Perak · 27 September 2023
15th Assembly, 1st session, 4th meeting · 304 turns · 22,827 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Keempat, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan, pada hari Rabu, 27 September 2023, jam 9.00 pagi, dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.
Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.
Salam sejahtera, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat AhliaAhli Majlis Mesyuarat Dewan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, suka saya memberi maklum bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak Aturan Urusan Mesyuarat berserta senarai giliran soalan-soalan lisan. Seperti kebiasaan persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 90 minit. Setiap soalan akan diberikan 2 soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini, akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang ketiga, berkenaan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023. Adalah dimaklumkan bahawa setelah selesai sesi soalan lisan, Yang Berhormat Sungai Rapat akan menggulung perbahasan dan setelah itu Dewan akan bertukar menjadi Jawatankuasa Seisi Dewan bagi membincangkan perincian rang undang-undang dari sefasal ke sefasal. Semasa peringkat jawatankuasa setiap Ahli Yang Berhormat diberi peluang untuk membangkitkan segala persoalan atau mengemukakan cadangan penambahbaikan rang undang-undang tersebut.
Perkara yang ketiga, berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.30 malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Sekian, terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Bercham untuk mengemukakan soalan. Sila.
Selamat pagi, salam sejahtera diucapkan kepada Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan juga selamat menyambut Pesta Tanglung 2 hari lepas, bukan lepas, akan datang. Soalan saya nombor 1. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Bercham yang berkaitan dengan pentadbiran tanah negeri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kaedah pembayaran premium secara ansuran tidak dilaksanakan kerana bayaran ini adalah bersifat one-off untuk membolehkan hakmilik didaftarkan. Tempoh bayaran premium ditetapkan ialah selama 3 bulan, dari tarikh Notis 5A dikeluarkan dan boleh dimohon perlanjutan tempoh untuk 3 bulan lagi. Butiran Notis 5A bagi tujuan pembayaran premium adalah meliputi cukai tahun pertama, bayaran ukur, tanda sempadan dan bayaran pendaftaran hakmilik. Kegagalan untuk menyempurnakan bayaran Notis 5A mengikut tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan kelulusan pemberimilikan oleh Pihak Berkuasa Negeri luput serta merta. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri memahami dan sentiasa prihatin kepada golongan miskin dan kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membayar kadar premium tanah yang tinggi. Oleh itu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) telah mengeluarkan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bil. 3 Tahun 2020 berkaitan dengan Dasar Permohonan Rayuan Pengurangan Premium kepada pemohon individu yang benar-benar layak di bawah kategori miskin tegar atau orang kelainan upaya (OKU) dengan pengurangan bayaran premium berdasarkan syor oleh PTG untuk diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Kerajaan Negeri turut memahami keluh kesah rakyat berkaitan tempoh menunggu yang panjang bagi proses kelulusan pemberi milikan tanah, pembaharuan geran, kebenaran penukaran pemilikkan tanah dan sebagainya. Oleh itu, PTG yang bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa. Sebagai contoh, PTG telah mengeluarkan Pekeliling PTG Bilangan 1/2022 berkaitan penambahbaikan proses-proses pembangunan seperti tukar syarat dan pecah sempadan serentak seksyen 124A serah balik dan beri milik semula, Seksyen 204A-H dan pecah sempadan, seksyen 136. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memberi penurunan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri, maaf Kerajaan Negeri telah juga memberi penurunan kuasa daripada Pihak Berkuasa Negeri kepada Pengarah Tanah dan Pentadbir Tanah bagi urusan-urusan tertentu melalui Pekeliling PTG Bil. 11/2022. Penambahbaikan ini telah memendekkan tempoh masa untuk memproses permohonan di antara 20 ke 30 hari berbanding tempoh sebelum ini yang lebih panjang.
Untuk makluman Yang Berhormat, sejak sistem e-Tanah mula diguna pakai di semua pentadbiran tanah di Negeri Perak mulai 15 Februari 2021, terdapat beberapa urusan yang melibatkan modul pendaftaran boleh dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian iaitu E2E atau N2N seperti permohonan carian persendirian, permohonan kebenaran pindah milik tanah MB Consent, permohonan carian rasmi dan yang terkini permohonan salinan sah hakmilik. Justeru, melalui penggunaan e-Tanah sistem penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah Negeri Perak dilihat dapat dipertingkatkan di samping dapat menyelesaikan isu dan permasalahan daripada orang awam dengan lebih cepat. Sebagai contoh, cukai petak, syarat nyata dan sebagainya dengan hanya melalui carian sistem. Penggunaan sistem ini juga telah memperlihatkan penjimatan masa menunggu di kaunter dan ini secara langsung memberikan imej perkhidmatan kaunter kerajaan yang lebih positif. Di samping itu, pentadbiran tanah Negeri Perak juga dapat menyediakan akses terbuka kepada maklumat dan data seterusnya dapat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti. Sistem ini juga memanfaatkan pelabur dan pemaju perumahan, pemaju perladangan, perlombongan, institusi kewangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan tanah dan galian juga boleh mengakses sistem e-Tanah secara dalam talian. Ini dapat melicinkan lagi proses penjualan hartanah atau perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Manakala di kalangan pelabur pula, mereka boleh mengakses maklumat hartanah dengan lebih cepat dan mudah melalui sistem e-Tanah dan sekaligus membantu pelabur dalam membuat keputusan pelaburan yang baik. Terima kasih.
Soalan tambahan, Bercham sila.
Terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat yang begitu teliti dan spesifik. Soalan tambahan saya berkenaan dengan isu MB Consent dengan izin di mana banyak di kalangan penduduk-penduduk di kawasan saya atau di luar kawasan saya ada menyebut tentang perkara untuk transaksi penjualan ataupun pembelian ataupun tukar hakmilik hak tanah. Jadi yang kebiasaannya perkara ini dilakukan oleh bantuan pihak peguam. Jadi mereka telah sekian lama mereka tunggu MB Consent untuk kelulusan permohonan mereka. Kadangkala mereka pun rasa cemas nak tahu status tentang transaksi ini untuk mendapatkan MB Consent. Jadi peguam mereka memberikan satu gambaran kata ini disebabkan oleh Menteri Besar yang telah melambatkan proses tersebut. Ini memberikan satu imej yang tidak begitu baik. Jadi mereka kata kerajaan ini sengaja melengah-lengahkan proses tersebut tetapi hakikatnya sebenarnya kita kena tunggu giliran tersebut tapi gambaran yang diberikan oleh peguam mereka yang menguruskan transaksi mereka telah memberikan gambaran yang buruk kepada pihak Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar sendiri. Jadi soalan saya adalah apakah mekanisme untuk mengurangkan had menunggu tersebut atau pun kita buat satu SOP ke atau pun yang lebih ringkas katakan habis dalam 2 bulan ke setengah tahun ke setahun ke sebab kebanyakan mereka ada yang sebahagian mereka yang kurang usianya warga emas. Mereka khuatir sentiasa tanya sebab mereka faktor usia mereka khuatir transaksi belum diluluskan, mereka sudah meninggal dunia. Jadi soalan saya itu diajukan kepada Yang Amat Berhormat. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bercham. Seperti saya sebutkan tadi, semua urusan-urusan yang berkaitan dengan tanah sekarang ini diuruskan dengan menggunakan kepakaran teknologi iaitu e-Tanah. Walaubagaimanapun, tidak semua urusan itu boleh dilangsungkan secara atas talian hanya peringkat permohonan, tapi prosesnya akan mengambil masa sebab MB Consent ini yang pertama contoh kalau permohonan untuk pindah milik tanah daripada seorang bumiputera kepada bumiputera, nampak macam straight forward tapi ada syarat. Kalau bumiputera asal itu mendapat tanah anugerah, dia tak boleh simply dalam tempoh 1 tahun 2 tahun menjual atau pun pindah hakmilik. Dia ada syarat kalau tak silap saya ada moratorium 5 tahun untuk membolehkan so, pihak PTG yang menerima permohonan tersebut atas talian masih perlu untuk membuat kajian secara manual nak memastikan ia betul dan menepati.
Yang kedua biasanya adalah permohonan untuk tukar milik daripada bumiputera ini rumah, dia beli rumah and than dia nak jual kepada bukan bumiputera, itu pun ada syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi yang telah ditetapkan oleh PTG. Jadi oleh kerana permohonan itu banyak Yang Berhormat, memang banyak permohonan itu saya faham maka pihak PTG perlu untuk mempastikan mereka yang memohon tukar syarat melalui sistem MB Consent itu perlu mematuhi syarat-syarat berkenaan dan setelah pihak PTG berpuas hati, barulah diangkat kertas itu ke Mesyuarat Exco. Exco akan meneliti bergantung kepada syor. Kalau PTG syorkan diluluskan baru kita boleh luluskan. Jadi itulah barangkali yang dianggap sebagai mengambil masa tapi kita akan cuba perbaiki. Kalau Yang Berhormat cadangkan tadi kena ada satu piagam contohnya dalam tempoh berapa lama kita boleh buat, kita akan cuba sedaya upaya tetapi tertakluklah kepada PTG itu sendiri. Terima kasih.
Soalan tambahan Changkat Jering, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan berkenaan dengan isu tanah juga. Di sini yang ingin ajukan apakah status tanah yang terkini tentang tanah PPRT yakni Mukim Pengkalan Aur, Daerah Larut Matang dan Selama? Kalau mengikut perjanjian yang dibuat pada 15 Februari 2022 antara penduduk dengan pemaju bermakna pemaju bersetuju untuk membuat setiap orang tu 1 lot, 1 rumah banglo untuk 29 penduduk ini dan setakat hari ini masih tak ada apa-apa lagi tindakan. Dah hampir satu tahun setengah. Jadi bila saya melawat dalam kawasan saya Changkat Jering, saya bersimpati sangatlah dengan penduduk-penduduk PPRT ini yang rata-ratanya kita tengok memang daif. Kalau tuan-tuan boleh pergi kalau nak tengok cara berdepan, kita boleh tengok situasi rumah yang PPRT ini yang 29 rumah ini. Kadang-kadang bila saya ziarah seorang makcik yang tua tu, dia kata YB boleh tak mintak tolonglah, tumpang makcik ni ada hidup lagi. Jadi dah 70-80 tahun dah umur dia, dia kata naklah rasa jugak kesempurna rumah tu.
Jadi saya minta penjelasan setakat ini apakah status sekarang tentang kedudukan perpindahan penduduk ini? Depa duduk ni daripada tahun 1995 lagi dan untuk maklumat tuan-tuan semua sekali, dia dimiliki oleh RH Konsortium dan difahamkan dimiliki ini pada tahun 2019. Maknanya baru lagilah sedangkan pendudukan tu dah 1995. Jadi tak apalah itu dah lepas dah selesai masalah itu cuma saya ni nak tekankan kalau boleh mintaklah segerakan perpindahan depa ini dan pelaksanaan rumah-rumah yang dijanjikan hasil daripada perjanjian dengan pemaju dan juga penduduk. Terima kasih.
Terima kasih. Adakah Yang Berhormat bermaksud ini kisah Simpang Halt yang di Bukit Gantang?
Minta maaf Yang Berhormat, bukan Simpang Halt adalah kawasan Kuala Sepetang yang Air Kuning ni maksud dia Larut Matang yang berada di kawasan Kampung Air Kuning.
Ok. Saya faham. Dalam pengetahuan Kerajaan Negeri masalah yang diajukan oleh Yang Berhormat itu sebenarnya dalam tindakan kita, cuma dia mengambil masa yang agak panjang sebab peneroka itu menduduki tanah kerajaan secara tidak sah dan apabila kerajaan meluluskan tanah tersebut kepada satu konsortium dan konsortium itu sudah berjanji untuk memberi ganti setiap orang peserta sebuah rumah, kalau tidak silap saya. Jadi, prosesnya mengambil masa dan saya telah mendapat maklumat bahawa ianya akan dilangsungkan tahun ini juga. Prosesnya mengambil masa Yang Berhormat sebab pertamanya kawasan itu perlu dibersihkan dahulu dan tanah perlu diratakan dan proses-proses untuk membangunkan rumah ganti itu mengambil masa tapi kerajaan janji dan kita akan tunaikan janji sepertimana yang telah dibuat oleh konsortium berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Alor Pongsu satu lagi, hal tanah satu je, hal tanah. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua ya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dari pekan Alor Pongsu sekarang ni ada jalan pintas menghala ke Bukit Merah. Jadi jalan pintas itu betul-betul seiring dengan Lebuhraya PLUS. Sebelum ni, bila tak wujud lebuhraya, geran tanah tersusun elok tapi bila berlaku pengambilan tanah disebabkan nak bina lebuhraya tu, saya baru pegang jadi Adun kawasan itu, dia jadi berceramuk. Kebanyakan rumah bila geran baru keluar dia terganjak. A jadi masuk kawasan B, B masuk kawasan C dia terganjak. Jadi kebanyakan rumah banyak rumah tu dibina oleh persendirian dan juga SPNB. Yang terkini ada satu rumah SPNB dibuat jugak, terima kasih lah SPNB dia buat tapi tuan tanah tu datang jumpa saya, dia kata SPNB buat atas tanah saya. Saya pi jumpa tuan tanah asal pulak dia kata tu tanah saya, nak buat macam mana YB, saya kata SPNB dah nak bagi rumah hang buat dululah. Jadi saya dah cuba runding banyak kali tak selesai, jadi saya nak minta YAB tolong tengok supaya tak tau apa jadi ni geran dia terganjak semua sampai laluan masuk ke kolam Bukit Merah la kot yang hujung sekali tu, terganjak semua dia terganjak terganjak semua. Tak jelas. Terima kasih.
Terima kasih. Saya ingat ini satu soalan yang spesifik berkaitan dengan tempat yang khusus. Kita akan mengambil maklum aduan ini dan kita akan cari jalan bagaimana penyelesaiannya. Sebab dia biasanya berkaitan dengan sukat. Sukat kerana setelah disukat halus baru kita temui barangkali kesilapan-kesilapan itu. Terima kasih.
Seterusnya, jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 2.
Assalamu'alaikum warahmatullahhitaalahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terutama saya ucapkan terima kasih kepada YB Batu Kurau yang bertanyakan berkenaan dengan jambatan sempit Batu 14 Kurau. Untuk jawapannya, pihak JKR, Jabatan Kerja Raya, Daerah Larut Matang dan Selama telah membuat permohonan untuk menaik taraf jambatan tersebut. Anggaran awal kos keseluruhannya adalah sebanyak RM16 juta. Pihak JKR negeri sedang menyediakan cadangan kerja-kerja menaiktaraf jambatan tersebut dengan anggaran kos sebanyak RM16 juta juga. Kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan berdasarkan keutamaan dan juga kelulusan peruntukan di bawah Program Rancangan Peruntukan Pembangunan Kerajaan Negeri Perak, RPP12. Kerja-kerja awalan itu kerja ukur telah pun selesai dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pihak JKR dalam tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja siasatan tanah pada tahun 2024. Seterusnya, kerja-kerja rekabentuk pembinaan projek dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada tahun 2026. Ini jawapan kepada soalan Batu Kurau. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih jawapan daripada Exco meyakinkan sedikit penduduk-penduduk di Batu Kurau. Yang Berhormat Exco, satu lagi jambatan Yang Berhormat pergi ke Selama di Pondok Tanjung sangat sempit dan masalahnya dah lama berlaku. Tidakkah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan taraf jambatan sempit di Pondok Tanjung? Terima kasih.
Terima kasih banyak. Jambatan sempit di Pondok Tanjung tu juga dalam pemerhatian. Tapi oleh kerana kita nak beri keutamaan kepada banyak tempat lagi yang jambatannya jauh lebih sempit. Kalau YB tengok Jalan Pengkalan Baharu tu sempit sampai kereta tak boleh berselisih. Tanya YB Pengkalan Baharu. Jadi kalau kita beri keutamaan, kita tengok mana-mana jambatan yang sesak, yang ramai laluan dekat situ, maka itu diberi keutamaan. Di Pondok Tanjung tu sesak jugak tak sesesak-sesak macam tempat yang saya lawati. Kalau tengok berotak dekat Sungai Batang
Padang di Tapah lagi haru. Kalau tengok pulak jambatan di Titi Serong juga haru. Tapi sedar kita kena ingat kawan-kawan kita dekat sungai dekat Sungai Karai tu jambatannya pun udah rosak dan udah roboh sama sekali. Jadi maknanya sudah tentulah JKR bersama-sama dengan konsesi memberi keutamaan kepada tempat-tempat sedemikian. Kita ada juga jambatan tapi sempit. Yang di Karai langsung tak ada jambatan udah roboh. Ini bermakna JKR negeri tengok mana-mana tempat yang memang jambatan usang teruk sekali bukan hanya kalau dia itu sempit tapi boleh agak membahayakan kita akan ambil tindakan. Jadi di Pondok Tanjung dalam pemerhatian kami, Insya-Allah kita akan berikan perhatian jugak. Waallahhualam. Terima kasih.
Bota
Bota, Sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, Soalan tambahan untuk YB Exco. Untuk makluman YB Exco kita terdapat jambatan yang menghubungkan Bota Kanan dan Bota Kiri tetapi apa yang lebih penting untuk diberi perhatian adalah Jambatan Bota Kanan Bota Kiri tu yang menghala daripada Bota Kiri ke Bota Kanan. Maknanya Jambatan lama Sultan Idris tu telah agak uzur dan telah berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian. Beberapa kali pada tahun ini. Jadi, saya mohon untuk proses pembaikan segera struktur, ada tarnya banyak lopak-lopak di jambatan, jadi mintak perhatian kepada pihak YB Exco lah. Jambatan daripada hala Bota Kiri ke Bota Kanan. Maknanya itu adalah merupakan jambatan utama yang laluan orang pengguna nak daripada Lumut pergi ke Ipoh. Jadi mohon perhatian YB Exco. Sekian, terima kasih.
YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Terima kasih Bota. Sebenornya masalah Bota ini bukannya masalah jambatan tu sempit masih boleh digunakan dua-dua haluan. Masalahnya adalah pavement permukaan jalan tu berlubang-lubang. Itu menyebabkan kemalangan waktu malam walaupun dia berlampu dan bercahaya. Jadi untuk itu saya akan mintak JKR di kawasan pejabat daerah tersebut untuk membuat penilaian. Pastikan bahawa struktur jambatan, Alhamdulillah telah nampak elok. Tapi kalau sekiranya ada kemalangan disebabkan oleh pavement ataupun permukaan jalan tu, kita akan beri perhatian seterusnya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Exco. Seterusnya Ahli… Chenderiang.
Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Exco kerana sudi turun padang bersama kami untuk menyelesaikan masalah lalu lintas yang agak jem di Pekan Tapah. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Exco, sering berlaku kemalangan di Pekan Tapah. Adalah faktornya adalah jambatan yang sempit di Pekan Tapah. Jambatan yang sedia ada, cuma ada 2 lorong, satu pergi dan satu balik dan saya telah memohon kepada pihak kerajaan supaya untuk kita menaikkan taraf jambatan yang sedia ada kepada 2 lorong pergi dan balik dan satu lagi saya nak maklum pada Yang Berhormat Exco di kawasan saya ada juga 1 jambatan yang agak bahaya iaitu di Kampung Batu Melintang yang melibatkan penduduk-penduduk yang menggunakan jambatan tu yang masuk ke Kampung Orang Asli. Jambatan yang sedia ada itu, kita telah membawa isu-isu masalah-masalah ini di Mesyuarat Tindakan Daerah tetapi jawapan yang diberi semasa mesyuarat adalah tiada peruntukan. Dan permohonan telah dibuat beberapa tahun tetapi status masihnya dalam menunggu peruntukan-peruntukan daripada pihak JKR dan pihak Persekutuan. Saya mohon kepada YB Exco untuk mempertimbangkan permohonan orang kampung supaya jambatan yang sedia ada itu dinaiktaraf. Untuk keselamatan orang kampung. Terima kasih.
Terima kasih YB Chenderiang. Saya berterima kasih kepada YB Chenderiang apabila saya membuat lawatan ke kawasan Chenderiang dan Ayer Kuning itu, YB-YB telah sedia berada di situ maknanya mereka pandang serius, ambil perhatian kepada apa yang berlaku. Berkenaan dengan jambatan di Kampung Lintang, yang itu saya akan minta dalam mesyuarat JKPTD, mesyuarat tindakan daerah itu supaya wakil JKR ambil maklum berkenaan dengan perkara yang berbangkit. Jadi kalau sekiranya secara detail dapat mereka buat kajian, dia akan majukan kepada pihak-pihak Ibu Pejabat JKR di sini dan saya juga dapat maklum. Jadi buat masa ni saya sendiri tidak dapat melihat kawasan tersebut. Tapi saya akan arahkan JKR daerah Batang Padang untuk pergi melihat jambatan tersebut. Jadi kalau jambatan itu cadangan daripada YB untuk dinaiktaraf, barangkali dia makan masa sikit. Tapi kalau apa-apa perkara yang boleh mengelakkan daripada bahaya, mara dan sebagainya yang itu kita ambil tindakan secepat mungkin. Sekian terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan soalan sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Panjang soalan no 3 terima kasih.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang. Ada 2 soalan dikemukakan, yang bagi jawapan kepada soalan pertama adalah berkaitan dengan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 dan sebelum saya teruskan dengan jawapan, saya ingin menyatakan di sini Majlis Pelancaran Perak Sejahtera disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada 15 Jun 2022. Semasa itu, beberapa orang daripada bahagian sana, Yang Berhormat daripada bahagian saya adalah dalam kerajaan ini dan juga ada lebih kurang 5 orang Yang Berhormat yang duduk sana merupakan Exco. Jadi mereka adalah sebahagian daripada pelancaran Perak, Pelan Perak Sejahtera ini. Jadi Perak Pelan ini adalah satu pelan yang kita semua harus menyokong. Pembangkang ataupun kerajaan sebab adalah dibuat dengan niat baik demi kesejahteraan 2.5 juta warga Perak. Jawapan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, salah satu tumpuan yang diberikan adalah memastikan peluang pekerjaan yang ditawarkan di dalam negeri Perak dapat dipenuhi oleh bakat tempatan mengikut kehendak fit the market. Antara langkah-langkah yang giat dilaksanakan di bawah Agensi Pelaksanaan Pusat Aspirasi Anak Perak iaitu PASAK adalah seperti berikut.
Yang pertama, penubuhan Majlis TVET Negeri Perak yang akan berfungsi sebagai badan tertinggi yang akan menyelaras dan memantau pelaksanaan program latihan.
Kursus yang ditawarkan oleh institusi. Keperluan industri semasa serta jangkaan permintaan pelabur untuk guna tenaga di negeri Perak. Majlis TVET juga akan berfungsi sebagai badan pengiktirafan pensijilan bagi program-program latihan yang ditawarkan selain daripada pensijilan sedia ada oleh institusi kemahiran mengikut garis panduan yang ditetapkan. Keanggotaan Majlis TVET Negeri akan terdiri daripada Pihak Berkuasa Negeri tentang portfolio, wakil institusi kemahiran, wakil industri, wakil jabatan dan agensi.
Kedua program khas iaitu Program Latihan Modular Industri. Objektif utama latihan secara modular ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan keboleh pasaran tenaga kerja tempat khususnya di negeri Perak untuk menempatkan diri ke dalam industri. Langkah ini adalah permulaan dalam pelaksanaan jangka panjang dalam membangunkan tenaga kerja mahir di negeri Perak.
Ketiga, penyediaan platform pencarian pekerjaan dalam talian aplikasi Talent Perak. Talent Perak merupakan aplikasi dan sistem pekerjaan online bagi membuat padanan pekerjaan berdasarkan kelayakan, kemahiran, pengalaman, gaji dan lain-lain mengikut keperluan majikan atau dikatakan dengan izin 'job matching'. Aplikasi ini perlu dimanfaatkan oleh setiap pencari kerja termasuk anak muda kerana ianya merupakan langkah awal untuk golongan ini berada dalam pasaran pekerjaan sekaligus membantu kebolehpasaran dalam kalangan mereka dan melalui aplikasi ini pada tahun 2022, seramai 15,917 orang telah berjaya mendapat pekerjaan dan bagi tahun 2023 sehingga Julai sebanyak 4,725 orang Perak telah berjaya mendapat kerja. Bermakna, berjumlah tahun lepas dan tahun ini sehingga Julai sebanyak 20,642 anak-anak muda kita telah berjaya mendapat pekerjaan. Tidak termasuk juga usaha-usaha yang diambil melalui SOCSO untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi masa yang sama, jumlah pekerja yang diberhentikan kerja atau diberhentikan kerja bagi tahun 2022 adalah sebanyak 1,664 dan tahun ini sehingga Julai adalah sebanyak 823 orang telah diberhentikan. Jumlah 2,487 telah diberhentikan kerja. Yang dapat kerja pada tempoh yang sama adalah 20,642.
Pihak PASAK juga turut giat melaksanakan program karnival kerjaya di peringkat daerah-daerah untuk menarik pencari kerja tempatan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan industri dalam negeri. Sehingga Jun 2023 sebanyak 5 karnival kerja telah diadakan oleh PASAK. Dengan penglibatan syarikat-syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan selain terus mempergiatkan promosi kekosongan jawatan sama ada secara atas talian mahupun secara fizikal. Tahun lepas 2022, sebanyak 8 program yang sama telah diadakan dan tahun ini setakat ini 5 program. Jalinan kerjasama bersama industri pengajian tinggi, institusi kemahiran bagi mendapatkan data dan maklumat khususnya anak-anak negeri Perak yang berada di kampus luar negeri Perak oleh PASAK. Perolehan data ini adalah penting bagi menyampaikan maklumat kepada para graduan berkenaan peluang-peluang pekerjaan mahupun inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri kepada anak negeri Perak.
Soalan kedua apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal atau mengurangkan kadar migrasi anak-anak Perak keluar negeri, keluar negara dalam usaha untuk menjayakan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera? Soalan ini pun seringkali telah bertanya dan saya akan jawab. Kerajaan Negeri amat optimis melalui Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 usaha untuk menarik pelaburan ini akan membuka limpahan peluang pekerjaan di negeri Perak melalui pelbagai peringkat penjawatan sama ada mahir atau separuh mahir serta meliputi beberapa sektor pasaran pekerjaan. Ianya akan mampu menarik khususnya anak-anak muda di negeri ini untuk bekerja di dalam negeri tanpa perlu berhijrah. Pelaburan baru ini akan memberi manfaat khususnya dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Perak. Seperti satu, pemindahan operasi kilang proton di Shah Alam ke Tanjong Malim dan pelaburan syarikat automotif ini bagi pembangunan dan perkomersialan Lembah Teknologi Tinggi Automatif atau AHTV akan membuka kira-kira 50 ribu peluang pekerjaan. Pelaburan di Lumut Maritime City, LuMic yang akan membuka kira-kira 51,000 peluang pekerjaan baru secara peringkat. Projek di Lembah Kinta di bawah Silver Valley Technology Park dan Ipoh Raya Intergrated Park yang akan membuka 13,000 peluang pekerjaan baru dalam sektor pembuatan atau manufacturing dan keempat, Pelaburan Renewable Energy bagi pembangunan projek hidroelektrik yang telah buka sekitar 400 peluang pekerjaan kemahiran tinggi dalam sektor ini.
Selain dari memberi tumpuan di dalam menarik pelaburan berkualiti yang dapat diwujudkan pekerjaan bernilai tinggi melalui Northern Corridor Implementation Authority giat melaksanakan program-program bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan dan bakat tempatan. Selain itu, antara inisiatif lain yang dilaksanakan di bawah NCIA adalah NCER Talent Enhancement Program. Program ini mensasarkan syarikat-syarikat yang melabur dan membuat pengambilan pekerja baru di kalangan graduan baru atau pun mengganggur di Wilayah Ekonomi Koridor Utara termasuk di negeri Perak. Melalui program ini para graduan yang diambil bekerja oleh pihak syarikat akan mendapat latihan sewajarnya selama setahun bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan pengetahuan mereka dengan keperluan industri. NCIR membiayai sehingga 50% atau RM1 ribu daripada gaji graduan yang diambil bekerja tersebut untuk tempoh setahun. Bermula daripada 2019 hingga 30 Jun 2023, sebanyak 449 peserta daripada 22 syarikat di negeri Perak telah menerima manfaat daripada program ini dan angka-angka yang saya bagi tadi ini tidak termasuk peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat small dan medium industry. Itu diwujudkan dari semasa ke semasa. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan. Pasir Panjang sila.
Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang telah memberi jawapan yang sangat fokus dan komprehensif dan diucapkan tahniah pada Kerajaan Negeri yang telah merangka pelbagai usaha untuk menjamin kecukupan tenaga mahir untuk negeri kita. Cumanya saya nak tanya soalan tambahan. Biasanya bila di sana ada pembangunan, di sana ada perindustrian yang kita buka, akan ada kebanjiran pekerja-pekerja asing. Jadi apakah Kerajaan Negeri ada langkah-langkah tertentu untuk menghadkan jumlah kemasukan atau pengambilan pekerja-pekerja asing demi memastikan bahawa kebanyakan atau pun kesemua jawatan-jawatan dipenuhi oleh rakyat negeri Perak. Terima kasih.
Terima kasih Pasir Panjang. Yang pekerja asing di negara kita ini tidak terlibat dalam program-program TVET. Jadi mereka dibawa masuk untuk bekerja khasnya di beberapa industri iaitu perladangan di mana pekerja kita tidak minat atau pun anak-anak kita tidak berminat begitu. Kedua adalah di sektor pembinaan yang dipanggil sebagai 3D. Kerja-kerja 3D.
Jadi tidak ada mana-mana anak tempatan yang ditinggalkan menghadiri kursus mahir yang dikendalikan oleh PASAK. Jadi tak perlu takut dari segi itu dan saya meminta anak-anak muda kita sebab setiap tahun lebih kurang 7,000 anak muda kita tercicir selepas tingkatan 5. Mereka tidak dapat markah yang cukup untuk masuk ke Politek atau pun kepada institusi-institusi di IPTA atau IPTS. Jadi mereka tercicir. Ini adalah lebih kurang 30 lebih peratus. Jadi, kalaulah kita boleh bekerjasama, saya minta kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada sana dan sebelah sini kalau ingin mengadakan kursus-kursus kemahiran ini di tempat atau boleh dapatkan anak-anak muda kita yang tidak bekerja selepas Tingkatan 5 mereka bolehlah masuk. Kita bagi dia allowance, kita bagi dia kemahiran, pendidikan kemahiran, kemudian kita juga akan dapatkan kerja untuk mereka dan gaji yang saya telah bincang dengan beberapa syarikat, dah dimaklumkan kepada mereka apabila mereka telah menghabiskan kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui PASAK, gaji tidak haruslah RM1,500.00 iaitu gaji minima yang dikenalkan di bawah Akta Gaji Minima 2013. Mereka harus bagi sekurang-kurangnya RM1,700.00 iaitu lebih kurang gaji bersamaan dengan seorang yang punyai sijil. Ini tanpa sijil, tanpa apa-apa dapat RM1,700.00. Ini yang kita panggil kerajaan sekarang panggil sebagai progressive wages. Jadi saya minta kerjasama kalau ada anak-anak muda kita sebab selepas habisnya SPM, apa mereka akan buat? Yang ada kelulusan tetap akan masuk IPTA, IPTS, Politek dan sebagainya. Yang tidak ada, yang 7,000 yang saya nyatakan sasaran kita adalah yang 7,000 orang setiap bulan. Jadi saya harap dapat kerjasama daripada yang sebelah sana.
Soalan tambahan?
Manjoi. YB Timbalan Speaker.
Jelapang dulu. Sila Jelapang.
Terima kasih Timbalan Speaker. Apakah persediaan Kerajaan Negeri dalam menampung tenaga kerja mahir dan separa mahir khususnya bagi menampung keperluan tenaga kerja di bawah Project Automatif High Tax Value yang memerlukan ramai tenaga mahir dalam bidang automatif?
Terima kasih Jelapang. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui agensi pelaksanaan PASAK telah pun melaksanakan persediaan awal bagi menampung keperluan tenaga kerja kemahiran melalui beberapa inisiatif. Yang pertama, menubuhkan Jawatankuasa Pekerjaan Wilayah Selatan yang dianggotai oleh Majlis Daerah Tanjong Malim, Pejabat Pendidikan Daerah Mualim, pihak Proton, pihak Vendor, Institusi Kemahiran yang menawarkan kursus bidang automatif serta pihak PERKESO. Jawatankuasa ini akan berfungsi sebagai pemudahcara dalam mengenalpasti keperluan dalam permintaan supply and demand. Di antara industri dan institusi latihan secara terperinci berkaitan skop pekerjaan, keperluan kemahiran dan keperluan tenaga kerja, sama ada jangka pendek, sederhana atau panjang. Pelaksanaan kursus jangka pendek Modular Industry di Daerah Mualim dan Batang Padang bagi meningkatkan penyertaan guna tenaga dalam bidang automatif yang disalurkan kepada industri. Di kesempatan ini saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Jelapang selain daripada kursus asas, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan latihan kemahiran dalam bidang teknikal melalui konsep place and train di bawah kursus Modular Industry.
Namun begitu, pelaksanaan kursus ini adalah berdasarkan demografik setempat di mana kebanyakan kursus modular ini ditawarkan di kawasan-kawasan industri seperti Ipoh, Manjung dan Taiping. Manakala, sub bandar pula lebih tertumpu kepada latihan kemahiran yang mempunyai permintaan setempat bagi menarik minat peserta untuk menyertai latihan yang ditawarkan. Tiga, melibatkan 38 institusi kemahiran awam dan swasta negeri Perak bagi sesi suai pada bersama pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan automatif dan teknikal untuk disalurkan kepada industri. Sebagai persediaan awal, Politek Sultan Azlan Shah Behrang untuk dijadikan hub latihan automatif or training ground dengan perkongsian tenaga pengajar daripada institusi dan industri bagi merangka kursus latihan yang lebih terperinci berdasarkan machine technology, SOP serta keperluan industri.
Keempat, promosi kempen. Promosi kempen dan pendedahan melibatkan institusi awam dan swasta berkaitan bidang kemahiran yang harus diterokai khususnya kepada murid sekolah, lepasan SPM dan belia menganggur untuk menjadikan TVET sebagai pilihan kerjaya. Inisiatif ini mensasarkan peningkatan 10% pelajar secara tahunan untuk mengikut kursus-kursus dalam bidang automatif dan teknikal di Institut Kemahiran MARA.
Manjoi Timbalan Speaker.
Manjoi last, sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan kepada YB Exco berkaitan dengan isu pekerja asing kebetulan berlaku di kawasan saya. Saya nak bertanya tentang isu pekerja asing ini, ia berkait rapat dengan isu yang Pasir Panjang sebut di kawasan D'Aman Residence, D'Aman ini, semalam saya, semalam berlaku pertembuangan antara penduduk dan juga satu syarikat yang membawa pekerja asing datang ke kawasan tersebut. Point saya, sekarang ini bagaimanakah pengawalan Kerajaan Negeri terhadap isu-isu begini. Kita perlukan pekerja asing, tapi bilamana pekerja asing itu menimbulkan keresahan, kemarahan dan juga orang kata kebimbangan rakyat, maka perkara ini perlu dibendung. Contohnya saya dapat kenalpasti isu tersebut, semalam saya cek, sampai tengah malam isu tersebut. Ada syarikat ini dia menggunakan surat kebenaran palsu. Kononnya badan pengurusan bersama JMB Halaman Meru Aman memberi kebenaran kepada pihak syarikat untuk bawa pekerja asing mereka duduk di kawasan tersebut. Saya sering ke tempat tersebut. Sebelum ini kita tengok pekerja asing situ dah ramai dah, jumlah pun lebih dan seratus lebih. Kali ini tambahan lebih ramai. Semalam dia datang dan jumlah yang makin ramai. Tiba-tiba nak masuk kawasan perumahan orang di kawasan D'Aman Residence itu.
Point saya, apakah pengawalan pihak Kerajaan Negeri dan mungkin pihak Suruhanjaya Bangunan ataupun COB, MBI perlu memberikan perhatian terhadap perkara ini dan juga pihak Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak? Saya kira isu ini isu besar YB. Sebab kita meraikan perkara ini tetapi bilamana pekerja asing sini terlalu banyak di kawasan kita, tambahan duduk dikawasan perumahan rakyat yang ramai, ia menyebabkan berbagai masalah berlaku. Isu keselamatan, isu jenayah, isu kebersihan yang sering disebut kepada saya. Saya harap pihak Kerajaan Negeri boleh memberikan penjelasan. Terima kasih kepada YB.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan masalah yang ditimbulkan oleh pekerja-pekerja asing. Sepatutnya di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, majikan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat penginapan untuk pekerja-pekerja dan kebanyakan masa mereka tidak akan membina tempat penginapan. Kalau kita pergi melawat di Lumut, sebuah syarikat yang baru-baru ini saya melawat, Sapura Synergy Sdn Bhd. Beliau ada sediakan tempat penginapan, sedang bina tempat penginapan untuk pekerja seramai lebih kurang 300 orang asing yang akan datang ke Lumut untuk bekerja dengan syarikat ini. Jadi sebelum membawa pekerja itu, tempat penginapan dah sedia. Ada pula syarikat-syarikat, dia akan sewakan residensi atau rumah-rumah untuk letak pekerja-pekerja ini. Apabila buat sedemikian, wujudnya isu-isu keselamatan, bukan saja isu-isu keselamatan, isu-isu sosial pun akan timbul. Jadi, ini bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja. Jabatan Tenaga Kerja boleh siasat berkaitan dengan, jika ada pecahan di bawah tidak patuhan kepada garis panduan-garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan boleh hanya nasihat majikan tetapi kalau mereka melanggari garis panduan, jadi Jabatan Tenaga Kerja mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka. Walaubagaimanapun, kalau Yang Berhormat boleh bagi saya secara bertulis, saya akan melawat tempat itu bersama-sama dengan pihak polis dan juga MBI dan pegawai Jabatan Tenaga Kerja. Terima kasih.
Terima kasih kepada Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Keranji no. 4.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih YB Keranji. Untuk makluman Yang Berhormat Keranji dan seisi Dewan, secara keseluruhannya jumlah pelaburan yang telah diumumkan oleh pihak persekutuan dan negeri adalah sama. Bagi suku pertama tahun 2023 iaitu Januari hingga Mac, jumlah projek pelaburan yang diterima di negeri Perak amat memberangsangkan dengan nilai pelaburan diluluskan sebanyak RM7 bilion yang merangkumi sektor perkilangan utama dan perkhidmatan. Daripada jumlah ini, lebih kurang RM4.4 bilion merupakan jumlah pelaburan asing dan yang selebihnya RM2.28, minta maaf, pelaburan asing yang diterima pada suku tahun pertama. Jumlah ini semestinya dilihat secara sangat baik daripada tahun sebelumnya iaitu RM2.283 bilion bagi rekod tahun 2022. Manakala jumlah pelaburan asing yang direkodkan pada tahun 2021 dan 2022 merupakan RM4.31 bilion dan juga RM1.2 bilion.
Untuk makluman seisi Dewan, buat masa ini negeri Perak menerima sejumlah pelaburan yang memberansangkan berdasarkan statistik pelaburan yang diluluskan dan telah diumumkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri iaitu MITI. Setiap pelaburan yang diluluskan akan memakan masa dan proses. Projek-projek pelaburan ini sedang direalisasikan dan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia iaitu MIDA telah ditugaskan bagi memantau status serta memastikan setiap projek yang diluluskan berjaya dilaksanakan. Walaubagaimanapun, antara faktor-faktor utama yang mengakibatkan pelabur tidak melabur di negeri Perak adalah mungkin kerana salah satunya tekanan daripada global market trend di mana perubahan dari segi supply and demand yang berlaku. Sebagai contoh, penurunan permintaan kepada rubber gloves. Kedua, perubahan di peringkat management. Bagi syarikat pelabur yang berada di luar kawalan Kerajaan Negeri, bagi faktor ini pelabur-pelabur yang berhasrat untuk melabur di negeri Perak akan mempertimbangkan banyak kriteria. Kriteria utama yang diberi perhatian adalah kemudahan infrastruktur asas seperti jalan masuk, bekalan air, elektrik, gas dan sebagainya. Selain itu, pelabur turut menitikberatkan insentif yang ditawarkan oleh sesebuah negara dan negeri. Maka tidak menghairankan sekiranya perubahan lokasi penempatan projek pelaburan turut berlaku di saat-saat akhir semasa keputusan memilih tapak projek untuk dimuktamadkan.
Saya bagi contoh, kekangan yang dikatakan, yang saya rumuskan tadi. Saya bagi contoh dalam keadaan global trend sekarang, kita selalu dengar dimana katakan China Plus One Policy. Mungkin daripada sebab Covid ataupun sebab daripada geopolitical yang berlaku dalam dunia sekarang, dimana kebanyakan syarikat biarpun syarikat China ataupun syarikat antarabangsa daripada barat atau mana-mana memilih untuk mengadakan kilang selain daripada di China. Jadi sebelum-sebelum ini, mungkin kita katakan China merupakan kilang untuk dunia. Jadi trend sekarang mungkin mereka akan keluar daripada China supaya biar sama ada kalau supply chain punya disruption dengan izin, di mana China tersangkut seperti dulu di mana dah ada lockdown dan sebagainya ataupun daripada tekanan geopolitical di mana kemungkinan berlaku apa-apa tekanan ataupun band daripada negara-negara lain yang menyebabkan barang-barang daripada China mungkin akan tersangkut. Jadi, Policy China Plus One ini berlaku dan sebenarnya policy ini sangat, orang kata, memihaklah kepada negara-negara ASEAN sebab kita merupakan negara yang paling dekat dengan China, nombor satu dan nombor dua juga, kita merupakan secara tradisinya juga negara yang telah berniaga secara turun-temurun dengan negara China. Jadi, secara naturalnya, mereka akan datang ke region ini tetapi kita perlu maklum bahawa dari segi konteks pemilihan kawasan, pertama mereka akan pilih, mereka nak ke region mana. Sama ada contoh sebagainya ke ASEAN, ke Asia Selatan, ke Benua Afrika dan sebagainya.
Selepas itu, andai kata mereka pilih ASEAN, maka mereka akan bandingkan secara negara dulu sama ada mereka nak ke Vietnam atau ke Thailand atau ke Malaysia. Pada peringkat ni, mereka akan melihat kepada polisi-polisi Kerajaan Persekutuan ok di mana di setiap negara secara asasnya, agensi-agensi yang membangunkan pelaburan ni, apa yang ada, apa tarikan yang mereka beri, apa kekangan ada dan sebagainya dan di sinilah di mana peringkatnya Malaysia bersaing dengan negara Thailand, Malaysia bersaing dengan Vietnam, Malaysia bersaing dengan Cambodia dan juga sudah tentunya jiran kita Indonesia.
Selepas itu, mereka akan contohnya apabila saingan ini semua berlaku, mereka juga akan menengok melihat ke dalam Malaysia, andai kata mereka memilih Malaysia, mereka juga akan melihat, ok andai kata saya datang ke Malaysia. Sebagai contohnya, mereka akan pilih sama ada nak utara, selatan, timur, barat dan sebagainya. Andai kata mereka pilih utara. Jadi agensi-agensi seperti MIDA, seperti NCIA yang merangkumi, yang menjaga kawasan NCER dan sebagainya, mereka akan menunjukkan kawasan-kawasan. Sudah tentunya Kerajaan Persekutuan tidak boleh memilih bulu, tidak boleh memilih ini kawan saya atau tidak. Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi yang profesional seperti MIDA dan MITI melakukan kerja tanpa pilih kasih. Mereka perlu menunjukkan apa yang ada di Kulim High Tech Park. Mereka perlu menunjukkan apa yang ada di Bayan Lepas. Mereka perlu menunjukkan apa yang ada di Perak dan sebagainya.
Jadi, apabila ini berlaku, kita akan melihat pelbagai pilihan, apakah kekangan dan apa orang kata 'pro and con' yang ada dan selepas itu, baru mungkin mereka akan pilih di Negeri Perak dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah pelaburan yang sama mempunyai, orang kata, diumumkan oleh dua atau tiga atau empat negeri yang katakan daripada syarikat yang sama. Tidak hairan kerana mereka akan pilih. Sama juga apabila kita pergi pilih baju, tidak tentunya kita mesti tengok satu kaunter. Kita akan tengok banyak kaunter. Jadi, ini yang berlaku dan apabila ini, di Negeri Perak, maka kita mempunyai perbandingan sama ada infrastruktur kita mampu untuk bersaing, sama ada infrastruktur seperti jalan, infrastruktur seperti lapangan terbang, infrastruktur seperti pelabuhan, infrastruktur seperti gas, elektrik, air, komunikasi dan sebagainya. Jadi untuk ini, ini semua dia memainkan satu peranan yang penting dari segi apabila mereka memilih Perak atau tidak. Sebenarnya dia adalah merupakan, kalau kita kata, it's a very complicated game dengan izin. Dia adalah sesuatu yang sangat-sangat complicated. Dia bukan kata yang sangat rumit, bukan kata kita nak suruh masuk, dia datang macam itu. Tak ada. Sebab ia melibatkan pelaburan yang berjuta-juta atau berbilion-bilion dan apabila mereka berada di sini, mereka tidak boleh katakan dia nak terus, "Ok, saya tak suka sini dan saya nak tutup kilang." Tak boleh. Sebab apabila ratusan juta telah masuk atau bilion sudah masuk, sama ada mereka suka tak suka, mereka terpaksa mengharungi dan mereka tak boleh untuk tutup kilang itu. Jadi, dari segi pemilihan itu, mereka akan memilih secara betul-betul. Ok?
Jadi, macam yang saya katakan tadi, itu cuma proses pemilihan dan juga proses di mana internal mereka, proses management mereka sendiri dan juga tekanan sama ada kita katakan global trend di mana sekarang negara-negara sedunia menghadapi inflasi yang tinggi di mana kita di Malaysia, kita masih dapat mengawal dengan baik. Jadi menjawab persoalan seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Keranji, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras dalam memastikan Negeri Perak tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Pada masa sama memastikan Perak kekal sebagai negeri yang kondusif serta mesra pelabur.
Jadi antara usaha yang telah dilaksanakan adalah misi-misi penggalakkan pelaburan oleh Invest Perak dengan bantuan-bantuan agensi seperti daripada MIDA, NCIA, daripada MITI dan sebagainya. Pengenalan insentif di negeri dan juga terdapat Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT yang proaktif mengenalkan atau memperkenalkan insentif-insentif mereka sendiri seperti yang terdapat di Majlis Daerah Perak Tengah dan juga Majlis Daerah Selama dan juga Negeri Perak sedang mengadakan pembangunan taman industri-taman industri baru. Seperti yang kita katakan tadi, kadang-kadang dalam memilih ini, mereka akan buat perbandingan. Sama juga, tidak lebih kurang. Macam kita nak beli, kita ke pasar malam kita nak beli mana yang lebih sedap, mereka akan memilih mana akan lebih friendly apabila mereka melaburkan modal-modal mereka.
Jadi, sebagai contoh, macam kita katakan tadi juga, pembangunan taman-taman industri baru, sebagai contoh, Silver Valley Technology Park dan sebagainya. Kita tidak melihat kepada Ipoh sahaja kerana Perak ini luas. Jadi, kita juga melihat kepada pembangunan yang bakal berlaku di sempadan antara Perak dengan Penang. Di mana kita kena capitalisekan atas the natural expansion of the Greater Penang tu. Kita juga termasuk yang kita selalu baca dalam surat khabar Lumic. Lumic merupakan satu perancangan jangka panjang. Saya rasa kemungkinan apabila Lumic selesai, mungkin kita semua dalam Dewan ni pun dah pencen dah. Dia merupakan satu pembangunan yang agak luas, agak besar untuk memastikan Negeri Perak dapat bersaing dalam tempoh panjang, 20-30 tahun yang akan datang dan bukannya cuma di hadapan mata kita sahaja. Jadi juga kita tengah melakukan konsep sebagai di Silver Valley, kita ada konsep build to suit atau kita juga tengah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita dapat mengadakan kawasan perindustrian plug and play. Sebab contoh, macam dikatakan kalau di Vietnam atau di Thailand, mereka mempunyai walaupun kita kata dekat saja macam negeri-negeri di utara, mereka mempunyai kawasan industri plug and play tetapi, sedihnya apa yang telah berlaku di Perak sekarang ialah kita kekurangan kawasan-kawasan tersebut dan apabila kerja kuat yang dilakukan oleh saya, memang jujur saya katakan kerja kuat yang dilakukan daripada Invest Perak yang boleh kerja sampai tengah malam, naik turun kapal terbang, orang tengok sedap syok dia orang terbang.
Tapi saya tengok bukan senang. You try baru you tahu. Terbang turun kapal terbang terus nak pergi makan, nak pergi minum. Orang tengok syok makan minum, tapi makan minum tu dia nak cakap pasal meeting lagi, nak cakap pasal nak pelaburan lagi semua. Meeting, meeting, meeting, meeting. Lepas tu terus dia terbang balik dan sambung kerja tetapi yang saya sedihnya apabila usaha-usaha oleh pihak MIDA, ok yang mempunyai pejabat-pejabat di kawasan-kawasan negara-negara antarabangsa dan juga Invest Perak, apabila mereka balik ke Negeri Perak, kadang-kadang kita tak ada kawasan industri plug and play ni. Jadi, Kerajaan Negeri Perak sedang berbincang dan berusaha untuk mendapatkan daripada Kerajaan Persekutuan dan kita harapkan dapat berita baik dalam tempoh terdekat supaya kita dapat ada, wujudkan industri plug and play untuk kawasan Perak supaya tidak mereka datang lepas tengok tak ada plug and play mereka lari ke kawasan yang lebih sesuai sebab mereka nak melabur dan dapat membina kilang dalam masa-masa yang terdekat.
Jadi pemudah cara bagi setiap pelabur melalui Center of Investment Invest Perak ni juga kita memberi termasuk juga taraf fast track di mana mendapat kerjasama daripada agensi-agensi yang terlibat termasuk PBT-PBT dan juga agensi-agensi third party. Kerjasama erat dengan agensi seperti MIDA, NCIA yang saya katakan tadi dalam memastikan insentif di peringkat Persekutuan yang ditawarkan kepada pelabur selari dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam memastikan pelaburan tersebut berlaku di Negeri Perak. Pelaksanaan Pelan Perindustrian Perak sebagai rujukan serta arah tuju untuk pembangunan industri di Negeri Perak seperti yang saya katakan tadi, kita ada kawasan di utara, di kawasan Bandar Baru, di Parit Buntar, lebih kurang di kawasan tu. Ok, namanya, belum secara rasmi kita ada tu tak adalah namanya kan, ok lebih kurang di kawasan Lumic, iaitu di kawasan pantai, di Manjung dan sebagainya. Kawasan pusat, iaitu di Ipoh dan juga di selatan, di mana kita ada Tanjong Malim yang menjadi automotif hub dan sebagainya.
Jadi membangunkan kawasan perindustrian baru seperti projek-projek Taman Industri Halal Perak, di Lekir juga khusus untuk memberi industri daging halal dan juga industri-industri halal amat penting kerana projek ini merupakan inisiatif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau SADC. Jadi kita lihat juga ada kerja sama cross agency iaitu bukan Invest Perak sahaja atau UPEN sahaja tetapi mungkin kita katakan di mana proses daripada perladangan, pertanian dan cross agency sebelum menjadi hasil-hasil atau added value di kawasan di dalam perkilangan jadi ada kerja sama di antara cross agency dan juga kita macam dikatakan tadi, kita sedang juga PBT-PBT melakukan usaha. Jadi usahasama salah satu pilot project yang dilakukan yang dibawa daripada Setiausaha Negeri kita yang telah melihat dan bekerjasama dan memantau serta memberi bimbingan di mana kita ada Muallim Speed Lane yang telah dijalankan untuk AHTV ini supaya memastikan kita dengar pelaburan-pelaburan berbilion-bilion yang akan datang daripada China, daripada Geely ke Tanjung Malim. Jadi apabila ini berlaku, kita nak timba pengalaman dulu. Bila berlaku secara baik secara semua, kita harap supaya dapat dipindahkan secara semuanya ke seluruh Negeri Perak. Model yang sama supaya dapat meningkatkan lagi kita punya pelaburan di Negeri Perak. Terima kasih.
Soalan tambahan, Keranji.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih YB Exco atas data dan maklumat yang diberikan kepada soalan saya. Soalan tambahan saya adalah apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pengunggulan pelaburan benar-benar berlaku dan tidak akan dibatalkan selepas kelulusan dibuat? Terima kasih.
Ok, Apa yang dilakukan? Jadi, banyak benda kita lakukan seperti salah satunya ialah Agensi-Agensi kita biar daripada Persekutuan ataupun daripada Negeri ataupun daripada PBT-PBT yang ada, okay, kita sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Ini sangat penting. Bukan kata kita nak lulus sahaja dan kita harapkan mereka datang buka kilang. Tak ada. Selepas kelulusan diberi juga, kita perlu pastikan apa yang dikatakan sentiasa berlaku libat urus antara pihak pelabur dengan kita. Secara sejujurnya, apabila kita katakan kita lulus, mereka juga boleh buat last minute punya management decision untuk tidak masuk ke Perak. Jadi ini sangat penting. Mungkin ada kadang-kadang atas dasar yang se atas alasan yang kita katakan mungkin bagi kita mungkin kurang tetapi kadang-kadang berdasarkan mungkin dia kata kita jawab telefon tak cukup cepat ke, feng shui tak baik ke dan sebagainya tetapi walaupun benda-benda kecil sebegini, saya rasa pegawai-pegawai yang ada biar di negeri ataupun persekutuan cukup profesional.
Kita cuba libat urus dengan mereka dan lihat kepada apa-apa keperluan mereka dan juga setentunya selepas pelaburan dilakukan, kadang-kadang kita lihat selain daripada kelulusan pelaburan, apabila kilang-kilang sedang beroperasi di Negeri Perak, kita juga mempunyai satu masalah iaitu kadang-kadang, imej kita. Imej kita sangat penting di mana kadang-kadang selepas mereka beroperasi, kita berasa sebab macam kita nak macam-macam agensi berjumpa dengan mereka mungkin ada yang saya tak tahu lah mungkin ada yang lebih garang, lebih ganas mungkin ada yang tidak memenuhi keperluan mereka atau selepas mereka melabur kilang dan naik eh, dah tukar menjadi slow pula dan sebagainya. Jadi ini semua amat penting ok. Bukan sahaja daripada pihak Kerajaan, terutamanya juga kadang-kadang daripada pihak third party seperti pihak-pihak utilities yang akan memberikan sesuatu yang orang katakan apa yang sangat penting lah kerana keseluruhan ekosistem itu sangat penting sebab saya bagi sebagai contoh juga apabila kita dapat satu anchor kilang yang masuk saya bagi contoh, katakan kilang kereta. Kilang kereta itu masuk tapi dia ada komponen-komponennya. Kita tak boleh kata kilang itu datang lepas itu semua benda lain dia kena import. Jadi kilang-kilang yang komponen itu kita juga kena mudahcarakan supaya mereka dapat membina kilang dengan secepat mungkin dan juga membantu kilang-kilang yang anchor ni dalam menjalankan pengeluaran hasil-hasil mereka. Terima kasih.
Timbalan Speaker, Alor Pongsu.
Alor Pongsu, semasa Exco menjawab soalan, sila jangan tekan mic.
Orang tekan, saya pun tekan juga lah. Terima kasih Timbalan Speaker. Yang pertamanya, saya meremang bulu roma saya bila dengar Exco cakap ni. Yang pertamanya, cakap laju. Kedua, menceritakan betapa bersemangatnya Perak Invest dan sebagainya. Alhamdulillah lah tapi saya nak bagi satu clue je lah. Saya belajar daripada PMX ya. Semua usaha mesti baik dan kelihatan baik. Kadang-kadang kena potray juga jangan underground sahaja jadi sebab, itu sebab semalam saya cadangkan kepada YAB Menteri Besar, saya rasa ini sampai lah masanya dalam kita nak tengah climb up ni, kita Perak, Perak Sejahtera 2030 dari sudut pelaburan, kita kena buat dashboard pelaburan. Dashboard yang diketahui oleh umum, diketahui oleh kami. Jadi kami dapat follow up. Bukan nak kacau YB Exco tapi kita nak supaya kita dapat ikut. Kemudian, 5 teras high growth dan high value dan 4 misi National Industry Master Plan, saya rasa Exco mesti dah hadam benda ni sebab pentingnya 5 dan 4 ni, itu yang dapat guide pelaburan yang nak masuk ke Perak. Perak ni tumpu industri apa? Kita tak boleh jadi pasembor. You know pasemboq? Pasembor eh? Pasemboq eh? Pasemboq eh? Semua kita nak ambil. Bila semua nak ambil, kita tak fokus. Jadi saya risau itu YB Exco. Kemudiannya tentang pelaburan ni saya suka dengar lah tadi yang pekerjaan pun Behrang, Manjung, sorry lah YB Exco sekali lagi lah, saya tak sebut Kerian, sangat. Tak sangat, tak sangat, tak ghairah. YAB Menteri Besar kata "ura-ura". Saya dah umur 60. Masa saya umur 16 tahun, Form 4, perkataan "ura-ura" nak majukan Alor Pongsu ni dah dengaq dah. Tolonglah. Libatkan saya please. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ok, jadi begitulah dia kadang-kadang bukan saja kita katakan dari segi pelaburan atau industri dan sebagainya, tetapi kebetulan juga saya memegang portfolio pelancongan. Jadi saya rasa bukan YB sorang saja, saya rasa semua YB pun selalu ada yang whatsapp, ada yang call, ada yang mungkin terserempak, terjumpa tengah minum, eh, bila you nak mari tempat saya dan sebagainya.
Saya maklum bahawa semua Ahli-ahli Yang Berhomat, bukan sahaja Ahli-ahli Yang Berhomat, termasuk YDP-YDP yang ada, DO-DO yang dah ada, saya rasa Agensi-Agensi yang ada, kita amat peka dan juga amat ambil berat tentang tanggungjawab kita. Itu penting. Saya setuju. Kadang-kadang mungkin kita berbalah dari segi kita nak kata pandangan polisi kita mungkin ada sedikit berlainan tetapi saya rasa sejujurnya daripada hati kita semua, saya rasa kita nak apa yang terbaik untuk kawasan kita tetapi pada masa yang sama kadang-kadang kita kena akur juga nasib badan kawasan itu atau kita sendiri atau masyarakat kita. Sesuatu kawasan mungkin tidak sesuai untuk sesuatu jenis implementasi lah tak kira pelancongan ke mana-mana dan sebagainya. Jadi oleh itu, Kerajaan Negeri Perak, ok, macam saya katakan selalu, apa yang baik kita sambungkan. Kita tak kira kita dah jenuh lah nak bergaduh pada kerajaan awak lebih baik, kerajaan aku lebih baik ke apa. Yang baik kita kekalkan malah kita tambahbaik yang tak baik kita alihkan. Jadi pelan sebenarnya pelan yang ada sekarang dia bukan saya kata terus serang bukan daripada tangan saya pun kan secara ini diwarisi daripada kerajaan-kerajaan terdahulu bukan Kerajaan terdahulu, Kerajaan-Kerajaan terdahulu dan juga bukan hasil kerja saya seorang atau Exco seorang termasuk juga pegawai-pegawai yang ada dalam Dewan ni, pegawai-pegawai yang tak ada dalam Dewan ini ia adalah hasil kerja kerajaan secara keseluruhan. Biar orang politik, biar pegawai penjawat-penjawat awam dan sebagainya. Jadi saya rasa ini merupakan satu inisiatif keseluruhan rakyat Negeri Perak. Jadi untuk ini saya rasa ada kawasan-kawasan tertentu sebagai saya bagi contoh, di Lumut kita selalu cakap pasal LuMic, LuMic, Jadi, ramai kata, "Apa ke benda LuMic ni?" Sebab kita selalu cakap tapi mungkin orang tak nampak sebab perancangan terlalu besar. Ok, yang mengambil masa 2-30 tahun untuk selesai. Itu untuk kita menjaminkan masa hadapan keseluruhan ekonomi Negeri Perak. Jadi, Lumic ni, dia lebih pada pembangunan pesisiran pantai daripada Pangkor, sampailah ke Bagan Datuk. Jadi ia bersesuaian dengan keadaan geografi tempat itu.
Jadi seperti yang saya katakan tadi, di utara Perak juga kita mempunyai perancangan untuk membangunkan bersama dengan untuk orang kata 'to capture' apa yang sedang orang kata 'the flights of the players' dengan izin daripada Penang, right? Sebab kita tahu sekarang Penang sedang bergerak kepada apa yang dikatakan industri-industri yang lebih high value daripada dulu. Jadi yang mungkin pemain-pemain industri secara dahulunya atau pemain-pemain industri sokongan tidak lagi orang kata it's not sustainable dengan izin untuk mereka berada di dalam Penang. Jadi mereka bergerak ke luar. Jadi dalam pergerakan ke luar itu, mereka sama ada memilih Kulim High Tech Park atau ke Utara Perak dan kita sedar hakikat ini apabila Kulim High Tech Park yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan yang kita dapat Kulim High Tech Park 1, 2, 3 dan sebagainya yang telah dibangunkan oleh daripada MITI, daripada MIDA, daripada NCIA membawa satu manfaat yang amat tinggi kepada penduduk-penduduk Kedah. Kalau saya tak silap, pihak MIDA atau MITI mungkin tolong betulkan. Kalau saya tak silap, hampir 85% pendapatan daripada percukaian dan sebagainya Kerajaan di Negeri Kedah adalah hasil daripada Kulim High Tech Park kalau saya tak silap. Betul? Jadi, itu adalah merupakan kerjasama dan kita lihat di Negeri Perak sekarang, kita sedang giat juga meminta dengan NCIA atau MIDA atau MITI dan sebagainya supaya janganlah kita meninggalkan utara Perak di mana kita dapat capture into the market of players living Penang. Which leads me to, dengan izin minta maaf, which leads me to another question, soalan seterusnya di mana kita kata nak dashboard lah pengumuman-pengumuman dan sebagainya.
Saya rasa kepada semua yang pernah berkecimpung atau sekurang-kurangnya terlibat dalam sektor-sektor industri, pelaburan dan sebagainya, finance dan sebagainya. Kebanyakan mereka adalah syarikat-syarikat yang disenarai dalam bursa. Sama ada Bursa Malaysia, sama ada di negara-negara lain dan sebagainya. Jadi, kebanyakan mereka tidak ingin melihat apa-apa laporan mengenai mereka naik di dalam berita kerana ia mungkin akan menyebabkan masalah kepada mereka dalam for them to control their media sebab mereka perlu laporkan sebagainya dan mungkin akan dikatakan mereka sedang memanipulasi pasaran untuk permainan saham dan sebagainya. Jadi kita perlu akur dan terima kehendak mereka supaya mereka tidak dilaporkan sehingga mereka betul-betul secara rasmi pecah tanah dan sebagainya. Sebelum itu kita tak boleh laporkan. Itu nombor satu.
Nombor dua, kita walau pun katakan mereka benar pun kadang-kadang kita juga tidak ingin laporkan seperti yang saya terangkan di awal-awal jawapan tadi iaitu kadang-kadang apabila mereka memilih Indonesia, Thailand, Malaysia dan sebagainya selepas itu mereka pilih Malaysia. Sama keadaannya apabila mereka datang ke Malaysia, mereka memilih Kedah, mereka mungkin pilih Penang, Perak, Johor dan sebagainya. Kita juga menghadapi persaingan antara negeri dan kita tidak ingin umumkan. Contoh, mungkin company A, syarikat A ini yang kita rapat dengan mereka dan kita bawa mereka tengok. Contohlah kilang, kita tengok di Kamunting atau kita tengok di mana-manalahkan sebagai contoh tetapi andai kata saya katakan Kamuntinglah lebih senang, Kamunting di utara Perak. Nah, apabila berita ni keluar jadi negeri-negeri lain secara automatiknya bersaing dengan kita. Seperti Pulau Pinang dekat dengan Kamunting. Kedah dengan Kulim High Tech dan sebagainya, dia dekat dengan Kamunting. Jadi, mereka akan datang bersaing dengan kita. Dan, okay, mungkin dikatakan, "Perak bagi apa? Perak bagi A." "Oh, kita bagi A +1." Negeri lain kata, oh kita bagi A +1 +1."
Contoh. Jadi rugilah negeri Perak. Jadi, sebab itu, bukan kata kita nak merahsiakan atau tidak, tapi demi kepentingan untuk memajukan juga. Jadi, kita terpaksa tidak terlalu beria-ia untuk mengisytiharkan semua benda kerana ia demi kepentingan Negeri Perak juga. Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memahami keadaan kita. Tetapi, sekiranya ada apa-apa kemusykilan, ada apa-apa soalan yang perlu dijawab atau cadangan yang baik, saya rasa keadaan Perak, Kerajaan Perak sekarang, Kerajaan Perpaduan sekarang, kita tiada masalah untuk berbincang, kita di alaf, di alam sekarang, kita di zaman politik baru, di mana semua boleh dibawa berbincang, ok. Yalah kena ada perbincanganlah. Daripada kita jerit-jerit dalam dewan dua tiga jam tak guna, tak boleh selesai masalah. Kita bawa berbincang, sekiranya membawa manfaat kepada negeri Perak dan juga rakyat negeri Perak, saya rasa tidak ada masalah di barisan Exco terutamanya juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Lagilah tidak ada masalah kepada penjawat-penjawat awam yang sememangnya telah bertungkus lumus untuk menjayakan negeri Perak. Terima kasih.
Terima kasih Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat…
Berkaitan dengan LuMic sikit.
Masa yang terhad. Tak boleh. Sila duduk. Selepas, saya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengirimkan salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam yang akan menyambutnya pada keesokan hari. Dengan itu soalan Tronoh soalan nombor lima.
A'uzubillah minashaitan nirajeem, Bissmillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Tronoh di atas soalan yang dibangkitkan. Sebelum saya ingin menjawab soalan Tronoh berkaitan dengan penjagaan warga emas yang tiada saudara mara dan juga proses permohonan, saya ingin memaklumkan kepada seisi Dewan bahawa pada satu hari bulan Oktober ini adalah sambutan Hari Warga Emas Dunia dan juga Malaysia juga mengambil ketetapan yang sama. Yang mana pada tahun ini, pada satu hari bulan, sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan akan dibuat di negeri Perak. Insya-Allah.
Berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tronoh, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tronoh di atas keprihatinan beliau. Bukan sahaja kepada soalan ini tapi atas tindakan beliau yang seringkali mengutarakan perkara-perkara berkaitan dengan warga emas di kawasan beliau. Jadi, seperti Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan Rumah Seri Kenangan RSK untuk membantu warga emas yang tidak mempunyai waris dan mendapatkan hidup yang sejahtera serta mempunyai penjagaan perlindungan serta rawatan yang sempurna. Melalui kehidupan di institusi ini juga telah memberikan jaringan sosial kepada warga emas untuk kekal aktif dan dapat berinteraksi sesama rakan sebaya dan ini ialah inisiatif yang disediakan oleh Kementerian itu mewujudkan Rumah Seri Kenangan.
Bagi persoalan proses atau cara untuk memohon kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah seperti berikut. Yang pertama, pemohon ataupun perujuk boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan ke RSK di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, PKMD. Yang kedua, borang permohonan yang lengkap bersama dokumen yang diperlukan dikemukakan kepada PKMD tempat tinggal pemohon. Yang ketiga, pegawai JKM akan menjalankan sesi temubual dan mengumpulkan maklumat serta menyediakan laporan melalui sistem e-JKM untuk ulasan dan sokongan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri sebelum diangkat untuk pertimbangan keputusan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan yang seterusnya ialah kelulusan kemasukan ke Rumah Seri Kenangan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan akan dimaklumkan sebaik sahaja ada kekosongan. Pihak kerajaan faham dan maklum dengan beberapa situasi atau keadaan yang berbeza, yang sering berlaku iaitu bagi kes-kes warga emas yang tiada waris atau ditinggalkan sama ada bersendirian atau pun ada yang tinggal di hospital apabila setelah mereka mendapatkan rawatan. Dan kumpulan ini akan diuruskan oleh JKM sepenuhnya. Ini seperti ada kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tronoh pada saya sebelum ini bagaimana saya memaklumkan bahawa kes-kes sedemikian kita akan tetap bertakluk kepada syarat-syaratlah untuk memasuki RSK yang ada di negeri Perak ini atau pun mungkin RSK-RSK lain. Kebiasaan kes seperti ini pihak perujuk sama ada hospital, pemimpin tempatan dan atau pun kenalan boleh membuat rujukan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat atau pun melalui aduan yalian KASIH 15999. Pihak JKM Daerah akan melaksanakan proses yang sama dalam penentuan kaedah kemasukan.
Bagi kes-kes yang ditinggalkan di hospital pula ini yang seperti dibawa oleh Yang Berhormat. Setelah dimaklumkan, pihak JKM Daerah akan membuat permohonan kepada hospital untuk ditempatkan sementara warga emas tersebut di hospital sehingga siasatan lengkap dan dihantar untuk kelulusan segera, kalau mematuhi syarat-syarat. Ada kes-kes yang warga emas ni tak sampai umur 60 tahun, jadi kita akan mempertimbangkan perkara-perkara tersebut. Bagi kes yang terpaksa keluar segera daripada hospital, JKM Daerah akan mendapatkan permohonan penempatan daripada NGO yang menerima geran jabatan sementara proses siasatan dilengkapkan dan sehingga mendapat kelulusan Ketua Pengarah JKM bagi permohonan secara sukarela. Kes tersebut selesai ye Yang Berhormat.
Bagi kes kemasukan 60 tahun ke atas, ataupun ada kes-kes seperti gelandangan, seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1971, proses kemasukan adalah melalui perintah mahkamah. Syarat kemasukan ke institusi warga emas Rumah Seri Kenangan iaitu pertama, berumur 60 tahun dan ke atas, yang kedua berupaya mengurus diri sendiri, yang ketiga tidak menghidap penyakit berjangkit, yang keempat tidak mempunyai tempat tinggal tetap, yang kelima tiada pendapatan dan yang keenam tidak mempunyai sanak saudara atau pun waris dan pada masa ini, terdapat 3 institusi JKM yang memberi penjagaan warga emas di Perak. Daripada federal, kewujudan RSK ini, Perak antara yang tertinggilah kita ada. Ada 3 RSK iaitu RSK Seri Iskandar, RSK Ulu Kinta dan RSK Taiping dan RSK ini ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif, tiada saudara mara demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka. Perkhidmatan yang disediakan di RSK adalah pertamanya dari segi jagaan perlindungan, bimbingan dan kaunseling, aktiviti-aktiviti, riadah, rekreasi bersama warga-warga emas yang lain, rawatan perubatan, terapi cara kerja serta fisioterapi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan sidang Dewan sekalian, memandangkan Perak kalau ikut catatan DOSM 2022 ialah merupakan negeri yang tertinggi mempunyai warga menua setakat ini. Jadi, Kerajaan Negeri Perak sedar bahawa kita berdepan dengan isu negeri menua dengan peningkatan jumlah populasi warga emas di Perak. Perak Sejahtera 2030 Flagship 7 iaitu "menyantuni golongan rentan adalah salah satu dari keutamaan Kerajaan Negeri agar ekosistem kesejahteraan warga emas dapat diwujudkan". Jadi walaupun soalan YB tadi berkaitan dengan penjagaan warga emas yang tiada waris dan juga proses-proses, saya nak memaklumkan bahawa inisiatif Kerajaan Negeri juga turut ada untuk memastikan ekosistem penjagaan warga emas ini dapat kita tangani apabila kita diletakkan atau pun mengikut catatan kita ialah negeri yang pertama negeri menua. Maka, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat, JKM Negeri Perak serta Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) serta pihak bukan kerajaan sedang berganding bahu bagi mencipta sinergi untuk menambah baik ekosistem penjagaan warga emas yang lebih aktif dan produktif melalui satu program inisiatif di bawah portfolio saya, Insya Allah ‘Santunan Kasih’ yang membawa kepada objektif untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan profesional kepada warga emas.
Selain daripada itu, Santunan Kasih juga berhasrat untuk menyediakan bekalan tenaga kerja mahir dalam industri penjagaan warga emas. Apabila ekosistem penjagaan warga emas ini wujud, ia secara tak langsung akan juga memberi peluang kepada sektor ekonomi bagi golongan sasar yang ingin menambah pendapatan mereka melalui servis penjagaan warga emas. Sebagai permulaan program ini, latihan bersasar seperti asas penjagaan warga emas dan penjagaan untuk penghidap Dimensia sedang dan akan terus digerakkan bagi melahirkan individu caregiver, penjaga warga emas yang mahir. Setakat ini, kita telah melatih 170 orang terdiri daripada sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pertubuhan Bukan Kerajaan (PSK) dan juga NGO-NGO serta individu yang terpilih dan telah pun mendapat manfaat daripada latihan yang diadakan dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine of Perak (UniKL RCMP).
Maka saya juga menyeru kepada pihak berkepentingan lain khususnya pelabur, pemodal atau mana-mana pihak swasta yang mempunyai kepakaran dan kemampuan dalam sektor ini untuk turut dapat bersama-sama Kerajaan Perak bagi memantapkan lagi ekosistem penjagaan warga emas yang sedang diwujudkan. Saya tertarik baru-baru ini saya membuat lawatan kepada usahawan di Hilir Perak sewaktu Program Jelajah Hari Usahawan dan saya bertemu dengan seorang usahawan yang mewujudkan nursing home dan ekosistem untuk penjagaan warga emas itu ada disediakan oleh Medifa Care. Bagaimana inisiatif yang diambil oleh anak muda ini adalah satu perkara yang kita, Kerajaan Negeri, harap lebih ramai pelabur-pelabur atau pun mereka yang berminat untuk penjagaan warga, mewujudkan ekosistem penjagaan warga emas ini dapat diadakan di Perak termasuk baru-baru ini juga seorang usahawan, IGB Nursing Home juga sedang mewujudkan perkhidmatan tersebut.
Kerajaan Negeri yakin pendayaan ekosistem penjagaan warga emas ini akan memberi ruang ekonomi, sistem sokongan bagi kumpulan individu yang berminat untuk mempelopori industri penjagaan warga emas dan berminat untuk menjadikan platform ini sebagai kerjaya yang mampu mengubah taraf hidup. Program Santunan Kasih Perak akan dilancarkan Insya Allah pada 6 Otober 2023 dan merupakan sebuah platform perkongsian ilmu tentang penjagaan warga emas yang bakal memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu caregiver, penjaga dan mereka yang memerlukan jagaan, iaitu warga emas itu sendiri dan program ini juga akan mampu untuk membina sebuah pangkalan data bagi penjaga-penjaga yang telah terlatih atau bakal-bakal pekerja serta jadual latihan dan acara yang berkaitan dalam pembinaan ekosistem penjagaan warga emas di Negeri Perak.
Selain daripada itu, program re-skilling dan up-skilling untuk warga emas juga turut dijalankan di pusat-pusat aktiviti PAWE sekitar Perak. Kita ada 12 PAWE di Negeri Perak. PAWE ini akan dipantau oleh JKM bagi memberikan ruang yang selamat untuk golongan ini menikmati suasana kejiranan dan kekal aktif dalam komuniti setempat. Antara latihan yang telah dan sedang diadakan di PAWE adalah teknologi penanaman sayuran hidroponik, fertigasi, kraftangan dan juga pembuatan makanan sejuk beku. Terima kasih.
Soalan tambahan. Tronoh, sila.
Terima kasih kepada jawapan yang begitu inklusif dan juga begitu padat daripada Yang Berhormat Exco. Jadi, juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Yang Berhormat Exco bagi membantu menyelesaikan masalah sebelum ini. Tahniah dan syabas. Dengan itu, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Exco, sama ada JKM menyediakan sukarelawan untuk penjagaan warga emas?
Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi YB, kita ada skuad sukarelawan JKM yang merupakan inisiatif kerajaan lah untuk membantu menangani warga emas yang mungkin berada di kawasan-kawasan yang tiada RSK dan sebagainya tetapi sukarelawan ini agak terhad dan tertakluk kepada kesesuaian masa mereka. Sebab itu saya mengalukan juga, mengajak ramai anak muda untuk kita sama-sama berdaftar dengan sukarelawan JKM ini bagi mewujudkan satu ekosistem yang baik dan juga membantu dalam penjagaan warga emas dan sebab itu juga bagi empower sukarelawan-sukarelawan ini kita menyediakan Program Santunan Kasih ini untuk memastikan selain mereka menjadi sukarelawan yang kita tahu sukarelawan tak ada pendapatan, mereka mendapat latihan. Apabila mereka mendapat latihan, dalam masa yang sama ruang yang ada mereka boleh menawarkan perkhidmatan mereka kepada orang ramai melalui latihan-latihan yang mereka dapat seperti platform yang akan kita sediakan nanti melalui Program Santunan Kasih.
Jadi kita mengucapkan ribuan terima kasih lah kepada skuad sukarelawan JKM yang cuba untuk membantu melihat penjagaan warga emas dan saya juga mengharap agar ekosistem penjagaan warga emas ini bermula juga daripada sebuah ekosistem keluarga yang baik. Apabila cerminan keluarga yang baik kita tidak melihat. Sebab ada sebahagian daripada RSK, penempatannya juga walaupun kita kata syaratnya tidak ada ahli keluarga tetapi ada kes-kes yang tertentu yang kita melihat ada keluarga atau pun anak-anak yang melepaskan tanggungjawab itu tidak menjaga keluarga mereka. Sebab itu bagi saya adalah penting kita menjaga institusi keluarga itu dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Hutan Melintang?
Sungai Manik, sila.
Sini lah bagi soalan tambahan.
Saya dulu, saya dulu. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dulu. Hutan Melintang, sila duduk dulu. Saya bagi Sungai Manik.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih kepada jawapan Exco yang agak jelas. Cuma saya nak menarik satu kes insiden. Satu Rumah Orang-Orang Tua di Langkap. Yang rumah ini asalnya ditaja atau pun disumbangkan oleh satu dermawan, Teluk Intan, satu cina dermawan, bina di kawasan saya. Dah agak lama lah. Saya rasa sejak saya kecil memang dah ada rumah tu dan proses peralihan pengurusan itu berubah-ubah dan konsep pengurusannya pun sukarelawan juga. Hari ini ada satu keluarga India yang sukarela, seorang bekas polis dengan keluarganya mengambil tanggungjawab untuk menjaga orang-orang ini seramai 33 orang yang termasuk orang OKU yang terlantar. Masak bagi makan, menguruskan mandi tanpa ada gaji dan beberapa tahun ini apabila proses atau pun pendaftaran rumah orang tua dikeluarkan daripada masa ke semasa oleh pihak JKM menyebabkan mereka tidak lagi mendapat sumbangan tahunan daripada JKM walaupun JKM tetap menghantar orang tua ke rumah ini untuk jagaan tapi tanpa bayaran. Kemudian bayaran pula semua melalui waris. Waris dapat duit tak hantar pun kepada rumah orang tua ini. Ini masalah-masalah lain. Ok, sebut pasal medicare apa semua tu ok itu orang yang mampu boleh hantar ya ini pun anak buah saya juga yang buat ni jadi cuma isu-isu macam ni orang yang menawarkan khidmat bakti atau sukerela bila dia di tekan dengan berbagai-bagai proses untuk mendapatkan bantuan JKM nak kelulusan bangunan dan sebagainya sedangkan dia masuk kawasan itu memang bangunan itu dah sedia ada Car Ware tadi pun dah buat sub bangunan di situ. Ini akan menyebabkan nanti ada 33 orang ni kalau mereka stop takdak berkhidmat mana kita nak hantar? JKM tak ada tempat lain, di Hilir Perak situ semua hantar. Jadi mungkin kerajaan ini boleh membantu.
Jadi fahamkan mereka kena buat pelan, kena bayar RM8,000. Jangan jurukukur, arkitek. Jadi ini membebankan. Sedangkan mereka sukarela saja bekerja. Saya menampung jugalah sebahagian kos. Yang satu lagi yang menariknya, setiap bulan, 5 kotak yang saya terima, memang saya akan hantar ke situ. Setiap bulan. Hari ini dah tak dapat kotak, kata bulan 10 dah tak dapat kotak. Minta Yang Berhormat tolong hantar tiap-tiap bulanlah. Bantu saya. Terima kasih.
Ok terima kasih Sungai Manik. Bagi berkaitan dengan PSK lah kita kategorikan kan NGO-NGO ini. Sebab itu kita menggalakkan agar NGO-NGO supaya berdaftar dengan JKM. Dan proses-proses itu kita nak supaya PSK-PSK mematuhi kerana kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana sebab kita bimbang ya. Mungkin Yang Berhormat Sungai Manik, memaklumkan tentang bagaimana konsistennya mereka menjaga warga emas. Tapi kebimbangan kita, kegusaran kita ialah sekiranya ada pihak-pihak berkepentingan mengambil kesempatan dari perkara tersebut dan ini akan menyebabkan kesan-kesan lain. Cuba kita lihat sekiranya mereka tidak berdaftar dengan JKM dan sebagainya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada warga emas tersebut bagaimana tindakan yang boleh diambil. Sebab itu ya syarat-syarat tersebut saya kira syarat-syarat untuk menjaga keselamatan warga emas dan kita meminta supaya mereka berdaftar dengan JKM supaya geran-geran bantuan yang ada melalui kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan dapat disalurkan kepada pusat penjagaan warga emas yang banyak sebenarnya sukarela untuk mewujudkan pusat-pusat penjagaan warga emas ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya jemput ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Pasir Pinji soalan nombor 6.
Terima kasih Dato Speaker. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih diucapkan kepada Pasir Pinji yang membawa soalan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, kitar semula dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar di samping dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat pada hari ini. Kesedaran dalam mengamalkan kitar semula dapat membantu menyelamatkan bumi. Untuk maklumat Yang Berhormat Pasir Pinji, kerajaan negeri Perak telah melaksanakan pelbagai kempen dan inisiatif ke arah kelestarian alam sekitar. Antaranya adalah pelaksanaan kempen tiada beg plastik sekali guna, selari dengan dasar pembangunan berasaskan kelestarian alam sekitar yang mampan. Berbagai program dan aktiviti kesedaran berkaitan kempen ini termasuk program kitar semula plastik beg bagi mengurangkan jumlah plastik yang dibuang dilaksanakan secara berperingkat oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Perak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar juga sentiasa menjalankan kempen kitar semula atau e-Waste di kalangan masyarakat setempat, PBT dan institusi pendidikan di negeri Perak bagi menjamin kemampanan alam sekitar. Antara programnya, pihak JAS bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melaksanakan kempen kitar semula di bawah platform perlaksanaan Program Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar yang mana elemen kitar semula diterapkan di kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.
Untuk makluman Dewan yang mulia, hasil daripada kempen-kempen kitar semula e-Waste yang giat digalakkan oleh pihak JAS pada tahun 2022 sebanyak 344 metrik tan e-Waste telah berjaya dikumpulkan dan diproses di premis-premis yang telah dilesenkan oleh pihak jabatan. Pencapaian ini merupakan kedudukan yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Jabatan Alam Sekitar berharap agar kempen-kempen ini terus dilaksanakan oleh PBT bagi menjamin kemampanan alam sekitar. Demi menggiatkan lagi kempen kitar semula e-Waste ini, sejumlah peruntukan RM350,000 telah disalurkan kepada PBT untuk tujuan tersebut. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha mempromosikan sikap bertanggungjawab terhadap penggunaan sumber alam secara lestari dalam kalangan masyarakat. Pendekatan yang telah diambil melalui kempen-kempen dan program tersebut menjadi pengantaraan dalam usaha mencapai agenda 3R iaitu reduce, kurangkan, reuse, guna semula dan recycle kitar semua demi kelestarian alam semula jadi. Sekian, terima kasih.
Pinji.
Terima kasih kepada jawapan yang diberi oleh YB EXCO dan usaha-usaha yang dilakukan selama ini dan soalan tambahan saya, boleh tak minta nyatakan cabaran dalam usaha menjayakan amalan kitar semula ini? Terima kasih.
Untuk menjawab soalan tambahan Pasir Pinji, statistik Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara menunjukkan pada tahun 2021, negara hanya merekodkan kadar kitar semula pada 31.52% sedangkan kebanyakan negara maju mencatatkan sekurang-kurangnya 60%. Lebih merugikan angka itu turut bermakna Malaysia kehilangan kira-kira RM476 juta setahun dalam konteks pendapatan negara kerana sumber kitar semula adalah satu industri yang memberi yang bakal memberikan pulangan yang bernilai tinggi. Menurut JPSPN, bahan kertas merupakan sisa terbuang paling banyak di tapak pelupusan iaitu kira-kira 17% yang boleh menyumbang sekitar RM205 juta kepada pendapatan negara. Bahan kitar semula kedua terbesar yang dibazirkan di tapak pelupusan sampah adalah plastik iaitu sekitar 9% dengan potensi pendapatan RM163 juta. Pada masa yang sama, populasi negara semakin meningkat dengan data terkini menunjukkan pertumbuhan populasi dianggar 2.4% atau 600,000 orang setahun bermakna lebih banyak sampah akan dihasilkan. Laporan media mengenai data penjanaan kutipan sampah jelas menunjukkan berlaku peningkatan ketara penghasilan sisa oleh penduduk negara ini dalam tempoh 5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2018, sebanyak 36,843 tan sampah dihasilkan sehari.
Manakala pada tahun 2019 meningkat kepada 37,462 tan dan bertambah kepada 38,081 tan pada tahun 2020. Sementara itu, pada tahun 2021, sebanyak 38,699 tan sampah harian dikutip dan untuk tahun 2022 dianggar 39,936 tan sampah dihasilkan setiap hari. Berasaskan situasi semasa didapati agak mencabar negara mencapai sasaran 40% kadar kitar semula pada tahun 2025. Oleh itu, banyak lagi usaha diperlukan untuk menjayakan usaha kitar semula melalui pendidikan dan kempen kesedaran. Pagi yang mulia ini, semua Yang Berhormat telah dihadiahkan oleh YB Exco, satu bekas minuman. Saya nak pinjam idea tersebut menjadi contoh cintai alam sekitar. Demi menjayakan amalan kitar semula, guna bekas minuman keluli tersebut selalu dan pada masa yang sama jangan lupa pastikan kotak bungkusan dan plastik beg ini dikitar semula dengan sempurna. Terima kasih.
Manong.
Kamunting
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Siapa ya tadi. Saya bagi kepada yang tekan dulu Manong. Yang Berhormat Manong, ikut saya punya ni lah sistem. Manong silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas penjelasan berkaitan dengan isu kitar semula. Satu soalan tambahan saya berkaitan dengan kempen kesedaran yang telah Yang Berhormat EXCO jelaskan lebih banyak kepada pengguna. Bagaimana pula kempen kesedaran kepada industri yang saya kira masih lagi mengeluar produk-produk yang berasaskan plastik. Bagaimanakah kempen kepada golongan industri supaya mereka boleh mencari alternatif lain selain perlu terus mengeluarkan bahan-bahan plastic? Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih kepada Manong membawa soalan tambahan. Kepada industri dari segi pengurangan penggunaan plastik. Kita senang bekerjasama dengan pihak persatuan. Dalam perbincangan kita, kita juga membincangkan bagaimana kesediaan industri tersebut untuk masa yang akan datang. Sebagai penukaran penggunaan bahan mereka dari plastik ke bahan lain ataupun kepada bahan plastik yang mesra alam. Jadi perbincangan ini berterusan dan saya berharap kita akan mencapai sesuatu yang lebih konstruktif pada masa akan datang. Sekian terima kasih.
Kemunting.
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua, Terima kasih kepada sahabat saya. Berkenaan dengan program caj bayaran penggunaan plastik di supermarket yang telah dilaksanakan mengikut musim. Pertama, Berapahkah bayaran yang telah diterima oleh Kerajaan dan apakah kegunaan daripada pihak Kerajaan untuk jumlah wang yang diterima? Keduanya apakah kempen ini menghasilkan satu natijah yang baik. Maknanya ada penguranganlah dari segi kumpulan beg plastic dan yang ketiga, adakah pihak Exco berjumpa dengan pengusaha-pengusaha ataupun pemain industri kilang plastik ni. Mengapa tidak ditukarkan dia disebut berkenaan dengan plastik biodegradable. Jadi bincang dengan pemain industri plastik ni supaya mereka tukar material tadi kepada material bio. Saya rasa mesin tu sama jer, dia akan keluarkan hasilan plastik kalau bio ni dia akan keluarkan bio ni tadi. Adakah perlu ada perbincangan supaya mereka mengeluarkan beg bio? Tak payah dah keluar plastik. Terima kasih.
Untuk menjawab soalan tambahan Kamunting. Kutipan dua puluh sen ini dikendalikan oleh PBT. Pada masa ini, belum ada data yang sedia ada. Sebab dah bagi MBI bermula pada bulan Jun yang lalu dan untuk MPT sedang dalam proses permulaan. Jadi pada pandangan saya, kita tidak ambil berat kepada kutipan dua puluh sen dan mungkin pada awal tahun depan kita akan hapuskan terus. Iaitu bend terus penggunaan plastik dan saya rasa pemain-pemain industri macam AEON, GIANT mereka dah sedia dari segi tersebut dan mereka telah tidak memberi sebarang plastik kepada pembeli dan dari segi penggunaan biodegradable, saya rasa penggunaan tersebut juga melibatkan masalah yang terutama kos plastik beg yang dihasilkan adalah amat tinggi. Kita dalam usaha mewujudkan kitar semula yang sebenar, jadi saya rasa program 3R itu akan dikuatkuasakan pada masa yang akan dating dan mengurangkan penggunaan plastik ini adalah arah ke untuk mencapai alam sekitar yang lebih mampan pada masa yang akan datang. Itu saja daripada saya. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.
Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2023Bill
Perkara yang keempat. Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang ialah rang undang-undang yang bernama Enakmen Sumber Air Perak 2023 dibaca bagi kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
(Bacaaan Ayat Al-Quran) (Waltakum minkum ummatuy yad'ūna ilal-khairi wa ya'murūna bil-ma'rūfi wa yanhauna 'anil-munkar(i), wa ulā'ika humul-mufliḥūn) Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan. Menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah benda yang mungkar. Itulah orang orang yang beruntung. Dengan izin. And among you there must be a party who is inviting people to all that is good and enjoin the doing of all that is right and forbid the doing of that is wrong. It is they who will attain true success.
Chapter No.3 verse 104. Surah Ali-Imran 104. Assalamualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah wasyukrulillah wasolatuwasalam aala Rasululillah SallaAllah Alaihiwassalam. Subhanakala ilmalana ilamma'alam taana innakaantal alimul hakim. Wala haulawala quwwata illa billah hila'liulazim. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, sempena perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas pada 6 haribulan Ogos 2016.
Titah baginda. Air adalah anugerah besar daripada Ilahi. Perkataan air disebut 63 kali di dalam Al-Quran 33 ayat Al-Quran secara spesifik mengisahkan penciptaan dan nikmat air, air tercipta selepas Allah mencipta syurga dan alam, air merupakan sumber kehidupan alam, warga di negara ini sewajibnya bersyukur kehadrat Allah, kerana Allah swt telah pun mengurniakan rahmat bahawa bumi ini tidak menghadapi keadaan kemarau, keterlaluan hingga mengancam kehidupan alam. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dengan penuh takzim, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini kerana telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan dan juga komentar dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023. Sepanjang tempoh 2 hari yang sudah, ucapan terima kasih ini juga saya panjangkan kepada semua jabatan dan agensi yang telah pun terlibat sepanjang proses pengubalan draf RUU ini sejak tahun 2019. Khususnya Pejabat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Yang Berhormat Penasihat Undang-undang, Pejabat Yang Berhormat Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Mineral & Geosains, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut Wilayah Utara dan Lembaga Air Perak.
Sesungguhnya bukan calang-calang usaha, masa dan tenaga yang telah dicurahkan oleh pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat awam dalam menghasilkan draf rang undang-undang ini yang bertitik tolak daripada teguran Laporan Ketua Audit Negara saya ulangi yang bertitik tolak daripada teguran Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2015, siri yang kedua Negeri Perak berkaitan Audit Pengurusan Kawal Selia Sumber Air. Teguran saranan dan cadangan menambahbaikan yang diutarakan, semuanya telah diambil kira dan diterjemahkan dalam fasal-fasal rang undang-undang ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya memberi perhatian pada setiap bibit perkara yang dibangkitkan oleh 22 orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah membahaskan pelbagai aspek dari peruntukan-peruntukan yang dicadangkan di bawah rang undang-undang ini, sumber air, iaitu 11 orang daripada blok kerajaan dan 11 orang mewakili blok pembangkang, sebanyak 3/8 maklum balas termasuk soalan dan cadangan telah dicatatkan sehingga sesi perbahasan berakhir pada petang semalam. Sayugia dimaklumkan, Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun menyentuh intipati kandungan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak yang merentasi 3 isu utama iaitu yang pertamanya tadbir urus Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak, yang keduanya kawalan pengurusan penggunaan dan perlesenan sumber air dan yang ketiganya kawalan pencemaran sumber air dan penguatkuasaan.
Dato' yang di-Pertua, tadbir urus Lembaga Pengurusan Sumber Air ini dijelaskan majoriti isu yang dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah berkisar kepada takbir urus Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak. Ahli-ahli Yang Berhormat Tebing Tinggi, Changkat Jong, Changkat Jering, Manong, Simpang Pulai, Kuala Sepetang, Hutan Melintang, Pasir Panjang, Manjoi, Pasir Pinji, Bota, Kubu Gajah dan Kamunting kesemuanya telah membangkitkan isu-isu berkaitan tadbir urus Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak, seperti keanggotaan lembaga, pelantikan pengarah, pewakilan kuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri, dan keperluan penubuhan badan kawal selia untuk itu, izinkan saya menjawab secara bersekali isu-isu yang berkenaan.
Dato' Yang di-Pertua Selaras dengan sub fasal 6-1 Rang Undang-Undang Sumber Air, Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak yang akan ditubuhkan di bawah rang undang-undang ini terdiri daripada 12 orang anggota iaitu pengerusi, timbalan pengerusi, 6 orang anggota atas jawatan, 3 orang anggota yang punyai kepakaran dalam perkara yang berhubung dengan sumber air dan seorang pengarah yang akan bertindak selaku setiausaha lembaga. Tadbir urus lembaga juga perlu dilaksanakan tertakluk kepada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri daripada masa ke semasa di bawah fasal 14 rang undang-undang ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selain Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan menjadi timbalan pengerusi kesemua 11 anggota yang lain akan dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, perlantikan 6 orang anggota lembaga atas jawatan di bawah peringkat 6(1)C rang undang-undang hanya terbuka kepada mana-mana penjawat awam yang layak dan sesuai dengan keperluan dan keutamaan Kerajaan Negeri bagi mengawal selia sumber air Negeri Perak. Ekoran itu, isu manipulasi pelantikan anggota lembaga tidak berbangkit sama sekali kerana keenam-enam anggota tersebut sememangnya akan diisi oleh penjawat awam yang berpengalaman dan juga berkepakaran dalam bidang berkaitan sumber air. Selain itu, menurut fasal 11 rang undang-undang, lembaga juga boleh memanggil mana-mana orang termasuk penjawat awam, lain-lain mana jabatan atau agensi yang berkaitan untuk menghadiri mesyuarat lembaga dan memberi nasihat kepada lembaga tentang apa-apa perkara yang dibincangkan kepada mesyuarat tersebut.
Selaras dengan subfasal 31(1) rang undang-undang ini, pengarah lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi semua perkara berkaitan dengan sumber air di negeri ini. Sudah pastinya tanggungjawab ini melibatkan perkara-perkara teknikal dan dasar berhubung kawalan selia sumber air bagi pihak Kerajaan Negeri. Oleh itu, bagi menjamin kepentingan Kerajaan Negeri, keutamaan perlu diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam mengurus kawal selia penggunaan sumber air negeri selain memiliki kelebihan jaringan perhubungan atau pun network dengan izin dengan jabatan serta agensi kerajaan yang sedia ada. Kriteria-kriteria ini penting memastikan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pegawai dan pekerja lembaga adalah seiring dengan kehendak dan hasrat Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, profesionalisme penjawat awam sebagai pengarah lembaga tidak wajar dipertikaikan pun begitu jawatan pengarah lembaga ini juga boleh dilantik daripada mana-mana orang yang difikirkan layak dan setanding dengan kepakaran penjawat awam sebagaimana yang diperuntukkan subfasal 20(1) rang undang undang ini Sebagai sebuah badan berkanun, Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak perlu mempunyai kuasa atau autonomi yang mencukupi sebagai sebuah pihak berkuasa authority dengan izin yang mengawal selia sumber air negeri termasuklah kuasa untuk menyelaras perhubungan antara agensi yang terlibat dengan penggunaan sumber air. Meski pun Pihak Berkuasa Negeri boleh mewakilkan kuasanya di bawah fasal 14 rang undang-undang ini kepada Lembaga namun, menurut perenggan 14-2B, peruntukan ini tidak menghalang Pihak Berkuasa Negeri untuk menjalankan kuasa tersebut dengan sendirinya meskipun kuasa tersebut telah diwakilkan kepada lembaga.
Lantaran itu, arahan Pihak Berkuasa Negeri kepada semua agensi berhubung sumber air akan mengatasi arahan lembaga di bawah rang undang-undang ini. Meskipun lembaga mempunyai autonaomi untuk menguruskan hal ehwal sendiri ia tetap berada di bawah kawal selia Pihak Berkuasa Negeri fasal 14(1) RUU berikut menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh dari semasa ke semasa memberikan kepada lembaga arahan-arahan yang selaras dengan peruntukan enakmen ini berhubung dengan fungsi, kewajipan dan kuasa lembaga, dan lembaga hendaklah melaksanakan arahan-arahan tersebut. Dalam konteks laporan penyakta kewangan lembaga di Dewan Negeri ini subfasal 29(5) RUU pula, ia akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam kapasitinya sebagai ketua kerajaan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Hal ini adalah selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menetapkan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hendaklahlah diketuai oleh YAB Menteri Besar. Berkenaan dengan kawalan penggunaan dan juga perlesenan sumber air pula, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian juga telah menzahirkan keprihatinan terhadap perkara-perkara di bawah konteks kawalan penggunaan dan pelesenan sumber air yang secara spesifiknya menyentuh berkenaan dengan pengenaan caj, kenaikan tarif air serta elektrik, pengambilan manfaat kepada rakyat, dan serta kepentingan kawalan dan perlindungan sumber air. Ya, Gunong Semanggol
Boleh mencelah sikit. Dalam perbahasan yang dibangkitkan oleh barisan pembangkang mengenai dengan pelantikan anggota lembaga. Satu pertikaian yang kita bangkitkan di sini bahawa di sini pengerusi kepada yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kita mengambil kira bahawa kepentingan awam dan juga kepentingan negeri sepatutnya dan kita rujuk daripada ketiga-tiga negeri ataupun ada empat tiga negeri yang melaksanakan rang undang-undang ini meletakkan dengan jelas. Kalau suka saya baca ni untuk perbandingan, dalam Negeri Perak, Seksyen 61, pengerusinya dilantik oleh Badan Perhubungan Negeri kemudian SS sebagai Timbalan Pengerusi dan 6 orang anggota exco yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Tidak lebih daripada 3 orang, ni jelas yang bawah. Cuma kita pertikaikan yang di atas supaya diperhalusi dan dibuat pindaan. Itu yang kita sarankan. Sebab di sini kalau kita tengok Kedah, Terengganu, Kedah di bawah seksyen 5(1), Terengganu juga dibuat di bawah Seksyen 5(1) dan Selangor, seksyen 4(1), menyatakan dengan jelas bahawa pengerusi mestilah daripada MB yang sebagai Pengerusi jelas menyatakan itu. Kenapa Perak kita meletakkan kita ada dua negeri, tak letakkan MB sebab dia bertanggungjawab. Sebab itu kita rasa kita perlu meletakkan membuat pindaan MB mesti bertanggungjawab, tidak bertanggungjawab kepada negeri dan bertanggungjawab kepada rakyat. Jadi di sini perlu ada pindaan. Sebab itu kita takkan nak kalau tidak masuk MB di situ sebagai pengerusi kita memang tiada tindakan. Mungkin mungkin apa pengerusi terlalu terbuka, di situ mungkin apa Sungai Rapat ambil tindakan.
YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Yang telah pun saya jawab tagi. Ya terima kasih.Yang Berhormat Selingsing Yang Berhormat Bota dan Yang Berhormat Gunong Semanggol membangkitkan…
Yang tadi sekejap. Kenapa tidak dimasukkan MB?
YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Saya dah jawab sebelum YB tanya tadi.
Saya tengok sebelum daripada, sebab itu kita minta supaya dinyatakan
YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Rujuk kepada ucapan saya, saya dah jawab disitu.
Tidak jelas tu tidak jelas.
Dengar dulu.
YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Itu adalah bidang kuasa, Pihak Berkuasa Negeri untuk melantik pengerusi. Apa masalahnya? Disebutkan tadi tu terima kasih banyak
Pihak Berkuasa Negeri melantik. itu sebab kita minta supaya jelas, jelas.
Dulu exco tak bantahan sekarang bantahan semuanya
Ini pertikaikan supaya jelas sebab apa negeri lain meletakkan MB dengan jelas. Yang ini terbuka. Terbuka bukan semestinya MB di sini yang jadi pertikaian. Patutnya dia yang bertanggungjawab.
YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Memang kita bermaksud begitu. Maksudnya tak semestinya pihak berkuasa negeri, semestinya melantik.
Dan persoalan saya, persoalan saya kenapa kita tak letak secara spesifik MB sebagai pengerusi sebagaimana tiga negeri lain.
YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT: Yang Berhormat, kita tidak buat macam itu sebab kita jauh lebih terbuka, jauh lebih fleksibel kerana kita tidak terikat dengan kalau kita letakkan nama di situ. Terima kasih. YB Selingsing, YB Bota dan YB Gunong Semanggul membangkitkan isu bebanan caj air kepada rakyat khususnya pesawah, petani dan penternak yang turut menyumbang kepada industri makanan negara. Dalam hal ini, Rang Undang-Undang ini telah memperuntukkan hak penggunaan air bagi maksud sara diri di bawah fasal 45 iaitu bagi pertanian sara diri yang merangkumi aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan dan termasuklah transaksi perdagangan di tahap sara diri sebagaimana yang ditafsirkan di bawah fasal 2 RUU ini. Golongan ini beri hak untuk menggunakan sumber air negeri tanpa caj ataupun lesen mengikut kadar 15,000 liter sehari setiap seorang. Saya ulangi 15,000 liter sehari setiap seorang. Kadar ini jauh lebih tinggi apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain seperti Kedah, Selangor dan Terengganu. Malah kadar ini masih boleh dipinda dan dinaikkan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Namun yang demikian, sekiranya seseorang itu tertakluk kepada bayaran caj air di bawah subfasal 47(1) atau kehendak lesen di bawah subfasal 49(1) RUU ini, mereka juga boleh menyuarakan hak mereka untuk menggunakan sumber air kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui permohonan pengecualian caj air di bawah subfasal 47(3) rang undang-undang yang ini atau pengecualian lesen di bawah subfasal 49(3).
Di bawah subfasal 47(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh mengecualikan mana-mana orang ataupun kumpulan orang daripada semua atau sebahagian caj air. Saya ulangi, daripada semua ataupun sebahagian caj air. Manakala subfasal 49(3), Rang Undang-Undang ini pula menyatakan walau apa pun subfasal 49(1), Pihak Berkuasa Negeri boleh mengecualikan mana-mana orang ataupun sebarang aktiviti daripada apa-apa kehendak lesen di bawah enakmen ini. Dalam konteks ini, terma orang boleh ditafsirkan sebagai sebagai orang persendirian ataupun kumpulan orang-orang manakala terma aktiviti boleh terpakai kepada apa-apa aktiviti khusus yang pada pendapat pihak berkuasa negeri layak diberi pengecualian lesen termasuklah aktiviti pengabstrakkan air bagi tujuan pertanian mahupun penternakan. Adalah tidak wajar untuk rang undang-undang ini memfokuskan kepada satu sektor tertentu sahaja, saya ulangi adalah tidak wajar rang undang-undang ini memfokuskan kepada satu sektor sahaja yang tertentu. Untuk diberikan pengecualian kerana ia akan mewujudkan elemen atau unsur-unsur diskriminasi.
Sebaliknya, RUU ini memberikan hak pengecualian kepada semua sektor berasaskan justifikasi dan alasan yang dirasakan munasabah oleh Pihak Berkuasa Negeri. Isu-isu pengecualian ini akan diberi pertimbangan di dalam peraturan-peraturan yang akan dibuat di bawah RUU setelah rang undang-undang ini diluluskan insyaAllah sebentar lagi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pertambahan yang difikirkan perlu, Berkaitan caj atau pengecualian yang diberikan di bawah RUU ini, pindaan kepada peraturan boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tanpa perlu dibawa balik dan juga dipinda Dewan Undangan Negeri ini. Berkait perkara ini juga, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam membuat apa-apa keputusan yang disarankan oleh Lembaga khususnya berhubung pengenaan caj air.
Saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat memberi keyakinan kepada Pihak Berkuasa Negeri, bahawa kita akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat jelata Negeri Perak dalam menguatkuasakan Rang Undang-Undang ini kelak bersama dengan ayat makna ayat saya bacakan awal-awal tadi. Berhubung isu isu kenaikan tarif air pula, Lembaga Air Perak tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan caj air terawat kepada pengguna semata-mata kerana dikenakan caj di bawah rang undang-undang ini.
Titi Serong nak mencelah.
Terima kasih, diucapkan kepada Speaker dan juga Sungai Rapat atas ruang yang diberi. Saya nak bangkitkan di sini, mahu sentuh berkaitan dengan perkara pengecualian. Yang kami bangkitkan semalam di pihak pembangkang, kebimbangan kami terhadap pesawah padi. Kalau di Jelapang, sekitar hampir 10,000 pesawah. Yang pertama, selepas jika rang undang-undang ini diluluskan, apakah di sana ada jaminan? Pesawah ini dikecualikan satu dan yang kedua, enakmen ini cantik, lebih luas berbanding Terengganu dan juga Selangor. Cuma, kami berpandangan adalah lebih baik jika ditambah khusus.
Cantik itu sokonglah. Cantik itu sokong sajalah
Ada pengecualian yang khusus untuk golongan pesawah seperti mana yang ada di Terenganu dan juga di Kedah. Ini adalah lebih baik dan saya berpandangan itu perlu ditambah secara tidak langsung memberi sokongan sebenarnya sokongan moral terhadap golongan petani yang kini kita sedia maklum hampir empat musim kami di sana tidak dapat hasil dan sebagainya
Boleh tambah soalan pengerusi, sama-sama soalan, nak tambah sedikit. Baik, berkaitan dengan apa yang disebut tadi tentang kita hendak memberi satu fokus kepada satu bidang sahaja, tapi yang kita bangkitkan di sini adalah sektor sekuriti makanan. Itu bidang utama yang perlu diberi perhatian. Kita tahu, enakmen ini melibatkan banyak sektor lain. Tapi yang kita fokuskan di sini oleh kerana pembangkang adalah kepada sektor jaminan makanan. Itu yang pertama. Yang kedua, pengecualian tadi yang dinyatakan dalam enakmen ini hanya bersifat budi bicara. Budi bicara maknanya ada pilihan. Boleh bagi dan boleh tak bagi. Ini kekhuatiran kita kerana ia bersifat pilihan. Yes or no. Boleh bagi ataupun tidak. Tidak ada jaminan bahawa pengecualian diberikan kepada petani pesawah. Itu maksud kami. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Manong dan Titi Serong. Saya sebut tadi, bahawa kita tidak masukkan pengecualian itu dalam dasar ataupun dalam undang-undang ini, kerana kita nak mengelakkan ada unsur-unsur diskriminasi. Banyak-banyak sektor lain juga akan mahu bahawa sektor mereka kena dimasukkan dalam undang-undang. Jadi untuk itu, untuk mengelakkan diskriminasi, kita akan bagi dia perhatian dalam membuat kita punya garis panduan dan peraturan nanti. Jadi saya harapkan dengan Manong juga kalau boleh dalam dalam peringkat jawatankuasa nanti bangkitkan isu ini. Saya cuma menggaris panduan bahawa ada di antara kita ini barangkali tak nampak sifat-sifat dan elemen diskriminasi tersebut. Kita nanti kalau lah pertanian dimasukkan maka penternak-penternak ayam, penternak-penternak binatang lain juga mahu dimasukkan pengecualian dalam undang-undang. Ini tak habis ceritanya jadi kita masukkan dalam budi bicara Pihak Berkuasa Negeri untuk memberikan mereka pengecualian. Jadi saya harapkan dibangkitkan dalam peringkat jawatankuasa nanti. Sekian terima kasih. Saya nak teruskan.
Untuk Lembaga Air Perak tadi, Lembaga Air Perak adalah tertakluk kepada mekanisma penetapan tarif atau Tariff Setting Mechanism (TSM) dengan izin yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi andaian menyatakan kalau LAP juga tertakluk kepada rang undang-undang ini, maka secara tak langsung mereka akan kenakan tarif yang tinggi. Itu adalah andaian tetapi saya nak menyatakan bahawa di bawah Tariff Setting Mechanism ini dengan izin yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan. Begitu juga dengan kekuatiran kenaikan tarif elektrik, sama juga dengan TNB. Bahawa kedua-duanya sini tidak sebebas-bebasnya menaikkan tarif mengikut kehendak mereka. Kita dikawal selia oleh beberapa jabatan agensi Kerajaan Persekutuan. Kalau air di bawah SPAN, kalau tenaga elektrik di bawah Suruhanjaya Tenaga. Jadi andaian mengatakan bahawa kalau mereka tertakluk, mereka akan naikkan harga tarif air dan tarif elektrik. Tak betul. Begitu juga dengan kekhuatiran kenaikan tarif elektrik, meskipun Tenaga Nasional Berhad menjana tenaga elektrik melalui loji-loji jana kuasa yang menggunakan sumber air yang banyak di negeri Perak dan dikenakan caj di bawah rang undang-undang ini. Tenaga Nasional Berhad juga tidak boleh secara semberono menaikkan tarif elektrik kerana tertakluk kepada peraturan yang digariskan oleh Suruhanjaya Tenaga ataupun ST. Caj bukanlah perkara baru. Di bawah Akta Air 1920, akta lama, Akta 418, caj penggunaan air memang telah dikenakan. Cumanya tidak begitu komprehensif sehingga menyebabkan banyak ketirisan berlaku maka kadar caj yang bakal dikenakan di bawah rang undang-undang ini akan ditimbangkan dengan berhati-hati agar tidak akan membebankan pengguna termasuk juga Lembaga Air Perak. Ya, Selama.
Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Sungai Rapat. Berkaitan dengan caj untuk air, Sungai Rapat boleh bagi jaminan dalam Dewan ini bahawa tak naik caj air kepada rakyat apabila LAP terpaksa membayar tambahan ya disebabkan lulusnya rang undang-undang ini. Boleh bagi jaminan? Yang keduanya berkaitan dengan ada unsur diskriminasi. Sebab ini bukan unsur diskriminasi. Kalau kita belajar kaedah feqah, dia ada maslahahnya ada daruriyat, hajiyat dan tahsiniyat. Apa, Dato' Mufti boleh sahkan ataupun Timbalan Mufti. Jadi saya kira keterjaminan makanan ini termasuk dalam daruriyat iaitu perkara yang mesti diberi keutamaan kerana semua orang bercakap tentang terutamanya berkaitan dengan padi lah. Jadi itulah terima kasih.
Selama. Saya bagi jaminan bahawa LAP tidak sewenang-wenangnya boleh mengenakan tarif baru walaupun mereka tertakluk kepada rang undang-undang yang akan diluluskan ini. Kenapa? Kerana tarif yang dikenakan oleh LAP dan juga di mana-mana pengusaha air di Malaysia ini, mereka tertakluk kepada kuasa yang dibenarkan oleh Kementerian Persekutuan iaitu SPAN. Jadi itu jaminan saya. Makna tidak akan dinaikkan walaupun tertakluk pada undang-undang ini sebab tarif itu ditentukan oleh SPAN. Jadi kalau LAP nak minta naik pun, kalau SPAN tak setuju, dia tak akan naik juga. Wallahualam. Saya teruskan. Saya ingin menegaskan bahawa setelah Rang Undang-Undang Sumber Air Perak ini insyAllah diluluskan dewan yang mulia ini pada hari ini
Ada dua soalan tadi Yang Berhormat minta maaf kaitan dengan daruriyat. Dia sektor dia macam-macam. Nanti depa kata ada unsur deskriminasi. Sebenarnya mungkin sektor lain ada berkaitan dengan hajiyat, ada sektor lain berkaitan dengan tahsiniyat. Contohnya, Maggie.
Maggie dengan nasi, dengan beras takkan nak dilayan sama rata untuk kita memberi pengecualian juga kepada sektor Maggie dan sebagainya. Itu maksud saya. Dia kena letak keutamaan kepada sekuriti..
Saya minta Selama bangkitkan dalam sesi jawatankuasa nanti. Sebab ini agak terperinci. Ini bab furuqiyyah ya. Terima kasih. Di Dewan yang mulia ini kita akan bincangkan berkenaan penegasan tersebut. Barulah perincian mengenai caj dan kadar lesen akan diperhalusi melalui sesi libat urus komprehensif yang akan dijalankan bersama-sama pemegang taruh dan pemainan industri yang menggunakan sumber air selepas ianya diluluskan pada hari ini Insya Allah. Kadar pengenaan caj yang munasabah seterusnya akan dicadangkan untuk pertimbangan dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri sebelum ia diwartakan. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Gunong Semanggol dan Yang Berhormat Kubu Gajah, yang bagaimanakah kutipan hasil daripada rang undang-undang ini dapat dikembalikan kepada rakyat. Saya ingin menerangkan bahawa hasil yang dikutip di bawah rang undang-undang ini akan dimasukkan dalam 2 akaun lembaga.
Pertamanya Akaun Wang Disatukan, Akaun Wang Disatukan Lembaga. Bagi kumpulan wang ini, hasil tersebut akan digunakan bagi tujuan operasi lembaga termasuklah menyediakan peruntukan tahunan kepada kerajaan negeri, sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut perenggan 26(3) dan (a) rang undang-undang ini. Pihak Berkuasa Negeri boleh menggunakan peruntukan ini untuk apa-apa tujuan manfaat seperti projek-projek pembangunan dalam negeri Perak. Akaun yang kedua pula ialah Kumpulan Wang Pembangunan Air yang akan dimanfaatkan bagi tujuan baik pulih dan penambahbaikan kualiti sumber air. Natijahnya rakyat Perak akan dapat menikmati sumber air yang bersih serta terjamin daripada segi kualiti dan kuantitinya. Rang undang-undang ini mendukung aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030. Saya ulangi rang undang-undang ini juga mendukung aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 di bawah prinsip kelestarian penggunaan sumber dan juga alam semulajadi menerusi pengurusan sumber air negeri yang cekap dan juga profesionalisma.
Berkenaan dengan pencemaran sumber air dan penguatkuasaan ada antara Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyuarakan. Seterusnya, saya beralih kepada isu-isu tersebut iaitu penguatkuasaan di bawah rang undang-undang ini. Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tegas menyatakan pendirian bahawa kita yang mengenakan hukuman setimpal kepada pelaku-pelaku jenayah pencemaran sumber air. Selaras dengan tujuan penggubalan rang undang-undang ini Dato' Yang di-Pertua, pengurusan bersepadu bagi perlindungan sumber air, subfasal 44(8) telah menetapkan hukuman yang tinggi bagi kesalahan pencemaran sumber air di mana perlaku jenayah boleh didenda tidak melebihi RM1 juta ataupun dipenjara tidak melebihi 10 tahun.
Selain itu, penekanan kepada kawal selia, pencemaran juga boleh dilihat melalui penetapan hukuman bagi aktiviti-aktiviti yang dilesenkan di bawah fasal 49 rang undang-undang ini. Di bawah fasal ini hukuman bagi kegagalan mematuhi kehendak pelesenan di perenggan 49(1) dan (a) hingga (i) adalah denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak melebihi 7 tahun. Aktiviti-aktiviti di bawah perenggan 49(1) dan (a) hingga (i) adalah aktiviti yang kurang berisiko terhadap kualiti sumber air seperti aktiviti pengabstrakkan air, pelancongan dan penstoran sumber air manakala bagi aktiviti-aktiviti berisiko tinggi yang boleh menyebabkan pencemaran sumber air seperti aktiviti mengembali mengembalikan air melepaskan atau melupuskan sisa air ke dalam sumber air atau water body dengan izin yang lain. Di bawah perenggan 49(1) J, 41(1) K dan juga L akan dikenakan denda yang lebih tinggi sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun. Bagi menguatkuasakan kawalan pencemaran di bawah RUU ini bahagian 6 dan 7 rang undang-undang juga telah memperuntukkan kuasa-kuasa penguatkuasaan yang mencukupi bagi pegawai diberi kuasa di bawah rang undang-undang ini untuk menjalankan tindakan-tindakan penguatkuasaan seperti kuasa menyiasat di bawah fasal 67, kuasa memasuki premis di bawah fasal 69, kuasa menyita di bawah fasal 71 dan 72, kuasa mengkompaun di bawah fasal 88 dan kuasa pendakwaan di bawah fasal 83.
Suka saya menarik perhatian Ahli Yang Berhormat, bahawa melalui kuatkuasa rang undang-undang ini satu pelan pengurusan sumber air bersepadu hendaklah disediakan menurut keutamaan dan kawasan geografi sebagaimana yang ditentukan oleh pihak kuasa negeri seperti yang termaktub dibawah fasal 32. Penyediaan pelan ini adalah mustahak bagi mengenalpasti keutamaan penggunaan dan pemuliharaan mampan sumber air negeri Perak. Melalui pelan pengurusan ini, Pihak Berkuasa Negeri juga dapat mengenalpasti kawasan perlindungan sumber air yang perlu diistiharkan dan diwartakan di bawah fasal 39 rang undang-undang ini. Sebagai rumusan penggulungan ini, saya ingin memohon sokongan Ahli-ahli Berhormat, sesi dewan untuk sebulat suara menyokong dan meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air Perak 2023 tanpa perlu bertangguh lagi dengan melihat kepada manfaat manfaat berikut. Jadi saya minta semuanya kita berpegang Fikh Al Aulawiyat dia. Rang undang-undang ini akan menyelesaikan isu-isu kelompongan perundangan dalam undang-undang negeri sedia ada iaitu Enakmen Feri 1901, Akta Air 1920 dan Enakmen Pengurusan Persisiran Pantai Perak 2016 yang akan dimansuhkan setelah rang undang-undang ini diberi penguatkuasaan.
Rang undang-undang ini akan menjawab kepada teguran Laporan Ketua Audit Negara juga pada tahun 2015 berhubung keperluan kerajaan negeri menubuhkan satu badan kawal selia air yang akan mempunyai kuasa untuk mengendalikan pelesenan penguatkuasaan, mengordinasikan aktiviti-aktiviti dan memantau pembangunan di kawasan sumber air. Jadi bermaknanya nasihat dan teguran daripada Ketua Audit negara tu akan dapat kita laksanakan dengan adanya perundangan yang baru ini. Rang undang-undang ini akan merealisasikan penubuhan lembaga pengurusan sumber air Perak yang berstruktur dan dilengkapi dengan punca kuasa enakmen dan peraturan serta mempunyai tenaga kerja berkemahiran teknikal dan berkepakaran khusus untuk menguruskan sumber air bagi pihak Kerajaan Negeri Perak. Rang undang-undang ini akan memastikan semua kawal selia pengurusan sumber air negeri diperkemaskan melalui mekanisme perlesenan dan penguatkuasaan dengan memberi penekanan khusus kepada kawalan pencemaran dan perlindungan sumber air bagi menjamin kelestarian sumber air negeri Perak untuk rakyat negeri Perak.
Saya selagi merayu supaya fikirkan bahawa boleh dikatakan ke semua negeri yang dahulu masa saya mula-mula bentangkan kita termasuk yang terakhir bersama dengan negeri Perlis. Baik, saya difahamkan negeri Perlis juga telah meluluskan sebulan yang lepas. Jadi maknanya kalau kita meluluskan rang undang-undang ini,
Insya Allah kita akan meluluskan. Ianya merupakan negeri yang terakhir ada undang-undang untuk kita menyelia sumber air negeri Perak. Maka dengan itu saya sudahi dengan wabilahi taufiq wa'l-hidayah (bacaan doa penutup) assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih yang berhormat Sungai Rapat Exco. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di Negeri Perak. Penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua. Ahli yang berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju. Maka usul itu dipersetujui.
Satu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri Perak penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah selesai dibaca bagi kali yang kedua.
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyusulkan bahawa Rang Undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukkan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan juga perlindungan sumber air di negeri Perak. Penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Negeri Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya diserahkan kepada Jawatankuasa seisi dewan untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.
Ada sokongan?
Sokong Tuan Di-Pertuan.
Ahli Yang Berhormat Dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.
[DEWAN BERTUKAR DIRI MENJADI SEBUAH JAWATANKUASA]
Fasal 1 dan Fasal 2.
Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 3 hingga Fasal 15
Masalahnya bahawa Fasal 3 hinggga Fasal 15 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Bagaimana yang kita bangkitkan pada awal perbahasan daripada mula kalau tengok fasal 6(1). Fasal 6 (1) yang kita minta supaya secara jelas diletakkan ahli-ahli anggota lembaga. Jadi fasal 1(A) saya minta pengerusi dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Jadi, kemudian yang lainnya di bawahnya, B, itu Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah menjadi timbalan pengerusi dan 6 anggota atas jawatan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri yang bawah sama. Cuma yang kita melihat perkara ini selalu terbuka. Kemungkinan nanti lembaga ini kalau dapat dipengaruhi daripada Pihak Berkuasa Negeri mungkin akan ditadbir oleh suatu badan lain yang terlepas daripada ini. Sebab mungkin keanggotaan badan berkuasa negeri itu mungkin boleh dipengaruhi dan mungkin Menteri Besar sendiri pun tidak boleh menjadi pengerusi. Sehingga kepentingan awam negeri dan kepentingan rakyat sendiri mungkin boleh terjejas disebabkan oleh lembaga. Sebab itu saya ingin rujuk tadi beberapa kali supaya Kedah, Terengganu dan Selangor meletakkan dengan jelas nama-nama tu jelas. Kalau saya ambil contoh, saya baca satu-satu supaya kita jelas.
Yang pertama Kedah Fasal 5 (1), MB sebagai Pengerusi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi, Penasihat Undang-Undang Negeri kemudian Pegawai Kewangan Negeri ni Ex-officio yang kita kata satu yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan awam. Kemudian Pengarah Sumber Air, Pengarah JPS, Pengarah JAS, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Pengarah Jabatan Perhutanan, Pengarah PTG dan beberapa lagi di bawah. Begitu juga dengan Terengganu, menyatakan dengan jelas MB sebagai pengerusi, Setiausaha sebagai kerajaan ataupun timbalan pengerusi. Kemudian Penasihat Undang-Undang. Sama Ex-officio yang bertanggungjawab yang tertinggi ini untuk menjaga. Sama juga dengan Ahli-ahli MMK yang dilantik memegang portfolio berkenaan dan begitu juga dengan Selangor meletakkan dengan jelas MB. Tapi di sini menimbulkan keraguan kita, kita bimbang sekiranya tidak diubah pengerusi dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Pihak Berkuasa Negeri mungkin dia boleh melantik orang lain daripada yang berada. Mungkin pihak korporat yang mana-mana yang boleh mengambil kesempatan, yang boleh manipulate kepada rakyat dan sebagainya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Kalau MB sebagai itu memang sudah pasti dia akan bertanggungjawab kepada rakyat dan bertanggungjawab kepada negara, negeri. Sebab bila pilihan raya ini dia buat tak betul, mesti rakyat dengar boleh. Ada, ada pertanggungjawab. Maka saya mencadangkan di sini, di Perak jawatankuasa, meletakkan dengan jelas pindaan di situ. MB mesti pengerusi dan kita letak Ex-officio itu secara jelas SS timbalan dan 6 orang anggota Exco yang dilantik oleh PBN. Ini kena jelas dulu. Kemudian yang bawah kita nak tambah tu tak apalah. Tambah berapa orang pun kita tak kisah. Kita boleh panggil daripada semasa kesemasa pakar tu tak apa. Tapi kena jelas, yang ni terlampau terbuka. Terbuka ni terdedah kepada salah guna. Yang tak terbuka pun kita dah salah guna, tambah yang terbuka pun, yang tetap pun, sat lagi tak boleh lah kita nak buat andaian ke tu. Itu yang menjadi kebimbangan dan saya mohon lah kalau boleh sebelum kita putuskan supaya dibuat pindaan pada persoalan 6. Terima kasih.
Exco?
Ya, Dato' Pengerusi. Saya amat tertariklah dengan ungkapan yang dinyatakan oleh Gunong Semanggol tadi bahawa dia hendakkan mengikut RUU negeri lain, dia kenakan MB. Dalam penghafazan kita, bila MB itu tiada, dia pergi ke luar negeri ataupun dia ada urusan lain. Maka dia akan mengganggu perjalanan Lembaga itu sendiri. Tapi kalau kita di Perak ni lebih fleksibel. Maknanya MMK ataupun Badan Perundangan Negeri cukup-cukup fleksibel. Dia boleh lantik Exco kanan, dia boleh lantik mana-mana Exco. Saya nak beritahu Semanggol, bukan 6 Exco. Itulah 6 ahli lembaga pengarah itu sendiri. Bukan di kalangan Exco. Maknanya Gunong Semanggol tersilap dekat situ tu, perbetulkan. Bukan non-Exco. Jadi untuk itu tu kita nak mempraktikkan supaya Pihak Berkuasa Negeri dan lembaga pengarah ini tidak tergendala urusan dia sekiranya tidak ada Menteri Besar. Dia ada penganti dia. Sebab kita jauh lebih fleksibel, jauh lebih anjal daripada RUU negeri lain. wallahualam. Terima kasih.
Dato' Speaker. Masih dalam persoalan yang sama berkenaan dengan lembaga anggota lembaga ini. Saya juga seperti mana yang dibangkitkan Semanggol. Tuan-tuan tengok pada fasal 6(1A) ini. Lembaga hendak terdiri daripada anggota-anggota seperti berikut. A, pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Bila sebut Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Negeri ini tuan-tuan dan puan-puan yang paling tinggi kita lah semua, Pihak Berkuasa Negeri yang memerintah dan yang paling tinggi dalam Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar, ialah MB dan kita nak supaya, perkara ni secure. Saya kira sebutan ataupun hujah fleksibel, lebih anjal ni perkara yang longgar, yang loose. Sebab itulah disebutkan tadi, kita jadikan contoh yang baik pada negeri lain bila mereka letakkan MB sebagai pengerusi kepada satu lembaga perusahaan air yang sangat penting. Kita bahas dua hari di sini tentang sumber air. Ini bukan jawatankuasa kecil, ini bukan tentang nak uruskan perkara yang kecil.
Ini melibatkan kepentingan umum dan kita minta supaya MB diletakkan sebagai pengerusi lembaga ini kerana kita rasa lebih selamat dan lebih orang kata lebih baik dan jika mana kita menyatakan kadang-kadang MB tak ada, MB keluar negara, dia bukan kerap keluar negara, bukan selalu pun MB keluar negara dan yang saya rasa benda tu hujah terlalu lemah. Jadi kita minta jika boleh diletakkan MB sebagai pengerusi kerana bagi kami ia lebih selamat dan kalau kita tengok balik dalam RUU yang kita luluskan ini, 11 daripada 12 anggota termasuk pengerusi adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Negeri, sidang Dewan cuba bayangkan 11 daripada 12 ini, Pihak Berkuasa Negeri ini boleh lantik sesiapa yang mereka nak lantik. Yang secure hanyalah timbalan sahaja, yakni Setiausaha Kerajaan Negeri. So, kita minta lebih secure, kita minta jika boleh Menteri Besar diletakkan sebagai pengerusi lembaga ini. Itu permintaan kita dan saya kira kita semua bersetuju dan sepatutnya pihak kerajaan lebih bersetuju kerana kita rasa ini lebih selamat dan saya dengar juga hujah daripada pihak rakan-rakan di pihak kerajaan, melantik orang yang pakar, orang yang profesional dan saya bimbang diletakkan orang yang bukan sepatutnya di situ. Inilah perkara yang kami tekankan. Terima kasih.
Tuan Speaker, Ayer Kuning.
Exco sebelum jawab tu biar, saya tengok Tebing Tinggi bangun dulu. Lepas Tebing Tinggi saya bagi kepada Ayer Kuning, ok.
Sebaik-baiknya kalau kita melihat ciri undang-undang yang baik adalah undang-undang yang fleksibel dan saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Exco tadi. Mengenai soal manipulasi dan sebagainya yang dibangkitkan oleh Semanggol, saya fikir kita harus tidak lupa ada peruntukan mengenai soal PBN yang diberi kuasa untuk memberikan arahan dari semasa ke semasa. Jadi saya tidak nampak bagaimana lembaga ini boleh menjadi suatu lembaga yang bebas, yang boleh merampas kuasa. Sebab dia tertakluk pada arahan dan juga arahan dan perintah daripada PBN. Jadi tak timbul soal manipulasi dan sebagainya dan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Exco berkali-kali. Kita tidak semestinya mengikut negari lain yang mungkin ada sebab sendiri dan mungkin Semanggol nak jadi Menteri Besar agaknya, nak sangat jadi MB.
Ayer Kuning dulu.
Terima kasih Dato' Speaker. Kita ni panduan kita sebagai orang Islam, apabila kita ada permasalahan, ia balik kepada Al-Quran dan Sunnah. Jadi, dalam berkaitan dengan perlantikan yang ini, ia lebih fleksibel dan lebih terbuka. Kerana apa ya? Kerana dalam Islam, kita mesti memilih kepada orang yang ahlinya. Kalau lah kata di situ letak MB, contoh saya bukan nak mempertikaikan berkaitan dengan kebolehan MB tetapi kalau lah di dalam jawatankuasa lembaga itu, MB itu bukanlah orang yang mahir, bagaimana? Apakah ianya berfungsi sebagainya kita kata dalam Islam tadi. Maknanya, kalau kita nak pilih sama ada pemimpin, sama ada ketua, mereka mestilah ahli. Itu sebabnya saya tengok enakmen ini lebih fleksibel dan lebih menjurus kepada apa yang kita nyatakan dan terbukti dalam yang saya nyatakan tadi apabila ada masalah, kita kembali semula kepada Sunnah dan al-Quran. Terima kasih.
Terima kasih Tebing Tinggi dan juga Air Kuning. Saya nak mengesyorkan bahawa kita mesti yakin dan percaya kepada seluruh Ahli MMK tanpa soal jawab kerana mereka lah yang akan berbincang, melantik siapakah yang akan menjadi pengerusi di situ. Jadi cukup-cukup fleksibel. Bukan hanya ia kadang-kadang ketiadaan MB. Tapi kadang-kadang, kita nak mengelakkan dalam Kerajaan Madani ini, orang yang sama yang akan buat keputusan dalam lembaga pengarah sumber air, orang yang sama dalam Pengerusi MMK. Ia bermakna hari ini bila MMK itu diberi kebebasan untuk memilih, dia juga boleh memilih Menteri Besar sebagai pengerusi. Itu hak dia. Kebebasan MMK, Pihak Berkuasa Negeri. Tapi tidak salah menyatakan bahawa keanjalan ini, mereka boleh melantik selain Menteri Besar orang lain. Tapi kalau kita tentukan begitu, maka kita terikat. Ada ke tak ada MB, masalah yang kedua. Masalah yang keduanya, kadang-kadang itu orang yang sama membuat keputusan dalam lembaga pengarah pengurusan air, orang yang sama mempengerusikan MMK. Seboleh-bolehnya kita jadi entiti yang lain, jauh lebih terbuka, jauh lebih fleksibel. Wallahualam.
Semanggol, silakan.
Boleh sekali lagi pengerusi? Saya masih rasa kurang puas hati di atas jawapan-jawapan yang diberi. Cuma kalau dia boleh diberi jawapan, apa yang menjadi penghalang untuk kita melantik orang yang paling tinggi sebagai pentadbir yang dilantik diberi kuasa oleh rakyat, mandat oleh rakyat sebagai Menteri Besar, meletakkan kuasa itu untuk mempengerusi dan mengapa kita buka kepada itu? Mungkin ada kita kata, ada benda perkara lain yang kita tak mahu bubuh nama spesifik sebagai MB itu. Memang tak ada MB boleh pakar semua. Tapi dia sebagai ketua negeri, mesti dia tanggungjawab ke atas segala-galanya. Maka dia ada di bawah
Ok Semanggol. Exco sekejap.
Kalau boleh jawab Pengerusi..
Mungkin Ketua Pembangkang mimpi nak jadi MB kut.
Yang menghalang, yang menghalang Sungai Rapat daripada meletakkan MB sebagai Pengerusi sebagaimana 4 buah, 3 negeri lain meletak secara kursus dan Perak cuba keluar daripada itu. Mungkin saya ingat Tebing Tinggi pun ada hasrat juga tu.
Sekejap, sekejap, sekejap. Exco saya ingat kita bagi Selinsing celah dulu ya.
Baik. Saya setuju tadi dengan Ayer Kuning. Kita dah tahu, kita dah sebut banyak kali dah, air ini adalah hak mutlak daripada Allah Ta'ala bagi pada kita. Jadi betullah apa yang disebut tadi tu. Jadi bila kata hak Allah Ta'ala ni yang nak jaga dia ialah kerajaan ketua tu. Sebab itu kita minta MB tu untuk jaga. Yang kedua tadi sebut, mesti ada kepakaran. Betul. Yang itu pengarah bolehlah. Ini Pengerusi Lembaga. Pengerusi Lembaga kena ketua negeri tu yang nak kena jaga air ni sebab air ni daripada Allah Ta'ala. Pengarah, ok kita carilah orang yang pakar dalam bidang tersebut. Terima kasih.
Ok, Selinsing, terima kasih. Saya tengok tadi Pantai Remis bangun dulu. Bagi Pantai Remis dulu.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Pengerusi, sekarang kita di peringkat jawatankuasa kita Pengerusi.
Ya, ya. Maaf. Terima kasih kepada Pengerusi. Saya berpendapat bahawa berkaitan dengan Pengarah ni, mengapa semestinya MB? Kita boleh bagi orang yang lagi berkaliber. Kita ada ramai profesional di sana dan kita masih ada pimpinan di pihak berkuasa negeri. Kalau ada apa-apa keputusan, kita masih ada satu level untuk kita dirujukkan. Kalau semuanya MB, adakah kita sekarang SADC pun kena MB? SEDC pun kena MB? Semua ni MB sahaja. Jadi adakah MB ada begitu ruang pada semua isu? Kitalah bagi ruang kepada orang yang lagi profesional untuk menguruskan dengan sumber air ni. Saya nak tanya, adakah MB di Kedah adalah orang yang kepakaran untuk sumber air?
Tuan Pengerusi. Astaka.
Astaka.
Ya Tuan. Saya rasa cukup pelik. Sebenarnya apa pendirian sebelah sini? Apabila kita punya Perdana Menteri menjadi juga Menteri Kewangan, pihak sini kata, "Oh, PM gila kuasa." Dia kata, "Tak bolehlah semua Perdana Menteri nak angkat." Sekarang kita nak bahagikan kuasa. Sekarang awak kata, "Oh, tak boleh lah kena MB.
Masalah yang tu you yang janji dulu. Belah sana yang janji tak boleh. Tiba-tiba boleh pulak.
Itu tidak berkaitan.
Jangan daripada isu lain. Fokus pada perbahasan. Matang sikit dalam perbahasan.
Astaka cakap dulu.
Adakah deme dah tak percaya kepada MB.
Perdana Menteri dia minta jawatan Menteri Kewangan.
Ini kita yang nak letak, MB tak minta pun.
Ahli-Ahli YB semua, Ok Ahli-Ahli YB semua, kita ni di peringkat jawatankuasa. Bila di peringkat jawatankuasa ni, dia punya perbahasan, dia punya discussion, dia lebih relax daripada di peringkat Dewan. Dia ada macam, dia ada perbincangan, tapi walaubagaimanapun, kita punya peraturan dan adab itu, kita bagilah, seorang-seorang bercakap. Saya bagi peluang seorang bercakap, jangan susah hati. Tapi, kita dengar pandangan semua. Ok, selepas Astaka tadi saya tengok. Ok, bagi Astaka cakap dulu.
Satu point lagi. Sebenarnya, saya juga nak mempertanyakan apa pendirian Gunung Semanggol. Sebab, sebelum ini, beliau juga jadi Exco. Bila rang undang-undang dibentangkan di sini, secara kolektifnya, dia sudah setuju dengan rang undang-undang ini sebelum ini yang juga benda yang sama. Kenapa sekarang baru bangkitkan benda ini?
Masa tu tak minta pun MB jadi Pengerusi.
Ok, Changkat Jering tadi. Last ye Changkat Jering, lepas tu kita bagi Exco jawablah.
Terima kasih Pengerusi.
Mungkin Gunung Semanggol kena jawab dulu.
Ini bukan Gunung Semanggol punya flow.
Saya rasa nak selesaikan masalah mudah sahaja.
Ok sekejap. Bagi Changkat Jering.
Mudah lupa kut Gunung Semanggol.
Astaka tenang Astaka.
Sumber air ini adalah sumber utama rakyat sebenarnya. Sebab tu portfolio yang mana utama contohnya portfolio tanah, MB yang pegang. Kalau tidak, boleh bagi pada jawatankuasa lain, Exco lain. Tapi inilah sebagai sumber utama air ni, kita letakkan kepercayaan kepada MB. Jadi kita tak mahulah cerita sebagai YB-YB ni seolah macam orang kata nak kata maaf saja, maaf cakaplah seolah macam terima saja macam tu. Jadi orang luar ayat kata apa ni sumber utama bagi orang lain, orang yang tak berkenaan. Jadi kita saya rasa nak settle masalah mudah saja. Terima saja sebagai MB, sebagai Pengerusi. Kami tak nak masalah, tak nak bahas sampai makan masa yang macam ni. Itu saja. Terima kasih.
Ok, ada lagi yang nak bercakap. Berapa orang lagi nak bercakap?
Tuan Pengerusi.
Untuk fasal ini sahaja. Sekejap, sekejap. 1,2,3,4. Ok 4 ye, last. Boleh ye YB Exco ye. Kita bagi pandangan. Ok. Pergi kepada Pinji dulu.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Macam ni, apa salahnya bagi orang yang berkebolehan untuk masuk dalam? Sebab, kalau anda sakit, anda pergi jumpa doktor, doktor anda adalah lawyer. Berani tak awak bagi lawyer untuk merawat anda? Jadi kita perlukan orang yang berkebolehan dalam, bukannya MB, MB, MB. Kalau semua MB, berapa portfolio yang MB kena ambil? Terima kasih.
Ok, Buntong.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Secara teknikalnya, kalau kita melihat rang undang-undang di hadapan kita pada hari ini, terdapat banyak seksyen yang membawa kembali kuasa untuk membuat keputusan kepada pihak berkuasa negeri. Dan tafsiran di bawah undang-undang ini, pihak berkuasa negeri adalah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Exco-Exco yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang faham mandat rakyat. Jadi saya tak faham kalau kita hanya meminta Menteri Besar menjadi Pengerusi, sebenarnya semak dan imbang yang ada di dalam undang-undang ini jauh lebih berkesan, jauh lebih besar. Dia tak tertakluk kepada seorang sahaja tetapi seluruh MMK. Itu adalah merupakan semak imbang yang lebih besar dan jauh lebih berkesan dan kita ada banyak seksyennya 34(3), 47(1), 47(3), 49(3). Semua membawa kembali kuasa kepada MMK, Pihak Berkuasa Negeri dan siapa yang mengetuai MMK kalau bukan Menteri Besar? Siapa? Jawablah sekarang. Fungsi lembaga di bawah seksyen 16 secara teknikal, ya? Ini teknikal. Kalau boleh jawab secara teknikal, jawab. Fungsinya lebih bersifat operasi. Kalau kita lihat kesemua, daripada A, all the ways, dengan izin, Tuan Pengurusi, sampai V, fungsi lembaga lebih bersifat operasi. Takkanlah kita nak minta YAB Menteri Besar menjadi mengetuai operasi-operasi di bawah undang-undang ini. Dia, Menteri Besar kena jaga policy. Ni tak faham, saya tak fahamlah berdebat pasal apa.
Ok terima kasih Buntong. Ok, Hulu Kinta.
Ok, terima kasih Pengerusi.
Ada rupanya.
Kuasa lembaga bukan kecil, kuasa lemaba besar.
Ok, sekarang ni soal
Beri laluan kepada Hulu Kinta. Kita tunggu-tunggu.
Ok yang khuatir sangat soal isu peletakan jawatan MB sebagai Pengerusi itu. Semanggol tidak spesifikkan di mana berlakunya akan jadi masalah terutama. Kita tengok, Menteri Besar selaku Pengerusi Sumber Asli dan juga sebagai pengerusi GLC. Tidak timbul isu soal membuat keputusan di peringkat GLC yang akan dilantik ni. Itu satu. Yang pertama sekarang ni, saya, Tuan Pengerusi cuma saya fikir satu benda je iaitu sekiranya dalam warta ni, dalam warta ni kalau sekiranya diletakkan Pengerusi haruslah, Menteri Besar haruslah dilantik sebagai Pengerusi, sudah tentu hari ini Semanggol bangun, dia kata dia akan setuju kerana Menteri Besar sebagai Pengerusi tidak baik sebagai 'corporate owners' dan tidak bagus untuk urusan kerajaan. Oleh kerana letak sebagai Pengerusi dilantik di kalangan oleh pihak berkuasa tak letakkan sebagai cadangan Menteri Besar, hari ini pembangkang, bangun, tak setuju. Ini adalah cara pembangkang kerana kalau letak Menteri Besar, dia tak akan setuju atau alasan tak betul, good governance dan sebagainya. Kalau tidak letak, dia kata kena letak Menteri Besar. Dia kena cari satu isu untuk menunjukkan pembangkang hari ini buat kerja. Itu saja. Dia ni buat kerja, itu saja, dia bagi kerja ramai. Saya bagi satu contoh. Sekarang ini pendirian Pas apa? Biar Semanggol jawab.
Dia tak faham ni.
Harga beras naik.
Sekarang ini apa pendirian Pas? Saya keluarkan, PAS, Ketua Pemuda PAS sendiri iaitu anggota Parlimen Ahli Parlimen Pasir MAS.
(GUNONG SEMANGGOL): Pengerusi out of context ni.
menyatakan bahawa PAS tidak setuju, PAS tidak setuju ahli politik dilantik sebagai pengerusi bagi setiap mana-mana agensi dalam kerajaan. Ini adalah pegangan PAS. Sekarang ni Semanggol nak tak nak pegang pada pendirian PAS. Saya tak faham.
Hulu Kinta, Harga beras naik sekarang ni.
Pendirian PAS tak setuju seseorang Menteri Besar
Hulu Kinta, harga beras naik sekarang ni.
Ayam mana ayam.
Saya bagi bukti, bukan cakap kosong. Pendirian PAS. Saya hari ini terpaksa mengajar mengingatkan pendirian PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Malu sangat hari ini
Ok.
Sekarang ni mudah saja, saya mohon teruskan jangan buang masa sebab kalau tak Menteri Besar, Semanggol akan minta
Hulu Kinta bagilah pelepasan ruang.
Hulu Kinta pengerusi.
Kalau letak cadangan Menteri Besar Semanggol akan bangun membantah. Kalau tak jangan letak Menteri Besar inilah caranya. So maknanya pendirian PAS jelas.
Pendirian PAS jelas. Kalau benar Semanggol berani katakan pendirian PAS tak betul nyatakan di sini. Kalau benar.
Ok terima kasih Hulu Kinta. I think you make your point.
Ok, that's all. Sekarang ni, Pengerusi PAS Perak buat keputusan nak ikut pendirian PAS ke atau pun macam mana.
Ok terima kasih. Saya rasa semua nak bagi pandangan.
Ingatkan Hulu Kinta nak bawa beras ke apa dalam ni rupanya tak bawa beras. Cuma satu saja saya kata, dalam perbahasan ini sebagai Ketua Pembangkang kita mengambil pendirian yang begitu tegas. Mesti letak MB sebab kuasa air ni besar.
Saya rasa pandangan diambil itu.
So pendirian PAS tu tak betullah?
Adun-Adun daripada Bersatu tak ada.
Pengerusi PAS. Sama ada dia boikot ke atau tidak. Dia boikot pandangan ini atau tidak.
Pengerusi PAS hari ini semua menyaksikan Pengerusi PAS Perak menyatakan pendirian PAS tak betul.
Dari dulu kita tengok dalam sejarah Yayasan…
Mana ADUN Bersatu, ADUN Bersatu mana? ADUN Bersatu boikot ke?
Sekarang ni mudah. Jawab pendirian PAS.
Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang, nak tanya sama ada ini pandangan PAS atau pandangan pembangkang.
Pendirian PAS betul tak betul.
Kita kena back up kuasa dah ambil ni.
Kalau betul kena sokong. Kalau tak betul kata pendirian PAS tak betul.
Air seluruh besar dia nak ambil kuasa MB. Bahaya ni , bahaya.
Tanya PAS betul tak betul.
Mandat MB mandat MB.
Yang Berhormat semua sila duduklah. Hulu Kinta sila duduk.
Kalau betul menyokong. Jangan khianat kepada parti sendiri.
Hulu Kinta ok. Sila duduk.
Di Kedah tu MB Pas.
Ok semua sila duduk semua. Saya rasa untuk atau asal 3 hingga fasal 15 ni exciting la jadi saya rasa semua dah bagi pandangan-pandangan di peringkat jawatankuasa untuk fasal 3. Saya jemput YB Exco untuk akhirnya. Last word daripada YB Exco.
Terima kasih dan bersyukur kerana bila diundi dekat dasar tu tadi boleh katakan semuanya setuju, tidak ada suara tidak bersetuju. Syukur. Yang keduanya dalam RUU ini tidak mengatakan Menteri Besar tidak boleh jadi pengerusi. Maknanya kalau ditanya pada saya tadi, apa yang menghalang saya daripada bubuh nama Menteri Besar sebagai pengerusi itu yang kita hujahkan tadi. Kita lebih anjal dibanding dengan RUU negeri lain. Berapa masalah-masalah akan kita hadapi secara praktikalnya bila tidak Menteri Besar maka bermasalah tapi hari ini mengatakan bukan tidak boleh Menteri Besar jadi pengerusi, boleh. Pihak berkuasa Negeri ada kebebasan nak melantik tapi mereka juga ada peruntukkan rang undang-undang ini boleh melantik orang lain yang mereka rasakan ada kelayakan dia memenuhi syarat-syarat itu. Di mana salahnya dan tidak ada penghalang, sebenarnya saya mencadangkan supaya bukan orang yang sama supaya kita nampak ketelusan itu bahawa inilah kriteria-kriteria Madani itu sendiri. Tidak mengahwinkan dua orang satu jawatan atau pun satu orang dua jawatan. Jadi saya syorkan supaya diteruskan kalau sekiranya ada fasal-fasal lain yang masih nak dipertikaikan silakan.
Last last.
Fasal yang sama juga ke?
Fasal yang sama.
Fasal yang sama juga. Dah banyak dah cakap pasal pengerusi ni.
Di semua negeri menganggap pengerusi sumber air ini sangat penting maka semua negeri meletakkan MB sebagai pengerusi. Semua negeri termasuk Selangor dan setakat ini
Selama Exco juga dulu. Apa beza?
Dalam Seksyen 4(1) MB sebagai pengerusi dalam
Selama setuju dulu, dulu you pun setuju.
Janganlah ganggu dengarlah dulu.
Setakat ini ada masalah ke pengurusan air di Selangor, besar tak masalah dia apabila diuruskan pengerusinya adalah MB sendiri. Kalau kata tak mahu ambil contoh Terengganu Kedah lah, ambil contoh di di Selangor
Kedah Kedah, Kedah apa macam.
(HUTAN MELINTANG): Ambil contoh tak bererti kita ambik bulat-bulat.
Kedah apa macam.
Saya hujah ni, saya sedang berhujah. Tengok tiap-tiap kali saya bercakap semua tak
Kelantan Kelantan.
Kenapa? Kenapa takut nak dengar hujah?
Ok Selama point taken.
Dengarlah dengar, tadi saya dengar awak berhujah. Baik. Kalau tak nak ambil yang Kedah atau pun Terengganu ambil yang Selangor
Ok.
dan Menteri Besar Selangor saya rasa ok sama dengan Menteri Besar kita.
Kelantan boleh ke Kelantan.
Kehebatan Menteri Besar Selangor dengan Menteri Besar Perak saya rasa lebih kurang.
Kelantan, Kelantan.
Jadi saya rasa lebih bersetujulah kalau tak ikut style Kedah dan Terengganu ikutlah style Selangor yang meletakkan MB sebagai pengerusi.
Ok Kelantan boleh.
Ok terima kasih.
Makna Selama lawan pendirian PAS.
Ok terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat semua. Sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat semua dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 16 hingga Fasal 19.
Masalahnya bahawa fasal 16 hingga fasal 19 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 20 hingga fasal 25.
Masalahnya bahawa fasal 20 hingga fasal 25 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 26 hingga fasal 30.
Masalahnya bahawa fasal 26 hingga fasal 30 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 31 hingga fasal 44.
Masalahnya bahawa Fasal 31 hingga fasal 44 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 45 hingga fasal 53.
Masalahnya bahawa fasal 45 hingga fasal 53 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Ok Semanggol sila.
Masa dah taka da dah suarakanlahkan sebab kalau kita tak buat kita kalah, tapi tak apa. Sebagai mewakili rakyat kami yang ada 26 ni daripada kawasan-kawasan orang-orang susah, orang-orang petani dan sebagainya. Jadi kalau kita melihat kepada Perkara 45 (1B), meletakkan di situ bagi maksud kegunaan pertanian sara diri. Jumlah yang di abstrak dalam satu hari hendaklah tidak melebihi 15 ribu liter setiap seorang atau satu jumlah lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa. Jadi, Pihak Berkuasa Negeri pun boleh bertukar bila-bila masa boleh bertukar mungkin sama berfikiran sahabat-sahabat kita di sebelah sana. Kita tak tahu apa yang dia buat. Sebab tu hasrat kita dalam perbahasan awal supaya rang undang-undang boleh diperhalusi dulu dan kita membuat pindaan kepada itu untuk kita mengecualikan pengairan atau sebarang caj yang dikenakan sebab kuasa ini dibuat dalam Dewan. Kalau kita nak buat sebab itu kita mintak dikecualikan pesawah dan semua pengairan sara diri. Kita minta dikecualikan bukan diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri. Mesti dibuat dalam Dewan. Tapi sekarang ni Pihak Berkuasa Negeri mungkin Pihak Berkuasa Negeri nanti mukim Tebing Tinggi, Pantai Remis, dia akan membuat perkara yang yang yang berkaitan dengan sokongan mereka kan yang merugikan ni belah belah belah belah Semanggol, belah belah Gerik, belah belah Lenggong yang kolam air sebagainya jadi kita kenakan caj, depa tak kenakan caj mungkin Sungai Rapat dia tak rasa apa-apa di kat Gopeng bukan ada orang petani. Kan ni Buntong, Buntong bukan ada apa. Ni kami ni orang yang pakai air sawah, orang yang buat kolam udang, orang yang buat kolam ikan, sabar yang jawab Exco. Duduk Pantai Remis.
Tak apa Tronoh pun ada Tronoh pun ada.
Jadi saya mintak saya mintak kita mintak beberapa kali. Tapi nak buat macam mana kuasa politik dah tidak ada. Kuasa politik dah tidak ada. Jadi saya nak mintak kita nak mintak ni supaya diletakkan dengan jelas bahawa pengairan sawah petani sara diri dikecualikan daripada ini. Kalau nak buat esok kita masukkan Dewan pulak. Ok, terima kasih.
Terima kasih Semanggol, Manong saya bagi Manong dululah. Manong berdiri dululah selepas tu saya bagi Pantai Remis. Siapa lagi nak cakap untuk fasal yang ini, boleh berdiri tengok dulu saya tengok? Ok, Manong selepas tu Pantai Remis. Itu sahaja ya, ok. Pantai Remis sila jawab.
Saya nak merujuk perkara yang hampir sama apa yang dibangkitkan oleh Gunong Semanggol tapi lebih kepada merujuk fasal 47 Ceraian 3 iaitu pengecualian. Perkara yang hampir sama juga perlu dinyatakan dengan jelas. Pengecualian kepada walaupun tersebut boleh diberi kepada mana-mana pihak sama ada individu ataupun kumpulan tapi perlu dinyatakan dengan jelas pengecualian kepada yang saya katakan tadi sektor jaminan makanan. Ini sangat penting iaitu jaminan makanan perlu diletakkan sebagai keutamaan untuk pengecualian terhadap RUU ini. Perlu ada satu terma, satu ayat yang jelas tentang pengecualian kepada sektor jaminan makanan sahaja Pengerusi. Terima kasih.
Silakan Pantai Remis.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak nak ingin memperbetulkan apa yang Semanggol, kata tadi. Kawasan saya juga penuh banyak penternak udang. Saya dekat dengan laut. Mengapa kata kawasan saya tak ada?
So, setujulah kena caj.
Ini, mereka akan juga dikena caj tetapi dengan prinsipnya kita nak bantu kerajaan bantu semua rakyat untuk mengawal selia dengan sumber air kita. Bukan kita nak sewenang-wenangnya nak susahkan seseorang. Ini bukan prinsip kami. Saya juga faham Semanggol semasa jadi Exco juga menghadapi masalah yang sama. Mengapa masa tu Exco boleh luluskan untuk bentangkan RUU ini pada tahun lepas. Kalau ada banyak bantahan ni sila bincang semasa masa tu habis perbincangan semua sudah selesai baru bentang. Mengapa bentang dan ditangguhkan?
Masa tu ada kuasa politik.
Jadi saya nak katakan saya juga akan menghadapi semua penyokong-penyokong dan juga penduduk di kawasan saya yang akan dikenakan semua ini tetapi biarlah kita bagi peluang untuk kita ada jawatankuasa kemudian untuk memperhalusi dengan semua yang cadangan telah dibentangkan. Boleh.
Terima kasih. Selinsing nak cakap pasal fasal yang sama juga.
Ya…ya.
Ok, lastlah ya.
Ok, terima kasih. Saya nak sebut kembali tadi saya nak sebut pasal air ni perkara yang paling penting daripada Allah Ta'ala. Begitu juga dalam negara kita sebut dah. Sebenarnya kita tak mampu nak makan roti, kita semua makan nasi. Sebab tu yang kita mintak sangat tadi yang kita mintak yang paling utama ialah pengairan sawah padi ini. Kalau kata udang tadi kita boleh tukar lauk ayam walaupun ayam harga mahal sekarang. Ayam mahal kita makan telur. Walaupun telur pun mahal juga. Tapi kalau beras mahal sampai ada yang datang nak beli sekilo je beras. Bayangkan nak beli sekilo saya menitik air mata cari…
Satu kilo RM7.00, satu kilo tujuh ringgit. 10 kilo RM70.
Selinsing, Selinsing. Sekejap kejap
tak apalah kamu janganlah ganggu. Kamu selalu macam itu. Tronoh sorry ya, janganlah ganggu biar saya macam itu.
Selinsing.
Jadi kalau boleh.
Nak cakap fasal yang nak masuk macam mana nak pinda ke yang fasal yang mana tu yang.
Supaya dikecualikan pengairan sawah itu. Jadi saya mohon sangat itulah…
Supaya disebut dalam ini.
Yang supaya disebut kita boleh letak mungkin dalam 47 perkara 47 yang tidak terpakai kepada saliran dia ada dia punya, yang itulah.
Ok terima kasih terima kasih Selinsing. Ok YB Exco.
Ayer Kuning boleh? Sikit
Fasal berapa yang sama yang sama. Ok last..last
Fasal yang sama. 46(3). jadi dalam warta ini yang telah pun diberi kepada kita. Saya ucap terima kasihlah kepada yang pembuat dasar ni kerana ia juga termasuk antara tugas wakil rakyatlah dia menambahkan kerja kitalah untuk mendekati rakyat kerana apa, kerana kalau baca Pihak Berkuasa Negeri boleh saja mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan yang memohon secara bertulis. Biasanya mereka ini yang memohon mereka ni biasanya mereka akan datang kepada wakil rakyat. Jadi terima kasihlah menambahkan kerja wakil rakyat. Jadi Sungai Manik macam saya sebagai wakil rakyat. Saya suka bila rakyat ada masalah dan bila susah dia jumpa kita selesaikan masalah dia impaknya besar bagi kita sebagai wakil rakyat. Terima kasihlah masukkan ya.
Ok…ok terima kasih YB Exco boleh gulung.
Apabila kita had kan penggunaan air sara diri tu 2,500 sama dengan mana-mana negeri pun, bahkan ianya perlu kita lihat penggunaan air yang banyak sekalipun tidak sampai ke tahap itu. Bermaknanya 2,500 sehari liter sehari itu bagi seorang pun amat amat lebih daripada keperluan. Selain daripada itu juga tujuan pertanian perseorangan juga tambahkan jumlah lebih daripada negeri-negeri lain yang memberikan penggunaan air pertanian seorang satu hari lebih kurang daripada banyak kurang daripada orang perak. Cadangan RUU ini bagi lima belas oleh mereka lebih lebih besar penggunaan air. Saya terima kasih di atas pandangan tu. Yang keduanya, pengecualian ini dilihat kalau RUU yang daripada Terengganu itu ia hanya melesenkan untuk air saliran dan pengairan itu. Itu dilesen, dikenakan, lesen tapi tidak ada pengecualian pada mana-mana sektor. Dalam rasional tidak mahu ada diskriminasi sebab kita ada banyak sektor-sektor yang memerlukan air. Jadi, mereka ini akan ada sektor baru akan datang nanti penternakan macam-macam gunakan air. Jadi kalau diberi pengecualian yang mana hak itu ada dekat Pihak berkuasa Negeri telah disarankan oleh Pengurusan Lembaga Air. Maka di situlah datang dari keputusan yang muktamadnya. Jadi untuk itu, bagi menghormati sektor-sektor lain, kita tidak kecualikan mana-mana. Biarlah Pihak Berkuasa Negeri ada ruang memberi peraturan dan juga garis panduan yang mesti dimajukan kepada mereka untuk berurusan.
Boleh sikit Pengerusi.
Dah gulung dah. Tak apa dah gulung dah. Ok, terima kasih.
Sikit, ada sebut diskriminasi tadi
Takpe-takpe, dah gulug dah, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya menjemput untuk mengundi yang bersetuju, sila setuju dan yang tidak bersetuju. Sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 54 hingga fasal 65.
Masalahnya bahawa fasal 54 hingga fasal 65 di perintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan dijemput ahli Yang Berhormat Mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak, lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 66 hingga fasal 83.
Masalahnya bahawa Fasal 66 hingga Fasal 83 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 84 hingga fasal 88.
Masalahnya bahawa fasal 84 hingga fasal 88 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 89 hingga fasal 94.
Masalahnya bahawa fasal 89 hingga fasal 94 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Dato' Pengerusi saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan juga perlindungan sumber air negeri Perak, penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada dewan dengan serta merta.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Rapat. Ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri Perak, penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
[DEWAN BERSIDANG SEMULA]
Dato' Yang di-Pertua saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air negeri Perak, penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah pun dipertimbangkan dari seFasal ke seFasal dalam Jawatankuasa sesi Dewan Undangan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri Perak, penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih setuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Sila Setiausaha.
Suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan bersepadu bagi penggunaan pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri Perak, penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah selesai dibaca bagi kali yang ketiga dan telah diluluskan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua Sungai Rapat menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan pada suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.