Perak · 5 December 2023

15th Assembly, 1st session, 5th meeting · 205 turns · 55,990 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 5 Disember 2023 jam 9.05 pagi. Dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, Pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, suka untuk saya ingatkan sekali lagi Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua ketua jabatan diminta untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR yang terletak di meja masing-masing. Selain itu, aturan urusan mesyuarat beserta senarai giliran soalan-soalan lisan turut boleh diperolehi dengan mengimbas kod tersebut.

Perkara yang kedua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ada membuka kaunter maklumat dan aduan komunikasi sehingga hari esok. Kaunter akan mula dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang di hadapan Bilik Jamuan Dewan Negeri.

Perkara yang ketiga, berkaitan sesi perbahasan. Seramai 21 orang Ahli Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2024 Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berbahas secara konstruktif dengan mematuhi Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Akhir sekali Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan agenda mesyuarat pada hari ini, turut bersama kita pada pagi ini ialah Ahli Dewan Belia Negeri Perak dan juga pelajar-pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin, Taiping bersama-sama dengan guru mereka. Saya mewakili seluruh Ahli Dewan Negeri Perak mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Dewan Negeri Perak. Semoga beroleh manfaat dengan pendedahan kepada sistem legislatif yang diamalkan di negara kita. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan nombor soalan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Rungkup di atas keprihatinannya mengemukakan soalan yang berkaitan dengan Pelan Komunikasi Strategik (NRREE) dan juga tambahan pendapatan kepada Kerajaan Negeri.

Dato' Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, negeri Perak adalah negeri perintis yang telah menerokai sektor perlombongan NRREE melalui projek perintis NRREE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak. Dalam menjayakan projek perintis ini, satu Pelan Komunikasi Strategik (NRREE) yang holistik telah dibentuk di negeri Perak dalam memastikan setiap rakyat di negeri ini mendapat informasi dan maklumat berkaitan sumber mineral baharu ini secara telus dan tepat. Pelan ini juga akan menjadi pelan tindakan untuk penyampaian informasi dan garis panduan menangani isu berbangkit berkaitan NRREE. Mengikut ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Perintis Bilangan 3/2021, Pelan Komunikasi Strategik pada 22 Oktober 2021 di Putrajaya, Menteri Besar Incorporated atau MB Inc telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan satu Pelan Komunikasi Strategik (NRREE) bagi tujuan pelaksanaan Projek Perintis NRREE. Ia sebagai salah satu usaha dalam memastikan pembangunan industri NRREE ini dapat diterima oleh semua pihak.

Objektif pelan komunikasi yang telah dipersetujui adalah seperti berikut. Yang pertama untuk mendidik masyarakat, aktivis, NGO dan media mengenai kepentingan NRREE dalam memacu ekonomi negeri dan negara. Yang kedua, memupuk kesedaran awam melalui program aktiviti kelestarian alam sekitar dan yang ketiga, bertujuan untuk perkongsian maklumat tentang kemajuan sains dan teknologi dalam industri NRREE serta impak kepada ekonomi negeri dan juga negara.

Dalam memastikan kejayaan pelan ini, sesi libat urus bersama pemegang taruh dan pihak berkepentingan sebelum projek perintis ini dimulakan dan secara berterusan sehingga kini, berbagai aktiviti dan program yang direncanakan mengikut kesesuaian pemegang taruh. Untuk makluman, 6 kategori pemegang taruh yang telah dilaksanakan sesi libat urus ialah orang awam dan komuniti, yang kedua pemimpin masyarakat, yang ketiga aktivis dan NGO, kumpulan yang keempat, belia dan pelajar, kumpulan kelima, pengamal media dan kumpulan yang keenam ialah agensi dan juga korporat.

Semenjak 2021, menerusi Pelan Komunikasi Strategik NRREE ini, lebih daripada 100 sesi libat urus telah dilaksanakan merangkumi pelbagai kategori. Ini termasuklah lawatan tapak dari agensi-agensi persekutuan, pemimpin masyarakat termasuk Adun-Adun berkaitan. Ini termasuk juga lebih daripada 100 penerbitan, laporan, media dan penulisan artikel di pelbagai platform telah disediakan, diseliakan, dianalisa dan dipantau secara berterusan. Terkini, penglibatan bersama para penyelidik daripada universiti tempatan untuk memastikan program ini dilaksanakan mengikut landasan yang dikehendaki. Pelan ini juga mempunyai jawatankuasa komunikasi krisis yang dianggotai oleh lebih 21 agensi yang berkaitan untuk memastikan program ini berjalan lancar dan mengatasi kemungkinan krisis yang akan berbangkit. Tidak terkecuali dalam memupuk kesedaran dan kepentingan NRREE melalui program Pendidikan Pelancongan Eco Schools Perak, Pendidikan Lestari Cikgu Saarani@Perak Sejahtera telah bermula sejak 2021 di 30 buah sekolah di seluruh Perak. Program Eco Schools ini adalah inisiatif CSR MB Inc. dioperasikan oleh Green Growth Asia Foundation dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan program ini telah dilancarkan pada 13 Oktober 2022. Program Eco Schools Perak ini juga selari dengan usaha kerajaan negeri memperhebatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar menerusi kampen Perak Bumi Lestari dan menyebar luas pengetahuan berkaitan mineral-mineral termasuk NRREE.

Melalui projek-projek yang dilaksanakan berasaskan tema-tema, sekolah-sekolah ini telah mencapai piawaian dan penilaian yang ditetapkan. Hasilnya setakat 2022, sejumlah 9 buah sekolah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa Green Flag dari Foundation for Environmental Education (FEE) yang dianggotai oleh lebih daripada 77 buah negara yang diiktiraf oleh United Nations Environment Programme dan UNESCO. Diharapkan dengan adanya pelan komunikasi ini, pembangunan industri NRREE di negeri Perak dapat dibangunkan dengan cekap dan teratur, seterusnya menjadi model kepada negeri-negeri lain. Melalui pelaksanaan yang efektif, ia bukan sahaja dapat memberi pulangan kepada negara, malahan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang kedua oleh Yang Berhormat Rungkup. Sukacita saya maklumkan bahawa kadar royalti yang dikenakan kepada pihak penggerak projek adalah sebanyak 12% daripada harga jualan NRREE. Sehingga September 2023, pihak penggerak projek telah menjelaskan bayaran royalti sebanyak hampir RM21.12 juta melalui pengeksportan Rare Earth Carbonate ke negeri China. Selain daripada itu, Kerajaan Tempatan melalui majlis-majlis, Majlis Daerah Gerik turut dapat mengutip hasil melalui fee-fee yang berkaitan dengan kelulusan kebenaran merancang yang dikeluarkan bagi aktiviti perlombongan NRREE tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Rungkup

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak di atas jawapan tersebut. Saya difahamkan kelulusan Kerajaan Persekutuan seterusnya untuk perlombongan NRREE ini adalah dengan syarat ianya tidak dieksport secara mentah ke luar negara. Di manakah NRREE ini akan diproses di dalam negeri Perak?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Rungkup. Sepertimana yang kita maklum bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan bahawa kita tidak dibenarkan untuk mengeksport hasil dari bumi ini, iaitu NRREE dalam bentuk mentah, raw. Bermakna ia perlu terlebih dahulu diproses di dalam negara ini. Jadi dalam beberapa pertemuan, beberapa mesyuarat di peringkat persekutuan, saya telah memaklumkan kepada kementerian bahawa negeri Perak menawarkan diri untuk kita menjadi perintis juga bagi membolehkan kita membuka makmal dan juga kilang-kilang memproses NRREE ini sebelum kita eksport ke luar negara. Jadi Perak telah menamakan beberapa pilihan termasuk di Gerik sendiri, di Bandariang termasuk di Silver Valley Technology Park, di Kinta dan juga di kawasan yang berhampiran dengan AHTV Tanjong Malim. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kamunting.

Terima kasih Yang di-Pertua. Apa yang kita faham bahawa NRREE ini tidak ada unsur radioaktif. Jadi, ia tidak membahayakan dan satu, mudah untuk dicuri. Hanya memasang pipe sekitar 5 ke 10 meter dan melalui proses ISL, ia boleh ambil bahan ini dan kemudian bila dibawa dalam keadaan bercampur dengan tanah liat, ia boleh mengaburi pihak berkuasa. Mungkin orang lihat bahan ini tak penting. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk, satu, mengesan tanah-tanah di tanah Perak ini yang ada NRREE yang boleh kita kawal supaya jangan ada kemasukan orang kata lombong haram ini dan apakah juga langkah-langkah keselamatan yang boleh kita buat supaya hasil bumi kita ini tidak dicuri ataupun terkeluar, yang akan merugikan negeri Perak? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Kamunting. Saya memahami apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sebab akhir-akhir ini kita dimaklumkan bahawa terdapat usaha-usaha atau minat atau kecenderungan di kalangan orang-orang tertentu untuk melakukan proses mengekstrak hasil bumi ini secara haram. Jadi kerana itu, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan kita sedang meneliti sedang memantau kerana kita perlu berhati-hati supaya apa yang telah berlaku di semua negeri lain sebelum ini, tahun-tahun sebelum ini tidak akan berlaku di Negeri Perak kerana seperti dimaklumkan tadi bahawa proses untuk mengeluarkan NRREE ini tidak sukar. Tidak seperti mana kita melombong biji timah. Kita perlu mengadakan pengkorek. Ini tak perlu. Tapi very simple dengan paip dengan menggunakan bahan kimia ataupun baja untuk membolehkan bahan itu dapat dikeluarkan daripada bumi. Kebimbangan kita, Yang Berhormat, pertama ialah nanti tidak terkawal maka semua orang yang ada dia tengok-tengok bawah rumah dia pun ada dia boleh tebang rumah dia untuk mengorek benda itu. Ataupun dia boleh melupuskan semua harta benda termasuk menebang pokok-pokok getah dan sawit kerana dia rasa hasil dalam bumi itu lebih bernilai daripada tanaman yang ada di atas bumi. Jadi kita tahu apa yang dibimbangi oleh Yang Berhormat Kamunting kerana kita sedang memantau apakah kaedah dan cara yang sedang digunakan oleh mereka-mereka yang cuba untuk pengusaha haram ini.

Sedikit kebaikan kita bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan ia tak boleh di eksport, ada sedikit kawalan iaitu tak ada satu badan yang akan menjadi collector atau mengumpul bahan ini untuk mereka jual. Tapi yang Yang Berhormat sebut tadi, ada kemungkinan mereka ini melihat loophole yang akan berlaku di pelabuhan dan sebagainya dengan mengisytiharkan bahan itu bukan NRREE. Dia boleh isytiharkan sebagai bahan lain sebagai kaolin ke sebagai boldclay ke untuk menutup apa yang sebenarnya yang berlaku. Jadi itu pun Yang Berhormat kita sedang memantau dan kita akan membina, membangunkan langkah-langkah untuk mengesan perbuatan-perbuatan yang sedang dilakukan ini. Langkah-langkah untuk menghalang daripada mereka mengeksport secara pengisytiharan yang tidak betul dan juga langkah-langkah keselamatan yang akan melibatkan undang-undang dan juga akta. Supaya kita boleh mengambil tindakan kepada mereka menghukum mereka kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang tidak bermoral dan boleh merugikan negara. Jadi saya terima kasih Yang Berhormat Kamunting. Sebenarnya, beri keyakinan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kita sedang melihat sedang memantau dan kita sedang berusaha untuk mengadakan bengkel bagi membangunkan satu kaedah bagaimana kita nak mengesan dan bagaimana kita nak menangkap, bagaimana kita nak menghukum orang-orang yang melakukan perbuatan ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Menglembu untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Menglembu soalan yang kedua.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030. Saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menglembu kerana telah tanyakan soalan berkenaan isu rumah tidak terjual di negeri Perak. Untuk pengetahuan semua, bagi kita lebih memahami isu rumah yang tidak terjual ini, saya ingin kongsikan data daripada Pusat Maklumat Hartanah Negara iaitu NAPIC, di mana ditunjukkan bahawa pada tahun 2022, hartanah perumahan yang tidak terjual atau overhang yang ada di negeri Perak adalah sebanyak 2,312 unit yang majoritinya merupakan perumahan yang dijual dengan harga dalam lingkungan RM200,000 ke atas. Selain itu, laporan NAPIC juga mencatatkan bahawa rumah jenis kondominium atau apartment merupakan penyumbang tertinggi dalam data rumah tidak terjual di dalam Perak iaitu sebanyak 1,203 unit ataupun bersamaan dengan 52% daripada jumlah rumah tidak terjual. Melalui jumlah ini daerah tertinggi yang mencatatkan rumah tidak terjual adalah daerah Kinta iaitu sebanyak 1,065 unit diikuti oleh Daerah Manjung 498 unit dan daerah Kampar 328 unit. Manakala daerah yang mencatat jumlah terendah perumahan tidak terjual adalah di daerah Bagan Datuk iaitu 9 unit. Manakala daerah Perak Tengah tidak merekodkan sebarang rumah yang tidak terjual. Data ini jelas menunjukkan bahawa rumah yang tidak terjual di dalam negeri Perak merupakan rumah yang dijual dengan harga yang diluar kemampuan serta tidak memenuhi permintaan pembeli di dalam lokaliti projek berkenaan. Walaubagaimanapun, satu perkembangan yang positif iaitu bermula tahun 2018 sehingga 2022 berlaku penurunan secara konsisten dalam jumlah perumahan yang tidak terjual di Negeri Perak.

Berdasarkan data NAPIC ini juga menunjukkan bahawa rakyat negeri Perak lebih cenderung untuk membeli rumah di dalam kategori kos rendah iaitu harga di bawah RM100,000 di mana data berkenaan menunjukkan bahawa tiada hartanah perumahan yang tidak terjual di dalam kategori kos rendah ini di negeri Perak. Antara langkah Kerajaan Negeri Perak untuk mengatasi masalah rumah tidak terjual ialah dengan melaksanakan Dasar Perumahan Negeri Perak di mana kita mewajibkan bagi pembangunan yang melibatkan keluasan tanah lebih daripada 20 ekar untuk pemaju melaksanakan 40% pembangunan rumah mampu milik yang merangkumi pembinaan Rumah Perakku 1, Rumah Perakku 2 dan Rumah Perakku 3 dan baki sebanyak 60% dibenarkan untuk pembinaan rumah dengan harga terbuka. Kerajaan Negeri juga turut memberi insentif-insentif kepada pemaju untuk menggalakkan pembangunan Rumah Perakku iaitu pengurangan caj pemajuan dan caj premium.

Untuk tujuan pengeluaran hak milik bagi Rumah Perakku 1 dan Rumah Perakku 2. Ini secara tidak langsung menggalakkan pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik yang bersesuaian dengan permintaan dan kemampuan rakyat di Negeri Perak dan untuk menangani isu dan mencegah rumah tidak terjual ini juga, pihak Kerajaan Negeri melalui LPHP sentiasa menggalakkan pihak pemaju untuk lebih berhati-hati dalam menyusun strategi dan melaksanakan kajian pasaran dan permintaan dahulu berdasarkan lokaliti setempat sebelum memulakan apa-apa projek kerana data daripada NAPIC memang memberi satu gambaran dan keadaan yang jelas di mana pemaju jika membuat kajian pasaran dengan lebih teliti sebelum melaksanakan sebarang projek perumahan akan dapat bantu untuk elakkan daripada hadapi isu rumah tidak terjual. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Menglembu.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih ucapan yang diberi oleh YB Exco. Syabas dan tahniah saya ucapkan keatas projek Rumah Perak Ku yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang memudahkan rakyat Perak memiliki rumah selain menawarkan rumah berkualiti tinggi pada harga yang lebih rendah berbanding pemaju persendirian. Ini adalah satu sebab Rumah Perak Ku sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Soalan saya, melalui pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Perak, boleh YB Exco nyatakan jumlah Rumah Perak Ku yang telah siap dibina dan yang sedang dibina pada tahun 2023 serta yang akan dibina pada tahun 2024 di Negeri Perak? Terima kasih.

Terima kasih. Ya memang kita nampak Rumah Perak Ku ni mendapat sambutan yang baik dan permintaan yang tinggi dikalangan rakyat Negeri Perak dan seperti saya sebut tadi melalui Dasar Perumahan Negeri kita mewajibkan pemaju untuk membina komponen-komponen Rumah Perak Ku bagi keluasan lebih daripada 20 ekar dan dibawah melalui GLC-GLC dan LPHP sentiasa merancang dan melaksanakan perumahan Rumah Perak Ku dan saya ingin berkongsikan bahawa sepanjang tahun 2023, sebanyak 4 projek rumah mampu milik telah berjaya disiapkan melalui LPHP dan juga kerjasama dengan GLC dengan pihak swasta juga. Projek-projek ini merangkumi sebanyak 356 unit rumah Perak Ku, 1, 2 dan 3. Di antaranya sebanyak 100 unit Rumah Perak Ku telah siap dibina di Taman Kerian Putera 107 unit Rumah Perak Ku 2 dibina di Selingsing dan Taman Kerian Putera dan sebanyak 149 unit Rumah Perak Ku 3 telah siap dibina di Tualang Sekah Fasa 2, Taman Kerian Putera dan juga Gerik. Jadi, Kerajaan memang faham kita perlu teruskan usaha ni untuk membina lebih banyak Rumah Perak Ku. Jadi untuk tahun 2024, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 1929 unit Rumah Perak Ku akan siap dibina. Ini merangkumi 172 unit Rumah Perak Ku 1 di Trolak, Tanjung Tualang Fasa 3 dan Tapah serta 1,222 unit Rumah Perak Ku 2 di Perwira Batang Padang, Tapah, Perwira Seri Iskandar, Perak Tengah, Simpang Pulai dan juga Tapah. Manakala 535 unit Rumah Perak Ku 3 disasarkan akan siap bina di Tanjung Tualang Fasa II, Tapah, Asam Kumbang dan Parit dan semua ini dijangka akan selesai dibina pada tahun 2024. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Yang Berhormat Dato’. Bila YB Exco menyenaraikan tadi saya tak dengar perkataan mengatakan daerah Kerian juga terlibat. Soalan saya di kawasan saya yang bermasalah adalah Residensi Prima. Adakah Kerajaan Negeri boleh boleh kawal rumah-rumah Prima ini sebab Rumah Prima kita faham is a federal punya projek. Yang pertamanya di kawasan saya dia bina 1248 rumah Prima. Yang terjual dah banyak tahun dah baru dalam dua ratus yang seribu lebih lagi tu dah jadi rumah hantu dah. Yang kedua semasa permulaan perancangan itu, adakah pihak Residensi Prima ini mengambil nasihat daripada Kerajaan Negeri Perak? Yang ketiga ketidakadilan. Pembeli yang pertama dijual, harga RM240 ribu. Bila dah tak laku dikurangkan menjadi RM180 ribu. Jadi, pembeli yang orang pertama menjadi mangsa. Bolehkah Kerajaan Negeri bertindak atas Residensi Prima di kawasan Dun Alor Pongsu. Terima kasih.

Baik terima kasih kepada Alor Pongsu. Berkenaan isu yang dibangkit rumah yang juga dikategori sebagai rumah tidak terjual di mana adalah melalui projek Prima di kawasan Alor Pongsu. Sebenarnya kita melalui data NAPIC yang saya kongsi memang kita nampak bahawa rumah jenis pangsapuri dan apartmen kurang mendapat sambutan di kalangan rakyat negeri Perak. Walau bagaimanapun, saya percaya Prima sebagai satu agensi perumahan di bawah Kerajaan Persekutuan sebelum mereka melaksanakan sebarang projek perumahan juga mereka telah melakukan kajian yang berkenaan. Cuma apabila masalah masih berlaku, memang Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan Prima sebagai agensi kerajaan untuk melakukan tindakan yang perlu. Contohnya, dengan aktiviti kempen promosi dan juga pemasaran supaya boleh sebab rumah sudah siap dibina. Jadi masalahnya, bagaimana kita dapat menarik minat mereka yang bersesuaian kehendak dan juga kemampuan untuk membeli rumah yang tersebut supaya rumah tu tetap terus tak terjual. Jadi, Kerajaan Negeri memang sentiasa sedia untuk membantu dan kerjasama dengan Prima dan saya difahamkan beberapa projek yang sebelum ini di bawah Prima dengan isu yang berlainan juga, pihak Prima sentiasa ambil tindakan ambil maklum untuk cuba selesaikan dan kami akan kerjasama dari masa ke semasa dan juga kita alu alukan kalau pihak YB sendiri ada sebarang cadangan yang boleh bantu untuk kita selesai masalah ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk mengemukakan nombor soalan.

Assallamualaikum wbt. Dato’ Yang di-Pertua, jalan-jalan pakai sepatu, soalan saya nombor satu.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih YB Kenering, terima kasih Dato’ Speaker. Selamat pagi salam sejahtera kepada YB-YB seisi Dewan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengekalkan kemasukan para pelancong ke negeri Perak seperti mempromosikan Geotrail atau Jejak Geo iaitu pakej yang membabitkan lawatan ke geo tapak atau geosains. Ianya membabitkan persinggahan ke tapak biodiversiti, tapak warisan budaya atau sejarah yang mempunyai 22 geotapak tersenarai di Geopark Lembah Kinta termasuk empat yang baharu diwartakan sejak tahun 2021 iaitu tapak Geoarkeologi Gunung Masoorat, Tapak Bencana Geologi Gunung Cheroh, Geotapak Kars Taman Saikat (Gunung Rapat) dan Geotapak Dolina Tasek Cermin. Antara usaha yang diambil bagi meningkatkan kedatangan pengunjung ke geopark adalah seperti menyenaraikan acara-acara yang bertemakan Geopark dalam kalender acara sempena Tahun Melawat Perak 2024 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak. Antara geopark yang disenaraikan minta maaf acara-acara geopark yang disenaraikan adalah International Geo Run Lenggong Siri 1. Di samping itu, usaha lain yang telah dilakukan atau dilaksanakan adalah Geopark Lembah Kinta diletakkan sebagai peneraju berdasarkan flagship atau inti pati ‘Ekonomi Pengalaman’ dalam mencapai agenda Pelan Perak Sejahtera 2030.

Program tahunan seperti sambutan ulang tahun Geopark Lembah Kinta turut diadakan bagi menggalakkan kedatangan pelancongan ke kawasan geopark. Terkini, Geopark Lembah Kinta baru sahaja menyambut ulang tahun kelima Geopark ke-22 atas minta maaf pada 22 Oktober tahun 2023 yang lalu. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan agensi-agensi negeri dan persekutuan yang terdiri daripada Perbadanan Taman Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, MOTAC dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pada 30 Oktober 2023 yang lalu telah memperuntukkan Kursus Eco-Host tanpa bayaran kepada 24 geoguides Lembah Kinta dan 30 geoguides Lenggong Geopark sebagai prasyarat untuk perlesenan Geoguide di bawah MOTAC. Untuk makluman, geoguide merupakan satu inisiatif pembangunan komuniti setempat di bawah geopark di mana latihan lapangan dan kursus berkaitan geologi geopark dan geopelancongan diterapkan secara berterusan. Perbincangan Kerajaan Negeri dengan NRECC dan MOTAC telah membuahkan hasil apabila geoguide akan dilesenkan dan dikawal selia di bawah kementerian seperti pemandu- pemandu pelancong yang lain.

Yang di-Pertua

Kenering.

Soalan tambahan saya terima kasih pada YB Exco berhubung dengan geoguide, saya ingin tahu sejauh mana ataupun proses untuk mendapatkan lesen daripada MOTAC dan berapakah jumlah setakat ini geoguide ini telah diterima untuk tugas atau apa pun sebagai petugas-petugasnya?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih YB. Jadi seperti yang telah dimaklumkan tadi untuk Geopark Lembah Kinta, kita dah ada 24 yang telah dilatih dan 30 untuk Lenggong. Untuk secara khususnya boleh menghubungi Tourism Perak atau menghubungi MOTAC secara direct tetapi kalau saya bagi rasa kalau bagi untuk YB Kenering I rasa mungkin minatnya lebih pada kawasan di kawasan Lenggong dan sekitarnya boleh jugak menghubungi pejabat tanah di kawasan Lenggong ok atau YDP. Sebenarnya di Lenggong ramai yang ramai yang tidak faham. Sebelum saya ke Lenggong dulu ramai yang tidak faham mengenai konsep geopark ini. Jadi, ramai yang merasakan bahawa geopark ini, cumanya untuk kita lihat gua, kita lihat kolam kita tengok kita tengok batu atau kita tengok kayu. Sebenarnya geopark ni merangkumi jauh lebih besar daripada itu. Bukan sahaja alam semula jadi tetapi ia juga merangkumi aspek manusianya sekali di kawasan tersebut. Jadi ini bermakna ia juga merangkumi aspek kebudayaan, sejarah, cara hidup dan pelbagai.

Maknanya apabila kita berkata mengenai pelancongan geopark, ia tidak setentunya untuk kita adakan satu event atau acara pelancongan di mana kita kata jom mari kita tengok gua atau jom kita tengok kolam sebenarnya tidak begitu. Ia termasuk juga sebagai contoh untuk kita katakan Lenggong kita boleh adakan trip. Memang dah ada pun trip atau atau lawatan-lawatan di Tasik Raban dan sebagainya. Kita masuk ke kampung-kampung kita jumpa makcik. Makcik tu dia masak pekasam kepada kita, kita try. Orang Perak biasalah, tapi kalau orang KL try pekasam tu dia bau dia tak tau nak makan ke tak makan. Lepas makan dia nak lagilah jadi benda-benda macam ni juga dan juga dari aspek sejarahnya, aspek geologinya, aspek geografi. Jadi ia tidak maksudnya geopark kita nak tengok batu, tengok kayu, tengok kolam, tidak. Sebenarnya ia merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia dengan alam yang ada di kawasan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Keranji, sila.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Terima kasih Timbalan Puan Speaker. Soalan tambahan Keranji adalah, Gua Tempurung merupakan salah satu destinasi geopark dan ia juga adalah satu produk pelancongan terletak di Majlis Daerah Kampar. Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk menjadikan Gua Tempurung sebagai satu tapak perkhemahan yang menarik supaya dapat menyumbang kepada tahun melawat Perak 2024 dan jika ada rancangan ini, apakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan untuk mewujudkan satu persekitaran yang selamat, bersih dan selesa untuk pengunjung berkhemah di Gua Tempurung? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Berkhemah ye? Camping? Ok, terima kasih. Terima kasih Timbalan Speaker. Ok, sebenarnya Gua Tempurung kita kebetulan telah, saya telah melawat Gua Tempung, kalau saya tak silap antara 2 bulan hingga 3 bulan lepas. Okey, kita telah melawat bersama juga semua pegawai-pegawai agensi-agensi yang ada di kawasan tersebut yang menjaga kawasan tersebut. Kami telah mengadakan perbincangan secara mendalam dan kami semua telah mendapat atau kita telah come up with dengan izin idea-idea dan juga kita telah bersetuju dengan bermacam-macam perkara yang telah dibangkitkan. Jadi, nombor satu kita kena faham apabila kita berkata mengenai Gua Tempurung. Tak ada satu orang boleh bagitahu kalau you masuk gua atau you masuk hutan, itu selamat. Itu adalah aspek nombor satu. Bila kita masuk ke dalam gua, kita masuk ke dalam hutan atau kita ke sungai, dia mesti ada aspek-aspek sedikit bahayanya tetapi yang penting adalah penglibatan agensi-agensi termasuk juga pemain-pemain industri untuk menjadikan tempat itu seselamat yang boleh untuk pengunjung-pengunjung ke situ.

Saya bagi contoh, apabila kita masuk ke Gua Tempurung, ada tempat yang basah, ada tempat yang licin, ada yang curam dan sebagainya. Jadi, itu juga melibatkan, itulah juga aspeknya di mana yang membawa orang kata 'adventure' apabila orang masuk ke dalam tetapi, apabila ada 'adventure' itu jugalah yang menjadikan tempat itu bahaya dan naluri manusia juga yang ingin mengetahui apa yang ada di dalam. Itu yang menyebabkan Gua Tempurung itu sebenarnya kita jadi teruja untuk masuk ke dalam. Jadi itu nombor satu. Nombor dua, ok. Memang di dalam Gua Tempurung sendiri, di dalam kawasan jagaan mereka, di situ, ada disediakan. Bukan dalam gua, di sebelah gua, di tepi sungai, memang ada tempat-tempat yang disediakan cantik untuk camping, untuk berkhemah, ok dan juga sama ada kita nak bawa camp kita dan sebagainya, boleh ke situ berbincang dengan mereka. Untuk aktiviti secara keluarga atau untuk aktiviti secara berkumpulan, ada. Malah tandas dan sebagainya telah disediakan cantik.

Cumanya, seperti yang saya bawakan semalam, kadang-kadang apabila kita nak masuk ke dalam Gua Tempurung itu sendiri, dari perjalanan antara jalan di jalan main road itu, jalan ke Kampar itu, kita masuk dalam itu, jadi mungkin itu kita perlu lihat sebab di sepanjang masuk jalan masa itu, dia ada dua perkara. Nombor satu, kita perlu menjaga imej atau kawasan tersebut sama ada kita nak tengok papan tanda milik agensi yang dah tak betul ke, yang tak terjaga ke, ataupun papan-papan tanda pemain-pemain industri yang lain yang tak betul ke, ataupun ada pemain-pemain industri lain, contoh dia gantung benda yang tak sepatut dia gantung dan dia ditunjuk menghala ke depan jalan besar. Jadi benda-benda macam itu kadang-kadang dia menjadikan pengalaman kita, apabila kita masuk kita tengok eh, Kenapa dia gantung benda-benda macam ni kat situ? Jadi mungkin itu dia akan menjadikan pengalaman pelancong tu dia lain sikit. Selain daripada melihat keindahan alam dia juga melihat kepada mungkin daripada aspek penjagaan kebersihan dan sebagainya yang tidak sepatutnya di tahap tersebut. Walau bagaimanapun pihak Majlis Perbandaran untuk Kampar dan juga DO di kawasan tersebut pejabat tanah, pejabat daerah juga telah dalam perancangan bersama dengan agensi-agensi lain untuk membuat penambahbaikan mungkin juga aktiviti air dan sebagainya dan juga meluaskan jalan. Itu memang telah di dalam perancangan. Cumanya, ia belum dilaksanakan sekarang apabila kita sedang mencantikkan tempat tersebut untuk menghadapi Tahun Melawat Perak 2024. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan nombor soalan, sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bunga durian banyak tak lekat, giliran Bota soalan nombor 4.

Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin, awak ingin bertanyakan minta izin sebab soalan daripada Bota ini saya nak sekalikan jawapan dengan Trong, Selinsing dan Chenderiang dan Chenderoh. Boleh, Bota ye? Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang Bota tanya itu sama dengan soalan daripada Trong, Chenderoh dan juga Selinsing. Lebih kurang serupa. Jadi awak minta izin nak jawab sekali. Yang keduanya, JKR merupakan salah satu agensi. Ya, banyak agensi yang menerima peruntukkan tetapi JKR salah satu agensi yang menerima kelulusan peruntukan MARRIS bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri di Perak. Peruntukan yang kami terima oleh JKR Perak pada tahun 2023 tahun ini, adalah sebanyak RM133.55 juta dan agihan peruntukan penyelenggaraan jalan negeri di Perak adalah seperti berikut, bagaimana yang YB tanya tu.

Yang pertamanya, saya tidak baca jumlahnya sampai ke sen, panjang benor. Saya baca jumlahnya yang lebih kurang juta dengan ratus je. Bagan Datuk, RM4.7 juta, Bagan Datuk dan digunakan sekarang ni sehingga Oktober 2023, RM3.4 juta. Belum habis lagi. Batang Padang pula RM14.316 juta yang telah digunakan sepanjang bulan tahun ini sehingga Oktober, RM4.9 juta. Hilir Perak, RM5 juta yang digunakan RM2.2 juta sehingga Oktober 2023. Hulu Perak, RM12 juta yang dipakai RM4.6 juta. Kampar, RM4.7 juta yang dipakai RM3.2 juta. Kerian, RM8.1 juta. Ini termasuk Selinsing tadi ni dan dipakai RM3 juta. Kinta pula yang tertinggi RM13.6 juta, pakai RM8.8 juta. Kuala Kangsar RM20 juta, pakai RM9 juta. Larut Matang dan Selama, peruntukan RM14 juta yang telah pun digunakan RM6.3 juta. Manjung RM7.7 juta, yang dipakai RM5.5 juta. RM5 juta lebih kurang. Mualim, RM7 juta yang dipakai RM4.1 juta. Perak Tengah, RM12 juta yang dipakai RM7.3 juta. Elektrik, JKR bahagian elektrik Kampung Temiang tu, RM9.1 juta yang dipakai RM3.8 juta. JKR Perak secara seluruhannya kami juga menggunakan RM1.36 juta daripada peruntukan MARRIS yang hingga ini yang pakai hanya RM1 juta sahaja dan jumlah keseluruhannya semua daerah tadi tu RM133.55 juta yang keseluruhannya kita pakai lebih kurang RM68 juta.

Kesemua peruntukkan MARRIS yang diterima adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan rutin, makna kerja-kerja harian. Kemudian kerja-kerja berkala, masih progressive dan yang ketiganya, projek-projek atau program-program yang kecemasan, yang immediate serta pengurusan aset jalan negeri di Perak dan semuanya adalah bagi tujuan keselamatan dan selesa orang gunakan jalan raya di Perak. Yang kelima, projek jalan yang dilaksanakan oleh pihak JKR pada tahun 2023 dan masih dalam pembinaan adalah seperti berikut, menaik taraf laluan FT73 daripada Parit ke Seputih. Ini yang Bota tanya tadi, daerah Perak Tengah. Yang keduanya, projek membina jalan daripada Kampung Setiawan Manjung ke Kampung Teluk Sena Lambor, Lambor Kiri iaitu di Perak Tengah dan keenam, kelulusan peruntukan MARRIS bagi kontrak luar konsensi 2023 adalah seperti berikut.

Yang pertamanya, kelulusan peruntukan di bawah senarai Majlis Daerah Perak Tengah. Bilangan projek 19, yang telahpun digunakan kosnya sebanyak RM500,000.00 setengah juta. Itu Perak Tengah. Kemudian kita juga ada kelulusan peruntukan di bawah senarai Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. MARRIS pun dibawah kawalan Menteri Besar. Bilangan projek 18 dan kita telah gunakan atau kosnya sejumlah RM800,000.00 Manakala jumlah kelulusan peruntukan MARRIS Konsensi Puncak Emas Infra Sdn Bhd tahun 2023 yang sebanyak RM8.7 juta, Puncak Emas, gunanya untuk majlis bandaran. Bagi menjawab soalan Trong pula, Trong pun bertanya soalan serupa-serupa juga YB. Penyelenggaraan jalan raya yang menggunakan peruntukan MARRIS di Dun Trong pada tahun 2023 melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan pembentungan, cat jalan dan perabut jalan peruntukan berjumlah RM364,528.00 Itu saja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Bota sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan daripada Bota, jadi melihat kepada senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah MARRIS, jadi kita maksudnya masih adalah baki-baki yang boleh kita gunakan. Jadi saya nak tahu bagaimanakah sebenarnya prosedur yang boleh digunakan oleh wakil rakyat untuk kita memohon sebarang projek-projek ataupun sebarang pemulihan jalan yang berlaku dalam kawasan kita? Adakah kita perlu direct dengan JKR ke ataupun kita boleh bawa di peringkat mesyuarat daerah ke ataupun macam mana ataupun ada lagi prosedur yang lebih detail yang boleh dimaklumkan kepada wakil rakyat yang ada pada hari ini? Sekian.

Terima kasih Bota. Berkenaan dengan penggunaan peruntukan MARRIS ini untuk jalan-jalan JKR Bahagian Negeri Perak sahaja. Maksudnya jalan-jalan negeri, state road. Kita ada kaedah-kaedah yang mana orang ramai, termasuk juga Yang Berhormat, boleh majukan soalan tersebut dengan bergambar kes yang melibatkan jalan-jalan yang berkala, jalan-jalan yang kecemasan dan jalan-jalan yang rutin. Jadi nak buat jalan baru tak boleh pakai MARRIS. Tapi nak buat kerja-kerja selenggaraan, majukan kepada JKR di daerah tersebut, jurutera daerah dan jurutera jalan. Salinkan kepada Pengarah JKR Perak, salinkan kepada saya itu kaedah pertama. Kaedah keduanya YB, kami ini setiap bulan ada merayau di merata-rata daerah untuk buat satu sesi namanya Hari Pertemu Pelanggan. Jadi kalau boleh, masa hari tu, bertemu dengan saya sendiri dan kita akan berikan bersama-sama dengan pengarah dan jurutera jalan daerah itu untuk menjawab apa sahaja persoalan yang ada kena-mengena dengan selenggaraan rutin sama ada berkala ataupun yang kecemasan. Tapi jalan-jalan yang lain pada itu tak ada masuklah dalam MARRIS ini. Jadi untuk jalan raya saja, peringkat negeri boleh kepada JKR. Walaupun macam manapun, kalaulah soalan-soalan yang melibatkan jalan persekutuan boleh juga dimajukan kepada JKR. Kita akan pergi kepada konsesi lain. Terima kasih YB.

Timbalan Yang di-Pertua

Kamunting sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Lebihan MARRIS ini tadi, MARRIS ini hanya untuk penyelanggaraan jalan. Lebihan duit MARRIS ini adakah boleh disalurkan pula kepada permasalahan-permasalahan lain? Longkang ke tambatan banjir ke dan sebagainya dan adakah duit ini juga akan dipulang ataupun berada pada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri boleh untuk menggunakan bagi kaedah yang lain. Terima kasih.

Terima kasih Kamunting. Digunakan juga peruntukan MARRIS ini, bukan hanya nak jaga jalan. Kita ada agensi lain juga dapat peruntukan MARRIS. Misalnya JPS. Kemudian kita ada juga Pejabat Menteri Besar, kita ada juga daripada PBT. Jadi gunanya untuk untuk membuat ataupun memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan ini buat sepenuhnya. Jadi sekiranya kadang ada masalah berkenaan dengan jalan itu yang berlubang, itu memang ada peruntukan daripada JKR sendiri. Cuma kita nak percepatkan aduan daripada YB-YB, mana-mana jalan negeri yang berlubang itu sila majukan secepat mungkin. Saya beritahu kepada seluruh Jurutera Daerah JKR ini, kalau dapat complaint dengan gambar hari ini, pergi lawat, sahkan, kemudian buat esok. Itu arahan saya kepada mereka. Kepada JPS pula, peruntukan MARRIS ini untuk pastikan jalan-jalan kebun, jalan-jalan yang di kampung-kampung itu, yang ada laluan air itu, itu di bawah JPS. Kemudian PBT itu di bawah Puncak Infra lah. Itu dibawah PBT. Jadi untuk itu, kalau sekiranya YB boleh senaraikan aduan itu, dan kami boleh agihkan kepada jabatan-jabatan dan juga agensi tertentu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Bukit Chandan untuk mengemukakan soalan. Sila.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bukit Chandan soalan yang kelima.

Assalamualaikum wbt. (Bacaan doa) Salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih diatas pertanyaan dan soalan Yang Berhormat Bukit Chandan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli Dewan sekalian. Bagi soalan yang berkaitan dengan perancangan negeri untuk membantu ekonomi nelayan-nelayan darat yang menyara keluarga mereka dengan menangkap ikan di sepanjang Sungai Perak yang berkaitan dengan apakah cadangan kerajaan negeri untuk memberi subsidi khas kepada mereka. Itu soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Bukit Chandan. Terima kasih, YB Bukit Chandan.

Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Chandan, kebajikan nelayan darat telah menjadi perhatian Kerajaan Negeri sejak awal tahun 90-an. Sehingga kini nelayan darat yang dilesenkan adalah berjumlah 2,200 orang yang menjalankan aktiviti di perairan Sungai Negeri Perak. Kaedah-kaedah Perikanan Sungai 1992 telah diwartakan bertujuan mengawaselia aktiviti nelayan darat dan seterusnya memelihara serta memulihara dan menambah stok ikan di perairan umum Negeri Perak. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM300 ribu bagi perolehan pelbagai spesies benih ikan berjumlah 1.21 juta ekor bagi tujuan pelepasan benih ikan keperairan umum Negeri Perak. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan stok ikan-ikan asli di perairan negeri ini seterusnya meningkatkan hasil tangkapan nelayan darat yang secara tidak langsung meningkatkan ekonomi nalai darat melalui peningkatan pendapatan isi rumah. Selain daripada itu, peruntukan pembangunan berjumlah RM500 ribu telah disalurkan bagi tujuan membina jeti nalayan darat yang menjadi kemudan asas komuniti nelayan setempat. Peruntukan pembangunan dan perolehan benih ikan yang telah disalurkan adalah keperhatinan dan komitmen yang berterusan oleh Kerajaan Negeri dalam membela nasib nalayan darat ini. Setiap tahun, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.53 juta bagi bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) kepada 509 orang nelayan darat tulen yang telah memenuhi syarat penerima Elaun Sara Hidup Nelayan Darat. Setiap penerima diberikan RM250 setiap bulan bagi menampung kos sara hidup dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Pihak Jabatan Perikanan juga telah mewujudkan program komuniti perikanan MyKP setiap daerah. Tujuan program ini adalah bagi menyalaraskan segala bentuk bantuan pihak Kerajaan Negeri kepada komuniti perikanan termasuklah nelayan tempatan. Hasil dapatan dari kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh setiap komuniti nelayan Perak dapat meningkatkan taraf sosial ekonomi komuniti nelayan. Sebagai contoh, komuniti nelayan yang telah dibangunkan oleh pihak jabatan dengan kerjasama kerajaan negeri adalah MyKP Kampung Bendang Kering, Kuala Kangsar yang mengusahakan aktiviti agropelancongan dan aktiviti akuakultur melalui ternakan ikan dalam sangkar. Hasil dari keringatan ekonomi yang dijalankan dapatlah memberikan pendapatan tambahan dan secara langsung meningkatkan ekonomi nelayan darat setempat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Bukit Chandan sila.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Soalan tambahan saya, dari tinjauan saya nelayan darat di kawasan saya di Dun Bukit Chandan purata pendapatan di bawah RM500.00 sebulan, dari 50 orang nelayan darat hanya seorang sahaja yang diberikan bantuan bulanan sebanyak RM250.00 sebulan. Faktor air pasang surut juga menjejaskan hasil tangkapan, mereka ditambah pula dengan jumlahl ikan yang sangat berkurangan. Jadi soalan saya adakah kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan peruntukan bantuan penternakan ikan di dalam sangkar untuk menampung pendapat nelayan-nelayan darat ini, terima kasih.

Terima kasih Bukit Chandan soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat nelayan darat tulen didefinasikan sebagai yang pertama warganegara Malaysia, kedua bekerja sepenuh masa sebagai nelayan darat lebih daripada 25 hari sebulan, tiga 70% pendapatan keluarga daripada aktiviti penangkapan ikan darat, yang keempat bebas narkotik, yang kelima tiada sumber pendapatan tetap, yang keenam tiada caruman KWSP yang aktif, yang ketujuh mempunyai lesen perkakasan menangkap ikan yang berlesen ataupun yang berdaftar dengan jabatan perikanan. Seluruh Malaysia jumlah nelayan darat adalah seramai 11,149 orang dan hanya 5,585 orang sahaja nelayan tulen yang memenuhi tujuh kriteria yang berkaitan. Bagi negeri Perak sahaja seramai 1,664 orang nelayan darat yang berlesen telah dikenalpasti dan hanya 509 orang sahaja nelayan darat yang mendapat bantuan elaun sara hidup nelayan darat ESHND berjumlah RM250 ribu sebulan.

Saya minta maaf, Dato' Timbalan Yang di-Pertua, jumlah ini adalah bagi mematuhi jumlah kuota penerimaan ESHND yang ditetapkan itu selama 3,500 orang seluruh Malaysia dengan peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan bagi pembayaran ESHND yang berjumlah RM10.5 juta setiap tahun. Sekiranya terdapat nelayan darat yang dilucut hak sebagai nelayan, yang berpunca daripada kematian, melanggar peraturan perikanan sungai, terlibat jenayah, berumur lebih daripada 70 tahun dan tidak mengemukakan laporan pendaratan lebih daripada 2 bulan berturut-turut, kuota pemberian ESHND yang diperuntukkan kepada nelayan berkenaan akan dilucut hak dan akan diberikan kepada nelayan yang lain. Kerajaan Negeri mempunyai program bagi menggalakkan penglibatan penduduk di suatu kawasan yang bersesuaian untuk menceburi aktiviti akuakultur, terutamanya penternakan ikan air tawar. Bagi tahun 2023, terdapat 20 kumpulan My Community Perikanan MyKP dengan keahlian seramai 364, 368 orang nelayan darat telah dikenalpasti dan terlibat dalam Program Penternakan Ikan Air Tawar.

Pembangunan aktiviti penternakan ikan yang melibatkan nelayan darat di hampir semua daerah kecuali Manjung dan Hulu Perak. Untuk tahun 2024 pula, Kerajaan Negeri telah menunjukkan bantuan di bawah Program Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan Perikanan dan Akuakultur bagi menyalurkan input dan bantuan untuk meningkatkan aktiviti akuakultur yang memberi kesan langsung kepada aktiviti perikanan darat seperti pembangunan infrastruktur nelayan darat, pelepasan umur benih ikan asli ke perairan umum, pematuhan amalan akuakultur baik, akuakultur kepada masyarakat orang asli dan pembangunan santuari ikan asli di perairan dan perikanan darat di negeri Perak. Itu saja yang dapat saya perjelaskan kepada soalan tambahan, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk mengemukakan soalan. Sila.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt. soalan ke 6 nombor soalan 2.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t. Salam Perak Sejahtera 2030, Terima Kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Slim yang bertanyakan soalan merangkumi 3 pecahan dan boleh dikatakan merangkumi portfolio saya daripada kebajikan dan juga usahawan. Saya akan cuba menjawab dengan sebaik mungkin apa yang telah dibangkitkan oleh Slim.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seperti yang dibangkitkan oleh slim hasrat dan sasaran kerajaan persekutuan dalam menoktahkan kemiskinan telah disambut baik oleh kerajaan negeri dan akan sentiasa bergerak seiring dalam memastikan perlaksanaannya tercapai terutamanya di negeri Perak, buktinya Belanjawan Negeri Perak 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Adun Kota Tampan merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri Perak yang menjadikan fokus kesejahteraan rakyat sebagai tunjang utama bagi tahun 2024 dengan jumlah RM384.1 juta. Satu pelan tindakan menoktahkan kemiskinan yang komprehensif meliputi strategi, kaedah serta gerak kerja yang terlibat berkenaan mekanisme pembasmian kemiskinan yang bersesuaian sedang dirangka supaya ianya selari dengan matlamat dan hasrat kerajaan bagi mengenalpasti isu serta pemasalahan di setiap daerah dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar. Sebanyak lebih 100 program kesediaan rakyat di seluruh negeri Perak yang telah diadakan dalam menyantuni golongan sasar ini dengan bantuan jabatan dan agensi pemberi bantuan antaranya Program Task Force Mobile Team, Program Keusahawanan, kursus-kursus kemahiran, bantuan perniagaan baik pulih atau bina baru rumah dan bermacam-macam lagi dalam kita memastikan golongan sasar ini dibantu bagi mengeluarkan mereka terus daripada kumpulan miskin tegar.

Untuk maklumat Yang Berhormat Slim juga kita telah pada tahun ini kita telah lock data 31 Januari dengan jumlah miskin tegar sejumlah 9,402 orang KIR dan sehingga 31 Oktober kita dapat menurunkan sehingga 5,083 KIR. Terbaru pada 11 November 2023 telah dilaksanakan satu program bernama One Stop Centre Sejahtera Sosial di daerah Manjung yang dijadikan sebagai satu projek rintis untuk mengumpulkan kesemua agensi dan jabatan pemberi bantuan di bawah satu bumbung bersama kesemua KIR miskin tegar di daerah Manjung untuk kita terus menyelesaikan permasalahan mereka secara insitu di samping memudahkan capaian perkhidmatan kepada kelompok ini kepada bantuan-bantuan yang disediakan ataupun bantuan yang mereka perlukan.

Selain daripada kita membuka kaunter agensi pemberi bantuan ini ia turut diadakan sesi perkongsian pengalaman oleh peserta e-Kasih yang telah berjaya mengeluarkan diri mereka dari kepompong kemiskinan. Pelbagai kursus-kursus kemahiran ringkas dengan memfokuskan bukan sekadar kepada KIR tetapi turut dilibatkan ahli isi rumah masing-masing, dan insya Allah Program One Stop Center Sejahtera Sosial yang akan kita gerakkan ke semua daerah-daerah di negeri Perak dan kita akan fokus kepada kawasan yang mempunyai KIR miskin tegar yang paling tinggi dahululah dan kita akan turun ke daerah-daerah, dan tidak berhenti setakat itu sahaja Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan jabatan agensi peringkat persekutuan dalam memastikan segala jenis pakej bantuan yang ditawarkan di peringkat persekutuan dapat dinikmati secara optimum kepada golongan sasar di negeri ini. Mengambil contoh kepada bantuan-bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat senarai nama e-Kasih yang telah dikunci, ini turut dijadikan sebagai salah satu rujukan utama dalam pemberi bantuan agar mereka ini tidak tercicir dan dapat melangsungkan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Soalan Yang Berhormat Slim untuk soalan yang kedua persoalannya ialah, adakah bantuan bulanan mampu menyelesaikan isu kemiskinan. Bagi saya usaha yang digembleng oleh kerajaan untuk memberi bantuan bulanan merupakan usaha yang sangat murni tetapi perlu kita ingatkan, bantuan bulanan yang disalurkan adalah bertujuan bagi menampung ketidakcukupan perbelanjaan asas kepada kumpulan sasar dan bukan bertujuan untuk membasmi kemiskinan secara total. Sebab itu, seperti dalam jawapan saya sebentar tadi, pelbagai usaha pengupayaan telah dan akan digerakkan agar menjadi bekalan dan dorongan agar mereka yang dari kelompok e-Kasih dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Seterusnya bagi persoalan yang terakhir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Slim iaitu berkenaan usaha kerajaan yang mempromosikan produk tempatan. Kerajaan Negeri melalui agensi Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) dan pelbagai agensi di bawah Kementerian PUSPA, sentiasa berusaha untuk melaksanakan pelbagai program berfokus untuk membangunkan serta mempromosikan produk-produk tempatan. Antara usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan melaksanakan Program Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2023 yang kini telah diselesaikan hampir 90 daerah dalam negeri Perak dan program ini bertujuan untuk mengumpulkan setiap jabatan dan agensi berkaitan usahawan bagi memudahkan bakal usahawan dan usahawan sedia ada untuk mengumpul maklumat atau memohon bantuan geran daripada Kerajaan Negeri dan pengisian daripada program jelajah ini juga kita menyediakan platform kepada usahawan-usahawan local di daerah tersebut untuk mempromosikan produk-produk usahawan mengikut daerah-daerah yang telah kita jelajah.

Selain daripada itu juga, sebenarnya ada juga usaha daripada GLC sebagai contoh daripada SADC yang menyediakan ruang Desa Mall yang sekarang ini kita tengah dalam proses untuk mencari operator untuk melaksanakan Desa Mall tersebut di mana di situ kita akan kumpulkan produk-produk tempatan untuk kita pasarkan dan kita promosikan. Di samping itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan kerjasama rentas portfolio bersama Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO melalui program e-Jualan Wanita (e-Juwita) yang dijalankan di pusat ekonomi digital PADI meliputi 24 parlimen dalam Negeri Perak dan program ini menyasarkan seramai 720 orang peserta wanita yang akan menjalani kursus penjenamaan, pembungkusan, media sosial, pembuatan content dan printing untuk mempromosikan produk mereka ke dalam platform e-Dagang sebagai contoh seperti Shopee, Lazada atau pun Agro Bazar Online.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan menjalankan Program ‘Usha Usahawan’ berkonsepkan promosi produk dan kedai usahawan yang dilihat berpotensi ditularkan melalui platform media sosial TikTok, Facebook, Instagram di mana melalui program ini kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan influencer Youtuber Perak untuk memperkenalkan usahawan PMKS di seluruh Negeri Perak sekaligus akan memberi impak kepada jualan harian mereka. STeP juga menggalakkan penggunaan produk-produk usahawan Perak untuk dijadikan sebagai hamper atau pun hadiah korporat dalam program-program rasmi agensi kerajaan negeri. Dengan penggunaan produk-produk usahawan Perak ini, kita akan dapat membantu mempromosikan produk-produk usahawan dan produk-produk buatan local di Negeri Perak.

Terbaru dan terhangat di pasaran masih panas lagi adalah penganjuran Karnival Kopi Perak dengan tajuk Cerita Secangkir Kopi yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Sabtu yang lalu di mana Kerajaan Negeri telah berjaya menghimpunkan penggiat kopi industri kopi tempatan, penjual dan penggemar daripada seluruh pelusuk Negeri Perak bagi memperkenal dan mempromosikan produk mereka kepada awam. Seramai 40 orang usahawan kopi tempatan antaranya Ngopdul Roastery, Bagirasa, Pesenlani antara usahawan-usahawan kita yang masuk ke dalam program Cerita Secangkir Kopi itu dan kopi banyak lagi ya vendor-vendor yang saya tak senarai di sini macam saya katakan ada 40 usahawan yang bersama-sama menyertai program Cerita Secangkir Kopi dan yang paling kita rasa bangga ialah daripada tempoh seharian program tersebut hampir 60,000 jualan dihasilkan oleh usahawan-usahawan kita dalam tempoh yang singkat. Jadi itu antara usaha-usaha yang kita cuba bantu untuk mempromosikan produk-produk usahawan tempatan di Negeri Perak. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Timbalan Speaker, teknikal sikit ya. Tengok live, Dato' Salbiah putih melepak. You tengok dekat TV kita ni apa jadi. Tolong betulkan. Bila dia fokus direct ke muka Dato' Salbiah tadi, orang yang lain gelap.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Alor Pongsu.

YB, putih kat dalam tv ke putih kat luar.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Qu Puteh, Qu Puteh.

Timbalan Yang di-Pertua

Slim sila. Soalan tambahan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Exco yang memberi jawapan yang padat cuma ramai di kalangan pengadu yang datang kepada kita bahawa banyak program yang disebutkan tadi tidak sampai dan bila mana kita lihat e-Kasih mungkin di sana ada sedikit perlumbaan. Kalau di sebelah Larut mungkin lebih ramai, di tempat kita mungkin tak ramai adakah itu penilaiannya yang sepatutnya yang lebih ramai itulah yang sepatutnya buat kerja dan mencari orang yang betul-betul memerlukan untuk dimasukkan dalam e-Kasih. Cuma adakah program yang disebutkan tadi itu meliputi semua daerah? Mungkin daerah kita tak sampai, Wallahualam tapi mungkin kita mohonlah sedikit respon. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Slim. Mungkin Yang Berhormat Slim mengambil jawapan saya daripada saya menyebut soal program One Stop Centre di daerah Manjung. Apa yang saya tekankan di situ ialah

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Timbalan Yang Dipertua, now you tengok muka Dato’ Salbiah, you tengok dekat skrin sebelah sana.

Oklah, YB. Ok. Jadi apa yang saya tegaskan tadi ialah mengenai program One Stop Centre yang kita himpunkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk membantu senarai yang berada dalam e-Kasih. Ini fokus One Stop Centre memang kita fokus kepada penerima-penerima atau pun yang mereka berada dalam senarai e-Kasih sahaja. Itu untuk program One Stop Centre, tidak termasuk program-program lain. Jadi saya tekankan di situ tadi ialah sebagai contoh di Manjung, apa yang kita lakukan ialah kita menjemput semua 488 orang yang berada dalam senarai e-Kasih di Daerah Manjung dan kita santuni mereka dengan program-program yang saya sebutkan tadi. Daripada 488 tersebut, 370 orang hadir ke program tersebut dan kita dapat upayakan mereka. Ada di kalangan mereka sebelum ini, mereka tak tahu macam mana nak dapatkan rebate elektrik dan pada hari program One Stop Centre tersebut, ada 100 orang yang kita bantu untuk mereka dapatkan rebat elektrik. Itu maksud saya tadi, kita akan turun untuk melakukan program One Stop Centre itu ke daerah-daerah bagi kita fokus kepada daerah-daerah yang mempunyai dalam data e- Kasih ya YB. Dalam e-Kasih yang paling tinggi dulu kita akan bagi tumpuan. Bukan bermakna yang sikit itu kita tak bagi tempuan tetapi sebab setiap tahun kita akan kunci data-data yang baru. Sebagai contoh, untuk tahun ini kita kunci daripada Januari 9802 orang. Kemudiannya kita akan tengok daripada data yang kita kunci itu berapa ramai kita dapat kurangkan mereka dan bantu keluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Itu maksud saya dan kita tidak akan mengabaikan daerah-daerah dalam konteks mensejahterakan rakyat di Negeri Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Minta soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang, Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat, membawa Rang Undang-Undang, Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024. Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi Tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 yang berbunyi bahawa “Butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 26/2023 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 19/6066 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM491 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2024. Seterusnya, jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong”. Sekarang, masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama 20 minit seorang. Saya berharap tempoh masa telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030 diucapkan, welcome diucapkan kepada ketua-ketua jabatan, Ahli-ahli Yang Berhormat, termasuk juga Yang Amat Berhormat Kota Tampan, para-para pemerhati dan juga kakitangan kerajaan dan termasuk media dan juga tidak dilupa kepada penonton-penonton menonton secara live di laman web. Terima kasih pihak Kerajaan Negeri izinkan saya untuk mewakili kawasan Dun saya iaitu Bercham untuk mengambil bahagian dalam Bajet 2024 untuk Perak Darul Ridzuan yang saya kasihi ini dan kita lihat bajet pada tahun 2024 diperuntukkan sebanyak RM1.35 bilion. Ini saya selaku wakil rakyat selama empat penggal dalam Dewan ini. Ini merupakan satu sejarah di mana bajet ini adalah terbesar untuk negeri kita. Jadi, kita tahu kebiasaannya kalau ada bajet yang begitu istimewa, terbesar ia juga melibatkan kemungkinan tahun depan akan berlaku PRU atau pun Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri, atau pun PRU kecil. Tapi ini tidak berlaku. Ini bermaksud Kerajaan Perpaduan negeri Perak ini prihatin atas kebajikan, ekonomi, kestabilan politik di negeri kita. Jadi syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan telah yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jumaat lepas memang ini satu bajet yang memang dialu-alukan termasuk juga memberikan dua bulan bonus kepada kakitangan. Ini merupakan satu loteri untuk kakitangan kita. Ini memberikan semangat pemangkin kepada mereka untuk kuat kerja untuk memastikan post pandemic kita ini kita akan pulih balik ke pangkuan jalan untuk kestabilan politik dan ekonomi.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, berdasarkan bajet yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera dalam Belanjawan Negeri Perak Tahun 2024 yang berteraskan kepada lima fokus iaitu pertama, kesejahteraan rakyat kedua, tadbir urus projek berkepentingan negeri, ketiga pula pembangunan modal insan dan belia, empat, kelestarian alam sekitar dan kelima, keterjaminan bekalan makanan. Disebabkan oleh faktor masa, saya tidak berupaya untuk ambil bahagian untuk semua fokus menjurus kepada usaha berterusan kerajaan negeri untuk menjayakan sasaran utama Perak Sejahtera 2030 iaitu sejahtera ekonomi, sejahtera sosial dan sejahtera politik. Dan petikan yang saya... Ok. Point yang pertama yang saya akan ambil bahagian ialah tentang iklim ekonomi yang menekan kehidupan rakyat marhaen lantaran peningkatan kos sara hidup dan kerajaan telah meningkatkan banyak kebajikan untuk rakyat termasuk juga kepada Kad Perak Sejahtera dimana peruntukan wang daripada RM90.00 ditingkatkan kepada RM100.00 dan cuma saya ada satu cadangan sahaja.

Di mana pada dahulunya di mana nama sebelum Kad Perak Sejatera adalah merupakan Kad Prihatin di mana dalam ada kredit RM300.00 untuk kebaikan untuk pemegang kad untuk menerima perubatan di klinik swasta dan tahun lepas pula dikurangkan kepada RM150.00 dan ini telah tiada. Ini adalah satu cadangan dari pihak saya agar sebab RM150.00 sudah takda. Pertambahan RM10.00 kepada untuk membeli barang runcit. Cuma impak implikasi kewangan kepada negeri cuma pertambahan RM120.00 tetapi kita sudah tercicir faedah RM150.00 di mana pihak Kerajaan Negeri telah jimat RM30.00. Kalau cadangan saya, kalau boleh Kad Perak Sejahtera ini dipertingkatkan kepada RM110.00. Itulah cadangan dari pihak saya, saya pertambahan sebab kalau bertambah RM20.00 ini saya rasa tidak akan memberikan impak yang begitu besar sedangkan kekurangan faedah untuk mendapatkan peruntukan RM150.00 dah dikurangkan. Pertambahan kali ini untuk RM10.00 cuma apa tu RM120.00 untuk setahun. Jadi ada kurangan RM30.00. Jadi pertambahan RM10.00 ini saya rasa baik untuk membantu golongan miskin termasuk kepada B40 dan juga kita kena berterima kasih kepada Kerajaan Pusat di mana semalam sudah ada e-MADANI di mana kita tahu banyak dikalangan kita, banyak pusat khidmat kita banjiri oleh pelanggan-pelanggan datang untuk tanya macam mana nak akses untuk mendapatkan RM100.00 e-wallet. Manjoi pun dapat kan? Bagus.

Jadi kita harap pelbagai kebajikan daripada tak kira daripada Kerajaan Pusat atau pun peringkat negeri kita pun harap yang mendapat faedah manfaatnya semua disasarkan kepada rakyat yang kita sayangi dan juga semalam pihak pembangkang, ketua pembangkang saya ada catit masa dia. Pada pukul 11.10 am Gunong Semanggol ada mengungkit kata cara untuk menjana pendapatan negeri. Jadi beliau ada membangkitkan isu-isu pertanian dan saya pula ada bagi satu cadangan sebab dalam ekonomi kita nak macam mana kita nak merangsang ekonomi negeri, kita cuba tidak kira daripada sebelah kerajaan ke pihak pembangkang kita mencungkil, brainstorming macam mana kita nak membantu Kerajaan Negeri kita meningkatkan pendapatan. Jadi untuk bajet yang akan datang kita akan dapat lebih manfaat. Lebih banyak kita harap Belanjawan 2025, RM1.35 ini rekod ini akan terus dipecah agar semua tidak kira pihak Kerajaan Negeri ke, rakyat ke akan mendapat manfaat.

Cadangan saya adalah tentang, cadangan sayalah tentang hiburan. Hiburan ni memang disukai oleh orang-orang muda sebab hiburan ni akan memberikan kita ruangan untuk melegakan diri atau dengan izin relax. Apakah cadangan saya adalah tentang konsert. Konsert yang sedang diungkitkan semalam oleh Pasir Pinji, Yang Berhormat di mana konsert ini kita tidak semestinya mempelawa artis-artis yang berkontroversi. Kita boleh mempelawa mereka yang ada unsur-unsur baik, ada unsur-unsur imej baik untuk datang sini untuk menjalankan konsert. Saya bagi satu contoh tentang satu penyanyi wanita yang terkemuka US, Taylor Swift. Saya bagi satu contoh, saya baca. Taylor Swift, mereka punya fans mereka berbelanja agak USD93 million per show untuk satu malam saja akan menjana USD93 million. USD bukan RM dan kalau kita simpulkan kesimpulan untuk dia punya tour panggil ERAS tour. End of the tour, ERAS tour dia akan mendapat RM5.7 bilion akan boost untuk country ekonomi di mana kalau jelajah Taylor Swift ini akan menjana begitu banyak USD5.7 bilion.

Kita bayangkan kalau tahun depan di Singapura pada bulan Mac, Taylor Swift akan datang untuk mengadakan enam pertunjukan, enam malam di Singapura tetapi di negara kita, sia-sia kita tidak mempelawa mereka sebab ada unsur, kita dapat banyak orang yang anti konsert. Kita tahu kalau mereka anti, macam tengah semalam, saya baca, saya tengok ada berita tentang Stars on Fire Kuala Lumpur pada 1 Disember telah dibatalkan sebab ada tentangan daripada orang, sebahagian orang untuk menghalang konsert ini dijalankan. Ini memang sia-sia. Kalau Taylor Swift, cuba bayangkan kalau mereka datang ke KL, Kuala Lumpur akan menjana lebih banyak dana sebab peminat-peminat mereka selain membeli tiket, merchandise, akan booking hotel, Airbnb, semua ini akan bagi pendapatan hasil juga. Memandangkan cukai untuk hiburan 25% telah dikurangkan. Belanjawan untuk tahun depan, Kerajaan Pusat, 25% telah dikurangkan kepada 10%. Ini adalah amat penting. Kita kena merebut peluang ini untuk mengadakan lebih banyak konsert termasuk dekat negeri Perak. Perak kita ada stadium. Pada dulunya, pada 80-an, banyak artis-artis daripada Hong Kong datang ke sini untuk mengadakan pertunjukan tetapi sekarang tak ada dan stadium ni terbiar.

Bercham, Bercham. Manjoi minta laluan sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok. Ok.

Timbalan Yang di-Pertua

Sapa tu? Manjoi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Tronoh pun nak ke? Saya bagi dua-dua.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi. Sila.

Terima kasih kepada YB Bercham. Saya nak respon sikit tentang isu konsert. Pertama, di kawasan saya, di Meru, di Meru. di Bulatan Meru, Bulatan Aman Jaya dan kadang di sekitar Mydin, kawasan tapak Mydin tu. kadang ada konsert yang dibuat. Beginilah, saya nak tanya kepada Bercham. Sekarang ni yang kita tak setuju lah konsert yang melampau. Konsert yang keterlaluan dan di kawasan saya sendiri, saya sendiri pernah membantah konsert sebegini. Ada satu konsert…

Yang Berhormat, mohon lanjutkan apa maksud konsert yang melampau.

Ya, saya baru nak terang. Terima kasih Tronoh. Ni semua kawan-kawan saya ni. Konsert melampau tu contoh. Contoh yang jelas berlaku, di tempat saya pernah berlaku. Percampuran lelaki perempuan yang tidak dapat dikawal. Saya fokus kepada anak melayu Islam terlebih dahulu sebab ini batasan yang perlu dijaga. Bercampur dan tak terkawal. Berjoget, melompat-lompat dan sampai menari-nari. Jadi, saya bantah, saya tak setuju dan adakah Bercham juga sebegitu? Konsert yang keterlaluan sampai bercampur baur lelaki perempuan yang tak terkawal ni boleh merosakkan anak bangsa kita dan satu lagi, tolong sikit lagi bagi saya point akhir. Saya merujuk kepada pandangan ataupun apa yang telah pun dikeluarkan oleh Mantan Mufti Perak, seorang tokoh besar di negeri kita, Almarhum Tan Sri Dato' Seri Harussani. Pada 16 Jun 2008, beliau telah mengeluarkan satu garis panduan terhadap bagaimana untuk kita berhibur ataupun garis panduan kepada umat Islam khususnya dalam konteks hiburan di Negeri Perak. Adakah peringkat negeri masih lagi menggunakan panduan tersebut? Terima kasih kepada sahabat saya Bercham.

Timbalan Yang di-Pertua

Tronoh, sila.

Terima kasih atas ruang yang diberi oleh Yang Berhormat Bercham. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bercham, sama ada sekiranya ada pihak-pihak yang secara serius atau secara besar-besaran membuat bantahan terhadap pelaksanaan konsert ini. Adakah ia akan menjejaskan ataupun menyebabkan ekonomi negara kita akan menjadi semakin membantut? Terima kasih.

Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok. Seminit. Seminit.

Ok. Sikit lagi. Apa yang dibangkitkan soal daripada sahabat saya Manjoi tadi berkaitan dengan panduan yang telah pun digariskan oleh Almarhum. Jadi itu yang ditekankan. Soal bajet, soal yang kedua. Soal yang kami bimbangkan adalah soal normalisasi hiburan yang melampau, yang akhirnya merosakkan masyarakat, terutamanya umat Islam. Saya nak tanya juga kepada Bercham. Konsert menjana pendapatan, saya nak tanya kepada Bercham. Cuba perincikan juga nanti, kalau di Perak ini nanti. Konsert-konsert artis-artis yang nak datang tu kalau mereka-mereka yang nak bawa satu imej ataupun misi normalisasi, seperti contoh LGBT itu perlu diperhalusi. Ini bercanggah dengan budaya Malaysia.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok. Terima kasih kepada...

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham, enam minit lagi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Haa?

Timbalan Yang di-Pertua

Enam minit.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Enam minit. Ok. Ok. Saya cuba. Berkenaan dengan Manjoi dan Titi Serong dan Tronoh tentang kalau kebersesuaian untuk artis-artis untuk datang, saya nak katakan konsert ini tidak semestinya berunsur jahat ataupun buruk. Kita katakan konsert, katakanlah pionis Richard Clayderman. Kalau datang mereka main piano sahaja, takkan ada orang yang nak buka baju, nak lompat-lompat ke, menari ke? Tak ada. Itu berunsurkan orkestra. Kalau katakan pemuzik pop, kalau katakan mendiang Michael Jackson belum mati, dia datang. Adakah unsur ini yang berlaku? Saya tak pasti. Sebab beliau pun sudah meninggal dunia tetapi kalau bagi yang katakan Taylor Swift yang saya cakap tadi, datang. Macam mana kita nak control? Tapi kita tahu, kita sekarang Menteri Komunikasi telah memperkenalkan satu butang panic atau emergency button. Di mana kalau sudah ada unsur-unsur di luar kawalan, mereka akan tekan switch untuk memperhentikan tersebut. Kalau kita katakan unsur kita, macam mana kita nak membendung gejala-gejala yang tak sihat berlaku. Katakan mereka kata-kata kesat ke, buka seluar ke, apa-apa. Jadi, ini adalah luar kawalan kita. Ini kadangkala berlaku secara spontan. Katakan sekolah. Sekolah pun institusi yang berdisiplin kan? Berpendidikan. Termasuk Dewan sini. Kita pun peraturan sekolah pun ketat tetapi kita tidak boleh membendung apa-apa vandalisme ke, tabiat merokok ke, melawan ke berlaku di sekolah. Tak semestinya. Kita tidak ada satu undang-undang yang ketat sampai sifar unsur jahat ni. Kita tak boleh. Kita tak boleh sebabkan ini kalau kata macam ni…

Laluan, Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Nanti ya. Kalau kita bawa kereta, kereta ada orang pun pecut, ada jadi mat rempit semua. Takkan kita nak banned semua kenderaan, tak boleh. Kita kena terima secara konstruktif. Kalau datang, janganlah kita katakan ini akan berikan imej yang buruk kepada negara kita. Akan labelkan negara kita ni berfikiran kolot ke ataupun fanatik ke. Kita tidak. Kita ni terbuka.

Laluan, Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Kalau katakan mereka tertib datang ke sini, saya rasa Michael Jackson dulu datang ke sini, dia pun berhemah juga. Tak ada apa-apa berlaku. Katakan Coldplay, oh lepas Blackpink datang pada tahun ini. Katakan ada ustaz-ustaz kata, oh ini akan membawakan malapetaka ke. Mana ada apa-apa berlaku. Tak ada. Duit kita sudah untung. Airbnb sudah untung, hotel sudah untung. Tapi tak berlaku. Jadi kita jangan…

Yang berhormat tak boleh cakap kalau boleh bagi ruang yang ada orang kami. Kami bimbang kami cadang ok. Tetapkan garis panduan.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham…Bercham empat minit lagi. Bagi laluan kepada Yang Berhormat. Kalau tak bagi semua duduk. Duduk. Bercham sila, teruskan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Sudah banyak la. Kalau macam tu, saya harap cadangan saya ni sebab…

Yang Berhormat Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Kebudayaan dan pelancongan sudah terima satu…

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Bagi Bercham teruskan.

Sikit. Jadi, saya nak ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Alam Sekitar di negeri Kelantan mengatakan bahawa konsert yang telah dijalankan di Kelantan baru-baru ini ok telah mendapat permit untuk penganjuran. Jadi, saya ingin mengambil apa pandangan Yang Berhormat.

Itu yang itu yang banyak penjelasan diberikan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Takkan tak baca.

Kita tetapkan garis panduan siapa langgar kita kenakan hukuman. Garis panduan yang mengambil kira.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham, sila duduk. Bercham…Bercham…sila teruskan. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat duduk.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Kalau nak garis panduan ajukan kepada pihak Exco ataupun Yang Amat Berhormat. Saya tak ada bahu saya tiad bunga tiada pangkat.

Setuju atau tidak untuk kita tetapkan garis panduan demi kebaikan bersama itu saja.

Memang dah ada garis panduan. Memang dah ada,

Ambik ambil garis panduan.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham sila teruskan. 3 minit lagi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok saya nak teruskan. Ok, kalau tadi saya kata kalau Exco Pelancongan kita telah menerima RM1.2 juta untuk kebudayaan dan pelancongan, saya harap kebudayaan ini akan kita akan salurkan sedikit peruntukan kepada konsert yang berunsur baik. Unsur moral. Yang ikut peraturan ok agar kita akan menjadi pemangkin kepada negeri kita agar kita negeri kita.

Laluan Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Nampak banyak konsert ini orang semua pergi ke KL. Takkan kenapa tak boleh datang buat dekat Ipoh dekat Perak ataupun mana-mana pun boleh. Betul tak? Jangan…

Bercham, laluan sikit. Kita sebagai Adun Pembangkang kita tak mahu disalah ertikan. Kita tidak menghalang hiburan. Semua manusia dia hiburan itu dibenarkan. Islam pun membenarkan hiburan. Cuma cara dan tatacara dia sahaja dan cara penyelesaian yang YB Bercham sebut. Islam ada meletakkan kaedah Saddu Zara'i iaitu menutup kefasadan. Andai kata satu program yang kita buat itu menjurus ke arah kemaksiatan ataupun masalah merosakkan remaja. Maka Islam melarang menutup lubang-lubang tersebut. Itu cari jalan penyelesaian yang berhemah.

Yang Berhormat Slim.Saya cuma nak tanya sekiranya ada berlakunya maksiat di dalam hotel. Adakah kita nak tutup semua hotel?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok.

Tidak? Kalau macam tu pisau pun tak boleh pakai.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Bercham sila teruskan seminit lagi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok seminit. Point saya sudah habislah macam tu dan juga okeylah saya jump kepada point yang lain dan juga saya kena berterima kasih kepada pihak Kerajaan negeri telah memperuntukkan peruntukan MARRIS begitu banyak untuk menyelesaikan keadaan jalan-jalan di negeri kita dan juga saya pun berterima kasih kepada kerajaan telah seperti saya katakan di Jalan Tambun dalam menghala ke Sunway di mana jalan tersebut sekarang sudah tak ada lampu isyarat di mana semua pakai u-turn. Jadi itu adalah satu cadangan baik. Itu bukan cadangan, itu projek yang telah dilaksanakan begitu baik sekali. Saya mengharapkan projek ini akan diperkembangkan di jalan-jalan Kuala Kangsar ke, jalan Pasir Putih ke, jalan ke jalan Gopeng ke. Sebab kalau katakan jalan Kuala Kangsar di kawasan saya termasuk di Dun Kepayang, Bercham, termasuk juga kepada ke Manjoi pun sama.

Selalunya sebelah petang atau waktu kerja sesak teruk jadi saya harap kita akan ambil contoh daripada di Jalan Tambun ini jika dilakukan di Kuala Kangsar atau banyak tempat termasuk rakan sebelah saya di Tapah. Adakan macam tu. Agar-agar sidang datang beliau tidak akan bangkitkan soal sesak jalan lagi. Jadi ini hal penting sebab kesesakan jalan raya ini memang perkara yang membebankan mental kita. Sebab kita duduk dalam kereta pun mengalami pembaziran minyak, pembaziran masa. Jadi projek, terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak Sunway Group untuk one to one peruntukan untuk melaksanakan projek ini. Saya harap ada pihak pemaju ke mana-mana syarikat tampil boleh kita sama-sama berganding bahu dengan pihak Kerajaan Negeri untuk membangunkan jalan-jalan yang sedia ada, yang ini dan juga kepada point yang. Nanti ya saya pun terganggu banyak-banyak masa iklan tadi. Ok, tentang jalan di dekat kawasan perindustrian di Tasek dan juga kawasan perindustrian IGB. Terima kasih mereka. Lembaga Getah Malaysia berganding bahu dengan MBI telah menggunakan cara baru itu iaitu (CMA) Cup Lump Modified Asphalt. Sorry ya injury, bagi saya penalti masa sikitlah. Ok. Sebab saya tahu isu ini tak boleh ganggu konsert, saya sepatutnya letak dekat belakang. Ok…ok… terima kasih, sebab jalan-jalan ini telah diturap sebab kita nak satu kawasan perindustrian yang elok-elok, kita nak pelabur datang. Kita tak nak kata katakan kita pada masa depan kita mempelawa bos Tesla, Elon Musk datang ke sini tapi nampak jalan yang tak elok. Itu tak cantik dan kalau kita nak mempelawa Elon Musk datang ke sini, kita kena buat sesuatu terhadap Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ini di mana landasan cuba dipanjangkan sikit ke itu Imigresen sana untuk check-in sana, kaunter telah dipercepatkan agar kita boleh menarik pelabur dan pelabur yang yang hebat-hebat ini untuk datang melabur ke negeri Perak ini.

Dan juga kepada point yang terakhir saya tentang saya ingin. Nanti ya. Ok tentang. Last-last. Ok. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menyediakan RM10 juta bagi Hal Ehwal Bukan Islam dalam jumlah tersebut ada pertambahan RM3 juta sehingga kepada RM5 juta disediakan kepada komuniti dan Kampung Cina. Manakala baki RM5 juta untuk komuniti dan kampung India dan lain lain kaum. Ini juga tidak tersisih kepada golongan Islam di mana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM15 juta bagi tujuan baik pulih dan bina baru masjid serta surau dipertingkatkan RM5 juta berbanding tahun 2023. Jadi inilah saya amat-amat terima kasih kepada pihak Kerajaan negeri yang prihatin dan juga telah menjaga komuniti tidak kira apa-apa bangsa cina, melayu ke india. Kita harap ini adalah usaha baik ini akan di... satu minit satu minit, digunakan sebaik-baiknya dan juga kepada sekolah SUWA.

Saya pun terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan satu peruntukan yang mencukupi iaitu daripada bantuan khas pendidikan di mana mereka sekalian sekolah SUWA telah menerima RM1.8 juta. Ini adalah satu petanda yang baik. Kita harap ini tidak akan menjadi isu sebab saya tahu di negeri Kedah pula, MB di Kedah ada mengungkit bahawa SJKC sekolah cina ni tak berasa berucap terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri. Saya rasa kalau kita nak membantu golongan, semua lapisan golongan ni kita tidak menduga semua orang akan berterima kasih. Katakan kalau pengutip tong sampah tiap-tiap hari mereka datang ke rumah kita datang ke premis kita untuk mengutip sampah takkan kita tiap-tiap hari kita terima kasih, terima kasih. Kita terima kasih ni secara hati bukannya kena menunjuk-nunjuk. Kalau bagi sekolah di Kedah, apa yang boleh dibaktikan oleh pihak sekolah adalah melahirkan murid-murid yang berkaliber, cerdik untuk berbakti kepada negeri Kedah. Jadi ini adalah cara mereka itu. Kalau rasa saya, saya ni mengutuk pihak MB Kedah ini mengeluarkan kenyataan tersebut dan ok, point terakhir. Oklah itu sahajalah terima kasih dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat telah bertanya soalan kepada saya. Saya cuba sedaya upaya saya untuk membalas tetapi kalau ada sesuatu yang ingin tanya, boleh terus menjurus kepada saya atau pada masa selepas ini. Itulah saya. Saya menyokong bajet ini sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin, Wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Rabbish-rahli sadri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatam millisani, yafqahu qauli. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas keizinannya memberi peluang kepada saya untuk berbahas Bajet 2024 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 1.12.2023 yang lepas.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua dan wakil jabatan agensi negeri dan persekutuan, para pemerhati, rakan-rakan media, sidang Dewan yang saya muliakan. Pada kesempatan ini, saya mewakili warga Dun Sungai Manik dengan penuh hormat dan takzim, merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah di bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun kelahiran baginda pada 4 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku, semoga dirahmati dan diberkati Allah.

Saya mengikuti ucapan bajet 2024 yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sama ada baik ataupun tidak, kita memerlukan kesatuan bersama dalam menjayakan ini. Di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar sering lontarkan tentang peranan kita sebagai Ahli Dewan Negeri yang bermatlamat memajukan negeri Perak yang tercinta ini. Besarlah harapan saya dengan pengumuman-pengumuman yang telah dinyatakan dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana sudah tentu, asasnya adalah untuk kesejahteraan rakyat. Sudah pasti saya menyokong segala usaha yang mulia ini. Bagi berkongsi perasaan dan juga niat murni ini, hujah dan perbahasan saya mengenai bajet 2024 negeri Perak ini akan berkisar atas beberapa isu, sebab sebahagian besar telah ditimbulkan oleh Adun-Adun yang berbahas semalam. Saya mohon maaf kerana semalam tidak dapat hadir kerana menemani isteri di Hospital Selayang. Jadi saya akan mulakan dengan kualiti perubatan.

Saya pasti Exco yang bertanggungjawab tentang kesihatan YB Sungkai sebelum ini dalam sidang-sidang Dewan sebelum ini selalu membangkitkan isu yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran hospital. Selalu isu lift. Isu lift saya ingat dengan 2-3 kali sidang Dewan. Tapi isu itu bukanlah isu yang besar. Sebenarnya banyak lagi isu yang boleh kita melihat. Pengalaman 2 tahun menemani isteri melihat banyak kelemahan yang boleh diperbaiki. Saya kata apa yang berlaku di Hospital Selayang saya rasa hampir sama dengan mana-mana hospital pun. Kita di Ipoh ini tengoklah. Sewaktu pagi dengan kereta terpaksa parking di tepi jalan, tidak cukup tempat parking. Saya melihat kebanyakan temujanji dimulakan dengan jam 8 pagi. So, saya kena bawa pukul 7.00 pagi. Hendak dapat nombor awal. Terus dia berbaris hendak ambil nombor. Second dia pergi daftar. Dekat kaunter pendaftaran. Tunjuk GL. Then you kena masuk ke klinik pula, ambil nombor lagi. Then sampai ke kaunter klinik, doktor hanya ada 9.30 hingga jam 11.30. You sudah datang pukul 7 pagi. Jadi, kitaran putaran jadual ini menyebabkan kita sebenarnya kerugian bukan sahaja di pihak kerajaan, malah di pihak masyarakat. Dengan masa dan kebiasaannya urusan ini akan selesai jam 2.00 kadang-kadang jam 4.00 petang. Datang 7.00 pagi. Sedangkan dia berjumpa dengan doktor itu hanya untuk 10 minit, 15 minit.

Saya ingat dalam keadaan kita sudah ada teknologi dan ada kemudahan, macamnya IJN lakukan. Saya adalah apa ini patient untuk IJN daripada 2009. Setiap 6 bulan kena ke IJN. Dia bagi jadual. Temujanji jam jumpa doktor 11.45 pagi. Ambil darah pukul 7.00 pagi. So, you ambil darah pukul 7.00 pagi. So, you ambil darah pukul 7.00 pagi dan boleh balik, boleh rehat, pergi breakfast. Pukul 11.45 baru datang hospital. Kenapa benda yang sama tidak boleh dilakukan di hospital kerajaan? Kalau mereka mengalami masalah tentang perkara ini, saya yakin di peringkat Kerajaan Negeri Perak boleh membantu mengadakan sedikit peruntukan, dibuat kajian. Sekurang-kurangnya kita ada inisiatif di peringkat negeri. Kalau kementerian tidak hendak buat, kita buat. Saya ingat Exco Kesihatan boleh mengambil isu ini sebab ianya melibatkan kos di pihak kerajaan dan juga di pihak rakyat. Membuang masa. Kalau dia sebagai kakitangan kerajaan nak menghantar anak sakit, isteri sakit pasal keluar pejabat. Sedangkan urusan itu sebenarnya boleh selesai dalam satu atau dua jam dan masa dia yang selebihnya boleh dimanfaatkan.

Hal ini realitinya di hospital daripada kehadiran sehingga berjumpa, 4.00 hingga 6.00 jam. Kalau ada sistem yang baik, menerusi handphone yang hari ini terlalu canggih, sebenarnya ianya boleh diselesaikan. Pendaftaran tidak perlu hadir. Daftar melalui online. Boleh dilaksanakan. Tapi saya yakin ada perkara-perkara kelompongan yang perlu diperbaiki yang Kerajaan Negeri boleh memulakan sebagai negeri yang pertama. Membantu hospital-hospital kerajaan negeri untuk kita memastikan putaran kitaran masa ini tidak tidak membuang masa, menguntungkan dan efisien. Saya rasa, saya yakin perkara ini akhirnya nanti boleh memberi manfaat bukanlah konsert dia boleh bagi pengurangan pendapatan. Ini pun kalau kita jimatkan masa, boleh menghasilkan pendapatan. Masa selebihnya boleh dimanfaatkan oleh rakyat dan juga kakitangan di hospital.

Yang Berhormat Timbalan Speaker isu kedua yang saya nak highlightkan dalam forum saya pada perbahasan ini adalah berkaitan dengan kawasan saya sendiri iaitu berkaitan dengan padi di Sungai Manik. Isu beras yang pernah menghadapi masalah tidak ada dalam pasaran susah hendak dapat. Terpaksa mengadakan program-program khas apabila program khas ada pula beras. Jual dengan harga below harga pasaran kadang kala pelik sampai di kawasan saya ada penduduk yang minta, "Dato', belikanlah mesin kami kisar beras sendiri. Tidak payah hantar ke Bernaslah. Susah sangat. Biar kami jual sendiri dengan jiran-jiran" Sampai peringkat itu, mereka fikir. Bila isu beras menjadi satu isu yang besar dan bermain dalam kalangan masyarakat. Jadi Sungai Manik begitu juga.

Saya melihat statistik, walaupun statistik ini tidak begitu update yang terakhir sehingga 2021, amat mengejutkan. Jumlah keluasan padi semakin berkurangan setiap tahun. Dari 2017 hingga 2021, hampir 10,000 hektar semakin kurang dan yang paling mengejutkannya 6,000 hektar berlaku di Perak. Dari 10,000 hektar seluruh negara 6,000 hektar itu di negeri Perak. Apa sedang berlaku ini? Adakah semua petani pesawah di negeri Perak ini sudah tidak minat tanam padi? Tempat saya, saya yakin. Ramai yang tidak minat sebab masalah sistem saliran yang tidak selesai-selesai sampai menteri turun baru ini pun telah menyatakan akan ambil tindakan pada kontraktor dan sebagainya. Benda ini dah terlalu lama sejak di Sungai Manik, di Pasir

Salak ada menteri Timbalan Menteri Pertanian pun tidak selesai juga. Hari ini sudah ada menteri baru yang tidak selesai-selesai. Jadi akhirnya saya tidak boleh hendak salahkan pesawah dan pertani kalau sudah tidak sampai, air tidak sampai ke bendang hendak tanam padi apa? Baik tanam sawit Dato' tetapi benda ini merugikan kitalah.

Jadi satu tindakan yang drastik yang perlu diambil agar ianya tidak menjejaskan akhirnya nanti kita semakin kurang kawasan-kawasan padi. Memanglah dasar orang yang sawah ini tidak boleh menukar bentuk tanaman tetapi kalau sudah tidak boleh hendak tanam padi dan mereka menanam sawit dan tanam tanaman yang lain, kita pun tak boleh nak salahkan mereka. Mereka perlukan pendapatan. Jadi saya harap, kalau ini dapat diberi perhatian, bukan sahaja di Sungai Manik, malah di kawasan-kawasan lain juga untuk diberikan perhatian. Seterusnya, saya nak juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan syahas dan tahniah kepada Pasukan Sepak Takraw Negeri Perak, Bison Perak yang merangkul juara Sepak Takraw, STL dan juga Piala Tun Ali 2023 baru-baru ini dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang menyumbang insentif bernilai RM100 ribu.

Saya menarik atas isu ini kepada peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Majlis Sukan Negeri. Saya menjadi Presiden Pesaka sejak 2010 hingga hari ini. Pagi tadi saya sempat bertanya lagi adakah kita masih menerima elaun yang sama untuk atlet yang akan mewakili Sukma Negeri Perak tahun depan? Sama saja, Dato' RM150.00. Tadi rakan saya Bercham minta tambah nilai kotak makanan ya, RM100.00 pergi RM120.00 sebab barang dah makin mahal. Tuan-tuan bayangkanlah, atlet yang nak wakil bagi Negeri Perak ni RM150.00 sebulan. Ada setengahnya datang dari Kerian, ada setengahnya datang dari Manjung, berlatih di Ipoh. Persatuan terpaksa sediakan homestay lagi, nak bagi makan lagi. RM150.00 tu duit minyak dia pun tak lepas yang datang Ipoh. Empat kali datang. Setiap minggu. Jadi tolonglah fikirkan. Kita nak mereka menyumbang emas bagi Negeri Perak. Tapi kalau itulah nilai elaun yang mereka terima berbaloikah dengan pengorbanan mereka? Kadangkala persatuan terpaksa menampung.

Bukan semua persatuan mampu untuk menanggung kos latihan. Walaupun MSN membantu, tapi jumlahnya agak terbatas. Sebab banyak lagi persatuan-persatuan sukan lain juga memerlukan sumbangan daripada Majlis Sukan Negeri. Tapi sudah tentu perkara ini kena dilihat. Walaupun ada sebahagian besarnya atlet podium yang menerima hampir RM500.00. RM500.00 itu masih rendah. Mereka tak bekerja, hanya fokus pada latihan. Semata-mata nak mengharumkan Negeri Perak. Inikah nilai yang kita nak berikan kepada atlet-atlet Negeri Perak? Dan bila mereka berjaya, barulah kita nak beri insentif RM100 ribu. Dulu pasukan hoki pun dapat. Sebab saya melihat ada diskriminasi sukan. Bola sepak, satu permainan rakyat. Gaji pemain RM20,000, RM30,000, RM40,000. Juara Piala Malaysia saja kita bagi tapak rumah. Sebab ia sukan rakyat. Kalau Perak kalah, ia bagi kesan kepada seluruh rakyat itu rasa malu dan sebagainya. Saya yakin perkara yang sama juga berlaku apa ada pasukan-pasukan yang lain yang juga perlu diberi perhatian.

Saya beritahu ni, malam ni atlet Muatai Perak, Rifdin akan bertanding di Kings Cup Muay Thai International. Satu kejohanan yang diadakan setiap Disember dan seluruh dunia berebut-rebut nak menghantar atlet mereka ke sana. Rifdin ni tiga kali juara dunia dan saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri telah menamakan coach Jurulatih dan juga beliau untuk menerima anugerah pingat sempena Keputeraan

Sultan Perak termasuk saya punya SU Persatuan Negeri Perak yang mendapat pengiktirafan di atas peranan dan sumbangan mereka tetapi amat mendukacitakan seorang jurulatih terbaik yang menghasilkan atlet peringkat dunia diiktiraf sebagai jurulatih terbaik, dapat RM2,000.00. Itukah nilai dia? Pengorbanan dia untuk melahirkan atlet dunia ini bermula 2010 dan dikecapi pada 2021, 2022, 2023. Kena berlaku adil pada persatuan-persatuan sukan yang lain. Dua juara dunia, termasuk seorang wanita, perempuan, Misha yang menang juga kategori dunia. Mereka juga memerlukan perhatian dan juga insentif yang boleh dimainkan. Yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri. Ini satu contoh sahaja yang saya bagi. Mungkin di kalangan sukan-sukan yang lain, persatuan-persatuan lain juga, menghadapi isu dan polemik yang sama. Setiap kali SUKMA, Exco turun, Adun-Adun yang terlibat sukan turun bantu. Kita pun boleh bantu hat mana. Tapi kalau kita mempunyai perancangan dan memperkasakan Majlis Sukan Negeri, saya ingat Pengarah Majlis Sukan Negeri akan mudah untuk melaksanakan kejadian ini. Sudah lama Perak agak ketinggalan dalam pungutan pingat. Emas terutamanya. Saya saya minta, sudah sampai masanya, sukan ini sebelum lebih ramai atlet yang menarik diri untuk terlibat dalam acara-acara sukan, kita perlu lakukan sesuatu.

Sebenarnya, di kalangan atlet-atlet silat pun ramai yang mak bapak suruh tarik dirilah. Kalau itu nilai elaun yang terima, tak payah pergilah. tak payah terlibatlah. Kalau ramai yang berfikiran begitu, akhirnya kita juga yang rugi. Kita juga yang akan menghadapi sindrom kekurangan atlet. Terpaksa tidak menghantar atlet untuk acara-acara tertentu. Ini akan memberi kerugian kepada pembangunan sukan di negeri Perak. Berkaitan juga dengan isu sukan ini, saya ucapkan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat di atas peruntukan Sport Tourism. Seingat saya, Sport Tourism zaman saya jadi Exco Belia dan Sukan, RM2 juta setahun. Yang ini diperuntukkan RM0.4 juta. Sport Tourism ini kalau boleh diklasifikasikan, ini berperingkat bukan peringkat kebangsaan, peringkat antarabangsa baru boleh menarik pelancong. Apakah dengan nilai ini kita mampu untuk mengadakan sukan peringkat antarabangsa? Sudah tentu nilai ini tak mampu untuk menanggung kos penganjuran sesuatu kejohanan peringkat antarabangsa. Jadi harapan saya supaya ianya diperhalusi semula. Sebab sukan adalah elemen yang boleh menjana pendapatan. Macam YB Bercham beritahu dia, konsert dia kata boleh menjana pendapatan. Sama juga, sukan juga boleh menjana pendapatan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Jadi YB sokong konsert tak? Sokong konsert?

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Saya bukan sokong konsert, menjana pendapatan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Yalah, konsert boleh menjana pendapatanlah. Sokongla

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Luar skop. Saya skop sukan ni. Jadi kalau kita. Satu ketiga dulu kita ada kejohanan-kejohanan ataupun acara-acara yang menjadi tarikan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam sukan. Kita pernah ada maraton ataupun half marathon Bukit Tunggal, Kampong Gajah. Kemudian saya zaman Exco dulu pernah adakan half marathon Menara Condong. Kita ada Jet Ski International Pangkor, during my time, masa saya. Tapi acara-acara ini tidak disambung, tidak diteruskan. Sedangkan pada waktu itu ia merupakan kejohanan yang mampu menarik penyertaan atlet-atlet luar negara, team-team dari luar negara. Ianya semakin berkurangan sejak beberapa tahun ini, mungkin disebabkan pandemik Covid yang melanda negara kita, banyak event-event yang terpaksa ditangguhkan, tak diteruskan yang dilaksanakan oleh pentabiran kerajaan selepas itu. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat, sebuah tourism ni sebagai satu elemen yang penting dalam mendokong dan menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 nanti.

Satu perkara yang juga saya suka nak sentuh iaitu berkenaan dengan perkara 64 dalam ucapan bajet yang mematuhi besar iaitu di mana diperuntukkan RM3.2 juta untuk kutipan sampah luar kawasan operasi PBT. Saya sempat jugalah bersembang dengan beberapa YDP yang kata sebahagian besar merupakan CSR daripada PBT yang mengambil sampah daripada kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya. Saya yakin peruntukan ini juga bukanlah boleh menampung semua kos yang melibatkan PBT-PBT di seluruh Negeri Perak. Tapi sekurang-kurangnya, Kerajaan Negeri telah melihat isu sampah ini bukan sahaja mata-mata isu berkaitan dengan masalah sosial atau masalah penggunaan sampah yang tak terurus dan sebagainya. Kita kena ada mekanisme yang boleh membantu PBT. Bukan mudah nak menguruskan sampah di kawasan PBT pun kadang-kadang menghadapi rungutan-rungutan penduduk-penduduk taman-taman dan sebagainya. Ini pula di luar bandar, di kampung-kampung dan kawasan pengumpulannya amat terhad. Hanya ada satu tempat pengumpulannya. Contohnya di kawasan saya, dalam Mukim Labu di Chendrong Balai, ada satu je tempat kampungnya ada 30 lebih 30 kampung kalau tak kutip sehari bertimbun lah tapi jadual PBT mungkin 3 hari sekali datang kutip. Terhabis ah.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa tamat.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Tak bagi warning pun.

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit masuk perenggan terakhir. Sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Ok, sampah tadi. Saya saya harap dapat diperluaskan lagi pusat-pusat pengumpulan sampah yang di luar kawasan operasi PBT ini. Saya ucap terima kasih lah kepada semua YDP yang membantu dalam menyelesaikan isu-isu terutama di tempat saya lah dengan air sampah ni. Dah ada tong-tong sampah tambahan yang diberikan.

Jadi yang terakhir yang saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Besar ialah tentang PASAK yang dulu lebih dikenali dengan PeKa dan juga PORT. Hari ini merupakan baby di zaman saya jadi Exco Belia dan Sukan dulu yang hari ini masih kekal memainkan peranan dan hari ini saya lihat penambahan peruntukan dan PORTdiberikan hampir RM3 juta untuk bajet 2024 merupakan satu pengiktirafan kepada komitmen agensi yang kita wujudkan ini bagi melaksanakan agenda-agenda yang berkaitan yang mereka dipertanggungjawabkan.

Sidang perwakilan, sidang Dewan yang saya hormati sekalian dalam kita menangani masalah-masalah kehidupan yang dihadapi oleh rakyat dan juga masyarakat saya yakin apa juga bajet yang kita nak kemukakan ini, yang kita sokong pada hari ini. Saya yakin di barisan kami semalam takde seorang yang tak ada seorang yang tak sokong, semua sokong kan? Jadi ini menunjukkan kita bersama-sama berkongsi perasaan dan hasrat. Ingin melihat apa juga yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan penuh sokongan. Justeru itu bagi pihak rakan-rakan kami di belah sini pembangkang ada yang merungut kehadiran Yang Amat Berhormat tak dijemput tapi malu tebalkan muka juga, Alor Pangsu datang. Saya tak salahkan ketua jabatan dan agensi dan sebagainya sebab ini benda-benda realiti yang kami hadapi sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam PRU yang lepas sudah tentu kami ada tanggungjawab kepada kawasan yang kami wakili. Saya masih ingat zaman saya jadi exco dulu saya yakin sebagai besar kawan-kawan saya, bila saya turun, saya akan pastikan pihak jabatan dan agensi jemput wakil rakyat setempat. Cuba bantu mana yang boleh sebab ini tanggungjawab kita. Kita berkongsi perasaan dengan apa bajet dengan bajet yang dibentangkan. Begitu juga harapan kami. Agar kami juga dilibatkan untuk apa juga perkara yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat. Jadi itu berakhirnya saya Sungai Manik. Saya mewakili Dun Sungai Manik menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 1hb 12. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DATO' YANG DI-PERTUA - Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit.

Tuan speaker, Trong dia tak sihat.

Yang di-Pertua

Ok.

Mohon di skip.

Yang di-Pertua

Memandangkan Yang Berhormat dari Trong tiada dalam dewan dan tak sihat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar. Ada di sini. Ya. Sila.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Dato’ Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, para pengamal media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati dan sayangi sekalian. Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas limpah kurnia dan perkenannya untuk rakyat dan negeri Perak Darul Rizduan yang tercinta dan dianugerahkan rahmat dan kesejahteraan. Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Makfurullah yang telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agong. Patik menjunjung kasih tuanku.

Yang Berhormat, Dato’ Speaker. Malim Nawar berkomited untuk turut berbahas dalam perbahasan ucapan Belanjawan 2024 Negeri Perak yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 1hb Disember 2023. Yang Berhormat, Dato’ Speaker, Malim Nawar dan warga Perak percaya segala apa yang jua perancangan yang dirangka oleh Kerajaan Negeri melalui pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini akan dilaksanakan dengan sempurna bagi menjamin rakyat Perak menikmati manfaat yang sewajarnya. Malim Nawar juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang serta semua penjawat-penjawat kerajaan yang telah bertungkus lumus dalam memastikan inisiatif Kerajaan Negeri dilaksanakan sepanjang tahun 2023 ini dan terus dilaksanakan untuk tahun 2024.

Terima kasih Malim Nawar ucapkan di atas ruang dan juga peluang kepada saya untuk terut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2024 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Kebahagian dan kemakmuran negeri adalah tanggungjawab kita bersama dalam memastikan kesejahteraan dan kesimbangan pembangunan di setiap sudut Negeri Perak. Ini dibuktikan oleh kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan mengumumkan Belanjawan Negeri Perak 2024 yang mencatatkan peruntukan sebanyak 1.35 bilion iaitu yang tertinggi dalam sejarah negeri berbanding Belanjawan Negeri Perak 2023 yang berjumlah RM1.1 bilion dan Belanjawan Negeri Perak 2022 sebanyak RM1.1 bilion. Peruntukan yang tinggi ini merupakan satu refleksi kepada kekukuhan kewangan negeri hasil pentadbiran yang cekap dan telus.

Yang berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak membuktikan keseriusan menangani kemiskinan tegar apabila menjadi negeri pertama yang melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan Menoktahkan Kemiskinan. Inisiatif ini dilaksanakan sebagai menyahut hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim yang mahu menoktahkan kemiskinan. Statistik menunjukkan sehingga 31 Julai 2023 jumlah ketua isi rumah KIR miskin tegar di negeri Perak menurun sebanyak 51% kepada 4,819 KIR hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan pejabat pembangunan negeri bersama-sama Kerajaan Negeri Perak. Malah menurut data bagi daerah Kampar, pada bulan Julai 2023 terdapat 282 golongan miskin tegar di mana 92 orang atau keluarga dalam Dun Malim Nawar. Dalam program dan usaha menoktahkan kemiskinan tegar ini pada bulan Oktober 2023, statistik miskin tegar di Daerah Kampar telah turun ke 172 orang dan khususnya di Malim Nawar telah turun ke 51 orang atau keluarga. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak termasuk pemutihan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak, pemantauan di dalam mesyuarat fokus group negeri dan daerah serta program-program bantuan oleh agensi pemberi bantuan Persekutuan dan Negeri.

Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas inisiatif dalam menoktahkan kemiskinan di Negeri Perak. Maka, langkah Kerajaan Negeri menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari RM300 sebulan pada tahun 2023 kepada RM400 sebulan bagi tahun 2024 adalah ada kewajarannya dan selari dengan sasaran Kerajaan Negeri untuk menoktahkan kemiskinan di negeri Perak. Komitmen Kerajaan Negeri terhadap golongan sasar, golongan B40, miskin dan miskin tegar dibuktikan dengan pemberian bantuan berupa kotak makanan dengan peruntukkan sebanyak RM5 juta dan Malim Nawar alu-alukan. Namun, Malim Nawar mencadang untuk meningkatkan taraf kualiti barangan makanan dalam bantuan kotak makanan supaya berkualiti, sihat dan seimbang dalam konteks kesejahteraan rakyat ini serta Malim Nawar mengalukan kenaikan kadar tunai program kad bantuan makanan iaitu Kad Perak Sejahtera daripada RM90 sebulan kepada RM100 sebulan. Peruntukan RM24 juta ini dijangka akan memanfaatkan seramai 20,000 orang penerima. Malah inisiatif Kedai Bergerak Negeri Perak yang juga merupakan satu program yang begitu dekat dengan rakyat marhaen juga diteruskan dengan peruntukan RM820,000 yang sekaligus menyediakan satu platform kepada rakyat di kawasan luar bandar untuk membeli barang, makanan dan keperluan harian dengan harga yang murah dan berpatutan.

Inisiatif Payung Rahmah kepada rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan setakat ini sebanyak 12 program jualan rahmah telah diadakan di Dun Malim Nawar yang telah membantu dan memanfaatkan sekitar 4,000 buah keluarga. Inisiatif-inisiatif oleh Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan ini adalah bukti kesungguhan dan kecekalan dalam menoktahkan kemiskinan di Negeri Perak Darul Ridzuan ini. Dun Malim Nawar mempunyai hampir 66% populasi dari kalangan kaum Tiong Hua dan hampir 10% dari kalangan kaum India. Dalam fokus mensejahterakan rakyat Perak, Malim Nawar mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar dengan pengagihan peruntukan berjumlah RM5 juta kepada komuniti dan Kampung Baru Cina serta RM5 juta lagi untuk komuniti dan Kampung India serta lain-lain kaum di mana ini akan membantu dalam pembangunan warga komuniti dan kawasan-kawasan ini.

Berkaitan dengan isu perumahan dan tanah, suka saya maklumkan bahawa terdapat sembilan buah kampung tradisional yang berada di bawah Dun Malim Nawar. Maka program Rumah Perakku Prihatin dan dengan peruntukkan RM6 juta, program Sayangi Rumahku dengan peruntukkan RM3 juta serta peruntukkan khusus sebanyak RM4.1 juta untuk kampung tradisional diharap akan turut memberikan manfaat kepada komuniti di kampung tradisional di Dun Malim Nawar. Selain itu, peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembangunan jalan asas Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) mohon turut melibatkan pembinaan jalan di atas rizab jalan RPT Batu Putih ke Bandar Agacia dan pembinaan jalan dari bulatan Taman Mahkota Kampar ke Bandar Agacia. Jalan ini akan menghubungkan beberapa kampung dan taman-taman perumahan dengan memberikan manfaat kepada hampir 15,000 orang penduduk ke Bandar Baru Kampar sekaligus mengurangkan kesesakan dan kepadatan kenderaan di jalan utama ke Bandar Baharu Kampar. Tatkala terdapat perancangan untuk pembangunan di RPT Kampung Batu Putih, Malim Nawar mohon mencadang untuk sebuah Dewan Serbaguna dibina bagi memenuhi keperluan komuniti di kawasan ini dan sekitarnya. Malim Nawar juga mohon membawa cadangan untuk melibatkan dua projek pembangunan iaitu pembangunan tanah wakaf dan menaik taraf surau Ad-Diniah, Kampung Sri Jelutong di Malim Nawar dan pembinaan sebuah surau di atas tanah yang telah dirizabkan oleh Majlis Daerah Kampar untuk pembinaan surau di Taman Mahkota Kampar yang mempunyai hampir 300 buah keluarga beragama Islam. Ketika ini, sebuah surau sementara disediakan dengan menggunakan hasil derma dan sumbangan penduduk-penduduk di Taman Mahkota Kampar.

Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, bidang keusahawanan secara langsung menyumbang kepada peningkatan pendapatan, penyediaan peluang pekerjaan serta memakmurkan ekonomi tempatan. Peruntukan sebanyak RM2 juta untuk program pinjaman tabung usahawan RM1.3 juta untuk Seketariat Usahawan Negeri Perak, RM1 juta untuk pembangunan usahawan & koperasi serta RM0.5 juta untuk program pemantapan dan pemerkasaan desa diharap akan memberikan faedah kepada usahawan industri kecil dan sederhana di desa khususnya.

Untuk makluman Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Mesyuarat, serta Ahli-ahli Mesyuarat, perusahaan anyaman mengkuang di kampung Bukit Pekan, Daerah Kampar adalah satu-satunya perusahaan sedemikian di Negeri Perak dan penduduk-penduduk Kampung Bukit Pekan yang juga terdiri daripada penduduk tempatan warga wanita turut terlibat dalam perusahaan anyaman mengkuang ini dan mendapatkan daun mengkuang yang ditanam daripada penduduk-penduduk kampung Sri Jelutong. Kerjasama kedua-dua buah kampung tradisional ini yang terletak di bawah Dun Malim Nawar adalah satu bukti bahawa industri desa mampu menjana pendapatan kepada penduduk tempatan. Justeru adalah menjadi harapan Malim Nawar agar Kerajaan Negeri dapat memberikan fokus kepada kelompok usahawan sebegini dengan menyediakan peruntukan dan akses kemudahan dalam usaha untuk mengembangkan industri desa ini.

Belanjawan Perak 2024 juga telah memperuntuk kan sebanyak RM1 juta untuk program pendayaupayaan wanita dan kebajikan masyarakat serta RM1.9 juta untuk Seketariat Wanita Perak. Justeru, Malim Nawar mohon mencadang kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi menyediakan Pusat Pendayaupayaan Wanita dan Keluarga seperti yang beroperasi di Negeri Sarawak dibuka juga di setiap Daerah di Negeri Perak. Pusat Pendayaupayaan Wanita dan Keluarga ini boleh memfokuskan kepada projek pembangunan yang meliputi kesihatan keluarga, keselamatan keluarga, serta wanita dan perundangan. Manakala program kemahiran pula boleh merangkumi kemahiran seni kraftangan, kemahiran landskap dan komuniti, pertanian komuniti wanita serta mengasah kemahiran perniagaan dalam kalangan wanita luar bandar khususnya.

Yang Berhormat Dato' Speaker, prasarana dan infrastruktur adalah antara yang sering mendapat perhatian rakyat. Di sini Malim Nawar ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Nga Kor Ming, Menteri KPKT yang telah memberikan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan juga terima kasih kepada Majlis Daerah Kampar yang telah menyelaras projek-projek kritikal ini yang berjumlah RM870,000 iaitu antaranya adalah menaik taraf Pasar Awam Malim Nawar, menyelenggara kolam takungan Taman Indah, menaik taraf sistem perparitan dan longkang di Taman Malim Nawar serta beberapa projek naik taraf insfrastruktur di Dun Malim Nawar. Belanjawan Perak 2024 telah memperuntukan RM37 juta untuk projek jalan dan jambatan kepada Jabatan Kerja Raya serta RM14 juta untuk Jabatan Pengairan dan Saliran. Justeru, Malim Nawar mohon mengesyorkan beberapa cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan iaitu kerja-kerja pembesaran jalan daripada single carriageway dengan izin kepada dua carriageway FT1 Gopeng ke Kampar dan Kampar ke Tapah untuk menghubungkan ke Lebuh Raya Plus.

Penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan juga memberi keutamaan kepada pemasangan lampu solar di kawasan yang tiada lampu jalan. Jalan glow in the dark dengan izin di kawasan yang tiada lampu jalan di Dun Malim Nawar terutamanya sepanjang jalan Kampung Air Hitam Labu sehingga ke Kampung Timah dan juga sepanjang jalan dari Kampar ke Tanjung Tualang. Pusingan pembersihan longkang dan rumput di jalan-jalan raya di bawah penyeliaan dan penyelenggaraan JKR ditingkatkan pusingan pembersihan dari 2 kali setahun ke 3 kali setahun terutamanya sebelum musim tengkujuh. Malim Nawar juga mohon mencadang untuk mengurangkan impak banjir serta banjir kilat di kawasan-kawasan hotspot dengan membina dan menaik taraf serta membaik pulih sistem perparitan mengikut blueprint GPS di kawasan Malim Nawar, Mambang Di Awan dan juga Kampung Air Papan serta kawasan-kawasan yang lain di Dun Malim Nawar.

Cadangan pemasangan lampu jalan jenis solar di Jalan Tanjung Tualang ke Sungai Durian dengan anggaran kos RM200,000 untuk keselesaan dan keselamatan lebih 1,000 orang penduduk yang lalu lalang dikawasan terbabit. Kerja-kerja mengorek pulih Sungai Air Hitam berhampiran Sikh Settlement, Tanjung Tualang bagi pengukuhan tebing, mengurangkan risiko banjir limpahan air sungai serta kerja-kerja berkaitan dengan anggaran kos RM200,000. Ia adalah langkah-langkah keselamatan bagi harta benda dan nyawa melibatkan seramai lebih kurang 300 orang penduduk. Kerja-kerja mengorek pulih di Kampung Changkat Tin dengan anggaran kos RM50 ribu untuk mengurangkan risiko limpahan banjir air sungai serta langkah keselamatan harta benda dan nyawa seramai 600 orang penduduk. Kerja-kerja pembaikan kerosakan pagar dan lampu pagar di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah serta kerja-kerja yang berkaitan dengan anggaran kos RM350,000 untuk keselamatan kawasan sasaran penting dan peningkatan pencahayaan keselamatan di waktu malam dari pencerobohan orang luar. Membaiki jalan raya dan memasang lampu dari Jalan Kampar ke Changkat Jong berdekatan Mambang Di Awan kerana struktur jalan raya yang tidak rata serta tiada lampu jalan pada waktu malam. Kawasan ini juga merupakan kawasan yang kerap berlakunya kemalangan dan terbarunya kita telah kehilangan seorang anggota bomba dan seorang warga emas yang maut di tempat kejadian. Di sini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada pasukan bomba dan penyelamat Daerah Kampar di atas kehilangan anggotanya dan keluarga-keluarga mangsa kemalangan.

Tuan Dato' Speaker, sektor pelancongan Negeri Perak tahun hadapan pastinya akan rancak dengan program Tahun Melawat Perak 2024. Eko-pelancongn bukan sahaja akan dapat menyumbang kepada ekonomi negeri tapi juga berpotensi untuk merancakkan aktiviti ekonomi tempatan, Malim Nawar mohon mencadang mempertimbangkan, kerajaan pertimbangkan Kerajaan Negeri untuk menyalurkan peruntukan bagi pembangunan pekan Tanjung Tualang yang sinonim dengan udang galah. Pekan Tanjung Tualang yang dahulunya merupakan kawasan perlombongan bijih timah, kini mengalami transformasi ekonomi dan dikenali sebagai Pekan Udang Galah di Perak. Namun begitu, pekan Tanjung Tualang ini masih ketinggalan dalam hal melibatkan prasarana, infrastruktur, serta sentuhan keceriaan dilokasi ini. Peruntukan tambahan daripada Kerajaan Negeri Perak pastinya akan dapat digunakan untuk menambah baik infra jalan dan longkang sekitar pekan Tanjung Tualang ini.

Malim Nawar juga ingin mencadang untuk memberikan wajah baru kepada pekan lama Malim Nawar dengan membawa keceriaan terhadap landscape bangunan yang berusia lebih 60 tahun juga memberikan keceriaan kepada pengguna jejantas kereta api dengan landscape lukisan mural untuk menarik kehadiran pelancong. Dengan perancangan hospital baru Kampar di Kampung Changkat Baru, maka ada satu keperluan yang penting untuk mengembalikan kegemilangan stesen kereta api Malim Nawar sebagai satu hub pengangkutan di Malim Nawar yang boleh digunakan oleh pengunjung ke Hospital Kampar yang baru malah Kampar yang terkenal dengan hub pendidikan juga, pastinya para pelajar, warga pendidik dan kakitangan universiti dan kolej-kolej akan menikmati faedah apabila stesen kereta api Malim Nawar dibangunkan semula.

Tuan Speaker, Malim Nawar mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah melaksanakan program Tusyen Cikgu Saarani di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara CM Yusof, Tanjung Tualang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar yang kedua-dua yang kedua-dua buah sekolah ini terletak di bawah Dun Malim Nawar. Peruntukan sebanyak RM0.2 juta untuk program pemantapan pelajar SPM, SPTM dan STAM untuk tahun 2024 diharapkan akan memberikan peluang kepada lebih ramai pelajar untuk terlibat dalam program berfaedah ini.

Dato' Speaker, sukan merupakan satu aspek yang seharusnya tidak boleh diabaikan apabila kita berbicara tentang modal insani melibatkan golongan belia. Saya, selaku wakil rakyat, telah memberikan penekanan khas terhadap program pembentukan kesukanan di Dun Malim Nawar khususnya. Justeru, saya ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf Kompleks Rakan Muda Kampar dengan memberikan keutamaan membaikpulih jeti kayak yang kini berada dalam keadaan yang sangat usang dan membimbangkan serta memberikan peruntukan tambahan untuk menaiktaraf peralatan kayak serta sukan kayak harus dijadikan salah satu sukan utama. Mohon tambah masa Tuan Speaker? Terima kasih. Untuk itu, Malim Nawar mohon mempertimbangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberikan perhatian khusus secara serta peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan dan peralatan sukan berkayak yang terdapat di Kompleks Rakan Muda Kampar sekali gus memasukkan aktiviti sukan berkayak sebagai salah satu sports tourism, dengan izin, Sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Dasar pendidikan digital dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini merupakan satu inisiatif kerajaan dalam melahirkan generasi fasih digital dan berdaya saing. Dasar pendidikan digital yang menggariskan empat objektif iaitu untuk membangunkan murid fasih digital, untuk memenuhi keperluan era digital, serta mengupayakan pendidikan dan pemimpin Pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan. Maka, dalam usaha untuk mencapai atau mewujudkan sebuah komuniti digital, Malim Nawar mengalukan program 1 DUN 1 PEDI dan memandangkan Malim Nawar merupakan satu kawasan yang luas merangkumi dua kawasan PBT, maka Malim Nawar ingin memohon mempertimbangkan bagi mewujudkan satu lagi PEDI di dalam kawasan Dun Malim Nawar di Mukim Tanjung Tualang. Ia akan memanfaatkan hampir seribu penduduk termasuk para pelajar, pemuda-pemudi dan juga suri rumah untuk memperkasakan kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang.

Dato' Yang di-Pertua, Limestone Pinnacles di Malim Nawar merupakan satu khazanah alam yang luar biasa dan tidak ternilai harganya. Satu usaha bersepadu perlu dilaksanakan oleh pelbagai agensi untuk memelihara dan memulihara Kawasan Limestone Pinnacles yang merupakan satu khazanah alam yang dilindungi oleh

Kerajaan Negeri, maka Malim Nawar memohon mencadang Kerajaan Negeri untuk memastikan Limestone Pinnacles ini dijadikan satu kawasan tasik beriadah dengan konsep nature healing therapy, dengan izin, kepada pengunjung sambil memelihara alam sekitar.

Dato' Speaker, oleh kerana masa tidak mengizinkan, Yang Berhormat Dato' Speaker, Dun Malim Nawar mempunyai potensi untuk membuka ruang bagi pelaburan dalam sektor industri kecil dan sederhana, pharmaceutical, sektor perniagaan dan perbankan, serta agro pelancongan. Justeru Malim Nawar optimistik dengan barisan kepimpinan kerajaan Negeri Perak, pada hari ini untuk kita bersama-sama memakmurkan Perak dan sejahterakan rakyat.

Yang Berhormat Dato' Speaker, Malim Nawar dengan rendah dirinya berharap agar perbahasan Malim Nawar pada hari ini dapat memberikan input yang membina untuk menambahbaik pentadbiran Kerajaan Negeri serta melancarkan pelaksanaan segala dasar yang melibatkan kepentingan rakyat Perak Darul Ridzuan. Dalam kesungguhan kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu kita, marilah kita terus berdoa agar kita memimpin dan membimbing fikiran dan perasaan kita semua tetap sentiasa di jalan yang benar, tetap di jalan yang diredhainya dan sentiasa bermuafakat. Pasti rakyat dan Negeri Perak akan terus selamat, aman dan makmur dan maju. Dengan kata-kata ini, saya akhiri perbahasan saya ini. Sekian terima kasih. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Malim Nawar mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Malim Nawar atas perbahasan sebentar tadi. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Firman Allah SWT (bacaan ayat) dalam surah al-anfal ayat 27, yang mafhumnya, "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan rasulNya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipertanggungjawab ke atas kamu sedang kamu mengetahui." Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, wakil-wakil agensi, para petugas dan hadirin yang dihormati sekalian. Belanjawan Perak 2024 dengan tema Perak Makmur Rakyat Sejahtera yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak minggu lalu telah menyaksikan sejumlah RM1.35 bilion ringgit dicadangkan untuk diluluskan sebagai belanja pihak Kerajaan Negeri untuk tahun 2024. 1.35 bilion ringgit perbelanjaan yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri ini dipecahkan kepada 63.5% digunakan untuk belanja mengurus dan 36.5% digunakan untuk belanja pembangunan.

Dalam hal ini, saya harus memuji perkara ini kepada pihak Kerajaan Negeri Perak di mana kita dapat lihat pecahan belanja mengurus dan pembangunan begitu baik jika dibandingkan dengan negeri-negeri jiran kita. Kerajaan Negeri Perak sejak 2020 telah menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang baik walaupun ditadbir oleh pentadbiran di pihak kami yang kini menjadi pembangkang mahu pun di pihak Kerajaan Negeri hari ini. Ini menunjukkan bahawa kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat berusaha dengan sebaik mungkin untuk memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat negeri Perak yang dicintai. Saya ucapkan syabas kepada semua. Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam saya memuji kemampuan Kerajaan Negeri Perak pada hari ini berkaitan perancangan kewangan yang baik sebentar tadi. Saya juga ingin membawa perhatian seisi Dewan berkaitan kebolehmampuan pihak Kerajaan Negeri untuk melaksanakan perkara-perkara yang dibentangkan dengan unjuran pendapatan Kerajaan Negeri Perak serta Perancangan Malaysia ke-12.

Yang Berhormat Dato' Speaker, dalam Belanjawan Negeri Perak 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menunjuk bahawa pendapatan Kerajaan Negeri melalui pelbagai sumber utama seperti hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan terimaan pembangunan dijangkakan mencapai sejumlah RM1.28 bilion. Begitu juga jumlah RM1.75 bilion yang meliputi lebih 400 projek pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan dijangkakan akan masuk ke Negeri Perak dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12. Kita dapat lihat dalam tempoh 11 bulan sejak Disember 2022 hingga November 2023 pendapatan Kerajaan Negeri berada dalam lingkungan takuk RM1.06 billion hingga RM1.09 billion bagi suku keempat, kedua-dua tahun melalui sumber utama yang dinyatakan ini. Ini bermakna kemampuan untuk mencapai hasil RM1.28 bilion menjelang suku keempat 2024 seperti yang dinyatakan dalam ucapan Belanjawan minggu lalu adalah sesuatu yang sedikit meragukan dan menimbulkan kerisauan dalam diri saya akan kemampuan mencapainya.

Jika unjuran RM1.28 bilion ini tidak mampu dicapai, apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan kesemua 5 fokus utama Belanjawan 2024 dapat dilaksanakan? Beritahu kepada kami seisi Dewan tentang apakah yang akan dilakukan jika unjuran ini tidak tercapai atau apakah strategi bagi mencapai unjuran ini? Begitu juga berkenaan Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12, apakah laporan pelaksanaan Rolling Plan 1, 2 dan 3 telah menunjukkan semua projek yang telah dirancang oleh pihak Kerajaan Persekutuan telah dijalankan atau masih ada yang berbaki? Jika ia masih berbaki, apakah ia akan berlaku juga dalam Rolling Plan Ke-4 yang akan memberi kesan dan membantu usaha pembangunan Negeri? Tambahan pula, pada Oktober yang lalu pihak Kerajaan Persekutuan telah membuat kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang menyaksikan perubahan objektif serta touch point dengan izin mereka dalam mencapai sasaran yang telah dirancang. Mengapa persoalan-persoalan ini dibangkitkan? Kerana dari 2 perkara inilah yang akan menentukan kebolehcapaian Kerajaan Negeri Perak pada sasaran Belanjawan 2024.

Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyatakan dalam ucapan belanjawan kali ini bahawa 5 fokus utama diberikan yang mana Kesejahteraan Rakyat diberikan peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM384.1 juta diikuti dengan fokus kedua dan ketiga iaitu Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri dan Pembangunan Modal Insan dan Belia yang masing-masing diperuntukkan sejumlah RM393.4 juta dan RM202.4 juta. Sekali lagi, saya memuji tindakan kerajaan yang meletakkan kebajikan rakyat Negeri sebagai keutamaan dengan peruntukan terbesar. Usaha ini perlu diteruskan memandangkan pendapatan per kapita rakyat Negeri Perak yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan adalah antara yang paling rendah seperti yang dipetik oleh Yang Berhormat Alor Pongsu semalam. Menyentuh hal ini, saya berpandangan bahawa pihak kerajaan serta kami yang di sebelah sini perlu memberi fokus jaga masa panjang untuk mengeluarkan rakyat negeri ini daripada kepompong kemiskinan.

Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam ketika sesi jawapan lisan yang menyatakan komitmen Kerajaan Negeri dalam menoktahkan kemiskinan tegar di Negeri Perak ini yang berharap telah dinyatakan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penglibatan kami Adun-Adun Pembangkang yang telah diberi mandat oleh rakyat. Usaha bagi mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan ini adalah satu tanggungjawab bersama. Kita dalam Dewan ini sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menyelesaikan permasalahan kehidupan mereka. Maka, rancangan khusus pihak Kerajaan Negeri perlu juga melibatkan kami di samping meletakkan satu indikator pencapaian atau performance indicator dengan izin. Untuk menjadi rujukan pencapaian sama ada usaha-usaha yang dilakukan berada di landasan yang betul atau sebaliknya. Perkara ini penting kerana pada satu tahap pihak Kerajaan perlu memberi fokus kepada pembangunan fizikal dan ekonomi Negeri di samping memastikan rakyat negeri ini boleh self-sustain dan self-sufficient dengan izin tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan Kerajaan bagi keperluan-keperluan asas mereka.

Yang Berhormat Dato' Speaker menyebut tentang hal ini, saya berasa sedikit ralat apabila hanya sejumlah RM4.3 juta mengikut kiraan saya yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi program berkaitan pembangunan usahawan. Hal ini begitu merisaukan kerana umum tahu bahawa perusahaan kecil dan sederhana atau SME menyumbang kepada antara 30% hingga 40% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar atau Keluaran Dalam Negara Kasar. Maka, pada hemat saya adalah sangat penting untuk pihak Kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan yang akan menyumbang kepada kerancakan ekonomi Negeri yang sekaligus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar.

Yang Berhormat Dato' Speaker, di kesempatan ini juga, saya ingin mengambil perhatian semua tentang beberapa perkara berkaitan urus tadbir Kerajaan Negeri serta hal ehwal kawasan yang saya wakili. Pertama sekali, berkenaan dengan cukai kayu getah. Pada waktu cukai kayu getah adalah hasil yang dikutip oleh Pejabat Perhutanan Negeri Perak. Cukai ini menyumbang pada hasil Kerajaan Negeri melalui aktiviti pembalakan kayu getah yang begitu rancak dalam Negeri ini. Maka saya berpandangan bahawa bagi memaksimakan pendapatan Kerajaan Negeri adalah jika baik cukai ini dikutip dan diuruskan kelulusannya oleh Pejabat Perhutanan Daerah yang mana ia akan melicinkan urusan pentadbiran di peringkat ini terutama sekali lagi yang melibatkan pengusaha-pengusaha kecil yang tidak berada dalam capaian data Jabatan Perhutanan Negeri.

Seterusnya, berkenaan Rancangan Perkampungan Tersusun di kawasan Dun Chenderoh, sekitar 4 RPT telah diluluskan untuk diwujudkan oleh pihak Majlis Mesyuarat Negeri. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk memohon agar pembangunan RPT ini disertai dengan pembangunan kemudahan-kemudahan asas penting seperti Dewan Orang Ramai, kawasan rekreasi dan riadah yang boleh digunapakai secara bersama oleh rakyat di kawasan saya. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar proses permohonan rumah Yayasan Perak bagi baikpulih dan bina baru dapat dilakukan melalui Pejabat Adun masing-masing memandangkan Pejabat Adun lebih mengetahui keperluan yang ada di kawasan mereka, di samping dapat memudahkan proses pelaksanaan yang adil dan saksama. Saya juga ingin memohon pertimbang Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan sedikit amaun daripada RM118.4 juta yang diperuntukkan bagi penyelenggaraan sungai.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Chenderoh? Kasi celahan sikit. Setuju kah Chenderoh bila sebut tentang kampung tersusun tadi ya? Setuju kah Chenderoh untuk Belanjawan 2024 ni mana-mana kawasan Dun yang ada pembangunan kampung tersusun contoh macam di Alor Pongsu lah. Di Alor Pongsu ada 2 kampung tersusun yang mengelirukan statusnya. Mungkin boleh dibuka balik sebab duit dah masuk dah. Setuju tak?

Saya setuju dengan Alor Pongsu. Boleh masukkan dalam perbahasan saya. Saya ingin menyambung ucapan saya. Saya juga ingin memohon pertimbangan Kerajaan Negeri Perak untuk memperuntukkan sedikit amaun daripada RM118.4 juta yang diperuntukkan bagi JPS untuk penyelenggaraan Sungai Chempias, Sungai Temong dan Sungai Biong yang sentiasa menjadi punca kepada masalah banjir kilat di kawasan saya. Begitu juga, saya mohon pertimbangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menyokong serta mengangkat permintaan rakyat di kawasan saya ke Kerajaan Persekutuan secara spesifik di Kampung Kelaung yang mempunyai masalah bekalan air bersih sejak tahun 1960-an. Meskipun di kawasan Chenderoh mempunyai dua sistem penapisan air yang baik di Sauk dan Kota Lama. Maka saya mohon agar pihak Kerajaan Negeri boleh membantu saya untuk menyokong permohonan Program Bekalan Air Bersih Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Kemudian, sedikit berkenaan Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO. Di peringkat persekutuan, pihak kerajaan telah melancarkan Sistem Pengkalan Data Utama (PADU), yang akan mula digunapakai bermula Januari 2024 yang akan menyaksikan segala penyelarasan penyampaian bantuan, subsidi, pemberian dan bermacam-macam lagi melalui sistem ini. Sehubungan itu saya fikir, ada baiknya sistem yang seakan-akan ini juga boleh diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi memastikan kelicinan penyampaian bantuan kepada rakyat.

Dalam belanjawan ini, saya dinyatakan penyediaan peruntukan bagi penyediaan perkhidmatan internet di jabatan negeri dan agensi negeri. Saya ingin meminta agar peruntukan ini juga perlu dikembangkan kepada rakyat di kawasan melalui usaha naik taraf yang saya kira lebih penting. Perkara ini boleh dilakukan dengan kerjasama rapat dengan Kementerian Komunikasi dan Digital di bawah Inisiatif Jalinan Digital Negara atau JENDELA.

Yang Berhormat Dato' Speaker, perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh saya adalah suatu yang saya fikir penting untuk diambil perhatian dan dilaksanakan. Pelan Perak Sejahtera 2030 yang ingin dicapai bukanlah sesuatu sasaran yang eksklusif buat Kerajaan Negeri tetapi ia adalah suatu pelan untuk kita semua rakyat negeri Perak. Hal ini seiringan dengan apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa belanjawan ini adalah Sejahtera Ekonomi, Sejahtera Sosial dan Sejahtera Politik. Maka, ingin mengambil kesempatan yang ada, saya memohon agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menyatakan dengan jelas tentang pendirian peruntukan Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk di sebelah barisan pembangkang yang telah diberikan sejak Yang Amat Berhormat pada Disember 2022. Saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah seorang yang budiman dan berpegang pada prinsipnya. Saya masih ingat ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika menjadi Ketua Pembangkang, pernah menuntut perkara yang sama. Maka saya mohon pertimbangan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan saya kepada seluruh pentadbiran kerajaan negeri khususnya agensi-agensi kerajaan di daerah Kuala Kangsar di bawah kepimpinan Pegawai Daerah Kuala Kangsar termasuk Penghulu-Penghulu Mukim dalam kawasan Chenderoh dan ketua-ketua kampung serta Majlis Pasukan Tindakan Daerah yang banyak membantu saya dan pasukan untuk memastikan urusan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Akhir kata, saya percaya Kerajaan Negeri pada hari ini telah melakukan yang terbaik untuk rakyat negeri Perak. Malah siapa pun yang mentadbir kerajaan ini akan memberikan yang terbaik untuk rakyatnya. Ya, tiada yang sempurna. Maka itulah peranan kami di barisan pembangkang sebagai pihak yang akan menjadi penyemak imbang dasar kerajaan tidak berbangkit, satu ke, dua ke, tiga ke Adun yang nak bertukar ke arah sana atau ke mari. Dengan itu, Yang Berhormat Dato' Speaker, saya menyokong Belanjawan Negeri Perak 2024 ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat daripada kawasan Chenderoh yang menyampaikan perbahasan yang baik sebentar tadi. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. 20 minit, dipersilakan.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Exco, Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan semua yang sedang mengikuti siaran langsung di atas talian. Salam Sejahtera, Salam Pepaduan, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Pertama sekali, terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan selaku Menteri Besar, bukan sahaja kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2024 pada Jumaat yang lalu. Bagi juga tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat dan semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana belanjawan ini bukan sahaja mendapat sokongan padu daripada Adun-Adun blok kerajaan tetapi juga disokong oleh rata-rata Adun-Adun blok pembangkang sejak sesi perbahasan semalam. Ini bermaksud kerja Kerajaan Perpaduan Negeri Perak selama satu tahun pemerintah negeri Perak telah pun mendapat dengan izin, acknowledgement dan approval oleh semua Ahli-ahli dalam Dewan ini termasuk blok pembangkang. Kestabilan politik yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata di luar sana telah dicapai oleh Kerajaan Perpaduan dan tahniah dan syabas sekali lagi.

Seperti mana yang telah disebut-sebut oleh Ahli-ahli Dewan Negeri yang lain, selain tahun 2023 dijangka ditutup sekali lagi dengan kedudukan surplus yang cukup membuktikan prestasi yang sangat baik oleh Kerajaan Perpaduan Negeri Perak. Belanjawan 2024 ini juga merupakan belanjawan yang paling besar di mana jumlah RM1.35 bilion adalah paling banyak dalam sejarah dan peruntukan pembangunan sebanyak RM491 juta juga adalah peruntukan pembangunan yang paling tinggi dalam sejarah. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kita semua dalam Dewan yang mulia ini untuk memastikan setiap ringgit dan setiap sen dalam belanjawan ini digunakan pada tempat yang paling sesuai dan tidak dibazirkan untuk projek gajah putih atau dengan izin white elephants project serta memenuhi aspirasi rakyat di sana, di luar sana. Belanjawan 2024 ini berteraskan lima fokus utama dan saya akan masuki satu-satu fokus ini nanti. Di bawah teras pertama iaitu Kesejahteraan Rakyat, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana terus memberi keutamaan kepada golongan B40 yang masih terkesan dengan impak ekonomi, di mana sekarang masih menghadapi cabaran ekonomi sedunia yang masih belum stabil. Saya terpanggil untuk mengulas sikit tentang komen Gunong Semanggol semalam di mana Gunong Semanggol bangkit tentang paras mata wang ringgit dan kadar inflasi negeri Perak yang dikatakan antara negeri yang paling tinggi di utara. Nilai mata wang ini sangat berkaitan dengan keadaan ekonomi sedunia, di mana kita tahu Amerika Syarikat telah pun meningkatkan faedah-faedahnya sebanyak 11 kali sejak tahun, sejak Januari 2022.

Di sini saya boleh tunjukkan Sinar Harian. "Amerika Syarikat naikkan lagi kadar faedah tertinggi selepas 22 tahun" dan ini kerana kadar inflasi tertinggi dalam 40 tahun yang dihadapi oleh Amerika Syarikat iaitu pada 91% pada bulan Jun tahun lalu, dan oleh itu mereka telah meningkatkan kaedah faedah mereka untuk menangani kadar inflasi. Bank Negara Malaysia mengambil pendekatan tidak mengikut peningkatan kadar faedah tersebut di mana OPR Malaysia masih kekal pada 3% supaya tidak membebankan rakyat yang perlu membayar ansuran kereta, rumah, pinjaman SME dan sebagainya. Oleh itu, harus kita sedar bahawa walaupun nilai mata wang ringgit rendah, tetapi ia dapat mengurangkan bebanan kewangan kepada rakyat dengan berkesan dan sini saya juga ingin menunjukkan kadar inflasi Malaysia sekarang, yang terbaru, Oktober 2023, hanya 1.8%. Ini adalah satu pencapaian yang sangat baik, di mana bulan Januari 2023 adalah 3.7%, sekarang 1.8% dan Perak kini ada pada 2.2% iaitu kita kira kadar inflasi yang cukup rendah. Oleh itu, saya rasa kita kena memberi acknowledgement dengan izin kepada Kerajaan Perpaduan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan untuk mengawal kadar inflasi.

Walaubagaimanapun bersandarkan keadaan ekonomi yang masih mencabar, peningkatan RM100 bantuan JKM kepada golongan B40 adalah amat tepat pada masanya. Ramai Ahli-ahli Dewan yang telah mengulas isu ini dengan panjang lebar dan oleh itu saya tidak akan ulang point tersebut. Namun demikian, saya ingin memberi cadangan untuk penambahbaikan kepada JKM kerana kadangkala terdapat keadaan di mana pemohon-pemohon yang dikatakan tidak dapat memohon bantuan JKM kerana diberitahu satu alamat kediaman hanya boleh ada satu penerima. Hal ini boleh berlaku apabila sesetengah pihak terpaksa menumpang di rumah contohnya saudara mara mereka kerana tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mereka tidak layak untuk menerima bantuan JKM lagi kalau ada penerima di alamat yang sama. Malah, golongan ini sangat memerlukan bantuan daripada kerajaan supaya tidak menjadi bebanan kepada orang yang sudi membantu dalam memberi tempat kediaman. Oleh itu, peraturan seperti ini diharapkan dapat diperbaiki oleh JKM.

Dato' Yang di-Pertua saya juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri untuk meneruskan perkhidmatan pengangkutan awam melalui inisiatif Bas Perak Sejahtera di Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar serta Batang Padang.

Bas Perak Sejahtera ini telah menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya warga emas, pelajar sekolah dan sebagainya. Namun demikian, terdapat juga masanya kita nampak di mana bas Perak Sejahtera ini tidak digunakan secara optimum. Ataupun diutilise dengan izin dan bas-bas ini adalah kosong ataupun hanya ada beberapa orang penumpang. Bagi saya, inisiatif ini adalah sangat baik dan harus diteruskan tetapi harus diperbaiki perkhidmatannya. Saya telah semak jadual perkhidmatan bas Perak Sejahtera di laman sesawang tetapi untuk route di daerah Manjung dan yang lain-lain saya mendapati ia tidak begitu user friendly kerana tidak menunjukkan jangka masa bas akan sampai di satu hentian bas. Dalam pengalaman peribadi saya, pengguna perlu tunggu sangat lama tanpa mengetahui bilakah bas akan tiba dan ini menyebabkan ramai yang tidak suka menaiki perkhidmatan bas awam ini.

Saya membuat perbandingan dengan perkhidmatan bas awam di Selangor iaitu Bus Smart Selangor. Terdapatnya aplikasi Selangor Intelligent Transport System dengan izin atau SITS yang boleh menunjukkan jangkaan masa di mana bas akan tiba dengan menggunakan aplikasi mobile dan ini adalah lebih memudahkan pengguna-pengguna. Saya cadangkan bahawa ini harus juga dilakukan untuk Bas Perak Sejahtera supaya lebih ramai orang awam yakin menggunakan perkhidmatan bas awam ini tanpa mensia-siakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM2 juta untuk perkhidmatan ini dan untuk bab aplikasi saya sangat setuju dengan Yang Berhormat Sungai Manik tadi yang membangkitkan kalau kita ada satu aplikasi kita juga boleh untuk membantu membuatkan temujanji di hospital ataupun klinik kesihatan kerajaan supaya pengguna-pengguna lebih selesa tak payah nak tunggu lama di hospital atau klinik kesihatan. Saya yakin dengan peningkatan mutu dalam perkhidmatan bas awam ini Sempena Tahun Melawat Perak 2024 tahun depan daerah Manjung yang juga mempunyai tempat-tempat tarikan pelancongan seperti bandar lumut iaitu bandar pelancongan dan maritim. Pekan Warisan Kampung Koh, Setiawan, bolehlah menggalakkan pelancong-pelancong untuk menggunakan perkhidmatan bas awam Bas Perak Sejahtera dengan sedikit lagi perubahan jadual.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi penghagaan kepada Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang inklusif, sederhana dan berjiwa rakyat tanpa mengira kaum dan agama kerana dalam Belanjawan 2024 telah menjaga keperluan setiap kaum dan kumpulan dalam Negeri Perak. Bagi peningkatan peruntukan hal ehwal bukan Islam, di mana peningkatan daripada RM6 juta kepada RM10 juta, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan walaupun seperti Bercham sebutkan tadi Kota Tampan tidak pernah meminta siapa untuk untuk mengucapkan terima kasih baru dia beliau meluluskan peruntukan bukan seperti Menteri Besar di Kedah dimana beliau telah memotong peruntukkan bagi 3 Sekolah SUWA di Kedah daripada RM300 ribu kepada RM60,000 kerana atas sebab tidak diucapkan terima kasih. Jelas, Yang Amat Berhormat Kota Tampan sebagai Menteri Besar Perak lebih prihatin dan matang sebagai seorang pemimpin negeri yang komited untuk menjaga keperluan semua golongan dan kumpulan di Perak. Ini boleh dinampak termasuklah dengan peruntukan RM0.05 juta bagi pelaksanaan pelbagai program integrasi nasional, RM1 juta untuk program dan aktiviti badan NGO. RM2.9 juta untuk pelbagai program khusus kepada golongan wanita. RM0.8 juta untuk pembangunan dan kebajikan kanak-kanak dan anak yatim serta RM0.2 juta untuk program pembangunan warga emas.

Dato' Yang di-Pertua, fokus kedua Belanjawaan 2024 yang telah dibentangkan adalah tadbir urus projek berkepentingan negeri. Pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi dirancangkan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk merancak ekonomi negeri Perak di mana Kerajaan Negeri memperuntukkan RM393.4 juta bagi menjayakan fokus ini. Dato’ Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang telah diberi keutamaan Sempena Tahun Melawat Perak 2024, di mana RM21.2 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan Tahun Melawat Perak 2024. Namun demikian, daerah Manjung yang juga merupakan destinasi pelancongan utama Negeri Perak yang merangkumi satu-satunya Pulau Bebas Cukai di Perak iaitu Pulau Pangkor dan Lumut, satu-satunya bandar pelancongan dan maritim di Malaysia masih belum diberi publisiti yang secukupnya. Malah Pekan Warisan Kampung Koh yang telah dibangunkan sejak tahun 2020 belum menampakkan impaknya dengan lukisan mural yang kurang menarik dan tiada identiti yang jelas.

Oleh itu, saya ingin mohon kepada Kerajaan Negeri, terutamanya Tourism Perak yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk terus membantu membangunkan dan menjayakan projek Pekan Warisan Kampung Koh Setiawan sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik dan juga merancakkan lagi sektor pelancongan di daerah Manjung dengan mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang lain seperti Teluk Batik, Teluk Senangin, Taman Paya Bakau Lumut atau City Mangrove Park dengan izin, Pusat Konservasi Penyu, Segari dan sebagainya. Bagi menjayakan Tahun Melawat 2024, usaha-usaha lain turut harus dipertingkatkan terutamanya dalam usaha mempromosikan tempat pelancongan di Perak. Sebagai contohnya, Ipoh Tourist Information Center di Jalan Tun Sambatan, Ipoh. Hanya dibuka pada Isnin sehingga hari Jumaat. Harus dibuka pada hujung minggu kepada pelancong-pelancong yang kebanyakannya melawat Ipoh pada hujung minggu.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa perhatian Dewan yang mulia ini sekali lagi kepada penyelenggaraan infrastruktur di bawah Jabatan Kerja Raya. Adalah bukan benda baru di mana saya telah bangkitkan isu ini beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan kekurangan peruntukkan bagi JKR menyelenggara fasiliti jalan khususnya di Jalan Persekutuan Daerah Manjung. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan selepas 1 tahun berusaha di Dun Astaka sendiri lebih kurang 70% masalah lampu jalan dan lampu isyarat di jalan utama telah diselesaikan dan kini kebanyakan jalan utama telah kembali terang benderang di mana pengguna jalan raya rasa lebih selamat walaupun masalah belum selesai sepenuhnya namun ini merupakan perkembangan yang amat positif di bawah barisan pimpinan yang baru sejak PRU tahun yang lepas. Namun demikian, masih ada lampu-lampu jalan di atas Jalan Persekutuan yang masih rosak di daerah Manjung dan harap boleh dapat perhatian pihak Kerajaan Negeri supaya boleh mendapatkan peruntukan yang lebih daripada Kementerian Kerja Raya untuk sekaligus menyelesaikan masalah ini yang telah berlarutan selama 3 tahun.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin juga merujuk kepada peruntukan bagi JPS di mana sebanyak RM104.4 juta diperuntukan bagi belanja mengurus iaitu peningkatan sebanyak RM7.5 juta manakala sebanyak RM14 juta bagi belanja pembangunan JPS. Peruntukan-peruntukan ini amat dialu-alukan kerana JPS merupakan salah satu jabatan yang sangat penting terutamanya dalam menangani isu banjir dan banjir kilat. Bagi menyelesaikan masalah banjir dan banjir kilat di daerah Manjung dan Dun Astaka saya memohon bahawa permohonan JPS Daerah Manjung untuk melaksanakan kajian dengan izin kajian Drainage Master Plan Development untuk daerah Manjung boleh diluluskan supaya sistem perparitan di daerah Manjung lebih terancang dan teratur pada masa yang akan datang. Beberapa kawasan perumahan di Dun Astaka sering menjadi hotspot dengan izin banjir kilat dan saya di sini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Pembandaran Manjung kerana komited dalam menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan seliaan MPM.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasihlah, semangat orang muda bertuahlah kawasan Manjung. Seperti yang saya sebut dalam perbahasan saya ada empat daerah yang diutamakan ramailah anak emas Kerajaan Negeri Perak Manjung untung, Behrang untung, Perak Silver dan sebagainya. Setuju tak Manjung dengan saya untuk bagi keadilan sikitlah. Contoh kita ambil, you minta lampu tadi kan ke JKR kan, daripada JKR kot 10 lampu bagi kat Manjung, 3 ingatlah kami kawasan yang gelap ni. Kalau tidak sampai bila kami gelap. Ok, Astaka boleh bagi 3 lampu kat saya out of 10. Terima kasih.

Kalau ada JKR mohon berikan Tapi saya memang rasa kita bukan sahaja kita jaga semua daerah tapi di Manjung juga kita nampak ada juga kawasan Ahli-ahli Dewan Negeri Pembangkang di mana Pangkor, Pasir Panjang semuanya saya masukkan dalam ucapan saya juga. Ok, terima kasih dan saya mohon Dato’ Speaker untuk tambah sikit masa. Ok. Tadi saya sebut tentang banjir kilat. Punca masalah pokok kebanyakan banjir kilat adalah sistem perparitan yang lama tidak lagi dapat menampung kapasiti pengaliran air akibat pembangunan kawasan perumahan yang baru. Longkang besar yang baru disambung ke longkang kecil yang lama menyebabkan pengaliran air di kawasan perumahan lama sangat lambat. Untuk menyelesaikan masalah ini, sistem perparitan lama perlu dinaik taraf. Sebagai contoh, di Taman Rasa Sayang 2, Setiawan yang sentiasa dilanda banjir kilat perlu ditangani dan saya memohon kerajaan negeri boleh memberi fokus bagi menaiktaraf sistem pemparitan di kawasan Dun Asaka bagi menyelesaikan masalah banjir kilat.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi fokus keempat dan kelima Belanjawan 2024 iaitu kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan saya ingin mengalu-alukan cadangan peruntukan sebanyak RM19.6 juta yang diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Belanja Mengurus dan RM4 juta di bawah belanja pembangunan. Saya sekali lagi ingin mohon Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian kepada masalah gangguan lalat di daerah Manjung terutamanya di Dun Astaka. Daerah Manjung yang merupakan pembekal ayam ternakan yang utama di negeri Perak amat terkesan dengan gangguan lalat sehingga terjejasnya kehidupan seharian penduduk di sana. Pada sidang Dun yang lalu Dewan yang mulia ini telah meluluskan pindaan ke atas Enakmen Unggas di mana hukuman ke atas pembiakan lalat telah dipertingkatkan. Namun demikian, sebelum peruntukan undang-undang baru ini dilaksanakan, salah satu masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Manjung adalah masalah kekurangan kakitangan. Terutamanya, tiadanya satu unit penguatkuasa di daerah Manjung.

Dato’ Yang di-Pertua di seluruh Perak terdapat 500 dan 7 ladang unggas dan di daerah Manjung sahaja bilangan ladang unggas adalah sebanyak 164 iaitu bersamaan dengan 33% ataupun 1/3 daripada jumlah ladang unggas di Perak.

Namun demikian, Veterinar Manjung tidak ada satu unit penguatkuasa yang boleh menguatkuasakan peruntukan undang-undang ataupun mengeluarkan kompaun. Apabila terima aduan tentang gangguan lalat di Setiawan ataupun Manjung, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Manjung terpaksa meminta bantuan penguatkuasa dari Ipoh untuk membuat penguatkuasaan dan selepas membuat permintaan tersebut, baru unit penguatkuasa akan sampai mungkin satu dua hari kemudian. Malah pada masa mereka sampai, lalat pun sudah terbang jauh dan merebak ke kawasan perumahan dan menjadi satu gangguan kepada penduduk-penduduk.

Malah dengan izin vicious cycle ini akan berterusan walaupun menjelang tahun 2026 di mana semua ladang ayam perlu menjadi sistem tertutup kerana sekiranya Veterinar Manjung tidak disediakan dengan kakitangan yang mencukupi untuk memantau keadaan gangguan lalat di daerah Manjung malah masalah gangguan lalat ini akan terus berlarutan. Dengan izin closed system, Dato’ Yang di-Pertua, close system ini bukan cara penyelesaian mudah kerana untuk menjayakan close system ini, kawalan lalat ataupun treatment dengan izin masih perlu dijalankan secara rapi dan penguatkuasaan secara ketat perlu dilaksanakan untuk memberi amaran kepada pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Kakitangan dan unit penguatkuasa amat diperlukan di daerah Manjung untuk memantau ke atas pengurusan pembiakan lalat dijalankan secara berkala sebelum lalat dilepaskan. Oleh itu, saya memohon Kerajaan Negeri untuk membantu menambah kakitangan bagi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Manjung supaya industri perternakan ayam di daerah Manjung boleh kekal mampan dan keterjaminan makanan negeri kita terus terjamin tanpa mengorbankan dan menjejaskan penduduk-penduduk di sekelilingnya.

Dato' Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan saya, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang anggaran hasil tahun 2024 di bawah kutipan premium bagi tukar syarat iaitu RM7.4 juta berbanding RM316,450.00 anggaran hasil tahun ini, 2023. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah sebab perbezaan ketara dalam anggara hasil untuk premium tukar syarat? Saya juga merujuk kepada anggaran hasil 2020 dalam kutipan premium bagi geran iaitu sebanyak RM137 juta berbanding RM200 juta anggaran hasil 2023. Saya telah menerima banyak aduan bahawa kelengahan dalam memperolehi geran baru untuk perlanjutan tempoh pajakan untuk selepas membayar premium dan ada yang juga telah menunggu lebih 2 tahun selepas membayar premium tersebut dan hal ini harus ditangani dengan secepat mungkin.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan Kerajaan Negeri yang telah menyediakan Belanjawan 2024 yang begitu komprehensif dan dengan sokongan daripada kedua-dua blok kerajaan dan blok pembangkang, saya yakin Negeri Perak akan terus maju di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan Kerajaan Perpaduan. Dengan ini, Astaka menyokong Belanjawan 2024. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Astaka yang telah menyampaikan perbahasan dengan begitu baik sekali. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.

Auzubillahiminasyaitonirojim. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Ayat Al Quran dibaca) Segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian, dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikendakkinya, dan menyeksa siapa yang dikendakkinya. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas setiap-setiap sesuatu. Surah Al-Baqarah, ayat 284.

Yang dihormati Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormati Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri dari blok kerajaan dan juga blok pembangkang, Yang dihormati ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan dan agensi, penjawat-penjawat awam, pasukan media, para pemerhati sama ada yang ada dalam Dewan ini ataupun yang sedang mengikuti secara live. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya mulakan bicara. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang bersifat maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW yang memandu manusia ke jalan yang benar dan mengeluarkan manusia dari jalan kegelapan.

Pada kesempatan ini, sempena sambutan ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Perak pada 4 November yang lalu, saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah pada Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Syah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibudinsyah Al-Maghful-Lah. Semoga Tuanku sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Dirgahayu Tuanku.

Sidang Dewan yang dimuliakan. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri kerana berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan negeri dengan kutipan hasil terkini sehingga 25 November 2023 telah mencapai angka RM1.05 bilion dan Insya Allah dapat menutup akaun pada kedudukan surplus sekali lagi pada tahun ini. Merujuk kepada Belanjawan Perak 2024, banyak peningkatan peruntukan yang diberi kepada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan dan lain-lain. Syabas juga saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri menerbitkan buku belanjawan Perak, satu dokumentasi rasmi kerajaan dengan sentuhan kreatif Dato' Lat, seniman diRaja. Ini merupakan satu pengiktirafan yang berterusan pada karya seni kreatif khususnya di negeri Perak. Sebelum saya menyentuh secara khusus berkaitan fokus utama Belanjawan Perak, saya ingin merujuk berkaitan projek-projek baharu berimpak tinggi yang telah diluluskan di bawah RPA-4, RMK-12 iaitu berkaitan pembangunan infrastruktur pelancongan di Warisan Arkeologi Lembah Lenggong. Apa yang saya ingin sentuh adalah berkaitan pembangunan seni, budaya dan warisan di negeri Perak.

Dato' Yang di-Pertua, Perak adalah sebuah negeri yang sangat kaya dengan seni, budaya dan warisan serta sejarah. Bermula dari selatan, Tanjong Malim sampai ke utara, timur dan barat dengan keluasan 20,976 km persegi, negeri Perak tersimpan ribuan khazanah seni, budaya dan warisan. Walau bagaimanapun, agak menduka-citakan, menurut rekod Jabatan Warisan Negara, sehingga kini hanya 92 butiran warisan ketara telah didaftar atau diiktiraf sebagai warisan atau warisan kebangsaan. Mana mungkin sebuah negeri yang telah wujud puluhan ribu tahun yang lalu dengan bukti penemuan Perakman di Lenggong hanya ada 92 butiran warisan sahaja yang didaftarkan. Saya sebutkan ringkasan warisan yang diiktiraf di Perak mengikut kategori. Pertama, kategori bangunan hanya 30. Kedua, kategori makam dan monumen hanya 51 sahaja. Yang ketiga, kategori arkeologi hanya 8. Manakala kategori semulajadi hanya 3 sahaja yang didaftarkan. Daerah Kuala Kangsar juga sangat kaya dengan seni, budaya dan warisan. Saya amat yakin masih banyak lagi warisan ketara dan tidak ketara yang belum diterokai atau digali atau yang masih belum diangkat sebagai warisan atau warisan kebangsaan. Untuk itu, saya mencadangkan satu usaha yang komprehensif perlu dilakukan untuk mencari, meneroka dengan lebih banyak lagi warisan yang ada di seluruh Perak. Ia boleh dilaku dengan pelbagai usaha seperti program jelajah warisan, pertandingan seni budaya dan warisan, kajian pengumpulan data, aktiviti penerokaan baharu, program kesedaran warisan, pemerkasaan galeri dan muzium, penerbitan kandungan kreatif berorientasikan warisan, dan banyak lagi program-program atau aktiviti berkaitan warisan boleh dilaksanakan.

Seterusnya, Kerajaan Negeri perlu memberi penekanan dan galakan kepada usaha-usaha pendaftaran warisan. Mungkin terdapat salah faham atau kurang maklumat dalam kalangan masyarakat kita berkaitan kepentingan sesuatu warisan itu didaftarkan. Antara isu yang sering timbul adalah hak pemilikan tapak warisan, Akta Warisan Kebangsaan 2005 melindungi pemunya tapak warisan sama ada individu mahupun kerajaan. Masyarakat perlu disedarkan jika warisan tidak didaftar, maka tidak ada jaminan warisan itu akan kekal dan boleh diwarisi kepada generasi akan datang. Warisan itu akan pupus sama ada atas nama pembangunan atau pupus ditelan zaman. Oleh itu pentingnya butiran warisan didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Untuk itu saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri menggalakkan lebih banyak lagi penyertaan aktif syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC dengan izin dan syarikat korporat dalam usaha pencarian, penerokaan warisan-warisan baru serta pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.

Dato' Yang di-Pertua, menyentuh tentang Belanjawan Perak 2024, peruntukkan RM11.3 juta daripada MOTAC bagi pelaksanaan projek ataupun program pemulihan, ubah suai atau naik taraf kemudahan fasiliti pelancongan diharapkan ada peruntukan yang signifikan atau khusus untuk pembangunan warisan di negeri Perak. Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sangat berdaya maju untuk menjana pendapatan kepada negeri. Selain muzium arkeologi, terdapat 4 lokasi warisan yang sangat menarik di Lembah Lenggong dan boleh dijadikan produk pelancongan jelajah iaitu pertama, Gua Gunung Runtuh iaitu lokasi penemuan Perakman. Yang kedua, Bukit Bunuh iaitu lokasi hentaman meteorit 1.83 juta tahun yang lalu. Yang ketiga, Bukit Jawa. Lokasi bukti kehidupan Paleolitik 100 ribu ke 200 ribu tahun yang lalu dan Bukit Sapi, lokasi longgokan debu lava gunung berapi Toba setebal 7 hingga 10 meter yang meletus 75 ribu tahun yang lalu. Semua ini sangat penting untuk dimajukan dan bernilai komersial yang sangat tinggi dan berupaya menarik pelancong dari seluruh dunia.

Sebagai contoh, empat tapak warisan di negeri lain yang juga diiktiraf UNESCO berjaya menjana pendapatan kepada negeri berkenaan dengan jumlah mencecah jutaan ringgit setahun iaitu Taman Kinabalu Sabah, Taman Negara Mulu Sarawak, Bandar Melaka dan bandar Georgetown. Selain warisan arkelogi Lembah Lenggong, satu lagi destini pelancongan yang semua sedia maklum, iaitu Taman di-Raja Belum yang telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan. Satu lagi pakej pelancongan dicadangkan iaitu jelajah perkampungan Belum Lama. Kampung Belum Lama mempunyai nilai sejarah dan warisan yang sangat tinggi serta flora dan fauna yang sangat menakjubkan.

Dato' Yang di-Pertua, satu perkara yang penting dalam usaha pembangunan warisan adalah punca kuasa yang jelas untuk pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Negeri Perak masih tiada lagi Enakmen Warisan Negeri. Beberapa negeri yang lain telah mewujudkan enakmen jauh lebih awal. Sebagai contoh, Negeri Melaka 1988, Johor 1988, Sarawak 1993, Selangor 2009, Pulau Pinang 2011 dan Sabah 2017. Enakmen sedia ada iaitu Enakmen Lembaga Muzium Perak 1987 dilihat tidak cukup punca kuasa untuk memelihara dan memulihara warisan di Negeri Perak. Untuk itu saya cadangkan enakmen Lembaga Muzium Perak 1987 dibuat penambahbaikan menjadi enakmen warisan negeri dengan punca kuasa yang lebih jelas berkaitan pemuliharan, pemeliharaan dan pembangunan warisan dan negeri Perak.

Dato’ Yang di-Pertua, meneruskan ucapan saya ingin menyentuh berkaitan teknologi maklumat dan kandungan kreatif. Bagi maksud pemerkasaan sistem e-Perak sebagai tonggak pentadbiran negeri dalam pembuat keputusan berpacukan data. Peruntukan RM0.5 juta disediakan bagi perkhidmatan pengumpulan data dan pengemaskinian maklumat isteri rumah dengan shilling keseluruhan RM2.6 juta. Saya merasakan jumlah peruntukan tersebut masih belum mencukupi untuk memperkasakan sebuah sistem yang berorientasikan sistem pembuat keputusan berasaskan data atau dengan izin Data Driven Decision Support System. Satu peruntukan yang lebih perlu disediakan asasnya adalah kerana sistem pembuat keputusan berpacukan data melibatkan enam elemen besar iaitu integriti data, keselamatan data, penyimpanan data, kesepaduan data dan pelan pemulihan bencana. Perkongsian data untuk mewujudkan data bersepadu merupakan perkara yang sensitif dan banyak cabaran. Tidak mudah untuk agensi-agensi kerajaan untuk berkongsi data kerana melibatkan pelbagai isu kerahsian data, keselamatan data, peraturan dan polisi jabatan yang berbeza. Secara umumnya, empat cabaran besar untuk mewujudkan sistem pembuat keputusan berpacukan data iaitu pertama, kewangan, yang kedua infrastruktur yang ketiga peraturan yang keempat kemahiran dan yang kelima, teknologi. Untuk itu, saya mencadangkan peruntukan yang lebih perlu disediakan bagi pelaksanaan sistem pembuat keputusan berpacukan data bagi sistem e-Perak dan lain-lain sistem termasuk peruntukan kosong RM0.1 juta untuk pembangunan sistem e-Belanjawan Perak perlu dipertingkatkan.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan pembangunan kandungan kreatif PORT, People of Remarkable Talent telah berjaya memainkan peranan mengembangkan bakat golongan belia dalam seni visual, seni persembahan dan bidang kreatif. Peruntukan sebanyak RM3.0 juta disediakan untuk operasi PORT untuk tahun 2024 iaitu peningkatan RM0.5 juta berbanding tahun 2023. Untuk memastikan kewujudan dan kejayaan PORT dapat dirasai di seluruh Perak, bakal dicadangkan PORT mengembangkan operasinya ke seluruh daerah tidak hanya tertumpu di Wilayah Ipoh sahaja. PORT perlu mengembangkan sayapnya dengan mewujudkan atau melantik secara rasmi rakan strategik dari setiap daerah supaya rangkaian PORT dapat berkembang ke seluruh Perak. Rakan strategik boleh dipilih sama ada dalam kalangan individu, NGO atau institusi. Dengan cara ini idea kreatif dari peringkat akar umbi dan perkongsian ilmu dapat disalurkan secara lebih berkesan dan mudah.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya isu kelestarian alam. Isu sampah, merupakan isu yang kerap ditimbulkan. Ia seolah-olah isu yang tiada kesudahannya atau dengan izin, never ending story. Jumlah peruntukan sebanyak RM3.2 juta disediakan untuk kutipan sampah luar kawasan operasi PBT. Penduduk kawasan luar PBT sebenarnya tiada alternatif lain untuk membuang sampah sama ada mereka perlu bakar sampah itu atau mereka menanamnya. Kaedah ini pun sebenarnya tidak baik dari sudut menjaga kesejahteraan alam. Oleh itu jangan dibiarkan mereka mencari alternatif lain seperti pembuangan di sungai atau di lokasi hutan atau di tapak kosong yang akan menimbulkan pelbagai masalah pencemaran alam sekitar dan isu-isu kesihatan. Untuk itu dicadangkan peruntukan yang lebih disediakan untuk kutipan sampah di luar kawasan PBT dan satu perbincangan atau forum khusus perlu diadakan untuk mencari solusi terbaik isu sampah luar kawasan PBT.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya mewarta baharu tanah seluas 4,652 hektar sebagai hutan simpan kekal dan sejumlah 6.85 juta pokok dengan keluasan 16.3 ribu hektar kawasan telah berjaya ditanam semula. Jumlah tersebut walaupun besar tapi tidak dapat memberi gambaran sebenar syarikat keseluruhan. Mohon dinyatakan juga dalam bentuk peratusan atau jumlah keseluruhan sebagai contoh 4,650 hektar telah diwartakan semula daripada berapa ribu hektar yang telah dinyah warta atau berapa peratus tanah yang dapat diwartakan semula. Walaubagaimanapun saya berpandangan tindakan nyah warta hutan simpan kekal kepada agensi kerajaan atas nama pembangunan bukanlah suatu solusi yang terbaik. Tindakan itu perlu diminima atau dikawal. Hutan adalah pasak bumi dan menjadi penampan angin. Penebangan hutan memberi pelbagai impak antaranya banjir ribut, pencemaran air, kerosakan jalan, konflik antara hidupan liar dan manusia dan peningkatan suhu. Untuk itu saya mencadangkan satu polisi yang lebih ketat diwujudkan atau dilaksanakan bagi mengawal nyah warta hutan simpan kekal. Apakah wujud keperluan yang begitu mendesak untuk nyah warta hutan simpan kekal?

Dato’ Yang di-Pertua, salah satu daripada enam teras gagasan Malaysia Madani iaitu hormat. Maka saya menyeru untuk sama-sama kita laksanakan dengan erti kata hormat kerajaan semasa, hormat kepada keputusan seri kolektif yang diambil dalam sidang Dun, hormat kepada penjawat awam yang telah melaksanakan tugas dengan baik dan profesional dan hormat pilihan rakyat memilih semua Adun tak kira kerajaan maupun pembangkang. Atas dasar itu, maka dipohon agar peruntukan pembangunan bersama Adun kerajaan dan pembangkang dan peruntukan pusat khidmat adun dikekalkan sebagaimana yang terkandung dalam Belanjawan 2023. Akhirnya saya ingin membawa satu isu khusus di kawasan Manong iaitu berkaitan Klinik Kesihatan Manong. Klinik kesihatan Manong jenis 5 telah dilakukan beberapa kali penambahbaikan dengan cara penyambungan bangunan dan pelebaran bilik tetapi kaedah penambahbaikan ini telah menyebabkan susun atur keliling tidak teratur. Bagi contoh, bilik pengawal perubatan, dah la kecil kena berkongsi dengan dua orang pegawai perubatan. Satu keadaan yang tidak selesa. Bahagian kecemasan hanya mampu menyediakan satu unit katil saja bagi rawatan kecemasan. Unit farmasi dikongsi bersama dengan ruang menunggu pesakit luar. Tidak ada stor khusus untuk unit farmasi. Ketika waktu puncak atau hari-hari tertentu, ruang menunggu pesakit luar melimpah ke bahagian luar klinik. Satu khemah terpaksa disediakan di bahagian luar klinik.

Sebagai penambahbaikan, kemudahan X-ray hendaklah disediakan di Klinik Manong. Untuk itu, saya mencadangkan satu pembinaan bangunan baru bagi menempatkan atau memindahkan unit pesakit ibu dan anak supaya ia berada di lokasi atau bangunan yang berbeza dengan unit pesakit luar. Ini dapat menyusun semula, menyusun atur semula Klinik Manong supaya lebih teratur dan selesa. Saya menjemput Exco Kesihatan untuk melawat Klinik Manong untuk kita sama-sama melihat apa yang berlaku di Klinik Kesihatan Manong. Sebagai penutup ucapan, sekali lagi saya mengucapkan taniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan penjawat-penjawat awam kerana bertungkus lumut menyediakan Belanjawan 2024 yang memberi fokus dan keprihatinan kepada isu dan permasalah rakyat. Tidak dapat disangkal bahawa Belanjawan Perak 2024 disifatkan sebagai Belanjawan Rakyat. Diharapkan melalui belanjawan ini dapat menaik taraf hidup dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Setelah satu tahun saya berkhidmat sebagai wakil rakyat, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Dewan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Pejabat Penghulu Mukim dan seluruh agensi kerana memberi kerjasama yang sangat baik dan bantuan kepada saya sepanjang saya berkhidmat sebagai wakil rakyat bagi Dun Manong. Dengan ini, Manong menyokong Belanjawan Perak 2024. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum WBT

Yang di-Pertua

Waalaikummussalam WBT, terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Manong dengan perbahasan itu tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan 20 minit, silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera (bacaan ayat Al-Quran) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil, dan membuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat dan dia melarang melakukan perbuatan keji kemungkaran dan permusuhan yang memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ketua Pembangkang Adun Semanggol, Yang Berhormat seluruh kerajaan negeri, Yang Berhormat Adun-Adun kerajaan pembangkang, seterusnya ketua-ketua, pegawai-pegawai jawatan kerajaan, rakan-rakan media, para pemerhati sekalian. Seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat negeri Perak, khusus Dun Slim yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini. Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Allah SWT pada hari yang berbahagia ini dapat kita bersama-sama berbincang bagi membentuk tata kelola ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat negeri Perak tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Pada hari yang berbahagia ini, patik mengambil kesempatan merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena ulang tahun hari Keputeraan ke-67 ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Syah Ibn Al Marhum Sultan Azlan Muhibudin Syah Ibn Al-Magfurul-Lah pada 3 November 2023 yang lalu, Dirgahayu Tuanku. Patik juga ingin merakamkan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah yang atas pemilihkan dan pelantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Timbalan Yang Dipertuan

Agung oleh Majlis Raja Raja Melayu. Patik menjunjung kasih Tuanku, Patik memanjat doa kepada Allah SWT Sentiasa merahmati tuanku dan dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta kesejahteraan dalam memayungi sekalian rakyat jelata negeri tercinta di atas kemuliaan tahta dan juga pemerintahan negeri berdaulat ini dengan penuh adil dan saksama.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya mementangkan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan 2024. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana sudi memberikan peluang kepada Slim turut serta dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2024 untuk sidang kali ini. Slim memulakan ayat Al-Quran dalam surah Al-Nahl yang ke-90 Allah SWT menyuruh hambanya berlaku adil dan membuat kebajikan adil yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya manakala islam menganjurkan kita berlumba-lumba melakukan kebajikan kepada rakyat dan orang bawah tanggungjawab kita. Slim juga menyeru kerajaan melaksanakan keadilan kepada rakyat tanpa mengira ideologi dan latar belakang mereka.

Slim sangat bersyukur apabila diberikan bantuan kotak makanan sebelum ini dapat kita menyampaikan kotak makanan kepada rakyat tanpa mengira kaum, ideologi politik dan sebagainya. Alhamdulillah. Namun apabila hari ini diagihkan melalui NGO maka Slim mengharapkan NGO itu dimaklumkan kepada kita agar mudah kita memaklumkan kepada rakyat yang datang kepada kita untuk tempat yang sepatutnya boleh dapat, jadi itu yang kita harapkan. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum Slim membahaskan belanjawan, Slim mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan kerana kedudukan negeri terus mengukuh pada tahun ini apabila kutipan hasil terkini mencapai angka RM1.05 bilion dan mencapai sasaran kutipan hasil pada tahun ini. Namun, Yang Amat Berhormat Kota Tampan mengingatkan kepada kita jangan ambil mudah berpuasa hati dengan apa yang ada, slim juga ingin mengingatkan kepada kita agar hasil negeri yang kita perolehi diiringi dengan hasil yang mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Kerajaan negeri mengekalkan perak makmur, rakyat sejahtera dengan memfokuskan lima agenda utama kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek kepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk kepada ucapan belanjawan Menteri Besar pada perkara 114 iaitu memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta untuk Program Perak Lestari dan Teknologi Hijau suka saya memetik halaman berita pada 28 Ogos 2023 bahawa Kerajaan Perak melaksanakan kerjasama strategi dengan pihak swasta dalam pembangunan tenaga solar, Yang Berhormat Perdana Menteri menyatakan tenaga solar ini di antara alternatif kepada pembangunan tenaga boleh baharu yang memberi peluang positif kepada ekonomi selain melestarikan alam sekitar. Di bawah skim tersebut sudah pun dilaksanakan di pembangunan Majlis Daerah Perak Tengah pada tahun 2022 yang menyaksikan purata penjimatan bil elektrik mencecah sehingga 26% sebulan. Dengan bukti yang sedia ada dan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Perak antara negeri rendah karbon menjelang 2023 yang mencadangkan agar kerajaan negeri memperuntukkan bajet melalui Program Perak Lestari dan Teknologi Hijau bagi mengadakan kempen kesedaran terutama pihak swasta dalam menarik minat mereka yang membangunkan tenaga solar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua antara infrastruktur yang mainkan peranan untuk melimpahkan ekonomi kepada suatu wilayah adalah pengangkutan awam yang berkesan. Saya tertarik dengan ucapan yang disebut oleh yang berhormat Pasir Panjang berkenaan keperluan mewujudkan rangkaian rel kereta api Ipoh Timur bagi meningkatkan kadar mobiliti. Justeru pada hari ini, dengan rasa rendah hati dan semangat pembangunan saya ingin membawa satu cadangan yang saya percaya akan membawa pelbagai manfaat kepada rakyat Perak dan meningkatkan pembangunan ekonomi di negeri kita yang indah ini. Cadangannya adalah membuka laluan kereta api komuter yang menghubungkan Ipoh ke Tanjung Malim. Keutamaan cadangan ini adalah tujuan meningkatkan accessibility penduduk iaitu dengan pembukaan laluan komuter antara Ipoh dan Tanjung Malim maka ianya memberikan penduduk kedua-dua kawasan kemudahan untuk bergerak dengan lebih cekap. Ini adalah langkah positif untuk merapatkan jurang geografi dan memberikan akses lebih mudah kepada penduduk yang bekerja, berbelanja dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan kedua-dua bandar ini secara tidak langsung membantu usaha Tahun Melawat Perak 2024.

Antara manfaat lain jika laluan Komuter Ipoh-Taoung Malim ini dibuka memberi manfaat kepada pekerja yang berulang-ulang alik ke arah dua tambahan tambahan pula Proton dan Jiri mengumumkan pembangunan Automotive High Technology, Valley bernilai RM32 bilion di Proton City Tanjong Malim tidak langsung akan memberi impak kepada lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Ini adalah meningkatkan mobiliti pekerja, mengurangkan kesesakan jalan raya dan menyumbang kepada perjalanan harian yang lebih berkesan. Secara umumnya, laluan komuter ini membuka peluang kepada kedua-dua bandar dalam pembangunan ekonomi dan meransang penumbuhan sektor perniagaan dan perkhidmatan di kawasan tersebut. Terdapat institusi pengajian di sepanjang laluan seperti UPSI, Politeknik Behrang, MRSM Trolak di Sungkai, UITM Tapah, UTAR Kampar dan banyak lagi sehingga di Ipoh ini dapat memudahkan perjalanan pendidikan dan meningkatkan kolaborasi diantara institusi-institusi pendidikan.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya ingin menyentuh sebuah kajian yang telah dilakukan secara bersama antara pihak Malaysia Industry Government Group for High Technology dan Unit Perancangan Ekonomi UPEN iaitu Program Perak Sustainable Green Print 2030 atau Perak Lestari dan Pelan Hijau 2030 yang makan masa selama 6 bulan bagi membangunkan dokumen strategik ini bagi menyokong sasaran international ke arah pengurangan greenhouse gas saya kira program ini amat baik beri manfaat kepada seluruh rakyat. Saya juga ingin mengetahui daripada pihak kerajaan iaitu sejauh mana program ini berjalan adakah kerana ia adalah program kerajaan yang terdahulu atau pun kerajaan sekarang yang tidak berminat untuk meneruskan program tersebut. Saya kira perkara ini perlu kita dalami bersama dan menilai bahawa jika program ini baik untuk diteruskan dan bermanfaat kepada rakyat maka alangkah baiknya jika kerajaan meneruskannya. Sayang seribu kali sayang apabila kita biarkan program ini terbiar ianya bukan omong kosong tetapi ianya telah diteliti selama berbulan-bulan oleh pakar-pakar yang diiktiraf. Saya dikhabarkan jika program ini diteruskan maka Negeri Perak dapat mencapai sasaran lestari hijau serta menjadi negeri contoh bagi agenda pembangunan lestari. Ianya seiring dengan hasrat negara yang mengurangkan kadar pelepasan gas atau rumah hijau sehingga 45% kepada KDNK pada tahun 2023. Maka langkah proaktif sepatutnya memacu kerajaan Negeri Perak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Dato’ Yang di-Pertua, sudah pasti belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada Jumaat lalu memberi kelegaan kepada rakyat secara umumnya. Namun realiti yang berlaku adalah rakyat kita yang sibuk membanting tenaga mencari rezeki tidak ambil tahu tentang apakah inisiatif yang diberikan kepada mereka. Mereka terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi pada waktu ini. Slim ingin mengajak dan mengambil perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan dengan isu projek perumahan terbengkalai. Bila kita membincangkan tentang belanjawan kita tidak boleh terlepas pandang berkaitan dengan projek-projek yang terbengkalai dan sudah pasti akan ada kos yang akan dipum semula untuk meneruskan projek-projek tersebut. Antara perbinaan yang dibuat apabila dia terbengkalai ia adalah projek di depan mata rakyat. Tempoh pembinaan yang lama, rumah yang dah hampir siap tetapi semak samun penuh tanpa berpenghuni, ditambah pula rakyat yang ingin memiliki rumah pertama menunggu dengan penuh emosi dan sabar menanti.

Saya ucapkan terima kasih kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dun Teja yang memberi respon beberapa kali apabila saya membangkitkan isu ini. Saya ucapkan terima kasih juga daripada LPHP, daripada PKNP, Tuan DO dan beberapa agensi lain yang turut sama turun padang untuk melihat baru-baru ini perumahan yang terbengkalai dan sudah pasti saya inginkan suatu progress atau pun satu perjalanan yang baik untuk menyelesaikan isu rumah ini. Saya bersama dalam perbincangan tersebut dan mencari solusi namun apabila sudah terbengkalai yang begitu lama maka nilai asalnya yang dikira minimanya adalah RM70,000 maka apabila hendak diteruskan mungkin nilai tersebut kalau bincang dengan pemaju mungkin nilai tersebut akan meningkat melebihi daripada RM100,000. Maka untuk sasaran kita ke arah memberi bantuan kepada B40 ini mungkin akan sedikit terjejas. Dalam B40 juga ada beberapa peringkat, B1 ini pun tak lepas untuk mencapai rumah yang harga dia RM100,000.

Saya juga mengangkat semula berkaitan rumah generasi di Felda Gunong Besout. Tadi kita bincangkan tentang rumah yang dibuat di Kampung Trolak Pekan dan kita harapkan ia dapat diselesaikan. Saya juga mengangkat semula berkaitan rumah generasi Felda di Gunong Besout yang sebanyak 104 unit. Saya cakap dari sudut kita orang peneroka dan anak peneroka dan kita berada di situ. Kita lihat rumah tu tiap-tiap hari. Kita lalu di sana, kita nampak rumah tu dan sayangnya apabila jutaan ringgit yang dibelanjakan tapi rumah itu tidak ada jalan penyelesaian. Itu sangat menyedihkan dan saya harap apabila saya berbincang dan banyak tanya tentang beberapa pihak mungkin ada beberapa proses yang kita minta Kerajaan Negeri untuk percepatkan. Antaranya adalah kelulusan meter air dan kumbahan yang dikatakan masih tidak selesai. Permohonan CCC daripada majlis daerah juga tidak dapat diselesaikan, urusan bank dan sebagainya. Kita kasihan kepada pihak pengurusan Felda yang terpaksa berhadapan dengan rakyat dan peserta rumah tersebut tiap-tiap hari. Maka kita kasihan juga untuk agensi untuk menjawab. Kita harapkan untuk Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses tersebut. Kalau kita tanya kepada rakyat yang mengisi borang hampir 3 kali setiap kali pilihan raya untuk mengisi borang rumah tersebut maka kita ingatkan jalan penyelesaian dan saya harap saya juga turut akan membantu pihak kerajaan untuk rumah ini sampai kepada pemilikan pemilik-pemilik tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, peruntukan kerajaan di bawah belanja pembangunan pentadbiran di seluruh daerah negeri Perak RM19.4 juta. Sebanyak RM8.6 juta adalah belanja pembangunan bahagian Kerajaan Tempatan. Slim mencadangkan di Slim River ada sebuah medan selera yang uzur dan sebelum ini saya dapat beberapa maklumat daripada agensi bahawa bazar atau pun medan selera tersebut telah diluluskan peruntukan sebelum ini pada zaman Dato’ Seri Faizal Azumu namun pada waktu ini bajet tersebut telah seolah didiamkan. Maka saya harapkan untuk kerajaan yang di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk meneruskan semula pembangunan tersebut melalui Majlis daerah kawasan Tanjong Malim.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, maklumat banjir dan tanah rebak yang berlaku pada bulan Oktober baru-baru ini, saya bercakap isu ini dan saya lihat di depan mata setiap kali banjir, bukan banjir, gelap pun hujan lebat pun saya dah sampai di kawasan tersebut. Saya dah sampai di kawasan tersebut hampir 5 kali, ada kawasan yang 5 kali, 6 kali dalam sebulan banjir. Masih tak dapat lagi duit bantuan kepada mangsa-mangsa. Dia orang buat report dan dia orang maklumkan kepada penghulu dan masih tidak dapat untuk bantuan tersebut. Maka mohon untuk dipercepatkan sebab kita simpati pada mereka yang terkesan dengan kerosakan harta benda dan rumah mereka. Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak JPS, pihak pengurusan Felda yang turut bersama-sama turun ke padang. Kita melihat kawasan-kawasan banjir tersebut dan beberapa projek cuci sungai, membuat ban dan kunci air di kawasan-kawasan di kampung Trolak Pekan, Trolak Utara, Trolak Selatan dan Kampung Klah Baru. Saya ucapkan terima kasih dan Yang Amat Berhormat mengumumkan belanja pembangunan JPS berjumlah RM14 juta bagi pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, kita ucapkan terima kasih, pengusaha sungai dan pantai RM4 juta, terima kasih juga isu tebatan banjir di Sungai Trolak dimasukkan dalam RMK ke-12, RM1.75 bilion meliputi 423 projek juga projek baharu berimpak tinggi.

Seterusnya begitu juga banyak lagi tanah rebak yang berlaku di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di Dun Slim memerlukan peruntukan yang besar. Jurutera Daerah JKR memaklumkan sebanyak RM45,000 untuk baik pulih di Jalan Persekutuan dan ada satu tanah rebak lagi berjumlah RM820,000 diperlukan untuk baik pulih tanah rebak di antara perjalanan utama ke Felda Trolak Selatan dan Trolak Timur. Slim mengharapkan peruntukan sampai kepada agensi dengan segera agar usaha mengatasi masalah dilakukan dengan pantas kerana bencana tidak menunggu bajet turun.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, antara projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur JKR diberi peruntukan sebanyak RM88.1 juta di bawah belanja mengurus. Saya fokuskan kepada RM37 juta untuk projek jalan dan jambatan. Saya sering melalui jalan di Dun Slim itu banyak jalan-jalan yang berlopak. Slim mengharapkan jalan-jalan yang berlopak ini ditampung keseluruhannya kerana hari ini juga berlaku masalah di jalan persekutuan, kita harapkan ada tindakan daripada JKR untuk menampung jalan-jalan yang berlubang tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, Slim mengucapkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat kerana mengumumkan RM95.7 juta dalam usaha mempertabatkan syiar

Islam dan pembangunan ummah untuk memperkasakan Islam di Negeri Perak. Slim juga mengharapkan projek pembinaan masjid di Felda Trolak Selatan, Kampung Changkat Sulaiman dan surau di Kampung Sabar Jaya dimasukkan di dalam belanjawan tersebut kerana sentiasa menyebut di dalam Mesyuarat JKTD Batang Padang untuk perhatian. Slim juga sangat kagum dengan usaha guru-guru Kafa di Negeri Perak berkhidmat di sekolah agama rakyat mendidik ribuan anak-anak berkenaan dengan ilmu fardhu ain dan Al-Quran.

Sebagai penghargaan kepada mereka daripada pihak kerajaan berilah bonus kepada mereka. Kalau kita lihat elaun mereka ni sebulan RM1300 daripada JAKIM dan daripada Kerajaan Negeri. Namun dicarum KWSP dan SOCSO, maka elaun bersih mereka sekitar sebulan. Maka andai kata adalah bonus untuk mereka sebulan atau dua bulan alangkah baiknya dan memberikan kelegaan kepada mereka. Saya juga menyambut maklum fokus keterjaminan makanan berkaitan dengan peruntukan RM63.3 juta melalui Jabatan Pertanian Perikanan Veterinar dan mengenal pasti usahawan-usahawan yang beroperasi sama ada baru atau pun yang lama juga usahawan-usahawan muda yang baru mulakan projek kita harapkan diberi bantuan kepada mereka di sudut kewangan, benih, mungkin ada baja pallet, geran dan sebagainya perlu diberi perhatian untuk membangkitkan ekonomi setempat. Maka Slim... maaf lebih.

Yang terakhir, yang terakhir insya Allah dan yang terakhir ayat yang saya bacakan tadi, Allah s.w.t melarang untuk kita melakukan perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Maka saya juga terpanggil untuk menyatakan bahawa tidak perlu dan tidak patut kita melakukan program yang boleh merosakkan anak belia kita dan sebagai contoh yang disebutkan konsert-konsert yang hendak dibuat tidak ada masalah tapi ada panduannya. Panduan yang tidak merosakkan anak bangsa kita bila mana Kelantan meletakkan syarat untuk berhibur diasingkan lelaki dan perempuan kemudian ia menutup lubang-lubang untuk merosakkan masyarakat kita. Seperti yang saya sebutkan tadi berkaitan dengan Saddu Zara'ie, Islam meletakkan satu kaedah yang cantik untuk kita bila mana kita meletakkan andai kata perkara tersebut memang merosakkan. Ada sejarahnya atau pun ada sebabnya bila mana remaja ini bercampur dia akan menyebabkan rosak maka Islam menutup perkara tersebut.

Yang di-Pertua, Slim juga bersolidariti bersama negara Palestin memberi sokongan terhadap Palestin dan Al-Quds lantas kita sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar Palestin dibebaskan dan saya ingin menutup perbahasan ini dengan sepotong ayat Al-Quran dalam Surah Saba yang Allah s.w.t menyebut di dalam pertadbiran yang perlu ada "Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghofur" - Bandar yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah s.w.t, terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Slim turut menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Slim yang berbahas sebentar tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk memulakan perbahasan. 20 minit. Silakan.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Salam Sejahtera dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, petugas-petugas media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Negeri Perak bagi Tahun 2024. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak bagi Tahun 2024 pada hari Jumaat minggu lepas diatas komitmen dan kerja keras mengemudi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjaya meningkatkan hasil negeri melepasi RM1 billion. Saya berharap momentum ini dapat dikekalkan sejajar dengan tema Perak Makmur Rakyat Sejahtera.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menekankan untuk memberi tumpuan kepada lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek kepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, melihat kepada fokus pertama iaitu kesejahteraan rakyat, saya melihat kehidupan rakyat masih lagi perlu dibantu. Dengan dibebani kos sara hidup yang tinggi, pentingnya kerajaan untuk sama-sama menyelami dan merasai nadi denyut rakyat. Segala bentuk bantuan mahu pun program yang dirancang haruslah dilaksanakan secara inklusif supaya tiada golongan yang tercicir dari menikmati faedahnya. Seterusnya saya ingin memberi fokus kepada pembangunan komuniti orang asli di kawasan saya. Tiga bidang saya cuba pertengahkan untuk diberi keutamaan bagi memperkasa masyarakat orang asli di dalam sesi pembahasan saya iaitu pembangunan modal insan, ekonomi dan infrastruktur.

Dalam memperbaikkan golongan belia masyarakat orang asli yang baru, menambahkan pelajaran di peringkat sekolah menengah, saya mencadangkan kerajaan untuk merangka satu program yang komprehensif dan berterusan untuk jangka masa panjang. Ia bertujuan menjadikan golongan ini sebagai golongan yang berilmu, berinovasi dan kreatif sedia sentiasa sensitif dengan pembangunan yang berlaku di sekeliling mereka. Justeru saya ingin mencadangkan kepada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) agar dapat memperbanyakkan lagi program-program berorientasikan TVET kepada masyarakat belia orang asli supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran diri dan memberi pendedahan kepada keperluan permintaan pasaran industri di Perak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Penubuhan STeP merupakan ilham Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memastikan penyelaras bantuan bimbingan yang disediakan oleh agensi-agensi kepada usahawan dilakukan dengan lebih teratur dan dalam satu bumbung. Sepanjang tempoh ini, banyak program keusahawan meliputi pelbagai bidang telah dilaksanakan. STeP membabitkan penyertaan lebih daripada 100,000 usahawan. Ramai usahawan kecil menerima menerusi bimbingan STeP. Saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada STeP. Kerajaan Negeri Perak akan memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta kepada Setiausaha Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) sebagai usaha menyokong pembangunan usahawan. Saya berpandangan sudah tiba masanya masyarakat orang asal terutamanya di kawasan saya yang bergantung hidup terhadap hasil hutan perlu diberi pendedahan di dalam sektor pertanian dan mempunyai keupayaan keusahawan bagi merancangkan dan mempertingkatkan pendapatan ekonomi mereka.

Saya ingin mencadangkan pengemblengan tenaga secara menyeluruh melibatkan agensi-agensi dalam sektor pertanian dan usahawan dalam melangkah satu program atau satu projek yang berasaskan hasil hutan dan tumbuhan semula jadi yang ada di pedalaman orang asli, di perkampungan orang asli dan dapat dihasilkan secara komersial dan sistematik. Saya juga berharap masyarakat orang asli ini diberi pendedahan berkaitan tentang teknik ilmu pertanian moden dan mempunyai keupayaan keusahawan agar dapat menjana pendapatan sendiri. Melalui teknik moden, hasil pengeluaran pertanian akan cepat dan berkali ganda. Mereka juga boleh diberi pendedahan secara aktif di dalam program pendigitalan usahawan bagi perusahaan prasarana. Maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memberi pelan usahawan perak khususnya kepada usahawan kecil, masyarakat orang asli bagi membimbing dan membantu usahawan baharu meningkatkan keupayaan menjalankan perniagaan mereka.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Disebabkan faktor muka bumi di kawasan penempatan masyarakat orang asli yang jauh di pedalaman, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek penambahbaik jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa di kawasan penempatan orang asli di kawasan Dun Chenderiang terutamanya jalan laluan ke Kampung Pos Musuh yang sering berlaku tanah runtuh. Laluan Pos Musuh adalah laluan perhubungan untuk penduduk mendapatkan rawatan kesihatan di luar kawasan dan juga memudahkan kepada petugas-petugas kesihatan membuat pemeriksaan kesihatan di kawasan pedalaman. Selain memudahkan khidmat kesihatan kepada masyarakat orang asli, ia juga dapat memudahkan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Pos Musuh dan membantu masyarakat orang asli mengeluarkan hasil musuh dengan mudah dan cepat serta dapat menjualnya secara terus kepada pembeli.

Justeru, saya juga ingin mencadangkan Kerajaan Negeri kepada memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina jalan baru bagi menyelesaikan masalah sebab tiada akses laluan bagi masyarakat Orang Asli di Batu 17, Sekam Dem. Walau bagaimanapun, masyarakat Orang Asli tinggal di kawasan pendalaman, namun mereka juga tidak ketinggalan dengan arus pemodenan. Saya berharap Kerajaan Negeri tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli terutamanya di kawasan Dun Chenderiang bagi kemudahan infrastruktur yang sempurna, akses jalan masuk ke kampung yang baik, akses liputan telefon, talian telefon dan perkhidmatan jalur lebar dapat disediakan di penempatan Orang Asli dan program bantuan baik pulih dan bina baru rumah secara percuma kepada masyarakat Orang Asli juga perlu diberi perhatian.

Untuk maklumat Kerajaan Negeri, ketika ini Klinik Kesihatan yang terletak di Batu 17, Jalan Pahang, Tapah, tiada kemudahan ambulan. Sekiranya ada berlaku kecemasan, pesakit terpaksa menunggu ambulan datang dari Hospital Tapah, yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Sehubungan itu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan permohonan saya agar satu unit ambulan dapat ditempat di Klinik Kesihatan Batu 17 Jalan Pahang. Seterusnya iaitu berkaitan kajian pembinaan loji rawatan air bagi bekalan air luar bandar di Jalan Pahang, Tapah. Chenderiang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli yang tinggal berdekatan di Jalan Pahang, Tapah.

Untuk maklumat Kerajaan Negeri ketika ini bekalan air yang diperolehi adalah daripada sumber air datang dari Lata Iskandar. Sumber air ini juga turut digunakan oleh murid-murid di sekolah rendah Batu 14 yang kesemuanya merupakan murid-murid Orang Asli. Sekolah ini juga mempunyai asrama. Buat masa ini air yang digunakan bukanlah air sumber terawat. Sehubungan itu, saya berharap kajian ini dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera supaya projek bekalan air luar bandar di Jalan Pahang dapat direalisasikan dalam masa terdekat dan dapat manfaat kepada penduduk dan juga belajar di sepanjang Jalan Pahang ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada masa kini Pekan Tapah telah pesat membangun, memecut ekonomi setempat. Oleh itu, kapasiti asal penggunaan kenderaan di jalan raya melalui Pekan Tapah telah menjadi maksimum dan kepadatan bertambah. Pada 14 September, kami telah menerima kunjungan Yang Berhormat Exco Infra untuk meninjau keadaan aliran trafik di Pekan Tapah. Sehubungan itu, saya ingin bertanya, apakah status perkembangan selanjut dari pihak kerajaan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Pekan Tapah?

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM21.2 juta kepada tahun 2024 sempena Tahun Melawat Perak 2024. Dalam merancakkan lagi sektor pelancongan negeri, di kawasan Dun Chenderiang terdapat beberapa kawasan pelancongan yang menarik seperti Tasik Temuh. Dalam aspek ini, saya ingin mencadang kepada Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak merancang Tasik Temuh menjadikan destinasi pelancongan pilihan di Negeri Perak. Ini boleh menjadikan Tasik Temuh sebagai nafas baru dalam eko pelancongan dengan pembinaan arena square Tasik Temuh yang merangkumi kedai jualan produk, buah-buahan tempatan, medan selera berbilang kaum, galeri seni dan warisan, Pusat e-hub pertanian dan tapak pelancongan camping. Perkara-perkara di atas adalah idea-idea yang bernas untuk memajukan sektor pelancongan di Tapah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di atas kelulusan pendudukan projek pembangunan dan menaik taraf infrastruktur pelancongan di Taman Eko Rimba, Lata Kinjang. Selain itu, terdapat bangunan kedai lama di Pekan Chenderiang sebelum sampai ke Air Terjun, Lata Kinjang. Saya berpendapat sekiranya bangunan lama ini diberi sentuhan baharu, dicat dengan berbagai warna, maka kawasan ini akan menjadi daya tarikan pelancong dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi peniaga di pekan tersebut. Di dalam kawasan Chenderiang pada masa ini hanya terdapat bas daripada Syarikat Hap Soon dengan laluan Kampar-Tapah, Tapah-Kampar, manakala JAKOA ada menyediakan bas bagi pelajar-pelajar Orang Asli. Kemudahan perkhidmatan bas henti-henti tidak didapati secara menyeluruh dan efesensi terutamanya dari Pekan Tapah sehingga ke Kampung Sungai Genting, Kampung Kinjang dan Pekan Chenderiang. Di sepanjang jajaran laluan Tapah-Chenderiang, terdapat 12 buah sekolah, dengan anggaran 4,000 belajar dan 12,000 penduduk yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam ataupun bas henti-henti.

Kerajaan Negeri dalam Belanjawan tahun 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi perkhidmatan Bas Perak Sejahtera di Daerah Batang Padang dan daerah lain. Oleh yang demikian, saya ingin bertanyakan adakah pelaksanaan program ini mengambil kira semua jajaran laluan di kawasan Dun Chenderiang? Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek pembinaan terminal, Stesen Pengangkutan Awam Bersepadu bagi pengangkutan lier, bas, teksi, e-hailing dan sebagainya untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam antara stesen kereta api double road dan pusat bandar Tapah. Antara pusat bandar dan Kawasan perkampungan luar bandar yang terlibat di kawasan Dun Chenderiang.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, banjir kilat sering melanda kawasan Kampung Baru Chenderiang, Kampung Baru Pahang, Kampung Sami dan tambahan-tambahan perumahan yang dikenal pasti, berpunca dari sistem saliran dan sungai. Ini telah menyebabkan kerugian kepada masyarakat setempat dan menjejaskan urusan harian mereka. Oleh itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya projek-projek kecil tebatan banjir dapat dilaksanakan dan menaik taraf sistem saliran perparitan dan sungai di sekitar kawasan yang sering dilanda banjir kilat di kawasan Dun Chenderiang. Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat menambah baik kemudahan-kemudahan yang ada di Hospital Tapah. Bagi penduduk Tapah dan Bidor yang memerlukan rawatan doktor pakar dan penjagaan rapi akan dihantar ke Hospital Teluk Intan. Ini disebabkan oleh ketiadaan doktor pakar, tiada pembedahan serta peralatan terkini bagi merawat pesakit yang kritikal. Saya sarankan Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah Teater Pembedahan atau Surgery di Hospital Tapah. Pembinaan ini amat memerlukan dan permohonan ini telah dibuat dan telah dikemukakan pada sidang mesyuarat yang lepas tetapi sehingga hari ini, tiada perkembangan lanjut dari pihak kerajaan. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya apakah status permohonan tersebut?

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Chenderiang dipanggil untuk membangkitkan berkenaan isu kacau ganggu haiwan ternakan terutamanya di kawasan Kampung Baru Chenderiang, Kampung Tradisional Sungai La, Kampung Lubuk Mas. Isu ini telah mengganggu gugat kehidupan masyarakat di sana sehingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya. Isu ini telah berlanjutan sekian lama. Namun, jalan penyelesaian masih tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Sehubungan itu, Chenderiang berpandangan supaya satu perundangan yang komprehensif dapat digubal dan dikuatkuasakan agar masalah ini dapat diselesaikan agar ianya dapat memberi kelegaan kepada masyarakat Negeri Perak khasnya.

Sebagai menghargai dedikasi tidak berbelah bagi dalam memikul tugas yang diamanahkan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada semua penjawat awam dan turut dipanjangkan juga kepada semua ketua kampung. Sebelum itu, saya ingin ambil peluang ini agar BKK ini turut dipanjangkan kepada semua Tok Batin dan pengerusi JKK Kampung Orang Asli.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Sidang Dewan pada kali ini dengan keadaan yang teratur dan selamat. Tidak lupa juga kepada semua barisan penjawat awam Negeri Perak di atas segala khidmat bakti sebagai tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran kerajaan. Saya ingin mengajak kita semua akan sentiasa berdoa supaya negeri Perak akan sentiasa aman dan sentosa. Dianugerahi rahmat dan dilimpahi rezeki buat rakyat-rakyatnya. Tidak lupa juga kepada kemimpinan negeri di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar terus diberi kekuatan dan kesihatan dalam menerajui kerajaan kepada negeri tercinta ini. Sekian terima kasih. Chenderiang menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Chenderiang. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Timbalan Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ADUN Kota Tampan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Wakil-Wakil Kerajaan, Jabatan Agensi Kerajaan, Pusat dan Negeri Pemerhati-pemerhati hadirin hadirat sekalian. Firman Allah Subhanahu wa ta'ala, (ayat al-quran) Maksud firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah As-Saf, ayat 2 dan 3. Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu berkata sedangkan kamu tidak melakukannya? Amat besar kemurkaan Allah SWT. Bagi orang yang berkata tetapi dia tidak melaksanakan apa yang dia kata.

Pertamanya, kita bersyukur kehadrat Allah subhanahu wa ta'ala kerana pada hari ini merupakan hari perbahasan kali kedua untuk Belanjawan Perak Sejahtera. Saya mengucapkan tahniah atas ucapannya Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan pentadbir Kerajaan Negeri dengan belanjawan yang dibentangkan dengan bajet yang besar dari bajet-bajet yang dibentangkan sebelum ini demi Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Saya pun merasa gembira tengah hari ini kerana duduk dalam Dewan ini Menteri Besar. Pada sesi yang lalu ketika saya berucap Menteri Besar tak ada dalam Dewan. Dia duduk dalam dewan makan. Lalu dia tunjuk kepada sahabat saya Dato' Najmuddin, itu jiran saya sedang berucap. Hari ini bertentangan mata insya Allah.

Saya mengambil kesempatan dalam ucapan saya ini juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Negeri dengan penurapan jalan baru jalan FT076 Kuala Kangsar - Gerik - Baling. Khususnya jalan Lenggong Gerik yang telah menutupi petak-petak kain yang saya sebutkan dalam sesi perbahasan saya pada tahun yang lalu. Semoga bajet tahun 2024 masih ada peruntukan untuk lokasi-lokasi yang bertampal, bertompok-tompok, berpetak-petak yang memberi kesan buruk kepada pengguna jalan raya dan rakyat setempat. Dengan penurapan ini yang memungkinkan kelangsungan memacu pembangunan ekonomi dan pelancongan di daerah Hulu Perak. Bersempena dengan tahun 2024 merupakan Tahun Melawat Perak, Kerajaan Negeri memperuntukkan jutaan ringgit sebagai persediaan pengamalan pelancongan yang terbaik.

Saya yakin sebahagian besar peruntukan pelancongan demi untuk menambah baik di Taman Warisan Dunia Lenggong dan Kinta. Secara khususnya, saya menyebut Taman Warisan Dunia Lenggong yang turut disenaraikan dalam projek baru berimpak tinggi, pembangunan Lembah Lenggong dan saya dimaklumkan Majlis Pemasyuran Lenggong Geopark oleh Tuanku Sultan Perak juga dijangka bulan Mac 2024 dan kita untuk menyambut Tahun Melawat Perak ini saya dapati dan saya dimaklumkan muzium ekologi walaupun ianya di bawah Jabatan Warisan Negara. Sudah beberapa tahun projek ubahsuainya tidak belum, masih belum dapat diselesaikan dan dijangka tahun 2024 ini pun tak mungkin dapat diselesaikan. Sedangkan Muzium Ekologi merupakan tempat tumpuan utama yang dikatakan Lenggong warisan dunia untuk dilawati oleh pelancong samaada dalam negeri ataupun luar negeri. Di sana ada Perak Man orang nak tengok Perak Man tapi muziumnya tak siap lagi. Ada galeri, galeri pun tak sempurna lagi.

Sebab itu menjadi harapan saya, bersempena dengan Tahun Melawat Perak ini tahun 2024 dapat kita mengatasi permasalahan ini supaya tujuan dan matlamat pelancong untuk datang ke Lenggong, ke Lembah Lenggong dapat menerima kunjungan yang hebat daripada pelancong dalam negeri ataupun luar negeri. Lembah Warisan Dunia Lenggong memiliki 27 tempat Geopark untuk dilawati sebagai daya tarikan pelancongan dengan tidak dinafikan usaha-usaha mempromosikan Lenggong Lembah Warisan dengan pembangunan prasarananya tetapi apa yang lebih penting adalah infrastruktur yakni secara khususnya jalan-jalan menuju ke tempat-tempat 27 Geopark itu perlu dipertingkatkan lagi bagi kemudahan pelancongan. Sebagai contoh jalan menuju ke Bukit Bunuh, jalannya masih lagi melalui jalan-jalan ladang sawit. Jalan menuju ke gua-gua di Kampung Gelok. Jalan itu melalui jalan-jalan kampung yang sempit. Nak berselisih pun tidak boleh. Saya 10 tahun mengajar di situ di masjid di situ. Hendak berselisih pun tidak boleh, derlu diperbaiki, diperluaskan. Seumpamanya jalan menuju ke Lata Kekabu, tempat saya. Jalan menuju ke Lata Kekabu ini jalan kampung. Jalan kebun. Nak berselisih pun, ada selekoh-selekoh yang tertentu kena bagi hon dahulu. Itu di antara yang kita sebut. Begitulah juga dengan destinasi geopark yang lain. Itu di antara infra yang patut diberi tumpuan dengan bajet yang ada.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Kenering bukanlah jelapang padi sepertimana daerah Kerian dan Seberang Perak. Kenering bukanlah jelapang kelapa seperti Bagan Datuk. Pendapatan terbesar penduduk Kenering dari sumber pertanian, buruh pertanian, bekerja di ladang, getah dan sawit, di Felda-Felda dan tanah persendirian dan kedudukan Kenering di antara dua pekan atau dua bandar, Lenggong dan Gerik. Hendak sebut tentang pembangunan ini, tentulah pembangunan lebih ditumpu ke kawasan bandar Gerik. Mungkin di bandar Lenggong sebagai bandar warisan. Kenering tersepit di tengah-tengahnya tanpa pembangunan. Hendak kata pembangunan Kenering bukan kawasan pembangunan untuk industri, tetapi lebih kepada pertanian.

Kenering melihat masih belum ada usaha-usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk generasi kedua Felda, umumnya kepada generasi merdeka yang tidak memiliki sebarang ekar tanah untuk mereka usahakan sebagai sumber pendapatan keluarga. Kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan projek-projek dengan telus tanah yang telah diterokai, balak yang telah diambil, projek yang terbengkalai, keperluan rakyat terabai. Seperti projek perladangan dan penempatan di kampung Bukit Sapi, Air Karah. Seperti projek perladangan dan penempatan di kampung Belum Baru, Kampung Kuala Kenering, Kampung Rancangan Merah, dan juga projek perladangan dan penempatan bersebelahan Felda Tawai, jalan penempatan Orang Asal di kampung dalam. Dalam sesi yang lalu, dalam kesempatan berbual-bual dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, boleh menyatakan bahawa Dun Kenering Dun miskin. Rakyatnya miskin tetapi wakil rakyatnya sudah kaya. Saya boleh menerima kenyataan bahawa Dun Kenering Dun miskin. Rakyatnya miskin tetapi kalau katakan wakil rakyatnya sekarang kaya, saya tolaklah kenyataan tersebut. Saya tidak boleh terima. Memanglah sebelum ini gaji saya sebagai guru kafa ada RM1,200 sahaja. Selepas jadi wakil rakyat ini besar sikitlah elaun dia gajinya tetapi kalau katakan mantan Adun Kenering yang berkhidmat selama 4 penggal, hampir lebih kurang 20 tahun berkhidmat sebagai Adun di Kenering, saya boleh terima dia seorang yang kaya ada rumah besar banglo ada kereta besar, ada tanah berekar-ekar ada lot perumahan.

Demi untuk menaik taraf kehidupan rakyat Kenering, saya mengharapkan projek-projek yang terbengkalai ini saya ulang, projek perladangan dan penempatan di kampung Bukit Sapi, Air Karah, projek perladangan dan penempatan di kampung Belum Baru Kuala Kenering, Rancangan Merah, dan projek perladangan dan penempatan berhampiran Felda Tawai dan jalan menuju ke penempatan Orang Asal Dala yang telah diterokai, balak telah diambil. Projek terbengkalai diharap mendapat perhatian yang serius oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkannya semula demi kesejahteraan penduduk Kenering dan ianya secara langsung ianya secara tidak langsung mempertingkatkan ekonomi ataupun hasil Kerajaan Negeri.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Kenering juga tidak terlepas daripada isu banjir khususnya banjir kilat. Saya mengharapkan setinggi-tinggi penghargaan saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jabatan agensi kerajaan seperti JAKIM, JPS, JPAM, penghulu-penghulu, bomba, polis, Pejabat Daerah dan Tanah Gerik, Lenggong khususnya kepada Tuan Pegawai Daerah Gerik yang sentiasa prihatin dengan isu banjir kilat ini. Saya mengharapkan tindakan segera dilakukan yang dikatakan menjadi punca banjir kilat ini seperti empang lama, empangan lama untuk perairan sawah di Sungai Kenerung dan jabatan rendah dan sempit di Sungai Kampung Sempitan. Saya juga menyarankan agar kewujudan jawatan jurutera daerah JPS yang masih berkongsi dengan jurutera daerah Kuala Kansar. Daerah Kuala Kansar adalah satu daerah yang besar dan memiliki hotspot banjir yang banyak. Hulu Perak juga kawasan yang besar luas dan mempunyai kawasan hotspot banjir yang luas yang banyak. Berkongsi jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran. Saya difahamkan ada juga daerah-daerah lain yang berkongsi jurutera daerah. Sebab itu saya mengharapkan semoga kewujudan jurutera JPS daerah Gerik akan melancarkan lagi pengurusan dan pelaksanaan yang lebih efisien dalam soal untuk mengatasi masalah banjir sama ada banjir besar ataupun banjir kilat.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, suka juga saya menyebut tentang hasil Kerajaan Negeri daripada nadir bumi REE yang melibatkan mukim Kenering dalam Dun Kenering yang memberi hasil Kerajaan Negeri setakat ini seperti mana yang diumum oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar RM 21.1 juta. Kerajaan Negeri telah dapat hasil tetapi saya tidak nampak hasil ataupun infak yang didapati yang dialami oleh rakyat sekitar Dun Kenering. Kita tidak nampak rakyat ataupun penduduk Kenering memberi kesan daripada projek tersebut dari sudut pekerjaan. Tidak nampak kerja-kerja pengambilan hasil bumi di Dun Kenering diterima oleh penuduk-penuduk persekitaran Dun Kenering ataupun mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar hendak bagi sedikit royalty kepada Dun Kenering untuk penduduk-penduduk Dun Kenering.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang komitmen kerajaan dalam memastikan penggunaan pengangkutan awam secara optimum yang direncanakan melalui inisiatif Bas Perak Sejahtera. Sehingga ingin ambil perhatian Yang Amat Berhormat Menteri

Besar, bahawa 3 kampung baru, Kampung Baru Air Kala, Padang Grus dan Selat Pagar. Anak-anak mereka yang Sekolah Datuk Ahmad, Sekolah Menengah Datuk Ahmad, Lenggong mempergunakan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera ini. Tapi malangnya, bas ini kadang ada, kadang kena takdak. Saya mendapat maklumat, info daripada guru pentadbir sekolah Datuk Ahmad ni pelajar dia kadang-kadang mari, kadang-kadang tak mari dengan sebab tidak ada bas. Sebagai sumber utama pengangkutan untuk datang ke sekolah. Sebab itu saya mencadangkan supaya dibuat satu jadual yang khusus kepada pengangkutan bas ini. Sama ada dia dari Lenggong buat u-turn balik pergi ke Gerik buat u-turn balik setakat Airkala untuk ambil budak sekolah. Sekurang-kurangnya kalau dia nak tunggu bas dari Gerik berapa jam dia nak sampai? Maknanya dia dari Lenggong dia pergi ke Airkala untuk semata-mata untuk ambil pelajar sekolah ini untuk datang sekolah dan terus kerja.

Timbalan Yang di-Pertua

Kenering masa sudah tamat. Sudah masuk perenggan yang terakhir

Saya ambil sikit. Ini harapan saya. Ini rungutan-rungutan daripada penduduk-penduduk kampung baru ini. Anak-anak dia tak dapat bersekolah. Ada yang, kadang sehari je bersekolah, kerana bas. Mari, sekali saja.

Yang Berhormat, Kenering. Tronoh, mohon celah.

Ya, saya masih dah habis dah. Masih tak ada dah.

Beri ruang, saya nak tanya sikit. Jadi sebenarnya saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat. Di mana sebenarnya saya sebagai anak muda, saya amat peka isu terhadap pendidikan ini. Maka saya ingin tanya, sebenarnya masalah tentang bas ni dan masalah yang lain tu, dia telah berlaku berapa lama?

Bas ni ia bermula daripada bila mana kerajaan memulakannya. Inilah pun bas. Bas Perak Sejahtera inilah. Dulu sebelum ini ada

Sejak bila, sejak bila? Kalo boleh bagi tempoh, bagi tempoh sekurang-kurang kita boleh semak.

Saya tak pasti, saya tak pasti, saya tak pasti bermula bila tapi selepas bila mana kerajaan ambil alih pengangkutan bas ini daripada Red and Yellow kemudian melalui Perak Sejahtera ini. Perjalanan bas antara Gerik dan Lenggong memang kurang memang kurang. Jadi masalah kepada pelajar-pelajar di Kampung Baru ini untuk hadir ke sekolah yang merupakan sumber pengangkutan utama mereka untuk ke sekolah. Saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri melihat suasana tersebut. Untuk itu saya rasa sekadar itulah ucapan saya untuk sesi perbahasan ini. Saya Kenering menyokong bajet yang dibentangkan. Sekian, wabilahitaufik wahidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Kenering. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani, Bismillahhirrohmannirrohhim Alhamdulillah hirrohbilalamin wasalatuwasalam waalaasyrofil ambiyaiwalmussolin waala alihiwashobihiajmain. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan daripada pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, seterusnya yang dikasihi semua rakyat negeri Perak, khususnya rakyat Rungkup dan Bagan Datuk yang mengikuti sidang Dewan Negeri Perak. Mesyuarat Kelima Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan.

Sebelum memulakan perbahasan, saya ingin merakamkan bingkisan merafakkan sembah kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azamuddin Shah Maghfulah yang berbunyi seperti berikut: Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap di ampun. Patik merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah digarhayu sempena hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku pada 04 Disember yang lalu. Diiringi dengan doa ke hadrat Allah s.w.t. semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan dilimpahkan hidayah dan inayah dalam merenangi bumi bertuah Perak Darul Ridzuan ini. Patik juga merafak sembah setinggi-tinggi tahniah atas pemilihan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk sekali lagi menggalas sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong, sesungguhnya patik dan sekalian rakyat jelata Negeri Perak berasa amat gembira atas pemilihan itu. Ampun Tuanku.

Alhamdulillah, saya juga mengucapkan setinggi kesyukuran kerana Allah SWT kerana atas limpah perkenan dan kurnianya jua, saya berpeluang membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2024 di Dewan yang mulia ini. Telah menjadi suatu kewajaran bagi saya mengajak seluruh Ahli Dewan dan para hadirin turut memanjatkan kesyukuran atas suasana aman dan damai yang membolehkan kita secara bersama meneruskan usaha membangunkan negeri tercinta ini.

Dari Rungkup Ke Dewan Negeri, Membawa Hasrat Ingin Berjasa, Mari Bertaut Bersatu Hati, Membela Rakyat Hingga Berjaya.

Maksud yang tersemat pada pantun yang saya nukilkan itu menjadi tema perbahasan saya iaitu ingin mengajak seluruh Ahli Dewan yang mulia ini, sama ada di pihak penyokong kerajaan mahupun di pihak pembangkang, bersatu hati dalam usaha membela rakyat menuju kejayaan. Sekalipun kita bertegang leher untuk menyampaikan maksud, namun kita tidak seharusnya tersasar atau terbabas daripada niat yang satu iaitu memperjuangkan nasib rakyat dan membangunkan negeri tercinta ini supaya terhasil matlamat murni untuk kebaikan berikutnya.

Timbalan Yang di-Pertua dan sekalian Ahli-ahli Dewan yang dihormati, dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini, rakyat dan negara telah melalui satu musim yang amat getir, penuh cabaran yang tak pernah kita alami sebelum ini. Babak Covid-19 yang melanda negara bukan saja telah membawa musibah kesihatan dan meragut nyawa ratusan ribu rakyat negara ini malah mengakibatkan pengucupan dan ketidaktentuan ekonomi yang pernah secara langsung atau secara tak langsung mencetuskan kebesaran sosio-politik. Suasana yang penuh cabaran dan presidented dengan izin telah benar-benar menguji ketahanan kita sebagai sebuah negara bangsa yang sebelum itu menjalani kehidupan rukun damai menguji ke matlamat negara maju. Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan kesempatan kita telah berjaya melepasi ujian kita getir itu. Sekalipun dengan harga yang amat mahal bersekali dengan keperluan melatih dan membiasakan diri masing-masing dengan beberapa norma baru dalam kehidupan serta perusahaan ekonomi, sosial dan politik yang dilanda kesalahan kejayaan penting. Selain daripada itu, elok juga disebut bahawa dalam keadaan yang sedemikian mencabar, rakyat dan negara telah mengalami suasana politik yang juga presidented dengan izin. Iaitu yang tak pernah dialami sebelum ini, di mana berlaku pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri dalam tempoh tak sempat sepenggal pilihanraya. Tak sempat Perdana Menteri sepenggal pilihanraya.

Saya sebutkan beberapa peristiwa sedemikian itu dengan harapan ianya menjadi acuan dan ittizam untuk mencapai matlamat bersama demi rakyat dan bumi tercinta. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berkat kesungguhan dan keizinan Allah juga usaha ke arah pemulihan yang ditanya dan disanjung oleh Kerajaan Perpaduan Madani telah mula mendapatkan kepastian. Secara menyebut sepintas lalu dari segi pentadbiran politik telah mula menunjukkan tanda-tanda semakin mengukuh. Ini telah mengamit keyakinan para pelabur di peringkat dan pusat melalui MIDA memaklumkan pelaburan sebanyak RM132.6 billion atau 6.3% daripada sasaran tahunan pada separuh masa pertama Januari hingga Jun 2023 yang telah diluluskan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama yang menyebabkan 2,691 projek dan dijangka menunjukkan 51,853 peluang pekerjaan di negara ini. Pelaburan langsung domestik TDI menyumbang RM69.3 bilion atau RM52.2% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan. Bagi peringkat Negeri Perak pula dalam tempoh yang sama, pelaburan yang telah diluluskan ialah RM4.2 bilion meningkat 75% yang merangkumi tiga sektor iaitu sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan sektor utama.

Ini membuka peluang pekerjaan sehingga RM1,248,000 hasil daripada 192 projek yang disenaraikan. Pelaburan domestik merupakan penyumbang utama sebanyak 94% manakala pelaburan langsung hasil sekitar 6% daripada jumlah pelaburan yang telah diluluskan. Pendekatan positif yang lain termasuk rata-rata keberuntungan sektor perbankan meningkat dengan ketara. Kadang keuntungan syarikat-syarikat tersenarai dan GLC-GLC isi biasa juga meningkat. Kadang inflasi menyederhana kepada 2% berbanding 2.8% pada suku pertama 2023. Kadang pengangguran berkurangan kepada 3.4% pada suku ketiga 2023 berbanding 4.8% pada suku sebelumnya.

Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua maklumat yang saya paparkan itu adalah sebahagian dari gambaran jelas menunjukkan tanda-tanda positif ke arah pemulihan dan kerancangan sekitar potensi pertumbuhan seterusnya dalam konteks negeri Perak, apa yang terkandung dalam Belanjawan Negeri seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar pada 1 Disember 2023 yang lalu merupakan sinaran harapan yang menyeluruh perjalanan kita menuju ke Perak Sejahtera 2030 dengan matlamat Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Negeri Perak mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar, KDNK pada kadar 4.3% pada tahun 2022 berbanding 3.0% pada tahun 2021. Pertumbuhan yang memberangsangkan ini dijangka akan berterusan pada tahun 2024 sekaligus menjadi petunjuk kepada potensi Negeri Perak untuk negeri maju. Satu lagi indikator untuk melihat potensi pertumbuhan ekonomi ialah pelaburan. Pada tahun 2022, Perak mencatatkan 254 projek diluluskan dengan pelaburan RM257. 66 billion yang dijangka mewujudkan 7,682 peluang pekerjaan. Angka-angka ini membuktikan keyakinan para pelabur untuk melabur di Negeri Perak dan atas keyakinan itu, kita boleh mengharapkan pertumbuhan pesat yang telah memberi manfaat kemakmuran kepada rakyat jelata. Selain dari pertumbuhan KDNK, jumlah kutipan hasil yang meningkat juga adalah satu lagi petunjuk kepada potensi negeri Perak. Dekat 31 Oktober 2023, kutipan hasil telah mencecah RM999.2 juta meningkat, RM61.3 juta berbanding tempoh sama tahun lalu. Bagi tahun 2024, anggaran hasilnya adalah RM1.24 bilion berbanding anggaran RM1.13 bilion pada tahun 2023. Berpandukan maklumat tersebut, saya ingin membuat ulasan dan pandangan seperti berikut. Hasil negeri. Hasil cukai yang berkaitan dengan tanah dan base revenue dengan izin dan juga cukai ke atas bahan sumber asli merupakan penyumbang utama kepada hasil negeri. Kehendak meningkatkan hasil negeri melalui sumber ini amat berbatas.

Justeru perlu dicari ikhtiar untuk meningkatkan hasil negeri melalui pelbagai sumber selain dari yang berkaitan dengan tanah dan sumber asli. Ini termasuk penyerahan hasil daripada keberuntungan pelaburan dalam sektor-sektor terpilih. Dalam suasana, suasana ekonomi domestik yang semakin pulih sekarang ini, di mana prestasi keberuntungan syarikat-syarikat tersenarai di bursa saham telah menunjukkan kadar keberuntungan yang memberangsangkan, elok kiranya pihak Kerajaan Negeri menimbangkan cadangan pelaburan melalui pembelian stok saham dalam syarikat-syarikat terpilih. Walau bagaimanapun, pelaburan bentuk ini perlu dan pemantauan yang rapi untuk mengelakkan kerugian. Pelaburan secara portfolio dan imbangan sektor adalah adalah suatu option yang baik. Lazim yang menjadi amalan pelabur-pelabur saham yang bijak akan membeli secara terpilih stok-stok saham yang harganya sedang memanjat dan menjualnya pada harga puncak. Jangan tunggu pada harga puncak baru nak membeli kerana lazimnya selepas harga mencapai puncak ia akan menurun. Atas krisis ini saya ingin mengsyorkan agar kerajaan negeri membuat pertimbangan untuk melabur dalam saham-saham terpilih untuk mempelbagaikan dan menambah hasil negeri. Keterjaminan bekalan makanan. Di akhir-akhir ini soalan soal keterjaminan bekalan makanan semakin kerap diperkatakan oleh para pemimpin dan juga rakyat jelata. Jelas bahawa perkara ini semakin membimbangkan. Bukan sahaja dari segi keberadaan bekalan makanan yang mencukupi malah membabitkan soalan selama ada ia mampu dibeli oleh rakyat, khususnya golongan B40.

Sering berlaku rencatan bekalan dan peningkatan harga akibat gejala kartel, amalan monopoli, aktiviti pencatutan dan sebagainya. Bagi menangani masalah ini ia memerlukan tindakan holistik dan bersepadu di mana Jabatan Pertanian seharusnya mengambil peranan utama dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti bahan-bahan makanan melalui aktiviti agro-pertanian. Untuk tujuan tersebut, peruntukan bagi Jabatan Pertanian sewajarnya ditambah ke paras dan lebih munasabah. Berhubungan dengan perkara ini, tindakan penguatkuasaan pengolahan harga dan bekalan perlu diperkemaskan supaya benar-benar berkesan. Atas kurniaan Ilahi, negara kita ini mempunyai tanah yang subur dan luas untuk kegiatan pertanian. Agak ironis jika kita terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan dan terpaksa mengimport melibatkan aliran wang keluar negara sebanyak kira-kira RM70 bilion setahun. Dalam masa yang sama ia dirumitkan lagi oleh rantaian bekalan yang terputus atau tidak konsisten yang membuka ruang kepada amalan amalan pencatutan dan monopoli atau kartel sekaligus menjejaskan daya beli ke golongan pengguna. Bukan niat nak menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi tentu ada yang tak kena dalam hal ini. Justeru diperlu diberi perhatian seceris. Pelaburan sihat berlipat tinggi dan berganda serta berciri pembangunan. Pada musim negara kita, merancana perlarian paksi ekonomi daripada sektor tradisional pertanian dan perlombongan kepada sektor perindustrian. Beberapa dasar telah ditetapkan termasuk perorientasi eksport, penghasilan produk pengganti import, pencanaan peluang pekerjaan, pembinaan teknologi, pemerosesan sumber semula jadi dan pemajuan pembangunan wilayah.

Dasar tersebut telah melalui beberapa proses pengubahsuaian mengikut keperluan semasa. Walaubagaimanapun, ia tidak harus tersasar daripada landasan memelihara kepentingan negara dan kesejahteraan ekonomi serta alam sekitar dalam persekitaran sosial ekonomi yang dinamik sifatnya. Hubungan dengan perkara ini sekalipun Negeri Perak amat perlu merancakkan pelaburan samada dari sumber domestik ataupun asing. Jangan sampai kita mengabaikan peri pentingnya proses saringan bagi menentukan pelaburan yang masuk ke negeri ini benar-benar bermanfaat, bukan sekadar mengaut keuntungan dalam tempoh tertentu dan lepas itu tutup kilang atau perniagaan tanpa sebarang manfaat residual kepada kita. Sebagai contoh, terdapat beberapa kilang bersaiz peniaga yang mengimport ribu-ribu warga asing sebagai pekerja atas alasan penjimatan kos. Juga terdapat beberapa buah kilang yang mengimport bahan mentah atau bahan separuh siap untuk diproses atau dipasarkan di negeri ini. Kilang seumpama ini hanya menjadikan negara atau negeri ini sebagai transit tanpa memberikan manfaat kewangan mental. Walaubagaimanapun pandangan saya ini jangan disalah taksir. Apa yang terkandung dalam hujah ini tak lain tak bukan membawa maksud ingin melihat sifat-sifat dan ciri pelaburan yang benar-benar menyumbang kepada pertumbuhan serta kelestarian ekonomi yang memanfaat kepada rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya ingin menyentuh isu-isu yang setempat, isu-isu setempat itu kawasan saya, Dun Rungkup yang mungkin ada kaitan langsung atau tidak langsung dengan Belajawan Negeri Perak 2024. Kawasan Dewan Negeri Rungkup merupakan salah satu kawasan yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk. Rujuk kepada Perak Sejahtera 2030, khususan bagi daerah Bagan Datuk ialah Persadar Kelapa Dunia. Kelapa ini memang sangat sinomin dengan Bagan Datuk. Namun terdapat beberapa isu yang mesti diambil kira. Terlebih dahulu dan diberikan penekanan kerana ianya berkait rapat dengan kejayaan aspirasi menjadikan Bagan Datuk sebagai Persadar Kelapa Dunia. Kemasukan kelapa import daripada negara jiran tanpa sebarang kawalan dan pemantauan yang khusus bagi menjamin kadar harga dan kualiti yang terjamin dan harusnya ada agensi khas yang mengawal selia pembangunan tanaman kelapa ini. Kelapa import ini menyebabkan ketidaksimbangan harga kelapa di pasaran, khususnya Bagan Datuk kerana jumlah kelapa yang diimport ini terlalu banyak tanpa sebarang kawalan dari segi kuota kemasukan bagi mengawal kadar harga di pasaran.

Hakikatnya di kawasan daerah Bagan Datuk ini orang kampung pengusaha-pengusaha tanaman kelapa masih mengekalkan kelapa jenis kelapa tinggi melayang, melayang tol kerana sistem yang digunapakai oleh peraih-peraih kelapa membeli kelapa mengikut gred kelapa gred A, B dan C dengan harga mengikut saiz. Buah kelapa yang saiz kecil kebiasaannya hanya tidak dibeli oleh peraih dan ingin menyebabkan melambakan kelapa bersaiz kecil tanpa harga. Ini merupakan penyebab utama kenapa kelapa jenis matak, sebagai contoh, tidak mendapat perhatian oleh pengusaha-pengusaha tanaman kelapa di Bagan Datuk untuk tanaman semula. Akhirnya pengusaha-pengusaha tanaman kelapa ini membuat keputusan menukar tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit. Jika ini berlarutan tanpa kawalan maka tanaman utama di Bagan Datuk akan bertukar seluruhnya kepada tanaman kelapa sawit. Situasi ini pastinya akan merencatkan usaha menjadikan Bagan Datuk sebagai Persadar Kelapa Dunia.

Seterusnya, saya ingin membawa suara rakyat Rungkup berkenaan Bagan Datuk sebagai daerah bongsu yang perlu dibangunkan dan dilengkapkan dengan pusat pentadbiran, jabatan-jabatan utama serta fasiliti bagi mendukung pasca Perak Sejahtera 2030 ke arah pembangunan yang komplusif. Rancangan Pemulihan Bandar Baru Bangun Datuk yang mengikuti beberapa fasa dan dimulakan dengan komponen Pusat Pentadbiran Kerja Negeri dan Persekutuan secara teratur dan kondusif. Ini penting kerana kerjasama antara kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu diselarikan serta setempat. Lain daripada pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan jabatan-jabatan peringkat daerah juga perlu berada di tempat yang strategik dan bersifat one stop centre. Tidak dilupakan juga bangunan pentadbiran agama Islam seperti JAIPk, bangunan persekutuan sebagai contoh untuk menempatkan jabatan pengangkutan jalan, imigresen dan jabatan pendaftaran negara dan lain-lain agensi. Lain pusat pentadbiran, bangunan komersial juga penting sebagai keperluan berhadap institusi pendidikan sebagai contoh Sekolah SABDA, MRSM dan Politeknik Bagan Datuk yang dijangka akan dibuka pada Januari 2024.

Timbalan Yang di-Pertua benar, di Bagan Datuk telah wujud dan terdapat pelbagai agensi jabatan dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri serta Persekutuan. Semuanya ketika ini dari segi kedudukan dan lokaliti tidak setempat dan jarak yang agak jauh antara pejabat urusan. Sebagai contoh, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Simpang 3 Rungkup, Pejabat Pendaftaran Negara di Pekan Bagan Datuk. Pejabat Tadbir Agama di Selekoh dan Pejabat Baitulmal di Sungai Sumun manakala Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Simpang 4, Hutan Melintang. Keperluan penyediaan infrastruktur bagi pembangunan bandar baru seperti jalan, utiliti dan kawasan lapang. Ini pastinya memerlukan satu perancangan rapi atau blueprint pembangunan bandar baru Bagan Datuk yang serba lengkap dan teratur demi kesejahteraan serta kemudahan khususnya untuk rakyat Bagan Datuk dan sekitarnya. Kami juga memohon supaya permohonan kami untuk mempunyai majlis daerah kami sendiri memandangkan kami telah menjadi sebuah daerah dapat dipertimbangkan semula oleh pihak Kerajaan Negeri.

Akhirnya berhubung kait dengan program tebatan banjir Bagan Datuk adalah menjadi harapan tinggi kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agar ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kami tidak sanggup lagi untuk mengalami fenomena banjir termenung setiap kali air besar berlaku pada setiap bulan.

Belanjawan Negeri Perak 2024 ini akan melalui pelaksanaannya pada musim ini dan dijangka mengalami pelbagai cabaran dan ketidaktentuan akibat ketidaktenteraman geopolitik dan ketidakstabilan sosio ekonomi di rantau dan wilayah yang bergelora di peringkat global yang pastinya menempiaskan negara kita.

Untuk mendepani suasana yang sedemikian itu, kita perlukan ketahanan dan bagi membina ketahanan, kita perlukan semangat yang kental. Induk kepada ketahanan itu ialah kesepaduan dan kesediaan untuk bekerjasama. sekalipun sebagai Ahli Dewan Negeri kita berada dalam dua kompartmen, iaitu penyokong kerajaan dan pembangkang dan dalam masa yang sama, mewakili parti masing-masing, soal kepentingan negeri dan kemaslahatan rakyat tidak harus dijadikan kolateral politik. Gejala accessories poly thinking atau over poly thinking boleh menjurus kepada ketidakstabilan politik yang mungkin berkesudahan dengan menang jadi arang, kalah jadi abu manakala yang pasti rugi adalah rakyat dan Negara. Belanjawan ini adalah belanjawan yang paling besar dalam sejarah negeri Perak. Sejarah ini bukan terjemah dengan sendiri. Ia terhasil dari kesungguhan, iltizam dan kesepaduan, kerjasama dan barisan kepimpinan Negeri dan juga pihak pentadbiran. Turut menjadi penyumbang ialah keberhasilan usaha pemilihan ekonomi dan kelangsungan semangat kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam acuan Kerajaan Perpaduan. Diharapkan kesepakatan yang erat itu dapat diteruskan tanpa diganggu gugat oleh sebarang anasir yang memecah-belahkan. Membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2024 bukan medan pertempuran buat kita. Ia adalah bingkai kerjasama yang jika terisi dengan sempurna akan menghasilkan manfaat untuk rakyat dan Negeri. Sama-samalah kita sokong.

Sebelum diakhiri, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang membantu beliau untuk menghasilkan dokumen Belanjawan Negeri Perak 2024 yang begitu praktikal dan memberangsangkan diiringi dengan doa semangat, mendapat restu dan perkenan daripada Allah jua hendaknya. Ucapan terima kasih juga saya panjangkan kepada rakyat Dun Rungkup, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Pegawai Daerah Bagan Datuk dan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, penghulu-penghulu, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan serta seluruh kakitangan MPTI, ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di atas segala kerjasama yang baik demi pembangunan dan kemajuan Bagan Datuk dan Dun Rungkup. Sekian, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Rungkup mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Rungkup. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Ayat Suci Al-Quran). Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, YAB Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada kerajaan ataupun pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan mahu pun negeri, rakan-rakan pengamal media, seterusnya seluruh rakyat Negeri Perak yang mengikuti Sidang Dewan Negeri, Persidangan Ketiga, Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi ruang dan juga peluang untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020…2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 pada hari ini. Timbalan Yang di-Pertua, sebagai muqaddimah saya bacakan satu ayat Al-Quran yang sudah kita biasa dengar. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Surah Al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, "Sekiranya penduduk negeri beriman serta bertakwa, tentulah kami akan buka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah dari langit dan dari bumi tetapi mereka mendustakan Rasul kami. Lalu kami timpakan kepada mereka azab disebabkan apa yang telah mereka lakukan." Sadaqallahul-Azim.

Timbalan yang di-Pertua, Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2024 yang baru lalu. Saya kira sudah pastilah belanjawan pada kali ini membawa banyak kebaikan kepada rakyat negeri Perak. Bahkan semasa ucapan belanjawan tersebut, saya meneliti dengan tekun dan pada satu ketika saya juga merasai kegundahan. Saya merasai rasa kepiluan ketika mana YAB Menteri Besar berasa sebak ketika beliau menyentuh berkenaan dengan isu kesejahteraan hidup rakyat. Saya kira YAB Menteri Besar sebagai bapa kepada seluruh rakyat negeri ini. Pastilah beliau amat memahami dengan baik jerit perih dan resah gelisahnya rakyat menempuh kehidupan yang mencabar pada hari ini. Maka saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih khusus kepada YAB Menteri Besar atas keprihatinan tersebut. Timbalan Yang di-Pertua, kalau kita renung kembali ayat yang saya bacakan tadi, ianya amat berkait rapat dengan kesejahteraan hidup manusia di atas dunia ini. Sebagai satu akidah yang sahih, wajib bagi kita sebagai seorang Muslim meyakini tanpa berbelah bagi setiap apa yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran. Intipati ayat tersebut ialah untuk mencapai kesejahteraan yang melimpah ruah dalam sebuah masyarakat, dalam negara maupun dalam negeri, keimanan dan ketaqwaan yang total kepada Allah SWT adalah kunci paling utama.

Ketiadaan ataupun kerosakan, iman ataupun taqwa ini akan menghilangkan atau mengurangkan keberkatan. Jikapun kelihatan seolah-olah rakyatnya kaya tapi tanpa keberkatan, maka tiada kesejahteraan hidup yang sebenar yang akan dapat dikecapi. Taqwa ini membawa maksud manusia semuanya diseru agar melaksanakan segala perkara yang baik yang diperintahkan oleh agama dan meninggalkan segala perkara buruk yang dilarang oleh agama. Melaksanakan perkara yang baik, yang diperintahkan oleh agama yang paling besar pula ialah meletakkan dan memartabatkan hukum-hukum syariat pada tempat yang paling tinggi. Saya sangat berkeyakinan bahawa sekiranya perkara tersebut dilaksanakan nescaya negara mahupun negeri akan beroleh keberkatan dan kesejahteraan. Inilah yang kita cita-citakan di negeri kita ini agar dengannya nanti rakyat dan negeri kita berada dalam keadaan penuh dengan keberkatan, ketenangan, keharmonian yang membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan setingg-tinggi tahniah kepada pasukan pentadbiran negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Bandar, Yang Di-Pertua-Yang Dipertua, ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi Perak di atas peningkatan KDNK, RM80.2 bilion dan hasil negeri dengan pencapaian hasil RM 1.09 bilion pada tahun berakhir 31 Disember 2022. Namun, saya berpandangan kita tidak boleh bersikap berpuashati ataupun leka. Sebaliknya kita harus melipatgandakan usaha, menguatkan ikhtiar dan terus bersungguh-sungguh merencana perancangan yang terbaik bagi bersama membangunkan negeri. Insya Allah, saya sebagai Ahli Dewan Negeri akan cuba memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh sebagai semak dan imbang yang berkesan, Insya Allah.

Timbalan Yang Dipertua, saya percaya semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan belanjawan tempoh hari, antara pengumuman yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang ialah pengumuman pemberian bantuan khas kewangan, BKK. Alhamdulillah. Saya yakin ramai yang gembira dan tersenyum lebar dengan pengumuman tersebut. Bagi kami pula sebagai Ahli Dewan Negeri terutamanya di blok pembangkang, sudah pastilah kami tertunggu-tunggu dan berdoa agar kami diberikan peruntukan seperti yang sebelum ini untuk kami terus berkhidmat kepada rakyat di tempat kami. Dalam pada saya meneliti ucapan-ucapan sahabat-sahabat semalam pun masuk dalam wassap saya, daripada pusat khidmat saya menghantar kepada saya aduan masyarakat Dun Selinsing. Permohonan untuk rawatan luka kaki seorang ibu. Saya boleh bacakan kepada tuan-tuan apa yang ditulis oleh anaknya dalam tu. Keterangan aduan anaknya menulis bantuan untuk mak saya masalah kaki luka. Kos cuci luka. Untuk mak saya, tuan-tuan, begitulah keadaan. Begitulah keadaan ramai di kalangan penduduk kita yang memerlukan bantuan dan biasanya dia akan terus pergi ke pusat-pusat khidmat. Oleh kerana itulah besarlah harapan saya agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus berkenan meneruskan polisi baik berkait peruntukan sama rata ini untuk tahun hadapan dan tahun-tahun yang seterusnya.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan isu pembasmian kemiskinan. Kemiskinan bukanlah masalah yang hanya diukur semata-mata berdasarkan pendapatan. Ia sepatutnya melibatkan pelbagai dimensi termasuklah pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan dan akses kepada perumahan yang mampu. Dengan mengambil kira semua aspek ini, barulah kita dapat menyediakan bantuan yang lebih holistik kepada golongan miskin ataupun B40. Menurut perangkaan DOSM, sekitar 20% isi rumah M40 telahpun bertukar kepada isi rumah B40 pada tahun 2020 disebabkan oleh krisis pandemik Covid-19 dan kalau kita lihat kepada laporan sosio ekonomi 2022 pula khusus untuk negeri Perak, insiden kemiskinan mutlak ini meningkat. Data yang ditunjukkan daripada 2019 sehingga 2022 menunjukkan peningkatan daerah-daerah seperti Batang Padang, Kuala Kangsar, Larut Matang Selama, Hilir Perak, Bagan Datuk terus meningkatkan terus mencatatkan peningkatan.

Saya sebenarnya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri atas inisiatif-inisiatif menoktahkan kemiskinan. Saya menyokongnya cuma saya ingin menambah agar inisiatif yang diambil perlulah dititikberatkan soal penerapan nilai-nilai, nilai-nilai moral dan agama yang tinggi. Ini kerana kita cuba membasmi kemiskinan, kemiskinan material tetapi sebenarnya kemiskinan agama, kemiskinan moral ini lebih bahaya daripada kemiskinan material. Kita lihat peningkatan di kalangan rakyat miskin ini, anak tidak sah taraf yang semakin meningkat berlakunya judi terutamanya judi online yang terus berleluasa masuk ke dalam kampung-kampung. Kita beri bantuan kewangan dia pergi main judi. Akhirnya dia balik rumah, dia menyusahkan keluarga dia pukul isteri pukul anak. Manakala anak-anak pula ada yang ketinggalan dalam persekolahan, ada yang bersama-sama dengan kawan-kawan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan lain-lain. Maka saya menyeru agar pihak kerajaan dapat mengeluarkan satu model pembasmian kemiskinan yang komprehensif termasuklah membasmi miskin moral dan miskin agama ini. Mungkin boleh dicadangkan diadakan kaunselor-kaunselor sama ada di JKM di Baitulmal dan lain-lain untuk membantu untuk membasmi kemiskinan moral dan juga agama ini, insya Allah.

Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan fokus keterjaminan bekalan makanan kawasan saya sama seperti Semanggol dan juga Alor Pongsu semalam, ada Alor Pongsu di belakang, termasuklah Sungai Manik pun pagi tadi menyebut kawasan kami kawasan jelapang padi. Jadi tidak boleh tidak, saya wajib menyebut berkaitan dengan permasalahan para pesawah ini. Saya bersetuju dengan Semanggol dan Alor Pongsu semalam bahawa untuk menyelesaikan permasalahan petani dan pesawah ini perlu kepada satu perancangan ataupun tindakan strategik yang komprehensif. Bukannya kita buat, dengan izin, trouble shoot secara adhoc. Kita tak boleh lagi buat rosak di sini kita buat sini sikit, rosak di sana kita buat sana sikit, sebab akhirnya peruntukan kita habis, tetapi hasil padinya semakin merudum dan pesawah makin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya sebenarnya semalam hampir setuju dengan perkataan yang digunakan oleh Alor Pongsu iaitu sistem yang ada sistem saliran pertanian yang ada di Kerian itu perlu kena overhaul. Itu perkataan dia guna semalam. Saya hampir bersetuju tapi saya ingat lebih baik kalau guna kita buat new brandlah lagi lagi baik kut. Cuma saya ingin mencadangkan di sini jika boleh kita di negeri Perak ini sebagai sebuah jelapang padi. Jika bolehlah peranan ini mungkin boleh diambil oleh SADC contohnya, supaya Kerajaan Negeri mempunyai kilang padi sendiri. Kilang, proses beras dan kilang benih padi. Ini supaya kerajaan dapat mengawal harga padi menjamin pembelian padi pada harga yang paling tinggi dan bekalan benih padi dapat dikawal pada harga yang paling berpatutan.

Saya cadangkan kerajaan meletakkan syarat kepada pesawah yang ingin menjual padi di kilang kerajaan ini supaya mereka mendapatkan pensijilan MyGAP. Pensijilan pengeluaran padi yang berkualiti dan selamat dimakan, barulah mereka boleh mendapatkan harga jualan yang paling tinggi yang kerajaan boleh tawarkan dikilang kerajaan. Ini boleh menjadi satu instrumen galakan yang kuat kepada para petani, pesawah untuk mengusahakan sawah mereka dengan lebih tekun, sempurna dan dengan cara yang paling baik. Saya dimaklumkan di daerah Kerian ini buat masa ini daripada 18,497 hektar tanah sawah yang ada, hanya sekitar 200 ekar sahaja yang ada pensijilan MyGAP ini. Ini barangkali disebabkan tiadanya keistimewaan walaupun mereka mendapat pensijilan MyGAP ini. Hasil padi mereka berkualiti, tapi sama saja nilainya dengan hasil padi orang lain. Oleh itu, saya cadangkan Kerajaan Negeri wujudkan kilang dan gunakan instrumen ini bagi menggalakkan petani menghasilkan pengeluaran padi yang berkualiti dan lebih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya sebenarnya berasa teruja apabila terdapat projek di bawah Rolling Plan-4 (RP4) (RM) Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Pembangunan Pusat Kecemerlangan Nenas Wilayah Utara Daerah Kerian. Lebih menggembirakan saya apabila saya mendapat makluman bahawa tapaknya adalah di Selinsing. Saya berharap ianya betul dan mohonlah agar projek ini dapat disegerakan. Sememangnya di Selinsing ada kawasan penanaman nenas yang agak luas, lebih kurang 300 ekar pada masa ini. Saya berharap agar pihak kerajaan dapat membantu segera mengembangkan projek ini mungkin dengan beberapa kaedah. Antaranya yang boleh saya sebut, yang pertama mengadakan projek tanaman integrasi dengan kerjasama Sime Darby Bhd. Kawasan ladang sawit yang hendak ditanam semula boleh dijadikan tapak tanaman nenas sementara menunggu kelapa sawit mengeluarkan hasil.

Yang kedua, mungkin kerajaan boleh memberikan kebenaran kepada petani nenas ini untuk menggunakan tanah-tanah kosong, tanah reserve TNB yang luas dan tanah-tanah wakaf yang kosong. Yang ketiga, mohon agar pihak kerajaan menggalakkan projek bersifat komuniti seperti di taman-taman perumahan, surau, masjid dan sekolah-sekolah. Bahkan tanah kubur, tanah kubur yang masih belum penuh pun boleh diusahakan tanaman nenas ini. Sebab ianya bukanlah tanaman yang kekal dan yang keempat, pihak kerajaan bolehlah membantu mewujudkan industri hiliran bagi produk berasaskan nenas.

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri khususnya YB Jalong, Exco Pelancongan yang baik. Untuk makluman YB, kami di Selinsing khususnya di sekitar kawasan Kuala Gula. Kami sebenarnya ada airport yang sangat sesak sebenarnya, sangat sesak dan sibuk terutama antara bulan Ogos hingga April setiap tahun. Kami menerima kehadiran pelancong yang sedang bergerak daripada hemisfera selatan ke hemisfera utara terutamanya daripada Siberia dan Mongolia. Pelancong-pelancong itu ialah lebih 166 spesies burung-burung tempatan dan juga burung luar yang singgah di sini pada satu-satu masa. Burung upih antaranya, burung botak kecil datang daripada Kepulauan Siberia. Ada burung camar putih, ada burung tukang kubur dan juga pelbagai spesies haiwan yang lain seperti ikan lumba-lumba, harimau bintang pun kadang-kadang boleh dilihat di kawasan ini. Jadi saya harap YB boleh datanglah. Boleh datang, lihat, dan perluaskan sesuatu agar keunikan ini tidak dipersiakan. Bahkan mungkin boleh menjadi satu produk pelancongan yang menarik serta mendatangkan hasil kepada penduduk setempat dan juga negeri. Sebelum ini ada tersedia beberapa utiliti atau pun kemudahan untuk pelancong ke sini. Ada chalet penginapan, ada surau, dewan dan juga kafe. Bagaimanapun baru-baru ini kesemua kemudahan ini telah pun diruntuhkan disebabkan kerosakan.

Timbalan Yang di-Pertua

2 minit. Masuk perenggan terakhir.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ok baik. Persoalan saya, apakah pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk menggantikan semula kemudahan-kemudahan ini bagi menarik kehadiran pelancong ke sini? Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut beberapa perkara berkaitan dengan isu-isu tempatan. Antaranya ialah berkaitan dengan memastikan persekitaran yang bersih. Saya mohon supaya peruntukan kutipan sampah di luar kawasan operasi PBT dapat dinaikkan. Ini kerana masih terlalu banyak kawasan yang tidak mempunyai sistem pelupusan sampah yang baik. Kalau di Selinsing, pekan-pekan kecil seperti pekan Sungai Gedung, pekan Simpang 4, pekan Sungai Baru tidak memiliki pembuangan sampah yang sempurna. Sampah yang dilonggok ini nanti akan masuk ke dalam saliran perparitan dan mungkin akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Kemudian saya juga memohon agar pihak Kerajaan dapat menyediakan kemudahan rekreasi dan sukan di Dun Selinsing. Di Selinsing ini tiada satu pun padang bola awam untuk penduduk berekreasi. Hanya terdapat sebuah padang futsal di Kampung Tersusun Jalan Gula yang telah pun daif dan rosak. Bagaimanapun kami telah pun mengemukakannya kepada pihak kerajaan untuk dibaik pulih. Semoga permohonan tersebut segera dapat diluluskan.

Seterusnya saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan bangunan dan struktur binaan yang mempunyai nilai warisan. Di Selinsing ada satu jambatan, Jambatan Sungai Gedung nama dia. Jambatan besi yang mana telah pun berusia lebih 100 tahun dan besinya dibawa, besinya besi tahan karat yang dibawa terus daripada England. Jadi saya harap supaya saya cadangkan agar jambatan ini kita syorkan untuk diiktiraf sebagai warisan negara dan boleh dipulihara. Insya Allah.

Timbalan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri perbahasan saya, ingin saya bacakan maksud sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani berbunyi, "Dan amalan paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang kamu masukkan ke hati seorang mukmin atau engkau hilangkan kesusahannya atau engkau membayarkan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya." Sadaqa' Rasulullah. Saya menyambut gembira pengumuman berkaitan pemberian bantuan khas kewangan pada kadar 2 bulan. Kalau boleh 3 bulan pun tak apa sebenarnya, kepada semua penjawat awam Pentadbiran Kerajaan Negeri. Cuma saya mengharap janganlah cicirkan para imam, bilal, siak, guru takmir dan guru kafa. Mereka ini pada hemat saya telah pun memberikan komitmen dalam meninggikan syiar Islam dalam Negeri Perak ini. Maka pada hemat saya adalah wajar dipertimbangkan cadangan ini. Akhirnya, saya mohon maaf di atas segala salah bicara dalam perbahasan ini. Saya dengan ini mohon menyokong RUU Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024. Saya sudahi dengan Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Selinsing. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbilalamin. Sabda Nabi s.a.w. (Bacaan Doa) yang bermaksud, "Ya Allah, barang siapa yang diberi kuasa untuk menguruskan urusan umatku, kemudian ia memudahkan urusan mereka, maka permudahkanlah dia. Dan barang siapa yang menguruskan urusan umatku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia." Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang memberi saya peluang dalam sesi perbahasan Belanjawan 2024. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, barisan ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, seterusnya semua para hadirin sekalian.

Terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2024, Jumaat minggu lepas. Terima kasih juga kerana Belanjawan Tahun 2024 iaitu sebanyak RM1.347 bilion di mana ia melebihi tahun-tahun sebelumnya. Cuma belanjawan tahun ini sedikit defisit iaitu RM104.5 juta di mana anggaran hasil RM1.2425 billion dan perbelanjaan RM1.347 billion. Insya Allah di atas kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ianya boleh ditangani masalah defisit tersebut. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan perbahasan ini dengan mengungkap serangkap kata-kata daripada perbilangan yang merupakan satu daripada puisi tradisional melayu khususnya di Negeri Sembilan yang berbunyi

Kok mengukur biarlah sama panjang, Kok menimbang biarlah sama berat, Kok membahagi biarlah sama banyak, Tidak boleh dilebihkan untuk diri sendiri, Tidak boleh dikurangkan untuk orang lain.

Kalau diungkapi dan direnungi bait-bait ungkapan dalam perbilangan tersebut, masyarakat Melayu tradisional amat berpegang teguh pada prinsip keadilan dan menentang keras sikap mementingkan diri sendiri. Hal ini diperkuatkan lagi dengan kekuatan amalan agama Islam yang menjadi landasan dalam kepimpinan dan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Islam mengajar kita berlaku adil dalam melaksanakan kebajikan khususnya untuk rakyat negeri ini. Sesungguhnya, Allah menyuruh kalian berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kalian, yakni dengan suruhan dan larangannya supaya kalian mengambil peringatan dengan mematuhinya. Surah An-Nahl, ayat 90. Saya amat berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa berlaku adil untuk memberi peruntukan kepada rakyat tanpa membezakan latar belakang politik. Dan saya percaya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar berlaku adil untuk semua khususnya untuk rakyat negeri. Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian, di dalam perbahasan sebelum ini, semua sahabat-sahabat saya Yang Berhormat menjelaskan peruntukan-peruntukan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya pula nak mohon peruntukan-peruntukan yang dibentangkan.

Pertamanya, saya sebagai Adun Changkat Jering memohon agar diberi perhatian yang lebih bagi untuk peruntukan bagi pembangunan terutama untuk projek-projek keudahan asas bagi kawasan-kawasan luar bandar seperti jalan dan longkang yang masih banyak perlu dinaiktaraf atau dibaik pulih. Pemasangan paip air utama dan sistem perparitan yang masih belum sempurna terutama untuk di kawasan kampung-kampung tersusun dan tradisional malah juga dalam kawasan PBT pun masih tidak sempurna. Hal ini menyebabkan kerap berlaku banjir kilat dan terputus bekalan air. Saya telah membuat beberapa permohonan untuk menaik taraf dan membaiki prasarana yang sedia ada yang dalam keadaan yang amat daif, yakni permohonan melalui surat telah dikemukakan namun jawapan yang diterima ialah menunggu peruntukan sama ada negeri ataupun persekutuan. Oleh sebab itu, saya amat berharap pihak Yang Amat Berhormat untuk meluluskan permohonan yang saya kemukakan. Yang antaranya ialah Jalan utama Kampung Pak Darus perlu diubah ke jalan yang lain. Sebab jalan tersebut yang sedia ada terletak atas tanah persendirian. Dan kos anggaran jalan baru ini RM lebih RM500,000. Cuma jaraknya 500 meter. Itu pun nilaian anggaran sekadar kasuran sahaja tuan-tuan. Saya tekankan di sini, sebab perlu disegerakan jalan tersebut memandangkan tuan tanah atas jalan tersebut dia nak membina rumah tuan-tuan, dan dia nak tutup jalan sedangkan jalan itu adalah jalan utama untuk Kampung Pak Darus. Itulah sebabnya saya mengharapkan peruntukan akan diberi dengan segera untuk mengelakkan sebarang rusuhan yang berlaku terutamanya bagi penduduk Kampung Pak Darus.

Yang kedua, permohonan pembinaan longkang konkrit di Kampung Sentosa iaitu Pengkalan Aur, yang kos anggarannya iaitu RM522,000. Pemohonan ini sebenarnya telah dihantar melalui MPT ke KPKT. Surat dia pun ada dekat saya tuan-tuan, jadi makna saya mengharapkanlah agar dipercepatkan kelulusan untuk pembinaan longkang ini sebab ini mengakibatkan banjir sentiasa berlaku sekiranya hujan lebat di kawasan tersebut.

Saya juga berharap untuk mendapat peruntukan untuk keperluan pemasangan paip air, paip air besar di RPT Larut Ulu, yakni Air Kuning. Ramai yang tergendala untuk membina rumah disebabkan lot yang diperolehi tiada kemudahan paip air. Jarak lot rumah dengan paip yang sedia ada terlalu jauh, menyebabkan selalu berlaku kebocoran. Kampung ini pun tuan-tuan, ada juga terlibat tanah, jalan terletak di atas lot orang perseorangan. Itu tak jauhlah tuan-tuan tanah yang terlibat itu, saya pergi cek, tengok, hanya lebih kurang dalam 50 meter sahaja. Tapi itu pun sebagai satu laluan, tuan-tuan. Makna tak ada jalan lain, jalan itu, makna terpaksa buat jalan baru lebih kurang 50 meter. Ini anggaran belum dibuat lagi tuan-tuan.

Saya juga memohon dengan jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk meningkatkan keperluan asas di Kampung RPT Kampung Jelapang, Simpang. Terdapat jalan yang masih belum berturap dan sistem perparitan yang amat daif. Seringkali berlaku banjir kilat khususnya di kawasan-kawasan yang rendah. Sebelumnya, untuk maklumat Timbalan Yang di-Pertua, saya pun berada duduk di RPT Kampung Jelapang. Ada kawan-kawan saya, jiran-jiran, dia kata, "macam mana YB?" Kampung YB pun jalan pun tak sempurna, longkang pun tak ada, banyak tak ada. Apa yang dapat saya bagitahu para sahabat-sahabat yang tanya. Dia kata, "Tunggulah, sabarlah sikit." Dia ibaratkan kalau kita dulu masa kita pergi sekolah, kita naik bas sekolah. Ramai-ramai naik bas sekolah. Yang naik bas sekolah itu kebetulan yang naik bas sekolah itu, orang rumah, budak-budak yang naik bas sekolah itu duduk dekat dengan bersebelahan dengan driver bas. Tuan-tuan fahamlah, bila duduk bersebelahan dengan driver bas, dia la yang kena naik awal dan balik, dia lah yang last sekali. Jadi, kena banyak sabar la saya kata dekat deme.

Untuk maklumat Timbalan Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat sekalian, Kampung Jelapang ini asalnya adalah kampung angkat Perdana Menteri Dato' Sri Anuar Ibrahim. Pada tahun 1984, beliau menjadi Menteri Pertanian. Beliau merasmikan RPT Kampung Jelapang. Jadi, itu saya sangat mengharapkan lah agar diberi peruntukan terutama untuk RPT Kampung Jelapang. Dimaklumkan semua projek-projek yang saya sebutkan ini adalah melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Cuma projek Kampung Sentosa bawah KPKT. Saya harap projek dapat dilaksanakan dengan segera.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Saya telah menerima banyak aduan selain daripada aduan pentadbiran seperti mohon baiki jalan rosak, urat jalan, parit, longkang, lampu jalan, lampu syarat, jambatan, tanah rebak, potong pokok, mohon paip air baru, tekanan kuasa elektrik rendah, kumbahan tersumbat dan pelbagai permasalahan lain termasuklah kemudahan di premis kerajaan seperti klinik, pejabat pos dan balai polis, hatta sekolah pun ada yang perlu dinaik taraf atau dibaik pulih. Kesemuanya berjumlah yang direkodkan adalah 168 kes dan alhamdulillah, setakat ini selesai sebanyak 134 kes. Cuma baki lagi sekadar 34 kes yang ini melibatkan peruntukan ataupun bajet yang besar seperti kos jalan baru dan turapan semula, perparitan serta tebatan banjir.

Alhamdulillah JKR diberi peruntukan sebanyak RM188.1 juta. Sehubungan dengan itu, saya telah membuat permohonan kepada pihak JKR untuk pemasangan lampu jalan terutama Jalan Persekutuan FT-001 Kampung Jelutong iaitu sebanyak 25 unit, Batu 11 Kampung Pauh 40 unit dan Jalan Negeri A105 Kampung Sendok Ulu 50 unit. Harap dapat disegerakan kerana sering berlaku kemalangan di jalan tersebut. Alhamdulillah tadi kita dengar Exco ada membentangkan iaitu sebanyak RM2.5 juta untuk lampu jalan. Jadi harap sangatlah dengan peruntukannya itu diberi keutamaan bagaimana yang saya pohonkan tadi. Satu lagi tentang Jambatan Bailey iaitu asalnya jambatan sementara dekat Kampung Cheh, Jalan Negeri iaitu A105 perlu diganti sebab sering berlaku kemalangan terutama musim hujan. Rekod yang ada melebihi 20 kes itu tidak termasuk yang tidak membuat laporan. Harap pihak JKR ambil perhatian dan mungkin boleh menggunakan duit MARRIS kot sebab saya dimaklumkan tadi oleh Exco sebenarnya duit MARRIS ni boleh dikatakan semua daerah masih banyak lagi duit MARRIS. Hata di Larut Matang pun tadi saya ada tetap dibentangkan sebanyak guna baru RM6 juta sedangkan peruntukkan yang diberi dia bagi RM14 juta. Di mana banyak lagi. Saya harap bolehlah kot guna duit itu untuk nak buat Jambatan Bailey. Ini aduan daripada penduduk. Sebab jalan tu bila Jambatan Bailey ni, tuan-tuan, dia jambatan besi. Dia mudah bila hujan, dia licin jalan tu. Jadi makna saya harap sangat lah agar ditukar. Memang asalnya jambatan sementara yang dibuat oleh pihak JKR.

Seterusnya dalam Belanjawan 2024 ini juga, peruntukan untuk JPS sekadar saya tengok sini, RM118.4 juta. Sedangkan kita ada 12 daerah kalau nak diharapkan peruntukan Persekutuan agak kurang ataupun sikit sangat yang kita dapat. Contoh bagi daerah Larut Matang dan Selama, tahun ini JPS memohon RM11 juta. Hanya dapat RM4.18 juta saja. Sedangkan banyak lagi projek-projek yang perlu dilaksanakan terutama untuk mengatasi masalah banjir dan kesan daripada banjir. Kawasan saya banyak, kerap berlaku banjir tuan-tuan, bersepadan dengan Trong pula lagi makna banyak berlaku kerap berlaku banjir. Banyak sungai-sungai yang tebingnya terebak seperti Sungai Sendok dan Sungai Bukit Gantang. Yang membimbangkan lagi rebak itu, tepi rumah penduduk tempatan. Bila jumpa saya, "YB, macam mana ni?" "Tepi dengan rumah saya rebak." Saya pergi tengok, memanglah tuan-tuan. Kita nak salahkan dia pun tak boleh. Dia kata, dulu sungai ni pun sebelah ni lot dia, dia kata. Tapi kena duduk rebak-rebak-rebak dekat dengan dapur dia. Jadi saya hara lah JPS ambil maklum tentang perkara ini sebelum sebarang musibah berlaku. Projek tempatan banjir, luruskan sungai dan baiki jambatan perhubungan orang kampung yang rosak semua ini memerlukan kos yang tinggi.

Timbalan yang di-Pertua, dikesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua agensi dan jabatan kerajaan yang memberikan kerjasama yang baik seperti JKR, JPS, JKN, LAP, PBT, TNB, PLB, KKDW, Baitulmal, KKM, IPD, Bomba dan lain-lain agensi yang tidak sempat saya sebutkan. Changkat Jering mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah memberi peruntukan pada kami tahun 2023 sebanyak RM300,000.00 untuk projek pembangunan dan perbekalan. Bajet yang diberi telah dilaksanakan dengan sebaiknya seperti projek infrastruktur kecil, repair rumah, repair jalan dan sedikit perbekalan. Semoga diharap peruntukan 2024 ini dapat dikekalkan untuk bagi kita semua adun-adun.

Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan dengan aduan pentadbiran seperti permohonan pada JKM, Baitulmal, Yayasan Takwa, Rumah PPR, Kad Perak Prihatin dan lain-lain lagi. Terima kasih kepada agensi berkenaan kerana semuanya memberi kerjasama yang baik. Cuma sedikit tentang permohonan Kad Perak Prihatin. Setakat ini Changkat Jering ada menghantar 9 permohonan sejak bulan Jun lalu tetapi tiada maklum balas. Sama ada berjaya ataupun gagal. Cuma saya nak tanya, adakah diterima borang ini dari kami pusat khidmat khususnya daripada pembangkang. Atau ada terima tetapi hanya simpan dalam fail saja. Sebenarnya pemohon ini saya sendiri memberi dan pergi temuduga sendiri dan mempastikan mereka ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 9 orang saja tak ramai, daripada Dun Changkat Jering. Kalau ikut penggundi, 40 ribu lebih kurang. 9 orang saja. Jadi tak ada sapa maklum balas, saya harap pihak yang berkenaan, untuk makluman Exco tolong maklumkan lah. Dapat ke tak dapat sebab saya simpati dengan pemohon ini. Dia duduk tunggu-tunggu, dia tanya. Jadi itulah harapan saya, makna perlu kita jelaskan kepada pemohon-pemohon ini. Dah lah kotak makanan Yayasan pun tak bagi kat kami pusat khidmat untuk agihan, takde pada bulan 10 lagi. Jadi kami terpaksa sediakan sekadar yang mampu untuk kotak-kotak makanan ini. Kebanyakan yang datang ke pusat khidmat kami memang sangat-sangat memerlukan kerana kotak makanan ini saya harap kotak-kotak makanan ini dapat semula untuk agihan melalui Pusat Khidmat Adun macam yang sebelum ini.

Sebenarnya apa yang diperkatakan tidak sama dengan yang diperlaksanakan. Sebab itu, saya katakan itu sebab kalau dipahamkan kotak-kotak makanan ini serah kepada NGO-NGO. Kita tengok, bila tengok dalam Facebook, tuan-tuan tengok sendiri lah. Yang agihnya bukan NGO-NGO. Sebab tempat saya sendiri pun saya tak tahu NGO mana yang diberi untuk agihan kotak-kotak makanan. Kalau boleh, tolong jelaskanlah ataupun senaraikan kami, senarai-senarai NGO untuk nak memudahkan kami kepada pemohon-pemohon yang datang kepada pusat khidmat untuk pergi kepada NGO-NGO berkenaan. Berkenaan untuk dapatkan bekalan. Walaupun tak banyak tuan-tuan. Tapi kita ingat orang susah ni, tuan. Sikit dia bagi. Sangat-sangat orang kata harapan itu sangat-sangat daripada walaupun sikit, kita ini mungkin tak terasa sangat. Tapi orang-orang yang susah ini yang memerlukan sedikit bekalan makanan terutamanya memang sangat-sangat menghargai pemberian kita.

Satu lagi berkenaan projek KKDW yang melalui pelan penyelaras Dun. Sebenarnya saya pun tak tahu ada atau tak ada penyelaras Dun negeri. Tapi kebetulan satu hari tu saya pergi, biasalah kita sebagai wakil rakyat pergi kampung-kampung tengok apa-apa permasalahan di kampung. Dalam masa saya pergi tu saya tengok ada kontraktor sedang nak menurap satu jalan. Jadi saya pergi lah, saya tanya dia. Pasal apa tengok keadaan nak tempat nak turap tu jalan tu tak ada rosak pun berlubang pun tak, rosak pun tak. Sebab tengok dah bubuh tan minyak dah. Nak tunggu turap lagi. Kemudian saya jumpa mesin yang nak turap tu, saya tanya kontraktor tu. Siapa kontraktor ni? Siapa kontraktor sini dia kata kebetulan dia tunjuk, dia kata tu penyelaras Dun ada, saya pun jumpa. Kebetulan yang penyelaras. Tambah-tambah sikit. Jadi paya tanya dia, "Pasal apa, turap jalan ni tak rosak pun lubang. Saya ambil gambar dia tuan-tuan. Kalau tuan-tuan nak nampak, saya boleh bagi gambar. Sebelum dan selepas daripada turap ni elok jalan tuan-tuan. Dia kata dia peruntukan daripada KKDW. Takpe lah itu urusan cuma saya nak ingatkan lah, pada pegawai-pegawai di KKDW. Saya nak pastikan lah. Peruntukan-peruntukan dan projek tu menepati sasaran yang sebenar. Sebab apa tuan-tuan banyak lagi jalan-jalan yang rosak dan jalan-jalan ada sekadar kasyuran sahaja. Tak ada tar tuan-tuan, maklumlah jalan kampung-kampung. Itu yang saya mengharapkan kepada orang kata KKDW ni, projek-projek ni KKDW dia kata. Jadi makna KKDW. Jadi makna tolonglah ambil perhatian. Saya terima kasih kerana tempat saya diberi keutamaan. Tapi biarlah tempat yang bersesuaian dan tempat-tempat yang betul-betul diperlukan.

Timbalan yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, secara umumnya Changkat Jering akan menjadi salah satu hub kepada pengguna lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Pesisiran Pantai (WCE) dan yang bakal dilaksanakan Northern Corridor Highway iaitu NCS fasa 2 di mana akan menghubungkan Changkat Jering - Serdang. Oleh itu, saya berharap prasarana di kawasan Changkat Jering dapat ditingkatkan kerana ia bakal menjadi salah satu kemasukan pelancong ke kawasan Taiping khususnya. Akhir sekali, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pihak Kewangan Negeri kerana meluluskan cara adhoc peruntukan kecemasan iaitu bina jambatan baru, jalan yang rosak disebabkan banjir di Kampung Senduk Ulu dan juga pada pihak JPS yang melaksanakan projek-projek tersebut. Jadi saya, Changkat Jering dengan ini menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan Perak 2024. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Changkat Jering. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, seluruh Ahli Dewan daripada blok kerajaan dan juga blok pembangkang, ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan serta rakan-rakan yang berada di dalam dan di luar Dewan. Pertama sekali, dengan syukurnya saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Perak yang saya kira ialah sebuah belanjawan yang sangat berhemah yang membuktikan bahawa Kerajaan Negeri pada hari ini mempunyai kemampuan dari sudut kewangan untuk memberikan khidmat dan perkhidmatan kita sampai terus kepada rakyat dan masyarakat. Saya juga amat berbangga dengan pencapaian Negeri Perak yang hari ini berjaya merekodkan nilai keluaran dalam negeri kasar mencecah RM80.2 bilion dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.3% iaitu lebih tinggi berbanding 3.6% pada tahun 2021. Malah sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar KDNK negeri dengan nilai ditambah sejumlah RM50.7 bilion berbanding RM47.3 bilion pada tahun 2021 iaitu pertambahan sebanyak RM3.4 bilion. Pertumbuhan sektor ini diterajui oleh subsektor perdagangan borong dan runcit diikuti dengan subsektor penginapan, makanan dan minuman serta utiliti pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi. Tambahan pencapaian ini turut didukung oleh peningkatan prestasi sektor pembinaan dan perlombongan yang masing-masing mencatat pertumbuhan 6.1% dan juga 8.9%. Ini merupakan tanda ekonomi negeri Perak yang berkembang dan mengukuh berdasarkan perkembangan industri pembinaan, perkhidmatan pelombongan dan lain-lain.

Timbalan Yang di-Pertua, dan inilah Kerajaan Negeri Perak sebuah Kerajaan Negeri Perpaduan yang membentuk sebuah perpaduan inklusif merangkumi ke semua kaum dalam masyarakat di dalam negeri Perak bukan hanya tertaluk kepada satu-satu kaum sahaja dan bukti sudah ada di hadapan mata kita. Semua bahawa wakil-wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini dibarisi oleh calon-calon ataupun Yang Berhormat-Yang Berhormat dari kalangan ke semua kaum. Ini adalah bukti inklusifnya Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang agak terhad dalam perbahasan pada hari ini, saya akan cuma menyentuh beberapa perkara penting dari segi ekonomi, belia, kebajikan serta isu-isu yang berkaitan dalam kawasan saya. Dari segi ekonomi, saya ingin menyentuh tentang pelancongan negeri Perak yang mana tidak sampai satu bulan lagi, negeri Perak akan menyambut Tahun Melawat Perak Tahun 2024. Industri pelancongan sebenarnya boleh menyermarakkan perkembangan ekonomi negeri Perak jika program-program pelancongan negeri Perak dapat dijalankan dengan tersusun, teratur kerana industri pelancongan ini boleh memberikan keuntungan kepada negeri dan juga memberi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda khususnya dalam bidang perhotelan dan juga pelancongan. Negeri Perak sebenarnya mempunyai banyak tempat-tempat atau pun pusat-pusat pelancongan yang unik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Malaysia semakin dikenali sebagai lokasi pelancongan pilihan warga asing terutamanya daripada negara beriklim sejuk. Kedudukan geografi negara dengan cuaca yang panas dan lembab di mana ia menjadi antara faktor yang menarik pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia, khususnya negeri Perak yang kita cintai ini. Selain itu, kepelbagaian bentuk muka bumi seperti deretan pulau, gunung-ganang dan bandaraya seperti Taiping dan Ipoh yang penuh dengan keunikan budaya dan bangsa juga merupakan faktor penarikan pelancong.

Justeru itu, sektor pelancongan telah menjadi antara pendorong kerancakan ekonomi negara sejak kebelakangan ini. Maka, bagi memaksimakan potensi yang terdapat pada industri pelancongan negara, khususnya cabaran-cabaran yang kian menanti sepanjang Tahun Melawat Perak 2024, maka wajar untuk kita membincangkan langkah-langkah yang mampu membawa industri pelancongan negeri ke tahap yang lebih baik. Langkah pertama yang perlu kita usahakan dalam memastikan industri pelancongan negeri Perak berada di tahap terbaik adalah dengan meningkatkan prasarana awam. Pihak Kerajaan Negeri berperanan dalam melengkapkan kemudahan awam seperti jaringan pengangkutan dan perhubungan di dalam negeri supaya ia menjamin keselesaan pelancong untuk berkunjung ke seluruh kawasan di dalam negeri Perak. Dengan adanya rangkaian perhubungan yang lengkap seperti lapangan terbang, lebuh raya dan juga dan pengangkutan awam yang efektif maka tahap ketersampaian akan menjadi lebih baik. Inisiatif dengan melengkapkan prasarana awam bukan sahaja dapat meningkatkan industri pelancongan, malah ia juga dapat memastikan kesejahteraan hidup masyarakat konvensional dapat terjamin. Seiring dengan langkah yang diutarakan sebentar tadi, industri pelancongan akan bertambah maju sekiranya pihak berkuasa mampu mengukuhkan tahap keselamatan dalam negeri Perak. Beberapa kes jenayah secara keseluruhannya seperti kes penculikan, ragut dan rompakan akan menimbulkan kebimbangan para pelancong, terutamanya pelancong asing yang berhasrat untuk ke Malaysia, khususnya negeri Perak.

Bagi menjenihkan air yang semakin keruh, pihak berkuasa hendak melaksanakan inisiatif keselamatan negeri yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh, penambahan bilangan anggota keselamatan di kawasan tumpuan pelancong ataupun pemasangan, kamera litar tertutup sebagai mata-mata yang mampu menjejak perkara yang meragukan atau pun berpotensi menyebabkan sesuatu kejadian kes jenayah berlaku. Dengan ini, barulah pelancong akan lebih selesa untuk berkunjung tanpa memikirkan ancaman keselamatan terhadap diri mereka dan di samping itu, imej negeri juga dapat dipelihara. Bagi mendokong langkah-langkah yang telah diutarakan sebentar tadi, industri pelancongan negeri seharusnya dipromosikan dengan teknik pemasaran yang unggul. Langkah ini adalah sangat penting kerana dalam mendepani era teknologi dan globalisasi pada hari ini, kumpulan sasar sesuatu perkara dapat diperluaskan ke segenap pelusuk dunia. Dengan perkembangan teknologi tanpa batasan, kita dapat menghasilkan iklan atau video yang boleh ditonton oleh semua pengguna teknologi pintar. Maka, bagi menarik kehadiran pelancong untuk berkunjung ke negeri kita terutamanya dalam kalangan pelancong antarabangsa, teknik pemasaran yang paling efektif harus dilaksanakan. Sebagai contoh, Asia Product dan tenaga kerja penyiaran tempatan, saluran GoAsian dan juga GoTravel dengan izin telah berjaya memaparkan kecantikan dan keunikan kawasan pelancongan dalam negara ke pasaran dunia. Pendekatan menggunakan personaliti ataupun selebriti untuk menikmati aktiviti pelancongan di tempat-tempat tertentu merupakan formula terbaik dalam menarik perhatian pelancong serta memaparkan infrastruktur yang selesa bagi para pelancong.

Dato’ Yang di-Pertua, berbagai langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak yang terlibat dalam meningkatkan tahap kemajuan industri pelancongan dalam negeri Perak. Setiap inisiatif yang direncanakan memerlukan obligasi dan komitmen yang jitu dari pihak yang terbabit seperti Kerajaan Negeri, kakitangan awam, agensi pelancongan dan juga pengusaha pusat pelancongan. Masyarakat pula seharusnya menyokong usaha Kerajaan Negeri dan juga Tourism Perak yang diperkenalkan dengan gerak melancong di pusat-pusat pelancongan dalam negeri. Keindahan dan kekayaan alam semula jadi serta keunikan budaya kita seharusnya menjadi agenda utama dalam mempromosikan negeri di persada antarabangsa. Semua pihak seharusnya sedar bahawa industri pelancongan negeri mempunyai potensi yang besar dan setanding dengan negeri lain seperti negeri Selangor dan juga Negeri Pulau Pinang. Diharapkan agar Negeri Perak dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri lain seperti Selangor dan Penang khususnya dalam memacu industri pelancongan sebagai penyumbang utama perkembangan ekonomi dalam negeri. Saya difahamkan sebanyak 90 acara pelancongan pada peringkat negeri dan daerah di dalam negeri Perak dengan tagline ataupun slogan "Promising Perak" dengan izin akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sempena Tahun Melawat Perak 2024 sebagai usaha persediaan negeri Perak dalam menyambut pelancong seramai 8 juta pelancong dari dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Perak tahun 2024. Saya percaya dengan usaha-usaha yang mantap yang dilakukan oleh pihak Exco Pelancongan dan juga Tourism Perak. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengembalikan zaman gemilang ini untuk memajukan industri pelancongan Perak untuk masa-masa yang akan datang.

Dato' Yang di-Pertua, pembangunan dan kemajuan sesebuah negeri lazimnya dikaitkan dengan usaha dan inisiatif daripada pemimpin dan pentadbir negeri tersebut. Sebaliknya, setiap peringkat umur dalam masyarakat mempunyai peranan masing- masing dalam menaikkan nama negeri di pasaran dunia khususnya golongan belia yang bakal menjadi penganti kepada ketua-ketua keluarga, organisasi maupun pemimpin negeri. Golongan belia seharusnya diberi peluang dan ruang dalam membangunkan dan memajukan negara. Mereka yang bakal menggantikan golongan pemimpin di setiap peringkat sama ada keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara seharusnya dibentuk dengan elemen kepimpinan yang terbaik.

Namun begitu, golongan remaja masa kini hanya sebahagian yang celik menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan negara manakala sebahagian lagi leka dalam tumpuan keseronokan atau dibelenggu kemelut sosial. Satu anjakan paradigma harus dilaksanakan supaya yang patah tumbuh, yang hilang akan berganti. Justeru itu, marilah kita sama-sama membincangkan peranan penting belia dalam membangunkan dan memajukan negeri untuk kepentingan bersama. Dengan kemudahan teknologi hari ini, tiada alasan yang menjadi penghalang kepada golongan belia untuk mendapatkan sebarang ilmu dan pengetahuan. Orang-orang di sekeliling golongan belia seperti ibu bapa, guru mahupun kita sebagai pemimpin dalam sebuah negeri wajar memberikan sokongan kepada mereka untuk mempelajari bidang pendidikan yang mereka minati serta pendedahan terhadap pengetahuan am yang penting. Misalnya di sekolah, guru-guru mengajar subjek sejarah kepada pelajar untuk bersikap patriotik kepada negara dan di rumah, ibu dan bapa merasionalkan pengajaran di sekolah dengan berkongsi realiti yang berlaku pada hari ini. Hasilnya, golongan belia yang mempunyai ilmu tentang perkara yang telah berlaku dan melihat realiti kehidupan masa kini dengan mata mereka sendiri, maka mereka pasti dapat menyesuaikan sesuatu yang lebih berguna kepada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat.

Tambahan pula, tahap kepintaran masyarakat akan menjadi titik tolak terhadap imej negara di pandangan masyarakat-masyarakat dunia. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Persekutuan kerana permerkasaan golongan belia sentiasa menjadi keutamaan dalam sebarang keputusan dibuat oleh Kerajaan Perpaduan kerana golongan belia adalah pemegang taruh utama di negara kita malah Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2023 merangka pelbagai bentuk inisiatif dan program bagi memberi penekanan kepada pemberdayaan belia berorientasikan masa depan bagi menangani isu-isu sebenar yang dihadapi semua kelompok belia di Malaysia. Ia antaranya dalam aspek pendidikan, latihan, daya cipta, daya tahan, kemahiran teknologi, kesukarelawan, kebersamaan dan tradisi yang sejajar dengan gagasan Malaysia Madani. Semua program yang dirangka bersifat inklusif dengan hala tuju baru Kementerian Belia dan Sukan pada masa kini adalah untuk memperluaskan skop pembangunan belia. Objektif program adalah mempelajari kemahiran baru supaya belia dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk menangani isu kenaikan kos secara hidup. Dato' Yang di-Pertua, banyak lagi program dan inisiatif Kerajaan Perpaduan bagi belia dirangka dengan mengambil kira semua kelompok belia sama ada kaum minoriti, orang kurang upaya, belia yang tercicir dari persekolahan, belia yang penyakit kritikal, yang sedang membina hidup selepas keluar dari penjara dan juga semua kelompok belia di pinggiran.

Kerajaan melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan tahun lepas yang bertemakan membangun Malaysia Madani juga memperkenalkan pelbagai inisiatif yang berupaya meningkatkan kesejahteraan hidup belia secara holistik. Perhatian turut diberi kepada Ekonomi GIG sebagai kerjaya alternatif maupun kerjaya utama bagi belia selain inisiatif bagi memastikan peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah, kemudahan pinjaman dan model perniagaan. Dengan kerjasama pelbagai industri lain termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan juga Kementerian Kewangan juga menyediakan pelbagai inisiatif untuk menyokong usahawan belia dan menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan. Seperti yang diamalkan oleh nenek dan moyang kita, sifat keterbukaan dalam menjalankan kehidupan bersama bangsa mahupun agama yang berlainan tidak merugikan, malah memberi keuntungan antara satu sama lain. Begitu juga dengan pembinaan negara dan bangsa pada hari ini. Retorik perkauman haruslah kita diraikan dan bukannya dimusuhi dan menjadi bahan politik semata-mata. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang ketinggalan daripada kemajuan yang dicapai oleh negara asing.

Ini merupakan antara sebab sekolah kebangsaan dilaksanakan sejak peringkat rendah supaya ahli masyarakat dapat bersatu padu dan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama, mempelajari erti toleransi dan juga hormat-menghormati. Pepatah ada berkata, "Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain". Perumpamaan ini menunjukkan hati kita, mungkin berlainan tetapi jika dipupuk dengan sifat kecintaan, pasti kita dapat menjadi manusia yang manusiawi. Setiap di antara kita mempunyai keperibadian yang berbeza dan matlamat yang berlainan. Jika ia dibiarkan untuk bermusuhan antara satu sama lain, pasti rugi yang akan menimpa tetapi jika setiap perbezaan diraih dan dirasionalkan dengan hujah dan fakta yang sahih, pasti persefahaman yang utuh dapat dihasilkan.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengambil sedikit ruang masa bagi saya membincangkan satu isu yang saya rasa penting mengenai peningkatan kesejahteraan OKU di negeri Perak. Saya secara peribadi sangat gembira dengan Kerajaan Negeri Perak yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam hal-hal berkaitan OKU. Yang pertama, kita boleh nampak bagaimana Kerajaan Negeri memberikan komitmen untuk menubuhkan Majlis Tindakan OKU Negeri Perak pada tahun 2022. Sebenarnya, Kerajaan Negeri telah banyak membantu golongan OKU tetapi ada di kalangan mereka yang masih tidak tahu di mana saluran yang betul untuk mencari informasi. Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri juga sedang berusaha dari masa ke semasa untuk mengelakkan golongan OKU tersisih daripada masyarakat. Contohnya, pembangunan infrastruktur OKU di negeri Perak masih banyak yang boleh diperbaiki. Kawasan awam serta rumah-rumah ibadat perlu lebih mesra OKU.

Dato' Yang di-Pertua, memandangkan masa yang tinggal dalam perbahasan saya adalah tidak banyak, maka saya ingin mengambil peluang ini untuk membangkitkan beberapa masalah ataupun isu yang menjamin kepentingan rakyat khususnya penduduk yang tinggal di dalam kawasan Menglembu. Antaranya masalah-masalah yang harus diberi keutamaan dalam kawasan Dun Menglembu ialah masalah kesesakan lalu lintas yang semakin membimbangkan di sekitar kawasan pekan Menglembu khususnya pada waktu siang hari. Walaupun kesesakan ataupun kesibukan sesuatu tempat menunjukkan satu fenomena pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat dari segi aktiviti harian serta populasinya, tetapi masalah yang dibawa akibat daripada pembangunan ini tetap harus kita mempertimbangkan. Selain daripada itu, masalah kekurangan tempat letak kereta awam juga merupakan satu masalah yang harus diberi perhatian, khususnya di sekitar pekan Menglembu.

Kadangkala saya menerima aduan daripada penduduk-penduduk khususnya mereka yang menjalankan aktiviti harian di sekitar pasar awam Menglembu termasuk pengunjung pasar mahupun penjaja-penjaja yang berniaga di dalam pasar tersebut. Mereka mengadu bahawa kenderaan mereka diletakkan di tepi jalan sentiasa dikenakan saman ataupun kompaun yang dikeluarkan oleh PBT yang mana kebanyakan rintihan daripada mereka bahawa mereka bukannya sengaja meletakkan kenderaan secara sesuka hati tetapi hakikatnya tidak cukup tempat letak kereta bagi pengguna jalan walaupun mereka sudi membayar. Saya syorkan kepada Kerajaan Negeri supaya melaksanakan kerja-kerja penyelarasan semula dengan seberapa segera, yang mana tempat-tempat seperti bahu jalan ataupun lorong-lorong belakang premis kedai yang sesuai dan selamat untuk dijadikan sebagai tempat. Sebenarnya sekadar melakukan penyelarasan semula tempat letak kereta awam cuma satu cara penyelesaian jangka masa pendek. Memandangkan populasi serta bilangan kenderaan yang semakin bertambah dari masa ke masa.

Oleh itu, saya juga showkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengenal pasti satu lokasi ataupun satu tapak tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan tempat letak kereta awam bertingkat sama ada dua ataupun tiga tingkat. Dengan adanya tempat parkir yang bertingkat ini, saya percaya bahawa masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar pekan Menglembu akan dapat ditangani dalam jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya dalam masa 10 tahun yang akan datang untuk menjamin kemakmuran dan juga kesejahteraan rakyat jelata di dalam kawasan Menglembu. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ini dan tempiasnya sudah pasti datang ke negara kita khususnya negeri Perak. Namun, belanjawan negeri yang saya lihat ini sebagai belanjawan yang seimbang dan semestinya akan memberi banyak manfaat kepada semua rakyat negeri Perak. Dengan mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan juga terima kasih kepada semua pegawai yang telah memberi bantuan dan kerjasama sepanjang masa. Adalah diharap kerjasama ini akan diteruskan bagi kemudian pembangunan yang semakin baik dalam negeri yang kita cintai ini. Sekian ucapan saya, Menglembu mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB Dari Kawasan Menglembu yang telah menamatkan perbahasan beliau. Sekarang saya menjemput YB dari kawasan Lubuk Merbau untuk memulakan perbahasan 20 minit. Silakan.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum wbt dan sejahtera. (Ayat Al-Quran). YB Dato’ Yang di-Pertua, YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri, YB Ketua Pembangkang dari Gunong Semanggol, Ahli-ahli YB dari blok kerajaan dan pembangkang, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan, pengamal-pengamal media dan seluruhnya tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita pada hadrat Allah S.W.T kerana diberi keizinnya, diberi peluang untuk bertemu dalam persidangan pada hari ini. Moga-moga persidangan ini diberkati dan dirahmati Allah. Saya mengucapkan salam penghargaan kepada YB Dato’ YangdDi-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian pada hari ini dalam perbahasan Bajet Belanjawan 2024 Negiri Perak.

Pada kesempatan ini, saya dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada 4 November lalu. Begitu juga, saya merafatkan sembah setinggi-tinggi utapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di atas pelantikan sebagai timbalan yang Di-Pertuan Agong. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikuniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri, khususnya YAB Menteri Besar yang telah membentangkan kepada kita satu bajet Belanjawan Negeri Perak 2024 bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Tahniah juga kepada rakan-rakan penjawat awam dipelbagai agensi yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan belanjawan ini. Belanjawan yang melibatkan kewangan yang hampir RM1.3 billion. Ini adalah satu bajet yang cukup besar dan mencakupi semua aspek. Saya yakin dan percaya sekiranya bajet ini diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan integriti, nescaya semua di Negeri Perak akan menikmati dan manfaatnya. Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak kerana meneruskan peruntukan untuk semua Ahli Dewan Negeri termasuk Adun pembangkang. Alhamdulillah, langkah yang telah dimulai oleh Kerajaan Negeri Perak ini adalah langkah yang terpuji dan telah menjadi contoh kepada beberapa kerajaan yang lain. Rasulullah SAW telah bersabda dan diriwayatkan daripada Abi Mas'ud Al-Ansari RA, (Ayat Al-Quran) maksudnya, dan sesiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, maka dia mendapat pahala yang sama seperti yang melakukannya. Riwayat Muslim. Saya mendoakan semoga YAB Menteri Besar Perak, seluruh dikurniakan kebaikan dan pahala atas keadilan yang telah beliau mulakan.

YB Dato' Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan saya pada hari ini dengan sepotong ayat Al-Quran. (Ayat Al-Quran). Maksudnya, sesungguhnya Allah Ta'ala menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia, supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha melihat. Mengambil pengajaran daripada ayat ini, saya merayu kepada semua pihak, sama ada pihak kerajaan pun baik pun pihak pembangkang, supaya menjadikan keadilan sebagai teras dalam pentadbiran di setiap peringkat. Laksanakalah amanah rakyat ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan ketakwaan kepada Allah. Janganlah dengan sebab perbezaan ideologi parti menyebabkan kita berlaku zolim terhadap pihak yang lain.

YB Dato’ Yang di-Pertua, salah satu teras yang digariskan oleh YAB Menteri Besar dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2024 adalah kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah, begitu banyak program bantuan dan inisiatif daripada pihak Kerajaan Negeri bagi mewujudkan kehidupan sejahtera bagi rakyat Perak. Antaranya program kotak makanan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang disediakan oleh kerajaan dan banyak daripada kawan-kawan saya daripada blok pembangkang yang telah mengajukan masalah yang telah akan disampaikan seperti ini. Saya memohon dan merayu kepada pihak kerajaan supaya program bantuan kotak makanan ini dapat disalurkan semula melalui pusat khidmat Adun yang telah dipilih oleh rakyat. Bukannya melalui NGO yang tidak diketahui siapa dan datangnya dari mana. NGO bukanlah saluran rasmi bagi rakyat menyatakan aduan. Dalam pilihanraya, kita memilih wakil rakyat, bukan kita memilih wakil NGO. Kita kena akui bahawa pejabat Adun adalah tempat pertama yang rakyat akan sasarkan tak kala mereka kehabisan sumber dan bekalan makanan. Selain daripada itu, saya juga ingin memohon kepada pihak kerajaan dapat menambahkan lagi peruntukan untuk Program Kad Sejahtera dengan menyasarkan 25,000 orang penerima. Dengan peningkatan jumlah B40 di seluruh Perak, selayaknya jumlah penerima bantuan ini juga ditingkatkan lagi supaya tidak ada rumah di dalam Perak ini kehabisan makanan.

Kita juga dimaklumkan program bantuan Kad Kesihatan Perak sudah tidak diteruskan sebaliknya Kerajaan Negeri akan memanfaatkan sepenuhnya Skim Perubatan Madani yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Soalan saya, berapa ramaikah rakyat Perak yang telah mendapat manfaat daripada skim tersebut? Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua isu semasa yang dihadapi oleh seluruh dunia adalah isu food security dengan izin konflik di serantau Asia Timur, Asia Pasifik, ketempuran Rusia dan Ukraine yang melanda telah menyebabkan beberapa keperluan asas di negara kita naik mendadak disebabkan kebergantungan kita kepada negara luar. Kalau kita lihat sepanjang tahun ini, kita dapati krisis bekalan keperluan asas sentiasa berlaku seolah-olah tidak ada penghujungnya bermula daripada isu telur, isu telur ayam, minyak, kampit paket, gula dan sehinggalah isu perbekalan beras tempatan.

Justeru dengan peruntukan Belanjawan 2024 kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak iaitu sebanyak RM33.3 juta, saya memohon pihak Kerajaan Negeri supaya dapat menyediakan satu pelan jangka masa yang panjang bagi memastikan rakyat kita tidak terbelenggu dengan masalah seumpama ini. Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah penghasilan benih padi yang berkualiti tinggi, manfaatkan tanah-tanah terbiar di negeri Perak dengan aktiviti pertanian dan sawah, membanyakkan skim bantuan dan khusus untuk pertanian dan penternakan moden dan lain-lainnya dan saya juga menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera bagi membanteras geng-geng kartel beras dan lain-lainnya. Saya juga memohon pihak kerajaan negeri berusaha bagi memastikan barang keperluan asas yang bersubsidi dapat dinikmati oleh golongan sasaran, bukan dinikmati oleh orang luar.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kita baru-baru ini dikhabarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kes perceraian di Malaysia meningkat 43.1% dari 43,936 kes pada 2021, kepada 62,890 kes pada 2022. Manakala bilangan perkahwinan pula berlaku pengurangan termasuklah Perak yang menjadi kedua tertinggi kadar penurunan statistik perkahwinan dan kadar perceraian tertinggi berlaku dalam pasangan yang masih muda iaitu bawah usia 39 tahun. Trend yang berlaku ini sebenarnya sangat membimbangkan kita. Justeru saya mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri dapat memikirkan langkah bagi memudahkan anak-anak muda yang mahu membina rumah tangga. Antaranya cadangan saya boleh lontarkan adalah pemberi insentif perkahwinan kali pertama bukan kali kedua, penganjuran majlis kahwin perdana secara berkala penganjuran kursus kahwin percuma dan lain-lainnya. Pihak kerajaan juga diharapkan dapat memperbanyakkan khidmat nasihat kaunselor program-program motivasi kekeluargaan dan sebagainya mudah-mudahan program- program sebegini dapat mewujudkan keluarga sakinah mawadah dan masyarakat yang harmoni.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang dimaklumkan, Kerajaan Negeri telah mengumumkan kempen Tahun Melawat Perak 2024. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah memperuntukkan RM21.2 juta bagi menjayakan kempen tersebut. Justeru, saya mohon Kerajaan Negeri dapat membangunkan beberapa destinasi yang menarik yang terdapat di Dun Lubuk Merbau dan menjadi antara tempat yang wajib dilawati. Di antaranya destinasi yang menarik yang ada di Dun Lubuk Merbau adalah Lata Bubu, Ulu Pangsor dan Batu Hampar di Kampung Lanih dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak kerajaan yang telah memperuntukkan RM5 juta untuk pengoperasian Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) iaitu pertambahan sebanyak RM2 juta berbanding tahun lepas. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM200 ribu untuk program pemantapan SPM, STPM dan STAM satu program baru yang dipuji dan daripada pihak kerajaan dan tahniah sekali lagi. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah juga kepada kerajaan di atas peruntukan sebanyak RM15 Juta untuk tujuan baik pulih dan bina baru masjid dan surau satu pertambahan dana yang cukup besar bagi pembangunan rumah ibadah bagi umat Islam Alhamdulillah. Justeru itu, saya mengambil peluang ini memohon supaya sebahagian peruntukan tersebut dapat disalurkan untuk pembinaan masjid di Taman Puncak Bunga Vila. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat lebih 700 buah rumah dalam taman inij namun sehingga sekarang ini masih tiada lagi masjid yang didirikan setiap kali jumaat, penduduk-penduduk taman ini terpaksa pergi ke masjid yang agak jauh untuk menunaikan solat Jumaat.

Saya juga memohon pihak Kerajaan Negeri dapat menambahkan peruntukan untuk menaik taraf prasarana institusi pendidikan agama di negeri Perak. Terutamanya sekolah-sekolah tahfiz, pondok-pondok, sekolah agama rakyat termasuklah di Dun Lubuk Merbau. Saya percaya masih banyak sekolah-sekolah aliran ini yang jauh ketinggalan dari sudut fasiliti seperti asrama, perpustakaan, surau dan sebagainya. Begitu juga dengan peruntukan sebanyak RM6 Juta, tambahan RM1 juta bagi Program Rumah Perakku Prihatin dan saya berharap iaitu yang mana program ini dalam menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah yang diberikan khusus kepada B40 yang menetap dan bermamastautin di negeri Perak. Semoga Lubuk Merbau tidak ditinggalkan dalam program Rumah Perakku Prihatin. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua seperti yang dipertekankan, Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak peruntukan yang agak besar iaitu sebanyak RM30 juta kepada JKR untuk tujuan membina dan membaik pulih jalan dan jambatan di seluruh negeri Perak. Saya, mewakili Dun Lubuk Merbau, memohon supaya sebahagian peruntukan tersebut dapat disalurkan untuk membaik pulih dan menyelenggara beberapa jalan di Dun Lubuk Merbau, begitu juga peruntukan RM2.5 juta bagi pemasangan dan penggantian lampu jalan sedia ada kepada jenis solar semoga kami di Dun Lubuk Merbau mendapat menikmati bersama dalam peruntukan tersebut.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM104.4 juta kepada Jabatan Pengairan Saliran. Sehubungan itu, saya memohon supaya sebahagian peruntukan tersebut dapat membaik pulih beberapa tebing sungai dan menyelenggara sungai dan parit di beberapa kawasan di Dun Lubuk Merbau. Pada bulan lepas, kami Dun Lubuk Merbau telah mengalami banjir yang agak besar yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Lanih, Kampung Labu Kubung dan Kampung Jelapang, ada tebing sungai yang rebak dan ada yang sedang menunggu masa untuk rebak dan pokok-pokok tumbang di dalam sungai. Saya mohon supaya kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan ini dapat disegerakan secepat mungkin dalam keadaan kita ketika ini dalam fasa musim peralihan monsun laut.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua di dalam Dewan yang mulia ini atas dasar tanggungjawab sebagai orang Islam saya menggesa pihak kerajaan supaya perlesenan penjualan arak dan premis judi ini negeri yang tercinta ini dapat kita hadkan. Saya yakin dan percaya semua kita bersetuju bahawa arak dan judi bukanlah budaya kita dan keduanya membawa mudarat yang lebih besar daripada kebaikan di mana firman Allah SWT (bacaan Al-Quran) Maksudnya. Mereka bertanya kepada Mu wahai Muhammad, mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya ada dosa dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Saya juga memohon kepada pihak PBT atau pihak yang berautoriti dalam membincangkan mekanisme terbaik terhadap isu-isu pekerja-pekerja Melayu terutama Islam yang dilema yang terpaksa melakukan transaksi jual-beli arak seperti mana non muslim berpegang hak non muslim untuk minum arak dan berjudi, begitu jugalah hak dia sebagai seorang Islam yang mahu mengelakkan perkara yang ditegah oleh agama. Saya juga menyarankan seperti mana yang telah disebut oleh sahabat saya daripada Slim supaya pihak kerajaan dapat bergerak ke arah pelaksanaan hiburan yang patuh syariah termasuklah konsert dan panggung wayang. Saya yakin dan percaya pihak autoriti Agama Islam di Negeri Perak ada mengeluarkan panduan-panduan hiburan yang mengikut garis panduan Islam. Ramai tuan-tuan guru dan para asatizah yang pihak kerajaan boleh rujuk untuk memastikan hasrat murni ini terlaksana. Justeru itu, saya mengharapkan pihak kerajaan dapat berbincang dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara yang saya lontarkan sebentar tadi dan saya yakin dan percaya perubahan ini dapat dilakukan jika kita semua mempunyai political will yang kuat bagi melaksanakannya. Bahkan kami di pihak pembangkang tidak akan teragak-agak untuk menyokong jika pihak kerajaan berhasrat melaksanakannya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk sama-sama menghayati apa yang telah dirakamkan dalam Surah Yusuf ayat 47 hingga 49 yang bermaksud Nabi Yusuf berkata supaya kamu bercucuk tanam 7 tahun lamanya sebagaimana biasa, maka yang kamu tuai itu hendaklah kamu biarkan pada tangkainya, kecuali sedikit saja untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang sangat sulit. Ketika itu adalah waktu kamu habiskan simpanan yang terdahulu melainkan sedikit untuk kamu simpan. Kemudian setelah itu datang tahun berikutnya, dilimpahkan buat manusia hujan yang cukup, di saat itu mereka memerah anggur. Ayat yang saya bacakan sebentar tadi sebenarnya menjadi petunjuk kepada sesebuah kerajaan ketika mana berhadapan situasi krisis atau bencana. Dalam keadaan ini kita berharap kita berhadapan krisis ekonomi. Ayat ini wajar dijadi panduan oleh pihak kerajaan. Berapa pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini.

Yang pertama perlu berbelanja dengan berhemah dan berjimat-jimat. Imam Kurtubi menyatakan kerajaan perlu memelihara masalah rakyat terutamanya ketika krisis dalam kontek semasa permasalahan yang mesti disediakan kerajaan adalah jaminan perubatan, tempat tinggal, makanan dan keperluan-keperluan asas yang lain.

Kerajaan perlu bersedia bekerjasama dengan semua pihak bagi mendapat pandangan demi masalah rakyat dan masalah bagi politik yang sempit. Itulah yang kita boleh pelajari daripada realisasi antara raja utusan dan Nabi Yusof.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk terakhirnya saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan pada pihak agensi dan penjawat awam yang membantu kami di Pusat Khidmat Adun Lubuk Merbau sepanjang sesi 2023, Pejabat Daerah Kuala Kangsar, UPEN, PLB, JPS, TNB dan sebagainya yang tidak mampu saya sebutkan. Moga-moga Allah SWT mengganjari kalian semua dengan syurga Allah SWT. Dengan ini, Lubuk menyokong bajet Belanjawan Negeri Perak 2024. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullah.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Lubuk Merbau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan 20 minit lagi. Silakan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua Bismillahirrahmannirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin, wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada blok perajaan dan blok pembangkang, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan, rakan-rakan pengamal media dan seterusnya hadirin rakyat yang sedang mengikuti perbahasan ini khususnya rakyat di Dun Pengkalan Hulu yang mungkin mengikuti secara live.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hud ayat 88 yang bermaksud Nabi Syuid berkata, wahai kaumku, bagaimana fikiran kamu jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari tuhanku dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya. Patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya. Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada Allah jugalah aku kembali. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada saya untuk terlibat dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Perak tahun 2024 yang mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada hari Jumaat yang lalu yang mana kita boleh lihat sekarang ini kita berada di dalam krisis atau pun kritikal untuk negeri Perak yang mana pada masa ini.

Harapan rakyat negeri Perak khususnya di Dun Pengkalan Hulu sekurang-kurangnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama jentera Kerajaan Negeri dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada kedua-dua krisis yang sedang berlaku iaitu krisis politik dan juga krisis ekonomi dunia yang sedang melanda sekarang ini dan Pengkalan Hulu juga berharap memerlukan berharap supaya keadaan politik dan ekonomi kita beransur pulih dan kembali ke suatu ketika yang selesa pada sebelum ini. Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM)

ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) menyederhana kepada 2.9% pada suku ke-2 tahun 2023, pelarasan musim suku tahun ke suku tahun KDNK meningkat sebanyak 1.5%. Ini boleh dilihat sebagai salah satu petanda positif pemulihan ekonomi khususnya bagi negeri Perak. Namun angka ini tidak memberi makna dan tidak menggambarkan situasi sebenar ekonomi rakyat. Situasi ini tidak menggambarkan terutamanya bagi mereka yang sedang bergelut dengan kesan-kesan akibat peningkatan kos sara hidup. Realitinya kadar pertumbuhan ekonomi kekal pada kadar sederhana dan tidak sekata dengan pelbagai kekangan merentas beberapa sektor utama termasuk sektor ekonomi, sosial dan pendidikan.

Dato' Yang di-Pertua, hari ini dengan penuh semangat dan keinginan untuk menyelesaikan ekonomi negeri kita ke arah kecemelangan, Pengkalan Hulu ingin membahas isu yang amat penting dan kritikal untuk masa depan kita menggarus perdanakan digitalisasi dan memperkukuhkan ekonomi digital di Negeri Perak ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa era digital telah membuka pintu kepada peluang yang sangat besar terutamanya dalam mempercepatkan kemajuan ekonomi. Oleh itu, adalah kewajipan kita untuk memanfaatkan teknologi dan menerapkan transformasi digital. Dalam pelbagai sektor ekonomi. Beberapa aspek yang perlu kita pertimbangkan. Yang pertama, pendidikan dan kebolehkerjaan digital. Memperkukuhkan pendidikan dalam bidang digital adalah kunci untuk menyediakan tenaga kerja yang mahir dan relevan. Dengan keperluan industri digital, kita perlu memastikan pendidikan teknologi dan kebolehkerjaan digital mudah diakses untuk semua lapisan masyarakat. Yang kedua, infrastruktur digital dan akses luas. Baru-baru ini, Pusat Ekonomi Digital Pengkalan Hulu telah dianugerahkan sebagai Pusat Ekonomi Digital terbaik di Wilayah Utara. Tahniah saya ucapkan kepada semua warga PEDI Pengkalan Hulu. Pencapaian ini menunjukkan bahawa Pusat Ekonomi Digital sangat penting untuk manfaat penduduk setempat walaupun Pusat atau pun PEDI ini berada di Pengkalan Hulu, Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana mendapat anugerah mewakili Zon Utara. Jadi tahniah juga kepada MCMC atas pencapaian baik ini.

Maka, pembangunan infrastruktur digital yang cekap dan akses luas kepada rantaian internet adalah amat penting. Ini bukan sahaja akan memberikan kemudahan dalam pemanfaatan teknologi tetapi juga membuka pintu kepada pelbagai peluang perniagaan digital. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Teknologi Maklumat kerana turun ke Dun saya melihat masalah-masalah berkenaan dengan pencapaian internet. Jadi terbuktilah memang Pengkalan Hulu ni jauh daripada Pusat Bandar Ipoh. Jadi perlu diberi perhatian dan terima kasih kerana Yang Berhormat Exco turun melihat permasalahan di Pengkalan Hulu dan yang ketiga, sokongan kepada usahawan digital. Mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk usahawan digital dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ini adalah amat penting. Sokongan kewangan, latihan dan akses kepada pasaran digital global dapat membantu mengukuhkan kehadiran perniagaan digital tempatan. Yang keempat, kesedaran digital dan pembangunan komuniti. Program-program kesedaran digital dan pembangunan komuniti boleh membantu menyemarakkan penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat. Inisiatif seperti ini dapat membuka peluang bagi setiap warga penduduk di sini.

Untuk makluman semua, Pengkalan Hulu merupakan sebuah pekan kecil dan majoriti di sini bekerja sendiri. Dengan peluang pekerjaan yang terhad, rata-ratanya hanya bergantung harap kepada tanaman, kebun menoreh, mencari biji timah dan kerja-kerja kampung yang hasil pendapatannya tidak menentu dan bergantung kepada keadaan cuaca. Yang kelima, kolaborasi dengan sektor swasta. Kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi dan sektor swasta adalah penting dalam menyokong pembangunan ekonomi digital. Ini termasuk inisiatif bersama untuk penyelidikan dan pembangunan serta pembiayaan projek inovatif. Dengan mengambil langkah-langkah ini, kita boleh membentuk Perak sebagai pusat ekonomi digital yang dinamik, menarik pelaburan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Ini bukan hanya tentang mengikut trend global sahaja, tetapi juga mengukuhkan kedudukan kita dalam peta ekonomi global. Saya mencadangkan agar Dewan ini memberikan sokongan sepenuhnya untuk strategi dan perancangan digitalisasi dalam negeri Perak dan seterusnya Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas dalam Belanjawan 2024 ini. Insya Allah dengan usaha bersama ini, kita dapat membentuk masa depan yang lebih baik, lebih inovatif dan lebih dinamik bagi generasi akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, di Pengkalan Hulu terdapat sebuah, saya ingin membawakan isu sedikit isu tempatan. Di Pengkalan terdapat sebuah Projek Perumahan Rakyat atau pun PPR iaitu Taman Desa Cempaka yang turut dikenali sebagai Rumah 100. Jika dilihat kepada faktor sosial ekonomi semasa di sini, ia menunjukkan perlunya ada perhatian kerajaan bagi mewujudkan PPR yang baru bagi Dun Pengkalan Hulu. Mungkin PPR Fasa 2 lah supaya dapat mampu meringankan bebanan golongan yang berpendapatan rendah untuk menyewa dan berteduh dengan lebih selesa. Hasil semakan terkini melalui pegawai dalam Lembaga Perumahan, PPR Taman Desa Cempaka sedia ada ini hanya mempunyai 66 unit sahaja termasuk 4 unit kedai. Mengikut maklumat yang kami terima juga, hanya 53 unit sahaja dapat didiami kerana 9 unit lagi terpaksa dikosongkan sementara atas berbagai faktor yang melibatkan kerosakan yang perlu dibaikpulih atau kes-kes tunggakan bil lama penyewa yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan lain-lain masalah. Sedangkan masih lagi terdapat 45 calon simpanan yang layak dan melepasi syarat masih lagi menunggu sehingga kini yang mungkin telah memakan masa tahun lamanya. Ini belum lagi dikira 56 permohonan yang telah diterima oleh pihak Lembaga Perumahan. Benarlah penantian itu kadang-kadang tiada noktahnya.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan kita merupakan seorang pemimpin yang sangat menjaga kesejahteraan rakyat. Ini dapat saya buktikan dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang telah digagaskan bersama kerajaan sebelum ini dan dibawa oleh kerajaan sekarang ini yang mana yang jelasnya matlamatnya dan melangkaui tahun. Maka kami berhasrat supaya untuk tahun hadapan tahun 2024, daerah Hulu Perak terutamanya di Dun Pengkalan Hulu ini dapat dilaksanakan program Rumah Perakku Prihatin. Ini kerana berdasarkan pemerhatian kami di sini, golongan yang telah berkahwin majoritinya masih lagi menyewa dan ada yang terpaksa tinggal bersama ibu dan ayah mereka. Ada yang saya jumpa umurnya sudah melebihi 40 tahun tapi masih duduk dengan ibu dan ayah. Jadi ini satu perkara yang kita kena pandang serius. Majoriti masih lagi menyewa and then ada yang terpaksa menumpang dan terdapat juga warga yang telah berusia termasuk yang berpencen. Ada juga pegawai kerajaan di Dun saya yang masih menyewa, yang telah berpencen.

Jadi ini harus diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri untuk kita sediakan sama ada tanah atau pun rumah kepada mereka. Jika sebelum ini, projek Rumah Perakku telah dilaksanakan di 7 daerah dalam negeri Perak iaitu Kampar, Hilir Perak, Kerian, Kinta, Manjung, Muallim dan Perak Tengah, maka saya sangat berharap agar pada tahun 2024 dapat dilaksanakan di daerah Hulu Perak iaitu termasuk juga di Pengkalan Hulu, di Dun Temengor dan di Dun Kenering termasuklah yang tempat Yang Amat Berhormat juga. RM6 juta dan RM3 juta masing-masing untuk Rumah Perakku Prihatin dan Program Sayangi Rumahku mampu untuk memberi faedah kepada rakyat negeri ini yang memerlukan. Janganlah hanya turut ditumpukan kepada kawasan-kawasan yang berkepentingan sahaja sehinggakan kawasan yang lain termasuk kawasan saya ini kian ditinggal bas kerana berada di hulu negeri ini.

Di sini saya ingin merakamkan kebimbangan yang mendalam berkenaan tentang isu banjir. Pada sidang pertama saya sebagai wakil rakyat, isu pertama yang saya bangkitkan adalah berkenaan dengan isu banjir yang berlaku di Dun saya di Kampung Kuak Luar, Kampung Kuak Tengah, Kampung Air Panas dan juga Kampung Kuak Ulu. 30 tahun saya menetap di Pengkalan Hulu, itulah kejadian pertama yang berlaku, yang mana insiden banjir kepala air yang tak pernah berlaku sebelum ini. Jadi, selain daripada banjir, angin ribut serta kejadian tanah runtuh yang sering berlaku di kawasan yang saya wakili ketika musim tengkujuh dan semalam berlaku satu insiden yang mana sebuah rumah di Dun Pengkalan Hulu di Dun saya, di Klian Intan dihempap pokok. Pokok itu saya dimaklumkan sebesar 4 pemeluk dan usianya saya tak pastilah berapa tahun. Jadi bila berlaku masalah tersebut, dari segi untuk kerja-kerja untuk melaksanakan dan membaikpulih. Jadi kita perlukan peruntukan khas, peruntukan bencana.

Selain peruntukan ini diserahkan kepada PDT ataupun Pejabat Daerah, saya fikir wajar peruntukan ini diperuntukkan juga Adun-Adun, 59 Adun yang mana saya sedia maklum, bila berlaku bencana di dalam kawasan kami ini, tak ada orang lain dah. Tiada orang lain dah yang akan dirujuk oleh rakyat ataupun orang kampung. Kepada wakil rakyat lah orang pertama walaupun waktunya tengah malam, kepada wakil rakyat juga lah mesej pertama yang akan disampaikan. Itu pentingnya, peruntukan kepada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat yang memilih Adun masing-masing. Apa yang berlaku di Pengkalan Hulu baru-baru ini, turut berlaku pada tahun lalu di mana berlaku juga banjir pada 2 November pada baru-baru ini yang melibatkan Kampung Pelang, Kampung Pahit, Kampung Selarung, Kampung Kuak Luar dan Kampung Air Panas dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jentera kerajaan daripada Tuan Pegawai Daerah Hulu Perak dan juga seluruh jabatan dan agensi, pengerusi bencana, APM, Jabatan Pertahanan Awam, RELA yang mana bertungkus lumus membantu orang kampung, penduduk yang terlibat dengan masalah banjir dan bencana ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih.

Justeru itu, hal ini dapat dilihat amatlah penting dalam menyediakan langkah-langkah yang strategik dan utama bagi meningkatkan pengurusan bencana di Dun Pengkalan Hulu. Berikut adalah beberapa cadangan yang saya ingin utarakan. Seperti mana yang saya sebutkan tadi berkenaan dengan peruntukan tabung bencana. Di sini Pengkalan Hulu ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan berkenaan peruntukan tabung yang disalurkan kepada PDT-PDT seluruh negeri Perak turut diberikan kepada pusat-pusat khidmat sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Dengan adanya peruntukan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDT, Baitulmal dan lain-lain agensi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dari segi kewangan, baik pulih infrastruktur dan sebagainya. Selain itu, Kerajaan Negeri Perak juga perlu meneliti juga nilai bantuan wang ehsan secara one-off untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa bencana. Syarat-syarat penerimaan sumbangan juga perlu dilonggarkan agar boleh bantuan wang ehsan tersebut disumbangkan terus kepada mangsa dan tidak mengambil masa yang sangat lama. Seperti yang kita sedia maklum, wang ehsan ini mengambil masa yang lama. Mungkin sebulan, dua bulan ataupun bulan-bulan seterusnya lah. Jadi jika dicepatkan, mungkin bolehlah meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa tersebut. Mungkin dia boleh guna duit itu untuk beli barang-barang yang telah rosak ataupun guna untuk buat kerja-kerja baik pulih.

Jadi, termasuk juga saya menyarankan kepada.. mencadangkan kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengurusan Bencana dan juga NADMA untuk melonggarkan juga syarat-syarat untuk membuka PPS. Seperti yang kita dimaklumkan, syarat untuk membuka PPS mestilah 10 unit rumah dan ke atas. Jadi patut dan wajarlah difikirkan semula syarat-syarat ini dan dilonggarkan. Mungkin kita ambil 10 unit ini, mungkin kita ambil data statistik di bandar. Tapi kalau di kampung, rumahnya jarang-jarang. Tak duduk macam di bandar. Mungkin di bandar ni rumah teres, rumah taman mungkin dalam satu perumahan tu ada 30 unit, 40 unit, 100 unit. Tapi di kampung berbeza. Di kampung berbeza kerana rumah di kampung ni jaraknya jauh-jauh. Jadi mungkin perlu dikaji semula lah syarat-syarat tersebut dan seterusnya adalah pelaksanaan sistem peringatan genie dengan izin genie warning system dengan mewujudkan sistem peringatan genie sememangnya dapat membantu dalam memberi amaran awal kepada penduduk setempat mengenai ancaman bencana yang mungkin akan berlaku. Contohnya seperti siren lah. Alhamdulillah, di Dun saya ada terima satu siren dah sebab saya ada bangkitkan pada sidang yang lepas cuma belum dipasang lagi lah dan Insya Allah mungkin akan dipasang lagi. Ini antara langkah awal yang kita boleh ambil lah untuk memberi peringatan kepada rakyat dan juga kepada penduduk kampung tentang amaran awal bencana ni, penting ni dan yang seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada fokus ini kelestarian alam sekitar berkaitan dengan kepentingan pembangunan dan pembangunan infrastruktur hutan dan dengan protokol yang diberi, saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan aktiviti penerokaan hutan di kawasan Pengkalan Hulu. Rimba hijau yang dikurniakan Allah SWT ini mempunyai peri pentingnya yang tersendiri. Selain berfungsi sebagai kawasan tadahan air, hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Peruntukan yang khusus sebanyak RM53.9 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak, RM1.4 juta bagi tujuan Program Perak Lestari dan Teknologi Hijau dan peruntukan lain dilihat begitu tinggi berbanding peruntukan pada tahun-tahun sebelum ini. Namun ianya tetap dilihat bagai melepaskan batuk di tepi tangga jika masalah-masalah yang saya akan sampaikan masih berlaku. Kebelakangan ini sering terjadi siri bencana alam yang berpunca daripada ekoran daripada penerokaan khazanah bumi ini seperti insiden kepala air yang berlaku di Kuak Luar dan yang bila kita lihat ini viral satu Malaysia berlaku di Kedah dan juga di Batang Kali yang mana telah meragut nyawa. Walaupun insiden seperti ini belum berlaku di daerah-daerah lain.

Secara khususnya, saya amat khuatir dengan adanya aktiviti-aktiviti pembangunan ladang di sekitar kawasan hutan dan tadahan yang semakin aktif dan ada kala juga menyebabkan kejadian banjir seperti di kampung-kampung yang saya sebutkan tadi. Saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan dan jabatan-jabatan berkaitan sentiasa memantau sebarang penerokaan hutan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini kerana ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti kepala air dan banjir kilat yang menyebabkan kerosakan harta benda serta kehilangan nyawa.

Di samping itu, undang-undang mengenai pembangunan ladang dan penerokaan haram hutan simpan dalam negeri juga seharusnya diperketatkan. Ini dalam surah Taha ayat 53 hingga 54. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dialah Tuhan yang menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Ia mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu lalang dan ia juga menurunkan hujan dari langit. Maka kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah SWT bagi orang-orang yang berakal fikiran”. Di sini saya ingin sebutkan sedikit isu berkenaan dengan bijih timah, perlombongan bijih timah di Perak. Perlombongan bijih timah di Perak bukanlah satu perkara yang baru. Sebenarnya ia mungkin telah berjalan sejak pemerintahan Sultan Perak yang ke-11 lagi iaitu dalam awal abad ke-16. Begitu juga aktiviti perlombongan bijih timah di Pengkalan Hulu yang terletak di kawasan Klian Intan. Di Klian Intan ini, lombong bijih timah Rahman Hydrolic telah beroperasi sejak tahun 1907. Syarikat ini menjalankan aktiviti pelombongan bijih timah batuan keras yang terbesar di Malaysia. Ini lombong bijih timah, Rahman Hydrolic masih lagi menjalankan operasinya secara lombong terbuka. Yang menariknya, ia telah dijadikan sebagai tempat pendidikan untuk generasi masa kini dan masa hadapan selain sebagai sebuah tempat tarikan pelancong.

Sungguh pun begitu, terdapat juga syarikat-syarikat perlombongan swasta lain yang turut menjalankan operasi pelombongan ini di skala kecil. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah berkenaan dengan beberapa masalah kecil kesan daripada aktiviti pelombongan ini yang mana jika tidak dibendung, ianya mampu merubah kepada masalah yang lebih besar. Baru-baru ini pusat khidmat saya ada menerima aduan daripada beberapa orang penduduk yang berhampiran dengan kawasan pelombongan ini. Ada yang mengusahakan kebun dan ada juga tinggal di kawasan berhampiran. Ada yang mengadu bahawa tanah kebun yang telah diusahakan oleh mereka tercemar dengan asid-asid yang mengalir di dalam parit ataupun sungai berdekatan. Tanaman mengalami kerosakan dan ada juga yang berlaku hakisan tanah kesan daripada aktiviti perlombongan tersebut. Saya yakin pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Mineral dan Geologi serta Negeri sentiasa mengawal selia Standard Operasi Prosedur syarikat perlombongan ini dalam melepaskan sisa-sisa bahan rawatan ke dalam sungai mengikut piawaian yang ditetapkan. Ketidakpun begitu saya berharap agar jabatan berkenaan terus memperkasakan penguatkuasaan piawaian ini agar masalah-masalah yang telah berlaku tidak memberi kesan negatif kepada penduduk setempat apatah lagi ianya sumber bumi yang diusahakan untuk menjadi bahan makanan harian.

Yang di-Pertua

YB, masa dah habis dah ni. Banyak dah ni, saya bagi masa. Panjang lagi ke?

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Perenggan akhir.

Yang di-Pertua

Ya?

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Perenggan akhir.

Yang di-Pertua

Kenapa?

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Perenggan akhir. Okey

Yang di-Pertua

Perenggan akhir.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Sikit lah. Tuan di-Pertua, minta maaf main bola ada masa tambahan sikit. Saya minta masa tambahan lebih sikit. Minta maaf, Pengkalan Hulu ni jauh di hujung sana. Nak menyuarakan masalah rakyat. Insya Allah. Terima kasih Yang di-Pertua. Pengkalan Hulu menyambut baik usaha Kerajaan Negeri menaiktaraf fizikal dan kemudahan perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Perak sebagai gedung buku dan ilmu sewajarnya tarikan kepada perpustakaan sebagai tempat rujukan juga perlu disemarakkan. Pengkalan Hulu mencadangkan agar pihak Perbadanan Perpustakaan berusaha membuat program yang mana menggalakkan masyarakat berkunjung ke perpustakaan yang ada di daerah masing-masing. Sebagai contoh, Bulan Hadir ke Perpustakaan, Pesta Buku dan juga dilaksanakan jelajah perpustakaan bergerak dengan kerjasama pihak sekolah. Dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menarik di perpustakaan daerah-daerah. Sekurang-kurangnya ia menjadi destinasi kunjungan musim cuti sekolah dan tumpuan peminat buku. Di samping itu juga, suka untuk Pengkalan Hulu menarik perhatian Kerajaan Negeri untuk meninjau Pusat Sumber Awam Pengkalan Hulu, yang pada hemat saya memerlukan suntikan pembangunan yang sejajar dengan arus pemodenan dan teknologi semasa.

Kesimpulannya, Dato' Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan perbahasan saya pada petang ini, izinkan saya memetik sepotong ayat dari Kitab Al-Quran, ayat 67, surah Yusuf. Mafhumnya dan ia berkata lagi, Wahai anak-anak ku janganlah kamu masuk ke bandar Mesir dari sebelah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa pintu yang berlainan. Dan aku dengan nasihat ku ini tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan Allah subhanahu wa ta'ala. Pengajaran daripada ayat ini, ayat di atas ini antara lain ianya menyentuh tentang persoalan perancangan di mana Allah subhanahu wa ta'ala menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan janganlah bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi, perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan, maka hendaklah bertawakal kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Hasil yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan, keberkatan bermaksud mendapat restu. Keredhaan atau rahmat dari Allah subhanahu wa ta'ala. Bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta menahan perintah Allah subhanahu wa ta'ala.

Namun keberkatan boleh hilang jika melakukan perkara yang menyalahi yang digarisi oleh Allah subhanahu wa ta'ala. Seperti terlibat dalam riba dan melakukan dosa. Kini, sampailah saya di hujung perbahasan belanjawan ini. Alhamdulillah tugas ini sudah hampir usai. Amanah yang digalas dengan terlaksana. Kami di barisan pembangkang, barisan check and balance tidak mengerti erti Lelah dan akan terus nekad untuk menjadi dahan teduh bagi pautan rakyat yang memerlukan. Bajet 2024 ini diharap dapat menjadi penawar seterusnya kepada pelbagai keperihan yang dialami rakyat buat masa ini. Moga-moga ia dapat terus menyerlahkan jalan ke hari esok. Di mana insya Allah menanti masa depan dengan lebih cerah. Saya mengharapkan bajet ini di bawahnya teduh impian, terpancar harapan. Hampir 3 juta rakyat Perak. Itulah natijahnya. Inilah momennya. Inilah harapan saya. Kepadamu Ya Allah, kami kepada mu Ya Allah, kami bertawakal dan berdoa semoga negeri ini sentiasa di bawah naungan keredhaanNya. Besar-besar Banjaran Titiwangsa, besar lagi harapan rakyat Pengkalan Hulu. Klian Intan dan Kampung Pong, Pengkalan Hulu menyokong. Wa billahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Waalaikusalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Pengkalan Hulu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk memulakan perbahasan. Silakan.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam perpaduan dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi kerajaan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan mengizinkan saya untuk berbahas dalam Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 pada sidang kali ini. Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2024 yang dianggarkan hampir RM1.35 bilion. Merupakan satu belanjawan yang terbesar dalam sejarah negeri Perak. Terima kasih dan syabas kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Seri Saarani Mohamad dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah belanja pembangunan yang mencatatkan RM491 juta ataupun 36.5% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan. Peningkatan dalam jumlah yang besar ini iaitu sebanyak RM96 juta ataupun 24.3% berbanding dengan belanjawan tahun 2023 jelas menunjukkan perbelanjaan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak merupakan satu belanjawan yang berimpian tinggi untuk merealisasikan Perak Makmur Rakyat Sejahtera menjelang tahun 2030.

Ini juga akan membantu untuk memberikan keyakinan yang tinggi kepada para pelabur tempatan dan asing serta rakyat jelata bahawa Kerajaan Negeri Perak sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri Perak demi kesejahteraan rakyat negeri Perak. Peningkatan ini jelas menunjukkan usaha Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kebajikan demi manfaat rakyat dan disokong pula oleh kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang semakin mengukuh. Jumlah belanja pembangunan sebanyak RM491 juta juga merupakan jumlah tertinggi yang pernah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit sebanyak berkaitan dengan pelaburan dan perindustrian yang menjadi pemacu kepada perkembangan ekonomi negeri Perak. Berdasarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perak telah merekodkan pelaburan sebanyak RM7.1 bilion pada suku pertama tahun 2023 dan telah mengalami peningkatan sebanyak 550% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022. Manakala sehingga suku yang kedua iaitu dari bulan Januari sehingga bulan Jun tahun 2023, pelaburan yang diluluskan di negeri Perak ialah sebanyak RM4.2 billion dan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 75% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas yang mencatatkan RM2.4 billion.

Dengan ini, setakat akhir bulan Jun tahun ini, Perak telah memperolehi pelaburan yang direalisasikan bernilai lebih dari RM22.3 bilion daripada sejumlah 283 projek pembuatan dan mewujudkan lebih 22,000 pekerjaan sejak tahun 2018. Angka pelaburan yang dicatatkan tersebut merupakan satu rekod yang memberangsangkan untuk negeri Perak selepas dua kuasa industri iaitu Selangor dan Pulau Pinang. Kini, Perak muncul antara empat negeri yang mencatatkan pelaburan tinggi di Malaysia. Peningkatan angka pelaburan ini adalah disebabkan keberkesanan perancangan dan dasar ekonomi Kerajaan Negeri yang efisien dalam menyusun serta menyediakan prasarana yang dikehendaki oleh pelabur seperti jalinan lebuhraya baharu iaitu Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan menaik taraf sistem pelabuhan menerusi projek bandar Perindustrian Maritim Lumut. Ini pelabur tempatan dan asing meletakkan Perak sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi berdasarkan projek berimpak tinggi yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri Perak dan sudah pastinya pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi di negeri Perak akan terus menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi Perak dan merealisasikan Perak Sejahtera 2030.

Dato' Yang di-Pertua dari segi teknologi tinggi dan sebagai langkah permulaan Tanjong Malim yang selama ini dikenali sebagai Proton City bakal menerima pelaburan besar iaitu sebanyak RM40 bilion daripada rakan kongsi Proton iaitu Geely bagi tempoh 10 tahun ini. Ini sejajar dengan perancangan Kerajaan Negeri bagi membangunkan Proton City di Tanjong Malim sebagai lembah automatif berteknologi tinggi. Ini akan memastikan proton dan keseluruhan operasi termasuk Geely berpindah ke Tanjong Malim dengan perpindahan seramai 10,000 orang pekerja menjelang tahun 2027. Tanjong Malim yang sedang membangun dengan pelbagai projek pastinya akan menarik lebih ramai penduduk dan pekerja untuk berpindah khususnya dari Lembah Klang yang mana ekonomi di situ semakin maju dan akan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri Perak.

Selain dari Tanjong Malim, Perak juga berjaya menarik pelaburan awal bernilai sebanyak RM100 juta bagi pengeluaran dan pemprosesan bahan mineral di kawasan Silver Valley Technology Park. Projek yang dijangka siap pada suku kedua tahun 2024 akan mewujudkan lebih 500 peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Bagaimanapun, buat masa sekarang hanya syarikat Jinjing yang menjalankan pemprosesan silika sahaja yang telah memulakan pembinaan kilangnya di sini sejak bulan Ogos yang lalu. Di sebabkan masih kekurangan infrastruktur yang lengkap, kebanyakan pelabur yang berpotensi telah mencari alternatif ke tempat lain. Kehilangan potensi pelabur ini perlu ditangani dengan serta-merta kerana persaingan untuk menarik pelaburan semakin besar. Bukan sahaja di negeri-negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, tetapi juga di negara-negara lain yang mampu menawarkan pelbagai kelebihan seperti di Vietnam, Indonesia dan sebagainya. Kerajaan Negeri perlu mendapatkan bantuan Kerajaan Persekutuan dalam penyediaan infrastruktur yang lengkap di mana peruntukan yang amat besar diperlukan.

Di bahagian utara Perak pula, pembangunan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di daerah Kerian menerusi pengumuman Bajet 2024 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim bagi membina ekosistem yang lebih luas untuk kluster elektrikal dan elektronik di wilayah utara. Pembukaan kawasan perindustrian baru elektrikal dan elektronik itu adalah antara usaha kerajaan terus memperhebatkan usaha meraih lebih banyak pelaburan berimpak tinggi selepas kawasan perindustrian di Bayan Lepas Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech Park, Kedah yang telah menghimpunkan syarikat terkemuka dunia dalam sektor elektrik dan elektronik. Rancangan Kerajaan Negeri melalui Pelan Pembangunan Negeri Perak Sejahtera 2030 adalah meletakkan pusat industri di serata tempat termasuk di daerah Kerian, memandangkan kita lihat adanya permintaan dari pelabur-pelabur di Pulau Pinang yang ingin mengembangkan urusan mereka ke negeri Perak. Perak mampu menyediakan pilihan kepada syarikat multinasional di Pulau Pinang yang kini tidak mempunyai tanah yang mencukupi untuk perkembangan kilang-kilang ataupun pelaburan yang baru.

Perkembangan itu disokong dengan siapnya Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat WCE yang melibatkan kawasan Taiping Selatan yang dilihat sebagai pelengkap kepada pengukuhan aspek jaringan logistik bagi jajaran ekonomi di Pantai Barat Semenanjung. Justeru, Perak bersedia untuk mengukuhkan sektor elektrik dan elektronik khususnya di wilayah utara dengan hak perindustrian berteknologi tinggi yang akan datang di Kerian seperti yang diunjurkan Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2024. Dengan adanya satu landasan perindustrian dari bahagian utara di Kerian ke bahagian tengah di Silver Valley dan seterusnya ke bahagian selatan di Tanjong Malim. Dengan pintu pelaburan yang dibuka seluas-luasnya dan tambahan pula dengan usaha-usaha Kerajaan Negeri dari pelbagai aspek, Perak pasti akan berpotensi untuk menarik pelaburan tempatan dan asing dalam beberapa tahun yang akan datang ini.

Sebenarnya, kawasan-kawasan selain dari tiga kawasan perindustrian yang utama tersebut juga mampu meraih pertumbuhan pelaburan sekiranya usaha yang bersungguh-sungguh dijalankan. Sebagai contoh, mengikut data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kawasan perindustrian Kamunting Raya di Bandar Taiping telah menerima pelaburan berjumlah sebanyak RM3.47 juta pada tahun 2022 dalam sektor pembuatan bagi industri berasaskan getah. Sebagai sebuah kawasan perindustrian yang telah lama dibangunkan dan juga yang mampu menarik pelaburan syarikat terkemuka antarabangsa seperti Toyo Tyre, Latex dan sebagainya, angka pelaburan ini pastinya masih kurang memuaskan. Dengan usaha yang lebih gigih dan kerjasama pelbagai pihak seperti Exco Pelancongan Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor Yang Berhormat Jalong, Invest Perak, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor

Utara NCIA dan sebagainya telah banyak kali membawa pelabur-pelabur tempatan dan asing ke kawasan perindustrian Kamunting Raya tahun ini.

Usaha yang berterusan untuk mempromosikan Kamunting Raya boleh dikatakan berhasil. Bagi tempoh dari bulan Januari hingga ke bulan Jun tahun ini, Taiping telah merekodkan pelaburan yang diluluskan berjumlah sebanyak RM39.3 juta bagi sektor pembuatan untuk industri pemprosesan makanan. Ini telah memastikan sekurang-kurangnya terdapat peningkatan sebanyak RM35.83 juta atau bersamaan dengan 1,032% jika dibandingkan dengan tahun 2022. Walaubagaimanapun penerimaan pelaburan baru di Taiping masih dianggap rendah sekiranya dibandingkan dengan usaha-usaha yang telah dijalankan. Apakah kekurangan atau kelemahan yang menyebabkan daya tarikan pelaburan yang kurang berhasil di Taiping? Adakah punca-punca atau faktor-faktor masalah tersebut telah dikenal pasti dan akan diambil tindakan? Kita sedia maklum Kerajaan Negeri Perak melalui Invest Perak juga telah menyediakan pelan perindustrian Perak yang berperanan menjadi pemankin kepada pertubuhan ekonomi negeri yang menyasarkan nilai pelaburan sebanyak RM47 bilion bagi tempoh 10 tahun. Beberapa sektor utama berteknologi tinggi seperti elektrikal dan elektronik, automotif dan komponen serta kenderaan elektrik, industri berasaskan mineral, bioteknologi, peranti, perubatan dan lain-lain sektor yang berkaitan diberi tumpuan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan pelaburan di negeri Perak. Selain berkeupayaan untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi, kesemua sektor tersebut juga mampu membangunkan tenaga kerja mahir yang berdaya asing di peringkat global. Akan tetapi, adakah kawasan perindustrian yang sedia ada seperti Kamunting Raya turut akan berkongsi pertumbuhan pelaburan yang dijangkakan ataupun sebaliknya.

Dato' Yang di-Pertua, Koridor Utara Malaysia amat sinonim dengan sektor pembuatan, terutamanya sektor elektrikal dan elektronik. Maka kita dapat lihat satu pertumbuhan yang amat jelas dalam sektor ini di negeri-negeri utara seperti kawasan perindustrian Batu Kawan dan Bayan Lepas di Pulau Pinang serta kawasan perindustrian berteknologi tinggi Kulim. Kawasan utara negeri Perak sudah semestinya mempunyai potensi yang amat besar bagi mendapatkan limpahan positif sektor elektrikal dan elektronik ini. Sehinggalah kita dapat melihat syarikat dalam sektor E&E seperti NationGate dan UWC yang asalnya telah beroperasi di Pulau Pinang, kini telah berkembang dan mula melabur di kawasan perindustrian Kamuntin Raya di Taiping. Tambahan dengan perancangan untuk membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian yang sangat berhampiran dengan Kamunting Raya, kawasan utara Perak yang bakal menjadi satu titik lokasi penting bagi pembangunan industri berteknologi tinggi, pastinya akan membantu juga dalam peningkatan sektor perindustrian di Kamunting Raya, Taiping. Walau bagaimanapun, sementara menunggu kawasan perindustrian baru di Kerian disiapkan sepenuhnya, kawasan perindustrian Kamunting Raya yang telah siap tersedia infrastruktur ketika ini, seharusnya diberi tumpuan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam usaha menarik pelaburan yang berkualiti.

Secara umumnya, kawasan perindustrian Kamunting Raya telah mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti sistem jalan raya dan perparitan, sambungan utiliti tenaga elektrik, bekalan air, jajaran paip gas asli, serta sambungan internet berkelajuan tinggi. Namun, kapasiti bekalan air ke kawasan perindustrian ini harus dipertingkatkan lagi, bagi memastikan kawasan perindustrian Kamunting Raya mampu menjamin sumber bekalan air yang cukup dan stabil kepada pelabur, terutamanya bagi sektor yang memerlukan kapasiti bekalan air yang tinggi, seperti sektor wafer fabrication iaitu salah satu sektor industri yang diberi fokus oleh Kerajaan Persekutuan melalui MITI dibawah Pelan Induk Perindustrian (NIMP) 2030.

Maka, saya menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri Perak untuk melaksanakan projek skim pemindahan air dari Sungai Perak yang dapat meningkatkan kapasiti bekalan air oleh Lembaga Air Perak ke kawasan utara Perak. Bukan sahaja untuk kegunaan perindustrian, malah ia dapat memastikan sumber bekalan air yang cukup untuk sektor pertanian di daerah Kerian yang menjadi nadi kepada sekuriti makanan di negeri Perak juga. Selain itu, kawasan Kamunting Raya juga menghadapi sedikit kekangan dari segi saiz lot industri yang berbaki. Baki lot-lot industri yang tinggal hanya mempunyai keluasan di antara 7 ekar sehingga 30 ekar dan terletak secara berselerak. Hal ini bakal memberi sedikit kekangan kepada pelabur-pelabur yang berhasrat untuk membangunkan fasiliti pembuatan pada skala yang lebih besar. Kita dapat lihat trend kemasukan pelabur kebelakangan ini, skala projek adalah agak besar dan memerlukan lot industri yang lebih luas.

Sebagai contoh, projek ATNS di Kulim Hi-Tech Park dengan lot industri berkeluasan 56 ekar, projek OSRAM juga di Kulim Hi-Tech Park dengan keluasan 48 ekar dan banyak contoh lagi. Maka, saya berharap Kerajaan Negeri mahupun pemaju dari sektor swasta dapat melihat perkara ini dan bersama-sama memberi tumpuan dalam membangunkan lebih banyak kawasan perindustrian berteknologi tinggi di sekitar kawasan Kamunting Raya bagi terus menarik pelabur ke bandar Taiping. Sebelum mengakhiri perbahasan saya pada petang ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.77 bilion yang meliputi kelulusan projek dan program yang akan memberi manfaat kepada rakyat di seluruh Negeri Perak. Sekian, terima kasih. Pokok Assam mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat daripada kawasan Pokok Asam yang menghabiskan perbahasan dalam waktunya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Alhamdulillah hirrohbilalamin wasalatuwasalam waalaasyrafilambiya iwalmussalim waalaalihi wasohbihi ajmain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Adun Kota Tampan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, para pemerhati seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini. Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. pada hari yang berbahagia ini dapat kita bersama-sama berbincang bagi membentuk data kelola ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Negeri Perak tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Selawat dan salam buat jujungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabi'in dan bagi seluruh yang mengikuti agama Islam yang indah lagi syumul ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, suka saya memulakan perbahasan Belanjawan 2024 dengan mengambil panduan dan pedoman daripada kalamu Allah yang termaktub di dalam Kitab Suci Ayat Al-Quran yang berbunyi anguzubillah himinashsyaitonnirojim "Qa la tazra'una saba'an sinina da'aba fa ma hasattum fatharuhu fiisum bulih illa qalilam mimma ta'kulun" Surah Yusuf ayat 47. Yang bermaksud, Nabi Yusuf menjawab, "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai, biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu makan". Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ayat yang saya bacakan sebentar tadi mengisahkan saranan dan perancangan Nabi Yusuf a.s kepada pemerintah ketika itu untuk melakukan persiapan berhadapan dengan musim kemarau yang panjang selama tujuh tahun lamanya. Persiapan dan perancangannya juga selama tujuh tahun dengan memfokuskan kepada tanaman pertanian. Kisah yang direkapkan dalam Al-Quran ini bukan seperti cerita hikayat-hikayat yang kosong akan tetapi ianya adalah kisah yang terkandung pelbagai pedoman, panduan dan juga peringatan untuk seluruh umat manusia hingga ke hari ini terutamanya yang berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf a.s ini yang berkaitan dengan keterjaminan makanan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua sepenuh perbahasan Bajet 2024 kali ini, suka untuk saya tarik perhatian semua akan isu yang sudah lama kita hadapi tetapi agak kurang diberikan perhatian oleh kita semua, isu yang saya masukkan ini ialah pemanasan global yang kian meningkat. Pemanasan global ini secara ringkasnya adalah pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang membabitkan beberapa kumpulan gas menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Antara yang ketaranya adalah karbon dioksida yang sangat berkait rapat di dalam aktiviti kehidupan kita. Kajian menjangkakan trend peningkatan suhu ini akan terus berlaku pada tahun-tahun berikutnya. Ada kajian meramalkan suhu bumi akan terus meningkat dan ada kawasan yang mungkin bakal mencecah sebanyak 45 darjah celsius menjelang 2030. Sama dan seiring dengan wawasan Perak Sejahtera kita 2030 terutama berkaitan sekuriti makanan yang jadi antara agenda utama Perak Sejahtera 2030.

Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, pemanasan global perlu diberikan perhatian kerana kesannya sangat besar terhadap perubahan cuaca yang akan menjejaskan pelbagai sektor seperti sektor perikanan. Ikan akan berpindah daripada habitatnya yang biasa dan kematian. Ini akan menjejaskan para nelayan kita dan kita yang makan ikan. Lebih teruk terkesan dengan pemanasan global ini adalah sektor pertanian terutamanya padi yang menjadi makanan asasi kita semua apa yang dibimbangi ini seharusnya sedang berlaku. Apa yang dibimbangi ini sebenarnya sedang berlaku ini kita dapat lihat sendiri melalui laporan KDNK Negeri Perak berkait sektor pertanian yang menurun kepada 3.9% untuk tahun 2022. Begitu juga pada tahun 2021 pun menurun dan di jangka trend penurunan ini akan terus berterusan untuk tahun-tahun yang berikut. Sikit sebanyak yang menjadi punca ini adalah pemanasan global yang menyukarkan tumbuhan untuk tumbuh dan memberikan hasil yang baik untuk tanaman padi.

Saya ambil satu contoh yang mana kesan pemanasan global ini yang telah menyebabkan perubahan iklim, gangguan kepada cuaca yang menjadi ekstrim. Kalau hujan, hujan yang ekstrim. Kalau kemarau, kemarau yang ekstrim dan dengan perubahan musim, musim yang tidak menentu ini semua mengganggu pertumbuhan padi dengan baik. Sebagai contoh, untuk keluaran hasil padi, stigma jantan dan betina perlu berkahwin tetapi disebabkan hujan yang ekstrim, stigma ini tidak dapat bertemu dan berkahwin dan menyebabkan padi tumbuh tidak ada isi ataupun kurang. Ini sebenarnya yang sedang berlaku terhadap sebahagian pesawah-pesawah kita, terutamanya di jelapang padi kita ini. Antara masalah lain ialah menyebabkan tanah jerlus, para pesawah tidak dapat menuai di dalam musim yang panas, yang mana menyebabkan jentera padi terbenam bila masuk ke bendang. Musim lepas 500 hektar lebih dah terjejas akibat tanah jerlus dan musim ini yang akan dan musim ini yang kita bimbang untuk Kerian jadual tuaian hasil padi bermula pada bulan satu tahun hadapan, bulan 12 adalah musim hujan dan dengan keadaan cuaca yang ekstrim ini kita bimbang ia berlanjutan hingga pada bulan-bulan seterusnya yang pasti menjejaskan hasil padi kita dan mengecewakan sekali lagi buat para pesawah kita.

Oleh itu Yang di-Pertua apa yang perlu dilakukan sebagai persiapan jangka pendek untuk proses ambil hasil tak lama lagi ini, bajet yang telah pun dirangka ini perlu difokuskan kepada sistem saliran air buang. Kita tahu saliran air buang dari bawah dari sawah ini banyaknya di bawah federal iaitu IADA. Tapi dana kerajaan juga perlu bantu penyelenggaraan parit buang ini dengan sebaiknya terutamanya hujung tahun ini, bulan sekarang ini, bulan 12, masih banyak lagi parit-parit buang yang masih belum diselenggara. Sedangkan awal bulan depan, bulan 1 dah nak ambil hasil kita pula berada di musim hujan yang sangat memimbangkan dan sangat berpotensi untuk berlakunya isu jerlus ini sekali lagi pada musim hadapan. Oleh itu, jangan jadikan seolah-olah ia menggambarkan tahun 2024 yang buruk buat para pesawah kita. Seperti yang dimaklumkan oleh jabatan-jabatan akhir-akhir tahun ini, peruntukan pun dah habis. Awal bulan 1 dan nak ambil hasil padi bajet 2024 pun baru dibahas untuk disokong kelulusan. Tak tahu sama ada sempat ataupun tidak digunakan peruntukan-peruntukan ini untuk penyelenggaraan hujung Disember ini. Jadi diharapkan pihak kerajaan terutamanya jabatan JPS di bawah Yang Berhormat Sungai Rapat untuk mencari jalan dan peruntukan segera untuk mengatasi masalah saliran parit buang ini terutamanya di kawasan-kawasan yang utama yang teruk tidak diselenggara di Kerian Laut terutamanya di Dun Titi Serong.

Untuk pengetahuan, kawasan jelapang padi kita di Perak ini terutamanya di Kerian Laut sangat subur tanahnya. Dapatan maklumat daripada kajian di Dun Titi Serong terdapat petak sawah padi yang ditanam tanpa menggunakan sebarang baja tambahan boleh mencapai hasil sebanyak 4.3 tan per hektar. Ini menunjukkan potensi untuk mendapatkan hasil padi lebih banyak, sangat baik.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Yang Berhormat Titi Serong, tadi ada YB ada menyentuh bab tentang perubahan iklim, perubahan suhu, isu berkenaan dengan alam sekitar. Tapi saya cuma ada dengar tadi ada satu cadangan, satu sahaja. Jadi untuk kebaikan pertanian, jadikah ada YB ada menyokong tadi sebab bab menjaga alam sekitar ini merupakan isu global, bukannya cuma bergantung kepada kita. Jadi seboleh kalau saya tahu pihak YB sahaja, inisiatif apakah inisiatif yang telah dilakukan daripada Titi Serong? Sebab kita ini dua pihak pun ada peruntukan kan? Jadi, apakah yang telah digunakan untuk memperbaiki isu cuaca ini? Sebab kita ini isu cuaca ini ada banyak faktor. Sebab sekarang banyak peranti elektronik, banyak kereta, kereta-kereta yang pembebasan haba. Macam itu sekarang ada, ada, apa tu automotif, ada EV, ada penggunaan solar panel, ada pengurangan guna, banyak lah jadi pengurangan haba, kurang karbon. Jadi kalau boleh terangkan, huraikan apakah yang telah dilakukan oleh Titi Serong sahaja, di kawasan anda.

Terima kasih Yang Berhormat Bercham. Solusi jangka pendek dan panjang saya nak sentuh dalam perbahasan saya kali ni rekod-rekod yang lampau apa yang kita buat di peringkat Dun bukan saya bukan hanya saya ada Alor Pongsu, Kuala Kurau dan sebagainya kita berbincang dengan pelbagai pihak isu jerlus ini sebenarnya bukan hanya hujan dia melibatkan sistem saliran itu yang saya bincangkan dan saya bahaskan dan saya masukkan dalam perbincangan kita ini saya sambung untuk pengetahuan Kerian pernah mencapai hasil 4.6 tan per hektar tetapi musim sekarang ini hasil dapatan menurun sekitar 3.4 tan dan ke bawah. Oleh itu, kerajaan perlu memberikan sokongan dan fokus yang lebih untuk membantu para pesawah terutamanya berkaitan penyelenggaraan saliran ini sebagai persiapan segera dan jangka pendek bagi berhadapan dengan kesan pemanasan global yang lebih merumitkan pada tahun-tahun hadapan. Mengikut kajian, jangkaan El Nino bakal berlaku lagi pada tahun hadapan dan lebih teruk daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Jadi inilah yang dibimbangkan terutamanya untuk para pesawah.

Di sini saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri juga dapat memohon lebih peruntungkan MARRIS daripada federal untuk memfokuskan kepada kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan saliran saliran parit di sawah di bawah JPS sebagai persediaan menghadapi cuaca ekstrem tidak lama lagi. Juga saya ingatkan di sini kesempatan ini dengan penambahan bajet yang ada di bawah JKR agar kerajaan terutamanya di bawah bimbingan Yang Berhormat Sungai Rapat dapat meluluskan projek naik taraf kesesakan di jambatan Titi Serong seperti yang kita bincangkan sebelum ini kerana penduduk bertanya-tanya apakah jawapan setelah kita turun bersama-sama ke hulu dan ke hilir di atas jambatan Titi Serong.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apa yang saya sebutkan di sini sebenarnya adalah solusi jangka pendek dan segera untuk memastikan proses tuaian hasil padi kita lancar. Langkah untuk jangka sama panjang bagi mengimbangi pemanasan global yang sedang berlaku ini perlu dipandang serius oleh kita semua terutamanya pihak kerajaan. Terdapat banyak solusi cadangan yang akan kita dapati melalui jurnal-jurnal akademik daripada para cendekiawan. Antara yang terbaik adalah dengan penanaman semula pokok-pokok yang untuk mengimbangi gas karbon dioksida yang menjadi penyebab utama krisis pemanasan global ini. Di sini saya cadangkan dengan peruntukan Bajet 2024 ini agar kerajaan memfokuskan dan lebih giat dalam usaha penanaman semula pokok-pokok terutamanya penanaman pokok bakau. Ini kerana pokok bakau dapat menyerap karbon dioksida dengan sangat baik iaitu sebanyak 10 kali ganda berbanding tanaman-tanaman yang lain. Untuk makluman, Ahli-ahli Dewan, negeri Perak mempunyai hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia, terletak di Kuala Sepetang dengan keluasan melebihi 40 ribu hektar.

Oleh itu, dengan peruntukan bajet 2024 ini saya sangat berharap agar pihak kerajaan dapat merancakkan lagi tanaman semula pokok bakau ini dan mencari lokasi-lokasi yang baru untuk tanaman pokok bakau sebagai solusi jangka masa panjang demi kebaikan bersama. Selain itu, saya juga nak menarik perhatian kerajaan untuk menyambut peluang penjualan kredit karbon yang boleh dilakukan melalui pasaran karbon sukarela yang telah dilancarkan oleh bursa Malaysia pada penghujung tahun

2022. Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah menjelaskan bahawa di bawah pasaran karbon sukarela tiada sekatan dikenakan ke atas jualan karbon kredit yang dijana daripada projek di Malaysia kembali kepada pembeli di luar negara. Dagangan adalah terbuka yang bermakna kita boleh menjalankan dagangan merentasi sempadan. Oleh itu, Kerajaan Negeri dicadangkan agar dapat mengambil peluang ini dengan menjadi pembekal kepada kredit karbon dan menjana hasil negeri melalui hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia yang kita miliki hari ini. Kesempatan ini juga, saya juga ingin bertanya sejauh manakah penglibatan kerajaan negeri dalam menjayakan kempen penanaman semula dan adakah penjualan kredit karbon ini telah dikaji dan diteroka oleh Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memberi tumpuan fokus juga kepada peruntukan yang diperuntukkan untuk sektor pelancongan yang merupakan penyokong penting kepada pertumbuhan ekonomi dan kelestarian negeri Perak. Pada tahun 2024, dengan semangat kearifan dan penglihatan jauh kehadapan, kita gembira untuk menyambut Tahun Melawat Perak 2024. Cadangan untuk memperuntukkan RM21.2 juta bagi mengembangkan sektor pelancongan menandakan komitmen kita terhadap pembangunan lestari, peningkatan daya tarikan pelancong dan pemacu ekonomi bagi rakyat Perak. Walaubagaimanapun, dengan bajet yang begitu besar ini, beberapa aspek perlu diberikan tumpuan dan diuruskan dengan tata kelola yang baik. Sumbangan bajet ini dapat digunakan untuk membangun dan meningkatkan infrastruktur pelancongan seperti pusat pelancongan, taman tema dan kemudahan pelancongan lain untuk meningkatkan pengalaman pelancong.

Saya ingin menegaskan sekali lagi isu taman tema yang terbengkalai akibat ditutup operasi iaitu Movie Animation Park Studio, Perak. Saya menyokong penuh cadangan yang dibawa oleh sahabat saya Yang Berhormat Ketua Pembangkang tentang isu ini. Kerajaan Negeri perlu lebih serius dalam menyesuaikan masalah taman tema ini supaya ianya tidak menjadi tukun darat gergasi di negeri ini. Sebahagian daripada peruntukan boleh digunakan untuk memajukan dan mempromosikan destinasi pelancongan di negeri Perak dalam Buku Belanjawan 2024, disebut peruntukan khas bagi tapak Ekopelancongan Taman Alam Kinta tetapi saya ingin mengingatkan kerajaan beberapa tempat bersejarah lain yang juga perlu diberikan perhatian sewajarnya. Contoh seperti Komplek Bersejarah Pasir Salak, Batu Bersurat Pulau Pangkor, Kapal Korek Tanjung Tualang dan banyak lagi tempat menarik yang sesuai diperhebatkan bagi Tahun Melawat Perak 2024 ini. Kempen kebersihan dan kelestarian sebahagian daripada peruntukan boleh dialokasikan untuk kempen kebersihan dan kelestarian memastikan bahawa kecantikan alam semula jadi kita dikekalkan dan dijaga untuk generasi masa hadapan. Dengan langkah-langkah ini...

Titi Serong.

Ok, baik. Boleh, boleh.

Terima kasih, Titi serong. Sesi lepas, terima kasih kerana membangkitkan tentang kelestarian alam sekitar. Sesi lepas kita dah macam-macam buat untuk kelestarian ini, kempen, Macam-macam kempenlah termasuklah kaitan dengan pemanasan global. Ini satu isu yang sangat pentinglah untuk diusahakan untuk diatasi. Kalau tidak, kalau kita tidak ada usaha, bahayalah yang akan menanti dan sehingga kita dah pernah bukukan pun untuk mengatasi masalah ini iaitu Perak Sustainable Green Print ataupun dipersetujui dalam MMK pada masa itu ialah Perak Lestari. Jadi setuju tak bahawa pihak Kerajaan Negeri perlu meneruskan soal-soal lepas untuk demi kelestarian ini terutamanya untuk menghadapi isu-isu yang disebutkan tadi berkaitan dengan pemanasan global. Dia banyaklah punca dia, antaranya kilang, pelepasan daripada kilang, asap, begitu juga dengan kenderaan dan sebagainya. Jadi macam mana kita atasi dan pada masa itu antara cadangan kita juga untuk melaksanakan itu ialah diperbadankan Perbadanan Perak Lestari ataupun berkaitan dengan kelestarian alam dan peringkat awal ini mungkin boleh tubuhkan satu sekretariat ataupun diuruskan oleh mana-mana GLC jika sesuai. Setuju atau tidak?

Baik, apa saja yang baik untuk kita bersama, saya setuju. Masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Dato' Yang di-Pertua, dengan peruntukan besar di bawah Jabatan Agama Islam, saya cadangkan pihak kerajaan untuk merancakkan kempen kesedaran di dalam masyarakat. Dato' Yang di-Pertua, Pada hari ini juga, saya ingin menyentuh untuk membahas sebahagian daripada Bajet Negeri Perak 2024 yang membabitkan peruntukan yang besar untuk pengoperasian Jabatan Agama Islam iaitu sebanyak RM95.7 juta. Satu usaha yang sangat baik untuk pemerkasaan pembangunan ummah yang sering dan seiring dengan misi mencapai Perak Sejahtera 2030. Di antara sasaran Perak Sejahtera 2030 adalah sejahtera sosial seperti petikan di dalam ringkasan Buku Perak Sejahtera ada menyatakan Perak Sejahtera 2030 melihat kesejahteraan sosial dan menjamin kesejahteraan individu, masyarakat dan rakyat dalam meningkatkan kualiti kehidupan daripada aspek jasmani, akal, rohani dan juga emosi. Suka untuk saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini terdapat satu masalah besar sebenarnya yang bakal membantutkan segala usaha-usaha untuk mencapai Perak Sejahtera 2030 terutamanya berkaitan dengan kesejahteraan sosial.

Masalah yang saya maksudkan ini adalah permasalahan daripada amalan berjudi terutamanya yang melibatkan dengan judi online. Amalan berjudi ini sangat besar kesannya, buruknya terhadap institusi kekeluargaan, ekonomi terutamanya untuk anak-anak muda. Terdapat banyak hasil-hasil kajian yang melibatkan kesan buruk judi ini yang telah dikaji oleh para-para penyelidik kita. Kalau kita turun ke dalam masyarakat, sedih kita melihat keadaan ini. Sebenarnya ramai daripada golongan penerima-penerima bantuan ini mereka terlibat dengan amalan judi ini dan yang sangat kita bimbang ialah keterlibatan anak-anak muda kita pada hari ini. Pada jangkaan mereka dengan amalan judi ini dapat menjadikan mereka kaya ataupun lebih kaya tapi sahabat-sahabat yang ada di dalam Dewan yang mulia ini lihatlah sendiri mereka yang terlibat dengan ketagihan judi ini makin teruk kehidupan mereka, teruk ekonomi mereka, buruk hubungan di dalam kekeluargaan dan rakan-rakan dan kesannya juga melibatkan masyarakat yang tidak berdosa. Patutlah Agama Islam dan agama-agama yang lain melarang amalan berjudi ini kerana pencipta kita tahu akan kesan buruknya kepada kita. Oleh itu Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua...

Yang Berhormat, Tronoh boleh? Terima kasih kepada Titi Serong kerana sudi memberi ruang kepada Tronoh. Jadi sebenarnya Tronoh pun amat memahami ok, keburukan penjudian ini tapi sebenarnya aktiviti-aktiviti judi di online ini dia tidak membahagikan kepada mana-mana agama dan membahagikan kepada mana-mana kaum…

Ya, setuju.

Tapi saya melihat di sosial media sekarang ada satu trend di mana yang juga berbangsa melayu dan juga ada yang beragama Islam meminta kawan-kawan dia untuk memasuki dalam perjudian ini. Apakah tindakan Yang Berhormat ataupun aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pejabat Yang Berhormat demi membanteras aktiviti perjudian ini? Terima kasih.

Ya, baik. Terima kasih rakan saya, Tronoh. Kebimbangan Tronoh sama dengan saya, sama dengan kita semua. Saya tersentuh berkaitan dengan cadangan. Saya tersentuh. Oleh itu, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dengan peruntukan besar di Jabatan Agama Islam...

Yang di-Pertua

Titi Serong, lama lagi ke?

Satu page, tiga perenggan lagi.

Yang di-Pertua

Tiga perenggan lagi ya?

Tiga perenggan lagi.

Yang di-Pertua

Ok, lima minit.

Baik. Baik, dengan peruntukan besar di bawah Jabatan Agama Islam, saya cadangkan pihak kerajaan untuk merancakkan kempen kesedaran ini di dalam masyarakat terutamanya berkaitan judi online ini yang tidak ada sempadan dan yang lebih merumitkan kerana apps judi ini mirip sangat dengan apps game yang lain. Seolah-olah usaha mernormalisasikan judi game ini sedang diusahakan dan kita bimbang, yang main game ini itu adalah anak-anak kita sendiri yang ada di dalam Dewan yang mulia ini. Gerakan secara bersepadu kempen kesedaran ini secara besar-besaran dan bersasar. Beri pendedahan dan pendidikan di pelbagai segmen masyarakat, terutamanya golongan ibu dan bapa sebab ramai daripada kalangan ibu ini tidak tahu game yang sedang dimain oleh suami-suami mereka adalah game judi dan begitu juga dengan anak-anak. Ramai di kalangan ibu bapa atau guru-guru di sekolah tak tahu bahawa game yang sedang mereka main itu adalah game judi dan begitu juga anak-anak remaja kita yang ramai tidak tahu bahawa mereka sedang didormalisasikan berkaitan dengan judi-judi online durjana ini. Jadi inilah sebenarnya virus dan bencana yang sedang melanda masyarakat kita hari ini yang bakal membebankan kita semua di masa yang akan datang.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, hasil dapatan daripada banyak perbincangan sebenarnya kita tidak ada punca kuasa untuk menangkap mereka yang main judi online ini khususnya berbanding dengan mereka yang pergi ke kedai-kedai judi. Oleh itu, saya sarankan juga pihak kerajaan menilai kembali enakmen syariah berkaitan judi untuk dipinda agar amalan judi ini terutamanya judi online dapat dibendung demi kebaikan bersama. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, setakat itu saja ucapan saya berkaitan dengan Bajet 2024 kali ini dan dengan ini saya menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Titi Serong yang menyampaikan perbahasan yang baik tadi. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan 20 minit. Terima kasih.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Salam Perak Sejahtera 2030 dan salam Malaysia Madani. Dengan rendah diri saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, rakan-rakan Yang Berhormat daripada blok kerajaan dan pembangkang, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media dan seterusnya para pemerhati dan penonton yang sedang mengikuti Sidang Dewan atas talian. Pada hari ini, saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk membahaskan Belanjawan Perak 2024. Yang di-Pertua, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk menggerak dan menyemarakkan ekonomi negeri Perak pada tahun 2023. Bersama-sama dengan pihak Institut Darul Ridzuan, IDR, Kerajaan Negeri Perak menggerakkan satu momentum tinggi dalam meningkatkan lagi pendapatan, mencungkil bakat-bakat dan mempromosi teknologi pada tahun lepas. Di sini, saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif memperuntukkan RM1.35 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan pengurusan demi manfaat rakyat negeri Perak. Seperti yang disenaraikan dalam Belanjawan Perak tahun 2024.

Sehubungan dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan beberapa pandangan mengikut indikator berkaitan tanah peruntukan yang telah diumumkan agar mattlamat pembangunan negeri ini dapat direalisasikan secara holistik. Indikator ialah penyeliaan atas peruntukan Kerajaan Negeri. Belanjawan Perak 2024 ini merupakan bajet pertama Kerajaan Madani. Oleh yang demikian penyeliaan yang lebih rapi dan pemeriksaan yang lebih sistematik terhadap penggunaan peruntukan patut dikendalikan dari masa ke masa selepas diagihkan. Lebih-lebih lagi, peruntukan mestilah diagihkan secara sama rata kepada setiap kawasan untuk mengelakkan berlaku isu ketinggalan dan ketidakkeseimbangan. Hak ini adalah berdasarkan pertimbangan bahawa. Setiap kawasan mempunyai keperluan yang lebih kurang sama. Tidak kira dalam pembinaan infrastruktur, pembentungan, industri dan komersial mahu pun bantuan kepada rakyat. Sama-sama mempunyai keperluan tersendiri.

Yang di-Pertua, indikator ketua ialah peningkatan kemudahan pengangkutan. Kemudahan pengangkutan sememangnya berfungsi sebagai tonggak utama dalam transformasi ekonomi. Saya amat mengalu-alukan inisiatif Bas Perak Sejahtera yang menyediakan kemudahan bas henti-henti demi kemudahan untuk para pelajar sekolah dan termasuklah kepada orang asli. Sehubungan dengan itu, jika Kerajaan Negeri terus bertekad ingin menyemarakkan ekonomi tempatan, kemudahan pengangkutan kita ini mestilah dipertingkatkan. Pada Oktober yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mendedahkan kepada media bahawa cadangan lapangan terbang baharu di negeri Perak sedang dalam proses menunggu kelulusan

Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan. Namun begitu, isu tanah, pembiayaan, perlulah dipertimbangkan kerana projek besar ini memerlukan sokongan kewangan yang amat besar. Dalam keadaan tiadanya penerbangan terus ke Ipoh masa ini, pengangkutan terpantas dari KLIA ke Ipoh akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam 30 minit iaitu melalui kemudahan ETS. Di samping, masa perjalanan ini belum lagi mengambil kira masa pemindahan dari KLIA ke stesen Sentul, Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, sebelum lapangan terbang baru diteruskan, saya mencadangkan supaya pembinaan kereta api berkelajuan tinggi atau High Speed Rail dijadikan sebagai satu alternatif untuk memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Cadangan ini adalah berdasarkan asal pertimbangan berikut iaitu yang pertama, berpotensi menarik ramai pelancong. Keduanya, mewujudkan dan merancakkan lagi sektor pelaburan, dan ketiga, memudah dan memberi keselesaan kepada rakyat negeri Perak khususnya.

Yang Berhormat, boleh? Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelapang. Memang seringkali kita mendengar bahawa HSR adalah lebih efisien daripada kereta api yang sedia ada. Tapi saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat apakah penyelidikan dan faedah yang telah dibuat oleh Yang Berhormat berkenaan dengan HSR? Terima kasih.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Terima kasih Tronoh. Pertimbangan saya adalah berdasarkan faedah-faedah yang dapat dijana oleh HSR seperti berikut. Penggunaan kawalan automatik yang boleh beroperasi sepanjang masa menjamin perancangan dan organisasi para pelancong. Berbanding dengan kereta api yang sedia ada, ia kurang terjejas oleh perubahan iklim. Pembinaan kereta api berkelajuan tinggi boleh meningkatkan imej bandar dan menarik lebih banyak pelaburan dan pelancong. Pada masa kini, Indonesia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai kemudahan HSR. Bak kata pepatah masa itu emas. Cuba bayangkan adakah defisiansi dikecapi yang mana pengguna jalan raya memerlukan agak-agak 4 jam untuk commute antara Tanjong Malim, Hi-Tech Valley dan Kulim Hi-Tech Park. Secara umumnya, kelajuan HSR adalah kira-kira 2 hingga 3 kali ganda dari kelajuan kereta api biasa iaitu kelajuan operasi maksimum HSR. Ini boleh mencapai lebih dari 200 km/jam.

Kelebihan HSR adalah dapat menampung kapasiti penumpang lebih tinggi iaitu 2 twin set cabin boleh digabung untuk bergerak sekali. Selain itu, matlamat penjimatan tenaga dan mesra alam dapat juga dicapai. Sistem auto pilot yang digunapakai HSR juga diiktiraf sebagai salah satu daripada sistem pengangkutan yang paling selamat. Seperti yang sedia maklum, akses utama antara Perak dengan Selangor dan Perak dengan Pulau Pinang adalah Lebuhraya Utara-Selatan yang seringkali menghadapi isu kesesakan lalu lintas musim ini. Khususnya pada musim-musim perayaan, terdapat keluhan-keluhan warga netizen yang mengadu bahawa mereka kerap mengambil masa sekurang-kurangnya 10 jam untuk ulang-alik dari Kuala Lumpur dan Ipoh. Maka dengan wujudnya HSR, masalah tersebut dilihat mampu dikurangkan secara berperingkat. Tambahan pula, HSR amatlah bermanfaat dalam menyumbang perkembangan ekonomi tempatan dan memacu ekonomi luar bandar yang akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan juga industri perkilangan. Sementara menunggu kelulusan lapangan terbang baru, usaha membangunkan dan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah mestilah dipercepatkan dengan kadar segera.

Sehubungan dengan itu, cadangan inisiatif kerjasama awam-swasta dikenalpasti mampu membolehkan pemotongan operasi tanpa melibatkan memanjangkan landasan lapangan terbang yang sedia ada. Seperti yang sedia maklum, negeri Perak akan melaksanakan inisiatif Tahun Melawat Perak 2024 tidak lama lagi. Seperti yang telah disasarkan, 90 acara pelancongan akan diadakan sepanjang tahun bagi merancakkan lagi sektor pelancongan yang dijangka mampu memberi pulangan keuntungan hampir RM10 bilion. Namun, persoalannya adalah adakah sasaran ini dapat dicapai jika kita masih lagi bergantung kepada kemudahan pengangkutan yang sedia ada? Di samping kekerapan masalah kesesakan lalulintas di lebuh raya mahu pun di jalan-jalan persekutuan.

Sememangnya kita tidak dapat menafikan bahawa negeri Perak berpotensi kehilangan peluang besar dalam melonjakkan ekonomi khususnya kepada negeri-negeri jiran atas faktor sistem pengangkutan yang masih kurang efektif dan di takuk lama. Yang di-Pertua, indikator ketiga ialah menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui tatkala tenaga dan masalah pencemaran…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jelapang, Jelapang. Alor Pongsu nak celah sikit, boleh?

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Sorry sebab saya takut tak cukup masa. So Alor Pongsu, sorry. Alam sekitar semakin ketara. Tenaga suria ialah solar berpotensi sebagai sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui serta kini telah mendapat perhatian yang luas. Saya amat menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan dan Negeri pada masa ini amat menggalakkan penjanaan kuasa fotovoltaik dalam kilang yang mampu dijadikan sebagai sumber terbaik untuk menaiktaraf industri perkilangan secara holistik. Jika dilihat dari sudut lain, pemasangan panel solar memerlukan jumlah pelaburan volta yang amat besar. Sememangnya, isu ini menjadi beban besar bagi sesetengah perusahaan kecil dan sederhana terutamanya yang kekurangan tanah. Oleh yang demikian, bagi sesetengah syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dan sokongan teknikal, penjanaan kuasa fotovoltaik merupakan satu cabaran baru bagi mereka. Sehubungan dengan itu, saya menyarankan Kerajaan Negeri agar menyediakan dasar dan langkah sokongan yang lebih tow to us bagi menarik minat sektor-sektor perusahaan melabur dalam penjanaan kuasa fotovoltaik. Indikator keempat ialah sikap memonopoli perlulah tidak digalakkan dalam pembangunan negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Sidang Dewan yang lalu telah menyatakan bahawa Projek Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif atau NRREE di Gerik. Hulu Perak yang meliputi kawasan seluas 86.4 hektar telah menghasilkan sebanyak 10 order nadir bumi karbonat (REC) yang juga telah pun dihantar ke China ketika itu. Melalui projek ini, hasil cukai perlombongan mineral berjumlah hampir RM16 juta telah dapat dijana kepada Kerajaan Negeri. Akan tetapi, isu kecurian NRREE masih berleluasa berlaku dalam Negeri Perak. Masalah ini mesti ditangani segera untuk mengelak dari terus berterusan. Walau bagaimanapun, berhubung isu penapisan NRREE ini, saya ingin mencadangkan 2 perkara. Maka dengan penuh harapan supaya mendapat perhatian serius Kerajaan Negeri. Pertama, transparency. Transparency adalah amat penting. Orang yang demikian, saya mencadangkan supaya nama pemegang lesen perusahaan NRREE dan tempoh sah lesen tersebut perlu dimaklumkan secara terbuka kepada orang ramai. Kedua, saya mencadangkan Kerajaan Negeri mempertimbangkan visibility dan membuka atau pelawa tawaran kepada syarikat-syarikat lain yang mempunyai teknologi yang sama atau lebih maju untuk bersaing dan mendapatkan peluang perusahaan NRREE ini. Buat masa ini difahamkan terdapat 5 syarikat yang tersenarai oleh Kerajaan China yang berkemampuan untuk mengusahakan NRREE. Syarikat-syarikat tersebut telah pun dikenalpasti dan dimaklumkan pada pihak berkuasa. Mempelawa syarikat-syarikat yang berkemampuan dan memenuhi kriteria mengambil bahagian dalam sektor ini. Negeri Perak merekodkan KDNK berjumlah RM80.2 bilion dengan sektor perlombongan mencatat pertumbuhan 8.9% pada tahun lepas. Isu kekurangan tanah untuk pembangunan sering diperdebatkan dan persoalan kegunaan optima tanah oleh pemilik-pemilik Badan Berkanun Kerajaan Negeri ialah GLC.

Bukanlah isu baru timbul. Pendapatan kerajaan dapat ditingkatkan jikalau feasibility study ke atas topografi tanah dijalankan secara komprehensif untuk menjamin pembangunan yang jangka panjang. Alasan, terlepas pandang terhadap galian berrilai bahawa tanah oleh GLC harus mendapat perhatian serius daripada semua pihak berkepentingan. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar kajian pembebasan mineral secara lebih sistematik sebelum pemajuan dijalankan. BPT boleh mempertimbangkan untuk menjalankan kajian setiap 10 tahun bagi mengenal pasti oleh galian sebelum zoning. Diikuti dengan pendekatan rehabilitasi dan redevelop. Inisiatif ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya sterilization. Merujuk kepada Akta Pembangunan Tanah 1956, pada masa ini, lazimnya kajian pembebasan mineral digunakan untuk tanah kerajaan yang dalam cadangan untuk dimajukan. Persoalan saya adalah semata Kerajaan Negeri berinisiatif untuk mengenal pasti zoning kawasan bandar dan sub urban. Ada tak kawasan yang mempunyai lebih dari dua jenis aktiviti yang boleh overlap.

Yang di-Pertua

YB, Yang Berhormat, panjang lagi ke? Sikit berapa banyak lagi? Ok, 3 minit.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Ok, komersial dan perbandaran. Kawasan perumahan dan lain-lain had tanah, industri mikro kecil, sederhana atau industri berat ataupun industri prima berasaskan sumber aris termasuk mineral. Yang di-Pertua, di akhir ucapan saya ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada para pegawai kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa termasuk agensi atas komitmen dan usaha gigih sepanjang perkhidmatan mereka demi merealisasikan Perak Sejahtera 2030. Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya Belanjawan 2024 Negeri Perak. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelapang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan, 20 minit ya.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassolatuwasala mualaasrafil ambiaiwal mursalin, wa ala alihi wasahbihiajmain. Rabbi sadri, Wayassirli amri Wahlul uqdatam millisani Yafqahu qauli. Allahumma salli wasallim ala habibina wa qudwatina muhammad waala alihiwaasbihi ajmain amma ba'du.

Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat ke-34. Auzubillah Minashaitan Nirajeem, "Wa in ta'uddu ni'matAllahi la tuhsuha innalinsana la zalumu kufkaffaru" "Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangan. Sungguhnya, manusia yang ingkar, sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat TuhanNya.

Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Gunong Semanggol, barisan Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, para pemerhati, seterusnya yang dikasih sekalian rakyat negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada petang ini. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT, dengan izinnya, kita sama-sama berada dalam Dewan yang mulia ini bersempena dengan Mesyuarat Kelima Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Diillhamkan kepada kita semua idea-idea, pandangan-pandangan, teguran dan muhasabah demi untuk membangunkan negeri Perak yang tercinta ini dari pelbagai sudut. Dari sudut agamanya, pemerintahan, ekonominya dan daripada beberapa sudut yang lain. Patik mewakili rakyat Kampong Gajah mengambil kesempatan merafak sembah dan mengucap setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan tahun 2023 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah AlMarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghful-lLh, pada 3 November 2023 yang lalu, Dirgahayu Tuanku. Patik juga ingin merakamkan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan dan pelantikan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Timbalan di Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Patik menjunjung kasih Tuanku, Patik memanjatkan doa semoga Allah SWT sentiasa merahmati Duli Tuanku dan dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta kesejahteraan dalam memayungi sekalian rakyat jelata negeri tercinta di atas kemuliaan takhta dan juga pemerintahan negeri berdaulat ini dengan penuh adil dan saksama.

Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada saya selaku Ahli Dewan Negeri Kawasan Kampong Gajah untuk membahas Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kampong Gajah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus merangka Belanjawan Perak 2024 ini. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membalas segala jasa dan keringat demi menjayakan solagan Perak Sejahtera 2030. Tahniah juga diucapkan kepada pihak kerajaan kerana berjaya merekodkan nilai kenaikan keluaran dalam negeri kasar KDNK sebanyak 4.3% daripada 3.6% iaitu mencecah RM80.2 billion. Namun begitu, pihak kerajaan perlu mengambil langkah waspada kerana KDNK bagi sektor pertanian menurun. Seperti mana kita semua maklum, negeri Perak adalah negeri pertanian. Lebih-lebih lagi, di daerah Perak Tengah ada jelapang padi bagi negeri ini.

Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, merujuk pada buku ucapan Belanjawan Perak 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada Jumaat lalu antara projek-projek yang berimpak tinggi yang diluluskan di bawah RP4 RMK-12 ialah pemulihan tanah sawah estet padi, Felcra Seberang Perak, daerah Perak Tengah. Ini berkemungkinan adalah salah satu cara untuk meningkatkan KDNK bagi sektor pertanian. Namun begitu Kampong Gajah mengharapkan pemulihan tanah sawah ini bukan hanya di sawah yang dikelola di bawah Felcra semata-mata tetapi ia melibatkan tanah sawah orang kampung yang berada di Changkat Lada dan Seberang Perak supaya mencapai maksud untuk mereka dapat meningkatkan ekonomi mereka dalam bidang pertanian.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian antara rungutan para pesawah ialah benih padi yang harganya tinggi tetapi ada sebahagian kualiti daripada benih padi ini tidak memuaskan yang datang daripada pembekal. Maka Kampong Gajah untuk pengetahuannya di Kampong Gajah ini specialnya ada pusat benih padi di bawah Felcra. Maka Kampong Gajah menyarankan supaya pihak kerajaan dapat berusaha dan berbincang dengan kementerian yang terbabit agar memberi kuota penyediaan benih padi yang lebih kepada pusat benih Felcra sehingga 5,000 metri tan setahun berbanding sekarang hanya 1,800 metri tan kerana ia berada di dalam kawasan Felcra, Seberang Perak dan ia ada ladangnya tersendiri dan ia memudahkan orang kampung mendapat benih terus dari kilang tanpa perlu orang tengah. Ini kalau waktu dulu-dulu, petani-petani terus sahaja ke pusat benih. Tapi sekarang dah tak diberi kerana pusat benih Felcra dengan ada 1,800 metrik tan mereka hanya cukup untuk kegunaan Felcra itu sendiri. Jadi dengan kalau diberi lebihan, kuota lebihan untuk mereka mengeluarkan benih padi ini Insya allah mudah-mudahan akan meringankan beban petani-petani di Seberang Perak di Kampong Gajah mereka dapatkan benih dengan harga yang rendah dan insya Allah kualiti yang baik.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kampong Gajah juga tertarik dengan program-program dalam membantu rakyat dalam pembinaan kediaman bagi bergolongan B40. Cuma di sini, antara cadangan kalau kita lihat pada skim perumahan-perumahan dalam Yayasan Perak atau sebagainya masih ramai daripada kalangan rakyat B40 tidak mampu untuk memilikinya. Maka Kampong Gajah memberikan cadangan melihat kepada kuaters guru yang terbiar tetapi boleh diduduki, cuma tidak berpenghuni sebelum dia menjadi rosak, sebelum dia dihuni oleh penghuni yang kita tidak inginkan sama ada dari pada kalangan manusia ataupun jin yang dapat data daripada saya, kuarters-kuarters yang masih elok tapi tidak berpenghuni ni ada 1212. Dalam Perak Tengah sahaja ada 188 unit kuarters guru. Mengapa tidak kalau kita jadikan kuarters guru ni tadi untuk kita sewakan dengan harga yang rahmah kepada B40 ataupun kita gunakan apa cara pun bagi dia ni dapat dimanfaatkan sama ada daripada golongan B40 ataupun mereka yang tidak ada tempat kediaman. Kalau di Changkat Lada ada dua di Pasir Putih ada satu yang dalam maklumat saya kuarters ni tak digunakan, masih elok dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dia atas kita boleh melihat di atas pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan pembangunan jalan asas, rancangan perkampungan tersusun sebanyak RM5.0 juta. Harapan Kampong Gajah supaya ianya dimasukkan juga dalam perancangan ini dalam bajet ini untuk diadakan infrastruktur dan juga jalan asas rancangan bagi RPT Bakar Arang yang dah sekian lama mereka sudah dapat lot, dapat tanah tapi tak boleh bina rumah kerana tidak ada infrastruktur yang boleh mereka dapat datang masukkan barang-barang seperti pasir, bata atau sebagainya untuk bina rumah. Begitu juga RPT Megat Junit di Bukit Cawi. Mudah-mudahan kalau tak tahun ni, harap tahun depan lah. Tahun depan

2024 lah. Tahun ni memang tak dapat lah. Mudah-mudahan ianya adalah satu tindakan ataupun adalah satu harapan yang besar. Harapan besar ni dapatlah disempurnakan bagi mana penduduk-penduduk Bakar Arang, penduduk-penduduk ataupun pemilik-pemilik lot rumah di RPT Megat Junit mereka dapat membina kurang-kurang dapat pacak tiang ke, dapat naik bata sikit- sikit ke sebagainya.

Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, terima kasih dan syabas diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Perak Tengah terhadap melaksanakan kerja-kerja pemasangan lampu solar di sepanjang tali air Kincir Air Saleh iaitu daripada Jalan Teluk Sena ke Ulu Dedak. Ini kalau orang kampung ajar panggil Kincir Air Saleh lah. Kincir Saleh. Cuma kalau tengok dalam map, dia panggil sungai itu sungai Timah. Apapun, Alhamdulillah cuma masih ada lagi tempat-tempat yang selekoh yang begitu gelap. Contohnya di selekoh di kawasan Biak Darat dan juga Bukit Cawi. Begitu juga, kita mengharapkan dengan peruntukan yang lebih diberikan pada tahun ini pada JKR, dapat juga melaksanakan ataupun berikan tumpuan kepada apa yang saya bangkitkan pada tahun sudah iaitu lampu jalan yang melibatkan daripada pekan Rabu, Selat Pulau sampai ke Changkat Lada yang merupakan sekarang ini sebagai jalan utama bagi penduduk Ctangkak Lada yang mana jumlah penduduknya hampir 13,000.

Dengan peruntukan yang meningkat sebanyak RM10 juta Kampong Gajah mencadangkan diadakan atau diwujudkan jambatan baru di Pekan Rabu itu sendiri. Pekan Rabu ini kalau nak faham, dia ini ada jambatan kecil yang sekarang ni dah tak relevan sekarang ni dah tak relevan maka Kampong Gajah cadangkan adakan satu jambatan baru yang besar yang bersesuaian. Sebelum di simpang 3, itu dijadikan simpang 4 dengan jambatan yang luas tadi barulah bersesuaian dengan jumlah penduduk di Changkat Lada yang mana nak pergi ke Kampong Gajah dan perjalanan itu sepanjang jalan itu ada empat rem kelapa sawit. Angka rem kelapa sawit ini fahamlah dia lori-lori bawak kelapa sawit lori panjang dan sebagainya. Saya ingat dalam seminggu sudah baru ada lori terbalik disitu di jambatan tadi kerana ia cukup kecil dan lori panjang terpaksa berhenti maka berlaku jem dan sebagainya. Mudah-mudahan dapat dipertimbangkan iaitu diletakkan dalam yang disebut diperuntukkan RM37.0 juta yang diperuntukkan dalam projek jalan dan jambatan. Mohon dimasukkan sekali projek jabatan baru di Pekan Rabu.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, izinkan Kampong Gajah mengutarakan aduan-aduan rakyat. Yang pertama tekanan air bersih yang rendah masih berlaku di Kampong Gajah. Saya dimaklumkan bahawa paip yang ada di Kampong Gajah ni paip-paip besarnya dah berumur lebih 40 tahun. Yang mana materialnya daripada asbestos yang mudah pecah kalau diberi tekanan yang lebih dia akan pecah. Jadi harap dapat ditukar atau dinaik taraf. Seperti mana yang Tuan Exco jawab untuk Manong. Nak dinaik taraf di sana, Kampong Gajah juga mengharapkan perkara itu berlaku di Kampong Gajah, kalau dapat ditukar insya Allah. Ianya bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada rakyat, tapi dia juga mengelakkan kerugian, kebocoran air terawat daripada LAP.

Yang kedua, Kampong Gajah membawa aduan rakyat ini kali kedua di Dewan ini tentang pewartaan lombong di Sungai Galah untuk aktiviti nelayan-nelayan darat menangkap ikan. Pentingnya pewartaan ini supaya mereka ini kawasan-kawasan ini tidak dimiliki atau dihalang oleh pemaju-pemaju. Bagi mereka nelayan darat ini untuk mencari ikan di dalam kawasan-kawasan lombong ini kerana ini sahajalah sumber ekonomi mereka kalau tidak diwartakan, ditakuti benda ini akan, pemaju-pemaju akan mengadakan aktiviti-aktiviti di situ menyebabkan ataupun penceroboh atau mencerobohi lombong-lombong di situ menyebabkan nelayan-nelayan ini terhalang untuk mencari rezeki di kawasan tersebut.

Yang ketiganya, Kampong Gajah. Di Kampong Gajah itu terdapat satu penempatan yang diberi nama Rimbunan Kasih yang pada hemat atau pada pengamatan saya sekarang sudah tiada kasih kerana ia ditinggal, tidak terbiar kalau dulunya mereka ada tempat pencarian adanya penanam rock melon, adanya kolam ikan yang saya rasa tak dan bela ikan pun. Jadi saya tertarik dengan apa yang dilakukan di Terengganu, Rimbunan Kasih yang telah gagal dapat dihidupkan maka saya cadangkan pihak kerajaan perlu teliti, perlu kaji semula kerana pada saya, saya yakin projek ini apabila ia hendak dilakukan atau diluluskan tentunya ia mempunyai impak yang tinggi mempunyai manfaat yang besar kepada rakyat. Jadi kalau perlu ditaburkan sedikit lagi peruntukan di sini bagi melihat kejayaan projek ini sampai kepada objektif pertama projek ini disuarakan maka mengapa tidak kita mengambil langkah begitu.

Yang keempatnya satu lagi projek di Hujung Rintis iaitu Dataran Nelayan yang mana sekarang dah menjadi perhentian terbiar, teruk dan maknanya itu juga mempunyai impak yang baik kepada nelayan-nelayan yang ada di hujung sekali. Hujung Rintis ni dalam Dun Kampong Gajah paling hujung sekali elok pun namanya Hujung Rintis nak pergi situ bercinta mana mikior dulu mak ini jalannya pun masha'Allah jadi ada ni projek ni dibuat pada 2013 tapi terbengkalai di mana silapnya wallahualam. Cuma kita pihak kerajaan, ah kita rasa macam pihak kerajaan pulak kami pihak pembangkang memberi cadangan kepada kerajaan supaya ditilik, dilihat mudah-mudahan perkara ini dapat dijadikan balik dapat dihidupkan balik dapat makna apa yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan baiknya.

Seterusnya, aduan tentang kerisauan masyarakat Kampung Tanjung Sari. Baru-baru ini, ada pemaju ingin membina reban ayam. Kawasannya berhampiran dengan masjid dan sekolah agama. Jadi, Kampong Gajah, saya mengharap pihak kerajaan dapat meneliti dan bagi saya terus kerajaan tidak membenarkan pembinaan reban ayam tersebut kerana risiko yang amat besar. Risiko buruk seperti mana kalau kita tengok, Astaka selalu rimas tentang lalat. Jadi kita tak nak di Tanjung Sari ini, mereka juga dibebani ataupun terkena kesan lalat pada akan datang. Kampong Gajah mendesak rumah generasi 2 di Felcra, Changkat Lada supaya mencari supaya serah, supaya beri kepada pemilik-pemilik dan cari jalan penyelesaian yang terbaik supaya mereka dapat memiliki rumah mereka. Difahamkan, ada orang yang bujang minta rumah ini lulus sampai sekarang dah beranak 3-4 orang belum dapat menghuni di rumah ini. Jadi, cuba cari satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi mereka dapat berteduh di rumah yang mereka impikan insya Allah. Seterusnya terima kasih Yang Amat Berhormat meningkatkan peruntukan kepada JPS yang berjumlah RM104.4 juta dan RM13.8 juta penyelenggaraan pengurusan perancangan pengairan. Maka Kampong Gajah mendesak agar diselenggarakan parit di kiri dan kanan jalan Kampung Kandang hingga ke Hujung Rintis yang difahamkan sudah hampir 16 tahun tidak diselenggara.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon pihak kerajaan selari dengan Fokus Tiga dalam buku belanjawan ini iaitu pembangunan modal insan dan belia. Menaik taraf gelanggang futsal yang ada di Kampong Gajah supaya ia berlampu dan berbumbung kerana ini ia juga dapat jaga gelanggang daripada rosak dan juga dapat menjaga kesihatan belia yang bermain futsal. Tahun hadapan yakni 2024 merupakan Tahun Melawat Perak. Apabila melihat kalender acara Perak 2024 yang diterbitkan di Tourism Perak, Kampong Gajah agak sedikit terkilan dan menimbulkan suatu persoalan. Kenapa di Kampong Gajah tak ada? Sedangkan kalau kita lihat di Kampong Gajah banyak tempat-tempat yang bersesuaian. Untuk pelancongan disenaraikan di antaranya Kompleks Sejarah Pasir Salak. Saya faham Kompleks Sejarah Pasir Salak ini mungkin masih lagi dalam kondisi yang tidak baik. Makna tidak diselenggara tapi dia mempunyai suatu sejarah yang perlu kita hadam, perlu kita banggakan kerana di sana adanya Dato’ Sagor, Maharajalela yang merupakan pejuang-pejuang kemerdekaan. Maharajalela ini merupakan orang alim pernah jadi Mufti dan dia pejuang kemerdekaan dan juga di Kampong Gajah ini adanya Bukit Tunggal. Bukit Tunggal saya faham dulu ada acara-acara melibatkan orang luar, orang negara luar untuk datang ke Bukit Tunggal tetapi malangnya di Kampong Gajah tempat-tempat sini tidak terjaga saya mengharapkan pihak kerajaan dapat menyalurkan peruntukan-peruntukan bagi membaik pulih kawasan-kawasan pelancongan yang hebat di Kampong Gajah ini supaya dia lebih naik lebih nampak mana boleh dilihat oleh semua seluruhnya dalam negara atau luar negara.

Di penghujung pembahasan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri pada tahun lepas. Peruntukan ini amat bermakna pada setiap pihak Adun untuk membantu rakyat. Untuk pengetahuan apa yang dibuat oleh Kampong Gajah setelah kotak makanan Yayasan tidak diberi lagi melihatkan betapa pentingnya untuk meringankan beban rakyat maka kita telah belanjakan, telah melakukan sebanyak 15 siri program Kongsi Rezeki untuk membantu rakyat di sana melalui peruntukan-peruntukan yang diberikan melalui ke pusat-pusat khidmat. Menyebut berkenaan kotak makanan, isu yang berlaku berkenaan kotak makanan Yayasan Perak yang tidak lagi diberikan melalui pihak Pusat Khidmat Adun, Kampong Gajah mengharapkan agar dipertimbangkan kembali. Kalau ada kesilapan dahulu, ianya berkemungkinan tiada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Yayasan Perak.

Akhirnya Kampung Gajah mengucapkan ribuan terima kasih pada semua agensi yang terlibat bagi di dalam daerah kecil Kampong Gajah, Perak, Tengah dan Hilir Perak. Sepanjang setahun saya diberi amanah sebagai Ahli Dewan Kawasan Kampong Gajah yang mana bagi memudahkan segala urusan menerima aduan dan sebagainya. Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya Kampong Gajah menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Kampong Gajah. Sekarang saya menjemput pembahas yang terakhir di jemput Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Perak Sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Exco-exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan, ketua-ketua jabatan serta kakitangan kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan dan Belanjawan Negeri untuk tahun 2024. Pantun Hutan Melintang berbunyi:

Nasi ambeng enak rasanya Makan bersila di Warung Wak Miskan Salam sejahtera pembuka bicara Belanjawan Negeri Perak Hutan Melintang membahaskan.

Dato' Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan agenda di dalam Dewan Yang Mulia ini, saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-setinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Magfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada 4 November lalu serta atas pelantikan atas sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi penggal yang akan datang. Tahniah juga kepada gabungan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan dan negeri yang kini telah menjadi kerajaan selama setahun. Di kala pelbagai khabar angin dan suara-suara yang inginkan perubahan kepimpinan dalam negara. Kestabilan dan kejayaan Kerajaan Perpaduan ini telah diterjemahkan melalui perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 1hb 2023 sempena Mesyuarat Kelima Penggal pertama, Dewan Negeri Perak kali Kelima Belas ini. Saya menyatakan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar atas kesungguhan dan keprihatinan membentangkan Belanjawan Perak 2024 yang bertemakan, "Perak Makmur, Rakyat Sejahtera" yang telah menggariskan 5 teras utama.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan, merujuk kepada prestasi dan senario kewangan negeri melalui ucapan belanjawan tempoh hari, melalui angka-angka dan data yang dilaporkan, negeri Perak telah berada dalam landasan yang tepat bagi membawa kesejahteraan dan kemajuan untuk semua rakyatnya. Ianya amat bertempatan dengan idea dan buah fikiran Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui gagasan Malaysia Madani yang banyak menyinggung masyarakat kebanyakan. Kutipan hasil pada tahun 2022 meningkat sejumlah RM95.28 juta menjadikan RM1.094 bilion berbanding RM0.99 bilion pada tahun 2021. Perbelanjaan mengurus turut meningkat sejumlah RM59.07 juta iaitu daripada RM1.005 bilion pada tahun 2021 kepada RM1064 bilion pada tahun 2022. Akaun hasil disatukan mencatatkan surplus RM29.62 juta pada tahun 2022 berbanding defisit RM6.59 juta pada tahun 2021. Ini merupakan kejayaan negeri Perak menguruskan kewangan dengan efisien. Syabas dan tahniah kepada seluruh staf yang bertumus-lumus ke arah pencapaian tersebut. Tidak dilupa juga kepada PDT Bagan Datuk yang telah mencapai kutipan hasil melebihi target sebanyak 123%. Tahniah kepada Tuan DO dan seluruh warga kerja Bagan Datuk.

Mengambil kira persefahaman dan kesinambungan antara bidang kuasa persekutuan dan bidang kuasa negeri, teras pertama belanjawan negeri sudah pastinya menyentuh perihal kesejahteraan rakyat. Penyediaan RM384.1 juta bagi pelaksana program dan inisiatif sebagai objektif pengupayaan sara diri, pembangunan potensi tempatan dilihat mampu meningkatkan tahap kemandirian dalam komuniti. Pecahan tertinggi yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyentuh golongan sasar secara terus atau door-to-door, carrying perspectivef dengan izin bagi menjaga kesejahteraan rakyat khususnya. Bagi membawa suara penduduk di Hutan Melintang, saya mengharapkan agar bantuan-bantuan dari kerajaan negeri dapat disegerakan mengikut keutamaan.

Antara isu atau aduan yang seringkali diterima pusat khidmat masyarakat kami adalah permohonan membaiki rumah. Mengikut ketetapan atau prosedur yang sedang diamalkan, pemohon hendaklah seseorang yang berdaftar dengan e-Kasih atau pemohon perlu mendaftar melalui skim-skim yang diperkenalkan. Seperti yang diketahui umum, pendaftaran program e-Kasih mengambil masa yang agak lama untuk diproses sebelum diluluskan. Semasa saya melakukan lawatan ke atas setiap aduan, keadaan rumah pemohon tidak mampu untuk bertahan atau secara mudahnya sementara menunggu kelulusan permohonan e-Kasih, rumah pun sudah roboh. Kebanyakan pemohon merupakan warga emas yang tinggal seorang diri. Keluarga B40 yang punya ramai ahli keluarga dan yang paling terjejas adalah keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Justeru itu, saya memohon supaya proses permohonan baik pulih rumah melalui skim-skim yang diperkenalkan dapat dikaji semula sebagaimana saranan dan pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi baik pulih tandas-tandas sekolah di seluruh Malaysia. Kepentingan dan keselesaan rakyat harus diutamakan sekiranya ahli-ahli dewan sedar bahawa keberadaan dan keselesaan kita semua di sini adalah hasil undian mereka. Berkenaan peruntukkan RM6.0 juta bagi pelaksanan Program Rumah Perakku Prihatin. Hutan Melintang amat menghargai ikhtiar kerajaan negeri untuk memastikan setiap keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat. Sepanjang saya berkhidmat di Hutan Melintang, kediaman mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah hanyalah sekadar day dreaming dengan izin khususnya untuk golongan B40 yang menanam impian untuk memiliki rumah sendiri. Anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri harus bersedia untuk peneraju kepada usaha ini dengan menyediakan tanah atau dana permulaan bagi merealisasikan perkara ini seterusnya, mensejahterakan rakyat negeri Perak. Tahniah juga saya ucapkan kepada pentadbiran negeri dan agensi pemberi bantuan di negeri ini. Jumlah data KIR miskin tegar seramai 9,402 telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan di mana telah berlaku penurunan sebanyak 51% dengan jumlah terkini sehingga 18 November 2023 yang menjadikan seramai 4,819 orang. Perkara ini juga telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari semasa menjawab soalan-soalan lisan.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan. Teras kedua pula adalah ibu kepada semua teras dalam belanjawan kali ini. Pendapatan negeri dan penjanaan ekonomi amat bergantung kepada kluster-kluster yang terlibat. Kemudahan infrastuktur yang lengkap di samping potensi-potensi tempatan yang diangkat akan membantu untuk mencapai keseimbangan dalam pembangunan setempat untuk kawasan yang berpotensi. Contoh yang paling mudah ya, adalah pembangunan di daerah Muallim bermula daripada kawasan kampung yang hanya memiliki kehijauan dan keindahan bumi bertuah seterusnya menjadi pusat kelahiran para pendidik di Malaysia dan kini bakal menjadi hub automotif terulung dalam negara dengan wujudnya lembah teknologi tinggi automotif bersama pelaburan bernilai lebih RM30 bilion secara keseluruhan. Behrang, Happy ye? Dengan itu, amatlah wajar pihak kerajaan mewujudkan koridor pembangunan bagi sektor-sektor yang tertentu di kawasan lain supaya Kerajaan Negeri dapat dirasai oleh setiap rakyatnya dan setiap daerah itu mempunyai identiti masing-masing. Sekiranya pihak kerajaan ingin memajukan sektor perikanan, saya rela menyerahkan Hutan Melintang kepada Kerajaan Negeri untuk dibangunkan.

Selain itu, keperluan bagi menaik taraf dan membaik pulih pasar awam Hutan Melintang amatlah mendesak. izinkan saya untuk berbicara tentang pasar awam Hutan Melintang yang memerlukan perhatian dari Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja baik pulih atau naiktaraf bangunan pasar awam yang telah usang. Kerosakan pada bumbung, siling dan fasiliti kebersihan menyebabkan peniaga dan pengunjung mengalami kesukaran ketika berurusan. Untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua, penduduk di Hutan Melintang yang tinggal di kawasan kampung-kampung dan warga emas sering merungut kerana kekurangan perkhidmatan bas dan kemudahan terminal perhentian bas walaupun perhidmatan bas MARA Liner telah diadakan di Bagan Datuk, para pelajar Politeknik Bagan Datuk akan mengalami masalah pengangkutan sekiranya laluan bas syarikat MARA Liner tidak diteruskan hingga ke Hutan Melintang. Hutan Melintang merupakan pekan terdekat dengan Bagan Datuk yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Pembinaan terminal bas juga akan mengembangkan lagi ekonomi setempat dan memberi kesejahteraan kepada penduduk. Teras pertama dan kedua berkait rapat dengan teras ketiga.

Pelaksanaan idea tanpa ilmu akan menyebabkan pembaziran dana awam yang agak besar. Contohnya adalah MAPS, Movie Animation Park Studio dengan izin di Bandar Meru. Ini adalah kegagalan akibat tadbir urus yang lemah dan perlaksanaan idea yang gagal seterusnya menyebabkan dana awam hangus begitu sahaja. Kita harus mengakui bahawa ketirisan yang berlaku sebelum ini adalah akibat daripada kekurangan pendedahan berkaitan rasuah, isu-isu penyelewengan dan tadbir urus yang tidak efisien di kalangan masyarakat belia dan pelajar pada amnya. Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli dewan yang saya muliakan, mengambil kira enam teras gagasan Madani setiap teras tersebut harus ditekankan melalui inisiatif yang ditawarkan Kerajaan Negeri. Apabila kesemua teras Madani bergerak seiring, masyarakat yang lahir adalah masyarakat yang melengkapi antara satu sama lain baik dari segi salsiah, pemikiran, ideologi dan fikiran. Keterjadian para belia bermula di bangku sekolah lagi untuk melihat anak muda di masa hadapan, lihatlah anak-anak mudanya pada masa kini.

Program-program berteraskan pembangunan modal insan, kem jati diri, kem belia, kempen-kempen berbentuk nilai kemasyarakatan dan kepelbagaian kaum harus diberikan perhatian dengan menggunakan peruntukan yang diberikan. Pendekatan secara holistik harus dilakukan bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian dikalangan masyarakat disamping mewujudkan sistem sosial yang adil. Bagi menyerlahkan bakat dan potensi belia serta ahli sukan di Hutan Melintang, saya ingin menyentuh tentang ketiadaan kawasan beriadah khusus untuk para belia menyerlahkan potensi mereka sebagai penggerak pembangunan negara. Hutan Melintang berpotensi menjadi hub sukan untuk mencungkil bakat dalam permainan hoki, gimnastik dan acara balapan. Ketiadaan padang permainan dan kawasan riadah khusus telah menjadi penghalang kepada mereka yang ingin kehadapan dalam bidang sukan. Kerajaan Negeri juga harus menitik beratkan usaha untuk menambah baik dan membaik-pulih padang-padang futsal yang telah lama diabaikan dan tidak diselenggarakan dengan baik.

Untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua, Pusat Khidmat Hutan Melintang telah menganjurkan beberapa siri kelas keusahawanan bagi memperkasakan golongan wanita di Hutan Melintang. Kelas pertama bermula daripada bulan Julai 2023 dan berakhir pada Oktober 2023. Sebanyak 10 siri kelas telah dijalankan secara mingguan yang merangkumi bidang kraftangan, hiasan, pembuat kek, biskut, gubahan serta penghasilan kraftangan menggunakan bahan-bahan kitar semula. Seramai 200 pelajar atau usahawan telah berjaya dilahirkan melalui inisiatif tersebut. Mereka terdiri daripada golongan anak muda, suri rumah dan ibu tunggal. Oleh itu, saya memohon supaya diwujudkan pusat pengumpulan atau kiosk bagi para usahawan ini memasarkan produk mereka. Ini bagi memanfaatkan ilmu keusahawanan yang diperoleh dan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Di samping itu, Hutan Melintang menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri yang penuh tanggungjawab menjaga dan memelihara khazanah alam semula jadi. Peruntukkan RM66.3 juta yang diumumkan harus mengutamakan soal penjagaan sungai-sungai di negeri ini. Kawasan Hutan Melintang mempunyai jajaran paya bakau sepanjang Sungai Bernam dan Hilir Sungai Perak. Ia berpotensi sebagai pusat pembiakan kelip-kelip bagi salah satu tanda kelestarian alam sekitar dengan mengekalkan habitat serangga tersebut. Dalam usaha ke arah kelestarian alam sekitar, Hutan Melintang menyeru agar kawasan tersebut diwartakan sebagai kawasan pelindungan dan konservasi kelip-kelip. Ia juga dapat menghalang aktiviti perikanan yang tidak terkawal di kawasan tersebut dan sekaligus menjadikan kawasan tebing sungai sebagai kawasan pelancongan terbaru di Hutan Melintang. Tidak perlulah lagi kita ke Kampung Kuantan di Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip kalau Hutan Melintang sudah menjadi satu tarikan pelancong.

Dalam teras keterjaminan makanan pula, Hutan Melintang merupakan pusat pendaratan ikan terbesar di Malaysia akan tetapi peruntukan untuk menangani kemiskinan para nelayan dan rakyat luar bandar khasnya yang jatuh dalam kategori nelayan A dan B perlulah dilihat semula oleh Kerajaan Negeri. Beberapa langkah yang melibatkan pemberian insentif bersasar untuk nelayan dan elaun sara hidup nelayan darat serta kemudahan bantuan bot-bot dan peruntukan khas yang dapat meningkatkan pendapatan nelayan dalam kategori tersebut. Ini juga akan meningkatkan pembekalan hasil laut supaya objektif terterjaminan makanan ini dapat dicapai.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan peruntukkan RM1.77 billion untuk negeri Perak yang mana sebagiannya telah mendarat di Hutan Melintang melalui projek berimpak tinggi di bawah Role Plan 4 dengan izin Rancangan Malaysia ke-12 seperti berikut. Syukur Alhamdulillah, pembinaan Jalan Baru ke RPT Sungai Epil dari FT69 ke Jalan Sungai Dulang ke Sungai Epil, Daerah Bagan Datuk dan pembinaan Klinik Kesihatan

Jenis 3, Hutan Melintang, Daerah Bagan Datuk. Terima kasih saya ucapkan. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada seluruh pasukan Pejabat Menteri Besar, pegawai dan kakitangan, Pejabat Kewangan Negeri Perak dan semua pihak khususnya jabatan, agensi dan pemegang taruh yang terlibat dalam proses merangka dan menjayakan pengisian Belanjawan Negeri Perak 2024 serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat di Negeri Perak.

Ucapan terima kasih juga tidak terhingga kerana mengambil saranan saya untuk menambahkan elaun untuk semua Pengerusi JPKK bagi mengiktirafkan sumbangan mereka. Hutan Melintang juga amat mengalu-alukan Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan elaun lebih masa tanpa meminggirkan Penghulu-Penghulu Mukim yang turut menyumbang tanpa mengenal masa dan keringat ketika musibah ataupun keperluan lain di kawasan tersebut. Hutan Melintang menyeru Kerajaan Negeri agar dapat mempertimbangkan kenaikan elaun untuk mereka juga. Saya ingin tegaskan bahawa wang yang dia belanjakan adalah wang rakyat. Setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan mesti sampai kepada rakyat. Marilah kita sama-sama berdoa pada Yang Maha Esa agar Negeri Perak ini menjadi sebuah negeri yang harmoni, aman dan diberi pengampunan kepada penduduknya.

Hutan Melintang juga memohon kepada Tuhan, agar kita semua diberikan petunjuk dan hidayah, kekuatan dan kesetiaan untuk melaksanakan keadilan kepada semua. Seperti kebiasaan, sebelum mengakhiri ucapan ini, sudi kira-nya para Ahli di Dewan yang mulia ini mendengar pantun saya.

Dari hutan melintang berlari ke Tambun, Menabur budi untuk negeri, Janganlah kome asyik melabun, Kini masa untuk berbakti.

Timbalan Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan ini dengan menyokong Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2024. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB pembahas yang terakhir pada hari ini. Seterusnya, Ahli-ahli YB, sekarang saya tanggungkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang pada hari Rabu 6 Disember 2023, jam 9.00 pagi.