi-tinggi ucapan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan, cadangan serta memberikan sokongan di atas pembentangan RUU Perbekalan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri besar Perak. Dengan sokongan, dengan secara rasionalnya, ini menunjukkan bahawa kematangan dan kita inginkan keharmonian dalam kita menentukan tanggungjawab kita, amanah yang telah diberikan kita ini dapat dilaksanakan dengan sedaya yang mungkin, demi kemakmuran negeri, demi kesihatan rakyat. Semoga kematangan dan keharmonian ini dapat diterjemahkan dan diteruskan sebagai salah satu pasukan dalam Kerajaan Perpaduan ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya, saya akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh saya, pada saya pada kali ini, saya akan menjawab dengan secara bertulis. Itulah saja penggulungan saya pada hari ini. Mudah-mudahan kita sentiasa akan mendapat limpahan rahmat dan insyaAllah saya penuh yakin dengan kesedaran dan keinsafan daripada kita semua yang berkaitan dengan amanah dan tanggungjawab ini, moga sudah tentulah kita akan melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik-baik yang mungkin dan kita ingin jadikan khoirunnas anfa'uhum linnas. Sebaik baik manusia itu memberikan manfaat kepada manusia yang lain. Apatah lagi kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah diberi kepercayaan dan keyakinan pengundi kita di kawasan masing-masing. Maka untuk itu saya Lintang…

Yang di-Pertua

Laluan, Slim nak minta, boleh?

Ya, boleh-boleh.

Assalamualaikum, terima kasih Yang Berhormat, Terima kasih Tuan Speaker. Persoalan tentang rumah generasi kedua, 102 unit yang disebutkan tadi. Kalau lihat generasi FELDA terlalu ramai, mungkin boleh kita bincang dan khususkan perumahan di Felda Besout yang satu sampai lima penduduknya dan Trolak Utara dan Trolak Selatan dan perlu kepada dikhususkan penempatan mereka ini dan disebut tidaklah orang kata di awang-awangan. Baru-baru ini diberi taklimat hampir 500 generasi yang datang, mendengar taklimat untuk diberikan rumah ataupun tanah kepada mereka. Jadi di sana nampak di awang-awangan seumpama menjual ikan dalam laut yang tidak tahu di mana tempatnya, berapa besar lokasinya dan ia perlu dibincangkan secara khusus di peringkat Exco dan FELDA. Kita harapkan di generasi FELDA itulah, kita harap sangat benda ini dipercepatkan. Terima kasih.

Terima kasih di atas pandangan daripada Yang Berhormat Slim. Insyaallah, bagi pihak Kerajaan Negeri, sentiasa akan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan pihak FELDA berkaitan persoalan yang dibangkitkan oleh pihak Slim tadi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Kuala Kurau ya.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker dan Yang Berhormat Exco. Ini berkaitan dengan isu pengairan di kawasan jelapang padi di daerah Kerian. Masalah pengairan disebabkan rumput rumpai yang cepat tumbuh hingga menyekat aliran air di kawasan sawah padi. Untuk makluman Yang Berhormat Dato' Exco jadual pembersihan parit dan tali air di daerah Kerian sekarang adalah 4 kali setahun. Jadi saya telah mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Exco Infra sebelum inilah, bersama dengan pihak JPS Perak dan juga Pejabat Kewangan Negeri berkaitan cadangan untuk menambah jadual pembersihan parit dan tali air daripada 4 kali setahun kepada 6 kali setahun supaya keadaan parit dan tali air sentiasa terjaga dengan baik. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Dato’ Exco apakah status perbincangan tersebut berkaitan dengan cadangan yang saya bangkitkan? Terima kasih.

Baik, terima kasih kepada Kuala Kurau dan berkaitan dengan jadual daripada 4 kali kepada 6 kali itu dalam pihak perbincangan saya, semasa saya berada memegang INTAP dahulu. Insyaallah, perkara ini akan diberi perhatian dan saya akan bincang dengan jabatan yang berkaitan dan juga dengan pihak infra sekali untuk menentukan bahawa apa yang dicadangkan tadi dapat kita laksanakan pada tahun 2023 insyaaAllah, terima kasih.

Dato' Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua, itu sahajalah penggulungan saya. Maka dengan itu, saya, Lintang, menyokong. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO dari kawasan Lintang yang telah menggulung perbahasannya. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Perak Sejahtera 2030. Auzubillahimina shaitanirrajim Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirrabbilalamin wassalatu wassalamu ala sayyidil mursalin wa imamil mutaqin wa ala alihi wa ahli baytihi wa sahbihi ajmain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, saudara saudari yang dihormati sekalian. Saya mulakan sesi penggulungan ini dengan memetik firman Allah SWT, dalam surah An Nisa ayat 58 yang bermaksud, Sungguh Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaknya kamu menetapkannya dengan adil, sungguh Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepada mu, sungguh Allah maha mendengar, maha melihat.

Saya menarik perhatian rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian kepada ayat tersebut untuk kita sama-sama menggembeleng kudrat dan buah fikiran, bagi mencari kearifan di dalam Dewan yang mulia ini supaya mudah-mudahan keputusan yang kita lakukan akhirnya memberikan keadilan dan melimpahkan sebaik-baik manfaat kepada setiap lapisan rakyat tanpa mengira garisan kaum dan agama. Dalam konteks ini, saya merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana berkat kebesaran dan keagungannya juga. Maka perjalanan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Riduan yang setakat ini sudah memasuki hari keenam berjalan dengan penuh tertib dan lancar seiring dengan semangat menjunjung demokrasi yang diteladani oleh kita sekalian Ahli Yang Berhormat. Semangat ini begitu terserlah apabila sesi perbahasan dengan Undang-

Undang Enakmen Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 yang melibatkan 23 orang Ahli Dewan Negeri, masing-masing 9 orang wakil rakyat daripada blok Kerajaan dan 14 daripada blok pembangkang, bukan sahaja berjalan dengan begitu baik dengan lontaran pandangan serta kritikan yang konkrit dan membina, malah mencerminkan kematangan kita di Negeri Perak ini untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan ideologi atau kabilah politik.

Dalam hubungan itu, saya mengambil kesempatan dalam sesi penggulungan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di atas dokongan sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang yang rata-ratanya senada menyokong Belanjawan 2023 Negeri Perak yang telah saya bentangkan pada 22 Disember yang lalu. Saya telah menekuni perjalanan perbahasan yang saya anggap sangat harmoni, rata-rata melonjakkan pujian dan penghargaan, ada yang melayangkan kritikan dan teguran, namun tetap diselit dengan cadangan penambahbaikan.

Urusetia Dewan Undangan Negeri merekodkan, terdapat 123 isu yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan dan sebahagian besarnya sudah pun disentuh dan dijawab oleh rakan-rakan Exco sebentar tadi. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Exco yang telah memberi maklum balas kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut portfolio masing-masing. InsyaAllah saya akan mengambil peluang ini untuk menggulung perbahasan yang menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, kewangan, keselamatan, tanah, sumber asli, perancangan ekonomi dan GLC. Pun begitu saya mohon maaf sekiranya saya tidak sempat memberi maklum balas satu per satu kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Saya juga memohon maaf kerana ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan tidak dapat saya jawab memandangkan ia berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri, khususnya isu-isu yang perlu dibawa untuk perhatian dan tindakan Kerajaan Pusat. Namun bagi setiap isu yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan tetap diberikan perhatian, pertimbangan dan tindakan di mana perlu, termasuklah isu-isu atau permasalahan yang boleh diselesaikan secara pentadbiran kerajaan. Kerajaan Negeri juga akan berusaha memanjangkan perkara-perkara menyentuh bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui platform-platform yang bersesuaian.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan ucapan dengan memberi maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rungkup, mengenai langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk merapatkan jurang sosial ekonomi di antara golongan berada dan bukan berada tanpa mengira kaum dan faktor geografi. Untuk maklumat Yang Berhormat Rungkup, Pelan Perak Sejahtera 2030 diilhamkan dan dibentuk untuk mencapai tiga sasaran utama, iaitu sejahtera sosial, sejahtera ekonomi dan sejahtera politik. Termasuklah memberi keadilan kepada rakyat untuk mendapat peluang serta kemudahan pendidikan, pekerjaan, perumahan dan juga keselamatan. Strategi, flagship, program dan inisiatif yang diformulasikan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Memastikan keterangkuman pelbagai komposisi kaum dan taraf sosial ekonomi serta pengagihan pembangunan bersasar, yang seimbang di seluruh negeri menerusi penjenamaan dan pengkhususan daerah. Ke arah merapatkan jurang sosial ekonomi di kalangan rakyat, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembangunan pelbagai projek berimpak tinggi, termasuklah Otomotif High Tech Valley di Tanjung Malim, pembangunan Silver Valley Technology Park di Chemor, Ipoh, Ipoh Integrated Park di Simpang Pulai, Projek Pembangunan XP Power Malaysia di Seri Iskandar, Smart Paint Neo Industry 4.0 di kawasan Perindustrian Bemban dan juga Lumut Maritime Industry City atau LUMIK di Pelabuhan Lumut.

Secara amnya, projek-projek pembangunan yang dirancang ini bakal menjana ratusan ribu peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Perak, menjelang 2030 dan mencipta limpahan ekonomi di kawasan persekitaran. Ini secara tidak langsung akan dapat menaikkan taraf sosial ekonomi masyarakat setempat dan merapatkan lagi jurang antara golongan kurang berkemampuan dan golongan berada. Selain itu, antara usaha lain yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah melalui perlaksanaan program–program flagship. Sebagai contoh, flagship kelima daripada 18 flagship, flagship kelima ialah berkaitan dengan Program Pemboleh Dayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, memberi fokus kepada usaha menaik taraf kehidupan masyarakat daripada segi ekonomi dan sosial, sekaligus mewujudkan peluang yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat. Flagship ini merupakan usaha sistematik Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan B40 yang seterusnya membantu kumpulan ini untuk keluar dari perangkap kemiskinan. Yang Berhormat Rungkup dalam sesi perbahasan juga mencadangkan supaya Kerajaan meneruskan Pakej Ransangan Ekonomi atau PRE melalui perbelanjaan peruntukan yang bersesuaian bagi memastikan proses pemulihan pasca covid yang pernah dilaksanakan membantu peniaga untuk menambah pendapatan.

Untuk makluman Yang Berhormat Rungkup, buat masa ini Kerajaan Negeri tidak lagi merancang untuk meneruskan penyediaan peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, memandangkan peruntukan belanja pembangunan telahpun ditingkatkan sebanyak 30.8% kepada RM395juta berbanding hanya RM302juta pada tahun 2022. Bagi tujuan membantu para peniaga, Kerajaan Negeri mengekalkan Program Pembangunan Usahawan melalui Inisiatif Tabung Usahawan dengan peruntukan RM2juta serta program-program di bawah Sekretariat Usahawan Perak ataupun STeP yang melibatkan bantuan suntikan dana untuk perniagaan, program-program pembangunan usahawan serta bantuan meningkatkan produk perniagaan. Di samping itu, bagi mempelbagaikan kemahiran di kalangan rakyat, Kerajaan Negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK akan terus melaksanakan program-program pembangunan kendiri bagi meningkatkan peluang, meningkatkan pendapatan dengan peruntukan sebanyak RM5.5juta di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET. Peruntukan-peruntukan yang disediakan adalah secara menyeluruh dan boleh dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat untuk menambahkan pendapatan dan juga kemahiran diri. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memandang tinggi rasa empati Yang Berhormat Gunong Semanggol apabila membangkitkan cadangan supaya pihak Kerajaan Negeri menyediakan tanah wakaf kepada golongan B40 yang mendapat kelulusan pihak Baitumal untuk membina rumah tetapi mereka tidak memiliki tanah. Ini adalah merupakan cadangan yang sangat baik dan Kerajaan Negeri sedia untuk memperhalusi pelaksanaannya.

Namun suka untuk saya menjelaskan bahawa sebarang langkah yang diambil oleh pihak Baitumal Negeri Perak mestilah mengambil kira garis panduan dan SOP pengurusan tanah wakaf yang sedia ada. Pada masa yang sama, pihak Baitumal dengan kerjasama Pejabat Daerah berkenaan boleh mengambil inisiatif untuk mengenal pasti dan mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah di RPT sedia ada yang belum diberi hakmilik ataupun belum lagi dibangunkan. Yang Berhormat Gunong Semanggol turut membangkitkan isu Kampung Perlis yang pada asalnya diluluskan untuk tujuan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tetapi kemudiannya dibatalkan untuk diberimilik kepada sebuah syarikat. Penduduk yang terlibat telah bersetuju untuk menerima pampasan, sebahagian penduduk telah menerima pampasan tetapi masih kekal berada di kawasan tersebut dengan alasan bahawa nilai pampasan yang diterima adalah tidak setimpal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah diakui bahawa kelulusan telah diberikan kepada syarikat berkenaan di atas tapak yang pada asalnya diduduki oleh penduduk tempatan bagi tujuan aktiviti pertanian. Usaha penyelesaian telah dibuat secara berterusan melalui beberapa siri perbincangan dengan syarikat berkaitan. Kerajaan Negeri juga telah mencadangkan tukar ganti bahagian tanah yang terlibat dengan penduduk setinggan. Namun usul tersebut tidak dipersetujui oleh syarikat berkenaan dan Kerajaan Negeri cenderung untuk meneruskan rundingan bagi membolehkan bahagian yang terlibat dibuat penyerahan bagi mana-mana tapak ganti yang bersesuaian kepada syarikat tersebut. Namun sekiranya usaha cadangan tukar ganti tanah masih tidak dipersetujui oleh syarikat, maka proses pengambilan perlu dilaksanakan melalui peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan saya mengucapkan banyak terima kasih di atas keperhatinan Yang Amat Berhormat dan menghargai apa yang telah diusahakan oleh penduduk-penduduk di situ yang cukup menderita lebih daripada sampai 60, 70 tahun dah umur mereka sekarang. Terima kasih banyak. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Saya juga menyambut baik cadangan Yang Berhormat Gunong Semanggol untuk menjadikan Kampung Tepi Kolam sebagai sebuah kawasan agro pelancongan. Kawasan ini berpotensi menjadi daya tarikan pelancongan khususnya di sekitar kawasan Bukit Merah, di samping mempunyai daya tarikan semula jadi seperti keindahan alam sekitar serta aktiviti penduduk kampung yang boleh diketengahkan sebagai pelengkap kepada aktiviti agro pelancongan di situ. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti satu tapak berhampiran yang sesuai untuk dijadikan sebagai Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT). Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Chenderiang sama ada Kerajaan Negeri ada menyediakan subsidi kepada pengurus rumah ibadat yang mendakwa mereka mengalami kesulitan disebabkan kos tinggi bagi melaksanakan penilaian ujian risiko dan keselamatan untuk penubuhan rumah ibadat baru terutamanya yang melibatkan kawasan berisiko tinggi seperti di dalam gua batu kapur. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada peruntukan khusus disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan tersebut. Perlu saya jelaskan bahawa kewujudan rumah-rumah ibadat iaitu kuil dan tokong yang dibina secara tidak sah boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada masyarakat. Dalam menangani isu ini, satu jawatankuasa hal ehwal agama bukan

Islam dan jawatankuasa khas penyelesaian rumah ibadat. Tokong di dalam gua batu kapur telah diwujudkan untuk menjadi medium bagi membincangkan isu-isu dan merancang dasar serta garis panduan bagi pembinaan rumah ibadat Hindu dan tokong di Negeri Perak.

Pihak Berkuasa Negeri melalui Perjumpaan MMK Bilangan 2086 bertarikh 12 Oktober 2022 telah meluluskan dasar bagi pelupusan rumah ibadat agama Hindu (kuil). Kelulusan ini termasuklah mewujudkan term of reference (TOR) bagi Jawatankuasa Rumah Ibadat Hindu Negeri Perak yang menjadi medium penyelesaian masalah, membincangkan isu untuk pemutihan tapak kuil yang tidak sah dan menjadi platform untuk menyediakan garis panduan bagi pembinaan dan penguatkuasaan rumah ibadat Hindu di seluruh Negeri Perak. Di samping itu, Pihak Berkuasa Negeri dalam kertas yang sama telah meluluskan garis panduan bagi pelupusan tapak kuil, kelulusan bersyarat khas bagi kuil yang dibina di atas rizab kerajaan dan prosedur penguatkuasaan menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi rumah ibadat yang dibina secara tidak sah. Pihak Berkuasa Negeri memutuskan bahawa tiada lagi pembinaan kuil secara tidak sah dan tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan jika berlaku perkara tersebut berkuatkuasa serta-merta dengan kelulusan ini. Di samping itu, draf garis panduan bagi pelupusan tapak rumah ibadat agama Buddha, tokong juga telah disediakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Perak setelah beberapa siri perbincangan dan seminar bersama pentadbiran tanah, jabatan teknikal, wakil persatuan dan agama dan beberapa Ahli Dewan Negeri yang dilantik. Draf garis panduan ini dalam proses semakan akhir sebelum ia diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri dalam masa yang terdekat. Dengan penyediaan kedua-dua garis panduan ini, menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu-isu sensitif terutamanya berkaitan isu agama bukan Islam melalui penubuhan jawatankuasa khas yang diiktiraf oleh pihak Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan pula saya meneruskan sesi penggulungan dengan memberi maklum balas terhadap saranan Yang Berhormat Lubok Merbau supaya peruntukan RM10juta dalam Belanjawan 2023 disalurkan bagi pembinaan sebuah masjid di Taman Puncak Bourgenvilla, Kuala Kangsar yang sudah semakin padat. Untuk makluman Yang Berhormat Lubuk Merbau, peruntukan RM10juta yang saya umumkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2023 adalah khas bagi tujuan penyelenggaraan masjid-masjid dan surau-surau yang sedia ada dan bukan bertujuan untuk pembinaan masjid baru. Pun begitu, permohonan bagi pembinaan masjid baru boleh dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang kemudiannya akan mendapatkan pandangan dan ulasan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sebelum permohonan itu diangkat ke Majlis Agama Islam Negeri Perak, MAIPk, untuk kelulusan. Permohonan yang diluluskan oleh MAIPk pula akan dimajukan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU) untuk permohonan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat Lubok Merbau juga, dasar yang digunapakai oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri, bagi pembinaan masjid baru, akan diagihkan mengikut nisbah berikut, iaitu 60: 30: 10 yang memberi makna 60% daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan, 30% daripada peruntukan Kerajaan Negeri, dan bakinya 10% hendaklah diusahakan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Kariah Masjid yang terlibat. Saya juga tertarik dengan cadangan pembangunan prasarana Masjid Mesra Musafir di Gerik, seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Lubuk Merbau.

Walaupun tidak menyatakan nama, saya percaya Yang Berhormat merujuk kepada Masjid Nurussalam, Batu 4, Gerik yang terkenal dengan penyediaan kemudahan yang selesa. Untuk makluman Yang Berhormat, Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid berkenaan telah membangunkan Koperasi Kariah Masjid Nurussalam Berhad. Saya sendiri pernah hadir masjid tersebut. Koperasi untuk mengusahakan homestay atau inap desa yang disewakan kepada musafir yang memerlukannya. Selain daripada itu, Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid juga telah mengusahakan Kedai Serbaneka yang turut memberi pendapatan kepada masjid. Kerajaan Negeri telah membantu pengurusan masjid ini dengan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membantu kerja-kerja menaiktaraf masjid berkenaan. Di atas usaha gigih dan kejayaan pengurusan Masjid Nurussalam ini, masjid ini pernah menerima anugerah 10 Masjid Terbaik Lestari Alam Sekitar Peringkat Negeri anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan anugerah 100 Koperasi Terbaik Malaysia yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2022.

Jika mana-mana masjid yang ingin menjadikan masjid di bawah seliaan mereka ke arah masjid mesra musafir, boleh mencontohi kejayaan usaha Masjid Nurussalam ini dengan merancang usaha pembangunan dengan teratur. Insyaallah, Kerajaan Negeri akan membantu di mana yang perlu. Saya amat mengalu-alukan cadangan sedemikian kerana ia merupakan strategi serampang dua mata iaitu memberi kemudahan kepada musafir dan pada waktu yang sama menjana pendapatan kepada masjid itu sendiri.

Dato' Yang di-Pertua, saya teruskan sesi penggulungan ini dengan memberi maklum balas terhadap cadangan Yang Berhormat Sungai Manik agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pemberian bantuan kewangan turut diberikan kepada Pegawai Khas, bekas-bekas Pegawai Khas Exco dan staf pejabat Exco penggal sebelum pilihan raya. Sebagaimana Yang Berhormat sekalian sedia maklum, semasa membentangkan belanjawan 2023 pada 22 Disember tahun 2022 yang lepas, saya telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan iaitu BKK kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Perak pada kadar satu setengah bulan gaji atau minimum RM2,000. Susulan pengumuman tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengeluarkan garis panduan pemberian Bantuan Khas Kewangan Belanjawan 2023 pada tarikh yang sama. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Manik adalah berkaitan dengan syarat yang ditetapkan dalam garis panduan tersebut, antaranya menyebut bahawa pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Negeri Perak atas apa-apa sebab dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2022 adalah dikategorikan sebagai pegawai yang tidak layak menerima BKK 2023.

Walau bagaimanapun, penerimaan pemakaian garis panduan ini adalah tertakluk kepada pihak berkuasa masing-masing. Pun begitu, saya ingin berkongsi keperihatinan Yang Berhormat Sungai Manik setelah berbincang dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pejabat Kewangan Negeri serta menimbang tara kemampuan kewangan semasa Kerajaan Negeri dan justifikasi cadangan itu, saya dengan ini mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju, Kerajaan Negeri bersetuju supaya pembayaran BKK 2023 turut dipanjangkan kepada Pegawai Khas, bekas-bekas Pegawai Khas Exco dan staf pejabat Exco penggal lepas walaupun Exconya tidak dapat. Bekas Pegawai-Pegawai kita beri. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lubok Merbau dalam sesi perbahasannya ada mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan bagi menaiktaraf prasarana Sekolah Tahfiz, Sekolah Pondok dan Sekolah Agama Rakyat khususnya di DUN Lubuk Merbau. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk membantu menyediakan prasarana yang baik dan selesa di sekolah-sekolah tahfiz. Malah ketika membentangkan Belanjawan 2023 yang lalu saya telah mengumumkan peruntukan RM4 juta bagi program menaiktaraf Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat iaitu peningkatan sebanyak RM1 juta berbanding tahun lepas. Peruntukan ini boleh dipohon oleh Jabatan, Agensi, sekolah-sekolah, surau-surau, masjid-masjid dan mana-mana pihak yang memerlukan. Tidaklah hanya terhad kepada penduduk dalam DUN Lubok Merbau sahaja, malah semua pihak pengurusan Sekolah Tahfiz, Sekolah Pondok dan Sekolah Agama Rakyat di seluruh negeri Perak boleh menghantar permohonan dengan justifikasi seperti mana yang sepatutnya dan Insyaallah akan diproses, kita akan dapatkan maklum balas daripada pejabat-pejabat daerah. Jika pejabat daerah mendapati ianya perlu disokong dan diuluskan, maka kita akan meluluskannya untuk sekolah- sekolah berkenaan meneruskan pembangunan atau penambahbaikan.

Saya juga menghargai keperihatinan Yang Berhormat Ayer Kuning, supaya Kerajaan Negeri terus menyalurkan bantuan kepada 2 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) iaitu Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah yang telah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada 16 Jun 2021. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju untuk menanggung pembayaran gaji dan emolumen guru-guru serta pembiayaan beberapa kontrak perkhidmatan. Inisiatif peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ini haruslah disambut baik demi kelangsungan pembangunan dan laluan kerjaya para pendidik yang lebih baik. Tenaga pengajar sedia ada masih dikekalkan walaupun gaji dan emolumen guru-guru ditanggung oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun sudah berstatus SABK, pihak Kerajaan Negeri masih mempunyai kawalan terhadap pengurusan kedua-dua buah sekolah tersebut memandangkan aset sedia ada masih berada di bawah tanggungan Kerajaan Negeri. Malah bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan RM4.3 juta termasuk RM1 juta bantuan pembayaran makanan harian kepada pelajar sekolah-sekolah yang berkenaan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap saranan Yang Berhormat Malim Nawar supaya lot-lot kosong yang masih belum dibangunkan ditawarkan kepada penduduk penduduk tempatan yang masih menyewa rumah khususnya di kawasan Malim Nawar. Saya kurang pasti sama ada Yang Berhormat bermaksudkan lot itu adalah lot yang belum bertuan ataupun Yang Berhormat sambil bawa kereta tengok kiri kanan ada lot kosong dalam mana-mana RPT, lot kosong itu bukan bermakna tidak bertuan. Barangkali lot itu telah pun bertuan tapi belum dibangunkan rumah.

Jadi menjawab perkara yang dibangkitkan ini, suka saya nyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap keperluan menyediakan perumahan kepada rakyat yang memerlukan. Untuk makluman Yang Berhormat Malim Nawar, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, LPHP, bersedia untuk meneliti kawasan-kawasan yang bersesuaian bagi maksud pembangunan berkenaan. Berhubung lot-lot kosong yang masih tidak dibangunkan, pihak Kerajaan Negeri menyarankan supaya permohonan dikemukakan untuk menyemak status pemilikan lot-lot berkenaan. Sekiranya lot lot berkenaan masih belum diberi milik, maka ia boleh dipohon mengikut proses tatacara yang sedang berkuatkuasa. Jadi barangkali Yang Berhormat melihat ada lot kosong yang belum dibangunkan rumah, jika dibuat permohonan ke pejabat tanah, barulah kita tahu status tanah tersebut sama ada sudah bertuan ataupun masih belum bertuan. Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan sebarang cadangan perwujudan Rancangan Perkampungan Tersusun, RPT, tertakluk kepada kesesuaian tanah dan kebolehsanaan projek dengan mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri menyediakan infrastruktur dan juga kemudahan asas. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai sifat ambil peduli Yang Berhormat Changkat Jering, apabila mengutarakan isu kekurangan tenaga kerja di Jabatan Agama Islam Perak, susulan terdapat banyak aduan dan isu-isu yang tertangguh dan tidak dapat dibuat permantauan.

Untuk makluman Yang Berhormat Changkat Jering, pihak Jabatan Agama Islam Perak, JAIPk, kini mempunyai seramai 62 orang pegawai dan anggota penguatkuasa agama serta 100 orang anggota sukarelawan yang dilantik oleh MAIPk secara kontrak untuk tempoh 3 tahun yang bermula tahun 2022 hingga 2025. Agihan tanggungjawab dan tugasan dikalangan anggota juga telah diteliti dan diseimbangkan mengikut keperluan semasa. Jadual tugasan dan rondaan juga diatur dengan sebaiknya bagi memastikan keperluan tugas dan kebajikan anggota dapat dijaga. Sehingga Oktober 2022, sebanyak 981 aduan telah direkodkan dan berjaya diselesaikan mengikut piagam pelanggan jabatan. Walaupun jumlah tersebut agak sedikit untuk dinisbahkan dengan 1.5 juta penduduk beragama Islam di negeri Perak, bahagian penguatkuasa JAIPk sentiasa berusaha sedaya upaya dalam menjalankan pemantauan, penguatkuasaan dan pencegahan jenayah syariah di peringkat awal agar kesalahan berkaitan salah laku dan moral dikalangan umat Islam di negeri Perak dapat dibendung dan dikawal. Pendidikan pencegahan jenayah syariah dijalankan menerusi program–program ceramah, pendidikan di sekolah–sekolah dan masjid–masjid untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Antara usaha yang dijalankan oleh pihak JAIPk adalah seperti pemasangan papan– papan tanda kesalahan khalwat di tempat–tempat awam, taman–taman rekreasi dan lain–lain. Selain itu, edaran risalah berkaitan pelbagai kesalahan yang terkandung dalam enakmen jenayah syariah telah dilakukan bagi memastikan masyarakat tidak terjebak dengan perkara–perkara yang boleh menyebabkan mereka diambil tindakan undang–undang. Pihak JAIPk juga bekerjasama dengan agensi–agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan, Kastam DiRaja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan serta SPRM secara NBOS. Yang Berhormat Tronoh telah mengutarakan mengenai isu kekurangan aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Jabatan dan agensi kerajaan di DUN Tronoh bagi memberikan pemahaman dan pencerahan kepada rakyat dari segi ekonomi, kesihatan, kebajikan dan pendidikan. Kerajaan Negeri menghargai semangat Yang Berhormat Tronoh.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pohon celahan. Tentang Jabatan Agama tadi sebab Yang Amat Berhormat Dato' Seri menyebut tentang hal-hal agama. Saya nak buat soalan tambahan nak tanya tentang larangan kepada Ahli–ahli politik yang nak buat program dan apa saja yang bersangkutan dengan masjid dan surau. Tengok dalam Facebook ada orang buat program kat surau, program berkhatan katanya. Jadi saya nak minta pencerahan apa status pekeliling itu, dah ditarik balik ke ataupun ada orang boleh buat, ada orang tak boleh buat? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Seperti yang kita sedia maklum, pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam ialah berkaitan larangan kepada orang politik untuk menyampaikan ceramah dan kuliah di masjid dan juga di surau. Itu adalah jelas iaitu tak boleh berceramah, tak boleh sampaikan kuliah dalam masjid dan surau. Orang politik macam kita lah, YB-YB lah. Saya tak pasti apa maksud kegiatan masyarakat boleh dibuat macam biasa. Cuma jangan waktu bersurat itu ada orang ceramah itu yang tak boleh. Penceramah pun kalau macam agama biasa tak apa tapi jangan YB pulak pi berceramah dalam masa program berkhatan itu dibuat. Program boleh dibuat, yang tak boleh ialah menyampaikan ceramah dan ucapan. Sebab memang masjid itu untuk tujuan kita imarahkan masjid dengan program. Program boleh dibuat. Sambutan Majlis Maulidul Rasul boleh dibuat, Maal Hijrah boleh buat, Khatam Quran boleh buat, berkhatan ramai-ramai boleh buat, kenduri kendara boleh dibuat Cuma jangan dalam tempoh itu ada orang politik berceramah dan menyampaikan kuliah. Ok, terima kasih.

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat. Dato' Seri, apakah kategori ceramah kuliah itu saja ataupun aktiviti-aktiviti lain? Contohnya contoh. Di sebelah rumah saya itu ada surau dan surau itu saya yang bina keluarga. Adakah nak jadi imam pun tak boleh? Atau mengetuai tahlil ke tak boleh? Minta pencerahan. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang saya tau, pekeliling itu menyebutkan tidak boleh menyampaikan ceramah dan kuliah. Itu saja ya. Saya ingat Yang Berhormat Gunong Semanggol, saya, Yang Berhormat Sungai Manik, kita telah mendapat penjelasan daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak pada satu perjumpaan, iaitu tidak boleh berceramah dan menyampaikan kuliah di kalangan orang politik. Ok. Baik, Tronoh tadi ya. Kerajaan Negeri menghargai semangat Yang Berhormat Tronoh yang mahu melihat sistem penyampaian kerajaan dapat dimantapkan melalui aktiviti-aktiviti berorientasikan rakyat. Dalam hal ini, saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Tronoh boleh mengadakan sesi libat urus, berbincang dengan pentadbiran daerah dan jabatan-jabatan persekutuan yang berkaitan, termasuklah menerusi platform jawatankuasa tindakan pembangunan daerah. Saya juga mengalu-alukan kerjasama strategik di antara pejabat ADUN dan juga jabatan-jabatan di peringkat daerah untuk mengadakan program kefahaman mengenai aspek pembangunan setempat bagi memberi kefahaman yang lebih mengenai fungsi dan peranan sesuatu jabatan.

Seterusnya, Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memberi maklum balas terhadap cadangan Yang Berhormat Selinsing supaya peruntukan Belanjawan 2023 turut disalurkan untuk pelaksanaan program pengukuhan insan madani, seperti penganjuran majlis ilmu di masjid dan surau, agar program pembangunan modal insan ini dilaksanakan dengan lebih serius selain pendekatan pendidikan formal. Untuk makluman Yang Berhormat Selinsing, Kerajaaan Negeri melalui JAIPk amat memberi penekanan kepada program pembangunan insan dikalangan masyarakat Islam di masjid dari sudut iman dan aqidah. Kerajaan Negeri sentiasa mempastikan guru yang bertauhliah sahaja dibenarkan untuk mengajar. Buku modul pengajian guru takmir juga telah dikeluarkan sebagai rujukan kepada semua guru-guru takmir. Modul Remaja Masjid Darul Ridzuan telah dilancarkan dan dilaksanakan dibeberapa buah masjid secara berkala dalam membentuk remaja masa kini. Pembangunan kemahiran insaniah, soft skill, tidak terkecuali dalam agenda pembangunan sumber manusia yang komprehensif seiring dengan keperluan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negeri Perak. Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK terus berperanan dalam memperkasakan agenda transformasi pekerjaan disamping meletakkan program-program kemahiran insaniah sebagai salah satu inisiatif utama bagi mendukung keperluan industri dan pengukuhan modal insan khususnya di negeri Perak. Pengajuran program seperti program rintis kemahiran, program pemetaan kerjaya di peringkat sekolah menengah, program eksplorasi kem….

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

YAB Kota Tampan minta mencelah sikit sebelum pergi kepada topik baru, menyentuh kepada memperkasakan masjid dan surau. Jadi dalam pemerhatian kita banyak daripada surau-surau yang ada sekarang ini dah macam matilah. Yang pertama, karena tidak adanya imam. Imam-imam yang tak ada maka makmum nak pergi pun takutlah sebab takut dia jadi imam. Itu yang pertama dan yang kedua, majlis-majlis ilmu di surau ini kebanyakan dia suram sebab dia tak ada sumber kewangan macam masjid. Masjid ini dia ada sumber kewangan sebab tabung bergerak hari Jumaat tu. Jadi surau-surau ni tidak ada. Jadi kebanyakan kalau kita pergi memerhati banyak yang mati walaupun semangat untuk membina surau tu tinggi. Jadi dibina surau tidak ada pengisian. Jadi sukalah saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat sebagai Exco agama, supaya boleh melihat perkara ini ataupun meletakkan satu peruntukan ataupun membuat giliran kepada imam-imam yang di masjid tu untuk mengisi di surau-surau yang ada di seluruh negeri Perak, terima kasih. Itu cadangan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Saya akan perhalusi cadangan Yang Berhormat Semanggol. Insyaallah kita akan laksanakan di mana kita boleh melakukan seperti mana dalam kemampuan kita. Pengajuran program seperti program rintis kemahiran, program pemetaan kerjaya di peringkat sekolah menengah, program eksplorasi kampus IPTA, IPTS, program latihan bina insan dan klinik kerjaya dapat membantu membangunkan modal insan sebagai plan jangka masa panjang. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, izinkan juga saya meneruskan sesi penggulungan dengan memberi maklum balas terhadap saranan Yang Berhormat Changkat Jong, supaya kerajaan negeri mengambil tindakan segera membantu 28 keluarga di Lorong Mesra yang sering dilanda banjir dan sepatutnya dipindahkan ke RPT Batu Lapan. Perkara ini telah diputuskan seawal tahun 2017 tetapi masih tertangguh disebabkan kegagalan pemaju dalam menyiapkan projek RPT ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pada peringkat perlaksanaan awal, kerajaan negeri telah melantik pemaju Dai Zara Sendirian Berhad pada 14 Mei 2017 dengan kos projek berjumlah RM13.4 juta untuk membina 109 unit rumah teras di atas tanah seluas 9 ekar hak milik Kerajaan Negeri, iaitu LPHP.

Maka pada waktu yang sama, pihak NADMA telah bersetuju untuk menanggung kos bagi pembinaan 28 unit rumah berkenaan, iaitu urusan berkaitan dengan penempatan semula 28 keluarga yang terlibat dengan banjir. Maka NADMA yang telah bersetuju untuk menanggung kos bagi 28 daripada 109 unit itu tetapi malangnya pada 20 April 2021 selepas Covid-19 melanda negara kita, pemaju yang dilantik telah memohon untuk menarik diri kerana tidak mampu meneruskan projek ini atas sebab kos yang meningkat. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah menamatkan kontrak pemaju pada 24 Jun 2021, kemajuan projek tersebut pada ketika itu adalah hanya 17%. Ekoran penamatkan kontrak ini juga, NADMA telah menarik balik peruntukan yang dijanjikan. Sebab dia hanya membiayai 28 daripada 109 rumah, tetapi bila pemaju perumahan menarik diri, maka 28 rumah tak dapat dibina dan NADMA menarik balik peruntukan tersebut. Atas dasar keperhatinan dan tanggungjawab membelah nasib keluarga terbabit, Kerajaan Negeri melalui LPHP telah bersetuju untuk menanggung kos pembinaan rumah bagi 28 keluarga tersebut. LPHP sedang merancang semula pembangunan projek ini dan perunding yang dilantik telah diarahkan menyediakan anggaran kos terkini projek berkenaan sebelum ia boleh ditender semula. Yang Berhormat Pasir Panjang telah mencadangkan agar agihan peruntukan khas Ahli Dewan Negeri sebanyak......

Yang di-Pertua

YAB Menteri Besar. Manjoi nak mencelah.

Terima kasih YAB Menteri Besar. Manjoi ingin bertanya suatu soalan berkaitan dengan rumah ataupun tanah ini. Khusus kepada orang muda. Khusus kepada orang muda dan B40. Untuk di zon bandaraya macam kami di sini, orang muda memang memerlukan rumah pertama. Cuma point saya ialah, orang muda dan B40 ni nak beli rumah ataupun dapat rumah agak sukar. Kemudian kita ada sediakan pinjaman ataupun peruntukan tapi mereka perlu ada tanah. Orang muda nak dapat tanah memang tak adalah, tak ada tanah. Orang susah B40 pun tak ada tanah. Jadi syarat ada tanah boleh kita buat pinjaman. Tapi tanah pun tak ada, itu pertama. Kedua, saya tengok di DUN Manjoi ada satu bangunan rumah One Prima di Meru. Saya rasa Dato' Seri pun maklum tersebut. Rumah itu kalau tuan-tuan di sini tengok kosong, banyak kosong. Tak banyak orang duduk. Rumah itu kosong. Saya tengok hingga hari ini terbiar, 2-3 tahun. Adakah inisiatif kepada orang muda di bandaraya ini ataupun orang-orang yang tidak berkemampuan boleh kita bantu mereka untuk kita adakan satu kaedah bagaimana untuk mereka mungkin boleh beli rumah tersebut. Daripada terbiar orang tak duduk kosong dan saya takut makin lama makin tak bermanfaat. Jadi mungkin ada cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk kita bantu golongan muda di sini. Saya sebut ni orang muda di bandaraya. Di kawasan kami ini memang mereka sangat perlukan. Kami lalu tiap-tiap hari di situ boleh tengok bangunan tinggi tapi tak ada orang. Rumah kosong, sunyi. Jadi mungkin kerajaan negeri boleh ambil perhatian terhadap perkara tersebut. Terima kasih YAB Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Kita menyedari apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Manjoi berkaitan dengan keperluan bagi orang muda, generasi muda untuk membina rumah sendiri yang tidak mempunyai tanah dan yang kedua kita akui memang terdapat rumah-rumah yang belum terjual. Rumah PRIMA di Meru. Saya Insyaallah dalam mesyuarat Lembaga LPHP yang pertama untuk tahun ini, kita akan berbincang khusus untuk bagaimana nak menyelesaikan masalah yang berkenaan.

Yang Berhormat Pasir Panjang telah mencadangkan agar agihan peruntukan khas Ahli Dewan Negeri sebanyak RM0.3 juta ringgit ataupun RM300 ribu yang diagihkan kepada 59 pusat khidmat Dewan Negeri diperhalusi semula dan ditingkatkan mengikut jumlah penduduk di dalam sesuatu kawasan DUN. Saya memahami keprihatinan Yang Berhormat yang tentunya melontarkan cadangan ini berdasarkan niat untuk kita memberi khidmat terbaik kepada seramai mungkin rakyat di kawasan masing-masing. Pun begitu, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa agihan peruntukan itu perlu diagihkan secara adil kepada Ahli Dewan Negeri. Bukan secara adil kepada tiap-tiap orang penduduk. Kita pun tak tahu adil itu macam mana sebab ada setengah penduduk padat tetapi pendapatan tinggi. Macam Yang Berhormat Kenering itu orang tak ramai tapi ramai miskin.

Jadi apa maksud adil ni pun susah untuk kita memperincikannya. Jadi keputusan kita bagi RM300 ribu kepada setiap adun itu adalah adil kepada setiap adun. Pandailah ADUN ni nak mengolahnya macam mana, nak mengagihkan peruntukan itu sebab berapa banyak pun tak cukup. Jadi, pun begitu Kerajaan Negeri berpendirian bahawa agihan peruntukan perlu diagihkan secara adil kepada semua Ahli Dewan Negeri tanpa mengira jumlah penduduk. Pendekatan ini dibuat dengan mengambil kira faktor status pendapatan dan kedudukan ekonomi penduduk di setiap kawasan adalah berbeza-beza. Dengan pengagihkan peruntukan secara sama rata, setiap Ahli Dewan Negeri perlu menggunakan kreativiti dan pertimbangan untuk pelaksanaan program atau projek yang saksama berdasarkan keutamaan serta keperluan penduduk di kawasan masing-masing. Saja nak bercerita saja. Masa saya mula jadi ADUN tahun 1999, semua ADUN kerajaan hanya diberi RM75 ribu setahun untuk berbelanja di kawasan masing-masing.

Tapi sekarang ini bukan sahaja ADUN kerajaan, ADUN pembangkang pun kita bagi RM300 ribu. Marilah kita doa supaya banyak lagi duit jatuh ke negeri Perak ni, kot kita boleh tambah. Merujuk kepada isu pengurusan peruntukan pula, semua peruntukan kerajaan negeri adalah tertakluk kepada tata cara dan prosedur kewangan semasa yang sedang berkuat kuasa. Pada setiap tahun, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan garis panduan perbelanjaan bagi peruntukan khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kepada semua Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kita patuhi. Saya nasihatkan kepada diri saya dan kita semua, sedikit pengalaman saya menjadi wakil rakyat memang saya menyediakan buku akaun dan ia dicatatkan ada voucher. Semuanya telus dan kalau ada sesuatu keperluan, audit atau sesiapa datang nak menyiasat maka kita tak perlu susah hati kita hanya boleh tunjukkan buku akaun dengan buku cek, dengan voucher, dengan lejer. Insyaallah kita tidak akan dianiaya ataupun dilaporkan kepada pihak berkuasa karena kita menyediakan segala rekod-rekod yang berkaitan walaupun pembelanjaan itu barangkali lima sen ataupun sepuluh sen ia kena direkodkan, ditulis. Setiap pejabat Ahli Dewan Negeri juga dikehendaki melaksanakan perekodan bertulis secara teratur, direkod dan didokumentasikan dengan baik untuk dikemukakan sekiranya terdapat keperluan semakan oleh pihak audit jua.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Sepetang telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyemak semula pemberian dana pendidikan negeri bernilai RM600 ribu kepada pelari pecut negara, saudara Muhammad Azim yang dilihat terlalu besar nilainya. Untuk maklumat Yang Berhormat Kuala Sepetang pemberian RM600 ribu kepada saudara Muhammad Azim ini adalah untuk membantu membiayai perbelanjaan bagi pengajian beliau di Universiti Auburn yang terletak di Amerika Syarikat. Ia bukan pemberian sebagai anugerah kemenangan. Ia diberi kerana beliau telah mendapat tempat pengajian di universiti di Amerika di mana terdapat kemudahan ataupun fasiliti untuk dia berlatih sebagai pelari pecut. Jadi kita membantu membiayai pengajiannya di situ. Jumlah ini adalah untuk kegunaan sepanjang tempoh perbelanjaan beliau yang minimumnya selama tiga tahun.

Sebab jika Kerajaan Negeri Perak tidak membiayainya ada orang lain yang sanggup untuk membiayainya dan mereka akan mengambil hero kita menjadi hero dia. Sebab itu kita membuat keputusan untuk memberikannya. Tempoh pengajian beliau mungkin berpanjangan sekiranya saudara Azim perlu menumpukan perhatian kepada kejohanan-kejohanan pada masa akan datang khususnya melibatkan kejohanan bertaraf dunia. Suka saya menjelaskan bahawa pencapaian saudara Muhammad Azim selaku anak kelahiran Perak ini yang telah mencatatkan sejarah apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan masa 10.09 saat pada kejohanan bertaraf dunia seharusnya menjadi satu kebanggaan kepada kita selaku rakyat negeri Perak. Yang Berhormat Kuala Sepetang juga turut membangkitkan perbandingan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pendidikan masyarakat orang asli. Dalam hubungan ini suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini beberapa penggal saya Exco Pembangunan Luar Bandar yang menjaga orang asli.

Biasanya masyarakat orang asli sepenuh peruntukan perbelanjaan pengurusannya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Hanya negeri Perak satu-satunya negeri yang memberikan bantuan perbelanjaan tambahan selain daripada bantuan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam hubungan ini peruntukan pendidikan orang asli dikekalkan RM400 ribu untuk tahun 2023 memandangkan tanggungjawab, memandangkan tanggungan di bawah program tersebut berkurangan berikutan ketiadaan ujian penilaian sekolah rendah. Ada lagi kelas UPSR dan juga tidak lagi pentaksiran tingkatan tiga PT3. Manakala tanggungan program kepada murid berkeperluan khas MBK pula berkurang pada tahun hadapan memandangkan keperluan bekalan dan infrastruktur kecil di semua sekolah yang mempunyai pelajar MBK telahpun dipenuhi pada tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM800 ribu. Jadi penumpuan pada tahun hadapan adalah untuk membiayai perolehan alatan-alatan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar MBK. Pada masa yang sama, peruntukan dana pendidikan tidak terhad kepada bantuan daripada Kerajaan Negeri sahaja kerana masyarakat orang asli masih berpeluang untuk menikmati lain-lain bantuan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai jabatan dan agensi persekutuan sama ada melibatkan peruntukan khusus untuk masyarakat orang asli mahu pun lain-lain peruntukan am yang sedia ada.

Seterusnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Hulu supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembukaan pintu sempadan pengkalan pintu sempadan Pengkalan Hulu Betong, Thailand yang telah tertangguh sejak penularan Covid-19 bagi merancakkan ekonomi negeri. Untuk maklumat Yang Berhormat Pengkalan Hulu, kerajaan negeri amat prihatin dengan pembangunan sosial ekonomi di Pengkalan Hulu yang selama ini dipacu oleh aktiviti pelancongan sempadan dan pertanian sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada tahun 2020. Kerajaan Negeri sedang mengkaji dan meneliti cadangan pembangunan semula gerai-gerai perniagaan di kawasan sempadan dengan mengambil kira isu keselamatan sempadan antarabangsa dan pembangunan sosial ekonomi di Pengkalan Hulu. Kerajaan negeri turut menyambut baik cadangan Yang Berhormat Pengkalan Hulu agar bangunan komersial yang dahulunya dikenali sebagai Pengkalan Hulu Gateway dimanafaatkan sebagai fasiliti menempatkan peti sejuk atau transit seperti mana yang diwujudkan di Bukit Kayu Hitam Kedah.

Untuk maklumat Yang Berhormat Pengkalan Hulu bangunan dan tapak Pengkalan Hulu Gateway ini telah berpindah milik kepada sebuah syarikat swasta yang berhasrat meneruskan pembinaan kompleks perniagaan komersial. Pada peringkat ini Kerajaan Negeri sedang meneliti mekanisme pembangunan berhampiran kompleks ICQS Bukit Berapit yang diwartakan sebagai sasaran penting dan mencari jalan penyelesaian menyeimbangkan aspek keselamatan negara serta pembangunan sosial ekonomi di kawasan tersebut dengan perundingan bersama Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Pengkalan Hulu juga telah mengesyorkan cadangan laluan khas tanpa melalui pemeriksaan Imigresen diwujudkan bagi membolehkan pengunjung untuk mengakses kawasan perniagaan komersial. Berdasarkan kepada penguatkuasaan Akta Imigresen 1959/63 iaitu Akta 155, Akta Passport 1966 iaitu Akta 150 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Perdagangan Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 iaitu Akta 670, setiap individu Malaysia atau warga asing yang berhasrat melepasi sempadan Pengkalan Hulu ke Betong wajib melalui pemeriksaan Imigresen di Kompleks ICQS Bukit Berapit. Kerajaan Negeri akan mencari pendekatan yang sesuai serta memenuhi kehendak keselamatan untuk memudah cara pelaksanaan projek kompleks perniagaan komersial termasuk aspek laluan keluar masuk pengunjung apabila ia beroperasi kelak.

Dato' Yang di-Pertua, saya menyanjung keprihatinan Yang Berhormat Manjoi, Pasir Panjang dan juga Yang Berhormat Tronoh terhadap kebajikan pasukan keselamatan negara iaitu Polis DiRaja Malaysia khususnya dalam aspek kemudahan infrastruktur balai polis dan kekuatan anggota. Walaupun perkara yang dibangkitkan ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri tetapi bagi menghormati keprihatinan yang disuarakan saya terpanggil untuk memberi sedikit sebanyak penjelasan berhubung isu yang diutarakan. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebarang cadangan penaiktarafan status pondok atau balai polis perlulah berdasarkan kepada aspek bilangan penduduk, ancaman keselamatan, aktiviti atau tren jenayah, keperluan sumber manusia dan hierarki perbandaran sama ada bandar atau separa bandar atau luar bandar yang akan dibezakan melalui beberapa kategori iaitu kategori A, B, C, D dan E. Mengambil contoh isu pondok polis Batu Sembilan Lekir, meskipun kekuatan anggota pondok polis tersebut adalah minimum namun statistik menunjukkan indeks jenayah di kawasan berkenaan adalah pada kadar yang sangat rendah. Selain itu, fungsi pondok polis Batu Sembilan Lekir turut disokong oleh Balai Polis Kampung Koh yang hanya berjarak sembilan kilometer beroperasi di atas sebuah rumah yang disewa sahaja.

Saya juga menghargai kepedulian Yang Berhormat Manjoi terhadap status semasa Balai Polis Manjoi yang beroperasi di atas sebuah rumah yang disewa. Kerajaan

Negeri pada dasarnya menyokong cadangan bina baru Balai Polis Manjoi demi memberi perkhidmatan yang efisien kepada masyarakat setempat. Pada masa kini, pihak Pentadbir Tanah dan Daerah Kinta sedang dalam tindakan penilaian tapak yang bersesuai untuk dicadangkan kepada PDRM tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua sebagai penutup, seperti yang saya sebutkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada hari Khamis yang lalu, belanjawan ini sangat penting kerana ia menentukan tahap kesiapsiagaan kita dalam mengharungi gelora ketidaktentuan ekonomi sama ada di peringkat nasional atau global. Ia juga akan menjadi indikasi keupayaan kita mencipta momentum bagi menjayakan segala perancangan yang termaktub dalam Perak Sejahtera 2030.

Untuk itu, saya sekali lagi mengajak kita semua untuk membulatkan tekad, menggabungkan kudrat dan menyuburkan muafakat, untuk memastikan belanjawan tahun hadapan dapat memberi jawapan serta penyelesaian kepada isu-isu yang melingkari kehidupan rakyat dan pada masa yang sama, memacu semula ekonomi negeri yang terjejas akibat hambatan Covid-19. Mudah mudahan, berkat nilai-nilai kebersamaan yang menjadi pegangan dan acuan kita di Perak, segala usaha baik yang kita rancang dan laksanakan akan dapat dijayakan demi manfaat negeri dan rakyat secara keseluruhannya, insyaallah.

Sebelum mengakhiri sesi penggulungan ini, saya merakamkan penghargaan setinggi tinggi terima kasih kepada Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, Unit Perancangan Ekonomi, ketua ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Urusetia Dewan Undangan Negeri dan semua pihak yang bertungkus lumus untuk menyediakan bahan-bahan bagi memberi sebaik baik pencerahan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Wakil Wakil Rakyat sepanjang sesi perbahasan. Saya dan seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri menadah tangan memohon restu daripada Allah SWT semoga dipermudahkan segala urusan pelaksanaan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan 2023 demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat. Dato' Yang di-Pertua. Demikianlah ucapan penggulungan saya. Wa bilahi tawfiq, wa ilahi daih, wa salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2023 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.

Setiausaha

Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2023 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca bagi kali yang kedua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2023 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu diserahkan kepada jawatankuasa seisi Dewan Negeri untuk menimbang rang undang undang itu dari sefasal ke sefasal.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Yang Berhormat Dato’ Yang dipertua, Rungkup menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa seisi Dewan Negeri untuk menimbang rang undang undang itu dari sefasal ke sefasal. Sekarang saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca butir-butir di dalam jadual.

Setiausaha

Maksud B01, Dewan Negeri, RM22,883,300.00. Maksud B02, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, RM1,546,600.00. Maksud B03, Raja-Raja dan Orang Orang Besar, RM4,612,600.00. Maksud B04, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, RM71,011,100.00.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud B01, RM22,883,300.00. Maksud B02, RM1,546,600.00. Maksud B03, RM4,612,600.00. Maksud B04, RM71,011,100.00, diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Dibenarkan seorang pembahas dari pihak kerajaan dan seorang pembahas daripada pihak pembangkang atau lebih kalau ada keperluan. Tiada. Sekarang saya mengemukakan bahawa Maksud B01, RM22,883,300.00. Maksud B02, RM1,546,600.00. Maksud B03, RM4,612,600.00. Maksud B04, RM71,011,100.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (setuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka jadual itu dipersetujui. Silakan Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B05, Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang RM7,321,000.00. Maksud B06, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung RM8,716,700.00 Maksud B07, Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak RM9,277,800.00. Maksud B08, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak RM10,841,400.00. Maksud B09, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta RM15,821,900.00 Ringgit. Maksud B10, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian RM7,425,900.00. Maksud B11, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar RM11,855,800.00. Maksud B12, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama RM12,639,400.00. Maksud B13, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah RM12,263,700.00. Maksud B14, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar RM5,570,700.00. Maksud B15, Pejabat Daerah dan Tanah Muallim RM5,68,100.00. Maksud B16, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, RM3,924,200.00.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud B.05, RM7,321,000.00, maksud B.06, RM8,716,700.00, maksud B.07, RM9,277,800.00, maksud B.08, RM10,841,400.00, maksud B.09, RM15,821,900.00, maksud B.10, RM7,425,900.00, maksud B.11, RM11,855,800.00, maksud B.12, RM12,639,400.00, maksud B.13, RM12,263,700.00, maksud B.14, RM5,570,700.00, maksud B.15, RM5,068,100.00, maksud B.16, RM3,924,200.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B.05, RM7,321,000.00, maksud B.06, RM8,716,700.00, maksud B.07, RM9,277,800.00, maksud B.08, RM10,841,400.00, maksud B.09, RM15,821,900.00, maksud B.10, RM7,425,900.00, maksud B.11, RM11,855,800.00, maksud B.12, RM12,639,400.00, maksud B.13, RM12,263,700.00, maksud B.14, RM5,570,700.00, maksud B.15, RM5,068,100.00, maksud B.16, RM3,924,200.00. diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B.17 Jabatan Pengarah Tanah dan Galian, RM17,775,300.00, maksud B.18, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, RM91,075,600.00, maksud B.19, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, RM2,067,900.00, maksud B.20, Jabatan Mufti, RM3,579,800.00, maksud B.21, Jabatan Kehakiman Syariah, RM12,793,900.00, maksud B.22, Pencen Siasah dan Sarahan Rahim, RM274,700.00.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud B.17, RM17,775,300.00, maksud B.18, RM91,075,600.00, maksud B.19, RM2,067,900.00, maksud B.20, RM3,579,800.00, maksud B.21, RM12,793,900.00, maksud B.22, RM274,700.00, diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Sekarang saya menemukakan bahawa maksud B.17, RM17,775,300.00, maksud B.18, RM91,075,600.00, maksud B.19, RM2,067,900.00, maksud B.20, RM3,579,800.00, maksud B.21, RM12,793,900.00, maksud B.22, RM274,700.00, diperintah menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat, dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B.23, Jabatan Pertanian, RM23,905,800.00, maksud B.24, Jabatan Pengairan dan Saliran, RM96,815,000.00, maksud B.25, Jabatan Perhutanan, RM39,973,000.00, maksud B.26, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, RM18,946,400.00, maksud B.27, Jabatan Kerja Raya, RM87,613,700.00, maksud B.28, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, RM6,742,300.00.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud B.23, RM23,905,800.00, maksud B.24, RM96,815,000.00, maksud B.25, RM39,973,000.00, maksud B.26, RM18,946,400.00, maksud B.27, RM87,613,700.00, maksud B.28, RM6,742,300.00, diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B.23, RM23,905,800.00, maksud B.24, RM96,815,000.00, maksud B.25, RM39,973,000.00, maksud B.26, RM18,946,400.00, maksud B.27, RM87,613,700.00, maksud B.28, RM6,742,300.00, diperintah menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju, dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B.29, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM42,285,000.00, maksud B.30, Jabatan Mineral dan Geosains, RM714,400.00, maksud B.31, Pejabat Kewangan Negeri, RM6,995,100.00, maksud B.32, Pelbagai Perkhidmatan Am, RM99,578,100.00, maksud B.33, Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, RM369,643,200.00.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud B.29, RM42,285,000.00, maksud B.30, RM714,400.00, maksud B.31, RM6,995,100.00, maksud B.32, RM99,578,100.00, maksud B.33, RM369,643,200.00, diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Saya mengemukakan bahawa maksud B29 RM42,285,000.00 maksud B30 RM714,400.00 maksud B31 RM6,995,100.00 maksud B32 RM99,578,100.00 maksud B33 RM369,643,200.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka jadual itu dipersetujui. Terima kasih Dewan.

Setiausaha

Maksud P01 Jabatan Kerja Raya RM90,000,000.00, maksud P02 Jabatan Pengairan Dan Saliran RM15,000,000,00, maksud P03 Jabatan Pertanian RM5,000,000,00, maksud P04 Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM3,000,000,00, maksud P05 Jabatan Perhutanan RM4,000,000,00, maksud P06 Pejabat Daerah dan Tanah RM15,800,000.00, maksud P07 Pejabat Setiausaha Kerajaan RM141,500,000.00, maksud P08 Pelbagai Projek RM120,700,000.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud P01 RM90,000,000.00, maksud P02 RM15,000,000.00 maksud P03 RM5,000,000.00, maksud P04 RM3,000,000.00, maksud P05 RM4,000,000.00, maksud P06 RM15,800,000.00, maksud P07 RM141,500,000.00, maksud P08 RM120,700,000.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada maksud P02 iaitu Jabatan Pengairan dan juga Saliran dan P03 iaitu Jabatan Pertanian dan P04 iaitu Perkhidmatan Veterinar. Seperti mana yang kita telah berbincang banyak bahawa ini adalah yang berkaitan dengan industri makanan, pengairan dan sebagainya. Jadi kita tengok macam peruntukan Jabatan Pertanian RM5,000,000.00 itu mungkin tidak menyumbang kepada untuk menaikkan taraf hasil apa program-program nya. Kalau boleh kita mencadangkanlah kepada Bajet ini kalau boleh di adjust untuk diberi kepada peruntukan seperti mana yang disebut tadi. Pengairan itu kita tambah untuk pengairan di kawasan-kawasan di Kerian untuk apa yang dibincangkan mengenai dengan infrastruktur, pengairan dan sebagainya dan juga Jabatan Pertanian itu mungkin kita boleh tambah peruntukan untuk bagaimana program untuk meningkatkan hasil kepada petani atau pun program-program mungkin boleh di adjust dari situ lah dan juga Jabatan Veterinar. Jadi peruntukan yang diberi sebanyak RM3,000,000.00 untuk maintain untuk menyelenggara padang-padang ragut yang ada tu RM3,000,000.00 itu kita kata habis macam tu saja yang tidak ada progress yang mungkin kita boleh adjust di situlah supaya keberhasilan pengukuran penghasilan makanan kita tu untuk daging veterinar tu tadi mungkin kita boleh adjust atau tambah dan begitu juga dengan pertanian itu untuk hasil padi yang berkait rapat dengan saliran tu tadi. Tu yang saya cuba ketengahkan. kasih.

Yang di-Pertua

Menteri Besar?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Gunong Semanggol. Apa yang dicatatkan dalam buku ini ialah peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Sebenarnya jabatan-jabatan yang disebutkan tadi Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Veterinar, juga Jabatan Perikanan mereka juga ada peruntukan khusus yang dibawa daripada Persekutuan. So, jabatan-jabatan berkaitan boleh adjust supaya peruntukan yang dibawa daripada Persekutuan itu lebih besar daripada peruntukan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri. Tapi pada waktu yang sama ketiga-tiga jabatan itu adalah merupakan juga jabatan yang berkaitan dengan sekuriti makanan. Di mana kita juga telah maklumkan SADC sendiri menyediakan peruntukan yang besar RM306,000,000.00 sebagai lead agensi untuk turut menyumbang kepada program-program yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gunung Semanggol tadi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Pantai Remis.

Yang di-Pertua

Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Bagi muka surat 315, P04 kita nampak di sini 04.001-Pembangunan Industri Ternakan. Kita lihat pada tahun 2021 dia dapat RM3,000,000.00 lebih tapi untuk tahun depan dia hanya tinggal RM565,000.00 sahaja. Boleh tahu apa dah berlaku menyebabkan dia bajet sudah kurang sangat dan juga bagi 04.004-Pembangunan Ladang Infoternak dan sebelum ini kita nampaknya 2021 dan 2022 tak ada peruntukan dan pada tahun depan dia dapat RM1juta lebih. Ada apa pembangunan di antara sini? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Menteri Besar?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat di-Pertua dan juga Yang Berhormat daripada Pantai Remis. Dia seperti mana jawapan saya kepada Semanggol tadi. Peruntukan yang tidak dimasukkan di sini sebenarnya adalah peruntukan yang dibawa daripada Persekutuan. Yang kita bukukan ini peruntukan oleh Kerajaan Negeri semata-mata. Satu lagi berkaitan dengan pengurangan dalam Veterinar. Ia disebabkan oleh ada beberapa projek yang dahulunya tak dapat dilaksanakan. Bukan pengurangan peruntukan tapi peruntukan itu tak dapat dilaksanakan pada tahun lepas. Ok. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Yang Berhormat Pengerusi.

Yang di-Pertua

Ya, Changkat Jering.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Nak tanya tentang peruntukan yang khusus yang dibentangkan ini. Khusus untuk jabatan ada 5. Untuk Pejabat Daerah ada 12. Jadi peruntukan-peruntukan yang kita khusus untuk Pejabat Daerah tu bermakna.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat sekarang kita Jawatankuasa. Kita pergi fasal ke fasal. Jadi sekarang ni kita sampai kepada Maksud P01 sehingga Maksud P08. So, yang mana satu? Dia Jawatankuasa dia tak sama macam masa Dewan. Jadi yang mana? Dia sekarang ni kita tengah bincang P01 sehingga P08 jadi yang mana satu dia punya khusus dia?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Maksud saya khusus yang dibagi kepada setiap jabatan dan juga pejabat itu adakah khusus untuk dia? Atau pun kalau dia tak boleh guna habis kita boleh satukan dalam satu pool atau satu basket untuk lain-lain pejabat boleh ambil? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Dia tak macam itu. Konteks Jawatankuasa ini dia fasal ke fasal. Jadi kita check satu-satu detail. So, kita kena rujuk dengan buku ini dan kita tanya apa dia perbelanjaan-perbelanjaan, dia ada perbandingan daripada yang tahun lepas dan sebagainya. Yang itu dia umum. Kalau umum tu boleh masa bahas di peringkat Dewan, ya? Terima kasih. Ya terima kasih. Sekarang saya mengemukakan bahawa Maksud P01 RM90,000,000.00, maksud P02 RM15,000,000.00, maksud P03 RM5,000,000.00, maksud P04 RM3,000,000.00, maksud P05 RM4,000,000.00, maksud P06 RM15,800,000.00, maksud P07 RM141,500,000.00, maksud P08 RM120,700,000.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Perbelanjaan Pembangunan tahun 2023. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka Jadual itu dipersetujui. Dipersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca fasal-fasal yang berkaitan.

Setiausaha

Fasal pertama, anggaran Perbelanjaan Mengurus dan fasal kedua, anggaran Perbelanjaan Pembangunan.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa fasal satu dan fasal dua menjadi sebahagian daripada rang undang-undang. Dengan ini saya buka ruang kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya ada untuk ingin berbahas. Jika tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui. Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 07/2022 yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta merta. Ada sokongan?

Yang di-Pertua, Rungkup menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 07/2022 telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat, dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah pun ditimbangkan dari sefasal ke sefasal dalam jawatankuasa seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya minta izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato' Yang di-Pertua, Rungkup menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersuara bersetuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Sila Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca buat kali yang ketiga dan telah diluluskan. Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin memaklumkan bahawa jawatankuasa yang dilantik untuk menimbang cadangan-cadangan yang tersebut dalam Kertas Dewan bilangan 07/2022 hendaklah diluluskan. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 07/2022 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa pembelanjaan sejumlah wang sebanyak RM395 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2023. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato' Yang di-Pertua, Rungkup menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 07/2022 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa pembelanjaan sejumlah wang sebanyak RM395 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2023. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telahpun dibahaskan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara setuju maka usul itu dipersetujui dan diluluskan.

Membawa rang undang-undang, Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha

Perkara yang kelima, membawa rang undang-undang, Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan rang undang-undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022 dibaca bagi kali pertama.

Yang di-Pertua

Sila Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali kedua?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dalam mesyuarat ini juga.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan pemberitahuan bacaan kali kedua sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perintan Tetap 57(1).

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang- undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan sekarang dibaca kali yang kedua.

Yang di-Pertua

Ada sokongan? Tak dengar.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Pengkalan Baharu menyokong.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membentangkan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan bahawa suatu rang undang-undang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022 dibaca kali kedua sekarang. Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda beberapa perkara di Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bagi tujuan larangan Ahli Dewan Negeri Perak bertukar parti supaya selaras dengan peruntukan Seksyen 7A Jadual ke 8 Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) (3/2022). Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mohon izin untuk memberikan sedikit penjelasan kepada Dewan yang mulia ini mengenai latar belakang cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan di hadapan kita pada hari ini. Pada 28 Julai 2022 yang lalu Parlimen Malaysia telah meluluskan suatu Rang Undang-Undang bernama Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (3/2022) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dengan sokongan 209 Ahli Dewan Rakyat.

Seterusnya, pada 9 Ogos 2022, Dewan Negara juga telah meluluskan Rang Undang-Undang tersebut dengan sokongan majoriti 52 orang senator. Rang Undang-Undang ini telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 31 Ogos 2022. Ia kemudiannya disebut sebagai Akta Perlembagaan (Pindaan) (3/2022) iaitu Akta A 1663 dan telah disiarkan di dalam warta pada 6 September 2022. Akta ini kemudiannya telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi tarikh kuatkuasanya pada 5 Oktober 2022, maka ianya terpakai kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Parlimen telah dibubarkan pada 10 Oktober 2022 dan ini bermakna Akta A 1663 adalah terpakai kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah dilantik pasca PRU ke-15. Bagi negeri-negeri pula, pendekatan yang diambil oleh Parlimen adalah dengan mengadakan peruntukkan larangan pertukaran parti politik melalui Pindaan pada Seksyen 7A, Jadual Ke-8 Perlembagaan Persekutuan, Pindaan Seksyen 7A, Jadual Ke-8 Perlembagaan Persekutuan ini perlu diikuti dengan pindaan yang sewajarnya kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing, terlebih dahulu sebelum peruntukkan tersebut boleh mula berkuatkuasa.

Di bawah Perkara 71, Perlembagaan Persekutuan, peruntukan-peruntukan yang ada dalam Jadual Ke-8 dikategorikan sebagai peruntukan-peruntukan perlu. Ini bermakna sebarang peruntukan yang ada dalam Jadual Ke-8 wajib diadakan juga di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Bagi tujuan ini, proses perundangan yang perlu dilakukan bagi membolehkan pemakaian Seksyen 7A, Jadual Ke-8 Perlembagaan Perkutuan adalah seperti berikut. Pertama, penetapan tarikh permulaan kuatkuasa Akta A 1663 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Ini telahpun dibuat pada 5 Oktober 2022. Kedua, penetapan tarikh permulaan kuatkuasa Akta A 1663 pada Negeri Perak oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan persetujuan Paduka Seri Sultan Perak ini telah dibuat dan Akta A 1663 telahpun berkuatkuasa pemakaiannya di Negeri Perak pada 8 Disember 2022 melalui warta nombor PU (B596) yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Ketiga, pindaan kepada Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan perlu seperti dalam Jadual Ke-8 Perlembagaan Persekutuan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Kita sekarang berada di peringkat ini, yang mana Dewan Negeri akan membahas dan seterusnya membuat keputusan berkenaan usul pindaaan kepada Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tentang larangan pertukaran parti politik bagi Ahli Dewan Negeri Perak. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya merujuk kepada fasal-fasal yang akan dicadangkan dalam Rang Undang-Undang pindaan ini. Fasal satu, mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan. Fasal dua, bertujuan untuk memasukkan makna parti politik ke dalam fasal satu, perkara 4. Fasal tiga, bertujuan untuk memotong fasal lima, perkara 31. Pemotongan ini akan membolehkan mana-mana Ahli Dewan Negeri yang melepaskan keahliannya untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya itu dalam Dewan Negeri dan dengan demikian kehilangan kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Negeri bagi tempoh 5 tahun tidak lagi terpakai. Fasal empat, bertujuan untuk memasukkan perkara baharu 32A ke dalam enakmen ibu untuk memperuntukkan bahawa seseorang Ahli Dewan Negeri hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong, sebaik saja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua di bawah fasal tiga Perlembagaan Baru 32A jika setelah dipilih ke Dewan Negeri sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaan atau tidak lagi menjadi anggota parti politik itu. Perkara sama juga terpakai bagi calon bebas yang setelah dipilih ke Dewan Negeri menyertai suatu parti politik sebagai anggota. Perkataan anggota suatu parti politik yang disebut dalam perkara baharu 32A hendaklah termasuk Ahli Dewan Negeri yang bukan anggota mana-mana parti politik yang membentuk suatu gabungan parti politik tetapi ia adalah ia anggota gabungan itu.

Perkara Baharu 32A juga memperuntukkan keadaan apabila seseorang ahli Dewan Negeri tidak terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri, keadaan-keadaan yang tidak menyebabkan Ahli Dewan Negeri terhenti menjadi ahli adalah apabila berlaku pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya. Jika ahli melepaskan keanggotaannya daripada parti politiknya, apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua atau jika ahli itu dipecat daripada keanggotaan dalam parti politiknya. Berkenaan kekosongan luar jangka di Dewan Negeri pula, perkara ini hendaklah dipastikan oleh Yang di-Pertua apabila menerima pemberitahuan bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Negeri itu mengenai berlakunya kekosongan itu dan Yang di-Pertua hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya tentang kekosongan itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh dia menerima pemberitahuan bertulis itu. Selaras dengan Fasal 5, Perkara 36, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menjalankan suatu pilihan raya dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan berkenaan kekosongan luar jangka itu daripada Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ada sokongan?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato' Yang di-Pertua. Pengkalan Baharu menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan rang undang-undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini. Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis 29 Disember 2022 jam 9.00 pagi. Terima kasih.