Perak · 25 May 2023
15th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 138 turns · 18,762 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Ahli yang Berhormat sekalian, Sekarang kita mulakan, sekarang kita mulakan Persidangan Keempat Mesyuarat Ketiga Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 25 Mei 2023 jam 9.05 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa. Bismillahirrahmanirrahim.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.
Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. YAB Menteri Besar. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama seperti biasa, setiap Ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan bagi menyemak aturan urusan mesyuarat pada hari ini beserta senarai giliran soalan-soalan lisan. Begitu juga bagi sesi soalan lisan, masa yang diperuntukkan adalah selama 90 minit. Setiap soalan lisan akan diberikan 2 soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya, manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Seperti hari-hari yang sebelumnya, kelazimannya, apabila ada topik yang popular atau isu semasa, Speaker akan membenarkan soalan tambahan lebih daripada 2. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan, pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang kedua berkenaan rang undang-undang kerajaan. Pada hari ini, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat MMK Kawasan Lintang akan menggulung perbahasan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Masa penggulungan yang diperuntukkan adalah selama 60 minit. Perkara yang ketiga berkenaan hansard rasmi, semua Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Perkara yang keempat, Ahli-ahli Yang Berhormat turut bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini pada pagi ini, mahasiswa Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya mewakili seluruh Ahli Dewan Negeri Perak mengalukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Dewan Negeri Perak. Akhir sekali, semalam saya telah menerima pemberitahuan bertulis daripada Yang Berhormat Adun Gunong Semanggol di bawah Perintah-Perintah Tetap 21(1) & 21(2) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Sehubungan itu, berdasarkan Perintah Tetap 17(1) di bawah perkara Aturan Urusan Mesyuarat, saya akan membuat ketetapan berkenaan usul ini selepas sesi soalan lisan. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. My ruling on soalan tambahan dengan izin, kalau ada yang berkaitan dan lebih daripada 2 daripada topik yang popular saya benarkan. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang Berhormat Dato' Speaker, Tanah Rizab Melayu hilang satu demi satu. Trong soalan nombor 1.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor 1 daripada Yang Berhormat Trong secara bersekali dengan soalan nombor 24 daripada Yang Berhormat Tebing Tinggi kerana kedua-duanya adalah berkaitan isu Tanah Rizab Melayu. Yang Berhormat Tebing Tinggi soalannya, telah minta supaya pihak kerajaan memaklumkan status Tanah Rizab Melayu di Negeri Perak dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Untuk makluman Yang Berhormat Tebing Tinggi, berdasarkan data terkini keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Perak bagi tahun 2023 adalah seluas 953,178.52 hektar dan ia merupakan 45.07% daripada keluasan keseluruhan Negeri Perak iaitu 2,114,631.53 hektar. Statistik menunjukkan keluasan Tanah Rizab Melayu yang sempurna diwartakan telah menyaksikan peningkatan daripada masa ke semasa.
Oleh kerana Yang Berhormat meminta statistik Tanah Rizab Melayu bagi 5 tahun kebelakangan, maka sukacita saya maklumkan di dalam Dewan ini statistik berikut. Pada tahun 2019 keluasan rizab Melayu ialah 950,326 hektar. Tahun 2020, 950,056 hektar manakala tahun 2021 keluasannya 953,042.67 hektar. Tahun 2022 keluasannya 953,075 hektar dan pada tahun 2023 keluasannya 953,178.52 hektar. Data ini menunjukkan berlaku pertambahan keluasan sebanyak 2,852.52 hektar dalam tempoh 5 tahun. Meski pun berlaku peningkatan yang begitu signifikan, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian terus melipat gandakan usaha secara konsisten bagi menambah keluasan Tanah Rizab Melayu di Negeri Perak. Antara langkah-langkah yang telah dilakukan termasuklah pertama, sejumlah kira-kira 3,782 hektar telah pun dikenal pasti untuk diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Manakala sejumlah lebih kurang 3,749 hektar lagi kini dalam semakan akhir tapak sebelum dipertimbangkan selanjutnya.
Yang kedua, PTG juga telah dan sedang mengambil tindakan untuk menyempurnakan proses pewartaan bagi tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk diisytiharkan sebagai kawasan Tanah Rizab Melayu termasuk tanah-tanah yang diluluskan bagi Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan juga Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB).
Langkah yang ketiga, membangunkan pelan digital bersama JUPEM bagi menanda kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu dalam bentuk GIS bagi memudahkan urusan data di masa akan dating dan langkah yang keempat, pelaksanaan task-force kemasukan endorsan Isytihar Rizab Melayu dan Kemasukan Rizab Melayu bagi mana-mana Tanah Rizab Melayu yang masih belum mempunyai endorsan. Sejumlah 133,051 hak milik telah selesai dibuat kemasukan dan dilakukan secara berterusan. Peningkatan ini mencerminkan usaha dan iltizam Kerajaan Negeri untuk menambah keluasan pewartaan Tanah Rizab Melayu di Negeri Perak bagi memenuhi Wasiat Raja-Raja Melayu agar 50% daripada keluasan negeri diwartakan sebagai Rizab Melayu.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Trong telah merujuk perkara yang disebutkan oleh saya ketika menjawab soalan rakan-rakan pemberita dalam satu sidang akhbar pada 12 April yang lalu. Apa yang saya cuba jelaskan pada ketika itu ialah mengenai isu Tanah Rizab Melayu seluas 3,214 hektar yang dikatakan telah berpindah milik kepada bukan Melayu di Sitiawan Perak seperti yang dibangkitkan oleh beberapa pihak termasuk NGO-NGO, dengan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2021. Malangnya ada pihak pula yang menyunting rakaman video tersebut sehingga maksud sebenar yang cuba disampaikan telah disalaherti sehingga menimbulkan kekeliruan. Malah, ada yang mengambil kesempatan untuk menjadikan ia isu politik berbaur perkauman dan juga agama.
Untuk itu Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk memberi penjelasan secara sekali lagi dan mohon direkodkan seperti mana yang saya bacakan ini. Harap-harap janganlah ada pula orang mengambil kesempatan untuk edit pula penerangan ini yang akan kemudiannya. Untuk itu bagi menjawab dengan pertanyaan Yang Berhormat Trong, saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjelaskan secara kronologi bagaimana situasi tersebut telah berlaku sehinggalah membawa kepada teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara. Penjelasan ini juga bagi menjawab persoalan sahabat saya Yang Berhormat Gunong Semanggol sebab dalam perbahasan RUU Hotel pada Isnin lepas, Yang Berhormat telah menggunakan anologi "kereta saya nama orang lain, tetapi masih kereta saya". Yang ni boleh berlaku sebab ada orang beli kereta, sambung bayar. Ia tak sama dengan kronologi Tanah Rizab Melayu ni, Yang Berhormat. Tak sama ya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, secara kronologinya tanah tersebut mulanya dimiliki oleh sebuah syarikat yang bernama Syarikat Ladang MARA. Iaitu anak syarikat kepada MARA Holding. Syarikat ini memenuhi syarat pemilikan Tanah Rizab Melayu seperti dalam Seksyen 2 Enakmen Rizab Melayu. Memandangkan ia dimiliki 100% Melayu. Maknanya hak milik tanah tersebut gerannya tertulis nama pemilik adalah Ladang MARA. Status tanah tersebut Tanah Rizab Melayu atas geran tertulis dan tak ada boleh dipertikaikan sebab dia layak untuk memiliki tanah itu menggunakan Seksyen 2 Enakmen Rizab Melayu. Pada tahun 2006, Syarikat Ladang MARA telah membuat permohonan tukar nama menjadi nama syarikat baru iaitu Nadi Agro Bisnes Berhad. Di bawah Seksyen 378 Kanun Tanah Negara. Perkara ini dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara dan Enakmen Rizab Melayu. Dia memohon tukar nama daripada Ladang MARA kepada Nadi Agro Bisnes Berhad boleh tukar nama syarikat. Dalam geran itu tertulis pemilik adalah Nadi Agro Bisnes Berhad Tanah Rizab Melayu. Seterusnya, Nadi Agro Bisnes Berhad telah menukar nama sebagai Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad. Syarikat ini masih mengekalkan status syarikat Melayu yang memiliki aset tersebut termasuk tanah berstatus Tanah Rizab Melayu pegangan Melayu. Jadi dalam geran baru tertulis nama pemilik ialah Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad. Masih Tanah Rizab Melayu atas geran itu.
Bagaimanapun, pada tahun 2011 Lembaga Pengarah Syarikat Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad telah meminda Perlembagaan Syarikat M&A. Untuk membenarkan penjualan saham syarikat kepada individu bukan Melayu sekaligus menyebabkan statusnya sebagai syarikat Melayu gugur secara automatik. Dia bukan tukar pemegang saham di PTG. PTG tidak terlibat dengan urusan itu. Dia terlibat dengan setiausaha syarikat dan SSM. Sapa-sapa pun kita kalau ada syarikat ada share, kita boleh tukar. Tak payah jumpa PTG pun takpa tukar melalui setiausaha syarikat dan juga SSM. Saya ulang balik ya pada tahun 2011, Lembaga Pengarah Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad telah meminda perlembagaan syarikat M&A untuk membenarkan penjualan saham syarikat kepada individu bukan Melayu, sekaligus menyebabkan status syarikat itu sebagai syarikat Melayu telah gugur secara automatik. Sebab dia bukan lagi pemilikan Melayu 100%.
Perubahan inilah yang menyebabkan berlakunya situasi di mana sebuah syarikat berstatus bukan Melayu iaitu Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad telah memiliki Tanah Rizab Melayu yang asalnya dimiliki oleh syarikat Melayu yang asal dulu adalah Ladang MARA. Perubahan pemilikan syarikat ini tidak mengubah status tanah berkenaan sebagai Tanah Rizab Melayu kerana pewartaannya sebagai Tanah Rizab Melayu tidak dibatalkan. Atas geran itu atas geran Dato' Yang di-Pertua masih lagi tertulis atas geran itu tertulis pemilik tanah adalah Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad dan statusnya masih lagi Tanah Rizab Melayu. Sebab atas geran tak tulis siapa pemegang saham. Pemegang saham baru bagi Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad duduk dalam sijil pendaftaran syarikat.
Jadi PTG pun tak tahu, mana PTG nak tahu perubahan yang berlaku bukan di pejabat dia. Dengan erti kata lain akibat perubahan tersebut status berkenaan yang mulanya adalah Tanah Rizab Melayu, pegangan syarikat Melayu telah bertukar menjadi Tanah Rizab Melayu pegangan syarikat bukan Melayu. Yang ni yang saya jawab dalam wawancara PC tersebut, tapi dipendekkan sehingga ramai orang kata ini istilah apa ni. Tanah Rizab Melayu pegangan bukan Melayu. Sebenarnya Tanah Rizab Melayu pegangan syarikat bukan Melayu setelah berlaku pertukaran saham dalam syarikat Melayu. Itu kene jelas Dato'. Orang yang dengar di luar kalau rakam jangan edit. Esok jawab di akhirat esok. Baik. Tak apalah. Dato' Yang di-Pertua, perlanggaran Enakmen Rizab Melayu dan Kanun Tanah Negara.
Dato' boleh minta celahan?
Tengah bagi jawapan duduk. Sat lagi ada soalan tambahan. Ok.
Tak apa kita faham. Pelanggaran Enakmen Rizab Melayu dan Kanun Tanah Negara. Kalau kita meneliti kronologi yang saya sebutkan tadi, kita akan mendapati bahawa tanah yang berkenaan asalnya dimiliki syarikat Melayu tidak pernah dipindahmilik. Sebab nama pemilik tetap jugak atas nama Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad. Tidak pernah dipindah milik melalui Pihak Berkuasa Tanah iaitu PTG negeri, sebaliknya diperolehi oleh syarikat bukan Melayu melalui penjualan share saham syarikat Melayu. Inilah yang saya maksudkan dalam wawancara tersebut. Sebagai kelompongan yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana agensi dan jabatan-jabatan yang berkaitan dengannya. Ini kerana tindakan Lembaga Pengarah Nadi Agro Bisnes Sendirian Berhad membenarkan penjualan saham kepada bukan Melayu meskipun mengetahui tindakan itu akan mengakibatkan Tanah Rizab Melayu yang dimilikinya akan jatuh kepada bukan Melayu adalah jelas bercanggah dengan Enakmen Rizab Melayu. Memang bercanggah. Soalannya. Persoalannya di manakah pula punca kuasa untuk menyekat aktiviti seperti ini berlaku?
Untuk makluman Ahli Dewan Selasa lepas, saya dengan Yang Berhormat SS dengan LA dengan Dato’ PTG, kita lari sekejap daripada Dewan ini kerana kita mengadakan satu perjumpaan dan pertemuan secara rasmi dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz untuk khusus bincangkan perkara ini. Berdasarkan perbincangan itu, pihak SSM memaklumkan kepada kita tiada peraturan di bawah Akta Syarikat Malaysia 2016 yang boleh menyekat atau menghalang mana-mana syarikat meminda perlembagaannya termasuk bagi tujuan penjualan saham syarikat sama ada kepada Melayu atau bukan Melayu. Ini kelompongan pertama.
Kelompongan yang kedua, pihak SSM juga menyatakan bahawa tidak ada peruntukan dalam akta berkenaan yang memberi kuasa kepada SSM untuk membatalkan pendaftaran syarikat meskipun berlaku perubahan pemilikan saham memandangkan ia dianggap sebagai urusan dalaman sesebuah syarikat memang dia berlaku hari-harilah macam di bursa saham jelah. Kita beli saham bertukar nama kepada saham kita. Bertukar hari-hari macam tulah. Inilah yang saya maksudkan dalam sidang akhbar saya tempoh hari bahawa wujud kelompongan yang begitu serius. Ini kerana PTG sebagai Pihak Berkuasa Tanah tidak mengetahui berlaku penjualan saham syarikat yang mengakibatkan status syarikat Melayu bertukar kepada syarikat bukan Melayu. Sebab pertukaran itu tak dibuat di PTG.
Pada waktu yang sama pula, SSM sebagai pengawal selia syarikat tidak pula mempunyai locus standi untuk menyekat aktiviti penjualan saham oleh syarikat yang memiliki tanah berstatus Tanah Rizab Melayu malahan SSM pun tak tanya pemilik asal syarikat tu, hang ada Rizab Melayu ke tak? Dia tak tanya pun sebab penjualan itu telah berlaku begitu saja. Macamlah kita beli saham di bursa takkan ada sapa tanya sama ada syarikat yang kita beli saham itu ada tak Rizab Melayu tak ada. Dato Yang di-Pertua, melihat kepada senario ini, saya sangat-sangat bimbang jika tidak ditangani dengan tuntas, kelompongan ini bukan sahaja boleh mengakibatkan kekeliruan dan kecelaruan dalam sistem urustadbir tanah, malah akan menjadi penghalang besar kepada usaha memartabatkan Tanah Rizab Melayu bukan sahaja di negeri Perak malahan juga di negeri-negeri lain.
Oleh itu, susulan perbincangan dengan pihak SSM dan setelah mendapat pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri. Saya mengambil kesempatan untuk mengambil tanggungjawab untuk membawa isu ini kepada pengetahuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Suatu usaha menyeluruh mesti digerakkan bagi memperkukuhkan ekosistem perundangan dan dasar yang berkaitan dengannya sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan supaya isu seumpama ini dapat ditangani sebaik-baiknya.
Dato' Yang di-Pertua, walaubagaimanapun, kerajaan tidak akan melepaskan begitu sahaja. Kita mengambil tanggungjawab itu, maka kita melakukan langkah-langkah mitigasi dan usaha mengembalikan Tanah Rizab Melayu seperti mana yang ditegur dan dianjurkan oleh Ketua Audit Negara. Saya berkongsi keprihatinan dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah membangkitkan isu ini sejak sekian lama. Sebaik sahaja isu berkenaan dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan Negeri melalui PTG telah menubuhkan jawatankuasa khas dan beberapa langkah mitigasi telah dan sedang diambil. Antara langkah awal yang telah diambil oleh PTG ialah, pertama, melakukan sekatan dengan memasukkan kaveat pendaftar bagi kesemua 3214 hektar yang terlibat untuk menghalang sebarang transaksi atau pindah balik kepada bukan Melayu. Sekatan melalui kaveat pendaftar turut dilakukan bagi lot-lot lain yang terlibat dengan projek pembangunan khususnya di kawasan Sitiawan II. Kemasukan kaveat pendaftar ini bertujuan supaya sebarang pindah milik selepas ini hanya dibenarkan kepada orang Melayu sahaja agar Seksyen 6 Enakmen Rizab Melayu dapat dikuatkuasakan iaitu mengembalikan semula tanah berkenaan sebagai Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu.
Malah ada sebahagian tanah di kawasan berkenaan telah pun dikembalikan status kepada Tanah Rizab Pegangan Melayu. Misalnya pembangunan di Lot 16684 yang telah dipecahkan kepada geran 166179 Lot 74524 berjumlah 993 hektar bagi pembangunan 9523 unit rumah, daripada jumlah itu sebanyak 9152 unit iaitu 95% daripada rumah itu telah dijual kepada orang Melayu dan dimasukkan endorsan Kemasukan Rizab Melayu. Kedua, Kerajaan Negeri juga telah memutuskan sebarang penjualan lot-lot pembangunan di kawasan Sitiawan II selepas ini hendaklah 100% kepada orang Melayu. Ini bermakna pemilikan aset dan hakmilik Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu di kawasan berkenaan akan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Ketiga, Kerajaan Negeri melalui PTG melaksanakan proses pemutihan dengan menyemak dan menilai semula kriteria sedia ada untuk syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam jadual ketiga Enakmen Rizab Melayu bagi permohonan pemilikan tanah. Mana-mana syarikat yang didapati sudah tidak memenuhi sifat dan kriteria sebagai syarikat Melayu akan dikeluarkan daripada senarai Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu. Yang keempat, PTG menyediakan prosedur bagi mengetatkan syarat-syarat untuk sebarang pemberimilikan melalui Seksyen 7 Enakmen Rizab Melayu bagi tanah-tanah berstatus rizab Melayu. Hanya yang berkelayakan dan menepati syarat digariskan dalam Seksyen 2 Enakmen Rizab Melayu sahaja yang boleh dipertimbangkan membuat permohonan bagi tujuan tersebut dan yang kelima, Kerajaan Negeri melalui PTG mengadakan rundingan dengan pemilik tanah termasuk pemaju supaya tanah-tanah yang dimiliki sama ada melibatkan kawasan di Sitiawan II atau di tempat lain hendaklah diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Hasilnya setakat ini sejumlah 183.3 hektar tanah telah dikenalpasti oleh PTG untuk diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu setelah mendapat persetujuan pemilik tanah yang membangunkan kawasan tersebut.
Dato' Yang di-Pertua, bukan itu sahaja bagi membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini, PTG terus mencari jalan untuk mengembalikan status tanah terlibat dengan Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu melalui proses undang-undang. Ini termasuklah yang pertama penggantian tanah untuk diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu di beberapa kawasan yang melibatkan tanah kerajaan dan yang kedua, mana-mana tanah milik pihak syarikat tersebut yang tidak berstatus rizab Melayu jadikan sebagai Tanah rizab Melayu. Langkah-langkah ini adalah usaha berterusan Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini secara cermat dan bertanggungjawab bukan sahaja untuk penambahbaikan kepada teguran Laporan Ketua Audit Negara tetapi atas niat untuk melindungi kepentingan Tanah Rizab Melayu seperti yang terkandung dalam wasiat Raja-Raja Melayu supaya nisbah 50% tanah di negeri ini adalah Tanah Simpanan Melayu sebagaimana turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semanggol.
Dato' Yang di-Pertua sebagai penutupnya secara ikhlas dan suci hati saya mengalu-alukan pandangan dan buah fikiran daripada semua pihak untuk sama-sama berikhtiar mencari jalan dan solusi yang menjurus ke arah penyelesaian ini supaya kesilapan atau kelemahan yang sama tidak akan berulang sekarang atau masa-masa akan datang. Semoga keikhlasan dan kebersamaan ini dalam menangani isu-isu ini akan dapat memastikan kedudukan dan kepentingan rizab Melayu akan sentiasa terpelihara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Satu jawapan yang komprehensif. Trong.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan dan juga usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Soalan tambahan daripada saya memandangkan pertukaran walaupun tidak berlaku pertukaran status Tanah Rizab Melayu tetapi pertukaran hakmilik ini berlaku kerana berlakunya pertukaran pemegang syer dan ini kemungkinan boleh berlaku lagi syarikat-syarikat atau pun institusi yang memang sudah termaktub perlembagaannya pemegang syer atau pun pemegang amanahnya Melayu, kemungkinan juga berlaku pindaan perlembagaan yang perlu melalui proses yang pindaan perlembagaan ini melalui ROS atau pun melalui SSM. Jadi apakah usaha yang boleh dibuat oleh kerajaan bagi menghalang sekali lagi berlaku kejadian ini iaitu pindaan perlembagaan syarikat atau pun pertubuhan yang menyebabkan tergadainya tanah ini kepada mereka? Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Trong. Sebenarnya isu ini telah pun disedari oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Yang Berhormat 3 orang depan saya ni, Semanggol, Sungai Manik dan juga Selama berada dalam kerajaan itu dan kita menyedari ia telah berlaku sebelum itu dan kita telah pun membuat keputusan untuk menolak beberapa permohonan-permohonan tukar hak milik pada waktu itu berasaskan kepada masalah ini. Bersaksikan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dengan Perdana Menteri waktu itu sempena dengan Majlis Raja-Raja, saya telah bangkitkan perkara yang diputuskan dalam Exco supaya pihak Kerajaan Pusat khususnya kementerian waktu itu yang menjaga SSM berbincang melihat perkara ini secara serius dan membuat pembetulan atau penambahbaikan di mana-mana seksyen dalam Akta SSM. Itu tujuan asal kita tapi selepas viral cerita saya baru ni, maka kita adakan perjumpaan, tak bolehlah kita menyalahkan 100% kepada SSM sebab SSM ni kerja dia bukan meluluskan pertukaran saham. Dia hanya merekodkan saja apa yang telah diputuskan oleh syarikat berkenaan pemegang-pemegang syer. Ia sudah tentu melalui proses undang-undang melalui setiausaha syarikat.
Perbincangan kita sudah tentu ada beberapa agensi dan jabatan terlibat perlu duduk bersama. PTG, LA misalnya, Kanun Tanah Negara misalnya atau pun SSM duduk dan lihat balik bagaimana untuk mengelakkan peristiwa yang dibimbangkan itu bersama. Saya pun berkongsi kebimbangan. Ni yang kita kesan yang kita tak kesan kita tak tahu. Kemungkinan itu ada sebab orang akan sentiasa melihat kepada mana-mana kelemahan atau look hole kepada peraturan dan undang-undang. Mereka mengambil kesempatan. Kita mengakulah bahawa ada look hole. Ada kelemahan ada kepincangan dalam peraturan itu. Sebab itu saya sebutkan tadi saya mengambil tanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mana-mana platform supaya dilihat secara serius. Bagaimana kita nak mengelak berlakunya masalah ini Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih.
Ayer Kuning boleh?
Sekejap. Memandangkan soalan ini daripada digabungkan dengan Tebing Tinggi. Saya nak tanya Tebing Tinggi ada soalan tambahan?
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Kebetulan saya terfikir benda yang sama dengan Yang Amat Berhormat tadi dan saya rasa perkara ini harus dijadikan satu top agenda dengan izin sebab Yang Amat Berhormat menyebut soal membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri. Sebab kita harus ingat bahawa undang-undang mengenai ataupun pewujudan rizab Melayu ini sudah lebih seratus tahun kalau ikut sejarah. Ia wujud pada sekitar 1900 dan masalah yang paling besar ialah kepelbagaian perundangan enakmen di peringkat negeri menyebabkan pelbagai tafsiran dan sebagainya mengenai perkara ini. Walaupun ada satu dua peruntukan dalam perlembagaan menyebut perkara yang sama. Jadi saya cadangkan supaya Yang Amat Berhormat membawa perkara ini ke dalam perhatian Majlis Tanah Negara ataupun Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dan satu usaha perlu dimulakan.
Minta maaf Tebing Tinggi minta jurus pada cara kaedah tanya soalan.
Ya. Jadi cadangan saya sebab tadi Yang Amat Berhormat menyebut soal undang-undang masalah yang berlaku dan sebagainya tetapi sekiranya undang-undang pokok yang yang ada tidak ditangani, saya fikir masalah ini akan berterusan dan pelbagai isu politik akan timbul ya. Jadi saya hendak berkongsi hendak mencadangkan supaya perkara ini dibawa kepada peringkat pusat dan mengapa tidak kita ambil model Kanun Tanah negara itu sendiri. Kanun Tanah Negara ialah Undang-Undang Persekutuan. Sama seperti Akta Kerajaan Tempatan tetapi menangani isu bidang kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa kekal di tangan Kerajaan Negeri jadi rizab Melayu ini perkara yang sama dan sudah pastilah saya rasa peranan Majlis Raja-Raja perlu juga perlu dimasukkan dalam perkara itu jadi cadangan saya ekoran daripada apa yang telah dijawab dengan begitu baik oleh Yang Amat Berhormat tadi ialah supaya perkara ini dijadikan agenda nasional dengan Perak mengambil peranan yang utama. Terima kasih.
Ayer Kuning.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Jadi dalam Enakmen Rizab Melayu ini dia jelas, jelas menyatakan pemiliknya mesti orang Melayu. Jadi soalan saya di sini apakah SSM ataupun syarikat ataupun company secretary menyembunyikan, menyembunyikan kepada umum bahawa di dalam syarikat itu ada Tanah Rizab Melayu. Kalau di situ apakah tindakan undang-undang boleh diambil kepada SSM atau kepada company syarikat itu kerana dia menyembunyikan aset yang dimiliki oleh orang Melayu? Itu satu soalan. Yang keduanya berkaitan dengan soalan yang berkaitan dengan juga berkaitan dengan transfer tanah milik individu. Tanah milik individu ini kebenaran Menteri Besar jelas mana-mana tanah dalam plan dalam dalam geran mengatakan bahawa adalah kebenaran Menteri Besar. Tapi berapa kali mereka mohon tak lulus. Tapi akhirnya mereka mengambil pendekatan ada setengahnya menukar tanah itu kepada syarikat. Selepas itu, selepas syarikat, tanah individu menjadi tanah syarikat tetapi selepas itu apabila syarikat boleh di transfer kepada pemilik yang lain. Apakah ini ada satu juga harus kita fikirkan bagaimana bentuk untuk kita mengawal keadaan ini? Terima kasih.
Ok, Menteri Besar.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebing Tinggi dan Ayer Kuning. Seperti saya sebutkan tadi, kita akan berlegar-legar membahaskan perkara yang depan mata kita. Apa-apa tindakan seterusnya mestilah berlaku berlandaskan kepada lunas undang-undang. Sebab itu saya sebutkan tadi kita kena mengajak rakan pusat dan semua pihak terlibat, supaya melihat ini secara menyeluruh. Kalau ada keperluan untuk melakukan pindaan pada mana-mana seksyen mana-mana akta untuk menyelamatkan ini ia perlu dibuat secara menyeluruh dan itulah bendanya yang akan melindungi kita daripada kemungkinan berlaku orang mengambil kesempatan untuk menghalalkan benda yang tak boleh dibuatkan. Terima kasih.
One final question from Selama.
Terima kasih kepada Dato' Speaker. Soalan saya banyak lagi sebenarnya ada 10 tetapi disebabkan menghormati Dato' Speaker dan masa mungkin saya ambil satu atau dua sahaja berkaitan dengan isu inilah yang dibangkitkan dan pertamanya hendak ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar, usaha yang baiklah yang dilakukan untuk menyelamatkan Tanah Rizab Melayu daripada hilang dan juga menambah ganti ataupun ganti kepada Tanah Rizab Melayu. Terima kasih. Yang disebut tadi ialah tidak berlaku pindah milik kepada 3214 hektar tadi tetapi kalau kita lihat di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 ini beberapa kali disebut pindah milik kepada bukan Melayu melibatkan satu. Saya baca saya baca daripada laporan audit ini. Berpindah milik kepada bukan Melayu melibatkan satu lot TRM Tanah Rizab Melayu di Mukim Jaya Baru, Perak Tengah dan juga 2 Lot TRM di Mukim Sitiawan Manjung yang keseluruhannya meliputi tanah seluas 3214 hektar dan beberapa tempat yang lain lagi menyebut berlaku pindahmilik tersebut dan di sini adakah daripada statement Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar benar ataupun statement ataupun Laporan Ketua Audit ini yang benar yang mana satu yang betul dan mohon penjelasan dan jika kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri benar, maka kita minta supaya Kerajaan Negeri membuat teguran pula kepada laporan audit ini. Terima kasih. Kalau dibenarkan lagi. Saya pergi kepada yang kedua dan ketiga selepas ini. Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Selama. Merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara, saya nak maklumkan kronologi yang ada di depan saya ini memang pernah berlaku usaha untuk remove, reserve Tanah Rizab Melayu. Pada tahun 2011 dan 2016 setelah berlakunya pegangan Melayu kepada pegangan syarikat bukan Melayu tetapi sebenarnya untuk remove atau hendak revoke status rizab Melayu atas geran ini bukan sewenang-wenang boleh dibuat. Ia bukan boleh rubber, rubber pula apa padam dengan pemadam atau pakai liquid paper ia ada proses yang perlu dilalui kedua-dua syarikat apa nama kaedah kedua-dua kes ini, melalui proses sehingga pada 25.08.2015 ia tidak dapat dilakukan sebab JUPEM. Peringkat JUPEM, JUPEM tidak membenarkan ia berlaku kerana ia adalah rizab Melayu.
Jadi untuk kes Sitiawan 1, pada 25 hari bulan Ogos 2015, pengisytiharan semula rizab Melayu telah didaftarkan kerana JUPEM tak setuju. Pada April 2017, untuk Jaya Baru kita tak benarkan berlaku pindah milik sehingga melibatkan ada sebuah syarikat telah memfailkan saman pemula kepada PTG Perak kerana tidak membenarkan pindah milik tanah berlaku. Ia kerana kita telah kembali mendaftarkan tanah-tanah tersebut sebagai rizab Melayu. Jadi Yang Berhormat tidak payahlah kita nak blame Ketua Audit Negara sebab dia pun barangkali mendapat sumber-sumber yang terhad. Tapi ini adalah kronologi yang telah berlaku. Baik. Soalan pertama.
Manjoi.
Saya rasa cukup kot kalau panjang sangat ini dia banyak soalan-soalan ini semua dia tidak habis pun kalau kita sampai habis soalan sampai setengah jam. Tidak apa tidak apa.
Saya hendak bagi kredit kepada MB kita.
Kiranya laporan tidak semestinya benarlah?
Tidak apa tidak apa. Macam mana? Saya rasa kita jangan buat andaian-andaian yang macam itu Yang Berhormat ia tidak boleh buat dalam Dewan ini. Kita tidak kita tidak boleh buat andaian-andaian kita kata Ketua Audit Negara tidak betul, salah dan sebagainya.
Maksudnya kita tidak rujuk selepas ini akan ada lagi Dato' Speaker saya baca tadi disebut dipindah milik. Jika tidak benar…
Saya tahu saya faham. Saya faham.
Perlu diubah untuk akan datang itu sahaja niat saya baik Yang Berhormat Dato' Speaker.
Ya...ya...betul-betul.
Mungkin saya boleh pergi soalan seterusnya.
Tapi sila duduk. Saya hendak bercakap, saya baru bercakap ya.
Terima kasih.
Tapi ok kalau kita nak terus ini banyak soalan-soalan yang akan dibangkitkan dan ianya tak boleh diselesaikan dalam satu jam setengah ini. Saya faham. Tapi apa ianya dan isu ini akan berterusan selepas sidang Dewan ini juga mungkin nanti pihak kerajaan boleh buatkan special dengan izin special session kemudiannya selepas Dewan ini untuk dengan panggil semua pakar-pakar PTG dan sebagainya yang boleh berbincang sama dan menyampaikan maklumat kerana PTG tak boleh berbincang dalam Dewan ini dalam chamber, is not a member. Is an allien dengan izin. Ok, So jawapannya. Kredit pada... Saya bagi tak sampai, saya bagi tak sampai seminit Manjoi.
Terima kasih Dato' Speaker. Saya kira, terima kasih Yang Berhormat Kota Tampan. Namun saya kira pihak-pihak pembangkang dan juga pihak kerajaan perlu kita memberikan sokongan yang padu kepada Yang Berhormat Kota Tampan kita dan juga PTG untuk mengembalikan semula pertambahan tanah Rizab Melayu kita yang belum capai 50% ini dan sebenarnya yang disebut oleh Yang Berhormat kita tadi saya kira bukan yang berlaku di zaman ini. Ia berlaku di zaman sebelum-sebelum ini. Saya dengar 2011..
Soalan. Dah jadi soalan ni. Bukan bahas tau.
Ya ada sikit je. 2011- 2016 bukan zaman Yang Berhormat kita. Jadi sekarang ni saya kira bukan saja peringkat kita di sini vokal bahkan peringkat di belah kerajaan juga perlu membantu Menteri Besar dan juga PTG untuk kita mengembalikan semula mencapai 50% Tanah Rizab Melayu kita ni InsyaAllah. Tuan-tuan boleh bersetuju ke pihak sana? Itu saya nak tanya pihak boleh bantu MB kita kembalikan semula perkara ini boleh. Boleh tuan-tuan?
Ok, Manjoi sila. Terima kasih. Behrang. One last final question. Saya tengok usaha dia.
Tadi saya ingin menyentuh tentang yang audit lah teguran audit berkaitan Tanah Rizab Melayu. Jadi sikitlah saya nak tanya adakah Kerajaan Negeri telah orang kata mengambil langkah sewajarnya dalam membetulkan laporan audit tersebut? Tadi Dato' Seri ada jelaskan sikit. Mungkin ada tindakan-tindakan lain yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membetulkan teguran tersebut. Terima kasih.
Ok, Yang Amat Menteri Besar final.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua bagi peluang sedikit. Takpa sebab macam mana saya jawab tadi saya berfikiran positif tanpa menuding jari kepada sesiapa tanpa niat untuk menyalahkan sesiapa sebab kemungkinan-kemungkinan kesilapan ini berlaku berada pada bila-bila masa. Yang penting ialah langkah mitigasi. Sebab itu terima kasih kepada mereka yang telah membangkitkannya. Terima kasih kepada Ketua Audit Negara yang telah membuat teguran. Oleh itu, PTG, Kerajaan Negeri melalui PTG telah mengambil langkah-langkah perlu bagi membetulkan sebarang kelemahan atau kesilapan yang ditegur oleh Ketua Audit Negara. Ada 9 perkara khusus ditegur. Tapi alhamdulillah daripada 9 itu, 5 perkara telah pun selesai kita ambil tindakan. Perkara-perkara yang mudah tu dah boleh selesai.
Contoh, berkaitan dengan ketepatan sebahagian keluasan pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan sepenuhnya. Ini teguran Audit Negara dan ia telah diambil tindakan oleh PTG. Semakan audit terhadap data Tanah Rizab Melayu di 3 PDT Pejabat Daerah Tanah terpilih mendapati ketepatan sebahagian keluasan, pembatalan dan penggantian TRM tidak dapat disahkan. Jadi PTG telah mengambil tindakan-tindakan yang perlu dan ia telah pun selesai. Kita dah laporkan kepada Ketua Audit Negara.
Contoh yang kedua ialah pengisytiharan warta bagi 5 kawasan di Pejabat Daerah Tanah Manjung dan Kerian yang masih dalam proses walau pun telah mengalami masa yang agak lama. Ia telah pun diambil tindakan oleh PTG iaitu di Wilayah Lumut Kiri Manjung, di Ban Pisang Kerian, di Tebuk Panchor Kerian, Kampung Paderi Rizab Melayu Bagan Serai Kerian telah kita ambil tindakan dan telah pun selesai. Yang ketiga, contohnya ialah pemilihan tanah ganti Tanah Rizab Melayu di Rizab Melayu
Pondok Tanjung dan Kampung Raja Pasyak di Kerian tidak mendapati syarat pengisytiharan pun telah diambil tindakan dan dianggap selesai. Yang keempat iaitu Rizab Melayu Pengkalan Baru daerah Manjung seluas 14.67 hektar yang dikatakan telah dipajak kepada syarikat bukan Melayu bagi pengusahaan kuari pun telah diambil tindakan dan dianggap selesai dan yang kelima ialah pemilik pemberimilikan Tanah Rizab Melayu Teluk Nipah, Mukim Lumut, Daerah Manjung seluas 60.75 ekar kepada badan atau agensi yang tidak diwartakan dalam Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu. Ini berkaitan dengan tanah diberikan kepada Koperasi Pangkor yang akhirnya Koperasi Pangkor telah diwartakan dalam Jadual 3 enakmen rizab Melayu, maka ia layak untuk mendapat tanah tersebut maka kita anggap selesai. Ada 4 perkara dalam teguran yang sedang dalam proses. InsyaAllah kita akan terus melakukannya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam soalan ini secara komprehensif. Sekarang saya pergi kepada soalan nombor 2 dan saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Pasir Pinji soalan nombor 2.
Terima kasih Dato' Speaker. Salam Perak Sejahtera 2030. Soalan Pasir Pinji dibahagi kepada 3 bahagian. Untuk jawapan Bahagian (a), Kerajaan Negeri Perak sememangnya turut sama dan memberi komitmen yang tinggi dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha melindungi Harimau Malaya. Negeri Perak merupakan negeri terkehadapan dalam usaha melindungi Harimau Malaya. Ini terbukti dengan pengiktirafan Taman Negeri Royal Belum sebagai Conservation Assured Tiger Standard dengan singkatan CATS iaitu Kawasan Akreditasi Pemulihan Habitat Harimau Malaya pertama bukan sahaja di Malaysia malah di antara negara-negara Asia pada April 2023 yang lalu. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan, JUPEM, Jabatan Perhilitan dan NGO khususnya WWF dalam usaha untuk menambah lagi kawasan seluas 340,000 hektar sebagai kawasan akreditasi CATS yang melibatkan 5 hutan simpan kekal.
Selain itu, usaha-usaha dan tindakan yang selari sebagaimana yang diputuskan oleh Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya antaranya penubuhan Unit Konservasi Harimau Malaya di negeri Perak oleh Jabatan Perhilitan, Penguatkuasaan dan Rondaan, pelepasan semula rusa sambar di Hutan Negeri, negeri Perak. Tindakan pengukuhan habitat khususnya yang melibatkan Coridor Central Forest Spine di 4 koridor utama negeri Perak iaitu Hutan Simpan Padang Chong, Hutan Simpan Sungai Kuak, Hutan Simpan Bukit Larut, Hutan Simpan Bubu, Hutan Simpan Bintang Hijau, Hutan Simpan Papulut dan Hutan Simpan Bubuk sehingga Hutan Paya Bakau Matang.
Untuk jawapan Bahagian (b), sebagaimana yang kita maklum sebahagian besar Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang dan Banjaran Nakawan yang merupakan kompleks utama Central Forest Spine adalah terletak di negeri Perak. Terdapat 5 premieritage yang terletak dalam negeri Perak bagi menjayakan kewujudan Central Forest Spine. Komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam mengekalkan kawasan hutan yang menjadi habitat hidupan liar dan lain-lain khazanah berharga dibuktikan lagi apabila pada 23 Januari 2013, Kerajaan Negeri melalui MMK. 1729 bersetuju mewartakan kawasan tanah kerajaan Mukim Hulu Perak sebagai Hutan Simpan Kekal dengan keluasan 18,866 hektar dan dinamakan Hutan Simpan Kekal Amanjaya.
Bukan setakat itu saja, Kerajaan Negeri Perak turut melancarkan beberapa siri kempen penanaman pokok di beberapa kawasan termasuk di kawasan paya bakau. Pengkayaan habitat yang dilakukan ini bukan setakat dengan penanaman pokok malah Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutanan mewujudkan CLA atau Jenut di lebih dari 20 lokasi di hutan simpan yang dikenal pasti menjadi habitat hidupan liar. Manakala bagi memastikan hidupan liar ini tidak terancam akibat aktiviti pemburuan dan jerat. Kerajaan Negeri dengan kerjasama beberapa agensi terutamanya Jabatan Perhilitan (PDIM), Jabatan Perhutanan dan Perbadanan Taman Negeri Perak menjalankan operasi bersepadu khazanah sejak tahun 2019. Jabatan Perhilitan juga telah melantik hampir 200 komuniti tempatan terdiri daripada bekas tentera Orang Asli dan penduduk setempat sebagai renjer komuniti dan ditempatkan di pos-pos strategik untuk mencegah kegiatan pemburuan, penerokaan dan kegiatan lain yang memusnahkan alam sekitar. Di negeri Perak juga terdapat 2 pusat Konservasi Hidupan Liar di bawah pengurusan Jabatan Perhilitan yang berperanan membiak hidupan liar terancam dan kemudiannya dilepaskan semula ke hutan. Juga terdapat sebuah pusat menyelamat hidupan liar khususnya bagi merawat hidupan liar yang cedera atau sakit disebabkan kemalangan jalan raya atau lain-lain punca. Pusat menyelamat terbesar di Malaysia ini terletak di Sungkai, Perak.
Untuk jawapan bahagian (c), secara umumnya, negeri Perak memiliki semua jenis hidupan liar yang ada di Semenanjung Malaysia, termasuk mamalia besar seperti gajah, harimau belang, seladang dan tapir. Negeri Perak turut memiliki spesis-spesis yang tidak terdapat di beberapa negeri lain seperti seladang dan tuntung sungai. Malah mengikut rekod, Taman Negeri Royal Belum menjadi habitat kesemua 10 spesies Burung Enggang yang direkodkan di Malaysia. Bagi spesies yang boleh dikategorikan endemik seperti tuntung, Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perhilitan telah menubuhkan Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung di Bota Kanan. Pusat ini telah beroperasi sejak tahun 1969 bagi usaha melindungi dan membiakkan untuk dilepaskan semula khususnya di Sungai Perak. Manakala bagi spesies seladang, aktiviti konservasi dan pembiakan dijalankan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai. Program pelepasan 2 ekor seladang ke Hutan Royal Belum telah selesai dilakukan pada 12 Mei yang baru berlalu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan. Berita berkaitan jenayah hidupan liar semakin kerap dilaporkan di media massa negara ini. Apakah pandangan jabatan terhadap penglibatan orang awam sebagai pemberi maklumat dalam konteks pencegahan jenayah? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Pasir Pinji. Pejabat saya dan Jabatan Perhilitan sentiasa berterima kasih di atas maklumat-maklumat yang disalurkan oleh orang awam. Di dalam zaman ini yang berteknologi tinggi dan pantas, maklumat-maklumat boleh dikongsi dengan lebih cepat dan tepat. Jenis-jenis maklumat yang diterima jabatan juga dalam pelbagai bentuk moden seperti video, alamat lengkap serta read coordinate dan gambar-gambar berkualiti. Maklumat-maklumat ini sememangnya bagus dan membantu dalam tindakan seterusnya. Walau bagaimanapun, maklumat-maklumat masih lagi perlu disemak kesahihannya oleh jabatan. Sebagai contoh, video yang disyaki penyeksaan hidupan liar lama yang tular semula sedangkan tindakan telah diambil oleh jabatan pada tahun-tahun yang lalu. Juga sebagai contoh, video disyaki memiliki spesies hidupan liar tanpa lesen. Yang berlaku di negara-negara lain dan dikatakan berlaku di negara ini. Jabatan menasihatkan orang awam untuk menyalurkan aduan dan maklumat kepada jabatan dengan menggunakan saluran yang betul sama ada di laman sesawang rasmi. Secara eAduan atau di akaun-akaun media sosial rasmi jabatan di Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok. Saya rasa ini jawapan yang saya boleh beri. Terima kasih.
Yang di-Pertua, sebab Sungkai ada, Sungkai itu dalam pusat, harimau itu dekat kawasan DUN Behrang. Jadi saya minta peluang untuk bertanya. Semua sedia maklum Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan berada di Sungkai. Walaupun Sungkai sebenarnya, kampung-kampung itu berada dalam DUN Behrang. Jadi, baru-baru ini telah berlaku orang kata penemuan harimau telah menyerang binatang-binatang ternakan di kawasan dalam kebun penduduk-penduduk di Kampung Menderang, Perlop, Guntong dan juga kawasan-kawasan Orang Asli di Menderang tersebut dekat berhampiran dengan pusat menyelamat hidupan liar tersebut dan juga pada Mac yang lalu harimau ditemui di taman perumahan berhampiran dengan Proton City, dekat Proton City pun harimau dah ada. Jadi bagaimanakah kita hendak menjamin keselamatan penduduk setempat terutamanya dekat DUN Behrang ini di Sungkai, di taman penyelamat ini kerana selepas diselamatkan, diubati dan sebagainya dirawat dan sebagainya, binatang ini, harimau ini dilepaskan dan sudah tentulah orang kata, memang tak bukti saintifik bahawa harimau itu datang balik tetapi sudah tentu orang kata baunya, bunyinya dan rakan-rakan dia yang dikurung di situ memanggil-manggil mereka ini. Jadi sebenarnya penduduk-penduduk di Kampung Menderang Perlop ini dah orang kata, daripada Januari hingga ke sekarang ini tidak dapat pergi menoreh. Kebanyakannya adalah penoreh getah.
Jadi kita dah laporkan kepada Perhilitan dan sebagainya. Beberapa tindakan telah juga diambil tetapi harimau ini masih belum dapat ditangkap. Jadi, penduduk-penduduk telah 6 bulan, hampir 6 bulan ini tidak dapat pergi menoreh termasuklah untuk menyambut hari raya baru ini, bulan puasa, awal persekolahan hari itu tidak dapat, tidak ada hasil pendapatan mereka. Jadi apakah jaminan kita kepada penduduk-penduduk ini bahawa keselamatan mereka terjamin dengan adanya pusat di situ dan juga apakah usaha kerajaan membantu mereka ini? Mereka ini telah memohon sebenarnya bantuan bulanan atau pun one off sepanjang mereka tidak ada hasil pendapatan. Jadi saya minta pandangan.
Terima kasih soalan tambahan daripada YB Behrang. Sebenarnya saya tiada maklumat-maklumat yang dalam tangan saya. Walau bagaimanapun, saya terima maklum apa yang dibangkitkan oleh Behrang dan kita akan bincang dengan Jabatan Perhilitan. Semoga kita akan cari satu penyelesaian yang bagus untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Ok, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco, saya terus ke soalan yang berikutnya iaitu, dijemput sekarang Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk mengemukakan soalan bagi pihak Kepayang.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Astaka mewakili Kepayang. Soalan Kepayang soalan nombor 3.
Exco.
Terima kasih Dato' Speaker. Menjawab kepada soalan Adun Kepayang yang diwakili Astaka. Sektor pelancongan, ok, mengenai Pekan Lama Ipoh dan juga usaha-usaha yang telah dilakukan. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, Tahun Melawat Ipoh 2023 adalah pengenalan kepada Tahun Melawat Perak 2024 dan Kerajaan Negeri telah dan akan melakukan pelbagai usaha dan merancang pelbagai aktiviti untuk menjayakannya. Sempena Tahun Melawat Ipoh 2023, Pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah mengatur beberapa program di sepanjang tahun 2023 bagi menarik pelancong seperti Malaysia Road Cyclo-Cross Champion yang berlangsung yang berlangsung 27 - 28 Mei, Pesta Budaya Nusantara Ipoh 10 ke 11 Jun, Ipoh Half Marathon 25 Jun, International Ipoh Fashion Week, 12 ke 15 September dan lain-lain. Dengan mengadakan program-program yang menarik ini, pelancong dapat lebih mengenali Bandar Ipoh, Bandaraya Ipoh dan juga mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Perak.
Di samping itu, pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 dijangka akan dilancarkan pada Julai 2023 sama ada di KLIA atau di tempat-tempat yang mempunyai tumpuan pelancong yang ramai mungkin dikatakan di pusat bandar KL dan sebagainya, untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai sambutan tersebut. Beberapa program juga telah dan akan dirangka, mula dilaksanakan pada tahun 2023 sebagai usaha dalam mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024. Antara usaha-usaha yang akan dilaksanakan termasuk pertukaran billboard antara 4 negeri yang bekerjasama iaitu Selangor, Terengganu, Pahang dan Johor. Program Fun Trip atau Homeliazation Trip akan bersama pengamal-pengamal media dan bloggers dari dalam Negeri Perak mahupun luar Negeri Perak. Van Trip juga akan diadakan dalam bulan ini dan bulan hadapan bersama penggiat-penggiat industri dan juga ejen-ejen pelancongan atau NGO-NGO yang terlibat ok, yang akan kita membawa mereka untuk melihat kawasan tersebut sebab mereka yang akan dengan izin menjual produk-produk pelancongan ini, maka mereka perlu lebih mengenali. Ok, van trip juga dilakukan kepada mereka daripada luar negeri, sebagai contoh, daripada GTAA daripada Thailand. Ok, di mana kita memperkembangkan produk-produk yang ada di Negeri Perak. Ada juga kita juga memperkembangkan produk-produk utama kita seperti di Segitiga TT5, Malim Nawar dan sebagainya. Ada juga di jajaran Kuala Kangsar ke Belum dan sebagainya. Jadi ini untuk lebih memberi pengenalan kepada mereka yang mungkin kurang, mungkin mereka tau Perak, mungkin mereka tahu Ipoh, mereka melalui tetapi mereka tak tahu nama Ipoh.
Jadi saya rasa agak terkejut juga bila kita berjumpa dengan mereka di luar negeri, mereka tahu bahawa mereka turun di KLIA atau turun di Penang, mereka juga tau Cameron, tapi mereka tak tahu mereka melalui Perak ataupun lebih tepat, mereka tidak tahu mereka naik ke Cameron di Ipoh. Jadi, kita akan membawa lebih banyak fan trip supaya penggiat-penggiat, pengusaha-pengusaha ini dapat lebih mengenali dan juga dengan harapan mereka tertarik dengan produk-produk yang kita ada di sini dan mereka akan membawa balik ke negara-negara mereka untuk diadakan sebagai satu produk pelancongan supaya mereka boleh membawa pelancong datang ke Negeri Perak.
Selain itu, kita juga memperluaskan penggunaan platform digital di laman sesawang sedia ada seperti Facebook, TikTok, Twitter dan sebagainya, mempromosikan destinasi pelancongan di billboard-billboard yang menjadi tumpuan pelancong, mempromosikan destinasi dan aktiviti pelancongan di media massa elektronik melalui televisyen dan radio dan sebagainya. Penyertaan dalam pameran pelancongan domestik dan antarabangsa. Selain daripada di atas, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak juga membentuk kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan seperti Tourism Malaysia untuk membawa kumpulan media serta agensi pelancongan dari luar dan dalam negara untuk memperkenalkan, macam saya katakan tadi, produk-produk yang ada.
Kita juga mengadakan kolaborasi dengan NGO-NGO atau penggiat-penggiat dalam industri yang ada sekarang. Sebagai contoh, kita bekerjasama rapat dengan MATTA, antara agensi pelancongan yang terbesar dan berpengaruh di Malaysia untuk mempergiatkan atau mengadakan lebih banyak produk pelancongan atau cara-cara pemasaran, untuk menyediakan pakej-pakej yang menarik, untuk membawa lebih ramai pelancongan ke Negeri Perak. Selain dari itu, kita juga membangunkan pakej rail tourism. Rail maknanya landasan-landasan rail tourism dengan menggunakan sepenuhnya sumber pengangkutan yang ada untuk sampai ke destinasi di Negeri Perak iaitu landasan iaitu kita juga bekerjasama dengan berbincang dan bekerjasama dengan KTM untuk kita bangunkan produk-produk ataupun promosi-promosi untuk menggiatkan pelancongan untuk Negeri Perak. Kita juga membangunkan papan tanda bikers’ rail. Bikers Rail ini yang biker’s yang ada enjin lah, yang bising sikit tu lah. Bukan bikers’ yang naik basikal yang kita kayuh dengan kaki yang senyap tu tapi juga kita boleh tahu bahawa mungkin kita kena faham sebab pelancong yang datang sini, yang datang ke Perak dia ada bermacam-macam. Ada lain-lain yang mereka minati. Jadi untuk ini, kita juga membangunkan Bikers Rail yang dikatakan tadi bagi menarik peminat sukan permotoran untuk sampai ke Negeri Perak kerana kita Negeri Perak mempunyai tanah yang luas, Kita mempunyai perkampungan luar bandar, bukit bukau. Jadi mereka gemar untuk bergerak sebenarnya di atas jalan-jalan seperti ini.
Kerjasama ini dibentuk supaya Tahun Melawat Perak pada tahun 2024 dapat dijayakan. Seterusnya untuk makluman Ahli-ahli Dewan dan seterusnya Timbalan Speaker, data dan statistik Survey Pelancongan Domestik 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan Survey Penginapan Hotel 2022 oleh Tourism Malaysia, masih belum dikeluarkan dan ianya akan diterbit pada bulan Jun setiap tahun. Maka hari ini saya tak dapat memberikan atau berkongsi dengan kawan-kawan semua data-data terbaru atau terkini lah tetapi menurut Tourism Malaysia, seramai lebih kurang 4.5 juta pelancong telah datang ke Perak pada tahun 2021, yang mana lebih daripada 1.5 juta melawat di kawasan Kinta atau dikatakan Greater Ipoh seperti yang dipasarkan oleh MBI dengan gigihnya.
Tourism Perak telah menganggarkan pada tahun 2022 Negeri Perak telah telah menerima kedatangan pelancong seramai lebih kurang 7.5 juta dan menganggarkan Perak akan menerima kedatangan pelancong seramai lebih kurang 8 juta pelancong pada tahun 2023 iaitu jangkaan peningkatan sebanyak lebih kurang setengah juta berbanding dengan 2022. Itu merupakan jangkaan kerana kita tidak mempunyai statistik yang pasti lagi daripada laporan-laporan pengumpul-pengumpul atau pembuat statistik. Jadi ianya merupakan anggaran yang munasabah memandangkan angka tersebut pernah dicapai sebelum negara dan dunia dilanda pandemik Covid. Jadi kita tahulah the great covid reset, jadi sebenarnya data-data yang berlaku sekarang akan mungkin dia boleh selaras atau selari dengan sebelum atau berlakunya perubahan kerana ini juga sesuai dengan perubahan gerak kerja manusia, alam, tabiat kita, cara kita bergerak. Walaupun kita bekerja, kita berdidik, kita bersukan, kita bersenam, melancong dan sebagainya, ianya merupakan anggaran yang munasabah. Jadi adalah diharapkan dengan adanya promosi Tahun Melawat Ipoh yang giat dilakukan oleh MBI dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada MBI yang telah melakukan kerja-kerja yang amat baik. Kita berharap ia dapat menjadi satu jambatan atau menjadi satu orang kata opening, eye opening towards visit Perak atau Tahun Melawat Perak 2024.
Seterusnya bagi memastikan pelancong-pelancong datang dapat melawat Negeri Perak dengan selesa dan selamat, Kerajaan Negeri juga memberikan penekanan kepada pembangunan fasiliti dan kemudahan awam di kawasan pelancongan terutamanya menjelang 2024. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telahpun memohon kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu MOTAC untuk peruntukan tambahan bagi Tahun Melawat Perak 2024 juga oleh sebab belum ada satu jumlah kepastian daripada MOTAC, maka kita tidak akan mengumumkan jumlah tersebut kerana kita perlu ada satu jumlah yang rasmi daripada MOTAC sebelum pengumuman boleh dibuat.
Dalam usaha menyediakan dan menaik taraf fasiliti dan kemudahan awam di kawasan pelancong, Dun Kepayang misalnya oleh Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan projek seperti Ipoh Heritage Tourism Fasa II iaitu penaiktarafan bangunan lama Old Ipoh Town Hall dan Pejabat Pos Lama. Projek ini merupakan kesinambungan projek RHD Pakej 1A iaitu penaiktarafan Ipoh Padang dan mengandungi pembinaan Faced Wall atau Fascade Wall atau untuk persembahan dan bunyi yang telah siap sebenarnya pada tahun 2022. projek yang berlaku di laluan Heritage Trail ini merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan. Selain itu, bangunan lama Dewan Perbandaran Ipoh juga akan dinaik taraf menjadi pusat seni persembahan serta pembaikan penaiktarafan Pejabat Pos Lama menjadi Galeri Seni Digital. Jadi ini antara yang kita adakan seperti yang di dalam jawapan yang telah disediakan tetapi juga kita sedar dan maklum bahawa usaha-usaha telah dilakukan bukan sahaja pada tahun ini, malah daripada tahun-tahun yang lepas dan juga sedang dilakukan dan akan disambungkan usahanya adalah kita boleh tengok seperti di Kinta Riverwalk ok, yang telah dilakukan beberapa tahun dan akan giat lagi dilakukan supaya kita mendapat satu kawasan di mana ia mempunyai jangkauan yang lebih panjang supaya pihak pelancong dapat mempunyai lebih tempat untuk dituju atau sebagai pengisiannya di Ipoh. Selain daripada itu, kita boleh jangka juga kita boleh lihat juga apa yang berlaku di amfiteater. Amfiteater yang berada di Taman DR Seenivasagam ok, yang telah dirasmikan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi ini semua merupakan usaha-usaha dilakukan oleh Kerajaan biarpun Persekutuan, Negeri mahupun di peringkat MBI sendiri. Terima kasih.
Astaka.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada YB Exco. Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada yang disebutkan tadi, Tahun Melawat Ipoh 2023, sebenarnya Lumut, Bandar Tentera Laut Lumut juga akan menyambut ulang tahun ke-15 pada tahun depan. Selain daripada Lumut, kami ada lagi contohnya, Pulau Pangkor dan Marina Islands atau Segari dan juga Pekan Warisan Kg. Koh, Sitiawan yang juga menjadi tarikan. Soalan tambahan saya selain daripada Ipoh atau Daerah Kinta, adakah daerah Manjung terutamanya Pekan Sitiawan juga akan menjadi penekanan, diberikan penekanan semasa Tahun Melawat Perak 2024? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Astaka, jadi untuk maklumat ini, sudah tentunya Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada isu-isu lain atau ada orang kata perkara-perkara lain yang sedang berlaku di dalam negeri Perak mahupun hari ini atau akan datang seperti yang dikatakan tadi. Bandar Lumut sebenarnya sebagai bandar TLDM, bandar Tentera Laut yang akan dapat menjalankan ulang tahun ke-15. Apa yang saya difahamkan usaha baik sebenarnya bukan dilakukan oleh Kerajaan Negeri sahaja sebenarnya ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak dan saya difahamkan bahawa TLDM sendiri telah melakukan usaha yang amat baik untuk membantu Kerajaan Negeri dalam mempromosikan pelancongan di negeri Perak. Sekarang TLDM giat melakukan aktiviti-aktiviti event yang kita katakan acara menurunkan bendera yang dilakukan di Lumut dan sudah tentunya beberapa lagi acara-acara yang lain. Jadi, sekarang kita boleh lihat sebenarnya pelancongan di kawasan Manjung sebenarnya mungkin kita katakan giat di dalam segitiga Pangkor, TLDM dan Marina Bay sebagai contoh. Lagi usaha-usaha akan dilakukan dan sedang dilakukan untuk membesarkan segitiga tersebut.
Sebenarnya segitiga kepada Pangkor, TLDM dan juga sehinggalah ke Sitiawan. Jadi sebagai contoh saya dimaklumkan ada satu Cultural Walk di Sitiawan yang telah disediakan kalau saya tak silap tahun ini atau lepas yang telah disediakan dan memakan kos lebih kurang RM3 juta dan usaha-usaha telah dilakukan untuk mengembangkan kawasan tersebut oleh MPM. Saya ucapkan syabas kepada MPM dalam usahanya bukan sahaja kepada segi hardware, sebenarnya MPM juga mengusahakan banyak-banyak dari segi event-event yang dianjurkan seperti event-event sukan dan sebagainya. Dengan usaha MPM ini saya yakin bahawa aktiviti pelancongan di segitiga Pangkor, Lumut, Pangkor TLDM dan Marina boleh dibesarkan kepada Pangkor TLDM kepada Sitiawan dan ini setentunya akan menjana lebih pada hasil yang dikatakan yang dikatakan sebagai menggiatkan pelancongan.
Selain daripada itu juga dikatakan tadi, saya rasa usaha negeri Perak dalam segi orang kata di mana Bukit Larut, Bukit Larut harus dikembangkan kerana Taiping akan meraikan ulang tahun ke-150 dan kita semua sedar bahawa Taiping sentiasa diwar-warkan sebagai bandar yang mempunyai banyak nombor 1. Kalau saya tak silap 33 nombor 3 seperti muzium yang pertama, landasan kereta api yang pertama dan sebagainya. Jadi Bandar Taiping juga kita akan lihat tetapi dalam kita kata semua ini, saya rasa ada satu yang amat penting kita perlu usahakan juga sebagai kita untuk negeri Perak secara keseluruhannya kita perlu ada lapangan terbang ok? Jadi untuk itu dia juga boleh membantu. Kita tidak boleh lihat daripada segi just produk pelancongan sahaja. Kita tidak boleh lihat daripada segi orang kata dari segi just event sahaja tetapi kita connectability itu perlu ada. The connectability itu kena ada supaya kita memudahkan pelancong datang atau kita boleh orang kata untuk membolehkan untuk kita menyimpan atau kita mengekalkan pelancong itu di sini dan sebaliknya bukan daripada ihsan daripada lapangan terbang contoh daripada KLIA atau Penang. Jadi itu merupakan satu kepentingan dan Kerajaan Negeri sedang giat mengusahakan supaya Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh akan dimajukan supaya ia dapat membawa lebih banyak pelancong bukan sahaja pelancong, malah pada industri pelancongan, kepada industri komersial dan juga pelaburan kerana ia amat penting connectability itu untuk memajukan masyarakat sesuatu kawasan secara amnya. Terima kasih.
Alor Pongsu. Terima kasih Timbalan Speaker. Oka, YB Exco ya sebab sy dengar seminggu ni...
Alor Pongsu dulu selepas itu saya bagi Bercham.
Saya semenjak mengenali YB Exco, tahniahlah memang agresif tapi di mulut YB Exco, Taiping, Belum, Manjung, Kuala Kangsar, Ipoh. Kawasan Kerian, Alor Pongsu, kawasan Kerian, kami nak merajuk. Tak sebut pun sekali pun tak pernah sebut bab pelancongan. Jadi saya rasalah to be fair kami bukan saja jelapang padi. Ini soalan saya ataupun saya nak sebut pada YB Exco ya, kawasan Kerian, Bagan Serai adalah penempatan awal suku Banjar. Kulaan Niring Napatakurihing. You kena sebut tau perkataan tu. Kalau Exco sebut pelancong dengar, rakyat viral...
Alor Pongsu, sila masuk soalan.
Soalan dia nak mintak atau pun nak mintak supaya di mulut kawasan Kerian juga masuk di mulut YB Exco war-warkan benda tu, Orang Utan Island the only pusat konservasi di Semenanjung Malaysia di Kerian, Bukit Merah. The only International Birds Airport, International you know di Kuala Gula dan bila sebut Pantai Ban pecah latest ye YDP.
Alor Pongsu, soalan.
Sekejap la. Bagi la gula-gula sikit.
Jangan cerita sini ya.
Ok, connectivity 3 exit highway di Kerian tapi sunyi la. Jadi soalan dia bila YB Exco nak sebut tentang pelancongan di Kerian? Itu je soalannya. Terima kasih.
Tronoh pun belum. Tronoh pun belum. Tak apa.
Bercham sila.
Terima kasih YB Speaker. Tadi sudah pergi ke Manjung lepas tu ke Alor Pongsu sekarang balik semula kepada Kepayang.
Jadi persoalan saya ada 3 bahagian. Mengenai isu keselamatan. Jadi pelancong untuk menarik lebih banyak pelancong untuk datang ke Ipoh untuk Tahun Melawat Ipoh 2023 maksudnya tahun ini. Jadi isu keselamatan ini bagi saya agak penting begitu juga kepada pelancong mereka bawa seisi keluarga di mana cuti sekolah akan datang pada minggu akan datang ini. Jadi pertama tentang isu di Dun Kepayang di mana pusat di pekan lama dan pekan baru di mana ada banyak masalah yang sudah kekal lama iaitu pengutip parking yang haram adalah satu faktor telah menyebabkan review oleh pelancong yang agak buruk terhadap negeri kita. Sebab mereka dikutip mereka kalau tidak bayar parkir kepada pengutip ini, mereka akan di beri amaran kereta kena calar ataupun pancitkan tayar mereka, jadi itu adalah isu yang pertama.
Isu kedua adalah isu tentang kalau ini bukan Exco Pelancongan, kena berganding bahu dengan mungkin Exco Kerajaan Tempatan iaitu mendirikan lebih banyak cctv di Pekan Lama dan Pekan Baru ini. Sebab ada kepadatan pelancong di kawasan ini agak tinggi juga. Bagi mereka, kalau ada cctv mereka berasa lebih selamat dan ketiga iaitu saya boleh nampak jalan Sultan Iskandar dan Jalan Sultan Idris di mana meliputi kawasan Dun Kepayang ini terutama di mana banyak kedai, mungkin pemilik kedai ini kaya sangat jadi mereka tak endah, premis mereka tidak disewa, dibiarkan begitu sahaja. Jadi pada waktu malam, waktu pagi, tiada tanda-tanda untuk aktiviti perniagaan dijalankan. Jadi ini sedikit sebanyak membantutkan landskap di pusat bandar ini di mana banyak kedai mereka dibiarkan kosong. Lepas tu banyak pengemis tidur di sana ataupun pemabuk atau banyak najis-najis daripada merpati. Walk way sana, dengan izin. Jadi apakah Exco Pelancongan akan berganding bahu dengan PDRM ke, Exco Kerajaan Tempatan untuk memperbaiki keadaan begini yang saya utarakan sebentar tadi? Terima kasih.
Terima kasih. Jadi lebih kurang 4, 5 soalan dirangkumi bersama. Jadi saya cuba kalau saya ingat untuk kalau tidak nantikan saya baca handsard. So, untuk yang pertama tu yang saya tak nak. Sebab tengok sini saya start dengan sini dulu. Untuk yang pertama tu saya katakan dari isu kedai, jadi sebenarnya isu kedai ini sebenarnya kita tahu maklum bahawa kerajaan tidak boleh memaksa mana-mana tuan kedai untuk membuka kedai. Jadi itu sebenarnya dia berlaku atas kerelaan tuan kedai untuk melakukan perniagaannya pada masa yang dia gemari. Mungkin pagi, mungkin petang, mungkin siang. Mungkin ada tuan kedai yang nak melakukan perniagaannya tengah malam. Ada juga saya tak tahu ada beberapa yang tapi bukan di pekan. Jadi itu adalah sebenarnya pilihan tuan punya kedai untuk melakukan perniagaan mereka ataupun jenis-jenis perniagaan mereka. Nombor 2, saya rasa teguran yang diberi oleh Adun Bercham tadi mengenai, saya tak tahu nak sebut apa nama, jadi mungkin dia kata lain punya part time punya MBI lah kot. Dia kutip parking. Dia kutip parking bagi pihak MBI.
Jadi saya rasa itu tidak betul sebenarnya. Saya bersetuju bahawa itu tidak betul. Tapi cumanya saya rasa pihak PDRM memang telah melakukan usaha-usaha mereka dan saya memang di sini juga saya bersetuju saya syorkan supaya PDRM lebih melihat kepada apa yang sedang berlaku kerana ianya sebenarnya memberi satu imej yang kurang sihat kepada bukan sahaja di Ipoh, di mana-mana kawasan pelancongan sekiranya ada kutu-kutu parking yang kononnya part time PBT. So, sebenarnya ia sebenarnya merosakkan imej kawasan tersebut kerana apabila orang turun sahaja daripada kereta tu mungkin berasa takut rasa takut atau was-was kepada kawasan tersebut. Jadi sebenarnya jadi kita boleh lihat daripada sampel-sampel yang diberikan ini. Sebenarnya kita boleh lihat pada kita punya culture sebenarnya sangat penting kebudayaan. Saya sentiasa menekankan bahawa pelancongan adalah satu industri yang infiniate tiada had. Selagi ada bulan bintang dan manusia selagi belum kiamat, ok, maka pelancongan berlakulah kerana manusia akan berjalan, akan melihat kawasan lain dan sebagainya. Jadi modalnya sebenarnya bukan pada apa-apa. Modalnya pada manusia, jadi tingkah laku kita.
Jadi sebenarnya saya di sini saya juga ingin mengesyorkan kepada kita semua. Bukan semua yang ada dalam Dewan tetapi juga yang melihat kepada life stream sekarang atau pun yang mungkin lihat You Tube kemudian hari. Supaya kita perlu berkerjasama. Kita punya mentaliti perlu berubah kerana mungkin sebagai contoh, saya bukan penggiat pelancongan dan saya mendapati pelancong-pelancong yang datang ke Ipoh ni sebenarnya menyusahkan saya. Dia datang traffic jam dia bagi saya traffic jam. Dia datang makanan jadi mahal. Dia bagi makanan saya jadi mahal dan sebagainya. Sebenar-benarnya ia tidak seperti sedemikian kerana apabila pelancong membawa dari segi ekonomi, pelancong membawa duit daripada kawasan luar ke kawasan kita. Itu menjadikan modal kawasan kita bertambah. Our capital is actually increasing. Apabila dia datang tu our cashflow is actually increasing, dengan izin. Jadi apabila mereka datang, penggiat-penggiat pengusaha-pengusaha pelancongan ini akan mendapat untung lebih. Sama ada mereka merupakan majikan ataupun mereka merupakan pekerja dan sebagainya dan apabila mereka mendapat keuntungan yang lebih, maka mereka akan berbelanja dan ketika inilah mungkin mereka akan mengubah suai rumah, mereka beli kereta baru, mereka beli kain pelikat baharu. Sebagai contoh, mereka pergi pasar malam. Beli lebih sikit kepada anak-anak mereka. Jadi ekonomi akan berkembang. Jadi kita perlukan sebenarnya keseluruhan rakyat Perak untuk berusaha bersekali supaya mengembangkan pelancongan ini dan budaya sangat penting. Kenalah kita senyum lebih sikit, kenalah kita bertegur sapa lebih sikit. Jangan pula kita bila jumpa pelancong, kita buat muka bengis kononnya dia nak buat, dia nak ambil parking kita dan sebagainya. Saya rasa itu merupakan satu yang amat wajar dilakukan oleh semua kebudayaan kita di negeri Perak dalam menerima pelancong.
Sudah tentunya saya tidak merupakan YB Alor Pongsu. Saya ucapkan syabas dan tahniah atas apa yang disampaikan tadi. Jadi sebenarnya kes saya cuma saya cuma katakan apa yang berlaku di kepala saya. Secara am, apa yang adalah saya sebab tadi nampak muka tu saya kata Astaka lah kan sebagai contoh. Tapi juga saya tidak nafikan bahawa Alor Pongsu di kawasan itu di Kerian, di Kuala Gula dan sebagainya di kawasan Semanggol mempunyai tarikan-tarikan yang tersendiri. Jadi dengan itu saya rasa tidak menjadi masalah dan tidak menjadi masalah. Jadi saya rasa untuk kita Bersama tentunya pihak bukan sahaja pejabat di SUK, di UPEN, di Tourism Perak dan sebagainya. Kita juga melakukan lawatan ke banyak tempat. Sebenarnya kita juga telah ke Batu Kurau. Kita juga telah ke Teluk Intan. Kita juga telah ke banyak kawasan lah. Tapi kalau kita nak sebut satu-persatu, saya rasa tidak sempat untuk kita sebut semua di dalam Dewan ini. Ok. Terima kasih.
Boleh saya mencelah.
Sila duduk. Ya saya, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua. Pangkor soalan nombor 4.
Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua saya berterima kasih pada Pangkor yang telah menanyakan soalan yang agak prihatin, menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau pelancongan yang hijau dan lestari. Jadi Pangkor telah menanyakan berkenaan dengan kenderaan awam, pengangkutan awam di Pangkor supaya diubah daripada yang ada sedia ada hari ini kepada yang berpandukan kepada EV base on EV. Pada tahun 2020 Julai, Kerajaan Persekutuan telah pun memperuntukkan untuk Kerajaan Negeri sejumlah RM12 juta. RM12 juta tu dibahagikan untuk persediaan Electric Van ataupun kenderaan elektrik iaitu Van. EV juga, electric van dan RM2 juta untuk electric scooter. Setelah kita membuat kajian oleh UPEN, kita rasakan electric scooter RM2 juta tu tidak sesuai di Pangkor kerana permukaan bumi dia, keselamatan, dia tidak sesuai. Maka pihak UPEN telah pun memberi fokus kepada electric van ke RM2 juta yang diperuntukkan untuk skuter tu dimasukkan peruntukan untuk van. Jadi peruntukan ke electric van ini ada RM12 juta.
Setelah kita buat kajian kita dapati bahawa banyak infra-infra untuk electric van di Pangkor tak cukup ataupun tak mandang. Misalan tempat-tempat charging tak ada. Ada kos yang tinggi electric van ini belum lagi diuji. Sama ada electric van kalau di Pangkor, dia akan ada ujian daripada tempat-tempat lain boleh kita sesuaikan. Oleh kerana masalah-masalah tersebut, maka dalam satu Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Mesyuarat Yang Pertama Tahun Yang Kelima ataupun Penggal Yang Kelima Tahun ataupun Dewan 14, ketika itu mantan Adun Pangkor, Yang Berhormat Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dia menyatakan bahawa oleh kerana banyak cabaran-cabaran untuk EV di Pangkor, maka dia cadangkan vehicle yang rendah karbon, low carbon. Maka cadangan itu telah pun dikaji oleh Maju Perak dan PKNP dan juga di Perak dan mereka telah menyatakan bahawa cadangan untuk menggantikan EV ni dengan kenderaan yang low carbon. Karbon rendah ni sesuai dan kajian telah dibuat dan penyesuaian, nyata. Maju Perak Holding mengatakan bahawa RM12 juta itu kalau kita bahagikan dengan pengusaha-pengusaha kereta sewa di Pangkor, memadai dan mencukupi. Maka, untuk itu kajian terperinci telah dibuat oleh Maju Perak dan kita cuba sekarang ni menunggu hasil kajian itu untuk dibawa kepada Pihak Berkuasa Negeri kemudian diluluskan. Itu tahap yang akhir hari ini. Jadi, walau bagaimanapun, jika sekiranya ada perubahan perubahan baru, maka Pihak Berkuasa Negeri akan diberitahu apakah kita boleh teruskan dengan cadangan akhir itu iaitu memberikan kemudahan kenderaan yang low carbon. Jadi untuk itu, kita merasakan bahawa apa yang nak digunakan di Pangkor ini merupakan perkara yang boleh memberikan satu faktor yang baik kepada Pangkor dan akhirnya memberikan gambaran yang baik kepada Kerajaan Negeri. Sekian terima kasih.
TIMBALAN YANG DI-PERTUA. Soalan tambahan.
Terima kasih atas penerangan YB Exco. Untuk pengetahuan YB Exco pada 5 haribulan hari tu kita ada mengadakan sesi pertemuan bersama Maju Perak dan pengusaha-pengusaha van ataupun transport teksi di Pangkor. Soalan saya, pada masa ini, kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan teknologi hijau bagi memelihara alam sekitar dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Antara teknologi hijau yang diberi pendekatan ialah penggunaan kenderaan low carbon sebagai pengangkutan awam. Soalannya, adakah tempoh waktu ditetapkan untuk melaksana inisiatif kenderaan hijau ini menerusi kenderaan low carbon di Pulau Pangkor, apakah persediaan yang dilakukan pihak Kerajaan Negeri menerusi agensi yang berkaitan untuk pelaksanaan ini?
Terima kasih daripada Pangkor soalan yang baik, tambahan. Kemudahan untuk kita sediakan bagi menyediakan pengangkutan awam yang low carbon ni mencukupi. Maknanya, dia lebih elok daripada kelengkapan infra kalau ianya berteraskan letrik ataupun EV. Jadi untuk itu kajian telah pun dibuat oleh Maju Perak mengatakan bahawa ianya mudah. Tapi Kerajaan Negeri juga hari ini kita dipamerkan dengan bukan hanya low carbon, tapi kita ada kaedah-kaedah yang memang sifar karbon. Jadi kenapa tidak kita gunakan sifar karbon dengan infranya tak seteruk infra elektrikal tapi kita boleh menjuruskan supaya RM12 juta itu dihadapkan untuk untuk membuat kenderaan yang bukan low carbon tapi sifar karbon yang berteraskan kepada hidrogen, hidrogen hijau misalannya. Jadi, barangkali kajian yang dibuat oleh PKNP melalui Maju Perak itu boleh kita fokuskan kepada kaedah yang lain yang lebih baik lebih lestari dan lebih hijau iaitu hidrogen green hidrogen dan kaedah ini telah digunakan di beberapa tempat khususnya di Kuching, kami baru balik daripada Kuching dan kita rasakan kenderaan awam di Kuching itu, mana koc-koc dan bas-bas dia menggunakan hidrogen. Jadi dinyatakan di situ, free carbon emission makna tak da keluar karbon langsung. Oleh kerana bila digunakan hidrogen ini dia punya kesan kepada pengeluaran itu adalah air, jadi ini lebih lestari lebih hijau lebih baik. Jadi untuk itu, barangkali kalaulah Maju Perak boleh tumpukan perhatian daripada low carbon kepada hidrogen saya rasa itu kaedah yang jauh lebih baik daripada apa yang telah mereka ingin kajikan balik. Itu satu perkara yang baik. Terima kasih.
DATO' YANG DI-PERTUA. Pangkor, ada soalan tambahan lagi? Pangkor nak tanya lagi?
Sebab saya excited.
Ok, Pangkor boleh Pangkor.
YB Exco. Setelah ialah kita dah ada hari tu buat apa ni trial test pada tak silap saya pada bulan Januari ok di mana pertemuan saya dengan pengusaha-pengusaha teksi ni mereka agak excited bila gamaknya nak sampai van baru ni, asyik van warna pink aje dekat Pulau Pangkor. Okey. Selepas hamper 3 tahun, bilakah agaknya kereta low carbon ni akan diperkenalkan di Pulau Pangkor itu saja? Terima kasih.
Saya fikir bahawa low karbon ni barangkali kita tidak beri fokus pada dia sebab kita alternatif yang jauh lebih baik. Saya telah berbincang dengan pihak Proton. Pihak Proton memohon supaya mereka nak jadikan Pangkor sebagai tu dia punya pusat EV dia. Jadi kami akan buat model. Kami akan reka bentuk satu model yang khusus untuk Pangkor saja tak boleh beli model iaitu base on elektrik juga, EV. Tapi hari ini bila kita ada kaedah jauh lebih elok EV pun tak sesuai di Pangkor. Jadi jika ditanya perasaan saya bilakah akan di akan dilaksanakan kenderaan low carbon ni barangkali tidak sebab kita ada alternatif atau pun option jauh lebih baik daripada low carbon. Jadi oleh kerana hari ini, kelengkapan-kelengkapan untuk EV ini tidak lagi lengkap di Malaysia. Sepatutnya kita ada 4 ribu stesen untuk buat charging. Sekarang ni kita hanya ada sembilan ratus, Pangkor lagilah tak ada. Jadi untuk itu EV ni kita ketepikan, kita gunakan kaedah low carbon dahulu tapi low karbon tu kajian telah dibuat 2021. Hari ni barangkali tahun 2023-2024 kita pakai hidrogen green, green hydrogen yang jauh lebih murah, jauh lebih sempurna dan kita gunakan stesen-stesen minyak yang ada hari ini untuk buat pembelian hidrogen. Jadi, kalau ditanya kepada saya sekali kita telah melangkau kepada teknologi yang jauh lebih elok iaitu teknologi hidrogen.
Masalah yang dihadapi oleh banyak pengusaha-pengusaha elektrik ini, mereka masih lagi bercakar bergigit berkokak berkenaan nak gunakan stesen charging sahaja. Belum ada penyempurnaan di Malaysia ni bagaimana nak pastikan charging stesen ini cukup. Kalau di Amerika, TESLA menggunakan charging yang mana stesen itu menggunakan carfler betina, female carfler. Kereta-kereta TESLA di Amerika, pakai male carfler. Di Eropah, sistem tidak begitu, dipakai type 2. Jadi pergaduhan ini masih lagi berleluasa di Malaysia dan di Perak ni. Jadi untuk itu kita rasakan lebih baik tumpu kepada green hidrogen yang digunakan di Kuching, jadi sape-sape daripada Sarawak dekat sini boleh pastikan di Kuching tu kenderaan awam dia khususnya bas-bas dia pakai hidrogen, jadi kita rasakan ini satu kaedah yang lebih baik daripada low carbon. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini, maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian seperti mana yang saya maklumkan tadi dalam pengumuman Yang di-Pertua, semalam saya telah menerima pemberitahuan bertulis dari Yang Berhormat daripada Adun Gunong Semanggol di bawah Perintah Tetap 21(1) dan 21(2) yang membawa satu usul untuk menangguhkan mesyuarat ataupun menangguhkan Aturan Urusan Mesyuarat kerajaan dan saya telah maklumkan bahawa saya akan buat ruling saya selepas sesi soalan lisan.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Semanggol dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang sekalian, Standing Order ataupun Perintah Tetap 21(1) dan Perintah Tetap 21(2) ini merupakan satu Standing Order atau peruntukan undang-undang yang sangat serius sekali iaitu ianya boleh menangguhkan Aturan Urusan Mesyuarat yang biasa termasuklah urusan kerajaan seperti mana yang telah diberi notis 14 hari dan 7 hari sepertimana yang sepatutnya kepada Ahli-ahli Dewan sekalian dan sebab itulah Perintah Tetap 21 ini dia memberikan 3 syarat iaitu ianya mestilah mempunyai perkara tertentu atau dalam bahasa Inggerisnya must be deffinite, deffinite matter, dengan izin. Bukan spesifik ia lebih halus lagi lebih tepat lagi deffinite matter, dan juga mestilah dicirclekan emergency, ada urgency, dalam bahasa Inggerisnya urgent, mestilah ada apa orang kata kesegeraan rasa kesegeraan itu mesti ada mesti urgent dan yang ketiganya ianya mempunyai kepentingan awam. Tapi kita juga saya suka nak menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Standing Order 21(1) dan 21(2) ini yang memang pernah kita gunakan dalam Dewan Negeri ini di masa yang lampau di masa yang sudah ianya mempunyai tempoh masa hayat iaitu 2 jam it is time conscious, it is time base is 2 hours. Ia ada 2 jam dan selepas dua jam itu ianya tidak diputuskan ataupun setelah diperbincangkan selama 2 jam, kita mesti balik kepada Aturan Urusan Mesyuarat yang asal. Begitulah keadaannya.
Sebab itu Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dia mestilah memenuhi 3 syarat yang utama tersebut. Saya membuat ruling ini iaitu perkara tertentu atau pun deffinite matter lebih daripada spesifik deffinite matter ini, ia mestilah usul yang demikian itu mestilah mempunyai halatuju yang jelas. Bukan saja kita bincangkan, tetapi di hujung usul itu mesti ada keputusan dan usul itu mesti dan mesti dinyatakan apakah keputusan yang hendak kita buat? Contoh saya bagi contoh. Hari itu kalau ada bencana besar, misalnya di Kerian dan kita hendak tangguhkan urusan mesyuarat untuk kita bincang usul untuk kita luluskan belanjawan tambahan RM100 juta misalnya dan kita mesti luluskan itu very definite. Selepas bincang dalam tempoh 2 jam, kita buat keputusan ya atau tidak supaya kita boleh gunakan duit kerajaan tambahan RM100 juta misalnya. Ataupun kita hendak minta supaya ada confident vote, misalnya kepada yang dan kita ada keperluan kerana sudah melihat ada kecelaruan di dalam Dewan yang Speaker berpuas hati bahawa ini hasil daripada perkembangan politik semasa yang seperti mana kita pernah buat. Ini maknanya definite, bila kita bawa usul itu, dia ada definite untuk minta keputusan.
Yang keduanya, ianya mestilah disegerakan sepertimana contoh saya kata tadi. Kalau kita tak buat keputusan pada hari ini, kita mungkin tak boleh dapat bagi bantuan kepada bencana alam yang berlaku dan ia perlu disegerakan. Ataupun kalau kita tak segerakan, kita tak ada buat keputusan pada ketika ini. Misalnya jentera kerajaan tidak boleh berfungsi selepas ini. The goverment machinery cannot work accordingly dengan izin. Itu disegerakan. Saya tidak ada syak dan wasangka atau tidak ragu-ragu bahawa usul yang dicadangkan itu mempunyai kepentingan awam of public interest tetapi sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, setelah saya fikir semasak-masaknya daripada segi perkara yang tertentu a definite matter bukan spesifik lagi a definite matter kerana kita ni nak ajak masuk terowong ni. Terowong ni kita mesti ada light at the end of the tunnel untuk kita buat keputusan. Ini masuk terowong tak nampak light at the end of the tunnel it's not bukan saja definite matter, spesific matter pun takda dengan izin dalam Bahasa Inggeris dan yang keduanya, adakah ianya perlu disegerakan? Kerana saya percaya, tadi pun beberapa sesi soalan telah pun dibincangkan secara komprehensif dan saya percaya selepas ini akan ada sesi-sesi di luar sana bukan platform Dewan ini akan dibincangkan juga untuk kita selesaikan.
Oleh yang demikian, saya telah terima usul ini secara baik semalam dan saya telah pertimbangkan dengan secara baik dan hari ini saya buat ruling berasaskan keputusan speaker itu saya tolak dengan baik usul yang demikian, terima kasih.
Speaker, boleh minta sikit? Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan terima kasih jugalah setelah membuat ruling di atas satu usul yang telah saya kemukakan petang semalam. Walaupun kita nampak mungkin ada pertimbangan Yang Berhormat Speaker tak ada apa agensi untuk kita membuat perbincangan pada hari ini. Pertama, saya mengambil kira bahawa sesi Dewan ini adalah pertama kita terhad dan ada tiga empat kali saya dan isu yang kita bincangkan pun seperti biasa dan perkara ini kita lihat bahawa atas kepentingan awam sebab satu teguran ini amat serius dan amat serius yang membabitkan satu kedaulatan dan ada nampak usul-usul di situ ada pelanggaran kepada peruntukan perlembagaan atas perlaksanaan dilakukan oleh orang-orang yang sebelum ini. Jadi di atas rasa tanggungjawab sebab kita daripada awal kita mempertahankan untuk mewujudkan kerajaan politik politikal yang stabil. Jadi kita nak membantu secara konstruktif untuk membaiki kalau ada kesilapan sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk kita moving forward. Jadi kita telah mendengar jawapan-jawapan dan sebagainya akan ambil tindakan, akan ambil tindakan. Tapi bila sampai kepada kepada masanya masih di dalam keadaan yang demikian. Izinkan saya nak baca beberapa perkara yang sangat penting untuk kita bincangkan.
Saya ingat, saya seperti mana ruling saya tadi kalau saya buka perbincangan itu, kalau saya bukak supaya Semanggol beliau boleh menyatakan ucapan itu ia akan jadi perbahasan kerana kenyataan daripada Semanggol nanti akan menerima ucapan balas ataupun respon balas. Jadi itu saya mintak maaf, saya tak boleh benarkan saya. Saya rasa saya dah buat ruling seperti mana yang saya nyatakan tadi dan justifikasi saya itu saya rasa munasabah dan wajar dan saya juga percaya bahawa mengikut Standing Order 21(1) dan 21(2) ini seperti saya nyatakan tadi tempoh hayatnya cuma 2 jam dan saya percaya saya setuju dengan apa yang dikata oleh Yang Berhormat Semanggol tadi. Perkara ini cukup penting sekali dan perkara yang sebegini penting ia tidaklah terhad kepada perbincangan selama 2 jam sahaja dan terus mengambil keputusan. Ianya lebih daripada 2 jam yang diperlukan untuk untuk kita mengadakan perbahasan, perbincangan dan sebagainya.
Sebab itulah saya nyatakan bahawa di bawah Standing Order 21(1) dan 21(2) ini, tidak memadai untuk kita menggantung Aturan Urusan Mesyuarat yang telah kita beri notis secara sebetulnya dan kita bawa untuk kita bincang perkara yang sebegini penting dalam hanya tempoh hayat 2 jam sahaja kerana selepas tempoh hayat 2 jam sahaja samada keputusan dicapai atau tidak dicapai, kita mesti kembali kepada Aturan Urusan Mesyuarat. Saya pun percaya bahawa pihak kerajaan dan semua yang terlibat ini akan mengadakan sesi libat urus berkaitan perkara tersebut kerana telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar lagi bahawa perkara ini bukan hanya terhad kepada negeri Perak sahaja, tetapi ianya juga kepada negeri-negeri lain di dalam Persekutuan Malaysia ini. Ini satu perkara yang sangat penting dan melibatkan banyak pihak. Kalau kita bincang di dalam Dewan ini kita akan satu, kita akan mengganggu urusan mesyuarat yang telah kita beri notis yang ianya tidaklah adil kepada apa urusan-urusan yang telah kita rancangkan untuk kita selesaikan masalah-masalah yang yang telah kita tentukan. Jadi saya rasa cukup setakat itu sahaja Semanggol. Tapi kita ambil maklum, Dewan ambil maklum akan keprihatinan Yang Berhormat daripada Semanggol itu.
Ok, sikit sahaja kalau boleh kita bukan kita nak bincang. Kalau boleh kita buat satu keputusan supaya kalau diperingkat federal kita buat RCI, mungkin tak sampai peringkat RCI lah. Mungkin kita buat untuk satu jawatankuasa bipartisan melibatkan semua untuk mengeluarkan satu kertas putih untuk kita menyelesaikan. Itu saja hajat kita.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Semanggol. Tapi saya rasa untuk mengeluarkan usul pada ketika ini untuk menyatakannya tanpa mengikut prosedur Standing Order atau Perintah-Perintah Tetap yang diadakan dan seolah-olah tidak adil kepada Dewan. Saya percaya...
Mohon mencelah, Speaker.
Sekejap…sekejap Hulu Kinta. Saya percaya bahawa hubungan baik antara Ahli-ahli Dewan yang ada ini dari pihak pembangkang, pihak kerajaan dan juga hubungan baik antara Semanggol dan juga daripada dengan Kota Tampan boleh diusulkan supaya jawatankuasa bipartisan berkaitan dengan perkara ini diwujudkan di luar Dewan ini. Saya cukup setuju dan saya sebagai Speaker, saya bersedia untuk menjadi mediator dengan izin supaya jawatankuasa bipartisan ini dapat direalisasikan. Terima kasih Semanggol. Ok, Setiausaha Dewan. Hulu Kinta please sit down. Tak apa, tak apa. Terima kasih Hulu Kinta.
Rang Undang-undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023Bill
Perkara yang keempat, Rang Undang-undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023.
Ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang ialah Rang Undang-Undang yang bernama, Enakmen Perladangan Unggas pindaan 2023 dibaca bagi kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Lintang untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.
Asalamualaikum WBT. Salam sejahtera, Selamat pagi. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. (Bacaan Doa). Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan seterusnya anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekian. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan diawal ucapan saya serta terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas keprihatinan dan kematangan yang ditunjukkan semasa perbahasan Rang Undang-undang Perladangan Unggas (Pindaan) 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu setempat yang menjadi permasalahan rakyat yang mana ianya sangat rapat di hati Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang 2 hari sesi perbahasan di Dewan yang mulia ini. Seramai 22 Ahli Yang Berhormat Dewan Negeri telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang dicadangkan di bawah RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 iaitu 9 orang daripada pihak penyokong kerajaan dan 13 orang wakil blok pembangkang. Kesemua 52 maklumbalas termasuk soalan dan juga cadangan yang dicatatkan sehingga sesi perbahasan berakhir pada hari semalam telahpun diteliti untuk diambil kira dalam penyediaan jawapan penggulungan pada hari ini. Pihak Kerajaan sangat menghargai segala pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina demi penambahbaikan yang berterusan. Pujian harus diberikan kepada semua pembahas yang telah menyokong RUU Perladangan Unggas 2005 Pindaan 2023 terutamanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunong Semanggol yang telah menyokong penuh atas pindaan RUU tersebut. Terima kasih juga kepada pengusaha ladang unggas yang telah mematuhi undang-undang pematuhan kaedah reban tertutup yang boleh menjadi contoh kepada penternak yang masih menjalankan ternakan ayam secara terbuka atau mereka berhasrat untuk mengusahakan ladang penternakan ayam. Kita amat menghargai peranan pengusaha ternakan unggas dalam sumbangan kepada ekonomi negeri dan negara dalam konteks keterjaminan makanan.
Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas 2005, Pindaan 2023 yang dibawa pada hari ini iaitu Enakmen Perladangan Unggas memperkukuhkan keterjaminan makanan negara serta mensejahterakan rakyat. Adalah manifestasi kepada peranan kerajaan ini sebagai penyedia sumber protein bekalan makanan serta meningkatkan kebolehcapaian makanan asas yang mencukupi buat semua rakyat Negeri Perak selaras dengan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030. Seiring dengan itu, saya selaku Exco yang dipertanggungjawabkan di bawah portfolio Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan komited berusaha untuk menjamin kebolehcapaian makanan yang cukup dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Negeri Perak khususnya, dan Malaysia amnya.
Hadirin yang dihormati sekian, Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf, ayat yang ke-46, (bacaan ayat Al-Quran) yang membawa maksud “selain berjumpa dengan Yusuf berkata ia, Yusuf, wahai orang-orang yang benar pada segala-galanya. Tafsirkanlah kepada kami tasfir, melihat 7 ekor lembu yang gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus dan 7 tangkai biji-bijian yang hijau serta 7 tangkai lagi yang kering. Tafsirkanlah supaya aku kembali kepada orang yang memutuskan ku itu. Semoga mereka dapat mengetahui tafsiran”. Melalui ayat ini, Allah SWT menceritakan kepada tentang kisah Raja Mesir yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT melalui mimpinya. Raja tersebut meminta Nabi Yusuf mentafsirkan mimpi itu dan Nabi Yusuf saw memberitahu kepada Raja Mesir bahawa negeri mereka akan dilanda kemarau 7 tahun akan datang. Baru persiapan rapi telah dibuat bagi menghadapi kemarau itu dan mengelakkan rakyat mereka mati kebuluran. Mimpi yang diterjemahkan dari Surah Yusuf dibacakan sebentar tadi boleh digambarkan kepada situasi global terkini. Untuk kita sebagai khalifah supaya sentiasa bersiap siaga.
Dengan cabaran mendatang. dunia sedang berhadapan dengan krisis bekalan makanan. Kenaikan kadar inflasi, pemanasan global serta ketidakstabilan politik di negara-negara tertentu yang memberi tekanan kepada bekalan makanan global. Di sebabkan faktor-faktor tersebut juga dilihat bahawa industri makanan di negara kita bakal terkesan dan akan memberi implikasi kepada keperluan sumber bekalan makanan asas rakyat di Negeri Perak secara amnya. Dato’ Yang di-Pertua, justeru itu, satu perancangan dan tindakan jangka panjang serta tersusun perlu dilaksanakan segera oleh kita semua pihak untuk memastikan bekalan makanan dalam Negeri Perak mencukupi dan menjamin rakyat mempunyai akses kepada semua jenis nutrien yang diperlukan.
YB Dato’ Yang di-Pertua, sesi pergulungan saya pada hari ini akan terbahagi kepada 5 segmen. Iaitu yang pertama kawalan pencemaran dan kebersihan. Yang kedua penguatkuasaan. Ketiga, status tanah. Keempat, keterjaminan makanan. Kelima, bantuan dan insentif kerajaan. Kawalan pencemaran dan kebersihan. Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Manong menyentuh berkenaan aspek kebersihan ladang unggas. Untuk makluman, RUU Peladangan Unggas (Pindaan) 2023 sememangnya menekankan aspek kebersihan ladang khususnya dengan penambahbaikan seksyen yang terlibat. Penambahan standard amalan perladangan yang mengandungi kriteria reban tertutup, pelepasan sifar dan zon penampan telah menjelaskan keperluan setiap ladang unggas yang dilesenkan untuk mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Ia juga telah menjadi asas dalam Peraturan-Peraturan Pengawalan Peladang Unggas Lesen 2010 yang akan terus ditambah baik dari masa ke semasa mengikut kesesuaian. Enakmen Peladang Unggas 2005 serta Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas Lesen 2010 telah memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak untuk mengawal dan menstruktur penternakan yang dijalankan supaya menepati amalan perladangan yang baik, mesra alam dan mesra awam, mengatasi kacau ganggu awam, aduan lalat serta mencegah penularan wabak penyakit.
Selain daripada itu, Jabatan Veterinar telah mengambil pelbagai langkah bagi menyampaikan khidmat nasihat kepada para pengusaha ternakan unggas di pelbagai peringkat yang menyentuh tentang kebersihan ladang, kesihatan dan pengurusan ternakan dan kaedah-kaedah kawalan pencemaran serta kacau ganggu lalat. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Yang pertama, sesi libat urus bersama penternak ladang unggas komersial. Yang kedua mengedarkan risalah garis panduan amalan perladangan yang baik dan garis panduan kawalan lalat di ladang ternakan ayam. Yang ketiga, kursus dan latihan berkaitan kawalan pencemaran industri unggas. Yang keempat, kursus dan latihan pengurusan ternakan ayam kampung kacukan berskala kecil. Kelima, kempen kesedaran awam terhadap bahaya penyakit berpunca daripada haiwan. Yang keenam, pemeriksaan ladang ternakan ayam beserta khidmat nasihat secara berkala dan berjadual.
Ahli Yang Berhormat daripada Astaka pula menyentuh isu berkenaan penggunaan racun serangga yang memberi implikasi kepada persekitaran dan juga kesihatan. Untuk makluman, pihak Kerajaan Negeri akan sentiasa mengambil perhatian tahap keselesaan dan kesejahteraan rakyat dalam Negeri Perak dalam menangani isu kacau ganggu lalat yang berpunca daripada aktiviti penternakan ayam pedaging komersial. Tindakan berikut telah diambil tindakan jangka pendek. Tindakan penguasaan berterusan menggunapakai undang-undang sedia ada iaitu Enakmen Perladangan Unggas 2005 dan akta-akta lain yang berkaitan. Yang kedua, tindakan penggantungan dan pembatalan lesen bagi ladang-ladang yang membuat kesalahan berulang. Ladang-ladang yang tidak berlesen telah dinotiskan untuk memberhentikan operasi penternakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Yang keempat, tindakan bersepadu bersama PBT dalam menyelesaikan isu aduan berkaitan kacau ganggu lalat. Tindakan jangka panjang yang pertama, pada masa kini, Kerajaan Negeri sedang meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 bagi memperkukuhkan peraturan dan syarat-syarat serta hukuman yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengusaha yang terlibat. Yang kedua, peralihan kaedah penternakan unggas secara konvensional, dengan izin iaitu sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup menjelang Disember 2025. Sehingga kini sebanyak 39% iaitu 203 ladang daripada 516 ladang yang dilesenkan telah pun beralih kepada sistem reban tertutup.
Ahli Yang Berhormat dari Trong dan Pengkalan Baharu menyentuh berkenaan aspek pencemaran bau yang menjejaskan kesejahteraan dan kesihatan penduduk setempat serta menjejaskan industri pelancongan. Enakmen Perladangan Unggas 2005 telah memperuntukkan perkara berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengusaha perladangan unggas bagi mencegah pelepasan atau pengeluaran bau yang tidak enak atau busuk daripada ladang unggasnya. Oleh itu, sekiranya pengusaha ladang unggas didapati terbukti gagal mencegah pelepasan bau busuk, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar boleh memberikan notis tunjuk sebab seterusnya boleh mengarahkan pembatalan lesen dan penutupan ladang unggas. RUU Perladangan Unggas Pindaan 2005 juga menekankan berkenaan pemodenan penternakan unggas melalui implementasi sistem reban tertutup sepenuhnya. Dengan pelaksanaan sistem reban tertutup dan pengurusan yang baik, maka isu pencemaran bau boleh dikurangkan. RUU Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 hanya dikuatkuasakan dalam kawasan ladang ternakan unggas sahaja tidak meliputi luar kawasan operasi ladang. Jika berlaku kacau ganggu di luar kawasan seperti penempatan awam dan pelancongan, Pihak Berkuasa Veterinar akan menjalankan siasatan, mengenalpasti punca atau sumber kehadiran lalat dari ladang ladang ternakan unggas yang berhampiran. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat bukti bahawa ladang terbabit melanggar peraturan enakmen yang membenarkan pembiakan lalat berlaku di ladang unggas.
Ahli Yang Berhormat dari Trong dan Kampong Gajah menyentuh isu pencemaran air dan pembuangan tinja ayam dan pengurusan bangkai ayam. Melalui Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 pihak jabatan telah menguatkuasakan di bawah Seksyen 15(1) yang menjelaskan bahawa 'Menjadi satu kesalahan sama ada secara sengaja atau pun tidak', 15(1) dan(b) 'Melepaskan atau membawa keluar dari ladang unggas, sisa unggas, kumbahan sisa unggas atau mana-mana produk sampingan sisa unggas yang tidak dirawat atau tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis dalam apa jua bentuk'. Atau dalam Perkara 15(1) dan(c) 'Melepaskan kumbahan sisa unggas yang dirawat tetapi tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis ke dalam mana-mana sungai, anak sungai, parit, air darat, saluran pengairan atau mana-mana tempat yang diwartakan sebagai kawasan pembuangan sisa'. Seksyen ini ditambahbaik melalui pindaan dengan memperuntukkan denda tidak melebihi RM50ribu atau penjara tidak melebihi 3 tahun.
Melalui penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, pengurusan bangkai unggas dijelaskan di bawah Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas lesen 2010 melalui kaedah pelupusan sisa unggas di mana pemegang lesen bertanggungjawab. Yang pertama, memastikan tempat khas pelupusan disediakan dan diselenggara dengan baik. Yang kedua, melupuskan dengan segera unggas mati dan sampah sarap. Yang ketiga, memungut dan mengendalikan dengan cara yang betul karkas unggas untuk mengelak kemungkinan menjadi punca merebaknya penyakit. Yang keempat, memastikan kaedah pelupusan karkas unggas, sampah, sampah sarap dan sisa ladang yang lain tidak menyebabkan pencemaran persekitaran atau mengganggu kesejahteraan awam dan yang kelima, memastikan tiada kumbahan sisa unggas dilepaskan terus ke pengairan daratan tanpa melalui proses rawatan. Seterusnya 2.0: Status Tanah.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Gunong Semanggol, YB Pantai Remis, YB Behrang telah menyentuh berkenaan status tanah perladangan unggas. Untuk makluman Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas adalah manifestasi kepada pengukuhan dan juga pemantapan bagi pelaksanaan sistem reban ayam tertutup. Pemerkasaan enakmen ini akan membolehkan pengurusan aktiviti penternakan ayam daging seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan reban ayam secara tertutup. RUU ini digubal dan diselaraskan dengan pengukuhan bagi seksyen-seksyen di dalam RUU yang menjurus kepada pendekatan ternakan yang lebih terancang dan sistematik secara tertutup. Bagi menterjemahkan hasrat ini saya menyeru kepada transformasi penternakan secara reban ayam tertutup. Seiring dengan RUU ini, Pihak Berkuasa Negeri melalui MMK Bilangan 2078 pada 8 Ogos 2022 telah meluluskan cadangan dasar bagi menyeragamkan dan menyegerakan proses tukar syarat dan permohonan tukar syarat baharu bagi pertanian kepada ternakan ayam. Pihak Berkuasa Negeri juga melalui MMK yang sama telah meluluskan dasar bagi pelaksanaan Permit Khas Ternakan Ayam (PKTA) di Negeri Perak.
Dalam memastikan kesemua pengusaha ladang ternakan ayam dapat memenuhi kehendak Kebenaran Merancang, para pengusaha ternakan ayam yang masih belum mendapatkan Kebenaran Merancang boleh memohon Permit Khas Ternakan Ayam di mana kelulusan PKTA ini akan diberikan dalam tempoh 3 tahun dengan kelulusan Kebenaran Merancang terhad untuk aktiviti ternakan ayam dan pada masa yang sama, para penternak boleh memenuhi tuntutan Kebenaran Merancang dalam tempoh 3 tahun tersebut sebelum proses tukar syarat dimohon. Pelaksanaan PKTA ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan para pengusaha mendapat lesen ternakan yang memenuhi tuntutan tukar syarat nyata tanah dan memperolehi kelulusan Kebenaran Merancang penuh. Bagi mana-mana penternak yang telah mempunyai kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak PBT, permohonan tukar syarat nyata tanah akan diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam kadar segera di mana ulasan jabatan teknikal yang dirujuk semasa kelulusan Kebenaran Merancang akan digunakan untuk memastikan kelulusan tukar syarat ini dapat disegerakan. Usaha tukar syarat bagi tanah pertanian ke ternakan ayam dapat dipendekkan melalui dasar baharu ini. Pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas diikuti dasar-dasar berkaitan tukar syarat dan PKTA ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kaedah perladangan tertutup menjelang 2026.
Yang ketiga, penguatkuasaan. Yang Berhormat Alor Pongsu, Pengkalan Baru, Astaka, Bota, Jelapang dan Rungkup telah membangkitkan isu berhubung Pihak Berkuasa mengeluarkan kompaun kepada pengusaha ladang. Melalui Enakmen Perladangan Unggas, tindakan akan dibuat berdasarkan aduan awam yang diterima dan pemantauan berkala oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Lanjutan dari aduan dan pemantauan, pihak jabatan terdiri daripada Ketua Perkhidmatan Veterinar Daerah, Ketua Bahagian Regulatori dan Penguatkuasa Veterinar akan menjalankan siasatan penuh di lokasi aduan. Pihak Jabatan Veterinar akan membuat laporan polis di balai polis berhampiran terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan di ladang-ladang yang terlibat. Pengambilan sampel larva lalat dibuat dan dihantar ke makmal untuk dianalisa. Pihak Penguatkuasa Veterinar akan menyediakan laporan penuh hasil siasatan dan juga jika didapati kesalahan boleh dikompaunkan. Maka satu laporan penuh akan dihantar kepada Pengarah Veterinar Negeri untuk pengesahan. Laporan ini seterusnya diangkat kepada pihak Pendakwa Raya untuk kelulusan dan menetapkan jumlah kompaun. Penguatkuasa Veterinar akan menghantar notis kompaun kepada pihak pemegang lesen untuk menjelaskan kompaun yang dikenakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kompaun itu dikeluarkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Trong, berhubung pencemaran air daripada pembuangan hasil tinja daripada perladangan unggas yang tidak mematuhi standard sistem penapisan kolam kumbahan, kawalan melalui Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 di mana penguatkuasaan adalah di bawah Seksyen 15(1) Yang menjadi satu kesalahan sama ada secara sengaja atau pun tidak, 15(1)(b) Melepaskan atau membawa keluar dari ladang unggas, sisa unggas, kumbahan sisa unggas atau mana-mana produk sampingan sisa unggas yang tidak dirawat atau tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis dalam apa jua bentuk 15(1)(c) melepaskan kumbahan sisa unggas yang dirawat tapi tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis ke dalam mana-mana sungai, anak sungai, parit, air darat, saluran pengairan atau mana-mana tempat yang diwartakan sebagai kawasan pembuangan sisa. Selain daripada itu, ia juga telah dijelaskan dalam syarat tambahan Lesen Perladangan Unggas di bawah Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas Lesen 2010 yang menetapkan tinja wajib dirawat dengan EM effective microorganism sebelum di bawa keluar daripada ladang untuk apa-apa tujuan. Enakmen Perladangan Unggas 2005 adalah meliputi kawalan dan penguatkuasaan kepada kawasan perladangan unggas sahaja.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengkaji dan mendengar pandangan pelbagai pihak berautoriti berkaitan kadar kompaun dan hukuman yang dipinda. Kadar baru yang yang diperkenalkan adalah bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan di mana hukuman hendaklah setimpal dengan keseriusan kesalahan. Walaupun Enakmen Perladangan Unggas 2005 telah sekian lama dikuatkuasakan, namun masih terdapat kesalahan berulang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ladang unggas. Untuk itu, satu bentuk hukuman yang setimpal perlu dilaksanakan untuk memberikan pengajaran dan memastikan keberkesanan untuk memberikan pengajaran dan memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang kepada pengusaha perladangan unggas. Selain itu, kompaun yang tinggi tidak menimbulkan isu-isu rasuah kerana semua penjawat awam terikat di bawah peraturan dan arahan sedia ada berhubung salah laku dalam perkhidmatan termasuk kesalahan menerima rasuah. Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri dalam pengwujudan Sistem MyPateli bagi Pihak Berkuasa Tempatan PBT memainkan peranan penting dalam kawalan dan pemantauan ketirisan.
Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Bota berhubung cadangan supaya penalti yang tinggi dikenakan dalam Seksyen 18 dimaklumkan dalam Seksyen 18 tiada peruntukan berkaitan dengan penalti sokongan. Tiada peruntukan berkaitan dengan penalti. Sehubungan itu, Seksyen 26 digunapakai bagi kesalahan penggunaan ubatan yang dilarang. RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 telah meminda Seksyen 26 dengan menaikkan kadar denda atau hukuman daripada denda tidak melebihi RM10 ribu atau dipenjarakan tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya kepada denda tidak melebihi RM20 ribu atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan berulang dinaikkan kadar denda daripada tidak melebihi RM15 ribu kepada denda tidak melebihi RM30 ribu atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Yang Berhormat Gunong Semanggol, Malim Nawar, Manong, Kuala Sepetang, Pantai Remis dan Pengkalan Hulu telah memainkan isu pemantauan dan juga berhubung penyediaan garis panduan RUU Unggas (Pindaan) 2023. RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, menekankan pemodenan penternakan unggas melalui pematuhan kepada standard amalan peladang unggas yang mengandungi kriteria-kriteria seperti sistem reban tertutup, pelepasan sifar, syarat zon penampan dan standard amalan perdagangan yang akan ditetapkan di bawah peraturan-peraturan. Ini bermakna selepas ini akan diletakkan bawah peraturan dengan libat urus Plan Malaysia dan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan untuk menentukan garis panduan ini. Guna sistem reban tertutup mampu memaksimumkan kapasiti reban, mengurangkan kadar kematian, mempercepatkan kadar tumbesaran-tumbesaran seterusnya meningkatkan produktiviti ladang secara tidak langsung menjamin bekalan daging dan telur ayam di peringkat pengeluaran.
Pengguna sistem reban tertutup dengan pengurusan yang baik dilihat mampu mengurangkan aduan berkaitan isu kacau ganggu lalat. Oleh kerana sistem yang akan digunapakai merangkumi kawalan dari segi pengurusan tinja, sistem pengudaraan, reban dan pelepasan sifar sisa keluar daripada ladang. Penguatkuasaan enakmen ini tidak dilihat dapat memberi kesan yang negatif kepada peluang pekerjaan dalam sektor penternakan di mana tenaga manusia masih diperlukan bagi tujuan pengoperasian ladang walaupun penggunaan kaedah moden dilaksanakan sepenuhnya. Peningkatan produktiviti ladang ini juga dapat memastikan rantaian industri unggas akan berkembang dan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pengeluaran industri produk makanan hiliran berasaskan daging dan telur ayam.
YB Malim Nawar telah membangkitkan persoalan berhubung pemantauan bagi rumah pekerja ladang. Dalam RUU Enakmen Unggas 2005 Pindaan 2023, peraturan-peraturan enakmen telah menetapkan bahawa kawasan bukan pengeluaran seperti pejabat dan kuarters pekerja ladang haruslah dibina berasingan dari bahagian pengeluaran atau kawasan pemeliharaan unggas. Pihak Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak yang memberikan komitmen dan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dalam usaha untuk membantu Kerajaan Negeri dalam penubuhan rumah-rumah pekerja ladang yang mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta 446.
Kerjasama antara kedua jabatan ini bertujuan untuk memastikan bahawa pekerja ladang memperolehi perumahan yang memenuhi standard minimum yang ditetapkan dalam undang-undang tersebut. Melalui kerjasama ini, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak akan berperanan dalam memberikan panduan, nasihat dan pemantauan dalam pematuhan Akta 446. Merujuk pertanyaan Yang Berhormat Kuala Sepetang, bagi mengatasi isu-isu kacau ganggu lalat, Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas 2005 pindaan 2023 telah memperuntukkan perkara-perkara berhubung penambahbaikan Seksyen 17 iaitu membenarkan pembiakan lalat, serangga atau makhluk perosak di mana kadar denda dan hukuman dinaikkan bagi memberi kesedaran kepada pengusaha peladang unggas untuk tidak melakukan kesalahan secara berulang.
Pihak jabatan telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan pelesenan ladang unggas terhadap 516 buah ladang. Sepanjang tempoh itu daripada 2012 sehingga 2022 sejumlah 235 kompaun telah dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan di bawah peruntukan enakmen. Pihak jabatan akan terus menguatkuasakan enakmen ini bagi memastikan setiap pemegang lesen mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Yang Berhormat Pantai Remis telah menanyakan berhubung penubuhan jawatankuasa khas. Untuk makluman Yang Berhormat, pada dasarnya, Kerajaan Negeri Perak telahpun menubuhkan Jawatankuasa Ternakan Negeri Perak dan Jawatankuasa Teknikal Ternakan Negeri Perak pada tahun 2021. Pihak Berkuasa Negeri pada tahun 2021 memutuskan agar pihak Pengarah Tanah dan Galian PTG dilantik sebagai urusetia bagi mesyuarat jawatankuasa tersebut di mana penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menjadi medium bagi menentukan dasar dan hala tuju sektor ternakan unggas dan ternakan ruminan di negeri Perak. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Exco dan dianggotai oleh agensi teknikal yang terlibat dalam industri ternakan di negeri Perak. Antara agenda Mesyuarat Jawatankuasa Ternakan Negeri Perak ini adalah untuk yang pertama, membincang, menyediakan dan membuat dasar-dasar baru, garis panduan pekeliling dan peraturan berkenaan penternakan yang merangkumi perkara seperti tukar kategori syarat nyata tanah, pelesenan ladang ternakan dan kebenaran merancang KM, pengurusan tinja dan tindakan pemutihan dan penguatkuasaan.
Yang kedua, memantau pelaksanaan ternakan di negeri Perak dengan melibatkan pemantauan tahap pencemaran dan pematuhan Kebenaran Merancang bagi industri ternakan di negeri Perak dan yang ketiga membincang dan membuat keputusan terhadap isu berkaitan perladangan unggas dan ternakan lain di Negeri Perak. Di samping itu, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Ternakan Unggas Negeri Perak ditubuhkan bertujuan untuk menyegerakan proses permohonan bagi tukar syarat tanah daripada pertanian ke ternakan ayam yang mempunyai isu dengan agensi-agensi teknikal agar dapat diselaraskan dan diselesaikan. Penubuhan jawatankuasa teknikal ternakan ini bertujuan untuk memastikan isu permohonan untuk tukar syarat nyata tanah dapat diselesaikan segera dan pada masa yang sama mengurangkan tempoh untuk kelulusan permohonan tukar syarat tersebut. Merujuk pertanyaan Yang Berhormat Pengkalan Hulu mengikut data bancian terkini tahun 2022, sebanyak 203 atau pun 39% peladang unggas telah menjalankan perladangan unggas secara sistem reban tertutup sepenuhnya di Negeri Perak. Sebanyak 69 buah ladang unggas telah dianugerahkan pensijilan Malaysia Good Agricultural Practise, dengan izin.
Yang Berhormat Bota telah membangkitkan isu berhubung pemantauan ke atas proses penyembelihan yang bertepatan dengan aspek syarak dan prosedur pensijilan halal JAKIM. Untuk makluman Yang Berhormat, skim Persijilan Veterinary Health Mark atau pun VHM di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar merupakan satu skim yang memberi pengiktirafan kepada pusat-pusat loji penyembelihan dan pemprosesan unggas. Skim ini mengandungi syarat dan peraturan Hazard Analysis Critical Control Point, dengan izin ataupun HACCP dan Good Manufacturing Practice GMP bagi memastikan produk yang dihasilkan dari loji pemprosesan tersebut bersih, suci dan selamat digunakan. Di Negeri Perak, terdapat 5 buah loji pemprosesan unggas yang telah memperolehi persijilan VHM.
Yang Berhormat Jelapang pula telah membangkitkan isu berhubung konsep pengurusan Digital Farming dan Internet of Things atau pun IOT. Untuk maklumat Yang Berhormat digital farming dan internet of things IOT teknologi ini sedang meluas digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan unggas. Pada masa ini, teknologi ini baru diperkenalkan dan masih di peringkat percubaan oleh beberapa syarikat penternakan ayam di Negeri Perak. Penternakan unggas moden ini telah dilengkapi dengan sistem kawalan automatik bagi kawalan suhu, pemberian makanan, automatic crading system dan reban. Permohonan digital farming dan IOT pastinya akan memberi lebih banyak faedah kepada pengusaha pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Kubu Gajah telah membangkitkan berhubung syarat perubahan status guna tanah dan penguatkuasaan. Untuk maklumat Yang Berhormat kedudukan jarak zon penampan beberapa zon dari kawasan kediaman dan bangunan awam juga telah dipinda agar tidak mendatangkan kacau ganggu awam dan mewujudkan pergerakan yang mesra alam. Bagi tujuan pelesenan ladang unggas di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ladang-ladang unggas baharu yang akan diwujudkan perlu mematuhi syarat nyata tanah yang ditentukan oleh pejabat daerah dan juga tanah. Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam penguatkuasaan RUU ini telah mewujudkan task force dalam mengambil tindakan terhadap aduan dan pelanggaran kesalahan berulang yang dilakukan oleh pengusaha ladang unggas. Tindakan juga boleh diambil melalui kompaun dan denda seterusnya kepada pembatalan lesen dan penutupan ladang yang terlibat. Yang keempat keterjaminan makanan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Gunong Semanggol, Manong, Pantai Remis dan Pengkalan Hulu telah menyentuh berkenaan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan mengawal pengeluaran bekalan makanan asas seperti ayam serta telur daripada pengilang dan peniaga? Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, Laman Perdagangan Khas 2005 memperuntukkan syarat pelesenan ladang-ladang unggas ayam, itik dan puyuh perlu mematuhi had kapasiti maksimum yang telah ditetapkan. Setiap pemegang lesen yang tidak mematuhi had kapasiti maksimum yang ditetapkan boleh dikenakan kompaun di bawah Enakmen Perladangan Unggas. Melalui peraturan ini populasi unggas yang dipelihara boleh dikawal dan had pengeluaran boleh dijangka.
Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Sepetang yang mencadangkan agar pihak kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai pelan tindakan bagi meminimakan kematian ayam sekiranya bekalan elektrik terputus. Dalam hal ini, pihak TNB sentiasa komited untuk memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap kepada setiap pelanggan. Oleh itu bagi sebarang kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf bekalan yang dilaksanakan pihak TNB akan memberikan notis kepada pengusaha di kawasan terlibat. Namun sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir atau ribut yang menyebabkan ianya di luar kawalan TNB, maka pengusaha ladang ayam perlu mempunyai pelan tindakan dengan menyediakan genset sendiri atau pun portable generator standby dengan izin.
Yang kelima Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Manong dan Bota mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan penguatkuasaan pindaan Enakmen RUU Unggas ini tidak membebankan pengusaha berskala kecil dan pada masa yang sama menyediakan insentif yang bersesuaian kepada pengusaha berskala kecil luar bandar dan juga belia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 hanya dikuatkuasakan kepada pengusaha perladangan unggas yang menternak dengan kapasiti 500 ekor ke atas dan tidak terpakai bagi pengusaha yang menternak kurang daripada 500 ekor. Bagi penternak kecil yang berkapasiti 500 ekor ke bawah dikategorikan sebagai penternak sara diri bagi menampung sumber protein sekeluarga. Penternak sara diri tidak dikenakan lesen ladang.
Untuk makluman Yang Berhormat jua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyediakan bantuan khas bagi program Geran Agropreneur Muda yang dibuka permohonannya sepanjang tahun. Bagi penternak kecil yang berminat boleh membuat permohonan tersebut di Pejabat Permata Veterinar Daerah yang berdekatan. Selain itu, antara bantuan yang disediakan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah seperti berikut. Latihan dan kursus di ladang Infoternak Sungai Siput Utara dan perkhidmatan pengembangan veterinar yang menyediakan khidmat nasihat di lapangan terus kepada penternak.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepeteng, Jelapang, Lubuk Merbau dan Pengkalan Hulu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan insentif bantuan khas kewangan bagi kos pemasangan infra reban tertutup. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, enakmen perladangan unggas meletakkan penggunaan sistem reban tertutup bagi ladang unggas berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026. Pihak pengusaha boleh mendapatkan bantuan modal melalui agensi kewangan khususnya Agrobank yang menawarkan pinjaman khas melalui dana pembiayaan Keterjaminan Makanan (DPKM) sehingga RM5 juta untuk pembinaan infrastruktur reban ayam tertutup.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, sebagai rumusan peruntukan Rang Undang-Undang Perladangan Unggas 2005 (Pindaan) 2023, kesimpulannya peruntukan baharu dan penambahbaikan peruntukan-peruntukan sedia ada dalam enakmen ibu yang dibuat adalah bertujuan memperkemaskan kehendak pematuhan standard amalan perladangan unggas oleh pemegang lesen ditetapkan dan di bawah enakmen ini termasuklah kehendak pematuhan undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan operasi unggas. Yang kedua mengatasi isu-isu atau aduan pencemaran dan kacau ganggu awam yang berpunca daripada operasi ladang ungags, kadar denda semasa yang rendah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan hendaklah ditambah baik dengan mengenakan hukuman yang lebih tinggi bagi meningkatkan kesedaran dan bagi mengelakkan kesalahan yang sama daripada terus berulang. Ini juga adalah sebagai salah satu inisiatif dalam membentuk dan melahirkan penternak yang bertanggungjawab. Yang ketiga memastikan kawalselia peladang unggas di negeri Perak sentiasa berada pada tahap yang baik dan seiring dengan keperluan terkini operasi ladang bagi menjayakan dasar keterjaminan makanan negara dan juga negeri.
Dato' Yang di-Pertua, saya penuh yakin di atas kematangan kebijaksanaan, komitmen, kesedaran dan keinsafan serta kebersamaan kita dalam mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat agar dapat direalisasikan dalam perbahasan RUU Perladangan Unggas Pindaan 2023 akan dapat diluluskan sepenuhnya pada hari ini. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan membangkitkan isu serta menyokong penuh Rang Undang-Undang Unggas 2005 (Pindaan) 2023 untuk diluluskan dalam Dewan yang mulia hari ini. Kerajaan Negeri akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diambil perhatian untuk tindakan susulan. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan merahmati perbahasan kita selama dua hari yang berkaitan dengan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 insyaAllah.
Dengan kata itu saya sudahi dengan Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Lintang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 telah dibaca bagi kali kedua. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Satu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 telah selesai dibaca bagi kali yang kedua.
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama satu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 telahpun dipertimbangkan daripada sefasal ke sefasal. Minta maaf. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama satu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 diserahkan kepada jawatankuasa sesi Dewan untuk menimbangkan rang undang-undang ini daripada sefasal ke sefasal.
Terima kasih YB Exco. Ada sokongan?
Saya, Yang di-Pertua. Tebing Tinggi menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.
[DEWAN BERTUKAR MENJADI JAWATAKUASA]
Fasal 1 hingga Fasal 3.
Masalahnya bahawa Fasal 1 hingga Fasal 3 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 4 hingga Fasal 6.
Masalahnya bahawa Fasal 4 hingga fasal 6 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 7 hingga Fasal 9.
Masalahnya bahawa Fasal 7 hingga Fasal 9 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 10 hingga Fasal 12.
Masalahnya bahawa Fasal 10 hingga Fasal 12 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 13 hingga Fasal 17.
Masalahnya bahawa Fasal 13 hingga Fasal 17 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 18 hingga Fasal 20.
Masalahnya bahawa Fasal 18 hingga Fasal 20 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 21 hingga Fasal 26.
Masalahnya bahawa Fasal 21 hingga Fasal 26 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Dato' Pengerusi, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta merta.
Terima kasih Yang Berhormat Lintang. Ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju, maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 telahpun dipertimbangkan dari sefasal ke sefasal dalam bidang jawatankuasa sesi Dewan negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara bersetuju, maka rang undang undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Sila setiausaha.
Suatu enakmen untuk meminda Enakmen Perladangan Unggas 2005 telah selesai dibaca bagi kali yang ketiga yang telah diluluskan. Perkara yang kelima, usul yang telah diberi notis, usul untuk meminda Perkara XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengemukakan usul.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin membentangkan usul yang berbunyi usul meminda Perenggan B, Fasal 1 Perkara XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. Saya ingin memaklumkan bahawa Dewan Negara Perak yang bersidang kali yang ke 171 pada 11 Ogos 2022 telah memutuskan agar gelaran Dato' Maharajalela diwujudkan atau dihidupkan semula dan akan mengambil kedudukan tertinggi dalam barisan pemegang gelaran Orang Besar Lapan. Pemegang gelaran Dato' Maharajalela akan digelar sebagai Orang Kaya-Kaya Maharajalela Tanjana Putera.
Seterusnya, Dewan Negara Perak telah menyembah nasihat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan akan cadangan ini. Bagi merealisasikan cadangan ini, maka wujud keperluan untuk meminda Perenggan B Fasal 1 Perkara XXXVIII Bahagian kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. Pindaan ini akan bertujuan untuk memansuhkan gelaran Orang Besar Lapan Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya Diraja dan seterusnya digantikan dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharajalela Tanjana Putera. Menurut Fasal 1 Perkara 3 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kuasa meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan berkenaan perkara berkaitan Orang Besar Negeri terletak hak pada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Pindaan berkenaan perkara ini adalah atas nasihat Dewan Negara dan dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negeri. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sebagai Raja Pemerintah diberi hak dan keistimewaan dalam meminda perkara-perkara tertentu di dalam Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan yang antara lainnya perkara berkaitan Orang Besar Negeri. Pindaan ini boleh dilakukan atas nasihat Dewan Negara dan dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negeri di bawah Fasal 1 Perkara 3 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan yang dibaca bersama Perkara 3 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Bagi tujuan melengkapkan proses pindaan di bawah Perkara 3 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, pindaan-pindaan yang terlibat perlu diangkat ke Dewan Negeri melalui satu usul. Proses pindaan ini adalah berlainan dengan proses pindaan sesuatu rang undang-undang biasa. Bagi pindaan-pindaan ini, ia tidak memerlukan 3 kali pembacaan serta tidak perlu dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Negeri. Selanjutnya pindaan-pindaan ini akan diwartakan dan akan mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan melalui suatu pewartaan. Cadangan pindaan Perenggan B Fasal 1 Perkara 38 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Lantikan Orang Besar Negeri, Perkara XXXVIII dalam Kurungan 1B orang Besar Lapan pada pemegang gelaran Orang Kaya-Kaya Maharajalela Tanjana Putera, Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Syahbandar Muda, Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, Orang Kaya-Kaya Syahbandar Paduka Indera, Orang Kaya-Kaya Seri Adika maaf Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Bersama-sama usul ini dilampirkan cadangan Pindaan Perenggan B Fasal 1 Perkara XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi untuk persetujuan Dewan Negeri. Dato Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mengusulkan. Terima kasih.
Ada sokongan.
Dato' Yang Di-Pertua, Sungai Rapat menyokong.
Ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi usul meminda Perenggan B Fasal 1 Perkara XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan iaitu Dewan Negara Perak yang bersidang kali yang ke 171 pada 11 Ogos 2022 telah memutuskan agar gelaran Dato' Maharajalela diwujudkan semula dan akan mengambil kedudukan tertinggi dalam barisan pemegang Gelaran Orang Besar Lapan. Pemegang Gelaran Dato' Maharajalela akan digelar sebagai Orang Kaya-Kaya Maharajalela Tanjana Putera. Seterusnya Dewan Negara Perak telah menyembah nasihat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan akan cadangan ini. Bagi merealisasikan cadangan ini, maka wujud keperluan untuk meminda perenggan B Fasal 1 Perkara XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. Pindaan ini akan bertujuan untuk memansuhkan gelaran Orang Besar Lapan, Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya Diraja dan seterusnya digantikan dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharajalela Tanjana Putera. Tiada perbahasan dan sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju (Dewan bersetuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Setuju seisi Dewan, maka usul ini dipersetujui. Sila Setiausaha.
Usul yang telah diberi notis, usul pemilihan Ahli Dewan NegaraMotion
Perkara yang keenam, usul yang telah diberi notis, usul pemilihan Ahli Dewan Negara.
Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengemukakan usul.
Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi Pemilihan Ahli Dewan Negara. Dato' Yang di-Pertua, mengikut perkara 45 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan, telah berlaku satu kekosongan kerusi dalam Dewan Negara untuk ahli yang dipilih oleh Dewan Negeri Perak kerana ahli tersebut telah melepaskan keahliannya pada 2 November 2022. Justeru itu, saya memohon mengemukakan supaya Dewan Negeri dapat membuat pemilihan Ahli Dewan Negara pada hari ini. Terima kasih.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Teja menyokong.
Berdasarkan jJadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan, apabila semua penamaan telah diterima, Pegawai Pengerusi hendaklah mengumumkan nama orang yang dinamakan itu mengikut susunan abjad dan kemudiannya hendaklah mengemukakan nama mereka mengikut susunan itu untuk diundi. Sekarang dijemput calon yang dicadangkan Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof untuk dibawa ke hadapan. Dimohon pencadang Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mencadangkan Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof sebagai Ahli Dewan Negara bagi negeri Perak. Beliau merupakan seorang graduan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Sastera, Universiti Al-Azhar Mesir 1985 sampai 1990, memegang Sarjana Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia, 1997 sampai 1999 dan memperolehi Ijazah Kedoktoran Siasah Syariah Sains Politik Islam dari Universiti Malaya 2001-2007. Beliau berpengalaman menjadi pendidik sebagai Guru Bahasa Arab di Sekolah Izzuddin Shah Ipoh. Selain daripada itu, beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Multimedia Bukit Beruang, Melaka. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2018 hingga 2022. Terima kasih.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Teja menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sehingga tarikh akhir penamaan iaitu pada 15 Mei 2023, hanya seorang calon sahaja yang telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan. Maka sukacita untuk saya mengumumkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara. Untuk makluman semua, nama Ahli Dewan Negara yang telah dipilih akan dikemukakan dengan seberapa segera kepada Pejabat Setiausaha Dewan Negara bertujuan untuk menjalankan pelantikan selanjutnya yang akan diuruskan dan disempurnakan oleh urus setia Dewan Negara Parlimen Malaysia. Tahniah.
Seterusnya, dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Lintang menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.