Perak · 26 September 2023
15th Assembly, 1st session, 4th meeting · 614 turns · 36,289 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Keempat, Tahun Pertama, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa 26 September 2023 jam 9.07 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.
Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum suka untuk saya mengingatkan bahawa Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) beserta senarai giliran soalan-soalan lisan boleh dimuat turun dengan mengimbas kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan.
Seperti kelazimannya persidangan kita pada masa hari ini, hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 90 minit. Satu jam setengah. Setiap soalan lisan akan diberikan 2 soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya. Manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Seperti mana amalan-amalan kita dalam Dewan, selalunya bila ada topik-topik yang popular terutama pada persidangan sidang Dewan kali ini, kita tidak ada perbahasan yang menyeluruh. Seperti mana kalau kita ada titah ucapan DiRaja ataupun perbentangan supply enactment iaitu pembekalan, enakmen pembekalan. Maka kalau ada topik-topik yang popular dan soalan tambahan lebih daripada 2 tertakluk kepada budi bicara speaker, kita akan benarkan. Bagi soalan lisan yang tidak sempat dijawab dalam Dewan pada hari ini, akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang kedua, berkenaan Rang Undang-Undang Kerajaan adalah dimaklumkan bahawa pada persidangan hari ini sesi perbahasan rang undang-undang akan diteruskan. Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan tersebut yang terdiri daripada 7 orang Ahli Yang Berhormat kerajaan, 5 orang Ahli Yang Berhormat pembangkang.
Perkara yang ketiga, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat sepanjang 3 hari dalam bersidang, terdapat juruteknik dari Digital Perak yang bertugas di bilik sidang media. Sekiranya Yang Berhormat mempunyai sebarang masalah, dengan komputer riba yang telah kita bekalkan, bolehlah berjumpa dengan mereka.
Perkara yang keempat, dengan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.30 malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan. Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Sepertimana yang saya nyatakan tadi, untuk makluman untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit, soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlu mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan.
Saya dengan ini menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Kamunting untuk mengemukakan nombor soalan.
Tuan Yang di-Pertua, datang Kamunting pada hari Sabtu? Soalan nombor 1.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kamunting, Yang Berhormat Jelapang dan Yang Berhormat Kepayang secara bersekali kerana ia berkaitan dengan perlombongan unsur nadir bumi (REE). Kita amat bersyukur kerana negeri Perak dikurniai dengan sumber mineral yang banyak dan salah satunya adalah NRREE yang mampu memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada Kerajaan Negeri.
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Perak, anggaran deposit NRREE di Negeri Perak adalah sebanyak 1,687,500 tan dengan nilai RM46.5 bilion. Ini berasaskan kepada harga pasaran REC semasa iaitu pada 25 September 2023 pada kadar RM27,061.80 per tan.
Seperti yang kita sedia maklum salah satu daripada 6 agenda yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 adalah perlombongan bertanggungjawab. Ini bermakna Kerajaan Negeri akan berusaha untuk meningkatkan hasil menerusi sektor perlombongan namun pada masa yang sama tidak akan mengenepikan kelestarian alam sekitar.
Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini, pada waktu ini terdapat satu projek perintis perlombongan NRREE yang sedang beroperasi di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, dengan keluasan 216 ekar. Operasi projek perintis ini telah berjaya menjana hasil royalti sebanyak hampir RM16 juta kepada Kerajaan Negeri setelah 10 kali pengeksportan Rare Earth Carbonate ke negeri China sehingga Julai 2023.
Projek Printis ini turut membuktikan bahawa nadir bumi ini bukan unsur radioaktif dan pengekstrakkan melalui in-situ leaching merupakan kaedah yang terbaik dan tidak mencemarkan alam sekitar. Untuk makluman, operasi projek perintis ini dilaksanakan setelah kelulusan-kelulusan daripada jabatan atau agensi teknikal berkaitan seperti kajian penilaian alam sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar, Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan, Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada Pelan Malaysia dan juga Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Perak. Ekoran kejayaan Projek Perintis ini, Kerajaan Negeri memang berhasrat untuk meneruskan atau memperluaskan operasi pelombongan ini pada keseluruhan kawasan yang telahpun mendapat kelulusan EIA iaitu seluas 5,339 ekar. Penilaian untuk pembukaan kawasan baru bagi perlombongan NRREE di Negeri Perak adalah bergantung kepada suatu badan bebas melalui jawatankuasa audit yang dibentuk bagi tujuan pemantauan pelaksanaan projek perintis perlombongan NRREE di Negeri Perak. Jawatankuasa ini melibatkan 12 agensi teknikal dan penguatkuasaan serta lain-lain ahli jemputan mengikut keperluan seperti berikut iaitu:
Yang pertama, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Negeri Perak, Yang kedua, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN), Yang ketiga, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Yang keempat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak, Yang kelima, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Yang keenam, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Yang ketujuh, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Yang kelapan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak, Yang kesembilan, Majlis Daerah Gerik, Yang kesepuluh, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Yang kesebelas, Jabatan Tenaga Atom, Yang kedua belas, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Bagi memenuhi hasrat dan memastikan aktiviti ini tidak memberikan impak kerosakan kepada alam sekitar, perlombongan dan pengoperasian hanya dibenarkan setelah semua kelulusan seperti laporan EIA dan laporan Environmental Management Plan (EMP) daripada Jabatan Alam Sekitar, surat kelulusan Skim Pengendalian Perlombong daripada JMG Perak, kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Pihak Berkuasa Tempatan, kelulusan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada Plan Malaysia @ Perak dan kelulusan Laporan Erosion Sediment Control Plan (ESCP) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak diperolehi terlebih dahulu.
Manakala bagi kajian tambahan kesan perlombongan ke atas pokok-pokok pula, satu mesyuarat khas yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan perubahan Iklim (NRECC) bersama dengan JMG Perak dan penggerak projek telah memutuskan bahawa pemegang pajakan yang terlibat perlu melaksanakan kajian tumbesaran pokok dan kesuburan tanah di kawasan tapak projek Perintis dan mengemukakan laporan tersebut kepada NRECC sebelum sesuatu perlombongan itu dijalankan. Terima kasih.
Kamunting.
Terima kasih kepada Menteri Besar ke atas penerangan dan tentang soalan. Kalau mengikut apa yang dimaklumkan perlombongan hari ini, mendatangkan keuntungan besar pada pihak kerajaan dan negeri. Adakah kerajaan merancang untuk menghadkan sumber pembalakan? Sebab sumber pembalakan ini akan juga menjejaskan alam sekitar, pokok-pokok ditebang dan sebagainya. Oleh kerana kita ada suatu sumber besar, adakah kerajaan berhasrat untuk mengurangkan aktiviti pembalakan bagi melestarikan alam di negeri Perak? Soalan saya.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kamunting. Seperti kita sedia maklum 2 minggu yang lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu berucap dalam Midterm Review RMK-12 telah mengumumkan bahawa proses operasi NRREE boleh dilakukan dalam kawasan hutan simpan kekal. Oleh kerana projek untuk mengeluarkan NRREE ini menggunakan kaedah in-situ leaching, ia tidak memerlukan kita menebang pokok. Ia tidak pernah menebang pokok, ia boleh dilakukan tanpa terlebih dahulu mencerahkan kawasan-kawasan itu. Jadi ia tidak ada kaitan sama ada kita perlu terlebih dahulu menebang pokok ataupun tidak.
Jadi soalan Yang Berhormat tadi, sama ada kita akan mengurangkan operasi pembalakan di negeri Perak, Yang Berhormat itu bergantung kepada kajian kerana kita maklum selama ini memang sebahagian daripada punca pendapatan Kerajaan Negeri adalah juga bergantung kepada hasil Jabatan Hutan iaitu hasil perhutanan. Jadi kalau kita cukup kaya dengan NRREE, gamaknya tidak perlu terbang pokok lah. Sebab pokok ini perlu kita pelihara untuk tujuan penghijauan kerana semua negara sekarang bercakap berkaitan dengan green technology. Jadi kerana itu saya tidak boleh mengesahkan sama ada kita akan kurangkan ataupun kita terus tebang. Ia bergantung kepada kajian sebab kalau lihat kepada nilai NRREE dimaklumkan tadi, sudah ada RM45 bilion. Kita punya bajet tahunan kita sekitar RM1.2 bilion setahun. Bermakna boleh bertahan 40 tahun kalau kita berjimat. Kalau itulah keadannya, barangkali kita boleh mengurangkan kebergantungan pendapatan kepada hasil pembalakan atau hasil hutan dan kita terus memberi tumpuan dan fokus kepada mengeluarkan hasil bumi dalam bentuk NRREE. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut tentang kajian separuh penggal RMK-12 yang ada baki sedikit masa sekarang ini, sebab PMX menyebut tentang 17 anjakan besar, iaitu Dasar Perancangan Negara. Yang kita perlu tumpukan ialah 5 HGHV iaitu High Growth dan High Value. Jadi daripada jawapan Menteri Besar tadi, saya hendak tanya, jadi dengan sendirinya kita negeri Perak turut menyertai 5 High Growth dan High Value ini?
Yang keduanya, iaitu tentang tatakelola. Saya bimbang sebab masa PRN yang baru ini macam mana Kedah bertubi-tubi surat keluar ini itu itu ini tentang tatakelola. Jadi saya nak tanya Kerajaan Madani ini bersedia tak? Dan atur tak elok-elok tatakelola ini supaya ke depan tidak timbul cerita tanya surat siapa masuk hutan siapa dan sebagainya. Yang pentingnya tentang High Growth dan High Value ini. Saya ucap tahniah kalau kita juga turut menyertainya. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua terima kasih Alor Pongsu. Saya pernah menjawab soalan dalam Dewan ini dengan mengatakan bahawa tidak ada keperluan untuk mengubah atau meminda Pelan Perak Sejahtera 2030 kerana ia selari ia complement dan saling lengkap melengkapi di antara Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan Malaysia Madani. Dalam erti kata lain kita akan ikut sepenuhnya sepertimana peraturan-peraturan dan juga cadangan-cadangan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Dalam hal tatakelola, saya sudah sebut dalam jawapan tadi, kita terlebih dahulu berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah memilih negeri Perak untuk menjalankan projek perintis di kawasan 216 ekar dan berasaskan kepada projek perintis itu, kita mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian NRECC dan ia telahpun diaudit sama ada pengusaha yang sedang melakukan usaha itu sekarang benar-benar mematuhi SOP yang ditetapkan dan disahkan oleh audit tersebut bahawa semua peraturan ketetapan itu telah pun dipatuhi.
Jadi oleh kerana itu, maka Perak adalah negeri pertama yang telah pun mendapat pengiktirafan itu. Jadi sebab itu saya sebutkan tadi, kita telah mohon kepada kementerian untuk membolehkan negeri Perak terlebih dahulu diberi kebenaran untuk memperluaskan kawasan operasi ini di kawasan lebih kurang 5,000 ekar tadi kerana kawasan itu telahpun mendapat kelulusan EIA. Jadi kalau kita lewat, barangkali negeri lain akan mengambil kesempatan untuk terlebih dahulu mengekstrak bijih tersebut. Jadi kerana itu, saya harap saya difahamkan ada ramai orang yang telah pun pergi melawat dan semalam saya difahamkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan rombongan daripada Pahang juga telah turun ke tempat berkenaan nak melihat bagaimana cara dan tatakelola bagi menghasilkan NRREE itu dibuat di negeri Perak. Jadi, kerana itu ramai orang berminat untuk melihat bagaimana kita lakukan. Jadi, negeri Perak terlebih dahulu berharap kita akan diberi kebenaran untuk terlebih dahulu mengusahakannya.
Bukan sahaja itu, oleh kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan juga bahawa dasar kementerian tidak membenarkan bahan NRREE itu dieksport secara bahan mentah. Ia mesti terlebih dahulu diproses dalam negeri ini untuk menghasilkan bahan-bahan yang lebih bernilai tinggi. Jadi kerana itu kita juga telah mendahului telah mohon kepada kementerian supaya negeri Perak diberi kebenaran untuk terlebih dahulu kita telah menubuhkan SPV iaitu melibatkan 3 entiti SADC, SEDC dan MB Inc bagi menubuhkan sebuah makmal di mana mana-mana negeri yang hendak memastikan sama ada bahan yang mereka dapati dalam bumi masing-masing itu adalah dari bumi ataupun tidak mereka datang ke Perak melalui makmal yang kita tubuhkan.
Yang kedua, kita juga minta supaya kita diberikan terlebih dahulu peluang dan ruang untuk menubuhkan kilang-kilang bagi industri hiliran dan sebagai pertengahan dan hiliran kerana kita telah menyediakan beberapa tapak perindustrian. Apatah lagi apabila Tanjung Malim dan Proton City sekarang akan menjadi EHTV maka dengan itu peluang kebenaran daripada pihak kementerian untuk membolehkan Perak terlebih dahulu menubuhkan dan mengoperasikan kilang-kilang penghasilan, hasil pertengahan dan hiliran itu diberikan peluang kepada Perak. Jadi kalau semua berlaku, Insya Allah. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dato' SS yang telah mengetuai pasukan bagi memastikan permohonan kita akan dapat kebenaran daripada kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.sekejap
Dato' Yang di-Pertua.
Pasal soalan ini dirangkumkan dengan Jelapang dan juga Kepayang. Jadi saya tahu ada soalan tambahan. Kita kena bagi keutamaan lah kepada Jelapang dan Kepayang. Jadi saya minta kalau boleh dulu Jelapang kalau ada soalan tambahan.
Astaka.
Ya silakan Astaka.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang keterangan tadi. Soalan saya berkaitan dengan penerangan kepada orang awam. Sebenarnya, apabila kami sebut tentang Red Earth, mungkin kita ada pengalaman yang tidak baik terdahulu di LINUS. Tapi kita tahu, LINUS yang Red Earth itu bersifat mineral dan di Perak adalah bersifat ionic clay. Tetapi penerangan apa yang telah dijalankan supaya orang awam kurang kuatir apa yang akan berlaku di negeri Perak ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan, kita berusaha untuk memberi penerangan yang jelas kepada rakyat negeri Perak supaya tidak ada apa-apa unsur hasutan daripada mana-mana pihak untuk menggagalkan usaha baik bagi mencari kekayaan baru di negeri ini. Saya faham di bawah sana orang ramai takut kepada perkataan radioaktif. Apabila ada istilah NRREE non-radioactive. Dia tak peduli non tu, dia dengar perkataan radioaktif itu sahaja yang amat menakutkan dia. Sebab itu kita keluarkan penyataan supaya orang ramai tidak perlu bimbang kerana ini bukan unsur radioaktif. Ia telah pun disahkan selamat oleh Jabatan Atom dan malahan yang bekas menteri NR, dulu KETSA dulu Kementerian KETSA, bekas menteri telah pergi ke China dan beliau telah minum air daripada hasil perlombongan tersebut dan disahkan air itu pun selamat.
Jadi, saya berharap juga kepada semua Ahli Yang Berhormat di sini termasuk rakan-rakan daripada media supaya sentiasa meyakinkan kepada orang ramai tidak perlu bimbang tidak perlu takut sebab Kerajaan Negeri tegas jika sebenarnya ia adalah unsur radioaktif yang menakutkan maka kita akan berhentikan dia serta-merta kerana yang penting adalah nyawa manusia. Jadi setakat ini Yang Berhormat kita kena turun padang memaklumkan kepada rakyat bahawa perlombongan REE ini bukanlah perlombongan yang perlu ditakuti. Kita jaga keselamatan kita, kita jaga kelestarian alam sekitar kita. Apatah lagi kaedah perlombongan ini kaedah in-situ leaching ini kaedah yang tidak perlu untuk kita korek dalam-dalam, tak perlu kita tembak tanah dan tidak perlu kita meninggalkan kolam seperti mana perlombongan bijih timah sebelum ini. Terima kasih.
Jelapang. Jelapang tanya dulu.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya ialah semata kerajaan mempunyai Akta Kawalan yang sedia ada. Akta.
Jelapang boleh ulang tak? Saya pun tak faham.
Soalan saya ialah semata Kerajaan Negeri mempunyai akta kawalan yang sedia ada.
Oh, okay ok ok ok. Terima kasih. Katanya sama ada kerajaan mempunyai akta. Betul ya? Baik. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kita memang mempunyai akta-akta yang berkaitan dengannya sebab dia tidak boleh sewenang-wenangnya orang ramai mengekstrak hasil bumi tersebut. Contoh saya katakan, Enakmen Mineral Perak 2003 yang digubalpakai sejak 2003 membenarkan mana-mana orang, badan atau syarikat memohon untuk mendapatkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan di atas tanah kerajaan. Itu satu contoh ya. Selain daripada akta-akta yang saya sebutkan tadi yang berkaitan dengan JAS Jabatan Alam Sekitar. Jika sekiranya sesuatu usaha untuk melombong itu tidak menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar maka Akta Alam Sekitar itu juga akan terpakai. Jadi semua akta yang berkaitan dengannya termasuk yang berkaitan dengan keselamatan pekerjaan juga akan terpakai dalam usaha untuk kita mempastikan perlombongan lestari ini dapat kita jalankan. Terima kasih.
Ok last saya faham soalan ni dia banyak. Ok Semanggol ya.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Oleh sebab Red Earth ni jadi satu tarikan lah kepada semua sebab kemungkinan hasil baru yang dikatakan mencecah berbilion-bilion. Cuma satu minta penjelasan Yang Amat Berhormat. Baru ini ada satu keratan akhbar yang dikeluarkan penyataan oleh Yang Amat Berhormat mengenai dengan hasil REE yang kita perolehi dan selama ini perlombongan dikatakan lebih kurang satu perpuluhan lebih juta sahaja. Cuma nak kata dan disebut itu atas royalti. Jadi mungkin royalti yang kita perolehi daripada REE adalah satu perpuluhan lebih-lebih juta. Jadi kenapa ianya royalti? Biasanya kita petroleum yang kita panggil royalti sebab dilombong oleh orang lain kemudian dia hasil itu dibagi 5% kepada negeri. Jadi kenapa hasil bumi ini kita sebut royalti? Itu yang pertama dan yang kedua dalam sepatutnya dalam compartment yang ada dalam negeri kita ni katanya banyak lah luas kan. Jadi cuma kalau kita boleh dapat Ahli Dewan semua mengetahui berapa syarikat yang mengendalikan REE ini dan kalau kita kata boleh terbuka mungkin kita boleh dapat perbezaan di antara syarikat dan mereka akan berlumba-lumba dan akhirnya hasil yang banyak itu boleh kita perolehi untuk penggal ini? Mungkin kita dapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali saya pernah jawab dalam Dewan ini pada waktu itu, kita telah mendapat royalti sebanyak RM1.16 juta ringgit. Itu pada waktu itu baru pengeksportan kali pertama ke negeri China. But setengah sehingga bulan Julai, setelah pengeksportan kali yang ke-10, kita telah dapat lebih kurang RM16 juta royalti. Perkataan royalti itu sebab dia bukan Kerajaan Negeri buat sendiri. Dia dilangsungkan oleh sebuah syarikat, maka syarikat itu dia bayar royalti kepada negeri Perak. Sebab tanah itu tanah SADC dan entiti atau pun GLC yang bertanggungjawab adalah MB Inc.
Yang kedua ditanya berapa bilangan syarikat? Yang Berhormat, setakat ini hanya satu syarikat dibenarkan untuk melakukan operasi apa yang kita panggil tadi perintis, projek perintis. Hanya satu syarikat sahaja dibenarkan dan setelah kita nanti jika kementerian membenarkan kita untuk memperluaskan kawasan 5,339 ekar itu, kita tengok apa kaedah yang diberikan oleh kementerian, cara bagaimana ia nak dibuka peluang kepada mana-mana syarikat lain untuk menjalankan operasi. Buat setakat ini kita belum dapat lagi kerana difahamkan kementerian akan bermesyuarat pada bulan November untuk membuat keputusan setelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bahawa ia boleh dicarigali dalam kawasan hutan simpan kekal, bermakna barangkali lebih luas kawasan boleh kita dapat, sudah tentu kalau ikut SOP dan peraturan ditetapkan oleh kementerian, kita akan bagi ruang kepada lebih banyak syarikat untuk mengusahasilkan NRREE ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya jemput dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Simpang Pulai nombor 2.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai atas keprihatinan terhadap portfolio saya. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah
Wabarakahtu. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Untuk soalan daripada Yang Berhormat Simpang Pulai, saya kelaskan dia kepada jawapan A, B dan C. Untuk A, untuk maklumat Yang Berhormat, setakat suku ke-2 tahun 2023, liputan 4G atau 4G di negeri Perak ialah sebanyak 97.38%. Status pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Perak atau JENDELA setakat suku ke-2 tahun 2023 di negeri Perak adalah seperti berikut. Pertama, 92 daripada 206 menara baru yang dirancang telah siap dan beropasi. Kedua, 321,620 daripada 386,758 premis yang dirancang telah tersedia dengan sambungan gentian optik berkeupayaan GB iaitu merangkumi 83.16%. Yang ketiga, kesemua 73 lokasi yang dirancang telah tersedia dengan perkhidmatan Jalur Lebar Satelit atau pun BWA 100%. Ini bertujuan untuk sementara. Kesemua perancangan dinyatakan di atas dijangka akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025.
Bagi jawapan B, Kerajaan Negeri terus komited berusaha untuk mempercepatkan peluasan teknologi 5G bagi menyempurnakan kesalinghubungan internet sekaligus memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri melalui UPENKT telah menubuhkan pasukan petugas khas iaitu Task Force 5G Greater Ipoh yang dianggotai oleh pelbagai agensi teknikal termasuk beberapa PBT terpilih, Digital Nasional Berhad, JKR, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Digital Perak Corporation Holding, Telekom Malaysia dan Majlis Bandaraya Ipoh. Antara pendekatan lain yang diambil termasuk mencadangkan prosedur kerja yang lebih cepat menyemak semula senarai semak dan membuat perancangan pelaksanaan yang teratur dan sistematik. Kerajaan Negeri melalui PBT yang berkaitan telah melaksanakan program penggantian tiang lampu jalan kepada SMART POLE dalam usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan dan memberi liputan telekomunikasi di dalam kawasan khususnya yang berpenduduk padat.
Bagi jawapan C pula, untuk maklumat Yang Berhormat, Majlis Bandaraya Ipoh membuka peluang dan amat menggalakkan pelaksanaan, pemasangan tiang-tiang lampu berintegrasi, sistem pemancar telekomunikasi ataupun kita panggil SMART POLE kepada syarikat-syarikat swasta. Setakat ini, terdapat 34 tiang-tiang lampu SMART POLE telah dibina di sekitar Bandaraya Ipoh dan sebanyak 172 lokasi tapak telah diberi kelulusan. Bilangan tiang lampu SMART POLE ini bergantung kepada kelulusan Digital National Berhad sebagai penyelaras 5G dan juga bergantung kepada permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi. Sehingga Jun 2023, sebanyak 29 struktur SMART POLE telah dilaksanakan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Terima kasih.
Soalan Tambahan. Simpang Pulai, sila.
Terima kasih jawapan daripada YB Exco Tualang Sekah. Boleh saya tahu dengan kewujudan pasukan 5G Greater Ipoh ini, sejauh manakah hasil dalam mempercepatkan perluasan teknologi 5G di wilayah Ipoh? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, kewujudan pasukan petugas khas ini telah berjaya mempercepatkan perluasan teknologi 5G di wilayah Ipoh di mana dipercepatkan dari perancangan awal
DNB pada suku keempat 2022 kepada pertengahan Jun 2022. Hasilnya, sehingga November 2022, hampir 13% kawasan berpenduduk di wilayah Greater Ipoh telah menikmati jaringan teknologi 5G di bawah kawasan Lembah Kinta merangkumi sebahagian kawasan Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Pusat Bandar Ipoh, Pengkalan, Pasir Pinji, Gunung Rapat, Bandar Seri Botani, Tambun dan Bercham. Pihak DNB juga turut meluluskan cadangan bagi mempercepatkan Pelan Perluasan Teknologi 5G yang pada asalnya dirancang pada tahun 2023 kepada penghujung tahun 2022 sebaik saja fasa pertama perluasan 5G negeri Perak disiapkan pada Oktober 2022. Antara daerah yang bakal menikmati perluasan teknologi 5G bagi fasa kedua adalah sebahagian besar Daerah Batu Gajah dan Daerah Kampar. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya Kubu Gajah
Bismilahirahmanirahim, terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Exco. Berkenaan dengan jalur lebar khususnya di dalam DUN Kubu Gajah, alhamdulillah, sesi lepas dan pengakhir hujung tahun ini pencawang-pencawang baru akan siap. Cumanya buat masa sekarang, dalam sebulan lepas hingga sekarang, sebulan dua yang lepas la, pencapaian-pencapaian internet agak, bukan kurang, memang lembap. Bukan kata 5G, 3G pun tak dapat, memusing. Keseluruhan saya rasa, keseluruhan di dalam Dun Kubu Gajah. Banyak dapat laporan. Minta sikit ulasan daripada Yang Berhormat Exco.
Soalan yang sama, saya tambah sikit. Boleh ya Dato' Exco. Ok, terima kasih. Pada tahun, kalau kita tengok dalam media, 20 Jun 2021 menggemparkan negara lah, semua media masuk berita tentang seorang pelajar perempuan cedera parah telah terlibat kemalangan ketika motosikal ke rumah bapa saudaranya untuk mendapatkan capaian internet. Jadi, di tempat ini bukan sahaja 5G, tak ada G. Jadi macam mana penumpuan kepada hat yang tak ada G ini? Dan cedera parah menyebabkan patah kaki dan sebagainya lah. Dan pada masa itu, pengarah MCMC pun turun ke kawasan tersebut, Batu 3 di Selama, untuk melihat sendiri. Jadi apa perkembangannya sekarang? Dan tak silap saya, beberapa wakil daripada Syarikat Telco pun ada turun di Kampung Batu 3. Kalau dilaporkan dalam media ini, antaranya saya petik daripada Utusan Malaysia, disebut kalau disebut di situ, iaitu katanya di kampungnya terdapat 115 buah rumah dan hampir kesemuanya mempunyai anak-anak yang masih belajar dan berdepan masalah capaian internet untuk sesi PDPR. Jadi selain daripada memberi penumpuan kepada 5 ataupun 5G, boleh juga memberi tumpuan dan semestinya memberi tumpuan juga kepada hat tiada G lagi ini, terima kasih.
Bagi saya dulu boleh?
tokok tambah sikit tentang 3G. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, 3G ini sejak tahun lepas sudah tak ada. Jadi tak payah cari 3G atau 4G saja atau 5G. Terima kasih.
Terima kasih.
Tapi hat tak ada G masih ada.
Bagi Exco jawab dulu.
Saya ucapkan terima kasih ke atas keprihatinan yang telah dilontarkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kubu Gajah dan juga Yang Berhormat Selama. Tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubu Gajah, seperti maklum dalam sidang-sidang Dewan yang lepas, ada saya maklumkan yang di pejabat saya kita ada mengadakan Jelajah Komunikasi ke semua Dun. Hasratnya, ke semua Dun-Dun di dalam Perak. Jadi oleh itu, sukacita la untuk saya memaklumkan setakat ini, walaupun jelajah ini berhadapan dengan sedikit kesukaran, tetapi kita telah berjaya jelajah ke 7 Dun di dalam Perak iaitu kita telah pergi ke Pengkalan Hulu, ke Dun Temenggor, Kota Tampan, Hulu Kinta, Tualang Sekah, dan terbaru kita bertandang ke Dun Alor Pongsu dan juga Dun Batu Kurau.
Jadi dalam jelajah kami ini, apa yang kami, intipatinya ialah untuk mengetahui permasalahan masyarakat, khususnya di kawasan-kawasan Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sebelum kedatangan kami, pastinya pejabat saya akan menghubungi pejabat-pejabat Yang Berhormat untuk mendapatkan detail masalah di kawasan-kawasan Yang Berhormat. Jadi ini, Insya-Allah akan diteruskan dan sepertimana kegusaran daripada sahabat saya, daripada Yang Berhormat Kubu Gajah, Insya-Allah saya ambil maklum perkara ini. Insyaallah saya akan berhubung terus dengan SKMM. Tak perlu untuk turun jelajah, tunggu singgah jelajah. Tapi saya akan dapatkan kepastian sepertimana permasalahnya Yang Berhormat katakan tadi, jikalau boleh kita selesaikan secara cepat, kita akan selesaikan.
Jadi dalam jelajah komunikasi saya ini, saya pun mengucapkan terima kasih kepada pihak bersama-sama delegasi kami, bersama-sama adalah SKMM negeri Perak, Digital Perak, Pengurus Besar TM Perak, Jabatan Penerangan, juga terlibat bersama ialah Pejabat Daerah dan juga PBT tempatan. Jadi itu, tentang yang dibangkit oleh Yang Berhormat Selama, saya akan dapatkan perincian tentang permasalahan ini dan kita akan tangani secara serius dan cepat, Insya Allah. Terima kasih.
Behrang, sila.
Yang Berhormat, Kita sedia maklum bahawa Dun Behrang ini kini menjadi tumpuan apabila Proton City yang akan menerima pelaburan berbilion-bilion ringgit dalam kawasan Dun Behrang dan saya percayalah kerajaan sendiri sedang giat menaik taraf capaian internet, perkhidmatan internet dalam kawasan industri. Tapi kita perlu lihat juga dalam kawasan-kawasan taman, perumahan dan sebagainya dengan kemasukan beribu-ribu pekerja-pekerja Proton ke dalam kawasan Behrang ini, capaian internet sangat penting untuk menarik mereka ini masuk ke kawasan Behrang termasuk juga dalam, capaian internet juga sebenarnya di kawasan Dun Behrang ini termasuk di pejabat saya sendiri amat lemah bukan kata 4G lagi dah, H simbol H pun dah tak keluar dah. Jadi saya amat berharap perkara ini dapat juga ditangani kerana di pejabat saya tak boleh, di rumah saya sendiri, bukan kerana saya ini sebagai wakil rakyat tetapi kepentingan kita ya untuk di pejabat nak buat kerja sampai di rumah kadang-kadang, bila sampai di rumah tak boleh nak buat kerja ya, rakyat kadang whatsApp banjir dan sebagainya kadang-kadang nak kena pergi pejabat, nak kena apa ini, baru nak dapat line dan sebagainya. Jadi saya harap diberi tumpuan juga kepada Dun Behrang ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya ambil maklum juga kegusaran dengan kakak saya daripada Dun Behrang. Sepertimana kita sedia maklum, capaian internet dan selular ini amatlah penting diperlukan oleh seluruh masyarakat, khususnya dalam Negeri Perak. Saya akan berhubung terus, ambil maklum perkara ini dan berhubung terus dengan SKMM dan kita akan kenal pasti juga dengan telco-telco berkenaan. Adakah gentian optik dan sebagainya disiapkan?
Tentang perancangan Bandar Behrang dan juga Proton City, pejabat saya, kita telah memanggil DNB dalam sebulan atau pun dua bulan yang lepas. Kita telah nyatakan bahawa Negeri Perak kita akan datang kepada perancangan-perancangan. Kita mohon kerjasama erat dengan DNB untuk melengkapkan infrastruktur 5G dan kita mohon juga kerjasama telco-telco untuk melengkapkan dan menaiktaraf tower-tower khususnya di kawasan-kawasan yang bakal dilaksanakan nanti. Kalau tak cukup, kita pun akan kena pasti masalah ini dan mungkin permohonan-permohonan structure tower yang baru akan dikemukakan oleh Digital Perak dan juga SKMM kepada pihak federal untuk kita tambah lagi structure tower di kawasan-kawasan berkenaan. Apapun, saya ambil maklum kegusaran Yang Berhormat dan kita akan berusaha sepenuhnya untuk memastikan masalah-masalah ini dapat diatasi. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Pengkalan Hulu mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pengkalan Hulu soalan nombor 3.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya daripada Pengkalan Hulu. Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Perak FC yang telah pun berjaya menewaskan Selangor FC pada pertandingan peringkat suku akhir semalam dan Insya Allah pada bulan Oktober ini pasukan Perak FC akan melayakkan diri ke separuh akhir bertemu dengan JDT. Cerita belakang.
Untuk menjawab soalan daripada sahabat saya Pengkalan Hulu. Soalan A, untuk makluman Yang Berhormat, salah satu proses bagi permohonan peruntukan bagi menaiktaraf atau membina baru kemudahan sukan berskala kecil di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah melalui lawatan, pemantauan dan penyediaan laporan pemeriksaan tapak. Apabila permohonan peruntukan pembangunan dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, lawatan dan pemeriksaan tapak akan dilaksanakan oleh pegawai bersama pemohon dan pemilik tanah serta pihak-pihak yang berkaitan seperti pegawai Jabatan Kerja Raya atau Majlis Daerah yang terlibat. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, penilaian akan dibuat bagi mengenalpasti tahap kerosakan kemudahan sukan tersebut. Hasil penilaian dan maklumat pemeriksaan akan direkodkan dengan merangkumi skop-skop kerja yang terlibat. Skop-skop kerja tersebut seterusnya akan dinilai berpandukan rekod skop-skop kerja yang pernah dilaksanakan ke atas kemudahan sukan lain serta berdasarkan kajian pasaran untuk mendapatkan anggaran kos yang terlibat. Proses ini menjadi penanda ukur yang digunakan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bagi menilai tahap kerosakan serta keperluan kerja-kerja menaik taraf sesuatu kemudahan sukan.
Bagi soalan B, untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang telah dimaklumkan bahawa penentuan anggaran peruntukan yang diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf sesuatu kemudahan sukan bergantung kepada skop-skop kerja yang terlibat. Oleh demikian, untuk mendapatkan jumlah peruntukan yang diperlukan bagi pembaikan 4 buah gelanggang futsal di Dun Pengkalan Hulu hanya dapat ditentukan berdasarkan skop kerja yang dikenal pasti melalui lawatan, pemantauan dan pemeriksaan tapak oleh pegawai yang berkaitan. Insya Allah, saya bersama dengan pegawai Jabatan Belia dan Sukan akan membuat tinjauan berkaitan dengan keadaan 4 buah gelanggang tersebut.
Bagi tahun 2023, Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tidak mempunyai peruntukan khusus untuk tujuan pembaikan gelanggang futsal di Negeri Perak. Ini kerana sebarang perancangan, pembangunan dan pembaikan kerosakan sedia ada adalah tertakluk kepada proses permohonan dan peruntukan pembangunan semasa yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Manakala, bagi tahun 2022, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah pun selesai melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan naiktaraf sebanyak 44 gelanggang futsal di lapan Parlimen iaitu Tambun, Kuala Kangsar, Pasir Salak, Parit, Teluk Intan, Lenggong, Parit Buntar dan Larut. Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri dan Jabatan Belia Sukan Negeri pada tahun hadapan akan cuba memanjangkan permohonan berkaitan baikpulih gelanggang futsal yang telah mengalami kerosakan khususnya di parlimen-parlimen yang belum menerima sebarang peruntukan. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco, ada soalan tambahan daripada Pengkalan Hulu dan terima kasih juga atas lawatan yang akan dilakukan selepas ini. Saya mengalu-alukan sangat YB Exco ke Pengkalan Hulu. Jadi soalan tambahan, apakah tindakan ataupun langkah proaktif YB Exco melalui Kerajaan Negeri ataupun melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan gelanggang futsal yang sedia ada ni berada dalam keadaan baik? Sebab kita lihat sebelum ini gelanggang futsal ni hanya diberi peruntukan untuk membinanya. Tapi tiada peruntukan untuk menyelenggara. Perkara ini saya bangkitkan bilamana saya pergi turun melihat gelanggang-gelanggang futsal yang ada di Dun saya, banyak yang dah uzur dan mengalami kerosakan dan tiada penyelenggaraan. Jadi, saya ingin bertanya apakah langkah daripada YB Exco dan Kerajaan Negeri untuk memastikan kemudahan ini boleh digunakan dan semestinya akan digunakan pada setiap hari oleh terutamanya anak-anak muda dan kanak-kanak. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya Pengkalan Hulu. Semua kena ingat, pembinaan gelanggang futsal ini adalah di dalam RMK-9 dan 10 yang dilaksanakan bagi membudayakan permainan sukan futsal, khususnya di kalangan golongan belia. Pada masa itu, pembinaannya berdasarkan tapak kosong yang disediakan oleh pelbagai agensi. Ada tapak pembinaan di bawah Majlis Daerah ataupun PBT, ada di bawah pendidikan, ada di bawah PLB dan sebagainya. Maka pihak Kementerian Belia dan Sukan sekarang sedang menyemak semula proses untuk menyerahkan kembali gelanggang ini kepada pihak-pihak yang menjadi tuan milik kepada gelanggang tersebut supaya proses untuk menaik taraf atau baik pulih kepada gelanggang-gelanggang tersebut dapat dilaksanakan kerana pada masa itu, pembinaan gelanggang itu berdasarkan kepada tanah yang kosong yang ada untuk dibinakan gelanggang futsal tetapi seperti kata sahabat saya Pengkalan Hulu tadi, proses untuk membuat baikpulih dan naik taraf ianya perlu dipohon oleh pemilik kepada gelanggang tersebut dan inilah di antara kesukaran-kesukaran yang dialami oleh Jabatan Belia dan Sukan untuk kita memastikan gelanggang ini di bawah sudah dilakukan penyerahan ataupun belum kerana dokumen-dokumennya agak kabur dan masih dalam proses untuk diberi pemilikan kepada hakmilik kepada gelanggang-gelanggang tersebut dan Insya Allah Jabatan Belia dan Sukan sedang proses untuk melaksanakan hak milik kepada gelanggang-gelanggang tersebut supaya proses untuk permohonan naik taraf ataupun baikpulih gelanggang itu dapat dilaksanakan dengan segera.
Alor Pongsu.
Ayer Kuning, boleh?
Ok YB Exco ye, Alor Pongsu. ….
Ayer Kuning, sila.
Ayer kuning juga ya, pasal sukan kot. Bagi lah orang sukan dak. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Jadi soalan tambahan, umum mengetahui negara telah kembali pulih daripada pandemik Covid-19 di mana sektor sukan dan rekreasi telah pun dibuka sepenuhnya. Pembukaan sektor sukan dan rekreasi ini bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kesihatan rakyat malah ianya juga merupakan agen perpaduan yang terbaik dalam mengukuhkan semangat perpaduan di dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di dalam negara kita, khususnya di Negeri Perak. Justeru itu, apakah inisiatif kerajaan dalam merancakkan kembali sektor sukan dan rekreasi ini? Ini soalan tambahan. Jadi kalau ada sedikit berkaitan dengan, telahpun saya suarakan dalam Dewan yang mulia, ini berkaitan dengan sukan kita jadikan sebagai budaya dalam kehidupan. Jadi saya ada permohonan tentang berkaitan dengan diwujudkan mini stadium di tempat saya malahan di tempat saya ada mini stadium tetapi tidak lengkap kerana tidak ada balapan. Kalau boleh mendapat sedikit pandangan daripada Exco yang berkaitan. Sekian, Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya, Ayer Kuning. Soalan yang pertama tadi berkaitan dengan peranan kerajaan untuk merancakkan kembali sektor sukan dan juga rekreasi selepas pasca Covid-19. Seperti yang kita sedia maklum dalam Pelan Perak Sejahtera 2030, kita ada 3 kesejahteraan. Sejahtera politik, sejahtera ekonomi dan sejahtera sosial. Bagi kita memberi kesejahteraan sosial kepada masyarakat negeri Perak, dari segi bidang sukan kita ada beberapa program yang telah pun dan akan kita laksanakan.
Antaranya, Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) yang telah kita laksanakan pada 15 hingga 17 September yang lalu yang merangkumi pelbagai aktiviti sukan, dakwah, konsert, bual bicara, TVET dan sebagainya. Kemudian, kita ada program Liga Sukan Komuniti yang baru saja selesai pada 23 dan 24 yang lalu di mana semua daerah telah terlibat dalam mengelola ataupun terlibat dengan Liga Sukan Komuniti. Kemudian kita ada sambutan Hari Sukan Negara yang akan dijadualkan pada minggu kedua, setiap Oktober, setiap tahun di mana pada tahun ini kita akan laksanakan pada 14 Oktober akan datang. Kemudian kita ada program Seribu Liga, kita ada program Fit Malaysia, kita ada Program Komuniti Sambutan Hari Belia, sambutan Hari Kebangsaan yang melibatkan pelbagai aktiviti sukan dan juga rekreasi. So, dengan adanya program-program yang dilaksanakan, saya cukup yakin dan percaya kita dapat memastikan bahawa sektor sukan dan rekreasi akan kembali rancak di Negeri Perak ini.
Yang kedua berkaitan dengan permohonan dan juga pandangan daripada Ayer Kuning berkaitan dengan mini stadium yang perlu disediakan track dan sebagainya, Insya-Allah kita akan berbincang bersama dengan pihak KBS, JBS dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Tapah untuk kita kenalpasti keperluan dan kepentingan mewujudkan track di mini stadium Tapah berkenaan. Terima kasih.
Seterusnya.
Alor Pongsu nak tambah satu je. Satu. Satu je.
Selinsing satu, boleh?
Okay, YB Exco.
Alor Pongsu. Last. Sila.
YB Exco, bila sebut tentang gelanggang futsal yang Pengkalan Hulu utarakan, saya dah berjaya dapatkan lebih kurang peruntukan RM 100 ribu untuk satu gelanggang futsal di Taman Serai Jaya iaitu dalam Dun Alor Pongsu. Jadi budak-budak dah lunyaikanlah futsal tu. Dah rosak. Yang mengejutkan saya, saya nak minta bantuan daripada Exco, gelanggang futsal itu, tanah dia tu diserahkan kepada pemaju swasta untuk buat rumah sekarang. Tak sempat saya nak baiki lagi, dah dipagar untuk buat rumah. Jadi saya nak tahu status dia. Macam mana boleh jadi macam tu? Jadi membakar duit kerajaan RM100,000.
Yang kedua, sikit je, nak tambah sikit je. Hari Sukan Negara, saya 10 tahun dah terlibat dengan pusat khidmat. Pembangkang selalunya tak pernah dipanggil nak menyertai hari perasmian pun jadilah. Kami pun nak pakai tracksuit juga nak tengok t-shirt cantik itu. Terima kasih YB Exco.
Terima kasih kepada Alor Pongsu. Berkaitan dengan status tanah, gelanggang futsal tu, nanti saya dapatkan maklumat terperinci sebab saya pun baru dimaklumkan pada hari ini maka saya tak dapat untuk mendapat apa ulasan berkaitan dengan perkara itu. Nanti saya minta
Yang Berhormat Ayer Kuning, untuk Yang Berhormat Alor Pongsu untuk memberikan butiran-butiran berkaitan dengan perkara itu.
Berkaitan dengan Hari Sukan Negara peringkat negeri dan daerah, kita telah pun membuat mesyuarat penyelarasan pada awal bulan yang lalu dan kita memaklumkan bahawa semua wakil rakyat dijemput untuk menghadiri Hari Sukan Negara tersebut dan sebarang jemputan akan dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah masing-masing. Maka saya dikesempatan ini saya juga menjemput, mewakili Kerajaan Negeri menjemput semua yang ada dalam Dewan ini untuk sama-sama kita memeriahkan Hari Sukan Negara pada 14 Oktober secara beramai-ramai. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih kepada Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong, mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Manong soalan nombor 4.
Terima kasih Timbalan yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Manong yang bertanyakan soalan tentang pasar Kuala Kangsar. Saya akan jawab sekalikan dengan soalan daripada Yang Berhormat Lubok Merbau kerana sentuh isu yang sama. Untuk makluman Yang Berhormat, Pasar Besar Kuala Kangsar yang sekarang telah mula diadakan perbincangan untuk adakan satu pasar yang baru kerana keadaan pasar besar sekarang yang sedia ada yang telah uzur dan mengalami masalah seperti bumbung yang bocor, dari segi kebersihan juga menimbulkan isu bau yang tidak menyenangkan, pencemaran dan sebagainya dan kita tahu isu keselamatan dan kebersihan merupakan faktor yang sangat penting bagi sesebuah pasar. Jadi bermula daripada situ apabila timbul isu tidak selamat dan isu kebersihan telah ada mula cadangan perbincangan untuk mewujudkan pasar baru dan pada masa yang sama pula, pihak FAMA ada hasrat untuk mewujudkan platform untuk usahawan kecil dan juga ada hasrat untuk wujudkan satu pusat pengumpulan hasil pertanian di kawasan sekitar Kuala Kangsar, Padang Rengas dan sebagainya. Sebab kalau kita lihat pada masa ini, di kawasan sekitar Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput dan sebagainya, banyak hasil-hasil pertanian yang dihasilkan di kawasan situ tetapi tiada satu pusat pengumpulan yang membolehkan mereka disalurkan terus kepada masyarakat tempatan tetapi secara ironiknya, hasil-hasil pertanian ini terpaksa dijual kepada pemborong di luar kawasan dan kemudian jual balik kepada peniaga-peniaga di kawasan Kuala Kangsar dan Padang Rengas.
Jadi bermula daripada situ, ada cadangan untuk wujud kerjasama di antara Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan juga FAMA untuk wujudkan pasar yang baru. Jadi pada sekitar bulan Januari dan Februari 2021, pihak berkuasa telah mengupah pihak UiTM Tapah untuk menjalankan satu kajian feasibility di mana merangkumi tahap kepuasan tentang pasar besar yang ada sekarang dan juga pandangan tentang kewujudan pasar yang baru. Kajian ini dibuat di kalangan pengunjung, pelanggan pasar dan juga penduduk tempatan dan juga peniaga sekali. Jadi, dengan semua kajian dan semua langkah-langkah perbincangan dijalankan, akhirnya bermula Oktober 2021 pembinaan pasar tani kekal yang baru telah dijalankan oleh pihak FAMA di Taman Kuala.
Jadi saya juga ingin menjawab jawapan tentang kemudahan baru yang ada di pasar tani kekal baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pasar tani kekal yang baru ini menawarkan kemudahan yang lebih lengkap, yang lebih baik berbanding dengan pasar sedia ada. Ini termasuk saiz meja yang ditawarkan, disediakan lebih besar daripada meja sekarang dan juga pihak FAMA meminjamkan tanpa caj kepada semua peniaga meja stainless steel dengan izin berbanding dengan meja batu yang ada sekarang dan juga di tapak pasar tani kekal yang baru ni selain daripada lot pasar basah juga ada lot jualan runcit dan dibekalkan kemudahan seperti kafeteria, ruang surau, bilik mesyuarat, pejabat urusan, kemudahan OKU, tandas dan sebagainya dan juga bilangan petak letak kenderaan di pasar baru ini adalah sebanyak 160 unit iaitu jauh lebih banyak daripada sekitar 100 unit yang ada di sekitar pasar besar Kuala Kangsar pada hari ini. Jadi asalnya selepas pembinaan pasar tani kekal ini siap sebenarnya ia operasi dijangka untuk bermula pada bulan April 2024 dan pembinaan pasar tani kekal ini telah menelan kos sebanyak RM4.8 juta.
Walaubagaimanapun, operasinya telah ditangguhkan sebab pihak kerajaan menerima isu-isu pandangan dari kalangan masyarakat termasuk wakil rakyat dan juga peniaga dan kami ambil tindakan untuk teruskan sepanjang awal tahun sehingga baru-baru ini sebanyak 3 sesi libat urus telah dijalankan bersama wakil rakyat, bersama masyarakat tempatan dan juga peniaga untuk kita dengar dan ambil langkah untuk menambahbaik apa yang masih didapati kurang sempurna. Di kalangannya, isu keselamatan lalu lintas yang ditimbulkan. Jadi pihak JKR telah mengambil tindakan bersama FAMA di mana telah dibuat pelebaran jalan dan juga pintu keluar masuk yang asalnya telah diubah untuk meningkatkan keselamatan dan juga JKR akan pantau dari masa ke semasa untuk memastikan keselamatan dan juga isu ditimbulkan bahawa pasar yang baru ini berjarak sangat jauh daripada pusat bandar. Tapi kalau kita lihat jarak di antara 2 pasar ini sebenarnya sekitar 2.5km dan pasar baru ini sebenarnya lebih dekat dengan taman-taman kediaman penduduk. Jadi ada pelanggan potensi yang lebih dekat dengan pasar baru ini. Juga sekarang pihak majlis dalam tindakan perbincangan dengan pihak JPJ dan juga APAD untuk wujudkan laluan bas ke kawasan pasar tani baru untuk lebih memudahkan orang awam dan pihak FAMA juga akan menjalankan publisiti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tempatan tentang pemindahan pasar ini supaya pasar yang baru ini dapat kunjungan yang lebih ramai. Juga pihak FAMA dalam tindakan untuk menambah awning di sekitar lot-lot pasar ini supaya untuk meningkat keselesaan penduduk dan yang terkini, minggu lepas kita telah adakan satu sesi libat urus di mana operasi dijangka akan bermula pada 1 Januari 2024.
Jadi Yang Berhormat ada tanyakan soalan tentang sama ada perbincangan ada dibuat dengan peniaga sebelum pasar yang baru dibina dan juga termasuk bantahan-bantahan ada tak diambil kira. Untuk makluman semua, perbincangan, cadangan dan pelaksanaan pasar baru ini bermula seawal tahun 2021 lagi. Kalau ikut rekod, selain daripada kajian fasibiliti yang saya sebut tadi, banyak juga langkah yang telah diadakan termasuk taklimat kepada Ahli Majlis pada masa itu dan juga lawatan ke Pasar Tani Kekal di Kuala Kedah dan Changlun untuk melihat sendiri bagaimana operasi di situ dan bagaimana ia dapat membantu apa yang kita nak laksanakan di Kuala Kangsar dan saya percaya sebenarnya di dalam Dewan ini ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lebih tahu tentang isu ni berbanding dengan saya. Ini termasuk Yang Berhormat Gunong Semanggol yang ketika itu, tahun 2021 merupakan Pengerusi
Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Sekuriti Makanan dan juga Adun Lubok Merbau dan Ahli Parlimen Padang Rengas pada hari ini merupakan Ahli Majlis-Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pada masa itu. Saya kira, walaupun cadangan dan keputusan ini dibuat semasa pentadbiran yang lama, tapi saya yakin pada masa itu juga sebarang bantahan dari peniaga, sebarang pandangan daripada peniaga dan semua pemegang taruh juga telah diambil kira dan dibuat sesi libat urus perbincangan yang sebaiknya sehingga keputusan ini dibuat dan saya ingin merumuskan bahawa dengan mengambil semua faktor yang ada, Kerajaan Negeri pada hari ini ada satu pendirian yang jelas bahawa dengan pengumuman pengoperasian Pasar Tani kekal Kuala Kangsar yang baru ini bermula 1 Januari 2024, Pasar Besar Kuala Kangsar yang ada pada hari ini akan ditutup bermula 1 Januari 2024. Ini kita mengambil kira faktor keselamatan yang tidak boleh kompromi. Kita tak nak ada sebarang isu yang terjadi kalau melibatkan sebab infra kemudahan pasar yang tidak selamat terus digunakan dan menimbulkan sebarang kemalangan.
Dan seterusnya, kita lihat tawaran untuk meniaga di kawasan di Pasar Tani Kekal ini telah dibuat kepada semua peniaga yang ada. Sebelum ini juga telah dibuat temuduga dan pihak FAMA sedang dalam tindakan untuk berbincang dan juga dalam menandatangan surat tawaran dengan semua peniaga yang berminat untuk meniaga di situ. Jadi kita harap walaupun ini suatu apabila sesuatu perubahan berlaku, memang ada pihak yang gusar, risau tentang ketidakpastian. Tetapi saya rasa dengan komitmen semua pihak yang terlibat, apa-apa saja isu yang timbul yang ada, kita sentiasa boleh kerjasama untuk cari penyelesaian dan saya sungguh tertarik semalam apabila Sungai Manik sebut dalam perbahasan beliau sebut tentang RUU Sumber Air ini, pihak yang dulu luluskan sekarang ada yang bantah dan sebaliknya. Saya rasa dinamik politik pada hari ini banyak menguji keikhlasan dan konsistensi ahli-ahli politik. Saya sangat-sangat harap kalau sesuatu yang dibuat dengan niat yang mulia baik untuk semua, kita boleh sama-sama menjayakan dia dan tidak menjadikan dia sebagai isu politik. Terima kasih.
Soalan tambahan? Manong, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan yang telah diberikan. Berdasarkan tinjauan kami lah dan juga para peniaga salah satu lawatan yang telah kami adakan di pasar baru, memang kami dapati bahawa kemudahan yang ada di situ dari sudut keselesaannya ada, tetapi berbanding dengan pasar lama yang memang saya akui lama, kotor dan sebagainya. Cuma isu yang utama yang dibangkit oleh para peniaga sebelum saya kemukakan soalan adalah soal kapasiti perniagaan. Di mana kalau dibuat perbandingan oleh peniaga di sana, kalau mereka boleh berniaga di pasar besar dengan jumlah jualan ayam sehari 1000 ekor, bila mana mereka berpindah ke pasar baru dengan keadaan yang lebih kecil bagi mereka, mereka hanya mampu berniaga dengan 300 ekor sahaja dan begitu juga penjual ikan. Dia menyebut dengan berapa tong ikan yang mereka boleh berniaga di pasar besar, tapi bila berpindah di pasar baru dengan ruang yang bagi mereka lebih kecil sebenarnya. Tidak ada tabletop. Yang ada meja yang dibuat bentuk aluminium begitu. So, berdasarkan kapasiti peniagaan inilah yang mereka sebenarnya meminta perkara ini dipertimbangkan semula. Mereka bukan anti-establishment. Mereka boleh berpindah. Mereka boleh berpindah, tetapi soal kapasiti peniagaan itu mereka tidak sanggup merendahkan, mengecilkan kapasiti perniagaan. So, itu soal yang diutamakan dan soalan saya, kenapa tidak diarahkan peniaga Pasar Tani Mingguan berpindah ke situ? Maksudnya konsep yang FAMA buat di pasar baru adalah perniagaan tani kekal. Makna yang sesuai berpindah dari situ adalah para peniaga Pasar Tani Mingguan yang berniaga pada setiap hari Sabtu, dipindahkan ke situ, tapi tidak kepada pasar besar. Pasar besar mereka berniaga dengan volume yang besar. Sudah pasti mereka nak tempat yang lebih selesa supaya perniagaaan mereka tidak terkesan dengan perpindahan itu. So, soal saya, kenapa tidak lebih sesuai diarahkan pindah para peniaga Pasar Tani Mingguan dipindahkan ke Pasar Tani Kekal dan mungkin ada alternatif lain kepada peniaga pasar besar mungkin dibaikpulih ke atau pun dicari tempat lain yang lebih sesuai bagi merekalah. Itu pandangan dan soalan saya kepada Yang Berhormat Exco. Terima kasih.
Terima kasih. Untuk dari segi ruang perniagaan, sebenarnya kita lihat tak kira pasar besar yang ada atau pun pasar kekal tani yang ada, dia lebih dalam bentuk untuk perniagaan runcit. Jadi, tapi kita tak nafikan di dalam pasar besar yang sekarang, dengan peredaran zaman, ada banyak yang telah berkembang menjadi dalam skala pemborong. Jadi bagi pemborong, memang mereka kurang sesuai mendapati ruang itu kurang cukup untuk apa yang ditawarkan tetapi dalam sesi taklimat juga pihak FAMA ada memberi penerangan bahawa pada masa sekarang kita tawarkan kepada semua peniaga yang berminat untuk jalankan dan dari segi ruang juga mereka cuba untuk menambah baik bagaimana untuk memenuhi keperluan. Contohnya, sebelum ini ditimbulkan isu peniaga tidak dibenarkan, kalau ikutkan mana-mana pasar tani kekal, peniaga tidak dibenarkan untuk tinggalkan barang-barang mereka di situ tetapi juga ada diberi kelonggaran kepada mereka setelah mendengar dan pada masa-masa akan datang sebab kita melihat pasar tani kekal yang ada ini, ada satu keluasan yang tinggi dan juga di sekitarnya ada lot-lot kedai yang diuruskan oleh pihak swasta. Jadi, memang dari masa ke semasa kita masih boleh merancang untuk memenuhi jika masih ada pihak penjaja, peniaga pada masa ini dalam skala pemborong tetapi tidak berhasrat untuk menyewa kedai di luar. Dalam masa akan datang kita boleh untuk melihat kepada kapasiti yang ada sama ada kita boleh membangunkan seksyen untuk pemborong dan sebagainya. Cuma pada masa kini kita utamakan kepada secara umum kepada semua dan lot-lot yang disediakan memang dia adalah untuk penjaja secara runcit. Jadi, walaubagaimana pun, kita mengambil kira dan saya percaya apabila tahun 2021 perbincangan dibuat untuk nak pindahkan peniaga dari Pasar Besar Kuala ke tempat yang baru juga semua faktor telah diambilkira.
Minta izin mencelah. Boleh mencelah
Ini bukan perbahasan. Saya jawab dulu soalan. Jadi kita ambil maklum dan kita akan cuba untuk membantu peniaga. Tapi yang penting kita dalam waktu sekarang, yang penting kita nak jayakan dulu Pasar Tani Kekal ni dan juga pemindahan sebab kalau projek ini gagal akhirnya yang rugi adalah peniaga dan juga masyarakat tempatan. Jadi sangat penting untuk kita ambilkira semua faktor dan sama-sama kita jayakan pasar tani kekal yang baru. Terima kasih.
Simpang Pulai Sila.
Boleh saya tanya, apakah kelebihan dan tawaran yang disediakan oleh pihak FAMA kepada peniaga dan pengunjung di pasar tani kekal ini?
Terima kasih, Simpang Pulai. Seperti saya sebut tadi, memang apabila kita melibatkan pemindahan di tempat baru, memang kadang ada kerisauan dan sebagainya. Tapi, jadi untuk meyakinkan peniaga-peniaga dan juga menunjuk satu komitmen, baru-baru ini dalam sesi libat urus telah pihak FAMA juga umumkan bahawa untuk 3 bulan yang pertama iaitu bulan Januari, Februari dan Mac, bayaran sewa tidak akan dikenakan kepada semua peniaga. Ini untuk memberi satu keyakinan mereka dan juga untuk kerjasama dengan pihak FAMA untuk sama-sama kita bangunkan pihak Pasar Tani yang baru ini dan juga kesemua 160 lot parking yang ada di dalam kompaun ini juga dikecualikan daripada bayaran kepada semua peniaga mahupun kepada pelanggan. Kita harap kita boleh ada satu fasiliti yang lebih baik untuk menarik lebih ramai untuk datang mengunjung ke kawasan pasar tani yang baru ini.
Satu soalan tambahan, boleh Speaker?
Bukit Chandan, boleh. Sila.
Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua. Pasar Tani ini berada dalam kawasan saya, zon Bukit Chandan. Jadi, sebagai ADUN di Bukit Chandan, saya yang teruk kena, macam-macam kena. Kena hentam daripada peniaga-peniaga di pasar ini. Masalahnya sekarang ini, pasar ini nama asal pun pasar besar. Maknanya dia orang berniaga skala besar dan pasar ini nak dipindahkan ke pasar tani kekal dalam skala yang lebih kecil. Jadi, saya ingin mencadangkan, benda ini dah berlarutan dekat 1 tahun, masih lagi ding dong-ding dong-ding dong, tidak berlaku perpindahan. Saya nak cadangkan pasar tani ini dibuka kepada peniaga-peniaga pasar tani dan dengan syarat Pasar Besar ini dikekalkan dengan dibaikpulih, dimodenkan, dimajukan dengan penguatkuasaan yang lebih ketat di pasar ini. Jadi, tiada salahnya 2 pasar. Sebab pada keseluruhannya, kesemua peniaga di pasar besar ini tak mahu berpindah dan deme telah berusaha, berbagai-bagai usaha telah dijalankan. Termasuk menulis surat kepada PM, menulis surat kepada Tuanku dan mereka-mereka ni masih lagi berusaha untuk tidak mahu berpindah ke pasar tani yang baru. Jadi, kita kena dengar juga lah rintihan dari peniaga-peniaga ini. Keluhan peniaga-peniaga ini. Pertamanya, sekiranya dipindahkan juga, akan menjejaskan punca pendapatan. Contohnya, sekarang mereka meniaga katalah ayam dengan kapasiti 500 ekor satu hari dan saya yakin mereka tidak akan boleh berniaga sampai sebanyak itu di pasar tani… pasar tani yang baru dan saya yakin pendapatan peniaga-peniaga ini akan tetap terjejas. Kerana mereka semua ada tanggungan-tanggungan.
Bukit Chandan, soalan?
Soalannya, saya cadangkan Pasar Tani yang baru ini dibuka kepada peniaga-peniaga Pasar Tani. Dan pasar lama ini kita kekalkan dengan keadaan lebih baik lah. Dengan keadaan yang baikpulih pasar yang ada ni. Maksudnya dibaikpulih longkangnya, mejanya, salirannya, masalah baunya dan semuanya Dipermodenkan. Sekian terima kasih.
Satu soalan tambaha.
Bagi Exco jawab dulu. Exco, sila.
Baik. Yang Berhormat Bukit Chandan, walaupun Pasar Besar Kuala Kangsar itu namanya pasar besar, sebenarnya dia rujuk kepada dia satu pasar yang utama di kawasan itu dan bukan merujuk kepada dalam itu semua gerai itu berbentuk pemborong. Memang kalau di bawah pasar besar, pasar yang di bawah Majlis, dia masih dalam bentuk lot untuk runcit. Cuma ada semak dengan ada pihak yang kemudiannya menjadikan dalam bentuk borong dan diberi kelonggaran untuk teruskan. Jadi saya rasa itu tidak menimbul isu dan juga saya kira apabila perbincangan awal dijalankan, dia telah mengambil semua faktor-faktor ini dan apabila dibuat keputusan pada tahun 2021 untuk pindahkan penjaja dalam pasar yang awam, pasar besar ini kepada satu tapak yang pasar tani kekal yang baru, perbincangan telah dibuat dan keputusan dibuat oleh Kerajaan masa itu dan dalam kajian feasibility yang saya sebut tadi, sebenarnya soal kaji selidik kepada penjaja telah dibuat dan masa itu sebanyak 69% setuju untuk wujudkan pasar tani kekal yang baru dan saya percaya Kerajaan pada masa itu buat keputusan juga antaranya berdasarkan kepada feedback daripada peniaga dan juga penduduk lain pada masa itu.
Jadi tidak adil apabila pihak kerajaan masa itu telah buat apa yang patut, buat perbincangan, sesi libat urus dan adakan peruntukan, siap bina bangunan, pada masa ini Kerajaan baru ambil alih dan tiba-tiba semua pihak datang nak membantah. Ini tidak betul lah. Sebab apabila ada peluang untuk tanya bagi pandangan, pandangan telah diberi dan kerajaan masa itu ambil kira untuk buat keputusan. Jadi saya harap kita dah tak boleh nak robohkan bangunan atau pun nak buat macam mana. Kita kena sama-sama jayakan pasar tani kekal yang ada pada hari ini dan memang kita beri keutamaan kepada semua peniaga yang ada dalam pasar besar pada hari ini. Jikalau mereka kurang minat atau pun mereka ada pilihan lain yang didapati lebih baik, lebih sesuai, lot-lot yang kosong akan ditawarkan juga kepada peniaga-peniaga pasar tani yang lain. Itu memang tak jadi satu masalah dan sebenarnya, semasa penawaran lot-lot dibuat kepada peniaga pada masa sekarang, pihak Majlis, pihak FAMA membuat tawaran itu terbuka dan termasuk kepada peniaga-peniaga yang selama ini ada tunggakan beribu-ribu dengan pasar besar sekarang dan tak buat bayaran. Tapi kita rasa untuk kita nak jayakan pasar besar ini, kita cuba untuk bincang, cuba untuk selesaikan masalah yang ada. Jadi memang saya harap tidak timbul lagi isu yang kita nak patah balik, kita tak nak pindah dan sebagainya. Pasar yang ada sekarang memang tak boleh digunakan lagi dan saya rasa sebenarnya tak ada ding dong-ding dong pun.
Asalnya dicadangkan dijangka untuk bermula operasi April 2023. Tapi kerajaan yang ada pada hari ini, kita ambilkira masih ada penduduk, masih ada peniaga yang kurang puas hati, ada isu yang tak dapat selesai, ada keluhan. Itu sebab kita ambil langkah untuk buat yang apa saya sebut tadi. Lebarkan jalan, kita nak ubah pintu masuk dan keluar, kita nak tambah awning dan sebagainya. Jadi kita menangguhkan permulaan operasi bukan sebab kerajaan ding dong-ding dong. Kerajaan ada pendirian yang jelas tetapi kita ambilkira apa masalah yang belum selesai, kita buat sebaik mungkin untuk selesaikan masalah yang ada. Terima kasih.
Satu soalan.
Lima saat. Lubok Merbau, sila. 5 saat.
Terima kasih Timbalan Speaker. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Jadi apa yang telah disebut oleh YB Exco tadi berkenaan dengan kemudahan dan infrastruktur yang telah disediakan bagi pasar baru. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan memastikan lalulintas terutamanya daripada Jalan Sultan Idris 1, nak masuk ke simpang ke dalam Taman Kuala Kangsar tu. Yang mana dia akan naik bukit dan turun bukit dan jalan itu agak sempit. Kalau pagi, laluan itu agak sibuk. Dengan pekerja-pekerja kilangnya, dengan anak-anak nak pergi sekolah, yang orang nak pergi kerja. Jadi itu memang laluan yang bahaya. Kalau berselisih lori, 2 lori membahayakan seperti kenderaan kecil seperti motor dan seterusnya tentang parking saya nak betulkan. Jadi rakan peniaga kami telah kira parking yang telah disediakan di pasar baru. Tak sampai 100 lot pun YB Exco dan parking di tempat lama lebih besar dan lebih luas. Kemudian untuk sewaan yang dikecualikan.
Soalan? Soalan? Sila ringkaskan.
Sewaan sebelum ini di bawah MPKK hanya RM56 dan sekarang ini akan datang di bawah FAMA sebanyak RM210. Jadi dengan kenaikan bayaran ini diharap semoga pasar ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada peniaga-peniaga dan saya cadangkan sekali lagi, cuba Kerajaan...
Sudah berapa soalan Lubok Merbau? I rasa sudah cukup. Sila duduk. Exco, sila.
Terima kasih. Dari segi isu keselamatan lalu lintas memang menjadi perhatian kami dan juga pihak JKR sudah ambil tindakan untuk buat semakan dan tindakan yang perlu. Selain daripada itu, apabila bermula operasi juga kita akan pastikan pemantauan dibuat untuk ambil kira apa isu yang masih ada dan bagaimana penambahbaik boleh dibuat dan juga saya ingin sebut yang lot-lot parking di dalam kawasan pasar tani kekal itu adalah dikhaskan untuk peniaga dan juga pelanggan dalam kawasan itu. Manakala pada masa ini, yang lot-lot yang dikira untuk itu, dia bukan dikhaskan untuk pasar besar pun dia memang terbuka untuk semua orang awam yang nak pergi pasar, nak pergi kedai lain, nak pergi Majlis dan sebagainya. Jadi kalau nak bandingkan, masih saya rasa memang lot-lot parking yang ada dalam Pasar Tani Kekal itu lebih banyak kalau berbanding dengan sekarang dan... dan err sorry, saya lupa saya lupa apa isu seterusnya. Apapun saya rasa, saya kami sentiasa terbuka untuk dengar apa isu yang ada, masalah yang ada untuk kita usahakan penyelesaian dan saya harap kita boleh sama-sama dapatkan kerjasama khususnya wakil rakyat di kawasan situ sendiri Lubok Merbau, Bukit Chandan dan sebagainya untuk bantu kita jayakan ini sesuatu projek yang kita nak membawa manfaat kepada peniaga dan juga masyarakat tempatan. Terima kasih.
Seterusnya di jemput ahli Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Tronoh soalan nombor 5.
Terima kasih Timbalan Speaker. Salam Perak Sejahtera 2030. Untuk makluman Yang Berhormat Tronoh, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional yang menggariskan langkah-langkah kerajaan untuk mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh diperbaharui sebanyak 70% menjelang 2050. Trend Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional ini turut merangkumi projek dan inisiatif strategik antaranya antaranya solar dan zon tenaga boleh baharu selaras dengan kerajaan selaras dengan itu, Kerajaan Negeri Perak telah menzahirkan komitmen dalam melestarikan sumber dan alam sekitar di negeri ini melalui pembangunan Pelan Perak Lestari 2030.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pelan Perak Lestari 2030 telah menggariskan 12 sektor utama sebagai bidang tumpuan yang kritikal berdasarkan potensi yang dimiliki dalam memacu pertumbuhan ekonomi, sosial dan kesan terhadap alam sekitar. Bagi menyokong aspirasi Kerajaan Negeri di bawah Pelan Perak Lestari 2030, PKNP telah mengenal pasti sektor teknologi hijau sebagai salah satu daripada 6 bidang perniagaan utama melalui Road Map Transformasi PKNP.
PKNP selaku peneraju agenda teknologi hijau akan terus menggiatkan usaha-usaha dalam memainkan peranan penting bagi menyokong pertumbuhan sektor teknologi hijau di bawah Pelan Perak Lestari 2030 antaranya dengan melibatkan inisiatif pembangunan ladang solar dan pemasangan panel solar berbumbung. Inisiatif pembangunan bid ladang solar yang sedang beroperasi di negeri Perak di bawah PKNP adalah seperti berikut. Satu, Ladang Solar Berskala Besar LSS seluas 43 ekar di Kuala Bikam, Bidor melalui Gading Kencana Sdn Bhd dan yang kedua ladang solar dengan keluasan berjumlah 4.5 ekar di Keramat Pulai, Mukim Sungai Layar melalui anak syarikat Maju Perak Holding Berhad.
Negeri Perak juga merupakan negeri yang terbesar diberikan kuota-kuota kapasiti oleh Suruhanjaya Tenaga melalui skim LSS iaitu sebanyak 542.2 megawatt. Sehingga kini, PKNP telah mengambil inisiatif bagi pemasangan sistem panel solar berbumbung melalui skim Net Energy Metering. Pemasangan panel solar photovoltage di Pusat Convention Hotel Casuarina, Meru yang mempunyai kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 416 kilowatt pemasangan panel solar photovoltage di Bazar Ipoh dengan jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 308 kilowatt. PKNP melalui anak syarikatnya, Maju Perak telah memeterai MOU dengan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, bagi pemasangan panel photovoltage di 20 masjid di negeri Perak dengan jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 1.4 megawatt. Pemasangan panel solar photovoltage di bangunan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT dan Pejabat Daerah di Perak dengan jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 299 kilowatt.
Untuk maklumat Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri juga telah memberi mandat kepada PKNP untuk melaksanakan projek rintis di Tasik Bukit Merah dan Tasik
Kenering sebagai penanda aras bagi perancangan projek LSS di negeri Perak. Susulan dari itu, Maju Perak telah dilantik sebagai pelaksana rakan strategik melalui surat yang dikeluarkan oleh PKNP pada 20 Jun 2023 bagi memulakan kajian kebolehlaksanaan awal dan seterusnya membangunkan LSS di dua lokasi tersebut. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Tronoh sila.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Exco di mana saya amat teruja dengan pelan-pelan yang berkenaan dengan tenaga hijau ini di negeri Perak dan saya amat bangga bahawa Kerajaan Negeri menyambut baik bahawa dengan fasiliti pelan green tech ini di negeri Perak. Maka dengan itu soalan tambahan saya adalah saya ingin memohon Yang Berhormat Exco untuk memperjelaskan bagaimana projek solar ini dapat membantu sektor industri kilang khususnya di negeri Perak?
Terima kasih Yang Berhormat Tronoh.Tenaga solar ketika ini menjadi antara alternatif kepada penggunaan tenaga boleh baharu kebanyakan negara maju di dunia kerana memberikan pulangan positif kepada ekonomi selain melestarikan alam sekitar. Bukan sahaja kos dapat dijimat melalui penjanaan tenaga elektrik dengan teknologi tenaga solar, seterusnya akan mengurangkan pelepasan karbon bagi menjana alam semula jadi. Kerajaan Negeri sememangnya mengalu-alukan usaha pihak swasta dalam merancakkan penggunaan tenaga bersih dan boleh baharu yang secara tidak langsung mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Perak antara negeri rendah karbon menjelang 2030.
Untuk menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Tronoh dan memberi gambaran yang jelas, saya ingin mengambil usaha yang dilaksanakan oleh Kilang Toyo Tyre Malaysia di Taiping yang seharusnya dipuji dan boleh dicontohi kilang-kilang lain di negeri ini dalam usaha mengurangkan jejak karbon sekaligus bersama-sama memulihara alam sekitar melalui penggunaan tenaga bersih. Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd. memperuntukkan RM30 juta bagi pelaksanaan Projek Solar Toyo Tyre. Projek tersebut membabitkan pemasangan 26,044 unit panel solar di atas bumbung kilang syarikat itu dengan keluasan 96 ribu meter persegi oleh syarikat pakar tenaga besi di rantau ini iaitu Solarvest Holding Berhad. Dari segi pulangan pelaburan, menurut Toyo Tyre, penjimatan bil elektrik bulanan akan mencapai 800 ribu sebulan dengan kiraan matematik yang simple. Dalam masa 38 bulan dengan kata lain, selepas memperolehi Return on Investment, iaitu ROI dengan izin dalam 38 bulan, selepas itu setiap bulan berikutnya, Toyo Tyre akan mendapat keuntungan tambahan sekurang-kurangnya RM800 ribu sebulan. Sekian terima kasih.
Alor Pongsu
Alor Pongsu, sila.
Ok, terima kasih YB Exco. Terima kasih juga YB Tronoh, tie yang warna full cream, saya suka tie YB Tronoh. Okay, bila kita menyebut tentang solar farm, ok YB Exco. Yang pertama saya nak tanya YB Exco. Dalam dasar perancangan negara berdasarkan kepada kajian separuh penggal RMK-12. Antara high growth dan high value, satu tumpuan adalah tentang tenaga baru. Do you know about this? Itu soalan pertama.
Yang kedua, bila kita sebut tentang solar farm, ada satu company yang saya rasa YB Exco tak sebut, yang terbaru saya hadir di kawasan saya, separuh-separuhlah, Dun Semanggol dengan DUN Alor Pongsu. Walaupun perindustrian lambat lagi, YB Menteri Besar kata baru ura-ura nak majukan kawasan Alor Pongsu, tetapi didapati, kadar cahaya yang paling baik untuk solar adalah di kawasan di Dun Alor Pongsu. Jadi saya harap YB Exco dapat kod yang tu. Kita bawa lagi banyak. Sekarang ni ada dua farm di situ dan antara farm yang terbesar di negara kita sekarang ni adalah yang melibatkan syarikat MK Holding. Dulu kita tahu dia buat rumah, dia buat hotel dan sebagainya. Sekarang dia dah convert ke solar. Dia JV dengan satu syarikat daripada China dan solar farm yang pertama dah dirasmikan di Bukit Merah dan sekarang mereka nak bergerak ke Kulim. Saya nak halang mereka daripada bergerak ke Kulim. Saya harap YB Exco dapat bantu saya. Dapat bantu saya tarik dia orang balik.
Alor Pongsu, soalan.
Soalan tadi dah ada dua soalan tadi.
Sudah cukuplah. Sila duduk. Bagi Exco jawab.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Saya rasa Yang Berhormat Alor Pongsu jangan risau. Seperti yang saya sebut tadi, projek perintis berada di Bukit Merah. Jadi yang itu adalah di atas floating. Di atas paras muka air. Jadi kita akan sentiasa mendapat info di mana sinaran cahaya matahari yang elok. Kita akan buat kajian sebelum kita menjalankan, meluluskan projek tersebut ok. Jadi saya janji, sekiranya tempat itu bagus, kita akan lakukan. Sekian, terima kasih.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Malim Nawar mempunyai soalan nombor 6.
Auzubillahi minasyaiton nirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Malim Nawar di atas keprihatinan dan tentulah kalau bukan wanita siapa lagi hendak bertanya soal mengenai pengupayaan wanita. Jadi terima kasih saya ucapkan kepada Malim Nawar tentang soalan yang dizahirkan pada sidang kali ini. Ia menyentuh soal perancangan Kerajaan Negeri untuk tahun 2024.
Untuk maklumat Yang Berhomat dan Ahli sidang Dewan sekalian, sebelum saya menjawab berkenaan perancangan Kerajaan Negeri Perak berkenaan pengupayaan wanita tahun 2024 adalah lebih cantik saya menerangkan serba sedikit ataupun melaporkan kepada seisi Dewan beberapa program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah portfolio saya dan juga pemegang-pemegang taruh yang berlaku sepanjang tempoh penggal, maknanya daripada kita membentuk kerajaan sehingga hari ini. Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak serta Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak telah merangka beberapa bentuk program dan menjalankan beberapa bentuk program pembangunan wanita yang strategik dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup wanita dalam pelbagai aspek termasuk dari segi pendidikan, dari segi ekonomi, dari segi kesihatan serta perancangan-perancangan program ini ialah yang pentingnya untuk mewujudkan ataupun meningkatkan taraf sosio ekonomi wanita serta memperkasakan wanita dan juga termasuk dalam kita mengambil inisiatif untuk menghapuskan jurang diskriminasi terhadap wanita.
Antara program-program pengupayaan yang telah dijalankan sepanjang tempoh 2023 sehingga September adalah seperti bantuan barangan perniagaan Biznita untuk peningkatan ekonomi wanita, program pembasmian kemiskinan haid dari segi kesihatan reproduktif remaja dan wanita, program-program pengupayaan wanita dan NGO dalam kepimpinan dan juga program pemberdayaan wanita di bawah kursus-kursus kemahiran dan kebanyakan ini program yang diatur oleh Sekretariat Pembangunan wanita dan juga JPW.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta sidang Dewan sekalian. Dalam terus memperkasakan bakat dan kepimpinan wanita, Kerajaan Negeri juga akan menjalankan program Wanita Inspirasi Negeri Perak ataupun WIN yang dijangka bermula pada Oktober hingga Disember ini yang mana program WIN ini merupakan di antara program yang menyokong saranan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa Program Mesra Wanita yang telah diadakan pada Jun 2022 yang menyatakan Wanita Perak perlu lebih proaktif memperkasakan golongan wanita dengan merencanakan pelbagai platform, mencungkil dan mengasah bakat pemimpin wanita supaya mereka sedia melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Matlamat pelaksanaan program Wanita Inspirasi Negeri Perak (WIN) adalah untuk membangunkan potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dalam semua sektor sebagai ejen perubahan kepada masyarakat serta membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dan semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta membudayakan kesaksamaan gender dikalangan semua lapisan masyarakat dari semua sektor. Dan kaedah pelaksanaan program ini akan melibatkan penyertaan peserta daripada ke semua daerah, 12 daerah di negeri Perak dan peserta yang terlibat kita akan tapis, kemudian kita akan saring untuk kita lantik sebagai sebahagian daripada Ahli Majlis Perundingan Wanita Negeri Perak.
Dan untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri juga dalam usaha gerak kerja awalan dalam merancang ke arah pelaksanaan Pelan Strategik Sejahtera Sosial Negeri Perak dan perancangan ini akan menghasilkan output ringkas yang akan meliputi enam teras wanita Perak. Bagi merealisasikan Pelan Strategik Sejahtera Sosial Negeri Perak, satu Konvensyen Pembangunan Sejahtera Sosial dan Wanita Perak, KPSW Perak 2023 yang akan dijalankan pada Mac 2024 yang akan melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan politik maka kali ini saya sekali lagi mengajak keterlibatan Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat wanita yang berada dalam Dewan ini untuk turut sama bersama-sama dengan Kerajaan Negeri untuk terlibat dalam usaha-usaha yang ingin kita jalankan nanti kerana konvensyen ini akan memberi ruang untuk kita membuka medan dialog, sumbang saran dan libat urus dalam aspek melibatkan pembangunan sejahtera sosial di negeri Perak yang akan menjadikan wanita sebagai teras utama kesejahteraan sosial.
Bagi tahun 2024, tumpuan pelaksanaan adalah lebih memfokuskan kepada beberapa aspek yang bertujuan untuk membangunkan wanita dan masyarakat negeri Perak melalui 6 teras yang saya sebut sebentar tadi dan antaranya ialah Program Wanita Sejahtera Politik, yang mana program-program kepimpinan dan pemerkasaan, seperti WIN tadi, Meja Rundingan Wanita Inspirasi Negeri Perak. Kemudian kita akan fokus kepada Program Wanita Sejahtera Kesihatan, Program Kesihatan Wanita dan Reproduktif Remaja Wanita. Program untuk fokus kepada sejahtera ekonomi, di mana program-program pengupayaan wanita dari segi kursus-kursus kemahiran dan pemasaran digital yang sekarang pun memang kita laksanakan seperti yang saya maklumkan dalam jawapan saya semalam iaitu Program e-Juwita, Program Wanita Sejahtera Keselamatan dan program ini memberi kesedaran kempen-kempen keganasan terhadap wanita, program-program kesedaran anti gangguan seksual dan juga kita akan juga fokus kepada Program Wanita Sejahtera Kepimpinan dan Program Women Back To Work serta Program Kepimpinan Belia Wanita.
Bagi soalan seterusnya berkaitan dengan bangunan Kerajaan Negeri yang dilengkapi dengan bilik asuhan. Saya ingin memaklumkan kepada seisi Dewan bahawa kita ada beberapa daerah yang menyediakan bilik asuhan yang dilengkapi dengan prasarana yang agak baik iaitu seperti contoh di Kinta kita ada di Pejabat SUK Perak sendiri, Lembaga Air Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Majlis Daerah Ipoh, Majlis MBI, Majlis Bandaraya Ipoh. Seterusnya iaitu di Daerah Kuala Kangsar, berada di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, di Daerah Manjung, di Pejabat Tanah dan Daerah Manjung serta Majlis Perbandaran Manjung, di Batang Padang, Pejabat Tanah dan Daerah Batang Padang, di Perak Tengah, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah dan serta di Hilir Perak, Pejabat Tanah dan Daerah Hilir Perak manakala bagi Daerah Kerian, Hulu Perak, Muallim, Bagan Datuk, Kampar dan Daerah Larut Matang serta Selama pada masa ini tiada bilik asuhan yang disediakan dan kita sentiasa mengharapkan agar inisiatif kerajaan dapat menyediakan infra seperti ini, menyediakan bilik asuhan supaya memudahkan pekerja-pekerja wanita tidak bimbang tentang anak-anak di rumah berada di depan mata mereka kerana ini juga akan mengganggu dari segi produktiviti pekerja tersebut. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri melalui portfolio saya agar semua ketua-ketua jabatan dapat memikirkan ruang yang terbaik bagi menyediakan pusat asuhan di peringkat Kerajaan Negeri dan juga melalui agensi-agensi yang berkaitan itu saja, terima kasih.
Malim Nawar soalan? Soalan tambahan? Sila.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih YB Exco di atas pemakluman dan penjelasan yang komprehensif dan soalan tambahan saya, adalah untuk YB Exco menyatakan sama ada dasar keterangkuman gender yang telah dirangka selaras dengan visi Perak Sejahtera 2030 untuk mencapai keseimbangan gender dalam sektor awam dan swasta.
Terima kasih Yang Berhormat Malim Nawar, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Secara jujurnya realiti di Malaysia kalau kita bercakap soal keterangkuman gender ini, kita masih mungkin agak jauh juga ketinggalan dari segi kedudukan ranking kita di dunia sendiri Malaysia, dalam lebih kurang 156 negara, kita berada di kedudukan 112 lebih kurang maknanya kita agak jauh jugalah bercakap soal kesaksamaan gender ini. Ini banyak usaha-usaha yang perlu kita buat untuk memastikan seperti apa Yang Berhormat Malim Nawar bangkitkan tadi kerana dalam Islam sendiri pun, dalam Surah Al-Hujurat ayat 13, Tuhan meletakkan lelaki dan wanita itu tak kira sama ada bangsa ataupun kaum, sama. Jadi maknanya kita ada hak yang sama rata dan soal mengenai penglibatan wanita dari segi pembuat dasar juga masih jauh dari segi kalau kita boleh cakap soal kesaksamaan gender ini bagaimana dari segi jawatan ataupun enrollment yang dipegang oleh wanita sendiri itu pun kadangkala perbezaannya agak ketara dengan lelaki, dari segi pembuat dasar sendiri pun dalam Dewan ini dan kita baru ada mewakili 20% daripada pembuat dasar dan sebab itu besar harapan Kerajaan Negeri untuk kita melahirkan lebih ramai wanita-wanita yang menjadi pemimpin dan pembuat dasar dan juga berkhidmat dalam sektor awam mahupun swasta melalui usaha-usaha yang berterusan dan sebab kita nak sebagai contoh kita nak melahirkan lebih ramai DO.
Kalau dulu Perak kita melahirkan DO wanita sekarang dah jadi Pengarah UPEN dan juga Timbalan SS ini antara usaha-usaha yang berterusan dan sebab itu tadi saya sentuh mengenai program yang akan kita lakukan itu soal Program WIN pada tahun ini dan kita akan mula melatih kepimpinan wanita supaya sebab kita kena melihat potensi wanita itu sekiranya mereka berpotensi untuk kita angkat maka kita sama-sama kena memberi peluang kepada mereka untuk melahirkan mereka sebagai orang yang berciri-ciri kepimpinan dan sekaligus akan dapat dilihat kredibiliti mereka. Sebab kita tahu sebenarnya wanita sekiranya diberi jawatan ataupun tugas-tugas mereka akan dapat melakukan dengan sebaik mungkin. Sebab itu sekali lagi saya ingin nak menyebut soal program atau pun Konvensyen Pembangunan Sejahtera Sosial dan Wanita Perak di bawah kelolaan SPW dan juga pejabat saya pada Mac 2024 yang mana sedikit gambaran awal mengenai tema penganjuran KPSW Perak tahun ini ialah Budi Wanita Penyuluh Pembangunan Sosial. Tema utama KPSW Perak 2023 adalah untuk menggambarkan peranan wanita yang dinamik dan bijaksana yang perlu menjadi pengikat ataupun benang jelujur kepada cabaran serta kemajuan diri dan Kerajaan Negeri menjangkakan hasil daripada dapatan pelaksanaan konvensyen ini akan melahirkan beberapa input yang baru dan perlu diberikan fokus utama untuk memastikan keterjaminan sejahtera sosial yang seimbang dan selamat selain mencapai kesaksamaan gender dengan mengenalpasti keperluan, keutamaan dan kepentingan wanita.
Dan selain itu juga melalui Program Pembangunan Pelan Kesejahteraan Sosial Wanita Perak ini, ia mungkin akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan perbelanjaan awam dan dasar-dasar dengan memperolehi maklumat yang lebih tepat berkenaan pengagihan sumber antara lelaki dan perempuan dan juga impak ke atas perbelanjaan awam dan dasar-dasar sedia ada. Ini antara perancangan-perancangan kita yang kita ingin melihat agar jurang kesaksamaan gender dari segi keterangkuman gender ini dapat kita atasi sebab setakat ini yang saya tahu kita antara jurang lelaki dan wanita ini hanya kepada isu pendidikan sahaja kita hampir rapat yang lain masih agak jauh ketinggalan. Itu saja Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih kepada Exco, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.
Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2023Bill
Perkara yang keempat Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi meminta Enakmen Sumber Air Perak 2023 telah dibaca kali kedua. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan, masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama 15 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk memulakan perbahasan. Sila.
Salam sejahtera dan Salam Madani Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, para pengamal media, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih kerana diberikan kesempatan mengizinkan untuk Malim Nawar mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Perak 2023. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam di atas penyediaan dan pembentangan RUU Sumber Air Perak 2023. Timbalan Yang di-Pertua, semalam dan hari ini Dewan Undangan Negeri sedang membahaskan untuk mempertimbang dan meluluskan Sumber Air Perak 2023. Dengan adanya enakmen ini, Negeri Perak pastinya ke arah pengurusan sumber air yang bersepadu yang seiring dengan pembangunan mampan atau sustainable development dengan izin dalam memastikan sistem pengurusan sumber air di Negeri Perak mesra alam serta menggalakkan penyelarasan penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air, tanah dan sumber yang berkaitan bagi memaksimumkan hasil ekonomi dan kebajikan sosial dalam cara yang saksama tanpa menjejaskan kemampanan ekosistem. Enakmen ini juga sejajar dengan visi Kerajaan Negeri Perak iaitu Perak Sejahtera 2030 yang menitikberatkan keseimbangan alam raya dan kesejahteraan sosial ekonomi Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam menuju status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030, pengurusan sumber air menjadi satu isu yang sangat kritikal dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pembangunan dan juga ekosistem. Di negara Asia, pertumbuhan penduduk perbandaran pesat, perindustrian dan pembangunan ekonomi telah menambah tekanan ke atas sumber air yang ada di muka bumi. Maka wujud satu keperluan untuk menguruskan air secara mampan. Mengikut Ar-Riduan dalam bukunya Water Management yang diterbitkan pada tahun 1977, beliau telah menyatakan bahawa pengurusan sumber air melibatkan perancangan analisis, penilaian penggunaan impak dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimum tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan.
Berpandukan petikan daripada buku Water Management ini, pandangan saya Timbalan Yang di-Pertua, adalah sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu, RUU Sumber Air Perak 2023 ini harus dilaksanakan demi kepentingan sosioekonomi dan ekosistem negeri Perak pada pandangan saya. Bagi ahli-ahli mesyuarat, pengurusan sumber air yang baik memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga dan memelihara alam sekitar. Dalam konteks pemeliharaan ekosistem air, pengurusan sumber air yang baik membantu menjaga aliran air dalam sungai, tasik dan lembah basah. Ini adalah lingkungan hidup utama bagi pelbagai jenis flora dan fauna. Apabila aliran air diuruskan secara sistematik. Maka kemampanan alam sekitar juga terurus dengan baik. Malah, pengurusan sumber air secara mampan akan memastikan ekosistem air termasuk ikan, burung air, amfibia dan serangga air serta hidupan liar dilindungi sekaligus RUU Sumber Air Perak 2023 menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti. Pemuliharaan ekosistem air ini adalah aspek penting dalam kelestarian air mentah yang berkualiti. Ekosistem air yang sihat mencakupi sungai-sungai, tasik-tasik, lembah basah dan kawasan-kawasan lembap. Dalam pada itu juga, ia membantu mengawal banjir dan mengurangkan kesan kemarau.
Timbalan Yang di-Pertua, kelestarian air mentah yang bersih merupakan kunci kepada masa depan yang selamat dan berkualiti. Air mentah yang bersih, tidak tercemar dan dikawalselia di bawah Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 adalah asas kepada kehidupan yang selamat dan berkualiti di negeri Perak. Pertama sekali, kebersihan air mentah adalah dasar kepada kesihatan awam. Air yang tercemar boleh menjadi pembawa penyakit, mengancam nyawa dan kesihatan manusia. Melalui pengawasan yang ketat di bawah RUU Sumber Air Perak 2023 ini, pada pendapat saya, Kerajaan Negeri Perak boleh memastikan air yang digunakan untuk minuman adalah selamat dari mikroorganisma patogen seperti bakteria, virus dan parasit. Ini mencegah wabak penyakit berbahaya dan memberi keyakinan kepada masyarakat dan akan keselamatan air yang diminum setiap hari. Kepentingan air mentah yang bersih juga berkait rapat dengan pertanian. Petani adalah pengguna terbesar air dan air yang selamat dan berkualiti adalah kunci kepada pertanian yang berjaya dan mampan. Melalui Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 penggunaan air dalam pertanian boleh dikawal dan diurus dengan bijak.
Ini merangkumi pemuliharaan sumber air bawah tanah, penggunaan teknologi pertanian yang lebih efisen dan pemeliharaan tanah. Pertanian yang mampan membawa manfaat kepada petani dan masyarakat dengan menjaga produktiviti tanah dan menjaga keseimbangan ekosistem. Selain daripada itu, kebersihan air mentah juga melibatkan pemuliharaan sumber air bawah tanah. Sumber air bawah tanah adalah bekalan air minuman utama di kebanyakan tempat. RUU Sumber Air Perak 2023, dapat mengawal penggunaan dan pemuliharaan sumber air bawah tanah. Memastikan bekalan air yang selamat dan berkualiti untuk manusia dan ekosistem. Pengawasan yang ketat di bawah RUU Sumber Air Perak 2023 ini juga dapat mempromosikan kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan menjaga sumber air bawah tanah.
Timbalan Yang di-Pertua, air mentah yang bersih dan tidak tercemar adalah aset yang tidak ternilai bagi pembangunan sosio ekonomi Negeri Perak. Peningkatan kebersihan air mentah bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan awam tetapi juga mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.
Pengurusan sumber air yang lebih baik adalah asas kepada pembangunan industri yang mampan. Banyak sektor industri bergantung kepada bekalan air yang selamat dan berkualiti untuk proses pengeluaran mereka. Industri makanan dan minuman, tekstil, elektronik dan kimia adalah beberapa contoh industri yang memerlukan air dalam pengeluaran mereka.
Air yang selamat dan berkualiti bukan sahaja memastikan keselamatan produk tetapi juga mengurangkan kos pemprosesan dan pemuliharaan. Hasil dari sektor-sektor ini mampu memberikan sumbangan besar kepada hasil pendapatan negeri. Pengurusan sumber air yang lebih baik juga menyokong sektor pelancongan. Air yang jernih dan ekosistem air yang sihat adalah tarikan utama untuk pelancong. Kawasan-kawasan perairan yang cantik seperti pantai, sungai dan tasik adalah destinasi popular bagi pelancong. Pembangunan pelancongan yang berterusan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan memberi sumbangan kepada pendapatan negeri. Selain aspek sosioekonomi rakyat, pengurusan sumber air yang lebih baik melalui RUU Sumber Air Perak 2023 juga melindungi alam sekitar dan ekosistem air. Aliran air yang bersih dan ekosistem yang sihat adalah aset yang berharga dalam menjaga kepelbagaian biologi dan keseimbangan alam sekitar.
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar membantu mencegah kehilangan habitat, pemusnahan spesis dan ancaman perubahan iklim. Kesemua ini adalah faktor penting dalam pemuliharaan sumber daya alam yang kritikal bagi ekonomi dan kesejahteraan manusia terutamanya di Negeri Perak yang tercinta ini. Dalam konteks global pula, RUU Sumber Air Perak 2023 juga memberi faedah dalam perdagangan antarabangsa. Melalui RUU Sumber Air Perak 2023, negeri Perak akan mempunyai bekalan air yang selamat dan berkualiti serta mempunyai keunggulan kompetitif dalam eksport produk pertanian dan industri yang memerlukan air. Ini membuka peluang untuk perdagangan antarabangsa yang lebih pesat dan peningkatan pendapatan negeri.
Puan Timbalan Speaker, secara tuntasnya, Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 adalah asas kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan peningkatan hasil pendapatan negeri. Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 akan memberikan kesan positif kepada sosioekonomi rakyat dan ekosistem serta biodiversiti negeri. Rang Undang-Undang Sumber Air 2023 ini juga bakal mewujudkan satu sistem pengurusan sumber air yang mampan demi kesejahteraan masyarakat yang sejajar dengan Aspirasi Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, izinkan Malim Nawar menyampaikan serangkap pantun.
Pergi ke kota bersama teman, Kota Tampan tempat pilihan, Menjaga sumber air jadikan amalan, Agar tidak berlaku pencemaran
Malim Nawar mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Malim Nawar. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada seluruh para hadirin dan hadirat sekalian. (bacaan doa). Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Pembangkang, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kita pada hari ini kepada anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, rakan-rakan pengamal media dan seluruh tuan-tuan dan puan-puan para hadirin hadirat sekalian. Sebelum itu Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Perak FC yang telah berjuang berhabis-habisan semalam hingga menyebabkan kita menang 1-0 dengan Sabah. Tahniah kepada Coach YCL Yusri Che Lah walaupun coach sasaran kita sampai ke suku akhir, tapi akhirnya kita berjaya sampai ke separuh akhir dan Insya-Allah kita doakan Perak akan menang menentang JDT pada separuh akhir nanti Insya-Allah. Tahniah kepada seluruh anggota pasukan kepada pihak pengurusan dan paling penting kepada para penyokong Perak yang telah bersama-sama dalam kemenangan semalam.
Keduanya saya ingin doakan kepada Dato' Haji Mohd Zolkafly bin Harun kita yang pagi ini dan semalam beliau tidak hadir kerana berdepan dengan faktor kesihatan. Kita doakan semoga Allah berikan kesembuhan, kebaikan syafaqallah syifan ajilan kepada YB Exco kita untuk jalankan tugas dengan baik bagi mentadbir negeri Perak yang kita cintai ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, diucapkan terima kasih kerana diberikan ruang dan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2022 ini. Mulakan perbahasan saya dengan sepotong ayat suci al-Quran. Berkisahkan tentang amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada ahlinya. Surah An-Nisa' ayat ke-58 (bacaan ayat al-Quran) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yakni yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi maha melihat."
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, secara dasarnya rang undang-undang ini ada kebaikannya. Di mana ianya adalah bagi mengawal penggunaan sumber air secara berkesan serta meletakkan satu kebertanggungjawaban kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam membuat seliaan dari semasa ke semasa di samping dapat menambah pendapatan Kerajaan Negeri. Namun persoalan yang ingin Manjoi bangkitkan adalah berkaitan seksyen 6(1) Rang Undang-Undang Sumber Air Perak ini. Saya terus merujuk kepada seksyen berkenaan iaitu berkaitan keanggotaan Lembaga di mana penetapan keanggotaannya adalah tidak dijelaskan secara khusus terhadap anggota-anggota yang dilantik sepertimana yang boleh kita jadikan rujukan di negeri-negeri yang telah melaksanakan rang undang-undang sumber air ini seperti di Selangor, Kedah dan juga Terengganu. Negeri-negeri ini telah memperuntukkan secara menyeluruh dan jelas berkaitan dengan keanggotaan Lembaga. Tidak seperti negeri kita yang masih samar-samar dan tidak jelas. Cara jelasnya kita boleh melihat Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Enakmen Sumber Air Terengganu yang paling baru 2020 yang menyatakan secara terperinci berkaitan keanggotaan Lembaga Pengurusan Sumber Air daripada satu ke satu. Tuan-tuan rujuk dan saya dah baca habis. Rang undang-undang kita ini dan juga tiga negeri lain sangat berbeza di sudut anggota, keanggotaan Ahli Lembaga yang telah pun ditetapkan.
Saya bawakan contoh di sini bagi Negeri Perak, Seksyen 6(1). Pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, persoalannya siapa Pengerusi tersebut? Tidak dinyatakan dalam rang undang-undang kita. Kita refer dan kita lihat di Selangor, Kedah dan Terengganu, secara jelas, diletakkan Menteri Besar yang hendaklah menjadi pengerusi, Selangor. Kemudian Kedah, Menteri Besar Negeri Kedah sebagai pengerusi. Terengganu. Menteri Besar, Negeri Terangganu sebagai pengerusi. Sidang Dewan sekalian, kenapa saya sebut perkara ini? Saya mencadangkan agar nama Menteri Besar diletakkan terus sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan Air Perak ini. Sangat penting tuan-tuan. Bukan perkara kecil. Kita tak boleh letak orang sebarangan di posisi tersebut. Sumber air ialah perkara yang sangat sensitif dan strategi untuk dijaga oleh Kerajaan Negeri Perak. Bahkan hadis menyatakan (bacaan ayat al-Quran). Kata Nabi SAW, Muslim berkongsi dalam tiga perkara. Pertama air, kedua padang ragut dan ketiga api.
Para hadirin sekalian, sebab itulah saya sebut di sini, MB kena menjadi pengerusi kepada lembaga pengarah ini. Kerana ia bertanggungjawab secara menyeluruh kepada sumber air negeri kita. Kedua, air adalah keperluan yang paling utama oleh manusia dalam muka bumi ini dan sebab itulah tuan-tuan disebut tentang air ini, maka tidak ada orang yang boleh menafikan bahawa tanpa air kita tidak akan boleh hidup. Ketiga, sewajarnya Ketua Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar wajib menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan Sumber Air di negeri Perak ini kerana ia adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan rakyat di negeri Perak ini. Keempat, saya mencadangkan agar Rang Undang-Undang Sumber Air Perak ini dipinda agar menamakan terus Menteri Besar sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak sepertimana di negeri Selangor, Kedah dan Terengganu.
Kedua, saya rujuk kepada seksyen 6(1) perkara (c) 6 orang anggota atas jawatan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ini juga tidak jelas. Siapa tidak dinyatakan dalam rang undang-undang ini. Jika tuan-tuan dan puan-puan kepada semua Ahli Dewan sekalian Timbalan Yang di-Pertua, kalau kita refer dan tengok kepada rang undang-undang 3 negeri lain tadi, disebut satu persatu. Kita tak baca sinilah banyak tuan-tuan tapi nak sebut satu persatu dengan jelas. Nama disebut ada Pegawai Kewangan Negeri, ada 2 ahli MMK, kemudian Ketua Pengarah JPS, kemudian Pengarah JAS, kemudian Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Jabatan Perhutanan, nak sebutnya negeri lain detail, tapi negeri kita ni tak jelas, kosong, kita tak tahu siapa yang akan diisi nanti dan saya nak buat cadangan di sini bagi seksyen 6(1)(c) ini saya ingin bahaskan berkaitan seksyen ini 6 orang anggota ke jawatan dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri sebut perlu dijelaskan dengan jelas dalam rang undang-undang ini dan saya ingin mencadangkan supaya keanggotaan 6 orang anggota ini disebut secara jelas dalam Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Perak ini dan perkara ini sangat penting untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban pemegang jawatan dalam menggalas amanah ini di mana yang telah dilakukan oleh Negeri Selangor, Kedah dan Terengganu. Mereka telah menamakan dengan nama-nama pihak yang selayaknya mengisi jawatan tersebut. Jika tidak dapat 6 orang pun, jika tidak dapat 6 orang untuk disebutkan dalam rang undang-undang yang kita nak luluskan ini, maka saya mencadangkan setidaknya kita menamakan 3 nama individu yang layak serta mempunyai kepentingan dan tanggungjawab melalui jawatan dan merekalah di kalangan para penjawat awam yang betul-betul dalam bidang mereka. Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang yang orang kata tidak meletakkan keyakinan kepada penjawat awam kita. Karena mereka adalah orang-orang yang telah berada di situ dan memang betul-betul dalam bidang itu dan letakkan di posisi itu dan mereka sangat-sangat orang kata penting untuk negeri kita. Kita boleh tengok pada Selangor, Kedah dan Terengganu, mereka memberikan keutamaan kepada penjawat awam untuk mengisi jawatan-jawatan strategik dan penting tersebut.
Jika kita tidak, mereka ini mesti tinggi daripada pengarah-pengarah agensi dan jabatan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan sumber air negeri Perak. Dalam makluman saya, bukankah sudah ada jawatankuasa yang kita buat ini jawatankuasa bipartisan yang ingin menamakan terus tiga jawatan berdasarkan jobscope tanggungjawab mereka, berkaitan sumber air di negeri Perak kita ini. Perkara ini penting kerana dalam sejarah negeri Perak bermula tahun 2008. Zaman masih panjang lagi, kena jadi MB negeri Perak ini dan mula dari 2008 hinggalah ke hari ini dan saya turut bersama dalam suasana ini dan saya melihat secara langsung sebagai orang muda yang melihat Kerajaan Perak ini bertukar-tukar berkali-kali Kerajaan Negeri Perak kita tuan tuan telah kerap kali bertukar dan bertukar yang sering berlaku ketidakstabilan dalam pengurusan Kerajaan Negeri. Cuba bayangkan sekiranya kita tidak menamakan secara langsung penama ...
Mohon celah
daripada penjawat awam yang mereka yang layak serta profesional dalam posisi ini.
Yang Berhormat Manjoi... mohon celah
Setiap kali bertukar kerajaan. Mohon saya masa sikit
Yang Berhormat sila duduk. Dia tak bagi..
Setiap kali bertukar kerajaan kita akan berdepan dengan masalah berkaitan pengurusan ahli pentadbiran, ahli lembaga pengurusan. Mungkin kita terpaksa menukar penjawat dalam lembaga pengurusan ini disebabkan kita tidak menamakan dari awal dalam rang undang-undang ini.
Manjoi boleh…
Mohon celah juga.
Timbalan Speaker, Manjoi nak minta pandangan Manjoi betapa pentingnya Ahli Lembaga Pengarah dalam enakmen ini dinyatakan dengan jelas. Kita pada mana rasa kita bimbang sekiranya kita melantik Ahli Lembaga Pengarah itu terdiri daripada korporat yang berdasarkan mungkin business oriented. Jadi dia memikirkan keuntungan, mungkin tanpa memikirkan beban kepada rakyat sebagai kita akan menggunakan caj dan sebagainya. Berbeza kalau kita mengambil daripada orang politik dan sebagainya yang ada spesifik ataupun dah Menteri Besar, kan sebagai pengerusi sebab dia akan bertanggungjawab kepada rakyat, sokongan kepada rakyat. Mungkin apabila caj nak dikenakan, mungkin dia akan apa memikirkan sokongan balik kepada rakyat. Maka ada semak dan imbang. Apakah Manjoi setuju dengan pendapat?
Manjoi 2 minit lagi.
Puan speaker kena tambah sikit untuk saya. Saya bersetuju dengan pandangan ataupun celahan daripada Semanggol dan boleh masukkan dalam…
Mohon celah Yang Berhormat, sedikit saja..
Silakan…
Berkaitan dengan Yang Berhormat Semanggol ucap tadi. Berkaitan dengan anggota yang akan dilantik dalam lembaga ini, apa pandangan Yang Berhormat Manjoi? Kiranya Yang Berhormat Semanggol sendiri juga ada dalam wakil pembangkang dalam Mesyuarat Bipartisan ini. Sama ada beliau ada bangkitkan isu dalam mesyuarat tersebut? Apa pandangan Yang Berhormat, sekiranya beliau ada di Mesyuarat Bipartisan ni, mengapa tidak bangkitkan isu semasa beliau menghadir mesyuarat? Terima kasih.
Terima kasih pada pada Pantai Remis, Pantai Remis. Saya terus kepada saya punya point dan saya nak respon sikit. Pantai Remis nyatakan dia minta lebih masa sikit. Puan Speaker, saya punya masa dah terambil. Saya dah kena bagi masa sikit sebab point-point ini penting. Saya ada point tersebut di hujung nanti. Bipartisan satu part dan bipartisan saya kira pihak pembangkang pun dah dicadang mungkin kerajaan pun dah dicadang untuk tambah baik. Tapi yang saya tengok kita punya rang undang-undang ni tidak dilibatkan sepenuhnya oleh semua kami di sini tidak melibatkan 59 orang ahli Dewan di sini dan saya tahu mungkin ada pre-council peringkat Adun-Adun kerajaan tapi tidak ada pre-council di peringkat Adun-Adun pembangkang itu tidak ada urus melibatkan kami semua. So, saya rasa nak lebih telus ialah kita kena libatkan semua 59 Adun-Adun kita ni ada kerajaan dan pembangkang dan kita akan dapat lihat dengan lebih mendalam perkara tersebut. Sikit itu point saya. Pantai Remis. Ok?
Seterusnya, saya meneruskan lagi saya punya perbahasan saya juga ingin menyatakan di sini kepada ahli Dewan sekalian, perkara ini boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa lantikan keanggotaan mana-mana ahli-ahli lembaga adalah amat penting demi menjamin ketelusan di integriti. Sekiranya pelantikan ditetapkan secara longgar dan tidak mempunyai satu asas ketetapan yang kukuh, maka boleh kita lihat bahawa sering berlakunya penyalahgunaankuasa dalam badan-badan tertentu apabila keanggotaan ahli lembaga tersebut tidak dikawalselia dengan sebaiknya. Ketiga, YB Timbalan Speaker, sikit lagi untuk berakhir ucapan saya...
3 minit.
Jaminan...jaminan kepada accountability dan kesinambungan tadbir urus. Tadbir urus yang baik adalah mempunyai kesinambungan yang berterusan dalam mentadbir keanggotaan yang dipilih mestilah kukuh dan konkrit dalam memastikan visi, misi dan matlamat yang dirancang dapat dijalankan dengan hasil yang mencapai petunjuk prestasi utama dengan izin KPI, Key Performance Index. Hal ini dapat meningkatkan kecekapan dan tadbir urus dan yang berkesan walaupun pemerintahan kerajaan bertukar. Namun, sekiranya dikekalkan keanggotaan yang diberi kuasa penuh kepada Pihak Berkuasa Negeri apabila berlakunya pertukaran Pihak Berkuasa Negeri tersebut maka akan berlaku juga perubahan dari sudut keanggotaan ahli lembaga pengurusan. Ini akan menyebabkan perjalanan menjadi terbantut dan matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai akan berhalangan seketika. So, Timbalan Yang di-Pertua ...
Laluan.
Slim.
Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Adun Manjoi. Berkaitan dengan yang disebut oleh Manjoi berkaitan dengan menjurus penyalahaan gunaan kuasa. Saya lihat untuk RUU Sumber Air ini perlu dilihat juga banyak isu projek yang terbengkalai sama ada perumahan atau projek-projek mega dan perlu juga melihat kepada pencerobohan tanah-tanah Melayu, Rizab Melayu ataupun tanah hutan simpan yang hari ini diteroka dengan secara haram. Maka pengurusan ini juga
Tak berkaitan..
Saya rasa perlu lihat.. YB.. kepada..
Yang Berhormat....
Sudut pengurusan...
Isu itu tak berkaitan dengan rang undang-undang ini.
Tunggulah Adun Manjoi lah menjawab. respon
Maka saya sebut dari sudut pengurusan ...
Isu itu tak berkaitan Rang Undang-Undang ni jadi kita
Pengurusan yang anda perlu dilihat.
Jadi kita sekarang cerita pasal air Yang Berhormat...
…menjurus..
Yang Berhormat...ke arah
Penyalahgunaan kuasa...
Kita sedang bincang berkenaan dengan air...
Kena tengok peraturan mesyuarat.
Manjoi, 2 minit saja. Sila masuk perenggan yang terakhir. Sila.
YB Timbalan Speaker, masa saya banyak dicelah...tambah sikit lagi Timbalan Speaker. Kita dalam satu bandaraya selalu bincang isu rakyat dan saya nak bincang isu rakyat Timbalan Speaker sikit saya mengakhiri saya punya ucapan masukkan ucapan YB Slim dalam saya punya celahan YB Slim dalam saya punya ucapan. Point ialah accountability dengan izin ia ini pertanggungjawapaan, kesinambungan dan juga kecekapan dalam mentadbir urus. Saya merayu kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kita melihat juga Rang Undang-Undang Negeri Selangor, Kedah dan juga Terengganu. Banyak perkara baik yang boleh kita ambil di sana untuk kita jadikan sebagai panduan dan saya ingin menyatakan disini
Mohon celah sikit ..
Lihat, saya melihat lihat, Ahli Dewan sekalian. Kalau kita boleh tambah baik sikit lagi tentang ahli lembaga pengarah ini, insyaAllah kita punya Rang Undang-Undang ini akan diluluskan dengan sempurna dan saya sangat yakin jika mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar ...
Mohon penjelasan...
Menjadi pengerusi lembaga pengarah ini Insya-Allah... Manjoi, mohon mencelah Manjoi...Lembaga Air Negeri Perak kita akan menjadi lebih baik dan lebih tersusun
Berkaitan sama dengan isu anggota...
Saya akhirkan ucapan saya, Timbalan Speaker, kalau nak bagi laluan, kena tambah masa. Itu saja.
1 minit sila masuk perenggan yang terakhir
Bagi.
Ahli Yang Berhormat sila duduk bagi Manjoi masuk perenggan yang terakhir. 1 minit sahaja. Sila.
Terima kasih YB Timbalan Speaker yang sangat baik hati yang saya dan beliau adalah satu team Bandaraya Ipoh. Maka dengan ini saya memohon agar Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Perak ini tidak diluluskan pada sidang kali ini. Saya juga memohon supaya pindaan dilakukan pada perkara-perkara yang telah Manjoi nyatakan dalam perbahasan kali ini dan saya juga memohon agar diadakan sesi libat urus yang lebih telus. Yang melibatkan semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak supaya kita sama-sama dapat bersetuju yang muktamad berkaitan Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Perak ini. Dengan itu saya akhirkan ucapan saya dengan Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Manjoi. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan, sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia. Salam Malaysia Madani kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan rakan-rakan yang menonton sidang ini secara siaran langsung. Terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas RUU Air Perak 2023 ini. RUU Sumber Air yang dibentangkan pada sidang ini kali ini, bertujuan untuk menubuhkan satu badan kawalselia air yang mempunyai kuasa untuk mengendalikan pelesenan, penguatkuasaan, mengkoordinasi aktiviti dan memantau pembangunan di kawasan tadahan air. Badan ini amat penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat sentiasa dapat menikmati sumber air yang mencukupi, bersih dan selamat tetapi yang paling penting, ia memainkan peranan penting untuk membanteras banjir, mengatasi masalah pencemaran, pemulihan dan peliharaan sumber air.
Timbalan Yang di-Pertua, sumber air merupakan sumber yang penting dan perlu dikawalselia supaya sumber air tidak dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ia boleh berfungsi untuk melindungi dan memulihkan ekosistem yang berkaitan dan mencegah pencemaran air yang boleh menyebabkan kerosakan habitat. Selama ini, Kerajaan Negeri perlu menanggung kos pemulihan yang amat tinggi dan tidak berkesan dalam usaha membanteras pencemaran air sebab kita tidak ada wujudnya punca kuasa yang nyata dan tiada ada badan yang menangani secara keseluruhan. Dengan adanya RUU Sumber Air ini, masalah pencemaran air dah tentu akan berkurangan kerana badan yang ditubuhkan di bawah akta ini akan mempunyai punca kuasa yang jelas untuk menghukum, mengkompaun atau membatalkan lesen pelesanan mereka yang mencemari sumber air. Sumber air merupakan sumber yang berharga dan penting untuk kita. Sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk kegunaan sektor ekonomi. Tetapi, kalau tiada diurus dengan baik, maka ia akan backfire dengan izin dan menjadi mimpi buruk kepada kita di mana kita akan berlakunya banjir, kejadian tanah runtuh, kemusnahan tebing sungai yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau yang paling kita tak ingini, kecederaan atau kehilangan nyawa.
Timbalan Yang di-Pertua, pencemaran yang boleh mengakibatkan banjir kilat berlaku sekiranya sungai-sungai telah tersumbat dengan buangan sisa-sisa sampah dan sebagainya. Rakyat sering dalam ketakutan semasa musim hujan kerana kekerapan banjir kilat yang berlaku kebelakangan ini apabila hujan lebat. Oleh itu, satu badan pengurusan perlu ditubuhkan untuk mencegah pencemaran, memantau dan memastikan kerja-kerja membanteras banjir dijalankan dengan berkesan dan rang undang-undang ini memainkan peranan untuk menghentikan segala aktiviti pencemaran dan kegiatan haram yang akan merosakkan ekosistem sumber air. Tambahan pula dengan perubahan iklim, keadaan cuaca yang menjadi semakin lebih sukar untuk diramal. Ini menyebabkan banjir kilat lebih kerap berlaku sekiranya kerja-kerja membanteras banjir tidak dilakukan dengan baik.
Kami memerlukan RUU ini supaya satu badan dengan kepakaran-kepakaran boleh ditubuhkan untuk memulakan pemantauan kerja-kerja membanteras banjir. Kerja-kerja membanteras banjir ini boleh dijalankan dengan lebih efektif tanpa melibatkan jabatan-jabatan yang berlainan. Penglibatan pelbagai jabatan dalam satu projek biasanya ia akan mengambil masa yang lebih panjang. It's no good dengan izin untuk kerja-kerja membanteras banjir. Sepatutnya kerja-kerja ini kena perlu siap dengan cepat dan efektif. Kerja-kerja membanteras banjir bukannya kerja senang. Keadaan sekarang di mana PBT-PBT melakukan kerja membanteras banjir berasingan ini tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi berpotensi tinggi mewujudkan kawasan banjir kilat yang baru. Oleh itu, kerja-kerja membanteras banjir perlu dilakukan secara menyeluruh dengan pakar-pakar dalam bidang tersebut, maka banjir kilat dapat dikurangkan dengan secara berkesan. Sebagai contoh, salah satu saliran di kawasan saya yang sudah dipenuhi pasir tidak dibersihkan walaupun sudah membuat aduan selama 2 bulan. Saya faham mungkin kekurangan pekerja, kekurangan pakar-pakar atau mungkin kekurangan tenaga kerja, mereka mempunyai kerja-kerja yang perlu diselesaikan dahulu. Maka, kawasan saya ini akan menjadi berisiko tinggi bila musim hujan melanda dan effect dengan izin.
Kawasan saya baru-baru ini, baru berlaku banjir kilat pada awal bulan ini dan mangsa banjir yang akan terseksa akibat kelewatan membersih atau menaiktaraf saliran utama. Jadi dengan adanya RUU Sumber Air ini, saya yakin bahawa kerja-kerja membenteras banjir akan lebih berkesan kerana badan ini akan fokus dalam satu aspek sahaja iaitu dalam bidang sumber air untuk terus membantu mengurangkan kekerapan banjir kilat berlaku dengan lebih berkesan dan saya juga ingin meminta supaya RUU ini dia persetujuan dan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan sebelum apa-apa pelan pengurusan dilaksanakan untuk menjamin kepentingan rakyat supaya rakyat tidak terpinggir pada masa yang sama melindungi sumber air negeri. Maka dengan ini, rakyat tidak perlu takut akan berlakunya salah guna kuasa atau pelaksanaan pelan yang memberatkan rakyat oleh pengarah kerana Pihak Berkuasa Negeri yang akan memberi kata putus akhir untuk apa-apa pelan yang hendak dikuatkasakan.
Timbalan Yang di-Pertua, misi utama kita sekarang adalah untuk mewujudkan satu rang undang-undang yang dapat melindungi sumber air kita, mengelakkan pembaziran, menghentikan kegiatan salah guna sumber air, memulihkan kawasan tadahan air, pemulihan kawasan tadahan air, tadahan hujan. Oleh itu, saya ingin menyeru supaya memberi lebih kelonggaran pelesenan kepada penternak-penternak atau pertanian sara diri supaya tidak membebankan mereka yang terlibat dalam sektor ini. RUU Sumber Air ini mengambil rujukan daripada Lembaga Urus Air Selangor, Enakmen Sumber Air Kedah, Terengganu dan Kelantan juga. Jadi perbandingan telah dibuat sebelum rang undang-undang ini didrafkan. Jadi, sebagai contoh, pertanian sara diri jumlah pengekstrakkan air yang dibenarkan RUU Sumber Air ini adalah tidak melebihi 15,000 liter. Ia sebenarnya 50% lebih daripada Enakmen Sumber Air Kedah lebih-lebih lagi kuasa untuk menentukan jumlah lain yang ada pada tangan pengarah tetapi pada Pihak Berkuasa Negeri. Ini menunjukkan RUU Sumber Air yang dibentangkan ini lebih sempurna dan mesra rakyat serta tidak perlu khawatir sama ada pengarah akan salah guna kuasa atau tidak.
Pasir Pinji mohon mencelah.
Nanti sekejap saya habiskan. RUU sumber air ini membolehkan Kerajaan Negeri menarik pelabur untuk melabur juga. Pelabur akan berasa yakin dengan pengurusan yang sistematik, terlatih dalam isu kawalselia sumber air. Keadaan adil dan saksama dalam pengagihan air serta membanteras banjir dah tentu menjadi markah bonus dengan izin kerana para pelabur dah tentu tak akan melabur di negeri yang sering dilanda dengan banjir atau pencemaran air yang serius. Saya berasa amat terkejut apabila pembahas-pembahas…
Pasir Pinji, boleh mencelah sekejap.
Sekejap, sekejap. sikit lagi.
Bagi tak bagi? Tak bagi duduk. Semua duduk. Pasir Pinji, terus.
Saya berasa amat terkejut apabila beberapa pembahas daripada pihak pembangkang meminta untuk menangguhkan enakmen ini, sedangkan enakmen ini begitu penting untuk mengawal selia sumber air kita. Pihak pembangkang tidak, saya rasa sebelum ini saya nak berterima kasih dan ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan sebab bipartisan untuk semua berbincang sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Jadi saya rasa memang ini Kerajaan Perpaduan memang ikhlas untuk membentangkan RUU yang lebih sempurna tetapi sayangnya, saya rasa pihak pembangkang tidak hadir ke mesyuarat bipartisan ini dan mereka tidak ada ikhlas untuk menjayakan enakmen yang begitu penting untuk rakyat dan saya rasa...
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.
Sikap pembangkang…
40(7), seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli yang lain. Jadi, satu sangkaan telah dibuat oleh YB kepada semua Adun pembangkang di mana dengan penolakan ini satu imej yang tidak baik dan menolak kebaikan yang telah dikemukakan. Saya mohon supaya pihak menarik baliklah sangkaan jahat kepada kami pembangkang. Kalau tidak, jangan wujud pembangkang.
Fakta…
Fakta, itu fakta. Yang saya kata ini, fakta. Memang pembangkang tadi saya rasa semalam ada kata, unsur-unsur ni baik tetapi minta tangguh, minta tolak. Jadi saya rasa, memang pembangkang katakan, ini unsur baikkan? Jadi bila tolak, saya rasa, saya ni fakta. Bukannya apa-apa yang cakap buruk.
Mohon mencelah, Pasir Pinji, saya dah memohon 2 kali. Pasir Pinji mohon mencelah.
Tak. Nanti, nanti. Tak bagi tak bagi. Saya rasa pihak pembangkang tidak patutnya.
: Jadi…
Tak bagi, tak bagi. Duduk, duduk.
Peraturan mesyuarat. Saya minta pihak Speaker ruling bahawa satu sangkaan yang tidak baik kepada pihak pembangkang. Satu bipartisan ini hanya melibatkan 5 orang sahaja dan dia tidak menggambarkan keseluruhan pandangan daripada Adun-Adun pembangkang. Sedangkan Adun pemerintah dipanggil untuk libat urus. Jadi tidak adil untuk mengatakan kata-kata kami semua tidak menyokong, kami semua tidak menyokong. Kami sokong tetapi ada benda-benda perkara yang kami juga tidak setuju di kalangan kami dan tidak bolehlah yang melibatkan diri dalam bipartisan itu membawa suara kami keseluruhan. Jadi saya minta tarik balik kepada kenyataan semua.
Ok, sila Pasir Pinji.
Saya rasa saya tidak akan tarik balik.
Mohon mencelah sikit.
Boleh.
Berkaitan dengan Mesyuarat Bipartisan ini, sebelah rakan pembangkang katanya tak ada peluang untuk Adun-Adun lain untuk hadir mesyuarat untuk menyerahkan apa-apa pandangan. Sedangkan kita ada 5 orang daripada pihak kerajaan dan juga 5 orang daripada pembangkang untuk kita bincang, mengumpulkan pandangan di dua-dua belah dan bawa ke dalam mesyuarat untuk bincang. Walaupun kami Adun Kerajaan, kami juga ada perbincangan di antara kami sendiri sebelum kami hadir mesyuarat. Boleh tanya dengan pegawai-pegawai berapa kerap kami ada dalam mesyuarat itu? Bagi isu yang anggota yang dibangkitkan, anggota yang dilantik dalam Lembaga, saya nak tanya
Yang Berhormat Semanggol, adakah Yang Berhormat bangkikan isu ini semasa menghadiri mesyuarat? Apa pandangan daripada Adun Pasir Pinji atas…
Semua duduk dulu. Sekarang ini adalah waktu Pinji kan. Jadi kita minta Pinji yang. Saya rasa Pinji punya floor. Ok, Pantai Remis.
Ya, dan jadi saya nak ada tak mohon Yang Berhormat Pasir Pinji, adakah Yang Berhormat setuju kalau bipartisan platform ini tidak digunapakai, apakah lagi platform yang kita nak bincang bagi kedua-dua belah untuk kita dapatkan satu persetujuan atas apa-apa isu yang akan berlaku pada masa yang akan datang?
Terima kasih saudari dari Pantai Remis. Saya amat setuju dengan saya rasa bipartisan dengan ada 5 orang wakil, sepatutnya mewakili pihak pembangkang untuk membawa usul-usul ke dalam mesyuarat tetapi tak boleh katakan 5 orang tidak dapat mewakili pembangkang. Jadi saya rasa kalau tidak dapat mewakili, bipartisan lain kali, hantar orang yang boleh mewakili pembangkang untuk berbincang usul-usul.
Pinji saya mohon mencelah.
Kejap-kejap, Manong, Manong.
3 kali Pantai Remis.
Saya dah 3 kali mohon mencelah. Tak adil. Pantai Remis mohon mencelah…
Manong, Pinji, tadi Semanggol ada sebut boleh bagi jalan kepada Semanggol?
Beberapa kali…
Tak bagi, tak bagi.
Ok Semanggol, dia tak bagi. Boleh duduk dulu. Bagi habiskan.
Sudah berapa kali jadi saya kena bagi penjelasan.
Tak bagi, tak bagi. Ini floor saya.
Sebut nama tapi…
Duduk, duduk, semua duduk. Ahli Yang Berhormat, semua duduk. Dia macam ini, saya faham Semanggol. Tapi yang bercakap tadi Pantai Remis, bukan floor dia. Floor ini Pinji, Pinji tak sebut. Jadi biar Pinji yang, kalau Pinji kata tak bagi laluan, dia nak habiskan ucapan dia. Kalau kemudian dia nak bagi laluan, masa itu Semanggol boleh bercakap. Sila Pinji.
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Jadi saya rasa untuk enakmen yang baik untuk rakyat di Perak, saya rasa pihak kerajaan dan pihak pembangkang sepatutnya bekerjasama untuk menjayakan enakmen dan pihak pemangkang bukanlah cuba untuk menangguhkan dia. Jadi, saya rasa kualiti sumber air dan pengawalan serta membenteras banjir ini adalah perlu diluluskan dengan serta-merta supaya kita dapat mewujudkan badan untuk meluluskan hal-hal berkenaan dengan sumber air. Berikutan Negeri Perlis yang telah meluluskan enakmen air bulan lalu, maka Perak…
Pinji, Semanggol minta laluan boleh?
Tak, tak. Negeri yang terakhir di Semenanjung
Saya minta kepada..
Oleh itu, saya berasa RUU ini amat diperlukan untuk menggantikan Akta Air 1920 yang sudah berusia 103 tahun supaya Negeri Perak dapat mewujudkan satu badan pengurusan sumber air yang berstruktur dan dilengkapi dengan punca kuasa. Maka dengan ini Pasir Pinji menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Pasir Pinji. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera. Terima kasih, Dato' Speaker, kerana memberi izin dan peluang kepada saya untuk berlibat dengan perbahasan ini. Yang pertamanya, sebelum saya teruskan tentang RUU ini, saya nak merakamkanlah terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar kerana dah bagi laptop, kemudian bagi kotak makanan cuma special sikit kotak makanan kali ni ada muka MB kat situ walaupun dalam bentuk sketches saya hantar whatsapp kat dia sketches pun handsome kalau live lagi handsome. Jadi tak kisah bubuhlah muka siapa kat kotak pun. Orang membudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. Jadi saya ucap terima kasih.
Alor Pongsu mohon mencelah sikit, Astaka.
Sekejap. Baru bagi salam. Nanti saya bagi.
Memberi pandangan tentang kotak makanan yang ada wajar tetapi letak stiker pembangkang. Apa pandangan Alor Pongsu?
Nanti saya jawab. Badan saya di sini tapi hati saya di Dun Alor Pongsu. Untuk pengetahuan semua, hari ini hari kelima pusat penempatan sementara banjir di kawasan saya di Changkat Lobak. Sedih hati saya. Tambah pula bila datang sini bincang tentang RUU Air, ramai yang sebut tentang banjir dan sebagainya. Bagus juga ada RUU ni. Lepas ni kita bolehlah tuding jari. Ataupun nak tahu siapa yang buat onar. Di Kampung Matang Tengah yang berlaku banjir kali ini bukan fenomena alam bagi sayalah, yang jahil yang tak ada ilmu tentang air ni. Saya pergi-pergi tengok ban pecah, dipecahkan oleh manusia oleh satu badan, JPS lah saya sebut terang-terang. Tapi JPS berniat baik. JPS nak buat pintu air. Tapi orang kata matter of time. Tiba-tiba hujan lebat, lepas itulah punca dia. Inilah banjir yang paling teruk sekali yang Kampung Matang Tengah kena kerana air sungai melimpah masuk jadi siapa yang nak dipersalahkan. JPS niat baik, peruntukan nak hujung tahun kemudian fenomena alam berlaku. Saya jumpa seorang ibu muda baru melahirkan anak umurnya 21 tahun, setiap tahun dia berpindah ke PPS. Saya kata kat dia, bila anak hang umur 21 tahun esok, hang tanya anak hang pula.
Jadi legasi pindah ke PPS ni adakah akan berlarutan? Salah siapa? Salah kita. Saya lebih katakan salah kita. Kita pemimpin. Kita yang bawa, kita yang buat keputusan dan sebagainya. Adakah kesan daripada pengurusan air yang tak betul? Tak kiralah pihak mana pun. PPS ini akan berkekalan sampai bila-bila. Inikah kegemilangan yang kita nak bawa kepada anak-anak muda kita, kepada anak cucu kita. Kita dok cerita tentang ekonomi, tentang macam-macamlah, digital dan sebagainya tapi adakah masalah air ini akan berlarutan. Jika kita pergi ke Cox's Bazaar, iaitu pusat pelarian Rohingya macam mana dia orang berebut air? Menitis air mata kalau kita tengok tapi la ni di Malaysia bukan saja berebut air, beras pun berebut juga betul tak? Beras pun dah mula berebut ni. Apa nak jadi dengan negara kita.
Jadi balik pada RUU air ini suka juga saya nak cerita satu bendalah. Air ni boleh jadi kawan, boleh jadi lawan. Air juga membunuh dan air juga menjadi penyelamat pada kita. Badan kita 70% daripada badan kita memerlukan penyusunan yang datang daripada air. Ingat ya, dalam badan kita darah secair ini semua dikira air tapi RUU tak bolehlah kawal yang dalam badan kita. Saya pernah hadir depan seorang guru silat. Orang-orang lama tahulah. Tuan-tuan tau tak ketul ais bata tu. Dia cairkan depan saya dalam masa 5 saat. Bukan saja cair, mendidih. Mujur ilmu tu tak dapat kat saya. Faham tak? Orang muda faham tak apa dia. 70% badan kita dipenuhi oleh air, guru silat ni dia cairkan depan saya ketul bata tu dalam masa 5 saat dan air tu mendidih. Nampak, air juga boleh membunuh. Jadi yang kita nak bincang hari ni, RUU ni, banyak kaitan dia tentang industri. Saya risau betul tentang industri ni. Kami sebelah ni check and balance. Kami sayangkan Negeri Perak ini. Sorrylah Pasir Pinji ya, kami sayang Negeri Perak. Kami tegur. Kadang-kadang nada tu je, nada tu dia lain sikit. Macam semalam saya sebut dekat YAB Menteri Besar. Saya faham masuk YAB pasal industri tu. Takkan hari ni kahwin, esok beranak. Saya tahu tapi saya bimbang. Nanti orang panggil YAB kita YAB pecah tanah. 2008, 3 helikopter landing di Sungai Gedung, Bagan Serai. Saya hadir. Ladang padi terbesar, termoden, profesor daripada China dah datang. Padi dah dapat 1 hektar 8 tan, kembang dada ni. Pak Lah datang dengan 3 helikopter macam PMX kita ni suka juga pakai helikopter tapi tak tahulah kan, peribadi atau tak peribadi, politik atau tidak. Jadi Pak Lah buat pecah tanah. Sekarang apa jadi di Sungai Gedung? Naik lalang. Berjuta habis kat Sungai Gedung.
Jadi saya tak mahulah pecah tanah ni yang dok berlaku. Jadi saya cadangkan jugalah, celah sikitlah. Kita buatlah satu dashboard pelaburan yang mana dashboard ni kita pamerkan pada umum. Jadi daripada awal YAB kita pecah tanah, apa berlaku? Apa berlaku, apa berlaku. Saya takut naik lalang, itu sahaja. Itu sebab saya tegur YAB semalam. Jadi terima kasihlah. Kita pecahlah tanah banyak-banyak dengan juga Perak dashboard dan bila kita sebut tentang National Industrial Master Plan 2030, melibatkan air. Salah satunya adalah tentang kemampanan dan juga kelestarian awam.
Alor Pongsu, Alor Pongsu. Minta sikit tolong pergi kepada topik itu ya. Tadi Alor Pongsu ada menyentuh tentang industri padi, jadi kita ada bangkitkan bahawa saya nak tanya Alor Pongsu adakah Alor Pongsu setuju dengan rang enakmen ini, sekiranya pesawah dikenakan caj.? Setuju ataupun tidak?
Yang tu pun paling risau. Ok terima kasih Gunong Semanggol, saya jiran dia ya. Ok di Dun Alor Pongsu ni kalau kira air, memang kami dok atas air je. Kami kena puji pun pasal air, kami kena marah pun pasal air. Petani Alor Pongsu menyediakan sekuriti makanan untuk Negeri Perak tapi sekarang petani juga yang sediakan makanan, tak ada makan. Kerajaan Madani, terima kasih naikkan harga padi, naikkan subsidi. Petani satu pun tak complain. Pakat jual padi. Bila jual padi, dia kena beli beras. Beras tempatan mana hilang saya pun tak tahu. Perak adalah negeri ketiga pengeluaran padi terbesar 288 mt tapi mana pergi beras tu? Jadi balik kepada air baliklah. Jadi pada dasarnya saya setuju. Saya amat setuju tentang pengurusan air ini. Saya cukup setuju. Cuma seperti yang kawan-kawanlah. Semalam ramai dah sembang tentang pengurusan air ini, tentang pelantikan ini. Setuju tapi saya juga bersependapat dengan kawan-kawan sebelah sini. Ingat ya, Kerajaan Madani ingat. Saya dulu penyokong GST. Semua orang sokong GST. Pihak belah sana semua tak sokong GST. Apa jadi kat kerajaan Barisan Nasional masa itu? Kerana GST gopoh sangat buat, PRU 14, Barisan Nasional tumbang PRU-14. Jadi hati-hati. RUU Enakmen Air ini menyentuh semua pihak. Jangan kerana RUU ini, kami pindah ke belah sana hampa mai belah ni. Saya risau sajalah kan, saja bagi peringatan. Steady, Kerajaan Madani saya tahu steady. Saya nak puji depan-depan ni. Mana Exco Komunikasi, hilang dah. Exco Komunikasi, saya tabik dia. Orang muda, tapi dia bukan old school. Bila kita dah jadi wakil rakyat, politik ni nombor 8, nombor 9. Dia datang, saya jamu dia nasi lemuni. Datang Bagan Serai, mai makan nasi lemuni. Dia bawa saya tengok 3 tapak pemancar yang baru. Dah nak siap dah. Dia kata apa? Saya pun baru dengar perkataan jendela juwita. Dato' Salbiah, Juwita.
Dato Speaker, Peraturan Masyarakat.
Peraturan Mesyuarat berapa?
Peraturan Masyarakat 40(1), seseorang ahli hendaklah menghadkan pandangannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan sebarang perkara yang tidak berkaitan. Jadi mohon Dato' Yang Di-Pertua untuk membuat rulling. Terima kasih.
Faham faham. Ok. Nak bawa ke mana tu.
Sekarang saya nak bawa ke air. Suka juga saya nak bagi tahu kat Tronoh sebentar tadi Kamunting buat rulling peraturan mesyuarat, Dato' Yang di-Pertua langsung tak minta Pasir Pinji tarik dan sebagainya. Tu sebab saya langgar, baguslah. Saja je sebut bagi you. Terima kasih. Terima kasih kepada Dato' Yang Di-Pertua, buku baru ni cantik, dah senang bawa tapi harap ia berfungsilah.
Kalau nak kacau boleh bagi ruang tak?
You nak celah ke you peraturan mesyuarat ni?
Saya nak tanya soalan.
Boleh silakan.
Tadi pada permulaannya, Alor Pongsu ada kata berkenaan dengan kotak makanan dan sebagainya tapi pada pagi ini ada satu posting bahawa Adun pembangkang di sana menutup dengan stiker wajah beliau, menutup gambar MB. Apa pandangan Yang Berhormat?
Yelah mata manusia ni berbeza-beza. You dah kahwin ke belum? Ok.
Dah duduk tu habislah.
Sebab ada orang suka tengok. Saya daripada subuh lagi saya suka tengok tengok muka MB ni. Manis muka dia. Ada orang tak suka kita tak boleh paksa.
Alor Pongsu, ada bukti ke stiker tutup muka YAB MB tu?
Ada..ada… ada.
Kita sayang YAB MB. Muka YAB MB kita tak tutup.
Tak apa, yang tu tuduh di luarlah.
Ahli Yang Berhormat, tadi
Sebut sekali dengan nama siapa yang buat tu. Minta maaf, berapa minit lagi tinggal.
Nak bangkitkan tentang isu-isu perbahasan ini.
Ok tentang pelantikan saya setuju dengan Manjoi, saya risau sikit, saya faham, saya dah lama dalam politik ni. Bila nak lantik Lembaga Pengarah mestilah geng belah sana. Itu hak. Belah sini yang baru-baru ini kena terima itu hak tapi bila lantik YB-YB yang dah kalah ni saya tengok GLC banyak YB-YB yang kalah ni diberi ruang dan sebagainya. Semak juga latar belakang. Semak juga profesional dia tu. Kita takut nanti dia jadi Lembaga Pengarah Urusan Sumber Air ni, dia pun tak tahu apa pasal air ni. Datang nak ambil elaun, nak ambil kereta je, saya rasa tak kena. Tak kena. Saya rasa tak sesuai. Saya setuju dengan Manjoilah kita pamerkan dulu siapa dia Lembaga Pengarah sebab ini penting tau. Sumber air ni penting. Kalau kita salah letak orang sebagai Lembaga Pengarah yang sekadar datang nak ambil elaun nak dapat kereta dan sebagainya saya kasihan penjawat awam yang ada kat situ. Penjawat awam ni dia profesional, dia colourless, government of the day. Sat lagi Lembaga Pengarah majoriti dia buat keputusan yang merepek sat lagi, kasihan penjawat awam yang ada kat situ ataupun bagi sayalah saya lebih berpendirian bagi ‘balancelah’ kalau 10, 5 pelantikan, 5 penjawat awam yang ada kemahiran tentang air. Baru fair.
Cikgu
Yes, silakan.
Lembaga Pengarah mana cikgu.
Yang ramai ka.
Ya
Saya tengok SADC, depa boh dalam Facebook
Agensi tu dia untung ke dia rugi?
Saya pun tak tahu. Untung kot no.
Kalau untung saya rasa…
Tapi kalau untung pun geng lama kalau baru ni. Geng yang baru ni baru je tempah baju coklat tu. Tak apa. Ok, kemudian saya nak sebut jugalah tentang-tentang apa punca kuasa. Saya rasa penting sumber air ini kita kena ada satu punca kuasa yang ambik tanggungjawab tak kiralah sara diri ke industri ke dan sebagainya. Punca kuasa ini mesti ada sebab dua negeri je tak buat ni, apa jadi ini? Perak dengan Perlis yang tak buat. Kita ni nak jadi apa ni saya pun risau. Dalam GST ya tengok GST hanya Myanmar dengan Malaysia ja tak apply GST, nasib baik sehari dua ni Menteri Ekonomi kita dah mula bercadang-cadang nak jilat baliklah kutkan. Nak jilat baliklah kutkan, dulu dia tak suka GST la dia dah mula suka-suka dan mula jatuh cinta sikit dengan GST. Macam tu juga dengan rang undang-undang sumber air ini, hanya Perlis dengan Perak je tak buat. Kenapa kita selalu ketinggalan ni? Saya rasa kita tak cukup proaktif. Kerajaan dulu ka kerajaan sekarang saya suka sebutlah Kerajaan Perak, Perak Tak Aman, Perak Tak Jaya dulu yang selalu slogan.
Jadi saya minta YAB sekarang, go, kami sokong, yang belah sini sokong RUU Sumber Air ni Ya Allah, bagi saya saya semasa start kereta dalam kepala saya, saya memang suka RUU Sumber Air ini. Cuma pelaksanaannya saya tak mahu ambil orang lainlah, Pantai Remis tadi you sebut saya tak mahu ambil orang lain. Saya datang semalam satu hari saya mintak saya rayu kat Speaker saya nak jadi (gangguan) terkemudian. Blur, walaupun ada bipartisan, 5, 5 dan sebagainya tapi sebagai Adun sebagai kawasan yang banyak terlibat dengan air ni dengan ayaq ni, yang saya kosong terus. Adakah saya kurang membaca? Saya baca banyak juga? Kalau Selangor menjadi referer salah ke kita buat rombongan di Selangor? Dengaq dulu, depa cerita pengalaman "how did" diorang tadbir sumber air di Selangor, kalau Kelantan bagus di Kelantan. Saya rasa Kelantan pun bagus jugak. Sebab saya tengok semalam ramai kawan-kawan YB-YB PAS ni, YB Tebing Tinggi pun keluarkan apa keluarkan hadis keluarkan ayat al-Quran tentang khazanah alam yang Allah turunkan kepada kita. Kami orang Islam. Kami kena "back to the basic" kami kena dapat apa apa walaupun saya tak pandai tentang ilmu agama tapi saya nak la tafsiran yang betul. Ya, jangan sebut atau "on the surface" sahaja. Tapi madani okaylah kan. You all pun ada Ustaz-Ustaz Tertinggi pun ok. Apa yang baru ni Ustaz Howard Lee ya, pun okay juga. Dia boleh tafsir kitab kami, respectlah sikit. Kami pun tak pernah tafsir agama anda. Janganlah anda tafsir kitab agama kami.
Alor Pongsu lama lagi ke? Lama lagi ke, lama lagi ke?
Salah ka, salah ka, okay, last…last…last. Jadi akhir sekali ialah saya mohon maaflah, Pantai Remis tadi nak mencelah ke? Tak mau tak jadi.
Jadi ada tak Yang Berhormat Alor Pongsu akan sokong sepenuhnya. RUU Sumber Air?
Saya "on the surface" saya sokong sepenuhnya, tapi saya tetap bersetuju dengan kawan saya. Rang undang-undang ini perlu diperhalusi tangguh sekejap lagi, kita buat rombongan pergi ke Selangor, dengar dulu macam mana dema urus air diorang
Yang Berhormat mohon mencelah Yang Berhormat.
Tak boleh cukup dengan baca sahaja.
Jadi semalam semalam ada rakan-rakan daripada Yang Berhormat, ok mintak pulak segerakan tapi sekarang Yang Berhormat nak minta pulak tangguhkan. Jadi apakah pendirian? Nampaknya memang keliru di block sana memang nampak macam tak ada whatshap group? Tak ada perbincanganlah, jadi saya rasa ini kena diperbaikilah ya.
Terima kasihlah. Orang muda ya Tronoh ya. Saya dah buktikan pada Pasir Pinji ya.
Minta laluan Alor Pongsu. Minta laluan Alor Pongsu.
Siapa nak mencelah celahlah. Ok ya, last sekali last sekali ya, ada lagi. Ya Pengkalan Baharu ya kawan saya.
Tuan Yang di-Pertua, setuju tak Alor Pongsu kalau saya sebut ini bahawa undang-undang yang kita bentangkan pada hari ini kita cuba untuk minta persetujuan untuk menyokong ataupun dan kita pun sedia tahu bahawa kita ada Pihak Berkuasa Negeri yang telah, yang akan memperhalusi setiap peraturan tersebut. Jadi, kita memberi keyakinan yang penuh kepada pihak berkuasa. Setuju tak?
Terima kasih Pengkalan Baharu, last ya. 2 benda ja. Saya jawap juga Pengkalan Baharu ni kami tak ada Exco sebenarnya saya jawap teruslah kan. Lulus tak lulus dulu. Sebelum kita lulus dan tak lulus, kita kena perhalusi dulu. Macam saya ulang balik tadilah jangan ambil pengajaran pahit yang UMNO Barisan Nasional lalui GST PRU 14 dulu. Sat lagi tumbang masa PRU Pengkalan Baharu. Jangan macam tu. Akhir sekalilah "on my stand" saya suka, saya bersetuju dengan RUU Sumber Air ini dilaksanakan Negeri Perak. Tapi saya rayulah supaya diperhalusi sikit lagi dan ‘last call’ ni saya nak tunaikan hajat jugaklah tak sangkut-paut. Speaker halang pun halanglah saya nak cakap juga. Ada seorang kawan saya, namanya Razali Abu Bakar, SMK Kuala Kurau. AJK UMNO Bahagian satu-satunya ‘office boy’ pelayan pejabat dalam Negeri Perak berkelulusan Master, sekarang tengah buat PHD. Saya mintak Menteri Pendidikan, Exco Pendidikan, Pengarah Pendidikan, carilah jalan tukarlah jawatan dia. Sat lagi dia pecah rekod sat gi ‘office boy’ ada PHD ni kita nak jawab apa. Sorry, saya terkeluar sikit saya kena sebut hajat dia. Jadi saya akhiri ucapan saya ini dengan ucapan terima kasihlah kepada YAB atas banyak benda dah bagi kat kami hargai semua, terima kasih Dato' Speaker kerana beri peluang kepada saya. Sekian, wabilahitaufik wahidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Waalaikummusalam warahmatullah hiwabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya faham, kadang-kadang kita ni kalau dalam kita ada, kita nak guna ‘standing order’ dan dalam perbahasan-perbahasan Yang Berhormat tu kita memang kalau ikut ‘standing order 40’ tu, dia terhadkan kepada perbahasan. Tapi saya "I'm a be linent" kalau dia walaupun kita sumber air, kadang-kadang kita kena cakap pasal sawah padi, pasal pertanian dan dia punya dia punya lingkung ruang tu, tapi jangan lari jauhlah jangan lari jauh dalam daripada perbahasan. ‘This is a’ saya bagi ‘room of activities’ tapi jangan…jangan…jangan lari daripada landasan. Jangan keluar rel itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan dalam 15 minit.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Buntong mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Rapat dan semua pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus lumus memastikan rang undang-undang yang dibentangkan hari ini merupakan rang undang-undang yang komprehensif demi menjaga kepentingan negeri dan rakyat. Buntong juga ingin mengisytiharkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Buntong dijemput menjadi ahli jawatankuasa Bipartisan bagi RUU ini sejak bulan Februari tahun ini yang akan membawa pendapat yang selari dengan pendapat yang saya bawa ke mesyuarat bipartisan. Perak antara negeri terakhir di Semenanjung untuk memperkenalkan undang-undang ini. Perak mempunyai keluasan berjumlah lebih 21 ribu km persegi dan mempunyai 11 lembangan sungai. Daripada 11 lembangan sungai ini, lembangan sungai yang terbesar adalah Sungai Perak dengan keluasan lebih daripada 14,900 kilometer persegi. Ini menunjukkan Negeri Perak memerlukan satu undang-undang yang spesifik bagi pengurusan sumber air mentah.
Dato' Yang di-Pertua semasa sesi perbahasan, semalam. Yang Berhormat Gunong Semanggol ada meminta Enakmen Air Perak mencontohi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 untuk mengecualikan pemakaian lesen kepada pengairan padi seperti yang tertakluk dalam seksyen 25. Saya faham, saya faham niat YB Gunong Semanggol untuk mengutamakan penanam padi dan mengutarakan isu keterjaminan makanan. Namun begitu, saya bertanggungjawab mengutarakan kepada Dewan yang mulia ini bahawa rang undang-undang yang dibentangkan hari ini cukup lengkap dan merangkumi aspek-aspek yang dirisaukan, malah jauh lebih komprehensif dan menyeluruh. Dato' Yang di-Pertua, contohnya seksyen 47(3) Enakmen Sumber Air Perak 2023 memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan orang yang memohon secara bertulis daripada semua atau sebahagian caj bayaran atau sumbangan. Selain daripada itu, seksyen 49(3) juga memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk memberikan pengecualian lesen kepada mana-mana orang atau sebarang aktiviti daripada apa yang kehendak lesen, tetapi kumpulan orang ini masih bertanggungjawab menjaga kebersihan sumber air yang digunakan. Bukankah seksyen-seksyen ini lebih luas dan memberikan dengan izin flexibility. Dengan Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Lembaga untuk mentadbir dan mengurus sumber air. Seksyen-seksyen ini cukup luas namun menyeluruh bagi melindungi mana-mana industry, mana-mana industri saya ulang yang memerlukan bantuan termasuk penanam padi. Jadi apa masalahnya di sini saya pun tak faham. Oleh itu, YB Sungai Rapat telah memastikan…
Buntong.
Kemampanan undang-undang ini. Saya habis sedikit lagi saya bagi dalam masa 2-3 minit. Oleh itu, YB Sungai Rapat telah memastikan kemampanan undang-undang ini dan kebolehpakaiannya supaya dapat melindungi pelbagai pemegang taruh termasuklah industri padi di Perak. Sebagai ahli jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan oleh YB Sungai Rapat, saya juga ingin mengutarakan kepada Dewan ini bahawa YB Gunong Semanggol juga salah seorang ahli jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan semenjak bulan Februari tahun ini bersama dengan 4 lagi YB daripada barisan pembangkang. Apa yang hairan adalah YB Gunong Semanggol mempunyai peluang dalam masa 7 bulan ini untuk membawa cadangan seksyen 25 Enakmen Sumber Air Kedah untuk mengecualikan penanam padi tetapi tidak pernah sekali pun YB Gunong Semanggol menggunakan platform tersebut. Padahal Enakmen Air Kedah sudah lama wujud sejak tahun 2008. You had 7 months dengan izin Dato' Yang di-Pertua.
Gunong Semanggol tidak buat kerja la ini.
Gunung Semanggol diulang berkali Buntong laluan sedikit.
Sekejap boleh bagi laluan.
Boleh bagi.
Buntong boleh bagi laluan.
Sekejap lagi. Sekejap lagi. Saya habiskan sekejap lagi. Sekejap lagi. Semalam sudah lama dah YB. Dah lama dah berbahas.
Semanggol sekejap.
Sedikit saja. Tidak ok. Boleh la.
Ya. Duduk lah dahulu. Sabar. Boleh bincang. Sebut nama Semanggol banyak lagi tidak adil kalau tidak diberi peluang kepada Semanggol.
Iya iya saya bagi.
Sekejap sekejap sekejap.
Ini dia so, saya minta Yang di-Pertua.
Betul betul tetapi tetapi is her floor dia punya floor.
Ok saya mintalah ini.
Dia kata sekejap lagi dia bagi sekejap lah.
Tidak adil kalau keadaan itu tidak adil dituduh. Floor mesti kena tahu.
Sabar YB.
Duduk duduk duduk dahulu duduk dahulu. Nanti dia bagi. Duduk.
Eh sabar lah saya bercakap dengan tuan punya floor. You duduk you duduk.
Ok saya boleh duduk kalau ketua pembangkang duduk saya boleh duduk saya boleh duduk saya tiada masalah.
Tronoh duduk. Tronoh you speaker ke apa? Tronoh duduk.
Ok saya rasa kagumlah hari ini tengok apa YB Adun-Adun di sebelah sana. Kalau dahulu apa juga yang dibentang oleh kerajaan semua sekali dia bangkang termasuk RUU air ini. Tapi hari ini sudah berlaku perubahan yang paling besar. Apa sahaja nak sokong.
YB ini lantai saya. This is my floor.
Ok ini tengok ini saya hendak bagi jawapan ok hendak bagi saya hendak bagi inilah.
Sekejap sekejap Semanggol. Tidak boleh tidak boleh Semanggol nanti sekejap. Dia floor dia, dia tidak benarkan.
Saya mintalah. Saya mintalah itu saya cakap.
Tidak dia kata nanti dia bagilah.
Banyak kali dia cakap Semanggol Semanggol Semanggol termasuk dengan apa pasal YB tadi.
YB sabarlah. YB ada 7 bulan untuk untuk mencadangkan apa yang dicadangkan semalam 7 bulan. Namun, hari ini masa saat ini masih tidak hendak bagi saya berucap pula. Macam mana ini YB.
Semanggol.
Tidak adil ini tidak adil.
Dia punya floor.
Bila sebut nama saya, saya tak boleh bela ini tidak adil.
Tidak itu dia punya floor.
Ini saya hendak tanya.
Bukan lama pun.
Semanggol…Semanggol…
Sabar…sabar…
Ok minta benar atau tidak. Benar ke tidak tanya dahulu. Benar ke tidak.
Dia tidak benarkan itu. Jadi kena duduklah.
Maaf saya ucap lagi terima kasih kepada ADUN sebelah sana dia kata sudah sokonglah semualah apa yang tidak betul pun DNAA pun sokonglah.
Oh, tidak berkaitan itu YB. Kita bawa perbincangan kita kepada RUUSA hari ini. Jika memang ada, so, saya nak utarakan perkara ini sebab jawatankuasa bipartisan adalah salah satu model ataupun platform yang sah untuk kita membawa atau memperkenalkan apa-apa undang-undang kepada negeri kita. Salah satu cara untuk memperkenalkan undang-undang baru adalah bipartisan komiti dan barisan pembangkang telahpun diberikan peluang selama 7 bulan melalui 5 orang ahli pembangkang di manakah ahli-ahli pembangkang ini selama 7 bulan. Satu mesyuarat pun cadangan ini tak dibawa utama. Saya tahu sebab saya hadir.
Sebab. Bagilah berpeluang.
Kantoi kantoi.
Sebab itu kita hendak minta bagi peluang bipartisan bukan untuk mengiktiraf ataupun membenarkan agar inilah floor untuk kita berbahas semula.
Saya tidak bagi peluang YB. YB ada 7 bulan untuk mengutarakan cadangan ini. Tetapi YB tidak hadir mesyuarat semua mesyuarat hadir pun 1-2 sahaja.
Kalau tidak boleh bincang di sini. Bipartisan bukan keputusan.
Kedah dan ada enakmen sejak 2008.
Keputusan kita dibuat dalam ini bukannya bipartisan. Bipartisan tidak mengikat apa juga libat urus ke bipartisan ke tidak mengikat.
Tidak hadir ahli baru pun.
Kalau macam itu membantahlah 7 bulan yang lalu, mintalah Sungai Rapat mengadakan sesi libat urus dengan semua orang. Masa itu tidak buat.
Betul. Ya.
Antara pemerintah yang bermesyuarat pun kenapa berlainan, pandangan berbeza dikalangan parti pemerintah pun.
Tidak apa pemimpin tidak hadir mesyuarat itu tidak apa.
Ahli pembangkang boleh buat press conferens mengatakan Seksyen 25. Tapi saya tidak ada peluang untuk membahas hari ini. Takkanlah macam itu YB.
Part untuk tutup mulut. Bukan tempat buat keputusan. Tidak perlu diungkit cerita itu.
Tidak payah sidang DUN Bipartisan sahaja putus. Sidang DUN tidak payah. Begitukah?
Apabila ada peluang, rebutlah peluang selama 7 bulan. Takkanlah tidak ada Whatsapp Group sebelah sana.
Sekarang ini peluang pembangkang dekat sini mereka cakap lah.
Point saya adalah jika memang ada niat baik selama ini untuk mengutarakan hak-hak penanam padi, maka sudah lama isu ini dibawa ke perhatian YB Sungai Rapat melalui jawatankuasa bipartisan untuk rang undang-undang ini. Yang Berhormat Manong semalam juga telah membangkitkan bahawa rang undang-undang ini tidak menamakan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai salah satu anggota lembaga. Sama juga seperti isu yang dibangkitkan oleh YB Manjoi sebentar tadi. Sukacita saya ingin mengambil peluang ini untuk membahas bahawa secara teknikal undang-undang ini boleh melibatkan JPS. Malah, bukan sahaja JPS mana-mana agensi kerajaan lain pun boleh dilibatkan. Seksyen 6(1) jelas menunjukkan bahawa keanggotaan Lembaga memberi ruang kepada penglibatan JPS terutama di bawah seksyen 6(1)(d). Dengan ini Buntong menyokong penuh Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2023.
Buntong tadi kata hendak bagi laluan kepada saya.
Kerana Buntong percaya bahawa Rang Undang-Undang ini menyeluruh dan merangkumi kepentingan semua pemegang taruh yang berkaitan. Terima kasih.
Buntong mohon mencelah. Baik terima kasih Buntong
Ok Selama.
Buntong berulang kali menyebut bukan saja Buntong, beberapa Adun yang lain menyebut tidak ada masalah kalau hendak beri pengecualian itu boleh mohon kepada Lembaga dan juga pengarah ataupun TBN untuk dikecualikan tetapi enakmen ini dikekalkan iaitu tidak menyebut pengecualian kepada pesawah. Bagi kami, dia bahaya begitu. Saya hendak tunjuk contohlah contoh, contohnya mesej yang keluar hari ini. Untuk makluman Adun dan wakil Adun, pihak Yayasan Perak telah menerima arahan daripada pihak atasan untuk menangguhkan kotak makanan bagi kawasan Dun bukan kerajaan.
Apa kaitan kotak makanan dengan RUUSA YB. Apa kaitan kotak makanan dengan RUUSA? Can we stick to the argument? Can we stick to the argument?
Ertinya ertinya contoh.
Itu contoh dengar dulu contoh.
Itu contoh nak bagi contoh.
Selama ini kami dapat kotak Yayasan Perak tiba tiba bulan 10 tidak diberikan. Itu kuasa kepada Yayasan Perak. Dia boleh kami pun diberi tidak diberi. Dengarlah contoh tidak habis lagi. Saya hendak bagi contoh.
Boleh kita kekalkan perbincangan hari ini kepada RUUSA. Bahaslah RUUSA. Jangan cakap tentang makanan. Jangan berbincang tentang kotak makanan YB. Yayasan Perak tidak berkaitan dengan RUUSA. Contoh berkaitlah. Beri contoh berkaitan dengan RUUSA. Jangan bagi contoh lain.
Tidak berkaitan dengan topik. Selama duduk dahulu. Sekejap lagi Buntong habis masa dia.
Ya berkaitan kalau semua kepada lembaga dan semua kepada PBN dan semua kepada pengarah. Contohnya Yayasan Perak pun boleh sekat kotak makanan kami untuk bulan 10. Macam mana pula dengan benda-benda yang lebih besar lagi untuk sekuriti makanan ini.
Tidak berkaitlah YB tidak berkait. Tidak berkait tidak berkait langsung tidak berkait langsung.
Ok Selama point taken. Ok Buntong.
Kotak makanan letak gambar sendiri pula.
Berlaku depan mata Yayasan Perak telahpun sekat kotak makanan kami untuk bulan 10.
Tidak berkaitan YB.
Bukan untuk kami makan. Tapi untuk rakyat sedang menderita hari ini.
Tidak kaitan tidak berkaitan.
Ok point taken. Buntong sila masa hendak habis ini.
Saya bangkitkan isu rakyat ini. Tidak ada saya hendak bangkitkan tentang bipartisan ke apa ke.
Semua pun isu rakyat YB. Semua pun isu rakyat. So kita bincangkan hari ini RUSA.
Ok Buntong. Habiskan.
Itu sahaja Dato' Yang di-Pertua saya sudah habis.
Jawab soalan saya dahulu.
Yang berkaitan keutamakan. Bukan di bawah juridisi saya. Yang saya nak jawab pasal RUUSA, saya tanya pasal RUUSA, saya jawablah.
Ok terima kasih. Pertama, dah habis dah. Terima kasih Yang Berhormat daripada Buntong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtu. Terima kasih kepada Yang di-Pertua Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Exco Sungai Rapat yang telah membentangkan RUU Sumber Air, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, seluruh ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah daripada agensi dan sidang hadirin yang saya hormati sama ada di dalam Dewan atau pun yang ikuti sidang ini secara atas talian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekali lagi Salam Sejahtera kepada seluruh para hadirin-hadirat. Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi laluan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 pada hari ini. Ya kita tahu dalam Sidang dalam Dewan ni kita ada 59 Adun. Tidak tolak daripada Exco kita ada tinggal lagi lebih kurang 49. Bukan semua orang yang dapat membahaskan RUU ini. Jadi bagilah peluang kepada semua Adun-Adun yang ada untuk membincangkan, untuk memberikan pandangan, untuk meluahkan perasaan masing-masing sebab kita datang daripada geografi yang berbeza.
Datang daripada kawasan yang berbeza. Kalau Bota memanglah. Bota ni dia terkenal. Dia memang kawasan ayor ye. Kalau kata sumber tu sumber air, RUU Sumber Ayor kalau kata orang Bota. Kalau orang tadi Alor Pongsu kata RUU Sumber Ayaq. Jadi saya daripada Bota inginlah membawa sidang hadirin sekalian melihat kepada Surah Firman Allah s.w.t daripada surah Al Furqan Ayat 48 hingga 49 yang bermaksud "Dan Dia lah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, sebelum kedatangan rahmatNya yakni hujan dan Kami turunkan dari langit air yang sangat bersih, agar dengan air itu kami menghidupkan negeri yang mati, yakni tandus dan Kami memberi minum kepada sebahagian apa yang telah kami ciptakan yang berupa haiwan-haiwan ternak dan manusia yang banyak. Alhamdulillah. Begitulah rahmat Allah Subhanahuwa Ta'ala telah mengurniakan kita air, maka kita sebagai manusia apatah lagi kita sebagai pemimpin yang ada dalam negeri Perak ini kita mestilah membuat satu keputusan yang sangat wajar untuk memastikan sumber air daripada Allah Subhanahuwa Ta'ala ini kita pelihara dan jaga sebaik mungkin demi kemaslahatan makhluk yang ada di muka bumi ini.
Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian. Air merupakan anugerah Allah kepada semua makhluk dan merupakan sumber yang sangat penting untuk dijaga sebaik mungkin. Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian, ya kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai aspek kehidupan, termasuklah dari segi sektor untuk melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi seperti pertanian, tadi telah banyak disebutkan oleh wakil-wakil rakyat yang lain dan juga terlibat dalam perindustrian, perikanan dan perjanaan sumber tenaga elektrik dan sebagainya.
Dato' Speaker dan sidang Dewan sekalian, Bota ingin merujuk kepada RUU Sumber Air Seksyen 45 (B) bagi maksud kegunaan isi rumah. Sesuailah Bota sebagai seorang wanita, sangat concern tentang masalah rumah tangga. Jumlah yang diekstrak dalam satu hari hendaklah tidak melebihi 2,500 liter setiap seorang atau suatu jumlah lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa. Bota ingin penjelasan apakah justifikasi yang akan menentukan kadar bagi jumlah lain itu? Apakah prinsip yang diutamakan dalam penentuan kadar tersebut? Saya berharap subseksyen ini akan diteliti semula supaya pelaksanaannya lebih tuntas. Atau pun lebih mudah kalau kita katakan jumlah lain yang ditentukan oleh pihak negeri itu ditiadakan bagi memastikan tiada eksplotasi atau salah guna kuasa dalam menentukan kadar tersebut.
Dalam pada itu, bagi tujuan kegunaan isi rumah sewajarnya tidak dihadkan kerana air adalah keperluan bagi rakyat dan saya semalam saya dengar juga lah perbahasan daripada Tebing Tinggi ada sekali lalu menyebut tentang masalah di negeri Perak ni kita masih lagi dapat kawasan-kawasan pedalaman khasnya perkampungan orang asli. Di Bota pun ada juga perkampungan orang asli tapi perkampungan orang asli di Bota saya rasa tak ada masalah sebab mereka mendapat sumber air bersih daripada LAP tetapi saya sangat concern tentang kawasan-kawasan perkampungan orang asli yang berada di kawasan Gerik, di kawasan Pengkalan Hulu malah di Tapah, di kawasan Slim River masih banyak lagi perkampungan orang asli yang menggunakan sumber air bukan daripada Lembaga Air Perak. Bukan itu sahaja, ada juga perkampungan orang kita orang Melayu kita yang berada di kawasan Gerik yang tidak mendapat bekalan air bersih. Jadi saya sangat concern perkara ini. Jadi sewajarnya perkara seksyen 45(B) ini perlulah diperhalusi lagi supaya dapat memberikan kemudahan dan tidak memberi tekanan kepada rakyat kita yang berada di pedalaman.
Keduanya, Bota ingin menyentuh mengenai kadar caj yang akan ditentukan. Bagi kawasan Perak Tengah, terdapat aktiviti ternakan ikan sangkar di sekitar Sungai Perak yang menjadi sumber pendapatan penduduk. Di situ berlakunya penggunaan sumber air lalu dan juga perlepasan sisa hasil aktiviti ternakan tersebut. Besarlah harapan Bota agar tiada caj yang dikenakan kepada pengusaha tersebut memandangkan aktiviti penternakan ikan sangkar adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan. Penternakan kecil-kecilan ini adalah untuk pasaran tempatan, untuk jual di pasar tani, jual di pasar malam ya. Namun demikian, apa yang penting, satu usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilakukan bagi mendidik para penternak ikan khususnya ikan air tawar atau pun di kawasan Perak Tengah contohnya untuk menggunakan sumber makanan ikan yang mesra alam sekitar agar sumber air yang digunakan tidak tercemar akibat daripada penggunaan sumber makanan yang in-organik.
Sidang Dewan sekalian, kita akui bahawa sumber alam yang digunakan mestilah mengambil kira kemampanan ekosistem alam. Justeru dalam usaha memastikan pengurusan sumber air bersepadu, keseimbangan alam mesti dititikberatkan. Bota suka juga menarik perhatian sidang Dewan sekalian berkaitan aktiviti perlombongan pasir sungai yang sedia ada di sepanjang Sungai Perak. Aktiviti ini sudah pastinya melibatkan sumber air iaitu sungai. Walaupun saya tahu, kita semua tahu aktiviti perlombongan air sungai ini sebenarnya perlombongan pasir sungai memang telah memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri. Namun hasil kajian, penerokaan secara berleluasa dan tanpa kawalan yang berkesan dilihat menyumbang kepada kemerosotan kualiti air di hilir sungai. Kerosakan persekitaran sungai termasuk mengundang bencana kepada penduduk sekitar dan komponen-komponen alam sekitar yang lain. Bagaimana yang saya katakan tadi sebagaimana yang dikatakan oleh kawan-kawan saya juga ya, RUU Sumber Air ini memang sangat penting, sangat wajar untuk kita laksanakan. Kerana saya kata begitu memang dia ada positifnya ada negatifnya ada pro and cons. Jadi why not kenapa tidak ya pada hari ini bagilah peluang kepada kami untuk menyatakan pandangan supaya di ambil kiralah pandangan ni walau pun kecil daripada kami ya. Sebab walau pun tadi ada ya sahabat-sahabat daripada belah penyokong kerajaan mengatakan dah ada dah town hall dah ada dah jawatankuasa bipartisan, sesi libat urus, sesi dialog tapi sebenarnya mesyuarat sidang Dewan pada hari ini sebenarnya lah yang boleh membuat keputusan ya sama ada sebarang undang-undang yang nak dikuatkuasakan itu diluluskan atau tidak. Jadi bagilah peluang dengar dulu daripada kami semua ni.
YB, YB.
Ok seterusnya. Tambahan tadi saya menyokonglah..
Bota, Bercham nak mintak mencelah, boleh? Bercham nanti dulu duduk dulu.
Bagi peluang saya bercakap,
Changkat Jering.
Bukan selalu orang Bota nak bercakap. Tambah lagi wanita. Justeru dengan wujudnya RUU Sumber Air ini dilihat dapat mengawal aktiviti, ini juga mengurangkan kegusaran penduduk sekitar yang terkesan daripada aktiviti perlombongan pasir. Apa yang penting dalam soal ini ialah dari sudut penguatkuasaannya kelak. Tadi dalam RUU paling banyak menyatakan tentang penguatkuasaan. Saya bimbang ya, jangan pula disebabkan keuntungan yang diperolehi, kita menutup mata terhadap kerosakan-kerosakan akibat aktiviti perlombongan luar kawalan. Saya sentuh ini sebab dekat kawasan saya Bota banyak sekali kerosakan berlaku di tebing Sungai Perak ya. Jabatan Parit Saliran Air pening kepala nak apa, nak baiki tebing-tebing sungai. Banyak aduan daripada penduduk. Jadi, sidang Dewan sekalian, saya tidak ada akan mengambil masa yang panjang. Akhirnya saya nak ingatkan..
Changkat Jering.
Saya nak ingatkan diri saya sendiri dan hadirin sekalian bahawa Allah subhanahu wata'ala yang menurunkan air dan mengumpulkannya di bumi. Allah Subhanahuwata'ala juga berkuasa untuk menghilangkannya juga.
Changkat Jering.
Saya bagi laluan kepada Changkat Jering, silakan.
saya tak bagi? Dah nak landing dah.
Terima kasih Bota. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua seterusnya tuan-tuan puan-puan yang dirahmati sekalian. Saya tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Bota tadi berkenaan dengan kegunaan air, punca persendirian. Jadi dalam artikel ini kita tengok penggunaan dalam mengikut RUU yang akan di bentang, yang dibentangkan ini, bermakna semua terutama orang-orang kampung yang menggunakan air bukit. Kalau ikut dalam RUU ini, air bukit yang digunakan pun akan dikenakan lesen. Di tempat saya ini cuma di Changkat Jering, banyak kampung-kampung yang menggunakan air bukit. Kampung Sendok, Kampung Pauh, Kampung Bukit Gantang, Kampung Cheh, banyak lagi kampung-kampung yang menggunakan air bukit sebagai sumber untuk mereka menggunakannya. Apa yang hendak dijelaskan di sini, air bukit ini mereka buat tadahan sendiri sebenarnya. Paip pun depa buat sendiri tarik ke rumah mereka. Hanya depa bayar lebih kurang RM3 sahaja sebulan untuk maintanance.
YB, YB, tak boleh berbahas pula dalam berbahas. Dia mencelah itu, dia...
Bagi saya la, Bota, Bota.
Ha minta itu.
Jadi itulah mungkin Bota setuju dengan saya. Siapa yang menggunakan air bukit yang free ini dikecualikan daripada lesen dan yang keduanya mungkin saya minta, mungkin Bota pun bersetuju dengan saya berkenaan dengan penggunaan air sawah. Untuk makluman, saya nak jelaskan, sebab ini adalah satu, kawan-kawan saya yang berada di Bagan Serai. Saya pun adik-adik ramai sana. Dia telefon minta YB jelaskan apa yang dikatakan air sawah yang kena lesen itu. Makluman tuan-tuan, yang pesawah ini paling kurang dia guna 1 hektar. Keluasan tanah bendang 1 hektar. Tuan-tuan satu hektar ini kadang-kadang orang kampung dia tak faham apa dia luas macam mana.
Ok.
Lebih kurang 2.47, 2.47 ekar. Kalau letak ekar dia orang faham.
Ok Changkat Jering.
Ok, saya setuju untuk masukkan.
10,000 meter persegi keluasan dia. Jadi air bendang itu paling-paling kurang
Ini tak ada break ke ini Changkat Jering, tak ada break.
ia digunakan dalam 3 juta liter penggunaan dia. Jadi tuan-tuan bayangkan kalau dikenakan caj. Cuma saya nak tekankan di sini kita sebagai orang Islam terutama petani-petani, kita ada cukai tuan-tuan, zakat, dinamakan zakat tanaman. Kita kena ingat.
Changkat Jering, ok.
Kita ada 7.5% dan juga ada dua kategori dan 5% daripada itu adalah diwajibkan untuk membayar zakat. Makna, kalau kena lagi lesen, seolah dua kali petani akan kena.
Ok, faham
Kita faham, dan kita ambil point itu.
Ok Bota.
Mungkin Bercham satu minit Bercham saya bagi laluan.
Tak, tak apa, tak payah
Bercham, boleh?
Bercham boleh?
Tak mau, tak mau laluan? Tak jadi cakap?
Apa itu?
Tak jadi ke?
Bercham ok? Beri laluan Bercham.
Ok, ok.
Ok Bercham.
Satu minit sahaja.
Ok, ok. 30 saat. Ok terima kasih atas sebab keizinan daripada Bota. Setahu saya, Yang Berhormat ada sebut bipartisan itu bukan satu pentas untuk yang sesuai. Sebaliknya, Dewan yang sidang kali ini adalah pentas floor yang sesuai. Tetapi jangan kita, sebab ada ada berapa ya, Pantai Remis, 4 kan, 5? Empat kali sesi untuk libat urus tentang jawatankuasa bipartisan tersebut yang melibatkan kakitangan kerajaan dan juga melibatkan 5 orang, sebab pembangkang pun ada ahli juga termasuk Gunung Semanggol, Selama
Ok, saya faham Bercham
Banyak, jangan pertikaikan itu fungsinya sebab 7 bulan ini Kalau seorang wanita yang hamil, tujuh bulan sudah boleh lahir anak. Masa yang panjang itu, jangan sia-siakan. Kenapa masa itu tak ambil kesempatan? Sidang media pun boleh juga...
Tak apa, tak apa. Ok Bercham. Saya faham
Ok Bercham, terima kasih.
Saya faham.
Ok Bota, landing.
Ok, saya faham dan cuma saya nak tegaskan bahawa Dewan Negeri ini adalah tempat kita untuk bersuara. Wakil rakyat ini datang daripada pelbagai kawasan. Kawasan di Kenering berbeza dengan kawasan di Bota, kawasan Bagan Datuk, Rungkup berbeza dengan kawasan di Changkat Lobak. Beza dengan Manjoi, jauh sekali beza Manjoi dengan Bota walaupun pada 45 km. Fasanya berbeza. Ok, kita balik-balik sebagai akhirnya Bota ingin berpesan kepada semua kita. Kita semua adalah makhluk Allah Subhanahuwata'ala. Air diberikan oleh Allah dan Allah juga berhak dan boleh untuk menghilangkannya daripada muka bumi ini, dan kerana itu ada kawasan-kawasan di bumi ini menjadi gersang tanpa air. Semuanya atas kuasa Allah Subhanahu wata'ala. Ini disebabkan waktu itu baru kita ingat bila dah tak ada air, buat kita rasa, kita rasa teringat kepada Allah dan kita mestilah merasai, atau mensyukuri segala nikmat air yang Allah berikan kepada kita. Sumber bumi ini, jangan kita salah gunakan. Saya juga ingin mengingatkan kita tidak memberikan kuasa kepada bukan yang yang ada. Jadi kita adalah kita semua bertanggungjawab atas RUU Sumber Air yang akan diluluskan nanti. Peringatan kepada kita semua lah sebab nanti kita ditanya oleh rakyat kita. Kalau tanya dekat rakyat tak apa lagi, di akhirat nanti kita juga yang akan tanya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tuan Yang di-Pertua dan sidang Dewan sekalian,
Cari Lokan Di Teluk Balak, Pisang Nangka Dibuat Pengat, Tolak Bukan Sebarang Tolak, Tolak Kita Demi Hak Rakyat.
Tanjung Keramat Pulau Besar, Burung Tekukur Di Tanjung Buaya, Sumber Air Nikmat Yang Besar, Wajib Bersyukur Dimanfaatkan Sebaiknya.
Jadi dengan ini saya selaku Adun Bota memohon Rang Undang-Undang Sumber Air Perak (2003) ditangguhkan atas beberapa kelompongan dan kekurangan yang perlu ditambah baik bagi memastikan RUU Sumber Air ini dapat dilaksanakan pada tahap paling baik kelak. Insya Allah. Sekian la dulu, Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh terima kasih Yang Berhormat daripada Bota. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan, 15 minit dipersilakan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera, Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada rakan rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media dan juga orang awam yang menonton di atas talian pada tengah hari ini. Dato' Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Sumber Air (2023) telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Exco Sungai Rapat pada persidangan Dewan kali ini untuk dibahas dan diluluskan supaya kita mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri Perak melalui penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak. Selama ini, pengurusan sumber air di negeri Perak adalah mengguna pakai Akta Air 1920 (Akta 418). Akta Air 1920 ini telah berusia 103 tahun dan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai daerah dengan kaedah yang berlainan serta jumlah caj yang tidak selaras. Oleh itu, penguatkuasaan atas penggunaan sumber air ini telah menimbul pelbagai masalah. Setelah Rang Undang-Undang Sumber Air (2022) ditangguhkan pada tahun lepas, sebuah jawatankuasa bipartisan terdiri daripada 5 orang wakil Adun kerajaan dan 5 orang Adun pembangkang telah ditubuhkan pada awal tahun ini termasuk ketua pembangkang sendiri, termasuk Adun Yang Berhormat Selama, Kuala Sepetang, Kubu Gajah, Changkat Jong, 5 orang tak. Jadi pada 17 Februari, kami dah mula mesyuarat dan 4 kali mesyuarat telah diadakan sebelum RUU ini dibentangkan pada hari ini.
Pada mesyuarat pertama tersebut memang Adun kerajaan dan Adun Pembangkang telah membangkitkan kerisauan terhadap RUU Sumber Air 2023 ini seperti yang dibahaskan sejak semalam tentang pertanian sara diri, penternak udang, penternak ikan, pesawah padi, pekebun kecil dan sebagainya yang akan dikenakan caj di bawah enakmen ini dan akhirnya meningkatkan beban terhadap mereka. Kita kongsikan pandangan yang sama kerana kita faham situasi di luar sana tetapi kita juga faham kekangan pihak Kerajaan Negeri apabila ingin mengawal selia, memantau penggunaan sumber air ini dengan cara yang lebih bersesuaian. Jadi jawatankuasa bipartisan ini sangat penting. Semasa kami di sebelah pembangkang, kami dah mohon minta tubuhkan satu jawatankuasa bipartisan supaya kita boleh bincang lebih perhalusi. Ya, dan saya tanya dan ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan sekarang. Telah kita tubuhkan walaupun kita sudah tukar ke pihak kerajaan. Kami masih tubuhkan jawatankuasa bipartisan kerana kami faham apa kekangan di antara pembangkang apabila kita nak bincang sesuatu isu. Jadi itulah platform yang terbaik. Saya nak tanya kalau saya tidak sebut tadi, adakah semua Adun pembangkang di sana tahukah siapa 5 orang anggota wakil ini. Tahu? Jadi mengapa tidak bagikan pandangan, cadangan kepada mereka kerana jawatankuasa bi-partisan ini…..
Manjoi.
…bukan sewenang-wenang ditubuhkan oleh YB Exco. Dia sebagai extention oleh Dewan. Dia jalankan tugas yang sama. Mengapa tidak gunapakai dengan platform ini?
Pantai Remis. Pantai Remis. Bagi laluan.
Bagi saya habiskan dulu.
YB sendiri ingat saya bercakap tentang pertanian.
Tadi saya…
Bercakap tentang pertanian. Tentang kebimbangan saya. Tiba-tiba ada disebutkan ada had yang tertentu. Saya minta supaya pertanian tidak masuk dalam apa yang disebutkan dalam jawatankuasa tersebut.
Faham.
Tapi bila tidak dimasukkan juga, jadi apa salahnya kita bercakap dalam ni pulak. Betul?
Tapi kami tidak kata sekarang yang kata ada salah, kita cuma kata selalunya semua Adun-Adun pembangkang kata tak ada platform, tak ada platform, tetapi ini platform yang terbaik. Kenapa tidak gunakan?
Pantai Remis, Pantai Remis. Saya mohon mencelah.
Manjoi, Manjoi.
YB pun ingat saya bercakap tentang tadahan air hujan.
Saya faham.
Rainwater Harvesting. Dengan izin.
Ya. Harvesting itu tidak dikenakan.
Ya. Tidak dikenakan Rainwater Harvesting.
Tidak dikenakan.
Antaranya disebut tentang itu. Lepas tu tentang pertanian yang berkaitan dengan fungsi...
Saya faham.
Ok, ok. Xpe.
Pandangan banyak…
Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi Pantai Remis untuk teruskan perbahasan.
Tak. Kalau nak bincang apa yang dibincangkan dalam bipartisan, saya bersedia untuk kemukakan balik apa yang saya cakap, apa yang YB-YB lain bercakap. Tapi tak selesailah sebab ini adalah platform yang paling sebenar untuk kita bincang bersama.
Ya.
Pantai Remis.
Jangan halang untuk semak dan embang. Semak dan imbang itu sendiri.
Ok.
Pantai Remis, mohon Manjoi sikit.
Saya rasa tak payah sebut dah tentang bipartisan itu. Kita bincang kepada perkara yang perlu kita bincangkan pada hari ini.
Kenapa tidak bincang dengan jawatankuasa bi-partisan.
Pantai Remis, Manjoi minta laluan sikit. Tadi…
Sudahlah. Tadi saya sudah kata. Saya tidak kata…
Tadi Manjoi dah bagi Pantai Remis…
Saya tidak kata you tak bangkitkan. Kita bangkitkan isu yang sama. Kita bimbang tentang isu-isu petani, isu-isu dengan pesawah padi. Kita faham tetapi jangan lah selalu kata tak ada platform. Bipartisan ini mengapa tidak utarakan seperti yang katakan pelantikan anggota sama ada saya nak tanya juga Yang Berhormat Selama dengan Semanggol, semasa jadi Exco Kerajaan pada tahun lepas, anda sokong sepenuhnya dengan RUU ini. Kenapa sekarang duduk di sana terus kata kita tangguhkan dulu. Mengapa.
Hipokrit, hipokrit.
Kami kat sana, kami bantah kerana kami mohon untuk ada bipartisan untuk perbincangan seterusnya….
Duduk YB Selama, duduk.
…dan mengapa tahun lepas Yang Berhormat boleh sokong semua yang ni, mengapa sekarang nak tangguhkan. Mengapa sekarang question. Soalkan semua pelantikan-pelantikan…
Ini untuk politic mileage sahaja.
..fasal-fasal yang telah ditetapkan. Mengapa tidak memperhalusi masa dalam mesyuarat?
Kerana tak hadir.
Ok itu sudah. Bipartisan saya akan tamatkan di sini. Budi bicara di antara semua orang.
Kita kena bagi dulu Speaker. Kita dok tengok seolah-olah sebelah sana….
Laluan, laluan.
Siapa yang rasa dia tidak sesuai…
Sama jugak isu rasuah pun…ada tak setuju, hari ni setuju.
Pantai Remis tak bagi laluan.
Dato’ Yang di-Pertua, ini floor saya. Saya tak bagi laluan.
Duduk, duduk.
Ini floor saya. Saya tak bagi laluan. Sila duduk.
Macam saya kata…
Masa jadi Exco tak mau ucap, baru ucap sekarang.
Semua duduk. Okey semua duduk.
Minta Pantai Remis fokus pada RUU.
Saya tak bagi laluan. Semua duduk.
Ok semua duduk.
Ini memang RUU.
Ok, ok. Semua duduk.
She has a point.
Semua duduk. Semanggol. Floor dia. Sila duduk Semanggol.
Saya tidak bagi laluan. Yang Berhormat Semanggol, sila duduk. Ini floor saya.
Semanggol.
Fikir banyak kali. Pantai Remis, banyak kali saya nak menjelaskan…
Sila hormatkan Dato’ Speaker. Dato’ Speaker telah suruh duduk.
Sikit je. Dua minit, dua minit.
Dia tak bagi jalan. She has right.
Floor saya. Yang Berhormat. Ini floor saya. Saya tak bagi laluan.
Hak dia untuk jawab kemudian.
Kalau bipartisan itu menjadi medan untuk…
Saya dah katakan apa-apa perbincangan, kalau libat semua 59, kita ada lagi select committee. Mengapa kita ada select committee oleh Dewan kerana kita nak ada wakil dari semua pihak untuk duduk dalam select committee itu untuk bagikan pandangan, cadangan untuk kita memperhalusi, menjalankan tugas. Mengapa setiap kali kena libat urus semua 59 orang Adun. Jadi setiap kali kita adakan sidang dewan. Sebelum itu, select committee ada dua-dua pihak. Bi-partisan itu lah tujuan yang sama.
Untuk libat orang pun tak hadir. Kalau buat semua 59 akan hadir ke.
Ok, sudahlah
Boleh buat PC nanti.
Saya nak tamat di sini.
Untuk lima orang pun tak hadir. Satu pun tak hadir. Kalau nak buat 26 orang. Adakah semua akan hadir. Lagi tak hadir. Takpe…buat PC. Buat PC.
Dato’ Speaker, saya nak teruskan..
Ok. Sila yang lain duduk. Bagi dia teruskan. Terima kasih. Sila Pantai Remis.
Dato’ Yang di-Pertua, kami berpendapat bahawa Kerajaan Negeri perlu mengadakan Rang Undang-Undang Sumber Air untuk memantau dan mengurus bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air. Dengan RUU Sumber Air 2023 ini, Kerajaan Negeri akan dapat menubuhkan Perbadanan Pengurusan Sumber Air yang berstruktur dan dilengkapi dengan punca kuasa enakmen dan peraturan serta mempunyai tenaga kerja kemahiran teknikal dan berkepakaran, khususnya. Dalam Lembaga Pengurusan juga termasuk 3 orang kepakaran sumber air. Di samping itu,
Jabatan Ketua Audit telah mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri Yang Kedua Negeri Perak berkaitan Audit Pengurusan Kawal Selia Sumber Air. Salah satu daripada penemuan audit adalah keperluan Kerajaan Negeri menubuhkan satu badan kawal selia air yang akan mempunyai kuasa untuk mengendalikan perlesenan penguatkuasaan, mengkoordinasi aktiviti dan memantau pembangunan di kawasan tadahan air.
Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, di Negeri Perak kita mempunyai keluasan 11 lembangan sungai utama yang keluasannya adalah melebihi 21 ribu kilometer persegi dan di sebelah barat pesisir pantai yang menghadap Selat Melaka. Kita mempunyai sumber air mentah yang banyak pada waktu yang sama terdapat banyak industri dan aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan air. Pemantauan pencemaran fasal 44 Rang Undang-Undang Sumber Air 2023 adalah berhubung larangan pencemaran sumber air dan seperti menternak udang, penggunaan air adalah sangat tinggi. Contohnya, satu kolam tanah untuk menternak udang, biasanya keluasan satu ekar adalah 4 ribu meter persegi dengan air satu meter tinggi. Jumlah air akan digunakan adalah 4 ribu meter kiub ataupun 4 ribu tan dan di sini wujudnya.
Mungkin ada pencemaran sumber air apabila tiada sistem penapisan dan satu contoh lagi adalah stesen janakuasa tenaga elektrik yang menggunakan air laut untuk keperluan penyejukan machine. Dalam Laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan Negeri Perak 2019 Bahagian Kedua telah mengemukakan bahawa tiga buah janakuasa elektrik telah mengabstrak air laut hampir 1.9 bilion meter kiub setahun. Caj terhadapnya ialah 0.01 per meter kiub Ringgit Malaysia pada tahun 2014. Semasa saya berbahas Bajet 2015, saya telah mencadangkan caj terhadap syarikat yang banyak menggunakan sumber air menjana pendapatan secara komersial tambahan pula dengan air laut yang digunakan untuk menyejuk mesin itu ia akan dikeluarkan kembali ke laut. Ia akan mempengaruhi ekosistem di kawasan tersebut. Jadilah itu kerajaan boleh caj kepada mereka yang menggunakan sumber air ini untuk menjana pendapatan secara komersial dan juga sebagai caj kepada mereka yang mempengaruhi ekosistem di kawasan laut dan Kerajaan Negeri...
Ok, sedikit Pantai Remis. Nak mintak persetujuan pantai Remis untuk kepada fakta ini, minta nak tanya Pantai Remis adakah Pantai Remis bersetuju kalau diberi kuasa kepada Lembaga untuk mengenakan caj kepada pesawah atau pun yang mengadakan industri untuk mengeluarkan makanan? Adakah supaya dicatit bahawa Pantai Remis bersetuju mengenakan caj kepada pengusaha-pengusaha untuk menghasilkan makanan? Setuju ataupun tidak?
Saya akan jawab kemudian.
Jawab sekaranglah. Kita nak tahu.
Saya, dalam teks saya. Dalam teks saya...
Supaya dicatatkan bahawa Pantai Remis bersetuju tentang ini.
Semanggol. Semanggol.
Sila la Yang Berhormat. Ini floor saya.
It's her right. It's her right. Dia punya right. Hak dia untuk jawab kemudian.
Jadi Kerajaan negeri dengan ini telah menerima hasil sejumlah RM18.98 juta atas 3 buah janakuasa tenaga elektrik ini dan kutipan hasil ini boleh jawab soalan telah dibangkit semalam oleh Yang Berhormat juga. Kutipan hasil ini digunakan untuk menaik taraf infrastruktur di Negeri Perak, membantu golongan miskin dan pelbagai program yang memberi manfaat kepada rakyat Perak dan selain itu, empangan atau kolam yang dibina oleh peladang untuk simpan air juga berisiko tinggi akan menyebabkan banjir berlaku sekiranya mereka lepaskan air tanpa pengawalan dan serta ada halangan dan perubahan lencongan air sungai. Jika kita tidak menyediakan Rang Undang-Undang Sumber Air, maka pengurusan sumber air yang mampan tidak dapat dijaminkan...
Pantai Remis, boleh mencelah? Mohon mencelah.
Sila tunggu. Saya tak bagi. Walau bagaimanapun, kami juga berpendapat bahawa pelaksanaan Rang Undang-Undang Sumber Air 2023 ini harus mengambil kira kesan kepada rantaian bekalan makanan seperti pesawah padi, penternak udang, penternak ikan, pekerja-pekerja dan sebagainya yang berkaitan sumber asas makanan boleh dikecualikan daripada kesemua atau sebahagian caj bayaran di bawah fasal 47(3) supaya impak dapat dikurangkan. Jadi pada 1hb September 2023, Dato' Yang Di-Pertua, Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang akan menumpukan perhatian semula di sektor pembuatan dan disasar untuk meningkatkan nilai sektor pembuatan ke RM587.5 bilion menjelang tahun 2030 dan sebelum itu pada bulan Jun, Kerajaan Perpaduan juga telah mengumumkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen yang akan menggariskan strategi menyeluruh dan inisiatif berimpak tinggi untuk memeta arah kehadapan dan menggariskan keutamaan bagi sektor tenaga pada masa yang akan datang.
Dengan semua pengumuman hala tuju dan pelan industri induk yang penting tersebut, Perak juga harus bersiap sedia untuk menyediakan infrastruktur asas yang secukupnya untuk menarik pelabur ke Perak dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menggubal rang undang-undang untuk mengawal selia penggunaan sumber air supaya pelabur-pelabur tidak dikelirukan oleh kaedah yang tidak bersepadu yang akan dilaksanakan terus dilaksanakan di Negeri Perak di bawah Akta Air 1920 dan ia akan juga mendapat menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Jadi saya berharap bagi semua pihak-pihak kerajaan, pihak pembangkang sila ambil serius apabila dilantik dalam mana-mana...
Pantai Remis, Manjoi minta laluan. Speaker.
Satu select committee, by partition, jawatankuasa. Kalau rasanya sendiri tidak layak...
Pantai Remis, sikit laluan. Pantai Remis, sikit.
Sila kita tukar kepada orang lain. Jadi, Dato' Yang Di-Pertua, Pantai Remis mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Pantai Remis. Well within time. Sekarang saya menyebut Yang Berhormat ini just untuk nota kaki la. Saya tengok ini Yang Berhormat wanita kita yang keempat, in a row, lady speaker in a row yang keempat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Seterusnya barisan Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, para pemerhati, seterusnya sidang Dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan dan syabas kepada semua Ahli Yang Berormat yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam sesi perbahasan sidang Dewan pada kali ini. Penglibatan semua Yang berhormat dalam memberi idea dan cadangan sememangnya sangat membantu demi kesejahteraan rakyat Negeri ini. Tuan Yang Di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Tepian biara pohon pulasan, Kelopak dahlia di atas papan; Aspirasi Perak menuju kesejahteraan, Di tangan Adunlah terletak segala harapan.
Yang berhormat, Dato' Yang di-Pertua, air merupakan sumber keperluan asas bukan sahaja bagi manusia tetapi untuk semua benda hidup di bumi ini. Dianggarkan 74% permukaan bumi ini diliputi dengan air. Nilai ini menggambarkan bahawa betapa pentingnya air dalam kehidupan sehingga Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun. Sambutan Hari Air Sedunia ini adalah sebagai bentuk peringatan kepada semua masyarakat untuk setiap melakukan usaha melestarikan sumber air. Secara umumnya, bekalan air bersih berkurangan akibat permintaan yang meningkat selari dengan pertambahan penduduk, perbandaran dan sektor ekonomi khususnya perindustrian. Penduduk Negeri Perak ini sendiri bertambah setiap tahun dan susulan daripada pertambahan penduduk dan pembangunan ekonomi yang pesat, permintaan untuk air bagi memenuhi keperluan harian akan meningkat.
Walaupun kerajaan Negeri Perak sentiasa memberi penekanan kepada sumber air yang merupakan nadi kehidupan namun sumber air ini juga berdepan dengan pelbagai isu seperti banjir, kemarau, pencemaran dan kesan perubahan iklim yang memerlukan tindakan pencegahan, pemuliharaan dan penyesuaian. Oleh yang demikian, pengurusan sumber air yang cekap dan berkesan merupakan fokus utama untuk mengekalkan dan untuk pengekalan dan kelestarian sumber air di Negeri ini. Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, bertitik tolak daripada Laporan Ketua Audit Negara tahun 2015 Siri 2 Negeri Perak adalah menjadi keperluan kepada Kerajaan Negeri bagi menubuhkan satu badan kawal selia air yang akan mempunyai kuasa untuk mengendalikan pelesenan, penguatkuasaan, mengkoordinasi aktiviti dan memantau pembangunan di kawasan tadahan air serta dilengkapi dengan punca kuasa enakmen dan peraturan melibatkan penggunaan, pembangunan dan pelindungan sumber air. Maka hari ini, Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 dibahaskan semula selepas ditangguhkan lebih setahun agar diluluskan sebenarnya untuk kebaikan semua apatah lagi hanya negeri Perak dan Perlis sahaja yang belum melaksanakan RUU ini.
Kita juga telah merujuk kepada model RUU Negeri Selangor, Kedah, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan serta lain-lain negeri yang berkaitan dan kita melihat, membandingkan kelebihan, melihat kekurangan dan cuba menambah baik kelemahan yang telah dikenalpasti melalui Negeri-Negeri yang lain. Behrang memohon rakan-rakan di blok hadapan juga dapat mengutamakan kepentingan rakyat dan Negeri dengan menyokong RUU ini memandangkan penambahbaikan boleh dibuat dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak dan syarat yang bersesuaian. Penangguhan sekali lagi hanya akan merugikan masa, melambatkan proses perjalanan urus tadbir sumber air mentah Negeri Perak dengan lebih efisien malah membiarkan ketirisan hasil negeri berterusan. Sidang Dewan yang dihormati, Kerajaan Negeri telah merangka dan melaksana pelbagai strategi dan pelan tidakan untuk menangani masalah...
Saya nak minta celah sikit. Boleh ya? Saya nak minta establish tadilah. Tadi saya tanya mengenai dengan Pantai Remis tadi untuk dia sama ada dia bersetuju atau pun tidak caj dikenakan kepada petani, pesawah atau pun pengusaha ikan dia tak jawab. Saya nak tanya juga supaya ada rekod dalam ni, bahawa Behrang setuju tak kalau dalam akta ni dicajkan kepada petani, pesawah.
Kita sebenarnya, RUU ni kita kena luluskan dulu ya YB, kita luluskan dulu dan kita lihat dari semasa ke semasa apa yang perlu kita bayar.
Nanti kejap.
Itu sara diri Yang Berhormat.
Kalau kita nak bertangguh lagi, bila?
Hormat-hormat floor.
Saya minta, saya minta sebab …
Sebenarnya Yang Berhormat sendiri dah bawa benda ni. Ya? Dah bawa benda ni.
Yang Berhormat,
Yang Berhormat sekarang ni tak setuju pula. Itu sahaja. Ok saya teruskan. Ok, Kerajaan Negeri telah merangka
Saya tak bersetuju …
YB, itulah jawapan dia. Jadi ok lah. Ok, bagi Behrang nak cakap.
Saya orang baru dalam dewan ni saya pelik kenapa hari itu tuan-tuan bawa, kali ni tuan-tuan bangkang pula. Pelik, pelik. Adakah, adakah RUU kali ini berbeza 100% daripada yang tuan bawa dulu? Ya, daripada YB bawa dulu berbeza 100% ke? Sehingga kali ini, apa orang kata, bertukar 100% daripada sokong jadi tidak sokong. Itu sahaja. Ok, izinkan saya teruskan. Kerajaan negeri telah merangka dan melaksanakan pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk menangani masalah dan cabaran untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang bagi menguruskan kebolehdapatan dan keperluan sumber air negeri. Ini merangkumi penekanan untuk mengenalpasti dan menangani jurang dan kekangan yang wujud bagi mengukuhkan takbir urus sumber air. Penekanan tersebut adalah melalui penyediaan struktur dasar yang seragam yang akan mengawal selia, piawaian dan amalan pengurusan air di negeri ini. Oleh yang demikian, RUU Sumber Air Perak ini merupakan ketetapan yang penting dalam menggariskan strategi dan pelan tindakan untuk menangani isu dan cabaran dalam menguruskan sumber air. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat semua pihak khususnya kita yang berada di dalam Dewan yang mulia ini untuk bekerjasama, merealisasikan pelaksanaan pengurusan sumber air ini secara bersepadu. Rang Undang-Undang Sumber Air ini juga memberi potensi dan peluang yang besar untuk mencapai pengurusan sumber air di negeri ini secara lebih lestari dan seterusnya menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, berdasarkan isu yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dalam pengurusan dan pemuliharaan air yang lebih baik, Behrang ingin menggariskan 3 faktor yang harus diberi keutamaan iaitu yang pertama, keperluan air kepada rakyat. Walaupun berdasarkan statistik daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang menyatakan setiap rakyat Malaysia menggunakan 201 liter air setiap hari, lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh PBB iaitu sebanyak 165 liter air namun kerajaan perlu menjamin dan memastikan semua rakyat mempunyai akses kepada air yang selamat, mencukupi dan termampu untuk tujuan bekalan, kebersihan dan sanitasi. Kedua, keperluan air untuk industri di mana kerajaan perlu memastikan peruntukan air yang cukup untuk memacu dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi di dalam konteks ekonomi berpendapatan tinggi. Penggunaan air untuk industri ini juga merupakan satu faktor yang penting untuk menarik pelaburan ke negeri kita. Yang ketiga, keperluan air untuk alam sekitar. Perlindungan persekitaran bagi pengekalan sumber air di permukaan air dan air bawah tanah dan rejim aliran air semula jadi ke pelbagaian biologi dan warisan budaya serta pengurangan risiko bencana berkaitan air.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua serta sidang Dewan, aktiviti yang dilakukan oleh manusia dan perubahan alam semula jadi menunjukkan bahawa sumber air mempunyai pelbagai fungsi yang berkait rapat dengan kehidupan manusia dan alam sekitar. Ini termasuk aktiviti-aktiviti seperti pengairan, bekalan, pengagihan dan rawatan air. Berdasarkan pemahaman ini, perlu ada punca kuasa yang mantap bagi menjamin keseimbangan pengagihan air untuk manusia dan alam sekitar. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah impak sumber air. Pada masa ini, bencana utama termasuk banjir, manakala impak terhadap air seperti abstraktisasi yang berlebihan, pencemaran, hakisan dan pemendapan. Ini adalah sebahagian daripada impak yang mengancam dan memberi risiko kepada rupa dan keadaan sumber air. Untuk memastikan.
Minta penjelasan sikit.
Saya ada banyak lagi. Saya selesaikan saya punya dulu.
Isu banjir sikit je nak tanya. Terima kasih Behrang. Berasakan isu banjir merujuk kepada seksyen 38 dan 39, tidakkah di situ nampak ada satu macam kuasa yang besar diberi kepada Pengarah Lembaga dan tidakkah nampak kuasa Pengarah Lembaga ini bertindih dengan kuasa agensi-agensi tempatan, JPS, MPKK dan juga pejabat daerah, tidakkah nampak ada pertindihan, pertikaian kuasa dalam perlembagaan ini, dalam RUU ini?
Itu boleh dibincangkanlah nanti ye bila dah ada Lembaga tu esok dia orang bincanglah.
Pada pandangan Behrang bagai mana?
Ok saya teruskan. Untuk memastikan rupa dan keadaan sumber air akan menjadi keutamaan, langkah undang-undang seperti denda dan hukuman perlu bagi menangani pencemaran serta faktor-faktor lain yang boleh merosotkan jasad air dan kawasan tadahan. Kita harus akui perlunya mekanisme untuk pihak berkuasa diberi mandat bagi menentukan serta menilai rupa dan keadaan sumber air. Ini adalah bagi memastikan apabila agihan air ini dilakukan dengan berkesan tanpa ada kompromi terhadap keupayaan mengimbuh semula atau mengurangkan keupayaan untuk menyokong persekitaran ekologi dan hidrologi serta fungsi-fungsi hidrogeologi. Terdapat banyak pihak yang berkepentingan, ya, saya ringkaskan saya punya ucapan pembahasan ya, terdapat banyak pihak berkepentingan terlibat dalam sumber air dan mengambil kira situasi semasa negara, kita perlu juga melihat beberapa negeri yang telah mewujudkan perundangan untuk memudahkan pelaksanaan dan pengurusan sumber air seperti Kedah, Terengganu dan Selangor.
Di dalam beberapa bidang kuasa, langkah-langkah perundangan secara formal telah diadakan bagi mempermudahkan pihak berkuasa dalam pengurusan air. Jadi, saya sangat bersetujulah dengan denda-denda yang akan dikenakan, yang telah dibangkitkan. Seperti denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya selaras dengan subfasal 44 (8) jika terdapat pelanggaran undang-undang yang telah dilaksanakan.
Dato' Yang di-Pertua, tujuan pewujudan RUU ini adalah memfokuskan kepada pemuliharaan dan perlindungan sumber air di Perak walau pun terdapat peruntukan mengenakan fee dan caj, ianya akan disasarkan kepada pengusaha industri atau komersial yang menggunakan sumber air dalam kuantiti yang besar dan melebihi had sara diri yang ditetapkan dalam RUU ini. Behrang mohon kerajaan untuk mempermudahkan penyampaian maklumat tentang had sara diri ini kepada rakyat seperti penggunaan isi rumah yang tidak melebihi 2,500 liter seorang sehari dan bagi pertanian sara diri tidak melebihi 15,000 liter sehari agar dapat menghilangkan kegusaran dalam masyarakat tatkala pelbagai isu kos sara hidup yang kian meningkat. Penyampaian maklumat yang tepat kepada rakyat bagi mereka memastikan dan tidak akan merasakan RUU ini menekan mereka dan kita harap tidak ada pihak-pihak yang menghasut rakyat untuk memburukkan lagi sangkaan mereka ini.
Behrang juga ingin menarik perhatian sidang Dewan untuk peka bahawa pengasingan kuasa terhadap sumber dan pembekalan air ini bakal menjadi lebih parah dalam dekad yang akan datang seiring dengan peningkatan permintaan akibat pembangunan dan pentambahan penduduk serta industri. Seharusnya ada satu titik noktah pada kadar segera yang perlu dicari supaya persengketaan contohnya seperti antara negeri Perak dan Penang tidak merebak kepada perbalahan sempadan geopolitik yang tidak berkesudahan. Umum sering menganggap Malaysia sebagai tidak sepatutnya berhadapan masalah bekalan air dan ketika musim kemarau kerana negara ini mempunyai limpahan air dan hujan yang banyak setiap tahun. Namun ciri dan keupayaan setiap kawasan tadahan, menyerap air berbeza-beza serta kemungkinan tidak pada tahap optimum akibat perubahan guna tanah dan perubahan iklim. Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, dengan penelitian terhadap aspek-aspek yang telah dibentangkan dalam Dewan ini sejak semalam, Behrang menyokong RUU Negeri Perak ini dilaksanakan. Akhir sekali, saya tutup perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Dari semalam kita berbahas, Hendak memakmur segenap rakyat. Marilah kita sepakat ikhlas, Perak Sejahtera menjadi matlamat
Sekian terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Behrang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan, Menteri Besar Perak, pegawai-pegawai persekutuan dan juga negeri, seluruh Yang Berhormat dan seluruh yang mengikuti perbahasan, mengikuti online. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk terlibat secara langsung dalam perbahasan Rang Undang-Undang Sumber Air RUUSA 2023. Secara asasnya, saya dan kami daripada blok pembangkang faham akan kebaikan dan kepentingan Rang Undang-Undang Sumber Air bagi memastikan kawalan, pemantauan dan punca kuasa terhadap sumber air di Negeri Perak. Bahkan saya ingin tekankan bahawasanya peri pentingnya RUU Sumber Air ini berdasarkan sudut pandangan Islam dengan merujuk kepada Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum ayat 41. (Bacaan ayat Al-Quran). Telah berlaku kerosakan di daratan dan juga di lautan disebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan Allah SWT.
Timbalan Yang di-Pertua, ayat ini jelas menerangkan bahawa kebanyakan kerosakan yang berlaku sama ada di darat atau pun di lautan adalah kerana sikap manusia yang tamak dan juga jahil dalam menggunakan sumber alam tanpa memikirkan sebab dan kesan apabila ianya digunakan tanpa kawalan dan juga penguatkuasaan. Itulah Islam. Islam sudah merangkumi segala sistem. Bahkan Islam bukan sahaja memikirkan mengenai hubungan manusia dengan Tuhan yang Esa. Bahkan Islam membawa manusia menguruskan urusan dunia dengan memikirkan kesan daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Timbalan Yang di-Pertua, sumber air amat penting dalam kelangsungan hidup manusia. Air telah digunakan hampir setiap aspek kehidupan manusia. Bukan sahaja untuk diminum, air juga digunakan dalam pelbagai bentuk kegiatan harian manusia. Bagi menguruskan diri, peribadatan dan sebagainya. Selain kegunaan domestik, air juga penting dalam kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perkilangan dan pengangkutan. Malah air juga memungkinkan penjanaan tenaga elektrik berlaku di empangan-empangan yang berada dalam Negara kita. Dari sudut yang lain, air juga boleh membawa kemusnahan kepada manusia. Kemusnahan ini terjadi apabila berlakunya banjir. Kita berada dalam musim hujan dan beberapa kampung, beberapa kawasan telah dinaiki air baru-baru ini. Termasuk dalam Dun Kubu Gajah. Dalam satu minggu, terdapat 2 kali banjir dalam satu kawasan. Dalam di Mukim Ijok. Mukim Hulu Ijok. Banjir lumpur mahu pun pencemaran air di sungai serta hujan asid. Walaubagaimanapun perlu ditegaskan di sini. Bahawasanya banjir, bencana yang disebut itu hanya akan berlaku apabila manusia sendiri gagal menguruskan air dan persekitaran yang baik. Bila manusia tidak menjaga kebersihan, membiarkan sampah bertaburan tanpa diurus, menebang pokok secara rakus, menggondolkan tanah tanpa belas kasihan, membebaskan bahan cemar ke dalam sungai tanpa rasa bersalah, membangunkan sesuatu kawasan tanpa perancangan yang bijak dan mesra alam, maka ketika itulah air akan membawa malapetaka dalam kehidupan manusia.
Sebagai contoh Timbalan Yang di-Pertua, pada awal Mac 2015 telah dilaporkan tentang pencemaran air di Cameron Highlands yang berpunca daripada penerokaan tanah secara tidak terkawal dan penggunaan racun perosak yang diharamkan. Begitu juga dengan pencemaran air di Sungai Batu Ferringhi dan juga perairan Batu Ferringhi yang berpunca daripada pembuangan sisa restoran, pusat membasuh kereta serta kedai dobi. Kes ini dibangkit sejak 2014 lagi dan sehingga kini usaha-usaha menyelamatkan kawasan peranginan tersebut masih giat dilaksanakan. Timbalan Yang di-Pertua, 2 contoh di atas merupakan sebahagian daripada kes-kes yang dilaporkan. Namun dipercayai masih banyak terdapat lagi kes yang tidak dilaporkan dan pastinya ia menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak. Sampai bila hal ini harus berlaku dan sampai bila kita akan bersikap sambil lewa terhadap air yang menjadi sumber kelangsungan kehidupan? Kita dilahirkan sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus sumber alam ini bukan sahaja untuk kegunaan kita malah untuk makhluk yang ada di atas muka bumi ini. Namun, jangan kita mengambil kesempatan atas amanah yang diberikan ini dengan menguruskan hanya kepentingan manusia dengan mengabaikan makhluk-makhluk yang lain. Malah lebih malang, ditakuti amanah yang diberikan digunakan untuk kepentingan diri dan juga kroni. Jika ingin kita memastikan RUU Sumber Air ini terlaksana dengan berkesan dan adil, kita wajib memastikan RUU ini fokus kepada memastikan pengawalan sumber air. Bukan dibayangi dengan tujuan lain seperti mengkayakan golongan tertentu atau menindaskan golongan-golongan bawahan terutamanya rakyat. Apa yang kita mahukan dan sepatutnya apabila RUU ini dibentang atau pun diluluskan mungkin ada keuntungan daripada pihak kerajaan.
Hasil daripada terlaksana RUU ini harus keuntungannya harus dikembalikan kepada rakyat kerana itulah, dalam Dewan yang mulia ini saya mengajak semua Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat untuk kembali menyemak sejauh manakah perincian hasil yang beroleh dapat dikembalikan kepada rakyat. Kita khuatir jika daripada awal tidak meletakkan garis panduan yang jelas, ia akan mudah tersalah susun dan akhirnya, hasil tersebut tidak dikembalikan kepada rakyat, malah digunakan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
Mohon mencelah.
Sila.
YB Kubu Gajah, pada hemat YB, adakah dengan adanya Rang Undang-Undang Sumber Air ini dapat memberi manfaat kepada rakyat tanpa membebankan rakyat khususnya bagi Negeri Perak ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Lubok Merbau dengan soalan berkenaan dengan masalah atau pun keuntungan kepada rakyat.
YB mohon mencelah?
Sekejap saya nak satu-satu. Tak boleh 2. 2 bahaya.
Tronoh tunggu jawapan.
Saya tunggu jawab kepada Lubok Merbau dulu. Yang kita nak supaya semua hasil, sebabnya RUU yang dibawa oleh kerajaan ni, nak tak nak dia mesti mempunyai keuntungan. Mesti mempunyai keuntungan kerana fi-fi yang disebutkan dalam enakmen ini, RUU ini disebut dengan jelas. Bermaksud dia ada keuntungan untuk Kerajaan Negeri Perak. Sebab itu apa yang disebut oleh Lubok Merbau, keuntungan tersebut perlu dikembalikan kepada rakyat. Yang pertama sekali, macam disebut oleh Gunong Semanggol, untuk tidak membebankan masyarakat atau pun pesawah-pesawah mesti dimasukkan di dalam RUU Undang-Undang ini pengecualian terhadap air.
Yang Berhormat…Yang Berhormat, Tronoh.
Ok, saya bagi pada Behrang dulu.
Ok, pada saya Yang Berhormat bersangka buruk kepada kerajaan apabila mengatakan bahawa seolah-olah kerajaan ini tiada perancangan untuk mengembalikan keuntungan-keuntungan kepada manfaat rakyat. Benda ini belum berlaku lagi tapi Yang Berhormat memberi apa dia memberi sangkaan buruk kepada kerajaan.
Ok. Terima kasih kepada Behrang. Ini peringatan daripada kami. Inilah semak dan imbang kami sebagai seorang kerajaan.
Ya ok, tapi tak perlulah ditangguhkan ya. Cakap pasal…
Behrang. Behrang dah sila duduk
Tidaklah sampai untuk ditangguhkan pada saya.
Yang Berhormat sekalian kami sedar kami masuk sebagai pembangkang dalam Dewan ini. Kami masuk sebagai pembangkang. Tapi tak semua kami membangkang membuta tuli. Sebagai contoh, RUU Unggas yang lepas, kami sokong. Bukan 100%, 300%. RUU Hotel yang dibentangkan sesi lepas walaupun kami bangkang…
Kubu Gajah, Tronoh minta laluan boleh bagi?
Sabar sat kejap.
Boleh.
RUU Hotel ni yang lepas
Boleh bagi.
Sekejap, sekejap. saya nak habiskan yang ini dulu.
Duduk. Duduk. Tronoh sila duduk.
RUU Hotel yang lepas, walaupun kita bangkang, benda tu baik tapi kita bawa idea dan juga kritikan supaya buat pembetulan dalam Dewan. Walaupun benda tu telah disetuju dengan undian. Takpelah jalanlah. Sama juga RUU yang ada sekarang kita bawa apa yang disebut oleh Semanggol…
Kubu Gajah.
Apa yang disebut oleh Manjoi, apa yang disebut oleh sahabat-sahabat lain.
Saya nak sokong ni.
Orang tak bagi tu duduklah.
Sabar kejap. Sabar kejap nak jawab itu dulu. Sabar kejap
Nak nak nak sokong Kubu Gajah kali ni.
Tahu. Kejap. Kejap. Kejap. Kalau nak sokong lagi bagus. Sama RUU yang dibawa hari ini bukan kita tolak seperti mana yang dituduh kami menolak kami bukan nak tolak kami nak penambahbaikan walaupun ada ada di sana bipartisan ,5 orang wakil daripada pembangkang tak cukup mewakili 24 kawasan dan kawasan-kawasannya cukup berbeza. Tapi nak libat urus kenapa ada hanya libat urus di belah kerajaan belah pembangkang tiada libat urus. Itu yang kita bawa bukan kita nak tolak 100% tak kami sebagai pembangkang semak dan imbang apa yang perlu kami setuju, unggas kami sokong 300% macam ini juga kami bawa hujah-hujah untuk penambahbaikan. Ok, terima kasih. Tronoh.
Terima kasih kepada Kubu Gajah kerana memberi peluang. Memandangkan apa yang dirungkaikan oleh Kubu Gajah mengatakan bahawa ini akan membawa manfaat kepada rakyat negeri Perak. Ok. Jadi, kenapa kita harus tangguhkan perkara ini? Kita harus mempercepatkan ok bagi supaya rakyat negeri Perak ini boleh menerima hasil ataupun menerima manfaat daripada pengutipan fee-fee ataupun cukai bagi negeri Perak ini.
Ok terima kasih. Terima kasih Tronoh. Kita akan ada sidang lagi pada bulan 12 ni. Dua bulan tiga bulan je lagi perbetulkan apa yang ada dalam ni bawa kembali dalam bulan 12 sidang Dun bulan 12 apa masalahnya dua bulan je tangguh. 2 bulan je tangguh.
Tapi sebenarnya…
Yang tergesa-gesa nak buat ni pasal apa?
Yang Berhormat bagi bagi tak ruang?
Haa. Ok. Seminit.
Terima kasih kepada Kubu Gajah. Jadi, sebenarnya rang undang-undang ini bukan sesuatu yang baru. Ok. Sebelum ni pernah telah ditangguh. Masa tu, kawan-kawan daripada Kubu Gajah tu masih dalam kerajaan. Lepas tu ditarik balik. Masa lepas itu sekarang di di di...
Ok.
Tak, tak, tak. Saya belum habis lagi.
Tronoh duduk Tronoh. Tronoh duduk
Kalau nak ungkit... Tak. Saya faham apa yang nak
Tak saya nak habiskan
Saya faham apa yang Tronoh nak bawa. Kalau nak diungkit dikembali yang lepas yang menolak undang-undang ini daripada Pasir Panjang sendiri. Kalau nak ungkit yang lepas
Kubu Gajah satu minit sahaja.
Kalau nak ungkit yang lepas. Haa?
Satu minit sahaja. Tinggal satu minit.
Banyak lagi ni. Kan. Kalau nak ungkit yang lepas pembangkang yang lepas yang bangun masa itu Menteri Besar yang bawa bukannya Exco Menteri Besar yang bawa waktu itu. Kenapa waktu itu bangun? Tak setuju dengan RUU ni? Kalau lah, kalau tergesa-gesa waktu MB bawa sesi lepas, DAP bersetuju, settle dah. Kan? Bercham senyum, dia menolak hari itu.
Hujah saya Manjoi. Sikit. Sikit. Terima kasih kepada Kubu Gajah. Adakah Kubu Gajah bersetuju? Jika Manjoi menyatakan semalam kita dengar perbahasan daripada Tebing Tinggi yang menjelaskan Rang RUU ini banyak benda yang masih lagi diragukan dan banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan. Disebut sendiri oleh pembuka kepada kerajaan, Tebing Tinggi dan kemudian kita bahas dengan matang semalam dan hari ni. Satu point saya nak tanya kepada Kubu Gajah, adakah Kubu Gajah merasakan adil kepada kami di pihak pembangkang ini bila mana tidak dilibatkan libat urus yang libatkan semua 59 orang Adun di sini dan hanya libat urus disebut oleh Pasir Panjang semalam melibatkan libat urus mungkin pihak kerajaan sahaja. Ini pun satu perkara yang yang tidak adil kepada pihak kami di sini kerana kami wakili rakyat di Dun-Dun kami yang suara ni dibawa secara langsung daripada bawah Kubu Gajah. Terima kasih.
Ok terima kasih.
Kubu Gajah 30 saat sahaja. Sila masuk perenggan terakhir.
Kalau penyokong kepada usul ini pun meragui, apatah kami. Penyokong kepada usul. Ok Bercham 2 saat.
Dua saat mana boleh.
Haa. cepat.
Cakap YB saja dah habis dah.
Ok, cepat.
Ok. Terima kasih. Setahu saya YB pun juga merupakan salah satu seorang jawatankuasa dalam bipartisan. Betul tak? Haa jadi dulu sejak dulu masa itu YB masa tu Timbalan Speaker duduk atas haa pun sokong RUUSA ni. Betul tak? Haa jadi kena konsisten sikit lah. Kalau kata nak sokong, jangan kata kita sokong tetapi masa esok kita bantah itu tak konsisten.
Ok terima kasih Bercham.
Kena steady sikit. Saya tahu lah, dulu belah sana pun tak suka TUN M kan? Sekarang peluk juga. Haa.
Terima kasih. Ini pun nama perbahasan. Floor untuk perbahasan usul. Bukannya penerimaan usul. Kalau terima saja baik tak payah buat perbahasan. Tak boleh mengambil daripada kami.
Kubu Gajah 30 saat sahaja. Sila masuk perenggan terakhir.
Kalau dulu boleh tentang ni tentang apa? Rasuah. Sekarang boleh peluk rasuah. Apa masalahnya? Boleh dulu sekali perasuah. Apa masalah?
Takkan nak yes man je? Kita tak yes man.
Benda-benda macam tu tak payah la YB takpayah la
Mana, mana anak menantu apa bekas PM?
Allah. Haa Tronoh diamlah.
Mana, mana, mana?
Tronoh diamlah.
Buktikan mana. Mana anak menantu bekas PM? Haa
Ok, sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Subhanallah ta'ala. Sebenarnya saya ada dua tiga point lagi. Tapi masa tidak mengizinkan. Saya nak ulang lagi sekali. Kami masuk Dewan bukan 100% untuk bangkang apa yang kerajaan bawa. Kami masuk ni sebagai semak dan imbang. Apa yang untung bagi masyarakat, untung bagi rakyat, pembetulan dengan kehendak masyarakat, kita akan sokong dan sejarah telah membuktikan. Apa yang perlu diperbaiki, perlu diperbahaskan, kita bahas kerana inilah ruang demokrasi yang ada dalam negara kita. Kenapa nak dinafikan? Benda tu boleh ambil dan juga kita gunakan sebaik mungkin dan saya menyokong daripada Gunung Semanggol supaya Rang Undang-Undang RUUSA ini tangguh sebentar dan kita bawa dalam sesi perbahasan bulan 12 nanti untuk ditambah baik untuk dikemukakan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabbilalamin. (Bacaan doa) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perpaduan. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua pegawai jabatan, agensi persekutuan dan juga negeri, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang lebih saya sayangi saudara-saudari di Dun Ayer Kuning. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia izinnya juga saya dapat bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk saya memberi peluang kepada saya untuk saya membahaskan kaitan dengan rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Sumber Air Perak 2030.
Enakmen ini bertujuan memastikan aspek pelesenan dan penguatkuasaan yang membabitkan sumber air Negeri Perak dapat dipantau selain pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air melalui penubuhan lembaga pengurusan sumber air Perak. Alhamdulillah, dua hari kita berada di dalam Dewan yang mulia ini. Kita bincangkan berkaitan dengan satu Enakmen Rang Undang-undang berkaitan dengan sumber air. Panjang lebar dah hampir ke penghujungnya. Kita bincang. Jadi kita telah pun boleh dan kita mendapat input daripada pelbagai pihak dan kita boleh sebenarnya merungkaikan sama ada rang undang-undang ini harus kita terima ataupun harus kita tangguh ataupun harus kita tolak. Itu sebabnya pada hari ini antara tugas seorang wakil rakyat apabila kita diamanahkan oleh rakyat di sana, beri peluang kepada kita menjadi wakil rakyat. Sudah tentulah kita bertanggungjawab.
Antaranya adalah untuk kita membentang dan membahaskan rang Undang-undang atau enakmen negeri pada hari ini. Kehadiran kita ke sidang Dewan yang mulia ini tentunya untuk membangkitkan isu-isu semasa yang berkepentingan umum termasuk menyuarakan keresahan umum terhadap suatu dasar pelaksanaan sama ada ia berkaitan dengan ekonomi, kewangan, pengangkutan, kebajikan ataupun sosial. Pendek kata bentuk tugas dan tanggungjawab kita selaku wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat pada keseluruhan ini hanya berdasar kepada kepentingan rakyat jelata dan negeri. Bukannya kepada parti-parti politik yang kita anggotai. Pada hari ini kita bincang berkaitan dengan rang undang-undang. Bukan kita nak cari siapa menang, siapa kalah. Bukan kita nak carikan PAS, Barisan Nasional, DAP, PKR menang ataupun kalah. Kita nak mencari satu perkara yang kita nak buat enakmen ini ataupun dasar yang kita bawa sebagai wakil rakyat adalah untuk kepentingan rakyat. Itu sebab kita bertanggungjawab. Bukan nak kita kata kerajaan bawa satu perkara, ini kerajaan menang. Yang menang Barisan Nasional, Pakatan Harapan. Yang kalah pembangkang. Bukan! Pengamatan saya sebagai wakil rakyat yang baru. Bukan begitu tafsirannya.
Tafsiran saya adalah kita bawa satu gubal undang-undang. Dasar-dasar yang baik kita bawa adalah kesejahteraan untuk kesejahteraan rakyat umumnya dan saya yakin, saya yakin dan percaya bahawa undang-undang ini amat baik untuk diterima pakai. Bukan sahaja untuk rakyat semua tetapi juga kepada pemain-pemain industri untuk datang melabur ke negeri kita dan manfaatnya banyak kepada negeri. Dan disalur semula kepada kesejahteraan rakyat di luar. Saya yakin dan percaya. Itu sebabnya kita mempunyai pengalaman dalam kita membuat pelbagai dasar. Dasar-dasar untuk kita membina, merungkaikan berkaitan dengan permasalahan-permasalahan rakyat. Hari ini kita dengar daripada pelbagai pihak berkaitan dengan kesusahan rakyat, berkaitan dengan kos sara hidup. Ini perkara pokok yang telah pun dibincang oleh kerajaan-kerajaan yang terdahulu. Sebelumnya pada hari ini kita sebagai wakil rakyat masih lagi kita berusaha untuk memperbaiki, menyelamatkan khususnya rakyat di luar sana berkaitan dengan kos sara hidup. Itu sebabnya kadang-kadang kita rindu.
Berkaitan dengan kepimpinan dahulu yang telah pun melakar dasar-dasar khususnya, kita ingat tak berkaitan dengan Kedai Rakyat Satu Malaysia. Kita ingat bahawa kos sara hidup ini penting dan ia amat dekat dengan rakyat. Itu sebabnya kepimpinan dahulu wujudkan Kedai Satu Malaysia pada ketika itu untuk mengawal berkaitan dengan kenaikan harga barang dan juga kita lihat berkaitan dengan kesihatan juga main peranan. Ada berkaitan dengan kesihatan, ada Satu Malaysia dipanggil Klinik Satu Malaysia. Seringgit sahaja bayar. Sudah tentulah sebagai sebuah kerajaan mana-mana kerajaan, tidak kira lah kita sebagai wakil rakyat, apabila kita duduk dalam Kerajaan, sudah tentulah kita mahu melihat berkaitan dengan dasar-dasar enakmen yang kita bawa dalam Dewan yang mulia ini adalah untuk kesejahteraan rakyat. Sudah pasti itu perkara yang penting. Saya terlupa untuk ucapkan tahniah dan syabas kepada Sungai Rapat yang telah membawa enakmen ini dan disokong oleh Tebing Tinggi kerana kita telah tangguhkan enakmen ini ataupun undang-undang ini yang nak kita implementkan pada hari ini, hampir bertahun dan kerajaan amat prihatin berkaitan dengan apabila untuk kita buatkan satu rasa ataupun satu enakmen-enakmen kita memikirkan pelbagai perkara sudah tentulah topik utama yang saya nyatakan tadi adalah berkaitan dengan kepentingan umum khususnya rakyat di luar sana. Jadi saya yakin dan percaya sewajarnyalah segala pelaksanaan undang-undang dasar dan inisiatif yang baik dan membawa manfaat kepada rakyat dan negeri oleh kerajaan harus disokong oleh mana-mana pihak. Jadi…
Yang Berhormat, Tronoh boleh celah?
Ok, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Kuning. Jadi, memandangkan selepas perbahasan 2 hari, kita nampak kebaikan ini ada 2 hala. Antaranya, nombor satu adalah kebaikan untuk rakyat. Nombor dua adalah kebaikan untuk struktur kerajaan. Jadi saya rasa adakah pihak Yang Berhormat bersetuju bahawa rang undang-undang ini harus diluluskan dengan secepat yang mungkin supaya rakyat negeri Perak ini boleh mendapat memanfaatkan kebaikan ini. Terima kasih.
Ayer Kuning tumpang sikit. Terima kasih. Saya nak celah sikit, PPS, Changkat Lobak yang saya sebut tadi dah balik rumah dah. Alhamdulillah. Saya nak nyatakan terima kasih kepada JKM, APM, PDRM, RELA, Pejabat Daerah, MDK, PPD, Penghulu, APM, KKM. 10 tahun saya jaga PPS, this is the best year. Kemas betul kerja mereka. Saya salute lah penjawat-penjawat awam semua. Tapi harap-harapnya tahun ke-11 tahun depan Ayer Kuning rasa-rasa tak ada banjir kot kalau RUU ni diluluskan. Kurangkan lah. Terima kasih. Terima kasih.
Ayer Kuning kan? Tapi air bersih kat sana. Tak kuning lah. Yang Berhormat. Ya saya setuju RUU ni patut disegerakan. Saya nak bagitahu bahawa keadaan pada ketika ini dalam politik yang sekarang ini, saya melihat ada 3 golongan. Satu, golongan yang menyokong. Apa sahaja yang kita buat, dia sokong dan satu golongan yang apabila kita buat, dia membangkang sahaja. Apa sahaja yang kita buat, dia akan membangkang dan ada satu lagi golongan, saya nampak, mungkin agak ramai iaitu golongan yang mencari kebenaran. Golongan yang mencari kebenaran dalam setiap apa sahaja yang kita buat kerana politik sekarang ini berada dalam keadaan yang dimanipulasikan, dimanipulasikan oleh pelbagai pihak. Sehinggakan pada ketika ini ada orang di luar rakyat di sana kadang-kadang confuse berkaitan dengan keadaan-keadaan yang berlaku pada ketika ini. Saya yakin dan percaya kita berada di dalam ini adalah golongan yang mencari kebenaran. Setiap apa yang kita buat, apakah kebenaran ini baik atau tidak baik kepada rakyat di luar sana? Baik kepada negeri ataupun tidak. Jadi saya yakin kalau kita halusi enakmen ini dan pada akhirnya kita tahu ianya mencari kepada kebenaran yang bawa manfaat banyak kepada rakyat di luar sana dan juga kebaikannya akan berterusan berkaitan dengan kesinambungan untuk kita mengawal berkaitan dengan sumber air dalam negeri yang kita cintai. Ya sila.
Terima kasih kepada Ayer kuning. Saya setuju dengan pembahasan Ayer Kuning tadi menceritakan tentang kebaikan pada rakyat, cuma saya daripada Kampong Gajah, di sana penuh dengan rakyat kami, petani dan pesawah, setuju tak Ayer Kuning kalau kita terus letakkan dalam RUU ini, highlight kan terus seperti mana yang dibuat di Kedah, maknanya dikecualikan apa-apa pembayaran dan sebagainya kepada pesawah, petani dan juga sangkar ikan dan sebagainya daripada dikenakan apa-apa bayaran dan sebagainya.
Saya kira kita dibekalkan oleh warta kerajaan yang kita semua ada sebagai wakil rakyat. Kalau kita halusi mendalam, enakmen yang kita buat, yang kerajaan beri ini kepada kita, kita dapat mendefinasikan bahawa kita tidak menzalimi khususnya rakyat yang kita tahu kesempitan hidup mereka. Itu sebabnya di dalam enakmen ini ada clause yang mengatakan berkaitan dengan Pihak Berkuasa Negeri. Berlaku apa sahaja berkaitan dengan kemusykilan, ditafsirkan semua oleh Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk menentukan. Apa sahaja perkara-perkara yang membuat berkaitan dengan kesusahan mereka-mereka yang melibatkan dalam pengurusan sumber air. Contohnya, sara diri tadi, pertanian sara diri, yang melibatkan sumber. Saya juga duduk di dalam jawatankuasa bipartisan. Saya sama Pak Teh, tadi saya nak tanya berkaitan dengan Pak Teh di mana 4,000 ekar, 4,000 ekar dan juga dia kata juga 2 ekar.
Takpe sebelum habis mintak sikit nak tanya sebab saya rasa dalam membahaskan memang mempersetujui bahawa rang undang-undang ini memberi manfaat kepada negeri dan juga kepada rakyat cuma kita sekarang ni minta beberapa perkara tadi dipinda dulu sebelum diluluskan ditangguhkan dulu, Ayer Kuning setuju tak?
Saya tidak setuju untuk ditangguh, kerana kerja bertangguh ini kerja yang tak jadi. Kita ada falsafah dalam kehidupan kita sebagai orang Melayu kerja bertangguh tak jadi. Gunong Semanggol, jadi kenapa perlu kita tangguh?
Air Kuning boleh mencelah sikit? Kebimbangan yang daripada kami bangkitkan berkaitan dengan pesawah dan kita sedia maklum dalam proses pengundian pun, pembangunan akan berjalan dan kemenangan berpihak kepada kerajaan. Saya mewakili jelapang padi kerian. Saya melihat perbahasan, perbangkang dan sebagainya, kebimbangan kami berkaitan dengan kos yang akan dikenakan. Cuma saya nak kepastian memandangkan Yang Berhormat pun tak setuju jika dikenakan terhadap petani, cuma di sini biar menjadi rakyat melihat, persawah padi melihat live apakah jaminan jika enakmen ini diluluskan nanti untuk mereka golongan pesawah terutamanya untuk tidak dikenakan, dikecualikan daripada dicaskan. Itu saja. Apakah jaminan?
Ayer Kuning tinggal seminit.
Saya yakin jaminan yang ada di dalam peruntukan yang telah pun digaris panduan oleh Kerajaan Negeri dalam warta ini. Saya yakin dan percaya. Jadi, saya rasa terima kasih banyak-banyak kerana beri ruang dan peluang kepada saya untuk saya membahaskan berkaitan dengan rang undang-undang ini. Saya yakin kita semua setuju sebenarnya untuk kita menyokong rang undang-undang ini, ditambah kebaikannya adalah apabila kita dah wujudkan jawatankuasa yang kita panggil urusan air, sumber air ini. Selama. Sila.
Saya setuju apa yang disebut Ayer Kuning dan semua rakan-rakan kita tak bantah sepenuhnya, cuma kita bimbang kuasa Lembaga itu sendiri ia terdedah kepada ketidakadilan. Contohnya, tak ada masalah petani-petani kita boleh bagi pengecualian melalui Lembaga tadi ataupun PBN memang tak ada masalah. Tapi kita nak dimasukkan dalam enakmen, diberikan pengecualian terus. Sebab apa? Contoh yang berlaku hari ini, contohnya PMX dia boleh bagi peruntukan kepada wakil rakyat kerajaan, ahli parlimen pembangkang tak diberikan. Jadi kita nak ambil tindakan undang-undang pun tak boleh sebab itu kuasa pada dia. Ikut dia, dia nak bagi pada kerajaan saja pun. Maknanya terdedah kepada ketidakadilan. Itu sahaja. Begitu juga dengan hari ini kita dapat mesej kotak makanan tidak diberikan kepada pembangkang. Saya tak pastilah pasal stiker mana tak tahu. Maknanya bila tak ada dalam enakmen berkaitan dengan Yayasan Perak, maknanya Yayasan Perak boleh buat apa sahaja. Boleh tak bagi kotak kepada kami, boleh bagi kotak kepada kerajaan sahaja. Bila-bila masa boleh tarik lah sebagainya. Itu sahaja. Kita nak keadilan kepada petani. Supaya dimasukkan dalam enakmen itu. Terima kasih.
Terima kasih selama. Pentafsiran kita pelbagai, tafsiran pembangkang begitu, tafsiran kerajaan begini jadi akhirnya kita ambil skop keseluruhan.
Ayer Kuning mohon mencelah, YB Yang Berhormat Ayer Kuning saya hanya nak minta kalau YB setuju bahawa peruntukan undang-undang yang bagus dan yang mantap sebenarnya merupakan peruntukan yang am, yang general dengan izin dan bukan khusus sebab peruntukan yang am memberikan kita ruang untuk melindungi pelbagai pemegang taruh dan bukan sahaja satu kategori. Itulah yang dilakukan oleh RUUSA hari ini di mana saya sudah pun ketengahkan tadi seksyen-seksyen yang berkaitan yang memberikan pelindungan kepada lebih daripada satu kategori pemegang taruh, termasuk penanam sawah, i mean penanam padi termasuk kategori itu. Seksyen 47 dan 49 masing-masing memberikan dan mempunyai provisi-provisi yang berupaya dengan mantapnya untuk melindungi penanam padi, saya tak dengar pun satu perbahasan daripada sebelah sana yang boleh katakan yang point saya ni salah sebenarnya tak ada pun dari tadi nak seksyen 25 daripada Enakmen Kedah seksyen 25 Enakmen Kedah hanya melindungi satu kategori tapi RUUSA berupaya melindungi lebih daripada satu kategori, saya pun tak tahu. Saya faham, apa masalah dengan RUUSA hari ini?
Ok, terima kasih Buntong saya nak landing ya. Terima kasih jadi Ayer Kuning menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum.
Terima kasih Ayer Kuning, perbahasan yang bagus. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning. Seterusnya, dijemput yang berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk ucapan pada sesi sidang Dewan pada kali ini, khusus kali ini untuk membahaskan Rang Undang-Undang Sumber Air 2022. (Bacaan Al-Quran) Firman Allah di dalam surah Ar Rum Ayat 41, telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan disebabkan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali. Yang berhormat, Timbalan Speaker, Exco-Exco Kerajaan dan Ahli Dewan sekalian, satu ketika kita pernah menghadapi krisis air di Lembah Klang, gangguan bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur pada tahun 2020. Krisis bekalan air yang berlaku pada 3 September 2020 yang diakibatkan oleh pencemaran bau daripada kilang haram yang menyebabkan lebih daripada 1 juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur terjejas. Ia berlarutan selama 4 hari bermula 4 hingga 9 September 2020.
Ini bermula apabila sebuah kilang menyelenggara jentera berat di kawasan perindustrian Sungai Gong yang dipercayai beroperasi secara haram sejak 2014. 7 wilayah di Selangor dan di Kuala Lumpur telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan loji rawatan air Sungai Selangor, logi rawatan air Rantau Panjang akibat pencemaran kimia dan dikesan dalam sumber air mentah di Sungai Selangor. Misi ini telah mengajar kita supaya menghargai betapa pentingnya air kepada kehidupan manusia. Malah ia juga telah mengajar kita melihat betapa perlunya memelihara serta memulihara sumber bekalan air terutamanya sungai. Ketika krisis air melanda, hujan ibaratkan umpama emas yang jatuh dari langit, ditadah, disimpan, dihargai bahkan ianya digunakan berdikit-dikit. Tapi bila semuanya selesai, kita kembali ke tabiat lama kita.
Air seolah-olah satu aset yang tidak mempunyai sebarang nilai. Ramai yang terlupa akan hukum alam, iaitu setiap yang wujud pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan bekalan air di negara kita. Krisis air pasti akan kembali. Untuk jangka masa panjang, manusia dilaporkan akan menghadapi krisis sumber bekalan air yang serius. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai alam sekitar menyatakan jika manusia menggunakan air dengan kadar yang diamalkan sekarang, 2 dari 3 orang penduduk dunia akan hidup dalam keadaan sukar menikmati bekalan air menjelang tahun 2025. Dalam masa yang sama, laporan itu juga meramalkan krisis bekalan makanan semakin buruk turut akan terjadi. Ini adalah kerana kedua-duanya bersangkutan dan memerlukan di antara satu sama lain. Masalah pengeluaran makanan di masa akan depan, masa akan depan akan menjadi sukar.
Timbalan Yang di-Pertua, air adalah lebih berharga berbanding dengan makanan, tanpa makanan, manusia boleh lagi hidup sebaliknya jika tanpa kehadiran air selama 3 hari sahaja, manusianya pasti akan sukar. Ini bermakna air itu lebih dan amat penting. Tetapi jika air yang diminum turut tercemar dan beracun, ianya akan lebih mendatangkan kesan buruk kepada jangka hayat manusia secara keseluruhan. Negara seperti Arab Saudi, Israel, Jordan dan Utara Afrika terpaksa mengimport air bersih dari negara lain. Pertamanya, dari negara Mesir, malah dianggarkan dalam tempoh 25 tahun lagi, 48 buah negara, terutamanya yang terletak di Afrika yang memiliki lebih dari 1/3 penduduk dunia akan menderita kehausan. Gambaran ini menunjukkan betapa kritikalnya suasana bekalan air yang terjadi di beberapa buah negara di dunia.
Timbalan Yang di-Pertua, walaupun Malaysia mempunyai satu tahap sistem dan pengurusan air yang dianggap antara yang terbaik di rantau ini dengan adanya sistem takungan, tempat tadahan air serta sungai yang masih berfungsi untuk menampung keperluan bekalan air kepada penduduk-penduduknya. Tapi adakah kesemua sistem tersebut telah cukup untuk menampung keperluan generasi hari ini dan akan datang. Lembah Klang ketika krisis air 1998 pernah mencatu air ialah krisis bekalan air yang berlaku di Malaysia pada Februari 1998 apabila 3 Empangan air di Lembah Klang, Empangan Klang Gate, Empangan Batu dan Empangan Semenyih mengalami tahap penurunan air yang serius disebabkan fenomena ini. Ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan air yang melibatkan hampir kesemua penduduk di Lembah Klang. Krisis ini menyebabkan kerajaan melakukan catuan air yang dibuat sebelum Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. Juga kejadian beberapa batang sungai yang tercemar dan kering menjadi satu pengajaran kepada masyarakat di negara kita supaya manusia tidak terus memperkosa alam sekitar. Ini adalah kerana perbuatan tersebut secara langsung atau tidak akan menyebabkan sumber bekalan air terganggu dan semakin tergugat. Justeru itu, untuk melestari dan memastikan kualiti dan kuantiti bekalan air mentah dari sumber seperti sungai, tasik dan air bawah tanah. Sumber-sumber ini perlu dikenal pasti lokasinya dan jajarannya juga kepentingannya. Selain sebagai sumber air mentah kepada kegunaan lain volume dan kadar yang boleh di abstrack untuk memastikan kepentingan sumber air mentah ini tidak terjejas dari aspek kuantiti dan kualiti. Saya mohon kerajaan mengenapasti dan mencadangkan untuk digazetkan kawasan padahan ini bagi memastikan kepentingan dan peranan sumber air mentah ini tidak terjejas dari aspek kuantiti, kualiti dan kepentingan penggunaannya pada masa kini dan akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua, merujuk perkara 37 subseksyen 1 di bawah tajuk pengurusan air. Larian hujan memperuntukkan mana-mana pihak yang menjalankan apa-apa kerja pembangunan bersebelahan sumber air mesti mengambil langkah-langkah mengelakkan kesan negatif dari pencemaran sumber air tersebut. Saya mohon supaya pihak kerajaan membuat kajian bentuk dan jenis pembangunan fizikal yang sesuai dibangunkan di sepanjang rizab sumber air yang dikenal pasti bagi memastikan sumber air tidak tercemar dan tidak terjejas dari aspek kepentingannya. Industri yang berpotensi untuk mencemarkan rezab sumber air ini tidak dibangunkan di kawasan ini. Dalam fasla 37 subseksyen 2(B) iaitu menambah pelan kawalan hakisan dan produk. Saya mencadangkan selain pelan kerja tanah, pelan penilaian impak alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris ini dipanggil Environmental Impact Assessment atau singkatannya (EIA), ialah satu kaedah yang digunakan untuk menilai kesan ketara terhadap cadangan projek atau pembangunan terhadap alam sekitar dikuatkuasakan atau apa-apa kaedah yang sama dengan EIA. EIA memastikan pembuat keputusan terhadap sesuatu projek menilai kemungkinan kesan terhadap alam sekitar khususnya pencemaran terhadap sumber air bagi mengelakkan, mengurangkan atau mengimbangi kesan tersebut. Ini memastikan cadangan projek yang hendak dilaksanakan difahami dengan betul sebelum keputusan dibuat. Laporan kesan penilaian alam sekitar, Environmental Assessment Impact Report wajib dikemukakan bersama permohonan kebenaran kerja pembangunan.
Ini dapat mengawal kerja-kerja tanah dari aktiviti pembangunan projek fizikal yang diluluskan oleh setiap PBT di mana projek dibawa selenggaraan PBT begitu banyak dan pematuhan terhadap kerja-kerja tanah ini amatlah penting. Banyak pencemaran air, larian, permukaan daripada projek yang sedang melaksanakan kerja tanah sehingga meningkatkan kandungan pepejal terampai dan kekeruhan air sungai. Dalam fasal 37, subseksyen 3 iaitu memberi perhatian kepada manual, prosedur dan piawain khususnya mengkaji semula syarat pelesenan pecah lot yang dikeluarkan untuk mengelak pencemaran sumber dan alam sekitar. Saya mencadangkan kaedah yang sama iaitu menggunakan kaedah pelan penilaian impak alam sekitar. Yang ini EIA atau kaedah yang sama digunapakai sebelum pelesenan pecah lot dikeluarkan.
Timbalan Yang di-Pertua, mana-mana aktiviti pembalakan melebihi beberapa keluasan perlu melampirkan penilaian impak alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran. Namun saya dapati kelompongan sekiranya kawasan pembalakan adalah kurang daripada keluasan yang ditetapkan dalam syarat yang dikenakan EIA. Seperti kuasa pecah kecil kawasan. Sejauh mana dapat dipastikan yang plot-plot kecil ini tidak dimiliki oleh individu sama di bawah nama yang berbeza bagi mengelakkan dikenakan pematuhan syarat EIA.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk melestarikan sumber air ini, saya juga mencadangkan pihak kerajaan perlu ada plan kontigensi untuk kes-kes kemalangan pengangkutan yang membawa bahan kimia, minyak, petrol dan diesel dan bahan mentah seperti latex, susu getah yang menyebabkan sumber air berhampiran dengan lokasi kejadian terkesan dengan tumpahan akibat kemalangan. Negeri Perak adalah negeri yang terpanjang jajaran lebuhraya utara-selatan yang sangat pesat dengan pergerakan lori-lori tangki ini. Selain dari jalan-jalan umum, dalam negeri yang selari dengan sumber air. Kalau sudah ada Alhamdulillah, dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan tindakan yang cepat dan pantas serta cekap dan dapat mengurangkan kerugian akibat kemalangan tersebut terutama kepada sumber air kita.
Dalam usaha konservasi, yakni pemuliharaan sumber, saya mencadangkan untuk ditingkatkan kadar denda bagi memberikan kesedaran kepada pemain industri dan sesiapa sahaja. Dalam fasal 37, subseksyen 5 iaitu mana-mana orang yang melanggar subseksyen 1 dan 2 melakukan kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dipinda kepada didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan tidak tempoh 7 tahun atau kedua-duanya. Kita tidak mahu seperti mana kejadian pada krisis air 1998 di Selangor berlaku lagi. Kilang yang terbabit diarahkan ditutup sementara. Sementara menunggu keputusan siasatan selain pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan oleh LUAS bersama agensi kerajaan. Di mana kilang ini juga pernah dikompaun RM60,000 atau kesalahan sama sebelum ini tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama. Ini menunjukkan bahawa denda atau kompaun yang dikenakan tidak mendatangkan kesedaran kepada pemain industri. Kos untuk merawat semula air yang tercemar amat tinggi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan Johor mengeluarkan kos kecemasan 6.4 juta untuk merawat air Sungai Kim Kim sangat jauh beza dengan denda yang dikenakan.
Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu kaedah yang perlu dikomersialkan iaitu pengumpulan dan penggunaan air hujan. Amalan ini telah dipraktikkan oleh penduduk Malaysia pada masa dahulu, terutamanya di kawasan luar bandar. Amalan ini hampir pupus berikutan peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia di mana bekalan air bersih diperolehi melalui sistem paip retipulasi secara mudah. Saya berpandangan sistem pengumpulan dan penggunaan air hujan perlu dijanakan dengan kadar segera sebagai satu langkah alternatif pengurusan air secara ekonomi dan mampan? Justeru saya mencadangkan Rain Harvesting. Ini juga dimasukkan dalam RUUSA ini bagi menfaatkan sumber air untuk kegunaan semua. Konsep ini juga boleh digunakan oleh sektor perindustrian dan komersial yang tidak memerlukan air rawat. Sistem alternatif ini juga boleh diamalkan untuk kegunaan pengairan taman rekreasi, melawan kebakaran serta kegunaan tandas-tandas awam. Adalah amat diharapkan agar kerajaan bersetuju garis panduan ini dijadikan sebagai satu bukan lagi kumpulan profesional, pemaju, kontraktor dan juga orang awam dalam usaha menggalakkan penggunaannya. Memandangkan ianya menyokong konsep pembangunan mampan di mana sumber asli digunakan ke tahap optimum. Sistem ini boleh diperkenalkan di pasar-pasar, masjid dan premis-premis yang memerlukan penggunaan air yang banyak. Ianya akan dapat menjimatkan penggunaan air sekaligus menjimatkan wang serta dapat mengurangkan risiko banjir kilat.
Timbalan Yang di-Pertua, kesimpulannya daripada cadangan-cadangan tambahan peruntukan tadi, Kamunting memandang serius terhadap pemuliharaan alam sekitar kerana rang undang-undang ini akan menambah baik kepada enakmen-enakmen ataupun rang undang-undang yang ada di agensi-agensi yang akan dapat satukan pergerakan dan juga tindakan daripada semua agensi-agensi terbabit. Insya Allah kami daripada pihak pembangkang menyokong sekiranya ada cadangan-cadangan tambahan dimasukkan sebagai penambahbaikan yang lebih untuk rakyat negeri Perak seterusnya. InsyaAllah dengan wang dan pendapatan daripada kerajaan yang ada akan dapat menambahkan lagi peruntukan kepada saliran, dapat menambahkan lagi peruntukan untuk membaiki longkang, aliran air dan akan dapat mengurangkan lagi risiko banjir InsyaAllah rakyat akan hidup aman dan tenteram. Kamunting mohon ditangguhkan peruntukan ini, rang undang-undang ini untuk ditambah baik Sekian, wa bilahi taufiq walihidayah. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat kawasan Kamunting dan seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua. Yang Berhormat Tampan, Exco-Exco, AhliaAhli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan sama ada persekutuan atau negeri, seluruh pendengar yang mengikuti sidang Dun di Dewan yang mulia ini serta yang mengikuti secara maya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan rasa simpati saya kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Alor Pongsu dan di kawasan Behrang. Saya faham betapa susahnya mereka menghadapi musibah ini kerana boleh dikatakan setiap tahun tanpa satu kepastian bilakah ianya akan berakhir. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana sehingga ke saat ini di kawasan saya di Kampung Padang Serai dan di Pekan Beruas, belum lagi dinaiki air walaupun sepatutnya mereka juga mengalami nasib yang sama sebagaimana penduduk di kedua-dua tempat yang saya sebutkan tadi. Kuasa Tuhan tidak mengetahui, kita tidak mengetahui.
Namun, sebagai hambanya, kita dituntut supaya berusaha dan berikhtiar dengan menguruskan alam ini dengan sebaik mungkin. Terima kasih saya ucapkan juga kepada pihak Jabatan Perparitan dan Saliran, khususnya di daerah Manjung yang turut sama bersama-sama saya JD JPS Daerah Manjung bersama-sama saya menyinting seluar turun bersama-sama ke tebing Sungai Beruas ketika kerja-kerja mencuci sungai tersebut dijalankan oleh pihak JPS. Apa yang saya ingin kaitkan di sini ialah keperluan mengurus dalam erti kata lain sebagai manusia kita diberi pilihan sama ada kita nak ingin mengurus atau kita menyerahkan kepada pihak yang terbabit ataupun di pihak kontraktor. Kami berbincang bagaimana keadah korekan supaya ia memberi kesan bila tiba musim hujan. Apatah lagi Sungai Beruas yang bercantum dengan Sungai Rotan di Kampung Padang Serai yang sering menyebabkan banjir di situ sejak sekian lama. Apa yang saya coretkan di sini ada mempunyai kaitan dengan rang undang-undang yang sedang kita bahaskan. Pada semalam dan hari ini dan seterusnya kita semua akan membuat keputusan mengenainya di akhir persidangan kita nanti. Kita melihat negeri-negeri lain selain daripada negeri kita dan Perlis sudah melaksanakan RUUSA ini, sedangkan kita masih lagi terkial-kial untuk membuat keputusan.
Sebenarnya kami juga yang berada di sebelah sini juga sama dengan tuan-tuan di sebelah sana kita mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pengundi dan masyarakat kita ataupun penduduk kita di tempat masing-masing. Sudah pastilah dalam hal-hal yang menjadi kebebanan rakyat, di akar umbi, akan diambil kira kerana kami juga sedar akan kesusahan ditanggung oleh rakyat. Yakinlah, jauh di sudut hati, nasib rakyat akan menjadi pertimbangan utama bila RUU ini dilaksanakan nanti. Rakyat tidak akan terjejas dengan kos sara hidup yang tinggi yang kita hadapi sekarang ini. Apakah dengan menangguh keputusan ini menjadikan kita sebagai juara rakyat atau membantutkan usaha kerajaan untuk menguruskan sumber air ini dengan lebih baik dan teratur.
Timbalan Yang di-Pertua, air merupakan unsur yang sangat penting bagi kita semua. Pagi tadi sebelum kita hadir ke Dewan, kita terlebih dahulu mandi, bersarapan dan di Dewan ini juga disediakan makanan, minuman, pagi, petang, tengah hari dan andai berlarutan hingga ke malam pun, pasti akan disediakan, disajikan dengan makanan untuk kita semua. Apa yang saya ceritakan semuanya membawa kepada memanipulasikan peri pentingnya air dalam kehidupan seharian kita. Dari perkara-perkara asas dalam kehidupan seperti makan dan minum, amalan ibadat, semuanya memerlukan air. Malah di saat kita dilahirkan sehinggalah kita dikafankan juga pengurusan air juga menjadi satu kemestian. Dalam Al-Quran pun menegaskan peri pentingnya menjaga anugerah Tuhan seperti sumber air perlu dijaga dan dipelihara serta dikawal selia maka andai kita masih berpolitik dalam soal ini maka sudah tentulah kita tidak mengikut suruhannya. Apakah mesti kita perlu untuk menjaga dan mengurus pakai peraturan penjajah yang dibuat lebih 100 tahun dahulu demi semata-mata untuk kepentingan politik pada hari ini. Dalam konteks alam sekitar pula kita lebih mendengar kisah-kisah pencemaran di beberapa sungai di negara kita. Semua yang terjadi ini oleh sebabkan oleh ketiadaan satu badan yang mengawal selia sumber air. Kalau ada pun peranan mereka tidak jelas akibat dari bebanan tugas-tugas yang dipikul Bersama…
Pengkalan baru, saya buat celahan sikit. Boleh?
Sila-sila.
Terima kasih. Saya setuju dengan Pengkalan Baru tentang ini sebenarnya berpucuk pangkal kepada pengurusan sumber air. Dan saya juga aaa berterima kasih lah kerana pengkalan baru, simpati dengan rakyat dun saya yang kena banjir. Dan banyak di antara kami yang cakap ni, kami risau sikit tentang ketidakadilan. Kalau Pengkalan Baharu kena banjir, saya rasa Exco, MB akan terjun turun. Kalau Alor Pongsu kena 5 hari, saya dapat whatsApp tik biru ja. Itu yang risau tu sikit. Boleh tak? Pengkalan Baharu cerita sikit pasal ketidakadilan.
Sebenarnya, Alor Pongsu saya pun sebenarnya berasal dari daerah Kerian. Saya pun lahir di Kuala Kurau Jadi mungkin ada perasaan itu bersangkut. Sebenarnya apa yang saya maksudkan dari segi banjir bukan di Alor Pongsu saja, di Behrang pun sama. Di Behrang pun sama, kita turut bersimpatilah yaa dengan apa yang dialami oleh penduduk di di kawasan yang kita sebut tadi. Aaa saya sebut tadi, Akta 418, akta tahun yang telah dibuat pada tahun 1920, cukup lama dah, ianya memberikan kuasa yang tidak jelas kepada siapa yang nak dipertanggungjawabkan. Dalam Akta 418 hanya diperuntukkan kuasa kepada pegawai ataupun pejabat daerah untuk menentukan dalam hal mengenakan charge untuk air mentah ini. Jadi kita faham lebih 100 tahun dulu, mungkin sesuai ketika itu tapi sekarang ini dengan bebanan tugas yang ada pada pejabat tanah, pejabat daerah, saya rasa perlunya ada satu badan yang mengurus bekalan sumber air mentah supaya dapat diuruskan dengan lebih baik. Saya mengikuti apa yang Alor Pongsu sebut tadi dan mungkin apa yang saya ceritakan di awal perbahasan saya tadi berkaitan dengan aspek teknikal. Walaupun kita bukan teknikal, tapi kita mempunyai pengalaman dalam menguruskan banjir, menguruskan masyarakat. Mungkin pengalaman-pengalaman kita boleh digunapakai. Boleh diguna pakai. Apa yang saya sebut tadi, perlunya pengurusan, mengurus.
Kalau kita lihat badan kita pun lebih 70% daripada badan kita juga dipenuhi oleh air samada darah, bumi juga sama, lebih 70% atau 60% ke atas dipenuhi, dikelilingi oleh air. Maka, apa yang saya nak nyatakan di sini, betapa pentingnya, peripentingnya, pengurusan sumber air ini perlu kita sokong untuk diluluskan. Untuk dijadikan sebagai satu akta. Tuan-tuan dan perempuan, saya ulang semula. Kami di sebelah sini pun juga mempunyai tanggungjawab yang sama dengan tuan-tuan yang berada di sana. Akta berkaitan sumber air di bawah tanah yang telah diabstraktasikan sudah ada. Cuma air permukaan seperti air laut tidak mempunyai satu garis panduan yang jelas berkaitan dengan caj yang akan digunakan. Sama juga dengan pengusuh pengusaha-pengusaha kolam udang dan ternakan ikan yang menggunakan air laut sebagai sumber. Pun begitu, penguatkuasaan tidaklah dibuat sembrono saya yakin. Sebab kita ada Pihak Berkuasa Negeri, kita ada satu Pihak Berkuasa Negeri yang akan menentukan, memperhalusi setiap kadar tarif yang akan dikenakan nanti. Sudah pastilah hasil-hasil yang telah dipungut, digunapakai untuk kepentingan rakyat di seluruh negeri Perak. Tuan-tuan dan puan-puan, nantijahnya kalau sumber air tidak dikawal selia dengan baik, pelbagai musibah boleh merosakkan kehidupan kita. Maka itu, pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan usul Rang Undang-Undang Sumber Air yang dibentangkan di dewan yang mulia ini untuk diluluskan. Perkara yang baik dan bermanfaat adalah kita sokong, sama ada di pihak penyokong, pihak kerajaan mahupun dipihak pembangkang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, lumrahnya apa juga rang undang undang ciptaan manusia kebiasaanya pasti sedikit sebanyak mempunyai cacat celanya. Berpandu langkah itu, pasif timbang cara selalu kita dipengaruhi oleh dalam kecenderungan kita sama ada hendak menyokong ataupun hendak membangkang. Dalam kecenderungan ini pula, selalu dipengaruhi oleh sentimen terhadap sesuatu yang dipertimbangkan. Jika sentimen kita dibiarkan hanyut tanpa arah, maka kecenderungan kita juga akan begitu. Sekalipun apa yang kita usulkan itu baik untuk kita dan rakyat jelata telah warisan kita. Dalam konteks ini, golongan bestari sering menasihatkan bahawa jika kita berdepan dengan situasi di mana kita perlu mencari kewajaran untuk membuat keputusan. Eloklah proses membuat timbang cara disandarkan kepada tiga perkara asas. Iaitu, pertama, apakah niat kita? Nawaitu, terhadap undang-undang tersebut. Kesedaran terhadap peri pentingnya perkara yang akan kita utuhkan. Kesegeraan membuat keputusan. Ketiga, peri pentingnya sesuatu matlamat atau keputusan yang akan kita buat. Nawaitu yang tersemat dan tersemat dalam usul Rang Undang-Undang Sumber Air ini amat jelas dan nyata iaitu lain tidak bukan untuk mengawal selia sumber air supaya terus menerus dalam keadaan selamat dan lestari. Bukan sahaja untuk masa kini, bahkan untuk dimanfaat oleh generasi akan datang. Perlu diingat setiap tindak tanduk kita di musim kini adalah acuan yang akan menentukan nasib baik anak cucu warisan kita semestinya atau wajib untuk kita memelihara sumber air supaya sentiasa baik dan lestari. Bukan sahaja untuk diri kita, bahkan untuk generasi yang akan datang saya berpendapat bahawa RUU Sumber Air yang dibentangkan untuk kelulusan Dewan yang mulia ini adalah jelas dan nyata. Nawaitu. Ianya perlu disokong dan diluluskan.
Menyentuh tentang pentingnya perkara ini diberi perhatian dan kesegeraan bertindak. Saya berpendirian bahawa sesuatu yang baik perlu disegerakan. Kelewatan bertindak boleh menggamit padah. Kerosakan dan kemusnahan boleh berlaku pada bila-bila masa, semasa kita bersidang untuk meneruskan RUU Sumber Air ini, tidak mustahil sedang berlaku kerosakan dan kemusnahan sumber air di kawasan-kawasan tertentu dalam negeri Perak. Sama ada ia berlaku atas kerakusan perbuatan tangan-tangan manusia atau pada hukum alam. Ia tetap merupakan malapetaka yang menimpa kita. Yang pasti, kelewatan bertindak perlu dibayar dengan harganya amat tinggi. Pencemaran dan kemusnahan sumber air bukan mudah untuk dipulihkan. Kiasan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati adalah sangat bertepatan dalam konteks ini. Sebaik mana pun instrumen dan mekanisma yang disediakan, namun jika pihak yang melaksanakannya gagal berprestasi, dengan baik kecapaian matlamat sering menjadi masalah. Untuk memastikan RUU ini berjalan lancar, sebuah badan yang dinamakan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak akan ditubuhkan. Lembaga ini diberi tanggungjawab dan kuasa tentu untuk melunaskan tata kelola pengurusan sumber air di seluruh negara. Di peringkat pra pelaksanaan RUU ini, apa yang mungkin menjadi kesamaran ialah di manakah titik mula tindakan penguatkuasaan dan di mana pula ianya berakhir. Satu lagi aspek yang mungkin menimbulkan kesamaran ialah persoalan berkaitan aspek pencegahan dan bimbingan serta input-input bagi menyuntik kesedaran di kalangan masyarakat tentang peri pentingnya pemeliharaan sumber air.
Sehubungan dengan perkara ini, saya ingin menyatakan agar aspek kesedaran dan bimbingan perlu diberi perhatian oleh pihak Lembaga Air supaya rakyat jelata tidak terperangkap dalam sindrom kejahilan tentang apakah yang boleh dan apa pula yang tidak boleh. Lantas menjadikan alasan kami tidak tahu apabila menyalahi peraturan di bawah RUU. Usaha untuk menimbulkan kesedaran dan memberi khidmat bimbingan tidak boleh dipandang remeh terutama di peringkat awal pelaksanaan RUU. Pihak yang diberi kuasa tidak harus mendapat label sebagai satu instrumen dengan izin yang menekan rakyat dan perlu dielakkan persepsi umum bahawa RUU Sumber Air ini diwujudkan semata-mata untuk menambah hasil negeri melalui pelbagai caj fee denda dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, Timbalan Yang di-Pertua antara nawaitu hendak memelihara sumber air atau nawaitu hendak menjana hasil negeri, wujud suatu ruang yang boleh memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk memaniputasi keberadaan RUU ini sebagai satu lagi beban yang menambah derita rakyat yang sedang dilanda himpitan kos sara hidup. Pihak pemain industri pula mungkin berasas beralasan bahawa perlaksanaan RUU Sumber Air ini akan meningkat kos pengeluaran mereka. Lantas menaikkan harga jualan untuk menampung kos tambahan. Kesannya rantaian ini akan ditanggung oleh pengguna. Sehubungan perkara ini eloklah disuntik.
Pemahaman yang tuntas dan jitu supaya timbul kesedaran tanggungjawab bersama dalam memelihara kualiti dan kelestarian sumber air demi kebaikan bersama. Khazanah kurniaan Ilahi ini tidak harus dijadikan poleterial, dengan izin atau cagaran bagi meraih keberuntungan yang akhirnya akan menjadi akan punah jika sumber air tidak lagi boleh digunakan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, diwaktu kita bersidang di dewan yang mulia ini, entah berapa juta penduduk dunia sedang mengalami masalah kekurangan air. Entah berapa juta pula sedang mengalami penyakit yang berpunca dari aspek kesihatan. Selain dari itu, entah berapa juta orang sedang mengalami kekurangan bekalan air untuk usaha, mengusahakan pertanian. Malah, keterjaminan makanan juga turut terjejas akibat kekurangan sumber air atau lebihan air akibat banjir. Bagi umat Islam yang bilangannya berjumlah kira-kira 2 bilion atau satu pertiga dari penduduk dunia, keberadaan sumber air yang sesuai bukan sahaja bagi meneruskan kehidupan, malah merangkumi keperluan untuk beribadat seperti berwuduk, mandi wajib dan sebagainya. Cuba bayangkan apa akan berlaku jika sumber air yang sesuai tidak lagi wujud akibat pencemaran atau kepupusan yang berpunca dari kerakusan manusia. Ini lebih kurang macam kita nak selamat biarlah dalam keadaan masih keberadaan macam Harimau Malaya lah. Kalau dah, dah hampir pupus ni kita nak selamat pun agak sukar kerana ianya dah, dah mungkin hampir pupus.
Berpandukan hakikat ini, secara peribadi, saya tentulah terkejut jika terdapat kalangan Ahli-ahli Dewan yang menentang dalam menyokong untuk meluluskan RUU ini. Oleh itu, sekalipun di antara kita berbagikan wujud garis pemisah dari segi kecenderungan politik, soal kemasalahan rakyat dan kepentingan masa depan negara dan negeri tidak harus dikorbankan atau dijadikan alasan bagi menjadi juara rakyat. Sama-samalah kita berpegang teguh kepada prinsip bahawa kurniaan Ilahi yang sangat berharga ini wajib dipelihara sebaik mungkin demi kebaikan kita bersama yang kelak boleh pula dimanfaat oleh anak cucu. Kita perlu menerima hakikat bahawa alam semula jadi tempat kita menjalani kehidupan sekarang ini adalah dipinjamkan kepada kita buat satu tempoh mengikut keizinan Ilahi.
Setiap yang diberi yang diberi pinjam perlu dikembalikan dan dikembalikan dalam keadaan yang sebaik mungkin supaya boleh dipinjamkan pula kepada dan dimanfaat oleh anak cucu warisan kita. Jika kemusnahan yang kita tinggalkan, maka kemusnahan lah jua yang diwarisi oleh generasi akan datang. Natijahnya, jangan sekali-kali kita biarkan kemusnahan berlaku akibat kerakusan dan kelalaian kita kerana kemusnahan itu akan diwarisi oleh anak-anak cucu kita pula. Angkara kemusnahan berpotensi membentuk kitaran berganda dan jarang-jarang jumpa ialah pulang ke pangkal asal di mana ianya bermula. Sebagai penutup saya sisipkan 2 rakaat pantun yang kata kuncinya berkaitan dengan air dan pada bait-bait pembayang dan juga maksudnya terdapat nasihat.
Setenang-tenang air tasik, Di tepi tebingnya berkocak dua, Usul dibentang nampak cantik, Mari bersama kita menyokong.
Kalau jernih air di hulu, Jernih juga air di kuala, Jangan jerih berkata setuju, Hikmahnya menyinar kehidupan kita.
Sekian terima kasih, Pengkalan Baharu mohon berundur.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu, pembahas yang terakhir pada hari ini. Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah menyertai sesi perbahasan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu, 27 September 2023 jam 9.00 pagi.