Perak · 25 September 2023

15th Assembly, 1st session, 4th meeting · 201 turns · 35,479 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Pertama, Mesyuarat Keempat, Tahun Pertama Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin 25 September 2023 jam 9.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.

Perkara yang kedua, pengumuman Dato Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillah Hirohman Nirohim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, suka saya memberi maklum bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak Aturan Urusan Mesyuarat beserta senarai giliran soalan-soalan lisan. Seperti kebiasaannya persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Masa yang, diperuntukkan adalah selama 90 minit, satu jam setengah. Setiap soalan lisan akan diberikan 2 soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya, manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Seperti kelazimannya, Speaker dan Timbalan Speaker kita sedia maklum bahawa ada topik-topik atau soalan-soalan yang agak popular, liver of the time, liver of the moment, dengan izin. Kita mungkin boleh berikan tambahan soalan satu lagi tambahan sekiranya topik itu merupakan sesuatu yang membawa kepentingan kepada Dewan dan juga kepada rakyat. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.

Perkara yang kedua berkenaan Rang Undang-Undang Kerajaan. Adalah dimaklumkan bahawa pada mesyuarat kali ini terdapat satu Rang Undang-Undang Kerajaan yang akan dibawa iaitu Enakmen Sumber Air Perak 2023 akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Sungai Rapat pada persidangan kali ini. Seramai 10 orang Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat penyokong usul dan juga Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan menyertai sesi perbahasan tersebut yang berlangsung pada persidangan hari ini. 4 orang Ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan 6 orang Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang. Sesi penggulungan oleh Yang Berhormat Sungai Rapat akan berlangsung pada persidangan hari ketiga 27 September 2023 iaitu hari Rabu.

Perkara yang ketiga, semua Ahli Yang Berhormat telah menerima komputer riba dari peruntukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak seiring Pelan Perak Sejahtera 2030 yang melibatkan penggunaan teknologi digital oleh kerajaan. Saya rasa satu tepukan atau penghargaan yang seperti kelaziman kita patut berikan kepada Yang Berhormat Menteri Besar lah. Kita tengok siapa yang bawa siapa yang tak bawa hari ini. Sehubungan itu, saya berharap Yang Berhormat dapat menggunakan komputer riba tersebut dengan sebaiknya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sepanjang t3 hari dewan bersidang terdapat juruteknik-juruteknik dari Digital Perak yang bertugas di bilik sidang media. Mereka boleh dirujuk sekiranya Yang Berhormat memerlukan bantuan berkenaan dengan penggunaan komputer riba tersebut. Almaklumlah ada yang antara kita ni, kalau macam Timbalan Speaker saya, dia software engineer atau pun Yang Berhormat daripada Manong dia pakar daripada segi IT tapi yang lain-lain termasuklah saya ni kita ni hampir IT illeterate, jadi boleh ada bantuan daripada Digital Perak.

Perkara yang keempat, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap telah membuat keputusan untuk mewujudkan kembali naskhah Perintah-Perintah Tetap dalam saiz yang asal. Dalam saiz ini, ya dan juga telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bagi membantu Ahli Yang Berhormat menggunakannya semasa sidang berlangsung.

Perkara yang kelima, berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan. Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Terima kasih.

Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

Setiausaha

Perkara yang ketiga, membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari bilangan 21/2023 hingga 22/2023 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 14 September 2023.

Bilangan 21/2023 Laporan Tahunan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak Tahun 2021.

Bilangan 22/2023 Penyata Kewangan Lembaga Air Perak dan Kumpulan, Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2021.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang keempat, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini seperti mana yang saya nyatakan dalam kenyataan Tuan Yang di-Pertua tadi adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Selamat pagi dan Salam sejahtera. Soalan Buntong soalan nombor 1.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamu'alaikum, Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Buntong telah mengkhususkan soalannya berkaitan dengan Pencapaian Pelaburan dan Pertumbuhan Ekonomi 2023 di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030. Sukacita saya maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini. Pencapaian pelaburan bagi tahun 2023 daripada Januari sehingga Mac berdasarkan data dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA dan juga Invest Perak. Adalah seperti berikut:

Yang pertama, 101 projek yang diluluskan dengan jumlah pelaburan keseluruhannya berjumlah RM7.1 bilion ringgit. Yang kedua, RM2.69 bilion ringgit atau 37.89% menerusi pelaburan langsung domestik. RM4.39 bilion ringgit ataupun 61.83 % adalah daripada sumber pelaburan langsung asing (FDI) dan dianggarkan sebanyak 7682 peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan di negeri ini menerusi pelaburan tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat Buntong bagi pencapaian suku tahun pertama tahun 2023 ini, Negeri Perak berada antara 5 negeri teratas yang menarik sebahagian besar pelaburan yang diluluskan iaitu peningkatan sebanyak 550 % bersamaan dengan RM1.3 bilion ringgit berbanding suku tahun 2000 suku tahun pertama 2022.

Selain daripada itu, sebagai langkah permulaan, kita telah pun menerima beberapa pelaburan yang masuk dan melabur di Negeri Perak di antaranya pelaburan membangunkan Automotif High Teknologi Valley (AHTV) yang bernilai RM40 billion ringgit di Tanjung Malim dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Untuk makluman, Yang Berhormat Buntong di DRB Hicom dan Geely telah pun menandatangani MOU untuk membawa masuk pelabur mengukuhkan fasa kerjasama, membangunkan dan mengkomersialkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Tanjung Malim untuk kenderaan tenaga baharu. Proton dan keseluruhan operasi termasuk Geely akan berpindah ke Tanjong Malim dengan perpindahan seramai 10,000 orang pekerja menjelang tahun 2027 di mana pada tahun ini 3000 orang daripada mereka telah pun berpindah bekerja beroperasi di Proton City.

Selain itu juga, pembinaan kilang HP Power di negara ini, di Seri Iskandar melibatkan pelaburan hampir RM300 juta ringgit, turut memberi kesan signifikan kepada pembangunan Negeri Perak terutamanya di Daerah Perak Tengah. Projek yang dijangka siap pada suku tahun kedua 2024 akan mewujudkan lebih 1200 peluang pekerjaan. Kerjasama dengan beberapa buah institusi pengajian tinggi di Perak seperti Universiti Teknologi Petronas, Politeknik Ungku Omar, Universiti Tunku Abdul Rahman, Institut Latihan Perindustrian. Kerjasama ini akan diadakan bagi mendapatkan sebanyak mungkin, seramai mungkin tenaga kerja dan kepakaran tempatan untuk memenuhi keperluan industri. Negeri Perak juga berjaya menarik pelaburan awal bernilai RM100 juta ringgit bagi pengeluaran dan pemprosesan bahan mineral berasaskan kuartz dan silika di kawasan Silver Valley Teknologi Park (SVTP). Ia tidak termasuk kos pembinaan bangunan kilang yang dianggarkan bernilai RM40 juta ringgit. Projek yang melibatkan usahasama PKNPk dengan syarikat Jinjing Silicone Teknologi Sdn. Bhd iaitu Jinjing melibatkan pembinaan kilang secara skim Built-to-suit and to Lease. Kilang ini akan memproses mineral secara komprehensif merangkumi proses pertengahan dan juga hiliran dengan jangkaan penghasilan pengeluaran sebanyak 1 juta tan pasir silika. 1 juta tan pasir silika putih setahun. 100 ribu tan pasir kuartz, berketulenan tinggi dan penghasilan bahan silikon bagi industri tenaga boleh baharu. Kerajaan Negeri Perak sentiasa mengalu-alukan dan membuka pintu untuk pelaburan seluas-luasnya kepada pelabur tempatan dan luar negara yang ingin menerokai pasaran baru kawasan perindustrian.

Dato' Yang di-Pertua, sebahagian daripada proses pembangunan semula Negeri Perak melalui Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030. Kita juga dalam proses membangunkan apa yang kita panggil LuMIC iaitu Lumut Maritime Industry City di Pelabuhan Lumut berpotensi untuk menjana peluang pelaburan berjumlah RM72 bilion ringgit dalam tempoh 25 tahun dan Insya Allah akan membuka peluang pekerjaan sebanyak 51 ribu peluang pekerjaan. Lumic bersedia menjadi enjin pertumbuhan bagi Negeri Perak dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara dengan penyertaan sektor swasta melalui pelaburan langsung asing dan juga domestik. Insentif Zon Ekonomi Khas dan kerjasama industri akademik yang kukuh. Rancangan strategi ini dilaksanakan bagi mengubah Lumut untuk dikenali sebagai sebuah perbandaran yang moden dan juga mampan. Terima kasih

Yang di-Pertua

Buntong.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berdasarkan jawapan tadi, jelas kecenderungan usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelabur ke Negeri Perak. Bagaimanapun, ia tentunya menuntut persediaan kerajaan untuk menyediakan tenaga kerja mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan industri. Oleh itu, soalan tambahan Buntong, apakah langkah- langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan sumber modal insan mencukupi bagi memenuhi keperluan tersebut? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Buntong bagi soalan tambahan ini. Sukacita saya dimaklumkan bahawa semasa kita membuat kajian untuk menyediakan kertas cadangan Pelan Perak Sejahtera 2030 kita temui statistik yang menunjukkan dalam tempoh 10 tahun daripada tahun 2011 hingga 2020 terdapat lebih daripada 110 ribu orang talent ataupun bakat-bakat muda Negeri Perak telah berhijrah keluar untuk mencari pekerjaan. Sebab itu, apabila kita umumkan bahawa Pelan Perak Sejahtera 2030 akan membangunkan pusat-pusat perindustrian baru termasuk LuMIC ia memang sebenarnya kita hendak menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan supaya yang talent ini, bakat-bakat muda ini tidak lagi meninggalkan Negeri Perak tetapi mereka akan kekal berada di Negeri Perak dengan peluang-peluang pekerjaan yang kita sediakan Insya-Allah. Kita mahu anak-anak Perak bukan sahaja mempunyai pekerjaan, tetapi pekerjaan yang berkualiti yang berpendapatan tinggi. Kita mahu anak-anak Perak boleh menembusi pasaran kerja sebagai pekerja mahir atau separuh mahir. Kita mahu anak-anak muda Perak membina kerjaya profesional dalam bidang berteknologi tinggi dan kita tidak lagi mahu mendengar anak-anak Perak berhijrah keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Pun begitu, kita jangan lupa bahawa kewujudan kawasan-kawasan industri sangat-sangat memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran. Sebab itulah dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 kita tekankan usaha jitu yang mesti kita lakukan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir. Contoh, salah satu daripada cabang Pelan Perak Sejahtera 2030 kita letakkan Perak sebagai koridor TVET, Perak sebagai koridor TVET negara untuk menambahbaik kecekapan modal insan. Pada waktu yang sama, peranan Pusat Aspirasi Anak Perak iaitu PASAK terus kita perkasakan untuk mengadakan pelbagai program termasuk latihan semula atau re-skilling, peningkatan kemahiran up-skilling dan juga kemahiran silang cross-skilling. Mudah-mudahan dengan persiapan kita sebagai koridor TVET negara, kita akan membuka peluang kepada anak-anak Perak untuk mempunyai kemahiran ataupun sebagai tenaga kerja mahir dan separuh mahir bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan yang kita sediakan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Terima Kasih.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Pertamanya, saya ucap tahniah saya cukup bangga dengan Perak Sejahtera 2030 ini. Usaha yang baik pelaburan tadi kalau tengokkan nombor pelaburan tadi memang memberangsangkan. Walaubagaimana sekalipun, kita dah berjalan 1 tahun kita hendak tengok juga hasilnya dengan carta pertumbuhan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi yang baru dikeluarkan oleh DOSM, nampak kita tidak bergerak, sikit. Saya bimbang kalau kita teruskan atau kita tak perkemaskan Perak Sejahtera 2030 ini, tahun depan carta DOSM kalau kita jatuh ke bawah lagi, YB dikategorikan sebagai failure. Saya tidak mahu jadi Perak tidak aman dan Perak tak jaya. Kita masih ingat lagi kenangan lalu Perak Amanjaya slogan, slogan berjaya tapi usaha tidak berjaya.

Yang di-Pertua

Soalan-soalan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jadi soalan saya yang pertama, adakah pihak Kerajaan Negeri akan memperkemaskan lagi Perak Sejahtera ini, indikator dia usaha dia? Yang kedua, ketidakadilan dari segi daerah saya tengok. Bertumpu ke kawasan-kawasan tertentu je. Bagaimana kami di utara dan yang last sekali, Perak Sejahtera ini saya rasa perlu buat macam dulu ada Pangkor Summit. Kita kena panggil pelabur-pelabur datang ke negeri Perak. Tidak boleh sahaja YB dengan team pergi ke luar negara 2-3 orang.

Yang di-Pertua

Ok.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jadi soalannya nak dibuat atau tidak Bukit Merah Summit Welcome. Terima kasih YB.

Yang di-Pertua

Menteri Besar

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Yang pertama bila saya umumkan peluang-peluang pekerjaan dan juga kilang-kilang yang saya sendiri telah diberi penghormatan untuk melakukan pecah tanah. Tentulah dia mengambil masa untuk buka kilang. Setelah siap kilang baru kilang dibuka. Lepas kilang dibuka baru ambil pekerja. Baru sahaja tahun lepas saya pecah tanah. Projek Jinjing di Silver Valley Technology Park itu baru bulan Januari kita pecah tanah. Tentu dia mengambil masa untuk dia membina kilang-kilang tersebut. Jadi setelah ada Yang Berhormat janganlah harap apabila kita umumkan hari ini, esok sudah dapat pekerjaan, itu tidak mungkin berlaku. Ia melibatkan pelaburan yang besar pelaburan yang tinggi. Jadi Insya-Allah kita usaha sebab ini bukan retorik. Saya telah pergi memecah tanah di satu projek oleh MRCB Land di Simpang Pulai iaitu projek pembangunan Pusat Industri Baru di bawah Ipoh Raya Integrated. Saya sebutkan tadi saya pergi pecah tanah kilang di Seri Iskandar, dia janjikan kilang dia siap tahun 2024. Bila siap dia tengah under construction now siap 2024, 1200 peluang pekerjaan dan juga di Silver Valley Technology Park melalui Projek Jinjing itu, dia pun kena buat long-breaking dan juga ia menjanjikan pekerjaan. Jadi saya harap Yang Berhormat sabar, bersabar sebab peluang pekerjaan itu ada kerana kita sedang membangunkan kilang-kilang tersebut.

Yang kedua Yang Berhormat apabila saya umumkan apa yang akan berlaku di Tanjung Malim yang sedang berlaku di Ipoh, di Silver Valley Technology Park yang berlaku di Lumut yang berlaku di Seri Iskandar. Kita juga sebenarnya sedang berusaha keras untuk membangunkan pusat-pusat perindustrian baru di sebelah utara di northen part of Perak ini di Parit Buntar ataupun di Bagan Serai kerana ada permintaan yang tinggi daripada pelabur-pelabur yang sekarang ini mereka membina kilang perusahaan di Seberang Perai atau di Bayan Baru di Bayan Lepas dan mereka nak membesarkan kilang tersebut tidak cukup tanah lagi di Pulau Pinang. Mereka minta Perak menyediakan tapak perindustrian bagi mereka memperkembangkan perusahaan mereka di sebelah utara Perak untuk mendekatkan mereka dengan Pelabuhan Klang dan juga dengan International Airport di Bayan Lepas. Jadi, Yang Berhormat saya tidak akan umum benda yang saya belum berjaya. Berjaya, baru kita boleh bagitahu Yang Berhormat. So berdoalah mudah-mudahan ada pusat industri baru di Parit Buntar dan juga di di Bagan Serai. Nanti sat lagi kalau saya umum tidak jadi dia comment pula. Jadi sebelum dia comment, saya katakan tadi kita akan berusaha untuk memberi juga perhatian kepada kawasan daerah di sebelah Kerian. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya tahu soalan ini popular sedikit. Jadi saya bagi yang Bota ya.

Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya cuba tadi saya hendak tanya tadi Yang Amat Berhormat ada menyebut tentang koridor TVET. Jadi Daerah Perak Tengah telah diisytiharkan sebagai koridor TVET bagi negeri Perak. Jadi saya minta penjelasan, apakah jenis-jenis kursus yang akan yang sedang dilaksanakan sebab saya nampak masih terlampau kurang kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi yang berada di Perak Tengah bagi meningkatkan kemahiran khasnya kepada penduduk Perak Tengah ataupun Negeri Perak yang ada pada hari ini kursus-kursus seperti spa ataupun untuk bakeri, pastri. Tapi saya rasa kursus-kursus yang lebih untuk meningkatkan kemahiran bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan di bidang teknikal sangatlah penting. Jadi saya mengharapkan usaha yang lebih gigih dan jitu diadakan khususnya di Daerah Perak Tengah. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana mengingatkan kita untuk mempersiapkan diri dan mempercepatkan proses untuk kita melahirkan tenaga mahir dan tenaga separuh mahir. Dengan kesedaran bahawa memang terdapat banyak IPT dalam negeri Perak yang menawarkan peluang-peluang pendidikan TVET. Cuma masalah kita Yang Berhormat ialah kita nak pujuk, kita nak rayu, kita nak kempen orang-orang muda supaya berminat untuk masuk dalam kolej-kolej komuniti dalam Giat Mara dalam IKTM dalam IKM. Ini masalah kita sedikit sebab kelihatan tidak ramai orang yang berminat. Belia-belia ini yang berminat untuk terlebih dahulu masuk belajar mendapat kemahiran baru dapat kerja. Kebanyakannya lebih berminat untuk terus mohon dapat kerja. Itu silap, sebab untuk membolehkan kita mengekalkan orang Perak dalam Negeri Perak, pada waktu yang sama kita juga akan buka ruang kepada orang luar untuk masuk, kita perlukan orang muda yang mempunyai jatidiri. Orang muda yang tak putus semangat, orang muda yang tak putus asa, orang muda yang sangat berminat untuk membangunkan dirinya dalam bidang TVET dan pada waktu yang sama mempunyai kemahiran untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang berkualiti dan berpendapatan tinggi. Jadi saya mohon Yang Berhormat yang ada di sini kita balik kawasan masing-masing kita kempen. Saya dapat laporan kolej komuniti adalah kolej yang paling kurang mendapat sambutan sedangkan dia menyediakan kursus-kursus yang sangat baik untuk menyediakan bakat-bakat muda dalam bidang TVET ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk mengemukakan nombor soalan.

Sidang hadirin Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dato' Yang di-Pertua. Hidup kena berjiwa muda, soalan saya nombor 2.

Bismillahirraahmanirrahiim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, Dato' Yang di-Pertua. Soalan daripada Manjoi. Pertamanya sebelum saya jawab tu saya kena beri penghargaan kepada Manjoi. Manjoi ni cukup prihatin berkenaan jalan raya, jalan gelap. Dia bukan hanya dalam Dewan ni dia mengemukakan soalan berkenaan dengan tersebut. Tapi kadang-kadang dia masuk dalam whatsapp. Dia prihatin cukup keselamatan rakyat Manjoi. Terima kasih Manjoi.

Untuk maklumat Yang Berhormat, tanggungjawab penyelenggaraan perlu dititikberatkan dengan tambahan peruntukan untuk penyelenggaraan jalan. Pada masa yang sama pihak JKR memastikan seluruh jaringan jalan raya diselenggara dengan baik dengan menggunakan teknologi turapan baru yang terkini yang lebih berkesan serta kos jangka hayat yang lebih optimum bagi mengatasi masalah jalan raya yang sedang kita hadapi hari ini. Kaedah itu perlu dikenali sebagai Polimer Modified Asphalt atau pun dengan izinNya PMA, Super Fiber Mix atau pun SFM, Aston Masking Asphalt SMA dan lain-lain kaedah-kaedah yang terkini. Jadi JKR mengatakan bahawa ini adalah kaedah-kaedah terkini yang kita nak kita nak cuba laksanakan.

Bagi menjawab soalan yang pertama bahagian A, Jalan Kawasan Perindustrian Seramik Chepor adalah di bawah seliaan MBI, Majlis Bandaraya Ipoh. Bagi laluan utama di persimpangan Jalan Seramik adalah Jalan Jelapang, Chemor di mana pihak JKR sentiasa memastikan kerja-kerja penyelenggaraan rutin dijalankan mengikut jadual dan pusingan yang ditetapkan. Selain itu, pihak JKR juga melaksanakan kerja penyelenggaraan berkala mengikut keperluan di tapak-tapak. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh akan mencari kaedah alternatif lain bagi memastikan permukaan jalan dapat menampung kenderaan dengan berat yang berat dan yang berlebihan muatan. Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan tambah lain seperti Cup Lump Modified Asphalt atau pun CMA atau teknologi terkini yang lain. Tindakan penguatkuasaan oleh pihak PDRM dan JPJ juga perlu dilaksanakan dari masa ke semasa untuk membendung kenderaan seperti lori dan jentera berat yang membawa barang-barang lebih muatan lebih berat. Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa membuat pemantauan dan perancangan untuk pembaikan jalan agar jalan raya selamat digunakan oleh pengguna jalan raya.

Bagi menjawab bahagian B soalan daripada Manjoi, Jalan Raya Meru-Klebang-Meru merupakan jalan seliaan MBI. Jalan Meru-Klebang telah siap sepenuhnya pada 2hb Ogos tahun ini. Jalan yang dibina dengan 4 lorong 2 hala tersebut telah direkabentuk dan boleh dilalui oleh kenderaan berat dan ringan memandangkan jalan tersebut adalah jalan awam. Berkenaan faktor keselamatan, had kelajuan yang telah ditetapkan adalah sebanyak 60 kilometer 1 jam dan jalan tersebut dilengkapi dengan garis jalan-jalan dan juga papan-papan amaran keselamatan bagi memastikan pengguna mengikut arahan jalan yang telah pun disediakan oleh pihak JKR.

Manakala pecahan bahagian C daripada soalan yang sama Yang Berhormat Manjoi pula, laluan utama di bawah seliaan JKR yang menghubungkan Taman Bertuah ke Taman Klebang, Klebang Jaya adalah laluan Persekutuan FT001 daripada Ipoh ke Butterworth. Seksyen di situ ialah 606.2. Kerja pemasangan lampu-lampu jalan baru dalam proses pelaksanaan oleh JKR di bawah program menaik taraf infrastruktur dan juga keselamatan jalan raya. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Manjoi.

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih kepada YB Exco. Soalan tambahan saya ramai kita di sini semua kita di sini saya rasa ramai di sini yang tinggal di kawasan Meru dan juga Klebang dan di luar sana yang tengah tengok live pun ramai rakyat kita di sana yang saya nak tekankan di sini kerana untuk makluman YB Exco, memang Jalan Meru Raya-Klebang ini kalau kita turun ke padang, lazimnya saya turun melihat suasana sebenar tidak dilengkapi dengan kemudahan keselamatan sempurna seperti bonggol seperti bump atau papan isyarat keselamatan.

Pertama, papan tanda di bulatan yang kalau kita nak masuk bulatan tu dia ada bulatan tu. Orang selalu keliru dan sering berlaku kemalangan di situ. Tu first. Rasa saya kita kena segera selesaikan. Kedua, soalan saya ialah di sana juga untuk makluman YB Exco ada Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya. So, kalau daripada sekolah tu ini sangat bahaya. Saya rasa bimbang kalau berlaku satu kejadian tidak diingini, mak ayah daripada atas sekolah tu pun nak bawa balik anak balik dia turun memang laju. Ada bumper dan sebagainya turun kemudian sering berlaku insiden di kawasan depan tu. So, cuba bayangkan kalau anak-anak kita balik sekolah naik basikal atau pun jalan kaki, kereta laju jalan tersebut ada tanda isyarat yang jelas dan tidak ada bumper dan sebagainya, ia boleh menyebabkan berlaku kemalangan dan baru-baru ini, ini yang terbaru berlaku accident dan kereta tu terbalik. Kereta terbalik di kawasan padahal kita baru buka tempat tersebut.

Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat, soalan.

Dato' Speaker ianya agak penting. Saya terpaksa tunjuk sebab saya kira benda ni kita kena segera buat aduan telah dibuat, sidang media di peringkat masyarakat pun dah dibuat 2 hari lepas Sinar Harian turun dan beberapa akhbar turun cover isu ni dan kemalangan ni kerap berlaku dan di sini juga soalan saya ialah dia ada lebih kurang 1,300 penduduk di kawasan Taman Meru dan juga Klebang tersebut, Klebang Putra, Taman Meru dan juga Chepor Idaman kawasan tersebut. Yang Berhormat Exco. Memang mereka sekarang ni rasa resah dengan keadaan tersebut. Kita rasa seronok jalan tu dah dibina dengan baik jadi semua boleh cepat bergerak daripada Klebang ke Meru, Meru ke Klebang. Tapi kita kena ambik kira penduduk setempat di situ yang merasa bimbang dengan apa yang berlaku dan soalan saya adakah pihak Kerajaan Negeri ada solusi terhadap isu keselamatan di laluan bandar atau pun laluan baru Meru Raya-Klebang ini dan apakah tindakan segera yang boleh kita lakukan? Dan satu lagi Dato' Speaker yang penting ialah tuan-tuan sekalian ini sangat sensitif. Saya kira penguatkuasaan perlu diketatkan peringkat PDRM atau pun JPJ kerana kawasan itu juga menjadi kawasan budak-budak muda kita berlumba motor dan tuan-tuan boleh tengok kadang-kadang memang kelam kabut jalan tersebut dah jadi kawasan race pulak. Sebab tidak ada bonggol, tidak ada bumper dan tidak ada orang kata papan tanda keselamatan dan sebagainya. Saya kira perkara ini perlu diselesaikan segera oleh pihak kerajaan. Terima kasih YB Exco.

Yang di-Pertua

Exco.

Terima kasih Manjoi di atas soalan tambahan tersebut. Saya merasakan bahawa apa yang telah pun dibuat oleh JKR terdahulu daripada ini adalah memberikan banyak rangsangan-rangsangan supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati. Misalannya di Sekolah Kebangsaan Klebang tu sendiri ya. Ibu bapa harus patuh bila mereka bawa anak mereka ke sekolah atau mereka mengambil anak mereka daripada sekolah untuk patuh kepada had laju telah ditetapkan itu 60 kilometer sejam. Jarang-jarang kat lebuh raya kita bagi 60 biasanya lebih 80. Tapi di sini ni, kalau kita ketahui dekat situ adalah jalan persekolahan. Jadi untuk itu saya merayu di sini kalau boleh semua ADUN-ADUN khasnya Manjoi, mana-mana jalan telah ditetapkan oleh JKR 60 sejam itu perlu dipatuhi. Jadi kadang-kadang tu kita lihat bahawa had laju ini telah pun diingkari dan akhirnya menemui kemalangan. Jadi kita bersimpati. Walaupun perabot-perabot jalan ni adalah di bawah tindakan JKR termasuk jugalah pencahayaan yang sedang dibuat sekarang ni sebab kadang-kadang kemalangan itu barangkali berlaku di waktu malam semasa gelap jalan tu gelap. Jadi untuk itu tu JKR sedang dalam proses untuk memastikan lampu-lampu supaya pada malam-malam hari juga akan diterangkan jalan tersebut.

Jadi untuk itu, saya berterima kasih di atas soalan yang telah dinyatakan untuk kita buat bonggol. Kalau kita buat bonggol di sini, orang banyak, ramai marah Yeop. Kerana apa, sedang mereka lalu 60 km/j tu, tiba-tiba ada bonggol, dia marah. Jadi dekat situ kita akan lebih banyak munasabah melihatkan kalau perlu sangat bonggol itu, baru kita buat. Tapi kalau dekat dengan sekolah itu, kita buat bonggol, dia tidak secucuk dekat situ. Jadi Insya-Allah apa-apa sahaja saranan kalau sekiranya YB menyatakan bahawa ada perkara-perkara yang bangkit, barangkali kita tak lepas pandang. Kita tidak buat papan tanda yang mencukupi. Beritahu kepada kami dan kami akan lihat supaya kalau perlu ditambah mana-mana papan tanda, kita akan cuba perbaiki. Cumanya kadang-kadang itu bila hari hujan. Bila hari hujan tu saya minta juga supaya dapat kita atasi masalah kalau sekiranya berlaku kemalangan di masa-masa hujan. Terima kasih.

Saya nak betulkan sikit dia punya statement. Bagi saya, ibu bapa telah pun mematuhi dengan baik. Sebab saya pergi sendiri, mak ayah ambil anak-anak sekolah. Diaorang tak akan bawa laju. Biasanya diaorang akan bawa perlahan dan sebelum ini tak berlaku pun masalah tersebut. Memang okey. Cuma Dato' Seri, YB Exco ada juga anak-anak kita yang diaorang pergi sekolah naik basikal, naik basikal, jalan kaki dan saya tengok sini depan mata saya memang kereta memang laju. Laju dan turun tu, terus turun straight dan ada satu basikal anak-anak kita itu, kebetulan saya turun program di sana. Dia pergi itu, kereta itu laju, dekat-dekat dia hon, pin. Selamat anak kita ke tepi. So, bagi saya memang kena segera. Saya terima kasih banyak kepada YB Exco. Saya terpaksa tekan ini sebab saya rasa YB Exco akan bantu saya di sini, Insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat di atas penerangan tambahan. Jadi ini berlaku di mana-mana ada sekolah, di dekat dengan jalan utama. Anak-anak murid akan cuba berlumba-lumba untuk sampai yang lebih awal, ya. Kadang-kadang itu dulu kemudian, mereka ini berlumba-lumba untuk keluar daripada sekolah itu balik ke rumah masing-masing.

Jadi fenomena ini bukan hanya berlaku di Sekolah Kebangsaan Klebang. Ia berlaku di seluruh dunia barangkali. Anak-anak sekolah ini, mereka nak pastikan, mereka dapat perhatian bila mereka dapat potong antara kawan-kawan mereka. Wallahualam, terima kasih.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Dato' Speaker. Ayer Kuning la dulu.

Yang di-Pertua

Ok, Pengkalan Baharu.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Dato' Speaker. Saya juga nak bawaklah ceita berkaitan dengan jalan raya di kawasan sebelah saya lah. Baru-baru ini Yang Berhormat Dato' Exco, Dato' Seri Nizar ada turun berkaitan dengan aduan jambatan. Jambatan tersebut adalah jambatan yang merentangi di laluan federal lah. Jadi jambatan tersebut jambatan sempit yang tidak boleh selisih. Yang tidak boleh, kenderaan terpaksa berhenti. Jadi saya mengharaplah agar suatu tindakan dapat dibuat supaya kemalangan dapat dielakkan. Apatah lagi ada sebelahnya adalah terdapat sebuah masjid. Berkaitan dengan selenggara pula, saya berharap agar dalam jalan-jalan federal ini dapat ..

Yang di-Pertua

YB, soalan YB?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Soalan saya adalah, apakah terdapat perbezaan di antara daerah-daerah di dalam kawasan selenggara oleh pihak Belati Wangsa, contohnya kerana saya melihat di kawasan Trong, di kawasan Larut Matang, saya nampak lampu-lampu solar banyak dipasang. Sedangkan di dalam kawasan kita, di tempat saya, keperluan lampu-lampu solar juga ada. Adakah ada perbezaan dari segi peruntukan berkaitan yang saya maksudkan tentang lampu solar. Terima kasih.

Terima kasih Pengkalan Baharu di atas soalan yang menyebabkan hari ini banyak kesesakan lalu lintas di atas jambatan yang sempit menyeberangi daripada Pantai Remis ke Taiping itu. Jadi untuk itu, saya sendiri bersama-sama dengan YB telah pun melihat kawasan ini dan kita berasakan bahawa ada suasana yang boleh kita redakan masalah trafik yang cukup susah. Khususnya pada hari Jumaat. Jadi saya minta, saya nak ambil kesempatan ini ucapkan terima kasih kepada PDRM Bahagian Trafik yang telah pun, setelah lawatan itu mereka meletakkan anggota di masa-masa kemuncak iaitu pada hari Jumaat dan juga pada hari-hari kelepasan yang lain. Jadi dapat meredakan. Memang jambatan itu kalau kita nak ikutkan hajatnya nak dibesarkan, dilebarkan supaya boleh berselisih. Tapi alangkah, alangkah susahnya. Jadi untuk itu kita ambil tindakan segera yang boleh meredakan sedikit kesesakan itu, itu yang kita buat dan kita juga akan tambah lampu-lampu yang bersinar pada malam hari dan pada siang juga lampu yang luklap-luklap itu menggunakan solar. Jadi untuk jawapan kedua soalan tadi itu, JKR melalui syarikat konsesi akan pastikan kita pasang lampu-lampu menggunakan solar. Jadi bukan hanya kita pilih tempat-tempat. Keseluruhan di Perak ini mana-mana ada suasana yang bahaya, khususnya dalam jambatan-jambatan ini, maka pemasangan lampu solar yang berkelip-kelip sama ada biru ataupun kuning, itu akan dipasang dan kita akan pasang 4 lampu solar di jambatan Pengkalan Baharu dekat dengan Masjid Hidayah itu sekali. Terima kasih.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Yang Berhormat Speaker, Ayer Kuning.

Yang di-Pertua

Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih. Bismillahirraahmanirrahiim, Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali Ayer Kuning merakamkan penghargaan terima kasih, tahniah kepada YB Exco yang telahpun hadir baru lagi ke Pekan Tapah. Ini adalah satu isu yang sememangnya menjadi masalah yang besarlah di Pekan Tapah, kesesakan lalu lintas. Jadi dalam lawatan baru lagi, Yang Berhormat Exco terima kasih. Adakah peruntukan segera telah disalurkan kepada pihak JKR untuk menyelesaikan masalah jangka pendek dan adakah belanjawan pada masa akan datang telah dimasukkan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Tapah? Terima kasih.

Terima kasih daripada Ayer Kuning. Saya juga telah melawat apabila kita dapat dalam Facebook komplen berkenaan kesesakan Pekan Tapah. Jadi untuk itu, dalam lawatan itu, saya beritahu kepada YB kami akan sampai dan beritahu kepada JKR saya akan sampai pada pukul 7 pagi. Pada pukul 7 pagi itu di masa budak-budak nak pergi ke sekolah. Ibu bapa juga nak bekerja. Jadi saya bersyukur kerana sampai pukul 7 pagi mereka dah ada menunggu saya di situ. Saya terima kasih kepada YB Chenderiang dan YB Ayer Kuning dah ada di situ. Mereka juga prihatin, bila kita rasa kita nak melawat tempat itu di waktu kemuncak itu, mereka ada di sana dan salah satu cadangannya untuk meluaskan dan buat jambatan baru. Saya beritahu Yang Berhormat, nak buat jambatan baru, produk baru ini makan masa. Tapi apakah yang boleh buat sekarang ini untuk meredakan? Maka untuk itu, kita nak syorkan, bukan hanya kepada PDRM telah meletakkan seorang anggota setiap pagi. Tiap-tiap pagi, sejam, anggota trafik akan duduk di situ. Tapi itu hanya di antara simpang daripada highway nak pergi ke Chenderiang. Tapi tidak ada anggota keselamatan polis menjaga di traffic light dalam bandar Tapah menghubungkan Jalan Baldwin sampai ke Tapah Road, Bidor sampai ke Chenderiang. Alhamdulillah kita ada 2 anggota keselamatan yang akan berinteraksi. Walaupun kita ada 2 traffic light, tapi traffic light itu tidak bercakap antara satu sama lain. Jadi salah satu perubahan yang kita buat hari ini, mana-mana kenderaan daripada Bidor akan terus ke Kampar tanpa dikawal oleh traffic light itu. Maka mereka akan ada laluan toro atau laluan terus.

Yang keduanya, Jalan Hospital. Tidak dibenarkan kenderaan daripada Jalan Hospital pergi ke kanan, itu bandar Tapah ataupun pergi terus ke highway, makna ke Tol Tapah. Jadi ini adalah antara perkara-perkara yang kita buat supaya meredakan kesesakan pada waktu-waktu yang kemuncak tu. Wallahualam, terima kasih.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya faham bahawa portfolio infrastruktur dan pengangkutan jalan ini cukup popular dan banyak isu-isu yang dibangkitkan terutama di kawasan-kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Walau bagaimanapun, kita ada masa terhad. Saya juga sedia maklum bahawa untuk sesi kali ini, kita, selain daripada soalan ini, kita cuma ada Rang Undang-Undang Sumber Air dan sebagainya. Tapi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pun duduk dalam

Jawatankuasa Tindakan Daerah yang mana perkara-perkara ini boleh dibangkitkan sama dan saya percaya Ahli-ahli yang daripada pihak kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat EXCO tentu mengambil maklum pada feedback-feedback dengan izin daripada keputusan-keputusan atau perbincangan di Jawatankuasa Tindakan Daerah dan boleh tindakan diambil juga susulan daripada perbincangan dan keputusan di peringkat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Walau bagaimanapun saya faham. Insya-Allah nanti di sidang yang satu lagi yang kita adakan untuk belanjawan mungkin lebih sesuai untuk dibangkitkan. Kali ini, terutama dalam sesi soalan ini, kita terhadkan kepada soalan-soalan secara pantas yang boleh dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sekarang saya menjemput...

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

YB EXCO, ada juga ya... Minta maaf ya. Ada juga bila kita bincang dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, ada juga masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan, lama...

Yang di-Pertua

Faham, faham. Yang Berhormat mungkin itu nanti akan ditangani oleh pihak Kerajaan. Ok, terima kasih Yang Berhormat. Ok Yang Berhormat, saya jemput sekarang Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan nombor soalan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Soalan Tronoh, soalan nombor 3.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Selamat Pagi Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Bagi soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Tronoh, saya akan jawab bersekali dengan soalan-soalan yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Pasir Pinji, Manong, Keranji, Menglembu, Pengkalan Baharu, Jelapang, Lubok Merbau dan Sungai Manik iaitu berkenaan dengan persediaan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan serta mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah bersetuju melaksanakan Tahun Melawat Perak 2024 yang dan kini sedang giat melaksanakan pelbagai persiapan, program dan gerak kerja bagi menjayakannya. Perancangan Kerajaan Negeri berfokus kepada 5 aspek utama dalam menjayakan agenda Tahun Melawat Perak 2024 iaitu antaranya. Satu, pemantauan dua, jadual aktiviti dan produk tiga, program promosi dan visibility empat, projek infrastruktur dan lima majlis pelancaran Tahun Melawat Perak dan juga pelancaran-pelancaran event-event lain.

Kempen Tahun Melawat Perak Tahun 2024 dengan tema Promising Perak diadakan bagi melonjakkan dan merangsang semula pertumbuhan sektor perlancongan Negeri Perak pasca Covid-19. Secara tidak langsung penganjuran Tahun Melawat Perak 2024 ini merupakan showcase dengan izin kepada Tahun Melawat Malaysia yang dijangka akan berlaku pada tahun 2026. Ya 2025, tetapi ia mungkin akan dianjakkan kemudian. Ok, jadi Tahun melawat Perak 2024 ini menetapkan hala tuju pelancongan Negeri Perak berteraskan prinsip kelestarian atau sustainability, daya saing atau competitiveness dan keterangkuman inclusiveness bagi pembangunan mampan yang akan meletakkan Perak sebagai destinasi utama yang kompetitif dalam segmen eko pelancongan, kebudayaan, warisan dan gastronomi. Kempen Tahun Melawat Perak 2024 ini menjadi simbolik tekad Kerajaan Negeri Perak dalam mencapai sasaran menarik kemasukan 8 juta pelancong domestik dan 350 ribu pelancong antarabangsa dengan sasaran pendapatan melebihi RM10 bilion melalui resit pelancongan. Ini tidak termasuk dengan Down Streaming Fair di mana pendapatan akan menjadi berlipat ganda apabila ada kegiatan ekonomi yang bakal berlaku. Justeru, bagi merealisasikan perkara tersebut, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak dan agensi-agensi kerajaan telah memulakan pelaksanaan program promosi melalui peruntukan tambahan pada tahun ini sebanyak RM3.2 juta seperti Billboard “Selamat Datang” di pintu masuk negeri dan daerah, kolaborasi bersama Spritzer dan lain-lain jenama dan juga sewaan-sewaan papan-papan tanda di lokasi-lokasi strategik, interior wrapping kepada 6 koc ETS. Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu atau KTM sebagai salah satu platform mempromosi promosi yang lain daripada yang lain iaitu dengan memasang pelekat pada dinding dalam enam koc kereta api. Iklan Promosi Tahun Melawat Perak di TV3 dan KLIA, inisiatif khas kepada agensi-agensi pelancongan Thailand dan lain lain.

Dewan yang mulia ini, rakan-rakan di Dewan yang mulia, Pelancongan tidak dibuat secara memilih atau perlu melibatkan semua kawasan mahupun daerah. Hal ini kerana setiap destinasi mempunyai keunikan serta keistimewaan tersendiri yang akan menjadi produk sokongan kepada kawasan sekitarnya. Sebagai contoh, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Keranji, Kampar merupakan salah satu destinasi pelancongan kerana kekuatan eko pelancongan terutamanya Gua Tempurung yang menjadi salah satu ikon pelancongan Negeri Perak. Ianya juga telah dimasukkan di dalam peta pelancongan dan dipromosikan di mana-mana pameran pelancongan secara tidak langsung mempromosikan Daerah Kampar iaitu di Kampar itu sendiri termasuk produk-produk lain di sekitarnya.

Selain itu, Yang Berhormat Manong dan Jelapang telah menyentuh mengenai penglibatan NGO serta inisiatif yang ditawarkan Kerajaan Negeri. Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, pelbagai inisiatif kerajaan melalui kerjasama pihak NGO dirancang untuk merancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2024 terutama dari segi penganjuran acara bagi menggalakkan pelancong turut serta dalam acara yang disediakan sekaligus bermalam di destinasi tersebut. Program-program ini akan dipromosikan melalui himpunan dalam kalendar acara yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak. Ini termasuklah beberapa program acara yang telah dirancang serta akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk memeriahkan lagi Tahun Melawat Perak 2024 di seluruh Negeri Perak. Dalam pada ini juga, Kerajaan Negeri mengalu-alukan semua pemain-pemain industri termasuk sektor-sektor swasta dan juga penggiat-penggiat NGO yang mempunyai cadangan-cadangan yang baik atau dilihat dapat mampu membawa pelancong-pelancong digalakkan untuk berjumpa dengan pihak Kerajaan Negeri biar pun pejabat saya ataupun Tourism Perak supaya kita dapat memasukkan aktiviti-aktiviti tersebut di setiap daerah ke dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2024. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak akan melibatkan NGO-NGO terutamanya yang mempunyai ahli ejen pelancongan dan pengusaha produk pelancongan untuk turut terlibat dalam Tahun Melawat Perak 2024 melalui penyertaan pameran pelancongan bagi menjual produk pelancongan milik mereka. Penggiat-penggiat industri ini terdiri daripada pelbagai sektor seperti perkilangan dan pembuatan yang menawarkan aktiviti menarik. Sebagai contoh, lawatan sambil belajar membuat labu sayong di Kuala Kangsar, pemprosesan makanan laut di Pulau Pangkor dan pembuatan arang kayu di Taiping seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menglembu mengenai penglibatan pelancongan perindustrian di Negeri Perak.

Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan para pengusaha untuk membuka peluang menjadi sebahagian produk pelancongan yang boleh diketengahkan untuk mempelbagaikan lagi tarikan dan aktiviti agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Perak. Sehubungan itu, kerajaan minta maaf…sehubungan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu MOTAC melalui Tourism Malaysia juga turut membantu Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan seperti bantuan geran sokongan serta pelancongan dan geran-geran sokongan sektor kebudayaan yang boleh dimohon biar pun daripada kerajaan ataupun penggiat-penggiat NGO di dalam negeri. Manakala di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) terdapat insentif ditawarkan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan yang di namakan NCER Tax Incentive atau NTax. Melalui NTax ini, para penggiat industri yang memenuhi kriteria layak menerima insentif pengecualian cukai sehingga 70% dan mampu mendapatkan manfaat sehingga 10 tahun.

Selain itu, istimewanya Negeri Perak, NCIA turut menawarkan insentif khas di 10 daerah dalam Negeri Perak antaranya Daerah Perak Tengah, Hulu Perak, Larut, Matang, Selama dan lain lain. Dengan adanya kepelbagaian produk ini disokong pula dengan kemudahsampaian yang baik seperti lebuhraya dan perkhidmatan tren, Negeri Perak amat bertuah kerana beberapa seksyen Lebuhraya WCE boleh digunakan sebagai perhubungan alternatif bagi melancong ke Negeri Perak seperti yang dititikberatkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Hulu dan kita dimaklumkan WCE akan akan dapat disambungkan secara keseluruhannya dalam tempoh yang terdekat. Begitu juga, kita mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan dokongan daripada Kementerian Pengangkutan yang telah menyambungkan komuter utara dan telah menambahkan lagi tiga stesen komuter iaitu di Ipoh, di Kuala Kangsar dan juga di Sungai Siput. Di mana kita jangkakan dapat menambahkan juga bilangan-bilangan pelancong dan juga mempunyai satu synchronizing di antara Negeri Pulau Pinang dan di Perak di Ipoh sendiri di mana pelancong-pelancong dapat bergerak dengan mudah.

Melalui jaringan lebuh raya WCE ini, Beruas juga terkesan dalam pembinaan lebuhraya tersebut yang mana pelancong-pelancong akan singgah untuk ke destinasi sekitarnya. Walau bagaimanapun, penglibatan komuniti dalam mempelbagaikan aktiviti pelancongan di sana juga perlu ada supaya ianya boleh dipakejkan dengan penceritaan yang menarik seperti Kerajaan Gangga Negara termasuk berkunjung ke Muzium Beruas dan Air Terjun Ulu Licin. Saya difahamkan, saya belum sempat melawat, saya dikatakan ada kapal terbang daripada Perang Dunia Kedua yang sungguh menarik. Saya berharap supaya Kerajaan Negeri Perak dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan kawasan tersebut.

Untuk makluman seisi Dewan, dari segi projek menaik taraf infrastruktur, Negeri Perak pada tahun ini telah meluluskan sejumlah RM7 juta sebagai peruntukan khas bagi membantu usaha dan persediaan awal sempena Tahun Melawat Perak 2024 termasuk kos membiayai 31 projek infrastruktur pelancongan dan kos 16 aktiviti promosi dan visibility meliputi keseluruhandaerah dalam Negeri Perak. Antara komponen terlibat adalah termasuk membaikpulih semula kemudahan awam sedia ada di Gua Tambun, penyediaan kemudahan awam di Endfall Whitewater Rafting,

Muallim, membina kaunter tiket Taman Paya Bakau, Bandar Lumut dan juga menaikkan laluan pejalan kaki di Taman Tasik Taiping. Kesemua 31 projek infrastruktur yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak ini akan disiapkan dalam tahun semasa agar Negeri Perak dapat menyambut kedatangan pelancong tempatan mahupun luar negara pada tahun 2024 dengan lebih bersedia.

Soalan seterusnya yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tronoh adalah mengenai Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Untuk makluman, Yang Berhormat, laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan dengan merujuk kepada syarikat Penerbangan Air Asia dan pihak lapangan terbang sendiri. laluan tersebut hanya digantung buat sementara waktu. Namun begitu, pengoperasian semula laluan penerbangan ini masih belum dikenalpasti dan memerlukan kajian daripada pihak-pihak tersebut. Buat masa ini, syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah adalah Air Asia dan Fly Scoot dan juga untuk makluman Yang Berhormat dan seisi Dewan, sebarang laluan adalah di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan dalam menentukan potensi laluan baru di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ke lain-lain destinasi atau sebaliknya dan juga dengan kerjasama dan juga kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Tronoh, sila.

Terima kasih kepada YB Exco, memberi satu jawapan yang begitu komprehensif dan juga mempunyai satu pelan yang amat jelas bagi menyambut Tahun Melawat Perak Tahun 2024. Jadi soalan saya adalah apakah aktiviti atau pun program yang telah dirancangkan ataupun bakal diadakan di kawasan DUN Tronoh ini bagi menyambut Tahun Melawat Perak 2024? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih, Tronoh. Jadi seperti yang dikatakan tadi sebenarnya untuk sebenarnya untuk menaikkan aktiviti pelancongan di sesuatu kawasan, ia memerlukan kerjasama antara banyak pihak. Sudah tentunya memerlukan kerjasama daripada pemimpin-pemimpin masyarakat, nombor satu. Nombor dua juga kita memerlukan ada tempat-tempat atau aktiviti-aktiviti yang menarik dan juga ketiga, ia juga memerlukan kerjasama daripada sektor-sektor di dalam agensi-agensi di dalam Kerajaan. Jadi untuk itu, kita perlu melihat apakah aktiviti atau flashpoint di tempat-tempat kami semua? Saya maklum dan saya akur bahawa semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini juga ingin memajukan sektor pelancongan di kawasan-kawasan kami, cumanya kita perlu mengenal pasti dan bekerjasama dengan apa ni, katakan agensi-agensi kerajaan terutamanya pejabat daerah dan sebagainya atau PBT dalam melihat dan untuk apa aktiviti dimajukan. Saya syorkan supaya Tronoh boleh melihat kepada dengan jumlah pelajar yang ramai di kawasan Tronoh boleh melakukan sektor pelancongan, memajukan sektor pelancongan dari segi pendidikan, pelancongan pendidikan di mana kita boleh mengadakan lebih-lebih aktiviti bersama universiti-universiti dan juga institusi-institusi pendidikan yang ada dari segi event dan sebagainya.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Hulu. Mohon lalu.

Mohon laluan.

Baik, Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat

Timbalan Yang di-Pertua

Manong, sila.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan beberapa soalan yang saya kemukakan juga berkenaan dengan pelancongan cuma satu soalan tambahan saya berkaitan dengan satu lagi produk pelancongan yang mungkin kurang disentuh iaitu produk pelancongan warisan yang juga boleh menarik ramai pelancong datang ke Perak sempena tahun 2024. Selain daripada warisan yang sedia ada di Perak, banyak bandar ada warisan-warisan. Saya kira ada lagi warisan-warisan yang mungkin belum dijumpai, yang belum diterokai dan saya kira perlu ada satu proses penerokaan dan juga pencarian warisan-warisan baru ini dan untuk melalui proses ini, ia memerlukan kepada satu kos yang melibatkan penyelidik untuk mengkaji ataupun mengumpul data-data warisan yang baru. Soalan saya, adakah disediakan satu peruntukan khusus kepada mana-mana universiti ataupun NGO yang nak buat research tentang pengumpulan data-data warisan yang saya kira banyak lagi data warisan di Perak ni yang belum diterokai dan ia memerlukan satu bajet kajian yang mungkin cukup besar dan adakah pihak Kerajaan menyediakan bajet itu kepada kepada universiti ataupun kepada mana-mana NGO yang ingin membuat research tersebut? Sekian, terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Manong. Jadi saya setuju benarlah dengan cadangan Yang Berhormat manong sebenarnya. Kita selain daripada pelancongan, kita pelancongan sekarang bukan macam pelancongan dulu di mana kita ada tour bus turun. Ada seorang di depan bawak bendera macam dia bawa itik and then, semua orang akan jalan ikut-ikut, pusing-pusing, satu round naik balik bas lepas itu ke destinasi ke seterusnya. Sebenarnya pelancongan sekarang memerlukan penceritaan tak kira di mana, tak kira di apa kawasan geografinya, apakah tempat tersebut memerlukan penceritaan. Jadi saya setuju sangat dan sebagai salah satu aktiviti penceritaan warisan amat penting dan untuk makluman seisi Dewan, saya telah saya juga amat mengambil berat tentang ini dan jadi untuk agensi-agensi yang pernah bekerjasama dengan saya dia tahu salah satu warisan yang saya cukup bangga dengan yang ada di negeri Perak dan lain daripada yang lain dan juga saya ingin ambil kesempatan ini untuk war-warkan kepada semua supaya kita perluaskan ialah Tarian Dabus.

Tarian Dabus cuma ada di Negeri Perak sahaja. Di Negeri Perak sahaja. Tak ada lain. Cuma kalau kita nak katakan kalau kita nak kata kita nak promosi wayang kulit yang mungkin ada di Kelantan dan juga di selatan Thailand dan sebagainya. Kalau kita nak katakan kuda kepang dan seterusnya dia ada di kawasan persekitaran bukan satu negeri saja tetapi Tarian Dabus cuma di Negeri Perak dan yang kita kata ada sedikit sedihnya ialah cuma di Negeri Perak sendiri, rakyat kita sendiri atau pun kadang-kadang ada orang-orang dalam agensi sendiri yang tak tahu tentang adanya Tarian Dabus ini. Jadi, saya telah syorkan kepada kawan-kawan dan rakan-rakan di kesenian dan juga di pelancongan untuk lebih membawa Tarian Dabus ini ke persada antarabangsa supaya dan juga seperti yang baru kita lakukan dalam kita punya penglibatan dengan pemain- pemain industri di Thailand, kita juga war-warkan supaya

Tarian Dabus ini untuk lebih kerap diadakan bukan sahaja untuk pelancongan antarabangsa tetapi juga pelancongan domestik. Sebab orang Johor tak tahu apa itu Tarian Dabus. Orang Kedah tak tahu apa itu Tarian Dabus. Orang Kelantan tak tahu apa tu Tarian Dabus dan Perak kita sebenarnya merupakan salah satu negeri di mana kita mempunyai pelancong domestik yang tertinggi di Malaysia.

Jadi kita bukan sahaja pelancongan melibatkan antarabangsa, kita juga perlu melibatkan orang-orang kita di dalam Malaysia. Jadi betul, satu, kita perlu menaikkan warisan-warisan kita bukan sahaja daripada segi orang kata peninggalan sejarah tetapi juga orang kata yang intangible, intangible punya culture tu dengan izin. Jadi betul tetapi pada masa yang sama juga saya setuju dalam itu, kita kena faham bahawa untuk kita menaikkan sesuatu daripada kita membuat kajian dan sebagainya ke atas mungkin kata yang telah hilang dan sebagainya, kita perlu ambil langkah yang drastik dan langkah yang paling cepat sekarang untuk memulihkan apa yang sedang dilupakan sebelum kita ke sektor seterusnya apa yang telah dilupakan. Jadi, saya ingin memberi satu jaminan di mana saya menjaminkan Kerajaan Negeri Perak akan mengambil usaha-usaha yang perlu untuk melibatkan dan melindungi warisan-warisan kita terutamanya dari segi budaya untuk dapat diwarisi kepada anak cucu kita selain memajukan sektor pelancongan. Terima kasih.

Timbalan Speaker…

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih kepada Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk mengemukakan soalan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Salam sejahtera, selamat pagi Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 4. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Timbalan Speaker. Soalan yang diajukan oleh rakan Bercham adalah contoh-contoh sumbangan yang nyata dihasilkan daripada kampung-kampung baru cina, potensi serta pelan pembangunan. Saya akan jawab sekalilah. Sebenarnya contoh-contoh sumbangan yang nyata kampung baru cina terhadap kita sebenarnya adalah rekabentuk dia terhadap perancangan bandar kini. Perancangan kampung baru boleh dikatakan adalah amat progresif kerana telah mengambilkira pelbagai aspek kehidupan rakyat. Contoh yang saya boleh bagi di sini adalah kemudahan pengangkutan, kebersihan persekitaran sehinggalah hubungan kejiranan dan walaupun rekabentuk kampung baru cina adalah ditetapkan pada 60 tahun yang lalu, sebenarnya banyak indikator matlamat pembangunan mampan telah pun dicapai. Di kampung baru, kita boleh cari kemudahan tempat beribadat, kalau nak bersekolah, kita ada sekolah, kalau nak beli barang di kedai runcit, kita ada kedai runcit, kalau ada isu keselamatan, ada juga balai polis, makanya keperluan asas penduduk telah dipenuhi dan sebelum idea Garden Housing Area dengan izin diperkenalkan, rumah penduduk sebenarnya dikaitkan dengan jenis pekerjaan. Contoh, yang berniaga akan menetap di atas kedai rumah. Yang berladang akan menetap di dalam ladang dan perancangan kampung baru pada 60 tahun yang lalu telah memisahkan kegunaan perumahan daripada pekerjaan. Penduduk tak perlu lagi mengalami ruang yang sempit, sebaliknya ada ruang tanah yang lebih luas dan persekitaran yang lebih selesa.

Oleh itu, kesimpulannya, sumbangan utama kampung-kampung baru cina adalah membentuk asas reka bentuk taman perumahan hari ini dan juga membuka jalan kepada gaya hidup, life balance, dengan izin, pada hari ini dan potensi-potensi yang terdapat dalam kampung-kampung baru cina, terutamanya dalam Negeri Perak, sebenarnya tidak lari daripada sektor ekonomi iaitu kegiatan ekonomi, terutamanya pertanian.

Untuk makluman Speaker dan untuk makluman semua YB yang di sini, penduduk kampung baru sebenarnya mampu untuk menyara diri sebab tanah yang diberikan dulu kepada penghuni boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti pertanian dan kita boleh katakan kebanyakan generasi pertama dan kedua kampung baru cina adalah petani dan mereka menanam padi sawah, mereka menanam ubi merah, menanam ubi kentang dan sebagainya dan sekarang, dalam zaman sekarang mereka pun tengah mengusahakan cara penanaman yang mendatangkan hasil yang lebih banyak seiring dengan peningkatan teknologi. Saya boleh bagi beberapa contoh potensi yang cukup banyak di Negeri Perak. Kalau kita pergi paling utara sekali, Ayer Kala, Kota Tampan, Padang Guruh, Sela Pagar dan Pengkalan Hulu, sebenarnya situ ada banyak dusun durian yang saya rasa tidak kalah kepada Raub, Pahang di mana kita ada penghasilan musang king, kita ada penghasilan duri hitam dan sebagainya dan kalau kita turun sikit ke Kuala Sepetang, Taiping situ pun ada arang kayu yang dihasilkan sampai di eksport ke negara Jepun sebab amat berkualiti baik dan amat terkenal dan kalau kita pergi ke kawasan Manjung kita juga ada cili Kampung Koh yang merupakan keperluan asas semua keluarga China khususnya waktu Tahun Baru Cina dan kalau pergi ke kawasan saya iaitu kawasan Pasir Bedamar di Hilir Perak, kita juga ada pembuatan tanglong, perabut rotan yang merupakan hasil yang cukup terkenal dan sampai dieksport ke negara luar dan di sebelah kawasan saya, Kampung Baru Cui Cak yang dalam DUN Sungai Manik, kita juga ada kadar pengeluaran padi yang kedua tertinggi selepas Kinjang, Selangor dan ini merupakan potensi yang ada dalam kampung baru.

Selain itu, potensi satu lagi adalah daya tarikan pelancongan. Kita sedia maklum bahawa kedudukan geografi kampung baru cina yang strategik, ada yang sawah padi, ada di sebelah kampung nelayan, ada yang ada dusun durian, sebenarnya semua berpotensi untuk dijadikan daya tarikan pelancongan. Contoh di kawasan Pasir Bedamar, pelancong boleh naik bot di jeti yang terdapat dalam Kampung Baru Pasir Bedamar untuk pergi tengok burung bangau di Pulau Bangau dan lepas tu bolehlah balik ke pekan untuk menjamu selera seafood dan setentunya ekonomi tempatan akan dapat dirancakkan dan yang paling last sekali pelan-pelan pembangunan kerajaan Negeri Perak untuk kawasan kampung baru cina. Kita akan ada guna pakai dua strategi utama.

Yang pertama sekali, Kerajaan Negeri akan bekerja sama rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk pastikan semua kemudahan infrastruktur asas seperti jalan, lampu, longkang dinaiktarafkan untuk menyediakan satu keadaan pra-syarat agar Kampung Baru tersebut dah bersedia untuk pelbagai tujuan. Tak kira tujuan ekonomi, tujuan komersial, tujuan pelancongan dan sebagainya dan pihak kerajaan Negeri Perak amat berterima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Kementerian

Pembangunan Kerajaan Tempatan yang dipimpin juga oleh ADUN Kepayang sebab selalu membantu dalam usaha menaiktarafkan kemudahan asas kampung baru cina sebab rata-ratanya semua tahu di sini, Perak mempunyai Kampung Baru Cina yang terbanyak di Semenanjung iaitu 160 buah kampung baru cina. Tanpa sokongan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, nescaya kita susah untuk menaik tarafkan kemudahan asas, maka terima kasih kepada kementerian dan yang kedua, selepas kita menaiktarafkan semua kemudahan asas,

Kerajaan Negeri Perak kita akan memperkenalkan konsep place making, dengan izin, dengan membangunkan kampung baru cina. Konsep ini adalah belajar daripada negara Jepun dan juga Taiwan, di mana mereka berjaya menghidupkan tempat yang dulunya tiada ekonomi, tiada orang muda dan tiada perkembangan kepada sebuah pekan yang cukup aktif, yang ada orang muda, yang ada ekonomi. Apakah langkah yang kita akan ambil adalah, yang pertama sekali merekodkan sejarah. Merekodkan sejarah melalui sejarah lisan dengan warga emas. Kita kena tahu asal usul kampung baru tersebut melalui sejarah lisan sebab rata-ratanya kita tak ada sejarah bertulis dalam kampung baru cina. Sama dengan kampung tradisi dan juga kampung ladang-ladang dan yang kedua, lepas kita mengenali kampung tersebut, kita akan tahu asal usul kampung tersebut dan maka kita boleh tentukan hala tuju Kampung Baru tersebut. Lepas kita tentukan, baru kita akan tahu. Takkan kita pergi jadikan sebuah kampung baru yang berasaskan pertanian, padi, kepada sebuah untuk menjadi kepada sebuah kampung nelayan. Ini tak betul dan maka kita akan tentukan hala tuju kampung baru, lepas itu, kita juga akan permudahkan urusan kegiatan ekonomi masing-masing supaya matlamat akhir kita adalah untuk tarik balik orang muda balik ke kampung halaman masing-masing supaya mereka dapat membangunkan ekonomi di kampung sendiri dan semua pekan-pekan yang terdapat dalam kampung-kampung baru cina kita dapat aktifkan ekonominya, dan tentunya ekonomi tempatan, ekonomi negeri, ekonomi Malaysia juga akan dirancakkan susulan daripada itu. Sekian saja daripada saya.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham, sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih kepada pihak Exco yang menjelaskan soalan, 3 soalan saya secara terperinci dan komprehensif, terima kasih dan persoalan saya tentang susulan soalan tambahan saya berkenaan dengan kampung baru di mana saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri, termasuk sekali kepada kerajaan dikendalikan oleh Menteri yang berada di Dewan yang mulia ini, yang membangunkan infrastruktur awam di kampung-kampung baru, kawasan saya dan juga terima kasih kepada MBI yang turut membantu. Persoalan saya, selain daripada infrastruktur asas di mana jalan, lampu, longkang, pasar awam, dewan orang ramai juga terdapat rumah-rumah mereka di Kampung Baru di mana ada sebahagian besar juga terdiri daripada rumah papan. Di mana ada yang didiami, ada yang tidak didiami.

Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri, juga dengan Kerajaan Persekutuan untuk membantu memulihkan, membaikpulih keadaan rumah mereka yang daif tersebut agar orang-orang muda ni, orang tua mereka mungkin boleh menginap sebab ada nostalgia dengan rumah tersebut tetapi kalau orang-orang muda mereka cenderung untuk keluar ke luar negeri atau ke tempat lain ataupun perumahan yang baru kawasan perumahan yang baru, jadi apakah langkah- langkah yang boleh sedang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Kalau Menteri boleh celah pun boleh perjelas sikit? Dan persoalan kedua pula tentang asal usul Kampung Baru ini sebab Perak merupakan terdapat perkampungan baru yang terbanyak di negara kita. Jadi, banyak asal usulnya, banyak sejarah lampau silam ini, pra-perang dunia, terdapat banyak nama-nama, termasuk di kawasan saya, di Bercham ni. Kampung Tawas, saya sudah tahu asal usul latar belakangnya, tetapi untuk Bercham, saya tanya orang-orang tua dekat sana, NGO-NGO itu, mereka pun tak tahu tak berupaya untuk nak berikan manakah datangnya Bercham, perkataan ini. Ini kalau Kerajaan Tempatan Negeri atau pun Persekutuan dapat memberikan informasi kepada kita, ini akan membantu kita mengembalikan sejarah tempat tersebut. Sekian terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ok, untuk 2 soalan yang diajukan oleh rakan Bercham. Yang pertama sekali berkenaan dengan baikpulih rumah untuk kampung baru cina. Sepertimana yang kita semua ambil maklum, sebenarnya Kerajaan Negeri tiada peruntukan khusus untuk baik-pulih rumah Kampung Baru Cina tetapi Alhamdulillah, kita ada bantuan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, di mana saya difahamkan harga siling untuk baik-pulih rumah di Kampung Baru Cina adalah RM15,000.00 dahulu dan sekarang telah ditambah RM5,000.00 dan menjadikan satu rumah yang boleh dibaikpulih adalah RM20 ribu. Untuk pembinaan rumah baharu di kampung baru cina, dahulunya peruntukan yang dikhususkan oleh KPKT adalah RM66 ribu sahaja dan sekarang saya pun difahamkan telah dinaikkan ke RM85 ribu dan saya yakin dengan bantuan Kerajaan Persekutuan, dengan bantuan pegawai kemajuan perkampungan yang dilantik oleh KPKT, kita dapat permudahkan cara untuk mereka baikpulih rumah yang usang seperti mana kaedah yang digunapakaikan oleh PLB dalam pejabat tanah. Ini jawapan untuk soalan pertama.

Yang kedua, untuk asal-usul nama-nama kampung, sejarah dan sebagainya. Saya rasa pendekatan yang harus digunapakaikan adalah dua. Satu, rasmi yang kedua, tidak rasmi. Rasmi adalah melalui kerjasama dengan Bahagian Kampung Baru Cina Kebangsaan yang terletak dalam Kementerian KPKT. Kita boleh cuba cari asal-usul dengan semua segala rekod bertulis yang terdapat dalam kementerian. Yang kedua, seperti mana yang saya ungkap tadi, kita kena cari sejarah lisan melalui warga-warga emas yang mungkin melalui zaman Jepun, zaman dulu dan sebagainya. Baru itu, kita dapat sekurang-kurangnya mengenali asal-usul kampung tersebut dan kita barulah boleh tentukan hala tuju kampung tersebut supaya anak-anak muda sekarang yang keluar dari kampung baru cina, mereka semua sedia maklum sebenarnya apa maksud Kampung Baru Bercham, apa maksud Kampung Baru A, B, C dan sebagainya. Sekian daripada saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Keranji minta soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering dulu. Sila

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Tadi saya tertarik dengan jawapan yang diberi oleh Pasir Bedamar tentang kampung baru. Saya tertarik sebab Kampung Baru, dia kata dah semua keperluan asas dah ada. Cuma saya nak bangkitkan di sini bagaimana perancangan kampung tersusun dan juga kampung tradisional yang rata-ratanya, majoritinya, memang tak ada keperluan asas. Jalan, dengan longkang, dengan parit. Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah keperluan asas, terutama kampung-kampung ini? Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan yang diajukan. Sebenarnya Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang prihatin dengan semua pihak yang terlibat. Untuk kampung baru cina, Kementerian yang bertanggungjawab adalah KPKT. Di mana menyediakan peruntukan untuk kampung baru cina, untuk menaiktafkan jalan, longkang dan sebagainya. Untuk kampung-kampung tradisi adalah di bawah Kementerian PLB. Di mana Pejabat Tanah akan seliakan semua peruntukan MARRIS yang digunapakai untuk menaiktarafkan. Saya bagi contoh yang cukup bagus di mana kawasan saya sendiri, kawasan Hilir Perak, kawasan Pasir Bedamar, walaupun merupakan kawasan kerajaan, saya cuma mendapat 2% saja daripada peruntukan MARRIS yang dibekalkan oleh pejabat tanah. Sebaliknya, 98% daripada peruntukan MARRIS yang dipegang oleh pejabat Tanah kawasan saya, untuk Parlimen Teluk Intan telah dihabiskan ke sebelah kawasan saya iaitu rakan Changkat Jong dan ini membuktikan bahawa kerajaan sebenarnya sungguh prihatin dan kita akan ambil maklum terhadap keperluan semasa dan kita akan terus usahakan dari semasa ke semasa tanpa mengira kaum, tanpa mengira latar belakang dan agama. Itu saja. Sekian terima kasih.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Keranji minta soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Semua duduk dulu. Soalan lisan saya akan diberikan 2 soalan tambahan sahaja. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk mengemukakan soalan. Sila.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Kuala Kurau nombor 5.

Selamat pagi diucapkan kepada Timbalan Speaker bagi menjawab soalan Kuala Kurau berkaitan dengan masalah kekurangan kereta ambulans. Soalan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian sebab ada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang minta soalan berkaitan dengan kelewatan membaiki kenderaan ambulans. Jadi untuk jawapan kepada Kulau Kurau, pada ketika ini terdapat sebanyak 12 buah ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia di daerah Kerian dengan pecahan 6 buah ambulans di Hospital Parit Buntar dan 6 buah ambulans di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kerian.

Untuk mengoptimumkan penggunaan ambulans di daerah ini, semua panggilan kecemasan perubatan melalui Malaysia Emergency Response System atau MERS999 dan keperluan ambulans antara fasiliti diselaraskan oleh Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan yang berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Keperluan ambulans di daerah ini juga turut dibantu oleh Ambulans Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Selain daripada itu, penyelenggaraan ambulans KKM turut dijadualkan secara berkala bagi memastikan ambulans sedia ada, berada di dalam keadaan yang baik. Penambahan ambulans baru turut dipohon oleh KKM. Telah disedia maklum akan bilangan penambahan ambulans yang diperlukan bagi Negeri Perak. Jabatan Kesihatan Negeri Perak berharap pihak non-governmental organization atau NGO seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St. John Ambulans Malaysia turut dapat terlibat secara aktif dan selaraskan bersama dalam memberi perkhidmatan ambulans di Negeri Perak.

Berkaitan dengan kelewatan membaiki kenderaan sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan. Ini berlaku di tempat saya pun. Jadi kaedah-kaedah yang digunakan adalah proses membaiki kenderaan rosak khususnya ambulans bergantung kepada 2 kaedah iaitu kaedah yang berada di bawah penyelenggaraan konsesi perkhidmatan sokongan klinik oleh Syarikat Ambang Wira yang terpilih dalam tender terbuka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kedua, kes membaiki ambulans oleh syarikat konsesi ini, di mana nilainya di bawah RM1,000.00 boleh diselesaikan secara mudah. Manakala yang melebihi RM1,000.00 perlu mendapat kelulusan Mesyuarat Penyelenggaraan yang dipengerusikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah bersama Unit Kejuruteraan KKM. Keadaan ini mungkin menyebabkan sedikit kelewatan dalam proses pembaikan.

Bagi kes kemalangan yang melibatkan kes mahkamah atau melibatkan kesalahan berat seperti kehilangan nyawa, proses pembaikan mengambil masa yang panjang kerana perlu melalui proses undang-undang sebelum kenderaan tersebut boleh dibawa ke bengkel bagi proses pembaikan. Sekiranya punca kemalangan akibat masalah teknikal kenderaan tersebut, laporan daripada JKR perlu diperolehi selain pengesahan dari keadaan kenderaan masih selamat untuk digunapakai. Bagi kes kenderaan yang diselenggara oleh Pejabat Kesihatan Daerah, sebarang kerosakan diperbaiki dengan menggunakan peruntukan sedia ada. Walau bagaimanapun, bagi kerosakan yang melibatkan kos tinggi, mungkin mengambil masa yang panjang sekiranya peruntukan habis dan perlu dapat penambahan peruntukan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Batu Kurau, sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Jawapan daripada Exco tadi juga terima kasih, YB. Soalannya sama macam Kuala Kurau. Dia Kurau-Kurau dekat-dekat. Kurau juga. Batu Kurau pun begitu. Masalah banyak kelewatan bila mana pesakit kemalangan dan sebagainya sebab ada 1 je ambulans di Batu Kurau. Dah banyak kali saya bercakap pasal ni, kalua boleh YB usahakanlah dengan Jabatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dapat menambbah 1 lagi ambulan di Batu Kurau sebab sedang membangun Batu Kurau ini.

Yang keduanya Jabatan Kesihatan telah memohon hampir RM40 ribu untuk membuat bumbung berbumbung kawasan berbumbung kawasan ambulans di Pusat kesihatan Batu Kurau memudahkan pesakit bawa ke tempat kecemasan dewan kecemasan. Tapi masih belum lagi dilaksanakan. Saya minta YB Exco tolong pada Jabatan Kesihatan meluluskan RM40 ribu yang diminta oleh Pusat Kesihatan Kecil Batu Kurau membuat kawasan berbumbung untuk menurunkan apa dia punya pesakit di kawasan kecemasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang berkaitan dengan permintaan RM40 ribu untuk membuat bumbung ambulans, saya akan ambil tindakan dan saya baru dimaklumkan berkaitan dengan perkara ini dan berkaitan dengan kelewatan sampainya ambulans, memang ada-ada aduan berkaitan dengan perkara ini. Di mana sebuah ambulans ini kena lari ke 3 atau 4 tempat satu malam. Jadi itu yang akibatkan kelewatan dan jika boleh, Yang Berhormat-Yang Berhormat juga boleh menghubungi hospital terdekat. Sebab setiap hospital ada tak kurang daripada 4 ambulans dan jika tidak digunakan ambulans itu pada waktu itu, hospital-hospital berkenaan akan memberi gunapakai. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Bismillahirraahmanirrahiim. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Untuk berkaitan dengan ambulans, saya kerap kali bangkitkan dengan KK, Pengarah Kesihatan. Cuma berkaitan, saya ada cadangan, ambulans yang kekerapan berlaku kerosakan. Masyarakat ini dia nak tengok depan mata. Kalau depan mata ambulans rosak, maka persepsi mereka bahawa ini adalah kelemahan. Jadi jawapan daripada Exco yang menyebut ambulans ini dibekalkan mengikut zon dan saya cadangkan di peringkat luar bandar yang pedalaman, kita lakukan pergantian ambulans. Ambulans yang banyak berlaku kerosakan perlu berada di pekan. Berhampiran dengan bengkel yang banyak dan pedalaman perlu pada pergantian. Itu cadangan dan saya harap perkara ini tidak dibangkit lagi dan masyarakat sangat banyak berbunyilah sampai masyarakat menyebut jangan sampai ia melibatkan nyawa rakyat. Itu mohon perhatian. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Teguran Yang Berhormat akan diambil perhatian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, menjemput ahli Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Bismillahirraahmanirrahiim. Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Salam perpaduan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan Ayer Kuning soalan nombor 1. Terima kasih

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

(Bacaan doa) Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua saya akan menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ayer Kuning. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Kuning kerana cukup perhatian kepada isu berkenaan dengan wanita dan usaha-usaha kerajaan yang dibuat untuk membantu terutamanya dalam membangunkan usahawan wanita. Dah tentu sebagai Exco yang menjaga kepentingan wanita dan juga usahawan, aspek pengupayaan wanita itu menjadi keutamaan saya dan juga Kerajaan Negeri. Seperti Yang Berhormat dan ahli sidang dewan yang dimuliakan, Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Usahawan STeP dan lain-lain agensi berkaitan, sentiasa merangka dan menjalankan program serta menggerakkan inisiatif bagi membantu para usahawan, khususnya usahawan wanita yang merupakan kumpulan terbesar dalam sektor ini. STeP kini telah menjadi pusat rujukan pengkalan data dan informasi usahawan meliputi keseluruhan ekosistem keusahawanan apabila diberi tanggungjawab menyelaraskan aktiviti-aktiviti pembangunan usahawan dan merancang serta memantau program-program keusahawanan di negeri Perak termasuk program dari pelbagai kementerian dan agensi persekutuan. Selain itu, kita semua perlu akui bahawa usaha pembangunan usahawan ini merupakan agenda negara dan negeri Perak melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 yang memerlukan kerjasama rentas agensi iaitu melibatkan lebih daripada 50 jabatan agensi yang berkaitan. Maka bagi memastikan penyelarasan yang strategik dapat dibuat satu mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Perak iaitu MPUP yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, UPEN, diwujudkan dan STeP telah diberi amanah sebagai urus setia penyelaras bagi MPUP.

Keahlian mesyuarat ini adalah 50 terdiri daripada 50 jabatan dan agensi yang berkaitan dengan keusahawanan termasuklah juga Sekretariat Pembangunan Wanita (SPW), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN yang merupakan antara agensi utama yang memfokuskan pelbagai bantuan dan program terhadap pembangunan keusahawanan wanita. Sebagai makluman, melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Wanita Perak, kerajaan telah menjalankan Program Pengupayaan Keusahawanan Wanita Negeri Perak, BIZNITA yang berkonsepkan pemberian peralatan perniagaan khususnya bagi peniaga wanita dan untuk makluman Yang Berhormat peruntukan ini telah diperuntukkan sebanyak RM300 ribu yang telah memberi manfaat kepada 120 orang penerima di Negeri Perak. Insya-Allah kita mengharapkan agar pada tahun hadapan, sewaktu pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar nanti, kita mengharapkan agar Belanjawan Negeri Tahun 2024 juga dapat melihat perkara ini kerana peruntukan yang disalurkan sebelum ini sebanyak RM300 ribu itu ialah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) jadi kita mengharapkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan supaya bajet untuk program BIZNITA, dapat dimasukkan pada tahun hadapan kerana ia juga dapat sekaligus membantu mengupayakan usahawan-usahawan wanita di negeri Perak.

Selain itu juga melalui Wanita Perak juga program pembangunan berkonsepkan kemahiran digital kepada usahawan wanita turut dijalankan iaitu melalui program E-Juwita iaitu jualan e-dagang jualan dan wanita maka tercetuslah hasilnya E-Juwita yang telah bermula sejak 8 September baru-baru ini dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak di mana program e-Juwita ini merupakan usaha Kerajaan Negeri membangunkan lebih daripada 700 orang usahawan wanita untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan perniagaan di atas talian dan program ini juga untuk makluman sidang Dewan merupakan program rentas portfolio antara portfolio saya bersama-sama portfolio Pengurusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak yang bertanggungjawab menguruskan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) kerana program e-Juwita ini kita laksanakan di PEDI-PEDI dan kita memilih 24 PEDI yang melibatkan peserta-peserta wanita dan saya mengharapkan kerana proses program ini e-Juwita ini masih berjalan sehingga Disember nanti saya mengharapkan juga bantuan daripada Yang Berhormat Yang Berhormat sekalian untuk memanjangkan kepada usahawan-usahawan wanita dikawasan masing-masing untuk mendaftarkan diri di PEDI-PEDI yang terlibat ya. Secara khususnya insya-Allah satu parlimen, satu program buat setakat ini. Ini tidak akan berhenti di sini sahajalah. Ok, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, siding Dewan yang dihormati sekalian. Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak juga menyemak melalui sistem database Usahawan Perak iaitu melalui sistem Perak SME database terdapat 130 usahawan yang berdaftar di Daerah Batang Padang dan majoriti yang berdaftar adalah usahawan mikro.

Maka hari ini saya ingin menyeru dan memohon bantuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian juga untuk membantu, saya kira sidang sebelum ini pun saya ada menyebut supaya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat membantu Kerajaan Negeri untuk menggalakkan usahawan-usahawan mendaftar di Perak SME database kerana dengan ada data yang cukup memudahkan Kerajaan Negeri menyusun dan melaksanakan program-program yang bersesuaian mengikut sektor-sektor sama ada mikro, kecil, sederhana ataupun besar tetapi sekiranya data-data tersebut kita tak dapat secara keseluruhan maka sukar untuk kita merencanakan perancangan-perancangan untuk membangunkan usahawan di negeri Perak ini.

Bagi memastikan program dan bantuan dapat disampaikan kepada usahawan dan peniaga kecil di negeri Perak, STeP juga telah merangka, walaupun soalannya kepada wanita tetapi seperti yang kita maklum, usahawan wanita lah yang paling ramai di dalam negeri Perak ini. Jadi, setiap daripada program-program yang dirancang oleh Kerajaan Negeri, sentiasa memberi keutamaan kepada usahawan-usahawan wanita. Seumpama contoh, Program Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2023 yang merupakan program turun padang Kerajaan Negeri bersama agensi dan jabatan persekutuan dan negeri ke daerah-daerah dan kita membawakan lebih daripada 40 agensi turun ke daerah-daerah terutamanya bagi agensi-agensi yang tiada secara officialnya ataupun secara fizikalnya pejabat mereka di daerah-daerah ataupun di bahagian parlimen-parlimen tersebut. Ini memberi peluang kepada usahawan-usahawan dan juga bakal usahawan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pinjaman, bantuan geran, bimbingan dan latihan.

Semua ini kita lakukan dan setakat ini telah pun kita turun ke 6 daerah seperti Manjung, Mu'allim, Hulu Perak dan juga kita juga pergi ke LMS, Selama dan baru-baru ini kita turun ke Teluk Intan dan Alhamdulillah kita mendapat respon yang cukup baik daripada usahawan dan bakal usahawan apabila siri jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi ini mendapat maklum balas dan respon daripada usahawan-usahawan sendiri yang mereka memaklumkan kepada kita ia merupakan satu platform yang cukup membantu usahawan-usahawan di negeri Perak ini dan ini juga dilaksanakan, bagi usahawan-usahawan kita yang memerlukan sedikit bantuan, kita ada menyediakan bantuan geran-gerak iaitu merupakan bantuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran usahawan melalui pembelian mesin dan promosi dan seramai 479 permohonan telah pun diluluskan dan dalam proses pembayaran kepada pihak pembekal. Selain itu juga, Yang Berhormat, program-program di bawah agensi persekutuan seperti contoh JPW, dia ada program yang membentuk keusahawanan wanita seperti seperti Wijana, Jejari. Kemudiannya kita ada juga kursus keusahawanan kepada wanita, e-Quinita dan inkubator wanita yang dibuat di bawah JPW dan beberapa agensi yang lain yang fokus kepada membangunkan usahawan wanita di negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Ayer Kuning sila.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker tahniah dan syabaslah saya ucapkan kepada Exco, Temenggor yang telah pun banyak membantu dalam mahu melahirkan usahawan wanita yang berjaya. Jadi soalan tambahan saya, apakah syarat-syarat khusus yang diperlukan oleh usahawan ini untuk mendapat bantuan daripada Kerajaan? Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Yang Berhormat. Syarat-syarat khusus bergantung kepada bantuan-bantuan yang ingin disalurkan. Saya mengambil contoh bantuan geran gerak yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri melalui STeP, syaratnya tak ketat. Hanya memerlukan usahawan kita berdaftar dengan SSM, ada salinan kad pengenalan, kemudiannya mereka memang menjalankan perniagaan itu secara genuine dan juga menyertakan sekiranya kalau dari segi bantuan peralatan, mereka menyediakan sebutharga barang dan hantar kepada urusetia untuk kita membuat tapisan. Maknanya kalau dulu mungkin kita melihat usahawan terpaksa pergi tunggu turun ke pejabat nak ambil borang dan sebagainya, tapi kali ini untuk bantuan geran gerak, saya bagi contoh, mereka hanya perlu mengisi secara online dah tak perlu nak pergi turun nak ambil dan kita buka kepada semua, kepada semua usahawan tetapi saya nak tekankan di sini, Yang Berhormat, ialah ramai kadang-kadang usahawan mereka kata mereka tak tahu apa program-program yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri terutamanya. Saya mengesyorkan atau menyarankan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar sekiranya ada usahawan-usahawan ataupun bakal usahawan di kawasan masing-masing minta mereka untuk satunya follow rapat page STeP, Sekretariat Pembangunan Usahawan kerana dekat situ kita akan sentiasa berkongsi maklumat-maklumat dan bantuan-bantuan yang disalurkan termasuk saya juga mengharapkan agar usahawan-usahawan di negeri Perak ini, kita sentiasa dekat dengan agensi. Kita ada lebih daripada 40 agensi yang berkaitan dengan pengguna usahawan. Jadi, dapatkan maklumat-maklumat antara inisiatif yang saya maklumkan tadi lah, ya, Siri selajah. sebab kita nak menyampaikan seberapa banyak informasi berkaitan dengan pengguna usahawan kepada usahawan-usahawan di negeri Perak.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

YB Exco, berkaitan dengan permohonan peruntukan, contoh syarat-syarat. Ada setengah agensi-agensi yang agak ketat berkaitan dengan contohnya kalau kita nak tolong orang yang susah, usahawan-usahawan yang susah, sudah tentulah penyata kewangan mereka ini tak stabil. Malahannya, yang baru nak berniaga ini tak ada duit. Jadi kalau ada syarat-syarat yang ketat, setengahnya agensi memerlukan penyata kewangan 6 bulan, 3 bulan. Jadi kalau ini menjadi syarat keperluan utama, sudah tentulah kita tak boleh banyak nak tolong orang susah dalam mereka mahu memulakan perniagaan. Jadi adakah mekanisme baru dan kita juga perlu juga melihat bagaimana untuk menolong usahawan-usahawan yang baru nak berniaga tapi ternyata kewangan mereka tidak kukuh dan stabil? Terima kasih.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Yang Berhormat, sebab tu saya maklumkan tadi, sebenarnya melihat kepada bantuan-bantuan yang ingin disalurkan. Kalau bantuan itu tak banyak, saya kira syaratnya taklah begitu ketat tetapi kalau bantuannya besar dan kita juga ingin melihat genuine ataupun betul-betul peniaga itu berniaga. Sebab itu kita sentiasa mengharapkan sebab dekat Perak ni kita terlampau ramai usahawan informal yang kadang-kadang kita sukar nak bantu kerana kelansungan perniagaan mereka tu kadang-kadang sekejap kemudiannya dah tak meniaga. Jadi sukar untuk agensi-agensi nak bantu tapi kalau Yang Berhormat maklumkan tadi banyak syarat-syarat yang ketat, sebenarnya kalau mengikut bantuan-bantuan yang saya katakan tadi sebenarnya ada banyak kelonggaran yang diberikan melalui agensi sebagai contoh sebelum ini kita ada bantuan geran group dan juga daripada Federal, hanya memerlukan pendaftaran SSM sahaja dan kerajaan salurkan peruntukan kepada usahawan-usahawan. Sebab itu kadangkala kita terpengaruh dengan persepsi kata sukar untuk dibantu dan sebagainya.

Sebenarnya kita menghadapi juga masalah yang banyak melibatkan usahawan informal apabila mereka sendiri juga sukar untuk membantu diri mereka apabila kita minta daftar SSM ikut program-program agensi tetapi mereka lebih memilih untuk nak cara mudah, kami mohon bantuan dan dapatkan. Kita menghadapi kekangan peruntukan. Jadi sebab itu saya kira mana-mana agensi pun akan melihat kepada usahawan-usahawan yang pure ataupun benar-benar nak membangunkan diri mereka tapi yakin dan percayalah, Yang Berhormat, kita akan sentiasa membantu dan bimbing usahawan untuk majukan mereka. Sebagai contoh, baru-baru ini melalui portfolio saya dan juga bantuan daripada PASAK, kita ada program 'Business Fundamental Mystery' yang mana program kita asas kepada membentuk usahawan itu daripada permulaan kemudiannya sehingga peringkat coaching yang melibatkan hampir 200 peserta. Itu antara usaha-usaha yang kita nak bantu nak bimbing usahawan-usahawan kita tidak termasuk lagi program-program bimbingan yang dilakukan oleh agensi-agensi lain Yang Berhormat. Itu sahaja, terima kasih.

Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Boleh tambahan sikit. Satu lagi.

Yang di-Pertua

Ok, Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Berkenaan geran macam agropreneur berkenaan dengan usahawan belia ada peruntukan yang telahpun disalurkan oleh kerajaan kepada mereka sebanyak RM20 ribu. Jadi apakah kaitan dengan wanita tidak boleh, ataupun ada boleh disalurkan juga geran sebanyak RM20 ribu kepada mereka? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Exco

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Kalau geran setakat ini memang macam saya maklumkan kalau di bawah Kerajaan Negeri, Yang Berhormat di bawah STeP kita hanya dapat peruntukkan RM1.2 juta sahaja untuk program-program pengguna usahawan sebab itu kita sentiasa mengharapkan juga bantuan daripada agensi-agensi dan jabatan persekutuan untuk membantu kita dan sememangnya melalui agensi dan jabatan persekutuan itu ada program-program agropreneur di bawah Jabatan Pertanian sendiri juga ada, bahkan kita juga ada melalui MARA, Bantuan Dananita, pinjaman, pinjaman khusus untuk membantu usahawan wanita. Tetapi kalau setakat ini, bantuan geran RM20 ribu itu setakat ini tak ada itu sahaja Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Pasir Panjang

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Exco, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasihlah pada Exco yang baru-baru ni turun ke Manjung untuk membangunkan usahawan-usahawan wanita di sana, tetapi saya ingin bertanya bagaimanakah sebaran maklumat dibuat sebab? Pejabat Adun sendiri tidak dimaklumkan dan sekiranya dimaklumkan, maka kita akan buat sebaran yang lebih luas lagi untuk melibatkan lebih ramai usahawan-usahawan wanita terlibat dalam program bersama-sama Exco, dan juga kita sebagai Adun juga ingin bersama-sama Exco membangunkan usahawan wanita di kawasan kita. Ada satu soalan lagi yang boleh saya tanya berkaitan dengan yang diuruskan oleh Exco sendiri tentang kad sejahtera.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Lain daripada soalan asal, sekarang ini portfolio usahawan YB. Terima kasih Yang Berhormat berkenaan dengan program saya turun ke Manjung ialah program e-Sport, Program Go Cashless iaitu saya turun ke pasar malam untuk melihat usahawan-usahawan menggunakan platform pembayaran tanpa tunai, ya, dari mana program itu melalui Sekretariat Penggunaan Usahawan dan juga PESALAM saya turun sewaktu itu dan kita memang tak ada melibatkan usahawan-usahawan lain, melainkan saya pergi ke pasar malam di situ untuk melihat bagaimana penggunaan Go Cashless ini mula digunakan oleh peniaga-peniaga dan usahawan kita tetapi biasanya Yang Berhormat, program-program kita, kita akan menyalurkan melalui agensi-agensi yang berkaitan supaya setiap agensi yang ada itu mereka ada usahawan di bawah mereka dan mereka akan memaklumkan kepada usahawan bimbingan masing-masing. Biasanya kita gunakan platform itu selain seperti yang saya maklumkan tadi, minta lah kalau kata usahawan-usahawan mereka follow lah rapat page Sekretariat Pembangunan Usahawan ataupun page saya sendiri. Kita sentiasa memaklumkan program-program saya terutamanya di dalam page rasmi kita. Itu sahaja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Last, Changkat Jong.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB datang kawasan jemputlah sekali.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Yang Berhormat Exco, sebentar tadi, Yang Berhormat Exco ada mengatakan ada datang Teluk Intan, datang Teluk Intan minggu lepas saya pun tengok ada program Yang Berhormat Exco berada di Teluk Intan tapi malangnya sama dengan pasir panjang tidak melibatkan YB-YB pembangkang. Jadi ikut kata YB Exco tadi sekiranya maklumat-maklumat itu boleh kita war-warkan kepada semua seluruh penduduk di Kawasan, jadi lain kali kalau datang ke kawasan, maklumlah kepada kami, jemputlah kami untuk kita war-warkan bersama-sama untuk mereka menyertai taklimat-taklimat ataupun maklumat-maklumat berhubung keusahawanan di sana nanti, insyaallah.

Yang di-Pertua

Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco, Ok, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat maka dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini, seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2023Bill

Setiausaha

Perkara yang kelima, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2023.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Sumber Air Perak 2023 dibaca bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Rapat.

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan juga perlindungan Sumber Air di Negeri Perak, Penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali kedua?

Dalam mesyuarat ini juga, Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan pemberitahuan bacaan kali kedua, sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57(1).

Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Sungai Rapat.

Dato' Yang di-Pertua saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan juga perlindungan Sumber Air di Negeri Perak, Penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Yang di-Pertua, Tebing Tinggi menyokong

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Rapat bagi membentangkan Enakmen Sumber Air Perak 2023.

(Bacaan ayat Al-Quran) Petikan surah Al-Baqarah 164 yang bermaksud ‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi yang silih berganti malam dan siang bahtera yang berlayar di lautan membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan daripada langit berupa air, lalu dengan air itu dihidupkan bumi sesudah mati ataupun kering dan dia sebarkan di bumi ini segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi sungguh terdapat tanda-tanda keesaan dan juga kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan’

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera Alhamdulillah wa syukur Lillah wa salatu wa salam ala Rasulillah. Perkara 74 dibaca bersama Butiran 6 dan 9 Senarai Negeri Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa kepada badan perundangan negeri, iaitu Dewan Yang Mulia ini, untuk membuat undang-undang berhubung perkara sumber air dan perwujudan kesalahan bagi perkara tersebut. Selanjutnya, Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 3 dan juga Butiran 17. Jadual pertama Incorporation State Legislation Competency Act dengan izin 1962, Akta 380, telah memberikan kuasa kepada badan perundangan negeri, Dewan Yang Mulia ini, untuk membuat undang-undang bagi menubuhkan badan berkanun pengurusan sumber air. Selaras dengan punca kuasa di atas, jelas telah menyatakan bahawa badan Perundangan Negeri Perak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung kawal selia sumber air di negeri ini. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, di antara negeri-negeri lain yang telah meluluskan enakmen berkaitan Pengurusan Sumber Air adalah Negeri Selangor pada tahun 1999, Negeri Kedah pada tahun 2008 dan yang terkini adalah Negeri Terengganu. Kedua-dua itu negeri yang diuruskan oleh Perikatan Nasional, usul yang lepas. Negeri Terengganu pada tahun 2020 terkini. Ketiga-tiga negeri ini telah menubuhkan badan pengurusan sumber air negeri masing-masing iaitu Lembaga Urus Air Selangor ataupun (LUAS), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah atau (LSANK) dan juga Lembaga Sumber Air Terengganu.

Dato' Yang di-Pertua, sehingga kini pengurusan sumber air di Negeri Perak masih dikawal selia berdasarkan kepada Peruntukan Akta Air 1920 [Akta 418] yang dilaksanakan oleh Pegawai-Pegawai Pentadbir Daerah di negeri Perak. Ini dan tiada badan khusus yang boleh menjadi rujukan utama untuk kawal selia sumber air tersebut. Selain peruntukan Akta Air 1920 [Akta 418], terdapat dua kaedah yang telah pun dibuat d ibawahnya iaitu kaedah-kaedah caj air Perak 2010 dan kaedah-kaedah Abstraksi Air Tanah (Perak) 2011. Ketiadaan badan khusus ini menyebabkan kawal selia ke atas penggunaan sumber air negeri tidak dapat dioptimumkan, khususnya daripada aspek pelesenan dan penguatkuasaan yang melibatkan sumber air. Justeru itu, telah timbul keperluan dasar untuk menggubal suatu dasar undang-undang negeri baru yang teratur dan menyeluruh bagi menggantikan Akta Air 1920 [Akta 418] dan undang-undang yang berhubung dengannya. Oleh itu, RUUSA, bagi pendek Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023, digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan pelindungan sumber air di Negeri Perak, serta menubuhkan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Dato' Yang Dipertua, Rang Undang-Undang Sumber Air atau (RUUSA) Perak 2023 yang telah digubal mengandungi 94 fasal peruntukan yang dibahagikan kepada 9 bahagian seperti berikut:

Bahagian I - Permulaan Rang Undang-Undang Sumber Air ini mengandungi peruntukan-peruntukan berhubungan dengan permulaan iaitu tajuk ringkas Enakmen.

Penetapan tarikh kuatkuasa Enakmen oleh Pihak Berkuasa Negeri dan pemakaian Enakmen di bawah fasal 1 serta tafsiran bagi beberapa tafsiran perkataan dan juga ungkapan spesifik yang digunakan dalam RUU di bawah fasal yang kedua.

Bahagian yang kedua pula adalah bahagian pentadbiran. RUU Sumber Air ini mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara pentadbiran.

Fasal 3 hingga 15 memperuntukkan perkara berhubung penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak. Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak ini akan dianggotai oleh 12 orang anggota. Anggota ini 12 orang, iaitu seorang pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi, 6 orang anggota atas jawatan serta 3 orang anggota lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang sumber air yang juga dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pengarah Lembaga sebagai

Setiausaha. Fasal 16 hingga ke-19 pula, memperuntukkan perkara berhubung fungsi dan kuasa lembaga. Lembaga adalah sebuah badan berkanun negeri yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber air di negeri ini menurut fungsi dan kuasa di bawah RUU antaranya menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang pengurusan sumber air bersepadu, merumus dan melaksanakan pelan pengurusan sumber air, mengawal selia pelesenan aktiviti yang menggunakan sumber air serta menjalankan penguatkuasaan di bawah RUU tersebut.

Fasal 20 hingga 25 pula, memperkukuh peruntukan perkara berhubung pekerja lembaga. Sebagai sebuah badan berkanun, Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak mempunyai kuasa untuk melantik pekerja-pekerjanya yang akan diketuai oleh seorang Pengarah. Pengarah Lembaga Pengurusan Air dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam atau di mana-mana orang yang difikirkan layak oleh lembaga dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Pengarah dan pekerja-pekerja lembaga ini akan melaksanakan kerja-kerja di bawah Rang Undang-Undang ini termasuklah kerja-kerja pelesenan dan tindakan penguatkuasaan.

Fasal yang ke-26, memperuntukkan perkara berhubung Kumpulan Wang Disatukan Lembaga yang antara lain mengandungi wang yang diperuntukkan oleh kerajaan dan semua fi caj wang selain daripada deposit atau harta lain yang dibayar di bawah rang undang-undang ini. Kumpulan wang ini hendaklah dibelanjakan untuk membayar kos dan perbelanjaan lembaga di bawah RUU termasuklah menyediakan peruntukan tahunan kepada Kerajaan Negeri bagaimana yang diperuntukkan dan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Fasal 27 pula, memperuntukkan berhubung Kumpulan Wang Pembangunan Air yang mengandungi wang yang diterima daripada penguatkuasaan deposit serta wang lain yang diperuntukkan bagi penambahbaikan dan pemulihan kualiti dan juga kuantiti sumber air negeri. Penyata akaun tahunan kedua-dua Kumpulan Wang Lembaga ini yang telah diaudit hendaklah dikemukakan Lembaga kepada Pihak Berkuasa Negeri dan laporannya hendaklah dibentangkan ke Dewan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal 29 dan 30 RUU tersebut.

Bahagian keempat pula, pengurusan dan perlindungan sumber air, bahagian ini mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara pengurusan dan juga perlindungan sumber air, bahagian ini mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara pengurusan dan juga perlindungan sumber air.

Menurut fasal 31, Pengarah Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak hendaklah bertanggungjawab bagi semua perkara berkaitan dengan sumber air dalam negeri antaranya menyedia dan melaksanakan pelan pengurusan sumber air bersepadu negeri ini di bawah fasal 32 dan 34 serta mengeluarkan arahan menghentikan kerja-kerja yang menjejaskan kualiti dan juga kuantiti sumber air di bawah fasal 35. Fasal 36 pula, memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengisytiharkan melalui warta mana-mana kawasan tanah atau badan air sebagai kawasan perlindungan sumber air.

Fasal 37,38,39 dan 40 pula, memperuntukkan kawalan bagi pengurusan air larian hujan atau Storm Water dengan izin serta pengurusan sumber air dan tindakan kawalan semasa banjir dan kemarau. Bagi menjaga kualiti dan kuantiti Sumber Air Negeri, Fasal 41 hingga 43 memperuntukkan perkara berhubung mitigasi pencemaran akibat kemalangan, kawalan pembaziran air dan tindakan pemulihan sumber air. Fasal 44 pula, memperuntukkan perkara berhubung dengan pencemaran sumber air, bahawa mana-mana orang yang melepaskan apa-apa pencemar ke dalam sumber air tanpa lesen di bawah RUU ini adalah melakukan suatu kesalahan yang jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bahagian kelima pula, pengurusan penggunaan sumber air dan juga pelesenan. Bahagian ini mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung perkara penggunaan sumber air dan pelesenan. Antara hak untuk menggunakan air tanpa lesen atau bayaran caj bagi maksud sara hidup sendiri iaitu bagi penggunaan isi rumah tidak melebihi 2,500 liter sehari seorang dan bagi pertanian sara hidup sendiri, tidak melebihi 15,000 liter sehari bagi setiap seorang. Di bawah fasal 45, keperluan pemasangan dan pengendalian sukatan air di bawah fasal 46, dan kuasa PBN untuk menetapkan caj bayaran atau sumbangan bagi penggunaan sumber air di bawah fasal ke-47. Fasal 49 pula, memperuntukkan keperluan lesen untuk penggunaan sumber air bagi sebarang aktiviti termasuklah pengabstrakan air di bawah di bawah fasal 50 melencong, mengganggu dan juga menghalang aliran semulajadi air di bawah fasal 51, mengendalikan sebarang vesel atau navigasi di jalan air pedalaman negeri di bawah fasa 52, aktiviti rekreasi ataupun riadah di fasal 53, pembinaan jambatan, jeti atau pelantar pendaratan di fasal 49 (1)(i) dan lesen untuk mengembalikan air yang telah digunakan, melepaskan serta melupuskan air sisa ke dalam sumber air. Selaras dengan tujuan utama penggubalan RUU ini untuk pengurusan bersepadu penggunaan dan perlindungan sumber air. Kesalahan bagi aktiviti yang tidak berlesen boleh dikenakan denda mengikut jenis aktiviti tersebut iaitu denda tidak melebihi RM300 ribu untuk aktiviti menggunakan air dan denda tidak melebihi RM1 juta untuk aktiviti melepaskan ataupun melupuskan air sisa ke dalam sumber air. Perkara berhubung pelesenan pula diperuntukkan di bawah Fasal 54 hingga 65 RUU tersebut.

Bahagian keenam pula, penguatkuasaan bagi mengandungi peruntukan Fasal 66 hingga 83. Berhubung perkara penguatkuasaan antaranya kuasa-kuasa dan prosedur penguatkuasaan pemakaian Kanun Tatacara Jenayah dan pendakwaan. Pegawai diberi kuasa diperuntukan kuasa-kuasa penguatkuasaan antaranya kuasa penyiasat di bawah Fasal 67. Kuasa memasuki premis di bawah fasal 69 dan kuasa menyita benda dan pengangkut di bawah fasal 72 dan 73 serta diperlucut hakkan barangan yang disita di bawah Fasal 75 hingga 76 dalam RUU ini.

Bahagian ketujuh pula adalah kesalahan berkenaan dengan penalti. RUU Sumber Air mengandungi peruntukan fasal 84 hingga 88 berhubung perkara kesalahan am dan penalti am antaranya kesalahan berterusan. Kesalahan oleh badan korporat dan perkompaunan mengaut kompaun kesalahan.

Bahagian kelapan, bahagian ini mengandungi peruntukan fasal 89 hingga 93. Berhubung perkara pelbagai antaranya perundangan pemberi maklumat dan kuasa perlindungan pemberi maklumat dan kuasa membuat peraturan-peraturan dan menetapkan borang.

Bahagian kesembilan, pemansuhan dan kecualian. Bahagian ini mengandungi peruntukan Fasal 94 berhubung perkara pemansuhan dan kecualian bagi memastikan pelaksanaan pengurusan sumber air bersepadu ini di bawah RUU dapat dibuat secara menyeluruh, 3 undang-undang negeri yang sedia ada akan dimansuhkan. 3 undang-undang negeri yang sedia ada akan dimansuhkan iaitu The Ferris Enactment 1901 Enactment No. 1 of 1901 dengan izin. Di Water’s Act 1920 Akta 418 sejauh mana ianya terpakai kepada Negeri Perak dan Enakmen Pengurusan Persisiran Pantai Perak 2016 Enakmen 10.

Dato’ Yang di-Pertua, di bawah peruntukan rang undang-undang yang dicadangkan ini, peruntukan baharu yang dibuat adalah bertujuan untuk pertamanya, mengadakan peruntukan baharu mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Perak bagi menggantikan atau memansuhkan Akta Air 1920 Akta 418 dan undang-undang lain yang berkaitan. Menubuhkan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dengan tujuan antara lain adalah seperti berikut.

Yang pertama mengawal selia penggunaan sumber air negeri secara optimum khususnya dari aspek mengawal selia kualiti dan kuantiti sumber air di Negeri Perak.

Yang keduanya, menjaga kepentingan negeri dalam aspek pengurusan, pembangunan dan juga penggunaan sumber air di negeri Perak dengan lebih sistematik.

Yang ketiga, pengeluaran lesen dengan syarat-syarat tertentu kepada mana-mana pihak untuk mengusahakan apa-apa perkara atau aktiviti berkaitan sumber air.

Yang keempat, penguasaan undang-undang ataupun peraturan-peraturan yang berhubung dengan suatu sumber air bagi menjamin kelestarian sumber air negeri ini.

Yang kelima, menjana hasil baharu kepada kerajaan negeri melalui kutipan hasil penggunaan sumber air di mana hasil kutipan ini akan digunakan semula bagi tujuan pemulihan dan pemeliharaan sungai-sungai atau sumber air di negeri ini dan yang keenam, membuka ruang dan peluang pekerjaan baru kepada rakyat negeri Perak bagi menjana ekonomi setempat.

Dato’ Yang di-Pertua, terdahulu Rang Undang-Undang Sumber Air Perak ini telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada Persidangan Kedua, Mesyuarat Kedua Tahun Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas bagi Perak Darul Ridzuan pada 18 Julai, 2022. Semasa sesi penggulungan RUU ini pada 19 Julai, 2022, ketika itu Dewan Negeri telah bersetuju untuk menangguhkan RUU ini dan sebuah jawatankuasa bipartisan telah ditubuhkan bagi membolehkan semua Ahli Dewan Negeri daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang dapat bersama-sama memperhalusi dan mengharmonikan rang undang-undang ini untuk dibawa semula ke Dewan Negeri pada hari ini. Susulan itu, satu jawatankuasa bipartisan yang dipengerusikan oleh saya sendiri, selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam dan dianggotai oleh 10 orang ahli-ahli daripada Dewan Undangan Negeri, telah ditubuhkan bagi menyemak dan memperhalusi semula RUU Perak 2023 ini.

Lanjutan itu, jawatankuasa bipartisan tersebut telah bersidang sebanyak 4 kali secara hybrid, physical dan online bagi membincangkan dan memperhalusi RUUSA ataupun Perak 2023. Selain itu, satu sesi libat urus penggubalan RUUSA Perak 2023 bersama-sama pemegang taruh dan pihak berkepentingan telah diadakan pada 17 April 2023 dan 2 siri sesi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Adun kerajaan pada 21 Ogos 2023 dan 21 September 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya. Isu-isu yang dibangkitkan semasa sesi libat urus adalah berkenaan kawalselia dan penguatkuasaan undang-undang. Kawalan pencemaran air. Kawalan pencemaran air berkenaan kawalselia dan juga operasi badan kawal selia air. Caj penggunaan air, janaan hasil digunakan semula untuk konservasi sumber air serta pemasuhan undang-undang terdahulu.

Dato’ Yang di-Pertua, hasil daripada penelitian jawatankuasa bipartisan dan juga dapatan sesi libat urus tersebut, terdapat 7 Fasal RUU Sumber Air telah dipinda, dikemaskini dan ditambah baik. Iaitu yang pertamanya, Fasal yang pertama, berkaitan tajuk ringkas, permulaan kuatkuasa dan pemakaian. Fasal ini dipinda dengan masukkan sub Fasal 1(4) bagi mengadakan peruntukan bahawa RUU Sumber Air ini akan mengatasi mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai sumber air sekiranya terdapat percanggahan atau ketidakselarasan dengan undang-undang tersebut. Sebagai contoh, bahagian kelapan, Enakmen Mineral Perak 2003. Enakmen Perak Bilangan 7 Tahun 2003. Enakmen Mineral mengandungi Seksyen 99 hingga 114 yang antara lain memperuntukkan perkara berhubung lesen dan permit air bagi aktiviti yang melibatkan tenemen mineral pelombongan-perlombongan di negeri ini. Seksyen 114, Enakmen Mineral yang sedia ada akan menghalang kuatkuasa peruntukan RUU Sumber Air ke atas aktiviti pelombongan yang sudah pasti melibatkan penggunaan sumber air negeri. Oleh yang demikian, sebagai undang-undang utama yang mengawal selia penggunaan sumber air di negeri ini, RUU Sumber Air ini hendaklah mempunyai peruntukan yang membolehkan ia mengatasi peruntukan undang-undang lain yang menyentuh sumber air. Setelah RUU ini diluluskan kelak Insya-Allah, pindaan susulan consequential amendments dengan izin juga perlu dibuat ke atas Enakmen Mineral dan undang-undang lain yang berkaitan bagi memberi kesan kepada pemakaian menyeluruh RUU Sumber Air ini.

Pindaan juga perlu dibuat ke atas fasal 2 RUU ini bagi memperincikan tafsiran terma pegawai polis supaya hanya pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor sahaja yang boleh menjadi pegawai diberi kuasa dan menjalankan tugas- tugas penguatkuasaan di bawah RUU ini. Sebagaimana yang turut diperuntukan di bawah undang-undang bertulis yang lain. Fasal 15 RUU berkaitan maklumat kepada Pihak Berkuasa Negeri. Pihak Berkuasa Negeri juga dipinda dengan memasukkan subfasal 15(2) bagi mengenakan kewajipan ke atas Lembaga Pengurusan Sumber Air untuk mengemukakan laporan berhubung perkara besar atau yang berkepentingan awam kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan serta-merta tanpa perlu diarah atau dipinta oleh Pihak Berkuasa Negeri. Pindaan ini dibuat bagi memastikan tiada maklumat atau keputusan lembaga berhubung hal sumber air yang melibatkan isu-isu besar dan kepentingan awam yang tidak dilaporkan atau disampaikan kepada pengetahuan Kerajaan Negeri. Di samping memperkemaskan kawalan Kerajaan Negeri ke atas lembaga ini. Fasal 34 RUU berkaitan Pelan Pengurusan Sumber Air Antara Negeri juga dipinda dengan masukkan subfasal 34(5) bagi mengadakan perlindungan atau safeguard dengan izin tambahan kepada negeri ini berhubung pemakaian dan pelaksanaan plan pengurusan sumber air antara negeri.

Pelan pengurusan sumber air di antara negeri-negeri yang bersempadan dengan sumber air negeri ini seperti negeri Selangor, negeri Kedah dan Pulau Pinang hanya boleh dilaksanakan di negeri Perak setelah mendapat kebenaran dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Seterusnya, pindaan juga dibuat kepada fasal 47 RUU berkaitan kuasa mengenakan caj dan sebagaimana sebagainya dengan mengemaskini peruntukan subfasal 47 (2) bagi memperkemaskan kuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam mengenakan caj bayaran ataupun sumbangan berhubung sumber air tanpa perlu terikat dengan pertimbangan ke atas perkara-perkara di bawah fasal 47(2) hingga A hingga F.

Fasal 88 RUU juga dipinda bagi memperkemaskan peruntukan tawaran mengompaun kesalahan. Subfasal 88(2) digantikan dengan peruntukan yang lebih kemas dan jelas bagi memperuntukan prosedur tawaran mengompaunkan kesalahan di bawah RUU ini.

Fasal 89 berkaitan perlindungan daripada prosiding guaman dan perundangan juga dipinda di subfasal 1 bagi memasukkan lembaga sebagai salah satu pihak yang akan mendapat perlindungan daripada tindakan prosiding dan perundangan semasa Lembaga menjalankan fungsi dan kuasanya di bawah RUU ini. Terdapat juga beberapa pindaan gubalan dan editorial yang dibuat oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi memperkemaskan struktur ayat dan juga peruntukan dalam RUU ini. Pindaan-pindaan ini telah dimasukkan ke dalam RUU Sumber Air bagi sesi lepas dan juga sesi ini bersama dengan Adun-Adun kerajaan pada 21 Ogos 2023 dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 30 Ogos 2023 dan diwartakan pada 7 September 2023.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan ayat surah Al-Baqarah ayat 164 tadi yang sengaja saya tidak bacakan maknanya sebab saya faham masing-masing ada dia punya handphone sendiri maka saya baca maksud ayat tersebut sebagai penutup kepada cadangan rang undang-undang ini yang bermaksud ayat tadi. Bismillahirrahmanirrahim, ‘sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih berganti malam dan siang. Bahtera yang berlajak, yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia. Dan apa yang Allah turunkan daripada langit berupa air. Lalu dengan air itu, dia hidupkan bumi sesudah mati, keringnya. Dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan. Dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sesungguhnya terdapat tanda-tanda kesaan dan juga kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan’.

Dato' Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan rang undang-undang yang bernama satu Enakmen Sumber Air Perak 2023 diluluskan dalam Mesyuarat Keempat Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Dengan sudahi dengan wa bila'i taufi'ul hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Adun Sungai Rapat, Yang Berhormat Exco dari Sungai Rapat. Ada sokongan?

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Tebing Tinggi menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan Sumber Air di Negeri Perak, Penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah dibaca untuk kali kedua. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 30 minit setiap seorang manakala masa yang diperuntukan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 15 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Pertamanya saya ingin memulakan perbahasan ini dengan memetik titah perasmian Al-Marhum Sultan Azlan Shah Al Maghfurlah dalam Persidangan Undang-Undang 2007 dan mungkin saya ingin nak mengkongsikan dengan Ahli-ahli Dewan, rakan-rakan semua tentang mengapa kita memberikan perhatian kepada apa yang dititahkan oleh Almarhum yang rasanya ramai yang tidak sedar bahawa Almarhum adalah seorang hakim bekas Ketua Hakim Negara yang naik takhta Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1984 dan bersemayam di atas takhta selama 30 tahun antara sebilangan kecil Sultan-Sultan Raja-Raja Perak yang bersemayam begitu lama tetapi apa yang penting dalam titah Almarhum Tuanku dalam persidangan undang-undang itu ialah betapa pentingnya kita mengingati mauduk dan semangat undang-undang terutama bagi mereka yang bertugas ataupun dipertanggungjawabkan melaksanakan undang-undang itu dan kerana itulah yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam buku Malaysia Madani nya memetik titah Almarhum Tuanku yang saya baca dalam bahasa Inggeris dengan izin we must ever be mindful that written constitutions are mere parchment pieces. It is important that there must be, in the hearts and minds of those who are entrusted to administer and uphold the constitutions, a belief in the values and principles that animate the august document yang saya rasa terpakai dalam undang-undang yang kita, dalam rang undang-undang yang kita bahaskan pada pagi ini kerana meskipun peruntukan-peruntukkannya agak mengerikan terutamanya kalau kita lihat daripada kuasa yang diberikan pada PBN, Pihak Berkuasa Negeri, kuasa mengkompaun dan sebagainya yang dilihat kadangkala sebagai satu perkara yang menafikan hak asasi orang biasa terutama orang miskin tetapi dalam masa yang sama kita harus juga ingat bahawa undang-undang atau peraturan itu mempunyai beberapa perkara yang perlu diingat iaitu melaksanakan nilai dan juga peraturan. Oleh kerana orang miskin juga kadang-kadang boleh mengganggu ketenteraman dan di situlah pentingnya peranan kerajaan ataupun pemerintah.

Dato’ Yang di-Pertua saya berdiri pada kali ini dalam keadaan sedikit berbeza dengan peranan dan kedudukan yang lalu. Sebelum ini saya duduk di sebelah sana dan menentang RUU Sumber Air itu tetapi telah pun sebagaimana telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Rapat tadi beberapa sesi libat urus telah pun diadakan dan banyak input yang telahpun dikemukan dan Alhamdulilah nampaknya banyak dimasukkan dalam rang undang-undang yang dibentangkan pada pagi ini dan juga sudah pastilah dengan adanya jajaran baru dan landskap baru politik kita hampir setahun yang lalu turut mempengaruhi kedudukan dan juga pola politik kita. Apapun secara peribadi saya yakin dan juga pihak pentadbiran juga begitu bahawa perdirian yang terus konsisten itu tidak berubah. Yakni dalam menjaga kepentingan negeri dan kebajikan rakyat, serta komitmen untuk mempertahankan alam sekitar yang lestari. Kita perlu membangun dalam erti kata yang sebenar dan tidak merosak dalam sorak suara pembangunan dan kemajuan. Kita perlu akur dengan peringatan Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 56 yang berbunyi, A’uzubillah minashaiton nirajeem (bacaan ayat Al-quran) yang maksudnya antara lain bahawa dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah diciptakan dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan orang yang berbuat kebaikan.

Dato' Yang di-Pertua, saya lihat rang undang-undang yang dibentangkan ini mempunyai maksud penting mempertahankan ataupun menjaga alam sekitar selain daripada mempertingkatkan hasil negeri dan ini cukup jelas dalam fasal-fasal 37 hingga 38, 41, 44, pada halaman 272 hingga 274, 275 hingga 277 dan 278 yang saya fikir sangat terperinci dan cukup baik untuk menjadi panduan bagi Pihak Berkuasa Negeri terutamanya dan juga lembaga yang akan ditubuhkan dalam melaksanakan kuasa yang akan diberikan kepada mereka dan saya berpendapat dalam soal ini tema yang cukup jelas dalam rang undang-undang kita ini ialah kemampanan ataupun sustainability yang ditafsirkan antara lain dalam buku Madani sebagai, saya mohon izin untuk petik dalam Bahasa Inggeris "The sustainability spoken of here must be pursued in our Malaysian way. The Malay word, kemampanan, speaks to a making, a process of sustainability that must be ongoing and a work of collective effort. The Malaysian notion of sustainability is also a balance or equilibrium (keseimbangan), that holds to the wellbeing of humanity itself; and a continued balance and humane respect for nature as well as the human person. Thus, sustainability for us not only includes the natural environment, but also the sustainability of rural and urban communities, as well as families and individuals”

Jadi cukup jelas bahawa selain daripada mempertingkatkan hasil negeri, selain juga meningkatkan kemampuan kita, soal kemampanan dan alam sekitar menjadi fokus yang utama dalam RUU ini dan sebagai permulaan, elok kita perhatikan beberapa fasal dalam rang undang-undang ini secara dekat dan terperinci. Saya tidak pasti sama ada boleh diperbetulkan atau tidak tetapi saya melihat apa yang dibentangkan di hadapan kita inilah sesuatu yang dengan izin work in progress. Jadi bila-bila masa boleh diperbetulkan, dipindah dan sebagainya dan soalan kecil barangkali yang saya nak bangkitkan ialah soal yang diedarkan kepada kita yang saya lihat merujuk pada seksyen sebab setahu saya dalam rang undang-undang ini, dalam bil ini, istilah yang digunakan ialah 'fasal' dan bukan seksyen. Tapi soal yang kecil walaupun begitu ia soal semantik tetapi perlu diteliti supaya ada keseragaman dan tidak ada kecelaruan.

Bagaimanapun Dato' Yang di-Pertua ada beberapa peruntukan yang nampaknya begitu luas dan luas ruang lingkupnya dan implikasinya dan saya lihat pelantikan seorang pengarah sebagai contoh di bawah fasal 21, seolah-olah memerlukan karakter dengan izin Superman dan Superwoman. Kita lihat dalam fasal 21(K) dan (L) pada halaman 262 hingga 263 yang sudah pasti memerlukan kemampuan dan integriti, sikap dan ketegasan yang bukan kecil nilainya. Ertinya, walaupun Yang Berhormat Exco tadi menyebut soal pelantikan di kalangan perkhidmatan awam, saya tidak menafikan atau tidak mengecilkan pengalaman dan juga kemampuan anggota-anggota perkhidmatan awam, tetapi mungkin boleh dipertimbangkan ataupun diambil kira soal kemampuan ataupun pengalaman industri kerana ini adalah satu badan yang besar dan diharapkan dia akan memberikan pulangan yang besar kalau berdasarkan kepada edaran maklumat yang diberikan kepada kita. Unjurannya begitu banyak, banyak juta jadi kita menjangkakan bahawa sosok yang dilantik untuk menjadi pengarah ataupun jadi kapten kepada lembaga ini seorang yang bukan saja mempunyai kredibiliti tetapi juga pengalaman yang sesuai.

Begitu juga dengan soal peruntukan di bawah bahagian 4 yang saya lihat begitu besar tanggungjawabnya iaitu tanggungjawab bagi sumber air, kemudian penyediaan Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Air antara negeri. Jadi nampaknya dia hanya mempunyai kepakaran ataupun skill yang bukan sedikit untuk mempastikan urusan di antara negeri ini berjaya. Arahan menghentikan kerja, pengistiharan kawasan perlindungan, pengurusan air larian hujan, pengurusan sumber air semasa banjir dan kemarau. Ini waktu krisis ya. Kemudian tindakan semasa banjir dan kemarau, tindakan lanjut semasa kemarau, mitigasi pencemaran air akibat kemalangan, kawalan pembaziran air, tindakan pemulihan sumber air, larangan pencemaran sumber air. Jadi nampak semua ini memerlukan bukan saja ketegasan dan ilmu dan juga kemampuan tetapi juga saya fikir boleh kita istilahkan sebagai kehendak politik ataupun political yang kuat bagi mempastikan enakmen ini dapat mencapai objektif dan tujuannya. Meskipun kita tidak menafikan, di sana ada lembaga yang dilantik untuk membantu pengarah ini dan saya ingin menyebutkan betapa pengarah perlu fokus dan tidak disibukkan oleh isu remeh-temeh. Sebab itu saya melihat fasal 24 tentang tatatertib dan surcharge perlu diperhalusi dan mungkin diberikan ataupun dikanunkan undang-undang yang tertentu. Meskipun sudah ada undang-undang tertentu di peringkat persekutuan, saya fikir adalah lebih wajar kalau kita mempunyai undang-undang sendiri di Perak ini supaya pengurusan ini, masalah tidak menjadi gangguan kepada pengurusan di bawah rang undang-undang ini. Jadi apa yang menjadi kebimbangan pada saya di sini ialah soal sekiranya pengurusan terpaksa menangani isu-isu yang seperti itu, yang remeh seperti soal disiplin dan sebagainya, dia akan menyeret lembaga ini kepada perkara yang tidak sepatutnya diberi dengan tumpuan dan lebih parah lagi kalau sekiranya dengan ketiadaannya kepakaran ataupun tidak ada kemampuan dari segi undang-undang, dia akan menyeret lembaga ke mahkamah dan ini satu perkara yang saya fikir menjadi suatu red herring.

Timbalan Yang di-Pertua dan saya fikir kita boleh mengambil contoh daripada negeri-negeri yang lain seperti di Sabah sebagai contoh, ada Statutory Bodies Discipline and Surcharge 1994. Di Johor, ada Statutory Bodies Discipline and Surcharge 2001 dan di Selangor juga ada perundangan yang sama yang diluruskan pada tahun 2001 dan di peringkat persekutuan seperti yang kita maklum sudah ada Statutory Bodies Discipline and Surcharge Act 2000 yang menangani perlakuan seperti itu ataupun masalah itu di peringkat badan-badan berkanun.

Timbalan Yang di-Pertua, antara peruntukan yang saya fikir agak sedikit luar biasa ialah fasal 13 yang memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengecualikan pemakaian undang-undang ini. Walaupun saya akur bahawa ini mungkin boleh digunakan untuk meredakan kebimbangan di setengah pihak tentang bagaimana pelaksanaan undang-undang ini boleh memberikan ancaman atau menafikan hak kepada mereka golongan miskin tetapi kuasa yang begitu luas dan kemungkinan salah guna itu boleh, tidak boleh dinafikan. Jadi, apa yang menjadi masalah dalam soal ini ialah soal tidak wujudnya kawalan yang disediakan dalam enakmen ini dan saya rasa dalam soal ini, mahkamah tidak boleh diharapkan untuk memainkan peranan yang proaktif. Nampaknya kalau kita boleh membuat perbandingan, peruntukan ini sama seperti peruntukan di bawah perkara 150, Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa mengisytiharkan darurat.

Satu lagi perkara yang saya rasa saya suka untuk menarik perhatian adalah soal tafsiran pertanian sara diri. Saya agak tertanya-tanya bagaimana PBN boleh membuat penentuan di sini dan satu perkara yang saya agak sedikit bimbang ialah soal terseretnya ataupun perkara hak asasi sebab sara diri ini boleh membawa ataupun boleh melibatkan isu kebebasan diri di bawah Pelembagaan Persekutuan, bawah bahagian dua iaitu Right to Life dan ini satu perkara yang masih lagi belum begitu diperbahaskan di mahkamah tetapi dengan kepesatan teknologi, dengan masalah alam sekitar, perubahan iklim dan sebagainya perkara ini boleh dalam masa yang terdekat ini dibawa ke mahkamah dan kita memerhatikan atau kita menjangka bahawa tidak mudah untuk kita mentafsirkan apa yang disebut sebagai sara diri itu.

Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya fikir penting ataupun menarik di bawah rang undang-undang ini adalah soal pengurusan bersepadu yang merangkum begitu banyak perkara dan aspek tetapi kalau kita lihat secara terperinci kalau kita perhatikan di halaman 246 di situ, dia begitu banyak menyentuh persoalan alam sekitar. Jadi itu yang saya katakan tadi daripada awal tadi bahawa walaupun rang undang-undang ini menyentuh atau menangani soal sumber air tetapi begitu banyak lagi isu, begitu banyak isu persoalan berhubung dengan alam sekitar yang diperuntukkan dan ini satu perkara yang memang lumrah oleh kerana air adalah satu elemen yang penting dalam alam sekitar kita.

Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh ialah soal keanggotaan lembaga, iaitu yang disebut pada halaman 250 hingga 251. Saya berpendapat bahawa Pengerusi dan Pengarah Lembaga ini perlu dibuat secara telus dan memenuhi kriteria yang ketat sesuai dengan peranan dan fungsi yang berat yang dijalankan oleh Lembaga dan memandangkan bahawa ahli kerana jawatan, ahli kerana jawatan, sudah cukup ramai saya perhatikan 6 orang di sini di bawah fasal 6(1C) itu sebagai Pengerusi, sementara Pengarah dan anggota yang fasal 6(1A), (D) dan (E) harus tidak daripada kalangan perkhidmatan awam. Saya bukan curiga ataupun tidak mempercayai perkhidmatan awam tetapi saya berpendapat ataupun saya melihat bahawa oleh kerana mereka terikat ataupun kenaikan pangkat mereka ditentukan oleh banyak unsur politik dan kerajaan yang memerintah jadi ada kemungkinan di situ sekiranya mereka ini mendominasi Lembaga Pengarah maka nanti saya bimbang fungsi asal ataupun objektif asal kita mengadakan lembaga ini ataupun badan ini tidak tercapai. Jadi biarlah lembaga ini dapat benar-benar berfungsi dengan bebas secara profesional supaya objektif ataupun maksud yang kita nak capai terdapat dicapai dan kerana itu juga lantikan politik harus dielakkan dan setahu saya dalam Dewan Negeri Perak ini belum ada Jawatankuasa Pemilih sepertimana di Parlimen yang meneliti pelantikan-pelantikan penting. Jadi untuk itu saya fikir PBN harus memberikan perhatian. Saya tidak menafikan sisi ataupun justifikasi kepada pelantikan politik oleh kerana mereka tidak dipilih maka mereka perlu juga dihubungan atau dikaitkan dengan mereka yang dipilih ataupun mereka yang ada mandat tetapi harus juga diingat bahawa itu harus diseimbangkan dengan tujuan dan juga falsafah asal sesuatu badan yang ditubuhkan untuk menangani suatu perkara. Saya lihat juga…

YB Timbalan Speaker mohon mencelah. Terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih kepada YB Tebing Tinggi. Saya ingin menyentuh tentang apa yang disebut tadi tentang keanggotaan lembaga yang hanya ada di situ jawatan ahli kerana jawatan hanyalah Kerajaan Negeri. Tapi kalau kita merujuk kepada Enakmen LUAS di Selangor menyatakan dengan jelas Ketua Pengarah JPS salah satu daripada anggota, anggota lembaga bagi badan ini. Alasan yang diberikan oleh YB Tebing Tinggi bagi saya tidak begitu kukuh untuk menafikan, bukan menafikan untuk tidak memasukkan pegawai ataupun Ketua Pengarah yang memang kepakaran dia dalam bidang saliran tapi tidak dimasukkan sebagai keanggotaan dalam anggota Lembaga, Lembaga Pengarah. Saya kira perkara ini perlu diberi perhatian kerana peranan penjawat awam terutamanya mereka yang pakar dalam bidang pengairan perlu dimasukkan sebagai ahli kerana jawatan, selain daripada Setiausaha, perlu dimasukkan juga Pengarah atau Ketua Pengarah JPS kerana dia pakar dalam bidang itu dan jangan dinafikan kepakaran beliau untuk bersama dalam keanggotaan lembaga. Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker.

YB DR. ABDUL AZIZ BIN BARI (TEBING TINGGi): Terima kasih. Saya tidak menafikan atau tidak mengatakan bahawa mereka tidak harus tetapi saya melihat secara keseluruhan iaitu jumlah lembaga ataupun kakanggotaan lembaga yang saya fikir sudah 50-50 ataupun sudah tidak seimbang ataupun lebih memihak kepada Perkhidmatan Awam. Apa yang saya nak sebutkan ialah pengalaman yang telahpun kita lihat, sukar bagi kakitangan awam untuk memberikan pandangan atau pendirian secara bebas oleh kerana career dia, masa depan dia, kenaikan pangkat ditentukan oleh kesetiaan dia. Jadi kalau kita hendakkan sebuah badan yang profesional, yang betul-betul komited dengan apa itu, dengan falsafah asal penubuhannya, saya fikir itu harus dipertimbangkan. Saya bukan Exco, saya bukan kerajaan, tapi saya membawa perkara itu kerana saya lihat di negara-negara yang maju dan kita lihat bagaimana di Singapura, kenapa syarikat penerbangan mereka dapat mencapai tahap yang begitu tinggi? Oleh kerana mereka mematuhi profesionalisme dan saya fikir ini satu perkara yang yang harus kita timbangkan, kita fikirkan. Saya tidak mengatakan tidak boleh atau tidak perlu tetapi PBN kita harus ingat bahawa mempunyai cara dan channel dan ruang untuk mendapat nasihat daripada Perkhidmatan Awam. Sedangkan kita tidak ada ruang untuk mereka yang ada pengalaman, ada kepakaran untuk memberikan nasihat dan juga cadangan kepada kerajaan yang ada. Jadi masalahnya begitu.

Tebing Tinggi saya kira Tebing Tinggi cuba nak menafikan penjawat awam boleh bersikap profesional kerana…

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Saya tidak perlu melayan soalan ini kerana pandangan sahaja.

Jadi maksudnya kriteria YB bagi adalah tidak tepat.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Saya tidak perlu melayan soalan ini. Saya dah bagi pandangan. Saya dengar pandangan YB tetapi saya mencadangkan, kita tidak perlu bertengkar di sini.

Ini tidak adil kepada penjawat awam. Dia adalah pakar dalam bidang itu.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Kalau nak sebut soal kerana ada contoh dan pengalaman. Kalua ada pengalaman, ada contoh silakan. Saya tidak dan saya tidak ada masalah untuk mendengar dan menerima dan apa yang kita bincangkan akan dimasukkan dalam hansard. Seperti yang saya katakan tadi, saya bukan Exco. Saya hanya backbencher penyokong kerajaan yang mencadangkan beberapa perkara yang mudah-mudahan boleh dipertimbangkan. Saya tidak insist, saya tidak memaksa pandangan saya untuk diterima. Terima kasih. Saya nak teruskan hujah saya.

Timbalan Yang di-Pertua

Tebing Tinggi. Sila teruskan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Kemudian ada beberapa perkara berhubung dengan soal rangkaian kuasa ataupun chain of authority di antara PBN ataupun Pihak Berkuasa Negeri dengan Lembaga. Dengan latar belakang Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai undang-undang yang tertinggi, saya tidak pasti apakah betul dan wajar digunakan ungkapan perwakilan kuasa di situ. Saya tidak ada masalah dengan arahan oleh kerana selaku authority yang paling tinggi, sebagaimana Jemaah Menteri di peringkat Persekutuan dan Exco di peringkat Negeri, PBN wajar dan patut memberi arahan kepada semua agensi di bawah Kerajaan Negeri. Ini kerana Doctrine Responsible Government ataupun Kerajaan bertanggungjawab di bawah sistem West Minister, jadi ini harus diteliti dan saya mencadangkan supaya konsep undang-undang pelembagaan itu tidak dikelirukan dengan undang-undang pentadbiran oleh kerana soal perwakilan kuasa di bawah fasal 18 itu saya fikir tak ada masalah tetapi yang sebelum itu soal perwakili ataupun perwakilan kuasa daripada PBN kepada Lembaga, saya fikir ada sedikit isu walaupun tidak semesti isu yang besar.

Jadi itu yang saya nak bangkitkan. Kemudian dalam soal, dalam mauduk yang sama, saya ingin bangkitkan soal isu persoalan konsistensi. Ini berbangkit daripada fasal 29(5) yang tiba-tiba menyebut Menteri Besar. Saya bangkitkan ini kerana di tempat lain ataupun di keseluruhan rang undang-undang ini disebut sebagai ataupun dirujuk pada PBN. Memang dari segi perlembagaan sebagai suatu undang-undang yang tertinggi, tak ada masalah oleh kerana Menteri Besar sebagai Perdana Menteri disebut sebagai First Among Equals tetapi isunya di sini ialah soal konsistensi. Kenapa di sini tiba-tiba disebut sebagai Menteri Besar dan tidak sebagai PBN. Kemudian Bahagian lima mengenai hak terhadap air dan seumpamanya, secara umum begitu terperinci, apa yang saya rasa agak sedikit membimbangkan ialah jurispudens serta undang-undang kita dalam isu ini masih awal dan tidak begitu berkembang. Seperti yang saya sebutkan tadi persoalan hak asasi ini juga harus berada di benak kita oleh kerana kita tidak tahu sama ada perkara ini akan menjadi isu atau tidak dan saya fikir apa yang membezakan Perak dengan Selangor sebagai contoh ialah bahawa Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang cara keseluruhannya cara perbandingan adalah sebuah negeri yang boleh dikatakan sebagai city state dan tidak seperti Perak di mana masih lagi terdapat agak ramai orang asli dan kampung-kampung, desa-desa dan sebagainya. Jadi ini mungkin akan menimbulkan sedikit konflik dalam pelaksanaan Undang-Undang Sumber Air ini.

Saya juga ingin nak membangkitkan soal fasal 82 dan 83. Di sini ada sedikit nampak ketidakselarasan atau tidak konsisten ya. Fasal 83 saya lihat selaras dengan peruntukan yang disebut di bawah 145 fasal 3 Perlembagaan Persekutuan tetapi yang fasal 82 itu, saya rasa mungkin agak sedikit bermasalah kalau kita bandingkan dengan butiran 4 senarai 1 Perlembagaan Persekutuan. Jadi saya tidak faham bagaimana ataupun saya belum nampak bagaimana dia boleh mengatasi CPC sebagai contoh Kanun Acara Jenayah yang seolah-olahnya itu yang kalau saya faham betul apa yang saya baca daripada peruntukan berkenaan dan ini yang saya fikir antara benda-benda yang harus diberi perhatian.

Seterusnya saya ingin nak menyebutkan supaya kita harus meneruskan usaha kita supaya ada satu forum yang yang besar, yang utama dalam soal alam sekitar ini oleh kerana kalau kita lihatkan dengan adanya penubuhan sebuah kementerian yang menangani soal alam sekitar dan perubahan iklim, isu ini telah menjadi suatu perkara yang besar dan seperti yang kita tahu telah pun menjadi tema utama beberapa mesyuarat dan persidangan di seluruh dunia. Jadi kita harus menggunakan kesempatan ini untuk terus memperjuangkan kepentingan alam sekitar yang lestari dan kita harus menyedari bahawa perlembagaan kita ini, perlembagaan Malaysia dalam kategori perlembagaan yang boleh dikira lama yang dikanunkan atau pun diterima atau pun dipakai mulai sebelum tahun 60. Jadi kalau kita lihat peruntukan yang ada tidak begitu jelas dalam soal alam sekitar dan sebab itulah yang timbul masalah dalam kes mahkamah tinggi berhubung dengan kes bakun di Sarawak.

Jadi apa yang berlaku ialah perkara seperti itu menyebabkan berlakunya sedikit sebanyak kekeliruan dan akhirnya menyebabkan berlakunya pencemaran pada alam pada skala yang besar. Jadi oleh kerana akhirnya persoalan atau pun konflik alam sekitar ini dibawa ke mahkamah dan apabila perlembagaan itu sendiri tidak begitu jelas dan seperti yang kita tahu isu alam sekitar ini menyentuh dan menyangkut banyak perkara dan tidak mudah untuk kita melakukan pindaan atau pun rombakan kepada sesuatu yang telah pun beroperasi begitu lama tetapi saya mencadangkan bahawa kita menggunakan majlis yang sedia ada seperti Majlis Tanah Negara yang telahpun ditubuhkan di bawah Perlembagaan, Majlis Kebangsaan bagi Kerajaan Tempatan untuk membawa perkara ini selain daripada mesyuarat di dalam Majlis Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang saya fikir boleh digunakan untuk membawa idea dan pengalaman kita oleh kerana meskipun rang undang-undang ini diambil atau pun diinspirasikan oleh beberapa negeri yang telah pun meluluskan undang-undang terlebih dahulu tetapi kita mempunyai pengalaman yang berbeza dan bumi yang berbeza, hasil sumber yang berbeza, bilangan sungai yang berbeza dan sudah pasti di sana banyak pengalaman yang boleh dikongsikan dengan negeri-negeri yang lain.

Jadi di atas semangat itu, sekali lagi saya ingin menekankan bahawa rang undang-undang ini adalah sebuah dengan izin work in progress, bukan sesuatu yang muktamat. Meskipun kita adalah barangkali negeri yang terakhir tetapi kebaikannya ialah kita dapat melihat kekurangan dan kelemahan di peringkat pelaksanaan di negeri-negeri yang lain dan di sini saya fikir kelebihan kita ialah kita dapat mengelakkan atau pun mengurangkan kesilapan yang telah pun mereka alami atau pun lakukan. Jadi atas semangat ini, Timbalan Yang di-Pertua, Tebing Tinggi mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat kawasan Tebing Tinggi. Dijemput Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan. Sesi perbahasan adalah 30 minit, sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan Doa) Yang dihormati Timbalan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Kota Tampan selaku Menteri Besar, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pengamal-pengamal media dan seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat Negeri Perak. Alhamdulillah, puji syukur kehadrat pada Allah SWT pada hari yang berbahagia ini dapat kita bersama-sama berbincang dan membentuk satu tatakelola ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Negeri Perak khususnya tanpa mengira bangsa, agama juga fahaman politik. Mengambil panduan daripada pedoman daripada kalimah Kalamullah yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim, saya memulakan perbahasan ini dengan membacakan sepotong firman Allah SWT daripada surah Al-A'raf ayat yang ke-96 (Bacaan Ayat Quran) yang bermaksud Allah SWT berfirman, sekiranya penduduk dalam sebuah negeri itu beriman serta bertakwa tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah barakahnya daripada langit dan bumi tetapi mereka mendustakan Rasul kami lalu kami menimpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Mungkin dengan ayat ini menjadi panduan kepada kita bahawa pokok kepada kehidupan ini adalah beriman dan bertakwa maka seluruh kekayaan itu Allah SWT akan kurniakan, Insya Allah.

Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana memberi saya ruan dalam membahas Enakman Sumber Air 2023 yang telah dibentangkan pada pagi tadi. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini bagi pihak barisan pembangkang untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerajaan kerana telah membekalkan laptop kepada semua Adun termasuk dengan pembangkang. Satu contoh yang baik yang perlu kita ikuti dalam kita mengurus rakyat di alaf baru ini. Dengan ini, Semanggol merakamkan juga ucapan tahniah kepada kerajaan dan seluruh jentera kerajaan kerana dapat membawa dan membentangkan Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Perak 2023. Bagaimana yang kita semua maklum bahawa Perak ini kaya dengan sumber air, mempunyai satu pantai yang cukup panjang, banyak air di sebelah pantai, mempunyai Sungai Perak yang mengalir daripada Hulu Perak sehingga kepada Teluk Intan dan banyak lagi anak-anak sungai. Banyak dipenuhi oleh tasik-tasik buatan atau pun tasik-tasik semulajadi yang perlu kita uruskan dan sepertimana juga yang kita ketahui bahawa air adalah merupakan sumber utama bagi kehidupan manusia dan kegiatan ekonomi. Maka dengan ini perlulah ia diurus dan tidak tercemar dan dapat digunakan secara berterusan oleh generasi-generasi yang mendatang.

Bagaimana yang kita semua maklum, Timbalan Yang di-Pertua, bahawa perkembangan kegiatan ekonomi dan perindustrian yang pesat telah mengancam sumber air dan memerlukan satu bentuk kawalan bagi menjamin keselamatan pengguna dan juga menjamin sumber sentiasa bersih dan berterusan. Sebagai contoh, isu pencemaran air hasil daripada pelepasan industri seperti kilang yang begitu pesat membangun di dalam negara kita semua kita mengetahui bahawa peristiwa pengajaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor sehingga menyebabkan orang awam dan anak-anak kita menjadi mangsa. Juga pernah berlaku dalam Negeri Perak ini, di Sungai Meru, di kawasan perindustrian Jelapang telah pun tercemar disebabkan oleh pelepasan sisa-sisa daripada kilang. Dan air juga boleh menjadi sumber pendapatan baru kepada negeri. Seperti yang kita tahu banyak penjanaan tenaga elektrik daripada air ataupun penjualan air terawat kepada pengguna dan juga industri yang selama ini Perak tidak mendapat sebarang hasil daripada penggunaan sumber air daripada negeri kita yang kaya ini dan juga sudah sampai masanya satu enakmen ini diadakan bagi mengawal aktiviti-aktiviti pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mengubah aliran sungai dan juga merubah dan merosakkan kawasan tadahan yang boleh menjejaskan bekalan air kepada dan sumber air dalam negeri kita.

Walaupun terdapat beberapa buah negeri yang telah dimaklumkan seperti Selangor, Kedah dan Terengganu telah mendahului dalam melaksanakan Enakmen Rang Undang-Undang Sumber Air ini namun Perak masih belum terlambat untuk melaksanakan rang undang-undang ini. Akan tetapi sebagai legislatif yang perlu ada agenda semak dan imbang dalam urusan pembuatan undang-undang dan pelaksana undang-undang dalam Negeri Perak ini supaya ianya memberi keadilan kepada semua. Saya tidak akan menyentuh secara teknikal dan terperinci mengikut bahagian bab dan juga fasal dalam enakmen deraf undang-undang yang dibentangkan ini. Namun saya akan menyentuh secara umum, spirit roh kepada undang-undang itu yang mungkin memberi kesan langsung kepada negeri, kepada rakyat, pengguna keseluruhannya. 4 perkara yang saya ingin sentuhkan di sini. Yang pertama sekali, yang pertama saya ingin menyentuh, enakmen ini haruslah tidak membebankan, tidak menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat dalam pelaksanaan enakmen ataupun penjanaan hasil. Itu yang pertama. dan yang kedua, hasil yang dijana oleh negeri melalui kesemungkinan, melalui sumber air ini seharusnya dan sewajibnya mestilah dapat dikongsi oleh semua rakyat dan yang ketiga, kita memohon supaya pengecuaian caj fi ataupun lesen terhadap pengairan, pertanian dan sumber makanan dibuat secara jelas di dalam enakmen kita ini untuk Negeri Perak dan yang keempat untuk memastikan undang-undang dan pelaksanaan kita ini mestilah ianya dilakukan dengan adil dalam pelaksanaan dan memberi impak secara maksimum kepada roh undang-undang dan enakmen yang kita bentuk ini.

Saya ingin menjelaskan Timbalan Yang di-Pertua enakmen ini tidak harus kita boleh beri beban kepada menyumbat kepada kenaikan kos kemungkinan di masa hadapan ataupun kita memikirkan jawatankuasa yang telah ditubuhkan, ataupun Pihak Berkuasa Negeri memikirkan sesuatu yang boleh menjana pendapatan kepada negeri. Jadi kita mencadangkan supaya caj dan fi barang perkhidmatan yang berkaitan dengan sumber air ini tidak membebankan ataupun menyumbang kepada kenaikan kos. Sepertimana kita pernah dibahaskan oleh pihak sebelah sana penggunaan air di jeti nelayan, apabila kita cas air di jeti nelayan, maka air itu mesti di absorb sebagai kos kepada ikan yang akan dijual. Maka tidak langsung akan menyumbangkan kepada kenaikan kos kepada seluruh rakyat di Malaysia dan khasnya pada rakyat Negeri Perak ini. Bahawa sumber-sumber protein pembelaan ikan dan sebagainya dibuat di kolam-kolam, di tanah sendiri, menggunakan air tanah, menggunakan air hujan, menggunakan air daripada sungai dan sekiranya kita menggunakan caj, juga ianya menyumbang secara tidak langsung kepada kenaikan kos untuk penghasilan udang ataupun ikan di dalam kolam tersebut dan juga begitu juga sekarang ini, sebagaimana yang kita maklum bahawa Negeri Perak ini kaya dengan empangan dengan penjanaan elektrik dan sebagainya menggunakan sumber air Negeri Perak dan kitalah penjana atau pun penyumbang yang paling besar sumber tenaga kepada seluruh Malaysia, terkini difahamkan lebih daripada 50% kita di Hulu Perak ada 5 empangan besar kot, Empangan Chenderoh, Empangan Kenering, Empangan Temenggor, Empangan Bersia menggunakan air Perak tanpa sebarang kos TNB. Sekarang ini kita tidak ada apa-apa hasil yang dipikirkan, Perak dapat hasil, tak ada dapat hasil. Rakyat Negeri Perak ada nikmat, tidak ada nikmat.

Jadi apabila kita telah menggunakan caj ini, kepada TNB menggunakan air untuk menghasilkan terara, TNB dia peniaga, apabila dia meniaga, takkan dia kata ok dia nak bagi free, mesti di absorb ke dalam kos dia bila di absorb ke dalam kos dia, sekarang ini pun sikit-sikit nak naik tarif. Sikit-sikit nak naik tarif. Tambah kita caj pula menjadi alasan yang kuat untuk menaikkan tarif elektrik itu. Jadi ini perlu kita fikirkan jugalah secara bersama secara umumnya dan juga yang ketiga ni, seperti mana yang disebut mengenai dengan pengairan tanaman. Air tanam sayur, tanam apa, tanam padi dan sebagainya. Sekiranya kita kena akan caj sayur sekarang pun dah orang kata pertanian, sekarang tidak memberi pulangan yang terlalu baik, kita kena caj pula nanti akan menyebabkan bebanan kepada rakyat hasilnya, kos produk itu sendiri dan juga kepada tanaman. Ini roh yang kita minta Kerajaan Negeri supaya memikirkan perkara ini supaya dapat kita untung dapat kita kongsi bersama dan yang kedua hasil yang kemungkinan kita juga memerlukan hasil yang lainlah daripada Kerajaan Negeri selain daripada hasil-hasil negeri yang bagaimana kita maklum. Mungkin ini menjadi satu sumber hasil yang lain dan banyak kepada Kerajaan Negeri Perak. Jadi hasil yang dijana ini, kita harap mestilah kita dapat kongsi bersama daripada seluruh rakyat Negeri Perak.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Semanggol

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap nak habis, nak habis ayat ni dulu. Oh, sekejap dah. Sekejap sikit. Pasti ada satulah kita tarif, kita tak boleh larilah. Kita, kami orang Islam ni, kita tak boleh lari daripada panduan yang ditunjukkan oleh Allah SWT. daripada Qur'an dan daripada hadis Nabi SAW. Jadi, menyingkap ataupun memetik kepada hadis daripada Abu Daud, nombor 344. Bahawa sumber alam ni, orang Islam ni daripada berbagai sanatlah. Tidak boleh diberniagakan, tiga sumberkan iaitu yang pertama sumber air. Kita boleh perkhidmatan tapi tak boleh berniaga. Kalau tidak, air ni perlu. Siapa pun perlu air. Kita nak berniaga ataupun mahu tak mahu, mahal tak mahal, murah tak murah dia terpaksa beli. Jadi, ini tak boleh nak berniaga. Yang kedua, padang ragut ataupun jalan. Jalan tak boleh berniaga, nak pergi Kuala Lumpur, hang berniaga kata lalu kena bayar, lalu kena bayar. Berapa naik pun kita kena bayar. Tapi, Islam dia tak bagi. Dia kena kongsi, sekarang ni kita kena kongsi. Dari ketiga itu juga, dari sumber tenaga elektrik dari tenaga api ini, ini tak boleh meniaga keperluan asas ini panduan yang diberi kepada Islam, mungkin kita boleh kena minimum caj perkhidmatan, kos-kos yang kita kenakan. Kalau kita nak meniaga benda itu, untunglah kerajaan boleh ambil daripada tiap-tiap rumah dan pada-pada bila-bila masa. Jadi dengan ini, kita membuat caj-caj yang kita kenakan seperti tadi tidaklah berorientasikan kepada perniagaan semata-mata. Oleh itulah suka saya mencadangkan di sini kerajaan boleh fikirkanlah tarif air, caj, bil elektrik dan sebagainya mestilah untuk Negeri Perak ni sebab kita air banyak. Kita jual air kat Penang tu, kita ambil caj tinggi untung tu kita bagi ke orang Perak kan. Kira macam itulah kita bagi ke orang Perak mungkin elektrik yang banyak dihasil nanti TNB dah untung banyak, takpelah billion-billion diambil daripada Selangor, diambil daripada Pulau Pinang tapi orang Perak, kita kena potong sikit kita dapat hasil tu supaya kita kongsi.

Mungkin kerajaan boleh memikirkan ke arah itu ataupun kita boleh memikirkan keuntungan itu, kita boleh bagi kepada golongan-golongan yang bersasar secara B40 yang kita tahu memang-memang susah sungguh. Kalau hendak cerita bab ini pun panjang tidak pernah kita dengar beras orang beri kilo macam zaman kita budak-budak dahulu. Dahulu paling kecil 5 kilo. Orang ada duit hendak beli 5 kilo, sekarang 1 kilo kita ada duit. Pasal apa 1 kilo? Tak mampu nak beli. Hakikat realiti pergi tengok kedai runcit. Jadi kita kata itulah kalau boleh kita bagi dengan keuntungan yang kita jana, kita boleh bantu kumpulan ini dan tadi telah disebutkan bahawa begitu juga dengan tarif industri kita boleh mengurangkan. Sebagai ini, sebab kita mempunyai hasil sumber air ini, kita boleh menjadi satu enabling factor untuk kita tarikkan pelabur mari negeri Perak, macam kata Yang Amat Berhormat Tebing Tinggi, kita menawarkan tarif elektrik yang lebih rendah daripada negeri lain sebab kita menjana sumber elektrik yang banyak. Mungkin orang boleh mari kepada pelabur negeri kita dengan tanah yang banyak, dengan port yang dekat, dengan elem port yang ada, dengan Pulau Pinang dekat, dengan Port Klang dekat dan dengan tanah yang luas dengan tenaga elektrik yang buah, cerita pelabur akan datang lebih banyak ke negeri Perak. Jadi mungkin kita boleh memikirkan ke arah itu. Ya jemput Selinsing.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih Semanggol, Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin menambah sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Semanggol itu berkaitan dengan cadangan Semanggol tadi iaitu sebab saya ini datang daripada daerah Kerian kawasan saya ini kawasan padi jadi apabila disebut untuk mengecualikan pertanian sara diri dan juga pertanian yang berkaitan dengan penghasilan makanan untuk dikecualikan terus daripada dikenakan lesen ataupun fee ataupun charge yang ada dalam Rang Undang-Undang Sumber Air ini maka saya sangat menyokong dan saya ingin menambah supaya perkara ini diletakkan terus di dalam enakmen ini ataupun di dalam rang undang-undang ini sebagai satu pengecualian yang jelas supaya kita tidak menggadaikan keterjaminan makanan kita khususnya sebab kita semua di Malaysia ini umumnya kita semua makan nasi. Jadi kita tidak mahu jelapang padi kedua di negeri Perak ini kita gadaikan, kita letakkan hanya kepada keputusan sebuah Lembaga. Jadi kita perlu pada hari ini, kita tetapkan di dalam Dewan Yang Mulia ini supaya kita letakkan dengan jelas bahawa pengecualian dibuat kepada pertanian sara diri terutamanya petani sawah ini. Saya menyebut demikian kerana apa kerana faktanya kalau kita lihat dalam rang undang-undang ini fasal 45(1)(b) memang kita beri pengecualian sebanyak 15,000 liter. Saya ingat Semanggol dan juga Tebing Tinggi sebenarnya senada dalam hal pertanian sara diri ini. Kedua-duanya menyatakan kebimbangan berkaitan dengan perkara ini. Saya berikan faktanya iaitu kalau kata pertanian sawah ini kalau 15,000 liter itu memang tidak cukup kerana mengikut dapatan yang kami ada untuk saya sebutkan agak detail untuk 1 hektar sawah padi itu dia memerlukan lebih kurang 12,860,000 liter air untuk tempoh 90 hari untuk tempoh satu musim. Kalau kita bahagikan pun sehari dia perlu kepada 100 lebih kurang lah ya 134,000 liter lebih kurang sehari jadi kita hanya bagi 15,000 liter jadi yang selebihnya itu adakah petani-petani yang menyediakan makanan yang nak menjaga keterjaminan makanan kita ini harus membayar?

Yang Berhormat, Tronoh ini. Saya rasa Yang Berhormat telah memesongkan Dewan ini kerana sebenarnya kalau kita baca balik 45(1)(b) 15,000 liter setiap orang kita harus baca dengan bersama.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ya betul tolong dengar dahulu saya tidak habis lagi. Dengan bersama…

Timbalan Yang di-Pertua

Semua YB sila duduk sebab ini floor dari Gunong Semanggol. Duduk semua sit down. Sila duduk.

Ya tetapi jangan memesongkan Dewan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya tidak memesongkan Dewan. Ini adalah data.

Timbalan Yang di-Pertua

Semua sila duduk. Sekarang Gunong Semanggol. Sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Selinsing dan minta dimasukkan dalam ucapan saya. Jadi sebagaimana yang dibangkitkan tadi kalau kita lihat daripada 45(1)(b) itu menyatakan dengan jelas di sini bahawa bagi maksud kegunaan pertanian sara diri jumlah yang diabstrak dalam satu hari hendaklah tidak melebihi daripada 15,000 liter seorang atau satu jumlah lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa. Bagaimana yang dimaklumkan tadi untuk buat padi, 15,000 ini dah kecil dan sudah pasti ianya termasuk kepada subjek kena kepada undang-undang ini. Jadi kita minta daripada sini dengan jelas satu lagi permintaan itu dikecualikan terus dalam fi ataupun lesen terhadap pengairan sawah dan juga aktiviti bekalan makanan. Kita nak merasa menjiwailah kita pergi sana kalau kita ada detailnya. Orang tanam padi sekarang dengan air yang kurang kemudian hasil dia untuk satu hektar itu kita hendak kita sedikit bagi tambahan 1 hektar itu untuk 3 musim. 1 hektar dia dapat tidak sampai 1,000. Kalau ada 2 hektar, 2,000. Nak makan 6 bulan. Kita mungkin tidak rasa.

Jadi kita tengok ini kalau dikenakan lagi caj ini, satu bebanan kepada rakyat yang hendak difikir dan suka saya cadangkan dalam Dewan Yang Mulia ini mungkin pihak negeri boleh lihat di Perak menyaksikan bahawa memperuntukkan kegunaan pertanian bagi maksud sara diri seperti mana yang dinyatakan tadi. Di Kedah. seksyen 25A menyatakan dengan jelas, menetapkan enakmen tidak terpakai terhadap pemunya atau penghuni tanah bagi tujuan pengairan untuk penanaman padi mengabstrakkan air daripada badan pengairan dalam sebuah kawasan. Tidak kena langsung, dikecualikan terus. Jadi tidak payah dia orang nak fikir-fikir sudah. Mungkin Perak boleh meletakkan macam tu, kita kaya. Tolonglah sedikit petani ini dan ini adalah keterjaminan makanan dan diletakkan lagi daripada A nya pula, mengisytiharkan sebagai kawasan pengairan selaras daripada Akta Kawasan-Kawasan Pengairan 1993 [386].

Jadi dan juga Terengganu seksyen 46, meletakkan dengan alasan, memperuntukkan bagi aktiviti saliran dan juga pertanian di bawah Akta Kawalan Pengairan 1993 [386] tidak perlu dilesenkan dengan jelas, spesifik. Padi pertanian dapat. Kita keluarkan terus. Tanamlah banyak mana pun nak tanam. Pakailah air banyak mana sebab pengorbanan dia itu untuk bagi makan kita semua dalam Dewan ini. Lepas itu tidak dimasukkan, kita tidak payah memikirkan untuk mengenakan caj kepada kegiatan pertanian. Terima kasih Yang di-Pertua. Yang lagi satu ini agak mungkin kita semua kena fikirkan bersama dan tanggungjawab bersama bahawa perundangan ini mestilah kita berlaku adil dalam melaksanakannya.

Saya setuju apa yang dicadangkan oleh Semanggol terima kasih Gunong Semanggol dan Yang di-Pertua tentang apa yang disebutkan tadi pengecualian bahawa Akta Pengairan Kawasan 1953 iaitu dipanggil IADA, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu, iaitu pun dikenali dengan jelapang padi. Kalau di Perak ini Kerian, Sungai Manik, satu lagi Seberang Perak dan saya minta pengecualian juga yang bukan di bawah Akta Pengairan Kawasan 1953 kerana ini kes keterjaminan makanan orang cakap seluruh Malaysia, setiap kampung orang cakap sekarang ini. Itulah, saya cadangkan juga termasuk yang tidak di bawah kawasan yang disebut Jelapang Padi tapi padinya ada iaitu di Selama, di Kuala Kansar, di Gerik juga diberikan pengecualian mohon dipertimbangkan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Selama minta dimasukkan juga dalam ucapan ini. Ini saya nak tarik perhatian kepada kita semua kalau kita nak tengok mengenai akta, kita sedar tidak sedar dalam Malaysia ini Parlimen telah meluluskan lebih daripada 836 akta. Kita dalam negeri Perak ni sedar tidak sedar dalam Dewan yang mulia, lebih kurang 453 enakmen. Tak tahulah saya google lah tengok kalau google itu salah, salah lah ya fakta. Tapi itulah jumlahnya. Kalau tengok kalau dilaksanakan dengan adil segala undang-undang ini tenteram, aman, damai negara kita ni. Jadi ini yang kita minta dalam perlaksanaan rang undang-undang kita ini dan kita sebagai pelaksana mestilah kita ini semua sekali tak kira penjawat awam, tak kira ahli politik, tak kira apa mestilah kita berlaku adil, tidak mempunyai tindakan terpilih, siatan tak terpilih, pendakwaan terpilih dan ada terlepas, ada terkena. Saya tak mahu ulas panjang lebar ini, kalau nak ulas semua orang boleh faham kan. Lalu terus je 47 apa pukat sekali lalu hilang. Jadi tak apa lah itu kita tak boleh sebagai iktibar kepada kita negeri Perak ni kita nak uruskan segala enakmen secara aman.

Saya ingin tarik kes inilah kan kes ini yang pelaksanaan ini. Kita tahu bahawa negeri Perak atau pun di Kerian ini dia negeri atau pun kawasan jelapang padi yang sebahagian 10,000 daripada penduduk di Kerian ini adalah petani, pesawah. Dia bergantung penuh kepada air di Bukit Merah. Jadi saya mungkin ini nak berapa kali kita nak bangkitkan. Kita tengok di situ bahawa tidak ada satu perwartaan mungkin kawasan tadahan. Kita tengok di situ, di kawasan tadahan tu pencerobohan tanah tu saya boleh tengok boleh google nanti saya boleh tunjukkan benda ni, habis tarah tu takda kawasan tadahan penuh. Kita tak tahu tanah ni tanah persendirian atau pun tanah kerajaan. Kalau tanah kerajaan, saya pun heran bagaimana tanah tersebut boleh diluluskan? Takkan tidak ambil tindakan mata kasar pun boleh tengok. Takkan tak ada undang-undang nak cover tu. Harap kalau tak ada undang-undang nak cover tu, undang-undang sini yang kata pencerobohan kawasan tadahan itu termasuk dengan jelas. Kawasan ini kita gazet dengan jelas tidak boleh diberi kepada siapa-siapa dan paling menyedihkan sekali tuan-tuan dalam kolam itu sendiri ada yang pergi tambak pergi buat blok pulak. Tak ada apa tindakan. Saya minta lah mohon Pihak Berkuasa Negeri, siapa-siapa kita turun lawat kita naik kita tengok sendiri tanah ni tanah siapa dengan jelas habis. Kan nak mengatakan pengusaha ini secara persendirian nampak sendiri tak boleh buat macam tu sebesar itu. Tapi undang-undang yang banyak. Peraturan yang banyak.

Perlaksanaan dia saya rasa tidak kata terpilih. Saya tak kata tindakan terpilih. Tapi kalau bekas askar dua puluh tahun, dua puluh tiga tahun duduk tu, dah pencen, tak cukup pencen, kerja jaga. Kemudian ada sikit masa pergi tebang tanah, buat 2 ekar, tanam pisang, kita pergi ambil tindakan, kita masukkan dalam penjara, kita kenakan denda. Ini realiti. Siapa yang nak disalahkan? Ribu ekar saya tengok ni, depan mata, tengok mata kasar pun nampak. Takkan undang-undang 453 undang-undang enakmen yang ada dalam negeri Perak ni tak boleh kita nak ambil tindakan? Saya tak mahu sebut lagi lagi ada fasal tak mahu nak ungkit perkara lama tapi tetap kita ungkit juga. Tanah rezab melayu undang-undang 50% mesti rezab kepada melayu. Ini cerita panjang. Ini kita ni kita bertanggungjawab. Why we are all lawmaker? Kan. Ini masalah kita sekarang yang kita hadapi dalam negara kita yang amat kita cintai ini. Ini kita minta supaya berlaku adil. Begitu juga dengan mata jelas. Saya pernah bangkit berapa kali kan masalah pengairan, pengairan ikan kelisa. Bukan kita anti kepada ikan kelisa, tak. Tapi ikan kelisa ini dia buat kolam itu, air dia mesti lalu. Dia lalu dia tebuk saliran. Kita dipahamkan dia tebuk air saliran, masuk. Air ini mengalir terus. Hilang air menyebabkan kekurangan air untuk buat bendang.

Di samping itu juga, dia nak masuk ke tanah dia, ada saliran dia buat jambatan kecil menyebabkan banjir. Saya bangkit beberapa kali. Seolah-olah tak ada undang-undang dia kata. Tapi dia kata tak ada undang-undang siapa pihak berkuasa dia. Harapkan undang-undang ni rang undang-undang ini boleh meletakkan secara spesifik punca kuasa untuk mana-mana agensi mengambil tindakan ke atas kegiatan yang macam ini. Kan kalau kita biarkan keadaan yang berterusan ini yang menjadi mangsa..

Timbalan Yang di-Pertua

3 minit lagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Hem?

Timbalan Yang di-Pertua

3 minit lagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

3 minit lagi. 3 minit lagi. Yang menjadi mangsa petani yang bawah. Kalau kita menjiwai yang belakang ni kecil-kecil yang nak makan tak cukup. So, ada pernah tanya dia orang ni. Macam mana dengan pendapatan lebih kurang RM400.00, RM300.00 sebulan ni? Macam mana nak buat saya kata? Nak buat macam mana dia kata? Nak buat macam mana? Tak termasuk lagi kita kata yang tanam dengan-dengan tak cukup air. 4 hari tak ada bekalan air menyebabkan pendapatan mereka terjejas keseluruhannya. Baru ni pergi tanya pasal apa, ni yang tukang bajak tanah. Yang tukang bajak apa tak berani nak pergi kutip. Orang buat bendang ni macam nilah. Dia buat bendang, orang yang menyenggala tanah tu dia bagi hutang dulu. Dia tengah lada tanah. Benih kadang-kadang dia bagi hutang tanah. Dapat hasil esok pagi. Bila dia tengok tak boleh nak tuai. Tak masuk lagi kes Jerluh. Dapat berapa? Dapat setengah tan. Setengah tan, 500 satu hektar, RM3,000.00 satu hektar. Modal pun tak cukup. Kan ini saya minta dalam keadaan yang ini kita minta kita Kerajaan Negeri kita fikirkan kan rakyat. Kita di sini senang dah. InsyaAllah kita senang dan enakmen yang kita buat ini serupa masuk dengan jelas fakta-fakta itu. Dah dimasukkan dengan jelas kita spesifik tindakan itu mesti diambil. Tak kira bulu. 2 ekar pergi tanam pisang. Kita pergi tebas pisang. Kita tangkap. Kita caj masuk dalam penjara. Ribu ekar tengok dengan mata dengan kanta besar tengok dengan mata kasar macam ni la. Kenapa kita? Diajaklah kawan-kawan. Diajak kawan-kawan di sana bagi tahu lantang mementang kepada ketelusan supaya kita bangkit membetulkan untuk rakyat negeri Perak untuk kemakmuran negeri Perak dan sebagai landing la ye tak?

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit lagi sila masuk perenggan yang terakhir.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi inilah yang saya di atas rasa kasih sayang kepada rakyat negeri Perak, kasih sayang kepada kerajaan yang kita ada ni. Kesempatan umur kita marilah kita sama-sama menjaga keharmonian dan menjaga sumber alam ini dengan sebaik-baiknya. Menjaga sumber kekayaan negeri Perak untuk diagihkan kepada seluruh dan dirasai oleh semua orang. Dalam rumusan ini, saya memohonlah kerajaan mempertimbangkan balik, memperincikan balik 4 perkara yang dibangkitkan tadi dan saya fikir Tebing Tinggi tadi membangkitkan, membahaskan, minta maaf lah kalau saya tersalah kot banyak lagi keraguan-keraguan daripada enakmen yang dibangkitkan tadi. Dengan ini saya memohonlah rang undang-undang ini kita tangguhkan dulu untuk kita memasukkan perkara-perkara yang dibincangkan tadi. Kita bincang secara perinci dan mungkin kita boleh masukkan lagi perkara-perkara yang grey area yang sebabkan bila nak boleh bertindak macam ni, ok tak boleh kita tak tahu ni di bawah kuasa JPS ke, hari ni lah sekali-sekala 4 bulan sekali kita nak cakap macam ni pun. Semanggol mencadangkan supaya rang undang-undang kini kita tangguhkan dan membetulkan apa yang sepatutnya dibetulkan. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat kawasan Gunung Semanggol. Bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 15 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan, rakan-rakan media dan semua yang sedang mengikuti siaran langsung di atas talian. Salam Sejahtera Salam Perpaduan Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Pertama sekali, terima kasih Timbalan Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Sungai Rapat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga Air dan Pengangkutan Awam yang telah berjaya membentangkan rang undang-undang ini. Timbalan Yang di-Pertua, air nadi kehidupan dan kehidupan manusia bergantung kepada air bukan sahaja untuk diminum tetapi juga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sosial ekonomi seperti mana yang tadi dibahaskan oleh Yang Berhormat Tebing Tinggi, Yang Berhormat Gunong Semanggol, banyak aktiviti ekonomi sebenarnya dijalankan di atas menggunakan sumber air semula jadi. Sumber air merupakan sumber yang amat penting kepada negeri Perak kita dan kita harus memastikan sumber air kita sentiasa terjamin dan kekal mampan. Oleh itu, kawal selia terhadap penggunaan sumber air haruslah dijalankan secara teratur dan efektif untuk mengelakkan kejadian-kejadian pencemaran berlaku lagi di negeri Perak. Tadi Ketua Pembangkang membangkitkan seperti insiden di Sungai Kim Kim dan Sungai Meru.

Sebenarnya ada lagi contoh-contoh di negeri Perak yang juga terkesan daripada pencemaran air di negeri kita. Bagi contoh, di daerah Manjung, pada Mac 15, 2019 Metro Online melaporkan Sungai Raja Hitam dicemari bahan daripada aktiviti pertanian industri pemprosesan sawit. Ada juga tadi yang disebutkan pencemaran Sungai Meru dan satu lagi, Disember 28, 2020 di Kampong Gajah dimana dilaporkan JAS siasat kejadian ribuan ikan mati di Kampong Gajah. Oleh itu, kita mengalu-alukan penggubalan Rang Undang-Undang Sumber Air ini seperti yang dinyatakan dalam pengenalan rang undang-undang ini. Ini adalah suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan Sumber Air di negeri Perak, penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Oleh itu, kita harus mengingatkan dan saya mengharapkan bahawa dengan menyediakan perundangan yang lebih lengkap untuk perlindungan sumber air ini, insiden-insiden seperti pencemaran air dapat dilindungi.

Dan merujuk kepada Dasar Sumber Air Negara 2012 (DSAN) yang diluluskan pada Ogos 2012, ia menyatakan, pelbagai kajian dan laporan menunjukkan bahawa rupa dan keadaan sumber air di Malaysia berdepan dengan pelbagai ancaman dan memerlukan rehabilitasi. Dalam DSAN ini telah menyatakan 5 fokus utama antaranya, terdapat keperluan untuk kita membangunkan maklumat komprehensif. Kedua, pelan keseluruhan untuk memastikan kelestarian sumber air adalah diperlukan. Ketiga, perlunya mekanisme untuk pihak berkuasa yang diberi mandat bagi menentukan serta menilai rupa dan keadaan sumber air dan keempat, beberapa negeri telah mewujudkan perundangan untuk memudahkan pelaksanaan kuasa dan pengurusan sumber air dan kita tahu sekarang negeri Perak merupakan antara 2 negeri sahaja yang tidak mempunyai Enakmen Sumber Air ini. Mengikut kenyataan dasar di DSAN ini, jaminan dan kelestarian sumber air harus dijadikan keutamaan negara bagi memastikan air yang mencukupi dan selamat untuk semua melalui penggunaan secara lestari, pemuliharaan dan pengurusan sumber air berkesan dengan disokong oleh mekanisme perkongsian bersama melibatkan semua pihak berkepentingan.

Oleh itu, saya percaya ini dapat dicapai sekiranya Dewan ini meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air ini. Ini kerana perlindungan sumber air adalah sangat penting untuk negeri Perak dan rang undang-undang ini telah diperbaiki selepas mengadakan beberapa sesi bipartisan dan sesi libat urus dengan ahli-ahli dan pemain-pemain industri. Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Exco Sungai Rapat untuk mengadakan sesi-sesi libat urus ini. Oleh itu, sudah tiba masanya kita untuk menggubal undang-undang yang spesifik dan khusus bagi melindungi sumber air di negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat, kita haruslah memastikan penggubalan Rang Undang-Undang Sumber Air ini memenuhi hasrat sebenar iaitu untuk mengawal selia penggunaan sumber air dan bukan untuk tujuan lain. Ini dapat di nampak dalam beberapa fasal di rang undang-undang ini terutamanya yang berkaitan dengan kesalahan. Berdasarkan kepada fasal 44, Rang Undang-Undang Sumber Air ini berhubung dengan Larangan Pencemaran Sumber Air, tiada orang boleh menyebabkan kemasukan atau pelepasan apa-apa pencemar ke dalam mana-mana sumber air, melainkan jika dia memegang suatu lesen di bawah enakmen. Kalau disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya selaras dengan subfasal 44(8). Bukan sahaja itu, di fasal 49 ada dinyatakan berkaitan dengan kawalan penggunaan sumber air. Di mana hukumannya di subfasal 5 dan kurungan sub 5 (6). Fasal 36 berkaitan dengan pengisytiharan kawasan perlindungan, di mana kalau disabit kesalahan didenda tidak melebihi RM300,000 dan penjara tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya dan fasal 42, kawalan pembajaran air dan disabit kesalahan tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Oleh itu, ini adalah tujuan utama untuk rang undang-undang ini di gubal dan saya juga merujuk kepada fasal 16(a) berkaitan dengan fungsi Pelembagaan Pengurusan Sumber di mana (a) adalah antara fungsi Lembaga dan pertamanya adalah untuk menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang pengurusan air bersepadu negeri khususnya perhubungan perlindungan, penggunaan, pembangunan, pemuliharaan, pengurusan dan pengawalan sumber air secara mampan dan saksama untuk faedah semua pihak dan sumber air dan saya ingin membangkitkan tentang fasal 6(d) di mana saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Tebing Tinggi. Di fasal 6 sub fasal (d) di mana keanggotaan dalam Lembaga ini, (d) menyatakan tidak lebih dari 3 anggota lain yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri yang mempunyai kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan sumber air.

Saya rasa dan saya cadangkan yang mempunyai kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan sumber air sebenarnya kita harus tingkatkan supaya Lembaga ini boleh mengambil peranan yang lebih profesional dalam menjalankan fungsi-fungsi mereka dan perlindungan sumber air adalah penting tetapi kita harus memastikan RUU Sumber Air ini tidak bertujuan untuk membebankan rakyat terutamanya kepada pengguna-pengguna sumber air untuk sara diri dan pertanian sara diri. Ramai pengundi-pengundi dalam kawasan saya juga menjalankan pertanian atau penternakan secara sara diri termasuklah pertanian kelapa sawit, penternakan ikan dan udang dan ada juga contohnya penternakan ikan di sangkar. Namun demikian dalam aspek ini saya merasakan Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Perak lebih inklusif dan tidak membebankan berbanding dengan negeri-negeri lain dan saya mengambil contoh dari enakmen-enakmen negeri lain, Enakmen Sumber Air Kedah (2008), Enakmen Sumber Air Kelantan (2019), Enakmen Sumber Air Terengganu (2020). Dalam rang undang-undang kita hari ini di fasal 2, kita mendefinisikan pertanian sara diri. Pertanian sara diri kita termasuklah ertinya aktiviti pertanian, perikanan atau penternakan bagi tujuan menyara sebuah keluarga atau sekumpulan keluarga termasuklah transaksi perdagangan di tahap sara diri yang menjana pendapatan bulanan bagi jumlah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Di sini saya ingin memberi satu, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana termasuk juga untuk transaksi perdagangan di tahap sara diri dimana kita melihat kepada Enakmen Sumber Air kalau kita berbanding dengan Kedah, Kelantan ataupun Terengganu, definisi pertanian sara diri tidak memasukkan transaksi perdagangan. Contohnya di Kedah dan Kelantan didefinisikan pertanian sara diri ertinya pertanian yang mana sebahagian besar semua tanaman diguna oleh isi rumah petani. Ini di Kedah dan Kelantan dan di Terengganu ia spesifikkan tidak terhad kepada tetapi tidak termasuk apa-apa transaksi perdagangan sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah. Oleh itu, definisi Rang Undang-Undang Perak adalah lebih inklusif dan dapat mengurangkan impak kepada orang awam dan saya juga melihat kepada seksyen 45, rang undang-undang kita ini di mana kita menyatakan hak kegunaan air bagi maksud sara diri 45(1)b bagi maksud pertanian sara diri, jumlah yang diabstrak dalam satu hari hendaklah tidak melebihi 15,000 liter setiap seorang atau sesuatu jumlah lain sebagai mana yang boleh ditentukan oleh PBN. Kalau kita bandingkan dengan Kedah dan Kelantan adalah tidak melebihi 10,000 liter dan untuk kegunaan isi rumah semua sama 2,500 liter sehari.

Astaka, mohon mencelah.

Ya silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Astaka. Yang Berhormat Timbalan Speaker. Adakah Yang Berhormat Astaka bersetuju bersetuju di dalam enakmen ini tidak jelas menyebut tentang penternakan ikan sangkar, yang ada 100 ekor ikan sangkar tapi tidak ada pengambilan air hanya air mengalir saja melalui sangkar. Berapakah isi padu air, liter yang digunakan? Bagaimana nak sukat sedangkan air hanya lalu sahaja. 100 ekor sangkar di Kampung Gajah sebagai contoh? Adakah Yang Berhormat bersetuju, enakmen ini tidak jelas menyebut tentang penggunaan air bagi ikan sangkar yang air hanya lalu sahaja? Tidak ada pengambilan ekstrak tu. Ya, terima kasih.

Terima kasih. Baik saya akan bukan sebentar lagi tentang sektor-sektor industri juga makanan asas sebabnya saya jarang bersetuju dengan Ketua Pembangkang Gunong Semanggol tapi pada hal ini untuk kekhuatiran daripada industri-industri makanan asas ini, saya amat bersetuju dengan Ketua Pembangkang di mana saya juga mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mengecualikan caj ke atas industri-industri makanan asas termasuklah pertanian dan juga penternakan makanan asas tetapi dengan mekanisme yang lain. Sebenarnya saya ada sediakan dalam saya punya perbahasan. Sebenarnya kerajaan mempunyai kuasa di bawah seksyen 47 subseksyen 3, Pihak Berkuasa Negeri boleh atas nasihat Lembaga mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan orang yang memohon secara bertulis daripada semua atau sebahagian caj, bayaran atau sumbangan dan boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut. Oleh itu, saya ingin memohon kepastian daripada pihak kerajaan supaya boleh menggunakan kuasa di bawah fasal 47 ini untuk memastikan sektor pertanian dan penternakan makanan asas ini tidak terjejas dan juga untuk memastikan keterjaminan makanan, food security dalam negeri kita.

Timbalan Yang di-Pertua, secara konklusinya, Rang Undang-Undang Sumber Air 2023 ini mempunyai lebih kebaikan berbanding dengan ketiadaan rang undang-undang sebegini di Negeri Perak kita. Ini adalah untuk mengawal selia kegunaan sumber air yang merupakan sumber penting untuk menjamin kesejahteraan kita. Namun, ia mestilah berpandu dengan tujuan asalnya dan prihatin kepada pengguna isi rumah yang lain. Maka dengan itu, Astaka menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Astaka. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan. Sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. (BACAAN DOA). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, sidang Dewan, pemerhati rakan-rakan media yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah saya sampai giliran saya untuk membahaskan RUU Bekalan Air Sumber Air Perak 2023 yang agak menarik juga lah sebab RUU ni pernah dibentangkan sewaktu saya juga menjadi Exco di sebelah sana. Yang membawa ni pun pernah menentang. Agak menarik, kronologi RUU Sumber Air Perak ini. Walau bagaimanapun, sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan hari ini berada di sebelah sini, mungkin sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab dan hari ini berada di sebelah sini.

Mungkin sebahagian daripada pandangan waktu itu di mana ianya ditangguhkan oleh sebab-sebab tertentu, hari ini peranan itu berada di bahagian kami di sebelah sini. Untuk menjadi pengimbang dan agak menarik juga di kalangan kerajaan sendiri pun walaupun dah ada perbincangan-perbincangan tapi masih ada pandangan-pandangan yang agak berbeza dengan apa yang dibentangkan oleh Exco. Saya cuma ingin menarik perhatian sebab ramai rakan-rakan dah menyentuh soal alam sekitar, kelasterian alam dan sebagainya tapi apa yang menarik kepada saya selaku Adun yang berada dalam kawasan jelapang padi Sungai Manik, sudah tentulah faktor sara diri itu menjadi keutamaan di mana bahagian 5 kita dalam fasal 45 ada menyebut tentang caj, fasal 46 pemasangan dan pengendalian sukatan air. Caj ini adalah satu bebanan baru ataupun kos baru yang mungkin akan dikenakan walaupun ada ada had yang dibebaskan daripada caj, 2,500 liter seorang dan sebagainya. Ini kerja baru ni, mungkin jabatan yang terlibat dalam membanci ini nak detail banyak kerjalah, ketua-ketua Kampung yang baru dilantik ini, nak tengok berapa orang isi rumah, ada 10 orang ke, 20 orang ke, kali lah 2500. Banyak kerja ni, nampak mudah nak kita laksanakan. Saya minta maaf lah, boleh minta air sebab kita bincang isu air, tak ada air, ni mesyuarat ni, selalu ada air mineral sebotol ni. Saya ni batuk. Minta maaf, dalam mulut saya ada gula-gula sebab saya punya tekak tak berapa selesa. Jadi berbalik tentang fasal 45 dalam bahagian 5 ni, caj yang bakal dikenakan nanti untuk mengekstrak untuk isi rumah, pertanian, sara diri dan sebagainya ini mungkin akan membebankan. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Semanggol tadi untuk dilihat semula perincian-perincian. Saya tahu selepas ini akan ada tentang kuasa yang akan membincangkan tentang perincian-perincian dan sebagainya. Walau bagaimanapun boleh diambil kira pandangan-pandangan yang bakal dikemukakan oleh kami di pihak sini untuk melihat caj-caj ini tidak membebankan kepada rakyat.

Saya suka nak menyentuh satu perkara yang mungkin boleh sama-sama kita lihat di mana apabila ianya dilaksanakan nanti untuk mengenal pasti sama ada penggunaan air ini adalah untuk sara diri atau komersial. Tentulah semua pihak termasuk setiap penghuni rumah di kampung-kampung khususnya yang mempunyai telaga sendiri ataupun pesawah padi, orang kampung, ataupun pekebun-pekebun kecil luar bandar, mereka mungkin terpaksa mendaftar dengan Lembaga ini dan mungkin kena beli meter tambahan pula. Kalau dulu ada meter LAP sebab hari ini dia menggunakan air yang tak dirawat. Jadi kena ada meter, tidak macam mana nak menentukan jumlah penggunaan. Saya harap janganlah nanti bila penguatkuasaan dibuat nanti begitu keras sehingga orang kampung yang genuine menggunakan air telaga dan sebagainya ini untuk kemudahan sendiri, penggunaan isi rumah atau penggunaan untuk pertanian dan sebagainya, agar mereka nanti kalau tak mampu janganlah dikategorikan sebagai perusahaan ataupun pengguna haram.

Sedangkan mereka menggunakan dalam volume yang amat kecil. Janganlah nanti bila terpaksa membeli meter air yang diluluskan oleh Lembaga ini nanti harganya mahal. Ada kos lagi. Tak cukup dengan meter LAP, ada meter ini pula lagi. Ada Lembaga yang bakal kita nak wujudkan nanti. Jadi banyak perkara yang perlu diambil kira untuk kita memberi impak yang baik. Saya faham matlamat dan maksudnya adalah untuk kita meningkatkan hasil daripada sumber air yang kita miliki. Memang pun kita kaya dengan sumber air dan perkara kedua yang saya nak sentuh juga adalah bahagian yang keenam iaitu fasal 69. Saya tak boleh sentuh semua sebab masa terhad 15 minit ya. Jadi mana yang menarik pada saya, 69 ini adalah menekankan tentang penguatkuasaan. Apabila ianya dilaksanakan, bagaimanakah kesan dan implikasi kepada pengusaha sedia ada, pengguna sedia ada? Kita tahu ramai pengusaha-pengusaha kecil di lata-lata, di tempat air terjun dan sebagainya buat gerai, buat restoran.

Baru ini saya pergi ke Lenggong, restoran Rusa. Dia make use atas laluan air. Cantik dia buat. Ini pun nanti bila kita kuat kuasa, dia kena lesen, mungkin kena roboh tapi yang peliknya dia dah buat dah. Siapa yang luluskan? Sedangkan kita tahu kita ada JPS, kita ada pentadbiran daerah yang boleh melaksanakan, menguatkuasakan undang-undang atau kita nak tunggu RUU Sumber Air ini baru nak kita kuatkuasakan.

Ini tak adillah kepada mereka yang telah buat, telah dirikan, telah menjadi satu pendapatan kepada mereka. Jadi ini juga saya ingat Sungai Rapat perlu tengok bagaimana ia akan bagi kesan. Saya ingat ramai yang istilahnya hari ini mereka buat haramlah tapi siapa benarkan? Tak dikuatkuasakan. Jadi kita tak boleh salahkan mereka. Mereka tak dapat notis untuk tutup ke, untuk berhentikan pembinaan. Jadi banyak perkara-perkara yang mungkin akan menakutkan dan akhirnya akan memberi kesan kepada sosial kehidupan mereka. Sedangkan selama hari ini mereka bergantung sumber pendapatan daripada apa yang mereka laksanakan dan hari ini mereka terpaksa mengikut peraturan dan akhirnya membebankan dan akan bagi satu lagi masalah baru yang boleh kita lihat bagaimana kita boleh sama-sama kongsikan peranan ini untuk memastikan pada masa yang sama kita nak kelestarian alam dan pada masa yang sama kita juga nak memastikan ekonomi khususnya mereka yang membuat perniagaan kecil ini dapat terus sustain dan dapat menampung keluarga mereka.

Bahagian yang ke-7 iaitu mengenai dengan kesalahan fasal 84, fasal 85, fasal 86 ini juga saya sokong kalau dendanya hingga RM300,000, maksimum 5 tahun penjara sebab kita dah lihat tadi Semanggol pun kita tengok apa yang berlaku di kawasan dia dengan pencerobohan kawasan tadahan, ditarah bukit dan sebagainya. Bukan di Semanggol je, saya ingat di tempat-tempat lain isu yang sama dan apabila ditanya kepada jabatan dan agensi, mereka mempunyai kuasa yang terhad. Kalau nak denda pun kalau lepaskan kilang sawit lepaskan sisa buangan ke sungai pun kena RM6,000. Eh, boleh bayarlah tapi kalau RM300,000 ...

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Mintak mencelah ya. Saya nak tanya pasal sumber air. Salah satu sumber air ini adalah termasuk kawasan tadahan air dan saya tengok enakmen ini tidak merangkumi pemusnahan kepada kawasan tadahan air. Baru-baru ini di kawasan saya di kawasan Dun Chandan berlaku satu tunjuk perasaan iaitu di Rambai 7. Saya ingat Yang Berhormat daripada Tebing Tinggi pun hadir. Penduduk sini membantah kerana kawasan ini diberikan kelulusan untuk membalak seluas 4,000 hektar yang mengakibatkan kerosakkan kawasan tadahan air dan juga boleh menyebabkan banjir di sekitar kampung di Rambai 7 di Dun saya. Jadi saya tengok enakmen ini tidak memprotect bagi mereka-mereka yang merosakkan kawasan tadah air dan di samping itu saya juga ingin pihak Kerajaan Negeri mengkaji balik kelulusan-kelulusan yang telah diberi ataupun dalam proses ataupun kelulusan yang akan diberi yang melibatkan kawasan-kawasan tadahan air dan juga kesan-kesan kepada penduduk-penduduk setempat seperti banjir kilat, banjir lumpur dan sebagainya. Terima kasih.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih. Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan tadi cuma saya nak menambah sedikit lagi di penghujung ini mungkin mengenai penguatkuasaan. Selaku Exco yang pernah terlibat dalam infra, sewaktu kes LAP, kes kecurian air oleh industry, amat sukar untuk dikuatkuasakan. Dengan isu gangsterisme dan sebagainya nak masuk premis tak boleh. Sedangkan kehilangan air terlalu banyak. Ini juga perlu dilihat. Kalau proses undang-undang mengambil masa sehingga 2-3 tahun, membazir duit kerajaan untuk menguruskan kes-kes begini. Nak dakwa satu kes, kehilangan RM40,000 tapi makan masa 2 tahun 3 tahun membazir. Jadi enakmen ini juga perlu dilihat supaya tindakan undang-undang itu pantas, cepat dan memberi kesedaran kepada orang lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Saya tak pasti, kes itu masih pending tapi sewaktu saya sehingga penghujung itu 3 tahun memang tak ada apa-apa keputusan. Jadi orang yang dituduh itu terus sustain 3 tahun menggunakan air tanpa ada sebarang tindakan dan satu lagi perkara yang menarik, ramai pemain atau industri ini bijak, dia menggunakan nama-nama pendatang asing. Pendatang asing dah balik, nak saman apa? Buang kes lah semua.

Jadi sebijak kita melaksanakan undang-undang, orang yang nak menyalah gunakan undang-undang lagi bijak daripada kita. Jadi itu perlu dilihat bagaimana kita boleh mengatasi isu ini agar tidak kita dipermain-main? Buatlah apa enakmen, berapa ratus lebih enakmen tapi akhirnya tak boleh buat apa-apa tindakan. Ke mana kita nak bawa kemakmuran yang kita nak janjikan kepada rakyat Negeri Perak ini? Jadi, berdasarkan pengalaman yang sedikit itu saya rasa boleh kita kongsikan. Sebab kita mahu...

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit lagi.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Seminit lagi?

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit, ya.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Oh, ingat 9 minit lagi. Kita mahu apabila ianya diluluskan Dewan ini, ia boleh memberi manfaat, kebaikan khususnya kepada rakyat Negeri Perak. Saya yakin kami di sini bukan menolak tapi kita mahu ianya sebaik mungkin. Sesempurna mungkin, tidak mungkin. Tidak ada yang sempurna. Undang-undang manusia ini tidak ada yang sempurna tapi sekurang-kurangnya, pandangan dan keluhan yang kami lontarkan di sini akan akhirnya memberi manfaat kepada kita bersama. Untuk itu, Sungai Manik mencadangkan agar ianya dipertimbangkan dan diperkemaskan lagi kalau perlu dan dilibatkan lagi lebih banyak pihak. Selain daripada Adun-Adun, saya rasa banyak agensi yang telah pun memberi pandangan untuk melahirkan Enakmen ini. Saya ucap terima kasih. Dengan itu, saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Assalamualaikum WBT.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan. Sila.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Negeri Perak, anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan media serta mereka yang menyaksikan persidangan ini sama ada yang berada di sini ataupun mengikuti secara live di media sosial ataupun di channel yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan ataupun pihak-pihak yang tertentu. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan untuk saya membaca sepotong ayat daripada Al-Quran. (Bacaan ayat suci Al-Quran). (Ayat al-quran) "Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit serta segala isinya sebagai bangunan yang dibina dengan kukuhnya dan diturunkannya air hujan dari langit lalu dikeluarkannya dengan air itu berjenis-jenis, buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu. Padahal kamu semua mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa."

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seperti mana disebutkan oleh Sungai Manik tadi, agak menariklah sesi perbahasan pada kali ini, yang mana tahun yang sebelum ini agak berlainan. Kami di pihak kerajaan, tapi di sebelah sana sebahagian di pihak pembangkang dan pada kali ini berbeza. Walaupun bagaimanapun demi kepentingan rakyat, kita akan suarakanlah untuk menjadikan enakmen yang bakal diluluskan entah bila. Mungkin pada masa akan datang supaya nak diperkemaskan lagi. Semoga enakmen ini dapat memberi manfaat sebaiknya, bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada rakyat. Berkaitan dengan sumber air ini, kerana ia merupakan satu unsur yang amat penting dalam Agama Islam dan juga semua, saya pasti. Air juga merupakan salah satu nikmat dunia yang diberikan oleh Allah SWT kepada makhlukNya. Ianya terserah, ianya terserlah dan terbukti dengan ulangan sebanyak 63 kali di dalam keseluruhan Al-Quran. Jumlah perkataan dalam Al-Quran ialah sebanyak 6,666 patah. Jika dibahagikan dengan 63 patah, ianya hampir mencecah 1% daripada keseluruhan ayat Al-Quran. Ini membuktikan hampir satu peratus daripada isi kandungan Al-Quran adalah membicarakan mengenai air. Manakala perkataan yang merujuk kepada sungai muncul sebanyak 52 kali, iaitu 0.78% dan ayat berkenaan dengan mata air, hujan dan awan tidak kurang daripada 5 kali, iaitu 0.075% bagi setiap satu.

Menunjukkan bahawasanya betapa pentingnya berkaitan dengan air ini dan kalau kita lihat di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh para ulamak, al-Wajis, al-Umm, al-Ahkam Sultaniyah, maka di sini boleh disimpulkan berkaitan dengan menguruskan sesuatu sumber air ini, sebarang elemen yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan sumber air hendaklah dikurangkan ataupun dihapuskan sama sekali apabila sesuatu penyelesaian terhadap pemasaran air tidak begitu mendatangkan hasil maka cara alternatif hendaklah diusahakan dengan segera supaya kemusnahan yang berlaku dapat diperbetulkan dengan secepat mungkin. Pakar pengajian peperangan seorang pakar pengajian peperangan, menyatakan dalam bukunya, The Future of War, dengan izin, tahun 2017, bahawa sebahagian besar peperangan berpunca daripada konflik, berpunca daripada keruntuhan, berpunca daripada perebutan ke atas sumber tanah dan mineral, sumber terhad dan beliau turut mengisyaratkan peperangan dalam 100 tahun seterusnya mungkin disebabkan perebutan untuk menguasai sumber air. Pada zaman purba dan zaman pertengahan, pertempuran dimenangi dengan taktik mengarahkan pasukan berkuda agar cepat sampai ke sumber air. Pasukan tentera pertama tiba pada sumber air dan menguasainya, boleh menyekat bekalan daripada pasukan musuh sekaligus memposisikan pihak lawan dalam keadaan serba kekurangan. Ini yang berlaku seperti mana dalam Peperangan Badar yang dipimpin oleh Rasulullah SAW berjaya berkubu di kawasan sumber air sehingga menyekat tentera musuh daripada mendapat sumber air dan musuh berada dalam keadaan serba kekurangan.

Dalam strategi pertahanan kubu, askar menimbus telaga dan memusnahkan mata air dengan membuang bankir, bangkai, air beracun dan asnik ke dalamnya bagi mencegah daripada jatuh ke tangan musuh. Kedua-dua contoh ini menunjukkan bagaimana kekurangan air atau menafikan sumber dapat digunakan sebagai senjata untuk melemahkan dan juga mengalahkan musuh itu sendiri. Pada zaman moden ini, perang habis-habisan menjadikan peperangan masa depan lebih dahsyat kerana bukan sahaja skalanya besar dan menembusi sempadan bahkan penggunaan senjata merbahaya antaranya bahan kimia yang tidak terbiodegradasi justeru meninggalkan kesan berpanjangan. Pemikir dan ulamak besar Islam, Al-Imam Al-Ghazali dalam karyanya, mengenai seni pemerintahan dan urus takbir, nasihat Al-Muluk, nasihat buat Raja-Raja, menyatakan pemimpin bijak seharusnya berupaya menguruskan wilayah kekuasaannya dengan kemahiran dan pengalaman, mengelakkan konflik ganas melalui diplomasi, dan menerapkan dasar serta strategi yang sesuai. Maka penjagaan dan pemeliharaan sumber air antara strategi terbaik daripada pemerintah yang dapat dilaksanakan dalam suasana aman.

Disebabkan kesan akibat krisis air, maka sentiasa berada dalam pertimbangan pemerintah. Apa jua tindakan menjejaskan pengurusan air atau kekurangan dalam memandang kesan akibat perbuatan demikian hanyalah menjemput konflik dan juga bencana. Maka lahirlah enakmen ini, iaitulah rang undang-undang ataupun yang disebut sebagai RUUSA. Cuma perlu diperbaikilah, sedikit sebanyak sebagaimana teguran yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini. Memang, berdasarkan apa yang disebutkan tadi, perlu sangat untuk kerajaan mengawal dan juga untuk penjagaan dan pemeliharaan terhadap sumber air ini sangat penting kerana kalau tidak, ia akan menjurus kepada seperti mana yang pernah berlaku di negara-negara lain. Ada yang berlaku pembaziran, ada yang menyebabkan kehilangan air bersih dan sebagainya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Saya nak ucap terima kasihlah kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Sumber Air ini pada 2022 pada hari ini dan Insya Allah saya akan sebut tentang matlamat untuk mempraktikkan matlamat pembangunan lestari yang ke-6, Sustainable Development Goals atau pun SDG yang keenam, dengan izin, iaitu memastikan akses kepada air dan sanitasi untuk semua. Akses kepada air yang selamat, sanitasi dan kebersihan adalah keperluan manusia yang paling asas untuk kesihatan dan kesejahteraan. Justeru itu fokus juga saya nak sebut tentang menjaga kelestarian sumber air sangat penting. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Selama, dan terima kasih Tuan Speaker. Satu isu yang saya kira perlu diberi perhatian dalam RUU ini adalah isu soal pertikaian antara agensi berkaitan dengan pengurusan saliran air. Contohnya berlaku di kawasan saya. Satu kawasan pada satu ketikanya adalah tanaman sawah tetapi kini kawasan tersebut telah diusahakan penternakan udang dan juga ikan. So, isu yang timbul berdasarkan laporan dan juga aduan penternak adalah soal nak menyelenggara tali air tu, kata orang Perak ni bertolo-tolo di antara JPS dan juga Jabatan Perikanan. JPS kata, kami hanya selenggara air, tali air yang mengairi sawah. Bila mengadu kepada Jabatan Perikanan, dia kata kami tak jaga tali air, kami jaga ternakan ikan sahaja. Akhirnya, tali air itu terbiar dalam tempoh masa yang lama. JPS juga selenggara, tapi setahun sekali. Kadang-kadang timbul masalah pasir masuk, air jadi cetek. Oleh kerana timbul isu pertikaian di antara agensi kerajaan ini, menyebabkan kesannya kepada penternak yang dulunya sawah dan kini tali air kepada ikan dan udang. So, mohon perkara ini juga diberi perhatian dalam RUU ini. Terima kasih.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Manong.

Celah Selama.

YB ENCIK MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN (SELAMA) Tuan Yang Di-Pertua, boleh masuk dalam ucapan sayalah.

Terima kasih Selama. Terima kasih Yang di-Pertua. Respon kepada Manong tadi. Saya melihat perkara 6 berkenaan dengan keanggotaan Lembaga. Jadi apabila berlaku pertikaian, banyak perkara dalam satu-satu kes, sebab itu dicadangkan supaya agensi-agensi yang menjaga kepentingan-kepentingan ini perlu dimasukkan dalam Lembaga. Sebagai contoh JPS, dia bertanggungjawab secara khusus untuk industri. JMG, perlombongan. Ada berlaku penggunaan air perlombongan dan sebagainya. PBT juga begitu. Veterinar, dia berkenaan dengan penternakan, perikanan, akuakultur. Perlu mereka berada dalam Lembaga ini tadi supaya ada penyelarasan tugas. Sebab JPS, JAS, JPS, JMG ini dia ada peruntukan kawalan sumber air khusus berkenaan dengan pelepasan air buangan. Jadi kena duduk dalam satu Lembaga ini untuk menyelaraskan tugas berkenaan tadi lah berlaku perkara tersebut dan dimasukkan di dalam enakmen ini secara khusus. Agensi-agensi terbabit itu mesti berada sebab untuk menjaga kepentingan dan tidak berlaku pertindihan kuasa. Sekian. Adakah Selama setuju?

Ok. Boleh masuk dalam ucapan saya dan mohon dipertimbangkan lah. Sebab kalau kita lihat lah dalam seksyen 5(1) untuk Kedah punya, EKAS. EKAS ni Enakmen Sumber Air KEDAH 2018 atau 2008 iaitu ada yang disebutkan tadi, dimasukkan dan untuk ahli anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri kalau ikut di Kedahnya tidak ada. Cuma MB yang Ketua, selaku Pengerusi. Kalau Perak yang baru ini, yang kita bincang ni, ada 6 Exco. Kalau di Terengganu, 1 saja Exco untuk Sumber Air ni, Enakmen Sumber Air Terenganu dan juga Selangor, Exco 2 orang. Jadi apa sebab sampai 6 orang Exco untuk menganggotai Lembaga? Dan juga Kedah tiada, Terenganu ada 2 dan Selangor ada 2. Terenganu ada 1. Jadi boleh diperhalusi semula lah atau pun dipertimbangkan semula untuk diperbaiki. Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua, tinggal sikit dah. Merujuk kepada bahagian, ini baru nak masuk point. Merujuk kepada bahagian 5, penggunaan sumber air dan pelesenan di bawah tajuk Kawalan Penggunaan Sumber Air, seksyen 49(E) 'menstor, menyimpan air yang berpunca daripada mana-mana sumber air'. dan Seksyen yang sama (F), 'memindahkan air yang telah disimpan, stor kepada mana-mana orang lain'.

Kami mencadangkan perlu dimasukkan frasa yang jelas tentang had atau pun kapasiti yang boleh disimpan, stor, supaya kebenaran abstrak air melalui pelesenan yang diberi tidak digunakan sewenang-wenangnya tanpa had hingga boleh menjejaskan sumber air itu. Perkara yang perlu dikhuatiri adalah kesan daripada industri pembotolan air mineral yang mengabstrak dari mana-mana sumber air tanah secara berlebihan hingga menjejaskan sumber air. Hal ini telah pun berlaku pada satu daerah di Jawa Barat, Indonesia. Di mana syarikat-syarikat di suka bumi, di mana syarikat-syarikat pembotolan air telah mengakibatkan penduduk tempatan menghadapi masalah mendapatkan air bersih. Industri pembotolan air mineral di sana menguasai 48% sumber air dan perkara ini telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat yang telah menghasilkan satu dokumentari sindiran bertajuk "Air bersih untuk industri, air keruh untuk rakyat". Dato' Yang di-Pertua, kemudian dalam kita nak meluluskan rang undang-undang ini juga, marilah sama-sama kita meneliti sebuah hadis daripada Nabi s.a.w. (Bacaan Hadis) Maksudnya, "Barang siapa yang melarang manusia daripada kelebihan air yang dia miliki atau daripada sisa tanaman rumput liar miliknya, maka Allah akan melarang, menghalanginya daripada anugerahnya di Hari Kiamat". Sebagaimana yang dibacakan oleh Ketua Pembangkang tadi.

Artinya, kita jangan sampai menghalang hak terhadap mereka yang dahaga. Jangan sampai kita menghalang mereka sebagaimana yang disebutkan, yang difahami daripada hadis ini dan kita lihat tadi ada disebut tentang LAP. LAP juga menggunakan sumber air dan membayar kepada Kerajaan. Jadi bagaimana dengan kos yang baru pula yang bakal dikenakan kepada LAP? Dan adakah LAP akan menaikkan cas kepada pengguna-pengguna di seluruh Negeri Perak disebabkan cas daripada pihak Kerajaan kepada LAP? Dan saya rasa yang paling banyak mengambil sumber air ini adalah LAP lah berbanding dengan industri yang lain-lain. Jadi adakah ia akan menjurus kepada kenaikan cas baru kepada pengguna-pengguna yang rata-ratanya sedang berjuang untuk beli insurans motor, yang rata-rata sedang berjuang untuk membeli beras import sebab beras tempatan takdak, yang rata-rata sedang berjuang untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil, yang mana mereka-mereka ini perlu kita ambil kira supaya diberi harga yang atau pun dikenakan caj yang special lah kepada LAP agar LAP tidak menaikkan kosnya kepada pengguna-pengguna, kepada negeri Perak ini sendiri dan Dato' Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. 11 saat lagi. Sikit sangat masa.

Yang di-Pertua

YB banyak lagi? Ok, 5 minit lagi.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Berkaitan dengan fi. Saya terpaksa baca lah sebab untuk menghormati masa. Berkaitan dengan fi, pihak Pengurusan Sumber Air ini seharusnya menetapkan fi yang berbeza mengikut keperluan sektor-sektor yang berlainan. Adakah Kerajaan Negeri telah mempunyai formula fi bagi penggunaan sumber air? Contohnya penggunaan oleh industri perkilangan berbanding penggunaan oleh sektor perlombongan atau sektor pertanian tadi kerana sektor-sektor ini penggunaan sumber air dalam kuantiti dan kualiti yang tertentu dan adakah RUU ini telah mengambil kira lesen untuk mana-mana pihak yang melepaskan air buangan perindustrian berdasarkan kuantiti dan kualiti kepada badan sumber air yang berhampiran? Saya juga ingin menekankan berkenaan dengan sebagaimana yang YB Sungai Rapat tahu tadi dan ini pun telah pun dihuraikan, disebut oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang sebelum ini berkaitan dengan penguatkuasaan dan penting tentang memantapkan keanggotaan Lembaga bagi kesinambungan tadbir urus yang mana yang disebut, yang disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi. Seperti kes air terjun Tanjung Batu Segari yang dikatakan telah pun musnah akibat kerja-kerja pengkuarian awal tahun 2021.

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri bertindak pantas menyiasat laporan awam berkenaan perkara tersebut dan turun bersama dengan jabatan-jabatan terlibat, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan (JPS) dan kemusnahan tersebut adalah satu tempat yang disebut sebagai alur air itu namun tindakan telah pun diambil ke atas syarikat yang menjalankan kerja-kerja pengekstrakan hasil bumi tersebut kerana tidak memenuhi syarat penilaian impak alam sekitar dan menjejaskan aliran air tersebut dan alur air ini, pencemaran yang berlaku telah menjejaskan aliran sumber air. Tidak dinafikan bahawa aktiviti pengekstrakan hasil bumi seperti kuari dan pembalakan menjadi salah satu penyumbang kepada kelestarian sumber air. Tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang terlibat namun sejauh mana ia dipastikan tindakan tersebut tidak dipengaruhi oleh mana-mana tangan ghaib yang menyebabkan apa-apa kerosakan yang telah terjadi dibiarkan begitu sahaja. Kemudian berkaitan dengan perisytiharan kawasan perlindungan tadi disebut. Penggazetan kawasan tadahan air mentah untuk memastikan kualiti dan kuantiti bekalan air mentah dari sumber seperti sungai, tasik dan air bawah tanah, sumber-sumber ini perlu dikenalpasti lokasinya, jajarannya, kepentingannya selain sebagai sumber air mentah kepada kegunaan lain.

Volume dan kadar yang boleh diabstrak untuk memastikan kepentingan sumber air mentah ini tidak terjejas dari aspek kuantiti dan kualiti dan kepentingan penggunaannya pada masa kini dan akan datang. Dan dari segi kajian sumber air mentah adalah sangat penting untuk kerajaan negeri menyampaikan, mempunyai kajian khusus tentang elemen lokasi, kuantiti dan kualiti dan kepentingan sumber air mentah dan adakah kajian ini ada dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk mengambil kira aspek-aspek volume kuantiti sumber air mentah, kualiti dan penggunaannya kepada pembangunan-pembangunan fizikal persekitaran di mana sumber air mentah tersebut berada. Aspek keperluan semasa dan unjuran penggunaan untuk jangka masa singkat, sederhana dan panjang. Kawalan perundangan untuk memastikan sumber ini sebagai sumber pendapatan negeri dan juga penggunaannya.

Ahli-ahli Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhomat sekalian jadi sekali lagi saya nak ucap tahniah atas usaha yang telahpun dilakukan untuk menjaga kelestarian dan juga tujuan-tujuan yang lain tetapi selama mengharapkan ia dapat diambil kira lah pandangan-pandangan daripada rakan-rakan yang sebelum ini agar ia tidak menjejaskan rakyat itu sendiri. Dan dengan ini saya akhiri dengan ucapan terima kasih banyak Dato' Yang di-Pertua. Tahniah kepada semua. Wabillahhitaufikwalhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DATO’ YANG Di-PERTUA: Wa’alaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Adun Selama. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan, 15 minit dipersilakan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Dato' yang di-Pertua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Japatan, pegawai-pegawai Kerajaan, rakan-rakan media dan semua yang menengok dengan live pada kini. Salam Sejahtera, Selamat Tengah Hari, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kerana Simpang Pulai diberi peluang untuk membahas Ruang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 yang sangat penting untuk kerja-kerja pengurusan dan pemantauan sumber air di negeri kita. Sebelum saya bermula dengan perbahasan saya, saya ingin balas kepada satu isu yang diangkat YB Selama tadi mengenai keanggotaan lembaga yang di mana 6 orang Exco yang dipilih dalam Lembaga adalah tidak betul. Di mana-mana 6 orang anggota atas jawatan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam seksyen 6 RUU ini dicatatkan. Seterusnya, mohon saya izinkan membahaskan kepentingan penggubalan rang undang-undang ini dari 3 aspek tentang isu-isu yang harus diberi perhatian dalam kewujudan rang undang-undang ini.

Pertama, pengurusan air yang bersepadu dan mampan menjamin keselamatan sumber kehidupan asas rakyat. Menurut perkara 74, Perlembagaan Persekutuan, perkara sumber air dan pengwujudan keuntungan adalah di bawah kuasa badan perundangan negeri masing-masing.

Ok, sorry, saya tarik balik yang 6 Exco tu, typo.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia sudah mempunyai Lembaga atau badan kawal selia air termasuklah Kedah dan Terengganu tetapi hanya tinggal negeri Perlis dan Perak masih belum ada badan sebegini. Akan tetapi sumber air negeri Perlis masih walaupun bawah selian Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, tetapi Enakmen Sumber Air Negeri Perlis 2023 telah diluluskan pada bulan Ogos tahun ini yang baru-baru ini untuk mengganti Enakmen Air 2011. Tujuan kelulusan ini adalah untuk memberi kuasa yang lebih meluas dari segi merancang dan menguruskan sumber air dengan lebih holistik dan dapat mengambil tindakan berkesan terhadap isu pencemaran air di Perlis. Oleh itu, penggubalan Rang Undang-Undang Sumber Air PERAK 2023 ini penting bukan sahaja disebabkan hanya Perak sahaja yang belum mempunyai enakmen yang menguruskan air yang sumber tetapi penting untuk menjamin keselamatan sumber asas negeri kita demi pembangunan yang lebih berkualiti untuk masa depan. Menurut laporan Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu dengan izin, National Integrated Water Resources Management Plan (IWRW) yang diterbitkan oleh Academy of Science Malaysia pada 2016, saya ingin menarik perhatian semua atas tiga cadangan yang diberikannya iaitu, negeri-negeri di Malaysia perlu mempunyai pelan pengurusan sumber air bersepadu. Untuk mencapai matlamat tersebut, penubuhan badan pengurusan yang dapat menyepadukan perancangan, pemantauan, penguatkuasaan undang-undang serta pengurusan sumber air adalah diperlu.

Penubuhan badan pengurusan dan penyediaan pelan bukan sahaja membantu meningkatkan tindak balas kerajaan terhadap isu sumber air yang dihadapi tetapi juga untuk memastikan sumber air kita kekal selamat. Berdasarkan statistik Alam Sekitar Negeri Perak 2021, 97% bekalan air adalah daripada air permukaan. Air bawah tanah hanya berperanan sebagai sumber air alternatif terutama di kawasan yang ada bekalan air ataupun bekalan air tidak mencukupi. Sumber bekalan air mentah adalah dietrak dari sungai dan empangan. Pada tahun 2020, jumlah bekalan air mentah yang diektrak adalah sebanyak 1,453 juta liter sehari di mana sungai menyumbangkan 72% iaitu 1,048 juta liter sehari daripada keseluruhan bekalan air mentah. Setakat ini, kuasa pengurusan dan pemantauan sumber air di negeri Perak masih di bawah UPEN dan pegawai dari Perak di mana mereka mempunyai tugas kerja lain pada masa yang sama akan tetapi isu pencemaran sumber air mentah yang mesti yang selalu disebabkan oleh perkembangan ekonomi yang melibatkan tujuan komersial, perindustrian, pengguna awam dan sebagainya harus diberi fokus untuk penjagaan dan penyelesaian. Oleh itu, satu badan yang pakar dah fokus dalam pengurusan air mentah adalah amat diperlukan untuk meningkat kecekapan dalam melindungi sumber air.

Dato' Yang di-Pertua yang kedua, melindungi sumber air kini menentukan hal tuju pembangunan masa depan negeri Perak. Saya percaya tidak ada siapa di sini akan menentang hasrat kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri Perak. Ekonomi Perak sekarang didominasi oleh sektor perkhidmatan dengan 63.3% diikuti sektor perubatan 19.5%, sektor pertanian 14.1%, sektor pembinaan 2.5% dan sektor perlombongan dan perkuarian 0.5%, tiada satu sektor pun boleh dielakkan daripada penggunaan air. Tambahan pula, salah satu daripada 6 agenda utama Perak Sejahtera 2030 adalah 'Sekuriti Makanan'. Kerajaan Negeri juga melancarkan pelan tindakan 'Sekuriti Makanan' Perak demi menjadi 'Hub Sekuriti Makanan' yang terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Selain daripada penanaman dan ternakan, sumber biologi dari kolam, sungai dan laut juga merupakan keperluan pemakanan manusia yang penting. Contohnya, pendaratan ikan laut pada tahun adalah 358.4 ribu tan metrik. Akan tetapi, perangkaan ini akan dipengaruhi oleh kualiti air di sekitarnya.

Menurut statistik Alam Sekitar Perak 2022, status kualiti air marin di 5 kawasan muara Kuala Sungai Negeri Perak termasuk Kuala Sungai Manjung, Kuala Sungai Gula, Kuala Sungai Kurau, Kuala Sungai Sepetang dan Kuala Sungai Perak adalah berada dalam kategori sederhana. Manakala Kuala Sungai Tanjung Piandang berada di status tercemar. Ini akan membawa kesan buruk kepada para penduduk, nelayan serta pengusaha pelancongan tempatan yang berada di kawasan muara sungai tersebut. Negeri kita masih memakai Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 untuk mendakwa pencemar sumber air yang tidak bertanggungjawab. Dengan penggubalan rang undang-undang yang baru ini, dengan penubuhan lembaga yang baru, cara pendakwaan persekutuan dan negeri dapat diselaraskan untuk mengenakan hukuman kepada pencemar sumber air dengan hukuman yang lebih keras atau berat supaya pencemaran sumber air dapat dielakkan seperti yang dicatatkan dalan seksyen 41.

Selain itu, perancangan bersepadu yang berdasarkan data dan informasi mengenai keadaan geografi, populasi serta kegiatan ekonomi persekitaran juga boleh membantu Kerajaan Negeri untuk memitigrasikan sebarang kemungkinan pencemaran daripada berlaku. Ini juga membantu dalam pengurusan sumber air semasa kemarau atau musim hujan seperti yang ditunjukkan dalam seksyen 37 dan 38 untuk memastikan keselamatan orang ramai terjamin serta kegiatan ekonomi kurang terjejas. Pengurusan air yang bijak dan berkesan amat diperlukan untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk kehidupan manusia, melindungi ekosistem air dan juga mengurangkan risiko cuaca ekstrem yang berkaitan dengan perubahan iklim yang cepat. Seperti yang disetujui oleh kerajaan dunia pada mesyuarat 2000 di Copenhagen, pelepasan gas rumah hijau pada tahun 2050 mestilah 40 hingga 70% lebih rendah daripada pelepasannya pada 2010. Oleh itu, sumber air sebagai asas kehidupan ini memerlukan tadbir urus yang berkesan di semua peringkat. Dengan penggubalan rang undang-undang ini, kita dapat menjamin kualiti sumber air di Perak dan serta menanamkan kesefahaman dan cinta kita terhadap alam sekitar.

Dato' Yang di-Pertua, yang ketiga, penggunaan air secara berhemah untuk meminimalkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Izinkan saya memetik apa yang pernah disebut oleh Puan Audrey Azoulay, Ketua Pengarah UNESCO. Beliau berjaya meringkaskan kepentingan sumber air dalam 2 ayat. Air adalah sumber kita yang tidak ternilai. Pemata biru yang tidak dapat diakses secara langsung oleh lebih daripada 2 bilion orang, air bukan sahaja penting untuk kelangsungan hidup tetapi juga memainkan peranan sanitasi, sosial dan budaya dalam masyarakat manusia tetapi, tumpuan selalu diberi kepada perkara yang lebih berkait dengan kehidupan harian kita seperti status kegiatan ekonomi atau kos sara hidup. Oleh itu, harga bekalan air terawat atau kualiti perkhidmatan air adalah isu yang selalu berbincang. Akan tetapi, kita kena tahu kalau tiada sumber air, tiada bekalan air terawat. Kalau sumber air tercemar, maka bekalan air terawat juga terjejas. Saya harap pengurusan sumber air diutamakan pada masa depan sedang melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, swasta dan paling important dengan izin yang paling penting komuniti terutamanya generasi baru kita.

Kesedaran awam haruslah dipupuk sejak kecil supaya mereka ketahui kepentingan bersama untuk memastikan kemampan sumber air. Untuk negara yang terletak di kawasan tropika yang dianugerahi kuantiti hujan yang mencukupi seperti di Malaysia dan Perak, pengurusan air adalah penting untuk mengekalkan kelestarian sumber air untuk generasi yang akan datang. Dengan pengurusan sumber air yang bijak, negeri Perak dapat memastikan sumber air tidak terjejas dalam pengubahan iklim, pertubuhan populasi serta pembangunan ekonomi yang berterusan. Menurut dasar ekonomi madani yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada bulan Julai yang lepas, Kerajaan Perpaduan akan memastikan semua rakyat menikmati akses kepada unit dan universal dari segi infrastruktur asas sama ada bekalan air atau elektrik.

Setakat 2022, 97% penduduk Malaysia mempunyai akses kepada bekalan air terawat. Masih ada sesetengah penduduk di Kelantan dan Sabah masih tidak mempunyai akses bekalan air yang konsisten dan berkualiti. Kerajaan Perpaduan juga sudah bersetuju untuk menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi menyelesaikan penyelesaian jangka pendek di Kelantan dan Sabah. Pada masa yang sama, projek tebatan banjir di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor juga dijalankan demi melindungi masyarakat setempat daripada ditimpa bencana banjir. Sebagai negeri yang kedua besar di Semenanjung Malaysia, negeri Perak ini juga tidak dikecualikan dalam menghadapi 2 cabaran yang akan datang iaitu membekalkan air dengan konsisten dalam pembangunan ekonomi negara sebab pencegahan bencana banjir pada masa yang sama. Jadi kita harus sedar hanya dengan pengurusan yang mampan, bersepadu yang lebih efektif serta kesedaran di kalangan komuniti, barulah Perak dapat menangani kedua-dua isu tersebut bersama dengan negeri-negeri lain pada suatu hari nanti.

Main gitar, petiklah senang, Terbang rendah si burung camar, Manfaatkan air secara benar, Jangan biarkan jadi tercemar.

Dato' Yang di-Pertua, Simpang Pulai mohon sokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Simpang Pulai. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk memulakan perbahasan. 15 minit. Silakan.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahhirrahmanirrahim. Atas nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Yang saya hormati Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Tampan, Menteri Besar, Yang Berhormat Gunong Semanggol, Ketua Pembangkang, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Yang berhormat Ex-Officio yang bersama-sama kita pada hari ini. Pegawai-pegawai kerajaan, persekutuan dan juga negeri serta rakan-rakan media yang saya hormati sekalian. Yang Berhormat, Dato' di-Pertua. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Sepetang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Enakmen Sumber Air Negeri Perak bagi tahun 2023. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya kepada manusia dan kehidupan lain. Allah subhanahu wa ta'ala menjadikan air sebagai antara elemen penting dalam kehidupan makhluknya.

Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan. Akan tetapi, hanya beberapa hari boleh hidup tanpa air. Ini menggambarkan kepada kita betapa pentingnya air dalam kehidupan kita pada hari ini. Bersyukurlah kita bahawa negara ini dilimpahi dengan rahmat Allah yang tidak terkira. Malaysia terutamanya, negeri Perak, sentiasa mendapat taburan hujan yang agak tinggi. Sekaligus, menstabilkan bekalan air di negeri ini. Bagaimanapun, dalam banyak keadaan kita dapati taburan hujan yang tinggi dan jumlah sungai yang banyak sahaja tidak mencukupi dalam menguruskan bekalan air bersih yang sesuai dengan keperluan manusia. Saban tahun, kita berhadapan masalah pencemaran dan paip pecah yang menyebabkan bekalan air kepada rakyat teruk terjejas. Dalam zaman moden ini, kebergantungan rakyat terhadap bekalan air bersih yang disediakan oleh kerajaan sangatlah tinggi. Ini berikutan sumber asal air seperti sungai tidak lagi sesuai untuk dituai secara langsung tanpa proses rawatan. Justeru, kita amat mengalu-alukan pembentangan Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak ini sebagai satu langkah, satu usaha bagi penambahbaikan kepada urusan sumber air bagi negeri Perak. Ini sekaligus, ianya dapat menjaga kebajikan seluruh penduduk di dalam negeri Perak ini.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, Kuala Sepetang juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang akhirnya berjaya juga membentangkan semula Enakmen Sumber Air Perak ini setelah pembentangan tahun-tahun lepas ditarik balik. Pada tahun lalu, sebahagian Ahli Dewan yang mulia ini membentang rang undang-undang yang sama atas alasan ia memberi kuasa terlalu besar kepada Pengarah Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak. Saya tidak pasti sama ada hal-hal berbangkit pada tahun lalu telahpun dapat diselesaikan, atau kini semuanya dah jadi ok setelah kedua-dua pihak yang berbalah berada di sebelah sana dan berada di sebelah sana pada penggal kali ini. Pengurusan sumber air negeri sangat penting, bukan sahaja untuk memastikan ia mendapat memenuhi permintaan rakyat dan industri tetapi juga berkebolehan merancang keperluan di masa depan. Lembaga ini tidak lagi boleh bertindak seperti sudah terhantuk baru tergadah, yang hanya bangkit berbuat sesuatu setelah berlaku masalah. Selain pengurusan air yang cekap, pengurusan kewangan yang bijak juga perlulah menjadi keutamaan bagi pengurusan Lembaga ini.

Dato' Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, Kuala Sepetang ingin menzahirkan kebimbangan mengenai seksyen 19 enakmen ini yang memberikan kebenaran kepada Lembaga untuk menubuhkan anak syarikat bagi tujuan perniagaan berkaitan. Kerap kali kebenaran ini disalahguna untuk membolehkan mereka-mereka yang terbabit mendapat lebih banyak allowance kerana menduduki dalam syarikat-syarikat subsidiary ini yang ditubuhkan sewenang-wenangnya atas alasan memudahkan urus tadbir dan seringkali juga terjadi syarikat subsidiary ini akan meningkatkan kos sesuatu kerja yang akan dijalankan kerana mereka akan memperoleh kontrak dari parent company atau dalam konteks ini Lembaga kemudiannya mensubkan kepada syarikat tadi. Perniagaan atas angin oleh syarikat subsidiary milik GLC sudah acap kali berlaku sehingga menimbulkan pelbagai masalah kemudian hari termasuklah peningkatan kos yang lebih tinggi. Ini adalah satu bentuk ekosistem ekonomi dan perniagaan yang tidak sihat dan seharusnya kita ubah. Tidak adil untuk mana-mana GLC yang mendapat monopoli mengutip keuntungan rakyat dan kemudiannya mengembangkan perniagaan yang bersaing dengan rakyat biasa. Justeru, Kuala Sepetang ingin mencadangkan agar seksyen 19 diperkemaskan dengan hanya membenarkan Lembaga Pengurusan Air Perak menubuhkan sebuah syarikat sahaja bagi tujuan pengurusan komersial seperti pengurusan kutipan bil, pemotongan bekalan air dan sebagainya. Manakala bagi aktiviti berkaitan lain yang memerlukan kontrak luar, lembaga tidak sewajarnya menubuhkan apa-apa syarikat bagi bersaing dengan kontraktor biasa.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, sistem demokrasi negara telah berkembang hampir berpuluh tahun namun proses semak dan imbang bukanlah satu tradisi yang cekap dalam demokrasi negara ini. Berpuluh tahun diperluaskan untuk kerajaan mengiktiraf peranan pembangkang dalam sama-sama pengurusan negara dengan melantik wakil pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ataupun PAC. Perlu juga diucapkan taniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar meneruskan peruntukkan semua kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk kepada kami di barisan sebelah sini ia jauh lebih baik berbanding dengan sikap Kerajaan Madani di peringkat Persekutuan.

Dato Yang di-Pertua, MADANI ini bukan hanya berada pada lisan lidah tetapi ianya harus berada pada perlaksanaan. Oleh kerana kita sedang ke arah demokrasi yang lebih matang dan bertujuan menjaga kepentingan rakyat, air pula merupakan isu utama kesejahteraan rakyat. Kuala sepetang ingin mencadangkan sekali lagi agar wakil rakyat pembangkang turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak. Seksyen 6(C) memperuntukkan perlantikan 6 orang anggota Lembaga perlantikan 3 orang Adun kerajaan dan 3 orang Adun pembangkang akan membolehkan proses semak dan imbang antara kepentingan komersial dan kepentingan rakyat dapat dilaksanakan di peringkat paling penting dan kritikal. Ia ini bukan sahaja untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kita semua dapat bekerjasama demi kesejahteraan mereka dan negeri tetapi juga mengelakkan kerajaan dari berhadapan tohmahan mengenepikan kepentingan rakyat dalam hal-hal keperluan asas.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Akhir sekali, penubuhan Lembaga ini akan membolehkan Kerajaan Negeri melantik seorang pengarah yang bertanggungjawab mengawal selia keseluruhan operasi dan merangka pelan masa depan pengurusan sumber air negeri Perak. Dengan kata lain, Pengarah yang bakal dilantik merupakan nadi penting dalam membantu kerajaan dan Dewan ini memastikan sumber air negeri Perak memenuhi piawaian kesejahteraan rakyat. Justeru, Kuala sepetang amat berharap pemilihan Pengarah nanti harus diteliti secara secara mendalam mengambil kira pengalaman dan kelayakan yang meluas bukannya berdasarkan kehendak dan kenalan politik, banyak lagi GLC lain yang boleh dipergunakan untuk kepentingan politik yang ini satu saya harap kita dapat uruskan secara profesional dan memberi gambaran terbaik kepada negeri-negeri lain. Apa yang penting, setiap pengurusan dan pelaksanaan itu perlulah dilaksanakan dengan penuh amanah, adil dan bertanggungjawab. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud, artinya, ‘wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri, atau ibu, bapa dan kaum kerabatmu jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemasalahatannya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin mati menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar belitkan yakni kata-kata dengan atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan, An Nisa 135. Kuala Sepetang mohon ditangguhkan enakmen ini dan merasakan perlu ditambahbaikan. Sekian. Wabilahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumusallam w.b.t. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Sepetang. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. 15 minit, silakan.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. (Bacaan Ayat Al-Quran) Maksud firman Allah s.w.t. dalam Al Quran dan kami turunkan daripada langit air dengan suatu sukatan lalu kami jadikan air itu menetap di bumi dan pasti kami berkuasa melenyapkannya. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak Darul Riduan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, pegawai kanan kerajaan, persekutuan dan juga negeri, petugas-petugas media dan sidang hadirin di dalam Dewan dan juga di atas kalian yang dihormati sekalian. Pada hari ini Dewan sangat tenang. Dengan perbahasan, demi perbahasan yang berlaku tidak mencetuskan perdebatan. Kita nampak, kita lihat bahawa ini merupakan satu kesepakatan antara kerajaan dan pembangkang untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada apa yang kita sedang usahakan dan sedang kita bahaskan.

Dato' Yang di-Pertua, Pasir Panjang merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Sumber Air 2023 pada hari ini. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri yang telah membentangkan rang undang-undang ini yang akan menjadi satu dokumen rujukan yang bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri ini. Saya sangat kagum dan teruja dengan Exco berada di sini semenjak selesai pembentangan sehinggalah saya jangka tamat perbahasan pada hari ini. Dato' Seri puasakah hari ini? Alhamdulillah. Pasir Panjang.

Dato' Yang di-Pertua, pada dasarnya, pasir panjang menyambut baik. Langkah pihak kerajaan menunjukkan suatu enakmen dan penubuhan sebuah badan khusus yang menjadi punca kuasa dan panduan dalam memastikan kawal selia berkaitan dengan sumber air negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Air adalah kurniaan ilahi yang sangat berharga dijadikan sebagai bekalan kepada setiap makhluk ciptaannya demi kelangsungan hidup mereka di atas muka bumi Allah s.w.t. Justeru menjadi tanggungjawab kerajaan, ataupun pemerintah untuk memastikan sumber air terjaga, terkawal dan terhindar daripada kemusnahan yang boleh membawa kepada malapetaka kepada kehidupan makhluk bumi ini.

Kita sekali-kali tidak rela pencemaran seperti mana yang berlaku di Cameron Highlands pada tahun 2015 yang berpunca daripada penerokaan tanah yang tidak terkawal, penggunaan racun serangga yang diharamkan di negeri kita. Kita juga perlu menyedari bahawa, di sekeliling kita terdapat pengusaha restoran, pusat-pusat mencuci kenderaan dan pusat dobi yang melepaskan sisa-sisa buangan ke dalam takungan sumber air kita dan ini akan menyebabkan kemusnahan kepada sumber air dan kerakusan dan sikap yang tidak bertanggungjawab ini perlu disekat dan dibanteraskan untuk mastikan bahawa rahmat Allah, kurniaan Allah kepada sekalian makhluknya terjamin, terkawal sehinggalah ke akhir hayat kita, Insya Allah. Dato' Yang di-Pertua, menyedari hakikat bahawa air diturunkan dari langit dan dikeluarkan daripada perut bumi untuk manusia mengguna dan mengurusnya, maka amat wajar rang undang-undang yang dibahaskan ini memberi jaminan-jaminan berikut kepada rakyat. Yang pertama, penyediaan dan pembekalan air yang bersih dan selamat dengan mematuhi piawaian Air Minum Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia secukupnya mengikut keperluan pengguna.

Kedua, caj penggunaan air daripada mana-mana sumber yang tidak membebankan segenap lapisan masyarakat bahkan boleh direndahkan kadar kerana kita jangka hasil kutipan sekiranya diwartakan rang undang-undang ini akan membawa pendapatan yang agak besar kepada Kerajaan Negeri dengan pendapatan tersebut di mana yang diminta oleh pembahas-pembahas sebelum ini kadar dapat direndahkan dan dapat mengurangkan bebanan sara hidup rakyat di negara ini. Ketiga, menyediakan akses yang mencukupi supaya bersih dan selamat kepada komuniti luar bandar, kawasan-kawasan pedalaman dan juga kampung orang asli. Kita perlu tahu bahawa terdapat Kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai air bersih bergantung kepada sumber daripada perigi, telaga, sungai dan sebagainya dan kita harap dengan diwartakan enakmen ini, maka mereka juga dapat menikmati air yang bersih seperti mana kita berada di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar ini insyaAllah dan dari masa ke masa, memberi kesedaran dan pendedahan para rakyat melalui kempen kesedaran dan kepentingan menjaga sumber air dan juga menjamin penjimatan air insyaAllah.

Tuan Puan sekalian, yang menjadi makhluk perosak kepada sumber air, pencemaran dan sebagainya adalah manusia. Apabila mereka mendapat sesuatu perkara dengan mudah, air banyak, maka mereka akan menggunakan secara berlebihan, membazir dan bukan sahaja membazir, tetapi juga kekat-kekat kadangkala merosakkan, memusnahkan air dan sumber air. Kita perlu ingat bahawa di sana Nabi SAW berpesan kepada kita. Supaya kita tidak membazir. Walaupun kita sedang berada dalam sungai dikelilingi air kita nak mengambil wuduk tetapi tidak boleh kita mengambil wuduk dengan cara yang berlebihan. Cukup sekadar yang boleh mengesahkan wuduk kita sahaja kerana Nabi menyatakan bahawa walaupun air itu banyak tetapi sekiranya kami melakukan sesuatu yang berlebihan maka itu merupakan pembaziran dan pembaziran ini amalan syaitan. Maka kita perlu memberi kesedaran kepada seluruh, ke segenap lapisan masyarakat atas kepentingan menjaga sumber air yang dikuniakan oleh Allah s.w.t.

Kelima, penguatkuasaan yang tegas ke atas perusahaan kualiti dan kuantiti air dan sumbernya. Banyak kalau kita lihat mereka yang melakukan perniagaan, penternakan, penternakan udang umpamanya di sekeliling kita. Kita lihat bila mana mereka mengambil hasil, mereka akan mengairkan air daripada kolam keluar ke takungan-takungan sumber air dari sekitar tanpa memikirkan bahawa pencemaran akan berlaku akan merosakkan ekosistem di kawasan tersebut. Jadi perlindungan sumber air semula jadi seperti sungai, tasik bagi menyokong ekosistem air tawar yang sihat dan menjaga air jangka panjang perlu dilaksanakan. Dato' Yang di-Pertua, Pasir Panjang memohon RUU ini diberi penambahbaikan. Pasir Panjang akan menyokong apabila beberapa kekurangan dan kesamaran seperti mana yang disebut oleh pembahas-pembahas sebelum ini dapat diberi penambahbaikan dan dimurnikan sebelum dilaksanakan dengan sekurang-kurangnya mengambil kira perkara-perkara berikut.

Pertama, diadakan libat urus untuk kesemua Adun, libat urus untuk semua Adun kerajaan dan pembangkang wajar diadakan. Tidak cukup dengan jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan kerana beberapa orang, hanya beberapa orang ini tidak dapat menjana idea, membuat pencambahan pemikiran yang komprehensif tetapi sekiranya dilibatkan Adun sebagai lawmakers, Insya Allah pendetailan kepada enakmen ini dapat dilakukan dan mudah untuk kita membuat sokongan untuk diluluskan Insya Allah. Saya setuju dengan penyokong kerajaan bahawa skop dan menjawab dan kuasa Pengarah Lembaga adalah terlalu luas dan diragui keberkesanan operasi Lembaga. Maka perlu difikirkan untuk mewujudkan timbalan-timbalan pengarah mengikut sektor-sektor berkaitan pengurusan sumber air untuk membantu. Kalau terlalu luas, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, terlalu banyak tindakan yang perlu diambil, maka mungkin Pengarah seorang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan efisien dan efektif dengan izin.

Dato' Yang di-Pertua. Pengarah-pengarah jabatan berkaitan air di peringkat negeri dimasukkan ke jawatankuasa Lembaga kerana mereka dilantikkan ke jawatan tersebut kerana kewibawaan mereka, kemahiran mereka dan kepakaran mereka maka mereka perlu duduk ke dalam Lembaga ini untuk memastikan keberkesanan jawatankuasa, keberkesanan Lembaga yang akan ditubuhkan. Kalau pun mereka berpindah, jawatan tidak akan berpindah. Hanya individu saja yang akan berpindah. Individu akan bersara, tetapi jawatan tidak bersara. Jadi kita menyarankan supaya pengarah-pengarah jabatan-jabatan berkaitan air ini dimasukkan sebagai jawatankuasa Lembaga.

Yang keempatnya, seperti mana senada dengan kerajaan, Pasir Panjang juga bersetuju golongan yang terlibat di sektor penghasilan makanan bagi memastikan keterjaminan makanan negara dikecualikan daripada sebarang caj seperti mana yang dilakukan di negeri Tengganu dan juga negeri Kedah Insya Allah. Akhir sekali, oleh kerana banyak yang saya nak bahaskan di sini telah dibahaskan oleh pembahas-pembahas yang terdahulu, jadi saya cuba ringkaskan dalam masa 2 minit ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menghadiahkan sebuah laptop dan saya guna pada hari ini untuk tujuan perbahasan. Alhamdulillah, banyak lagi features yang belum digunakan kadang-kadang dia lelap, tak tahu nak cari macam mana nak hidupkan semula. Jadi saya perlukan banyak masa dan seterusnya saya juga ingin memohon kemaafan kepada Yang Amat Berhormat. Insyaallah dia dengar atas ketidakhadiran saya ke majlis besar yang diadakan di Lekir baru-baru ini. Majlis tersebut ialah Majlis Pecah Tanah Halal Perak Halal Lekir.

Jadi bila saya tidak hadir, ramai yang bertanya "Kenapa YB tak hadir?" "YB kenapa YB tak hadir?" Ini perkara besar. YB perlu tahu apa yang berlaku. Jadi saya rasa begitu bersalah Dato' Yang di-Pertua. Saya balik, saya jumpa dengan Pegawai Khas, cek semua email-email yang ada, kerani cek email-email yang ada. Tidak ada satu surat jemputan pun kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang. Maka oleh kerana itu saya tidak hadir ke majlis tersebut. Secara ringkasnya kita Dato' Yang di-Pertua, sebagai orang yang diberi mandat di kawasan kita atas dasar perpaduan yang cuba diwujudkan, atas dasar kebersamaan untuk memajukan rakyat di negeri Perak ini, maka amat wajarlah kami dijemput untuk bersama-sama dalam program kerajaan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan negeri yang lain. Apabila berlaku pertemuan ataupun sesuatu pertemuan. Saya pun nak menjemputlah Dato' Seri Exco yang membentangkan tadi untuk hadir ke kawasan kami dan ramai orang tanya dia tau. Tanya mana Dato' Seri? Mana Dato' Seri sebab dulu dia pernah bersama-sama dengan warga Pasir Panjang. Dato' Seri, selamat datang ke Pasir Panjang dan kita Insya Allah, kita boleh pergi melawat dan kita boleh menikmati jamuan-jamuan di sana Insya Allah. Tuan Yang di-Pertua, Pasir Panjang pohon RUU Sumber Air 2023 ditangguhkan pelaksanaannya buat sementara waktu, dibahaskan, dibincangkan semula dan diundikan serta dibentangkan semula dalam sesi yang akan datang dan insyaAllah pembangkang akan memberi sokongan sepenuhnya Insya Allah. Wabillahitaufik walhidayah Assalammualaikum w.b.t.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan 15 minit. Silakan.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Saya bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk bicara dalam perbahasan bagi sesi Sidang Dewan Negeri Perak yang ke-15 berkenaan dengan Enakmen Air yang sedang kita pertimbangkan dan menunggu kelulusannya. Yang Amat Berhormat, Dato' Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Dato' Speaker, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Saya berbesar hati menyampaikan perbahasan berkaitkan RUU Sumber Air ini. Dato' Yang di-Pertua, di dalam perbahasan saya pada hari ini, suka saya tekankan dan maklumkan bahawa penting bagi kita untuk memahami dan meneliti bagi menggariskan matlamat utama enakmen ini iaitu untuk melindungi, mengurus dan menyelenggara sumber air negeri. Ini termasuklah pemantauan kualiti air, pelindungan kawasan hidupan air dan mengendalikan isu-isu pencemaran air dengan cermat. Ini adalah kerana air merupakan aset sangat penting bagi negara kita dan kehidupan setiap rakyat dalam usaha kita untuk menguruskan sumber air dengan bijak kita harus mengambil tindakan yang sesuai demi kepentingan setempat negeri. Kita juga memikirkan kepentingan industri dan pertanian dalam penggunaan air. Keseimbangan antara keperluan industri, pertanian dan keperluan domestik adalah cabaran yang besar dan kita perlu mencari kaedah yang berkesan untuk memastikan. Selain itu dalam mengeluarkan enakmen ini, kita perlu memastikan bahawa ianya sesuai dengan Undang-Undang Persekutuan dan peraturan berkaitan. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa enakmen ini berfungsi dengan efektif dan tidak menimbulkan pertikaian undang-undang kelak pada masa hadapan.

Dato’ Yang di-Pertua, RUU baharu ni perlu dilaksanakan bagi memperkemaskan dan memperincikan lagi urusan air di negeri ini dalam mempastikan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air yang lebih baik serta pengurusan yang lebih efisien. Terdapat beberapa halangan dalam enakmen air iaitu Akta Air 1920 sebelum ini yang menyebabkan jabatan dan agensi berkaitan tidak dapat menjalankan fungsi dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Secara umumnya, terdapat 3 asas utama pertimbangan yang harus diberi perhatian terhadap pindaan tersebut iaitu pengemaskinian undang-undang berkaitan pemeliharaan dan pemulihan sumber air di negeri ini dan menambah kegiatan aktiviti berkaitan sumber air di bawah kawalan agensi berkaitan. Justeru itu ia juga akan wujudkan peruntukan proses perlesenan dan kutipan hasil berkaitan sumber air di negeri ini yang dapat diterjemahkan dengan melaksanakan lebih banyak pembangunan dan bantuan kewangan untuk rakyat di negeri Perak. Selain itu, ianya juga membolehkan kita membolehkan pihak berkenaan merancang dan menguruskan sumber air dengan lebih holistik dan dapat mengambil tindakan berkesan terhadap sebarang isu pencemaran air yang melibatkan masyarakat dan alam sekitar. Kita harus mengambil iktibar dengan kejadian tragik pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Johor pada tahun 2019.

Dato' Yang di-Pertua, seperti yang diketahui umum air adalah sangat penting untuk pembangunan ekonomi dan sosial kerana ia mempengaruhi persekitaran yang sihat, mewujudkan kawasan sesuai serta menyokong ekosistem semula jadi seperti perhutanan atau tanah lembab untuk bercucuk tanam. Kita juga harus menitik beratkan sektor perikanan yang dipengaruhi oleh kualiti dan kuantiti air yang banyak di mana ianya harus dikawal selia dan dipantau dengan efektif untuk memacu pertumbuhan industri perikanan serta mewujudkan peluang pekerjaan di bidang perindustrian dan menyentuh setiap aspek pembangunan ekonomi untuk menoktahkan kemiskinan yang diimpikan oleh yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kita harus memberi fokus yang bermatlamatkan kepada pengurusan sumber air negeri secara lestari dan seterusnya menyokong setiap agenda pembangunan ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyat. Setiap Adun juga perlu berperanan sebagai ejen perubahan untuk memberi manfaat kepada orang ramai dan tidak ada usaha yang lebih baik selain daripada membawa perubahan dan memesatkan perubahan untuk kebajikan rakyat dan negeri. Inilah juga yang dimasukkan dalam unsur terakhir Madani iaitu ehsan. Menyelamatkan alam sekitar, menguruskan sumber asli dengan baik supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan bersikap ehsan sesama mahluk serta ciptaan Tuhan.

Dato' Yang di-Pertua, pelbagai kajian dan laporan menunjukkan bahawa rupa dan keadaan sumber air di Malaysia berdepan dengan pelbagai ancaman dan memerlukan rehabilitasi. Ia mengambil kira pelbagai perkara yang merentasi jurang pengetahuan, tahap kesedaran dan pelbagai faktor yang memberi impak secara langsung terhadap jenis-jenis sumber air atau punca air bergantung kepada keadaan dan kejadian setempat. Kesemua perkara ini telah diambil kira dalam merumuskan hala tuju dasar. Terdapat 5 fokus utama yang dirumuskan daripada pelbagai laporan dan dokumentasi. Pertama, terdapatnya keperluan untuk membangunkan maklumat komprehensif berkenaan sumber air meliputi aspek-aspek seperti punca, lokasi, skala, saiz, rupa, keadaan hidrologi, ancaman, risiko termasuk impak-impak yang sedia ada dan baru. Keutamaan adalah untuk mengukuhkan risikan dan maklumat sumber air serta melindungi apa yang dimiliki oleh negara.

Ini memerlukan pengukuhan asas pengetahuan dan sains. Sumber air mengambil kira semua jenis sumber pengetahuan dan usaha-usaha saintifik dalam arti kata sains, sains sosial dan kemanusiaan termasuk amalan tradisi dan kefahaman tempatan. Di mana ia akan membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memelihara sumber air dengan lebih baik. Kedua, pelan keseluruhan untuk memastikan kelestarian sumber air adalah diperlukan dengan kadar segera dan terperinci. Laporan menunjukkan sumber air terancam akibat aktiviti dan tindakan manusia, terutamanya melibatkan aktiviti yang tidak mematuhi peraturan alam sekitar dan penggunaan mampan sumber air tersebut. Cadangan yang lebih berstruktur adalah diperlukan untuk memastikan sumber air dipelihara secara lestari. Langkah-langkah perlindungan perlu ditetapkan untuk memelihara dan melindungi kualiti dan kuantiti termasuk kaedah mengimbuh semula jasad air, kawasan-kawasan tadahan dan sepanjang lembaran sungai. Langkah-langkah ini diperlukan untuk memastikan bahawa pengagihan air adalah lebih cekap dan saksama. Pemakaian langkah-langkah yang seragam akan membantu mewujudkan satu sistem penggunaan sumber air yang lestari. Ketiga, perlunya mekanisme untuk pihak berkuasa yang diberi mandat bagi menentukan serta menilai rupa dan keadaan sumber air. Ini adalah untuk memastikan bahawa apabila air diagihkan ia dilakukan dengan berkesan tanpa ada kompromi terhadap keupayaannya untuk mengimbuh semula atau mengurangkan keupayaan untuk menyokong persekitaran ekologi dan hidrologi serta fungsi-fungsi hidrogeologi.

Selain daripada itu ia menggariskan langkah-langkah untuk menghindar dan meminimumkan ancaman terhadap sumber air dan risiko daripada sumber air. Ini akan memperkukuhkan tindakan untuk menjamin sumber air dan membantu tadbir urus sumber air yang merentasi sempadan bidang kuasa. Keempat, terdapat beberapa terdapat banyak pihak berkepentingan terlibat dengan sumber air dengan mengambil kira ketiga-tiga perspektif di atas. Beberapa negeri telah pun meluluskan akta ini kecuali negeri Perak dan Perlis yang telah mewujudkan perundangan untuk memudahkan pelaksanaan kuasa dan pengurusan sumber air yang cekap dan berkesan. Di dalam beberapa bidang kuasa, langkah-langkah perundangan secara formal akan diadakan bagi mempermudahkan pihak berkuasa dalam pengurusan sumber air tersebut. Terdapat juga beberapa undang-undang berkaitan dengan sumber air yang punya piawaian dan peraturan yang mengikut keperluan. Walau bagaimanapun, perkara paling penting adalah menetapkan keputusan untuk penggunaan dan pengagihan air dengan penyeliaan serta penguatkuasaan yang seragam. Penentuan ini memerlukan satu mekanisme yang akan mengukuhkan satu sistem kolaborasi dan perkongsian yang disokong oleh pelbagai pendekatan seperti pengurusan sumber air bersepadu dan pengurusan lembangan sungai bersepadu. Pelbagai bidang kepakaran ini dapat dimanfaatkan secara bersepadu oleh pihak-pihak berkuasa yang akan diberi mandat. Penyusunan kolaborasi berasaskan matlamat utama yang memberi tumpuan kepada sumber air akan membantu menukar tadbir urus sumber air kepada tadbir urus yang melibatkan perkongsian dan kolaborasi untuk memanfatkan semua pihak dan alam sekitar tanpa menjejaskan integriti sumber air tersebut. Kelima, terdapat pelbagai usaha oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO termasuk masyarakat yang prihatin untuk meningkatkan tahap kesedaran, membina keupayaan dan mengambil inisiatif bagi membantu dalam pemulihan sumber air ini. Pelbagai program dan kempen telah diadakan tetapi kadar pemulihan rupa dan keadaan sumber air tidak banyak berubah seperti mana yang diharapkan. Hal ini disebabkan oleh kelonggaran undang-undang dan kurangnya tahap kesedaran awam tentang pembaziran dan pencemaran air pada amnya.

Timbalan Yang di-Pertua, perseksif umum beranggapan bahawa negara ini dianugerahi hujan yang banyak dan berterusan adalah tidak tepat berikutan keadaan cuaca global yang tidak menentu. Pada hakikatnya, berlaku banyak kejadian pencemaran sumber air yang mengakibatkan gangguan bekalan air serta kemarau. Yang menunjukkan bahawa sumber air itu walaupun boleh diperbaharui adalah amat terhad. Langkah-langkah harus diambil bagi memastikan pihak-pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab yang memerlukan pembangunan keupayaan, kepakaran dan kemahiran termasuk sokongan kewangan, teknologi dan teknikal. Kefahaman dan penglibatan semua pihak dalam tadbir urus sumber air adalah penting untuk meningkatkan tahap kesedaran awam tentang sumbangan mereka bagi memastikan kelestarian sumber air sentiasa terjaga.

Timbalan Yang di-Pertua, oleh itu, dengan terlaksananya RUU ini, masyarakat akan menikmati bekalan sumber air yang terjamin dari segi kualiti, bekalan dan kelestarian. Kerajaan Negeri akan turut melihat RUU ini sebagai pemangkin ekonomi yang negeri melalui pelaksanaan kawal selia air yang menyeluruh serta berkesan meliputi semua sektor ekonomi, pertanian, penternakan, peladangan, pelancongan, kesihatan dan keselamatan. Kewujudan RUU ini akan disokong oleh organisasi pengurusan untuk melaksanakan dasar-dasar terkini yang akan mengutamakan kepakaran tempatan baik dari segi sumber manusia mahupun teknologi. Kekosongan perjawatan ini bakal diisi oleh anak-anak tempatan yang mempunyai kelayakan akademik serta kepakaran teknikal. Syarikat pemula dalam bidang berkenaan juga harus diberi peluang untuk menyalurkan khidmat dan kepakaran.

Timbalan Yang di-Pertua, terakhir saya menggesa, menyeru dan memohon kepada semua Ahli Dewan bersatu hati tanpa perbezaan pendapat dalam melakukan yang terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat dan meneruskan tugas kita dalam suasana yang tenang dan harmoni untuk menyokong rang undang-undang sumber air ini. Dengan penuh hormat, saya percaya dengan mengekalkan prinsip-prinsip ini di dalam fikiran kita, kita boleh mencapai penggubalan enakmen air yang baik untuk negeri Perak dan rakyatnya. Di kesempatan ini, RUU Sumber Air ini, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Anak kecil berambut keriting, Berkejar-kejaran ketepian, Mengapa air begitu penting Kerana air sumber kehidupan

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang. Seterusnya saya menjemput pembahas yang terakhir pada hari ini, Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Sila.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Semanggol Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, pemerhati-pemerhati sidang dewan serta rakan media yang saya hormati sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Rapat atas pembentangan RUU Air untuk saya bahaskan pada petang ini. Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak kerana telah memberi perhatian berhubung dengan perpindahan 16 keluarga daripada Lorong Mesra ke PPR Teluk Intan, Jalan Laksamana. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Insya-Allah pada tahun ini mereka tidak lagi mengalami banjir. Sebab banjir air ini ada 2 Yang Berhormat. Satu mendatangkan nikmat dan satu lagi mendatangkan musibah.

Sebab itu saya merayu kepada Yang Berhormat untuk kita memastikan kita yang ada dalam Dewan ini menjalankan amanah yang terbaik yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada kita untuk memastikan kita tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana kerosakan di muka bumi ini kita yang rosakkan maka air itu akan menjadi musibah. Syukur Alhamdulillah pada hari ini, RUU yang kita akan bentangkan adalah RUU untuk mendatangkan kenikmatan. Bukan pada kita semua tetapi untuk seluruh rakyat negeri Perak dan juga Malaysia khusus, umumnya. Justeru itu merujuk kepada pembahas-pembahas yang telah membahaskan RUU ini perlu ditambah baik bagi memenuhi segenap peringkat dan tidak membebankan kos sara hidup rakyat. Saya juga amat bersetuju sumber air ini perlu diuruskan untuk mengelakkan pembaziran dan pencemaran air yang boleh menjejaskan kehidupan kita. Walaubagaimana pun secara umumnya lesen ataupun kebenaran yang akan dikeluarkan nanti adalah untuk bertujuan mengurus dan mengawal dan bukannya semata-mata untuk menjana hasil negeri seperti caj yang akan dikenakan nanti. Justeru itu, bila kita merujuk kepada RUU air yang telah dibentangkan tadi, saya melihat pada keanggotaan Lembaga sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Tebing Tinggi, RUU ini adalah berkonsepkan WIP, Work in Progress. Sebab itu, mana-mana kelemahan ataupun mana-mana perkara yang perlu kita ubah, kita ubah sekarang untuk memastikan RUU air yang akan kita guna pakai akan datang tidak menjadi persoalan rakyat pada masa akan datang. Contohnya keanggotaan Lembaga, kita kena perincikan daripada A hinggalah E itu kita kena perincikan.

Ini terlalu umum. Ini terlalu umum untuk kita bahaskan maka saya setuju dengan Sungai Panjang tadi, kita libatkan selepas ini daripada pihak pembangkang dan juga pihak kerajaan untuk kita duduk bersama untuk mempastikan RUU ini kita bincangkan semula dan perincikan dan Insya-Allah pada masa akan datang kita sama-sama luluskan di Dewan yang mulia ini. Seterusnya, saya juga tertarik dengan pengurusan dan pelindungan sumber air. Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara membenarkan untuk kita mengambil air, mengekstrak air daripada tanah tetapi ada kekangan di mana pengusaha-pengusaha ini untuk mendapat lesen daripada negeri-negeri. Sebab itu khususnya di negeri Perak ini, sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Manik tadi, banyak industri-industri kita telah menggunakan air bawah tanah untuk mengurangkan kos operasi mereka tetapi mereka sebenarnya nak mohon lesen untuk pengambilan air bawah tanah ini tetapi di negeri Perak masih belum ada RUU air, maka mereka tidak boleh dapat lesen. Sebab itu Yang Berhormat Sungai Manik tadi mempertikaikan terlampau lama kes ini untuk diselesaikan.

Yang Berhormat, mohon mencelah. Tronoh. Boleh? Jadi, saya ada cuma hanya satu soalan. Memandangkan, Yang Berhormat mengatakan bahawa mereka nak mohon lesen dengan secepat yang mungkin kerana benda ini sudah ditangguh selamanya. Tapi sekarang nampaknya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sana minta pula tangguh. Jadi dia akan memperlengahkan rang undang-undang ini, maka dia akan menyusahkan lagi rakyat di luar sana. Jadi mohon pandangan Yang Berhormat.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Bagi pihak pembangkang, bukannya kami tak setuju. Kami mohon ditangguhkan untuk memperincikan sebahagian daripada RUU yang telah dibentangkan. Sebahagiannya kita setuju. Contohnya macam air bawah tanah tadi, tidak boleh, belum dilesenkan, maka mereka beroperasi secara haram dan ini merugikan kerajaan tetapi ada sebahagiannya, contohnya keanggotaan Lembaga dan juga fungsi Lembaga, kerana kuasa Lembaga ini amat besar untuk kita serahkan kepada mereka. Jadi kita pastikan mereka ini akan menggunakan, tidak menggunakan seweneng-wenangnya amanah ataupun kuasa yang kita berikan kepada mereka untuk menentukan caj dan sebagainya. Sebab itu apa yang kita cadangkan, ditangguhkan untuk diperincikan dan disegerakan. Bukannya ditangguhkan untuk selama-lamanya, tidak. Ditangguhkan itu kalau bulan depan boleh kita duduk sama-sama, kita selesaikan sama-sama. Insya Allah. Kita boleh luluskan pada masa akan datang.

YB, ditangguhkan dan disegerakan maksud tu apa? Mohon perjelaskan sikit.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Tangguh tu tunda, postpone.

Ok, selepas itu segerakan?

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Bila disegerakan, bila dah tunda tu, kita mesyuarat balik dan kalau boleh disegerakan-segerakan dia punya perubahan tersebut, pindaan tersebut. Ok?

Yang berhormat, mohon sikit celah lagi. Sikit sahaja, boleh? Jadi sekarang saya nampak ada kekeliruan sikt. Nak mohon Tangguh tapi nak segerakan. Jadi pindaan itu boleh buat dekat jawatankuasa nanti. Dari fasal ke fasal. Jadi, saya tidak Nampak apa masalahnya untuk ditangguhkan.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Boleh sikit laluan. Mungkin sedikit pencerahan ditangguhkan, disegerakan maksud dia libat uruskan sekali untuk disegerakan. Selesai masalah.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Ok, saya seteruskan, dengan penguatkuasaan. Penguatkuasaan ini juga amat penting. Sebab apa yang berlaku pada hari ini kita lihat contohnya air bawah tanah tadilah. Bila tidak ada penguatkuasaan, dan macam mana nak tentukan yang mereka ini menggunakan air bawah tanah. Sebab sumber air bawah tanah ini amat penting. Sebab itu kita di Malaysia ada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Itulah kekangan yang dihadapi sekarang oleh agensi-agensi kerajaan kerana tiada satu enakmen dan juga tidak mencukupi penguatkuasa untuk memantau dan mengawal dengan sumber air di Negeri Perak. Jadilah RUU sumber air ini diwujudkan dan seperti yang dikatakan tadi untuk lepas ni, tangguh dulu adakan mesyuarat untuk bincang lagi. Bukankah sekarang kerajaan sudah ada bipartisan komiti sebelah pembangkang juga ada 5 orang anggota yang dalam mesyuarat itu. Jadi kalau ada apa-apa cadangan mestilah dalam mesyuarat itu untuk dibangkikan. Bukan sahaja duduk dalam bipartisan komiti lepas itu di Dewan ini kena tangguh lagi. Kata dah tangguh lagi. Terima kasih.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Boleh saya mencelah sikit. By patition sebelum di bentangkan RUU ini yang finalis ni memang dia tak libatkan kami sebagai pembangkang. Oleh itu kita minta libat urusan kami sekali. Insya Allah selesai.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya, jadi itu adalah wakil dari pihak pembangkang. Jadi, 5 orang anggota dari pihak pembangkang haruslah ada bermesyuarat dan perbincangan diantara pembangkang, Adun-Adun Pembangkang.

Faham fungsi bipartisan YB.

Ya, mungkin daripada pihak Yang Berhormat sebelah sana tu tak ada whatsapp group ke? Ada tak whatsapp group untuk sampaikan mesej.

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jong sila.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Ok, jadi seterusnya.

Timbalan Yang di-Pertua

4 minit lagi.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Jadi seterusnya untuk kesalahan-kesalahan dan penalti, kita mahu kesalahan dan penalti ini ada bersesuaian dengan kesalahan yang akan mereka lakukan. Kerana pertamanya, tidak membebankan dan keduanya mereka faham akan kesalahan mereka dan kos penalti tersebut hendaklah digandakan sekiranya mereka itu mengulangi perkara yang sama. Justeru, saya dengan ini, mohon RUU ini ditangguhkan untuk diperincikan bagi mencapai maksud RUU yang diwujudkan dan tidak membebankan kos sara hidup rakyat. Sekian, assalamuakaikum wbt.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB dari kawasan Changkat Jong. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa, 26 September 2023, jam pada pukul 9.00 pagi.