Perak · 24 May 2023
15th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 215 turns · 31,581 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga Mesyuarat Ketiga Tahun Pertama Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 24 Mei 2023 jam 9.12 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa. Bismillahirrahmanirrahim.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.
Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Rahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama sebelum kita memulakan urusan mesyuarat suka saya memberi maklum bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak Aturan Urusan Mesyuarat berserta senarai giliran soalan-soalan lisan. Seperti kebiasaannya persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 90 minit. Setiap soalan lisan akan diberikan 2 soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya. Manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang kedua berkenaan Rang Undang-Undang Kerajaan. Pada hari ini, sesi perbahasan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 akan diteruskan lagi oleh baki Ahli Yang Berhormat yang belum berbahas iaitu seramai tiga belas orang ahli.
Perkara yang ketiga berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun handsard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam.
Perkara yang keempat, sebagaimana yang telah saya sebutkan semalam, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM ada membuka kaunter aduan untuk semua Ahli Yang Berhormat. Kaunter tersebut terletak berhadapan dengan Dewan Makan.
Akhir sekali, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita meneruskan agenda mesyuarat pada hari ini, bersama kita pada pagi ini mahasiswa Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi dari Program Pengurusan Hartanah, Universiti Teknologi MARA UITM Cawangan Seri Iskandar. Saya difahamkan seramai 26 orang yang hadir termasuk pensyarah, saya mewakili seluruh Ahli Dewan Negeri Perak mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan dan semoga beroleh manfaat daripada kunjungan ke Dewan Negeri Perak. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ini perlu mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, seperti kelaziman kita hari-hari yang sebelum ini, sekiranya ada keperluan dan isu itu dianggap sebagai isu yang popular, kita boleh tambah satu soalan tertakluk kepada keputusan Speaker. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Pasir Pinji soalan nombor 1.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor 1 dari Yang Berhormat Pasir Pinji bersekali dengan soalan nombor 19 dari Yang Berhormat Keranji kerana kedua-duanya berkaitan Projek Perintis Unsur Nadi Bumi Bukan Radioaktif atau dalam bahasa Inggerisnya disebut non-radioactive rare earth elements atau singkatannya NRREE di negeri Perak. Projek perintis perlombongan NRREE di atas lesen melombong tuan punya PML 6/2021 milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak di Mukim Kenering, Daerah Gerik telah memulakan operasi pada bulan Oktober 2022 setelah memperolehi kelulusan-kelulusan dari segi perundangan yang berkaitan daripada agensi-agensi teknikal dan kebenaran beroperasi daripada Pihak Berkuasa Negeri menerusi MMK Bilangan 2084 pada 21 September 2022.
Operasi projek perintis ini sedang dijalankan di atas kawasan perintis berkeluasan 216 ekar dan melibatkan operasi Pengekstrakan Mineral NRREE menggunakan kaedah In-situ leaching (ISL), dan pemprosesan bagi menghasilkan produk akhir lombong iaitu nadir bumi karbonat atau Rare Earth Carbonate atau REC.
Sehingga kini, sebanyak 1,477.039 metrik tan REC telah dieksport ke negara China melalui 4 penghantaran atau shipment iaitu pada bulan Februari, Mac dan April 2023. Baki REC ditapak adalah sebanyak kira-kira 1000 tan metrik. Pihak penggerak projek juga telah menjelaskan bayaran royalti sebanyak RM1.66 juta bagi pengeksportan pertama REC sebanyak 296.1945 tan metrik pada bulan Februari 2023. Memahami kegusaran Yang Berhomat Keranji mengenai kemungkinan pelepasan unsur radio aktif, ingin saya jelaskan bahawa perlombongan NRREE tidak akan menghasilkan bahan radio aktif. Ini kerana tahap kepekatan radioaktiviti semula jadinya tidak melebihi 1 Bq/g atau masing-masing 246.54 per million atau ppm 246.5 ppm thorium atau 80.9 ppm uranium atau 10 Bq/g kalium sebagaimana ditetapkan di bawah Jadual Kedua Peraturan Pelesenan Tenaga Atom Pengurusan Sisa Radio Aktif 2011.
Menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pasir Pinji mengenai aktiviti hiliran atau downstream berkaitan projek perlombongan NRREE ini, Kerajaan Negeri Perak komited untuk mewujudkan pusat pemprosesan NRREE di dalam negeri Perak sebagai aktiviti industri hiliran bagi menghasilkan semi produk dan produk akhir yang lebih bernilai tinggi jika dibandingkan dengan produk mentah NRREE. Hasrat ini telah pun dizahirkan kepada Kerajaan Persekutuan yang mana 3 lokasi strategik boleh ditawarkan pada bila-bila masa kepada Kerajaan Persekutuan memandangkan tapak-tapak berkenaan adalah berstatus tanah kerajaan dan juga tanah milik syarikat berkaitan kerajaan atau GLC iaitu di daerah Mualim, yang kedua di Bandar Riyang Hulu Perak dan yang ketiga di Silver Valley, Teknologi Park, Khantan Kinta. Perbandingan pusat pemprosesan NRREE adalah maaf, Pembangunan Pusat Pemprosesan NRREE adalah wajar dilaksanakan di negeri Perak terlebih dahulu memandangkan negeri Perak merupakan penggerak utama pengenalpastian sumber mineral ini dan turut merupakan negeri pertama yang menjalankan projek perintis seumpamanya.
Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji selanjutnya, terdapat 2 jawatankuasa yang telah dibentuk bagi tujuan pelaksanaan projek perintis NRREE di negeri Perak bertujuan untuk memastikan pelaksanaan aktiviti perlombongan NRREE menepati dasar, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan serta mengawalselia dan memantau pelaksanaan projek perintis ini. Jawatankuasa pertama adalah jawatankuasa bersama Pembangunan Industri NRREE Negeri Perak yang dipengerusikan secara bersama di antara Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh 13 orang wakil-wakil Kementerian atau Jabatan atau agensi-agensi Persekutuan dan Negeri.
Jawatankuasa kedua adalah Jawatankuasa Teknikal Projek Perintis NRREE Negeri Perak yang dipengurusikan secara bersama oleh Setiausaha Bahagian Kanan Mineral & Geosains, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak. Jawatankuasa ini pula turut dianggotai oleh 8 orang ahli tetap serta 6 ahli jemputan yang terdiri daripada wakil-wakil Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan dan Negeri. Justeru, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa kedua-dua jawatankuasa ini telah memainkan peranan utama dalam memastikan pelaksanaan projek pelombongan NREE dijalankan secara telus dan berintegriti. Terima kasih.
Terima kasih Menteri Besar. Pasir Pinji.
Ok, proses melombong berisiko untuk merosakkan alam sekitar dan proses mengekstrak lanthanide akan menghasilkan sisa buangan. Sekiranya kerajaan tidak membenarkan kilang pemprosesan dibina, kita mungkin kehilangan sedikit keuntungan tetapi kita dapat mengekalkan kawasan perhutanan supaya tidak menjadi tempat pelupusan sisa dan kita boleh berunding dengan pelabur untuk memproses di luar negara pada masa yang sama mendirikan kilang downstream yang lain mereka di Perak. Soalan saya adakah teknologi yang ada sekarang dapat menjamin perlombongan ini dijalankan dengan selamat? Dah tentulah kalau boleh dengan sokongan data-data dan adakah kerajaan mempertimbang untuk melihat semula cadangan pembinaan kilang pemprosesan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sukacita saya maklumkan bahawa negeri-negeri lain sedang berlumba-lumba untuk melobi pihak kementerian bagi membolehkan negeri-negeri tersebut membina kilang-kilang perusahaan atau pun kilang-kilang pemprosesan NRREE di negeri mereka walau pun raw material come from Perak it is unfair dengan izin kita membenarkan negeri lain membina kilang-kilang pemprosesan tersebut. Sebab itu kita terlebih dahulu menawarkan kepada kementerian berkaitan pusat supaya sekurang-kurang kita ada 3 pilihan iaitu di Mualim, di Silver Valley Technologi Park, dan juga di Bandariang Gerik. Terima kasih.
Terima kasih. Keranji.
Dato' soalan tambahan. Terima kasih Speaker. Saya nak tanya apakah pelan Kerajaan Negeri untuk menguruskan bahan radio aktif yang dikerahkan dalam proses pemprosesan NRREE?
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya menghargai keprihatinan atau pun kegusaran di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana saya maklum rakyat di bawah sana mungkin tidak mendapat maklumat yang tepat tetapi kita memberi jaminan sekiranya proses mengekstrak NRREE itu atau pun proses menghasilkan bahan-bahan baru daripada pengekstrakan itu mendatangkan keburukan contohnya ada sumber radio aktif, maka Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk memberhentikan projek itu sebab ia membahayakan kesihatan. Tapi dengan jaminan, dengan sokongan, dengan kemahiran dan panduan serta bimbingan daripada Kerajaan Persekutuan melalui jabatan-jabatan yang berkaitan di bawah kementerian yang berkaitan, maka kita yakin kita akan dipandu arah, kita akan dilindungi dan kita akan diberi nasihat yang baik supaya semua proses yang dilalui itu tidak akan menghasilkan bahan radio aktif. Terima kasih.
Semanggol.
Ya terima kasih Dato' Speaker sebab kita nampaklah perkara ni agak yang sama yang dibangkitkan tadi lah. Kita memang menjadi kebimbangan kita takut perlombongan ini seperti mana berlaku perlombongan Lynas di Kuantan. Habis satu pekan tu. Of course, la yang akan menerima kesannya adalah di kawasan perlombongan itu sendiri. Kalau kita ada precaution untuk mengambil tindakan itu baiklah. Cuma daripada apa-apa yang dibagi tadi kita kata di Hulu Perak khususnya kita pernah bincang dalam Dewan ini bahawa yang apa arsenik yang mencemari air di Hulu Perak, Sungai Rui dan juga menglibatkan di Air Ganda pada masa itu kita terpaksa supply kita terpaksa membawa air daripada luar. Jadi kita bimbang takut kita tak tahu mana punca arsenik ni bahan asing bahan luar. Tapi macam mana ada di dalam perlombongan kita takut benda ni esok kesan dia. Jadi itu yang kita kalau boleh kita pastikan minta penjelasanlah supaya rakyat tak risau. Ribuan terima kasih.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Semanggol dan saya percaya soalan ini juga dikongsi bersama oleh rakan-rakan yang lain. Jadi kerana itu, sukacita saya memberi jaminan bahawa apabila kita melakukan projek perintis di tapak yang berkenaan, kita sudah mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kementerian dan dalam masa kita menghasilkan pengekstrakan tersebut, ada audit yang datang untuk mengaudit sama ada usaha-usaha atau aktiviti yang dibuat di tapak berikut mematuhi ataupun tidak. Jadi alhamdulillah pihak audit telah mengesahkan bahawa semua peraturan-peraturan telah pun dipatuhi. Kerana itu, suka saya umumkan kepada Yang Berhormat Semanggol, pengoperasian projek perintis ini oleh operator lantikan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak iaitu syarikat MCRE Resources Sdn. Bhd., hanya kita mulakan setelah mendapat pelbagai kelulusan daripada agensi teknikal berkaitan seperti kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) dan laporan Environmental Management Plan (EMP) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), surat kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) dari Jabatan Mineral & Geosains (JMG) Perak, kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Daerah Gerik, kelulusan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada PLANMalaysia@Perak dan kelulusan Laporan Erosion Sediment Control Plan atau ESCP daripada Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Negeri Perak. Semua ini dipatuhi dan setelah pihak kementerian berpuas hati, audit telah berpuas hati, barulah kita boleh membuka ruang supaya projek ini akan dapat diteruskan kerana seluruh negara, negeri-negeri lain yang juga mempunyai sumber yang sama sedang menanti apa hasil daripada projek perintis di negeri Perak ini. Jadi insyaAllah kita sentiasa berhati-hati dan saya beri jaminan jika ianya mendatangkan kemudaratan, kita lebih mengutamakan kesihatan dan nyawa rakyat negeri Perak berbanding dengan hasil ini. Terima kasih Dato' Speaker.
Speaker, Manjoi, sikit.
Kalau boleh satu, Ayer Kuning.
Sekejap, saya rasa cukup...
Penting berkaitan Silver Valley dekat kawasan saya, untuk Yang Amat Berhormat sikit.
Ayer Kuning.
Terima kasih kepada Dato' Speaker, Yang Berhormat Kota Tampan. Saya tertarik dengan, tadi Yang Amat Berhormat sebut berkenaan dengan Silver Valley Technology Park. Firstnya saya nak tanya, sebab kebetulan ia berada di kawasan, juga kawasan dalam Dun Manjoi. Sebab di Khantan dan juga Chemor. Pertama saya nak tahu apakah yang dikatakan high tech yang nak dibangunkan? Apakah teknologi yang high technology yang nak dibangunkan dalam kawasan tersebut?
Manjoi, itu dah keluar daripada topik soalan asal itu.
Sebab tadi Yang Amat Berhormat sebut...
Saya faham, tapi bila soalan tambahan itu, dia mestilah berkaitan dengan lanthanide juga. Tapi bila ada high tech itu, dia dah lain sikit.
Nak tanya apakah projek yang terkini yang dibangun di situ?
Itu saya tak boleh benarkan soalan itu. Sila duduk.
Kamunting ada kaitan.
Sebab isu itu agak penting bagi kawasan di sana.
Tak, tak. Tapi ini sesi soalan, bukan sesi bahas.
Kota Tampan sebut berkenaan dengan Silver Valley Technology tadi.
Terima kasih Manjoi.
Yang di-Pertua, Kamunting ada kaitan.
Semua duduk.
1 sahaja soalan.
Ayer Kuning.
Terima kasih Yang di-Pertua. Ayer Kuning mengucapkan tahniah dan syabas lah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berusaha payah untuk mencari sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri juga dalam bidang perlombongan. Saya mencadangkan supaya, ia ada berkaitan dengan perlombongan iaitu berkaitan dengan Enakmen Mineral supaya pajakan melombong ini dikaji semula untuk aktiviti-aktivi lain kerana pajakan melombong ini hanya boleh untuk melombong sahaja. Aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pertanian, ternakan dan sebagainya tidak dibenarkan. Jadi adalah menjadi satu kerugian. Kenapa? Kerana contohnya lulus pajakan melombong tetapi aktiviti untuk ternakan ikan, sayuran dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam kawasan itu. Jadi ia juga merupakan satu kerugian.
Ok, Ayer Kuning soalan saja.
Terima kasih.
Menteri Besar. No Kamunting, sit down.
Dato' Yang di-Pertua, cadangan daripada Yang Berhormat Ayer Kuning tadi memang dalam kajian pihak Kerajaan Negeri. InsyaAllah kita akan buat kajian tersebut sebab kita akui memang ada di kawasan-kawasan tertentu yang di mana perlu didahulukan, perlu diutamakan. Yang Berhormat daripada Sungai Rapat dalam satu Mesyuarat Exco memaklumkan bahawa terdapat begitu banyak sekali mineral bijih timah di bawah rumah orang sekarang. Oleh kerana semasa kita membenarkan kawasan itu jadi perumahan, kita terlupa membuat kajian bahawa sama ada di bawah itu terdapat sumber mineral ataupun tidak. Sebab itu dalam hal ini kita akan meneliti kaedah bagaimana kita meluluskan sesuatu tanah kerajaan yang mana patut didahulukan. Jika ada sumber mineral yang terlebih dahulu perlu kita keluarkan, maka sumber mineral itulah yang akan kita keluarkan dan selepas itu baru kita luluskan untuk projek lain barangkali pertanian, perumahan dan sebagainya. InsyaAllah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebelum saya bergerak untuk menjemput Ahli Yang Berhormat yang seterusnya untuk mengemukakan nombor soalan. Saya ingin memetik, memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk merujuk pada Standing Order 14 iaitu berkaitan dengan Pakaian dan Standing Order 14(2) khususnya iaitu Ahli boleh memakai pakaian kebangsaan, sut urusan atau pakaian lain yang diputuskan oleh Yang di-Pertua untuk hari persidangan yang lain, untuk hari persidangan yang biasa iaitu bukan berkaitan dengan Hari Kalung, iaitu pada Istiadat Pembukaan Rasmi. Saya suka nak maklumkan di sini in this house, dalam Dewan Negeri ini, saya ingat lagi pada tahun sudah, semasa kita buat persidangan yang pertama, sut urusan yang saya telah tetapkan bahawa mestilah bertali leher. Jadi saya minta pegawai-pegawai dan terutamanya Ahli-ahli Yang Berhomat yang tidak memakai tali leher, sila mematuhi aturan mesyuarat dan sila mematuhi urusan Dewan, ok. Kalau rumah lain atau other house, Dewan Rakyat mungkin memutuskan kaedah yang lain, itu rumah yang lain. Tapi rumah yang ini, Dewan yang ini, Speaker menetapkan sut urusan. Kalau kita pakai sut, kita mestilah memakai tali leher. Jadi saya minta dalam tempoh yang berbaki ini, untuk hari ini, saya minta ahli-ahli sama ada pegawai kerajaan yang hadir ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tak nak sebut di sini, tapi saya minta menghormati keputusan Dewan ini. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Pasir Panjang, soalan nombor 2.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Pasir Panjang yang telah kemukakan soalan tentang Skim Perumahan PerakKu, Batu 10 Lekir. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan Skim Perumahan PerakKu, Batu 10, Lekir adalah pembangunan usahasama di antara pihak LPHP iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dengan kerjasama MB Inc. di atas sebahagian tanah milik MB Inc. seluas 30 ekar yang bagi menyediakan 340 unit Rumah PerakKu pada harga RM85 ribu seunit. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memperbetulkan fakta dalam soalan yang dikemukakan, bahawa sebenarnya tidak berlaku isu pemaju menarik diri. Hakikatnya, MB Inc masih berhasrat untuk meneruskan perancangan pembangunan bercampur ini setakat ini dan juga pemaju yang sama sebenarnya masih mengambil bahagian untuk meneruskan pembangunan ini dan kalau kita nak guna termalogi tarik diri, sebenarnya yang tarik diri itu LPHP. Biar saya jelaskan apa yang berlaku.
Sebelum ini sebanyak 340 orang pembeli telah dikenalpasti melalui proses permohonan, saringan dan sebagainya tetapi, malangnya di antara 340 orang peserta ini, hanya 14 orang peserta yang telah berjaya mendapatkan kelulusan pembiayaan perumahan tersebut. Jadi, baki 326 peserta itu adalah tidak layak bagi mendapatkan kelulusan pembiayaan perumahan bagi memiliki skim rumah ini. Meskipun pihak MB Inc. telah mengambil inisiatif dan usaha untuk melibatkan beberapa institusi kewangan bagi membantu peserta-peserta tersebut bagi mendapatkan pembiayaan perumahan yang diperlukan. Namun begitu pada masa yang sama, pihak pemaju telah menjalankan kerja-kerja pembinaan di tapak sehingga 30% kemajuan. Jadi, oleh sebab bilangan peserta yang tidak layak dapat pembiayaan perumahan yang begitu tinggi sehingga MB Inc. terpaksa untuk menukar komponen pembangunan daripada kos rendah yang dicadangkan pada asalnya kepada perumahan mampu milik dalam cadangan yang terkini. Oleh yang demikian, atas sebab skim perumahan ini tidak lagi menjalankan untuk skim kos rendah iaitu Rumah Perakku 1, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak terpaksa membatalkan kerjasama usahasama ini dan peruntukan dana mudah tersebut terpaksa juga dibatalkan. Namun begitu, projek ini masih diteruskan oleh MB Inc. cuma perbezaannya sekarang tanpa dana mudahcara daripada LPHP.
Bagi jawab soalan pecahan (b) tentang langkah-langkah yang diambil oleh LPHP untuk mengelakkan kerugian. Untuk makluman Yang Berhormat, tanah bagi projek ini dimiliki oleh MB Inc. dan Lembaga Perumahan Hartanah Perak hanya memberi subsidi untuk membina rumah kos rendah iaitu sejumlah 340 unit yang berjumlah RM15,454,000.00. Sebelum ini LPHP telah membuat pembayaran untuk menyalurkan sebanyak RM3,835,350.00 kepada pihak MB Inc untuk melaksanakan kerja pembangunan tetapi dengan perkembangan yang terkini seperti saya sebut tadi, usaha sama telah dibatalkan dan LPHP telah mengemukakan notis penamatan perjanjian usaha sama kepada MB Inc bertarikh 30 Mei 2022. Jadi, bagi mengelakkan kerugian pihak MB Inc juga telah menyatakan kesediaan untuk mematuhi obligasi bagi memulangkan semula keseluruhan bayaran dana mudah cara yang telah disalurkan oleh LPHP tanpa sebarang faedah secara berperingkat. Terima kasih.
Terima kasih. Pasir Panjang.
Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang di-Pertua, sebenarnya Exco jawab soalan yang kemudian. Soalan yang ke 10 ni soalan ke -14, kalau tak silap. Yang keduanya, soalan yang saya tanya adalah berkaitan dengan Skim Perumahan Perakku Batu 14 yang telah siap lebih 3 tahun tapi tidak diduduki. Saya nak tanya tu kalau tengok soalan yang nombor 2 lah. Tapi oleh kerana Exco dah jawab soalan yang saya nak tanya kemudian, jadi saya boleh lah nak tanyakan soalan tambahan untuk ini. 14 pembeli telah diluluskan permohonan. Jadi, apakah status mereka? Apakah mereka ini diberi jaminan untuk sekiranya projek ini diteruskan, mereka akan boleh teruskan pembelian itu? Dan saya rasa jelaslah apa yang dijelaskan oleh Exco, tidak ada kerugian lah. Tapi saya menggunakan perkataan tarik diri tadi pun, saya rasa itu perkataan yang sangat sopan lah sebab difahamkan oleh pakar perumahan, dia kata pemaju lari kan? Pemaju lari ni kira tak berapa sedap lah. Jadi saya guna perkataan 'pemaju menarik diri'. Jadi, sebab tu saya tanya apakah alasan-alasan dia 'tarik diri' kan. Kemudian kala oleh kerana dah jawab, soalan kedua belum jawab, jadi boleh tak kita Dato’Yang di-Pertua, saya nak minta Exco jawab terus soalan berkaitan dengan Batu 14 tu yang belum diduduki. Apa masalah yang dihadapi dan tadi kita tengok kan rumah tu dah rosak. Banyak dah berlaku kerosakan. Tidak diduduki lagi. Dah lebih 3 tahun dah. Jadi Exco boleh jawab soalan yang seterusnya lah.
Baik. Terima kasih Pasir Panjang. Saya difahamkan sebelum ini, pejabat saya terima 2 soalan lisan yang berasingan daripada Pasir Panjang. Satu tanya tentang Rumah Perakku projek di Batu Lekir 10 yang saya jawab hari ini. Satu lagi untuk di Batu 14 Lekir yang kami telah sediakan jawapan secara bertulis kerana tidak sempat untuk disusun dalam sesi soalan lisan pada hari ini. Jadi untuk soalan itu memang kita sudah sediakan tetapi atas sebab dia ditanyakan sebagai 2 soalan yang berasingan, jadi untuk sesi pada hari ini, kita jawab untuk yang Batu 10. Jadi tadi, Pasir Panjang ada tanyakan tentang status 14 orang pembeli yang disebut berjaya dapat kelulusan. Setakat ini, 14 orang itu masih memang setuju untuk teruskan dengan pembelian dan pihak MB Inc masih komited untuk menyediakan perumahan bagi komponen-komponen seperti yang telah dimohon dan dijanjikan sebelum ini. Cuma selain daripada itu, 326 itu telah dirancang untuk komponen yang baru iaitu rumah mampu milik yang akan dilaksanakan kemudian setelah mendapat kelulusan untuk permohonan penukaran komponen dan juga sebenarnya saya tadi sebenarnya apabila saya sebut nak betulkan fakta, bukannya saya rasa perkataan tarik diri itu membawa maksud yang negatif atau sebagainya. Cuma saya nak nyatakan sebenarnya tidak berlaku peristiwa bahawa pemaju menarik diri dan menyebabkan projek ini mengalami kelewatan dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih, Exco. Soalan Selinsing.
Terima kasih Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya juga berkaitan dengan Rumah Perakku yang ada di Simpang Empat Semanggol, ada 57 buah. Saya ingin nak tahu sekali lagi apa statusnya pada ketika ini sebab dia kalau tak salah saya bermula daripada 2018. Sudah terlalu lama dan sentiasa ditanya oleh pemohon-pemohon lah jadi apa statusnya pada ketika ini dan saya juga ingin tahu ada atau tidak lagi perancangan untuk membina rumah begini di kawasan Selinsing ataupun Kerian kerana di sana kita tengok ramai penduduk yang dia tak ada rumah ni, buat rumah di atas tebatan banjir dan sebagainya. Jadi nak minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Selinsing. Untuk status terkini bagi skim perumahan yang disebut, nanti saya mohon izin untuk saya kemukakan jawapan secara bertulis untuk saya dapatkan status yang terkini dengan maklumat yang tepat dan terperinci supaya saya boleh berikan kepada Yang Berhormat supaya boleh ketahui perkembangan yang terkini. Seterusnya Yang Berhormat juga tanyakan tentang perancangan sama ada skim perumahan untuk golongan B40 dan juga skim Rumah Perakku dan sebagainya akan dirancang di kawasan Selinsing dan sebagainya. Sememangnya Kerajaan Negeri melalui LPHP memang sentiasa galakkan pembangunan untuk skim perumahan yang mesra dengan golongan pendapatan rendah. Cuma ia bergantung kepada banyak faktor. Contohnya ada tapak yang sesuai, ada tanah-tanah yang boleh diusahakan untuk pembangunan. Juga kerjasama-kerjasama yang boleh dijalankan antara LPHP dengan pihak swasta dan sebagainya tetapi ini memang menjadi salah satu sasaran utama dan juga KPI bagi LPHP untuk kita sama-sama melalui pelbagai cara contohnya melalui Skim Rumah Perakku pun ada, melalui Skim PPR pun ada dan RPT dan sebagainya. Pelbagai jenis perumahan untuk sama-sama kita pastikan lebih ramai golongan rakyat Perak khususnya yang berpendapatan rendah boleh memiliki rumah masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco.
Satu lagi soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Apakah usaha pihak kerajaan untuk membantu peserta yang tidak berjaya mendapatkan pembiayaan untuk perumahan untuk membeli rumah? Terima kasih.
Terima kasih Pasir Pinji. Sememangnya, salah satu isu utama yang dihadapi oleh golongan yang pendapatan rendah ataupun pendapatan secara tidak tetap untuk mendapatkan pemilikan perumahan adalah mereka not bankable dengan izin. Sebelum ini juga pengalaman kita lihat apabila disediakan skim perumahan Rumah Perakku, kos sederhana, kos mampu milik dan sebagainya. Salah satu isu, mereka menepati syarat untuk memohon untuk memiliki rumah tersebut tetapi akhirnya tidak dapat mendapat pembiayaan perumahan. Jadi salah satu usaha ialah Kerajaan Negeri dengan usaha skim yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan, kami menggalakkan untuk memanfaatkan pemohon-pemohon daripada skim yang ada iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Skim ini memang bertujuan untuk bantu pembeli rumah pertama yang tidak mampu untuk mendapat pembiayaan atas sebab tidak mempunyai pendapatan yang tetap, tidak mempunyai slip gaji atas sebab mereka pekerja ekonomi gig, pekerja freelance dengan izin, pemilik perniagaan ataupun usahawan kecil.
Jadi di bawah skim ini memang ada banyak usaha yang cuba bantu mereka untuk mendapat pembiayaan perumahan dan baru-baru ini juga LPHP telah cuba untuk menambahbaik kaedah yang ada di mana apabila dalam penyerahan surat tawaran bagi projek di Tanjung Tualang baru-baru ini, LPHP cuba untuk menyediakan wakil daripada institusi-institusi kewangan dan juga firma-firma guaman untuk hadir bersama supaya kita boleh memudahkan pemohon dan juga boleh membuat semakan tentang pembiayaan kelayakan pembiayaan supaya benda ni jelas dan kita tak perlu berulang sebelum ni apabila kelulusan diberi, permohonan dapat diluluskan tapi akhirnya berlaku terpaksa dibatal atau tukar peserta sebab tidak layak untuk mendapat pembiayaan. Jadi beberapa usaha inisiatif diambil dan kita juga galakkan pihak-pihak daripada institusi kewangan untuk menyahut saranan kerajaan untuk sama-sama menyediakan pembiayaan yang bersesuaian bagi golongan yang disebut dan kita memang sentiasa harapkan dengan semua usaha ini kita dapat membantu lebih ramai peserta yang layak untuk dapat pembiayaan rumah dan seterusnya dapat untuk memiliki rumah masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan nombor soalan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pagi-pagi...Pergi ke seberang mencari geliga, soalan Behrang nombor 3.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah wa syukurililah. Wa salatu salam A'la Rasulillah. Saya terima kasih, Dato' Yang di-Pertua kepada YB Behrang yang telah pun menanyakan soalan berkenaan dengan peruntukan bagi menerangkan beberapa jalan di Muallim itu supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Terima kasih Behrang.
Pertamanya, Majlis Pembandaran Tanjong Malim menerima sejumlah RM346,000.00 setahun bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan melalui konsesi infra, Puncak Emas Infra. Jadi peruntukan itu di bawah MARRIS sebanyak RM346,000.00 itu sepanjang setahun. Bagi tahun ini, kita telah gunakan RM120,445.00 sehingga ke pertengahan bulan Mei, makna tak sampai setengah lagi. Jadi itu digunakan oleh perancangan yang dibuat oleh Majlis Pembandaran Tanjong Malim bersama dengan konsensi infra, Puncak Emas Infra. Jadi alhamdulillah, kerja-kerja berkala dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut sehinggalah akhir tahun ini. Kita gunakan kesempatan itu sebaik-baik mungkin kerana jalan yang melibatkan jalan Persekutuan itu panjang, dipanggil jalan FT001.
Kita juga memastikan bahawa apa sahaja kerja-kerja yang di luar Majlis Daerah Tanjong Malim, kita bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Daerah dan Wilayah. Mereka juga ada peruntukan untuk kita baiki jalan, perabot jalan dan juga mencahayakan jalan-jalan tersebut. Jadi berapa maklumat-maklumat yang kadang-kadang tu kita tuduh pihak TNB tak buat kerja. Sebenarnya bila TNB menerima permohonan, kemudian kita majukan permohonan itu kepada Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah dan mereka pula akan majukan ke Putrajaya. Kementerian yang sama. Melalui Kementerian Pembangunan Wilayah dan juga Desa Perak. TNB sebenarnya tidak tahu menahu berapakah peruntukannya. Kita cuba buat mesyuarat, TNB buat mesyuarat dengan KKDW tahun lepas, awal tahun, tahun akhir tahun lepas itu mesyuarat telah dibuat dan sepatutnya menerima beberapa peruntukan dan kelulusan daripada kementerian yang sama tapi sehingga hari ini belum dapat keputusan itu. Belum dapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah dan akhirnya tertangguh kerja-kerja itu. Bukan TNB tak mahu buat tapi TNB menunggu surat setuju terima daripada KKDW. Jadi selagi tak dapat surat setuju terima itu, TNB tak boleh nak laksanakan kerja itu. Jadi untuk itu kita nak mohon supaya kementerian yang sama memberikan kelulusan supaya dapat kita buat pencahayaan dan dapat kita pastikan kerja-kerja berkala ini diteruskan supaya mana-mana jalan di kawasan bukan hanya di Muallim tapi di Behrang itu dapat kita laksanakan supaya tidak menjadi masalah kepada pengguna. Terima kasih Behrang.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya. Jalan-jalan yang Yang Berhormat ceritakan tadi kepada peruntukan MARRIS dan sebagainya kepada PBT. Apa yang berlaku di kawasan saya, Jalan Persekutuan, di mana baru-baru ini telah berlaku kemalangan dalam tempoh 2 bulan ini telah berlaku 2 kemalangan maut di Jalan Persekutuan di daerah Muallim yang meragut 3 nyawalah. Jadi dukacitalah antara penyumbangnya adalah kerana lampu jalan termasuklah jalan-jalan yang di bawah PBT yang berlaku ini di bawah selenggaraan JKR. Soalan saya tambahan daripada yang tadi itu, dengan pelaburan yang membangun, pelaburan Automotif High Technology Valley di Proton City Tanjong Malim sudah pasti akan membawa kepada kebanjiran pekerja-pekerja dan penduduk di daerah Muallim dan peningkatan pengguna jalan raya yang gelap ini. Jalan raya yang membahayakan ini. jadi apakah persediaan kerajaan untuk menjamin keselamatan pekerja-pekerja ini dan juga warga Muallim yang bakal menggunakan jalan-jalan raya ini nanti?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Behrang yang telah menanyakan soalan yang menyayat hati. Pada 18hb baru-baru ini, berlaku kemalangan di kilometer 122 menyebabkan 3 kemalangan, menyebabkan 3 kematian. Memberikan fokus bukan hanya kepada negeri tapi daripada pusat, Menteri Kerja Raya telah turun untuk melihat kawasan itu kerana peruntukan untuk memohon dicahayakan jalan tersebut, telah dibuat awal. Maka menteri yang baru menjaga Kementerian Kerja Raya hari ini dia datang melihat kawasan yang berlaku kemalangan tersebut dan dia pastikan bahawa bila dilihat balik permohonan terus itulah yang dibuat oleh JKR Negeri untuk memperbaikinya, jangka pendek dan jangka panjang tapi malangnya ia tidak dapat diluluskan, maka berlaku pelanggaran tersebut menyebabkan 3 angkara. Soalan daripada Behrang tadi valid semua. Jadi perhatian ini diberi oleh Kementerian Kerja Raya sendiri termasuk saya dan termasuk juga JKR Negeri. Jadi untuk itu jangka pendeknya kita telah memohon di cawangan JKR Elektrik Perak telah memohon RM460,000.00 nak membaiki jalan itu supaya ada pencahayaan. RM460,000.00 itu belum diluluskan lagi tapi itu jangka pendek.
Walau macam mana pun, JKR Perak telah pun melaksanakan bubuh papan-papan tanda. Kita banyakkan papan tanda. Kita bubuh 2 lampu solar di situ. Lampu solar dan kita juga bubuh 2 lampu amber. Lampu yang nyut nyap, nyut nyap, nyut nyap. Yeop tahu kan lampu amber? Dan kita juga bubuh penghadang, penghadang jalan pun kita bubuh juga nak pastikan jangka pendek jangan lagi berlaku kemalangan tidak dingini. Pada masa yang sama, JKR Negeri juga telah membuat satu jangka panjang, planning jangka panjang iaitu kita nak pastikan laluan yang merbahaya dan gelap itu di antara antara seksyen 468 sehingga seksyen 486 sepanjang 7km nak dipertingkatkan supaya dia jadi kategori jalan JKR3. Daripada JKR3 sekarang ni kepada JKR 5. JKR 5 tu maknanya kita cadangkan supaya dekat situ ada dengan izin
Timbalan Yang di-Pertua, dia ada dual carriage way, maknanya 4 lorong, 2 kiri 2 kanan. Itu cadangan daripada JKR Negeri dan kita nak pastikan supaya ia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12, Rolling Plan No.4. Di antara sebab yang kita nak buat tu supaya jalan sepanjang 7 km itu diluaskan jadi 4 lane.
Yang keduanya, kosnya yang telah pun dicadangkan oleh JKR Negeri kepada KKR sebanyak RM209.6 juta dan ini kita buat permohonan pada 13/4 baru ini supaya menteri yang baru tu dapat bahawa ini saranan JKR Negeri untuk perelokkan jalan itu, tingkatkan daripada R3 kepada R5. Bila R5 dia ada dual carriage way, dia agak besar sedikit dan peruntukan RM209.6 juta itu kita pohon bukan hanya untuk perluaskan jalan itu tapi perabot-perabot jalan, saliran-saliran air juga diambil kira supaya masalah tidak berpanjangan. Jadi inilah diantara jangka panjang yang telah pun kita buat. Berkenaan dengan soalan yang kedua tadi, di Proton City akan menjadi tempat kepada High Tech Automotive Valley bukan hanya by infra kepada saya sebagai portfolio infra ni untuk menjaga dan memastikan persediaan dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menerima kedatangan tak kurang 7 ribu pekerja daripada Seksyen 24, Shah Alam tu. Keseluruhan daripada Proton ni akan dipindahkan ke Proton City. Jadi untuk itu persiapan telah dibuat untuk segala galanya.
Di samping kita nak pastikan infra airnya, infra gasnya, infra wifinya dan juga infra airnya berkemampuan untuk pastikan kita boleh beri khidmat-khidmat tersebut. Jadi bila kita buat perancangan jangka panjang untuk kita lebarkan jalan tersebut adalah memastikan supaya tidak ada kemalangan berlaku di masa-masa akan datang dan elok agaknya cerminan kepada Tanjong Malim sendiri bahawa jalan-jalan tersebut dinaikkan taraf sebagai jalan yang tinggi supaya mereka yang telah biasa dengan suasana di Shah Alam. Pekerja-pekerja Proton yang duduk di Shah Alam tu mereka biasa dengan jalan-jalan yang terang benderang. Tiba-tiba datang Tanjong Malim lantak gelap gelita, gelap. Jadi bagi tu kita nak pastikan supaya bila mereka datang ke Tanjong Malim mereka meneruskan menggunakan infra jalan dapat bekalan-bekalan lain dengan cara yang terbaik. Jadi saya juga telah memberikan jaminan bukan hanya kepada Proton. Kita beri jaminan kepada Geely daripada Shanghai. Beri jaminan kepada berapa lagi vendor-vendor mereka bahawa jalan kita akan dipastikan baik, bahawa tidak ada banjir dan juga infra-infra lain juga baik. Itulah jaminan yang akan menyebabkan mereka melabur dan terus duduk di Tanjung Malim beri pelaburan sebanyak RM32 bilion kepada Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih.
Astaka
Manjoi YB Speaker.
Alor Pongsu.
Saya bagi Alor Pongsu dahulu.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kepada JKR. Sekali lagi saya nak bagitahu, JKR daerah Kerian, perkhidmatannya marvellous. Selalu responnya cukup cepat dan yang terbaru sekali yang membimbangkan saya, di kawasan Dun Alor Pongsu. Tempat lain cerah. Waktu anak-anak nak ke sekolah pada waktu pagi. Banyak sekolah, contoh saya ambil Sekolah Kebangsaan Matang, Jelutong. Gelap depan sekolah. Amber light lah tadi. Amber light, semua dah tengok ke bumi dah. Saya pun tak faham macam mana. Kemudian yang saya soal di sidang yang lepas, jalan persekutuan daripada Bagan Serai ke Parit Buntar. Lampu jalan cukup, YB Exco, tapi cara nyusunnya tak betul. Di kampung yang ada surau dan sebagainya, gelap gelita. Ada kilang satu tengah-tengah tu, bersusun lampu depan kilang tu. Kilang tu tutup waktu malam. Yang penting waktu malam dan suka saya nak maklumkan pada YB Exco, Kuala Kurau pun menghadapi masalah yang sama. Kebelakangan ini, kemalangan maut motosikal bukan dekat jalan Persekutuan. Semua dalam tebuk. Saya dengar je kemalangan motosikal tentu soalan kita sebagai wakil rakyat di mana? Dalam tebuk, dalam kampung sebab pencahayaan yang lemah. Terima kasih YB Exco.
Terima kasih daripada Alor Pongsu dengan pemerhatian yang amat-amat teliti. Memang betul bila kita buat permohonan untuk diterangkan, dicahayakan jalan tersebut barangkali 1km dalam peruntukan kita nak pasang 20 tiang tapi yang diluluskan terpaksa kita kecilkan tiang itu dan agih sama banyak menjadi 10 tiang. Akibat bila tiang itu dipasang jarak jaraknya lebih luas, maka ada tempat yang kadangkala tergelap sangat. Oleh karena jarak di antara tiang ke tiang itu jauh. Jadi untuk itu saya akuilah ada di antara kemalangan itu berlaku di jalan-jalan kampung dan jalan kampung ni memang tidak ada berlampu. Jadi kita mintalah kementerian, bertanggungjawab, kita syorkan supaya ada peruntukan di jalan-jalan kampung supaya ada percayaan juga.
Walaupun macam mana pun saya terima kasih juga lah pada JKR. Sebab mereka ni bekerja, jadi mana-mana perkara-perkara lampu-lampu yang kadangkala tu telah melihat ke bawah dan tidak beri cahaya tu, kita akan cuba ambil tindakan secepat mungkin. Tapi kadang-kadang kita bergantung juga pada solar. Jadi solar tu benarnya bila siang dia ok lah simpan tenaga pada waktu malam. Tapi kadang-kadang dia tak dapat panjang. Tapi walau macam tu pun kita ambil tindakan supaya tiap lampu tu akan diselenggara dengan elok. Jadi untuk itu kita minta supaya bukan hanya Ahli Berhormat daripada Alor Pongsu, semua tempat yang banyak jalan-jalan kampung ni, berikan perhatian. Minta Tok Penghulu, minta Tok Sidang dan sebagainya, beritahu kepada JKR. Saya beritahu kepada JKR bahawa kita bukan lagi JKR ini untuk bekerja bila dapat panggilan, bila dapat aduan. JKR ini adalah dia boleh preamp supaya mana-mana masalah itu kita hadapi sebelum orang complaint lagi. Jadi saya tukar JKR itu menjadi Jom Kerja Rajin namanya. Bukan lagi Jabatan Kerja Raya, Jom Kerja Rajin. InsyaAllah kalau kita beri motivasi kepada mereka, kita dapat atasi masalah-masalah kemalangan yang berlaku di banyak-banyak kampung dan pendalaman hari ini.
Manjoi Tuan Speaker
Astaka
Masa yang terhad. Saya akan. Duduk dulu saya belum bagi.
Kalau Astaka dapat Manjoi pun kena dapatlah Tuan Speaker.
Saya rasa berkaitan dengan ini keselamatan pengguna jalan raya Timbalan Yang di-Pertua. Beri ruang sikit sahaja.
10 minit cepat. Last-last.
Cepat Astaka, lepas ni Manjoi.
Ayer kuning pun sama.
Last-last. Astaka last.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bila sebut tentang lampu jalan memang sakit hati sebab di daerah Manjung, banyak tempat yang juga gelap. Tadi kita dengar yang banyak kemalangan berkaitan dengan lampu jalan. Di Sitiawan, daerah Manjung, lampu isyarat yang sudah rosak pun tidak diganti lebih daripada 6 bulan dan ini banyak berlaku di jalan Persekutuan. Saya beri contoh satu tempat Jalan Lumut FT018, saya memang saya pergi kira ada 68 tiang lampu jalan. Total ada 136 lampu, 106 yang tidak menyala. Ini kira sangat-sangat serius dan itu jalan besar. Saya nak tanya apa usaha Kerajaan Negeri boleh lakukan untuk mendapatkan peruntukan untuk membaiki lampu-lampu jalan ini. Sebab saya pergi daripada daerah JKR, JKR daerah, sampai Ipoh, sampai Kuala Lumpur semua cakap tak ada peruntukan yang cukup. Sekian terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Astaka tu. Bila kita bahagikan jalan tu di antara lampu jalan yang tidak menyala, kemudian lampu isyarat. Lampu isyarat ni sebenarnya di bawah jagaan JKR. Tapi lampu-lampu jalan kalau di bahagian bandar, maka dia dikuasai oleh majlis bandaran tersebut. Walaumacammanapun bila ada sederap panjang sepanjang-panjang 106 batang tu tidak menyala, kerana ada masalah timer dia. Jadi kita dapat laporan kadang-kadang itu timer dia bila berlaku sedikit gangguan elektrik maka timer itu masih berterusan. Dia tidak mengikut setting yang telah kita buat awal. Jadi maklumat begini kalau dapat daripada JKR kita akan terus atasi. Tapi kalau sepanjang 10 tiang satu tak berlampu itu makna bulb dia. Ataupun dia punya mentol dia itu. Jadi kita akan buat senggaraan. Bukannya bila berlaku satu kita buat terus maka kos dia tinggi. Jadi kita tunggu kadang-kadang 3, 4 dia tidak menyala, baru kita buat usaha sekali. Maka sepanjang-panjang kita gunakan alat-alat ganti, maka kita dapat ganti 5,6 mentol sekali. Berkenaan dengan pelanggaran kerana gelap ni beberapa kajian telah dibuat. Ada tempat-tempat yang memang gelap, betul. Tapi ada di antara kemalangan tu yang terjadi kepada motorsikal yang tidak berlampu waktu malam. Mereka ni memang lampu motor dia rosak. Jadi memang gelap segala-gelapnya. Jadi akibat tu juga lah menyumbang faktor ada kemalangan di tempat-tempat yang tidak cukup cahaya. Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Speaker sikit Manjoi. Sikit sahaja. Penting untuk diajukan kepada YB Sungai Rapat.
Last. 1 minit
Baru ni sahabat saya baru meninggal dunia di kawasan Chemor nak ke Klebang sebabkan masalah jalan tidak bercahaya. Saya sebut di sini Dato’ Seri, sahabat baik kami meninggal dunia, dia on the way ke kerja, dan tengahari tu dapat panggilan kawan kita meninggal disebabkan masalah lampu jalan yang tidak bercahaya ini. Minta maaf sebab jalan yang tidak bercahaya di kawasan tersebut. Di area Chemor ke Klebang. Memang banyak kawasan dalam zon bandaraya ini, banyak jalan-jalan yang tidak bercahaya. Perlu di cat. Saya rasa saya mencadangkan supaya pihak berkaitan untuk cat jalan-jalan ini. Kedua, baru berlaku di dalam Gugusan Manjoi. Juga orang yang rapat dengan saya baru accident 3 hari lepas. Ibu dengan 2 orang anak naik motorsikal. Accident dan mereka dikejarkan ke hospital. Benda ini sangat menyentuh perasaan saya sebab bila saya dengar dalam Gugusan Manjoi ini, untuk makluman Dato' Seri, saya rasa perlu dibanyakkan cermin refleks dan papan tanda ini. Jalan-jalan dalam Gugusan Manjoi ini juga banyak problem. Saya harap benda ini perlu diberi perhatian. Sebab isu kehilangan nyawa ini jika bagi saya sendiri, rakan-rakan, orang muda, foodpanda, food rider, banyak yang meninggal dunia, yang saya sebut terus teranglah pada Dato' Seri, terima kasih banyak pada Sungai Rapat.
Terima kasih soalan Manjoi.
Soalan berkaitan.
Sama juga saya minta YB Exco beri perhatian pada jalan Persekutuan yang melintasi Lekir ke Sitiawan. Sekarang ni dah tak ada lampu jalan dan jalan pun banyak rosak, kemalangan selalu berlaku dan yang paling kritikal di hadapan kawasan sekolah. Kalau kita naik BMW pun bergegar otak kita, Dato' Seri. Jadi orang Lekir dia kirim salam Dato' Seri lah. Dato' Seri pun pernah berkhidmat di sana. Kalau boleh Dato' Seri bantulah untuk diturunkan peruntukan kepada JKR cepat kerana bila mana kita hubungi JKR, JKR respon cepat, manakala JKR pun respon sangat cepat. Tapi dia kata kami tak boleh nak buat apa sebab tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk dilaksanakan. Terima kasih Dato’ Seri.
Terima kasih kepada Manjoi dan juga Pasir Panjang. Berkenaan dengan kemalangan yang dinyatakan oleh Manjoi tadi kerap berlaku. Barangkali factor-faktornya bukan hanya kerana jalan tu tidak ada lampu reflektor. Jalan tu tidak ada cat untuk pastikan dia diketahui oleh umum. Tapi kadangkala ada faktor lain. Jadi untuk itu tidaklah kita boleh tuduh bahawa kesemua kemalangan yang menyebabkan maut tu menyebabkan jalan tu semua. Saya tidak menafikan memang ada suasana sedemikan. Walaupunmacammanapun, jika sekiranya ada perkara-perkara kita kena buat cepat, maka berilah aduan itu kepada saya. Kita adakan hari bertemu pelanggan. Boleh katakan setiap 2, 3 bulan kita akan adakan di Stadium Indra Mulia. Jadi kalau Manjoi boleh gunakan kaedah tersebut untuk berikan maklumat yang terkini kepada saya sendiri dan kita ada kalangan kami daripada JKR. JKR Jurutera Daerah yang bertanggungjawab untuk ambil tindakan secepat mungkin. Dengan adanya hari bertemu pelanggan ini maka tindakan kita dapat buat secepat mungkin supaya kita dapat atasi masalah itu.
Jadi saya pun menerimalah bahawa ada kes-kes yang akhirnya menyebabkan kematian, ya, bukan makna soalan daripada YB tu mereka nak pergi membawa jenazah di perkuburan waktu malam tu gelap. Memang tu tak dapat kita nyatakan bahawa semua pengkebumian waktu malam ni akan diberi pencahayaan oleh JKR ataupun oleh majlis bandaran tapi sebenarnya yang mengebumikan jenazah tu mereka sediakan pencahayaan mereka sendiri. Bagi soalan daripada Lekir ke Sitiawan yang hari ni agak gelap dan agak rosak jalan tu, saya sendiri akan beritahu kepada Jurutera Daerah JKR di Manjung untuk ambil tindakan secepat mungkin. Kalau sekiranya memang gelap sesungguh dan lampu itu memang ada tapi tidak menyala, maka kita akan mengambil tindakan secepat mungkin kerana peruntukan itu telah ada. tetapi kalau hanya tiang sahaja tetapi tidak berlampu maka ini merupakan peruntukan yang baru yang kemungkinan kita akan kemukakan pada pihak MARRIS. Walau macam mana pun, kalau sekiranya dia di bawah tanggungan pihak-pihak konsesi, maknanya Puncak Infra ke atau mana-mana konsesi itu, mereka kena ambil tindakan secepat mungkin. Jadi satu kajian akan dibuat di jalan Lekir ke Sitiawan dan saya terima kasih kepada YB Pasir Panjang. Terima kasih.
Tronoh duduk.
Timbalan Speaker, saya nak tanya soalan bagi pihak…
Tak boleh. Tak boleh. Duduk. Tak boleh tak boleh. Masa yang terhad. Saya akan masuk soalan yang lain. Selepas saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Menglembu adalah soalan yang keempat.
Salam sejahtera dan selamat pagi diucapkan kepada Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat daripada Menglembu telah kemukakan 2 soalan berkaitan dengan situasi denggi di Negeri Perak dan sebelum saya meneruskan menjawab soalan daripada Yang Berhormat Menglembu ingin saya bawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada kedua-dua pihak berkaitan dengan situasi semasa denggi di Negeri Perak dan daerah yang terlibat. Maka, Yang Berhormat Yang Berhormat boleh dapat informasi dan mengambil tindakan susulan. Bagi minggu ke-19 iaitu sehingga 13 Mei 2023, sebanyak 72 kes denggi didaftarkan berbanding dengan 23 kes pada tahun 2022. Terdapat peningkatan sebanyak 5 kes yang didaftarkan berbanding dengan minggu sebelumnya. Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun 2023 adalah sebanyak 1,341 berbanding tahun 2022 iaitu hanya 297 kes saja bagi tempoh yang sama. Ini menunjukkan terdapat peningkatan kes sebanyak 351.5%. Sebanyak 8 daerah telah melaporkan kes denggi pada minggu ke-19 iaitu Kinta 40 kes peningkatan 5.56% diikuti dengan Kampar dan Manjung masing masing 10 kes iaitu peningkatan 13.89%. Batang Padang 4 kes, 5.56% manakala Hilir Perak mencatatkan 1 kes, iaitu peningkatan 1.39%. Secara kumulatif dan kadar kejadian, semua daerah menunjukkan peningkatan kes berbanding tahun lepas. Berbanding media 5 tahun bagi minggu ke-19, semua daerah melaporkan peningkatan kes.
Jumlah kumulatif bagi kematian denggi sehingga minggu ke-19 iaitu setakat 13 Mei 2023 adalah zero kes, berbanding zero kes untuk tempoh yang sama. Berita baik, tidak ada kes kematian yang dicatatkan dan lokaliti-lokaliti dan hotspot bagi minggu ke-19 adalah, hotspot adalah di kawasan Kinta iaitu Kampung Manjoi, Halaman Ampang Mewah 14 kes, 16 kes, sorry, Kampung Manjoi14 kes, Taman Chempaka 7 kes, Kampung Timah 11 kes, Taman Kemi 5 kes, tetapi terkawal. Desa Rishah Indah 2 kes wabak terkawal tamat. Taman Kledang Jaya, 2 kes, tamat. Kampung Tersusun Batu Lima 6 kes, wabak masih tak dapat terkawal. Taman Mewah 2 kes, wabak terkawal. Taman Keledang Jaya, 2 kes, wabak terkawal. Kampung Pengkalan Gate, Tambahan 2 dan Taman Maxwell, wabak terkawal dan wabak baru di Daerah Kinta adalah di Taman Tanjung Bakti 3 kes, Taman Elenor 3 kes. Taman Pertama 2 kes, Taman Jati 2 kes, Kampung Pasir Pinji, Kampung Baru Pasir Pinji 2 kes. Taman Kar King 2 kes, Kampung Das Tambahan 2 kes dan Taman Desa Aman 2 kes. Di Kerian, Taman Semarak 8 kes tapi wabak sekarang dah terkawal, Taman Semanggol Permai 2 kes wabak pun terkawal. LMS, Taman Kamunting Jaya 5 kes dan Taman Jana Jaya 3, 2 kes wabak terkawal, hasil daripada tindakan Jabatan Kesihatan. Batang Padang, Taman Daya 2 kes terkawal, Manjung, Kampung Bagan Pancur, Zone 2, 3 kes ini adalah kes baru Manjung juga, Taman Manjung Pt.1, 2 kes wabak baru dan akhirnya, Kampar, Taman Sentosa 2 kes wabak baru.
Jawab kepada soalan pertama daripada yang orang Menglembu, untuk makluman Yang Berhormat Adun Menglembu, bagi membanteraskan kejadian penyakit demam denggi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui jawatankuasa membenteras denggi peringkat Negeri Perak telah mengambil langkah-langkah seperti berikut dalam menghapuskan pembiakan nyamuk denggi aedes. Satu, menjalin kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Daerah, PBT dan pejabat tanah dan daerah di semua daerah bagi menangani isu pembiakan nyamuk edes yang tinggi di kawasan tanah, lot kosong dan rumah kosong atau terbiar.
Kedua, memastikan semua tempat tumpuan orang ramai adalah bebas aedes. Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan memastikan tempat-tempat tumpuan awam adalah sentiasa bebas aedes. Ketiga, pengukuhan aktiviti penguatkuasaan kesihatan awam. Penutupan tempat tumpuan awam, tapak binaan dan kilang di bawah Seksyen 18 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998. Keempat, peningkatan penglibatan wakil komuniti dan media dalam operasi dan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan demam denggi di peringkat komuniti, daerah dan negeri untuk membantu dalam penyampaian mesej Jabatan Kesihatan.
Di samping langkah-langkah tersebut, Jabatan Kesihatan menjalankan aktiviti-aktivit kawalan kes dan wabak demam denggi mengikut Standard Operating Procedure atau SOP. Setiap kali kes atau wabak dilaporkan dan aktiviti-aktiviti pencegahan seperti aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes, aktiviti semburan kabus racun serangga sekiranya ada kes dan keperluan aktiviti lawensing untuk mencegah dan membunuh jentik-jentik. Aktiviti gotong royong melibatkan komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pendidikan kesihatan, kempen mengenai demam denggi serta aktiviti memperkasakan komuniti melalui penubuhan COMBI (Communication for Behaviour Impact). Bagi soalan kedua, berkaitan dengan kedudukan kes denggi di kawasan Yang Berhormat Menglembu. Berikut adalah kes demam denggi yang telah disahkan berlaku di Kampung Baru Menglembu, Kampung Baru Bukit Merah dan Kampung Baru Lahat bagi tahun 2022 dan 2023 sehingga 15 April 2023. Bagi lokaliti Kampung Baru Menglembu, kes tahun 2022 adalah hanya empat kes dan tahun ini tidak ada apa-apa kes yang dicatatkan. Bagi Kampung Baru Lahat, tidak ada kes di tahun lepas dan juga setakat 15 April 2023, tidak ada kes yang direkodkan dan bagi Kampung Baru Bukit Merah, bagi tahun 2022 tidak ada kes yang direkodkan tetapi kali ini sehingga 15 April 2023 2 kes telah direkodkan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Menurut laporan yang diberi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara bagi tahun lepas mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7% berbanding dengan tahun 2021. Malah jumlah kumulatif kematian yang dilaporkan pada tahun lepas pula meningkat sebanyak 180% berbanding dengan tahun 2021. Soalan tambahan saya, apakah usaha-usaha yang lebih berkesan Kerajaan Negeri Perak untuk membasmi dan membendung kejadian demam denggi ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menglembu. Jabatan Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh negeri Perak telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung kejadian demam denggi ini. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut dan saya juga dengan rendah diri memohon kepada Yang Berhormat, jika aktiviti ini dijalankan di kawasan-kawasan Yang Berhormat, tolonglah turun ke padang bersama-sama dengan pegawai-pegawai daripada Jabatan Kesihatan dan jika perlu bantuan saya, silalah hubungi saya dan bantuan akan dihulurkan, saya belum habis lagi dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut; Satu, aktiviti pemeriksaan dan penghapusan tempat pembiakan atau PDP di premis-premis persendirian, perniagaan dan tanah lapang. Tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di mana sehingga minggu ke 19 sehingga 13 Mei 2023 sebanyak 1,655 kompaun dan 148 notis pembersihan di bawah Seksyen 8(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 telah dikeluarkan terhadap pemilik premis yang membiak aedes. Dua, pendidikan kesihatan telah diberi secara bersemuka semasa aktiviti pemeriksaan premis dijalankan oleh PKD. Pelaksanaan aktiviti lawensiding, semburan ruang thermal SRT dan semburan ultra low volume (ULV) di sekitar kawasan dilaporkan kes denggi. Keempat, gotong-royong di lokaliti kes dan tempat tumpuan awam bagi memutuskan rangkaian jangkitan demam denggi. Aktiviti kawalan dan pencegahan akan terus dilakukan di semua lokaliti yang melaporkan kes dan juga berpotensi melaporkan kes bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan penyakit ini. Aktiviti gotong-royong juga akan terus dirancang dan dilaksanakan bagi mengurangkan tempat-tempat berpotensi pembiakan aedes. Terima kasih.
Kamunting, sila.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Tadi tuan ada menyebut berkenaan dengan Kamunting Jaya di Daerah Larut Matang dan Selama. Saya pergi tinjau kes baru ini, jadi puncanya adalah safety tank di dalam rumah. Itu rumah yang dah lamalah, sekitar 80-an. Mereka ada safety tank setiap rumah. Jadi bila air yang disimpan dalam safety tank yang atas tu, ada lubang overflow tu. Di situlah tempat nyamuk masuk untuk membiak. Bayangkan keseluruhan rumah itu ada tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebab aedes ni dia dalam lingkungan 2 minggu 3 minggu untuk kalau tak ditukar air tu dia akan menjadi nyamuk lah. Jadi saya melihat satu inovasi perlu dibuat untuk tutup lubang air overflow tu supaya nyamuk tidak boleh masuk untuk bertelur dalam tu, satu. Jadi kalau ada inovasi tu mungkin kerajaan boleh lihat di mana-mana perumahan yang ada safety tank ini boleh buat untuk tutup lubang tersebut. Kalau tidak memang kejadian ini akan berulang lagi. Sebab ada rumah kosong, ada rumah yang ditinggalkan air memang bertakung dalam tu rumah tu dan sekarang ni rumah itu dulu safety tank tu di luar. Sekarang ni dibuat tambahan safety tank tu dalam rumah. Jadi tidak ada orang yang boleh selenggara luar melainkan tuan rumah sendiri. Yang kedua, tenaga sokongan daripada komuniti saya nampak COMBI. COMBI ni boleh membantu sebab tenaga daripada Pejabat Kesihatan Daerah mungkin tak ramai untuk setelah ada berlaku baru diorang turun. Tapi untuk memberikan kesedaran kepada rakyat ini adalah tenaga sokongan COMBI ni. Cuma saya nak tanya, mereka bergerak perlukan duit dan sebagainya nak buat kempen. Adakah satu peruntukan khas diberikan kepada COMBI ini untuk mereka bergerak membantu komuniti tempatan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan kes pertama iaitu berkaitan dengan safety tank dan sebagainya. Memang kami mengaku ada berlakunya ini adalah khasnya di kawasan-kawasan perumahan yang lama. Bukan baru yang lama. Saya masih teringat pada tahun 2018 di kawasan Pokok Asam di mana kita terpaksa menggantikan water tank dia, tangki air dia sebab terbuka dan di situlah kita dapat merebaknya aedes. Jadi, Kerajaan Negeri dapat menggantikan kerana kita dapat laporan. Pemeriksaan telah dijalankan dan tindakan segera telah diambilkan disitu. Dalam kes ini yang overflow, saya meminta agar orang yang terlibat atau penghuni-penghuni rumah terlibat membuat aduan di PBT dan Jabatan Kesihatan Daerah di situ dimana tindakan segera akan diambil dan dalam kes denggi ini, kita pandang kes ini sebagai satu perkara yang serius. Tindakan serta merta akan diambil oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan.
Berkaitan dengan rumah kosong adalah satu lagi masalah besar khasnya di kampung-kampung baru dan beberapa rumah di taman perumahan di mana ia ketinggalan. Saya juga sedang berbincang dengan PBT supaya mengkaji balik akta-akta yang sedia ada di mana rumah-rumah yang terbengkalai atau ketinggalan oleh penghuni-penghuni dan tidak mengambil tindakan untuk membersihkan atau tidak membayar premium-premium cukai kepada kerajaan yang sepatutnya harus dibayar, maka saya memohon agar mengkaji akta yang sedia ada untuk mengambil tindakan undang-undang. Mengikut saya PBT memang boleh mengambil tindakan terhadap penghuni-penghuni rumah ini atau pemilik rumah ini dan merampas balik rumah atau tanah tersebut jika mereka tidak menjaga atau tidak membayar premium dan boleh dijual balik kepada orang lain yang memerlukan. Itu adalah satu tindakan.
Berkaitan dengan COMBI. COMBI adalah satu pertubuhan yang ditubuhkan, satu pertubuhan sukarelawan yang ditubuhkan khasnya untuk membantu pihak kerajaan dalam kes membenteras denggi dan saya telah bagi peruntukan kepada COMBI, Negeri Perak tahun ini dan peruntukan ini akan diikuti, tetapi apa yang saya bagitahu, maklumkan kepada mereka saya nak tengok result. Bukan dapat peruntukan, angkat, jamuan makan, habis. Kita nak aktiviti dijalankan dan jika ada lebih banyak aktiviti, ia akan meringankan kerja-kerja pegawai Jabatan Kesihatan. Maka kita boleh bagi mereka peruntukan tambahan. Tak jadi masalah. Pada masa yang sama yang orang awam di kawasan masing-masing, penduduk di kawasan. Kadangkala apabila saya turun ke padang, yang turun COMBI turun, Jabatan Kesihatan turun, daripada PBT turun hanya penjawat kerajaan saja yang turun. Daripada kawasan perumahan itu tidak ada. Ada pun datang, minta maaflah. Ini apa yang saya nampak. In my experience, menjadi 3 kali menjadi Exco Kesihatan. The response daripada orang kita yang the mind attitude orang kita, dia tak keluar. Di depan rumah dia pun dia tak keluar. Jadi ini adalah tugasan Yang Berhormat di kawasan masing-masing. Jangan kita politikan kesihatan. Health is not to be politicized, dengan izin. Jadi, sekian terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Malim Nawar untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Malim Nawar soalan nombor 5. Terima kasih.
(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu Timbalan Yang di-Pertua sebelum saya nak menjawab soalan daripada Malim Nawar dan bersekali dengan beberapa soalan daripada Adun-Adun lain saya sekali lagi juga nak mengalukan kehadiran pelajar-pelajar daripada UITM memandangkan mereka itu, saya selaku alumni ataupun alumni UITM juga Escape Management Hartanah. Jadi selamat datang kepada mereka. Untuk menjawab soalan daripada Malim Nawar. Izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Malim Nawar secara bersekali dengan soalan-soalan dari Yang Berhormat Behrang, Yang Berhormat Astaka dan Yang Berhormat Pengkalan Hulu yang menyentuh berkenaan perkara yang sama iaitu berkaitan usaha Kerajaan Negeri bagi membantu syarikat perusahaan mikrokecil dan sederhana ataupun PMKS di Negeri Perak. Yang Berhormat Malim Nawar meminta menyenaraikan tapak cadangan tapak perindustrian kecil dan sederhana di DUN Malim Nawar.
Untuk makluman Yang Berhormat, maklumat yang saya terima daripada agensi-agensi yang berkaitan, memang setakat ini masih belum ada sebarang cadangan pembangunan tapak yang khusus bagi usahawan PMKS di Malim Nawar. Walaubagaimanapun, ini tidaklah bermakna di kawasan Yang Berhormat Malim Nawar tiada usahawan-usahawan PMKS. Mengikut data yang berdaftar di dalam SME database STEP, kita ada 39 orang usahawan, ini yang berdaftar ya YB. Ramai lagi usahawan-usahawan kita yang tidak berdaftar. Berkenaan dengan tempat-tempat untuk kita jadikan kawasan-kawasan sebagai kawasan untuk peniaga-peniaga berniaga ataupun dijadikan industri kecil dan sederhana ini, sebenarnya menjadi harapan saya memegang portfolio usahawan bersama dengan STeP dan agensi-agensi lain untuk melihat kesesuaian kawasan-kawasan di dalam parlimen-parlimen yang ada di Negeri Perak.
Baru-baru ini sewaktu lawatan kerja kita ke Negeri Sarawak, saya dan rombongan juga sempat melihat bagaimana usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Sarawak Economy Development Corporation telah menyediakan ruang-ruang niaga yang dinamakan yang dinamakan Kompleks Kubah Ria yang mana di Kompleks Kubah Ria itu dia ada lebih kurang 20 Kompleks Kubah Ria yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyediakan tempat khusus kepada peniaga-peniaga dan di dalam Kompleks Kubah Ria itu ada unit-unit ataupun ruang-ruang niaga yang dibangunkan sendiri oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Jadi memang kita juga mengharapkan agar Perak boleh ke arah menyediakan lot-lot perniagaan daripada agensi-agensi lain sebenarnya memang ada ya, kita tengok bagaimana Arkeb Mara dan sebagainya ada tetapi usaha di bawah Kerajaan Negeri kita sedang berusaha ke arah itu untuk memastikan perniaga-perniaga PMKS ini dapat diberikan ruang dan disediakan tempat yang sebaik mungkin untuk mereka berniaga dan usaha ini kita mungkin akan bekerjasama dengan sahabat saya daripada portfolio PBT mungkin, kerana kebanyakan tempat kita akan melibatkan kawasan PBT.
Untuk menjawab soalan nombor 2 yang mana Yang Berhormat bertanyakan berkenaan dengan peningkatan ataupun keuntungan daripada kerugian perniagaan kecil sederhana bagi tahun 2018 hingga 2022. Untuk spesifik kajian terperinci memang tak ada ya, tetapi ini mungkin boleh juga dijadikan sebagai panduan kepada kita yang mana 2 kaji selidik yang telah dijalankan oleh SME Corp Malaysia pada tahun 2021, 1,200 responden, 5.9% responden ialah daripada Perak dan pada tahun 2023, 1,489 responden, 6.2% responden daripada Perak telah menunjukkan bahawa sebahagian besar responden di Perak mencatatkan peningkatan jualan tahunan firma pada tahun 2022, di mana responden PMKS di Perak kembali beransur-ansur pulih pada tahun 2022 dengan pembukaan penuh ekonomi negara dan trend pemulihan ini dijangka akan berterusan pada tahun 2023, di mana saya bacakan lebih kurang gambaran prestasi jualan tahunan Negeri Perak pada tahun 2018, di perniagaan yang menurun ialah 8.5% yang tiada perubahan 9.9%, meningkat 63.4% perniagaan belum beroperasi 18.3%. Saya ambil sewaktu lebih kurang pandemik covid iaitu 2020 dan 2019. 19.7% menurun 16.9% tiada perubahan, 56% berlaku peningkatan dan 7% perniagaan belum beroperasi.
Untuk 2020 berlaku peningkatan mendadak dimana 56.3% menurun sebab kita terkesan dengan pandemik covid, tiada perubahan 4.2%, meningkat 36.6%, perniagaan belum beroperasi 2.8% dan berlaku sedikit penurunan untuk prestasi jualan yang menurun, 53.8% menurun, tiada perubahan 5.4%, meningkat 32.3% dan perniagaan belum beroperasi 8.6%. Walaubagaimanapun, corak perubahan prestasi jualan tahunan ini dapat dilihat semula berlaku peningkatan apabila pada tahun 2022 yang menurun itu telah berkurang menjadikan 36.6% berbanding sewaktu tempoh pandemik Covid dalam purata 50% ke atas tetapi pada 2022 perniagaan yang menurun itu hanya 36.6%, tiada perubahan 12.9%, berlaku peningkatan dalam pendapatan mereka sebanyak 49.5%, perniagaan yang belum beroperasi hanya 1.1% dan pada tahun 2023, yang menurun 24.7%, tiada perubahan 20.4%, meningkat 53.8%, perniagaan belum beroperasi 1.1% dan kita melihat daripada kesan pandemik Covid ini sebenarnya ada sektor-sektor yang menaik. Sebagai contoh dari GSM.
Ekonomi, daripada digital marketing sebelum ni kita tak terfikir, tak terjangkau terutamanya macam contoh di kawasan saya sendiri di Gerik. Selama ini kalau nak pergi beli makanan kena pergi beli sendirilah. Naik kereta, naik motor, start enjin pergi beli di kedai. Tapi semenjak pandemik covid, tiba-tiba dah ada 'food panda' di Gerik. Duduk di rumah saja, "Hello" anak sendiri pun kalau kita tinggal orang kata tak risau sangat sebab mereka boleh dapatkan makanan melalui online. Sediakan duit sahaja. Jadi, sektor-sektor baru berkembang dan ini juga memberi peluang peningkatan ekonomi yang baru kepada usahawan-usahawan termasuk dari segi digital marketing. Sebelum ni makcik-makcik tak tahu pun macam mana nak mempromosikan makanan-makanan mereka melalui telefon dan sebagainya. Kita tahu buka meja di tepi jalan, kita jual. Itulah hasil yang kita dapat seharian. Tapi sekarang ni kita tengok rata-rata bahkan di TikTok semua dah menjadi affiliate dan sebagainya. Usahawan-usahawan kita telah didedahkan dalam teknologi pemasaran marketing, digital marketing.
Melalui Kerajaan Negeri juga melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak, untuk menjawab soalan yang ketiga. Sebagai agensi penyelaras program-program keusahawanan, telah merangka serta melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu golongan usahawan dan peniaga kecil dan antara inisiatif yang dilaksanakan adalah Program Jelajah Hari Terbuka Usahawan Negeri Perak 2023 atau pun Local Perak, merupakan program turun padang peringkat daerah yang diselaraskan oleh STeP dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan serta bersama lebih daripada 40 agensi keusahawanan Negeri dan Persekutuan dalam menyantuni usaha-usaha untuk kita bangunkan usahawan dan bakal usahawan di 12 daerah di dalam Negeri Perak. Jadi nanti akan sampai lah di kawasan YB Malim Nawar InsyaAllah untuk Program Jelajah Hari Terbuka Usahawan Negeri Perak dan saya nak merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua agensi yang berkaitan dengan usahawan yang sentiasa memberikan komitmen yang cukup tinggi apabila kita melakukan Program Jelajah Hari Terbuka Usahawan Negeri Perak. Ia juga dilaksanakan bagi kita memberikan khidmat nasihat secara terus kepada bakal usahawan dan usahawan untuk menyebarluaskan maklumat serta peluang kepada usahawan untuk membuat permohonan berkaitan program, geran serta bantuan kewangan secara terus dan program ini juga telah bantu merancakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi melalui pembudayaan aktiviti keusahawanan di seluruh Negeri Perak.
Sehingga April 2023 sebanyak 3 siri telah diadakan iaitu di daerah Manjung, Hulu Perak dan Muallim dan InsyaAllah kita akan terus Jelajah ini ke daerah Larut Matang dan Selama dan Kampar pada Jun ini. Untuk inisiatif yang kedua, kita melalui STeP kita ada Geran Usahawan Perak atau (GeRAK) merupakan bantuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran usahawan iaitu pembelian mesin dan promosi di mana geran GeRAK telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan permohonan telah dibuka pada 25 Februari 2023 sehingga 25 Mac 2023. STeP telah menerima sebanyak 1,482 permohonan dan dalam proses membuat semakan dokumen dan semakan silang dengan agensi keusahawanan di Negeri Perak. Yang ni pun kita tak lakukan secara tersembunyi atau pun tersorok-sorok ya. Kita maklumkan di dalam page Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak. Kita buka dan kita juga share dalam group-group Whatsapp untuk usahawan-usahawan kita membuat permohonan geran GeRAK.
Seterusnya Program Usha Usahawan merupakan program turun padang, menyantuni usahawan-usahawan mikro terutamanya penjaja, usahawan informal dan peniaga kecil di Negeri Perak. Program ini merupakan program yang kita fokus kepada platform media sosial bagi tujuan promosi untuk usahawan dan penjaja. Kita akan bekerjasama dengan influencer dengan izin bagi membantu memperkenalkan usahawan penjaja di seluruh Perak di semua rangkaian media seperti TikTok, Instagram, Facebook, Youtube dan lain lain. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberi bantuan kos pembelian peralatan bagi permulaan perniagaan, kos pembelian peralatan dan mesin berkaitan bagi meningkatkan produktiviti, kos pendaftaran sebarang pensijilan dan pembelian mesin, perkakasan software yang berkaitan dengan pendigitalan perniagaan. Semua usahawan yang menerima bantuan daripada
Kerajaan Negeri perlulah mendaftar ke Sistem Maklumat Usahawan Negeri Perak iaitu Perak SME Database. Melalui platform ini kita boleh untuk menyelaraskan bantuan-bantuan yang kita ingin salurkan dan daripada 3 yang saya maklumkan ini tidaklah bermakna hanya adakah 3 ini saja program yang dilakukan untuk tujuan keusahawanan. Sebenarnya banyak program-program yang disediakan melalui agensi-agensi yang berkaitan. Ini adalah salah satu contoh usaha yang dilakukan oleh STeP sendiri. Kita ada program-program bimbingan keusahawanan dan sebagainya untuk memastikan usahawan-usahawan kita dapat diupayakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih YB Exco di atas penerangan dan juga pencerahan tadi. Soalan tambahan daripada Malim Nawar adalah, memandangkan di Malim Nawar juga terdapat ramai di kalangan belia yang sekarang ini memasuki dalam bidang industri kecil dan sederhana ini. Apakah rancangan yang telah disusun untuk mengembangkan industri kecil dan sederhana dalam kalangan belia di Malim Nawar? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Malim Nawar. Kita tahu, seperti yang dimaklumkan kesan daripada pandemik covid kita masih belum pulih sepenuhnya dan belia-belia antara tumpuan-tumpuan kita untuk pastikan mereka ada peluang untuk berniaga dan ini tidak terkecuali dengan kawasan Malim Nawar. Cumanya khusus program di Malim Nawar itu tidak lah ada secara khusus tetapi sebenarnya YB Malim Nawar boleh untuk hadir ke Pusat Empower NCER yang berdekatan iaitu tak silap saya di Malim Nawar, Pusat EmpowerNCER Kampar. Saya difahamkan mereka sebenarnya membuka peluang dan ruang kepada peniaga-peniaga atau pun usahawan-usahawan terutamanya belia-belia untuk mendaftarkan diri dengan mereka kerana pelbagai kursus disediakan melalui pusat NCER Kampar.
Selain itu juga sebenarnya sewaktu saya memegang portfolio ini kita telah mengumpulkan semua agensi-agensi yang berkaitan dengan bimbingan keusahawanan dan kita cuba kenal pasti apa masalah berkaitan untuk memastikan inisiatif-inisiatif dapat dibuat bagi melengkapkan perkara-perkara untuk kita lihat strategi-strategi yang sesuai membangunkan usahawan-usahawan ini. Jadi antara strategi-strategi tersebut juga termasuk dengan meningkatkan penyertaan usahawan belia, asnaf B40 dan juga wanita. Jadi daripada apa hasil perbincangan kita, kita ada lebih kurang 15 projek. Ini seluruh Negeri Perak berkaitan dengan semua agensi untuk memastikan kita dapat membantu mencapai kemahiran kompetitif kepada golongan sasar kita. Kemudian kita dapat membantu memulakan perniagaan dan ketiga, meningkatkan pendapatan isi rumah yang mana ia melibatkan lebih kurang 15 projek daripada pelbagai agensi antaranya seperti JBS yang berkaitan dengan belia, BNM, MAIPk, RISDA, SSM, Digital Perak, GiatMARA, JAKOA, Digital Perak, MAIPk, SADC, RISDA. Ini semua berkaitan dengan program-program yang cuba kita suit kan dengan sektor yang atau pun golongan sasar yang telah dibangkitkan oleh YB iaitu golongan belia.
Kita juga mengalukan supaya peniaga-peniaga kita atau pun usahawan-usahawan PMKS di Negeri Perak ini dapat mendaftarkan diri mereka. Yang pertamanya kalau dah nak meniaga betul-betul bersungguh-sungguh, kita daftarlah SSM. Yang keduanya kita daftarlah melalui Perak SME Database untuk memudahkan kita memantau usahawan-usahawan yang ada di Negeri Perak. Setakat ini melalui SME Database, kita hanya baru ada rekod 80,000 lebih yang mana yang melengkapkan data baru ada lebih kurang 5,000 lebih. Jadi bagaimana kita dapat memberi tumpuan dan fokus sekiranya usahawan-usahawan kita juga tidak memberi kerjasama. Sebab itu saya mengharapkan supaya semua Adun-Adun dapat membantu kita mempromosikan kepada peniaga-peniaga ataupun usahawan-usahawan supaya dapat mendaftarkan diri mereka ke laman ataupun ke laman sesawang di STeP melalui SME, Perak SME Database dan saya mengucapkan tahniahlah kepada STeP sebab dapat menyediakan platform ini bagi kita menyelaraskan bantuan-bantuan yang ada untuk membangunkan usahawan di negeri Perak. Terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Manong untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Manong nombor 6.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Manong.
Untuk makluman Yang Berhormat Manong, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan sememangnya mengambil maklum perkara ini, pada tahun 2022, sebanyak 4,144,318 benih ikan dan udang telah dilepaskan di perairan umum di seluruh daerah dalam negeri Perak. Daerah Kinta 79,000, Daerah Kampar 349,000, Daerah Muallim 62,000, Daerah Batang Padang 121,000, Daerah Hilir Perak, 537,428 ekor, Daerah Perak Tengah 683,000 ekor, Daerah Hulu Perak 514,250 ekor, Daerah Kerian 272,000 ekor, Daerah Larut Matang dan Selama 226,000, Daerah Bagan Datuk 90,000 ekor, Daerah Manjung 132,940 ekor dan yang paling tinggi adalah Daerah Kuala Kangsar termasuklah kawasan YB Manong dan kawasan saya sendiri iaitu 1,007,700 ekor.
Perikanan darat adalah satu aktiviti menangkap ikan di perairan sungai termasuk anak-anak sungai, tasik dan kolam bekas lombong yang diwartakan sebagai perairan umum oleh Kerajaan Negeri. Sehingga kini di negeri Perak terdapat seramai 2,300 nelayan darat yang menangkap ikan dengan pendaratan dianggarkan sebanyak 2,700 tan metrik yang bernilai RM37 juta RM37.76 juta setahun. Seramai 60 orang nelayan darat telah didaftarkan di kawasan Manong, Kuala Kangsar dan masih aktif dalam aktiviti nelayan darat. Aktiviti menangkap ikan sungai memerlukan lesen, peralatan menangkap ikan yang dikeluarkan melalui Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai Perak 1992 oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Untuk makluman Yang Berhormat Manong, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan juga telah mewujudkan beberapa santuari ikan air tawar bagi pemeliharaan ikan semula jadi seperti ikan kelisa di Bukit Merah Daerah Kerian, ikan kelah di Sungai Tiang Daerah Gerik dan ikan loma di Sungai Rui juga di Daerah Gerik. Bagi program pemeliharaan ikan loma di Sungai Rui dengan menggunakan kaedah musim tertutup, closed season dengan izin, telah diperkenalkan khasnya di Daerah Hulu Perak bagi spesis ikan loma. Program ini dijalankan dengan kerjasama komuniti, setempat yang mempunyai kesedaran mengenai pemeliharaan sumber perikanan di kawasan masing-masing.
Berkaitan dengan cabaran ekosistem terganggu, antara aktiviti yang telah dikenalpasti menyumbang kepada gangguan ekosistem sungai adalah seperti pengorekan pasir, sekatan laluan air oleh empangan, kerja-kerja tanah, penebangan hutan dan buangan air limpahan domestik. Pihak Kerajaan Negeri dari masa ke semasa melalui kerjasama, pelbagai agensi penguatkuasaan menjalankan kempen kesedaran awam dan tindakan undang-undang melalui peruntukan yang sedia ada. Mengenai isu ikan asing yang ditemui dalam sungai, usaha mengawal kemasukan dan pemuliharaan ikan tersebut secara tidak sah sedang dilaksanakan. Bagi tujuan tersebut Jabatan Perikanan akan memperkenalkan kawalan peraturan baru iaitu Kaedah-Kaedah Perikanan Akuakultur Darat di peringkat penyediaan dokumen. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Manong, sila.
Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Pertanian atas penjelasan dan jawapan kepada soalan dan terima kasih jugalah kepada Exco dan juga Kerajaan Negeri atas pelepasan benih ikan yang terbanyak di Daerah Kuala Kangsar, 1 juta lebih. Terima kasih sekali lagi. Soalan tambahan saya berkaitan dengan satu lagi teknologi pertanian moden yang makin popular sekarang adalah aquaponik iaitu gabungan akuakultur dan juga hidroponik dan sistem ini adalah boleh dilaksanakan d2 kaedah yang secara komersial tapi kos dia tinggi tapi ianya boleh juga dilakukan secara skala kecil atau yang asas yang boleh dilakukan oleh pihak komuniti dan kalau kita lihat dalam silibus tingkatan dua RBT memang dah ada dah kandungan tentang sistem aquaponik. Kesedarannya di situ. Soalan saya, apakah usaha-usaha dan langkah-langkah kerjaan untuk menggalakkan aquaponik skala kecil yang asas ini kepada pihak komuniti? Itu saja soalan saya terima kasih.
Terima kasih YB Manong yang sentiasa perihatin, yang komited dan mengikuti perkembangan semasa berkaitan dengan teknologi-teknologi, sama ada akuakultur dan sebagainya. Timbalan Yang di-Pertua, sistem aquaponik adalah gabungan akuakultur, ternakan (ikan air tawar) dan hidroponik (keadaan pertanian berasaskan air) yang memberi faedah kepada pengusaha kerana tanaman aquaponik adalah cara tanaman tanpa tanah yang menggunakan ikan sebagai ejen pembajaan utama. Akuakultur dan hidroponik telah diperkenalkan kepada komuniti melalui program pertanian bandar yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian pada setiap tahun. Tambahan lagi, tahun ini Kerajaan Persekutuan memfokuskan Projek Komuniti Madani yang dilaksanakan di setiap parlimen dengan pameran set sistem ternakan yang lengkap untuk dijelaskan secara komuniti dan ini akan dilaksanakan secara berterusan, bukan saja di komuniti bandar tetapi termasuk akan dilaksanakan di luar bandar. Terima kasih.
Ada soalan-soalan dari Hutan Melintang.
Sila
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Ini ada sedikit soalan tambahan untuk YB Exco. Apakah rancangan dan cadangan jangka masa pendek dan panjang yang bakal diambil dan sedang dijalankan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penambahan perterjaminan makanan mengenai perikanan di persekitaran di Hutan Melintang satu? Kedua, dengan adanya, mungkin dengan adanya cadangan seperti sanctuary perikanan ikan tawar dan juga udang galah yang agak terkenal di perairan Hutan Melintang dan Teluk Intan maka mungkin penambahan ekor dari segi ekonomi mungkin dapat dipertambahkan. So, saya harap YB Exco dapat memberi sedikit cadangan berkenaan soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih YB Hutan Melintang. Ini satu pandangan dan cadangan yang baik yang kita boleh terima dan saya bagi pihak Kerajaan Negeri akan melihat perkara ini untuk dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang insyaAllah. Terima kasih.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dengan ini maka tamatlah sesi soalan dan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.
Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas Pindaan 2023Bill
Perkara yang keempat, Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas Pindaan 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 telah dibaca kali kedua. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama 15 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini ada dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan. Sila.
Salam Perak Sejahtera 2023, Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, agensi negeri dan persekutuan, rakan-rakan media dan pemerhati sekalian. Terlebih dahulu izinkan saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas dengan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Kita telah meluluskan RUU Perladangan Unggas pada tahun 2005 dan telah dikuatkuasakan pada tahun 2010. Kini telah tibanya masa untuk kita menambahbaikan mengikut kesesuaian keadaan semasa. Justifikasi pindahan Enakmen Perladangan Unggas 2005 adalah yang pertama ke arah sistem reban tertutup sepenuhnya menjelang tahun 2026. Yang kedua, menangangi aduan kacau ganggu lalat dan pencemaran. Yang ketiga adalah kenaan denda lebih tinggi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Seterusnya adalah keperluan kebenaran merancang dan kelulusan tukar syarat tanah. Pelaksanaan sistem reban tertutup sepenuhnya bukanlah satu cadangan yang baru. Ia telah dipanggil sekurang-kurangnya selama 10 tahun.
Sejak tahun 2012, para penternak dikehendaki menggunakan kaedah sistem tertutup. Walau bagaimanapun, sama ada ia dapat menyelesaikan masalah lalat atau tidak, bukan hanya bergantung kepada jenis sistem tertutup atau terbuka tetapi ia juga melibatkan faktor-faktor lain seperti pengurusan kebersihan ladang, penjagaan sisa makanan, tinja dan kawalan persekitaran. Sistem tertutup sepenuhnya boleh mengurangkan peluang pembiakan lalat tetapi kejayaannya juga bergantung kepada penternakan mengambil langkah-langkah kebersihan dan kawalan serangga yang sesuai. Meningkatkan denda yang sepadan dengan kesalahan boleh meningkatkan kesedaran penternak dalam mematuhi peraturan. Jika jumlah denda mencukupi tinggi, para penternak akan lebih cenderung mematuhi peraturan untuk mengelakkan kerugian kewangan dan reputasi yang buruk. Walaubagaimanapun denda itu sendiri ia bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Perlu juga memperkuatkan penegakan undang-undang dan langkah-langkah pengawalan untuk memastikan semua pihak mematuhi undang-undang dan mematuhi peraturan.
Jadi, kita menyelesaikan masalah lalat ini dan memastikan penternak mematuhi peraturan perlulah kita mempertimbangkan pelbagai langkah dan mengambil tindakan yang komprehensif, termasuk memperkuatkan pengurusan kebersihan, menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala, menyediakan latihan dan panduan, memperkuatkan penegakan undang-undang dan berdasarkan hasil penguatkuasaan dalam 10 tahun yang lalu, hanya terdapat 90 kompaun denda yang dikeluarkan. Ia tidak setanding dengan jumlah aduan mengenai masalah lalat yang dihadapi di seluruh negeri. Adakah ini disebabkan oleh kekurangan pegawa ipenguatkuasaan ataupun tiada penguatkuasaan yang sebenarnya? Kami juga memahami bahawa pengusaha-pengusaha dikehendaki memohon kepada jabatan tanah untuk mengubah syarat penggunaan tanah dan memohon KN kebenaran merancang daripada pihak Kerajaan Tempatan.
Namun ketidakselarasan antara jabatan-jabatan ini sering menyebabkan kelewatan, misalnya perubahan syarat penggunaan tanah yang lambat untuk diluluskan tanah itu masih kekal dengan syarat yang asal dan ia akan menyebakan permohonan kebenaran merancang oleh Pihak Kerajaan Tempatan mungkin ia tidak dapat diluluskan dan akhirnya jabatan pihak perkhidmatan Veterinar juga kerana tiada kelulusan daripada semua pihak mereka tidak akan keluarkan lesen penternakan. Jadi adakah kita boleh mempertimbangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas lintas jabatan dalam proses permohonan ini yang khususnya untuk menangani permohonan para pengusaha penternakan ayam. Ini akan membolehkan persetujuan dari setiap jabatan dilakukan serentak sebaik mungkin agar para pengusaha dapat mulakan operasi mereka dalam masa yang tersingkat. Memandangkan industri penternakan ayam adalah salah satu kegiatan pertanian yang paling penting di Negeri Perak, mahu pun di daerah Manjung, ia memberikan pendapatan kepada ekonomi negeri dan menjaga kestabilan bekalan rantaian makanan sebagai peranan kerajaan. Saya ingin mengingatkan bahawa selain kita menetapkan peraturan kepada para pengusaha, kita juga perlu mengwujudkan persekitaran dan syarat-syarat pelaburan yang lebih baik agar industri ini boleh berfungsi dengan lancar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa jumlah denda yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan boleh ditingkatkan dan juga saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat kawasan Rungkup untuk menghukum pengusaha yang melanggar undang-undang berdasarkan skala operasi dan tahap pelanggaran yang dilakukan. Bukannya sahaja menggunakan satu piawaian kepada semua pengusaha yang melakukan kesalahan. Namun, walaubagaimanapun, undang-undang itu baik. Jika tidak ada pasukan penguatkuasaan yang mencukupi untuk melaksanakannya, ia akan menjadi tidak berguna. Isu lalat masih akan berlaku seperti sebelum ini dan sudahlah kita selalu kata ia sudah jadi satu fenomena musim baru. Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mempertimbangkan jumlah bilangan anggota pasukan penguatkuasaan yang sama ada mencukupi untuk mengendalikan 507 buah ladang ayam yang sedia ada di Negeri Perak dan pada masa yang akan datang ia akan menambah lagi. Selain meningkatkan jumlah denda, terdapat aspek lain dalam pindaan kali ini. Seperti Seksyen 9 (1) lesen jika tidak dibatalkan terlebih awal adalah sah untuk tempoh tidak melebihi 36 bulan sebagaimana ditetapkan oleh pengarah.
Saya menyambut baik dengan pindaan ini kerana daripada 12 bulan hingga 36 bulan ia membolehkan pihak penternak mendapatkan pembiayaan dari institusi kewangan ini. Ia akan bagi satu bantuan kepada pengusaha penternakan ayam tapi pada masa yang sama, saya perhatikan bahawa pindaan ini juga mengubah peraturan berkaitan dengan zon penampan. Kita tengok balik seksyen 6(2)(a) yang nombor 3 dalam Enakmen 2005 itu, lokasi tempat yang menunjukkan jarak mengikut garisan lurus mana-mana rumah kediaman, sekolah, klinik atau tempat ibadat yang sedia ada semasa permohonan dibuat yang berada dalam lingkungan 200 meter minimum dari mana-mana bangunan atau struktur yang akan digunakan bagi penternakan unggas di ladang unggas yang dicadangkan itu. Boleh faham apa maksud ini? Ini merupakan tempat saya, Pantai Remis ini adalah ladang ayam saya. Di sebelah sana, Manong adalah sekolah. Jadi di antara Pantai Remis dengan Manong sini, tempat di antara kita adalah kawasan zon penampan. Yang sedia ada dalam enakmen ini adalah dia telah nyatakan lebih kurang 200 meter sebagai bubble zone. Dengan izin Zon Penampan tetapi dalam pindaan ia akan digantikan dengan sub perenggan seperti ini zon penampan mengikut jarak yang ditetapkan dari mana-mana bangunan atau struktur yang akan digunakan bagi perladangan unggas di ladang unggas yang dicadangkan itu hingga ke sempadan tanah sendiri. Apa perbezaannya? Jadi yang pindaan baru ini, dia akan zon penampan ini akan dikira dalam tanah saya sendiri.
Yang Berhormat Exco jadi ia akan menimbulkan satu soalan, siapa akan mempunyai tanah yang seluas macam ini untuk menjalankan aktiviti untuk menternak ayam? Sekarang saya dengan Manong, di sini zon penampan mungkin dia dikira oleh tanah swasta orang lain. Adalah yang kata ini tidak adil kepada mereka kerana tapak tanah mereka digunakan sebagai zon penampan akan menyebabkan mereka tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti pembangunan pada masa yang akan dating? Saya setuju juga tetapi kalau kita pindahkan dengan cadangan ini, ia akan menyebabkan pada masa yang akan datang, pengusaha-pengusaha yang tidak mempunyai tanah yang seluas sebegini, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti untuk menternak ayam. Kita perlu meneliti dengan ini.
Sebagai contoh, saya pergi ke ladang ayam di kawasan saya. Saya mempunyai 3 ekar tanah yang sedang menjalankan sedang menternak ayam di kawasan saya.
Dalam 3 ekar tanah itu, dia berbentuk panjang dan lebarnya hanya 67 meter. Jika dengan cadangan jarak menambah zon penampan ini akan dikira dalam tanah pengusaha sendiri, maka saya rasa pada sekarang semua pengusaha yang sedia ada kebanyakan mereka tidak akan memenuhi syarat ini. Walaupun kita kata pada pengusaha yang sedia ada, mereka tidak perlu memenuhi dengan syarat ini tetapi kepada pengusaha baru. Jadi, di sini kita tidak tetapkan berapa jaraknya harus mereka memenuhi dan juga ada persoalan di antara Jabatan Pihak Berkuasa Tempatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, adakah jarak yang akan ditetapkan itu ada sama? Contohnya kalau Veterinar kata 100 meter sudah cukup, PBT kata tak cukup, kena 200 meter. Jadi pengusaha ikut siapa? Itulah ada persoalan di antara di sini dan bagi tadi yang saya bagi contoh, 3 ekar tanah itu yang sekarang tengah berusaha, beroperasi, dia dalam tanah itu ada 2 buah reban ayam dan mereka boleh menternak ayam sebanyak 70,000 ekor. Jadi kalau kita melaksanakan dengan zon penampan dengan pindaan yang baru ini, kita pun juga harus mempertimbangkan sama ada rantaian bekalan ayam ini akan terjejas.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk kita sama-sama kita menyelesaikan isu lalat ini kami juga berharap agar Kementerian Pertanian dapat sejajar dan bekerjasama dalam pengawasan akan mengeluarkan peraturan yang mewajibkan tinja ayam untuk dirawat dengan standard yang dinyatakan sebelum boleh digunakan sebagai baja oleh petani. Tinja ayam memang dia dihasilkan sebagai sumber baja semula jadi yang dapat digunakan di ladang pertanian yang berdekatan. Namun sebelum meninggalkan dari ladang ayam, ia harus dirawat dan saya harap pihak Kementerian Pertanian juga memainkan peranan yang penting supaya baja-baja mentah tinja ayam ini tidak diguna or terus di ladang-ladang kelapa sawit ataupun mana-mana kebun kerana sekarang kita nampaknya baja- baja ini hanya dibuang sahaja di tapak mereka dan ia akan menjadikan satu punca perkembang biakan lalat untuk di kawasan yang masing-masing.
Boleh minta celah sedikit sebentar. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pantai Remis. Setahu saya, disebabkan rumah saya berdekatan dengan ladang limau bali, jadi mereka menggunakan kaedah penggunaan baja tinja ataupun najislah. Mereka letakkan baja tersebut tidak terus ke dalam bawah permukaan tanah tetapi meletakkan di atas permukaan tanah. Jadi menyebabkan berbau busuk dan juga akan lalat akan menarik kehadiran lalat ini. Ini jadi saya memang setuju atas cadangan Yang Berhormat tadi agar kadar cara untuk peladang ini boleh kita tukar bentuk kalau kita merujuk kepada negara di Taiwan, mereka pun jarang menggunakan pendekatan sebegini. Mereka guna secara organik yang lain. Jadi memang saya sokong. Jadi kalau boleh Yang Berhormat bagikan lebih baik cadangan yang lebih meluas, kita memang mengalu-alukan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bercham. Yalah ini terpulang kami berharap pihak Kementerian Pertanian boleh sama-sama memainkan peranan yang penting dan juga pengusaha ladang-ladang yang juga memainkan peranan yang sangat penting untuk kerjasama kita sama-sama menyelesaikan isu lalat yang telah ganggu kita selama 10 tahun ini. Jadi bagi pihak penternak ayam, mereka perlu memenuhi pelbagai aspek dan syarat dan kos seperti merawat tinja, menggunakan banyak ubat untuk hapuskan lalat dewasa, lalat darat dan juga mereka perlu menukarkan sistem tertutup yang telah menyebabkan mereka berbelanjaan dengan kos yang tinggi.
Jadi, pada Kerajaan Negeri sebelum ini, pada tahun 2008, pernah mengemukakan satu cadangan kepada pengusaha adalah bersetuju mereka menaikkan harga 10 sen sekilo sebagai subsidi untuk menggalakkan semua pengusaha menggunakan ubat merawat tinja dan hapuskan larva. Saya tidak pasti sama ada cadangan ini masih bermakna dan pihak kerajaan boleh mengkaji semula dan menganjurkan sesi libat urus dengan pihak pengusaha. Timbalan Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya berharap isu lalat ini dapat diselesaikan melalui RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini dan kerjasama rapat antara pelbagai jabatan dan pihak pengusaha ia akan mengakhiri kesulitan yang dialami oleh rakyat selama lebih daripada 10 tahun dan semoga semua orang dapat menikmati kehidupan yang selesa. Terima kasih. Pantai Remis mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kawasan Pandai Remis. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Wa salatu wassalamu 'ala ashrafil anbiya'i wal mursalin. Wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in. Yang berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat di blok pembangkang dan yang berusaha ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi, seterusnya pengamal-pengamal media yang turut sama dalam sesi hari ini dan tidak saya lupakan sidang hadirin rakyat yang mengikuti khususnya rakyat di Dun Pengkalan Hulu. Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan, Pengkalan Hulu ucapkan kerana memberi peluang untuk Pengkalan Hulu turut serta dalam perbahasan untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang telah dibentangkan semalam.
Dengan penuh tanggungjawab, saya Ahli Dewan Negeri Perak bagi kawasan Pengkalan Hulu akan membahaskan rang undang-undang ini dengan sehabis baik demi untuk kebaikan bersama. Saya berdiri di sini dengan satu tujuan, dengan satu niat, dengan satu matlamat iaitu ingin membawa suara masyarakat untuk diperjuangkan bersama-sama tidak kira sama ada di blok kerajaan atau pun di blok pembangkang. Jadi, berbalik kepada rang undang-undang yang telah dibentangkan saya tertarik untuk membahaskan beberapa perkara yang perlu dipandang dengan 2 mata dan didengari dengan 2 telinga.
Timbalan Yang di-Pertua, sebagai khalifah Allah SWT, manusia telah diberikan amanah untuk mentadbir dan mengurus alam ini. Manusia berperanan dalam menentukan kedudukan penciptaan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sama ada dijaga dan dipelihara, dimakmur, dilestari atau dirosakkan mereka. Allah berfirman, "Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta mengkehendaki kamu memakmurkannya." Surah Alhud, ayat 61. Pengertiannya memakmurkan dalam ayat ini pada pandangan para musafir adalah membawa maksud bahawa Allah s.w.t menjadikan umat manusia makhluk yang bertanggungjawab untuk menyejahterakan muka bumi ini dengan pelbagai usaha pembangunan dan kemajuan. Kita semua diberi keizinan bahkan diperintahkan untuk memelihara dan memulihara kelestariannya dengan mengambil manfaat daripada kesuburan sumber kelestariannya dan sumber semula jadinya menerusi aktiviti pertanian, pembuatan dan perlombongan serta menambah baik kekurangan yang ada di suatu tempat supaya menjadi lebih produktif menerusi manipulasi sumber dari tempat lain atau uji kaji yang dilakukan dengan kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Seterusnya membina binaan-binaan bagi memenuhi keperluan semua aspek kehidupan kepada aktiviti. Industri ternakan unggas, terutamanya ayam pedaging merupakan sebahagian daripada sektor terpenting dalam cabang agro makanan untuk menjamin kelansungan dan kelestarian sumber bekalan makanan dalam pasaran negeri mahu pun negara. Industri ini merujuk kepada aktiviti ekonomi yang melibatkan penghasilan barang atau pun perkhidmatan. Sektor pertanian dan penternakan boleh dikategorikan sebagai first tier industry iaitu industri pengumpulan bahan mentah secara besar-besaran bagi tujuan bekalan makanan melibatkan pelbagai peringkat rantaian dari ladang sehingga ke meja hidangan. Justeru, industri ini perlu berkembang dengan lebih terancang dan lestari mampan ke arah peningkatan penjanaan pendapatan negeri. Peluang-peluang pekerjaan yang paling utama, jaminan bekalan makanan.
Perkembangan industri ternakan secara komersial melalui peralihan kaedah ternakan daripada sistem terbuka kepada sistem tertutup yang lebih moden dan bersih sekaligus akan meningkatkan produktivisi hasil ternakan ini. Selain persekitaran ladang yang lebih kondusif dan harmoni, dengan persekitaran tambah isu pencemaran yang signifikan terutamanya pencemaran bau dan kacau ganggu lalat. Peningkatan produktiviti ladang seharusnya berkadar langsung dengan penawaran bekalan daging ayam dalam pasaran dan berupaya memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Situasi ini akan menyebabkan harga daging ayam sentiasa stabil dan rasional dalam pasaran sekaligus memberi lebih nilai dalam perbelanjaan pengguna akhir. Justeru, kearah memperkasa industri ternakan agar ia kekal menyumbang penawaran dalam pasaran terutamanya di negeri Perak. Wujud keperluan untuk mengimbangi antara tuntutan jaminan bekalan makanan dan kehendak kawalan perancangan bagi maksud pembangunan yang lebih harmoni dan lestari.
Timbalan Yang di-Pertua, industri unggas di negeri ini mempunyai rantaian lengkap dari ladang hingga ke meja makan. Semasa proses rantaian makanan berjalan, keselamatan makanan merupakan aspek paling penting dalam memastikan bekalan makanan yang bermula dari ladang bebas daripada segala penyakit dan bahan kimia terlarang agar produk akhir ini yang terhasil adalah selamat untuk diedarkan kepada pengguna. Jika dilihat kepada Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Perak yang telah dilancarkan pada tahun lalu, Kerajaan Negeri Perak beritizam untuk mempolopori sektor sekuriti makanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import. Ini berdasarkan kelebihan dan potensi untuk menggembleng sumber sedia ada bagi memajukan sektor pertanian dan perladangan unggas ke arah sekuriti makanan. Kalau saya di Pengkalan Hulu, saya berdekatan dengan Thailand. Mungkin saya boleh pergi Thailand untuk cari makanan. Tapi tuan-tuan yang jauh, mungkin tuan-tuan kena ada alternatif lain. Ada mencelah. Kejap. Usaha-usaha ini untuk usaha-usaha ini perlu difokuskan kepada memperbanyakkan sumber dalam-dalaman dan mempelbagaikan sumber import, meningkatkan penglibatan swasta dan masyarakat dalam sistem rantaian makanan, memastikan keberadaan makanan yang selamat dengan harga berpatutan dan harga pemakanan sihat dan memastikan kesiap-siagaan negeri dalam mengukuhkan jaminan sekuriti makanan terutamanya di negeri Perak ini. Maka, pindaan terhadap rang undang-undang ini dalam memastikan perladangan unggas yang lebih harmoni dan lestari sedikit sebanyak mampu memastikan keterjaminan makanan yang mencukupi sehinggalah kita boleh makan tengah hari ini di meja kafe nanti. Jadi itulah usahanya.
Timbalan Yang di-Pertua, pengurusan ladang unggas yang tidak mengamalkan amalan perladangan yang baik terutamanya dari segi kebersihan boleh menjadi punca utama pengeluaran penyakit zonatik kepada manusia. Penyakit zonatik ini penyakit yang berjangkit, bahaya. Kalau kena kat kita boleh kena juga dekat orang sebelah walau pun orang sebelah tak makan. Jadi bahaya seperti SARS dan lain-lain lagi lah. Jadi di Perak ini masih ada ladang unggas yang tidak mematuhi amalan perladangan yang baik atau pun Good Animal Husbandry Practice yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdasarkan pada senarai keseluruhan ladang ternakan MyGAP bertarikh pada 7 Februari 2023 hanya ada 13 buah ladang unggas di negeri Perak yang telah menukarkan sistem ladang terbuka kepada ladang tertutup dan memperolehi Sijil Malaysian Goods Agricultural Practices atau pun MyGAP daripada beratus-ratus ladang unggas yang dibangkitkan oleh Pantai Remis tadi, hanya ada 13 yang berdaftar yang dapat pensijilan MyGAP.
Jadi hakikatnya sehingga hari ini masih banyak ladang ternakan di negeri Perak belum menukarkan sistem ladang terbuka kepada sistem tertutup pelepasan sifar dan zon pemampan. Dengan adanya pindaan peruntukan Seksyen 8 iaitu dengan denda maksimum daripada RM10,000 kepada maksimum RM50,000, pemilik ladang ayam di Perak janganlah bersifat tunggu dan lihat untuk menukar ladang terbuka masing-masing kepada ladang moden atau pun ladang tertutup supaya tidak timbul isu kesulitan atau pun kacau ganggu lalat seperti mana yang kita dengar perbahasan sebelum-sebelum ini daripada Pasir Panjang, daripada Astaka sampaikan di Alor Pongsu lalat menjadi ketayap kan. Jadi pemilik-pemilik ladang ini haruslah bertindak proaktif progresif untuk menambah baik sistem ladang daripada ladang tertutup kepada sistem moden iaitu ladang..
Pengkalan Hulu celah sikit. Sebab dah sebut nama tu kena bangun. Gerak dari tidur. Bila Pengkalan Hulu sebut makanan enak di kafe tu rasa sayu di hati saya. Terbayang rakyat saya makan bertemankan lalat. Ok. Tadi saya dengar bahas perbahasan Pantai Remis dan kemudian diikuti oleh Pengkalan Hulu, saya rasa pihak kerajaan setuju tak dengan saya Pengkalan Hulu ya pihak kerajaan, agensi dan pihak swasta perlu buat satu kajian. Sebab dalam sesi minum kopi semalam petang, ada brainstorm sikit kat kafe tu. Tentu ada pihak yang boleh buat inovasi atau kajian supaya najis atau pun tinja ayam tu dapat dijadikan sesuatu yang berguna. Macam Bercham cakap tadi lah jadi baja.
Saya terkenang satu lawatan ke Jepun oleh pihak pelaksana koridor utara, mungkin boleh refer dengan dia orang. Kebetulan masa itu bos saya ikut, saya ada pergi, bos lama dulu la. Di mana mereka melawat kilang di Jepun, kilang yang proses najis manusia, najis binatang dan convert jadi gas, jadi baja. Saya rasa yang itu pun dapat bantu juga penternak, dapat kurangkan. Saya rasa kalau jadi macam itu, ayam belum nak buang lagi, pihak ini dah datang ambil. Kita tengok, antara penyebab utama Pengkalan Hulu ya, penyebab utama dia tinja itu najis itu. Jadi kalau ada pihak dapat buat inovatif, mungkin Pengkalan Hulu setuju dengan statement saya. Terima kasih.
Pengkalan Hulu, tambah sikit boleh? Astaka. Ini masalah yang kami concern sangat. Saya setuju dengan Alor Pongsu dan setuju dengan Pengkalan Hulu kalau Jabatan Veterinar kita boleh juga menjalankan R&D, mengambil contoh kepada negara-negara yang lebih canggih. Contohnya tinja tu ada belt punya sistem ke, macam mana untuk selesaikan masalah tinja, tahi ayam yang menarik lalat. Setuju tak Pengkalan Hulu? Terima kasih.
Pengkalan Hulu, 2 minit lagi.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Jadi, respon kepada Alor Pongsu tadi, memang kerajaan patut mengkaji lah bagaimana untuk menguruskan tinja ataupun tahi ayam ini lah. Yang mana memang ada terdapat kandungan nitrogen dan phosphorene dan kalsium dalam tinja ayam ni dan saya juga bersetuju dengan Tronoh, kali ini saya bersetuju lah. Eh, minta maaf dengan Astaka, memang kerajaan perlu mengambil inisiatif dan tindakan proaktif bagi menguruskan tinja ayam ini. Jadi saya habiskan saya punya, teks saya.
Timbalan Yang di-Pertua, di samping hujah-hujah menyokong pindaan Rang Undang-Undang Unggas 2023 ini, saya juga ingin berkongsi pandangan dan idea yang untuk dilihat dan diambil oleh pihak kerajaan, iaitu bagaimana kerajaan boleh membantu peladang dan penternak yang baru bertatih dalam bidang ini walaupun RUU ini akan dikuatkuasakan di masa akan datang, tetapi perlu diingat juga keupayaan pemain-pemain baharu yang akan datang. Pemain-pemain baharu yang akan datang dalam bidang ini untuk menukar mode perladangan terbuka kepada tertutup kerana ianya memakan kos yang banyak untuk memastikan infrastruktur perladangan menepati kriteria terkini yang ditetapkan dalam pindaan. Saya berpandangan, kerajaan perlu mencari alternatif sampingan bagi membantu pentenak-penternak khususnya golongan yang menyimpan hasrat untuk menceburi bidang ini. Saya bimbang apabila dikuatkuasakan rang undang-undang ini nanti, hasrat mereka terbantut begitu sahaja dek kerana risau tidak mampu menyediakan infrastruktur reban yang tertutup dan menepati kriteria-kriteria yang lain.
Saya mencadangkan Kerajaan Negeri Perak melalui jabatan... Saya nak gulung Yang Berhormat... Saya mencadangkan Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi-agensi yang berkaitan agar memperkasakan penyediaan latihan dan bimbingan, penambahbaikan fasiliti dan khidmat sokongan lapangan serta meningkatkan geran dan bantuan pembiayaan kepada peladang dan penternak muda khususnya bagi golongan belia, bagi membantu golongan ini meningkatkan produktiviti penternakan mereka. Hasil dan impak inisiatif ini disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima dan perladangan khususnya dalam menyediakan infrastruktur yang mengikuti spesifikasi di samping kos operasi perladangan unggas yang dijalankan.
Selain itu, sebuah lembaga khas pengelola perladangan unggas di peringkat negeri perlu diwujudkan. Tujuan lembaga ini diwujudkan untuk memastikan ekosistem industri ternakan negeri berfungsi dengan lebih jelas dan berkesan. Antara mekanisme yang perlu diperhalusi untuk membantu industri ternakan unggas ini adalah dengan adanya lembaga khas selain melantik syarikat milik kerajaan untuk terlibat secara menyeluruh dalam menghasilkan benih anak ayam, secara contohnya beserta dedak makanan ayam. Seperti yang semua sudah maklum, industri ini dipelopori oleh kebanyakan golongan bukan bumiputera khususnya di negeri Perak. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka ini kerana berani mengambil peluang dan ruang menceburi bidang ini bagi memastikan jaminan bekalan makanan mencukupi. Cumanya di sini saya sedikit terkilan mengapa golongan bumiputera tidak merebut peluang keemasan yang ada bagi sama-sama menjadi pemain utama dalam industri perladangan unggas ini.
Akhir sekali, saya juga menaruh harapan yang tinggi kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk menggembleng tenaga dan mengerah minda bagi melahirkan usahawan-usahawan, penternak-penternak ataupun peladang-peladang Bumiputera terutamanya golongan muda dan beliau agar berani ke depan untuk menceburi bidang ini agar jaminan bekalan makanan yang dibimbangkan dapat diatasi dengan adanya penyertaan dan penglibatan mereka ini. Timbalan Yang di-Pertua, maka saya menyokong rang undang-undang ini berbekalkan pendapat dan idea yang telah saya lontarkan. Sebelum melabuhkan tirai ucapan perbahasan ini, izinkan saya merakamkan pantun.
Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai tersasul patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta.
Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pengkalan Hulu menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. Sila.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang sebenar yang selayaknya disembah oleh seluruh makhluk. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW yang menjadi utusan Tuhan, menjadi Nabi yang terakhir membawa rahmat kepada manusia dan seluruh alam. Yang Berhormat Timbalan Speaker yang bijak melaksanakan tugas, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar yang menjadi nakhoda bagi Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang tegas dan setia dalam melaksanakan tugas imbang dan semak. Yang Berhormat Exco-Exco Kerajaan Negeri dan rakan-rakan, Ahli Dewan Negeri yang menunaikan amanah sebagai juru bicara rakyat, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri yang melaksanakan amanah dengan penuh wibawa dan seluruh warga Negeri Perak yang mendengar perbahasan terutamanya penduduk di Dun Trong yang saya sayangi sekalian. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana diizinkan untuk saya bangun lagi menyampaikan perkongsian perbahasan pada kali ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker yang memberikan laluan kepada saya untuk melibatkan diri dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas 2023.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Lintang, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan kerana telah membentangkan RUU Perladangan Unggas pada kali ini. Syabas saya ucapkan kepada mantan Exco, Yang Berhormat Semanggol yang juga telah berusaha jalan rintis ke arah penggubalan pindaan RUU pada kali ini. Sebelum saya meneruskan perbahasan, dalam video ini tak naik muka saya , kenapa? Sebelum saya meneruskan perbahasan, ingin saya menegur pihak kerajaan yang mana telah mengadakan sesi libat urus yang diadak an bersama dengan pengusaha-pengusaha, persatuan-persatuan yang terlibat. Cuma saya ingin menegur iaitu apabila sesi libat urus melibatkan Ahli Dewan Negeri diadakan 3 hari sebelum persidangan. Iaitu sesi libat urus diadakan untuk RUU Hotel pada hari Khamis minggu lepas dan dibentang pada hari Isnin. Manakala sesi libat urus berkaitan dengan RUU Perladangan Unggas, diadakan pada hari Jumaat dan dibentangkan semalam. Sewaktu sesi libat urus berlaku, kertas RUU ini sudah dicetak dan diedarkan terlebih awal. Alangkah baiknya, sekiranya sesi libat urus ini dilakukan sebelum tercetak RUU ini yang melibatkan semua Ahli Dewan Negeri supaya rang undang-undang yang akan dibentangkan ini dapat dimurnikan, diperhalusi, mendapat teguran tambah baik daripada semua Ahli Dewan Negeri. Puan Timbalan Speaker..
Trong. Puan Timbalan Speaker, saya rasa kena betulkan jugak la ni. Kesian Trong. Rakyat di kawasan Trong tak nampak sebab orang cantik, orang kampong nak dengar hujah YB mereka. Kena ada di rakaman.
Terima kasih. Ha baru Nampak. Puan Timbalan Yang Dipertua, Trong menyokong penuh pindaan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas 2023. Ini demi menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Perak dan kelestarian alam sekitar disamping memastikan keterjaminan makanan rakyat di Negeri Perak khasnya dan amnya di seluruh negara. Industri penternakan unggas ini sangat penting dalam Negeri Perak. Penternakan ini membawa banyak kebaikan kepada rakyat dengan menyediakan bekalan makanan yang cukup bagi rakyat khususnya iaitu ayam, itik, puyuh dan juga telur ayam dan telur itik. Di dalam Al Qur'an, Allah SWT berfirman menyatakan tentang unggas (Bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud “Dan Kami memberikan pengertian kepada Nabi Sulaiman tentang hukum yang lebih tepat dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu dan Kami tundukkan gunung-gunung dan unggas-unggas supaya bertasbih kepada Nabi Daud dan Kamilah yang melakukannya”. Surah Al Ambiya ayat 79.
Walaupun kegiatan penternakan unggas sangat penting demi menjamin keterjaminan makanan di dalam negeri dan negara kita, namun terdapat beberapa kelemahan dan kesalahan dalam urus tadbir industri ini yang mesti diperbetulkan dengan segera yang sudah terkandung di dalam RUU yang dibentangkan pada hari semalam. Antara yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Exco ialah standard amalan perladangan unggas pada Bahagian 11A yang begitu baik dan saya sokong. Kenapa? Iaitu kerana pertamanya adanya kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan ladang secara terbuka yang telah dibahaskan oleh rakan-rakan saya dalam Dewan yang mulia ini yang menyebabkan kegagalan pengurusan sisa tinja yang mendatangkan kesan kacau ganggu lalat kepada penduduk sekitar kawasan perladangan ini. Setiap kali pengeluaran hasil jualan ayam dan itik, maka berlakulah kacau ganggu lalat bukan sahaja kepada rumah-rumah kediaman bahkan melibatkan juga restoran, melibatkan kedai-kedai, melibatkan rumah ibadat terganggu dan juga melibatkan majlis-majlis kenduri kahwin yang diserbu oleh lalat-lalat yang keluar daripada ladang ini. Apabila terlalu banyak lalat yang mengganggu penduduk sehingga sedihnya di Dun Trong ini saya buat lawatan di Kampung Sungai Limau ada yang terpaksa makan nasi dalam kelambu sebab tak boleh nak makan di luar, terlalu banyak lalat yang menghurung makanan sehingga terpaksa mereka bersembunyi di sebalik kelambu yang sepatutnya kelambu ni untuk tidur je tapi rakyat terpaksa makan dan minum di dalam kelambu. Perniagaan restoran, kedai makan, kedai goreng pisang, kedai apa cendol juga terjejas akibat daripada kewujudan lalat-lalat yang banyak ini.
Puan Timbalan Speaker, lalat ini adalah suatu makhluk yang dicipta oleh Allah Taala yang menjadi ejen membawa penyakit. Maka, Nabi SAW menyuruh agar dineutralkan racun yang ada pada lalat iaitu sekiranya terjatuh di dalam air, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, (Bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud, “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya lalat itu. Kemudian buanglah lalat itu. Ini kerana salah satu daripada sayapnya adalah penawar, dan sebelah lagi adalah penyakit.” Namun, lalat yang hadir ke pinggan, ke cawan bukan sekor dua nak direndam. Apabila lalat yang hadir ini beratus-ratus ekor, maka sudah tentulah membawa musibah dan bencana. Lalat merupakan serangga yang menjadi punca utama masalah kesihatan manusia. Walaupun di sebelah sayap kanan dan kirinya ada bakteria yang baik dan ada bakteria yang jahat tetapi kesimpulannya, kewujudan lalat yang banyak mengganggu penduduk, dia membawa musibah kepada kesihatan rakyat.
Sidang Dewan Undangan Negeri yang saya muliakan. Kemudian, saya juga menyokong pindaan dalam Seksyen yang ke-15, Subseksyen 1, yang menyebutkan tentang memotong perkataan ke dalam sungai dan anak sungai. Yang mana masalah yang berlaku ialah najis unggas. Ada sebahagian pengusaha-pengusaha yang mana mereka juga adalah pemilik ladang sawit. Maknanya ladang ternakan itu di dalam ladang sawit. Ada pengusaha yang menyewa sebahagian daripada ladang sawit. Dia bukan pemilik ladang sawit. Tapi ada pemilik ladang unggas, dia juga pemilik ladang sawit. Yang mana, pemilik ladang sawit ini dan juga pemilik ternakan unggas ini, dia menggunakan sisa tinja untuk dijadikan baja tanpa diproses terlebih dahulu. Yang menyebabkan berlakunya yang pertama pencemaran bau. Saya pernah melalui proses ini iaitu apabila dilaporkan oleh penduduk kita tengok memang betul najis-najis unggas ini diletakkan di sepanjang pokok sawit. Bila kita buat adu laporan kepada jabatan, penguatkuasa datang, semua sisa itu telah dikambus awal lagi mereka dapat tahu awal lagi sebelum nak dikenakan tindakan dan juga yang menjadi masalah juga adalah pencemaran bau dan pencemaran air. Bila hujan turun, rumah penduduk tak jauh, rumah penduduk jauh daripada reban tapi rumah penduduk dekat dengan ladang sawit. Jadi, bila hujan, air akan mengalir ke kawasan perumahan penduduk kampung. Ini yang perlu diambil perhatian dalam penguatkuasaan Rang Undang-Undang ini.
Yang ketiga ialah masalah pencemaran air. Akibat daripada kegagalan pengusaha mematuhi standard sistem penapisan kolam kumbahan, air dari ladang ternakan yang tidak ditapis dengan betul, tidak dirawat dengan betul menyebabkan parit, sungai, laut tercemar menggugat kelestarian alam, bahkan mengganggu periuk nasi nelayan, khususnya nelayan di Dun Trong. Yang mana di Dun Trong ni di persisiran pantai hutan paya bakau daripada penduduk Sungai Limau, Kuala Trong, Permatang Raja, Nibong Baru, Sungai Kerang, Kampung Kelubung, Matang Laut, hinggalah Bagan Pancur, mereka ni nelayan. Apabila sisa-sisa buangan yang tidak dirawat dengan baik tadi menyebabkan pendapatan mereka melalui nelayan iaitu mereka mencari, menangkap ikan, sotong, ketam, siput, belitung, udang dan lokan ini terjejas akibat daripada pencemaran yang berlaku daripada peladangan unggas ini.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, kini di Dun Trong ada 14 buah ladang ternakan. Yang berdaftar iaitu 5 ladang ayam pedaging, 3 ladang itik pedaging, 2 ladang ayam telur dan 4 ladang itik telur. Kesemua ladang ini boleh beroperasi demi untuk menjamin makanan bagi rakyat Negara kita tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Sepanjang tahun ini saya tak dengar lagi laporan dan juga penguatkuasaan berlaku di 14 buah ladang ini. Mungkin penduduk-penduduk sudah muak untuk membuat laporan ataupun mungkin masalah sudah selesai. Ada pelbagai kemungkinan. Maka kita amat berharap dengan penggubalan RUU Perladangan Unggas 2023 ini, pindaan-pindaan ini membawa kebaikan dan ditambahkan lagi dengan penguatkuasaan oleh Jabatan yang berkaitan, oleh agensi kerajaan yang berkaitan supaya pengusaha-pengusaha ini tidak hanya mementingkan bisnes mereka sendiri bahkan mereka mesti mengambil tahu tentang bisnes rakyat penduduk di sekitar tempat mereka berusaha.
Saya sendiri pernah melawat ladang ayam dan itik di sekitar Dun Trong iaitu di Kampung Toh Johan, Kampung Sungai Limau dan juga di Padang Gajah pada tahun 2021 bersama dengan mantan Adun Trong dan juga bersama dengan mantan Exco dan juga bersama pemimpin-pemimpin masyarakat serta Jabatan Veterinar. Kita melihat sendiri pelanggaran undang-undang yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha ini. Walaupun sebahagiannya berjaya ditutup lebih awal sebab dah tahu Exco nak turun tapi ada yang tak sempat untuk ditutup. Masalahnya ialah sikap mereka pengusaha-pengusaha, sebahagian pengusaha bukan semua, yang mana mereka tidak bimbang dan risau kerana kompaun tidak banyak. Kalau sekiranya kompaun cuma RM2,000 sedangkan pendapatan mereka lebih lumayan, mereka rela dikompaun daripada mereka mematuhi undang-undang dan standard pengurusan yang sebenar. Oleh yang demikian, dengan ini...
Mohon celah. Tronoh.
Tronoh. Ok, sila.
Saya cuma ada satu soalan. Sekiranya ok, pengusaha itu telah dikenakan kompaun pada masa yang akan datang, sekiranya pengusaha itu berjumpa dengan Yang Berhormat untuk memohon rayuan untuk pemberian diskaun kepada kompaun tersebut, adakah Yang Berhormat akan bersetuju dengan pemberian diskaun yang sewajarnya diminta oleh pengusaha?
Ok, terima kasih atas soalan. Kita akan melihat kesalahan yang mereka buat dan nilai kompaun yang berpatutan atau tidak berpatutan. Ini sama dengan semangat yang dibahaskan oleh Rungkup, melihat kepada nilai dan juga dia punya pendapatan yang ada pada pengusaha tersebut. Oleh itu......
Cop, cuma nak tambah sedikit kerana saya telah mendengar perbahasan-perbahasan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat tetapi kebanyakannya pun meminta untuk menaikkan kompaun. Ok, sekiranya kita nak menaikkan kompaun itu tetapi di belakang itu pula Yang Berhormat nak minta diskaun untuk pengusaha. Jadi dia macam tak sehala dah ok, dasar itu. Jadi apa pandangan Yang Berhormat?
O, terima kasih. Sebab tu saya sebut kita menyokong kompaun maksimum.
Kurang seminit lagi.
Bila ada kompaun maksimum di sana, penguatkuasa akan mengenakan kompaun berdasarkan penilaian mereka. Maka kita sebagai Yang Berhormat juga ada penilaian kita untuk melihat tahap kompaun berpatutan atau tidak. Maka di sana kita tidak menjadi masalah untuk menyokong rang undang-undang ini termasuk kenaikan nilai kompaun yang termasuk di dalam RUU Perladangan Unggas 2023 yang dibentangkan ini dan kita amat berharap supaya penguatkuasaan juga selari dengan pindaan Undang-Undang yang kita sama-sama setujui pada hari ini InsyaAllah. Jadi, akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan Tuhan merahmati kita bersama. Wallahu'alam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Trong. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, petugas-petugas, pengamal-pengamal media serta para pemerhati yang dirahmati Allah SWT sekalian dan hari ini juga saya menerima rombongan daripada kawasan saya, sahabat-sahabat saya dari Dun Behrang dan juga daripada Parlimen Tanjong Malim yang hadir sama- sama sebagai pemerhati di atas sana. Selamat datang dan terima kasih kerana datang menyokong saya. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bermain-Main Si Anak Ikan, Si Anak Ayam Di Dalam Bahtera, RUU Pindaan Jamin Kebaikan, Rakyat Selesa Negeri Sejahtera.
Industri unggas di Negara ini, keselamatan makanan merupakan aspek paling penting dalam memastikan bekalan makanan yang bermula dari ladang bebas dari segala penyakit dan bahan kimia terlarang agar produk akhir yang terhasil adalah selamat untuk diedarkan kepada pengguna. Pengurusan perladangan unggas yang tidak mengamalkan amalan perladangan yang baik terutamanya dari segi kebersihan sudah pasti menjadi punca utama penularan penyakit. Sejak perbahasan semalam, Behrang yakin Ahli-ahli Dewan mengakui bahawa kesemua pemain industri perladangan unggas seharusnya menambah baik sistem penternakan atau perladangan agar selaras dengan kemajuan dan pembangunan di negeri ini. Kelompongan dalam aspek-aspek biosekuriti ladang serta keperluan asas penternakan tidak diamalkan oleh kebanyakan pengusaha memandangkan kewujudan ladang-ladang lama yang diusahakan sejak tahun 1960-an lagi dan masih mengekalkan struktur perladangan yang tidak menepati keperluan semasa.
Sejak tahun 2015 sehingga 2022, 92% aduan yang direkodkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak adalah tentang bau dan lalat. Isu pencemaran bau dan sungai yang tercemar berpunca daripada ladang ternakan ayam dan kilang memproses baja tinja haiwan seringkali menghantui kehidupan rakyat yang tinggal dalam kawasan yang berhampiran. Kita juga dapat melihat trend pengusaha dan penternak ladang itik dan ayam ini lebih rela membayar kompaun dan denda seperti yang dikatakan oleh Trong tadi berbanding menyediakan alatan khusus untuk pengurusan tinja mengikut prosedur. Dalam daerah Mualim, terdapat sebuah ladang penternakan ayam yang dijalankan secara terbuka dan terdapat juga sebuah ladang penternakan ayam yang dijalankan secara tidak sah namun masih beroperasi.
Pengusaha ini lebih rela membazirkan wang membawa kes ke mahkamah berbanding menggunakan wang dalam mengoptimumkan pengoperasian dalam aspek menjamin kesejahteraan rakyat yang tinggal dalam kawasan berhampiran. Tambah menyedihkan, tiada tindakan yang boleh diambil kepada pengusaha ini oleh pihak berkuasa namun mereka selesa meneruskan pengoperasian yang mengganggu kehidupan rakyat. Sekarang kes ini masih di dalam perbicaraan mahkamah. Jadi mereka masih meneruskan pengoperasian tetapi pihak berkuasa tidak boleh orang kata mengambil tindakan kepada mereka dan tidak membayar. Kerajaan tidak mendapat apa-apa hasil daripada mereka dan untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua. Ladang ini pernah mengalami kebakaran dan anggaran kerugian adalah sebanyak RM2juta. Ini menunjukkan betapa ladang-ladang ini dapat hasil yang tinggi. Jadi denda setakat RM30ribu, RM50ribu ini adalah sangat kecil bagi mereka.
Sidang Dewan sekalian, cadangan pindaan yang meluaskan skop kesalahan merangkumi tindakan membawa keluar sisa unggas, kumbahan sisa ataupun produk sampingan sisa unggas yang tidak dirawat wajar disokong dan diluluskan kerana pencemaran sumber air dan alam jelas mengganggugugat kesejahteraan awam. Penekanan amalan baik penternakan haiwan harus ditekankan kepada pengusaha ladang dalam tatacara pengurusan ladang dan premis, pengangkutan, amalan-amalan pentadbiran, daya jejak dan kebajikan haiwan. Ini akan memberikan keselesaan kepada semua pihak jika amalan ini dapat dilaksanakan secara konsisten.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Behrang menyokong pindaan RUU Perladangan Unggas 2023 ini kerana percaya dengan sistem reban tertutup yang lengkap, ditambah pula dengan sistem ventilasi terkawal, isu pencemaran dapat dicegah. Di samping menjamin mutu pengeluaran unggas yang lebih terjamin dari segi kualiti, kebersihan dan keselamatan. Sudah sampai masa dan ketikanya, setiap penternak unggas harus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan menerima hakikat bahawa sistem reban tertutup ini adalah lebih mudah dikawalselia, diselia atur serta menjamin keuntungan kepada penternak dan juga keuntungan kepada Negeri. Memasukkan bahagian baru 2A ke dalam enakmen memperuntukkan standard amalan perladangan yang terbaik dengan kriteria mewajibkan reban bertutup, pelepasan sifar dan penetapan zon penampan, mampu membantu pengusaha dan rakyat berhampiran hidup dalam suasana yang lebih tenang dan menjamin kelestarian alam. Pindaan RUU kali ini turut memberi peluang kepada pengusaha dan penternak dengan memberi tempoh sah laku lesen dari 12 bulan ke 36 bulan bagi membolehkan para pengusaha dan penternak ini mendapat pembiayaan dari institusi kewangan jika berkeperluan.
Bagi kecuaian dan kealpaan pengusaha ladang dan penternak dalam memperbaharui lesen, kadar hukuman yang dicadangkan tidak melebihi RM2ribu adalah wajar ditingkatkan sebagai pemangkin komitmen pemegang lesen untuk memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan. Ini kerana kelalaian pengusaha dalam mengurus takbir akan membebankan petugas-petugas yang perlu membuat pemeriksaan di lapangan sebelum lesen boleh diperbaharui dan dikeluarkan. Jadi sewajarnya pengusaha ladang mengikut peraturan bagi mengelakkan pengeluaran lesen yang lambat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sayangkan anak tangan-tangankan. Ungkapan yang tidak asing dalam masyarakat kita apabila kita bercakap mengenai isu mendidik. Ungkapan ini kaya dengan makna tersirat bukan bererti kita perlu menjadi si pembaris untuk terus menghukum setiap kesalahan. Beberapa aspek perubahan yang dilakukan dalam rang undang-undang membabitkan hukuman kepada pesalah tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah. Denda tidak melebihi RM50ribu atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun adalah masih ringan jika kita bandingkan dengan natijah yang diterima alam sekitar hasil kesalahan serius pengusaha ladang yang melepaskan sisa unggas ke dalam sumber air. Begitu juga jumlah denda ini masih ringan jika dibandingkan dengan kesengsaraan rakyat yang menghidu bau busuk dan dihurungi lalat terutamanya pengusaha makanan dan penjaja makanan. Di Tanjong Malim juga kami pernah mengalami isu bau yang mana ada satu ladang ternakan secara tidak sah tadi melepaskan bau-bau yang tidak baiklah yang mengganggu gugat penduduk-penduduk sekitar di kawasan tersebut. Bagi kesalahan yang berulang, denda tidak melebihi RM30 ribu atau dipenjarakan selama tidak lebih tempoh 3 tahun agak kurang relevan dan perlu ditingkatkan supaya pengusaha ladang ini serik dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Bak kata orang, biar titik jangan tumpah.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, mengambil kesempatan dengan pindaan Enakmen Perladangan Unggas ini, Behrang ingin mencadangkan supaya burung walit juga dimasukkan dalam tafsiran unggas. Memandangkan industri ini juga berkembang dengan pesatnya. Buat masa ini, tafsiran unggas hanya termasuk ayam, itik, angsa, ayam belanda, ayam mutiara, puyuh, merpati, burung unta dan burung emu daripada apa apa, jantina, umur, baka atau generasi dan mana-mana burung lain yang ditentukan oleh pengarah melalui yang disiarkan dalam warta. Jadi Behrang minta selepas burung emu tu kita tambahkan burung walit. Lebih spesifik burung walit. Kita masukkan supaya kita dapat mengambil tindakan mengenai burung walit juga. Isu tentang rumah burung walit yang dibangunkan dalam kawasan kebun getah, kebun kelapa sawit, kedai-kedai, rumah-rumah kedai, di atas rumah persendirian menyebabkan gangguan bunyi bising dan kekotoran yang mencemarkan ruang udara. Bantahan sering diajukan apabila pengusaha menghalakan bunyi CD yang bingit ke kawasan perumahan 24 jam sehingga mengganggu keselesaan taman perumahan. Badan bertanggungjawab terharap segala pemantauan dan juga aduan dalam pengurusan industri burung walit adalah Jabatan Veterinar (JPV) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Untuk makluman, JPV merupakan Jabatan Teknikal yang mempunyai kepakaran dalam memberi panduan, ulasan serta nasihat dalam kawalan industi burung walit. Manakala, PBT adalah pihak yang bertanggungjawab melesenkan premis burung walit dan menguruskan aduan awam selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada yang digunapakai oleh PBT seperti pelesenan, kacau ganggu dan penyalahgunaan bangunan. Lebih molek kiranya burung walit dimasukkan dalam takrifan agar penguatkuasaan oleh JPV dan PBT selari dengan penternakan unggas yang lain.
Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, hukuman keras tidak membawa makna tanpa penguatkuasaan yang ketat. Tidak menjadi kesalahan untuk meminda apa-apa akta pun bagi mengatasi masalah yang timbul, namun fokus juga harus diberikan kepada aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang. Tidak ada gunanya kita meminda akta-akta berkaitan dengan menaikkan denda yang setinggi gunung serta hukuman berat kepada yang bertanggungjawab sekiranya proses pemantauan dan penguatkuasaan kita masih berada di tahap yang lemah. Aspek pemerkasaan, proses pemantauan dan pemerikaaan perlu diberi perhatian khusus dalam merangka pelan jangka panjang bagi mengatasi semua masalah berkaitan peladangan unggas ini. Maka perkara ini yang tidak disebut dalam pindaan saya ingin mencadangkan agar, pertamanya, PBT memberi pertimbangan yang teliti terhadap semua permohonan kebenaran merancang kerja tanah dan pembangunan.
Kedua, jika terdapat isu-isu yang melibatkan perlanggaran kesalahan dalam seksyen ini yang melibatkan kepentingan awam di kawasan sekitar, Pegawai Daerah hendaklah mengetuai jawatankuasa yang dibentuk sehingga selesai kes tersebut kerana hanya Pegawai Daerah yang boleh membuat arahan dan permohonan antara interagensi dalam daerah. Pihak pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga hendaklah mengambil tanggungjawab, mewakili Kerajaan Negeri, agensi kerajaan termasuk PBT jika ada pertikaian di mahkamah yang timbul kerana kos ini agak tinggi apabila melibatkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan dan Rayuan dan pihak Penasihat Undang-undang Negeri mempunyai knowledge yang lebih tinggi dalam perkara ini. Ini berdasarkan pengalaman di Majlis Daerah Tanjong Malim dan juga di Daerah Mualim yang mana kes-kes ini berlarutan daripada saya menjadi Ahli Majlis dah tak jadi Ahli Majlis jadi Ahli Majlis semula tak jadi Ahli Majlis dan sehingga jadi YB kesnya belum selesai lagi.
Behrang, mohon celah Tronoh.
Sikit lagi nak gulung dah. Apa yang dibahaskan hari ini adalah bertujuan untuk menambah baik peruntukan- peruntukan sedia ada dan memperkemaskan kehendak pematuhan standard amalan perladangan unggas oleh pemegang lesen supaya ianya dapat mengatasi isu-isu aduan pencemaran dan kacau ganggu awam yang berpunca daripada operasi ladang unggas. Pindaan yang dibahas hari ini juga adalah salah satu inisiatif dalam membentuk dan melahirkan penternak yang bertanggungjawab pada rakyat dan negeri. Maka, Behrang menyokong pelaksanaan pindaan rang undang-undang 2023 ini. Sekian wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Behrang. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Behrang yang telah berbahas. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan. 15 minit ya. Teruskan, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan Ayat Al-Quran) "Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu, kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah Penciptanya. Kami beri minum, kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya. Dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya, pada binatang ternakan itu. Dan daripada binatang ternakan itu juga, kamu beroleh rezeki kehidupan kamu."
Yang dimuliakan Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Pembangkang, Ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan atau wakil jabatan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, semua Alhamdulillah. Jadi di kesempatan ini, Yang Berhormat Dato' Speaker, saya ingin mengucapkan takziah lah kepada keluarga Dato' Hamdi Abu Bakar yang merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri dan pernah berada di sini suatu masa dahulu tapi sekarang sudah pun meninggalkan kita. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan maghfirah dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Takziah kepada anggota keluarga dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk saya dah ujung-ujung ni, macam pergi makan kendurilah. Makan yang mana ada. Yang belum orang jamah, kita jamahlah.
Jadi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat, Dato' Speaker, Timbalan Speaker dan team Dewan Undangan Negeri yang menyajikan kepada kami suasana Dewan yang cukup cantik yang mana selesa pada hari ini yang sebelum ini suasananya agak berlain tapi pada hari ini kita datang ataupun sebelum ini kita datang nampak lebih ceria. Tahniah kepada Dato' Speaker. Terima kasih dan juga kerajaan negerilah. Juga diucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri sama ada yang dulu atau yang sekarang termasuklah Jabatan Veterinar dan semua jabatan yang terlibatlah, UPEN dan sebagainya untuk mengadakan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas pada hari ini untuk kita bincang sama-sama dan insya Allah kita sama-sama setuju dan sokong supaya dapat diluluskan nanti.
Bila sebut tentang unggas ini, kalau antaranya yang termasuk dalam definisi ini ialah ayamlah. Sudah tentulah had lama-lama teringat, rindu kepada Hulu Kinta. Sikit pun dia tak bangun. Kalau dulu Hulu Kinta dia bawa masuk ayam dalam Dewan. Kita hari ini tak bawa masuk, seorang pun tak bawa masuk. Saya ingat ada yang nak masuk dan kami ternanti-nanti penggulungan daripada Hulu Kinta untuk bawa masuk ayam. Sampai hari ini, tak ada muncul lagi. Saya pun tak tahu pasal apa sejak jadi orang kuat PMX ni mungkin dia berubah kot mungkin dia belajar daripada Tebing Tinggi selaku gurunya. Baik.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri lah yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat yang akhirnya dapat kita lihat pada hari ini dibincangkan berkaitan dengan Rang Undang-Undang Enakmen Unggas dan tak lupalah jangan lupa untuk hal enakmen ni terima kasih juga pada team Dato' LA ataupun Dato' Pegawai Undang Negeri bersama dengan team yang bertungkus lumus, terima kasih yang bertungkus lumus untuk menyiapkan ini. Kita senang-senang saja nak bahas mereka perah otak libat urus kepada dengan agensi-agensi kerajaan, PBT dan sebagainya, dengan pemain industri dan akhirnya pada hari ini kita dapat bahaskan dan semua perbahasan yang dibahaskan berkaitan dengan perladangan unggas ini saya ikuti dan banyak yang saya catit telahpun disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Alhamdulillah, alhamdulillah kita harap selepas ini kita dapat menoktahkan gangguan lalat di kawasan-kawasan anda sekalian dan kita di Dewan ini sejak daripada awal sampai hari ini belum lihat lagi seekor lalat datang ke Dewan ini tapi kalau kita pergi ke tempat-tempat yang ada gangguan lalat seperti tempat saya mereka ni seperti dulu waktu nak buang PKP keseluruhannya takda dah PKP, PKPD takda kerajaan terpaksa buat keluar satu slogan dan kempen "Hidup Bersama Covid" dulu, ingat sehinggakan di setengah-setengah tempat tu terpaksalah orang kampung kita terpaksalah akur dengan "Hidup Bersama Lalat" apabila tidak ada tindakan apa-apa daripada pihak kerajaan tapi Alhamdulillah hari ni mereka sudah boleh mula mengimpikan untuk buanglah slogan "Hidup Bersama Lalat" itu. "Hidup Bersama Lalat" ni macam di tempat saya setengah tu bila musim lalat terlalu banyak mereka makan dalam kelambu. Makan dalam kelambu dan saya sendiri salah seorang mangsa gangguan lalatlah. Di rumah saya sampai dah biasalah nak buat macam mana. Kalau di tempat saya tu, kalau orang masuk dia dalam divideokan ataupun Tiktok ataupun dia masuk dalam facebook biasanya dia marah orang yang pertama ialah Yang Berhormatlah Adun. Mana YB Selama dia kata, mana YB Selama dia tak tahu kita juga mangsa gangguan daripada, daripada lalat itu sendiri.
Jadi, kita rasa seronok sangatlah apabila kerajaan berjaya membawa RUU Unggas pada hari ini dan berkaitan dengan perladangan unggas ini termasuklah ayam pedaging, ayam penelur dan juga itik dan sebagainya yang disebutkan oleh Behrang tadi di mana adalah industri penternakan yang penting di Negeri Perak dan kita merupakan salah satu negeri pengeluar daging ayam, telur dan juga itik yang utamalah antara yang utama di Malaysia dan 18% daripada pengeluaran ayam negara disumbangkan oleh Negeri Perak dengan jumlah sebanyak 146 juta dan 76% daripada pengeluaran itik negara dengan jumlah 7 juta ekor membuatkan Negeri Perak adalah penyumbang besar kepada keterjaminan bekalan makanan itu sendiri dan pengusaha perladangan unggas dengan kapasiti minima sebanyak 500 ekor, negeri Perak perlu memenuhi syarat pelesenan ladang unggas yang telah dikuatkuasa sejak tahun 2011. Penternak perlu mematuhi syarat-syarat lesen di bawah Enakmen Perladangan Unggas 2005 serta Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas Lesen 2010.
Setakat ini Negeri Perak, ladang ayam baru yang beroperasi selepas tahun 2012 hanya dilesenkan setelah memenuhi syarat yang dikenakan seperti kelulusan kebenaran melancang, KM, kedudukan syarat nyata, sistem reban tertutup dan juga perusahaan sistem tinja yang efektif. Namun, saban hari konflik antara penternak dan juga penduduk semakin meningkatlah. Oleh demikian, beberapa perkara dalam enakmen yang sedia ada, enakmen penyelenggaraan unggas tahun 2005 perlu diperhalusi dan kami di barisan meja pembangkang ini, yang juga merupakan kerajaan yang tidak mentadbir, memberi respon yang baiklah pada usaha yang diambil oleh terutamanya Jabatan Veterinar lah dan Pejabat Undang-Undang Negeri dalam usaha menambah baik enakmen yang sedia ada untuk mengawal masalah ini dan Enakmen Perladangan Unggas 2005 dipinda untuk mengemaskini enakmen sesuai dengan peredaran zaman selain membaiki beberapa kelompongan dan penambahan kuasa kepada pegawai untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan masalah utama dalam penternakan dan perladangan ayam yang sering mengganggu penduduk termasulah masalah lalat yang banyak selain daripada bau sisa lepasan daripada reban-reban ayam tidak kira ke dalam sumber air ataupun di tempat-tempat yang tidak dibenarkan.
Jadi masalah kacau ganggu lalat sering dikaitkan dengan aktiviti penternakan ayam secara terbuka dan tidak punya sistem pengurusan tinja yang tidak efisien menjadi punca kepada masalah ini. Jadi kawasan saya sebut tadi tidak terkecualilah dengan apa yang berlaku itu dan kita harap rintihan rakyat itu benar-benar dapat dihentikan insya Allah berkaitan dengan gangguan daripada lalat hasil daripada penternakan ayam iaitu ladang ataupun rebannya secara terbuka dan selepas ini insya Allah secara tertutup dan berdasar kalau ikutkan, kalau nak ikutkan lah sebelum adanya, sebelum dibentangkan pada hari ini berkaitan dengan rang undang-undang unggas, saya ingin mengambil peluang lah dalam Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan tahniah lah kepada Majlis Daerah Selama yang mengambil inisiatif untuk menambah baik operasi ladang-ladang ternakan ayam di kawasan Dun Selama itu sendiri dan 8 daripada 9 ladang ternakan ayam di Selama dalam usaha yang dipermudahkan urusan oleh MDS untuk ditukar kelas guna tanah daripada kelas pertanian kepada kelas penternakan ayam daripada tahun lepas lagi dan asalnya, di bawah kawalan asalnya ladang-ladang ayam ini bukan di bawah kawalan pihak Majlis Daerah Selama tetapi mereka telah mengusahakan.
Akhirnya seluruh Selama berada di bawah kawalan Majlis Daerah Selama dan sekarang ini penukaran kelas guna tanah ataupun zoning ini daripada pertanian kepada penternakan ayam penting untuk penternak menjalankan atau membuat pembangunan secara sah dan memenuhi keperluan adaptmen ini dan berikutan kos penukaran status tanah melibatkan biaya yang tinggi sekiranya permohonan dilakukan secara individu dengan pendekatan yang diambil oleh majlis daerah ini dapat juga dikurangkan apabila dilakukan secara pukal secara tidak langsung membantu penternak ayam itu sendiri disebabkan aduan terlalu banyak orang ada marah dalam Facebook dan sebagainya dalam media sosial yang kena marah macam yang disebut tadi iaitu Adun setempat dan Alhamdulillah Majlis Daerah Selama telah mengambil inisiatif sendirilah dengan melaksanakan seperti yang saya sebutkan tadi dan setakat ini proses tersebut telah selesai di Jawatankuasa Perancangan Negeri dan kini dalam proses untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diwartakan. Jadi mereka target sebelum 2024 semua ladang ayam yang ada di selama close ataupun 'closed farming' disebut ataupun ladang yang akan jadi ladang yang tertutup sebelum 2024. Maksudnya ini baru nak kuatkuasa 2026. Ertinya pihak daerah lain yang ada ladang ayam boleh ambil contoh apa yang dilaksanakan. Yang mampulah. Ada yang tak mampu nak ikut.
Contoh yang banyak sangat di Manjung dan sebagainya itu masing-masing inisiatif daripada majlis daerah dan selepas ini penternak ayam boleh hantar kebenaran merancang selepas ini. Dah bolehlah. Tak payah tunggu. Dekat-dekat 2026 ini lambat. Ertinya ada yang mengatakan, oh kalau begitu sebelum 2026 kami terpaksa makan dengan lalat. Saya rasa tidak begitulah saya rasa. Apabila ada usaha daripada pemain-pemain industri ini dan dibuat urus lagi selepas ini dengan pihak veterinar dan insya Allah walaupun sebelum, walaupun tak sampai 2026 insya Allah di beberapa tempat lagi akan mula berkurangan gangguan daripada lalat itu sendiri dan pakat mohon KM kepada majlis untuk mungkin merobohkan struktur yang reban lama dan reban secara terbuka dan juga cadang untuk bina baru yang tertutup lebih mesra alam dan juga lebih mesra kepada penduduk selari dengan hasrat Kerajaan Negeri itu sendiri. Jadi permohonan Kebenaran Merancang ini perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan berkaitan dengan kacau ganggu ataupun gangguan ini banyak fokus untuk kawal yang datang daripada unggas lah iaitu lalat. Ada juga yang selalu ganggu juga yang selalu kita dapat aduan iaitu lah daripada penternakan khinzir ataupun babi lah dalam bahasa kita. Dalam bahasa arab khinzir.
Jadi moga Kerajaan Negeri juga mengambil perhatian lah supaya ladang khinzir juga ke arah modern pig farming dan memang sebahagiannya telah pun laksanakan modern pig farming yang mana sebahagiannya adalah penternak babi ini dilaksanakan di atas tanah Kerajaan Negeri walaupun ada alasan yang mengatakan sukar untuk menyelesaikan masalah ini, kot mana pun kita kerajaan kena juga untuk selesaikan. Susah macam mana pun kena juga untuk selesaikan. Terutama, jadi kita harap babi ini daripada, memang dalam Malaysia ni Perak yang pertama, yang nombor satu. Jadi biarlah orang lalu, orang masuk kawasan kita ni tak bau khinzir itu disebabkan modern pig farming dilaksanakan di semua tempat babi itu sendiri.
Selama, Tronoh hendak mencelah.
Yang Berhormat Selama, masa dah habis sebenarnya. Jadi, berapa lama lagi ni?
Ok, saya gulung. Saya hormat Dato' Speaker, insya Allah. Ok, jadi kita harap selepas ini kita dengar pula Kerajaan Negeri membantu mereka-mereka, penduduk-penduduk yang berada di sekitar kawasan yang ada ternakan ladang babi itu sendiri. Jadi saya rasa cukuplah sekadar itu pada hari ini. Terima kasih kepada Dato' Speaker, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, terima kasih kepada jabatan-jabatan yang turut terlibat, agensi-agensi kerajaan yang terlibat menjayakan ini dan dengan ini saya dengan rendah hati menyokong rang undang-undang ini untuk diluluskan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Selama. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan. 15 minit, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Rabbil 'Alamin. Wa salatu wassalamu 'ala Ashrafil Anbiya wal Mursaleen. Wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in. Subhanaka la ilmalana illa ma'allamtana innaka anta sami'ul 'alim. Wa bishrahi li sadri wa yasir li amri. Wa hlul aqnatan min lisani yafqahu qawli amma ba'a. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Yang Amat Berhormat Kota Tampan selaku Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri. Semua Yang Berhormat, ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan, Negeri dan juga rakan-rakan media. Seterusnya yang dikasihi sekalian seluruh rakyat Negeri Perak yang mengikuti perbahasan ataupun sidang Dun Perak pada kali ini.
(Bacaan potongan ayat Al-Quran) Telah timbul pelbagai kerosakan dan juga bala bencana di darat dan juga di bumi, di laut dengan sebab yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Kubu Gajah bagi sama-sama membahas Rang Undang-Undang Unggas (Pindaan) bagi tahun 2023 dan pada hemat Kubu Gajah, RUU ini amat penting sebagai punca kuasa kerajaan untuk terus bergerak ke hadapan bagi mengawal dan menggalakkan industri ternakan unggas yang menjadi sumber protein dalam industri makanan negara dan juga bagi menjamin kecukupan ataupun keterjaminan bekalan makanan khususnya ayam dan juga telur ayam kerana kita tak nak, kita tak mahu tragedi ataupun satu kisah yang sebenarnya disebut oleh Selama tadi, berapa tahun yang lepas isu kekurangan bekalan ayam. Sehingga ada kes yang mencemar Dewan Yang Mulia ini dengan membawa seekor ayam untuk ditunjukkan dalam Dewan ini, membuktikan bahawasanya tidak cukup ayam di pasaran. Yang keduanya, bagi menjaga pengusaha supaya boleh terus beroperasi sebagai menggiatkan, meningkatkan ekonomi dengan lebih baik dan juga sempurna.
Yang ketiga, mengekalkan Perak sebagai pengeluaran unggas utama negara. Seterusnya, menjaga ketenteraman awam, rakyat manusia seluruhnya daripada menerima tempias dan mendapat kesan negatif daripada industri ini. Seperti kacau ganggu bau lalat, Dato' Yang Di-Pertua, berkenaan dengan isu gangguan lalat dan bau. Kita telah mendengar keseluruhan daripada pembahas, daripada kerajaan dan juga daripada pembangkang menyatakan isu yang sama berkenaan dengan lalat sehingga daripada Astaka menunjukkan gambar berkenaan dengan lalat yang cukup banyak. Isu kacau ganggu awam sering menjadi paling besar yang pada hakikatnya perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan walau apa cara sekalipun. Pengguna iaitu rakyat yang berada disekitar ladang ayam ini tidak wajar dibebankan dengan kacau ganggu yang pada dasarnya menguntungkan sebelah pihak yang ini penguasa, pemain industri dan menyebabkan rakyat yang tidak bersalah ditimpa masalah. Khusus bagi dalam Dun Kubu Gajah, terdapat 1 industri ataupun penguasa ladang ayam yang sudah pun beroperasi lebih daripada 10 tahun yang mempunyai keluasan yang agak luas dan ladang yang terbuka, reban yang terbuka menyebabkan kawasan di sekitar Kubu Gajah, Pekan Kubu Gajah dan juga Tebing Tinggi, Sungai Malau Luar, Sungai Malau Dalam dan terdapat rintihan daripada satu pusat tahfiz sekolah di dalam Sungai Malau Dalam bila musim gangguan lalat ini mereka tak boleh nak belajar. Di kantin sekolah penuh dengan lalat. Nak makan pun macam Selama sebut tadi, kena makan dalam kelambu.
Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, sebab itulah bagi Kubu Gajah amat menyokong pindaan RUU ini bagi menjaga maslahatan, kemaslahatan bukan sekadar kepada pemain industri tetapi kepada masyarakat yang berada di sekitar ladang tersebut. Macam YB Selama sebut, bukan sahaja penduduk tetapi peniaga-peniaga juga terkesan. Peniaga-peniaga kecil, restoran-restoran kecil juga terkesan dengan gangguan lalat tersebut. Langkah pindahan RUU fokus kepada, pertamanya, menaikkan denda dan juga kompaun di mana dia ada dalam seksyen 10. Walaupun naik kepada tahap yang tinggi, tapi kita bukan tujuan untuk memberi tekanan kepada pemain industri, tetapi supaya ada pematuhan, kebersihan, keutamaan kepada kesihatan, supaya keterjaminan bukan saja kepada industri, tetapi juga kepada penduduk yang berada berdekatan. Semua penguasa melaksanakan sistem tertutup semua ladang pada tahun 2026.
Kubu Gajah, Tronoh mohon celah.
Terima kasih atas ruang yang diberi pada Tronoh. Jadi saya cuma nak tanya, yang tadi, tadi Adun Selama, dia menggunakan perkataan menoktahkan. Saya juga ingin mendapat satu penjelasan daripada Kubu Gajah, bahawa sekiranya kita nampak hari ini ada satu denda diberikan kepada pengusaha ladang ayam ini, sekiranya kompaun itu adalah satu jumlah yang besar, adakah Kubu Gajah akan meminta atau membantu pengusaha untuk membuat rayuan kepada PBT ataupun Veterinar? Kerana sering kali apabila kita sama-sama kita boleh melihat pelbagai jabatan dan juga agensi yang berada di sini, setiap kali apabila PBT ataupun mana-mana pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepada pengusaha ataupun mereka yang melakukan kesalahan ini akan dituduh akan dikatakan agensi berkenaan menganiayai pengusaha. Jadi saya nak minta satu pendirian untuk menoktahkan pendirian Kubu Gajah bahawa akan membantu pengusaha untuk membuat rayuan sekiranya pengusaha tersebut dikenakan kompaun yang tinggi.
Ok, terima kasih Tronoh atas respon. Pada pandangan saya berkenaan dengan denda, saya setuju dengan apa yang disebut oleh Trong tadi kerana dia perlu ada menang-menang. Pemain industri ada kepentingan dia juga dan juga rakyat juga memerlukan makanan yang cukup terutamanya ayam. Supaya kita tak nak bekalan ayam ini terganggu disebabkan denda yang terlalu banyak kepada pemain-pemain industri. Jadi pandangan saya kena menang sama menang dan juga pihak yang penguatkuasakan terutamanya PBT dan juga majlis ataupun apa itu juga veterinar yang mengenakan denda tersebut, kena tengok dulu bagaimana kesalahan, berapa kali dah salah berapa kali dah melanggar peraturan, ladang mana yang melanggar peraturan dah berapa lama dah ladang tersebut beroperasi perlu kepada pemantauan yang cukup jelas. Terima kasih kepada Tronoh.
Yang Berhormat, Kubu Gajah.
Saya ada banyak lagi. Masa sikit lagi.
Sikit sahaja. Sebenarnya saya berpendapat begitu. Wakil-wakil kerajaan kita ni, mereka punya kemahiran tu.
Tronoh dia dah bagi jawapan.
Terima kasih Tronoh.
Kalau dia tak bagi jalan tu tak bolehlah. Sila duduk.
Kubu Gajah boleh saya tanya lagi satu soalan.
Terima kasih Tronoh, sila duduk. Semua penguasa melaksanakan sistem tertutup di ladang, semua ladang pada tahun 2026. Selepas diluluskan RUU ini, seluruh Yang Berhormat dan juga kakitangan kerajaan, pihak-pihak yang bertanggungjawab mesti turun padang dan membuat libat urus bersama dengan pemain industri dan juga masyarakat setempat yang berhampiran dengan reban ayam tersebut bagi memastikan kita nak 2026 sebagaimana disebut oleh Selama tadi semua ladang ternakan unggas ini adalah tertutup. Walaupun tertutup kita tak meyakini isu lalat ini bukan 100% boleh diatasi kerana lalat, berkenaan lalat mungkin ada lagi, sebenarnya disebut oleh Alor Pongsu, berkenaan timbunan sampah yang main juga peranan tetapi kita nak paling kurang, peratus lalat berkurangan setelah mana reban ayam tertutup sehingga 2026. Sahabat yang dirahmati Allah s.w.t bagi membantu, meyakinkan dan juga membantu supaya tiada lagi reban ayam terbuka diakhir 2026, saya mohon kerajaan membantu pengusaha ataupun pemain industri supaya memudahkan proses peralihan reban ayam terbuka kepada tertutup.
Mungkin di sana kerajaan boleh memberi bantuan kewangan ataupun kerajaan mempermudahkan, memberi jalan kepada pemain industri supaya membuat pinjaman kepada bank-bank. Ada jalan dia. Bagi memastikan manfaat pindahan enakmen ini dan juga sistem reban yang tertutup boleh dilaksanakan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan sebagai mekanisme pengawalan dan pengatkuasaan, maka perkara berikut perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan. Antaranya penyediaan tempat ataupun kawasan ladang yang baru yang lebih strategik yang mungkin jauh daripada penempatan masyarakat di kampung-kampung ataupun di taman-taman. Yang keduanya, memudahkan prosedur syarat guna tanah. Untuk pengetahuan semua, terima kasih kepada Majlis Daerah Selama yang walaupun terpaksa bergelut dengan pemain industri terutamanya yang ada dalam Dun Kubu Gajah yang ada satu ladang ayam di Lembah Keluang. Yang sewaktu mana saya menang pilihan raya ke 14 lepas, antara isu yang besar dalam Dun Kubu Gajah adalah isu lalat yang saya sebut tadi dan kita mendapat perhatian daripada MDS ladang tersebut beroperasi lebih daripada 10 tahun dan sewaktu mana Semanggol menjadi Exco Perladangan dan kita buat lawatan dan juga kita mengambil inisiatif yang berbagai untuk mengurangkan mengurangkan isu lalat ini supaya diselesaikan.
Pihak Kerajaan supaya memudahkan prosedur dan juga menyelesaikan isu-isu bertindih dalam proses mengubah status tanah kesannya dapat meningkatkan pelaburan dan juga menyenangkan para penguasa dan juga pemain industri. Dato' Yang di-Pertua, bagi mewujudkan task force untuk lihat kepada RUU Undang-Undang Unggas ini diterima dan juga diboleh pakai dan juga dilaksanakan dengan yang terbaik, pihak kerajaan perlu mewujudkan task force khusus bagi memastikan undang-undang, tindakan undang-undang dapat dikenakan dan dijalankan kepada khususnya kepada pengusaha yang beberapa kali telah diberi amaran dan telah dikenakan dengan tindakan penggantungan namun tidak ada apa apa perubahan. Kerana apa? Di sana mungkin, macam disebut oleh sahabat sahabat tadi, terdapat pengusaha dan pemain industri yang pernah melanggar peraturan dan sepatutnya ladang tertutup kita adalah 2010 tapi dilanjutkan. Di sana mungkin ada pemain pemain industri yang melanggar peraturan peraturan tersebut dan sewajarnya wujud lead agensi bagi usaha penguatkuasaan ini agar pelaksanaan enakmen dapat menggerunkan pengusaha yang sering menimbulkan masalah dan ganggu yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat. Dato' Yang di-Pertua dan sebagai akhirnya, Kubu Gajah menyokong pindaan Rang Undang-Undang Unggas 2026, 2023. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. 15 minit. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Wassalatu wassalamu ‘ala asrafi anbiyaiwal mursalin. Wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Robbisrohli sodri wa Yassirli amri wah lul Uqdatan min lisani yafqohu qouli. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Perpaduan. Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan, seluruh rakyat Negeri Perak yang saya sayangi khususnya rakyat yang saya muliakan, di Dun Ayer Kuning. Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih kerana beri ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas dalam rang undang-undang ini. Saya telah pun mengikuti sesi perbahasan beberapa hari ini dan saya melihat bahawa di kalangan pembahas-pembahas kita pada hari ini hebat-hebat belaka. Kalau nak banding dengan saya mungkin umpama langit dan bumi. Jadi disebabkan hebat ni, saya nak nukilan dengan satu pantun.
Isteri pertama, isteri kedua, Mana nak sama isteri ketiga; Pembahas Dewan hebat-hebat belaka; Demi membangunkan Negeri tercinta.
Terima kasih. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya juga kerana diberi peluang bersama-sama untuk membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 di dalam Dewan yang mulia ini. Tahniah dan syabas Ayer Kuning lontarkan kepada Yang Berhormat Lintang yang telah membentangkan usul Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini bagi mengubah landskap perladangan unggas ke tahap yang lebih mesra alam. Ayer Kuning merasakan bahawa pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini adalah satu keperluan yang seharusnya mendapat sokongan mudah daripada pelbagai pihak kerajaan mahu pun di pihak pembangkang sebagai penambahbaikan kepada rang undang-undang yang sedia ada.
Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 ini bertujuan untuk memastikan sektor perladangan unggas berjalan lancar tanpa ada gangguan kepada masyarakat khususnya rakyat yang berada berdekatan dengan kawasan-kawasan penternakan di samping menjamin kelestarian kepada generasi yang akan datang bertetapan dengan Rancangan Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Speaker, saya melihat bahawa apa yang ingin disampaikan berkaitan dengan rang undang-undang ini saya nampak ramai yang telah pun bahas. Jadi saya nak bawa, atau pun dalam perbahasan rang undang-undang ini saya nak bawa sedikit kepada perkara melalui 2 perspektif iaitu berkaitan dengan ekonomi rakyat dan juga ekonomi negeri. Bila kita bercakap soal berkaitan dengan ekonomi rakyat, kita tahu bahawa apa yang rakyat mahu? Apa yang rakyat nak? Sama ada tidak kira daripada golongan apa, sama ada mereka daripada golongan T20, sama ada mereka daripada M40 atau pun daripada B40, apa yang rakyat nak? Sudah tentulah rakyat yang pertama sekali mereka mahu adalah jaminan makanan yang mencukupi. Semua rakyat nak berkaitan dengan jaminan makanan yang mencukupi.
Kerajaan harus memastikan bekalan makanan seperti sekuriti makanan harus kukuh. Rakyat tidak mahu lagi dah soal berkaitan dengan soal-soal di mana yang dikatakan oleh Selama tadi. Soal berkaitan dengan, rakyat tak mahu dah berkaitan dengan soal tak ada telur. Rakyat tak mahu dah berkaitan dengan tak ada ayam, sayuran dan sebagainya. Jadi di kesempatan ini saya ucapkan taniah dan syabaslah kerana rang undang-undang ini kita lihat bahawa ianya juga menjurus kepada menjana ekonomi supaya pelabur-pelabur datang dan mereka yakin untuk memberi pulangan kepada Negeri yang kita cintai. Lagi? Kalau kita tanya apa yang rakyat mahu lagi? Apa yang rakyat nak? Selepas rakyat memastikan bahawa keterjaminan makanan yang mencukupi, rakyat nak dari segi pendidikan yang berkualiti. Mereka mahu pendidikan yang berkualiti. Kerajaan harus atau pun mereka mahu supaya kerajaan memberi kualiti pendidikan yang berkualiti di mana sama ada di sekolah rendah, di sekolah menengah, di universiti dan juga di institusi-institusi yang lain. Ini harapan rakyat berkaitan dengan ekonomi rakyat.
Rakyat mahu supaya ada kualiti pendidikan yang menjamin masa depan yang akan datang. Jadi apa lagi yang rakyat mahu? Dari segi ekonomi, menjana ekonomi rakyat. Apa yang rakyat nak lagi? Rakyat mesti mahu peluang pekerjaan. Rakyat mesti mahu peluang pekerjaan. Selepas rakyat dapat pendidikan yang berkualiti, sudah tentulah rakyat nak kerja. Tentulah mereka mahu kerja supaya dapat menjana atau pun membangunkan masa depan mereka, keluarga dan sebagainya. Selepas itu? Selepas mereka mendapat pendidikan, pekerjaan apa lagi rakyat nak? Sudah tentulah rakyat mahu rumah sendiri memiliki rumah sendiri. Mungkin pada ketika itu mereka menyewa, duduk setinggan, tapi selepas mereka juga pada satu hari nanti mahu supaya mereka ada rumah sendiri. Jadi rakyat nak rumah, tinggal bersama dengan keluarga dan kerajaan mesti mewujudkan kawasan-kawasan perumahan yang bersesuaian dengan kehendak rakyat. Sama ada mereka tidak kira tergolong dalam golongan apa, sama ada mereka T20, sama ada mereka sepertimana yang saya cakap tadi M40, B40, mereka mahu supaya mereka ada rumah yang mereka boleh menginap untuk masa yang akan datang. Kalau mereka ada rumah, apa lagi mereka mahu kalau ada rumah? Sudah tentulah mereka mahu supaya ada jalan raya yang baik, yang sesuai, yang efisien. Selepas ada jalan raya, mereka ada rumah, apa yang mereka mahu? Sudah tentu mereka mahu elektrik. Apa lagi mereka mahu? Sudah tentu mereka mahu air. Mereka mahu internet. Ini keperluan-keperluan yang harus kita fikirkan di dalam Dewan Yang Mulia ini berkaitan dengan ekonomi rakyat. Kita bercakap berkaitan dengan rakyat.
Jadi Alhamdulillah, di Dewan ini kita bawa bentang rang undang undang, RUU-RUU, dengan RUU Hotel pada hari ini RUU Unggas. Kita membicarakan berkaitan dengan bagaimana kita mahu menjana ekonomi, di samping kita mahu menjana ekonomi, kita mahu memberi semula pulangan kepada rakyat. Inilah harapan kita pada semua wakil-wakil rakyat. Saya yakin ini semua. Ini adalah antara sebahagian keperluan-keperluan ekonomi rakyat yang wajib ditangani oleh kerajaan. Siapa sahaja kerajaan. Siapa sahaja kerajaan, tidak kira siapa sahaja kerajaan. Jadi kita lihat pula berkaitan dengan ekonomi negeri. Dia ada sangkut paut dan ada rapat berkaitan dengan ekonomi rakyat dan juga ekonomi negeri dan kita lihat berkaitan dengan ekonomi, rakyat mahu supaya, rakyat nak apa? Berkaitan dengan ekonomi negeri. Apa rakyat mahu? Rakyat mahu supaya kita ada sebuah kerajaan yang berkebolehan dan cekap untuk membawa pelabur supaya dapat melabur di dalam negeri kita.
Kalau kita bawa pelabur-pelabur dalam negeri dan di luar negeri. Dalam negeri kita panggil Domestic Direct Investment pelaburan langsung dalam negeri dengan izin manakala luar negara kita panggil Foreign Direct Investment , pelaburan langsung asing. Jadi, di sini, Ayer Kuning mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan seperti PKNP, seperti PPNP, Perbadanan Pertanian Negeri Perak, MB Inc. dan agensi-agensi yang lain yang telah berusaha keras untuk membawa pelabur-pelabur supaya mereka boleh melabur dan mendatang impak kepada pendapatan kerajaan. Dia ada hubung kait.
Ayer Kuning mohon celahan. Terima Kasih sebab masa saya bahas Ayer Kuning banyak celahan. Jadi saya nak balas pantun. Ok setuju ke Ayer Kuning, kita berbalik kepada zaman PKP dulu. Saya rasa ada wakil KKM kat sini. Belakang ke depan. Tagline yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu "Life and livelihood" iaitu masa PKP kita blok orang, kita tak bagi keluar rumah sebab kita nak jaga nyawa manusia tapi bila PKP dah beransur pulih dan sekarang dah pulih semuanya kita fokus kepada kehidupan ekonomi dan sebagainya. Setujukah dengan Ayer Kuning kita pun kena buat satu tagline juga untuk Dewan Undangan Negeri Perak ni tentang untuk menjaga life and livelihood. Terima kasih.
Ayer Kuning sebelum meneruskan perbahasan saya ingatkan ya Standing Order 42 ya skop perbahasan saya faham skop perbahasannya unggas, perladangan, pertanian, peluang pekerjaan banyak kita boleh tarik tapi jangan masuk simpang jauh sangat.
Saya memahami dan saya tahu dan saya sedar saya punya perspektif mungkin dia lari sedikit tapi akhirnya dia ada hubung kait dengan undang-undang yang kita bincangkan. Jadi terima kasih cikgu.
Saya bersabar dengar. Sila teruskan Ayer Kuning.
Boleh ya saya teruskan. Terima kasih. jadi Ayer Kuning ucapkan terima kasih tahniah dan syabas kepada agensi ini dah bawa investment ke negeri Perak. Kenapa perlunya investment-investment ini adalah kerana kerajaan tak tahu nak berniaga. Yang tahu berniaga ini adalah pelabur-pelabur ataupun usahawan-usahawan ataupun mereka ahli-ahli perniagaan, business man. Mereka yang pandai dan mahir untuk membuat pelaburan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di tempat kita. Jadi kalau pelabur kita bawa, mereka melabur di negeri Perak, kita akan dapat cukai daripada mereka dan di situ ada wujudnya peluang perniagaan dan di situ juga pendapatan kerajaan daripada investment ini juga, apabila pelabur ada ada investment, kita berupa cukai dan sebagainya, ia membolehkan kerajaan membina infrastructure. Di mana sama ada jalan raya, port, airport dan sebagainya, ia adalah keperluan semula kepada rakyat. Itu sebabnya revenue ini akan membawa pulangan semula kepada rakyat. Jadi apa yang perlu lagi rakyat buat berkaitan dengan revenue ini?
Manong mohon mencelah. Terima kasih kepada Tuan Speaker dan terima kasih kepada Ayer Kuning. Tadi Ayer Kuning ada sebut tentang membawa investment luar Perak dalam konteks perbincangan kita adalah dalam industri unggas. Adakah maksud Ayer Kuning kita kena banyak pelabur luar Perak invest di Perak dalam industri unggas. Apakah peluang itu. Kenapa perlu kita bawa pelabur luar sedangkan pengusaha di Perak ramai yang competent untuk industri unggas? Mohon penjelasan.
Kita lihat bahawa kita juga ada yang berkemahiran yang boleh memberi atau membuat perniagaan yang melabur di negeri kita yang saya kata tadi adalah pelabur dalam negeri yang juga boleh membuat perniagaan dan ada keuntungan yang kita dapat hasil daripada keuntungan perniagaan itu disalurkan kepada kerajaan dan impak semula adalah kepada rakyat yang ada di dalam negeri Perak ini. Jadi, terima kasih kepada Speaker kerana saya juga melihat bahawa apa yang saya nyatakan tadi adalah berkaitan dengan ekonomi negeri dan dia ada sangkut paut berkaitan dengan ekonomi rakyat.
Jadi perkara yang paling pokok sekali berkaitan dengan 2 keadaan ini adalah apa sahaja yang kita buat, kita mahu supaya sama ada kita mahu meluluskan enakmen apa sahaja enakmen. RUU harini dan semalam dan kemudian pada masa yang akan datang. Yang paling penting sekali adalah kestabilan politik. Kalau kita tidak ada kestabilan politik, tak mungkin kita boleh membina negara, bangsa yang lebih maju pada masa-masa yang akan datang. Saya apabila kita melihat ada keperluan kestabilan politik yang kukuh dan mampan akan beri keyakinan kepada pelabur dalam negeri dan luar negara, membuat pelaburan ke negeri pada hari ini, saya agak sedih. Agak sedih pada hari ini melihat berkaitan dengan, saya lihat ada satu Facebook. Ada satu Facebook, saya nak tunjuk di sini.
Masa nak habis tapi belum start unggas.
Tak apa unggas itu saya yakin dan percaya kita dah pun memahami dan kita semua telah mahir. Saya nak bawa berkaitan ini, ini Dato' Speaker. Ada satu account Facebook yang ditulis oleh
Kamarul Arifin Lamin. Yang saya rasa kita tidak bertamadun kalau kita buat macam ni. Satu muka manusia yang kita letakkan gambar khinzir dia membawa kepada...
Ayer Kuning buat report polis Ayer Kuning .
Tak cuma report polis itu mungkin perkara yang kedua. Tapi saya nak bawa dalam Dewan Yang Mulia ini. Supaya kita berkongsi. Berkongsi supaya perkara-perkara yang sensitif berkaitan dengan agama, kaitan dengan bangsa supaya kita pelihara agar keharmonian bersama khususnya mengekalkan politik yang stabil akhirnya kita dapat membawa pelabur-pelabur untuk melabur dan mereka yakin dengan kestabilan politik yang kita ada. Jadi kalau beginilah cara dia, kita berdoa. Mudah mudahan, perkara begini tidak akan berlaku pada masa yang akan datang. Saya tak tuduh mana-mana pihak, tetapi saya membawa contoh satu tauladan yang tidak baik, bukan sahaja kepada kita, tetapi juga kepada generasi yang akan datang. Jadi saya berharap pihak-pihak yang berkuasa dapat membendung perkara ini supaya ia tidak dapat berlaku pada masa-masa akan datang.
Yang Berhormat Dato' Speaker, saya tertarik atas lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru lagi ke Perak walau pun dalam lawatan beliau ke Perak beliau tidak ada jadual bertemu dengan para imam tapi saya melihat bahawa beliau juga begitu prihatin kepada para imam-iman khususnya pertemuan Yang Amat Berhormat bersama dengan imam di Parlimen Tambun, jadi saya melihatkan bahawa mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga melihat para imam ini juga main peranan untuk membangunkan negara. Jadi saya lihat berkaitan dengan kebajikan dalam perbahasan ini, berkaitan dengan kebajikan imam juga, saya mintalah supaya pihak kerajaan negeri dapat membantu. Saya agak sedih bila ditanya berkaitan dengan elaun imam, hanya RM850 yang dibayar oleh JAKIM. Siak dan bilal RM200 seorang. Itu pun ditanggung oleh kerajaan negeri. Jadi, amat amat berharap di dalam Dewan yang mulia ini, supaya kita dapat kaji, tak banyak sikit berkaitan dengan kebajikan pari imam-iman inilah. Jadi, terima kasih semua.
Ok. Sama-sama.
Terima kasih. Saya percaya…
Nak tanya pasal imam.
Saya nak keluar.
Tak apa. dah nak habis dah ni.
Saya nak keluar. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Kalau dilihat dari segi perbahasan saya jauh lari tapi matlamat atas perbahasan ini adalah untuk kita membina negara bangsa yang cemerlang dan supaya kerajaan kita ada pendapatan yang kita dapat salurkan semula kepada rakyat pada berbilang kaum dalam negara yang kita cintai ini. Jadi terima kasih. Saya mohon ampun dan maaf. Ayer Kuning menyokong. Sekian.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih yang berhormat dari kawasan Ayer Kuning. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekali lagi saya ingatkan bahawa bagi pihak Dewan dan Speaker, kita dalam satu-satu perbahasan seperti mana yang saya nyatakan tadi skop perbahasan kita itu tertumpu kepada apa yang kita bentangkan dan pada usul dan pendirian Dewan iaitu pendirian daripada meja speaker ini, ialah kita memberi peluang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang kita kira merupakan dengan izin seasoned politician yang dapat membahaskan usul-usul dengan baik dan kalau saya boleh bagi perumpamaan misalnya kalau macam layang-layang tu kita lepaskan tali, dia naik lebih tinggi, dia naik lebih tinggi angin tu jadi ada bird's eye view dan pandangan dan juga yang lebih menyeluruh daripada semua segi tetapi walaubagaimanapun kena hati-hati supaya tak jadi macam kalau saya boleh gunakan perumpamaan juga supaya tak jadi macam layang-layang putus tali. Dia hilang macam tu sahaja dan dan sebagainya tapi seperti yang saya katakan kita sabar dan tekun mendengar hujah-hujah daripada semua dan percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat semua dapat menarik perhatian yang berkaitan dengan kestabilan politik dan sebagainya yang berkaitan dengan rang undang-undang yang kita bincangkan.
Ok, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat dari kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan. 15 minit daripada sekarang, dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan salam sejahtera dan selamat tengahari, selamat petang kepada rakan-rakan semua. Yang amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Amat Berhormat Ketua pembangkang khususnya yang saya kasihi rakan-rakan daripada kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan dan juga sahabat-sahabat rakyat yang sedang menonton secara langsung di channel Facebook atau pun di Youtube. Di kesempatan ini saya juga nak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan yang selama ini memberikan kerjasama yang sangat baik untuk Dun saya terutamanya dalam memastikan perkhidmatan dan keperluan masyarakat terus dijaga dan dipelihara. Sebagai mukadimah perbahasan saya pada petang, tengah hari yang berbahagia ini, sukalah saya nak mulakan dengan firman Allah SWT di dalam surah Al A'raf, ayat 56 yang berbunyi (Ayat Quran) yang bermaksud dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya.
Dato' Yang di-Pertua, rakan-rakan sidang Dun yang saya kasihi sekalian. Ayat Al-Quran yang saya bacakan sebentar tadi menegaskan kepada kita betapa pentingnya kelestarian alam sekitar di kaca mata Islam. Malah agama Islam melarang sama sekali manusia daripada melakukan sebarang kerosakan di atas muka bumi ini. Hal ini akan kita dapat lihat, tuan-tuan, puan-puan sekalian sendiri melalui hukum hakam Islam yang menetapkan sekiranya kita melakukan sebarang kerosakan terhadap alam sekitar, harta, tanaman sekali pun tanpa sebarang apa-apa alasan yang munasabah, maka hukumnya salah dan haram di sisi Islam. Maka boleh kita bayangkan sendiri bagaimana jika kerosakan yang kita lakukan itu telah pun melangkaui untuk diri kita sendiri dengan maksud jiran tetangga kita dan juga orang lain. Maka sudah tentunya hukumnya lebih haram lagi berbanding kita merosakkan tanam tanaman tanpa alasan dan seterusnya, saya nak bawakan pula sepotong hadis Nabi SAW yang berbunyi (Ayat Quran) yang bermaksud tidak akan masuk syurga orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguan-gangguannya.
Dato' Yang di-Pertua, hadis nabi ini jelas menunjukkan akan tanggungjawab masyarakat di dalam hal kejiranan perlu dijaga tanpa mengira bangsa dan juga agama dan dimaksudkan di sini adalah termasuk perkara yang melibatkan keharmonian, keamanan, ketenteraman dan juga kebersihan. Begitulah keindahan Islam yang sangat mementingkan aspek kemakmuran hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama terutama yang berkaitan dengan hak kejiranan. Oleh itu berkaitan usul pindaan enakmen RUU Unggas ini, saya secara peribadi menyokong usul ini untuk diluluskan. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Lintang atas usaha selama ini dan bawakan usul ini untuk kita bahas dan juga luluskan.
Dato Yang di-Pertua, ada dua perkara kenapa alasan saya untuk nak menyokong RUU ini perlu disokong dan seterusnya diluluskan. Pertama adalah daripada aspek melibatkan ketenteraman masyarakat setempat. Inilah perkara yang sangat merungsingkan semua pihak iaitu gangguan lalat seperti mana telah pun dibahaskan dinyatakan secara terperinci oleh rakan-rakan sekalian daripada pihak kerajaan atau pun pembangkang yang saya lihat yang saya dengar sebelum ini yang teruknya kalau di belah Kerian di Alor Pongsu, Selama, Kubu Gajah, jauh sikit dari tempat saya adalah Astaka, Chenderoh ada tak? Tronoh? Saya tak pastilah. Juara lalat di belah Astaka, betul? Jadi ini adalah…
Juara yang tak baik ni. Jangan ungkit lagilah, sakit hati.
Ok. Yang direkodkan secara rasmi yang dibentangkan oleh pegawai Veterinar ada 199 aduan lalat. 15 aduan lagi berkaitan dengan tinja. Kalau kita lihat kepada aduan ni sebenarnya aduan yang kita dengar di Dun masing-masing terutamanya yang saya sebutkan tadi sebenarnya melebihi mungkin boleh jadi ribuan aduan. Selama sendiri dia adalah salah seorang mangsa lalat. Jadi ini adalah yang pertama kenapa hujah saya alasan saya untuk menyokong usul ini agar diluluskan.
Seterusnya Yang di-Pertua yang saya hendak tegaskan perkara ini sebenarnya sangat bertentangan dengan dasar keharmonian masyarakat dan bertentangan dengan anjuran Islam seperti mana yang saya nyatakan sebentar tadi di awal mukaddimah. Perkara kedua yang saya sangat setuju untuk dipinda di Dewan yang mulia ini ialah berkaitan dengan hukum hukuman dan denda yang dinaikkan dan diperketatkan seperti seksyen 8, menternak tanpa lesen, seksyen 10, seksyen 11, seksyen 15, seksyen 17 yang mana berkaitan dengan gagal mengawal pembiakan lalat dan lain-lain lagi kita harapkan dengan pindaan enakmen ini pindaan di dalam seksyen-seksyen ini kita harapkan dengan kita memperketatkan dan juga memberatkan hukuman ini dapat mendidik pengusaha agar lebih bertanggungjawab dan takut untuk melakukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang dan menjadi lebih patuh yang mana akhirnya memberikan kebaikan untuk kita bersama.
Tuan Yang di-Pertua untuk pengetahuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan daripada kerajaan dan juga pembangkang, saya Titi Serong sebenarnya ada juga ladang ternakan ayam. Cumanya yang kami di Titi Serong cuma ada satu sahaja ternakan ayam ladang ternakan ayam. Itu pun ladang ternakan yang dah tertutup. Dia ikut spek cantik. Sehingga 5 bulan saya bergelar wakil rakyat sehingga hari ini saya tidak lagi ataupun rakan-rakan staff pusat khidmat tidak lagi mendapat aduan lagi berkaitan dengan dengan gangguan lalat, pencemaran bau dan semuanya tidak. Ini menunjukkan bahawasanya sistem ladang tertutup menjelang 2026 ini adalah satu sistem yang sangat baik untuk kita praktikkan di negeri Perak ini. Jadi ini juga adalah alasan kenapa RUU ini perlu disokong oleh semua ahli Dewan Negeri yang ada di dalam Dewan Yang Mulia ini.
Seterusnya Yang di-Pertua saya juga bersetuju, apa yang dibentangkan sebentar tadi oleh Yang Berhormat daripada Behrang agar burung walit juga dimasukkan dalam definisi unggas. Untuk makluman kami di Titi Serong, rumah burung walit ini ataupun kami panggil di sana burung layang-layang mungkin tempat lain sama juga ya. Di Parit Buntar, rumah burung layang-layang ini agak banyak di pekan-pekan di bandar-bandar dan sebenarnya saya nak maklumkan di sini suara, rintihan, keluhan daripada masyarakat setempat yang berkait dan juga yang terganggu dengan bunyi, dengan tahi dan sebagainya dah mula kedengaran. Saya bimbang satu hari nanti, perkara ini juga akan menyebabkan satu perkara yang besar lah di dalam masyarakat dan saya harapkan pihak kerajaan supaya nilai kembali kaji untuk masa yang akan datang selepas daripada ini lihat sama ada walid ini wajar ataupun tidak dimasukkan sekali di dalam enakmen RUU ini dan saya berpandangan sangat wajar.
Untuk yang seterusnya Yang di-Pertua, sepertimana yang dibentangkan dalam sesi libat urus baru-baru ini yang dinyatakan oleh pegawai ada beberapa impak daripada naik taraf ladang ternakan ayam ini antaranya adalah sekiranya tahun 2026 ini dah diarahkan tutup, dia akan memberi impak kepada pengusaha-pengusaha kecil. Pengusaha-pengusaha kecil akan tutup. Ini dinyatakan secara jelas di dalam sesi libat urus dan saya kita pun dah bertanya banyak kali di luar. Pengusaha kecil akan tutup. Saya bimbang kalau makin tutup perkara ini akan terus diberi peluang untuk pengusaha-pengusaha yang besar-besar.
Saya bimbang untuk tarik untuk tarikan anak-anak muda di dalam sektor ini tidak berminat lagi. Dia seolah-olah macam tidak membuka ruang dan juga menutup untuk golongan muda yang baru lepasan belajar untuk hendak masuk ke berkecimpung dalam bidang ini terhad dan mereka tidak minat dan mereka lari ke bidan-bidang yang lain. Sedangkan kerajaan, kita sedia maklum, bidang kerja di luar sana semakin hari semakin mencabar dan kita juga berkempen untuk anak-anak muda ini keluar daripada bidang sektor yang mereka belajar, sektor kemahiran di dalam sektor pertanian sebagai contoh juga kita berkempen di dalam sektor penternakan. Saya ada baru semak ada beberapa program yang dianjurkan oleh jabatan yang berkaitan, berkaitan dengan kursus-kursus di dalam sektor penternakan burung puyuh, unggas, kambing dan sebagainya saya ada tengok dan saya sangat bersetuju dan tahniah diucapkan juga. Cumanya saya bimbang jika…jika banyak pengusaha yang kecil-kecil tutup tidak mampu sebab kosnya besar difahamkan menjangkau hampir RM1 juta lebih saya bimbang anak-anak muda kita menutup ruang untuk anak-anak muda. Sedangkan untuk makluman hadirin yang ada dalam sidang yang mulia ini anak-anak muda sebenarnya mereka minat untuk menceburi dalam industri ini.
Oleh sebab itu,Yang di-Pertua saya memohon agar pihak kerajaan memberikan perhatian terhadap perkara yang saya bangkitkan ini. Ladang tertutup ini dikhususkan untuk ternakan ayam 500 dan ke atas tetapi 500 ke bawah tidak termaktub di dalam RUU Unggas tetapi kita sedia maklum kalau lah 500 ekor ayam ini pun nanti banyak di dalam kawasan-kawasan kita satu hari nanti dia akan tetap menyebabkan kacau ganggu dan sebagainya. Saya berpandangan, ada baiknya jika pihak kerajaan boleh jadikan satu modul khas untuk penternakan 500 ke bawah ini sebagai langkah awal dan juga latihan untuk pengusaha awal dan juga pengusaha muda ini untuk mereka berlatih sebelum mereka pergi ke peringkat seterusnya. Saya ambil contoh di dalam sektor pertanian yang boleh kita usahakan seperti penubuhan taman kekal, pengeluaran makanan ataupun taman agro teknologi ataupun dengan penubahan inkubator dan sebagainya yang mana sistem latihan ini dah ada dalam pertanian.
Saya dimaklumkan begitu. Cumanya saya tak pasti dalam veterinar ada ataupun tidak. Ini boleh dikaji oleh pihak kerajaan. Di sana mereka akan didedahkan, dibantu dalam proses awal, kemudian bila mereka dah berjaya, baru mereka dinaik taraf ke peringkat seterusnya. Mudah-mudahan, dengan latihan yang diberikan itu, mampu untuk menarik minat anak-anak muda ke sektor penternakan unggas ini dan kita membuka ruang lagi untuk industri ayam ini lebih besar. Kita sedia maklum sepertimana yang dibangkitkan tadi oleh Kubu Gajah kita pernah mengalami krisis ayam tidak cukup ayam dan sebagainya, maka kita perlu fikir untuk jangka masa panjang. Mudah-mudahan, isu unggas ini dari sudut perbekalan dan sebagainya akan dapat diselesaikan. Saya bangkitkan, saya bimbang adalah berkaitan dengan peluang untuk anak-anak muda. Sebab saya mewakili suara anak-anak muda yang ada di sini dan saya, kita sendiri tahu ramai anak-anak muda hendak berminat dalam dunia bisnes. Mereka berminat dalam dunia pertanian sudah ramai sangat yang berminat dalam dunia penternakan terutamanya ayam sebab ayam agak mudah untuk dipelihara. Berbanding dengan kambing, berbanding dengan kambing berbanding dengan burung puyuh, burung puyuh mudah tapi mudah juga mati.
Saya ada sahabat dan rakan sudah mengusahakan burung puyuh tapi sekarang dah tutup. Mudah mati. Cumanya ayam, mereka berminat. Cumanya kalau pihak kerajaan dapat buat modul khas 500 ke bawah sebagai sesi latihan dan sebagainya, saya rasa sangat-sangat baik untuk kemajuan kita yang akan dating dan akhirnya, semalam saya lihat saya menyokong dan bersetuju dengan, saya bersetuju, cadangan dan pandangan daripada Bota bakul makanan yang kita terima sekarang ini daripada Yayasan Perak bakul makanan. Ada baiknya, jika sekali sekala kita tukar dengan ayam ataupun tambah dengan ayam ataupun dengan apa-apa saja produk di bawah SADC. Setidaknya dia mampu untuk hendak mengembangkan pendapatan SADC dan sebagainya. Saya setuju dan mohon perhatian oleh pihak yang berkaitan, mudah-mudahan apa yang saya bangkitkan ini diberi perhatian dan dan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali berkaitan dengan hujah-hujah yang saya nyatakan sebentar tadi, Titi Serong menyokong penuh usul unggas ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Titi Serong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan. 15 minit dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. Wassalatu Wassalamu 'Ala Ashrafil Mursalin Sayyid Muhammad Wa'ala Alihi Wasahbihi Wamintabi'ahum Bilahsani I'la Middin. Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua. Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, seluruh Ahli-ahli yang Berhormat daripada kerajaan, daripada pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan juga negeri, rakan-rakan, pengamal media, pemerhati dan seluruh yang mengikuti perbahasan ini secara atas talian dan seluruh yang mengikuti perkembangan di mana jua berada khususnya di Kampong Gajah.
Dato' Yang di-Pertua, Kampong Gajah mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas 2023 pada petang ini. Saya mulakan perbahasan saya dengan firman Allah s.w.t. A'uzubillahi Minashaytanirrajim. Wa'budullaha Walatushrikubihi Syaia Wabilwalidayni Ihsana, Wabildhil Qurba Walyatama Walmasakin, Waljaridhil Qurba Waljarujun Bilsoh Wiljam Wahbisabil Wamamalakat Aimanukum Innallah Alayuhibbu Mankanamuhtahlam Fakura." Yang bermaksud, dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah. Dan janganlah kamu bersekutukan Dia dengan sesuatu yang apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu apa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. Dan sabda Nabi SAW daripada 'An Abi Huraira Taqala Qala Rasulullah SAW, 'Mankan Ayubinubillahi Walyaumilakhir Falayu' hijarah." Sesiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat, maka dia tidak menyakiti jirannya."
Dato' Yang di-Pertua, Kampong Gajah menyokong penuh dengan Rang Undang-Undang Unggas agar ia dapat dilaksanakan. InsyaAllah, kerana Kampong Gajah yakin dan percaya rang undang-undang ini dipinda bukan bertujuan untuk membebankan mana-mana pihak atau pengusaha-pengusaha unggas tetapi untuk memberi suatu jalan penyelesaian yang mendatangkan faedah kepada pengusaha dan juga dapat menghilangkan rasa keluh resah rakyat dengan gangguan-gangguan daripada unggas atau pun daripada kelalaian saya rasa ini sebenarnya daripada kelalaian pengusaha kerana dalam pengurusan ladang kalau diurus dengan baik tidak timbul perkara yang kita bincangkan pada petang ini. Dalam masa yang sama, kita perlu juga memikirkan tentang keterjaminan makanan yang merupakan perkara utama bagi mencapai matlamat perak sejahtera. Dalam kita meletakkan rang undang-undang kepada pengusaha-pengusaha unggas, kita perlu juga melihat kerana mereka ini memainkan peranan penting dalam menjayakan atau pun memastikan keterjaminan makanan di Perak ini seperti mana yang dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan sebelum ini mahu pun dari blok kerajaan daripada blok pembangkang. Semua mengakui peranan pengusaha-pengusaha unggas ini dalam memastikan keterjaminan makanan di Perak ini.
Saya tertarik dengan Rang Undang-Undang Unggas seperti mana diberi pilihan untuk berbahas kerana di kampung saya sendiri bukan di Kampong Gajah bahkan di kampung saya sendiri iaitu Kampung Tersusun Changkat Lada. Di situ ada 3 reban ayam, 1 sudah tidak beroperasi tapi 2 masih beroperasi. Ini cerita reban yang tertutup.
Manakala reban yang terbuka itu usah kabo lah. Adanya ada yang mana daripada bantuan daripada PPK iaitu Pertubuhan Peladang kawasan ada beri bantuan kepada ahli unitnya supaya adakan ternak ayam kampung, ayam kampung peladang dengan cara reban terbuka dan bagi saya bila melihat kaedah pengalaman waktu PKP saya duduk sendiri di reban ayam tutup salah satu daripada reban ayam tutup yang ada di kampung saya, waktu itu dia menternak 40,000 ekor ayam pedaging. Cuma nak ceritakan disana, lalat ini dia bukannya hasil semata-mata daripada tinja tapi saya katakan daripada pengurusan bangkai kerana ayam ni kalau kita bela memanglah seadatnya mesti ada kematian. Ada mati bila umurnya udah 20 hari badan dah besar, dia akan mendatangkan larva-larva lalat kalau tidak diuruskan atau tidak ditanam atau pun sebagainya lah dia akan menyebabkan memang cepat lalat. Kalau sebelum, kalau tinja tu tadi di dalam walau pun ayam itu dalam reban yang tertutup, tapi dia tak semestinya kita kata masalah lalat ini boleh diselesaikan kalau pun kesedaran daripada pengusaha tidak dapat kita bina.
Maknanya pengusaha tadi perlu ada satu kesedaran tanggungjawab mengambil 1 responsibility untuk mengawal cara bagaimana untuk menghilangkan lalat-lalat itu daripada mengganggu orang ramai. Makna di tempat saya tu yang saya sebut peristiwa ini tadi sehingga kan apabila udah keluar ayam berlaku lah kita kata sipak kata orang Perak ni nokna. Nokna ini dia buat-buat lebih kurang. Lambat menguruskan pengurusan tinja menyebabkan lalat sehinggakan orang kampung udah tak tahan lagi. Dah tak tahan lagi. Pada mula tak ada apa, tak berlaku kerana sempat sekejap je kerana lalat ini sekejap je dia dah mula membiak menyebabkan sehinggakan ada yang mula bawa parang. Ada macam-macam lah kerana udah kan merobok dalam hati merobok kerana bila walau pun kita kata kandang, reban ayam bertutup yang guna aircond sebagainya. Benda ni berlaku apabila saya nampak apabila kesedaran atau pun sifat sambil lewa daripada pengusaha itu sendiri. Kampong Gajah maka dengan ini Kampong Gajah yakin dan bersetuju rang undang-undang ini adalah salah satu sahaja cara kita nak menyelesaikan masalah.
Sebenarnya kita perlu juga seiringkan dengan rang undang-undang ini dengan kita terapkan kesedaran yang tinggi dalam diri pengusaha iaitu dan ini adalah lebih penting, amat penting kita lihat bagaimana Allah SWT mengajar kita bagaimana mendidik dalam Al-Quran disebutkan tentang nusyuz seorang isteri bagaimana suami nak mendidik? Pertamanya, Wa'ayuhun. Berikan peringatan. Peringatan ini termasuklah nasihat-nasihat. Makna kita ambil cara pendidikan dalam Quran ni tadi makna pihak kerajaan, agensi-agensi ni yakin memang sudah ada cuma perlu kita pertingkatkan, berikan kesedaran, berikan tunjuk ajar penyelenggaraan tinja dan bangkai apa ya dia boleh dapat dirawat atau pun dihapuskan mengikut standard yang ditetapkan. Jadi bila kesedaran ini wujud dalam diri pengusaha, walaupun kandang itu terbuka, saya yakin masalah lalat ini dapat diselesaikan juga. Karena kalau pun dalam kandang, dalam reban yang tertutup, kalau ini yang berlaku dekat kampung saya waktu PKP, ya waktu PKP itu, tetap berlaku lalat sehinggakan saya sebut tadi la, mula mengamuk orang kampung dan sebagainya. Waktu itu saya tidak jadi YB lagi, tak apa la. Dengan pematuhan standard amalan perladangan ini bukan kita rasa tak payah buat. Elok lah kalau kita buatkan secara bertutup. Itu lebih cantik kalau kita tengokkan insyaAllah mungkin lebih dapat untuk menyelesaikan masalah.
Cuma yang saya khuatir, yang saya sebutkan tadi ada sebahagian-sebahagian yang dapat reban-reban yang terbuka yang kecil-kecil ini tadi, mereka tidak akan mampu untuk menanggung kos untuk lakukan reban tertutup yang tentulah makan belanja yang besar. Mereka ini baru berjinak, baru lepas sekolah dan sebagainya Tak ada peluang kerja, duduk kampung. Mula cari jalan, ikut kursus ternak ayam, ayam kampung ke ayam penelur dan sebagainya, dan benda itu banyak dalam kawasan saya. Jadi saya mengharapkan pihak kerajaan boleh untuk fikirkan bagaimana bantuan dari segi kewangan sama ada pinjaman ataupun skim bantuan dan terus kepada mereka ini sebelum mereka boleh jadi hebat, jadi kaya dan sebagainya ataupun berjaya dalam bidang mereka. Kita tak bicarakan tentang pengusaha yang kaya-kaya ini, yang RM10,000, RM30,000 kalau kena kompaun boleh bayar, kalau kena denda mereka tak peduli, yang disebutkan oleh Behrang tadi. Tapi saya risaukan yang kecil-kecil ini yang perlu kita perhatikan. Ini bukan makna kita nak mengenepikan ataupun tidak bersetuju dengan tertutup ini, cuma kita kena fikirkan reban tutup ini kerana reban tutup juga memerlukan kuasa elektrik yang mencukupi. Sebab ini pengalaman yang saya pergi situ, sekejap saja putus. Dia menyebabkan ayam jadi mati, kerana dia terkepung. Putus saja elektrik, kipas tak jalan, suhu akan naik, kerana dia bertutup, anak ayam memang akan, kita nampak itu akan jingun akan habis, mati dan sebagainya. Itu kita akan menanggung kerugian kepada pengusaha. Begitu juga air.
Saya terima kasih kepada Exco yang menjawab soalan saya tentang air di Kampong Gajah. Dan membacakan, "Wa ja'alna firman Allah SWT, wa ja'alna minal ma'ikulla syai'in hayyin" yang menjadikan daripada air tadi, setiap benda untuk hidup. Ini Kampong Gajah. Kalau kita jadi, kalau kita nak naikkan, reban-reban ini daripada terbuka kepada tertutup, kita perlu juga buatkan persiapan ini untuk mereka, iaitu di antaranya air. Terima kasih lah kalau dia katakan dah selesai lebih kurang di Dun Kampong Gajah. Cuma untuk makluman YB Exco, di Kampong Gajah ini saya difahamkan paip-paip nya masih lagi, paip asbestos. Kalau diberi tekanan lebih sikit pecah. Ini saya harap dapat lah diambil tindakan segera untuk melakukan pertukaran-pertukaran paip ini supaya kalau esok 2026 kalau dikatakan reban-reban tertutup ini mula diadakan lagi, keperluan air ini diperlukan di Kampong Gajah. Tambahan sekarang ini perumahan-perumahan mula naik di Kampong Gajah. Barangkali deme suka dengan YB baru, mereka nak datang pindah ke Kampong Gajah. Jadi keperluan air itu perlu. Jadi saya harap supaya YB Exco ambil perhatian dalam itu untuk adakan segera paip-paip yang ada di Kampong Gajah.
Akhirnya, saya tidaklah meneruskan lagi ucapan saya, saya rasa cukup setakat ini la, yang lain semua dah bantai, semua bukan bantai, sudah jelaskan, sudah bahas tentang baik buruknya. Jadi saya akhirnya Kampong Gajah menyokong Rang Undang-Undang Unggas agar ia diluluskan. Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh
Wassalamu'alaikum warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kampong Gajah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan. 15 minit, silakan.
Salam sejahtera kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang Perak, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak media dan seterusnya pemerhati-pemerhati dan hadirin sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan untuk meragamkan penghargaan dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari ini. Sidang Dewan yang mulia, merujuk kepada Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, bahagian roman 2(a), Standard Amaran Perladangan. 4(a)(2) Reban Tertutup membawa maksud reban unggas yang keseluruhan bahagiannya bertutup rapat kecuali di bahagian untuk udara keluar masuk. Sehubungan itu, perladangan unggas tertutup boleh menyebabkan stereotype orang ramai terhadap binatang ternakan iaitu kotor, kucau kacu dan berbau. Selagi tanggapan negatif ini tidak dibanteras, golongan muda tidak akan tertarik untuk menceburi bidang perladangan yang dianggap sebagai industri senja.
Faktanya, sektor perladangan adalah penting dalam menentukan pengeluaran makanan dalam negara. Oleh yang demikian, transformasi ladang ternakan yang ketinggalan zaman kepada sistem tertutup yang menjamin kebersihan adalah mustahak. Inisiatif ini dipercayai mampu membantu peladang-peladang terutamanya mereka yang berada di Manjung dan Sitiawan Perak, yang sering menghadapi masalah lalat. Saya menyokong pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 untuk melaksanakan perladangan tertutup berdasarkan indikator-indikator tersebut.
Indiktor pertama adalah pencegahan kecurian. Indikator kedua ialah pencegahan pencerobohan dari sudut semulajadi. Indikator ketiga ialah pencerobohan sebab penyakit, akan tetapi jangkitan penyakit bawaan udara tidak diambil kira dalam konteks ini. Indikator keempat ialah menyediakan kes unggas melarikan diri. Indikator kelima ialah merujuk dan menyediakan suasana persekitaran yang sesuai untuk tumbesaran unggas. Indikator keenam ialah meningkatkan kualiti dan tumbuhan pemberikan makanan agar penggunaannya terjamin. Indikator ketujuh ialah meningkatkan kecekapan pengurusan yang mana pertumbuhan unggas dapat dipantau dan direkod dengan lebih berkesan.
Sidang Dewan yang mulia, perladangan unggas tertutup secara amnya boleh meningkatkan dan menstabilkan pengeluaran makanan. Lebih-lebih lagi pencemaran bau dari ladang ternakan, masalah lalat dan kelambatan akibat daripada pengurusan sisa yang tidak teratur dapat dibanteras. Justeru itu, ia dapat meningkatkan pendapatan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri diharap dapat membantu pengusaha-pengusaha dengan cara yang paling menjimatkan iaitu mentransformasikan ladang yang sedia ada kepada ladang tertutup. Hal ini dapat mengurangkan perbelanjaan pengusaha-pengusaha. Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan beberapa perkara seperti berikut. Pertama sekali, penguatkuasaan mesti dijalankan mengikut undang-undang dan elemen. Tindakan dan pembetulan yang bertahan patut dielakkan. Haruslah kita pertimbangkan juga kesan-kesan yang dibawa serba pindaan ini diluluskan. Kenaikan denda akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya penyalahgunaan kuasa, masalah rasuah serta pilih kasih. Kedua, memandangkan pembinaan ladang tertutup memerlukan kos yang tinggi, ini akan banyak membebankan pengusaha-pengusaha kecil.
Oleh yang demikian, sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri perlu menawarkan bantuan kewangan kepada pengusaha-pengusaha untuk membiayai kos-kos ini, misalnya, pinjaman dan fasiliti bantuan khas untuk membiayai kos-kos tersebut. Ketiga, adalah mustahak untuk mendidik pengusaha-pengusaha dalam memahami spesifikasi dan kelebihan ladang tertutup. Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan kemungkinan halangan bahasa pertimbangan boleh diberikan untuk menyediakan bahan berbilang bahasa yang mana pendekatan ini mampu mengurangkan perselisihan faham antara pengusaha dan pihak penguatkuasa. Tambahan pula, ini mampu mengelakkan berlaku lagi isu rakyat Perak mengikuti bantuan SOP yang digariskan seperti cabaran yang dihadapi sementara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.
Sejarah tersebut boleh dikatakan dengan ketidakjelasan prosedur operasi centred, penyelewengan penguatkuasaan undang-undang yang menyebabkan orang ramai dan peniaga keliru tentang apa yang boleh dan patut dilakukan. Jelas sekali betapa pentingnya keberkesanan komunikasi dalam melaksanakan sesuatu. Selain itu, ekoran daripada perkembangan pesat penciptaan dan kecerdasan portan, sektor perladangan unggas dapat dipermudahkan dengan adanya kemudahan dan sistem pengurusan berteknologi. Kini, tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan teknologi Internet Of Things telah mengubah mod pembiakan asal iaitu Inisiatif Pembiakan Pintar telah dicipta. Pemandangan persekitaran dan keadaan pemakanan di sekeliling ladang tertutup membolehkan kita memaksimakan kesihatan unggas dan seterusnya meningkatkan kualiti dan pengeluarannya. Akhir kata, sudah tiba masanya...
Laluan, YB Jelapang.
Kerajaan Negeri untuk mencadangkan penyelidikan…
Jelapang. Jelapang. Bagi laluan.
Kamunting minta laluan.
Sikit. Saya sudah nak abis…
Boleh bagi laluan tak?
Biar saya habis dulu. Boleh?
Kalau dah habis tak adalah laluan. Boleh bagi laluan ke tak?
Ha?
Tak bagi laluan? Bagi laluan ke tak? Jelapang bagi laluan untuk Kamunting celah ke tak? Boleh ye. Ok, Kamunting.
Terima kasih Jelapang. Terima kasih pada Dato’ Yang di-Pertua. Tadi Jelapang sebut dengan denda yang dikenakan akan terdedah kepada unsur rasuah. Jadi seolah-olah setujukah Jelapang mengatakan bahawa Jelapang tidak bersetuju dengan kos yang tinggi, denda yang dikenakan kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha ni tadi sebab denda yang tinggi ni akan menyebabkan unsur rasuah ni berlaku?
Jelapang. Please.
Tadi saya ada sebut. So, kalau itu tentang tinggi, so, pun akan menyebabkan rasuah. So, ini…so, ini pihak…so, RUU ini diluluskan. So, pihak berkenaan akan..pihak kerajaan akan..
Respon sikit.
..menyelesaikan masalah ini.
Sebab..sebab..saya faham..
Sorry, saya mahu teruskan..
Kamunting, dia tak bagi jalan, Kamunting. Teruskan Jelapang. Terima kasih.
Akhir kata, so, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri untuk menjalankan penyelidikan teliti mengenai penternakan pintar sebagai langkah lanjutan dalam pembangunan industri perladangan unggas. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelapang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk memulakan perbahasan. 15 minit. Dipersilakan.
Assalamualaikum wbt salam sejahtera. (BACAAN DOA). Saya mulakan perbahasan saya ini dengan satu surah dalam Al Qur'an yang pendek tetapi menyebut tentang haiwan, binatang, serta unggas. Bismillahirrahmanirrahim (AYAT QURAN) Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap tentera bergajah, (AYAT QURAN) Tidakkah Ia Allah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia. (AYAT QURAN) “Dan Dia Allah yang mengirimkan kepada mereka burung yang amat banyak. (AYAT QURAN) Yang melimpahi kepada mereka batu-batu yang panas. (AYAT QURAN) Sehingga mereka dijadikan Allah SWT seperti daun yang dimakan ulat.”. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Masyarakat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pemangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan pusat, hadirin hadirat yang dirahmati oleh Allah sekalian. Masa yang dijadualkan kepada saya pada pukul 1 tadi. Sekarang menghampiri pukul 2.00. Cukuplah saya mengucap dengan ucapan yang seringkas-seringkasnya.
Sehingga kini saya dapati tidak ada seorang pun di kalangan YB-YB yang berbahas untuk usul ini menolak akan pindaan rang undang-undang ini. Lalu saya turut serta menyokong enakmen pindaan ini sebagai suatu bentuk pengawasan, pengawalan demi untuk keterjaminan makanan demi untuk mengatasi kekacauan gangguan awam dan sebagainya dalam berarti kata bahawa kita telah mencapai kata sepakat dan kita telah mengambil kata sepakat itu lalu Allah SWT mengajar kita dengan firmannya, "fa'iza azamta fatawakal 'ala Allah". "Apabila kamu semua telah meletakkan suatu keputusan maka hendaklah kamu bertawakal yakni berserah kepada Allah SWT." Tawakal bukanlah bermaksud kita serah bulat-bulat kepada Allah SWT tetapi kita akan berserah kepada Allah SWT setelah kita melaksanakan, berusaha, merancang dengan penuh tanggungjawab mengikuti keputusan-keputusan yang telah dipersepakati, lalu kita serah kepada Allah SWT. Berserah kepada Allah SWT dengan pengharapan yang sungguh-sungguh dengan Allah SWT bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik perancang dalam apa yang kita rancang. Lalu, kita tidak boleh lupa dengan pengharapan kita dengan Allah SWT untuk berdoa kepada-Nya.
Saya mulakan ucapan saya ini dengan surah Al-Fil yang saya bacakan tadi dan saya terjemahkan. Surah yang pendek, yang mempunyai makna yang besar untuk difahami yang terlibat di dalamnya kisah unggas iaitu burung. Kisah bagaimana sekumpulan tentera yang memiliki gajah diketuai oleh Abrahah masuk ke Mekah untuk tujuan meruntuhkan Kaabah. Sebelum Abrahah masuk ke Mekah, beliau telah merampas segala harta penduduk Mekah. Lalu bangun salah seorang pimpinan Mushyrikin Mekah ketika itu, Abi Talib, menyatakan, "Hei Abrahah, tujuan kamu datang untuk meruntuhkan Kaabah. Kaabah ada tuannya, ada pemiliknya. Iaitu Allah SWT. Kamu pergilah berhadapan dengan-Nya dan kamu pulangkanlah semula akan harta-harta kami. Abrahah tidak mempedulikan rayuan yang dibuat oleh Abi Talib. Masuk ke kota Mekah. Lalu Allah SWT mendatangkan sekumpulan besar burung ababil membawa batu- batu yang panas membinasakan tentera Abrahah. Kisah yang saya sebutkan ini memberi pengajaran kepada kita betapa usaha yang kita buat, perancangan yang kita buat, ketetapan undang-undang, peraturan yang kita buat, setelah mendapat kata sepakat kita perlu berserah kepada Allah SWT. Kita merancang Allah Ta'ala juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah SWT sebaik-baik perancang. Kita bertanggungjawab dengan keputusan, peraturan, undang-undang yang kita buat demi kepentingan rakyat jelata. Sabda Rasulullah SAW, "Wa kul lukum mas'ulun an rayatih". "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan ditanya atas apa yang kamu pimpin.”
Kita yang berada dalam Dewan ini adalah pemimpin. Sekecil-kecil pemimpin ialah ibu bapa. Dia memimpin anak-anak isterinya, dia nak bawa ke mana? Dia nak pimpin ke mana? Ketua kampung, pemimpin kepada kampungnya. Penghulu, dia pemimpin pada mukimnya. Pegawai Daerah, dia pemimpin kepada daerahnya. YB-YB dia pemimpin kepada Dun dan parlimennya. Seterusnya, menteri-menteri pemimpin kepada orang bawahannya. Ketua-ketua jabatan adalah pemimpin orang bawahannya. Kita akan ditanya oleh Allah SWT atas apa yang kita urus dan yang kita pimpin atas apa yang kita bawa sebagai pemimpin dan atas kesedaran inilah memungkinkan pelaksanaan undang-undang yang kita bincang panjang ini, mampu untuk dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kesedaran bahawa kita perlu bergantung harap dengan Allah SWT. Cukuplah sekadar itu atas ucapan saya. Saya menyokong atas pindahan rang undang-undang ini. Kenering menyokong. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kenering. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk memulakan perbahasan. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan speaker, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat seluruh Ahli Dewan Negeri Perak, yang berusaha ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi, para pengamal media, pemerhati dan seterusnya, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 dan saya merupakan pembahas yang kedua akhir. Rasanya ibarat kalau pergi kenduri ni hujung-hujung last minute punya. Orang kata modal dah habislah. Kira rezeki rimaulah ni ya. Apa nak dicakap pun semua habis dibahas oleh sahabat-sahabat baik daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang sendiri. Bagi mukadimah ucapan saya, saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat dan semua yang hadir untuk sama-sama kita menghayati sepotong ayat Al Quran. (Bacaan ayat suci Al-Quran).
"Dan Allah menciptakan setiap haiwan itu dari air. Maka sebahagian dari binatang itu ada yang menjalar atas perutnya iaitu menjalar atas perutnya seperti ular dan sebahagian binatang itu di antaranya berjalan dengan 2 kaki dan sebahagian daripada binatang itu berjalan dengan 4 kaki. Allah mencipta apa sahaja yang dia kehendaki kerana sesungguhnya Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu. Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli Dewan. Rang Undang-undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang dibincangkan daripada semalam hingga ke hari ini, ini bukanlah satu perkara yang remeh-temeh. Bahkan, ia adalah satu perkara yang sangat penting dan ia menginsignifikan kepada pelbagai pihak. Terutamanya kepada rakyat, pemain industri dan Kerajaan Negeri sendiri. Semua kita memahami dan mengetahui bahawa sisa tinja perladangan unggas ini telah menyebabkan timbulnya masalah lalat kepada rakyat sejak beberapa tahun yang lalu. Bahkan berpuluh-puluh tahun. Bahkan ia juga terpalit dengan isu kebersihan dan kesihatan dan pada masa ini, Perak adalah antara pembekal utama daging unggas dalam negara kita.
Justeru itu, Lubok Merbau ingin memberi menarik perhatian kepada seluruh Ahli Dewan terhadap beberapa perkara sebelum kita melulus dan melaksanakan rang undang-undang ini supaya kita dapat mengimbangi antara permasalahan rakyat, antara pemain industri dan keperluan negara. Timbalan Speaker yang dihormati. Yang pertama, penguatkuasaan Rang Undang-undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, ini mestilah dilaksanakan dengan secara adil dan saksama. Tanpa mengira parti, bangsa dan agama, pihak berkuasa wajib memastikan semua pihak yang tertakluk di bawah undang-undang dan peraturan yang kerajaan tetapkan. Firman Allah Ta'ala, surah An-Nisa ayat 58 (ayat al quran) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya." "Dan apabila kamu menetapkan sesuatu hukuman di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil." "Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaiknya kepada kamu." "Sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha melihat."
Yang Berhormat, Timbalan Speaker. Yang kedua, hasrat Kerajaan yang mahukan perladangan unggas secara tertutup sepenuhnya menjelang tahun 2026, ini adalah satu tindakan yang sangat tepat dan ia wajar disokong oleh semua pihak. Namun, kos yang diperlukan bagi tujuan tersebut adalah sangat tinggi dan memerlukan ratusan ribu ringgit bahkan sampai mencecah juta ringgit. Justeru itu saya mengharapkan kerajaan dapat memikirkan satu insentif atau mekanisma bagi memastikan pemain industri ini memiliki modal yang mencukupi dalam melaksanakan perladangan unggas secara reban yang bertutup. Dalam masa yang sama juga, saya memohon pihak kerajaan juga tidak melupakan bantuan kepada orang-orang kampung yang baru berjinak-jinak, bagaimana yang disebut oleh sahabat saya tadi kepada orang-orang muda yang berjinak-jinak dalam industri penternakan unggas ini dan saya juga merakamkan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada pihak majlis agama dan agensi yang tertentu yang telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelbagai bantuan termasuklah kursus ternakan ayam kampung dan bantuan kepada asnaf-asnaf di negeri Perak. Yang ketiga, kita menyedari bahawa pindaan RUU ini, ia melibatkan berbagai seksyen, seksyen 8, seksyen 10, seksyen 11,12,13,15,17 dan 24 yang mana ia melibatkan peraturan yang ketat. Hukuman dan denda yang lebih berat daripada sebelumnya kepada para pemain industri ini.
Apa yang sangat dibimbangi adalah pelaksanaan pindaan RUU ini akan menyebabkan pengusaha terpaksa gulung tikar. Menjejaskan pekerjaan anak muda. Seterusnya memberi kesan kepada keterjaminan makanan, food security dengan izin. Justeru itu, saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dan agensi dapat memberi bimbingan, taklimat khusus bagi mempermudahkan kepada setiap pihak pemain industri ini dan supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh cuba mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Yang Berhormat Timbalan Speaker yang dihormati dan Ahli Dewan. Sebagai penutup kepada ucapan perbahasan ini, saya mengajak Ahli Dewan Yang Berhormat semua untuk sama-sama menghayati sebuah ayat suci Al-Quran, surah Al-Toha ayat 53 hingga 54. (ayat al-quran) "Allah SWT yang menjadikan bagi kamu sekalian bumi sebagai hamparan. Dan menjadikan kamu sekalian di bumi ini jalan-jalan. Dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang bermacam-macam. Makanlah dan ternaklah binatang-binatang kamu sekalian. Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal." Lubuk Merbau menyokong penuh Rang Undang-undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. Sila.
Bismillahirrahminirahim. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat barisan Exco, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, rakan media serta seluruh penduduk di Dun Pengkalan Baharu amnya dan penduduk di kawasan paling luas. Tuan-tuan yang dimuliakan. Pertamanya, saya mulakan dengan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan di-Pertua di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta menyertai perbahasan pada hari ini.
Sebagai pembahas terakhir, sudah pastilah segala hujah-hujah telah disampaikan oleh kedua-dua belah pihak. Jadi bak kata pembahas yang kedua terakhir tadi, dah banyak isu telah dikupaskan. Semuanya memberi respon yang cukup baik terhadap RUU ini. Jadi, saya lebih kepada nak menyentuh tentang apa yang saya sendiri alami di kawasan saya. Sebab di kawasan saya, di dalam daerah Manjung adalah merupakan daerah yang terbesar di dalam pengeluaran ayam bagi negeri Perak. Sudah tentulah ancaman lalat yang kami alami di sana sangat mendukacitakan. Jika dibandingkan dengan lain-lain tempat yang berada di luar daerah Manjung. Cuba kita bayangkan kalau dalam kereta kita, ada masuk seekor lalat pun kita sudah tidak senang dengan keadaan apa yang berlaku. Jika dibandingkan dengan kami yang berada di dalam kawasan yang paling banyak terkesan dengan kehadiran lalat-lalat ini. Sehingga nak makan pun kita kena bersilat untuk menepis lalat di kiri dan kanan. Kepada pengundi-pengundi saya atau pun kepada penduduk-penduduk dalam Dun Pengkalan Baharu yang tinggal di Kampung Air Tawar, Ladang Bilham, Kampung Banjar, Kampung Bakar Bata, Kampung Padang Lenga, Beruas, saya harap bersabar kerana Rang Undang-Undang ini Pindaan Enakmen 2023, andai dilaksanakan nanti, insya Allah masalah yang kita hadapi sejak sekian lama akan berkurangan.
Tuan-tuan dan puan-puan, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Lintang kerana dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas yang telah dibuat pada pagi semalam sangat tepat pada waktunya. Memandangkan kami tidak mampu lagi menghadapi keadaan sedemikian, begitu juga kepada Tebing Tinggi dan Gunung Semanggol yang telah menyokong dan saya rasa semua Dun telah menyokong dan saya merasa ianya amat mudah untuk kita menerima pakai undang-undang yang kita akan putuskan nanti. Sebenarnya isu yang kita hadapi ni bukanlah isu yang baru, dia sejak saya rasa lebih daripada 10 tahun sebagaimana yang disebut oleh Astaka tadi lebih daripada 10 tahun lah isu lalat yang kita alami dan isu berkaitan dengan lalat ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan yang memerintah kerana jika peraturan atau enakmennya sedemikian rupa parti mana yang memerintah kerajaan mana yang memerintah pun akan menghadapi benda yang sama. Sebagai contoh sebelum 2018 Barisan Nasional sebagai kerajaan di Negeri Perak teruk juga kena hentam dengan penduduk-penduduk kerana gagal menangani isu lalat. Lepas itu, setelah bertukar kerajaan kepada PH juga isu yang sama tetap berlaku. Kerana apa? Kerana enakmen. Jadi pindaan yang akan kita buat adalah satu pindaan yang cukup baik bagi mengatasi ancaman yang berlarutan.
Sebenarnya isu ini adalah datangnya daripada pengusaha-pengusaha alat, pengusaha-pengusaha ternakan unggas yang tidak merasakan bahawa denda ataupun saman, kompaun yang dikenakan sebagai satu benda yang berat kerana denda yang dikenakan pada saya sebelum ini dalam Enakmen 2005 agak ringan dan sebenarnya pada pengusaha-pengusaha terhadap ayam ni, denda sedemikian rupa bolehlah dikatakan, boleh kita pandang sebelah mata sahajalah dendanya tak kuat. Jadi dalam Enakmen 2023 ni kita nampak ada peningkatan dari segi denda yang telah dicadangkan. Maknanya dari segi kelemahan undang-undang dalam Enakmen 2005. Bukan semua ladang ternakan yang membiarkan isu berkaitan dengan lalat. Ada juga ladang-ladang di kawasan saya, di daerah Manjung, di Segari yang telah menyediakan reban ataupun tempat ternakan ayam yang tertutup. Kalau orang sebelah sana sebut ladang ternakan aircond. Jadi maksud aircond itu ditutup sepenuhnyalah. Jadi, dengan pengurusan yang betul dari segi tinja ayam, bahan- bahan karkas ayam dan sebagainya, ia dapat mengurang daripada lalat-lalat tersebut berkeliaran.
Untuk makluman hadirin, untuk makluman ahli-ahli lalat ini dia bukan sentiasa ada sepanjang tahun. Lalat bukanlah sentiasa sepanjang tahun bermula dari awal tahun sehingga habis tahun sepanjang masa. Lalat tidak. Lalat ini ianya bermusim. Musimnya adalah bila ayam telah dikeluarkan. Najis-najis telah dikutip, dikumpul. Masa itulah lalat akan keluar mencari kamilah sebab saya tinggal dekat sana dan saya duduk dalam kawasan yang terkesan teruk. Ianya juga berpunca dari penggunaan najis-najis ayam atau pun tinja-tinja ayam yang digunapakai oleh peladang-peladang, penanam-penanam kelapa sawit, penanam sayur, yang menggunakan tinja ayam sebagai baja organik. Bila ditabur, di situlah puncanya lalat-lalat datang. Perkara ini harus diteliti dan dibuat satu kaedah bagaimana untuk merawat tinja-tinja ayam sebagaimana yang disebut oleh rakan saya dari Alor Pongsu tadi. Kalau di Jepun, ayam belum sempat berak pun dah ada orang nak. Jadi, teknologi-teknologi baru harus dicari untuk menyelesaikan isu ini supaya tidak berlarutan. Bayangkan, Daerah Manjung adalah daerah pelancong. Daerah pelancong yang datang bila mereka singgah dikedai-kedai makan dengan kehadiran lalat yang memenuhi meja makan, belum lagi tengok tempat penyediaan makanan. Bayangkan bagaimana nanti mereka akan menghadapi. Nampak lampu. Saya bagi. Silakan.
Terima kasih. Terima kasih Cikgu Man. Cikgu Man, tanya Cikgu Man.
Insya Allah saya akan jawab.
Bersetuju dak Pengkalan Baharu. Saya lebih respek Pengkalan Baharu kerana dia lebih hands on. Dia salah seorang mangsa lalat di keliling dan dalam rumah itu dan, setuju dak Pengkalan Baharu, ada orang belah sana kata belah saya dia kata lalat, lalat baik. YB makanlah, no problem dia kata dan mungkin juga satu lagi dia kata, saya dengar orang belah kawasan Dun YB, dia kata bila takda lalat dia sunyi, tak selera nak makan. Terima kasih.
Soalan cepumas ni. Untuk makluman semua. Kita ni, dekat sana ni, rumah saya ni dengan reban ayam ni sangat dekat dan untuk makan ni kita menggunakan 2 belah tangan. Sebelah tangan kanan menyuap makan, tangan kiri akan menjadi perisai untuk menghalau lalat. Jadi tuan-tuan bayangkan, itulah kehidupan kami di sana. Jadi betullah tu kalau kata takda lalat kita pun hairan, eh kenapa takda lalat hari ni dan betul lah tu. Yang saya heran satu benda je, Alor Pongsu. Rasanya Kementerian Kesihatan pun boleh sahkan tidak ada satu pun kematian disebabkan oleh lalat lagi di dalam Daerah Manjung. Tak ada ye? Pantai Remis mengesahkan bahawa tak ada kematian sebabkan lalat. Maknanya lalat ni baiklah. Kalau kita nak banding dengan covid dengan denggi dengan apa kan. Denggi ada kematian, covid kematian, lalat tak ada orang mati. Tapi bak kata orang utaralah. Orang Kedah saya ni pun orang Kedah, hijrah ke daerah. Orang-orang yang datang, bila melihat dalam keadaan sedemikian, orang lan nak makan, Itu saja. Jadi, perkataan lan nak makan itu orang utara fahamlah.
Jadi, kami yang tinggal di sana itu dah mangli, satu lagi perkataan di utara, mangli. Maksudnya, kita dah biasa dengan keadaan tersebut. Tuan dan puan-puan, saya juga nak menarik perhatian tentang cadangan kita untuk penambahbaikan dalam RUU 2023 ini melalui pemerhatian kita, beberapa aspek penyumbang kepada serangan luar biasa lalat tersebut antaranya adalah perusahaan reban ayam yang dibuat secara terbuka, pengoperasian tanpa lesen, pengurusan tinja ataupun najis unggas yang tidak diuruskan dengan baik, penggunaan tinja tanpa dirawat dan prosedur tanpa prosedur oleh pekebun dan petani yang saya sebut tadi. Jadi, saya juga sedar bahawa penguatkuasaan sebenarnya bukan tidak dilaksanakan, memang dilaksanakan. Bila kita rujuk kepada jumlah kompaun yang telah dikenakan semenjak 2012 hingga 2022, dilihat antara kompaun tertinggi yang dikeluarkan adalah jumlah 90 kompaun adalah di bawah Seksyen 17 iaitu gagal mengawal pembiakan lalat dan yang kedua tertinggi adalah di bawah Seksyen 8 iaitu menternak tanpa lesen dengan jumlah 73 kompaun. Cuma masalahnya kompaun yang dikenakan agak amaunnya itu ataupun ringgitnya rendah.
Jadi kita harap dalam pindaan ini dicadangkan satu angka yang agak lebih tinggi dan saya pun tidak nampak andai ditinggikan kadar denda ianya akan menyumbang ke arah berlakunya rasuah dan sebagainya. Ia lebih mendidik agar pengusaha bertanggungjawab terhadap bagaimana nak menjaga kelestarian alam serta keharmonian penduduk dan masyarakat sekeliling. Ianya lebih kepada mendidik. Bagi setiap kesalahan yang disebut di bawah enakmen ini jika dilihat dari segi jumlah kadar denda yang dikenakan, denda bagi kesalahan di bawah Seksyen 17 adalah sebanyak RM10,000 maksimum atau penjara tidak lebih 1 tahun. Denda bagi kesalahan di bawah Seksyen 8 pula adalah RM5,000 minimum atau RM10,000 maksimum atau penjara tidak melebihi 2 tahun. Manakala kadar kompaun bagi bagi mana-mana seksyen di bawah enakmen adalah hanya sebanyak RM300 minimum atau RM2,000 maksimum. Inilah yang perlu ditingkatkan supaya kami tidak ataupun kita semua di negeri Perak ini tidak lagi mengalami masalah yang dihadapi selama ini. Saya juga merakam terima kasih kepada Astaka kerana membangkitkan soal lalat dan saya tahu Astaka pun dengan saya dalam satu kawasan, dalam satu daerah.
Di bandar baru Setiawan saya pergi. Bila masuk-masuk rumah, masuk-masuk saja ikut pintu, duduk, tengok dekat dinding penuh dah lalat. Jadi saya bimbang dengan kehadiran lalat sebegitu rupa boleh menjejas prestasi ataupun kehidupan orang ataupun orang nak membeli rumah di situ pun nanti orang akan bimbang untuk tinggal di kawasan sana. Terdapat 507 ladang unggas di seluruh negeri Perak dan saya yakin negeri kita merupakan antara penyumbang terbesar dalam terminal makanan, khususnya ayam. Daerah Manjung sumbang 30% daripada pengeluaran dalam negeri Perak dan saya difahamkan 7% penyumbang bagi ternakan ayam di Malaysia.
Pengkalan Baharu ye sebab dekat dengan Astaka tadi ye. Sebab kawasan Dun-Dun, YB-YB semua terkenal kerana aktiviti pelancongan. Terkesan tak pelancong yang hadir tu? Dengan lalat ni.
Terima kasih, Alor Pongsu. Sebut saja pelancongan ni bukan sekadar di Teluk Batik, bukan sekadar di Pulau Pangkor, bukan sekadar di Lumut. Di kawasan saya pun saya ada kawasan pelancongan. Kawasan pantai Kota Kulit Kerang, Hutan Lipur Hulu Licin di kawasan Beruas, juga merupakan kawasan pelancongan. Saya bimbang, saya bimbang pelancong-pelancong yang datang, akan datang sekali saja tak akan ulang lagi dah kerana lalat ini. Tapi sebab saya sebut tadi lah, belum ada yang mati kerana lalat. Jadi, saya berharap, saya berharap, kita tak nak satu benda yang kita tak nak andai undang-undang ini atau enakmen ini dikuatkuasa nanti ianya akan menjadi, akan membawa kepada kenaikan harga ayam disebabkan oleh pembinaan reban ayam tertutup ini merupakan satu kos yang agak tinggi jika dibandingkan dengan reban terbuka. Jadi pengusaha akan mengambil kesempatan untuk menyerap kos yang mereka tanggung untuk penyediaan reban dalam menentukan harga ayam nanti. Jadi pihak kerajaan perlu mengkaji supaya walaupun kita hendak terkawal tetapi kita juga hendak terjaminan harga ayam di pasaran. Jadi saya rasa saya pun jam di dinding pun dah pusing 2 kali, 15 minit dah habis. Jadi rata-rata semua kedua pihak menyokong dan saya juga bagi pihak Pengkalan Baharu menyokong agar RUU 2023 pindahan enakmen untuk ladang penternakan ayam tunggas ini dilaksanakan. Sekian, Terima kasih.
Terima kasih kepada pembahas yang terakhir pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis, 25 Mei 2023, jam 9.00 pagi. Sekian, terima kasih.