Perak · 4 December 2023
15th Assembly, 1st session, 5th meeting · 295 turns · 64,893 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua Mesyuarat Kelima Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin, 4 Disember 2023 jam 9.02 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabaraktuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, suka untuk saya ingatkan sekali lagi Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua ketua jabatan diminta untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR yang terletak di meja masing-masing. Aturan Urusan Mesyuarat berserta senarai giliran. Soalan-soalan lisan juga boleh diperolehi dengan mengimbas kod tersebut.
Perkara yang kedua, untuk makluman semua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) ada membuka kaunter zakat bermula hari ini sehingga esok. Kaunter akan mula dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang di hadapan Bilik Jamuan Dewan Negeri.
Perkara yang ketiga, sesi perbahasan akan bermula setelah selesai sesi soalan lisan pada hari ini. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memanfaatkan tempoh masa yang diberikan dengan mematuhi Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Perkara yang keempat, berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan Kampong Gajah nombor dua.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kampong Gajah yang membangkitkan tentang rehal dalam portfolio saya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bersama-sama Kerajaan Negeri terus komited untuk mempercepatkan perluasan teknologi 5G bagi menyempurnakan kesalinghubungan internet, sekaligus memastikan semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar dapat menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik. Pihak Digital Nasional Berhad mensasarkan perluasan liputan 5G di Negeri Perak mencapai 77.3% sehingga hujung tahun 2023. Sehingga September 2023, kadar perluasan liputan 5G di Negeri Perak telah mencapai 71.9% kawasan berpenduduk. Bagi kawasan DUN Kampong Gajah, pihak Digital Nasional Berhad mensasarkan perluasan liputan 5G di pekan Kampong Gajah dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada awal tahun 2024 di mana terdapat satu tapak pemancar liputan 5G telah dirancang pembinaannya. Pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad di seluruh negara sedang dijalankan secara berperingkat dan kebanyakannya ditumpukan di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi serta mempunyai aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi. Terima kasih.
Kampong Gajah.
Terima kasih YB Exco, cuma Kampong Gajah ingin bertanya ada tak perancangan masa pendek, kalau kita lihat dengan yang dilakukan sekarang ini, dia memakan masa yang agak panjang. Jadi di kawasan-kawasan pedalaman di kawasan contohnya Sungai Ranggam, Sungai Kerang dan sebagainya. Kemungkinan mereka terkesan kerana pelajar-pelajar sekarang ni banyak menggunakan online dan sebagainya. Begitu juga kerja-kerja banyak menggunakan online. Jadi boleh ke gunakan secara pelan jangka pendek seperti Connect Me, Starlink yang telah dibangkitkan oleh PMX baru-baru ini, kalau boleh mungkin ditaja oleh kerajaan bagi buat masa tempoh yang terdekatlah.
Terima kasih Yang Berhormat Kampong Gajah. Saya sedar keperluan internet ataupun keperluan connetivity internet ini sangatlah diperlukan khususnya di kawasan-kawasan berpenduduk di kawasan luar bandar. Oleh itu InsyaAllah saya ambil baik saranan Yang Berhormat, InsyaAllah nanti kita aturkan satu pertemuan, mungkin saya akan aturkan satu pertemuan antara DNB dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menerangkan lebih lanjut lagi bagaimana pelan untuk 2024 bagaimana roadmap DNB akan buat. InsyaAllah kita adakan orang kata apa, kita bertukar-tukar fikiran dan tentang permasalahan yang dibangkit oleh Yang Berhormat tadi tentang Starlink dan sebagainya InsyaAllah kita akan ada perbincangan saya jemput Yang Berhormat nanti untuk adakan perbincangan bersama saya kita lihat mekanisme. Jika boleh diselesaikan dengan hanya dengan liputan 4G sahaja, InsyaAllah kita cuba selesaikan untuk connectivity supaya pelajar-pelajar yang seperti mana Yang Berhormat sarankan tadi kita dapat selesaikan isu ini secepat mungkin Insya Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
Simpang Pulai.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya untuk meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi, sudah tentulah menara atau struktur telekomunikasi perlu dibina untuk membolehkan masyarakat mendapatkan kualiti dan akses talian yang baik. Apakah cabaran yang dihadapi dan usaha untuk memperolehi tapak bagi pembinaan struktur telekomunikasi ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam urusan pembinaan menara telekomunikasi, isu tanah seringkali menjadi permasalahan utama. Beberapa masalah yang sering muncul terkait isu tanah dalam pembangunan menara telekomunikasi ini meliputi mendapatkan izin untuk membangun menara telekomunikasi sama ada di tanah kerajaan, agensi kerajaan berkaitan ataupun tanah persendirian. Pemilihan lokasi pula daripada penyedia perkhidmatan yang melibatkan kawasan berdensiti tinggi tetapi tiada lokasi yang memenuhi syarat di dalam garis panduan berkaitan. Tuntutan komuniti setempat, proses negosiasi dan keperluan pematuhan regulasasi kepada badan regulasasi. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, kerjasama yang baik antara semua pihak adalah sangat penting. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk mengemukakan nombor soalan.
Dato' Yang di-Pertua, soalan Keranji, soalan nombor dua. Terima kasih.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Keranji atas soalan yang dikemukakan. Bagi menjawab soalan Keranji berkaitan dengan masalah banjir di SJKC Tunghun, Kenderung. Suka saya memaklumkan bahawa satu lawatan tapak telah diadakan pada pertengahan bulan Februari 2023 oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan bagi melihat permasalahan ini. Melalui hasil lawatan berkenaan, didapati punca banjir adalah disebabkan oleh aliran air yang tinggi apabila hujan lebat daripada kawasan pertanian berhampiran kawasan berkenaan. Aliran air ini mengalir melalui longkang yang merentasi kawasan sekolah tersebut. Oleh yang demikian, akibat daripada aliran air yang panjang dan secara berterusan, longkang ini tidak dapat menampung lantas menyebabkan limpahan air ke kawasan sekolah dan menyebabkan banjir kilat.
Justeru itu, pihak Jabatan Pengairan Saliran dan Jabatan Pendidikan Negeri akan berbincang bagi mencari kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana terdapat bidang kuasa yang berbeza oleh kedua-dua agensi atau jabatan terlibat. Pihak Jabatan Pendidikan Daerah Kinta Selatan akan memohon peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan lanjut.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pada tinjauan dan juga lawatan yang telah dianjurkan bersama pada 8 Disember 2020 khas, satu perjumpaan khas telah diadakan melibatkan Ahli Parlimen Kampar, ADUN Keranji sendiri, Wakil ADUN Malim Nawar, Jabatan Pengairan Saliran Kinta, Majlis Daerah Batu Gajah, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah serta PPD Kinta Selatan. Susulan daripada perjumpaan tersebut, surat permohonan kecemasan daripada JPN dan juga memohon kepada JKR untuk proses penilaian kerosakan dan kos baik pulih.
Untuk maklumat, mulai 31 Oktober yang lalu, proses pembaikan telah dilaksanakan dan selesai pada 30 November 2023 yang menggunakan peruntukan daripada Jemaah Menteri Pengurusan Aset Awam berjumlah RM50,000, Ahli Parlimen Kampar RM30,000 dan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah RM30,000 dan kos keseluruhan berjumlah RM83,000. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Saya nak minta maaf. Sebenarnya saya tak perasan tadi yang Keranji yang tiada dalam Dewan. Jadi sebenarnya kalau ikut rulling saya pada hari pertama, kita ikut amalan Dewan sekiranya Ahli Dewan Negeri berkenaan tiada dalam Dewan maka skip, dengan izin soalan daripada Ahli Dewan yang berkenaan. Sekarang saya menjemput Ahli YB dari Kawasan Hutan Melintang untuk mengemukakan nombor soalan.
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Soalan nombor tiga, soalan Hutan melintang.
(Bacaan doa) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Perak Sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Lintang atas soalan yang dibangkitkan. Jelas Lintang begitu prihatin dan tentulah sebagai seorang ibu, saya juga sebagai seorang ibu, kita akan terkesan dengan apa yang berlaku kebelakangan ini. Tambahan pula untuk makluman Yang Berhormat Lintang dan juga seluruh Ahli Dewan. Terdapat banyak kes berkaitan pengabaian kanak-kanak yang terpampang di dada-dada akhbardan secara ringkasnya untuk makluman semua di Negeri Perak, bagi tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2020 hingga 2022, terdapat peningkatan kes penganiayaan ataupun pengabaiaan kanak-kanak yang terbahagi kepada 4 jenis penderaan iaitu penderaan secara seksual, penderaan secara fizikal, penderaan secara emosi dan pengabaian ataupun dibuang secara terus, ya ataupun tiada ibu bapa. Bagi tahun 2020, terdapat sebanyak 332 kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku. Di susuli dengan sedikit peningkatan pada tahun 2021 dengan 370 kes dan kes bagi maksud yang sama telah naik secara mendadak pada tahun 2022 dengan 532 kes dan bagi kes yang sama untuk tahun semasa iaitu tahun ini sehingga 30 November 2023 telah berlaku penurunan yang signifikan iaitu sebanyak 168 kes sahaja yang telah dilaporkan dan yang sedang diurus dengan cermat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dato' Yang di-Pertua dan sidang dewan yang dimuliakan, Kerajaan Negeri Perak sedar dan bersikap cukup kritikal terhadap kes berkaitan kanak-kanak yang sentiasa diberi perhatian yang secukupnya. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi trend naik ataupun turun graf statistik kes penganiayaan atau pengabaian kanak-kanak ini. Seperti kita semua sedia maklum, peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2021 dan 2022 yang merupakan tahun perintah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat serangan Covid-19. Walau bagaimanapun, pola peningkatan kes seperti apa yang saya kongsikan hari ini, kita tidak boleh hanya melihat dari satu sisi pandang sahaja, tetapi kita juga perlu melihat dari satu sisi pandang yang positif, di mana timbulnya kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat, masyarakat, mahupun ibu bapa untuk melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa dan kesedaran yang menebal ini sudah pastilah didorong ataupun didokong dengan usaha-usaha berterusan oleh berbagai agensi kerajaan dan NGO. Pujian harus kita zahirkan kepada seluruh agensi seperti JKM, Bahagian D11 PDRM, Wanita Perak, LPPKN, Jabatan Pelajaran Negeri dan NGO-NGO yang telah bertungkus lumus dalam menjalankan usaha advokasi, kempen turun padang, memberikan penerangan malah melakukan tindakan susulan bagi kes-kes dan isu berkaitan dengan kanak-kanak.
Sepanjang tahun 2023 ini, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bekerja secara sinergi bersama pelbagai pihak secara rentas agensi dengan turun secara agresif ke sekolah-sekolah dan institusi pendidikan dalam memberikan kesedaran yang kuat agar usaha melawan serta melaporkan kes penganiayaan dan pengabaiaan kanak-kanak dapat digerakkan dan menjadi budaya yang mampan. Tahun ini saja, Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sama ada melalui saya mahupun Sekretariat Wanita Perak, JKM dan NGO telah menjalankan program avokasi ke 35 lokasi dengan penyertaan melebihi 3,000 orang pelajar di mana siri ceramah jenayah seksual dan reproduktif remaja ini telah digerakkan secara bersama oleh semua agensi NGO yang berkaitan termasuk bahagian D11 PDRM Kontinjen Perak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sidang dewan sekalian, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri sentiasa komited di dalam memberikan hebahan, galakan dan hikmat nasihat kepada semua agensi kerajaan bagi memenuhi Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 6, 1989 yang mengkehendaki penyediaan taska di semua tempat kerja sektor awam. Bagi setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD), terdapat pegawai diberi kuasa taska yang akan memberikan khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar berdasarkan Akta Taska 1984. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi menggalakkan penyediaan taska tempat kerja sektor awam. Antara usaha yang dijalankan ialah mewujudkan task force pengauditan, penubuhan taska tempat kerja. Di mana melalui inisiatif ini, JKM telah mensasarkan semua pejabat kerajaan di seluruh Negeri Perak yang berpotensi dan bersesuaian meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, institusi pengajian dan hospital kerajaan.
Surat makluman mengenai perkara ini telah diedarkan ke semua jabatan kerajaan bersama borang maklumat penubuhan taska asuhan kanak-kanak di tempat kerja sektor awam dan disebabkan itu saya menyeru kepada seluruh ketua-ketua jabatan khususnya pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, jabatan-jabatan negeri untuk melihat perkara ini dan mula memberi fokus apabila melangkau masuk tahun 2024 ini untuk menggerakkan task force ini dengan lebih agresif supaya taska dapat diwujudkan di pejabat-pejabat utama dan sekaligus sebenarnya ia memberi ruang kepada golongan warita untuk bekerja dan ini juga sebenarnya kita akan dapat pantaulah keselamatan anak-anak kita apabila mereka berada dekat dengan kita dan sementara itu bagi menggalakkan penubahan taska di kilang dan premis, termasuk premis membeli belah, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan kampen dan sesi penerangan melalui Kempen Jom Daftar Taska. Di mana melalui kempen ini pihak pengurusan kilang ataupun pasaraya akan dimaklumkan mengenai kriteria dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memulakan operasi penubuhan taska di tempat kerja. Melalui kempen dan penerangan ini juga pihak pengurusan yang terlibat akan diberikan penerangan hanya taska yang berdaftar sahaja layak diiktiraf sebagai selamat bagi menghantar anak-anak untuk diasuh di taska. Itu sahaja, terima kasih.
Hutan Melintang.
Terima kasih atas, agak Panjang juga penjelasan. Terima kasih juga kerana amat prihatin juga terhadap kebajikan kanak-kanak. Saya ada soalan tambahan untuk YB. Adakah Kerajaan Negeri bersedia menyelaraskan kadar bayaran taska di semua daerah dan adakah Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memberi insentif yuran pendaftaran taska bagi golongan B40 di Negeri Perak?
Terima kasih, Yang Berhormat Hutan Melintang. Jawapan terpaksa panjang sebabnya menunjukkan keseriusan kita terhadap pengabaian kanak-kanak terutama dari segi pengurusan taska. Sebab saya bimbang, apabila kita tidak dipantau dengan betul terutamanya dari segi penubuhan taska, berlaku banyak kes-kes pengabaian dan penderaan yang kita dengar selama ini. Kalau kita longgarkan, kadang-kadang pengusaha taska minta kita mudahkan ataupun longgarkan. Saya ingin menekankan di sini, apabila ia melibatkan isu dan kes kanak-kanak, kita akan agak sedikit orang kata mengetatkanlah syarat-syarat dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang dari segi penyelarasan, saya kira kalau di bawah kerajaan, kita standard lah taska-taska dengan bayaran yang cukup murah tetapi kalau dari segi swasta, kita tidak dapatlah nak mengawal kerana ia melibatkan kos-kos operasi mereka. Jadi di sebabkan itu, kita memantau dari masa ke semasa.
Cuma saya kira dari segi yang kita mendapat laporan dan juga daripada bantuan insentif yang dibuat oleh kerajaan, bantuan-bantuan disalurkan untuk ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka terutamanya bagi mereka yang berpendapatan tak silap saya sebelum ini berpendapatan RM5,000 ke bawah, sekarang ini kita tingkatkan kepada RM7,000 ke bawah dan selain itu, untuk makluman kepada Yang Berhormat Hutan Melintang di bawah Kerajaan Negeri, kita ada bagi golongan B40 di Negeri Perak, terdapat usaha Kerajaan Negeri untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan tersebut bagi membantu keluarga yang berpendapatan rendah di mana subsidi ini diberikan kepada ibu bapa penjaga yang berpendapatan perkapita RM800 sebulan bagi kawasan bandar, manakala RM500 sebulan bagi kawasan luar bandar dan kadar maksimum subsidi yuran yang telah kita bagi ialah sebanyak RM180 sebulan kepada kanak-kanak atau pun dibayar kepada sorang kanak-kanak melalui pengusaha taska. Yang ini adalah insentif yang telah kita buat dan syarat yang paling utama ialah taska tersebut mestilah berdaftar dengan JKM Negeri Perak dan saya kira inilah antara usaha-usaha yang kita cuba laksana dan bantu kepada ibu bapa yang terkesan dengan mungkin kos bayaran taska yang agak sedikit tinggi di beberapa tempat. Itu saja. Terima kasih.
Manjoi.
Assalamualaikum wbt. Terima kasih kepada Dato’ Speaker. EXCO saya nak bertanya berkenaan dengan isu kanak-kanak ini menyentuh perasaan kita. Bagi sisi lain, isu kanak-kanak ataupun anak-anak tidak sah taraf. Anak-anak tidak sah taraf, bukan Kerajaan Negeri ada pembelaan atau pun agenda kebajikan terhadap mereka. Saya bagi contoh Dato’ Speaker, saya banyak rakan-rakan pakar o&g atau pakar sakit puan dan perbidanan ini. Di klinik-klinik di sekitar Ipoh, banyak laporan yang dapat daripada saya ramai anak-anak remaja kita yang datang ke klinik tersebut, maaf saya sebut di sini yang hamil luar nikah. Ada juga di kalangan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka yang masih remaja yang hamil anak luar nikah. Jadi jangka masa panjangnya saya jumpa hari ini di kawasan di Bandaraya Ipoh ini, ada dah anak-anak yang seperti itu yang sekarang umurnya mereka darjah satu, darjah dua yang tidak dapat pembelaan. Saya kesian kadang-kadang mereka nak sekolah pun tak boleh nak dapat kebajikan pun tak boleh sebab tidak sah taraf tak tahu mana satu ayah mereka dan ibu mereka. Jadi akhirnya mereka terbiar. Jadi apakah…
YB, Yang Berormat. Saya faham soalan itu. Saya boleh terima sangkutan dia dengan kebajikan kanak-kanak. Tapi soalan dia.
Soalan dia apakah agenda kebajikan kita terhadap anak-anak tidak sah taraf di negeri kita ni? Terima kasih YB EXCO.
Baik terima kasih YB terhadap isu yang dibangkitkan. Saya akui perkara itu berlaku. Tambahan di tempat saya sendiri kita berada dekat border bukan sahaja luar nikah tetapi setengah tu dia tak mendapatkan sebagai warganegara. So, dia tidak mendapatlah banyak manfaat sebagai warganegara. Jadi disebabkan itu, satunya kita haruslah menekankan dari segi institusi keluarga itu sendiri masalah sosial yang berlaku supaya tidak banyak perkara-perkara ini berlaku yang menyukarkan. Memang saya akui memang agak sukar apabila sukar untuk buat pendaftaran tetapi dalam masa yang sama, JKM sekiranya ada kes-kes yang dilaporkan, dilaporkan, kalau ada yang dilaporkan mereka ini dianiaya ataupun diabaikan. Kita akan tertakluk dengan perkara di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan kita akan mengambil tindakan yang bersesuaianlah sekiranya mereka diabaikan tetapi kalau mereka masih berada dalam jagaan keluarga masing-masing yang itu prosedur pendaftaran di Jabatan Pendaftaran perlulah dilakukanlah tetapi sekiranya mereka diabaikan JKM akan mengambil tindakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Cenderoh untuk mengemukakan nombor soalan.
Dato’ Yang di-Pertua, Chenderoh soalan nombor empat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Chenderoh berkaitan Program Menoktahkan Kemiskinan. Untuk makluman Yang Berhormat Chenderoh, hasrat dan sasaran Kerajaan Persekutuan dalam menoktahkan kemiskinan telah disambut baik oleh Kerajaan Negeri dan akan sentiasa bergerak seiring dalam memastikan pelaksanaannya tercapai terutama di Negeri Perak. Kerajaan Negeri melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 telah menumpukan sepenuh perhatian kepada pembasmian kemiskinan tegar di negeri ini melalui Program Flagship 6 iaitu membasmi miskin tegar menjelang tahun 2025. Pejabat Pembangunan Negeri Perak telah dilantik sebagai agensi peneraju bagi pelaksanaan program ini di peringkat Negeri Perak. Satu bengkel Pelan Tindakan Menoktahkan Kemiskinan Negeri Perak telah pun dilaksanakan dengan mengumpulkan sebanyak 53 agensi yang terdiri daripada pelbagai jabatan serta agensi pemberi bantuan dan agensi pelaksana di peringkat daerah seperti pejabat daerah dan tanah serta pihak berkuasa tempatan.
Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menyediakan satu Pelan Tindakan Menoktahkan Kemiskinan yang komprehensif meliputi strategi, kaedah, serta gerak kerja yang terlibat. Selain itu, antara yang turut diberikan perhatian ialah dalam merangka mekanisme pembasmian kemiskinan yang bersesuaian supaya ianya selari dengan matlamat dan hasrat Kerajaan Negeri bagi mengenalpasti isu serta permasalahan di setiap daerah dalam usaha untuk menokhtahkan kemiskinan tegar. Hasil dapatan bengkel tersebut antaranya adalah dengan mengunci data isi rumah, maaf data ketua isi rumah atau KIR miskin tegar pada Januari 2023 dan memberikan sepenuh fokus serta usaha dalam memastikan data ini berjaya dikurangkan seterusnya dapat menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.
Selain daripada memperkasa integriti data sistem e-Kasih yang menjadi rujukan bagi jumlah KIR miskin tegar ini, pemantauan khusus oleh pentadbiran daerah dengan kerjasama erat oleh semua agensi dan jabatan pemberi bantuan di negeri ini, jumlah data KIR miskin tegar yang telah dikunci iaitu 9,402 KIR telah menunjukkan hasil yang memberansangkan di mana telah berlaku penurunan sebanyak 51% dengan jumlah terkini sehingga 18 November 2023 yang menjadikannya seramai 4,819 orang. Sebanyak lebih daripada 100 program kesejahteraan rakyat di seluruh Perak yang telah diadakan dalam menyantuni golongan sasar ini dengan bantuan jabatan dan agensi pemberi bantuan antaranya program Task Force Mobile Team, program keusahawanan, kursus-kursus kemahiran, bantuan perniagaan, bantuan baik pulih ataupun bina rumah baru dan bermacam-macam lagi dalam kita memastikan golongan sasar ini dibantu bagi mengeluarkan mereka terus dari kumpulan miskin tegar. Terbaharu, pada 11 November 2023 telah dilaksanakan satu program yang dinamakan One Stop Centre Sejahtera Sosial di Daerah Manjung yang dijadikan sebagai satu projek rintis untuk mengumpulkan kesemua agensi dan jabatan pemberi bantuan di bawah satu bumbung bersama kesemua KIR miskin tegar di daerah tersebut untuk diselesaikan terus pemasalahan mereka secara in-situ, di samping memudahkan capaian perkhidmatan kepada kelompok ini, kepada bantuan-bantuan yang diperlukan.
Selain daripada pembukaan kaunter agensi pemberi bantuan ini, turut diadakan sesi perkongsian pengalaman oleh peserta E-Kasih yang telah berjaya keluar dari kelompok miskin tegar dan pelbagai kursus kemahiran ringkas dengan memfokuskan bukan sekadar kepada KIR tetapi dilibatkan ahli isi rumah masing-masing. Tidak terhenti setakat itu, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi peringkat Persekutuan dalam memastikan segala jenis pakej bantuan yang ditawarkan di peringkat Persekutuan dapat dinikmati secara optimum kepada golongan sasar di negeri ini. Mengambil contoh kepada bantuan-bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, senarai nama e-Kasih yang telah dikunci turut dijadikan sebagai salah satu rujukan utama dalam pemberian bantuan agar mereka-mereka ini tidak tercicir dan dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang giat mengumpulkan nama dari setiap daerah di Negeri Perak yang tergolong dalam kategori miskin tegar untuk dimohon penyertaan mereka ini ke dalam program Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat atau singkatannya IPR. Salah satu daripada empat inisiatif yang ditawarkan iaitu Inisiatif Basmi Miskin Tegar (BMT) dilihat sesuai untuk dipadankan kepada golongan ini di mana peserta yang layak akan dibantu melalui projek penambahan pendapatan mengikut kemahuan dan minat peserta tersebut. Para peserta ini akan ditemuduga bagi mendapatkan maklumbalas, jenis bantuan yang ingin dipohon dan akan diluluskan mengikut kelayakan dan garis panduan pelaksanaan program. Para peserta ini akan dipantau keberhasilan projek penambahan pendapatan mereka oleh pegawai lapangan IPR yang ditempatkan di setiap daerah bagi memastikan program ini berjaya dan tidak terhenti dipertengahan jalan. Bagi pelaksanaan projek rintis untuk program ini, ia telah mula menunjukkan hasil di mana terdapat peserta yang telah mula berjaya keluar dari golongan miskin tegar e-Kasih dengan berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan maksimum di mana pendapatan awalan minimum sebulan mereka sebelum ini hanyalah sekitar RM500. Selain itu, pelbagai jenis bantuan yang telah mula diberikan kepada mereka ini juga telah menunjukkan bibit-bibit keberhasilan dengan menunjukkan pola peningkatan pendapatan mereka secara bulanan. Gerak kerja-gerak kerja dan aktiviti yang saya sebutkan tadi adalah merupakan usaha yang berterusan oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan pelan Perak Sejahtera 2030 melalui flagship ke-6 iaitu membasmi miskin tegar menjelang tahun 2025. Terima kasih.
Terima kasih YAB Menteri Besar. Chenderoh.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Syabas dan tahniah juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas Belanjawan 2024 yang pastinya akan memberi impak kepada rakyat Negeri Perak. Soalan tambahan saya. Apakah langkah Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan rakyat tak lewat menerima bantuan dan memudahkan prosedur-prosedur memudahkan urusan rakyat untuk memohon sesuatu bantuan?
Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Chenderoh. Seperti yang saya sebutkan tadi, seboleh mungkin kerajaan akan mempermudahkan sebarang bentuk permohonan bantuan oleh KIR miskin. Cuma dalam keadaan-keadaan tertentu, kita kena mengadakan verifikasi iaitu Pejabat Pembangunan Negeri kena turun padang untuk memastikan pemohon itu adalah pemohon yang genuine, miskin. Yang kedua, adakah permohonan dan juga bentuk bantuan kita nak berikan itu sesuai dengan dia? Sebab orang miskin ini yang pertama, ada orang miskin tegar yang terlantar, sakit, uzur, usia emas, jadi JKM atau Baitulmal perlu turun padang untuk memastikan bantuan tunai perlu diberikan dan berapa jumlahnya sesuai.
Yang kedua, ada orang yang miskin bukan kerana dia sakit tetapi kerana pendapatannya tidak cukup. Dia dah bekerja keras, barangkali bekerja lebih daripada 12 jam sehari, pagi bekerja, petang bekerja, malam bekerja tetapi mahal rezekinya dan dia perlukan pendapatan tambahan kerana ahli keluarganya barangkali ramai. Itu adalah juga satu bentuk pertolongan yang perlu diberikan verikasi oleh Penjabat Pembangunan Negeri supaya bentuk bantuan yang perlu kita berikan itu sesuai. Ada orang yang susah tetapi mempunyai kemahiran seperti dia boleh ada kemahiran untuk menjadi barber, tukang gunting rambut. Jadi barangkali pihak yang berkaitan perlu memberi bantuan dalam bentuk peralatan untuk dia menjadi tukang gunting. Ada orang ibu tunggal yang ditinggalkan ataupun ibu tunggal yang ada ramai anak, dia ada kemahiran untuk membuat kek. Jadi pihak yang berkaitan perlu turun untuk melihat, pertama adakah dia perlu bengkel, dia perlukan peralatan, dia perlukan kemahiran pemasaran atau apa juga bentuk? Jadi sebab itu, walaupun kita katakan kita akan permudahkan dalam bentuk dia boleh mengisi borang tetapi tidak cukup, maka pihak berkenaan perlu turun padang untuk mempastikan bentuk bantuan yang kita berikan itu sesuai dan benar-benar dapat membantu mereka terkeluar daripada golongan miskin tegar. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Terima kasih Dato’ yang di-Pertua. Pertamanya, saya setuju dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bila kita sebut tentang kemiskinan, ia bersangkut paut dengan pendapatan itu dan, ucapan tahniah juga kerana Perak Sejahtera, bawah kepimpinan MB, bersungguh-sungguh nak basmi, nokhtah kemiskinan. Soalan saya, yang saya dapat daripada DOSM ni, 44% dari pendapatan Negeri Perak pergi kepada T20 dan hanya 18% pergi kepada B40. Jadi adakah angka ini menunjukkan bahawa program basmi kemiskinan kita agak tak berapa stabil dan apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi agihan pendapatan? Terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Alor Pongsu. Dia angka-angka ini yang berubah-ubah. Paras garis kemiskinan itu berubah-ubah. Dulu pada tahun 2000 hingga 2004, mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar adalah mereka yang berpendapatan di bawah RM640 sebulan. Masa itu saya menjadi Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab kepada pembasmian kemiskinan. Kemudian selepas itu, angka itu naik kepada RM960 sebulan. Lepas itu naik lagi. Sekarang PGK ialah mereka yang berpendapatan di bawah RM2,208 sebulan dikategorikan sebagai miskin. Malahan sahabat-sahabat kita, mantan-mantan YB yang pencennya RM2,000 sebulan, mereka juga sudah berada dalam kategori miskin tegar kerana PGK itu dinaikkan. Jadi, dia angka yang berubah-ubah.
Yang Berhormat, walaupun angka itu berubah-berubah, sebagai orang yang biasa menyantuni orang miskin, kita tahu, kemiskinan ini bukan hanya bergantung kepada angka pendapatan. Orang yang berpendapatan RM5,000 sebulan duduk di Kuala Lumpur berbanding dengan orang yang berpendapatan RM2,000 sebulan duduk di Gerik, duduk di Lenggong. Saya pasti keselesaan hidupnya yang duduk di Gerik itu lebih selesa hidup daripada duduk di Kuala Lumpur. Sebab cost of living. Kos hidup hari-hari dia tinggi di Kuala Lumpur. Jadi kerana itu, tafsiran T20 atau B40 ini very subjective sebenarnya. Very subjective kerana ia bergantung kepada bukan sahaja pendapatan tetapi juga bergantung kepada bilangan ahli isi rumah. Cikgu-cikgu yang berpendapatan RM6,000 sebulan, anaknya 8, 2 orang kat universiti, 2 sekolah menengah, 2 sekolah rendah, hidupannya agak susah berbanding dengan orang yang berpendapatan RM3,000 sebulan, hanya anak tunggal. Tentulah hidupnya lebih selesa. Termasuk juga kadang-kadang kita turun padang melihat kepada rumah. Kadang-kadang saya turun tengok rumah orang PPRT, dia ada Astro. Jadi, kalau ikut tafsiran orang ada Astro ni, barangkali ada pendapatan lebihan untuk dia bayar bil Astro. Tapi sekarang, ini Astro satu keperluan.
Orang PPRT ada handphone, dia datang jumpa kita, dia bawa handphone. Handphone dia kadang lebih canggih daripada handphone YB lagi. Kalau orang nilai berasalkan handphone itu, orang kata dia tidak miskin. Tapi handphone adalah merupakan satu keperluan hidup sekarang ini. Jadi kita kena lihat ia sebagai satu subjektif. Ada orang yang katakan miskin, dia ada kereta. Kereta itu digunakan untuk dia meniaga pasar malam. So, kita tak boleh hanya menilai kemiskinan ini berasaskan kepada itu semua. Ada banyak benda yang kena kita turun padang melihat bagaimana sebenarnya kehidupan dia. Ada orang rumah besar, dia datang jumpa YB untuk tolong ganti bumbung rumahnya. Dia dapat rumah pusaka besar. 60 keping zink kena ditukar. It is very expensive. Jadi, tak boleh kita hanya nak gambarkan berasaskan kepada angka T20 atau B40. Kita kena turun padang, menyelami dan menghayati apakah sebenarnya kemiskinan kepada setiap orang itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya memput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor lima.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB Rungkup. Untuk makluman Yang Berhormat Rungkup, sebenarnya sektor pelancongan ini merupakan antara sektor yang terpenting yang juga sesuai dengan selari dengan Perak Sejahtera 2030 iaitu sejahtera sosial dan juga sejahtera ekonomi kita, rakyat negeri Perak. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, Bagan Datuk merupakan salah satu daerah dalam Negeri Perak yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan yang boleh dilawati dan disenaraikan dalam peta pelancongan Negeri Perak. Hal ini demikian kerana Bagan Datuk menyimpan pelbagai khazanah warisan untuk tatapan generasi kini dan akan datang. Misalnya, Masjid Tuminah Bagan Datuk telah diketengahkan sebagai salah satu tarikan pelancongan dan dimasukkan di bawah jejak masjid kerana keunikan seni binanya. Selain itu, antara aset pelancongan serta warisan yang boleh dijadikan tarikan pengunjung ke Bagan Datuk termasuklah Beting Beras Basah, Pulau Sembilan atau Blue Tears, Sky Mirror di Bagan Sungai Burung dan Bagan Datuk, Waterfront serta beberapa lagi.
Namun demikian kita perlu juga dalam segi mengetengahkan tarikan-tarikan ini, kita juga perlu mengimbangi antara pandangan ekonomi dan juga pandangan konservasi. Ia sangat penting kepada kita, terutamanya penggiat-penggiat pelancongan untuk menjaga tempat itu supaya dia bukan sahaja dapat menghasilkan janaan ekonomi pada masa kini tetapi kita juga boleh memastikan anak cucu kita dapat menikmati apa yang telah diberikan kepada kita dan juga apa yang telah dijaga oleh moyang kita jadi kita lah perlu menjaganya. Sebagai contoh, di Pulau Sembilan kini kita tidak memasarkannya kerana kawasan itu menghadapi ancaman serius dari segi hidupan liarnya termasuk juga pelancongan yang tidak terjaga pada masa-masa terdahulu dan juga kegiatan-kegiatan perikanan yang menyebabkan ekosistem tersebut menghadapi satu kebahayaan sekarang untuk menghadapi kepupusan dan sebagainya. Jadi, kita perlu mengimbangi kedua-dua ini. Sejajar dengan perancangan Negeri Perak bagi menyambut kedatangan Tahun Melawat Perak 2024 yang akan bermula dalam beberapa hari lagi, minta maaf, beberapa minggu lagi. Bagan Datuk juga giat dipromosikan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak dan pihak-pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan atau MPTI rancak membuat promosi secara digital melalui hebahan promosi Fun Map Pelancongan Daerah Bagan Datuk telah menerbitkan Fun Map Pelancongan Bagan Datuk dalam Bahasa Melayu dalam bentuk cetakan dan sedang diedarkan kepada agensi pelancongan. Pejabat daerah dan agensi-agensi terlibat seperti Koko Malaysia dan MARDI serta menyediakan QR Code untuk akses Bahasa Inggeris dalam bentuk soft copy. Di samping itu, papanan billboard secara fizikal telah diadakan di beberapa lokasi terpilih.
Ahli-ahli Yang Berhormat dan seisi Dewan, Kerajaan Negeri turut menyenaraikan Bagan Datuk di bawah kluster kelima iaitu Teluk Intan Bagan Datuk supaya ianya dapat dipakejkan bersama dengan kemudahan dan produk-produk pelancongan yang lain di sekitarnya. Melalui pengkelasan kluster ini, ianya akan mempelbagaikan tema pelancongan dan membolehkan pelancong menyusun serta memberikan pilihan untuk mendapatkan pelbagai pengalaman.
Untuk makluman Yang Berhormat Rungkup, Tourism Trail yang dicadangkan kepada pelancong adalah seperti yang telah dipaparkan dalam Fun Map Pelancongan Bagan Datuk. Bagi mendapatkan Fun Map ini, ianya boleh diakses dan dimuat turun daripada sesawang PBT yang berkenaan. Antara lokasi yang dicadangkan adalah jeti dan dataran Bagan Datuk, Mural Bagan Datuk, Sky Mirror di Beting Beras Basah, Sunflower Garden Bagan Datuk, Kompleks Masjid Tuminah Bagan Datuk dan lain-lain. Seterusnya, penglibatan komuniti dalam kedua-dua sektor eko pelancongan atau dan juga inap desa dan agro pelancongan, tanaman kelapa dan sebagainya amatlah penting sepertimana yang telah berjaya dilaksanakan oleh masyarakat di Bagan Sungai Burung.
Pihak Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi sentiasa bersedia untuk membantu mempromosi dan menjadi pemudahcara bagi mereka yang terlibat dalam industri pelancongan. Walaubagaimanapun, penyediaan blueprint khusus dalam dua aspek sektor pelancongan tersebut perlu dilaksanakan dengan melantik agensi yang bertanggungjawab sebagai penyelaras dan dibantu oleh pihak-pihak yang berkaitan. Secara keseluruhannya, negeri Perak mempunyai kekuatan dan kaya dengan produk-produk pelancongan yang bertemakan alam semula jadi dan warisan termasuk produk-produk pelancongan di Bagan Datuk yang menyajikan pengalaman yang berbeza kepada pelancong.
Untuk sektor pelancongan, selain daripada apa yang dikatakan dengan izin hardware atau barangan-barangan atau aset-aset yang ada di negeri Perak, tidak kiralah binaan manusia ataupun kurnian Tuhan di mana kita mendapat seperti gua-gua, bukit-bukit batu kapur, tasik-tasik, pantai dan sebagainya adalah juga penting untuk kita menghayati kepentingan dari konteks kemanusiaan, manusianya. Rakyat yang ada di negeri Perak. Sebagai salah satu contoh, kebersihan merupakan satu aspek yang sangat…sangat…sangat penting dan kita faham dan kita memperakui di negeri Perak, kita masih ketinggalan dari segi aspek kebersihan. Pernah berlaku kita membawa famtrip, famtrip atau familiarization trip, di mana kita membawa pemain-pemain industri untuk datang melihat kawasan-kawasan kita tetapi sedihnya, sedihnya, di target atau kawasan pelancongan itu dijaga bersih oleh pemain industri. Tapi malangnya, jalan-jalan atau pathway ke arah kawasan pelancongan itu kebersihan tidak dijaga oleh masyarakat sekitar. Jadi sebenarnya ini merupakan satu permasalahan dan ia memerlukan kerjasama semua rakyat negeri Perak sekiranya kita perlu dan kita ingin menjayakan pelancongan ini. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab kepada sesetengah pihak.
Saya bagi satu contoh. Sebenarnya kebersihan jalan ke arah target atau pathway sesuatu tempat pelancongan itu, sekiranya orang kampung tidak bekerjasama, maka pemain industri terpaksalah membuat kerjanya sendiri untuk membersihkan. Tidak boleh harap kepada pekerja kampung, I mean penduduk kampung tetapi kita boleh lihat daripada aspek yang lain. Sekiranya penduduk kampung melihat pemain-pemain industri itu tidak membersihkan tempat tersebut. Maka penduduk kampung boleh membantu membersihkan tempat tersebut tetapi apabila kawasan itu maju, maka limpahan ekonomi akan menjadi kepada kawasan-kawasan kampung itu apabila mereka mempunyai peluang-peluang perniagaan bila tarikan pelancong itu membawa lebih ramai. Ia juga termasuk pada pemain-pemain industri kita perlu ditanam kepada mereka, kebersihan sangat penting kepada apa yang dia ada di dalamannya terutamanya homestay, B&B dan sebagainya. Janganlah bagi tuala bertompok- tompok kepada pengunjung-pengunjung. Janganlah bagi tandas yang berendam air kepada pengunjung-pengunjung. Jadi ini memerlukan semua satu kerjasama dengan rakyat-rakyat semua. Termasuk juga budi bahasa rakyat kita. Kita jangan anggap pelancong datang ke negeri Perak menyebabkan kawasan kita 'jem'. Jadi kita tidak suka dekat pelancong. Kita jangan anggap pelancong datang ke kampung kita, dia parking kereta merata. Lepas itu kita tidak suka sebab mereka menyusahkan hidup kita tetapi kita kena lihat apabila pelancong-pelancong ni datang, mereka membawa duit mereka ke negeri kita, ke negara kita dan apabila ini berlaku, maka limpahan ekonomi akan berlaku dan apabila limpahan ekonomi berlaku, maka lain-lain kawan-kawan kita akan mempunyai keuntungan daripada perniagaan-perniagaan baru yang diterbitkan daripada situ. Terima kasih.
Rungkup sila.
Berdasarkan daripada data DOSM 2022 seramai 6.9 juta pelancong datang ke negeri Perak. Sasaran 2023 seramai 8 juta. Bagaimana sasaran untuk 2024 pada Tahun Melawat Negeri Perak dan apakah langkah bagi mencapai sasaran tersebut? Terima kasih.
Terima kasih. Sasaran untuk negeri Perak adalah sebanyak seramai 8 juta pelancong untuk domestik dan juga 350 ribu untuk pelancong antarabangsa. Jadi kita sedang berusaha untuk mendapatkan pelancong antarabangsa sebab secara naturalnya kita memang mempunyai kelebihan apabila negeri Perak ini sentiasa dilalui atau dikunjungi atau dilintasi apabila mereka yang akan naik daripada selatan ke utara atau utara ke selatan maka mereka akan melalui Perak dan juga di situ berlaku limpahan ekonomi apabila mereka singgah sekejap di negeri Perak. Kita cuba berusaha daripada dua sudut iaitu dari segi domestik kita cuba mendapatkan lebih-lebih banyak produk lagi. Ia adalah satu usaha berterusan, bukan usaha saya seorang. Ia usaha pelbagai pihak daripada semua pegawai-pegawai agensi-agensi ada di negeri Perak dan juga kerajaan kini dan juga kerajaan terdahulu untuk membina lebih banyak tempat-tempat pelancongan.
Saya bagi satu contoh, kita sekarang sedang giat berusaha untuk menaikkan kluster terbaru di antara Gopeng dengan Batu Gajah dan sehinggalah ke Tualang supaya tidak ada berlaku kebanjiran di satu tempat sahaja, maka kita dapat membuka kluster baru supaya pengunjung datang ke Perak atau Ipoh tidak akan tersesak di satu tempat sahaja dan mereka mempunyai pilihan lain. Maka mereka akan bermalam lebih satu kali lebih satu malam dan ia akan melipatkan gandakan pendapatan sektor ini. Langkah kedua pula, kita juga lihat kepada kebolehan kita untuk mendapatkan lebih ramai pelancong luar negara. Kerana umum mengetahui pelancong domestik sebenarnya bagus sangat, dia dapat membawa limpahan ekonomi kepada kita tetapi pelancong antarabangsa akan membawa jauh lebih besar limpahannya kerana wang yang dibelanjakan akan berlipat kali ganda apabila mereka datang ke negeri Perak. Cuma masalahnya di negeri Perak, kita secara berdekad lamanya kita menghadapi satu masalah ialah kita tersepit antara dua gergasi ekonomi dan jadi dari segi infrastruktur atau segi pintu masuk ke negeri ini selalu menghadapi cabaran untuk diperbesarkan atau dilanjutkan. Walaubagaimanapun usaha yang baik telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar kita. Kita akan mendapat apa nama kita dikatakan berita baik tahun hadapan di mana kita akan mempunyai perkhidmatan feri ke negara jiran kita dan dijangka ini akan mendapatkan lebih banyak pelancong-pelancong daripada luar negara untuk masuk ke negeri Perak dan selepas itu menjana lebih banyak ekonomi kepada negeri. Terima kasih.
Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. EXCO Kesihatan segak bergaya, nombor 6 soalan saya.
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Speaker dan sebelum saya meneruskan dengan jawapan saya kepada YB Selama, ingin saya membawa beberapa Akta kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan ini. Untuk makluman Yang Berhormat iaitu di seluruh Perak, Jabatan Kesihatan adalah satu keluarga yang sungguh besar selepas profession perguruan iaitu kita ada 15 hospital, 88 klinik kesihatan, 222 desa klinik desa dan 18 klinik bergerak jumlahnya adalah 343. Katil dalam kesemua 15 hospital adalah sebanyak 5777 dan pegawai perubatan sebanyak 3807 di antaranya pegawai perubatan pakar 557, pegawai perubatan tetap 1860 dan pegawai perubatan kontrak 662, pegawai perubatan siswazah 728 jumlah 3807 dan jumlah kakitangan keseluruhan di Negeri Perak dengan di hospital-hospital dan klinik-klinik ini adalah sebanyak 21,540. Ini adalah fakta yang kita harus ambil perhatian sebelum kita meneruskan kepada jawapan daripada rakan saya yang memegang jawatan ini selama 32 bulan.
Jadi ini adalah berkaitan dengan Klinik Kesihatan Sungai Bayor di kawasan Yang Berhormat sendiri. Bangunan utama Klinik Kesihatan Sungai Bayor yang tidak selamat telah dikosongkan dan operasinya telah dipindahkan ke bangunan bersebelahan untuk sementara waktu. Jabatan Kesihatan Negeri Perak sedang melaksanakan kerja-kerja pembinaan ruang bangunan baru serta naik taraf bangunan sedia ada melibatkan klinik pesakit luar, unit kecemasan, klinik ibu dan anak serta unit-unit yang berkaitan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300.00 dan dijangka siap pada awal November 2023. Walau bagaimanapun, pihak kontraktor telah memohon kelulusan lanjutan masa sehingga 10 Disember 2023. Oleh itu, status semasa kemajuan fizikal projek telah mencecah 85% dan dijangka siap pada tarikh tersebut. Perancangan seterusnya melibatkan kerja-kerja meruntuhkan bangunan asal yang dianggap tidak selamat dan dijangka selesai pada Januari 2024 dan berkaitan dengan soalan kedua, adakah pembinaan baru KK Sungai Bayor telah dimasukkan dalam rancangan Pembangunan Rancangan Malaysia yang terkini dan jawapannya adalah Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil makluman bahawa tapak Klinik Kesihatan Sungai Bayor sedia ada tidak sesuai untuk mendirikan fasiliti baru di bawah projek RMK memandangkan tapak ini pernah didalami banjir beberapa kali dan rasa ini adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan. Jabatan ini tidak memiliki sebarang tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang berhampiran dengan Klinik Kesihatan Sungai Bayor bagi membolehkan projek baru dimohon di bawah Rancangan Malaysia.
Oleh yang demikian, jabatan ini dalam proses mengenalpasti tapak-tapak yang bersesuaian agar proses perolehan tanah dapat diselesaikan terlebih dahulu sebelum permohonan projek dibuat dalam Rancangan Malaysia dan di klinik ini, klinik KK Sungai Bayor yang mula beroperasi pada 1 haribulan April 1970 dirasmikan pada tahun 1971 oleh mantan Menteri Kesihatan, YB Tun Sardon Zubir dan juga beberapa perkhidmatan perubatan disediakan dalam klinik ini. Walaupun di bangunan baru yang kita akan pindah sekarang ini iaitu rawatan pesakit luar termasuk rawatan penyakit tidak berjangkit, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan, perkhidmatan pakar perubatan keluarga, kesihatan warga, kesihatan mental, kesihatan remaja dan macam-macam perkhidmatan seperti klinik-klinik lain. YB juga harus ingat bahawa pada tahun 1970, jumlah penduduk Malaysia adalah sebanyak 10.5 juta dan sekarang telah meningkat kepada 33 juta. Begitu juga di sekitar Kampung Sungai Bayor. Sekarang penduduk dia adalah sebanyak 15 ribu orang. Jadi klinik yang sedia ada adalah klinik jenis empat dan Jabatan Kesihatan percaya bahawa klinik ini cukup untuk memberi perkhidmatan. Jadi kita tunggu untuk mengenal pastikan tempat baru. Jika kita kenal pastikan tempat baru tetap, kita akan buat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco, Dulu saya Exco Kesihatan tak boleh nak tanya soalan ni orang duk tanya soalan ini klinik lain cuma saya nak sebut di sini terima kasih lah Yang Berhormat Exco dengan jawapan yang diberikan. Kalau kita check klinik yang setiap pagi dia punya staff bangun, dia akan basuh tahi kambing terlebih dahulu di kawasan klinik. Klinik Sungai Bayor lah dan kawasan yang selalu klinik ditenggelami air banjirlah, saya rasa klinik-klinik lain saya rasa dah hampir takdak yang begitu. Jadi, saya setuju sangat untuk di segerakanlah untuk dimasukkan sekurang-kurangnya kalua tak sempat untuk RP 4 ni. Sekurang-kurang untuk RP akan datang ataupun RMK yang akan datanglah supaya dapat diusahakan juga untuk Klinik Sungai Bayor sebab kalau ikut laporan daripada JKR dulu pun dulu dah tak selamat untuk didudukilah iaitu Klinik Kesihatan Sungai Bayor. Terima kasih YB Exco.
Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat dan saya akan melawat klinik yang baru ini dan saya akan jumpa Yang Berhormat bersama. Terima kasih.
Alor Pongsu
Hutan Melintang sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya saya ada satu soalanlah tapi kalau klinik kesihatan Sungai Bayor kalau tak selamat, saya rasa klinik kesihatan Hutan Melintang lagi tak selamat dah 80 tahun. So, saya nak tanya kepada tuanlah. Apakah status pembinaan klinik kesihatan di Hutan Melintang buat masa ini dan adakah ia termasuk juga dalam RP yang akan baru akan akan dibentangkan? Terima kasih.
Terima kasih Hutan Melintang dan saya baru minggu lepas, hari Khamis telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan di Parlimen untuk membincangkan beberapa isu kesihatan dan klinik-klinik dan hospital di Negeri Perak dan antaranya adalah projek klinik kesihatan di Hutan Melintang dan untuk makluman Yang Berhormat, Klinik Kesihatan Hutan Melintang adalah klinik jenis ketiga yang saya telah melawat memang kesesakan pesakit itu agak teruk dan kali ini, klinik kesihatan dengan Kuarters Hutan Melintang telah mendapat kelulusan projek kerja-kerja awalan dalam RP 2, RMK2 dengan nilai projek RM300 ribu. Kerja ini adalah untuk kerja awalan.
Kerja awalan ini selesai sepenuhnya iaitu kita tak nak persiapan tanah pada 22 Oktober 2021 dan DLP adalah selama satu tahun sehingga 21 Oktober 2022. Majlis penyerahan projek bagi Projek KK3 Hutan Melintang, kerja rawatan tanah telah diadakan pada 22 Oktober 2021. Bagi Fasa 2 projek tersebut juga telah mendapat kelulusan dalam RP 4 2023. Bagi pembinaan sepenuhnya suatu fasiliti kesihatan dengan nilai projek sebanyak RM40 juta. Kerja-kerja pra pembinaan termasuk kerja pembentukan, pelan dan reka bentuk bangunan serta keperluan di dalam fasiliti termasuk peralatan perubatan dan lantikan kontraktor akan berlangsung pada tahun hadapan. Pelaksanaan bagi projek ini adalah pasukan projek Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. Projek ini dijangka siap pada pertengahan tahun 2026. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.
Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024Bill
Perkara yang keempat, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca kali kedua dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 yang berbunyi ‘bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Dewan Bilangan 26/2023 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM491 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2024. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan, penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 40 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, Buntong ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, Setiausaha Dewan Negeri, kesemua Ahli Dewan Negeri Perak yang berada di blok kerajaan dan juga blok pembangkang, seluruh barisan pengarah-pengarah agensi kerajaan dan pegawai kerajaan yang penuh dedikasi, ahli-ahli media yang sentiasa peka dan komited, tuan-tuan dan puan-puan yang berada di Dewan yang mulia ini serta penonton-penonton siaran langsung yang turut bersama mengambil berat tentang perkembangan dan pentadbiran kerajaan perpaduan serta rakyat yang saya kasihi sekalian. Saya berdiri di sini membawa suara rakyat Buntong yang penuh dengan harapan terhadap kemajuan Negeri Perak ke arah kegemilangan sebuah negeri yang berupaya menjaga rakyatnya dari segi prestasi ekonomi yang kukuh dan polisi-polisi yang mengutamakan kebajikan dan pemerkasaan rakyat negeri Perak.
Tuan-tuan dan puan-puan, Timbalan Yang di-Pertua, kini sudah hampir 3 tahun selepas krisis Covid-19 yang telah melumpuhkan ekonomi Negara dan melemahkan keupayaan rakyat untuk menyara hidup. Walaupun kehidupan harian hari ini telah kembali seperti biasa sebelum pandemik Covid-19, Buntong yakin ramai lagi rakyat di luar sana yang masih merana, yang masih tidak dapat pulih sepenuhnya dari segi ekonomi dan keupayaan untuk menyara diri dan keluarga mereka. Kesusahan ini masih membelenggu rakyat biasa terutamanya golongan miskin, golongan miskin tegar dan kumpulan B40. Daripada perkhidmatan saya satu tahun ini, saya yakin bahawa berjumpa dengan rakyat setiap hari memberikan saya bukti-bukti di mana rakyat masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan Belanjawan Negeri Perak 2024 sememangnya satu belanjawan yang dapat membantu rakyat Negeri Perak kembali berdikari. Oleh yang demikian, belanjawan yang dibentangkan tempoh hari lepas seharusnya menyokong golongan rentan kembali berdikari, memperkasa komuniti yang mampu berdaya saing dan mencipta persekitaran yang dapat mengembangkan ekonomi Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih memberi peluang kepada Buntong untuk membahas Belanjawan 2024. Buntong menyokong dengan kukuh belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada 1 Disember 2023, berjumlah RM1.35 bilion dan mengambil peluang ini untuk memuji Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana telah mempersembahkan bajet yang jitu, menyeluruh dan inklusif dengan belanja pembangunan yang paling tinggi dalam sejarah iaitu RM491 juta. Belanjawan negeri lima tahun terakhir daripada 2017 hingga 2022 hanya merekodkan purata belanja pembangunan sebanyak RM391 juta sahaja. Ini bermaksud Kerajaan Negeri Perak mengutamakan pembangunan negeri dan juga telah berjaya membawa Negeri Perak ke arah landasan yang betul sehingga mampu memperuntukkan belanja pembangunan yang besar. Tahniah saya ucapkan kepada YAB Menteri Besar dan barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri sekalian. Peningkatan belanja pembangunan yang ketara iaitu peningkatan sebanyak RM96 juta bersamaan dengan 24.3% berbanding Belanjawan 2023 mempamerkan kejayaan Kerajaan Negeri mentadbir sehingga berupaya menyediakan belanja pembangunan yang jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini. Rekod pelaburan yang dicatatkan pada suku kedua bulan Januari hingga Jun 2023 adalah RM4.2 bilion, saya ulang RM4.2 billion iaitu peningkatan sebanyak 75% berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu hanya RM2.4 bilion. Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak.
Sejumlah 192 projek bakal menambah ribuan peluang-peluang pekerjaan di seluruh Negeri. Sejajar dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan di bawah National Automotive Policy 2020 dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, Negeri Perak mencatatkan kejayaan melalui Automotive Hightech Valley di Tanjong Malim. Automotive Hightech Valley di Tanjong Malim yang kini sudah pun menjadi tuan rumah kepada 18 vendor yang sedang melaksanakan operasi mereka di AHTV. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak yang mampu mengembeleng tenaga menjayakan AHTV sehingga sudah pun menjadi tuan rumah kepada 18 vendor yang sedang beroperasi dengan giat hari ini. Syabas saya ucapkan.
Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri dan kesemua jentera kerajaan yang berjaya mengumpulkan jumlah hasil yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil berjumlah RM1.24 bilion iaitu RM108.9 juta lebih berbanding sasaran tahun 2023, tahniah sekali lagi diucapkan kepada kesemua jentera kerajaan yang mengembeleng tenaga, yang giat berusaha siang dan malam memastikan hasil jumlah hasil yang dikutip melebihi sasaran. Terimaan pembangunan juga dianggarkan meningkat sebanyak 45.7% berbanding tahun 2022 iaitu sebanyak RM37 juta. Walaupun fokus kerajaan bertempat pada pembangunan, namun kebajikan rakyat masih menjadi tunjang utama Belanjawan Negeri Perak 2024. Ini adalah kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak telah memperuntukkan jumlah sebanyak RM384.1 juta untuk tunjang utama yang memberikan fokus kepada kebajikan rakyat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah dengan tepat mengenalpasti bahawa ketidaktentuan iklim ekonomi mewajibkan golongan-golongan rentan dibantu dan telah mengumumkan kadar semasa bantuan iaitu RM300 sebulan yang diterima oleh 6,600 penerima ditingkatkan sebanyak RM100 setiap bulan kepada RM400 mulai bulan Januari 2024. Syabas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, bantuan ini sememangnya dan pastinya akan memberikan kegembiraan kepada 6,600 isi rumah di seluruh negeri Perak. Terima kasih.
Buntong ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa bersedia memikul beban hidup bersama rakyat dan merupakan antara jabatan yang sentiasa sedia menghulurkan bantuan tidak kira waktu, tidak kira tempat dan juga merupakan jabatan yang menyokong antara lain keperluan emosi rakyat. Saya faham, kerja pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM bukanlah senang, bukanlah mudah malah merupakan kerja yang melibatkan tekanan emosi yang kuat yang melibatkan masa dan tenaga mereka. Saya bagi pihak Buntong, bagi pihak rakyat Buntong dan seluruh Negeri Perak ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa mengambil berat tentang semua aspek kebajikan rakyat. Permintaan, namun begitu permintaan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah untuk menambah tenaga kerja jabatan supaya JKM lebih berdaya membantu rakyat Malaysia, rakyat Perak, maaf. Permintaan ini saya bawa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Buntong kepada Dewan yang mulia ini supaya usaha-usaha ini boleh diambil dan jika ada peluang, maka JKM boleh ditambah tenaga kerja.
Buntong juga ingin menekankan beberapa cadangan perubahan polisi yang harus diambil kira. Buntong mengambil peluang ini untuk memberi cadangan supaya pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dapat diambil pada isu-isu ini. Contohnya, memberikan keutamaan perumahan kepada ibu tunggal dan warga emas. Memberikan keutamaan perumahan awam kepada ibu tunggal dan warga emas. Polisi perumahan awam memberi keutamaan kepada seunit keluarga dan isi rumah yang lengkap secara konvensional. Maksud Buntong, maksud saya, polisi perumahan awam sedia ada memberikan keutamaan kepada seunit keluarga ataupun isi rumah yang lengkap secara konvensional dan walaupun saya dapat melihat logik kepada rasional tersebut, perubahan demografi penduduk dan rakyat juga harus diambil kira dan keperluan sesetengah golongan minoriti harus dipertimbangkan. Polisi perumahan awam haruslah inklusif.
Selain itu, Belanjawan 2024 juga meningkatkan nilai Kad Perak Sejahtera daripada RM90 kepada RM100 pada tahun 2024. Peningkatan jumlah ini akan dapat dinikmati oleh 20,000 isi rumah di seluruh negeri dan bantuan ini adalah bantuan yang kritikal terutamanya di Buntong dan di kawasan-kawasan seperti Buntong, kerana bantuan ini dapat memerangi isu kemiskinan bandar. Hari-hari rakyat Buntong memerangi isu kemiskinan bandar walaupun kita duduk di bandar yang padat, Bandaraya Ipoh, namun kemiskinan masih menjadi isu utama. Hari-hari pusat khidmat saya berdepan dengan rakyat yang masih susah untuk menyediakan makanan bagi anak-anak mereka bagi isi keluarga mereka dan nilai Kad Perak Sejahtera ini yang meningkat daripada RM90 kepada RM100 sememangnya akan membantu memberikan bantuan yang signifikan kepada 20,000 isi rumah sekalian.
Inisiatif Kerajaan Persekutuan iaitu program Payung Rahmah juga merupakan inisiatif yang selaras dengan usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat, dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, to put food on the table, mengurangkan beban hidup rakyat sambil meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat. Suntikan bernilai RM200 juta di bawah Belanjawan Persekutuan 2024 untuk program Jualan Rahmah, Menu Rahmah dan Bakul Rahmah akan saling melengkapi program peringkat negeri seperti program Kad Perak Sejahtera dan juga pemberian kotak makanan. Antara inisiatif lain yang wajar dipuji dan harus diteruskan adalah pemberian kotak makanan dan bantuan bencana. Pemberian kotak makanan yang diterajui oleh Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak adalah satu inisiatif yang dihargai oleh rakyat. Ini adalah daripada pemerhatian saya sendiri apabila saya turun padang memberikan kotak makanan kepada mereka. Mereka memuji dan menghargai kandungan kotak makanan yang dapat mengurangkan beban hidup mereka.
Bagi keluarga-keluarga yang mempunyai anak-anak yang kecil, mereka memang menghargai bantuan ini kerana dapat memastikan apabila hari yang susah, apabila hari yang memang mereka tidak dapat menampung keperluan harian dan kos sara hidup yang tinggi, kotak makanan inilah yang menjadi harapan mereka, yang menjadi tunjang kepada keperluan mereka. Namun demikian, sedikit cadangan daripada Buntong. Buntong ingin membawa cadangan berkenaan kualiti. Kualiti barangan makanan yang diberikan kepada golongan sasar, supaya diperhalusi dan dikaji semula sedikit. Supaya khasiat barangan makanan yang diberikan menjadi tumpuan utama dalam pemberian kotak makanan. Adalah menjadi harapan buntung bahawa taraf kualiti hidup dan kesihatan rakyat juga dipertimbangkan dalam usaha kita membantu mereka menjalani kehidupan harian.
Timbalan Yang di-Pertua, polisi kesejahteraan rakyat harus berpaksikan prinsip bahawa rakyat harus mampu untuk menjalankan kehidupan yang sihat. Jika kehidupan yang sihat dan seimbang hanya mampu dinikmati oleh dan diamalkan oleh golongan M40 dan golongan T20, maka polisi-polisi kerajaan kurang sesuai dan haruslah dipertimbangkan semula. Antara masalah kritikal yang dikenal pasti di negara kita adalah pergantungan kepada import barangan makanan yang terlalu tinggi, terlalu banyak. Ini secara langsung menyebabkan harga makanan meningkat dan menjejaskan keterjaminan makanan dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, food security. Merujuk kertas penyelidikan Jabatan Statistik Negara dan Khazanah Research Institute pada tahun 2022 bertajuk, dengan izin, "Deconstructing Malaysia's Food Import Bill. It is not the only measure of food security." Nilai import hasil makanan negara Malaysia berjumlah RM63 bilion. Ini adalah nilai yang terlalu tinggi. Jika situasi ini berterusan, di mana hasil import makanan terlalu tinggi dan penghasilan makanan di negara tidak dapat menampung keperluan tempatan, maka harga barangan makanan akan tetap melambung tinggi dan golongan kurang berkemampuan akan terus dihimpit kos sara hidup yang membebankan.
Oleh yang demikian, Buntong menyokong penuh Teras Keterjaminan Bekalan Makanan dijadikan antara fokus utama Belanjawan Perak 2024. Jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk fokus utama keterjaminan bekalan makanan adalah pada nilai RM63.3 juta iaitu 4.7% daripada jumlah keseluruhan Belanjawan Negeri Perak dan daripada jumlah ini, RM18.3 juta diperuntukkan untuk Belanja Pembangunan bagi menerajui usaha-usaha ke arah menjamin bekalan makanan bagi rakyat Negeri Perak dan menyumbang kepada keterjaminan makanan di peringkat nasional. Jangan lupa, Negeri Perak merupakan antara penyumbang tertinggi kepada keterjaminan makanan di peringkat nasional daripada industri pertanian, industri penternakan dan juga industri perikanan. Angka-angka ini merangkumi ketiga-tiga industri penting ini.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, mohon mencelah. Boleh, Timbalan Speaker? Beri laluan.
Buntong, boleh?
Boleh. Silakan.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan juga terima kasih kepada Buntong. Soalan saya berkaitan saya mohon ingin penjelasan berkaitan dengan apa yang disebut sebagai tadi, keterjaminan makanan dan apakah yang boleh Buntong sarankan oleh pihak Kerajaan? Langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan, contohnya langkah-langkah quick win, atau langkah-langkah segera yang boleh diambil oleh pihak kerajaan bagi merealisasikan keterjaminan makanan untuk mengurangkan kadar import makanan daripada luar negara? Apakah langkah-langkah segera atau quick win yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan? Mungkin ada beberapa solusi yang dicadangkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tidak ada jawapan yang mudah kepada soalan YB. Daripada kertas penyelidikan yang dibentangkan oleh Khazanah Research Institute menunjukkan bahawa walaupun usaha-usaha digembleng dengan kuat untuk meningkatkan hasil pertanian tempatan, tidak bermaksud ia dapat menjamin keterjaminan bekalan makanan di Malaysia. Tidak bermaksud permintaan untuk import barangan makanan daripada luar negara akan berkurangan secara automatik. It is not.
Jika YB baca kertas penyelidikan KRI, Khazanah Research Institute, mereka dengan jelas menyatakan bahawa hubungan kedua-dua faktor tersebut tidak selari, tidak selaras sebenarnya. Jadi soalan YB haruslah dijawab daripada bird's eye view atau pun mengambil gambaran yang menyeluruh. Saya rasa terdapat pelbagai aspek di mana kita harus fokus. Salah satu daripadanya adalah amalan dan sifat pemakanan rakyat Malaysia sendiri. Adakah kita mempunyai permintaan yang tinggi terhadap barangan makanan yang dihasilkan oleh yang dihasilkan secara oleh petani-petani tempatan? Atau pun adakah usaha-usaha yang diambil atau pun fokus kerajaan terhadap industri pertanian dapat memberikan balik identiti dan branding yang bagus? Dapat memberikan kembali dengan izin, dignify the agriculture industry again? Kerana terdapat banyak pemikiran di mana industri pertanian telah pun di downgrade untuk 2 dekad atau 3 dekad yang lepas dan fokus kerajaan beberapa dekad lepas telah pun berpindah kepada industrialization. Jadi kini kita kena reversed kan balik dan kita kena fokus balik kepada industri pertanian dan apa langkah-langkah yang harus kita buat. Jawapan itu bukan ada pada saya. Saya rasa saya bukan pakar pertanian. Tapi saya rasa Belanjawan 2024 memang memberikan fokus kepada industri pertanian dan amount yang telah pun diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menggambarkan dan mencerminkan fokus Kerajaan Negeri Perak dari mula dari pembentangan Pelan Perak Sejahtera 2030 lagi kita sudah pun mencatatkan dan merekodkan bahawa fokus Kerajaan Negeri Perak adalah untuk menjamin food security dan adalah untuk melihat kepada perkembangan industri pertanian dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mempunyai kewibawaan untuk return the focus kepada industri pertanian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan Negeri Perak 2024 mencerminkan wawasan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, terutamanya daripada jumlah peruntukan yang disalurkan kepada pembangunan infrastruktur Negeri. Pembangunan rangkaian infrastruktur yang komprehensif memerlukan perancangan yang teliti dan menelan belanja yang besar. Adalah wajar di sini, peruntukan berjumlah RM393.4 juta disalurkan bagi menjayakan projek-projek infra demi memelihara kepentingan negeri. Tambahan pula, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga membuahkan hasil dan memberi ruang kepada Kerajaan Negeri Perak untuk berkembang pesat. Contohnya, peruntukan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan telah pun mencecah RM68 juta setakat tahun ini, bulan Ogos sahaja. Peruntukan besar setakat bulan Ogos ini adalah bagi menyokong projek pembangunan dan infrastruktur di kesemua 15 kawasan PBT di Perak. Selain itu, Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di daerah Kerian yang semestinya melibatkan perkembangan prasarana dan fasiliti infra. Syabas juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Saarani dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM100 juta kepada JKR, Jabatan Kerja Raya dan ini dengan bangga, Buntong memang gembira, RM600 juta bagi peruntukan MARRIS. Usaha meningkatkan kualiti prasarana akan secara langsung meningkatkan taraf hidup rakyat, mengundang pelaburan dan mengundang pelancong. Di sini, Buntong bertanggungjawab membawa permintaan rakyat ke Dewan yang mulia ini.
Timbalan Yang di-Pertua, Buntong terletak di Bandaraya Ipoh. Lokasi nya kurang daripada 5 minit daripada Pekan Ipoh. Namun apabila dilihat dengan mata kasar, Buntong nampaknya ketinggalan daripada aspek pembangunan infrastruktur yang sepatutnya sepadan dengan bandar raya. Saya membawa suara rakyat Buntong supaya dipertimbangkan secara wajar bagi penurapan semula jalan-jalan yang keadaannya kurang memuaskan. Saya menyusun 10 jari memohon supaya Pihak Berkuasa Negeri dan PBT melihat kepada penurapan semula jalan-jalan utama di Buntong. Seperti Jalan Raja Perempuan Mazwin, Jalan Gurdwara, Jalan Hassan di Taman Lim dan jalan-jalan di Kampung Kacang Puteh terutamanya kerana menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. Kampung Kacang Puteh memang merupakan hub pelancongan dan menerima kunjungan pelancong setiap hari. Namun begitu, kemudahan jalan kurang memuaskan. Sistem perparitan dan longkang juga perlu dinaiktaraf bagi mengelakkan banjir kilat yang sering berlaku pada musim hujan.
Paras air Sungai Pari, kerap kali mencapai paras yang tinggi dan menyebabkan banjir kilat terutamanya di Kampung Baru Buntong dan Taman Lim. Oleh itu, peruntukan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran adalah sangat dihargai Buntong kerana pam-pam automatik sekarang boleh lah dipasang di tempat-tempat yang strategik.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam mana-mana pasar awam selalunya merupakan jiwa dan raga komuniti setempat. Di situlah berpusatnya hampir ke semua aktiviti ekonomi kawasan tersebut. Pasar Awam Buntong yang terletak di Kampung Baru Buntung berusia lebih daripada 70 tahun dan telah pun uzur dan kurang selesa dan tidak lagi membantu ekosistem ekonomi rakyat Buntong. Pada hari ini, sebuah pasar harus mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sistem pengurusan sisa yang efektif. Namun, Pasar Awam Buntong tidak mempunyai ciri-ciri utama yang membolehkan ia menjadi pasar yang bersih dan selesa. Oleh itu, permintaan Buntong adalah untuk sebuah pasar awam yang baharu supaya ciri-ciri utama sebuah pasar dapat dipenuhi dan ekosistem ekonomi Buntong dapat dipulihkan serta kesejahteraan rakyat dapat dipelihara.
Timbalan Yang di-Pertua, permintaan Buntong juga merangkumi keperluan untuk perumahan mampu milik dan kos sederhana di Buntong. Setiap hari, saya dan pasukan khidmat saya berdepan dengan permintaan perumahan awam dan rumah mampu milik di Buntong. Namun begitu, permintaan rakyat tidak dapat kami penuhi. Walaupun ada dua PPR yang besar di Buntong, Rumah Pangsa Harmoni dan Rumah Pangsa Permai. Aduan yang sering diterima daripada penduduk dan juga pihak PBT adalah ketidakcukupan unit yang sempurna. Buntong faham bahawa terdapat batasan-batasan terhadap penyediaan perumahan awam. Unit-unit yang kosong banyak yang rosak dan tidak cukup kos untuk membaiki unit-unit tersebut.
Di sini, saya ingin memohon pihak PBT dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri untuk mempertimbangkan lebih peruntukan untuk memastikan Rumah Pangsa Harmoni dapat digunakan pada kadar yang optimum. Sebab pada hari ini banyak unit yang kosong yang tidak dapat digunakan. Buntong juga mempunyai potensi sebagai sebuah kawasan yang mempunyai hub perumahan yang selesa dan selamat bagi keluarga-keluarga yang ingin alternatif yang strategik dan berhampiran pekan Ipoh. Jika terdapat peluang dan tanah yang boleh di...
YB Buntong, boleh? Saya mencelah.
Buntong boleh tak bagi laluan?
Boleh-boleh.
Changkat Jering, boleh.
Terima kasih YB Buntong di atas pembentangan, kita nampak tentang perumahan mampu milik. Cuma sini adakah YB Buntong setuju dengan pandangan saya, kerana dalam belanjawan ini saya nampak tak ada pun untuk kita nak membantu kewangan bagi pembeli rumah pertama, yang rata-rata biasanya rumah yang pertama ini adalah orang muda. Dan orang muda ini biasanya baru bekerja. Gaji sekadar basic sahaja. Jadi dia tak mampu nak beli rumah. Contohnya, adakah ada rancangan untuk kita nak membantu, yang sekarang ini, kalau tengok bila nak beli rumah baru, memerlukan deposit 10%. Adakah kita boleh kurangkan 5% ataupun tak perlulah deposit itu? Dan yang keduanya, kurangkan bayaran bulan-bulan. Maksudnya, adakah kita boleh reducekan 5 tahun yang pertama, rate dia macam ini. 5 tahun kedua, rate dia macam ini. Sebab kita tengok pasal yang rumah batu macam tadi lah, orang muda. Dia tak mampu nak bayar dengan kos yang orang kata yang agak tinggi dan yang ketiganya kita tengok kalau boleh kita bagi rebate lah kepada pembeli-pembeli rumah, yang rumah pertama ini. Itu saya ingat, boleh setuju daripada pandangan saya. Terima kasih YB Buntong.
Terima kasih YB. Di sini memang telahpun diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, RM6 juta telah pun diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Rumah PerakKu Prihatin. Program ini diselaraskan oleh Yayasan Perak dan peruntukan RM6 juta ini mencatatkan peningkatan sebanyak RM1 juta, bermakna Belanjawan Negeri 2023 hanya memperuntukkan RM5 juta. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Perak memang komited terhadap agenda perumahan awam. Selain itu, Program Sayangi RumahKu yang meliputi bantuan baikpulih dan bina baharu rumah juga secara percuma kepada rakyat Perak yang layak telah pun diperuntukkan RM3 juta. Jadi saya rasa untuk menjawab soalan YB, memang ada usaha-usaha dan peruntukan di bawah Belanjawan 2024 yang telah pun diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak terhadap perumahan awam. Namun begitu, saya rasa usaha perumahan awam adalah usaha yang sepatutnya dan boleh menjadi kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Malah, di mana ada tanah yang kosong yang strategik, Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan projek-projek perumahan mampu milik. Saya pasti ada projek-projek yang baru diumumkan baru-baru ini di Perak, 3 buah projek saya ingat, tapi saya tak dapat nak membantu YB memberikan perincian yang betul sebab saya tak ingat. Tapi saya ingat ada tiga program. Satu di Lenggong, satu di Teluk Intan dan satu lagi saya tak dapat ingat. Baru diumumkan. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan KPKT dan juga Kerajaan Negeri Perak ya.
So, saya tambah sikit Puan Pengerusi.
Boleh saya teruskan YB.
Maksud saya bukan mampu milik yang dibuat kat kampung-kampung itu. Biasanya orang muda, dia tak nak la rumah yang macam itu. Dia nak rumah teras dan rumah kos sederhana. Dia nak beli rumah macam itu, tapi dia tak mampu. Jadi, macam yang saya nyatakan tadi lah, boleh tak kerajaan kita bantu.
Ya, ya, rumah-rumah ini adalah rumah teras, bukan rumah kampung. Yang program baiki rumah adalah rumah kampung.
Terima kasih, YB Buntong. Tadi Changkat Jering katakan orang muda-muda nak beli rumah-rumah besar yang mereka idamkan. Tapi kita kena realistik sikit. Kalau kita tak mampu, beli rumah kecil dulu. Lepas itu, kalau harga naik, jual. Kerja kuat, lepas itu beli rumah besar. Jangan kata tak berkemampuan, dan mengimpikan tinggi-tinggi. Lepas itu, tak mampu nak bayar 10% pendahuluan ke, bayaran firma guaman ke. Banyak, itu jadi isu. Kena pijak di bumi realiti, kena beli setakat yang mampu. Kalau tak mampu nak beli ke kedai-kedai hardware yang mahal, pergi ke Mr. DIY beli. Itu nasihat saya. Terima kasih.
Nak beli rumah sebijik saja. Dia tak beli dua tiga biji. Sebiji itulah kekal sampai mati. Terima kasih.
Boleh saya teruskan YB? Dato' Yang di-Pertua, dengan izin welcome back. Buntong juga ingin membawa suara rakyat Buntong yang mempunyai harapan melihat wajah baharu diberikan kepada Sungai Pari Towers yang sudah lama terbengkalai. Buntong ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) kerana memberi respon yang segera terhadap permintaan pejabat saya untuk membersihkan kawasan tersebut. Terima kasih, Tuan Pengarah. Namun demikian adalah menjadi tanggungjawab saya mewakili rakyat Buntong yang menantikan satu taman perumahan yang inklusif dan dapat menjaga demografi penduduk merangkumi spektrum yang luas daripada kanak-kanak kepada warga emas.
Dato' Yang di-Pertua, Buntong menyokong keprihatinan Belanjawan Negeri 2024 merangkumi program pembangunan warga emas. Sememangnya, Perak antara negeri yang mempunyai populasi warga emas yang tinggi. Perkara ini juga menjadi tumpuan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Peruntukan RM0.2 juta di bawah Belanjawan Negeri Perak 2024 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak adalah satu peruntukan yang wajib diberikan. Walau bagaimanapun, penjagaan warga emas bukan sahaja merangkumi peruntukan tetapi haruslah tersemat di dalam setiap polisi kebajikan dan pembangunan prasarana negeri Perak. Malah, setiap polisi negeri haruslah berpaksikan usia dan jantina penduduk supaya lebih inklusif dan menyeluruh. Apabila menyentuh aspek inklusif, suka hati Buntong menyokong penuh ciri-ciri inklusif Belanjawan 2024 di mana RM15 juta diperuntukkan bagi tujuan baikpulih dan bina baharu masjid-masjid serta surau iaitu peruntukan ini mencatatkan peningkatan sebanyak RM5 juta berbanding tahun 2023. Syabas dan tahniah sekali lagi di ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Peningkatan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri peka dan prihatin terhadap isu-isu infrastruktur masjid dan surau di seluruh Negeri Perak. Kerajaan Negeri juga turut menjaga hal ehwal bukan islam dan memperuntukkan RM10 juta bagi komuniti Cina dan juga India dan lain-lain kaum di Negeri Perak. RM5 juta daripada RM10 juta ini diperuntukkan kepada komuniti Cina dan RM5 juta diperuntukkan kepada komuniti India dan kaum lain-lain.
Dato' Yang di-Pertua, Buntong bangga menjadi sebahagian daripada Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Haji Saarani Mohamad yang telah menggembeling tenaga membawa bersama kekuatan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri dalam membina sebuah negeri dengan izin, 'Resilient and Strong'. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana diberi ruang dan masa dan Buntong ingin menjadikan platform ini platform untuk meningkatkan dan menjaga kebajikan rakyat Buntong, rakyat-rakyat di seluruh Negeri Perak. Jadi saya mendoakan kita semua diberi kesihatan yang baik supaya kita dapat mewakili rakyat di kawasan kita untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Buntong sekali lagi menyokong penuh usul Belanjawan 2024 dan menyokong pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang dibentang pada hari Jumaat minggu lepas. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Buntong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan 40 minit. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Perak sejahtera 2030. Bismillahirahmanirahim (bacaan doa) Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Kota Tampan, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat ex-officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media, para pemerhati seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang dewan pada hari ini. Alhamdulillah, puji syukur terhadap Allah SWT pada hari yang berbahagia ini dapat kita sama-sama berbincang bagi membentuk tadbir urus ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Negeri Perak tanpa mengira bangsa, agama, juga pahaman politik. Selawat dan salam buat jujungan Nabi SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, para tabi'in dan para seluruh umat yang mengikuti petunjuk agama Islam sebagai panduan hidup. “Salāmun 'ala manittaba'al huda”.
Pada hari yang berbahagia ini, patik mengambil kesempatan merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 3 November 2023 yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Pihak patik ingin juga merakam dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan sekali lagi dan perlantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agung oleh Raja-Raja Melayu. Patik menjujung kasih Tuanku, patik memanjat doa semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tuanku dan dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta kesejahteraan dalam memayung sekalian rakyat jelata yang tercinta atas kemuliaan takhta dan juga pemerintahan negeri yang berdaulat ini dengan penuh adil dan saksama.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, suka saya memulakan perbahasan dan Belanjawan 2024 sebagai Ketua Pembangkang dengan mengambil panduan dan pedoman daripada kitab suci Al-Quranul Karim yang membacakan sepotong firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat yang ke-77 (bacaan ayat) yang bermaksud "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian kamu di dunia, keperluan dan juga bekalannya di dunia ini dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dengan memberi nikmatnya yang melimpah ruah dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi ini sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. Sesungguhnya, Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan. Ibrah daripada ayat ini kurniaan dan anugerah Allah ini amat luas namun perlu ianya diurus dengan baik sebaik mungkin supaya ianya tidak berlaku kerosakan di muka bumi Allah ini dan perlu bersifat adil dan berbuat baik sesama hamba-hamba Allah SWT.
Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan belanjawan di sini, saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini sekali lagi mengecam tindakan kezaliman dan kebiadaban ketidakperikemanusiaan zionis terhadap peperangan yang berlaku di Palestin. Peperangan ini mengakibatkan ramai bayi dan orang-orang yang tidak berdosa terkorban dan terbunuh. Mereka ini sepatutnya dikutuk di atas tindakan yang mereka lakukan. Kita juga harus menyokong tindakan-tindakan NGO dan sebarang pertubuhan yang menzahirkan rasa simpati kepada Palestin.
Kita harus menyokong usaha daripada Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah yang mengadakan Minggu Solidariti Palestin sebagai wadah mendidik generasi yang akan datang supaya tidak menimbulkan kebencian dan juga keganasan serta pencerobohan. Saya mengajak semua yang berada dalam Dewan ini sekali lagi supaya kita sama-sama bangun. Minta sahabat-sahabat sama-sama bangun untuk kita memberi penghormatan kepada mangsa di Palestin dan kepada yang bukan Islam kita bertafakur dan kepada kita Islam marilah kita sama-sama menghadiahkan seikhlas mungkin surah Fatihah kepada mereka-mereka yang yang telah bersyuhadah, mempertahankan agama, mempertahankan negara mereka. Al-Fatihah. Bacaan ayat suci Al-Quran. Amin. Mudah-mudahan dapat berkat kehidupan kita ini. Terima kasih semua.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan taniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar beserta seluruh jentera kerajaan yang telah menyiapkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024. Tahniah juga saya ucapkan kepada seluruh jentera kerajaan di atas penutupan akaun tahun 2022 dalam keadaan surplus iaitu pendapatan yang melebihi perbelanjaan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Alhamdulillah, Perak merupakan di antara Negeri yang bergerak ke hadapan dan menjadi contoh kerajaan yang mengaplikasikan politik matang beraras tinggi. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memulakan langkah memberi peruntukkan kepada wakil-wakil rakyat sama ada pembangkang ataupun kerajaan yang sama rata dan sekarang ini dan sekarang ini menjadi ikutan daripada negeri-negeri di Selangor dan negeri-negeri lain dan kita menjadi merasa kebanggaan kita diperbahaskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan meletakkan sebagai pilihan supaya mencontohi Perak dan Kedah yang memberi peruntukan yang sama kepada semua ADUN-ADUN tidak kira sama ada ADUN Kerajaan sama ada dan pembangkang. Ini juga sejajar dengan Titah ke Bawah Duli Tuanku, Sultan Perak yang mahu kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat tuanku, oh tuanku, tanpa diskriminasi dan menekan mana-mana pihak yang menang bukan menang semua, yang kalah juga bukan kalah semua. Ini adalah wajah perpaduan yang sebenar bukan diminta, memaksa untuk menyokong baru disediakan peruntukkan. Tugas kita berkhidmat dan memberi sebaik mungkin perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat.
Kita tidak perlu contoh politik yang bersistem rimba seperti ini terjemahan reformasi, institusi yang sama-sama kita perjuangkan sejak dahulu, hendaklah kita realisasi. Saya dan saf pembangkang sekali lagi mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah…
Minta laluan.
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pimpinan Negeri Perak yang mendahului dalam pentadbiran kerajaan. Sabar dulu baru nak mula.
Sikit saja. Berkaitan tentang tadi peruntukan yang you kata…
Pantai Remis.
Dato’ Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, kami barisan pembangkang memohon agar isu kotak makanan dapat disalurkan semula melalui pusat khidmat diurus oleh ADUN-ADUN. Kami juga berpegang kepada prinsip peruntukan kerajaan dan bantuan seperti kotak makanan tidak wajar dijadikan kempen untuk meraih sokongan politik sehingga melanggar peraturan yang ditetapkan dan menyalahgunakan peruntukan kerajaan. Kekhilafan yang berlaku wajib kita sama-sama betulkan. Bukan kita menyulitkan lagi keadaan. Masih banyak lagi ruang-ruang yang boleh kita sama-sama perbaiki dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Kita juga harus ingat bahawa kuasa dan kerajaan ini adalah milik Allah. Pinjaman Allah kepada kita tidak kekal kuat selama-lamanya. Allah boleh mengambil pada bila-bila masa daripada siapa yang dikehendaki dan memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Janganlah kita menanam benih kebencian dan kemarahan untuk kita membalas dendam dan permusuhan dalam kehidupan yang sementara ini. Justeru itu, kami meminta jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang prihatin agar dapat kita mengembalikan sistem agihan kotak makanan seperti apa yang kita lakukan sebelum ini yang cukup harmoni. Semoga kita terus bergerak ke hadapan bertaraf negeri dan pemikiran rakyat yang maju.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mewakili blok pembangkang mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dalam Ucapan Bajet 2024 di atas pengumuman bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam. Tepuk ler sikit. Bukan senang dua bulan di dalam sejarah. Kerajaan Pusat pun tak pernah bagi dua bulan pada hari ini Yang maat Berhormat beri dua bulan kepada tuan-tuan semua. Kami tak merasa. Penjawat awam merupakan adalah penggerak utama dalam jentera kerajaan. Maka wajar kita beri pengiktirafan dan penghargaan yang sepatutnya. Saya dan saf pembangkang juga mengucapkan terima kasih dan amat menghargai keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri dan ADUN dan Parlimen daripada blok pembangkang dalam mesyuarat-mesyuarat utama di peringkat daerah yang mana tidak berlaku sebelum ini. Pembangkang tidak dilibatkan dalam pembangunan daerah. Kerajaan yang diberi… kerjasama juga yang diberikan oleh semua pegawai-pegawai di peringkat daerah dan agensi kami terlebih dahulu mengucap amat menghargai dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Yang Amat Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kami rasa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk sama-sama terlibat dalam membangun negeri ekonomi yang amat kami cintai ini untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat. Tambahan pula dengan situasi politik ekonomi dunia yang cukup bercelaru dan tidak menentu sudah tentu memberi kesan langsung kepada ekonomi dan kehidupan rakyat. Dengan kedudukan yang kita maklumi bahawa nilai ringgit sekitar 4.7 berbanding dengan 1 dolar Amerika. 1 ringgit duit Amerika sama dengan 4.7, sekitar RM4.70 duit kita dan ini adalah paras terendah yang berlaku dalam tempoh 25 tahun iaitu bermula daripada tahun 1997 dalam krisis ekonomi Asia dan dalam tempoh 25 tahun ini adalah merupakan paras yang paling rendah dan juga lebih parah lagi statistik menunjukkan kadar inflasi Perak di antara negeri yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri berada di utara. Jadi faktor ini sudah pasti memberi kesan langsung kepada ekonomi dan juga rakyat negeri Perak terutama kepada kenaikan harga barang pengguna walaupun ini tugas Kerajaan Pusat, Perak juga harus merangka pelan dan dasar dalam belanjawan bagi menentukan dan meringankan kehidupan rakyat.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana memperuntukkan sejumlah RM0.82 juta, RM0.82 juta ini RM800 ribu lebih dalam Program Kedai Bergerak bagi membantu meringankan beban rakyat untuk mendapat barangan keperluan yang lebih murah. Saya juga di sini ingin mengesyorkan untuk meringankan lagi supaya Perak menjadi pengeluar beras sebagai makanan utama seperti mana yang dikeluarkan oleh Terengganu. Tambahan kita negeri Perak adalah pengeluar beras yang kedua dalam Malaysia. Ada juga yang kita ketahui bahawa Kelantan dan Kedah juga dalam perancangan untuk mengeluarkan beras tempatan di mana kita menghadapi krisis baru-baru ini tambah-tambah agak malu kita di Kerian mengeluar beras tapi beras tempatan tidak ada di sana. Adalah lebih baik kalau kita merangka satu untuk mengeluarkan beras tempatan negeri Perak untuk keperluan rakyat Negeri Perak dengan mengawal harga tidak melebihi daripada harga siling yang kita tetapkan. Beras merupakan makanan ruji rakyat dan merupakan bajet utama dalam keluarga miskin khususnya dan sekiranya kita dapat mengeluarkan menjadi pengeluar maka kita boleh meringankan beban rakyat secara keseluruhan dan sama rata fungsi yang kaya yang miskin kita rasa dengan dengan harga beras yang kita tentukan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, suka saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai dengan indikator ekonomi domestic. Mengikut statistik KDNK Negeri Perak menunjukkan peningkatan 4.3% pada tahun 2022 berbanding dengan 3.6% berbanding 2021. Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh jentera pentadbiran negeri Perak. Namun ianya adalah pertumbuhan yang agak perlahan dan agak rendah kalau kita berbanding dengan negeri-negeri di sebelah utara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Walaupun saiz ekonomi kita besar 70 billion tapi saiz ekonomi di Kedah, di Pulau Pinang, di Pulau Pinang jauh lebih besar berbanding dengan kita, di Kedah dan di Perlis tetapi pertumbuhan mereka agak jauh lebih besar berbanding dengan dengan pertumbuhan dalam negeri kita. Jadi saya memohon supaya pentadbiran dan juga perancangan lebih berkesan dalam membangun ekonomi negeri. Kalau Kedah kita dengar dilaungkan sebagai The Greater Kedah, saya yakin dengan kemudahan ataupun kelebihan yang ada negeri Perak ini, kita boleh menjadi Seladang Utara yang membangun sebagai juara ekonomi ataupun pembangunan negeri. Insya Allah saya amat yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Marilah kita sama-sama mengemblengkan tenaga meletakkan negeri Perak sebagai giant ekonomi di bahagian utara ini. Insyaallah kita mampu mengadakannya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua seperti mana yang juga dimaklumkan bahawa Hilir Perak ataupun daerah Kerian telah dizonkan dalam Lembah Kebangsaan Sekuriti Makanan (National Food Security Valley). Sekuriti makanan juga menjadi fokus kepada belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Namun dilihat pada sektor pada tahun 2022, sektor pertanian kita merosot kepada 3.9% berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan berusaha untuk kita menarik sebanyak mungkin pelaburan-pelaburan untuk dalam sektor pertanian, perladangan dan industri makanan yang akan menjadikan Perak sebagai pengeluar makanan utama negara kerana Perak mempunyai kemudahan ataupun fasiliti yang amat cukup membanggakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jika kita lihat kepada hasil negeri pada pembentangan belanjawan tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya tidak banyak berbeza. Ada yang apa yang dapat dilihat pendapatan negeri masih lagi kita bergantung kepada hasil cukai, cukai tanah, cukai hutan dan juga hasil bukan cukai yang bersifat agak maaf kalau kita menggunakan perkataan stereotype, setelah lama dan saya mengesyorkan supaya kita mencari inisiatif baru bagi menjana pendapatan negeri dan tidak hanya bergantung pada mekanisme lama yang pastinya akan kehilangan dan kekurangan. Semua kita tahu bahawa keluasan tanah ini tidak boleh dibilang dan keluasan tanah itu tetap begitu saja dan sudah pasti hasil cukai tanah ini tidak akan meningkat kecuali kita menaikkan hasil tanah dan kadar cukai dan ini sudah tentu memberi bebanan kepada rakyat dan hutan juga mesti makin mengecil kerana sebab kita apabila kita membangun, mesti kita menebas hutan dan sebagainya dan juga ini akan mengecut. Begitu juga hasil mineral dan perlombongan. Ianya pasti juga akan berkurang daripada masa ke masa.
Semanggol, mohon mencelah.
Sedangkan keperluan kewangan untuk tujuan membangun dan juga mengurus akan bertambah
Semanggol, Tronoh minta laluan, boleh ke?
Sekejap, sekejap nak habis bab ni dulu sat lagi lari. Keperluan kewangan untuk tujuan membangun dan juga pengurusan untuk bertambah dari masa ke masa sedangkan purata pendapatan negeri yang dibentangkan dalam belanjawan setiap tahun kita sekitar RM1 bilion sahaja. Lebih sikit ataupun kurang sikit. Inilah kadar yang telah kita ada. Saya mencadangkan supaya kerajaan kita, minta maaf kalau kita kata kita perlu mencontohi negeri-negeri kecil yang tidak mempunyai hasil tanah, hasil hutan ataupun hasil lombong. Bagaimana mereka ini menjana pendapatan untuk membangun, untuk pembangunan dan pentadbiran negeri mereka. Minta maaf kalau kita ambil contoh walaupun kita tidak serama kita nak compare apple to apple, tapi kita boleh bandingkan sebagai satu motivasi untuk kita moving forward. Jadi sebagai contoh
Singapura dan negara-negara Scandinavia, negara kecil, Norway, Denmark dan sebagainya. Saiz mereka kecil lebih kurang kita ja. Penduduk pun lebih kurang kita ja tetapi mempunyai KDNK pendapatan negara yang begitu tinggi memberangsangkan dan juga pembangunan modal insan mereka bertaraf dunia. Jadi mungkin kita ada potensi untuk ke arah ini.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sejarah juga telah mencatatkan bahawa negeri Perak ini menjadi gergasi ekonomi di rantau ini apabila dianugerahkan oleh Allah SWT pada masa itu di rantau ini apabila dianugerahkan bijih timah suatu masa dahulu dan kita sebuah negeri sebagai giant ekonomi sebab kita ada biji timah berbanding dengan negeri-negeri lain di suatu masa ini. Keadaan ini banyak menyumbang kepada pembangunan bandar dan sosio-ekonomi di suatu masa dahulu. Namun, kini yang tinggal hanyalah bekas-bekas lombong yang tidak ada nilai ekonomi dan kita dapati negeri Perak pula di antara ditinggalkan negeri yang mempunyai B40 ataupun keadaan kemiskinan yang teramai. Seolah-olah tidak ada satu manfaat, tidak ada satu faedah. Anugerah Allah SWT kekayaan bumi. Hasil bijih timah kalau kita tinggalkan keadaan negeri yang mempunyai banyak kemiskinan, ramai kemiskinan di antara negeri-negeri di utara dan Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana negeri Perak sekali lagi dianugerahkan sumber yang amat bernilai dan menjadi rebutan kuasa besar iaitu unsur nadir bumi radioaktif non-radioaktif REE yang menjadi bualan pada masa ini. Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang kebimbangan saya terhadap perlombongan ini agar kita tidak mengulangi sejarah anugerah Allah bijih timah yang dianugerahkan kepada kita. Rakyat mendapat kesan peninggalan lombong yang telah memakan sebahagian besar daripada tanah-tanah meninggalkan bekas-bekas lombong yang tidak ada nilai ekonomi dan impak ekonomi yang berpanjangan kepada negeri Perak. Dengan ini, yang pertama saya menyeru dan mengesyorkan kepada kita semua tanggungjawab Jabatan Audit dan juga dan difahamkan ada 12 agensi yang ditubuhkan untuk mengawalselia perlombongan REE ini agar boleh berfungsi dengan baik dan berusaha mencari kaedah untuk memberi pulangan yang maksima kepada Kerajaan Negeri dan juga mengurangkan kerosakan, meminimalkan kerosakan supaya tidak seperti apa yang berlaku peninggalan kepada bijih timah.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh mengenai sumber pendapatan negeri melalui REE. Terdapat tiga laporan berita yang kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang hasil royalti yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Perak pada bulan Mei, ada satu kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pada bulan September ada satu dan ingat minggu lepas ada satu kenyataan. Daripada tiga laporan ini, hanya dua laporan yang menyatakan bahawa jumlah metrik tan yang dihasilkan dan jumlah perolehan yang satu lagi agak umum. Jadi itu laporan, saya ingin memetik itu laporan berita Negeri Perak yang kita telah menerima sebanyak RM1,658,425.00 dengan bayaran itu membabitkan pengeksportan sebanyak 296.2 tan. Itu yang dinyatakan, itu pada bulan Februari yang lalu dan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada bulan September, hasil royalti yang telah diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan pada Negeri Perak hanyalah sekitar RM16,000,000.00 bagi 4,477 metrik tan. Kalau dibahagikan rationya agak perbezaan royalti sebanyak RM2,029.00 untuk 1 metrik tan. Ada 2 laporan ni ada perbezaan. Cuma persoalan kalau kita tengok laporan berita 23 itu kita dapat RM5,602.00 setan. Sedangkan laporan pada bulan September ni hanya RM3,573.00 setan. Jadi saya ingin meminta penjelasan.
Yang Berhormat, mohon mencelah.
Tronoh, Tronoh mohon mencelah.
Tronoh, point ke nak ganggu? Sikit nak habis pasal royalti.
Nak tanya soalan.
Meminta penjelasan tentang perbezaan harga REE yang dijual ini dan jumlah royalti yang kita terima. Jadi nilai mana yang kita guna pakai untuk masa hadapan negeri kita. Nilai RM3000 ke RM5000? Kita kena firm lah ke arah ini. Sebab kita sayang negeri kita, kita nak dapat hasil yang optimal dan juga kita memohon kepada kerajaan menyatakan berapa nilai peratus royalti yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat untuk dibayar kepada negeri. Mesti ada satu nilai dan juga demi kesejahteraan dan menambahkan hasil negeri kita mohon, mari kita mohon, sama-sama kita fikir. Saya amat yakin dengan Ex-officio dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi untuk menetapkan satu kadar. Kalau boleh kita tetapkan 15% ke atas seperti yang dituntut oleh negeri Kedah. Kedah tuntut dengan jelas. Saya minta 15% royalti. Sedangkan kita hanya menerima daripada itu, kita mesti satu firm, kita menyatakan bahawa berapa peratus yang kita nak untuk kepentingan rakyat negeri Perak dan persoalan lain yang timbul sampai bilakah kita akan menerima royalti daripada persekutuan dan mengikut pengetahuan atau fahaman saya bahawa perlombongan ini adalah hak milik kerajaan negeri dan bagaimana boleh, perkara ini boleh sampai ke pusat? Saya rasa perlu ada kita, walaupun konsep federalisme ini, perkara-perkara yang pihak negeri kena mempertahankan demi hasil dan juga kedaulatan negeri kita. Jadi pihak kerajaan pusat juga dikhabarkan membuat dasar larangan eksport untuk bahan nadir bumi ini.
Kita mohonlah dan menyatakan apakah perancangan seterusnya dan kawasan mana yang terlibat sekiranya larangan eksport itu di mana yang kita nak bangunkan. Jadi kita, sungguhnya kita mengetahui bahawa nadir bumi ini daripada Hulu Perak. Jadi kita takut lombong di Hulu Perak, kemudian hasil dia bawa mari ke Ipoh. Ipoh bangun, orang Hulu Perak tinggal juga dalam keadaan yang tertinggal. Jadi kita kena fikirkan lah perkara ini dan kita minta Kerajaan Negeri fikirkan dan kalau boleh membangunkan di tempat yang akan terkesan dengan perlombongan ini. Oleh kerana REE ini juga menjadi rebutan ataupun mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Jadi kita tak tahu sebab hanya dua negara yang ambil REE ini. Dua negara itu US dengan itu. Sebelum ni negeri China, US tak tahu. Tapi bila melihat kepada potensi ini, maka US juga mula memainkan peranan itu dan menjadi satu rebutan dunia. Jadi saya rasa ada wajar pihak Kerajaan Negeri memikirkan. Kita sama-sama fikirkan dalam Dewan ini untuk kita bangunkan satu enakmen perlombongan REE ini supaya Perak tak menjadi sebagai tempat dulu lah. Kita dijajah orang putih mari ambil bijih bawa pergi ke sana, nanti pusat mari ambil ini. Kesannya yang kita terima. Jadi kalau boleh kita pertegas perkara ini, kita buat satu enakmen dan kita sama-sama bangunkan dan bawa perkara ini ke tengah dan juga, sebagaimana dimaklumkan tadi, bahawa Hulu Perak juga adalah merupakan dalam zon bio-diversity dan zon eko-pelancongan. Jadi, kerja lombongan REE ini bermula di Hulu Perak.
Maka, kita mohonlah negeri membuat pengadunan semula supaya kita boleh melihat pembangunan Negeri Hulu Perak ini apakah untuk perancangan penduduk dan perancangan pelabur-pelabur untuk dari Negeri Perak. Kalau diletakkan sebagai zon pelombongan dan sebagainya, kita fokus kepada, Itu kalau diletakkan zon eko-pelancongan yang nampak ada perkembangan di Hulu Perak ni maka kita perlu beri fokus kepada itu dan Dato' Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat semua, jadi di sini saya juga daripada pemerhatian dan kajian yang dibuat di antara punca hasil negeri atau pun negara yang tidak mempunyai hasil bumi ni adalah melalui syarikat-syarikat kerajaan milik kerajaan GLC. Ini adalah sebagai alternatif kepada hasil pendapatan negeri untuk menggantikan hasil sumber-sumber bumi dan sebagainya. Sebagai contoh, kalau kita lihat macam Netherlands, negara berita tu kan, negara menjadi pengeksport utama susu dan pendapatan sebahagian besar daripada rakyat dia adalah bergantung kepada industri yang berkaitan dengan susu, coklat dan sebagainya. Dan juga pendapatan begitu juga kalau kita tengok Singapura. Singapura ni kita boleh bagi contoh walaupun dia tidak mempunyai apa-apa pun lombong tak ada, bijih tak ada, apa pun tak ada tapi bagaimana dia boleh menjana menjadi port atau pun ekonomi gergasi di Asia ni. Jadi perlu kita contohi. Dan begitu juga kalau kita lihat minta maaflah kadang-kadang kita kena buat comparison. Bukan kita buat perbandingan untuk kita mengecilkan kita. Jadi untuk kita moving forward, kita lihat bagaimana orang maju.
Dari mana kita melihat sumbangan GLC Malaysia seperti Johor Corporation lah. Jadi Johor Corporation atau pun Kumpulan Pakar Johor ni dia banyak GLC dan sebagainya dan banyak menyumbang kepada pendapatan negeri Johor. Jadi oleh itulah kita kata, minta maaf. Jadi oleh itu, rakyat negeri Perak ingin mengetahui dan bertanya. Jadi sejauh mana GLC atau pun syarikat yang berkaitan dengan kerajaan negeri Perak ini berfungsi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan juga menyumbang kepada hasil negeri. Sekian akhir dan saya juga ingin merujuk kepada jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam sidang dulu pernah saya bertanya mengenai dengan dalam soalan lisan Yang Amat Berhormat menjawab bahawa menyatakan bahawa ada 26 syarikat GLC Perak yang telah ditutup. Jadi di sini oleh itu ia bila GLC ini melibatkan kewangan rakyat secara tidak langsung atau pun secara langsung jadi dan juga memberi kesan persepsi kepada keberkesanan pengurusan Kerajaan Negeri jadi saya memohon supaya dalam Dewan ini kita dapat memberi jawapan yang pertama berapa nilai yang telah dilabur oleh kerajaan negeri Perak dalam GLC-GLC yang telah ditutup ini. Berapa kerugian yang sebenar. Nak 20 GLC kalau kita letak RM1 juta pun dah ada berapa juta yang kita hilang. Jadi perlu kita tahu. Bukan kita nak mengecilkan mana-mana pihak. Begitu jugak jumlah kerugian yang ditanggungkan oleh Kerajaan Negeri. Kan mesti ada rugi kita melabur adat niaga memang kita tahu tapi kenapa kerugian tu kita kena cari dan berapa juga jumlah bilangan pekerja yang terlibat akibat daripada penutupan GLC itu dan apakah perancangan kerajaan terhadap membantu mereka ini?
Mesti ada terkesan kalau kita tutup duduk 23 GLC mesti ada pekerjanya dan apakah punca anak-anak syarikat GLC ini ditutup dan rasional penutupannya dan bagaimana pula kriteria pemilihan Lembaga Pengarah GLC dan Pengerusi atau pun syarikat sehingga kepada melibatkan penutupan? Kita kena profesional dan kita kena mengarah mesti kita melantik teknokrat betul-betul untuk menguruskan. Not for the purpose of dengan izin kita hanya mengadakan GLC hanya untuk kita kita sendiri faham lah, kita sendiri faham sebab ini melibatkan pengurusan dan masa depan negara dan juga ini satu perkataan yang diperkatakan kepada saya dan saya juga nak memintalah penjelasan sebab dikatakan di apa di Tasik Temenggor, tasik di Hulu Perak ni ada satu operasi kita kata operasi houseboat. Jadi ada diperkatakan dan minta penjelasan kerajaan negeri kalau boleh apa perancang apa status Casuariana Boat yang beroperasi di Tasik Banding. Bagaimana operasi dia sedara, berapa penglibatan, berapa keuntungan yang kita dapat. Jadi kalau ada di situ purpose kita nampak Casuarina Boat tapi ia adalah membebankan kepada rakyat perlu kita ambil tindakan. Kalau perlu tutup kita tutup. Tidak jadi kita kata ada jadi gajah putih dan sebagainya.
Jadi lagi satu ini satu perkara yang perlu saya rasa perlu tanggungjawab kita bersama berdasarkan pada persoalan tersebut juga saya ingin mendapat penjelasan lah sama-sama kita Dewan ini mengenai dengan MAPS yang dan sehingga kini menjadi bualan dan projek Gajah Putih. Kita pun rasa malu juga kadang-kadang kita lalu daripada highway tengok sebelah kanan. Oh, ini apa ni projek besar ni apa ni siapa punya ni kan? Jadi imej satu negeri Perak. Jadi perkara ini pernah dibangkitkan. Pernah dibangkitkan oleh ADUN DAP. Sahabat saya Tebing Tinggi pernah bangkitkan dalam ucapan dia juga. Dan sahabat saya Sungai Rapat amat lantang sekali pada masa itu menyatakan MAPS ini adalah seperti skandal 1MDB versi Perak. Jadi saya mohon kita dalam ini memohon kepada penjelasan daripada kepada kerajaan untuk memberi penjelasan. Bukan kita nak mengecil mencari penjelasan dan kita sama cari untuk membaik pulihnya. Cuma kita nak tahu berapa banyak jumlah pelaburan yang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan kepada syarikat untuk membangunkan MAPS ini. Ini bukan zaman Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya tahu sahabat saya. Kan jadi kita kena ambil bertanggungjawab ni. Tak boleh kita nak tinggalkan dan kita kena bersihkan dan saya petiklah ini ucapan Tebing Tinggi. Boleh tengok dalam ni Tebing Tinggi. Ha ni saya baca buletin ni kalau boleh kita rujukkan bersama. Telah ada yang menyebut bahawa apa yang berlaku terhadap MAPS boleh disifatkan sebagai skandal 1MDB Versi Perak.
Ada yang menganggarkan bahawa skandal ini telah mencecah RM700 juta dan apabila gajah putih atau pun bangkai gajah ini hendak dilelong pada harga RM60 juta tiada siapa pun yang menunjukkan minat. Ini bukan perkataan saya ini perkataan Tebing Tinggi. Jadi kita mohon kerajaan untuk mengesahkan kenyataan ini dan mungkin menjadi lebih mudah sebab sahabat kita Sungai Rapat pun ada dalam kerajaan yang begitu lantang sekali dan begitu juga Tebing Tinggi pun ada kerajaan dalam kerajaan untuk sama-sama kita bangkitkan perkara ini dan kita cuba selesaikan dan yang kedua, apakah benar tanah di lokasi prime area, ha prime area perhatian utama yang kita tengok tu, memang kawasan utama yang diberi oleh kerajaan kepada MAPS ini akan dijual dan dikatakan pembelinya akan pembelinya dengan harga yang lebih rendah daripada pada harga pasaran. Ini amat rugi. Kita kena tahulah. Tak apalah kita cerita kepada kerajaan sebenarnya jangan dok jadi beban macam tu dan siapakah BOD yang, Board of Director yang bertanggungjawab bersetuju dengan pelaburan ini sehingga membawa kepada kerugian yang amat besar dan memberi imej yang amat buruk kepada pentadbiran negeri Perak. Sedangkan kalau kita tengok Taman Tambun di sana Lost World dan Bukit Merah Legoland di Johor masih lagi beroperasi dan berdaya maju dan kita tengok industri ini amat berpotensi dan ia juga kalau tidak mana mungkin pelabur-pelabur berani untuk datang ke negeri Perak. Baru ni saya ada dengar kenyataan daripada Kerajaan Negeri daripada Ahli Mesyuarat
Kerajaan Negeri mengatakan Taman Dinosaur yang bakal dibina di Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Tanjung Tualang dan Taman Escape yang akan dibina di Batu Gajah kan seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelancongan kita. Sedangkan MAPS yang depan ini pun kita tak boleh nak buat apa rasa ini adalah satu yang amat…
Mohon celahan ya Ketua Pembangkang.
Dan ini menunjukkan MAPS ini masih boleh diselamatkan pada pandangan saya masih boleh diselamatkan. Dan kita berada dalam Dewan ini berusaha sama-sama bertanggungjawab…
Bagi laluan lah. Bagi laluan kepada Tebing Tinggi.
Semanggol, Tebing Tinggi.
Tak berani nak jawab.
Saya menyeru sahabat-sahabat saya daripada DAP yang begitu lantang sekali kita boleh tengok begitu tegar sekali untuk membangkitkan MAPS ini ini untuk sama-sama kita bangkitkan semula, kita menyelesaikan ini. Bukan kita duduk di sana untuk kita menyatakan…
Gunong Semanggol, Tronoh.
Isu kemenangan bila kita berada dalam kerajaan untuk mengesahkan.
Saya nak buat pertanyaan Gunung Semanggol ya. Perkara ni dah berlaku lama, saya rasa Gunung Semanggol pun faham. Jadi semasa Gunung Semanggol berada dalam pentabiran, apa yang di ambil untuk menyelesaikan atau pun untuk merungkaikan masalah itu?
Ok itu yang kita katakan sebab kita tak bincang secara detail. Mungkin apabila kita berada dalam kerajaan kita sama-sama kita tak blame kepada DAP tapi suara kita haruslah konsisten sehingga menyelesaikan perkara ini. Ia tidak terhenti begitu saja. Insya Allah saya move forward.
Sedikit lagi Gunung Semanggol, sedikit lagi saya nak tanya.
Takpelah cukup dah habis isu tu. Jadi kita sama-sama tanggunjawab. Saya tak blame mana-mana. Saya kesian kepada ni…
Saya faham saya faham. Saya cuma nak tahu sebab benda itu dibangkitkan dan mengaitkan kami semasa dalam kerajaan. Jadi kita nak tahu apa yang berlaku atau pun yang dilakukan inisiatif yang diambil sewaktu 30 bulan Gunong Semanggol dalam kerajaan. Sebab kita telah pun membuat ubah suai dalam contohnya sebagai apa nama ni audit dan sebagainya dan mengecualikan kerana kita nak menangani masalah ini tetapi kita telah pun atau pun seperti yang telah pun kita tahu kerajaan kita tumbang dalam tempoh 22 bulan. Jadi saya nak tahu apa yang dilakukan oleh Gunung Semanggol dan rakan-rakan sewaktu berada…
Kita akan suarakan benda ini. Insya Allah.
dalam pentadbiran…
Kita moving forward. Insya Allah.kalau…
tak ada gunanya, apa yang telah dibangkitkan. Apa yang telah berlaku…
apa yang telah dibuat? Apa yang telah dibuat Gunung Semanggol masa Gunung Semanggol menjadi Exco.
Kita tak tahu apa yang dilakukan. Apa inisiatif yang telah diambil…
Yang di-Pertua. Terima kasih daripada Gunung Semanggol. Persoalan daripada Tebing Tinggi tadi, rasanya persoalan tersebut dijawab oleh Menteri Besar sebab kami dalam kerajaan yang lepas dengan pertanyaan PAC daripada Kawasan Pasir Pinji dengan bertubi-tubi dia sebut, dijawab sebiji oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan sekarang ni apa yang nak daripada Semanggol adalah supaya kita sama-sama melihat, supaya benda ni tak jadi lagi…
Kubu Gajah.
dengan inisiatif yang dibawa oleh Menteri Pelancongan nak buat…yang disebut oleh…
Kubu Gajah, senang saja..
Sekejap. Bagi saya habiskan dulu..
Sebenarnya apa yang kita nak tanya..hanya satu jawapan saja.
Saya dah dibenarkan oleh Speaker sebut..
Hanya satu jawapan saja.
Sabar lah kejap.
Satu jawapan saja. Apa yang Gunung Semanggol buat..
Tronoh sabar lah kejap..
semasa menjadi Exco.
Saya habiskan dulu. Saya habiskan dulu…sat lagi YB sambung…
itu saja yang kami nak tanya..
Saya habiskan dulu.
itu jawapan yang kami nak..
Saya habiskan dulu. Pada sesi yang lepas Keranji yang jadi PAC dan dijawab oleh Menteri Besar dan sekarang permintaan daripada Semanggol supaya kita sama-sama berada dalam…yang ada sekarang…
Ok semua. Semanggol, sila continue.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kita tak perlu polemikkan isu ini. Semua kita dah tahu isu ini. Siapa yang lepas, siapa yang ada, siapa yang berada dalam kerajaan ni. Tanggungjawab kita semua. Ini dia. Bukan sahaja Tebing Tinggi. Kita sendiri tengokkan Tebing Tinggi ada dalam kerajaan. Kita sama-sama, kita cuba menyelesaikan balik perkara ini supaya apa yang kita lihat, tiap-tiap helai yang kita lalui itu tidak menjadi satu gajah putih ataupun imej yang buruk kepada kita semua sebagai yang berada dalam kerajaan. Ok Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin sambungkan lagi. Masa dah tinggal sikit dah. Tapi tak apa kita sambungkan, saya yakin dengan Dato’ Yang di-Pertua untuk beri. Sebab itu saya tak bagi perkara-perkara ini panjang.
Pertama, senario ekonomi dan juga suasana geo politik, peperangan yang berlaku serta impak perubahan iklim memberi kesan besar kepada ekonomi khususnya dalam industri makanan. Perkara ini juga telah diingat dalam Titah Tuanku pada 3 Mac 2020 menitahkan supaya tangani isu perubahan iklim ini dengan melibatkan semua pihak untuk memberi komitmen yang tinggi dan agensi di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan ataupun NAHRIM juga telah meramalkan bahawa akan berlaku kemarau selama 10 tahun iaitu bermula daripada tahun 2025 hingga 2035 dan saintis-saintis dunia juga meramalkan akan berlakunya fenomena El Nino yang sudah pasti industri bekalan makanan negeri ini akan terkesan dan ianya akan menjadi lebih buruk jika tidak dirancang lebih awal. Jadi saya ingin mendapat penjelasan apakah langkah- langkah yang telah kita ambil untuk menangani kesan perubahan iklim, climate change action bagi mengurangkan impak kepada negeri dan juga kepada rakyat.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, dulu kerajaan telah semasa saya menjadi Exco, bukan nak ungkit tapi itu semasa bertugas, kita bertugaslah, telah kita menubuhkan satu Jawatankuasa Sekuriti Makanan dan peruntukan daripada kerajaan telah diperuntukan sebanyak RM1 juta pada tahun 2022 bagi merangka sekuriti makanan, Pelan Sekuriti Makanan untuk Negeri Perak. Namun persoalannya sehingga 2023 ini, saya tak begitu nampak walaupun ada dalam Pelan 30 langkah ataupun hala tuju iaitu hasil daripada jawatankuasa ini dan di manakah perbelanjaan daripada peruntukan yang telah diberikan sebanyak RM1 juta dan apakah roadmap Kerajaan Negeri Perak untuk menjadikan pengeluar makanan utama dalam penghasilan makanan dan sama ada pertanian ataupun perikanan dan ternakan. Saya melihat belanjawan ataupun inisiatif. Minta Maaf juga compare ni dengan Negeri Johor, Kelantan, Sabah dan Kedah telah pun memberi fokus untuk membangunkan industri padi.
Sebagai contoh, Negeri Johor telah memperuntukkan dan memfokuskan untuk membangunkan 700 hektar di kawasan baru untuk tanam padi dan Sabah lebih kurang 20 ribu hektar untuk membangunkan kawasan padi. Sedangkan, minta maaf cakaplah di negeri kita khususnya di Kerian tu, saiz tanaman padi ini makin mengecil. Jadi ramai pesawah telah menukarkan daripada tanam padi kepada tanam kelapa sawit. Pasal apa tanam kelapa sawit? Tanam tahun ni, air tak ada, dah rugi. Tanam tahun depan pun, musim depan tak dapat. Jadi, oleh sebab tak dapat hasil, maka mereka merubahkan tanaman mereka kepada kelapa sawit. Kita marah pula dia pasal apa tanam kelapa sawit. Sedangkan dia dah dua musim tak dapat apa-apa hasil. Jadi kita nampak bahawa pesawah dalam Negeri Perak ini, kerana ini adalah punca infrastruktur yang tidak diurus dan bekalan air yang tidak menentu. Jadi pertama, saya mohonlah pihak kerajaan untuk mencari menambahkan peruntukan untuk memajukan industri padi khususnya di Kerian dan kawasan-kawasan jelapang dalam seluruh Negeri Perak. Walaupun kita telah mengenal pasti punca-punca masalah. Oleh itu saya meminta kerajaan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut. Yang pertama, meningkatkan hasil pengeluaran padi per hektar untuk pesawah-pesawah dalam Negeri Perak khususnya kawasan jelapang, di Kerian dan pada masa ini purata pengeluaran lebih kurang 4 tan per hektar. Sedangkan negara-negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan sebagainya sebagaimana kita maklum bahawa nak sehingga 8 ke 10 metrik tan untuk 1 hektar. Kita juga di Sekinchan dan…
Semanggol. Saya celah sikit. Semanggol.
Negeri Kedah dan baru ini kenyataan Yang Berhormat Menteri Pertanian telah pun mengatakan bahawa hasil padi di Kedah dan di Terengganu telah meningkat kerana mengikut SOP penanaman padi di Sekinchan. Jadi ada baiknya kalau kita cuba mengikut langkah bagaimana Negeri Terengganu dan Kedah mengikut langkah yang dibuat oleh Sekinchan juga di dalam Malaysia yang boleh meningkatkan hasil penanaman padi.
Semanggol. Saya celah sikit. Semanggol.
dan yang kedua…
Alor Pongsu. Dua benda. Satu, nak celah…
Alor Pongsu. Satu lagi YB Semangol. Panjang lagi ka?
Tak apa lah, kita nak bagi habis point…
Kita nak cerita sikit..pasai bendang tu saya nak cerita sikit..
yang kedua saya memohon campur tangan daripada isu benih padi. Walaupun kawan saya, saya tak bagi sebab dah nak abih masa. Jadi, isu benih padi ni kita pun malu dah nak cerita.
Habis sampai dah Alor Pongsu.
Kita malu dah nak cerita, kita buat masa saya haritu, kita menetapkan RM35 untuk pe-bag harga siling. Tak boleh lebih pada yang lain. Pada hakikatnya, sampai hari ini harga untuk sampai ke pengguna dah jadi RM55 hingga 60 untuk satu beg. Sedangkan kita war-warkan dulu dan minta maaflah masa saya Exco dulu, kita pernah mencadangkan bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk Perak melalui SADC sebagai pengeluar benih padi khas untuk Negeri Perak. Jadi saya ingin bertanyalah kepada pihak kerajaan, sejauh mana perkembangan ini. Perak sebagai Ke Bawah Duli Yang Amat Tuanku pun telah bersetuju dengan perkara ini dan untuk mengeluarkan benih padi khas untuk Negeri Perak supaya kita boleh mengawal harga dan juga benih padi ini dan yang kedua, saya mohon juga untuk kita menambah bajet bagi menyelesaikan isu yang telah dikenal pasti dan lama kita bincangkan untuk membantu meningkatkan hasil keluaran padi khususnya di kawasan Kerian. Yang pertama, masalah bekalan air yang tidak cukup melalui Tasik Bukit Merah. Tiap-tiap tahun kita bercakap pasal ini dan ada penyelesaian dan sebagainya. Saya ingat pihak kerajaan boleh memberi satu tumpuan bagi kita menyelesaikan perkara ini one for all lah. Meletakkan sebagai industri makanan ini sebagai perkara utama dan saya di kesempatan ini juga ucap banyak terima kasih lah kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kerian yang telah mengambil tindakan dalam pencerobohan tanah di Bukit Merah. Kalau kita tengok gambar pun ada teruk sangat dan di mana pihak saya, pihak penduduk telah bangkitkan isu ini dan pencerobohan ini telah mengganggu ekosistem bekalan air di Negeri Perak walaupun saya menerima dan kita tahu Tasik Bukit Merah.
Sikit lagi ya.
Tadi saya tengok Buntong tadi lebih 10 minit.
Ishhh tak…
10 tak 10...try tengok.
Takde..takde..
Yang di-Pertua bagi can sikit je…
One-minute lagi. Berapa lama lagi YB?
Ada sikit.. dalam 10 minit.
5 minit boleh?
10 minit.
5 minit ye.
10 minit. Kita bersidang 3, 4 kali je setahun kan. Dah lah dulu nak bercakap ni kita ada 20 orang. Penggulungan pun dulu bagi, hat ni tak bagi.
Tapi Semanggol tiap kali bercakap panjang. Lama dia bagi masa pun.
Yang ni pun tinggal 40 minit kan. Bila nak sampai? Jadi nak sampai. Kita nak sampai bukan nak mengisikan. Ok.
Ok, Semanggol 5 minit.
Nak cerita ni. Walaupun terima bekalan, kita buat komplen, depa buat. Dia kata, "Mari jumpa Pak Teh ni." "Mari jumpa." Dia kata, "Pak Teh ingat ni semua pengundi-pengundi Pak Teh ni." Kita bukan nak jaga pengundi kita. Kita nak menjaga ni kepentingan awam secara keseluruhannya. Sebab tu saya ucapkan banyak terima kasih di atas tindakan majlis tadi.
Semanggol, boleh Ayer Kuning? celah sikit.
dan saya..takdak..nak abih dah..
Sikit je..saya tertarik dengan..
tak apa..tak apa..kita bagi contohlah..kita dalam menangani perundangan yang telah kita tetapkan ini..
Bagi lah YB...
ada masanya..tiba masanya kita kena tegas dah sekarang. Sebab tu kita tengok...
Gunung Semanggol. Tronoh. Tronoh.
Negeri China menangani rasuah 5 tahun sahaja.
Tronoh nak tambah sikit.
Dalam 5 tahun, rasuah boleh ditangani sebab apa pesalah rasuah terus ditembak. Jadi kita ni macam-macam buat undang-undang tapi kadang-kadang kita tengok tak berani nak ambil tindakan pada apa tu? Tu gajah besar kat belakang tu. Jadi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kerian dan yang kedua, kita kata di Semanggol, di Kerian juga, berapa kali kita kena menaikkan sistem perparitan yang ada. Sebab kita duk baca parit tu, parit duk di bawah bendang duk di atas. Parit air ni tak masuk ke dalam bendang tu. Sebab duk di bawah. Sekarang ni kita bangkit banyak kali lah. Jadi kita kena beri fokus lah. Sekarang ni kita boleh fokus untuk menyelesaikan. Kita tak mahu sikit, sikit, sikit. Akhirnya bajet kita bagi banyak, hasil tiada. Jadi kita minta supaya beri peruntukan dan buat kajian untuk menaikkan semula sistem perparitan yang ada di kawasan Kerian sungguhnya dan yang ketiganya, salah satu daripada punca hasil kekurangan berbanding dengan Sekinchan dan sebagainya.
Dikatakan di Kerian ni tanah dia tak subur. Tanah dia berasid. Jadi untuk pemulihan dia dikenalpasti adalah untuk membuat pengkapuran dan sudah pastinya sekarang ni ada teknologi lain untuk apa mensuburkan tanah. Kalau atas bumbung orang boleh tanam tanah, dalam bangunan orang boleh tanah. Tambah lagi ini tanah, jadi kita minta supaya ada satu peruntukan untuk membaik pulih semula ataupun menyuburkan semula tanah di seluruh Kerian khususnya dan yang ketiganya kira kata bendang ni kena buat perataan. Dia kalau bendang ini, ada bendang ini, ada bendang ini, ada yang tak rata tu dia duduk di bawah. Bila bubuh air, bila kita tabur tu, setengah daripada petak itu setengah tu tak berhasil. Sebab tempat yang dalam tu sebab ada tempat yang dalam. Ada tempat yang kering. Jadi, dia kena buat perataan dan ini kerajaan kena ambil seriuslah. Kita try tengok, kita tengok. Boleh tak negeri Perak ni menghasilkan sekurang-kurangnya sama dengan Sekinchan dan saya dipahamkan juga ni, Menteri pertanian. Dekat Chui Chak, sahabat-sahabat kita kaum Tionghoa buat pandang kat Chui Chak kan. Pernah kita buat satu anugerah siapa yang paling banyak. Dia sampai 12 metrik tan. Dia buat 12 metrik tan. Pasal apa dia boleh buat dan kita tak boleh buat juga kan? Pasal apa kita tak boleh apply kan benda ni. Kalau 12 metrik tan, kita berhenti jadi wakil rakyat ni tanam padi. Peng apa ni, Speaker? Berhenti tanam padi lagi baik, orang tak minta duit.
Yang akhir, ini agak sensitif, bukan nak menyentuh mana-mana pihak. Jadi kita kena menyelesaikan perkara ini, kita tak boleh berbicara secara politik. Kita mesti berbicara secara politik dan kita sebagai pentadbir wajib bertanggungjawab menjaga keluhuran perlembagaan dan juga undang-undang peraturan yang kita mesti laksanakan secara adil. Oleh itu, kita memintalah kita kata satu perundangan yang telah ditetapkan.
YB Semanggol, Ayer Kuning
Gunung Semanggol, ya Ayer Kuning
Saya tertarik dengan...
Saya percaya Gunung Semanggol adalah wakil daripada pas,
Tronoh diamlah.
Tetapi apabila peruntukan peruntukan agama Islam dinaikkan, langsung tidak dibahaskan langsung. Daripada RM91 juta dinaikkan kepada RM95.7 juta. Langsung tidak dibahaskan.
Sabar Tronoh, banyak lagi akan bahas.
Ok…ok, tak apa, tak apa,
Jangan main sentiment… Jangan main sentiment…
Ok cepat, ia boleh disimpulkan.
Isu tanah Rizab Melayu ni kita kena selesaikan. Malu kadang-kadang NGO duk mengamuk kat luar ni. Seolah-olah kita tak buat apa. Kita kena buat selesaikan. Dah ada peruntukan khas. Mesti Tanah Rizab Melayu ada 50%. Jadi saya meminta kerajaan untuk memastikan peruntukan Tanah Rizab Melayu mesti diwartakan betul-betul 50% dan soalan saya, berapa peratuskah Tanah Rizab Melayu dalam negeri Perak ini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan kadar 50% ini tidak berkurang? Kita kena jelas benda ini dan kita kena tegas dan juga ada...
Ok, kesimpulannya. Last kali conclusion nya.
Sikit sahaja dan Tanah Rizab Melayu yang di atas bukan nama Melayu ini termasuk dalam pengiraan 50% ini. Kita kena bercakap benda ni. Dan saya cadangkan juga
Gunong Semanggol, sebelum habis. Gunong Semanggol, sebelum habis, apakah komen? Gunung Semanggol.
Respect sikit.
Kenaikan, saya nak tanya soalan, nak tanya komen.
Ok Tronoh, ok.
Dan ini perlu untuk kita jaga imej yang tercalar. Sesungguhnya yang dibawa tu, macam yang kata tadi lah yang dibawa oleh NGO dan yang keempatnya bagaimana nasib orang-orang bukan Melayu yang memegang tanah di atas nama rizab Melayu ni. Mereka tak secure ni. Mereka tak secure dan mereka ni perlu dibela. Kan mereka perlu dibela. Walaupun mereka ni pengundi-pengundi DAP, mereka dah senyap dah sekarang. Tak payah bela dah. Takpe lah saya yang membela tu untuk membetulkan nasib mereka. Kita kena mengambil balik Tanah Rizab Melayu yang dipegang oleh bukan Melayu itu dan kita kena membayar ganti rugi, siapa yang bertanggungjawab mesti membayarkan balik tanah tersebut dan kita kena mempertahankan.
Ok, Semanggol dah berulang point nya tu. Rasanya dah boleh simpulkan, panjang sangat. Berulang point yang sama. Jadi saya rasa dah times up, masa dah cukup.
Ok, ok, tak apa ni nak landing dah.
Ok, ok, last one minutes.
Bukan Yang Berhormat Dato' Speaker, kita kata perkara ini kita bercakap di luar seolah-olah kita melakukan sesuatu, menghindarkan sesuatu, melindungkan sesuatu. Ini bukan perkara yang ada audit dan sebagainya. Yang bersalah, kita bersalah. Kita bersalah dan kita membetulkan balik keadaan. Itu sahaja tujuan kita. Jadi di sini, terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua jadi tak apalah beri sikit lebih masa dan sekali lagi lah saya minta supaya kalau masyarakat datang ni kita kena bagi sejam je. Banyak benda. 4 bulan tak habis. Kemudian kena bagi juga. Ni Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita kena bagi juga nak menggulung. Ini 26 orang. 25 orang dia buat-buat. Bagi 20 minit. Tak dan nak cakap apa. Nak gulung pun takda. Dari EXCO duk rembas je pula dengan kita dan lah Pak Teh gulung sikit sebelum rembas kan. Jadi kita mintalah, kalau boleh bagi peluang sikit, kena bagi lebih masa. Dah lah tengah bercakap, Tronoh ni mencelah untuk ganggu.
Bagilah juga peluang untuk mencelah.
Bagi peluang tanya soalan.
Kita bertanggungjawab kepada negeri kita. Kita bertanggungjawab kepada undang-undang. Kita buat undang-undang dan kita kena obey. Kita kena ikut. Kita kena ikut. Sebab tu kita kata, contoh negara-negara yang boleh maju kerana rule of law. Jadi dengan ini saya Gunong Semanggol menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Gunong Semanggol. Kadang-kadang itu, masanya cukup. Tapi kadang-kadang kalau kita ulang-ulang point dia itu memang tak cukup lah. Kita pusing roundabout sepuluh kali, memang roundabout yang sama juga. Walau macam mana pun, terima kasih Yang Berhormat daripada Gunong Semanggol. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih YB Dato' Speaker kerana memberi peluang pada saya. Yang pertamanya saya nak ucap terima kasih lah. Datang-datang hari pertama ada mafla Palestin ni. Terima kasih YB, saya difahamkan YB Speaker sponsor. Terima kasih atas semangat itu. Kemudian ada satu kotak lagi lah mafla. Mafla daripada Perak Sejahtera tu. YB MB ya? Cantik kain dia tu. Tapi Pengkalan Baharu, saya dengan Sungai Manik ada masalah sikitlah. Mafla tu kami kena kerat dua. Faham juga YB ya. Di mana jual? Kami nak beli. Ok Pengkalan Baharu. Ok saya terus kepada belanjawan kita.
Yang pertamanya saya nak ajak semua tepuklah. Kita tepuklah. Pertumbuhan ekonomi negeri Perak pada 2022 secara puratanya telah tumbuh 4.55% lebih tinggi daripada pertumbuhan negara Malaysia. Tepuk lah sikit. Tahniah YAB MB kita. Jadi kita boleh dianggap baik compare dengan negeri-negeri lain kita boleh dianggap baik. Tapi, saya selalu cakap macam inilah. Depan mereka ada tapi dia. Tapi kalau dari segi perancangan pembangunan kalau kita tengok pertumbuhan saja tak complete, kita mesti tengok dari segi unjuran pendapatan. Sebab pendapatan itu terus kepada rakyat. Terus kepada poket rakyat. Jadi kalau kita tengok lagi apa yang DOSM keluarkan iaitu pendapatan perkapital kita di tangga ke-9. Kira steady jugalah dalam RM37,031. Tapi yang menyedihkan kita di negeri Perak pendapatan penengah isi rumah hanya RM4,494. Macam mana saya cakap tahun sudah kita masih lagi tergolong dalam negeri yang miskin. Pertumbuhan baik, pendapatan rendah. Ini satu paradoks yang saya rasa agak mengelirukan. Banding dengan negeri-negeri lain dengan pertumbuhan kita baik, tapi dari segi pendapatan, bila kita tengok pendapatan perkapital, kita dapat pingat gangsa daripada bawah. Kebimbangan saya, saya nak sedarkan YB-YB yang ada kat sini, paradok ni penting semua orang kena ingat, ini dah tahun kedua saya cakap ni, saya takut tahun ketiga esok kita dapat pingat emas daripada bawah, hati-hati. Tapi perancangan yang YAB bawa tentang perancangan Program Perak Sejahtera, saya tahu impian, saya tahu pelaksanaan, saya tahu usaha sangat baik, tapi sasaran, sasaran perlu diperkemaskan, perlu diperbetulkan. Sasaran jangan diperbentuk umum.
Kita kena sebut, kalau tahun ini kita di tangga ketiga ke bawah, tahun depan Perak Sejahtera mesti buktikan kita naik satu tangga atau naik dua tangga. Sasaran kena jelas. Tak boleh cakap secara umum macam tu saja. Kita tak mahu jadi negeri yang slogan saja. Kita mesti negeri yang tumbuh pertumbuhan ekonomi baik, pendapatan juga baik. Kita tengok Penang, kita tengok Johor, kita tengok Selangor, pertumbuhan ekonomi mereka naik, pendapatan juga naik. Kemudian, satu perkara yang sangat ketara lah saya rasa ini pendapat saya, Yang di-Pertua masalah di Perak ni adalah tentang pengagihan pertumbuhan kita tengok eh di saat pelaburan Perak, tahniah YAB Menteri Besar Kita dah dapat, saya difahamkan, saya tengok data ni, kita dapat RM20 bilion, Penang dapat RM120 bilion, kita dapat RM20 bilion, tak apa mereka dah luncur laju, kita ikut belakang dan tahniah juga, pelan industri yang baru dilancarkan ni saya tahu, jangka masa 10 tahun kita nak sasar RM120 bilion. Insya Allah kalau kita bersatu semua orang, bersatu tenaga, bersatu fikiran saya jangka kita dapat, kita dapat RM80 bilion pun dah A dah, tapi kita kena bersatu. Jadi saya risau tentang pertumbuhan ini, tadi saya sebut, pagi tadi saya sebut kepada YAB di mana 41.6% penduduk Perak pendapatan perkapitannya rendah daripada pendapatan perkapitan negeri. Pengkalan Baharu, saya tahu Pengkalan Baharu ni, muka dia runsing ni, kenapa ni? Pernah main gasing tak kecil-kecil? Saya nak ikut style Hulu kinta bawa ayam, saya cari gasing, rupanya gasing susah nak carilah ni. Tronoh, Astaka semua saya ingat tak pernah main gasing kot. You tahu gasing?
Pernah, pernah main.
Saya ada parti kerajaan negeri menggunakan konsep gasing. Thumb sail saya paling mudah sekali. Gasing berbentuk macam ni kayu kan? Dia paku tengah kita pusing gasing. Saya nak tanya Pengkalan Baharu pengalaman main gasing masa kecil-kecil dulu berapa lama gasing tu boleh berputar? Berapa lama? Ayat kita gasing ni bila kita pukul macam tu, putar laju, laju, laju, laju, makin pelan kalau bahasa belakang kami kata makin lack pot kenapa jadi macam tu? Kerana atasnya besar. Bila pertumbuhan tidak diagihkan dengan betul, bukanlah kata YAB tak betul, bukan kata kerajaan tak betul, saya rasa tak betul, saya yang rasa. Muallim, Manjung, Kinta, Perak Tengah ambil 90% daripada RM20 bilion yang dapat kat kita pelaburan macam mana dengan kawasan lain? Saya nak tanya, macam mana dengan kawasan lain? Ini, saya bawa carta ni. Start daripada Kampar, Hilir Perak, Bagan Datuk, Larut Matang, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Selama, Hulu Perak ni ciput sangat tak ada fokus, tertinggal jauh, terlalu jauh sebab tumpuan kita hanya pada empat itu saja. Macam gasing yang saya kata tadi bila atasnya besar, pakunya kecil, kita putar macam mana laju pun gasing akan berhenti rebah dengan sendirinya.
PMX dah bagi kita kereta Ferrari contohlah, kereta Ferrari kereta Ferrari ni bergerak laju Perak dah diberi, saya tahu Perak dah diberi kepercayaan sebab PMX, Ahli Parlimen Tambun. Tapi kereta Ferrari, kalau depan tayarnya berangin belakang tayar tak ada angin, nak ke mana Ferrari? Tak boleh pergi jauh. Jadi saya gesa lah supaya menoktahkan kemiskinan yang Perak Sejahtera sebut pagi tadi. Chenderoh sebut, Chenderoh pun dah hilang penting saya respect hari ni hari ni nak puji YB. Saya jumpa Tan Sri Ramli Ngah Talib pergi Istana baru ni, sihat lagi dia. Masa zaman dia MB, Pasir Salak naik, dulu naik Pasir Salak, zaman Pangkor, Manjung mendadak naik. Tapi, sorry to say lah. Kalau kita tengok fakta ni, kawasan yang tercorot adalah kawasan Hulu Perak. Saya tahu, YAB Menteri Besar pentingkan kami yang lain, tapi, jika pengagihan ni betul, saya rasa Hulu Perak pun akan naik, tercorot YAB Menteri Besar, saya sedih lah boleh fikirkan pasal ni. YB pecah kepala nak fikirkan pasal kawasan lain Hulu Perak, last sekali. Kalau saya menteri besar, Kerian dah lama naik nombor satu. Kena selfish sikit YAB.
Jadi saya tahniah pada Exco Pelaburan, betul pelaburan masuk, macam saya kata tadi. Kita mesti atasi ketidakseimbangan pelaburan yang kita bawa masuk. Tak boleh 90% habis kat 4 daerah tu sahaja, macam mana kami yang lain. Bagi rakyat lain jangan seronok sangat. Pengkalan Baharu, Ayer Kuning semua jangan seronok sangat, kita seronok, seronok, seronok. Kawasan kita akan jadi apa? Astaka lain lah. Astaka, Tronoh lain la, ni, ni kawan-kawan kita ni. Jadi, saya tak mahu ikut style menteri formula lah. Menteri formula ni. Kita jangan bawa style tu ke Perak lah. Kenyang ke rakyat dengan makan angka saja. Kita sebagai pemimpin, kita mesti memastikan makanan ada di atas meja. Rakyat ada kerja yang baik tak boleh main angka saja, tak kenyang rakyat makan angka ni. Memang kita sebagai pemimpin seronok sebut 20 billion, 20 peratus, 20 sana, 50 peratus tapi rakyat yang di bawah nak beli beras pun tak ada duit. Nak hantar anak hari ni, seorang nak hantar anak pergi hospital, duit minyak pun minta kat saya, sedih bila kita dengar benda-benda macam ni. Jadi pelaburan tak sampai ke tempat kami, saya sebut pasal Alor Pongsu lah, Alor Pongsu nombor lima ke bawah, turun. Peluang kerja takda, gaji yang besar takda di Alor Pongsu kami dapat tengok kereta penuh atas highway ya. Ui cantiknya kereta tu, cantiknya kereta tu. Kami pakai kereta second hand, third hand, kereta api bukan main cantik lagi, laju lintas Alor Pongsu Daripada bendang kami tengok je kereta api tu, nak naik pun mahal lagi, ETS bukan murah tau sekali-sekalilah.
Kapal terbang paling murah di Malaysia ni, AirAsia kan tak tahu lah kadang-kadang dia terbang rendah ke Bagan Serai dapat lah kami bye bye, saya dapat lah naik kadang-kadang, tapi rakyat saya tak dapat merasa. Jadi, saya juga nak sebut lah sebab sidang yang lepas, YAB Menteri Besar ada sebut tentang takkan kahwin hari ini beranak besok, semua yang saya perkatakan hari ini berdasarkan carta daripada DOSM iaitu daripada 2019 sampai tahun 2022, 4 tahun mengandung ini mengandung luar biasa. Bukan setahun. Kalau setahun pun terlepas 9 bulan sebab salah bagi tarikh berhenti stop period ke apa-apa kan, tapi dah 4 tahun 2019 sampai 2022 dah 4 tahun. Kita tak boleh mengandung 4 tahun, kita kena hasilkan sesuatu, kita kena catch up balik antara daerah tadi bila saya kata tak agih saya teruja lah bila PMX sebut iaitu kawasan perindustrian tinggi di Kerian, di Perak. Inilah kali pertama tak tahulah apa mimpi PMX kita tiba-tiba dia umum dalam belanjawan dia Kerian adalah kawasan Perindustrian Tinggi. Saya minta, saya rayu, saya mohon pada Pihak Berkuasa Negeri jangan tunggu, kita set up sekarang task force kita, kita tengok inisiatif-inisiatif yang boleh kita bawa.
Kawasan Alor Pongsu, saya dah sebut dah dulu, infra cukup dah jalan highwaynya baik, pelabuhan dekat apa lagi macam macam lagi tol ada. Tapi apa yang kita kurang kita kurang pekerja yang berkualiti. Ada dua tiga benda lagi yang kurang. Baru-baru ini saya pergi melawat Solar Farm di kawasan Bukit Merah dengan YAB Menteri Besar tidak kena jemput sebenarnya Dato' Seri saya redah pergi sebab teringin hendak dengar apa dia itu. Kenapa Solar Farm itu penting? Syarikat MK dahulu buat hotel, sekarang ini dia buat Solar Farm. Antara Solar Farm yang terbesar dikata disebut telah bekerjasama dengan Maju Perak sekarang nak majukan. Sebab Renewable Energy ini masuk dalam high grow dan high value dalam industri kita. Investor-investor yang datang jumpa saya semua tanya. TNB tenaga TNB sahaja supply tenaga. Multinasional company mereka sudah hendak dapatkan tenaga yang lestari. Kita dah bersedia. Kawasan Kerian kawasan Alor Pongsu, Bukit Merah merupakan kawasan yang paling pencahayaan paling baik untuk diadakan solar. Malah, MK Holding sudah suggest dekat YAB Menteri Besar dia hendak buat floating solar. Jadi dari segi tenaga, tiada masalah. Tapi masalah sekarang kita task force kita. Kita kena bermula sekarang. Kita tidak boleh tangguh-tangguh lagi. Kalau tangguh lagi saya rasa kali ini tiada peluang lain sudah.
Kita kena tengok dari segi pelaburan. Total kerajaan Malaysia 2022, RM453 bilion, Penang RM121 bilion, Perak RM20 bilion. Jadi saya haraplah dengan pengumuman PMX tentang kawasan perindustrian tinggi di kawasan Kerian Utara. Kita ambil betul-betul. Macam saya sebut dulu orang kata hendak jack jacklah. Kalau zaman YAB Menteri Besar naik, kawasan perindustrian ini nama kita sudah tidak larat dengar sudah Kulim Hi-Tech Kulim Hi-Tech. Kita hendak sebut apa. Kalau kita sebut empat daerah yang sana tetapi lapan sembilan daerah lagi semua tidak ada apa ini kita rebah. Percaya cakap saya kita rebah. Perak Sejahtera yang kita impikan tidak mungkin berjaya. Sasaran kita, kita kena setkan. Kita mesti tumpukan fokus district insentif kita. Kerian hendak buat apa sekarang Kerian PMX sudah bagi umpan sudah e&e. Iaitu tenaga, teknologi dan sebagainya. Pekerja-pekerja yang kita bekalkan ke Penang kita hendak tarik. Cerdik pandai kita, kita hendak tarik. Saya punya 4 minit.
Yang Berhormat Alor Pongsu. Tronoh. Cuma ada satu soalan, menurut Ucapan Belanjawan 2024 ini, kita dapat melihat bahawa ada projek-projek baharu berimpak tinggi iaitu Pembangunan Pusat Kecemerlangan Nanas Wilayah Utara di daerah Kerian. Adakah Yang Berhormat sedar berkenaan dengan projek tersebut?
Yes Tronoh. Saya sedar. Tapi saya mendesak supaya persediaan awal dibuat. Jangan tunggu sampai hujan sudah turun baharu hendak cari tempayan terlewat kita. Saya tahu ketua-ketua jabatan di Kerian ini hebat hebat. Dari PMDK ada PO ada wakil PO ada semua orang tengah duduk fokus sekarang ini tetapi larat kita hendak tunggu hendak tunggu hujan turun no. Kita kena bersedia pada awal. Investor sudah banyak datang jumpa pihak pelaksana pun saya tahu ada investor yang sudah mari jumpa sudah. Hendak cari lokasi tang mana kesesuaian apa solar energy itu saya jawab sudah. MK Holding sudah bersedia sudah sampai hendak buat floating solar iaitu renewable energy sudah standby di Kerian. Cuma kita hendak tengok gerak Menteri Besar kita ini, gerak Perak Sejahtera ini. Kalau PMX pun dapat ilham, mungkin dekat dengan kampung kot dia ceruk tok kun sebelah hujung. Saya berazamlah sebagai wakil rakyat kawasan yang mungkin saya terlibat sama. Saya hendak terlibat sama. Saya hendak kalahkan Kulim Hi-Tech yang Kedah bangga dengan Kulim Hi-Tech. Saya rasa kita boleh pergi dengan kepimpinan yang ada dengan ketua-ketua jabatan yang hebat-hebat saya rasa anytime. Last sekalilah saya berbanggalah dengan Perak Sejahtera. Cuma saya hendak minta diperkemaskan lagi sasaran kena jelas. Sebut betul-betul sebab kejayaan pembangunan adalah pendapatan. Saya still percaya yang itu. Hebat macam mana kita pun kalau rakyat tiada duit rakyat susah kita tidak berjaya. Atas angka kita berjaya.
Last sekalilah, yang ini tentu kena spesifik ke jeritan batin orang Alor Pongsu. Terutamanya banjir, banjir sudah berlaku sebulan di Alor Pongsu. Saya setiap hari jumpa mereka. Terima kasihlah pihak Kerajaan Negeri, terima kasih JKM Cik Tipah ada terima kasih EXCO Dato' Salbiah. Kasihan sebulan duduk Smart Hotel layanan Dato' Salbiah JKM layanan 5-star terima kasih banyak terhutang budi saya. JKR,
Pengarah JKR serta Dato' Pengarah JKR terima kasih banyak. Belum air kering lagi anda sudah turap sudah 150 meter, jalan berlubang banyaklah tambak sudah. Saya tahu ada reserved bajet di situ. Cuma JD Kerian yang hebat itu, saya panggil hebat dia kata bawah itu masih lembut lagi dan terima kasih juga EXCO Dato' Nizar JKR. Jalan daripada Alor Pongsu setahun jalan daripada Alor Pongsu ke Sungai Semambu sekarang tiada goncang lagi. Sedikit sahaja lagi YAB Menteri Besar, Batang Jelutong sampai Alor Pongsu sedikit sahaja lagi dapat sedikit lagi 2024 daripada belanjawan ini, jalan clear. Pemancar EXCO Komunikasi sudah cakap dengan dia dekat luar tadi terima kasihlah pemancar sudah hendak ok sudah. Hanya perlu lagi tiga lagi. Tiga lagi sahaja tidak ada masalahlah boleh beli handphone mahal handphone murah pun dapat guna sudah.
Saya nak ucapkan terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri. Walaupun kami pembangkang lagi satu kami terujalah YB EXCO yang menjaga lampu ini di Sungai Bogak ini rasa macam duduk di Putrajaya Presint Putrajaya. Lampu solarnya cantik. Tapi tidak cukup lagilah minta tambah sedikit lagi dan tentang pertanianlah tadi saya hendak celah ketua pembangkang ketua pembangkang pun hilang sudah. Pertanian sedikit sahaja saya tidak mahu pergi detail Dato' EXCO Pertanian pergi sedikit sedikit tidak jadi kerja. Kerian kalau hendak elok kena overhaul. Saya tahu kerajaan tidak ada duitlah. Tapi kita mindset kena overhaul. Kita sudah tidak boleh kawal sudah masalah petani. Tiga kampung sudah angkat tangan sudah tahun ini tidak mahu bendang langsung. Apa hendak jadi ini sekuriti makanan kita apa hendak jadi? Mereka angkat tangan terus Dato'. Apabila kita nak air, air tiada sekarang ini terlebih air pula. Kita yang patut kawal benda ini, tetapi kita mengakulah termasuk saya sendiri. Kita gagal mengawal mungkin kerana peruntukan lagu ini. Kita kena buat style 20 tahun dahulu. Apabila projek Kerian Sungai Manik datang Bagan Serai, pendapatan naik. IADA pun tidak berapa hendak bernafas duit ciput sangat. Saya faham saya faham Kerajaan Negeri hendak jaga industri hendak jaga amanah. Tetapi saya mohon jugalah kemudian bagi penduduk di Changkat Lobak TNB baharu respons saya tadi. Depa masalah tenaga peralatan elektrik rosak. Pencawang dah diluluskan tapak JKR sudah luluskan. Sudah steady sudah. Tunggu hendak buat sahaja lagi lepas ini sudah tiada masalah lagilah.
Dan last sekalilah PKNP saya rasa PKNP pun ada di sini antara isu utama adalah pasar malam YDP MDK pun tahu cerita ini. Tahniah YDP MDK tolong saya banyak mula tambak ini hendak letak tar miling apa tar secondhand. Letak lagi tidak apalah sebab PKNP hendak bangunkan tempat tu tetapi saya hendak warning awal kepada kerajaan negeri, kalau PKNP bangunkan tapak itu dekat manalah pasar malam yang Alor Pongsu hendak duduk. Risau juga saya jadi kita kena fikirkan saya rasa dengan task force yang kita buat, kalau kita buat awal sebelum hujan turun untuk kawasan perindustrian tenaga tinggi, perindustrian tertinggi di Kerian, saya rasa masalah jalan masalah parit ini akan selesai. Kita ikut Tronoh kata tadi Belanjawan Perak pun go together kan ok thats good. Maknanya kita boleh pow Putrajaya kena buat. Saya faham KP JKR. Tak tahu lah betul, betul atau tidak. JD beritahu saya KP JKR, pegawai-pegawai kanan JKR daripada pusat dah turun, mari tengok dah. Tengok jalan-jalan dan sebagainya. Jadi akhir sekali, sekali lagilah, saya rasa asas penting Perak Sejahtera adalah untuk kita menetapkan sasaran kita sebenarnya. In numbers tak boleh lagi omong-omong kosong. Biarlah Menteri formula dengan cara dia. Di Perak kita bukan Menteri formula. Menteri Besar kita bukan Menteri Besar formula. Kita ada target. Tahun depan Perak bukan lagi negeri miskin yang pingat gangsa. Kita kena naik dua step, kurang-kurangnya dua step YB. Kalau kita naik dua step pun saya rasa banyak dah berubah dah. Daerah-daerah ni, DO-DO yang ada kat sini, ketua-ketua jabatan ni, semua tunggu nak sambut bola. Saya risau satu je, PMX dah baling bola ke sini dah, tak ada siapa yang sambut. Ini pengajaran bagi saya. Sebab bandar metropolis perdana yang sepatut ada depan tol Alor Pongsu, Dato' Seri Najib masa tu datang baling bola, tapi ada pemimpin negeri kelat muka. Saya rasa takkan pisang takkan berbuah dua kali. Kali ini saya rasa kawasan perindustrian yang tinggi di kawasan Kerian, di Perak Utara, pasti menjadi kenyataan. Sekarang, YB Dato' saya menyokong Belanjawan Perak 2024. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan rakan-rakan yang menonton sidang ini secara secara langsung. Terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas usul Belanjawan 2024 pada hari ini. Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 yang bertemakan Perak Makmur, Rakyat Sejahtera, ini terdiri daripada lima fokus utama. Kesejahteraan Rakyat, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Pembangunan Modal Insan dan Belia, Kelestarian Alam Sekitar dan Keterjaminan Bekalan Makanan yang merangkui semua aspek dan ini saya ingin mengucapkan tahniah daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Exco di mana Belanjawan 2024 ini tiada yang terpinggir, tiada yang tercicir termasuklah pihak pembangkang. Kerajaan juga memberikan peruntukan untuk semua wakil rakyat, sama ada dalam kerajaan atau sama ada di pembangkang. Belanjawan 2024 ni, belanjawan yang terbesar dalam sejarah urusan tadbir negeri. Mencecah RM1.35 bilion dengan jangkaan defisit pada RM67.5 juta. Tapi dengan kecekapan mengurus serta kehargaan ekonomi negeri yang bertambah baik terutamanya dalam sektor perindustrian dan pelancong, saya yakin, defisit ini dijangka yang dijangka tersebut akan berkurang. Malah ada potensi menutup akaun dalam keadaan surplus. Berita baik untuk kita.
Peningkatan dalam belanjawan bagi maksud pembangunan dan kebajikan ini sebenarnya satu keputusan yang amat baik. Sebabnya, pembangunan ini akan membawa balik pulangan. Kesudian kerajaan untuk melabur belanja dalam pembangunan akan memberikan keyakinan kepada para pelabur. Lebih ramai lagi pelabur dalam Negeri Perak akan melabur. Lebih banyak lagi hasil negeri nanti dan kita akan mendapat untung. Tentang kebajikan pula, rakyat terus tersenyum. Pertama, peningkatan daripada RM300.00 kepada RM400.00 untuk 6,600 penerima JKM. Kedua, peningkatan kadar tunai kad Perak Sejahtera daripada RM80.00 kepada RM90.00 dan sekarang RM100.00. Ini menunjukkan kerajaan ini prihatin dengan keadaan keluarga miskin dalam negeri ini. Kerajaan tegar nak bantu meringankan beban kewangan mereka dan kerajaan juga sudi berkongsi sumber pendapatan dan untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan B40 dengan izin, sebab kerajaan berjaya mencapai kedudukan surplus RM29.6 juta pada tahun 2022. Yang seronok terima manfaat, penerima JKM dan pemegang kad Perak Sejahtera. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri.
Dato' Yang di-Pertua, tahun hadapan tahun 2024, ini adalah tahun melawat Perak. Jadi, Kerajaan Negeri sedang membuat persiapan sepanjang tahun ini. Infrastruktur, tempat-tempat pelancongan dan publisiti, semuanya sudah dikerahkan dan Perak ini memang kaya dengan pelbagai warisan, kesenian dan juga budaya serta makanan yang menjadi tarikan. Cuma ada satu lagi tarikan yang memang banyak berpotensi dan belum lagi diusahakan adalah Kampung Baru. Untuk itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana telah membantu menyelenggara dan menceriakan 160 Kampung Baru di Perak sehingga ada banyak yang berpotensi untuk dijadikan tempat pelancongan. Potensinya sebab dia ni unit di mana tiada ada satu negara lain yang ada kampung baru, hanya ada di Malaysia dan ia merupakan pendapatan yang digital pada era pemerintahan British bermula tahun 1950an. Kampung Baru kaya dengan unsur budaya, warisan, sejarah, makanan setempat dan yang paling penting, setiap Kampung Baru ada cerita tersendirinya. Orang luar ini dia sukalah nak mendengar cerita-cerita unik ni. Jadi kalau hanya pemandangan atau makanan semata-matanya, banyak lagi tempat lain nak dipergi. Mengapa nak pilih Perak? Tetapi cerita, cerita tentang sejarah, cerita tentang insiden-insiden yang pernah berlaku, inilah yang menarik minat pelancong untuk datang melawat ke Perak.
Beberapa Kampung Baru di Negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, sudah berjaya diubah dan dinaik taraf menjadi tempat pelancongan. Penduduk juga terima tempias, dapat manfaat menjana pendapatan dan juga meningkatkan mutu kehidupan mereka. Kita bila lagi? Sebagai contoh, Kampung Baru Karai atau lebih dikenali sebagai Enggor terkenal dengan Victoria Bridge. Saya percaya Victoria Bridge sudah dalam senarai tempat pelancongan oleh Tourism Perak. Kita juga ada Kampung Baru Pot Lang yang terkenal dengan udang galah. Kita ada Kampung Baru Kuala Sepetang yang terkenal dengan kilang arang tertua. Maka, saya nak cadangkan, Kerajaan Negeri patut bagi tumpuan dan peruntukan untuk sempurnakan infrastruktur dan usaha promosikan kampung-kampung baru untuk dijadikan tempat tarikan pelancong. Seperti di Kampung Baru Pasir Pinji, kita ada pelbagai produk makanan yang enak yang diwarisi turun-menurun. Di Taman Pinggir, Sungai Pasir Pinji pula, pengunjung memang berpeluang untuk nak tengok kapal terbang berlepas. Jadi bekas Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Wong Kah Woh dah mulakan kerja-kerja pengindahan dan penceriaan bersama dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Howard Lee sekarang dan saya juga meneruskan usaha-usaha tersebut. Pesta Pinji, tempoh hari yang kami anjurkan bersama dengan JPKK amat berjaya dan telah menarik lebih daripada 2,000, sorry yang telah menarik lebih daripada 12,000 pengunjung dalam masa dua hari sahaja. Contoh lain, Kampung Baru Sungai Buloh atas usaha Pejabat ADUN Jalong dan juga penduduk, mereka telah menyiapkan lukisan di atas jambatan yang dijadikan tempat mengambil gambar, tempat check-in dan telah menjadi tempat-tempat dengan izin instagramable atau boleh disebarkan melalui ruang media sosial. Ini baru sikit saja, kita ada banyak lagi Kampung Baru yang mampu menyumbang kepada sektor pelancongan dan sekaligus meningkatkan mutu kehidupan penduduk dengan potensi penjanaan, perniagaan dan pendapatan yang lumayan.
Terima kasih. Pasir Pinji. Saya bukan buat persoalan, cuma saya nak buat sedikit percakapan. Iklan sikit. Advertisement type sebab saya dengar apa yang kata tadi ada banyak tarikan daripada Kampung Baru dan Kampung Baru saya pula Kampung Baru Bercham dan pada Ahad ini, 10 Disember juga adakan satu program seumpama dengan Pinji Day dan di sini saya mengalu-alukan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, lepas sidang bajet ini boleh datang ke kawasan saya Ahad ini pagi. Terima kasih.
Terima kasih. YB Bercham ni pandai membuat iklan. First time di dalam Dewan. Ok. Dato' Yang di-Pertua, saya teruskan dengan visa free untuk pelancong daripada China bermula 1 Disember 2013, 2023, kita patut rebut peluang ini. Tarik minat pelancong China untuk datang ke sini. Kalau bukan sekarang bila lagi. Sebab itu saya harap sangat Kerajaan Negeri boleh bagi sokongan bekerjasama dengan pihak swasta untuk sama-sama menjayakan kerja-kerja pengubahan Kampung Baru. Kita tukar persepsi tempat bersejarah kepada tempat tarikan pelancong. Saya juga nak cadang supaya kerajaan bekerjasama memperbanyak program-program yang menarik sebagai tarikan pelancong. Sebagai contoh, semalam sahaja saya pergi satu pertandingan tarian yang diadakan di Casuarina, Meru. 400 peserta, 2/3 daripada peserta dari 20 negara. Jadi inilah namanya satu peluang untuk mempromosi sektor pelancongan kepada 20 negara dalam satu pertandingan. Sekelip mata saja. Jadi sekiranya Kerajaan Negeri bagi sokongan kepada pihak penganjur dan bekerjasama menjayakan program macam ni saya yakin bahawa selain daripada sport tourism yang sedia ada, mungkin kita boleh adakan dance tourism yang mampu mempromosi Perak kepada seluruh dunia dan aktiviti kesenian, budaya dan muzik juga merupakan tarikan pelancong. Contohnya, konsert-konsert, konsert-konsert di Bukit Jalil dan Genting Highlands, kadar sewa bilik terus meningkat. Berduyun-duyun orang berbelanja di kedai-kedai berdekatan industri e-hailing boleh cari makan. Perak, kita ada stadium. Kita ada tempat yang sangat terpaling amat sesuai untuk mengadakan konsert, sekaligus meningkatkan jumlah pengunjung ke Perak. Rugilah jika tidak dimanfaatkan semaksimum yang mungkin.
Dato' Yang di-Pertua, ada masa berbaki ni. Saya juga nak meluahkan rasa tidak puas hati saya dengan keadaan kebersihan yang terutamanya di Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak. Saya juga nak sampaikan hasrat saya kepada pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian supaya Ipoh dan Perak sentiasa dalam keadaan bersih. Kuatkuasakanlah undang-undang sekiranya perlu untuk membanteras kegiatan pembuangan sampah haram dan juga peruntukan untuk menganjurkan program-program kesedaran supaya rakyat tidak membuang sampah merata-rata. Usaha-usaha pencegahan pencemaran ini amat penting untuk kita mulakan supaya nama Perak dipuji pengunjung dan bukannya dilabelkan sebagai negeri yang teruk tercemar. Dato' Yang di-Pertua, sebelum saya mengundur diri, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para media yang akan bersama dengan kita sepanjang sidang DUN dan perbahasan usul belanjawan ini. Terima kasih sebab liputan. Terima kasih sebab membantu kerajaan untuk menyebarkan kejayaan dan dasar-dasar yang baik yang dilakukan oleh kerajaan.
Pasir Pinji, sebelum Pasir Pinji l anding, izinkan saya bagikan satu penghargaan kepada MBI Ipoh di mana mereka ada edarkan banyak tong-tong sampah kepada penduduk-penduduk mengikut zon-zon masing-masing berdasarkan Ahli Majlis yang sedia ada dan ini sedikit sebanyak membantu untuk ibu negeri Ipoh ini meringankan bebanan kebersihan sebabkan sampah ni kebiasaan orang cenderung untuk membuang secara sewenang-wenangnya dan menyebabkan anjing liar ke kucing liar ke untuk menggigit. Ini menyebabkan satu pemandangan atau pun satu landskap yang tidak elok kepada kita. Memandangkan kita tahun depan kita akan menyahut Tahun Melawat Perak 2024. Saya rasa usaha
MBI ini membantu tapi saya harap ini akan diperbesarkan lagi agar membantu. Kita ada nampak banyak usaha daripada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan imej di negeri Ipoh ini termasuk juga kepada penguatkuasaan terhadap penjaga kereta haram di mana saya setiap hari saya ada baca media massa yang mereka ada membuat laporan tentang penjaga haram ini. Setiap kali mereka wujud, pihak PDRM, saya akan beri kredit kepada pihak PDRM dengan menangkap mereka agar fenomena ini tidak berpanjangan. Sebab ini fenomena sudah berpanjangan. Saya harap ini ada membantu daripada pihak kita termasuklah Pasir Pinji. Tapi kita harap kita penduduk di Negeri kita tidak termasuk kepada keseluruhan Perak juga mengambil bahagian untuk menjaga kebersihan kita agar Perak ini kita sentiasa bersih untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong tak kira domestik ke, luar Negara, antarabangsa. Terima kasih Pasir Pinji.
Terima kasih kepada YB Bercham dan saya amat setuju sebab dekat Pasir Pinji memang ada tempat-tempat syurga makanan yang di mana tempat itu banyak tempat menjual makanan enak tapi longkang-longkang di sebelahnya memang penuh dengan sisa-sisa minyak dan bau busuk. Jadi sesekali bersih pun datang balik. Dua tiga hari datang balik. Keadaan macam tu. Jadi saya rasa perkara ini perlulah diuruskan sebab kita akan mendapat menyambut sambutan pengunjung yang banyak pada tahun depan. Kalau kita tak bersihkan tempat itu, nama Perak akan jadi buruk dan tercemar, ok. Jadi, saya akan meneruskan dengan ucapan dengan terima kasih kepada media-media yang membuat liputan yang membantu Kerajaan untuk menyebabkan kejayaan dan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan dan kalian adalah jambatan antara rakyat dan kerajaan dan saya difahamkan juga dengan bilik media ini agak sejuk dan mereka memerlukan tenaga supaya sentiasa fokus, ok. Jadi saya nak mohon supaya bajet ditambah untuk menyediakan makanan yang lebih berkualiti untuk mereka dan juga bekalkan kopi panas yang tidak terhad, unlimited dengan izin untuk mereka supaya mereka dapat membuat kerja mereka dalam keadaan yang lebih selesa. Jadi, dengan ini sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan dengan ini Pasir Pinji menyokong Belanjawan 2024 ini. Terima kasih.
Terima kasih YB dari kawasan Pasir Pinji. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
(Bacaan ayat suci Al-Quran). "Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kalian semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah lagi menerangkan keadilan dan janganlah sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum itu mendorong kalian untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kalian berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kalian lakukan." Surah Al-Maidah ayat 8. Allah berfirman lagi di dalam al-Quran. (Bacaan Ayat Suci Al-Quran). “Dan sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertakwa, pasti kami akan melimpahkan kepada mereka barakah daripada langit dan juga bumi tetapi ternyata mereka mendustakan, maka kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.” Surah Al-A'raf, ayat 96.
Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan Doa) Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Negeri Perak Ahli Dewan Negeri Kota Tampan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-hli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan juga negeri, rakan-rakan media, para pemerhati khususnya yang dikasihi sekalian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini. Alhamdulillah, puji dan syukur kehadhrat Allah SWT pada hari yang bahagia ini dapat kita bersama-sama berbincang bagi membentuk tata kelola ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik pada seluruh rakyat di Negeri Perak tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik dan juga fahaman politik. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabi'in dan bagi seluruh yang mengikuti agama Islam yang indah lagi syumul ini.
Pada hari yang berbahagia ini, patik mengambil kesempatan merafak sembah dan mengucapkan setinggi ucapan tahniah pada sambutan ulang tahun hari keputeraan yang ke-67 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Ibni Almarhun Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfirul-lah pada 3 November 2023 yang lalu dirgahayu tuanku. Patik juga ingin merakamkan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan sekali lagi dan pelantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong oleh Majlis Raja Melayu. Patik menjunjung kasih tuanku. Patik memanjatkan doa semoga Allah sentiasa merahmati Duli Tuanku dan dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta kesejahteraan dalam memayungi sekelian rakyat jelata negeri tercinta di atas kemuliaan takhta dan juga pemerintahan negeri berdaulat ini dengan penuh adil dan juga saksama.
Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak di atas pembentangan Belanjawan 2024 dengan jayanya. Tahniah kepada seluruh team Pejabat MB, tahniah kepada YB PKN, Dato' PKN dan team di Pejabat Kewangan Negeri dan juga Pengarah UPEN, seluruh team di Pejabat UPEN dan juga pegawai-pegawai kerajaan di pelbagai agensi yang terlibat menjayakan belanjawan yang hebat ini dan tidak lupa juga kepada GLC-GLC yang bertungkus lumus dan bekerja keras untuk memajukan negeri ini dengan mencari hasil-hasil baru dan lain-lain dan Yang Amat Berhormat telah membentangkan Belanjawan 2024 ini dengan jayanya di mana kecemerlangan pentabiran pada sesi yang lalu juga dalam mencari hasil-hasil yang baru, berintegriti dan juga adil kepada semua pihak mestilah diteruskan pada sesi ini dan terbukti dalam belanjawan ini cukup baik dan terbaik dalam sejarah. Tidak perlu takut kepada bisikan, bisikan yang kadang-kadang ada ingin mencorakkan kepimpinan negeri ke arah yang tidak adil. Insya Allah jika kita adil dan bersyukur hasil di negeri kita ini akan bertambah.
Belanjawan pada tahun ini berteraskan pada lima fokus utama adalah bertepatan dengan suasana yang menimpa rakyat pada hari ini. Di mana belanjawan yang terbesar di bentangkan dalam sejarah negeri Perak ini, saya telah pun teliti satu per satu dan mengikuti setiap susun kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kita lihat bagaimana adalah usaha gigih juga daripada seluruh team penjawat awam ini maka patutlah dihargai. Bukanlah besar sangat sebenarnya dua bulan gaji itu nak dibandingkan usaha yang besar dan gigih daripada para penjawat awam untuk membangunkan negeri ini yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan hasil daripada perbentangan belanjawan ini dalam kita mengagihkan, kerajaan mengagihkan hasil kekayaan.
Anugerah Allah sebenarnya, hayatilah. Ayat yang saya bacakan tadi, di awal pembuka kata tadi, janganlah kita disebabkan benci kepada satu-satu puak, kita tidak berbuat adil kepada mereka dan ternyata kita lihat bagaimana Yang Amat Berhormat telahpun memulakan pada sesi yang lepas dan diharapkan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan dating dan suka juga saya ingin memulakan perbahasan Belanjawan 2024 ini dengan sebuah kisah yang telah dinyatakan dalam sebuah kitab jawi iaitu kitab Muniatul Musalli dengan Syekh Daud Al-Fathani yang menyebutkan tentang kisah seorang Raja Parsi sebelum Islam bernama Anu Shirwan.Ketika zaman remajanya dia telah dihantar oleh ayahandanya supaya diasuh oleh seorang guru yang terpilih. Tiba-tiba pada suatu hari, guru itu memukulnya tanpa sebab melakukan apa-apa. Tiba-tiba guru itu memukulnya tanpa sebab dia melakukan apa-apa kesalahan pun. Setelah Baginda ditabalkan menjadi raja, Raja Anu Sharwan yang belajar tadi, memanggil guru yang memukulnya tadi tanpa sebab? Dan bertanyakan, apakah kesalahannya yang menyebabkan dirinya dipukul dahulu? Guru yang bijak itu menjawab, tatkala aku melihat dirimu menyukai akan ilmu aku berharap kelak kamu akan menjadi seorang raja yang menggantikan ayahmu. Maka aku rasakan kepadamu betapa kamu dizalimi dahulu pada ketika itu supaya kamu tidak berlaku zalim kepada mana-mana rakyatmu pada masa itu, dalam kitab Muniatul Musalli, Syed Dawud Al-Fatani, muka surat 36. Jadi, kerja membangunkan negeri ini bukan terletak pada bahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar seorang, tapi terletak kepada kita bersama. Pada semua pihak mestilah memainkan peranan agar ia dapat dimajukan setaraf dengan negeri-negeri yang lain yang terkehadapan dan malahan setaraf dengan negeri-negeri di luar daripada negara kita.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya amat tersentuh apabila belanjawan ini memberi fokus yang pertama, ya itulah kesejahteraan rakyat. Dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM384.1 juta untuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif kesejahteraan rakyat. Hal kemiskinan ini, marilah sama-sama kita berganding bahu. Memberi sokongan yang padu kepada Kerajaan Negeri. Untuk kita mengurangkan atau istilah yang digunakan menoktahkan, Insya Allah, kemiskinan yang berlaku di mana-mana tempat di negeri Perak ini. Kita tak perlu berpolitik, tidak perlu meletakkan politik di hadapan apabila kita membicarakan soal untuk menoktahkan kemiskinan ini. Tak kisahlah kita nak berpolitik dalam bab lain, tetapi dalam hal kemiskinan, kita mestilah berganding bahu. Sepanjang sidang Dewan, saya tidak pernah lagi berpeluang untuk berbahas berkaitan dengan kawasan saya. Pada kali ini, saya mengambil kesempatan untuk memulakan perbahasan ini berkaitan dengan kawasan Selama. Sebab dah lama bercakap, tak pernah sempat untuk menyentuh soal kawasan, banyak menyentuh soal-soal yang lain. Tapi perkara kali ini, saya cuba mulakan berkaitan dengan persoalan kawasan kerana ia berkaitan dengan kemiskinan dan ada satu kaedah yang telah dicadangkan banyak pihak dan saya sendiri telah pun mengemukakan cadangan ini sejak sekian lama dan beberapa kali berkaitan dengan cadangan yang akan saya utarakan.
Maklumat yang diterima daripada mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah baru-baru ini, JTPD dalam minggu lepas, LMS Daerah Selama, Daerah Larut, Matang dan Selama di mana daerah Selama masih mengekalkan daerah yang mempunyai penduduk miskin tertinggi dalam negeri Perak berdasarkan data e-Kasih. Di mana apabila saya ajukan soalan kepada pihak pejabat daerah, adakah masih lagi LMS berada di tangga yang teratas dalam data e-Kasih, ya. Kemudian daripada LMS itu, di manakah daerah yang paling ramai orang miskin, terutamanya miskin tegar? Masih lagi Selama. Jadi, kebimbangan ini apatah lagi apabila kajian daripada NAHRIM menyatakan bahawasanya bakal berlaku fenomena El Nino yang nak mai dekat dah ni dalam tahun 2025. Yang mana hari-hari kita berdoa kepada Allah agar kita diselamatkan daripada bencana ini. Jadi kebimbangan apatah lagi, apalah nasib kawasan-kawasan yang seperti daerah Selama ini apabila kurang diberi perhatian nasib mereka pada tahun 2025. Banyak pihak sedang membuat persiapan. Jadi diharapkan supaya pihak daerah Selama ini tidak ketinggalan dalam diberi perhatian dan setelah beberapa kali bermula daripada beberapa tahun yang lalu, saya serta rakan-rakan daripada Selama membawa cadangan agar dapat mengatasi masalah putaran ganas kemiskinan di daerah Selama dengan limpahan ekonomi secara menyeluruh kepada penduduk.
Sudah tiba masanya, Selama boleh berdiri sama tinggi dengan daerah-daerah yang lain. Daerah kecil Selama mesti dinaik taraf sebagai daerah penuh memandangkan terdapat hampir semua fasiliti kerajaan sedia ada seperti Hospital Selama, Ibu Pejabat IPD Selama, Bomba Selama, Pejabat Daerah dan Tanah Selama, bangunan pejabat Majlis Daerah Selama yang tersergam indah, Pejabat Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Pejabat Pertubuhan Peladang, masjid daerah dan lain-lain. Hampir semua dah ada di Selama. Cuma nak iktiraf saja, nak mengisytiharkan bahawa daerah Selama adalah daerah penuh. Kalau kita tengok di Bagan Datuk, pernah diisytiharkan daerah penuh. Pada masa itu, tak ada apa-apa lagi pun fasiliti kerajaan. Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang cukup banyak untuk membina bangunan-bangunan seperti IPD, seperti bangunan pentadbiran kerajaan yang lain-lain. Tak ada masalah lah. Akhirnya hari ini orang bercakap tentang pembangunan Bagan Datuk. Jadi kita nak juga Selama yang selayaknya lebih awal diisytiharkan itu, berdiri sama tinggi juga dengan daerah-daerah lain. Sepertimana hasrat banyak pihak untuk menoktahkan kemiskinan, yang mana miskin yang cukup ramai adalah daerah Selama. Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu, saya membangkitkan isu yang sama. Namun jawapan yang diterima adalah kerana kekangan kewangan. Jika dibandingkan dengan daerah Bagan Datuk, sebelum ini dinaik taraf sebagai satu daerah penuh, tanpa ada satu bangunan atau fasiliti Kerajaan. Sudah tentu belanja yang tinggi tetapi Selama telah pun ada bangunan agensi-agensi kerajaan. Jika kerajaan mengisytiharkan Selama sebuah daerah yang penuh, Kerajaan hanya perlu mengisi kekosongan jawatan seperti DO dan beberapa lagi perjawatan yang lain sahaja. Hospital Selama dah ada pengarah nya. IPD Selama pun dah ada Ketua Polis Daerah dan ada Timbalan Ketua Polis Daerah. Sudah tentulah. Sudah tentulah ia tidaklah melibatkan implikasi kewangan yang banyak seperti di Daerah Bagan Datuk.
Hari ini, hari ini kita lihat bagaimana setelah diisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah penuh, limpahan ekonomi seperti mana yang dibentangkan oleh anggota Exco sebentar tadi, pada pagi tadi, limpahan ekonomi pelancongannya dan sebagainya, eko pelancongan dan sebagainya, cukup hebat dah di Bagan Datuk. Jadi Selama juga nak seperti itu yang selayaknya tidak menelan belanja yang besar pun apabila diisytiharkan. Minggu lepas IPD Selama telah pun dinaikkan gred IPD kepada gred B. Sama seperti yang terdapat di sebahagian daerah penuh yang lain. IPD Selama telah pun mempunyai Ketua dan Timbalan Ketua Polis Daerah yang tersendiri. Lebih 130,000 penduduk di bawah kawalan keselamatan IPD Selama. 130,000 ni kira layak dah lah. Bagan Datuk berapa ribu? Makna selayaknya begitulah. KPD Daerah Selama sudah pun dinaikkan pangkat kepada Supritendan. Atau pun dikenali dengan SUP. Kalau dulu dikenali dengan DSP. Tak ada Timbalan Ketua Polis. Sekarang ini baru-baru ini dah dinaikkan. Selayaknya dinaikkan pada Timbalan Ketua Polis Daerah. Dah ada Timbalan Ketua Polis Daerah dengan berpangkat DSP. Sama seperti yang terdapat di daerah penuh yang lain. Perkara ini wajar diberikan perhatian. Perkara ini telah pun dibangkitkan dalam MMK yang lalu dan diminta untuk menyediakan kertas cadangan. Mohon dapat diteruskan pada sesi kali ini. Insya Allah kita orang-orang Selama yang jauh yang berada di Negeri Perak, sempadan Kedah di sana akan menikmati pembangunan atau pun akan menikmati kekayaan di negeri ini seperti mana di daerah-daerah yang lain.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan. Selama telah diwartakan sebagai daerah penuh sejak tahun 1900 lagi namun belum dilaksanakan. Difahamkan sejak tahun 2021, dua mesyuarat bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah diadakan bagi mengangkat Selama sebagai daerah penuh. Tanpa status daerah penuh, Selama kurang diberi keutamaan untuk dibangunkan dan tiada institusi yang dibina seperti Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang hampir dibina, tanah pun dah ada di Selama. Namun akhirnya tidak menjadi kenyataan.
Timbalan Yang di-Pertua, pertumbuhan penduduk makin menguncup kerana tingginya kadar migrasi berikutan kurang peluang pekerjaan dan kurang limpahan ekonomi di Selama. Diharap dengan diisytiharkan Selama sebagai daerah penuh akan memberi limpahan ekonomi yang menyeluruh kepada penduduk. Dengan sedikit kelebihan yang ada, sekarang ini air terjun yang cantik. Majlis Daerah Selama bersama agensi daerah sedang giat mempromosi eko pelancongan Selama bagi menarik pelancong ke Selama. Antara kekuatan daerah ini ialah 7 Lata Selama yang telah diangkat sebagai ikon pelancongan ke-12 Negeri Perak pada tahun 2021. Hasil promosi berterusan ini jumlah pengunjung ke Selama dicatatkan lebih 100 ribu orang pada tahun 2022 iaitu yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Tahniahlah kepada pihak MDS yang kerja kuat walaupun banyak kekangan dengan dan berada di penghujung Negeri Perak ini. Antaranya Projek Community-Based Tourism di Selama telah pun memperoleh beberapa pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan dan telah dipromosikan ke peringkat antarabangsa. Sejak 2 tahun kebelakangan ini, keyakinan pelabur di Selama dalam industri peruncitan dan gastronomi, industri berkaitan makanan telah pun dilihat meningkat dengan pembukaan pelbagai premis peniagaan di Selama. Pembukaan ini menunjukkan keyakinan peniaga bahawa Selama sememangnya berpotensi untuk memberikan pulangan yang baik dan semakin maju. Kita yakin jika Selama boleh dinaik taraf sebagai daerah penuh, ianya akan menjadi pemangkin untuk Selama terus membangun dengan caranya sendiri dan seterusnya boleh memperoleh lebih banyak manfaat daripada kerancakan ekonomi dan juga penambahan pendapatan kepada rakyat itu sendiri. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ada masa tambahan?
Seminit lagi.
Nak masuk point lain. Point negeri. Saya pun tak tahu nak masuk yang mana. Cuma adalah pihak Pejabat Pembangkang minta saya sentuh sikit tentang kesihatan. Takut orang lain tak sentuh. Tentang kesihatan ni isu kesihatan banyak. Tapi saya nak ambil hat mana tak tahulah. Jadi saya tumpu beberapa perkara yang berkaitan dengan sumber manusia dan juga kesihatan mental. Yang pertama, bebanan kerja, kesihatan emosi dan kakitangan kesihatan. Mengambil kira bebanan kerja yang semakin hari semakin meningkat di jabatan-jabatan Kerajaan. Termasuk Jabatan Kesihatan Negeri.
Seminit lagi. Masuk perenggan yang terakhir.
Nasib baik saya tak sentuh hal lain dulu. Kalau tidak tak sempat sebut Selama lagi. Ni banyak lagi nak sentuh. Kalau boleh sikit lah. Kerajaan Negeri perlu menyuarakan penyelarasan semula jumlah kakitangan di setiap klinik. Terutama di fasiliti kesihatan yang mengalami kekurangan staff. Bila kita lihat bebanan kerja bertambah, kerja akan mengalami tekanan dan kemurungan. Sekaligus khidmat yang diberikan kepada pesakit akan berkurang dan menyebabkan beberapa pekerja dikenakan tidakan tatatertib berikutan komplen daripada pesakit. Kebajikan, emosi, sokongan mental kakitangan kesihatan perlu diutamakan dan dari segi penyelarasan gaji kesihatan, ada kakitangan kesihatan yang telah lama berkhidmat dalam jabatan di bawah skim kontrak. Setiap tahun ada kenaikan gaji mengikut gred masing-masing. Namun apabila diberi tawaran di bawah skim tetap, gaji mereka bermula daripada bawah dan di reset semula. Mungkin boleh diberi perhatian hal ini. Di kampung-kampung dan juga daerah kecil, terdapat klinik-klinik desa yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat kampung dan dahulu majoriti petugasnya adalah Jururawat Masyarakat (JM). Namun apabila jawatan JM ini dihadkan dan JM sedia ada juga telah naik pangkat kepada jururawat terlatih, terdapat kekosongan di klinik dibandingkan dan beberapa negeri lain. Jabatan JM diisi oleh jururawat terlatih. Adakah jabatan JKN akan mengambil langkah yang sama. Yang menjadi isu dalam jabatan kerajaan seperti permohonan pemindahan tempat kerja, bukan sahaja dari kakitangan kesihatan. Namun wajar diberi perhatian terhadap permohonan pindah tempat bertugas iaitu kakitangan yang bersesuaian dengan kekosongan-kekosongan semasa. Kemudian terdapat klinik kesihatan di beberapa kawasan yang perlu diberikan perhatian khususnya penambahbaikan infra. Contohnya, KK Sungai Bayor yang dijawab oleh YB EXCO tadi. Bangunan klinik yang sedia ada adalah tidak selamat dan berisiko banjir berikutan...
Masuk perenggan yang terakhir. Seminit.
Beberapa peralatan mesin tidak dapat diletakkan di klinik ini, ada ujian makmal tidak dapat dijalankan dan sampel perlu di hantar ke Taiping. Keputusan pula akan dapat seminggu dua minggu, lama. Klinik berhasrat untuk menempatkan mesin, namun dengan harga mesin yang mahal akan menjadikan kerugian yang besar yang tinggi sekiranya berlaku banjir. Akhirnya mesin apa pun tak diletakkan di situ. Ada la mesin hat murah-murah dan terima kasih banyak, walaupun kali ini tak banyak perkara yang sempat disentuh, disebabkan saya nak fokus kepada membasmi kemiskinan di Selama, supaya berdiri sama dengan daerah-daerah yang lain. Akhirnya,
Biar kami melukut di tepi gantang, Jangan rakyat pula dicekik lehernya. Biar kami tidak dipandang, Jangan rakyat terus dianiaya.
Dengan ini, Selama menyokong Enakmen Perbekalan 2023. Wabilahitaufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismilahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, ketua-ketua jabatan negeri, ahli-ahli media dan tuan-tuan puan-puan sekalian. Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan usul terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas ucapan yang dibentangkan pada Jumaat lalu.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas ke atas pimpinan Kerajaan Negeri Perak yang diterajui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad, apabila memacu pentadbiran negeri Perak dengan jayanya sepertimana yang diteraskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Kesejahteraan Kerajaan Perak diterjemahkan menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2024 berjumlah RM1.35 bilion iaitu yang terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negeri. Mengekalkan tema Perak Makmur, rakyat Sejahtera, peruntukan belanjawan tersebut meningkat berbanding tahun lalu hanya RM1.19 bilion. Belanjawan kali ini menyaksikan peningkatan peruntukan membabitkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan infra. Penerima bantuan am, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Perak dinaikkan kepada RM400 pada tahun 2024 berbanding RM300 sebelumnya. Begitu juga, semakan kadar pendapatan garis kemiskinan makanan isi rumah 2023 iaitu RM1,198.00 sebulan sebagai syarat kelayakan bagi permohonan bantuan kewangan yang dikendalikan oleh JKM.
Bagi tujuan pembangunan pula, sebanyak RM188.1 juta diperuntukkan kepada JKR sejajar dengan keperluan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan prasarana rakyat iaitu peningkatan RM10 juta berbanding tahun 2023. Bantuan khas kewangan 2 bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri ini juga berita yang mengembirakan semua. Ini juga sebagai menghargai dedikasi mereka sebagai tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran kerajaan. Bantuan Khas Kewangan tersebut turut dinikmati EXCO Kerajaan Negeri, Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, serta pekerja sambilan harian, serta turut dipanjangkan kepada semua ketua kampung bagi lantikan sebelum 15 Disember 2023 pada kadar RM400 seorang.
Sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak kedudukan kewangan Perak terus mengukuh apabila merekodkan kutipan hasil sebanyak RM1.05 bilion setakat 25 November lalu. Perkembangan baik itu memberi keyakinan kepada Kerajaan Negeri untuk mengatasi sasaran kutipan hasil yang ditetapkan sebelum ini. Katanya, seiringan itu Kerajaan Negeri optimis untuk sekali lagi menutup akaun dalam kedudukan surplus bagi dua tahun berturut-turut. Dengan perkembangan ekonomi negeri yang positif ini, saya mengharapkan peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat di Perak dikekalkan seperti tahun ini. Peruntukan sama rata kepada semua ADUN sama ada kerajaan atau pembangkang yang diberikan pada belanjawan negeri tahun ini amat membantu wakil rakyat dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan di kawasan masing-masing. Pemberian peruntukan sama rata oleh Kerajaan Negeri itu memberi mafaat kepada semua rakyat. Ini juga boleh menjadikan Perak sebagai contoh buat negeri-negeri lain. Ia tindakan yang sangat baik kerana memberi manfaat kepada rakyat. Peruntukan disediakan, pusat khidmatnya lebih tertumpu kepada bantuan berkaitan pendidikan dan kebajikan. Ini kerana keutamaan diberikan kepada golongan kurang berkemampuan atau B40 untuk menerima sumbangan selain mempermudahkan urusan permohonan mendapatkan bantuan daripada agensi kebajikan seperti Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri apabila memperuntukkan RM5 juta kepada Belanjawan Negeri Perak 2024 bagi program bantuan kotak makanan menerusi fokus kesejahteraan rakyat sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan sasar. Tentang perkara sama juga, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang isu pemberian bantuan kotak makanan kepada rakyat yang sebelum ini turut diterima ADUN-ADUN di sebelah pembangkang. Bagaimanapun ia telah ditarik balik, ekoran isiden menampal pelekat berlogo sendiri oleh wakil rakyat. Saya secara peribadi, melahirkan rasa kekhilafan atas perkara yang berlaku sehingga menyebabkan pihak Yayasan Perak menarik balik bantuan berkenaan dan tidak lagi disalurkan melalui pusat khidmat wakil rakyat. Sebagai wakil rakyat, saya faham matlamat dan tujuan pengedaran kotak makanan tersebut kerana sebelum ini saya aktif menjalankan program-program kemasyarakatan semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Manjung penggal lalu serta melalui pertubuhan bukan kerajaan membantu masyarakat setempat semasa pandemik Covid-19 dua tahun lepas. Justeru itu, saya berpandangan agar bantuan kotak makanan itu perlu terus diedarkan melalui Pusat Khidmat Adun seperti sebelum ini kerana pejabat wakil rakyat itu merupakan tempat rakyat mengadu. Malah saya memberikan contoh kawasan DUN Pangkor sendiri di mana ramai penduduknya merupakan golongan berpendapatan kecil dan tidak menentu seperti nelayan, petani, buruh serta bekerja sendiri. Mereka bukan sahaja orang melayu malah juga masyarakat cina dan india. Sehingga kini atau boleh dikatakan, setiap hari Pusat Khidmat DUN Pangkor dikunjungi rakyat pelbagai kaum untuk bertanyakan tentang bantuan kotak makanan. Justeru itu, saya dengan rasa rendah diri memohon pertimbangkan Kerajaan Negeri agar kotak makanan ini diberi sekali lagi kepada ADUN-ADUN dengan mengikut syarat-syarat yang dikenakan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di sini saya ingin membawa beberapa permasalahan di kawasan yang terutamanya isu keselamatan. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pangkor telah ditubuhkan sejak tahun 2014 dengan kekuatan anggota daripada APM Daerah Manjung. Penugasan ketika itu telah dilaksanakan semuanya oleh APM Manjung. Bermula tahun 2016, penugasan APM Pulau Pangkor sendiri dengan beberapa siri latihan telah dilaksanakan bagi melatih penduduk tempatan untuk menjadi anggota APM. Penugasan pasukan ini terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran APM Pulau Pangkor dan penyelamat pantai. Ketika ini, pusat pentadbiran APM Pulau Pangkor dan penyelamat pantai berada di Menara Penyelamat Pantai Teluk Nipah. Kekuatan anggota sukarelawan untuk bertugas di pentadbiran adalah 2 orang, manakala 6 orang sukarelawan bertugas di Menara Penyelamat Pantai Teluk Nipah. Jumlah anggota sukarelawan yang aktif di Pulau Pangkor adalah 20 orang. APM Pulau Pangkor merupakan agensi penyelamat yang sangat efektif sekiranya berlaku kecemasan kerana sentiasa pantas tiba di lokasi kemalangan, bencana atau situasi kecemasan. APM Pulau Pangkor telah melaksanakan penugasan merangkumi perkhidmatan kecemasan di darat dan air. Purata bulanan kes yang ditangani adalah sebanyak 15 hingga ke 20 kes. Contoh penugasan kecemasan adalah kemalangan di darat dan di air.
Selain itu, APM juga melaksanakan perkhidmatan bukan kecemasan seperti siap sedia pertolongan cemas pada program yang berisiko mengalami kemalangan. APM Pulau Pangkor juga telah melaksanakan latihan kepada orang awam dan pelajar sekolah dengan ilmu-ilmu pertahanan awam seperti pertolongan cemas, CPR dan memadam kebakaran. Latihan ini penting bagi memastikan komuniti setempat sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemalangan dan bencana. Ketika ini, pentadbiran APM Pulau Pangkor dan Penyelamat Pantai berada di Menara Penyelamat Pantai Teluk Nipah. Pentadbiran beroperasi pada Isnin hingga Jumaat waktu pejabat. Manakala, penyelamat pantai beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dan cuti am bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Profil APM Pulau Pangkor adalah seperti berikut. 1) Menara Penyelamat Pantai Teluk Nipah bertugas di pejabat dua (2) orang, penyelamat pantai enam (6) orang, aset satu (1) bot RHID Mercury 40 HP, satu (1) motosikal Demak 110cc.
Cabaran APM di Pulau Pangkor, mereka tiada pegawai tetap berada di APM Pulau Pangkor. Kekurangan anggota pentadbiran, tiada bangunan pentadbiran sendiri, tiada pusat kawalan operasi bagi melakukan tugas-tugas operasi yang teratur sekiranya terdapat kemalangan dan bencana di darat. Aset yang terhad berbanding dengan penugasan dilaksanakan. Terdapat dua (2) pantai yang besar iaitu Teluk Nipah dan Pantai Pasir Bogak. Pantai Telok Nipah APM Pulau Pangkor telah melaksanakan penugasan di situ cuma Pantai Pasir Bogak masih tiada petugas. Untuk penambahbaikan perlukan penempatan seorang pegawai di APM Pulau Pangkor bagi memastikan pentadbiran APM lebih baik. Memohon penambahan anggota pentadbiran, keperluan bangunan pentadbiran sendiri. Ketika ini pentadbiran berkongsi dengan penyelamat pantai di menara. Mohon mengadakan pusat kawalan operasi bagi menangani kes-kes kecemasan dan bencana di darat. Mohon penambahan aset bagi melaksanakan penugasan sedia ada sekiranya pusat kawalan operasi dibuka seperti ambulans dan kederaan pacuan empat roda. Mohon penugasan penyelamat pantai Pasir Bogak kerana pantai tersebut menjadi tumpuan tumpuan pengunjung serta pelancong asing.
Sebagai lokasi pelancongan, sudah tiba masanya Pulau Pangkor mempunyai satu pasukan penyelamat pantai yang lengkap untuk menggalas tugas tersebut. Ini boleh dimainkan oleh APM dengan memperkemaskan operasi pasukan sedia ada. Sekiranya tiada pengawal pantai memadai dengan menyediakan petugas ini pada waktu cuti atau pada musim puncak kedatangan pengunjung. Selain di Pulau Pangkor, kita juga memerlukan anggota penyelamat pantai di pantai Teluk Senangin dan Teluk Batik di atas kemalangan yang berlaku baru-baru ini kerana memang tiada penugasan anggota APM di sana. Kedua-dua pantai ini merupakan lokasi tumpuan pengunjung khususnya semasa hujung minggu dan cuti persekolahan Dua kejadian lemas yang berlaku di pantai Teluk Senangin iaitu pada 30 Julai melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun manakala pada 24 September pula seorang remaja berusia 19 tahun lemas ketika mandi laut. Pada 29 Ogos yang lalu, sebuah bot yang membawa 9 pengunjung di Teluk Batik terbalik semasa menghampiri pantai menyebabkan seorang wanita 34 tahun meninggal dunia kerana lemas. Dalam hal ini kita boleh mencontohi Australia, mereka mempunyai perkhidmatan pegawai pantai, pengawal pantai yang mengawasi semua kawasan pantai tumpuan pelancong dan umum di negara itu. Mereka juga mempunyai SOP di pantai dengan membenarkan pengunjung mandi-manda di kawasan yang bertanda antara bendera merah dan kuning yang dipantau oleh pasukan penyelamat pantai. Sehubungan itu, sangatlah perlu anggota penyelamat pantai ditugaskan di sini setidak-tidaknya semasa cuti minggu, cuti persekolahan atau pada waktu puncak.
Perkara yang kedua, Timbalan Yang di-Pertua iaitu mempromosikan pelancongan di Lumut, Teluk Batik dan Teluk Senangin. Bandar pelancongan tentera laut Lumut tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah, Lumut juga merupakan destinasi pelancongan yang paling popular di negeri Perak. Jika di Amerika Syarikat, mereka mempunyai Pengkalan Laut San Diego yang merupakan salah satu bandar tentera laut terkenal dan terbesar di dunia. Ia menjadi rumah kepada 60 buah kapal perang dan kira-kira 50,000 anggota tentera. Di United Kingdom pula, ialah Pengkalan Laut Portsmouth yang mana 60% kapal-kapal tentera laut negara itu berada di sini. Portsmouth juga menjadi tarikan kerana mempunyai muzium tentera laut yang besar dan dikunjungi ribuan pengunjung saban tahun. Lumut juga tidak kurang hebatnya kerana sebagai contoh, setiap kali penganjuran hari terbuka ARMADA TLDM di sana setiap tahun ia menarik lebih 100 ribu pengunjung. Bukan sahaja dari Perak, malah dari Pulau Pinang, Kedah termasuklah Lembah Klang dan Johor. Ramai yang datang kerana ingin mengambil peluang berada di dalam pengkalan tentera laut terbesar di Malaysia. Seterusnya menghabiskan cuti di Lumut dan kawasan sekitarnya. Ini merupakan keistimewaan dipunyai Negeri Perak yang tidak dimiliki negeri lain. Jadi adalah salah satu kerugian besar sekiranya aspek pelancongan Lumut tidak dibuat secara lebih agresif.
Pelengkap kepada pelancongan Lumut adalah Pulau Pangkor yang setengahnya pihak menggelarnya sebagai Langkawi kecil. Maknanya keindahan pantai dan pasir putih di Pulau Pangkor adalah setanding dengan Langkawi tetapi lebih dekat untuk dikunjungi serta berkali ganda lebih murah. Menaiki feri ke Pangkor juga cuma mengambil masa 10 hingga 20 minit sahaja. Malah Pangkor juga terkenal dengan ikan bilis mata biru yang mana ini tiada di tempat lain. Di Pulau Pangkor juga ada Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Teluk Ketapang sebagai lokasi pemulihan dan pemeliharaan hidupan marin tersebut. Kerajaan Negeri perlu mempastikan pusat konservasi berkenaan dimasukkan ke dalam senarai wajib lawat sempena Tahun Melawat Perak 2024. Malah, Perak juga tersenarai sebagai antara negeri yang mencatatkan pendaratan tertinggi penyu di Malaysia iaitu 61. Manakala, tertinggi ialah Terengganu 9,632, Melaka 969, Pahang 368 dan Pulau Pinang 54. Dengan kepelbagaian tarikan serta kemudahan yang ada, saya berpendapat usaha untuk mempromosikan Pulau Pangkor wajib dilakukan dengan lebih giat lagi. Kekuatan produk-produk pelancongan Pulau Pangkor iaitu dari hasil kraf tangan, produk makanan, budaya, keindahan pantai, tinggalan sejarah kepada pengangkutan unik van pink, tempat penginapan dan sukan air. Aktiviti promosi melibatkan acara-acara dan program di peringkat negeri hingga antarabangsa seperti festival...
Masuk perenggan yang terakihir.
Ok. Bagaimanapun, pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan masih memberi kesan kepada sesetengah pengusaha pelancongan serta peniaga kecil di Pangkor, Teluk Batik, Lumut dan Teluk Senangin. Apabila kita melihat banyak peniaga yang gulung tikar. Kebanyakan masih bergelut untuk pulih. Menerusi Belanjawan Perak 2024, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10 juta kepada Tourism Perak khusus untuk persiapan bagi Tahun Melawat Perak 2024 tidak lama lagi. Jadi bolehlah sekiranya sedikit daripada bajet itu diperuntukkan kepada program mempromosikan Lumut dan Pulau Pangkor.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong baik dan menyambut baik pembentangan Belanjawan Perak 2024 yang mengetengahkan nilai-nilai sejahtera rakyat dan sejahtera negeri dalam menentukan hala tuju Perak 2030. Penghargaan juga diberikan kepada penjawat awam negeri Perak kerana mereka adalah pihak yang memainkan peranan penting sebagai ejen transformasi paling hadapan yang menentukan kejayaan setiap dasar kerajaan untuk kepentingan rakyat. Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sesi perbahasan pada kali ini. Sekian terima kasih. Wassalam wbt.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pangkor. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam perpaduan, salam Perak Sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Ahli Dewan Negeri dari blok kerajaan dan blok pembangkang, para pegawai kerajaan, tuan-tuan, puan-puan serta para penonton di laman sosial. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak kerana telah berganding bahu di bawah payung Kerajaan Perpaduan dan juga telah mencipta rekod baru bagi Negeri Perak dengan pembentangan Belanjawan Negeri Perak yang tertinggi dalam sejarah. Syabas dan terbaik.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan hadirin sekalian, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada ke semua pegawai Kerajaan Negeri Perak yang telah mengorbankan pelbagai usaha dan khidmat dalam kerajaan yang terbina selepas PRU-15. Saya percaya tanpa kerjasama dan usaha yang diberi oleh kalian, kerajaan yang tersedia pada hari ini mungkin tidak dapat mencipta sejarah yang baru. Dengan pengumuman pemberian Bantuan Kewangan Khas kepada pegawai kerajaan Negeri Perak sebanyak dua bulan, saya menyambut pengumuman tersebut dengan positif dan ingin memesan agar kerjasama dan usaha tersebut dapat digandakan dan sekiranya ekonomi Negeri Perak terus bertambah baik, barangkali akan ada pengumuman yang lebih baik daripada dua bulan bonus. Di sini, saya ingin memberi kepastian kepada semua, sekiranya negeri Perak dapat melahirkan dasar yang semakin baik, maka di sinilah saya memberi komitmen sebagai Ahli Dewan Undangan Ahli Dewan Negeri Tronoh untuk menyokong sepenuhnya. Di samping itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Daerah Batu Gajah atas penerimaan pengiktirafan PBT terbaik kategori majlis daerah di peringkat kebangsaan pada tahun ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selepas tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di negeri Perak, saya sendiri telah melihat beberapa program dan dasar telah membawa negeri Perak ke satu arah yang lebih cerah. Walaupun perkara seterusnya yang ingin saya sampaikan mungkin akan menyinggung hati sesetengah pihak dan disambung dengan elemen yang positif. Saya ingin membangkitkan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh semua iaitu selepas penubuhan Kerajaan Perpaduan di mana ada sebahagian pegawai kerajaan berasa kurang selesa dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan tetapi sepanjang ulang tahun pertama Kerajaan Perpaduan, saya dapat merasa pegawai kerajaan semakin selesa dan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan semakin meningkat kerana masing-masing telah mendapat kepercayaan, komitmen serta keseriusan untuk mentadbir negeri yang tercinta kita iaitu Perak Darul Ridzuan dan membawa Perak Darul Ridzuan ke satu arah yang lebih membangun dan berdaya saing dengan sekiranya dibandingkan dengan negeri jiran seperti Pulau Pinang dan Selangor. Dengan itu, saya memperkukuhkan pendirian saya we are here to serve for our beloved state of Perak dengan izin.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, mengimbas kembali sepanjang tahun 2023 di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Saraani dan juga Ahli-ahli Exco kerajaan negeri, saya melihat beberapa dasar serta program yang begitu berjaya bagi pembangunan ekonomi negeri Perak. Antaranya adalah seperti, kelulusan Rang Undang-Undang Hotel Negeri Perak, Rang Undang-Undang Sumber Air Negeri Perak, Program Karnival Anak Muda dengan singkatannya KAMU dan banyak lagi. Dengan wujudnya kedua-dua enakmen tersebut, saya yakin kerajaan akan mempunyai maklumat yang lebih terperinci bagi membuat perancangan yang lebih baik demi pembangunan ekonomi negeri Perak. Program Karnival Anak Muda (KAMU), yang dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak pula merupakan salah satu program di peringkat negeri yang amat berjaya kerana ia memberi impak positif daripada pelbagai aspek kepada anak muda negeri Perak. Antara kejayaan program KAMU adalah ya dapat memberi platform kepada anak muda untuk memperkasakan bakat-bakat mereka, memudahkan pencarian peluang pekerjaan, serta menggerakkan persekitaran ekonomi. Di sini, saya ingin mengongsikan kejayaan itu dengan statistik yang saya perolehi dan bukan cakap kosong seperti sesetengah pihak yang seringkali mewarwarkan Kerajaan Negeri perak tidak stabil dan mengatakan Kerajaan Perpaduan akan tumbang tetapi sehingga hari ini masih kukuh dan stabil serta saya yakin sehingga penggal yang akan datang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di sinilah statistiknya yang menyokong kenyataan yang saya bangkitkan tadi. 120 orang ditawarkan kontrak pekerjaan semasa Hari Karnival Muda dan 740 orang diberi tawaran temuduga kedua oleh majikan. Selain itu, pergerakan ekonomi selama 3 hari dalam karnival tersebut telah mencecah 3.9 juta. Bayangkan 3.9 juta tersebut berserta dengan water ripple effect dengan izin daripada pengunjung, pengusaha, pembekal, pemborong dan seterusnya. Jangan kita sesekali memandang rendah terhadap repercussion effect dengan izin tersebut yang dapat meningkatkan hasil pelbagai peringkat. Inilah sebahagian kejayaan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak dalam pelaksanaan Belanjawan 2023.
Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, bagi Belanjawan 2024 saya menyambut dengan amat baik sekali kerana jumlah hasil dan pembangunan telah meningkat sebanyak RM158 juta iaitu 9.4% apabila dibandingkan dengan tahun 2023. Di samping itu, perbelanjaan pembangunan dapat dipertingkatkan sebanyak RM96 juta iaitu bersamaan dengan 24.3% kepada RM491 juta. Sekiranya kita membandingkan keseluruhan perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2023, perbelanjaan pembangunan hanya 33.2% dan perbelanjaan pengurusan adalah 66.8% bagi tahun 2024. Perbelanjaan pembangunan adalah 36.5% dan perbelanjaan mengurus adalah 63.5%. Dengan statistik tersebut ia menunjukkan satu sinaran positif bagi negeri Perak dan meyakinkan para pelabur ke dalam negeri kerana kadar peratusan perbelanjaan pembangunan telah meningkat dan kadar perbelanjaan mengurus telah menurun. Berkenaan dengan sektor pelaburan. Di sini, sekali lagi saya ingin mengongsikan kejayaan Kerajaan Negeri Perak menurut data yang diperolehi daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia iaitu MIDA pada Januari sehingga Jun 2023. Pelaburan yang diluluskan di negeri Perak mencatat peningkatan sebanyak 75% iaitu RM4.2 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022 iaitu RM2.4 bilion.
Tronoh, Tronoh. Saya celah sedikit. Setujukan Tronoh dengan saya sinaran mentari ini hak semua orang? Jadi sinaran daripada pelaburan yang disebut oleh Tronoh tadi tak sampai dibelah. Hanya empat daerah tu ja yang bersinar. Kami ni dah mendung, terima kasih.
Terima kasih kepada Alor Pongsu atas soalan yang disampaikan. Sebenarnya saya tidak setuju kerana dia ada limpahan kepada daerah-daerah yang lain. Sebagai maklumat kepada semua, pelaburan RM4.2 bilion ini merangkumi 192 projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak dan telah mewujudkan 1,246 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Jumlah pelaburan tersebut dikumpul daripada sektor perkhidmatan dengan nilai RM3.7 bilion, sektor pembuatan sebanyak RM485.5 juta dan sektor utama sebanyak RM12.05 juta. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2024, sebanyak RM120.2 juta akan diperuntukkan bagi menambahbaik prasarana dan penyampaian perkhidmatan pejabat daerah dan tanah. Saya memohon agar suatu peruntukan diberi kepada Pejabat Daerah dan Tanah, Batu Gajah di bawah daerah Kinta untuk mengadakan laluan drive-thru bagi memudahkan pembayaran cukai dan sebagainya oleh warga DUN Tronoh.
Selain itu, peruntukan sebanyak RM20.3 juta juga diperuntukan di bawah belanja pembangunan. Maka, saya ingin memohon agar parit tanah di belakang Sekolah Agama Rakyat Al-Hikmah, Kampung Piandang Siputeh dapat dinaik taraf kerana seringkali parit tersebut telah menyebabkan air tidak dapat mengalir daripada sekolah dan takungan air tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk. Selain itu, saya turut ingin memohon jasa baik agar jalan-jalan yang rosak dan kasar di Kampung Pusing serta Kampung Pinang turut diturap semula. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada peruntukan sebanyak RM520,000 untuk penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan serta bangunan milik PBT, Plaza Batu Gajah yang dimiliki oleh Majlis Daerah Batu Gajah perlu dinaik taraf dengan kerja-kerja mengecat semula, memperbaiki palung air yang telah rosak sekian lama dan menaik taraf lantai laluan masuk Plaza Batu Gajah yang telah pecah. Memasang laluan exhaust duct dengan izin yang baru kerana sering menerima aduan daripada penjaja mengatakan sisa-sisa minyak tersebut menitis ke lantai gerai penjaja serta menaik taraf tandas tersebut kepada tandas yang bertaraf BMW, bersih, mewah dan wangi. Tujuan penaik tarafan semua, tujuan penaik tarafan kesemua yang saya bangkitkan tadi adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong singgah di Plaza Batu Gajah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selain itu saya mewakili masyarakat Pekan Batu Gajah turut ingin memohon agar bahagian kerajaan tempatan meluluskan suatu peruntukan daripada peruntukan RM4 juta untuk projek pembangunan PBT bagi menaik taraf perparitan di Pekan Batu Gajah terutamanya di kawasan berdekatan Jalan Kelab dan juga berdekatan dengan Tokong Sam Wong Kong yang seringkali berlakunya banjir kilat. Selain itu, dengan peruntukan sebanyak 5 juta kepada JKR Negeri Perak, saya mencadangkan agar jalan yang kasar dan longkang yang kecil seringkali menyebabkan banjir kilat di hadapan Balai Polis Pekan Pusing iaitu jalan negeri bernombor A15 dinaik taraf pada tahun yang akan datang. Selain itu, bagi jalan A15 terdapat keperluan untuk penambahan lampu solar kerana kawasan tersebut dengan koordinat 4.4937324, 101.0157458 di kawasan tersebut adalah amat gelap.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya telah membaca satu paparan yang diterbitkan oleh Stratcomm Perak yang bertajuk "Lima Harapan Rakyat Negeri Perak Terhadap Belanjawan 2024 Negeri Perak". Saya amat tertarik dengan paparan tersebut yang mempamerkan perumahan kos rendah untuk generasi muda. Saya amat tertarik dengan paparan tersebut yang berada di ranking nombor satu iaitu perumahan kos rendah untuk generasi muda. Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang muda ingin menyampaikan bahawa sebenarnya permintaan perumahan kos rendah untuk generasi muda dapat kita tunaikan sekiranya kita mengguna pakai strategi yang betul. Apabila kos pembinaan rumah adalah mahal, maka penjualan rumah turut akan menjadi mahal. Dengan itu, sekiranya kita dapat mengurangkan kos pembinaan rumah, maka pemaju boleh menjual dengan harga yang lebih berkemampuan. Ini adalah salah satu fakta yang tidak dapat kita nafikan. Jadi, persoalannya adalah bagaimana kita dapat mengurangkan kos pembinaan rumah? Salah satu jawapan adalah sebagai pihak pemaju dapat memperolehi tanah pembinaan rumah dengan kos yang lebih rendah.
Oleh itu, cadangan pertama saya adalah Kerajaan Negeri menyediakan tanah kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan rumah dan saya percaya dengan suntikan dana pembangunan Kerajaan Persekutuan akan dapat merendahkan kos pembinaan rumah yang perlu dibiayai oleh pemaju. Maka harga jualan akan menjadi lebih murah. Cadangan kedua adalah Kerajaan Negeri dan GLC menyediakan tanah kepada pemaju seperti tanah yang berada di kawasan bandar dikhaskan untuk pembinaan jenis rumah bertingkat yang bertingkat daripada 5 tingkat sehingga 25 tingkat dan kawasan pinggir bandar atau luar bandar dikhaskan pembinaan jenis rumah teres. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin membangkitkan satu perkara di mana sebenarnya Rancangan Perumahan Tersusun Negeri Perak mendatangkan banyak masalah kepada kerajaan. Antara masalah yang dihadapi oleh peserta RPT tidak mempunyai modal untuk pembinaan rumah di atas tanah yang diperolehi dan masalah yang kedua adalah penyediaan infrastruktur asas tidak dapat disempurnakan oleh pemaju dan sebagainya. Dengan itu, saya ingin mencadangkan agar dasar RPT Negeri Perak perlu diperhalusi semula dengan secepat yang mungkin demi mengelakkan masalah RPT menjadi lebih serius pada masa yang akan datang. Dengan itu, saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong sepenuhnya Belanjawan 2024 iaitu Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tronoh. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. Wassalatu Wassalamu Ala Asrofil Anbiya-i Wal Mursalin Wa'ala A'lihi Washahbihi A'jmain. Asyhadu Alla Ilahaillallah, Waasyhadu Anna Muhammadar Abduhu Warasuluh, Allahumma Salli A'la Muhammad Waa'la Ali Muhammad. Rabbish Rahli Sadri Wayassirli Amri Wahlul Uqdatan Min Lisani Yafkahu Kauli. Wallallahu Ta'ala Fi Al-Quran Al-'Azim. A'udzubillah Minash Shaitonirrajim. Waiz Ta'azzana Rabbukum Lain Syakartum Laazidannakum Wallain Kafartum Inna A'zabi La Syadid. Sadaqahllahu al-'Azim. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya "Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya, dia akan bersyukur nescaya akan Aku tambah akan nikmat-nikmatKu kepadamu. Dan sekiranya kamu ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Barisan EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri, petugas-petugas media dan sidang hadirin dalam Dewan dan di atas talian yang dihormati sekalian.
Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan, Pasir Panjang ingin mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-lah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Baginda pada 3 November 2023 yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Seterusnya Pasir Panjang merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT dan merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2024 bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera yang telah dibentangkan pada 1 Disember yang lalu. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentang Belanjawan 2024 berjumlah RM1.35 bilion menjadikan dia belanjawan terbesar yang pernah dibentangkan selama ini. Juga ucapan tahniah dipanjangkan kepada seluruh anggota jentera kerajaan di atas kejayaan menutup Belanjawan 2022 pada kedudukan surplus sebanyak RM29.6 juta walaupun berkeadaan defisit di peringkat persediaannya. Kalian memang layak untuk menerima ganjaran bonus dua (2) bulan gaji seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak baru ini. You all deserve it.
Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan belanjawan yang dibentangkan, Pasir Panjang ingin berkongsi beberapa cadangan konstruktif mengenai perancangan pembangunan infrastruktur negeri Perak yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kekuatan serta kestabilan sesebuah negeri. Berkaitan pelaksanaan Rumahku Perak Prihatin dengan peruntukan bajet RM6 juta pada tahun 2024 amatlah diharapkan lebih ramai rakyat terutama golongan B40 dapat memiliki rumah sendiri Insya Allah. Apa yang berlaku pada masa-masa yang lalu kita harap tidak berlaku lagi. Akhir ini ingin melihat perkara-perkara seperti berikut berlaku.
Yang pertamanya ketika proses pembinaan rumah-rumah yang pada mulanya dijanjikan kepada kos rendah, dinaikkan taraf kepada kos sederhana di peringkat pembinaan menyebabkan golongan sasar hilang kelayakan membeli rumah yang dibina. Ini berlaku di Perumahan Perakku Batu 10. Urusan pembelian dan pembiayaan yang pada asalnya diuruskan oleh Kerajaan Negeri diserahkan pada institusi kewangan yang menggunakan syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh pemohon. Ini berlaku di Perumahan Perakku Batu 14. Perkara yang ketiga yang kita tidak ingin melihat ialah kelewatan pihak kerajaan memuktamadkan pemilik menyebabkan rumah yang siap dibina tidak diduduki pada tempoh yang lama. Ada yang tiga (3) tahun, ada yang empat (4) tahun, siap dibina tetapi tidak dapat diduduki. Ini juga berlaku di perumahan Perakku Batu 14.
Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya sepanjang menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri yang mengadakan peruntukan khas sebanyak RM15 juta untuk tujuan baik pulih dan bina baru masjid dan surau. Peruntukan ini diyakini dapat membiayai pembinaan masjid dan surau di kawasan-kawasan perumahan baru terutamanya. Yang tiada masjid, yang belum ada lagi masjid, yang belum ada surau dan juga digunakan untuk membaiki dan menaik taraf bangunan masjid dan surau yang usang di kawasan-kawasan kampung terutamanya. Terdapat masjid yang bila hari hujan saja mereka meletakkan timba, meletakkan baldi, menadah air. Jadi masjid-masjid seperti ini perlu dipantau dan diberi bantuan untuk dinaik taraf kedudukannya. Kemudian di dalam kawasan masjid, biasanya akan ada Sekolah-Sekolah Agama Rakyat. Jadi, Pasir Panjang juga ingin mencadangkan agar kerajaan memberi perhatian kepada Sekolah-Sekolah Agama Rakyat yang berada di tanah masjid atau tanah surau yang bukan saja daif dari segi fizikalnya tetapi juga kekurangan fasiliti pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan peruntukan RM15 juta yang diberikan untuk tujuan baik pulih masjid dan bina baru surau ini, dapat ditempiaskan sedikit kepada bangunan-bangunan Sekolah Agama Rakyat yang berada di dalam kawasan masjid. Baru-baru ini seorang guru besar, dia berjumpa saya minta “YB, tolong datang tengok wiring di sekolah saya. Sangat bahaya. YB minta tolong cepatkan, segerakan." Tapi YB pun sudah habis peruntukan. Sekiranya YB dapat peruntukan pada tahun yang akan datang, Insya Allah itu merupakan a priority utama yang akan diberikan. Itu satu saja dan banyak lagi, banyak lagi permintaan-permintaan untuk kita baik pulih, naik taraf Sekolah-Sekolah Agama Rakyat yang berada dalam kawasan masjid dan surau.
Timbalan Yang di-Pertua, pastinya saya yakin semua pihak menyambut baik peruntukan RM3 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan elektrik untuk lampu isyarat di jalan-jalan Negeri Perak ini. Selain lampu isyarat, memang kita akui banyak lampu-lampu isyarat tidak berfungsi. Bila dibuat aduan, dia sampaikan aduan, jawapan yang diberikan oleh JKR umpamanya, tidak ada peruntukan. Diharapkan dengan peruntukan yang diberikan ini, maka dapatlah dibaiki, diganti lampu-lampu isyarat di jalan-jalan Negeri Perak yang biasanya dengan ketiadaan mereka akan membawa kepada kemalangan di jalan raya tersebut. Selain lampu isyarat, penyelenggaraan lampu jalan juga perlu diberi perhatian di laluan-laluan yang sering berlaku kemalangan. Pemantauan secara berkala perlu dilakukan. Sekitar Jalan Lekir, Batu 14 Lekir ke Sitiawan, setiap hari ada yang membuat aduan, “lampu sudah mati YB, gelap sangat, tak berani nak lalu, kereta pula laju dan sebagainya”. Inilah aduan-aduan yang kita seringkali dapat dan kita harapkan peruntukan ini dapat diagihkan ke sana juga, ke jalan-jalan di kawasan Lekir untuk keselamatan mereka, Insya Allah dan kemudian penyelenggaraan garisan di jalan-jalan raya negeri juga perlu diberi perhatian serius.
Antara faktor penyebab kemalangan adalah keadaan garisan yang sudah pudar dan padam. Tidak ada panduan apatah lagi, sekiranya berlaku waktu hujan, kita tak tahu ke mana nak pergi dan berlaku kemalangan. Sekiranya bersesuaian, Pasir Panjang ingin mencadangkan penggunaan garisan glow in the dark bagi menggantikan garisan cat sedia pakai seperti yang dipraktikkan oleh JKR Negeri Kedah. Baru-baru ini saya terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa di negeri Kedah merupakan ada jalan yang terpanjang dan garisan yang menggunakan konsep glow in the dark ini. Saya harap di Perak pun dengan peruntukan yang ada ini dapat juga menggunakan kaedah ini selain daripada kaedah mengecat jalan dan membuat garisan menggunakan cat yang biasanya tidak lama setahun dua tahun sudah pudar, padam dan sebagainya. Langkah kerajaan menggantikan lampu sedia ada dengan lampu solar dengan peruntukan RM2.5 juta sangat dialu-alukan. Ini pun menjadi aduan setiap hari. Apatah lagi kalau kita masuk di kawasan-kawasan kampung. “YB, gelap. YB, mintak dipasang lampu” dan kalaulah kita dapat menggunakan peruntukan ini, Insya Allah kawasan-kawasan kampung yang bahaya dapat diterangi demi keselamatan penduduk. Kita harap dapat disegerakan dengan memberi keutamaan kepada laluan-laluan yang berisiko tinggi kemalangan dan diperluaskan ke semua daerah. Insya Allah.
Timbalan Yang di-Pertua, Pasir Panjang juga menyambut baik komitmen kerajaan memperuntukkan RM2 juta untuk diteruskan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera. Dalam memastikan penggunaan pengangkutan awam secara optimum, salah satu daerah yang mendapat perkhidmatan ini ialah Daerah Manjung. Terima kasih Kerajaan Negeri Perak. Walau bagaimanapun, pemerhatian rambang mendapati, amat jarang sekali Bas Perak Sejahtera ini dipenuhi atau separuh penuh dengan penumpang. Ada seorang kawan saya, dia berhenti daripada menjadi pemandu Bas Perak Sejahtera. Bila tanya, sebab apa dia berhenti? Dia kata sebab dia terlalu jemu membawa bas tersebut kerana yang dibawa bukan manusia, tetapi bangku-bangku ataupun kerusi di atas bas sahaja. Ini pengakuan daripada dia. Maknanya ada perkara yang tidak kena. Ada sesuatu yang perlu kita lihat semula untuk memastikan bahawa perkhidmatan itu berkesan. Perkhidmatan itu menepati kehendak rakyat. Perkhidmatan itu untuk rakyat tetapi mereka tidak menggunakan ataupun tidak dapat menggunakan. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti kesesuaian jadual. Mungkin jadual tidak sesuai. Laluan-laluan dan destinasi bas tidak sesuai. Ada kekerapan perjalanan dan mungkin juga fizikal bas dan sebagainya. Jadi Pasir Panjang minta supaya pemantauan dibuat dari masa ke masa untuk memastikan penggunaan perkhidmatan ini ditingkatkan, dioptimumkan, mendapat manfaat yang sebenarnya kepada rakyat di bawah sana.
Selain itu juga, Pasir Panjang juga berharap pihak kerajaan tidak terlepas pandang golongan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang besar jasa mereka kepada masyarakat. Justeru itu dicadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan insentif yang dapat membantu meringankan kos operasi pengusaha-pengusaha bas yang bergelut dengan isu kenaikan harga diesel dan petrol bagi mengelakkan mereka daripada gulung tikar. Whatsapp kita, hantar mesej pada kita, “Tolong YB, mintak insentif daripada kerajan untuk membantu kami pengusaha-pengusaha bas sekolah di negeri ini”.
Tuan Yang di-Pertua, memandang jauh ke hadapan, Pasir Panjang ingin membuat satu cadangan dan Insya Allah akan memberi impak positif pembangunan dan mobility di negeri ini iaitu dicadangkan untuk dibina landasan keretapi yang menghubungkan Bandaraya Ipoh dan Lumut. Landasan ini Insya Allah sekiranya dapat dibina ia bukan sahaja merupakan projek infrastruktur tetapi juga langkah strategik dalam mempercepatkan pembangunan ekonomi, meningkatkan accessibility dan merangsang pertumbuhan di kawasan-kawasan sekitar. Paling kurangnya dapat direlasikan, perkara-perkara berikut dijangka akan berlaku. Peningkatan mobility antara penduduk di Lumut dan juga di Bandaraya Ipoh. Sekarang pun sudah ramai mereka yang bekerja di Ipoh tetapi tinggal di Lumut tapi mereka terpaksa berharapan dengan kesesakan yang semakin meningkat. Diharapkan bila ada landasan kereta api ini, maka Insya Allah kesesakan itu dapat diatasi. Peningkatan sektor pelancongan, kita tahu bahawa Lumut, daerah-daerah Manjung, Lumut kita ada Pulau Pangkor, kita ada Telok Senangin, Telok Batik yang pasti akan menjadi tumpuan pelancong. Sekiranya dengan adanya kemudahan ini, maka kita jangka pelancong akan meningkat dengan mendadak di kawasan tersebut dan kemudian, peningkatan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi juga dijangka akan berlaku.
Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin membawa permohonan dan harapan warga Pasir Panjang untuk perhatian dan tindakan Kerajaan Negeri. Berbalik kepada perumahan Perakku Batu 14 dan Batu 10. Bila Pasir Panjang turun Batu 14, itulah soalannya, bila akan diisi rumah perumahan Perakku Batu 14 ni? Sudah 3 tahun lebih tidak diduduki. Apakah masalahnya? Pada kita harap. Dia kata YB dah setahun dah. Dah setahun bersama-sama dengan kami. Belum dapat menyelesaikan masalah ini lagi. Begitu juga dengan perumahan Perakku Batu 10, ramai yang bertanya kenapa dihentikan sementara pembinaannya. Ada yang menyatakan bahawa dinaikkan tarafnya menjadi kos sederhana. Tidak melayakkan golongan B40 dan akan diganti tapak yang lain, lokasi yang lain. Bilakah akan diganti? Karena ramai, hampir setiap hari mereka datang untuk bertanyakan rumah untuk mereka duduki. Ketiga yang mereka kirimkan kepada saya adalah pembaikan jalanraya bermula batu 6 hingga batu 14 Lekir. Walaupun turapan telah berlaku beberapa tahun yang lepas, beberapa bulan yang lepas tetapi turapan itu berbentuk sekerat-sekerat. 500 meter berhenti dan kemudian buat 500 meter berhenti dan kita harap dengan peruntukan yang ada pada-pada kali ini, maka dapatlah jalan itu diturap dengan sempurna dan kemudian, mereka minta pembinaan penghadang kelajuan di kawasan-kawasan yang sesak. Terutama kawasan-kawasan yang ada sekolah di situ. Kenderaan laju, jalan tidak tidak elok dan mereka harap, mereka harap kita dapat, Kerajaan dapat membina penghadang kelajuan di kawasan tersebut.
Pembaikan juga lampu jalan di laluan yang sama. Jalan itu gelap, jalan itu perlu diterangkan. Dan yang seterusnya adalah arahan dan tindakan ke atas pemilik tanah kampung tersusun yang tidak dibina rumah dan dipenuhi semak samun. Khususnya disebut disini di batu 7 dan batu 11 Lekir. Ada pemilik, tapi tidak dibina rumah. Dan bila tidak dibina rumah, akan berlaku semak samun. Dan mereka sudah nampak macam-macam binatang liar. Binatang-binatang yang berbisa dalam kawasan tersebut. Jadi mereka minta diperturunkan satu arahan dan diambilkan tindakan supaya keselamatan penduduk di sana terjamin Insya Allah. Kemudian mereka minta lampu isyarat dipersimpangan masuk, persimpangan masuk Kampung Sungai Tiram Lekir. Di situ kawasan itu memang satu kawasan yang sesak dengan dengan kenderaan lalu lintas. Jadi itulah antara yang diminta kepada kita kepada Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan. Timbalan Yang di-Pertua, berbalik kepada Belanjawan, Pasir Panjang yakin Belanjawan ini membuat semua lapisan rakyat tersenyum lebar. Tersenyum lebar. Kecuali kami di blok pembangkang. Semasa pembentangan, Yang Amat Berhormat MB, semasa pembentangan Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan jelas membaca penyataan berikut, Ahli-ahli Dewan Negeri memainkan peranan penting bagi menyantuni kemaslahatan rakyat. Oleh itu, Kerajaan Negeri meneruskan peruntukan kepada 59 Ahli Dewan Negeri dan Yang di-Pertua Dewan Negeri pada kadar RM0.3 juta setahun. Bagi pelaksanaan projek infrastruktur kecil, program dan bekalan. Tambahan daripada itu, RM0.04 juga disediakan bagi 4 program perayaan utama. Implikasi kewangan bagi tujuan tersebut berjumlah RM20.4 juta. Tapi pada hari ini, apabila dibaca, kita sedang menanti. Ayat-ayat seumpama ini keluar tetapi tidak keluar sehingga tamat pembentangan oleh Menteri Besar. Jadi tidak jelas. Tidak jelas. Kita akan dapat peruntukan, rakyat akan...
Dua minit lagi. Sila masuk perenggan terakhir.
Menjelaskan.Yang tidak jelas ini. Dulu kalau saya, dulu kalau saya, saya periksa thesis, ayat-ayat macam ini kita tulis unclear, clarify. Jadi kita minta, Menteri Besar, clarify apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan peruntukan kepada 59 DUN di negeri Perak ini dan saya menyokong hasrat rakan-rakan sebelum ini supaya peruntukan ini diberi terus kepada Ahli Dewan Negeri seperti mana yang dilakukan pada tahun yang lepas. Tak ada apa-apa masalahnya. Tidak ada masalah. Tidak ada penyelewengan sedikit pun dan kita pun tidak boleh menyeleweng. Sebab semuanya kita kena melalui proses-proses yang begitu baik. Jadi kita harap dapatnya. Andai katalah, andai katalah, Menteri Besar terasa hati, terguris hati disebabkan oleh beberapa orang Ahli Dewan Negeri yang menampal muka mereka pada kotak-kotak makanan itu, saya bagi pihak semua, mohon maaf tetapi kalau tindakan terus diambil, ini agak-agak keterlaluan. Sebab apa? Sebab kalaulah kita lupa, lambat menghantar tuntutan perjalanan, diingatkan kita beberapa kali, beri peringatan. Peringatan pertama, peringatan kedua. Jadi kalau ini kesilapan seumpama ini berlaku pada kami-kami yang menampalkan muka Ahli Dewan Negeri dengan bertujuan untuk mereka tahu di mana nak dapatkan bantuan tersebut. Itulah yang kita maksudkan. Bukan kita nak mempengaruhi orang supaya menyokong kita. Kerana kemenangan, pengaruh ini diberi oleh Allah kepada kita. Bukan kita cari. Carilah banyak mana pun. Kalau tidak diredhai oleh Allah, maka kita tidak akan dapat. Jadi, kalaulah itu menyebabkan yang membuat MB kurang senang, maka saya bagi pihak seluruh…
Masa sudah tamat. Masa sudah tamat.
Menyokong penuh Belanjawan 2024 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 1 Disember yang lalu. Terima kasih Timabaln Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat dari Pasir Panjang. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asyrafilanbiya Iwal Mursalin Waala Alihi Waashabihi Ajmain. Rabbishrahli sadri wa yassir li amri wahlul 'uqdatam min lisaani, yafqahu qauli. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri Perak dan Persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak muda yang sedang mengikuti persidangan dalam Dewan secara talian. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih pada seluruh penduduk Dun Changkat Jong kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada saya sepanjang tempoh setahun menjalankan tugas sebagai wakil Rrkyat. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh agensi-agensi Kerajaan seperti Pejabat Daerah Hilir Perak, Majlis Perbandaran Teluk Intan, JPS, JKR, PDRM, Bomba, APM, JKM yang telah sentiasa prihatin dengan setiap aduan yang diajukan untuk diambil tindakan.
Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam menyegerakan perpindahan 16 keluarga dari Lorong Mesra ke PPR Kuarters JKR Jalan Laksamana pada bulan Oktober 2023 yang mana isu perpindahan ini telah saya bangkitkan dalam sidang Dun 20 Disember 2022. Terima kasih juga kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2024 yang telah dibentangkan pada hari Jumaat 1 Disember 2023. Di kesempatan ini, saya mewakili warga penduduk Dun Changkat Jong, patik dengan penuh hormat dan takzim, merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Syah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Syah Al-Maghfurlah, sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Baginda pada 4 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus menaungi negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.
Timbalan Yang di-Pertua, sebagai peringatan kepada diri saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Firman Allah SWT surah Al-Imran ayat 104 (bacaan Al-Quran) yang bermaksud “dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah yang buruk atau yang keji dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. Bersandarkan Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan, fokus 1 Kesejahteraan Rakyat, perenggan 36, 37 dan 38, banyak insentif-insentif tambahan telah diberikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup masa kini bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300.00 dinaikkan kepada RM400.00 manakala pendapatan garis kemiskinan fizikal dinaikkan daripada 1169 kepada 1168. Walaubagaimanapun, dengan peningkatan kos sara hidup hari ini, saya menyarankan agar bantuan ini dapat dinilai semula agar dapat dinaikkan kepada RM500.00 agar golongan penerima ini boleh meneruskan kehidupan mereka dengan mampu sara.
Keduanya, mohon Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat mempertimbangkan permohonan golongan warga emas 60 tahun ke atas yang tidak bekerja, tinggal di rumah sewa tetapi dia duduk dengan anak bujang yang bekerja dengan pendapatan RM1500.00 yang sebelum ini tidak layak, saya harap dapat pertimbangan untuk mereka ini diberi bantuan. Merujuk kepada perenggan 50 Kesejahteraan Rakyat, RM4.1 juta diperuntukkan bagi program serta aktiviti yang melibatkan 828 buah kampung tradisional. Bagi mencapai keseimbangan kesejahteraan dalam menuju Perak Sejahtera 2030, pembangunan kemudahan awam di kampung-kampung tradisional perlu dipertingkatkan. Ada beberapa lagi kampung di kawasan Dun Changkat Jong yang masih belum disediakan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, taman permainan kanak-kanak dan padang bola ataupun futsal. Seperti di kampung saya sendiri, di Kampung Selabak, kampung yang telah berusia lebih 80 tahun yang mempunyai bilangan penduduk lebih daripada 3,000 orang hingga kini masih tidak mempunyai kemudahan awam yang lengkap seperti dewan orang ramai, taman permainan kanak-kanak dan padang bola sepak. Ada binaan dewan komuniti berkapasiti 100 orang tetapi telah dibina di atas tanah milik persendirian. Oleh demikian, saya mohon Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Hilir Perak agar dapat mewartakan Tanah Lot No. 7935 seluas 9 ekar milik Kerajaan Negeri yang terletak di tepi jalan utama Kampung Selabak diwartakan sebagai tanah rekreasi untuk dibangunkan kemudahan-kemudahan awam bagi kegunaan penduduk Kampung Selabak.
Dato’ Yang di-Pertua melalui perenggan 59 Kesejahteraan Rakyat, Program Pinjaman Tabung Keusahawanan melalui dana pusingan perlu diperluaskan bagi menampung kos sara hidup masa kini, ramai di kalangan suri-suri rumah telah menceburkan diri dalam perniagaan makanan secara kecil-kecilan dan mereka ini memerlukan modal tunai untuk memulakan perniagaan seperti bayaran deposit sewa kedai, pembelian peralatan memasak dan keperluan-keperluan lain. Sehubungan dengan itu, bagi penambahbaikan dalam membantu peniaga-peniaga kecil ini, kerajaan negeri perlu mewujudkan tabung modal pusingan peniaga-peniaga kecil tanpa faedah dengan mekanisma kelulusan dalam tempoh 3 hari, maksimum pinjaman RM3000.00 dan bayaran balik secara ansuran selama 12 bulan. Penambahbaikan ini perlu dilaksanakan bagi mengelakkan mereka ini membuat pinjaman mudah daripada individu-individu atau pun yang kita kenali pada hari ini iaitu along yang menawarkan pinjaman segera dan mengenakan faedah yang membebankan mereka kemudian hari dan kejadian ini telah pun berlaku di kawasan saya sendiri.
Dato Yang di-Pertua melalui Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM393 juta bagi menjayakan fokus ini. Di kesempatan ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memperuntukkan khusus RM12 juta untuk kawasan Dun Changkat Jong iaitu RM8 juta bagi projek pembina jambatan baharu dari Kampung Bahagia ke Bandar Teluk intan. Projek ini merupakan jalan alternatif bagi lebih 8,000 orang penduduk Kampung Bahagia ke Bandar Teluk Intan. Manakala RM4 juta bagi melebarkan persimpangan Jalan Kampung Banjar-Selabak dan Jalan Kampung
Banjar-Padang Tembak. Saya mengharapkan agar kedua-dua projek ini dapat dilaksanakan pada tahun harapan dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Dato’ Yang di-Pertua, Fokus kelima, keterjaminan bekalan makanan pelbagai usaha dalam keterjaminan bekalan makanan yang telah dibentangkan dan ianya hendaklah diperluaskan termasuk keterjaminan harga bekalan makanan. Dalam bulan September 2023 baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan kenaikan mendadak harga beras import daripada RM13.00 bagi kampit 5kg kepada RM21.00. Manakala beras tempatan dengan harga kawalan RM2.60 sekilo tidak ada dalam pasaran. Tinjauan saya semalam juga di beberapa kedai runcit di kawasan Changkat Jong ada memalukan beras tempatan ada pada masa ini tapi amat terhad. Mereka hanya membekalkan seminggu sekali kepada kedai-kedai peruncit menyebabkan para pembeli tidak dapat menikmati beras tempatan dengan harga kawalan RM2.60 ini. Oleh yang demikian, untuk memastikan keterjaminan harga bekalan makanan ini terlaksana Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat perlu merangka dengan mewujudkan syarikat GLC yang berperanan untuk mengimport barang makanan mentah dan dijual kepada seluruh rakyat dengan kadar keuntungan yang minima. Dengan kaedah ini, ketirisan subsidi boleh dielakkan dan rakyat dapat menikmati keterjaminan bekalan makanan dengan harga yang berpatutan.
Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup untuk mencapai Perak Sejahtera 2030, selain daripada pembangunan infrastruktur dan juga keceriaan kawasan, Kerajaan Negeri perlu berusaha untuk memastikan rakyat di negeri ini mempunyai pendapatan yang mencukupi bagi menyara kehidupan mereka melalui pertambahan peluang-peluang pekerjaan teknikal dan bukan teknikal. Peluang-peluang perniagaan dalam negeri dan luar negara memperbanyakkan perusahaan yang berorientasikan eksport dan peluang pembelajaran yang berterusan bagi memenuhi peluang pekerjaan di pasaran.
Hidup resah kematu tangan, Harap ehsan mimpinya ngeri, Rakyat susah jangan diabai, Bantuan dipohon kerajaan negeri.
Changkat Jong mohon menyokong, sekian Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih Yang Berhormat daripada Changkat Jong Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang berturut-turut kepada saya untuk turut sama membahas Belanjawan Negeri Perak Tahun 2024. Yang Berhormat Kota Tampan, barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan, para pemerhati sama ada di dalam ataupun di luar Dewan, ataupun yang mengikuti secara maya, terutama pengundi-pengundi saya, ataupun penduduk di Dun Pengkalan Baharu. Terlebih dulu saya ingin melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia dan keizanannya yang membolehkan saya berada di Dewan yang mulia ini untuk turut sama membahas Belanjawan Negeri Perak tahun 2024. Tahniah saya ucapkan kepada Kota Tampan, yang telah membentang Belanjawan Negeri Perak pada hari
Jumaat yang lepas dan tahniah juga kepada semua penjawat awam yang telah diberi dua bulan bonus sebagai menghargai sumbangan mereka dalam kesejahteraan negeri Perak. Dalam kita merasa gembira, saya juga tersentuh bila mendengar pembentangan yang telah dilakukan oleh Kota Tampan dalam nada yang sebak mengenangkan terdapat juga seorang insan yang kurang bernasib baik yang ada di dalam negeri kita, saya juga merasa sama sebagaimana yang telah dirasai oleh Kota Tampan.
Apabila di kawasan saya ketika Program Kedai Bergerak yang diadakan ada juga yang mesej ke saya bertanyakan berkaitan dengan resit belian melebihi RM25 kerana pembelian melebihi RM25 membolehkan kita membeli seekor ayam dengan harga yang rendah jadi ini menunjukkan bahawa ketidakmampuan penduduk masih ada yang hendakkan resit bukti belian untuk membolehkan beliau dapatkan seekor ayam dengan harga RM6 seekor. Pada kesempatan ini saya ingin menyentuh beberapa perkara yang berpaksi kepada tiga keutamaan iaitu pertama, paling pentingnya kesejahteraan rakyat diperjuangkan. Kedua, perihal kemampuan kewangan negeri untuk merealisasikan program mengisi inspirasi rakyat dan kepentingan negeri. Ketiga, cabaran dan kekangan yang perlu dihadapi dan diatasi bagi menjayakan Belanjawan 2024. Setiap insan yang bergelar pemimpin tidak boleh lari dari tanggungjawab memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Cuma dan kaedah cara dan kaedahnya mungkin berbeza. Bagi Kerajaan Negeri Perak yang sealiran dengan Kerajaan Perpaduan Madani di peringkat persekutuan, beban tugas memperjuangkan nasib rakyat dipikul bersama. Inilah hikmah yang sepatutnya dipelihara dan dimanfaatkan demi rakyat berteduh di bawah payung yang sama banyak manfaatnya.
Berlandaskan prinsip tersebut, apa yang berlaku di peringkat persekutuan menjadi cerminan dan bayangan apa yang berlaku di peringkat negeri. Kebetulan di bawah kerajaan yang sama memang begitulah ciri dan sifatnya. Sehubungan dengan itu, berita gembira yang harus kita kongsi ialah beberapa kecapaian di peringkat persekutuan yang dijangka akan memberi limpahan langsung atau tidak langsung ke negeri Perak. Ini termasuk peningkatan keluaran dalam negara kasar bagi tempoh suku ketiga tahun 2023 pada kadar 3.9%. Kadar pengangguran berkurangan kepada 3.4% pada suku ketiga 2023. Kadar inflasi menyederhana pada 2% pada suku ketiga tahun 2023 berbanding 2.8% pada suku pertama 2023. Permintaan domestik melonjak sebanyak 4.8% pada suku ketiga 2023 sebagai cerminan daya beli rakyat yang meningkat. Sehingga 31 Oktober 2023 yang lalu, seramai 427,652 ketua isi rumah direkodkan dalam sistem e-kasih dengan pecahan miskin tegar sebanyak 102,888 ketua isi rumah. Manakala kategori miskin 324,764 ketua isi rumah. Angka-angka tersebut telah menurun 38.8% dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2023. Itu di antara berita gembira yang dekat di hati rakyat kerana memberi bayangan positif yang kelak boleh diterjemahkan kepada kelangsungan hidup yang lebih sempurna. Sebagai imbasan balik kepada senario positif itu, negeri Perak yang mempunyai rangkaian success story dengan izin seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2024 pada 1 Disember yang lalu. Saya percaya angka tersebut masih segar dalam ingatan kita semua. Bagi meneruskan prestasi dan pencapaian yang memberansangkan itu, Belanjawan Negeri Perak 2024 menyediakan pelbagai peruntukan berjumlah RM1.35 bilion. Merangkumi perbelanjaan mengurus, merangkumi perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta atau 36.5% dan belanja mengurus RM856 juta atau 63.5 %.
Melihat kepada dua komponen pecahan belanjawan tersebut iaitu belanjawan pembangunan 36.5 % dan belanja mengurus sebanyak 63.5% kita terdorong untuk mengharapkan belanja pembangunan sepatutnya ditambah supaya kerancakan pembangunan negeri Perak lebih rancak dipertingkatkan. Namun itulah realiti yang perlu kita terima atas sebab keterbatasan sumber hasil, manakala belanja mengurus sentiasa meningkat sepanjang saban tahun. Malah itulah cabaran dan kekangan yang perlu kita hadapi dan atasi bersama. Pada khidmat saya, apa yang lebih penting adalah soal bagaimana kita mengurus belanjawan tersebut supaya ia boleh mengoptimumkan kecapaian matlamat. Selain dari itu, ialah persoalan sama ada peruntukan yang sediakan itu benar-benar dibelanjakan dalam sektor yang betul dan bersasar.
Bertolak dari penyataan tersebut, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang dekat di hati saya dan mungkin juga dekat di hati rakyat di kawasan saya iaitu di Dun kawasan Pengkalan Baharu. Saya mulakan dengan isu berkaitan dengan peruntukan yang telah diperuntukkan dalam program Rumah Perakku sebanyak 6 juta dan saya fokuskan pada program kolaborasi antara SPMB dan Yayasan Perak. Harapan saya agar kelulusan untuk pembinaan rumah-rumah tersebut diberikan secara adil dan saksama. Saya tidak mahu lagi apa yang berlaku di kawasan saya ada sebidang tanah yang dicagarkan, didirikan lebih daripada satu buah rumah. Ada yang menjadi macam taman kecil di dalam satu kawasan di dalam satu bidang tanah. Ini menunjukkan seolah-olah ketidakadilan kelulusan diberikan kepada pemohon. Malahan ramai lagi yang memohon yang menunggu kelulusan. Jadi pada hemat saya, perkara ini perlu diperhalusi agar kelulusan dapat dirasai secara saksama oleh lain-lain pemohon. Perkara yang kedua saya suka mencadangkan dalam penambahbaikan dalam penambahbaikan Jabatan Pertanian yang telah diperuntukkan sebanyak RM25.3 juta, saya berharap agar Jabatan Pertanian dapat manfaatkan jumlah peruntukan yang tinggi yang telah diberikan untuk kepada saya dari aspek keperluan untuk security food security ataupun keterjaminan makanan diperlihatkan. Kita hendak banyak program-program yang melibatkan peningkatan hasil-hasil pertanian dapat dibuat agar negara kita ataupun negeri kita dapat bersedia untuk menghadapi apa saja permasalahan yang mungkin timbul di masa akan datang.
Pengkalan Baharu, celah sedikit.
Silakan.
Terima kasih Pengkalan Baharu. Saya ingin bertanya kepada Pengkalan Baharu apabila Lebuh Raya WCE dibuka nanti adakah limpahan itu betul-betul kena kepada kawasan YB? Terima kasih.
Terima kasih Alor Pongsu. Saya bimbang bukan lebihan tersebut akan menambah ataupun membawa kepada limpahan. Saya bimbang apabila WCE dibuka sepenuhnya yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Utara sekarang ini susur keluar di tempat saya ada dan pengguna yang ke utara akan keluar melalui susur keluar Beruas tetapi apabila buka nanti saya bimbang pengguna ataupun terus menggunakan Lebuh Raya WCE terus menuju ke utara tanpa singgah di pekan Beruas. Oleh itu saya mendoakan ataupun berharap agar sesuatu dibuat di Beruas supaya ada tarikan untuk membolehkan pengguna WCE keluar di susur Beruas.
Saya setuju dengan engkalaan Baharu sebab Bagan Serai itu sudah alami sudah. Bila highway buka, paip itu tidak bocor. Ada sebab orang hendak masuk ke Alor Pongsu dan sebagainya. Itu sebab yang saya terus memperjuangkan supaya paip yang panjang daripada Muallim daripada Tanjong Malim sampai Parit Buntar itu. Sebab paip itu kena tebuk itu supaya air bocor limpah ke dalam. Jadi saya signal awal kepada Pengkalan Baharulah sebab diwarwar kan WCE akan dibuka. Jangan setakat memudahkan hendak balik raya sahaja. Pengkalan Baharu mesti dapat. Setuju Pengkalan Baharu.
Saya setuju dan saya harap benda ini dimasukkan dalam teks saya. Betullah itu sebab saya, saya pun sebenarnya risau apabila WCE dibuka sepenuhnya disebabkan Pekan Beruas terus sunyi, tidak disinggah oleh Manjung.
Mohon celahan Pengkalan Baharu.
Silakan
Setahu saya di Beruas ada kesan-kesan kerajaan lama di situ jadi setakat ini, apa yang telahpun dibuat atau pun adakah atau tidak usaha-usaha seperti Persatuan Sejarah Malaysia dan sebagainya ataupun pejabat daerah untuk mempromosikan kesan-kesan sejarah itu.
Terima kasih, Tebing Tinggi. Sebenarnya ada dalam teks saya, belum sampai ke peringkat itu. Tapi tak apalah kerana atas keprihatinan Tebing Tinggi terhadap Pengkalan Baharu khususnya di Pekan Beruas, saya baru-baru ini terima kasih kepada Lintang yang telah, YB Exco telah turun ke Pekan Beruas dan melihat kesan-kesan sejarah yang masih ada dan kesan-kesan ataupun perancangan tempat-tempat peranginan yang bakal kita buat supaya menarik orang turun. Apa yang saya nak sampaikan adalah berkaitan dengan kerajaan lama, Kerajaan Gangga Negara kalau nak disingkapkan sejarah, tiga hari tiga malam seekor kucing berjalan daripada hujung bangunan sini ke hujung bangunan sana mengambil masa tiga hari tiga malam. Tapi itu cerita mitos yang dulu menunjukkan betapa hebatnya kerajaan Gangga Negara yang terletaknya di Beruas yang merupakan sebuah kerajaan lama. Itu secara apa nama simbolik terhadap besarnya Istana ataupun Pekan Beruas ketika itu dan saya juga berharap agar Pekan Beruas dapat dilihat semula oleh Kerajaan Negeri supaya kita tidak mahu Beruas terus ketinggalan dalam arus perdana pembangunan yang ada sekarang ini. Kita sedia maklum di kawasan kita walaupun berada dalam daerah Manjung, saya pun respon Alor Pongsu sebut tadi ada empat daerah yang telah diberi perhatian oleh kerajaan dalam pembangunan dalam tahun di Negeri Perak dan saya juga kadang-kadang berasa bila kita dalam Daerah Manjung itu hanya di Manjung dan Beruas jarang sampai. Jadi Alhamdulillah, sekarang saya nampak sudah berubah dan sudah ada kesan-kesan untuk menjadikan Beruas yang berada dalam Daerah Manjung turut sama mendapat nikmat kelebihan ekonomi di daerah.
Saya sambung sikit tadi yang berkaitan dengan Jabatan Pertanian apa yang saya lihat, saban hari saya berulang dari Ipoh ke Beruas melalui kawasan Pertanian Titi Gantong. Jadi kita nak agar Jabatan Pertanian dapat lebih bergerak dengan lebih kuat dan lebih efisien supaya petani-petani di kampung dapat dibela. Kita tak naklah jentera-jentera yang ada yang kita lihat saban hari tu. Saya rasa lebih 15 tahun, 20 tahun jentera-jentera yang ada situ tersadai di situ ataupun hanya jadi pameran semata-mata dan saya boleh sebut di sini ada sebuah bot yang saya lihat di situ, bot itu besar dan lebih saya ingat 20 tahun dah ada bot yang duduk di situ saja. Jadi saya harap Jabatan Pertanian melihat perkara ini agar dapat membuat sesuatu untuk memastikan keterjaminan makanan di negeri Perak yang dapat ditingkatkan.
Keempat adalah berkaitan dengan kawasan Hutan Lipur Ulu Licin di pekan Beruas yang berada dalam Daerah Manjung. Hutan lipur ini sebenarnya terletak dalam daerah Kuala Kangsar. Cuma laluan masuk ia melalui Pekan Beruas yang letaknya dalam daerah Manjung. Dengan peruntukan sebanyak RM10 juta yang diberikan kepada Tourism Perak, saya berharap agar Tourism Perak terus mencanangkan latar air terjun di Pekan Beruas ini supaya ianya menjadi satu tarikan supaya orang datang ke tempat saya, ke Pekan Beruas dan Insya Allah dengan kehadiran ramai pengunjung, ramai orang yang datang dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. Jadi saya mencadangkan agar lata air terjun di Pekan Beruas tersebut, walaupun terletak dalam daerah di Kuala Kangsar dapat dipindahkan ke di bawah penjagaan ataupun di bawah kawal selia Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Majlis Daerah Manjung ataupun Pejabat Tanah dan Daerah Manjung. Supaya memudahkan segala urusan untuk membangunkan tempat tersebut.
Perkara kelima ialah mengenai tanah milik UIE yang dahulunya disebut sebagai ladang Gula Perak Berhad. Ladang Gula Perak Berhad. Ladang Gula Perak Berhad ini wujud sekitar tahun 1970. Dah cukup lama dah saya, masa itu kecil-kecil lagilah. Tanah tersebut berkeluasan, saya difahamkan, hampir 50,000 ekar. Atau 30,000 ke 50,000 ekarlah. Saya pun tak dapat satu angka yang tepat. Apa yang saya nak bangkitkan adalah berkaitan dengan pajakan yang telah diberi kepada dulunya Gula Perak dan sekarang diberi kepada UIE ya UIE di bawah (UP) United Plantation. Kita difahamkan, bila sesuatu pajakan tamat, maka pihak yang memajak seharusnya memulangkan kepada Kerajaan Negeri semula sebanyak 10% daripada keluasan yang ada. Saya pernah kemukakan soalan tersebut dalam bentuk soalan lisan dan apa yang saya dapat jawapan melalui soalan lisan tidak menepati bagi apa yang saya maksudkan. Jadi saya nak tahu, penduduk di situ nak tahu, penduduk kampung 40 rantai, penduduk Kampung Bakar Bata, penduduk Kampung Kedah yang dahulunya UIE ladang tersebut sebahagian dari tanah terokaan mereka yang sekarang setelah dipulangkan ke mana ianya ditempatkan. Cadangan saya kalau boleh tanah tersebut kita jadikan sebagai RTB ataupun kita buat RPT yang memboleh dimanfaatkan oleh generasi penduduk yang sedia ada di kawasan tempat tempatan tersebut. Di kawasan saya juga terdapat banyak ladang-ladang yang dimiliki oleh Perak SADC, Sime Darby, Ekonomi Islam, Ladang Aspek Bukit Kota dan ladang-ladang persendirian yang menjadikan tanaman kelapa sawit sebagai tanaman utama mereka.
Cuma apa yang saya nak sebut di dalam ladang-ladang tersebut ada juga masalah yang timbul dari segi penternakan lembu yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang tidak mempunyai tempat untuk menternak ternakan mereka. Selama hari ini mereka menggunakan ladang-ladang tersebut untuk ternakan. Tapi ada di kalangan antara ladang-ladang yang saya sebut tersebut tidak membenarkan masakan lembu-lembu untuk diternak di tempat mereka. Apa yang saya nak sebut adalah berkaitan dengan ladang ternak ataupun ladang padang ragut yang sedia ada di Gelong Pepuyu. Di Gelong Pepuyu telah diberi kepada RISDA ataupun RISDA Livestock, anak syarikat untuk menternak. Jadi saya merasakan adalah tidak wajar agensi atau anak syarikat agensi diberi lagi padang ragut sebut untuk menjadikan tempat ternakan kerana mereka sendiri mempunyai ladang, kerana RISDA itu Aspek Bukit Kota itu mereka mempunyai 11,000 ekar dan saya rasa sudah cukup untuk mereka ternak dekat tempat mereka tak perlulah mereka menyewa atau pihak veteriner tak perlulah memberi kebenaran kepada mereka untuk mengguna pakai tersebut. Biarlah penduduk tempatan atau penternak tempatan menggunakan kawasan-kawasan padang ragut tersebut untuk menjalankan penternakan.
Perkara keenam saya dah sentuh tadi berkaitan dengan jajaran WCE dan saya berharap agar Tourism Perak menjadikan Pekan Beruas salah satu tempat dalam kalender pelancongan tahun 2024 bagi menyediakan satu program ataupun satu event yang patut diadakan yang boleh diadakan di situ. Saya sangat-sangat mengalukan-mengalukan agar Pekan Beruas juga termasuk dalam kalender pelancongan 2024 nanti. Sesungguhnya, sebahagian daripada isu-isu tempatan yang saya bangkitkan dalam perbahasan ini tiada kaitan secara langsung dengan naratif pelancongan Negeri Perak tahun 2024. Namun, saya merasakan sidang DUN ini adalah platform yang paling sesuai untuk saya menyuarakannya. Setidak-tidaknya, rakyat di kawasan saya tahu bahawa sebahagian dari keluhan mereka telah sampai ke bahawa suatu masa kelak harapan yang diperam akan masak dan mereka akan dapat menuai hasilnya.
Sementelah pula Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang adalah seorang pendengar yang baik, maka sesuailah dengan pepatah melayu berbunyi minta pada ada manja pada yang sayang. Kalau tidak, kepadanya siapa lagi? Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya sudah paparan 6 isu tempatan, 5 isu tempatan namun perlu diingat bahawa selesai belum tentu bermakna sudah habis. Saya berharap apa yang kita impikan sebelum ini akan menjadi realiti. Isu harga barang naik mencanak dan himpitan kos sara hidup yang dialami rakyat masih menjadi ibarat mimpi ngeri rakyat jelata. Khususnya golongan B40. Saya faham kenaikan harga ini adalah satu fenomena biasa kerana kalau pun dulu di zaman kita kecil mungkin harga sekati gula tak sampai 50 sen tetapi kita sukar untuk membeli dalam kadar banyak itu dan kita hanya mampu beli hanya 4 tahil ataupun kurang daripada itu.
Yang Berhormat, panjang lagi ke?
Dah, dah, dah. sudah dah nak habis dah. Sekejap lagi.
Berapa minit lagi?
Lebih kurang lima.
Lima minit lebih kurang.
Boleh...
3 minit boleh?
Bukan, tadi saya ambil masa Changkat Jong tadi. Changkat Jong dia 9 minit. So…
Tak apa. 3 minit la. 3 minit lagi. Boleh ya. Cukup la.
Ok, saya teruskan menjadi masalah ini, pihak Kerajaan Madani sama ada di peringkat persekutuan ataupun di peringkat Negeri telah mengambil langkah-langkah pencegahan ataupun meditasi supaya beban kos sara hidup dipikul rakyat dapat ditampung atau diringankan. Kedai bergerak adalah satu platform yang baik kerana melalui kedai bergerak yang turun di tempat kita, pengguna akan mendapat pengurangan harga sebanyak 15% daripada harga pasaran. Walaupun kita sebagai ADUN terpaksa menampung 5% daripada kos dan pihak SADC juga menyumbang. Jadi kita harap program kedai bergerak dapat dibuat seberapa kerap yang mungkin kerana itu membolehkan rakyat membeli sesuatu barang dengan harga yang murah. Dalam konteks Kerajaan Negeri Perak, di bawah fokus satu iaitu kesejahteraan rakyat, bagi tahun belanjawan 2024 disediakan peruntukan RM384.1 juta untuk membiayai pelbagai program kesejahteraan rakyat. Jika kita teliti senarai program itu, ia merangkumi hampir segenap aspek di depan rakyat jelata bahkan dari peringkat baru dilahirkan hinggalah ke peringkat kembali ke rahmatullah. Pendekatan holistik dan inklusif sedemikian itu bukan mudah untuk direalisasikan. Lebih-lebih lagi jika tabiat berkarenah dan kegemaran menuding jari masih menjadi amalan tertentu. Kadang-kadang apa yang berlaku adalah ibarat… masyarakat kita hanyalah satu tapi ragamnya beribu-ribu. Diajak ke sini ada ke situ. Diberi yang ini hendak pula yang itu. Menunding jari tidak menentu, mengumpat kini tidak jemu-jemu. Jadi saya berharap agar kita sama-sama kalau kita dengar tadi ucapan daripada Gunong Semanggol juga berkali-kali memuji mengatakan bahawa belanjawan ini adalah yang terbaik. Jadi saya menyeru kepada semua agar kita Ahli Dewan menyokong usaha kerajaan dalam memastikan Belanjawan Negeri Perak pada tahun ini dapat dijayakan. Apa pun itulah lumrah yang menjadi rempah ratus kehidupan kita dan di atas lumrah itu kita pupuk keharmonian untuk mencanai kehidupan yang aman makmur.
Dato' Yang di-Pertua, bagi tahun 2024 Belanjawan Negeri Perak memperuntukkan sejumlah RM491 juta untuk belanja pembangunan. Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Sebagai bandingan pada tahun 2023, sebanyak RM395 juta diperuntukan bagi maksud tersebut iaitu peningkatan sebanyak RM96 juta bagi tahun 2024. Di samping mengucapkan syabas dan tahniah. Dalam senarai peruntukkan untuk fokus 1 iaitu kesejahteraan rakyat yang berjumlah RM384.1 juta, saya perhatikan sebahagian besar daripadanya adalah pemberian berbentuk tunai. Jika dicampur dengan pelbagai pemberian berbentuk tunai daripada Kerajaan Persekutuan, saya berpendapat akan wujud situasi di mana jumlah apungan tunai dalam pasaran adalah begitu besar. Sungguh pun kaedah pemberian tunai seumpama ini amat disenangi oleh rakyat kerana ianya melahirkan sentimen feel good dengan izin sesungguhnya jua keberadaan sumber tunai yang banyak dalam tangan rakyat akan meningkatkan daya beli pengguna dan sekali gus merancakkan pasaran namun satu fenomena yang perlu kita berikan perhatian ialah kesan berantai dari lambakan tunai itu.
Maksud saya ia boleh menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi, amalan percatuan, percatutan yang berluasa, gejala kartel dan monopoli serta eksploitasi pasaran yang sukar dikawal. Usaha menstabilkan harga barang dan kawalan inflasi menjadi lebih sukar. Lantaran pendapat saya ini tidak harus diterjemahkan sebagai menyanggah tetapi lebih bersifat menyuntik kewaspadaan dan saranan supaya diwujudkan sistem pemantauan dan kawalan yang rapi untuk mengelakkan rakyat jelata dimangsakan oleh golongan oportunis yang sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk memaksimakan keberuntungan. Kita tidak akan menemui noktah kepada masalah tekanan kos sarah hidup yang dialami oleh rakyat selagi wujudnya elemen eksploitasi dalam pasaran dan juga kecuaian kita untuk membanteraskannya. Sehubungan dengan itu, perkara ini saya ingin menyarankan supaya semua instrumen pemantauan dan kawalan serta penguatkuasaan diperkasakan mengikut rentak dalam pasaran. Lebih-lebih lagi apabila pihak Kerajaan membenarkan harga barang-barang tertentu diapungkan mengikut hukum imbangan bekalan dan permintaan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di penghujung ucapan pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2024, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menekankan peri pentingnya pacuan ekonomi Negeri sentiasa diperteguhkan dan dirancakkan demi pencapaian matlamat Perak Sejahtera 2030. Dalam konteks ini, tempoh yang berbaki dikira dari tahun Belanjawan 2024. Saya yakin dan percaya bahawa semua Ahli Dewan tidak kira di pihak penyokong Kerajaan maupun di pihak Pembangkang ingin meletakkan perjalanan menuju 2030 itu di atas landasan yang betul serta kukuh. Sekalipun kecenderungan politik di antara kita berbeza-beza. Justeru usaha dicari titik perbezaan dan ruang persengketaan kalau niat kita sama iaitu kesejahteraan rakyat. Kita kuasa pemerintah, jika kuasa pemerintah yang jadi idaman dan taruhan kita ada masa kira-kira 4 tahun lagi untuk bertembung pada PRU ke-16. Dalam tempoh itu juga, dalam tempoh itu yang terbaki itu banyak perkara yang boleh kita lakukan bersama demi kesejahteraan rakyat dan negeri tercinta. Sama-samalah kita mencuba elakkan perseteruan dan berpunca semata-mata kerana agenda politik. Kalau padi katakan padi, tidaklah saya tertampi-tampi, demi rakyat dan juga negeri, sama-samalah kita menabur bakti. Pesanan orang tua-tua seperti dibawah ini yang saya tujukan kepada Kerajaan Negeri. Berbelanja mengikut upaya, berjimat sebelum habis, Berusaha sehingga berjaya dan niat buruk perlu dikikis. Dengan itu, berakhirlah sudah perbahasan saya diiringi dengan doa kehadrat Allah SWT. Semoga Belanjawan Negeri Perak 2024 dicurah rahmat dan restu jua hendaknya demi kepentingan rakyat dan negeri Perak tercinta. Pengkalan Baharu mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Pengkalan Baharu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan 20 minit ya. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Baru-baru tadi Dato' Speaker dapat masa kecemasan panjang. Harap Manjoi pun dapatlah masa-masa tambahan Insya-Allah. Bismillahirrahmanirrahim, saya mulakan dengan firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Araf pada ayat ke-96. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah syukur kepada
Allah Ta'ala. Lagi sekali saya ucapkan terima kasih banyak tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, diberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sidang perbahasan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan ini sesi 2024 Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2024 dan Usul Wang Pembangunan 2024 pada kali ini. Ayat yang saya bacakan tadi adalah sebuah peringatan daripada Allah SWT kepada kita semua yang bermaksud, "sekiranya penduduk Negeri itu beriman serta bertakwa kepada Allah, tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan dari bumi tetapi mereka mendustakan Rasul kami lalu kami timpakan kepada mereka azab siksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan."
Dato' Yang di-Pertua, kali pertama dalam sejarah Dewan Negeri Perak ini mencatatkan jumlah pembangkang yang paling besar pada kali ini seramai 26 orang ADUN pembangkang. Apa yang penting pihak kami akan memberikan komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi atas titah Tuanku Sultan untuk menjadi pembangkang yang konstruktif. Pembangkang yang turut sama mencadangkan dan membina gagasan yang baik bagi pembangunan Negeri Perak. Kami tidak akan jadi pembangkang yang hanya membangkang terhadap semua perkara yang Kerajaan Negeri bentang yang nak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Kami bukan hanya kerja membangkang sahaja tetapi dalam waktu yang sama, kami juga akan menjadi check and balance, dengan izin, dalam pembangunan Negeri Perak yang kita cintai ini. Oleh itu, saya mengajak semua Ahli Dewan yang telah dipilih oleh rakyat, marilah sama-sama kita mengenepikan sentimen politik kerana apabila kita dilantik sebagai ADUN atau wakil rakyat ini, maksudnya kita menjadi wakil kepada semua rakyat di kawasan kita. Tidak kira warna politik, agama, bangsa dan juga kaum dan itulah saya sendiri kata, dengan itulah saya sendiri di DUN Manjoi, menjadikan cogan kata ‘Khidmat Untuk Semua’ sebagai asas untuk saya berkhidmat kepada semua rakyat di dalam DUN Manjoi. Semoga kita bersama dalam Dewan ini mengamalkan konsep politik matang dan berkasih sayang demi kemaslahatan Negeri Perak Darul Ridzuan yang kita cintai ini.
Namun, sehingga ucap tahniah dan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana telah berjaya menarik pelabur untuk datang melabur di Negeri Perak. Sudah semestinya ia bukan satu tugas yang mudah. Terutama sekali dalam pasca konflik Covid-19, seluruh negeri kita kini sedang bersaing sesama kita untuk mendapatkan pelabur dan juga untuk meningkatkan serta memacu pergerakan ekonomi negeri masing-masing. Namun begitu, ada beberapa perkara yang saya ingin kemukakan di sini Dewan ini iaitu yang pertama, kita perlu mencari satu niche, dengan izin, ataupun satu keutamaan serta advantage, dengan izin, yang ada di dalam negeri Perak ini untuk kita pertingkatkan lagi keyakinan pelabur-pelabur untuk melabur dalam negeri Perak dan kita perlu seiring dengan negeri-negeri maju dalam negara ini yang ada pada hari ini. Contohnya, saya bawa di sini, kita tidaklah jauh beza ataupun punyai jurang yang besar jika dibandingkan dengan negeri Pulau Pinang.Alhamdulillah, tambah lagi 20 minit. Hasil doa saya di awal tadi tu. Kita tidak ada jurang yang besar dengan negeri lain.
Contoh Pulau Pinang, Selangor dan juga Johor contohnya dan semua negeri-negeri ini dimaju, untuk Selangor berjaya menarik RM 60 bilion pada tahun 2022. Johor RM70 billion pada tahun 2022 dan Pulau Pinang menarik pelabur RM76 bilion pada tahun 2021. Semua negeri mempunyai logistik yang sama dengan Negeri Perak.
Semua negeri ini ada pelabuhan termasuk negeri kita yakni Perak. Mereka berjaya mempertingkatkan pelaburan mereka kerana ada confident evironment, dengan izin, di negeri tersebut yang disediakan untuk memperkukuhkan keyakinan pelabur-pelabur, maka kita perlu pertingkatkan lagi keyakinan pelabur untuk datang dan melabur di Negeri Perak kita ini. Apa yang boleh saya sebutkan di sini ialah kita akui bahawa beberapa projek-projek yang dilaksanakan di peringkat negeri bukan sahaja perlukan pemantauan tetapi juga peningkatan penguatkuasaan untuk memastikan segala pelaburan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri mendapat pulangan hasil yang lumayan kepada ekonomi negeri Perak. Di sini, saya ingin membawa isu berkaitan tadbir urus yang baik ataupun good governants, setiap agensi penting dalam Kerajaan Negeri. Sekarang isu good governants ini, dengan izin, adalah satu isu yang besar bagi kita semua. Kalau pentadbiran berjalan dengan lancar dan baik dengan telus dengan penuh integriti, Insya Allah negeri kita akan lebih hebat daripada semua negeri yang lain dalam negara Malaysia.
Namun saya akan sentuh tentang Silver Valley Technology Park yang sedikit sebanyak menyentuh kawasan saya di DUN Manjoi, Manjoi dan juga Ulu Kinta. Projek ini masih saya lihat masih lagi belum sempurna dibangunkan. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat pun disebut tentang Silver Valley Technology Park ini. Kalau tuan-tuan turun di situ, projek ini masih lagi belum dibangunkan dengan sempurna dan saya kira negeri Perak masih lagi belum dapat hasil pada projek tersebut walaupun digembar gemburkan banyak kali dan saya tengok jika mana projek mega ini dapat dilaksanakan segera dan dapat diadakan industri berimpak tinggi di situ Insya Allah peluang pekerjaan kepada anak-anak muda tempatan di zon bandar raya dan juga Negeri Perak ini dapat kita jalankan. Kita bincang tentang brain drain tetapi kalau kita pergi di kawasan tersebut hingga hari ini, saya tengok masih banyak lagi kebun-kebun sayur dan juga kelapa sawit yang masih lagi tidak…tidak…tidak berubah di kawasan tersebut. Itu tuan-tuan perkara ini perlu diambil perhatian sesegera mungkin oleh pihak kerajaan negeri untuk kita bangunkan betul-betul Silver Valley Perak Technology Park ini, saya harap PKNP mengambil tindakan drastik dan segera menyelesaikan masalah ini. Hanya saya bercakap mewakili suara orang muda dan kalau kita nak anak-anak muda kita tak lari dari Perak, anak-anak muda kita tak tinggalkan kawasan kita, maka kena segerakan bangunkan projek-projek hebat ini di kawasan tersebut.
Kedua, SCDC Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Juga saya kira ada melibatkan good governans yang perlu disebut di sini. Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2022 mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan Negeri Perak. Di tangan saya ada laporan Ketua Audit Negara 2022, aktiviti jabatan agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Perak. Tuan-tuan, saya kira laporan audit ini penting kepada semua ADUN dan semua yang berada di Dewan ini. Dibaca sepenuhnya, saya kebetulan dalam jawatankuasa PAC Negeri, terlibat dalam setiap perbincangan dan juga melihat laporan-laporan diberikan. Hendak sebut di sini tuan-tuan, kita perlu perlu memerhati dengan serius tentang tadbir urus ini. Sebab tu saya nak sebut di sini ladang untuk rakyat ataupun LUR mendapati berapa teguran daripada Jabatan Audit Negara adalah berkaitan pemilihan peserta yang kurang memuaskan bagi mendapatkan pemilikan lot. Saya dapatkan laporan ini daripada portal rasmi Parlimen. Pada portal arkib Parlimen Kelima Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga bertarikh 22 haribulan 11.2023. Laporan Audit Ketua Negara 2022 mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri Perak.
Contohnya, tuan-tuan dalam muka surat di sini tuan-tuan kepada muka surat 95 dan 97 diceritakan, bagaimanakah teguran daripada jabatan audit terhadap isu ladang untuk rakyat ini dipilih tidak mematuhi syarat kelayakan serta pemilihan tersebut boleh dipertikaikan dan menimbulkan isu percanggahan kepentingan atau kepentingan peribadi yang boleh menimbulkan ketidaktelusan serta menghadkan pemilihan kepada peserta sasaran dan pihak audit mengesyorkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar meneliti semula kaedah pengagihan agar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Jika perkara ini penting untuk perhatian pihak SCDC. Kedua…ketiga saya nak sentuh sentuh berkenaan dengan STeP dan juga Tourism Perak. Saya kira sebagai pembangkang, kita perlu menyemak imbang apa yang berlaku dalam negeri kita. Saya sangat menyanjung tinggi apa yang dibuat oleh STeP dan juga Tourism Perak. Kedua-dua entiti ini penting kepada kerajaan negeri. Contoh tuan-tuan saya tengok kerap kali juga ada lawatan yang kita buat ke luar negara. Kita pergi ke negara luar untuk kita memasarkan produk kita. Kita bawa usahawan kita ataupun kita bawa produk pelancongan kita di negeri kita untuk kita tarik pelancong datang ke Perak ataupun untuk kita pasarkan kita punya ekonomi ataupun kita punya industri Perak ke negara luar.
Cuma point saya, jika boleh dibentangkan kepada kami master plan ataupun KPI daripada pihak-pihak tersebut. Untuk keluar negara ini, jumlah yang diperlukan, bukannya sedikit lagi luar negara tentang contoh ke London ke Turki. Kita gunakan duit Kerajaan Negeri, maka kita juga berhak untuk mengetahui apakah KPI dan juga master plan daripada STeP dan juga Tourism Perak yang kita harap mudah-mudahan kita boleh perhebatkan lagi perak di peringkat antarabangsa. Hari ini saya harap bukan sahaja kepada STeP dan juga Tourism, tapi pada semua agensi-agensi yang berada dalam kerajaan Negeri Perak ini, pastikan KPI ada juga master plan itu dibentangkan. Jika boleh, EXCO berkaitan boleh bentang dalam setiap sidang untuk kita meneliti kejayaan yang telah pun dijayakan oleh agensi agensi di bawah portfolio EXCO masing-masing.
Seterusnya tuan-tuan saya nak sebut tentang pembangunan seimbang di daerah. Ini penting saya lihat berlaku ketidakseimbangan dalam pembangunan daerah. Sedangkan kawasan dan daerah ada yang menyumbang hasil kepada Negeri. Ini penting untuk semua daerah. Cadangan saya 10% hasil yang diperolehi oleh Negeri diberi juga kepada daerah pengeluar hasil melalui Pejabat Daerah atau pun Majlis Daerah. Tujuannya adalah bagi membangunkan pelan pembangunan daerah untuk bantu daerah-daerah kita. Secara orang kata lebih besar. Kelulusan hasil hanya di peringkat negeri dan daerah tidak ada kuasa. Saya cadang letakkan pemantauan juga daripada peringkat daerah. Maksudnya pejabat daerah. Di daerah juga boleh memantau projek-projek besar yang berlangsung di dalam kawasan daerah tersebut dan mereka juga boleh mengambil bahagian dalam perkara tersebut. Antara kebaikannya ialah kita boleh mengelakkan ketirisan yang berlaku dalam projek-projek besar yang sedang berlaku dalam kawasan kita kerana jika ada pemantauan daerah, ia dapat memantau dan mengelakkan berlaku berbagai masalah atau pun ketirisan. Hasil boleh diperolehi dengan lebih besar dan lebih baik. Projek-projek itu akan dibuat dengan lebih teliti dan lebih serius. Tidaklah buat lebih kurang, tuan-tuan. Projek-projek itu dibuat di daerah kita, kadang-kadang bila berlaku masalah yang dihentam, yang dibantai, yang ditegur ialah pegawai daerah dan juga oleh pentadbir-pentadbir kita di peringkat daerah. Sedangkan tuan-tuan mereka kadang-kadang tidak tahu apa yang sedang berlaku dan saya harap tuan-tuan dengan hasil tersebut, kita boleh bantu daerah untuk membangunkan kawasan tersebut. Dan di sini, masih berlaku, keseimbangan antara Negeri dan daerah.
Kedua, saya cadangkan jika boleh diberikan certain percentage kepada daerah tersebut. Contoh, Daerah Kinta. Kita ada industri kuari. Di daerah yang saya berada ketika ini DUN Manjoi berada di daerah ini. Kita ada industri kuari. Daerah Muallim, kita ada industri automotif. Daerah Manjung, kita ada industri maritim. Daerah Hulu Perak, kita ada projek rintis NREE contohnya yang hari ini menjadi bualan seluruh negara. Tuan-puan, semua ini perlu dilibatkan di daerah tersebut dan daerah boleh mendapat sedikit hak daripada projek-projek keuntungan projek tersebut. Negeri kena melihat perkara ini dengan lebih serius dan boleh dipertimbangkan perkara itu insya Allah. Sebagai dana jaminan sosial untuk pembangunan dan bantuan bencana serta perlaksanaan mitigasi. Tuan-tuan di daerah Kinta ni, rakan-rakan saya daripada daerah Kinta, kami sering berdepan dengan musibah demi musibah. Banjir baru ni berdepan dengan ribut yang sangat dasyat. 70 buah rumah yang terkesan di Klebang Jaya, kemudian sambung pula, Allah uji pula di Meru 2B, 2C. Kita turun lagi tuan-tuan. Saya kasihan kepada DO dan pasukan. Kita perlukan segera pelan mitigasi segera untuk kita bantu rakyat yang sedang kesusahan. Jadi tuan-tuan, point saya jika ada sedikit dana tersebut, dia boleh bantu daerah untuk membantu semula pembangunan dan juga bantuan bencana di kawasan tersebut. Contohnya tuan-tuan, yang saya sebut tadi peringkat daerah pun kadang-kadang diorang menyumbang banyak hasil kepada negeri. Ada daerah yang menyumbang hingga RM230 juta keuntungan kepada negeri. Kadang-kadang tuan-tuan, pembahagian daerah itu tidak seimbang. Sepatutnya kita kena tengok betul-betul daerah-daerah yang besar ini kena bagi peruntukan yang lebih besar untuk mereka menjaga daerah-daerah tersebut. Tuan-tuan, itu antara idea-idea yang boleh saya nyatakan di sini.
Antara lain yang saya nak sebut, jika boleh, cadangan tambah baik. Jika boleh, kita adakan tabung maintenance atau pun tabung penyelenggaraan. Tabung maintenance ini, dia punya ideanya adalah dia boleh percepatkan, baikpulih infrastructure yang rosak di kawasan-kawasan zon Bandar Raya atau pun zon-zon industri. Contoh sebagai contoh di kawasan saya, di dalam DUN Manjoi ini ada kawasan industri seramik Chepor. Iaitu kawasan yang mempunyai loading yang berat. Trafik, lalulintas yang tinggi. Pelbagai muatan tidak kurang daripada 100 tan satu kontena lalu di kawasan tersebut. Jadi banyaklah berlaku kerosakan infra, rosak jalan dan sebagainya. Ia akan jadi, orang kata ia akan berulang-ulang masalah tersebut. Rakyat akan sentiasa follow up kita, akan tanya kita, akan minta bantuan daripada kita. Kita pula follow up pihak-pihak berwajib JKR, MBI dan sebagainya. Kadang-kadang jadi isu ialah antara paling besar lah, yang standard ialah peruntukan tidak ada. Atau pun tidak ada dana untuk kita baiki masalah tersebut. Jadi tuan-tuan, sebab itulah bagi saya jika adanya tabung ini, tidak perlulah kita bergantung sepenuhnya kepada persekutuan yang kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk tempoh baikpulih. Kadang saya tanya kepada pihak berwajib, peruntukan daripada Persekutuan ini susah nak dapat, kadang lambat, memerlukan masa.
Jadi tuan-tuan, jika ada tabung maintenance ini insya Allah boleh membantu masalah-masalah tempatan yang sedang berlaku di kawasan kita, khususnya di kawasan-kawasan industri, seperti Ipoh dan juga sebagainya. Tuan-tuan, saya pergi kepada isu tempatan sikit. Di Gugusan Manjoi, DUN Manjoi ada satu kampung namanya
Gugusan Manjoi. Terletak di betul-betul di Daerah Ipoh. Ipoh adalah ibu Negeri Perak. Di sini juga ada Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan di sini tuan-tuan, kena sedar ada satu kampung gugusan Melayu terbesar di Malaysia ini Gugusan Manjoi. Sini pun ramai anak-anak Manjoi. Ramai anak-anak Manjoi atau ramai orang tinggal di Gugusan Manjoi tuan-tuan. Tuan-tuan, saya cadangkan Gugusan Manjoi tuan-tuan. Tolong bangunkan gugusan ini. Kampung Melayu terbesar di Malaysia. Kita boleh jadikan gugusan ini sebagai hub pelancongan makanan halal. Tidak kurang lebih ada 300 peniaga-peniaga kecil di kawasan Gugusan Manjoi, tuan-tuan. Balik nanti tuan-tuan boleh masuk ikut Kampung Manjoi, tuan-tuan boleh tengok ramai orang Manjoi berniaga di kawasan tersebut. Tolong mereka, bantu mereka. Jadikan Gugusan Manjoi sebagai kampung contoh terbaik di Malaysia. Boleh buat hub pelancongan makanan halal di kawasan Gugusan Manjoi. Di Gugusan Manjoi juga ada lombong-lombong yang saya tengok tidak terurus. Apa kata kalau Kerajaan Negeri boleh majukan Manjoi, boleh bangunkan projek-projek baru untuk kita bangunkan kawasan lombong menjadi kawasan rekreasi. Ia boleh menarik ramai orang datang ke dalam Gugusan Manjoi dan tuan-tuan saya harap jangan lupakan Manjoi. Jangan lupakan Gugusan Manjoi kerana ini kampung Melayu terbesar di Malaysia. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh EXCO Pelaburan dan juga EXCO Pelancongan dan saya nak sentuh jika boleh masukkan juga Gugusan Manjoi sebagai kampung yang perlu diberi perhatian dalam projek-projek Kerajaan Negeri yang akan dibangunkan pada masa akan datang.
Tuan-tuan, seterusnya saya akan sebut berkenaan dengan kawasan zon Klebang. Zon Klebang ini sudah menjadi satu zon yang sangat besar, Dato’ Speaker. Di sini juga mungkin ramai orang Klebang. Saya berhasrat, saya lontar dulu di sini, mungkin rezeki akan datang, kita boleh dapat. Jika boleh diwujudkan, diadakan klinik di kawasan Klebang ini. Tuan-tuan, saya tak tahu berapa ratus ribu penduduk di Klebang, tapi zon Klebang ini besar. Orang Klebang kena pergi klinik sampai ke Ulu Kuang dan juga sampai ke Tasek. Sedangkan kawasan mereka besar dan sampai waktu dan tika nya saya rasa kita perlu wujudkan satu klinik di zon Klebang atau pun di kawasan Klebang ketika ini. Ini lontaran daripada saya sebagai wakil rakyat di DUN Manjoi.
Seterusnya tuan-tuan, sedikit lagi Datuk Speaker dan semua. Saya nak nyatakan sekali lalu permohonan saya kepada Dewan ini mengenai isu-isu di kawasan saya. Isu pam air. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak JPS yang telah memasang pam air atau pun pump static auto di kawasan kami. Di Kampung Manjoi yang dipasang di kawasan gerbang Gugusan Manjoi. Walau macam mana pun tuan-tuan, isu-isu ini masih lagi berbangkit. Tuan-tuan saya nak sebut. Tuan-tuan boleh ambil perhatian di lokasi Jalan Raja Kampung Manjoi, Lorong Tok Ketua, Kampung Tengku Husin Lama, Lorong Kampung Manjoi. Isunya pam air sedia ada tidak dapat menyedut beberapa saluran perparitan disebabkan perparitan bermasalah.
Kedua, isu perparitan bermasalah. Tuan-tuan, berlaku di Jalan Intan, Kampung Sungai Kati. Jalan Undan Kedas 2. Jalan Makmur, Kampung Tengku Hussein Hujung. Masalahnya pembinaan perparitan yang tidak sesuai dan saiz structure pembinaan mengikut keadaan sesuatu kawasan. Ketiga, isu tiada saluran perparitan. Di Jalan Jati Meru 25, Jelapang Jaya dan juga RPT Batu 10, Chemor. Kawasan perumahan yang tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna ini mengakibatkan banjir kilat dan peningkatan kes wabak denggi yang berlarutan. Saya bawa ke sini tuan-tuan sebab saya kira aduan atau pun isu ini berlarutan lama. Maka saya tidak ada jalan lain melainkan saya nyatakan di sini demi rakyat di kawasan DUN Manjoi yang saya cintai. Stadium Mini Sungai Tapah, saya harap pihak berwajib perlu mengambil perhatian dan saya harap dibangunkan lah kawasan ini. Sekarang ini dimaklumkan stadium ini telah pun diserahkan kepada KBS pihak Jabatan Belia Negeri dan juga KBS diharap boleh bantulah orang Manjoi supaya dihidupkan stadium mini ini. Kalau pergi sana tuan-tuan daif. Saya rasa begitu sedih, sedangkan kita boleh hidupkan kawasan tersebut dan boleh dibangunkan dengan lebih baik. Jambatan RPT Chepor Seri Klebang, tuan-tuan. Kerap kali saya sebut hingga hari ini masih lagi belum berjaya diselesaikan. Saya harap supaya diberi perhatian untuk kita baikpulih segera kerana ia laluan utama rakyat ketika ini di jambatan RPT Chepor Kampung Seri Klebang.
Seterusnya tuan-tuan, yang saya nak nyatakan di sini berkenaan dengan sedikit tanah rizab milik agensi kerajaan. Hakisan tanah akibat tanah rizab tersebut tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat. Disebut di sini tanah rizab daripada MAIPk yang berada di kawasan Meru. Saya harap tuan-tuan boleh, berdekatan dengan Meru Damai dan juga berdekatan dengan D'Aman, perlu diuruskan dengan baik tuan-tuan. Sebab kerap kali berlaku banjir kilat. Terbaru, baru ini JKR dah buat selenggara, telah buat kelubung tetapi tanah tersebut perlu diuruskan. Sebab antara punca masalah banjir disebabkan tanah itu turun, tanah itu jatuh, dan dia jatuh kawasan longkang. Bila longkang itu tersumbat, jadi air naik. Kita nak balik kerja, pergi kerja, hantar anak pergi sekolah, balik sekolah terganggu. Saya sebut di sini supaya diambil tindakan segera. Tuan-tuan, seterusnya saya nak sebut sedikit berkenaan dengan isu yang semakin berulang-ulang sehingga hari ini, hingga semalam pun saya rasa sedih, masih belum selesai. Isu ladang jagung haram kawasan perumahan di Chepor Sentosa. Tuan-tuan, saya kira berapa kali sebut di sini. Selagi tak selesai, saya akan sebut dan saya akan sebut isu ini tuan-tuan. Semalam tuan-tuan, lagi sekali rumah orang kampung banjir, kemudian kereta tenggelam, orang kampung jadi susah disebabkan isu ladang jagung haram yang masih lagi belum diselesaikan oleh kita hingga ke hari ini. Tuan-tuan cuba bayangkan kalau kita berada di situ, saya pun dah, nak kata macam mana, saya turun banyak kali, saya dah merayu, dah buat macam-macam, saya harap tuan-tuan isu ladang jagung haram kawasan Chepor Sentosa ini dapat diselesaikan segera mungkin demi rakyat kita yang sedang tersedak ketika ini dan tuan-tuan, sedikit lagi Dato' Speaker, dalam akhir saya punya ucapan ataupun saya punya penyampaian pada hari ini ialah isu berkenaan dengan semua isu-isu yang saya menyatakan di sini, yang saya bawa ke sini adalah isu-isu penting. Sebagai penutup, saya nak skip satu isu yang penting ialah isu pemilikan tanah sekolah agama rakyat. Ia tuan-tuan ya. Saya rasa saya kena sebut di sini. Saya mendapati beberapa aduan daripada pihak sekolah.
Speaker bagi sikit lagi? Akhir, saya mendapati beberapa aduan daripada pihak sekolah rendah agama rakyat khususnya dalam DUN Manjoi di mana tanah tersebut pernah dinyatakan diperuntukkan kepada sekolah tersebut. Namun geran dan pemilikan secara rasmi masih lagi tiada. Ini adalah perkara yang perlu dipandang serius kerana berkaitan pendidikan yang berterusan yang kita inginkan agar dapat menjamin pembangunan dan pemilikan sekolah tersebut. Tuan-tuan, saya sudah check semua sekolah agama rakyat di DUN Manjoi, saya pergi semua sekolah dan saya tanya apakah isu yang nak saya bawa. Apa isu yang saya tengok yang perlu diberi perhatian adalah isu pemilikan geran di dua buah sekolah ini, pihak berwajib mungkin boleh beri perhatian untuk diselesaikan segera mungkin. Sekolah Rendah
Agama Rakyat Al-Hasaniyah, Jalan Raja, Kampung Seberang Sungai Tapah dan juga Sekolah Rendah Agama Rakyat Taqwa, Halaman Meru Damai 8, Halaman Meru Damai. Dua-dua isu ini besar tuan-tuan dan surat-surat pun dah ada pada saya. Saya mohon dibantulah. Saya faham, tuan-tuan, beberapa kali surat dihantar kadang-kadang tidak direspon. Maka saya harap tuan-tuan beri perhatian kerana ini tentang sekolah kita, tentang anak-anak kita tuan-tuan. Mereka masih menumpang dengan surau di kawasan itu sekolah mereka, mereka menumpang dengan tanah-tanah yang bukan tanah mereka. Maka tuan-tuan, saya tengok ada sekolah yang daripada tahun 80am lagi beroperasi. Daripada tahun 90an lagi beroperasi hingga hari ini mereka masih lagi belum dapat geran tanah di kawasan sekolah tersebut. Jadi saya harap lepas ini jika boleh pihak berkaitan, pihak perwajib jika boleh segerakan isu di dua sekolah yang saya nyatakan tadi insya Allah.
Tuan-tuan, sekadar itu ucapan saya pada petang ini saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Speaker yang baik hati lagi handsome, bergaya yang berikan ruang kepada saya menyampaikan ucapan pada hari ini. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Manjoi. Saya bagi pihak urus setia Dewan tadi kita minta maaf ada kesilapan teknikal tadi, mengenai mic. Terima kasih dalam masa yang diberikan. Sekarang saya menjemput jiran dia, Yang Berhormat daripada kawasan Hulu Kinta untuk memulakan perbahasan, dipersilakan 20 minit.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Madani. Terima kasih kepada Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Cikgu Saarani, seluruh EXCO-EXCO Perak, Ketua Pembangkang yang disayangi dan seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri Kerajaan, Pembangkang, pegawai-pegawai kerajaan, persekutuan, negeri, pihak-pihak media, petugas keselamatan dan seluruh rakyat yang sedang menonton secara live pada perbahasan pada hari ini. Yang di-Pertua Dato' Speaker, seperti biasa, Hulu Kinta tak ada teks, ini saja. Maka minta mohon masa lebih sikit. Maka, kita melihat pembentangan belanjawan untuk tahun hadapan ada banyak peningkatan dan kita nampak pencapaian yang baik. Itu Ketua Pembangkang telah mengakui dan setuju dengan pembentangan tadi. Antaranya, bajet kita meningkat kepada RM1.35 bilion. Pembangunan kita meningkat sebanyak kepada RM491 juta dan pada tahun 2022 dan 2023 kita tutup dengan surplus dan kepada rakyat, kesejahteraan kepada rakyat seperti kita sedia maklum JKM, sumbangan JKM bulanan dari RM300 telah meningkat kepada RM400 untuk 6,600 keluarga.
Satu, perkara yang akan manfaatkan oleh rakyat yang susah di bawah. Begitu juga Kad Perak Sejahtera akan dinikmati oleh 20,000 penerima keluarga. Kad Prihatin ini bukan dia meningkat daripada RM100 terus. Maknanya, tahun lepas telah meningkat kepada RM90, tahun ini telah meningkat pada RM100. Terakhir yang kita nampak, yang paling menyeronokkan penjawat awam di negeri kita ini adalah bonus yang telah diumumkan sebanyak 2 bulan. Bonus 2 bulan untuk semua kakitangan awam. Maka saudara-saudari sekalian, kita melihat pencapaian ini ok. Pencapaian ini bagaimana Kerajaan Negeri Perak boleh memberikan sumbangan sebesar ini termasuk bonus-bonus ini kerana ada sebabnya. Sekiranya ada pencapaian tak apa, tak bagus pun ada alasan, ada sebab. Kalau ada pencapaian yang terbaik pun ada sebabnya. Sebab dia 3 perkara saja, iaitu sesebuah negeri atau negara pengurusan, dalam pengurusan yang cekap, itu pertama. Yang kedua soal ketirisan, itu kedua. Yang ketiga soal rasuah.
Ini 3 perkara ini kalau mana-mana kerajaan yang boleh kawal ataupun tidak ada tiga perkara ini saya yakin kerajaan yang saya sebut ini boleh memberikan manfaat kepada rakyat jelata. Berdasarkan apa yang disebut saya tadi, maka benarlah dan terbukti Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Cikgu Saarani terbukti bersih, cekap dalam pengurusan dan tidak berasuah di negeri Perak, saudara sekalian dan yang pokoknya adalah soal kestabilan politik Yang di-Pertua. Dato' Speaker, kestabilan politik itu adalah pokoknya. Kita boleh sebut, kita bagi itu, kita bagi ini. Tapi soal kestabilan politik itu yang amat penting untuk sebuah kerajaan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Atas alasan itu, hari ini terbukti kita semua sedia maklum Tuanku kita pun murka sebelum ini. Kenapa? Masalahnya, kestabilan politik di negeri Perak ini celaru sangat tapi tidak boleh dilupakan. Kecelaruan itu telah dimulakan oleh siapa, Ketua Pembangkang hari ini di sini. Merekalah yang telah mulakan kecelaruan tersebut sampai berubahnya beberapa Menteri Besar.
Maka saudara-saudarai sekalian, kestabilan politik. Keadaan semasa yang bercelaru ini, ramai rakyat termasuk pegawai-pegawai kerajaan bertanya-tanya, berharap-harap mahukan sebuah kerajaan yang stabil untuk berikan kesejahteraan kepada rakyat Perak. Ahamdulilalh, hari ini dengan percapaian kita lihat hari ini terbukti Kerajaan Perpaduan Perak sangat stabil bawah kepimpinan Yang Amat Berhormati Cikgu Saarani. Alhamdulillah. Saudara-saudari sekalian, pencapaian ini kita jangan melihat mudah. Saya mohon rakyat dan juga pegawai-pegawai kerajaan di sini, tolong menilai, adakah mudah untuk mencapai keadaan ini, tidak. Sama ada kita hendak tahu perkara ini mudah atau susah atau bukan mudah kita kena perlu tengok perbezaan apa negeri-negeri lain ya buat comparison. Kita bolehlah kita ambil contoh negeri ya. Kenapa saya sebut contoh, kita nak ambil negeri mana kita nak ambil contoh. Kita ambil negeri ketua pembangkang kita. Kelantan dengan Terengganu. Boleh ya? Ketua Pembangkang sebab sebab apa saya ambil contoh negeri Kelantan dengan Terengganu kerana Ketua Pembangkang kitalah yang sangat-sangat nak tumbangkan Kerajaan Perak.
Dari hari mulanya selesainya pilihan raya tahun lepas sampai hari ini, percubaan itu demi percubaan untuk menumbangkan kerajaan yang stabil dan menyusahkan rakyat Oleh kerana itu, saya pilih Kelantan dan Terengganu. Boleh ya, Ketua Pembangkang. Seronok ketua pembangkang ni. Maka, kita lihat soal bajet Perak RM1.35 bilion, Kelantan RM1.61 bilion, Terengganu RM1.81 bilion. Soal pembangunan, kita RM491 juta, Kelantan RM468 juta dan Terengganu RM500 juta. Kita tengok 2022 dan 2023 Negeri Perak surplus bukan sekadar apa seribu atau satu (1) juta tuan-tuan dan puan-puan tapi, surplus pada tahun 2022 adalah sebanyak RM29.6 juta di Perak saudara sekalian. Maka, kita tengok pula di tahun 2023 pun sama. Kita surplus. Kita pergi ke Kelantan pula. Pada tahun 2022, defisit sebanyak RM90.49 juta dan tahun 2023 tahun lepas juga defisit bukan menurun, tapi meningkat kepada RM165.31 juta tuan-tuan dan puan-puan. Begitu juga Terengganu defisit. Maka dan unjuran defisit ni saya sebut tadi, walaupun kita kerajaan stabil di Kelantan dan Terengganu. Tapi tidak dapat capai apa yang kita capai di Perak, saudara sekalian. Itu pertama.
Kenapa saya sebut ni? Kerana saya sebut 3 benda tadi. Kalau mana-mana kerajaan yang cekap mengurus, yang tidak ketirisan dan tidak rasuah boleh capai seperti mana kita capai hari ini, tapi malangnya disebut di Kelantan, masih defisit, walaupun menerima royalti minyak berbilion ringgit daripada Kerajaan Pusat, sebegitu juga Kelanta pun tak dapat capai apa yang kita capai di Perak, saudara sekalian dan begitu juga unjuran. Setiap tahun sudah tentu ada setiap negeri ada unjuran masing-masing. Sama ada unjuran tersebut boleh capai atau tidak. Kita contohnya, di Perak, sebagai saya sebut tadi 2 tahun, 2022. tahun 2023, unjuran kita capai. Lebih daripada capai surplus. Maka, kita ambil contoh di Kelantan. Unjurannya RM983.1 juta. Tapi pencapaiannya hanya RM967.25 juta. Maknanya, dia tak cukup unjuran, tak capai sebanyak RM15.8 juta saudara sekalian. Maka, unjuran ini kita dapat memenuhi ada dua perkara yang pertama, seperti saya sebut tadi kecekapan mengurus, saya sebut dah. Maka tidak lain, tidak bukan juga daripada usaha-usaha daripada penjawat-penjawat awam khususnya kita dapat sumbangan yang besar adalah tanah dan galian sebagainya Oleh sebab itu, kita perlu ucap terima kasih juga usaha-usaha yang bagi kerjasama dengan kerajaan melengkapkan unjuran dan melebihi unjuran iaitu khususnya Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak khususnya Pengarah Pejabat Tanah dan Galian dan juga seluruh jentera pegawai Tanah dan Galian Negeri Perak. Saya ucapkan tahniah saudara-saudara sekalian.
Saudara-saudari sekalian, Dato' Speaker, kita balik kepada kestabilan politik, Tadi saya lihat perbahasan Ketua Pembangkang kita tadi. Beliau menyatakan bahawa untuk soal peruntukan, soal peruntukan ini beliau telah petikkan soal Titah Tuanku. Titah Tuanku yang menyatakan kata kena berlaku adil. Titah Tuanku menyatakan kata kena berlaku adil. Betul Ketua Pembankang? Maka Kita lihat di Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat, menyalurkan peruntukan adakah persoalan sekarang kalau pembangkang tak terima peruntukan adakah itu tidak adil? Tak betul sebab kita kena buat penjelasan di sini bahawa sekiranya peruntukan tak melalui pembangkang dia akan tetap juga peruntungan yang kita sediakan itu sampai kepada rakyat di bawah bagi setiap Kawasan termasuk kawasan-kawasan pembangkang saudara sekalian apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat begitulah melalui agensi-agensi kerajaan dan pelbagai pihak maka tidak betul kata tidak adil, rakyat menerima peruntukan tersebut apa yang disediakan rakyat, itu pertama sebab apa saya sebut ni bila soal Ketua Pembangkang mementik soal titah Tuanku, soal adil dan sebagainya Titah Tuanku juga menyatakan bahawam mengingatkan semua pemimpin-pemimpin politik di Negeri Perak ni. Jangan main perkauman. Jangan main 3R. Jangan fitnah. Tapi adakah Ketua Pembangkang patuh dengan titah tersebut? Tidak. Masih lagi kita terbukti pembangkang hari ini. terus terang memfitnah kerajaan. Memfitnah. Memainkan perkauman. Merosakkan kesejahteraan rakyat di bawah. Maka itu tidak dipatuh.
Tapi soal ini perlu dipatuh. Inilah keadaan pembangkang. Begitu juga saudara sekalian, Dato' Speaker menyoal soal kotak makanan. Kotak makanan pun tadi dimalukan oleh Ketua Pembangkang menyebut tadi. Soal kotak makanan ni, seperti sedia maklum semua, kenapa Menteri Besar kita mengambil tindakan menyalurkan melalui NGO-NGO, termasuk kawasan-kawasan kerajaan pun sama. Kawasan kerajaan pun, kami wakil rakyat kerajaan pun tak terima melalui pusat khidmat, saudara sekalian kena melalui NGO. Begitu juga maka, perkara ni tak timbul soalnya kotak makan. Sebab apa saya sebut sini? Kotak makan ini semua sedia maklum menyalahgunakan. Letakkan logo parti dan sebagainya. Seolah-olah tutup muka Menteri Besar. Sampai hari ni, saya tak pasti dia orang ada siapa yang buat, Adun yang buat tu minta maaf tidak? Tak nampak pun. Maka minta maaf hidak duduk diam, tapi nak kotak juga. Tapi begitu juga lah. So, adakah kotak tu tak sampai kepada pembangkang, kawasan-kawasan pembangkang? Saya yakin maknanya melalui NGO orang yang apa yang memerlukan kotak-kotak bantuan tu sudah tentu akan sampai melalui NGO tersebut. Maknanya masih lagi, kotak bantuan tersebut sampai kepada kawasan pembangkang. Itu satu. Sebab apa saya sebut tadi. Sebab kotak-kotak bantuan ni, kotak makan ni, tadi apa, Ketua Pembangkang sebut tadi, soal dia memetik ayat-ayat Al-Quran tadi. memetik kena soal adil, kena serahkan kotak-kotak melalui pusat-pusat khidmat.
Maka saudara sekalian, saya masih ingat lagi, tahun 2020. Pak Teh ingat kerajaan tumbang ditumbangkan, terbuat atap. Melalui Pak Teh masuk tembok atap, merentah negeri Perak ni. Maka, apa berlaku? Kami ketika tu saya pun wakil rakyat juga ketika tu, tapi tak rapat kotak makan pun. Mana perginya hadis dengan ayat-ayat Al-Quran ketika tu? Tak nampak pun. Sekarang bila Pak Teh kena memerlukan kotak, barulah petik soal Al-Quran dan inilah sesuatu yang saya kata, pembangkang ni suka tunggang agama. Ini masalahnya. Ini masalahnya. Maka, bila kita jadi tak nampak pun, tak suara pun, duduk diam. Tak nampak pun, tak nampak pun soal ayat-ayat Al-Quran ke apa pun. Tapi sekarang bila kena batang hidung sendiri, barulah keluar ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya. Inilah perangai, perangai-perangai yang kita nampak saudara sekalian dan juga apa, penjawat-penjawat awam telah menyaksikan apa yang berlaku dan juga, soal keterjaminan makanan. Dato' Speaker saya melihat soal keterjaminan makanan ini penting sangat. Kita dah sentuh, masa itu dah saya masih ingat lagi, semua sedia-sedia maklum, Titah Tuanku menekan soal keterjaminan makanan di Negeri Perak ni. Maka, dia ada dua, kita nampak apa peruntukan untuk keterjaminan makanan ada meningkat, tapi adakah benda itu mencukupi? Saya rasa belum cukup lagi dan usaha untuk meningkatkan keterjaminan makanan itu cukup ada ke tidak? Itu soalan. Makna ada. Kerajaan Negeri Perak ini memang ada berusaha untuk kearah meningkatkan, usaha-usaha untuk meningkatkan keterjaminan makanan. Tapi pada masa yang sama, dia ada dua bentuk untuk meningkatkan keterjaminan makanan.
Yang pertama, soal peruntukan yang kita sediakan, inisiatif-inisiatif kita sediakan melalui Kerajaan Negeri Perak. Itu satu bab. Kedua, mana-mana syarikat yang hadir menawarkan diri, mereka mungkin ada kepakaran, mereka ada dana, kita tak perlu bagi dana. Mereka hanya memerlukan soal tanah dan sebagainya. Tanah pun bukan mereka nak beli. Cuma nak sewa ataupun yang senang kata pajaklah pajak. Maka saya difahamkan ada beberapa perkara yang berlaku masa 2 tahun 3 tahun lepas. Maka ketika itu ramai yang maklumkan bahawa ada yang pergi mencadangkan minta tanah di SADC untuk pajakan. Tapi SADC maklumkan bahawa ada perancangan liputan tanah tersebut yang diminta. Maka sampai hari ini syarikat orang-orang itu datang balik, datang balik dimaklumkan tanah tersebut ada perancangan sampai sekarang tak ada dibangunkan. Itu yang pertama. Yang kedua tanah yang saya sebutkan tadi bila minta tanah tak dapat mereka pergi ke negeri-negeri lain. Hari ini bila kita tak bagi tanah di sini diorang pergi negeri lain dapat tanah diorang usahakan soal sayur-sayuran, tanaman dan sebagainya untuk meningkatkan keterjaminan di negeri-negeri tersebut. Maka apa yang saya mahukan, saya mohon jasa baik Yang
Amat Berhormat Menteri Besar kita sebagai pengerusi, sebagai SEDC, mohonlah lihat perkara ini.
Maknanya, kalau ada orang-orang datang menawar diri, dengan dana sendiri, dengan syaratnya syarikat itu ada berkemampuan maka tidaklah salah memberikan tanah bagi keutamaan untuk berikan pajakan supaya mereka boleh kita tidak terlepas peluang-peluang seperti saya sebut tadi makna terlepas dan pergi ke negeri-negeri lain. Itu, itu, itu soalan. Maka saudara sekalian, itu pertama. Yang kedua, soal saya balik pada kestabilan politik tadi maka kita nampak baru-baru ini ada soal di Perak ni ya, soal di Perak yang Dato' Speaker saya lihat apa yang berlaku di pusat, apa yang berlaku di pusat ini nampak juga mungkin besar kemungkinan nampak juga berlaku di negeri Perak ini. Apa yang berlaku? Soal kestabilan politik. Angkanya bertambah kepada kerajaan. So, saya difahamkan ada yang wakil-wakil rakyat di sebelah sana sekurang-kurangnya tiga orang, tak pasti. Makanya mereka dah kesal atau pun tidak setuju dengan pengerusi mereka dan mereka dah lihat apa yang tengok selama ini stabil kerajaan, stabil di negeri Perak maka dapat bantu rakyat dengan baiknya, tiada rasuah, tiada ketirisan, cekap dalam pentadbiran. Maka melihat-melihat perkara ini, saya difahamkan kemungkinan ada 2-3 orang wakil rakyat daripada sana akan menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak saudara sekalian. Itulah kita yakin. Insya Allah. Maka,eh hari ni diam je Pak Teh. Bagus. Begitu kita nak. Rasa nak balik cepat hari ini. (ketawa) Bagus, bagus, bagus. Begitulah kita nak. Ha, bagus, bagus, bagus. Terus, teruskan.
Teruskan, teruskan Hulu Kinta .
Tambah masa, tambah masa, kita minta tambahkan masa.
Dan soal peruntukan kita saya sebut tadi, mana untuk keterjaminan makanan tadi, kita harap untuk tahun depan, saudara ini saya mohon Menteri Besar, kita melihat maknanya keutamaan untuk keterjaminan makanan ini, di samping saya sebut tadi peluang-peluang orang datang itu satu hal. Perkara yang kedua, soal perkara yang kita nak maklumkan tadi adalah soal peruntukan tambahan untuk pada belanjawan tahun yang seterusnya. Itu amat penting untuk kita. Itu amat penting. Malah saya lihat ada daripada Pejabat Pertanian di Perak ini kadang kala memang tak cukup soal peruntukan-peruntukan apabila Pejabat Pertanian Perak nak bantu tapi masalahnya dia nak bantu ada dia boleh bantu yang dihadkan ataupun peruntukan yang disediakan sahaja tapi tak cukup. Maka saya harap maka yang akan datang ini kita lihat tambahlah. Itu sahaja saya nak sampaikan. Maka masa pun sudah selesai saya ucapkan terima kasih dan Hulu Kinta menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Hulu Kinta yang agak berdisiplin dalam tempoh masa perbahasannya. Saya ucapkan terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil'aalamin. (Salawat dibaca). Yang Amat Berhormat
Menterei Besar, barisan Exco, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan wakil, rakan media, tuan-puan, termasuk mereka yang mengikuti secara maya sekarang ini mudah-mudahan pertemuan kita di Dewan yang mulia ini diberkati Allah SWT. Terima kasih pada sahabat saya Hulu Kinta yang mencetuskan mata buka semula. Di saat layu, tapi buka semula mata kami masing-masing dan kami nak tunjukkan bahawa kami berbangkang yang baik tidak langsung mengganggu perbahasan.
Bagus, bagus, bagus. Maknanya bersetujulah apa yang saya sebut tadi.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman (Bacaan ayat al-Quran) Al-Hadid ayat yang ke-7. "Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan infaqkanlah di jalan yang baik sebahagian dari harta yang dia telah menjadikan kamu sebagai penguasanya yakni amanah. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfaqkan hartanya memperolehi pahala yang sangat besar. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua telah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memastikan kehidupan rakyat sentiasa dijaga di samping merancang untuk meningkatkan tahap ekonomi yang kukuh dan stabil. Semuanya dilakukan berlandaskan hukum syarak, ketulusan, kesungguhan dan keikhlasan bagi menjamin sebuah keadilan kepada semua pihak termasuk orang kaya dan miskin, penjawat awam dan swasta, pemerintah atau pembangkang, dan di antara kemajuan desa dan bandar. Semuanya ini akan dilihat oleh rakyat dan lebih penting daripada itu ialah apa yang kita lakukan itu diredhai oleh Allah atau sebaliknya.
Dalam usaha jangka panjang bagi meningkatkan kadar pendapatan Kerajaan Negeri Perak satu pelan strategik perlu diwujudkan bagi mengenalpasti pengusaha-pengusaha dusun secara haram di negeri ini. Batu Kurau ingin mencadangkan agar dikumpul dan dipanggil serta dikenalpasti mereka yang terlibat. Bagi yang layak, setelah ditemuduga, mereka diberikan hak milik secara sah. Selama ini mereka mengusahakan tanah secara tidak sah yang semestinya merugikan Kerajaan Negeri dari segi pungutan cukai, hasil dan sebagainya. Manakala pengusaha pula mungkin untung buat seketika tetapi hak mereka terhadap tanah yang diusahakan tidak boleh diwarisi. Malah Kerajaan Negeri bila-bila masa saja boleh mengambil semula tanah tersebut. Ini diharapkan perkara ini dapat dilakukan dan diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi PERKIM Negeri Perak, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan khususnya bantuan kewangan bagi memastikan program kebajikan, dakwah dan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penglibatan PERKIM bukan sahaja kepada masyarakat Islam, malah pada penganut-penganut agama lain. Misalnya, baru-baru ini kita telah mengadakan program kebajikan kepada sebuah perkampungan kaum Cina di Kampung Geni Manjung. Sambutan sangat menggalakkan. Begitu juga dengan perkampungan orang asli yang juga melibatkan melibatkan semua kaum dan agama. Adalah diharapkan peruntukan berterusan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat disalurkan kepada PERKIM pada tahun-tahun seterusnya. Ini sejajar dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melihat sendiri kemajuan masyarakat orang asli agar tidak ketinggalan dalam segala bidang.
Dato Yang di-Pertua, sebagai ahli jemaah Pengarah Peladang Negeri Perak sekali lagi saya ingin mengemukakan permohonan mewakili Pertubuhan Peladang Negeri Perak kepada pihak Kerajaan Negeri agar dapat diberikan tanah untuk diusahakan kepada 30 PPK seluruh Negeri Perak. Ini dapat memberi peluang dari segi saham khususnya kepada hampir 100 ribu orang ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum di negeri ini. Pun begitu, sebagai salah seorang daripada bekas pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia, Batu Kurau ingin mencadangkan agar diaktifkan semula usaha-usaha untuk mengurniakan RKT atau RTB kepada bekas pejuang negara seperti polis dan tentera yang masih hidup, khususnya mereka yang berada dalam kesusahan tanpa pembelaan terutama mereka yang tidak berpencen. Mungkin boleh diwujudkan taman perumahan rahmah kepada mereka.
Dato Yang di-Pertua, dalam kesempatan yang sangat berharga ini, saya ingin mengemukakan beberapa permohonan untuk kawasan saya di Batu Kurau. Pertama, menaiktaraf Pusat Kesihatan Batu Kurau. Antaranya membina kawasan yang lebih luas di ruang kecemasan untuk kenderaan ambulan menurun dan mengambil pesakit dalam kecemasan. Sudah sampai masanya pusat kesihatan ini memiliki kemudahan x-ray dan penambahan kenderaan ambulan. Perancangan juga perlu untuk membina pusat kesihatan baru kerana pusat kesihatan yang ada sekarang sudah tidak sesuai lagi. Kedua, membina lampu isyarat di Simpang 3 Hulu Sepetang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin sebelum ini yang barangkali telah mengemukakan permohonan yang sama. Lampu isyarat ini sangat penting bagi mengelak kemalangan yang kerap berlaku di lokasi Simpang 3 tersebut. Yang ketiga, memohon agar pihak JKR menyediakan ruang parking kereta di Pusat Kesihatan Changkat Larah. Dalam situasi sekarang, kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya di kawasan tersebut. Keempat, pada tahun 2024 adalah diharapkan jalan-jalan kampung dapat diturap semula atau sekurang-kurangya dibaikpulih antaranya di Kampung Chenderong Dalam, Changkat Perah, Kampung Repoh, belakang Sekolah Kebangsaan Batu Kurau dan Lorong Shahir, Kampung Changkat Madrasah. Kelima, memohon pihak kontraktor yang dilantik oleh Lembaga Air Perak yang menjalankan kerja-kerja pembinaan paip di Kampung Sempeneh dapat membaiki segera jalan yang rosak dan berlubang di Kampung Sempeneh Cempaka itu yang menjadi rungutan dan kemarahan penduduk kampung.
Yang keenam, memohon sokongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar terhadap cadangan membina sebuah masjid baru di Kampung Sempeneh Cempaka yang merupakan salah satu kunjungan popular setiap hujung minggu daripada masyarakat luar. Keadaan masjid yang usang semestinya akan mencacatkan pandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik. Untuk maklumat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya telah pun menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan memohon agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat memberi sokongan terhadap permohonan ini. Yang ketujuh, dalam fokus yang ketiga, perbentangan Belanjawan 2024 iaitu tentang pembangunan modal insan dan belia, Batu Kurau mempunyai tiga gelanggang futsal yang aktif. Walau bagaimanapun keadaan gelanggang-gelanggang ini amat menyedihkan. Maka itu saya telah memohon secara rasmi peruntukan kepada Exco Belia dan Sukan minta dan mohon agar diberi pertimbangan sewajarnya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pemberian bonus khas dua bulan gaji kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri adalah sangat-sangat dihargai. Ini menunjukkan kerajaan negeri dan kita semua amat menghargai sumbangan yang telah diberikan selama ini kepada kita khususnya rakyat negeri Perak. Bersyukurlah, semoga Allah menambahkan lagi nikmat kepada kita semua dan Batu Kurau ingin memberi cadangan agar elaun khas tambahan juga perlu diberi kepada imam, bilal, siak di negeri ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, peningkatan jumlah Belanjawan tahun 2024 bertepatan dengan tema,"Perak makmur, rakyat sejahtera", sepanjang setahun ini diberi amanah sebagai wakil rakyat. Ianya berjalan dengan harmoni dan memberi manfaat kepada rakyat tidak mengira fahaman dan pegangan.
Batu Kurau ingin merakamkan setinggi-tinggi perhagaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar kerana banyak membantu dengan meluluskan peruntukan-peruntukan khususnya kepada DUN Batu Kurau selama ini syukur, Alhamdulillah. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Islam mengajar kita bahawa kita semua akan menjadi lemah, hancur dan mudah dipermainkan seandainya kita sering bertelagah, dendam yang tidak berkesudahan, merendahkan orang lain, tidak berlaku adil serta tidak menghormati orang lain. Imam Syafie pernah menyebut, "Keredhaan semua manusia adalah satu hal yang mustahil untuk dicapai dan tidak ada jalan untuk terselamat dari lidah mereka. Maka lakukanlah apa yang bermanfaat untuk dirimu dan berpegang teguh dengannya". Kata-kata hikmah Dr. Hamka menjadi peringatan kepada kita. Beliau pernah berkata, "ada kalanya kita bersalah. Allah datangkan sahabat untuk menegur. Ada kalanya kita betul, Allah datangkan sahabat yang perlu ditegur. Ada kalanya kita diuji, Allah datangkan sahabat kita untuk membantu. Allah ada kalanya sahabat kita diuji, Allah bagi kekuatan untuk kita bantu dia. Jadi hargailah sahabat. Mungkin kerana dia kita ke syurga Allah SWT. Sebelum mengakhiri perbahasan ini, Batu Kurau ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan kerajaan seperti JKR, BaitulMal, JKM, JPS, TNB, LLP khususnya kepada Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama dan penghulu yang banyak membantu berbagai-bagai projek dan menyelesaikan masalah yang timbul khususnya di Batu Kurau adalah diharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun 2024 akan datang. Setinggi tahniah kepada Dato' Yang di-Pertua bersama pegawai-pegawai Bahagian Dewan Negeri yang bertungkus lumus bagi memastikan semua urusan persidangan negeri kali ini berlangsung dengan jayanya. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Batu Kurau mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Batu Kurau, Alhamdulillah. Sekarang saya mempersilakan, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan, 20 minit dipersilakan
Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan rakan-rakan media, Salam Sejahtera, Selamat petang, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Simpang Pulai diberikan peluang untuk membahas enakmen Bekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024. Mohon izinkan saya membahas dari empat aspek serta isu-isu yang yang harus diberi perhatian supaya peruntukan kewangan negeri Perak dapat membantu dalam pembangunan demi sejahtera negeri Perak.
Dato' Yang di-Pertua. Pertama, tanah adalah aset ekonomi yang merupakan kekayaan dan aset tidak ternilai yang dikurniakan kepada manusia dan tanah mempunyai kepentingan yang begitu tinggi dalam kehidupan manusia. Kalaunya tidak ditadbir atau diurus dengan baik akan membawa kesan negatif kepada sistem sosial, ekonomi dan politik kepada negeri kita. Jadi satu polisi pengurusan dan pentadbiran tanah yang adil harus dikaji, dirancang serta diimplementasikan supaya mendatangkan manfaat kepada semua pihak atau semua pemegang taruh di negeri kita terutamanya dalam konteks pembangunan ekonomi negeri. Kalau kita dapat mengurus tanah dengan bijak, kita boleh membuka peluang besar untuk memajukan lagi sektor pertanian dan sektor ekonomi di negeri Perak.
Akan tetapi, menurut jawapan soalan bertulis daripada Bahagian Perancangan Strategi Jabatan Pertanian Negeri Perak, jumlah tanah terbiar di negeri Perak direkodkan sehingga Oktober 2019 adalah seluas 11,013.25 hektar dan meliputi 4,004 lot tanah. Untuk makluman semua, tanah tebiar merupakan tanah milik sama ada darat atau sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas yang tidak diusahakan selama tiga (3) tahun berturut-turut. Jabatan Pertanian Negeri Perak pernah menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi projek pemulihan tanah terbiar dari tahun 2016 hingga tahun 2021. Sejumlah RM1.67 juta telah diperuntukkan bagi projek ini dan melibatkan keluasan 94 hektar iaitu tak sampai 1% daripada jumlah tanah terbiar di negeri kita. Akan tetapi, penilaian impak dan keberkesanan projek tidak disediakan dan data untuk tahun 2020 sehingga tahun 2023 juga tidak dapat disediakan supaya kita semua dapat gambaran yang lebih jelas atas pengurusan tanah terbiar di negeri Perak. Jadi dalam usaha Kerajaan Perpaduan dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negara kita, tanah terbiar boleh memainkan peranan yang agak penting dalam membantu membasmikan kemiskinan di negeri kita juga. Apa yang kita dapat belajar dengan negara China, pada tahun 2021 negara China telah mencapai kejayaan secara komprehensif dalam membasmi kemiskinan di mana 770 juta penduduk luar bandar di bawah garis kemiskinan semasanya keluar dari belenggu kemiskinan dalam lapan (8) tahun usaha mereka. 770 juta iaitu 70% daripada jumlah pengurangan kemiskinan di seluruh dunia pada tempoh yang sama. Salah satu cara yang kita boleh belajar dengan usaha mereka untuk membasmikan kemiskinan adalah penyelarasan dan pengurusan tanah dengan mampan dan penggunaan teknologi moden dalam peningkatan pengeluaran pertanian.
Langkah pemberian tanah dan latihan penanaman adalah langkah yang paling asas sekali untuk tujuan pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Perak. Pemberian insentif seperti geran dan pinjaman untuk menggalakan teknologi moden dan otomasi dalam sektor pertanian harus juga dipertimbangkan supaya produktiviti untuk setiap lot pertanian dapat dipertingkatkan. Dengan menggunakan tanah dengan cekap dan inovasi, kita boleh mencipta pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang produktif. Saya harap Jabatan Tanah, Jabatan Pertanian serta agensi-agensi berkaitan di negeri Perak boleh meneruskan usaha mereka untuk merealisasikan potensi ekonomi negeri Perak serta menyokong pengurusan tanian yang mampan dan progresif agar ekonomi rakyat Perak terus membangun dan memberi manfaat yang maksimum kepada semua lapisan masyarakat.
Dato' Yang di-Pertua, perkara kedua, pembangunan infrastruktur adalah kunci untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Tidak dinafikan bahawa dengan infrastruktur yang kukuh, kita bukan sahaja memendekkan jarak antara dua tempat tetapi juga memberangsangkan pertumbuhan ekonomi di sekeliling kawasan tersebut. Pembangunan infrastruktur itu adalah pelaburan bukan perbelanjaan. Ini pelaburan untuk masa depan kita dan pemaju ekonomi tempatan. Ini akan membuka pintu kepada peluang baru mewujudkan pekerjaan dan memajukan sektor-sektor ekonomi. Akan tetapi, kualiti jalan raya di negeri Perak ini masih dalam keadaan yang membimbangkan. Contohnya di kawasan Simpang Pulai. Jalan Sultan Nazirin Shah masih mengalami isu banjir kilat dan isu lampu jalan tidak bernyala yang bakal menyebabkan kemalangan. Pada masa yang sama, masih ada isu longkang dan lorong berlubang di kawasan perumahan yang belum selesai dari awal tahun sampai sekarang. Terdapat juga isu sistem perparitan yang tersumbat dan taman rekreasi yang kurang diselenggarakan disebabkan oleh pelbagai masalah termasuklah pembersihan yang tidak dijalankan mengikut jadual. Kesemua isu ini akan menjejaskan keselesaan, keselamatan dan kualiti hidup penduduk-penduduk di kawasan dan juga termasuklah pelancong-pelancong yang datang mengunjungi ke Perak.
Tambah lagi, Jalan Sultan Nazrin Shah ini adalah laluan utama untuk pelancong-pelancong datang ke Ipoh pada Tahun Melawat Ipoh 2023 dan Tahun Melawat Perak 2024. Jadi saya ingin mengesyorkan supaya JKR mempertimbangkan, menggantikan lampu jalan yang tidak bernyala ke lampu jalan solar LED. Memandangkan lampu jalan di Sultan Nazrin Shah pernah ditukar dengan kos RM256,000.00 pada tahun 2020 tetapi sudah rosak dalam tiga (3) bulan selepas digantikan. Jadi saya ingin mohon jasa baik pihak JKR untuk mengkaji untuk cadangan ini. Simpang Pulai juga berharap dengan penambahan RM30 juta peruntukan MARRIS sehingga RM600 juta untuk tahun depan, peruntukan RM18.5 juta untuk pelbagai keperluan PBT telah peruntukan RM100 juta untuk belanja pembangunan kepada pihak JKR untuk 2024 dapat membantu meningkatkan prestasi agensi-agensi dalam memainkan peranan mereka dalam pembangunan infrastruktur negeri Perak.
Saya juga ingin memberi cadangan baru supaya semua PBT di negeri Perak boleh menggunakan sebahagian wang rizab PBT untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan di kawasan PBT masing-masing. Kita boleh mencontohi di negeri Selangor. Dalam Belanjawan Negeri Selangor 2024, Kerajaan Negeri Selangor telah mencadangkan setiap PBT mengguna 10% rizab kewangan untuk membaikpulih prasarana dan kemudahan untuk keselesaan orang ramai. Ini disebabkan perancangan bandar perlu sentiasa mengadaptasi perubahan semasa termasuk demografi penduduk supaya selari dengan keperluan setempat. Saya juga ingin memperingatkan semua di sini bahawa negeri Perak merekodkan penduduk tua tertinggi perbandingan nasional dengan 9.6% pada tahun 2022. Negeri Perak telah mencatat negeri menua sejak tahun 2006. Oleh itu, negeri Perak juga perlu membuat persediaan merancangkan infrastruktur kesihatan serta mesra kepada warga emas sama ada di kawasan bandar atau pun di luar bandar. Saya ingin mencadangkan penggunaan wang rizab PBT kerana tujuan penyimpanan wang rizab ini adalah untuk pembangunan dan kebajikan rakyat. Jadi ia perlu diguna dengan cekap dan untuk membawa manfaat kepada semua.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang ketiga, persediaan seterusnya untuk Tahun Melawat Perak 2024. Isu infrastuktur yang saya sebut tadi perlu diambil sepenuh perhatian kerana ini merupakan persediaan yang antara yang paling penting untuk tahun pelancongan Perak 2024 yang dijangka akan membawa 24 juta pelancong di mana 8 juta pelancong domestik dan 14 juta pelancong harian. Langkah Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan kemasukan bebas visa untuk warga China dan India untuk penginapan 30 hari mulai 1 Disember ini, dijangka akan memberi rangsangan kepada industri, perniagaan dan juga industri pelancongan di Malaysia. Ini merupakan peluang yang terbaik untuk Negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak tahun depan untuk menarik lagi ramai pelancong asing dan memberi impak kepada sektor pertanian yang merupakan penyumbang terbesar KDNK Negeri Perak. Akan tetapi dengan hanya sebanyak 330 buah hotel di seluruh Perak, dengan 230 buah di kawasan bandar dan tidak sampai 5 buah bilik hotel 3 bintang ke atas, keupayaan Negeri Perak untuk menampung kemasukan pelancong yang rancak amat dibimbangkan kerana penawaran jumlah bilik hotel di Negeri Perak hanya 16,450 buah pada tahun 2022 dan ini adalah kurang kalau berbandingkan dengan kebanyakan negeri di Malaysia. Termasuklah Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak dan Melaka. Oleh itu, saya harap pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 boleh dijalankan dengan secepat mungkin untuk menampung keperluan industri perhotelan, penginapan sedang meningkatkan kualiti hotel dan tempat bermalam. Tambahan pula, publisiti pelancongan adalah penting dalam menyebarkan maklumat kepada pelancong-pelancong dari domestik dan juga antarabangsa. Ini turut akan meningkatkan kesedaran pelancong terhadap destinasi pelancongan dan aktiviti yang sedia ada di kawasan.
Publisiti yang berjaya dengan berbagai bahasa dapat menarik minat pelabur serta menggerakkan pembangunan infrastruktur dan membawa pembangunan ekonomi yang berterusan. Industri kreatif juga harus diberi keutamaan kerana ia bukan sahaja merupakan sumber inovasi dan ekspresi artistik tetapi juga berpotensi besar untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Industri ini merangkumi berbagai sektor seperti seni, rekabentuk, teknologi kreatif, fesyen, filem, muzik dan banyak lagi. Bandar Ipoh baru saja diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baru yang menyertai rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) - Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori Muzik. Ini menunjukkan Negeri Perak mempunyai bakat-bakat yang perlu serta potensi yang tinggi untuk menggabungkan kreativiti dengan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, memperkayakan kehidupan budaya masyarakat serta mencipta nilai tambahan yang ketara.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara terakhir, kelestarian alam sekitar. Salah satu fokus utama dalam Belanjawan Perak 2024 adalah kelestarian alam sekitar. Atas sebab kepentingan keseimbangan dalam melaksanakan agenda pembangunan dengan mengambil kira tanggungjawab menjaga dan memulihara khazanah alam sekitar. Persekitaran semula boleh bukan sahaja persekitaran tempat duduk kita, tetapi juga skor utama kehidupan dan sumber semula yang banyak memberi manfaat kepada rakyat kita. Oleh itu, tindakan tegas perlu diambil jika terdapat pihak-pihak yang tidak pengusaha-pengusaha sektor swasta yang tidak dapat memenuhi syarat untuk menjaga kelestarian alam semula jadi kita semua. Isu pencemaran udara sering berlaku di kawasan DUN Simpang Pulai di mana terdapat pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab beroperasi tanpa mengambil kira kawasan kediaman di sekelilingnya. Terima kasih atas kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Alam Sekitar selama ini untuk mencari punca masalah walaupun masalah pencemaran udara masih berulang sehingga semalam tetapi usaha JAS amat dihargai.
Semasa kita menjalankan pemantauan untuk kes pencemaran, saya dimaklumkan bahawa peralatan cerex monitoring solutions dengan izin iaitu satu peralatan penganalisasi pelbagai gas yang dimiliki oleh Jabatan Alam Sekitar Perak sudah rosak dan terpaksa pinjam daripada JAS negeri lain. Ini akan melambatkan proses untuk pemantauan dan analisis untuk kes-kes pencemaran udara yang berulang kali berlaku di kawasan DUN Simpang Pulai dan juga akan untuk kes pencemaran udara di seluruh Perak. Simpang Pulai berharap kejadian ini dapat menarik perhatian pihak kerajaan untuk memberi peruntukan untuk pembelian peralatan tersebut. Saya juga harap dapat menarik perhatian pihak bertanggungjawab berkenaan untuk mengambil tindakan penyelesaian isu pencemaran udara dengan secepat mungkin. Kerjasama antara sesama kerajaan, swasta dan masyarakat sivil juga perlu digalakkan untuk melaksanakan program kemampan dan pemeliharaan alam sekitar. Dato’ Yang di-Pertua, Simpang Pulai mohon menyokong untuk meluluskan Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024. Semoga berjaya negeri Perak. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Simpang Pulai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota. Selepas ini Yang Berhormat daripada Pantai Remis selepas daripada Bota. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan, 20 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. (BACAAN DOA). Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunong Semanggol, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, para pemerhati, seterusnya sekalian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang ini secara atas talian. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini dapat kita sama-sama membahaskan Belanjawan Perak 2024 bagi memastikan aspek kebajikan, perkhidmatan yang terbaik untuk seluruh rakyat Negi Perak tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan para tabi’in.
Di kesempatan ini, patik dengan segala hormat dan takzimnya merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Ke Bawah Duli Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Al Mahrum Sultan Azlan Shah Al-Maghful-Lah pada 3 November 2023 yang lalu. Patik juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agung oleh Majlis Raja-Raja Melayu yang Insya Allah akan berkuatkuasa pada hujung bulan Januari 2024.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, suka saya memulakan perbahasan Belanjawan 2024 ini dengan mengambil panduan dan pedoman dari pada kalam Allah yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran dengan membawa maksud firman Allah SWT daripada surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud “Sesungguhnya bagi Kaum
Saba’ ada tanda kekuasaan Tuhan di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. Kepada mereka dikatakan makan lah olehmu dari rezeki yang dianugerahkan Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepadaNya yakni negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Pengampun”. Yang dinyatakan di dalam Al-Quran baldatun thayyibatun warabbun ghafur.
Negeri yang baik seperti tersebut yang saya nyatakan tadi dengan izin adalah mencakup seluruh kebaikan di dalamnya sama ada rakyat ataupun pemerintah kedua-duanya beroleh keampunan daripada Allah s.w.t. Insyaallah saya mendoakan untuk semua kita di dalam Dewan ini sama ada daripada belah pembangkang ataupun belah kerajaan ataupun seluruh ketua-ketua jabatan yang hadir pada hari ini menjadi orang-orang yang diampunkan oleh Allah s.w.t. Marilah kita sama-sama berusaha menjadi pemimpin yang adil, prihatin dan berkebajikan. Dato' Yang di-Pertua, Bota merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan Belanjawan Perak 2024 pada Jumaat lalu. Juga tidak lupa saya ucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh jentera kerajaan yang telah bersedia bertungkus-lumus, yang telah bertungkus-lumus menyediakan Belanjawan Perak 2024. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan kali ini.
Pengisian Belanjawan Perak 2024 digarap dengan enam nilai gagasan Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Apa maksud ihsan? Sebagai seorang yang beriman kepada Allah s.w.t semestinya kita perlu hayati maksud ihsan mengikut Islam. Ihsan itu ialah bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya tetapi jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu. Pengertian berdasarkan hadis riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab. Yakni mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihatnya. Jadi maknanya, dalam urusan pentadbiran dunia ini pun, berhati-hatilah dan sentiasalah ingat bahawa Allah subhanahu wa ta'ala sentiasa melihat dan memandang kita. Buat dan rencanalah sesuatu mengikut peraturannya. Kita yakin bahawa dunia inilah ladang dan akhirat nantilah kita menuai hasilnya, Insya Allah.
Dato' Yang Di-Pertua, suka saya untuk menyentuh fokus pertama bajet Perak 2024 iaitu kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat menteri Besar kerana telah menaikkan kadar semasa bantuan am JKM kepada RM400. Ini pastinya menggembirakan para penerima manfaat tersebut. Dalam pada itu, Bota sangat mengharapkan supaya tempoh masa proses permohonan bantuan JKM tidak mengambil masa yang lama untuk diketahui status permohonan itu berjaya atau tidak. Pusat Khidmat Bota yang beroperasi 6 hari seminggu, seringkali didatangi rakyat yang inginkan bantuan segera ataupun yang terdesak. Alhamdulillah, dengan peruntukan 2023 dapatlah saya sekurang-kurangnya membantu meringankan beban mereka. Alhamdulillah. Berkaitan kad Perak Sejahtera, Bota mengalu-alukan kenaikan kepada RM100 sebulan yang memberi manfaat kepada 20,000 penerima. Namun demikian, Bota berpandangan kadar pemberian tersebut, boleh sama ada dinaikkan lagi nilainya kepada RM120 ataupun ditambah lagi penerimanya kepada 22,000 orang yakni lebih kurang 0.01% daripada seluruh rakyat Perak yang mencecah 2.5 juta orang. Justifikasinya adalah nilai daripada bantuan kad kesihatan yang telah digantikan oleh manfaat skim perubatan Madani yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat yang dialirkan kepada kad Perak Sejahtera tersebut. Dalam pada itu, Bota ingin menarik perhatian tentang Laporan Ketua Audit Negara tahun 2022 di mana pengauditan terhadap pembayaran bantuan kewangan Kad Perak Sejahtera mendapati pembayaran bantuan kewangan tersebut adalah tidak teratur sebanyak RM0.7 juta.
Antara sebab perkara ini berlaku adalah kerana pembayaran penggunaan kad bagi yang telah meninggal dunia. Pembayaran penggunaan kad bagi penerima yang punya nama berbeza dengan rekod JPN, berlaku juga pembayaran penggunaan kad bagi penerima KPP yang tiada rekod JPN, ada juga pembayaran penggunaan kad bagi penerima Kad Perak Sejahtera ini mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza. Laporan ini juga menunjukkan bantuan bayaran kewangan untuk dua kad bagi satu keluarga. Jadi Bota berharap kesilapan seperti ini tidak berulang lagi pada tahun hadapan ataupun pada tahun ini. Insya Allah dan juga tahun hadapan. Jumlah RM0.7 juta bukanlah jumlah yang sedikit dan jumlah ini sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh rakyat yang lain tetapi tidak menerima kad Perak Sejahtera.
Dato' Yang di-Pertua melihat kepada pelbagai masalah dalam kalangan masyarakat yang saya dampingi dan datang mengadu hal di pusat khidmat saya mencadangkan agar kebajikan untuk rakyat ini di seluruh peringkat diperlebarkan. Yang pertama saya mencadangkan dan supaya mewujudkan pusat transit untuk orang kelainan upaya. Di mana pusat transit ini boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga sekiranya mereka mempunyai urusan penting seperti kerja, temu janji doktor atau mungkin ditahan di wad sebagai pesakit selama beberapa hari dan tidak mempunyai orang yang boleh menjaga ahli keluarga mereka yang kurang upaya. Ini dapat bantu memudahkan dan meringankan urusan harian orang-orang OKU tersebut. Yang kedua, saya ingin mencadangkan supaya dilihat keperluan untuk mewujudkan rumah perlindungan remaja bermasalah. Kerana dengan adanya rumah ini, dapatlah membantu membentuk kembali remaja-remaja yang bermasalah dengan jagaan yang baik dan modul yang tersusun agar benar mengikut kehendak agama. Dapat memupuk akhlak yang mulia dan jati diri sebagai seorang rakyat negeri Perak yang berdaulat insya Allah.
Kemudian saya juga melihat kepada perlunya pihak kerajaan mewujudkan dan saya kira perkara ini juga telah pernah dibawa oleh Pangkor pada sesi perbahasan pada hujung tahun 2022 iaitu mewujudkan rumah transit perlindungan wanita, iaitu wanita-wanita yang menghadapi masalah rumah tangga bagi kes penderaan, perceraian, dihalau ataupun yang ada kes polis. Merujuk kepada fungsi Sekretariat Wanita Perak iaitu melaksanakan program-program pembangunan wanita sosial dan keluarga dan misinya menjadi penyedia latihan, khidmat nasihat dan kebajikan kepada wanita dan masyarakat ke arah Perak yang sejahtera dan lestari, maka kebajikan wanita dalam perkara yang saya katakan tadi wajar diambil perhatian dan tindakan. Merujuk kepada statistik perceraian negeri Perak, purata perceraian berlaku 3,000 kes setahun bagi tempoh tahun 2020 hingga tahun 2022. Hal ini turut menyumbang kepada permasalahan lain seperti penderaan dan juga masalah emosi anak-anak. Adalah diharapkan dengan peruntukan RM1.9 juta, mungkin boleh ditambah lagi selepas ini, pihak Sekretariat Wanita boleh bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Perak bahagian dakwah ataupun bahagian pembinaan keluarga bagi mengadakan kursus kekeluargaan dan kursus bimbingan rumah tangga bahagia dengan ini boleh membantu kerajaan menyediakan aset modal insan yang akan berbakti kepada negeri ini.
Saya merasa bimbang apabila melihat angka penceraian yang semakin meningkat. Semuanya boleh memberi kesan yang negatif kepada pembangunan negeri Perak yang kita cintai. Perak Kerajaan Negeri perlu bersungguh-sungguh dalam usaha ini dan tidak hanya bergantung kepada pusat perlindungan persendirian ataupun swasta. Sebagai tambahan saya ingin membawa satu perkara di mana dalam kawasan saya ada Rumah Seri Kenangan yang menempatkan warga emas dan di sebelah Rumah Seri Kenangan itu terdapat pondok warga emas Baitul Ridzuan yang terletak di Seri Iskandar tetapi sehingga ke hari ini masih belum beroperasi. Jadi saya mohon penjelasan. Difahamkan, rumah pondok Warga Emas itu adalah di bawah kendalian Majlis Agama Islam. Jadi saya mohon penjelasan kenapa pondok itu masih belum beroperasi. Sebagai selingan,
Pemuliharaan tuntung di Pekan Bota Tuntung bertelur teruskan legasi. Kanak-kanak dan wanita, aset negara Penerus wawasan kukuhkan generasi
Dataran seluang luas terbentang Warga Seri Iskandar sering kunjungi Perjuangan wanita jalannya panjang Perlukan iltizam, tekat di hati.
Saya mengambil kesempatan ini juga ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan negeri kerana telah melantik seorang wanita mengetuai Majlis Daerah Perak Tengah. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Zarina binti Nordin yang telah melantik menjadi Yang Di-Pertua, Majlis daerah Perak Tengah.
Merujuk kepada fokus dua iaitu tadbir urus berkepentingan negeri Bota ingin menyentuh berkaitan pelancongan domestik yang mempromosikan produk-produk pelancongan negeri Perak. Pada hari pertama persidangan, panjang lebar YB Exco daripada Jalung menerangkan program-program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sempena Tahun Melawat Perak 2024. Bota ingin mengingatkan agar kerajaan terus menerus dan bersungguh-sungguh memasyurkan sejarah Kesultanan Perak yang bermula dari kawasan Hilir Perak hinggalah ke Kuala Kangsar. Terdapat banyak makam-makam sultan terdahulu di kampung-kampung tradisional melayu sepanjang Sungai Perak. Sungai Perak pernah menjadi lebuh raya pada zaman dahulu, namun selepas awal kurun ke-19, terdapat banyak perubahan yang telah berlaku, telah muncul beberapa kampung penting seperti Teluk Mak Intan, Batak Rabit, Durian Sebatang dan Pasir Bedamar yang terletak 10km ke bawah Kuala Bidor. Sungai Perak ini tenang melewati kampung-kampung tradisional, rumah ibadat, bangunan-bangunan dan lokasi-lokasi bersejarah, istana persemayaman para sultan serta makam-makam diraja yang menyimpan pelbagai nostalgia dan sejarah kisah kepahlawanan, kesetiaan, kegemilangan instituti beraja serta kepesatan ekonomi. Oleh yang demikian, Bota mengharap kerajaan seharusnya terus memberi fokus kepada mempromosikan sejarah Kesultanan Melayu Perak yang berada di sepanjang Sungai Perak. Perjuangan sultan-sultan terdahulu tidak wajar dilupakan dalam menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 dan juga pada masa yang sama kita boleh memperkenalkan, mengingatkan anak muda yang anak muda pada hari ini agar mereka mengetahui tentang sejarah perjuangan orang-orang terdahulu dan serta mereka boleh menyayangi sejarah bangsa sendiri.
Justeru itu, Bota ingin mencadangkan, diadakan dengan izin boat tour atau river cruise sepanjang sungai Perak supaya pelawat atau pelancong boleh mendalami sejarah yang ada di samping menikmati pelbagai keindahan alam pelbagai perubahan budaya melayu pelbagai rasa makanan sepanjang Sungai Perak ya. Lanjutan daripada itu peta lokasi makam-makam DiRaja tapak bersejarah dan sebagainya dibuat bagi memudahkan pelancong menyelusuri sejarah Perak dengan lebih mendalam lagi. Namun lokasi tersebut harus diselenggara dengan baik. Di pekan Bota kanan sahaja, terdapat dua makam sultan-sultan terdahulu yang masih dalam keadaan baik dan boleh dilawati. Saya menjemputlah tuan-tuan dan puan-puan hadir ke Bota Kanan dan lawatlah makam Sultan Alauddin, sultan yang kedua ada dalam sejarah kita. Usaha yang sebegini bukan sahaja dapat menambahkan lagi produk pelancongan di Perak, tetapi pada masa yang sama boleh meningkatkan tahap ekonomi penduduk tempatan dengan kehadiran ramai pelancong. Kerjasama yang erat antara pelbagai agensi dalam kerajaan, malah kerjasama yang erat perlu dipupuk antara pemimpin tempatan dan juga agensi kerajaan ataupun pihak swasta mestilah diusahakan sebaik mungkin bagi menjayakan produk ini insya Allah.
Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin menarik perhatian kerajaan negeri dengan beberapa masalah yang sering diadukan di mana rakyat tiada tanah milik sendiri atau tanah pusaka yang tidak selesai difaraidkan yang membolehkan mereka untuk memohon program Sayangi Rumahku adalah diharapkan kerajaan terus menjadi pemudah cara untuk golongan B40 hingga M40 untuk mempunyai tapak rumah atau membeli rumah mampu milik. Bota mengharapkan akan ada tambahan lagi peruntukan untuk Projek Rumah Perak Ku Prihatin. Pada masa yang sama, Bota mengharapkan supaya Pejabat Harta Pusaka Kecil dapat diwujudkan di daerah Perak Tengah, khasnya di Seri Iskandar, supaya dapat dipermudahkan urusan rakyat berkaitan hal ehwal tanah pusaka yang tidak selesai sekian lama. Terdapat juga permintaan daripada rakyat agar Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuka pejabatnya di Seri Iskandar. Dalam pada itu, Bota mengharapkan agar taman permainan ataupun taman awam yang terletak berhampiran dengan Pusat Konservasi Tuntung Bota kanan dapat dinaik taraf dan selengaranya dengan baik supaya dapat bersih, cantik, supaya dapat menjadi tarikan kepada penduduk tempatan, anak-anak sekitar Bota untuk menikmati atau bermain di taman awam Bota Kanan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain, di sini saya ingin kongsikan derita rakyat yang pernah saya terima daripada seorang ibu muda. Seorang ibu muda datang menemui saya bertanyakan, di manakah tempat beliau boleh menjual organ-organ badannya supaya dia mendapat sejumlah wang bagi menampung kos sara hidupnya sekeluarga. Bayangkan tuan-tuan dan perempuan bayangkan bagaimana seorang ibu muda sanggup mengadu hal kena tak ada duit tak ada wang nak menguruskan sara hidup dia tanya saya "YB boleh tak dapatkan saya siapakah yang boleh membeli organ contohnya buah pinggang beliau supaya dia dapat ada sumber kewangan" Saya beristighfar panjang, memberi nasihat dan bantunya untuk mendapatkan bantuan sedaya upaya agar beliau dapat keluar daripada belenggu kesusahan hidup. Kejadian ini menginsafkan saya betapa rakyat perlu dibantu mengikut keadaan kesusahan mereka. Bota sangat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menyalurkan peruntukan yang adil kepada semua Adun untuk tahun 2023. Bota yakin, semua rakan-rakan di sebelah sana dan juga sini bersetuju bahawa kita semua akan menggunakan peruntukan yang akan diberikan untuk membantu rakyat bukan sekadar untuk menagih simpati politik.
Sebagai akhirnya, marilah kita sama-sama merujuk ayat yang ke-36 dari Surah Saba’ yang bermaksud “Katakanlah wahai Muhammad sesungguh, Tuhanku mewahkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkan bagi siapa yang Dia kehendaki, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikatnya.” Bota meyakini dan percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah SWT yang maha kaya sepenuhnya dan bersyukur atas nikmat pemberiannya. Bota juga berharap peruntukan Adun untuk 59 Dun diberikan secara adil dan saksama, sama ada daripada pihak kerajaan mahu pembangkang. Ketahuilah..Terima kasih Yang di-Pertua. Rakyat di semua Dun mempunyai harapan yang besar terhadap Adun yang mereka pilih dan jangan pula hak mereka sebagai rakyat perak dinafikan atas sebab berbeza fahaman politik. Saya yakin dan percaya kepimpinan Negeri Perak yang ada pada hari ini sangat sedar dan matang dalam membuat keputusan. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua kepada Pegawai Daerah Perak Tengah kepada Yang Di-Pertua Majlis Daerah Perak Tengah sama ada baru ataupun yang lama semua ketua-ketua jabatan yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang saya berkhidmat di daerah Perak Tengah hampir melebihi satu tahun dan sebagai akhirnya satu pantun untuk semua.
Padang Changkat ke bota kanan, Simpang empat ke teluk bakung, Manfaat kebajikan dan modal insan, Belanjawan 2024 Bota menyokong.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi w.b.t.
Waalaikummusalam w.b.t, terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Bota Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan 20 minit. Silakan.
Terima kasih Dato’ Tuan Yang Di-Pertua. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan media. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana membentangkan satu belanjawan yang komprehensif dan merangkumi semua lapisan masyarakat. Sebagai Adun Pantai Remis, saya berpuas hati dengan perincian pembentangan Belanjawan 2024 yang berjumlah RM1.35 bilion iaitu peruntukan tertinggi dalam sejarah di negeri kita. Selain itu, juga saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan kerana kita ada rekabentuk oleh seorang Kartunis Malaysia, juga anak jati Perak Yang Berbahagia, Dato' Muhammad Nur bin Muhammad Khalid ataupun kita kenal dia sebagai Lat.
Saya juga gembira menyaksikan kenaikan naikkan belanjaan pembangunan dalam masa 3 tahun berturutan iaitu dari RM302 juta tahun 2022, RM390 juta RM25 juta tahun 2023 dan sehingga RM491 juta pada tahun depan. Ini adalah satu bukti yang kukuh bahawa Kerajaan Perpaduan berada di landasan tempat tepat untuk terus memulihkan kehidupan rakyat dan ekonomi negeri. Selain itu, peruntukan kepada HEBI juga ditambah ke RM10 juta. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Kerajaan Perpaduan yang telah memberi contoh yang baik atas menjaga semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa belanjawan 2024 masih ada ruang untuk menambahkan selepas kajian dibuat pasca pembentangan belanjawan kali ini. Dato' Yang di-Pertua memandangkan perbahasan ini adalah berperingkat dasar maka saya ingin memberi tumpuan kepada beberapa perkara dasar dan juga beberapa isu tempatan iaitu berkenaan dasar warga emas serta penuaan, dasar pemerkasaan Wanita, dasar pelancongan eko pelancongan dan alam sekitar dan beberapa isu tempatan yang akan dibentang sebentar nanti. Saya bermula dengan dasar warga emas dan penuaan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, kenaikan indeks agar pengguna untuk subkategori makanan dan minuman bukan alkohol dan juga kesihatan adalah sebanyak 5.4% dan 3.3% pada tahun 2022. Sudah tentu peningkatan inflasi ini bukan disebabkan kelalaian kerajaan tetapi dijejaskan dengan beberapa faktor lagi seperti kenaikan harga komoditi, kenaikan harga minyak global, pengukuhan dolar Amerika Syarikat/USD berbanding mata wang utama dan isu ketegangan geopolitik.
Namun tidak dinafikan bahawa kenaikan harga barang telah membawa kesan kepada rakyat kita terutamanya kepada golongan berusia. Hal ini kerana Perak telah merekodkan penduduk tua tertinggi berbanding nasional dengan 9.6% pada tahun 2022 diikuti dengan Kedah 8.5%, Perlis 8.2% Sarawak 8.1%, Selangor dan Pulau Pinang 7.5% dan Negeri Sembilan 7.3%. Saya ingin menarik perhatian barisan EXCO kita untuk melihat trend peningkatan bantuan yang dikeluarkan kepada warga emas di Perak. Berdasarkan laporan sosioekonomi Perak, jumlah bantuan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang telah kepada warga emas di Perak telah meningkat dengan ketara iaitu daripada RM18.2 juta pada tahun 2010 ke RM59.8 juta pada tahun 2021. Bilangan penerima bantuan turut berterusan meningkat dengan jumlah penerima bantuan pada 2010 seramai 5,754 orang kepada 10,078 orang pada tahun 2021. Trend ini telah menggambarkan dua senario yang amat membimbangkan iaitu, warga tua kita telah semakin miskin dan golongan miskin kita pula semakin tua. Tekanan ekonomi yang dihadapi mereka menyebabkan mereka berhadapan dengan kesukaran dan bantuan sokongan daripada kerajaan adalah sentiasa diperlukan dan bersifat berterusan. Senario ini bakal menjadi kronik kerana ia bantuan berterusan akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam konteks kos perbelanjaan awam. Jika bantuan kewangan daripada kerajaan meningkat saban tahun, ianya akan memberi impak kepada kewangan dan bebanan kepada negeri jika tiada inisiatif tindakan sewajarnya dalam pengurusan penduduk menua ini.
Dato' Yang di-Pertua ingin saya syorkan bahawa Kerajaan Negeri wajib mengambil tindakan segera untuk mengkaji serta merancangkan pelan tindakan warga emas negeri dalam masa terdekat. Harus saya tegaskan bahawa soal isu penuaan bukan sahaja portfolio kebajikan masyarakat tetapi ia juga menyentuh portfolio kesihatan dan kerajaan tempatan kerana jurang infrastruktur kesihatan warga emas seperti bilangan katil di hospital, pusat jagaan warga emas, klinik kesihatan dan pusat dialisis di kawasan bandar mahupun luar bandar semakin besar. Selain itu, isu yang sangat penting dan utama juga adalah kekurangan penjaga profesional. Saya sudah lama untuk bangkit isu ini kerana kekurangan dengan penjaga yang profesional ini ramai ahli keluarga terpaksa berhenti kerja dan balik rumah untuk menjaga ibu bapa yang tua ataupun ahli keluarga yang sakit. Ia akan menyebabkan masalah financial di antara keluarga itu kerana kurang pendapatan apabila seseorang ahli keluarga berhenti kerja. Terutama di kalangan M40 dan B40. Ya sila.
Minta penjelasan sedikit. Setujukah bagi Pantai Remis bahawa pengeluaran wang KWSP yang tidak terkawal kerana disokong oleh pihak sebelah sana di peringkat Parlimen. Jadi adakah ini telah membantutkan baki akaun dalam 1 dan 2 dalam KWSP untuk selepas persaraan mereka akan kekurangan dana untuk menampung kehidupan masa tua dan tambahan lagi kadar kelahiran kanak-kanak kini makin lama makin menurun jadi mereka anak mereka yang seorang ke dua orang pun tidak mampu untuk menampung kehidupan ibu bapa mereka? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebing Tinggi.
Bercham.
Memang saya. Bercham, sorry ya dia bekas Tebing Tinggi. Memang saya faham dan juga setuju dengan Yang Berhormat Bercham. Ini kita menghadapi satu cabaran yang sangat besar. Bukan sahaja di Malaysia, tapi seluruh negara. China, Jepun, Jerman, Australia, semua tempat yang sama kerana kelahiran anak itu, indeksnya semakin kurang berbanding dengan jumlah bilangan orang tua yang masih ada kerana ia telah mewujudkan satu situasi yang sangat-sangat penting dan juga kita harus ambil serius kerana beban kepada anak-anak ini agak tinggi dan akhirnya akan menjadikan isu yang tidak boleh diselesai dan banyak isu sosial di kalangan ahli keluarga, di masyarakat akan bertimbul dan juga pengeluaran daripada tabung KWSP itu dia akan juga menjejas kehidupan semasa bersara kerana bakinya dalam KWSP itu tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka. Jadi itulah yang kita faham dan Perak kini telah berkaitan, tadi telah dicelah oleh Yang Berhormat Bercham saya yang tadi yang dengan isu penjaga profesional dan saya rasa sangat gembira kerana Perak kini kita telah ada sekolah dan kursus latihan SKM penjaga yang bertaraf dengan standard Jepun oleh Malaysian Association for Social Care Professionals atau dikenal oleh MASOC Care dan mereka telah berjalan latihan ini sejak dua tahun yang lalu dan kerajaan boleh ambil kesempatan ini untuk menggalak lebih ramai belia, wanita untuk belajar dan menjana pendapatan serta membangunkan bidang penjaga profesional.
Kita juga sedar bahawa Jepun sedang menghadapi cabaran penuaan yang serius. Walaubagaimanapun, Jepun juga merupakan negara yang mempunyai kelebihan ekonomi dan kepakaran teknologi dalam usaha menangani isu penuaan. Maka persahabatan antara Jepun dan Malaysia haruslah diperkasa lagi. Begitu juga dalam konteks bandar, antara satu sama lain iaitu kerjasama dua hala sebagai sister city bagi bandaraya Ipoh dan Fukuoka. Saya telah mula melawat ke Fukuoka pada tahun 2019 atas isu penuaan ini dan pada tahun ini dalam bulan Oktober YB Exco Teja telah melawat ke Fukuoka sekali lagi dan kami melawat dengan beberapa tujuan seperti isu penuaan golongan OKU, golongan demensia, tapak pelupusan sampah dengan Fukuoka Metal dan juga pusat kitar semula. Dengan persahabatan yang wujud antara Bandar Raya Ipoh dan Fukuoka, saya yakin model Fukuoka 100 dapat dicontohi Perak untuk mengatasi masalah penuaan. Jadi persoalan saya adalah apakah pelan selanjutnya dalam usaha menjalin hubungan bersama Fukuoka? Kita lebih fokus atas isu-isu tertentu mana kita ada tak sediakan rolling plan dan juga ada pasukan yang tetap berhubungi dengan pihak Fukuoka supaya kita ada hubungan yang lebih erat pada masa jangka Panjang. Dato’ Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin mengemukakan soalan mengenai pemerkasaan peranan wanita. Jika kerajaan negeri ingin melaksanakan langkah-langkah untuk memperkasakan peranan wanita, adakah pelan pembangunan wanita bakal direkakan dan secara khususnya, apa asas pertimbangan atau statistik yang dirujuk oleh kerajaan dalam perkara ini? Data perbandingan mengikut jantina di Perak telah menunjukkan komposisi siswazah di dominasi oleh perempuan dengan sumbangan 54.4% atau 196.2 ribu orang, manakala siswazah lelaki merangkumi 49.6% atau 164.2 ribu orang pada tahun 2021.
Manakala siswazah bekerja lelaki di Perak adalah seramai 130.4 ribu orang, lebih rendah berbanding siswazah bekerja perempuan. Manakala, bilangan penerima gaji dan upah bulanan bagi pekerja lelaki di Perak merekodkan kadar pertumbuhan 1.3% sejumlah 427.3 ribu orang berbanding perempuan yang mencatatkan peningkatan 21.9% atau 326.3 ribu orang pada tahun 2021. Kedua-dua statistik ini telah menunjukkan bahawa peranan wanita telah memainkan peranan atau dominasi dalam bidang pendidikan dan gaji tetapi pada masa yang sama, kita telah tengok indeks jurang gender Perak pun menunjukkan bahawa tingkat penyertaan wanita dalam politik dan peluang ekonomi adalah lebih rendah iaitu bertempat di politik indeksnya 0.72 dan lagi peluang ekonomi hanya 0.033 sahaja. Jadi maka persoalan saya adalah pemerkasakan wanita walaupun adalah sesuatu yang sentiasa disokong oleh semua lapisan masyarakat tetapi di mana tumpuan itu siapa sasaran utamanya semua ini perlu berdasarkan data-driven policy dengan izin. Saya ingin menasihatkan kerajaan supaya mempunyai rancangan pembangunan dalam perkara ini supaya kita semua jelas atas matlamat pemerkasaan wanita dan sejauh manakah usaha diambil dan hasil pemerkasaannya.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, menurut statistik tahun 2022, bilangan pelawat domestik di Perak telah mencecah 14.57 juta orang, tahniah kepada YB Exco Pelancongan Kerajaan Negeri dan rakyat Perak kerana jumlah ini telah menunjukkan industri pelancongan semakin pulih pada kesan teruk apabila pandemik berlaku pada tiga tahun yang lepas. Statistik ini telah menunjukkan juga di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik merupakan antara destinasi dan tumpuan di daerah Manjung dan saya nak tanya apakah rancangan pihak berkenaan untuk terus membangunkan destinasi tersebut? Statistik juga telah membuktikan bahawa eko-pelancongan adalah pilihan utama oleh ramai pelawat domestik. Kerajaan harus menggali dalam sektor ini supaya pelan tindakan pembangunan dapat mempromosikan eko-pelancongan sambil mempromosikan kepentingan pemuliharaan bagi alam sekitar. Saya ambil satu contoh Perak kita mempunyai sumber yang sangat-sangat unik kerana kita ada penyu yang mendarat bertelur di Segari, Pantai Remis tetapi masih ada ramai orang tidak tahu pada waktu yang sama, persisiran Pantai Pasir Panjang yang penyu mendarat bertelur lebih kurang 7 hingga 10 km masih belum diwartakan sebagai tempat perlindungan, supaya aktiviti-aktiviti lain seperti industri berat, jeti-jeti tidak dibenarkan dan tidak dibina di sepanjang pantai di persisiran pantai itu. Saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya mempercepatkan pewartaan tersebut serta kajian Pelan Malaysia juga harus mengubah tahap sensitif fizikal ke balik ke tahap satu supaya kawasan ini tidak dibenarkan aktiviti industri berat. Jika kacau-ganggu terlalu banyak ia akan menyebabkan penyu tidak akan mendarat bertelur lagi di kawasan yang indah ini.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, saya rasa gembira apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan Belanjawan 2024 kerana selepas beberapa tahun kami mencadang untuk mewujudkan data Perak dan kini Kerajaan Perak telah menyediakan peruntukan dengan siling keseluruhan RM26 juta dalam tempoh 20 bulan bermula tahun 2024 yang diselaraskan oleh Perak GIS untuk memulakan sistem e-Perak bagi perkhidmatan pengumpulan data dan pengemaskinian maklumat isi rumah. Data pengumpulan sangat-sangat penting kepada sebuah kerajaan dan juga institusi kerana hanya merujuk kepada data yang terkini, pihak kerajaan boleh menyediakan data-driven policy pelan tindakan yang tepat untuk mengatasi masalah dan cabaran. Tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Pasukan MMK.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, bagi bidang keberjaminan makanan, walaupun bidang menangkap ikan dia lebih bergantung dengan Jabatan Persekutuan, tapi saya ingin mengkongsikan sedikit pengalaman nelayan bagi bot C, bot B, bot C dan juga bot C2. Bidang menangkap ikan telah sampai ke satu tahap sekian lama kurang orang tempatan menyertai dalam bidang ini. Bagi bot C dan C2, sudah lamanya pekerja terutama terdiri daripada warga asing dari Thailand dan mereka yang ramai berkumpul di daerah Manjung dan ke utara dan juga pekerja Myanmar yang majoriti berkumpul di Hutan Melintang sehingga ke Sekincan dan pengusaha banyak menghadapan dengan pelbagai pihak penguasaan seperti Marin Polis, Perikanan, APMM, Imigresen dan sebagainya. Jika melakukan kesalahan, bukan sahaja dikeluarkan saman, kompaun tetapi juga akan dirujuk ke mahkamah. Jika satu hari mahkamah tidak selesai isu itu, bot-bot yang ditahan tidak dibenarkan ke laut. Saya terima satu aduan di mana bot B itu ditangkap pada bulan Mei tahun ini, hingga kini sudah 7 bulan, kompaun sudah bayar tetapi kerana hukuman mahkamah belum selesai pemilik bot itu tidak dapat ke laut, maka nelayan itu tidak dapat bekerja tak ada pendapatan selama 7 bulan ini. Jadi saya ingin tanya, apakah langkah-langkah pihak jabatan dapat membantu nelayan ini supaya perjalanan proses tidak ambil tempoh masa terlalu panjang. Bukan kes ini sahaja, tapi semua kes yang berkaitan tentang penguatkuasaan dan juga macam mana tentang isu-isu ini kita boleh jaminkan jumlah tangkapan ikan tidak di apa tu dikurangkan dan adakah akta-akta perikanan sejak tahun 80-an boleh dikaji semula?
Nelayan bot C dan C2 juga menghadapi ancaman daripada penguatkuasa pihak Indonesia yang masuk dalam perairan kita dan tunda bot-bot ini ke Indonesia. Pada bulan September tahun ini, terdapat 3 kes berlaku di Pantai Remis dan Hutan Melintang. Mereka hampir ditunda ke Indonesia. Syabas kepada APMM. Akhirnya bantu halau penguatkuasa Indonesia keluar dari perairan Malaysia. Kelakuan Indonesia ini telah melanggar perjanjian di mana bot-bot berada dalam buffer zone tidak boleh ditangkap dan hanya boleh dihalau. Lagipun bot-bot nelayan itu masih berada di dalam perairan kita. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh membuat permintaan kepada Kerajaan Persekutuan mengemukakan bantahan kepada
Indonesia dan mengaktifkan semula jawatankuasa perundingan terhadap isu sempadan perairan di antara dua buah negara iaitu Indonesia dan Malaysia supaya harta benda dan keselamatan nelayan kita dapat dijaminkan.
Dato' Yang di-Pertua, isu terakhir saya ingin bangkitkan adalah penyelenggaraan jalan persekutuan. Bagi penduduk di luar sana, mereka tidak tahu mahupun tidak peduli pengurusan jalan itu diagih kepada jabatan mana? Pada PBT, JKR, JPS atau PLB. Mereka akan hanya tanya sahaja, "YB, bila jalan itu akan dinaiktaraf? Bila akan diturap semula?" Mereka tidak peduli siapa pengurusan di belakang. Jadi saya harap pada tahun yang depan, jalan utama di kawasan saya di Pantai Remis adalah FT60 dan juga jalan utama di kawasan saya di Ayer Tawar adalah FT5. Kedua-dua jalan ini dapat menyelesaikan isu-isu penyelenggaraan tepi jalan seperti cuci longkang, potong rumput tidak hilangkan, lampu jalan yang rosak tidak dibaiki semula dengan semua ini dapat diselesaikan dan saya harap bukan kawasan sahaja tetapi seluruh Perak kita boleh terima peruntukan yang secukupnya daripada pihak Kerajaan Persekutuan supaya kita boleh menjalan penyelenggaraan jalan raya, jalan Persekutuan yang dengan lebih lancar. Dato' Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai yang telah memberi bantuan dan sokongan, kerjasama sepanjang masa yang saya berkhidmat. Mohon maaf juga jika saya melakukan kesalahan. Saya berharap kita boleh berkerjasama seterusnya untuk pembangunan yang terbaik demi Perak yang kita cintai. Perak makmur, rakyat sejahtera. Pantai Remis, mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Pantai Remis. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk memulakan perbahasan. 20 minit, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Selamat petang. YAB Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyaurat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Barisan Anggota Pentabiran Negeri dan Persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di atas kesempatan dan ruang untuk saya menyertai perbahasan dalam Dewan yang mulia pada petang ini bagi mewakili suara rakyat, DUN Kuala Kurau. Pertamanya, saya ingin, saya menyambut baik Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar pada minggu yang lalu yang mana ianya berteraskan kepada lima fokus utama iaitu yang pertama berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Seterusnya yang kedua, tadbir urus projek berkepentingan negeri dan yang ketiga, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar dan yang kelima, keterjaminan bekalan makanan. Tahniah diucapkan kepada YAB Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2024.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan peruntukan kepada semua 59 ADUN termasuk pihak pembangkang. Kami dengan rendah diri ingin memohon perincian yang lebih jelas daripada YAB Menteri Besar. Adakah pihak pembangkang akan menerima peruntukn 2024 sama seperti yang diterima pada tahun 2023 terutama berkaitan dengan peruntukan untuk melaksanakan projek-projek kecil dan juga elaun kepada pusat khidmat sebab pembentangan yang baru ini tidak dinyatakan secara detail? Saya dan rakan-rakan pembangkang juga terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato' Seri Menteri Besar di atas peruntukan yang telah diterima pada tahun 2023 termasuklah sumbangan kotak makanan, sumbangan back to school, sumbangan lembu korban, sumbangan perayaan utama dan lain-lain lagi yang bagi kami begitu bermakna dan berharga dalam usaha kami menunaikan khidmat kepada semua lapisan masyarakat di kawasan yang diwakili. Sebagai ADUN biasa yang sentiasa berada di kawasan dan hampir setiap hari kami bergelumang dengan rakyat, sudah tentu kami menghadapi pelbagai isu ya di kawasan.
Justeru, keperluan kepada peruntukan yang asas bagi kami sudah memadai ya daripada pihak Kerajaan Negeri amatlah diharapkan kerana apabila kita kerap turun padang berjumpa dengan rakyat, kita akan sentiasa menerima pelbagai aduan, masalah, isu-isu semasa, jalan kampung, saliran, bencana alam, isu kemiskinan, kebajikan, sumbangan untuk pelajaran, untuk melaksanakan program-program dan juga aktiviti dan juga elaun kepada staf di pusat khidmat. Ini juga memerlukan perbelanjaan-perbelanjaan yang agak besarlah ya. Kemudian, apatah lagi kawasan-kawasan yang diwakili oleh ADUN-ADUN pembangkang, rata-ratanya adalah kawasan majoriti melayu di kawasan luar bandar. Mungkin cuma ada satu dua lah di kawasan bandar. Yang lain itu semua di kawasan luar bandar. Ini sudah tentu memberikan kesan yang cukup mendalam sekiranya kami tidak diberikan peruntukan sebab kami bimbang kawasan-kawasan luar bandar yang diwakili akan terus ketinggalan dan tersisih daripada arus pembangunan. Justeru itu, kami memohon pertimbangan YAB Dato' Seri Menteri Besar untuk mempunyai sedikit belas ehsanlah ya kepada kami sebagai ADUN pembangkang di negeri Perak yang tercinta ini.
Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya saya pergi kepada isu di kawasan saya. Yang pertama, berkaitan dengan isu bubu naga. Ya, isu bubu naga memang selalu dibangkitkan ya. Bukan, saya ingat dah lama ya, selalu dibangkitkan oleh ADUN-ADUN sebelum ini juga. Bubu naga adalah sejenis peralatan tangkapan nelayan yang diharamkan tapi di kawasan saya di Kuala Kurau ia semakin berleluasa kerana saya boleh katakan setiap minggu menerima aduan daripada nelayan-nelayan pantai berkaitan dengan masalah bubu naga ya. Khususnya di kawasan Kuala Kurau dan di kawasan Tanjung Piandang. Jadi kita juga mengucapkan tahniah kepada pihak Maritim, pihak Jabatan Perikanan, Polis Marin yang begitu komited untuk membanteras isu-isu bubu naga. Cuma saya lihat mungkin ada beberapa kekanganlah kalau kita nak mengharapkan pihak maritim sahaja untuk membanteras bubu naga pun sukar untuk berjaya ataupun kita mengharapkan Jabatan Perikanan sahaja ataupun Polis Marin.
Pada pandangan saya, satu operasi khas dan juga tindakan bersepadu mestilah dilaksanakan. Seperti mana contoh ya pada 02 Oktober 2023 telah diadakan satu operasi bersepadu MARDOF Perak yang melibatkan Jabatan Perikanan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Unit Risikan Marin, PDRM dan juga Jabatan Imigresen di Jeti Nelayan Sungai Burung Bagan Datuk. Jadi operasi seperti ini saya ingat sesuai diadakan di perairan Kuala Kurau dan juga Tanjung Piandang. Satu lagi isu dia ialah berkaitan dengan pengkalan maritim di Kuala Kurau ini, dia terletak di muara sungai. Jadi pergerakan bot-bot maritim ini sentiasa dipantau oleh tonto-tonto yang banyak di kawasan tersebut. Ini juga sebagai satu halanganlah untuk mereka dapat menjalankan penguasaan yang lebih cekap. Cadangan saya pada tahun 2024 kalau boleh agensi yang terlibat mengisytiharkan sebagai tahun jihad untuk membanteras bubu naga di Kuala Kurau dan juga di Daerah Kerian khususnya dan ianya haruslah menjadi fokus utama kepada semua agensi yang terlibat. Yang tadi yang saya sebut, yang kata bubu naga ini semakin berleluasa ini adalah berdasarkan risikan saya sendiri jugalah. Ada jugalah maklumat-maklumat yang saya dapat. Di Kuala Kurau sahaja ada lebih kurang 10 tauke atau pun pengusaha bubu naga dan ada lebih kurang 40 buah bot yang aktif menjalankan tangkapan bubu naga yang diharamkan. Jadi bayangkan, satu bot bubu naga ini boleh memuatkan hampir 300 unit pukat. 300 unit pukat kali dengan 40 bot ada lebih kurang dalam 12,000 pukat bubu naga di kawasan Kuala Kurau sahaja dan untuk makluman juga hampir 100% pekerja ataupun awak-awak kecuali tekong bubu naga ini adalah pendatang warga asing, Myanmar dan juga lain-lainlah dan saya pasti mereka tidak mempunyai permit kerja yang sahlah. Justeru saya akan diambil untuk menghapuskan penggunaan bubu naga oleh agensi penguatkuasaan yang seperti mana yang saya sebutkan tadi bermula pada tahun 2024. Jadi kita nak lihat apakah tindakan yang lebih tegas akan dijalankan oleh pihak penguatkuasaan.
Seterusnya berkaitan dengan cadangan untuk pembinaan satu bandar baru, pekan Kuala Kurau. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dan juga pihak bank agar dapat membuat satu kajian tentang kesesuaian berkaitan dengan cadangan projek untuk pembinaan sebuah pusat bandar baru pekan Kuala Kurau yang lebih teratur dan tersusun. Di mana sekarang ini di sekitar pekan Kuala Kurau agak pesat membangun dengan projek-projek perumahan dan rumah-rumah kedai yang dijalankan oleh pihak swasta. Saya ingin bertanya juga kepada pihak Kerajaan Negeri tentang halatuju cadangan projek Rancangan Perkampungan Terusun ataupun RPT Kampung Tok Ngah Kuala Kurau di mana proses pengambilan tanah seluas 10 hektar telah pun selesai dijalankan beberapa tahun yang lalu. Jadi projek RPT tersebut mungkin sesuai digabungkan dengan cadangan peminaan sebuah pusat bandar baru di pekan Kuala Kurau kerana lokasinya amat strategik, berhampiran dengan jalan raya alternatif Kuala Kurau yang telah siap dan baru dibuka secara rasmi pada penghujung tahun 2023.
Berkaitan dengan isu permohonan dewan berbagai lapisan masyarakat amat memerlukan sebuah Dewan Orang Ramai yang luas dan juga selesa menjalankan pelbagai program dan aktiviti. Untuk makluman di pekan Parit Buntar, pekan Bagan Tiang, pekan Tanjung Piandang dan pekan Batu Lima di dalam Parlimen Parit Buntar semuanya sudah memiliki Dewan Orang Ramai kecuali di pekan Kuala Kurau sahaja. Jadi justeru saya mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri dapat berbincang dengan segera dengan pihak kementerian yang berkenaan ataupun menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek tersebut. Tapak cadangan yang sesuai telahpun diusahakan di satu lokasi yang strategik di pekan Kuala Kurau dan saya difahamkan tapak tersebut telahpun diangkat untuk proses pewartaan sebagai tapak dewan orang ramai oleh pihak Majlis Daerah Kerian. Seterusnya, berkaitan dengan cadangan pembinaan sebuah balai bomba yang baharu di pekan Tanjung Piandang kerana pekan Tanjung Piandang belum lagi memiliki sebuah balai bomba yang dibina oleh pihak kerajaan. Balai bomba yang paling dekat atau yang paling hampir dengan pekan Tanjung Piandang ialah pekan Kuala Kurau dan juga pekan Parit Buntar dan saya rasa jaraknya agak jauh dan mungkin mengambil masa mungkin 15 minit ataupun 20 minit untuk sampai sekiranya berlaku sebarang musibah ataupun kebakaran. Jadi di pekan Tanjung Pindang, ada satu tapak yang sesuai dibina balai bomba tersebut iaitu tapak milik JPS yang belum digunakan dan lokasinya amat strategik berdekatan dengan tapak pasar malam pekan Tanjung Piandang dan saya cadangkan kepada pihak bomba dapat berbincang dengan pihak JPS dan juga pihak pejabat tanah bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Dato' Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan gelanggang futsal. Permainan futsal ini adalah satu sukan yang amat digemari oleh golongan belia terutamanya. Di Dun Kuala Kurau ada dua buah gelanggang futsal yang agak uzur dan daiflah tapi masih lagi digunakan oleh anak-anak muda kerana tidak ada tempat lain dan tidak ada pilihan. Yang pertama iaitu di Kampung Perlis, Kuala Kurau dan satu lagi di belakang Dewan JKK Tanjung Piandang. Jadi saya mohon pihak yang berwajib mungkin pihak KBS dapat melihat turun padang dan juga mencari peruntukanlah untuk membaikpulih kedua-dua gelanggang futsal ini kerana saya difahamkan gelanggang futsal ini pun dah usia lebih daripada 10 tahun. Kemudian ada satu lagi gelanggang futsal di padang bandaran Kuala Kurau ataupun di belakang Balai Bomba Kuala Kurau yang telah rosak dan uzur dan tidak lagi digunakan. Jadi ada cadangan daripada penduduk setempat dan juga anak-anak muda supaya gelanggang futsal tersebut kalau boleh segera dilupuskan kerana tidak lagi digunakan kerana gelanggang futsal tersebut dia termasuk dalam padang bola sepak. Dan ia mengganggu saiz dan keluasan sebenar padang bola sepak yang terdapat bersebelahan di situ. Jadi kalau ada perlawanan bola sepak yang dijalankan ia mengganggulah keadaan di situ.
Ok, seterusnya berkaitan dengan isu pelancongan di Pantai Ban Pecah, Kuala Kurau. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Majlis Daerah Kerian, terutamanya dan juga lain-lain agensi seperti Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, pihak JPS Kerian dan lain-lain lagi atas usaha gigih menaiktaraf tempat pelancongan yang kini semakin popular di sebelah utara Perak iaitu Pantai Ban Pecah, Kuala Kurau dan juga di Tanjung Piandang dan sejak beberapa tahun yang lalu, pelbagai usaha telah dijalankan untuk menaiktaraf dan juga menaiktaraf kemudahan-kemudahan yang terdapat di situ. Di antaranya adalah pembinaan dataran yang lebih luas, pembinaan tandas awam, pembinaan mercu tanda, kemudian pembinaan gerai yang berkonsepkan kabin, menaiktaraf jalan masuk ke pantai Ban Pecah iaitu Jalan Farid Abu Samah yang telah pun dinaiktaraf, diturap semula. Kemudian penyediaan tempat parking yang lebih selesa. Memasang papan tanda di kawasan luar untuk memudahkan sebagai pandu arah kepada orang-orang luar dan juga menanam pokok-pokok landskap yang semakin menarik dan juga usaha untuk menjalankan kutipan sampah yang lebih teratur di kawasan tersebut. Jadi semoga dengan kehadiran ribuan pelancong tempatan dan juga pelancong daripada luar setiap minggu di Pantai Ban Pecah akan mampu menjana ekonomi penduduk setempat. Di antaranya jualan gerai-gerai makanan, penyewaan homestay atau pun housestay, jualan hasil-hasil laut, cenderahati, kedai runcit dan sebagainya dan adalah diharapkan sempena Tahun Melawat Perak yang akan bermula pada Januari 2024 akan menyemarakkan lagi sektor pelancongan khususnya di kawasan Pantai Ban Pecah, Kuala Kurau dan juga di kawasan Tanjung Piandang. Jadi sebagai penutup saya mengakhiri ucapan pada petang ini dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dengan tema "Perak Makmur, Rakyat Sejahtera". Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Kurau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. 20 minit. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain. Qola Rabbish rahli sadri wa yassirli amri wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli. La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil azim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang saya hormati lagi saya muliakan Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang saya hormati yang saya muliakan Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, tuan-tuan, puan-puan, rakan-rakan media, khususnya kepada pengundi-pengundi yang saya sayangi dan kasihi di Dun Ayer Kuning. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya juga Allah S.W.T. beri kepada kita kelapangan waktu dan kesihatan untuk kita sama-sama hadir dalam Dewan yang mulia ini untuk kita membahaskan berkaitan dengan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024. Jadi terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi ruang dan peluang untuk saya membahaskan berkaitan dengan Enakmen Bajet 2024 ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh penjawat awam khususnya di daerah Batang Padang. Pertama sekali kepada Tuan Pegawai Daerah, Ketua Polis Daerah, Jurutera-Jurutera Daerah, JKR, JPS dan LAP, ketua-ketua jabatan serta barisan Penghulu Mukim dalam daerah Batang Padang yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi bagi membantu menyelesaikan beberapa isu dan masalah yang dihadapi rakyat dalam daerah Batang Padang khususnya di Dun Ayer Kuning. Selama setahun saya diberi mandat mewakili rakyat di Dun Ayer Kuning diharapkan kerjasama, jalinan yang erat ini bersama antara wakil rakyat dan juga pegawai-pegawai pentadbiran kerajaan, baik negeri mahu pun pusat dapat dikekalkan. Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan berkaitan dengan kepentingan rakyat, seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat di dalam negeri yang kita cintai. Pada kesempatan juga Ayer Kuning dengan penuh hormat dan takzim, juga merafakkan sembah dan setinggi-tinggi tahniah ucapan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 4 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafian, limpah rahmah keampunan Allah S.W.T. serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta.
Timbalan Yang di-Pertua, berbalik semula kepada isu untuk kita bangkitkan pada hari ini iaitu berkaitan dengan pembentangan bajet yang telah pun dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat. Sudah tentulah bajet ini merupakan bajet yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri Perak dan juga rakyat negara kita. Apakah bajet ini yang telah dibentang ini manfaatnya kepada rakyat dalam negeri kita dan juga dalam negara yang kita cintai. Sudah tentulah bila saya meneliti intipati kandungan Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini boleh saya kata dan simpulkan bahawa Kerajaan Perpaduan ini yang menjadikan rakyat sebagai fokus utama bagi melaksana Pelan Sejahtera Perak 2030. Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan satu belanjawan yang tertinggi dalam sejarah Negeri Perak berjumlah RM1.35 bilion yang lahir daripada resipi kejayaan Kerajaan Perpaduan yang baru berusia setahun di mana sebahagian besarnya dilihat bakal memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejarahan rakyat di dalam Negeri Perak.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini sudah pasti menjadi perhatian kepada seluruh rakyat Negeri Perak khususnya di Dun Ayer Kuning di mana ianya memberikan gambaran kepada mereka, betapa belanjawan ini bakal memberi manfaat yang besar dan baik kepada masyarakat di dalam negeri Perak. Justeru itu pada kesempatan ini, saya berharap supaya adanya peruntukan yang akan diluluskan dan dimanfaatkan kepada mereka. Saya sedari dan menyedari nama Ayer Kuning tidak tercatat secara spesifik dalam bajet kali ini tetapi sebagai wakil rakyat Ayer Kuning, saya berharap dan amat berharap peruntukan dapat diturunkan kepada kawasan Ayer Kuning dengan sewajarnya agar memberi titik noktah kepada permasalahan yang dihadapi di kawasan Ayer Kuning yang sebelum ini tiada penyelesaian.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, antara isu-isu yang memerlukan perhatian yang serius yang saya sentiasa bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah yang pertama sekali adalah berkaitan dengan kesesakan lalu lintas di pekan Tapah. Ini adalah isu yang lama. Setiap kali saya berdiri di Dewan yang mulia ini, inilah perkara pokok yang utama yang mesti saya bawakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan isu kesesakan lalulintas di pekan Tapah yang telah membelenggu begitu lama dan saya berharap dengan peruntukan yang diberi, dengan Belanjawan 2024 ini akan dapat menyalurkan peruntukan kepada mereka-mereka yang berkepentingan dan berkewajipan untuk sama-sama merelaikan isu-isu yang berada di kawasan Ayer Kuning. Isu-isu juga berkaitan dengan isu jalan di antara Ayer Kuning ke Mambang Di Awan. Ia juga memerlukan penurapan dan di sini juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JKR yang telah pun mengambil inisiatif untuk membantu di kawasan tersebut dan telah diturap sebahagian. Ianya memerlukan penurapan yang sebahagian lagi untuk keselesaan kepada pengguna jalan raya di situ khususnya masyarakat di Dun Ayer Kuning. Begitu juga kawasan tersebut juga ada kawasan-kawasan yang agak gelap, agak bahaya apabila waktu malam dan kerap kali berlaku kemalangan-kemalangan yang membahayakan.
Jadi saya harapkan dalam bajet yang diberi ada peruntukan-peruntukan untuk menyelesaikan masalah-masalah, isu-isu berkaitan dengan perkara-perkara yang saya bangkitkan tadi. Begitu juga masalah penurapan semula jalan daripada Simpang 3 Bidor ke Kampung Baharu Coldstream serta menaikkan jalan Tapah Road ke Kampung Orang Asli iaitu kawasan Orang Asli di Sungai Groyang. Kawasan daripada Tapah Road ke kawasan masyarakat Orang Asli di Sungai Groyang ini cukup teruk jalannya. Cukup teruk. Jadi saya berharap dapat diselesaikan dalam bajet yang diberi kepada pihak-pihak yang berwajib untuk menyelesaikan, membantu masyarakat-masyarakat Orang Asli khususnya di Dun Ayer Kuning. Jadi itu sebabnya saya yakin dan percayalah. Kerana di mana yang telah pun dikatakan oleh mereka-mereka bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa peruntukan sebanyak dua bulan ya, dua bulan gaji kepada penjawat-penjawat awam, menunjukkan bahawa kerjasama, sokongan dan bantuan yang mereka berikan kepada kita untuk menyelesaikan banyak perkara ini haruslah kita sanjungi dan kita harap mereka-mereka ini akan dapat terus bekerja dengan jayanya dan seterusnya dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah berkaitan dengan, bukan sahaja di Ayer Kuning, tetapi di kawasan-kawasan lain yang berada dalam negeri yang kita cintai. Jadi sudah tentulah sebagai seorang wakil rakyat, cita-cita kita cukup tinggi.
Cita-cita kita cukup tinggi, semua wakil rakyat. Cita-cita supaya kita dapat membangunkan kawasan kita, mensejahterakan rakyat. Membawa pembangunan di tempat kita. Semua wakil rakyat bercita begitu. Tapi bagaimana untuk kita sama-sama membangunkan kawasan kita? Bagaimana untuk kita mensejahterakan rakyat? Sudah tentulah kita berseorang sahaja tidak mampu untuk kita merealisasikan hasrat kita ini. Sudah tentulah kita memohon bantuan pelbagai pihak supaya setiap apa yang kita buat, ada kerjasama yang lebih erat di kalangan kita supaya kita dapat membina negara bangsa yang lebih cemerlang. Membantu untuk kita menyelesaikan berkaitan dengan masalah-masalah berkaitan dengan pengangguran, berkaitan dengan kita mahu menyediakan peluang-peluang perniagaan, peluang-peluang pekerjaan kepada generasi-generasi pada masa yang akan datang. Inilah harapan kita. Inilah kita punya topik utama kita, apabila kita diberi kepercayaan oleh pengundi-pengundi di tempat kita. Dah tentulah kita mahu mensejahterakan rakyat, membina negara bangsa yang cemerlang dan dengan itu juga lah kita memerlukan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penjawat-penjawat awam dan kita amat-amat berterima kasih kerana penjawat awam yang ada di negeri kita ini, satu orang, penjawat awam yang cukup murni sikap mereka membantu khususnya di Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning. Jadi saya ucap terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, saya tengok Dewan hari ini, daripada pagi dan sampai la petang ini, saya tengok Dewan begitu tenang. Walaupun cuba dipanaskan oleh Hulu Kinta, tetapi nampak tenang, alhamdulillah. Inilah contoh, inilah contoh Dewan yang mulia ini. Kita sama-sama memikirkan, mencari idea bagaimana untuk kita mensejahterakan rakyat dan membangun negara tercinta kita. Ini adalah contoh kepada negeri-negeri lain. Jadi kita ucapkan terima kasih la kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengikuti setiap-setiap, apa juga suara-suara, pandangan-pandangan, idea-idea daripada semua Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah. Kalau inilah, kalau inilah cara kita, sama ada di belah kerajaan mahupun di pembangkang, kalau inilah caranya, saya yakin dan percaya, pegawai-pegawai kerajaan, penjawat-penjawat awam yang ada pada hari ini, di luar sana mendengar apa yang kita bicarakan, wa'ima' apa pun yang kita katakan, saya yakin juga mereka akan mendoakan kesejahteraan untuk kita membina negara bangsa yang lebih cemerlang pada masa-masa yang akan datang. Insya Allah.
Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian, sebagai seorang ahli sukan, saya sebagai ahli sukan, sudah tentulah saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah pun memberi peruntukan kepada pasukan Sepak Takraw Perak The Bison. Terima kasih memberi peruntukan sebanyak RM100 ribu kepada pasukan sepak takraw ini. Ia juga menjadi pemangkit semangat, membakar semangat kepada atlet yang lain untuk mereka juga mencemerlangkan sukan di dalam negara kita dan menaikkan nama negeri kita di persada sukan tanah air. Jadi pembangunan pasukan juga haruslah kita titik beratkan dalam Belanjawan 2024 ini, kerana dengan sukan juga kita boleh memupuk perpaduan di kalangan kita masyarakat yang ada dalam negara kita dan negeri kita ini, kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, kita ada orang Melayu, ada orang India, ada orang Cina dan kita ada bangsa-bangsa yang lain yang duduk dalam keadaan tenang dan kita gunakanlah sukan ini untuk memupuk perpaduan di kalangan kita. Selain daripada kita melahirkan atlet-atlet yang boleh membina negara bangsa pada masa yang akan datang. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih. Jadi di tempat saya juga, saya sentiasa juga bagitahu dalam setiap Mesyuarat Pembangunan Daerah, berkaitan dengan di Dun Ayer Kuning ini ada satu, dulu ada padang golf, padang golf 9 lubang, sekarang dah tak ada lubang satu pun. Jadi saya berharap lah, di dalam Dewan yang mulia ini supaya diwujudkan semula berkaitan dengan padang golf, kerana ia juga menjadi satu tempat untuk bukan sahaja boleh riadah, tetapi juga kita boleh mencari bakat-bakat baru di kalangan pemain-pemain golf yang kita boleh ketengahkan pada masa-masa yang akan datang. Jadi, sukan sudah tentulah dekat dengan saya. Jadi, saya ucap terima kasih atas penghargaan kerajaan negeri kepada pasukan di dalam negeri Perak yang saya cintai ini.
Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian, itu sebabnya seperti mana yang saya nyatakan tadi, sebagai wakil rakyat, kita ada cita-cita. Kita ada cita-cita, kita ada matlamat. Sama ada berjaya atau tidak berjaya itu, kita berserah kepada Allah SWT. Jadi, saya juga ada cita-cita. Saya beritahu kepada Tuan Pegawai Daerah, bahawa cita-cita saya adalah untuk wujudkan satu Bandar Baharu Ayer Kuning. Ayer Kuning luas, termasuk Bidor, Tapah Road dia kawasan Dun Ayer Kuning, tetapi Ayer Kuning itself, dia tak ada pembangunan, tak ada. Tak ada satu kawasan perumahan baru. Tak ada kilang baru, tak ada aktiviti-aktiviti yang boleh menjana perniagaan, boleh menjana peluang pekerjaan, boleh menjana ekonomi di situ. Jadi saya harap supaya wujudnya satu bandar baru di Ayer Kuning ini akan menjanakan pertumbuhan ekonomi dan membawa manfaat kepada rakyat di Ayer Kuning. Khususnya mungkin ada peluang perniagaan, peluang-peluang pekerjaan generasi muda pada masa-masa yang akan datang dan di situ juga dalam Pelan Pembangunan Bandar Baharu Ayer Kuning ini, saya bercita-cita juga, diwujudkan satu stadium, mini stadium.
Kalau tak boleh di peringkat antarabangsa, dapat peringkat kebangsaan pun cukup, cukup. Jadi ada pelan pembangunan, di situ ada satu mini stadium yang boleh kita guna pakai untuk kita melahirkan atlet-atlet generasi-generasi dalam pelbagai bidang sukan pada masa akan datang. Kerana apa ya? Kerana di kawasan Ayer Kuning ini, terutama di kawasan Batang Padang, Parlimen Tapah itu sendiri, kita tak ada satu stadium, mini stadium yang boleh kita guna untuk kegunaan balapan. Anak-anak kita, anak-anak didik kita, anak-anak yang bersekolah, yang nak berlatih terpaksa keluar. Keluar daripada daerah Parlimen Tapah. Terpaksa menyewa di Tanjong Malim, terpaksa menyewa di Teluk Intan kerana tak ada. Jadi saya berharap dan saya sering bercakap berkaitan dengan memujudkan setiap mini stadium di setiap daerah di dalam negeri kita kerana apa? Ianya banyak manfaat ini. Mini stadium ini boleh digunakan pelbagai acara sukan. Sepertimana yang saya cakapkan tadi, itu juga boleh menjadikan sukan sebagai budaya dalam kehidupan. Di mana juga kita beritahu tadi, sukan juga boleh memupuk perpaduan, boleh melahirkan atlet-atlet di peringkat kebangsaan, negara dan seterusnya mereka juga boleh membina negara bangsa yang cemerlang pada masa-masa yang akan datang. Jadi, antara itu juga, Ayer Kuning kalau kita lihat dalam kerangka Perak Sejahtera 2030, Ayer Kuning ataupun
Batang Padang diletakkan sebagai hub pertanian, keterjaminan makanan. Saya yakin dan percaya bahawa Ayer Kuning ada fasiliti yang banyak. Terutama sekali Ayer Kuning ada kawasan-kawasan tanah, ada, masih lagi tanah kerajaan ataupun banyak tanah GLC yang kita boleh bangunkan untuk kita mewujudkan satu tempat pertanian melaksanakan kerangka keterjaminan makanan dalam kerangka Perak Sejahtera 2030. Jadi saya harap supaya kita dapat mencari jalan, cara bagaimana untuk kita bawa pengusaha-pengusaha untuk melabur di kawasan Dun Ayer Kuning.
Jadi saya harap dengan belanjawan-belanjawan yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan barisan kepimpinan beliau yang ada, saya yakin mereka juga, yakin, tengah mungkin mengkaji, mencari jalan bagaimana ikhtiar untuk membawa pelabur-pelabur ke Ayer Kuning untuk membina mungkin kilang-kilang ataupun membawa pulang-pulang, kolej-kolej dan sebagainya untuk supaya keterjaminan makanan ini dapat realisasikan dalam kerangka Perak Sejahtera 2030. Jadi di dalam Dun Ayer Kuning ini juga ada sebuah universiti iaitu Universiti UITM, Tapah. Jadi di dalam Dewan yang mulia ini, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mungkin boleh runding dengan kerajaan atau Persekutuan untuk kita realisasikan pendidikan juga boleh kita jadikan sebagai perniagaan. Pendidikan juga boleh kita lihat supaya ia juga boleh membawa kepada pembangunan ekonomi pada masa akan datang. Itu sebabnya saya cadangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya kita jadikan, kita jadikan saya dah tulis tadi, kat mana. Jadi saya dah hilang kot di mana saya nak tulis. Supaya kita bawa universiti-universiti yang terkemuka di dunia. Supaya membuka kolej ataupun membuka mana dia, dah terlupa lah ni. Supaya membuka cawangan-cawangan di negara kita, khususnya di Negeri Perak. Kerana kita tahu bahawa Perak ini adalah sebuah negeri yang begitu sinonim kepada pendidikan. Kita ada sejarah dalam pendidikan. Kita ambil Maktab Sultan Idris di Tanjong Malim, Maktab yang pertama. Kita ada Kolej Malay College Kuala Kangsar. Kita ada Sekolah Berasrama Penuh, kita ada sekolah Anderson sekolah yang lama, kita ada STAR. Kita ini cukup sinonim dengan pendidikan. Jadi saya bercadang supaya kita mempelawa supaya kolej-kolej yang utama ataupun universiti-universiti yang bertaraf dunia ini seperti Oxford University, Cambridge, Howard University, Stanford, University College of London ini dia buka cawangan di negara kita. Kita ada fasiliti kalau kita tak boleh sediakan mereka satu buah universiti tapi benda mereka boleh tumpang sama ada di universiti.
2 minit sila masuk perenggan terakhir.
Di Universiti Seri Iskandar ataupun di Universiti Tapah dan mungkin di Petronas Universiti dan kita akan menjadi satu negara yang menyediakan pendidikan yang bertaraf dunia. Kalau mereka nak belajar tak payah lagi pergi ke London. Mereka boleh belajar di negara kita. Di sub-asia, Asia. Dalam Asia Tenggara juga, mereka tak payah pergi. Mereka dah ada datang ke Ipoh, datang ke Perak untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di dunia dan ia juga boleh menjana selain daripada ekonomi, ia juga boleh meningkatkan nama Perak dan negara Malaysia pada masa-masa yang akan datang. Jadi masa dah habis, jadi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Speaker dan terima kasih kerana beri ruang kepada saya.
Ada sedikit lagi saya terlupa tadi, apabila saya hadir dalam program ataupun dalam Sambutan Kebawah Duli Yang Tuanku iaitu Sambutan Hari Jadi Tuanku Sultan dan saya terdengar titah ucapan daripada Kebawah Duli Raja Muda, mewakili kerabat Diraja. Beliau menasihati kita berkaitan dengan sistem tadbir urus, berkaitan dengan sistem penyampaian maklumat kepada penjimatan, sistem penyampaian perkhidmatan supaya dikemaskini supaya tidak berlaku lambat dan memudahkan supaya kita boleh membawa pelabur-pelabur menjadi destinasi kepada pelabur-pelabur. Kalau kita banyak birokrasi, banyak kesusahan dalam permohonan, permintaan apa sahaja, akhirnya pelabur akan lari. Saya akhiri dengan sebuah pantun,
Kalau tuan pergi memancing Jangan lupa membawa umpan Kami sekarang telah kamcing Bajet ini bukti kerajaan perpaduan.
Sekian wabilahitaufikwalhidayah wasalamualaikum wbt. Ayer Kuning menyokong Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Ayer Kuning seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan. Sila
Bismilahirahmanirohim (bacaan doa) terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Adun Kota Tampan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, seluruh Yang Berhormat berada dalam dewan, ketua-ketua jabatan, pegawai kerajaan, persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, para pemerhati seterusnya yang dikasihi sekian rakyat Negeri Perak yang mengikuti Sidang Dewan pada petang ini. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah SWT pada hari yang berbahagia ini dapat kita bersama-sama berbincang bagi membentuk tadbir urus yang baik. Kearah memberi pekhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat dalam Negeri Perak tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabiin dan bagi seluruh yang mengikuti agama Islam yang indah lagi syumul ini. Pada petang yang berbahagia ini, Patik mengambil kesempatan merafak sembah dan mengucap setinggi-tinggi ucapan tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun hari Keputeraan ke-67 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Al-Maghfurullah pada 3 November 2023 yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Patik juga ingin merakamkan mengucap setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan dan pelantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agung oleh Majlis Raja-Raja Melayu, Patik Menjunjung Kasih Tuanku.
Saya, Kubu Gajah memulakan perbahasan Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 dengan ayat Al-Quran yang dicatat dalam buku ucapan Yang Amat Berhormat Kota Tampan surah Ibrahim ayat 7, yang bermaksud dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberi tahu kamu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan sesungguhnya jika kamu kufur ingkar maka azabku amatlah keras ayat 7 surah Ibrahim. Timbalan Yang di-Pertua, terdapat tiga kandungan utama dalam ayat ini. Pertama, syukur merupakan ungkapan rasa pengakuan diri seorang hamba atas segala yang dikurniakan oleh Allah swt. Kedua Allah swt berjanji untuk menambah kenikmatan rezeki bagi hamba-hamba yang bersyukur. Ketiga sikap kufur atas segala nikmat akan mengundang azab Allah swt. Rujukan tafsir pimpinan Ar-Rahman. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin memberi tumpuan khusus kepada peruntukan yang diberikan kepada sektor keterjaminan makanan sebagai asas penting dalam kehidupan manusia. Sebagai mana yang disebut oleh Ibnu Khaldun di dalam mukaddimah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan asas rakyat bagi sektor ini terjamin bagi menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol berkenaan dengan kajian NAHRIM, negara bakal berdepan dengan kemarau berpanjangan selama 10 tahun bermula tahun 2025 dan cadangan Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan RM36.6 juta bagi memastikan keterjaminan makanan.
Saya cadangkan bajet pembangunan sebanyak RM18.3 juta ditingkatkan lagi bagi membangun dan mengupayakan lagi hasrat negeri ke arah mencapai status Lembah Bakul Makanan Malaysia Flagship satu Pelan Perak Sejahtera 2023. Walau bagaimanapun, beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan dan diurus dengan tadbir urus yang baik. Bagi mencapai hasrat ini. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri. pertama menyediakan ruang memulakan pertanian atau penternakan dengan memanfaatkan tanah milik kerajaan yang bersesuaian secara percuma selama dua tahun kepada anak muda atau petani atau mereka yang berminat dengan aktiviti penternakan dan juga ataupun pertanian. Tempoh penyewaan boleh diperbaharui untuk mengusahakan pelbagai ternakan antaranya lembu, kambing dan sebagainya bagi menampung keperluan makanan rakyat sekiranya berlaku krisis luar biasa ataupun luar jangkaan. Kedua, menaik taraf status petani dengan membina profesionalisme dalam bidang pertanian dan penternakan dalam kualiti, kuantiti, SOP supaya anak muda melihat ini bukan kerja orang kampung. Malah ini adalah kerja yang penting dalam membangunkan keluarga, masyarakat, negeri dan juga negara.
Timbalan Yang di-Pertua, yang ketiga menggalakkan pelaburan dalam bidang pertanian dan penghasilan makanan. Sebagaimana yang dilaporkan melalui Laporan Sosial Ekonomi Negeri 2022 menyumbang KDNK terbesar negeri adalah dari sektor perkhidmatan RM50 bilion bersamaan 63.3% di mana sub sektor perniagaan makanan menyumbang 25%. Yang keempat menggalakkan penyelidikan dan pembangunan penggunaan benih padi yang berkualiti dan berdaya tahan tinggi, yakni pengurangan penggunaan air seperti padi, pertanian lestari akuaponik yang menggabungkan akuakultur dan juga hidroponik diperluaskan di sekolah-sekolah.
Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya, saya menyokong penuh usaha kerajaan negeri menubuh Akademi Sekuriti Makanan Negeri kerjasama dengan SADC dan juga USAS Universiti Sultan Azlan Shah. Namun, saya ingin mencadangkan dapatan-dapatan kajian perlu dibentangkan bagi membangun dan juga mendidik membangunkan masyarakat Perak untuk turut serta dalam sektor ini.
Timbalan Yang di-Pertua. PASAK adalah agensi pelaksana yang berperanan penting dalam menguruskan jawatan kosong di dalam negeri Perak yang bermatlamat membantu para pencari kerja khususnya anak Perak bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang dapat memenuhi keperluan pelbagai sektor industri, sekali gus meningkatkan taraf sosio ekonomi dalam negeri Perak. Peranan PASAK boleh diperluaskan dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM3.5 juta. PASAK boleh berperanan untuk membantu para pekerja pencari kerja dengan menyediakan platform mereka belajar pertanian dan juga perikanan dengan kerjasama daripada Jabatan Pertanian dan juga Perikanan. Kerjasama yang strategik perlu diperkuatkan antara agensi pertanian dan perikanan di samping dapat mengurangkan bebanan kewangan. Ia juga dapat menyelesaikan masalah holistik secara holistik.
Timbalan Yang di-Pertua, selain makanan air juga merupakan sumber asas kehidupan. Berdasarkan dari buku Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri menyediakan bajet untuk kajian kemungkinan bagi pembinaan loji rawatan air (LRA) bagi bekalan air luar bandar di Jalan Pahang, Tapah. Apa yang menarik ialah tentang pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjual air terawat ke Pulau Pinang dan atas tujuan itu, sebuah LRA perlu dibina di utara Perak. Pembinaan LRA di utara ini pada hemat saya amat penting kerana selain daripada menjual air ke Pulau Pinang, ia juga dapat meningkatkan kapasiti bekalan air di kawasan pertanian dan perindustrian di sebelah utara Perak. Seharusnya perlu ada bajet yang diberikan kepada projek yang baik ini. Selain itu membincangkan sebuah isu yang memerlukan perhatian yang serius isu air tidak berhasil (Non Revenue Water) di negeri Perak. Kita sedih melihat sebahagian besar air yang dihasilkan oleh sistem bekalan air negeri kita tidak dapat mengalir ke rumah-rumah dan tempat-tempat perniagaan dengan efisien. Air tidak berhasil adalah satu cabaran yang serius dan memerlukan perencanaan dan juga kaji selidik serta tindakan yang bijak untuk menangani masalah ini.
Dewan ini pasti faham bahawa air tidak berhasil bukan hanya menyebabkan kerugian kewangan kepada pihak berkuasa air tetapi juga ia menjejaskan keboleh tidak percayaan kebolehpercayaan dan kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bekalan air. Masyarakat kita perlu masyarakat kita memerlukan jaminan bahawasanya air bahawa air bersih yang dihasilkan dapat dihantar dengan cekap ke setiap rumah tanpa pembaziran. Oleh itu, saya menggesa agar Kerajaan Negeri bersama-sama memberi tumpuan kepada langkah-langkah berikut. Pertama, peningkatan sistem pengurusan dan pengawasan. Perlu ada peningkatan dalam sistem pengurusan dan juga pengawasan untuk mengenal pasti punca-punca kebocoran dan untuk memantau serta mengurus bekalan air yang lebih cekap. Kedua, teknologi dan juga kejuruteraan baru. Penggunaan teknologi terkini dan juga pendekatan kejuruteraan inovatif boleh membantu mengurangkan air tidak berhasil mungkin melibatkan penggunaan sistem pengesan kebocoran pintar dan kaedah-kaedah terkini dalam penyelenggaraan infrastruktur air. Ketiga kempen kesedaran masyarakat. Melibatkan masyarakat dalam kempen kesedaran mengenai kepentingan pengurangan pembaziran air adalah penting, pendidikan masyarakat tentang cara-cara menjaga dan juga mengguna air secara berhemah dapat membantu mengubah tabiat dan juga peningkatan kesedaran. Keempat kerjasama dengan sektor swasta. Kerjasama dengan syarikat swasta yang pakar dalam pengurusan air dan teknologi boleh membawa kepada pembaikan dan juga pengendalian air yang tidak berhasil.
Timbalan Yang di-Pertua. Saya masuk sedikit isu-isu tempatan yang berada di dalam Dun Kubu Gajah bertepatan dengan ucapan belanjawan yang dibaca oleh atau diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pertama sekali berkenaan dengan jalan-jalan kampung ataupun jalan-jalan yang dinaiki oleh air apabila musim hujan dan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu yang berada sekarang. Banjir di merata rata. Kadang-kadang ribut taufan merata-rata tempat yang tempat yang tidak dijangka. Begitu juga berlaku dalam Dun Kubu Gajah. Walaupun pelbagai inisiatif telah dibuat oleh Jabatan JPS dan juga Majlis Tanah Daerah Selama dan juga Larut, Matang dan Selama tetapi masih lagi berlaku banjir apabila hujan lebat dan selalu alasan dibagi bila mana banjir alasan yang kita dengar adalah hujan melebihi had ataupun hujan yang terlalu lebat.
Jadi Timbalan Yang di-Pertua ada dua jalan yang agak serius yang perlu diberi perhatian oleh JKR dan juga JPS iaitu Jalan Kampung Raja Bersiong yang kedua Jalan Batu 25 Redang Panjang. Yang kedua-dua jalan ini adalah sentiasa bila mana hujan yang agak lebat sikit air akan melimpah yang menyebabkan masalah menyulitkan pengguna jalan raya. Yang keduanya isu Sekolah Agama Rakyat. Yang saya rasa yang disentuh oleh Pasir Panjang tadi yang saya lihat keadaan yang amat daif. Kalau sekolah rendah, sekolah menengah dibagi peruntukan daripada PMX RM70,000 untuk baiki tandas. Tapi boleh lihat di kawasan mana-mana pun 25 kawasan yang ada SRA Sekolah Rendah Agama, keadaan fasiliti sekolah tersebut amat daif. Daripada tandasnya, struktur bangunan dia yang sekolah tersebut dah makan anai-anai. Ada satu sekolah rakyat agama rakyat di Dun Kubu Gajah, meja guru dilapik dengan bata. Kakinya dah direput sebelah dilapik dengan bata. Saya rasa ini perlu dibagi penekanan yang serius kerana apa ini adalah melibat pembelajaran anak-anak bawah. Yang ketiga, isu juga saya tak pasti, mungkin isu Felda ni di bawah kerajaan pusat. Tapi saya nak juga sebut sini kerana ada Exco berkenaan luar bandar. Jalan di Felda Ijok yang agak membahayakan. Tak panjang pun, 3km, 3km dari Felda Ijok memerlukan perhatian serius daripada pihak Exco untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi dan juga isu generasi kedua. Rumah generasi yang kedua. Tanah Felda ada, tapi kenapa masih lagi benda ni jadi dipermain seolah-olah tak ada keputusan. Saya harapkan Exco yang luar bandar boleh bawa ke peringkat pusat supaya selesai dengan segera kerana anak-anak generasi yang kedua suruh balik berada di Felda dan juga seluruh Felda yang ada dalam, dalam Dun masing-masing. Inilah keinginan mereka walaupun baru ni dah hapus hutang RM8 bilion tapi rumah generasi kedua mesti diperjuangkan.
Laluan, Kubu Gajah.
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Kubu Gajah. Saya ingin menambah untuk berkaitan dengan Felda. Rumah generasi Felda ini bermasalah di seluruh negara. Banyak kawasan-kawasan yang pembinaan rumah generasi kedua yang bernilai jutaan ringgit yang operasi perumahan ini tertangguh bertahun-tahun lamanya. Mungkin di pihak Kubu Gajah baru memohon dan banyak di Felda-Felda sudah tertubuh rumah tersebut tapi masih tidak dapat milikan. Mungkin boleh diselitkan dalam ucapan Kubu Gajah, terima kasih.
Terima kasih, YB Slim dan saya yakin dalam DUN Slim juga ada Felda. Inilah rungutan-rungutan anak-anak Felda. Antara rungutan anak-anak Felda. Saya harap Exco bahagian luar bandar boleh bagi perhatian supaya perkara tersebut dapat dipanjangkan ke peringkat pusat. Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya isu dalam DUN Kubu Gajah, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan. Isu ni saya bangkit dalam sesi yang lepas, masa mula-mula saya jadi
YB, Yang Berhormat di Dun Kubu Gajah. Pernah saya bangkitkan kenapa tanah yang ada dalam Dun Kubu Gajah dalam Mukim Selama yang juga disebut oleh Yang Berhormat daripada Selama tadi. Satu tanah 10 ekar. 10 ekar dah ada dah. Dah naik signboard dah. Dah naik signboard terbiar sampai sekarang dan saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga memegang portfolio agama memberi penekanan kerana ini satu orang kata apa aset yang berharga untuk anak-anak yang akan datang kerana dalam Dun Kubu Gajah ataupun mungkin Selama, macam Selama sebut tadi tak ada institusi ataupun universiti ataupun sekolah MARA. Sekolah yang besar-besar. Kalau kita pergi daripada Kuala Kangsar nak pergi ke Pengkalan Hulu, berapa ada biji MRSM. Tapi kalau daripada Batu Kurau, daripada Taiping adalah, daripada Batu Kurau nak pergi ke Selama, tak ada apa. Salah satunya 10 ekar tanah yang ada dalam Dun Kubu Gajah di berhadapan dengan RTBK, Rancangan Tanah Belia. Ada 10 ekar tanah tersebut supaya diberi perhatian. Kalau tak tahun ini pun masuklah bajet dalam tahun akan datang ataupun 2-3 tahun lagi. Cuma nak minta jaminan daripada yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya disebut dalam penggulungan nanti, Insya Allah mudah-mudahan dia memberi gambaran, berita gembira kepada penduduk Kubu Gajah. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya Kubu Gajah mengecam tindakan ganas dan juga zalim oleh kafir Yahudi Zionis atas pembantaian kepada penduduk Palestin. (Bacaan dalam bahasa arab). Perak makmur, rakyat sejahtera, Kubu Gajah menyokong. Wassalamualaikum wbt.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kubu Gajah. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, Adun-Adun, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jbatan dan ketua badan berkanun, pengarah serta rakan-rakan media dan juga rakyat negeri Perak yang sedang menonton sidang Dun Perak Live di atas talian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dengan mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU, Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak yang dibimbing oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah mencatatkan jumlah pelaburan asing yang paling besar di sejarah Negeri Perak. Setakat Jun tahun ini, Perak telah mencatat RM22.3 bilion pelaburan yang direalisasikan daripada 283 projek pembuatan dan mencipta 22,000 peluang pekerjaan. Saya yakin, dengan track record ini, Perak berpeluang untuk mencapai jumlah RM50 bilion pelaburan asing sehingga akhir tahun ini dan sekaligus memacu ekonomi Perak sejajar dengan misi Perak Sejahtera 2030 dan memacu pembangunan sosio-ekonomi yang memang inklusif dan dinamik.
Timbalan Yang di-Pertua, tahun 2023 merupakan tahun game changer bagi Negeri Perak. Dengan tubuhnya Kerajaan Perpaduan bermula di Negeri Perak, kami berjaya menstabilkan suasana politik yang kecoh dan ketidakstabilan sebelum ini, di mana tiga Perdana Menteri telah bertukar dalam masa dua tahun. Dengan adanya kestabilan politik, Kerajaan Perpaduan telah berjaya menarik pelaburan asing ke Malaysia dan Negeri Perak turut menikmati pelaburan yang berimpak tinggi pada tahun ini, termasuk Automative High Technology Valley (AHTV) projek, bernilai RM32 bilion di Tanjong Malim. Pembinaan kilang SP Power elektronik di Seri Iskandar, bernilai RM300 juta dan pembinaan kilang pemprosesan mineral di Silver Valley Technology Park bernilai RM100 juta dan yang terkini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan Perak High Tech Technology Hub di Kerian dalam Belanjawan 2024. Selain itu, SADC juga melabur RM100 juta di Perak Higlight Industry Hub Park. Sorry, selain itu SADC juga melabur RM100 juta di Perak Highlight Industry Hub Park di mana jumlah GTV yang bernilai RM1 bilion untuk 5 tahun akan datang. Selain itu, RM72 bilion bakal dilabur dalam Lumut Marialtime Industrial City (Lumic) yang di Pelabuan Lumut dengan mencipta 51,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 25 tahun akan datang. Kesemua industri ini merupakan industri yang berimpak tinggi yang merupakan game changer kepada ekonomi negeri Perak dan kesemua ini tidak akan tercapai sekiranya tidak ada kestabilan politik. Oleh itu, saya mengajak rakan-rakan saya dari blok pembangkang, berhenti berpolitik seketika dan bersama-sama kita membantu kerajaan negeri Perak mencapai misi and visi Perak sejahtera 2030 demi negeri Perak dan rakyat negeri Perak yang kita cintai. Saya ingin beralih ke isu kawasan. Musim monsun telah pun tiba dan kawasan Kampar juga tidak berkecuali dilanda banjir walau pun pada tahun-tahun lalu pihak kami pernah memperjuangkan projek tempatan banjir.
Namun, ia masih tidak mencukupi untuk mengatasi masalah banjir secara menyeluruh. Oleh itu, saya sekali lagi menyeru kepada pihak Kerajaan Negeri untuk meluluskan projek tempatan banjir yang bernilai RM10 juta yang diangkat pada tahun 2020. Namun, telah ditolak oleh kerajaan Perikatan Malaysia pada masa itu. Saya yakin jika projek tempatan banjir yang bernilai RM10 juta ini diluluskan dan Sungai Keranji didalamkan, kami dapat menyelesaikan masalah banjir di Kampar yang telah membelenggui penduduk Kampar yang duduk berpuluh-puluh tahun. Selain itu, saya juga berharap Kerajaan Negeri juga boleh membantu dalam mempromosikan produk pelancongan di Kampar untuk tahun melawat Perak 2024. Terdapat banyak produk pelancongan di Kampar dan Pusat Khidmat Adun Keranji telah bekerjasama dengan Majlis Daerah Kampar untuk mempromosikan produk pelancongan Kampar. Saya bersama dengan Ahli Parlimen Kampar juga telah memperuntukkan sebanyak RM150,000.00 untuk memasang lampu LED di Tokong Cina Kampar yang bersejarah lebih daripada 120 tahun untuk menjadi daya tarikan pelancong. Saya yakin dengan bantuan dari Kerajaan Negeri, PBT dan pejabat saya, Kampar akan menjadi salah satu destinasi pelancong yang menarik sekali gus menyumbang kepada Tahun Melawat Perak 2024.
Saya juga ingin beralih kepada masalah lembu merayau-rayau. Masalah lembu yang sering dibangkit di Sidang Dun tetapi sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang efektif. Masalah lembu merayau bukan sahaja masalah kebersihan. Ia juga meragut nyawa apabila pengguna jalan raya tidak nampak lembu dan terlanggar. Oleh itu, saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh menitik berat tentang isu ini dan memperketatkan penguatkuasa ke atas pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab dan melepaskan lembu untuk merayau-rayau. Saya juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengubah akta baru yang khusus akta haiwan merayau untuk menangani masalah ini. Saya percaya dengan denda yang lebih berat dan penguatkuasa yang lebih ketat, baru dapat kita menyelesaikan masalah haiwan merayau. Jikalau tidak, masalah lembu merayau ini akan berterusan dan nyawa akan kehilangan dan isu ini akan terus dipanggil dalam sidang DUN yang akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang pembinaan Hospital Baru Kampar di Kampung Changkat Baru. Saya ingin meminta Kerajaan Negeri untuk memberikan jadual pembinaan Hospital Baru Kampar. Bilakah pengambilan tanah boleh diselesaikan? Dan bilakah kerja tender akan dibuka, serta kerja pembinaan akan bermula. Dengan adanya jadual ini, kita akan pastikan pembinaan Hospital Kampar yang telah akan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Ini kerana rakyat Kampar telah menanti Hospital Kampar lebih daripada 10 tahun dan ini tidak adil kepada penduduk Kampar yang masih perlu naik atas ke bukit untuk menjalani lawatan di Hospital Kampar atas bukit. Di mana dua bangunan telah diisytihar tidak sesuai untuk diduduki oleh JKR kerana terdapat pergerakan tanah. If you feel to brand, we brand to feel. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberi satu jadual atau pun timetable pembinaan Hospital Baru Kampar dan saya sebagai ADUN tempatan akan bekerjasama bersama Kerajaan Negeri Perak dan agensi-agensi untuk memastikan pembinaan hospital baru ini siap mengikut jadual yang ditetapkan.
Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini Taman Sri Kampar telah mengalami banjir kilat akibat musim hujan. Masalah banjir kilat di Taman Sri Kampar ini telah berlaku sejak 2 tahun lalu akibat pembangunan di atas bukit Taman Sri Kampar di bawah daerah Batang Padang. Pembangunan di atas bukit ini adalah yang merupakan puncak berlakunya banjir kilat. Walau pun pihak Majlis Daerah Kampar telah melebarkan longkang dan perparitan di Taman Sri Kampar sebelum ini, namun ia tidak mencukupi akibat pembangunan yang tidak terkawal di atas bukit Taman Sri Kampar. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat meneliti hal ini dan mengerahkan stop work order kepada tuan tanah yang membangunkan kawasan bukit sehingga kajian yang lebih mendalam dilakukan supaya tidak mengakibatkan banjir di kawasan kaki bukit. Saya yakin jika pembangunan kawasan bukit dibangunkan berdasarkan garis panduan, ia tidak akan mengakibatkan banjir di kawasan kaki bukit. Oleh itu, stop work order ini penting supaya lebih banyak kajian boleh dilakukan sebelum kelulusan diberikan semula dengan garis panduan yang lebih ketat untuk membangunkan kawasan bukit untuk mengelakkan penduduk Taman Sri Kampar daripada mengalami banjir kilat apabila musim hujan.
Timbalan Yang di-Pertua, jalan raya dari Gopeng ke Kampar merupakan jalan raya yang sering digunakan oleh penduduk Kampar mahu pun penduduk Ipoh yang pergi ke Kampar akibat tiada susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan di kawasan Kampar. Lagi pun, jalan raya dari Gopeng ke Kampar adalah laluan persekutuan. Oleh itu, jalan raya ini merupakan jalan raya yang penggunaannya amat tinggi dan sibuk. Saya memohon supaya pihak Kerajaan Negeri mengkaji untuk melebarkan jalan dari Gopeng ke Kampar kepada dua (2) lorong dan menaiktaraf jalan raya Gopeng-Kampar kepada seekers lebuh raya dengan tiang-tiang lampu LED demi keselamatan pengguna jalan pada waktu malam. Saya yakin jika jalan raya Gopeng-Kampar dinaiktarafkan kepada dua (2) lorong, ia akan membantu melancarkan kegiatan ekonomi dan pelancongan di kawasan Kampar-Gopeng dan juga Ipoh kerana akses mudah kepada lebuh raya dan connectivity pengangkutan yang lebih mudah dan selesa. Timbalan Yang Di-Pertua. Saya syorkan supaya Jabatan Kerja Raya Perak mengguna pakai teknologi terkini dengan menaiktaraf jalan raya dengan menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark. JKR Perak boleh menyenaraikan dan menilai mana satu jalan di negeri Perak yang sesuai untuk digunakan teknologi glow in the dark terutama di kawasan tiada pendawaian atau tidak sesuai ada tiang elektrik, kawasan terlalu gelap, selekoh berbahaya dan jalan yang menghubungkan antara pekan.
Untuk permulaan, saya syorkan jalan dari Tanjung Tualang ke Kampar dan jalan dari Kampar ke Timur amat sesuai untuk dinaiktaraf menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap. Saya berharap pihak JKR boleh meneliti cadangan ini dan seterusnya menaiktarafkan jalan tersebut dengan teknologi glow in the dark sekiranya bersesuaian. Sekian sahaja perbahasan saya. Keranji menyokong. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Keranji. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan, wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan yang sedang mengikuti persidangan ini melalui alam maya. Di kesempatan ini, patik dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada 4 November lalu. Doakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan kesejahteraan untuk terus memayungi negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin membacakan petikan ucapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Menteri Ekonomi ketika itu yang disiarkan oleh Berita Harian pada 1 Disember 2021. Menurut laporan itu Negeri Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perak merupakan antara negeri yang merekodkan kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia. Bahkan empat negeri ini juga merekodkan kadar kemiskinan tegar tertinggi berbanding negeri lain. Untuk makluman Dewan, jumlah miskin di Negeri Perak adalah seramai 22,770 orang. Manakala jumlah miskin tegar di Negeri Perak adalah seramai 4,819. Itu data yang disebut oleh MB kita pagi tadi. Dua program Kerajaan Negeri iaitu pemberian Kad Sejahtera dan Program Bantuan Kotak Makanan sangat memberi kesan, membantu kesusahan dan kepayahan untuk meneruskan kehidupan golongan ini. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak kerana meneruskan kedua-dua program ini di dalam pembentangan bajet tahun 2024 di mana untuk pemberian Kad Sejahtera peruntukan sebanyak RM24 juta telah diperuntukkan dan dijangka akan memberi manfaat seramai 20,000 penerima. Suka saya sebut di sini, laporan audit dari tahun 2019 sehingga 2022, Kerajaan Negeri telah membuat bayaran Kad Sejahtera sebanyak RM50, RM56 juta, RM56.33 juta walaupun terdapat beberapa permasalahan seperti laporan audit yang dilaksanakan mulai 8 Disember tahun 2022 sehingga Februari 2023. Yang ini telah disebut oleh Bota tadi tapi saya akan ulang balik. Yang pertama, pembayaran penggunaan kad bagi penerima yang telah meninggal dunia seramai 354 penerima yang berjumlah RM512,283 ribu Maksudnya di sini, seramai 354 penerima telah meninggal dunia tapi kad itu masih lagi digunakan oleh waris-waris arwah yang meninggal dan menyebabkan kerugian sebanyak RM512,283 ribu.
Kemudian semakan audit mendapati berlaku pembayaran penggunaan kad bagi lapan penerima yang mempunyai nama berbeza dengan rekod JPN iaitu berjumlah RM23,829. Maknanya kad ini nama lain, nama berbeza, tak sama dengan yang ada di JPN. Ketiga, semakan audit juga mendapati berlaku pembayaran penggunaan kad bagi 56 penerima yang tiada rekod di JPN iaitu berjumlah RM150.804 ribu. Maknanya namanya tidak ada dalam sistem JPN, tak tau siapa dia ni, Bangla ke sapa, kita tak tau lah. Nepal ke kita tak pasti. Kemudian nombor 4, semakan audit mendapati lima penerima mempunyai nama dan alamat yang sama tetapi masing-masing, mempunyai dua kad pengenalan yang berbeza dan telah membuat pembayaran sebanyak RM8,929. Yang ini pun kita tidak faham bagaimana boleh berlaku. Satu orang dua kad pengenalan dan telah membuat pembayaran sebanyak RM8,929. Yang kelima, perkara tiga, Minit Mesyuarat Penyelarasan Kad Perak Prihatin bertarikh 7 Mei 2019, YB Pengerusi bersetuju atas prinsip satu keluarga hanya boleh mendapat satu kad sahaja supaya inisiatif program dapat dimanfaatkan kepada lebih ramai penerima. Walau bagaimanapun, semakan audit mendapati dua kad telah diberikan kepada 20 pasangan suami dan isteri yang berjumlah RM38,527. Maknanya kad ni suami dapat, isteri pun dapat. Dua orang. Suami isteri dapat. Perlu diingat penemuan audit tentang kecelaruan dan ketidakteraturan terhadap pembayaran bantuan keluarga ini berjumlah RM737,431.00 iaitu satu penemuan audit dari 8 Disember 2022 sehingga 28 Februari 2023 iaitu penemuan selama tiga bulan bukannya satu tahun. Bukan sampai Disember 2023 dan kemungkinan ada lebihan bayaran kalau diikutkan sampai hujung tahun.
Ada dua syarikat yang mengendalikan pengurusan Kad Perak Sejahtera ini iaitu syarikat 1204550P dan syarikat 409662A. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri menilai semula prestasi kedua-dua syarikat ini memandangkan kontrak penyediaan perkhidmatan ini akan tamat pada tahun 2024. Rugi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM737,431.00 sepanjang tiga bulan dan kemungkinan ada lagi ketidakteraturan lain. Penambahbaikan garis panduan bantuan kewangan ini perlulah disegerakan untuk mengelakkan banyak lagi kerugian bantuan kewangan Kerajaan Negeri. Saya nak sentuh juga sumbangan kotak makanan. Benda ini banyak dah YB sentuh daripada pagi tadi. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Perak telah bersetuju untuk mengekalkan tema Perak Makmur Rakyat Sejahtera dalam Belanjawan Negeri Perak Tahun 2024. Dua dari lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat dan keterjaminan bekalan makanan. Untuk makluman, jumlah miskin di kawasan saya di Kuala Kangsar seramai 2,120 orang. Jumlah miskin tegar di Kuala Kangsar seramai 370 orang. Manakala jumlah miskin di kawasan saya Dun Bukit Chandan ialah seramai 338 orang dan jumlah miskin tegar di Dun Bukit Chandan ialah seramai 60 orang. Pemberian kotak-kotak makanan kepada golongan miskin dan miskin tegar ini sangat-sangat membantu dan dapat mengurangkan bebanan dan tekanan keperluan kehidupan harian.
Apabila golongan ini putus makanan, tiada makanan di atas meja, mereka akan datang mengadu di Pejabat Pusat Khidmat Adun. Itu yang mereka tahu dan memang itu amalannya daripada dahulu. Mereka beranggapan Adun itu dapat membantu menyelesaikan atau mengurangkan masalah mereka. Ada juga yang datang menangis kerana tiada duit untuk membeli beras dan lain-lain keperluan seperti pampers dan makanan untuk kesihatan. Golongan ini tidak akan pergi mencari mana-mana NGO untuk mendapatkan bantuan makanan seperti kotak makanan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebagai wakil rakyat, kita hanyalah menjadi ejen atau orang tengah di antara pembekal dan penerima. Apa yang boleh wakil rakyat pastikan ialah penerima adalah orang yang betul-betul layak seperti senarai orang miskin dan miskin tegar. Kotak-kotak makanan ini dihantar terus ke rumah-rumah setiap orang yang memerlukan dan kami lihat sendiri kedaifan kehidupan mereka. Memang mereka layak untuk menerimanya. Apa yang saya lihat sekarang amalan pembelian kotak makanan ini diagih-agihkan di dewan-dewan dengan meminta penerima datang ke dewan untuk menerima sumbang kotak-kotak makanan. Apa yang saya khuatirkan, mereka yang miskin dan miskin tegar ini tidak berkemampuan untuk keluar kerana tidak mempunyai kenderaan dan tinggal jauh dari dewan-dewan untuk menerima pemberian kotak-kotak makanan ini. Saya bimbang, sasaran dan matlamat untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar ini tersasar. Orang yang tidak sepatutnya menerima bantuan dan menafikan hak yang diperuntukan untuk orang miskin dan miskin tegar. Saya harap peruntukan sebanyak RM5 juta yang telah diluluskan sehingga 15 November 2003 betul-betul sampai kepada sasaran golongan iaitu B40, miskin, miskin tegar dan mangsa bencana. Keutamaan mesti diberi kepada golongan miskin tegar diikuti golongan miskin, barulah diberikan kepada golongan B40.
Timbalan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin memanjangkan masalah yang sangat mendesak di kawasan saya. Yang pertama ialah isu pembuangan sampah yang tidak sistematik, yang mencacatkan pemandangan dan juga boleh menjadi masalah kesihatan kepada penduduk di sekitar pembuangan sampah. Pencemaran ini boleh menyebabkan terjadinya pembiakan lalat-lalat yang menyebabkan yang kotor dan membawa penyakit. Keadaan ini lebih teruk berlaku di kawasan-kawasan kampung kerana tiada pemantauan dan penduduk kampung boleh membuang sampah merata-rata di mana-mana sahaja. Saya ingin memohon Kerajaan Negeri membantu MPKK, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dengan memberikan bantuan kewangan yang sesuai dan mencukupi untuk menyediakan tong-tong sampah dan pembelian lori sampah bagi menyelesaikan isu sampah di kampung-kampung dan juga di taman-taman. RM 3.2 juta yang diperuntukkan untuk kutipan sampah luar kawasan PBT hendaklah diagih-agihkan di kawasan PBT yang betul-betul memerlukan.
Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar kerana Kuala Kangsar adalah bandar Diraja. Kedua, ramai orang-orang kampung yang datang berjumpa saya, mahukan tiang elektrik di kawasan gelap, di kampung-kampung dan di taman-taman. Apabila saya kemukakan pembinaan kepada TNB, timbul masalah, siapa yang akan bertanggungjawab untuk membayar bil tersebut apabila tiang-tiang dipasang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta bagi projek pemasangan dan penggantian lampu jalan sedia ada kepada jenis solar. Selain mengurangkan pelepasan karbon yang boleh mencemarkan alam kita, fokus pemasangan baru lampu solar ini adalah di kawasan-kawasan yang gelap. Selain penggantian lampu-lampu jalan yang sedia ada. Saya berharap Kuala Kangsar menjadi keutamaan kerana Kuala Kangsar, Bandar Diraja dan bandar destinasi pelancongan.
Yang ketiga, ini masalah lama iaitu Pesisiran Sayong Kuala Kangsar. Pesisiran Sayong merupakan satu produk yang telah dibangunkan sejak tahun 2006 dan dengan kos dibelanjakan jutaan Ringgit Malaysia. Walaupun pembangunan dan operasi didapati tidak berlaku seperti yang dirancang. Dimaklumkan tujuan pembangunan asal bertujuan menjadikan Persisiran Sayong sebuah pusat mempromosi produk-produk tempatan yang terdiri daripada labu sayung, seni tekat, makanan dan juga aktiviti boating iaitu menyusuri Sungai Perak. Sehingga ini komponen pembangunan yang telah siap pada suatu ketika telah beroperasi dengan baik tetapi telah terhenti akibat pertukaran pemilikan. Tinjau di tapak juga mendapati sebahagian bangunan telah rosak teruk dan terbiar sehingga dikhuatiri menjadi tempat yang tidak sepatutnya dan seolah-olah tidak pernah diambil peduli. Hanya sebahagian bangunan sahaja telah diubah suai, kegunaan menjadi Resort Sayong. Manakala bangunan restoran, dewan mesyuarat, sebuah jeti telah terbiar tidak digunakan. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui apakah perancangan pihak kerajaan bagi memastikan projek ini dapat diselamatkan. Dapat diselamatkan semula serta dimanafaatkan bagi melonjakkan pelancongan bandar Kuala Kangsar. Bangunan-bangunan yang terdapat di Persisiran Sayong juga perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti seperti yang telah dirancangkan bagi mengelakkan projek ini seolah satu pembaziran yang menjadi cerminan kelemahan pentadbiran pihak yang terlibat.
Satu lagi masalah di Kuala Kangsar ialah masalah kolam renang. Kolam renang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar merupakan sebuah kemudahan awam yang terbuka untuk kegunaan awam. Kemudahan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan penduduk tempatan dan juga di kalangan pelancong-pelancong yang berkunjung ke Bandar Kuala Kangsar. Selain untuk kegunaan bersukan, kolam renang MPKK ini turut menyediakan kemudahan rekreasi air untuk kanak-kanak dan sesuai menjadi aktiviti berkeluarga. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kolam renang ini pernah dikunjungi oleh seramai hampir 70,000 orang pengunjung pada tahun 2019 dan mendapat kutipan jualan tiket berjumlah RM174,000. Namun amat menyedihkan apabila kemudahan ini telah ditutup sepenuhnya pada penghujung tahun 2021 oleh kerana masalah kerosakan kepada kolam renang utama dan kolam-kolam kanak-kanak. Kemudahan ditutup oleh kerana melibatkan keselamatan awam di mana pernah pengunjung telah tercedera. Ramai pelawat yang hampa melihat apabila mengundurkan kemudahan dan mendapatinya ditutup, terutama pada musim cuti sekolah. Difahamkan permintaan untuk penggunaan kolam-kolam ini sangat ada di kalangan penduduk tempatan. Oleh kerana caj tiket adalah rendah dan mampu bagi golongan berpendapatan rendah.
Dimaklumkan, pihak pentadbir yang mengurus kolam renang tersebut iaitu Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah berusaha mendapatkan peruntukan bagi menampung kos pembaikan yang boleh dikatakan major juga oleh kerana alatan yang telah lama iaitu melebihi 10 tahun meliputi penggantian alatan mekanikal seperti pam air, lantai dan lain-lain kemudahan yang terlibat. Sehubungan dengan itu berdasarkan trend pelancongan semasa di mana pelancongan domestik yang telah bertambah adalah dicadangkan supaya kemudahan ini dibangunkan dengan sebaiknya dan disesuaikan dengan peralatan-peralatan yang lebih serba moden dan terkini. Dicadangkan supaya kolam renang ini dinaiktaraf dan dimodenkan dan ditambahbaik lagi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke bandar Kuala Kangsar. Penambahbaikan dan naik taraf dijangka dapat meningkatkan jumlah pengunjung dan meningkatkan lagi pendapatan selanjutnya dapat digunakan untuk menampung kos pengurusan kolam renang ini. Apakah cadangan pihak Kerajaan dalam membantu menyediakan peruntukkan bagi tujuan memastikan kolam renang ini dapat beroperasi semula? Apakah cadangan jangka panjang dan berapa kos bagi memoden dan memajukan lagi kemudahan ini? Saya difahamkan satu tender telahpun dikeluarkan kepada pihak swasta untuk mengurus dan baik pulih kolam renang ini tetapi sehingga hari ini tiada apa-apa perkembangan.
Masalah kilang haram di kawasan saya iaitu kilang haram di Bekor. Saya bersama EXCO Alam Sekitar, Mr. Teh dan Jabatan Alam Sekitar serta beberapa agensi lain pernah membuat serbuan di dua kilang haram yang berada di kawasan saya. Masalahnya tiada ada satu penyelesaian yang muktamad berkenaan masalah ini. Masalah operasi secara haram itu adalah masalah pentadbiran tetapi aduan yang saya terima dari penduduk sekitar ialah tentang pencemaran dan pelepasan asap yang sangat tebal. Boleh menyebabkan penduduk sesak nafas. Bagi pesakit yang menghiapi masalah seperti pernafasan masalah paru-paru, seperti asma dan lain-lain penyakit kronik, sangat terjejas. Banyak aduan yang saya terima dan saya berharap pihak yang berwajib dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera demi kesejahteraan rakyat.
Di sini saya ingin juga tahu apakah status Grand Bazar, tepi sungai di kawasan lembah Kuala Kangsar. Projek ini telah diusahakan oleh Ahli Parlimen sebelum ini dan saya difahamkan projek ini telah pun diluluskan dan perntukkan pun telah disalurkan kepada agensi yang berkenaan tetapi sehingga hari ini projek ini tiada apa-apa perkembangan. Mohon pihak yang berkenaan memberikan penjelasan. Akhir sekali, sebagai seorang doktor, saya ingin memperingatkan semua yang hadir di dalam Dewan ini dan di luar sana supaya berhati-hati dan mengambil langkah-langkah penjagaan diri dan keluarga kerana kes penyakit Covid-19 semakin meningkat jumlahnya. Ikutilah SOP seperti yang telah disyorkan oleh KKM. Sekian Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bukit Chandan dengan ini menyokong Belanjawan Negeri Perak 2024. Wabillahiwaltaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Bukit Chandan. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asyrafilanbiya Iwal Mursalin Waala Alihi Waashabihi Ajmain. Rabbish rahli sadri. Wa yassirli amri. Wah lul uqdatan min lisaani. Yaf kahu kauli. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Barisan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, tak ada dalam Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para petugas, petugas-petugas media serta para pemerhati samada diatas sana mahupun secara langsung. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani, Salam Behrang kita untuk warga Behrang yang sedang menonton. Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita semua diberikan kesempatan untuk menghadiri Mesyuarat Kelima Tahun Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada petang yang mulia ini. Alhamdulillah, masih ramai yang kekal di dalam Dewan walaupun dah hujung-hujung waktu. Rakan-rakan, Ahli-ahli Dewan yang mulia izinkan sesi perbahasan ini saya teruskan dengan dua rangkap pantun. Pertama,
Kalau mencari tempat mandi, Pertama teluk kedua pantai, Kalau memilih pemimpin negeri, Pertama elok keduanya pandai.
Bajet dibentang di pagi Jumaat, Perak makmur rakyat sejahtera, Nakhoda negeri sudahlah tepat, Negeri ditatang sepenuh jiwa.
Yang Berhomat Yang di-Pertua, sidang Dewan yang saya hormati, pada pagi Jumaat yang lalu, saya dan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain turut sama merasa sebak apabila Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar juga sebak semasa membentangkan bajet, mungkin ada antara kita ketika itu dalam keadaan sambil lewa mendengar pembentangan bajet oleh beliau, tetapi apabila Dato’ Seri mula sebak perhatian kita mula tertumpu kepada ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Saya percaya perasaan sebak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri itu kerana Dato’ Seri benar-benar merasai denyut nadi rakyat setelah enam penggal Yang Amat Berhormat terlibat dalam membangunkan negeri Perak ini, daripada hanya seorang wakil rakyat biasa, sehingga menjadi nakhoda negeri Yang Amat Berhormat Dato' Seri, melihat jatuh bangunnya negeri tercinta ini, melihat kehidupan susah senang rakyat dalam negeri Perak ini dan sudah tentulah beliau menanam azam yang sangat tinggi untuk memastikan rakyat negeri ini tidak dicengkam penderitaan. Semoga seluruh rakyat negeri Perak sama-sama merasai kesungguhan dan keikhlasan ini dan sama-sama kita juga berazam untuk menjayakan Pelan Perak Sejahtera 2030.
Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Dewan yang dihormati genap setahun Kerajaan Perpaduan Negeri Perak ini, kita dibentangkan dengan kejayaan belanjawan surplus bagi tahun 2022 dan Insya Allah dengan kedudukan kewangan negeri yang terus mengukuh, kita yakin belanjawan tahun ini juga akan terus ditutup dengan surplus. Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan dan menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada yang amat berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta jentera pentadbiran negeri yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sepenuh komitmen, saya juga menyeru seluruh warga Negeri Perak tercinta ini untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan ini supaya terus dapat memberi khidmat yang cemerlang dan seterusnya memacu, memacu negeri, mencapai Perak Sejahtera 2030. Belanjawan bagi tahun 2024 kali ini merupakan bajet tahunan terbesar yang pernah dibentangkan di Dewan yang mulia ini dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.35 bilion. Alhamdulillah, kita percaya dan menaruh harapan belanjawan kali ini akan terus ditunjangi dengan dasar fiskal yang berhemah, dihiasi dengan akauntabiliti dan dipateri dengan integriti yang tinggi. Yang berhormat, Timbalan Speaker dan sidang Dewan…
Sedang berehat pendekar jeba, Keris tersimpan tidak tersarung Di dewan ini kita berdebat, Demi rakyat kita bertarung
Besarlah harapan dan doa dari saya serta rakan-rakan Yang Berhormat kepada agar rakan-rakan Yang Berhormat semua dapat melaksanakan tugas dengan baik dengan tekun serta berkhidmat kepada rakyat Darul Ridzuan. Ketika ini pentas dunia sedang menyaksikan konflik kemanusiaan sejagat yang sedang menggelegak dengan kezaliman rejim Zionis di Timur Tengah terhadap rakyat Palestin yang masih berterusan. Selain kita terus berdoa, bersolat hajat dan bersolidariti, konflik ini menyedarkan kita tentang segala keperitan yang terpaksa dilalui oleh rakyat Palestin tanpa mengira usia. Ini seharusnya kita jadikan peringatan kepada diri kita bahawa tanpa rakyat sidang Dewan yang mulia tidak seperti sidang Dewan yang mulia seperti hari ini tidak akan dapat wujud. Malah tanpa rakyat tidak wujudlah negeri mahupun negara. Walaupun kita tidak mengalami peperangan sebegitu rupa tetapi hakikatnya setiap rakyat berperang dengan kenaikan multidimensi dari belanja barangan asas dan bahan mentah sehingga perbelanjaan kesihatan dan pengurusan diri. Rakyat mengharapkan agar kerajaan sentiasa memastikan mereka merasa terbela dan kerajaan dapat menunjukkan jalan keluar bagi mereka daripada situasi yang agak menekan kebelakangan ini.
Oleh itu, tibalah masanya untuk kita menumpukan sepenuh tenaga dan daya kita demi membawa kesejahteraan kepada rakyat Perak Darul Ridzuan ke arah sebuah negeri dan bangsa yang bertamadun seperti yang disebutkan dalam Al-Quran yang merujuk kepada perkataan (bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud “sebuah negeri yang subur dan makmur serta mendapat keampunan Tuhan”. Maka, berdirinya kita di sini rakan-rakan Yang Berhormat, selain daripada membawa soal rakyat, kehadiran kita adalah bagi memastikan 5 fokus yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Bajet 2024 ini iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar serta keterjaminan bekalan makanan itu sendiri dapat diolah indah bak mimpi.
Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Dewan yang dihormati antara intipati yang sangat menarik yang terungkap dalam Belanjawan Tahun 2024 ialah kita menyaksikan pertambahan ke atas peruntukan pembangunan iaitu sebanyak RM490 juta, RM1 juta atau 36.5% dari jumlah peruntukan keseluruhan, dengan kenaikan sebanyak RM96 juta ini, besarlah harapan Behrang agar Kerajaan Negeri dapat memberi fokus kepada pembangunan kawasan luar bandar serta memperkasa dan mengekalkan momentum pembangunan di luar bandar. Masyarakat luar bandar sentiasa dahagakan pembangunan yang berterusan dan keprihatinan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini dilihat mampu memenuhi keperluan rakyat. Pendapatan hasil negeri yang bakal meningkat sebanyak RM1.28 bilion juga merupakan satu lakaran baru yang menunjukkan kemampuan dan keutuhan ekonomi negeri. Ini sesungguhnya menunjukkan komitmen penuh iltizam Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan kepimpinannya dalam memacu pembangunan mampan di negeri Perak menjelang 2030. Sememangnya sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili kawasan yang merangkumi klasifikasi bandar dan luar bandar Behrang berharap agar belanjawan bagi tahun 2024 ini dapat merapatkan jurang perbezaan dua struktur kawasan ini.
Yang berhormat Timbalan Speaker dan sidang Dewan, acap kali dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di mana-mana jua acara Tanjong Malim yang terletak di dalam Dun Behrang pastinya menjadi sebutan. Selaku wakil rakyat Dun Behrang sudah pastilah saya merasa bangga dan teruja menerima pelaburan berbilion ringgit dalam industri automotif di Tanjong Malim. Begitu juga rakyat di Dun Behrang, daerah Muallim dan kawasan sekitar, setiasa tertunggu-tunggu durian runtuh yang bakal tiba ini. Alang-alang menyebut tentang Automotive High-Tech Valley ini, saya turut menyaksikan perjanjian kerjasama antara Geely DRB HICOM yang ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim dengan nilai pelaburan sebanyak RM32 bilion pada 11 Oktober 2023 di Proton City, Tanjong Malim. Mewakili rakyat Dun Behrang saya ingin mengucapkan terima kasih buat kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga Kerajaan Negeri di bawah kepimpimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita bagi segala usaha dalam merealisasikan AHTV ini sebagai pusat industri automatif termaju dan termoden di negeri Perak ini. Sudah tentulah industri ini memerlukan perhatian khusus dalam penyediaan tenaga kerja yang melibatkan rakyat tempatan, meliputi aspek pendidikan dalam bentuk latihan kemahiran dan teknikal.
Tenaga kerja mahir dan separuh mahir dari warga tempatan perlulah seiring dengan pertumbuhan dan keperluan tenaga kerja dalam sektor perindustrian yang terdapat di Behrang ini. Justeru, Behrang menyeru agar pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan keutamaan dalam menyediakan kemudahan prasarana dan kelengkapan berkaitan dengan bidang kemahiran dan teknikal di institusi pendidikan di daerah Muallim. Diharap dengan pelaksanaan keutamaan ini akan dapat meningkatkan graduan tenaga mahir dan separuh mahir termasuk di kalangan masyarakat orang asli yang berkemahiran berkualiti berdaya saing memandangkan bajet TVET sebanyak RM5.5 juta adalah cukup besar bagi merealisasikan hasrat ini. Saya juga ada mendapat permintaan daripada ibu bapa kaum asli untuk kerajaan memperkembangkan pendidikan TVET ini kepada mereka. Ramai golongan belia kaum asli mungkin kurang berminat untuk meneruskan pendidikan hingga ke pusat pengajian tinggi tetapi jika mereka diberikan latihan dan pendidikan Tivet dengan kemudahan pendidikan yang lebih dekat dengan kampung mereka, maka mereka ini juga boleh memenuhi keperluan pekerjaan di syarikat-syarikat automotif di Tanjong Malim. Seperti mendengar guruh di langit berdentam-dentum sepanjang hari tetapi hujan tidak turun-turun. Begitulah ibaratnya rakyat di Dun Behrang. Seperti yang saya katakan tadi, tidak kering bibir Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar berbicara tentang kemasukan berbilion ringgit pelaburan ke tempat kami. Selain daripada teruja dengan berbagai peluang peningkatan ekonomi, rakyat juga gusar dan risau tentang pembangunan sokongan yang belum dapat dilihat secara jelas dan pasti.
Secara umumnya, rakyat mahukan pembinaan dan penyediaan perumahan yang mesra rakyat yang boleh dijadikan sebagai penempatan yang boleh dimiliki ataupun disewa dengan kadar yang berpatutan dan memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah serta sederhana. Keperluan projek perumahan ini penting di Behrang agar kebanjiran pekerja yang bakal berlaku di AHTV dan kedatangan pelajar-pelajar bagi mengisi tempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang. Justeru saya menyeru kepada pemegang taruh dan pemegang portfolio yang berkenaan supaya peruntukan sebanyak RM6 juta yang diperuntukkan bagi program Rumah Perakku Prihatin dapat dikongsi buat rakyat yang benar-benar memerlukan di samping penambahan projek perumahan mampu milik, kos rendah, kos sederhana dapat dilaksanakan segera di Tanjong Malim. Behrang juga memohon agar isu seperti liputan telekomunikasi awam serta capaian internet, pemasangan lampu jalan yang berfungsi dapat diteruskan, dapat ditangani dan diberi keutamaan perhatian kerana kekangan pada dua isu ini menyukarkan bukan sahaja rakyat namun memberi imej yang tidak baik kepada pelabur asing yang datang ke kawasan ini.
Sebagai contoh, taman-taman perumahan di sepanjang laluan utama Slim River Tanjong Malim mengalami masalah telekomunikasi dan capaian internet. Saya sering menerima aduan daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar UPSI sendiri yang menyewa di luar kampus bahawa mereka menghadapi masalah ini. Begitu juga isu kawasan kampung dan perumahan yang sering dilanda banjir. Bukan sekali, bahkan berkali-kali. Perkara-perkara ini perlu ditangani kerana imaginasi rakyat dan pelabur terhadap bandar automotif yang serba canggih tidak dibayangi isu seperti ini. Yang Berhormat, Timbalan Speaker dan sidang Dewan, selain daripada terkenal sebagai bandar automotif, Muallim juga merupakan permata Perak Selatan. Kemudahan jalan raya dan akses pengangkutan awam seperti komuter dan ETS telah menjadikan Muallim sebagai destinasi healing mingguan atau short vacay dengan izin, bak kata bahasa sekarang. Saban waktu Muallim turut dimasukkan dalam peta treasure hunt dan pelbagai program korporat dan NGO dari dalam dan luar negara. Namun, pembangunan pengenalan pelancongan bagi sesebuah bandar bukan sahaja mengambil kira keperluan tempat beriadah dan sukan tetapi menekankan keindahan semula jadi yang unik dan penuh keistimewaan.
Untuk pengetahuan sidang Dewan, di Kampung Ulu Slim di kawasan Behrang terdapat kolam air panas yang terpanas di Semenanjung Malaysia sehingga mampu mencecah 104 darjah celcius tetapi kawasan ini menjadi port lepak haiwan-haiwan peliharaan seperti lembu dan sebagainya. Tanpa kita mengambil peluang dan mengatasi kekangan bagi memasarkan ia sebagai satu produk pelancongan yang eksklusif. Kawasan-kawasan seperti Sungai Bil, Bukit Changkat Asa, Ujana Muallim membawa ke lata perangin serta pelancongan di Felda Sungai Klah wajar dipelihara, dipulihara dan serta dinaik taraf sebagai produk pelancongan negeri. Selain pusat rekreasi di Proton City, Tasik YDP di Slim River juga wajar dibangunkan untuk dijadikan destinasi pelancongan dan pusat riadah yang berpotensi tinggi. Dengan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi Tourism Perak, Behrang memohon agar dipertingkatkan prasarana dan kemudahan untuk dimanfaatkan oleh semua pengunjung sekaligus menjadi kebanggaan pintu masuk Selatan Perak.
Melihat kepada kesungguhan, perancangan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan hub henti di Lekir bagi penternakan halal Perak Halal Industry Park atau HIP, tidak salah sekiranya kita dapat memberikan perhatian dan bantuan bagi penternak dan petani kecil agar mereka dapat bersama menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan menampung permintaan tempatan. Masih terdapat banyak kawasan pertanian yang boleh dibangunkan di dalam kawasan Dun Behrang untuk turut menyumbang kepada keterjaminan makanan negeri. Bagi masyarakat yang bergantung hidup dengan hasil pertanian dan penternakan ini, mereka wajar diperhebatkan dengan pelaksanaan dan penerapan teknologi pertanian dan penternakan moden di aras yang lebih tinggi. Menerusi penerapan teknologi dalam pertanian dan perternakan ini, masyarakat turut sama mengalami transformasi dan kita dapat memperkukuhkan keupayaan modal insan dalam melahirkan petani dan penternak yang berpengetahuan luas dan berorientasikan teknikal perniagaan dan pemasaran terkini.
Oleh itu, Behrang mencadangkan Kerajaan Negeri dengan bajet yang diperuntukkan sebanyak RM63.3 juta bagi keterjaminan bekalan makanan dapat juga digunakan bagi mewujudkan sebuah pusat sehenti pengeluaran makanan berskala kecil di setiap daerah bagi memenuhi permintaan rakyat bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pemasaran. Adalah tidak mustahil perkara ini dapat direalisasikan kerana kita mempunyai pelbagai agensi yang dapat membantu mencapai menjadikan kemakmuran rakyat dicapai dalam Perak Sejahtera 2030. Timbalan Speaker dan sidang dewan, Dun Behrang mempunyai empat kaum utama, Melayu, Cina, India dan Asli. Saya yakin Kerajaan Negeri sentiasa membuat perancangan berdasarkan peruntukan yang diagihkan dan mengambil perhatian isu pembangunan melibatkan masyarakat orang asli bagi memastikan orang asli tidak tercicir dari arus perdana dan peruntukan dibelanjakan secara optima.
Dengan peruntukan bagi pembangunan komuniti orang asli, Behrang berharap Kerajaan Negeri meneruskan pelan pembangunan orang asli, terutamanya mengatasi masalah ketiadaan bekalan air terawat serta bekalan elektrik. Untuk makluman ada 22 kampung orang asli di kawasan Behrang, 8 kampung telah merasai air terawat, namun 14 kampung orang asli masih menghadapi dilema yang tidak sudah menagih kasih lantaran tiada air bersih terawat, manakala berbaki 4 kampung orang asli tiada bekalan elektrik. Maka petang ini saya memohon agar sistem penyaluran air terawat dan elektrik kawasan orang asli dapat. Mohon sambung sedikit lagi maklumlah sudah hujung-hujung ini.
Ya sila masuk perenggan yang terakhir terima kasih.
Di dalam negeri Perak terdapat 17 buah Felda, 10 daripadanya di dalam Parlimen Tanjong Malim dan 3 di dalam Dun Behrang. Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih daripada warga Felda kepada Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato' Seri yang telah meluluskan RM150,000 pada tahun lepas bagi membantu membasmi serangan ulat bungkus yang menyerang tanaman sawit di Felda. Manakala, warga generasi kedua Felda juga memohon perhatian daripada Kerajaan Negeri, khasnya Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Menteri Besar bagi membantu menyegerakan permohonan tapak-tapak rumah yang telah dikenalpasti ada di setiap rancangan Felda dengan infranya dibantu oleh Kerajaan Negeri. Seperti tadi, Kubu Gajah dan Slim ada juga membangkitkan hal ini untuk makluman Felda telah memberi tanggungjawab kepada persatuan kami, anak Felda untuk mengenalpasti tapak-tapak yang kosong untuk dijadikan tapak perumahan generasi kedua. Sebelum mengakhiri perbahasan bajet saya pada hari ini, saya juga memohon perhatian dan pertimbangan Yang Amat Berhormat Dato' Seri berkaitan dua perkara yang pada saya dan rakyat di Dun Behrang harapkan dapat direalisasikan.
Pertamanya ialah pembinaan Kompleks Belia dan Sukan Daerah Muallim. Sejak perancangan bandar belia negara pada 2018 yang terhenti, keperluan kompleks ini dilihat dapat memberi sinar buat orang muda di kawasan saya. Saya dimaklumkan (KBS) sedang berusaha untuk mendapatkan pemilikan tanah bagi membangunkan kompleks ini. Jadi, Behrang memohon Kerajaan Negeri membantu melicinkan lagi proses pemilikan tanah ini agar kompleks ini teguh berdiri dan anak muda dalam kawasan saya tidak lagi setiap kali pertemuan menuntut janji yang belum ditepati. Sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar, takbir urus adalah tunjang kekuatan sebuah Kerajaan Negeri. Takbir urus yang cekap akan menjamin pembangunan yang inklusif. Ini jelas diterjemahkan dalam peruntukan sebanyak RM393.4 juta bagi takbir urus projek berkepentingan negeri. Maka, perkara yang kedua yang Behrang hajati adalah pembinaan pusat pentadbiran kerajaan secara berpusat bagi memudahkan rakyat untuk berurusan jika melibatkan lebih daripada satu agensi. Daerah Muallim ini, agensi kerajaannya terletak di sana sini. Bahkan ada kawasan yang perkhidmatan awam sukar diperolehi. Maka pusat pentadbiran berpusat ini akan memudahkan rakyat untuk orang kata berurusan, malah boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan dengan membayar sewa bangunan di sana sini. Jadi sekali lagi, Behrang mohon perkara ini dihalusi. Masa semakin mencemburui. Walau bagaimanapun, sebagai penutup bicara untuk sidang kali ini, Behrang amat memuji sikap sifat keterbukaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dalam usaha beliau meneruskan momentum pembangunan negeri Perak agar terus berkembang dengan pesat. Semoga Yang Amat Berhormat Dato' Seri serta kepimpinan negeri sentiasa diberi kekuatan, kesihatan dan kesejahteraan dalam segala urusan. Akhir kata, saya memohon, saya berdoa agar Allah sentiasa melimpahikan melimpahkan rahmatnya kepada kita semua serta melindungi negeri tercinta ini supaya kita terus maju makmur dan mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa. Dengan ini, Behrang menyokong penuh Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024. Sebelum saya sudahi, saya ingin menyambung pantun daripada Ayer Kuning.
Sudah Kamcing Jalan Seiringan Memancing Ikan Dihujung Kampung Bajet Surplus Bukti Kejayaan Mohlah Rakyat Perak Sama-Sama Kita Sokong.
Sekian, wabilahitaufik wahidayah wassalammualaikum w.b.t.
Terima kasih Yang Berhormat dari Behrang. Seterusnya, saya ingin menjemput pembahas yang terakhir pada hari ini, Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan. Sila.
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya hormati Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Dun Kota Tampan, Barisan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ex-Officio, Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, para pemerhatis, seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini. Timbalan Yang di-Pertua, suka saya memulakan perbahasan Belanjawan 2024 di penghujung ini, Insya Allah saya tak lama, dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Seri, Menteri Besar di atas pembentangan belanjawan yang sangat baik yang dapat memberi banyak manafaat kepada rakyat di Negeri Perak ini. Semoga hasrat untuk menaikkan dan meningkatkan lagi ekonomi serta menoktahkan kemiskinan dapat direalisasikan oleh Kerajaan. Saya juga merakamkan tahniah kepada agensi-agensi yang terbabit yang menyediakan bajet ini bertungkus-lumus siang dan malam bagi memastikan setiap sen bantuan daripada kerajaan sampai kepada mereka yang layak.
Ada beberapa perkara yang saya ingin bahaskan mengenai bajet ini. Timbalan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada peruntukan yang diberi kepada Taman Negeri.
Sebanyak RM5.5 juta untuk menjaga kelestarian alam kita. Taman Negeri Pulau Sembilan merupakan salah satu daripada khazanah negeri yang tidak terhitung nilainya. Pindahan yang menakjubkan selain amat terkenal dengan kekayaan dan kepelbagaian biodiversiti marin. Difahamkan Pulau Sembilan ini menjadi syurga kepada beberapa spesis kuda laut dan terumbu karang yang sudah hampir pupus. Ekosistem marin ini berdepan pelbagai ancaman akibat aktiviti-aktiviti mahupun ancaman semulajadi. Sekiranya tidak dijaga dan dipelihara kekayaan biodiversiti marin di Pulau Sembilan ini sudah tentu akan mengalami kemerosotan dan kepupusan.
Saya sangat menyokong inisiatif Perbadanan Taman Negeri Perak dengan mengadakan program Hari Konservasi Pulau Sembilan pada September yang lalu, sangatlah baik sebagai pemula kepada pelbagai rancangan dan program konservasi. Sepertimana yang telah diucapkan oleh Menteri Besar pada hari konservasi Pulau Sembilan yang lalu, beliau berkata dengan kolaborasi pelbagai pihak dan agensi serta NGO sebanyak 2282 kilogram sampah daripada peralatan perikanan plastik, aluminium, kaca serta bahan tidak boleh dikitar semula telah berjaya dikutip. Selain itu, sebanyak 554 kilogram pukat hanyut turut dikumpul melalui aktiviti-aktiviti pembersihan bawah laut. Program konservasi sangat penting di tengah-tengah isu sampah sarap yang dilaporkan semakin meruncing di serata dunia ini. Dengan terpelihara hidupan marin ini, maka kehidupan manusia juga akan terpelihara. Di mana hasil laut akan sentiasa memberi manfaat kepada nelayan-nelayan dan ini akan membantu jaminan makanan atau food security di Malaysia.
Selain tumpuan pelancongan, ianya juga akan menarik pengkaji di serata dunia untuk menjalankan kajian serta pendidikan dalam bidang marin. Saya mencadangkan perairan Pulau Sembilan perlu digazetkan segera bersekali dengan Taman Laut Negeri sehingga kini, Kerajaan Negeri hanya mewartakan kawasan pulau yang tidak termasuk perairan tiga batu nautika. Sehubungan dengan itu, cadangan penambahan kepada pewartaan tersebut diperlukan bagi memastikan kawasan perairan sehingga tiga batu nautika yang merupakan milik Kerajaan Negeri dapat dikawal dan dilindungi terutama kepada ekosistem terumbu karang yang merupakan aset utama kepada sektor pelancongan. Saya juga mencadangkan tumpuan dan peruntukan yang lebih disalurkan untuk memelihara dan memelihara ekosistem di Gugusan Pulau Sembilan ini supaya ianya terus terpelihara kelestarian kehidupan marinnya.
Timbalan Yang di-Pertua, saya merujuk juga kepada berita yang bertarikh 11 November 2023 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang. Merujuk berita yang dikeluarkan pada Sabtu, 1 Disember 2022, kenyataan Kerajaan Negeri Perak sebelum ini kekal dengan keputusan untuk tidak menjual air mentah kepada Pulau Pinang bagi memastikan keperluan domestik diutamakan berbanding membekalkan air ke negeri lain. Malahan pula, Perak akan menjadi sebuah negeri perindustrian di sebelah utara yang memerlukan banyak keperluan air. Keputusan yang kukuh sebelum ini bersandarkan kepada ulasan agensi penting iaitu Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Air Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak ataupun UPEN. Persoalan saya, mengapa Kerajaan Negeri bertindak begitu drastik untuk menukar pendirian yang lalu? Yang pertama, kedua, adakah Kerajaan Negeri mahu menambah pendapatan negeri sedangkan Kerajaan Negeri mempunyai sumber baru iaitu REE dan rang undang-undang air yang baru diluluskan, baru-baru ini? Ketiga, adakah agensi seperti TNB, Lembaga Air, Jabatan Pengairan telah membuat kajian semula yang menyeluruh tentang kesan jangka panjang kepada penggunaan air untuk domestik? Yang keempat, mengapa mahu menjual air yang terawat, tidak air mentah? Tidakkah kos air terawat ini tinggi dan risiko maintenance ataupun penyelenggaraannya juga adalah tinggi?
Yang kelima, tidakkah kita terikat untuk membekalkan juga air kepada Pulau Pinang sedangkan ada ketika nanti kita juga akan menghadapi kekurangan air? Yang ke-enam, sumber air dari mana yang akan diambil, sungai mana? Risiko kalau kita ambil air dari takungan hidro, Tasik Bukit Merah atau air sungai yang pasang surut sukatan airnya. Seperti sedia maklum, masalah air khususnya di utara Perak sangat membimbangkan. Pada pertengahan tahun ini, air di Tasik kolam Bukit Merah kering sehingga sejauh lebih 700 meter daripada pelantan nelayan darat di Kampung Selamat. Keadaan ini membimbangkan ramai pihak terutama kepada nelayan yang sukar untuk mencari rezeki di tasik itu serta sawah padi turut terjejas. Malah keperluan air domestik kepada penduduk juga dicatu akibat kemarau yang melanda. Saya sekali lagi mengharap agar Kerajaan Negeri Perak menimbang semula langkah Kerajaan Negeri untuk menjual air terawat ke negeri lain. Buat kajian terperinci supaya tidak menjejaskan penggunaan domestik terutamanya petani dan industri di Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah di atas peruntukan kepada Jabatan Perhilitan sebanyak RM0.19 juta bagi melaksanakan projek-projek di bawah EFT (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation). Sebelum ini saya tidak mendengar peruntukan khusus untuk Jabatan ini. Timbalan Yang di-Pertua, konflik melibat kera yang berlaku di semua kawasan di Negeri Perak, sama ada di kampung mahu pun di bandar. Kadar pembiakan spesis ini yang cepat, setahun dua kali menyebabkan jumlahnya semakin bertambah. Manakala sikap sesetengah masyarakat yang suka memberi makan kera-kera ini menambahkan lagi kebergantungan kera terhadap manusia untuk makan. Begitu juga kurangnya kerjasama masyarakat bila Jabatan Perhilitan datang memasang perangkap. Jumlah staf Perhilitan sangat kecil. Biasanya lima ke enam orang sahaja bagi suatu pejabat dan mereka menjaga kawasan yang sangat besar. Sebagai contoh, Pejabat Perhilitan Selama, menjaga juga kawasan Larut Matang, Kubu Gajah, Ijok dan Batu Kurau. Kenderaan mereka juga terhad bagi setiap daerah. Biasanya hanya ada satu atau dua buah dan kebanyakannya telah uzur. Maka agak sukar untuk mereka bergerak pantas apabila menerima aduan yang memerlukan tindakan segera.
Fenomena terbaru pula adalah terdapat banyak aduan harimau belang di seluruh negeri Perak terutama di sebelah Gerik, Kinta dan Sungai Siput. Antara tindakan Perhilitan adalah memasang perangkap harimau. Apabila keputusan memasang perangkap dibuat, maka Perhilitan terpaksa menggunakan umpan hidup seperti lembu atau kambing. Maka pemantauan secara harian perlu dilakukan kepada umpan tersebut dari segi kebajikan makan minumnya, maka Perhilitan perlu menjenguk setiap hari. Secara automatik berlaku penggunaan staf dan kenderaan sedangkan dalam masa yang sama, mereka menerima aduan lain seperti gangguan kera, beruk, lutong, musang dan lain-lain. Seperti yang kita maklum Negara Malaysia melalui Kementerian Sumber Asli & Perubahan Iklim sedang melaksanakan kempen selamatkan Harimau Malaya di mana Jabatan Perhilitan menjadi tonggak utama dalam usaha memastikan populasi Harimau Malaya underground di negara ini selamat dan bertambah bilangannya. Dengan bebanan tugas yang mencabar, bilangan kakitangan yang sangat terhad, kenderaan yang tidak mencukupi, jadi perkara-perkara ini amat memberi tekanan kepada Jabatan Perhilitan untuk menyelesai isu konflik khususnya kera dan gajah yang merosakkan tanaman, harta benda masyarakat. Saya berharap peruntukan kepada Perhilitan ini dapat ditambah baik lagi dan perhatian serius dari Exco alam sekitar berkenaan permasalahan yang dihadapi amat diperlukan.
Timbalan Yang di-Pertua, saya kembali kepada lokasi Kamunting, yang mana Kamunting merupakan bandar satelit terbesar kepada bandar Taiping, ianya bermaksud bandar yang bergantung pada industri tempatan tetapi ada perkaitan ekonomi dan struktur jaringan perhubungan dengan sesebuah bandaraya yang berhampiran. Kamunting juga sebagai hub perhubungan utama yang menyokong pekan-pekan kecil seperti pekan Batu Kurau, Ijok, Selama dan merupakan pemangkin ekonomi kepada pekan-pekan kecil. Menyedari hal tersebut, saya berharap agar peruntukan dapat disalurkan lebih bagi maksud peruntukan belanja pembangunan seperti menyediakan perasarana jalan dan saliran yang baik. Laluan masuk dari Plaza Tol Kamunting diturap semula sesuai dengan Kamunting bandar satelit dan Taiping sebagai pusat pelancongan. Menaikkan imej serta menyelenggara kemudahan awam seperti menaik taraf hentian bas Kamunting dan membuat pembangunan yang sesuai sebagai bandar satelit.
Secara kasarnya, bandar satelit adalah kesinambungan untuk mewujudkan jaringan perniagaan yang lebih besar dari sebelumnya. Kamunting mempunyai perindustrian ringan, sederhana dan berat. Satu tempat yang strategik dengan kemudahan jalan raya, kereta api, laluan bas, laluan lori dan ianya menjadi tumpuan kepada rakyat B40 mencari nafkah dari sekitar Batu Kurau, Jelai dan Selama. Jaringan ekonomi ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi setempat. Ianya secara tidak langsung menyokong kenyataan YAB Menteri Besar di dalam ucapan Belanjawan 2024 dalam perkara 69 iaitu mendukung inisiatif memakmurkan ekonomi domestik. Saya mohon agar infrastruktur di Kg. Sungai Relung, Kg. Sungai Ranting, KG. Batu Lima dan Kg. Expo ditingkatkan. Kampung ini tidak berada di bawah seliaan Majlis Perbandaran Taiping kerana infrastrukturnya masih tidak lengkap. Tambahan itu juga saya mohon agar saliran di Taman Bestari, bersebelahan pekan Kamunting dapat dinaik taraf kerana penghuni di sana sentiasa dihantui dengan masalah banjir. Ini kerana prasarana salirannya sudah uzur dan rosak yang dibina sekitar tahun 80-an.
Bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Kamunting, saya mohon agar pusat pengajian tinggi dibina di Kamunting dan berharap juga agar cadangan pembangunan Taman Awam Kamunting dapat dibina segera kerana ianya merupakan taman awam yang akan dibangunkan oleh Jabatan Landskap Negara dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping. Cadangan pembangunan Taman Awam ini adalah bertujuan untuk menyediakan kawasan rekreasi awam bagi menggalakkan gaya hidup sihat bagi masyarakat setempat. Ini juga merupakan satu produk menarik yang akan terdapat di Kamunting bersebelahan Taman Tasik Kamunting.
Timbalan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kamunting akan ditutup juga Jabatan Pendaftaran Negara Taiping. Operasi akan dipindahkan ke Simpang, Taiping. Kemungkinan pada bulan Mac 2024 siap pembangunan. Apabila bangunan baru Jabatan Pendaftaran Negara siap sepenuhnya, ianya akan dipindahkan. Saya berharap agar Jabatan Pendaftaran Cawangan Kamunting ini dapat dikekalkan seperti sedia ada kerana pejabat ini memudahkan rakyat di sekitar Kamunting untuk berurusan disebabkan lokasi pejabat tersebut amatlah strategik berada di tengah-tengah pekan Kamunting. Untuk pengetahuan, Timbalan Yang di-Pertua dan semua, Pejabat Jabatan Pendaftaran Kamunting ini bukan saja dikunjungi oleh rakyat Kamunting, tetapi turut menerima pelanggan yang datang dari sekitar Taiping, Batu Kurau hingga ke Ijok, Bagan Serai dan Gunong Semanggol. Hasil tinjauan saya mendapati kebanyakan permohonan yang diterima di pejabat tersebut adalah permohonan pendaftaran kelahiran dan pendaftaran lewat kelahiran. Masih banyak lagi kes pendaftaran lewat kelahiran yang berlaku di kawasan ini dan kebanyakannya adalah dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
Antara sebab berlakunya pendaftaran lewat kelahiran ini adalah disebabkan oleh kesukaran mereka untuk ke pejabat yang berhampiran kerana tiada pengangkutan dan kesukaran hidup mereka. Adalah menjadi kerisauan seandainya penutupan Pejabat Jabatan Pendaftaran Cawangan Kamunting ini akan menyebabkan bertambahnya kes-kes sebegini kerana kedudukan Pejabat Pendaftaran Kamunting, Pejabat Pendaftaran yang baru berada jauh dari kawasan Kamunting. Pejabat Jabatan Pendaftaran Cawangan Kamunting ini berada di lokasi yang sangat strategik berdekatan dengan stesen bas, teksi dan kawasan pekan yang dapat memudahkan rakyat untuk melakukan banyak urusan. Seandainya pejabat ini ditutup, ia akan menyebabkan kesukaran kerana urusan di JPN ini juga melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain. Contohnya Imigresen, PDRM, JKM, Pejabat Agama dan banyak lagi. Ini akan menyebabkan bertambah kesukaran kepada penduduk jika perlu berulang-alik dari JPN Simpang ke Taiping untuk berurusan dengan agensi lain yang berpusat di Taiping. Semua sedia maklum, Daerah Larut Matang dan Selama ini merupakan satu daerah yang besar. Sudah menjadi keperluan dua pejabat jabatan pendaftaran di daerah ini bagi menampung keperluan penduduk sekitar. Saya amat berharap supaya Jabatan Pendaftaran Cawangan Kamunting ini dapat dikekalkan seperti sedia kala bagi memudahkan urusan penduduk dalam kawasan ini dan sekitarnya.
Timbalan Yang di-Pertua, pada tahun ini sebanyak 4 kali berlakunya banjir di Kamunting. 13 November 2022, 12 Januari 2023, 25 Mac 2023, 21 September 2023 dan tahun lepas pada 13 November. Antara kampung yang terlibat ialah Kg. Expo, Kampung Sungai Relung, Kampung Batu Lima, Kampung Sungai Ranting, Taman Bestari, Taman Pengkalan Maju. Banjir akan menyebabkan kerugian kepada rakyat. Barangan rumah seperti karpet, tikar getah, alat elektronik akan musnah sama sekali. Hidupan rakyat semakin lebih terbeban dengan kos sara hidup hari ini. Hujan lebat menyebabkan paras air sungai terlalu tinggi dan Kampung Ekspo dan Kampung Sungai Relung berada di bawah paras air ini. Saya mohon pihak kerajaan, menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran, membuat kajian terperinci dengan kadar segera bagaimana untuk mengatasi air yang terlalu banyak ini? Sekiranya berlaku lagi banjir, kemusnahan tetap akan berlaku dan rakyat akan menerima keadaan yang lebih teruk.
Timbalan Yang di-Pertua, saya nak sentuh sikit satu isu, di Kampung Pinang Seberang hanya boleh menampung sekitar 400 ke 500 orang jenazah lagi. Penduduk yang ramai di sekitarnya, seperti Kampung Pinang, Kampung Pinang Seberang, Kampung Jana Baru, Kampung Jana Sambungan, Taman Mewah, Taman Palma serta Taman Kamunting Maju. Semua ini adalah masyarakat 90%nya adalah orang Melayu. Jenazahnya disemadikan di perkuburan ini. Saya mohonlah pihak kerajaan melalui pejabat daerah dapat mengenalpasti tanah ini biarlah kalau di pekan sudah tidak ada tanah barulah boleh kita buat tambak tetapi masih lagi banyak tanah-tanah di sekitar Kamunting dan Taiping untuk dijadikan sebagai tanah perkuburan. Tuan Yang di-Pertua, sedikit last, mengikut Dr. Nungsari Ahmad Raddy, pengertian wakil rakyat yang paling umum ialah seorang yang membantu rakyat. Yang menyelesaikan masalah rakyat di dalam kawasan yang mengundi untuknya. Banyak daripada masalah yang dikemukakan kepada Wakil Rakyat mengguna pengaruh untuk mendapat peruntukan kerajaan…
Seminit lagi.
Sebab itulah wakil rakyat mengguna pengaruh untuk mendapat peruntukan kerajaan atau mencari penaja untuk membiayai kegiatan mereka. Malah seorang wakil rakyat juga memerlukan dana untuk mewujudkan dan menguruskan pejabat dan pentadbiran pejabatnya. Juga dana untuk membantu rakyat yang datang memohon bantuan yang bersifat peribadi dan umum. Semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang, peranannya sama. Mahu memastikan rakyatnya hidup dengan selesa dan terbela. Justeru itu, pihak kerajaan mestilah sentiasa berlaku adil bagi memastikan bantuan sampai kepada rakyat. Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk program kotak makanan kepada rakyat yang diedarkan melalui Yayasan Perak. Saya terasa juga apabila dihentikan penyaluran kotak makanan sebanyak 50 kotak kepada pusat khidmat. Sekarang, kotak makanan disalurkan melalui NGO. Saya harap dapat dikembalikan semula peranan untuk mengedarkan kotak makanan ini ke pusat khidmat, bBukanlah saluran rasmi kerajaan
Seminit. Seminit masa sudah tamat.
Saya juga harap supaya peruntukan yang ada diperolehi OG dan juga bantuan pembekalan diteruskan. Semoga apa yang diputuskan oleh Menteri Besar kita sentiasa mendapat kerahmatan daripada Allah subhanahu wa ta'ala. Sekiranya kita melakukan perkara yang baik dan diikuti oleh orang yang selepas ini. Rasulullah SAW bersabda, "Man sana sunatan hasanah, falahu ajruha wa ajru man amilabiha ila yaumil qiyam." Barang siapa yang mencontohkan suatu sunnah perbuatan yang baik dalam Islam, maka ia mendapat pahala. Sekaligus pahala orang lain yang mengamalkannya sampai hari kiamat. Insya Allah tidak rugi di dunia dan di hari akhirat. Sekian saja perbahasan saya. Saya menyokong penuh Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Wang Pembangunan 2024.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kamunting. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka tamatlah sesi perbahasan pada hari ini. Sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa 5 Disember 2023, jam 9.00 pagi.