Perak · 23 May 2023
15th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 382 turns · 41,760 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Kedua Mesyuarat Ketiga Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan, pada hari Selasa, 23 Mei 2023 jam 9.03 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa. Bismillahirrahmanirrahim.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.
Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.
DATO' YANG DI-PERTUA.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Yang pertama, bagi menyemak aturan urusan mesyuarat, AUM dan giliran soalan-soalan lisan pada hari ini, Ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod QR yang berada di atas meja setiap ahli Yang Berhormat. Seperti kebiasaannya persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 90 minit. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya. Manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Seperti mana yang saya maklumkan semalam dan selalunya ialah sekiranya topik atau isu itu dianggap is a current issue, dengan izin, topik popular isu yang mempunyai kepentingan rakyat yang banyak mengikut pandangan Dewan, kita tambah satu soalan lagilah. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang kedua, berkenaan Jawatankuasa Seisi Dewan. Setelah tamat sesi penggulungan oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan iaitu, Yang Berhormat daripada Teja, Dewan akan bertukar diri menjadi Jawatankuasa Seisi Dewan. Setiap Ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk mengambil bahagian bagi membahaskan setiap perincian fasal di dalam rang undang undang tersebut. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama lebih kurang 5 minit seorang.
Perkara yang ketiga, berkenaan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, setelah selesai bacaan kali ketiga Enakmen Hotel Perak 2023 dan juga pengundian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK, Yang Berhormat daripada Lintang akan membentangkan pula Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Seramai 9 orang Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan rang undang-undang tersebut. Pada pada hari ini senarai pembahas pada hari ini sepertimana yang telah diserahkan kepada pihak urusetia.
Perkara yang keempat berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan. Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Saya juga ingin memaklumkan sekali lagi bahawa Suruhanjaya Telekomunikasi Multimedia Malaysia, SKMM Negeri Perak di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO ada membuka kaunter aduan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan aduan berkaitan masalah telekomunikasi. Kaunter tersebut berada di hadapan Dewan Makan. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Seperti saya nyatakan tadi, soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja tertakluk kepada keputusan Speaker dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Slim soalan 1.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Slim bertanyakan soalan berkaitan pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan atau singkatannya SMTDR di setiap daerah dan bertanya sekiranya Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina Maahad Tahfiz di DUN Slim?
Untuk makluman Yang Berhormat, kertas kerja asal penubuhan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan adalah sebuah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan bagi setiap daerah bukan mengikut kawasan Dun. Dibina secara berperingkat, bergantung kepada kemampuan Kerajaan Negeri. Setakat ini, sebanyak 4 buah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan telah beroperasi di 4 daerah iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Manjung di Pulau Pangkor, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian di Gunong Semanggol, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Hulu Perak di Bukit Sapi, Lenggong dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang di Sungai Lesung, Tapah. Manakala sebuah lagi Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang hampir siap pembinanya pada November 2023 iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Tambun.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukan perbelanjaan mengurus bagi Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan setiap tahun berjumlah RM20 juta untuk program kecemerlangan pelajar, bayaran emolumen guru, latihan dan bayaran perkhidmatan makanan bermasak pelajar serta keperluan operasi yang lain. Ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan syiar Islam melalui pendidikan agama Islam di negeri ini. Sambutan terhadap penubuhan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan juga amat baik. Kerajaan Negeri melihat peningkatan pengambilan pelajar dari tahun ke tahun sejak ianya ditubuhkan menandakan sokongan rakyat kepada penubuhan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.
Pada tahun 2019, bilangan enrollment murid seramai 407 orang dan meningkat kepada 504 orang pelajar pada tahun 2021 dan 2022. Sungguhpun begitu pada masa ini sekolah-sekolah tahfiz sedia ada masih mencukupi untuk menampung keperluan permohonan kemasukan pelajar-pelajar yang layak dan memenuhi syarat pengambilan. Bagi tahun 2023, enrollment pelajar bagi keempat-empat buah sekolah menengah Tahfiz Darul Ridzuan, seramai 541 orang pelajar berbanding kapasiti maksima sekolah iaitu 735 orang pelajar. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri sedang meneliti dan mengkaji semula hala tuju dan keperluan pembinaan sekolah menengah Tahfiz Darul Ridzuan di setiap daerah dengan mengambil kira faktor-faktor berikut. Yang pertama, kemampuan kewangan Kerajaan Negeri untuk menampung kos pembinaan bangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan. Yang kedua, perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan untuk jangka masa panjang dan yang ketiga, aspek keberkesanan pengoperasiannya. Yang Berhormat Slim juga bertanya prosedur bagi pembinaan sekolah menengah tahfiz di negeri ini. Sukacita saya maklumkan setiap cadangan bagi pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang baru perlu terlebih dahulu diangkat secara rasmi untuk pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Negeri. Sekiranya cadangan itu dipersetujui, maka proses perolehan kerja bagi pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan itu akan dilaksanakan berdasarkan Pekeliling Perbendaraan 2.2 Kerajaan Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih kepada Menteri Besar. Slim.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Soalan yang seterusnya, tambahan aduan guru-guru di SMTDR bahawa perjawatan guru di SMTDR masih berstatus kontrak dan hanya beberapa orang sahaja yang berstatus tetap. Kalau kita saya cuba semak di Pangkor contohnya, 30 orang guru, hanya 4 orang guru sahaja yang berstatus tetap, yang selebihnya masih kontrak dan jika ia berlarutan, mungkin kita tidak mampu untuk meningkat dengan kualiti kerana guru-guru yang berstatus kontrak ini akan memilih sekolah ataupun tempat kerja yang lain dan soalan saya adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menukar kelolaan SMTDR kepada SABK? Kerana kebimbangan guru yang berkhidmat lama, gaji mereka yang hari ini mungkin selesa akan turun ditangga yang ke bawah semula. Jadi terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Slim. Memang hasrat Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan Kerajaan Persekutuan supaya mereka dapat bersetuju untuk mengambil alih pengurusan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan sebagaimana mereka lakukan kepada SABK. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Terima kasih.
Tak ada soalan tambahan lain, maka saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Simpang Pulai soalan nombor 2.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Perak 2030. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai membangkitkan soalan bagi portfolio saya.
Untuk jawapan bagi soalan (a), untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama-sama Kerajaan Negeri terus komited berusaha untuk mempercepatkan perluasan teknologi 5G bagi menyempurnakan kesalinghubungan internet sekaligus memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik. Bagi mempercepatkan perluasan teknologi 5G secara meluas di negeri Perak, Kerajaan Negeri melalui UPEN dan KT telah menubuhkan pasukan petugas khas (Task Force 5G Greater Ipoh) yang dianggotai oleh pelbagai agensi teknikal iaitu DNB, Digital Perak, MCMC, JKR dan juga PBT. Pasukan Greater Ipoh ini menjadi forum bagi membincang dan mencadangkan pelbagai pendekatan bagi membantu mempercepatkan perluasan terutamanya di kawasan Greater Ipoh.
Antara pendekatan yang diambil termasuk mencadangkan prosedur kerja yang lebih cepat, menyemak semula senarai semak dan membuat perancangan pelaksanaan yang teratur dan sistematik. Kerajaan Negeri melalui PBT yang berkaitan telah melaksanakan program penggantian tiang lampu jalan kepada smartphone dalam usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan dan memberi liputan telekomunikasi di kawasan yang berpenduduk padat. Bagi jawapan (b), bagi pertanyaan Yang Berhormat berkaitan sasaran Kerajaan Negeri untuk liputan 5G. Untuk makluman Yang Berhormat, ketersediaan rangkaian 5G yang dibangunkan oleh Digital National Berhad atau DNB sedang dijalankan secara berfasa bermula di kawasan-kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi berimpak tinggi. Bagi negeri Perak khususnya, kerja-kerja pembangunan rangkaian 5G telah dimulakan pada suku kedua tahun 2022. Sebagai permulaan, DNB menyasarkan sebanyak 491 tapak 5G akan dibangunkan di negeri Perak bagi tempoh sehingga penghujung tahun 2023 sehingga 30 April 2023. Sebanyak 264 tapak 5G telah siap dibangunkan di negeri Perak dan sedia untuk diakses oleh pengguna.
Berdasarkan jumlah tapak tersebut, kadar ketersediaan perkhidmatan 5G di negeri Perak yang telah dicapai melebihi 45.8% populasi di dalam kawasan berpenduduk. Bandar Ipoh juga telah diumumkan sebagai bandar pertama di wilayah utara yang mempunyai ketersediaan liputan rangkaian 5G melalui Majlis Perasmian Ipoh Integrated Operation Center iaitu IIOC dan pelancaran rangkaian 5G Greater Ipoh yang berlangsung pada 28 Jun 2022 bertempat di Pusat Transformasi Bandar Perak, Ipoh. Selain itu, kelebihan teknologi 5G adalah bagi pembangunan di sektor perusahaan dan industri. Sekiranya terdapat permintaan bagi tujuan perusahaan daripada syarikat-syarikat perusahaan, ketersediaan perkhidmatan 5G di kawasan tersebut akan dilaksanakan oleh DNB mengikut keperluan. Kerajaan Negeri mensasarkan hampir 60% kawasan berpenduduk di kawasan Negeri Perak mendapat liputan 5G menjelang akhir 2023.
Bagi jawapan C pula, bagi usaha Kerajaan Negeri dalam menggalakkan dan membantu pengusaha perniagaan untuk aplikasi teknologi digital dalam perniagaan, Kerajaan Negeri melalui Digital Perak dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) telah melaksanakan kerjasama dengan Peneraju Perkhidmatan Dagangan Elektronik (E-Dagang) untuk membantu usahawan Negeri Perak menembus pasaran baru yang lebih luas. Melalui kerjasama ini, ianya memudahkan Kerajaan Negeri membantu usahawan melalui penawaran platform digital dan insentif yang lebih khusus dalam sistem ini. Khas bagi para usahawan Negeri Perak yang seterusnya dapat meningkatkan jualan dan pemasaran produk tempatan yang dikeluarkan.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Digital Perak sedang membangunkan platform aplikasi mudah alih atau e-Dompet dan juga Klik@Perak yang mengintegrasikan semua pembayaran Kerajaan Negeri bagi memudahkan pembayaran melalui satu aplikasi pembayaran sahaja. Sehubungan itu, Hub Inovasi dan Multimedia (HIM) yang bertempat di Mydin Meru telah dan sedang mengadakan inisiatif bagi membantu transformasi digital dengan pengenalan dan pendedahan penggunaan teknologi digital kepada para usahawan Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) supaya menerima pakai transformasi digital dalam perniagaan brick and mortar, mereka sedia ada dengan menggabungkan konsep perniagaan dalam talian dan juga perniagaan brick and mortar untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam arus pendigitalan. Terima kasih.
Yang Berhormat Exco, Simpang Pulai.
Terima kasih YB Exco dan Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan, penggunaan digital yang luas ini telah mendapat tumpuan orang ramai terutamanya ke atas kualiti pengalaman pengguna dalam perkhidmatan internet yang mereka langgani. Apakah langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ini? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada YB Simpang Pulai. Sebagai langkah jangka pendek,
Kerajaan Negeri telah mencadangkan kepada pihak penyedia perkhidmatan melalui MCMC bagi menambahkan kapasiti liputan dan mengoptimumkan rangkaian liputan di kawasan terjejas dengan menambah kapasiti bandwidth dan melakukan penyelenggaran tapak struktur telekomunikasi dengan lebih kerap bagi mengurangkan gangguan kepada perkhidmatan. Bagi langkah jangka panjang pula, Kerajaan Negeri bersama-sama penyedia perkhidmatan telco sedang bekerjasama untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar termasuk merancang penyediaan menara telekomunikasi baru bagi mengatasi masalah kualiti perkhidmatan di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan berpenduduk. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Exco yang beri jawapan tadi. Batu Kurau hanya ingin bertanya surat dan juga soalan saya sebelum ini tentang 3 kampung di Batu Kurau itu. Sudahkah ada dalam perancangan YB Exco, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kurau. Semalam minta maaf tak sempat nak jawab. Tapi kita telah hantar soalan yang bertulis, jawapan bertulis kepada YB Batu Kurau. Ya, memang ada memang ada beberapa menara berdekatan dan juga ada solusi-solusi yang kita tulis secara bertulis jawapannya kepada YB Batu Kurau. Terima kasih.
YB Exco.
Saya bagi Alor Pongsu la.
Terima kasih. Yang pertamanya, terima kasih atas jawapan tadi, terasa juga hati itu tentang Fasa 1 dan Fasa 2. Jadi soalan saya, ada tak Alor Pongsu tersenarai dalam Fasa 1? Dan kalau tidak tersenarai, boleh tak pastikan tersenarai dalam Fasa 2? Sebab transformasi yang disebut tadi, saya ucap tahniah la, Perak akan jadi hebat, tapi jangan Alor Pongsu jadi penonton sahaja. Terima kasih YB Exco.
Sikit dari Manjoi YB Exco. Ada sikit je Dato’ soalan berkaitan.
Duduk. Minta Exco jawab.
Ok. Terima kasih YB daripada Alor Pongsu. Saya masih ingat lagi ada hutang dengan Alor Pongsu. Jadi insya Allah YB Alor Pongsu dalam perancangan-perancangan kita seperti mana saya war-warkan dahulu dalam jelajah komunikasi ini, kita akan bertandang ke Alor Pongsu insya Allah dalam masa terdekat dan tentang kegusaran daripada Alor Pongsu tentang telekomunikasi di kawasan tersebut, kita pandang berat bukan saja di Alor Pongsu, bahkan di seluruh daerah dan juga seluruh kawasan YB-YB di dalam Negeri Perak ni. Insya Allah. Terima kasih Alor Pongsu.
Speaker sikit, Manjoi.
Ok, last Manjoi.
Terima kasih Dato’ Speaker. Pada YB Exco, saya nak bertanya isu ini, isu yang penting kepada kawasan saya berkenaan dengan line telefon ataupun line internet yang sangat lemah bahkan kita masuk ke kawasan tersebut memang kita dapati perlu dibuat sesuatu di Taman Chepor Idaman dan di Meru Perdana 2. Untuk makluman YB Exco, di situ adalah nanti kita akan buka jalan antara Klebang ke Meru. Di belakang tu ada Taman Chepor Idaman dan Taman Meru Perdana bahkan Taman Meru Suria. Di situ juga ada rumah YB Exco kita duduk di situ. Saya harap boleh diberi perhatian kerana line telefon dan internet di situ sangat lemah…
Soalan?
dan aduan tu banyak diberikan kepada kami. Terima kasih.
Exco.
Ringkas je, ringkas.
Exco jawab.
Exco beri laluan, Exco bagi laluan.
Tak, tak. Itu bukan kuasa Exco. Itu Speaker untuk benarkan
Dato’ Speaker yang handsome.
Tak, tak Exco jawab. Sila duduk.
Ok, terima kasih sahabat saya YB Manjoi. Saya ambil maklum tentang perkara yang disebutkan dan juga lokasi yang disebutkan oleh YB Manjoi. Seperti sedia maklum, jikalau di sesuatu kawasan itu kepadatan penduduknya atau penduduknya bertambah, ini akan menjejaskan liputan-liputan terutamanya bandwidth di kawasan tersebut. Namun begitu saya ambil maklum, saya akan minta segera pihak SKMM dan juga agensi yang berkaitan untuk memantau dan buat signal test di kawasan tersebut. Terima kasih, YB Manjoi.
Terima kasih YB Exco, saya faham isu ini adalah satu isu yang sangat dekat di hati rakyat dan juga di hati dan juga mendapat perhatian yang khusus daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tapi saya percaya beberapa persoalan-persoalan ini mungkin dapat diselesaikan bukan sahaja dalam Dewan ini tapi juga di luar Dewan dengan berhubung terus dengan kepada Yang Berhormat Exco yang berkenaan. Terima kasih YB Exco. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk mengemukakan nombor soalan. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, Chenderoh soalan nombor 3.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Chenderoh atas soalan yang dikemukakan. Bagi jawapan soalan 1, untuk maklumat YB di bawah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) antara program yang dilaksanakan bagi membentuk daya kepimpinan khususnya kepada anak muda adalah Program Jati Diri Bina Insan. Program ini dilaksanakan bertujuan membentuk dan mencungkil daya kepimpinan komunikasi efektif, pemikiran strategik dan daya tahan para belia sama ada di peringkat sekolah, universiti, belia berkesatuan mahupun belia masa. Sehingga akhir tahun 2022, seramai 400 orang anak muda telah menyertai latihan bina insan yang dianjurkan melibatkan pelbagai peringkat dalam kelengkapan umur 17 sehingga 25 tahun. Bagi tahun 2023, konsep latihan bina insan ini telah diubah dengan melibatkan modul aktiviti fizikal dengan izin, team building bagi menerapkan semangat kerjasama kepada para peserta tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.
Selain ini, latar ini turut dilaksanakan di kem yang bertempat di Lenggong yang dikendalikan sepenuhnya oleh Veteran 69 Komando. Selain itu, di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak antara usaha yang dilaksanakan bagi melahirkan bakat-bakat kepimpinan muda negeri adalah dengan menggalakkan anak muda untuk menyertai Pertubuhan Belia dalam Negeri. Melalui persatuan belia ini, konsep pendayaupayaan dalam pembangunan komoditi akan dapat diterapkan bagi mendasari peranan belia dalam pembangunan masyarakat dan negeri. Jabatan Belia dan Sukan Perak turut aktif dalam menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bagi melatih kemahiran kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli pertubuhan belia.
Bagi menjawab soalan kedua, untuk maklumat Yang Berhormat mengambil kira keterlibatan anak muda dalam ekosistem politik negara dan negeri. Kerajaan Negeri akan melaksanakan pembaharuan dalam mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran anak muda Negeri Perak bermula dengan keterlibatan ahli Perwakilan Dewan Belia Negeri Perak bagi penggal yang baharu dengan pelaksanaan program intensif kepada Ahli Dewan Belia yang akan menyentuh aspek kepimpinan, kenegaraan serta perlembagaan. Tumpuan awal diberi kepada Ahli Dewan Belia kerana kumpulan ini akan menjadi penggerak kepada Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan program-program yang melibatkan anak muda khususnya dalam aspek kepimpinan dan kenegaraan sama ada di peringkat menengah rendah, pengajian tinggi mahu pun belia masa di bawah program yang akan dilaksanakan oleh Ahli Dewan Negeri sendiri.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut melaksanakan Program Saya Anak Malaysia dalam memberi pendidikan kompeten kepada belia dari aspek kepimpinan, patriotisme, kesukarelawan dan daya kompetitif dengan sasaran seramai 80,000 penyertaan anak muda di seluruh Negeri Perak. Program ini akan digerakkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Belia dan Sukan dan Gerakan Belia 4B Negeri Perak dengan tumpuan peserta dalam kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan mahasiswa. Bagi menarik kumpulan sasar untuk menyertai Program Saya Anak Malaysia, markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan (PJSK) akan diberikan kepada murid sekolah menengah yang terlibat sebagai salah satu merit dalam mereka melanjutkan pengajian tinggi selain sebagai merit tambahan kepada pencalonan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP KBS) pada peserta yang terbabit.
Bagi terus memperkasa bakat kepimpinan dan urus tadbir anak muda, pelbagai program turut diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui penganjuran pertama, Program Kapal Layar Tunas Samudera, kedua Program Jelajah Jenta Belia 2023, ketiga, Kem Belia Sejahtera, keempat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, kelima Anugerah Perdana Belia Negara Negeri Perak dan keenam Anugerah Felo Perdana. Selain itu, anak muda di Negeri Perak juga berpeluang untuk menyertai Program Pertukaran Belia Antarabangsa di bawah Unit Integrasi dan Pengantarabangsaan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi memberi pendedahan dan bertukar pandangan khususnya dalam aspek politik, tadbir urus pembangunan belia dari negara-negara yang lain.
Bagi soalan yang ketiga, pelaksanaan program ini akan digerakkan melalui pelbagai agensi jabatan dan persatuan belia serta mahasiswa seperti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak, Majlis Belia Negeri, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Gerakan Belia 4B Negeri Perak, MLYC, Gabungan Pelajar Semenanjung, Gerakan Mahasiswa Perak dan juga pelbagai NGO yang lain. Untuk pada pagi ini, saya ingin menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada 3 orang anak muda Negeri Perak yang telah menerima Anugerah Perdana Belia peringkat Kebangsaan pada 17 Disember yang lalu. Mereka yang telah menerima anugerah ni ialah Encik Arvend a/l Applasamy bagi Kategori Pemimpin Lelaki. Kedua, Encik Hasnul Fairuz bin Husin Amri-Kategori Ikon Belia Sanjungan Budi dan Encik Beh Zeng Kang-Kategori Ikon Belia Kelestarian Alam. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih YB Exco, Timbalan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Apakah indikator yang akan digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak untuk mengukur keberhasilan inisiatif yang akan dilakukan berkenaan literasi politik dan kepimpinan?
Indikator yang kita gunakan dalam memastikan golongan belia atau pun anak muda ini berada dalam aspek kepimpinan dan sebagainya berdasarkan kepada program dan belia ada kursus-kursus yang akan dianjurkan oleh pihak-pihak seperti yang saya sebutkan tadi kerana mereka ni akan diberi pendedahan kepada aspek-aspek kenegaraan khususnya berkaitan dengan Perlembagaan Negara, Undang-Undang Tubuh Negeri dan juga perkara-perkara yang melibatkan proses demokrasi yang wujud di negara kita. Indikator yang akan kita gunakan adalah berdasarkan kepada penilaian yang akan dilaksanakan sama ada sepanjang kursus atau pun di akhir kursus atau pun di akhir bengkel. Penilaian itu berdasarkan pada pemerhatian, gerak kerja dalam kumpulan dan juga mungkin ada soalan-soalan berbentuk subjektif dan sebagainya dan juga aktiviti kemasyarakatan yang akan diturut serta oleh golongan belia berkenaan.
Soalan tambahan kedua, Tronoh?
Terima kasih. Saya ingin bertanya di dalam Dun Tronoh, pembangunan anak muda dalam bidang sukan memang terjejas kerana kekurangan fasiliti sukan seperti di kawasan Siputeh. Tiada fasiliti sukan seperti dewan badminton, gelanggang futsal dan sebagainya. Manakala di kawasan RPA Pusing, memerlukan satu gelanggang futsal. Apakah kaedah bagi permohonan fasiliti sukan seperti gelanggang futsal dapat diadakan dengan jayanya di Dun Tronoh?
Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh atas pertanyaan berkaitan dengan fasiliti sukan yang menjadi tumpuan kepada anak muda. Berkaitan dengan permohonan untuk fasiliti sukan ini, yang pertama pihak Yang Berhormat selaku kepimpinan di masyarakat tersebut perlulah mengajukan permohonan-permohonan tersebut sama ada melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan juga Pejabat Daerah masing-masing untuk kita lihat dan tinjau keutamaan dan juga kepentingan pelaksanaan projek tersebut bagi kita memastikan projek yang akan kita senaraikan dalam keutamaan sama ada dalam Rolling Plan dan sebagainya akan memberi manfaat yang cukup berguna kepada masyarakat khususnya pada golongan belia. Insyaallah, YB Tronoh saya akan buat kunjungan dan juga tinjauan berkaitan dengan isu yang dinyatakan sebentar tadi. Terima kasih.
Boleh tambah satu, Timbalan Yang di-Pertua?
Ayer Kuning, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jadi saya nak tanya berkaitan dengan Exco Belia dan Sukan ni. Apatah lagi saya orang sukan mewakili peminat-peminat dan juga pencinta bola sepak Negeri Perak lah. Nak tanya berkaitan dengan status Persatuan Bola Sepak Negeri Perak ni yang telah pun digantung Persatuan oleh Pesuruhjaya Sukan. Jadi berkaitan dengan itu juga saya setuju tadi dengan Yang Berhormat yang mengatakan berkaitan dengan fasiliti juga di Tapah. Air Kuning juga. Fasiliti-fasiliti berkaitan dengan sukan ini tak cukup. Khususnya macam di Tapah kita tidak ada balapan. Trek balapan. Stadium yang sempurna yang boleh kita wujudkan pertandingan malahan di peringkat negeri pun tak boleh dan di peringkat kebangsaan pun. Jadi saya harap lah. Terima kasih lah jawapan daripada YB Exco Belia. Terima kasih.
Terima kasih kepada Ayer Kuning. Berkaitan dengan PAFA, kita telah pun menerima surat pembatalan daripada Pesuruhjaya Sukan Negara pada 5 April yang lalu ditujukan kepada pengurusan tertinggi, PAFA Negeri Perak. Untuk makluman seperti yang sedia maklum, Presiden dan Timbalan Presiden PAFA telah pun meletak jawatan dan hanya ada Naib Presiden iaitu terdiri daripada 3 orang dan surat pembatalan PAFA oleh PJS itu telah pun dihantar kepada ketiga-tiga Naib Presiden itu dan pihak Kerajaan Negeri iaitu saya sendiri telah berjumpa dengan salah seorang Naib Presiden untuk melaksanakan surat rayuan kepada Yang Berhormat Menteri supaya proses pembatalan pendaftaran PAFA itu dikaji semula supaya kita boleh melaksanakan kongres tahunan seperti biasa dan pihak Persatuan PAFA Negeri Perak atau Persatuan Bola Sepak Negeri Perak telah pun menghantar surat kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan pada 2 Mei yang lalu dan sekarang kita sedang berhubung dan menunggu respon daripada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kerana kuasa untuk melantik jawatankuasa bertindak ataupun Ad Hoc Committee untuk melaksanakan kerja-kerja pengurusan kongres tahunan itu perlu dilakukan oleh Ad Hoc Committee yang diwujudkan oleh Menteri Belia dan Sukan dengan harapan dengan adanya surat rayuan daripada wakil Persatuan PAFA atau Persatuan Bola Sepak Perak ini pihak Yang Berhormat Menteri dapat melantik jawatankuasa bertindak atau Ad Hoc Committee ini untuk melaksanakan kongres tahunan sehinggalah difikirkan dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sukan barulah kepimpinan baru PAFA akan mengambil alih PAFA tersebut.
Kita hanya mampu, Kerajaan Negeri telah pun menghantar surat rayuan kepada Yang Berhormat Menteri bersama dengan Jawatankuasa Bola Sepak Perak ini untuk kita memastikan supaya YB Menteri mengambil tindakan tidak membatalkan terus PAFA tetapi memberi ruang dan peluang wujudkan Ad Hoc Committee ini untuk melaksanakan mesyarat atau kongres tahunan supaya PAFA ini tidak terbatal sepenuhnya. Sebab kalau PAFA ini terbatal segala aset, segala apa yang ada berkaitan dengan PAFA secara langsung akan diambil oleh pihak insolvensi dan sebagainya. Berkaitan dengan fasiliti sukan tadi, Yang Berhormat Ayer Kuning, berkaitan dengan track olahraga ni kebanyakan daerah termasuk daerah saya sendiri pun tidak mempunyai track dan ia merupakan antara KPI yang perlu kita laksanakan supaya menjadikan agenda sukan untuk semua, sukan untuk orang muda itu berjaya kita realisasikan bersama. Terima kasih.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Sungai Manik soalan nombor 4.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Manik yang bertanyakan soalan berkenaan Kerajaan Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan projek membina dan menyiapkan 40 unit gerai setingkat di Pekan Langkap, telah dikemukakan permohonan pada tahun 2022, maaf saya, pada tahun 2020 di bawah Program BP1 Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dengan nilai permohonan berjumlah RM3 juta. Pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan pada Jun 2020 telah mengadakan lawatan tapak Medan Selera Rakyat di Langkap bagi cadangan menaik taraf 40 unit gerai tersebut dan Menteri KPKT pada waktu itu telah mengumumkan kelulusan peruntukan sejumlah RM1 juta bagi kerja-kerja awalan untuk menaik taraf medan selera tersebut. Skop yang diumumkan melibatkan pembinaan 40 unit gerai, kemudahan tandas, rumah sampah, kerja-kerja landskap dan ruang parking.
Walaupun permohonan tersebut telah ditangguhkan beberapa kali berikutan ianya tidak menepati kriteria projek yang ditetapkan oleh Pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Isu kriteria projek yang dimaksudkan adalah berkaitan status pemilikan tapak cadangan. Kajian awal di tapak mendapati tapak berkenaan merupakan reserved jalan JKR Persekutuan dan bukan dibawah pemilikan penuh Pihak Berkuasa Tempatan. Melalui rekod jabatan, pembinaan gerai sedia ada adalah di bawah Pejabat Daerah Hilir Perak dan diserahkan kepada Majlis Daerah Hilir Perak pada tahun 1973. Di mana pemilikan status tanah adalah 7 unit per geran, manakala baki lot-lot tapak yang lain adalah tanah reserved dan tanah TOL. Lanjutan itu, kriteria utama iaitu pemilikan tapak yang bukan di bawah pihak berkuasa tempatan tidak dapat dipertimbangkan kelulusan peruntukan oleh KPKT.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada awal tahun ini saya telah mewakili Kerajaan Negeri untuk mengadakan kunjung hormat kepada Menteri KPKT yang baru dan di antaranya isu-isu yang dibincangkan adalah senarai projek-projek yang sebelum ini telah diumumkan kelulusan dan diumumkan peruntukan oleh Menteri KPKT terdahulu tetapi masih belum dilaksanakan antaranya termasuk juga status untuk projek membina dan menyiapkan 40 gerai di Langkap ini. Di mana seperti yang saya terangkan ianya telah tidak dapat dilaksanakan atas isu status pemilikan tanah, tak dapat cadangan yang tidak dapat dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri telah menarik perhatian Yang Berhormat KPKT untuk sama-sama kita lihat keperluan untuk kita meneruskan cadangan ini dengan penyelesaian yang bersesuaian. Jadi saya harap isu ini keadaan ini jelas bahawa tidak berlaku salah faham di mana beranggapan projek yang asalnya diluluskan telah dibatalkan oleh kerajaan baru selepas PRU. Sebab itu bukan keadaan yang berlaku. Dia memang atas sebab faktor yang kriteria yang ditetapkan oleh KPKT yang belum dapat dipenuhi iaitu isu pemilikan tapak yang masih kita sedang cari penyelesaian. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya. Memang isu status tanah ni adalah antara isu yang menjadi punca, tapi bangunan sedia ada memang di situ daripada saya kecil memang disitu dan dulu memang dipanggil pekan, sekarang bukan pekan dah. Saya pun nak jadi bandar juga. Itu sahaja lokasi yang amat buruk di Langkap sebab dia laluan jalan utama. Sedangkan bangunan di belakang semua dah naik bangunan. Pekan ni tak patutnya ada gerai macam tu lagi di negeri Perak ini. Saya ingat gerai-gerai di Kati, di Lenggong, lebih cantik daripada Langkap lagilah. Jadi perlu mengambil tindakan ataupun buat perancangan lah. Justeru itu saya nak tahulah apa kalau ianya masih dikekalkan, saya ucap terima kasihlah kerana dibawa kepada menteri. Saya harap Exco ada perancangan dan tindakan yang susulan untuk mencari menyelesaikan isu status tapak untuk dibina gerai. Sebab memang ada gerai. Sebab saya pun tahu bila saya jumpa JKR waktu itu kalau runtuh gerai tak boleh buat gerai baru. Tapi gerai itu memang ada di situ dan saya rasa tak menjejaskan laluan sebab dia agak jauh ke tepi. Kalau kita tengok di bandar-bandar pun banyak gerai-gerai di tepi jalan je. Yang ini lebih jauh daripada jalan lagi. Ok terima kasih.
Terima kasih Sungai Manik. Memang beberapa tindakan susulan telah diambil untuk kita cuba selesaikan masalah. Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan telah pernah cuba mengadakan beberapa sesi perjumpaan, perbincangan termasuk dengan Pusat Khidmat Yang Berhormat, Sungai Manik untuk kita sama-sama cari penyelesaian dalam isu ini. Jadi isu yang utama yang bahawa lokasi yang tidak sesuai memang sedang dicari penyelesaian. Sebelum ini memang ada salah satu cadangan iaitu tapak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Pekan Langkap. Di mana pada masa ini digunapakai sebagai tapak pasar harian ataupun Pekan Rabu. Tapak ini dicadangkan sebab ada kesesuaian dari segi tapak yang lebih luas dan juga sesuai untuk dibangunkan untuk keselamatan. Cuma semakan mendapati tapak ini di bawah pemilikan atau Warta Kementerian Kesihatan.
Jadi, pada masa ini, memang pihak PBT menghadapi masalah bahawa PBT tidak mempunyai pemilikan tanah berstatus geran atau warta di kawasan Pekan Langkap, terutamanya jalan utama atau reserved kerajaan di sepanjang jalan besar dan pada masa yang sama, PBT juga perlu mengambil faktor keselamatan awam dalam melaksanakan mana-mana projek pembangunan. Jadi, dalam hal ini PBT akan terus untuk mencari penyelesaian dan untuk mengenal pasti tapak cadangan lain yang sesuai dan juga kita pihak kerajaan alu-alukan cadangan kalau cadangan baru daripada pihak Yang Berhormat dan juga kepada mana-mana pihak untuk sama-sama kita dapat selesai masalah untuk penduduk di kawasan Langkap. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua. Hutan Melintang. Sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Ada soalan tambahan daripada Hutan Melintang untuk YB Exco. Apakah kriteria utama sesuatu projek pembangunan melibatkan bangunan ini ditetapkan oleh KPKT dan juga Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hutan Melintang. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap permohonan projek di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) amat mempentingkan beberapa kriteria utama sebelum sesuatu projek itu dapat diluluskan dan seterusnya disalurkan dana. Di antara keperluan dan kriteria utama adalah melibatkan pemilihan tapak iaitu status hakmilik tanah di mana setiap projek pembangunan melibatkan bangunan hendaklah berada di atas tanah hakmilik Pihak Berkuasa Tempatan sendiri yang mempunyai geran pemilikan atau pun tapak yang telah diwartakan dan gazetkan mengikut status penggunaan tanah. Jadi sekiranya tapak yang bukan dibawah pemilikan Pihak Berkuasa Tempatan, pihak kementerian memang secara strictnya tidak akan mempertimbangkan untuk kelulusan pemilikan. Terima kasih
Soalan tambahan.
Pengkalan Hulu, last.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Tadi YB Exco ada sebut berkenaan dengan Pekan Rabu. Jadi bila kita lihat di negeri lain ada komplek-komplek perniagaan melibatkan usahawan seperti Pekan Rabu, di Terengganu kita ada Pasar Payang. Jadi saya nak bertanya soalan, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat sehenti jualan untuk produk usahawan Perak seperti Pasar Payang dan Pekan Rabu yang disebut YB Exco tadi dan di Pengkalan Hulu juga ada gerai sempadan yang menjadi tumpuan pelancong sebelum ini sebelum pandemik dan gerai tersebut telah dirobohkan. Jadi apakah perancangan atau pun inisiatif Kerajaan Negeri mungkin melalui UPEN untuk membangunkan semula gerai sempadan tersebut yang mana menjadi tumpuan pelancong pada sebelum ini? Terima kasih.
Terima kasih. Projek pembangunan yang disebut sebenarnya dia banyak berkaitan bukan saja di bawah portfolio Kerajaan Tempatan dan juga dia berkaitan dengan portfolio yang lain contohnya termasuk pertanian, usahawan, pelancongan dan setakat ini memang banyak usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi negeri mahu pun persekutuan untuk kami bantu mengenalpasti tapak-tapak yang sesuai untuk kita bangunkan pusat-pusat jualan dan sebagainya untuk bantu usahawan, peniaga, penjaja dan sebagainya. Setakat ini memang kita pun dalam usaha seperti saya sebut isu tentang gerai di Langkap itu. Sebahagian usaha kita perlu tumpu untuk selesai masalah-masalah dan juga projek pembangunan yang telah dicadangkan terdahulu tapi masih belum dapat dilaksanakan dan pada masa yang sama juga kita menelitikan jika sebarang cadangan baru ada tapak yang sesuai, ada keperluan, ada usahawan, penjaja yang bersesuaian dan juga ada pasaran pelanggan yang potensi untuk menjayakan pusat-pusat berkenaan. Jadi kerajaan juga mengalu-alukan kalau dari pihak Ahli-ahli Yang Berhormat yang lebih tahu tentang kawasan masing-masing untuk kemukakan cadangan projek dan juga tapak yang bersesuaian untuk kita sama-sama teliti dan boleh merancangkan pembangunan pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Exco Teja. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pangkor soalan nombor 5. Terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perak Sejahtera 2030. Untuk soalan yang dibangkitkan oleh Pangkor, ada 2 pecahan dan saya akan menjawabnya bersekali. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita sentiasa meningkatkan usaha dalam memastikan pusat atau asuhan kanak-kanak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Antaranya ialah mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup, cctv di taska yang berdaftar dengan JKM kecuali taska di rumah melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Bilangan 1/2015 sebagai langkah pencegahan agar tidak berlaku beberapa perkara yang tidak diingini seperti penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Yang kedua menetapkan agar pengusaha taska menghantar pengasuh untuk menghadiri kursus asas asuhan kanak-kanak yang dijalankan oleh agensi yang diiktiraf oleh Lembaga Akredikasi Negara. Yang ketiga menjalankan program-program literasi undang-undang atau pun program-program advokasi untuk memaklumkan kepada pengusaha, pengendali tentang kewajipan berdaftar dan tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan sekiranya tidak berdaftar atau tidak mematuhi peruntukan di dalam akta, serta JKM juga memastikan status pendaftaran taska sentiasa dikemaskini dalam Portal JKM sebagai rujukan dan juga memudahkan ibu bapa untuk menghantar atau pun memilih taska-taska yang berdaftar untuk mereka hantar anak-anak mereka. Yang keempat ialah dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM terhadap mana-mana taska yang tidak berdaftar dan melanggar Akta dan peraturan yang telah ditetapkan dimana taska yang berkenaan boleh diambil tindakan mahkamah sekiranya disabit dengan kesalahan.
Kelima, melaksanakan pemantauan dan lawatan ke atas taska sebanyak 2 kali oleh Pegawai Diberi Kuasa iaitu PDBK yang akan mengemukakan laporan pemantauan dan akan membuat teguran jika terdapat sebarang ketidakpatuhan dalam pengurusan taska berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak. Yang keenam mengadakan Kempen Jom Daftar Taska pada mana-mana program peringkat daerah mahupun jabatan misalnya pada Hari Bertemu Pelanggan pada setiap Selasa minggu pertama setiap bulan bagi membantu memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa hanya taska yang berdaftar sahaja layak diiktiraf sebagai selamat untuk menghantar anak-anak diasuh dan yang ketujuh ialah menjalin kerjasama dengan Persatuan Taska Negeri Perak dalam usaha memastikan taska sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Selain itu, segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa juga akan dimaklumkan kepada pengusaha-pengusaha taska. Untuk soalan pecahan jumlah taska yang berada di Negeri Perak, walau pun Yang Berhormat Pangkor mohon pecahan mengikut PBT tetapi setiap daripada taska yang perlu didaftarkan perlu mendapatkan kelulusan daripada 3 agensi termasuk PBT dan mereka perlu menghantar permohonan melalui JKM daerah. Jadi pecahan taska yang berdaftar ialah pecahan mengikut daerah yang mana untuk Kinta kita ada 112 taska yang berdaftar, Larut Matang dan Selama ada 15, Hilir Perak ada 13, Bagan Datuk tiada, Batang Padang 7, Muallim 7, Kuala Kangsar 11, Kerian 8, Manjung 23, Perak Tengah 19, Hulu Perak 5 dan Kampar 5 menjadikan jumlah keseluruhan taska yang berdaftar di Negeri Perak sebanyak 225.
Soalan tambahan. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Setiap pagi kena bersenam, soalan Manjoi nombor 6.
Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Soalan Yang Berhormat Manjoi berkaitan dengan peluang pekerjaan di Negeri Perak dan jawapannya adalah, secara keseluruhan Kerajaan Negeri mensasarkan peluang pekerjaan baru. Ini dipecahkan mengikut 3 kategori utama iaitu mahir, separa mahir serta pengurusan dan profesional. Kerajaan Negeri juga mensasarkan peluang pekerjaan baru ini mengikut pecahan-pecahan seperti berikut iaitu 48% bagi tenaga kerja mahir or skill workers, di sektor perkilangan jenis pekerjaan ialah automasi mesin dan robotik, di sektor pembuatan adalah jurutera dan penyelia industri, di maritim pelaburan adalah jurutera maritim dan perkapalan, jurutera pembuatan, automatif, elektrik dan elektronik, jurupandu, jentera berat dan kren dan teknologi bagi 38% bagi separuh mahir atau semi-skilled workers, sektor adalah perkilangan iaitu production operator, pembuatan, perkeranian, maritim, promosi dan jualan, perkhidmatan atau servis, kumpulan sokongan logistik, perladangan. Jenis pekerjaan adalah kumpulan sokongan perkhidmatan, kumpulan sokongan perladangan dan welding and fitters. Bagi 14% pengurusan dan profesionalism, iaitu managerial and professional kategori, sektor adalah perkilangan. Di perkilangan jawatan adalah pengurusan pelabuhan dan logistik, di pembuatan penganalisa data di maritim Research and Development atau R&D dan di perkhidmatan pentadbiran pengurusan dan Digital Creator.
Namun begitu suka saya menarik perhatian Dewan ini bahawa peluang pekerjaan ini akan dibuka secara berfasa mengikut perkembangan pelaburan dan bukan dikira melalui pecahan secara tahun seperti yang tertera dalam soalan Yang Berhormat Manjoi. Perancangan ini melibatkan perancangan jangka panjang yang akan dipecahkan melalui jangka pendek i.e. short term, jangka sederhana, mid term, dan jangka panjang, long term di bawah Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030.
Bagi menjawab soalan kedua mengenai penghijrahan keluar tenaga kerja daripada negeri Perak. Soalan ini berkaitan dengan isu brain drain. Ini adalah isu bukan saja melibatkan negeri Perak, malahan beberapa negeri yang lain. Antara faktor utama yang dikenalpastikan yang menyebabkan penghijrahan keluar tenaga kerja tempatan ke negeri lain adalah peluang pekerjaan yang terhad di negeri Perak dan hanya tertumpu kepada suatu sektor seperti perkilangan dan pembuatan. Selain itu, faktor penghijrahan keluar ini juga berlaku mengikut faktor demografi apabila peluang pekerjaan di pekan-pekan kecil seperti di Larut Matang Selama, Hulu Perak, Hilir Perak yang tidak mempunyai banyak pilihan pekerjaan daripada sektor industri dan lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian.
Kebanyakan peluang pekerjaan industri hanya terletak di Daerah Kinta yang menyebabkan anak-anak muda kita di daerah lain terpaksa berhijrah ke negeri berhampiran seperti di Selangor dan Pulau Pinang untuk bekerja. Namun begitu, Kerajaan Negeri amat optimis melalui Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030, usaha untuk menarik pelaburan ini akan membuka limpahan peluang pekerjaan di negeri Perak melalui pelbagai peringkat perjawatan sama ada mahir atau separuh mahir serta meliputi beberapa sektor pasaran pekerjaan. Ianya akan mampu menarik khususnya anak-anak muda di negeri ini untuk bekerja di dalam negeri tanpa perlu berhijrah. Pelaburan baru ini akan memberi manfaat khususnya dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Perak.
Seperti yang pertama, pemindahan operasi kilang Proton di Shah Alam ke Tanjung Malim dalam pelaburan syarikat automatically bagi pembangunan dan pengkomersialan lembah teknologi tinggi automatic atau ASGC akan membuka kira-kira 50,000 peluang pekerjaan baru. Kedua, pelaburan di Lumut Maritime Industry City, LuMIC yang akan membuka kira-kira 51 ribu peluang pekerjaan baru secara berperingkat. Ketiga, projek di Lembah Klang di bawah Silver Valley Technology Park, SVTP dan Ipoh Raya Integrated Park yang akan membuka 13,000 peluang pekerjaan baru dalam sektor pembuatan dan keempat, pelaburan Renewable Energy bagi pembangunan projek hidroelektrik yang akan membuka sekitar lebih kurang 400 peluang pekerjaan kemahiran tinggi di dalam sektor ini. Berdasarkan Perak Investment Management Center, sedang giat dilakukan dalam menarik minat pekerja mahir dan separa mahir tempatan untuk kekal dan bekerja di negeri Perak seperti yang digariskan dalam Pelan Perindustrian Perak. Dalam masa yang sama, agensi kerajaan persatuan seperti pihak berkuasa melaksanakan Koridor Utara NCIA sedang berusaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi melalui pelaburan strategik dan berkualiti melalui sektor pembuatan ekonomi digital dan lain-lain sektor yang bernilai tinggi. Usaha ini akan meningkatkan pendapatan negeri Perak dan secara tidak langsung akan mengurangkan migrasi keluar tenaga pekerja mahir dan separuh mahir negeri Perak ke negeri-negeri lain. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat lebih kurang 5 ribu peluang pekerjaan yang masih belum diisi di negeri Perak yang melibatkan pelbagai peringkat penjawatan dalam industri. Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan tambahan Manjoi. Sila.
Terima kasih kepada YB Exco. Saya tertarik dengan isu peluang pekerjaan ini dan jika kita lihat maklumat sebelum ini, pasca Covid-19, seramai 80 ribu penjaja serta peniaga kecil yang kehilangan perniagaan. Jadi saya nak bertanya berkenaan dengan usahawan kecil ataupun peniaga-peniaga ini. Adakah Kerajaan Negeri ada data terperinci berkenaan usahawan-usahawan Bimbingan Sekretariat Usahawan Negeri di Perak ini di mana Kerajaan Negeri telah menubuhkan Sekretariat Usahawan Perak sejak 2019 bagi membantu dan membimbing usahawan-usahawan mikro kecil yang sederhana di negeri Perak dan sejak penubuhannya, apakah contoh usahawan dan produk negeri Perak yang telah berjaya diangkat diketengahkan di peringkat antarabangsa dan apakah perancangan-perancangan Kerajaan Negeri agar usaha yang dijalankan oleh Sekretariat Usahawan Perak ini tidak bercanggah dan sama sekali tidak bercanggah seperti mana agensi-agensi keusahawanan yang lain seperti SMB Corp, MARA, Tekun dan lain-lain? Jadi fokus saya kepada usahawan kecil yang perlu kita bantu mereka. Terima kasih YB Exco.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Soalan yang dikemukakan oleh Manjoi adalah berkaitan dengan isu pekerja-pekerja dan penghijrahan pekerja-pekerja dan saya dapat menjawab apa-apa soalan berkaitan dengan portfolio saya iaitu berkaitan dengan sumber manusia. Nampaknya isu ini adalah berkaitan dengan usahawan. Walaupun saya tidak ada data-data berkaitan dengan permintaan Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat boleh dapatkan butiran itu daripada Exco berkenaan. Terima kasih.
Buntong ada soalan tambahan.
Buntong. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri YB Exco dalam membantu pemain industri bagi memperoleh tenaga kerja sama ada mahir atau separa mahir dalam bidang TVET di negeri Perak? Terima kasih.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Buntong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bidang kemahiran merupakan bidang yang diberi penekanan penting oleh Kerajaan Negeri di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 melalui agensi perlaksanaan PASAK dalam menggalakkan rakyat untuk dipersiapkan dengan kemahiran serta keperluan semasa industri. Bidang kemahiran merupakan elemen penting yang diperlukan dalam meningkatkan peluang penembusan pasaran rakyat di negeri Perak di dalam industri selain meningkatkan sosial ekonomi peluang penambahan pendapatan melalui kemahiran yang diperolehi.
Sebanyak 6 jenis latihan telah dikategorikan iaitu latihan modular industri, latihan mahir kerja, latihan TVET OKU dan latihan TVET orang asli. Latihan TVET anak yatim dan latihan TVET warga emas. Bagi latihan modular industri. Latihan ini adalah berlandaskan industry trainer. Latihan ini menawarkan peluang pekerjaan kepada peserta yang menyertai latihan berdasarkan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat melalui konsep place and train. Latihan dijalankan selama 12 hari dan peserta diberi allowance sebanyak RM500. Kedua, latihan mahir kerja. Latihan ini berkonsepkan kemahiran baru iaitu reskilling dan peningkatan kemahiran or upskilling mengikut keperluan kemahiran semasa. Latihan ini terbuka kepada seluruh anak-anak negeri Perak khususnya kepada pencari kerja, graduan, belia, ibu tunggal dan keluarga B40. Latihan dijalankan selama 5 hari dan peserta diberi allowance sebanyak RM300.
Ketiga, latihan TVET OKU. Skim ini ditawarkan khas kepada orang kurang upaya bagi membantu mereka mempelbagaikan kemahiran sedia ada iaitu upskilling bagi meningkatkan penembusan dalam pasaran pekerjaan, latihan. Latihan ini dilaksanakan selama 8 hari dan peserta diberi elaun sebanyak RM500. Yang kelima latihan TVET orang asli. Skim ini dikhususkan kepada golongan orang asli di anak yatim. Latihan ini memfokuskan golongan anak yatim yang masih diseluruh negeri Perak untuk meningkatkan golongan pekerja separa mahir or semi skill dalam kalangan orang asli. Latihan dijalankan selama 8 hari dan peserta diberi elaun sebanyak RM500 semasa latihan tersebut. Kelima, latihan TVET anak yatim seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berumur di antara 15 hingga 18 tahun. Sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan. Latihan dijalankan selama 5 hari dan peserta diberi allowance sebanyak RM300 dan latihan TVET warga emas. Latihan memfokuskan kepada penjagaan warga emas supaya dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan peserta yang terlibat dalam menjaga warga emas dengan lebih baik dan efektif serta berkesan. Latihan dijalankan selama 5 hari dan peserta diberi allowance RM300. Kita juga mempunyai staff-staff yang berkaliber dan di pihak PASAK dan staff-staff tersebut sentiasa mendapat latihan-latihan kemahiran untuk meningkatkan prestasi mereka dan latihan itu tidak saja ditawarkan di dalam negeri malah di luar negara pun.
Baru-baru ini ingin saya menarik perhatian Timbalan Speaker bahawa ada 2 orang staff kita daripada PASAK dihantar kepada negeri India untuk menjalankan kursus Advanced TVET Skills Certification bagi tempoh 1 bulan dan segala belanja bagi program ini ditanggung oleh Kerajaan Negara India. Secara keseluruhan bermula daripada 2020 hingga 2022, program latihan ini telah memberi manfaat kepada 4,861 anak negeri Perak di mana 64% menerima manfaat adalah dalam kalangan belia yang berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri mensasarkan seramai 2,700 orang anak negeri yang akan menyertai latihan kemahiran yang akan dipecahkan mengikut 2 peringkat pelaksanaan iaitu fasa pertama mulai daripada Mac hingga Jun 2023 dan fasa kedua akan bermula pada bulan Julai sehingga Disember 2023. Kaedah dan cara-cara permohonan menyertai kursus latihan adalah dengan memohon melalui aplikasi Talent Perak di bawah PASAK. Pemohon dikehendaki untuk memuat turun dan mendaftar dahulu terlebih dahulu aplikasi sebelum memohon sebarang latihan dan tawaran. Selain itu, PASAK dan PERKESO Perak turut aktif dalam melaksanakan program jelajah Karnival Kerjaya di daerah-daerah di mana para pencari kerja berpeluang untuk ditemuduga secara langsung oleh pihak majikan.
Untuk maklumat Dewan mulia ini, pada 11 Mei 2023 seramai 533 orang pencari kerja telah hadir di Jelajah Karnival Kerjaya sempena Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar di ADEC Taiping di mana daripada jumlah ini 215 orang telah disenaraikan pendek untuk temuduga. Kedua oleh majikan dan berjaya mendapatkan pekerjaan seramai 30 orang pada hari yang sama. Siri jelajah kerjaya ini akan diteruskan di daerah Manjung pada bulan Julai tahun ini dan diharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menyampaikan maklumat peluang pekerjaan ini kepada pencari kerja dengan melalui laman web serta media sosial PASAK dan PERKESO. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bercham sila. Last.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan isu-isu tenaga kerja. Jadi kita setahu kita, banyak di perkalangan orang-orang muda ni walaupun ibu bapa mereka adalah majikan, tetapi mereka rela bercenderung untuk berkecimpung seperti di industri seperti e-Hailing dengan izin seperti Grab, pemandu Grab dan sebahagiannya yang kalau mereka ada rupa muka yang cantik dan elok dan tampan mereka akan jadi industri KOL dengan izin King of Life di mana mereka lebih menunjukkan mereka jualan mereka atau mempamerkan kehidupan mereka dalam sosial media. Jadi apakah langkah-langkah kerajaan untuk menandatangani masalah isu tenaga kerja blue collar sebab mereka ni rela berkecimpung jadi yang bidang yang saya sebut tadi sehingga masalah ibu bapa mereka sendiri sebagai majikan katakan mereka buka bengkel sebagai kontraktor pengubahsuaian, anak-anak mereka tidak rela untuk bekerja untuk walaupun saudara atau pun ibu bapa mereka? Apakah langkah-langkah untuk menarik agar atau membantu pihak majikan untuk menarik lebih mereka sebab kita sia-sia tenaga kerja sebab mereka kita ini kekurangan tenaga kerja untuk industri ini sehingga mereka berhijrah ke tempat lain untuk mencari peluang pekerja yang mereka sukai? Apakah pandangan pihak kerajaan?
Terima kasih Yang Berhormat Bercham. Ini adalah berkaitan dengan ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa dah hilang turun-temurun dan anak-anak mereka sekarang enggan bekerja di situ. So, saya tidak nampak apa kerajaan boleh buat kalau anak-anak sendiri tak nak kerja di situ. Apa yang kerajaan boleh buat? Atau pun apakah pihak SOCSO atau Jabatan Tenaga Kerja boleh buat? Kita tak boleh paksa anak dia pergi kerja dengan ayah dia. Pada dia tak nak. Jadi ini adalah masalah di antara mereka tetapi apabila kita rujuk kepada statistik kadar pengangguran di negara kita ini keseluruhan pada bulan Januari, kadar penggangguran adalah sebanyak 596,000. Pada Februari tahun ini, telah merosot sebanyak 5,000. Bermakna 5,000 anak-anak kita telah dapat pekerjaan baru. Jadi kadar pengangguran bila kita banding pra-covid seperti yang dikatakan iaitu waktu covid di mana hampir 2 juta pekerja kita kehilangan pekerjaan, sekarang kita nampaknya market, Job Market sedang buka dan banyak jawatan-jawatan kosong. Apabila kita adakan Hari Pelanggan di Taiping baru-baru ini, jumlah tawaran pekerjaan yang ditawarkan pada hari itu adalah 3,600 pekerjaan dan 3,600 pekerjaan ini adalah di kawasan Kamunting bukan di luar daripada itu tetapi anak muda yang datang hari itu, ramai datang anak muda kita, datang adalah lebih kurang 533 orang yang datang tetapi yang akhirnya telah berjaya disenaraikan, di shortlist adalah lebih kurang 200 orang saja tetapi jawatan kosong sebanyak 3,600. Begitu juga, bukan kita kata tidak ada jawatan di negeri kita ini, ada tetapi, sometimes it is the choice’s of job seseorang hendak. Mungkin itu yang kita dapat, tak dapat tawarkan tetapi dengan wujudnya apa yang saya kata tadi, dalam jangka masa 2030, kita akan wujudkan lebih kurang 100 ribu jawatan kosong. Jadi isu of no job should not be an issue at all dan jawapan, soalan berkenaan itu, saya memang susah nak jawablah di antara ibu bapa dengan ini. Bapa sendiri majikan, anak tiada kerja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Timbalan Tuan di-Pertua, Kampong Gajah, soalan satu.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada YB Kampung Gajah yang telahpun mengemukakan masalah air khususnya di Kampung Hujung Rintis, Sungai Kerang, Sungai Timah dan juga di kampung Setia. Keempat-empat kampung itu memang ada dalam radar LAP dan bila kita pastikan soalan ini, makna kita dah buat sedikit perubahan. Fenomena ayor tak mandang ini Yong atau bekalan kurang ini, bila orang ramai. Musim-musim perayaan orang ramai balik kampung. Bila balik kampung, khususnya bulan Ramadan ini memang banyak yang suka beribadat. Jadi ayor kurang. Jadi untuk itu, di Kampong Gajah kecil ini, LAP memberikan banyak perhatian. Sehinggakan mana-mana tempat yang hari itu kurang ayor, nak ngantor ayor ke Changkat Lada, kita tambah pam. Dulunya ada sebiji saja pam, 185 kWh, kecil saja pam. Hari ini LAP tambah 2 pam. Itu sebabnya bila raya baru ini, tak dengor hingor deme dah, deme tak hingor pun. Jadi kita pam ayor itu daripada Teluk Kepayang ngantor ke Changkat Lada nun.
Saya terima kasih kepada Yang Berhormat Bota, Ahli Parlimen Parit datang tengok. Masa itu, awal-awal Ramadan hari itu, paip itu terlantaknya pecah kerana rebak, Sungai Perak itu rebak, bila rebak ayor paip itu habis pecah. Jadi LAP terpaksa ganti paip bulan puasa, itu bukannya senang. 3 hari 3 malam dia mai buka puasa situ, sahur situ, nak pastikan keseluruhan 80,000 orang termasuk juga di Kampong Gajah itu ada ayor. Alhamdulillah, dengan adanya bantuan daripada SPAN, kita, 5 6 negeri datang hantar tangki ayor untuk nyampaikan ayor-ayor semasa kita buat kerja itu. Jadi masalah yang kita hadapi di Kampong Gajah ini sudah tak ada dah dan saya berharap supaya bulan Ramadan itu habis, selesai tiada masalah. Dah insyaAllah pada hari korban akan datang ini, tak ada la hingor lagi dah, makna ayor cukup. Jadi untuk itu, perancangan jangka pendek jangka panjang LAP ini berterusan, sehinggakan kita nak ganti paip daripada Sungai Renggam tu supaya dia besarkan paip itu, dan kerja tengah, sedang dijalankan dan perancangan-perancangan lain termasuk juga bubuh telemetri. Telemetri Sungai Renggam sebilang, kolam itu kurang saja ayor, kume dapat tahu dah. Jadi kita boleh percepatkan pam itu, percepatkan pam itu. Pam itu pula automatik. Jadi untuk itu masalah yang dihadapi oleh YB Kampong Gajah tadi itu di tasi oleh LAP dan di mana-mana pun di Perak ini, kita nak pastikan supaya tak ada orang Perak menanggung suasana tak berayor. Bila tak berayor ini Yong, macam-macam berderet. Dia mengaborkan kume ini, bior la tak berapi jangan tak berayor. Alhamdulillah Perak ini di bawah perusahaan LAP, saya pastikan tak ada orang Perak tak dapat ayor bersih, supaya deme boleh terus melaksanakan kerja-kerja harian ini, termasuk juga benda puasa. Jadi hari itu kita pantau di Kampong Gajah, tiga-tiga empat kampung ini tak ada. Deme udah idak hingor dah. Jadi kita hendakkan suasana sedemikian diteruskan pada bulan-bulan keramaian-keramaian yang akan datang.
Saya berterima kasih jugalah kepada LAP khususnya Pengurus Besar LAP, ada sini? Dato' Ishak dengan rakan-rakan dia, jurutera-jurutera daerah, 3 hari 3 malam deme ngulang Teluk Kepayang nak pastikan ayor cukup bulan puasa. Kena pula bulan puasa, memang bederei betul lah. Jadi alhamdulillah, terima kasih lah YB Bota pun memberi perhatian, Ahli Parlimen Parit beri perhatian. Jadi saya berterima kasih kepada LAP yang telah memberikan banyak perhatian kepada Kampong Gajah ini. Jadi insyaAllah kita juga beritahu kepada orang LAP, berpandu kepada ayat Quran ini Yong. (Bacaan ayat Al-Quran) minta Batu Kurau betulkan ya. (Bacaan ayat Al-Quran) Saya beritahu orang-orang LAP. Kalau tak ada berayor Perak ini, dia akan menyebabkan deme nak melaksanakan ibadat mereka ini terganggu. "a'fala yuk'minun" Allah tanya, tidakkah aku, bagaimana deme nak beriman? Ater nak mandi pagi Jumaat pun dah tak berayor apa hal ini Yeop Yong? Jadi untuk itu, saya sebagai pengerusi infra ini nak pastikan supaya tak ada orang Perak ini tak dapat ayor bersih. Jadi itulah kerja yang dibuat oleh LAP, hari-hari siang malam, itu kerjanya. Jadi saya nak beritahu Yang Berhormat, kalau sekiranya ada masalah-masalah gangguan ayor, beritahu kepada saya cepat-cepat, kita akan atasi secepat mungkin.
Jadi untuk itu jawapan kepada Kampung Gajah tadi, telahpun dilaksanakan jangka pendek, jangka panjang akan berterusan. Paip-paip kecil yang lama-lama ini akan kita ganti dengan paip besor. Itu sebabnya di Perak ini, kita dalam proses nak mengganti banyak-banyak paip-paip yang telah 30, 40 tahun tertanam itu banyak yang dah rosak, yang dah patah, yang dah putus, yang dah karat. Jadi kita nak gantikan paip-paip ini, paip-paip yang jenis moden yang baik. Supaya ayor itu sentiasa ada. Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.
Soalan tambahan, Behrang, sila.
Dato' Seri, apabila tumpuan telah diberi, mungkin semasa puasa, semasa bulan puasa, raya di Kampong Gajah, mungkin la disebabkan tumpuan ke sana, di Behrang pula berlaku putus bekalan air semasa bulan puasa, kemudian masa raya dan baru-baru ini, 2, 3 minggu lepas ya juga berlaku bekalan air terputus selama 2 hari dan apabila kita maklumkan kepada LAP, dimaklumkan terdapat kebocoran paip dan paip-paip ini lepas 2 hari dibaiki, bocor lagi. Jadi saya nak tahulah boleh tak saya dapatkan statistik jumlah kebocoran paip dalam Daerah Muallim dan berapa agaknya usia paip-paip, sistem paip dalam Daerah Muallim dan saya harapkan perhatian juga diberikan ke arah Dun Behrang untuk melihat keadaan ini sebab terlalu kerap berlaku dalam tempoh 2, 3 bulan ini. Sehinggakan, sebenarnya saya sendiri, kita ini keluar pagi, malam baru balik rumah.
Bila nak ambil air sembahyang terpaksa guna Cuckoo itu, sebab kita memang dah terbiasa ada air, jadi kita tak buat takungan. Jadi nak ambil sembahyang pun pakai air Cuckoo. Jadi saya harap beri perhatian juga ke daerah Muallim Dun Behrang. Terima kasih.
Terima kasih Behrang. Di atas masalah yang dihadapi baru-baru ini akibat paip pecah. Jadi masalah itu bila paip pecah, terpaksalah kita kadang-kadang ambil tindakan. Kadang-kadang maklumat aduan paip pecah ini lambat LAP terima. Habis ayor dah banyak melimpah-limpah keluar sampai 2-3 jam baru kami tahu. Jadi untuk itu kita nak minta supaya semua orang, bukan hanya kita Ahli Dewan, Ahli Berhormat ini ramai rakyat Perak ini nampak ayor bocor, nampak ayor meleleh, kabor kume, cepat kita ambil tindakan. Dalam konteks Muallim ini, dia dalam proses nak tambah paip yang besar-besar yang elok kerana kita menjangkakan tak lama lagi, lebih kurang 2-3 tahun, akan ada penggunaan ayor yang berlebih-lebih di kawasan Muallim. Kawasan Muallim ini kawasan orang yang cerdik, deme ini banyak buat amal ibadat bulan puasa, banyak gunakan ayor Yong. Jadi akibat itulah kita nak buat persiapan supaya bila Proton turun ke Muallim esok tu, deme ada bekalan air mencukupi, tidak ada gangguan. Jadi insya Allah saya akan beritahu supaya LAP tengok balik mana-mana paip pecah yang berlaku dekat Muallim tu dapat kita ambil tindakan secepat mungkin. Terima kasih Behrang.
Terima kasih. Pasir Panjang, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. YB Exco, sepertimana yang YB pernah cakap pada media kan, kata Loji Kepayang ini dia membekalkan air kepada lebih kurang 80,000 akaun pengguna dan dengan bertambahnya permintaan, permintaan dijangka bertambah, bertambahnya kawasan-kawasan perumahan, kawasan-kawasan perindustrian, bagaimana loji itu mampu untuk membekal pada masa-masa yang akan datang. Apakah kita perlu ada loji pembinaan atau loji tambahan. Sebab sekarang ini, kita sering kali dengar juga tekanan ayaq ini dia menjadi rendah di bawah tempat termasuk di kawasan-kawasan di daerah Manjung. Saya percaya di kawasan Kampong Gajah sebelum ini dibangkitkan tadi pun disebabkan oleh loji yang sama dan mungkin tekanan air dia tu dah rendah…disebabkan mungkin…apakah disebabkan ketidakupayaan loji tersebut membekalkan air ke kawasan yang sepatutnya dibekalkan? Terima kasih.
Terima kasih Pasir Panjang. Memang apabila berlaku gangguan ayor oleh kerana rumah pam, loji rawatan itu terganggu pada 1 haribulan April, 1 haribulan April, puasa baru ni maka dia mengakibatkan bukan hanya 30 ribu, 80 ribu pengguna akaun daripada Manjung sampailah ke sedikit kawasan Perak Tengah. Jadi untuk itu, itu memang perancangan daripada LAP nak ganti rumah ayor itu. Sebab rumah ayor itu dah lama beno dan dah telah dimakan sungai sehingga rumah itu dah tergantung di tepi sungai sekarang ni. Jadi Bota pun gelak, sebab dia tahu rumah itu tergantung. Asalnya dulu rumah tu, rumah ayor itu banyak pam dalam, pam beso-beso, dia duduk atas benteng sungai. Tapi bila sungai tu dah makan dek ayor, dia rebak, rebak, rebak, sudah rumah ayor itu tergantung sekarang ni. Jadi LAP memang ada perancangan nak ganti rumah baru di tempat-tempat lokasi. Jadi, pengambilan tanah, proses- proses nak ambil hak milik ni sedang dijalankan. Insya Allah LAP dan untuk itu kita nak buat persiapan supaya mana-mana paip yang telah pun dikenal pasti lebih 30-40 tahun yang pergi daripada Teluk Kepayang sampai ke Manjung tu, kena diganti cepat. Sebab pertambahan penduduk di Manjung bertambah-tambahnya. Bertambah bukan sikit, banyak tambahnya. Jadi untuk itu, kita nak pastikan supaya pertambahan itu dapat kita gunakan supaya masa-masa akan datang ni tidak lagi masalah gangguan ayor. Ayor bersih. Jadi salah satu masalahnya adalah di Teluk Kepayang, di Bota tu. Kita nak pastikan kita dapat lokasi baru dan bubuh pam yang elok, pam kat situ pun pam dah lama-lama. Paip ni pun dah paip yang lama-lama. Jadi bila rebak sikit, runtuh paip, pecah paip, putus paip tu. Jadi sebab itu kita nak pastikan supaya LAP dapat alarm call, sekiranya apa yang jadi dekat Teluk Kepayang tu alarm call bagi LAP percepatkan dengan Kerajaan Persekutuan supaya diambil tindakan. Salah satu masalahnya macam di Behrang tadi, kita terpaksa bekerjasama dengan Kementerian Luar Bandar Wilayah dan mereka pun ada juga nak kita rujuk untuk pastikan paip-paip lama ni dapat diatasi dan dapat dibekalkan secepat mungkin. Terima kasih Pasir Panjang.
Astaka.
Last.
Okay saya…pertama sekali, saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada LAP kerana pada masa itu terutamanya teknikal yang cuba membaiki kebocoran itu di Loji Teluk Kepayang. Saya dimaklumkan kerja sampai lewat malam. Pagi-pagi pun mereka kerja dan hanya berhenti masa hujan. Tapi saya juga nak bangkitkan, saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Rapat, ini adalah satu alarm call. Bukan sahaja kepada paip-paip yang sudah lama atau tidak cukup untuk tampung kegunaan, satu lagi, kita kena ada SOP yang cukup untuk menghadapi insiden-insiden kecemasan ini. Saya bagi contoh pada masa itu, pengagihan air saya kira tidak cukup baik dan mempunyai ruang untuk diperbaiki sebab di kawasan saya Sitiawan, tiga hari tak ada air, ada yang sampai 4, 5 hari. Tapi pengagihan air itu jadual tak ada. Ada jadual pagi dekat Sitiawan, tengah hari pergi mungkin Ayer Tawar. Tapi tak ada taman kediaman. So, mereka tertunggu-tunggu, tak tahu bila air nak datang. Ada juga tangki static yang sudah letak dekat sana, tapi tidak pernah isi air. So, saya rasa ini, saya percaya LAP kena ada satu SOP yang lebih jelas untuk menangani insiden. Soalan saya, bolehkah Kerajaan Negeri memperbaiki SOP ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Astaka. Sebenarnya saya minta maaf kalau saya sebut yang hadir bukan hanya di Teluk Kepayang atau di Bota dan Ahli Parlimen Parit, sebenarnya Astaka pun hadir dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pantai Remis pun datang tengok supaya masalah ini dapat kita atasi cepat. Kawasan-kawasan deme terganggu jugak. SOP ini sebenarnya, kita kadang-kadang tu bila berlaku kecemasan begitu, kita terpaksa hubungi SPAN dan SPAN akan hubungi enam operator ayor daripada enam negeri untuk antor tangki-tangki ayor yang beso-beso ni YB dan Perak juga kita terpaksa bekalkan diri kita dengan tangki-tangki ayor yang beso supaya berlaku suasana sedemikian kita ada tangki besar untuk kita kerahkan. Hari ini kita terpaksa bergantung pada tangki besar daripada Selangor, daripada Kedah, daripada Pulau Pinang, dan deme atas arahan SPAN antor tangki-tangki ini cuma pembahagian ayor di tempat masing-masing tu mengikut tangki-tangki yang kecil yang dibekalkan oleh LAP Perak. Insya Allah kita akan tengok SOP dia bila berlaku gangguan musibah begitu, bagaimana kita nak atasi supaya gangguan air tak teruk sangat. Ada bekalan sikit. Iaitu oleh kerana kita terpaksa berhubung dengan Ibupejabat di Putrajaya, kita juga bergantung harap pada mereka juga. Jadi hari ini aset-aset LAP akan diambil kira supaya SOP ini dapat kita pastikan berjalan bila berlaku musibah sedemikian. Sekian, terima kasih kepada Astaka.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
Assalamualaikum wbt. Bismillah, Alhamdulillah… (Bacaan Doa) Terima kasih kepada Yang Berhormat, Adun Rungkup di atas soalan yang telah dikemukakan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Untuk makluman Yang Berhormat, data daripada Jabatan Pertanian menunjukkan bahawa di Daerah Bagan Datuk, keluasan kawasan yang telah dimajukan serta berpotensi dengan tanaman kelapa sawit...eh kelapa adalah seluas lebih kurang 6000 hektar. Daripada keluasan tersebut juga menunjukkan beberapa kategori pengusaha terlibat secara aktif seperti syarikat swasta atau pesendirian. Badan berkanun dan pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit secara estet ataupun berskala kecil. Pembangunan tanaman kelapa di Daerah Bagan Datuk merupakan antara agenda yang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 dan dimasukkan sebagai senarai utama bajet Jabatan Pertanian. Sejumlah RM 0.58 juta telah dibelanjakan pada tahun 2021 dan 2022 bagi pembangunan, penanaman semula kelapa dan pembelian ladang sedia ada yang melibatkan kawasan seluas 63.57 hektar.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2022, Perak SADC telah memperuntukkan sejumlah RM700 ribu bagi pembangunan tanaman semula kelapa di Bagan Datuk, melibatkan kawasan seluas 120.56 ekar dan yang telah memberi manfaat kepada 36 orang peserta. Perak SADC turut menyasarkan pembangunan sebuah pusat pengumpulan dan pemprosesan kelapa yang akan berfungsi sebagai one stop center dengan izin pengumpulan kelapa Bagan Datuk. Pada tahun 2023, Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukan sejumlah RM0.45 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan RM0.40 juta daripada Kerajaan Negeri. Peruntukan yang terima ini digunakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur ladang seperti pembersihan kawasan, pembinaan parit, cambering, serta bekalan input tanaman seperti benih, baja dan racun yang melibatkan kawasan tanaman kelapa seluas 93.71 hektar di Bagan Datuk. Selain daripada itu, pihak PPPNP telah memohon dana peruntukan bagi program penanaman semula kelapa di Bagan Datuk daripada Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RMK12. Terima kasih.
Rungkup.
Terima kasih Yang Berhormat Exco di atas jawapan tersebut. Sebahagian besar tanah pertanian di
Bagan Datuk telah diberikan secara leasehold kepada Sime Darby Plantation dan United Plantation. Selebihnya adalah tanah-tanah yang diusahakan oleh ramai pekebun-pekebun kecil di atas tanah pusaka yang menimbulkan kesukaran urusan-urusan urus tadbir bertanah, hartanah yang melibatkan banyak pihak. Keluasan hak milik tanah mengikut bahagian penama semakin mengecil. Nilai hartanah rendah berikutan terlalu ramai penama hak milik dalam satu geran. Hak kuasa waris dari generasi ke generasi. Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun-pekebun kecil ini supaya mempunyai skala ekonomi atau economy of scale dengan izin?
Terima kasih di atas keprihatinan YB Rungkup dalam mengemukakan soalan tambahan sebentar tadi. Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, serta Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk 3 tahun pertama dari RMK Ke-12, Jabatan Pertanian melalui peruntukan Persekutuan dan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.43 juta bagi pembangunan projek kelapa di Bagan Datuk. Pembangunan ini sebahagian besarnya melibatkan penanaman semula kelapa dan sebahagian lagi di bawah program pemulihan. Inisiatif yang dilaksanakan dalam peruntukan ini adalah pembersihan kawasan, pembinaan parit utama dan parit ladang, pembinaan cambering, pagar kawat duri, input baja dan racun serta pemberian anak benih kelapa. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut. Pada tahun 2021 sebanyak RM330 ribu diperuntukkan. Kawasan yang terlibat adalah 46.3 hektar dan memberi manfaat kepada 31 orang pekebun kecil.
Pada tahun 2022, pula sebanyak RM250 ribu diperuntukkan. Kawasan terlibat adalah 26.21 hektar dan memberi manfaat kepada 14 orang pekebun kecil. Pada tahun 2023, sebanyak RM449,988.00 diperuntukkan daripada Kerajaan Persekutuan dan kita menerima peruntukan tambahan sebanyak RM400 ribu hasil usaha sama bersama SADC. Ini melibatkan keluasan seluas 93.76 hektar dan memberi manfaat kepada 62 orang pekebun kecil. Secara keseluruhan, sepanjang 3 tahun pertama RMK Ke-12, Kerajaan telah memperuntukkan insentif bantuan untuk pembangunan kelapa di Bagan Datuk sebanyak RM1.43 juta. Melibatkan pembangunan dan pemulihan kebun kelapa sawit seluas 166.27 hektar dan memberi manfaat kepada 107 orang pekebun kecil. Selain daripada tanaman kelapa, Jabatan Petanian juga memberi insentif tanaman kepada 6 orang petani dan pengusaha projek fertigasi sayuran yang melibatkan jumlah kawasan seluas 1.8 hektar. Projek peruntukan terlibat adalah berjumlah RM38,230.00.
Jadi, dari aspek pembangunan modal insan pula, latihan hands on kepada pekebun-pekebun kecil berkaitan penjagaan pokok kelapa dan juga produk hasilan kelapa diadakan secara konsisten setiap tahun. Tajuk-tajuk latihan merangkumi aspek pembajaan kimia dan organik secara efisien, teknik penanaman, kawalan dan penyakit, kawalan penyakit dan perosak kelapa, terutamanya kumbang tanduk dan juga berkenaan produk hasil kelapa seperti BCO, nata de coco dan biskut kelapa. Seramai lebih 300 orang pekebun kecil terlibat dalam latihan hands on ini di Bagan Datuk selaras dengan projek pembangunan kelapa yang diadakan sepanjang 3 tahun pertama RMK Ke-12 ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Memandangkan tiada soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada semua Ahli Yang
Berhormat dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan mesyuarat yang berikutnya.
Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Perak 2023Bill
Perkara yang keempat, Rang Undang-Undang Enakmen Hotel Perak 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah rang undang-undang yang bernama Enakmen Hotel Perak 2023 dibaca bagi kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Exco daripada Teja untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih, Dato' Yang Di-Pertua. Selamat pagi dan salam sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunung Semanggol, Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Exco, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media dan rakan hadirin yang dihormati sekalian. Izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi pembahasan Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023 yang berlangsung semalam. Seramai 23 Ahli-ahli Dewan Negeri telah membahaskan pelbagai aspek dari peruntukan-peruntukan yang dicadangkan di bawah RUU Hotel Perak 2023 iaitu 9 orang dari pihak penyokong Kerajaan dan 14 orang mewakili pembangkang. Kesemua 48 maklum balas termasuk soalan dan cadangan yang telah dicatat sehingga sesi pembahasan berakhir pada lewat petang semalam dan ianya semua telah pun diteliti untuk diambil kira dalam penyediaan jawapan penggulungan pada hari ini.
Dato' Yang di-Pertua, saya kira semalam kedua-dua pihak mempunyai ruang yang cukup untuk membahaskan isu ini dan melalui celahan-celahan juga saya nampak banyak perbincangan di antara Adun-Adun yang ambil bahagian. Jadi saya harap hari ini, Dato' Yang di-Pertua, saya juga boleh diberi ruang yang secukupnya untuk memberi respon kepada isu-isu dan cadangan yang telah dilontarkan. Secara umumnya, Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh intipati kandungan RUU Hotel Perak yang merentasi 4 isu utama iaitu berkaitan pertama, isu tafsiran dan isu homestay. Kedua, isu caj, kadar dan lesen hotel. Ketiga, isu kawal selia keselamatan dan pengawasan dan juga keempat, isu prosedur dan perundangan.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mula dengan menyentuh isu pertama iaitu berkenaan isu tafsiran dan homestay. Rekod yang diterima daripada pihak urusetia menyenaraikan majoriti maklum balas yang dibangkitkan adalah berkisar kepada isu tafsiran hotel dan 7 orang pembahas telah mencadangkan supaya homestay dikeluarkan daripada tafsiran hotel di bawah RUU Hotel Perak. Menyedari keperluan menjelaskan lanjut isu tafsiran yang dibangkitkan oleh YB Gunong Semanggol, YB Chenderoh, YB Pasir Panjang, YB Pangkor, YB Keranji, YB Selinsing dan juga YB Changkat Jong. Saya akan merangkumkan jawapan dengan menerangkan semula tentang faktor-faktor pertimbangan, mengapa tafsiran hotel di bawah RUU Hotel Perak 2023 perlu diperluaskan kepada semua kategori tempat menumpang, tempat bermalam, dan tempat berlindung dan kategori homestay tidak wajar dikecualikan dalam konteks tafsiran hotel.
Dato' Yang di-Pertua, lesen hotel merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada seseorang atau sesebuah entiti sebagai pengusaha atau peniaga hotel yang sah di bawah satu-satu Pihak Berkuasa Tempatan. Pengiktirafan ini biasanya diperlukan oleh pengusaha-pengusaha sebagai tiket untuk mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka. Lesen perniagaan PBT ini juga adalah keperluan dalam proses mendapatkan perlindungan insurans daripada syarikat-syarikat insurans kerana telah mematuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan sebelum mendapat kelulusan lesen.
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, isu pengiktirafan rumah tetamu, chalet, houseboat, tapak-tapak perkemahan, tapak-tapak kenderaan mahupun homestay sememangnya kerap dibangkitkan daripada persatuan-persatuan berkaitan pelancongan bagi pihak pengusaha-pengusaha yang serius membangunkan perniagaan berkaitan tempat pemalaman ini. Ini kerana mereka telah sekian lama beroperasi namun tidak mendapat didaftarkan di bawah mana-mana kategori perniagaan menurut perundangan sebelum ini dan ini juga menggambarkan mengapa terdapat keperluan mendesak untuk kita adakan perundangan yang baru yang boleh merangkumi keperluan ini dan kategori homestay tidak sepatutnya dikeluarkan daripadanya.
Untuk pengusaha-pengusaha homestay turut dapat selesai isu-isu seperti untuk mendapatkan dana bagi mengembangkan perniagaan, untuk mendapatkan perlindungan insurans yang saya terangkan sebelum tadi dan ini juga sebenarnya salah satu rasional pada asalnya penggubalan rang undang-undang ini adalah ekoran daripada keluhan-keluhan yang Kerajaan Negeri terima daripada pengusaha-pengusaha pelancongan yang berkaitan dengan penginapan iaitu sebelum ini sekian lama mereka beroperasi, mereka menyumbang kepada ekonomi negara dan negeri tetapi atas sebab tiada perundangan yang membolehkan mereka memohon dan beroperasi secara sah, mereka seolah-olah pengusaha haram dan tidak dapat menikmati insentif dan juga pelindungan yang sepatutnya ada. Saya rasa masih segar dalam ingatan kita bahawa apabila berlaku tragedi bencana di Batang Kali, isu yang timbul bahawa pengusaha tersebut tidak mempunyai lessen tetapi itu sebenarnya dilema yang dihadapi oleh pengusaha. Saya percaya sesetengah besar pengusaha-pengusaha ini bukan hasrat mereka untuk tidak mematuhi peraturan, bukan juga hasrat mereka untuk tidak memohon lesen untuk jimatkan duit dan sebagainya tetapi dalam sistem perundangan yang sebelum ini memang ada kelemahan di mana tidak ada ruang untuk mereka memohon mana-mana lesen.
Justeru RUU Hotel Perak ini diadakan sebagai satu usaha Kerajaan Negeri untuk memberi pengesahan dan menjawab keresahan pengusaha yang selama ini memerlukan lesen tersebut untuk mengembangkan perniagaan dan pelindungan insurans. Lesen yang akan diberikan kepada pengusaha-pengusaha hotel secara tidak langsung akan memberikan perkhidmatan yang seragam kerana syarat lesen hotel akan dikenakan oleh kesemua 15 PBT dan ia adalah syarat yang seragam dari aspek keselamatan dan kebersihan. Sebagai contoh, tertakluk kepada peraturan Hotel Perak yang akan disediakan selepas ini, kawal selia ke atas premis hotel ini dapat dijalankan dengan menetapkan contoh, alat pemadam api dan juga first aid kit untuk disediakan di setiap premis dan untuk memastikan premis tersebut bebas denggi sebelum permohonan sesuatu lesen hotel dapat diluluskan.
Jadi sebenarnya pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengenakan syarat-syarat yang tidak munasabah, syarat-syarat yang sangat susah untuk dipatuhi sebelum kita melesenkan pengusaha-pengusaha ini seperti yang kita banyak kali berulang dan menegaskan. Rasional pertama Kerajaan Negeri dalam membawa rang undang-undang ini adalah untuk mengawalselia sektor perkhidmatan dalam tempat pemalaman. Jadi adalah penting untuk kita mendaftarkan mereka yang terlibat dalam sektor ini dan dengan syarat-syarat yang akan ditetapkan kemudian di mana kita memberi komitmen, kita tidaklah akan tetapkan syarat-syarat yang sangat susah untuk dipatuhi sehingga pengusaha-pengusaha yang sedia ada terpaksa untuk tutup kedai. Hasil dari keseragaman kualiti hotel di negeri Perak ini sudah tentu akan memberi nilai tambah kepada imej industri pelancongan negeri Perak yang sekaligus meningkatkan keyakinan pengunjung untuk selalu berulang melancong ke negeri Perak ini.
Sepanjang sesi perbahasan, saya perhatikan terdapat sedikit kekeliruan dalam menyebut isu berkenaan homestay. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tentang secara khususnya program homestay yang dikendalikan oleh MOTAC. Sebab kita faham pada hari ini, rata-rata di kalangan masyarakat, homestay itu boleh dirujuk kepada homestay yang kita faham di bawah Airbnb, homestay juga dirujuk kepada satu program secara khususnya dikendalikan oleh MOTAC. Jadi saya ingin berkongsi tentang homestay yang dikendali oleh MOTAC ini. Di mana program homestay ini merujuk kepada satu program pengalaman premis penginapan pelancongan yang mana pengunjung berpeluang untuk merasai aktiviti berasaskan komuniti seperti sukan rakyat, merewang, perayaan dan kebudayaan bersama keluarga tuan rumah pengusaha Homestay.
Konsep utama program ini adalah pelancongan pengalaman dan pelancongan berasaskan komuniti iaitu community based tourism dengan izin. Jadi program Homestay di bawah MOTAC ini tidak menetapkan sebarang syarat pelesenan dan tidak mengenakan sebarang caj ke atas pengusaha. Ini hanya satu penjenamaan program di bawah MOTAC. Syarat penyertaan program homestay MOTAC ini adalah sekadar memenuhi jumlah minimum peserta yang berminat untuk menawarkan perkongsian pengalaman gaya hidup masyarakat di kawasan mereka kepada pelancong. Saya ambil contoh, di kawasan saya, Gopeng, jika terdapat penduduk-penduduk kampung khususnya yang ingin menawarkan perkhidmatan penginapan dan menyertai di bawah program homestay di bawah MOTAC ini syarat minimum yang mereka perlu patuhi adalah untuk memenuhi jumlah minimum iaitu 10 orang peserta. Jadi di kampung, di Gopeng, mereka kumpulkan 10 orang penduduk kampung yang sudi untuk menawarkan rumah mereka, menerima kunjungan penduduk dan juga sediakan aktiviti kampung, aktiviti-aktiviti kebudayaan dan 10 orang pengusaha ni bolehlah daftar dengan MOTAC untuk menyertai Program Homestay MOTAC ini dan tidak, tiada sebarang caj yang dikenakan, tiada sebarang lesen yang dikenakan ke atas pengusaha mereka. Sebab ini merupakan lebih kepada sebuah program di bawah MOTAC.
Justeru, tafsiran homestay yang terkait dengan program MOTAC adalah sama sekali 2 perkara yang berbeza dengan tafsiran homestay di bawah RUU Hotel Perak 2023 yang merujuk kepada isu premis secara khusus. Jadi seperti yang saya terangkan tadi, dalam MOTAC mendaftarkan mana-mana pengusaha, mana-mana premis untuk menyertai sebahagian daripada homestay MOTAC, mereka sebenarnya tidak menyemak dan mengambil kira aspek dari segi premis dan dia juga tidak sama seperti RUU Hotel Perak yang akan menetapkan syarat-syarat keselamatan, kebersihan dan sebagainya. Jadi memang Program Homestay MOTAC dan juga RUU Hotel Perak ini, ia melihat pada aspek yang berlainan dan juga menjaga aspek yang berlainan dan sebelum ini dalam sesi libat urus bersama pengusaha, penggiat pelancongan juga pengerusi kepada Persatuan Homestay, di mana homestay saya rujuk kepada homestay di bawah MOTAC ini telah hadir sendiri dan beliau menyatakan sokongan kepada usaha pengubalan RUU Hotel Perak ini sebab nampak ada satu usaha supaya boleh bantu menggiatkan lagi sektor pelancongan di bawah negeri Perak dan juga saya kira pada hari ini, kalau kita nak bantu pengusaha-pengusaha pelancongan yang menyediakan penginapan khususnya mereka yang berada di kampung-kampung yang menawarkan homestay dan perkhidmatan penginapan yang lain di kawasan luar bandar, di kampung.
Apa yang kita perlu buat bukannya cuba mengecualikan mereka daripada duduk di bawah payung RUU Hotel Perak. Sebab ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menikmati perlindungan dan juga pengiktirafan yang sepatutnya ada. Kalau kita betul nak bantu orang-orang kampung yang mengusahakan perkhidmatan penginapan di kawasan luar bandar, kita perlu pastikan sektor-sektor yang diusahakan mereka turut diletakkan, dimasukkan di bawah payung RUU Hotel Perak ini supaya mereka mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. Kalau kita lihat sebelum ini, ramai juga pengusaha-pengusaha pelancongan yang lontarkan keluhan sebab sepanjang pandemik covid ini, banyak bantuan, banyak insentif yang disediakan oleh pihak Kerajaan melalui agensi Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan tetapi ramai pengusaha yang tidak dapat menikmati insentif atau bantuan tersebut atas sebab mereka tidak berdaftar.
Jadi mengikut database yang ada, mereka ni seolah-olah tidak wujud ataupun wujud secara haram kalau ikut undang-undang. Jadi Rang Undang RUU Hotel Perak ini juga kita berhasrat untuk selesaikan masalah ini dan tidak berlaku lagi ada isu orang-orang kampung mahu pun orang-orang bandar yang mengusahakan perkhidmatan penginapan tetapi tidak diiktirafkan dan tidak ada sumber perundangan supaya mereka boleh mohon dan mereka mendapat perlindungan yang sepatutnya. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian kerajaan berhubung pertikaian yang dibangkitkan oleh pembahas-pembahas tentang pelaksanaan RUU Hotel yang mengecualikan kategori homestay dan tafsiran hotel di negeri lain. Saya ingin menekankan.
Belum ubah tajuk tipikal, kena minta penjelasan Ahli Exco mengenai dengan yang kita bimbangkan sebab macam homestay yang sedia ada kan. Pembinaan dia itu, biasalah homestay yang dia ada itu, pembinaan itu kebanyakan dia tak mengikut spek, tak daftar tanah dan sebagainya. Ada syarat ini nanti kalau kita kena menetapkan syarat, tidak membolehkan mereka ini didaftarkan. Disebabkan tidak comply dengan syarat-syarat yang itu. Itu yang membimbangkan inap, inap desa dan sebagainya. Kalau kita boleh exclude dulu ataupun mengecualikan yang telah ada. Yang telah ada kita memperbaiki dan untuk yang baru kalau dia nak bina mesti itu itu nak minta pandangan penjelasan sikit.
Terima kasih Gunong Semanggol. Memang saya perhatikan memang menjadi kerisauan tentang apa yang akan terjadi kepada pengusaha-pengusaha yang sedia ada sekiranya mereka tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ada. Sebenarnya pembentangan RUU pada hari ini untuk kita memberi kelulusan dan juga memberi punca kuasa kepada pihak Kerajaan Negeri dan seterusnya kepada pihak Kerajaan Tempatan untuk mempunyai punca kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan ini dan juga selepas ini, akan ada seperti yang saya sebut sebelum ini, akan ada sesi libat urus yang berterusan untuk kita sama-sama menetapkan apakah syarat-syarat yang dirasakan perlu, apakah syarat-syarat yang dirasakan munasabah untuk kita tetapkan dan banyak kali saya ulang, kita punya rasional yang utama kita nak daftarkan semua pengusaha ini. Jadi, memang akan ada tempoh yang diberikan kepada pengusaha untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Cuma, RUU ni bertujuan untuk mengawalselia dan juga menjaga aspek keselamatan. Jadi, semestinya ada syarat-syarat yang kita tidak dapat untuk nak kompromi. Saya habiskan. Ok saya teruskan ya. Ok.
Terima kasih. Saya tertarik dengan yang sebab saya tak dapat gulung. So, saya nak ambik masa sikit. Untuk pengetahuan semua, ramai-ramai yang ada di sini YB-YB yang saya kasihi dan sayangi sama-sama kita bekerja untuk rakyat Negeri Perak. Cumanya bukanlah kata tak boleh gulung saya nak cakap, takde. Cuma masanya kita ada biar kita sembang-sembang sikit sekarang. Ok. So, mengenai homestay ni, sebab saya rasa banyak kekeliruan mengenai homestay. Kebetulan sebab kita kena faham dari segi kita bekerja di dalam kerajaan, di mana Exco PBT akan merancang dan bersama dengan UPEN dan sebagainya, saya rasa semua dah pernah jadi kerajaan. Memang kita kena fahamlahkan bahawasanya adalah kekangan di situ, di mana kita katakan mereka bekerja bukan kita kata mereka tak fahami semua tapi mungkin dalam satu kategori tetapi ada juga dari seginya kita perlu untuk menerangkan daripada sudut pandangan pelancongan.
Ok, bila kita kata 'homestay' ni sebenarnya, saya rasa terbawa, saya rasalah sebab ramai kata homestay. Saya rasa perlu diberi penerangan bahawa homestay ni lebih kurang macam kita cakap 'mee maggi'. Itu dia. Bila kita cakap 'homestay', kalau di Malaysialah, di Malaysia, saya tak cakap dengan negara lain, di Malaysia bila kita kata homestay, dia lebih kurang macam kita cakap mee Maggi. Bila kita kata Maggi, semua macam-macam. Boleh jadi Cintan, boleh jadi Mami, boleh jadi Myojo, boleh jadi Mee Sedap, boleh dah tak lah apa lagi. Mee Cina, Mee Hong Kong, Mee India, macam-macam mee. Tapi kita kategorikan dia, pemahaman rakyat Malaysia, sebagai Maggi Mee. Contohlah, ada kampung yang panggil Mami pun, saya tahu lah kan. Tapi bergantung tempat. So, masalah tu sama juga dengan apa yang berlaku di negara kita atau di negeri kita sekarang.
Apabila kita kata 'homestay', ramai yang terbawa bahawa kita ingat apa yang ada dalam kepala kita satu sahaja. Contohnya, apabila kita bercakap tentang 'homestay' di kawasan bandar, akan muncul kepada penduduk-penduduk bandar satu bayangan di mana mereka mengatakan bahawa 'homestay' itu adalah mereka, contoh, orang kaya raya. Dia beli kondominium dua tingkat tiga itu, 2 apartmen ke 3 apartement ke tu semua, lepas tu dia buat sewaan dan ada yang kaya sikit, ada yang kaya banyak. Apa pula bezanya? Ada yang kaya sikit tu mungkin dia dapat beli sebiji. Boleh dia niagakan kat Facebook dan sebagainya. Ada yang kaya banyak. Dia mungkin boleh beli satu bangunan atau satu tingkat. Tapi macam-macam juga cara operasi dia. Ada yang dia sendiri yang akan keluarkan. Ada yang dia pakat dua tiga kawan. Ada juga yang sebenarnya pemilik ada satu gang. Lepas itu operator dia satu gang. Yang menjaga tu, macam tukang cuci dan sebagainya. Itu homestay kalau kita tengok kat pekan-pekan besar, especially kalau contoh KL lah, Penang. Tapi kalau kita di Perak, ada juga yang di rumah teras. Ada juga yang di rumah di bungalow-bungalow. So, itu yang menjadi masalah dia bila kita kategorikan.
Tapi bila kita fikir balik, kalau kita kata homestay sebagai contoh, andai kata kita kata kat Pangkor, kat Lenggong, sebagainya. Homestaynya mungkin ada ciri yang berlainan. Di mana rumah kampung tu, makcik seorang tu atau pakcik seorang tu yang anak-anak tu mungkin dah keluar, dah kerja kat KL lah, dah kerja kat tempat lain, rumahnya ada kampung, kan? Lepas tu kadang-kadang ada pelajar universiti datang, ada pelajar daripada mana yang datang, pekerja-pekerja syarikat datang, itu mungkin dia akan katakan dia panggil homestay juga. Dalam pandangan kaca sudut manusia Malaysia kita ni. Lepas itu, kalau kita kata homestay, ada juga yang mungkin kata dia kampung, tapi dia glamour sikit. Contoh, saya bagi yang amat berjaya di Lenggong, kita kata Kwak Hill Resort. Dia boleh kata resort, dia boleh kata homestay. Katanya resort, tapi kepala orang kata homestay. So, apa yang betul? So dari segi apa yang betul ...
Kubu Gajah ...
Saya terangkan sikit lagi…
Sebab saya nak tahu nak celah Jalong ataupun Canning. Saya pun tak faham.
Sekejap, sekejap, sekejap. Sekejap. Exco.
Tak pernah berlaku ni.
Exco benarkan.
Yang mana satu tak tau.
Bagi saya habis. Lepas tu you celah dia. Ok.
Panjang sangat, panjang sangat.
Bukan, sebab saya kata nak kata homestay ni.
Baik kami daripada kerajaan pembangkang kalau boleh keluarkan daripada homestay daripada RUU Hotel.
Eh, bukan, faham. Itu yang kita faham.
Yang saya keliru sekarang ni. Yang mana satu ni?
Jadi, sebenarnya bila kita berkata tentang ni. Maknanya kita...
Sekejap, sekejap, sekejap
Maknanya kita ....
Sekejap Jalong. Lama lagi ke? Panjang lagi ke? Panjang lagi ke nak bercakap?
Sebab saya rasa perlu kita terangkan ni dulu sebelum kita boleh pukul rata. Sebagai contoh, saya gunakan contoh...
Teja boleh benarkan?
Siapa Exco ni? Ni floor Teja.
Sekejap, Ahli Yang Berhormat. Saya faham kenapa keadaan ni berlaku kerananya bila dia melibatkan pelancongan, Exco Pelancongan nak beri penerangan, saya faham. Tapi saya tanya, adakah lama lagi? Dia tak boleh lama.
Dia tak da lama, lagi sikit saja. Sikit saja.
Saya bagi seminit saja.
Ok, boleh. Saya cubakan. So, dalam keadaan macam ini, apabila dia berlaku satu kekangan pada pihak pelancongan, contoh. Bila kita nak beri bantuan. Kalau andai kita keluarkan terus mereka homestay ni, contoh, bila kerajaan nak tolong buat promosi, kita tak dapat. Sebab nombor 1, kita tak ada data. Nombor 2, kalau mereka tak ada melalui proses pemutihan ini, di mana mereka tidak berdaftar, mereka tidak dapat berdaftar maknanya bantuan tak dapat nombor satu. Nombor 2, promosi kita untuk mempromosikan pemain-pemain industri tak dapat dan seterusnya. Jadi ini merupakan satu permasalahan. Saya rasa itu sebabnya kenapa kita nak membantu mereka terutamanya penduduk luar bandar yang sebenarnya sekarang tanpa undang-undang yang boleh dikuatkuasa untuk memberi satu orang kata to legalize, dengan izin, to legalize mereka supaya mereka boleh masuk ke dalam kategori perniagaan secara sah supaya kerajaan boleh memantau, memberi bantuan, memberi bantuan, pertolongan, pendidikan dan sebagainya. Saya rasa itu satu keperluan yang amat mendesak kepada pihak kerajaan.
Ok Jalong terima kasih. Ok Teja.
Sikit je, tambah sikit je sebelum masuk tajuk lain. Baik, saya faham saya setuju apa yang Teja sebut, terima kasih Dato' Speaker, apa yang Jalong sebut, apa yang kami bahas tu harap dapat difahami dengan baik. Contohnya inap desa ataupun kita sebut orang kampung sebut homestay juga. Dalam satu dusun durian, tanah tu campur semua sekali ada 8 adik beradik. Jadi ada rumah peninggalan di situ, ada seorang kebetulan adik beradik dia tak bekerja. Jadi dia baiki sikit, renovate sikit dengan kos yang tak tinggi jadi tiba-tiba orang luar nampak cantik, orang suka homestay tersebut. Status tanah tu tanah pertanian. Dengan ramai adik beradik yang ada yang nama tok pun ada yang dah meninggal dan sebagainya. Jadi adakah kerajaan boleh membantu jika sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan minta apabila nak dapat lesen nak daftar, kena tukar syarat status tanah? Adakah tanpa dia menukar syarat status tanah, kerajaan tetap akan bantu walaupun dia gagal mendaftar ataupun boleh daftar juga tanpa tukar status tanah? Ini lebih jelas.
Okay Selama, point taken. Alor Pongsu.
Teja, sikit lagi. Sebab saya nak sentuh apa yang Jalong cakap tadi daripada maklumat dari Persatuan Homestay dan Kampung Stay MOTAC 95, Kementerian Pelancongan ada data semua dan depa dah dibantu bagi kursus, bagi dana, bagi semua. Tolong cek dengan WhatsApp group kementerian. Tak betul tu. Jalong cakap saya rasa tak betul.
Bukan saya rasa ini pun tak betul.
Sebab ini daripada Pengerusi Persatuan Homestay sendiri. You fokus Perak sahaja. No no. ada, ada. Cek WhatsApp group.
Bukan saya kata saya tak boleh terima saya tak boleh terima bila kata kementerian ada data semua. Tak mungkin. Tak mungkin dia ada data semua. Sebab ada yang itu tak betul.
Jalong okay. Kita teruskan Teja.
Baik, terima kasih semua. Terima kasih kepada Jalong yang telah memeriahkan suasana penggulungan. Kita kena faham sebab walaupun RUU ini dibuat oleh, di bawah Kerajaan Tempatan tapi dia berkaitan rapat dengan sektor pelancongan. Jadi pengusaha-pengusaha pelancongan ini memang bagaikan anak-anak Jalong. Jadi dia banyak input, banyak pandangan nak kongsikan. Terima kasih Jalong. Saya sambung sedikit tadi saya belum sempat habiskan untuk respon kepada isu kepada Gunong Semanggol. Memang akan ada syarat-syarat yang ditetapkan selepas kelulusan rang undang-undang ini untuk kita tetapkan apakah syarat-syarat utama, apakah syarat-syarat keselamatan yang harus dipatuhi sebelum kita keluarkan lessen tetapi kita akan memastikan syarat-syarat ni dia tidak membunuh pengusaha yang sedia ada dan juga agensi-agensi kerajaan akan cuba bantu untuk membantu pengusaha-pengusaha ini dalam proses mereka nak mendaftarkan diri.
Tadi saya sebut cuma ada juga aspek-aspek khususnya berkenaan keselamatan yang kita tidak dapat nak kompromi. Contohnya, sedia ada oleh sebab semua pun tak berdaftar. Jadi masing-masing ikut suka hati. Ada contohnya, resort yang dibina di rizab sungai di mana ia memang tidak dibenarkan sama sekali dan juga ada baru-baru ni sebab tapak-tapak perkemahan begitu popular sekali sehingga saya mendapat info daripada YDP-YDP di sesetengah daerah terdapat isu-isu dimana mula ada tapak-tapak perkemahan yang dibina di lereng bukit, di kawasan yang mungkin nampak exciting dengan izin tetapi tidak selamat. Jadi jika pengusaha-pengusaha yang sedia ada terlibat dengan isu-isu keselamatan ni kita akan teliti dan memang ada syarat-syarat keselamatan yang tidak dapat dikompromi. Cuma, selain daripada itu kita tidak akan tetapkan syarat yang tak siapa boleh memenuhi sebab itu bukan tujuan kita dan seperti contoh yang saya beri tadi untuk sedikit gambaran. Contohnya, apa syarat yang akan kita tetapkan? Dari segi keselamatan kebakaran, mungkin kita syaratkan setiap premis tu perlu ada fire extinguisher dengan izin. Perlu ada first aid kit supaya ada pengunjung datang kalau berlaku sebarang kemalangan dan sebagainya, ada cara-cara, ada alat-alat kelengkapan yang bersesuaian untuk menjamin mereka.
Jadi kita tak perlu bayang bahawa kerajaan memang akan tetapkan syarat yang tak siapa dapat memenuhi dan juga inilah 15 sesi libat urus yang sebelum ini dan juga dalam melalui sidang Dewan ini kita mendengar dan mendapat pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, apakah kerisauan, apakah pertimbangan-pertimbangan yang kerajaan harus mengambil kira untuk selepas ni apabila masuk ke fasa perbincangan untuk menetapkan peraturan semua ni akan dapat diambil kira.
Status tanah di dusun durian ni dia tak mahu tukar status tanah pertanian sebab memang tanah pertanian durian apa semua. Tapi biasa untuk orang luar menarik dia ada buat homestay dalam tu. Jadi perlu tak?
Sebenarnya isu ini nanti saya akan sentuh. Nanti izinkan Selama saya menjawab selepas ini saya akan sentuh. Baik, terima kasih. Saya nak sambung balik tadi berkaitan dengan pertikaian yang timbul tentang pelaksanaan RUU Hotel ini yang mengecualikan kategori homestay dalam tafsiran hotel di negeri lain. Saya ingin menekankan bahawa apa juga kaedah perlaksanaan di negeri lain tidak sewajarnya menjadi asas pertimbangan untuk pemakaian di negeri Perak. Kita merujuk kepada apa yang dibuat di negeri lain tetapi itu sebagai rujukan. Daripada rujukan itu, kita lihat apa yang negeri lain sudah buat. Kita lihat pengalaman pelaksanaan mereka dan daripada situ, kita boleh mengambil peluang untuk menambahbaik dan yang penting sekali, kita nak mengikut acuan negeri Perak, kena bersesuaian dengan keadaan di negeri Perak.
Jadi RUU Hotel Perak ini dirangka untuk bantu menyelesaikan isu kawasan industri perhotelan yang berlaku di Perak. Sebaliknya, enakmen negeri lain pula diguna sebagai model rujukan tetapi perincian peruntukan perlu disuai manfaat dengan acuan negeri Perak. Jadi, kita hanya merujuk kepada pengalaman dan juga enakmen negeri lain tetapi kita tak tiru sebulat-bulat. Itu sebab kita mengambil masa hampir satu tahun untuk adakan sesi libat urus. Kita dengar, kita kaji dan akhirnya kita ada draf Rang Undang-Undang pada hari ini. Kalau kita hanya tiru sebulat-bulat mungkin tak perlu satu tahun. Seminggu saja kita dah boleh bentang RUU itu. Tapi itu bukan sesuatu yang kita nak sebab kita nak pastikan apa yang kita bentang, apa yang kita bawa dia bersesuaian dengan dengan keadaan di negeri Perak. Walaubagaimanapun, bagi menjelaskan hal ini, saya telah merujuk dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkaitan serta berpuas hati setelah dijelaskan bahawa sebenarnya pemakaian tafsiran 'homestay' masih terangkum dalam tafsiran hotel di bawah Enakmen Hotel Pahang 2020. Jadi sebenarnya tak ada isu. Dalam tafsiran di Enakmen Hotel Pahang, sebenarnya merangkumi juga homestay dan secara hakikatnya dalam pelaksanaan sejak tahun 2021 memang kategori homestay juga termasuk di dalam RUU Hotel Pahang di Negeri Pahang. Jadi saya harap ini dapat jawab isu-isu yang ditimbulkan sepanjang pembahasan berkenaan isu ini. Dato' Yang di-Pertua seterusnya saya ingin…
Nak minta penjelasan bukan tujuan apa nak hujah balik. Kita mana-mana pun mesti kita ada satu rujukan asas dan rujukan asas itu bukan semestinya kita ikut. Itu fakta semua kita tahu. Walaupun kita ambil Pahang sebagai rujukan untuk kita membina rang undang-undang di negeri Perak ni, memang kita terima bahawa kita tak ikut semua. Tetapi yang kita persoalkan kenapa Pahang tadi boleh keluarkan homestay dan kita boleh masukkan homestay. Kita nak justification, justifikasi itu. Bukan kita kata ok kita tak boleh ikut semua. Jadi kita nak justifikasi itu supaya rakyat jelas. Mesti ada sesuatu sebab mengapa sebab demografi Pahang, kampung dan sebagainya tak jauh lari dengan Perak. Kalau di pekan dia gunakan taman, rumah-rumah taman. Untuk homestay kalau di kampung, masalah yang kita bangkitkan tadi, tanah status tanah nama tok lagi masih nama cucu. Siapa yang nak minta esok rumah dah bina di atas. Jadi kalau kita masukkan dalam ini, seolah-olah kita nak menolak mereka ni. Jadi ini kita nak asas tu. Bukan soal, we have to absorb everything yang ada dekat Pahang tu. Jangan letakkan bahawa ini adalah satu pendekatan yang baik lah. Cuma kita nak menjelaskan supaya rakyat. Minta jelaskan sikit.
Baik-baik, terima kasih.
Pahang ada Musang King, dia ada homestay dalam Musang King. Kita pun, durian kita pun hebat juga. Ada juga, okay.
Negeri Perak memang hebat juga. Terima kasih Gunong Semanggol dan Selama. Jadi tadi saya cuba mengulas isu ni dari 2 aspek. Yang pertamanya di mana kemudiannya juga disokong oleh Gunong Semanggol bahawa tiada isu. Kita rujuk undang-undang negeri lain tapi tak semestinya kita ikut bulat-bulat. Itu, saya rasa kita dah menemui titik persamaan. Ok, itu tiada isu. Yang keduanya, tadi saya sebut sebenarnya sebab semalam ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang timbulkan persoalan mengapa Pahang tidak memasukkan homestay dalam tarifan, manakala Perak kita cadangkan untuk masuk. Jadi seperti yang saya sebut tadi, kita telah buat semakan dengan Negeri Pahang dan didapati sebenarnya dengan tafsiran yang ada di bawah Enakmen Hotel Pahang, sebenarnya ia telah merangkumi homestay yang kita bincang dan pelaksanaan dia sejak tahun 2021 juga berkuatkuasa ke atas homestay. Jadi, maknanya sama dengan apa yang kita nak cadangkan pada hari inilah.
Cuma dia tak masukkan homestay dalam tu, tapi dia pelaksanaan boleh. Saya setuju dengan Pahang.
Maksudnya tafsiran-tafsiran yang ada.
Dia laksana juga. Come on la. Dia laksana juga di Pahang. Yang Pahang caj RM3, you tak bising. Sini belum caj pun, you dah bising.
Jalong bangun, bangun Jalong.
Nak jaga orang Perak ke tak sekarang.
Kita niat baik supaya, supaya. Pahang laksanakan juga cuma tak dimasukkan. Ok la macam Pahang. Senang sikit untuk kerja lepas ni.
Ok, baik-baik. Niat baik, semua orang-orang baik, kita bawa bertenang.
Relax Jalong, kita bincang.
Pahang caj RM3 masa pandemik. Masa covid 2020.
Ok kita fokus balik untuk Negeri Perak.
Dia tak masuk dalam tu. Dia boleh caj, boleh caj kepada homestay yang disebutkan oleh Jalong tadi.
Undang-undang kena komprehensif YB, undang-undang kena komprehensif.
Tak, memang fakta Pahang caj RM3. Masa 2020, masa 2021, masa pandemik. Masa rakyat paling susah.
Bacalah enakmen Hotel Pahang dulu.
Perak boleh caj RM3, Perak boleh caj RM3 kepada homestay, boleh. Cuma Pahang tak masukkan dia boleh caj, Perak pun tak masukkan boleh caj.
Ok, biar saya jawab soalan Selama. Ok? Terima kasih. Saya nak bagitau sebenarnya, sebenarnya maksud saya bukan yang Pahang tak masukkan takrifan, taksiran homestay dalam rang undang-undang tetapi membuat penguatkuasa begitu. Maksud saya di bawah takrifan yang ada dalam Rang Undang-Undang Perak takrifan yang diadakan telah merangkumi homestay walaupun perkataan homestay itu tak muncul di dalam itu. Jadi, jadi dia ni memang merangkumi perkhidmatan homestay dengan definisi takrifan yang yang digariskan memang termasuk.
Maksud kami begitulah. Maksudnya ikut macam Pahang. Walaupun tak masukkan homestay tapi merangkumi, boleh caj kepada homestay. Ertinya boleh caj
Maksudnya..
Tapi..
Tadi Selama juga...
Selama, apa salahnya masukkan perkataan tu supaya dia jadi lebih jelas.
Maksudnya tak setujulah. Homestay boleh masuk.
Baik, baik. Saya cuma nak mendapat pengesahan.
Tengok Teja punya bahasa elok je.
Baik. Saya cuma nak dapatkan pengesahan maknanya Selama juga setuju untuk homestay dimasukkan dalam takrifan. Cuma sama ada perkataan tu nak muncul ataupun macam Pahang tak muncul tapi dirangkumi betul? Ok baik, baik sekali lagi kita menemui titik persamaan. Jadi memang…
Yang dibahaskan pun memang tentang itu sebab takrifan homestay ini besar.
Selama, Selama. Dia dah tanyakan. Biar Teja jawab.
Baik terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jadi memang setelah kita rujuk kepada apa yang ada di Negeri Pahang dan juga sumber-sumber yang lain dan juga atas nasihat Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan segala pasukan yang terlibat, memang kita dapati apa takrifan, takrifan yang digariskan pada masa ini adalah yang paling baik yang paling sesuai untuk Negeri Perak. Jadi, saya rasa kalau secara prinsipnya kita tak ada masalah dan percanggahan pendapatan, pendapat untuk masukkan homestay, jadi memang tak ada isu saya rasa di sini dan di Perak, kerajaan memilih untuk memasuki perkataan itu. Itu saja. Baik.
Ayer Kuning boleh celah? Ayer Kuning boleh celah? Saya rasa homestay ini dia tak sesuai nama dia. Kalau dalam bahasa Malaysia, homestay ini dia inap desa. Desa ini kampung. Jadi kalau homestay berada di tengah pekan dia bukan homestay. Jadi homestay ni saya rasa ia tak bersesuaian berada di pekan. Ia bukan dalam bahasa kita translate dalam bahasa Malaysia, homestay ini macam cikgu cakaplah inap desa. Betul cikgu? Betul? Jadi kita, kita sepatutnya sebagai orang politik daripada UMNO dan Barisan Nasional tentulah kami mengutamakan Bahasa Malaysia. Kita mesti mengagungkan bahasa, memartabatkan Bahasa Melayu. Jadi homestay saya rasa dalam bagaimana kita lihat sama ada dia bersesuaian atau tidak homestay ini boleh digunakan di pekan. Jadi homestay ini tak betul, dia inap desa. Terima kasih.
Ok, terima kasih. Saya tengok masa dah banyak jalani. YB Exco, banyak lagi?
Banyak lagi.
Kalau boleh teruskan. Saya rasa ada isu-isu yang dibangkitkan sudah dibangkitkan dah. Jadi biar bagi peluang kepada Yang Berhormat Exco untuk gulung, sorang-sorang. Tapi biar Yang Berhormat Exco daripada Teja ni habiskan penggulungannya. Kita ada lagi peringkat teknikal nanti di peringkat jawatankuasa untuk kita tengok balik, terima kasih.
Saya tak dapat nak respon secara terperinci. Cuma saya nak bagitahu memang selepas kajian dan sebagainya, kita dan dengan mengambil kira isu-isu contohnya kuasa bawah negeri, kuasa persekutuan, kami telah mengambil pendekatan dan untuk memilih perkataan yang kita rasa paling sesuai untuk kita masukkan dalam RUU Perak ini. Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pulak isu tentang isu kedua iaitu isu caj kadar dan lesen.
Itu sebabnya saya rasa Pahang tak masukkan homestay tapi di bawah dalam Enakmen Hotel. Saya rasa antara dia. Terima kasih.
Terima kasih Ayer Kuning. Kerajaan sedar bahawa isu caj kadar fi dan kompaun merupakan isu yang sangat diambil berat oleh Ahli-ahli Berhormat sekalian apabila soalan mengenai isu ini telah dibangkitkan tidak kurang dari 15 kali berdasarkan rekod sesi perbahasan semalam. Justeru, bagi mengurangkan kegusaran yang dibangkitkan, Kerajaan Negeri ingin memberi jaminan bahawa sebarang caj yang akan dikenakan kepada pengusaha hotel dan penginap hotel ini tidak berbentuk punitive atau hukuman. Malah, caj yang munasabah akan memberi manfaat kepada pengusaha dan membantu Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan dan membangunkan infrastruktur khusus untuk sektor pelancongan. Selain itu, kenaan caj dan lesen hotel bukanlah sesuatu peruntukan baharu yang akan dikenakan kepada pengusaha hotel. Sebaliknya pengusaha hotel sedia ada sememangnya telah dikenakan caj lesen mengikut enakmen sedia ada. Penting untuk saya nyatakan di sini tentang proses menetapkan kadar caj yang akan dimasukkan di dalam Peraturan Hotel Perak.
Selepas Rang Undang-Undang Hotel ini diluluskan, perincian mengenai caj fi kadar lesen dan ketetapan syarat kelulusan lesen akan diperhalusi semasa sesi libat urus yang komprehensif dijalankan bersama para pemegang taruh dan pemain industri. Ini memang banyak kali disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya harap dengan penjelasan ini dapat mengurangkan kerisauan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa memang akan ada sesi libat urus yang komprehensif sebelum kita menetapkan syarat-syarat dan juga caj dan sebagainya. Kadar pengenaan caj yang munasabah seterusnya akan dicadangkan untuk pertimbangan dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk digunapakai dalam Peraturan Hotel Perak. Jadi, selepas sesi libat urus, perbincangan dan sebagainya, syor-syor tu akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk kita membuat keputusan daripada situ.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya saya ingin menjelaskan persoalan yang dibangkitkan oleh YB Gunong Semanggol berkenaan isu pelesenan homestay. Untuk makluman YB, hanya satu lesen sahaja yang perlu dimohon oleh pengusaha untuk pengoperasian premis mereka. Prosedur pelesenan adalah seperti mana di Bahagian 2, RUU Hotel Perak 2023. Tadi masa saya sentuh tentang isu Homestay MOTAC saya dah maklumkan di bawah untuk sesiapa yang ingin menyertai program Homestay MOTAC ini sebenarnya dia tidak dikenakan lesen dan selepas adanya RUU Hotel Perak ini memang mana-mana pengusaha penginapan, dia hanya perlu memohon satu lesen akan diseragamkan di bawah hal ini. Jadi, tidak timbul isu di mana untuk mengoperasi satu premis penginapan, banyak lesen atau pelbagai lesen yang perlu dimohon.
Sementara itu, persoalan tentang tempoh lesen sementara yang dibenarkan sehingga 36 bulan adalah bertujuan untuk memberi ruang yang mencukupi kepada pemohon lesen melengkapkan semua syarat kelulusan yang ditetapkan oleh jabatan teknikal. Saya perhatikan semalam ada yang berpendapat, berpendapat bahawa tempoh untuk lesen tempoh lesen sementara tu dibenarkan 36 bulan terlalu panjang. Cuma ini sebenarnya pertimbangan Kerajaan Negeri bahawa apabila syarat-syarat keselamatan, kebersihan, syarat-syarat yang lain ditetapkan, barangkali ada pengusaha sedia ada yang tidak dapat memenuhi syarat itu dengan serta-merta. Jadi, kita tetapkan maksimum 36 bulan untuk memberi ruang yang secukupnya bahawa mereka boleh mengemukakan apa permohonan, tukar syarat yang berkaitan kalau mana yang berada di tempat yang berisiko tinggi, perlu ada tindakan yang susulan ada masa yang cukup untuk mereka ambil tindakan sebab kita tak nak berlaku keluarnya peraturan, keluarnya syarat-syarat dibawa RUU Hotel ni dalam masa yang terlalu singkat. Mereka perlu adakan lesen, perlu mematuhi semua syarat dan menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk didaftarkan, dilesenkan di bawah RUU Hotel.
Dato' Yang di-Pertua, isu ketiga. Isu kawalselia keselamatan dan pengawasan. YB Simpang Pulai mengutarakan soal kepentingan mengawalselia tempat pemalaman kerana memberi kesan langsung kepada industri pelancongan Negeri Perak. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, hal ini selari dengan fokus Kerajaan Negeri yang bertumpu kepada faktor keselamatan para pengunjung semasa merangka RUU Hotel ini. Malah, usaha menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara juga memerlukan jaminan kawal selia keselamatan dan pengawasan tempat penginapan dititikberatkan. Oleh yang demikian, RUU Hotel Perak 2023 dirangka untuk melindungi pengunjung dan para pengusaha. Penggubalan RUU ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pengawasan di tempat-tempat penginapan bagi meningkatkan kesejahteraan pengunjung ke Negeri Perak.
Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh industri pelancongan turut disahut oleh PBT apabila pemerkasaan Unit Pelancongan PBT diwujudkan menerusi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bilangan 1993 bertarikh 3 Jun 2020 yang menetapkan "sebuah Unit Pelancongan diwujudkan di setiap PBT untuk menyelaras dan menguruskan sektor pelancongan daerah masing-masing". Menerusi RUU ini, aspek pengawal-seliaan dan penguatkuasaan juga akan dapat dilaksanakan mengikut perundangan yang telah ditetapkan. Sebelum ini, ada ditimbulkan persoalan juga tentang sama ada PBT bersiap sedia, ada kemampuan dari segi penguatkuasaan, tenaga dan sebagainya untuk laksanakan RUU Hotel ini. Memang betul, itu antara cabaran yang dihadapi oleh PBT-PBT yang ada di Negeri Perak. Banyak tanggungjawab lama dan baru yang terpaksa PBT memikul dan dengan adanya RUU Hotel ini, sememangnya akan menambah lagi tanggungjawab dan juga beban tugas mereka tetapi atas rasional kita nak bantu pengusaha, kita nak menjamin kepentingan pengunjung, PBT-PBT memang kita akan siap sedia untuk memastikan pelaksanaan RUU ni dapat dijalan dengan baik di semua daerah. Sebelum ni saya pernah turun ke daerah-daerah di mana ada daerah yang hanya terdapat 2 orang anggota penguatkuasa untuk melaksanakan semua tugas yang berkaitan di dalam daerah tersebut. Jadi saya juga harap kita semua boleh memahami kekangan yang dihadapi oleh PBT-PBT dan jangan kita fikir apabila di bawah RUU ni dikenakan caj oleh Pihak Berkuasa, kita fikir sebab PBT atau Kerajaan Negeri nak jadi kaya raya. Bukan itu sebenarnya. Memang sangat banyak kekangan dan cabaran yang dihadapi. Apa pun, Kerajaan Tempatan ada sedia commit untuk kita memastikan pelaksanaan ini dapat dijalankan dengan baik.
Sebagai pencerahan jawapan saya kepada persoalan YB Keranji, di sini saya ingin menekankan tujuan asal RUU ini digubal bukan untuk menguatkuasakan atau mengambil tindakan perundangan ke atas pengusaha-pengusaha yang tidak berdaftar. Sebaliknya, RUU ini diharapkan untuk menyediakan seluas-luas ruang kepada semua pengusaha agar berjaya mendapat lesen dan diiktiraf oleh PBT. Walau bagaimanapun, fasa penguatkuasaan hanya akan dilaksanakan setelah pelbagai usaha kampen kesedaran, pendidikan tentang manfaat melesen premis dan pendekatan berhemah lain telah diambil kepada pengusaha-pengusaha. Ini juga salah satu kegusaran Ahli-ahli Yang Berhormat dan mungkin wujud juga di kalangan pengusaha dan Kerajaan Negeri sekali lagi memberi jaminan. Bukan tujuan kita nak wujudkan RUU ni dan keesokannya kita ambil tindakan untuk tutup semua kedai dan premis yang berkenaan. Kita memang akan merancang sebaiknya dengan peraturan yang ada, info sampai kepada pengusaha, diberi tempoh untuk mereka ambil tindakan untuk kemukakan permohonan dan selepas segala usaha yang ada masih tak dapat dipenuhi, masih tak dapat kerjasama, barulah kerajaan akan ambil tindakan ke fasa seterusnya iaitu untuk penguatkuasaan. Ini untuk memastikan keseragaman dalam pelaksanaan RUU ini.
YB Exco, dah hampir 1 jam. Berapa lama lagi?
Satu lagi isu yang terakhir.
Lebih kurang berapa minit lagi?
10 minit. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Janji nak jawab soalan saya tadi. Yang status tanah tu.
Oh ok. Dia boleh dirangkumi dalam untuk penguatkuasa. Maknanya kita akan ada syarat-syarat yang ada dan diberi tempoh untuk melaksanakan. Jadi mana-mana pihak kalau menghadapi masalah, kita akan case by case untuk lihat apa isu yang ada, bagaimana, apa keutamaan syarat yang perlu dipatuhi, apa yang mungkin difikirkan sebagai sekunder yang kita boleh memberi kelonggaran. Jadi sebab peraturan ini, dia akan ditetapkan dalam fasa yang seterusnya. Jadi buat masa ini juga saya tak dapat nak beri satu jawapan 100% sebab peraturan bukan saya tetapkan seorang sendiri. Dia melibatkan sesi libat urus tapi pandangan daripada Selama, kami akan ambil kira semasa sesi yang seterusnya.
Sebab pengalaman kes-kes yang lain, kalau tak tukar status tanah, tak boleh untuk dapat lesen.
Baik, terima kasih. Saya teruskan. Dato' Yang di-Pertua, isu yang keempat. Iaitu isu terakhir. Isu Prosedur dan Perundangan. Pada masa kini, tiada sumber perundangan kerajaan yang lengkap untuk mengawalselia syarat pelesenan dari segi perundangan, keselamatan dan kebersihan yang mampu memelihara kepentingan pihak pengunjung dan pemunya homestay. Hakikatnya, semua homestay perlu dikawalselia bagi memastikan status keselamatan dapat disemak melalui permohonan lesen premis perniagaan. Sebaliknya jika homestay tidak berdaftar pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti penipuan, sindiket yang menyamar sebagai pelanggan dan menyewakannya kepada pelanggan lain, pemalsuan pengiklanan atau urusan atas talian, kecurian barang dalam rumah dan kerosakan alat keselamatan yang membahayakan pengunjung boleh berlaku dan tindakan penguatkuasaan tidak dapat diuruskan oleh pihak berwajib.
Berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh YB Buntong berhubung pembatalan lesen hotel, kuasa untuk membatalkan lesen boleh dijalankan menurut kedua-dua Fasal 13 dan 17 RUU. Fasal 13 RUU adalah peruntukan khusus yang memperuntukkan berkenaan penggantungan dan pembatalan lesen sahaja. Manakala Fasal 17(1) RUU pula adalah kuasa penguatkuasaan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Melesen untuk menutup hotel berlesen bagi apa-apa tempoh yang ditentukan, selepas memberi pemegang lesen peluang untuk didengar jika pihak berkuasa berlesen berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran syarat atau sekatan lesen atau pelanggaran mana-mana peruntukan dalam enakmen atau penutupan adalah perlu bagi kepentingan awam, ketenteraman awam atau kesihatan awam. Selanjutnya Fasal 17(7) RUU Hotel 2023 memperuntukkan bahawa jika sehingga akhir tempoh penutupan, pemegang lesen masih gagal mematuhi mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau mana-mana peruntukan enakmen, maka lesennya hendaklah dibatalkan.
Berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh YB Manjoi, YB Pasir Panjang dan YB Selinsing berhubung elemen pelancongan Islam. RUU ini tidak memperuntukkan ketetapan bagi konsep-konsep penginapan hotel tertentu. Konsep-konsep ini boleh ditentukan oleh pihak penguasa hotel sendiri. Memang kerajaan sentiasa alu-alukan lebih banyak jenis konsep-konsep penginapan dan pelancongan untuk kita menggalakkan lebih ramai pelancong yang mempunyai citarasa dan minat yang berlainan. Cuma RUU ni hanya berkaitan kawalselia tentang premis penginapan. Jadi konsep-konsep pengusaha tu tidak termasuk di dalam ni dan memang kita galakkan kalau ada usaha untuk dalam pemasaran, dalam wujudkan konsep-konsep yang berlainan termasuk konsep pelancongan Islam untuk kita menjadikan sektor pelancongan di Negeri Perak ni lebih diverse. Walaubagaimanapun, larangan aktiviti yang dinyatakan seperti mabuk dan pelacuran sememangnya aktiviti yang dikawal di bawah perundangan sedia ada oleh pihak-pihak berkuasa lain yang berkenaan dan ianya bukan tertakluk di bawah RUU Hotel Perak 2023.
Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil perhatian dan ingin merekodkan cadangan-cadangan yang telah disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk diambil kira dalam merangka peraturan Hotel Perak selepas ini. Yang Berhormat Gunong Semanggol, Yang Berhormat Sungai Manik dan Menglembu dan Pasir Pinji mencadangkan urusan syarat pelesenan dipermudahkan supaya tidak membebankan pengusaha homestay.
Teja maaf satu lagi.
Dah tak ada masa.
Satu. Satu lagi. Bukan kita pertikai yang mabuk semua tu. Cumanya kenapa ia dikeluarkan daripada yang lama yang lama ada, Enakmen Hotel yang lama yang Perak punya ada yang menyebut tentang Rumah Tumpangan Perkara 13 ada sebut larangan aktiviti pelacuran, mabuk, game dan lain-lain dalam RUU Hotel yang sebelum ni. Kenapa ia dikeluarkan dan tidak dikekalkan sahaja? Itu sahaja.
RUU Hotel ni kita fokus untuk seperti saya sebut tadi kita mengawaselia premis untuk syarat-syarat dan sebagainya. Jadi..
Satu soalan Teja boleh?
Maaf saya dah tak ada masa. Semalam semua dah berpeluang untuk ambil bahagian kan? Sebab nanti kalau Timbalan Speaker tak bagi saya tak dapat nak habiskan semua.
Ok, Chandan sila duduk. Bagi dia habis dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Bagi Teja gulung dahulu.
Sebab itu kami minta tangguh untuk bincang.
Baik saya teruskan. Jadi memang sebab ada perundangan sedia untuk mengawal aktiviti yang disebut. RUU Hotel ini kita fokus untuk berkenaan pelesenan premis. YB Chenderiang dan YB Changkat Jering mencadangkan fi dan denda ditetapkan pada kadar mesra rakyat secara bersasar mengikut lokasi premis. YB Buntong mencadangkan kawal selia RUU Hotel ini akan mengambil kira faktor kelestarian alam sekitar dan mengelak pencemaran alam dari aktiviti pelancongan. Jadi, akhirnya, sebagai rumusan penggulungan, saya ingin mengulangi pendirian kerajaan bahawa penggubalan RUU Hotel Perak 2023 yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini perlu dilaksanakan setelah mengambil kira manfaat-manfaat berikut.
Pertama, RUU Hotel Perak menyediakan kaedah kawalan melalui pelesenan yang penting untuk dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hotel dan tempat bermalam di seluruh negeri Perak. Penyeragaman syarat lesen dijangka akan dapat mengawal isu keselamatan, kebersihan dan kacau ganggu yang menjadi pertimbangan dan kerisauan para pengunjung dalam pemilihan destinasi pelancongan. Kedua, keseragaman kualiti hotel di Perak akan menjadi tarikan pelancong untuk terus datang kerana menyediakan destinasi selamat atau safe tourism dengan izin secara menyeluruh dari utara hingga selatan negeri Perak.
Ketiga, ketetapan peruntukan dalam enakmen ini akan banyak membantu Kerajaan Negeri menyediakan perancangan yang lebih bersasar kerana data, pelesen dan tempat-tempat operasi pemalaman yang lebih tepat dijangka akan dapat terkumpul selepas ini. Usaha ini selaras dengan salah satu agenda utama Pelan Perak Sejatera 2030 yang menekankan tentang pembuatan keputusan berpacukan data dan keempat, meningkatkan ekonomi rakyat tempatan, penggiat industri dan peniaga-peniaga kecil yang menerima impak langsung daripada pengurusan industri pelancongan yang lebih seragam dan selamat hasil daripada takbir urus yang berkesan melalui RUU ini.
Dato’ Yang di-Pertua di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang lalu, iaitu Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang telah memulakan usaha dan gerak kerja bagi penggubalan RUU Hotel ini. Sememangnya RUU Hotel Perak 2023 ini satu RUU yang sungguh istimewa. Ianya mula dicadangkan, mula gerak kerjanya oleh ahli-ahli di sebelah sana dan selepas PRU diteliti semula oleh Kerajaan Perpaduan dirasakan memang penting dan perlu diteruskan dan akhirnya pada harini dibentang dan dibahas untuk mendapat kelulusan Dewan Negeri Yang Mulia. Jadi saya rasa memang sememangnya masing-masing kita rasa ada keperluan untuk adanya perundangan ini untuk bantu semua sektor yang berkaitan khususnya dalam usaha pemulihan ekonomi dalam pasca pandemik covid. Dato' Yang di-Pertua, dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Teja, YB Exco. Sikit. Saya nak mengambil pandangan daripada rakan saya, sahabat saya daripada Selama dalam enakmen yang dah lama kita tak gubal 1927 tu enakmen yang dulu rumah tumpangan dikatakan lapuk itu dalam walaupun dah lama dalam enakmen tersebut nyatakan dalam Perkara 13 ada sebut larangan aktiviti pelacuran dan mabuk dimasukkan dalam Enakmen yang dulu iaitu 1927 tapi yang sekarang ni RUU baru ni yang hotel kita nak bahaskan ni kenapa tidak dimasukkan? Itu yang kita persoalkan sepatutnya dimasukkan dulu boleh masuk. Sekarang ni dikeluarkan tentang larangan aktiviti pelacuran mabuk kalau boleh nak masuk dalam ni. Biar jelas biar jelas dan nampak kita mementingkan perkara ni iaitu perkara yang dipersoalkan.
Baik terima kasih Manjoi. saya kira mungkin pada waktu enakmen diadakan pada tahun 1927, masih kurang sumber perundangan lain yang mengawaselia aktiviti-aktiviti yang dikata. Tapi pada hari ini, memang banyak perundangan yang telah mengendali isu-isu aktiviti yang disebut. Banyak juga agensi, contohnya Polis Diraja Malaysia, Imigresen, pihak Jabatan Agama dan sebagainya. Ada punca kuasa untuk mengawal selia tindak aktiviti yang disebut. Jadi, RUU Hotel memang kita fokus untuk dalam pelesenan bagi premis itu dan kita serah kepada agensi berkenaan dan juga perundangan sedia ada yang lain untuk kawal selia.
Baik, saya teruskan ayat-ayat terakhir. Dato' Yang di-Petua, sebelum ini dalam pembentangan Bajet 2023, kita menyaksikan suatu kejadian yang mungkin sedikit luar biasa iaitu Bajet 2023 bagi negeri Perak yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah diluluskan sebulat suara bukan sahaja oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah kerajaan malah daripada pembangkang.
Ini memang bukan sesuatu yang biasa dan saya yakin sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang bukan sahaja atas pertimbangan kerana Yang Amat Berhormat menyediakan peruntukan kepada Adun-Adun pembangkang tetapi saya percaya Adun pembangkang juga setuju jika ada dasar-dasar yang baik, ada polisi-polisi yang baik yang diadakan oleh pihak Kerajaan Negeri wajib dan patut kita sama-sama beri sokongan dan saya rasa dengan dinamik politik dalam beberapa tahun ini saya sentiasa beri satu peringatan kepada diri saya sendiri bahawa politik ini memang dinamik itu sangat berubah memang hari-hari tetapi yang penting kita harus konsisten. Kita harus menjaga hak dan kepentingan rakyat dan masa depan negeri lebih daripada kita nak jaga kepentingan parti dan individu. Itu sesuatu yang saya harap dalam politik yang norma politik yang baru ni kita boleh sama-sama ada sikap keterbukaan dan sama-sama kita sudi kerjasama untuk buat apa yang baik untuk negeri Perak.
Jadi memang jadi harapan saya untuk kita boleh sama-sama jayakan Rang Undang Undang Hotel Perak 2023 ni untuk kita menjaga hak pengunjung, hak rakyat, pengusaha dan juga sektor pelancongan dan ekonomi negeri Perak. Dato' Yang di-Petua, akhir sekali izinkan saya untuk mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini dengan 2 rangkap pantun.
Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat".
Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja, Mari kita bersatu hati, Demi rakyat hidup bahagia.
Sekian saja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Teja, satu penggulungan yang cukup tenang dan baik dan komprehensif saya kira. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, telah dibaca bagi kali yang kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput untuk mengundi.
Perintah Tetap.
Ya. Kubu Gajah, ya.
Lima puluh empat. Belah bahagi.
4, ya?
50 (4)? Ya. Belah Bahagi.
Boleh saya lihat yang menyokong berdiri di tempat. Di tempat sendiri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat daripada Selama, daripada Kubu Gajah. Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kubu Gajah menggunakan perintah Standing Order 50(4) memohon undian belah bahagi dan mengikut Standing Order 50(4) sekiranya terdapat lebih 10 atau pun lebih daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri di tempat masing-masing dan menyokong permohonan ini, maka undi belah bahagi adalah dipohon untuk meluluskan bacaan bagi kali kedua enakmen yang berkenaan. Sekarang beri sedikit masa Setiausaha Dewan. Ok. Apa yang akan kita lakukan ialah mengikut Standing Order 51(3) melalui undi belah bahagi ini, Setiausaha Dewan sekejap.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita ada kertas undian di tangan saya yang seperti ini ya mengikut undang-undang Standing Order 51, apa yang saya akan buat rulling iaitu Setiausaha Dewan akan pergi kepada setiap blok dan setiap ahli akan berdiri dan menyatakan sokongannya ini mengikut Standing Order 51 dan akan ditanya kecenderungan atau pilihan Ahli-ahli Yang Berhormat seorang demi seorang daripada satu blok ke satu blok. Kemudian sama ada setuju untuk meluluskan enakmen yang berkenaan atau tidak setuju atau pun berkecuali. Ada 3 pilihan ya, setuju, tidak setuju atau pun berkecuali. Clear ya, jelas ya. Kalau setuju, setuju untuk enakmen ini diluluskan bagi bacaan kali kedua, kalau tidak setuju makna tidak setuju untuk enakmen ini diluluskan untuk bacaan kali kedua dan kalau tidak ada ni berkecuali kena sebut dan Setiausaha Dewan akan tanda di dalam kertas yang dibawa ini dan kemudian kita akan umumkan keputusannya. Ahli tanda sendiri. Kita minta ahli Setiausaha Dewan cadangkan supaya diserahkan kertas ini kepada ahli dan ahli tanda sendiri supaya tidak ada pertikaian nanti tapi Setiausaha Dewan akan pergi dari blok ke blok bermula daripada blok kerajaan ya. Person by person. Ok, terima kasih.
[SESI PENGUNDIAN BELAH BAHAGI SEDANG DIJALANKAN]
Maaf Dato' Yang di-Pertua, undi tak boleh rahsia ke? Orang boleh tengok undi siapa-siapa.
Ini undi belah bahagi, undi belah bahagi ni kita tak minta undi rahsia. Ini rulling saya ialah kita minta undi seorang-seorang berikan kenyataan dia. Saya ikut Standing Order 51.
Kalau Dato' Speaker rulling undi rahsia?
Kita dah start buat undi, bagi saya.
Biar adil, mari daripada hati masing masing.
Tak apa. Saya ingat…
Kita perpaduan semua.
Kita boleh buat. Saya buat keputusan saya buat rulling dia undi macam mana yang telah saya nyatakan tadi.
Terima kasih Dato' Speaker.
Selama mahu sokongan
Mungkin mungkin sebab nak mari datang daripada hati.
Selama pilih berkecuali, Selama.
Kinta satu undi. Kinta satu undi.
Hulu Kinta berkecuali ya, Hulu Kinta. Jiran saya Hulu Kinta berkecuali.
Ada ke Hulu Kinta? Ada, ada, ada.
Blok pembangkang kalau benda tu betul apa salahnya mengundi.
Nanti Hulu Kinta bangun Selama pula lari. Hulu Kinta tak datang hari ini.
Ada, ada. Jangan kacau jangan kacau.
Hulu Kinta orang kuat PMX. Tak mau kacau.
Banyak peruntukan masuk.
Dato' Speaker boleh ada wakil pergi tengok tak untuk kiraan undi.
Ya, manakala telah ada permohonan macam ini boleh lantik seorang wakil daripada pembangkang, seorang wakil daripada kerajaan. Siapa wakil daripada pembangkang?
Setuju Selama.
Selama lah. Kami lantik Selama lah.
Wakil dari kerajaan?
Hulu Kinta, Hulu Kinta. Tak pun Bercham.
Hulu Kinta, Hulu Kinta.
Hulu Kinta dan Selama.
Hulu Kinta ada. Hulu Kinta sudah bangun.
Wakil dari pembangkang Selama.
Hulu Kinta banyak homestay dekat Hulu Kinta.
Sila datang ke depan berdiri di depan.
Hulu Kinta dan Selama, Selama pergi.
Wakil…wakil pihak Perikatan Nasional menghantar Selama.
Gandingan mantap.
Salam salam dulu.
Sehati Sejiwa.
Hulu Kinta pencabar. Hulu Kinta senyum je. Minta Hulu Kinta duduk sampai habis tau petang ni. Jangan keluar.
[SESI PENGUNDIAN BELAH BAHAGI SELESAI DIJALANKAN]
Ok, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Yang wakil daripada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Adun YB daripada Hulu Kinta dan juga YB daripada Selama saya ucapkan jutaan terima kasih kerana hadir untuk melihat proses pengiraan undi. Saya suka nak mengumumkan bahawa jumlah undi Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengundi untuk bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Hotel ini ialah seramai 57 orang 57 Ahli-ahli Yang Berhormat. 2 Ahli Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan. 1 daripada Kepayang dan 1 daripada Titi Serong tiada dalam
Dewan. Jadi kita ada 57 yang mengundi dalam Dewan. Saya suka nak mengumumkan bahawa yang menyokong bersetuju, setuju seramai 32 Ahli Yang Berhormat dan yang mengundi tidak setuju 25 Adun. Oleh itu lebih yang bersetuju, maka usul itu dipersetujui. Terima kasih. Setiausaha.
Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah selesai dibaca bagi kali yang kedua.
Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya diserahkan kepada Jawatankuasa Seisi Dewan untuk menimbangkan rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.
Ada sokongan.
Dato' Yang di-Pertua. Simpang Pulai menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke fasal.
Fasal 1 dan Fasal 2.
Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada, dipersilakan. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (Dewan bersetuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih besar setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 3 hingga Fasal 14.
Masalahnya bahawa Fasal 3 hingga Fasal 14 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (Dewan bersetuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 15 hingga Fasal 22.
Masalahnya bahawa Fasal 15 hingga Fasal 22 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (Dewan bersetuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak.
Fasal 23 hingga Fasal 32.
Masalahnya bahawa Fasal 23 hingga Fasal 32 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (Dewan bersetuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Tuan pengerusi. Saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan pada Dewan dengan serta-merta.
Terima kasih Yang Berhormat Teja. Ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (Dewan bersetuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel Di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah pun dipertimbangkan dari sefasal ke sefasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya minta izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.
Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (Dewan bersetuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Sila Setiausaha.
Satu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perlesenan dan pengawalan hotel di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah selesai dibaca bagi kali ketiga dan telah diluluskan.
Perkara yang kelima, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas Pindaan 2023.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan rang undang-undang yang bernama Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 dibaca bagi kali yang pertama.
Sila Yang Berhormat Lintang.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005.
Bila bacaan kali kedua?
Dalam mesyuarat ini juga, Dato' Yang di-Pertua.
Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan pemberitahuan bacaan kali kedua, sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57 (1). Seterusnya, dipersilahkan Yang Berhormat Exco dari Lintang.
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengusulkan bahawa rang ndang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 sekarang dibacakan kali kedua.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Tebing Tinggi menyokong.
Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Lintang bagi membentangkan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat tengahari. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. (Bacaan doa).
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Yang Behormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon izin memulakan perbentangan ini dengan membaca petikan ayat Al Quran, ayat 79 hingga 80 dari surah Al Ghafir. Firman Allah SWT (Bacaan Ayat Al-Quran) yang bermaksud, "Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu, sebahagian di antaranya untuk kamu menumbangnya. Dan sebahagian lagi untuk kamu makan. Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternakan itu. Dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu, dan di atas binatang-binatang ternak itu serta di atas kapal-kapal kamu diangkut:.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Perkara 74 dibaca bersama butiran 4, senarai bersama dan butiran 9, Senarai Negeri. Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang berhubung perkara perladangan unggas dan perwujudan kesalahan bagi perkara tersebut. Selaras dengan punca kuasa di atas, Badan Perundangan Negeri Perak telah mengubal Enakmen Perladangan Unggas 2005, Enakmen 2, yang selepas ini disebut sebagai Enakmen Ibu.
Perladangan Unggas khususnya ayam berdaging dan penerora serta itik merupakan industri penternakan yang penting di negeri Perak. Negeri Perak juga merupakan antara negeri pengeluar daging ayam, telur dan itik yang utama di Malaysia. Industri ini telah memberikan banyak faedah kepada ekonomi negeri dan negara serta menyumbang kepada sumber keperluan protein rakyat, khususnya dalam bekalan daging dan telur ayam. Rakyat khususnya dalam bekalan daging dan telur ayam. Mengikut perangkaan ternakan, negeri Perak penyumbang 18% daripada pengeluar ayam negara dengan jumlah sebanyak 146 juta ekor ayam setahun. Manakala ternakan itik menyumbang sebanyak 76% daripada pengeluaran itik dengan jumlah 7 juta ekor itik. Berdasarkan data banci tahun 2022, pengeluar daging ayam di negeri Perak adalah sebanyak 277 ribu tan metrik. Manakala kadar sara diri atau self sufficient rate dengan izin, SSR bagi bekalan daging ayam negeri Perak adalah pada tahap 227% dan komuniti ini telah mula memasuki pasaran eksport. Pengeluaran telur ayam dan itik di negeri Perak pula adalah sebanyak 2 bilion biji telur dengan kadar sara diri sebanyak 220%. Pengeluaran daging itik di negeri Perak pula adalah sebanyak 52 ribu tan metrik. Justeru, pasaran pengeluaran unggas perlu dikekalkan dengan kawalan yang baik supaya bekalan ayam sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dalam pasaran. Ini membuktikan bahawa perladangan unggas memainkan peranan yang amat penting dalam memenuhi keperluan rakyat negeri Perak sebagai sumber makanan asas.
Enakmen Perladangan Unggas 2005 serta Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas, Lesen 2010 telah memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak untuk mengawal dan menstruktur penternakan yang dijalankan supaya menepati amalan perladangan yang baik, mesra alam dan mesra awam serta mencegah penularan wabak penyakit selaras dengan dasar kerajaan negeri dan persekutuan dalam keterjaminan bekalan makanan negara ini dengan izin food security. Penguatkuasaan syarat perlesenan ladang unggas telah bermula pada tahun 2011 kepada pengusaha perladangan unggas di negeri Perak yang menternak unggas dengan kapasiti minimal sebanyak 500 ekor. Semua pengusaha perladangan unggas yang berlesen perlu mematuhi syarat-syarat lesen di bawah Enakmen Perladangan Unggas 2005 serta Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas Lesen 2010.
Kerajaan Negeri juga mengambil serius berkaitan isu aduan pencemaran dan kacau ganggu awam yang disebabkan oleh perladangan unggas. Masalah kacau ganggu lalat seringkali dikaitkan dengan aktiviti penternakan unggas, terutamanya penternakan ayam pedaging yang dipelihara secara konvensional iaitu secara reban terbuka. Ladang ternakan unggas yang beroperasi dengan sistem pengurusan yang lemah serta kawalan lalat yang tidak efektif dan pengurusan tinja yang tidak sistematik menyumbang kepada masalah kacau ganggu lalat di negeri ini.
Dato' Yang di-Pertua, berdasarkan rekod statistik kompaun kesalahan di bawah Enakmen Perladangan Unggas 2005 dari tahun 2012 sehingga tahun 2022, sebanyak 235 kompaun dengan nilai RM288,190 telah dikeluarkan kepada ladang unggas yang telah melakukan kesalahan. Kompaun berkaitan ke Seksyen 17, iaitu kesalahan membenarkan pembiakan lalat, serangga atau makhluk perosak mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak 90 kompaun dengan nilai RM173,490. Penambahbaikan dari masa ke semasa berkaitan kawal selia perladangan unggas di negeri ini perlu sentiasa dikemaskini seiring dengan kehendak semasa industri perladangan unggas yang semakin berkembang bagi memastikan keterjaminan makanan dan kesejahteraan awam di negeri Perak Darul Ridzuan khususnya dan di negara Malaysia amnya. Usaha ini juga dibuat selaras dengan aspirasi dasar Perak Sejahtera 2030 yang melibatkan Pelan Dasar Sekuriti Makanan yang merupakan satu inisiatif penting dalam memastikan keterjaminan makanan di negara kita. Isu keselamatan negara dari segi makanan adalah suatu yang perlu diberi perhatian serius. Negeri Perak berpotensi besar untuk menjadi peneraju dalam sektor pengeluaran makanan dengan mengurangkan pergantungan kepada import makanan. Ini bertujuan memastikan negara bersedia menghadapi krisis sekuriti makanan. Sehubungan itu, Rang Undang-Undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang dibentangkan pada hari ini bertujuan untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005, Enakmen 2, bagi menambah baik peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Enakmen ibu berhubung kawal selia perladangan unggas di negeri ini.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dicadangkan ini, keseluruhannya mengandungi 26 fasal yang terdiri daripada penambahbaikan 21 peruntukan sedia ada, pengwujudan 2 peruntukan baharu dan pemotongan 1 peruntukan sedia ada yang terkandung dalam Enakmen ibu serta 2 peruntukan permulaan kuatkuasa dan peralihan rang undang-undang yang dicadangkan adalah seperti berikut.
Fasal 1, memperuntukkan perkara berhubung tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.
Fasal yang kedua bertujuan untuk meminda beberapa tafsiran tertentu yang sedia ada dan memperkenalkan tafsiran baharu ke dalam Seksyen 2 Enakmen ibu.
Fasal yang ketiga, bertujuan untuk meminda Seksyen 4, Enakmen ibu untuk menstruktur semula ayat sedia ada bagi tujuan pemahaman yang lebih jelas.
Fasal yang keempat, bertujuan untuk memasukkan bahagian baru 2A ke dalam Enakmen ibu yang memperuntukkan perkara berhubung pematuhan kepada standard amalan perladangan unggas. Antaranya mematuhi kriteria reban tertutup, pelepasan sifar, zon penampan dan standard amalan perladangan yang akan ditetapkan di bawah peraturan-peraturan. Ini merupakan antara langkah-langkah ke arah memodenkan bidang penternakan unggas sekaligus mengurangkan isu-isu pencemaran dan kacau ganggu awam. Penggunaan reban tertutup dalam penternakan ayam ini juga terbukti dapat memaksimumkan kapasiti reban, mempercepatkan kadar pertukaran makanan atau FCR efficiency dengan izin, mengurangkan kadar kematian dan seterusnya mengoptimumkan produktiviti setiap ladang unggas. Kerajaan Negeri juga telah menetapkan Tempoh Muktamad Penguatkuasaan ataupun TMP, penggunaan sistem reban tertutup sepenuhnya bagi perladangan unggas ialah pada Disember 2025 dan akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026.
Selain itu, syarat pelepasan sifar, zero discharge juga merupakan kriteria yang telah ditambah bagi mengatasi isu pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti perladangan unggas.
Fasal yang kelima, bertujuan untuk meminda Seksyen 6, Enakmen ibu, bagi memasukkan keperluan syarat zon penampan ladang unggas ataupun buffer zone dengan izin. Semasa permohonan lesen, yang jaraknya akan ditetapkan di bawah peraturan-peraturan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Syarat zon penampan ini adalah bagi tujuan kawalan penyakit serta mengurangkan risiko kacau ganggu kepada penduduk sekitar ladang unggas.
Fasal yang keenam, bertujuan untuk meminda Seksyen 8, Enakmen ibu untuk menaikkan penalti bagi kesalahan mengusahakan atau menjalankan perladangan unggas tanpa lesen di bawah Seksyen ini daripada denda tidak melebihi RM10,000 kepada tidak melebihi RM50,000 untuk memberi kesedaran dan bagi memastikan kesalahan yang sama tidak berulang.
Dato’ Yang di-Pertua, Fasal yang ketujuh, bertujuan untuk meminda Seksyen Sembilan, Enakmen ibu untuk memberi kuasa kepada menaikkan tempoh sah laku lesen daripada maksimum 12 bulan kepada maksimum 36 bulan yang akan ditentukan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan memasukkan Subseksyen 3 bagi subsyeksen baru yang memperuntukkan bahawa jumlah fi yang dibayar tidak akan dikembalikan kepada pemegang lesen jika lesen dibatalkan atau pemegang lesen memberhentikan operasi perladangan sebelum tamat tempoh lesen.
Fasal yang kelapan, bertujuan untuk meminda Seksyen 10, Enakmen ibu untuk menaikkan penalti di bawah Seksyen ini bagi kesalahan pelanggaran syarat lesen dengan menaikkan denda daripada RM5,000 kepada RM20,000 dan menaikkan hukuman penjara daripada tidak melebihi 6 bulan kepada tidak melebihi 1 tahun. Fasal yang kelapan ini turut menaikkan denda bagi kesalahan yang berterusan daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Fasal 9, bertujuan untuk meminda Subseksyen 11(3), Enakmen ibu untuk menaikkan penalti di bawah Seksyen ini bagi kesalahan tidak mempamerkan atau mengemukakan lesen dengan menaikkan denda daripada tidak melebihi RM1,000 kepada tidak melebihi RM5,000.
Fasal yang ke-10, bertujuan untuk meminda Subseksyen 12(1) Enakmen ibu bagi mempeluas kuasa Pengarah Perkhidmatan Veterinar untuk menggantung lesen perladangan unggas.
Fasal yang ke-11, bertujuan untuk meminda Seksyen 13, Enakmen ibu untuk menaikkan penalti yang perlu dibayar oleh pemegang lesen di bawah Seksyen ini bagi permohonan lesen yang dikemukakan dalam tempoh kurang daripada 3 bulan sebelum tamat tempoh lesen dengan menaikkan penalti daripada RM100 kepada RM2,000 sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Perlesen. Fasal ini juga bertujuan menggantikan Subseksyen 13(4) Enakmen ibu kepada Subseksyen 13(4) dan Subseksyen baharu 13(4A) bagi mengemas kini peruntukan Enakmen ibu.
Fasal yang ke-12, bertujuan untuk meminda Seksyen 15 Enakmen ibu bagi meluaskan skop kesalahan merangkumi tindakan membawa keluar dari ladang unggas, sisa unggas, kumbahan sisa unggas ataupun produk sampingan sisa unggas yang tidak dirawat atau tidak mematuhi standard yang ditetapkan oleh undang-undang dan menaikkan hukuman bagi kesalahan tersebut iaitu denda daripada tidak melebihi RM10,000 kepada tidak melebihi RM50,000 dan penjara daripada tidak melebihi 1 tahun kepada 3 tahun. Tujuan pindaan bagi Seksyen ini adalah untuk memastikan pengusaha perladangan unggas mengawal pelepasan sisa unggas keluar dari ladang secara tidak langsung mengatasi isu pencemaran alam sekitar dan menjamin kesejahteraan awam.
Fasal yang ke-13 bertujuan untuk meminda Subseksyen 16(7), Enakmen ibu bagi memendekkan tempoh masa untuk penutupan ladang di bawah seksyen ini daripada tidak kurang daripada 6 bulan kepada tidak kurang dari 2 bulan.
Fasal yang ke-14, bertujuan untuk meminda Seksyen 17, Enakmen Ibu untuk menaikkan penalti kesalahan membenarkan pembiakan lalat, serangga atau makhluk perosak dengan menaikkan denda daripada tidak melebih RM10,000 kepada tidak melebih RM50,000 dan menaikkan hukuman penjara daripada tidak melebihi 1 tahun kepada tidak melebihi 3 tahun penjara. Kenaikan kadar denda ini merupakan langkah untuk memastikan pengusaha ladang unggas lebih bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan tinja dan kebersihan ladang bagi mengelakkan berlakunya pembiakan lalat. Ianya juga adalah berdasarkan pada statistik 92% aduan berkaitan peladangan unggas adalah melibatkan kacau ganggu lalat. Selain itu, fasal ini juga memperkenalkan tafsiran baharu lalat dan pembiakan lalat bagi maksud seksyen ini.
Fasal yang ke-15 bertujuan untuk meminda subseksyen 21(1) Enakmen Ibu untuk meluaskan pemakaian seksyen tersebut berhubung kuasa pegawai pelesen atau pegawai diberi kuasa untuk memasuki ladang unggas dan menjalankan siasatan kesalahan agar terus merangkumi kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen Ibu.
Fasal yang ke-16 bertujuan untuk meminda subseksyen 22(2) Enakmen Ibu untuk menstruktur semula ayat peruntukan sedia ada bagi pemahaman yang lebih jelas.
Fasal yang ke-17 bertujuan untuk menggantikan seksyen 23 Enakmen Ibu untuk meluaskan kuasa pendakwaraya di dalam memberi izin pendakwaan ke atas semua kesalahan di bawah enakmen atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Fasal yang ke-18 bertujuan untuk menggantikan seksyen 24, Enakmen Ibu bagi mengemas kini peruntukan sedia ada berhubung hal perkara kesalahan boleh disita dan dirampas.
Fasal yang ke-19 bertujuan untuk meminda seksyen 26, Enakmen Ibu untuk menaikkan denda bagi kesalahan am daripada tidak melebihi RM10,000 kepada tidak melebihi RM20,000 dan menaikkan denda bagi kesalahan berulang daripada tidak melebih RM15,000 kepada tidak melebih RM30,000.
Fasal yang ke-20 bertujuan untuk meminda seksyen 27 Enakmen Ibu untuk menaikkan denda bagi kesalahan yang dilakukan oleh Pertubuhan Perbadanan daripada tidak melebihi RM20,000 kepada tidak melebihi RM50,000 bagi kesalahan kali yang pertama dan menaikkan denda daripada tidak melebihi RM50,000 kepada tidak melebihi RM100,000 bagi kesalahan kali kedua atau kesalahan yang seterusnya.
Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 29 Enakmen Ibu bagi mengemas kini peruntukan tersebut berkenaan kuasa Pengarah Perkhidmatan Veterinar untuk mengkompaun kesalahan dengan izin bertulis Pendakwa Raya.
Fasal 22, bertujuan untuk memilih seksyen 30 Enakmen Ibu bagi memasukkan subseksyen baharu 30(2) bagi membolehkan lesen dibatalkan atau lesen tidak diperbaharui oleh kerana pemegang lesen gagal mematuhi undang-undang bertulis yang lain yang berhubung dengan peladangan unggas.
Fasal 23 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu seksyen 31A ke dalam Enakmen Ibu bagi memperuntukkan perkara berhubung pemakaian Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 ke atas Enakmen Ibu.
Fasal 24 bertujuan untuk meminda seksyen 32 Enakmen Ibu untuk memperkemaskan lagi struktur dan maksud seksyen ini.
Fasal 25 bertujuan untuk memotong Seksyen 33 Enakmen Ibu memandangkan secara amnya elemen mens rea adalah perlu dalam pembuktian kesalahan-kesalahan kecuali bagi kesalahan bersifat liabiliti ketat ataupun strict liability. Fasal 26 bertujuan memperuntukan perkara berhubung kecualian dan peralihan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di bawah peruntukan rang undang-undang yang dicadangkan ini, kesimpulannya peruntukan baru dan penambahbaikan peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Enakmen Ibu yang dibuat adalah bertujuan; yang pertama, memperkemaskan kehendak pematuhan standard amalan peladangan unggas oleh pemegang lesen ditetapkan di bawah enakmen ini termasuklah kehendak pematuhan undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan operasi ladang unggas. Yang kedua, mengatasi isu-isu aduan pencemaran dan kacau ganggu awam yang berpunca daripada operasi ladang unggas. Kadar denda semasa yang rendah dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, hendaklah ditambah baik dengan mengenakan hukuman yang lebih tinggi bagi meningkatkan kesedaran dan bagi mengelakkan kesalahan yang sama daripada terus berulang. Ini juga adalah sebagai salah satu inisiatif dalam membentuk dan melahirkan peternak yang bertanggungjawab. Yang ketiga, memastikan kawal selia peladangan unggas di Negeri Perak sentiasa berada berada pada tahap yang baik dan seiring dengan keperluan terkini operasi ladang bagi menjayakan dasar keterjaminan makanan Negara dan juga Negeri. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadang. Terima kasih. Sekian, Wabillahitaufiq Wal Hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Ahli Yang Berhomat Exco dari Lintang atas pembentangan tersebut. Ada sokongan?
Tebing Tinggi menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 telah dibaca kali kedua. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukan bagi sesi perbahasan penyokong Kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 30 minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 15 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 30 minit.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Saya ingin memulakan perbahasan hari ini dengan menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada rakan saya yang berhormat Exco dari Belanja yang mengingatkan saya tentang perbahasan hari ini dan pastinya kepada yang berhormat Exco Lintang yang mengkongsi dengan saya beberapa rumusan daripada libat urus yang telah pun dibuat mengenai pindaan ini yang memberikan pelbagai insight dengan izin kepada masalah ataupun perkara-perkara yang berlaku dalam industri invest ini. Insya Allah dalam perbahasan ini saya akan cuba untuk mengkongsi dan membuat pencerahan serta perkongsian beberapa perkara yang saya fikir ramai atau pun ramai yang tidak ketahui dan saya sendiri pun sebagai sewaktu saya menjadi anggota MMK terpinga-pinga apabila mendengar istilah unggas itu. Istilah ini sebenarnya adalah satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sebarang jenis burung yang jinak atau dijinakkan untuk daging atau telur atau bulunya atau dipelihara sebagai domestic poultry dengan izin. Jadi itu sebenarnya yang disebut ataupun yang diistilahkan sebagai unggas itu.
Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Utusan Malaysia yang kebelakangan ini banyak memaparkan dan juga melaporkan perkembangan terbaru tentang masalah dan juga perkembangan dalam industri unggas ini termasuk berita-berita yang barangkali tidak begitu sedap didengar seperti semalam dalam halaman tujuh dilaporkan kononnya bahawa ayam boleh mencecah harga RM26 seekor yang merupakan kenaikan 30% daripada harga sekarang. Jadi meskipun perkara-perkara ini mungkin perkara yang tidak enak didengar oleh kerajaan, tapi bagi saya ini sangat penting untuk kita memahami masalah dalam perkembangan dalam industri berkenaan dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan bahawa industri ini bukan saja mampan tetapi terus berkembang maju.
Dato' Yang di-Pertua, ada sekurang-kurangnya 2 isu penting yang menekankan betapa industri unggas ini perlu dikawal selia oleh kerajaan. Ia dikatakan sebuah industri yang safe sufficient dengan izin atau mandiri dan membekalkan sekitar 98.4% dari keperluan unggas nasional. Jadi suatu angka yang sangat penting yang besar. Selain itu, nilai industri ini pada 2021 dianggarkan berada pada tahap RM10 billion, satu jumlah yang jelas bukan kecil dan saiz industri ini dianggarkan pada tahun tersebut, pada 1.79 juta metrik tan dan dijangka meningkat kepada 1.97 juta metrik tan dalam tahun 2026. Oleh sebab itu, kita tidak terperanjat apabila telah dibangkitkan perlunya ditubuhkan sebuah Lembaga Unggas Negara bagi mengawal selia industri ini dari dicengkam oleh kartel ayam dan telur, selain memastikan supaya ekosistem industri ini dapat dikawal selia bagi kepentingan awam tetapi sehingga Februari yang lalu, hal ini masih dalam peringkat perbincangan dan ini dinyatakan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kita memahami keperluan-keperluan untuk berbincang dan juga mendapatkan maklum balas mengenai perkara ini dan mungkin kalau saya boleh katakan bahawa tidak semestinya sebuah lembaga ditubuhkan tetapi perlu jika sebuah badan yang bersifat perundingan atau konsultatif itu diwujudkan. Apa yang mungkin memimbangkan setengah pihak ialah bahawa sumber industri mengatakan bahawa industri ini dimiliki oleh ahli-ahli perniagaan di sebuah negara jiran. Jadi jelas bahawa industri yang penting ini juga menjadi suatu bidang pelaburan yang diminati oleh para ahli perniagaan.
Dato' Yang di-Pertua, mungkin paparan yang saya katakan tadi bukan paparan yang benar tetapi segalanya itu berpunca ataupun datang daripada sumber industri. Jadi apa yang penting di sini ialah bahawa ia perlu distabilkan dan antara sebab yang disebut dalam kenaikan harga ayam ialah yang pertama harga kawalan yang dicadangkan oleh kerajaan yang bagaimanapun tidak disertai oleh langkah intervensi dalam menangani harga dedak, anak ayam serta kos operasi yang tinggi seperti kadar elektrik dan juga upah buruh yang tinggi. Jadi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco kerana mengemaskinikan undang-undang yang ada oleh kerana meskipun ia tidak mungkin dapat menelurkan natijah yang positif dalam masa terdekat tetapi sekurang-kurangnya ia menjadikan suatu mekanisme kawalselia yang penting untuk memastikan bahawa industri ini bergerak dengan cara yang betul dan tidak menjadi suatu kacau ganggu seperti yang disebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua saya pernah melihat sendiri bagaimana masalah penternakan ayam sewaktu saya memegang portfolio alam sekitar pada tahun 2018 hingga 2020 dahulu dan masalah ini berkait dengan masalah lalat yang begitu teruk di Manjung. Ia memberi kesan kepada keselesaan penduduk, memberi kesan negatif kepada industri pelancongan di kawasan berkenaan dan sudah pasti dengan siapnya lebuh raya pesisiran pantai barat WCE, ini perlu ditangani dengan serta merta dan kita juga dimaklumkan bahawa pada hujung bulan ini, jambatan Bagan Datuk akan siap dan dianggarkan sekitar 70,000 pengguna akan dapat faedahnya. Jadi dengan demikian, ini satu perkara yang sangat penting dengan kedatangan pelancong domestik dan juga mungkin luar negara juga supaya masalah yang dihadapi itu dapat ditangani dengan segera dan saya yakin dengan penambahbaikan melalui pindaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Exco sebentar tadi, kita sekurang-kurangnya dapat melihat satu langkah yang segera untuk menangani masalah berkenaan seperti yang saya katakan tadi apabila saya memegang jawatan Exco alam sekitar tidak ada perkara yang kita boleh lihat ataupun yang kita dapat lakukan ketika itu dan dia lebih merupakan kepada satu pergantungan kepada agensi persekutuan, khususnya Jabatan Alam Sekitar. Jadi sekarang dengan adanya pindaan yang telah pun dikemukakan sebelum ini, saya yakin masalah kacau ganggu lalat terutamanya dapat diatasi.
Dato' Yang di-Pertua, saya difahamkan sehingga ini Perak ada 507 ladang unggas dengan kapasiti lebih 48 juta ekor ungags dan pecahan dari jumlah besar tersebut ada ladang ayam iaitu 397 dengan hampir 41 ekor ayam, ladang itik 109 dengan lebih 7 juta ekor itik dan ladang puyuh walaupun ada disebut sebagai satu ladang sahaja tapi dengan kapasiti 6,000 ekor. Dari jumlah tersebut, 58% adalah merupakan, atau masih lagi dengan konsep terbuka sebanyak 295 ladang dan 40% adalah merupakan ladang yang tertutup. Dengan bilangan sebanyak 203 ke semuanya. Manakala bakinya sebanyak 2% atau 9 ladang adalah merupakan ladang yang berkonsepkan bercampur.
Tuan Yang di-Pertua, ada 4 objektif yang dapat dirumuskan kenapa pindaan ini dikemukakan oleh Kerajaan Negeri dan ini saya fikir sangat baik iaitu yang pertamanya untuk memastikan bahawa ladang unggas ini akan dilakukan ataupun berkonsepkan reban tertutup secara sepenuhnya menjelang 2026. Yang kedua menangani aduan kacau ganggu, lalat dan pencemaran, yang ketiga berkenaan denda yang lebih tinggi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan yang keempat keperluan kebenaran merancang dan kelulusan tukar syarat tanah dan ini saya lihat satu mekanisme yang komprehensif dan yang lebih penting, sistem ataupun kerangka ini satu perkara yang begitu akumulatif dan anjal dan boleh dipinda dalam masa yang akan datang sekiranya diperlukan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara yang saya fikir sangat penting dan melihat kepada masalah yang telah pun sedia berlaku di kawasan Manjung sebagai contohnya. Pindaan-pindaan ini memang relevan dan menjawab masalah yang sedang dihadapi di kawasan berkenaan. Secara umum, beberapa pindaan yang saya rasa perlu diberikan perhatian ialah Seksyen 8, yakni menternak tanpa lesen. Seksyen 10, melanggar syarat-syarat lesen. Seksyen 11, tidak mempamerkan lesen. Seksyen 15, melepaskan sisa unggas, contohnya di Sungai Bernam, saya juga telah pun dibawa melihat masalah yang berlaku di sungai berkenaan, di mana berlaku pelepasan sisa unggas tanpa kawalan dan tanpa tindakan dan juga Seksyen 17, yakni gagal mengawal pembiakan lalat. Sudah pastilah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Exco tadi, perkara-perkara ini akan dilakukan mengikut proses undang-undang. Kalau dalam undang-undang jenayah ada menserian dan sebagainya, kecuali kesalahan kesalahan yang bersifat yang bersifat tidak memerlukan elemen berkenaan.
Jadi dengan kata lain berkenaan ataupun kuasa perundangan yang disebut dalam pindaan ini harus dilihat dalam konteks yang lebih umum dan tidak harus dilihat sebagai bersifat punitif ataupun hanya untuk menambahkan kuasa mengkompaun semata-mata. Seperti yang kita maklum, undang-undang yang baik, sifatnya mendidik dan membawa perubahan dan bukan hanya menghukum semata-mata dan izinkan saya menyebut bahawa dalam kerangka Malaysia Madani, undang-undang harus rasi dengan insan dan kasih sayang. Sebagai benda yang disebut dalam buku yang ditulis oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada halaman 24. Selain itu, apa yang lebih penting atau pun apa yang cukup kritikal dalam pindaan ini ialah bahawa dia dilakukan dengan cara yang berkesan dan memahami kehendak serta masalah industri itu sendiri dan kita akur bahawa semua ini akan dilakukan oleh pihak-pihak yang kompeten dari pendakwaan hinggalah kepada penjatuhkan hukuman. Sebab itu, pentadbiran yang ada sekarang, prihatin dengan perlunya dengan adanya, dengan perlunya memperkasakan sistem pentadbiran keadilan yang telus dan adil yang melibatkan agensi dan jabatan serta badan kehakiman dan istilah penting juga peranan badan berkenaan dalam mewujudkan sebuah ekonomi yang makmur dan lestari.
Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa kedaulatan undang-undang atau rule of law itu sangat penting dalam memacu ekonomi yang mampan dan baik dan di sini pentingnya satu sistem yang telus, yang adil supaya undang-undang itu tidak dilihat sebagai hanya suatu mekanisme untuk membalas dendam dan juga menganiaya mereka yang tidak sebulu dengan kita. Kita juga amat mengalu-alukan pindaan yang melibatkan tambahan kepada bahagian 2A yang bersangkutan dengan pematuhan standard amalan perladangan. Ini saya melihat sebagai suatu perkara yang penting dan menarik oleh kerana jelas bahawa undang-undang ini bukan hanya sekadar bersifat positif tetapi juga meletakkan nilai yang baik yang sesuai untuk mempastikan bahawa industri unggas ini dapat berkembang dengan mampan dan positif selaras dengan kehendak alam sekitar. Saya juga ucapkan tahniah kepada Black Room Boys and Girls, dengan izin, pihak Exco yang pasti telah bekerja kuat dalam mengambil kira peruntukan dalam beberapa akta parlimen, khususnya Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, Akta 172 dan juga Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171. Pastinya ini penting untuk mengelakkan berlakunya percanggahan dan kita perlu sedar bahawa negeri-negeri dalam persekutuan bergantung banyak kepada agensi persekutuan dalam mewujudkan ekosistem dan kawal selia yang produsif dalam soal unggas ini. Jadi jabatan-jabatan tertentu seperti Veterinar dan juga Jabatan Pendidikan sangat penting termasuk universiti untuk membekalkan maklumat dan juga perkembangan terbaru kepada negeri-negeri dalam mempastikan bahawa industri terus dapat bergerak dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi.
Dato' Yang di-Pertua, apa yang penting tentang pindaan kepada enakmen ini ialah bahawa ia mengisi ruang kosong atau vaccum, dengan izin, khususnya di Perak dalam mengawal selia industri unggas ini. Mengingat senario yang ada di peringkat Pusat, merujuk kepada ketiadaan sesuatu agensi kawal selia yang telah disebutkan tadi, mungkin boleh diibaratkan bahawa langkah meminda enakmen ini sebagai berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak. Mungkin generasi yang ada hari ini kurang faham maksud peribahasa Melayu keramat tetapi apa yang nak dikatakan ialah bahawa sementara kita menunggu langkah yang lebih konkrit yang lebih terperinci dan komprehensif mungkin pindaan yang dilakukan ini cukup untuk menghadapi atau pun menangani masalah yang ada.
Langkah yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan ini mungkin menyakitkan setengahnya tetapi tiada jalan mudah untuk kita berjaya dan kita harapkan dan kita yakin kesakitan ini akan dapat menjadi asas kepada industri yang lebih maju, yang lebih mampan dan berdaya tahan. Tidak syak lagi bahawa industri unggas ini perlu diperkasa kerana ada di antara pemain tempatan yang sudah pun menjadi gergasi di peringkat ASEAN dan perak mempunyai segala ramuan yang perlu untuk menjadi ejen pemerkasa itu. Menarik untuk disebut bahawa antara pemain penting dalam industri ini bermula sebagai sebuah industri keluarga di Muar dan sekarang telahpun melebarkan sayapnya bukan sahaja di negara kita dan Singapura bahkan di negara-negara Indochina. Jadi satu perkara yang penting dan menjadi tugas kita, kerajaan untuk mempastikan bahawa kita mempunyai syarikat-syarikat yang mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Tidak perlu disebut bahawa unggas adalah sebahagian daripada industri makanan negara yang sendirinya meletakkan ia sebagai salah satu isu security dan makanan yang boleh menjadi kekuatan ekonomi dan kita akur dengan kenyataan bahawa Singapura merupakan pengimport terbesar bagi hasil unggas negara di mana kita membekalkan 37% daripada keperluan mereka dan 73% keperluan telur mereka. Jadi, ini satu perkara yang begitu penting.
Dato' Yang di-Pertua, sistem yang efektif dan berkesan hanya boleh wujud ataupun boleh berkesan, boleh berfungsi dengan adanya sistem yang lebih besar yang melibatkan kerangka keseluruhan itu. Sebab itu kita memerlukan sebuah kerajaan yang mesra perniagaan tetapi dalam masa yang sama masih prihatin dengan hak-hak pengguna sebagai contoh. Saya ingin nak menyebut kembali apa yang telahpun dibincangkan ataupun telahpun dibahaskan dalam rangka Undang-Undang Hotel tadi sebab sekiranya kita gagal melihat gambar besar itu, mungkin ada penekanan yang keterlaluan ataupun ekstrim kepada fenomena yang disebut sebagai fenomena Pak Ali di Selinsing semalam. Yang saya fikir mungkin satu perkara yang mungkin wujud tetapi mungkin satu yang terasing, yang isolated, dengan izin, dan bukan satu perkara yang mendominasi dalam industri perkenaan. Jadi artinya dan satu perkara lagi yang penting untuk disebutkan ialah bahawa seperti yang disebut oleh Exco PBT, undang-undang ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang bersifat punitif semata-mata dan agak mengecewakan apabila rakan-rakan tidak dapat melihat bahawa apa yang dikemukakan itu adalah merupakan instrumen perundangan, legal instrument, dengan izin.
Ertinya, instrumen berkenaan mempunyai in-built system, sistem yang telahpun sedia ada dalam undang-undang itu yang saya rasa saya yakin boleh mengelakkan berlakunya penganiaan dan sebagainya. Sebagai contoh, dalam peruntukan-peruntukan yang tertentu, perkataan yang digunakan itu sendiri seperti pengarah boleh ataupun hendaklah dan sebagainya itu dengan sendirinya memberikan satu kawalan kepada salah guna kuasa dan sebagainya dan dengan adanya sebuah sistem yang di mana kehakiman itu bebas sesiapa yang berasa telah pun dianiaya dan sebagainya boleh mencabar perkara itu atau keputusan itu, keputusan kerajaan itu ke mahkamah. Jadi segala kebimbangan itu saya fikir sebahagian besarnya tidak berasas dan kalau kita menyedari adanya check and balance dalam sistem kita, saya rasa kebimbangan itu satu perkara yang bagrangkali tidak real sebenarnya.
Jadi saya ingin nak menutup penghujjahan saya dengan menyebut pentingnya kerangka dan semangat madani yang menjadi tonggak Kerajaan Perpaduan hari ini dan apa yang dikatakan madani itu sebenarnya ialah kepercayaan di antara kerajaan dan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama, muka 29, buku Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Selain itu, madani juga menuntut keterangkuman atau inclusiveness, dengan izin, tidak kurang penting sifat kemampanan atau sustainability, dengan izin, dan hormat kepada daya cipta dan inovasi. Ini satu perkara yang penting untuk memacu ekonomi kita dan di sinilah saya melihat bahawa madani ini bukan hanya sekadar retorik tetapi suatu perkara yang sebenarnya penting dan bukan hanya penting kepada kerajaan tetapi kepada rakyat sebab tidak pernah berlaku dalam negara kita suatu dasar yang mengambil kira atau memperkasakan negara kita rakyat terbanyak dalam pentadbiran negara dan oleh itu Dato' Yang di-Pertua, Tebing Tinggi mohon menyokong RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Tebing Tinggi. Sekarang saya menyemput Yang Berhormat dari Kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan, 30 minit. Silakan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Tampan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan pihak yang membantu kerajaan. Kita ubahlah terma pembangkang kata tak sesuai lagi. Nanti pembangkang semua nak bangkang je. Kita nak konstruktif, kongsi bagaimana hasrat dibagi oleh pihak pelaksana. Ketua- ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan juga negeri yang berada dalam Dewan ini khususnya kepada rakyat negeri Perak yang amat dicintai dan dikasihi. Yang pertamanya, sekali lagi terima kasih kepada seluruh rakyat dan Alhamdulillah puji dan syukur kehadrat Allah SWT pada hari yang berbahagia ini dapat sekali lagi sama-sama kita berbincang untuk membangun Kerajaan Negeri Perak seterusnya memberi kesejahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW tak kiralah sama ada umat itu mengakui ataupun tidak tetapi keseluruhan kita adalah umat Nabi Muhammad SAW, maka menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk membangunkan keseluruhan umat ini.
Jadi mengambil panduan dan pedoman daripada kalam Allah yang termaktub dalam Al-Quran yang menjadi rujukan kepada kita semua. Saya memulakan perbahasan pada pagi ini dengan membaca sepotong ayat firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat yang ke 41 (Bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud, telah timbul berbagai-bagai kerosakan, bala bencana, di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya demikian. Kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan. Tujuan dia supaya mereka kembali dan insaf bertaubat. Jelas ayat Allah SWT. Allah hantar covid kepada kita dan suruh kita sedar 2 tahun supaya bukan nak menghukum tapi supaya kita boleh kembali kepada Allah. Selesai covid, kita pergi buat benda yang sama pula. Mudah-mudahan peringatan. Mari cuaca panas, Allah yang tak mampu kita nak mengatasinya dengan kudrat manusia. Itu peringatan Allah SWT supaya kita kembali. Tapi inilah panduan kepada kita mudah-mudahan kita boleh mengikut sepenuhnya apa yang diperintah oleh Allah SWT. Dato' Yang di-Pertua, jadi memanglah orang kata menjadi sekali lagi terima kasih kerana kali kedualah, bukan tidak mahu bagi peluang kepada kawan-kawan tetapi untuk menjelaskan keadaan hala tuju ke mana negeri Perak ini kita nak bawa.
Jadi menjadi hasrat kepada kita semua untuk membangunkan negeri yang amat kita cintai ini. Now we foward rakyat ke mana kita nak bawa mereka dan ke mana pembangunan yang kita nak arah kepada keseluruh rakyat. Ini tujuan kita bersama dalam dewan pada hari ini, bukan sia-sia. Tadi kita telah meluluskan satu rang undang-undang perhotelan. Bukan tujuan kita kata pihak sini tidak bersetuju. Cuma kita nak mengambil langkah supaya memperhalusi, supaya roh undang-undang itu dapat dirasai dan dapat dinikmati hasratnya dapat tercapai. Itu yang hasrat yang kita buat. Bukan sengaja kita nak bangkang. Walaupun telah diluluskan, kita harap apa yang telah kita usulkan itu dapat diambil perhatian. Kita tahulah bahawa perindustrian hotel yang kita nak bina itu adalah supaya apa? Supaya kita boleh menjaga keselamatan pelancong-pelancong daripada luar tinggal di hotel kita ini selamat di tempat yang telah ditentukan. Pengusaha-pengusaha keselamatannya ada. Kemudian kita boleh menjamin industri ini boleh berkembang. Kita boleh protect kepada pengusaha-pengusaha. Ini tujuan ruh yang kita ada. Sebab itu kita mengambil kira, kita memperbahas perkara ini dengan serius.
Jadi Alhamdulillah telah diluluskan dan kita mohonlah supaya dengan adanya kelulusan RUU Hotel ini dapat kita mengembangkan industri perhotelan ini dan industri hotel ini kita yang mulakan, dimulakan oleh kerajaan dulu oleh exco-exco yang dulu. Janganlah kita nak mengatakan belum dibuat oleh kerajaan dulu. Kerajaan dulu belum buat, tak ada. Kita ni hanya penyambung. Sambung sikit je 6 bulan tu, tak ingat baru pinda 2-3 ayat je. Ini telah dimulakan oleh kerajaan ataupun pegawai-pegawai yang telah dulu, itu yang pertama. Hari ni Alhamdulillah syukur pula, kita bawa lagi satu untuk membahaskan rang undang-undang perladangan unggas seperti mana yang diulas oleh Tebing Tinggi. Perkataan unggas, mula-mula unggas ni, kita sebut unggas ingat yang unggas liar tu. Unggas ni adalah ternakan berkaki 2. Ternakan berkaki 2 yang berbulu. Jadi ruh undang-undang ini penting sebagai punca kuasa. Punca kuasa kepada kerajaan untuk menggerak ke hadapan, moving forward. Industri ungas ini kita nak bergerak ke hadapan bagi mengadakan, menggalakkan industri ternakan unggas ni menjadi yang industri unggas di Perak sebagai mana yang dikatakan adalah menjadi penyumbang kepada bekalan frotting utama negara. Telah dinyatakan oleh Exco tadi. Jadi kita tengok secara keseluruhan roh kepada undang-undang ini.
Pertama, kita juga mesti menjaga kepada pengusaha-pengusaha itu. Kalau kita letak satu peraturan yang ketat, nanti dia tidak boleh mengusaha maka akan menjejaskan bekalan ayam, bekalan makanan yang menjadi kesan juga kepada rakyat dan ini adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan makanan dan mereka juga pengusaha juga adalah mengeluarkan, membuka bidang pekerjaan. Jadi ini roh yang kita perlu tengok dan juga kita nak mengekalkan. Bagaimana kita nak mengekalkan dengan penguatkuasaan ini. Kuantiti yang kita keluarkan 146 juta ekor setahun itu tidak terjejas. Bagaimana kita nak memastikan perkara ini dengan penguatkuasaan undang-undang ini dan juga kita nak jagalah bagaimana kata of course ada efek apabila kita buat sesuatu maka ada kesannya?
Kesan daripada pengeluaran unggas yang banyak begitu sekali di Perak. Bila bela ayam mesti ada tahi, mana boleh tidak ada tahi. Bila ada tahi mesti ada bau. Bila ada bau mesti ada kotor. Kotor ni dapat kepada orang yang di persekitaran. Jadi bagaimana kita nak jaga, nak mengimbang kepada perkara-perkara ini. Ini roh yang telah dibawa. Kita amat sokong kepada pendekatan ini. Jadi beberapa perkara kita perlu mengambil perincian kepada penguatkuasaan itu supaya tidak menjejaskan kepada pengusaha yang boleh mengurangkan bekalan makanan, yang boleh mengurangkan peluang pekerjaan kepada orang bekerja di situ dan juga boleh kacau ganggu orang awam. Tahi, bau, tinja dan sebagainya dan juga boleh kesan kepada ketenteraman awam dan sebagainya. Itu perkara yang pokok, yang perlu kita sama-sama perhatikan dalam keseluruhan roh pembentukan undang-undang ini. Jadi saya mengucapkan tahniah lah kepada Yang Berhormat Exco Lintang daripada kerajaan kerana meneruskan usaha bagi menyiapkan rang undang-undang yang agak lama. Masa ni pun memang kita dah agak lama. Kita bersama sama, kita bincang macam mana untuk diketengahkan dan pihak pun mengkaji sebelum dibentangkan dalam dewan ni pun kita nak tengok semua aspek. Kita nak tengok semua aspek supaya bila kita masuk ni orang semua faham. Pegawai faham, penguatkuasa faham, rakyat faham.
Jadi baru dia boleh melonjak ke depan. Jadi ketika saya jadi Exco lah, bersama-sama Exco kita telah bincang sampai ke peringkat UPEN dan sebagainya dan Alhamdulillah berapa pendekatan, berapa proposal daripada pihak-pihak swasta untuk mengatasi masalah baru. Yang menjadi topik utamanya adalah kacau ganggu. Itu dia kata kacau ganggu. Dia komplen, mari kenduri pun semua ini, tapi mereka tak sedar kalau kita tutup bekalan ayam tak da. Naik sekupang pun macam kata tadi bising. Kalau kita nak mengimbangkan. Ini tugas, tugas kita kepada semua. Sebab itu ada orang kata, YB, jangan sentuh sangat bab ayam di Perak. Kita sebut kita 2, 2, SSR kita 200 lebih peratus 143, 80% yang kita sumbang kepada pengeluaran ayam negara yang kita, kita patut di Perak ni boleh naik 2, 3 kupang harga ayam. Jadi kita nak mengimbang di antara itu. Apabila naik 2,3 kupang dia jadi kesan kepada, kepada rakyat nak berikan. Walaupun naik 2,3 kupang tapi keseluruhannya ada impak. Itu yang kita perlu beri perhatian. Jadi untuk untuk perkara itulah kita bawak perkara, perkara itu terima kasih banyak dan kita harap kita boleh bincang dan sahabat-sahabat kena faham dan terang kepada bawah dan apa sama-sama kita boleh memajukan industri ini dalam konteks Negeri Perak ini. Jadi, yang pertama saya nak bincang ataupun kita letakkan sikit untuk mengekalkan Perak ni sebagai pengeluar, sebagai pengeluar utama dengan penguatkuasaan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam statistik tadi kata pada tahun 2021, kita mengeluarkan lebih kurang 149 juta ekor bagi bilangan ayam telur kita ada 23 buah dan kapasiti pengeluarannya 11 juta. Yang ini kita kata satu lagi, kita kena tengok peraturan. Mungkin kita boleh masuk dalam peraturan.
Sepatutnya kita pengeluar banyak mesti ada peraturan nak bawak keluar barang daripada Perak ini, ayam dari Perak ini. Kita tak mahu bahawa kita ada ayam keluar banyak, telur banyak, tiba-tiba di Perak tak ada ayam kena hantar ke India, bawa dari India masuk, harga lebih mahal lagi. Kena ada, kena tengok juga sebab kita keluar banyak. Pasti orang Perak dulu cukup makan. Kalau kata 100% mesti ada kawalan pergerakan, kawalan pergerakan hang keluar kilang ni keluar berapa, Perak nak pakai berapa, ini saja dilulus bawa keluar Negeri Perak. Ini sahaja yang dapat. Kita kena jagalah sebab kita dah dapat bau dan sebagainya. Perkara ini saya ingat perlu juga kita beri perhatian dan seterusnya dia apabila kita menguatkuasakan atau kepada pengeluar-pengeluar telur yang kita keluarkan 22.2 juta sebulan, million billion setahun. Memang besar. Tapi kalau nak kata million billion, kita keluar telur tu, tiba-tiba di Perak tak ada telur itu something wrong somewhere la. Kena tengok balik perkara tu.
Jadi, kita kena tengok, haritu keluar telur berapa juta, orang Perak nak pakai banyak ni, ini tak boleh keluar. Jadi kita rasa kita kena ada undang-undang sebab nak kuatkuasa tak gitu Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat semua dan yang seterusnya mengenai dengan tadilah untuk kita mengatasi mana-mana orang bela ayam, ada ladang ayam pasti kita akan terima rungutan daripada mereka. Kita pergi ada satu kampung kita, kita jarang-jarang pergi ni kita tengok tu. Tengok nak makan kenduri tu penuh lalat. Depa dah biasa tak apalah. Kuih begini je. Kita pergi tengok duk atas meja pun kita tak lepas dah. Dia alah biasa tegal biasa. Depa kata kami malu nak panggil orang mari. Jadi perkara ni kita nak atasi. Diorang memang nak panggillah, kita turun dan sebagainya. Kita cuba yang dibuat oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu kompaun sedikit dulu kita naik sampai RM50,000, sampai RM50,000, kompaun. Adakah kompaun itu boleh menyelesaikan masalah? This is question juga. Kena tengok, bukan mahal semua. Dulu diorang kira musim ayam ni dia daripada anak sampai nak boleh jual dalam 30 hari. Yang sampai yang ada taik ni, tinja bahasa saintifik yang diorang beri, tinja ni taik ayam hari yang ke-25 sampai nak lebih kurang 7 days je.
Untuk maintain 7 hari dia memerlukan belanja yang besar. Amount yang dikenakan kalau dia tak buat apa taik, tak selenggarakan tinja tadi RM2,000. So, orang biar 7 days kena bayar la sebab dia 7 hari sahaja. Sedangkan dalam satu pusingan ladang itu dia ada 40,000 ekor. 40,000 ekor dia untuk seringgit 2 dia dapat RM60,000. So, RM2,000 nothing la. Jadi itu yang kita harap dengan ada puluh ribu baik kita maintainkan ini dan apa supaya apa yang dikatakan melaksanakan sistem yang tertutup. By 1 Januari 2026. Memang kita tengok sistem tertutup ini kita memang macam mana kita kena sampai ke situ. Kita boleh tengok negara maju sebab kita ternakan ini bukan lagi di luar bandar. Ternakan ini boleh jadi ternakan dalam bandar. Dia tak jadi. Kita kena fikir ke arah itu, kita kena fikir kearah itu sebab dulu kita tengok keseluruhan ladang-ladang dekat Perak ini dia buat ladang dia dah cukup jauh. Macam di Kampar, di Selama, di Taiping. Ni pekan 10km nun jauh dalam hutan. Tapi bila pembangunan tu dah sampai dekat dia, dia sampai dekat. Dah sampai dekat tempat dia. Kemudian dah sampai dekat jadi kita nak suruh dia tutup. Ini persoalan yang saya dapat rungutan daripada bawah supaya dalam perlaksanaan ini kita boleh pertimbangkan. Sebab kadang-kadang dulu at the beginning kita dah letak bahawa by the year 2020 nak implement sistem tertutup ini. Bila time sampai dekat 2020 tak boleh nak implement. Pasal apa tak boleh implement ni. Kemudiannya dia urgent sampai 2000…kita buat masa kita ni 2025. Itu pun pada masa itu pengusaha-pengusaha diminta supaya dilanjutkan lagi. Perkara ini perlu kita tanggani secara bersama.
Yang pertama nak lulus sistem ni dia perlu modal yang besar. Dia perlu sampai RM1 juta kadang-kadang untuk nilah. Jadi bila RM1 juta dia nak kena buat permohonan bank. Bila dia nak buat permohonan, bank nak mengabsahkan status tanah, status ladang hak sapa apa semua. Bila sampai dekat situ kita balik kepada square one why kita ni lambat kedepan. Nak dapat kelulusan tanah, tukar tanah nak dapat kebenaran merancang. Nak dapat kebenaran merancang take 3 years. Kita tak tahulah. Kita kena ambillah tanggungjawab bersama. Bukan kita nak blame mana-mana, 3 tahun. Bila dah dapat 3 tahun tu pula dia ada percanggahan yang tak boleh nak selesai. Pasal apa tak boleh selesai dulu tanah pertanian ni dia luar jauh dari bandar. Sekarang tanah pertanian ini dah dekat bandar. Dah masuk dalam zon pembangunan. Dia minta supaya dia jadi pertanian, yang ini majlis daerah minta peranan. Bila nak duduk bertembung. Dia nak buat macam mana. Nak way forward macam mana. Tanah dia itu je ada. Stuck ni. Nak suruh dia tuup menjejaskan perniagaan. This, kita kena selesai. Kalau kita main ding-dong, ding-dong lepas kepala sampai masa kita bercakap benda yang sama. Sebab point tu kita tak boleh nak selesai. Pasal point tu. Sebab itu kena ada satgi kita kata ni kena balik pada kita sendiri. Benda yang sepatutnya kita selesai forward.
Sebab itu kita kata isu tanah kita duk bangkit, the first question kita rasa nak kata pasal apa pelaburan tak mari kat kita, mari kat kita apa 3 tahun merancang baru, mengkaji keadaan ekonomi ni. Untuk dibina pada tahun ini. That another 3 years. Lagi dah mari benda-benda itu yang nak pindah. Jadi kita lambat. Jadi ini perlu diambil kira. Kalau kita buat kuatkuasa undang-undang sampai pun, bukan kata yakinlah, melihat kepada keadaan semasa kalau tidak membuat perancangan betul-betul kita tidak ada satu inisiatif, tidak ada serius, tidak ada political will, we are not moving forward. Sebab ni kami rasa tanggungjawab bersama lah. Nak melihat. Setakat nak retorik bolehlahkan. Itu nak cerita bom bang bom bang bolehlah. The actual yang kita jalan dan yang ketiga kita nak galakkan macam saya ceritalah kalau kita tengok tadi pun ramai pegawai-pegawai kita. Kita ni blueprint ni kita rasalah. Sorry to say lah. Pak Teh pun, tang blueprint kita A, Perak Sejahtera 2030, sampai 2030 macam tu juga. Kita duk ulang benda yang sama. Wawasan 2020, negara perindustrian, pendapatan perkapita RM230,000. Orang-orang, negara perindustrian, 2030 macam tulah, politik. That's why kita kata Jabatan Pertanian ka, kita keluar ada satu orang kata, myGAP lah Malaysian Good Agricultural Practice, dah nak ikut standard. Boleh buat standard. Buku kita tengok, Hoi comprehensive. Bila kita pergi tengok kat tempat betul-betul? It did happen. Patut kita sama menginsafilah sahabat-sahabat semua. Kita nak membangun, sayang anak bangsa kita. Patut kita lepas ke depan dah. Tapi kita ke belakang. Pastu kita duk tengok, walaupun takda apa kita takpalah. Susah-susah, mari balik duk di Perak lah. Tolong apa yang kita boleh buat, kan? Negeri kita yang cukup kaya. Tanah cukup banyak. Sungai cukup banyak. Kolam cukup banyak. Barisan pantai yang cukup banyak.
Gunong Semanggol, Manjoi boleh? Terima kasih Gunong Semanggol, Dato' Speaker. Saya tertarik bila mana Gunong Semanggol sebut tentang tanah sikit tadi. Saya nak bangkitkan sikit. Mungkin Gunong Semanggol boleh masuk juga dalam point ini. Isu besar di kawasan Manjoi ni, isu berkenaan dengan, berkaitan dengan tanah juga. Aduan banjir lumpur di kawasan perumahan Taman Chepor Sentosa. Dah 10 tahun banjir lumpur ni berlaku. Hingga hari ni masih belum diselesaikan. Terbaru saya dapat makluman, Semanggol, saya dapat makluman terkini aduan banjir lumpur di kawasan perumahan Taman Chepor Sentosa ini. Kita dah buat. Pihak Datuk Bandar, pihak PKNPk, yang berkaitan, PTG semua turun. Kita nak cari jalan keluar selesaikan masalah ini. Tuan-tuan boleh bayang? Chepor Sentosa ni kawasan orang Melayu, kawasan perumahan dan banyak government servant di situ. 10 tahun mereka berdepan dengan banjir lumpur dan banjir lumpur itu sangat teruk. Di belakang tu ada ladang jagung YB Semanggol, ladang jagung yang sangat besar yang diusahakan secara haram. Saya sebut terus terang di sini lah tuan-tuan. Sedangkan dalam kawasan itu ialah kawasan Perdana Menteri. Kawasan Parlimen Tambun, kawasan Perdana Menteri.
Dun Manjoi berada dalam kawasan parlimen ini. Saya turun banyak kali di sini. Hari ini saya rasa sangat kecewa dapat satu surat terbaru yang menyatakan "Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami selaku pemilik tanah tidak dapat melaksanakan pembukaan semula sekatan yang dibuat oleh pekebun jagung, seperti yang diminta oleh pihak Yang Berbahagia Dato' walaupun kami merupakan pemilik tanah berdaftar, disebabkan oleh Perintah Interim yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret atas alasan wujud gangguan keamanan dan kami masih tidak dapat memasuki tanah kami sendiri sehingga milikan sebenar (actual position) tanah ini dapat dibuktikan di Mahkamah Tinggi. Point saya YB Semanggol, isu tanah ini saya nampak kita sebagai pembuat dasar, pemegang polisi, kita yang control undang-undang tetapi kenapakah isu sebegini kita biarkan? Sedangkan pemilik ladang jagung ni terus buat benda-benda yang macam-macam, orang kita di bawah susah dan tuan-tuan, Dato' Speaker saya merayu di sini. Saya rasa isu ni jangan dibiarkan lagi. Pihak kerajaan kena segera bertindak. Jika tidak, isu orang kampung melibatkan tanah ladang jagung ni akan lebih besar dan orang kita lebih susah disebabkan masalah ni. Terima kasih, Semanggol.
Terima kasih, Manjoi. Itulah kalau mungkin dah setuju sangat dengan apa yang dibangkitkan oleh Manjoi dan dimasukkan dalam ucapan ni dan itulah perlu menjadi keinsafan kita semua pegawai-pegawai dan semua agensi yang ada di dalam Dewan ni. Tanah ni adalah satu kedaulatan. Perlembagaan dan perundangan nya telah ada, kan? Isu Tanah Rizab Melayu dibagi kepada orang lain maintain 50%. Itu pun kita tak dapat nak maintain. Siapa salah? Isu orang yang duduk lama geran bagi kat orang lain.
Kalau kita nak mengungkit, banyak. Siapa yang buat? Siapa yang nak selesai? Dah jumpa orang ni siapa? Sampai bila kita nak drag perkara ni? Sedih kita tengok duduk 30 tahun, tengok-tengok geran keluar, tanah orang. Why this thing happened? Ini persoalan yang kita nak minta. Tadi kita bangkit soal, soal untuk buat homestay.
Dato' Yang Di-Pertua, Perintah Tetap.
Semanggol, Buntong minta celah. Boleh bagi?
Sekejap ya.
Perintah Tetap. Perintah Tetap, Dato' Yang Di-Pertua.
Perintah Tetap berapa?
42(1) 'Skop perbahasan harus berkaitan dengan usul rang undang-undang'. Kita berbincang tentang pindaan kepada Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas. Bukan pasal tanah.
Terima kasih.
Saya minta teruskan dengan perbahasan yang berkaitan dengan unggas. Tak ada kena mengena dengan tanah, Dato' Yang Di-Pertua.
Semanggol sedang bercakap tentang orang kampung, Buntong.
Tak ada kaitan YB Gunong Semanggol. Tak ada kaitan. Sila bawa balik perbahasan kepada isu yang berkaitan.
Buntong jangan ganggu. Bagi fokus. Semanggol sedang bawa isu.
Ini bergantung kepada isu.
Sila bawa balik perbahasan. Perintah Tetap.
Kenapa sensitif isu rizab Melayu?
Ok tak apa Buntong. YB Semanggol teruskan perbahasan.
Pointnya nak bagi explain. Bukan kita keluar. Sebab kita nak buat telus sistem undang-undang ni. Nak buat telus sistem berkait kepada undang-undang. Berkait kepada tanah. Status tanah.
Pindaan hari ini spesifik YB Gunong Semanggol. Spesifik. Sila bincangkan. Perbahaskan.
Isu rizab tanah Melayu, Buntong tak selesa? Bagi ruang sekejap Semanggol bercakap.
Perintah Tetap terang. Kita ada undang-undang, kita ada peraturan di Dewan ni. Sila bawa perbahasan balik kembali kepada perkara berkait hari ni.
Saya bawa balik kembali perbahasan ini kepada pindaan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Lintang. Rang undang-undang dibentangkan oleh Lintang, salah satu daripada pelaksanaan perlindungan unggas untuk pelaksanaan sistem tertutup. Untuk melaksanakan sistem tertutup, perlu membuat permohonan. Di situ ada berkaitan dengan status tanah. Mana lari dia? Mana lari dia? Cuba bagi tahu. Tidak lari ke mana. That's why kita minta supaya pihak Kerajaan dan Dewan, kita mengambil kira terhadap status tanah. This is the point. Buntong tahu. Pergi ke Selama. Dia nak minta untuk tanah dia. Tanah pertanian. Pergi kepada di kawasan Taiping. Pergi ke majlis daerah. Ini dah masuk perbandaran. Dia tak boleh nak minta. Dia tak boleh moving forward. That's why we have to settle that first. Why are you so sensitive about land?
Semanggol. Tinggal lagi 4 minit.
4 minit? Kita kena buat sidang khas mengenai tanah ni. Biar kita sedar. Sebab tu kita kena berjalan. Ni banyak lagi yang nak bagi ni penyelesaian. Tadi yang tanah kita bagi. Tak apa la 4 minit rumuskan la. Sebab itu kita kata, untuk melaksanakan benda ini semua, kita memerlukan politikal stabil. Stability dalam keadaan politik. Nak stabil dalam politik, memang kita yakin dalam keadaan politik itu nak kena stabilkan keadaan politik. Nak stabil dalam keadaan politik ini mesti bertegak berlandaskan kepada undang-udang. Tapi kalau nak stabil dalam keadaan politik, kita membohong kepada rakyat untuk dapat kuasa. Akhirnya bila kita dapat kuasa, kita kata kita menstabilkan dalam keadaan politik. Orang putih mari nak ambil Negeri kita, ada daripada anak-anak jati Melayu pergi sokong orang putih. Masuk orang putih, dia kata orang Melayu kena sokong kestabilan politik. Tak boleh.
Sekarang sudah stabil. Sekarang sudah stabil. Tak perlu risau. Tak perlu risau. Sudah stabil.
Tak apa la. Tunggu sekejap satu lagi. That's why. Jangan mengelirukan rakyat. This is not time untuk kita mengelirukan rakyat. Kena faham.
Siapa yang keluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat 2 hari lepas tu?
Minta kebenaran dulu.
Ni nak cerita dia. Jadi sekarang ni, sebab tu kita berasa bertanggungjawab bersama untuk bawa Kerajaan ni, untuk bawa rakyat ni. Tak payah kita tuding, kita nak memperkuatkan semua, nak membetulkan keadaan. Itu saya yang kita nak bawa. Sebab tu kita menyokong. Lebih konstruktif. Bukan main tipu-tipu je. Cukup lah kita kata. Kita memang menyokong kerajaan yang ada pada hari ni. Sampai mana dia boleh bertahan. Kalau tak boleh bertahan itu, "Woi tak boleh, jangan kacau. Dia nak ini, nak stabil. Kita bagi dia memerintah sampai habis." Tak boleh. Mana tahu esok ke ada yang lompat mai? We should understand that. Jangan kelirukan ayat. Tanggungjawab kita bersama. Tanggungjawab semua ni. Selesaikan the basic thing untuk kita moving forward. Ish! Ok, ingat. Habis dah cukup tu. Terima kasih banyak. Jadi menjadi tanggungjawab kita bersama dan Semanggol menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat kawasan Gunong Semanggol. Bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 15 minit seorang dan saya berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan. Sila. 15 minit.
Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan ini. Saya lebih menumpukan kepada keadaan semasa dan apa yang diperkatakan oleh rakyat saya. Tentang enakmen-enakmen ni, tak apa lah. Ketua Pembangkang semua akan ulaskan. Saya tak detail kan tentang akta dan sebagainya. Saya detail kan, saya cuba nak sampaikan betapa besar hati penduduk Alor Pongsu dan saya selaku wakil rakyat Alor Pongsu, bila dapat dia tajuk ni, cuma nafas dah lega sikit lah. 9 tahun sebelum saya bertanding sebagai Adun, saya dah jaga kawasan ini. Berat mata memandang, lebih berat bahu yang memikul. Banyak juga cerita-cerita lawak Ketua Pembangkang pun ada sebut tadi ya. Macam mana kita makan kenduri di kawasan Alor Pongsu sebelah masuk sini, sebelah kipas sini. Maknanya tak boleh makan, fork and spoon tak boleh dan ada satu makcik itu panggil saya makan, katanya, "YB jangan risau YB, makan saja." Saya kata, "Ini lalat banyak ni, hitam ni." "Tak apa, lalat baik." Sampai ke tahap itu, diaorang terpaksa pikul suasana itu. Sampai dia labelkan lalat itu baik dan bagi saya ni lah, sahabat kita tu daripada mana. Jelapang eh? Jelapang eh? Rambut kita sama.
So jangan pergi kawasan saya lama sangat lah. Takut you tak tahan. Saya dah biasa dah. Hinggap atas kepala saya. Hinggap kat telinga saya. Macam pakai lebai hitam tau. Tebal warna hitam. Berat. Sembahyang jangan tanyalah. Kadang-kadang hilang, kusyuk sembahyang. Saya nak sebutnya bagi rakyat Alor Pongsu, kawasan Matang Pasir Beriah, Matang Tengah, Changkat Lobak. Kalau pergi kat depan ni takda cerita gula, takda hotel jauh sekali. Mula-mula saya jumpa dia orang 9 tahun yang sudah panggil saya 'Cikgu' 'Cikgu', tolonglah selesai masalah kami' 'Cikgu'.
Saya nak sebut juga. Matang Pasir Beriah di Dun Alor Pongsu. Sudah jatuh di timpa tangga. Lalat banyak. Pusat pengumpulan sampah. Maaf, saya kena sebut. Pusat pengumpulan sampah juga di Matang Pasir Beriah. Apa lagi yang kita nak bagi kat depa ni? Lalat kita bagi, bau busuk kita bagi. Di mana hak mereka sebagai rakyat? Kalau benda ni setahun dua, saya sebagai wakil rakyat saya boleh terima. Ini dah sama umur dengan saya dah ni. Kalau Ketua Pembangkang cerita pasal apa pelancongan di Gunong Semanggol nak buat apa benda tu, glide tu kan tinggi gunung, cantik pemandangan, udara segar. Saya nak cerita apa di Alor Pongsu? Pusat pengumpulan sampah? Dekat-dekat nak sama tinggi dengan Gunong Semanggol. Saya cuba cadangkan sistem moden yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan sebagainya. Saya tahu kekangan Majlis Daerah Kerian, saya tahu. Masalah peruntukan. Idea macam-macam yang main datang present buat macam inilah compact sampah dan sebagainya. Tapi adakah kerana mereka ini miskin? Adakah kerana majoriti orang Melayu di kawasan itu? Kita humban segala-galanya di situ. Saya rasa ini tak adil. Itu sebab saya kata saya tarik nafas lega. Bila sekurang-kurangnya, terima kasih lah mana hilang pula YB Exco ni. YB Exco bila dia panggil je libat urus unggas, saya lompat datang.
Walaupun mungkin tak dapat settle semua in the long run. Tapi sekurang-kurangnya, kita tunjuk kita simpati. Kita yakin. Yang paling penting sekali masa saya di Alor Pongsu, kita score goal. Faham orang muda apa maksud saya? Score goal. Yang dulu 20 tahun tak score.
Faham, faham, faham.
Zaman saya score goal. Tak kira lah. Goal tu masuk tak masuk tak kira lah. Tapi attempt untuk score goal tu dah ada dah. Ni balik ni kembang hidung saya ni balik ni. Nak balik satgi, Jumaat ni nak turun kot Tol Alor Pongsu. Nak singgah Masjid Matang Pasir Beriah tu. Usoli je, salam-salam je. Berita baik untuk orang Matang Pasir Beriah untuk orang Dun Alor Pongsu. Jadi tak jadi tak tahu tapi keazaman dah ada. Belum habis lagi saya bahas ni saya nak bagi tahu saya sokong 110%.
Ini lah kejayaan Kerajaan Perpaduan.
Berkat kerjasama kami dan doa kami di sini. Jadi saya rasa cukuplah sebab bila saya check, saya pergi turun. Saya turun dah banyak kali dah. Kat ladang ni. Tapi ada magic show tau. Bagi yang tak pernah pergi ni ada magic show. Kami pergi waktu dengan notis pun lalat takde. Kami pergi tanpa notis pun takde lalat. Bagi yang tak tahu situasi dia. Di Dun Alor Pongsu, Changkat Lobak, Matang Tengah, Matang Pasir ni. Lalat tu datang bila ayam tu keluar. The transaction tu. Waktu biasa, ayam makan betul kan? Tebing Tinggi bahasa saya. Tinja. Tebing Tinggi ni rajin tegur saya dari segi bahasa. Terima kasih banyak lah dan Jalong. Jalong pun hilang. Jalong dah ok bahasa dia tapi dia sebut tadi, apa, Akta hotel tadi, berapa biji rumah. Salah kan? Tebing Tinggi kan? Buah rumah. Berapa buah rumah. Saya nak tegur tadi tapi dia dah nafas tak berapa betul tadi. Masa akta hotel saya tak jadi tegur.
Jadi, balik kepada lawatan tadi kan magic show tau, tu yang saya sebut masa libat urus. Saya bimbang sikit. Pegawai Vet, saya pergi awal lagi lepas saya menang, saya pergi ngadap dia terus. Tanya ada berapa kebun. Yang pertamanya yang ternak ayam di Changkat Lobak tu bukan calang-calang tau. Semua listed company BSKL. Saya tak tahu diaorang bagi tak CSR atau tidak kepada orang Changkat Lobak. Tanda simpati. Harap-harap ada lah. Balik ni saya nak check. Kemudian kalau tanya dari segi teknologi, ataupun timing mereka nak hilangkan apa larva? Larva lalat tu, uuh canggih betul seolah-olah tak ada. Saya still ada fishy tang situ ada magic ni. Terror sangat hilangkan lalat dan sebagainya. Ke mana pergi lalat tu? Ayam keluar, lalat keluar. Baguslah. Rupanya lalat mai hinggap atas kepala. Lalat datang ke rumah.
Lokasi yang lain. Bila dia start bela ayam balik, musim yang kedua, lalat pergi ke kebun balik. Orang kampung legalah sikit. Tarik nafas lega. Tapi selalu masa tu, yang tu yang saya kata fishy tu. Kadang-kadang rasa nak berkampung di depan tu. Nak tengok lalat tu terbang hala ke mana. Kadang-kadang ada, kejap tak ada, kejap tak ada, kejap ada, kejap tak ada. Sukar juga bagi pegawai vet daerah. Saya dah bincang dengan dia. Dia kata, "Sukar nak buktikan." Denda dah, denda dah. Haa ni yang saya seronok pasal akta ni. Bila disebut oleh YB Exco dan juga Ketua Pembangkang tadi. Tak apalah, penaik sikit lah. Penaik banyak lah kot na, bukan sikit lah. Banyak. Alhamdulillah. Ini bukan denda lah, dam lah kot. Kalau ikut Agama Islam, dam. Bukan dam itu main chees, macam tu bukan-bukan. Dam ni dia denda sikit lah. Supaya dia orang keluarkan sikit belanja. Supaya dia rasa pedih tu. Tapi saya berani bagi jaminan sebagai wakil rakyat Alor Pongsu. Boh lah RM50,000 ke, RM70,000 ke. Mereka dah untung berjuta dah. Patutnya bagi tinggi sikit lagi pun. Saya mula tak setuju 3 tahun. 2026 saya tak setuju. Tapi bila Ketua Pembangkang cerita pasal apa nak pelan semua itu saya terpaksa terima.
Tak apalah. Better late than never saya, dan lagi kalau ada peralihan kerajaan atau pilihan raya lain saya sempat tunggu. 2026 saya nak pacak depan kebun tu nak tengok dah buat air cond semua ke belum? Ya? Dijanjikan, pegawai vet kata tak boleh 100% hilang lalat. Tapi bila kita buat air cond, chances peratus dia agak tinggi. Ada cerita jokes sikit ni saya kena sebut juga. Saya jumpa seorang pemandu kepada mantan YB. Dia sedang berkipas. Panas lah, cuaca panas sekarang. Dia kipas, kipas, kipas. Saya kata, rumah takde air cond ke? Dia kata, takda. Dia adalah pengusaha secara pawah. Ayam di area Changkat Lobak tu. Saya kata, pergi tidur dengan ayam lah. Ayam duduk dalam air cond. Tuan duduk luar, kipas. Faham tak, Pantai Remis? You can get my... Ok? Kos tinggi, saya faham. Saya dipahamkan oleh masa libat urus tu, untuk satu reban tu saja, juta. Tapi inilah dam yang kena bayar sekarang. Kalau diaorang dah ternak ayam berpuluh tahun ataupun belas tahun yang sudah, sekarang dia orang dah ada keuntungan, dah kaut keuntungan. Kalau tidak lari punya, mesti lari. Siapa nak tunggu, tunggu lama-lama dengan lalatnya, dengan sebagainya sebenarnya. Saya sebut juga tentang masa libat urus tentang keselamatan Pegawai Vet. Risau juga tu. Ada cerita tu, ada cerita, you know bounzer cakap lebih sikit je ada kereta pergi balik depan masjid. I just don't care. Nak pukul pukullah. Kompaun berapa, RM1200? Jangan masuk paper pulak YB tumbuk dengan orang. Saya mempertahankan diri.
Saya bimbang itu, saya bimbang keselamatan Pegawai Vet, itu yang saya timbulkan masa libat urus tentang siapa nak keluarkan kompaun. Penting ni. Macam balai polis, IPD tak apa dia ramai. Dia ada weapon. Memang polis kalau datang dengan batch dia pun kita pun takut. Pegawai VET ada apa? Saya risau sikit. Jadi saya minta YB Exco atau penguatkuasa semua pastikan keselamatan Pegawai VET. Ini isu sensitif. Nampak ayam murah je ayam dan sebagainya tapi bila main juta, siapa nak keluar kompaun? Katanya orang Taiping keluar kompaun. Alhamdulillah. Itu pun kena pakai topeng kot. Atau pun tukar-tukar orang. Rotate macam KKM. Ada KKM tak kat sini? Pergi makan kot. Kementerian Kesihatan ya tangkap orang hisap rokok ya. Yang tangkap itu Pegawai Kesihatan daripada Manjung datang Bagan Serai, Bagan Serai, pergi Manjung. At least, Alor Pongsu tak ada pertembungan. Jadi, Pasir Panjang sila.
Tadi Alor Pongsu sebut tentang kompaun kan, kata kompaun yang dicadangkan pun sudah cukup tinggi dan Alor Pongsu kata kalau boleh kita lebihkan lagi. Bagi pengajaran kepada mereka yang dah banyak untung tapi apa pun dengan setengah yang berpendapat kata kalau kita buat macam tu, maka akan berlaku retaliation. Dia buat tindak balas, dia mogok, dia tak ternak ayam seminggu atau pun sebulan. Jadi dia menjejaskan bekalan dan ia juga boleh meningkatkan harga. Jadi apakah pandangan Alor Pongsu?
Terima kasih Pasir Panjang. Risau juga yang itu. Masa tak ada masalah pun ada kes di Johor dulu ya bakar anak ayam banyak-banyak, ribu-ribu sebab marah kerajaan kawal dan sebagainya. Ini juga pihak Kerajaan Negeri kena ambil pertimbangan ni. Saya ni tau cok ikut tepi je. Kena hati-hati juga. Nanti tiba-tiba stok ayam tak ada di pasaran. Macam cerita gula apa semua ni kan. Saya pun terkejut jugalah, sebelah saya cerita gula semalam kan. Orang Alor Pongsu beritahu saya, di Alor Pongsu tak ada gula, Pekan Alor Pongsu hari ini. Saya tak mahu cakap dulu, sat lagi kena tindakan jawatankuasa. Rasa macam nak balik petang ni, nak pergi check kedai di Alor Pongsu tu berapa yang tak ada gula. Pelik kan? Gula tengah banyak di pasaran. Apa sudah jadi ni? Yang ni pun kena tengok lah. Jadi saya berbalik pada cerita ayam tadi kan. Memang ada kebimbanganlah. Sebab ayam ni antara makanan kita sebut kalau lauk ni ruji kitalah. Orang Malaysia ni suka makan ayam. Yang tu paling murah pun saya rasa. Ikan pun dah jadi mahal la ni. Saya pun tak tahu ayam dengan ikan tapi kalau dari segi sumber proteinnya, ayam cukup penting. Ayam tu pun kita kena check and balance, tapi apa pun saya vote untuk pengundi saya dulu. Lalat kena hilang, kita unggas ni memang nak fokus ke situ. Kita kena, kata apa, ketenteraman hidup tu. Kita tak tahu macam mana budak-budak di Alor Pongsu belajar baca buku. Saya pun tak tahu. Dengan lalat banyak dan sebagainya. Sat lagi ada seorang YB tadi dia bisik kat saya masa makan kat belakang tu, hang tak apa lah hang pi tengok sekali sekala saja. Sekali sekala tengok pun rimas, pun susah hati, sebab rakyat saya. Ada YB kita sat lagi dia nak bahas, dia pun mangsa juga. Dia salah seorang yang terpaksa menghadapi masalah lalat hari-hari. Jadi sat lagi dia bahas, saya nak tunggu. Sebab dia experience, his own experience. Macam mana susahnya hidup dengan gangguan lalat ni. Jadi kalau kita sebagai wakil rakyat yang tak ada kawasan ternakan ayam, kita tak rasa. Saya sebab selalu pergi, pergi Changkat Lobak, pi Matang Tengah, pi Matang Pasir. Kalau sebut Matang Pasir lagi orang sebut tempat lain. Area saya sebut Matang Pasiak. Jadi tiga kawasan ni, semoga dalam tiga tahun ni, atas berkat, usaha, puji kena puji. Ini Kerajaan Madani yang buat. Thank you very much, terima kasih banyak. Buat lagi tau, banyak lagi isu tau. Bukan sikit.
Gentleman Alor Pongsu. Thank you.
Baik kita sokong 110%. Tak ada masalah punya. Lepas ni kita tackle masalah sampah pula. Ok. Kalau datang daripada highway Penang, atau pun highway from south untuk pergi ke Penang, di Dun Alor Pongsu ya you tak ada nampak kilang besar ini semua. You nampak bukit sampah yang tinggi. Now is not bukit anymore. It's gunung sampah. Pergi dekat esok ada bau saya tak tahulah, saya sendiri pun takut nak masuk terlampau tinggi. So, make sure young man semua ya, Madani ya, tackle masalah ni selepas lalat. Ini dah zaman digital dah sekarang ni. Zaman digital patutnya tak ada lagi dah gunung sampah. Selangor kan, tu yang berebut Selangor sekarang tau tak? Sampah mana ada gunung di Selangor. Lepas ni kami memerintah, kami dapat lah idea tu. Kalau menang di Selangor, kalau menang. Ok, young man nak cakap? Silakan.
Ok, baik…baik… baik. Jadi, terima kasihlah kepada Alor Pongsu kerana sudi memuji Kerajaan Perpaduan ini tetapi saya berharaplah selepas ini sekiranya ada sesi pengundian untuk meluluskan unggas ini, harap-haraplah sama-sama kita meluluskan.
Kita sokong, sokong. Jangan risau, Tronoh.
Ok. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tronoh.
Jangan ada belah bahagi lagilah.
Saya dah declare tengah tadi. Bukan hujung tau. Saya sokong.
Terima kasih. Gentleman tu. Thank you.
Pasti sokong. Saya pun yakin benda yang menyebabkan penyakit ini macam Ayer Kuning selalu sebut kan, masa zaman dulu hebat dan sebagainya. Ini pun kira hebat jugalah, pukul lalat.
Alor Pongsu, seminit lagi.
Ayer Kuning sorry ya. Lalat ni berlaku masa zaman depa ni. Bawa ke sini tak apalah. Sekarang kita take over.
Alor Pongsu, Pasir Panjang nak celah. Saya 2 kali rasanya ni sebab saya tahu Alor Pongsu ni dia banyak idea, dia pakar pencegah lalat. Kita ni kan, kita kata rang undang-undang ni akan dikuatkuasakan pada 2026. Jadi kita ada 2023, 2024, 2025. Jadi kan sekarang ni masalah dia sekarang ni hampir setiap hari di kawasan Pasir Panjang pun sama. Kalau kita masuk kawasan tu kita buka tingkap kereta kita dia masuk penuh. Sekarang ni pula zaman musim orang buat kenduri kan sampai orang di satu Kampung Lekir tu, dia orang tak dapat nak buat kenduri kahwin di tempat mereka. Dia terpaksa sewa dewan di luar kawasan. Jadi kan kalau kita kata ini akan berkuatkuasa pada 2026, jadi apakah cadanganlah, sebab pakar pencegah mungkin kan, kaedah kawalan lalat ni dalam masa 3 tahun ni, kita nak hadap dengan aduan hampir setiap hari daripada.
Pasir Panjang, fakta mana yang dapat tu.
Saya tak benarkan, floor saya. Saya bagi kat Pasir Penjang.
Pasal kita nak hadap dengan…
fakta tu kena betul.
Yang timbul sekarang ni kan, lalat yang terlalu banyak.
Pasir Panjang, saya sebenarnya di dewan makan tadi saya share dah dengan beberapa YB. Sebenarnya johan lalat saya umumkan, johan lalat adalah kawasan Pasir Panjang. Kawasan Manjung. Johan. Saya umum ya. Sebenarnya kawasan Dun Alor Pongsu pun jatuh nombor 2, nombor 3 tau. Dia johan. Sat lagi dia bahas, ada satu lagi YB telah beruaskan Manjung, ha you tengok, itu johan…
Tak apa nanti Astaka bahas juga itu.
Itu johan lalat.
Astaka ada.
Astaka pun johan lalat juga?
Ada…ada...ada. Nanti bahas juga.
Jangan ikut perangai lalat sudah. Ok?
Lalat dengan langau ni macam mana? Lalat daripada kawasan Astaka. Dia ke Lekir.
Sabar dulu, Pasir Panjang. Sabar, sabar. Nanti bahas. Dari segi bahasa langau dengan lalat tu tanya Tebing Tinggi sebab setiap kali saya salah cakap pasal bahasa, Tebing Tinggi akan text saya. Itu saya text, saya nak tegur Jalong. Bukan berapa biji rumah. Berapa?
Di mana banyak? Lalat. Di mana banyak? Langau di mana banyak?
Alor Pongsu 30 second.
Allah habis dah. Ok itu kena tanya YB Sandra lah Teja kan, MPT yang tahu mana pembiakan banyak dan sebagainya. Jadi saya sama juga dengan ketua pembangkang tadi, punca kuasa. Pergi kebun ladang ayam, Matang Pasir Matang Tengah, Changkat Lobak, kau ni kata majlis, majlis kata vet, vet kata kesihatan bangau oh bangau. 3 tahun lagikah nak bangau oh bangau. Saya harap hari ni kita putuskan punca kuasa di mana sebenarnya. Memanglah yang lain boleh bagi ulasan, tapi siapa yang last person itu, last person itu dia yang decide. Tak payah decide banyak sangat. Bila banyak ulasan, itu yang plan nak mula kerja tu jadi yang ketua pembangkang cakap tadi. Nak buat reban ayam pun ulasan bertimbun-timbun, jawabnya reban ayam tertutup, terbogellah jawabnya. 2026 ini. Yes, young man last.
Alor Pongsu cuma nak tanya sedikit ada tadi Pasir Panjang katakan penguatkuasaan ini akan berlaku 2026. Jadi selaku, saya tahu memang Alor Pongsu ini memang seorang YB yang bertanggungjawab. Boleh tak sekiranya benda itu tak betul, tunggu lah kawan-kawan apabila berikan satu fakta yang betul-betul accurate.
Apa ya saya pun tak dengar tadi. Report card tergantung lagi kan, tapi tapi dulu tapi setakat ini dah mula, graf dah naik lah you all madani semua.
Boleh tanya?
Alor Pongsu sila masuk kesimpulan. Terima kasih.
Saya tidak bagi sudah. Sebab kesimpulan.
Terima kasih. Alor Pongsu boleh tanya.
Saya ucapkan terima kasih kepada. Belum settle lagi? Siapa yang bercakap itu?
Jelapang…Jelapang…ini…ini…ini. Alor Pongsu tadi ada sebutkan kawasan Alor Pongsu ialah bukit banyak, udara segar. So, saya nak tanya, betulkah kalau macam ini, so, mana ada lalat? Ini saya nak tanya Alor Pongsu.
Oh, you you no no you salah dengar.
Kalau itu bukit banyak, udara segar, so memang tak ada lalat.
You salah dengar. Yang gunung yang tinggi, yang udara segar nak buat glide pelancongan itu, Semanggol. Saya buat compare notes. You pergi highway plus, nak ke Penang, you tengok kanan. Alor Pongsu ada bukit apa? Tak tahu dengan you...you habis tenggelam. Itu.
Kalau udara segar, so, itu…itu itu udara tak ada bau, so, memang tak akan menarikkan itu lalat datang.
Iya lah maksud saya, sudah jatuh ditimpa tangga. Matang Pasir Beria, banyak reban ayam, lalat banyak. Majlis pula buat pelupusan sampah di situ. Kumpul sampah so 2 in 1 you know 2 in 1. Terima kasih lah tapi tak apalah rambut kita sama. Yang rambut yang tebal-tebal ini jangan pergi Alor Pongsu lah. Sekejap lagi lalat bertelur dekat rambut hampa jap lagi. Ok terima kasih kepada YB Exco, YAB Menteri Besar sebab terkesan dengan isu ini. Saya ucapkan terima kasih kepada bakal yang terlibat ini. Tolong kenang-kenang samalah. Alor Pongsu bila berbahas nanti both side tolong selamatkanlah anak-anak kita yang kecil-kecil yang masih baby ini keluar-keluar bukan bau powder tau. Selalu baby kita bau baby sedap tau. Dia pergi Alor Pongsor tengok Matang Pasir, Matang Tengah, Changkat Lobak bau apa yang timbul? Aduh sedih saya kalau cerita bab ini. Tapi hari ni saya gembira, saya menyokong sepenuhnya tuan speaker pengubahan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Salam sejahtera dan Salam Madani salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, barisan Exco, Ahli-ahli Dewan Negeri, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, rakan-rakan pengamal media, tuan dan puan yang berada di dalam dewan serta yang sedang mengikuti siaran langsung perbahasan Sidang Dun Perak pada hari ini. Pertama kali izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas. Saya mengucapkan syabas kepada YB Lintang dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di atas penyediaan dan pembentangan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023.
Timbalan speaker, hari ini Dewan Undangan Negeri Perak akan membahas untuk dipertimbangkan kelulusan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Dengan adanya enakmen ini, negeri Perak pastinya akan berada dalam satu era transformasi penternakan moden yang seiring dengan pembangunan mampan atau sustainable development dengan izin dalam memastikan sistem perladangan unggas di negeri Perak, mesra alam serta menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerja ladang khususnya dan rakyat negeri Perak secara amnya. Enakmen ini juga sejajar dengan visi Kerajaan Negeri Perak iaitu Perak Sejahtera 2030 yang mendukung kerangka model ekonomi iaitu kerangka pembangunan mampan yang menitikberatkan keseimbangan alam raya dan kesejahteraan sosioekonomi negeri Perak. Timbalan speaker, terdapat 507 ladang unggas di negeri Perak dengan kapasiti lebih 48 juta ekor unggas. Daripada 507 ladang unggas ini, terdapat 397 ladang ayam, 109 ladang itik dan 1 ladang burung puyuh. Juga terdapat 295 sistem reban terbuka dan 203 sistem reban tertutup sementara 2 reban menggunakan sistem bercampur iaitu terbuka dan tertutup di Perak. Berdasarkan statistik ekonomi tahunan 2022 menunjukkan terdapat seramai 29,589 jumlah pekerja bagi sektor penternakan unggas di seluruh negara dan di negeri Perak sahaja terdapat 5,200 pekerja di bawah subsektor penternakan. Puan Timbalan speaker, senario semasa penternakan ayam di negeri Perak selepas tahun 2012 menyaksikan lesen hanya diluluskan setelah memenuhi beberapa syarat iaitu kelulusan kebenaran merancang, kelulusan syarat nyata tanah sistem reban tertutup dan pengurusan tinja yang efektif.
Justifikasi-justifikasi pindaan enakmen perladangan unggas ialah satu ke arah sistem reban tertutup sepenuhnya menjelang tahun 2026. Yang kedua menangani aduan kacau ganggu lalat dan pencemaran. Yang ketiga denda lebih tinggi yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan yang keempat keperluan kebenaran merancang dan kelulusan tukar syarat tanah. Justifikasi-justifikasi sudah cukup untuk menunjukkan betapa pentingnya perladangan unggas untuk perkembangan ekonomi negeri Perak. Industri perladangan unggas berkembang maju seiring dengan perkembangan penyelidikan dan teknologi perladangan yang semakin canggih. Namun apa yang membimbangkan ketika ini ialah ladang-ladang penternakan unggas yang masih mengamalkan penternakan tradisional atau sistem reban terbuka yang menjurus kepada pencemaran bau dan tempat pembiakan lalat. Penghasilan gas amonia NH3 dan hydrogen sulfide H2S dari ladang penternakan ayam misalnya merupakan faktor utama yang menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan di samping sisa tinjak ayam yang mudah menarik lalat untuk membiak. Pelepasan sisa air buangan atau efluen kesaliran awam turut menjadi punca kepada timbulnya isu pencemaran air sekiranya air buangan tidak dirawat terlebih dahulu.
Kini sudah tiba masanya untuk kesemua 507 ladang penternakan ayam, itik dan burung puyuh ini menggunakan sistem penternakan kandang tertutup dalam usaha untuk mewujudkan amalan pengurusan sisa buangan yang cekap dan sistematik serta pada masa yang sama mencapai sifar pencemaran di ladang-ladang ternakan unggas. Dalam draf pindaan Enakmen Perladangan Unggas bagi seksyen 15(1) telah dicadangkan pindaan dengan meluaskan skop kesalahan merangkumi tindakan membawa keluar kumbahan sisa unggas kumbahan sisa unggas atau produk sampingan sisa unggas yang tidak dirawat atau tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh undang-undang. Cadangan Seksyen 15(3) pula menaikkan kadar hukuman atas kesalahan melepaskan sisa unggas ke dalam sumber air iaitu daripada RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Ini menunjukkan ketegasan dan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan perladangan unggas di negeri perak benar-benar lestari serta tiada kompromi dalam hal yang melibatkan keselamatan rakyat dan kesejahteraan alam.
Puan Timbalan Speaker. Daerah Manjung yang juga terkenal sebagai antara daerah pengeluaran ayam terbesar di negara ini perlu dijadikan daerah contoh kepada penternakan unggas dalam konteks perladangan unggas lestari dan pintar. Peralihan daripada penternakan konvensional kepada penternakan secara lestari atau sistem reban tertutup ini merupakan satu anjakan paradigma terhadap perladangan unggas lestari dan pintar di negeri Perak menjelang tahun 2026. Hasil kajian yang dilakukan oleh Indonesian Centre for Agricultural, Social Economic and Policy Studies dengan izin yang bertajuk Sustainable Development Strategy on Poultry Industry in Indonesia dan diterbitkan dalam Jurnal Hukum Ekonomi Syariah pada tahun 2020 menggariskan 6 kebaikan sekiranya perladangan unggas ini dibangunkan secara lestari atau menekankan konsep Sustainability Development in Poulty dengan izin iaitu satu, meningkatkan pengeluaran daging atau telur ayam atau itik atau burung puyuh secara stabil dan mampan. Yang kedua, meningkatkan pendapatan pemilik ladang penternakan unggas. Ketiga, mengurangkan kadar kemiskinan yakni dengan penyediaan pekerjaan khususnya dalam pembangunan perladangan unggas lestari di luar bandar.
Yang keempat, meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber-sumber yang terhad seperti dana pelaburan, makanan, ubat dan pekerja lading dan yang kelima, meningkatkan penyertaan dan pemerkasaan golongan penternak serta rakan kongsi penternak termasuk kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan dan yang keenam, pembangunan lestari mencapai sifar pencemaran terhadap alam sekitar sekaligus dapat menangani pencemaran bau mahu pun kacau ganggu lalat. RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini telah meliputi keenam-enam aspek yang saya nyatakan tadi. Maka dengan wujudnya enakmen ini pencemaran akan dapat dikawal dengan tindakan perundangan melalui pemantauan, pemeriksaan, pelesenan dan pengkompaunan. Tindakan menambah tafsiran baharu keluarga lalat dalam Seksyen 17(5) RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 untuk tujuan pengenalan atau identifikasi yang lebih spesifik akan keluarga lalat harus dipuji kerana peruntukan yang sedemikian tiada dalam Enakmen Perladangan Unggas 2005 sekaligus memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kehadiran serta kacau ganggu lalat di kawasan persekitaran ladang unggas. Maka Malim Nawar mohon mencadang penggubalan RUU ini disusuli dengan satu penyediaan garis panduan Perladangan Unggas Lestari dan Pintar 2023/2030 misalnya.
Garis panduan ini penting dalam usaha untuk mentakrifkan makna kata lestari dan pintar serta memberikan tafsiran jelas akan pembangunan perladangan lestari. Puan Timbalan Speaker, timbul pula persoalan apakah Perladangan Unggas Lestari ini jawapan kepada keterjaminan makanan di negeri Perak? Perak merupakan negeri rakan kongsi yang ideal kerana peluang untuk Perladangan Unggas Lestari ini berkembang maju adalah sangat tinggi. Maka perladangan unggas moden bukan sahaja melitupi perladangan secara tertutup tetapi juga harus menerapkan konsep perladangan pintar yang boleh menjuruskan kepada penghasilan agromakanan secara lestari dan stabil. Contoh terbaik yang boleh Malim Nawar kongsikan di sini adalah projek Smart Chicken Farm Monitoring System dengan izin yang telah dibangunkan oleh Universiti Tun Hussin Onn Malaysia dan telah diterbitkan dalam Jurnal Evolution in Electrical and Electronic Engineering dengan izin pada tahun 2020. Satu sistem telah dibangunkan di mana pemilik ladang unggas akan dapat mengawal parameter suhu dan kelembapan ladang secara automatik.
Sebelum ini, para penternak unggas konvensional perlu mengawal semua proses yang terlibat termasuk memantau suhu dan kelembapan ladang ternakan secara manual. Namun kini, boleh melakukan proses yang sama dengan hanya menggunakan peranti pintar seperti telefon pintar atau komputer peribadi walau berada di mana sahaja. Konsep perladangan lestari dan pintar ini harus diterapkan terhadap 295 perladangan unggas sistem terbuka yang akan beralih kepada sistem tertutup secara menaik taraf sistem pemantauan kawalan ladang unggas yang melibatkan sistem reban tertutup. Langkah ini akan pastikan menghasilkan kemampanan produktiviti makanan dan rakyat negara ini yang bergantung kepada daging ayam dan telur ayam khususnya sebagai makanan ruji harian selain nasi ini akan mendapat akses kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan harga berpatutan.
Perladangan lestari dan pintar ini bukan sahaja akan menoktahkan kepada krisis ketidakterjaminan makanan tetapi juga akan mampu menghasilkan daging ayam atau itik ataupun burung puyuh yang berkualiti serta bebas daripada sebarang ancaman penyakit. RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini sememangnya bersifat semak dan imbang dalam memastikan penternakan perladangan unggas yang lestari dan pintar ini dapat direalisasikan sekali gus menjamin bekalan makanan serta tingkatkan keterjaminan makanan. Puan Timbalan Speaker. Negeri Perak bukan sahaja boleh menjadi hak perladangan unggas lestari dan pintar tetapi juga sekiranya dipantau dan diselia secara semak dan imbang di bawah RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 negeri ini mempunyai potensi untuk menjadi negeri pengeluar daging ayam dan itik yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Justeru itu, Kerajaan Negeri harus bertindak segera dalam melakukan pemutihan terhadap ladang-ladang unggas di negeri Perak. Pemutihan ladang unggas yang diterokai secara haram ini juga perlu disusuli dengan garis panduan teknikal yang tidak menyukarkan atau lapuk. Justeru itu, Malim Nawar mohon untuk mencadangkan penubuhan Lembaga Unggas Negeri Perak yang pertama seumpamanya di Malaysia dalam kawal selia serta memantau perladangan unggas di negeri ini.
Penubuhan Lembaga Unggas Negeri Perak atau LUNP ini akan memastikan ekosistem ternakan unggas di negeri ini akan dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh sektor perladangan unggas ketika ini. Kewujudan LUNP ini juga akan menjadi satu platform yang lebih baik teratur untuk mengawal selia sektor perladangan unggas di Perak di bawah RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Dengan penubuhan LUNP ini bukan sahaja akan menjadikan ekosistem perladangan unggas lebih berstruktur, lestari dan pintar tetapi ia juga akan memberikan akses kepada Kerajaan Negeri Perak untuk merangka dasar dan garis panduan yang sewajarnya bagi mengelakkan peneroka tanah secara haram untuk aktiviti perladangan unggas di negeri ini. Malah LUNP juga akan mendapat memantau pembinaan rumah pekerja-pekerja ladang unggas yang baru serta memantau rumah-rumah pekerja ladang yang sedia ada yang memerlukan pengawasan pekerja secara...
Masuk kesimpulan.
Ya sikit je lagi. Dengan penubuhan LUNP ini akan membolehkan Kerajaan Negeri mengintegrasikan penyertaan agensi-agensi berkaitan dalam mewujudkan hak perladangan unggas yang lestari dan pintar di negeri Perak yang pastinya akan menguntungkan rakyat negeri Perak. Timbalan Speaker, pada kesimpulannya Malim Nawar bahawa RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini merupakan satu RUU yang komprehensif dan merangkumi pelbagai aspek serta mengambil kira kepentingan pelbagai pihak termasuk pemilik-pemilik perladangan unggas di kawasan bandar dan luar bandar. Malah RUU ini juga mampu menjana transformasi perladangan unggas yang konvensional kepada perladangan unggas yang lestari dan pintar. Kerajaan Negeri Perak sejajar dengan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 telah mengambil langkah yang tepat pada masanya dalam memperkenalkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini. Bersama-sama ini kita menuju ke arah hub perladangan unggas yang lestari dan pintar di negeri Perak. Sebelum mengakhiri perbahasan ini, izinkan Malim Nawar menyampaikan serangkap pantun.
Anak ayam tersambar petir, Itik makan nasi bebutir, Jangan takut, jangan khuatir, Kerajaan Perpaduan sampai akhir
Malim Nawar mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormt dari kawasan Malim Nawar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat dan juga yang berada dalam talian. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada Exco Pertanian kerana membawa Rang Undang-Undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Secara keseluruhannya, pindaan ini dilihat dapat memperkemas dan memperketakkan lagi beberapa peraturan yang termaktub dalam enakmen yang sedia ada. Sebelum saya meneruskan perbahasan, ingin saya mulakan perbahasan ini dengan memetik kalimah Allah dalam surah An Nisa ayat 58... yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan kepada ahlinya yang berhak menerimanya. Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu, memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ".
Sidang Dewan sekalian, undang-undang diwujudkan untuk mendidik dan mengawal individu dalam sebuah negara. Jika tiada undang-undang, membolehkan individu atau perilaku melakukan tindakan yang melampaui batas, melampaui kebenaran, melampaui sifat-sifat kemanusiaan. Jika tiada undang-undang, sukar untuk kita mewujudkan suasana yang harmoni. Akan berlakulah ganggu-gugat, kacau-bilau dalam kehidupan bermasyarakat. Undangan-undang penting bukan hanya untuk mengatur kehidupan manusia, tetapi juga untuk mengurus negara dan juga negeri. Ya, undang-undang memang ada kalanya dilihat semacam menyekat kebebasan manusia tetapi sebenarnya manusia tidak boleh dibiarkan bergerak tanpa sekatan undang-undang. Tanpa undang-undang, mana mungkin kita boleh mendisiplinkan manusia. Tanpa undang-undang, manusia tidak dapat disusun, disusun atur kehidupannya yang lebih baik. Ya betul, undang-undang bertujuan untuk membataskan manusia dan mengawal manusia. Kita, bila memandu pun terasa terbatas dengan kelajuan 110km. Kalau boleh, kita nak memandu dengan kereta yang kita miliki dengan pecutan 140km tetapi undang-undang membataskan kita kerana apa? Undang-undang mendisiplinkan kita. Supaya manusia tidak sentiasa berada dalam sifat keinsianan, maka undang-undang lah akan membentuknya dan supaya manusia tidak tergelincir ke dalam sifat zalim dan buruk, maka undang-undang lah sebagai cara untuk mengatasinya. Inilah prinsip undang-undang yang kita semua sama-sama telah pun faham.
Manong ingin menarik perhatian sidang Dewan terhadap beberapa perkara sebagai penambahbaikan pelaksanaan Rang Undang-Undang Unggas (Pindaan) 2023 ini. Pertamanya, penguatkuasaan peraturan yang terkandung dalam RUU ini perlu dipastikan pelaksanaannya kepada semua yang terlibat dengan tiada pihak yang terkecuali. Ada 2 kata kunci penting dan wajib dijadikan prinsip utama kerajaan dan juga kepada petugas penguatkuasa iaitu prinsip yang pertama, tegas dan prinsip yang kedua tidak pilih kasih atau dengan maksud lain jangan pilih bulu dalam melaksanakan undang-undang. Tiada pihak yang bersifat untouchables dengan izin dan juga tiada pihak yang above the law juga dengan izin. Jangan memilih dalam menghukum. Pihak yang diberi kuasa perlu berlaku adil kepada semua. Terutama sekali bahagian penguatkuasa dan pendakwaan. Mereka ini sebenarnya kumpulan yang istimewa yang telah dipilih menjadi bahagian penguatkuasa. Mereka sebenarnya tidak wajar terikat dengan mana-mana sentimen atau arahan yang mungkin dilihat boleh membelakangi undang-undang. Mereka perlu bergerak bebas sepenuhnya melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang.
Yang kedua, dalam melaksanakan dan menguatkuasa sesuatu undang-undang, tugas menguatkuasa seperti yang disebut oleh Alor Pongsu sebentar tadi, mereka berdepan dengan pelbagai risiko dan ancaman. Keselamatan petugas, keluarga mereka di rumah, harta benda mereka mungkin terancam. Jaminan keselamatan kepada mereka perlu diberi. Undang-undang yang menjamin keselamatan petugas penguatkuasa juga perlu diperkemas. Banyak kes kita dengar penjawat awam diancam dan dihalang ketika menjalankan operasi. Ancaman boleh datang dalam pelbagai bentuk secara langsung iaitu fizikal, ancaman juga boleh dalam bentuk panggilan telefon, ancaman juga boleh dalam bentuk mesej elektronik, dan ancaman juga boleh di dalam bentuk penghantaran barang dalam bentuk pos dan sebagainya. Jangan dibiarkan.
Mohon celah, boleh? Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan tentang yang dikatakan digambarkan berkaitan semua penternak-penternak ayam adalah orang yang sangat jahat. Seperti yang tadi, Yang Berhormat Alor Pongsu juga bagi satu gambaran. Saya bukan kata saya ucap bagi pihak semua penternak ayam, tetapi saya rasanya sebagai Adun, kita berucap dalam Dewan, kita janganlah menggambarkan satu gambaran yang sangat buruk pada sesetengah pihak. Terima kasih.
Terima kasih Pantai Remis. Saya sama sekali tidak bermaksud sedemikian. Hanya itu persepsi yang Pantai Remis berikan kepada saya. Tapi ada ucapan saya seterusnya yang akan menyokong pengusaha-pengusaha unggas dan sebagainya. Ini sekadar permulaan yang menggambarkan bahawa dalam menjalankan penguatkuasaan, pihak-pihak berwajib perlu dilindungi kerana ada ketikanya mereka berdepan dengan pelbagai ancaman. Perkara itu realiti berlaku dan kita melihat benda yang berlaku ini dalam akhbar dan perkara tersebut sentiasa berlaku dan keadaan ini memang berlaku tetapi saya tidak mengatakan semua pengusaha berlaku sedemikian. Baik, saya teruskan.
Yang kedua, dalam melaksanakan dan menguatkuasa sesuatu undang-undang, petugas, mohon maaf saya sambung sedikit. Dalam melaksanakan perkara ini, kerjasama di antara agensi keselamatan dengan pihak bahagian penguatkuasa perlu dilakukan dengan lebih tersusun. Kita faham anggota keselamatan bilangannya terhad dan banyak tugas keselamatan lain yang perlu mereka laksanakan. Cuma kita khuatir ketika operasi penguatkuasaan berlaku mungkin berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Sebab itu perlu ada kerjasama yang erat, rapat, tersusun di antara anggota keselamatan bersama bahagian penguatkuasa.
Yang ketiga, pindaan RUU ini melibatkan peraturan yang lebih ketat. Hukumannya berat, denda tinggi, barang lesen juga tinggi dan kita memahami kos pembinaan reban tertutup juga tinggi. Ada kecenderungan mungkin berlaku kenaikan harga kerana kos-kos yang tinggi yang saya sebutkan tadi. Kenaikan ini mungkin disengajakan dan mungkin juga wajar dinaikkan harga. Mungkin juga dilakukan sebagai protes ataupun bayaran balik terhadap kos-kos dan bayaran tinggi yang saya sebutkan tadi. Kita memahami kos penternakan ayam meningkat dengan ketara kesan dari isu-isu global. Ditambah pula, Malaysia sangat bergantung tinggi kepada import untuk sumber makanan dedak. Kos makanan ayam meliputi 70% daripada kos penternakan selain kos kerja, logistik dan ubat. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya harga ternakan unggas boleh dikawal. Kerajaan perlu mengawal harga dan harga ini tidak boleh dikawal oleh pihak lain. Kerajaan perlu menetapkan harga siling dan pengguna tidak wajar dibeban dengan kenaikan harga melampau dan dalam masa yang sama pengusaha jangan dibiarkan mereka terus rugi.
Yang keempat, penternakan unggas merupakan aktiviti yang penting dalam mempastikan keterjaminan makanan dengan menyediakan bekalan yang mencukupi. Pelaksanaan pindaan ini diharap tidak menyebabkan ada pengusaha terpaksa gulung tikar. Ini sangat penting diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan kepada bekalan ternakan unggas. Pihak kerajaan perlu memberi jaminan bekalan ternakan unggas sentiasa mencukupi. Isu bekalan daging dan telur, telur ayam sering berbangkit dari masa ke semasa dan dilihat seolah-olah tidak ada penyelesaiannya dan ada ketikanya penyelesaian yang diberi hanyalah yang bersifat jangka pendek. Kerajaan wajar mengambil pendekatan jangka panjang dan terbaik untuk menangani isu bekalan daging dan telur supaya pengusaha tidak rugi dan juga pengguna tidak terpaksa membeli dengan harga yang terlampau tinggi. Yang kelima, aspek kebersihan ladang unggas merupakan antara faktor yang penting untuk mengurangkan pembiakan lalat.
Kajian yang berterusan perlu dilakukan untuk mencari formula terbaik yang boleh menghapus atau mengurangkan pembiakan lalat. Perlu ada pelbagai alternatif dan kaedah untuk mengurangkan atau menghapuskan terus pembiakan dan penyebaran lalat. Jangan hanya bersandar sahaja kepada satu kaedah. Reban tertutup dengan kos yang tinggi, hanya itu sahaja kaedah tetapi, lakukanlah kajian, libatkanlah universiti, libatkanlah kementerian, libatkanlah pihak-pihak swasta supaya sama- sama mengkaji untuk mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasi isu pembiakan lalat. Dalam masa yang sama, pendidikan kebersihan, kesedaran dan risiko kacau ganggu lalat perlu diberikan kepada pengusaha-pengusaha ladang unggas termasuk kepada para pekerja.
Mungkin ada para pekerja di kalangan warga asing yang sukar untuk berkomunikasi, yang tidak memahami mungkin budaya kita di sini. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya kebersihan dan juga isu-isu yang bersangkut paut dengan pembiakan lalat dan yang keenam, penguatkuasa Rang Undang-Undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini diharapkan tidak menyebabkan pengusaha ternakan unggas terpaksa gulung tikar terutama kepada pengusaha-pengusaha berskala kecil dan sederhana yang dilihat kekurangan modal. Bantuan insentif, subsidi dari kerajaan perlu diteruskan bahkan mungkin perlu juga dipertingkatkan bagi menjamin pengusaha ternakan unggas terus dapat bertahan. Pengusaha berskala kecil perlu digalakkan di setiap daerah ataupun tempat dengan kawalan yang lebih terperinci. Ini juga sangat berkait rapat dengan keterjaminan makanan.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, di kesempatan yang ada ini, saya juga ingin menyentuh 2 perkara tambahan yang juga ada kaitan dengan penternakan, tetapi penternakan ruminan sebagai tambahan isu yang saya bawa daripada kawasan saya, Manong. Pertamanya, penternakan di tanah rizab padang ragut. Tanah rizab padang ragut untuk kegunaan awam bermaksud untuk tujuan penternakan. Ada ura-ura dinyatakan oleh penduduk kampung iaitu jawatankuasa padang ragut menyebut ada ura-ura di pihak kerajaan untuk mengenakan bayaran kepada jawatankuasa padang ragut dengan kadar tertentu bagi setiap ekar, setiap ekar yang digunakan. Baki tanah padang ragut yang tidak digunakan dikhabarkan, difahamkan akan disewa kepada syarikat yang berminat. Jika benar perkataan ini, ini pertanyaan saya jika benar kenyataan ini kita berharap perkara ini disemak semula kerana tujuan padang ragut ini adalah untuk menjana ekonomi penduduk kampung. Itu jawatankuasa patuh…Mohon sikit lagi.
2 minit lagi. Sila masuk kesimpulan.
Jika dibenarkan syarikat mengusahakan tanah rizab padang ragut, betul ia boleh menjana ekonomi tetapi lebih menguntungkan syarikat, bukan kepada penduduk kampung. Mohon diberi perhatian ini dan yang terakhir, berkaitan juga penternakan ikan air tawar. Pengusaha ternakan ikan air tawar di daerah kawasan Manong menghadapi 2 masalah utama. Pertamanya, harga makanan atau pallet semakin tinggi dan ianya adalah masalah seluruh negara, bukan sekadar Manong. Meningkat dan tidak pernah turun dan ia memberi kesan kepada kenaikan harga ikan air tawar. Yang kedua, penternak akukultur menghadapi masalah sukar untuk mendapat bekalan benih ataupun anak ikan. Terpaksa menunggu queue selama 2 atau 3 bulan sebab permintaan tinggi tetapi dalam masa yang sama pengusaha pusat penetasan ikan berkurangan. Oleh itu, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan agar pihak kerajaan membina kilang penghasilan pallet bagi mengurangkan kebergantungan kepada pallet import. Dan yang kedua, saya mencadangkan kepada kerajaan akan membina pusat penetasan ataupun HECRI, tenaga air tawar berskala besar sebagai pusat R&D. Manong bersedia menawarkan tempat kepada Kerajaan Negeri untuk menempatkan kilang pallet dan juga pusat HECRI. Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan khususnya Exco Pertanian kerana membawa usul ini, usul yang baik dan akhirnya saya, Manong, menyokong Rang Undang-Undang Unggas (Pindaan) 2023. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Manong. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Atas nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, rakan-rakan Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada Kuala Sepetang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Enakmen Perladangan Unggas Negeri Perak (Pindaan) 2023.
Puan Timbalan yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Pindaan ini walaupun agak terlewat, namun adalah sesuatu yang perlu disambut baik bagi memastikan kelestarian hidup penduduk Negeri Perak terutama yang berdekatan dengan ladang penternakan ayam yang tidak diurus dengan baik dan cekap. Ada beberapa pihak cuba mengatakan bahawa ladang ayam bukanlah satu-satunya punca masalah rakyat di negeri Perak. Malah, baru- baru ini Yang Amat Berhormat Kota Tampan sendiri pun juga menyatakan bahawa masalah lalat itu bukan sepenuhnya berpunca daripada ladang ternakan ayam akan tetapi juga oleh petani dan peladang yang menggunakan tinja ayam ini bagi ladang-ladang mereka. Bagaimanapun, tiada siapa yang harus menafikan bahawa ladang ayam terutamanya yang mengamalkan sistem terbuka merupakan punca kepada masalah lambakan lalat sehingga menjejaskan kehidupan sebahagian daripada kita.
Selain masalah bau dan pencemaran air, kehadiran ribuan dan jutaan lalat akibat penternakan ayam ini telah mengganggu ratusan ribu penduduk Negeri Perak. Kita boleh sahaja google masalah lalat dan ladang ayam di Negeri Perak ini untuk membaca keluhan dan aduan rakyat mengenai masalah lalat yang tidak pernah selesai. Ada yang mengadu mereka telah berhadapan masalah tersebut sejak 20, 30 tahun yang lalu. Baru-baru ini juga tular rakaman video di Tik Tok di mana penduduk Bandar Baru Setiawan Perdana, Setiawan merayu campur tangan Menteri Besar berhubung isu lalat yang terlampau banyak di kawasan perumahan mereka. Realitinya, masalah lalat bukan sahaja di Manjung, ia turut berlaku di Lumut, Pengkalan Baru, Beruas, Lekir dan lain-lain tempat di seluruh negeri Perak yang berpunca daripada ladang ternakan ayam. Bukan sahaja rakyat biasa, masalah lalat ini juga telah menjejaskan usahawan sektor pelancongan di kawasan seperti Pantai Pasir Panjang, Pantai Teluk Senangin dan beberapa tempat lain. Hotel, motel dan chalet berhadapan kekurangan tempahan walaupun mempunyai pantai yang cantik terutamanya di kawasan seperti di Teluk Senangin. Peniaga makanan pula menanggung malu dan kekurangan pelanggan apabila kedai dihurungi lalat biarpun sentiasa menjaga kebersihan.
Puan Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Pun begitu, kita tidaklah mahu menyalahkan Kerajaan Negeri semata-mata. Pindaan enakmen ini membuktikan Kerajaan Negeri bertekad untuk mengatasi masalah pencemaran akibat penternakan unggas terutamanya ayam. Kita juga faham pindaan ini juga bukan boleh dilakukan sekelip mata. Ia bermula pada tahun 2021 apabila Yang Berhormat Gunong Semanggol, terima kasih Gunong Semanggol yang ketika itu menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa pindaan enakmen ini. Gunong Semanggol ketika itu menyatakan pindaan ini akan membolehkan Kerajaan Negeri bertindak tegas menangani kesan perladangan unggas termasuk menutup ladang-ladang ayam terbuka yang menjadi punca lambakan lalat. Alhamdulillah, bersyukur kita hari ini hasrat rakyat yang diusahakan oleh Gunong Semanggol telah pun menjadi kenyataan. Kita juga berharap selepas pindaan ini semua ladang ayam terbuka akan ditutup dan masalah lalat akan berkurangan dengan drastik seperti mana yang kita harapkan.
Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kota Tampan yang mana telah meneruskan usaha ini walaupun kedua-duanya telah berada di pihak yang bertentangan. Inilah yang dikatakan kehebatan politik dari Negeri Perak. Kepentingan dan kehendak rakyat diutamakan daripada permusuhan politik yang tidak berkesudahan. Saya percaya pindaan ini akan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dengan sebulat suara. Walaupun kita faham akan kepentingan meneruskan industri perladangan ayam sebagai sumber ekonomi negeri ini dan sumber makanan rakyat, namun dalam masa yang sama, kita semua mahu memastikan dan kesejahteraan rakyat adalah diletakkan tempat paling utama. Tidak ada guna kita gah menyatakan negeri ini sebagai sumber makanan negara, namun rakyat terpaksa berkorban keselesaan dan kesejahteraan mereka kepada ladang-ladang ayam ini.
Puan Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, dalam masa kita bergembira Kerajaan menunjukkan inisiatif untuk mengatasi masalah rakyat. Kita juga mahu mengingatkan kerajaan bahawa pindaan ini tidak bermakna apa-apa jika penguatkuasaan tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Penduduk di sekitar ladang ayam yang bermasalah telah lama menderita. Berdekad lamanya mereka mengadu nasib daripada Menteri Besar hinggalah kepada Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT. Hanya 2 tahun lepas, Exco Kerajaan Negeri menunjukkan kesungguhan mahu menyelesaikan masalah ini secara tuntas. Justeru, jangan beri mereka harapan palsu lagi. Tiada guna pindaan ini jika ia hanya kekal dalam buku dan menjadi gah dalam persidangan ini sahaja. Kita tahu peladang peladang ayam ini juga mempunyai kuasa lobi yang kuat juga. Jika mereka tidak dapat mempengaruhi Menteri Besar dan Exco, penguatkuasaan di bawah pun sudah cukup untuk menutup mata.
Dalam masa yang sama, Kuala Sepetang mahu mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa menukar semua reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup tidak menjamin masalah lalat dapat diatasi sepenuhnya. Jika penguatkuasaan dan pemantauan mereka meneruskan sikap mereka sambil lewa sahaja. Walaupun sistem reban ayam tertutup lebih cekap dan mudah untuk mengawal pembiakan lalat, namun bukan jaminan masalah ini akan diselesaikan sepenuhnya. Pengusaha dan pekerja reban ayam tertutup perlu sedar dan mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan dan mengadakan semburan kabut iaitu fogging secara berkala bagi memastikan masalah lalat ini tidak akan berulang.
Manakala pihak pembuat polisi dan penguatkuasaan yang merangkumi semua pihak dari Pejabat Menteri Besar, Exco yang bertanggungjawab, Agensi kerajaan yang terbabit dan Pihak Berkuasa Tempatan harus sedar pindaan enakmen ini tidak bererti apa-apa tanpa pemantauan dan penguatkuasaan yang cekap. Kita mahu jaminan selepas pindaan ini, akan ada tindakan proaktif bagi membuktikan pindaan ini bukan sekadar mengaburi mata kami di dalam Dewan dan rakyat di luar sana. Puan Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, kepentingan Industri Unggas Perak kepada negeri dan negara adalah sangat signifikan. Pada tahun lalu sahaja, pengeluaran daging ayam dan itik di negeri ini berjumlah 372,825 tan metrik dan pengeluaran telur berjumlah 2.83 billion biji. Kita mempunyai sekitar 533 ladang unggas yang merangkumi ayam dan itik dengan daerah Manjung merupakan daerah yang mempunyai ladang pengeluaran ayam terbesar dengan 180 buah.
Ada antara ladang ini mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 280 ribu ekor ayam sehari. Dari segi kepentingan industri peladangan unggas ini, Perak telah mencatatkan tahap pengeluaran daging ayam, itik dan telur ayam melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh 5 tahun berturut-turut. Tahniah kepada negeri Perak. Dengan kata lain, sebahagian pengeluaran unggas di negeri ini telah menyumbang kepada usaha keterjaminan sekuriti makanan negara. Justeru, pindaan ini bukan saja harus melindungi rakyat tetapi juga memastikan industri penternakan ayam di negeri ini tidak terjejas selepas pelaksanaan reban tertutup sepenuhnya.
Antara faktor utama dalam menjayakan reban ayam tertutup ialah bekalan elektrik yang stabil. Sebarang gangguan bekalan elektrik dalam masa yang panjang akan merisikokan kematian ternakan, sekaligus menyebabkan kerugian kepada penternak dan masalah bekalan kepada pasaran. Justeru, Kerajaan Negeri dengan Tenaga Nasional Berhad harus mempunyai pelan yang sesuai bagi meminimakan risiko kematian ayam akibat keputusan bekalan elektrik dalam tempoh yang lama. Bagi ladang-ladang ayam yang kecil pula, Kerajaan Negeri harus memikirkan inisiatif bagi mempercepatkan peralihan dari reban terbuka kepada reban tertutup. Menukar konsep penternakan tertutup mungkin tidak berdaya maju kepada perusahaan berskala kecil. Justeru pengenalan beberapa insentif dan inisiatif bagi mengurangkan kos pembangunan infra, reban tertutup harus diperkenalkan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita daripada barisan pembangkang, kalau benda yang baik kita akan menyokong. Tidak semestinya pembangkang itu apa saja harus kita bangkang dan kita pun berharap agar di pihak kerajaan juga sama. Jika di pihak kerajaan benda yang tak betul, janganlah sokong. Jadi, kita Kuala Sepetang menyokong tanpa paksaan kerana apabila kita memaksa sesuatu itu sudah tentu kita akan berlaku persengketaan dan sesungguhnya, Allah juga tidak pernah memaksa hamba-hambanya, walaupun Allah itu maha pemaksa dan dengan ini, Kuala Sepetang menyokong usul ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang, seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Adun Kota Tampan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai jabatan kerajaan, rakan-rakan media dan semua yang sedang mengikuti siaran langsung di atas talian. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua untuk memberi ruang dan peluang bagi Astaka membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Pindaan Unggas 2023 dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Lintang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perladangan yang telah berjaya membentangkan rang undang-undang ini. Saya fikir saya antara orang yang paling sesuai untuk membahaskan rang undang-undang ini kerana sebagai wakil rakyat dari daerah Manjung yang tadi Pasir Panjang, Alor Pongsu, Kuala Sepetang pun telah sebut antara masalah lalat, kacau ganggu lalat yang paling serius di negeri Perak. Nanti saya akan ceritakan macam mana situasi dalam daerah Manjung.
Tapi saya ingin mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat dan rang undang-undang ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata di luar sana terutamanya daerah Manjung. Oleh itu, sebelum saya bermula, saya terus terang menzahirkan sokongan penuh saya ke atas Rang Undang-undang Unggas ini. Tentunya tujuan pindahan rang undang-undang ini tidak sahaja untuk menangani aduan kacau ganggu lalat dan pencemaran. Ada 4 tujuan, pertama, ke arah sistem reban tertutup sepenuhnya menjelang tahun 2026. Kedua, menangani aduan kacau ganggu lalat dan pencemaran. Ketiga, kenaan denda lebih tinggi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan keempat, keperluan kebenaran merancang dan kelulusan tukar syarat tanah. Timbalan Yang di-Pertua, walaubagaimanapun saya akan fokus dan tumpukan kepada perkara yang kedua. Iaitu menangani aduan kacau ganggu lalat dan pencemaran.
Balik kepada daerah Manjung. Daerah Manjung adalah salah satu tempat yang paling terkesan apabila kita membincangkan tentang isu lalat ni. Di Perak, kita ada 507 ladang ungags dan di Manjung sahaja, kita mempunyai 164 ladang unggas dan 3 ladang telur dan menjadikan jumlah ladang unggas di daerah Manjung 167 atau bersamaan dengan 33%, ataupun 1/3 daripada jumlah ladang unggas di negeri Perak. Di kawasan saya, Pekan Gurney, Simpang Lima, Bandar Baru Setia Awan Perdana. Sebenarnya 1 tempat yang cukup kecil tapi kami ada 26 ladang unggas dan baru-baru ini seperti mana Kuala Sepetang tadi sebut ada video yang viral di TikTok, sosial media TikTok oleh seorang YB juga, nama dia YB Batik Amy yang sekarang baru saja saya cek terdapat 1.2 juta views di atas TikTok. Insan YB Batik Amy ini dia menunjukkan betapa serius keadaan di Bandar Baru Setia Awan Perdana. Lalat di sana bukan 1, 2 tapi dia kira selonggok dua longgok. Terpaksa mereka sapu lantai setiap hari atau satu hari beberapa kali kerana mereka sembur racun serangga dan lalat selonggok di lantai. Yang diceritakan, mereka di bandar baru Setia Awan Perdana, makan pun susah kerana takut nanti tersuap lalat ke dalam mulut dan saya boleh tunjuk ini screenshot dah boleh nampak. Inilah keadaan yang dihadapi di bandar baru Setiap Awan Perdana satu longgok lalat yang dihadapi ini kira perkara yang biasa kalau masa musim lalat dan saya rujuk kepada laporan berita Sinar Harian, bertarikh 10 Mei 2023 yang bertajuk "Gangguan lalat jejas rutin harian penduduk Sitiawan".
Seorang insan yang bernama Ahmad Firdaus Mohamad Sani telah menyifatkan Sambutan Hari Raya tahun ini sebagai satu bencana apabila banyak lalat menyerang rumah penduduk boleh mengatakan keadaan itu agak luar biasa berbanding hari lain hinggakan terpaksa borong pelekat lalat, selain mop lantai berkali-kali. Pakaian putih yang disidai akan menjadi tompok-tompok hitam kerana dihinggapi lalat.
Tambah Encik Ahmad Firdaus, penggunaan racun serangga di bimbangi akan menjejaskan tahap kesihatan keluarga jika digunakan secara berturusan. Inilah keadaan di Manjung sekarang dan nama baik Manjung yang diiktiraf sebagai antara 10 bandar yang paling bahagia 2022 melalui kajian indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 akan terjejas juga kata paling bahagia tetapi mungkin disebabkan kacau ganggu lalat ini menjadi tidak bahagia. Oleh itu, saya sekali lagi menzahirkan ribuan terima kasih kepada Exco YB Lintang kerana telah berjaya membentangkan rang undang undang ini dan saya menyatakan ini adalah tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat dan Kerajaan Perpaduan hari ini yang sentiasa berjiwa rakyat dan perhatian kepada masalah rakyat untuk mencari cara penyelesaian kepada masalah lalat ini. Saya percaya perkara ini boleh dibantu dan diubah dengan pembentangan pindaan rang undang undang ini yang akan memastikan perundangan perladangan unggas sesuai dengan masa dan zaman yang kian berubah. Saya juga percaya pindaan ini selaras dengan dua nilai teras pertama Malaysia Madani iaitu kemampanan dan kesejahteraan dan juga selaras dengan sasaran Perak Sejahtera 2030 iaitu sejahtera sosial dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
Saya rujuk balik kepada Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini, secara seringkasnya terdapat 10 pindaan ke atas hukuman iaitu menjadikan hukumannya lebih berat di Seksyen 8, 10, 11, 13, 15, 16, 17, 26, 27 dan 29. Saya akan mengambil contoh di Seksyen 17 iaitu kesalahan membenarkan pembiakan lalat, serangan lalat serangga atau makhlok perosak. Hukuman di seksyen ini telah dinaikkan dari denda tidak melebihi RM10,000 ke tidak melebihi RM50,000. Hukuman penjara juga dinaikkan dari tidak melebihi 1 tahun kepada 3 tahun. Timbalan Yang di-Pertua, saya percaya ini adalah satu usaha yang baik, namun demikian masalah lalat akan terus berterusan kalau timbul kekurangan daripada aspek penguatkuasaan. Saya percaya mana-mana undang-undang hanya akan jadi efektif sekiranya penguatkuasaan undang-undang tersebut adalah ketat dan tepat pada masanya. Kami nampak antara tahun 2012 hingga 2022, kompaun di bawah seksyen 17 ini dalam 10 tahun ini pihak penguatkuasa mengelola meluarkan 90 kompaun iaitu kalau kita bahagikan 10 tahun iaitu 9 kompaun setahun. Saya terfikir-fikir adakah jumlah kompaun ini adalah jumlah yang munasabah memandangkan masalah kacau ganggu yang kita menghadapi.
Oleh itu, saya memohon Exco Yang Berhormat Lintang untuk memberikan data yang lebih teliti berapa kompaun yang telah dikeluarkan di daerah Manjung dan berapa kes yang telah didakwa ke mahkamah. Oleh itu Astaka sokong penuh dengan pindaan Seksyen 29 (2) iaitu kenaikan peruntukan kompaun untuk mempunyai kesan halangan atau dengan izin yang lebih efektif. Pindaan ini, pindaan ini akan menjadikan amaun kompaun yang ditawarkan menjadi tidak melebihi 50% amaun denda maksimum bagi kesalahan itu tetapi tidak kurang daripada RM5,000 untuk semasa amaun kompaun itu hanya RM300 atau tidak melebihi RM2,000.
Oleh itu saya setuju kalau satu bisnes yang besar RM2,000 kompaun ini sebenarnya tidak apa untuk mereka. Oleh itu saya sokong untuk menaikkan penawaran kompaun. Saya juga merujuk kepada seksyen baru 4A Pematuhan kepada Standard Amalan Perladangan di mana ada 4 kriteria yang ditetapkan iaitu reban tertutup, pelepasan sifar, zon penampan dan standard amalan perladangan yang ditetapkan di bawah perenggan 32 (c) dan dalam seksyen ini (2) telah menjelaskan reban tertutup ertinya reban yang keseluruhan bahagiannya bertutup rapat kecuali dibahagian untuk udara keluar masuk. Timbalan Yang di-Pertua, walaupun sistem tertutup telah diamalkan dan diwajibkan sejak tahun 2012, namun masalah lalat masih berterusan kerana saya percaya ada seketika atau sesetengah pengusaha tidak menjalankan rawatan yang secukupnya semasa mengeluarkan ayam. Sebelum ayam dibawa keluar, rawatan yang dijalani perlulah cukup dengan semburan racun lalat. Kalau tidak menjalankan rawatan ini secara efektif, ia akan menyebabkan serangan lalat ke kawasan kediaman yang berdekatan.
Oleh itu, saya mencadangkan tetapan 4 keperluan dalam menetapkan peraturan-peraturan di bawah peringkat 32(C) untuk satu standard amalan perladangan dan pemprosesan untuk mengawal selia dan menyelesaikan masalah lalat apabila ayam dibawa keluar. Rawatan dengan racun serangga atau lalat yang mencukupi perlu disembur dan penguatkuasaan perlu juga dilakukan pada masa pengusaha-pengusaha mengeluarkan ayam. Tapi, saya juga mengiktiraf kepentingan pengusaha-pengusaha ladang unggas ini kepada negeri kita dan juga seperti yang disebut oleh Kuala Sepetang tadi, ini adalah sesuatu yang penting untuk menjamin dengan izin, food security. Oleh itu, saya juga ingin mencadangkan bahawa pengusaha-pengusaha ladang unggas juga diberi bantuan kerana sekarang kos pembelaan ayam semakin tinggi dan kita juga tidak mahu tidak ingin keadaan di mana perundangan ini akan akhirnya menyebabkan bebanan rakyat menjadi lebih berat kerana terdapat peningkatan dalam kos dalam pengeluaran ayam ini.
Oleh itu saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri untuk memberi subsidi ke atas kos rawatan seperti kos dengan izin, pesticide atau racun lalat kepada pengusaha-pengusaha ladang unggas ini. Astaka juga ingin menekankan terdapat satu kekurangan dalam perundangan yang mengawalselia penggunaan tinja sebagai baja. Isu lalat ini sebenarnya tidak sahaja disebabkan oleh ternakan ayam semata-matanya tetapi juga di sebabkan sesetengah pengusaha tanaman kelapa sawit yang menggunakan tinja ayam sebagai baja. Walaupun baja kering, apabila buka guni, hujan turun, nanti lalat juga akan menghurung. Walau pun Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memberi satu garis panduan pengurusan sisa buangan ternakan ayam namun terdapat juga kekurangan dalam perundangan untuk mengawal selia penggunaan tinja sebagai baja. Oleh itu, saya sebagai wakil rakyat Astaka walaupun banyak orang tertanya-tanya kenapa Astaka dulu sebut Sitiawan orang semua tahu di daerah Manjung tapi sebagai wakil rakyat saya fikir masalah kacau ganggu lalat ini yang telah menjadi mimpi ngeri bagi penduduk di Pekan Sitiawan lebih daripada 10 tahun perlulah diselesaikan dengan izin, once and for all. Masalah ini tidak sahaja menjejaskan kehidupan seharian, malah ia juga berisiko mewujudkan ancaman kepada kesihatan orang ramai.
Oleh itu, Rang Undang-Undang Unggas ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah lalat dengan efektif. Maka dengan itu, Astaka mohon semua Ahli-ahli Dewan Negeri bolehlah bersama-sama kita menyokong Rang Undang-Undang Unggas ini demi semua rakyat. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Astaka. Seterus saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Timbalan Yang Di-Pertua. Pada awal bicara izinkan saya membawa sepotong ayat Quran daripada Surah, Surah Ar Rum ayat 41 yang juga dibawa oleh Adun Gunong Semanggol yang bermaksud "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan di laut. Hasil perbuatan tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak membiarkan mereka merasai sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan. Semoga mereka kembali insaf dan bertaubat. Terima kasih, sekali lagi kepada Timbalan Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Exco Kerajaan Negeri, seluruh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pengamal media, tuan-tuan, puan-puan, seluruh rakyat negeri Perak yang dirahmati sekalian. Di dewan mulia kita berbicara, perihal haiwan tajuk perbahasan. Ayam, itik, ungas terpelihara, kelestarian alam kita perkasakan.
Nasi ditanak buat bekalan, Tempoyak patin juadah kegemaran. Ayam diternak untuk sekuriti makanan, Lalat yang datang membawa pencemaran.
Saya Adun Bota merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Adun Lintang kerana membentangkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 untuk dibahaskan dan diterima dalam Dewan yang mulia ini. Puan Yang di-Pertua, RUU pindaan ini sangat wajar bagi memastikan pengurusan ladang unggas yang terdapat di negeri Perak mematuhi sistem perladangan unggas dan amalan penternakan yang baik. Kita amat menyokong perladangan unggas bagi memastikan kelangsungan sumber makanan negara khasnya di negeri Perak. Dalam masa yang sama, saya juga mengharapkan agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat memikirkan cara untuk membantu para penternak ungas ini supaya dapat mematuhi standard amalan perladangan unggas. Perladangan unggas sangat penting dan perlu disokong bagi memastikan kelangsungan sumber makanan. Pada masa yang sama, kita juga perlu memastikan perladangan ini mengikut peraturan. Seperti mana yang kita tahu, negara kita pernah mengalami kekurangan 150 juta biji telur ayam yang dipasaran seperti yang dilaporkan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada bulan November yang lalu.
Antara faktor ketidak cukupan telur tersebut adalah berlaku kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu tinggi. Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, saya sangat setuju dengan pindaan Fasal 4, yang bertujuan untuk memasukkan bahagian baru 2A ke dalam enakmen ini yang memperuntukkan perkara berhubung pematuhan standard amalan perlindungan unggas, kriteria reban tertutup yang jauh lebih baik apabila ia bukan setakat mengawal suhu, pelepasan sifar dan zon penampan adalah penting untuk mengatasi kacau ganggu lalat dan pencemaran bau. Dalam pada itu, penguatkuasaan standard perladangan ini adalah sangat penting bagi memastikan masalah lalat dan makhluk perosak yang lain tidak menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat setempat khususnya. Saya menyokong perbahasan yang dibawa oleh Astaka dan Astaka kena faham, Bota juga bersempadan dengan Astaka dan sering juga mendapat kacau ganggu daripada lalat. Semakin hari semakin canggih fasiliti dalam reban tertutup. Oleh itu, perlulah dipertingkatkan dan diperluaskan lagi penggunaan konsep reban tutup ini. Suka saya kongsikan bahawa lalat adalah ejen bawaan penyakit. Antara penyakit utama bawaan lalat adalah yang pertama, demam kepialu ataupun typhoid yang akan mengibatkan cirit birit hasil daripada persentuhan dengan tinja atau makanan yang tercemar.
Penyakit yang kedua yang sering berlaku yang sering dilaporkan di bawah Kementerian Kesihatan adalah penyakit kolera ataupun taun dan juga dysentery, yakni radang usus akibat yang akan menyebabkan cirit birit berdarah. Usaha murni pihak penternak untuk meningkatkan bekalan negara melalui ternakan ayam telah menjadi masalah pula kepada rakyat apabila standard penternakan ayam tidak dipatuhi. Satu ketika dulu, Adun Tebing Tinggi yang menjadi Exco Pendidikan Teknologi Sains dan Alam Sekitar ada menyatakan bahawa terdapat 700 reban ayam di daerah Manjung yang diusahakan secara kecil-kecilan tidak dapat diambil tindakan oleh pihak veterinar kerana ada pengusaha yang tiada lesen dan menternak kurang daripada 500 ekor ayam. Sedangkan, penternak dengan bilangan kurang daripada 500 ekor juga boleh menyumbang kepada kacau ganggu lalat kepada masyarakat di sekelilingnya. Ini bermakna secara tidak langsung, pemantauan kepada penternak kecil-kecilan juga perlu diambil perhatian.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, lanjutan daripada penguatkuasaan enakmen ini, nanti diharapkan Kerajaan Negeri Perak bersifat lebih prihatin melalui Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030. Kerajaan diharap dapat juga memikirkan jalan untuk membantu para pengusaha ladang ini dan tidak lupa juga untuk terus memberikan bantuan modal kepada penternak-penternak kecil yang berada di kawasan di luar bandar. Diingatkan juga agar tidak hanya fokus kepada proses pengurusan loji tetapi proses penyembelihan juga sepatutnya dipantau supaya bertepatan dengan aspek syarak dan prosedur persijilan halal oleh JAKIM. Saya juga ingin mengingatkan bahawa perkara ini bukan sekadar untuk mematuhi Enakmen Perladangan Unggas tetapi juga mematuhi standard penyembelihan yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dengan ini lebih meyakinkan kita sebagai rakyat Perak untuk membeli ayam-ayam yang dihasilkan daripada ladang-ladang di dalam negeri kita sendiri. Pindahan RUU ini juga, sebagaimana dikatakan oleh Astaka tadi, terdapat 10 seksyen yang memperuntukan penambahan dalam penalti denda kepada mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan dengan kenaikan penalti daripada RM10,000 kepada RM50,000 ini dapat memberikan kesedaran kepada mereka yang melanggar peraturan tersebut.
Pada awal bicara tadi, saya membawa sepotong ayat daripada surah Ar-Rum, ayat 41. Jadi suka lah saya mengingatkan diri saya dan juga seluruh Ahli Dewan sama ada yang berada dalam Dewan ini mahupun di luar dewan tentang peringatan daripada Allah SWT, bahawa perbuatan-perbuatan seperti ini yakni tidak menjaga kebersihan, tidak menguruskan sisa ladang unggas dengan betul, pembuangan sisa unggas ke dalam sumber air semuanya adalah perbuatan manusia yang tidak mengikut peraturan alam. Aktiviti seumpama ini akan memberikan kesan jangka panjang kepada alam sekitar. Antaranya akan menyebabkan pencemaran air, pencemaran udara dan juga pencemaran makanan yang pastinya akan menjejaskan kualiti kehidupan manusia sejagat.
Tidak dapat dinafikan bahawa perkara ini berlaku antaranya disebabkan oleh kerakusan dan kecuaian manusia itu sendiri. Jadi adalah sangat wajar pindaan ini, iaitu menaikkan jumlah penalti dan denda kepada mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sesungguhnya hubungan manusia dan alam sekitar sangat rapat. Malah kedua-duanya saling memerlukan. Manusia diberikan tanggungjawab untuk menjaga kemakmuran muka bumi dan menjaganya mengikut ajaran yang dibawa oleh islam. Maka perlulah penguatkuasaan dari sudut pelaksanaan enakmen dan pemantauan supaya usaha penghasilan sumber makanan dan kelestarian serta kemakmuran alam lebih seimbang. Apabila saya melihat kepada RUU Perladangan Unggas, saya merujuk kepada enakmen yang induk, yakni Enakmen Perladangan Unggas 2005, pada perkara seksyen 18, dalam seksyen 18 ini ada menyatakan, "seseorang pemegang lesen hendak mengambil apa-apa langkah untuk mencegah ladang unggasnya menggunakan apa-apa ubat yang dilarang oleh pihak berkuasa atau menggunakan apa-apa ubat dengan cara yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan awam”. Sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Racun 1952 Akta 366 dan Akta Makanan 1983 Akta 281 atau perundangan subsidiri yang dibuat di bawahnya. Sukalah saya juga mencadangkan supaya pindahan plat perlandangan unggas pindaan 2023 memasukkan seksyen 18 ini, iaitu mengenakan penalti yang tinggi juga kepada mana-mana pengusaha ladang unggas yang menggunakan ubat-ubat yang dilarang ke atas ternakan mereka dengan harapan mereka nak mempercepatkan proses pembesaran unggas mereka.
Jadi, besarlah harapan saya supaya perkara ini juga diambil perhatian untuk demi menjaga kesihatan kita manusia yang akan mengambil makanan ataupun mengambil ayam itu sebagai sumber makanan kita. Bertitik tolak, untuk makluman di kawasan saya juga terdapat penternak-penternak ayam kampung secara kecil-kecilan dan mungkin juga boleh diberikan bantuan modal, latihan kemahiran menternak dan sebagainya. Janganlah lepas pandang pula kepada penternak-penternak kecil khususnya yang berada di kawasan luar bandar seperti kawasan Bota, kawasan Kampong Gajah, kawasan Manong. Saya rasa masih ramai penternak-penternak kita yang mengusahakan penternakan secara kecil-kecilan. Bertitik tolak daripada keperluan menjaga alam sekitar tadi dan segala sifat rakus dan tamak manusia itu atau setengah pihak yang tidak bertanggungjawab daripada mencemarkan bumi ini dengan pelbagai kerosakan ataupun kekotoran maka perlulah wujud kebersamaan dan kerjasama semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta, NGO atau NGI bagi mengatasi masalah ini dan sama-sama kita memelihara kelestarian alam sekitar. Dalam usaha ini kita mesti memastikan kita nak bawa agenda ekonomi yang sejahtera pada masa yang sama kita nak pastikan sosial rakyat juga perlu disejahterakan demi kesinambungan generasi masa hadapan. Sebagai akhirnya, saya suka nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Perak agar mungkin juga boleh membuat lawatan keluar negara ataupun ke negeri-negeri yang telah pun mengusahakan reban yang sangat canggih, sistematik ya bagi mengkaji bagaimana sistem ternakan unggas di negara luar ya dan jangan lupa pula kalau nak pergi sana, bawalah sekali ahli-ahli pembangkang ni. Kita pun nak tahu juga kan. Macam haritu lah kita kata kita dah buat apa ni libat urus.
Bawa Astaka juga.
Libat urus pun sekali dia panggil kan. Tak sempat kita nak bagi idea, kita nak berkongsi. Jadi, why not? Kita sama-sama menguruskan negeri. Tuan di sebelah sana adalah Adun kerajaan, kami sebelah sini Adun pembangkang. Kami juga menguruskan rakyat. Janganlah nafikan 26 Adun pembangkang yang ada di dalam Dewan ini. Saya mohon perhatian dan juga besarlah harapan saya Adun Bota apabila nanti kita dah berjaya dalam ternakan unggas ini, ladang peladangan unggas kita, mungkin pada masa akan datang Yayasan Perak ke apa-apa saja yayasan yang ada di bawah Kerajaan Negeri, tidaklah sahaja membekalkan kotak makanan kering sahaja. Mungkin lepas ni, mungkin boleh Yayasan Perak bekalkan kita dengan ayam-ayam dan juga telur ayam. Bagi dia, tiap-tiap bulan bagi kotak sahaja. 50 kotak makanan sahaja kepada kita. Why not lepas ni dengan izin, kita sumbangkan pula ayam dan juga telur ayam kepada rakyat kita insyaAllah ya khasnya daripada ladang unggas kita yang berjaya kita laksanakan di peringkat Negeri Perak. Akhir kata,
Dedalu dipangkas putuslah sudah, Tumbuh kangkong banyak bunganya, RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 dibentang sudah, Bota menyokong dengan takzimnya.
Sekian dulu, (ucapan salam).
Terima kasih YB dari Kawasan Bota. Seterus saya menjemput YB dari Kawasan Kuala Kurau untuk memulakan perbahasan. Sila.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada YB Timbalan Yang di-Pertua atas keizinan kepada Kuala Kurau Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kuala Kurau untuk turut sama menyertai perbahasan berkaitan RUU Peladangan Unggas (Pindaan) 2023 di dalam Dewan Yang Mulia pada petang ini. Kuala Kurau menyambut baik atas usaha dan inisiatif oleh Kerajaan Negeri dengan Jabatan Veterinar khususnya dalam membentangkan pindaan enakmen ini dengan tujuan dan matlamat yang jelas iaitu kearah perlaksannan amalan perladangan ungags yang lebih baik bagi seluruh Negeri Perak. Kita sedia maklum bahawa industri peladangan ungas, khususnya penternakan ayam pedaging dan juga ayam penelur begitu besar dan penting dimana Negeri Perak, diantara pengeluar dan pembekal ayam pedaging dan penelur yang utama di negara ini malahan turut dieksport hingga keluar negara.
Pengalaman saya sendiri sebagai Exco Pertanian sebelum ini, di mana antara aduan-aduan yang kerap dibangkikan oleh orang awam termasuk Adun-Adun sendiri di dalam sidang Dun sebelum ini adalah berkaitan dengan masalah pencemaran alam sekitar, masalah pembiakan lalat dan juga masalah bau busuk berhampiran dengan kediaman penduduk sama ada di kampung-kampung ataupun di kawasan perumahan. Justeru langkah Kerajaan Negeri untuk meminda enakmen perladangan unggas ini dengan mengenakan hukuman yang lebih tinggi dan juga lebih berat dengan menaikkan kadar denda dan juga hukuman penjara yang lebih lama adalah bertujuan untuk supaya mereka yang terlibat dalam industri perladangan unggas ini dapat mematuhi segala peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan bagi kita nak mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar, masalah lalat, bau busuk yang selama ini membelenggu penduduk yang tinggal di hampiran Kawasan-kawasan peladangan unggas, khususnya ayam pedaging dan juga ayam penelur.
Bagi memastikan kejayaan dan usaha Kerajaan Negeri termasuk daripada pihak Jabatan Veterinar sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan industri penternakan di negara ini termasuk di Negeri Perak, ia yang juga memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak termasuk perternak itu sendiri dan juga agensi yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, pejabat daerah dan tanah, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya. Ini adalah bagi memastikan agar semua penternak dan juga pengusaha dapat mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dari masa ke semasa. YB Timbalan yang di-Pertua, pemilik-pemilik ladang unggas juga hendaklah sentiasa peka terhadap sensiviti masyarakat setempat kerana amalan penternakan yang tidak baik sering mengundang kepada aduan-aduan berkaitan pencemaran alam sekitar, pembiakan lalat, masalah bau sehingga memudaratkan kesihatan awam dan juga masalah kacau ganggu kepada orang ramai.
Kita juga mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Veteriner yang selama ini telah membuat ketetapan dan usaha bagi menggalakkan penternak-penternak ayam agar bertukar daripada sistem reban terbuka kepada reban tertutup secara berperingkat-peringkat. Sebelum ianya dilaksanakan sepenuhnya dalam beberapa tahun yang akan datang. Jadi saya difahamkan di seluruh Negeri Perak ini ada hampir lebih kurang 400 ladang ayam yang berlesen. Tapi separuh daripada ianya telah pun bertukar daripada sistem terbuka kepada sistem yang tertutup. YB Timbalan Yang di-Pertua, Kita harapkan supaya pindaan yang akan dilaksanakan ini akan dapat menyelesaikan, kalau tak dapat 100% pun dapat mengurangkan masalah yang berlaku di Negeri Perak ini, khususnya di kawasan-kawasan ataupun di daerah-daerah yang banyak ladang-ladang ternakan ayam. Insya Allah, kerjasama dari semua pihak akan dapat mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan masalah penternakan ayam. Jadi saya pun tidak mahu bercakap lebih panjang. Sebagai mengakhiri perbahasan pada petang ini, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada YB Exco dan juga pihak Kerajaan Negeri di atas pembentangan Enakmen Peladangan Unggas (Pindaan) 2023 dan Kuala Kurau tidak halangan dan memberi sokongan penuh ke atas pindaan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Sekian, (ucapan salam).
Terima kasih YB dari Kawasan Kuala Kurau. Selepas saya menjemput pembahas yang terakhir pada pada petang ini YB dari kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua, pegawai-pegawai Jabatan dan agensi persekutuan dan juga negeri, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan- puan yang dihormati sekalian yang berada di sini atau di atas talian, mengikuti sidang Dewan ini secara live streaming. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut membahaskan rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 dan Enakmen ini bertujuan untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005.
Ini bermakna ianya bukanlah suatu enakmen yang baru tetapi meminda enakmen yang sedia ada sejak tahun 2005. Bagi tujuan penambahbaikan mengikut kesesuaian keadaan semasa. Oleh itu perbahasan saya akan tertumpu kepada seksyen-seksyen tertentu sahaja. Sebelum itu izinkan saya membuat sedikit mukadimah sebagai penyedap rasa dan pembuka bingkai bicara seperti berikut. Di negara kita ini, unggas yang paling popular adalah ayam. Dalam masyarakat Melayu banyak bidalan, kiasan dan metafora yang berkaitan dengan ayam.
Di antaranya berkaki ayam, tidur-tidur ayam, ajak-ajak ayam, bapak ayam dan beberapa kiasan seperti 'ayam dikepok mati kelaparan', 'ayam kampung makan di tangan' dan sebagainya. Hulu Kinta tak ada hari ni. Dia sampai bawa ayam masuk ke dalam Dewan. Saya harap dia tak, kali ini punya perbahasan, dia ada perbahasan ke? Saya lupa. Saya takut dia bawa ayam lagi sekali masuk dalam Dewan ini. Pantun.
Kota Lukut tempat semayam Raja Haji datang mengepung Jangan diikut resmi ayam Bertelur sebiji riuh sekampung
Ayam Pak Kadok menang sabung Tapi kampung habis tergadai Cari yang elok untuk dijunjung Mana yang buruk perlu diabai
Pelbagai jenis makanan juga menggunakan nama ayam. Termasuk nasi ayam. Nasi ayam kampung, ayam merah, ayam golek, ayam penyet, sup ayam dan kuih cakar ayam dan sebagainya. Ini menunjukkan unggas ayam adalah dekat di hati rakyat. Itulah sebabnya apabila harga ayam dan telur ayam naik melambung ia menjadi isu yang sangat besar. Sekaligus mencetuskan polemik sensitif mengenai kewujudan amalan kartel, monopoli dan pencatutan dalam pasaran ayam kerana daging ayam dan telur adalah sumber protein yang penting untuk rakyat. Selain dari itu, industri ternakan ayam bernilai berbillion ringgit yang membabitkan ratusan ribu orang sama ada sebagai majikan, pekerja, pemborong, pengedar, peruncit serta pemprosesan produk hiliran berasaskan daging ayam atau pun telur ayam.
Selain dari itu, di celah-celah kisah peri pentingnya industri ayam, masyarakat di daerah Manjung contohnya dan juga di kawasan-kawasan yang banyak ladang ayam mengalami kisah duka kerana saban hari berperang dengan lalat. Paling terkesan ialah peniaga-peniaga makanan dan pasar awam. Lebih-lebih lagi warung-warung terbuka yang menjadi tempat tumpuan keberadaan lalat-lalat yang amat menjijikkan. Rumah-rumah kediaman yang berdekatan dengan ladang atau reban ayam tidak terkecuali. Malah mengalami pencemaran udara akibat bau busuk dari najis ayam yang tidak terurus dengan sempurna. Begitu juga dengan air di sungai atau parit yang tercemar akibat pelepasan najis ayam atau sisa-sisa terbuang yang tidak dilupuskan dengan sempurna. Pendek kata, industri perladangan unggas ayam ini sangat dengan sarat dengan pelbagai masalah yang perlu ditangani dengan sempurna. Natijahnya peri pentingnya industri ini kepada rakyat di negara ini tidak harus membebankan kemaslahatan rakyat.
Kedua-dua aspek ini tergabung dalam ekosistem yang memerlukan tindak balas yang serasi serta setimpal demi manfaat bersama. Agak panjang mukaddimah saya bagi melakarkan gambaran bahawa kisah unggas ayam ini dan rang undang-undang mengenainya bukanlah suatu perkara yang remeh. Ia bukan saja membabitkan industri bernilai berbilion ringgit, modal insan beratus ribu orang dan soal peluang pekerjaan untuk rakyat, soal keterjaminan makanan, timbangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi. Malah sekaligus menjangkau soal kebersihan alam sekitar, kesihatan rakyat dan kemaslahatan sosial. Justeru Rang Undang-Undang Pindaan 2023 yang dinamakan Enakmen Perladangan Unggas yang dibentangkan untuk diluluskan pada sidang Dewan Negeri yang mulia ini perlulah sama-sama kita berikan sepenuh perhatian.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh perkara ini dari 2 perspektif iaitu makro dan mikro. Dari perspektif makro, saya tumpukan kepada aspek perladangan unggas, khususnya ayam, sebagai suatu industri yang bukan kepalang pentingnya kepada rakyat dan Negara. Seperti yang saya katakan tadi perladangan unggas ayam sama ada di sektor hutan, huluan (upstream) atau pun di sektor hiliran (downstream), dengan izin membabitkan keterkaitan di antara apa yang disebut sebagai rantaian bekalan (supply chain) dan juga rangkaian pasaran (market network) dengan izin. Jika keterkaitan tersebut terputus, seluruh industri ini akan terkesan dan terjejas. Saya difahamkan Negeri Perak adalah di antara pengeluar terbesar bekalan unggas ayam dan itik serta telur ayam dan telur itik, termasuk produk-produk hiliran. Selain daripada peri pentingnya keterjaminan makanan sebagai sebuah industri, sektor ini perlu dipelihara dan dikembangkan untuk terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di mana limpahannya boleh menjana pendapatan untuk rakyat. Sehubungan dengan kepentingan ini, selain daripada aspek perundangan dan peraturan serta tata kelola dan libat urus, elok kiranya kita fikirkan pendekatan yang holistik supaya industri ini terus berkembang dalam acuan yang memberi manfaat untuk kepentingan bersama. Apa yang saya harapkan adalah pembentukan perundangan dan peraturan yang mesra industri supaya tiada kebarangkalian berlaku tindakan penghukuman yang boleh memberi kesan ibarat membunuh angsa yang boleh menghasilkan telur emas atau killing the goose that lays the golden egg dengan izin. Maksud saya pindaan pada Seksyen 8, Seksyen 10 dan lain-lain seksyen yang membabitkan kenaikan denda atau kompaun ke atas kesalahan atau ketidakpatuhan syarat atau peraturan elok disesuaikan mengikut saiz atau nilai pelaburan sesuatu perladangan.
Pengenaan denda atau hukuman pada kadar yang standard tanpa mengambil kira saiz dan nilai pelaburan mana-mana perladangan dikhuatirkan boleh menimbulkan unsur ketidakadilan kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana. Misalnya kalau ladang yang bersaiz kecil dikenakan denda atau kompaun yang sama jumlahnya dengan ladang bersaiz besar atau mega tentulah timbul soal ketidakadilan. Apa yang saya maksudkan, jangan membunuh seekor cacing kecil dengan kapak besar. Sesungguhnya tindakan perundangan dan penguatkuasaan perlu diwujudkan sebagai usaha pencegahan. Namun soal jumlah denda atau kompaun atau pun tindakan penguatkuasaan biar berpadan dengan saiz perladangan yang dihukum. Tindakan mengenakan hukuman adalah lebih mudah daripada usaha mewujudkan dan melestarikan sesebuah perusahaan.
Ini bukan bermaksud untuk kita berkompromi tetapi tindakan biarlah berpadan. Pematuhan tidak harus dikompromi. Dalam bidalan Melayu disebut,
Kalau hendak membunuh ular Tanah tempat memukul jangan lekuk Kayu pemukul jangan patah Ular dipukul biarlah mati
Juga disebut secara bersantun,
Kalau hendak menarik rambut dari dalam tepung Tepung jangan berselerak dan rambut jangan putus
Ringkasnya, soal pematuhan, perundangan dan peraturan tidak harus dikompromi. Namun jangan sampai membunuh industri. Di sini lah letaknya peri pentingnya aspek asuhan, bimbingan dan pendidikan dalam melahirkan industri dan golongan usahawan yang patuh peraturan serta menyantuni kemaslahatan masyarakat. Soalnya pihak mana kah yang harus istiqamah memainkan peranan ini? Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dari perspektif mikro pula, saya ingin menyentuh beberapa perkara. Soal pematuhan standard amalan perladangan unggas pada lazimnya melibatkan 4 aspek iaitu reban tertutup, pelepasan sifar, zon penampan dan peringkat pemprosesan seperti terkanun di bawah Perenggan 32C, Enakmen Perladangan Unggas 2005. Usaha untuk mematuhi keempat-empat aspek tersebut bukan sahaja melibatkan isu pengeluaran malah melibatkan input lain seperti khidmat kepakaran dan teknikal serta perunding.
Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah peri pentingnya libat urus, engagement dengan izin pihak-pihak berkuasa dengan pihak industri supaya terjalin kerjasama erat sejak dari awal berkaitan pematuhan perundangan dan peraturan yang diletakkan. Misalnya dalam soal pematuhan pelepasan sifar, jika kerja-kerja awal berkaitan standard piawaian tidak mengikut SOP, maka sukar dicapai pelepasan sifar. Begitu juga dengan soal penampal, jika tidak dirancang dengan sempurna dari peringkat awal pelaksanaan, maka akan berlaku kekangan dalam pematuhan peraturan kerana perkara ini melibatkan soal keluasan tanah tapak industri termasuk soal tukar syarat kegunaan tanah. Justeru, sekali lagi saya tekankan bahawa pindaan kepada seksyen 6, 8, 9, 10, 12 dan 13 telah digubal rapi supaya bersesuaian dari segi punca dan kesan atau cost and effect dengan izin turut ditekankan ialah soal bimbingan dan latihan oleh pihak bertanggungjawab. Membimbing dan mengawal dari peringkat awal adalah jauh lebih baik daripada tindakan mendenda setelah berlaku ketidakpatuhan. Perkara yang dibangkitkan ini sangat relatif dan memerlukan kepakaran khusus serta melibatkan banyak pertimbangan budi bicara.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada soal-soal yang menyentuh sensitiviti pasaran dan keluhan pengguna bersabit dengan bekalan dan harga ayam. Walaupun sensitiviti ini tidak ada kaitan secara langsung dengan enakmen yang dibentangkan namun dari segi obligasi sosial dan implikasi yang terpalit ianya menyentuh kepentingan masyarakat. Apabila harga ayam naik dengan mendadak ia menjadi isu nasional. Kerja menuding jari antara satu pihak kepada pihak yang lain dengan tiba-tiba menjadi rancak timbul isu kartel, monopoli, amalan pencatutan dan sebagainya. Pihak pengeluar pula beralasan harga input meningkat maka harga ayam naik. Kitaran isu tersebut menjakiti isu politik dan pihak kerajaan dipersalahkan kerana gagal mengawal harga ayam.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah bahawa industri perladangan unggas ayam ini amat sensitif. Ia bukan saja menyentuh keterjaminan makanan malah terkait dengan soal kesihatan rakyat dan pemeliharaan alam sekitar serta kemaslahan sosial. Oleh itu, dalam kita cuba mengelakkan dari membunuh angsa yang boleh menghasilkan telur emas tersebut, jangan pula kita mendedahkan diri kepada pihak-pihak berkepentingan yang ingin mengambil kesempatan dari sikap empati kita terhadap industri ini. Mereka yang opportunis sentiasa mengintai peluang untuk tidak mematuhi peraturan kerana berbuat sedemikian itu boleh menokok keuntungan. Jika sindrom ini berleluasa pihak kerajaan akan terhimpit dengan sindrom serba salah iaitu bertindak salah, tidak bertindak pun salah. Maka timbul keperluan untuk mencari pendekatan pelbagai dimensi, multi dimensional approach dengan izin. Pendekatan pelbagai dimensi ini mencakupi segenap peringkat pertumbuhan industri iaitu dari perancangan ke peringkat pelaksanaan dan seterusnya ke peringkat matang iaitu operasi penghasilan.
Jika tindakan penguatkuasaan hanya tertumpu pada peringkat operasi, mana peringkat awalan akan terbiar tanpa kawalan. Ia ibarat percubaan melentur buluh bukan dari rebungnya. Satu perkara lagi ialah soal menaik taraf ladang unggas ayam, merujuk pada peringkat 26 kertas cadangan terbabit. Jika usaha menaik taraf adalah bermotifkan pembesaran saiz projek dan dibuat secara sukarela. Pihak pengusaha, khidmat nasihat dan bimbingan perlulah diberikan oleh pihak berkuasa. Sebaliknya, jika penaik taraf adalah bersifat korektif atau langkah pematuhan, soal perundangan dan penguatkuasaan tidak harus dikompromi. Satu lagi aspek penting yang tak harus kita lupakan dalam mana-mana jua perundangan dan peraturan ialah tindakan penguatkuasaan. Tanpa tindakan penguatkuasaan yang berkesan, dan peraturan menjadi sia-sia. Sehubungan dengan perkara ini saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan sudah mempunyai jumlah petugas penguatkuasaan yang mencukupi dan terlatih? Di samping soal bilangan petugas dan tahap latihan kemahiran, jangan kita lupa soalan disiplin. Sebagai penutup, saya sisipkan 2 rangka pantun untuk renungan kita bersama.
Kalau tuan pergi ke pekan Belikan saya ikan tenggiri Dititip pesan dalam perbahasan Semoga pindaan memberi erti
Ayam berkokok tanda nak siang Embun menitik di pagi hari Apa yang elok jangan di buang Cari yang elok menambah seri
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sekali pun isi perbahasan saya ini seolah-olah banyak bersimpang siur kerana niat saya yang sebenar untuk menyokong usul ini. Sekian terima kasih. Rungkup menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Rungkup. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu 24 Mei 2023, jam 9.00 pagi. Sekian, terima kasih.