Perak · 22 May 2023

15th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 548 turns · 53,187 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Pertama, Mesyuarat Ketiga, Tahun Pertama Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin, 22 Mei 2023 jam 9.05 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa. Bismillahirrahmanirrahim.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.

Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman. Perkara yang pertama sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, suka saya memberi maklum bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak aturan urusan mesyuarat berserta senarai giliran soalan-soalan lisan.

Yang kedua, seperti kebiasaannya, persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 90 minit lebih daripada lazimnya. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya, manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Walau bagaimanapun, seperti kebiasaannya, Dewan memahami ada soalan-soalan atau isu-isu atau topik-topik yang popular atau pun yang berkaitan dengan isu-isu semasa, maka Dewan, Speaker boleh mempertimbangkan soalan-soalan tambahan lebih daripada 2 soalan. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.

Perkara yang kedua berkenaan Rang Undang-Undang Kerajaan adalah dimaklumkan bahawa pada mesyuarat kali ini terdapat 2 Rang Undang-Undang Kerajaan yang akan dibawa iaitu satu, Enakmen Hotel Perak 2022 yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Exco daripada Teja pada persidangan hari ini. Seramai 23 orang Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan tersebut yang berlangsung pada persidangan hari ini. 10 orang Ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan 13 orang Ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang. Sesi penggulungan oleh yang berhormat Exco Teja akan berlangsung pada persidangan hari kedua 23 Mei 2023, iaitu pada hari Selasa.

Enakmen yang kedua ialah Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Exco daripada Lintang pada persidangan kedua esok 23 Mei 2023, hari Selasa. Seramai 9 orang Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan yang berlangsung pada hari yang sama. 4 orang Ahli Yang Berhormat kerajaan, 5 orang Ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang. Manakala baki seramai 14 orang Ahli Yang Berhormat lain akan berbahas pada persidangan ketiga iaitu pada 24 Mei 2023 pada hari Rabu. Sesi penggulungan oleh Yang Berhormat Exco daripada Lintang akan berlangsung pada 25 haribulan Mei 2023 iaitu pada hari Khamis.

Perkara yang ketiga, berkenaan usul yang telah diberi notis. Terdapat 2 usul yang akan dibawa pada persidangan mesyuarat ini iaitu, satu Usul Meminda Perkara 38 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan kedua ialah Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia. Kedua-dua usul akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 25 Mei 2023 iaitu pada hari Khamis.

Perkara yang keempat ialah berkaitan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun handsard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12 tengah malam pada hari yang sama. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada handsard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada handsard tersebut. Sekian terima kasih.

Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

Setiausaha

Perkara yang ketiga, membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari Bilangan 01/2023 hingga 20/2023 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 12hb Mei 2023.

Bil. 01/2023 - Penyata Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2021

Bil. 02/2023 - Penyata Penerimaan dan Perbelanjaan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Perak Darul Ridzuan

Bil. 03/2023 - Penyata Kewangan Yayasan Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 04/2023 - Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 Bil. 05/2023 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 06/2023 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Taiping Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 07/2023 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Manjung Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 08/2023 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Teluk Intan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 09/2023 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 10/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Batu Gajah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 Bil. 11/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kerian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 12/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kampar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 13/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanjong Malim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 14/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Perak Tengah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 15/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Gerik Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 16/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tapah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 17/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Lenggong Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 18/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Selama Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 19/2023 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Bil. 20/2023 - Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara Perak Tahun 2021 Siri 2 dan Memorandum YB Pegawai Kewangan Negeri Perak serta Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak Kepada Alam Sekitar, Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri

Terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang keempat, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sepertimana yang telah saya nyatakan dalam penyataan Tuan Yang di-Pertua awal tadi tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun seperti saya nyatakan tadi, sekiranya ada kepentingan kita akan benarkan soalan tambahan lebih daripada 2. Sekarang saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk mengemukakan nombor soalan.

Tuan Yang di-Pertua, Chenderoh soalan nombor 1.

Yang di-Pertua

Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalammualaikum Warrahmatuulahhiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor 1 daripada Yang Berhormat Chenderoh, bersekali dengan soalan nombor 21 daripada Yang Berhormat Tebing Tinggi memandangkan kedua-dua Yang Berhormat telah membangkitkan persoalan mengenai integrasi di antara Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan Dasar Malaysia Madani yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Perak Sejahtera 2030 dirangka dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat Perak dan memacu pembangunan sosioekonomi yang seimbang berpaksikan matlamat Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Ia merupakan penunjuk arah untuk jentera Kerajaan bagi merealisasikan pelan pembangunan jangka panjang negeri Perak menuju 2030 yang berlandaskan kepada tiga asas utama iaitu dinamik, realistik dan boleh capai. Intipati pelan ini telah digarap dengan pelan pembangunan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang di peringkat negeri, persekutuan dan juga antarabangsa. Antaranya ialah Rancangan Struktur Negeri 2040, Pelan Pembangunan Perak Amanjaya 2020, Pelan Perindustrian Perak, Rancangan Malaysia ke-12, Pelan Pembangunan Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2021 hingga 2025, Pelan Lestari 2030, Model Pembangunan Lestari Negeri Perak, Yayasan Hassanah dan juga Matlamat Pembangunan Mampan.

Untuk makluman Yang Berhormat jua, 8 keperluan yang digariskan dalam Malaysia Madani iaitu ekonomi, kewangan pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, bandar dan luar bandar adalah saling melengkapi dengan 5 keperluan di bawah Perak Sejahtera 2030 iaitu keterjaminan makanan, pemilikan rumah, peluang pekerjaan yang berkualiti, pembangunan modal insan dan belia, serta kesihatan dan kesejahteraan. Intipati kedua-dua pelan ini mempunyai hubungkait dan kejayaan pelaksanaan Perak Sejahtera 2030 akan turut menyumbang kepada Pemerkasaan Malaysia Madani di peringkat negeri. Oleh kerana terdapat keserasian di antara Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan dasar Malaysia Madani, maka tiada keperluan bagi Kerajaan Negeri Perak membuat pindaan kepada Pelan Perak Sejahtera 2030 yang telah dilancarkan pada 15 Jun 2022 yang lalu. Sungguhpun begitu, Pelan Perak Sejahtera 2030 yang bersifat dinamik akan sentiasa ditambahbaik bagi mengikut keperluan dan senario semasa sekaligus menyokong segala usaha yang telah dirancangkan di peringkat Persekutuan. Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan cadangan supaya Program Wacana Pelan Perak Sejahtera 2030 dapat diintegrasikan dengan Program Wacana Malaysia Madani untuk memberi kefahaman yang lebih jelas berkenaan kedua-duanya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Chenderoh.

Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, pada waktu ini adakah Pelan Perak Sejahtera 2030 berada di landasan yang betul? Jika ya, berapa peratuskah tahap pencapaian yang telah dicapai dan adakah ia memuaskan hati rakyat negeri Perak? Jika tidak, apakah langkah mitigasi atau strategi pihak kerajaan?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Chenderoh. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kita baru melancarkan Pelan Perak Sejahtera 2030 pada 15 Jun 2022. 15 Jun 2023 barulah genap setahun ia dilancarkan. Dari segi pengukuran sama ada ia berada di landasan yang betul atau pun tidak, sukacita saya melaporkan bahawa kita ada 5 keperluan yang saya sebutkan tadi iaitu berkaitan dengan keterjaminan makanan. Kita telah beri tanggungjawab kepada SADC untuk mengetuai Jawatankuasa Keterjaminan Makanan dan mereka berkolaborasi dengan Universiti Sultan Azlan Shah untuk mewujudkan satu kolaborasi yang baik iaitu Akademi Sekuriti Makanan dan jawatankuasa telah pun bersidang.

Yang kedua saya sebutkan tadi kita nak memenuhi keperluan pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat negeri Perak. Untuk makluman, RM32 bilion pelaburan baru akan masuk ke Tanjong Malim menjelang tahun 2027 iaitu apabila Proton Geely telah pun membuat keputusan untuk memindahkan keseluruhan operasi Proton Geely daripada Shah Alam ke Proton City Tanjong Malim dan sekarang seramai 3,500 orang pekerja telah pun mula berpindah insyaAllah secara berperingkat-peringkat sehingga 2027 keseluruhan pekerjanya yang dikatakan lebih daripada 7,000 orang akan berpindah untuk menetap dan bekerja di Tanjong Malim. Ini akan membawa sejumlah sekurang-kurang 50,000 orang penduduk baru ke Proton City dan sudah tentu akan memberi limpahan peluang rezeki kepada masyarakat Tanjong Malim termasuk di Batang Padang iaitu di Bidor, di Sungkai dan juga di Tapah kerana ramai orang datang untuk berada di Tanjong Malim mereka perlukan rumah, mereka perlukan makanan tambahan, memerlukan servis tambahan. Jadi kedai dobi, kedai motosikal, yang jual nasi lemak, yang jual roti canai, yang buka kedai burger, semuanya akan mendapat nikmat.

Kedua, kita minggu lepas hari Isnin lepas kita baru saja buat ground breaking untuk sebuah kilang daripada China iaitu Kilang Jinjing yang beroperasi di Chemor bagi membina kilang untuk menyediakan panel solar menggunakan silika. Itu satu contoh lagi bagaimana kita bawa pelaburan ke negeri Perak untuk memberi peluang pekerjaan sekurang-kurangnya 2,000 orang pekerja dan sebelum itu saya juga telah buat ground breaking untuk satu projek yang dilaksanakan oleh MRCB Land di Simpang Pulai bagi menunjukkan sebuah pusat perindustrian di bawah nama Ipoh Raya Integrated juga akan beroperasi mulai 2024 menyediakan peluang pekerjaan kepada 2,400 orang dan saya juga telah pergi ke Seri Iskandar diberi penghormatan untuk buat ground breaking bagi syarikat XP Power untuk mereka membuat kilang baru dan mereka akan menyediakan 2,400 peluang pekerjaan. Jadi itu setakat satu tahun kita membuat pelancaran dan nampaknya kita berada di atas landasan yang betul dari segi tujuan untuk membuat persiapan bagi keterjaminan makanan dan juga pada waktu yang sama memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Perak, Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri Besar. Astaka.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih penerangan daripada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang begitu mantap bahawa pelaburan asing semakin masuk ke negara kita terutamanya negeri Perak dan kita tahu kerajaan perpaduan sekarang kita dah berusia 6 bulan dan kita nampak semakin kukuh dan bersatu padu dan walau bagaimanapun namun ada sesetengah pihak yang sering melontarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan kebohongan bahawa ada Ahli Dewan Negeri kerajaan yang sanggup tukar ke pembangkang. Saya nak tanya soalan. Kestabilan politik ini sangat penting. Adakah Yang Amat Berhormat Kota Tampan bersetuju bahawa sekarang kita memerlukan kestabilan politik di negeri Perak untuk membangunkan negeri kita dan mencapai matlamat Perak Sejahtera 2030? Sekian terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam dunia ini, seluruh dunia dan juga termasuk di Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak kita memerlukan kehadiran pelabur-pelabur asing ke negeri kita. Bila pelabur asing masuk ke negeri kita, mereka membuka kilang perindustrian. Bila kilang perindustrian dibuka, mereka akan beri peluang pekerjaan. Bila pekerjaan diperolehi, rakyat negeri Perak ada pendapatan tetap. Bila rakyat negeri Perak ada pendapatan tetap, mereka akan berbelanja. Bila rakyat ada ruang untuk berbelanja, yang akan dapat nikmatnya ialah orang-orang lain yang berniaga. Mereka akan berbelanja di pasar malam, maka peniaga pasar malam akan mendapat nikmat daripada wang gaji yang diperolehi daripada rakyat Perak yang mendapat pekerjaan dalam kilang perusahaan. Begitulah mana-mana ahli perniagaan termasuk hardware dan sebagainya akan mendapat wang daripada kemakmuran yang wujud di negeri Perak dan juga kesejahteraan yang diperolehi oleh rakyat negeri ini. Saya sebutkan sangat penting iaitu, tak ada pelabur yang akan datang masuk ke negeri Perak kalau dia dengar bahawa kerajaan akan bertukar. Kalau dia dengar Menteri Besar akan bertukar. Sebab dia datang ke Perak dia nak melabur dalam jumlah yang besar berbilion-bilion ringgit. Dia memerlukan masa 10 tahun untuk mendapat pulangan modal di atas pelaburan itu dan dia cukup bimbang pertama jika sebuah negara atau negeri itu tidak aman berlaku huru-hara, berlaku peperangan, persengketaan perang sedara dia cukup bimbang.

kedua, jika bertukar kerajaan kekerapan bertukar kerajaan akan menyebabkan pertukaran polisi dan dia cukup takut jika berlaku pertukaran polisi, maka pelaburannya akan terjejas. Jadi kerana itu menjawab soalan itu, memang saya akui kestabilan politik adalah sangat penting. Saya mohon dan merayu kepada semua kita kakitangan kerajaan termasuk orang politik, bila kita bercakap kita kena ambil kira itu. Kita kena ambil kira bahawa apa yang kita ucapkan itu sama ada dia akan membantu untuk meyakinkan pelabur atau pun dia menyebabkan pelabur akan masuk. Jadi semua kita bercakap, mesti meyakinkan bahawa negeri berada dalam keadaan stabil supaya kerajaan yang ada itu dapat menumpukan perhatian untuk membuat dasar dan membangunkan negeri ini dan menggamit keyakinan mereka untuk datang melabur. Mereka datang melabur, barulah rakyat mendapat kesejahteraan. Kalau mereka tidak datang melabur, akibat daripada keceluparan kita, kita cakap mungkin sedap, kita mungkin kata ada 4 orang menyeberang ke sana, 4 orang menyeberang, kita cakap sedap, because we are politician tetapi kesannya kepada pelabur yang mendengar, dia dengar kerajaan nak bertukar pula, so dia tarik diri daripada pelaburan. Akibat daripada tarik diri itu ialah kilang tak dibuka, orang tak ada peluang pekerjaan dan rakyat kita akan menderita. Sebab itu, terima kasih Yang Berhormat. Ini ingatan untuk kita semua. Walaupun kita orang politik tetapi kita mesti yakinkan pelabur, siapa pun jadi kerajaan, pelabur kena datang untuk melabur di negeri Perak ini. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, Dato' Yang di-Pertua, saya minta...

Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap, sekejap. Semanggol sekejap ya. Kerana soalan ini, kerana soalan ini adalah soalan gabungan dengan soalan nombor 21, iaitu soalan yang diajukan sama oleh Yang Berhormat daripada Tebing Tinggi. Jadi saya jemput Yang Berhormat Tebing Tinggi kalau ada soalan tambahan, kalau ada? Tak ada. Ok, Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih bagi peluang sebab kita tengok isu pelaburan ini sangat pentinglah untuk masa depan, kita bercakap soal kestabilan politik. Jadi soal tukar kerajaan ini saya tak mahu sentuh di sini, sebab tukar kerajaan ini ada proses dia.

Yang di-Pertua

Semanggol, soalan itu berkaitan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nanti la nak cerita, nak bagi tahu sebab colaboration yang diberitahu tadi, minta maaf Dato’. Sebab dia ada proses dia dan berlaku pertukaran itu berlaku di dalam Dewan pun banyak kali. Jangan orang lain buat boleh, kita buat tak boleh. Ok tak apa, balik kepada soalan yang kepada memanggil pelaburan ini, kita tengok memang tertarik lah, kalau boleh kita nak tahu daripada jumlah apa, FDI yang diumumkan masuk ke dalam negara, berapa peratus yang masuk ke negeri Perak? Itu satu kalau boleh kita tengok dan mungkin kerajaan boleh beritahu kepada rakyat lah mengapa kita kata, timbul satu pertanyaan lah, kita kata negeri Kedah yang infrastrukturnya, kedudukannya begitu jauh mendapat pelaburan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri Perak yang mempunyai keluasan tanah yang banyak jalan kereta api, inland port, port kita yang ada dekat, Port Klang dekat, port Pulau Pinang dekat itu, tetapi laburan kita nampak

Yang di-Pertua

2 soalan tu...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

ke belakang. Kalau boleh kita beritahu kepada rakyat. Soalan dia, nak tahu berapa banyak yang masuk, kan, industri itu dan mengapa kita kebelakang gitu. Kalau boleh kita terangkan sikit.

Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima Kasih Yang Berhormat Semanggol, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Oleh kerana dia minta angka, saya minta notis supaya saya dapat beri jawapan bertulis dalam bentuk notis. Angka itu very specific lah tetapi tadi sekurang-kurang saya sebutkan, sekurang-kurang ini saya sebutkan tadi, RM32 bilion akan masuk ke Proton City. Tak termasuk yang saya sebutkan tadi, Jinjing yang di Chemor, XP Power di Seri Iskandar, dan juga Ipoh Raya Integrated di Simpang Pulai, dan beberapa lagi.

Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Semanggol tadi, supaya bila kita nak membangunkan negeri, nak ada pelaburan, kita perlu ada lapangan terbang, kita perlu ada landasan kereta api, kita perlu ada infra, kita perlu ada port. Untuk maklumat Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat pun sebab LuMIC ini telah pun kita sebutkan di zaman pentadbiran sebelum ini. Dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 Yang Berhormat Dato' Speaker, ia termasuk apa yang kita katakan program pembangunan secara mega, besar-besaran iaitu penubuhan Lumut Maritime Industry City. Kolaborasi di antara PKNP dengan Antwerp Port iaitu satu pengurusan pelabuhan yang terbaik di Eropah datang berkolaborasi dengan PKNP untuk kita bangunkan LuMIC. Dibangunkan dan sekarang telah bermula ia bukan perkara omong-omong kosong, telah bermula, saya sendiri menghadiri majlis tandatangan di antara Antwerp Port dengan PKNP, ia telah bermula dan dari masa ke semasa telah kita melakukannya termasuk membuat pengambilan tanah termasuk membuat EIA dan sebagainya kerana bila ia dapat dijayakan, kita akan dapat memperkasakan Lumut Port yang sedia ada dan LuMIC ini, insyaAllah kalau betul dapat dibuat dengan baik tanpa apa-apa gangguan, kita akan berjaya menyediakan sekurang-kurangnya 51,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Perak.

Apa kaitan di antara Lumut Port dengan Chemor, dengan Khantan, dengan Silver Valley Technology Park di Chemor? Jika ia berlaku, sudah ada sebuah syarikat yang datang ke negeri Perak menawarkan dia nak buat pembangunan secara PFI untuk dia bina sebuah landasan keretapi kargo daripada Chemor ke Lumut Port. Itu adalah persiapan kita, kita bukan cakap kosong, persiapan kita untuk menyediakan peluang infrastruktur yang baik kepada mana-mana pelabur nak datang. Sebab kita faham, kita perlukan port, kita perlukan landasan kereta api dan kita juga sudah sebut, kita nak mohon daripada Kerajaan Persekutuan supaya bersetuju dengan kita untuk menubuhkan, membina lapangan terbang baru di Seri Iskandar iaitu Cargo Terminal. Semua itu adalah merupakan pelengkap kepada LuMIC.

Jadi Yang Berhormat Semanggol, terima kasih sebab mengingatkan kita tetapi saya nak beritahu bahawa semua itu dalam perancangan Kerajaan Negeri dan sekali lagi ia bergantung kepada kestabilan politik. Sekurang-kurangnya kekalkan kerajaan perpaduan yang ada ini, sekurang-kurang sehingga habis penggal untuk membolehkan kita meletakkan asas yang betul. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Saya rasa itu sesi soalan yang soalan nombor satu. Saya sekarang ini jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukan nombor soalan.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan Buntong soalan nombor 2.

Terima kasih Yang Berhormat Buntong atas soalan yang telah diajukan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Selamat Pagi. Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak serta Ahli Dewan yang dimuliakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi meningkatkan keterjaminan sekuriti makanan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak memberi tumpuan kepada memperkasakan amalan pertanian baik dan penanaman secara moden. Jabatan Pertanian Negeri Perak telah mengaplikasikan 3 teknologi pertanian moden di peringkat lapangan. Pertama, penggunaan teknologi Internet of Things atau IOT dengan izin, yang mana ianya selari dengan revolusi teknologi industri 4.0 dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran tanaman makanan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2032, tahun 2023 maaf, Jabatan Pertanian telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM300 ribu untuk tujuan pembangunan sistem IOT fertigasi bagi tanaman cili dan rockmelon. Pembangunan sistem IOT fertigasi bagi tanaman cili dan rockmelon, pelaksanaan program ini melibatkan 6 projek rintis melibatkan 6 daerah yang terpilih sebagai projek rintis iaitu di Daerah Kinta, Daerah Kampar, Daerah Larut Matang Selama, Daerah Muallim, Daerah Hilir Perak dan Daerah Hulu Perak. Penggunaan IOT ini dilihat dapat memberi kelebihan kepada petani di mana kawalan terhadap suhu, PH, baja dan racun akan lebih teratur disamping menjimat masa serta meminimalkan bilangan pekerja. Melalui teknologi yang diperkenalkan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos operasi ladang dan dapat memberi peluang pendapatan yang lebih lumayan kepada petani.

Kedua, untuk makluman Yang Berhormat teknologi kedua yang diperkenalkan adalah struktur pelindung hujan ataupun SPH atau greenhouse dengan izin. Teknik pertanian SPH yang telah diamalkan dalam kebanyakan projek pertanian memberi kelebihan kepada para petani yang mana para petani dapat mengawal penggunaan baja, racun, suhu persekitaran, penerimaan air hujan, penyakit, serangga prosak dan hasilnya pengeluaran buah-buahan atau sayur-sayuran yang diperolehi juga lebih berkualiti dan pengurusan agronomi juga lebih sistematik.

Ketiga, inovasi veggie factory atau kilang sayur yang merupakan salah satu inovasi Jabatan Pertanian Malaysia. Kaedah ini merupakan sistem tanaman sayuran secara tertutup di dalam kawalan terkawal yang menggunakan sistem pencahayaan LED sebagai media fotosintesis yang mampu mengeluarkan hasil tanaman, makanan yang lebih berkualiti, segar dan selamat dimakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang dimuliakan, di bawah Sekuriti Makanan dalam Pelan Tindakan Sekuriti Makanan, Kerajaan Negeri Perak telah meletakkan perluasan penggunaan teknologi sebagai salah satu daripada lima fokus utama. Kerajaan Negeri Perak melalui Perak SADC antara program peningkatan teknologi pertanian yang telah dirancang adalah seperti berikut. Yang pertama, galakan pinjaman usahawan dalam penggunaan jentera dan mesin iaitu dengan penggunaan drone dan jentera moden di dalam penanaman sawah padi dan serta penggunaan mesin pemprosesan berkapasiti tinggi dalam industri makanan. Yang kedua, kerjasama dengan pihak MARDI untuk mewujudkan veggie factory ataupun kilang tanaman yang pertama di Perak. Yang ketiga, galakan teknologi penanaman moden seperti rumah hijau, sistem fertigasi seperti yang telah dilaksanakan di bawah program Urban Farming Community dengan izin oleh Perak SADC.

Yang keempat, pembangunan kawasan industri Halal Hub Daging di Lekir, Manjung yang menggunakan teknologi moden terkini. Kelima, pelaburan dan usahasama dalam teknologi pertanian moden, sebagai contoh dalam teknologi penghasilan anak benih. Keenam, penggalakan penghasilan teknologi baru pertanian dalam kalangan anak muda menerusi program Perak Exsensi Agropreneur Peach dan Agrianvation. Yang ketujuh, penyediaan tanah petanian bagi pelaburan petanian sebagai contoh Agroto, MFM. Harapan Kerajaan Negeri agar teknologi yang diperkenalkan ini dapat membantu meningkatkan hasil produktiviti tanaman dalam kawasan yang terhad khususnya tanaman sayuran dengan hasil yang berkualiti tinggi serta bebas daripada bahan racun makhluk perosak. Melalui keadaan ini, secara tidak langsung dapat menarik golongan muda untuk menceburi bidang agro makanan berasaskan pertanian dan pada masa yang sama jabatan akan sentiasa mengeksplorasi teknologi-teknologi terkini di dalam meningkatkan produktiviti pertanian serta melestarikan alam dan seterusnya meningkatkan keterjaminan makanan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga atas jawapan YB Exco sebentar tadi. Selain daripada sayur-sayuran, protein seperti ikan, telur dan ayam juga merupakan sumber makanan utama penduduk Negeri Perak. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi terutamanya untuk memastikan keterjaminan sumber protein supaya tidak terputus bagi rakyat Negeri Perak? Terima kasih.

Terima kasih YB Buntong di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-

Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veteriner sentiasa komited dalam mencapai keterjaminan makanan sentiasa mencukupi. Untuk makluman Yang Berhormat, pengeluaran daging dan telur ayam dan itik Negeri Perak adalah stabil di mana tahap pengeluaran bagi kedua-dua komoditi tersebut telah melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh 5 tahun berturut-turut. Bagi tahun 2022, pengeluaran daging ayam, itik adalah berjumlah 372,825 tan metrik dan telur ayam itik berjumlah 2,083 bilion biji telur. Jumlah pengeluaran ini dapat menampung keperluan rakyat Negeri Perak. Bagi menyamin pengeluaran komuniti daging dan telur, Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjalankan aktiviti kawalan penyakit ternakan melalui Program Surveillance Penyakit Haiwan Kebangsaan bagi memastikan rebakan wabak penyakit sentiasa terkawal. Selain daripada penguatkuasaan undang-undang juga dijalankan secara berterusan bagi memastikan industri penternakan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Bagi menjamin pengeluaran komoditi daging dan telur, Jabatan Perkhidmatan Veteriner telah menjalankan aktiviti kawalan penyakit ternakan melalui Program Surveillance Penyakit Haiwan Kebangsaan bagi memastikan rebakan wabak penyakit sentiasa terkawal. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga dijalankan secara berterusan bagi memastikan industri penternakan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Perkara ini dapat menjamin kecukupan bekalan dan keselamatan bahan makanan bagi rakyat Negeri Perak. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Manong.

Timbalan Yang di-Pertua

Manong, sila.

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan daripada Manong. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco, memberikan penjelasan berkaitan dengan penggunaan IOT, Internet Of Thing dalam pertanian dan ianya merupakan satu usaha yang sangat baik dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri. Cuma ada 2 persoalan di sini. Pertamanya, bila disebut tentang teknologi tinggi atau moden dan pastinya melibatkan kos yang tinggi dan kepakaran juga yang tinggi. So, isunya bagaimana perkara ini boleh direalisasikan di kampung-kampung yang mungkin ada dana khusus kepada petani-petani di kampung untuk melaksanakan sistem IOT ini. Ada dana khusus dan juga kepakaran melalui latihan dan sebagainya. Bagaimana ia boleh direalisasikan di kampung untuk IOT ini dan yang keduanya, bila menyebut tentang IOT, dia tidak terlepas daripada isu internet. Internet Of Things dan tahap internet kita dalam konteks di negara, serta perusahaan dan Negeri Perak, masih lagi berada pada tahap yang bermasalah, terutama di kampung-kampung. So, bagaimana IOT ini boleh dilaksanakan di kampung sedangkan tahap internet masih lagi bermasalah di kampung-kampung terutamanya?. Itu saja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Manong, itu satu soalan yang amat baik dan pada dasarnya memang kerajaan memberi perhatian kepada apa yang masalah yang dikemukakan tadi, berkaitan dengan internet dan sebagainya dan melalui teknologi moden ini memang menjadi satu dasar yang baru untuk kita menggunakan dan penggunaan di 6 daerah yang saya sebutkan tadi untuk diperkenalkan. Jadi kita memang sedar masih ada terdapat di kampung-kampung, yang jauh dari bandar dan sebagainya masih terdapat kekurangan dari segi penggunaan internet, dari segi untuk mencapai kepada penggunaan teknologi IOT itu tadi dan perkara ini memang telah diperbincangkan dalam peringkat Kerajaan Negeri dan juga peringkat jabatan dan perkara ini kita akan memberikan perhatian yang sewajarnya bagi kita melaksanakan IOT ini bukan saja di bandar, di kawasan yang ada cover apa ni, dia punya internet dan sebagainya supaya perkara ini bukan sahaja di kawasan yang mempunyai keupayaan penguasaan internet dan sebagainya tetapi ini juga kita sedang memikirkan bagaimana untuk menggunakan teknologi IOT ini kepada yang disebut oleh YB Manong tadi. Perkara ini memang menjadi perhatian Timbalan Yang di-Pertua untuk kita memberikan sebaik yang mungkin dalam penggunaan teknologi bagi meningkatkan keupayaan memperkasakan hasil pertanian bagi Negeri Perak. Terima kasih dan Insya Allah selepas ini kita dalam pembentangan saya nanti kita akan menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Manong tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Exco. Seterusnya kita….

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Boleh celah. Ayer Kuning. Boleh bagi sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh. Ya, sila.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Berkaitan dengan keterjaminan makanan. Terima kasih. Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Saya tertarik untuk saya mencelah dalam berkaitan dengan keterjaminan makanan ini kerana Batang Padang ataupun di Tapah ataupun di Ayer Kuning sendiri, dalam Pelan Perak Sejahtera 2030, memfokuskan Batang Padang adalah antara tempat yang akan memfokuskan berkaitan dengan sekuriti makanan. Jadi saya tertarik dengan ada satu pembinaan berkaitan dengan AADC iaitu Asian Agrotech Development Center yang telah pun saya bangkit dalam Dewan lepas kerana saya melihatkan bahawa ianya juga merupakan satu bentuk proses untuk kita supaya pembukaan AADC ini akan dapat dilaksana dan saya mohon supaya Kerajaan Negeri juga dapat membantu pelaksanaan ini berkaitan dengan projek ini di mana GDV kosnya lebih kurang RM6 bilion dan dia menggunakan walaupun pihak swasta dengan penggunaan tanah sendiri yang lebih kurang dalam 1000 ekar lebih dan kalau kita Kerajaan Negeri boleh bantu untuk melaksanakan ia juga membawa impak kepada kaitan dengan keterjaminan makanan tadi. Terima kasih.

Terima kasih YB Ayer Kuning. Ini satu perkara yang dalam pelaksanaan pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan fokus kepada apa yang dibangkitkan oleh YB Ayer Kuning tadi. Insya-Allah dari segi Kerajaan akan apa jua yang termampu boleh dilaksanakan dari segi kolaborasi dan juga apa kemudahan yang patut disalurkan untuk diberikan bantuan dan perhatian Kerajaan Negeri Perak sentiasa komitmen di atas apa yang dibangkitkan oleh Ayer Kuning tadi. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Speaker, saya tambah satu lagi. Satu je, please.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok, sila.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih jawapan YB Exco. Pertamanya saya nak ucapkan terima kasihlah kepada YB Exco kerana turun ke kawasan saya menunaikan janji walaupun saya tak dijemput masa taklimat datang ke kawasan saya. Tak apalah. Terima kasih. Datang pun dah cukup bagus dah. Saya tengok tadi tentang untuk meningkatkan apa teknik-teknik pertanian berteknologi tinggi dan sebagainya saya nak tanyalah selain daripada teknologi tinggi ni kita jangan tinggalkanlah masalah-masalah yang ada. Di kawasan saya teknologi tinggi, jentera semua kerajaan bagi tapi dah 2 musim dah padi tak boleh ambil. Purata pendapatan RM70 je sebulan, jadi saya minta teknologi tinggi tu jugak turun ke kawasan ni supaya dapat selesaikan masalah asas ni ya. Kemudian, seperti kita semua sedia maklum, ekonomi kita not on track dan kita sekarang mencari track-track untuk memperbaiki ekonomi kita. Jadi kalau tukar Kerajaan pun tak apa tapi track mesti kekal. Track mesti betul. Itu je. Terima kasih.

Kerajaan kita tak tukarlah. Kita perlukan kestabilan.

Apa tukar-tukar, tak ada bukti pun.

Sebab kestabilan tu Kerajaan yang ada pada hari ini, itu sebab saya boleh turun ke kawasan Yang Berhormat. Saya boleh bantu kawasan Yang Berhormat walaupun berlainan fahaman. Walaupun saya pihak Kerajaan, Yang Berhormat di pihak pembangkang tapi selaku Kerajaan yang bertanggungjawab, kita turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jadi insyaAllah, perkara-perkara yang dibangkit oleh YB tadi, kita sentiasa memberikan perhatian. Bukan sahaja dari segi teknologi tinggi tapi dari segi kemudahan infrastruktur, masalah-masalah yang dihadapi di kawasan jelapang padi, Kerian dan sebagainya, memang kita memberikan perhatian yang serius bagi meningkatkan tahap pengeluaran padi dan sebagainya kepada petani-petani yang menghadapi masalah yang disebutkan oleh YB tadi. Terima kasih. Kekalkan kestabilan dalam negari Perak ini.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Exco Lintang. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Kuala Kurau nombor 3.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat pagi. Alhamdulillahi wa syukur lilah wa sallatu Wassalamu 'ala Rasulillah. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kuala Kurau yang telah pun mengajukan soalan nombor 3.

Untuk maklumat Timbalan Yang di-Pertua dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Kuala Kurau. Masalah punca kuasa bekalan elektrik yang rendah dengan izin low voltage di kawasan DUN Kuala Kurau seperti di Kampung Nelayan dan juga Parit Sungai Burung, Tanjung Piandang dan lain-lain kawasan adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan rumah dan penduduk dan peningkatan penggunaan elektrik di kawasan tersebut yang mendadak. Pihak TNB Negeri Perak telah pun dimaklumkan berkenaan dengan perkara ini daripada Unit Senggaraan Elektrik atau pun Maintenance Executor dengan izin. Masalah low voltage yang berlaku di kawasan Kampung Nelayan, Parit Sungai Burung, Tanjung Piandang dan lain-lain kawasan yang berhampiran. Oleh yang demikian bagi mengatasi perkara ini, pihak Unit Perancang TNB atau pun APP telah mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang dengan cadangan perancangan projek bagi tujuan memperkukuhkan sistem bekalan voltan tinggi dan juga memperkukuhkan sistem bekalan voltan rendah yang telah disediakan dan diluluskan oleh pihak pengurusan TNB di Perak dan juga di Ibu Pejabat. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan kertas kerja CPP yang telah pun disediakan bagi maklumat Yang Berhormat. Pihak TNB telah mengambil perhatian akan perkara ini dan projek jangka pendek telah pun dicadangkan bagi mengatasi isu yang dibangkitkan.

Projek jangka pendek ini adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem bekalan sesalur atas voltan rendah atau pun SABR di kawasan Parit Sungai Burung yang melibatkan pemasangan peti pembekal baru. Perentang-perentang kabel bawah tanah voltan rendah sepanjang 50 meter. Perentang kabel talian atas voltan rendah bersaiz 3 x 185 mmP sepanjang 1,300 meter melibatkan 45 span serta penanaman 84 batang kayu tiang. Bagi melaksanakan projek ini, pihak TNB telah menyediakan satu kertas kerja cadangan projek-projek perancangan dengan melibatkan kos projek sebanyak RM153,050.00. Pelaksanaan projek jangka pendek akan dilaksanakan setelah kertas kerja ini diluluskan oleh pihak yang berkenaan. Di antara cabaran yang diterima hari ini ialah kesukaran untuk mendapatkan kelulusan izin lalu bagi menjalankan kerja penanaman tiang kabel kerana melibatkan tanah lot persendirian, hak milik persendirian. Keperluan untuk mendapatkan kelulusan izin lalu bagi menjalankan kerja penanaman tiang dan kabel kerana melibatkan jalan milik JKR, reserve milik JKR dan juga agensi-agensi yang lain. Untuk maklumat Yang Berhormat, peningkatan beban adalah disebabkan pertambahan bilangan rumah dan juga penggunaan elektrik di kawasan tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak TNB juga sedang merangka tindakan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini dengan merancang serta mengadakan projek peningkatan bekalan elektrik di kawasan yang berkenaan. Pihak TNB telah merancang dan akan mewujudkan sebuah mini pencawang pembahagian utama atau pun MPPU 33/11,000 kV (11 kilo voltage) berkapasiti 5 MVA yang bernilai RM4.3 juta yang akan diberi nama MPPU Tanjung Piandang.

Projek mewujudkan sebuah mini pencawang pembahagian utama MPPU Tanjung Piandang akan melibatkan pemasangan sebuah alat ubah ataupun transformer berkapasiti 5 MVA. Pendalaman tiang dan juga perentangan kabel talian sesalur voltan tinggi 33 kV jenis ABC, 3x150 mmP sepanjang 17,000 meter atau 5, 6, 7 span. Terdapat 4 projek memperkukuhkan sistem voltan tinggi yang akan dapat membantu mengatasi isu kejatuhan voltan atau voltage drop dengan izin 11kV di kawasan

Tanjung Piandang. Projek MSVT ini akan disalurkan dari MPPU Tanjung Piandang yang baru akan dibinakan. Timbalan Yang di-Pertua, antara projek MSVT voltan tinggi yang telah dicadangkan ialah yang pertamanya, voltan tinggi suntikan kabel baru talian atas ABC 11kV 3x240 mmP dari mini pencawang pembahagian MPPU Tanjung Piandang ke pencawang elektrik ke Pasir Gedabu sepanjang 2,500 meter di Pasir Gedabu melibatkan kos berjumlah RM539,160. Kelulusan projek ini oleh pihak pengurusan TNB pada 19 Disember 2021 yang telah pun diluluskan 2 tahun lepas. MSVT suntikan kabel baru bawah tanah 11 kV 3 x 240 mmP daripada mini pencawang pembahagian utama Tanjung Piandang ke pencawang elektrik Taman Jadi sepanjang 600 meter melibatkan kos berjumlah RM197,696. Kelulusan projek ini oleh pengurusan TNB pad 5 November 2021. MSVT suntikan kabel baru bawah tanah 11kv daripada mini pencawang pembahagian utama Tanjung Piandang ke pencawang elektrik di bahagian bahagian utara sepanjang 1300 meter melibatkan kos berjumlah RM734,827. Kelulusan projek ini dibuat oleh pengurusan TNB pada 19 Disember 2021. Suntikan kabel baru bawah tanah 11kv, 3 X 240 mmP daripada mini pencawang bahagian utama Tanjung Piandang ke pencawang elektrik Tanjung Piandang satu sepanjang 100 meter melibatkan kos berjumlah RM95,096. Kelulusan projek ini oleh pihak pengurusan TNB pada 15 November 2021.

Timbalan Yang di-Pertua, status terkini bagi projek jangka panjang ini adalah melibatkan kelulusan dan juga daripada Jabatan Kerja Raya, JKR dan Jabatan Pengairan Saliran, JPS. Permohonan bagi mendapatkan kelulusan izin lalu ini telah dimajukan kepada pihak JKR dan juga pihak JPS. Sekiranya permohonan ini mendapat kelulusan daripada semua pihak, dijangkakan projek jangka panjang bagi naik taraf bekalan elektrik ke kawasan ini akan dapat disiapkan menjelang tahun 2024. Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Kurau, terdapat juga satu lagi projek menaik taraf sistem voltan tinggi bagi kawasan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu bekalan elektrik yang tidak mencukupi di beberapa buah kampung di DUN Kuala Kurau seperti Kampung Nelayan dan juga Parit Sungai Burung. Bagi mengatasi masalah ini, sebuah pencawang elektrik hendaklah dibina memandangkan terdapat pertambahan beban di kawasan tersebut dan insya Allah, kita akan cuba meluluskan tanah-tanah yang dipohon oleh TNB bagi mereka meneruskan kerja-kerja pemasangan pencawang ini. Masalah yang dihadapi ialah ketiadaan-ketiadaan tapak bagi membina pencawang elektrik di kawasan ini kerana kebanyakan tanah adalah milik persendirian ataupun berstatus TOL sementara dan perlu juga mendapatkan kelulusan izin lalu daripada pihak JKR, pihak JPS kerana ini melibatkan kawasan-kawasan rizab, pejabat daerah dan tanah mahupun orang perseorangan.

Jadi saya memohon supaya pihak Ahli Yang Berhormat Kuala Kurau juga memainkan peranan bagi mempercepatkan proses pemilihan pemilikan tanah oleh TNB bagi mereka membina pencawang mereka. Cabaran utama yang kami hadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan kelulusan izin lalu bagi menjalankan kerja penanaman tiang kerana melibatkan tanah lot persendirian. Jadi kalau boleh, Yang Berhormat Kuala Kurau mainkan peranan dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk mempercepatkan proses ambil alih tanah dapat kita binakan pencawang-pencawang yang tersebut. Perlu mendapatkan kelulusan izin lalu bagi menjalankan kerja penanaman tiang dan kabel bagi kerja-kerja 33kv kerana melibatkan tanah Jabatan Pengaliran dan Jabatan Saliran, JPS. Keadaan laluan sedia ada yang sempit, jalan yang sempit menyukarkan kenderaan seperti lori dan besar, treler serta kren untuk masuk ke lokasi tersebut kerana melalui kawasan sawah-sawah padi. Kesukaran untuk membina pencawang elektrik di kawasan kampung nelayan yang juga dan juga kawasan Parit Sungai Burung kerana ketiadaan tapak yang membolehkan pencawang ini dibina. Tapak pencawang perlu dipindahkan milik dan diserahkan terlebih dahulu kepada pihak TNB sebelum pembinaan pencawang dapat dilaksanakan. Manakala kalau kita nak bina apa-apa talian dan kabel, maka hak tanah itu kepunyaan secara rasminya oleh TNB. Oleh itu, bagi memastikan projek peningkatan bekalan elektrik ke kawasan kampung nelayan dan juga Parit Sungai Burung dapat dilaksanakan dengan baik, saya akan mohon agar UPEN menyelaraskan satu mesyuarat bersama agensi-agensi yang terlibat untuk mempercepatkan program yang telah pun dijalankan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang telah diberikan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak TNB. Soalan tambahan saya ini masih lagi berkaitan dengan TNB tapi isu lainlah. Ia berkaitan dengan permohonan untuk mengalih tiang yang mana saya sudah turun padang dan buat surat kepada pihak TNB namun hampir setahun berlalu kenapa masih belum ada maklum balas dan tindakan ya? Perkara ini penting sebab apabila ada projek menaik taraf dan melebarkan jalan oleh pihak pusat khidmat khususnya di beberapa tempat tiang TNB yang asalnya di tepi akan menjadi ke tengah sedikit apabila kita lebarkan jalan dan ini membahayakan keselamatan orang ramai dan kalau saya nak sebut antara lokasi yang yang berkaitan ialah yang pertama di jalan belakang market lama Tanjung Piandang, yang ke-dua di Jalan Parit Haji Wahab, Tanjung Piandang dan yang ke-tiga di Jalan Belakang Masjid Jamek Kuala Kurau. Saya dah turun padang dengan wakil TNB dan juga buat surat saya ingat tahun lepas tapi masih belum ada maklum balas dan tindakan daripada pihak TNB.

YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT) : Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Kuala Kurau. Saya merasakan bahawa jika sekiranya kerja-kerja pembesaran jalan tu telah dibuat dan didapati tiang-tiang tenaga ini berada di tengah-tengah sudah tentulah ia membahayakan. Tapi oleh kerana kita juga dalam suasana hari ini untuk menyelaraskan kerja-kerja jalanan infra ini di bawah satu unit yang dipanggil sebagai KUDR ataupun Koridor Utiliti Darul Ridzuan supaya kerja- kerja dapat diselaraskan dan tidak menyebabkan pengorekan jalan itu tiga empat kali ulang. Jadi untuk itu, masalah di belakang belakang market, masalah di Parit Haji Wahab dan jugak di Masjid Jamek Belakang Masjid Jamek itu mengalami masalah yang sama. Jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk pastikan rizab-rizab jalan kepunyaan JKR ke JPS dapat diberikan kelulusan untuk diubah kabel tersebut oleh pihak kontraktor TNB supaya ia tidak menghalang jalan tersebut. Untuk itu, kita akan beritahu kepada agensi-agensi tertentu untuk mempercepatkan kelulusan pengubahan tiang elektrik itu kepada tanah-tanah mereka supaya dapat mengelakkan perlanggaran dan kemalangan. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu. Terima kasih Speaker, YB Exco. Yang pertamanya, saya nak ucap terima kasihlah kepada TNB Bagan Serai. Marvelous servis kena bagi reward juga. Soalan saya, pihak Kerajaan Negeri sedar tak kawasan yang selalu dilanda banjir di kawasan saya di DUN Alor Pongsu, kawasan Changkat Lobak dan Batang Tengah dah bertahun-tahun kekurangan tenaga elektrik ini. Kemudian di kawasan Simpang Lima sekarang trend orang tanam orang kebumi orang meninggal waktu malam. Simpang Lima kawasan industri. Saya mintak ulasan setiap kali bila nak bina kilang baru, ulasan daripada TNB mesti tepat. Sekarang ni kami tanam orang kebumi orang tengah-tengah baca talkin gelap, lari habis, saya lari lagi awal le, sebab itu kawasan kubur tepi kilang. Ini saya mintak perhatian daripada YB Exco.

YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT) : Yang Berhormat, orang nak meninggal malam ke siang ke tak dapat le kita tentukan tapi sudah tentulah pengurusan kubur itu dia ada spot light dia sendri dan saya lihat banyak kubur-kubur yang terpaksa mengkebumikan jenazah mereka pada waktu malam mereka menyediakan lampu-lampu tertentu, jadi untuk mereka mendapat pencahayaan yang cukup semasa pengkebumian itu saya rasa terpulang kepada pengurusan kubur masing-masing. Walau macam mana pun, jika sekiranya ada perancangan untuk membina supaya ada kilang-kilang tertentu hendaklah pastikan bahawa kawasan berhampiran itu tidak menjejaskan perkuburan dan lain-lain kemudahan. Jadi untuk itu, kita akan di ambil kira, kita akan ambil maklum supaya mana-mana cadangan untuk mendirikan kilang-kilang baru kena pastikan jiran-jiran kiri kanan dia tu tidak terjejas akibat pembinaan kilang yang baru. Jadi, pihak MMK juga kami amat-amat mengambil berat hal ini hinggakan kita mintak supaya agensi-agensi kerajaan terlibat memberikan apakah yang ada ditanah untuk diluluskan itu, di utaranya apa dia di selatannya apa dia supaya tidak dapat kita ulangi masalah-masalah kita hadapi sebelum ini. Terima kasih kepada Alor Pongsu dan juga beri penghargaan kepada TNB. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Exco. Seterusnya di jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan Selamat Pagi kepada semua. Soalan Pokok Asam, soalan nombor 4.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat, Taiping telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi yang bakal menerima pengunjung yang ramai bagi Tahun Melawat Perak 2024. Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak dan Majlis Perbandaran Taiping atau MPT telah mengambil beberapa inisiatif untuk memperkasakan Sambutan Ulang Tahun Taiping ke-150. Antaranya, MPT telah menubuhkan jawatankuasa induk untuk merancang acara dan program bagi melaksanakan sambutan pada tahun hadapan. Beberapa program berimpak tinggi yang mampu membawa kemasukan pelancong seperti Taiping Endurance Challenge, Malaysian Mountain Trail Festival dan sambutan Bandar Taiping ke-150 tahun, dijangka akan diadakan di Bandar Taiping dan di bawah sambutan Bandar Taiping ke-150 tahun ni, di bawahnya juga adalah sub-sub dia punya event-event yang akan diadakan nanti. MPT sebenarnya menyasarkan 150 acara bermula daripada penciptaan slogan dan reka bentuk logo 150 tahun Bandar Taiping yang digunakan sebagai bahan promosi dan poster, papan tanda dan sebagainya. Selain itu, MPT juga turut membuat persiapan untuk menerbitkan ''Coffee Book Table'' minta maaf ''Coffee Table Book 150 Tahun Bandar Taiping 1874-2024 dengan izin yang akan dilancarkan semasa majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Taiping 2024. Saya percaya terdapat banyak lagi program dan aktiviti yang masih dalam perancangan awal oleh MPT sehingga tahun

2024. Di samping itu, Kerajaan Negeri sebetulnya sememangnya tidak bekerja secara bersendirian. Pihak Kerajaan Negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi atau UPEN, bersama-sama juga dengan pihak Tourism Perak dan semua PBT-PBT, PDT-PDT sentiasa mengemaskini program-program, aktiviti-aktiviti dari semasa ke semasa dalam kalender pelancongan Negeri Perak supaya ianya dapat diketengahkan dan memberi informasi kepada para pelancong yang ingin turut serta dalam acara-acara tersebut mahupun membuat perjalanan mereka ke destinasi-destinasi dalam negeri Perak. Ini juga termasuk kerjasama antara Tourism Perak dengan banyak pemain-pemain industri termasuk juga NGO-NGO yang juga selalunya dan juga kerap mengaturkan atau memerlukan bimbingan atau bekerjasama untuk mengadakan banyak aktiviti-aktiviti atau event-event di dalam negeri Perak ini.

Seterusnya untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, seperti dalam soalan tadi, pelancongan pemuliharaan dan pemulihan atau dalam Bahasa Inggeris nya dengan izin, Conservation and Rehabilitation Tourism, merupakan satu konsep dalam pelancongan yang sedang giat diketengahkan dalam negeri Perak. Sebagai contoh, bagi pelancongan pemuliharaan adalah usaha-usaha yang dilakukan di Taman Negeri Royal Belum dan pelancongan pemuliharaan pula di segitiga TT 5, Taman burung dan Silver Lake. Namun begitu di Taiping juga mempunyai banyak ciri-ciri tersebut di atas. Bukit Larut sebagai contoh, perlu mempunyai ciri-ciri pemuliharaan di mana ia perlu kekal lestari tanpa merosakkan alam malah keterjaminan spesis-spesis flora dan fauna di kawasan tersebut harus dipelihara. Seiring dengan dasar kerajaan Malaysia juga yang telah menetapkan hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memulihkan industri pelancongan, penglibatan MPT dalam mengikuti program-program seperti memperkasakan keupayaan modal insan dengan menyediakan latihan technical, vokasional education and training singkatannya TVET untuk membantu pekerja-pekerja dan pemandu-pemandu pelancong yang terkesan akibat penularan wabak covid serta menyediakan kursus-kursus pengukuhan kemahiran dan libat-urus untuk para pengusaha produk pelancongan di Taiping mampu menjamin kelangsungan industri pelancongan Taiping, dalam masa yang sama memperbaiki peranan dan tindakan MPT terhadap pemuliharaan kelestarian alam. Taiping Bandar Warisan sememangnya mempunyai warisan sejarah yang amat tinggi nilainya dan mempunyai menjadi kebanggaan negara. Oleh itu, peranan bandar ini tidak harus diabaikan dan langkah-langkah pemuliharan bangunan-bangunan yang telah di mamah usia akan diberi perhatian biarpun daripada Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan mahupun sehingga ke peringkat persekutuan akan tetap menjadi keutamaan kami supaya ia kekal kepada generasi-generasi kami yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan Tambahan.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih YB Exco atas penjelasan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya, apakah inisiatif ataupun usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan aktiviti dan program-program yang telah disenaraikan di bandar Taiping terutamanya bagi pihak Majlis Perbandaran Taiping?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Seperti yang dikatakan tadi Timbalan Speaker. Seperti yang dikatakan tadi ya betul Kerajaan Negeri tidak menjalankan tugasnya secara bersendirian. Kita sebenarnya menjalankan tugas-tugas kami secara bersamaan dan bersekali termasuk daripada, kalau di SUK kita melalui kakitangan- kakitangan UPEN. Kita juga ada agensi Tourism Perak dan setentunya di kawasan Taiping sendiri, PBT memainkan peranan yang amat-amat penting iaitu Majlis Perbandaran Taiping. Sebagai contoh dalam Q4 Bukit Larut akan dibuka semula ok untuk kita menghadapi tahun melawat Perak 2024. Jadi di Q4 ni akan dibuka semula untuk masyarakat atau rakyat awam untuk naik semula ke atas. Cumanya kita mengambil pendekatan yang berbeza. Selari dengan konsep tadi yang dikatakan Rehabilitation and Conservation Tourism tu, jadi kita mengambil pendekatan supaya tidak dibenarkan pelancong-pelancong naik menggunakan kenderaan. Jadi untuk mereka yang ingin naik ke kawasan tersebut terutamanya saya lihat saya rasa semua yang biasa dengan Bukit Larut terutamanya rakyat negeri Perak yang berada di Taiping, Bukit Larut merupakan satu destinasi kegemaran untuk para hikers yang suka berjalan menaiki bukit. Jadi di tempat itu di Bukit Larut, ia terbuka kepada mereka untuk bermalam, ber-camping di tempat tersebut. Cumanya mereka perlu naik ke kawasan tersebut. Jadi untuk makluman Yang Berhormat juga, selain daripada pembukaan dijangka akan berlaku di Q4, 3 banglo sedia ada juga akan dibaik pulih dan dibuka kepada awam dan boleh disewa kepada orang awam dan juga 2 tapak camping atau tempat perkemahan yang menampung secara totalnya tidak lebih daripada 100 orang juga akan dibuka dan juga melalui kerjasama kami di pelancongan, di MPT dan juga dengan Exco Alam Sekitar dan Hijau, kami juga akan membuat satu pilot projek di mana kita akan menggunakan banglo tersebut untuk kita buatkan banglo atau challet secara hijau supaya kita boleh mempromosikan pelancongan secara hijau. Jadi kita lihat tak ada kenderaan boleh naik dan juga kita akan bermula daripada Bukit Larut kita akan cuba untuk mempromosikan teknologi hijau di dalam pelancongan. Jadi itu juga sebahagian daripada conservation and rehabilitation yang diadakan dalam pelancongan kita. Selain daripada itu, kita juga tengah akan melihat kepada jambatan yang ada di situ, di atas yang cukup cantik. Kami juga akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Taiping untuk menyediakan perkara-perkara yang perlu di situ. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan kedua saya bagi Changkat Jering. Sila. Changkat Jering sila.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Memandangkan tadi persoalan kita banyak bincang tentang pelancong di Taiping dan saya mewakili Changkat Jering terlibatlah pasal dalam Bandar Taiping. Bandar Taiping ada 27 tempat menarik. Cuma apa yang saya nak tekankan di sini atau persoalan yang saya nak ajukan cadangan untuk cable car. Saya baca di sini iaitu pada 26 Mei 2010, Kerajaan Negeri Perak menandatangani perjanjian konsesi dengan syarikat tempatan Taiping Cable Car Sdn. Bhd. bagi membina dan usahakan sistem kereta kabel di Bukit Larut iaitu Menteri Besar pada masa itu ialah Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyaksikan perjanjian antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim dan Pengerusi Eksekutif Taiping Cable Car, Dato’ Seri Talaat Husain dan Timbalan Pengerusinya Ibrahim Hamzah di Ipoh. Adakah rancangan Cable Car ini diteruskan ataupun bagaimana situasi sekarang ini sebab salah satu faktor untuk menarik pelancong di Larut ini? Cable car saya rasa memang perlulah walaupun kos mungkin agak tinggi. Tapi kita kena bagi kemudahan terutama kepada pelancong-pelancong pasal menarik sebenarnya apa yang diulaskan oleh Exco tadi, Bukit Larut adalah satu tempat yang amat menarik. Walaupun kalau tengok situasi menggunakan jalan raya kadang-kadang biasanya kerap berlaku tanah runtuh dan sebagainya. Saya rasa alternatif yang terbaik mungkin wujudkan cable car antara kaki Bukit Larut ke Bukit Larut. Terima kasih.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Sekejap sebelum Exco jawab. Saya bersetuju dengan pandangan dalam rancangan tempatan Daerah Batang Padang ada juga diaju berkaitan dengan cable car daripada Tapah ke Cameron Highland. Jadi saya juga mohon Kerajaan Negeri bantu untuk bagi merealisasikan hasrat khususnya dalam sektor pelancongan yang menarik minat lebih ramai lagi orang datang ke Negeri Perak. Terima kasih.

YB Speaker boleh? Manjoi tambah sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan? Satu sahaja ya. Lepas Exco jawab.

Terima kasih Tuan Speaker, YB Exco yang saya kasihi. Malaysia merupakan sebuah negara yang mendapat pelancong muslim yang agak besar di Asia, khususnya dari Asia Barat dan juga daripada Timur Tengah. Saya rasa data ini kita ada. So yang saya nak fokuskan di sini ialah berkenaan dengan pelancong-pelancong muslim yang datang ke negara kita. Baru-baru ini pun saya ada bersembang dengan YB Exco lepas kita punya libat urus berkenaan dengan bagaimanakah kita nak mengurus hotel-hotel, penempatan patuh syariah dan sebagainya. Points nya ialah kita bukan, pelancong muslim ini bukan hanya bicara tentang makanan halal sahaja, tapi tentang produk, tentang sistem, tentang apa ni berkenaan dengan perkara-perkara terhadap produk sistem dan juga perkhidmatan operasi tersebut. So, part ini pelancong muslim melihat kepada seluruh perkara. Saya nak tanya kepada pihak Kerajaan Negeri di sebabkan permintaan terhadap produk pelancongan halal semakin meningkat di sebabkan perubahan dalam keadaan sosial dan ekonomi negara yang majoriti rakyatnya ialah beragama Islam. Justeru, pelancongan dan hospitaliti mesra muslim antara konsep dalam pelancongan yang mempunyai potensi besar dan sering dibincangkan dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa. Saya kira di Perak pun, penggiat industri bincang tentang isu hospitaliti mesra muslim ini. Soalan kepada YB Exco yang dikasihi, apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap aktiviti pelancongan dan hospitaliti mesra muslim untuk menjana lebih banyak ekonomi setempat dengan memberikan manfaat kepada lebih ramai usahawan tempatan dan menyusun semula kuasa ekonomi serta mewujudkan ekonomi yang berdaya tahan? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Okay. Terima kasih Timbalan Speaker. Kita masuk topik cable car dulu. Sebenarnya cable car ini bukan sahaja daripada Changkat Jering. Ramai dengan Pangkor pun dah banyak cable car yang masuk dan sebagainya. Tapi kita jawab dengan Pangkor dululah. Bukan Pangkor, maaf, dengan Changkat Jering. 2010 tu sebenarnya cerita lama. Jadi saya rasa memang kajian telah dibuat berkali-kali dan saya rasa ramai di antara kita sini sama ada sebagai pembangkang ataupun sebagai kerajaan ataupun sebagai pegawai yang duduk di sana atau lepas tu masuk balik dan sebagainya. Cerita dia dah lama. Nak dikatakan kami tak bersetuju tidak tetapi sometimes kita kena tengok kos effectiveness dia juga. Selepas kita tengok kos effectiveness, kita juga tengok apa yang dicadangkan. Sama ada ia akan merosakkan kelestarian atau suasana yang ada di situ. Itu sangat penting. Nombor satu sama ada kita nak kekalkan Bukit Larut sebagai apa yang kita ada sekarang dengan pembangunan terancang atau kita nak cable car sampai dia jadi, sebagai contoh lagi Genting Highland kedua atau Genting Highland Negeri Perak contohnya. Jadi kita perlu fikirkan apa dan tahap mana yang kita perlu. Itu nombor satu. Apakah juga kos effectiveness dan setelah pelaburan berjuta-juta masuk sama ada ia akan membawa kepada faedah ekonomi bukan sahaja kepada negeri tetapi juga kepada rakyat ada di situ dan ketiga, sama ada itukah yang dikehendaki oleh rakyat di situ. Itu satu. Nombor dua, sekiranya semua itu bersesuaian, kita juga kena tengok tanggungan kerajaan. Sama adakah kerajaan mampu atau tidak? Sekiranya Kerajaan Negeri tidak mampu atau mampu perkara yang dibuat berlainan, sekiranya amat perlu negeri tak mampu mungkin Persekutuan kena mampu. Kalau persekutuan nak buat, mungkin dia kena tengok banyak tempat lagi. So, pendekatannya mungkin juga kita nak perlukan PFI iaitu pelaburan daripada private sector.

Jadi sekiranya Changkat Jering mempunyai pemain-pemain industri yang mampu buat, tidak mengapa. Kita boleh bekerjasama. Changkat Jering boleh bawa dan kita bincang di peringkat Kerajaan Negeri. Sekiranya pihak Changkat Jering mampu kita alu-alukan. Itu tidak menjadi masalah dan kami sedia. Seperti yang terbukti Kerajaan Perpaduan kali ini kita memang, kita terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak dan kita buat dengan bukan sahaja kita cakap di mulut dan kita juga membuat di lapangan seperti kita tengok dari segi yang kita katakan dalam Rang Undang-Undang Hotel. Kita lakukan libat urus tak pernah dilakukan oleh kerajaan kerajaan terdahulu. Tapi sekarang kita buat RUU. Kita libatkan bukan sahaja pembangkang, bukan sahaja kerajaan, bukan sahaja YB, malah kita panggil NGO sekali. Jadi ini adalah cara terbaru, cara yang kami buat kita buat semua secara terbuka. So, kalau ada pelabur silakan. Kami tiada masalah. Itu untuk cable car dengan syarat patuh kepada syarat-syarat yang dikatakan di hadapan tadi. Berbalik kepada YB Manjoi, satu soalan yang amat bagus. Jadi kita bila kita dalam pelancongan, kita tidak boleh kekal kepada satu kepala sahaja. Kita kena memenuhi permintaan daripada lain-lain sektor daripada lain-lain pandangan daripada lain-lain permintaan.

Sebagai contoh, kita boleh katakan boleh dikatakan bahawa pelancongan Islam okay dia boleh dikatakan sebenarnya ia cuma untuk diketengahkan kepada yang beragama Islam saja. Saya rasa itu bukan satu kepastian sebab di dalamnya ada nilai-nilai atau ada benda-benda tertentu, ada produk-produk tertentu sebenarnya yang boleh digunakan untuk sejagat tetapi juga kalau nak dikatakan pelancong Islam, dia nak pelancongan Islam sahaja pun tidak semestinya sebab kalau kita nak tengok pelancong-pelancong, sebagai contoh, di negara jiran di Bangkok, ramai juga pelancong-pelancong yang berada di situ tanpa pelancongan Islam. Tapi walaubagaimanapun, okay kita di Malaysia, kita sentiasa mengalu-alukan sektor ini sebab kita nak tangkap kepada sektor-sektor atas permintaan berlainan. Jadi, seperti yang kita bincangkan hari itu sebenarnya di peringkat pusat di MOTAC, okay di peringkat kementerian, kita memang ada satu bahagian khas untuk menjaga ini dan kita dalam jangkaan lebih kurang dalam bulan depan nanti kita akan buat satu libat urus supaya kita dapatkan semua pemain industri. Biar daripada YB kerajaan, YB pembangkang, dengan pemain-pemain industri untuk berada bersekali untuk membincangkan cara-cara. Sebenarnya kita sudah ada akreditasi di mana boleh didapatkan pensijilan atau pengiktirafan dan dia bukan kata satu yang amat rigid di mana dikatakan bila kita buat pelancongan Islam, semua ni kena ada. Tak ada. Dia perlu digredkan kepada 1 2, 3 dan sebagainya. Contoh. Sebagai contoh, bila kita melibatkan pelancongan Islam, nombor satu paling asas sekali. Ada tak sejadah? ada tak quran? ada tak tempat dia menandakan kiblat. Sebagai contoh, lepas tu ada tak contoh bila kita masuk buka peti sejuk dah ada benda-benda sensitif kat dalam. Itu contoh. Lepas tu kita katakan ada tak penyediaan restoran halal di tempat tertentu di dalam hotel dan sebagainya. Jadi ini semua sebenarnya dia ada telah ditentukan dan telah diadakan oleh pelancongan. Cuma saya nak katakan di sini kita akan libat uruskan semua. Tiada masalah. Okay. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya. Masa sudah cukup. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Terima kasih YB Timbalan Speaker. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lubok Merbau. Soalan nombor 5. Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Auzubillahi Minashaitan Nirajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin. Wassalatu wassalamu ‘ala asrafi mursalin. Wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Perak 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan ini, saya perlu membaca soalan yang telah dihantar kepada kita untuk dimasukkan sebagai soalan yang perlu saya jawab kerana ini amat penting untuk semua Sidang Dewan tahu apa soalan yang cuba dibangkitkan oleh YB Lubok Merbau. "Mohon pencerahan dan penjelasan pihak Kerajaan Negeri Perak berkaitan Program Kad Perak Sejahtera atau yang sebelum ini dikenali sebagai Program Kad Perak Prihatin. Program ini telah dibentangkan dan diluluskan dalam pembentangan Bajet Perak 2023 dalam sesi persidangan yang lepas.

Namun sehingga kini rakyat bahkan saya sendiri tertanya-tanya tentang prosedur permohonannya. Baru-baru ini, saya juga didatangi oleh puluhan warga Lubok Merbau yang membawa borang Program Kad Perak Prihatin atau pun Kad Perak Sejahtera ini dan mahukan borang mereka ditandatangani. Semua mereka menyatakan borang yang mereka bawa ini didapati di Pejabat UMNO kawasan Padang Rengas. Saya mohon penjelasan Kerajaan Negeri, kenapa permohonan ini dilakukan secara senyap-senyap atau tertutup? Dan kenapa ia mesti dilakukan melalui perantaraan parti, bukannya Pejabat Penghulu atau Wakil Rakyat yang dipilih rakyat? Saya harap pihak Kerajaan berlaku telus dan adil dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat secara keseluruhannya."

Timbalan Yang di-Pertua, saya boleh menerima sekiranya Lubok Merbau bertanya berkenaan kad Perak Sejahtera tetapi saya agak sedikit terkilan apabila Lubok Merbau mempunyai sikap prejudis, menggambarkan seolah-olah satu nya UMNO Padang Rengas telah diberi keistimewaan untuk mengedarkan borang. Yang keduanya, sebagai wakil rakyat baru, program ini untuk makluman Yang Berhormat Lubok Merbau telah pun dijalankan semenjak 2019 yang mana sebilangan rakan-rakan Yang Berhormat di sebelah sana ada yang menjadi kerajaan bahkan menjadi pembuat dasar. Maknanya mereka tahu berkenaan Program Kad Perak Prihatin pada ketika itu dan sekarang ini menjadi Kad Perak Sejahtera apabila kita luluskan sewaktu

MMK 7 Disember 2022. Jadi berkenaan Program Kad Perak Sejahtera ini, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat. Yang pertamanya Yang Berhormat, kita ni wakil rakyat. Sewaktu 2019 saya berada di sebelah sana dan saya sendiri mencari informasi tersebut berkenaan Kad Perak Prihatin untuk saya war-warkan di kalangan kawasan saya atau pun orang kawasan saya. Jadi sebagai wakil rakyat, kita ni tidak boleh tunggu bulan jatuh ke riba. Kita kena tahulah bagaimana untuk mengambil peluang inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri tetapi memandangkan Yang Berhormat baru, saya kira Yang Berhormat sedikit terkhilaf berkenaan perkara itu ya. Saya menerangkanlah kepada Yang Berhormat di mana Program Kad Perak Prihatin ini sebelum ini telah menjangkau usia perlaksanaan selama 4 tahun iaitu sejak tahun 2019. Bagi pelaksanaan tahun 2023 Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bilangan 2089 bertarikh 7 Disember 2022 bersetuju supaya 'Kad ini dijenamakan semula sebagai Kad Perak Sejahtera yang membawa cerminan dan aspirasi yang selari dengan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 bertemakan "Perak Makmur Dan Rakyat Sejahtera"'. Selain itu, Kerajaan juga melalui pembentangan Bajet Negeri tahun 2023 Kerajaan Negeri telah bersetuju meningkatkan kadar bantuan Kad Makanan daripada RM80.00 kepada RM90.00 bermula Januari 2023 yang mana keseluruhannya telah berlaku peningkatan pertambahan daripada RM22.8 juta kepada RM25.2 juta iaitu peningkatan sebanyak RM2.4 juta bagi pelaksanaan tahun 2023.

Untuk makluman Yang Berhormat Lubok Merbau juga, beberapa langkah proaktif telahpun diambil oleh pihak kerajaan dalam mengangkat prinsip tadbir urus yang cekap dan bersih. Pihak Kerajaan Negeri telah pun menjalankan proses pemutihan dan siasatan di lapangan bersama Jabatan Audit, Penghulu dan pihak yang berkepentingan untuk melihat sendiri proses mengenal pasti status pemegang kad. Hasil daripada usaha ini, Jawatankuasa Pengurusan Program Perak Sejahtera Bilangan 1/2023 pada 28 Februari 2023 sejumlah 3,831 orang penerima telah pun ditamatkan dari menerima bantuan ini dengan pecahan 2,598 orang telah pun meninggal dunia dan 1,233 orang ditamatkan atas pelbagai faktor lain. Contohnya tidak aktif dalam tempoh 6 bulan dan status blok. Maknanya mereka tidak menggunakan kad tersebut dalam tempoh 6 bulan dan untuk makluman Yang Berhormat juga, bagaimana prosedurnya ialah mereka perlu mengisi borang dan Yang Berhormat boleh, ya sewaktu sidang sebelum ini pun kita memaklumkan bahawa Program Kad Perak Sejahtera ini diselaraskan oleh Sekretariat Pembangunan Wanita ataupun WANITA Perak. Yang mana Yang Berhormat boleh mencari di laman web atau pun boleh emel [email protected] atau [email protected] atau pun berhubung terus dengan Sekreteriat Pembangunan Wanita dan borang ini kita tak ada fokus hanya bagi kepada parti-parti tertentu saja. Bahkan Yang Berhormat boleh semak kepada rakan-rakan Berhormat. Manjoi sendiri telah pun menghantar borang dan baru-baru ini pun saya ditanyakan soalan oleh jiran Yang Berhormat Lubok Merbau iaitu Chenderoh berkenaan Kad Perak Sejahtera. Saya tak ada masalah untuk menjawab soalan inietapi apabila Yang Berhormat menimbulkan sikap prejudis dengan soalan yang diberikan, saya rasa Yang Berhormat kena betulkan prasangka tersebut. Itu sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Terima kasih Yang Berhormat Exco yang telah menjelaskan. Cuma apa yang saya nak tanya di sini. Apa yang saya sebutkan, apa yang ditanyakan adalah daripada, saya tanya sendiri kepada penerima borang tersebut. Dari mana mereka dapat borang? Dan saya tanya sendiri kepada Pejabat Penghulu. Borang ini tidak dikeluarkan oleh pihak Penghulu. Bukan maknanya saya sendiri saja cerita-cerita je. Pertanyaan saya sendiri kepada orang yang mengisi borang sebab saya kena tandatangani borang tersebut. Kemudian soalan yang seterusnya. Saya nak bertanya tentang, terima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah menyampaikan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat. Cuma mohon pihak Kerajaan lebih memperkemaskinikan bagaimana sistem dan prosedur dalam menyampaikan bantuan-bantuan tersebut kepada rakyat. Macam tadi YB ada sebut tentang bagaimana beberapa penerima yang telah di terminate maaf, maknanya telah dibatalkan permohonan mereka dengan sebab-sebab tertentu. Jadi saya mintak mohon supaya mereka ini diberi penerangan, respon yang jelas sebab-sebab mereka diberhentikan. Kemudian justifikasi bagi setiap respon balas. Kadang ada yang memohon bantuan tidak mendapat respon. Dapat ke tak dapat ke? Dan soalan seterusnya mengenai Bantuan Kotak Makanan Kepada Pusat Khidmat ADUN. Jadi sebelum ini Pusat Khidmat menerima 100 kotak sebulan dan kenapa sekarang ini 50? Sekian, terima kasih.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sikit. Sebelum YB Exco. Exco tunggu kejap. Rentetan daripada persoalan yang disoal oleh Lubok Merbau, saya ada satu video daripada 'Tik Tok' Ketua Wanita UMNO Larut. Dalam 'Tik Tok' tersebut dia yang menyampaikan Kad Prihatin. Cumanya kita ada wakil daripada Batu Kurau. Sebagai YB, cumanya nak tanya tu lah penjelasan daripada Exco, kalau Exco turun sendiri ke kawasan bagi lebih cantik.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Baik, saya faham, sebab itu saya kata, Yang Berhormat, Program Kad Perak Sejahtera ini sekarang ini, yang dikendalikan diselaraskan semenjak dahulu 2019 lagi diselaraskan oleh Sekretariat Wanita dan sesiapa juga boleh datang ataupun download borang untuk diedarkan kepada pemohon-pemohon yang nak mohon. Jadi tak ada masalah sekiranya DAP ke, UMNO ke, PAS ke nak download borang tersebut dan edarkan kepada pemohon-pemohon untuk diisi kerana kita akan membuat tapisan dalam Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Kad Perak Sejahtera. Jadi salah ke sekiranya UMNO mengambil inisiatif untuk download borang tersebut dan diedarkan kepada rakyat di kawasan masing-masing?

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat, saya bukan mempertikaikan cara nak proses, tapi penyampaian.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Tak. Saya menjawab soalan Lubuk okay.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Soalan saya kalau YB ataupun Exco sendiri yang turun menyampaikan itu lebih cantik. Lebih nampak harmoni, sampai kad itu.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Okay. Okay. Tadi saya menjawab soalan yang telah sebab YB kaitkan dengan soalan yang telah dibangkitkan oleh Lubuk Merbau. Mengenai bangaimana...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Lubuk Merbau dah tak pertikai dah. Cara penyampaian sahaja tadi.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Tak tadi, soalan tambahan daripada Lubuk Merbau tadi ialah kerana dia kata dia semak sendiri tanya kepada pemohon borang itu diperolehi daripada pejabat UMNO dan tanya penghulu sendiri, penghulu tak keluarkan. Memang penghulu tidak keluarkan borang ini. Borang ini dikeluarkan oleh Sekretariat Pembangunan Wanita ataupun kita boleh download di email yang saya telah berikan tadi dan sekiranya permohonan itu sama ada dibuat oleh PAS ke, DAP ke, UMNO ke nak download dan edar dia tiada masalah. Tiada masalah. Kita berlapang dada berkenaan perkara itu kerana kita nak sampaikan seberapa ramai bantuan ini sampai matlamatnya kepada rakyat okay dan disebabkan itu sekiranya YB-YB sekalian buka page Wanita Perak maklumat sentiasa di update di update dalam data-data berkenaan bagaimana kaedah penyaluran borang tersebut dan paling latest borang tersebut sebab kita nak buktikan ketelusan Kerajaan Perpaduan ini. Borang ini selepas ini nanti akan disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat, melalui Pejabat Penghulu, selain daripada Sekretariat Wanita. Boleh buka page Wanita Perak sebab kita dari semasa ke semasa nak buat penambahbaikan. Bahkan kita juga cuba untuk memastikan dengan peruntukan RM25 juta itu dengan fokus sasaran kita 20 ribu penerima.

Kita nak supaya kad ini betul sampai ke kumpulan sasaran sebab itu semenjak 2019 sampai sekarang tidak pernah di update data dan baru-baru ini baru 6 bulan Kerajaan Perpaduan ini kita dah buat dari segi pengauditan dan keputusan untuk memastikan kad ini satunya penerima-penerima yang ada setengah tu tidak menggunakan kad tersebut lebih daripada 6 bulan kita tamatkan dengan pemakluman-pemakluman dan untuk tahun ini semenjak Kerajaan Perpaduan ini dipegang, kita masih lagi belum mengeluarkan sebarang kelulusan kerana kita perlu mengadakan Mesyuarat Jawatakuasa Pengurusan Kad Perak Sejahtera. Jadi kalau sekiranya kad-kad ini sebelum ini diserahkan bukanlah sewaktu saya memegang portfolio ini ataupun sewaktu Kerajaan Perpaduan ini menyerahkan ini kerana semenjak kali ini kita belum lagi mengadakan kelulusan, cuma baru ini saja kita membuat mesyuarat untuk memastikan beberapa nama ditamatkan supaya kita dapat mengisi lebih banyak ataupun lebih ramai orang untuk menerima bantuan Kad Perak Sejahtera ini. Bahkan kita juga akan menjenamakan semula Kad Perak Prihatin ini dengan wajah baru, Kad Perak Sejahtera dan kita masih lagi menunggu kelulusan pengedaran daripada syarikat panel kita iaitu Cell Care untuk mengeluarkan kad-kad baru. Itu saja terima kasih.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Soalan saya tadi penyerahan. Adakah borang tersebut dimohon melalui Ketua Wanita UMNO, penyerahan dia adalah Ketua Wanita UMNO. Orang tersebut daripada PAS, penyerahan tersebut daripada PAS. Kenapa di Larut melalui Ketua Wanita UMNO? Penyerah kad tersebut.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Saya rasa penyerahan kad ini takda masalah untuk diserahkan kepada siapa-siapa pun. Ini hak kerajaan untuk menentukan untuk kita serahkan melalui...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Okay terima kasih Kerajaan Madani.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Satu soalan daripada Chandan. Boleh?

Yang di-Pertua

Saya rasa sudah kot. Lebih daripada soalan itu.

Berdasarkan pada jawapan Exco tadi, maknanya bolehlah UMNO menyerahkan kad itu kepada...

Yang di-Pertua

Tak, tak, tak. Ini soalan dia dah habis dah tu. Kalau nak tanya nanti masa bahas, nanti boleh bagkitkan. Ahli-ahli yang berhormat dah-dah duduk.

Sebab ini isu rakyat.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat dah dah duduk duduk

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Satu soalan daripada Chandan.

Yang di-Pertua

Sudah-sudah cukup. Ahli-ahli yang berhormat sekalian, sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Salam sejahtera. Selamat pagi. Soalan Bercham, soalan nombor 6. Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih, Dato' Speaker. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Bercham yang perhatian dengan isu kitar semula. Soalannya dibahagi kepada tiga bahagian. Untuk pertanyaan pertama, bagi memastikan masa depan alam sekitar terjamin, amalan kitar semula memainkan peranan yang amat penting. Hal ini kerana jumlah bahan dan sisa buangan ini semakin bertambah dan berganda setiap masa. Umum mengetahui bahawa kertas, plastik, tin aluminium dan kaca merupakan antara bahan buangan yang boleh dikitar semula. Dalam usaha ini juga, pemupukan budaya 3R iaitu reduce (kurangkan), reuse (guna semula) dan recycle (kitar semula) sebagai budaya yang baik dalam kalangan rakyat.

Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama oleh semua agar alam sekitar kita bersih, selamat dan hidup terjamin dalam suasana yang sihat. Untuk menuju ke arah itu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membudayakan kitar semula. Antara usaha yang sedang diambil, Kerajaan Negeri sedang memperhalusi inisiatif kalangan penggunaan polistrin berdasarkan perbandingan dengan pelaksanaan di negeri-negeri lain. Juga di peringkat Persekutuan, Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mengharamkan penggunaan beg plastik merentasi semua sektor perniagaan di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Demi mencapai sifar penggunaan beg plastik sebagai langkah permulaan ini, berapa pendekatan akan diambil dalam memastikan bahawa larangan penggunaan tersebut menjadi budaya dan amalan. Antaranya adalah dalam memastikan semua premis makanan tidak menggunakan polistrin dalam pembungkusan jualan makanan mereka. Perincian mengenainya akan diumumkan dari semasa ke semasa. Sekiranya dilaksanakan kelak adalah penting untuk masyarakat diberi kesedaran awal dan mempunyai alternatif yang lebih baik untuk menggantikan penggunaan polistrin.

Untuk jawapan bahagian kedua, jabatan Alam Sekitar telah memulakan inisiatif dan kempen kitar semula e-Waste sejak tahun 2019. Kerjasama telah dilakukan antara jabatan dengan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT dan sekolah-sekolah di negeri ini. Berdasarkan data Program e-Waste di negeri Perak, pada tahun 2020, sebanyak 44 metrik tan telah dikutip dan Perak berada di tempat kebangsaan pada kedudukan yang ketiga. Manakala pada tahun 2021, sebanyak 313 metrik tan dan Perak telah mencatat kedudukan pertama dan diikuti pada tahun 2022 adalah sebanyak 344 metrik tan e-Waste telah dikutip dan berada di kedudukan pertama pada peringkat kebangsaan. Ini merupakan satu pencapaian yang amat penting kerana pengumpulan sisa elektrik iaitu e-Waste mampu mengurangkan kesan kemusnahan alam sekitar.

Seterusnya untuk soalan ketiga. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum menyediakan sebarang jenis galakan khusus tertentu untuk menentukan untuk menarik lebih ramai pelabur dalam sektor kitar semula. Namun demikian, matlamat utama sektor kitar semula adalah menyelesaikan masalah kitar semula sisa pepejal. Kerajaan Negeri sentiasa sentiasa menitik berat dalam usaha ini. Jika terdapat syarikat yang dapat menyediakan proposal yang sempurna dan memuaskan, pihak Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada syarikat tersebut termasuk dalam aspek dasar, insentif, penempatan tanah dan pelbagai jenis galakan lain. Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat yang berminat dan menyediakan proposal yang berkualiti untuk menangani masalah sisa pepejal. Kami berazam untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih atas jawapan yang diberi oleh pihak Exco. Soalan tambahan saya adalah ternampak kalau merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh pihak Exco tadi terutama sekali bahagian ketiga, masih belum ada sebarang inisiatif untuk mempelbagaikan pelabur-pelabur untuk perkara pendaftaran semula. Jadi ada banyak saya nampak PBT telah memainkan peranan untuk menerima semula barangan buangan e-Waste tetapi barangan yang boleh dikitar semulanya ada banyak berbagai-bagai termasuk sisa makanan yang boleh di luar negara mereka boleh menjadikan sisa makanan ini sebagai kompos Mereka boleh mengutip sisa makanan daripada restoran besar-besar atau pun penjaja atau pun yang kecil-kecilan. Jadi, ini pun penting juga dan juga termasuk kepada banyak barangan termasuk di luar negara ada kasut ke, sisa konkrit ataupun sisa buangan di tempat tapak pembinaan pun boleh dijadikan apa tu sebagai salah satu sumber. Jadi adakah pihak kerajaan bolehkah terangkan adakah terdapat mana-mana sebab rakyat kita memang tidak tahu. Sebahagian besar adakah mana-mana syarikat yang aktif berkenaan untuk penerimaan barangan yang boleh dikitar semula sebab?

Yang di-Pertua

Soalan, Bercham. Soalan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok. Jadi bolehkah pihak kerajaan menamakan mana-mana syarikat yang masih aktif untuk apa tu pengetahuan rakyat di Perak ini? Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Exco.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Bercham atas soalan tambahan itu. Buat masa ini di Perak, kita masih menguruskan urusan pembuangan sisa pepejal oleh pihak Kerajaan Tempatan. Jadi kajian sedang dibuat untuk mengadakan satu solusi yang menyeluruh seperti yang disebut tadi food waste, kitar semula termasuk pembuangan tayar-tayar dan sebagainya dan pada masa yang akan datang buat masa ini pemantauan dan penilaian terhadap isu-isu tersebut sedang dijalankan dan kita sedang mengambil inisiatif untuk mengadakan satu rancangan yang menyeluruh untuk menyelesaikan seluruh masalah ini dan saya juga dalam rancangan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Pengurusan Sisa Pepejal di peringkat negeri untuk menyelaraskan seluruh masalah yang dihadapi di seluruh negeri. Jadi…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Boleh saya masuk jawatankuasa?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Kalau Bercham volunteer kita ambil Bercham sebagai peserta ok. Itu yang saya boleh jawab buat masa ini. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sebenarnya masa untuk soalan lisan ini sudah tamat. Hampir sepuluh minit dah lebih dah ni. Yang Berhormat Kamunting soalannya pendek saja. Kita boleh bagi perkenan kalau pendeklah.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya nak soal satu kita dah ada program kitar semula yang tong biru coklat jingga tu. Lama dah tapi saya tengok program tu gagal sebab bila sampai dekat tempat tapak pengumpulan sampah dia jadi plastik hitam sama saja.

Yang di-Pertua

Soalannya?

Jadi apa fungsi tong tersebut?

Yang di-Pertua

Soalannya?

Dan ini akan buat lambakan juga di land field. Jadi kenapa tidak memperkasakan ataupun cari satu inovasi baru untuk memperkasakan program yang telah ada ini?

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih. Exco.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Untuk menjawab soalan daripada Kamunting, kita nak menekankan di sini amalan-amalan kitar semula itu bukan setakat program saja. Apa yang kita nampak pada masa yang lampau itu selalunya adakan program yang tidak berterusan. Jadi untuk masa yang akan datang ini, kita akan pastikan kesedaran itu betul-betul dipupuk kepada semua masyarakat dalam negeri kita ini. Ok. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Sebelum saya meneruskan sesi persidangan, suka saya nak memaklumkan juga bahawa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan kepada semua bahawa Suruhanjaya Telekomunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Perak di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO telah membuka kaunter aduan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat dan kepada semua yang di sini untuk mengemukakan aduan berkaitan masalah telekomunikasi di hadapan Dewan Makan yang ada. Kaunter tersebut berada di hadapan Dewan Makan. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Perak 2023Bill

Setiausaha

Perkara yang kelima, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Perak 2023.

Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Hotel Perak 2023 dibaca bagi kali pertama.

Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Teja.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali yang kedua?

Dalam mesyuarat ini juga.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan pemberitahuan bacaan kali kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57(1). Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Teja.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perlesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya sekarang dibacakan kali kedua.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Dato’ Yang di-Pertua, Simpang Pulai menyokong.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Exco daripada Teja bagi membentangkan Enakmen Hotel Perak 2023.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunong Semanggol, Ahli-ahli MMK, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media dan para hadirin yang sedang ikuti siaran langsung ataupun secara fizikal. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen Hotel Perak 2023 dibaca kali kedua sekarang. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut perkara 74 dibaca bersama butiran 5(b) dan 9 senarai negeri Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang berhubung perkara perkhidmatan yang berciri tempatan iaitu rumah tumpangan dan rumah bermalaman, dan mewujudkan kesalahan-kesalahan berhubung perkara tersebut.

Selaras dengan punca kuasa di atas, Dewan Negeri Perak telah sejak sekian lama mempunyai perundangan berkaitan rumah tumpangan iaitu Boarding House Enakmen Chapter 87, dengan izin yang juga dikenali sebagai Enakmen Rumah Tumpangan 1927 Bab 87. Pelaksanaan enakmen ini telah dibuat melalui The Boarding House Rules yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1930. Enakmen Rumah Tumpangan 1927 mengandungi 7 peruntukan yang secara ringkasnya menyediakan punca kuasa untuk menetapkan semua rumah tumpangan perlu memiliki lesen. Setelah 96 tahun kita bergantung kepada Enakmen Rumah Tumpangan 1927, industri rumah tumpangan telah berkembang selari dengan keperluan pengunjung yang semakin ramai tertarik kepada aktiviti pelancongan. Banyak pilihan tempat pelancongan yang menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel, chalet dan resort telah mula dibangunkan dengan pesat oleh para penggiat industri pelancongan sepanjang tempoh tersebut.

Menyedari perkembangan positif Negeri Perak yang menerima semakin ramai pengunjung setiap tahun. Pihak Kerajaan Negeri dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bilangan 2073 yang bertarikh 8 Jun 2022 telah bersetuju dengan cadangan untuk menggubal sebuah enakmen untuk menggantikan Enakmen Rumah Tumpangan 1927. Susulan keputusan MMK tersebut, usaha untuk menambahbaik kaedah mentadbir urusan rumah tumpangan di Perak terus dimulakan dengan meneliti kelemahan enakmen rumah tumpangan yang telah lapuk dan sudah tidak mampu menangani masalah perlesenan yang sering dibangkitkan oleh para pengusaha hotel dan premis-premis penginapan di Negeri Perak. Gerak kerja penggubalan Rang Undang-Undang ini juga merangkumi lawatan dan kajian penanda aras amalan baik dengan mmbuat perbandingan berfokus pelaksanaan pengurusan hotel di negeri-negeri lain yang lebih terkehadapan dalam perkembangan industri hotel dan pelancongan. Dato’ Yang di-Pertua, sehingga hari ini urusan permohonan lesen hotel dan rumah tumpangan di Perak ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui kawalan Undang-Undang Kecil PBT masing-masing. Kaedah pentadbiran yang dilaksanakan melalui Undang-Undang Kecil PBT ini merupakan amalan yang menjadi pilihan majoriti PBT seluruh negara. Walaubagaimanapun, Negeri Pahang telah memulakan usaha penyeragaman tadbir urusan hotel di seluruh Negeri Pahang dalam memperkukuhkan industri pelancongan mereka.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Negeri Pahang telah meluluskan Enakmen Hotel Pahang pada tahun 2020 dan dikuatkuasakan mulai 2021. Enakmen tersebut telah menjadi asas rujukan untuk Perak dalam manggubal enakmen hotel namun ia telah disesuaikan mengikut acuan keperluan Negeri Perak yang tersendiri. Sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan telah dimulakan sejurus selepas menerima keputusan MMK. Mesyuarat pertama bersama kesemua 15 PBT telah diadakan pada 9 haribulan Jun 2022 dan seterusnya pelbagai bengkel, perbincangan penyelarasan dan pembentangan dilaksanakan bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Pejabat Kewangan dan Bendahari Negeri, Ketua-ketua Jabatan PBT, khususnya pasukan perundangan, perlesenan dan penguatkuasaan PBT Perak dan juga bersama Tourism Perak dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perak. Ini juga termasuk persatuan-persatuan pelancongan, penggiat industri perhotelan yang telah diatur dan diselaraskan oleh pihak UPEN, Bahagian Kerajaan Tempatan dan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Maka Rang Undang-Undang yang dibentangkan pada hari ini merupakan sebuah dokumen yang telah melalui proses perbincangan yang matang dan mendalam dengan mengambilkira pelbagai sudut pandang daripada para pemegang taruh dalam industri perhotelan di Negeri Perak.

Kesemua 15 sesi yang dijalankan sepanjang hampir setahun yang lalu ini merupakan usaha yang serius daripada pihak Kerajaan Negeri dalam menangani masalah komuniti perhotelan yang turut kesan langsung kepada komuniti pelancongan di Negeri Perak dan untuk makluman semua, sesi libat urus yang terkini telah dijalankan sebaik sahaja sebelum sidang Dewan pada kali ini di mana melibatkan kesemua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di Negeri Perak dan juga agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan juga persatuan-persatuan dan penggiat industri pelancongan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan kesemua 15 sesi libat urus, perbincangan dan bengkel yang saya sebut tadi.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penyediaan hotel dan tempat-tempat untuk bermalam merupakan komponen penting dalam industri pelancongan. Perak perlu bersedia untuk bekerjasama dengan lebih ramai pengusaha-pengusaha rumah tumpangan dalam tafsiran yang lebih meluas dan moden pada hari ini. Tempat tinggal sementara tempoh percutian yang dipilih oleh pengunjung ke Perak tidak lagi terhad kepada hotel dan rumah tumpangan semata-mata tetapi telah berkembang kepada chalet, rumah-rumah rehat, khemah, house-boat dan sebagainya. Penggubalan RUU Hotel Perak 2023 dijangka akan dapat melonjakkan industri perhotelan di samping memanfaatkan pihak penggiat industri perhotelan dan pengunjung Perak secara langsung. Tafsiran hotel yang diperluaskan kepada semua jenis tempat menumpang, bermalam atau berlindung akan meliputi maksud dan membuka seluas-luas peluang kepada semua pengusaha hotel, rumah tumpangan, chalet, rumah-rumah rehat, khemah, house-boat yang sebelum ini tidak dapat didaftarkan untuk mendapat lesen hotel dari pihak berkuasa.

Pengiktirafan kepada lebih ramai pelesen hotel ini akan dapat merancakkan aktiviti promosi tempat-tempat menarik yang selama ini mungkin tidak dapat dilaksanakan secara meluas kerana tidak termasuk dalam kategori yang dibenarkan oleh perundangan sebelum ini. Kaedah kawalan melalui pelesenan ini juga penting bagi meningkatkan kualiti hotel dan tempat bermalam di seluruh Negeri Perak. Penyeragaman syarat lesen dijangka akan dapat mengawal isu keselamatan, kebersihan dan kacau ganggu yang menjadi pertimbangan dan kerisauan para pengunjung dalam pemilihan destinasi pelancongan. Keseragaman kualiti hotel di Perak sudah pasti akan menjadi alasan paling kukuh untuk menarik pelancong terus datang kerana menyediakan destinasi selamat atau safe tourism dengan izin secara menyeluruh dari utara hingga selatan negeri Perak. Oleh itu, RUU Hotel Perak 2023 ini digubal bertujuan untuk menambah baik peruntukan mengenai pengurusan hotel dan tempat-tempat pemalaman yang semakin banyak di negeri Perak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Enakmen tahun 1927 yang sudah tidak mampu lagi menampung keperluan industri perhotelan yang beroperasi pada hari ini perlu diambil tindakan dan kita selesaikan dengan penggubalan Rang Undang-Undang Hotel pada hari ini.

Dato' Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 atau dikenali sebagai RUU Hotel yang dicadangkan ini mengandungi 32 Fasa Peruntukan yang dibahagikan kepada 5 bahagian seperti berikut. Bahagian 1 Permulaan. Bahagian 1 enakmen yang dicadangkan mengandungi peruntukan bagi perkara permulaan. Fasa 1 mengandungi tajuk ringkas permulaan kuatkuasa dan pemakaian enakmen yang dicadangkan. Fasa 2 mengandungi tafsiran perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam enakmen yang dicadangkan. Bahagian 2 Pelesenan.

Bahagian 2 enakmen yang dicadangkan memperuntukkan perkara berhubung pelesenan hotel. Fasa 3 bertujuan memperuntukkan kewajipan ke atas pengendali hotel untuk mendapatkan lesen hotel di bawah enakmen yang dicadangkan. Tiada orang boleh menguruskan hotel yang tidak berlesen di bawah enakmen yang dicadangkan. Pelanggaran kepada fasa ini adalah suatu kesalahan di bawah enakmen. Fasa keempat bertujuan memperuntukkan perkara berhubung pemohonan lesen. Fasa kelima bertujuan memperuntukkan kuasa kepada pihak kuasa melesen untuk mengkehendaki dokumen dan maklumat daripada pemohon lesen. Fasa 6 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung tempoh dan pembaharuan lesen. Fasa 7 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung lesen hotel di bawah enakmen yang dicadangkan dan lesen-lesen lain di bawah undang-undang bertulis yang lain berhubung dengan hotel. Fasa 8 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung lesen sementara hotel. Fasa 7 bertujuan memperuntukkan kewajipan ke atas pemegang lesen hotel untuk mempamer dan mengemukakan lesen. Fasa 10 bertujuan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Melesen untuk mengkehendaki pemegang lesen untuk membayar deposit lesen. Fasa 11 bertujuan memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengenakan fi caj perkhidmatan tempatan atau bayaran yang perlu dibayar di bawah enakmen yang dicadangkan yang kadarnya akan ditetapkan melalui peraturan-peraturan setelah enakmen ini dikuatkuasakan. Fasa 12 bertujuan memperuntukkan larangan pemindahan lesen tanpa kelulusan bertulis Pihak Berkuasa Melesen. Fasa 13 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung penggantungan atau pembatalan lesen. Fasa 14 bertujuan memperuntukkan hal berhubung rayuan.

Seterusnya Bahagian 3 penguatkuasaan. Bahagian 3 enakmen yang dicadangkan mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung penguatkuasaan. Fasa 15 bertujuan memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Melesen dan pegawai polis untuk menyiasat kesalahan di bawah enakmen yang dicadangkan. Fasa 16 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung penggeledahan hotel atau mana-mana premis dengan waran. Fasa 17 bertujuan memperuntukkan kuasa kepada Pihak

Berkuasa Melesen atau pegawai diberi kuasa untuk menutup hotel. Fasa 18 bertujuan memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Melesen atau pegawai polis untuk memasuki dan memeriksa mana-mana hotel atau premis yang menjalankan aktiviti di bawah enakmen yang dicadangkan. Fasa 19 bertujuan memperuntukkan keperluan untuk menyediakan senarai benda yang disita oleh pegawai diberi kuasa. Fasa 20, bertujuan memperuntukkan perkara berhubung pelucuthakkan, buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita dibawah enakmen yang dicadangkan. Fasa 21 bertujuan memperuntukkan kuasa penguatkuasaan ke atas benda atau barang yang cepat rosak secara semula jadi. Fasa 22 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung halangan dan sebagainya ke atas tindakan penguatkuasaan di bawah enakmen yang dicadangkan.

Bahagian 4 Pelbagai. Bahagian 4 enakmen yang dicadangkan mengandungi peruntukan hal-hal pelbagai. Fasa 23 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung kesalahan oleh perkhidmat atau ejen hotel. Fasa 24 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung kesalahan oleh perbadanan. Fasa 25 bertujuan memperuntukkan hukuman penalti am bagi kesalahan-kesalahan yang tiada penalti khusus di bawah enakmen yang dicadangkan. Fasa 26 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung pemakaian Kanun Tatacara Jenayah. Fasa 27 bertujuan memperuntukkan hal pendakwaan. Fasa 28 bertujuan memperuntukkan kuasa Pihak Berkuasa Melesen untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan dibawah enakmen yang dicadangkan dengan keizinan Pendakwa Raya. Fasa 29 bertujuan memperuntukkan perkara berhubung pembayaran wang ke dalam kumpulan wang. Fasa 30 bertujuan memperuntukkan kuasa pegawai polis untuk menyiasat kesalahan di bawah enakmen yang dicadangkan. Fasa 31 bertujuan memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat peraturan-peraturan dan sebagainya di bawah enakmen yang dicadangkan.

Akhir sekali Bahagian 5 tentang Pemansuhan dan Peralihan. Bahagian 5 enakmen yang dicadangkan mengandungi perkara berhubung pemansuhan dan peralihan. Fasa 32 bertujuan memperuntukkan hal berhubung pemansuhan enakmen Rumah Tumpangan 1927/87 dan peralihannya. Manakala untuk implikasi kewangan Rang Undang-Undang yang dicadangkan ini tidak akan melibatkan sebarang perbelanjaan wang tambahan kepada Kerajaan Negeri Perak.

Dato' Yang di-Pertua, melalui Rang Undang-Undang yang dicadangkan ini, peruntukan-peruntukan yang dibuat adalah bertujuan untuk pertama mengadakan kawalan pelesenan hotel yang lebih meluas pemakaiannya mengikut perkembangan semasa industri rumah tumpangan dan rumah bermalaman pada masa in dalam kawasan operasi dan luar kawasan operasi PBT. Kedua ia juga bertujuan menambah baik kawal selia dan operasi bagi menjamin keseragaman, kualiti, keselamatan dan kebersihan yang mampu meningkatkan keyakinan penginap sekaligus menggalakkan amalan safe tourism dengan izin di negeri ini dan juga ketiga, Rang Undang-Undang yang dicadangkan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran pembangunan, penambahbaikan dan manfaat industri pelancongan tempatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Tujuan ini penting dalam melengkapkan persediaan industri perhotelan bersama sama mendokong industri pelancongan negeri Perak untuk Tahun Melawat Perak 2024.

Intipati enakmen ini akan banyak membantu negeri dalam menyediakan perancangan yang lebih bersasar dengan data pelesen dan tempat-tempat operasi pemalaman yang lebih tepat dijangka akan dapat terkumpul selepas ini. Usaha ini selaras dengan salah satu agenda utama Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menekankan tentang pembuatkan keputusan berpacukan data. Dato’ Yang di-Pertua saya percaya pada perkara penting berhubung RUU Perak 2023 telah saya sampaikan dengan sebaiknya. Keperluan menyediakan RUU ini sangat jelas dan bertepatan untuk diadakan pada ketika ini bagi memulihkan ekonomi rakyat tempatan. Semua penggiat industri dan peniaga-peniaga kecil akan menerima impak langsung daripada pengurusan industri pelancongan yang lebih seragam dan selamat hasil daripada tadbir urus yang berkesan melalui RUU Hotel Perak 2023 ini. Dengan itu, Dato' Yang di-Pertua, Teja Mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Teja atas pembentangan Enakmen Hotel Perak 2023. Ada sokongan?

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Dato' Yang di-Pertua, Simpang Pulai menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Simpang Pulai. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang adalah Rang Undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah dibaca kali kedua dan sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 30 minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 15 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Sekarang dijemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan. 30 minit ya, dipersilakan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media, para hadirin hadiran sekalian, salam sejahtera dan selamat pagi, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana Simpang Pulai diberikan peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 seperti yang dibentangkan oleh Exco Teja.

Untuk makluman semua, Perak merupakan negeri kedua yang membentangkan RUU sebegini selain negeri Pahang dan sebegini, Perak boleh menjadi penunjuk arah untuk negeri-negeri lain. Jadi mohon izinkan saya membahaskan kepentingan penggubalan rang undang-undang ini dari tiga aspek serta beberapa isu yang perlu diberi perhatian dalam kewujudan rang undang-undang ini.

Dato' Yang di-Pertua, pertama, pengawaseliaan industri penginapan penting untuk pembangunan sektor perkhidmatan dalam negeri. Mengikut laporan sosial ekonomi negeri Perak 2021 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi negeri ini didominasi oleh sektor perkhidmatan dengan sumbangan sebanyak 61% kepada keseluruhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK), manakala yang baki disumbangkan oleh empat sektor yang lain iaitu pembuatan, sektor pertanian, sektor pembinaan serta sektor perlombongan dan pengkuarian. Walau pun peranan industri pelancongan tidak dinyatakan dalam data yang diperolehi tetapi kerajaan Perak telah memperuntukkan sebanyak RM25.9 juta dalam usaha untuk memulihkan dan meningkatkan potensi industri pelancongan tempatan pada tahun 2021 demi pertumbuhan sektor perkhidmatan pasca pandemik. Ini telah menunjukkan bahawa industri pelancongan merupakan pendorong yang terbesar kepada sektor perkhidmatan selain daripada memenuhi keperluan penduduk tempatan di dalam negeri Perak. Sebagai contohnya, sektor-sektor perkhidmatan termasuklah industri, pengangkutan dan penyimpanan, perkhidmatan maklumat dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan penginapan serta makan dan minuman. Ini semuanya dimasukkan di bawah sektor perkhidmatan dan berkait rapat dengan industri pelancongan. Sebab setiap pelancong akan memakai pengangkutan, makan minum, tidur dan main telefon pintar di mana jua waktu mereka melancong ke mana mana tempat.

Mengikut garis panduan Pertubuhan Pelancong Dunia (WTO) dengan izin World Tourism Organization pengunjung dengan izin, visitor akan diklasifikasikan sebagai pelancong dengan izin tourist or overnight visitor jika perjalanannya melibatkan penginapan sekurang-kurangnya satu malam di tempat yang dikunjunginya. Oleh itu, taburan dan status sebarang tempat penginapan untuk pelancong seperti hotel, asrama, motel, rumah tumpangan, rumah pemalaman, rumah tetamu, rumah bot, homestay, tapak-tapak perkhemahan, ataupun kenderaan yang digunakan sebagai tempat menginap yang berbayar, semua maklumat yang dapat dikumpulkan daripada tempat penginapan tersebut merupakan penunjuk yang amat penting untuk memberi gambaran terhadap keadaan semasa bagi industri pelancongan serta potensi untuk perkembangan pada masa depan.

Sebagai contohnya, kalau kita dapat tahu taburan tapak-tapak perkhemahan di sesuatu tempat yang mana padatnya, maksudnya lebih ramai pelancong akan melawat tapak perkhemahan tersebut. Jadi perancangan yang sewajarnya boleh dijalankan. Oleh itu, pengawaseliaan atas industri penginapan adalah penting untuk melindungi kepentingan semua pihak termasuklah pengusaha-pengusaha industri dan juga orang awam supaya keyakinan pelancong terhadap industri pelancongan negeri Perak tidak terjejas. Apa yang berlaku semasa tragedi tanah runtuh Batang Kali, di mana 31 nyawa terkorban pada bulan Disember tahun lepas kita wajib mengambil pengajaran yang apa telah berlaku supaya industri pelancongan di Perak dan seluruh Malaysia membuat penyediaan yang sewajarnya dan menjalankan pemantauan yang secukupnya supaya sebarang tragedi ataupun kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan. Kita juga harus bersedia supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan tepat sekiranya kemalangan berlaku. Keselamatan dan sekuriti pelancong-pelancong dan juga pengusaha-pengusaha industri harus sentiasa dijamin demi kebaikan bersama.

Untuk memberi pengalaman penginapan yang terbaik dan selamat, ianya tidak bergantung kepada pengusaha industri sahaja tetapi memerlukan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan, pihak penguatkuasa dan juga pasukan penyelamat. Dengan ini, Rang Undang Untang Hotel Perak 2023 harus diluluskan segera. Supaya Kerajaan Negeri diberi peluang untuk mendapatkan maklumat industri penginapan yang lengkap dan menyeluruh termasuklah struktur dan pelan bangunan, maklumat penghuni serta keadaan sekelilingnya dan supaya kawasan penginapan pengunjung sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal.

Ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan pelancong-pelancong, melindungi kepentingan kedua-dua pihak pengusaha dan pelancong, mengelakkan kemalangan yang tidak diingini serta meningkatkan kecekapan pengurusan sektor perkhidmatan dan industri pelancongan. Selain itu, apabila tempat penginapan ataupun hotel yang telah disahkan keselamatan oleh pihak berkuasa, mereka akan dapat mendapat perlindungan insurans. Ini juga akan menggalakkan agensi-agensi pelancongan dan kerajaan seperti MOTAC, Tourism Malaysia, Tourism Perak dan pengusaha-pengusaha pelancong untuk menawarkan pakej pelancongan yang lebih menarik dan selamat dengan merangkumi pengangkutan tempat tarikan pelancongan serta penginapan yang dilingungi insurans. Ini akan menggalakkan pembangunan industri penginapan dan meningkatkan prestasi industri pelancongan. Perkembangan industri penginapan juga akan memacukan pembangunan ekonomi negeri Perak. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, status industri penginapan mencerminkan keadaan semasa industri pelancongan serta potensi pada masa depan. Oleh itu, setiap sektor perkhidmatan adalah saling berkait antara satu sama lain. Perkembangan industri pelancongan akan membawa peluang pekerjaan kepada sektor perkhidmatan yang lain seperti restoran, dobi, logistik, pengangkutan dan sebagainya. Ini dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Perak pada masa akan datang.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk perkara kedua, maklumat dan data yang lengkap akan membantu perancangan industri pelancongan pada masa depan. Maklumat-maklumat yang dikumpulkan melalui sistem perlesenan yang ditentukan dalam Rang Undang-Undang ini akan mewujudkan set data yang lebih tepat dan membantu Kerajaan Negeri dalam perancangan industri pelancongan dengan lebih menyeluruh dan sistematik. Pembuatan keputusan berpacukan data merupakan salah satu agenda utama Kerajaan Negeri Perak dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Ini menunjukkan kepentingan supaya Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 dapat diuruskan dalam pengurusan dan perancangan industri pelancongan. Menurut maklumbalas Tourism Perak Management Berhad (TPMB) kepada pihak audit yang dicatatkan dalam laporan audit, Laporan Kedua Audit Negara 2021, kaji selidik yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia serta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) tidak melibatkan keseluruhan hotel yang berdaftar iaitu sebanyak 560 buah hotel sahaja.

Justeru, penghasilan data pelancong ke Negeri Perak adalah kurang tepat. Isu ini dapat ditangani jika Negeri Perak dapat memperolehi set data sendiri. Selain itu, Negeri Perak dapat menunjukkan perancangan yang lebih mendalam dengan set data yang diperolehi. Sebagai contohnya, Program Homestay di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) yang bertujuan memberi pengalaman kepada pelancong domestik atau luar negara untuk tinggal bersama keluarga yang dipilih dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar. Akan tetapi Program Homestay ini tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Akan tetapi program yang bermanfaat ini tetap boleh dimajukan dengan sumber tempatan yang sedia ada serta penambah baikan kemudahan di kawasan sekelilingnya jika Kerajaan Negeri Perak mendapat set data yang lebih terperinci. Pada bulan Februari 2023, jumlah pendapatan homestay di Negeri Perak berada di tempat keempat paling rendah dan hanya melebihi jumlah pendapatan homestay di Kelantan, Labuan dan Perlis. Akan tetapi, Perak mempunyai 11 buah kluster homestay dengan jumlah 32 kampung serta 160 pengusaha yang terlibat. Bilangan ini sebenarnya melebihi jumlah homestay di Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu. Maklumat ini menunjukkan bahawa industri homestay di Negeri Perak masih mempunyai banyak ruang untuk dipertingkatkan pada masa depan.

Di samping itu, industri pelancongan di Negeri Perak juga amat bergantung kepada ciri-ciri keunikan alam sekitar semula jadi dan landskap perbandaran di kawasan tersebut. Menurut Laporan Sosio Ekonomi Negeri Perak 2021, destinasi tumpuan utama pelancong domestik pada tahun 2021 di Perak adalah Ipoh Parade Shopping Centre, Taman Tasek Taiping, Teluk Batik, Lost World of Tambun dan Lumut Waterfront. Pada tahun 2020, dari segi nilai terimaan dengan izinnya, tourism expenditure sejumlah RM3.3 bilion telah dibelanjakan oleh pelancong domestik semasa berkunjung ke Perak. Membeli-belah mencatatkan sumbangan tertinggi iaitu 44.4% di mana jumlah terimaan pelancongan domestik ke Perak pada tahun 2020. Pada tahun yang sama, 67.9% pelancong, berkunjung ke Perak adalah untuk tujuan melawat saudara-mara dan rakan dan diikuti oleh perjalanan bagi tujuan percutian, mengisi lapangan, berehat dan membeli-belah.

Data-data setakat ini hanya dapat memberi gambaran semasa pandemik pada tahun 2020 dan tumpuan atas pelancong-pelancong domestik sahaja. Jadi pengumpulan data yang lebih tepat harus dijalankan dengan kadar segera supaya perancangan untuk menampung keperluan pengusaha-pengusaha pelancong domestik dan pelancong luar negara dapat dijalankan. Dengan RUU yang baru ini apabila kita dapatkan set data yang lebih lengkap, kerajaan dapat membuat perancangan industri pelancongan yang lebih sistematik, termasuklah membina ekosistem yang lebih kondusif, mempromosikan budaya unik tempatan, memperbagaikan produk setempat serta meningkatkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dan tambahan juga, Kerajaan Negeri juga dapat mengawal selia pengusaha-pengusaha A, B & B pada masa depan jika mempunyai maklumat dan data yang menyeluruh. Ini adalah untuk mengelakkan pengusaha-pengusaha A, B & B daripada menimbulkan isu-isu kacau ganggu kepada penghuni setempat dan pada masa yang sama, mengizinkan mereka mengambil bahagian dalam industri pelancongan dan sama-sama memajukan sektor perkhidmatan di Negeri Perak di bawah peraturan yang ditentukan. Secara ringkasnya, Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 akan membawa pelbagai faedah kepada semua pihak berkepentingan kalau diluluskan. Ini bukan sahaja membolehkan kerajaan mendapatkan data yang lengkap untuk menjalankan perancangan yang lebih komprehensif serta meningkatkan pendapatan industri pelancongan dan sektor perkhidmatan di Negeri Perak.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga. fi atau caj perkhidmatan tempatan dan bayaran yang dikumpulkan perlulah digunakan demi kebaikan industri pelancongan. Saya ingin menegaskan di sini bahawa Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 diwujudkan adalah untuk kebaikan semua dan bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak. Oleh itu, sebarang fi atau caj perkhidmatan sepatutnya tidak bertindih dengan perlesenan perniagaan di bawah pengendalian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita juga mengambil perhatian supaya mengelakkan kewujudan fi atau caj perkhidmatan yang bertindih kepada pengusaha-pengusaha industri penginapan yang sedia ada dan telah banyak memberi sumbangan kepada ekonomi Negeri Perak.

Fi atau caj perkhidmatan yang dikenakan atas pengusaha-pengusaha industri penginapan harus digunakan dengan sewajarnya untuk tujuan pembangunan industri pelancongan sahaja. Saya ingin mencadangkan bahawa fi atau caj perkhidmatan ini yang dikumpulkan bawah Kumpulan Wang Disatukan Negeri seperti yang dinyatakan dalam RUU ini, jadi dana ini dapat disalurkan untuk menyokong pembangunan zon-zon pelancongan yang dikenal pasti melalui set data dikumpulkan daripada sistem perlesenan yang diwujudkan.

Sebagai contohnya, dana ini boleh digunakan untuk mempromosikan industri maize iaitu segmen industri pelancongan termasuk mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran dengan izinnya meetings, insentives, conference and exhibitions. Ini disebabkan bahawa industri ini memerlukan perbelanjaan wang yang tinggi terlebih dahulu untuk membina dan menambah baik infrastruktur yang dapat menampung bilangan pelancong yang banyak dalam satu tempoh masa yang tertentu. Daya tarikan industri maize dapat memperkukuhkan industri penginapan, makanan dan minuman serta perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti dobi, logistik dan sebagainya. Kita kena tahu kelebihan Negeri Perak kita adalah lokasi strategik di antara dua bandar utama Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, berdekatan dengan Lebuhraya Utara Selatan, dilengkapi dengan perkhidmatan ETS Komuter dan perkhidmatan lapangan terbang. Jadi semua kelebihan Negeri Perak ini seharusnya membantu memajukan ekonomi negeri kita. Di samping itu, kemudahan dan perkhidmatan asas zon-zon pelancongan juga harus diambil berat untuk memastikan sentiasa berada di status yang memuaskan dan berupaya untuk menampung keperluan penduduk setempat serta kemasukan pelancong-pelancong domestik dan juga luar negara.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Simpang Pulai. Mohon pencerahan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Ok.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jelas apa yang Simpang Pulai cakap tadi. Tapi setuju ke dengan saya tentang tafsiran homestay lebih ditumpukan kepada tajuk penginapan. Macam mana dengan pelan MOTAC 95 tentang inap desa. Bila inap desa, penginapan merupakan satu elemen dalam inap desa itu. Inap desa disediakan penginapan dengan program-program dia. Detail-detail dia. Pergi memancinglah, dapat budaya dan budaya yang you kata tadi tapi kalau hotel saja, kita bincang tentang tidur. Bangun, balik kerja, tidur dan bangun jadi saya rasa tafsiran tu kena jelas sikit. Homestay yang you maksudkan hotel. Macam mana dengan inap desa? Terima kasih.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Alor Pongsu. Untuk homestay ini sebenarnya dia adalah dibrand di bawah MOTAC. JadI ialah ia memberikan perkhidmatan. Perkhidmatan bukan sahaja penginapan. Ia lebih kepada pengalaman bersama keluarga setempat. Jadi ia bukan diusahakan oleh satu rumah ke apa. Yang biasanya ia diuruskan dengan satu kampung. Jadi ini adalah definasi MOTAC. Bukan bawah saya. Saya juga menurut dengan definasi MOTAC sahaja. Tapi bagi I kita buat RUU hotel ini adalah untuk tentukan. Itu sebab I cakap pengunjung di definasi sebagai pelancong apabila dia tidur satu malam di Perak. So, apabila jadi pelancong, dia kena tidur di sini di Perak. Jadi kita buat RUU hotel ini untuk dapatkan data dan melindungi keselamatan untuk pelancong di negeri Perak.

Mohon mencelah.

Yang di-Pertua

Boleh benarkan? Ok.

Baik, Simpang Pulai ada menyebut tentang tafsiran homestay berdasarkan MOTAC yang saya juga merujuk kepada tafsiran tersebut yang menyatakan bahawa homestay adalah produk untuk bukan produk penginapan. Ia lebih kepada satu program yang disebut oleh Simpang Pulai tapi ia nampak bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam RUU yang baru ini yang telah meletakkan tafsiran hotel termasuk homestay. So, di situ seolah ada konflik di antara tafsiran MOTAC dan juga tafsiran RUU ini. So, kita khuatir akan datang bila pelaksanaan enakmen ini akan berlaku pertikaian kerana ada yang mentafsirkan hotel dan bukan kemudahan penginapan berdasarkan MOTAC tapi RUU ini meletakkan homestay sebagai premis hotel menginap. So, bagaimana perkara itu perlu ditangani? Terima kasih.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Itu sebablah dengan RUU hotel ini, kalau kita sudah set satu definasi yang clear untuk penginapan satu hari di sini, jadi kita kenalah buatlah RUU. Kita semua rumah penginapan tak kira dia homestay atau tidak bawah MOTAC. Haruslah dikawal selia dalam RUU hotel ini. Ini supaya kita seragamkan ini semua definasi. You, kalau semua pelancong datang sini kalau you duduk satu malam kenalah dikawal selia dalam RUU undang ini.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Maaf, saya tambah sikit ya. Nampak gaya apa setuju ke dengan saya Simpang Pulai, RUU yang cuba dibentangkan ini dibuat semacam blanket tau. Selagi ada semua kaut sekali bawah satu bumbung. That is wrong. Homestay kalau rumah dibuat homestay macam bilik yang saya sewa hari ni, untuk sidang ini, dia beli untuk kediaman tapi dijadikan hotel. Hotel haram. Exco ada sebut pasal hotel haram masa libat urus itu hari. Itu hotel haram. Saya duduk hotel haram la kot, kan? Jadi saya rasa tafsiran homestay inap desa ni, kita jangan blanket semua sekali. Kita kena pecahkan. Homestay yang berbentuk kediaman. Saya beli dua rumah. Jadi saya harap Simpang Pulai setuju dengan saya. Tafsiran ini perlu dibetulkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Simpang Pulai, teruskan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Bagi sayakan kalau blanket semua, ini sebab adalah demi keselamatan semua dengan kebaikan semua. Katakanlah, ok katakanlah kalau satu homestay dia uruskan sendiri, berlaku apa apa kemalangan, siapa akan ambil tanggungjawab atas kemalangan tersebut. Oklah, I tutup topik ini. I teruskan sahaja. Jadilah sebenarnya sebarang pembangunan kemudahan dan perkhidmatan asas zon-zon pelancongan dapat memanfaatkan kedua-dua pihak orang tempatan dan juga pengunjung. Sebagai contohnya, apabila kita menaiktarafkan jalan raya ataupun menyediakan tong-tong sampah yang mencukupi dan yang dapat menikmati manfaat ini adalah kedua-dua pihak penduduk dan juga pelancong. Dengan kelulusan RUU ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bekerjasama dengan Kerajaan

Negeri untuk bersama-sama membangunkan ekonomi Negara kita serta menjaga kebaikan semua. Kemudahan dan perkhidmatan asas yang perlu ditingkatkan termasuklah menyediakan jalan raya yang rata, tidak berlubang serta lampu jalan yang bernyala untuk menjamin keselamatan pengguna-pengguna lalu lintas. Menambah baik sistem perparitan dan mengelakkan ia menjadi punca utama banjir kilat selepas hujan. Memastikan pokok tepi jalan serta rumput di taman permainan dicantas mengikut jadual. Pengutipan sampah mengikut jadual yang ditentukan dan sebagainya. Menurut Laporan Sosio-Ekonomi Negeri Perak 2021, kita juga tahu Ipoh sebagai ibu Negeri Perak masih merupakan destinasi utama pelancong-pelancong domestik.

Jadi isu-isu kemudahan dan perkhidmatan asas di kawasan persekitaran Ipoh harus ditangani dengan kadar yang lebih cekap. Kita juga tahu, tahun ini merupakan Tahun Melawat Ipoh yang sepatutnya sudah bersedia untuk menyambut lebih ramai pengunjung dan pelancong ke bandar raya, Bandar raya Ipoh. Lagipun, Tahun Melawat Ipoh juga dikenali sebagai show case dengan izin ya untuk Tahun Melawat Perak 2024 dan juga langkah penyediaan, persediaan untuk meletakkan Bandaraya Ipoh dalam peta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2025. Kita juga tahu pendapatan PBT memanglah terhad. Oleh demikian, saya harap RUU hotel ini dapat diluluskan dengan kadar segera dan dilaksanakan dengan secepat mungkin supaya fi atau caj perkhidmatan yang dikumpulkan dapat membantu mempercepatkan proses pembangunan industri pelancongan di Perak terutamanya atas perkhidmatan asas. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan supaya satu unit khas ditubuhkan di bawah setiap PBT untuk menyelaraskan dan mengendalikan segala hal-hal yang berkaitan dengan sektor pelancongan. Sebagai contohnya, di bawah Majlis Perbandaran Taiping, satu bahagian yang dinamakan Bahagian Pengurusan Bukit Larut dan Pelancongan telah ditubuhkan. Di bawah Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Juga mempunyai Unit Korporat dan Pelancongan ditubuhkan. Unit Khas Pelancongan di bawah PBT ini kalau diwujudkan boleh menjalankan kerja-kerja pengurusan sektor pelancongan, pengurusan caj perkhidmatan untuk menaik taraf infra atau perkhidmatan asas pelancongan dan promosi industri pelancongan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Selain daripada PBT, saya juga ingin menegaskan bahawa kerjasama antara agensi-agensi kerajaan di semua peringkat juga amat penting. Ini termasuklah pihak JKR, LAP, TNB, MCMC dan sebagainya terutamanya untuk Jabatan Kerja Raya (JKR) memainkan peranan yang sangat kritikal dalam penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur asas iaitu jalan raya demi menjana aktiviti ekonomi. Jalan raya merupakan keperluan asas untuk meningkatkan produktiviti pelbagai industri dan merangsangkan perkembangan ekonomi. Oleh itu, penyelenggaraan yang sewajarnya amat diperlukan untuk kebaikan semua. Sebagai contohnya, cadangan menaik taraf jalan Persekutuan FT-001 dari Seksyen 577 hingga Seksyen 584 Daerah Kinta iaitu Jalan Sultan Nazrin Shah harus disegerakan. Menurut jawapan Kamar Khas Parlimen Malaysia pada bulan Mac 2023 daripada Kementerian Kerja Raya, cadangan tersebut pernah dimohon ketika Rolling Plan-2, Rancangan Malaysia Ke 12. Namun, pertimbangan diberikan kepada projek-projek yang lain yang lebih utama sedangkan Jalan Sultan Nazrin Shah telah lama mengalami masalah banjir dan ini bukan sahaja membahayakan pengguna-pengguna jalan raya terutamanya jalan tersebut juga merupakan jalan utama yang menghubungkan Lebuh Raya Utara Selatan dan Bandaraya Ipoh dari selatan, di mana pengunjung-pengunjung dari arah selatan akan sering pakai dan pengaliran trafik memang tinggi terutamanya pada hari cuti perayaan. Jadi, dengan penyelenggaraan yang cekap dan naik taraf yang diperlukan atas keperluan asas, barulah kita dapat bersedia menerima pelancong-pelancong dalam Tahun Melawat Perak pada tahun depan. Dato’ Yang di-Pertua, secara kesimpulannya, industri penginapan harus dikawal selia demi kepentingan pembangunan sektor perkhidmatan supaya keselamatan kita terjamin. Kedua, dengan agenda utama pembuatan keputusan berpacukan data. Jadi set data yang lengkap membantu dalam perancangan pelancongan pada masa depan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Simpang Pulai, saya celah sedikit lagi.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Last.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sikit je sikit je.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Last, last.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sebab saya dengar you sebut tadi banyak tentang kemudahan-kemudahan di bandar.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu, Alor Pongsu, kalau dia tak benarkan tak boleh celah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dia benar, dia senyum.

Yang di-Pertua

Boleh ke tak boleh. Tak boleh. Dia kata nanti duduk dulu. Nanti Alor Pongsu ada masa nak berbahas nanti boleh bawa point tu. Ok, teruskan Simpang Pulai.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Ketiga, fi atau caj perkhidmatan tempatan dapat membantu dalam pertumbuhan industri pelancongan. Akhir kata, saya ingin tutup perbahasan saya dengan satu rangkap pantun.

Keselamatan kita harus dijamin Maklumat dan data harus dikumpulkan Perkembangan pelancongan terus terjamin RUU Hotel mesti diluluskan

Dato' Yang di-Pertua, Simpang Pulai mohon menyokong untuk meluluskan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan. Saya ingatkan 30 minit ya. Ok, silakan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa) Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-

Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media dan seterusnya seluruh rakyat yang dikasihi sekalian. Pertama saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 pada hari ini.

Jadi sebelum memulakan perbahasan ini, saya mengambillah kesempatan sedikit bagi peluang mewakili rakyat Gunung Semanggol dan juga Ketua Pembangkang untuk pertamanya, memberi penghargaan setinggi-tinggi kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang tempoh 6 bulan ini nampak memang dia merealisasilah hasrat daripada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan supaya tidak membezakan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan pihak yang bukan kerajaan dan mengamalkan politik yang dikatakan aras tinggi, jadi ini yang kita pun sama-sama berhajat berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan kita mengharap supaya kestabilan politik dan proses perubahan politik dalam negara juga berlaku mengikut prosesnya dan terima kasih ini ditujukan khususlah kepada yang pertama kerana menyambung dan memberi kotak makanan kepada kita di pihak yang bukan kerajaan ni walaupun 50 kotak tu nak berbanding dengan pengundi yang ada 20 ribu, 30 ribu. 50 kotak ni memang sikit sangatlah. Tapi ada pun syukur lah Alhamdulillah. Walaupun kurang daripada pihak kerajaan pun. Takpe lah, terima kasihlah, alhamdulillah.

Yang kedua, mengenai dengan kita nak sambut dengan Raya Qurban ni dan kita dipahamkan ada bagi juga lembu kepada kita. Terima kasih banyak. Kalau tambah lagi kami memang amat mengalu-alukanlah. InsyaAllah tu dalam peringkat perundingan dan juga kesempatan ni khusus nak ucap terima kasih sebab baru ni sebelum 10 malam yang terakhir di Semanggol kena ribut 70 buah rumah. Kita punya peruntukan tu bagi hanya RM500 ini rumah dia bumbung habis kan jadi atas keperhatinan Yang Amat Berhormat bagi satu peruntukan jadi kita bolehlah agih-agih untuk baik rumah. Jadi sukalah cadang disini kalau kita kerajaan negeri kita boleh mengadakan satu peruntukan walaupun kita tak boleh secara lumpsum peruntukan untuk sebagai persediaan untuk yang menerima musibah macam ni. Kita tengok macam RM3,000 nak baik bagi kita mungkin boleh lah tapi kalau orang kampung duk pelohong ni tak boleh nak tidur kan rumah tu. Jadi kalau ada peruntukan ni bolehlah kita bagi kemudahan ataupun bantuan kepada mereka.

Jadi kesempatan ini juga ucap tahniah kepada Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan yang membawa Rang Undang-Undang Hotel Perak 23 tepat pada masanyalah kalau kita mengambil tindakan ini untuk menggubalkan undang-undang yang berkaitan dengan perhotelan ini sebab selari dengan perkembangan perhotelan ini daripada dulu sekarang dah banyak perkembangan-perkembangan perkhidmatan perhotelan ini. Jadi, kalau kita nak tahu, kita tak sedar lah kata hotel ataupun percukaian dengan perhotelan ini. Kebetulan dulu saya, ex kastamlah, kita enforce Undang-Undang Service Act tahun 1975 lagi, satu Akta 151 Undang-Undang Cukai Perkhidmatan yang mengenakan cukai ke atas semua perkhidmatan-perkhidmatan yang ditentukan di dalam hotel. Termasuklah perkhidmatan yang kita nak senarai pun, banyak senarai-senarai itu disediakan. Jadi, kita kata dah lama 1975 dan kerajaan negeri ataupun kita sebagai persediaan industri perhotelan ini terbabit dengan premis, terbabit dengan tanah, terbabit dengan tempat, perlu govern di tempat kita. Jadi kalau kita tidak ada satu perundangan untuk mengawal pembinaan, pengurusan hotel, tempat-tempat dan sebagainya perkhidmatan, ini agak tertinggal. Jadi tepat pada waktunya dan syabas dah dan taniahlah diucapkan kepada kerajaan dan sama-samalah kita membangunkan negeri yang kita cinta ini dan sama-samalah kita boleh menjadikan industri perhotelan ini sebagai satu sumber pendapatan kepada negeri dan juga boleh menjadi sumber pendapatan kepada rakyat khususnya rakyat marhaen. Jadi bagi memastikan mewujudkan situasi menang-menang, saya ingin membangkitkan beberapa perkaralah.

Beberapa perkara ini mengenai dengan ini sebelum tu nak tengok, kalau kita tengok apa hasil dalam Negeri Perak ni daripada laporan audit kita tengok memang menyumbang kepada 4.7% daripada KDNK daripada pelancongan. Memang banyak dan 1.5% pada tahun 2021 dan KDNK Negeri Perak masing-masing lebih kurang nilai dia RM1.16 bilion. Tahniah. InsyaAllah kita boleh jana balik dan peningkatan-peningkatan itu secara tidak langsung boleh activate ekonomi dalam Negeri Perak ini. Jadi beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan. Pertama mengenai yang telah dibangkitkan oleh sahabat-sahabat kita itu mengenai dengan takrifan hotel bawah Seksyen 2C Rang Undang-Undang Hotel 2023 Negeri Perak ini dia memasukkan homestay sebagai takrif hotel. Ini yang rasa banyak yang sahabat-sahabat kita pertikaikan kalau tengok 2C dalam undang-undang itu yang dimasukkan hotel termasuk asrama, motel, rumah tumpangan, rumah pemalaman, rumah tetamu, rumah bot, kalau di Pahang tu dia ada rumah bot, homestay, ini homestay kita pakai, tapak-tapak perkhemahan dan juga kenderaan yang digunakan sebagai tempat penginap berbayar. Orang kata karavanlah. Orang Lenggong banyaklah pakai ni.

Kemudian Seksyen 2, di mana jika dirujuk kepada industri pelancongan, 1992 pindaan 2018 menakrifkan premis penginapan, kalau Seksyen 2 itu sebagai rumah pemalaman ataupun struktur lain, sama ada kekal ataupun sementara. Dia punya definisi ke atas. Cuma nak tarik perhatian kepada Dewan, manakala Enakmen Negeri Pahang, yang pertama jadi contoh rujukan kita dan yang telah digubal pada tahun 2020 dan dikuatkuasa pada 2021 tidak menakrifkan sama sekali tidak memasukkan homestay ke dalam takrifan hotel. Pasal apa kita, kita masuk dan dia tak masuk. Ini saya rasa perlu kita buat satu kajian yang mendalam. Impak kepada masuk dan tak masuk. Siapa pemain-pemain industri ini yang terlibat dan mengapa mereka keluarkan? Ini tidak termasuk dalam industri hotel ikut Enakmen Negeri Pahang termasuklah asrama kecuali ditafsirkan di bawah sub-perenggan ada lagi satu dan juga motel, rumah tumpangan, rumah penginapan ataupun rumah tetamu excluded, tak masuk. Why kita masuk dalam? Kita ingat kita kena tengok ini Dato' Yang di-Pertua dan apabila kita meluaskan takrifan hotel ini yang memberi kesan langsung pada pandangan kami, saya memberi kesan langsung kepada homestay ni pengusaha satu dua, seorang dua satu biji dua orang, dua biji rumah. Kecil sangat kan.

Dia akan memberi kesan lah kepada pengusaha itu sendiri dan kena ambil kira lah dan harapan supaya undang-undang ini boleh satu kita buat supaya nanti bila dikuatkuasakan, kita ditakdirkan untuk dilesenkan homestay ini kena ada status tanah, bombing-bombang. Dia prosedur untuk meluluskan itu memberi beban kepada kepada pengusaha itu sendiri. Perlu ditimbangkan kemudahan kepada golongan marhaen dengan golongan pengusaha ini supaya kita boleh tengok dan yang kedua di antara kita tengok juga, baru ni kita tengok, kita tengok kesan kita nak buat penguatkuasaan ni. Kalau apabila berlakunya covid, orang tak boleh ni apa.

Pengusaha-pengusaha kecil, homestay semua ni kena bayar. Mereka ni kesan, bila ekonomi berlaku satu hari kesan mereka ni lebih teruk berbanding dengan yang besar.

Timbalan Yang di-Pertua, jadi saya juga ingin menarik perhatian mengenai dengan isu pelesenan. Kalau merujuk kepada 4(1) rang undang-undang 23 menyebut bahawa disertakan dengan keterangan bahawa permohonan telah didaftarkan di bawah Akta Industri Perlancongan 1992 kena daftar dan telah mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan. Jadi persoalannya sini adakah homestay ini dia kena buat dua lesen? Kita kena detailkan juga tu. Sama ada pihak berkuasa ini, pekerja ini perlu tak dia daftar dengan MOTAC dan juga Pihak Berkuasa Tempatan baru boleh buat jalan ni. Orang kampung pun mana nak dan. Jadi kena tengok benda ni. Ada rumah sebiji nak pergi ke MOTAC, MOTAC apa benda pun dia tak tahu. Jadi nak kena jelas ni dan yang ketiga, saya ingin bangkitkan isu lesen sementara di bawah Subseksyen 8. Kalau kita nak lesen 8(2) dia menyebut lesen sementara adalah sah bagi tempoh 6 bulan dan boleh dilanjutkan, boleh dilanjutkan atas permohonan bertulis oleh pemohon sehingga 36 bulan dari tarikh pertama dikeluarkan. 6, 36 bulan. Apakah tempoh ini tidak terlalu lama? Kita tengok tempoh ini kita kaji. 6 ke 36 bulan kerana kalau dimaklumkan kalau ada penguasa apa yang mestilah dalam proses untuk mendapatkan lesen daripada PBT ni kadangkala lamalah. Jadi kita nak sebut lesen panjang-panjang ni, kita bukan nak menyalah mana-mana. Sampai 2 tahun tak dapat lagi nak minta kan. Jadi tang mana nak disalahkan, aku kah dia. Jadi penguasa ni kena tengok. Kena tengok le bab-bab ni.

Lagi, Timbalan Yang di-Pertua saya juga ingin menarik perhatian mengenai dengan syarat-syarat perlesenan terutamanya premis-premis perniagaan yang perlu perubahan status. Perubahan status tanah dan kebenaran merancang. Ini dia akan melibat perkara ni kalau tanah dia akan melibat. Yang saya rasa orang kata rahsia terbuka lah. Kita pun tak tahulah. Kita kata, prosedur dan peraturan untuk mohon kebenaran merancang. Kalau kata nak buat homestay satu, nak buat kebenaran merancang, tutup pintu je orang kampung. Tuan tanah tutup, dah tak buat dengan apa kebenaran merancang yang nak minta? Mana kita tengok. Itu satu bab. Lepas satu kebenaran merancang tu, dah minta kebenaran, prosedur nak isi borang-borang tu satu bab. Tempoh masa yang diambil tu yang diperkatakan. Tempoh masa yang diambil untuk kelulusan merancang. That's why yang kita bangkitkan bahawa kadang-kadang kita baru niat tahun ni dengan keadaan market yang mana kita buat application, situasi dah berubah, dengan izin dah berubah kemudian tak sampai hajat lah. Lepas tu lambat dah, dia pun berubah lagi. Jadi ini pun perlu tengok kesan kepada khususnya apa yang kecil-kecil lah. Yang besar tak apa lah dia duduk di sana, ok suruh dia buat minta permohonan dan sebagainya.

Untuk syarat perlesenan, kena kita buat kajian sikit lah. Jadi kita minta lah kerajaan buat khusus juga kajian sekarang ni. Untuk buat homestay, perlu tak kelulusan? Perlu tak kelulusan merancang dan sebagainya. Kena detail dulu lah sebelum kita dulu. Kalau kita buat macam tu ni, sat lagi dia buat tak kira, jadi kesalahan pula. Orang kampung kena denda, teruk lah kan. Begitu juga, nak buat ni perubahan status tanah. Tanah orang kampung, ni banyak mana tanah pertanian, tanah kampung. Walaupun dia buat rumah pun, tanah status masih tanah kampung, tanah rizab melayu dan sebagainya. Bila nak buat ni, dia mari pula, dia kata ni kesalahan kerana buat satu perniagaan di atas tanah ni, ada syarat guna tanah adalah untuk ini, bukan untuk homestay. Jadi itu pun kena perinci juga. Jadi, walaupun nak bahas ni tak banyak, jadi kena minta kebenaran sikit bila sebut isu tanah ni. Ini isu yang amat sensitif dan isu maruah, isu kedaulatan, isu yang perlu ada dan baru ni tular sebab kita nak kena baru ni tular kita nak minta walaupun dah tahu kita nak dapat pengesahan, kita kena buat dalam Dewan lah.

Kita nak minta pengesahan isu tular yang baru ni mengenai dengan Tanah Rizab Melayu dimiliki oleh bukan Melayu tetapi dikatakan masih lagi kekal dalam Tanah Rizab Melayu. Tanah ni soal tanah ni kan? Jadi ni kena jelas ni. Pasal keliru, orang kampung semua keliru. Kok mana satu mari diistilah macam ni? Kereta saya. Nama, orang lain. Tapi kereta tu masih kereta saya. How we're going to interpret that? Jadi kena kita minta lah kita menjelaskan. Sebab ini menimbulkan maruah. Kita nak baca ini maruah. Sebab tercatat dengan jelas. Kita semua orang tahu. Soal Tanah Rizab Melayu. Kita kalau pergi tanah, tiap sini ni dia tulis raja. Bukan kita nak bangkit soal rasis ke apa. This is the fact. Kita tengok.

Saya baca dulu. Pada tarikh 5.08.1957 Duli-Duli Yang Maha Mulia, 9 Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah daripada 4 negeri Melayu Bersekutu dan 5 negeri Melayu Tidak Bersekutu telah memberikan penekanan penurunan tandatangan persetujuan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat 7 wasiat. Before kita buat perlembagaan. Saya baca yang kedua saja. Kami isytihar dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu selain daripada gunung-ganang, tasik dan hutan simpan tanah simpanan Melayu. 50% of tanah yang ada disini, it's a Tanah Rizab Melayu. Tanah Rezab Melayu dan sehingga 50% dan selebihnya kamu rebut lah. Hat lebih 50% tak pa lah kita nak kongsi dengan siapa. It's stated clearly. Jelas. Darjah satu pun boleh faham dan diletakkan di dalam perlembagaan juga. Diletakkan dalam enakmen dengan jelas dengan Tanah Rizab Melayu. Tapi, kita nak tengok dalam keadaan ini, yang pertama kita nak minta kerajaan. Kita kena bincang perkara ni. Ini bukanlah. Kenapa sampai dah 60 tahun, kita yang ditetapkan 50%, kita baru ada 45.1%. Rakyat kena tau ni. But this is the land for us.

Yang di-Pertua

Ini Yang Berhormat Semanggol, kalau ikut Standing Order 41 ni, kita kena hadkan pandangan kita kepada skop perbincangan kita ni. Tapi saya tak nampak arah tuju Yang Berhormat Semanggol ni. Kita jangan buka yang ke lain ni. Kita itu bila sampai masa dia ada tempat dan ketika dia ya. Jadi boleh. Masuk balik. Jangan keluar simpang banyak sangat. Masuk balik simpang tu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ni nak cerita betul ni. Sebab kita bercakap soal kelulusan tanah dan sebagainya. Bila menyebut tanah, jadi perkara ini menjadi ini isu rakyat. takkan kita nak bincang satu perkara yang, perkara ini dibincang kepentingan. Dewan ini adalah kepentingan untuk menyelesaikan masalah rakyat, masalah negara, masalah tanah. Jadi kalau kita nak lorong macam ni, Kita nak bawa relate kepada ini juga. Ini yang kita bincang. Tak kan kita nak kondon macam ni, tak boleh. Minta kebenaran kita supaya kita jelas. Kita menjelaskan ini untuk mewujudkan keadaan politik yang stabil. Kita beri keyakinan bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan yang ada pada hari ini adalah mengikut peraturan. Supaya ada kestabilan, baru kita boleh bawa pelabur masuk ye dak? Jadi kita nak minta, ini menjurus ni speaker. Minta sebab serius ni perkara ni. Saya tak maulah nanti. Nanti esok saya takda. 50% pun takda. Tanah Melayu semua habis. Jadi, kita nak mintak, panjang ceritanya ni, kita nak minta supaya kita bagi penjelasan.

Macam mana perkara ini boleh bertukar walaupun prosedur tidak boleh ditukar secara mutlak Tanah Rezab Melayu kepada non-Malay in evermean. Jadi why this is happened? Kita kena buat benda ini. Ini bukan racist, kita nak minta sebab apa. Kita nak tengok takut esok, kita dah tengok Tanah Rizab Melayu kita nak pergi buat, kita nak pergi minta status nak buat hotel, nak buat homestay macam mana tanah ini tanah siapa, kita nak kena clear dan juga perubahan status dan kita minta yang berlaku di Manjung viral baru ini supaya kalau nak baca yang audit ini kita merasa malu kat diri kita sendiri. Yang berapa ribu ekar yang telah ditukarkan. Kena bagitahu. Daripada status Melayu ditukarkan kepada syarikat bukan Melayu.

Tuan Speaker, mohon celah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kejap-kejap.

Perintah Tetap. Points of order.

Yang di-Pertua

Perintah Tetap ye Semanggol. Perintah Tetap berapa?

41. Seseorang ahli hendaklah mengehadkan pandangannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan sebarang perkara yang tidak berkaitan dengannya. Pada hari ini kita berbincang pasal hotel, bukan berbincang pasal isu tanah. Maka saya mohon jasa baik daripada Tuan Speaker untuk membuat satu ruling untuk kes yang berkenaan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Kalau boleh betul Semanggol. Saya rasa tersasar sikit ini. Kalau boleh patah balik masuk dalam skrip kupasan. Saya ingat point tu dah disebut tadi dan saya pun tadi saya rasa dia tersasar sikit. Jadi kalau boleh move on pada point yang berikutnya.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih. Jadi sebelum itu saya rasa masih lagi berada dalam kerangkau perbincangan. Sebab kita prime medium melibatkan tanah. Nak buat rumah kena tanah, nak buat homestay kena tanah, nak buat hotel kena tanah. Tanah ni status dia macam mana?

Yang di-Pertua

Betul, betul, betul. Saya faham. Tapi kita dah sentuh tu ia tidak boleh menjadi main arguement, dengan izin ya. Intipati perbahasan utama itu boleh la. Kita sentuh sikit boleh tapi saya rasa you have made your point, dengan izin. So, please move on.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, jadi yang depan tadi kita dah menyatakan keperluan. Kita sokong kepada pegawai Yang Berhormat. Tapi kita ambil kira, mengambil kira kepayahan atau pun perbezaan di antara pengusaha dengan pengusaha kecil. Kalau dah kita kata kita masuk ke dalam tafsiran itu sendiri, perkhemahan. Apa future dia? Kalau kita exclude, it's okay. Tapi bila kita dah masuk ke dalam, in future, kita ada intention untuk kita kenakan taxs. Untuk kita kenakan sesuatu. That's why kalau kita tengok Pahang they exclude that from the beginning. Tak ini kena ambil kira. Kemudian kita tengok lagi kalau berkaitan dengan apa yang berkaitan dengan denda, denda kalau tak silap saya tadi sampai up to RM100,000. Saya rasa tinggi sangat tu. Kalau Pahang dalam RM200, RM2000. Itu pun kena check balik perkara ini. Selepas itu dalam kita kena tengok permain industri itu secara keseluruhan dan perbincangan kita buat secara detail sikit. Kita tak tahu dengan terlalu terbuka luas dia nanti dia banyak menyusahkan pihak lain. Jadi itulah kita nak bangkitkan, memang kita nak kata keperluan untuk membuat pindaan kepada enakmen-enakmen ini perlu tapi kita perlu mengambil kira kepentingan rakyat marhaen. Kita duk bercakap pasal rakyat, kita duk fikir usaha sebiji dua je. Oh, dah nak kena cukai pula depa kata. Baru nak merasa pinjam duit pencen buat homestay. Buat homestay. Belum balik dari modal. Oh, undang undang pula kena. Jadi, kena tengok benda ni. Kena tengok balik perkara ni. Kena tengok detail. Kita tengok orang kampung kesian kadang-kadang. Dah buat-buat. Orang tak mari ambil. Tak mari ambil, kena cukai lagi. Kena lesen lagi. Jadi, kena tengoklah benda ni. Kemudian, kita tengok perkhemahan itu. Perkhemahan. Kita kena tengok. Memang kita setuju. Kuala Mu nak buat khemah. Takkan yang tu pun nak kena, macam mana? How? Jadi kita harap perkara ni, kena tengoklah. Tambah-tambah lagi dalam perbelanjaan...

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Minta celah. Minta celah. Celah sikit

Yang di-Pertua

Changkat Jering, bagi Pinji celah dulu.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ya.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

YB Gunong Semanggol, jadi nak tanya kata nak usahakan homestaykan, nak buat satu keuntungan. Sebab sekarang nak untung sikit. Kalaulah, homestay tersebut atau inap desa tersebut tak di register, tak didaftar kepada pihak kerajaan. Macam mana pihak kerajaan nak bantu untuk mempromosikan tempat itu? Kami pun tak tahu, PBT pun tak tahu macam mana kita nak mempromosi kalau dia secara haram, secara tidak berdaftar. Jadi enakmen ini adalah untuk mereka mendaftar. Supaya kita boleh bantu mereka mendapatkan pengunjung untuk pergi ke tempat homestay mereka. Kalaulah tak pergi kepada libat urus, jadi mintalah rakan-rakan untuk beritahu sikit maklumat tentang apa yang enakmen ini bertujuan untuk mendaftarkan mereka.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Semanggol, Ketua Pembangkang dan Yang di-Pertua. Saya sikit je. Cuma saya minta kalau boleh, iaitu Fasal 2, tafsiran C agar dikeluarkan homestay sebagai taksiran hotel. Itu sahaja.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sangat setujulah. Sebab itu pada permulaan tadi telah dinyatakan kita kena kaji dengan jelas kenapa takrifan itu Pahang mengeluarkan perkataan homestay itu dan kita memasukkan ke dalam itu. Masukkan sebagai takrifan, Pahang keluarkan. Mesti dah dibincangkan. Itu yang kita nak tengok. Kemudian untuk memang kita hasrat kita membantu. Selama ini dia orang hidup, takut bila kita kena lesenkan, dia tak boleh nak hidup. Itu kebimbangan kita. Jadi biar kita buat sesuatu itu, menampak kepada semua pihak.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Mohon celah.

Yang di-Pertua

Kamunting.

Setuju atau tidak, Ketua Pembangkang bahawa homestay ni hampir saya rasa keseluruhannya diusahakan oleh orang-orang Melayu di kampung. Keseluruhan Adun-Adun ni duduk di kampung-kampung. Kita tahu homestay yang ada kadang-kadang kalau dia dikenakan charge mereka nak ubah rumah pun rasanya tak mampu kadang-kadang elektrik pun. Ini bukan masalah homestay yang hebat, ini homestay yang banyak ni, ini sekadar homestay kampung yang sekadar saya tengok dia boleh bayar sewa rumah pun dia boleh bayar installment rumah pun dia dah boleh lepas tak? Sewa dengan RM150, RM120 ada yang sampai RM100 saja. Kalau fi yang akan dikenakan, berbagai-bagai, dia kena ubah rumah dia dan sebagainya. Nak ubah rumah pun tak mampu. Macam mana dia nak, orang kata nak, nak buat lebih baik? Jadi bila kalau dia terpaksa buat bayar dan sebagainya, caj mungkin dia akan lebih tinggi dan membebankan kepada pengusaha homestay orang Melayu ni yang banyak di kampung-kampung. Itu kita minta supaya, setuju tak, maka kita keluarkan dulu dan PBT boleh buat syarat baru untuk homestay dan menambahbaikan dengan ekonomi yang teruk ni. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Semanggol ada daripada Pinji dan Bercham. Benarkan ke tak?

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Explain, explain. Saya nak explain sikit untuk homestay.

Yang di-Pertua

Boleh ke tak boleh?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak boleh nak bagi.

Yang di-Pertua

Boleh ke tak boleh?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak boleh tak boleh.

Yang di-Pertua

Ok, dia tak benarkan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tadi kata nak jelaskan homestay. Saya nak jelaskan sikit homestay.

Yang di-Pertua

Ok, Pinji, Bercham sila duduk. Tak apa, tak apa. Nanti dapat peluang berbahas boleh jawab. Sila Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Apa yang kita nak cerita yang dibangkit oleh Kamunting realiti homestay tu, yang pertama kita nak bantu. Kalau kita pergi tengok dia nanti. Kadang-kadang dia rumah sini, dia tampung sikit depan tu. Buat satu bilik bagi homestay, sewa. Mari pula nak kena, dia kata ini tak layak, tak boleh buat sebab ni sambung, bukan ada struktur sendiri. Dia kena tengok sebab tu yang bukan kita tak bersetuju. Kita sangat bersetuju untuk membantu mereka. Tapi perlu buat perincian. Perlu buat kajian secara mendalam. Kalau lebih baiklah, lebih baik kita kata lebih baiknya kita ambil pendekatan yang Pahang buat.

Mengeluarkan terus istilah. Macam khemah, bot, ada tu yang dalam istilah, boatstay lah. Berapa biji? Orang nak mari. Kemudian karavan tu tak tahulah banyak manakan ada di sini, Lenggong banyaklah kut. Jadi kita minta supaya kajian jadi saya mintaklah ini pendirian saya supaya rang undang-undang dikaji semula. Kita duduk secara terperinci mengambil kira kepentingan negeri untuk membangunkan industri ini. Kita mengambil kira, mungkin satu pendapatan lain? Yang selama ini enjoy. Federal kutip-kutip berdasarkan kepada cukai perkhidmatan, cukai perhotelan ini sedangkan kita tak dapat apa. Kita perlu ada. Ini kita nak dan di samping itu juga kita terus membezakan di antara golongan marhaen yang kecil ini dengan pengusaha-pengusaha hotel. Masa kalau tak ingat kalau dulu, kalau lah Service Tax tu, kita istilah hotel is 6 bilik ke atas. For those operate below than 6 bilik, kita tak kena. Jadi jelas lah benda tu. Kecil dia tak boleh buat apa, takkan kita nak kena cukai juga kan? Hat ni kita kuluh macam GST tu, kita nak masuk semua. Jadi beban lah. Jadi dengan itu, Semanggol mencadangkan supaya rang undang-undang ni kita tangguh dulu. Wujud Jawatankuasa by partition, kita bincang secara detail. Kita tengok consequences dengan syarat-syarat dia semua sekali. Kita tengok supaya memberi. Kami masih lagi di hati rakyat marhaen. Sekian, terima kasih.

Mohon celah. Mohon.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih. Dah, tamat perbahasan dah Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat daripada Gunong Semanggol. Bagi perbahasan yang seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 15 minit setiap seorang dan saya berharapAhli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, sekarang ini saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih dan Selamat Tengahari. Salam Sejahtera dan Selamat Malaysia Madani dan diucapkan kepada Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco-Exco serta Adun-Adun yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Juga tidak terlupa juga kepada agensi-agensi kerajaan termasuk pengarah-pengarah serta pemerhati-pemerhati, media-media tidak kira di Dewan yang mulia ini atau pun dalam menonton secara menerusi laman web. Terima kasih atas Tuan Speaker mengizinkan saya untuk mengambil bahagian tentang Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Perak 2023 yang akan dibahaskan dalam Dewan Yang Mulia ini. Jadi terima kasih untuk izinkan saya mewakili kawasan saya Bercham dan isu-isu tentang Rang Undang-Undang ni telah dibawa oleh Exco dari Teja.

Jadi saya ingin mengambil bahagian untuk memperhalusi apakah yang patut dibahaskan dalam Dewan ini? Jadi memandangkan enakmen yang sedia ada yang telah diwujudkan sejak 1927 iaitu Boarding House Enactment dengan izin, sehingga sekarang sudah selepas 96 tahun. 96 tahun ini agak panjang walaupun Tun M dia umur 1 tahun saja. Jadi 96 tahun ini di dalam industri perhotelan tidak kira penginapan ke mana-mana sudah mengalami pelbagai perubahan. 1927 setelah mengharungi zaman perang dunia sehingga kemerdekaan, negara kita hingga hari ini banyak. Kalau kita ikutkan undang-undang yang lama ni memang patut kita membincangkan RUU tentang Enakmen Hotel Perak 2023. Kalau kita bandingkan dengan negeri yang pertama iaitu Negeri Pahang yang telah meluluskan rang undang-undang yang sedemikian pada 2020, memang kita Kerajaan Perak kita harus mendahului negeri-negeri lain untuk meluluskan rang undang-undang ini agar kita dapat mengikut aliran negara kita agar macam mana kerajaan untuk membantu sektor perhotelan ataupun banyak termasuk yang dibangkitkan termasuk chalet-chalet, termasuk homestay yang dibangkitkan hangat tadi.

Jadi berkenaan dengan homestay. Homestay ni sekarang kalau jika dibandingkan dulu, homestay dulu nya kita pergi ke rumah seseorang untuk menginap sana. Untuk merasai bagaimana keadaan orang tempatan, budaya mereka. Jadi buat masa kini banyak homestay-homestay yang di kawasan bandar, di Ipoh. Saya rasa dia tak ada bezanya dengan hotel, seperti yang dikatakan oleh Alor Pongsu tadi. Duduk dekat hotel haram. Jadi hotel ni ataupun homestay selari. Jadi kalau kita bandingkan, kalau saya lihat apa yang dibahaskan oleh Ketua Pembangkang tadi, dia bertumpu terhadap homestay sahaja. Jadi takkan kita nak sebabkan homestay sahaja, kita nak tangguhkan rang undang-undang ni untuk diluluskan di Dewan yang Mulia ini? Kita jangan sia-sia kan.

Kita tahu semua rang undang-undang ni tidak semuanya ideal, tidak perfect dengan izin. Tapi kalau masa depan, kalau semasa kita nak melaksanakan, sekiranya ada kelemahannya, ada kepincangannya, kita boleh buat pindaan. Pindaan. Tapi kita jangan bagi kan satu prasangka yang buruk kepada agensi kerajaan. Sebab selepas rang undang-undang nya diluluskan kita jangan bagi prasangka yang buruk kepada agensi-agensi kerajaan termasuk PBT-PBT ke, agensi pelancongan yang buruk, katakan mereka akan mengenakan fi yang tinggi. Akan mengenakan undang-undang yang ketat. Itu tidak adil dan agensi-agensi. Bagi satu perkataan, nanti saya terlupa sebab saya tak ada teks. Sebab kita akan memberi peluang kepada agensi kerajaan yang begitu rajin untuk menyumbang kepada sektor pelancongan ini agar mereka pun boleh membuat sesuatu. Undang-undang, fi ke penguatkuasaan yang lebih mesra rakyat. Tidak semestinya semuanya undang-undang, fi semestinya membebankan rakyat. Boleh kita kenakan caj RM10.00, RM100.00. Kalau katakan di luar bandar boleh RM10.00, di Bandar RM100.00. Itu ikut budi bicara macam mana kita nak rangka tetapi di Dewan ni biarlah kita menyenangkan proses ini agar tidak kira di sebelah kerajaan ke sebelah pembangkang, marilah kita sama-sama sebab kita ada hadir taklimat libat urus minggu lepas. Kita pun ok saja. Apatu? Tetapi Ketua Pembangkang tak hadir tetapi datang sini kata nak bantah, kata jangan luluskan. Kalau ambil berat, hadir lah tetapi tak hadir. Itulah masalahnya. Tak hadir, dia tak faham.

Timbalan Yang di-Pertua

Semua ahli-ahli, sila duduk.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok. Ok saya benarkan.

Timbalan Yang di-Pertua

Takpe. Alor Pongsu dulu. Boleh tak Bercham?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Boleh ah? Ok. Libat Urus? Salute. Bagus tapi saya nampak agak tergesa-gesa. Sebenarnya di hati sanubari kami, kami sokong RUU Hotel ni. Cuma nak minta sedikit masa lagi. Kita study sikit sebab kena ingat. Kena ingat ya. Di zaman 70an 80an dulu ekonomi mudah. Setuju tak dengan saya? Ekonomi mudah.

Timbalan Speaker. Mohon mencelah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kerajaan kawal semua. Macam kawan kita sana tadi sebut tadi. Sekarang ni memang kerajaan nak tolong pengusaha-pengusaha ni tapi sekarang ekonomi digital. Kompleks.

Alor Pongsu mohon izin.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Melalui satu jari je orang dah tahu dah homestay di Alor Pongsu macam mana-macam mana.

Alor Pongsu mohon izin.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dan lagi satu di MOTAC, inap desa dah ada daftar dah. Kecuali kan diorang. Kenapa nak kena lagi sekali? Last saya nak sebut.

Alor Pongsu. Mohon izin je. Satu soalan saja. Alor Pongsu mohon la. Bagi la peluang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dulu, dulu ada teksi, tiada Grab. Dulu ada RTM, tak ada YouTube. Sekarang semua ada. Jangan sebut pasal itu. Kalau sebut pasal inap desa dalam kampung, PBT boleh masuk ke lori nak angkat sampah dalam tu? Kami nak minta masa sikit lagi, kita sit down, buatlah libat urus 2, 3 kali tak salah. Jangan rush begini, ini bulldoze nama dia. Bila bulldoze, kawasan kami terkesan. Setuju tak tuan-tuan? Kami sokong, tapi minta masa sikit.

Ok. Ok terima kasih.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bukan kita nak menolak total terus dan kita menyokong macam disebut oleh Alor Pongsu. Cumanya bagi ruang sikit untuk kita bincang lebih detail supaya dikeluarkan nama homestay kerana tadi Bercham memikirkan homestay yang ada di bandar, tapi kami situasi membincangkan homestay yang ada di kampung. Macam sebut tadi PBT boleh masuk, angkut sampah dan RUU ni kalau kita nak tolak pun, pernah kita tak luluskan RUU RUUSA dulu, tak ada masalah apa pun. Bila kita bincang, sampai hari ini tak bentang pun RUU RUUSA. Air. Kan? Bagi masa sikit.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kubu Gajah, saya tambah sikit. Mengikut perangkaan terbaru, 70% rakyat Malaysia stay di bandar. Jadi inap desa ni, yang di kampung-kampung ni, penting untuk depa. Jangan tanya macam mana nak bela ayam pergi KFC. Kami ada reban di inap desa dan sebagainya. Bagi depa rasa perasaan tu. Kena ambil kira tau. Penduduk Malaysia 70%, the latest, duduk di bandar.

Adakah Bercham bersetuju bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Kubu Gajah dan juga Alor Pongsu, bercanggah dengan pendirian Ketua Pembangkang yang sedia ada pada hari ini kerana nampaknya tadi Ketua Pembangkang mohon untuk tangguh tetapi ada juga...

Ada daripada adun pembangkang yang kata "Oh kami menyokong". Jadi nampaknya ada...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya sokong provoke. sokong kalau tangguh.

Sekian terima kasih. Adakah Bercham setuju?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, terima kasih respon 3 orang. Bagi respon Alor Pongsu dan 2 Adun yang membangkitkan perkara ini.Memang kita...

Bercham, Bercham satu lagi, mohon beri laluan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, ok, ok.

Terima kasih Bercham. Tadi Bercham. Sebut juga.Tadi Bercham sebut juga berkenaan dengan fi kena RM10.00. Kita tidak mahu membebankan rakyat. Saya setuju itu. Cumanya, saya nak bagi contohlah dalam Program Pemutihan Kampung Stay, minta maaf. Di Daerah Kerian. Banyak perkara teknikal yang perlu dipenuhi oleh Kampung Stay antaranya ialah dia kena lantik juru runding ataupun konsultan untuk nak dapatkan lesen itu. Juru runding ni kita tak boleh nak control pun dia letak lapan ke lima belas ribu jadi ini membebankan, ini benda yang kita risau yang mana kita kerajaan boleh control oklah tapi yang di luar kawalan kita sebab dia kena guna yang lain tu kan. Jadi benda-benda macam itulah yang kita risau. Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasihya Ahli-ahli Yang Berhormat memberikan pandangan-pandangan dan soalan-soalan yang diberi dalam Dewan yang mulia ini, memang saya menyokong sebahagiannya dan sebahagiannya saya tidak begitu menyokong. Tapi saya selaku backbencher, selaku whip, saya bukan pihak exco. Jadi jangan terlalu pandang tinggi sangat terhadap saya untuk melakukan sesuatu tetapi itu kena terpulang kepada pihak kerajaan. Kita ni secara demokrasi boleh berbagai pandangan. Boleh sokong ke, tak sokong ke, nak tangguh ke, nak macam mana. Boleh. Boleh bincang. Sebab ini adalah medium yang paling sesuai tetapi saya cuma nak meminta kalau ada kesungguhan. Saya nampak kehadiran untuk taklimat minggu lepas memang tinggi. Tapi cuma satu kepincangan sikit saja. Ketua Pembangkang tak hadir. Selidik ada hantar wakil. Kena adil sikit. Berlaku adil. Jangan kata dia tak hadir, tak hantar wakil. Ada hantar wakil tetapi kita nak nampak kesungguhan dia. Kalau kita nak menentang atau nak keluarkan mana-mana perkataan itu, kena menunjukkan kesungguhan beliau untuk agar dia serius tentang perkara ini.

Kalau kita, saya tidak menafikan ada kesusahan terutama sekali dalam keadaan ekonomi begini memang membebankan kalau menambah pelbagai fi-fi ke ataupun tak di juru perunding ke akan kan banyak sebab itu kos untuk profesional nak dapat analisa, nak dapat data, nak dapat laporan, kena bil yang panjang, kita pun takut juga tetapi kita jangan terlalu sebabkan peraturan ini selepas kalau RUU telah diluluskan agensi kerajaan pun perlukan masa. Katakan Pahang telah diluluskan 2020, 2021 mereka baru laksana sekarang cuma 2 tahun sahaja. Kita pun kena lihat, kita pun tidak terburu-buru jug tetapi ada libat urus yang diberi. Kalau yang berhormat sebelah sana ada apa pandangan yang membina, saya mengalu-alukan. Ini adalah peluang kita, kita bertukar fikiran macam mana kita nak merancakkan ekonomi negeri Perak ni. Kalau tidak, kalau sesuatu yang lapuk 96 tahun, dibiarkan berterusan, katakan saya tahu ada pengusaha miskin. Saya rasa miskin pun satu hari dia ingin jadi kaya. Betul tak? Nak kaya, kenalah ada satu hala tuju yang baik. Kalau RUU hotel ni diluluskan...

Bercham mencelah sikit?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Eh eh...eh jangan, jangan, nanti saya terlupa point. Nanti saya bagi. Saya mesti bagi Manjoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham dua minit lagi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

2 minit lagi? Ok. Ini adalah bagi peluang kita, mereka untuk belajar sesuatu. Satu hari pengusaha chalet ke pengusaha homestay ni, satu hari dia pasti dia...dia nak memiliki hotelnya sendiri. Takkan nak selalu katakan miskin tu salah untuk beliau berdaya maju untuk ada keazaman tinggi untuk menjadi pengusaha yang baik semua ni saya rasa pengusaha ni sedia ada dulu dia pernah miskin tapi nak jadi kaya kenalah ikut peraturan. Kalau peraturan ni tak ada macam mana dia nak usahakan ada sesuatu hala tuju yang baik, ada landasan yang baik. Kita nak ikut landasan yang terus halakah menjadi satu teladan yang baik. Bukannya kita nak elak tengok saja elak itu bukan cara kita kita ni wakil rakyat kena buat sesuatu rang undang-undang kita ni apa tu lawmaker dengan izin. Kita kena buat sesuatu yang baik untuk mereka bukanlah kekosongan tak ada kalau mereka tak ada perlindungan insurans, tak ada perlindungan dari segi kerajaan. Pelancong-pelancong ni ataupun tempatan dan luar negara ni was-was untuk datang jadi macam mana nak merancakkan ekonomi kita. Jadi kerajaan negeri kalau katakan nak rancakkan kata nak buka konsert ke ataupun apa-apa aktiviti menarik pelancong datang kita nak sediakan sesuatu medium yang baik untuk mereka. Ok, Manjoi saya bagi masa.

Terima kasih kepada Bercham, saya nak melontarkan sini, apa yang disebut oleh pihak pembangkang atau kerajaan yang tidak mentadbir ini, kami pun kerajaan jugak Bercham cuma kerajaan yang tak mentadbir. Ada ruang untuk kami turut bersama bahas secara mendalam dan juga teliti. So, dalam part baru-baru ini saya tengok kita dipanggil libat urus hanya 2 jam sahaja. Hanya 2 jam kita libat urus tu pun kita dengar syarahan daripada Exco kemudian kita tak dapat banyak ruang untuk kita bahas. Sebab itulah kita minta supaya kita detailkan dulu sebab kita pernah tangguh RUUSA punya rang undang-undang dan sampai hari ni tak dibentangkan lagi.

Keduanya, saya jika sahabat saya Bercham ada baca laporan daripada survey pelancongan domestik, Domestic Tourism Survey, di sini jika saya dapat maklumat di sini. Kalau kita tengok betul-betul maklumat yang dinyatakan dalam laporan nanti mungkin Bercham boleh refer. Ringkasan penemuan yang didapati berkenaan dengan peratusan sumbangan ketibaan pelancong ke Perak mengikut jenis penginapan pada tahun 2021. Penginapan tidak berbayar rumah sedara-mara dan rakan merupakan pilihan utama pelancong semasa mengunjungi Perak dengan peratusan sumbangan 67.2.% dan selebihnya adalah penginapan berbayar. Dalam segmen penginapan berbayar, penginapan di hotel yang tertinggi 27.4%, diikuti oleh chalet 2.5%, rumah rehat 1.2%, apartment 1.1% dan inap desa rumah percutian 0.6% seperti yang ditunjukkan di sini. Justeru, kalau Bercham melihat di sini, peratusan atau peratus sumbangan ketibaan pelancong ke Perak mengikut jenis penginapan, homestay atau pun inap biasanya berada di tahap yang paling bawah sekali. So, memang maksudnya dia memang industri ini industri kecil melibatkan orang kampung yang disebutkan tadi mereka hanya ada satu homestay maybe ada satu homestay itulah yang diusahakan untuk dia jana pendapatan. Itu pun kadang-kadang nak dapat dalam sebulan lebih daripada 2, 3 orang sewa pun kadang-kadang tak dapat. Inilah perkara yang dibahaskan dan kita nak teliti sikit. Kita bukan tidak menyokong sepenuhnya tetapi ada part teknikal yang perlu kita perhalusi di pihak kerajaan yang tidak mentadbir ini. Terima kasih kepada rakan saya Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Memang kalau ada sesuatu tidak kira RUU ni atau pun perkara-perkara lain, kita pun ada hansard kan, kita ada satu whatsapp group bernama Ahli Dewan Negeri Perak. Kalau kita katakan nak perlukan lebih taklimat-taklimat boleh mengutarakan pandangan atau pun permintaan dalam box ini sebab box ini termasuk juga Yang Amat Berhormat pun ada dalam, Exco-Exco pun ada dalam. Boleh mengutarakan katakan nak banyak lagi, boleh minta dalam tapi dalam saya tak nampak juga. Kalau saya boleh masa depan ada kekurangan mana-mana, jangan kita hantar mesej selamat pagi-pagi itu, itu janganlah. Untuk perkara yang serius ini, kalau katakan tak ada kekurangan medium atau pun channel untuk nak membangkitkan sesuatu, boleh mengutarakan dalam whatsapp sahaja. Itu sahaja pandangan saya dan juga kepada pilihan-pilihan, saya rasa pelancong sekarang ini pun agak pandai juga. Mereka menerusi apa tu aplikasi Agoda ke, Airbnb ke, Traveloka ke, banyak mereka boleh buat pilihan. Jadi mereka boleh saya rasa pengusaha di homestay ini pun tak tertinggal juga. Mereka pun boleh melibatkan diri mereka agar mereka menaikkan kadar penginapan oleh pelanggan-pelanggan mereka. Jadi kalau bolehlah saya harap RUU ini boleh diluluskan. Diluluskan tidak semestinya katakan malapetaka akan berlaku kepada pengusaha-pengusaha di luar bandar, tidak semestinya. Lepas diluluskan pun ada medium untuk bagaimana kita nak berbincang dengan agensi-agensi kerajaan. Saya rasa Exco Pelancongan, Exco dengan PBT mereka pun rela untuk mengadakan lebih banyak sesi perbincangan ini tidak kira di realiti ke atau secara maya dengan zoom boleh juga. Jadi itu saya sebab masa pun sudah tamat jadi saya mewakili kawasan Bercham meminta agar RUU Enakmen Hotel Perak 2023 ini akan diluluskan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Bercham. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Yang saya hormati, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Barisan Exco, sahabat-sahabat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, pembangkang dan juga kerajaan, para pegawai dan wakil-wakil jabatan, agensi negeri dan persekutuan, rakan-rakan media dan juga mereka-mereka yang melihat live streaming pada sidang Dewan pada kali ini. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana Sungai Manik diberi peluang untuk berbahas dalam RUU Enakman Hotel Perak 2023. Secara keseluruhannya kita menyambut baik sebagai usaha membentangkan RUU ini sebagai usaha untuk kita mendapat punca pendapatan baru untuk negeri setelah hampir 96 tahun seperti yang disebut oleh Bercham tadi dan saya yakin ianya bukanlah disebabkan oleh kerajaan baru PN, PH, BN sebab ianya telah pun diperbincangkan lebih awal beberapa penggal yang lepas untuk mencari sumber-sumber baru dan saya juga adalah sebagai orang yang pernah terlibat jadi sudah tentu apa yang diusahakan oleh kerajaan pada hari ini sebenarnya menyambung usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Ini adalah struktur yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana kerajaan untuk kita meneruskan apa juga perancangan yang baik yang boleh memberi manfaat kepada negeri dan juga rakyat Negeri Perak. Pelancongan merupakan satu industri yang amat penting sebagai sumber pendapatan kepada negeri dan juga kepada rakyat. Kita sedia maklum Perak telah beberapa kali memenangi anugerah sebagai destinasi pelancongan yang hebat khususnya di antara tahun 2012 hingga 2016 dan masih kekal sehingga hari ini dalam top 3. Justeru itu, usaha yang dibuat pada hari ini memerlukan kerjasama yang lebih hebat lagi. Dalam keadaan ekonomi global yang sentiasa berubah ini, banyak perkara dan elemen yang perlu kita beri perhatian. Justeru itu, sebagai pembangkang, kita juga mengutarakan pandangan dan juga hasrat yang sama untuk melihat kerajaan ini akan dapat memberi peningkatan hasil dan akhirnya boleh menyumbang kembali kepada rakyat. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Teja dan juga Aulong, selaku Exco yang bertanggungjawab yang berkaitan dengan hotel dan juga pelancongan yang telahpun mengadakan libat urus dan sebenarnya libat urus ini telah dijalankan menjadi amalan sejak PRU yang ke-12, 13, 14. Sebagai contoh, dalam kita nak merangka Perak Sejahtera 2030 ni pun, boleh mengesahkan IDR mengadakan beratus-ratus libat urus dengan semua pihak, semua agensi dan janganlah bangga sangat, inilah kita adakan libat urus melibatkan pembangkang kerajaan. Sebenarnya dah lama buat dah, bukan dua hari yang lepas. Jadi sidang Dewan yang saya hormati sekalian, antara perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Semanggol tadi sebenarnya beliau bukan menolak bukan menghalang untuk diteruskan RUU ni cuma dipertimbangkan elemen-elemen yang disebutkan tadi khususnya kepada homestay di luar bandar. Kalau ada perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang beliau bangkitkan tadi, kalau boleh saya tambah. Dalam kita nak mewujudkan RUU ni, kita ada proses seperti dibentangkan oleh Teja tadi, dengan lesennya. Bila nak lesen ni dia adalah prosedur dia. Ada prosedur dia. Kalau nak kebenaran merancang perlu beribu-ribu nak bayar, tak terbayar makcik pakcik di kampung untuk homestay yang dia ada 2, 3 bilik ni. Kemudian status tanahnya lagi. Kebanyakannya status tanah homestay luar bandar ini semuanya pertanian. Bagi ke pejabat tanah, bagi ke JPS, bagi ke macam-macam lah. Ada yang buat homestay di rizab-rizab kerajaan. Ini juga perlu dilihat. Saya faham bila kita dah lulus ni ada lagi sesi-sesi yang lain yang melibatkan perbincangan yang lebih detail oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dari segi kos untuk menguruskan hingga dapat lesen ini perlu dilihat. Dia berbeza, homestay luar bandar dengan bandar ni berbeza. Di bandar tak apalah dia buat di rumah perumahan, kawasan perumahan. Memang dah gazet sebagai kawasan perumahan tetapi di luar bandar ni banyak yang buat di dusun, yang buat rumah rakit.

Jadi ini perlu diambil kira. Kalau nak diconvert kawasan dusun kepada kawasan nak jadikan penempatan, berapa kos nak bayar premium? Sekarang ini dia mungkin bayar premium 2, 3 puluh je setahun. Kalau dia convert sebab nak dapatkan lesen, mungkin dia kena bayar RM100 ribu. Tak mampu dia. Elemen-elemen ini sebenarnya, bukan kita menolak, tapi kita amat menyokong sebab usul ini telah dibuat sebelum ini, bukan sahaja pada masa PH dan BN memerintah. Jadi saya harap, jangan disalah fahamkan teguran dan pandangan yang kami lontarkan. Kalau kami tak setuju sama sekali pun, ini akan lulus juga. Kami 26 orang saja tapi kita bagi pandangan dan jangan disalah anggapkan pandangan itu seolah-olah kami menentang, tidak. Kami meluahkan apa yang dilontarkan oleh, sebab kami majoritinya, ahli sebelah sini semuanya Adun-Adun kampung, semuanya luar bandar. Di sana semua banyak, dalam kawasan bandar, beza. Pemikiran kita, permasalahan kita berbeza-beza. Jadi, sebagai wakil kepada kawasan masing-masing, kita melontarkan pandangan ini berdasarkan apa yang ada di kawasan kami. Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, kalau mungkin boleh dipertimbangkan, takrifan hotel ini, hari ini kita masukkan homestay, tapak perkhemahan, kenderaan sebagai penginapan dan sebagainya mungkin dispesifikkan lagi. Sebagai contoh, kita boleh luluskan takrifan tersebut menggunakan, menggunapakai klausa Sub perenggan CEE. Di mana permis-premis yang boleh dikecualikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. So, bolehlah Pihak Berkuasa Tempatan membuat pertimbangan. Sebab bukan mudah PBT nak bagi lesen kepada pengusaha homestay ni dengan status tanahnya lagi dengan lokasinya lagi dan sebagainya mereka pun pening juga nak masuk kampung ambil sampah kan nak jalan nak pergi ke homestay lagi jadi ini perkara-perkara yang perlu dilihat nanti selepas berada dalam sesi pendetailan setiap subjek yang ada dalam enakmen RUU ini.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Boleh celah?

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Dato'. Satu soalan saya nak tanya berkaitan dengan apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kerajaan dahulu yang sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, bahawa kerajaan dahulu adalah kerajaan terbaik dalam membina untuk membangunkan ekonomi negara dan juga ekonomi rakyat seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa rang undang-undang ini adalah rang undang-undang yang lama yang telahpun dibincangkan dengan kerajaan dahulu? Apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah antara kerajaan yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat dan membina negara pada masa akan dating? Itu persoalan saya.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Parti tu. Inisiatif ini memang telah dimulakan sejak waktu di bawah Yang Berhormat Pangkor menjadi Menteri Besar dan akhirnya disambung…sambung…sambung sehinggalah Dato' YB Tualang Sekah menjadi Exco yang bertanggungjawab dan sepatutnya ini dibentangkan sebelum PRU-15, tapi tak sempat. Jadi akhirnya dibawa dalam selepas PRU-15. Jadi kita nak ucapkan terima kasih kepada Exco yang lepas, wakil rakyat yang lepas yang telah pun mengadakan libat urus untuk menghasilkan RUU ini.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Sungai Manik mohon celah sikit.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Jadi tidak timbul lah, sebenarnya siapa juga yang dipilih menjadi kerajaan, menjadi tanggungjawab untuk menjayakan apa juga agenda yang boleh memberi kemakmuran kepada negeri dan juga rakyat negeri Perak. Ok, silakan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Untuk Sungai Manik sorry nak tanya sikit, tadi kata yang enakmen ini nak dibentangkan sebelum PRU-15 kan? Jadi mengapa selepas PRU-15 nak ditundakan? Semasa bila semua tahu bahawa ni adalah usaha-usaha selama ini untuk beberapa penggal.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Sebab itulah kita ada di sidang Dewan untuk bincang. Sebab kita membuat dasar penggubal dasar. Tak semua orang...

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Bukan, maksudnya sebelum PRU-15 pihak kerajaan bercadang untuk dibentangkan dan ditundakan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Yela sebab sudah diumum pentadbiran pilihanraya macam mana nak dibawa ke sidang Dewan. Tak berlaku sidang Dewan waktu itu jadi sebab kita PRU dulu jadi biasalah bila kerajaan baru mengambil alih, apa yang baik, biasanya amalannya apa yang baik akan dibawa. Bawaklah dalam sidang Dewan hari ini tak ada masalah. Ada masa lagi kan?

Timbalan Yang di-Pertua

Ada 6 minit lagi.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Oh, panjang lagi. Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, seperti yang saya sebutkan tadi, apa juga usaha yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan kepada kerajaan negeri, kita amat menyokong dan saya yakin dan percaya di pihak PBT dan pentabiran kakitangan kerajaan juga menyambut baik. Tidak kiralah, seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi, banyak pelaburan-pelaburan yang telah mula masuk ke negeri kita yang mencecah bilion. Jadi ini satu signal yang baik dalam keadaan kita memerlukan sumber hasil bagi memastikan kerajaan dapat terus mentadbir negeri dengan baik dan akhirnya pulangan ini akan dapat sampai kepada rakyat di peringkat bawah.

RUU ini adalah sebagai satu signifikan antara usaha-usaha yang diteruskan untuk memastikan segala rancangan dan manfaat yang diharapkan menerusi pengurusan yang kita dapat wartakan nanti boleh memberi pulangan yang tinggi. Saya nak bagi sedikit pandangan, mungkin akan dikenakan caj kepada pengunjung, penginap sama ada di hotel ataupun mana-mana yang telah diluluskan nanti. Sebagai contoh, mungkin setengah-setengah negeri caj RM3, RM2 setiap bilik yang digunakan oleh pengunjung ataupun penyewa. Mungkin telah ada persetujuan ataupun pandangan awal. Mungkin sebahagiannya diserahkan kepada kerajaan negeri dan sebahagian diserahkan kepada pihak PBT. Kenapa tidak dibahagikan juga kepada Tourism Perak sebagai agensi yang mempromosi negeri Perak? Sebagai contoh, RM3, RM1 Kerajaan Negeri, RM1 PBT, RM1 Tourism Perak. Sebab kalau kita nak mempromosikan pelancongan, dia memerlukan kos. Memanglah selama hari ini, Kerajaan Negeri membantu Tourism Perak tetapi sekurang kurangnya, mereka dapat sebahagian daripada usaha yang mereka buat untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan termasuklah venue-venue di mana hotel-hotel ini berada dan sebagainya. Ini sebagai satu cadanganlah yang mungkin boleh diambil pandangan dan pada masa yang sama, kita tidak mahulah ianya membebankan pengusaha. Seperti yang saya sebutkan di awal tadi, kalau kos untuk membuat pelan perancangan dan sebagainya, memerlukan kos tambahan.

Status tanah yang memerlukan perubahan status daripada pertanian ke perumahan juga akan menimbulkan kos kepada pengusaha. Saya takut semakin hari semakin ramai orang tarik handbrake tak nak mengusahakan homestay dah. Jadi akan timbul homestay-homestay yang tidak halal ataupun homestay-homestay haram bila biasanya bila sesuatu perlukan penguatkuasaan akan berlaku lah benda-benda sebegini dan akhirnya melibatkan masalah-masalah yang lain yang akan timbul dalam kita nak mengelakkan ataupun menambah baik sistem penginapan ataupun hotel yang ada dalam Negeri Perak ini. Apa yang kita harapkan menerusi RUU ini akhirnya boleh memberi win-win bukan saja kepada kerajaan negeri malah kepada pengusaha. Memanglah ia tak melibatkan kos kerajaan negeri tapi kita akan caj kepada pihak yang kelain. Saya yakin caj ini pun tidak membebankan kepada mereka yang ingin datang ke atau ingin menginap di hotel-hotel. Cuma yang kerisauan sebahagian daripada kami di sini adalah bukan homestay yang berada di bandar-bandar, tapi homestay-homestay yang berada di luar bandar yang membuat kawasan dia untuk perkhemahan dan sebagainya. Dari segi kerajaan perlu bantu untuk memudahkan. Kalau diluluskan nanti, homestay-homestay perlu dipermudahkan tidak membebankan mereka. Dari segi nak menukar syarat tanah dan sebagainya sebab proses ini bukan mengenai masa yang pendek.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sungai Manik saya celah sikit. Terima kasih YB Sungai Manik. Itu sebab saya sebut tadi. Setujukah dengan saya, dulu kita berhadapan dengan simple ekonomi. Simple ekonomi yang mana kerajaan kawal semua. Jadi sekarang ini, dengan era baru selepas Covid-19 ini, saya rasa kerajaan lebih terutama Kerajaan Perpaduan sekarang, hebat-hebat semua. Kena lebih berfikiran terbuka, inovatif dan yang paling penting saya bagi saya dalam sheikh ekonomi ini, kita bagi peluang kepada semua orang untuk create pendapatan dan sebagainya. Sekarang rakyat tak boleh dibebankan dengan masalah-masalah yang lain. Itu yang saya katakan tadi, kita relax dulu, kita tangguh, kita buat committee, kita bincang. Jadi saya mintalah kerajaan yang ada sekarang ini ubah sikit cara. Cara role of government. The new governance. Cara baru mentadbir kerajaan. Dengan era baru ini. Era lepas covid ini. But you all orang yang sistematik saya tahu. Semua handphone canggih dan sebangainya. Kami yang kampung ini yang tak reti. Saya tadi nak buka QR code pun, kelam kabut tau. Yang muda-muda ni mesti tak kelam kabut. Jadi kerajaan mesti berinovatif, mesti berfikiran terbuka, layan rakyat dengan cara iaitu sharing economy. Buka sikit. Kena jadi kerajaan yang pro-gross government. Bukan killing the industry. Kita semua mesti sedar selama ni.

Alor Pongsu mohon mencelah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sekejap sekejap. One minute one minute. saya nak minta Sungai Manik setuju dengan saya dulu sebab ni floor dia. Ok. Jadi setuju tak dengan saya Sungai Manik?

Sebelum tu bagi saya peluang dulu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Antara industri yang sumbang duit sekarang adalah pelancongan. Kita mesti hati-hati.

Isi berkait ni. Bagi saya peluang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Berkait dengan hotel la ni.

Ya berkait dengan isi yang Alor Pongsu bangkitkan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Berkait dengan hotel lah.

Bagi peluanglah, bagi peluang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Eh sana bagi peluang bukan saya.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Manik bagi peluang tak?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Nanti. Sungai Manik bagi saya lagi sikit.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Alor Pongsu…Alor Pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit je ha. Buntong duduk dulu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ha takpa-takpa. Sungai Manik bagi kat saya. Sungai Manik bagi saya peluang sekejap je. Nanti you mintak je. Ni floor dia.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan-soalan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ni soalan saya setuju tak Sungai Manik antara industri yang saya rasa 4 je yang betul-betul boleh bantu kita sekarang di negara yang tengah sesak ekonomi ni adalah industri pelancongan. Tahniah pada kerajaan kerana nak upgrade ini upgrade itu. Tapi untuk sharing ekonomi buka sikit, buka ruang. Jadilah kerajaan yang pro-gross. Bukan kerajaan yang bunuh industri ini terutamanya inap-inap desa. Saya ni fighter inap desa tau. Ok. Saya dah cerita tadi, you selalu ungkit pasal saya sokong tak sokong. Homestay ada dua jenis tau. Saya pro-inap desa. Terima kasih Sungai Manik.

Mohon mencelah Sungai Manik.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Sekejap la saya nak jawab ni. Kan. Cikgu cakap anak murid saya dengar. Dia setuju lah. Ok sila, sila.

Terima kasih Sungai Manik. Saya ingin membangkitkan, kita sebagai penggubal undang-undang kena faham menggubal undang-undang, apabila kita menggubal undang-undang ni kita kena faham yang secara amnya undang-undang haruslah komprehensif dan merangkumi kesemua faktor yang terlibat dalam industri dalam sesuatu industri. Hari ini kita membahaskan RUU Hotel Industri Pelancongan. Homestay memainkan peranan yang hampir sama dengan hotel yang besar. Kita harus masukkan, merangkumi so that it is comprehensive dengan izin Timbalan Yang di-Pertua. Comprehensiveness is important in any law making dengan izin. So, saya nak bangkitkan Seksyen 11 kalau kita lihat dalam RUU undang-undang hari ini.

Sememangnya syabas saya ucapkan kepada barisan Exco yang memastikan kepelbagaian industri pelancongan dijamin. Kesejahteraan dan kepelbagaian industri pelancongan dijamin. Dengan terang-terang kita dapat lihat dalam Seksyen 11, Pihak Berkuasa Negeri boleh atas nasihat Pihak Berkuasa Melesen mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan orang yang memohon secara bertulis daripada semua atau sebahagian fi caj perkhidmatan tempatan. Dah terang-terang ditulis di sana. Kalau kita mahu mempertahankan homestay desa, boleh. Undang-undang ini membenarkan. Yang pentingnya tafsiran homestay dimasukkan dalam hotel supaya komprehensif. Itu yang saya nak bangkitkan. Saya tak melihat apa-apa masalah dari segi memberikan exemption atau pengecualian kepada homestay jika syarat yang dikenakan terlalu tinggi dan mereka tidak boleh dalam masa ini mereka tidak mampu membayar fi, ok. Mereka boleh minta dan kita boleh sebab undang-undang ini membenarkan situasi tersebut. Terima kasih.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Ok, terima kasih. Sebab itulah tadi dalam ucapan Ketua Pembangkang dia bertanya. Kenapa Pahang tak masukkan? Nanti Exco boleh la jelaskan. Sebab mesti ada sebab. Memang kita merujuk kepada enakmen yang telah diluluskan di peringkat Negeri Pahang. Why? Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Apa juga pandangan yang kita lontarkan merupakan luahan yang ikhlas untuk memastikan kerajaan dapat menjayakan hasrat untuk menambah pendapatan dan akhirnya boleh membantu membangunkan negeri dan memberi manfaat kepada rakyat. Kalau hari ini kami dapat 50 kotak, mana tahu lepas ni dapat 100 kotak kan. Contoh. Betul cikgu? Cikgu kena jawab. Ramai cikgu sini. Ustaz pun ramai. Jadi itulah pandangan yang dapat saya sampaikan dalam masa yang diberikan kepada saya. Untuk itu, Sungai Manik sebagai wakil kepada Sungai Manik, kita telah menyatakan apa juga yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan perlu dipertimbangkan sebaik mungkin. Sebab pernah berlaku sebelum ini, walaupun telah dibawa ke Dewan, pernah ditarik balik. Tidak ada masalah untuk diteruskan sesi-sesi perbincangan yang lebih lanjut by partisan. Sebelum ini kita ada RUU Air tapi yang ini tak dibuat rasanya. Jadi saya harap dapat dipertimbangkan. Terima kasih Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 15 minit.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Salam Sejahtera dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Warga Dewan yang dihormati sekalian serta petugas-petugas media dan juga para pemerhati sama ada ada di sini atau pun yang mengikuti persidangan hari ini secara dalam talian. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi membahaskan Rang Undang-Undang RUU Enakmen Hotel Perak 2023 pada hari ini.

Mengambil maklum semua intipati dan kandungan ucapan pembentangan RUU sebentar tadi. Keberkesanan bagi merealisasikan hasrat murni, enakmen ini sering berkait seperti perkara yang menyentuh tentang ekonomi, kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negeri. Sehubungan itu dalam perbahasan awal ini, saya ingin memberi fokus berkenaan tentang fi atau pun caj perkhidmatan tempatan yang dikenakan dalam enakmen tersebut iaitu caj yang ditetapkan bagi setiap jenis tempahan atau pun pemalaman atau pun perlindungan di hotel. Oleh yang demikian, saya berharap sistem mengklasifikasikan pelbagai kategori mengikut standard piawaian perlu jelas kerana ia jadi penentu kepada jumlah fi yang akan dikenakan.

Kerajaan negeri perlu mengenalpastikan kategori hotel yang akan dikenakan caj dengan mengambil kira sesuatu kawasan dan jenis penginapan yang disediakan. Sebagai contoh di kawasan saya, merupakan kawasan di pinggir bandar, sebanyak 18 tempat penginapan dan satu tempat perkhemahan sahaja yang berdaftar di daerah Batang Padang under Majlis Daerah Tapah. Kebanyakan hotel atau pun premis penginapan adalah bertaraf 3 bintang ke bawah. Caj yang dikenakan sepatutnya tidak sama seperti di kawasan bandar yang kebanyakannya bertaraf 4 bintang ke atas. Saya khuatir sekiranya caj yang tinggi dikenakan akan menyebabkan kemerosotan kedatangan pelancong ke kawasan Tapah. Sehubungan itu, aspek kos selenggaraan dan penambahbaikan juga sebagai pelengkap kepada daya tarikan pelancongan sekali gus keberkesanan kos bagi menjamin daya maju dan daya saingan dengan izinnya quite incentive dalam bidang ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Industri pelancongan baru nak bernafas semula selepas dilanda pandemik Covid-19. Ibarat hidup semula, eloklah diberi sedikit masa lagi untuk sektor ni sebenar-benarnya hidup semula. Sektor ini penting dari segi industri pelancongan dan penjanaan peluang perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat. Justeru, kerajaan perlu membuat kajian menyeluruh secara terperinci, memandangkan ekonomi Malaysia ketika ini masih lagi dalam proses pemulihan, kenaikan harga barang turut memberi impak kepada kos pengurusan pengusaha. Saya berharap kerajaan dapat melihat semula tempoh pelaksanaan bagi menguatkuasakan elemen ini supaya ianya tidak memberi kesan negatif.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri supaya hotel bagi kategori sewa bilik. Misalnya, saya ada sebuah rumah tetapi adanya kosong sebuah bilik dan mungkin di sekitar perumahan saya ada seorang cikgu dia nak sewa rumah, sewa bilik. Jadi itulah dikategori sebagai sewa bilik ataupun rumah-rumah ibadat sepertinya tokong ataupun mosque dan sebagainya, gerejanya ataupun ada NGO-NGO yang memberi perkhidmatan percuma kepada mereka yang memerlukan semasa menghadapi kecemasan. Seperti apa yang dimaklumkan di Hospital Bainun, kita ada memberikan perkhidmatan penginapan kepada pelawat-pelawat sekiranya mereka memohon Anjung Kasih tetapinya, permintaan terlalu banyak dan saya dimaklumkan atau difahamkan ada NGO atau rumah ibadat memberi perkhidmatan percuma kepada mereka yang memerlukan, mungkin mereka yang tak mampu untuk menyewa bilik di hotel dan agensi-agensi ataupun NGO ataupun rumah-rumah ibadat ini memberi peluang mereka untuk menginap semalam di tempat mereka dan saya mencadang ataupun mencadangkan Kerajaan Negeri supaya kategori sewa bilik, rumah-rumah ibadat ataupun NGO-NGO seperti ini diberikan pengecualian caj sebab mereka ini adalah memberi kebajikan, membuat kebajikan bukan untuk membuat bisnes ataupun perniagaan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini. Selain kawalan terhadap hotel dan rumah penginapan, bagaimana pula kawalan terhadap platform tempahan hotel dalam talian? Sebagaimana yang dikeluarkan di dalam surat khabar Berita Harian pada hari ini, kita tengok hari ini, dia punya title pada Berita Harian, "Kawalan Platform Tempahan Hotel Online", Ini tajuknya yang dikeluarkan di surat khabar Berita Harian pada hari ini. Para pengusaha hotel, merasakan mereka seolah-olah ditindas kerana syarat-syarat yang dikenakan termasuk juga dikenakan komisen, tempahan bilik hotel yang tinggi serta cukai kepada pengusaha hotel. Sedangkan, tiada undang-undang yang menggawal pihak penyelia platform ini. Jadi persoalan saya, adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan perundangan khusus bagi mengawal penyelia platform ini?

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi memastikan penyeragaman kaedah penguatkuasa di semua daerah, saya ingin mencadangkan kerajaan perlu mengadakan bengkel penyelarasan di semua peringkat yang terlibat. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kerajaan supaya sesi libat urus secara menyeluruh yang melibatkan pengusaha di pelbagai peringkat seperti yang berniaga secara online ataupun yang belum berdaftar bagi memberi lebih kefahaman. Kerjasama dengan pemegang taruh dengan izin stakeholders supaya tidak memberi kesan negatif kepada industri pelancongan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, apapun pertemuan di antara pihak stakeholder dengan izin dan pemain industri dengan pihak kerajaan perlu diadakan bagi menjernihkan kefahaman mengenai caj ataupun fi yang dikenakan. Saya berpandangan soal libat urus perlu ditekan supaya kebersamaan dan komitmen dapat menyumbang kepada kelestarian industri ini. Bukan setakat memikirkan penjanaan hasil kerajaan melalui kutipan pelbagai fi.

Akhir sekali Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya, secara dasar saya setuju dengan enakmen ini. Selain itu, dalam kita membahaskan dan meluluskan enakmen ini, saya percaya pihak kerajaan akan meneliti dan memperhalusi setiap perkara yang dicadangkan. Jadi Chenderiang memohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 ini diterima dan disokong sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Negeri Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan, 15 minit.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan doa) Rasulullah SAW bersabda daripada Abu Sa'id Al Khudri R.A saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang melihat suatu kemungkaran, kesalahan, maka hendaklah dia ubah dengan kuasa. Jika ia tidak mampu, maka ubah ia dengan lisannya. Jika ia tidak mampu, maka ubah dia dengan hatinya, hal tersebut adalah selemah-lemah iman.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Menteri Besar Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Adun Semanggol, Yang Berhormat seluruh Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Adun-Adun kerajaan dan pembangkang seterusnya pegawai-pegawai kerajaan jabatan sekalian. Slim mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana sudi memberikan ruang kepada Slim untuk turut serta dalam sesi perbahasan RUU Enakmen Hotel.

Timbalan Yang di-Pertua, untuk sidang kali ini, Slim memulakan perbahasan pada hari ini dengan sepotong hadis yang menyatakan tentang kewajipan kepada kita untuk merubah sesuatu jika terzahir, ternampak kesilapan di depan kita. Maka, Dewan yang mulia ini bertujuan untuk merubah sesuatu ke arah yang lebih baik dan sekaligus menjadi ejen perubahan ke arah yang lebih baik. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan atas keperihatinan memberi peruntukan kepada Adun-Adun Pembangkang untuk kesejahteraan rakyat bertepatan dengan tema “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera”. Semoga peruntukan ini berterusan tanpa mengira blok kerajaan ataupun pembangkang.

Sebelum Slim meneruskan perbahasan ini, suka Slim merakamkan sekalung penghargaan kepada seluruh masyarakat Dun Slim yang sentiasa memberi kerjasama yang baik dengan Adun dan pusat khidmat sepanjang mula beroperasi. Seterusnya, Slim mengharapkan daripada pihak Kerajaan, banyak permintaan daripada masyarakat Dun Slim yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Perak untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat. Slim juga ingin mengingatkan bahawa tanggungjawab kita, Dewan mulia ini mestilah menjaga kepentingan rakyat, tidak kira fahaman politik, kaum dan latar belakang. Pihak kerajaan mesti menjadi contoh terbaik dalam mengimbangi keharmonian dengan memberi hak kepada semua rakyat melalui saluran yang sepatutnya. Dibincangkan tadi ada saluran yang tak betul maka kita betulkan, kita terima teguran. Kerajaan Madani yang dilaungkan bertemakan membangun Malaysia Madani, konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terletak pada enam tonggak utama kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ehsan mestilah mencerminkan kerajaan yang inginkan rakyat tidak kira latar belakang, mendapat kebaikan kerajaan hari ini. Namun peruntukan Ahli Parlimen yang disekat memberi makna yang jelas bahawa hak rakyat juga disekat. Maka sepatutnya Kerajaan Pusat mengikut rentak yang baik dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak. Tahniah Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan kita harapkan kritikan ini sampai kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri.

Slim ucapkan tahniah kepada Exco Kerajaan Negeri, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan UPEN yang menjemput ke sesi libat urus Rang Undang-Undang Hotel pada 18 Mei yang lalu, melibatkan semua Adun Kerajaan dan Pembangkang dalam proses menggubal rang undang-undang mengenai pengurusan hotel dan premis-premis penginapan di Negeri Perak. Pengurusan rumah tumpangan atau perhotelan di Negeri Perak masih dikawalselia berdasarkan Enakmen Rumah Tumpangan 1927. Slim ingin sentuh berkaitan dengan enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perlesenan dan pengawalan bil hotel di Negeri Perak. Bahagian yang pertama, tafsiran termasuklah asrama, motel, rumah tumpangan, rumah pemalaman, rumah tetamu, rumah boat, homestay, tapak-tapak perkemahan atau kenderaan yang digunakan sebagai tempat penginapan yang berbayar. Apabila dinyatakan homestay, ramai di kalangan Adun-Adun yang menceritakan berkaitan dengan homestay yang kita harapkan dia dipecahkan ataupun ditangguhkan untuk diperincikan. Berkaitan dengan homestay ini kebanyakan pengusaha homestay adalah di kalangan mereka yang bukan pemain industri tegar. Slim melihat pengusaha yang membina homestay ada yang bersifat sementara atau hanya sebagai wang tambahan sahaja. Slim juga lihat perlu kepada perincian dan perlu diambil berat.

Yang kedua, kalau dilihat kepada Adun-Adun, rasa Slim yang akan menyentuh berkaitan dengan Felda. Felda Wilayah Trolak di bawah Dun Slim. Di sana beberapa Felda, Felda Gunung Besout 1 sehingga 5 dan Trolak Utara dan Selatan, banyak homestay persendirian dibina. Pengusaha di kalangan peneroka Felda yang ingin menambah wang tambahan. Untuk makluman semua, sekarang ini peneroka hanya mendapat hasil bulanan sekitar RM1200 yang banyak pemotongan pengurusan lain. Maka pihak Exco perlu mengambil perhatian dalam beberapa isu berbangkit seperti ulat bungkus yang menyerang kebun peneroka. Maka Slim sangat simpati kepada pengusaha kecil yang dikenakan cukai yang memberi kesan kepada pengusaha. Banyak homestay yang di bawah.

Yang ketiga, banyak homestay yang bukan di bawah kuasa PBT seperti kampung dan Felda. Maka Slim mencadangkan agar RUU, enakmen ini perlu melihat secara menyeluruh sebaiknya enakmen ini hanya dikhususkan untuk hotel yang melibatkan pemain industri besar manakala pemain industri kecil perlu dikaji semula. Slim juga menyentuh bahagian perlesenan perlu dilihat juga bagaimana prosedur untuk perlesenan yang melibatkan homestay kecil, homestay pengusaha kecil. Premis yang melibatkan dengan aktiviti ini perlu kepada kelulusan pihak Bomba, Polis, pihak kesihatan dan pengusaha juga perlu membayar cukai premis yang menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Maka banyak kita menyentuh berkaitan dengan masyarakat di bawah yang perlu kita lihat dan perlu mengambil berat.

Kalau kita lihat pada 23 Februari dalam Akhbar Kosmo menyatakan lambakan inap desa terutamanya yang beroperasi secara haram di seluruh negara bagaikan membunuh industri perhotelan dan resort apabila pelancong kini lebih suka menetap di homestay sewaktu percutian mereka. Realitinya sejak kebelakangan ini, kebanyakan bilik hotel dan resort hanya menjadi pilihan terakhir pelancong sekiranya rumah dan apartment yang dijadikan inap desa di sesebuah lokasi pelancong habis ditempah. Mungkin di sana ada perbezaan dari sudut harganya ataupun dari sudut kelebihan dari sudut desanya. Namun di sana perlu kita teliti semula, kita bimbang perkara ini wujud jurang di antara inap desa dan industri perhotelan. Jadi perkara-perkara ini yang perlu kita lihat semula dan selain melihat ada beberapa faktor pendesak untuk RUU Enakmen Hotel ini. Yang pertama, enakmen sedia ada yang lapuk yang perlu dikemas kini mengikut keperluan semasa, yang untuk memansuhkan Rumah Tumpangan 1927. Kita menyokong. Kita menyokong dan untuk diperbaharui dan pujian kepada Exco atas kesungguhan untuk naik taraf untuk industri perhotelan ini.

Yang kedua, sukar membuat perancangan bersasar kerana tiada yang tepat kuantiti dan kualiti premis penginapan. Kalau kita tengok rekod pun di Perak sendiri mempunyai 560 hotel, minta betulkan jika salah dan bilangan bilik mencejah 17,914. Maka banyak lagi hotel yang tak berdaftar. Maka Slim mencadangkan agar kerajaan memberi fokus untuk meningkatkan pendaftaran hotel sahaja. Itu pun cukup ataupun banyak meningkatkan ekonomi, meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Maknanya tak tumpu pada homestay, tumpu pada perhotelan yang tak berdaftar pun cukup, memadai. Seterusnya perkhidmatan yang tidak seragam dan amalan keselamatan, kebersihan dan keperluan pelanggan di kalangan penggiat industri hotel, premis perkhidmatan. Kalau kita lihat tadi hujah yang dibawa adalah berkaitan dengan tempat yang berlaku di Batang Kali yang lepas. Di sana, Slim mencadangkan agar mengambil masa dan perlu kepada jawatankuasa by partisan yang perlu perincikan dan dia rasanya untuk meraikan di pihak pembangkang, bukannya kita tidak menyokong tapi andai kata diraikan nampak kita mampu untuk membina enakmen ini dengan lebih baik. InsyaAllah dan Slim juga mengharapkan enakmen ataupun RUU ini untuk diberikan ruang untuk tidak diluluskan dengan tergesa-gesa dan ditangguhkan untuk keperluan kepada pindaan semula tafsiran dengan melibatkan jawatankuasa yang kita sebutkan tadi. Maka, daripada Slim, kita mengharapkan perkara ini diambil dan diterima oleh Exco dan selepas ini mungkin perkara ini dapat kita bincang bersama dan menyokong. InsyaAllah. Maka, saya akhiri dengan wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum wbt.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Slim. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

(Bacaan Doa). Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, wakil-wakil agensi, para petugas dan hadirin yang dihormati sekelian. Hari ini berdirinya saya di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah bagi turut serta dalam memberi pandangan kecil saya terhadap rancangan pihak Kerajaan Negeri Perak berkatan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023. Suka untuk saya memulakan perbahasan hari ini dengan menceritakan pengalaman saya menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti hotel-hotel dan homestay bagi tujuan meluangkan masa bersama keluarga atau sahabat-sahabat mahupun bagi tujuan lawatan kerja.

Jika saya telusuri pengalaman menggunakan khidmat hotel yang diusahakan oleh kumpulan penyedia perkhidmatan yang terkenal seperti di Perak, Casuarina, Kinta Riverfront, Weil Hotel dan lain-lain, atau jika di peringkat antarabangsa seperti Holiday, Holiday Villa, Hilton, Park Royal dan banyak lagi. Pengalaman menginap pastinya adalah terasa lebih eksklusif dengan tawaran perkhidmatan yang begitu istimewa sehingga membuatkan diri kita terasa seperti seorang "Tuan". Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan pastinya ditawarkan berpatutan pada harganya. Berbeza pula dengan perkhidmatan penginapan berskala kecil atau kumpulan penyediaan perkhidmatan kecil seperti homestay dalam bandar dan luar bandar. Rumah tumpangan desa, asrama metropolitan dan lain-lain.

Pengalaman menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan sudah pasti sedikit rendah kelasnya berbanding perkhidmatan hotel maka ia juga berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Kedua-dua perbezaan ini pastinya menunjuk bahawa kumpulan penyediaan perkhidmatan hotel dan kumpulan penyediaan perkhidmatan rumah tumpangan berskala kecil di homestay, rumah tumpangan desa, asrama dan lain-lain berada dalam kategori mempunyai status quo berbeza. Maka perbahasan saya hari ini akan terarah kepada menyentuh perihal perbezaan status quo kedua-dua kumpulan penyediaan perkhidmatan dalam rang undang-undang yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor sebentar tadi.

Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di awal perbahasan sebentar tadi saya ada menjelaskan perbezaan kumpulan penyediaan perkhidmatan hotel berskala besar dengan kumpulan penyediaan rumah tumpangan seperti homestay, rumah tumpangan desa dan asrama berskala kecil. Bukan setakat itu, jika dihayati kedua-dua kumpulan penyediaan perkhidmatan ini pada hemat kebiasaannya mempunyai saiz modal perniagaan yang begitu berbeza. Dalam erti kata lain, penyediaan perkhidmatan hotel terdiri daripada syarikat-syarikat yang berduit dan kaya serta mempunyai rangkaian perniagaan yang pelbagai bagi memastikan lebih banyak perkhidmatan dapat disediakan. Penyediaan perkhidmatan rumah tumpangan berskala kecil seperti homestay, rumah tumpangan desa, asrama dan yang lain-lain pula pada kebiasaannya disediakan oleh kumpulan perseorangan dengan modal yang begitu rendah. Begitu juga dari aspek penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan. Ianya pasti berbeza buat kedua-dua kumpulan mengikut tawaran taraf perkhidmatan serta harganya. Maka, sekali lagi saya harus katakan status quo kedua-dua kumpulan penyedia perkhidmatan adalah berbeza. Hal ini pada hemat saya membawa kepada ketidaksetujuan saya untuk meletakkan dua kumpulan penyediaan perkhidmatan yang dilihat seakan-akan sama dari segi taraf tetapi pada hakikatnya tidak dalam satu kumpulan yang sama. Undang-undang yang bakal diadakan ini akan memberi pelbagai risiko kepada kumpulan yang tarafnya lebih rendah. Saya akan huraikan lagi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kebanyakan daripada pengusaha perkhidmatan rumah tumpangan berskala kecil seperti homestay, pada kebiasaannya dimulakan atau dibuka dengan asas pemikiran pemilik atau pengusaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan secara sah melalui aset-aset yang dimiliki. Contohnya, di tempat saya sendiri, pengusaha-pengusaha homestay lazimnya terdiri daripada kumpulan pesara atau golongan pencen atau keluarga yang mempunyai premis rumah kedai, bangunan tambahan yang difikirkan bersesuaian untuk dijadikan aset yang boleh memberi penambahan pendapatan. Maka, tentu mereka ini adalah daripada kumpulan bukan berpendapatan yang begitu tinggi atau mempunyai perniagaan yang bermodal dan modal yang besar. Yang merisaukan saya lebih lagi adalah sama ada pengusaha-pengusaha kumpulan berskala kecil ini mampu untuk mengikut peraturan-peraturan dan arahan-arahan dalam rang undang-undang ini atas perbezaan status quo serta kemampuan dari segi kewangan, kemahiran serta tenaga kerja bagi memenuhi intipati rang undang-undang ini.

Sekali lagi harus diingatkan tidak semua dalam kumpulan pengusaha ini mempunyai kemahiran dan kemampuan mengurus yang sama seperti kemampuan yang ada dalam kalangan penyediaan perkhidmatan hotel. 2 kumpulan penyediaan perkhidmatan berbeza dalam satu undang-undang adalah tidak berpatutan. Yang lebih merisaukan saya adalah kehendak-kehendak dalam rang undang-undang ini bakal meningkatkan kos operasi serta proses pengurusan yang menyulitkan para penyedia perkhidmatan akan membawa kepada risiko penutupan atau gulung tikar perkhidmatan yang disediakan. Para pengunjung juga berkemungkinan akan memilih perkhidmatan hotel berbanding perkhidmatan rumah tumpangan berskala kecil ini memandangkan ia akan perlu melalui proses yang sama dan merumitkan. Saya khuatir pengusaha homestay dan rumah tumpangan desa yang kebanyakannya terdiri daripada pengusaha-pengusaha bumiputera akan gulung tikar dan tidak mampu untuk mematuhi segala kehendak-kehendak dan arahan dalam rang undang-undang ini.

Mohon mencelah. Boleh?

Sikit sahaja saya habiskan ya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di dalam Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 ini telah menyatakan tentang penalti am sebanyak satu jumlah tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya atas kegagalan pematuhan kepada undang-undang ini. Terdapat juga stagring penalty dengan izin bagi kesalahan-kesalahan tambahan. Bagi pengusaha hotel, jumlah penalti ini adalah sesuatu yang boleh ditanggung mengambil kira kemampuan kewangan mereka. Manakala bagi pengusaha homestay, rumah tumpangan, beban penalti yang akan ditanggung adalah begitu berat dan membawa kepada risiko penutupan premis milik mereka. Hal ini tidak termasuk kompaun kesalahan yang diberikan kuasanya kepada Pihak Berkuasa Melesen untuk dikenakan ke atas pengusaha. Ia akan menjadi beban dan kos kepada operasi dan pengurusan kepada pengusaha rumah tumpangan berskala kecil. Undang-undang yang bakal dikuatkuasakan ini sebenarnya memberi kelebihan kepada para pengusaha hotel berbanding rumah tumpangan berskala kecil seperti homestay dan rumah tumpangan desa. Undang-undang ini juga berisiko untuk mematikan industri homestay dan inap desa yang telah wujud buat sekian lama serta menyumbang kepada identiti negeri ini. Penyamarataan penalti dan kompaun pada dua kumpulan berbeza akibat dari kesilapan memasukkan kumpulan pengusaha berskala kecil dalam undang-undang yang dikuat kuasa ke atas hotel. Maaf untuk saya katakan ini adalah satu penganiayaan. Penganiayaan kepada rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua

Chenderoh, Astaka minta laluan. Boleh bagi laluan tak?

Astaka.

Terima kasih Chenderoh untuk bagi laluan. Saya rasa tertarik kerana apa yang disebutkan oleh pihak pembangkang adalah kecil besar modal penginapan tersebut tapi jangan kita lupakan, saya nak minta pencerahan sikit daripada Chenderoh. Adakah anda setuju, ada juga faktor keselamatan yang sangat penting. Tak kira dia besar kecil, kita tak boleh kata tempat penginapan itu dia modal dia kecil tapi keselamatan kita abaikan. Contohnya, saya bagi contoh bisnes makanan. Bukan kita charge license kepada franchise sahaja. Kita juga charge, kita minta permohonan license bagi bisnes-bisnes makanan yang kecil. Mohon percerahan, Chenderoh. Terima kasih.

Terima kasih, Tronoh. Saya bersetuju dengan Tronoh.

Astaka. Astaka.

Sorry, sorry Astaka. Dengan isu keselamatan. Astaka. Ada isu keselamatan tetapi rang undang-undang ini perlu digubal sedikit lagi. Perlu diubah sedikit lagi. Saya teruskan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua...

Minta maaf. Boleh? Takkan kita nak tunggu tragedi contohnya Batang Kali berlaku lagi. Sampai bila kita nak tangguh masa berlakunya isu tragedi Batang Kali, semua orang tanya kenapa yang tak ada license boleh beroperasi sebagai tapak perkhemahan dan sekarang Kerajaan Negeri nak melesenkan. Itulah masa yang paling sesuai.

Terima kasih, Astaka. Saya bersetuju dengan pandangan Astaka berkenaan isu keselamatan tapi kita minta pihak kerajaan lebih perhalusi lagi rang undang-undang ini untuk perbezaan status yang saya maksudkan tadi hotel dan juga homestay. Bukannya kita tak setuju untuk melaksanakan rang undang-undang ini tapi diperhalusikan lagi. Saya boleh teruskan?

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, melalui asas-asas yang telah saya perkatakan dalam Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, perlu ditangguhkan pengwartaan dan pelaksanaannya bagi memberi ruang untuk dipinda semula di samping keperluan mengadakan proses libat urus yang lebih meluas dan mendalam bersama semua pemegang taruh yang ada. Undang-Undang Hotel yang telah wujud ini perlu dipinda mengikut keperluan dan kehendak perkhidmatannya tersendiri dalam kumpulan penyediaan perkhidmatan yang sama iaitu hotel. Manakala, Enakmen Rumah Tumpangan 1927 tidak perlu dimansuhkan secara keseluruhan tapi hanya perlu dipinda untuk memenuhi keperluan dan kehendak perkhidmatan kumpulannya bagi memastikan industri ini kekal hidup dan relevan. Enakmen ini juga perlu ditukar punca kuasanya daripada diletakkan di bawah Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri ke Jawatankuasa Pelancongan Negeri. Akhir kata, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya menyatakan untuk tidak menyokong kepada kelulusan, mohon ditangguhkan dan keperluan kepada pindaan semula tafsiran agar definisi rumah tumpangan, terutamanya homestay, asrama dan sekumpulan dengannya dikeluarkan daripada tafsiran hotel seperti dicadangkan dalam perbahasan Rang Undang-Undang Hotel 2023. Salam hormat daripada saya dan seluruh warga Chenderoh. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan. dipersilakan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang berada di dalam Dewan yang mulia ini dan mereka yang menonton secara live. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahas RUUH kali ini. Hotel atau lebih umumnya sektor penginapan adalah suatu sektor yang penting yang memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan sesebuah tempat. Bagi mereka yang terpaksa keluar kawasan untuk urusan peniagaan, hotel pastinya menjadi intipati penting untuk penginapan, tempat bermesyuarat ataupun makan makan. Pantai yang pesat membangun dan zon-zon pelancongan biasanya sarat dengan hotel sehingga mendorong penubuhan rumah inap dengan izin, homestay dan Airbnb. Ejen-ejen juga cenderung untuk mengumpulkan rumah-rumah kosong dan terbiar. Kondominium juga pangsapuri supaya digubah menjadi rumah penginapan. Dengan ini, saya ingin mengemukakan beberapa penelitian dan kerisauan saya terhadap perkembangan sektor penginapan ini.

Timbalan Yang di-Pertua, kita difahamkan bahawa Enakmen Rumah Tumpangan Negeri Perak 1927, walaupun telah wujudnya selama 96 tahun dahulu, adalah tidak lagi sesuai mengikut keperluan semasa. Negeri Perak pada hari ini memerlukan enakmen baru yang lebih menyeluruh untuk memastikan daya saingan yang sihat, adil dan saksama dalam kalangan pengusaha dan penggiat hotel dan penginapan. Saya juga ingin mengetengahkan kekhuatiran isu timing, dengan izin, yang kononnya tak betul tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan timing yang tak betul. Enakmen yang ada sekarang sudah berusia 96 tahun dan ketika enakmen tersebut dibentuk, tidak wujud lagi konsep homestay, tidak lagi wujud konsep Airbnb, perkhemahan maupun clamping. Dewan Yang Mulia ini Airbnb wujud pada tahun 2007, homestay pula diperkenalkan pada tahun 2013. Sudah 10 tahun kita biasa dengan konsep ini berapa lama lagi kita perlu tunggu untuk satu enakmen baharu untuk mengawal dan seragamkan pengkhidmatan penginapan dalam keselamatan, kebersihan, privacy, transaksi dan lain lain keperluan mengikut pelanggan.

Timbalan Yang di-Pertua, sekian lama ini, pengusaha penginapan berdaftar perlu bersaing dengan pengusaha yang tidak berdaftar. Lagipun, pengusaha berdaftar ini perlu berhadapan dengan kos pengendali yang lebih tinggi. Kita perlu fikir, adakah ia adil kepada mereka untuk mematuhi segala peraturan Kerajaan Negeri, PBT, pejabat tanah, bomba dan lain agensi. Sedangkan ada pengusaha lain yang tidak melalui semua itu. Saya difahamkan tadi ada perbahasan-perbahasan mengenai hotel-hotel. Mereka adalah mereka yang kaya dan beruntung tetapi jangan lupa ada hotel-hotel kecil yang tidak mendatangkan keuntungan, rugi juga dan ada yang melibatkan pengusaha 10 orang untuk kongsi membuat satu hotel. Jadi, dia bukannya kaya jadi dia buat hotel, tak, bukan perkara macam tu. Cuma dia dikategori dalam kategori hotel sahaja tetapi bukan semuanya kaya.

Dengan adanya enakmen ini, dah tentu semua pengusaha dalam sektor penginapan akan berada di titik pemulaan yang sama. Ia dapat menyatupadukan para penggiat dan pengusaha serta mengurangkan saingan buruk antara mereka. Homestay dan hotel, saya rasa tadi ada yang mengatakan bahawa pengunjung akan memilih hotel sekiranya mereka berada dalam titik yang sama, titik permulaan yang sama, kena bayar fi-fi yang sama tapi bukan macam tu. Kalau saya sebagai pelancong, saya rasa pelancong ini, mereka ada kesukaan sendiri. Homestay, dia ada dia punya keunikan sendiri. Hotel ada keunikan sendiri. Ada orang suka stay vacancy dengan izin. Ada orang suka homestay yang berada di kampungan, kampung-kampung. Dia suka dengan keadaan aman di tempat tersebut. Jadi, itu adalah pilihan mereka, bukan katanya kalau mereka berada di titik pemula yang sama, maka hotel akan dapat semua pengunjung untuk pergi sana. Ini tidak betul sama sekali. Enakmen ini bukan yang dikuatkuasa serta merta, tetapi hanya akan dikuatkuasa pada Januari 2024. Maka para pengusaha mempunyai masa yang untuk membuat persiapan. Saya pasti dengan rendah dirinya berpendapat para pengusaha akan mendapat manfaat daripada enakmen ini apabila enakmen ini mengesahkan mereka sebagai pelesen berdaftar, maka mereka mudah untuk menjalankan promosi penginapan mereka kerana maklumat mereka akan lebih senang diakses. Keyakinan pengunjung terhadap premis mereka juga akan meningkat. Untuk agensi-agensi kerajaan, mereka pun boleh tolong untuk membuat promosi sebab untuk agensi kerajaan, dia tak boleh pilih daripada sosial laman web atau facebook dengan izin, kita ambil saja apa yang dia ada di situ kita promosi, kita tak boleh, kita kena akses, kita kena daftar, tengok keadaan baru kita boleh buat promosi untuk mereka.

Timbalan Yang di-Pertua, rang undang-undang ni penting dalam memastikan semua premis berada dalam keadaan selamat, mengikuti piawaian piagam yang ditetapkan. Kita tidak dapat menilai tahap keselamatan premis tersebut sekiranya pengusaha tidak membuat permohonan berdaftar. Saya bukan mengatakan bahawa pengusaha sengaja merisikokan premis mereka tetapi bagi sesetengah pengusaha mereka tidak fasih dan tidak tahu sama ada premis mereka sesuai untuk dijadikan penginapan kerana kekurangan kepakaran. Ini sebabnya kita memerlukan pendaftaran supaya agensi kerajaan dapat membuat penilaian bagi pihak pengusaha. Dah tentu, kita masih ingat tragedi yang berlaku di Batang Kali pada tahun lepas. Siapakah yang kena bertanggungjawab? Siapakah yang patut disalahkan? Sekiranya tragedi ini berlaku di Negeri Perak, siapakah yang akan bertanggungjawab? Adakah pihak pembangkang yang bersiap sedia untuk mengambil tanggungjawab kerana membantah enakmen ini? Kalau kita cakap kena tunggu, kena buat teliti sikit, kena buat pengubahsuaian, bila kita nak tunggu? Takkan kita nak tunggu tragedi ini berlaku satu kali lagi, baru kita mula mengubah, baru kita mula untuk mendraf, membentangkan enakmen ini? Masa itu sudah terlewat, nyawa sudah terkorban. So, saya rasa, ini adalah masa yang paling sesuai untuk kita supaya tragedi-tragedi ini tidak berlaku lagi. Oleh itu, saya berpendapat bahawa ini memang masa yang sesuai untuk menggubal Rang Undang-Undang Hotel supaya ia dapat memberikan pelindungan kepada para pengusaha, memberi keyakinan kepada para pengunjung dan menjaga imej kerajaan negeri justeru memastikan sektor pelancongan Negeri Perak dapat berkembang besar.

Timbalan Yang di-Pertua, untuk para pengusaha yang tidak berdaftar, kebanyakannya tidak mempunyai pendaftaran syarikat atau lesen berniaga, mereka akan menghadapi masalah permohonan pinjaman dan juga insurans dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan meningkatkan prestasi sektor pelancongan. Pengusaha memerlukan dana untuk membuat pengubahsuaian untuk menarik pengunjung untuk menginap di premis mereka. Pengusaha-pengusaha yang berdaftar telah bersiap sedia untuk Tahun Melawat Perak 2024 dan pengusaha yang tidak berdaftar tidak berpeluang untuk menaiktaraf kelengkapan premis mereka dan sekiranya berlakunya apa-apa kerosakan mereka tidak dapat dilindungi oleh pihak insurans, kerugian yang lagi besar bakal menyusul. Sekiranya mereka mendaftarkan premis mereka, mereka mampu mengambil bahagian menikmati hasil perkembangan sektor pelancongan.

Selain itu dengan kes-kes penipuan yang semakin berleluasa, para pengunjung sukar untuk mempercaya dengan sebarang pengiklanan yang ada di sosial media. Walaubagaimanapun, sekiranya pendaftaran dibuat dengan peniktirafan oleh Kerajaan Negeri, pengunjung yakin untuk membuat tempahan dan hasilnya ia menjanjikan pertambahan kepada pelancong yang kunjung ke premis mereka. Kerajaan Negeri berusaha keras untuk mempromosi Tahun Melawat Perak 2024 dan sekiranya pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi insentif kepada para pengusaha hotel, dah tentu ia akan akan diberikan kepada mereka yang sudah berdaftar. Mereka yang tidak berdaftar pula sudah tentu kehilangan peluang untuk mendapat insentif tersebut. Pendaftaran premis mereka juga penting supaya Kerajaan Negeri mampu membuat bancian demi mendapat maklumat yang lebih sempurna. Sekiranya inap desa nak dapatkan bantuan, dapatkan insentif bantuan dari kerajaan, kami tak ada data-data tersebut. Kalau kita cakap, "Ok, sekarang kerajaan nak beri insentif, berapakah inap desa yang ada? Berapakah peruntukan yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak? Kita tak tahu. Sebab kita tak ada data-data yang tersebut. Kita tak tahu berapa yang perlu kita sediakan. Macam mana kita nak bantu.

Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri dan PBT tidak pernah mempunyai bilangan penginapan yang tepat untuk membuat bancian sudah pasti mengambil tenaga dan tenaga kerja yang lebih. Menurut rekod tidak rasmi, negeri Perak mempunyai 560 hotel. Mungkin lebih, mungkin kurang. Tapi tanpa fakta, hala tuju sektor penginapan dan pelaburannya seakan-akan tidak jelas. Kerajaan tidak tahu sama nak bina banyak lagi tempat penginapan atau tidak.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Mohon mencelah. Adakah Pasir Pinji setuju walaupun homestay di desa ataupun hotel di bandar ataupun tempat-tempat perkhemahan ini, adakah semua ini kalau semua daftar bawah sistem perlesenan dengan PBT, adakah kita lebih senang untuk kawal selia dan dapat masukkan dalam Tourism Perak punya data untuk mempromosikan walaupun homestay di desa ataupun hotel di Perak dan dapat meningkatkan pendapatan mereka? Terima kasih.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih kepada Simpang Pulai. Ya, memang ini betul. Sebab kalau Perak nak promosikan tempat-tempat untuk melancong, bukannya semua bandar. Banyak pelancong datang bukan ke bandar sahaja dan mereka nak pergi tempat-tempat unik di Perak seperti Lenggong, seperti eco-park dan juga kawasan-kawasan perkampungan. Tapi, macam mana kerajaan nak bantu? Sedangkan kerajaan tak ada data untuk bantu. Jadi kalau ada tempat perkhidmatan inap desa yang perlukan bantuan, kita boleh bantu. Tapi, kerajaan tak boleh bantu mereka yang tidak berdaftar. Yang kita katakan haram, macam mana kita nak bantu kan? Kerajaan ada tanggungjawab untuk membuat pertimbangan, meluluskan sebarang pembinaan hotel baharu.

Perkhidmatan penginapan perlu mencukupi dan bukan yang berlebihan sehingga pengusaha mengalami kerugian. PBT mendapat manfaat melalui enakmen ini. Perancangan boleh dilakukan untuk mengelakkan kawasan dalam PBT terlalu padat atau terlalu kurang dengan perkhidmatan penginapan. Pelaburan dapat dipupuk di sektor yang betul dan boleh menjana pendapatan. Dengan Rang Undang-Undang Hotel ini, Kerajaan Negeri dapat menyebarkan berita dan hala tuju kepada para pengusaha dan boleh mendapat maklum balas daripada mereka dengan lebih efektif dan tepat. Kerajaan mahu mendengar suara pengusaha supaya boleh membantu mereka dengan tepat dan betul dan kerajaan tidak mampu melakukannya sekiranya pengusaha tidak mahu berdaftar dan melakukan aktiviti hotel dengan sendiri.

Dewan yang mulia, Timbalan Yang di-Pertua, masalah kacau ganggu tidak asing dalam sektor penginapan ini. Namun masalah ini tidak dapat diselesaikan disebabkan kekurangan peraturan yang jelas. Ada juga mempertikaikan penguatkasaan PBT terhadap pengusaha yang tidak berdaftar tetapi pada hakikatnya, punca kuasa PBT amat terhad. Dengan RUU ini, PBT akan mempunyai SOP yang jelas untuk mengawalselia perkembangan hotel dan masalah kacau ganggu. Para pengusaha perlu mematuhi ketetapan untuk menjaga baik premis mereka supaya tidak dilaporkan dan diambil tindakan. Walaubagaimanapun, sekiranya ada caj yang dikenakan, saya mohon supaya caj berkenaan dipertimbangkan sebelum dikenakan dan dikuatkuasa. Persetujuan perlu diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri supaya caj tersebut adalah munasabah dan bersesuaian dengan kesemua 16 PBT di negeri Perak. Caj-caj yang dikenakan haruslah digunakan sepenuhnya dalam sektor pelancongan, dalam membantu pengusaha menaiktaraf dan menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Sektor pelancongan tidak dapat berkembang sekiranya bergantung kepada pihak kerajaan atau bergantung kepada pihak pengusaha swasta sahaja tetapi dengan kawalselia dan pembaikan infrastruktur oleh kerajaan dan kerjasama yang diberikan oleh pemain industri hotel, maka kita dapat mencapai...

Timbalan Yang di-Pertua

2 minit lagi, masuk kesimpulan. Sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Akhir kata, rang undang-undang ini bukan sahaja menjaga kepentingan, keselamatan dan keselesaan pengunjung tetapi juga memanfaatkan pengusaha dari segi keselamatan premis, perlindungan dan juga meningkatkan daya saingan dengan memberikan kualiti yang seragam serta dapat mempromosi premis mereka dengan lebih luas. Sektor penginapan amat penting dan berkait rapat dengan sektor pelancongan dan sekiranya kita hendak mempromosikan sektor pelancongan, perkhidmatan penginapan perlu setaraf hebatnya. Kita mungkin akan kehilangan pengunjung sekiranya negeri Perak tidak mempunyai tempat penginapan yang bertaraf tinggi. Saya yakin bahawa para pengunjung tidak berminat untuk membayar bagi perkhidmatan penginapan yang tidak setimpal. Lebih-lebih lagi premis yang berisiko dan menggugat keselamatan dan akhir sekali, tadi Saudari Buntong memang ada mention, ada katakan bahawa dalam Bahagian 11 memang ada katakan Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas nasihat Pihak Berkuasa Malaysia mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan orang yang memohon secara bertulis dan sebagainya. So, saya rasa untuk mereka yang pertikaikan homestay ada dua jenis, saya tahu. Saya rasa semua orang tahu. Jadi, homestay diinclude kan, tetapi Pihak Berkuasa Negeri ada haknya untuk mengwaive kan dengan izin, wave inap desa yang memerlukan bantuan. So, saya rasa ini bukan masalah besar untuk untuk melengah-lengahkan rang undang-undang ni tetapi saya memang amat setuju dengan rang undang-undang ni maka saya amat bersetuju supaya semua pengusaha mendapatkan premis mereka dan menjalankan...

Pasir Pinji.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Nanti nak habis. satu minit dan menjalinkan hubungan kerjasama yang erat dengan agensi kerajaan terutamanya agensi pelancongan demi manfaat bersama. Oleh itu saya menyokong supaya Rang Undang-Undang Hotel ni dapat dipersetuju sebulat suara dan dapat diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Pinji bagi laluan tak? Boleh ke tak boleh? Kalau tak boleh sila duduk. Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pasir Pinji. Seterusnya dijemput yang berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 15 minit.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. (Ayat Al-Quran). Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya lebih kurang. "Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan manusia yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kepada kemungkaran dan mereka itu adalah orang-orang yang beruntung."

Timbalan Yang di-Pertua Dewan, YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ketua Pembangkang, Barisan YB Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli YB, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. Pasir Panjang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah berjaya membentangkan Enakmen Hotel Perak 2023 sementara tadi. Secara dasarnya, Pasir Panjang seperti rakan-rakan yang berbahas terdahulu menyambut baik Enakmen Hotel Perak 2023 yang telah dibentangkan bagi menggantikan Enakmen Rumah Tumpangan Negeri Perak 1927, Bab 87. Antaranya atas alasan faktor-faktor keselamatan, kebersihan dan kacau ganggu.

YB Timbalan Speaker, tidak dapat kita nafikan sebarang tindakan yang diambil untuk mendaftar dan melesenkan sesuatu perniagaan, perdagangan atau pun premis akan memberi impak kewangan kepada pihak berkaitan dan berkepentingan. Kerajaan Negeri Perak sedang berusaha untuk menarik sasaran 8 juta pelancong domestik dan 350 ribu pelancong asing ke Negeri Perak sempena tahun melawat Perak 2024. Pasir Panjang khuatir, usaha ini akan sedikit terjejas dan mungkin terencat akibat daripada peningkatan kos yang akan dikenakan ke atas pengusaha hotel dan juga kepada pelancong yang akan melawat Negeri Perak. Kos melancong yang meningkat sudah pasti akan melembabkan aktiviti pelancongan terutama pelancongan domestik yang sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Justeru itu, kita minta Kerajaan Negeri melihat akan perkara ini supaya pelaksanaan rang undang-undang ini tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa dan dilaksanakan dengan cermat supaya perkara ini tidak berlaku.

Perkara yang kedua adalah kita melihat impak ke atas peniaga perniaga kecil. Bila berlaku penurunan jumlah pelancong ia pasti akan menjejaskan pendapatan peniaga- peniaga kecil yang besar kerananya peranan mereka dalam industri pelancongan seperti pengusaha-pengusaha restoran, perniaga-perniaga makanan, krafttangan, bot pelancong dan sebagainya dan bila kita lihat akan takrifan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam enakmen ini, tarifan ke atas perkataan hotel itu, walaupun kita merujuk kepada Negeri Pahang yang tidak melibatkan homestay dalam enakmen mereka. Sepertimana yang disebut oleh Ahli-ahli YB sebelum ini takrifan hotel yang dinyatakan dalam RUU ini luas juga kepada penginapan-penginapan yang wujud di taman-taman perumahan, kampung-kampung dan juga di dusun buah-buahan. Seperti yang kita faham, Pasir Panjang berpandangan homestay yang dibuka secara kecil-kecilan ini tidak wajib ditakrifkan sebagai hotel kerana pertama pengusaha-pengusaha hotel ini kebanyakkannya terdiri daripada mereka yang telah berpencen dan menjadikan rumah mereka sebagai penjana pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi dewasa ini. Ini banyak berlaku di kawasan Lumut bila mana anggota-anggota tentera laut mereka pencen menggunakan duit graduiti mereka untuk membeli rumah dan kemudian mereka jadikan rumah ini sebagai pendapatan tambahan untuk mereka dan mereka berpencen diusia yang sangat muda.

Tentera ini ada yang berpencen pada umur 40 tahun daripada ketika itu mereka mempunyai anak yang sedang membesar, sedang bersekolah dan tidak dinafikan bahawa mereka menggunakan pendapatan ini sebagai pendapatan tambahan untuk mereka dan disebabkan pengusaha-pengusaha homestay di taman, kampung dan desa ini tidak mengenakan bayaran yang tinggi, maka penginapan ini diambil peluang. Peluang ini diambil oleh mereka yang berpendapatan rendah yang ramai anggota keluarga mereka dan tidak mampu untuk menyewa bilik hotel yang mahal bagi mereka untuk mereka jadikan penginapan bilamana mereka melancong. Secara ringkas, Pasir Panjang melahirkan kebimbangan dan kekhuatiran ke atas beberapa perkara ini. Yang pertama sekali ialah kelembapan yang makin berlaku apabila kos dinaikkan ke atas Tahun Melawat Malaysia yang kita sasarkan pengunjung-engunjung ramai dan kita khuatir dengan kos yang tinggi ini akan mengurangkan dan kita tidak sampai tidak kesampaian sasaran yang telah kita tetapkan. Bila mana kos naik aktiviti pelancongan lembab dengan pelancong domestik. Kelembapan aktiviti pelancongan menjejaskan golongan lain yang berperanan membantu menyuburkan aktiviti pelancongan negara. Industri pelancongan terjejas. Pelancong akan memilih destinasi lain bila kos yang dikenakan membebankan.

Kesimpulannya Pasir Panjang mencadangkan langkah-langkah untuk meminimumkan impak-impak negatif perlu dikenalpasti oleh kajian-kajian bagi meyakinkan kita bahawa pelaksanaan RUU ini tidak menjejaskan bahkan memberi kebaikan kepada industri pelancongan Negeri Perak kursusnya dan negara Malaysia amnya. Pendirian Pasir Panjang, Pasir Panjang berpendirian bahawa RUU ini sangat baik dan sesuai untuk dilaksanakan tepat pada masanya tetapi berpendirian untuk dimurnikan dan Pasir Panjang berpendirian untuk dimurnikan dengan kita tangguh sementara. Tangguh sebentar RUU ini dan kita bentangkan semula dalam sidang Dun yang akan datang dengan mengambil kira perkara-perkara berikut antaranya pakaian pekerja muslim dibenarkan, pekerja-pekerja muslim dibenarkan memakai pakaian menutup aurat ketika bertugas di mana-mana hotel di negara ini. Penyediaan dan sajian minuman keras tidak melibatkan pekerja-pekerja muslim. Cukai pelancongan tidak dikenalkan ke atas pelancong asing. Cukai pelancongan dikenakan ke atas pelancong asing dan dikecualikan ke atas pelancong domestik. Aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral adalah dilarang sama sekali.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Panjang, Astaka mohon laluan, bagi tak? Astaka.

Mohon mencelah.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Jiran.

Boleh ya. Terima kasih Pasir Panjang. Tadi Pasir Panjang kata secara prinsipnya ini undang-undang yang baik dan tepat pada masanya dan Pasir Panjang sebut tentang beban kepada pengusaha-pengusaha. Tapi saya rasa di sini kami belum tahu lagi sebenarnya fi dan charge kepada lesen dan saya rasa ini tujuan untuk kita adakan rang undang-undang hotel ni adalah untuk mengawal selia. Kalau isunya berkaitan dengan charge, setuju tak Pasir Panjang selepas ini kita bincang tentang charge atau fi selepas ni, selepas rang undang-undang diluluskan dan kita boleh bincang dengan Pihak Berkuasa Negeri supaya fi atau charge tu tidak membebankan tetapi kita luluskan dulu. Sekian terima kasih.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Kita khuatir apa yang kita kenakan itu tidak dapat dipenuhi.

Tapi sekarang belum ada lagi fi, charge. Macam mana kita tahu akan membebankan?

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Belum ada lagi dan sebab itu saya sebut bahawa perlu diadakan kajian untuk melihat fi ataupun kos-kos yang akan dikenakan itu tidak membebanka dan kita akan menyokong sekiranya tidak membebankan tetapi kalau membebankan sehingga merencatkan pertumbuhan pelancongan, aktiviti pelancongan negara, kita mohon dimurnikan semula sehingga lah dapat kita berpuas hati dengan apa yang dicadangkan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pasir Panjang. Saya pohon laluan. Saya tertarik dengan statement daripada Astaka tadi. Memang fi tak jelas lagi dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang sebarang fi je menyusahkan rakyat. Rakyat tengah susah sekarang. Kejap dan saya risau juga ni, persediaannya. Saya dapat maklumat daripada majlis daerah, daripada banyak homestay di 2 Parlimen di kawasan saya, baru 1 homestay muncul. Persediaan ni macam mana ni? Bila diorang bayar fi nanti, Majlis kena masuk dalam Parit Lebai Kadir, Alor Pongsu ambil sampah. PBT bersedia kah? Kerana 1 inap desa dalam Parit Lebai Kadir, Alor Pongsu Majlis bersedia nak ambil sampah di situ? Sebelum kita buat sesuatu, buat persediaan yang rapi. Saya tahu fi itu mungkin kecil, Astaka. Tapi fi tetap fi. Dengan keadaan sesak sekarang, dengan keadaan ekonomi yang merosot sekarang ni, RM10.00 pun pengsan bagi orang kampung. Terima kasih.

Pasir Panjang, boleh? Kalau pun kita boleh bersetuju dengan fi itu, Pasir Panjang, tengok, maaflah. Satu lagi, sebenarnya bukan fi saja yang membebankan. Seperti syarat tukar tanah yang dimestikan apabila nak didaftarkan daripada pertanian, nak tukar kepada yang sepatutnya. Jadi setuju tak, bukan fi sahaja? Walaupun katalah fi itu rendah, yang lain-lain itulah yang membebankan seperti mana yang dibahaskan oleh Adun-Adun yang sebelum ini. Terima kasih.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih, Alor Pongsu. Terima kasih, Selama. Saya setuju. Apa yang berbentuk menekankan dan membebankan perlu dikaji semula. Maknanya kita nak pastikan bahawa pelaksanaan ini selesa, menyelesakan ke semua pengusaha dan juga pelancong yang akan bercuti. Jadi sekian daripada Pasir Panjang. Murnikan apa yang ada dan bentangkan semula untuk sama-sama kita lihat, komen-komen dan juga cadangan-cadangan yang kita buat. Jadi kita bersetuju untuk menyokong apabila pemurnian ini dibuat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan. 15 minit.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang saya hormati Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Dato' Mohammad Zahir Abdul Khalid, Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Jenny Choy Tsi Jen, Menteri Besar Perak Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Saarani Mohamad, Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Razman Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, yang dihormati ketua-ketua jabatan sekalian.

Alhamdulillah. Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kepada kita semua pada hari ini untuk bersama-sama dalam Perasmian bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Pertamanya, Pangkor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 di mana enakmen sedia ada sudah lapuk. Iaitu Enakmen Rumah Tumpangan Negeri Perak 1927. 96 tahun lamanya. Timbalan Yang di-Pertua, penggubalan undang-undang dalam mengawal selia operasi premis hotel dapat memberi impak terhadap usaha memulihkan industri pelancongan. Perkara ini sangat diakui kerana memastikan semua premis penginapan di Perak berdaftar dan memiliki lesen hotel daripada pihak PBT.

Kesannya adalah memberi pengiktirafan kepada lebih ramai pengusaha. Ia juga dapat mewujudkan keseragaman kualiti, keselamatan dan aspek kebersihan tempat penginapan. Ini seterusnya mewujudkan keyakinan kepada pengunjung serta meningkatkan kedatangan pengunjung ke Negeri Perak melalui amalan self tourism. Usaha untuk memulihkan kembali industri perhotelan dan pelancongan tidak akan dapat direalisasikan sekiranya pihak Kerajaan Negeri gagal menyelesaikan ancaman dalam industri seperti hotel tidak berlesen. Penggubalan suatu undang-undang dalam mengawal selia operasi hotel dan rumah penginapan ini akan memberikan satu konsep perniagaan yang adil. Ini kerana semua perniagaan yang sah perlu mempunyai satu undang-undang yang mampu mengawal selia perniagaan tersebut.

Menggubal enakmen baharu membabitkan aspek keselamatan penginapan dalam industri pelancongan bagi menjamin keselamatan pengusaha serta pengunjung. Aspek ini ditekankan kerana masa dahulu tiada satu undang-undang berkait dibuat. Enakmen ini akan memberi satu jaminan buat pengunjung dan pengusaha bukan saja keselamatan diri malah harta benda. RUU Hotel ini bagi memaasuhkan Enakmen Rumah Tumpangan Negeri Perak 1927.

Timbalan Yang di-Pertua, kita akui mengapa penggubalan Undang-Undang Hotel Negeri Perak 2023 ini perlu. Ini berkaitan dalam memberi peringatan bahawa pelanggan di hotel tidak berlesen ini terdedah kepada risiko tinggi kerana mereka tidak dilindungi oleh mana-mana liabiliti pihak ketiga sekiranya berlaku kebakaran, kecurian dan kemalangan. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan perlu berhadapan dengan akibatnya jika kejadian itu berlaku sehingga menyebabkan kematian. Hotel berlesen perlu mematuhi keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk melengkapkan premis mereka dengan sistem pengesanan kebakaran serta mempunyai langkah-langkah keselamatan.

Satu dari keperluan itu adalah mendapatkan sijil Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memperolehi lesen sementara dan pengendali hotel tidak berlesen perlu mematuhi keperluan lain yang ditetapkan untuk mendapat lesen yang betul. Timbalan Yang di-Pertua, Enakmen ini termasuklah peraturan-peraturan dan undang-undang subsidiari yang dibuat hotel. Ertinya mana-mana premis termasuklah asrama, motel, rumah tumpangan, rumah pemalaman, rumah tetamu, rumah bot, homestay, tapak tapak perkhemahan atau kenderaan yang digunakan sebagai tempat menginap yang berbayar. Bagaimanapun dalam membahas usul ini, saya dengan rasa rendah diri tidak menyokong kepada kelulusan.

Sebaliknya mohon ia ditangguhkan, dipertimbangkan bagi keperluan kepada pindaan semula tafsiran dengan melibatkan jawatan by partisan bahawa homestay, maksud saya inap desa, turut dimasukkan dalam pembahasan Rang Undang-Undang Hotel 2023. Ini kerana inap desa tidaklah sama ya, seperti mana sebuah hotel dan kebiasaannya homestay atau rumah ini dimiliki orang perseorangan dan merupakan rakyat kumpulan biasa yang terdiri daripada masyarakat luar bandar dan golongan yang telah bersara. Sepertimana YB Pasir Panjang ada menyebut. Ini kerana inap desa tidak lah sama seperti mana sebuah hotel.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Mohon celah. Simpang Pulai mohon celah.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Bagi sikit lagi boleh? Thank you. Ini kerana inap desa tidaklah sama seperti mana sebuah hotel. Ia hanya dipilih pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Misalannya, semasa menghadiri majlis perkahwinan, ada juga pulang yang ke kampung bagi keluarga besar yang tidak mampu menginap di hotel. Kebiasaannya mereka ini datang bersama ahli keluarga yang ramai. Ini kerana ramai dalam kalangan yang memilih menginap inap desa kerana mempunyai kemampuan yang terhad untuk bermalam di hotel yang casnya berkali ganda.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Timbalan Yang Di-Pertua, cadangan saya, pandangan saya, banyakkan sesi penerangan dan libat urus dengan pemilik homestay ataupun inap desa. Walaupun jangkaan kemunculan akta ini tidak seperti yang diumumkan oleh kerajaan, tetapi lebih baik kajian yang terperinci dilakukan sebelum akta ini diluluskan. Seeloknya, satu konsultasi awam mengenai cadangan mengenai penggubalan Rang Undang Undang Hotel Perak 2023 ini diadakan. Tujuan ia dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas dan pandangan daripada pihak yang berkepentingan dan rakyat berkaitan dengan cadangan pengubalan akta ini. Sudah tentu terdapat banyak pandangan terhadap cadangan akta yang baharu ini kerana ia melibatkan banyak pihak yang mungkin bertentangan seperti pemilik kediaman dan penyewa. Pandangan mereka di dalam industri juga penting. Menyatakan pandangan mereka sebelum akta ini diluluskan. Timbalan Yang di-Pertua…

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Boleh mohon mencelah? Saya setuju dengan sisi libat urus harus dijalankan dengan inap desa. Tapi i nak mohon nak tanya pandangan dengan Pangkor. Apakah pandangan Pangkor kalau kebakaran atau tanah runtuh atau kemalangan yang tidak diingini berlaku di inap desa apabila pelancong menginap di tempat itu, siapa akan bertanggungjawab? Adakah tuan rumah ke?

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Itu saya tadi cakap, sebelum kita confirm kan pengubalan undang-undang ini, kita perlu membuat satu perjumpaan di mana kita mendapatkan pandangan dan adakan sesi penerangan dan libat urus dengan pemilik homestay ataupun inap setia kerana seperti kita tahu, resort, hotel risikonya berskala besar. saya tidak bercakap saya tidak setuju.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Hutan Melintang mohon mencelah. Terima kasih. Salam Yang di-Pertua dan saya rasa sesi libat urus RUU berkenaan dengan hotel sudah dilaksanakan. Saya rasa Pangkor tidak menghadiri dan tidak mendapat pandangan yang bernas saya rasa. Sekian.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pangkor saya celah sekejap. Pangkor tak hadir tapi saya share dalam group. Tentang libat urus dan sebagainya. Bila kena fi bomba, kawasan Alor Pongsu lori bomba tak boleh masuk tau dalam tebuk. Lori bomba nak pergi macam mana ni? Kita perbesar jalan dulu, Astaka. Kita perbesar jalan dulu, jalan dah ok, lori bomba boleh masuk, dan inap desa boleh daftar dengan bomba apa semua. Sekarang ni dia orang bayar untuk fi dan sebagainya setakat dapat fire extinguisher, tak selesai masalah. Ada benda-benda apa? Benda-benda yang dahan batang, jangan tengok yang ranting-ranting dulu. Kejapkan dulu akar dan batang pokok. Terima kasih.

Pangkor boleh bagi sedikit ruang? Sedikit ruang sahaja. Saya sangat setuju dengan Alor Pongsu tadi Alor Pongsu kata banyak homestay atau ada tempat penginapan yang tidak tahu. Pejabat tanah pun tidak tahu. Saya rasa inilah sebab kita kena luluskan secepat mungkin. Sebab banyak yang tidak tahu. Keselamatan itu kita sangat khawatiri. Jangan tunggu sampai kemalangan itu. Contohnya lah, yang bomba tak boleh nak lalu kan. Selepas dia daftar, kita tahu ada homestay dekat sana. Then kerajaan PBT bolehlah buat jalan yang lebih elok sikit. Kalau kita sudah tahu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Astaka kita sokong dengan sebut sekali lagi. Tadi Pasir Pinji sebut kata kami bantah. Kami tak bantah. Kami cuma minta beri masa sedikit lagi. Kita study sedikit lagi. Libat urus dua kali itu tak full feel sebenarnya. 2 jam ni apa benda ni. Letih datang daripada Alor Pongsu pun tak habis lagi masa 2 jam tu. Bagi time sikit. Kita duduk satu hotel bincang-bincang.

Pangkor minta sikit ruang Pangkor. So, Hutan Melintang pun sebelum nak menyatakan pandangan, perlu check juga. Pangkor hadir, saya hadir, ramai yang hadir.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Tak dia minta lagi, libat urus berapa kali? Itu yang saya tanya. Sekali dah ada, dah bagi masa untuk menyatakan.

Masa-masa 2 jam dalam keadaan yang masih sempit. Kita 2 jam kita dengar berdengar penerangan exco dan hampir sejam lebih.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Masing-masing mempunyai masa untuk menyatakan pendapat.

Saya nak menyatakan Pangkor hadir tadi. Pangkor hadir dalam sisi tersebut.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Tapi Pangkor sendiri tidak menyatakan beliau hadir kan?

Tapi Hutan Melintang fakta kena betulkan tu. Beliau hadir dan kami ada di situ.

Beri laluan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pangkor boleh tak bagi laluan? Kalau tak boleh sila teruskan. 2 minit lagi sila.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Nak habis dah. Ok saya nak. Nak.Ok.

RUU Air dulu pernah diadakan libat urus dan daripada belah sana ramai yang tak hadir pun tetapi bila berlaku perbahasan dalam Dewan yang tak hadir itu bangun berucap dan akhirnya ditangguhkan sementara untuk dibentangkan dalam libat urus yang akan datang sebab nak cerita kata libat urus tu tak cukup. Libat urus tu.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Masuk soalan jangan cerita di sini.

Isunya kena tang kamu boleh, kena tang kami tak boleh itu sahaja isu dia. Jangan buat kalut.

Timbalan Yang di-Pertua

Pangkor sila.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Sekejap maksud saya tadi libat urus tu di mana kita perlu buat satu perjumpaan dengan pengusaha contohnya inap desa ni kita tahu orang kampung. Dia orang tak ada pengetahuan tentang benda ni. So, mungkin ada satu langkah kerajaan buat satu perjumpaan dengan pengusaha inap desa ni. Saya maksud ni inap desa. Homestay ni banyak. Contoh sekarang saya pun duduk di homestay juga untuk persidangan Dun ni. Tapi yang kayangan punya lah bukan inap besar sebab di bandar tak ada inap desa ok. Di mana masa saya pun dah habis, Pangkor dan Teluk Batik boleh dianggap antara destinasi 3S yang paling popular kerana keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara dan mudah dikunjungi. Faktor 3S yang merujuk kepada sand, sea, sun masih boleh dinikmati di pulau peranginan terkenal di Perak, itupun walaupun dikelilingi kepesatan pembangunan industri dan aktiviti pelabuhan di kawasan berhampiran di Lumut.

Masalah gangguan elektrik juga kerap berlaku di Pulau Pangkor Pihak Berkuasa Tempatan. Walaupun ada dibuat tetapi masih banyak lagi prasarana yang berkurangan. Masalah gangguan bekalan elektrik, bekalan air, bila time peak season di Pulau Pangkor. Keadaan ini sangat membimbangkan pada pengusaha pelancongan. Liputan internet yang terhad dan kadang-kadang perlahan disebabkan liputan tidak baik juga berlaku di kawasan tertentu seperti di Pangkor, Teluk Nipah dan Teluk Senangin. Kita dah tahu semua orang kalau datang dia akan tengok biasanya wifi. Kadang-kadang anak kita bila datang pun mana mana ada wifi tak. Sehubungan itu saya mencadangkan Kerajaan Negeri supaya merangka satu pembangunan telekomunikasi bagi meningkatkan kadar liputan internet ini. Saya tidak mahu berucap panjang walaupun ada 2 helai lagi saya tak habis. Akhir kata saya menyatakan untuk tidak menyokong kepada kelulusan. Mohon ditangguhkan, dipertimbangkan, diperhalusi keperluan kepada pindahan semula tafsiran agar definisi homestay dikeluarkan daripada tafsiran hotel dalam perbahasan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023. Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Pangkor. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua memberikan Buntong peluang berbahas Enakmen Hotel Perak 2023. Salam perpaduan, salam sejahtera kepada barisan Exco Yang Berhormat Gunung Semanggol sebagai ketua pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media serta rakyat yang saya hormati sekalian. Dalam usaha kita di Perak untuk menggiatkan industri pelancongan, salah satu perkara yang harus diberikan tumpuan adalah aspek perundangan. Selama ini, Perak bergantung kepada enakmen yang lama yang digubal pada tahun 1920-an. Oleh itu, sememangnya sudah tiba masa untuk memastikan undang-undang Negeri Perak dikemaskini secara terperinci untuk meningkatkan kesejahteraan ekosistem pelancongan supaya lebih lengkap. Adalah penting juga bagi sesuatu undang-undang merangkumi kesemua pemain industri dalam tujuannya untuk mengawal selia sesuatu industri.

Oleh itu, Buntong sememangnya setuju dan menyokong kepelbagaian industri hotel yang dicerminkan dalam Seksyen 2, rang undang-undang ini di mana hotel merangkumi homestay. Kita harus ingat undang-undang ini atau pun enakmen ini sebenarnya adalah satu pemboleh dengan izin, it's an enabler. Enakmen ini membolehkan aktiviti mengawal selia terhadap industri pelancongan dan industri hotel dilakukan dengan komprehensif. Ia memberikan punca kuasa yang sah kepada agensi-agensi kerajaan bagi memastikan keselamatan industri pelancongan dijamin. Oleh itu, jika kita tidak menyokong keterangkuman undang-undang ini, maka kita akan menjadi penghalang kepada keselamatan industri pelancongan itu terjamin sebab hari ini, homestay semakin meningkat. Jumlah homestay di Malaysia semakin meningkat. Saya faham, memang di desa pun semakin meningkat.

Oleh itu, lagilah kita perlu menyokong undang-undang ini supaya kita dapat mewujudkan satu platform yang sah dan memberikan punca kuasa yang sah kepada agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Negeri dan pihak yang mempunyai kuasa untuk memberikan lesen satu akses kepada mengawal selia homestay-homestay termasuk di bandar dan di desa. Timbalan Yang Dipertua, industri pelancongan juga mempunyai kesan langsung terhadap kelestarian alam sekitar. Oleh yang demikian, Enakmen Hotel Perak 2023 juga penting bagi memastikan Kerajaan Negeri mempunyai punca kuasa yang sah untuk memastikan industri pelancongan tidak menyebabkan impak yang negatif kepada alam sekitar. Pihak Berkuasa Negeri berupaya untuk menguatkuasakan peraturan supaya pemegang lesen hotel diwajibkan untuk menjaga persekitaran, diwajibkan untuk mengurus pembuangan sampah dengan betul dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Selain daripada itu, enakmen hotel ini akan berperanan membantu pemain industri bergiat dengan lebih saksama, dengan izin, Timbalan Yang di-pertua, it will create a level playing field dari segi peruntukan insentif dan sebagainya daripada kerajaan sama ada kerajaan negeri atau pun kerajaan persekutuan.

Pemain industri yang berdaftar layak menerima insentif dan bantuan kewangan termasuk mereka yang mempunyai homestay. Daripada pihak kerajaan faktor ini berupaya merancakkan lagi industri pelancongan di Perak dan mampu mencipta kemampanan. Pemusatan pendaftaran hotel juga membolehkan pihak Kerajaan Negeri memiliki big data dengan izin berkenaan jumlah hotel di Perak, jumlah bilik yang ada, jenis fasiliti yang perlu diperbanyakkan supaya Exco-Exco berkenaan dan agensi-agensi kerajaan berkenaan seperti Tourism Perak dapat menggunakan big data ini untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke Negeri Perak seterusnya meningkatkan pendapatan negeri. Timbalan Yang di-Pertua, namun demikian, sememangnya adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membahaskan rang undang-undang ini dengan teliti. Bacaan sekaligus memberikan gambaran bahawa Pihak Berkuasa Melesen mempunyai kuasa yang luas di bawah rang undang-undang ini.

Oleh yang demikian, Buntong ingin membawa sedikit keresahan yang wujud sebagai penggubal undang-undang supaya kuasa ini disemak imbang dengan saksama dan rasional oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Ini adalah kerana ekosistem komersial yang harus dipupuk di Perak haruslah sebuah ekosistem perniagaan yang mesra dan efektif tanpa penyelewengan, rasuah dan pembuangan masa. Buntong ingin mengingatkan Pihak Berkuasa Negeri iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak peranan yang harus dimainkan dalam penguatkuasaan undang-undang ini supaya seimbang dan memelihara dan memupuk industri pelancongan yang efisyen dan telus. Buntong juga sedar bahawa rang undang-undang ini telah pun digubal dengan teliti dan keseimbangan kuasa dapat dilihat daripada Seksyen 11 iaitu kuasa mengenakan fi charge perkhidmatan tempatan dimana Seksyen 11(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh atas nasihat Pihak Berkuasa Melesen melalui pemberitahuan di dalam wartawan menetapkan fi charge perkhidmatan tempatan atau bayaran yang perlu dibayar oleh pemegang lesen hotel di bawah enakmen ini. Ini menunjukkan Pihak Berkuasa Negeri masih mempunyai kuasa untuk menentukan fi dan charge perkhidmatan dan bukannya bergantung hanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi membalas hujah sebentar tadi Gunong Semanggol yang risau tentang kemasukan homestay di dalam takrifan hotel di bawah RUU ini, Buntong ingin menjamin Dewan ini bahawa barisan Exco telah pun memastikan kebajikan semua pemain industri dijaga.

Ini dapat dilihat di bawah Seksyen 11(2) di mana Pihak Berkuasa Negeri boleh atas nasihat Pihak Berkuasa Melesen mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan orang yang memohon secara bertulis daripada semua atau sebahagian fi charge perkhidmatan tempatan atau bayaran yang perlu dibayar. Malah fi dan jumlah caj pun harus mendapatkan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 11(1). Ini menjamin kesejahteraan dan kepelbagaian yang wujud dalam industri hotel termasuk homestay desa. Tadi sebentar tadi Yang Berhormat di sebelah sana berpakat membangkitkan Enakmen Hotel Pahang tidak merangkumi homestay tetapi Buntong ingin mengingatkan bahawa Enakmen Hotel Perak mantap kerana enakmen ini mempunyai Seksyen 11 di mana Enakmen Pahang tiada Seksyen 11 atau Seksyen yang serupa dengan Seksyen 11.

Oleh itu, Buntong berpendapat bahawa Enakmen Hotel Perak 2023 lebih komprehensif. Tambahan pula, Buntong ingin membangkitkan soal penggunaan Seksyen 18(1). Pada pendapat Buntong, penggunaan Seksyen 18(1) haruslah menggunakan pendekatan dengan izin worst case scenario atau pun this section has to be used very sparingly with at most discretion dengan izin Timbalan Yang di-Pertua. Ini adalah kerana pendekatan menghormati hak untuk privasi dan hak asasi manusia kepada keselamatan harus diambil kira juga. Sesuatu perniagaan juga harus diberikan dengan izin a sense of security dan tidak boleh disubjekkan kepada a search without a warrant. Session ini tidak boleh sering digunakan sehingga menyebabkan keamanan industri pelancongan terjejas. Walau bagaimanapun, Buntong ingin membawa perhatian Dewan ini kepada Seksyen 16(1) Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Perak di mana seksyen ini menjelaskan penggeladahan dengan waran. Seksyen ini yang harus digunakan oleh Pihak Berkuasa Melesen jika perlu melaksanakan penyiasatan.

Buntong juga ingin memohon pencerahan daripada YB Exco tentang aplikasi Seksyen 13 dan Seksyen 17. Seksyen 13(1) menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Melesen boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan lesen. Seksyen 17(1)(a) pula menyatakan bahawa kuasa untuk menutup hotel. Maka persoalannya di sini adalah apakah yardstick dengan izin yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Melesen untuk menentukan sama ada untuk menggantung atau membatalkan lesen di bawah Seksyen 13(1) atau untuk menutup hotel di bawah Seksyen 17(1)(a). Dato' Yang di-Pertua Buntong berharap soalan-soalan yang dibangkitkan dapat dijawab supaya rakyat yakin dengan undang-undang ini.

Akhir kata Buntong tetap menyokong RUU Enakmen Hotel Perak 2023. Syabas kepada barisan Exco yang komited memastikan kepelbagaian industri penginapan dipelihara dan dilindungi. Rang Undang-Undang yang dibentangkan inklusif serta komprehensif, pemain industri diberikan ruang yang secukupnya untuk didengari terutamanya melalui Seksyen 14 Rang Undang-Undang ini. Oleh itu, untuk memohon supaya Dewan ini menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Perak 2023. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Buntong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Assalammualaikum Warrohmatullahibawaraokatuh.

Alhamdulillah wassollatuwassalamrasulillah. Walhaulawalaquwataillahhiwalba'.

Waqollallahtaalafilkitabilazizsubhanaa'uzubillahiminasyaitonirojim Mayalfizuminqaulinillalhadarinkhatibunatid. Tidak ada satu pun yang diucap oleh kamu kata Allah S.W.T melainkan pada sisi kamu. Adanya malaikat yang dinamakan Raqib dan Atid yang mencatat apa yang kamu sebutkan yang kamu lakukan. Yang dihormati lagi dikasihi Tuan Yang di-Pertua Dewan Negeri. Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kita kasihi, pada barisan Exco negeri yang penuh dedikasi. Kepada seluruh para sahabat daripada Ahli-ahli Dewan Negeri yang hadir tampil berbahas pada hari ini mewakili kawasan masing-masing. Kepada ketua-ketua jabatan, pengarah yang hadir pada hari ini, kepada rakan-rakan media yang menyampaikan mesej maklumat yang tepat di Dewan ini, kepada seluruh para bentara para petugas pada seluruh para hadirin yang dikasihi sekalian. Mengucapkan terima kasih banyak kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang undang Hutan Perak 2023 pada hari ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri yang terus berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik dalam sektor industri perhotelan sebagai langkah persediaan menuju Tahun Melawat Perak pada masa akan datang. Sebelum memulakan perbahasan ini, saya ingin mengambil peluang ini mewakili rakyat di kawasan saya di kawasan Manjoi, mewakili Meru, Klebang, Chepor, Chemor dalam Kampung Seri Klebang, Gugusan Manjoi, kampung Melayu terbesar di Asia di Malaysia ini, ramailah dun-dun yang paling besar dalam Negeri Perak. Mengucapkan menyampaikan setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak Yang Berhormat Menteri Besar dan semua agensi yang tampil membantu menyelesaikan aduan-aduan dan permohonan daripada saya dan kami mewakili rakyat di Dun Manjoi.

Banyak perkara yang telah dibantu mengucapkan jutaan terima kasih banyak pada semua khususnya Yang Berhormat Menteri Besar yang kita kasihi. Mengenai isu-isu lain yang masih lagi berbangkit saya sentuh antaranya isu Chepor Sentosa, saya harap dapat diberi perhatian kerana rakyat di sana sedang sesak berdepan dengan masalah banjir lumpur yang sangat teruk sebabkan masalah ladang jagung di belakang sana yang mengganggu kehidupan orang Taman Chepor Sentosa yang sedang saya perjuangkan yang mungkin sama dengan dun-dun lain di zon bandaraya ini. Saya di dalam kawasan zon bandaraya kawasan bandar Manjoi ini kawasan dalam kedudukan kawasan bandaraya Ipoh. Isu jalan-jalan kita di kawasan bandaraya Ipoh ini banyak yang tidak dicat semula jalan laluan jalan hingga menyebabkan banyak berlaku kemalangan. Bukan di Manjoi bahkan di Bercham mungkin di Canning, mungkin di Pasir Pinji dan Buntong dan sebagainya. Juga ucapan terima kasih saya kepada Yang Berhormat Menteri Besar dalam mengamalkan politik aras tinggi dengan turut memberikan peruntukan kepada Adun-Adun ada pembangkang. Melaksanakan kerjasama baik partisan dalam mesyuarat di peringkat daerah juga menyediakan pemberian kotak makanan kepada kami di pihak kerajaan yang tidak mentadbir ini. Buktinya ketika ini jumlah pembangkang sangat ramai di negeri Perak. Ini tidak boleh dapat dinafikan oleh kita semua iaitu 26 kerusi di pihak pembangkang. Jadi, saya cuba untuk mengubah sedikit persepsi kita.

Pihak kami bukan hanya membangkang tetapi kami juga kerajaan bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan mungkin dari sudut kerajaan yang tidak mentadbir, tuan-tuan berada di peringkat kerajaan mentadbir, jadi kami kerajaan tidak mentadbir Kerajaan Negeri. Namun di kawasan-kawasan kami, kami juga sebahagian daripada orang-orang yang berhak orang-orang yang berautoriti untuk mentadbir kawasan-kawasan kami. Dengan Adun-Adun wakil rakyat ini ialah orang-orang yang penting yang dirujuk yang sentiasa diberi perhatian yang sentiasa diberi aduan untuk membawa suara kampung suara rakyat suara orang di bawah sana, jadi tuan-tuan mudah-mudahan kerjasama ini dapat kita jalinkan dengan begitu erat dan InsyaAllah kerajaan yang kita jalankan ini dapat digerakkan dengan baik hasil daripada segala kerjasama yang telah pun kita lakukan. Tuan Yang di-Pertua dan seluruh di Dewan yang dikasihi. Pada asalnya kami di blok pembangkang ini ataupun di blok kerajaan yang tidak mentadbir ini bersetuju dengan penggubalan undang-undang ini, kita bersetuju. Bagi memastikan setiap penggiat industri perhotelan dan rumah tumpangan sama ada yang besar atau sederhana ataupun kecil mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya.

Tuan-tuan, kita bersetuju sebab kita tahu kita faham kerajaan nak bagi yang terbaik untuk rakyat. Tapi ada pegawai yang dibahaskan hari ini tuan-tuan janganlah dilihat seolah-oleh pembangkang ataupun kami ini nak tolak semua tidak. Memang perlu sangat ruang ini untuk bahas dengan begitu teliti dan komprehensif supaya kita boleh dapat satu keputusan yang konkrit untuk masyarakat untuk rakyat di negeri Perak ini. Kita compare dengan Rang Undang-Undang Pahang nanti saya akan sebutkan sedikit perbandingan yang saya dapat dalam RUU Pahang dan juga kita punya peringkat Perak ini. Tuan-tuan sekalian, penggubalan RUU Hotel 2023 ini mengambilkira implikasi undang-undang terhadap pemilik premis. Ini kerana setiap bangunan kediaman itu biasanya telah ditetapkan syarat nyata. Syarat tersirat, syarat tersirat dan juga syarat kegunaan. Di dalam suratan hak milik geran hartanah tersebut yang mana ianya hanyalah untuk tujuan kediaman sahaja. Maka sekiranya seseorang itu menggunakan rumah mereka untuk tujuan perniagaan seperti homestay, ianya jelas boleh dianggap sebagai melanggar syarat nyata, syarat tersirat atau syarat penggunaan hartanah tersebut.

Daripada bangunan kediaman menjadi bangunan komersial. Kesannya, pemilik hartanah tersebut boleh didenda di bawah Seksyen 127, 1(A) Kanun Tanah Negara atau hartanah tersebut boleh dirampas di bawah Seksyen 129 Kanun Tanah Negara. Tuan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan, walaubagaimanapun saya merayu dan saya ingin membawa perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian terhadap realiti industri ini di negeri Perak. Tadi saya sebut dah satu fakta saya bawa tuan-tuan tentang bagaimanakah data kita dapat rumah inap, homestay-homestay tuan-tuan tidaklah menjadi orang kata menjadi tumpuan utama. Bahkan dalam data yang ada di tangan sinipun tuan-tuan pun dengar saya mencelah tadi. Kalau berada di kedudukan yang paling bawah sekali berbanding dengan hotel, chalet, rumah rehat apartment. Inap desa rumah-rumah di kampung tuan-tuan menjadi dalam kategori terakhir dalam data yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Tuan-tuan yang dikasihi, dan itulah kita maklum Perak menjadikan Enakmen Hotel Pahang 2020 sebagai rujukan. Namun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi memastikan kita mewujudkan situasi istilah kita win-win atau menang-menang bagi kedua-dua pihak. Baik kerajaan mahupun industri, apatah lagi pengusaha kecil yang belum tentu untung nasib mereka mendapat pelanggan seperti pengusaha yang mempunyai satu ataupun 2 homestay sahaja dan pengusaha rumah inapan di kampung-kampung dan lain. Bahkan di sini saya yakin dan percaya mungkin ayah ibu kita di kampung. Mungkin abang kakak kita di kampung juga mungkin ada usahakan homestay. Ini bukan orang Ipoh semua sini bukan semua orang-orang bandar. Sini bukan ada orang duduk di Larut, mungkin ada tinggal di Bagan Datuk mungkin ada tinggal di kawasan-kawasan kampung. Mungkin mak ayah kita, Kota Tampan juga tidak dilupakan Lintang juga kawasan-kawasan kampung. Ada juga mak ayah kita, adik beradik kita yang usahakan usaha sekecil-kecil ini tuan-tuan, itulah dia punya pendapatan yang mereka dapati setiap bulan itupun tuan-tuan nak dapat orang sewa ataupun orang masuk pun bukan tentu. Tunggu cuti sekolah mungkin ini minggu depa cuti sekolah seminggu tuan-tuan mungkinlah ada sikit rezeki masuk. Tapi kalau mari hari macam ini tuan-tuan, tuan-tuan boleh lihat apa yang berlaku. Tuan-tuan, kebanyakan pemilik homestay ini ataupun rumah-rumah inap ini ialah orang-orang Melayu kita di kampung-kampung. Saya bukan bawa sentimen perkauman tidak tadi pun sembang dengan YB Jalong bukan tuan-tuan cuma saya nak menyatakan ia majoriti orang-orang susah ataupun orang-orang kampung yang mengusahakan usaha-usaha kecil ini tuan-tuan perlu diberi perhatian.

Kita refer RUU Undang-Undang Pahang tuan-tuan kalau boleh saya kemukakan di sini. Selebihnya saya nak bangkitkan berkenaan dengan berkenaan dengan takrif Akta Industri Pelancongan Pindaan 2018, takrif Rang Undang-Undang Hotel Perak dan juga Pahang. Di mana kalau Perak ni tuan-tuan dalam Akta Industri Pelancongan Pindaan 2018 takrif premis penginapan Seksyen 2, rumah-rumah lama dan struktur lain sama ada kekal atau sementara bagi RUU Perak di mana orang diberi tempat menumpang, bermalam atau berlindung untuk apa-apa jenis sewa atau ganjaran bagi apa apa jua tempoh masa. Kedua, bilik yang digunakan sebagai tempat berlindung. C. C ni yang saya nak tekankan bahkan semua kami tekankan tentang tersebut. Asrama, motel, rumah tumpangan, rumah bermalaman, rumah tetamu, rumah bot, homestay, tapak-tapak perkhemahan atau kenderaan sebagai tempat menginap berbayar. Tuan-tuan kalau tuan-tuan tengok Enakmen Hotel Pahang 2020 di sana tidak disebutkan dengan jelas tentang homestay, ini takrif yang kita perlu di lihat kenapa kita terlalu perincikan spesifik sampai tahap homestay yang kita bincangkan ini atau rumah inap orang kampung kita yang boleh kita bahaskan lagi perkara tersebut.

Kedua, saya nak lontarkan yang dapati dalam perbedaan ini denda atas kesalahan bagi RUU Perak Seksyen 34 iaitu bagi mereka yang melanggar sub Seksyen 1. Pengusaha-pengusaha yang mempunyai lesen atau yang keduanya hotel yang tiada lesen apabila disabit denda tidak melebihi RM100 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya buat. Seksyen 9 (2) kesalahan tidak mempamerkan lesen dipenjara tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya. Bagi Pahang pula tuan-tuan satu sahaja bagi semua penalti dalam Seksyen 15 menyatakan mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh disabitkan dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun tuan-tuan. Kita letak apa RM1ribu tuan-tuan cuba bayangkanlah kalau berlaku pada mak ayah kita, orang kampung kita, kepada sanak saudara kita, adik beradik kita tuan-tuan tengok-tengok kena denda sampai RM100 ribu tuan-tuan saya kira tuan-tuan pun akan fikir panjang terhadap perkara yang kita bincangkan pada hari ini.

Ketiga fi atau caj sebanyak disebutkan oleh rakan-rakan kita tadi. Caj perkhidmatan bagi RUU Pahang RUU Perak, caj perkhidmatan tempatan caj yang ditetapkan bagi setiap jenis tumpangan, pemalaman atau perlindungan di hotel ia bagi Seksyen 8 (4) fi atau pun sementara Seksyen 4 (3) fi permohonan lesen tuan-tuan itu banyak menyatakan beberapa perkara dan bagi Pahang caj kelestarian fi berjumlah RM3 semalam bagi setiap bilik yang dihuni, fi pemprosesan untuk permohonan lesen dan juga tuan-tuan ini antara benda-benda yang saya nak compare-compare lah yang saya nak sebutkan banyak sangat masa nak habis. Tuan-tuan ni pun dah nak habis dah tuan-tuan saya ringkaskan pun sendiri tuan-tuan boleh dilihat perkara ini untuk kita melihat bagaimanakah kita kena fikir lebih sikit tetapi pengusaha-pengusaha kecil industri kecil orang-orang yang bukan dia dalam negeri industri besar di kawasan kampung-kampung kita. Tuan-tuan sikit saya nak sebut antara benda penting yang perlu saya sebut ialah berkenaan dengan seperkara yang penting. Yang ini saya nak lontarkan dalam Dewan ini Dato' Speaker dan semua hadirin. Dalam enakmen rumah tumpangan perkara 13 ada disebut larangan aktiviti pelacuran, mabuk, game dan lain-lain tapi dalam RUU Hotel ini tidak dilihat di tampilkan di sini tuan-tuan.

Saya nak tanya kepada pihak Ahli Dewan dan juga terutamanya di pihak kerajaan. Kalau tengok enakmen-enakmen rumah tumpangan, Perkara 13 dengan jelas menyatakan dilarang larangan aktiviti pelacuran mabuk ni tuan-tuan yang ini yang kita bimbang tu saya rasa yang kita kena sebut dengan jelas dalam dalam Rang Undang-Undang ini. Sebab tu tadi saya celah tentang berkenaan dengan pelancongan Islam tentang perhotelan patuh syariah, tentang rumah-rumah tumpangan yang perlu menjaga segala perkara yang melibatkan batasan-batasan agama ini tuan-tuan. Jadi saya nak bertanya pada pihak kerajaan ini antara benda yang saya kira kita perlu perhalusi lalu perhalusi betul-betul kalau boleh daripada sekarang ni tuan-tuan kena nyatakan di dalam enakmen rumah tumpangan Perkara 13 ini ada menyebut larangan aktiviti pelacuran, mabuk, game dan lain-lain tapi dalam RUU Hotel ini tidak saya dapati kita kemukakan dalam RUU ini. Ini penting bagi bagi kita semua bahkan bukan saja bagi orang Islam bahkan bagi semua agama dan bangsa. Kita sangat memberi perhatian terhadap perkara ini.

Tuan-tuan yang saya kasihi, buat akhirnya yang saya nyatakan di sini berkenaan dengan perkara ini. saya harap mudah-mudahan segala lontaran berkenaan dengan perkara ini dapat kita ambil perhatian dan saya sangat mengharapkan mudah-mudahan dengan pindaan-pindaan dibuat nanti boleh kita bagi tumpuan tentang bagaimanakah untuk kita memastikan hotel halal atau pun hotel patuh syariah perlu disebutkan sikit di dalam ini tuan-tuan atau pun perkara yang melibatkan yang enakmen tadi perlu dijelaskan dengan lebih jelas masukkan balik enakmen apa ni perkara tersebut dalam RUU ni tuan-tuan lebih baik lebih cantik dan dia memberi ketenteraman kepada kita dan baru ni saya dengar banyak libat urus kita bincang berkenaan dengan kadang-kadang homestay ni tuan-tuan sampai tengah malam dia orang beroperasi kita nak kawal dengan lebih baik supaya tidak ada benda-benda yang melanggar batasan syarak. Dato' Speaker saya nak ending gulung saya punya ucapan sedikit. Mudah-mudahan segala cadangan daripada pihak kami pihak kerajaan yang tidak mentadbir ini dapat diberi perhatian. Tujuan kami mencadangkan ini ialah untuk memberikan penambahbaikan kepada tuan-tuan dan mudah-mudahan segala lontaran ini dapat diharmonikan betul-betul dan saya yakin percaya Yang Amat Berhormat Kota Tampan juga pasukan akan memberikan satu kerjasama yang baik sesama kita membina satu negara, negeri yang sejahtera di masa depan rakyat negeri Perak yang kita kasihi. Wallahualam. Assalamualaikum WarahmatullahiTaala Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wassalamwarahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Manjoi yang telah berbahas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan 15 minit. Silakan.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Yang Berhormat-Yang Berhormat. ketua-ketua jabatan daripada persekutuan, ketua-ketua jabatan daripada negeri, wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan dan seterusnya yang mengikuti live persidangan ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Kita sedang membahaskan RUU Hotel Perak 2023. Tujuan RUU ini ialah untuk mengadakan perlesenan dan pengawalan hotel-hotel di negeri Perak. Itu tujuan. Kalau kita rujuk tafsiran Perkara 2 (c). Hotel ertinya mana-mana premis lah ok. Perkara (c). Mengikut pengertiannya termasuklah asrama, motel, rumah tumpangan, rumah pemalaman, rumah tetamu, rumah bot, homestay, tapak-tapak perkhemahan atau kenderaan yang digunakan sebagai tempat menginap yang berbayar. So, tajuk dia ialah hotel Perak, Enakmen Hotel Perak.

So, bila kita sebut hotel ni apa yang kita faham, apa yang kita terbayang ialah hotel-hotel yang ada di Perak ni. Contoh macam Casuarina, Impiana, Kinta River Front itu yang kita bayang bila kita sebut hotel. Bila kita sebut hotel kita tak terfikir pun homestay ke tapak perkhemahan ke rumah-rumah tumpangan. Jadi rakyat atau masyarakat yang dia faham bila kita sebut hotel ini ialah hotel-hotel yang ada di Perak. Jadi bila kita katakan contoh kalau saya pergi dengan keluarga ke tapak-tapak perkhemahan dan saya bawa khemah sendiri dan kami tidur di khemah-khemah. Adakah itu kita nak panggil hotel? Adakah itu taraf sama dengan hotel? Sebab kita nak kenakan lesen yang sama. Kalau kita ikutkan servis dia tak sama. Servis hotel lain. Sampai langit dengan bumi bezanya dengan penginapan-penginapan lain. Kita sedia maklum di hotel ada macam-macam kemudahan. Ada gym, ada sauna, ada ruang mesyuarat yang berskala besar, ada dewan makan. Sedangkan kalau kita pergi di tempat-tempat penginapan lain selain daripada hotel macam tempat-tempat. Kita kena masak sendiri, kita kena buat bekalan kita sendiri dan saya rasa tak sepatutnya semua ini kita longgokkan.

Kita kumpulkan dalam satu bakul dan kita kenakan caj. Kita kenakan lesen yang sama. Jadi bagi saya kita tidak berlaku adil. Sebab dalam hotel, kita sedia maklum, bisnesnya bagus, duduk di bandar besar. Hari-hari ada ada tetamu, ada pelanggan. Sedangkan, homestay ataupun tapak-tapak perkhemahan ini di jeram, sungai, waterfall ke apa, dia bukan hari-hari ada pengunjung. Kadang-kadang sebulan dua bulan kosong. Sebab homestay ke, apa ke terletak di luar bandar, di kampung-kampung. Siapa nak datang selalu? Kecuali kalau ada saudara mara kahwin di situ. Nak cari homestay, baru duduk di homestay. Kalau tidak homestay itu terbiar begitu saja. Nak dapat pelanggan pun susah. Income tak ada. Jadi bagi saya, tak adil. Kita tidak berlaku adil. Kalau kita longgokkan semuanya sekali di dalam bakul yang sama.

Selain daripada itu, saya juga faham keperluan untuk mengawal mutu perkhidmatan yang disediakan oleh homestay-homestay terutama sekali dari segi keselamatan dan keselesaan pengunjung tetapi janganlah kerajaan sampai menekan atau membebankan pengusaha-pengusaha homestay dan lain-lain chalet ke apa kan. Kita, lagi saya janganlah terlalu memikirkan berapa hasil kutipan daripada perlesenan dan lain-lain percukaian untuk menaikkan revenue Kerajaan Negeri di zaman kegawatan ekonomi di mana ekonomi masih belum pulih. Berapa sangat hasil pendapatan yang diperoleh oleh pengusaha-pengusaha seperti homestay. Kita kena bersimpati dengan kesusahan rakyat untuk menambah pendapatan harian dengan menyewakan bilik-bilik kosong di rumah-rumah mereka sebagai homestay. Takkan itu pun kita nak kenakan perlesenan dan percukaian.

Yang sebenarnya saya tengok ada banyak lagi beban-beban yang dikenakan kepada pengusaha-pengusaha kecil homestay ini. Kalau pengusaha hotel tu saya sedia maklum lah, bisnes tu memang bagus. Tapi kalau pengusaha-pengusaha kecil seperti homestay yang hidup segan, mati tak mahu ini, kita rasa kena pertimbangkan balik undang-undang ni. Saya bagi contoh, deposit ya. Kalau kita tengok, perkara 10 (1) dan (2). 10 (1), Pihak Berkuasa Melesen boleh sebelum mengeluarkan sesuatu lesen atau pada bila-bila masa selepas itu menghendaki pemegang lesen itu membuat suatu deposit dalam apa-apa jumlah yang wang sebagaimana yang ditentukan olehnya untuk memastikan bahawa syarat atau sekatan lesen itu dan peruntukan itu dipenuhi dengan sewajarnya. Jadi secara ringkasnya untuk mudah difahami, seorang pengusaha homestay itu kalau dia nak mohon lesen, dia kena letak deposit. Itu beban lagi, duit lagi. Sebab nak kena deposit dulu. Untuk mohon lesen sahaja.

Kemudian, 10 (2), Pihak Berkuasa Melesen boleh melucutkan keseluruhan atau sebahagian daripada deposit itu jika dia berpuashati bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau pelanggaran mana-mana peruntukan enakmen itu. Jadi secara mudahnya, selepas bayar deposit, kita buat kesilapan, tak ikut peraturan, tak ikut undang-undang, deposit kita hangus. Deposit habis. lebuh deposit. Jadi, ini bagi saya memang tidak adil. Dah lah susah. Customer tak ada, pengunjung tak ada, deposit pula habis. Jadi saya rasa perlu dipertimbangkan semula.

Kemudian perkara 11 (1), Pihak Berkuasa Negeri boleh atas nasihat Pihak Berkuasa Melesen melalui pemberitahuan dalam warta menetapkan yuran, fi, caj perkhidmatan, insuran, caj perkhidmatan tempatan dan bayaran-bayaran lain yang dibayar oleh pemegang lesen di bawah enakmen ini bagi mana-mana orang yang menumpang, bermalam atau berlindung. Maksudnya, bukan sahaja pengusaha kita kenakan macam-macam caj, fi, caj perkhidmatan ke, insurans ke, tapi pengunjung yang bermalam pun kena caj juga. Jadi kita tengok ini satu benda yang boleh membebankan bukan sahaja pengusaha-pengusaha kecil-kecilan tetapi pengunjung juga dibebankan sama.

Jangan lupa, ada juga masalah lain seperti perkara 20 (1), pengusaha juga boleh di sita dan dilucutkan hak. Kalau buat silap, tak ikut peraturan, boleh di sita. Maknanya bangunan itu boleh di sita, homestay boleh di sita dan dia boleh dilucutkan hak. Jadi benda-benda macam ini kadang-kadang, kita tengok orang-orang kampung, pengetahuan dia tak sampai tahap ini. Dia tak faham pun. Mungkin kalau kita suruh pergi ambil lesen, dia akan pergi ambil lesen. Tapi kalau berlaku kesalahan-kesalahan ini, saya rasa pengusaha ini pun tak tahu ini benda ini boleh di sita dan dilucutkan hak. Jadi, jadi tak samalah. Kalau hotel itu dia well versed, dia faham benda ini. Tapi kalau pengusaha kecil ini, mungkin tak faham benda-benda ini dan undang-undang ini terpakai sama. Baik hotel ataupun pengusaha-pengusaha lain dan yang lebih, saya fikir dahsyat lagi. Iaitu penalti am, Perkara 25. Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah enakmen ini atau peraturan di bawahnya yang baginya tiada diperuntukkan dengan nyata boleh apabila disabit tidak melebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun. Maknanya kalau hotel buat salah, kena kompaun RM20,000 atau penjara tak lebih 2 tahun. Jadi kalau pengusaha sekecil ini, yang daif pun buat salah sama, adakah dia pun kena RM20,000 ribu juga? Dan kena penjara 2 tahun juga? Itu masalah dia yang kita kena fikirkan bersama. Supaya kita lebih berlaku adil. Jadi di sini sebelum saya buat rumusan, saya nak ambil kesempatan ini.

Saya rasa ada hubung kait juga iaitu RUU Hotel ini berkait rapat dengan bidang pelancongan. Di kesempatan ini saya ingin mendapatkan pencerahan berkenaan Galeri Sultan Azlan Shah dan Istana Kuning yang berada di kawasan saya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kedua tempat tarikan pelancongan ini telah tidak beroperasi dan ditutup kepada pelancong-pelancong. Soalan saya, bilakah kedua-dua tempat tarikan pelancong ini akan dibuka semula kerana ini kawasan saya dan saya berminat pada statement Yang Amat Berhormat pagi tadi, juga berkait dengan hotel dan pelancong industri. Saya nak minta sedikit penjelasan perkara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada session pagi tadi berkenaan kilang silikon Jinjing di kawasan industri Kanthan. Kerajaan Negeri telah melabur sebanyak RM40 juta untuk pembinaan kilang sahaja. Banyak itu RM40 juta nak bina kilang sahaja. Dengan menggunakan model built to suit and lease (BTSL) yang dibina di atas tapak berkeluasan 11.88 hektar. Saya juga ingin tahu adakah syarikat Jinjing ini anak syarikat kepada PKNP Perak dan saya juga ingin tahu apakah risiko pelaburan Jinjing silikon yang telah melabur sebanyak RM100 juta? Saya tidak mahu melihat pelaburan ini akan berakhir seperti projek MAPs di Perak.

Jadi, itu saja sedikit daripada saya dan saya nak rumuskan di sini. Saya minta pihak belah sana, pihak kerajaan membuat definisi atau pengertian semua perkataan hotel itu. Perkataan hotel itu hendaklah ditafsir semula. Saya tidak bersetuju sekiranya asrama, rumah permalaman, rumah tetamu, rumah bot, homestay, tempat perkhemahan atau kenderaan yang digunakan sebagai tempat menginap yang berbayar dikategorikan sama dengan hotel. Kerajaan adalah menggubal satu undang-undang lain yang rumah-rumah yang saya sebut di atas yang tidak dimasukkan dalam kategori hotel. Biarlah RUU yang dibentangkan ini terpakai hanya untuk hotel sahaja dan tidak terpakai pada yang rumah penginapan yang lain. Selain daripada matlamat mengutip hasil cukai, biarlah kita sama-sama memikirkan bagaimana kita dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil penginapan untuk menaiktarafkan sosioekonomi golongan ini. Kita sepatutnya membantu dengan memberi pinjaman, pinjaman mudah, lain-lain insentif, tax free untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan lagi kadar kemiskinan. Kita tidak mahu negeri kaya raya, tapi rakyat ini miskin. Jadi, sekian, saya sudahi dengan wassalamualaikum wbt.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan. Terima kasih.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Terima kasih kepada Yang di-Pertua Speaker kerana membenarkan saya membahas Rang Undang-Undang Hotel. Saya menyokong Rang Undang-Undang Hotel kerana setelah sekian lama akhirnya, Kerajaan Negeri telah bersedia untuk menggubal undang-undang untuk mengawal dan merancang perindustrian hotel di Negeri Perak. Langkah ini juga boleh memberi lebih keyakinan kepada industri hotel dan juga pengunjung dengan memastikan industri hotel adalah dikawal dengan syarat-syarat yang ditentukan untuk melindungi kepentingan industri perhotelan dan juga industri pelancongan. Saya yakin, dengan meluluskan Rang Undang-Undang Hotel ini akan memberi punca kuasa kepada PBT untuk menyelaras dan menguatkuasa. Ia akan memberi lebih keyakinan kepada pelancong untuk menginap di hotel di Perak melalui amalan Safe Tourism dengan memperluaskan tafsiran rumah tumpangan ataupun hotel, lebih banyak rumah penginapan ataupun hotel, Kerajaan Negeri dan PBT akan meningkatkan pendapatan melalui fi perlesenan hotel dan cukai pintu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah anggaran jumlah hasil negeri yang akan ditambah sekiranya rang undang-undang ini diluluskan dengan tafsiran hotel yang sedia ada? dan bagaimanakah hasil tambahan ini akan digunapakai?

Saya mencadangkan bahawa tambahan hasil ini akan dilabur balik ke dalam industri pelancongan untuk mempromosikan lebih banyak tempat pelancongan di Negeri Perak. Untuk merancakkan lagi ekonomi tempatan dan menarik lebih banyak pelancong dari dalam dan luar negara. Dato’ Tuan Yang di-Pertua, jika kita perhatikan tafsiran hotel di rang RUU, ia termasuk semua homestay dan sewa rumah tanpa perjanjian sewa. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, adakah kerajaan mempunyai pecahan data berapa homestay yang beroperasi di seluruh Perak di setiap daerah kerana saya percaya Kampar merupakan salah satu daerah yang mempunyai jumlah homestay yang paling banyak selepas Kinta kerana Kampar terdapat dua buah universiti iaitu UTAR dan TAR UMT dan aktiviti homestay amat tinggi terutamanya semasa waktu konvokesyen ataupun semasa permulaan persekolahan? Homestay merupakan sewa rumah jangka masa pendek dan tidak patut dimasukkan ke dalam tafsiran hotel.

Jika homestay dimasukkan ke dalam tafsiran hotel, maka kos operasi homestay akan menjadi lebih tinggi dan akhirnya ia akan membebankan pengunjung dan akan membawa implikasi negatif kepada industri pelancongan ke Negeri Perak. Oleh itu, saya memohon supaya tafsiran hotel ini digubal untuk mengecualikan homestay. Kita harus biasakan homestay yang merupakan penyewaan jangka masa pendek dan bukan satu perniagaan dengan hotel yang merupakan satu perniagaan. Untuk makluman Dewan, dari segi perakaunan atau percukaian, hasil dari homestay dikenakan cukai sewa, manakala hasil dari hotel dikenakan sebagai cukai perniagaan. Ini biasanya. Oleh itu, ia adalah tidak adil untuk pemilik satu atau dua buah homestay dimasukkan ke dalam tafsiran hotel dan dikenakan syarat yang sama dengan pengoperasi perniagaan hotel. Saya cadangkan bahawa hanya pemilik homestay yang mempunyai 5 buah premis ke atas dimasukkan ke dalam tafsiran hotel kerana pemilik-pemilik yang memiliki 5 buah homestay ini sudah terlibat dalam penyewaan homestay dan sepatutnya dikenakan syarat seperti hotel. Ini dapat mengecualikan pemilik homestay yang kecil yang hanya mahu menyewakan rumah atau premis yang mereka miliki dalam masa yang pendek.

Jika kata ada penyewaan homestay yang berparti sehingga lewat malam dan membuat kacau ganggu, saya rasa PBT boleh mengambil tindakan ke atas penghuni yang membuat kacau ganggu ataupun mengganggu ketenteraman awam. Pihak PDRM juga boleh mengambil tindakan ke bawah Minor Offences Act jika laporan kacau ganggu dibuat. Selain itu, mana-mana premis yang disewa oleh tuan rumah tanpa perjanjian penyewaan juga dimasukkan ke dalam tafsiran hotel. Ini akan menjadi masalah dalam beberapa senario. Saya bagi contoh yang pertama. Jika tuan rumah menyewa rumah kepada penyewa dalam masa jangka pendek 1 atau 2 bulan tanpa perjanjian penyewaan, adakah tuan rumah terpaksa mendaftar rumah tersebut di PBT sebagai hotel dan membayar fi perlesenan? Ia akan mengakibatkan banyak tuan rumah yang akan melanggar undang-undang tanpa mereka sendiri sedari. Jika tuan rumah terpaksa membuat perjanjian sewa untuk penyewaan jangka masa pendek seperti 1 atau 2 bulan. Maka ia akan menjadi beban dan kos kepada mereka. Tanpa perjanjian penyewaan, adakah tuan rumah terpaksa maka ia akan menjadi beban dan kos kepada mereka? Senario yang kedua adalah apabila perjanjian penyewaan yang sedia ada telah luput dan tiada perjanjian penyewaan baru yang ditandatangani, rumah tersebut secara automatik ditarifkan sebagai hotel dalam RUU dan diwajibkan untuk didaftarkan dengan PBT.

Saya rasa senario ini agak biasa apabila perjanjian penyewaan 3 tahun ditandatangani dan selepas luput, tiada perjanjian baru yang ditandatangani dan rumah tersebut terus disewa dengan harga sewa yang sedia ada. Saya berharap Exco boleh menjawab dan memberi penyelesaian kepada senario-senario yang saya bangkitkan. Selain itu, ia akan menjadi beban kepada PBT, terutamanya seperti Majlis Daerah Kampar untuk memastikan semua penyewaan premis tanpa perjanjian penyewaan untuk berdaftar dengan PBT dan memastikan kesemua syarat perlesenan dipenuhi. Apakah kaedah untuk PBT menjalankan penguatkuasa ke atas semua homestay yang tidak berdaftar ini? Adakah PBT belum masuk ke dalam semua rumah satu persatu dan cek untuk pastikan tiada seorang penyewa yang tinggal di dalam rumah tanpa perjanjian penyewaan? Adakah Kerajaan Negeri akan menambah jumlah pegawai pengkuatkuasa kepada setiap PBT untuk memastikan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang? Saya berharap ke semua isu ini boleh dijawab dan dijelaskan sebelum ruang undang undang ini diluluskan untuk menghilangkan keraguan orang ramai terutama daripada pihak-pihak berkepentingan ataupun stakeholder. Dengan itu, Keranji menyokong RUU Hotel. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Keranji, dia tak bagi jalan, laju macam keretapi express. Jadi tak adalah tu. Tak boleh nak celah-celah dah. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Keranji. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing. Ini tak tahu, Selinsing ada stesen keretapi? Tak ada. Jadi kalau nak mencelah, minta tolong dengan Selinsing. Terima kasih. Silakan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. (Bacaan Doa). Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan, daripada Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan juga negeri, rakan-rakan, pengamal media, seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat Negeri Perak, orang-orang kampung yang sedang melihat secara live perbahasan hari ini. Orang kampung tengok jadi saya kena gunakan bahasa mudah. Kalau tidak dia tak faham. Orang sini tak apalah. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 pada hari ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada mantan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan pasukannya yang sebenarnya merintis RUU Hotel 2023 ini yang saya kira proaktif dan bersifat staftentif begitu juga YB Teja yang meneruskannya.

Langkah ini seiring dengan komitmen negeri untuk terus menyampaikan perkhidmatan terbaik dalam sektor industri perhotelan sebagai langkah persediaan menuju Tahun Melawat Perak 2040. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana pada kes bencana ribut di Selinsing pada bulan Ramadan yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun berkenan meluluskan peruntukan bantuan yang lebih untuk membantu mereka yang telah ditimpa becana pada ketika itu. Tuan Yang di-Pertua, sebagai muqaddimah, suka saya memulakan perbahasan saya dengan membaca Firman Allah SWT. Kalimah yang paling tinggi di atas muka bumi ini ayat 152 Surah Al-An'am yang berbunyi, (Bacaan Ayat Suci Al-Quran) yang membawa maksud, "Dan jangan kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik sehingga ia baligh dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil." Perbahasan kita pada hari ini tidak lari daripada perkataan 'adil'.

Dalam konteks ayat Al- Quran yang saya baca ini suka saya menarik perhatian semua Ahli-ahli Yang Berhormat, arahan Allah Ta'ala agar menyempurnakan segala sukatan dan timbangan dengan 'adil'. Menurut para ulama, sukatan dan timbangan disebut dalam Al Quran itu merujuk kepada keadilan dalam sektor ekonomi, dalam sektor muamalah, dalam sektor perniagaan dan perdagangan. Adil pula bukanlah bermaksud sama rata. Semua sama rata, ambil semua. Bukan begitu tetapi adil itu ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang sesuai. Jadi bukanlah adil apabila seorang bapa berbangsa Melayu belikan kopiah ataupun songkok untuk anak lelaki dan anak perempuan. Yang adil, belikan songkok anak lelaki, belikan tudung anak perempuan. Begitu juga, seorang bapa India tidaklah adil belikan sari untuk anak perempuan dan anak lelaki tetapi belilah sari untuk anak perempuan, belilah doti untuk anak lelaki. Jadi itulah keadilan.

Jadi apa yang kita nak bincangkan pada petang ini ialah kita nak meletakkan keadilan kepada semua pemain, pemain industri.

Saya juga ingin memperingatkan kita semua dan Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa dalam sebuah hadis sahih Riwayat Imam Bukhari, Rasulullah SAW memberi amaran keras dengan sabdanya bermaksud, "Sesungguhnya telah binasa umat pada zaman dahulu sebelum kalian kerana sesungguhnya apabila orang kaya dikalangan mereka mencuri, nescaya aku jatuhkan hukuman agar dipotong tangannya." Sabda Rasulullah SAW. Semoga Allah SWT memberi keampunan kepada kita, mengurniakan petunjuk, mengurniakan hidayah agar dapat membawa keadilan dalam penggubalan RUU Hotel Perak 2023 ini, InsyaAllah. Asasnya, kami di blok pembangkang memahami tujuan penggubalan undang-undang ini iaitu memastikan industri ini dapat dikawal selia dengan baik. Kami bersetuju. Walaubagaimanapun, saya merasakan ada perkara-perkara teknikal yang harus diteliti. Yang harus dikenal pasti sebelum rang undang-undang ini dilulus dan diwartakan. Justeru, saya juga ingin merujuk kepada takrifan hotel dalam Seksyen 2(c) Rang Undang-Undang Hotel ini sebagaimana yang telah pun dibincangkan panjang cuma saya ingin membawanya dalam bentuk yang mudah. Bahasa orang kampung.

Kawasan saya di Selinsing, kawasan sawah padi. Tiada hotel. Tak ada hotel. Yang ada banyaknya di kawasan saya ini hanyalah homestay ataupun inap desa. Saya jumpa dengan seorang pesawah. Saya namakan dia Pak Ali lah dalam Dewan ini. Saya jumpa dengan dia seorang pesawah. Dia ada sebuah homestay. Umur dia lingkungan 60-an. Saya tanya pada dia, "Macam mana hasil padi kali ini?" Dia kata, "Sangat menyedihkan." Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Di kawasan kami pada kali ini, padi banyak yang tidak dapat diambil. Bahkan di setengah kompartmen sehingga 50 ekar padi hanya dibiarkan begitu sahaja. Kerana apa? Kerana sawah penuh dengan air. Kerana sawah berlaku tanah jerlus. Mesin padi nak masuk tak boleh. Masuk terbenam, masuk terbenam, masuk terbenam, balik mesin padi. Jadi Pak Ali tergolong dalam orang-orang yang begitu. Maka kerana itulah, perkara ini dah berlanjutan lama. Kesusahan petani ini dah berlanjutan lama. Kerana itu ada yang mengusahakan homestay. Buat homestay nak dapat RM200, RM300 seminggu ataupun sebulan.

Saya tanya pula dia, "homestay macam mana?" "Adalah sikit-sikit YB." Saya nak tanya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kalau saya kata kepada Pak Ali ni, kalau saya sebut kepada Pak Ali, "Pak Ali, Pak Ali kena lesenkan homestay Pak Ali. Sebelum nak lesenkan homestay Pak Ali, Pak Ali kena daftar dulu di bawah Akta Industri Pelancongan 1992. Lepas tu, Pak Ali kena patuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan. Lepas tu, Pak Ali juga kena ikut syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Melesen. Lepas itu pak Ali kena bayar fi. Lepas itu, sementara tunggu lesen, dapat lesen sementara bayar dua kali ganda fi." Saya tanya kepada semua YB, rasa-rasa apa jawapan pak Ali? Cuba kita turunkan diri kita ke bawah. Rasa-rasa apa jawapannya? Nak tanya Bercham, Bercham nak jawab apa? Jawapannya secara jujur. Haa, sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ok, rakam, rakam.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Agar saya mencelah. Kalau katakan seorang ni miskin, tidak semestinya dia dikecualikan segala-galanya. Katakanlah seorang miskin, dia nak jadi doktor. Dia kena belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, universiti. Lepas tu, lepasan ijazah, dia kena berkhidmat di hospital kerajaan, baru boleh dapat doktor. Jadi doktor. Kalau seorang katakan itu profesional. Kalau pekerjaan biasa, kata dia nak jadi pemandu Grab kena ikut aliran. Kalau dia nak jadi pemandu Grab, dia kena ada lesen kenderaan. Dia kena pergi belajar. Dapat lesen L. Ujian. Lepas itu, pergi ujian kereta. Memandu, sekolah memandu.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ok, saya dah faham. saya dah faham. Saya ada masa banyak lagi, minta tolong. Saya dah faham soalannya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dia kena beli kereta. Dia kena beli kereta, ada geran kereta. Itu bukannya alasan untuk dikecualikan semua segala-galanya. Dia perlu kena memijak di bumi kenyataan. Tak ada kalau katakan saya miskin, saya boleh jadi doktor saya jual panadol sajalah. Macam tu bolehkah?

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Baik, terima kasih.

Sorry, Selinsing, Selinsing. Sikit. Sikit. Selinsing. Selinsing.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya nak jawab ni dulu.

Ok boleh, boleh.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ok, baik. Terima kasih Bercham. Saya bukan kata nak ini semuanya tak kena, bukan begitu tapi dalam semasa orang nak bertatih naik adakah masa tu kita nak tekan dah? Orang baru je habis dengan pandemik, dengan bendang tak jadi. Ada di antara petani ni yang serahkan kepada saya dalam bentuk Excel. Dia letakkan semua kos-kos dia. Dapat sekian banyak dan akhirnya dia berhutang seribu lebih lagi semasa menguruskan padi ni. Tiba-tiba pendapatan lain dia kita nak tekan lagi. Inikah kerajaan yang sepatutnya kita sediakan untuk mereka?

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Selinsing, minta celah sikit.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Sekejap saja. Sekejap.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Sekejap, sekejap. Boleh ya. So, saya nak katakan lagi, tadi memang banyak kali, katakan. Tadi kata Pak Ali kan, kalau Pak Ali kita boleh tulis secara tulis mohon kepada pihak kerajaan kita akan tengok macam mana nak waive ke macam mana bukan kata mesti akan dikenakan sama rata, betul, memang ada yang perlukan yang kecil-kecilan dan perlukan bantuan memang ada secara bertulis kalau ni boleh baca sikit, haa?

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Memang ada dalam. Baik, baik. Itu telahpun, telahpun disebutkan tadi. Saya faham tetapi, manusia ni, bukannya sama semua. Bukan saya nak mengatakan hakim dan sebagainya, tapi hakim pun ada yang lurus, ada yang boleh bertolak ansur. Jadi, manusia yang memegang kuasa ini tak sama. Silap, silap kalau kita minta masa tu dia tak bagi. Kena pula dia bergaduh dengan isteri dia. Lagi dia tak bagi. Jadi, ini keadaan. Jadi, supaya nak mengelak perkara begitu, maka buat masa ni kita bincang semula kita pinda kalau boleh keluarkan keluarkan sebab kita…kita ikut apa yang kalau kata kita mengikut apa yang dibuat oleh Pahang, maka saya melihat bahawa dalam itu tidak ada homestay, tidak ada houseboat, tidak ada karavan karavan lah kot sebab karavan ni sebenarnya dah ada di bawah Akta 333 dia dah dikawal selia di situ, dia kena bayar road tax dan sebagainya jadi kenapa lagi nak masuk dalam itu?

Homestay di bawah mana? Homestay atau penginap desa di bawah mana?

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ya.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tadi kata karavan sudah ada undang-undang, so Astaka tanya sekarang untuk penginapan desa atau homestay di bawah mana? Soalan saya. Nak tanya. Kalau ada satu kemalangan berlaku adakah Pak Ali yang dimaksudkan itu dia akan bertanggungjawab? Ada tak insurans ke, dapat insentif ke untuk bantu baiki pulih?

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Baik, kalau nak sebut soal keselamatan, ini rumah homestay, rumah kita sendiri pun cukup ke keselamatannya? Ini homestay, saya bukan nak mengatakan keselamatan tu benda yang murah bukan tapi maknanya benda ini boleh dipilih oleh pelancong ataupun pelanggan itu sendiri, dia boleh pilih, kalau dia nak duduk dia ... Bagi saya habis dulu.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Selinsing, satu minit lagi ya.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya mohon tambah lagi ya. Panjang juga lagi ni.

Soalan saya belum jawab Selinsing, soalan saya tadi.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ok, saya nak terus.

Undang-undang mana homestay sekarang?

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Keadaan penginapan…

Homestay boleh daftar bawah MOTAC, bawah MOTAC.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Homestay bawah MOTAC.

Undang-undang. Undang-undang.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Tak pe. Saya nak teruskan dulu.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya juga ingin membangkitkan…

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah Selinsing.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya nak terus. Saya ada beberapa minit ada benda panjang saya nak sebut.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Tadi Selinsing kata dalam RUU Pahang tak da mention homestay.

Yang di-Pertua

Selinsing bagi ke?

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya tak bagi.

Yang di-Pertua

Pantai Remis, Pantai Remis. Selinsing, masa dah singkat ni.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya nak teruskan. Baik. Saya sebenarnya juga ingin membangkitkan isu pelancongan patuh halal sebab saya melihat bahawa berdasarkan kepada Laporan State of Global Islamic Economic Report 2019 - 2020 melaporkan Malaysia sedang menerajui indikasi ekonomi Islam global khususnya dalam bidang kewangan Islam, makanan halal dan pelancongan halal. Laporan yang sama menganggarkan pasaran pelancongan Muslim global meningkat hingga ke USD 274 bilion pada tahun 2024. Jadi, ini memberikan peluang yang besar kepada kita apabila kita mengambil peluang dalam pelancongan industri halal ini. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia, Jabatan Standard Malaysia memperkenalkan MS 2610 : 2015 Muslim Friendly Hospitality Services Requirement sebagai penanda aras Hotel Mesra Muslim. Kemudian sebuah agensi swasta di Malaysia Three Pass Travel juga menawarkan Salam Standard sebagai sistem penarafan Hotel Mesra Muslim. Selain itu, Crest Centrating Private Limited sebuah agensi swasta yang berpengkalan di Singapura juga menawarkan khidmat penarafan dan akreditasi halal mesra pelancongan termasuk Hotel Mesra Muslim.

Saya amat saya amat berbesar hati sekiranya kalau belum diadakan libat urus, adakan satu libat urus dilaksanakan bersama-sama dengan perintis penanda aras bagi pelancongan halal mesra muslim ini. Hal ini kerana saya merujuk kepada data yang ditemukan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 yang menyebut antara punca kemerosotan industri pelancongan adalah penurunan kedatangan pelancong ke negeri ini. Berdasarkan data survey pelancongan domestik 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia Perak menerima 4 juta lebih pelawat domestik 98.9% dengan jumlah terimaan 1160 juta. Manakala jumlah kedatangan pelancong antarabangsa hanya 0.1 juta iaitu sekitar 0.7%. Peruntukan-peruntukan berkaitan standard hotel halal ini amat wajar dimasukkan ke dalam rang undang undang ini untuk menarik pelancong asing ke negeri ini seterusnya meningkatkan KDNK negeri. Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, saya sangat menyarankan agar Rang Undang-Undang Hotel 2023 kita tangguhkan untuk diteliti, untuk dikemaskan dan perlu pindaan semula dengan melibatkan jawatankuasa by partisan supaya pelaksanaannya kelak lebih komprehensif, lebih memberi impak kepada Kerajaan Negeri dan juga kepada pengusaha-pengusaha industri. Sekian, wa billahi taufiq wa li hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikusalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Selinsing. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 15 minit ya.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang dihormati Dato' Yang di-Pertua, yang dihormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang dihormati Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri Perak dan juga Persekutuan, para pemerhati di dalam Dewan dan juga pemerhati secara online. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya pada petang ini untuk berbahas berhubung dengan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023. Dato' Yang di-Pertua, kami dalam blok pembangkang sebenarnya bersetuju tentang Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 ini diwujudkan kerana ia telahpun dibawa oleh kerajaan dahulu dan diteruskan oleh kerajaan pada hari ini. Terima kasih pada kerajaan hari ini kerana membawa usul ini dalam Dewan pada hari ini tetapi, ianya bukanlah satu ketetapan kerana ianya adalah merupakan satu usul yang perlu dibahaskan, yang perlu diperincikan untuk memastikan ianya menguntungkan rakyat yang pada hari ini mereka ini ekonomi mereka agak gusar.

Kita lihat pada hari ini mereka bergelut kerana untuk meningkatkan ekonomi mereka. Jadi sebagai sebuah kerajaan sudah tentu kita akan pastikan rakyat tidak dibebani lagi tentang lesen ataupun segala imbuhan-imbuhan yang perlu mereka bayar kepada kerajaan pada hari ini. Jadi saya mengharapkan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 ini menjurus untuk mempastikan kepada tafsiran hotel itu sendiri kerana ianya amat jauh daripada tafsiran yang sebenar kerana hotel ini adalah sebuah bangunan yang mempunyai banyak bilik untuk disewakan kepada pengunjung tetapi, bila kita lihat pada klausa 4, klausa 2, kurungan a, b, c, kita lihat tapak perkhemahan, kenderaan, homestay juga adalah merupakan sebuah hotel. Jadi untunglah makcik-makcik, pakcik-pakcik kita yang ada berada di kampung hari ini kerana mereka mempunyai homestay yang bertaraf hotel daripada tafsiran yang kita ada pada hari ini.

Jadi saya mengharapkan daripada blok pembangkang homestay ini perlu dikeluarkan untuk memastikan mereka ini tidak dibebani tentang pembayaran-pembayaran tambahan kepada kerajaan. Seterusnya, kalau kita lihat lagi dalam klausa 11 klausa 11(2) sudah tentu kita ada perlu ada kriteria kerana kita melihat Pihak Berkuasa Negeri boleh atau nasihat Pihak Berkuasa Melesen mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan yang memohon secara bertulis. Maksudnya perkara ini terbuka, terbuka kepada semua. Kalau mereka tulis surat kepada kita semua, adakah kita akan meluluskan permohonan mereka ini? Jadi saya mengharapkan kriteria-kriteria dalam untuk kita mengecualikan hendaklah ditulis di dalam klausa 11(2) ini. Dato' Yang di-Pertua, dalam klausa lesen sementara juga klausa nombor 2 lesen sementara dikeluarkan sublesen untuk 6 bulan. Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Ketua Pembangkang tadi tetapi setelah mereka menulis surat untuk dilanjutkan, kita boleh bagi 36 bulan. Ini agak mencurigakan sikit. Mula-mula bagi lesen 6 bulan sementara. Lepas tu kita minta lanjutkan dapat 36 bulan. Jadi perkara ini mungkin boleh kita perbaiki.

Bukan kita menentang tetapi kita perbaiki dalam klausa-klausa ini bagi membolehkan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 ini dapat diluluskan bersama dalam blok pembangkang dan juga blog kerajaan pada masa akan datang. Jadi saya mengharapkan, saya mengharapkan agar rang undang-undang ini dapat diperincikan untuk memastikan ianya tidak membebankan rakyat pada masa kini. Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Changkat Jong yang menyampaikan hujah dalam waktunya. Selepas ini saya menjemput, sekarang ini saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk memulakan perbahasan dipersilakan. 15 minit ye.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang berada di dalam Dewan yang mulia ini dan juga tidak lupa juga kepada ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati yang berada di dalam Dewan yang mulia ini dan juga pemerhati-pemerhati yang berada di luar yang sedang menyaksikan secara langsung dan juga tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan dan juga terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Hotel Perak Tahun 2023 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Exco pagi tadi.

Dato' Yang di-Pertua, peranan hotel ataupun dikatakan segala tempat penginapan dalam industri pelancongan serta pembangunan ekonomi sesebuah negeri mahupun sesebuah negara memang sangat penting. Kita semua memang sedia maklum bahawa industri tempat penginapan ini secara umumnya sangat membantu para pelancong yang sedang berkunjung untuk melancong dengan kemudahan penginapan yang sedia ada oleh pengusaha tempat penginapan. Hubungan industri tempat penginapan dan juga pembangunan ekonomi serta mempunyai kaitan yang erat. Perkembangan industri. Tempat penginapan ini banyak bergantung kepada jumlah pelancong yang datang ke negara kita khususnya negeri Perak. Bila kita umpamakan industri pelancongan itu sebagai satu bangunan, maka sektor tempat penginapan ini merupakan tiangnya.

Dato' Yang di-Pertua, bagi industri pelancongan yang bergerak secara berleluasa, ia harus mempunyai satu mekanisme kawal atur yang kompleks dan teliti kerana ia meliputi pengaturan pergerakan pelancongan dari negara asalnya di tempat destinasi pelancongan hingga ke kembali ke negara asalnya. Ia juga banyak melibatkan perkhidmatan yang harus disediakan oleh pengusaha perniagaan, tempat penginapan antaranya kemudahan pengangkutan, penginapan, kafeteria dan juga sebagainya.

Oleh kerana itu, industri perhotelan juga memegang peranan yang sangat penting dalam pembangunan pelancongan.

Dato' Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa banyak kebanyakan masa apabila pengusaha perniagaan tempat penginapan itu yang tidak berlesen ini digesa untuk membuat permohonan lesen perniagaan. Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah yang sama iaitu prosedur permohonan yang rumit dan juga kompleks yang melibatkan pengemukaan dokumentasi-dokumentasi yang rumit dan juga banyak juga. Saya bagi contoh, pemohon yang ingin membuat permohonan, mereka perlu mengemukakan antaranya seperti borang permohonan, lesen premis perniagaan, iklan, salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport, sijil kelayakan menduduki bangunan, perjanjian sewa premis ataupun perjanjian jual beli bangunan, salinan pelan lokasi premis, pelan lakaran lantai premis, gambar premis semasa, visual papan iklan yang perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kelulusan kebenaran merancang Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.

Secara kebiasaannya, syarat-syarat dan juga peraturan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat seperti tangga keselamatan dan juga syarat bangunan seperti pindaan dalaman merupakan masalah yang sukar dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha tempat penginapan. Kerajaan Negeri harus membekalkan panduan yang lebih jelas dan juga teliti dan juga memberi bantuan yang secukupnya kepada setiap permohonan. Selain daripada itu, birokrasi dalam permohonan lesen sementara serta kekangan kewangan merupakan antara aspek terpenting yang mendorong para pengusaha tanpa lesen ini akan menangguhkan langkah menyahut seruan pemutihan tempat penginapan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Saya memang setuju dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai pagi tadi bahawa satu penyelarasan secara serentak haruslah dilaksanakan di seluruh negeri untuk mengelakkan peraturan yang berbeza-beza antara Pihak Berkuasa Tempatan dan juga jabatan-jabatan penguatkuasaan berwajib yang mengakibatkan kos permohonan lesen sementara itu menjadi berlipat kali ganda.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa sekiranya Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjalankan proses pemulihan ke atas pengusaha-pengusaha perniagaan tempat penginapan yang tidak berlesen ini, saya bercadang supaya satu kemudahan ataupun supaya satu kemudahan ataupun satu kelonggaran dapat diberi kepada pemohon-pemohon yang berkenaan supaya ianya berkesan dan berjalan dengan lancar sepanjang proses pemutihan ini tetapi yang pastinya aspek keselamatan perniagaan itu adalah wajib diletak sebagai keutamaan ke atas semua permohonan yang dikemukakan. Dengan kelonggaran ataupun syarat-syarat yang lebih mudah, saya rasa kebanyakan pengusaha pengusaha ini adalah sudi untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan saya percaya bahawa mereka yang mengusahakan hotel tanpa lesen yang sah ini pada satu pada satu hari nanti akan berjaya mendapatkan lesen yang sah dan terus menjadikan dan menjalankan perniagaan mereka yang sedia ada.

Tambahan pandemik Covid-19 telah pun menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara dan juga telah memberi kesan yang signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara khususnya dalam industri, tempat penginapan dan juga industri pelancongan. Ia telah banyak mengubah landskap ekonomi negara termasuk kemunculan susutan ekonomi sehingga industri pelancongan terjejas dengan teruk. Perumahan ini telah memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara dalam tempoh jangka sederhana dan jangka panjang. Dato’ Yang di-Pertua, operasi homestay yang sering dibangkitkan adalah berkenaan aktiviti yang dijalankan tanpa kelulusan atau lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Ini adalah mungkin kerana kebanyakan perniagaan seperti ini adalah di dalam skala yang kecil dan beroperasi di rumah-rumah kediaman dan juga lot kedai di taman-taman perumahan. Homestay ini pada dasarnya bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan. Pada hakikatnya, proses pemutihan ini juga dapat meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat kampung di mana kekayaan daripada industri pelancongan dapat dinikmati bersama oleh semua masyarakat dan melahirkan usahawan pelancongan di kalangan masyarakat desa.

Adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri memandang serius terhadap peningkatan bilangan hotel, motel, rumah tumpangan yang beroperasi yang beroperasi tanpa lesen di Negeri Perak dan mengambil tindakan kawalan ke atasnya melalui program pemutihan hotel tanpa lesen. Saya masih boleh imbas kembali tragedi yang telah pun berlaku pada bulan Disember tahun lalu di mana kita melihat puluhan individu termasuk kanak-kanak yang sedang berkhemah di sebuah ladang di Batang Kali ditimbus runtuhan tanah dari bukit berhampiran. Ladang itu merupakan antara tempat perkhemahan popular bagi kawasan luar bandar, yang popular tetapi tidak berlesen.

Kerajaan Negeri ada keperluan dalam mengenalpasti dan merangka garis panduan khususnya untuk aktiviti perkhemahan bagi mengelakkan tragedi seperti ini berulang. Pemantauan harus dibuat terhadap aktiviti sampingan yang dijalankan oleh pengusaha hotel dan juga resort termasuk mengendalikan tapak perkhemahan. Selama ini, setiap perniagaan kebiasaannya dikawal secara rapi melalui lesen perniagaan, kebenaran merancang dan juga pelan pembangunan serta penguatkuasaannya. Namun, Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai syarat khusus bagi aktiviti tapak perkhemahan. Mungkin kerana aktiviti tersebut merupakan aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan oleh pemilik hotel dan resort.

Oleh itu, saya bercadang kepada Kerajaan Negeri supaya di samping menjalankan proses pemutihan ini, Kerajaan Negeri juga harus menjalankan bancian terhadap jenis dan juga jumlah aktiviti khususnya ke atas sektor perkhemahan dan seumpama ini yang sedang giat beroperasi yang masih tidak dinyatakan serta diklasifikasi secara jelas dalam kategori perniagaan untuk menjamin keselamatan orang awam serta mengelakkan insiden malang ini berulang pada bila-bila masa. Bancian ini adalah sangat penting dan akan mengenalpasti lokasi aktiviti tersebut dalam melihat Kawasan-kawasan sensitif alam sekitar dan tempat yang tidak sesuai atau berisiko bagi aktiviti rekreasi itu dijalankan. Usaha ini akan membantu Kerajaan Negeri merangka garis panduan supaya aktiviti perkhemahan dan rekreasi dapat dijalankan dengan selamat dan tidak memudaratkan mana-mana pihak. Hanya pengusaha yang patuh kepada garis panduan akan diperakui oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, saya percaya bahawa setelah pelaksanaan proses pemutihan ini berjaya dijalankan, maka tempat penginapan yang sebelum ini yang tidak berlesen setelah diberi lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang tambahan dengan adanya data dan rekod oleh Pihak Berkuasa Tempatan sekaligus dengan pemantauan daripada agensi-agensi kerajaan, maka tahap keselamatan pastinya akan dijamin dan dipertingkatkan. Aspek keselamatan ini sebenarnya merupakan aspek yang mendapat perhatian orang awam apabila mereka memilih tempat penginapan khususnya semasa mereka menempah tempat penginapan secara dalam talian. Saya mendapati apabila saya melayari beberapa laman sesawang, contohnya Booking.com dan juga Agoda.com, saya dapati bahawa ramai orang awam ataupun pengguna yang memberi komen yang lebih mementingkan keselamatan hotel yang dipilih itu. Ada juga pengguna yang memberikan komen dan bertanya sama ada hotel itu dipilih mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Sehubungan dengan itu, saya percaya dengan adanya proses pemutihan ini dilaksanakan, maka ia dapat membantu pengusaha-pengusaha dalam memperkembangkan perniagaannya. Saya juga menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya memberi perhatian kepada pengubahsuaian pada masa hadapan seperti penyediaan tangga luar bagi bangunan hotel bertingkat serta sistem perlindungan kebakaran yang diwajibkan oleh pihak bomba sekaligus akan menjejaskan proses pemulihan dan pemeliharaan bangunan warisan bagi sesetengah perniagaan, tempat penginapan yang sedang dijalankan dalam negeri. Sebagai contohnya, kegunaan cat kalis api pada permukaan lantai kayu antara alternatif yang boleh digunakan demi memelihara hotel yang beroperasi di dalam bangunan yang mempunyai nilai warisan. Agensi-agensi berkaitan harus juga bekerjasama dengan pihak bomba demi memastikan bahawa langkah pemutihan hotel ini tidak menjejaskan keaslian bangunan-bangunan yang mempunyai nilai warisan sendiri.

Secara kesimpulannya menerusi hasrat Kerajaan Negeri dengan kerjasama daripada Pihak Berkuasa Tempatan diharap dapat membantu pengusaha-pengusaha tempat penginapan agar dapat melesenkan tempat penginapan mereka dengan cara yang betul dan tepat agar pihak mereka dapat beroperasi dengan berlandaskan kepada undang undang yang sewajarnya. Sekian ucapan perbahasan saya pada hari ini, Menglembu mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB dari kawasan Menglembu yang telah menamatkan ucapannya. Saya dengan ini menjemput YB dari Kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan 15 minit dipersilakan.

Assalamualaikum wbt. (Bacaan ayat Al-Quran). Katakanlah wahai Muhammad, mengembaralah kamu ke muka bumi. Kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang. Berdosa. Terima kasih kepada YB Dato’ Yang di-Pertua, YAB Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Exco Kerajaan Negeri, seluruh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pengamal media, tuan-tuan, puan-puan dan juga seluruh rakyat Negeri Perak yang dirahmati sekalian. Saya merakamkan tahniah kepada YB Teja selaku Exco Kerajaan Negeri yang membentangkan RUU untuk dibahaskan dan diluluskan dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, RUU hotel ini sangat baik bagi peningkatan pengurusan dan pemantauan yang berkesan seterusnya akan dapat meningkatkan lagi ekonomi Negeri Perak. Selepas pandemik covid banyak industri yang terjejas termasuk juga sektor pelancongan. Jadi saya menyokong pihak kerajaan menaikkan lagi industri pelancongan ini seterusnya akan dapat menambahkan lagi pendapatan negeri. Tuan

Yang di-Pertua, Perak mempunyai lokasi pelancongan yang banyak dan perlu dirancakkan untuk pertambahan ekonomi agak perlahan sekarang ini. Kamunting adalah berada dalam Daerah Larut, Matang dan Selama dan berhampiran Bandar Taiping yang juga di bawah seliaan Majlis Perbandaran Taiping. Lokasi yang disenaraikan sebagai sebagai tempat pelancongan yang saya tinjau, saya lihat google juga tadi disebut oleh YB Jalong, saya lihat Kamunting tak tersenarai satu lokasi pelancong. Bukit Larut di Taiping, Taman Tasik di Taiping, muzium, adalah di Kuala Sepetang, paya bakau.

Di Kamunting ada sejarah Long Jaafar yang menjumpai bijih timah. Di Kamunting ada Lata Bukit Jana yang perlu pemeliharaan dan pemuliharaan dan ada satu produk yang menarik di Kamunting yang boleh menarik pelancong. Di mana baru-baru ni saya menjumpai lebih 30 perniaga pasar karat yang menjual barang-barang rare, barang-barang lama. Mereka berniaga setiap pagi di Pasar Kamunting ini boleh dijadikan produk pelancongan untuk Kamunting yang mana pihak kerajaan boleh ketengahkan. Jadi tuan-puan lihat pelbagai barang lama yang menimbulkan nostalgia, kalau kita pergi, kita boleh lihatlah pada zaman kanak-kanak, kita ada majalah lama. Saya tengok ada majalah Gila-Gila ada majalah mungkin umur 50an-60an tu boleh jumpa. Dulu Majalah Wak Dojer. Tapi ada ke takde tak tau lagi Tuan Yang Di-Pertua. Cuma saya sedih lah bahawa pelancongan tertumpu di Taiping. Kalau boleh termasuk juga lah Exco lihat di Kamunting. Satu daripada eko-pelancongan Perak adalah di Kamunting dan saya juga mohon pihak Exco Infra turaplah semula jalan masuk ke Taiping melalui Kamunting.

Hari ini kalau kita lihat keluar tol Kamunting tu memang teruk jalan, berombak-ombak. Kalau kita naik kereta Kancil luruh habis barang-barang atas tu. Kalau bawa laju lah. Dashboard kalau kita bubuh apa bawak laju. Itu jalan masuk pelancongan ke Taiping dan laluan dia adalah Kamunting. Harap dapat perhatian daripada Exco daripada Infra. Saya juga menerima banyak rungutan daripada penduduk Kampung Expo, Kampung Sungai Relong, Kampung Baru Kamunting. Banjir. Mereka rungut bahawa rumah sewa mereka tak laku. Homestay mereka tak laku.

Nilai tanah mereka boleh jadi rendah di Expo kerana banjir dan ini akan mengurang, menjejaskan ekonomi rakyat di Kamunting. Jadi saya mohon perhatian lah. Sebab jangan lihat di Pekan sahaja. Lihat lah di kampung-kampung ini. Yang mereka merintih. Hujan bulan puasa sahaja siap. Banjir akan tiba. Tak percaya? Tanya YB Speaker. Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita lihat ramai pelancong tempatan hari ini memilih untuk bercuti, melancong di negara jiran kita, Thailand. Menjelang cuti penuh sesak lah di Pejabat Imigresen kerana memperbaharui passport dan juga membuat passport baru bagi tujuan untuk keluar negara. Bagi golongan yang berpendapatan sederhana sudah tentu lah negeri yang terdekat, Thailand lah menjadi tempat mereka untuk melancong. Di sana penginapan, perbelanjaan jauh lebih murah dari Malaysia. RM15.00 kita boleh pergi masuk kedai serbaneka di Thailand boleh beli macam-macam. Kalau kita pergi kedai serbaneka di dalam Malaysia ni kita boleh beli beberapa barang sahaja. Percutian di Malaysia kos penginapan, perbelanjaan jauh lebih mahal daripada Thailand.

Walaupun tukaran wang Thailand lebih mahal tapi segalanya lebih murah apabila berada di sana. Kos barangan, makanan, penginapan di sana lebih berkualiti dan bertaraf lima bintang walaupun harga yang ditawarkan masih murah. Hotel kalau harga lebih RM100.00 tu, dia ada tab mandi, dia bagi sarapan. Kalau kita lihat apa yang ada di sana ditawarkan lebih kurang RM100.00, pergi di Pangkor RM350.00. Di Langkawi RM400.00. Jadi kos terlalu tinggi. Kita boleh dapat hotel yang RM80.00 nilai di Thailand. Boleh makan 5 orang. Satu meja tu 5 orang. Dengan sotong, udang, ikan siakap, seafood, daging masak merah dengan kos harga RM100.00 sahaja. Di Krabi kita boleh dapat dengan beberapa hari, 2 hari 3 malam RM450.00. Jauh. Sebab itu kita lihat dan fasilitis mereka pun sangat baik kecuali kita pergi hari cuti. Hari cuti dia mahal sikit. Namun begitu masih lagi boleh berbelanja di sana. Walaupun duit kita jauh lebih murah tetapi mampu untuk kita terokai, berbelanja di luar negara kita. Pasal apa tuan-tuan? Harga di Malaysia, harga hotel, makanan yang ada di negara kita ni mahal. Jadi pelancong kita ke luar negara sebenarnya satu fenomena yang tidak baik. Di mana banyak aliran keluar wang di negara jiran dibimbangi akan memberi kesan buruk pada masa yang akan datang.

Di Perak ini, banyak tempat yang sangat cantik dan menarik tapi cuma kena banyak penambahbaikan lah terutama dari segi keselamatan, layanan. Jadi, inisiatif kerajaan membawa RUU ni amat baik. Untuk memastikan pengusaha hotel, pengusaha tapak perkhemahan, perkhidmatan yang terbaik terutama dari segi aspek keselesaan, keselamatan sepertimana yang dibentangkan oleh YB-YB sekalian. Tapi pada waktu yang sama seperti mana kebimbangan sahabat-sahabat daripada blok pembangkang ini, iaitu bila kita luluskan, ia akan menjejaskan pengusaha-pengusaha homestay di kampung-kampung. Harga pun dah mahal sekarang ini, apatah lagi berbagai akan dikenakan. Sudah tentulah tak ada lagi siapa yang nak, orang kata melancong. Kalau kita lihat satu keluarga 6 orang anak.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah. Pantai Remis, mohon celah.

Sat saya ada banyak ni. Tebal ni.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Masih ada 6 minit.

1 keluarga 6 orang. B40 melancong. Dia perlukan 2 bilik. Dia tak boleh book 1 bilik hotel. RM170.00 dah tentu dah harga yang murah. Kalau 2 bilik? RM340.00. Dia pergi homestay dia dapat RM170.00 saja. Boleh kumpul 1 keluarga dia. Dia boleh jimat RM170.00 minyak kereta, dia boleh bagi anak dia makan, boleh berjalan, mandi pantai Teluk Batik, boleh membeli-belah. Tuan-tuan pergi tengok Teluk Batik hari minggu, Sabtu Ahad penuh orang. Golongan B40 ni itulah tempat dia melancong. Itulah tempat dia hadir. Kita ada 1 tempat ia pantai di Teluk Batik. Tempat lain tak ada. Tuan-tuan tengok je Sabtu Ahad penuh dan di sinilah mereka melihat di Kampung Padang Tembak. Di apa lagi mana? Di situ tempat homestay-homestay untuk mereka berteduh. Jadi mereka berbelanja. Kalau mereka pergi di satu kawasan mereka berbelanja walaupun murah dan ekonomi tempat itu akan naik. Peniaga karipap naik, peniaga roti canai naik, peniaga apa ni goreng pisang akan naik dan dia akan membina putaran ekonomi di situ. Jadi kita bimbang sebenarnya industri homestay ini dengan penguatkuasaan ini, dengan enakmen ini akan terjejas.

Kita tak nafi apa yang tuan-tuan cakap berkenaan dengan keselamatan dan sebagainya. Itu baguslah. Hotel, resort, chalet, camping dan sebagainya. Kita bimbang hat di kampung ini dan B40 yang nak jugak. Sebab saya baca ayat Al-Quran tadi. "Mengembaralah di atas muka bumi ini". Islam suruh. Tengok. Suruh berjalan. Boleh tenangkan fikiran, boleh lihat keindahan alam. Mereka pun nak jugak melancong. Tapi dengan keadaan kewangan yang terhad. Jadi homestay lah pilihan mereka. Ada yang tanya kalau terbakar dan sebagainya. Saya rasa yang terbakar ni tak ada lagi homestay yang sikit-sikit terbakar. Sikit-sikit terbakar. Tak ada. Jangan sebut terbakar ke apa ke. Terlalu sikit, yang menjadikan itu untuk kita bebankan kepada sahabat-sahabat pengusaha kita. Rumah pusaka yang mungkin tanah itu ada berlapis-lapis nama. Jadi ada satu rumah. Bolehlah kongsi mereka dengan pendapatan itu untuk keluarga. Jadi nak settle rumah itu tak tahu. Seorang duduk Kuala Lumpur, seorang duduk Johor. Nak balik susah. Tapi dengan ada sewa, adik yang jaga rumah itu boleh jugak untuk menampung apa-apa yang perlu. Tambahan inflasi pada hari ini kita lihat 2023 ni. OPR dah naik 3 mata dan kuasa membeli dah kurang. Kita perlu suntik ekonomi kepada rakyat kita. Kalau RM200.00 pun tak cukup. Ada yang tak dapat pun RM200.00 baru ni. Kalau baru ni, kalau disuntik RM1,000.00 akan naik ekonomi orang-orang Melayu. Bazar Aidilfitri akan naik, industri baju melayu. Yang menjual-berniaga akan naik. Kali ini rungutan saya tak tahulah ada di Taiping tu bazar Aidilfitri merungut. Mereka pinjam RM100,000.00-RM50,000.00 untuk membeli barang tapi kuasa membeli tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu prihatin perkara ini supaya rakyat dapat dibela. Rakyat dapat dilihat di peringkat paling bawah dan ada sesuatu perkara yang mesti ditangani oleh pihak kerajaan. Matlamat jangka pendek stabilkan harga. Pastikan barang sentiasa berada di pasaran. Telur sekejap ada, sekejap tak ada. Ada. Kadang-kadang kita pergi tak ada. Tapi sekarang ni gula tak ada dah tuan-tuan. Hari ni peniaga merungut gula tak ada. Peniaga kuih kaswi, peniaga kuih yang memerlukan gula itu pening. Gula dah harga RM4.80. Dulu RM2.90. Hat RM2.90 ni harga kawalan. Hat bila Gula Premium masuk takde kawalan. Peniaga macam mana nak meniaga? Homestay pula, kita nak buat satu Enakmen. Mengamuk mereka nanti. Jadi kami ini memang homestay la kalau dapat gugurkan tu tak apalah bukan kita nafikan apa semua yang yang tuan-tuan perjuangkan tiada masalah. Tapi kita lihat era ekonomi rakyat yang payah dan susah ini kita nak buat satu lagi. Sudah tentulah inilah pendapatan mereka. Mereka kata lagi nak bagi susahkan pula. Jadi kita minta stabilkan harga kita minta supaya tingkatkan pendapatan rakyat, pengguna bantu mereka malahan kita bantu lagi peluang. Macam saya sebut tadi peniaga pasar karat tadi. Ada rakyat yang perlu kita bantu. Rakyat yang susah. Rakyat yang OKU.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Yang Berhormat mohon mencelah.

Janda ke, ibu tunggal ke. Kita perlu bantu mereka tak ada kerja. Tapi ada yang kita perlu bantu dari segi peluang.

Timbalan Yang di-Pertua

Kamunting boleh bagi laluan tak? Pantai Remis. Boleh ye?

Masa dah habis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Sikit la saya tanya sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh ke tak boleh? Boleh ya ok sila.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kamunting. Tadi Yang Berhormat Kamunting kata semua keseluruhan yang kita kata kita ada banyak tempat yang cantik yang baik di sini. Baik la yang kita penduduk rakyat Malaysia kita mengunjung di negeri sendiri. Jadi adakah Yang Berhormat RUU ini adalah satu cara dan platform yang baik kita boleh bantu ke semua orang. Hotel, pengusaha hotel, homestay semua kita boleh bantu mereka buat semua publisiti. Kita bagi tahu semua orang ada tempat yang cantik, yang tempat yang selamat di sini. Jadi tadi Yang Berhormat kata yang ni semua membebankan. Tapi kita tidak tahu apa yang beban itu.

Tak, saya sebut tadi saya tiada masalah hotel ok la untuk naikkan ekonomi, perbanyakkan hotel tak apa tapi masalah hotel sekarang pun hotel banyak pekerja pula tak ada servis kurang. Boleh check tengok hotel ada, bilik ada servis pulak tak ada sebab pekerja tak ada.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ialah kita kita ada RUU ini semua pihak-pihak kerajaan. Semua agensi boleh bantu untuk…

Saya faham. Saya faham maksud bila kita tentang ni you ingat kita tentang RUU tidak. Kita terima RUU tapi mintak sedikit ruang untuk kita bahas homestay ini melibatkan rakyat di bawahan. Itu saja. Nak lulus RUU ini kita bagus sebab kita nak kan industri pelancongan yang rancak di negeri. Supaya Selinsing bagitau tadi. Pastikan duduk di bawah pihak rakyat yang bawah.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Homestay juga salah satu ikon yang sangat penting dalam pelancongan, jadi kita juga bantu mereka dan membetulkan semua yang kita boleh dapat satu gambaran dan satu situasi yang baik.

Ok saya setuju.

Selinsing mohon mencelah. Tronoh. Selinsing, Tronoh. Boleh? Saya ingin merujuk kepada point of order ok. 43A "seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Tadi Yang Berhormat ada membangkitkan harga gula sampai RM4.80. Boleh tak tunjukkan bukti sama ada kenyataan ini benar atau tidak.

Saya rujuk kepada KPDNKK. Pegawai KPDNKK yang ada…

Tunjukkan bukti. Tunjukkan bukti kerana apabila saya baru menyemak ok di di laman web Lotus kos fine sugar hanya RM2.85.

You faham tak?

Sekiranya Yang Berhormat mengelirukan Dewan ini. Saya mohonlah jasa baik untuk menarik balik kenyataan yang disampaikan tadi.

Saya tak tarik balik. Harga RM2.95.

RM0.85.

RM0.85 itu harga kawalan. Sekarang gula RM2.85 itu kurang di pasaran.

Ya, tetapi yang dijual di pasaran itu adalah RM2.80 bukannya RM4.80.

Yang ada gula premium. You tahu tak gula premium tak ada kawalan.

Tunjukkan bukti. Tunjukkan bukti. Apabila kenyataan itu dibuat oleh Selinsing, Selinsing harus tunjukkan bukti.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tidak boleh mengelirukan Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua

Semua ahli-ahli Kamunting ada bukti tak.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Mana boleh cakap sebarangan kena ada bukti.

Saya nak bawa.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Ada atau tidak kalau takda tarik balik. Kami yang tanya takkan kami tunjuk bukti.

Kalau ada tunjuk tunjukkan bukti, kalau tak ada tarik balik itu saja.

Timbalan Yang di-Pertua

Tronoh. Tronoh sila duduk dulu. Sila duduk.

Saya takkan tarik balik dan saya bertanya kepada pihak pegawai KPDNKK kenapa gula takde dia kata gula RM2.85 memang kurang di pasaran. Pasal apa saya pun tak tahu tapi gula yang ada ni ada gula tetapi harga yang RM4.85 itu gula premium tak ada kawalan dia kata…

Ini dengar kata mana bukti…bukti jangan dengan kata.

Premium tadi tak sebut pun gula premium tadi sebut gula saja. Sekarang sebut gula premium ni memang mengelirukan Dewan. Tarik balik sekarang YB.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Dewan yang mulia ini jangan cakap sebarangan kena ada bukti fakta mana fakta.

Satu ruling bahawa sekiranya Yang Berhormat tidak dapat menunjukkan bukti sila tarik balik.

Oklah saya akan tutup saya punya perbahasan you nak bawa bawalah terpulanglah. Kalau nak bawa ke jawatankuasa hak ke terpulanglah.

Tarik balik.

Gula premium yang ada di pasaran empat ringgit lebih.

Tadi tak cerita gula premium.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk saya ok. Kamunting ada tak tunjuk bukti.

You boleh dalam shopee pun ada RM4.80. RM4.90.

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau tak ada sila tarik balik. Ini saja. Ada tak?

Gula empat RM4.99 dalam shopee pun ada.

Ya, YB tadi sebut gula sahaja. Tak sebut gula premium.

Saya rasa ok dah dia sebut gula secara umum. Tak perlu kita nak politikkan. Ok Kamunting dah jelaskan. Saya rasa ok Tronoh. Tak payah takut.

Saya tak tarik balik.

Tak payah ganggu Kemunting. Diaorang nak ganggu je ni. sejak bila nak minta bukti.

Ok sekian saja saya menolak rang undang undang enakmen hotel ini supaya dapat dibuat kajian semula.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Ini RUU Hotel, jangan sampai gula.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok terima kasih kepada. Habis. Kamunting sudah habis. Ok seterusnya saya menjemput Pokok Assam untuk memulakan perbahasan 15 minit.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Salam Sejahtera Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi kerajaan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan mengizinkan saya untuk berbahas dalam penggubalan Rang Undang-Undang Hotel pada sidang kali ini. Saya percaya kita semua sedia maklum bahawa tahun 2024 merupakan Tahun Melawat Negeri Perak dan kebetulan ia juga merupakan ulang tahun ke-150 Bandar Warisan Taiping yang telah ditubuhkan sejak 1874. Kita juga sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri telah menyasarkan kemasukan 8 juta pelancong domestik dan 350 ribu pelancong asing ke negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024. Negeri Perak sudah pastinya menjanjikan kelainan kepada para pelancong kerana kaya dengan kepelbagaian dalam produk pelancongannya. Negeri Perak terkenal dengan pelancongan alam semula jadi, pulau dan pantai, tempat bersejarah, taman tema dan sebagainya. Negeri Perak juga merupakan sebuah negeri di Malaysia yang masih mengekalkan seni bina bangunan warisan yang menjadi tarikan pelancong dengan kekayaan produk pelancongan yang bercirikan ketamadunan dan semula jadi, saya percaya bahawa negeri Perak pastinya akan menjadi tumpuan dikalangan pelancong asing mahupun domestik sekiranya usaha dan persiapan dari semua pihak yang terlibat dapat dilakukan dengan baik.

Oleh hal yang demikian, kita perlu membuat persediaan yang rapi untuk menerima kunjungan para pelancong dan memberikan mereka satu pengalaman yang terbaik supaya sektor pelancongan kita akan terus dipromosikan dan dipertingkatkan lagi. Salah satu faktor yang sentiasa dijadikan pertimbangan dan penilaian para pengunjung pastinya adalah tempat penginapan. Maka kita seharusnya memastikan semua rumah tumpangan termasuk homestay, hotel, guest house, camping, glamping dan sebagainya yang akan bersama-sama menyambut kedatangan para pelancong nanti dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik khususnya dari segi keselamatan, kebersihan, kemudahan, keselesaan dan lain-lain lagi.

Akan tetapi kita masih menghadapi satu masalah dalam kerja-kerja untuk memantau dan mengawal selia tempat-tempat penginapan yang sedia ada kerana masih banyak di antara mereka yang tidak berdaftar dan di luar kawalan Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh yang demikian, satu Enakmen Baru Hotel Perak 2023 perlu diluluskan. Rang undang-undang hotel ini bertujuan untuk memastikan semua premis penginapan pelancongan di Negeri Perak berdaftar dan memiliki lesen hotel daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Ini kerana enakmen yang sedia ada telah lapuk dan perlu dikemas kini mengikut keperluan semasa. Selain itu, perkhidmatan yang tidak seragam dalam amalan keselamatan, kebersihan dan keperluan pelanggan di kalangan penggiat industri hotel atau premis penginapan juga perlu diberi perhatian. Pihak kerajaan sukar untuk membuat perancangan bersasar kerana tiada data yang tepat mengenai kuantiti dan kualiti premis penginapan atau hotel di Negeri Perak. Oleh sebab itu, tiada punca kuasa penguatkuasa yang jelas bagi mengawal aktiviti hotel di Negeri Perak. Tiada perlindungan dan kesaksamaan kepada pemain industri dengan enakmen yang sedia ada. Sebagai contoh, di daerah Larut Matang dalam senarai hotel-hotel yang didapati cuma terdapat 50 buah hotel dengan sejumlah 2151 buah bilik yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Sedangkan tiada sebarang rekod yang melibatkan homestay, guest house dan sebagainya. Dalam keadaan sedemikian, bagaimana kawalan khususnya dari segi keselamatan dapat dijalankan untuk memastikan keselamatan para pelancong serta pengusaha rumah tumpangan dapat dijaga. Tragedi di Batang Kali adalah satu pengajaran pahit yang patut kita pelajari di mana semua pengusaha rumah tumpangan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk memastikan premis tersebut selamat dan sesuai untuk dibuka dan disewa kepada para pelancong.

Kita sedia maklum, bilangan rumah tumpangan jenis guest house, homestay yang semakin meningkat dan mendapat sambutan disebabkan kebanyakannya dapat dijalankan dengan kos pengurusan yang lebih rendah dan seterusnya dapat memberikan persaingan kepada hotel-hotel dari segi bayaran yang lebih rendah. Pemilik kemudahan penginapan terbabit yang beroperasi di kondominium, apartment servis, rumah teres, banglo serta rumah kedai tidak dikenakan kos operasi seperti gaji, kakitangan, cukai pelancongan serta lesen perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, pengendali penginapan terbabit juga menikmati caj utiliti seperti elektrik dan air yang lebih rendah kerana status kediaman tidak diistiharkan bagi tujuan perniagaan berbanding dengan kadar komersial yang ditanggung oleh industri perhotelan. Ini telah menyebabkan ketidakadilan berlaku dan menjejaskan rumah tumpangan yang beroperasi secara berdaftar dan berlesen. Pelbagai jenis rumah tumpangan yang sedia ada sebenarnya akan menghadapi pelbagai masalah sekiranya tidak berdaftar dan tidak berlesen.

Tiada pemeriksaan keselamatan dijalankan oleh pihak berkuasa seperti bomba dan kemungkinan tiada langkah-langkah keselamatan diambil untuk mencegah kemalangan dan kebakaran. Kesesuaian reka bentuk atau pengubahsuaian premis tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan juga akan meningkatkan risiko kemalangan dan gangguan di kawasan kediaman setempat. Bagi premis-premis rumah tumpangan yang tidak berdaftar tiada sebarang rekod mengenai kualiti dan keselamatan dapat diambil dan dikawal oleh pihak berkuasa. Sebarang masalah atau kelemahannya juga tidak dapat diambil maklum atau diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan sebenarnya ini akan memberikan impak negatif yang besar kepada sektor pelancongan kita. Jika sesuatu yang buruk berlaku, ia tidak hanya melibatkan korban nyawa seperti apa yang berlaku di Batang Kali malah ia akan memberi imej yang buruk kepada sektor pelancongan negara kita. Pelancong-pelancong akan kehilangan keyakinan terhadap tahap keselamatan yang mampu kita berikan. Maka Enakmen Hotel Perak 2023 amat diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut demi kepentingan dan keselamatan semua pihak.

Dalam penambahbaikan rang undang-undang hotel Negeri Perak, perkataan atau tafsiran rumah tumpangan telah diperluaskan. Hotel ertinya mana-mana premis di mana orang diberi tempat menumpang, bermalam atau berlindung untuk apa-apa jenis sewa atau ganjaran bagi apa-apa jua tempoh dan masa. Ini termasuklah homestay, guest house, camping, glamping dan sebagainya yang sebelum ini tidak dimasukkan dalam enakmen yang sedia ada. Selain itu, bahagian pelesenan yang memperincikan kaedah kawalan berkaitan lesen hotel perlu diwujudkan termasuk berhubung tempoh sah laku pembaharuan lesen, penggantungan atau pembatalan lesen. Bahagian penguatkuasa telah dimasukkan bagi memastikan semua premis penginapan di Perak mematuhi syarat-syarat asas pelesenan. Ini akan membantu untuk memastikan semua premis perniagaan beroperasi mengikut piawai-piawaian demi kepentingan semua pihak. Ia juga akan memberi manfaat atau kesan yang penting kepada pihak pengusaha dan pelancong seperti pengiktirafan kepada lebih ramai pengusaha atau penggiat industri atau pemilik-pemilik penginapan. Ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada penggiat industri untuk melindungi dan mengembangkan perniagaan mereka dengan adanya wujud permohonan pinjaman, insurans dan lain-lain keperluan perniagaan. Penggiat industri juga dapat melaksanakan promosi dengan lebih luas.

Akhirnya kita berharap dapat meningkatkan kedatangan pengunjung Negeri Perak melalui amalan safe tourism. Selain itu, ia akan membawa keseragaman kualiti dari segi keselamatan, kebersihan dan mengelakkan kacau ganggu penginapan di Negeri Perak. Ini akan menambah keyakinan pengunjung untuk menempah mana-mana premis yang berdaftar dan meningkatkan keselesaan dan prestasi kepuasan pelancong. Dengan adanya maklumat premis penginapan yang berdaftar lebih mudah untuk diakses, pelancong akan menambah minat untuk berkunjung kembali. Segala maklumat yang diperlukan dapat dirujuk. Pelancong dapat meneliti dan membuat pemilihan yang terbaik mengikut kesesuaiannya sendiri dan keadaan persaingan yang sihat di antara pengusaha industri hotel pula dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang sebenarnya akan menguntungkan semua pihak dan membantu negeri Perak menjadi pilihan pelancong-pelancong sebagai destinasi pelancongan yang utama. Secara ringkasnya, saya ingin menekankan impak utama rang undang-undang hotel Perak 2023 ini akan membawa manfaat bersama dan hala tuju untuk membangunkan sektor pelancongan Negeri Perak.

Sebelum mengakhiri sesi perbahasan saya pada petang ini, saya ingin mengulangi 10 kebaikan yang dapat diberikan kepada penggiat industri dan pengunjung melalui Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023. Untuk penggiat industri, premis perniagaan ia akan menjadi sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa. Ia akan juga memberikan lebih peluang untuk melindungi dan mengembangkan perniagaan sejajar dengan hala tuju kerajaan untuk terus membangunkan sektor pelancongan. Selain itu, permohonan pinjaman, insurans dan lain-lain keperluan perniagaan dapat diberikan untuk membantu perkembangan dari pelbagai aspek seperti kemudahan dan skala perniagaan. Kualiti premis yang seragam dan mengikut piawaian pula mampu meyakinkan para pengguna. Promosi juga dapat dilaksanakan.

Mengenakan dengan lebih meluas dan meningkatkan kehadiran pelancong melalui amalan Safe Tourism. Untuk para pengunjung pula, ini akan menambah keyakinan pelancong untuk menempah mana-mana premis berdaftar untuk menginap di negeri Perak. Maklumat premis penginapan negeri Perak yang berdaftar lebih mudah untuk diakses supaya para pelancong mendapat maklumat yang secukupnya sebelum membuat pilihan. Keselesaan dan prestasi kepuasan pelanggan juga dapat dipertingkatkan lagi dan seterusnya menambah minat pelancong untuk berkunjung kembali atau membantu mempromosikan melalui pengalaman dan ulasan mereka yang dikongsikan. Sekian perbahasan hari ini daripada Pokok Assam. Pokok Assam menyokong Rang Undang-Undang Hotel 2023 untuk diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Assalammualaikum warrahmatullahhiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahhirrohamnnirohim Alhamdulillahirobbilalamin wassolatiwassollamuashrofillambiaya hiwalmussolin waalaalihiwasohhbihiajmain Subhanakalalilmalana illamaalamtana innakaantalimulhakim. Robbisodriwayassirliwahlulukdatalmilisaniyafkahulqauli. Terima kasih Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sesi perbahasan Rang Undang-Undang Hotel 2023. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, barisan Ahli Mesyuarat Negeri Perak, Yang Berhormat pembangkang. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri dan semua pada hadirin sekalian. Alhamdulillah bila pengunjung ini ibaratkan macam kita pergi kenduri rumah orang lah. Yang sedap-sedap tu banyaknya dah habis dah, nasiblah kalau tinggal kuah-kuah lah. Kalau ada isi tu nasib. Jadi sebagai saya sebagai pembahas yang penghujung ni InsyaAllah saya cuba membahaskan tentang RUU Hotel yang diamanahkan.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih pada ahli jawatankuasa RUU Hotel yang melibatkan kita terutama kami yang pembangkang dalam libat urus taklimat yang baru minggu lepas. dan cuma yang agak sedikit terkilanlah sebab persoalan yang diberi, hanya masa lebih kurang dalam sejam jadi masih banyak lagi orang kata permintaan-permintaan terutama daripada pemain industri, persoalan-persoalan yang hendak dibangkitkan tapi masa tak mencukupi, jadi InsyaAllah pada hari ini kita dengar pembahas-pembahas semua mungkin memerlukan pencerahan yang lebih lagi kepada jawatankuasa berkenaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tentang RUU Hotel ini yang saya nampak yang banyak melibatkan adalah tentang hotel bajet. Kalau hotel yang besar-besar 3, 4, 5 bintang yang atas saya rasa tak ada masalah memang dia berlesen dah pun. Yang cuma yang membimbangkan kami adalah yang hotel bajet yang di bawah sana. Terutamanya adalah di mana yang kata tadi istilah hotel termasuk homestay, rumah tumpangan-tumpangan yang lain. Homestay ini seolah yang kita nampak perbincangan kami banyak kami menitikberatkan tentang homestay. Tempat homestay ini kebanyakannya adalah banyaknya di pedalaman-pedalaman di pinggir-pinggir bandar dan saya mewakili Changkat Jering, dikatakan separuh adalah luar bandar. Saya bersahabat dengan sempadan dengan Selinsing tadi. Apabila istilahkan hotel ini tuan-tuan kata.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Changkat Jering, mencelah boleh. Ayer Kuning.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Nanti dulu jap.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Sekejap je sikit pendek je soalannya. Soalan dia pendek, Changkat Jering. Pendek je. Selepas itu sambung balik. Setuju tak dengan pandangan Ayer Kuning bahawa pengusaha homestay ini adalah kebanyakannya orang-orang yang berada, bukan orang-orang miskin. Soalan saya setuju tak?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tadi saya sudah cakap memang tak setujulah sebab sebab apa saya kata macam itu pengusaha-pengusaha homestay ini majoritinya bawah B40 sebenarnya saya tahulah saya nanti nanti saya jawab dulu.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Saya nak tanya orang miskin ini kadang-kadang rumah pun tak ada. Macam mana dia nak buat homestay?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok, dia sebenarnya homestay ini bukan semestinya nak buat banglo, kita kena faham ok, saya jawab dulu saya jawab dulu nanti saya jawab dulu.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Saya rasa Changkat Jering, rumah peninggalan ayah apa semua Bajau kampung.

Bagi Ayer Kuning bagi Ayer Kuning bagi Changkat Jering, jelaskan dulu kot.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Itulah saya kata tadi. Saya belum nak jelaskan lagi, makna rumah itu tak semestinya rumah banglo, rumah banglo yang dibuat baru. Kadang-kadang itu peninggalan ayah tua masalah jadi tambah sekarang ekonomi kita tengok kadang sekarang ini selepas memang bermasalah utama pada orang kampung. Macam di Selinsing tadi lah, bendang buat bendang buat sawah tapi rugi seribu lebih rugi itu memang kenyataan. Jadi apa lagi inisiatif yang dia rasa dia boleh kadang-kadang dia buat kembar dengan rumah dia sebagai homestay. Bolehlah orang balik kampung kerana biasanya orang pedalaman ini orang apabila cuti-cuti dan sebagainya anak-anak ataupun orang biasanya yang B40 ini balik nak balik kenduri nak balik ziarah anak saudara balik saudara rumah tak cukup bilik. Tuan-tuan kena bayangkan Ok, nanti dulu tadi dah jelaskan dah kan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Boleh mencelah sikit. Sikit, pendek juga. Boleh?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok, tak apa sikit boleh. Sekejap ya sikit ya. Saya masa terus tak cukup banyak lagi. Sebab yang balik tu kebanyakannya dia nak duduk rumah ayah dia emak dia. Kadang-kadang anak ramai, kita kena faham dalam Islam pun, kalau rumah dekat tiga empat bilik, kalau balik yang dah rumahtangga tiga empat bilik nak duduk dekat mana nak tidur dekat mana kita kena faham nantilah, kita kena faham benda ini dalam Islam memang digalakkan kalau boleh paling kurang pun satu bilik seorang satu family contoh dia. Jadi bila masuk itu masalah macam mana nak agih. Terpaksa dia cari hotel-hotel mahal sepanjang tuan-tuan. Ini yang B40 ini tak mampu sebenarnya.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Celah sikit. Sekejap je sikit je. Penting.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Nanti. Masa tidak cukup tak saya kemudian boleh hujung kot bagi.

Ada 8 minit lagi bagi ruang.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduklah dia tak bagi.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Pendek sahaja.

Bagilah Changkat Jering bentang dulu, Ayer Kuning jangan ganggu.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Homestay di kampung ini.

Tak bagi laluan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Setuju tak.

Jangan ganggu.

Jangan ganggu Ayer Kuning bagi Changkat Jering jalan dulu.

Jangan ganggu, jangan ganggu.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh bagi atau tidak bagi.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tetap tidak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Tidak bagi.

Jawab Yang di-Pertua bagilah peluang.

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi dia terus. Bagi dia terus.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ini apa yang kerajaan buat hujung ini ya. Bungkus sikit je boleh?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Kita kena faham, kita sebagai orang Islam bila nak balik ini kena keselesaan tambah lagi perempuan dia punya aurat dia ini kita kena faham bagaimana kita nak jaga aurat salah satu faktor dia tidak boleh nak duduk sekali bercampur dengan ipar duai. Kita kena faham benda-benda yang macam ni, jadi dia terpaksa cari hotel murah yang hotel murah yang diistilahkan homestay itulah yang termurah. Dalam satu rumah sampai RM120,

RM130 tapi hotel tapi hotel bayangkan tengoklah tadi tadi semalam pun ada RM200 lebih RM100 lebih jadi kalau ramai mana nak selesai dah lah balik tambah minyak tol lagi.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Adakah Yang Berhormat setuju.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Jadi malah benda kita kena faham. Sebab itulah kami bagi pihak ini memang kami menitikberatkan…

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering, boleh bagi laluan tak? Tak boleh duduk semua. Terus terus

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tak boleh tak boleh banyak lagi ya.

Bagi peluang orang marhaen cakap di Dewan ini. Bagi peluang

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk semua terus.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Oleh Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, seperti saya kata tadi lah, kita tengok bila RUU ini diluluskan, bermakna dia melibatkan homestay dan sebagainya. Kita tengok tadi dah pencerahan tidak perlu hendak ulanglah sahabat-sahabat kata apa istilah hotel dalam itu termasuk rumah tumpangan hotel dan sebagainya. Jadi makna situasi yang baru macam ini yang dimaksudkan homestay, mungkin saya rasa salah satunya sebab apa yang dimaksudkan homestay ini sebab secara mendadaknya homestay ini banyak dan ianya adalah sebagai perusahaan orang Melayu direct saya cakap terus. Adakah ada implikasi? Sebagainya? Sebab kerana hendak meningkatkan sedikit ekonomi orang Melayu kita sambung dulu sebab itu Dasar Ekonomi Baru adalah yang gaya adalah punca adalah sebab inilah saya rasa. Apabila gaya nak meningkatkan sedikit ekonomi orang Melayu. Ada saja alasan-alasan ada juga halangan-halangan dengan…

Jangan apa-apa pun kaum dan agama boleh tak? Tak berkaitan dengan kaum.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Saya sambung sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Ayer Kuning boleh tak?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Yang berbalik kepada…

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering boleh tak? Ayer Kuning mencelah. Tak boleh duduk.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Sikit berkaitan dengan homestay.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Timbalan Yang Di-Pertua, saya tak bagi laluan lagi ya. Timbalan Yang Di-Pertua. Kalau kita nak bincangkan kata RUU Hotel ini kalau nak bincangkan yang hotel 3, 4, 5 bintang ni saya rasa tak berapa nak kenalah cara kampung ni setakat cara kampung tapi yang di bawahnya yang kami risau. Sebab keluhan-keluhan terutama orang yang pendapatan dia B40 ni. Jadi makna ekonomi bagaimana kita nak meningkatkan sedikit ekonomi pada mereka? Saya tahulah saya sebagai wakil daripada Changkat Jering separuhnya adalah orang kampung pedalaman tuan-tuan. Ada ke larat tiap-tiap hari kita nak bagi bantuan. Kami pun mintak juga alasan daripada Yang Berhormat Menteri Besar. Tu pun kalau bagi, contoh. Jadi makna tak mampu sebenarnya tuan-tuan. Jadi salah satu macam caranya. Ha jadi itulah salah caranya kalau dia boleh buat tempat rumah peninggalan atau pun lebih tambah belakang rumah dia sikit untuk nak buat sebagai homestay sekurang-kurangnya dapatlah meningkatkan ekonomi dia. Jadi makna kita cuma bagi cara macam mana nak meningkatkan ekonomi. Kita tak boleh nak bagi bantuan tuan-tuan tak mampu. Benda ni banyak mana bagi perhabis tuan-tuan. Yang pentingnya macam mana kita jawab nak bagi dia ibaratkan orang kata kalau nak bagi, bagikan jangan bagi ikan. Tak bagi kail bagi dia usaha untuk memancing. Kalau bagi ikan habis hari ni ja.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Minta sikit sini Bercham.

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering. Bercham mohon laluan. Boleh bagi ke tak bagi? 4 minit lagi.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tak bagi tak bagi. Bercham saya tadi bagi semua pun boleh you tak bagi. Tuan Yang di-Pertua. Saya pun dah. Ha tulah katakan tadi. Bila pandangan orang kampung ini, bila kata hotel ni dia standard lah kita kata. Bukan kata orang kampung saya pun orang kampung tadi lah. Jadi makna yang kita banyak yang orang kata majoritinya memang orang yang golongan B40 yang buat homestay ni. Saya tahulah sebab salah satunya ialah kita gazet atau pun kita bagi perlesenan memang baik banyak perlesenan ni. Tapi implikasi nak dapatkan lesen tu berapa faktor yang perlu dia laksanakan. Kita kena ingat. Tambah lagi orang kampung ni tanah satu geran nama 5-6 macam mana. Status tanah lagi kita kena ambil kira. Itu dari segi keselamatan memang kita tak nafikan memang penting keselamatan. Tapi setakat ini homestay saya tengok tak ada masalah sangat. Dari segi keselamatan. Yang kata diibaratkan Batang Kali itu perkhemahan. Kita kena tahu membezakan homestay dengan tempat-tempat perkhemahan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Changkat Jering sikit ja. Sikit.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Benda-benda yang macam ni kita kena ambil kira sebenarnya tuan-tuan. Jadi makna hadirin sekalian saya minta maaf masa tak banyak bagi laluan lagi hujung tak kira masa.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Sikit je sikit. Ok berkaitan dengan pengusaha-pengusaha homestay ni. Sikit ja.

Bagi lah 1 kali.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tak bagi tak bagi. Sebenarnya saya tengok dalam pindaan ni kita dulu katakan 1927 buat pindaan. Tapi saya dah jumpa satu artikel dia ada buat pindaan pada tahun 1985 iaitu dia punya rujukannya PK.P.U.26. 6 Jun 1965 Peraturan-Peraturan Rumah Tumpangan iaitu MDM 1985 Pindaan. Ha mana ada dah pindaan tu. Tapi tak tahulah saya tak tahulah detail dalam pindaannya apa. Tapi ada satu akta dah dibuat dah pindaan dan ini mungkin masuk kali kedua ke kali ketiga. Wallahualam lah. Jadi makna ada dah pindaan. Bukan kita nak kekalkan yang 1927 itu memang induk dia. Tapi pindaan kita boleh buat bila-bila masa. Contohnya, mungkin hari ini salah satu pindaan yang dibentangkan tuan AJK RUUH. Jadi makna sebab itulah kami di sini rasa bila ada pindaan termasuk baru macam homestay, rumah tumpangan dan sebagainya kita tengok situasi memang agak membebankan bagi pengusaha-pengusaha homestay ini. Saya nampak saya tahu lah. Kadang-kadang nak dapat pun orang kata nak sewa sebulan dua tiga kali pun susah. Maintenance lagi tuan-tuan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Changkat Jering, Exco bagi ke, Exco.

Exco jangan kacau Exco.

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering. Bercham dan juga Exco mohon laluan boleh tak?

Exco banyak ruang kan nanti.

Mungkin exco nak jawab.

Exco pun tak bagi ke? Aiyoo.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh ke tak boleh?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tak boleh.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Exco gulung. Ikut que lah. Ayer Kuning dulu. Ikut que.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Jangan la. Hari tu ada peluang.

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi ke tak bagi?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tak bagi. RUU ni nanti lulus. Last sekali penggulungan dia boleh gulung semua. Kita tak boleh buat apa. Ok.

Timbalan Yang di-Pertua

2 minit lagi masa. Masuk kesimpulan.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok. Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Kita tengok sini bila kata pelancong dia melibatkan pelancong macam kita tadi lah. Bila ditanya homestay ni orang yang kaya-kaya, kelas pun berganti, ganti apa di atas ya?

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering boleh bagi Exco tak?

Bagi lah Exco Pelancongan. Exco nak jawab bagi.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok. Saya tak bagi ya. Kejap. Dia kalau balik dia tak duduk dah. Exco nanti gulunglah.

Exco nak bagi solusi. Exco nak bagi solusi.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok. Saya tak bagi ya. Kejap.

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit lagi.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Berapa minit lagi tu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jangan ganggu.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok Timbalan Yang di-Pertua. Mungkin sikit lagilah masa pun kecederaan dah tu ya. Cuma apa yang saya bimbang sekiranya RUUH ini diluluskan hari ni sebab dia masih lagi...

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ketua Pembangkang pun bagi.

(dewan gangguan)

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Bagi lah Exco jawab.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Orang kata pendetailan pencerahan sebab kita kena ingat Ahli Dewan ini adalah penggubal dasar, pelaksanaan adalah pihak-pihak jabatan. Jadi dasarnya lulus dia tak akan bawa dah. Jadi..

Ok ok 10 saat.

Timbalan Yang di-Pertua

Exco Jalong minta laluan bagi ke tak boleh?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua. Sebagai pengakhirnya apa yang membimbangkan saya RUUH ini akan memberi kesan kepada bukan saja pelancong terutama pelancong domestik. Akhir sekali, saya optimis AJK RUUH ini adalah berniat baik untuk pindaan demi kesejahteraan semua kita. Tapi saya takut kalau ada di sebaliknya yang berniat tidak baik sebab rumah tumpangan atau homestay sejak akhir-akhir ini, peningkatan yang amat ketara dan majoritinya orang Melayu. Ok ya. Itulah saya bimbang kadang-kadang kalau niat ikhlas tu mungkin kita boleh terima lah. Tapi saya takut kalau seolah-seolah macam nak menyekat apa ekonomi salah satu ekonomi orang Melayu yang cuba untuk nak berjinak-jinak dalam perniagaan ini. Itu saja. Terima kasih dan dengan ini saya merumuskan adalah RUUH ini agar ditangguhkan sehingga pendetailan atau pencerahan yang lebih terperinci diberi kepada kami. Sekian wallahualam.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 15 minit.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang kepada semua yang di dalam Dewan. Rasa sempat nak ucap selamat raya kepada semua yang menyambut hari raya Aidilfitri. Mana MB ya. Terima kasih juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni. Kadang-kadang rasa macam bukan YB Pembangkang sebab layanan diberi. Terima kasih banyak. Terharu juga kadang-kadang. Hangpa dapat kotak kami dapat kotak. Hangpa dapat lembu kami dapat lembu. Ok terima kasih jugak kepada YB Exco Pertanian dah sampai kawasan saya walau pun tak jemput saya. YB Dato' Seri Nizar. Jalan Alor Pongsu yang jalan maut tu tengah buat la ni. Allah besaqnya hati. Walaupun dapat 2km, tapi rasa terubat hati sebab rakyat yang menderita jalan tu dah 20 tahun. Terima kasih juga kepada YB Exco Pendidikan. Terima kasih banyak kerana datang dan jemput saya walau pun PPD Kerian panjang muka tak apalah saya terima no problem. Marah kot sebab YB Exco jemput saya pi sekali sekolah kita teruskan demi rakyat. YB Komunikasi ada hutang ya kita ni. YB Sandra ya Teja. Thank you dah datang masa angkat sumpah Ahli Majlis walau pun saya tak join la tak pa lah. Saya seronok tengok bila YB Exco datang besaq hati.

Hari tu Hari Bertemu Pelanggan YB tak mai pun. 11hb Mei kami..

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Takda makluman pun. Di mana tu. Takpa saya hadir sama. Saya bawak dengan orang Alor Pongsu yang tak puas hati tu.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Alor Pongsu, takde terima kasih tadi saya bagi celah 2 kali takda terima kasih kepada saya. Nanti bagi..

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tapi celahan tadi ya, steady la, gentleman. Terima kasih kepada semua atas kerjasama. Kami ini, saya sedar diri la kami ini pembangkang, tapi kami, saya dan kawan-kawan saya, saya rasa kami ini nak jadi pembangkang yang critical observation. Supaya kita sama-sama check and balance supaya Perak jadi contoh bukan pada negeri lain. Banyak yang sebut negeri lain, no. Kita jadi contoh kepada Parlimen. Betapa bersatunya kita pembangkang dengan kami ini, pembangkang dengan kerajaan ini, Perak akan jadi number one. Percaya la cakap saya. Tak apa la, bergaduh skit-sikit itu biasa. Jadi tentang RUU ini, terima kasih Exco dua orang ini. Saya nak uji lagi sekali your Bahasa Malaysia. Saya terharu sampai sekarang, memang sangat sedap. Cuma masa libat urus itu kurang sikit, bagi lebih sikit, dan satu lagi saya rasa untuk kita teruskan tentang RUU ini, kita punya client, tadi Pengerusi Persatuan Homestay Malaysia yang mengatakan semua ahli dia berdaftar dengan MOTAC, data ada dekat MOTAC. Kita panggil dia. kita panggil hotelian, libat urus you panggil, saya tahu ada 2 3 orang saja. Kali ini kita jangan bentang apa-apa dekat dia. Kita tanya dia, kami nak buat ini, you rasa apa? Homestay punya geng. Ini Pengerusi Homestay Malaysia contact saya.

Saya dah bagi dia cukup-cukup pagi tadi. Dia yang keluar apartment haram semua itu. Kali ini kita buat Jawatankuasa by partisan, kita all out dia betul-betul. Kita hendak tahu apa isi hati dia. Begitu juga dengan hotelian. Hotelian ini, sorry to say la, PKP invest besar sikit. Bila PKP terjejas, dan salah satu yang menjejaskan mereka adalah homestay. Homestay dah curi dia punya pelanggan-pelanggan itu. Kemudian banyak juga kawan-kawan kita sebut tentang keselamatan, kawalan. Yes, I agree with you. Tetapi kita kena ada progross dalam otak kita. Jangan kerana nak pentingkan kawalan dan keselamatan, progross kita pula jadi gila kepada usahawan-usahawan kecil.

Orang Alor Pongsu, padi semusim RM70, mana Pengarah IADA, Pengarah Pertanian. 2 musim dan tak boleh ambik padi. Nasib baiklah ada rumah pusaka kerat 2, buat homestay. Sorry la saya suka guna perkataan inap desa. Jadi dapatla duit sikit, bagi la chance. Sebab kalau kita nak suruh orang yang kerat rumah dia jadi homestay sekerat ini, saya rasa membebankan dia la. So, please sebelah sana, kerajaan pegang la. kami sokong RUU ini. Exco pun tahu berapa kali saya cakap dengan dia. Dia suruh saya angkat 2 tangan, no problem, saya boleh angkat 2 tangan untuk sokong. Tapi saya baru tersedar libat urus itu tidak lengkap kita panggil Chairman Homestay Perak, chairman hotelian, buat split pun tak apa, saya sanggup hadir. Nak dengar, nak dengar betul-betul apa ini dan RUU ini kena ingat, RUU ini untuk mengawal kerajaan yang menyelia. Kalau RUU ini tidak tally dengan ekonomi semasa, apa faedah kita buat RUU ini. Ekonomi nak berkembang. Ini bukan simple ekonomi, sekarang kompleks ekonomi, tengok apa jadi dekat Grab di Kuala Lumpur. Saya mula-mula rasa macam nak berhenti kerja, nak kerja Grab, tujuh ribu lapan ribu sebulan. Bila kerajaan control, saya tak kata salah, saya kena pun tak lagi. Komuniti lapor. Saya tidak kata salah. Tapi daripada apa yang saya buat dengan anak-anak muda sekarang, Grab dah tak memberangsangkan lagi dah.? Control sana, control sini, control sana, control sini, la ni siapa pun tak mahu buat Grab. Tak ada dah cerita tujuh ribu, lapan ribu buat Grab di Kuala Lumpur, tak ada dah.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Alor Pongsu, minta celah sikit...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ha, mencelah? Go.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Nak tanya, setuju atau tidak kalau di sesetengah tempat di mana homestay sudah buka, di mana dulu memang pemilih akan tinggal dalam homestay itu dan kita sewa bilik yang lebih. Maksudnya saya ada 3 bilik, 2 bilik saya sewa kepada orang. Itu saya tahulah. Tapi sekarang, setuju tak ada investor-investor dengan izin yang membeli rumah-rumah lot-lot untuk dijadikan homestay dan dijadikan sebagai satu investment dan untuk mengaut keuntungan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ini pendirian saya, itu hotel haram. Saya jaga Alor Pongsu tau, Alor Pongsu orang kampung. Tentang orang yang, itu yang saya kata tadi, beli rumah kediaman, buat homestay, saya kurang bersetuju. Yang saya fight, saya daripada awal saya sebut, dengar ini, inap desa ini, orang kampung ini. Padi buat 2 musim, RM70 satu musim tidak boleh ambil. Bagi dia orang create income. Tapi memang ada masalah. Tadi Pengerusi Homestay itu kata, hotel haram. Dia beli rumah, suami cikgu, isteri cikgu. 1 buat duduk, 1 buat homestay. Buat homestay 10 kereta datang, parking penuh depan rumah semua. Ini masa ini guna la RUU. Itu penting pengawalan itu. Jadi, saya setuju dengan saudara tadi.

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya, sila Astaka.

Saya setuju kalau kata ada petani-petani yang menghadapi masalah kesukaran, saya setuju sangat kerajaan negeri memberi bantuan yang yang sepatutnya tetapi petani-petani saya kira dia, profesional dia dekat pertanian. Dia kalau mengusahakan homestay, apa jaminan yang ada kepada customer-customer. Saya rasa Alor Pongsu tadi sudah setuju keselamatan sangat penting. Tadi merujuk kepada PSV liason yang Grab itu, kepentingan untuk, panggil apa? Mengawalselia adalah untuk menjamin penumpang juga ada protection dengan izin perlindungan seperti, pemandu Grab boleh mendapatkan insurans. So, saya kira untuk kongsi ada penginap desa pun sama. Kita kena jaga juga kedua-dua pihak, dan saya kira mesti kita kena jaga petani-petani. Tapi siapa yang akan menjaga kalau ada tragedi yang berlaku. Saya merujuk kepada Batang Kali lagi, 31 nyawa dan siapa yang jaga dia punya keluarga, ahli keluarga mereka.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih. Nak jawab rasanya biar Exco gulung nanti. Saya setuju lah juga, saya setuju selamatkan penting. Tapi with one single occasion, sana, mula la saya nak cakap, maaf ya. Kalau satu single occasion kita ambil sebagai pengukur atau sukatan kepada itu, saya rasa tak kena. Sebab kalau ekonomi down, ramai lagi mati. Tapi long term, tak apa, i agreed with you, insurans important. Jadi saya mintak lah, RUU ini kalau betul nak diteruskan. Kerajaan akan guna RUU sebagai satu punca kuasa atau kawalan yang boleh mengembangkan ekonomi, membantu lagi memberangsangkan lagi ekonomi orang kampung. Tak payahlah orang Alor Pognsu nak pergi Kuala Lumpur lagi dah. Biar orang Kuala Lumpur yang saya kata tadi, Simpang Pulai ke tadi saya jawab. 70% daripada orang Malaysia sekarang duduk pekan, duduk bandar. Alor Pongsu ini, satu hotel pun tiada tau Alor Pongsu. Saya pun teringin juga. Malu dekat orang, Dun Alor Pongsu tak ada hotel, saya teringin, tapi kalau Hotel Pak Lang Chin itu, tiang pun dah goyang sikit.

Tapi kita kena ingat, pelancong-pelancong antarabangsa, dia bukan nak macam river apa, riverfront ini, dia bukan macam itu. Dia nak rasa apa kita rasa. macam saya kata tadi, orang KL nak cerita pokok padi, dia tak panggil pokok padi dekat Alor Pongsu taw. Orang KL datang Alor Pongsu panggil Pokok Beras. Tahu Pokok Beras? Bila tanya ayam, di mana nak tengok ayam? KFC, no. Kita hendak, ini yang boleh menjana pendapatan. Bayangkan pelancong daripada Perancis datang Alor Pongsu pergi makan kenduri, pergi memancing dan sebagai. Itu cara cakap orang kampung la. Kalau nak kira nak profesional, don't grow too fast, young man, belakang itu, don't grow too fast, bahaya ya, bahaya sikit.

Kemudian, saya lebih bersuka supaya Kerajaan Negeri Perak kali ini, buat style YAB MB. Haa, YAB MB ada itu, YAB MB terima kasih banyak hadir pula, tadi tiada. Buat style PM X, buat style YAB MB kita. Makin kurang, buka ruang. saya suka macam itu. Ada budak kecil masa jamuan Madani itu, semua digeletek oleh PM X. Jangan kita baru setakat DUN ini, kamu geletek orang kampung kita. Orang Alor Pongsu macam mana. Bagi peluang kepada mereka, peluang pekerjaan dan mungkin dia orang tak payah berhijrah. Kos hidup rendah, tapi saya faham la, kita boleh gunakan, mungkin kita gunakan saluran PBT dan tadi Buntong ya, mana Buntong, Buntong sebut tadi. tak apa, kita run dulu, lepas itu kita boleh desak diaorang dan sebagainya. Saya kurang bersetuju. Saya ni jenis suka komen dulu. Bagi cantik dulu baru kita hantar kepada rakyat. Jangan rakyat...kita dah buat RUU, pergi ke rakyat lepas tu rakyat marah kita. Itu bukan cara saya. Saya kurang bersetuju. Saya suka kita fix dulu, kita polish sampai kilat dulu, PBT dah ready untuk run benda ni, client dah ready, semua orang dah ready, then only we go. Bukan lama sangat. Sabaq sat saja. Bukan nak cari timing sampai jauh-jauh. Kita kena ikut. YB Nga tak dak ya, Kepayang. YB Nga kata nak bawak consultant daripada Singapore tentang perumahan dan sebagainya dan kita kena faham. Tadi saya baca tadi ada YB hantar kat saya tadi, akta hotel di Singapore 1957, 54 kalau tak silap saya. Takrifan hotel di Singapore. Negara maju. 4 bilik. Dia punya benchmark dia. Inap desa ini ada beberapa bilik? Kadang-kadang tak dak bilik pun. Satu lorong macam tu je, jadi kita…

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Minta laluan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pengkalan Baharu. Bagi…bagi.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Setuju tak Alor Pongsu kalau saya sebut macam ni. Kalau orang nak menyewa homestay zaman-zaman sekarang ni, dorang akan review dulu, akan tengok dulu, rating dalam ni berkaitan dengan kualiti homestay. Kan. Jadi setuju tak kita nak yang canggih dengan semua kemudahan ada. Barulah boleh menarik ramai orang untuk menyewa. Jikalau setakat kita ada, kita berkisarkan rumah yang serba kekurangan, saya rasa tak akan dapat menarik pelancong yang datang untuk menginap.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya rasa ada betul, ada salahnya. Mat Saleh ni, dia bukan suka macam riverfront ni. Dia tak suka. Dia suka yang roboh-roboh tu. Yang tu yang menarik minat depa. The real deep kampung inside. Dorang nak rasa yang tu...

Timbalan Yang di-Pertua

Alor Pongsu, seminit lagi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Akhir sekali lah saya nak sebut sekali lagilah. Kita mesti ada pro growth punya mind supaya apa yang kita buat demi rakyat. Supaya ekonomi kita berkembang dan please don’t kill the industry. Saya bimbang yang itu. Orang Alor Pongsu ni sebut bab duit ja...menu rahmah pun tak mampu tau. Walaupun dia ada inap desa, menu rahmah pun tak mampu. Betul Ayer Kuning. Saya setuju. Belum cakap lagi saya tau dah. Saya setuju. Memang, inap desa ni kadang-kadang dia lebih hebat sikit. Tapi kena ingat dia tak boleh beli X70. Dia pakai Proton Saga Orion dulu. Tu pun dah kaya tau di Alor Pongsu.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Cikgu. Saya nak bagitau. Tadi Changkat Jering, dia tidak bersetuju. Kebanyakannya pengusaha homestay ini adalah orang yang berada. Bukan orang miskin. Dia tidak bersetuju.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu miskin.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ya. Pengusaha bersetuju tak. Pengusaha homestay ni lahir adalah dasar-dasar kerajaan yang terdahulu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pardon?

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Yang melahirkan usahawan-usahawan…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya. MOTAC 95 ni...inap desa dia start di MOTAC 95. Kerajaan dulu lah. Kerajaan saya jugak dulu.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ya. Tapi kalau macam itu...saya yakin...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Baik. Bagus. Hebat. Terhebat.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ha...jawab. Senang macam tu dan sekarang pun yang Exco semua bawa...madani ke perpaduan ke...kalau hebat, I will support you 110%. Ok tapi kalau tak hebat, balun 110% jugak. Tapi itu saya kata tadi...

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Itu sebabnya cikgu…cikgu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Panggil cikgu, terharu saya.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Itu sebabnya kerajaan pada hari ini, kita implementkan RUU ini, kita bukan mahu supaya atau pun menekan pengusaha-pengusaha. Apa sahaja pengusaha lah sama ada hotel, inap desa ataupun homestay. Tak ada niat langsung. Sedikit pun tak ada niat kerajaan yang ada pada hari ini mahu menekan…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya setuju sangat tu.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Tak ada. Tak ada.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya setuju.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Tak ada cumanya kita mahu mencari sumber-sumber pendapatan selain daripada idea-idea yang kita fikir bersama untuk kita cari yang sumber pendapatan kembali semula kepada rakyat khususnya kepada orang-orang miskin. Itu hasrat kita yang di sini dan juga di sana. Saya yakin.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Setuju.

YB ENCIK ISHSAM BIN SHAHRUDDIN (AYER KUNING) ...dan apa salahnya kita terima RUU ini. Hasrat dan niat kita baik adalah untuk mensejahterakan rakyat keseluruhannya khususnya kepada orang-orang miskin. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok saya setuju dengan Ayer Kuning. Semangat nampak tu…banyak homestay kat sana kot.

Timbalan Yang di-Pertua

Alor Pongsu. Masa tamat. 1 minit masuk kesimpulan. 1 minit.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok. Terima kasih Ayer Kuning. Saya setuju. Memang hebat. Cuma saya bukan tak sokong. Kami bukan tak sokong. Minta time frame sikit je lagi. Sabar sikit. Kami nak tolong polish sama. Polish kalau sebelah ni, dia jadi sekerat tau macam undilah. Tukaq bumbung sekerat, dapat undi sekeratlah. Ada berlaku ya. Bumbung rumah dia tukar sekerat ni. Jadi akhir sekali lah, saya mintak jangan, saya ulang yang first tadi, tolong jangan buat RUU ni macam blanket. Jangan jadi apa pukat sorong kalau nelayan, semua nak sauk. Semua. Janganlah. Boleh sorong semua tapi adalah teknik-teknik dia. Yang APMM pun tak boleh nak tangkap. Jadi saya mintak supaya jangan buat blanket dan kerajaan baru ni gunakanlah RUU ni dengan kawalan yang sebaik-baiknya. Saya tau niat semua orang baik. Belah sana baik, di sini pun baik. Cuma belah sini sedikit emosional. Saya kurang sikit emosional sebab libat urus hari tu Bahasa Malaysia dorang baik. Dua-dua saya faham dan last sekali kita approach lah governant atau pun cara mentadbir, cara baru. No problem. Young men semua belakang tu saya tau dorang suka cara baru. Tak apa kita cara baru. Kami yang tua-tua ni kami tengok je hangpa. Hangpa tango tak betul, kami tegur. No problem. Jadi saya ucap tahniah sekali lagi kepada YAB Menteri Besar. Tak berapa nak senyum hari ni...pasai apa tak tau. Senyum.

Terima kasih datang Bagan Serai. Jalan dah 2 kilometer dah cun dah. Takdak mati dah lepas ni YAB Menteri Besaq. Tu jalan maut. 4 orang mati, yang potong kaki lima orang. Depan kilang bata Sungai Semambu tu. Satu, last la. Satu tapak pasar malam Alor Pongsu tu PKNP tak jawab sampai la. Payment tak dapat-dapat. YB tolong dapatkan jawapan untuk saya. Minta tolonglah jawab kot tepi pun boleh. Terjumpa pun boleh. YB, terjumpa di kedai kopi. Boleh jawab kat saya bukan peralihan kerajaan. Nak tau jawapan tu ja...sekian, yang baik itu datang daripada Allah SWT. Terima kasih tuan-tuan yang sudi mendengar. Pengarah-pengarah semua angguk sampai pukul 6 hari ni... Excoatas bekerja keras. Saya faham kalau kami tak tidur malam, Exco lagi tak tidur malam. Dato’ Salbiah. Susah memang susah, saya tau. Terima kasih banyak lah. Saya hargai. Kita akan support you all. Bagi lah sedikit masa untuk RUU ni...kami nak tolong bagi kilat sebelah lagi. Sekian. Thank you Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu. Pembahas yang terakhir pada hari ini dijemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan. 15 minit.

Salam bila bersama. Salam perpaduan Perak. Saya Tronoh ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua. Kesemua Ahli Dewan Negeri Perak, seluruh barisan agensi kerajaan, para media, tuan-tuan dan puan-puan yang berada di Dewan yang mulia ini serta penonton-penonton siaran langsung. Pertama sekali, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Timbalan

Yang di-Pertua atas ruang yang diberi sebagai pembahas terakhir pada hari ini bagi membahaskan Rang Undang-Undang Hotel 2023 yang dibawa oleh Yang Berhormat Teja. Hotel merupakan salah satu elemen yang amat penting bagi pembangunan sektor pelancongan dan definisi hotel mengikut RUU Hotel pada hari ini telah diperluaskan sehingga mana-mana premis seperti homestay, tapak-tapak perkhemahan ataupun kenderaan yang digunakan sebagai tempat menginap berbayar yang lebih dikenali sebagai caravan turut dimasukkan dalam kategori hotel.

Pada hari ini di antara kita semua kita sedar bahawa sektor pelancongan di Negeri Perak ini telah mendapat sambutan yang positif sama ada daripada rakyat Negeri Perak sendiri, rakyat luar Negeri Perak ataupun pelancong asing. Negeri Perak yang kita cintai ini mempunyai potensi yang amat besar dalam sektor pelancongan dan setakat ini sektor pelancongan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Eco-Tourism, Medical-Tourism, Geo-Tourism dan sebagainya dengan izin. Pada era globalisasi ini, kesemua kategori tersebut semakin berkembang dan dapat diakses dengan begitu mudah sekali melalui sosial media, internet atau pun aplikasi smartphone sehingga tempat penginapan di kawasan tersebut telah beroperasi tanpa lesen. Saya tidak ingin menggunakan istilah haram tetapi lebih sesuai digunakan adalah istilah tanpa lesen. Maka keselamatan penginap menjadi tanda tanya yang besar.

Timbalan Yang di-Pertua, dengan kepesatan sektor pelancongan negeri Perak. Barangkali setiap hujung minggu, musim cuti sekolah ataupun cuti khas. Kebanyakan hotel di Perak terutamanya di ibu kota Perak, Ipoh akan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Dengan wujudnya Rang Undang-Undang Hotel ini, saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan Kerajaan Perak bahawa tujuan asas ataupun tujuan utama rang undang-undang ini adalah untuk memastikan keselamatan penghuni senantiasa berada di tahap yang optimum dan tujuan sampingan rang undang-undang ini, dengar baik-baik. Tujuan sampingan adalah peningkatan hasil negeri melalui pengutipan caj perkhidmatan tempatan ataupun fi lesen. Istilah caj perkhidmatan tempatan ini bakal merupakan sesuatu yang baru di negeri Perak. Caj perkhidmatan tempatan ini adalah sesuatu caj yang lebih kurang sama dengan negeri yang lain seperti di negeri Pahang dinamakan Caj Kelestarian, di Negeri Pulau Pinang dinamakan Fi Hotel dan di Negeri Melaka dinamakan Caj Warisan Pelancongan. Sedikit gambaran kepada semua sekiranya setakat ini masih tidak pasti apa itu caj kelestarian di negeri Pahang. Caj kelestarian adalah caj yang dikenakan sebanyak RM3 setiap malam, setiap bilik apabila kita check-in dihotel.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, caj perkhidmatan tempatan ini akan membawa banyak manfaat kepada rakyat negeri Perak kerana dengan pengumpulan hasil tersebut, ia dapat dijadikan sebagai suntikan dana untuk membangunkan produk pelancongan dengan lebih sempurna seperti dana tersebut boleh dijadikan peruntukan menaik taraf tempat pelancongan ataupun menjadikannya sebagai insentif kepada para pengusaha penginapan yang memainkan peranan penting menjaga nama baik sektor penginapan negeri Perak. Kerajaan Perpaduan yang sedia ada pada hari ini sebenarnya juga sedang berusaha mengaut semula keuntungan bagi orang Perak. Saya berkata sedemikian kerana apabila orang Perak bercuti di negeri lain, rakyat Perak pula dikenakan caj yang setimpal apabila menetap di hotel disana sejak beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, saya berpendapat telah tiba masanya pelancong-pelancong bukan warga Perak menyumbang semula kepada ekonomi rakyat negeri Perak yang kita sayangi ini. Saya berharap agar blok kerajaan ataupun blok pembangkang dapat bersatu dan selari apabila kerajaan yang ada pada hari ini sedang giat berusaha meningkatkan hasil dan yang pastinya disuntik semula ke dalam pembangunan ekonomi negeri Perak.

Pada hari ini, saya turut ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri agar suatu kadar caj perkhidmatan tempatan ini tidak akan membebankan rakyat dan sekiranya boleh Negeri Perak mengikuti kadar caj kelestarian yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Selain itu, saya ingin mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri agar satu tabung khas diwujudkan supaya segala hasil yang dipungut melalui pelaksanaan undang-undang, pelaksanaan rang undang-undang ini dapat disatukan. Tabung khas ini boleh digunakan dalam skop yang tertentu seperti pembangunan produk pelancongan, pemasaran produk tempatan yang akan menjadi tarikan kepada pelancong. Penaiktarafan destinasi pelancongan ataupun insentif kepada pengusaha yang membantu memungut caj tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua, saya telah mendengar perbahasan-perbahasan daripada kesemua pembahas pada hari ini daripada pagi tadi dan ada sebilangan Ahli Yang Berhormat yang menyatakan bagaimana rang undang-undang hotel ini dapat menjamin keselamatan penghuni.

Mohon mencelah, Tronoh.

Ya, sila.

Terima kasih. Setuju tak YB Tronoh jika caj yang dikenakan caj perkhidmatan yang dikenakan yang dimasukkan ke dalam tabung khas yang baru disebut oleh Yang Berhormat Tronoh tadi boleh juga digunakan untuk menaik taraf infrastruktur bagi homestay termasuk inap desa yang sering kali disebut di dalam Dewan pada hari ini, mungkin boleh dinaiktaraf juga jika mereka juga berdaftar di bawah RUU ini.

Saya amat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Buntong. Oleh itu, saya juga ingin berkata bahawa daripada pengutipan caj-caj ini, kita boleh memesatkan pemasaran produk tempatan yang akan menjadi tarikan pelancongan, penaiktarafan destinasi dan sebagainya. Daripada pagi tadi dan ada sebilangan Ahli Yang Berhormat yang mengatakan bagaimana RUU ini dapat menjamin keselamatan penghuni? Saya turut ingin memberi fokus yang sedemikian kepada perkara tersebut. Sememangnya kita yang berada di sini, kita berharap dan berdoa dengan seikhlas-ikhlasnya agar tragedi di Batang Kali tidak akan berlaku di negeri Perak. Sebagai itu adalah realiti hari ini kita boleh melihat apabila pengusaha tragedi di Batang Kali ini dia ingin memohon lesen tapak-tapak perkhemahan tetapi masalah yang dihadapi adalah tiada kategori yang boleh dibuat permohonan. Maka orang awam pada hari ini menuduh kepada kerajaan dan bertanyakan kenapa tidak mengambil penguatkuasaan terhadap pengusaha haram ini?

Oleh itu, dengan wujudnya Rang Undang- undang Hotel ini, ia dapat mengelakkan tragedi seperti itu berlaku di Negeri Perak kerana sekiranya Pihak Berkuasa Melesen mendapati kawasan tersebut adalah tidak sesuai dan membahayakan dijadikan tempat penginapan, maka permohonan lesen tidak akan diluluskan maka tempat tersebut tidak boleh beroperasi. Di sebaliknya, sekiranya pengusaha penginapan dapat memenuhi semua peraturan yang telah ditetapkan, Pihak Berkuasa Melesen ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melesen, maka ia akan menjadikan pengusaha tersebut mempunyai lesen yang sah. Maka beliaulah atau pun pengusaha boleh membeli insurans. Turut boleh membeli insurans. Berkenaan dengan isu pelesenan. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan satu platform untuk para pengunjung yang ingin bermalam di negeri Perak menyemak sama ada tempat penginapan tersebut telah mendapat kelulusan lesen atau tidak. Tujuan penyediaan platform semakan tersebut adalah untuk membantu para pengunjung mendapatkan satu kepastian tempat penginapan tersebut adalah berlesen dan juga selamat untuk didiami.

Secara kesimpulannya, saya memohon agar kesemua Ahli Yang Berhormat bolehlah sama sama kita menyokong Rang Undang-Undang Hotel ini kerana Rang Undang-Undang Hotel ini akan memberi kebaikan kepada semua. Janganlah ada yang menolak rang undang-undang yang begitu sempurna ini. Yang baik sama-sama kita sokong. Yang buruk seperti pembohongan-pembohongan ketidakstabilan kerajaan, sama-sama kita hindari. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Tronoh. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa, 23 Mei 2023 jam 9.00 pagi.