Perak · 29 December 2022

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 391 turns · 30,004 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keenam, Mesyuarat Kedua, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 29 Disember 2022 jam 9.09 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

Bismillahhirrohmannirrohim, segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajiban ke atas Raja dan Ahli Majlis permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman, makmur limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian hambaMu, yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajiban yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu, dimohon menyuluh memandukan pada ketika kami berunding menimbang bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan menjunjung perintah dan kebesaranMu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan Amin Ya Allah seru sekalian alam.

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, pihak urusetia, para petugas para pemerhati dan wakil media sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara yang pertama, urusan mesyuarat akan dimulakan dengan sesi soalan lisan. Tempoh masa yang ditetapkan bagi sesi soalan lisan pada hari ini adalah satu jam. Perkara yang kedua, pada persidangan hari ini Dewan akan diteruskan dengan sesi perbahasan Ahli-ahli Dewan Negeri berkenaan Rang Undang-Undang Bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022. Seramai tujuh orang ahli yang akan berbahas. Tempoh masa perbahasan kepada penyokong Kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 30 minit. Manakala tempoh perbahasan yang lain diperuntukan selama 20 minit seorang. Perkara yang ketiga, mesyuarat akan diteruskan dengan sesi penggulungan ke atas sesi perbahasan rang undang-undang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022 tersebut oleh Yang Amat Berhormat Menter Besar. Perkara yang keempat, Dewan akan diteruskan dengan usul-usul yang telah diberi notis iaitu usul melantik keanggotaan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (Public Accounts Committee) dengan izin, usul melantik keanggotaan Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap (Standing Order Committee) dengan izin, usul melantik keanggotaan Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, usul melantik keanggotaan Ahli Jawatankuasa Kebajikan Ahli, usul melantik keanggotaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan

Baharu Dewan Negeri Perak dan usul melantik keanggotaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengkaji enakmen-enakmen Negeri Perak. Sebelum saya menamatkan ucapan saya pada hari ini, saya suka juga nak mengingatkan diri saya dan Ahli-ahli Dewan bahawa berkaitan dengan pemakaian baju batik pada hari Khamis. Saya, kita telah menerima konvensyen dan peraturan untuk memakai baju batik ini pada hari Khamis, tapi saya suka nak mengingatkan bahawa semangat kita menerima pemakaian baju batik ini adalah untuk membantu industri batik negara. Oleh itu seboleh mungkin pemakaian baju batik pada hari Khamis di dalam Dewan ini seboleh-bolehnya ialah memakai batik yang dikeluarkan oleh negara kita sendiri dan bukan batik daripada luar daripada negara-negara lain. Itu saya nak cuba ingatkan pada semua-semua Ahli Dewan dan juga yang menghadiri sidang Dewan ini. Ok perkara yang terakhir berkaitan hansard. Saya ingin memaklumkan Ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat juga bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada paparan hansard sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam seperti yang saya maklumkan tadi. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Dengan izin serangkap pantun. Hello darling I love you, soalan Selinsing nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

I love you too. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Selinsing telah membangkitkan soalan yang berkaitan memperkasakan Institusi Pendidikan KAFA. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa peratusan penyertaan murid di sekolah KAFA adalah seperti berikut. Pertama, untuk keseluruhan negeri Perak, daripada 114,377 orang murid muslim di sekolah kebangsaan, sebanyak 100,656 orang bersamaan dengan 88% menyertai sekolah KAFA. Manakala bagi daerah Kerian, daripada 10,150 orang murid muslim di sekolah kebangsaan, sebanyak 8,825 orang iaitu 85% menyertai sekolah KAFA. Selain itu, bagi memastikan tiada murid yang tercicir daripada menyertai kelas KAFA, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif seperti berikut. Pertama, mewujudkan lima kelas KAFA tulen yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan yang terpilih di negeri Perak, iaitu di Sekolah Kebangsaan Sri Selama, di Sekolah Kebangsaan Ulu Slim, Sekolah Kebangsaan Ganda Teluk Intan, Sekolah Kebangsaan Datuk Sagor Kampung Gajah dan Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai Air Tawar. Yang keduanya, kita mengiktiraf Sijil Ujian

Penilaian Kelas KAFA atau UPKK dan Sijil Rendah Agama Islam, SRAI sebagai syarat utama permohonan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Negeri dan yang ketiga, melaksanakan kempen kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat melalui pelbagai medium untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan KAFA kepada anak anak mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan untuk penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah KAFA yang disalurkan melalui peruntukan khas yang Amat Berhormat Menteri Besar dan peruntukan pelbagai projek di pejabat-pejabat daerah. Di samping itu, pelbagai agensi lain turut menyalurkan bantuan tersebut seperti Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Selinsing.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan seterusnya soalan tambahan. Adakah pihak Kerajaan meneruskan tambahan bayaran atau pun tambahan kepada elaun yang diterima oleh guru-guru KAFA ini daripada persekutuan, dia ada tambahan kalau tak salah saya dalam RM200 kot yang dibagi? Ada tak? Kalau boleh tambah lagilah bukan RM200 tu saja. Kalau ada lah dan saya juga nak tahu berkenaan dengan ada tak apa-apa perkembangan status berkenaan dengan KAFA sekolah menengah. Kerana kalau tak salah saya dah ada dengan izin pilot project yang dibuat. Kita nak tahu lah. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Selinsing. Peruntukan tambahan RM200 sebulan itu kita teruskan seperti biasa. Tapi cadangan untuk penambahan itu kita akan kaji melihat kepada kecukupan pembelanjaan Kerajaan Negeri. Yang ketiga berkaitan dengan laporan bagi projek perintis untuk KAFA menengah itu saya akan lapor secara betulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok, tak ada yang minta nak tambah soalan tambahan lagi. Selepas itu, saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, Bukit Chandan, soalan nombor dua.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Chandan kerana mengajukan soalan kepada saya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia bagi menambah baik kualiti perkhidmatan sedia ada. Status terkini bagi pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA, fasa pertama bagi Negeri Perak di kawasan luar bandar dan kawasan Orang Asli ialah perancangan bagi tapak menara baru sebanyak 176 buah dan telah siap sebanyak 75 buah. 1,881 perancangan bagi naik taraf stesen pemancar dan telah siap sebanyak

2,275. Premis tersedia gentian optik sebanyak 252,475 dan telah siap sebanyak 270,816 dan satelit yang telah siap sebanyak 73. Semua inisiatif ini akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2023. Sebagai langkah jangka masa pendek, pihak SKMM telah melaksanakan pemberian internet secara percuma menggunapakai teknologi internet satelit di 73 lokasi terpilih kampung-kampung Orang Asli di Negeri Perak sebelum pembinaan menara kekal dilaksanakan oleh pihak SKMM melalui dana perkhidmatan sejagat, UST. 73 lokasi ini telah siap disediakan kemudahan infrastruktur komunikasi bagi perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit di seluruh Negeri Perak di mana untuk kawasan DUN Bukit Chandan sebanyak dua satelit telah siap beroperasi iaitu pertama di Kampung Orang Asli Balang dan kedua Kampung Orang Asli Balang I. Selain itu, sebanyak 32 lokasi telah dirancang bagi pembinaan menara baru dan 27 lokasi telah dirancang bagi kerja menaik taraf pemancar di seluruh kampung Orang Asli di Negeri Perak. Sehingga kini, sebanyak 17 lokasi stesen pemancar telah siap dinaik taraf. Kesemua inisiatif yang nyatakan dijangka akan siap secara berperingkat menjelang suku keempat 2023. Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital terus komited untuk memastikan penduduk khususnya kawasan luar bandar di negara ini mampu mendapat kemudahan rangkaian telekomunikasi termasuk capaian internet yang lebih baik setanding dengan di bandar termasuk kawasan pedalaman dan kawasan perkampungan Orang Asli supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Encik Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya minta YB Exco memberi sedikit perhatian kepada kawasan saya Bukit Chandan. Saya tak pasti kawasan saya ada tak dalam senarai yang 176 yang pencawang itu dan saya minta YB Exco datang ke kawasan saya buat lawatan dan tengok sendiri macam mana teruknya internet di kawasan saya. Terutama di kawasan Senggang, di Bekor, di Mandah dan juga di penempatan Orang Asli. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat. Insyaallah, saya kena dapatkan detail nanti selepas habis sidang Dewan. Insyaallah saya akan hadir ke kawasan Yang Berhormat. Kita akan berbincang lebih lanjut. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua. Ya, sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Exco. Daripada Batu Kurau, suatu kawasan pedalaman juga yang setiap kali warga kota balik, anak rantau balik, tidak ada talian internet. Saya nak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Exco, Batu Kurau ada tak termasuk dalam pencawang baru yang akan dibina. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih atas keprihatinan daripada Batu Kurau. Begitu juga saya akan dapatkan perincian selepas Dewan. Insyaallah, saya akan mengambil perhatian kawasan Yang Berhormat Batu Kurau, Chandan dan beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan sebelum ini.

Kita akan kan pertemuan dan kita teliti secara khusus di kawasan, khususnya kawasan berpenduduk. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam perpaduan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Ayer Kuning, soalan nombor tiga.

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Saya terima kasih pada soalan yang dikemukakan oleh Ayer Kuning dan saya mahu berhajat bersekalikan dengan soalan yang dikemukakan oleh YB Chenderiang. Soalan yang hamper-hampir sama.

Timbalan Yang di-Pertua, saya nak jawab sekali kedua-duanya. Berkenaan dengan kesesakan lalu lintas di bandar atau pekan Tapah. Setiap kali ada musim perayaan, ataupun musim-musim peak, maka pekan Tapah akan jadi jammed. Bermakna daripada utara ke selatan, menggunakan pekan Tapah untuk keluar ke bandar-bandar kecil, Bidor dan juga di Chenderiang. Kemudian daripada Bidor nak pergi ke pekan Temoh juga jammed. Menggunakan jambatan yang sama, traffic light yang sama. Jadi untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di hari-hari perayaan, pihak JKR dengan PDRM, dibantu oleh trafik PDRM, melaksanakan kerja-kerja untuk mengawal trafik tanpa kita ikut aturan yang dikenakan kepada lampu isyarat. Sebab jumlah kenderaan yang daripada utara masuk ke pekan Tapah melalui trafik yang sama, agak banyak. Walhal jumlah daripada pekan Chenderiang nak masuk ke pekan Tapah pergi ke highway ataupun pergi ke Bidor sikit. Itu memerlukan kawalan trafik dan JKR bekerjasama dengan PDRM trafik untuk mengawal hari-hari musim perayaan dan musim-musim peak. Bagi soalan untuk menyatakan bahawa adakah jangka panjang. Jangka panjang dia kita kemukakan permohonan dalam Rancangan Malaysia ke-12 untuk pastikan kalau kita dibenarkan untuk buat shortcut.

Maknanya mereka yang daripada Chenderiang ataupun pekan Temoh, mereka nak pergi ke highway plus tanpa melalui traffic light yang dekat dengan Kuil Gudwara itu. Kalau boleh paham ya, Gudwara itu. Di depan hospital dan sekolah kebangsaan. Itu memerlukan peruntukan yang agak tinggi kerana dia akan menjadikan jalan lintasan melalui banyak tanah-tanah hak milik. Tapi hari ini walaupun ada hak milik, tapi dibenarkan beberapa kenderaan lalu untuk shortcut daripada Chenderiang pergi ke plus highway untuk shortcut itu tanpa ikut trafific light yang ada dekat sekolah dan Hospital Tapah. Itu apa yang mereka buat. Tapi kajian dari JKR dan PDRM merasakan bahawa perlu jalan yang sempurna. Maknanya daripada Highway Plus pun kalau mereka nak shortcut pergi ke Chenderiang dan Temoh, tak payah melalui traffic light yang ada. Traffic light itu betul-betul di depan Hospital Tapah, depan Kuil Gudwara Tapah. Jadi untuk itu, usaha telah dibuat untuk melebarkan jalan tersebut. Sebelum traffic light itu, dahulunya ada stesen minyak Shell dan memang kesesakan agak kuat. Tapi setelah kita berhubung, maka Shell telah dipindahkan ke Jalan Bidor. Maka untuk itu, laluan itu agak kurang sangat sesak dia. Tapi masih lagi sesak dan apa yang dibangkitkan oleh Ayer Kuning dengan Chenderiang itu betul-betul masalah serius yang kami sendiri cuba untuk menyelami apakah cara kaedah yang besar? Yang pertamanya kita syorkan dengan PDRM juga, mana-mana kenderaan daripada pekan Bidor, daripada arah Bidor nak pergi ke Jalan Baldwin ataupun tepi Masjid Tapah, nak pergi ke Lubuk Katak. Dia tak payah melalui traffic light tersebut. Dia ada dua traffic light pekan Tapah yang sibuk. Satu traffic light depan Balai Polis Tapah, yang itu mana-mana kenderaan daripada Bidor, dia boleh terus pergi ke Lubuk Katak, ke Jalan Baldwin, shortcut di situ tanpa pergi ke traffic light depan Gudwara.

Jadi untuk kita melebarkan traffic light depan Gurdwara itu kita tidak ada tempat lagi dah. Dulu kita telah lebarkan dengan adanya Shell, kita ubah Shell, maka hari ini agak lebar sedikit tapi kesesakan itu masih berlaku. Jadi kena ada pintasan lain. Jadi pintasannya kita ikut di belakang dekat ada kuil Hindu, ada kuil Hindu satu situ. Di belakang tu dia terus pergi shortcut tempat orang yang meniaga jual petai tu. Jadi kalau YB boleh faham suasana itu agak itulah yang dapat dibuatkan buat masa ini tapi jangka panjang untuk membuat jejambat dan sebagainya itu belum sampai ke tahap itu lagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Exco ya. Tapah juga kampung halaman Dato' Seri kan? Jadi saya dimaklumkan JKR telah dan akan membentangkan kajian terbaru berkaitan dengan perkara ini. Jadi dalam Dewan yang mulia ini, saya memohon tindakan yang segera dan utama dipohon untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasihlah Yang Berhormat Dato' Seri Exco telah menyatakan bahawa ianya membawa perkara ini dengan kadar segera dan diutamakan. Jadi sudah tentulah ada yang mengatakan bahawa wang bukan segala-galanya Dato' Seri kan? Tapi segala-galanya memerlukan wang. Waima apa pun sekarang wang diperlukan. Kalau tak percaya boleh tanya Ahli-ahli Yang Berhormat. Ada yang menang menggunakan wang tapi bukanlah di negeri kita dan negara kita. Terima kasih.

Terima kasih atas komen tambahan tersebut. Suasana ini agak meruncing lebih dahsyat lagi jika ada musim persekolahan. Sebab sekolah yang SK 1 apa namanya, sekolah itu juga betul-betul dekat dengan traffic light tersebut. Jadi untuk itu jangka panjangnya, pihak JKR telah membuat satu Traffic Impact Assessment (TIA), traffic analysis. Supaya kita dapat tengok macam manakah nak pastikan kenderaan-kenderaan ini boleh diagihkan ke kawasan lain tanpa mereka melalui Pekan Tapah. Pemasalahannya hanya satu ada, gotaknya satu saja Yeop. Di pekan Tapah ini atau pun nak menyeberangi Sungai Batang Padang itu hanya ada satu gotak saja. Satu jambatan saja. Kalau tak faham gotak sama dengan jambatan. Jadi untuk itu mereka tak ada pilihan lain. Mereka kena lalu juga pekan Tapah tapi kalau kita boleh agihkan ataupun separuhkan kenderaan itu pergi melalui Jalan Damai yang mana mereka yang nak pergi ke jalan lama, nak pergi ke Chenderiang, daripada Bidor, ikut Jalan Damai tapi terpaksa juga menyeberang jambatan tersebut. Cuma dapat kesesakan, dielakkan melalui pekan Tapah. Jadi untuk itu, satu traffic analysis akan dibuat ataupun telah pun dibuat dan Insyaallah kita akan syorkan sebaik-baiknya pada jangka panjang. Oleh kerana bila pertambahan kenderaan akan dilihat dalam masa 3, 4 tahun, lebih dahsyat keadaan itu. Jalan tak juga besar-besar. Begitu jugalah luasnya. Kawasan sempit. Kereta bertambah. Jadi untuk itu kita kena ada jalan lain.

Kalau saya lihat di tempat-tempat lain, mereka buat jejambat. Di China itu, mereka buat jejambat kiri kanan. Nak pergi lebuhraya jejambat, nak pergi daripada Chenderiang ke Bidor jejambat tapi kos terlalu tinggi dan dia makan masa yang banyak kerana kita kena buat analisis keselamatan, traffic analysis dan sebagainya. Jadi untuk itu kita merakamkan dukacita jugalah tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan pekan Tapah itu dalam masa terdekat ini. Walau macam mana pun kita bercadang supaya sekurang-kurangnya pihak PDRM cuba melatih orang-orang ketiga untuk mengawal trafik musim-musim perayaan.

Kalau kita lihat di Switzerland itu, mana mana pekan yang agak-agak sibuk, berlaku kesibukan, mereka beri latihan kepada mana-mana pihak ketiga yang ada perniagaan di kawasan itu. misalan contohlah kita ada perniagaan Mc Donald ataupun Kentucky Fried Chicken. Maka pihak trafik polis akan melatih petugas dia yang ada lot atau pun ada restoran dia di situ, mereka akan bekalkan satu tempat yang ada tanda Kentucky Fried Chicken misalannya, contoh dan dia akan letakkan petugas dia di situ kerana itu promosi bagi dia dan bukan dikendalikan oleh ahli PDRM, tapi ahli perniagaan tersebut. Jadi kalau dia ini adalah daripada superstore pun, dia ada dia punya pelatih-pelatih yang telah pun dilatih untuk mengawal trafik. Jadi secara tak langsung dia juga membantu melicinkan perjalanan trafik. Jadi kami dalam keadaan untuk berbincang dengan PDRM sama ada boleh diterima bahawa kita ada orang lain yang mengawal trafik tersebut.

Misalannya kalau ada kesesakkan di soalan-soalan semalam tu di Simpang Pulai. Daripada jalan Simpang Pulai, highway nak masuk ke Jalan Raja Muda Mahadi itu memang sibuk sangat tapi kalau kita nak buat di jejambat, itu penyelesaian jangka panjang tapi tak ada. Tapi kalau kita di situ ada Pizza Hut ke ataupun ada Petronas ke ataupun ada KFC ke, dia letakkan dia punya bench dia itu dan mereka berdiri di atas itu kawalan keselamatan. Jadi bermakna dia promosikan produk-produk dia juga. Jadi kita dapat bantuan daripada orang ketiga yang kita tak payah bayar dia apa-apa. Itu saja pandangan kita. Insyaallah. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu. Timbalan Yang di-Pertua, Alor Pongsu. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap. Alor Pongsu dulu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua

Ya, ok.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pasti berkaitan. Ok, untuk DUN Alor Pongsu bila exit toll itu dibuat. Semasa exit toll Alor Pongsu dibuat sebab dia ada dua lorong daripada highway. Sekarang ini laluan daripada tol Alor Pongsu ke pekan Bagan Serai dah jadi laluan utama. Lori-lori besar yang tak pernah melalui sekarang dah lalu. Orang kampung dah dapat tengok dah lori balak masuk. Yang tak pernah masuk di jalan Alor Pongsu. Jalan Alor Pongsu itu jalan pendek, jalan kecil. Jadi saya minta supaya janji atau lisan semasa dibuat exit itu nak dijadikan empat lorong daripada tol Alor Pongsu ke pekan Bagan Serai itu ditunaikan. Terima kasih.

Terima kasih atas pandangan daripada Alor Pongsu. Tidak ada kena mengena dengan masalah kesesakan Bandar Tapah itu sendiri. Walaupun macam mana pun dia ada tanda-tanda yang menyatakan bahawa had muatan daripada highway nak masuk ke pekan Alor Pongsu sendiri. Dia ada had dia. Tak bolehlah kenderaan-kenderaan berat daripada highway terus masuk ke jalan kampung tanpa sekatan. Itu kita ada tanda-tanda dia. Jadi untuk itu, itu telah diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan secara jangka panjang. Mereka buat satu junction, intersection untuk tol di Alor Pongsu tapi di Tapah ini masalahnya, masalah yang menyebabkan kerumitan kerana banyak premis-premis di sekeliling kawasan itu. Macam di Alor Pongsu itu nak masuk daripada highway ke Alor Pongsu itu memang tempat tu lapang tapi tidak ada suasana yang sama di Pekan Tapah. Jadi kita kena lihat suasana itu dalam konteks kaedah lain nak menyelesaikan secara jangka panjang. Wallahuallam. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua

Chenderiang, sila.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Terima kasih. Saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Exco yang memberi jawapan. Saya ingin bertanya kepada YB Exco, sama ada Kerajaan Negeri berhasrat untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina satu jalan baharu untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas untuk jangka panjang. Terima kasih.

Kita telah buat kajian dan yang nak kita pohon daripada Kerajaan Persekutuan itu mestilah barang yang praktikal. Oleh kerana hari ini belum lagi dapat penyelesaian nak sama ada nak buat jalan-jalan baru untuk menyelesaikan masalah itu. Jadi pihak JKR dengan PDRM dan bersama-sama majlis perbandaran masih lagi melihat apa kaedah-kaedah yang terbaik sebelum kita kemukakan kepada Persekutuan, Kementerian Kerja Raya untuk buat laluan tambahan atau laluan yang lain alternatif. Jadi buat masa itu hasrat itu ada tapi biarlah kita buat kajian dalam dahulu. Kita tahu anggaran kos dia. Ia tidak melibatkan banyak masalah tanah dan sebagainya, baru kita kemukakan kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi buat masa ini hasrat itu ada tapi belum lagi sampai ketikanya kita kemukakan berapakah estimate location kita pohon itu. Wallahuallam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. Soalan Pokok Assam, soalan nombor empat.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan juga kepada Pokok Assam yang bertanyakan soalan nombor empat. Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu Majlis Pembandaran Taiping (MPT) dalam menangani masalah sampah haram adalah melalui penyaluran peruntukan bagi pelaksanaan pengurusan kutipan sampah di luar kawasan operasi PBT Negeri Perak. Ini memandangkan antara faktor yang menyumbang kepada isu sampah haram di dalam kawasan MPT adalah berpunca daripada penempatan-penempatan di luar kawasan operasi PBT yang tidak mendapat perkhidmatan kutipan sampah. Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah sampah haram di sekitar lokasi-lokasi yang terpilih bagi perlaksanaan program ini. Bagi pengurusan sampah haram di dalam kawasan operasi MPT, kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan secara berkala oleh Jabatan Perkhidmatan dan Kesihatan MPT menggunakan sumber tenaga dan logistik milik jabatan. Pembersihan dilakukan mengikut jadual berdasarkan jumlah hotspot lokasi tapak pembuangan sampah secara haram yang telah dikenalpasti. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas lokasi hotspot terbabit akan dibuat secara berterusan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MPT bagi mengatasi masalah sampah haram dengan menempatkan penguatkuasa bagi melakukan pemantauan di kawasan tong sampah untuk mengenal pasti individu yang membuang sampah di tapak-tapak sampah haram yang telah dikenalpasti.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, langkah approach and inform, dengan izin, digunakan oleh penguatkuasa yang ditugaskan bagi melakukan pemantauan di mana mereka memakai pakaian awam semasa membuat intipan dan berjumpa serta merta dengan pesalah yang dikenalpasti melakukan kesalahan tersebut. Penerangan tentang kesalahan yang dilakukan akan diberikan oleh anggota penguatkuasa tersebut diikuti oleh amaran atau pengeluaran kompaun kepada pesalah terbabit. Langkah ini dilakukan bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada orang awam berkenaan kesalahan membuang sampah haram serta impact supaya permasalahan ini dapat dikawal dan tidak berulang. Di samping itu, pemasangan CCTV di beberapa lokasi hotspot juga sedang dilaksanakan oleh MPT sebagai salah satu inisiatif bagi memudahkan pelaksanaan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas masalah sampah haram di kawasan operasi MPT. Untuk menjawab soalan kedua berkenaan penguatkuasaan yang lebih ketat, untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Pembandaran Taiping sentiasa emenjalankan penguatkuasaan secara berterusan dalam menangani masalah sampah haram.

Untuk tempoh antara Januari 2022 hingga November 2022, sebanyak 113 kompaun dengan amaun sejumlah RM28,250 telah dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan MPT. Daripada 113 kompaun yang telah dikeluarkan, 109 kompaun adalah daripada pemantauan CCTV yang dipasang di beberapa lokasi yang terpilih manakala 4 kompaun dikeluarkan secara terus melalui tangkapan semasa pemantauan di lapangan. Bagi menjawab soalan percahan C yang berkenaan pemasangan CCTV juga, saya ingin ambil kesempatan ini untuk menyatakan saya untuk menyambut usaha baik dan inisiatif beberapa PBT di negeri Perak yang telah memulakan inisiatif untuk menggunakan CCTV sebagai kaedah untuk mengawal dan mengurus sampah haram. Untuk pengetahuan, bagi kawasan MPT pada masa ini, 3 buah CCTV telah dipasang dengan tujuan pemantauan dan penguatkuasaan masalah sampah haram. Ini termasuk di kawasan tapak pasar malam Kemunting, tapak sampah di stesen bas Taiping dan juga tapak pelupusan sampah Matang. Buat masa kini, Kerajaan Negeri sedang dalam usaha untuk melakarkan pelan tindakan menyeluruh berhubungan pengurusan sisa pepejal sebagai satu perancangan yang utama bagi tahun 2023 dan sehingga pelan tindakan ini dapat dirangkakan, Kerajaan Negeri akan mengatur keutamaan kos-kos yang sesuai untuk menambah penggunaan CCTV di PBT-PBT yang bersesuaian dan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga dalam usaha dan sedia kerjasama dengan pihak swasta dan menggalakkan mereka untuk menjadikan lokasi-lokasi hotspot sampah haram dalam kawasan PBT sebagai kawasan angkat dengan menaja pemasangan CCTV. Pelepasan cukai yang diberikan kepada pihak swasta yang memberikan tajaan dan sumbangan secara CSR dapat sedikit sebanyak bantu dalam memperkasakan penguatkuasa ke atas masalah sampah haram ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih, Yang Berhormat Exco. Saya ingin bertanya lagi, adakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini berhasil? Kerana saya mendapati senarai lokasi hotspot sampah haram tidak berkurangan. Malah banyak lagi kawasan-kawasan yang baru yang masih belum dikesan dan belum dimasukkan dalam senarai MBT dan saya juga ingin bertanya, apakah peranan pejabat daerah dalam menangani isu sampah haram di luar kawasan operasi PBT? Terima kasih.

Saya lihat langkah-langkah yang diambil seperti yang saya kongsikan sebelum ini setakat ini, memang membantu dalam mengurangkan isu-su ini tetapi pada masa yang sama, terdapat juga masih ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang tetap degil dan tidak pedulikan segala usaha yang telah dijalankan. Juga ini berkait rapat dengan penambahan populasi, penambahan kawasan perumahan yang baru dan ini tetap akan merumitkan keadaan ini dan saya rasa, memang menjadi keutamaan PBT dalam menjaga kebersihan di kawasan-kawasan operasi PBT dan jika seperti yang disebut tadi, terdapat kawasan-kawasan hotspot sampah haram yang sebelum ini mungkin belum disenaraikan atau belum diambil tindakan yang sepatutnya, boleh juga saya alu-alukan selain daripada Yang Berhormat Pokok Assam juga kepada ADUN-ADUN dari kawasan lain, untuk sentiasa kerjasama dengan PBT dan memberi info supaya tindakan dan perancangan yang sebaiknya dapat diaturkan dan tentang soalan tambahan berkenaan peranan PBT untuk isu pengurusan sampah haram di luar kawasan PBT.

Untuk maklumat, PBT buat masa ni fokus kepada kawasan di bawah operasi PBT. Jadi berkenaan peranan PBT untuk pengurusan sampah haram di luar kawasan PBT itu, saya tak dapat nak jawab bagi pihak Exco yang berkenaan. Walau bagaimanapun, seperti yang saya sebut tadi, dalam salah satu usaha, iaitu terdapat usaha sama di antara PBT dengan pihak berkuasa di kawasan luar bandar, iaitu untuk menyediakan sampah, perkhidmatan kutipan sampah di kawasan luar bandar. Ini salah satu usaha dan juga kerjasama yang cross portfolio yang kita cuba untuk bantu selesaikan masalah sampah, khususnya sampah haram, bukan sahaja di kawasan bandar dan juga luar bandar dan dari masa ke masa, jika ada keperluan untuk agensi yang berlainan untuk duduk sama, merangka penyelesaian untuk selesaikan masalah sampah haram di kawasan bandar maupun luar bandar, saya percaya Exco-Exco yang terlibat sentiasa kita boleh gerakkan usaha ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Tronoh? Siapa dulu? Tronoh dulu. Sila.

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan adakah kerajaan berhasrat untuk mewajibkan penggunaan tong sampah di setiap rumah? Terima kasih.

YB CIK SANDREA NG SHY CHING. Sebenarnya, dalam pihak PBT menyediakan perkhidmatan kutipan sampah, setiap rumah dia patut menyediakan tong sampah supaya tidak timbul isu seperti sampah yang patut dikutip berlambakan, menyebabkan isu kebersihan berkaitan dengan anjing liar dan sebagainya. Tapi pada masa kini saya lihat memang dikebanyakan kawasan, di kawasan kediaman mahupun di perniagaan, banyak pengguna ataupun orang awam tidak menyediakan tong sampah dan ini sepatutnya menjadi sesuatu yang menjadi tanggungjawab pengguna, penduduk untuk supaya melicinkan usaha kutipan perkhidmatan sampah. Cuma di sesetengah PBT yang lebih mempunyai kemampuan yang lebih bersesuaian, contohnya di kawasan MBI, tong sampah diberikan secara percuma kepada penduduk-penduduk di taman. Ini sesuatu inisiatif yang di luar tanggungjawab PBT supaya mereka membantu untuk di samping mendidik penduduk dan juga orang awam dan juga memudahkan mereka mungkin mengambil kira ada yang tidak mampu untuk menyediakan tong sampah dan sebagainya. Untuk cadangan yang dikemukakan oleh Tronoh, kami akan mengkaji dan lihat kesesuaian sama ada dia boleh diwajibkan untuk dilaksanakan di semua PBT di negeri Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Bercham dikemukakan kepada Exco setahu saya, di kawasan MBI, bilangan cleaner, dengan izin di PBT ini memang tidak mencukupi. Ini juga menyumbang kepada pertambahan lokasi-lokasi sampah haram dan juga kepada kedua, setahu saya bilangan penguatkuasa untuk soal kebersihan terutama sekali kepada soal sampah haram ini memang agak kekurangan jika dibandingkan dengan bilangan penguatkuasa trafik yang lebih fokus kepada parking yang lebih masa keluar saman. Jadi adakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan bilangan penguatkuasa untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram ini dan juga kepada adakah kerajaan berhasrat untuk orang awam yang membuat laporan dengan besertakan dengan gambar dan video kepada PBT agar mereka diambil kenakan tindakan dan galakkan diberikan kepada mereka dengan whistleblower agar mereka lebih kerap menolong komuniti untuk menjaga kebersihan di negeri Perak ini? Terima kasih.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bercham. Untuk tentang tenaga penguatkuasaan saya rasa semua PBT akan dari masa ke masa kaji balik kesesuaian sama ada tenaga yang disusun diaturkan untuk bidang kerja tertentu termasuk untuk penguatkuasa itu sesuai atau tidak dan perlu kalau perlu ditambah dia akan diaturkan mengikut kesesuaian. Cuma saya lihat setakat ini apabila isu sampah haram menjadi semakin berleluasa ini menjadi satu beban kerja yang ekstra juga bagi pihak PBT dan memang menjadi hasrat kami untuk cuba menyelesaikan masalah ini dari punca untuk supaya melalui penguatkuasaan, kempen kesedaran dan sebagainya dan juga dengan pelan tindakan pengurusan sisa pepejal yang bakal kami merangka dalam tahun depan dapat menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh supaya kita dapat mengurangkan masalah sampah haram dan bukan sahaja untuk menambah penguatkuasa sebab kita lihat ini apabila dia menjadi satu isu yang mengambil terlalu banyak masa dan tenaga pihak PBT untuk menangani ini memang menyebabkan kita pun dah terkurang masa dan tenaga untuk gerakkan pembangunan yang lain dan juga saya terima kasih atas cadangan untuk kita melibatkan orang awam dalam menjadi whistleblower untuk melapor tindakan salah laku dalam isu sampah haram sama ada dengan memberi galakan ataupun pengiktirafan yang lain. Hal ini akan kami kaji untuk kami dan saya setuju memang kita perlu melibatkan lebih ramai orang awam untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam isu sampah haram ini. Terima kasih.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Timbalan, boleh satu soalan. Berkaitan dengan sampah, sampah juga boleh menjana pendapatan. Saya nak tanya berkaitan dengan kawasan pelupusan sampah, MBI di Bercham. Saya diberitahu bahawa telah diberhenti dan ada satu syarikat yang mengeluarkan gas untuk penjanaan elektrik yang dijual kepada TNB. Dia menjana pendapatan. Apakah pendapatan yang mereka jana itu ada pendapatan yang lumayan kepada Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Terima kasih Ayer Kuning. Saya mohon maaf buat masa ni saya tak dapat tidak ada maklumat tentang pendapatan yang dijana yang disebut di tapak pelupusan yang berkenaan dengan wastes to energy itu. Cuma secara keseluruhan untuk pengetahuan semua pada masa ni memang terdapat PBT-PBT yang memulakan usaha untuk menjana tenaga dan juga pendapatan daripada dalam pelupusan sampah ini dan ini juga wastes to energy ini juga menjadi salah satu fokus utama apabila kita merancang pelan tindakan pengurusan sisa pepejal sebab kita nampak ini memang salah satu cara dan bagaimana kita nak menggunakan kekuatan yang kita ada dalam pengurusan sampah bagi 15 PBT itu untuk kita mengumpulkan sampah di lokasi yang sesuai dan dengan menggunakan teknologi kita menjana tenaga dan juga di samping itu pendapatan dan ini akan ditelitikan dalam pelan tindakan nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan nombor soalan, sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, selamat pagi. Ikan Sepat Ikan Loma, soalan Bota nombor lima.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebelum itu boleh izinkan saya untuk sedikit mempromosikan portfolio saya. Walaupun tadi sebut ikan loma tapi bukan soal ikan loma. Cuma saya nak maklum kepada seisi Dewan, dekat dewan makan ada disediakan air nenas keluaran produk usahawan bumiputera kita, jenama Ni-nice, keluaran Agromas untuk semua yang ada. Terima kasih pada SADC yang menyumbangkan. Ok, menjawab soalan Bota.

Untuk makluman Yang Berhormat kawasan Bota, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan tempat bagi waga emas menjalankan program dan aktiviti harian di dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan warga emas yang melibatkan kerjasama strategi antara agensi kerajaan, Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Komuniti setempat. Kriteria penubuhan sesebuah PAWE adalah perlu mengambil kira perkara yang berikut; Pertama, bilangan warga emas yang ramai dan berminat untuk menjalankan aktiviti di dalam sebuah komuniti. Yang kedua, lokasi premis yang strategik dan mudah diakses oleh warga emas dan orang awam. Ianya juga biasanya berhampiran dengan kemudahan awam. Yang ketiga, premis yang dipilih hendaklah mesra warga emas dan sesuai dengan program dan aktiviti yang hendak dijalankan seperti bangunan kerajaan, premis swasta, kuarters, balai raya dan sebagainya.

Keempat, komuniti penggerak yang mempunyai minat dan komitmen dalam mengendalikan warga emas seperti pertubuhan bukan kerajaan, persatuan, komuniti setempat atau agensi swasta yang akan menjadi tulang belakang terhadap perlaksanaan PAWE dan seterusnya yang kelima, mendapat sokongan terlebih dahulu daripada pegawai kebajikan masyarakat ataupun pengarah kebajikan masyarakat negeri bagi membolehkan proses permohonan dibuat. Permohonan penubuhan PAWE sekiranya diluluskan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat bakal menerima geran penubuhan untuk penyelenggaraan, pembaikan, pembelian peralatan dan pengoperasian sebanyak RM100 ribu dan secara one-off, geran pengoperasian sebanyak RM50 ribu untuk tempoh 12 bulan atau setahun. Peruntukan pengoperasian ini disalurkan bagi tujuan pembiayaan tenaga kerja iaitu elaun penyelia dan pembantu, pengurusan dan sewaan premis. Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ini pada dasarnya adalah dikendalikan oleh PSK ataupun Pertubuhan Sukarela, kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Walaubagaimanapun, PSK yang mengendalikanPAWE turut diupayakan agar mampu untuk mendapatkan sumbangan ataupun sumbangan tanggungjawab sosial (CSR) bagi menjalankan aktiviti supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada geran kerajaan semata–mata.

Kerajaan Negeri Perak melalui JKM Negeri Perak sentiasa menjalankan sesi libat-urus dengan semua pengendali PAWE di Perak agar dapat memantau kemajuan dan perkembangan PAWE ini. Berbagai usaha seperti pengiktirafan dan penganugerahan dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri dalam usaha memberi galakkan kepada semua pengendali PAWE untuk menjadi lebih aktif dan kreatif. Kerajaan Negeri akan terus membantu PAWE yang sedia ada dan akan menyusun perancangan yang lebih strategik bersama JKM dan PAWE. Usaha ini Insyaallah untuk makluman Yang Berhormat adalah antara intipati yang saya akan tekankan dalam kunjungan hormat dan perbincangan dua hala dengan YB Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dalam sedikit masa lagi, Insyaallah. Dan pemimpin-pimpin tempatan termasuk YB Bota digalakkan untuk sama–sama memainkan peranan bagi menjayakan PAWE ini dengan memberi sumbangan kewangan, idea dan jaringan demi meningkatkan kesejahteraan warga emas, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan Tambahan?

Terima kasih Exco daripada Temenggor, terima kasih. Saya nak bertanya sama ada, adakah kita akan menyediakan kursus-kursus untuk mereka yang berminat untuk memulakan PAWE dan setakat ini boleh saya tahu di manakah PAWE yang ada yang boleh kita melawat untuk kita jadikan sebagai contoh kepada penubuhan PAWE yang baru? Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih. Untuk PSK yang berkaitan, macam saya maklumkan tadi, dia mestilah ada kecenderungan minat yang berterusan, bersungguhan untuk memastikan apa itu sustain ataupun PAWE ini nanti apabila diwujudkan dapat terus dikekalkan. Jadi kalau mana–mana PSK ataupun pertubuhan sukarela yang berminat, bersesuaian dengan daerah, kita akan pertimbangkan seperti yang saya maklumkan melalui kelulusan sama ada JKM daerah ataupun Pengarah JKM negeri. Seterusnya untuk makluman YB Bota, setakat ini kita ada 12 PAWE. Yang terbaru, 2022 kita mendapat kelulusan 4 PAWE. Yang sebelum ini kita ada 8 PAWE, menjadikan 12 PAWE. Untuk 4 kelulusan baru, satu di Tambun, satu lagi Gopeng, Kampong Gajah, Taiping. Untuk PAWE yang lama, yang telah beroperasi ada 8 PAWE, iaitu PAWE di UTC, PAWE di Tanjong Malim, PAWE Slim Village, PAWE Lekir, PAWE Padang Rengas, PAWE Manong, PAWE Langkap, dan PAWE Bagan Datuk. Maknanya, kalau Yang Berhormat Bota berminat, boleh untuk ziarah paling dekat ialah PAWE UTC dan baru-baru ini, saya pun sempat pada 15 haribulan yang lalu, berkunjung ke PAWE Padang Rengas dan PAWE Manong, antara PAWE yang aktif dan mendapat anugerah, PAWE kreatif dan aktif. Terima kasih.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Keranji minta soalan tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua

Keranji, sila.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Ok, terima kasih. Timbalan Speaker. YB Exco, pada tahun 2019 masa itu saya ada follow up dengan JKM Ipoh. Masa itu kata, jawatankuasa PAWE Kampar telah ditubuhkan dan didaftar ke sistem eROS atas nama PAWE Kampar. Masa itu dia hanya tinggal menunggu kelulusan premis sahaja. Jadi tadi saya dengar YB Exco kata PAWE yang telah didirikan tak ada di daerah Kampar. Jadi boleh tak saya tahu perkembangan berkenaan ini? Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih, YB Keranji. Saya akan semak mengenai permohonan tersebut, status seperti apa yang telah dibangkitkan sebab seperti saya maklum, pada tahun 2022 yang telah mendapat kelulusan PAWE, ialah PAWE Tambun telah pun beroperasi, PAWE Gopeng dan juga PAWE Kampung Gajah akan beroperasi pada Januari 2023 dan PAWE Taiping insyaallah juga tahun 2023, tetapi masih dalam proses kerja-kerja pembaikan. Jadi yang telah dibangkitkan oleh YB, saya akan semak nanti dan kita akan maklumkan. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Timbalan Speaker. Tanya kepada YB Exco, masih berkenaan dengan isu kebajikan orang-orang tua. Pertamanya saya nak tanya berkenaan dengan orang tua, warga tua yang tinggal kendiri, pertama, yang tidak boleh uruskan diri sendiri, dan kedua orang tua yang mungkin tinggal dengan anak-anak. Anak-anak tinggalkan mereka dari pagi hingga petang, sampai ke malam. Saya ambil contoh di tempat saya di Manjoi. Isu yang saya temui adalah orang tua yang tinggal kendiri, tak ada anak-anak jaga, duduk seseorang di rumah, jadi tak boleh uruskan diri sendiri. Point saya ialah memang kebajikan mereka tak terjaga. Kedua, saya jumpa ada orang tua warga tua yang ditinggalkan oleh anak-anak ini sebagai pengajaran kita di sini, sebagai anak-anak. Sepatutnya kita melihat perkara ini. Ada saya jumpa yang ada seorang ibu itu, anak dia pakaikan pampers daripada pagi, kemudian dah siapkan makanan, tinggalkan sampai dia balik kerja petang, sampai ke malam. Kadang kami pergi itu tengok Allah. Masih tak diuruskan dengan najisnya dan sebagainya. Saya tanya anak mana? Anak pergi kerja. Petang malam baru balik.

Ini tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Tapi point saya, yang saya tengok di Ipoh ini, adakah terdapat satu pusat jagaan muslim khususnya pada orang tua supaya ibadah mereka terjaga, ubat terjaga, kebajikan terjaga, makan minum terjaga? Point saya, saya masih memuji juga rakan-rakan daripada bangsa Cina dan juga Indian. Di sini, saya tengok ada banyak NGO yang bertanggungjawab yang adakan pusat-pusat jagaan warga tua. Tapi bagi NGO Muslim, adakah diwujudkan di kawasan Ipoh ini? Tuan Speaker kalau di DUN Manjoi ini banyak kisah sebegini dan saya rasa perkara ini mungkin boleh diambil berat oleh pihak kita. Terima kasih, YB Exco.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Manjoi. Sebenarnya saya juga bersetuju kalau berkenaan dengan tanggungjawab kita kepada ibu bapa itu adalah perkara utama. Dalam Islam sendiri pun yang menjaga dan kita sebagai anak akan mendapat lebih keberkatan kalau kita menjaga ibu bapa. Tapi kadangkala kita pun tak pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Cuma kalau bab soal anak-anak pun tak mampu, tetapi dari segi kederat itu saya kira sepatutnya tanggungjawab kita lah untuk melihat ibu bapa dan untuk makluman YB juga, sekadar maklumat tambahan bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, sekiranya mereka berkelayakan, mereka akan mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM500. Tapi itu bergantung kepada sekiranya warga emas tersebut tidak duduk dekat mana-mana rumah jagaan di bawah seliaan JKM ataupun di bawah institusi bawah seliaan yang mendapat rawatan secara percuma lah. Itu dari segi bantuan. Dari segi penyediaan ataupun adakah ada ataupun tidak pusat jagaan yang berkonsepkan Islam dekat sekitar Ipoh ataupun Kinta ini, yang itu saya minta maaf saya pun tak pasti nak kena semak sebab setakat saya, setahu saya setakat ini ramai yang bukan Muslim lah terutamanya Chinese banyak pusat jagaan warga tua dan mungkin perkara itu dapat ditimbangkan untuk kita lihat nanti. Terima kasih atas saranannya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

PAWE, PAWE, PAWE last, important. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, YB Exco. Saya berminat PAWE ini sebab masa Menteri yang pertama keluarkan idea itu talimat pertama saya hadir. Jadi saya balik ke kawasan pada masa itu, saya dalam kerajaan, berminat sangat nak tubuhkan PAWE ini dan kita berhubung dengan JKM kawasan kita deal nak tahu ada peruntukannya berapa dan sebagainya. Akhirnya antara masalah besar adalah kadar penyewaan dia dan kita kenal pasti satu bangunan banglo, pihak IADA dan saya berurusan dengan Pengarah IADA dan sebagainya akhirnya kita dapat. Bila kita dapat NGO itu pergi jumpa pegawai JKM itu menyatakan pihak kita bersedia nak bayar sewa, nak meringankan beban JKM dan nak tunjukkan kita nak jaga orang tua-tua ini kan. Malang sekali lah, saya ingat kena tengok benda ni sebab Bota ada tanya tadi tentang pemudah cara. Masa tu saya dalam kerajaan pun tak dimudahkan cara tambah kalau lar ni kami pembangkang. Bila dengar pihak saya nak bayar sewa tu terus senyap sunyi cerita tu. Patutnya PAWE Bagan Serai dah dua tahun, YB Exco minta tengok-tengokkan sikap lah kot.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Baik, terima kasih dalam perhatian insyaallah. Kita memang seperti yang saya maklum matlamat kita dan ini antara perbincangan yang akan saya bincangkan bersama Yang Berhormat Menteri nanti, ialah untuk memastikan kewujudan PAWE di ke semua 24 Parlimen. Jadi sebab tu kita kata kita memang mengharapkan ada PSK, PSK yang sanggup dan komitmen untuk memastikan PAWE ini akan dapat dilaksanakan nanti dengan kita mendapat kelulusan daripada Ibu pejabat JKM Malaysia lah. Jadi sebab tu komitmen saya, saya akan melihat perkara ini dan masalah yang dibangkitkan kita akan tengok lah di mana dia punya lockhole dan sebagainya. Insyaallah, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Ahli Dewan kena rajin bersenam. Soalan saya nombor enam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Manong yang telah mengemukakan soalan kepada saya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sekali Dewan yang saya muliakan. Indikator utama dalam Indeks Jaminan Bekalan Makanan berkaitan dengan food security dilihat suatu matlamat yang jelas dan realistik untuk dicapai. Untuk kawasan Manong, Kerajaan Negeri mensasarkan Manong sebagai salah satu pusat pengeluaran makanan yang memfokuskan kepada tanaman jagung, sayur-sayuran dan benih tanaman seperti anak pokok. Sebahagian besar petani di kawasan Manong terdiri daripada golongan belia yang berumur 40 tahun ke bawah yang menjalankan akiviti pertanian. Seiring dengan titah Tuanku untuk memperkasakan belia, sebahagian besar petani di Manong berdaftar dengan Jabatan Pertanian di bawah program Briged Muda Petani Moden untuk membangunkan warga belia dan menjadikan pertanian sebagai salah satu kerjaya dan punca pendapatan utama mereka.

Untuk maklumat Yang Berhormat, antara hala tuju jabatan adalah membangunkan kawasan Manong sebagai pusat pengeluaran tanaman makanan dan benih tanaman utama di negeri Perak. Dengan pengujuran persaingan ini, secara tidak langsung ini akan terus berada di Manong dan menjadikan sub sektor makanan sebagai kerjaya utama mereka. Cuma dengan itu, Jabatan Pertanian Negeri Perak dalam usaha untuk mencari beberapa kawasan baru untuk membantu petani sedia ada meluaskan lagi kawasan penanaman. Pada Jabatan Pertanian juga telah mengatur beberapa sesi perbincangan dengan beberapa pihak untuk mencari kawasan dalam usaha membantu hubungan petani meluaskan kawasan penamanan dan penanaman dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pengeluaran tanaman makanan bagi rakyat negeri Perak. Berkaitan dengan perikanan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan sentiasa mempergiatkan aktiviti aquakultur terutama di kawasan luar bandar. Kawasan Manong adalah antara kawasan luar bandar yang mendapat perhatian jabatan dalam membangunkan industri aquakultur terutamanya tenakan ikan dalam sangkar bagi tahun 2023. Pihak jabatan telah mengenalpasti beberapa pengusaha ikan dalam sistem sangkar untuk dimasukkan ke dalam Program Integrasi Aquakultur Bersepadu. Sistem Sangkar Bersepadu di perancangan Malaysia ke yang ke-12. Dalam Program ini, pihak kerajaan memberi bantuan dari segi input speciality makanan dan juga benih. Pihak jabatan akan mengenal pasti lebih ramai pengusaha dan penternak sangkar di kawasan Manong untuk terlibat dalam program ini bagi baki tiga tahun dalam perancangan Malaysia yang ke-12. Untuk makluman Yang Berhormat dan sidang Dewan yang dihormati sekalian, Kerajaan Negeri memenang serius masalah serangan perosak di kawasan pertanian, yang mana ia boleh merosakkan tanaman dan mendatangkan kerugian kepada petani. Perkara ini perlu ditangani dan usaha untuk mengurangkan kegiatan ini diambil dan melaksanakan beberapa kaedah kawalan.

Antara kaedah yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian adalah memasang pagar elektrik jenis bervoltan tinggi atau rendah dan ini berkesan seperti mana yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perhilitan Negara dan Jabatan Pertanian. Selain daripada itu, kerjasama yang baik juga diperolehi daripada Jabatan Perhilitan, terutamanya melibatkan serangan perosak lain seperti gajah dan lain perosak. Khidmat nasihat daripada polis sangat membantu dalam mengatasi masalah serangan perosak ini di kawasan pertanian.

Untuk makluman Yang Berhormat, Manong merupakan kawasan berpotensi untuk dimajukan khususnya dalam bidang ternakan lembu berdaging. Projek Jabatan Perkhidmatan Veteriner yang sedia ada di kawasan tersebut adalah tiga kawasan padang ragut yang masih aktif dalam pengeluaran daging, iaitu yang pertama Padang Ragut Kampung Pacat yang keluasannya adalah 35.61 hektar diusahakan oleh 12 orang penternak secara berkelompok. Jumlah ternakan lembu berdaging sebanyak 92 ekor. Yang kedua Padang Ragut Kampung Guar, keluasan 51.4 hektar diusahakan oleh dua kelompok berjumlah 34 orang perserta. Jumlah ternakan lembu berdaging sebanyak 150 ekor. Yang ketiga padang ragut di Kampung Ketia, kawasan 36.42 hektar diusahakan oleh 7 orang peserta secara berkelompok dengan jumlah ternakan lembu berdaging 70 ekor. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan dan respon yang telah diberi. Soalan tambahan saya berkaitan juga berkaitan dengan jaminan bekalan makanan. Jaminan bekalan makanan dalamnya juga terangkum soal jaminan kesihatan makanan. Jadi apakah langkah-langkah atau kawalan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan bukan sekadar jaminan bekalan makanan, tapi makanan yang dibekalkan itu juga sihat dan bebas daripada unsur-unsur kimia, racun dan sebagainya? So, apakah kawalan pihak kerajaan untuk memastikan perkara tersebut? Terima kasih.

Terima kasih, YB Manong, yang berkaitan dengan pengawalan bahan-bahan seperti baja, racun dan sebagainya dalam memberikan keterjaminan dalam dari segi saiz dan sebagainya. Ini memang menjadi keutamaan kepada jabatan dan agensi dalam menentukan bahawa setiap pengeluaran itu, jaminan keselamatan adalah menjadi keutamaan kepada kita. Jadi insyaallah pihak jabatan dan agensi yang lain dan kerajaan sendiri akan memastikan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dalam soalan tersebut kita akan mengambil perhatian dan kita akan menentukan keselamatan dari segi pemakanan, dari segi pengeluaran sayuran dan sebagainya untuk jaminan rakyat khusus dalam negeri Perak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Exco. Jemput Ahli Yang Berhormat dari Malim Nawar untuk mengemukakan nombor soalan.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan salam sejahtera kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, nombor tujuh adalah soalan daripada Malim Nawar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua terima kasih kepada Malim Nawar atas soalan berkaitan dengan gejala sosial di kalangan belia. Dalam usaha untuk menangani golongan remaja yang terpedaya dengan gejala sosial, pihak Kerajaan Negeri Perak, melalui Jabatan Belia dan Sukan telah melaksanakan beberapa program intervensi sosial belia. Antara program yang telah dilaksanakan ialah pertama, Kem Anak Muda atau sekatannya KAMU, yang kedua, program dari Belia untuk Belia, Y2Y, yang ketiga, program Inisiatif Belia Sejahtera, Project Ribbon Kuning. Untuk maklumat Yang Berhormat, program-program ini memberi tumpuan atau fokus kepada belia-belia yang terlibat ataupun mereka yang berisiko terlibat dalam aktiviti sosial seperti penyalahgunaan dadah, lari dari rumah, terlibat dengan pelacuran, pergaulan bebas, ketagihan arak, merempit dan sebagainya. Program intervensi untuk belia berisiko ini dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai pihak agensi kerajaan, penguatkuasaan, pihak swasta dan pertubuhan belia di negeri ini.

Selain itu juga, perlaksanaan program-program intervensi ini akan diisi dengan ceramah dan aktiviti yang melibatkan bentuk-bentuk seperti, yang pertama, kerohanian iaitu bagi membimbing ke arah melakukan kebaikan, melibatkan pelbagai kaum dan agama yang kedua, Latihan dalam kumpulan atau LDK iaitu perbincangan yang memfokuskan kepada pembinaan jati diri dan pembentukan kepimpinan dikalangan peserta, yang ketiga, Dialog ataupun dan juga forum santai iaitu diskusi di antara peserta dan pemimbing yang terdiri daripada rakan sebaya yang keempat, motivasi dan mengenal diri, iaitu mengenal potensi diri, perwatakan dan emosi manusia yang wujud di sekeliling berdasarkan ilmu psikologi, yang kelima, Slot Bersama Penguatkuasaan iaitu Polis DiRaja Malaysia, PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK. Ini bagi menimbulkan rasa bimbang, kegentaran dan keinsafan peserta melalui perkongsian ilmu tentang keterlibatan belia dalam aktiviti jenayah dan juga penyalahgunaan dadah, yang ke enam, Aktiviti Kemasyarakatan ataupun Tanggungjawab Sosial iaitu bagi menimbulkan semangat kesukarelaan dikalangan peserta, yang ketujuh, Pendedahan kepada peluang pendidikan kerjaya latihan kemahiran serta keusahawanan. Ianya, bertujuan bagi membantu peserta menyerlahkan potensi diri dalam aspek keusahawanan dan kemahiran.

Di samping itu, menggalakkan belia yang keciciran akademik untuk melanjutkan pelajaran ke institusi teknikal dan vokasional atau pun TVET. Program Intervensi Belia Berisiko dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak dari segi penguatkuasa kerajaan, pihak Kerajaan Negeri, swasta, pertubuhan belia dan sukarela di negeri ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, Kerajaan Negeri Perak sentiasa cakna dan peka terhadap kejala sosial yang semakin berluasa dalam kalangan golongan remaja ini. Penerapan nilai, adab, akhlak dan integriti menerusi peranan guru, bimbingan dan kaunseling telah dan akan terus dilaksanakan melalui beberapa strategi dan inisiatif bagi menangani kejala sosial dikalangan murid-murid sekolah dan mencapai matlamat kesejahteraan bersama direalisasi. Antara strategi dan insentif yang mengutamakan empat fokus dalam memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid, yang pertama, fokus pertama adalah pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid-murid. Sentiasa memupuk pengembangan personaliti diri murid dalam setiap program dan aktiviti dilaksanakan yang akhirnya akan mewujudkan perwatakan murid yang berketerampilan dan terpuji. Fokus kedua, peningkatan disiplin diri murid. Iaitu sentiasa memupuk disiplin diri dalam kelangan murid, intervensi yang berkesan dilakukan bagi mencegah gejala-gejala disiplin dan anti sosial. Fokus ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan iklim sekolah yang aman serta sejahtera.

Fokus ketiga, pendidikan kerjaya murid. Pendedahan dan bimbingan kepada murid tentang hala tuju kerjaya. Fokus ini akan dapat melahirkan murid-murid yang dapat mengenalpasti potensi diri, minat dan sikap. Fokus keempat, psikologi sosial dan kesejahteraan mental murid. Membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental yang akhirnya akan melahirkan murid yang punyai pemikiran yang sihat. Selain daripada itu, ada beberapa inisiatif menjurus kepada pembangunan potensi dan karektor murid. Antaranya ialah, yang pertama, perkhidmatan sokongan kesihatan mental, kaunseling melalui program minda sihat yang dilaksanakan semua sekolah rendah dan menengah di Negeri Perak. Yang kedua, saringan minda sihat. Yang ketiga, intervensi minda sihat. Yang keempat, promosi atau program outreach minda sihat. Yang kelima, program anak yang baik lagi cerdik ataupun singkatannya ABC. Yang keenam, sekolahku sejahtera. Yang ketujuh, Lestari Anak Perak. Yang kelapan, program 3S iaitu program senyum, sapa dan salam plus 1S santuni yang melibatkan semua warga pendidik di seluruh Negeri Perak. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Exco, Malim Nawar.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Dato’ Yang di-Pertua mohon soalan tambahan. Apakah inisiatif yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pembentukan pertubuhan belia diperingkat komuniti sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja? Terima kasih.

Terima kasih Malim Nawar di atas soalan tambahan sebentar tadi. Seperti yang kita sedia maklum, golongan belia merupakan golongan yang menjadi pewaris kepada kepimpinan dan juga urus tadbir negara kita. Maka Kerajaan Negeri Perak melalui Program Pemerkasaan dan Peremajaan Pesatuan Belia Negeri Perak yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 hingga 2022 ini telah berjaya meningkatkan jumlah pendaftaran pertubuhan belia baru di seluruh Negeri Perak. Pertubuhan-pertubuhan belia yang baru ini telah pun mendapat kelulusan daripada pendaftar pertubuhan belia, Kementerian Pedidikan Belia, Kementerian Belia dan Sukan sebanyak 138 pertubuhan belia. Dan pihak Kerajaan Negeri telah memberi insentif sebagai galakan kepada penubuhan pertubuhan belia ini dengan insentif sebanyak RM500 setiap pertubuhan belia yang telah pun berjaya mendapat kelulusan daripada Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Ini secara tidak langsung kita boleh membantu belia-belia di kampung untuk mereka mendapat pendedahan, untuk mereka mendapat bimbingan dan juga mendapat input-input yang berguna melalui kursus-kursus dan juga taklimat yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan juga Pejabat Belia dan Sukan daerah-daerah. Selain itu mereka juga, pertubuhan belia ini juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan yang melibatkan masyarakat dan secara tidak langsung belia ini akan bersama dengan masyarakat dan menampakkan keharmonian diantara golongan belia bersama masyarakat khususnya dalam program-program kesukarelaan dan kerohanian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. YB Exco bila menyebut tentang belia, suka saya nak mencadangkan atau nak menegur. Saya minta supaya pejabat-pejabat belia di kawasan, di kawasan contohnya di Kerian lebih bersikap terbuka. Terbuka maksud saya, sebab saya tengok sepuluh program yang terakhir dibuat, peserta itu muka yang sama saja. Seolah-olah macam parti cawangan parti saja. Orang yang sama saja. Tak open. Yang keduanya, program-program pejabat belia, sebelum program dijalankan kita ni orang lama dan juga pentadbir ni kita mesti tanya belia apa program yang diorang nak. Ini kita tak tanya.

Yang di-Pertua

Soalan dia.

Soalan dia bolehkah YB Exco turun bawah, tegur sikit.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Alor Pongsu atas seranan dan pandangan itu. Insyaallah saya akan ambil pandangan dan teguran itu bagi memastikan belia-belia kita terus diberi input-input yang berguna bagi meneruskan kesinambungan program-program yang disusun dan untuk makluman belia ni ada dua kategori pada saya. Yang pertama belia yang berpersatuan dan juga satu belia yang tidak berpersatuan. Kedua ni kita perlu engage bagi mendapatkan kehendak dan juga aspirasi mereka bagi memastikan segala program, segala yang disusun akan dapat kita laksanakan. Berkaitan dengan pejabat-pejabat belia dan sukan daerah yang diberi teguran itu insyaallah kita akan pertimbangkan bagi memastikan segalanya dapat disusun dengan lebih baik. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput saya Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Dari Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Dari Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Dari Ridzuan telah dibaca kali kedua. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan, Penyokong Kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 30 minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 20 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri Perak, para pengawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media dan tuan-tuan, puan-puan yang dimuliakan samada yang berada di luar Dewan dan yang mengikuti siaran langsung perbahasan kita pada pagi ini. Pertamanya saya memulakan dengan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk terus serta menyertai perbahasan yang amat penting demi kestabilan politik, ekonomi dan kesejahteraan Rakyat Perak Darul Ridzuan. Ucapan tahniah saya rakamkan atas pelantikan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Moga kepercayaan amanah dan tanggungjawab ini dapat dipikul dengan efektif dan cemerlang hendaknya. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Kota Tampan atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Insyaallah akan terus memacu Negeri Perak terus maju kehadapan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Kota Tampan amat relevan sekiranya dalam situasi arena politik negara yang begitu memerlukan kestabilan politik dalam memacu pembangunan negeri dan ekonomi rakyat. Rang undang-undang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022 iaitu bagi tujuan Larangan Ahli Dewan Negeri Perak Bertukar Parti supaya selaras dengan Peruntukan Seksyen 7A Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda melalui Akta Perlembagaan Pindaan No. 3/2022 ini perlu kita angkat dan sokong bersama. Akta ini juga dikenali sebagai Akta A.1663 yang telah pun mula berkuatkuasa pada 5 Oktober 2022 yang lalu. Sebelum berkuatkuasanya Akta ini, ianya telah menjalani proses, setiap proses penelitian dalam penggubalannya dan disokong majoriti Ahli Dewan Rakyat. Tanpa mengira pegangan politik, kepartian

Ahli-ahli Dewan Rakyat telah membuktikan bahawa keperluan mendesak dalam menjayakan Akta ini amat diperlukan. Rakyat memerhati setiap inci perkembangan politik negara. Kita baru saja selesai siri Pilihanraya Umum yang ke-15. Pilihanraya telah dinoktahkan, mandat sudah diterima, Kerajaan telah ditubuh. Maka seharusnya fokus kita dalam menjayakan agenda pembangunan rakyat dan Negeri. Percayalah, rakyat Perak Darul Ridzuan mahukan Akta ini berkuatkuasa di bumi Perak. Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri yang telah menerima mandat dipilih mewakili rakyat bagi kawasan masing-masing.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, cadangan penggubalan RUU ini pada asalnya di peringkat Persekutuan bertitik-tolak daripada tindakan ahli-ahli wakil rakyat sendiri selepas Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018. Terdapat berbagai justifikasi dalam kita merealisasikan Akta ini di peringkat Negeri Perak. Dalam ruang masa yang diperuntukkan kepada saya, saya akan membawa seisi Dewan yang mulia kepada dua faktor penting iaitu ekonomi negeri dan ekonomi rakyat. Kedua-duanya saling berhubungkait antara satu dan yang lain. Falsafahnya cukup mudah. Jika ekonomi negeri tidak mantap, bagaimana ekonomi rakyat mampu dijaga? Perut rakyat perlu diisi. Soalannya bagaimana kita mahu secure dengan izin ekonomi negeri yang berkembang dengan baik dan mampu mengisi perut rakyat? Hampir 2 tahun lamanya kita berperang dengan kehadiran wabak Covid-19 yang membadai negara. Kesannya bukan sedikit, namun cukup perit untuk digambarkan.

Pada ketika seluruh rakyat diuji, gerakan terbatas, perusahaan dan sektor ekonomi ditutup, rakyat kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan, gusar akan kelangsungan kehidupan seharian, resah dapur tidak berasap dan terpaksa ikat perut. Kita dikejutkan dengan fenomena lompat-melompat. Fenomena yang saya sebutkan menjurus kepada tindakan wakil rakyat yang mengubah secara langsung iklim politik negara. Wakil yang dipilih rakyat mendapat mandat rakyat, memperjudikan pilihan rakyat dengan bertukar warna tak tentu masa. Hairan saya dalam keadaan wabak yang menghimpit ekonomi rakyat, negeri dan negara, ada di antaranya telah pancang, "Bagai pancang digoncang arus, Bagai tuntung jarum dilaga", lupa kepada perjuangan, sedikitpun tidak memikirkan tangan yang mengangkat dan parti yang mendokong mereka, apatah lagi memikirkan impak secara makro.

Segelintir berkata perlu bersama kerajaan memerintah demi kerana mudah untuk mendapat peruntukan pembangunan. Ada pula yang dikatakan berhijrah kerana bimbang dikenakan tindakan akibat ugutan pihak tertentu. Apa pun alasan mereka tindakan bertukar warna parti setelah diberi mandat, itu ada kesannya sama ada memperkukuhkan lagi kedudukan kerajaan sedia ada atau melemahkan pihak tertentu. Tindakan sedemikian sudah pasti mengganggu-gugat kestabilan politik negara dan negeri yang secara langsung meruntuhkan moral serta kepercayaan pemain industri, para pelabur yang sedia mahu pun yang baharu. Sebelumnya Malaysia pernah menjadi destinasi pelaburan utama Asia Tenggara. Namun 2 tahun kebelakangan Malaysia ketinggalan di belakang Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Tidak lagi menjadi keutamaan para pelabur berpotensi. Apa tidak kena dengan Malaysia di mata pelabur? Pada ketika itu, bukan Malaysia sahaja yang terdedah kepada ancaman Covid-19, malah beberapa negara yang saya rekodkan itu juga menghadapi situasi genting, pandemik yang sama. Namun demikian, negara-negara tersebut mampu menjadi destinasi pilihan pelabur-pelabur berpotensi dan seterusnya kunci nilai pelabur yang memberangsangkan serta meningkatkan KDNK negara itu. Sekali lagi, di mana kurangnya Malaysia pada ketika itu?

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, jawapannya adalah kestabilan politik. Bayangkan kita sendiri sebagai pemain industri, apakah kita mahu bertapak dan mengusahakan perniagaan di tempat yang cacamarba, tidak mempunyai kestabilan, berantakan sesama sendiri, tidak mampu untuk mencapai kata putus, sudah semestinya tidak. Dalam keadaan sebegitu, bagaimana hendak pulihkan negara? Bagaimana mahu meyakinkan para pelabur berpotensi? Apa cara mahu melaksanakan dasar mesra rakyat tanpa ugutan politik? Kita masih tersepit pada ketika itu. Situasi sedemikian yang menjadi asbab utama mengapa kita tidak menjadi pilihan utama pelabur berpotensi dan kita terus ketinggalan.

Umum sedia maklum kestabilan politik bakal mencetuskan implikasi berangkai yang cukup hebat. Polisi negara boleh berubah-ubah hasil dari perubahan tampuk kepimpinan negara. Pelabur sedia ada lari, pelabur baru hilang keyakinan. Ini semua telah merencatkan ekonomi negara yang sekaligus memukul sudut ekonomi rakyat. Dalam pada masa kita tidak mempunyai pelabur baru yang memberansangkan bagaimana kantung negara boleh ditambah? Sifir kasarnya 'Tiada pelaburan, tiada pembangunan industri baru, maka tidak terwujudlah ruang peluang pekerjaan baru'. Peluang pekerjaan amat didamba oleh anak-anak kita yang muda-mudi dan muda-mudi di luar sana. Sudahlah persaingan begitu sengit untuk menempatkan diri mereka di pasaran. Ditambah pula dengan masalah kekurangan pembangunan industri pelbagai sektor melalui pelaburan yang besar. Ini belum menyentuh soal pekerjaan bagi yang hilang penempatan sewaktu pandemik Covid-19 yang pada ketika itu menghambat industri sedia ada di persaingan lokal dan global yang akhirnya menyebabkan banyak sektor menggulung tikar. Justeru perkara yang saya bangkitkan ini memberi kesan yang cukup besar pada ketika itu dan keadaan rakyat hidup mengikat perut ibarat 'Sudah jatuh malah ditimpa tangga pula'. Ahli Dewan yang dimuliakan itulah natijah langsung terpukulnya perut rakyat yang saya gambarkan di awal ucapan saya tadi.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, tahun 2022 yang bagai onak dan duri bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2023 bakal tiba dalam tempoh masa berbaki beberapa hari sahaja lagi. Sudah pasti rakyat mempunyai impian yang besar, sudah merancang bagi kemajuan diri dan keluarga. Meletakkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan ini bakal mencorakkan perjalanan panjang hidup mereka yang lebih sejahtera dan berdaya saing. Namun demikian, tahun 2023 bukan semudah itu untuk dilalui. Para penganalisis meramalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK Malaysia pada tahun 2023 dijangka perlahan pada kadar antara 4 atau pun 5% berbanding unjuran 8.2% pada tahun 2022. Persekitaran ekonomi di peringkat global digambarkan tidak menentu pada tahun 2023. Pertumbuhan yang menguncup mungkin menjurus kepada kemelesetan. Kelembapan ekonomi global bakal menjejaskan eksport Malaysia manakala tekanan harga dan inflasi bakal memberi kesan langsung kepada pengguna domestik. Secara makro di peringkat negeri, kita juga akan merasakan implikasinya. Inilah antara yang menjadi kegusaran utama saya dan rakyat yang sedang melalui bersama-sama. Perkiraan saya adalah sejarah mungkin berulang jika kita tidak meluluskan RUU yang dibawa pada hari ini di hadapan kita. Khuatirnya saya dalam membayangkan penghijrahan Ahli Dewan yang bertukar warna secara tiba-tiba boleh merencatkan perancangan Kerajaan Negeri yang telah memfokuskan kepada kesejahteraan dan kemahuan rakyat. Begitu teliti dalam menjaga sosio ekonomi rakyat mencukupi segenap aspek. Bunyinya seolah perkara ini tidak akan memberi kesan yang serius. Namun percayalah kesannya cukup besar di peringkat dasar, polisi, ekonomi negeri dan rakyat.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada lima fasal yang dicadangkan dalam rang undang-undang pindaan ini, saya bukanlah pengamal undang-undang mahu pun pakar dalam bidang ini. Walaubagaimana pun saya berpandangan bahawa ianya bersifat adil dan saksama dalam menjujung semangat perundangan negara. Saya berikan satu situasi sebagai perumpamaan tanpa menuding mana-mana pihak. Individu yang menawarkan diri bertanding mewakili satu lambang dan warna parti. Kemudian dia diangkat sebagai calon menggunakan keseluruhan jentera parti tersebut. Berkempen membawa identiti parti tersebut. Mendapatkan sokongan akar umbi parti. Meraih undi rakyat dan kemudian yang menang diberikan mandat. Sejurus kemenangan, individu tersebut dengan keputusan sendiri berpindah parti dengan mengetepikan parti yang diwakilinya pada asalnya. Ia seolah-olah mengkhianati atau dengan kata lain curang kepada parti yang telah membuka ruang dan peluang untuk individu tersebut diangkat sebagai calon. Apakah situasi sedemikian adil di mata kita yang kesemuanya dicalonkan mewakili parti masing-masing? Bagi saya ianya satu keculasan dan kecurangan besar yang menampakkan bahawa individu tersebut hanya meletakkan kepentingan peribadi di hadapan. Oleh sebab itu, fasal-fasal yang dimaksudkan dalam pindaan RUU ini saya kira amat perlu dalam suasana semasa yang mempentingkan kestabilan politik. Seharusnya menamatkan fenomena lompat melompat parti. Saya tidak mahu sejarah berulang untuk generasi yang akan datang. Kalau kain sudah bersih, jangan dibiarkan campak ke tanah, kalau pemimpin sudah dipilih, jangan dibiarkan merosak ke mana.

Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu, Alor Pongsu tu nampak macam nak mencelah. Boleh benarkan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Boleh Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Pengkalan Baharu. Saya tertarik dengan hujah Pengkalan Baharu. Setujukah Pengkalan Baharu ada dua benda saya nak minta persetujuan. Yang pertamanya, sebutan tentang kerajaan perpaduan tadi. Saya rasa di luar sana masih yang ada celaru lagi tu. Kerajaan perpaduan ke kerajaan campuran? Saya minta kalau bersetuju. Yang keduanya tentang kesetiaan kepada parti tu. Saya setuju juga memang pemimpin sepatutnya setia pada parti yang kerja kuat untuk dia masa pilihanraya dan sebagainya tapi jika calon parti itu yang letak poster kawasan saya disebut ayaq acak. Saya calon parti A tapi orang parti A pemimpin parti A juga letak muka saya dekat selut bawah itu, perlukah saya setia pada parti itu? Terima kasih.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih dengan soalan tambahan dari Alor Pongsu. Kerajaan perpaduan ialah kerajaan gabungan antara parti-parti untuk membentuk kerajaan. Itulah yang kita buat pada hari ini yang kita bentuk pada hari ini adalah merupakan gabungan parti. Bukan penghijrahan dari parti tersebut memasuki parti lain untuk membentuk kerajaan. Jadi itu adalah terbentuknya kerajaan perpaduan pada pendapat saya. Yang kedua yang dimaksudkan oleh Alor Pongsu kita minta nanti floor untuk bincangkan bersama daripada saya. Saya tak dapat nak mengulas apa yang dimaksudkan oleh Alor Pongsu. Saya sambungkan sedikit saja lagi.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sudah tiba masanya untuk kita bersolidariti demi negeri dan rakyat. Ini bukan soal siapa kerajaan dan pembangkang. Ini soal tanggungjawab sebagai seorang Ahli Dewan Negeri yang mengenggam erat mandat rakyat. Saya sudah pun menjustifikasikan peri pentingnya Akta A1663 yang telah pun berkuat kuasa di peringkat persekutuan. Ini sebagai komoliti di peringkat Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan. Kita perlu senada menyokong dan meluluskan rang undang-undang ini dalam kita mencerminkan keabsahannya. Apa yang kita coret sekarang, bakal menjadi secara molek untuk diwarisi. Itulah peranan kita sebagai pemimpin yang meletakkan agenda rakyat dan negeri sebagai keutamaan. Kestabilan politik menjamin kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dan negeri. Saya tutup pembahasan saya dengan serangkap pantun untuk halwa pendengar semua.

Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah, Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pengkalan Baharu mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Waalaikumsalam Pengkalan Baharu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Gunung Semanggol untuk memulakan perbahasan 30 minit, dipersilakan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wal aqibatu lil mutaqin, wal aunduana illa allahu dhalimin. Wal nusalli wa nusallim ala hadha nabi alkarim. Wa ala aalihi wa sahbihi wa man tabiahum bi ihsanin ila ya umidin amma baq. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Kota Tampan, barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media seterusnya semua yang dikasihi rakyat Malaysia yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebagaimana bagi membahas rang undang-undang, Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022 yang bermaksud untuk memasukkan undang-undang anti lompat parti atau pun anti hopping law dengan izin. Dato' Yang di-Pertua, beberapa persoalan yang perlu kita sama-sama menjawab. Yang pertama, kenapa rang undang-undang lompat parti ini perlu dimasukkan ke dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak dan juga perlu dikuatkuasakan dan yang kedua, apakah dengan adanya rang undang-undang parti ini akan dapat mencapai tujuan atau pun dengan kata makasih undang-undang ini serta dapat menghalang perbuatan lompat parti yang menjadi-jadi pada masa ini?

Dato' Yang di-Pertua, sesungguhnya undang-undang itu digubal mempunyai roh atau pun spirit dengan izin tersendiri yang membawa maksud untuk mengawal perbuatan tingkah laku manusia yang boleh memberi mudarat atau pun kesan sama ada kepada sesama manusia atau pun kepada makhluk-makhluk lain. Makin maju sesebuah negara seharusnya manusia akan menjadi semakin bertamadun tetapi apa yang kita lihat pada hari ini, walau pun dunia semakin maju, namun dalam masa yang sama akhlak keruntuhan moral serta etika integriti manusia ini makin merundum dan makin menjunam ke bawah. Oleh sebab itu, pelbagai undang-undang yang pada masa ini perlu digubal dengan tujuan adalah menjaga dan mengekang mengawal keruntuhan moral atau pun rosak akhlak yang boleh memudaratkan atau pun menimbulkan ketidaktenteraman kepada dunia dan sekelilingnya. Sebagai contoh, undang-undang dalam pentadbiran Islam, undang-undang gangguan seksual, undang-undang keganasan rumah tangga, undang-undang anti rasuah, anti dadah terpaksa digubal kerana apa, tingkah laku sebilangan manusia yang telah rosak moralnya dan kian merundum etikanya dan tanggungjawab sosialnya melihat keuntungan dunia lebih besar daripada segalanya, maka ia perlu digubal dan dibuat undang-undang. Sepatutnya undang-undang ni tidak perlu digubal kerana ia adalah perkara asas yang tidak perlu dikawal melalui proses undang-undang lain. Cukup dengan pematuhan atau pun kehendak ajaran daripada agama. Ketinggian sivik juga boleh melahirkan insan yang berintegriti, disiplin atau pun sifat bertanggungjawab sesama makhluk tanpa perlu dikawal dengan undang-undang.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, begitu juga lah dengan undang-undang lompat parti ini sepatutnya ia tidak perlu dibubar kerana ianya adalah undang-undang untuk mengawal pemimpin. Pemimpin politik yang sewajibnya dan sewajarnya dia mempunyai disiplin ataupun sifat yang boleh menjadi contoh dan boleh dipercayai daripada segenap sudut. Pemimpin sebuah parti politik sewajibnya mempunyai integriti, etika yang tinggi kerana mereka adalah orang yang diberi harapan oleh rakyat dalam membawa wardah perjuangan. Mereka ini biasanya ada kebolehan untuk mempengaruhi orang ramai dengan kata-kata manis ataupun janji-janji manis, tawar-menawar ataupun dan apabila mereka ini melihat peluang mereka sanggup mengkhianati harapan yang ataupun amanah yang diberi kepada mereka oleh rakyat ataupun penyokong mereka. Semua mengetahui bahawa parti politik ini mempunyai peraturan dan perlembagaan dan seharusnya tidak perlu undang-undang ataupun peraturan lain untuk mengawal perbuatan lompat parti ini kerana mereka telah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan parti yang mereka sertai tetapi tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Mutakhir ini terdapat ramai daripada pemimpin yang bukan sahaja melanggar peraturan parti yang mereka sertai malah mengkhianati kepercayaan rakyat terhadap mereka. Perbuatan seperti ini wajib dikawal supaya etika buruk ini tidak merebak dan membahaya kestabilan politik negara dan sewajibnya pemimpin seperti ini dihukum seberat-beratnya dan ditolak selama-lamanya. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, persoalan lain yang perlu dijawab apakah…

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Dato' Yang di-Pertua, mohon celah Tronoh.

Yang di-Pertua

Nak bagi sekarang ke kemudian?

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Ingin bertanya, sekiranya seseorang pemimpin ok, yang boleh dikatakan selalu kalah dalam kes-kes fitnah ok adakah Yang Berhormat bersetuju dengan bahawa rakyat perlu menolak pemimpin-pemimpin sebut? Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak relevan tak boleh sangkut lah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua jadi persoalan yang perlu dijawab, apakah undang-undang lompat parti...

Yang di-Pertua

Sebelum itu, Yang Berhormat Semanggol sekejap. Saya saya sebenarnya saya quite saya agak liberal dalam menerima, mendengar hujah-hujah daripada semua pihak termasuk yang mencelah. Tapi kalau sebaik-baik boleh, seboleh-boleh yang mungkin, kita janganlah menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan rasa sakit hati seperti mana yang ditegah Standing Order 40, 11C. Jadi, pleaselah ini saya ingatkan kepada semua Ahli-ahli Dewan. Sewaktu nak berbahas sewaktu nak mencelah dan sebagainya ok, Semanggol, continue.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, jadi persoalan yang kita perlu jawab bersama apakah undang-undang lompat parti yang akan dilulus, yang sedang diperbahaskan ini boleh menjadi pengajaran ataupun mendidik ahli-ahli politik supaya lebih beretika, lebih bertanggungjawab, berprinsip, tidak melompat parti yang boleh mengakibatkan kepada berlakunya pertukaran kerajaan dan juga membawa ketidakstabilan politik dalam negara kita ini? Memetik ayat Allah SWT dalam surat Al Fat ayat yang ke 10: Yang bermaksud, sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadaMu wahai Muhammad. Untuk berjuang menentang musuh, maka gesanya memberi pengakuan taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka, memberikan ketaatan setia itu. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setia maka bahaya. Tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan siapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya maka Allah akan memberi kepadanya dia pahala yang besar. Sadaqallahhulazim, Ibn Kassir menyatakan tafsiran ayat ini adalah Allah ini amat ini bermaksud bahawa Allah mendengar apa yang mereka ucapkan apa yang kita ucapkan dan melihat apa yang mereka lakukan apa yang kita lakukan serta mengetahui apa yang berada di dalam hati kita.

Oleh sebab itu, Islam amat memandang serius mengenai dengan akur janji, bai'ah ataupun apabila kita mengiktimah bergabung dalam satu-satu parti ataupun kumpulan tidak sekali-kali boleh mengkhianati dan sumpah yang selalu kita sebut, wallahi wabillahi wa'tallahi yang selalu diungkap dalam perjanjian sesuatu merupakan satu ikatan yang lebih tinggi, lebih kukuh dan tidak boleh terungkai daripada apa yang kita perakui. Hukum melanggar baiah, janji ataupun sumpah taat setia untuk berada dalam sesuatu yang amat berat dan besar bagi umat Islam yang faham dan takut kepada Allah SWT kerana ia mengatasi daripada segala bentuk undang-undang yang ada di muka bumi ini. Jadi seorang pemimpin sewajibnya mempunyai prinsip dan matlamat yang jelas tidak goyah dengan sebarang ancaman ataupun tawaran seperti mana yang ditunjuk dan diajar oleh Nabi SAW. Dengan kata lain, Nabi SAW berprinsip dan prinsip ini perlulah menjadi perjuangan dan teladan kepada kita semua. Mengambil kisah ketika mana Nabi SAW memberi respon kepada bapa saudaranya itu Abu Talib. Apabila Abu Talib ataupun rakyat Quraisy, Mekah pada ketika itu menawarkan kepada Nabi SAW tiga tarh menawarkan wanita.

Sebut kepada Nabi SAW, kalau kamu mahu wanita, kami akan mencari wanita yang tercantik untuk diberikan kepada Nabi. Ataupun kamu mencari harta, kami akan memberi mencari harta sebanyak-banyaknya untuk Nabi SAW. Kalau nak pangkat, bukan setakat jadi Exco, bukan setakat menjadi menteri besar kami boleh bagi pangkat setinggi-tingginya tetapi apa jawab Nabi SAW? Wahai pakcikku, Abu Talib. Demi Allah walaupun matahari diletakkan di tangan kananku dan rembulan diletakkan di tangan kiriku agar aku meninggalkan perkara untuk menyampaikan risalah ini. Sehingga Allah menangkan aku ataupun binasa pastinya aku tidak tinggal aku tidak meninggalkan perjuangan ini. Inilah petunjuk yang tertinggi kepada seluruh umah dan sesiapa saja yang berpegang kepada Al Quran dan hadis Nabi SAW. Yakini lah janji Allah pasti mereka akan selamat di dunia dan di akhirat. Berprinsip itu adalah matlamat utama. Jadi oleh kerana sebilangan umat-umat sekarang ini tak kira Islam ke tidak Islam, apa yang diperintahkan oleh Allah SWT itu mereka tinggalkan. Maka terjadilah sekarang ini sebagai politik Niccolo Machiavelli yang dikatakan matlamat menghalalkan cara apa saja membujur lalu melintang patah kerana pemimpin parti politik ini tidak lagi berprinsip. Sebab itu kita melihat ahli-ahli politik pada hari ini boleh menukarkan parti ini macam tukar baju ja. Pagi pakai baju lain, petang pakai baju lain. Hari ini parti lain, esok parti lain. Asalkan dapat pertembungan duduk parti ini jadi menteri, tukar parti ini jadi menteri keluar parti ini jadi menteri kerana apa? Kepentingan, keperibadi.

Maka ini perlu kita angkat supaya mengangkat supaya tidak ada pemimpin-pemimpin yang tidak berprinsip di masa hadapan. Perbuatan apa-apa tindakan menukar parti kepada ahli politik yang biasa yang orang-orang biasa ahli politik yang bukan ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Dewan Rakyat tidaklah memberi apa-apa kesan tetapi jika mereka ini Ahli Dewan Negeri ataupun Ahli Dewan Rakyat iyanya memberi kesan yang besar sehingga boleh menggugat kestabilan politik dan juga boleh merubah kerajaan. Sebagai contoh, inisiatif yang diambil oleh Parti Islam Semalaysia PAS dalam menjaga supaya tidak berlaku lompat parti. Ahli-ahli PAS ini dicalonkan sebelum dicalonkan dalam pilihan raya wajib berbai'ah. Ini adalah dengan tujuan supaya ianya dapat menyekat mereka daripada keluar daripada parti ataupun lompat parti. Itu kaedah yang digunakan. Begitu juga yang kita tahu terdapat parti-parti lain juga yang cuba menggunakan pelbagai kaedah untuk menyekat ahli-ahli mereka ataupun calon-calon mereka daripada keluar parti setelah menang dalam pada pilihanraya dan ada yang menggunakan perjanjian sekiranya mereka lompat parti dengan sign, dengan menandatangani di depan peguam dikenakan bayaran tertentu tetapi kita lihat di mutakhir ini kaedah-kaedah yang digunakan oleh parti-parti ini tidak lagi dapat menyekat mereka, pemimpin-pemimpin parti daripada melakukan tindakan lompat parti. Lantaran itu, kerana apa? Kerana runtuhnya etika akhlak pimpinan mereka ataupun tidak, terlalu melihat keuntungan dunia hari ini lebih besar daripada perjanjian ataupun prinsip yang mereka pegang. Jadi sebelum ini tidak ada undang-undang yang berkaitan dengan, dengan lompat parti.

Oleh itu kerana tindakan lompat parti ini bukan saja memberi kesan kepada parti yang mereka sertai malah boleh menimbulkan ketidakstabilan politik sehingga boleh berlakunya perubahan kerajaan di tengah jalan. Menimbulkan ketidakstabilan politik, bagaimana kita berlaku pengalaman di negeri Perak ini 2008. Perbuatan siapa, tidak kira lah. Tapi melibatkan tiga orang ADUN lompat parti sehingga terjatuhnya kerajaan di dalam Dewan ini juga dan pada tahun 2020 yang baru ini kita tengok seramai dua orang, banyak lagi contoh lain, dua orang daripada ADUN di Kedah keluar daripada parti, mengakibatkan bertukarnya kerajaan dan begitu juga di Kerajaan Pusat, kita semua sedar bahawa KerajaanPpusat di bawah pimpinan Pakatan Harapan, 22 bulan telah jatuh kerana apa? Kerana lompat parti. Oleh itu undang- undang ini perlu digubal bagi mencegah perbuatan lompat parti ini. Oleh itu undang-undang anti ataupun pencegahan lompat parti ini merupakan perkara baru. Maka, ianya perlulah kita perjelaskan kepada perbuatan mereka yang lompat parti ini dan hukuman hanya bukan sahaja boleh memberi pengajaran kepada orang awam, juga memberi, malah berlakunya juga sepertinya hukuman yang setimpal kepada pelaku-pelakunya supaya boleh menjaga masyarakat di masa akan datang, ketenteraman boleh dijaga dengan perbuatan melompat parti ini.

Sebagai contoh dalam Islam, tujuan undang-undang ataupun maqasid yang mana mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur ataupun mempertimbangkan perkara-perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT demi menjamin kemaslahan dan juga menolak keburukan. Maqasid yang kita sebut ataupun tujuan undang-undang adalah untuk mengekang sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan kerosakan dan juga maslahah tertentu dengan hukuman-hukuman tertentu. Sebagai contoh di dalam Islam, di dalam Islam, antara undang-undang Islam adalah untuk mencapai tujuan ataupun maqasid menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keterunan, menjaga harta. Dia sebagai contoh, undang-undang di dalam Islam seperti larangan bagi orang-orang Islam minum arak. Ini dengan tujuan ataupun maqasidnya adalah untuk menjaga akal. Maka Allah SWT menetapkan hukuman bagi sesiapa yang melakukan itu dikenakan 40 kali sebatan kepada sesiapa yang melanggarnya.

Begitu juga sebagai contoh hukuman kepada pencuri, tiada siapa pun di dunia ini yang suka barangnya dicuri ataupun dirompak. Maka tujuan ataupun maqasid undang syariah ataupun undang-undang Islam itu bagi melarang mencuri ini adalah tujuan menjaga harta. Hukum ini ditentukan oleh Allah SWT iaitu sentiasa, sesiapa yang mencuri dengan syarat tertentu, hukum yang ditentukan oleh Allah SWT adalah dengan memotong tangan bagi si pelaku tersebut, bukan ini hukum rimba. Jadi perlu saya jelaskan di sini agar tidak menimbulkan salah faham, penjelasan bahawa hukuman bukan tujuan menyiksa, tetapi ia adalah tujuan menakut dan juga mencegah pengajaran kepada orang ramai agar tidak berlakunya ataupun melakukan perbuatan mencuri itu ataupun mengambil harta orang lain tanpa sah dengan kata lain adalah tujuannya adalah untuk mencegah. Hal ini begitu jugalah saya nak tarik perhatian supaya kita lebih faham dalam konteks ini. Begitu juga dengan dulu dikatakan Akta Mahkamah Syariah, bidang kuasa 1965 ataupun dikenali sebagai Akta 355. Apabila kita nak buat, apa satu rang undang-undang (pindaan), maka riuh rendah berlaku di dalam negara kerana apa? Kerana ianya tidak memahami akan maqasid ataupun tujuan, tujuan apa undang-undang itu diadakan.

Begitu juga kalau kita lihat di dalam apa, Undang-Undang Sivil yang ada pada telah wartakan. Begitu juga dengan Undang-Undang Sivil, sebagaimana contoh pada masa dahulu itu, RUU Akta Dadah Merbahaya 1953. RUU ini dipinda pada tahun 1983. Ini adalah supaya mereka yang didapati bersalah mengedar dadah dihukum dengan penjara ataupun hukum mandatori iaitu gantung sampai mati. Maqasidnya adalah tujuannya, adalah untuk menyekat penyalahgunaan dadah daripada terus berlaku ataupun mengancam keselamatan negara. Bukan hukuman itu diperbesar-besarkan akan tetapi kesan dan pelaku pada pengedaran dadah itu boleh merosakkan generasi dan juga serta memberi kesan yang besar kepada keselamatan dan keharmonian negara. Oleh itu, oleh itu, seruan dan saranan saya agar ahli-ahli politik, orang awam serta semua lapisan masyarakat perlu diberi kefahaman...

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Laluan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Mengenai maqasid ataupun tujuan Rang Undang-Undang Lompat Parti ini diadakan...

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Terima kasih Speaker. Adakah Gunong Semanggol setuju yang disebutkan dengan hukum hudut, potong tangan, rejam dan sebagainya, itu juga merupakan Rahmatun Lil Alameen. Walaupun kita nampak dari segi hukuman itu nampak berat, tapi dia merupakan satu juga yang diturunkan oleh Allah SWT yang bertujuan mendidik dan tarbiah dan dia menjaga kemaslahatan umum, kaedah meletakkan “maslatun aam muqaddab maslatun khos” jadi ia juga termasuk daripada Rahmatun Lil Alameen, bukan rahmat ini kira pujuk saja, tapi kadang juga dengan hukuman yang mendidik. Setuju atau tidak?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok. Sangat-sangat setuju. Sebab itu kita ditekankan sebarang undang-undang itu mempunyai matlamat. Kadang-kadang bila disebutkan denga maqasid, disebutkan hudud dan sebagainya tanpa memahami tanpa membuat penentangan. Begitu juga kita nak kait kepada rang uindang-undang lompat parti ini, kadang-kadang lompat parti disebut sebagai menyekat kebebasan manusia, menyekat sebagai kebebasan bersuara. Tetapi maqasid dia, tujuan dia amat jelas. Kalau kita fahami, kita akan menyokong perkara ini, sangat bersetuju dan masukkan sebagai salah satu daripada, daripada apa ucapan perbahasaan ini.

Oleh itu yang tadi, saya menyerulah sekali lagi kepada kita semua ahli-ahli politik dan juga orang awam serta semua lapisan masyarakat perlu kita beri kefahaman kepada maqasid ataupun tujuan lompat parti ini, akta ini dibenar. kita juga menjadi peringatan, mengajar kepada seluruh politik, parti politik bukan satu tonggangan untuk kepentingan diri, mencari ketepatan, menipu rakyat di bawah sana. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Kemudian di situ ada kepentingan, maka kita lompat ke sana, lompat ke sini. Perbuatan ini perlu disekat. Jadi perbuatan lompat parti ini perlu dikawal tak boleh dikawal dah melalui etika, melalui disiplin, melalui sivik, melalui keagaman dah tak boleh nak dikawal dah. Maka perlulah kita dikawal, kawal ini melalui undang-undang. Perlu juga kita beri penjelasan hukum ataupun kepada perbuatan lompat parti ini bukanlah seperti yang di kata untuk menyekat, tak boleh bersuara, bebas apabila masuk kepada parti bertanding, buat, maka kita terikat terlekat di situ tetapi maqasid itu, tujuan itu, kita kena tengok dan kita boleh membina. Kalau kita boleh membina betul-betul pemimpin yang beretika, berintegriti, tidak menyalahgunakan kedudukan insyaallah saya amat yakin dengan kekayaan dalam negeri kita ini, kita boleh membawa negeri kita ini jauh ke depan dan masyarakat kita lebih bertamadun dan lebih beretika. Dengan itu saya ucapkan terima kasih. Gunong Semanggol menyokong kepada Rang Undang-Undang ini, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Gunung Semanggol. Bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 20 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Oleh itu sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hulu Kinta untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Dato' Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar, Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Exco, Ahli Dewan Negeri, pegawai-egawai Kerajaan Persekutuan, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, pihak-pihak media, pasukan keselamatan dan seluruh rakyat yang sedang menonton. Ketua Pembangkang masa diberi lama tapi cepat habis. Tapi untuk makluman Dato' Speaker seperti biasa, Hulu Kinta tak ada teks. So, saya mohon masa tambahan dan dijangka juga banyak halangan gangguan dari pihak sana dan kesian juga kepada pegawai-pegawai kita sentiasa menyebut, YB sangat sejuk lah YB duduk Dewan ni. So, dia memerlukan panas sikit. Insyaallah ada…ada…ada.

Yang pertama saya syukur, Allah SWT kerana beri peluang kepada Hulu Kinta untuk membahas rang undang-undang anti lompat parti. Dato' Speaker, saya nak ketawa tadi dengar ucapan daripada Ketua Pembangkang kita kerana dia kata, oh, ini satu perbuatan yang sangat kita tak boleh terima. Ini perbuatan ni. Tapi pasti beliau sendiri menyokong pengkhianat-pengkhianat rakyat yang lompat parti sebelum ini jangan lupa. Dia sendiri sebut tadi. Hilang moral sekarang ni. Sekarang ni hilang moral siapa hilang moral? Yang bagi hilang moral adalah yang mendorong kepada menyokong kepada pengkhianat-pengkhianat lompat parti masa ketika langkah syaitan di syaraton ni siapa? Parti yang mewakili kepada Ketua Pembangkang jangan lupa dan juga Bersatu, saudara sekalian.

Oleh kerana itu saudara, saya nak cuma ingin maklumkan bahawa akta lompat parti ni bagi negara kita mungkin satu perkara baru. Tapi untuk makluman semua, kita ketinggalan 20, 30 tahun politik ni. Sebab kebanyakan negara di luar negara di dunia ni telah melaksanakan undang-undang anti lompat parti kerana negara kita baru masuk fasa, fasa two party system pada 2018. Negara-negara lain telah lama masuki fasa two party system. Maka bila satu negara masuki two party system sudah tentu berlakunya pergolakan-pergolakan, percaturan-percaturan, nak cari jalan singkat untuk mengangkat kerajaan seperti yang dilakukan oleh pihak sebelah sana sebelum ni. Maka Dato' Speaker, kita seperti saya sebut tadi, maka soal lompat parti ni dia melibatkan dua perkara penting.

Yang pertama, moral dengan prinsip. Melibatkan moral dan prinsip. Yang kedua, soal ekonomi rakyat. Mungkin orang tanya, eh apa mengena anti lompat parti ni dengan ekonomi rakyat sedara? Maka cuma saya nak terangkan. Yang pertama tadi kata soal moral dan prinsip. Moral ni adalah sebagai pemimpin sebagai wakil rakyat, kita kena ada moral sebagai contoh bagi contoh kepada pemimpin-pemimpin yang akan datang khususnya anak muda sekarang ni kita telah diluluskan, undi 18 tahun dan 18 tahun boleh menjadi pemimpin, jadi calon dalam pilihanraya. Maka kita perlu jadi contoh kepada mereka saudara. Maka, bila contoh, apa berlaku? Itu-itu soal moral dan prinsip kita. Oleh kerana kita lihat beberapa perkara insiden berlaku sepanjang dalam tempoh pilihanraya lepas yang lepas, mereka sanggup gadaikan prinsip demi kepentingan diri. Demi nak duduk sebagai kerajaan. Demi nak gunakan kebaikan kemewahan dalam kerajaan. Itu kita nampak. Maka soal kedua tadi soal ekonomi rakyat. Dato' Speaker, kebanyakan ada-ada sebahagian rakyat di luar berfikiran hai tukar parti ni tak ada apa, apa mengena aku ni tak ada masalah pun. Ini cuma pertukaran parti ni ini melibatkan satu parti jatuh satu parti lain. Itu sebahagian pandangan rakyat. Sebahagian pandangan rakyat yang lain pula berfikiran ini soal moral. Soal pemimpin harus ada moral dan prinsip dan sebahagian rakyat pula memikirkan bahawa paham keadaan ni yang sebenar, lompat parti ni bukan sekadar pertukaran Kerajaan, tetapi lompat parti ini mengakibatkan hancurnya ekonomi negara dan rakyat. Bagaimana berlaku saudara sekalian Dato Speaker? Kita tengok langkah kita yang pertama tadi soal moral dan prinsip. Di peringkat pusat, telah dibahaskan telah luluskan. Parti-parti yang sokong, parti-parti ada prinsip ada moral, dia mereka menyokong. Yang utamanya menyokong adalah Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional.

Untuk pengetahuan Ketua Pembangkang, ketika perbahasan berlaku, pengundian berlaku di Parlimen, Ahli Parlimen Marang, Presiden kepada Parti PAS tidak hadir, ponteng Parlimen. Di mananya ada moral? Di mananya ada prinsip perjuangan yang perlu hadir menunjukkan sebagai pemimpin perlu tunjukkan kita kena tunjuk sokongan pada akta lompat parti ini. Tak hadir tanpa alasan. Kalau bagi alasan tak ada masalah. Tak ada pernah bagi alasan. Tak sihat tak apa. Inilah rekod kita, kita biasa paham kan. Marang selalu rekodnya kehadiran Parlimen ini selalu ponteng. Biasalah, itu satu hal. So, di situ rakyat perlu lihat. Parti mana yang ada moral mengikut keutamaan soal prinsip. Parti mana yang tidak mengangkat moral yang tidak berpegang pada prinsip dan juga kita pergi kepada ekonomi rakyat. Kenapa saya kata ekonomi rakyat? Kita telah menyaksikan langkah syaitan di Sharaton. Langkah syaiton di Sharaton. Rakan-rakan langkah syaitan yang berada sebelah sana mengakibatkan kejatuhan kerajaan di peringkat Pusat dan kita panggil pintu belakang. Tapi parti sebelah sana sendiri mengakui bukan pintu belakang, tebuk atap kata. Maka, selalunya pencuri penyamun yang tebuk atap dah masuk dalam rumah lah. So, dalam perkara ini kita tengok. Apabila berlaku langkah syaitan di Sharaton ni saudara ni Dato' Speaker, apa berlaku? Ketidakstabilan politik berlaku. Oleh kerana ketidakstabilan politik, pelabuh tak masuk dalam. Bila pelaburan tak masuk dalam, aliran wang tak masuk dalam negara. Bila tak masuk wang ke dalam negara, apa berlaku? Tak ada peluang pekerjaan, kurang. Bila tak ada peluang pekerjaan, inflasi naik, ringgit jatuh. Yang akhirnya rakyat susah. Akibat kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab, tidak berprinsip, tidak moral ini bukan sekadar bertukar Kerajaan tetapi mengakibatkan, mengakibatkan kepada masalah raktat di bawah. Silakan.

Terima kasih Dato' Speaker. Seterusnya Yang Berhormat Kinta. Yang pertama saya tak bersetuju dengan apa yang di sebut tentang Marang. Kalau kita nak tanya data dapat daripada mana yang menyatakan Marang ponteng. Kalau kita tengok Kinta berapa kali tak ada dalam Dewan. Kinta dalam Dewan berapa kali keluar. Jadi jangan mudah-mudah nak sebut. YB pun bukan ada dalam Parlimen yang nak menyebut tentang Marang. Yang kedua, adakah Hulu Kinta bersetuju bahawa PKR ditubuhkan dan berapa ramai jumlah daripada Parti Umno Barisan Nasional yang berpindah melompat ke dalam PKR? Setuju tak setuju?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Saya selit tambahan boleh. Beri laluan Hulu Kinta. Hulu Kinta boleh sikit.

Ya, duduk. Ok, Slim. Saya jawab dengan siapa lagi? Boleh tak saya jawab sorang-sorang lagi. Ok, Slim tanya data tadi. Sebagai wakil rakyat kalau tak kena reti data apa guna datang Dewan. Saya bagi bukti. Ini sinar harian. Tengok sini bila tarikhnya 28 Julai 2022. Bila? 28 Julai 2022 10.56. Buka sekarang. Ada tak net sekarang. Telefon ada net? Ha buka sekarang tengok sana. Marang tidak hadir ponteng. Faham? Ha apa lagi? Cakap.

Kinta ambil hujah supaya Marang ponteng. Parti daripada kerajaan adakah tak ponteng? Rasanya hujah ni sangat nangkal. Sangat nangkal. Sangat senang sangat nak claim. Yang ni kita nak sebut kita punya. YB kita buat kerja. Selesai kerja dia. Tolong jangan senang sangat nak bawa hujah yang sangat nangkal.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta. Buntong.

Cepat sikit, short dia celah. Ini bukan celah selit cepat sikit. Jangan lambat. Dah duduk. Sekarang ni Slim. Saya bagi ni. Slim tanya...

Rasanya banyak hujah yang tak kena lah. Lain kali buat text senang Kinta nampak sikit, bersasa dalam bercakap...

Duduk, duduk, duduk. Slim, Slim kena ambil apa, belajar dulu sebelum nak celah ni. Contoh pertama tadi, Slim tanya tadi. Soalan apa tadi? Mana data? Saya sudah beri data, apa lagi nak? Bila beri data, pergi pusing tempat lain pula. Apa lah buang masa saya je. Ok sila, masuk. Changkat Jering masuk. Apa?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Hulu Kinta, sikit, mudah saja soalan.

Masuk. Haa cakap.

Tadi dibentangkan kita, seluruh dunia dah ada dua sistem, dua parti. Jadi Malaysia belum ada dua parti. Jadi setuju tak dengan pandangan saya, di Malaysia ni kita akan dua parti, bermakna dua parti yang sekarang ada ni adalah PN dengan PH. Lain tak ada? Setuju tak kita ada dua parti tu saja? Terima kasih.

Ini, faham tak apa yang saya cakap tadi? Tidur ke apa? Dari semalam saya tengok.

Sebab sekarang populariti sekarang ni tinggal dua parti je, PN dengan PH je. Tapi...

Sekarang ni dah tanya dah soalan. Tak apa duduk dulu. Dari semalam saya perhati. Orang tengah bahas bajet dia tanya, boleh masuk bakul tak? Duit yang tak pakai. Apa benda bakul je? Tak reti, belajar dulu. Apa lah begini? Isunya sekarang, soal dua parti sistem ni maksud saya. Saya jawab dulu.

YB, bagi saya.

Saya jawab dulu.

Bagi saya. Sat…

Saya bagi, duduk. Saya bagi, duduk. Saya bagi, duduk.

Awak yang dia jawab dulu lah.

Yang di-Pertua

Bagi habis, bagi habis.

Saya bagi jangan risau. Semua saya bagi. Jangan risau. Dato’ Speaker, bagi saya masa lebih sikit. Tadi Pembangkang dah bagi masa lebih dah. Tadi Pembangkang orang bagi 40 minit, dia berhenti dekat 20 minit. Ok. Isunya tadi, dua parti sistem ni maksud saya. Pada pilihanraya, Kerajaan Pusat tidak bertukar selama-lamanya. Baru 2018 baru tukar. Itu dua parti sistem, faham? Ini orang tengah dua parti sistem, pergi sembang pasal parti, ini parti. Apa benda ni? Tak reti benor. Ha sekarang bangun. Cakap.

YB, saya daripada awal hari kita bersidang. YB antara orang yang paling kerap tak masuk dewan.

Satu. Nombor dua, YB punya, YB punya ketua lah untuk depan, Kepayang.

Dia masuk sikit, lepas tu dia tak ada. YB jangan cakap orang lain.

YB sendiri tak ada ikut peraturan. YB sendiri tak tunjuk tauladan yang baik.

Ok, lagi? Dah? Haa, ini pun seorang lagi ni. Hello. Tanya rekod DUN, setiap hari, Hulu Kinta hadir. Tak pernah tak hadir, faham? Bukan maksudnya dari 9.00 pagi, 5.00 pagi, lima malam kita turun, duduk sini petang ni, itu maksudnya hadir, faham? Tetapi mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang hadir. Maksud saya tadi Marang hilang, tak hadir. Kalau tak hadir, bagi alasan. Bila Hulu Kinta tak hadir, kita bagi alasan, faham?

Begitu juga. YB marah. YB siapa...

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

YB telur duduklah. YB telur duduk.

Tadi lah, sekarang ni kata, kena dekat YB…

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Hari-hari pasal telur. duduk, duduk. Ok, duduk, duduk.

YB tak ada. YB tak ada.

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Hari-hari pasal telur, duduk, duduk.

Ok, duduk dulu, Kamunting duduk. Kamunting semua saya ulang balik ya. Kamunting sebut tadi, Hulu Kinta tak hadir. Ponteng. Ini kena tarik balik. Ini tak betul, sebab ada rekod. Ada rekod. Ada rekod. Duduk dulu saya jawab, duduk dulu. Duduk dulu saya jawab dulu. Lepas tu saya bagi. Rekod ada. Maknanya sebelum bangun, nak lontarkan sesuatu, tengok fakta dulu, data, faham ya? Kena rujuk pada Setiausaha Dewan dulu, faham tak? Tanya. Nak serang kena ada strategi. Tanya SU. SU, sahabat. Ada tak Hulu Kinta hadir dalam beberapa kali, sidang dewan. Dapat data baru serang. Ini buang masa saja. Faham? Saya ajar orang macam mana serang. Maknanya, soal Hulu Kinta hadir, tapi isunya sekarang, saya menyentuh, apabila perbahasan rang undang-undang di Parlimen, Marang tak ada. Tak ada alasan. Data ada. Hulu Kinta hadir, ambil bahagian rang undang-undang. Faham perbezaan?

Hulu Kinta mohon laluan.

Sapa pulak ni.

Buntong. Saya hanya nak tambah ya, kepada rekod kehadiran Marang di Parlimen sesi lepas, 29 hari daripada 89 hari. Jadi dari segi kehadiran, janganlah kita pertikaikan. Memang 29 hari daripada 89 hari sahaja.

Lepas tu dorang tanya mana datang? Kena print lepas ni. So, mana selepas tadi? Soal apa? Ya, apa lah. Cepat lah.

YB, YB...

Bagi lah orang lain, ramai lagi.

Duduklah, duduklah YB Kamunting. Biar YB Hulu Kinta berbicara. Berbahas ni.

Teruskan rang undang-undang punya bicara lah. YB buang masa ni...duduklah.

Duduk, duduk, duduk. Itu kerja Speaker bukan kerja Kamunting, faham? Apa lah. Soal terus tak terus tu kuasa Speaker bukan Kamunting. Aduh, susah lah macam ni. Macam mana speaker Kamunting? Ok, boleh.

Yang di-Pertua

Kinta teruskan.

Ok, ni baru betul. Speaker sebut kita teruskan. Maka soal apa, rakyat tadi. Dua perkara yang saya sebut tadi, soal apa ni. Prinsip tadi moral. So, di mana terletaknya, ni terbukti parti mana bergantung prinsip dengan moral. Kedua, saya sebut tadi, ekonomi rakyat. Jangan lupa, saya sebut tadi terang tadi. Hancurnya ekonomi negara oleh kerana ketidakstabilan politik. Tadi Ketua Pembangkang, saya dah gelak pun tak boleh dalam Dewan tadi. Ketua Pembangkang sebut tadi, wah, dia kata ini perkara yang kita perlu halang, perkara yang tak boleh setuju, ini buat begini, buat begitu. Tapi soalnya, yang menyokong, mendokong siapa? Menyokong, pendokong, pengkhianat rupa parti ni adalah parti Ketua Pembangkang sendiri. Jangan lupa. So, kalau orang buat perbuatan yang tak bermaruah ni, orang yang mendokong yang tak bermaruah ni, apa orang panggil? Apa panggil? Maka, jangan lupa, hari ini kehilangan kerja tak ada, apa soal ekonomi ni, jangan lupa ada tanggungjawab besar yang bertanggungjawab oleh parti-parti yang sebelah sana tu mengakibatkan masalahnya rakyat di bawah. Tak boleh kita nafikan. Saudara sekalian. Dato Speaker. Maka, itu soal apa saya sebut tadi kan, maknanya soal ekonomi rakyat. Maka, Selama dah bangun, bangun. Saya beri peluang. Tak jadi lah. Tekan speaker, apa, apa, apa, macam tu lah.

Dia tunggu saya bangun tadi.

Apalah…macam tu lah.

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya tak mahu bangun sebenarnya. Saja nak bagi semua penjawat awam kenal siapa Hulu Kinta. Cuma beza dia kali ni dia tak bawak ayam. Itu saja beza dia. Cuma dari segi prinsip, tak payah sembanglah pasal prinsip. Kamu kempen puluh tahun hentam Barisan Nasional. Apa yang kamu tak kata kepada Barisan Nasional? Tiba-tiba hari ni kamu bersama. Kamu dah minta maaf ke dengan apa yang kamu kata kepada Barisan Nasional dan…

Nanti saya jawab.

Rakyat memilih kamu pada masa itu kerana percaya yang kamu ni anti Barisan Nasional pada masa itu. Tiba-tiba hari ni tidak berlaku yang seperti itu.

Dah lah, saya pas, saya pas. Duduk. Duduk, saya jawab.

Jadi siapa yang menggadaikan prinsip sebenarnya? Membohong dan menipu pengundi-pengundi kamu tu sendiri...

Sudahlah duduk lah, saya jawab lah.

Tadi sibuk suruh saya bangun.

Dah tanya duduk cepat, teman… masa ni. Cepat...

Saya tunggu apa point, apa isi dari Hulu Kinta daripada tadi. Tak dak. Saya setuju sangat akan datang kalau tak ada sebab penjawat awam, kawan-kawan ni yang ada ni nak cerita. Apa isi…

Saya nak cakap...

Yang di-Pertua

Selama duduk dulu, duduk dulu. Bagi Hulu Kinta habis. Bagi Hulu Kinta habis dulu.

Kita tengah bahas RUU enakmen baru.

Ok, ok, ok. Duduk. Kalau tak faham isi tadi, balik karang tanya pegawai. Banyak isi tadi.

Yang di-Pertua, yang kata No DAP, No Anwar, siapa yang cakap tu?

Bagi saya selesai dulu. Apa, apa? Ulang balik tadi? Apa? Apa, ulang balik? Apa? Ulang balik...

Yang diistilahkan, yang kata No DAP, No Anwar. Sekarang ni, siapa yang cakap tu? Adakah itu sebagai pengkhianat. Terima kasih.

Ok, duduk dulu. Selama, saya jawab. Tak apa. Selama nak ambil sendiri, ambil la. Ok? Yang pertama, kata tadi masa PRU, kita UMNO Barisan Nasional. Kutuk kita, kita kutuk dia. Tak apa, yang penting kena faham.

Itu khianat pada rakyat, khianat pada pengundi.

Dengar dulu, dengar dulu. Saya bagi jawab dulu. Jawab dulu. Apa lah Selama. Dulu Selama Exco kan? Jaga lah maruah sikit. Kalau nak bangun, bangun. Bukan duduk, bercakap begitu. Faham? Faham ke tak faham?

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Hulu Kinta.

Bila nak mencelah, tak boleh duduk situ. Bangun. Apa lah. Ini rupa nak bagi contoh pada anak-anak buah. Jadi, mudah jadi menantu kepada orang penting...

Yang di-Pertua

Hulu Kinta, Ayer Kuning nak mencelah.

Eh, soalan tak jawab.

Yang di-Pertua

Biar Hulu Kinta jawab dulu.

Kalau saya pergi sini dia kata saya elak, saya jawab dulu. Ok, ok. Selama, dengar. Kita musuh. Ya? Lawan berdepan. Kawan pun berdepan. Bukan seperti Perikatan Nasional, depan musuh. Jek, apa Kota Tampan kata apa, belakang tikam belakang. Musuh dalam selimut. Faham?

Apa jawab macam itu?

Dengar saya sebut.

Kamu khianat pengundi kamu.

Sabar, sabar. Itu pengundi buat keputusan, bukan Selama. Ok, duduk diam. Sekarang ni, saya dah jawab. You kata tadi, Selama sebut tadi. Apa konsep yang nak gunakan. Kita sebut tadi, kita boleh kerjasama dengan musuh banding dengan perkhianat. UMNO, pengkhianat UMNO, Perikatan Nasional adalah Barisan Nasional. Pengkhianat kepada Pakatan Harapan pun Perikatan Nasional. Faham? Pengkhianatan rakyat pun, Perikatan Nasional. Bukannya, Pakatan Harapan atau Barisan Nasional. Maka kita ada berhak untuk berkawan. Faham? Bukan seperti musuh-musuh dalam selimut.

Masalahnya kamu menipu… Menipu pengundi kamu.

Duduk, Duduklah. Duduk, duduk dulu.

Mana isi-isi perbahasan kita?

Hello, duduk. duduk. Duduk. Selama duduk. Itu pengundi akan putuskan bukan Selama. Faham? Itu tak tanya. Sekarang ni soal tanya macam mana kita boleh kawan. Faham tak? Saya dah jawab dah. Cukup ya. Saya sambung lagi. Dia kata, bawa ayam kan? Jatuh standard apa semua kan? Saya nak kabo, kena ingat. Semalam, saya dah celah soal Ketua Pembangkang. Dia sebut apa? Kita perlu jaga 15% daging. Kita perlu ini, apa semua. itu ini. Itu saya tanya semalam. Saya tanya, apa yang telah berjaya bawa satu perkara bawah kepimpinan Semanggol sebagai Exco Pertanian? Dia tak jawab langsung. Jawapan dia apa semalam? Eh, kalau kahwin hari ini, besok boleh lahir anak tak? Dia sebut macam itu tapi dah lebih hampir dua tahun jadi Exco. kalau tak lahir-lahir, saya tak tahu dia kahwin dengan keldai ke apa. Maka...

Yang di-Pertua

Hulu Kinta, Tronoh nak bercakap.

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Hulu Kinta, cuma nak bertanya.

Sini, sini dulu. Sabar dulu.

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Ok, ok.

Yang di-Pertua

Ayer Kuning.

Ikut turutan. Maka, faham dak saya dah jawab? Selama dah jawab. Ok, kita bagi kepada Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Hulu Kinta, terima kasih. Walaupun daripada Hulu, tapi saya tengok bukan Hulu rasanya. Dato Speaker. Sebenarnya, setuju tak Hulu Kinta ya? Adakah berkaitan dengan lompat parti ni, orang yang lompat parti ni. Hulu Kinta membangkit berkaitan dengan soal moral, prinsip. Apakah ia bukan disebabkan wang ringgit? Jadi saya nak minta Hulu Kinta jawab kerana saya tahu bahawa tadi saya dah cakap bahawa wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang. Dalam pilihanraya yang lepas, apa pilihanraya, tapi bukan di sini mungkin kan tapi wang memerlukan untuk mendapat kemenangan.

Ya, saya setuju. Kerana apa? Kena ingat pada PRU lepas. Ini... Apa? Nak cakap?

Hulu Kinta ni merapu la.

Bangun, bangun, bangun. Jangan macam itu. Jagalah akhlak. Bangun Selama ni. Udahlah menantu kepada Marang. Ya Allah, Tunjuklah akhlak yang baik. Bangun, bangun, bangun. Nak bangun? Tak nak? Ha, duduk.

Bangun, bangun.

Ha, bangun. Cepat cakap.

Saya tengok kejayaan...

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Hulu Kinta, Tronoh dulu. Hulu Kinta.

Ayam, ayam hari ni dah ada.

Tuan badan tak reti nak jawab. Ini jawab. Duduk la.

Telur, telur tak ada sampai sekarang. Dah sebulan dah bagitau.

Biar Exco jawab.

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

YB, telur lagi?

Ini kata dua tahun tak lahir lagi anak katanya. Ini baru sebulan. Sabarlah. Apalah, you orang sendiri jawab, you orang tanya soalan. Apa bendalah. Saya tanya apa yang berlaku ni. Dia kata baru setahun, dua tahun. Jadi Exco tak dapat nak dilaksanakan kerana tak cukup masa. Kahwin hari ni besok boleh lahir.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta. Lama lagikah?

Dah. Itu jawapan untuk Kamunting. Faham? Tanya tadi kat mana telur kan? Itu jawapan dia. Dia jawab, saya bagi jawapan. Ok? Ini soal apa tadi? Wang ringgit ...

Apa benda lah wakil rakyat macam ni.

Ya Allah. Tak berubah-ubah akhlaknya, aduh. Dahsyat lah macam ni. Marang pun sama, Selama pun sama. Huuu, susah.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta.

Dengar ni. Ini soal Ayer Kuning tadi. Saya setuju sebab apa masa PRU lepas berlaku, Kerajaan Persekutuan adalah Pegawai Kerajaan Perikatan Nasional. Ada campuran situ. Yang lebih pada Perikatan Nasional. Maka, sudah tentu, sudah tentu. Lompat parti ni melibatkan tawaran jawatan, tawaran wang ringgit. Kenapa saya sebut? Saya sebut dalam DUN Perak ni. Saya dah sebut ni. Makna Ahli-ahli Dewan yang baru ni, mereka tak tahu, saya nak jawab. Saya kena kabo, dengar dulu. Ini, tanya Ketua Pembangkang, dia tahu. Lepas PRU di Perak, sebelum tubuh Kerajaan Perak. Masih ada usaha lagi untuk curi wakil rakyat daripada BN. Faham? Daripada siapa? Daripada pihak komer la? Daripada Perikatan Nasional.

Lagi lama dia cakap lagi merapu.

Ya Allahuakbar. Rakyat... Jagalah akhlak sikit Selama. Berapa kali nak cakap. Nak bangun cakap boleh, bangun. Minta celah. Ni duduk bercakap ni tak boleh, faham? Salah peraturan.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Hulu Kinta. Bagi laluan Changkat Jong. Bagi laluan Hulu Kinta.

Dato' Speaker. Dia tak reti nak guna peraturan. So, maklumkan lepas ni kalau duduk dia cakap begitu salah. Dato' kena tegur ya?

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Bagi laluan Hulu Kinta.

Kalau Dato' tak tegur, saya akan tegur Dato' pulak karang kejap lagi.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Bagi laluan Hulu Kinta.

Saya nak bagi habis jawab ni. Sabar dulu. Saya akan bagi, saya akan bagi. Sabar. So, ini baru betul. Bangun.

Tapi ok juga hilang mengantuk. Hilang mengantuk.

Untuk menghiburkan semua.

Yalah. Jangan bagi tidurlah. Itu jawabnya. betul kan? Miker selalu tertidur kan? Ok, soal dia, dia dalam kerajaan. Maka dah tentu dia orang bagi tawaran- tawaran. Maknanya, ini terbukti ya. Terbukti. Bukan cakap kosong ni. Siapa tanya data-data? Siapa tanya data? Kota Tampan sendiri akui dalam wawancara katakan ada usaha untuk curi wakil rakyat. Tak malu ke? Tak segan, tak silu duduk sini cakap pasal akta lompat parti. Tak layak komer semua cakap benda tu. Tak sampai beberapa bulan tadi. Nak cuba curi. Nak cakap apa akhlak? Apa moral?

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Hulu Kinta, bagi laluan.

Diri sendiri pun tidak terjaga cakap moral pasal orang lain.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Hulu Kinta, bagi laluan.

Ikut turutan. Sabar, tunggu dulu. Faham?

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Turutan saya? terima kasih kepada Yang Berhormat, Hulu Kinta. Cuma saya nak tanya pandangan sedikit lah daripada Yang Berhormat. Pada suatu ketika dahulu, apabila ada hasrat untuk penubuhan perikatan tulah. Ok, perikatan tu dan kita boleh nampak yang berkerjasama tu semua sebut-sebut dengan lompat partilah. Ada yang diberikan istilah kataklah dan sebagainya. Jadi saya nak tanya, adakah pihak YB bersetuju bahawa apabila mereka cuma hanya nak kuasa tapi kerja tak nak? Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan pandangan begitu?

Ya, sangat setuju sebab tengoklah. Contohnya Ketua Pembangkang kitalah. Dulu nak jawatan-jawatan tapi kerja tak reti kan?

Yang di-Pertua

Hulu Kinta. Hulu Kinta.

Apa benda pun dia tak buat.

Yang di-Pertua

Sebelum itu saya nak maklumkan Hulu kinta ada dua minit saja lagi. Dua minit.

Di Parlimen ada Hulu Langat, di Perak ada Hulu kinta.

Dato' Speaker, Hulu Kinta bagi peringatan. Ada masa lebih sikit. Apa tadi?

Setuju dak kalau di Parlimen ada Hulu Langat, di Dewan Undangan Negeri ada Hulu Kinta. Setuju atau tidak?

Orang cakap pasal akta parti, pergi Parlimen. Apa bendalah, Ya Allah. Huu, teruknya. Ahli Parit, Parit jangan bangunlah. Yang lain bangun. Apalah. Bagi peluang komer merapu pulak. Apalah Selama ni buat. Eh, tak ada ke orang lain? Komer dua orang je bangun. Masa tinggal satu minit lagi. Dah selepas ni, selepas ni ajar orang lain. Ajar orang lain. Bagilah. Manjoi boleh kot sebelah saya. Manjoi orang baik. Maka apa benda nak cakap tadi?

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Tronoh, Tronoh.

Apa isu tadi?

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Isu berkenaan dengan apakah pandangan...

Ya, ya, ok, saya faham dah. So, yang soal kerja. Dia nak jawatan, nak kuasa tapi kerja pun tak reti buat. Itulah contohnya banyak sebelah sana seperti Selama pun. Selama pun dia jaga kesihatan dulu. Apa benda dia buat. Klinik pun dia reti nak tengok. Apa kemampuan nak meningkatkan fasiliti klinik. Ada tak pernah buat atau tak pernah dibuat. Tak ada pernah. Mananya nak jawatan nak duduk. Duduk dalam kerajaan, sabar, tunggu saya jawab dulu. Nak tambah lagi? Cakap.

Encik Tiw Tee SiangDAP · PHTronoh

Nak tambah lagi Hulu Kinta. Cuma sampai masa tu kalau tak silaplah sayalah. Ok, sampai tu MB kena jawab bagi pihak Exco Kesihatan. Betul tak?

Ya. So, itu maknanya tak reti nak jawablah. Jawab pun tak reti tapi nak jawatan dan kuasa. Itu masalah pada sebelah sana. Teruskan.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Ya.

Changkat Jering. Ha, ni baru betul.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Changkat Jong. Orang baru. Orang baru dan saya tengok, yang Hulu Kinta katakan hari ni. Pertamanya YB Ketua Pembangkang dah menyokong rang undang-undang ini. Ya. Di hujung ucapan beliau tadi. Keduanya saya lihat YB Hulu Kinta menimbulkan tuduhan palsu yang mengatakan pihak kami nak mengambil orang Barisan Nasional bersama kami dalam 26 ADUN yang telah dipilih di pihak pembangkang. Di Dewan yang mulia ini sepatutnya YB Hulu Kinta tidak boleh membuat tuduhan palsu dalam Dewan yang mulia ini.

Jangan nak cakap ya.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta.

Changkat Jong. Changkat Jering.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta. Sebelum tu. Last final one minute. Final one minute.

Yang di-Pertua

Satu minit Hulu Kinta. Please. Satu minit.

Dato’ Speaker faham Hulu Kinta tak pakai teks.

Tak ada apa Hulu Kinta.

Yang di-Pertua

Dah lebih masa banyak dah ni. Lebih masa banyak dah ni.

Cakap je Hulu Kinta rindu nak jadi pembangkang je. Hulu Kinta rindu jadi pembangkang.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Tuduhan palsu. Tuduhan palsu.

Yang di-Pertua

Yang lain diam.

Dah jadi kerajaan macam pembangkang juga.

Yang di-Pertua

Yang lain duduk.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta one, last one minute.

Kita nak bagi penjelasan kata pembangkang. Apa bendalah lagi DUN selama ni. Ok Changkat Jong. Yang pertama, saya dah sebut dah tadi sebelum saya keluarkan kenyataan saya sebut dari mana datangnya dia punya maklumat. Betul? Ada dengor tak dengor? Dengor pun idak. Baca pun surat khabar idak. Ini tak baca surat khabar. Sekarang ni buka dalam YouTube. Wawancara saya kata wawancara daripada MB, faham?

Habis semua orang dia hina, tengok.

Ya Allah hu akbar dia ni. Dato', ambil tindakan kat dia ni, apa benda dia buat ni? Macam budak-budak ni, buat malu je. Selama, jaga le perangai sikit, ya Allah. Miker jangan, bukan mika sembarangan. Menantu, panas baran jangan lupa.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Hulu Kinta, sikit. Ada Hulu Kinta rasa risau dengan...

Sapalah, saya jawab dulu. Saya jawab dulu.

Yang di-Pertua

Sudah sudah last. Last dia nak landing dia tu. Sudah, Hulu Kinta.

Changkat Jong, jangan buang masa Dewanlah. Sebab, saya tak nak, saya paham orang barukan. Mungkin nervous kan. So, saya jawab, saya jawab. Sebelum saya kata tadi, ada usaha nak curi wakil rakyat daripada BN ni. Siapa yang cakap, Pengerusi BN Perak, siapa orangnya, Kota Tampan. Namanya apa, Dato' Seri Saarani. Nak cakap nama pun lupakan. Maka dalam wawancara, dia menyatakan bahawa ada usaha-usaha curi wakil rakyat daripada pihak sana. Faham? Faham tak faham? Cukup. Selepas ni, nak tanya sebelum tanya, tengoklah. Dengar pun tak, baca pun tak. Allah, susahlah macam ni. Ok ye. Maka, itu dah selesai. Mana?

Yang di-Pertua

Ok kesimpulannya.

Maknanya, apabila tadi sebut, kami menyokong, menyokong, menyokong, menyokong. Tapi buat perbuatan, perbuatan, perbuatan tidak bermaruah di belakang. Ini terbukti. Bukan saya kata. Eh, eh, eh, eh, eh, eh... Eh, dengar, dengar, dengar, duduk, duduk, duduk dulu. Miker tak reti nak cakap.

Memalukan. Bersyarah kat depan.

Duduk…duduk…duduk iayalah duduk. Maka, ini merupakan, ini merupakan, sebagai kita boleh klasifikanlah, kerana tindakan seperti ini dia macam penyeleweng atau perompak undang-undang tau. Maksudnya, depan dia sokong, belakang dia buat kerja jahat. Maka kenapa saya sebut macam ni? Baru-baru ni pun juga, apabila parti buat keputusan, ada juga usaha-usaha daripada sebelah sana, tarik 10 Ahli Parlimen. Maka tengok ni, walaupun rang undang-undang telah diluluskan di peringkat pusat, tapi usaha untuk curi masih berlaku. Mereka tengok, apakah sudut boleh curi? Walaupun ada undang-undang.

Adakah Hulu Kinta takut, nanti Hulu Kinta duduk belah ni, kami duduk belah sana pula? Dengan 4 lagi DUN. Adakah Hulu Kinta rasa bimbang dengan situasi 26/33, janji tak ikut Hulu Kinta duk belah ni pula?

Yang di-Pertua

Ok, ok, ok. Hulu Kinta kesimpulan, final, Hulu Kinta.

Makna Changkat Jering sendiri mengaku bahawa akan ada usaha-usaha curi sebelah sanalah? Apalah? Ambil bos sendiri buat apa?

Yang di-Pertua

Ok, Hulu Kinta kesimpulan.

Maknanya usaha walaupun peringkat persekutuan telah diluluskan, tapi saya fikir tak cukup. Maknanya ada perlu penambahan sedikit dalam undang-undang ni. Perlu ada penambahan. Apa penambahan dia? Contohnya, kebanyakan negara Asia pun ada yang letakkan akta lompat parti, tapi mereka meletakkan bahawa kalau gugurnya akan keanggotaan, atau dipecat, hilang kelayakan. Itu saya rasa perlu. Saya rasa perlu sebab apa? Mungkin berpandangan, itu kawal wakil rakyat. Itu nak kawal tetapi saudara, kita baru masuk fasa pertama. Fasa pertama, apa yang berlaku di 20, 30 tahun lepas, di negara-negara lain. Saya yakinlah akan datang, kita akan masuk fasa kedua. Apa fasa ke-dua? Sudah digubal undang-undang, diaktakan, masih lagi mencari perompak undang-undang ni, penyamun undang-undang ni seperti Perikatan Nasional sentiasa diorang teropong, apa cara ada lubang nak masuk dalam undang-undang. Maka, walaupun pusat dah gubal undang-undang diaktakan, sebulan lepas, masih ada usaha nak curi. Maknanya, benda ni akan berterusan selagi tidak ada dikawal oleh parti. Maka, gubal undang-undang ni saya rasa tak kurang sempurna. Tapi ada kelebihan, memang bagus membantu, tetapi masih lagi perlu menambah baik. Apa penambahbaikan yang saya sebut tadi? Iaitu adalah untuk sekiranya parti buat keputusan, setiap ahli wajib akur jangan buat kerja tabik belakang. Itu penting.

Yang di-Pertua

Kesimpulannya?

Maknanya, kita perlu kalau boleh, kita perlu tambah tapi saya yakinlah, mungkin penambah baik ni bukan berlaku hari ini, tapi masa akan datang. Bila kena batah hidung parti masing-masing, maulah dia semua mengakui. Maka, akan datang tengoklah, kita masuk kefasa ke-dua, iaitu mereka akan cuba curi wakil-wakil rakyat seperti mana saya sebut tadi cara-cara dia pun menambah.

Yang di-Pertua

Akhir sekali.

Maka, penambahanbaiknya apa yang kita nak buat? Yang pertama, soal kena tambah. Yang pertama, kalau gugurnya keanggotaan, ataupun dipecat, harus dimasukkan ke dalam akta. Itu penting untuk mengawal keadaan. Itu pertama. Nombor dua, nombor dua, dia dah keanggotaan.

Yang di-Pertua

Dah keempat.

Kedua, sabar sabar. Yang contohnya, keanggotaan maknanya dipecat kalau tak ikut arahan parti. Faham? So, yang kedua, saya sebutkan bahawa mungkin berpendapat, oh kalau dah buat macam tu, habislah presiden akan berkuasa. Depa akan ikut apa ni tapi ada juga cara kita nak selesaikan masalah tu. Apa cara-caranya? Caranya dua per tiga. Katakanlah sesebuah parti mewakili seratus orang. Seratus wakil rakyat, contoh. Kalau satu wakil rakyat, atau dua tiga orang, bawah dari dua per tiga jumlah wakil rakyat tersebut, melakukan kerja-kerja pengkhianatan kepada parti, tidak mengikut arahan parti, boleh digugurkan, dipecat. Makna hilang kelayakan. Sekiranya dua per tiga buat keputusan, kata seratus orang, dua per tiga wakil rakyat buat keputusan secara berkumpulan menulis kepada Dato' Speaker, itu tidak hilang kelayakan. Maknanya, itu menunjukkan seperti mana dalam perbahasan parti-parti yang sebelah sana di dalam Dewan Rakyat, mereka menyatakan kerisauan. Eh, kalau dah bagi kuasa kepada parti, akan presiden akan berkuasa. Tapi ini menyatakan, depa kata kalau hala tuju parti tak betul, tak elok, bagaimana wakil rakyat nak kekal situ. Itu saya kata kalau hala tuju parti tak betul, hala yang tak betul, pentadbiran presiden tak betul, bukan jejaskan seorang, mesti sekumpulan yang besar. Oleh karena itu, bila dua per tiga keluar daripada parti tersebut, itu tidak menyalahkan masalah. So, itu kita boleh faham. Tapi kebiasaannya dua per tiga keluar itu bukan payah sangatlah. Itu kelebihan pula. Maka, ini perlu bertambah baik. Maka, kalau tidak hari ini, saya yakin catatkan hari ini. Satu hari nanti, kita bila masuk ke fasa ke-dua, benda ini, apa yang dibangkitkan oleh Hulu Kinta akan dipergunakan. Ia akan bantu kita untuk...

Yang di-Pertua

Ok Hulu Kinta. Last, final, kesimpulan.

Sabor, akan bantu untuk kita dalam soal...

Yang di-Pertua

Lama dah ni, lebih dah ni. Lebih masa banyak sangat dah ni.

Tak apa, kita makan...

Yang di-Pertua

Last, Hulu Kinta.

Dato' bagi makan lebih, dia tak nak kan? Tak apa lah, bagi sini sikit.

Yang di-Pertua

Saya tahu, tapi ini dah masa lebih dah ni. Saya rasa kita kena ikut time sikit. Last, last.

Ya, oleh karena itu, kita nak jaga akhlak, moral seperti mana sebut Ketua Pembangkang tadi. Bukan sekadar dalam perkataan saja. Dalam perbuatan pun kena ada. Dalam perbuatan. So, dalam perbuatan itu, kita nak tunjukkan perbuatan itu betul-betul untuk menjaga akhlak dan moral kita bukan sekadar kita dah ada undang-undang, tapi kita cari jalan seperti saya sebut tadi, penyamun undang-undang. Maknanya, kita boleh klasifikan Perikatan Nasional ni sebagai penyamun undang-undang. Walaupun ada undang-undang, mereka cuba cari, nak curi wakil rakyat. Maknanya, yang title yang terbaik adalah penyamun undang-undang, iaitu Perikatan Nasional. Oleh kerana itu, saya mohon semua wakil rakyat kita akan mengambil serta berat tentang ini dan jadi contoh kepada anak-anak muda yang akan datang dan Hulu Kinta menyokong akta tersebut. Sekian wabillahi taufik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Hulu Kinta. Sekarang yang saya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan. 20 minit, silakan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Rabbil 'Alamin. Wassalatu wassalamu 'ala asyrafil anbiya iwallmursalin. Wa 'ala alihi wasahbihi ajmain amma ba't. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan selaku Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Berhormat Gunong Semanggol sebagai Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh anggota-anggota pentadbir negeri dan seluruh tuan-tuan, puan-puan, Dato'-Dato' yang berada dalam Dewan mengikuti persidangan DUN pada hari ini. Sebagai permulaan, saya mengucapkan penzahiran berasa syukur terhadap titah Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang menitah agar kita dapat menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Negeri Perak dengan amanah dan juga bertanggungjawab. Kita juga diseru agar adil dalam mengagihkan peruntukan dan menjalankan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis tanpa diskriminasi dan juga tanpa penindasan. Perkara isi tersangatlah bertepatan dengan roh demokrasi pilihanraya itu sendiri. Kerana rakyat memilih wakil rakyat untuk berkhidmat kepada mereka. Jadi mereka menangkan wakil rakyat pilihan mereka dan oleh kerana itulah Yang Berhormat sekalian berada di dalam Dewan yang mulia ini.

Dato' Yang Dipertua, bagi membahaskan RUU Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022 yang bermaksud untuk memasukkan undang-undang anti lompat parti atau anti hopping law dengan izin. Maka dengan ini saya ingin membahaskan beberapa perkara. Secara amnya, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi raja berpelembagaan. Terma demokrasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu demokratia yang terbentuk daripada dua suku kata berbeza iaitu demos yang bermaksud rakyat dan juga kratos yang bermaksud pemerintahan. Oleh itu boleh kita simpulkan bahawasanya demokrasi bermaksud pemerintahan rakyat. Sehubungan itu di antara ciri utama demokrasi adalah terdapat satu konsep pemilihan pemimpin ataupun wakil rakyat dipilih oleh rakyatnya sendiri. Wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat ini diberi mandat oleh rakyatnya untuk menggubal undang-undang serta mentadbir negara untuk satu tempoh yang ditetapkan. Di Malaysia proses pemilihan ini dijalankan melalui pilihanraya dan sudah tentulah acara pemilihan terbesar di dalam negara adalah pilihanraya umum. Tujuan utama sebuah PRU diadakan adalah untuk memilih Ahli Dewan Rakyat di peringkat Persekutuan dan juga Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri di peringkat Negeri.

Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem First Fast The Post dengan izin bagi tujuan pilihanraya, maka parti ataupun gabungan parti yang memenangi kerusi terbanyak akan mempunyai mandat untuk membentuk kerajaan. Dato' Yang di-Pertua, sebagai permulaan akta lompat parti sebelum ini diluluskan dengan sokongan majoriti 2/3 Dewan Rakyat pada 28 Julai dengan sokongan majoriti sebanyak 209 Ahli Dewan Rakyat dan sokongan majoriti seramai 52 Senator di Dewan Negara pada 9 Ogos. Sejurus lepas itu ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung sudah memberi perkenan tarikh bagi kuatkuasa Akta Perlembagaan Pindahan No. 3, 2022 adalah pada 5 Oktober 2022 selaras dengan Seksyen 1(2) dan Seksyen 1(3) Akta A1663. Oleh itu, atas semangat menghormati Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kita sebagai Ahli Dewan Negeri seharusnya meraikan undang-undang ini dan juga bersetuju untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan memasukkan undang-undang ini. Kami yang berada di barisan pembangkang sangat menyambut baik usaha murni demokrasi sebegini.

Sebelum itu saya ingin menarik perhatian seisi dewan dengan persoalan tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang terpaksa mengadakan satu perjanjian bertajuk, "Perjanjian persefahaman kerajaan kerjasama untuk membentuk kerajaan gabungan dalam kurungan yang dikenali Kerajaan Perpaduan Malaysia". Sudahlah nama kerajaannya saja itu dah tidak menepati maksud. Isi kandungan perjanjian juga menjerat kaki ahli parlimen daripada bebas menyuarakan pendapat mereka. Ibarat "Orang Campa menjerat terkukur, terkukur bertiga terbang ke desa, kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa". Dato' Yang di-Pertua, saya berikan contoh. Sekiranya saya bawa seekor ayam di dalam Dewan yang mulia ini, kemudian saya maklumkan kepada Yang Berhormat semua bahawa ayam ini saya namakan kambing. Adakah ayam tersebut akan menjadi kambing? Begitu juga realitinya kerajaan gabungan yang dibentuk tadi.

Dato' Yang di-Pertua, tindakan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun di dalam perenggan keempat, kurungan B, perjanjian persefahaman tersebut, saya bacakan. Setiap parti-parti dan pihak-pihak hendaklah memastikan bahawa setiap ahli parlimen, setiap ahli parlimen mereka mengundi mengikut Klausa 4(A) di atas. Kegagalan, keengganan atau kecuaian daripada berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab ahli parlimen secara individu kepada parti itu yang dianggap sebagai perletakkan jawatan dan atau pemberhentian daripada menjadi ahli parlimen bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud artikel 49A(1), Perlembagaan Persekutuan. Parti ahli parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang di-Pertua Dewan atas pengosongan tersebut mengikut artikel 49A(1), Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil. Dato' Yang di-Pertua, perkara ini, kami daripada Perikatan Nasional bangkitkan sebagai tidak berpelembagaan. Bukan sahaja kami, malah perkara ini ditegur oleh Jawatankuasa Majlis Peguam Malaysia, Endrio Loko, yang katanya juga, klausa keluar parti secara automatik ini tidak berpelembagaan.

Perjanjian ini adalah bercanggah dengan Perkara 49A, Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ahli-ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusi hanya apabila mereka melompat parti. Undang-undang lompat parti tidak menghalang hak dan juga kebebasan Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengundi dan juga di Dewan Rakyat. Tidak ada mana-mana bahagian dalam Perkara 49A, Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki seorang Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusinya jika beliau tidak mengikut arahan parti dalam pengundian mana-mana usul atau rang undang undang. Persoalannya Dato' Yang di-Pertua, adakah akta lompat parti yang diluluskan di dalam Dewan Rakyat dan yang bakal kita luluskan di dalam Dewan Negeri Perak nanti. Dalam Dewan Negeri ini tidak cukup kuat sehingga perlu diadakan MOU yang saya sifatkan sebagai keanak-anakan. Ataupun adakah sebenarnya Yang Amat Berhormat Tambun sendiri sedar bahawasanya ada di kalangan barisan kerajaan yang tidak menyokong kerajaan perpaduan ataupun kerajaan gabungan ataupun campuran yang beliau sekarang.

Dato’ Yang di-Pertua dan kami mengharapkan daripada Perikatan Nasional, Dokongan ADUN daripada Perikatan Nasional mengharapkan agar kerajaan gabungan BN-PH pada hari ini yang mentadbir Negeri Perak, tidak ada MOU di belakang tabir dan juga membelakangkan akta yang kita akan luluskan dalam Dewan ini. Dato' Yang di-Pertua, seterusnya setujukah kita pihak kerajaan bahawanya tindakan proaktif kerajaan Negeri Kelantan pada satu ketika dulu pada tahun kira-kira 1990 dikira tindakan masa hadapan itu, iaitu apabila kerajaan negeri Kelantan bertindak melarang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk bertukar parti setelah dilantik bahkan Kerajaan Negeri Kelantan juga memutuskan bahawasanya, siapa-siapa yang melompat parti perlu mengosongkan kerusi mereka.

Namun pada waktu tersebut undang-undang ini yang dikuatkuasakan di Kelantan tidak diterima malah dipandang sinis walaupun hakikatnya kebenarannya begitu dirasai pada masa kini. Dato' Yang di-Pertua, kes Nordin bin Salleh yang dipilih menganggotai Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa Pilihanraya Umum yang berlangsung pada 21 Oktober 1990 dan kemudiannya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan pada 25 April 1991. Defender pertama iaitu Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan di Kelantan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 1991 dan memperkenalkan perkara 31A yang baru yang mempunyai kesan yang lampau dari 19 November 1990 iaitu berkenaan dengan lompat parti. Pada 3 Julai 1991, Defender pertama telah meluluskan satu ketetapan mengikut perundangan yang dicabar bahawanya plaintif pertama dan kedua telah berhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan mengumumkan bahawanya kerusi bahagian Pilihanraya Sungai Pinang dan juga Limbungan kosong. Memandangkan kekosongan tersebut, Suruhanjaya Pilihanraya Defender ketiga telah mengambil tindakan untuk melangsungkan pilihanraya kecil di bahagian pilihan-pilihan tersebut dengan pilihanraya kecil dilangsungkan dan diselesaikan pada 26 Ogos 1991. Dalam pilihanraya kecil itu, plaintif telah menjadi calon Barisan Nasional tetapi dikalahkan. Tindakan menjadi calon semula, kita akui bahawanya ia menjulang semangat demokrasi. Sesiapa yang terlucut jawatan sebagai wakil rakyat boleh bertanding semula di kawasan yang dimenangi.

Pada April 1992, Mahkamah Persekutuan kita ikut ketika itu dalam kes Nordin bin Salleh lawan dengan Dewan Undangan Negeri Kelantan, memutuskan bahawa undang-undang yang mewajibkan seorang anggota Dewan yang bertukar parti untuk mengosongkan kerusi bercanggah dengan kebebasan berpersatuan yang diperuntukkan di bawah perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Dato' Yang di-Pertua, pada pendapat saya yang juga kami, dalam menggubal RUU berkaitan lompat parti, kerajaan perlu memberi ruang dan juga peluang kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang keluar parti untuk kembali bertanding di kawasannya. Sekiranya dinafikan, maka ia satu tindakan yang merenggut hak asasi yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mana-mana rakyat Malaysia. Perkara ini juga dikira sebagai menjamin hak kebebasan sebagai seorang Ahli Dewan Negeri. Kita mengambil contoh, perkara yang berlaku pada tahun 1998, Parlimen Johor Bahru P130, Tan Sri Shahrir Samad pernah mengumumkan untuk keluar dari parti dan menjadi Bebas. Maka berlaku pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan Parlimen Johor Bahru P130.

Pada waktu tersebut, Tan Sri Shahrir Samad bertanding semula di atas tiket Bebas dan telah memenangi melawan wakil daripada UMNO. Sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang saya ceritakan tadi. Dato' Yang di-Pertua, namun sedarkah kita, seisi Dewan bahawasanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10, yang juga sering mengadakan sesi menarik sokongan pihak lawannya. Perbuatan lompat parti menjadi hangat apabila tahun 2008 Ketua Pembangkang ketika itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang ketika ini Perdana Menteri kita yang ke-10, begitu ghairah mengumumkan beliau akan mendapat menubuh kerajaan dan juga menarik anggota Parlimen untuk membolehkan membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

Dato' Yang di-Pertua, sejak Pilihanraya Umum 2008 insiden lompat parti begitu ketara dengan beberapa wakil rakyat keluar parti, sama ada daripada Pembangkang ataupun daripada mana-mana parti, dan menjadi anggota bebas, baik di semenanjung mahu pun di Sabah dan juga Sarawak. Tindakan lompat parti biasanya berlaku apabila keadaan terutama ketika sesebuah parti tidak mendapat undi majoriti untuk menjadikan tidak boleh membentuk kerajaan dan ini menyebabkan ada antara anggota merasakan kedudukan dan juga mereka terancam sehingga bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyertai pihak yang lain.

Dato' Yang di-Pertua, sejak Pilihanraya berakhirnya Pilihanaya Umum ke 14, PRU 14, seramai 39 orang Ahli Parlimen bertindak keluar parti. Tidak kecuali juga dari Parti Islam seMalaysia (PAS) itu sendiri yang salah seorangnya yang pernah memenangi kerusi Kuala Nerus memenangi atas tiket Parti Islam seMalaysia (PAS) tetapi malang semalang-malangnya apabila keluar parti dan dengan bangganya mengatakan isyihat politik beliau miliknya memilih untuk kekal dengan jawatan Ahli Parlimen sehingga habis penggal. Pada PRU yang ke-15, Ahli Parlimen tersebut di Kuala Nerus bertanding di atas tiket Barisan Nasional namun rakyat Kuala Nerus menghukumkannya dengan kekalahan beliau di atas tiket Barisan Nasional. Ahli

Dewan yang di rahmati Allah SWT, cuba kita bayangkan dan juga renungkan berapa banyak wang negara dan juga negeri yang dapat kita jimatkan sekiranya undang-undang ini dapat diimplementasikan. Mengikut Suruhanjaya Pilihanraya setiap pilihan raya kecil Parlimen menelan kos tidak kurang daripada RM1.0 juta manakala pilihan raya kecil DUN boleh menelan kos sehingga RM600 ribu. Perkara ini menglibatkan perbelanjaan wang rakyat dengan perkara yang sepatutnya dapat dielakkan daripada berlaku.

Dato' Yang di-Pertua, tidak ada kerajaan yang sempurna melainkan kerajaan Allah. Memetik penulisan daripada Dato' Hafiz Hakimi Harun yang merupakan Pensyarah Fakulti Undang-Undang. Katanya, walaupun mekanisme anti lompat parti yang diluluskan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan ini boleh ditisifatkan sebagai satu usaha yang baik, namun masih terdapat beberapa kelemahan ataupun laguna yang ketara yang masih belum dimanipulasi, yang boleh dimanipulasi bagi tujuan melompat parti. Pertamanya disebabkan keahlian seseorang Ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilucutkan sekiranya beliau dipecat. Maka terdapat kemungkinan bahawa ahli dewan tersebut dengan secara curangnya menimbulkan sesuatu kekacauan di dalam partinya sendiri yang boleh membawa kepada pemecatan beliau.

Melalui kaedah ini, ahli dewan tersebut dapat mengekalkan keahliannya di Dewan Rakyat sama ada sebagai calon Bebas ataupun menjadi anggota parti yang lain tanpa perlu mengosongkan kerusinya. Kedua, Perkara 49A hanya menyentuh keanggotaan Ahli Dewan Rakyat di peringkat individu dan bukannya merangkumi penukaran, pendirian parti secara kolektif. Oleh itu, seorang Ahli Dewan Rakyat tidak akan dikira sebagai melompat parti sekiranya sesebuah parti politik yang dianggotainya mengambil keputusan untuk menyokong atau menarik sokongan terhadap sesebuah gabungan politik. Pada pandangan penulis, kelompongan undang-undang terhadap perkara yang disebutkan amat serius memandangkan sokongan atau penarikan sokongan terhadap sesebuah gabungan politik.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Kubu Gajah. Mohon mencelah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sekejap, saya habiskan perenggan ini sedikit. Sedangkan, penarikan sokongan terhadap sebuah gabungan politik dapat meruntuhkan atau membentuk sebuah kerajaan. Hal ini sekaligus memutuskan, memusnahkan matlamat asal pindaan perlembagaan tersebut yang dilakukan, yakni bagi untuk memberikan kestabilan kepada sistem politik yang sedia ada. Sila, Tebing Tinggi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih, Kubu Gajah. Saya tidak begitu jelas sentimen dan juga arah Yang Berhormat cuba bawa sebab pada mulanya nampak seperti petunjuk seperti cenderung untuk penyokong dengan membawa kes Nordin Saleh di Kelantan tahun 1993 dan kemudian mengaitkan ataupun membawa pandangan daripada Majlis Peguam tentang MOU yang ditandatangani beberapa waktu yang lepas. Saya rasa kalau diambil ataupun dilihat kepada kecenderungan dan sentimen yang dibuat di Kelantan pada tahun 1993 sepatutnya Yang Berhormat menyokong penuh apa yang dilakukan sekarang. Jadi sekarang ni saya tidak begitu jelas, dari segi pendirian parti dan juga Yang Berhormat sendiri.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Tebing Tinggi yang juga selaku pengamal undang-undang. Terima kasih di atas pandangan. Insyaallah di akhir perbahasan saya, insyaAllah kami akan menyokong apa yang dibawa oleh kerajaan. Saya kira, Dato' Yang di-Pertua, saya kira semua parti yang ada di negara kita sudah merasai perkara seperti ini terjadi dalam parti masing-masing. Jadi saya harap undang-undang yang bakal kita luluskan nanti mengambil kira aspek kelemahan-kelemahan yang saya sebutkan tadi. Dato' Yang di-Pertua, saya sudahi perbahasan saya pada hari ini dengan mengajak semua Ahli Dewan untuk mengisafi firman Allah SWT yang berbunyi. “Walau anak ahlal qurra amanu, watakaw la fatahna alayhim barakatim minas samaa iwal ardh, walakin kazabu faahaznahum bima khanu yaksi bun”. Dan Allah berfirman, sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya, yakni dari langit dan juga dari bumi. Tapi sekiranya mereka mendustakan rasul kami, lalu kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Al Araf ayat 96. Dato' Yang di-Pertua, semoga kita semua mendapat menjalankan tugas dengan baik demi menjamin kekelestirian dan juga kesejahteraan negeri Perak Darul Rizwan yang kita cintai. Saya, Kubu Gajah, mewakili 25 ADUN daripada Perikatan Nasional dan juga daripada pembangkang mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan, 30 minit.

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera kepada semua Ahli-ahli Dewan yang dihormati. Salam sejahtera semua pegawai dalam Dewan, rakan-rakan media dan penonton penonton di atas talian. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan selaku Menteri Besar Perak kerana telah berjaya untuk membentangkan rang undang undang ini untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan ataupun yang difahami sebagai undang-undang anti lompat parti. Saya berterima kasih kerana diberi peluang dan ruang untuk berbahas di Dewan yang mulia ini bagi meluluskan undang-undang anti lompat parti di negeri Perak dan saya rasa amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada penciptaan sejarah di negeri Perak untuk merealisasikan sesuatu yang dilihatkan mustahil seketika dahulu.

Dato' Yang di-Pertua, buku yang dipegang saya sekarang ini bukannya Perintah Tetap Dewan yang mulia ini tetapi ini merupakan tesis saya semasa saya belajar undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk Undang-Undang Anti Lompat Parti Rasional dan Prospek di Malaysia. Saya telah memilih untuk membuat kajian dalam Undang-Undang Anti Lompat Parti kerana saya telah menyaksikan insiden-insiden lompat parti yang berlaku di negeri Perak pada tahun 2009 semasa saya di sekolah menengah yang telah pun mendatangkan kesan-kesan yang begitu negatif kepada negeri kita. Hasil kajian tesis tersebut adalah untuk mencadangkan supaya Undang-Undang Anti Lompat Parti diwujudkan dan hari ini cadangan tersebut bakal direalisasikan. Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Darul Ridzwan.

Dato' Yang di-Pertua, dalam sejarah Negeri Perak Darul Ridzuan, insiden lompat parti bukan benda yang baru dan insiden-insiden lompat parti ini telah mengakibatkan ketidakstabilan politik kepada negeri kita. Ketidakstabilan politik susulan insiden-insiden lompat parti termasuklah daripada tunjuk perasaan kecil-kecilan sehingga ke demonstrasi oleh rakyat yang diadakan di jalan raya. Selepas Pilihan Raya Umum ke 12 yang diadakan pada 8 Mac 2008, Negeri Perak berjaya dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS. Sesungguhnya PAS pada masa itu bukanlah macam sekarang, ekstrim. Pakatan Rakyat pada masa itu berjaya menawan 31 kerusi Dewan Negeri manakala BN menangi 29 kerusi. Saya pasti Yang Berhormat Sungai Rapat masih ingat dengan jelas apa yang berlaku selepas itu. Pada tahun 2009, tiga ADUN dari Pakatan Rakyat telah mengumumkan bahawa mereka keluar dari parti asal mereka dan menjadi wakil rakyat bebas menyokong pimpinan BN.

Susulan daripada insiden yang berlaku tersebut, kerajaan Pakatan Rakyat telah tumbang dan beberapa kes yang menyentuh tentang Perlembagaan Perak telah dibicarakan di mahkamah. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai krisis Perlembagaan Perak. Dato' Yang di-Pertua, susulan insiden lompat parti tersebut, kekecohan berlaku dalam Dewan Yang Mulia ini. Di mana yang di-Pertua Dewan pada masa itu diheret keluar dari Dewan ini dan dikunci dalam satu bilik dan maruah Dewan Yang Mulia ini tercemar. Terdapat laporan yang juga mengatakan anggota polis yang telah menyerbu masuk ke Dewan Yang Mulia ini yang tidak pernah berlaku di sejarah negara kita mahupun dalam sistem demokratik berparlimen Westminster. Setiausaha Kerajaan Negeri telah pun menghalang Yang di-Pertua pada masa itu untuk masuk ke Dewan ini malah Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Beberapa demonstrasi dan rusuhan telah tercetus dan menyebabkan keadaan Perak dalam ketidakstabilan. Antaranya, rusuhan telah berlaku di depan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar yang ini menunjuk perasaan kemarahan rakyat dan menghalang Menteri Besar baru untuk mengambil sumpah di istana. Mengikut laporan, seramai 3,000 orang telah terlibat dalam rusuhan tersebut dan polis terpaksa melepaskan pemedih mata berkali-kali untuk menyuraikan orang ramai. Persoalan-persoalan berkaitan dengan Perlembagaan Perak telah dibawa ke Makamah dan keesahan Menteri Besar serta Yang di-Pertua turut dicabar di mahkamah. Krisis Perlembagaan Perak tersebut telah mengakibatkan kestabilan politik di negeri Perak terjejas dan setiap keputusan kes di mahkamah pada masa itu mampu mengubah keesahan dan kedudukan kerajaan Perak. Dato' Yang di-Pertua, antara... Ya, silakan.

Dato' Yang di-Pertua, mohon kepada Yang Berhormat Astaka memberi penjelasan tadi ada menyebut bahawa PAS dahulu tidak sama dengan PAS hari ini. PAS hari ini adalah ekstrem. Mohon Yang Berhormat Astaka buktikanlah dengan bukti-bukti yang kukuh, yang jelas, di mananya ekstrem PAS hari ini? Dan tidak berpandangan kepada hearsay dengan izin atau berdasarkan persepsi Yang Berhormat semata-mata, mohon Yang Berhormat tunjukkan bukti yang kukuh, yang jelas, menunjukkan PAS adalah ekstrem hari ini. Terima kasih.

Terima kasih. Nasib baik saya telah bersedia sebab saya pun jangka ada soalan untuk tunjuk data, statistik data. Mengikut laporan berita pada 20 Ogos 2022, presiden PAS mendakwa bukan Islam, bukan bumiputra jadi majoriti perosak politik ekonomi negara. Saya percaya PAS dulu ada pimpinan

Tok Guru Nik Aziz memang berbeza dengan sekarang, masa itu PAS for all tapi sekarang saya pun tak pastilah PAS untuk siapalah. Ok, saya teruskan. Dato' Yang di-Pertua, antara hasil keputusan daripada kes-kes krisis Perak ini.

Astaka, minta laluan sikit. Thank you, terima kasih banyak. Saya nak tanya kepada YB, adakah YB mengetahui, di tiga buah kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS ketika ini, pertama negeri Kedah, kedua Kelantan dan ketiga Terengganu. Kita bercakap tentang orang muda dan kita bercakap tentang dengan data dan juga research sekiranya situ orang muda. Cuma adakah YB mengetahui di tiga buah kerajaan negeri ini yang dipimpin oleh Menteri Besar Pas di situ ada pegawai khas daripada bukan Islam yang kita letakkan untuk mengambil berat tentang hal ehwal bukan Islam, Kelantan, Terengganu dan juga Kedah dan d itiga negeri ini adakah YB pernah mendengar ada rusuhan kaum, ada masalah orang kata masalah dengan kaum, extremis berlaku di sana yang dibuat oleh Kerajaan Pas, ataupun kerajaan yang dipimpin oleh Pas. Saya minta penjelasan yang jelas daripada YB supaya perbahasan lebih terarah, terima kasih.

Sebagai tambahan.

Terima kasih Manjoi. Ya, ya terus.

Terima kasih Astaka dan Dato’ Yang di-Pertua. Alasan menuduh Pas ekstrem hanya berdasarkan satu keratan akhbar semata-mata dengan menuduh secara rangkumnya Pas adalah ekstrem saya kira kurang bijak sebagai seorang pengamal undang-undang, sangat tidak bijak kerana hanya satu keratan akhbar, yang entah akhbar mana petikan dari tuan guru menyatakan sekian-sekian menuduh Pas secara keseluruhan adalah ekstrem. Kenapa tidak mengambil contoh di Kelantan, masyarakat Cina yang hidup dengan harmoni dipimpin oleh Pas. Menunjukkan Pas memang tidak ekstrem. Kelantan, Terengganu dan Kedah. Hanya dengan satu hujah akhbar yang tak apa akhbarnya terus menuduh bahawa Pas ekstrem.

Terima kasih.

Saya rasa tidak tepat dan tidak bijak. Yang Berhormat Astaka, terima kasih.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Setujukah YB Astaka bahawa saya tak pasti untuk hari pertama, atau sidang hari kedua, ada pihak di sebelah mengatakan bahawa perlu hapuskan sekolah vernakular. Adakah inilah kenyataan-kenyataan yang ekstrem? Terima kasih.

Saya rasa semua orang bebas mengeluarkan pendirian sendiri. Tapi saya tahulah Pas menghalang jualan arak di Daerah Selama, itu pun fakta dan kalau nak tanya boleh tanyalah Tok Guru Hadi Awang adakah dia pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini? Saya teruskan yang Dato’ Yang di-Pertua, antara hasil keputusan daripada kes-kes di Perak ini...

Mohon laluan.

Adalah kepercayaan kepada sesuatu, sorry saya tidak beri laluan sebab kalau atas isu yang sama saya tak boleh nak pusing-pusing. Saya punya teks banyak lagi.

Selama tadi, Selama.

Selama teruskan. Last ye untuk isu ini. Last, terima kasih.

Kita bukan sahaja nak haramkan arak di situ, tapi di seluruh Negeri Perak. Itu pun jika ...

Terima kasih untuk buktikan Pas ekstrem. Terima kasih, Selama, terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, antara hasil keputusan daripada kes-kes krisis Perak ini.

Astaka, Astaka. Sikit je Astaka. Tentang isu larangan...

Sorry, Manjoi. Saya tak bolehlah pusing dekat isu ini sahaja. Saya ada teks banyak lagi. Saya beri peluang kepada Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya, terima kasih Yang Berhormat Astaka. Adakah yang Yang Berhormat Astaka setuju daripada kutipan hasil daripada jualan arak ini di Negeri Perak hampir RM1 juta? Adakah ia salah satu pendapatan bagi Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Ya, saya setuju. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon untuk teruskan teks saya.

Saya nak mohon penjelasan sikit, penjelasan.

Yang di-Pertua

Ini floor Astaka. Dia tak beri jalan, jadi yang lain kena duduk

Saya dah beri banyak peluang.

Tapi Astaka banyak buat tuduhan yang.

Yang di-Pertua

Tapi dia tak beri jalan. Ini floor dia.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Duduk Selama, duduk.

Dato’ Yang di-Pertua, dengan hasil keputusan...

Yang di-Pertua

Semua duduk kecuali Astaka. Astaka jalan. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, antara hasil keputusan daripada kes-kes krisis Perak ini adalah kepercayaan kepada sesuatu ketua kerajaan, tidak semestinya perlu ditentukan dalam dewan perundangan. Dengan keputusan itulah, maka bermulalah persaingan ataupun kejar-mengejar di luar Dewan Negeri ataupun di luar Parlimen, untuk mengumpul surat akuan ataupun dengan izin SD demi membuktikan siapa yang mendapat kepercayaan majoriti tanpa masuk ke dewan perundangan untuk mengemukakan usul percaya ataupun usul tidak percaya. Lompat parti bukan sahaja menyebabkan ketidakstabilan politik tetapi juga ketidakstabilan dari segi ekonomi. Ia juga secara langsung dan secara tidak langsung menyebabkan negara dan negeri mengalami kerugian terutamanya dalam segi ekonomi. Sebagai contoh, ketidakstabilan politik pada Februari 2020 susulan langkah Sheraton telah menyebabkan pasaran saham jatuh sebanyak 41.4 mata pada 24 Februari 2020, iaitu ketahap terendah dalam tempoh 9 tahun. Selain itu, The Edge Malaysia turun menganggarkan negara kita rugi lebih daripada RM43 bilion apabila pelabur asing memilih untuk menarik diri daripada pasaran tempatan hasil daripada ketidakstabilan ekonomi pada tempoh tersebut.

Rakyat terpaksa menanggung padahnya apabila insiden lompat parti yang menyebabkan penukaran kerajaan sebelum penggal asalnya tamat kerana ia kerap juga menukar perancangan ataupun dasar kerajaan semasa. Sebagai contohnya di DUN Astaka, Setiawan, sebelum insiden langkah Sheraton pada tahun 2020, Kerajaan Pakatan Harapan telah pun meluluskan satu projek Pekan Warisan Kampung Kor yang bernilai RM48 juta tetapi projek ini dibatalkan apabila kerajaan ditukar. Rakyat di DUN Astaka menjadi mangsa kepada perbuatan wakil-wakil rakyat yang lompat parti dan mengkhianati mandat rakyat. Saya di sini juga memohon kepada Kerajaan Negeri untuk membantu menghidupkan semula projek ini supaya sektor pelancongan di Setiawan dapat dibangunkan. Oleh itu, satu undang-undang untuk menyekat dan menghentikan perbuatan lompat parti harus diluluskan oleh dewan yang mulia ini bagi menghentikan permainan politik yang tidak menghormati mandat rakyat yang telah mengundi di pilihanraya.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam konteks rang undang-undang kali ini iaitu penambahan perkara 32A Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kerusi seseorang Ahli Dewan Negeri hendaklah terhenti dalam tiga keadaan iaitu setelah dipilih ke Dewan Negeri sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaan parti politik itu atau dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu, B, setelah dipilih ke Dewan Negeri, bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota. Dato’ Yang di-Pertua, konteks ini adalah bersesuaian dengan keadaan politik di Negeri Perak kerana sejak negeri kita mulai mengadakan pilihanraya pertama pada tahun 1955 kebanyakan calon pilihanraya adalah bertanding di bawah tiket sebuah parti politik ataupun perikatan parti politik. Politik di Perak maupun Malaysia lebih bersifat partisan di mana majoriti calon yang bertanding dalam pilihanraya merupakan calon dan ahli daripada sesebuah parti politik walaupun calon lain bebas mengambil bahagian dalam pilihanraya. Calon-calon parti politik diberi mandat dan disokong oleh parti mereka dalam aspek kewangan dan sumber-sumber lain.

Sekurang-kurangnya terdapat empat manfaat yang akan didapati oleh seorang ahli-ahli politik yang menjadi calon untuk sebuah parti politik iaitu kelebihan pilihanraya, kelebihan kolektif, kelebihan institusi dan kelebihan distributif. Tindakan lompat parti secara nyatanya akan mengecewakan mandat daripada rakyat yang mengundi calon dan parti politik tersebut dan turut membelot kepercayaan yang diberi oleh parti politik. Lompat parti membawa padah yang besar dan serius apabila ia melibatkan sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Mengikut Perkara 16 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, (2), adapun Majlis Mesyuarat Kerajaan itu hendaklah dilantik sebagai yang berikut iaitu, A, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang Ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar kepada Ahli-ahli Dewan Negeri itu dalam kata lain sebuah Kerajaan Negeri akan ditubuhkan dengan pimpinan seorang Menteri Besar yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Menteri Besar dilantik sekiranya mendapat kepercayaan majoriti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri. Apabila seorang calon yang telah diberi mandat oleh sebuah parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya beliau juga telah menerima amanat bahawa mereka akan menyokong calon pilihan parti tersebut untuk menubuhkan kerajaan sekiranya parti tersebut memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya tersebut.

Dato' Yang di-Pertua, Tunku Abdul Rahman dalam proklamasi kemerdekaan pernah berkata dengan izin, "This nation shall be forever a sovereign, democratic and independent state founded upon the principles of liberty and justice". Tindakan lompat parti telah menjadi sendaan atau dengan izin mockery kepada Sistem Demokratik kerana pilihan rakyat tidak dihormati malah dikhianati. Sejak insiden Sheraton Move atau Langkah Sheraton pada tahun 2020, rata-rata rakyat menaruhkan perasaan kecewa ke atas Sistem Demokrasi Berparlimen di negara dan negeri kita kerana politikus-politikus boleh bebas melompat ke sini ke sana untuk kepentingan diri sendiri. Namun demikian keadaan ini telah diperbaiki apabila Memorandum Persefahaman atau pun dengan izin MOU yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan bersama Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Mantan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri telah berjaya meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengenakan sesuatu sekatan kepada kebebasan seorang wakil rakyat yang menang kerusi tersebut atas tiket parti politik untuk menganggotai mana-mana parti politik yang lain. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut telah berkuatkuasa pada 5hb Oktober tahun ini.

Hari ini, Perak juga memerlukan sekatan sedemikian supaya Negeri Perak boleh kekal stabil demi mencapai kesejahteraan daripada kestabilan dari segi politik dan ekonomi. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan sokongan padu saya ke atas pindaan rang undang-undang ini yang menjadi persoalan Dewan yang mulia ini hari ini. Namun demikian, perlu diingatkan pindaan Perkara 32A ini tidak menghalang suatu parti politik untuk keluar daripada sesebuah perikatan ataupun gabungan untuk membentuk Kerajaan. Ini turut disebut dalam misalan pertama dalam rang undang-undang hari ini. Dalam situasi pasca PRU ke-15, tiada parti politik yang boleh mendapat majoriti mudah di dalam Dewan ini dan gabungan antara parti politik untuk menubuhkan Kerajaan Negeri seperti Kerajaan Perpaduan kita pada hari ini. Ini adalah cara yang praktikal untuk mewujudkan kestabilan politik. Namun demikian, sekiranya sesebuah parti politik dalam gabungan politik mengambil kesempatan kekurangan ini dalam pindaan Perkara 32A dan bebas keluar masuk sesebuah gabungan, maka ketidakstabilan politik masih akan terus berlaku. Oleh itu, keadaan ini harus ditangani dan salah satu cadangan adalah untuk menandatangani satu perjanjian gabungan dengan izin coalition agreement.

Perjanjian gabungan ini haruslah diumum secara terbuka dan agenda-agenda atau dasar-dasar yang telah mencapai konsensus oleh parti-parti yang menandatangani haruslah dijadikan sebagai suatu garis panduan dasar kepada kerajaan yang ditubuhkan. Perjanjian tersebut haruslah dihormati dan boleh berkuatkuasa di sisi undang-undang tanpa bercanggah dengan kebebasan berpersatuan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Undang-Undang Anti Lompat Parti merupakan satu instrumen untuk memastikan kebebasan berpersatuan tidak disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan wakil rakyat yang tidak menghormati mandat rakyat. Ia merupakan satu perlindungan kepada sistem demokrasi di mana rakyat atau pengundi seharusnya sentiasa diberi kuasa untuk menentukan masa hadapan mereka. Akhir kata Dato' Yang di-Pertua, Undang-Undang Anti Lompat Parti tidak sesekali menghalang demokrasi malah ia merupakan satu jaminan kepada satu Kerajaan yang bersifat demokratik. Astaka mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Astaka. Sekarang saya jemput pembahas yang terakhir iaitu Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua, memberikan Buntong peluang berbahas hari ini. Salam Perpaduan, salam sejahtera kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, YB Gunong Semanggol sebagai Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media serta rakyat yang saya hormati sekalian. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, YB Kota Tampan yang mengotakan janjinya membentangkan Rang Undang-Undang Larangan Melompat Parti sejurus selepas Pilihanraya umum ke-15. Saya Ahli Dewan Undangan Negeri Buntong yang membawa suara akar umbi rakyat Buntong ke Dewan yang mulia ini menyokong penuh Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022 pada hari ini. Bagi rakyat Buntong pindaan undang-undang ini merupakan sesuatu yang sangat dekat dengan hati kita. Kita masih dapat merasakan pembelotan politik yang dilalui pada penggal lepas. Malah rakyat Buntong telah menolak calon Perikatan Nasional sebulat suara sehingga beliau hilang deposit.

Pindaan ini sememangnya satu perubahan bersifat 'Untuk Rakyat, Demi Rakyat dan kerana Rakyat'. Malah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah bertitah bahawa "Kestabilan politik merupakan penentu kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi". Oleh yang demikian Dato' Yang di-Pertua, asas membina sebuah negeri yang berpotensi adalah kestabilan politik serta polisi dan pentadbiran yang konsisten. Setiap keputusan serta perubahan politik pastinya terdapat implikasi ekonomi dan kewangan. Behind every political move, there is an equally pervasive and deeply implicative economic implication dengan izin Dato' Yang di-Pertua. Sepanjang tahun 2020 hingga sekarang, Negara kita, Malaysia terlepas peluang-peluang keemasan pelaburan asing yang memilih untuk meminggirkan Negara kita kerana ketidakstabilan politik yang mengakibatkan kita terlepas peluang menggandakan peluang-peluang pekerjaan. Dalam masa 3 tahun, negara kita mempunyai tiga Perdana Menteri. Sudah pasti yang rugi dan yang kalah adalah rakyat dan bukannya kita, ahli politik. Malah terdapat juga pindaan undang-undang kritikal yang tertangguh kerana pertukaran regim Kerajaan. Dari segi kesan jangka panjang sosial pula, negara kita menyaksikan keletihan rakyat dalam penglibatan politik. Rakyat menjadi lesu dan kecewa. Sebagai wakil rakyat di Negeri Perak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil iktibar, belajar daripada sejarah dan memastikan kesilapan ahli-ahli politik yang tidak berprinsip, tidak diulangi.

Malah tingkah laku ini yang dilakukan at the expense of the rakyat dengan izin, for convenience and corruption, dengan izin Dato' Yang di-Pertua, tidak harus diberi ruang langsung. Dato' Yang di-Pertua, pada 5 Oktober 2022 Negara kita telah menguatkuasakan Pindaan Perlembagaan No. 3/2022 ataupun Akta A1663. Antara pindaan yang telah dikuatkuasakan, saya senaraikan di sini, pertama, klausa baharu kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, iaitu Klausa 3A yang memberikan wajah dan makna baru kepada Bahagian Kedua, yang mendefinisikan Hak Berpersatuan. Kedua, pindaan kepada Bahagian Empat Perlembagaan Persekutuan bertajuk Persekutuan, iaitu memasukkan perkara baharu, Perkara 49A, yang merupakan asas kepada Undang-Undang Larangan Lompat Parti.

Ketiga, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 48, iaitu memotong Klausa 6 Perkara 48 supaya mana-mana Ahli Dewan Rakyat boleh melepaskan keahliannya untuk bertanding semula dalam pilihanraya pada bila-bila masa dan kehilangan kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat tidak lagi terpakai. Keempat, pindaan kepada Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan supaya definisi parti politik dapat dimasukkan. Kelima, pindaan kepada Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan iaitu memperkenalkan seksyen baharu, iaitu Seksyen 7A dan pindaan spesifik ini adalah pindaan yang paling relevan kepada perbahasan kita pada hari ini. Iaitu, pindaan yang membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri untuk memperkenalkan dan menggunapakai Undang-Undang Anti Lompat Parti pada peringkat Negeri. Timbalan yang di-Pertua, asas dan tujuan undang-undang adalah untuk melindungi rakyat. The essence of any law is the protection of the people dengan izin.

Saya bersetuju bahawa rang undang-undang yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Perak sememangnya bertujuan melindungi kepentingan rakyat mengikat ahli-ahli politik kepada pendirian mereka sebelum pilihanraya. Justeru itu menghormati pilihan rakyat jelata dan seterusnya menjamin kestabilan politik dan paling penting adalah untuk mewujudkan kepupusan katak politik di Dewan ini. Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini kesahan undang-undang larangan lompat parti telah pun diisytiharkan oleh Mahkamah Persekutuan oleh panel tujuh hakim pada 3 Ogos 2022. Isu yang dibangkitkan adalah sama ada perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah terbatal kerana tidak konsisten dengan Perkara 10(C) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Dato' Mat telah memutuskan bahawa hak berpersatuan the right to association dengan izin bukan hak yang dapat dibangkitkan oleh wakil rakyat selepas diundi oleh rakyat dan selepas kerajaan dibentuk. Itu yang saya mahu fokus hari ini. Malah kata beliau hak berpersatuan the right to association dengan izin hanya boleh dibangkitkan dan digunakan dalam peringkat memilih parti politik yang tiketnya hendak digunakan untuk bertanding dalam pilihanraya sebelum pilihan dan bukannya selepas memenangi pilihanraya. The right to associate expires the moment an elected representative wins the election on a party's ticket and he cannot choose to change that ticket dengan izin Timbalan Yang di-Pertua kerana pilihan tersebut adalah pilihan rakyat dan jangan kita membelangkangkan rakyat. Di sini saya ingin menyebut kepada hujahan YB Kubu Gajah sebentar tadi. Keputusan ini telah pun menolak, it has overruled dengan izin. Keputusan Nordin Salih. Tambahan pula keputusan Mahkamah Persekutuan juga mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang larangan lompat parti.

Oleh itu Dewan ini mempunyai bidang kuasa dan kebolehan yang sah di sisi undang-undang untuk menggubal undang-undang ini. Niat Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak dapat dicerminkan melalui Perkara 3 klausa 4A yang sudah jelas menunjukkan bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak berniat memberikan keutamaan kepada pindaan perlembagaan yang telah pun dilakukan di peringkat Persekutuan. Perkara 3 klausa 4A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak memberi ruang kepada pindaan tersebut juga diangkat ke peringkat negeri tanpa perlu memenuhi ambang sokongan 2/3 daripada Ahli Dewan. Cukup sekadar simple majority dengan izin. Tambahan pula Timbalan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah memperkenankan bahawa seksyen 6 Akta A1663 yang membolehkan peruntukan undang-undang perlembagaan berkait dengan larangan anti lompat parti diangkat juga menjadi sebahagian daripada Undang-Undang Negeri Perak Darul Ridzuan. Langkah ini telah diambil sejurus selepas Pilihanraya ke-15 dan penetapan tarikh permulaan kuatkuasa seksen 6 Akta A1663 di Negeri Perak adalah pada 8 Disember 2022.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan Rakyat penggal lepas ada membangkitkan keresahan mereka semasa sesi perbahasan jika pindaan dengan rupa dan kesan yang sama akan dibawa pada peringkat negeri. Sememangnya hari ini kita di Dewan Undangan Negeri Perak dapat merekodkan komitmen kita dan menjadi sebahagian daripada sejarah negara dalam memastikan rang undang-undang larangan lompat parti menjadi asas penting kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Hari ini rang undang-undang yang dibentangkan membawa 3 pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridduan dan saya menyokong sepenuhnya pindaan yang dicadangkan iaitu pindaan kepada Perkara 4, pindaan kepada Perkara 31 dan pindaan utama iaitu kepada Perkara 32A. Walaubagaimanapun Timbalan Yang di-Pertua adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membangkitkan beberapa soalan demi memelihara prinsip demokrasi. Soalan pertama saya adakah keanggotaan Ahli Dewan dalam parti gabungan diambil kira kerana persoalan dasar utama yang menjadi asas kepada penggubalan undang-undang ini adalah keahlian seorang Ahli Dewan dalam suatu parti politik. Kedua adakah Ahli Dewan yang keluar daripada parti politik dalam sesuatu parti gabungan dan menyertai parti politik yang lain dalam gabungan yang sama akan terhenti menjadi Ahli Dewan? Adakah undang-undang ini, soalan ketiga maaf adakah undang-undang ini apabila dikuatkuasakan akan terpakai secara retrospektif? Dengan ini saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong usul Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Saya mohon celahan sedikit.

Oh sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan juga Buntong. Sejarah tahun 2009 di mana sewaktu Sungai Rapat menjadi menjadi Menteri Besar mewakili parti PAS pada waktu itu ada beberapa Ahli Dewan Negeri yang melompat. Sedarkah Buntong bahawa yang melompat itu adalah ADUN Behrang daripada PKR. Yang kedua ADUN Changkat Jering daripada PKR dan sedarkah Buntung bahawa yang ketiga adalah ADUN Jelapang daripada DAP yang menyebabkan Sungai Rapat jatuh daripada kerusi Menteri Besar. Sekian.

Terima kasih YB. Saya percaya undang-undang hari ini adalah undang-undang yang berprinsipkan demokrasi yang memelihara prinsip demokrasi. It is not based on parti dengan izin. Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh melompat parti. Tidak kira dari parti mana yang dia datang. Saya faham dan saya sedar ahli yang melompat dulu adalah daripada parti PKR dan parti DAP dan oleh kerana itu saya di sini memainkan peranan saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk memastikan undang-undang ini diluluskan tanpa apa-apa halangan supaya kita dapat memastikan perkara tersebut tidak berulang. Terima kasih. Dengan ini Timbalan Yang di-Pertua saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong penuh usul Rang Undang-Undang enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2022. Biarlah rakyat yang menjadi penentu masa depan negeri ini dan bukan kita sebagai ahli politik. Kita merupakan orang gaji bagi rakyat kita. Bukan mereka yang menjadi orang gaji kita. Kita merupakan orang gaji mereka. They are the bosses. We are the people who work for them and we are the people who serve them dengan izin Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Buntong. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang ialah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dibaca bagi kali kedua dan telah dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, saudara saudari yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana di atas sifat Rahman dan Rahim Nya jua kita sekali lagi diberi kesempatan ruang dan waktu untuk sama-sama melunaskan amanah yang dipikulkan ke atas kita sebagai penggubal undang-undang supaya mudah-mudahan nanti ia akan menjadi asbab kebaikan kepada rakyat dan bumi Perak Darul Ridzuan yang bertuah ini. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al Anfal ayat 27 yang bermaksud, wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu khianat kepada Allah dan Rasul dan jangan khianat pula kepada amanat yang dipertaruhkan kepada kamu sedang kamu mengetahui.

Saya memulakan ucapan penggulungan dengan memetik mafhum ayat ini untuk kita sama-sama membuka perspektif dan perhatian kita terhadap konsep amanah yang sangat berkait rapat dengan agenda serta keputusan penting lagi bersejarah yang akan kita lakukan pada hari ini, yakni berhubung cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bagi tujuan larangan ahli Dewan Negeri bertukar parti. Selepas saya membentangkannya di Dewan yang mulia ini pada petang semalam maka pada hari ini 6 Ahli Yang Berhormat masing-masing 4 dari blok kerajaan dan dua daripada blok pembangkang telah melibatkan diri dalam sesi perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Meskipun suasana Dewan menjadi agak panas untuk beberapa ketika secara keseluruhan sesi perbahasan berlangsung dengan baik apabila Ahli-ahli Yang Berhormat diberikan ruang seluas-luasnya dalam melontarkan hujah seiring dengan komitmen kita semua untuk sentiasa berusaha meraikan perbezaan pandangan tanpa mengabaikan tanggungjawab mendukung lunas-lunas demokrasi. Saya menekuni perjalanan sesi perbahasan ada yang berbahas bersandarkan fakta sejarah ada pula yang mengupas perkara ini dari sudut perundangan ada yang menegakkan hujah dari perspektif moral dan agama malah ada yang melontarkan pandangan berpaksikan teori dan falsafah sambil memetik fakta-fakta cetusan para sarjana mahupun cendiakawan. Apa pun hujah yang dilontarkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kesemua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kerana senada untuk bersetuju dengan rang undang-undang yang dibentangkan. Ia mencerminkan kesungguhan kita semua secara kolektif untuk menyubur dan menegakkan amalan demokrasi yang sihat dalam daripada dibayangi dengan ketidaktentuan akibat perbuatan melompat parti.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua sebelum pergi lebih jauh izinkan saya untuk menyentuh perkara pokok yang paling banyak dibangkitkan dalam sesi perbahasan iaitu berkaitan kestabilan politik jika kita soroti hujah-hujah yang dilontarkan boleh dikatakan semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan telah mengutarakan faktor kestabilan politik sebagai kunci kepada keperluan untuk mewujudkan undang-undang lompat parti, undang undang anti lompat parti. Yang Berhormat Pengkalan Baharu contohnya membangkitkan hujah mengenai pelbagai kerosakan yang timbul akibat perbuatan melompat parti selepas Pilihanraya Umum ke-14 sehingga menyaksikan krisis kesihatan yang melanda negara akibat pandemik Covid-19 ketika menjadi lebih buruk sekaligus mengundang satu lagi krisis iaitu krisis politik. Dalam hal ini kita perlu mengakui bahawa sejarah telah membuktikan perbuatan melompat parti bukan sahaja satu bentuk pencabulan kepada amalan demokrasi tetapi merencatkan fungsi sebuah kerajaan malah boleh meruntuhkannya. Saya tidak berhasrat untuk menyingkap sejarah satu per satu peristiwa yang menceritakan hakikat ini memandangkan ia telah banyak disentuh dalam sesi perbahasan, namun pasca PRU yang ke-14 pada tahun 2018 boleh dianggap sebagai kemuncak amalan lompat parti di Malaysia dengan bilangan ahli parti yang melakukan tindakan itu mencecah sehingga 39 orang.

Tidak hairanlah selepas PRU ke-14, Malaysia berhadapan dengan satu per satu isu pergolakan politik sehingga menyebabkan berlaku pertukaran penyandang jawatan Perdana Menteri sebanyak tiga kali. Sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara malah di negeri Perak juga berdepan dengan situasi yang sama apabila pelantikan menteri besar berlaku sebanyak tiga kali dalam tempoh yang sama. Dalam hubungan itu suka saya membawa perhatian kita semua kepada titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Syah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Almarfullah pada 10 Disember 2020 ketika istiadat saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang ke-13. Baginda bertitah sejak berlangsungnya PRU yang ke-14 sudah tiga kali Istiadat Pelantikan Menteri Besar dilakukan. Perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri sebelum ini tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan.

Perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan. Satu per satu episod hitam yang mencalar sistem demokrasi dalam tempoh pasca PRU-14 telah memalit imej negara sekiranya dibuat perbandingan dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara, Malaysia boleh dianggap sebagai negara berdepan masalah paling ramai ahli parlimen yang melompat parti. Selain Malaysia negara-negara lain di dunia yang turut berdepan masalah ahli parlimen yang kerap melompat parti adalah seperti Brazil, Itali, Romania, Ukraine, India, Filipina dan juga New Zealand. Dalam banyak keadaan negara-negara yang berdepan dengan masalah itu sentiasa dibayangi dengan ketidaktentuan sehingga bukan sahaja menjejaskan fungsi kerajaan malah bergelut dengan menjana dengan menjana keyakinan pelabur memandangkan sentiasa diselubungi oleh segala macam ketidaktentuan. Justeru, kita perlu bertindak tangkas untuk membetulkan kepincangan yang ada. Kita perlu kita bukan sahaja perlu belajar daripada peristiwa-peristiwa hitam yang membungkam sistem politik tetapi juga menelaah pengajaran daripada negara-negara lain yang turut berdepan dilema yang sama. Berdasarkan satu kajian yang dibuat pada tahun 2009 mendapati terdapat lebih daripada 4 terdapat lebih 40 daripada 193 buah negara di seluruh dunia telah melaksanakan undang-undang berkaitan anti lompat parti.

Bilangan ini menunjukkan fenomena wakil rakyat yang melompat parti merupakan isu global yang sewajarnya ditangani melalui instrumen perundangan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Buntong, Yang Berhormat Kubu Gajah dan Yang Berhormat Astaka bahawa akta anti lompat parti ini penting untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi. Perlu kita akui bahawa apa jua istilah yang dikaitkan dengan perbuatan lompat parti sama ada parti switching, defection, parti jumping atau floor crossing ia bukan sahaja berkisar soal kesetiaan tetapi turut memberi gambaran buruk rakyat terhadap politik dan juga orang politik. Rakyat terutamanya orang muda akan melihat seolah-olah jawatan ahli parlimen atau adun adalah satu komoditi politik yang boleh ditebus dengan ganjaran atau habuan. Implikasinya masyarakat terbanyak hilang kepercayaan terhadap wakil rakyat yang mereka pilih. Kewibawaan dan kejujuran wakil rakyat juga dipertikaikan. Ini secara tidak langsung boleh mematikan kepercayaan rakyat terhadap sistem politik. Natijahnya rakyat tidak lagi mempunyai kepercayaan untuk terlibat dalam proses pilihanraya.

Senario ini sedikit sebanyak dapat dilihat apabila peratus rakyat yang keluar mengundi dalam PRN Melaka dan juga PRN Johor pada tahun 2021 menyaksikan penurunan yang ketara. Keadaan menampakkan pemulihan pada pilihanraya umum lalu iaitu selepas Akta Lompat Parti sudah diluluskan di peringkat Persekutuan. Apabila jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab telah menunjukkan peningkatan yang signifikan. Justeru saya bersetuju hujah-hujah yang dilontarkan bahawa akta Anti lompat parti akan menguatkan semula kepercayaan rakyat terhadap amalan demokrasi. Dalam arti kata lain ia dapat melindungi hak rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada ahli politik ketika proses pilihanraya selain meningkatkan integriti wakil rakyat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dikawasannya.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubu Gajah juga ada membangkitkan mengenai kelemahan-kelemahan dalam akta lompat parti yang telah diluluskan di peringkat Persekutuan dan bertanya sama ada perkara ini telah diperhalusi. Bagi menjawab pertanyaan ini, suka untuk saya menjelaskan bahawa akta berkenaan tentunya tidak dapat menyelesaikan masalah secara 100%. Namun ia adalah langkah pertama yang sangat penting untuk kita menjernihkan sistem amalan demokrasi dalam negara dan juga di negeri kita. Pada peringkat ini, antara implikasi penting rang undang-undang ini ialah untuk kita menghantar isyarat kepada rakyat, bahawa kita sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang kita serius untuk menangani amalan lompat parti yang terang-terang membawa ancaman kepada kestabilan politik. Walaupun ada kemungkinan perbuatan lompat parti berlaku lagi selepas akta ini diwujudkan, tetapi saya yakin bahawa usaha-usaha penambahbaikan dari semasa ke semasa akan dapat dilakukan untuk menutup sebarang kelompangan yang ada. Pada waktu ini, kita berusaha sebaik mungkin untuk mewujudkan akta ini sebagai langkah awal membendung perbuatan lompat parti.

Yang Berhormat Buntong dalam perbahasannya ada mengutarakan beberapa pertanyaan, di antaranya persoalan sama ada keanggotaan Ahli Dewan dalam parti gabungan diambil kira kerana persoalan dasar utama yang menjadi asas dalam penggubalan undang-undang ini adalah keahlian dalam suatu parti politik. Bagi memberi maklum balas kepada pertanyaan Yang Berhormat Buntong, suka untuk saya menjelaskan bahawa undang-undang ini hanya terpakai kepada ahli parti secara individu. Jika ahli itu keluar parti, maka beliau hilang kerusinya. Dalam hubungan ini, saya juga terpanggil untuk memberi sedikit sebanyak penjelasan memandangkan ada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat mengaitkan proses pembentukan Kerajaan Negeri boleh disamakan dengan perbuatan melompat parti. Saya ingin menarik perhatian sebagai Ahli Yang Berhormat bahawa prinsip larangan wakil rakyat bertukar parti berpegang kepada keahlian mereka dalam suatu parti politik. Justeru, sebarang tindakan suatu parti politik termasuk keluar dari suatu gabungan dan menyertai gabungan lain, tidaklah dianggap sebagai tindakan bertukar parti.

Beberapa Ahli Yang Berhormat sama ada ketika perbahasan atau mencelah, ada mengajukan pertanyaan mengenai perkara-perkara atau isu perundangan yang bersifat teknikal. Pun begitu, perlu saya jelaskan bahawa isu perundangan terhadap akta ini yang tidak sesuai dijawab dalam Persidangan Dewan Negeri kerana ia bersifat perundangan. Dalam konteks itu, tiada sebarang pendirian yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri terhadap isu-isu teknikal yang dibangkitkan memandangkan undang-undang ini baru pemakaiannya dan ia masih belum diuji.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebagai penutup, berdasarkan hujah-hujah yang dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan, tiada keraguan bahawa setiap daripada kita di dalam Dewan yang Mulia ini mempunyai pendirian yang jelas bahawa kestabilan ekonomi dan sosial hanya mampu digapai dengan wujudnya kestabilan politik. Menyedari, kestabilan politik sering berdepan ancaman akibat perbuatan melompat parti wakil rakyat, terutamanya selepas era pasca Pru-14, maka kita sekalian wakil rakyat perlu ada kesungguhan politik untuk memulihkan sistem demokrasi sekaligus meraih kepercayaan rakyat. Oleh itu, keputusan kita semua pada hari ini bagi meluluskan rang undang-undang ini bukan sahaja akan melakar sejarah baru, tetapi merupakan permulaan kepada pembaharuan institusi yang lebih menyeluruh demi mengukuhkan demokrasi negara. Dalam hubungan itu, perlu saya ingatkan kepada diri saya dan kita semua bahawa Dewan Negeri ini perlu mengikuti keperluan undang-undang berkenaan tatacara pindaan kepada Akta A.1663 ini berdasarkan alasan-alasan berikut.

Pertama, perkara 71 (4) Perlembagaan Persekutuan mewajibkan negeri-negeri untuk mengadakan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. Selanjutnya, peruntukan ini dibaca bersama Perkara 1, Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh, maaf. Selanjutnya, peruntukan ini dibaca bersama Perkara 1. Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh yang menyatakan bahawa Undang-Undang Tubuh Negeri hendaklah dibaca dengan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah berjalan kuasanya serta-merta. Yang kedua, Undang-Undang Lompat Parti ini baru dikuatkuasakan di peringkat Kerajaan Pusat pada 5 Oktober 2022 yang lalu. Seterusnya proses-proses bagi pemakaian undang-undang ini terhadap negeri Perak perlu dipenuhi terlebih dahulu. Proses ini termasuklah mendapatkan perkenaan Raja Pemerintah beserta mendapatkan tarikh kuatkuasa akta ini terhadap negeri Perak daripada Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong. Yang ketiga, pindaan melalui Jadual Lapan ini bukan sahaja mengikuti proses undang-undang yang termaktub.

Malah ia juga tidak berisiko kerana pindaan melalui Jadual Lapan ini tidak memerlukan sokongan dua per tiga majoriti daripada Dewan Negeri. Pindaan ini cuma memerlukan sokongan majoriti mudah. Selain itu, sekiranya pindaan ini dibuat melalui pindaan biasa kepada Undang-Undang Tubuh berdasarkan kepada Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes 4 ADUN di Pulau Pinang maka ia boleh menimbulkan risiko sekiranya di masa hadapan akan ada satu lagi keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan keputusan 4 ADUN di Pulau Pinang tersebut. Keputusan penting yang kita lakukan pada hari ini akan menjadi indikasi penting dalam usaha kita merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030. Sesungguhnya, segala perancangan baik yang digariskan dalam pelan tersebut memerlukan ekosistem politik yang stabil. Ini selari dengan sasaran Perak Sejahtera 2030 untuk mewujudkan sejahtera ekonomi, sejahtera sosial dan juga sejahtera politik. Mudah-mudahan, berkat nilai kebersamaan yang menjadi kekuatan di Perak ini, segala usaha baik yang kita rancang dan kita laksanakan akan dapat dijayakan demi manfaat negeri dan rakyat secara keseluruhannya, Insyaallah.

Sebelum mengakhiri sesi penggulungan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan proses pembentangan rang undang-undang ini dapat berjalan dengan licin termasuk memberi pencerahan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat sepanjang sesi perbahasan. Dato' Yang di-Pertua. Demikianlah ucapan penggulungan saya. wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Waalaikumusalam wa rahmatullahi wa barakatuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan telah dibaca bagi kali kedua. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju, sila suara bersetuju.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Setuju.

Yang di-Pertua

Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju. Maka usul itu dipersetujui. Setiausaha

Setiausaha

Suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan telah selesai dibaca bagi kali yang kedua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan diserahkan kepada jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato' Yang di-Pertua, Pengkalan Baharu menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bertukar diri menjadi sebuah Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri bagi menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.

Setiausaha

Fasal pertama hingga fasal keempat.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa fasal satu hingga fasal empat diperintah menjadi sebahagian rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan. Jika tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (Dewan bersuara setuju). Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan pada Dewan dengan serta-merta.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Pengkalan Baharu menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (Dewan bersuara setuju). Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua. Saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan telah pun ditimbangkan dari sefasal ke sefasal dalam jawatankuasa seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, Pengkalan Baharu menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (Dewan bersuara setuju). Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Silakan Setiausaha.

Setiausaha

Suatu enakmen untuk meminda Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dengan ini telah selesai dibaca bagi kali yang ketiga yang telah diluluskan. Usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sungai Rapat untuk mengemukakan usul.

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 74, hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri bagi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan Ahli-Ahlinya terdiri daripada:

YB Dato' Zainol Fadzi bin Paharuddin (Sungai Manik) - Pengerusi YB Encik Jason Ng Thien Yeong (Astaka)

- Timbalan Pengerusi: YB Puan Angelie Koo Haai Yen (Keranji)

- Ahli YB Encik Muhamad Arafat bin Varisai Mahammad (Hulu Kinta) - Ahli YB Encik Azman bin Noh (Pengkalan Baharu)

- Ahli: YB Encik Muhammad Hafez bin Sabri (Manjoi)

- Ahli: YB Encik Noor Azman bin Ghazali (Alor Pongsu).

- Ahli:

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, tujuan usul ini ialah untuk menerima pakai kehendak Perintah Tetap 74 yang mana Dewan ini hendaklah melantik sebuah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri yang mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengurusi dan tidak lebih lima orang Ahli Dewan Negeri yang lain. Ada pun tugas-tugas jawatankuasa ini ialah untuk memeriksa pertama kira-kira Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Dewan kerana memenuhi perbelanjaan negeri. Yang keduanya apa-apa kira-kira pihak-pihak berkuasa awam dan pertubuhan-pertubuhan yang lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini dan yang ketiga, laporan-laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut Perkara 107 (2) Perlembagaan Persekutuan dan yang keempat, apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh jawatankuasa ini patut diperiksa atau apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada jawatankuasa ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, semua ahli yang dicadangkan adalah difikirkan layak dan sesuai untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Maka dengan demikian saya sekali lagi mohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri seperti telah saya cadangkan tadi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada sokongan?

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, Lintang menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Rapat dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 74, hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri bagi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada:

YB Dato' Zainol Fadzi bin Paharuddin (Sungai Manik) - Pengerusi YB Encik Jason Ng Thien Yeong (Astaka)

- Timbalan Pengerusi:

YB Puan Angelie Koo Haai Yen (Keranji)

- Ahli YB Encik Muhamad Arafat bin Varisai Mahammad (Hulu Kinta) - Ahli YB Encik Azman bin Noh (Pengkalan Baharu)

- Ahli: YB Encik Muhammad Hafez bin Sabri (Manjoi)

- Ahli: YB Encik Noor Azman bin Ghazali (Alor Pongsu).

- Ahli:

Tiada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (Dewan bersuara setuju). Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul ini dipersetujui. Setiausaha.

Usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah TetapMotion

Setiausaha

Usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lintang untuk mengemukakan usul.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua. Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 75, hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap bagi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada:

Yang di-Pertua

- Pengerusi: Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi: YB Dr. Abdul Aziz bin Bari (Tebing Tinggi)

- Ahli YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran (Buntong)

- Ahli YB Encik Goh See Hua (Pasir Pinji)

- Ahli YB Encik Khalil bin Yahaya (Kubu Gajah)

- Ahli YB Dr. Najihatussaleha binti Ahmad (Bota)

- Ahli YB Dr. Hashim bin Bujang (Bukit Chandan).

- Ahli

Dato' Yang Di-Pertua, bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perintah Tetap 75, di mana Dewan ini adalah melantik secepat mungkin sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap yang mengandungi Yang Berhormat Yang di-Pertua sendiri sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam ahli yang lain. Adalah kewajipan jawatankuasa ini untuk menimbang dari masa ke semasa dan mengemukakan penyata kepada Dewan Negeri berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan Perintah-Perintah Tetap yang dirujuk oleh Dewan Negeri kepadanya. Bagi dipertimbangkan termasuk juga sebarang usul yang melibatkan apa apa cadangan bagi pindaan-pindaan Perintah Tetap. Yang mengumumkan Dato’ Yang di-Pertua, semua ahli yang dicadangkan adalah difikirkan layak dan sesuai untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Dengan demikian saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Perintah Tetap seperti yang dicadangkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Dato’ Yang di-Pertua, Aulong menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Lintang dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan sekiranya ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari Kawasan Lintang yang berbunyi. Bahawa menurut Perintah Tetap 75, hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap bagi Tahun Pertama Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada: -

Yang di-Pertua

- Pengerusi: Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi: YB Dr. Abdul Aziz bin Bari (Tebing Tinggi)

- Ahli YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran (Buntong)

- Ahli YB Encik Goh See Hua (Pasir Pinji)

- Ahli YB Encik Khalil bin Yahaya (Kubu Gajah)

- Ahli YB Dr. Najihatussaleha binti Ahmad (Bota)

- Ahli YB Dr. Hashim bin Bujang (Bukit Chandan).

- Ahli

Tiada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul ini dipersetujui. Setiausaha.

Usul untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan KebebasanMotion

Setiausaha

Usul untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Teja untuk mengemukakan usul.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 76 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya hendaklah terdiri daripada:-

Yang di-Pertua

- Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi YB Dato’ Shahrul Zaman bin Yahya (Rungkup)

- Ahli YB Encik Ong Boon Piow (Bercham)

- Ahli YB Encik Chow Kam Foon (Menglembu)

- Ahli YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamahri (Kuala Kurau)

- Ahli YB Encik Mohamad Fakhrudin bin Abdul Aziz (Kamunting) - Ahli YB Encik Nadziruddin bin Mohamed Bandi (Changkat Jong) - Ahli

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Perintah Tetap 76 di mana Dewan ini hendaklah melantik secepat mungkin sesebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mengandungi Yang Berhormat Yang di-Pertua sendiri sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam orang ahli yang lain. Kepada jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Dewan Negeri. Adalah menjadi kewajipan jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian. Itu yang disedarkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada

Dewan Negeri. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebutkan tadi adalah didapati layak dan sesuai untuk menjadi ahli jawatankuasa tersebut. Dengan yang demikian, saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan seperti yang dicadangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato’ Yang di-Pertua, Belanja menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Teja dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Teja yang berbunyi. Bahawa menurut Perintah Tetap 76, hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli ahlinya hendaklah terdiri daripada: -

Yang di-Pertua

- Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi YB Dato’ Shahrul Zaman bin Yahya (Rungkup)

- Ahli YB Encik Ong Boon Piow (Bercham)

- Ahli YB Encik Chow Kam Foon (Menglembu)

- Ahli YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamahri (Kuala Kurau)

- Ahli YB Encik Mohamad Fakhrudin bin Abdul Aziz (Kamunting) - Ahli YB Encik Nadziruddin bin Mohamed Bandi (Changkat Jong) - Ahli

Tiada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul ini dipersetujui. Setiausaha.

Usul untuk melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebajikan AhliMotion

Setiausaha

Usul untuk melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebajikan Ahli. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tualang Sekah untuk mengemukakan usul.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 77 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kebajikan Ahli bagi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada: -

Yang di-Pertua

-Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi YB Encik Ishsam bin Shahruddin (Ayer Kuning) - Ahli YB Puan Wong May Ing (Pantai Remis)

-Ahli YB Encik Mohamad Amin bin Roslan (Pengkalan Hulu) - Ahli YB Tuan Syed Lukman Hakim bin Syed Mohd Zin - Ahli (Chenderoh)

YB Encik Rahim bin Ismail (Changkat Jering) - Ahli

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Perintah Tetap 77 di mana Dewan ini hendaklah melantik secepat mungkin sebuah jawatankuasa yang dinamakan, Jawatankuasa Kebajikan Ahli yang mengandungi Yang Berhormat Yang di-Pertua sendiri sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan lima orang ahli yang lain. Jawatankuasa ini akan mempertimbangkan dan menasihatkan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan keperluan dan kebajikan ahli. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebutkan tadi adalah didapati sesuai untuk menjadi jawatankuasa tersebut. Dengan demikian, saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebajikan Ahli seperti yang dicadangkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pasir Berdamar menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Tualang Sekah dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masalahnya sekarang adalah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Tualang Sekah yang berbunyi. Bahawa menurut Perintah Tetap 77, hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kebajikan Ahli bagi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada: -

Yang di-Pertua

-Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi YB Encik Ishsam bin Shahruddin (Ayer Kuning) - Ahli YB Puan Wong May Ing (Pantai Remis)

-Ahli YB Encik Mohamad Amin bin Roslan (Pengkalan Hulu) Ahli YB Tuan Syed Lukman Hakim bin Syed Mohd Zin - Ahli (Chenderoh) YB Encik Rahim bin Ismail (Changkat Jering) - Ahli (Changkat Jering)

Tak ada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. Yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul ini dipersetujui. Setiausaha.

Usul untuk melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengkaji bangunan baharu Dewan Negeri Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Usul untuk melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengkaji bangunan baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jalong untuk mengemukakan usul.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi. Bahawa menurut Perintah Tetap 78, dewan bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Pilihan khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada: -

Yang di-Pertua

-Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi YB Puan Salina Binti Samsudin (Behrang)

-Ahli YB Encik Nga Kor Meng (Kepayang)

-Ahli YB Encik Chia Pou Hian (Jelapang)

-Ahli YB Encik Ong Seng Guan (Pokok Assam)

-Ahli YB Puan Bavani A/P Veraiah (Malim Nawar)

-Ahli YB Puan Wong Chai Yi (Simpang Pulai)

-Ahli YB Encik Rosli Bin Abdul Rahman (Pasir Panjang) - Ahli YB Puan Nur Haslinda Binti Zakaria (Pangkor) - Ahli YB Encik Azizi Bin Mohamed Ridzuwan(Lubuk Merbau)-Ahli YB Encik Sallehuddin Bin Abdullah (Selinsing) - Ahli YB Encik Muhammad Faisal Bin Abdul Rahman (Trong)-Ahli

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Perintah Tetap 78 di mana Dewan telah bersetuju mewujudkan sebuah Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang mengandungi Yang Berhormat Yang di-Pertua sendiri sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan 11 Ahli Dewan yang lain. Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebutkan tadi adalah didapati bersesuai untuk menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut. Dengan demikian saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak seperti yang dicadangkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, Temenggor menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Jalong dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Jalong yang berbunyi, Bahawa menurut Perintah Tetap 78, Dewan bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada: -

Yang di-Pertua

-Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi YB Puan Salina Binti Samsudin (Behrang)

-Ahli YB Encik Nga Kor Meng (Kepayang)

-Ahli YB Encik Chia Pou Hian (Jelapang)

-Ahli

YB Encik Ong Seng Guan (Pokok Assam)

-Ahli YB Puan Bavani A/P Veraiah (Malim Nawar)

-Ahli YB Puan Wong Chai Yi (Simpang Pulai)

-Ahli YB Encik Rosli Bin Abdul Rahman(Pasir Panjang) - Ahli YB Puan Nur Haslinda Binti Zakaria (Pangkor) - Ahli YB Encik Azizi Bin Mohamed Ridzuwan(Lubuk Merbau)-Ahli YB Encik Sallehuddin Bin Abdullah (Selinsing) - Ahli YB Encik Muhammad Faisal Bin Abdul Rahman (Trong)-Ahli

Tiada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul ini dipersetujui. Setiausaha.

Usul untuk melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri PerakBill

Setiausaha

Usul untuk melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sungkai untuk mengemukakan usul.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 78, Dewan bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak dan ahli-ahlinya terdiri daripada:-

Yang di-Pertua

-Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi YB Encik Jason Ng Thien Yeong(Astaka)

-Ahli YB Puan Wasanthee A/P Sinnasamy (Hutan Melintang)-Ahli YB Encik Choong Shing Heng (Chenderiang) - Ahli YB Encik Tiw Tee Siang (Tronoh)

-Ahli YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin (Selama) - Ahli YB Encik Ahmad Bin Man (Kuala Sepetang)

-Ahli YB Encik Berhanudin Bin Ahmad(Manong)

-Ahli YB Kapt (B) Dato' Mohd Najmuddin Bin Elias, (Batu Kurau) Ahli

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perintah Tetap 78, di mana Dewan telah bersetuju mewujudkan sebuah Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak yang mengandungi Yang Berhormat Yang di-Pertua sendiri sebagai Pengerusi dan Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan 8 Ahli Dewan Undangan yang lain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebutkan tadi adalah didapati sesuai untuk menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut. Dengan demikian, saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak seperti dicadangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato' Yang di-Pertua, Belanja menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dihadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Sungkai yang telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Sungkai yang berbunyi, Bahawa menurut Perintah Tetap 78, Dewan bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak dan ahli-ahlinya terdiri daripada: -

Yang di-Pertua

-Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua

-Timbalan Pengerusi YB Encik Jason Ng Thien Yeong(Astaka)

-Ahli YB Puan Wasanthee A/P Sinnasamy (Hutan Melintang)-Ahli YB Encik Choong Shing Heng (Chenderiang) - Ahli YB Encik Tiw Tee Siang (Tronoh)

-Ahli YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin (Selama) - Ahli YB Encik Ahmad Bin Man (Kuala Sepetang)

-Ahli YB Encik Berhanudin Bin Ahmad(Manong)

-Ahli YB Kapt (B) Dato' Mohd Najmuddin Bin Elias, (Batu Kurau) Ahli

Tiada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul ini dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat' Dato Yang di -Pertua, saya mohon izin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Lintang menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan dan telahpun mendapat sokongan. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan selamat bercuti pada yang boleh bercuti dan saya juga nak mengambil kesempatan ini bagi pihak Dewan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2023 kepada semua. Insyaallah kita jumpa lagi pada tahun hadapan di Dewan ini. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.