Perak · 6 December 2023

15th Assembly, 1st session, 5th meeting · 317 turns · 58,465 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Keempat, Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 6 Disember 2023 jam 9.05 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Yang pertama pada hari Isnin dan Selasa, kita telah mendengar perbahasan Belanjawan 2024 Perak Darul Ridzuan dari 43 orang Ahli Yang Berhormat. Pelbagai perkara pandangan dan cadangan yang telah diutarakan bagi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Perak. Hari ini kita akan mendengar penggulungan perbahasan dari Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Saya memohon pada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri supaya mematuhi Perintah-Perintah Tetap semasa sesi penggulungan nanti.

Perkara yang kedua, bersama-sama kita di Dewan Negeri pada hari ini ialah barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI.

Difahamkan, seramai 30 mahasiswa yang hadir untuk mengikuti persidangan pada hari ini. Selamat datang saya ucapkan.

Perkara yang ketiga, berkenaan penyata rasmi saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun penyata rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada penyata rasmi yang dipaparkan. Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada penyata rasmi tersebut. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Ahli ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan nombor soalan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Salam sejahtera, terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Soalan Pantai Remis, nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pantai Remis bertanyakan soalan yang berkaitan dengan Malaysia My Second Home di Negeri Perak. Program Malaysia Rumah Keduaku atau pun Malaysia My Second Home atau ringkasannya MM2H diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 bertujuan untuk menarik warga asing untuk tinggal dalam jangka masa panjang di Malaysia dengan membolehkan warga asing yang memenuhi syarat-syarat menetap di Malaysia sebagai rumah kedua mereka. Program MM2H sebelum ini ditutup sementara iaitu sejak September 2020 sehingga September 2021 untuk membolehkan kerajaan mengkaji semula syarat-syarat program supaya keutamaan dapat diberikan kepada aspek-aspek keselamatan negara. Pada bulan Ogos 2021, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan syarat-syarat baru untuk program MM2H.

Di antaranya termasuklah yang pertama pesertanya mestilah mempunyai simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta berbanding syarat dahulu iaitu di antara RM300,000.00 sehingga RM500,000.00. Syarat yang kedua ialah pendapatan luar negara peserta MM2H mesti sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan berbanding RM10,000 sebulan sebelum ini dan yang ketiga mereka juga perlu mempunyai aset cair bernilai sekurang-kurangnya RM1.5 juta. Bagi menarik lebih ramai warga asing untuk melabur, bekerja, belajar dan bersara di bawah program MM2H, Kerajaan Negeri Perak menggunakan pendekatan bersepadu dengan memperkasa peranan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk bersama-sama meningkatkan promosi pelaburan, pelancongan dan pendidikan di Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak melalui pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 12/2022 telah menetapkan dasar perolehan hartanah oleh warga negara asing di negeri Perak melibatkan tujuh aspek utama iaitu pertama menetapkan paras harga minima mengikut zon Pihak Berkuasa Tempatan, kategori dan jenis harta tanah.

Kedua penetapan had kuota perolehan. Yang ketiga penetapan jenis pegangan perolehan. Yang keempat perolehan hartanah oleh warga negara asing. Yang kelima penetapan kadar bayaran levi perolehan hartanah. Yang keenam penetapan kadar harga minima hartanah program MM2H dan perolehan hartanah oleh penduduk tetap dan yang ketujuh larangan perolehan hartanah oleh warganegara asing. Di negeri Perak status pelaksanaan program MM2H ini dapat dilihat secara langsung menerusi rekod dan hasil yang diterima dalam sektor hartanah. Berdasarkan rekod sistem e-Tanah dari tahun 2020 sehingga sekarang Pejabat Tanah dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) telah meluluskan 4 permohonan perolehan hartanah oleh peserta MM2H yang melibatkan kutipan levi sebanyak RM50,700.00 sehingga 1 November 2023. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi apakah pandangan Yang Amat Berhormat berkenaan dengan MM2H ini sekiranya kita menarik lebih ramai pesara datang bersara di Perak dan adakah ia akan menjadi satu beban kepada negeri Perak atau pun kita boleh nampaknya ialah satu peluang untuk kita membangunkan sektor penjagaan warga emas dan juga golongan pesara yang akan menikmati lestarian alam sekitar dan juga suasana yang lebih baik di negeri Perak dan ia juga adakah membantu negeri untuk menarik lebih ramai pemohon dari luar negara? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Remis. Apa pun pandangan dan juga perbincangan berkaitan dengan program MM2H ini Dato’ Yang di-Pertua adalah juga tertakluk kepada dasar-dasar yang dikeluarkan dan juga terikat dengan arahan-arahan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sebab tujuan asal untuk kita membuka program MM2H ini ialah untuk membolehkan warga asing datang ke Malaysia untuk bekerja. Daripada pekerjaan itu mereka akan berbelanja. Sebab itu ditetapkan dia mesti ada wang yang mencukupi untuk tinggal di Malaysia, gaji yang besar untuk dia berbelanja di Malaysia. Jadi karena itu kita tetapkan kalau kita bawa pesara masuk jika dia tidak mempunyai kewangan yang kukuh maka dia tidak akan dapat menepati tujuan asal. Tujuan asal adalah untuk bawa mereka tinggal di sini. Mungkin dia dapat menggamit kehadiran keluarganya ke sini dan mereka akan berbelanja di sini. Maka perbelanjaan itulah yang dikatakan dapat membantu ekonomi negara dan juga negeri.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat daripada Semanggol, Manong tak nak tanya ya. Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Cuma kita amat tertariklah dengan program MM2H ini tapi apa yang dijawab program ini hanya ditumpukan kepada foreigner atau pun penduduk luar negara yang kita harap mereka boleh jadi penduduk tetap ataupun menjadi sebahagiaan daripada penduduk dan menyumbang ekonomi. Jadi ada tak program yang mungkin kita boleh ke depan sikit sebab ramai daripada kalangan kita yang profesional, yang berjaya, yang migrate ke luar negara mereka migrate ke luar negara dan migrate ke luar negara kita ada tak program mereka ini supaya boleh mereka balik atau pun menetap supaya kita boleh menggunakan kepakaran ini selain daripada kita mengajak. Sebab mereka ni ada sentimental value untuk balik ke Malaysia dan ramai kita tengok macam Perak dulu pernah kita bicara dengan sahabat-sahabat kita, brain drain. Mereka dah jadi professional, pergi kerja apa semua, dapat pendapatan yang besar di luar negara kemudian mereka tak nak balik. Jadi kalau kita boleh tarik mereka ini dan sebagai satu langkah lain selain daripada MM2H bersama-samalah untuk kita rangka program bagi menarik mereka ini balik dan khususnya rakyat negeri Perak pergi menyumbang. Mungkin minta pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Semanggol. Seperti saya sebutkan awal tadi apabila ada pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen berkaitan dengan syarat-syarat baru, maknanya jika ada orang Malaysia yang telah belajar, yang telah bekerja dan telah menjadi pakar di luar negara jika mereka ingin kembali ke Malaysia dia kena layan sepertimana warga negara Malaysia. Dia tak boleh layan dia sepertimana foreigner sebab dia masih memegang pasport Kerajaan Malaysia tapi kalau dia sudah migrate, dia migrate ke Australia, dia pegang pasport Australia dia come back to Malaysia dia adalah warganegara asing yang datang ke Malaysia. Jadi kita akan layan dia sepertimana warganegara asing. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Yang di-Pertua, mohon satu soalan.

Yang di-Pertua

Dua soalan sahaja. Itu yang saya tanya Manong tadi Manong bagi jalan pada Semanggol ke tak. Manong kata Manong bagi jalan.

Tambahan satu soalan.

Yang di-Pertua

Tak ada. Tak ada tambahan soalan.

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan soalan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. RUU Wasiat bekalan hari tua, soalan Bota No. 2

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani diucapkan kepada Dato' Speaker dan menjawab soalan yang berkaitan dengan penguatkuasaan larangan merokok dan sebelum saya teruskan dengan jawapan saya, ingin saya memberi definasi kepada tempat awam bebas asap rokok. Tempat awam bebas asap rokok merupakan kawasan tumpuan awam yang telah diwartakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Asia Tembakau 2004 sebagaimana pecahan di bawah Sub Peraturan 11(1) dari (A) hingga (X) PPKHT

2004. Antara kawasan yang diwartakan termasuklah taman awam, kawasan beragamaan, kawasan premis kerajaan, hospital dan klinik, institusi pendidikan, institusi pendidikan tinggi, kompleks membeli belah dan tempat makan berhawa dingin dan terbuka. Inilah definasi dan untuk menjawab lame pertama langkah-langkah penguatkuasaan, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memastikan peraturan larangan merokok dipatuhi selaras dengan Artikel 8 WHO (World Health Organization) Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) iaitu untuk melindung golongan bukan perokok daripada terdedah kepada asap bahaya asap wap produk merokok dan Artikel 8 dalam Bahasa Inggeris dengan izin. It is necessary to implement 100% smoke-free environment in all indoor workplaces and indoor public places in order to protect people from exposure to second-hand tobacco smoke atau SHS. Konvensyen ini telah di ratifikasikan oleh lebih daripada 180 negara dan Malaysia menjadi signetari kepada konvensyen ini pada 23 September 2003 dan Malaysia telah pun ratify Convention WHO ini pada 16 September 2005. Penguatkuasaan dijalankan berdasarkan kepada keperluan peruntukan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Undang-Undang Kesihatan Awam. Di antara langkah-langkah yang dijalankan adalah seperti berikut. Perancangan khusus aktiviti yang komprehensif secara mingguan atau bulanan atau tahunan di peringkat negeri dan daerah seperti:

a) Pelaksanaan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara rutin mingguan bulanan di peringkat daerah secara berpasukan skala kecil. b) Operasi Perak bersih dan sihat dan operasi premis makanan bersih pemantauan dan penguatkuasaan secara zoning utama dan selatan dalam negeri Perak di daerah terpilih secara berjadual setiap bulan dan c) Operasi megah pemantauan dan penguatkusaan peringkat negeri Perak yang berskala besar dan terpilih.

Dua, Pihak KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga sedang giat melaksanakan aktiviti pendidikan, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Undang-Undang Kesihatan Awam semasa aktiviti penguatkuasaan dijalankan. Pelaksanaan ini melibatkan komuniti, masyarakat dan individu sebagai langkah proaktif dalam menangani masalah perokok dan kemudaratan kesihatan awam melalui aktiviti pendidikan, penguatkuasaan secara mingguan dan bulanan bersemuka di lapangan. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan secara khusus dalam tempoh masa yang segera juga diambil terhadap aduan awam yang diterima dalam situasi aktiviti merokok di kawasan yang dilarang seperti dalam peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan butiran tambahan daripada Yang Berhormat Bota berkaitan dengan senarai awam bebas rokok yang telah diwartakan di sub peraturan 11.1(A) hingga (X) Peraturan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau adalah panjang list dia. Jadi, kalau Yang Berhormat hendak saya boleh bagi satu salinan.

Yang kedua, adakah negeri Perak akan mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani masalah perokok ini? Umum sedia maklum bahawa larangan merokok di premis makanan tertutup berhawa dingin telah diwartakan sejak 1993 dan bermula 1 Januari 2019 kawasan larangan telah diperluaskan kepada premis makanan terbuka. Kementerian Kesihatan mewartakan semua tempat makan sebagai tempat larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2018, Akta Makanan 1983. Sehingga kini pelbagai langkah telah diambil bagi menangani masalah perokok ini bukan saja pada golongan dewasa, malah pada awal usia persekolahan. Selain daripada aktiviti penguatkuasaan yang dilakukan oleh Unit

Inspektorat, hebahan dan peringatan berkaitan kawasan larangan merokok kepada masyarakat awam dijalankan dari masa ke masa di setiap program kempen awam yang dijalankan. Kempen Speak Out: Express Your Right! Protect Your Lungs atau bersuaralah, nyatakan hak anda, lindungi paru-paru anda merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia memperkasakan rakyat Malaysia untuk menegur perokok yang merokok di sekeliling mereka. Mesej kempen ini disalurkan melalui pameran-pameran berkaitan rokok. Kempen edukasi, temubual radio dan edaran tabletop sticker ke medan selera di seluruh negeri Perak. Sepanjang tahun 2022 dan 2023, sebanyak 108 aktiviti kempen edukasi telah dijalankan di negeri Perak merangkumi aktiviti di IPTA, sekolah, masjid, kompleks membeli belah, jabatan kerajaan dan di komuniti melibatkan 14,737 individu. Di antara program edukasi yang dijalankan adalah program edukasi bahaya merokok dan kawasan larangan merokok. Program edukasi Speak Out, program Jom Berhenti Merokok, edukasi rumah bebas asap merokok atau pun My House, promosi generational end game, kempen MQID Masjid, kempen Bahaya Merokok Sempena Nafas Baru bermula Ramadan dan aktiviti ceramah dan pameran kesihatan melibatkan remaja dan pelajar, sekolah dalam pengambilan web dan rokok serta risiko kepada kesihatan mereka.

Selain daripada itu, KKM menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan terus mempergiatkan kempen edukasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan anti-rokok dengan meneruskan pelaksanaan program pencegahan merokok dan intervensi berhenti merokok di sekolah dan instituti pengajian tinggi melalui kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan universiti-universiti di negeri Perak. Edaran soalan lazim Frequently Asked Questions berkaitan rokok dan rokok elektronik telah dijalankan pada Ogos tahun ini kepada semua daerah dan agensi di negeri Perak. Jabatan Kesihatan Negeri akan terus mempergiatkan usaha dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkaitan bahaya penggunaan rokok elektronik atau vape. Sebagai contohnya, JKN kini dalam usaha melaksanakan taklimat dan latihan kepada anggota kesihatan berkaitan penyakit akibat penggunaan rokok elektronik iaitu Electronic Cigarette and Vaping Product Use Associated Lung Injury. Taklimat dan latihan ini penting supaya semua kakitangan kesihatan dapat memberi maklumat dan informasi yang betul kepada masyarakat berkenaan bahayanya rokok. Aktiviti penguatkuasaan.

Kementerian Kesihatan terus berusaha untuk memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan kawasan larangan merokok di mana aktiviti ini adalah satu priority dalam Pelan Tindakan JKN Perak. Jika dibanding bagi tahun 2003 hingga bulan September dan tahun 2022 terdapat peningkatan bilangan bagi aktiviti operasi penguatkuasaan, bilangan pengeluaran notis dan juga nilai kutipan melalui pembayaran kompaun. Sasaran aktiviti penguatkuasaan yang lebih tinggi telah ditetapkan dalam Pelan Tindakan JKN Perak bagi tahun 2024. Jumlah aktiviti operasi penguatkuasaan pada tahun 2022 adalah sebanyak 2,603 aktiviti. Pada tahun 2023 Januari hingga September bagi sembilan bulan, tempoh sembilan bulan, jumlah operasi penguatkuasaan adalah sebanyak 2,274 aktiviti. Pengeluaran notis seksyen 32B bagi tahun 2022 adalah sebanyak 5,222 notis dan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini adalah sebanyak 8,465 notis telah dikeluarkan. Anggaran nilai kutipan melalui pembayaran adalah bagi tahun 2022 adalah RM1,305,500.00 dan bagi tahun September tahun ini bagi tempoh masa Januari hingga September adalah RM2,114,750.00. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Bota. Sila.

Soalan tambahan. Memandangkan sebenarnya rokok mempunyai banyak kesan kesihatan kepada semua kita lah ya, sama ada seseorang itu adalah aktif perokok ataupun perokok pasif ya. Ada tak usaha kita ataupun cadangan kita daripada peringkat Kerajaan Negeri Perak, kita nak pastikan Negeri Perak ini bersih daripada asap perokok? Bagaimana caranya kita untuk mengurangkan kemasukan rokok ataupun bahan yang berasaskan tembakau ke dalam Negeri Perak? Ada tak usaha yang bersungguh-sungguh dilaksanakan sama ada melalui Exco Kesihatan ataupun Exco yang lain? Saya inginkan jawapan.

Terima kasih. Dia ada dua jenis rokok yang dibawa masuk ke dalam negeri kita ini dan juga di negara kita ini. Satu, adalah rokok-rokok yang sah, yang dapat kebenaran daripada Kastam dan satu lagi adalah diseludup daripada negara-negara jiran dan kita seringkali membaca bahawa ada tangkapan dibuat oleh pihak Kastam yang rampas rokok-rokok tersebut. Jadi ini adalah satu isu yang amat rumit dan walau bagaimanapun, di peringkat negeri Perak, penguatkuasa di negeri Perak telah menjalankan tugas dan saya agak puas hati dengan tugas yang dijalankan oleh penguatkuasa-penguatkuasa di peringkat JKN negeri Perak dan ada masa di mana saya pun akan mengikuti mereka dan turun ke padang untuk melihat bagaimana perkara ini berlaku dan bagaimana kita boleh mengelak tetapi bila banding dengan negeri-negeri jiran saya percaya kadar ini adalah kadar yang lebih kurang daripada negeri-negeri jiran dan kita masih, walaupun begitu kita tak puas hati, kita akan teruskan dengan aktiviti-aktiviti dengan lebih agresif di masa-masa akan datang dan saya percaya yang amount aktiviti-aktiviti operasi ini akan dipertingkatkan dan kita akan terus keluarkan notis-notis seksyen 32B. Terima kasih.

Astaka.

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka, sila.

Selama.

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka dulu. Astaka, sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya berterima kasih Yang Berhormat Exco untuk memberikan jawapan dan apabila kita bincang tentang merokok, mesti kita tahu minggu yang lalu, Parlimen juga membahaskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan walaupun dalamnya peruntukan untuk generasi penamat merokok ataupun dengan izin generation endgame, peruntukan itu telah dikeluarkan tapi saya berpendapat kerajaan juga harus menumpukan fokus untuk mengurangkan perokok di bawah 18 tahun. Oleh itu soalan saya, apakah langkah-langkah dari segi pendidikan untuk memastikan remaja di antara umur 15 tahun hingga 18 tahun berhentikan tabiat merokok dan apakah trend merokok ini meningkat atau menurun? Terima kasih.

Terima kasih, Astaka. Sebelum saya mula menjawab, saya ingin bawa perhatian kepada Yang Berhormat

Bota berkaitan dengan 'quit rate of 'quit smoking clinic'. Kita juga ada bantuan ini 'quit rate of quit smoking clinic'. dan saya ambil contoh Klinik KKM Buntong dari tahun 2020 hingga tahun 2022 dengan izin total client registered into quit smoking clinic pada tahun 2020, adalah sebanyak 55 orang dan total client registered into quit smoking clinic with actual quit selepas itu mereka mengikuti program-program adalah 25 orang. Total clients who quit smoking adalah sebanyak 18% bagi tahun 2020 iaitu quit rate adalah sebanyak 72% dan bagi tahun 2021 quit rate adalah 77.3% dan tahun lepas 2022 adalah quit rate adalah 79.2%.

Jadi nampaknya perkhidmatan ini di klinik kesihatan, tiap-tiap klinik kesihatan ini adalah satu yang membawa manfaat kepada orang-orang perokok yang tidak dapat tangani isu itu. Jadi jika ada perokok yang ingin tinggalkan tabiat ini. Jadi carilah klinik yang terdekat dan jawapan kepada Astaka, berdasarkan tinjauan kesihatan dan mobility kebangsaan yang telah dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum PKM prevalent atau peratus perokok bagi semua jenis produk tembakau berumur 15 tahun dan ke atas bagi tahun 2015 adalah sebanyak 21%. Manakala bagi tahun 2019 adalah sebanyak 23.8% iaitu peningkatan sebanyak 2.8%. Jika dilihat daripada tinjauan kesihatan remaja yang turut dijalankan oleh IKU dalam golongan remaja berumur 13 tahun hingga ke 17 tahun, bilangan perokok golongan remaja juga mencatatkan peningkatan iaitu dari 16.1% kepada tahun 2017 kepada 18.5% pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 2.4%. Langkah-langkah dari segi pendidikan untuk memastikan remaja di antara tahun 2015 hingga ke 2018 tahun berhenti tabiat merokok.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri Malaysia sentiasa proaktif dalam melaksanakan langkah-langkah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat khususnya golongan remaja tentang bahayanya merokok kepada kesihatan. Antara tindakan-tindakan yang dijalankan ialah seperti berikut. Yang pertama, Program Kelab Doktor Muda di sekolah. Program ini adalah program promosi kesihatan di sekolah (School Based Health Programme) promotion programme di bawah kelolaan dan usaha bersama antara KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya merupakan salah satu aktiviti ko-korikulum di sekolah. Di bawah program ini, salah satu skop yang diajar ialah berkaitan dengan pencegahan amalan merokok. Di Perak, sebanyak 117 sekolah menengah dan 263 sekolah rendah terlibat dalam perlaksanaan program ini. I Am Free. I Am Free dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah rendah tahun 1 hingga ke tahun 6 yang mensasarkan kepada mereka yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas untuk kekal tidak merokok sepanjang hayat. Program yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan bahayanya merokok dan melatih murid sebagai agen penyampai maklumat kesihatan kepada rakan dan ahli keluarga. Di Perak terdapat 42 buah sekolah telah terlibat dalam Program Rintis dan program ini akan diperluaskan pada tahun 2024. Pengesahan remaja yang merokok dan rujukan ke klinik berhenti merokok. Saringan kesihatan menggunakan borang saringan status kesihatan remaja dapat mengesan remaja yang merokok termasuk yang berumur 15 hingga 18 tahun. Di samping itu terdapat integrasi rujukan daripada klinik pergigian yang menyiasat remaja merokok di sekolah dikhidmat berhenti merokok di klinik kesihatan. Bagi tujuan ini persetujuan ibu bapa diperlukan untuk merujuk pelajar yang merokok ke khidmat berhenti merokok di klinik kesihatan untuk tujuan kaunseling.

4) Penguatkuasaan kepada individu bawah umur. Penguatkuasaan di bawah Peraturan 13 Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 memperuntukkan larangan menghisap atau memiliki apa-apa hasil tembakau bagi individu bawah umur dan akhir sekali, program kuota iaitu kesihatan oral tanpa amalan merokok. Bagi program kuota, usaha yang dijalankan adalah seperti berikut. a) Mengenalpasti para pelajar yang terlibat melalui pemeriksaan pergigian dan saringan status merokok dan memberi ceramah tentang bahaya merokok. b) Menjalankan intervensi kepada pelajar yang telah dikenalpasti merokok semasa mengikut modul yang telah ditetapkan. c) Merujuk kepada pakar kesihatan pergigian awam untuk kes-kes tertentu dan d) Pemeriksaan dan saringan tahunan oleh pasukan pergigian bergerak. Terima kasih.

Satu soalan

Timbalan Yang di-Pertua

Saya faham ini adalah hot topic, sila jumpa di luar sebab soalan tambahan dihadkan kepada dua orang sahaja. Ya sila duduk. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan Kampung Gajah soalan nombor satu.

Assalamualaikum warahmatullahi taala hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bagi menjawab soalan Kampong Gajah berkenaan kemudahan sukan berkenaan, sukacita saya maklumkan bahawa pihak Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) mempunyai perancangan jangka panjang bagi mewujudkan kemudahan fasiliti sukan yang lengkap di kawasan Kampong Gajah untuk dimanfaatkan oleh penduduk-penduduk setempat, penggiat sukan tempatan, golongan belia dan juga para pelajar sekolah. Sudah tentulah kemudahan ini secara tidak langsung berkait rapat dalam membantu perkembangan sukan negeri Perak bagi melahirkan atlet-atlet khususnya dari kawasan luar bandar selain menjadi tempat riadah serta rekreasi bagi penduduk sekitar. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Daerah Perak Tengah telah membuat permohonan bagi mendapatkan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja menaik taraf fasiliti dan kemudahan sukan di kawasan tersebut.

Untuk maklumat Yang Berhormat Kampung Gajah dan Dewan yang mulia ini juga, antara skop kerja yang dipohon bagi kemudahan berkenaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah seperti berikut. Yang pertama pemasangan empat set lampu limpah menggunakan mentol jenis led dengan lux.600 lux. Yang kedua, pembinaan trek lumba lari balapan. Yang ketiga, kerja-kerja naik taraf padang dengan pemasangan subsoil drain dan juga penanaman rumput jenis cow grass. Keempat menaikktaraf tempat duduk penonton ataupun dikenali tangga kambing dan juga grand stand. Yang kelima menaiktaraf permukaan padang futsal, pagar serta sistem pencahayaan. Namun begitu bagi gelanggang tenis pula yang sedia ada pula akan ditukar fungsi menjadi dataran parking kereta, kenderaan bagi Dewan Serbaguna Kampong Gajah. Skop kerja ini adalah termasuk di dalam kerja-kerja menaiktaraf dewan yang akan dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU). Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Kampung Gajah, sila.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Terima kasih jawapan daripada Exco. cuma dan saya harapkanlah rancangan Majlis Daerah Perak Tengah, insya Allah mudah-mudahan diberi peruntukan RM5 juta tu dan dapatlah berjaya dengan rancangan yang dibuat cumanya satu cadanganlah untuk gelanggang tenis itu. Kalaulah ia ditukarkan kepada ladang sasar untuk panah kerana di Kampong Gajah sudah ada kelab-kelab memanah untuk dapat di situ lebih, saya rasa lebih bermanfaat daripada dijadikan sekadar tempat parkir untuk dewan majlis itu dan soalan saya juga, apakah jaminan atau langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan sekiranya perkara atau rancangan-rancangan ini berjaya dilakukan, naik taraf Mini Stadium Kampong Gajah supaya perkara yang telah berlaku seperti sekarang ini tidak berulang sehinggakan dalam stadium itu boleh lembu masuk dan sebagainya. Benda tak boleh ulang. Apakah langkah-langkah yang dibuat untuk menjamin perkara ini tidak berulang lagi?

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Terima kasih kepada Kampong Gajah atas soalan tambahan. Berkaitan dengan kawalan dan juga pengawasan berkaitan dengan mini stadium Kampong Gajah apabila selesai penaiktarafan nanti sudah pastilah pihak Majlis Daerah Perak Tengah bersama dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah akan mempunyai perancangan dan juga mungkin ada kawalan-kawalan tertentu khususnya daripada pegawai-pegawai penguatkuasa Majlis Daerah Perak Tengah sendiri untuk memastikan keselamatan dan juga kemudahan-kemudahan yang telah dinaik taraf itu dapat digunakan semaksimum mungkin dan juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menu pertandingan dan mendapat kebenaran setiap kali penggunaan, mestilah ada kebenaran dan juga kawalan daripada pihak penguasa khususnya daripada Majlis Daerah Perak Tengah sendiri.

Manjoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi sila.

Terima kasih YB Timbalan Speaker. Exco saya nak bertanya sedikit berkenaan isu stadium mini yang lebih macam Kampong Gajah. Di Gugusan Manjoi ada satu stadium mini. Namanya Stadium Mini Sungai Tapah. Jadi adakah perancangan di peringkat negeri untuk bantu baik pulih stadium tersebut? Walaupun kini telahpun diserahkan kepada KBS, mungkin kita ada laluan daripada Jabatan Belia Negeri dan juga peringkat Exco sendiri kerana kawasan tersebut kawasan tumpuan masyarakat, banyak prasarana yang boleh dibangunkan dan saya nak mohon bagi orang kampung Manjoi jika boleh diberi penambahbaikan dan juga baik pulih di kawasan tersebut. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih kepada Manjoi. Berkaitan dengan hasrat dan juga harapan daripada Manjoi dan warga masyarakat Manjoi, pihak saya bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan mengambil tindakan dan juga mungkin lawatan susulan untuk kita lihat apakah perancangan-perancangan yang perlu kita laksanakan bagi kerja-kerja penaiktarafan di mini stadium tersebut. Terima kasih Manjoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan. Sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Simpang Pulai nombor empat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera kepada semua. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Perpaduan Madani, Salam Solidariti dengan pejuang dan juga rakyat Palestin. Terima kasih kepada Simpang Pulai yang bertanyakan berkenaan dengan soalan mendapan tanah dan juga lubang yang terbenam. Kawasan-kawasan yang sering menghadapai isu tanah mendap di daerah Kinta mengikut data kejadian lubang benam dan tanah mendap oleh Jabatan Mineral & Geosains (JMG) merangkumi kawasan Manjoi, Lahat dan Kampar. Kesemua kawasan ini didasari oleh batu kapur Kinta dan merupakan kawasan bekas lombong yang telah ditebus guna untuk pembangunan rumah. Hasil dari rekod pemantauan, kawasan Kampung Baru Ampang dan Chemor, sering terjadi isu tanah mendap dan pemantauan dari masa ke semasa akan terus dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab. Selain daripada itu, berlakunya kejadian tanah mendap iaitu di kawasan perumahan di Taman Lapangan Raya Jalan Lapangan Raya 2. Senarai yang telah pun diberikan kawasan-kawasan yang mendap dan juga kawasan-kawasan yang berlubang dan terbenam ini adalah banyak YB jadi kami akan saya akan serahkan kepada YB senarainya untuk rekod dan juga untuk makluman. Oleh kerana ada 86 kesemua tempat di kawasan Kinta ini yang telah pun dikenalpasti sebagai tempat mendap dan tempat yang ada terbenam.

Soalan yang kedua daripada YB Simpang Pulai berkenaan dengan tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah mendapan dan tanah yang berlubang ini. Kerajaan melalui PBT berkaitan telah melaksanakan sistem One Stop Center (OSC) di mana setiap permohonan pembangunan akan diulas oleh agensi berkaitan sebelum sesuatu permohonan pembangunan terutamanya skim perumahan diluluskan. Jadi tanggungjawab PBT. Dalam konteks Jabatan Mineral dan Geosains setiap permohonan itu perlu disertakan dengan laporan siasatan tanah tapak untuk diulas oleh JMG berkaitan kesesuaian tapak tanah untuk dimajukan. JMG akan memberikan khidmat nasihat teknikal berdasarkan laporan yang disediakan oleh pihak pemaju berkaitan.

Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Kampar telah mensyaratkan kajian subsurface analysis dengan izin ataupun kajian geophysics dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu skim perumahan itu dimajukan. Berdasarkan dapatan daripada kajian tersebut, langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian dapat diusahakan dan ditentukan bagi mengurangkan risiko pemendapan dan lubang terbenam yang mungkin berlaku selepas pembinaan rumah. Tindakan yang diambil oleh Majlis Bandaraya Ipoh bagi menyelesaikan isu tanah mendap di kawasan-kawasan perumahan taman lapangan raya adalah seperti berikut. Pertama, melakukan pemeriksaan tapak bersama pemaju atau perunding projek dan pihak perunding. Menyediakan laporan kerosakan dan keadaan mendapan dan menyediakan cadangan tindakan pembaikan awal.

Yang keduanya, mendapatkan laporan pemeriksaan tapak daripada pihak Jabatan Mineral dan Geosains ataupun JMG. Yang ketiga, melakukan pembaikan infra jalan segera oleh Syarikat Konsesi Puncak Emas Sdn Bhd bagi rizab jalan yang rosak dan lain-lain pembaikan dan juga pembersihan segera oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh termasuk pembersihan kolam tadahan bagi mendapatkan gambaran sebenar punca mendapan dan semakin dan semakan status keupayaan sistem saliran sedia ada. Yang keempatnya, mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak yang terlibat. Mengadu kepada wakil penduduk, perunding dan juga pemaju dan keputusan mesyuarat memerlukan tindakan segera daripada pihak perunding ataupun pemaju dengan merujuk laporan-laporan yang telah diperolehi. Yang kelima, pihak perunding disarankan untuk menyediakan laporan terperinci dan cadangan pembaikan terbaik. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh masih belum menerima apa-apa cadangan pemberikan pembaikan oleh pihak perunding atau pemaju terlibat daripada surat peringatan telah pun dikeluarkan kepada pihak perunding atau pemaju.

Jadi kita faham bahawa semua pemaju-pemaju untuk mendirikan rumah-rumah di taman-taman, di Bandar Raya Ipoh ini dan juga di mana-mana PBT, mereka ada dia punya SOP dia. Salah satunya adalah memberikan laporan daripada konsultan, daripada perunding berkenaan dengan tapak yang hendak mereka bina itu. Jadi ada kajian-kajian perlu mereka buat untuk pastikan dia tidak akan berlaku mendapan di masa-masa akan datang. Benda ini telah pun diarahkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh kepada pihak-pihak pemaju tetapi setakat ini belum lagi ada tindakan yang positif daripada pihak pemaju atau pihak kontraktor pembuat rumah tersebut. Yang ke-12nya, bagi isu tanah mendap yang berlaku di rizab jalan yang melibatkan mendapan ataupun sink sinking hole kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan kadar segera melalui pihak Konsesi Puncak Emas Sdn Bhd. Sekiranya berlaku mendapan ataupun kerosakan di dalam bangunan, kediaman, di kawasan perumahan adalah di bawah tanggungjawab pemilik untuk membuat kerja-kerja pembaikan. Jadi kalau berlaku mendapan itu di dalam kawasan rumah dia, maka pemilik rumah itu bertanggungjawab untuk membuat pembaikan.

Itu sebabnya semasa menerima kunci rumah itu, dia kena betul-betul pastikan bahawa laporan-laporan berkenaan dengan anti-mendap dan sebagainya telah pun dibuat oleh pihak pemaju dan diberikan kepada semua pembeli-pembeli rumah tersebut. Jadi bermaksud bermaknanya apabila dia terima rumah itu dalam keadaan sempurna, maka dia tidak boleh beritahu nanti bahawa ada yang tidak kena, perlu diperbaiki. Oleh kerana semua rumah-rumah ini diberikan masa di Defect Liability Period (DLP) ini selama 12 bulan. Jadi kalau dalam suasana sedemikian berlaku mendapan maka pemilik rumah itu kena beritahu kepada kontraktor dan juga kepada perunding mereka. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh akan mengeluarkan notis seksyen 83 di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ataupun Akta 133 bagi memastikan pihak pemilik mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Simpang Pulai sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Kita tahu sebahagian besar Ipoh berisiko tanah mendap sebab merupakan bekas kawasan lombong dan juga struktur tanah jenis batu kapur yang boleh berlaku mendap pada bila-bila masa. So, adakah kerajaan akan menjalankan kerja-kerja penyelidikan untuk pemantauan pergerakan tanah supaya penjagaan tanah mendap dapat dijalankan? Terima kasih.

Terima kasih Simpang Pulai. Memang itulah usaha yang dibuat oleh pihak yang berkenaan berkaitan termasuk JMG dan juga Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan Kinta ini sahaja. Saya akan berikan 86 lokasi di seluruh Kinta ini termasuk Kampar dan juga di mana lokasi itulah dikenalpasti hasil dari penyelarasan dan pemantauan pihak-pihak berkenaan. Jadi untuk itu, memang kerja-kerja hendak pastikan tidak menyebabkan mendapan ini berterusan. Jadi tindakan-tindakan yang dibuat oleh jabatan-jabatan tertentu bersama dengan pihak perunding dan kontraktor taman-taman tersebut akan pastikan fenomena mendapan ini tidak berterusan. Ianya perlu disekat dan dihentikan. Jadi untuk itu, kerja-kerja pemantauan ini dibuat masa ke semasa dan kita juga mohon kepada pemilik rumah kalau sekiranya berlaku mendapan di kawasan-kawasan taman dia kawasan-kawasan jalan ataupun kawasan-kawasan reserve, hendaklah diberitahu secepat mungkin supaya dia akan mengelakkan mendapan itu melarat ke tempat lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Kamunting sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Selain tanah mendap, kita juga berhadapan dengan tanah runtuh. Jadi apakah langkah-langkah daripada pihak kerajaan untuk mengatasi tanah-tanah runtuh? Sebab saya ada pergi ke Cameron Highlands baharu ini, saya ingat bulan lepas saya tengok ada satu mungkin produk barulah untuk tanaman-tanaman seperti mana Cameron Highlands. Satu penerokaan tanah yang begitu luas dan ketika itu saya balik dalam waktu hujan, saya tengok air yang mengalir begitu deras pun begitu keruh dan kalau ini berlaku dia boleh menjejaskan sungai yang ada dan kehidupan Orang Asli di sepanjang jalan Cameron Highlands. Saya rasa itu bahagian daripada negeri Perak dan apa juga langkah-langkah pihak kerajaan Perak lah untuk mengatasi masalah tanah runtuh.

Terima kasih Kamunting. Soalan Kamunting ini dia tidak berkenaan dengan mendapan tanah. Dia mendapatkan erosion ataupun apabila ada berlaku hujan lebat maka tempat-tempat yang telah pun dikenalpasti oleh JKR di sepanjang 3 lebuh raya daripada Gerik sampailah ke Jeli, daripada Simpang Pulai sampai ke Blue Valley dan daripada Tapah sampai ke Ringlet. Semua tempat-tempat yang ada cerun itu telah dikenalpasti sebagai tempat yang hotspot. Yang ini dalam pemantauan JKR. Jadi untuk itu, kalau sekiranya berlaku perkara-perkara kita ada konsesi yang akan memberikan pemantauan untuk mengelak supaya cerun-cerun ini berlaku dan dalam JKR juga kita ada satu jawatankuasa untuk pemantauan cerun nama dia. Jadi mereka juga akan memantau bersama-sama dengan syarikat konsesi hendak pastikan lereng-lereng bukit ini tidak terdedah kepada hujan yang lebat menyebabkan cerun-ceroun ini akan rebak dan sebagainya. Jadi soalan itu soalan yang tidak kena dengan mendap ataupun lubang-lubang terbenam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Assalammualaikum dan selamat pagi. Ke Kampung Menderang membeli delima soalan Behrang nombor 5.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi salam Perak Sejahtera 2030 dan salam Malaysia Madani. Terima kasih di atas pertanyaan dan Yang Berhormat, Behrang. Kali ni sempat soalan dari YB Behrang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKW) melalui Tenaga Nasional Berhad, di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar PELB telah meluluskan peruntukan sebanyak RM14.3 juta untuk 252 rumah di daerah Muallim dan RM15.34 juta untuk 180 rumah di daerah Batang Padang untuk menyediakan kemudahan infrastruktur asas iaitu membekalkan tenaga elektrik yang melibatkan tujuh perkampungan Orang Asli di Muallim dan tujuh kampung Orang Asli di Batang Padang melalui pemasangan talian voltan tinggi dan voltan rendah ke sambungan talian grid sedia ada.

Untuk makluman Yang Berhormat dan semua Ahli Dewan sekalian, agensi pelaksana TNB Energy Services Sdn. Bhd. akan mula kerja-kerja pemasangan kabel pada Mac 2024 dan dijangkakan siap pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar pada 21 April 2025. Pelaksanaan projek ini akan dapat memperluaskan liputan bekalan elektrik 24 jam ke kawasan luar bandar yang memberikan manfaat kepada 432 keluarga Orang Asli di daerah Muallim maaf di Muallim dan juga di Daerah Batang Padang. Berikut merupakan kampung-kampung yang terlibat di Daerah Mualim, Pos Tenau, satu kampung mukim Ganggai 62 unit, Kampung Piong 11 unit, Kampung Tibang 52 unit, Kampung Kediang 22 unit, Kampung Tenau 19 unit, Kampung Pangkak 36 unit dan yang ketujuh Kampung Sempuk 50 unit. Manakala daerah Batang Padang, Kampung Batu 20 Jalan Pahang 17 unit, Kampung Batu 23 Jalan Pahang 22 unit, 26 unit, Kampung Batu 24 Jalan Pahang 27 unit. Kampung Batu 25 Jalan Pahang 37 unit. Kampung Lubok Gaharu 11 unit. Kampung Ulu Woh Kampung Empangan Woh 16 unit. dan Kampung Pos Musuh 46 unit.

Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang dimuliakan. Untuk makluman Yang Berhormat Behrang, pihak Kerajaan Negeri melalui Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB), PDT Muallim dan PDT Batang Padang dengan kerjasama JAKOA telah mengenalpasti kawasan-kawasan luar bandar terutama bagi masyarakat orang asli yang memerlukan bekalan air luar bandar. Berikut senarai projek-projek bekalan air luar bandar yang telah siap dilaksanakan itu iaitu di Kampung Asli Kepai, Kampung Orang Asli Sungai Teras, Kampung Orang Asli Sentang, Kampung Orang Asli Sungai Genting, Kampung Orang Asli Sungai Odak di daerah Batang Padang. Manakala di Daerah Muallim pula di Kampung Orang Asli Changkat Ramu dan Kampung Orang Asli Peneras. Bagi pelaksanaan ke semua projek bekalan air luar bandar ini peruntukan berjumlah RM700 ribu telah diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi tahun 2023. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Behrang sila.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Exco. Alhamdulillah nampaknya Insya Allah tahun depan masyarakat kampung orang asli dalam Batang Padang dan Muallim ini akan menerima pembangunan ini dan selain daripada pembangunan infrastruktur asas di perkampungan kampung orang asli ini, saya ingin bertanya, apakah perancangan kerajaan dan JAKOA bagi pembangunan modal insan orang asli terutamanya dalam sektor pertanian dan asas tani untuk membantu mereka ini menjana pendapatan sendiri sekaligus menyumbang ke arah keterjaminan makanan terutamanya buat golongan belia orang asli dan sebelum saya duduk yang buat Yang Berhormat Dato' dan Timbalan Speaker, saya ingin mengalu-alukan MPP daripada UPSI yang datang ke Dewan untuk menyaksikan sidang Dewan kita pada hari ini kepada adik-adik UPSI saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Behrang. Soalan tambahan, di mana kita mengetahui Behrang ini lebih cakna yakin dan dekat dengan hati masyarakat orang asli di Behrang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui pihak JAKOA telah membuat perancangan pada tahun 2024 bagi pembangunan modal insan untuk masyarakat Orang Asli di dalam Dun Behrang. Terutama dalam sektor pertanian dan asas tani untuk membantu mereka menjana pendapatan sendiri. Sekaligus menyumbang ke arah terjaminan makanan terutama golongan belia orang asal antara perancangannya adalah seperti berikut. Ternakan kelulut, Kampung Orang Asli Penderas, Slim River dan Kampung Orang Asli Pangkah, Tenau. Penambahan bantuan lock kelulut, input serta benih anak pokok. Telah memulakan projek ini sejak tahun 2020 dan sudah pun mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM5,000 ke RM7,000. Pihak JAKOA bercadang untuk membeli penambahan lock kelulut kerana lock kelulut sedia ada tidak dapat menampung permintaan madu kelulut dari pelanggan.

Memberi input pertanian seperti mesin, pam madu kelulut, baju kalis kelulut serta botol kaca untuk mengisi madu kelulut dan penjanamaan barangan produk tersebut. Selain daripada itu, anak benih pokok buah seperti pokok buah belimbing, buah rambutan dan juga buah duku. Ini dapat membantu meningkatkan penghasilan madu kelulut mendapat makanan daripada anak benih tersebut. Bantuan yang diberikan oleh pihak JAKOA ini dapat membantu meningkatkan pendapatan bagi seisi keluarga dan juga dapat membantu menaik taraf hidup masyarakat sekitar serta dapat menghidupkan peluang pekerjaan mengutip madu lebah daripada orang kampung. Baja pokok racun, pokok serta imput pertanian Sungai Lembing, Behrang Stesen. Baja pokok racun rumpai dan tong racun, peserta telah memulakan projek ini sejak tahun 2018. Mereka telah mengusahakan kebun tanaman pokok buah betik dan juga pokok buah mangga. Pemberian input pertanian agar dapat meningkatkan lagi pengeluaran hasil bagi menampung permintaan tinggi dihadap buah-buahan sekolah sekolah itu dapat meningkatkan hasil pendapatan sedia ada. Kumpulan baja, seperti baja, iaitu Polska, NPK Green, NPK Blue, pati ayam racun serangga pasal 1L, racun rumput pasal 4L berserta dengan koracun.

Selain daripada itu, yang ketiga, khusus pengkursusan ternakan kelulut. Khusus ini dibuat untuk membantu belia orang asli menambah lagi minat serta menambah pengalaman dalam pengkursusan menghadap lulut. Jadi, perancangan kita untuk 2024 banyak lagi perancangan untuk menjana pendapatan masyarakat Orang Asli, khususnya belia-belia orang asli. Bukan saja di kawasan Behrang tapi di seluruh negeri Perak. Insya Allah di bawah portfolio saya, kita akan menentukan bahawa masyarakat orang asli, khususnya golongan belia tidak tertinggal, tidak terpinggir dengan bangsa-bangsa yang lain, kerana mereka ini perlu juga pembelaan daripada kita semua dan kerajaan memberi keyakinan bahawa kita akan membela masyarakat orang asli, seperti apa yang kita telah buat kepada masyarakat-masyarakat yang lain. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Chenderiang sila.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, saya ucapkan kepada Yang Berhormat Exco yang begitu prihatin justeru pembangunan Orang Asli di negeri Perak. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Exco kerana telah bantu kawasan Dun Chenderiang khususnya untuk perkampungan orang asli, mendapat bekalan elektrik dan bekalan air sumber terawat dan saya juga nak tanya kepada Yang Berhormat Exco di kawasan Dun Chenderiang ada juga beberapa perkampungan masih menggunakan solar sistem untuk bekalan elektrik dan juga ada beberapa perkampungan masih menggunakan sumber air daripada sungai dan sebagainya. Saya bertanya kepada YB Exco, sama ada pada masa akan datang ataupun pada tahun depan, bolehkah YB Exco untuk memajukan permohonan saya supaya KKW supaya perkampungan orang asli yang masih menggunakan sistem solar dapat memberi bekalan elektrik yang sedia ada daripada KKW itu yang pertama. Yang kedua, di kawasan saya juga ada dua sekolah iaitu SK Pos Musuh masih menggunakan sistem solar untuk bekalan elektrik dan juga SK Batu 14 masih menggunakan bekalan sumber air daripada Air Terjun Lata Iskandar. Jadi saya ingin bertanya kepada YB Exco sama ada sekolah-sekolah yang di perkampungan orang asli ini dapat juga memberi bekalan elektrik dan bekalan air sumber daripada KKDW pada masa akan datang. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Chenderiang. Memang menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk memberikan perhatian apa yang dibangkitkan oleh YB Chenderiang tadi. Insya Allah, bawah portfolio saya akan kemukakan kepada pihak kementerian. Perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan bekalan elektrik dan sebagainya dan ini menjadi satu daripada peranan dan yang tanggungjawab saya yang perlu saya lakukan. Insya Allah perkara-perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Max Club pada tahun bulan Januari di Sabah nanti insya Allah di mana Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri akan mengerusikan mesyuarat tersebut. Bukan saja di Behrang, tetapi di daerah-daerah yang lain, masalah yang disebutkan oleh YB Beh, YB Chenderiang dan juga Behrang dan YB YB yang lain. Insya Allah kita akan bawak perkara ini kepada Kementerian Kemajuan Desa dan KKDW, Insya Allah pada bulan Januari nanti, Insya Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini, maka tamatlah sesi, sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli yang berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 dibaca kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sesi penggulungan berbahasan di atas Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 akan dimulakan oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar dan diikuti oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing. Masa yang diperuntukkan bagi setiap penggulungan ialah selama lim 45 minit. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekarang saya ingin menjemput, mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar untuk menggulung perbahasan. Sila.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Selamat pagi, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua agensi kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Di sini, saya ingin memulakan sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2024. Dengan menyentuh segala yang berkaitan dengan portfolio yang dipegang saya iaitu perdagangan dalam negeri, hal ehwal pengguna dan kampung baru Cina.

Saya di sini juga akan sebaik mungkin memberikan maklum balas atau respon dengan izin kepada setiap seorang Yang Berhormat yang pernah bangkitkan isu yang berkaitan dengan portfolio saya yang disebut tadi. Yang pertama sekali, sebagai Exco ataupun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menjaga portfolio perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna yang semirip dengan KPDN dan kos sara hidup di peringkat kebangsaan, ingin saya nyatakan di sini bahawa pejabat saya telah bekerjasama rapat dengan KPDN PERAK untuk melaksanakan berbagai inisiatif, berbagai-bagai usaha di bawah payung rahmah di seluruh negeri Perak sejak awal tahun ini sehinggalah hari ini. Di sini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada KPDN PERAK khususnya Pengarah Negeri, Datuk Kamaluddin dan pasukannya yang telah banyak membantu saya dalam menjayakan kesemua program yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat di Negeri Perak.

Terima kasih dan sila teruskan usaha anda. Saya perhatikan dalam perbahasan dua hari ini, keyword yang saya dengar dengan izin adalah tiga perkataan. Kos sara hidup. Untuk makluman semua, inisiatif rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan adalah satu usaha ataupun satu langkah daripada Kerajaan Perpaduan untuk membantu rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup semaksimum mungkin. Ini adalah disebabkan Kerajaan Perpaduan kini tidak kira Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri, kita adalah sebuah pentadbiran yang benar-benar berjiwa rakyat dan maka seluruh pimpinan kita tak kira kerajaan federal ataupun Kerajaan Negeri kita tidak ingin melihat insiden bendera putih berlaku lagi sebab kita faham kalau rakyat susah, negara pun akan dalam kesusahan dan itu sebabnya seluruh pimpinan kerajaan sekarang tak kira federal atau negeri, kita tengah bertungkus lumus untuk menjayakan aspirasi payung rahmah untuk membantu rakyat tidak mengira kaum dan agama dalam mengharungi bebanan ekonomi dan khususnya kos sara hidup.

Timbalan Yang di-Pertua dan untuk makluman semua di sini, salah satu cabang daripada Payung Rahmah adalah Menu Rahmah. Sebenarnya dan sesungguhnya, inisiatif Menu Rahmah ini telah mendapat sambutan yang sangat baik bukan sahaja daripada pengguna, yakni rakyat tetapi dalam kalangan pengusaha restoran juga. Untuk makluman semua Menu rRhmah dia merangkumi set makanan yang dilengkapi dengan karbohidrat, yang dilengkapi dengan protein ada sayur- sayuran ada minuman dan hanya dijual pada harga RM5 sahaja atau kebawah dan ini sebenarnya sangat membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi sekarang.

Walaupun ada Exco Pantai Timur yang memperlekehkan inisiatif Menu Rahmah dengan menuang air oren ke dalam nasi berlauk, tapi saya boleh nyatakan di sini bahawa ini langsung tidak menjejaskan iltizam dan semangat Kerajaan Perpaduan untuk terus membantu rakyat dalam memperhebat inisiatif menu ramah ini. Secara rasminya, statistik dan info rasmi yang saya peroleh daripada KPDN dan sara hidup. Kita telah mencatatkan bahawa ada 186 orang pengusaha makanan atau restoran di negeri Perak ini telah menyertai program Menu Rahmah sejak program ini dilaksanakan pada, kalau tak silap saya, pada Januari 2023 yang lalu. Saya difahamkan, ada di luar sana sebenarnya ada banyak pengusaha restoran yang sebenarnya mereka ada Menu Rahmah. Mereka jual harga makanan dalam harga RM5 atau kebawah dan malah lauknya semua lumayan tetapi mereka tidak daftarkan diri dalam laman sesawang KPDN dan Kos Sara Hidup dan itu sebabnya, statistik kini, statistik rasmi yang diperoleh daripada KPDN mungkin dia tidak paparkan keadaan sebenar dan saya percaya, setentunya akan ada lebih banyak lagi pengusaha makanan di Perak yang telah menyertai program Menu Rahmah sejak bulan Januari tetapi mereka belum daftar lagi dan maknanya kita cuma ada statistik rasmi sehingga 186 orang pengusaha makanan sekarang saja. Oleh itu, saya disini mengambil peluang saya seru pengusaha restoran di Perak yang menyertai inisiatif Menu Rahmah untuk mendaftarkan diri di laman sesawang KPDN agar pihak kementerian, pihak kerajaan, kita ada info yang lebih terkini dari semasa ke semasa dan ini juga boleh secara tidak, secara tidak langsung kita boleh galakkan lebih banyak pengusaha untuk menyertai dan untuk mendaftarkan diri.

Untuk makluman semua, sewaktu lawatan kerja saya dengan KPDN Perak tidak kira apa-apa cawangan, saya seringkali ditanya satu soalan. Apakah inisiatif yang akan ditawarkan oleh Kerajaan Perpaduan untuk membantu lebih banyak lagi pengusaha restoran untuk menyertai program Menu Rahmah ini sebab rata-ratanya bila Kerajaan Perpaduan memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah ini, kita tak sediakan subsidi kepada pengusaha makanan untuk mereka menyertai program ini? Semua ini adalah inisiatif pengusaha restoran dan makanan yang menyertai program ini atas usaha mereka sebab mereka nak bersama dengan Kerajaan Perpaduan untuk bersama mengharungi bebanan ekonomi. Oleh itu, di sini saya ingin maklumkan juga ambil peluang untuk promosikan inisiatif ataupun usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Perpaduan untuk memperhebat inisiatif Menu Rahmah adalah dengan memperkenalkan satu skim yang baru iaitu Kad Diskaun Khas Menu Rahmah kepada peniaga. Ini khusus kepada peniaga, kepada pengusaha makanan dengan kerjasama beberapa, pasar raya terpilih, tapi kena ikut terma dan syarat. Untuk makluman semua, kad diskaun khas ini sebenarnya dia baru mula diperkenalkan, baru diperkenalkan pada 2 November tahun ini.

Maknanya kalau sehingga hari ini baru lepas sebulan dan merupakan inisiatif bersama beberapa pasar raya di Negara kita iaitu Aeon Big, Mydin, NSK, Giant, Lotus dan Econsave. Kesemua pasar raya ini merupakan rakan strategik KPDN atau Kementerian selama ini dan di mana mereka rela menawarkan diskaun atau pun potongan harga untuk peniaga-peniaga yang join Menu Rahmah ini untuk belikan barangan keperluan perniagaan dan untuk makluman semua di sini, objektif inisiatif ini kita selain kita nak kurangkan kos sara hidup rakyat atau pun pengguna, kita pun nak kurangkan kos sara hidup peniaga, pengusaha restoran dan itu sebab objektif kad diskaun khas ini adalah untuk mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh peniaga supaya mereka bila sediakan makanan bermasak, mereka boleh beli bahan mentah yang dengan harga yang lebih rendah, dengan potongan harga, dengan diskaun supaya mereka boleh banyakkan lagi pilihan Menu Ramah dan ini tentu adalah win-win situation dengan izin dan di mana pengguna ataupun rakyat dan peniaga diorang pun dapat manfaat sama-sama dan untuk makluman semua di sini juga sehinggalah akhir bulan November 2023, ibu pejabat KPDN telah menerima lima permohonan daripada pengusaha makanan di negeri Perak untuk Kad Diskaun Khas Menu Rahmah. Saya jangka akan ada lebih banyak peniaga yang akan menyertai skim kad diskaun khas ini lantaran skim ini hanya mula diperkenalkan pada awal bulan November. Sekarang baru Disember, baru lepas sebulan dan saya yakin akan tambah dari semasa ke semasa. Oleh itu, Inisiatif Kad Diskaun Khas Menu Rahmah ini, saya rasa dia adalah satu langkah yang paling direct dengan izin untuk menggalakkan lebih banyak pengusaha restoran, lebih banyak peniaga makanan untuk menyertai program Menu Rahmah demi membolehkan rakyat di luar sana, kita ada lebih banyak pilihan Menu Rahmah dalam pada itu.

Saya selesai Menu Rahmah, sekarang saya move ke Bazar Ramadan Rahmah. Selain Menu Rahmah, Kerajaan Perpaduan juga telah memperkenalkan Bazar Ramadan Rahmah pada tahun ini. Selama ini kita tak pernah dengar apa itu Bazar Ramadan Rahmah dan untuk makluman semua di sini, setiap gerai yang terlibat dalam Bazar Ramadan Rahmah yang disediakan oleh KPDN dan Kos Sara Hidup, dia sekurang-kurangnya perlu sediakan sekurang-kurangnya satu hidangan Menu Rahmah dalam gerai mereka untuk dibeli oleh pengunjung sewaktu Bazar Ramadan Rahmah tapi kalau mereka nak sediakan dua atau tiga atau empat, tidak ada halangan dan tidak ada masalah. Cuma minimumnya kena sediakan satu hidangan Menu Rahmah dan untuk makluman semua, demi menjayakan Bazar Ramadan Rahmah, Kerajaan Perpaduan telah memberikan insentif yang secara langsung kepada peniaga dan juga rakyat. Untuk peniaga, Kerajaan Perpaduan telah memberikan bantuan e-Wallet sebanyak RM30.00 kepada peniaga yang berdaftar dengan platform e-Wallet. Saya difahamkan dalam tahun ini sebab Bazar Ramadan Rahmah baru diperkenalkan dan cuma ada 22 peniaga daripada Bazar Ramadan Taman Cempaka, Ipoh yang menyertai Program Rahmah ini dan saya telah berbincang dengan KPDN Perak. Kita akan rancakkan lagi pada tahun depan dan saya seru lebih ramai lagi peniaga bazar untuk menyertainya pada tahun hadapan. Kita nak sama-sama rancakkan usaha Rahmah sedemikian supaya peniaga boleh untung, rakyat pun dapat untung.

Tadi yang saya sebut, bukan sahaja insentif e-Wallet diberikan kepada peniaga ataupun kepada pengusaha bazar sahaja, insentif juga diberikan kepada pengunjung Bazar Ramadan dan insentif yang dimaksudkan adalah dalam bentuk e-Wallet juga RM20.00 diberikan kepada semua pengunjung bazar ramadan tersebut dan menurut info yang dibekalkan KPDN Perak semalam, usaha ini saya dah dapat maklumat yang tepat telah melibatkan 4,665 pengunjung Perak dengan nilai sebanyak RM93,300. Maknanya dalam Bazar Ramadan Rahmah tersebut hampir 100,000 tabur dalam pasaran tersebut dan pengunjung boleh berbelanja dan peniaga pun boleh dapat untung secara explicit atau tidak langsung. Selain Menu Rahmah, selain Bazar Ramadan Rahmah yang disebut tadi, sebenarnya bagi saya dan saya rasa semua di sini akan setuju. Langkah dan usaha yang paling penting sekali yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan untuk kurangkan kos secara hidup adalah dengan menganjurkan ataupun mengadakan jualan Rahmah. Sebenarnya untuk makluman semua di sini, jualan Rahmah adalah satu program berjiwa rakyat yang memberikan peluang kepada orang ramai khususnya rakyat berpendapatan rendah ataupun M40 untuk membeli barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah, pada harga yang lebih jimat dan pada harga yang lebih rendah dan lumrahnya, harga-harga barangan yang dijual di dalam Jualan Rahmah, saya boleh pastikan di sini dia adalah 10% sehingga 30% lebih rendah dan lebih murah daripada harga pasaran.

Saya boleh bagi satu contoh di sini beras 5kg yang dijual di kebanyakan jualan Rahmah dia hanya jual pada kalau 5kg kampit beras hanya jual pada harga RM15 sahaja dan kalaulah wakil rakyat bagi subsidi untuk kerjasama bersama dengan pasar rakyat yang tawarkan offer Jualan Rahmah ini. Contoh di Parlimen Teluk Intan di kawasan saya lepas Ahli Parlimen Teluk Intan dengan saya, kita bagi subsidi. Beras 5kg sebanyak 2,000 kampit, kita hanya jual pada harga RM12.00 dan ini merupakan inisiatif kita secara langsung untuk membantu rakyat dalam mengharungi bebanan ekonomi dalam menangani kos sara hidup yang mereka hadapi sekarang dan untuk makluman semua juga, info rasmi yang saya peroleh daripada KPDN Perak menunjukkan bahawa sebenarnya sekarang sudah diadakan ataupun dianjurkan hampir 400 jualan Rahmah di Negeri Perak mula tahun, mula bulan Mac hingga November tahun ini.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat, mohon mencelah. Terima kasih kepada Exco. Isu yang disebut tadi berkenaan dengan beras dalam Jualan Rahmah boleh sampai 2,000 kampit. Kenapakah 2,000 kampit ini tidak disalurkan kepada gerai-gerai, kedai-kedai runcit di kampung yang memudahkan lagi para pengguna atau orang kampung untuk membeli? Kerana jualan Rahmah ini bukan tiap-tiap bulan. Terutama kami di tempat pembangkang rasanya Wallahuallam ada tetapinya ujung-ujung dengar kan. Apakah tidak disalurkan kepada kedai-kedai runcit untuk memudahkan masyarakat membeli? Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat. Untuk beras ini, sebenarnya dia di bawah portfolio bukan di bawah KPDN tapi saya akan cuba menjawab dari segi perspektif kerajaan. Kalau kita adakan Jualan Rahmah di mana kita banyakkan tempat yang kita adakan Jualan Rahmah, yang kita publisiti kan, dan kita galakkan rakyat yang tidak dapat membeli di kedai runcit untuk datang membeli, dengan harga yang jauh lebih rendah, dengan harga yang jauh lebih murah, apa salahnya? Dan ini kita juga boleh bagi mereka beli dengan harga yang murah supaya mereka pun gembira dan bila balik mereka pun ada beras yang dituntut dan untuk kedai-kedai runcit, saya rasa secara lumrahnya, kita tahu kedai runcit dia adalah bermotifkan keuntungan. Kalau kita bagi mereka beras yang sepatutnya bagi dalam jualan Rahmah yang dijual pada harga RM15.00, kalau bagi kepada dia adakah Yang Berhormat boleh menjamin dia boleh jual dalam harga

RM15.00 juga dan niat kita adalah untuk membantu rakyat golongan berpendapatan rendah dan bukannya untuk bagi peniaga kaut keuntungan dan saya rasa saya sudah jawab ....

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sikit tambahan. Kalau itu hujah dia bermaksud kena ada kuat kuasa daripada pihak YB Exco kalau melihat ada kedai-kedai menaik harga yang tak sepatutnya. Apa yang terjadi sekarang ni di kawasan, kalaulah ada jual Rahmah, contoh di kawasan saya, buat di Pekan Ijok contoh. Yang nak datang daripada Sungai Malau, lebih kurang 15km. Lainlah kalau Jualan Rahmah ni boleh buat di setiap kampung. Itu maksud saya. Kalaulah benda beras ni disalur setiap kedai dalam satu kawasan, cantik. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ok, saya terima saranan daripada Yang Berhormat. Sebenarnya seperti yang saya nak sebut dalam perenggan saya yang akan saya yang seterusnya, untuk makluman semua Jualan Rahmah ini kita tak kira kawasan, kita telah berjaya laksanakan diseluruh 24 Parlimen di negeri Perak, dan juga 59 Dun di kawasan Perak, dan tidak kira itu kawasan Kota Tampan ke atau Gunong Semanggol asalkan ada yang memerlukan kita akan buatkan jualan ramah dan kita akan pastikan barangan itu sampai kepada tangan rakyat secara langsung. Tapi saya terima cadangan daripada Yang Berhormat supaya kita rancakkan lagi penganjuran program Jualan Rahmah di kampung-kampung yang mungkin luar bandar sikit supaya kita boleh memanfaatkan rakyat yang lebih banyak dalam pada itu.

YB Exco, saya nak mengajukan satu soalan, kenapa bilamana kita sebut Menu Rahmah ni atau pun sebut je sebut Menu Rahmah atau pun Rahmah pada barang-barang jualan ni kenapa kita hanya tertumpu kepada penjual tepi jalan, jual di bazar ramadhan kemudian restoran-restoran kecil dan sebagainya, yang kita tengok semua segmen-segmen kecil. Kenapa kita tidak kita Rahmahkan juga taukeh-taukeh besar atau pun taikun-taikun besar yang dia orang ni supplier yang di belakang atau pun orang-orang tengah. Adakah usaha kerajaan untuk meRahmahkan mereka ini? Saya rasa Exco boleh faham. Sebab merekalah yang control harga barangan dipasaran di belakang, dan kadang-kadang saya kesian kepada peniaga-peniaga kecil di tepi jalan. Saya tengok penguasaan yang dibuat ini saya pernah tengok di depan mata saya mereka periksa harga barang, pergi ke kanopi-kanopi orang kita peniaga-peniaga kecil ni orang susah, kadang ada makcik-makcik berniaga kadang ada penguatkuasa datang tengok harga jualan mereka, kadang-kadang mereka memberitahu kita, dia kata macam ni, ustaz saya nak buat saya beli barang di pasar pun harganya mahal saya nak buat Menu Rahmah ni kadang-kadang tak terbuat dan sekarang ni pun saya check dah tak semua tempat ada Menu Rahmah dan banyak tempat dah mula orang kata mula tidak lagi gunakan brand Menu Rahmah ni mungkin disebabkan harga barang di pasar sangat tinggi. Jadi adakah perancangan pihak YB Exco dan Kerajaan Negeri untuk bantu peniaga kecil dan golongan-golongan susah dan mereka ni hanya meniaga untuk menyara hidup, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang? Terima kasih Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi. Saya rasa tadi saya ada sebut, Kerajaan Perpaduan baru perkenalkan inisiatif had diskaun Menu Rahmah di mana kita akan bagi peniaga yang rela tawarkan Menu Rahmah supaya mereka boleh beli bahan mentah yang lebih murah dan dengan potongan harga daripada pasaraya-pasaraya yang terlibat. Mungkin tadi YB tak ada dalam Dewan dan saya rasa ini merupakan salah satu langkah yang kita boleh bantu peniaga dan saya pun setuju kita perlu perhebatkan publisiti supaya lebih ramai orang lagi, lebih ramai peniaga boleh menyertai program Menu Rahmah supaya kita boleh memanfaatkan golongan yang lebih banyak golongan yang lebih ramai supaya inisiatif ini betul-betul reach out to the people, dengan izin dan di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan…

Yang Berhormat, Tronoh. Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi ruang kepada Tronoh dan di sini Tronoh ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat bersama dengan KPDN negeri Perak kerana di kawasan Dun Tronoh ini hampir-hampir setiap bulan ada Jualan Rahmah di kawasan Dun Tronoh. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dan juga saya ingin memberi satu…

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Diskriminasi…

Satu pengumuman kepada semua. Pada hari Jumaat ini akan ada lagi Jualan Rahmah di Kampung Bemban. Terima kasih saya ucapkan kepada KPDN dan juga yang berhormat Exco.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Minta maaf lagi sikit. Terima kasih, Pasir Bedamar. Tadi bincang-bincang tentang banyak tentang Menu Rahmah. Cuma saya nak tanyalah tentang Menu Rahmah ni, ada expired date dia? Contoh dia macam di Larut Matang ni, majoritinya bulan Mac 2023 dah habis. Adakah ia perlu diperbaharui secara automatik ataupun perlukan daripada permohonan? Jadi, adakah tempoh yang, bagaimana tempoh dia, lama masa untuk Menu Rahmah? Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Changkat Jering. Setahu saya, tak ada expired date yang untuk peniaga yang nak join menu Rahmah dan boleh menyertai pada bila-bila masa dan sekarang sampai hari ini, laman sesawang KPDN dan Kos Sara Hidup masih buka untuk permohonan dan sebagai Exco yang menjaga portfolio ini, sepertimana tadi yang saya sebut, Menu Rahmah, Bazaar Ramadan Rahmah, Kad Diskaun Khas Rahmah dan juga yang paling penting sekali, Jualan Rahmah, saya harap semua inisiatif, semua di bawah Payung Rahmah yang dikendalikan sebenarnya oleh KPDN dan Kos Sara Hidup di peringkat kebangsaan kita boleh teruskan pada tahun depan di seluruh Malaysia dan dibanyakkan lagi seperti mana saranan YB-YB tadi dibanyak pelosok tempat di negeri Perak supaya kita dapat cuba semaksimum mungkin untuk kurangkan kos sara hidup rakyat dari semasa ke semasa.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih, sikit lagi dak? Saya rujuk kepada web Kementerian Penerangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Jadi saya nak, adakah ini benar kata-kata ni tak dak dia punya expired date, dengan izin, jadi dalam web Kementerian Penerangan Dalam Negeri ni ada dak tarikh dia, itu yang saya nak jelaskan tadi. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Yang Berhormat, saya rasa saya telah jawab tadi dengan jawapan yang jelas dan saya tak akan sentuh lagi dan seterusnya saya akan menyentuh tentang portfolio Kampung Baru Cina, hal ehwal masyarakat Cina seperti isu HEBI dan SUWA yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat dalam dua hari ini dan sebagainya dalam penggulungan saya. Pertama sekali, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebab atas kesudian beliau untuk mendengar keluhan ketua kampung supaya menaikkan elaun Ketua Kampung Tradisi Cina dan India daripada asalnya RM200.00 kepada RM300.00 seperti mana yang telah diumumkan oleh beliau dalam teks ucapan beliau pada Jumaat lalu.

Ini bermaksud sekarang kalau kita bercampur elaun yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan yakni RM500.00 dan dengan elaun RM300.00 daripada Kerajaan Negeri, kini elaun ketua kampung adalah RM800.00 sebulan dan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Perak, juga julung kalinya saya rasa diberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM400.00 kepada semua ketua kampung, termasuklah 160 Ketua Kampung Baru Cina di seluruh negeri Perak dan saya rasa inilah jenis kerajaan yang rela dengar keluhan akar umbi dan syabas kepada pimpinan kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan bagi saya, sebagai Exco yang menjaga portfolio Kampung Baru Cina, saya rasa ini adalah satu langkah ataupun satu usaha yang tepat dan baik sekali. Sebab, ini kita dapat mengiktiraf dan sumbangan dan usaha keras para ketua kampung. Tidak kiranya dalam kampung tradisi, kampung Cina, Kampung India selama ini yang berdedikasi berkhidmat demi rakyat dari semasa ke semasa dan ini juga bermakna, Kerajaan Perpaduan Negeri Perak adalah mengiktiraf Kampung-Kampung Baru Cina yang telah wujud biarpun sebelum kemerdekaan dan bersedia untuk membangunkan Kampung-Kampung Baru Cina bersama dengan Kampung Tradisi Melayu, bersama dengan Kampung India lantaran Kerajaan Perpaduan kini adalah sebuah pentadbiran yang meraikan kepelbagaian, meraikan kemajmukan dan kita tak amalkan politik sempit, politik kuno dan oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk seru Kerajaan Perpaduan di peringkat kebangsaan untuk menambahbaikkan kebajikan para ketua kampung yang sekarang ini tidak mencapai pun gaji minima walaupun telah dicampur elaun yang dibagi kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Saya rasa sekiranya kita dapat tambahbaik kebajikan para ketua kampung yang begitu berdedikasi berkhidmat demi rakyat, saya rasa ini merupakan satu cara direct, dengan izin, untuk memberikan suntikan moral dan semangat kepada para ketua kampung agar segala usaha keras mereka diiktiraf dan dihargai. Keduanya, isu yang saya akan sentuh di mana saya dengar perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah tentang peruntukan RM10 juta yang diberikan kepada Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) atau dengan kata nama lain iaitu komuniti dan Kampung Cina sebanyak RM5 juta dan komuniti dan Kampung India sebanyak RM5 juta. Sekali lagi lah saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebab bila kita ambil alih pentadbiran negeri, peruntukan yang dikhususkan kepada tujuan ini hanyalah RM6 juta dan sekarang kita tambah RM4 juta dan jadi RM10 juta total. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Bolehkah YB jelaskan apa yang YB maksudkan dengan politik sempit dan politik kuno? Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya rasa "Siapa yang makan cili, siapa akan rasa pedas lah" dan saya akan terus fokus kepada jawapan yang saya akan berikan dalam perbahasan ini dan pada tahun lepas sewaktu Kerajaan Perpaduan Negeri Perak baru mengambil alih pentadbiran negeri, peruntukan yang dikhaskan kepada HEBI sepertimana yang saya katakan tadi, adalah dalam RM6 juta sahaja. Difahamkan RM2 juta adalah kepada masyarakat Cina, RM2 juta adalah kepada masyarakat India dan RM2 juta yang baki adalah kepada kaum lain dan juga untuk tujuan integrasi dan pengukuhan masyarakat. Total adalah RM6 juta dan sebagai Exco yang menjaga hal ehwal masyarakat cina, saya telah menerima secara jujurnya permohonan yang berlambak sejak hujung bulan Januari dan dana RM2 juta tu telah habis digunakan pada hujung bulan Jun tahun ini dan oleh itu adalah sangat sewajarnya untuk tambahkan peruntukan komuniti cina sehingga ke RM5 juta. Dalam hal ini demi memastikan setiap permohonan daripada tokong, persatuan, pertubuhan, komuniti dalam aspek keagamaan dan persatuan, kita dapat dipenuhi kehendaknya. Supaya semua penganjuran aktiviti-aktiviti dalam kalangan semua persatuan, tokong tersebut, kita dapat sokong dan kita dapat bagi sokongan Kerajaan Negeri dalam pada itu.

Untuk aspek Kampung Baru Cina, juga saya ingin mengambil peluang di sini untuk merakamkan penghargaan yang setinggi-tinggi kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan yang dipimpin oleh Ahli Dewan Negeri Kepayang sebab beliau telah meluluskan banyak projek pembangunan kepada kesemua Kampung Baru yang memohonnya. Ini menjadikan kemudahan dan prasarana asas di kebanyakan Kampung Baru semakin baik, semakin bertambah, semakin canggih dan telah mempunyai prasyarat yang baik untuk dijadikan destinasi pelancongan. Sepertimana saya rasa pernah dibangkitkan oleh seorang Yang Berhormat agar untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai destinasi pelancongan. Tapi dengan syarat kemudahan asas, prasarana yang basic, semua kena kita siapkan dulu dan saya rasa sekarang kita dalam perjalanan untuk ke hala tersebut dan pada masa yang sama, saya juga difahamkan banyak kampung baru, terutama JPKK Kampung Baru, mereka berniat untuk menganjurkan lebih banyak program Sempena Tahun Melawat Perak 2024 yang akan tiba saya rasa dalam masa tak sampai sebulan.

Sebab mereka nak tarik kedatangan pelancong, mereka nak biarkan anak-anak muda balik ke kampung, mereka nak rancakkan ekonomi tempatan. Tapi apabila JPKK berniat untuk berbuat demikian, mereka kekurangan dana untuk berbuat sebegitu dan walaupun Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memang ada salurkan geran sedemikian, namun secara jujurnya adalah terhad dari segi jumlah dan juga jenis aktiviti dan tambahan pula, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan yang kena jaga kampung baru, 1 Malaysia kita ada 600 lebih kampung baru, 1 kementerian kena penuhi kehendak setiap kampung baru. Saya rasa adalah susah dan ini menyebabkan kebanyakan JPKK Kampung Baru, mereka tidak dapat anjurkan program yang lebih banyak dan sebagainya.

Oleh itu, di sini saya akan memanfaatkan sebahagian daripada peruntukan RM5 juta yang dibagi kepada komuniti dan kampung cina untuk diberikan kepada JPKK. Tapi bagi tujuan penganjuran program yang boleh melibatkan kebersamaan rakyat. Ini satu. Yang kedua, boleh menjadi tarikan pelancongan agar dana kerajaan yang disalurkan kita dapat tunjukkan impak yang paling tinggi sekali dan baik sekali dalam kalangan masyarakat. Bagi saya, pemberian dana kepada JPKK untuk penganjuran program sedemikian adalah sangat penting untuk merancakkan semangat kebersamaan antara JPKK dengan penduduk kampung agar semua boleh berusaha dan menyumbang bersama dalam mengangkat nama kampung masing-masing. Selain itu, pejabat saya juga akan memanfaatkan peruntukan komuniti dan kaum cina dengan memilih beberapa kampung baru yang sesuai untuk dijalankan usaha place making dengan izin. Adalah penting untuk adanya story telling dengan izin untuk ceritakan benda untuk menaikkan nama sesebuah kampung tersebut. Maka dalam kapasiti Kerajaan Negeri, saya akan menggunakan kaedah place making. Untuk yang pertama sekali, kita kena cari asal-usul kampung tersebut. Cungkil sejarah kampung baru tersebut. Baru kita dapat mendefinisikan kampung tersebut dan kita boleh tentukan hala tuju dia. Tak kan kita nak jadikan kampung perikanan di Bagan Datuk sebagai kampung pertanian seperti di Chui Chak, Langkap. Ini tak masuk akal dan akhirnya, kita boleh mengaktifkan kampung baru tersebut dengan menarik. Yang penting sekali anak-anak muda untuk balik ke kampung masing-masing untuk menjanakan ekonomi kampung.

Kita bayangkan di sini, kalau tiada orang dalam kampung, tak kira kampung apa pun, ada cerita menarik pun, tak ada orang cerita kan? Pun tak ada orang dengar kan? Dan kalau lah kita nak orang muda balik ke kampung tapi tanpa sebarang aktiviti ekonomi disediakan mereka, siapa nak balik? Siapa pun tak nak balik dan oleh itu, usaha place making ini adalah wajar dilakukan dan saya yakin usaha Kerajaan Negeri ini akan mampu menghidupkan semula kampung-kampung yang semakin kurang orang muda dari semasa ke semasa dan saya percaya ini dapat membangunkan ekonomi Kampung Baru Negeri dan Negara dalam pada itu dan selain usaha-usaha di atas, saya juga akan menggerakkan dan memulakan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kampung Baru Cina Perak dengan memanfaatkan peruntukan Jawatankuasa Tetap yang disalurkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada semua Exco.

Untuk makluman semua di sini, sebenarnya Perak tak pernah ada jawatankuasa tersebut sebab lantaran selama ini kampung baru adalah sebuah portfolio yang park di bawah Exco PBD dan namun atas keprihatinan Yang Amat Berhormat, bermula tahun depan kami boleh adakan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap seperti portfolio lain dan buat kali pertama dan kita akan gerakkannya dari semasa ke semasa. Ini adalah sangat penting untuk saya sebab ini dapat selaraskan usaha antara Kerajaan Negeri dengan ketua-ketua kampung dan penting sekali untuk libatkan lantikan Kerajaan Persekutuan seperti Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP). Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap masalah rakyat, adalah penting untuk melibatkan kesemua yang berkaitan khususnya ketua kampung, untuk bermesyuarat sekali agar semua masalah yang kita dapat jumpa, kita akan selesaikan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan penduduk kampung dan untuk makluman semua di sini, Perak adalah negeri yang mempunyai paling banyak ketua kampung baru dalam seluruh Negara. Kita ada 160 buah Kampung Baru dan dengan semangat Perak memimpin, pejabat saya akan berusaha lebih keras lagi untuk menjadikan kampung baru di Perak lebih baik dan mampu menjanakan ekonomi demi negeri dan negara dalam pada itu.

Sebelum saya pergi ke bahagian terakhir ucapan, ingin saya ingatkan rakan-rakan di sini peruntukan kerajaan kepada rakyat atau entiti mana-mana pun, dia bukan sesekali pun merupakan zero-sum game dengan izin. Ini bermaksud, sesebuah kerajaan yang baik seperti Kerajaan Perak akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga semua dengan baik sekali, tak kira kaum, tak kira agama, tak kira latar belakang dan tidak perlu sesekali pun untuk korbankan hak pihak lain untuk memihak hati pihak satu lagi. Sehubungan dengan itu, saya sebagai sebahagian daripada Kerajaan Negeri Perak, saya menghargai dan mengiktiraf usaha yang dicurahkan oleh 9 buah Sekolah Persendirian Cina (SUWA) di Negeri Perak selama ini. Mereka banyak memupuk bakat, banyak bagi kita telempu. untuk Negeri dan Negara dan oleh sebab itu, Kerajaan Perpaduan Negeri Perak juga akan terus memberikan peruntukan RM1.8 juta kepada 9 buah Sekolah Persendirian Cina (SUWA) pada tahun ini dan insya Allah pada tahun-tahun yang akan datang. Ini bukan adalah precedent yang baru. Sejak tahun 2019 sebenarnya peruntukan kepada sekolah-sekolah SUWA telah dimulakan tak kira dalam Negeri apa atau pun dalam peringkat Kebangsaan dan pada masa yang sama, bantuan per kapita yang bernilai RM2 juta juga dibagi kepada pelajar Tahfiz dan pelajar Pondok dan saya difahamkan, bantuan kepada SJK(T) Tamil juga akan disalurkan melalui komuniti dan Kampung India dan maka, ini membuktikan kerajaan perpaduan negeri Perak adalah bekerja dan berkhidmat demi semua tanpa mengira kaum agama dan latar belakang.

Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Astaka semalam, ini tunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan Negeri Perak tidak semacam dengan Menteri Besar Kedah. Di mana beliau menuding jari kepada sekolah-sekolah cina, kononnya mereka tidak pernah berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan yang dibagi dan malah mengurangkan peruntukan SUWA dengan sesuka hati dan saya rasa ini adalah contoh yang buruk dan seperti bak kata pepatah, yang baik kita dijadikan teladan, yang buruk kita dijadikan sempadan dan setentunya Perak tak akan contohi Kedah dalam hal ini dan sebelum saya tamatkan ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya berterima kasih kepada semua agensi di sini yang bertungkus lumus menjayakan aspirasi Malaysia Madani dan Perak Sejahtera 2030. Pasir Bedamar mohon menggulung dan menyokong penuh Belanjawan 2024. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Pasir Bedamar yang telah menyampaikan penggulungan perbahasan Belanjawan 2024. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Exco dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan 45 minit.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekali. Saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al Maghfurlah sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda pada 4 November yang lalu, Dirgahayu Tuanku. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahkan kerahmatan dan keampunan Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Izinkan saya merakamkan ucapan syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 yang amat penting ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, beberapa isu berkaitan portfolio Komunikasi, Multimedia dan NGO telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan kali ini. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu berkaitan komunikasi dan multimedia. Saya percaya semua isu yang dibangkitkan adalah bagi memantapkan kualiti kita dalam memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat dan negeri.

Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Malim Nawar berkaitan Pusat Ekonomi Digital ataupun PEDI di Malim Nawar. Pusat Ekonomi Digital merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang. Fokus PEDI tertumpu kepada usaha memberi penekanan dalam membantu ekonomi rakyat melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital. Kerajaan melalui SKMM kini menyasarkan penyediaan sebuah PEDI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri ataupun Dun. Kerajaan Negeri amat menyokong usaha ini dan bersedia untuk bekerjasama dalam memastikan hasrat ini berjaya dicapai sebagai tambahan kepada 71 buah PEDI yang telahpun menjalankan perkhidmatannya di seluruh negeri Perak. Dun Malim Nawar adalah antara Dun yang telah menerima manfaat ini dan diperuntukkan dengan satu PEDI baru di dalam Dun ini. Sekiranya terdapat keperluan yang tuntas untuk mewujudkan lebih PEDI baru di masa hadapan, pihak kerajaan insya Allah akan meneliti permohonan-permohonan ini untuk dipertimbangkan dalam perancangan masa hadapan.

Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Chendroh secara bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Hulu mengenai penyediaan infrastruktur komunikasi yang kondusif kepada rakyat serta saranan Yang Berhormat Pengkalan Hulu agar pihak kerajaan memberi perhatian kepada digitalisasi teknologi maklumat supaya dapat dimanfaatkan dalam pengukuhan pedidikan. Untuk maklumat Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan memberi perhatian kepada perkembangan teknologi digital ini. Maklumat agar setiap kemajuan teknologi digital dapat dilaksanakan secara terus ke seluruh negeri Perak. Melalui perkembangan digitalisasi ini, semua pihak terutamanya pelajar dapat menerima manfaat secara langsung terutamanya di dalam pengukuhan pendidikan sekaligus membolehkan kebolehpasaran pekerjaan rakyat dalam bidang tersebut. Bagi meningkatkan capaian internet di negeri Perak, pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital serta SKMM dengan bantuan Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA. Pelaksanaan pelan ini telah merangka pelbagai inisiatif seperti pembinaan menara telekomunikasi yang baru, penaiktarafan sistem pemancar komunikasi, menghubungkan lebih banyak premis menerusi talian gentian optik.

Penyediaan liputan 5G serta pembinaan Pusat Ekonomi Digital ataupun PEDI yang menyediakan liputan internet secara kolektif dijangka akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025. Dengan penambahan liputan jalur lebar mudah alih dan sambungan gentian optik ke premis melalui pembinaan 206 struktur telekomunikasi di seluruh negeri Perak di mana kemajuannya telah mencapai hampir 50%, menaik taraf 2,500 stesen pemancar kepada teknologi 4G di mana telah mencapai sasaran 100% kemajuan dan menyediakan ketersediaan sambungan gantian optik ke premis di mana 331,533 telah selesai dilaksanakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Manakala...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Manakala 225 premis sedang dalam pelaksanaan. Silakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Exco, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Pertamanya saya salute la YB Exco ini, orang muda, proaktif dan yang paling best sekali YB Exco turun ke kawasan saya, ajak saya pergi sekali. Gambar itu cukup mahal. Bukan senang nak ambil gambar dengan YB Exco di kawasan sendiri, kawasan pembangkang. Terima kasih banyak la sebab you are colourless. Saya nak sebut sikit saja, bila you sebut tentang pemancar tadi. Pemancar yang tinggi 200 meter di Parit Haji Amin kawasan Alor Pongsu, ok done, kira done. Tapi rakyat Alor Pongsu suruh saya sebut 4 ini, suruh masuk dalam Dewan, dalam hansard. Saya nak sebut itu je. Kawasan Alor Pongsu perlu 4 lagi, bagi bila pun tak apa. Parit Sungai Dungun, Sungai Bogak, Parit Lebai Kadir, Matang Pasir Kawasan Selekoh. Terima kasih YB Exco. Saya nak rakyat bawah sana dengar saya dah sebut bahawa Alor Pongsu minta 4, bagi bila pun tak apa. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Sungai Dungun minta ulang balik Sungai Dungun.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Parit Sungai Dungun, Sungai Bogak, ini YB Exco dah tengok dah 2 ni. Ni yang baru timbul pulak cerita ni pasal banjir. Depa call saya tak dapat. Parit Lebai Kadir dan Matang Pasir, Selekoh. Depa ni banjir terpaksa redah ayaq sendirilah. Call siapa pun tak dapat. Terima kasih YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih, Yang Berhormat Alor Pongsu. Insya Allah saya ambil saranan daripada permasalahan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Alor Pongsu, Insya Allah saya akan bawa perkara ini ke SKMM. Ya kita akan majukan terus ke kementerian, Insya allah. Kita cuba selesaikan. Baik insiatif berikutnya, ialah pelaksanaan Point of Present melalui Kementerian Komunikasi dan Digital bagi penyediaan hub infrastruktur gentian optik luar bandar di kawasan berhampiran sekolah dan kawasan perindustrian. Fasa pertama telah selesai dilaksanakan di 55 lokasi seluruh negeri Perak oleh kontraktor yang telah dilantik. Manakala fasa kedua sedang dalam peringkat pelaksanaan meliputi 510 lokasi. Satu taklimat telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik kepada semua agensi teknikal di negeri Perak pada 27 November 2023. Pihak Digital Perak turut diberi tanggungjawab bagi memantau status pelaksanaan sebelum melaporkan secara berkala kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua. Suka cerita saya ingin berkongsi satu contoh kejayaan pelaksanaan inisiatif Point of Present (POP) bagi fasa pertama yang melibatkan satu perkampungan orang asli di satu kawasan di daerah Kinta, bersebelahan dengan daerah Perak Tengah. Kampung Air Denak terletak lebih kurang 15km daripada bandar Perak Tengah, di mana penempatan rumah kampung tersebut terdekat jauh di pendalaman lebih kurang 5km daripada jalan besar iaitu Jalan Kampung Bali. Untuk maklumat Yang Berhormat, kampung orang asli tersebut mempunyai lebih kurang 100 buah kediaman yang sebelum ini tidak ada langsung atau kurang talian internet mudah alih maupun jalur lebar. Kementerian Komunikasi Digital telah memasukkan Kampung Air Denak sebagai salah satu penerima manfaat di bawah inisiatif POP.

Kini, seluruh kampung telah dipasang kabel gentian optik berkelajuan tinggi. Di mana hub gentian optik Point of Presence ini ditempatkan di satu lokasi di luar SK Air Denak. Hampir semua rumah dan penduduk kampung orang asli Air Denak telah menerima manfaat langsung internet berkelajuan tinggi hasil daripada inisiatif kerajaan dalam memperkasa infrastruktur telekomunikasi negara yang turut meliputi kawasan luar bandar ketimbang dengan keadaan sebelumnya. Mewakili Kerajaan Negeri, saya amat berharap dengan sokongan infrastruktur jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi ini yang disediakan di kawasan tersebut ianya akan dapat meningkatkan proses pembelajaran sekolah dan rumah di sekitarnya dengan lebih efektif melalui capaian kepada maklumat dan sumber rujukan yang luas serta membolehkan ilmu pengetahuan lebih mudah dikongsi dan dipraktikkan. Ianya secara tidak langsung dapat merapatkan kesenyangan di luar bandar dan memberi peluang kepada masyarakat orang asli Air Denak untuk meningkatkan ekonomi berasaskan ekonomi digital. Selain itu, pihak Digital Perak mewakili Kerajaan Negeri Perak selaku Agensi Penyelaras Infrasuktur Telekomunikasi atau (APIT) sentiasa melaksanakan sesi libat urus dengan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan semua kawasan yang menghadapi masalah liputan mudah alih terutamanya di dalam bandar diselesaikan melalui inisiatif penambahbaikan secara terus melalui pembiayaan komersial, penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan dilaksanakan melalui penyedia fasiliti rangkaian yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Untuk maklumat Yang Berhormat, pihak Telekom Malaysia atau TM juga berusaha menyediakan liputan internet berkelajuan tinggi dan menambah baik liputan telekomunikasi di seluruh negara termasuklah di negeri Perak. Pada masa ini ia menjadi agenda utama pihak TM untuk memberikan liputan kepada semua lapisan masyarakat di kebanyakan tempat di negeri ini. Sehingga bulan November 2023 kesemua 83 ibu sawat TM di seluruh negeri Perak telah pun dinaikkan, dinaik taraf dan tersedia kepada perkhidmatan internet jalur lebar tetap ataupun Unifi. Sejumlah lebih daripada 480,000 port telah disediakan di seluruh Perak yang membolehkan liputan premis pas perkhidmatan diberi kepada lebih 690,000 premis kediaman dan perniagaan untuk mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap Unifi. Berdasarkan rekod TM, sehingga bulan November 2023, langganan bagi penggunaan internet jalur lebar internet Unifi telah mencecah lebih daripada 60% daripada jumlah port atau sambungan yang telah disediakan. Manakala terdapat lebih daripada 180,000 port atau sambungan yang masih boleh ditawarkan kepada pelanggan baru khususnya di negeri Perak. Bagi kawasan-kawasan yang belum mempunyai perkhidmatan tetapi mempunyai permintaan yang munasabah pihak TM akan melihat potensi dan kesesuaian penyediaan perkhidmatan melalui kajian pelaburan di kawasan tersebut dalam usaha meluaskan lagi rangkaian jalur lebar Unifi di seluruh Negeri Perak, di seluruh daerah di Negeri Perak. Secara kesimpulannya, TM sentiasa menyokong dan bersama-sama dengan kerajaan sama ada di peringkat pusat mahu pun di peringkat negeri untuk terus menyokong aspirasi penggunaan platform digital dengan lebih cekap.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Manong telah membangkitkan isu berkaitan sistem pembuatan keputusan berpacukan data. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap keperluan menyediakan kemudahan ICT dalam memudahkan urusan penyampaian perkhidmatan. Kita memahami sistem yang berpacukan data ini melibatkan elemen integriti data, keselamatan data, penyimpanan data, kesepaduan data dan pelan pemulihan bencana. Bagi semua pembangunan sistem ICT dan portal di bawah Digital Perak, pihak Digital Perak telah dan akan mengambil langkah-langkah proaktif dan yang bersesuaian untuk menilai tahap risiko sistem agar pendekatan dan keputusan yang paling berkesan dikenalpasti bagi menyediakan perlindungan dan kawalan ke atas sistem yang dibangunkan. Digital Perak telah melaksanakan penilaian risiko keselamatan sistem secara berkala dan berterusan bergantung kepada perubahan teknologi dan keperluan keselamatan semasa. Pihak Digital Perak juga telah mengambil tindakan susulan dan langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengurangkan atau mengawal risiko keselamatan sistem berdasarkan penemuan penilaian risiko. Digital Perak tidak berkompromi dengan keselamatan data dan sentiasa melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan serta menaik taraf bagi memastikan data yang disimpan selamat dan tidak berlaku pencerobohan oleh pihak luar.

Mohon mencelah, Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas penjelasan jawapan berpandu kepada sistem pengkalan data. Antara isu yang berbangkit yang ada saya sebut dalam sebelum ini berkaitan dengan keselamatan data. Satu perkara yang biasa kita dengar dan isu kes scammer, Macau scam merupakan kes. Mereka ini sentiasa update dengan izin modus operandi mereka. Oleh itu, kita tengok kes scammer ni tak sudah-sudah. Jadi soalan saya atau pandangan saya apakah langkah kerajaan untuk memastikan isu scammer ini tidak berlarutan ataupun ada nampak kepada pengurangan? Mungkin bagaimana untuk mengelakkan kebocoran data peribadi? Mungkin ada sindiket dan sebagainya. Yang keduanya, secara rasminya berapa ramai mereka yang terlibat dalam mangsa scammer ini? Mungkin ada data di peringkat MCMC dan mereka yang terlibat ini dari golongan mana sebenarnya? Sudah pastinya mereka dari golongan yang banyak duit dan adakah platform rasmi di peringkat kerajaan untuk mereka yang menjadi mangsa ini membuat aduan dan apakah tindakan kerajaan untuk langkah seterusnya? Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Manong. Bila kita sebut tentang perihal scammer ini, tentulah kita mendengar banyak berita-berita sedih di dalam negeri Perak mahupun di luar negeri Perak di mana terdiri daripada masyarakat-masyarakat kita sama ada tak kira muda, tua, pesara kerajaan dan sebagainya terpedaya dengan tipu helah yang dilakukan oleh scammer-scammer ini. Oleh itu, di zaman digital ini, kita berhadapan dengan pelbagai ancaman dan risiko jenayah digital termasuklah kebocoran dan salah guna data oleh penjenayah siber. Selain daripada penguasaan undang-undang, pelbagai usaha kesedaran telah dan sentiasa dijalankan oleh kerajaan negeri dalam usaha kita menangani permasalahan ini. Masyarakat sentiasa diingatkan agar mengawal mengamalkan kawalan kendiri yang baik dalam penggunaan data platform media digital.

Sebagai contoh, tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi dalam media sosial ataupun platform digital. Mengemaskini dan menggunakan semua ciri keselamatan yang disediakan oleh platform media sosial dan berhati-hati serta menghadkan penggunaan akses talian internet percuma di tempat awam. Ini akan sedikit sebanyak mampu meminimumkan risiko kebocoran maklumat peribadi. Bagi pertanyaan sahabat saya dalam pertanyaan kedua, setakat ini sebanyak 9,984 aduan melibatkan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui portal aduan sejak dari tahun 2021 sehingga hari ini 5 Disember 2023. Sehingga hari ini juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berjaya menyekat sebanyak 2.6 bilion panggilan yang meragukan yang disyaki terlibat dalam perlakuan jenayah secara atas talian sejak daripada 2018 dan 991 juta SMS berunsur penipuan juga disekat sejak daripada tahun 2021. Sekiranya dilihat secara tahunan jumlah kes menunjukkan trend penurunan. Kita akan teruskan usaha dan sentiasa mewujudkan awareness ataupun kesedaran di kalangan masyarakat.

Oleh itu, saya seru untuk masyarakat di luar untuk kita menyemak dahulu setiap maklumat yang kita terima dan kita lebih berhati-hati sebelum kita sebarkan maklumat tersebut kepada pihak yang lain supaya kita tidak terjerat menjadi ejen kepada scammer tersebut pula. Jadi oleh itu ada juga satu talian hotline yang telah dilancarkan, diluncurkan pada Mac 3, 2023. Talian tersebut Hotline 997. Talian ini dikelola bersama Bank Negara dan agensi lain seperti polis dan SKMM melalui pusat respon SCAM. Oleh itu, saya menyeru agar semua Ahli-ahli Dewan dan masyarakat di luar untuk kita bersama-sama mengambil tanggungjawab ini untuk lebih peka terhadap isu jenayah siber ini, isu scammer ini dan kita bersama-sama menyalurkan maklumat kepada agensi-agensi yang berkenaan yang dipertanggungjawabkan untuk kita memerangi scammer di luar sana.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu berkaitan dengan portfolio saya. Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua para pegawai jabatan dan agensi serta kakitangan kerajaan yang telah memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan baik. Mudah-mudahan, semangat membangunkan negeri, memacu pertumbuhan ekonomi akan dapat kita lakukan bersama untuk faedah negeri dan rakyat.

Buah cempedak enak rasanya Buat santapan di waktu senja Sekian sahaja penggulungan saya Diharap dapat manfaat semua.

Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Tualang Sekah yang telah menyampaikan penggulungannya berkaitan dengan Belanjawan Perak Tahun 2024. Sekarang saya menjemput, mempersilakan Yang Berhormat Exco dari kawasan Belanja untuk menggulung perbahasan 45 minit silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh. Salam Sejatera, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, para pemerhati, pengamal media dan seterusnya para penonton yang mengikuti sidang Dewan ini secara talian Alhamdulillah, tiba giliran saya untuk menggulung perbahasan bagi peringkat Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan.

Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu dan perkara yang melibatkan portfolio di bawah kelolaan saya dan kesempatan ini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas pembentangan Bajet 2024 yang diumumkan pada Jumaat yang lalu yang mana sudah tentulah agenda memperkasakan pendidikan merupakan antara agenda utama kerajaan negeri selain pengajian tinggi, belia dan sukan. Seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada Jumaat yang lalu dua program baharu di bawah pendidikan telah diperkenalkan iaitu program pemantapan SPM, STPM dan STAM serta program pemantapan pelajar sekolah rendah sebanyak RM200,000 setiap satu.

Sudah tentulah dengan peruntukan ini seharusnya dapat meningkatkan prestasi peperiksaan awam negeri Perak khususnya bagi Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan pelajar mendapat sijil berkenaan. Sijil Pelajaran Malaysia sangat penting bagi memudahkan pelajar-pelajar ini untuk melanjutkan pelajaran mahupun mengisi peluang-peluang pekerjaan kerana itulah syarat yang standard. Masalah kita pada hari ini adalah dikalangan pelajar yang masih gagal untuk menguasai kemahiran 3M, membaca, mengira dan menulis walaupun berada di sekolah menengah. Bila mana kemahiran asas ini tidak dikuasai, sudah tentulah memberikan kesan terhadap mereka apabila mereka menduduki peperiksaan SPM, khususnya untuk mendapat layak sijil bagi perusahaan tersebut. Melalui bajet dalam program baru berkenaan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan menyediakan modul untuk murid-murid di sekolah, khasnya murid-murid peralihan dan murid-murid pemulihan di peringkat menengah rendah untuk meningkatkan prestasi akademik khususnya bagi mata pelajaran bahasa melayu yang dikenali sebagai pro-kulit.

Sebagai makluman, seramai 5,000 pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 yang berada di kelas peralihan dan pemulihan. Pecahannya adalah seperti berikut. Tingkatan 1-2,095 orang. Tingkatan 2 (1,452 orang), Tingkatan 3 (1,453 orang). Manakala bagi sekolah rendah tahap 2, iaitu darjah atau Tahun 4, 5 dan 6, seramai 2,641 murid daripada kelas pemulihan. Pecahannya adalah seperti berikut, Tahun 4 (1,481) manakala Tahun 5 (802), Tahun 6 (358). Berkenaan dengan kuarters guru yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kampong Gajah semalam, merujuk kepada maklumat kuarters guru di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi suku ketiga tahun

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Belanja, minta mencelah sebelum pergi kepada topik. Saya melihat kes kepada pelajar-pelajar yang sampai kepada SPM, kemudian tidak mendapat sijil ini agak serius lah sebab dia menghabis masa 11 tahun lebih kurangkan daripada darjah 1 sampai darjah 6, tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Jadi 11 tahun. Jadi akhirnya keluar-keluar tak ada apa. Sijil penyertaan apa pun tak ada dan nak minta kerja apa semua pun payah dan daripada jumlah yang diberi pula lebih kurang 5,000 di peringkat menengah yang tak boleh membaca, tak boleh menulis dan tak boleh apa ni. Jadi selain daripada yang disediakan, apakah usaha-usaha kita? Jadi kalau bolehlah kita kata membaca sebab kita ada prasekolah dan sebagainya. Sepatutnya sebelum prasekolah dan di sekolah menengah, di sekolah rendah tu kita boleh selesaikan dah masalah membaca menulis ni supaya sekurang-kurangnya dia boleh dapat tumpu kepada dua mata pelajaran yang melayakkan dia SPM. Apakah langkah-langkah selain daripada disediakan oleh Kementerian Pendidikan di peringkat pusat yang kita sendiri yang mengambil inisiatif supaya, yang ni seriuslah kita kata yang inilah bukan kita kata yang akan menjadi kemejadian dia dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada sosial kita yang agak ke bawah tu. Jadi mungkin nak tanya ada kementerian kita yang berusaha untuk ke arah ini?

Terima kasih kepada Gunong Semanggol atas keprihatinan berkaitan dengan bilangan yang ramai bagi kelas peralihan dan kelas pemulihan. Untuk makluman, kalau dia mengikut senarai calon SPM 2023 ini, kita ada 1,400 lebih kurang pelajar kelas peralihan yang akan menduduki peperiksaan awam SPM dan mereka ini memang daripada 1,400 itu tidak semuanya boleh menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira). Kalau sekarang ini kita ada 4M (membaca, menulis, mengira dan menakul) dan ianya berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri, ponteng sekolah, tidak menghadiri kelas, tidak mengikut apa program-program yang disusun oleh pihak sekolah. Kemudian masalah keluarga dan sebagainya. Dari segi Jabatan Pendidikan bersama dengan pejabat saya, kita memberi fokus pada kelas peralihan yang berada di sekolah-sekolah menengah untuk kita memastikan supaya kelas peralihan ini nanti apabila berada di tingkatan 3, 4 dan 5, mereka telah pun menguasai kemahiran-kemahiran khususnya dari subjek Bahasa Melayu dan Sejarah kerana itulah syarat untuk melayakkan mereka ini memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia.

Saya cukup setuju seperti yang diperkatakan oleh YB Gunong Semanggol, 11 tahun belajar tidak ada satu sijil untuk mereka layak dan perkara ini perlu kita pandang serius dan itu sebabnya dengan adanya bajet yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk sekolah rendah sebanyak RM200,000 itu, sudah pastilah kita akan memantapkan kelas pemulihan atau kelas bagi murid-murid yang tidak menguasai konstruk-konstruk tertentu. Dulu kita ada Program Linus tetapi Program Linus itu telah dimansuhkan, maka peranan guru pemulihan cukup besar untuk memastikan aspek kemahiran asas itu berjaya direalisasikan dan akhirnya budak ini atau pelajar ini apabila berada di sekolah menengah tidak lagi ada masalah buta atau kurang menguasai 3M. Itulah di antara peranan yang perlu kita perkasakan supaya guru pemulihan ini boleh diberi peranan yang besar untuk menguasai, untuk memastikan semua pelajar mencukupi aras kemahiran yang ditetapkan untuk menguasai 3M tersebut.

Saya sambung Kembali, berkaitan dengan dengan soalan yang ataupun berkaitan kuarters guru yang diutara oleh Adun Kampong Gajah merujuk kepada maklumat kuarters guru di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi suku tahun, suku ketiga tahun 2023 yang berakhir 30 September yang lalu terdapat 1,212 kuarters guru yang masih elok dan tidak berpenghuni di seluruh negeri Perak. Manakala terdapat 188 kuarters guru yang masih elok dan tidak berpenghuni di daerah Perak Tengah. Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengambil maklum bahawa cadangan menyewakan kuarters guru kepada golongan B40 atau golongan yang masih tidak mempunyai kediaman merupakan salah satu kaedah untuk mengoptimumkan penggunaan kuarters guru, namun ini merupakan perkara dasar yang memerlukan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelaksanaannya.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, semalam telah berlangsungnya majlis penyerahan mock cheque daripada GLC-GLC Negeri Perak kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan sebagai tanda komitmen dan sokongan mereka kepada program Tuisyen Cikgu Saarani di bawah inisiatif bantuan makanan percuma untuk peperiksaan awam. Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Perak SADC, PKNP, MB Inc., SSI dan LAP PERAK. Program bantuan makanan ini akan manfaatkan…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, boleh mencelah sikit? Maaflah, terlepas sikit tadi. Sebab duk numpu betul-betul tu. Bila tentang kuarters tadi ya, saya nak nyatakan kita boleh menjadikan contoh kepada Kementerian Pendidikan ya. Blok kuarters JKR di Pekan Bagan Serai disewakan pada orang awam terutama golongan B40. Minta supaya YB Exco dapat bawa benda ini sebab kuarters guru cantik. Di kawasan Alor Pongsu ada 95 unit di SK Matan Jelutong. Saya rasa kalau sewa mungkin boleh bagi kat kelab sukan dan sebagainya. Yang kedua, mangsa banjir kita dah nyatakan kepada masa itu TPM, Dato' Seri Wan Azizah. Mangsa banjir, daripada mereka ditempatkan di PPS, tidur atas lantai berlapikkan toto, lebih baik kita gunakan kuarters guru tu. Lebih selesa bilik mandinya dapat berasingan keluarga dan sebagainya dan yang last sekali, saya respect YB Exco, pengarah pendidikan. Tapi kena tengok sikitlah. Pejabat Pendidikan Daerah ni, kalau kerajaan di Putrajaya Madani, depa ni Madanon. Kami ni terputus hubungan langsung. Saya ni bekas cikgu, satu maklumat pun tak pernah diberi pada saya. Benci sangatkah? Tengok YB Exco pun lain parti dengan saya, tak pernah tengok muka benci kat saya. Sebab kita colourless, kita nak jaga rakyat. Tapi PPD Kerian ni, macam ayat saya kata tadilah. Madani di Putrajaya, depa ni madanon. Minta tengok sikit pengarah dengan YB Exco, tengok tegur sikitlah. Sat lagi, kalau saya korek sekali PPD ke siapa tu, ahli parti mana lagi, susah depa. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih pada Yang Berhormat Alor Pongsu atas saranan berkaitan dengan kuarters guru untuk dijadikan seperti kuarters JKR. Perkara ini akan kita perhalusi dan akan kita bawa cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sebarang kelulusan dan sebagainya. Berkaitan dengan sebagai pusat ataupun tempat penempatan banjir, ianya perlu dibincang dan diberi syarat dan peraturan supaya ianya tidak mengalami permasalahan di kemudian hari dan perkara ini mungkin boleh dibawa dalam mesyuarat tindakan bencana samaada peringkat negeri dan daerah untuk keputusan. Berkaitan dengan info-info pendidikan mungkin saya akan maklum kepada Jabatan Pendidikan dan juga pegawai pejabat pendidikan daerah untuk memberi info-info berkaitan maklumat-maklumat umum pendidikan kepada semua wakil untuk Yang Berhormat-Berhormat sekalian. Program Bantuan Makanan ini akan memanfaatkan seramai 26,628 calon perusahaan awam SPM, SPVM, STPM dan juga STAM dan ini merupakan tahun ketiga bantuan makanan ini dilaksanakan dan bahkan memberi manfaat kepada 238 buah sekolah di seluruh negeri Perak. Program ini akan diselaraskan di bawah Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. Selain itu, terdapat beberapa inisiatif pendidikan di bawah Tuisyen Cikgu Saarani atau pengenali TCS.

Selain daripada bantuan makanan, ialah bantuan sara diri dan kecemasan mahasiswa sebanyak RM2 juta, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak, TASPEN sebanyak RM0.6 juta, Program Tuduhan Kasih RM0.2 juta dan Biasiswa Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebanyak RM1 juta. Dengan sokongan dan dorongan daripada Kerajaan Negeri dibantu oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah, guru-guru dan kaki tangan pendidikan keputusan SPM negeri Perak telah berlaku peningkatan yang sangat baik. Gred Purata Negeri atau dikenali GPN pada tahun 2021 sebanyak 4.96 manakala bagi tahun 2022 adalah sebanyak 4.92 iaitu peningkatan 0.04 manakala sasaran 2023 yang ditetapkan adalah sebanyak 4.80. Selain itu, peratus layak sijil bagi SPM bagi tahun 2021 adalah sebanyak 85.71% manakala 2022 sebanyak 90.10% iaitu peningkatan sebanyak 4.39 dan sasaran pada tahun 2023 adalah 93%. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua termasuklah ibu bapa, para pelajar dan sudah tentunya semua warga pendidik Negeri Perak di atas pencapaian cemerlang ini.

Dato’ yang di-Pertua sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan kepada Universiti Sultan Azlan Shah bagi tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak RM2 juta jika dibandingkan pada tahun 2023, USAS yang telah dinaiktaraf pada tahun 2016, kini mempunyai lebih 5,500 pelajar yang mengikuti program di bawah di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah. USAS turut menawarkan 47 program pengajian dengan yuran yang sangat minimum jika dibandingkan dengan IPT yang lain. Ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban kewangan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di sini yang majoritinya anak-anak Negeri Perak. USAS perlu berkembang menjadi institusi yang berkualiti dan berdaya saing dan sudah tentulah bagi memastikan kualiti dan mendapat sumber yang baik USAS perlu berbelanja dengan kadar yang sepatutnya. Melalui pelan strategi USAS tahun 2024-2027, USAS meletakkan sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 4 bintang untuk piawai setara bagi membolehkan untuk memenuhi syarat-syarat sebagai sebuah IPT yang cemerlang di Malaysia. Ini adalah penting untuk menarik lebih ramai pelajar memilih USAS untuk menyambung pengajian mereka.

Saya juga mewakili Yayasan Perak, merakamkan perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar atas penyaluran peruntukan 2024 berjumlah RM7.8 juta yang merangkumi Insentif Siswa Dalam Negara RM6 juta, Insentif Siswa Yayasan Perak Luar Negara RM200 ribu, Biasiswa Menteri Besar RM1 Juta dan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM600,000. Sehingga tahun 2023, rekod menunjukkan bahawa seramai 168,910 mahasiswa menerima bantuan one-off berjumlah RM128,984.600 sejak Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam Negara mula diperkenalkan pada tahun 2009 manakala…

Mohon mencelah YB Exco, isu yang tentang USAS, saya kebelakang sikit, terima kasihlah kepada tambahan bajet RM2 juta yang saya difahamkan telah diberi kepada USAS meningkat kepada RM5 juta. Cuma satu isu yang selalu timbul di USAS dan bahkan di mana-mana universiti pun berkaitan dengan brain drain yang telah kita bincang sebelum ini. Ramai tenaga-tenaga pakar di USAS atau di universiti lain keluar daripada USAS dan mereka sangat mahir, sangat pakar dalam bidang-bidang tertentu peringkat PHD, profesor dan sebagainya. Isunya kerana skim perkhidmatan yang mungkin tidak menarik bagi mereka sebabkan mereka berpindah ke universiti lain. Jadi apakah langkah atau tindakan pihak kerajaan untuk mengurangkan brain drain daripada USAS ini? Mungkin tawaran-tawaran skim perkhidmatan yang lebih baik, kontrak kepada tetap dan sebagainya. Mohon ada maklumat daripada pihak Exco. Terima kasih.

Terima kasih Manong atas pertanyaan berkaitan dengan brain drain. Insya Allah perkara ini pun memang telah diperhalusi oleh anggota lembaga USAS untuk kita mengambil tindakan-tindakan yang selanjutnya bagi memastikan pensyarah ataupun para penjawat di USAS tidak meninggalkan ataupun pergi ke IPT-IPT lain supaya kita boleh memastikan USAS berada di tempat yang cukup baik sempena dengan USAS adalah di bawah negeri Perak ini insyaAllah. Manakala RM1,527,500.00 telah dibelanjakan kepada 345 mahasiswa melalui insentif Siswa Yayasan Perak Luar Negara sejak tahun 2019 Untuk Biasiswa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang diwujudkan pada tahun 2019 sehingga hari ini telah memberi manfaat kepada 5,996 penerima dikalangan murid sekolah berkumpulan B40 dengan perbelanjaan sebanyak RM6,310,900.00. Bagi Tabung Simpanan Pendidikan Anak-anak Perak, TASPEN pula, ia telah merekodkan seramai 32,351 bayi atau murid sekolah rendah menerima bantuan sebanyak RM200.00 sebagai simpanan permulaan dengan perbelanjaan sebanyak RM6,470,200.00. Sambutan yang diterima bagi bantuan Yayasan Perak ini amat menggalakkan apabila permohonan yang diterima pada tahun ini meningkat dengan begitu mendadak selepas berakhirnya wabak Covid-19 yang pertama sejak 3 tahun lalu. Ini terbukti apabila permohonan telah melebihi sasaran berbanding peruntukan yang diterima pada tahun ini. Sebanyak 1,422 permohonan tambahan diterima yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1,316,000.00 bagi Insentif Siswa Yayasan Perak dalam Negara. Manakala, menerusi Inisiatif Siswa Yayasan Perak Luar Negara, 46 permohonan tambahan diterima yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM228,000. Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak pula menerima 600 tambahan permohonan dengan penglibatan kewangan sebanyak RM120,000.00.

Untuk makluman Dewan yang mulia, sejumlah RM2 juta telah diperuntukkan bagi Program Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa. Program Sara Diri Mahasiswa telah memberi manfaat kepada 3,453 mahasiswa, anak-anak Perak bagi tahun 2023. Jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak 5,377, manakala yang gagal atau tidak layak dipertimbangkan sebanyak 1,926 orang. Bantuan ini meliputi fasa pertama, Februari hingga Mac 2023, manakala fasa kedua pada Oktober 2023 dengan bayaran minimum sebanyak RM500.00 dan maksimum RM2,000.00 secara one-off. Kebanyakan yang gagal disebabkan isi rumah melebihi RM3,000.00, tiada pengesahan dokumen, PNG semester kurang daripada 3.0, maklumat meragukan, telah menerima di fasa 1, tidak menepati syarat-syarat pendidikan dan sebagainya.

Sementara itu, bagi bantuan kecemasan pula telah membantu seramai 29 orang mahasiswa yang mengalami musibah seperti kebakaran rumah, bencana alam, kecurian, kemalangan dan sebagainya. Sebanyak RM0.4 juta juga telah diperuntukkan bagi Program Pengupayaan Mahasiswa untuk tahun 2024, ia semestinya dapat membantu IPT dan mahasiswa bagi penganjuran program serta aktiviti yang memberi manfaat kepada kemenjadian mahasiswa itu sendiri. Bagi tahun 2023 program pengupayaan ini telah memberi manfaat kepada 50 penerima yang merangkumi pelbagai aktiviti dan program bagi IPT, kolej, politenik, IPT dan juga mahasiswa. Kerajaan Negeri Perak sentiasa cakna dan memahami berat tentang pembangunan belia di Negeri Perak. Golongan belia di negeri Perak merupakan salah satu aset penting dalam agenda pembangunan negeri Perak. Belia merupakan tunjang keutuhan kerajaan perpaduan yang mewakili 1/3 daripada populasi negara kita.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2021 daripada 2.6 juta penduduk Negeri Perak seramai 745,000 bersamaan 28.2 adalah belia yang berumur 15 hingga 30 tahun. Di atas keprihatinan ini juga satu program baru telah dikenalkan menerusi bajet 2024 iaitu program Santai Anak Muda yang berjumlah RM0.18 juta. Program ini akan menjalin kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri berserta Majlis Belia. Antara objektif pelaksanaan program Santai Anak Muda ini ialah yang pertama menghimpunkan golongan belia dalam menyampaikan agenda dan dasar-dasar negeri dan negara untuk disebar luas. Yang kedua membimbing golongan belia untuk memantapkan sahsiah dan identiti diri mengikut kecenderungan minat masing-masing. Yang ketiga mencegah keterlibatan belia dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, jenayah kekerasan, jenayah peras ugut, cyber dan pelbagai cabang lain-lain jenayah. Menarik minat golongan belia yang tidak berpersatuan atau belia yang berisiko terlibat melakukan jenayah untuk menyertai pertubuhan belia dan melatih pertubuhan belia akar umbi untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan belia setempat mengikut minat dan kecenderongan belia. Semoga dengan adanya program ini golongan belia terus sama-sama menjayakan agenda Perak Sejahtera 2030. Selain itu sebanyak RM0.4 juta juga telah diperuntukkan untuk program pembangunan belia bagi membantu persatuan-persatuan belia sama ada di peringkat kampung, daerah mahu pun peringkat negeri untuk menjalankan aktiviti serta program yang bersesuaian dengan kehendak dan jiwa mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, Sekretariat Dewan Belia Perak yang diselaraskan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak telah pun selesai menjalankan proses pemilihan perwakilan Dewan Belia yang keempat bagi sesi 2023-2024 dan keputusan telah diumumkan secara rasmi pada 23 Oktober 2023. Seramai 159 calon telah bertanding dan seramai 4337 orang telah mendaftar sebagai pemilih untuk pemilihan Dewan Belia kali ini.

Seramai 61 orang perwakilan merangkumi 59 Dun di Negeri Perak dan 2 lantikan khas yang mewakili orang kelainan upaya OKU dan juga penduduk asal. Perwakilan ini telah dibahagikan kepada 11 jawatankuasa mengikut portfolio Ahli Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Ahli Dewan Belia yang telah dipilih telah selesai menjalani kem induksi bertempat di Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar pada 17 hingga 19 November yang lalu manakala Dewan Belia Negeri Perak bagi sesi 2023-2024 akan mula bersidang pada 23 dan 24 Disember nanti. Untuk tahun 2024 sesuai dengan bajet yang telah diumumkan berjumlah RM0.4 juta Dewan Belia Negeri Perak akan menjalankan aktiviti dan program mengikut portfolio yang telah ditentukan. Ini termasuklah program-program khidmat bakti, kursus kepimpinan, program siswa siswi, serta latihan-latihan yang bersesuaian.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sempena sidang Dewan kali ini, para perwakilan Dewan Belia turut hadir ke Dewan ini sebagai pemerhati bagi persediaan mereka untuk bersidang pada Disember nanti. Dalam masa yang sama kita mengharapkan Ahli Dewan Belia yang telah dipilih dapat sama membantu menyumbang idea dan pandangan kepada kerajaan negeri dalam membangunkan belia di negeri Perak khususnya dalam agenda pembangunan Perak Sejahtera 2030. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada perwakilan Dewan Belia bagi penggal yang lalu di atas segala sumbang khidmat bakti yang telah diberikan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

YB Belanja, boleh celah sikit Dewan Belia. Jadi semalam saya juga berkesempatan untuk berjumpa dengan Exco Dewan Belia dan berbincang. Mereka melahirkan rasa peruntukan yang diberikan kepada Dewan Belia itu lebih kurang RM0.4 juta lebih kurang 400,000 ribu dan pada tahun sebelum ini ada pernah mencecah kepada RM1 juta. Dengan ada 59 dan 61 orang ahli belia mewakili 59 Dun, kalau kita bahagi dengan 59 tu agak terlalu kecillah dan dia kata semalam saya bersama dengan PASAK, dia kata kurang RM10 ribu untuk 1 Dun hanya boleh buat 1 program sahajalah sedangkan kita melihat dan kita semua maklum bahawa tahap kematangan belia yang dikatakan sini yang terlibat dalam politik sekarang ini bermula daripada lepasan SPM, 17 tahun dan mereka ni tak tahu kesan politik dan sebagainya maka kita perlu perkasakanlah Dewan Belia ini supaya boleh memberi kefahaman politik maka ialah kita tanya mungkin pihak sini boleh memikirkan satu peruntukan yang lebihlah untuk Dewan Belia, itu satu dan yang kedua dikatakan apabila mereka bersidang dan mari itu tak ada apa satu imbuhan mereka ini baru lepas muda dan sebagainya tak ada peruntukan mari semua dengan poket sendiri. Kalau boleh difikirkanlah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, saya nak tambah sikit tentang Dewan Belia. Semalam dapat peluang lepak dengan budak-budak pemimpin-pemimpin muda ni. Saya dengar juga luahan dia orang. Kita faham Kerajaan Negeri makin turun bajet untuk Dewan Belia ni, kita faham dengan keadaan ekonomi sekarang tapi saya nak suruh juga anak-anak belia ni mailah jumpa kami ni wakil-wakil rakyat ni. Setakat duit biskut kering tu bolehlah support lagi. Kalau Kerajaan Negeri bagi RM100 sehari kalau setakat saya yang tak ada peruntukan ni saya boleh bagi tapi mereka tak mahu jumpa. Saya pun tak faham kenapa? Pengkalan Baharu, ada blok politik jugakah. Ini yang salah ni. Ini yang salah yang kita tanamkan pada mereka. Kemudian satu lagi saya nak tekankan sebab elaun tadi Ketua Pembangkang dah sebut dah. Saya nak follow tentang fellow perdana yang dijalankan di parlimen tentang kebajikan dia orang. Bila dah habis zaman Dewan Belia ni kita kena make sure dia orang ni alumni. Saya tengok yang mari jumpa saya semalam yang tak kerja pun ada apa semua, kita ikutlah kelayakan mereka. Contoh macam Majlis Daerah Kerian contohnya. Seorang tu mari Dewan Belia dia ada SPM saja, bagilah jadi penguatkuasa ke apa apa ke. Maknanya dia orang dapat merit di situ. Kalau 10 orang minta jadi penguatkuasa, dia sebagai alumni Dewan Belia dia duduk barisan depan. Saya rasa kita perlu jaga bab-bab ni sebab takkan nak lepas Dewan Belia depa ni terus menjunam ke bawah, saya rasa tak kena. Terima kasih.

Sikit tambahan boleh tak Exco. Baik berkaitan dengan Dun Belia semalam, saya berkesempatan berjumpa dengan Dun Belia Manong dan saya dah bagi satu task kepada dia untuk mendaftar seluruh persatuan belia yang ada di Manong. Mereka ni banyak persatuan dan kelab tapi tak berdaftar. Tu saya galakkan mereka berdaftar dengan ROS. So dia akan ambil task ni dan saya mohon maaflah saya beri task tu melalui saluran yang mungkin tak tepat tapi isu ni boleh dipanjangkan kepada seluruh Dun belia yang lain supaya usaha untuk mendaftar semua persatuan belia di Perak ni kelab dan sebagainya mereka bergerak tapi tidak berdaftar. Saya minta benda ni boleh diberikan penekanan kepada Adun Belia. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan-rakan daripada Semanggol, Alor Pongsu dan juga Manong atas cadangan dan juga perhatian yang cukup baik kepada Dewan Belia. Insya Allah kita akan perhalusi cadangan-cadangan tersebut untuk kita angkat kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan nanti. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mengambil peluang ini untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan berkenaan dengan baik pulih kemudahan sukan khususnya gelanggang futsal yang dilontarkan oleh Kampong Gajah, Batu Kurau, Kuala Kurau dan Hutan Melintang. Saya mohon menjawab untuk kesemuanya. Kebanyakan gelanggang futsal yang sedia ada dibina melalui peruntukan Belia dan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah RMK9 hingga 11. Setakat hari ini, sebanyak 189 gelanggang futsal di seluruh negeri Perak yang pernah dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Bagi tahun 2021 dan 2022, sebelum ini sebanyak 71 projek naiktaraf atau baikpulih yang telah dilaksanakan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan peruntukan sejumlah RM367,866.05 bagi tahun 2021 dan sejumlah RM1,195,418.70 bagi tahun 2022.

Namun demikian, bagi tahun 2023 tiada projek naik taraf yang dilaksanakan kerana Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak tidak menerima sebarang peruntukan bagi tujuan tersebut. Bagi tahun 2024, pihak Jabatan Belia dan Sukan akan cuba memohon peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf gelanggang futsal dan keutamaan diberikan kepada gelanggang-gelanggang futsal yang sememangnya menjadi hak milik Kementerian atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Saya juga bersedia untuk menyokong serta membantu memanjangkan permohonan daripada mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat bagi tujuan ini kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada tahun hadapan. Adun Behrang dan Ayer Kuning pula membangkitkan berkenaan pembinaan Kompleks Belia dan Sukan di daerah Mualim dan Ayer Kuning. Saya menyokong penuh cadangan ini dan boleh dipanjangkan kepada Kementerian

Belia dan Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan sila pastikan status tanah telah diselesaikan.

Berkenaan Kompleks Rakan Muda Kampar yang diajukan oleh Malim Nawar. Untuk makluman Yang Berhormat, Jeti Kayak Kompleks Rakan Muda Kampar telah diselenggara pada pertengahan November tahun 2023 dan Jeti Kayak berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan untuk pengguna. Keadaan kayak juga selamat untuk aktiviti berkayak di Tasik Kompleks Rakan Muda. Walau bagaimanapun, bagi aktiviti berkayak tidak dibuka untuk kegunaan individu semata-mata tetapi berdasarkan tempahan berkumpulan bagi memastikan keselamatan pengguna lebih terjamin. Setiap kumpulan juga perlu dilatih dan diselia oleh jurulatih bertauliah dari Kementerian Belia dan Sukan Negeri atau Persekutuan Kanu Malaysia.

Mengambil contoh, pada 20 hingga 23 November yang lepas, telah dilaksanakan Program Pembinaan Kerjasama Berpasukan atau team building antara Jabatan Siasatan Trafik PDRM Perak dibantu oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Telah dilaksanakan juga aktiviti berkayak kepada peserta dari PDRM. Bagi memastikan keselamatan terjamin, setiap peserta perlu diinsurankan dari semasa aktiviti berkayak berlangsung. Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar turut hadir sebagai pasukan bantuan kecemasan. Peruntukan baikpulih kompleks berjumlah RM3,998,436.80 di bawah RMK-11 telah dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021 meliputi pembaikan blok pentadbiran, dewan besar, pusat sukan air, blok asrama lelaki dan perempuan, surau, tapak kemah, ruang tamu dan pegawai, kantin, pondok pengawal, astaka, gelanggang dan naik taraf jalan mendap yang dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya.

Sungai Manik pula membangkitkan soal kadar elaun atlet negeri Perak. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Perak telah mengambil maklum dan tindakan dalam mengkaji semula kadar pembayaran elaun kepada atlet SUKMA Negeri Perak. Ianya diperhalusi berdasarkan kepada peruntukan sedia ada peruntukan sedia ada jabatan dan fokus serta keutamaan serta keperluan. Jabatan Pengurusan Majlis Sukan Negeri Perak telah bersetuju dengan kadar baharu elaun dan akan dikuatkuasakan pada Oktober 2023. Kadarnya adalah seperti berikut. Elaun Atlet sepenuh masa asal RM200.00 baharu RM250.00. Elaun Atlet Kita Juara atau long list asal RM150.00 baharu RM200.00. Elaun Atlet Potensi asal RM150.00 baharu RM250.00. Elaun Atlet Program Podium Perak (P3) asal individu RM550.00 baharu RM650.00 ke RM700.00, bayaran 3 bulan dari tarikh SUKMA dan berdasarkan prestasi semasa. Manakala bagi Elaun Atlet Program Podium (P3) Berpasukan RM350.00 asal baharu RM450.00 ke RM500.00 berdasarkan bayaran 3 bulan dari tarikh SUKMA dan juga prestasi semasa.

Untuk maklumat Dewan Yang Mulia, SUKMA 2024 akan berlangsung di Negeri Sarawak bermula 17 hingga 24 Ogos 2024. Sebanyak RM7.3 juta telah diperuntukkan bagi belanja mengurus bagi persediaan tersebut. Ia merangkumi perbelanjaan tiket penerbangan atlet, jurulatih, pengurus, pegawai pasukan, sewaan kontena khususnya untuk sukan pelayaran, sewaan pengangkutan di Sarawak, penginapan, pakaian kontijen termasuk atlet, jurulatih, pengurus, pegawai pasukan, pembelian peralatan dan pakaian khas untuk pertandingan mengikut spesifikasi yang ditetapkan, kos rawatan kecederaan atlet, bayaran imbuhan secara tunai serta merta kepada atlet yang memenangi pingat serta memecahkan rekod, penganjuran program-program yang berkaitan dengan fasa persiapan SUKMA 2024.

Selain itu juga, Majlis Sukan Negeri Perak turut mengaturkan beberapa gerak kerja ke arah persediaan SUKMA 2024 seperti program latihan pusat, karnival sukan combat, perjumpaan khas atlet podium, Kem SUKMA Silver to Gold, projek emas iaitu melibatkan sembilan (9) jenis sukan iaitu akuatik, gimnastik, hoki lelaki, lawnball, menembak, squash, angkat berat, sepak takraw dan tenis. Program atlet sepenuh masa iaitu melibatkan tujuh (7) jenis sukan iaitu angkat berat, berbasikal, judo, muay thai, olahraga, pencak silat dan tinju. Manakala bagi penumpuan atau pun tumpuan Majlis Sukan Negeri adalah kepada Sukan Combat yang mana dia akan menawarkan sebanyak 131 pingat emas semasa temasya sukan SUKMA di Sarawak nanti dan ianya menjadi penumpuan dan tumpuan kepada Majlis Sukan Negeri bersama dengan Persatuan-persatuan Sukan Combat untuk memastikan persiapan-persiapan atlet combat perlu diperhebatkan kerana itulah lubuk emas untuk kita merangkul kejuaraan dan sebagainya. Perjumpaan tautan mesra bersama atlet Perak di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan program-program khusus ke arah persiapan kontinjen untuk SUKMA 2024. Selain itu, Majlis Sukan Perak turut bekerjasama dengan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi penilaian prestasi atlet melalui tenaga pakai dari universiti berkenaan. Selain itu maksud penghasilan sukan dan fungsian psikologi serta mental atlet.

Dato' Yang di-Pertua, sebanyak RM0.4 juta juga telah diumumkan untuk sukan pelancongan atau sport tourism bagi merancakkan lagi penganjuran sukan sama ada peringkat kebangsaan atau antarabangsa sempena Tahun Melawat Perak 2024. Dan saya akui, seperti yang dimaklumkan oleh Sungai Manik semalam, jumlah ini tidaklah besar jika dibandingkan pada ketika Sungai Manik menjadi Exco Belia dan Sukan dahulu. Namun, jumlah ini sekurang-kurangnya dapat membantu dan meringankan beban persatuan-persatuan sukan bagi penganjuran mereka dan secara tidak langsung mampu menarik pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Perak pada tahun hadapan. Dijangka, Perak akan menjadi tuan rumah bagi sukan-sukan seperti tenis, muay thai, ragbi, judo, sukan combat, golf dan lain-lain. Yang Amat Berhormat Kota Tampan juga mengumumkan RM5 juta untuk e-Sukan, RM0.12 juta untuk program pengelasan sukan yang khusus untuk Majlis Sukan Daerah-Daerah, RM0.1 juta untuk insentif kecemerlangan sukan negeri dan RM2.2 juta bagi tujuan sewaan fasiliti sukan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri Perak. Kita sedia maklum, e-Sukan atau e-Sport ini sinonim dengan golongan belia dan ada penggemar sukan ini menjadikan sukan ini sebagai kerjaya tetap atau profesional. Dengan peruntukan ini, ianya dapat membantu perkembangan e-Sport ini baik dari segi kejohanan, latihan, pembelian peralatan serta projek pembangunan pasukan negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, golongan orang kelainan upaya merupakan sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain bagi menjamin kepentingan golongan OKU. Sehubungan dengan itu, Dasar Pembangunan Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Negeri Perak telah digubal pada September 2021 bagi menyelaras keperluan dan tanggungjawab pembangunan Sukan OKU di peringkat kebangsaan dan negeri. Di samping itu, penggubalan dasar ini dapat memastikan tanggungjawab terhadap pembangunan Sukan OKU dilaksanakan lebih berkesan dan membantu melengkapkan ekosistem pembangunan sukan OKU yang realistik di Negeri Perak.

Bagi maksud tersebut, sebanyak RM1 juta bagi Para SUKMA 2024 telah diumumkan pada Jumaat yang lalu. Sudah tentulah, Majlis Sukan Negeri bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak akan bersama-sama bertanggungjawab mentadbir kategori atlet pelapis bakat melalui pengurusan kontijen, perancangan bantuan, perlaksanaan program latihan, bantuan, penganjuran kejohanan dan bantuan penyertaan sukan khususnya temasya Para SUKMA. Ia merangkumi pembayaran mengurus, pembayaran allowance, penyertaan kejohanan, bengkel-bengkel sukan, pengangkutan atlet serta pegawai Para SUKMA, pembelian peralatan, sewaan pusat latihan, kem latihan serta insentif kecemerlangan atau kemalangan Para SUKMA…

Mohon laluan. Satu soalan. Saya ingin menarik perhatian YB Exco. Saya ingin bertanya tentang saguhati yang telah diberikan pada pemain sepak takraw kita yang telah meninggal akibat daripada kemalangan iaitu Allahyarham Muhammad Nazrul Iman yang telah meninggal sewaktu kemalangan ke tempat kerja ke Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Just ingin mendapatkan maklumat lah daripada Exco dan juga saya ucapkan tahniah lah kepada pasukan Sepak Takraw Perak yang telah menjadi Johan dalam pertandingan baru-baru ini.

Terima kasih Bota. Maklumat berkaitan dengan insiden kemalangan bekas pemain SUKMA 2022 yang terlibat nahas di Kampung Lempor, Kuala Kangsar semasa perjalanan untuk mengurus ke pekerjaan di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Beliau telah pun meninggal di tempat kejadian dan saya mohon kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah kerana beliau merupakan antara pemain yang berbakat yang berada dalam shortlist untuk pasukan negeri ke kejohanan-kejohanan utama. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan insentif akan kita beri melalui Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak nanti. Insya Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, saya terus kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Sebelum saya meneruskan, saya mohon kepada Yang Berhormat dan juga ketua jabatan telahpun dihebahkan berkaitan dengan Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak di bawah kelolaan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Saya selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam menjemput Yang Berhormat dan juga semua untuk hadir bersama memeriahkan program yang cukup baik khususnya dalam memastikan fungsi dan peranan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dapat kita perkukuhkan bersama. Dalam era globalisasi ini ia adalah menjadi satu keperluan kepada wujudnya sebuah perpustakaan awam berkonsep baru yang mampu menyediakan perkhidmatan berasaskan teknologi moden dan digital selaras dengan keperluan masyarakat era revolusi industri 4.0. Keperluan terhadap maklumat secara digital dan atas talian semakin mendesak khususnya apabila pandemik Covid-19 telah melanda seluruh negara. Akses kepada maklumat dan kaedah pembelajaran kini juga banyak tertumpu kepada bahan-bahan elektronik dan digital di mana Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dapat memenuhi hasrat masyarakat dengan capaian secara talian tanpa perlu hadir secara fizikal ke perpustakaan.

Di samping itu, bagi memenuhi kehendak golongan muda yang sentiasa dahagakan inovasi dan teknologi baru, maka Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak berhasrat memenuhi keperluan ini seiring dengan kemajuan ICT. Justeru itu, pihak perpustakaan merasa pentingnya projek menaik taraf fizikal dan kemudahan perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Perak, perpustakaan digital secara menyeluruh. Sebanyak RM3 juta telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan bagi menjadikan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak lebih maju dari sudut fasiliti elektronik dan digital di samping projek-projek menaik taraf infra yang lain.

Seterusnya, PORT. Sebanyak RM3 juta diumumkan bagi PORT iaitu peningkatan sebanyak RM0.5 juta dari tahun 2023. Bagi menjawab pertanyaan Manong berkenaan hal ini semalam, pihak PORT sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana institusi ataupun NGO dari seluruh Negeri Perak dan untuk makluman juga, PORT telah menjalinkan usaha sama dengan beberapa persatuan dan kolektif seperti di Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Lumut, Tanjong Malim dan beberapa tempat yang lain. Melalui dana kreatif Perak yang menyokong penggiat seni anak Perak, banyak lokasi di luar Ipoh telah dijelajahi bagi pelaksanaan program atau projek seni. Untuk tahun 2024, PORT telah merancang beberapa program seperti Ipoh Music Symposium Ke-6, Projek Panggung Dunia, Arkib Muzik Perak, Hadiah Sastera Darul Ridzuan, Kem Belia Kreatif 2024, Penerbitan Buku Seni dan Budaya, Pertandingan Seni, Program Pertukaran Budaya dan Penyelidikan, Dana Kreatif Perak@PORT, dan Ipoh International Art Festival Ke-4.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai rangkuman, saya menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi dan jabatan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen terhadap segala kerja kuat dan melaksanakan agenda pembangunan negeri khususnya di bawah Portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan. Sekian. Assalamualaikum wbt.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Belanja. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Exco dari kawasan Teja untuk menggulung perbahasan. 45 minit.

Salam Malaysia Madani, salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, ketua-etua Jabatan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media, petugas-petugas Dewan, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung sidang Dewan pada hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang berlangsung beberapa hari yang lepas. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang prihatin serta menyentuh isu berkaitan perumahan dan kerajaan tempatan semasa perbahasan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mulakan penggulungan pada hari ini dengan berkongsi tentang usaha dan gerak kerja yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah saya galas sepanjang ini pada tahun 2023. Seterusnya, saya juga ingin kongsikan tentang hala tuju Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2024 sebelum saya memberi respon kepada isu-isu yang telah dilontarkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Untuk tahun 2023, bagi portfolio perumahan, Dasar Perumahan Negeri Perak telah ditambah baik di mana khususnya berkaitan pecahan peratusan komponen rumah Perakku yang diwajib untuk dibina bagi pembangunan lebih daripada 20 ekar telah ditambah baik dan dikurangkan kepada 40%. Ini susulan daripada tindakan Kerajaan Negeri untuk mengambilkira keadaan semasa di mana kos pembinaan semakin meningkat dan juga mengambilkira keluhan daripada para pemaju yang menghadapi masalah dan beban dalam melaksanakan syarat-syarat ini dan usaha ini juga dilakukan supaya kita boleh menggalakkan pemaju lebih mempunyai minat untuk menyediakan rumah mampu milik di mana selebihnya rumah harga terbuka merangkumi 60% daripada keseluruhan pembangunan. Jadi ini satu usaha untuk kita mencapai win-win situation dengan izin.

Selain itu, sebanyak 4 projek rumah mampu milik telah berjaya disiapkan pada tahun ini. Projek-projek ini merangkumi sebanyak 356 rumah mampu milik untuk kategori rumah Perakku 1, 2 dan 3. Pihak Kerajaan juga sedar tentang isu kesukaran yang dihadapi oleh sesetengah rakyat yang ingin memiliki rumah tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan kemudahan kewangan. Ini memang sesuatu isu yang sering berlaku apabila terdapat tawaran rumah dan terdapat mereka yang memenuhi syarat tetapi apabila dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman institusi kewangan, mereka hadapi masalah untuk diluluskan permohonan. Ini khusus sering berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, terlibat dalam ekonomi gig dan sebagainya. Jadi dalam usaha untuk selesaikan masalah ini, Kerajaan negeri melalui usaha Kerajaan persekutuan dengan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) telah cuba usaha untuk bantu memberi jaminan kemudahan kewangan kepada golongan yang saya sebut tadi supaya dengan syarat yang tidak terlalu ketat, dapat dipenuhi oleh pemohon dan seterusnya melicinkan urusan mereka dalam mendapat pinjaman kewangan dan seterusnya dapat memenuhi hasrat untuk memiliki rumah sendiri dan juga Kerajaan baru-baru ini telah mengambil tindakan untuk menambahbaik had syarat kelayakan pendapatan isi rumah pembeli rumah Perakku 1. Iaitu Perak kos rendah daripada RM3,860 kepada RM5,000 sebulan.

Tindakan ini juga untuk memastikan supaya lebih ramai golongan yang mampu dan perlu dapat dipertimbangkan untuk memohon untuk memiliki rumah. Sebab seperti isu yang saya sebut tadi, sebelum ini apabila had pendapatan diletak pada RM3,860. Ramai yang walaupun memenuhi had kelayakan ini tetapi mereka gagal untuk mendapat pinjaman kewangan. Jadi penambah baik ini juga satu usaha untuk kita memastikan lebih ramai yang masih perlu dan mampu untuk mendapat memiliki rumah masing-masing. Satu inisiatif baru juga telah diperkenalkan pada tahun ini iaitu program Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS). Iaitu merupakan satu program yang menawarkan rumah sewa kepada golongan sasaran khususnya golongan yang masih tidak mampu untuk mendapat pinjaman kewangan tetapi memerlukan kemudahan perumahan dan di bawah skim ini, Kerajaan menawarkan kadar sewaan yang 20% lebih rendah daripada kadar pasaran supaya dapat membantu golongan yang perlu untuk mendapat tempat sewa yang sesuai dan di dalam lingkungan kemampuan.

Program SSPS yang pertama telah melibatkan sebanyak 12 unit Rumah Perakku 3 di Taman Perakku Serdang yang dikenakan sewa pada kadar RM520 iaitu 20% lebih rendah daripada kadar pasaran semasa. Bagi menguruskan Program Perumahan Rakyat (PPR) milik LPHP. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM43.3 juta pada tahun 2023. Peruntukan ini melibatkan kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan, utiliti, kontrak penyelenggaraan lif dan kontrak pembersihan PPR. Manakala, Kerajaan Persekutuan melalui KPKT telah meluluskan peruntukan program Penyelenggaraan Perumahan 2023 yang meliputi kerja-kerja pembaikan infrastruktur utama PPR yang merangkumi pembaikan jalan, bumbung, mengecat berjumlah RM2.9 juta dan peruntukan lif Madani sebanyak RM4.835 juta ribu. Keseluruhan peruntukan yang diterima dari KPKT berjumlah RM7.735 juta. Jadi ini memang merupakan satu lonjakan dalam jumlah peruntukan yang diterima oleh PPR di negeri Perak di mana memudahkan urusan LPHP untuk menambah baik kemudahan di mana kita nak memastikan walaupun rakyat yang duduk di PPR menghadapi masalah kekangan dalam ekonomi tetapi mereka masih mampu memiliki kediaman dan kemudahan yang baik.

Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Tempatan memikul tanggungjawab yang semakin berat dan juga mencabar. Pelbagai isu dan aduan rakyat perlu ditangani selain daripada melaksanakan perancangan dan tambah baik perkhidmatan untuk mensejahterakan rakyat. Jadi pada tahun ini selepas pelantikan seramai 325 orang Ahli Majlis, kempen kenali Ahli Majlis Anda telah dilaksanakan. Di mana kita harap melalui kempen ini dapat memastikan rakyat di semua kawasan dapat mengenali Ahli Majlis kawasan masing-masing dan memudahkan komunikasi dan juga kerjasama untuk bantu Kerajaan Tempatan melaksanakan tugas masing-masing. Selain itu, Kolokium Kerajaan Tempatan Negeri Perak telah diperkenalkan pada tahun ini. Di mana platform baru ini melibatkan penyertaan seluruh PBT, Ahli Yang Berhormat dan Ahli Majlis untuk menjadikan satu platform untuk perkongsian ilmu, penerangan dasar negeri dan memperkenalkan kelebihan setiap 15 PBT seluruh Perak.

Di samping itu, pada tahun ini juga Enakmen Hotel Perak 2023 telah berjaya dibentang dan diluluskan dalam Dewan yang mulia ini bagi menggantikan Enakmen Rumah Tumpangan 1927 yang telah digunakan selama 96 tahun. Enakmen Hotel Perak 2023 ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik kaedah mentadbir dan meningkatkan kualiti hotel dan tempat bermalam di seluruh negeri Perak serta persiapan bagi Tahun Melawat Perak 2024. Selain itu, aplikasi Park@Perak iaitu sebuah aplikasi pembayaran kupon tempat parking kereta sebagai alternatif penggunaan kupon gores sedia ada telah ditambah baik. Saya ingin kongsikan bahawa sehingga 31 Oktober, seramai 959,000 pengguna telah berdaftar menggunakan aplikasi ini yang mana memudahkan penggunaan membuat bayaran pas kupon letak kereta secara harian atau bulanan termasuk juga perkhidmatan untuk semakan kompaun letak kereta dan juga membayar kompaun dengan menggunakan kredit Park@Perak. Jadi pada tahun ini kaedah pembayaran kupon letak kereta juga telah dilebarkan lagi dengan kerjasama menggunakan aplikasi Flexi Parking. Jadi kita juga mensasarkan aplikasi Park@Perak ini akan mencecah satu juta pengguna dalam masa yang terdekat.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco minta celahan sikit. Dato' Yang di-Pertua saya mencelah YB EXCO. Apabila sebut tentang Ahli Majlis tu, kita semua tahu lantikan Ahli Majlis adalah lantikan politik. Tentang mesyuarat Majlis, sebab saya pernah jadi Ahli Majlis.Mesyuarat Majlis memang segak semualah. Semua pakai kot macam kita dan sebagainya dan mereka bincang isu-isu yang penting di kawasan Majlis di mana mereka dilantik. Yang itu saya tak pertikaikan. Tapi dari segi tanggungjawab mengikut zon tu, saya rasa bukan setakat kita sebut dalam mesyuarat, tapi mesti pamerkan muka dan handphone mereka bagi bajet sikit. Bagi rakyat tahu, contoh kawasan Alor Pongsu. Pekan Alor Pongsu, siapa Ahli Majlisnya? Apa nombor telefonnya? Supaya mereka lebih rasa bertanggungjawab. Bukan sekadar nak terima elaun, nak terima kemudahan sebagai Majlis. Kemudian rombongan pergi luar negara setahun sekali mencari ilmu. Baguslah, yang tu saya setuju. Kemudian saya juga nak ucapkan terima kasih pada YB Exco, terima kasih pada Majlis Daerah Kerian, YDP. Saya masalah besar di kawasan Alor Pongsu yang tentang pasar malam tu. Tapak tu kami caretaker kepada PKNP. Lepas pilihanraya dah tambak dah. Saya tak tahu berapa puluh ribu dah habis. Kali ini jadi bendang balik. Hari ini, dengan proaktif Majlis Daerah Kerian, dah tambak orang kata apa, miling lah. Iaitu tar second hand. Alhamdulillah. Terima kasih banyak Exco.

Yang Berhormat Exco, Astaka. Saya juga tambah sikit. Saya juga actually juga setuju apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Alor Pongsu, di mana Ahli Majlis harus mengemukakan dia punya nombor contact dan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kerana sudah buat macam itu. Tapi saya juga cadangkan, Ahli Majlis kita kena harus memainkan peranan yang lebih penting. Bukan sahaja kakitangan Kerajaan dalam PBT menetapkan dasar-dasar tetapi Ahli Majlis juga dalam mesyuarat penuh juga memainkan peranan yang lebih kritikal. Cadangan saya. Terima kasih.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Boleh? Terima kasih Exco. Saya berkaitan juga dengan Ahli Majlis memang dipamerkan nombor contact Ahli Majlis masalahnya Ahli Majlis lari. Tidak hendak menyemak aduan dan meletakkan "pergi cari penghulu lah pergi" so dia seolah-olah tidak mengambil tanggungjawab walaupun ada pergi zoning dan isu kedua dia tidak duduk di situ pun. Mungkin dia duduk di Teluk Intan, tetapi dia menjadi Ahli Majlis di kawasan Langkap. Nampak tidak kenalah. Saya faham lantikan itu mungkin lantikan politik tetapi dari segi pemilihan itu sepatutnya diberi keutamaan bagi mereka yang berada dalam kawasan yang amat berhampiran untuk memudahkan urusan-urusan yang berkaitan dengan aduan rakyat dan sebagainya. Tapi isu di tempat saya, ada Ahli Majlis yang lepas tangan, tidak hendak ambil peranan. Isu dalam kawasan Kampung Baru yang di mana apabila berlaku hujan, parit tersumbat dan sebagainya. Dia seolah-olah pergi mencari Ketua Kampung Baru. Sedangkan itu tanggungjawab dia. Dia tidak mahu mengambil tanggungjawab. So, saya ingat pihak Exco kena ada satu garis panduan apakah tindakan yang boleh diambil. Tidak semestinya berada sampai bila-bila di situ. Kalau dia tidak menjalankan tanggungjawab dan menerima aduan, mungkin tindakan boleh diambil. Memberi peringatan, memberi teguran untuk kebaikan Ahli Majlis tersebutlah.

Terima kasih saya ucapkan kepada Alor Pongsu, Astaka dan Sungai Manik.

YB Exco boleh lagi ke hendak jawab lagi?

Masa agak terhad mohon pendekkan ya.

Terima kasih YB Exco. Pertanyaan saya tentang kelayakan bagi program Rumahku Perak Prihatin ini diturunkan maknanya dilonggarkan daripada asalnya RM3,800 kepada RM5,300 ya. Jadi apakah kesan daripada kelonggaran syarat ini menyebabkan permohonan itu lebih banyak dan menyebabkan yang patutnya lebih patut dapat program ini terlepas peluang dia? Kemudian bagaimana cara pula bagi permohonan untuk program Rumah Perakku dan program Sayangi Rumahku cara mudah bagi rakyat untuk mendapat info dan untuk mendapat permohonan tersebut. Sekian terima kasih.

Saya hendak jawab isu yang dibangkit oleh Alor Pongsu tentang nombor telefon bagi Ahli Majlis. Seperti yang saya sebut tadi, melalui kempen kenali Ahli Majlis anda, memang semua PBT ambil tindakan untuk mempamerkan info tentang Ahli Majlis dan zon yang dijaga dan termasuk juga nombor telefon. Ada yang melalui platform yang berlainan, contohnya media sosial, dalam laman web semua PBT yang berkaitan. Ada juga mempamerkan melalui kain rentang di tepi jalan, ada yang paparkan melalui LED board yang di dalam kawasan majlis. Jadi itu antara usaha yang telah dijalankan. Jika ada cadangan bagaimana kita dapat memperluaskan lagi info-info supaya rakyat tahu tentang dan dapat kenali dengan Ahli Majlis, kita juga alu-alukan dan isu tentang Ahli Majlis yang kurang memberi kerjasama kepada Yang Berhormat, sebenarnya dalam pelantikan Ahli Majlis, kita telah menetapkan kriteria-kriteria dan juga syarat dan di hujung setiap penggal itu juga ada akan ada jawatankuasa yang menjalankan penilaian terhadap prestasi semua Ahli Majlis dan kita akan ambil kira semua pandangan daripada orang awam, PBT sendiri, pentadbiran dan termasuk Ahli Yang Berhomat jika menghadapi masalah yang tidak dapat kerjasama dengan Ahli Majlis yang ada, kita juga alu-alukan untuk beri info supaya kita boleh ambil tindakan untuk ambil kira dalam pelantikan yang akan datang.

Untuk isu tentang had pendapatan yang telah direndahkan seperti yang saya sebut tadi, masalah yang ada sebelum ini apabila kita letak had pada RM3,860 walaupun mereka memerlukan rumah dan ada ditawarkan rumah oleh pihak kerajaan ataupun melalui skim yang ada tetapi memang mereka hadapi masalah yang sukar untuk mendapat pinjaman itu sebab Kerajaan Negeri juga fikir kalau kita kekalkan dengan had kelayakan begitu akan menyebabkan masalah ini berulang. Saya ambil contoh sebelum ini terdapat projek perumahan di Batu 10, Lekir. Apabila projek itu melibatkan 340 orang peserta, rumah dibina diluluskan untuk pembinaan dan LPHP telah mengambil tindakan untuk memilih peserta melalui saringan dan memang dikenalpasti, 340 orang peserta yang layak dan perlukan rumah tetapi apabila sampai ke peringkat untuk mendapat pinjaman kewangan, memang sangat kita tidak sangka hanya 14 orang daripada 340 yang layak dapat pinjaman kewangan sehingga projek ini kemudiannya terpaksa tukar komponen sebab dengan majoriti yang tidak dapat pinjaman kewangan, senarai yang dibekalkan itu memang tidak dapat diteruskan. Jadi ini antara pengalaman yang LPHP ambil untuk kita ambil tindakan. Cuma kita faham memang ada kerisauan apabila kita meningkatkan had kelayakan, had pendapatan. Bagaimana pula dengan golongan yang memang gaji dia sekitar RM3,000 atau ke bawah. Itu sebab kita adakan, saya sebut tadi, skim untuk sewa supaya pada masa yang sama kita cuba wujudkan pilihan alternatif yang lain sementara kita cuba memperkasakan ekonomi rakyat Perak.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Minta maaf, apabila YB Exco cerita pasal perumahan tadi ada satu projek LPHP di kawasan saya, Kampung Dato' Nazri. Sudah siap lama sudah. Saya tidak tahu apa dia punya masalah sebab peringkat awalnya masalah kewangan yang dihadapi dengan pihak bank dan akhirnya LPHP mengambil alih semua menggunakan duit LPHP untuk membina rumah. Sudah siap saya ingat sudah lebih setahun ada. Yang terbaru masa Deepavali baru-baru ini mereka jumpa saya Dato'. Kami ingat boleh masuk sebab kebanyakannya adalah bekas pekerja estate. 24 unit tidak silap LPHP buat dan kos ditanggung oleh LPHP. Maksudnya mereka mengguna perlu bayar semula daripada LPHP. Masalahnya rumah sudah siap tetapi memang tidak boleh masuk. Saya pun tidak tahu apa masalah. Kebetulan sebut pasal perumahan tadi saya baru saya teringat. Kampung Dato' Nazri.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik. Saya akan…

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Yang Berhormat sedikit sahaja sebab tadi ada sebut tentang Pasir Panjang. Saya agak rasa agak kritikal lah. Bimbang sebab hampir 300 orang yang tidak layak untuk memiliki rumah tersebut kerana syarat-syarat ditetapkan oleh bank. Ini kita nampak, lama lagilah untuk kita hendak menguruskan kemasukan pemilik, pemberimilikan. Jadi saya pernah lah pada pembentangan bajet pada 2020 yang lalu, kerajaan pernah memperkenalkan satu skim yang mungkin lebih mudah untuk mereka ambil iaitu skim hire purchase, rent to own. Jadi saya harap kalaulah itu boleh dipertimbangkan, mungkin lebih ramai lagi yang dapat memiliki rumah sebut. Kalau tidak rumah sebut akan bertambah rosak. Sebab sudah 3 tahun sudah. Jadi kita macam mana pun kita kena mencari jalan untuk kita untuk mempercepatkan kemasukan penghuni rumah sebut. Terima kasih.

Terima kasih Pasir Panjang. Saya faham dan setuju. Memang LPHP sedang wujudkan lebih banyak ada banyak alternatif yang ada pada masa yang sama, contohnya wujudkan lebih banyak PPR untuk disewa, skim penyewaan dengan kadar yang lebih rendah dan juga skim rent to own juga salah satu option yang kita sedang usahakan. Baik saya ingin teruskan dengan bahawa dalam tahun ini juga kerajaan Negeri Perak telah menyahut cabaran teknologi dan menjadi negeri pertama yang melaksanakan inisiatif pendigitalan lesen perniagaan MyPatil yang mana ia mula dilaksanakan di Majlis Perbandaran Manjung dan tahun ini juga telah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan di semua PBT di negeri Perak. Jadi MyPatil ini bertujuan untuk memudahkan para peniaga untuk memperolehi dan memperbaharui lesen permis perniagaan tanpa perlu pergi ke kaunter PBT dan ini juga bertindak sebagai satu forum komunikasi di antara PBT dan pemegang lesen dan yang menjimatkan masa dan tenaga.

Dato' Yang di-Pertua, dengan peruntukan yang disalurkan melalui Belanjawan Tahun 2024, LPHP dan juga di bawah portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan kita akan teruskan usaha dalam tahun 2024 dengan beberapa fokus seperti contoh di bawah Kerajaan Tempatan tahun depan akan dilaksanakan dengan kerjasama Plan Malaysia untuk adakan Pelan Induk Smart City supaya kita dapat memanfaatkan daripada teknologi yang ada dalam kita mengurus perbandaran dan juga menyelesaikan masalah yang ada juga Pelan Induk Pengurusan Sistem Pepejal, Pelan Tindakan Isu

Anjing Jalanan sedang dimuktamadkan dan penyediaan kemudahan infrastruktur mesra warga emas, OKU dan sebagainya juga merupakan sebahagian daripada perancangan dan Kerajaan Tempatan juga dalam tindakan untuk semakan beberapa enakmen dan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan untuk bantu kita laksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Untuk portfolio perumahan pula bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 1,929 unit rumah Perak-ku akan siap dibina selain itu sebanyak 3 projek pembinaan program perumahan PPR yang baru melibatkan kawasan Tambun, Lenggong dan Teluk Intan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan. Ini memang merupakan satu berita baik untuk negeri Perak di mana untuk tahun-tahun yang lepas, sememangnya setiap tahun kita hantar permohonan untuk wujudkan PPR yang baru di Negeri Perak. Cuma atas kekangan peruntukan untuk menjaga negeri-negeri yang ada di Malaysia ini, bukan setiap tahun kita berpeluang untuk dapat dan tahun ini kita mendapat berita yang baik di mana kita memang secara prinsipnya diluluskan untuk mengadakan PPR yang baru seperti saya sebut tadi dan ini menjadi keutamaan untuk kita laksanakan bermula tahun depan dan pembinaan tiga buah PPR ini akan melibatkan sebanyak 1,200 unit yang akan memberi manfaat kepada 6,000 isi rumah. Di samping itu, pasukan petugas task force dengan izin projek sakit dan projek tebengkalai akan ditubuhkan melalui Lembaga Perumahan Hartanah Perak yang dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Perumahan Negara untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dalam memantau dan menangani isu projek sakit dan tebengkalai di Negeri Perak. Rancangan ini dibuat untuk menyatakan komitmen dan iltizam pihak kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Dato' Yang di-Pertua, saya seterusnya ingin menjawab pula isu-isu yang telah dibangkitkan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi pembahasan dan saya cuba untuk memberi jawapan kepada semua ke semua 23 orang ahli majlis yang telah menyentuh portfolio saya. Cuma bagi atas faktor kekangan waktu mana yang saya tak sempat jawab, saya akan beri jawapan secara bertulis. Yang pertama, Yang Berhormat Buntong telah bangkitkan isu berkaitan PPR Harmoni dan PPR Permai yang rosak dan masih terdapat di unit-unit yang kosong. Untuk makluman Yang Berhormat PPR yang berada di bawah selian LPHP di kawasan Buntong adalah rumah pangsa Buntong Permai sahaja. Jadi setakat ini terdapat 3 unit kosong yang sedang dalam proses pembaikan. Manakala terdapat 10 unit rumah yang telah diberi notis pengosongan kerana melanggar syarat-syarat penyewaan yang telah ditetapkan. Unit-unit ini akan dirampas dan akan ditawarkan kepada peserta-peserta dalam senarai simpanan kelak. Jadi dalam isu ini saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebenarnya, LPHP dalam isu ini agak serba salah dalam menangani isu ini. Apabila terdapat peserta-peserta penyewa yang melanggar syarat-syarat sewaan contohnya punya tunggakan yang tinggi, tak ambil tindakan dan tak memenuhi syarat yang ditetapkan. Selalunya kita cuba untuk memberi ruang yang sebaiknya sebab kita faham mereka yang duduk di PPR sememangnya hadapi kesusahan dalam isu kewangan dan sebagainya. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh faham kadang kalau kita terpaksa mengambil masa yang lebih panjang untuk menangani isu-isu sebegini sebab kita tak nak kerajaan negeri difikir sebagai zalim walaupun kita sebenarnya melaksanakan peraturan yang ada.

Yang Berhormat Trong pula mengutarakan isu berkaitan dengan kos perumahan yang semakin tinggi. Jadi memang banyak usaha sedang kita laksanakan seperti Dasar Perumahan Negeri Perak yang wajibkan pembinaan rumah mampu milik, itu satu dasar yang membolehkan kita wujudkan lebih banyak rumah mampu milik di negeri dan juga usaha kerjasama antara LPHP dan juga GLC-GLC negeri seperti MB Inc, SSI, PKNP dan sebagainya juga terlibat dalam pembangunan projek perumahan supaya dapat mewujudkan lebih banyak skim perumahan untuk memenuhi keperluan dan juga LPHP sentiasa sedia untuk meluluskan memberi kelulusan yang utamakan cadangan pembinaan yang mengandungi komponen rumah mampu milik. Juga yang seperti yang kita sebut tadi, pembinaan PPR baru juga dinampak sebagai salah satu cara yang akan dapat membantu selesai masalah ini.

Yang Berhormat Pasir Panjang telah bertanya tentang status projek Batu 14 Lekir dan Batu 10 Lekir yang dihentikan pembinaan untuk sementara. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, pengisian bagi projek Batu 14 Lekir akan dilaksanakan setelah Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan atau CCC diperolehi. Jadi projek ini sebelum ini memang menghadapi kelewatan isu-isu seperti pembinaan rumah pam, isu yang dihadapi kelewatan ekoran daripada PKP semasa covid. Apapun, yang isu yang status yang terkini, CCC dijangka akan dapat diperolehi pada bulan Februari 2024. Jadi memang kita harap dengan pemulihan CCC ini, semua urusan dapat diteruskan dan dapat menyiapkan projek ini dalam masa terdekat dan Batu 10 Lekir saya telah sentuh tadi, di mana ekoran daripada peserta, majoriti peserta yang berjaya dipilih tetapi tidak mendapat pinjaman kewangan. Jadi projek ini terpaksa ditukar komponen dan sekarang pihak Kerajaan Negeri sedang dalam usaha untuk mengenalpasti tapak gantian yang sesuai untuk laksanakan projek kos rendah yang di kawasan yang berdekatan.

Yang Berhormat Pengkalan Baharu mengharapkan agar kelulusan pembinaan rumah diberi secara adil dan saksama kerana hal ini perlu dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Yang Berhormat Pengkalan Hulu pula, mencadangkan supaya program Rumah Perak-ku perhatian dan program Sayangi Rumah-ku dijalankan di Pengkalan Hulu khususnya di Dun Kenering dan Pengkalan Hulu. Untuk makluman Yang Berhormat, LPHP sebagai agensi Kerajaan Negeri yang berfungsi sebagai penyelaras, penyelaras, integrasian dan pengawas selia pembangunan sektor perumahan sentiasa berusaha membangunkan rumah mesra milik di negeri Perak dan untuk pengetahuan dalam pembangunan setiap perumahan, LPHP juga mengambil mengambil kira isu kuota pembeli supaya kita memastikan projek itu dapat memanfaatkan semua golongan khususnya golongan yang mungkin kadang ia lebih mudah dipinggir kuota yang saya maksudkan iaitu 5% quota diberi kepada golongan OKU, 5% kepada ibu tunggal dan juga 5% kepada belia.

Ini suatu mekanisme yang dilaksanakan oleh LPHP supaya kita memastikan golongan-golongan ini juga dapat dijaga kepentingannya dalam melaksanakan sebarang permohonan perumahan dan juga melalui Program Sayangi Rumah-ku Yayasan Perak juga komited untuk menyampaikan aspirasi kerajaan untuk memastikan rakyat yang perlukan rumah tetapi tidak mampu untuk mendirikannya mendapat bantuan dan skim ini memang ditawarkan tanpa mengira bangsa mahupun kaum. Jadi setiap tahun untuk pengetahuan semua, setiap tahun Yayasan Perak juga meletakkan kuota penerima mengikut daerah supaya bantuan ini dapat diagihkan secara lebih lebih sama rata di antara daerah-daerah yang berlainan untuk menjaga faktor keseimbangan. Cuma kadangkala kuota ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya untuk ambil kira pemohonan sebab kita mengambil kira juga faktor-faktor tahap kritikal kerosakan pemohon yang ada dan juga dengan kejadian bencana dan kecemasan yang terpaksa diberi keutamaan. Apapun, kerajaan sentiasa cuba untuk memastikan golongan yang berlainan, kawasan yang berlainan cuba diberi perhatian yang sama dan juga saya ingin ingatkan dan tegaskan bahawa semua permohonan perumahan dan program bantuan yang saya sebut tadi di bawah LPHP dan Yayasan Perak adalah dibuat secara permohonan percuma dan terbuka atas talian.

Jadi sesiapa yang mempunyai keperluan, asalkan memenuhi syarat, kita alu-alukan untuk mengemukakan permohonan atas talian ataupun ke pejabat agensi yang berkenaan masing-masing dan saya harap dalam hal ini, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bantu untuk kita kongsikan info-info ini kepada rakyat di kawasan masing-masing supaya tiada salah faham yang tidak perlu dan juga program-program yang dibuat ini dapat manfaatkan mereka yang memerlukannya. Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Hulu juga tanya berkaitan status terkini pelaksanaan Program Perumahan rakyat PPR Taman Desa Cempaka, Pengkalan Hulu. Jadi untuk makluman Yang Berhormat PPR Taman Desa Cempaka mempunyai 62 unit rumah dan setakat ini sebanyak 54 unit telah diisi dan baki 8 unit dalam proses pembaikan ditawarkan semula kepada penyewa.

Dato’ Yang di-Pertua seterusnya saya ingin beredar untuk menjawap isu-isu berkaitan dengan Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat Alor Pongsu telah bangkitkan perancangan, isu tentang perancangan penempatan ataupun lokasi perpindahan tapak pasar malam dan pasar sehari Alor Pongsu di kawasan yang akan dibangun oleh PKNP. Jadi untuk maklumat yang berhormat, merujuk kepada Majlis Daerah Kerian, tapak yang dimaksudkan adalah tapak milik PKNP. Pelan kebenaran merancang telah diluluskan pada tahun 2016 melibatkan cadangan pembangunan 17 unit rumah teras, 6 unit kedai pejabat dan 1 tapak rizab kerajaan dengan keluasan 1.74 hektar. Jadi, kerajaan ingin syorkan, majlis, Majlis Daerah mengesyorkan agar aktiviti pasar hari atau pasar malam dapat diintegrasikan dengan cadangan pemajuan PKNP terutama tapak rizab kerajaan tersebut. Jadi, ini akan dapat membantu selesaikan isu apabila integrasi dapat dijalankan jadi saya juga ingin cadang Alor Pongsu boleh ambil tindakan susulan dengan kerjasama dengan Majlis Daerah Kerian dan juga PKNP untuk bincangkan halatuju dan cadangan untuk integrasikan penjaja-penjaja yang ada pasar hari dan malam yang ada dengan pembangunan yang akan datang.

Yang berhormat Pantai Remis, telah membangkitkan isu tentang Halatuju Persahabatan Bandar Ipoh-Fukuoka dalam pembangunan Warga Emas dan OKU. Untuk makluman, Yang berhormat, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan pada 20 November 2023 telah setuju mengambil kira program-program kerjasama secara silang portfolio di antara Exco-Exco Kerajaan Negeri sebagai sebahagian daripada fokus utama PBT Negeri Perak pada tahun 2024.Ini mengambil kira bahawa walaupun PBT melaksanakan tugasnya sebagai untuk merancang bandar, untuk mengurus perbandaran, tetapi sebenarnya banyak isu yang berkaitan dengan lebih daripada satu portfolio. Saya ingin ambil contoh perancangan program untuk yang pembangunan mesra, warga emas dan OKU sememangnya melibatkan jawatankuasa perumahan, kerajaan tempatan dan juga jawatankuasa pembangunan wanita, keluarga, kebajikan masyarakat dan lain-lain. Jadi kerjasama silang portfolio ini dinampak akan dapat menggerakkan agenda-agenda Perak Sejahtera dengan lebih baik dan lebih berkesan. Jadi ini satu halatuju yang akan diwujudkan untuk tahun depan untuk kita banyakkan kerjasama ini dan cadangan inisiatif ini akan diketengahkan untuk memastikan pembangunan infrastruktur awam yang dibangunkan oleh PBT tidak meninggalkan aspek kemudahan untuk warga emas, orang kelainan upaya dan lain-lain golongan rentan. Berdasarkan garis panduan perancangan fizikal bagi warga emas, dan juga reka bentuk sejagat dan sebagainya. Fokus hubungan Bandar Raya Kembar Ipoh-Fukuoka sebelum ini menjurus lebih kepada program kerjasama seperti pertukaran pelajar, pendidikan, sukan dan kebudayaan dan Kerajaan Negeri melihat terdapat potensi yang besar untuk terus dikembangkan dalam kedua-dua aspek berkenaan dengan penjagaan dan kemudahan masyarakat warga emas dan banyak lagi urusan yang berkaitan yang kita boleh memanfaat daripada pengalaman antara dua bandar ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bota memohon agar Kerajaan Negeri merancang program yang dilaksanakan sempena Tahun Melawat Negeri, Tahun Melawat Perak 2024 agar turut melibatkan promosi semua tempat bersejarah di sekitar kawasan Perak Tengah. Untuk makluman Yang Berhormat, Perak Tengah sememangnya kaya dengan pelbagai warisan, kebudayaan dan sejarah dan pihak, Majlis Daerah Perak Tengah juga banyak usaha untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri maupun Persekutuan untuk menjalankan kerja-kerja menaikkan taraf untuk memastikan kita dapat bersiap sedia untuk menyambut ketibaan pelancong. Antaranya termasuk pemuliharaan dan penyelenggaraan jeti pelancongan dan pembangunan kemudahan pelancong di Pulau Cempakasari, Parit. Selain daripada projek penyelenggaraan dan pembaikkan kerja kompleks sejarah Pasir Salak yang masih diteruskan oleh Lembaga Muzium Negeri Perak.

Yang Berhormat Simpang Pulai telah membangkitkan isu berkaitan kemudahan penginapan bagi Tahun Melawat Perak 2024 dan Enakmen Hotel 2023. Jadi Kerajaan Negeri sentiasa mengemaskini data berkenaan kemudahan penginapan bagi memastikan Perak dapat menampung jangkaan 8 juta pelancong domestik yang akan hadir pada tahun hadapan. Sehingga kini, negeri Perak merekodkan sebanyak 488 buah hotel dengan jumlah bilik sebanyak 19,976 bilik dan sememangnya jumlah ini tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana kita faham sebelum adanya enakmen hotel ini, banyak pengusaha perkhidmatan penginapan yang tidak berdaftar secara rasmi dan tidak dirangkumi dalam jumlah ini. Itu sebab dengan adanya enakmen hotel yang baru ini, kita harap kita dapat menguasai jumlah perkhidmatan penginapan yang sebenar di negeri untuk bantu kita buat perancangan dan juga publisiti yang lebih baik. Jadi, UPEN melalui Bahagian Kerajaan Tempatan masih meneruskan usaha untuk mendapatkan pelabur-pelabur yang berminat dan sedia menawarkan penambahan hotel-hotel di negeri ini untuk menambah kemudahan kita.

Jadi berhubung dengan pelaksana, pelaksanaan enakmen hotel, Kerajaan Negeri kini sedang dalam fasa akhir menyempurnakan pengubalan peraturan Hotel Perak setelah sidang Dewan Negeri yang kelima telah, pada bulan Mei telah bersetuju meluluskan cadangan Enakmen Hotel Perak 2023. Beberapa aspek masih memerlukan penelitian pihak-pihak berkepentingan dalam memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan. Enakmen ini berjalan lancar dan menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan negeri Perak. Jangkaan garis masa yang dijadualkan untuk menguatkuasa peraturan ini adalah pada suku pertama tahun 2024.

Saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah melibatkan diri dalam sesi-sesi libat urus yang lepas dalam menyuarakan suara daripada kawasan rakyat, kawasan masing-masing dan memberi pandangan yang bernas.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kurau mencadangkan agar dipertimbangkan pembinaan balai bomba yang baru di Pekan Tanjung Piandang. Untuk jawab soalan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak telah menghantar permohonan kepada pemilik tanah iaitu pihak JPS di atas tapak yang dicadangkan. Jadi pihak JPS sedang meneliti dan berbincang dengan pihak berkaitan memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan berisiko tinggi sebagai dataran banjir jadi sekarang isu yang penting kita perlu mengenal pasti tanah yang sesuai dan seterusnya pihak berkuasa akan ambil tindakan seterusnya untuk proceed cadangan ini.

Yang Berhormat Keranji telah membangkitkan isu banjir kilat di Taman Sri Kampar. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan perumahan Taman Sri Kampar berada di dalam kawasan yang rendah dengan muka, dengan bentuk muka bumi yang dikelilingi oleh lot pertanian yang berbukit dan bercerun. Beberapa siri kejadian banjir kilat pernah dilaporkan berikutan dengan aktiviti pertanian pada lot bersebelahan. Di pihak Majlis Daerah Kampar telah laksanakan kerja menaik taraf sistem saliran dan juga kerja pembaikkan tebing bagi mengawal kejadian banjir kilat yang lebih teruk daripada berlaku dan pihak Pejabat Daerah Kampar juga telah mendapati pembangunan di lereng bukit berdekatan dengan Taman Sri Kampar terletak di dalam Mukim Chenderiang dan akan mengambil tindakan untuk selaraskan hal ini dengan pihak Pejabat Daerah Batang Padang untuk sama-sama memantau dan menjalankan penguatkuasaan di lereng bukit untuk mengatasi kejadian banjir.

Yang Berhormat Kamunting, membangkitkan isu pembinaan Taman Awam Kamunting untuk dijadikan sebagai taman rekreasi awam. Jadi untuk pengetahuan, Yang Berhormat, projek Pembangunan Taman Awam Kamunting Taiping menerima peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara antara tujuan pembangunan taman awam ini untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada para pengunjung yang datang beriadah ke Taman Tasik Kamunting dan ianya juga dapat merancakkan ekonomi penduduk setempat berdasarkan kepesatan pembangunan dan peningkatan kawasan perumahan. Jadi, selain itu juga diharapkan dengan adanya taman awam ini dapat mengurangkan kesesakan pengunjung di Taman Tasik Taiping.

Yang Berhormat Sungai Manik dan Selinsing, telah membangkitkan isu tentang kutipan sampah di luar kawasan PBT. Jadi melalui Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM3.2 juta bagi kutipan sampah di luar kawasan PBT berbanding dengan sejumlah RM3 juta pada tahun ini. Kerajaan Negeri telah menerima pelbagai reaksi dan maklum balas tentang daripada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam dasar kutipan sampah ini sejak dasar ini diperkenalkan pada tahun 2021. Jadi objektif asal dasar ini diketengahkan adalah sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk bersama-sama PBT meringankan isu pengurusan sampah di luar bandar khususnya yang melibatkan kawasan yang menimbulkan isu longgokan sampah haram. Sebenarnya ini merupakan satu inisiatif untuk kita selesaikan masalah longgokan sampah di kawasan PBT dan juga di kawasan perumahan, di kawasan pasar. Jadi dengan adanya dasar kutipan sampah ini diharap dapat selesai masalah yang ada tetapi semenjak pelaksanaan pada tahun 2021, memang kita perhatikan masih terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan.

Saya ambil contoh apabila melalui program ini diwujudkan tong sampah yang khusus di kawasan kampung tradisional yang sebelum ini tidak mempunyai perkhidmatan kutipan sampah, berlaku isu bahawa longgokan sampah tetap berlaku dan ada pihak pula bakar tong sampah dan sebagainya. Macam-macam isu masih berlaku. Jadi saya rasa walaupun Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan peruntukan khas bagi selesai masalah ini, tetapi selepas pengalaman beberapa tahun untuk menjalankan kutipan sampah di luar kawasan PBT ini, saya rasa sudah sampai masanya dan Kerajaan Negeri bercadang untuk menetapkan hala tuju dasar tentang kutipan sampah di luar PBT ini untuk melihat perkembangan yang terkini dan mengambil kira feedback yang kita terima selama ini sebelum kita mencadangkan kelangsungan dasar ini pada tahun akan datang iaitu tahun 2025. Jadi dalam hal ini juga kita harapkan Ahli-ahli Yang Berhomat dapat menyumbang untuk memberi idea dan juga pandangan tentang pelaksanaan ini dan juga yang paling penting bagaimana kita dapat menyelesaikan isu-isu longgokan sampah ini secara menyeluruh mengikut pengalaman di kawasan masing-masing.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Slim telah mencadangkan untuk dibaik pulih kawasan Medan Selera Tanjong Malim. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Majlis Daerah Tanjong Malim telah memohon peruntukkan daripada KPKT pada tahun 2020 bagi kerja menaik taraf medan selera yang disebut. Jadi kerja itu bertujuan untuk mengganti medan selera yang lama yang berusia hampir 30 tahun dan kos anggaran naik taraf adalah dijangka sebanyak RM2 juta termasuk kos untuk penyediaan bangunan gerai, ruang makan serta infrastruktur yang lain disekitar kawasan cadangan. Jadi pihak Majlis akan mengambil tindakan susulan sekiranya peruntukan dapat diluluskan oleh KPKT.

Yang Berhormat Menglembu pula telah bangkitkan isu kekurangan tempat letak kereta di pasar awam dan juga lot kedai. Jadi untuk kawasan sekitar pekan Menglembu, pihak MBI memang merancang dan untuk menyelaraskan kepada jalan sehala bagi menambah petak letak kereta di kawasan tersebut terutamanya di kawasan sekitar Pasar Awam Menglembu. Jadi...

Yang Berhormat, Titi Serong nak mencelah sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Kebetulan Yang Berhormat sedang merespon permohonan-permohonan daripada semua Ahli-ahli Dewan. Semalam saya tak sempat untuk nak sentuh satu isu yang berada di bawah tanah pemilikan PBT iaitu berkaitan dengan padang futsal di bawah KBS. Kita sedia maklum, ini adalah projek KBS tetapi bermasalah dari sudut peruntukan penyelenggaraan. Kebetulan, futsal-futsal, tapak futsal ini berada di tanah milik PBT. Di Titi Serong ada dua, di Kuala Kurau ada tiga, Alor Pongsu tinggal satu. Jadi, dah saban tahun, anak-anak muda, masyarakat melihat tidak ada apa-apa penambahbaikan. Pun ada, rosak balik. Jadi, saya nak mohon daripada Kerajaan PBT, di bawah seliaan Exco untuk mungkin ada bajet lebih atau pun di khususkan peruntukan khas untuk baik pulih court-court fusal di atas tanah pemilikan PBT sebab kalau di Titi Serong, satu tempat tu dia berada betul-betul di tepi jalan dan ada lagi satu di Pekan Baru, itu pun dah nak jadi satu laluan utama untuk pergi ke tempat Dennistown, tempat yang sedang membangun. Jadi kalau untuk nak kita masuk tahun depan 2024 tahun melawat Perak, saya rasa satu imej yang sangat tidak baiklah untuk di Negeri Perak. Sekian, itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Titi Serong. Bagi kawasan di bawah kemudahan di bawah PBT, termasuk futsal kalau dia terletak di bawah PBT dan bawah kuasa pengurusan PBT, memang pihak Kerajaan Tempatan akan ambil tindakan untuk dalam perancangan penambahbaikan. Cuma kalau sesetengah futsal yang dibawah kepunyaan KBS dan dibina atas kos KBS dan tidak ditukar hak pengurusan kepada pihak lain termasuk PBT, memang kita perlu mengambil tindakan untuk memohon kos-kos penyelenggaraan dan menaik taraf yang seterusnya melalui KBS juga. Jadi kita perlu menjelas tentang bidang kuasa dan kalau mana yang bawah PBT memang kita ambil maklum untuk kita cuba memanfaatkan peruntukan yang ada untuk bantu.

Saya teruskan sedikit lagi dengan isu tempat letak kereta yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menglembu. Jadi Majlis Bandar Raya Ipoh mensasarkan dengan pelaksanaan jalan sehala akan dapat menambah sebanyak 20% petak parking yang ada di kawasan Pekan Menglembu.

Yang Berhormat Hutan Melintang pula membangkitkan isu keperluan menaiktaraf dan baik pulih Pasar Awam Hutan Melintang. Jadi Majlis Perbandaran Teluk Intan telah mengemukakan permohonan projek baru bagi membina Pasar Awam di Hutan Melintang di bawah projek RMK12, Rolling Plan 4, kepada KPKT pada awal bulan Julai yang lalu. Jadi lawatan tapak bersama Yang Berbahagia Dato' KP, JKT juga telah diadakan pada 04 Mei 2023 yang lalu bagi meninjau dari segi kesediaan tapak. Maklumat terperinci projek telah dibentangkan oleh Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah JKT kepada Kementerian Ekonomi dan sehingga kini MPTI masih menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan.

Sepanjang perbahasan juga beberapa orang Ahli Yang Berhormat juga sentuh tentang permohonan untuk menambah baik atau untuk menambah kemudahan yang awam termasuk Yang Berhormat Selinsing mohon untuk sediakan kawasan rekreasi dan sukan di kawasan Selinsing, Yang Berhormat Kuala Kurau, mencadangkan pembinaan Dewan Kuala Kurau. Yang Berhormat Bota, mohon menaik taraf taman permainan bersebelahan Pusat Konservasi Tuntung Bota. Yang Berhormat Buntong ingin mohon tentang menaik taraf Pasar Awam Buntong Yang berusia lebih 70 tahun. Jadi saya ingin jawab bersekali bahawa dalam sebarang meneliti sebarang permohonan sentiasanya isu pertama kita kena mengenal pasti keperluan dan seterusnya isu dari segi hak milik tanah, status tanah supaya memastikan memang memenuhi syarat yang telah diluluskan, yang ditetapkan dan seterusnya pihak PBT akan ambil tindakan untuk mengemukakan permohonan peruntukan dan memang pelaksanaan dia sangat bergantung kepada adanya kelulusan peruntukan yang diberikan untuk laksanakan projek-projek menaik taraf ataupun pembinaan baru yang dimohon.

Jadi Bahagian Kerajaan Tempatan sentiasa menggalakkan PBT mengemukakan permohonan yang memerlukan perhatian khususnya melibatkan isu-isu keselamatan, bencana dan pengurusan sisa pepejal untuk dipertimbangkan peruntukkan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Jadi saya harap selepas sidang dewan pada kali ini, Ahli-ahli Yang Berhomat boleh mengambil tindakan susulan untuk mengemukakan permohonan kepada pihak yang berkenaan supaya agensi-agensi Kerajaan dapat mengambil tindakan yang seterusnya dan ini dapat bantu kami untuk bantu rakyat di kawasan masing-masing. Jadi saya…

YB Exco, Manjoi. Terima kasih kepada YB Exco. Saya tengok tadi tak ada, tak ada lagi disentuh berkenaan dengan isu yang Manjoi bangkitkan semalam. Mungkin pihak YB Exco sedang dalam perancangan untuk membantu. Bila tak disebut, saya bangkitkan di sini. Isu yang penting, sekiranya dua tiga kali saya sebut di sini dan semalam saya sebut dalam ucapan berkenaan dengan isu pekebun haram ladang jagung di Chepor Sentosa. Saya kira perkara ini penting, kerap kali saya bawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan juga pelbagai pihak dari agensi dan juga dengan pihak MBI sendiri. Sekiranya sampai masanya pihak Kerajaan Negeri kita kena masuk campurlah isu tersebut kerana kawasan tersebut memang dah teruk dilanda dengan banjir lumpur dan juga sebabkan masalah daripada pekebun-pekebun haram di belakang kawasan Taman Chepor Sentosa itu.

Saya harap mungkin YB Exco boleh bincang serius dengan pihak-pihak berwajib sebab sehingga hari ini masih lagi tak selesai. Dua hari lepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat, saya sebut dalam ucapan saya, menyebabkan rumah-rumah di situ terkesan dan juga ayor-ayor itu dah tak boleh dikawal masuk dalam kawasan rumah. Kedua, isu tarahan tanah yang masih berjalan di cerun bukit Taman Meru 2B juga isu yang sama yang dah dibangkitkan sebelum ini, masih lagi belum selesai dan sehingga dah sampai waktu dan tikanya pihak YB Exco kena campur tangan untuk memastikan masalah di Taman Meru 2B itu selesai sebab kawasan atas bukit itu kita tak tahu apa yang berlaku, kawasan tertutup di bawah sikit itu ada kawasan Maahad Tahfiz, sekolah-sekolah tahfiz kita, kemudian saya takut kalau berlaku benda yang tidak diingini, katalah berlaku tanah runtuh yang pernah berlaku di tempat lain, berlaku di kawasan Meru 2B itu akan menjadi satu masalah besar pada negeri kita. Terima kasih banyak, YB Exco.

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Untuk isu yang disebut tadi, saya difahamkan Majlis Bandar Raya Ipoh telah ambil tindakan untuk mengenalpasti punca-punca dan termasuk untuk mengambil tindakan penguatkuasa terhadap pihak yang dikenalpasti sebagai pihak yang menyebabkan menjadi punca kepada banjir. Jadi perbincangan dan juga tindakan sedang disusun untuk supaya kerja-kerja baik pulih, kerja-kerja menambahbaik kawasan kemudahan itu diadakan, dijalankan secepat mungkin untuk kita mengelakkan tindakan daripada banjir kilat daripada terus berlaku. Jadi, sememangnya keutamaan sentiasa diberi kepada isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan khususnya kita tahu sekarang dengan perubahan iklim memang isu banjir kilat menjadi keutamaan dalam kita meluluskan peruntukan. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Manjoi dan jika ada permohonan yang disebut tetapi saya tidak sempat untuk sentuh dalam penggulungan saya, saya ingin bagi tahu kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat pintu kepada semua PBT ni sentiasa terbuka luas. Jadi kita alukan kalau sebahagian cadangan ada isu, memang kita akan memberi komitmen untuk sama-sama kita selesaikan masalah yang ada. Jadi,

Dato' Yang di-Pertua, setakat ini sahaja respon, Timbalan Yang Dipertua, respon yang saya sempat beri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang isu berkenaan perumahan dan juga kerajaan tempatan yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Jadi, untuk tahun 2024 memang besar harapan kita. Ini merupakan satu tahun yang kita harapkan pemulihan ekonomi dan banyak pelbagai usaha termasuk Tahun Melawat Perak 2024 dapat merancakkan lagi ekonomi di negeri supaya kita mempunyai sumber yang lebih banyak untuk laksanakan pelbagai perancangan yang ada. Jadi, di bawah Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kita sentiasa commite untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada rakyat dan kita alu-alukan kerjasama semua pihak untuk kita sama-sama menjayakan Pelan Perak Sejatera 2030. Jadi, saya ingin sekali lagi ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga kepada semua penjawat awam, kakitangan yang banyak berusaha dalam kita menjayakan segala usaha dan perancangan. Jadi dengan itu saya ucapkan terima kasih dan sama-sama kita usahakan yang terbaik.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Maaf, Keranji boleh tanya sikit? Sorry, terima kasih Timbalan Dato' Speaker, Tuan Speaker, bagaimanakah state, akan I mean negeri, kerajaan akan menangangi isu lembu yang merayau-rayau? Sebab saya dengarkan semua gulungan yang dibuat oleh YB Exco tapi saya tak dapat pandangan untuk isu lembu merayau-rayau. Terima kasih.

Seperti yang saya sebut tadi, saya faham tak semua isu yang saya dapat jawab dalam penggulungan ni sebab saya telah mengambil masa yang lebih. Jadi untuk isu yang tak sempat nak jawab, akan dijawab secara bertulis tetapi secara umumnya, untuk isu haiwan merayau ini memang majlis dari masa ke semasa kita menjalankan operasi penguatkuasa dan tahun ini sahaja memang juga penguatkuasa telah ditingkat, dipertingkatkan, menambah kekerapan untuk kita selesaikan masalah ni. Cuma PBT juga dalam usaha kita sedang bincang dengan pihak kerajaan yang di peringkat Persekutuan mahu pun Negeri yang berkaitan untuk bagaimana kita dapat mengawal di peringkat penternak supaya itu punca yang menjadi punca masalah kepada haiwan merayau tu dapat diselesaikan dengan lebih baik tetapi buat masa kini, di peringkat PBT, tindakan penguatkuasa memang kita jalankan dari masa ke semasa dan untuk kawasan Keranji yang terletak di bawah Majlis Daerah Kampar, sebelum ini juga telah ada usaha di antara tiga PBT iaitu Majlis Daerah Kampar, Batu Gajah dan Tapah untuk menandatangani MOU untuk kerjasama supaya tiada batas di dalam kawasan sempadan di dalam 3 Majlis Daerah ini untuk mereka kerjasama, berkongsi pengalaman, kelengkapan dan tenaga untuk laksanakan tindakan penguatkuasaan. Terima kasih. Jadi, dengan itu, saya sudahi sesi penggulungan saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Teja. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Aulong untuk menggulung perbahasan. 45 minit sila.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan |Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030 dan salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Pada kesempatan ini, dengan penuh hormat dan takzim, patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan

Azlan Muhibuddin Shah Almaghfirullah dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah, setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Perak Darul Ridzuan. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang merekodkan sejarah baru Bajet Negeri Perak. Penghargaan ikhlas juga daripada saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan, pandangan dan rujukan dalam perbahasan yang menyentuh isu berkaitan saiz alam sekitar dan teknologi hijau. Belanjawan negeri yang dibentangkan setiap tahun, senantiasa ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat seluruh pelosok negeri Perak. Belanjawan kali ini yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera mencerminkan pendekatan yang inklusif selaras dengan kesinambungan pelaksanaan yang berteraskan kepada lima fokus utama sebagai paksi utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan. Fokus keempat dalam Belanjawan Negeri Perak 2024 iaitu Kelestarian Alam Sekitar dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM66.3 juta menunjukkan iltizam dan keseriusan Kerajaan Negeri dalam menjaga kelestarian alam sekitar di negeri tercinta ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kelestarian Alam Sekitar merupakan agenda penting dan tanggungjawab setiap individu dalam menjaga anugerah berharga ciptaan yang maha esa. Menyedari ini, Kerajaan Negeri komited dalam memastikan Kelestarian Alam Sekitar menjadi tonggak kepentingan negeri. Penggulungan saya pada hari ini menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan perubahan iklim, tenaga boleh diperbaharui, konflik haiwan-manusia, perwartaan tapak-tapak konservasi, pencemaran udara, pengoperasian kilang haram dan Pelan Perak Lestari 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, menyentuh isu berkenaan perubahan iklim dan menjawab soalan daripada Yang Berhormat Titi Serong. Kesan perubahan iklim boleh memberi impak dari segi perubahan fenomena cuaca ekstrem seperti hujan lebat berterusan, panas yang membahang dan penurunan suhu. Antara faktor yang menyumbang kepada perubahan iklim ialah pemanasan global dan pelepasan gas rumah hijau. Jabatan Alam Sekitar, selaku agensi yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sentiasa memastikan pelepasan bahan-bahan tercemar yang dikeluarkan daripada setiap sektor yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mematuhi standard yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan yang berkaitan. Penggunaan sumber-sumber tenaga yang lebih mesra alam seperti penggunaan tenaga solar dan penggunaan gas berbanding bahan api pepejal amat digalakkan. Kawalan pembangunan dipantau terutama projek-projek berskala besar dan tertakluk kepada penyediaan laporan kesan kepada alam sekeliling (EIA) supaya pembangunan yang dilaksanakan kelak adalah secara lestari.

Selain itu, pihak JAS juga turut mengambil beberapa langkah proaktif seperti pengawasan kualiti udara, air sungai dan air laut berdasarkan stesen-stesen yang ada di Perak dan penganjuran program-program kesedaran alam sekitar seperti pameran, kempen dan ceramah kesedaran alam sekitar yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Untuk makluman Dewan yang mulia, sebagai langkah menangani isu Climate Change Action seiring dengan inisiatif yang digariskan dalam Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri Perak telah meningkatkan keluasan kawasan hutan simpan kekal di negeri Perak berjumlah 2,680.11 hektar berbanding tahun 2022 dengan menjadikan keluasan hutan simpan kekal di negeri Perak sehingga November 2023 adalah seluas 988,700.88 hektar. Keluasan hutan simpan kekal ini adalah 96.4% daripada keluasan kawasan berhutan di Negeri Perak dan keluasan ini juga telah menjadikan Negeri Perak sebagai Negeri yang mempunyai peratusan keluasan hutan simpanan kekal yang tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan peratusan sejumlah 47%. Antara inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak adalah dengan merealisasikan agenda Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 10 juta pokok di negeri Perak. Sehingga November 2023, sejumlah 6.9 juta pokok dengan keluasan 16,260 hektar telah berjaya ditanam di seluruh negeri Perak. Kejayaan ini dicapai hasil pelaksanaan pelbagai program penanaman pokok termasuk program CEPA iaitu Communication, Education, Participating and Awareness oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersama Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerajaan yang lain, badan-badan berkanun, syarikat berkait kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pelajar dan orang awam seterusnya ke arah tenaga boleh diperbaharui.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Alor Pongsu, Jelapang dan Slim serta Dewan yang mulia ini, menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia iaitu MIDA, pelaburan teknologi hijau dicatat sebanyak RM1 bilion antara Januari dan Jun tahun ini, mewakili pertumbuhan sebanyak 21.9% dari tahun ke tahun merangkumi pelbagai inisiatif teknologi hijau termasuk tenaga boleh diperbaharui, pemuliharaan tenaga, pengurusan sisa, bangunan dan perkhidmatan hijau. Sebanyak 348 projek teknologi dan perkhidmatan hijau termasuk tenaga boleh diperbaharui diluluskan sehingga Jun 2023. Sejajar dengan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang ketara dengan purata kenaikan tahunan sebanyak 35% hingga 40% dalam projek hijau meliputi tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, bangunan hijau dan pengurusan sisa bersepadu sejak 2018. Dari 2018 hingga Jun 2023 MIDA meluluskan 3247 projek hijau bernilai lebih RM17.7 bilion mencerminkan prospek Malaysia yang baik dalam teknologi hijau. Tidak dapat dinafikan, negara yang bakal menguasai alam sekitar, sosial dan tadbir urus iaitu ESG serta teknologi hijau akan terus berkembang maju berdasarkan kepada laporan Tinjauan Peralihan Tenaga yang disediakan International Renewable Energy Agency untuk mencapai sifar karbon menjelang 2050. Malaysia perlu mempunyai sejumlah RM637 bilion untuk pelaburan seperti memasang sistem baharu. Ketika dunia menyahut seruan penggunaan tenaga yang lebih mampan dan kurang karbon, tenaga boleh diperbaharui telah muncul sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga yang paling cepat berkembang dan dijangka menjadi sumber tenaga terbesar pada tahun 2040.

Tenaga boleh diperbaharui merujuk kepada sebarang bentuk tenaga primer yang berasal daripada sumber yang tidak habis seperti tenaga suria, biojisim, biogas, hidromini, dan tenaga panas bumi. Di Malaysia, projek solar adalah tenaga boleh diperbaharui yang paling meluas kerana kos pengelolaan peralatan photovoltaik yang lebih rendah dan ketersediaan pembiayaan yang mudah bagi projek hijau. Antara projek berskala besar yang dibangunkan di negeri ini ialah Ranhill Solar 1 di Ladang Bikam dengan berkapasiti 50 Megawatt (MW). Ladang solar di Simpang Pulai dengan kapasiti 1.5 MW dan pelaburan sebanyak RM150 juta oleh PKNP di Bidor seluas 43 ekar yang menjana 30 MW. Kerajaan Negeri Perak mendukung Dasar Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara yang menggariskan untuk mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 70% menjelang 2050. Kerajaan Negeri kini giat memperkasakan inisiatif pembangunan teknologi hijau melalui PKNP yang telah diamanahkan untuk menggerakkan agenda teknologi hijau di Negeri Perak. Maju Perak Holding Berhad mensasarkan untuk meluaskan penguasaan di dalam bidang-bidang utama tenaga boleh diperbaharui seperti berikut. Ladang Solar atas tanah, solar terapung di Bukit Merah dan Tasik Kenering di mana Maju Perak, Holding Berhad telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri Perak melalui PKNP.

Pemasangan solar dibumbung di bawah program Net Energy Metering yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan pihak berkuasa pembangunan tenaga lestari. Kerjasama strategik dengan menandatangani Memorandum Persefahaman iaitu MoU dengan pemain utama industri tenaga boleh baharu, Maju Perak Holding Berhad juga senang dalam perancangan bagi membina kekuatan tenaga-tenaga mahir di dalam bidang engineering, procurement, construction dan commissioning iaitu EPCC. Dato' Yang di-Pertua, Maju Perak Holding Berhad turut terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan bagi membekal kenderaan van elektrik di Pulau Pangkor di mana pengusaha-pengusaha teksi di Pulau Pangkor akan diberi kenderaan van elektrik sebagai gantian kepada van yang sedia ada dalam usaha menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau pelancongan hijau dan lestari. Secara kesimpulannya, Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan senang, aktif bagi pembangunan teknologi hijau bagi memenuhi permintaan yang tinggi di dalam bidang ini. Ia juga merupakan rancangan jangka panjang yang menyeluruh dalam usaha untuk mengoptimumkan aset-aset kerajaan negeri Perak bagi pembangunan teknologi hijau ini, bagi memberi peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan di samping menghasilkan kehidupan yang berkualiti.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri menyeru dan menggarakkan penglibatan pihak swasta untuk sama-sama menggalakkan, mengambil langkah penjimatan melalui penggunaan tenaga boleh baharu yang lebih lestari seperti tenaga solar sejajar dengan teras ketiga, Pelan Perak Sejahtera 2030. Dalam merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri sudah pun melaksanakan kerjasama strategik dengan swasta dalam pembangunan tenaga solar. Untuk makluman Dewan yang mulia, syarikat pengeluar tayar, Toyo Tires yang kini beroperasi di Kamunting juga telah memulakan projek solar di kilangnya dan Toyo Tires Malaysia menjadi model contoh syarikat multinasional yang telah melaksanakan projek mega solar ini sejajar dengan teras pelan ketiga Perak Sejahtera 2030. Projek solar korporat ini, merupakan terbesar di Perak setakat ini, melibatkan pelaburan sebanyak RM30 juta untuk photovoltaik solar berkapasiti 14 MW di atas bumbung kilang. Sebanyak 26,044 keping unit panel solar yang dipasang di atas bumbung kilang seluas 96,000 meter persegi. Projek ini bakal mengurangkan 12,196 tan gas karbon dioksida setahun dan lebih menarik lagi, Toyo Tires akan menikmati penjimatan sebanyak RM800,000 sebulan dari bil elektrik dengan pulangan pelaburan sebanyak RM30 juta dalam masa 3 tahun sahaja. Usaha yang dilaksanakan oleh Toyo Tires itu diharapkan akan menjadi contoh kepada syarikat lain dalam memulakan langkah penjimatan untuk jangka masa panjang susulan peningkatan tarif elektrik yang kian menghambat pemain industri. Kerajaan Negeri juga terus komited untuk menyebar luaskan inisiatif pembangunan teknologi hijau dengan menggarakkan pemasangan pena solar PV di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih 3.0.

Untuk maklumat, makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada aduan yang diterima oleh Jabatan Perhilitan, spesies-spesies haiwan yang terlibat dalam konflik manusia-haiwan mengikut urutan tertinggi hingga ke rendah adalah kera, babi hutan, harimau, gajah dan lain-lain spesies. Secara umumnya, punca-punca konflik manusia - hidupan liar adalah disebabkan perkara-perkara berikut. Iaitu pertama, kehilangan habitat, yang kedua pigmentasi hutan, yang ketiga tiada usaha pencegahan dari pengusaha ladang dan penternak untuk mengelak berlakunya konflik. Kadar pembiakan yang cepat bagi spesies kera dan babi hutan dan keupayaan adaptasi dengan persekitaran dan persekitaran perumahan yang mengundang kehadiran hidupan liar khususnya kera dan babi hutan. Selain itu, sistem pengurusan sampah yang kurang cekap dan teratur juga menjadi punca berlakunya konflik hidupan liar spesies ini. Sikap penduduk tempat yang memberi makan kepada kera atau babi hutan akan mengubah tabiat pemakanan dan diet semula jadinya.

Antara langkah-langkah tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Perhilitan Negeri bagi mengatasi masalah konflik manusia haiwan terutamanya babi hutan dan kera di kawasan penampatan adalah memberi khidmat nasihat kepada penduduk setempat, memasang perangkap babi hutan dan kera di kawasan konflik hidupan liar melupuskan hidupan liar melalui kaedah tangkap lupus bagi spesies hidupan liar yang dianggap pets. Hidupan liar yang memasuki perangkap akan disuntik mati dan bangkai akan dibakar atau ditanam bagi proses pereputan dan akhir sekali melupuskan hidupan liar melalui kaedah tembak mati sekiranya penggunaan perangkap tidak berkesan. Mereka juga menjalankan operasi bersepadu membasmi musuh tanaman dengan kerjasama RELA, jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung dan pemburu-pemburu berlesen bagi mengurangkan konflik kehidupan liar. Memberi khidmat nasihat kepada pengadu bagi memasang pagar yang baik dan efektif di kebun untuk membantu menangani konflik gangguan kehidupan liar dan juga memberi khidmat nasihat kepada penduduk setempat agar tidak memberi makan kepada kera atau babi hutan bagi mengelakkan kehidupan liar ini berubah tabiat pemakanan dan diet semula jadinya.

Jabatan Perhilitan mengadakan sesi perbincangan dan libat ulus dengan agensi-agensi berkaitan dan pemimpin setempat bagi mengurangkan masalah konflik yang berpunca dari pengurusan sampah yang kurang cekap. Ladang-ladang pertanian yang tidak berpagar, ternakan yang tidak berkandang dan pelbagai perkara yang mengundang kehadiran hidupan liar terutamanya kera dan babi hutan dan Jabatan Perhilitan turut memberi nasihat teknikal tentang penyediaan perangkap komuniti dan pagar elektrik bagi mengurangkan masalah konflik manusia-kehidupan liar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berikut adalah cadangan dan usaha untuk mengatasi konflik.

Yang pertama, penganjuran sesi dialog oleh Yang Berhormat bagi setiap Dun bersama Perhilitan, bersama-sama dengan ketua-ketua kampung atau wakil penduduk bagi menjelaskan peranan tanggungjawab dan sumbangan penduduk-penduduk untuk bersama-sama dalam mengurangkan isu konflik manusia hidupan liar ini. Kerjasama dari agensi luar yang bertanggungjawab terhadap haiwan ternakan lembu, kambing atau kerbau untuk memainkan peranan dalam memberi khidmat nasihat penternak supaya mengurungkan ternakan dan memasang pagar yang baik dan efektif di kebun atau kandang untuk membantu menangani konflik gangguan hidupan liar terutamanya serangan ternakan oleh hidupan liar seperti harimau, beruang dan harimau kumbang dan pihak majlis atau persatuan penduduk perlu mengambil tindakan sesuai bagi pengurusan tanah terbiar supaya tidak menjadi semak samun yang menjadi tempat penyembunyian atau habitat hidupan liar khususnya babi hutan dan kera.

Timbalan Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua memasuki topik pewartaan tapak-tapak konselvasi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pada 24 Mac 2023, Taman Negeri Royal Belum berjaya mencapai akreditasi Conservation Assured Tiger Standard, iaitu CATS. Sebagai tapak perlindungan tunggal dan pertama di Asia Tenggara yang mencapai akreditasi ini. Kejayaan ini telah dibentangkan kepada Mesyuarat Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya dan telah dipersetujui untuk dilaksanakan di Peringkat Kebangsaan dan diketuai oleh Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Projek Penyelidikan dan Pemuliharaan Seladang juga dijalankan dari tahun 2021 hingga 2023 bersama NGO Bora. Jabatan Perhilitan WWF Malaysia dan Habitat Foundation. Hasil projek ini akan membantu dalam usaha pemuliharaan seladang di Taman Negeri Royal Belum dan landskap lain di Semenanjung Malaysia. Pada 6 Julai 2023, sebahagian Tasik Temenggong dan kawasan hutan diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum. Keluasan Taman Negeri Royal Belum dipertingkat daripada 117,500 hektar kepada 128,271.69 hektar. Penambahan kawasan ini akan memastikan pengurusan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh dan integriti eko sistem dapat dipelihara dengan berkesan. Pada Oktober 2023…rancangan kawasan khas KK untuk Taman Negeri Royal Belum telah dihasilkan oleh Plan Malaysia. Rancangan kawasan khas ini bertujuan menyediakan rancangan pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan untuk kawasan Taman Royal Negeri, Taman Negeri Royal Belum dan kawasan hutan simpan kekal di sekitarnya supaya nilai konservasi dapat dipelihara pada seluruh lanskap.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu pencemaran udara yang dibangkikan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sering menerima aduan pencemaran bau di kawasan Simpang Pulai dipercayai berpunca daripada pelepasan pencemar udara oleh industri-industri di kawasan perindustrian berdekatan. Punca sebenar industri yang melepaskan pencemar udara tersebut masih di dalam siasatan pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Pemantauan pencemaran udara dalam tempoh 24 jam selama tempoh seminggu menggunakan portable multi gas analyzer iaitu C-REX di kawasan Simpang Pulai telah dijalankan oleh JAS Perak di beberapa tempat di beberapa lokasi iaitu Taman Botani, Taman Muda dan Balai Polis Bomba, Simpang Pulai.

Walau bagaimanapun, semasa pemantauan semasa pemantauan dijalankan tiada dikesan sebarang pencemaran bau seperti mana yang diadu. Portable multi gas analyzer yang dipasang ketika pemantauan dijalankan juga tidak menunjukkan kehadiran gas yang boleh menimbulkan pencemaran bau terhasil. Bagi kes aduan bau di Simpang Pulai dan kawasan botani, satu tempoh pemantauan yang komprehensif perlu dijalankan memandangkan kedudukan botani…kedudukan Taman Botani yang turut menerima impak daripada kawasan perindustrian Sungai Raya dan Tanzen. Buat masa ini data yang ada belum cukup konklusif untuk mengenal pasti punca yang berkaitan. Untuk maklumat Dewan yang mulia, JAS Perak akan meneruskan lagi pemantauan udara di sekitar kawasan Simpang Pulai bagi mengenalpasti punca-punca pencemaran bau yang terhasil.

Selain daripada itu, beberapa siri operasi penguatkuasaan bersepadu telah dijalankan oleh JAS Perak ke atas premis-premis industri di sekitar Simpang Pulai dan kawasan perindustrian Tanzen bagi memastikan ke semua premis-premis mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dimaklumkan buat masa ini, portable multi gas analyzer JAS Perak telah mengalami kerosakan. Sehubungan itu, bagi menangani aduan pencemaran bau ini, JAS Perak telah meminjam peralatan daripada JAS Pulau Pindang. Menyedari peralatan tersebut akan memudahkan kerja-kerja pemantauan dan penguasaan dilaksanakan dengan lebih efektif pihak Kerajaan Negeri bersama JAS akan mencari penyelesaian untuk memastikan isu-isu pencemaran udara akan dapat dipantau dengan lebih komprehensif demi memastikan kualiti udara yang baik untuk rakyat Negeri Perak.

Isu pengoperasian kilang haram di Bekor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Chandan. Lanjutan operasi bersepadu yang telah dijalankan pada 14 Disember tahun lalu, satu mesyuarat penyelarasan kilang haram yang dipengerusi oleh saya dan dihadiri oleh pihak JAS Perak, wakil Ibu Pejabat Kontijen Perak, Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Perak Tengah serta Majlis Daerah Kuala Kangsar telah diadakan pada 1 Februari 2023. Mesyuarat bersetuju supaya setiap agensi mengambil tindakan dibawah bidang kuasa masing-masing kearah memberhentikan operasi kilang tersebut. Buat masa ini, JAS masih tetap meneruskan siasatan dan pemantauan ke atas kilang haram di Bekor, Kuala Kangsar. Pihak JAS masih dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan ke atas permis ini bagi ketidakpatuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Tindakan yang bersepadu antara agensi amat penting bagi mengekang operasi-operasi kilang haram sebegini dari terus beroperasi di bumi Perak lestari ini. Seterusnya Pelan Perak Lestari 2030 yang terus dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selama, Kamunting dan Slim. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dan menyedari pentingnya kesejahteraan rakyat adalah menjadi komitmen Kerajaan Negeri dalam mengangkat semua agenda tanpa prejudis, mahu pun mengenepikan idea serta pelan yang memberi impak besar kepada pembangunan Kerajaan Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Pelan Perak Lestari 2030 sebagai usaha untuk memastikan kelangsungan pembangunan negeri yang bersifat yang lestari pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Pelan ini dilihat sebagai langkah berwawasan untuk mempercepatkan pembangunan hijau, mampan dan inklusif di peringkat negeri sejajar dengan matlamat pembangunan negara dan antarabangsa. Kajian pelan ini dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa negara dan negeri dalam ketersediaan menghadapi isu-isu berkaitan pelepasan karbon, pemuliharaan alam sekitar serta sumber semulajadi. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi merealisasikan agenda kemampanan ekonomi hijau di Perak, adalah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dalam menjalankan Pelan Perak Lestari 2030 dengan perancangan yang terperinci, kajian semula dan penambahbaikan selaras dengan hasrat dan komitmen Kerajaan Persekutuan ke arah Net Zero Emission By 2050. Melalui peruntukan di bawah Fokus

Kelestarian Alam Sekitar bagi pelbagai program Perak Lestari dan Teknologi Hijau yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Saya yakin dan optimis bahawa ini merupakan langkah yang cukup baik dan amat bertepatan dengan keruncingan pelepasan karbon, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang mula diberi perhatian semua pihak. Bersandarkan jumlah yang diperuntukkan, saya pasti dan percaya menerusi kesinambungan ini, pelbagai program akan digerakkan secara berfasa dan berperingkat dalam usaha melestarikan negeri Perak tercinta ini.

Timbalan Yang di-Pertua, melalui penggulungan ini sekali lagi saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat prihatin terhadap isu-isu Belanjawan 2024 di bawah Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius terhadap segala cadangan yang telah dikemukakan dan akan menambah baik perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat kawasan Aulong. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Temenggor untuk menggulung perbahasan 45 minit, sila.

Auzubillahi Minashaitan Nirajim Bismillahir Rahmanir Rahiim Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. Wassolatu Wassalamu’ala Asyrafil Anbiya iWal Mursalin Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikendakkinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talak ayat 2 dan 3).

YB Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri mahupun persekutuan, dan seterusnya pengamal-pengamal media dan seluruh rakyat yang sedang menyaksikan persidangan ini secara atas talian. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya memulakan sesi penggulungan saya dengan membaca sebaik-baiknya ayat terjemahan Al-Quran dalam mengingatkan kita semua seisi Dewan bahawa Allah SWT menjanjikan jalan keluar atas setiap masalah yang sedang kita hadapi. Kuncinya adalah tetap tawakal dan tidak berhenti berusaha dan nescaya Allah hadirkan pertolongan yang tidak terduga. Selalu ingatlah bahawa Allah Maha Besar dan tiap janjinya bersifat pasti. Dengan menjadikan usaha kesejahteraan rakyat sebagai satu agenda utama belanjawan kali ini, yakinlah akan ada penyelesaian yang terbaik bagi setiap cabaran khususnya berkaitan isu-isu di bawah portfolio saya.

Timbalan Yang di-Pertua dan seluruh sidang dewan, pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh hormat dan takzimnya ingin merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Syah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Syah Al-Malfurullah sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Baginda pada 4 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia

Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Izinkan juga untuk saya turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dari Kota Tampan dan seluruh jentera kerajaan Negeri Perak di atas kejayaan mengemudi Kerajaan Negeri dengan begitu baik apabila menyaksikan ekonomi negeri telah berkembang dengan positif apabila merekodkan peningkatan hasil yang ketara iaitu sebanyak RM1.0 bilion. Sekaligus mengulangi pencapaian melebihi angka 1 bilion yang pernah direkodkan pada tahun 2019. Hasilnya hari ini kita sama-sama akan meluluskan satu belanjawan terbesar dalam sejarah negeri Perak. Tahniah Yang Amat Berhormat Kota Tampan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan Negeri Perak 2024 telah mengekalkan tema yang sama, iaitu Perak Makmur Rakyat Sejahtera yang telah menjadikan agenda kesejahteraan rakyat sebagai tiang seri utama dengan memperuntukkan RM384.1 juta dan ini ialah gambaran dan cerminan yang jelas lagi nyata bahawa kerajaan ini akan sentiasa meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat terbanyak sebagai keutamaan negeri ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian meneruskan ucapan penggulungan saya ingin saya ucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam sesi perbahasan belanjawan selama dua hari yang lepas. Seramai 18 Ahli Yang Berhormat telah menyentuh secara terperinci mengenai portfolio saya dengan membangkitkan lebih daripada 22 isu. Bagi sesi penggulungan hari ini, saya akan cuba sehabis baik untuk memberi respon dan maklum balas terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan serta menjelaskan isu-isu dasar mengikut beberapa tema. Perkara-perkara spesifik dan operasi akan dirumus secara umum bagi menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, semua isu yang akan dibangkitkan akan diambil perhatian oleh pihak saya dan jawapan bertulis telah dikemaskinikan di dalam sistem yang telah disediakan.

Saya mulakan jawapan penggulungan saya dengan menjawab isu-isu berkaitan pengupayaan wanita. Saya amat bersetuju dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pantai Remis dan Yang Berhormat Malim Nawar mengenai usaha pendayaupayaan dan pemerkasaan wanita. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri kini dalam usaha gerak kerja untuk menggubal Pelan Pembangunan Sejahtera Sosial Perak yang bakal diangkat pada Konvensyen Pembangunan Sejahtera Sosial dan Wanita Perak (KPSW) 2024. Ke arah perancangan tersebut, kerajaan telah mengadakan libat urus awal dengan melaksanakan Bengkel Budi Wanita Penyuluh Pembangunan Sejahtera Sosial Negeri Perak yang telah dijalankan pada November 2023 melibatkan lebih dari 100 orang stakeholder dari pelbagai latar belakang seperti ahli akademik, industri, NGO dan profession. Selain itu, usaha baru yang sedang dijalankan adalah pelaksanaan program Wanita Inspirasi Negeri Perak (WIN), sebagai usaha untuk membangunkan potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat, sektor untuk menjadi ejen perubahan kepada masyarakat, khususnya dalam kalangan wanita. WIN Perak ini satu manifestasi kekuatan, ketahanan dan meningkatkan potensi wanita dalam pelbagai sektor yang mampu menyumbang ke arah pelan Perak Sejahtera Sosial Negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat, Wanita Perak telah pun selesai menjalankan road tour ke setiap empat zon pada November 2023 dan telah mengenalpasti serta menjalankan libat urus bersama lebih 500 orang wanita yang berpotensi dari pelbagai latar belakang ekonomi, sosial dan politik yang akan berakhir di Persidangan Majlis Rundingan Wanita Perak. Persidangan Majlis Rundingan Wanita Perak ini akan membahaskan isu-isu berkaitan wanita dan kumpulan ini akan menjadi think tank Kerajaan Negeri dalam usaha mengupayakan wanita dari pelbagai perspektif. Untuk makluman YB, ini adalah langkah awal ke arah Konvensyen Wanita Perak yang akan diadakan pada Mac 2024. Konvensyen ini adalah bertujuan ke arah merealisasikan idealisme masyarakat untuk wanita dan kedua-dua seniji ini akan mengorak ke arah pembentukan pelan sejahtera sosial. Semoga dengan adanya program ini, gema suara wanita akan lebih kuat untuk kita sama-sama memperjuangkan hak, kebenaran dan kebajikan serta masyarakat sekeliling dengan melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang berkaliber dan penuh dengan sifat berani, daya juang yang tinggi dan hak-hak wanita dapat dijaga dengan sebaik mungkin.

Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada isu yang cukup mendapat perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu tentang kebajikan masyarakat. Bagi isu berkaitan kebajikan masyarakat, Yang Berhormat Changkat Jong telah memohon agar bantuan daripada pihak JKM dapat dinilai semula dengan menaikkan bantuan kepada RM500 dan mempertimbangkan permohonan dari warga emas ke, mempertimbangkan permohonan dari warga emas 60 tahun ke atas yang tidak bekerja. Untuk makluman Yang Berhormat Changkat Jong, permohonan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, sekarang ini nilai bantuan ialah RM500. Untuk makluman Yang Berhormat, bantuan kewangan yang disediakan oleh JKM adalah bertujuan untuk membantu individu atau keluarga yang berkelayakan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024, kadar bantuan skim negeri RM300 yang berkuatkuasa sejak Januari 2018 akan dinaikkan kepada RM400 mulai Januari 2024. Ini bertujuan untuk meringankan beban penerima bantuan dalam menampung keperluan asas pada masa kini dan kadar berkenaan adalah satu kadar yang dianggap wajar. Pada masa ini, tadbir urus pengurusan bantuan kewangan JKM adalah berdasarkan pendapatan garis kemiskinan PGK makanan 2019 bernilai RM1,169 dan mulai 1 Januari 2024 syarat kelayakan ini akan menggunakan, menggunapakai PGK makanan isi rumah 2023 iaitu RM1,198 sebulan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, saya minta celahan sikit. Bukan soalan, bukan teguran. Saya nak mengalu-alukan kehadiran ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik daripada Taiping yang menguruskan PAWE, JKM. Diorang tengah makan kat bilik speaker tu. Terima kasihlah bagi kepada mereka, sekali lagi, terima kasih.

Terima kasih Alor Pongsu. Alor Pongsu ni selalu buat kejutan-kejutan yang di luar jangkaan, ya. Hari ni muka saya clear ye, Alor Pongsu? Clear? Maka melalui kaedah yang diumumkan ini, secara tidak langsung kerajaan telah meningkatkan jumlah penerima semasa kepada 7,000 orang berbanding 6,600 orang pada tahun ini. Alor Pongsu, tadi sebenarnya saya nak sentuh sewaktu warga emas mengenai kehadiran PAWE Taiping. Jadi, terima kasihlah ya Alor Pongsu mengingatkan saya. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bota pula memohon agar Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat melihat semula prosedur permohonan supaya tempoh memproses permohonan dapat disingkatkan. Saya juga percaya Yang Berhormat juga sedar bahawa JKM sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan berkaitan bantuan kewangan secara cekap dan berkesan kepada golongan yang memerlukan. Sehubungan itu, JKM telah menetapkan agar permohonan bantuan kewangan yang diterima perlulah diambil tindakan dalam tempoh 14 hari bermula pada tarikh permohonan yang lengkap diterima dan seterusnya, keputusan terhadap permohonan perlu dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima. Yang Berhormat Bota juga telah membangkitkan perkara berkaitan pewujudan pusat transit OKU supaya penjaga dapat keluar bekerja. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada pusat transit OKU yang khusus diwujudkan oleh kerajaan negeri buat masa ini.

Namun, sudah terdapat sebanyak 41 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) telah ditubuhkan di bawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah memberi manfaat hampir seribu pelatih OKU di seluruh negeri Perak. Peranan program PDK ini perlu terus diperhebat atau dihebahkan kepada masyarakat khususnya ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya atau berkeperluan khas supaya fungsi pusat itu lebih difahami dengan menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi dan bakat mereka melalui aktiviti yang bersesuaian. Justeru, ibu bapa tidak perlu khuatir untuk bekerja kerana fungsi pusat PDK ini telah menyediakan pelbagai program yang sesuai dengan peranannya sebagai pusat untuk insan istimewa yang memberi latihan dan bimbingan dari segi pengurusan diri dan kemahiran seperti sosial dan vokasional.

Seterusnya, saya beralih kepada persoalan Yang Berhormat Astaka. Astaka bertanyakan tentang keadaan di mana pemohon-pemohon tidak dapat memohon bantuan JKM kerana berkongsi satu alamat kediaman yang dan memohon agar peraturan-peraturan seperti ini dapat diperbaiki oleh JKM. Untuk makluman Yang Berhormat, bantuan kewangan JKM diuruskan berdasarkan syarat-syarat seperti, warga negara dan bermastautin di Malaysia, pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan PGK Makanan 2019 isi rumah RM1,169 atau PGK Makanan 2019 perkapita RM310 sebulan. Sehubungan itu, tidak timbul isu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan saya ingin tegaskan mana-mana individu yang membuat permohonan dan memenuhi syarat-syarat tersebut boleh dipertimbangkan bantuan kewangan berdasarkan skim bantuan yang bersesuaian dengan situasi dan keperluan pemohon.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian, beralih pula kepada isu warga emas. Yang Berhormat Pantai Remis mencadangkan agar kerajaan menggubal pelan tindakan warga emas kerana negeri Perak memiliki peratus warga emas tertinggi di Malaysia. Kerajaan Negeri disarankan mewujudkan pusat jagaan warga emas, pusat dialisis dan penyediaan penjaga profesional. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) kini sedang disemak semula dalam usaha memantapkan aspek penjagaan dan kebajikan golongan tersebut susulan jangkaan Malaysia yang akan mencapai taraf negara tua menjelang 2030. Malahan pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 juga merujuk pelan yang sama.

Yang Berhormat, Astaka. Terima kasih Yang Berhormat Exco kerana telah memberi satu penerangan. Saya harap jawapan Yang Berhormat Exco ini akan juga disampaikan kepada pejabat JKM di semua daerah supaya masalah ini tidak ditimbul lagi. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Macam saya maklumkan, setiap tindakan daripada pegawai-pegawai JKM di daerah-daerah akan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya ia benar-benar layak, saya kira tidak akan ada masalah pemohon tersebut untuk mendapatkan bantuan yang telah kita salurkan ataupun yang telah ada di bawah JKM. Susulan, saya sambung mengenai pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 juga merujuk pelan yang sama agar selari dengan dasar sedia ada PWTEN dan susulan itu kementerian telah mendapatkan pandangan dan input daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan NGO dan lain-lainpihak yang berkepentingan berkaitan warga emas bagi penghasilan PTWEN 2024-2030 . Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menubuhkan Pusat Jagaan Warga Emas Kelolaan Negeri memandangkan sudah terdapat 3 buah institusi JKM sedia ada iaitu Rumah Seri Kenangan Taiping, Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta dan Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar Perak Tengah dan 1 buah institusi baharu Kompleks Ehsan khusus bagi warga emas terletak di Slim River yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas di negeri Perak. Kompleks ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2027. Buat masa ini, kesemua institusi sedia ada adalah mencukupi keperluan semasa warga emas di negeri Perak dengan kekosongan terkini adalah sebanyak 388.

Mohon maaf, saya mohon mencelah, terima kasih atas penerangan. Benarkah saya dapat info bahawa nanti rumah RSK akan berlaku sedikit perubahan dari segi pengambilan warga emas di mana rumah RSK Taiping akan dikhususkan kepada warga emas yang tidak sihat. Mandakala warga emas RSK Seri Iskandar akan dikhususkan kepada mereka yang sihat. Benarkah akan berlaku perubahan?

Terima kasih saya respon dengan soalan yang dibangkitkan. Saya difahamkan memang kita tengah menyusun semula. Apabila wujudnya nanti Rumah Ehsan yang saya sebut di Slim nanti, kita akan tempatkan kebanyakan pesakit terlantar di sana. Jadi kita akan susun supaya mudahkan pengurusan rumah-rumah institusi di bawah JKM ini, di tiga-tiga rumah seri kenangan ini supaya yang mana sihat itu kita kerana ia juga akan mempengaruhi psikologi penghuni-penghuni. Jadi disebabkan itu ketetapan itu, kita akan memperhalusi dan kita akan laksanakan secara berperingkat-peringkat. Antara apa yang dibangkitkan juga oleh Pantai Remis seperti jawapan daripada Teja, kita juga akan memperhalusi dari segi hubungan antara FUKUOKA mengenai penjagaan warga emas. Insya Allah saya akan berbincang dengan YB Teja mengenai perkara tersebut. Antara program yang telah dijalankan adalah Program Santunan Kasih. Program ini bertujuan melahirkan individu caregiver, penjaga warga emas yang mahir melalui latihan bersasar seperti asas penjagaan warga emas dan penjagaan untuk penghidap dimensia.

Setakat ini, seramai 81 orang terdiri dari Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dan Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO yang terpilih akan mendapat manfaat daripada latihan yang diadakan oleh dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak

PASAK, Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine of Perak (UniKL RCMP) dan di mana Program Santunan Kasih yang membawa kepada objektif untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan profesional kepada warga emas. Selain daripada itu, Santunan Kasih juga berhasrat untuk menyediakan bekalan tenaga kerja mahir yang mencukupi dalam industri penjagaan warga emas melalui penyediaan pendidikan yang berstruktur. Di mana Santunan Kasih Perak juga akan bertindak sebagai sistem sokongan bagi kumpulan individu yang berminat untuk mempelopori industri penjagaan warga emas dan berminat untuk menjadikan platform ini sebagai kerjaya yang mampu mengubah taraf hidup mereka. Melalui program Santunan Kasih Perak, Kerajaan Negeri merangka satu hub penjagaan harian warga emas yang berbentuk perusahaan sosial yang merupakan perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan warga emas dalam komuniti. Sebuah badan yang memantau dan memberikan penikrafan kepada sistem pendidikan penjagaan warga emas perlu diwujudkan agar dapat memberi ruang kepada para pelatih bergiat di dalam sektor ekonomi dan memberikan perkhidmatan penjagaan warga emas yang professional dan untuk maklumat semua juga di Perak, kita setakat ini ada 12 PAWE.

Dalam konteks kita cuba untuk mendayaupayakan warga emas, pusat aktiviti warga emas yang ada di negeri Perak ini dan kita berhasrat agar kementerian dapat melihat keperluan PAWE-PAWE ini wujud di parlimen-parlimen di dalam negeri Perak sebanyak 24 parlimen kerana apabila saya mengunjungi dan melihat sendiri bagaimana aktiviti-aktiviti PAWE itu dilaksanakan, saya yakin dan percaya sekiranya kita meletakkan ataupun menyediakan platform yang sesuai kepada warga emas yang masih lagi produktif. Sebenarnya mereka dapat menyumbangkan semula untuk produktiviti negeri Perak dan sebentar tadi saya juga dikunjungi oleh PAWE daripada Taiping sebuah PAWE yang baru, baru setahun tetapi Alhamdulillah mereka juga telah menghasilkan produk kita berniat sebenarnya PAWE itu untuk menjalankan aktiviti mereka berkomunikasi sesama warga emas tapi sekarang ini kebanyakan PAWE-PAWE mereka sendiri ada produk-produk. Mana itu tempat menjalankan aktiviti dan itu juga tempat meningkatkan ekonomi mereka secara tidak langsung. Terima kasih PAWE Taiping sebab tadi juga bawa cenderahati kepada saya untuk memperkenalkan produk PAWE tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan respon berkenaan isu Kad Perak Sejahtera yang telah dibahaskan. Pertama sekali ucapan terima kasih saya zahirkan di atas keputusan menaikkan jumlah Bantuan Kad Perak Sejahtera ini dari RM90.00 kepada RM100.00 yang merupakan langkah tepat dan selari dengan keadaan ekonomi semasa. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, bermula Disember 2022, Program Kad Perak Sejahtera (KPS) telah dijenamakan semula dari program asal iaitu Kad Perak Prihatin. Kedua-dua ini adalah program yang sama, mempunyai objektif dan matlamat yang sama sejak dari awal pelaksanaannya pada April 2019 sehingga kini iaitu membantu meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.

Izinkan saya merentas masa kembali ketika awal pelaksanaannya pada 10 April 2019 program ini secara rasminya dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak ketika itu bermula dengan sasaran 17,000 orang penerima dengan kadar bantuan RM80.00 bagi kad makanan Pada peringkat awal pelaksanaan program KPP ini, pendaftaran peserta program adalah menggunakan senarai penerima sedia ada program bantuan seramai 15,439 orang dari pihak JKM iaitu penerima bantuan am seramai 5,527 orang dari program bantuan pihak MAIPk 5,527 orang untuk bantuan am, sorry minta maaf ya saya bacakan semula. Penerima sedia ada program bantuan seramai 15,439 orang dari pihak JKM iaitu program bantuan am seramai 5,527 orang dan program bantuan daripada pihak MAIPk iaitu program bantuan kewangan bulanan seramai 9,912 orang. Menyentuh perihal berkenaan laporan audit yang telah dikeluarkan berkenaan KPS ini, suka untuk saya membetulkan kefahaman Ahli-ahli Yang Berhormat. Pengauditan ini adalah tindakan check and balance supaya pengurusan dan prosedur kerja sesuatu program tugasan ini dilaksanakan dengan baik dan meminimumkan kesilapan dan pihak kerajaan negeri amat mengalu-alukan laporan ini.

Dalam konteks pelaksanaan program KPP/KPS ini, pasukan Jabatan Audit Negara Perak dengan diketuai oleh Pengarah Jabatan Audit Negara telah berkampung di UPEN dan Sekretariat Wanita Perak bermula Disember 2022 hingga Februari 2023 iaitu selama 3 bulan dan bukannya seperti andaian nakal yang dibuat oleh beberapa Ahli Yang Berhomat, kononnya kerugian RM700 ribu itu berlaku pada tempoh Disember 2020 hingga Februari 2023. Sebaliknya, audit yang telah dibuat adalah perlaksanaan KPS sejak tahun 2019. Saya, Yang Berhormat Chandan tak ada eh sini. Mengenai apa yang disebut oleh Yang Berhormat Chandan. Yang Berhormat Chandan, kalau Yang Berhormat Chandan dulu saya jarang ada masalah dengan dia. Tapi saya mengingatkan Yang Berhormat Chandan pada penggal ini supaya setiap apa yang diungkapkan, baca dan fahamlah betul-betul, kerana apa yang diungkapkan dalam teks perbahasan Yang Berhormat Chandan dan membawa kesalahfahaman seisi Dewan dengan menunjukkan takbir urus yang tidak baik kepada Kerajaan Negeri apabila menyebut, ya, Disember 2022 sehingga Februari 2023 berlaku ketirisan sebanyak RM0.7 juta yang mana RM0.51 juta kepada penerima yang telah meninggal dunia.

Saya nak tanya Yang Berhormat Chandan sebenarnya kalau secara peribadinya tapi sebab Yang Berhormat Chandan tak ada, secara peribadinya kalau kata kes-kes penerima pemegang kad ini, kalau penerima KRL itu meninggal sepatutnya kita membuat laporan dan serahkan balik tapi saya faham kadang-kadang Ahli Yang Berhormat sendiri atau pun pentadbiran daerah sendiri, tak apalah dia kata, gunalah sebab mereka faham keluarga itu memang memerlukan. Susah. Mereka memerlukan susah jadi kalau berlaku proses tukar nanti jadi akan mengambil masa dan kalau lagi akan terkesan. Secara prinsipnya niat itu baik tapi secara prosedurnya salah. Secara prosedurnya salah.

Jadi disebabkan itu apabila pengaduan dibuat sebenarnya kad itu masih lagi digunakan oleh keluarga tersebut cumanya apabila tidak berlaku audit semenjak pelaksanaan kad KPS ini daripada 2019 akhirnya pendapatan audit dalam tempoh yang dibuat itu telah mendapatilah laporan-laporan yang seperti Yang Berhormat kita semua baca yang telah dibentangkan oleh laporan audit. Suka untuk saya kongsikan semasa Jabatan Audit Negara Negeri Perak membuat semakan dan teguran, pengurusan program ini telah menambah baik kaedah pelaksanaan dengan lebih tersusun. Setelah urus setia pengurusan KPS ini telah diambil oleh Sekretariat Wanita Perak bermula Januari 2022 dari Brand Equity Sdn Berhad, pelbagai usaha tambah baik dari segi pengurusan telah pun dilakukan. Apa yang Ahli Yang Berhormat dapat saksikan kini garis panduan permohonan dan pelaksanaan KPS yang memperincikan mengenai tatacara prosedur pengurusan program untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak berkepentingan yang berkaitan serta turut diedarkan borang permohonan baru. Ada cetakan nombor siri telah dibuat.

SPW telah melakukan semakan silang pada Disember 2022 dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tujuan pemutihan terhadap 19235 orang penerima pada ketika itu. Berdasarkan maklumbalas yang telah diterima seramai 3831 orang telah ditamatkan bantuan atas pelbagai faktor. Antara yang utama ialah kerana telah meninggal dunia namun tidak memaklumkan kepada urusetia. Manakala terdapat 275 orang tiada rekod di JPN. Sebenarnya tiada rekod di JPN itu ialah disebabkan kesilapan perekodan maklumat diri mereka. Sehubungan dengan itu pihak urusetia sekarang telah mengambil tindakan pengemaskinian semula maklumat-maklumat para penerima tersebut dan penerima yang ada sekarang adalah penerima yang Insya Allah 100% maklumat mereka adalah tepat. Selain itu mengenai satu ketua isi rumah bagi satu bantuan ini semakn audit mendapati terdapat 20 pasang suami isteri menerima bantuan ini. Saya tidak nafikan ada segelintir keluarga yang menerima dua bantuan yang sama. Namun tindakan penamatan telah dilakukan terhadap salah satu kad dan semua tindakan proaktif yang diambil ini ingin saya tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa telah dilaksanakan sebelum laporan audit penuh dilaporkan dan disiarkan lagi.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Temenggor, celah sikit. Terima kasih Exco, Timbalan Yang di-Pertua. Apa yang saya nak bangkitkan tentang perbahasan semalam berkenaan dengan…

9 orang tu?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Bantuan Kad Perak Prihatin tu. Jawab? Belum lagi kan.

Ya 9 orang tu ya.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Kad Perak Prihatin yang saya

Kad Perak Sejahtera sekarang.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Jadi Changkat Jering ada kami hantar borang 9 borang permohonan.

Ok, Yang Berhormat. Sebab memandangkan masa yang agak ni, saya faham dengan soalan yang dibangkitkan semalam, saya memang nak jawab. Ok. Saya akan respon. Saya kira Yang Berhormat Changkat Jering sendiri pun dah pun berhubung dengan SPW kan dan telah pun mendapat jawapan bahawa

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Baru jawapan petang semalam, ada dia beritahulah. Baru petang semalam, PA saya beritahu kata baru hubungi. Maksudnya, barulah selepas

Jadi Yang Berhormat dah ada jawapan tersebutlah kan? Benda dalam proses ya.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Pasal saya nak tanya tu pasal lama sangat sampai bulan 6.

Baik, saya akan jelaskan di sini. Bagaimana pelaksanaan kad Perak Sejahtera ini, dia akan melalui dia bukan sampai je permohonan kita proses terus lulus. Sampai permohonan kita proses terus lulus. Kad Perak Sejahtera ini akan melalui satu jawatankuasa mesyuarat pengurusan kad Perak Sejahtera dan mesyuarat ini hanya dilakukan 4 kali setahun sahaja. Maknanya kita akan menerima permohonan dan kita akan membuat kelulusan setiap kali Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Kad Perak Sejahtera akan diluluskan kemudiannya akan kita hantar untuk cetakan. Jadi memang dia akan ambil masa. Jadi sebab itu bila berlaku permohonan-permohonan tambahan kalau ada permohonan yang tidak lengkap dan sekarang ini kita cuba ambil tindakan untuk menangani lambakan permohonan-permohonan yang sebelum ini tidak di orang kata kita tidak bukanlah kita kata sekat tapi permohonan ini tidak disaring apabila borang-borang boleh difotostat atau pun disalin. Jadi lambakan borang yang sampai kita nak buat saringan kepada pemohon-pemohon mengambil masa yang lama. Sebab itu pada sidang yang lepas saya ada tekankan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sebab borang nanti akan juga diserahkan di Pejabat Penghulu dan juga di Pejabat Yang Berhormat dan juga di SPW. Sekiranya dapat borang cetakan yang bernombor siri itu kalau boleh saringlah yang benar-benar layak supaya nanti memudahkan apabila kita masuk mesyuarat, kita mudah untuk luluskan tapi permohonan yang masuk lebih daripada peruntukan yang kita ada memang kita terpaksa saring dan kita juga mengalami kekangan daripada petugas-petugas di SPW yang terpaksa merekodkan semula borang-borang itu secara manual. Jadi Insya Allah penambahbaikan demi penambahbaikan akan kita buat untuk memastikan manfaat ini akan dapat dirasai oleh rakyat negeri Perak. Insya Allah.

Yang Berhormat, Tronoh. Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi memberi ruang. Jadi saya ada sedikit perkara yang ingin saya bangkitkan dan satu cadangan yang saya berharap Yang Berhormat boleh perhalusi di mana di kawasan saya sebenarnya terdapat ramai yang memohon untuk Kad Perak Sejahtera ini tetapi masalah yang dihadapi oleh pemohon adalah di mana ada sebahagian besar saya boleh dikatakan apabila mereka menerima call daripada agenci, mereka takut nak jawab kerana mereka pula takut sama ada ini adalah scam call ke apa. Nombor dua adalah yang boleh dikatakan ada sebahagian yang apabila mereka menerima call tu, pegawai tu berbahasa dalam bahasa Malaysia. Jadi, mereka kurang faham apa yang ingin ditanya. Jadi saya berharap sekiranya boleh saya ingin mencadangkan sekiranya boleh daripada pihak agensi boleh ada penterjemahan atau kepada pemohon ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai isu call ni kita akan berhubung kepada atau pun kita akan blast whatsapp atau pun sms kepada pemohon-pemohon yang tidak layak dan daripada Sekretariat mungkin kalau ada berhubung pun mungkin dari segi borang bantuan yang tidak lengkap dan sebagainya tetapi selepas penambahbaikan nanti kita akan dapat dapat permohonan secara langsung daripada pusat khidmat, dari pejabat penghulu jadi saya mengharapkan agar wakil-wakil rakyat, pejabat daerah menjadi pemudahcara untuk memudahkan urusan kita bagi melengkapkan borang-borang yang telah kita serah kepada pemohon-pemohon. Jadi saya serah dan saya meneruskan kepada portfolio saya yang seterusnya iaitu usahawan dan koperasi. Saya mengharapkan ada sedikit masa tambahan memandangkan ada dua portfolio yang saya perlu bentangkan.

Timbalan Yang Di-Pertua, Yang Berhormat Changkat Jong telah mencadangkan untuk mewujudkan tabung pusingan pinjaman sebanyak RM3000 kepada usahawan dalam tempoh 12 bulan. Berkaitan dengan cadangan ini sebenarnya tabung pusingan pinjaman kepada peniaga telah pun diwujudkan melalui Yayasan Perak iaitu Skim Mikro Kredit tanpa faedah dengan nilai pinjaman bermula dari RM5000 hingga RM20,000 dengan tempoh pinjaman maksimum selama 5 tahun. Tambahan lagi program pinjaman ini memfokuskan kepada peniaga-peniaga yang berniaga di dalam negeri Perak dengan berpendapatan B40 khususnya dan program tabung usahawan Yayasan Perak ini menyediakan pinjaman kali kedua bagi peminjam yang telah menyelesaikan pinjaman asal dengan nilai pinjaman yang sama. Dalam masa yang sama juga di bawah Perbadanan Pertanian Negeri Perak juga kita ada menyediakan Pinjaman Agroprenur sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk pinjaman tersebut dan tanpa faedah. Ini antara usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk membantu apa tu usahawan-usahawan kita mendapat pusingan modal.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Mohon celah.

Sekejap saya habiskan. Ok dan juga ada agensi-agensi daripada Kementerian. Contohnya TEKUN untuk tempoh Januari hingga Oktober tahun ini memperuntukkan pinjaman sebanyak RM66 juta kepada usahawan-usahawan di negeri Perak. Silakan.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Berhubung dengan pinjaman tadi. Saya nak tahu berapa lama proses kelulusan? Sebab sekarang ni peniaga-peniaga ni dia nak minta secara tunai dengan cepat. Maksudnya dalam 36 jam atau 70 jam kena dapat kewangan tersebut untuk mengelakkan mereka pinjam daripada Ahlong.

YB, saya kira kita melibatkan duit rakyat, duit kerajaan yang akan disalurkan melalui program-program yang disediakan. Kalau kata dalam tempoh ini, saya kira bank pun dia tak ada kelulusan terus begitu cepat. Jadi, sekiranya maklumat lengkap dan setiap program-program tersebut kalau sama ada Yayasan Perak mahu pun SADC, kita ada mesyuarat jawatankuasa dan ia mengambil tempoh 2 bulan, 3 bulan kadang-kadang untuk mengadakan mesyuarat. Jadi memang dia akan mengambil sedikit masa lah. Tapi yakin dan percaya, saya yakin mana-mana usahawan kita, kebanyakan yang ingin memulakan perniagaan, mereka dah mula. Dah mula. Dah mula maknanya mereka ada sedikit modal untuk permulaan dan itu ialah sebagai modal tambahan untuk mereka memperbesarkan perniagaan mereka.

Seterusnya Yang Berhormat Malim Nawar telah mencadangkan agar peruntukan keusahawanan dapat ditingkatkan. Saya secara peribadi setuju dengan saranan ini tetapi dalam apa jua situasi, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan usahawan-usahawan negeri Perak dapat dibantu sebaik mungkin. Terdapat lebih 40 pemegang taruh seperti kementerian, jabatan dan agensi negeri mahu pun persekutuan berkaitan keusahawanan yang memberikan pelbagai bantuan, geran, pinjaman, latihan, bimbingan dan program di negeri Perak. Kesemua pembangunan program ini terbuka kepada semua jenis perniagaan dan kategori Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) di negeri Perak. Untuk tahun 2020-2023 sahaja, sebanyak 27,940,700 meliputi 4,558 orang dan 137 program telah dijalankan melalui semua pemegang taruh yang saya maklumkan. Antara program lain yang telah dilaksanakan adalah Geran Usahawan Perak (GeRAK) yang memfokuskan usahawan mikro. Program-program mentoring, coaching, latihan kewangan, program pensijilan halal, Karnival Cerita Secangkir Kopi dan lain-lain termasuk Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak. Sektor keusahawanan merupakan antara penyumbang ekonomi yang besar kepada negeri Perak kerana telah membuka peluang pekerjaan dan membangunkan ekosistem ekonomi. Jadi sebab itu saya bersependapat dengan Yang Berhormat daripada Chenderoh yang begitu bersemangat dalam melontarkan pandangan dalam memastikan pembangunan ekonomi usahawan negeri Perak dapat dirancakkan.

Rentetan daripada peruntukan berjumlah RM1.3 juta diberikan kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) untuk meneruskan dan mewujudkan program-program baru, pihak STeP telah menyenaraikan beberapa program. Antaranya meneruskan pelaksanaan Geran Usahawan Perak (GeRAK) iaitu program bantuan bersasar bagi membantu PMKS meningkatkan kapasiti perniagaan dalam tempoh 2023, geran ini telah membantu seramai 900 orang usahawan pelbagai. Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2024 akan diteruskan bagi tujuan membantu seramai mungkin usahawan dan koperasi Perak dari seluruh pelusuk negeri mendapat maklumat dan menerima bantuan daripada pelbagai agensi di samping untuk mempromosikan produk tempatan di daerah yang terlibat. Tahun 2023 telah ditaksanakan di 10 daerah dengan jumlah pengunjung lebih 250,000 orang melibatkan 40 agensi dan 607 reruai usahawan dengan jumlah jualan RM2.6 juta ringgit. Program Perak Road to Export ialah program bimbingan dan bantuan bersepadu bagi membantu seramai mungkin usahawan baru meluaskan pasaran dalam dan luar negara. Antaranya yang kita sertai, usahawan-usahawan kita sertai ialah Penang International Halal Expo & Conference 2023 (PIHEC), Malaysia Fest 2023, Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2023, Selangor International Business Summit 2023, NICE Halal Summit dan TENX OIC Halal Expo Istanbul yang baru-baru ini usahawan kita hadiri. Program pendigitalan usahawan perak seperti e-duit hotspot, e-Juwita, Program Kemahiran Aplikasi Pemasaran TikTok, Instagram bagi membantu usahawan mungkin seramai mungkin usahawan PMKS di negeri Perak terutamanya penjaja, peniaga pasal malam dan di rumah menggunakan platform digital atas talian untuk meningkatkan kecekapan peniagaan dan jualan mereka.

Di bawah usaha rentas portfolio juga, saya ingin maklumkan kita juga menjalankan program-program merentas portfolio dan agensi antaranya yang saya sebutkan tadi ialah program e-Juwita bersama portfolio komunikasi, program bisnes fundamental mastery melalui kelolaan PASAK. Dianggarkan program seperti yang disebutkan bakal memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10,000 usahawan PMKS Perak pada tahun 2024 kelak. Menjadi impian saya agar setiap YB di kawasan masing- masing dapat mempromosikan semua program yang dilaksanakan oleh STeP dan agensi-agensi yang membantu usahawan di kawasan masing-masing selain bersama membimbing usahawan berpotensi di kawasan agar lebih ramai usahawan Perak berjaya di masa akan dating dan selain itu juga saya juga mengharapkan agar Yang Berhormat-Berhormat, ketua-ketua jabatan dapat membantu mempromosi produk-produk tempatan dan saya menyeru kita mungkin boleh jadikan ia sebagai cenderahati dalam sebarang majlis rasmi termasuklah pada hari ini saya cuba mempromosikan produk-produk usahawan di negeri Perak dengan memperkenalkan kepada Yang Berhormat-Berhormat melalui goodies yang telah saya berikan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, last di bawah portfolio saya ialah inisiatif peruntukkan koperasi kerana ini saya perlu sebut kerana inilah satu-satu inisiatif baru yang diperuntukkan di bawah portfolio saya melalui peruntukan belanjawan yang dibentangkan pada Jumaat yang lepas yang mana peruntukan sebanyak RM1.0 juta ya diperuntukkan untuk tujuan-tujuan pengupayaan koperasi dalam bentuk penggunaan bajet tersebut iaitu kita akan fokus kepada pre-emptive, pemulihan dan penanda aras. dan saya akan terangkan serba ringkas di mana program pre-emptive ini adalah fokus…

Timbalan Yang di-Pertua

Tambah 15 minit YB Exco boleh. Cukup. Ok.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua amat saya hargai. Di bawah strategi pre-empatif ini fokus adalah kepada koperasi baharu berusia kurang daripada enam (6) bulan daripada tarikh daftarnya dengan matlamat adalah untuk melestarikan tadbir urus koperasi yang baik bermula di peringkat awal pendaftaran koperasi. Antara kumpulan sasar bagi bantuan ini ialah Qariah Masjid, Orang Kurang Upaya, golongan B40, usahawan, wanita, komuniti orang asli, golongan belia, graduan dan masyarakat luar bandar. Untuk strategi kedua di bawah Strategi Bantuan Pemulihan, fokus kepada koperasi berstatus tidak aktif atau pun domain di mana matlamat adalah untuk kita memulihkan semula pengurusan dan perniagaan koperasi supaya koperasi-koperasi ini dapat dilihat boleh memberi impak yang optimum dalam gerakan koperasi di negeri Perak. Geran bantuan pemulihan perniagaan koperasi yang memberi fokus kepada koperasi menjalankan aktiviti berkaitan dengan securiti makanan terutamanya kerana ia tertakluk terkandung dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 dan koperasi yang menceburi bidang pendigitalan bagi menyokong Pelan Ekonomi Digital Negeri Perak iaitu Pelan Perak Sejahtera 2030 dan bantuan ini adalah berbentuk penyediaan infrastruktur dan agensi pelaksana yang dipersetujui akan diberi peranan dalam membekalkan infrastruktur tersebut.

Untuk strategi ketiga, strategi tertumpu kepada koperasi berkelas terbesar dan sederhana di dalam profil 100 koperasi terbaik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada September yang lalu, negeri Perak mempunyai 11 koperasi yang tersenarai di dalam top 100 Koperasi Terbaik Tahun 2023. Matlamat mewujudkan jaringan perniagaan koperasi yang mapan ini di antara koperasi pelbagai kluster sama ada di dalam dan di luar negara, sasaran koperasi adalah berstatus aktif, koperasi kelas terbesar dan sederhana dan kaedah pengiktirafan kepada koperasi yang berjaya di Perak serta memperkasakan koperasi melalui agenda penanda aras koperasi global dan jaringan perniagaan antarabangsa, padan niaga, kerjasama strategik dan mentoring coaching. Projek ini yang diperuntukkan adalah pengiktirafan, kita akan membuat pengiktirafan kepada koperasi-koperasi yang berjaya seperti saya umumkan tadi 11 koperasi yang telah tersenarai dalam 100 koperasi terbaik pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Perak dan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Perak. Selain daripada itu, Program Subsidi Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) yang akan diadakan di dalam Program Jelajah Usahawan dan Koperasi di setiap daerah di dalam Negeri Perak. Program Subsidi ini akan membolehkan barangan keperluan harian boleh didapati dengan harga yang lebih rendah dari pasaran. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, walaupun peruntukan masa 15 minit tambahan, saya cuma ingin menggulung perbahasan saya dengan sedikit penggulungan di mana saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan serta memberi pandangan dan cadangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dalam penggulungan ini, jawapan tersebut akan dihantar secara bertulis kepada Yang Berhormat. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Perak dan saya sendiri amat terbuka untuk sebarang perbincangan, teguran dan cadangan penambahbaikan dari semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Secara keseluruhannya, di bawah Portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menerima peningkatan belanjawan yang signifikan iaitu kenaikan bagi bantuan am di bawah JKM Negeri Perak, kenaikan kadar Bantuan Kad Perak Sejahtera yang bakal memberi manfaat kepada kumpulan sasar dan bukan itu saja, peningkatan peruntukan ini juga turut berlaku bagi Program Pengupayaan Wanita dan peningkatan yang sama bagi tujuan Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Insya Allah dalam mengangkat prinsip pengurusan dan tata kola yang cekap lagi beramanah, saya ingin memberi jaminan dan menegaskan bahawa segala peruntukan yang disalurkan ini akan digunakan dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan telus.

Prinsip-prinsip ini penting agar setiap peruntukan yang diberikan tidak akan berlaku ketirisan dan benar-benar dapat dimanfaatkan agar memberi impak seperti yang dikehendaki. Akhir kalam, sekalung ucapan terima kasih dan saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan saya sentiasa dipermudahkan dengan kehadiran pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, agensi di bawah portfolio saya yang sentiasa begitu komited dan membantu untuk memastikan dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Perak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Insya Allah menjadi iltizam saya untuk terus bekerja kuat di tahun 2024 dengan menjadikan agenda sejahtera sosial diangkat demi kesejahteraan rakyat.

Negara Maju Aman Sejahtera, Berkat Kepimpinan Utamakan Rakyat, Perpaduan Terbentuk Demi Negara, Rakyat Selamat Bertambah Berkat.

Mengayam pandan di dara jelita, Memakai baju kain sutera, Bantu rakyat kurangkan derita, Pasti negeri makmur rakyat sejahtera.

Sekian, terima kasih saya menyokong.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, terima kasih. Bekal ni.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Jalong untuk menggulung perbahasan. Sila.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-Pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan agensi, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Timbalan Speaker, Tahun Melawat Perak 2024 dan pembangunan industri secara inklusif sememangnya mendapat perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya telah meneliti puluhan isu serta pandangan-pandangan yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Saya akan cuba sebaiknya menjawab segala perihal berkait portfolio saya dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Saya mohon Timbalan Speaker mempertimbangkan masa secukupnya sekiranya terlajak sikit-sikit lah.

Untuk makluman Dewan yang mulia, sesi penggulungan ini telah disediakan merangkumi segenap aspek yang menyentuh akan perancangan kerjasama strategik, perancangan pembangunan perindustrian, perancangan memperkasa dan memeningkatkan peluang pelaburan ke Negeri Perak, perancangan mampan mengimarahkan sektor pelancongan dan perancangan khusus bagi persediaan Tahun Melawat Perak 2024. Walau bagaimanapun, memandangkan perhatian seisi Dewan menjurus ke arah persediaan Tahun Melawat Perak 2024 apabila melibatkan portfolio saya, saya akan memulakan dengan menyentuh segala perihal yang berkaitan. Sukacita saya kongsikan perbandingan peruntukan tahunan negeri Perak bagi tahun 2022 dan 2023 dan juga 2024. Melalui perbandingan ini, seisi Dewan dapat melihat gambaran dengan jelas tahap keseriusan atau Kerajaan Negeri dalam menjayakan agenda Tahun Melawat Perak 2024.

Untuk makluman semua peruntukan Kerajaan Negeri bagi sektor pelancongan negeri Perak tahun melawat, bagi negeri Perak, 2023 saya buat perbandingan dulu dan 2024. Untuk makluman, saya rasa sekiranya untuk Ahli-ahli Dewan, YB-YB yang ada semasa pembentangan bajet mesti ingat sebenarnya untuk tahun 2023, kita cuma untuk portfolio pelancongan cuma mempunyai RM8 juta di mana Tourism Perak mempunyai RM2 juta untuk pergerakan dan Pejabat Exco memiliki RM1 juta untuk pergerakan-pergerakan, semua agenda-agenda, aktiviti, acara dan sebagainya yang merangkumi keseluruhan sebanyak RM8 juta tetapi di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kami telah menaikkan ini untuk tahun 2024 di mana RM10 juta diperuntukkan kepada Tourism Perak dan Pejabat Exco mendapat RM1.2 juta yang sekaligus meningkatnya sebanyak RM11.2 juta iaitu peningkatan sebanyak RM3.2 juta.

Jadi, ini kita sekaligus kita dapat sekali imbas kita boleh lihat keseriusan Kerajaan Negeri untuk menaikkan pelancongan di negeri Perak untuk menjadi salah satu punca pendapatan utama dan juga sektor utama dalam ekonomi Negeri Perak. Jadi ini adalah satu peningkatan yang sangat tinggi kalau kita katakan dari RM8 juta ke RM11.2 juta. Jika kita bandingkan dari bajet ke bajet. Saya ucapkan terima kasih kepada MMK-MMK yang telah bersetuju untuk menaikkan perbelanjaan ini. MMK lah Ahli-ahli sebab kena melalui MMK dulu dan of course juga dengan Sfino, dengan SS dan sebagainya untuk kita meluluskan, untuk dibentangkan ke dalam bajet ini. Seterusnya, kita buat perbandingan pula pergerakan kita untuk tahun ini iaitu 2023 jika dibandingkan pergerakan pada tahun 2022. Secara imbasnya, kalau kita nak bandingkan pergerakan kita atau nak katakan persembahan kita or whatever dengan izin untuk tahun ini, kalau kita bandingkan untuk tahun 2022, kita cuma mempunyai peruntukan sebanyak RM1.3 juta daripada MOTAC dan juga RM2.0 juta daripada MOF. Iaitu kejayaan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan duit daripada Kerajaan Persekutuan cuma adalah pada takat RM3.3 juta. Namun, untuk tahun 2023, kita mendapat, tahun ini kita mendapat RM11.315 juta daripada MOTAC. Jika kita buat perbandingan pada tahun 2022, RM1.3 juta tetapi tahun ini RM11.315 juta, satu kenaikan yang agak mendadak.

Walau bagaimanapun, kami tidak mendapat peruntukan daripada MOF tahun ini tetapi juga kita mendapat peruntukan daripada RMK sebanyak RM4 juta dan peruntukan khas daripada Tourism Perak sebanyak RM1 juta. Minta maaf peruntukan khas kepada Tourism Perak sebanyak RM1 juta. Ini menjadikan keseluruhannya, kami menerima sebanyak RM16.36 juta daripada Persekutuan. Dikatakan secara perbandingan, tahun lepas, Kerajaan Negeri cuma dapat RM3.3 juta, tahun ini Kerajaan Negeri mendapat RM16.36 Juta. Jadi ini merupakan hasil hala tuju yang jelas kepimpinan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga sudah tentunya kerjasama yang erat dan juga komitmen yang tinggi daripada agensi dan jabatan-jabatan terutamanya Tourism Perak, UPEN, PBT-PBT dan PDT-PDT. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan setinggi terima kasih kepada anda semua di mana pun anda berada sekarang kerana usaha sepanjang tahun ini telah membuahkan hasil kepada kita tetapi pada masa yang sama, saya tidak menafikan ia juga hasil daripada hubungan yang baik Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Di mana pejabat saya sentiasa menghormati warga MOTAC dan juga setentunya Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang banyak membantu negeri Perak dalam kita merealisasikan agenda-agenda memperkasakan pelancongan. Setentunya kita di sini tidak bergaduh dengan Menteri. Sekiranya ada apa tidak sependapat kita berbincang baik-baik dengan Menteri. Dan itulah kita dapat melihat hasil kita di sini yang jauh meningkat. Jadi untuk makluman keseluruhan saya summary kan dimana jumlah keseluruhan peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Bagi sektor pelancongan negeri Perak untuk tahun 2022 iaitu RM11 juta, 2023 RM31.56 juta. Satu peningkatan yang sangat ketara di situ. Jadi untuk apa yang kita umumkan yang ini memang semua peruntukan wang telah turun di lapangan dan juga bagi tahun 2024 jumlah peruntukan yang masih atau belum turun daripada Kerajaan Persekutuan kita akan usahakan dan kita akan bekerjasama dengan MOTAC, kita akan berbincang dengan MOTAC termasuk dan terutamanya Menteri supaya mendapat lebih banyak peruntukan untuk diturunkan kepada negeri Perak.

Setentunya apa yang telah saya katakan tadi atau umumkan tadi tidak termasuk daripada usaha-usaha Exco-Exco lain, jawatankuasa-jawatankuasa lain untuk mendapatkan bantuan kepada negeri Perak di mana ia juga secara langsung atau tidak langsung membantu sektor pelancongan. Sebagai contoh projek-projek KPKT yang boleh dimanfaatkan untuk pelancongan. Saya ucapkan ribuan terima kasih juga kepada warga KPKT dan juga menteri kerana tidak melupakan negeri Perak. Di mana saya bagi contoh projek-projek KPKT menjalankan, menaikkan, menerangkan jalan-jalan, kawasan-kawasan pelancongan, mencantikkan tandas-tandas dan sebagainya. Sememangnya usaha-usaha ini kita lihat jelas dapat membantu pelancongan Negeri Perak. Saya juga tidak lupa bahawa sebenarnya Kementerian Belia dan Sukan mempunyai pengaruh yang kuat dalam sektor pelancongan. Kita lihat Exco YB Belanja telah memberi komitmen yang tinggi untuk mendapatkan lebih peruntukan tambahan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti sukan lasak seperti motosikal berkuasa tinggi dan pacuan empat roda dan juga penganjuran acara berbasikal antarabangsa yang bakal dilakukan dalam tahun 2024 untuk tahun melawat Perak. Ini dilihat mampu dapat menjana pendapatan negeri melalui sektor Sports Tourism. Secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan tahun melawat perak 2024, membantu meningkatkan usaha cross portfolio atau inter portfolio ini. Jelas dapat memajukan negeri Perak secara keseluruhan.

Usaha-usaha ini jelas memperlihatkan bahawa ekonomi negeri mampu meningkat melalui kerjasama agensi. Bukan sahaja seperti agensi-agensi yang saya katakan tadi, termasuk juga, kita telah menjalinkan satu usahasama yang kuat dan kukuh sebelum ini dan saya jangka kita akan menjalinkan usaha sama yang kuat dan kukuh pada tahun-tahun yang akan datang. Terutama seperti kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak ataupun STeP dalam mempromosikan industri halal negeri Perak apabila mengadakan Halal Expo, sekaligus mengembangkan industri halal termasuk usahawan industri kecil dan sederhana dan juga pelancong-pelancong atau pelawat-pelawat yang datang ke negeri Perak. Jadi kan melalui kolaborasi ini juga kita melihat di mana kolaborasi apabila Tourism Perak, ok, atau Tourism Malaysia atau lain-lain agensi yang mempunyai apa yang kita katakan event-event atau acara-acara untuk memperagakan, untuk menunjukkan kekuatan, keindahan negeri Perak. Sama ada di dalam Malaysia ataupun di luar Malaysia. Kerjasama itu kita dapatkan secara langsung atau tidak langsung, menaikkan barangan-barangan Malaysia, buatan Malaysia, buatan Negeri Perak di kacamata dunia dan juga kerjasama ini dapat kita tarikkan pelancong-pelancong untuk datang ke Malaysia untuk menikmati makanan-makanan yang sedap yang ada di Malaysia terutamanya di Negeri Perak.

Timbalan Speaker, Yang Berhormat Pangkor, Pantai Remis, Pasir Panjang, Astaka, Keranji, Behrang, Chenderiang dan Selinsing, membangkitkan isu berkenaan perancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan kawasan-kawasan eko pelancongan. Terutamanya di kawasan Pulau Pangkor, Teluk Batik, Lumut, Kampar, Tasik Temur, Tapah dan Kuala Gula serta menjadikan produk-produk pelancongan di kawasan ini dijadikan destinasi untuk dilawati sempena Tahun Melawat Perak 2024. Jadi untuk makluman kawan-kawan semua, rakan-rakan seisi Dewan, Kerajaan Negeri komited untuk merancakkan Tahun Melawat Perak ataupun TMP2024 dengan mempelbagaikan aktiviti program dan bantuan infrastruktur ke kawasan di seluruh negeri Perak. Kalendar acara Tahun Melawat Perak 2024 turut senaraikan pelbagai acara yang akan dilaksanakan di daerah Manjung, Kampar dan Batang Padang. Antaranya, Festival Pangkor 2024, Promising Perak Surfcasting Challenge. Panjang nama dia dxan juga Kampar River Festival. Ini cuma antara sikit-sikit yang kita bangkitkan sebab kalau nak bangkitkan semua, kena sampai malam Dewan ni. Bajet 2024 yang memperuntukkan RM0.7 juta kepada pembangunan Pulau Pangkor secara khusus atau spesifik melalui unit pengurusan pulau bebas cukai Majlis Perbandaran Manjung.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih YB Exco. Terlanjur Yang Berhormat telah pun menyentuh soal Pangkor tadi. Mungkin kita perlu lanjutkan ataupun kita perlu menggunakan Pangkor ni sebagai suatu perkara untuk menjual destinasi berkenaan. Mungkin ada yang terfikir bahawa program seperti Pangkor Dialog tidak begitu berjaya ataupun menelan kos yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya fikir untuk audience tempatan, maksud saya bagaimana Pangkor Treaty itu di tanda tangani, di mana kan. Itu menjadi satu saya rasa tarikan untuk domestik, tourism ataupun pelancongan dalam negeri. Jadi kadang-kadang sekolah ataupun para pengkaji sejarah sepatutnya mungkin akan lebih dapat memahami apa kesan dan juga background ataupun latar belakang yang melatari insiden itu. Saya sebut perkara ini oleh kerana sewaktu saya berada di Amerika Syarikat. Saya lihat tiap-tiap tahun mereka mengadakan pantomime untuk menyambut hari kemerdekaan di Philadelphia itu. Mereka ada drama dan sebagainya. Jadi saya fikir kalau... Dan Perjanjian Pangkor ini kalau kita kaji sejarah, mempunyai kesan yang cukup besar dalam sistem pemerintahan negara kita dan juga silver war di negeri Perak itu sendiri. Jadi saya rasa perkara ataupun Tahun Melawat Perak tidak menjadi sesuatu yang one-off lah. Terima kasih.

Yang Berhormat sama juga, Perjanjian Pangkor yang ditandatangani 20 Januari 1874, sebenarnya tahun depan juga 150 tahun ulang tahunnya. So, kami boleh nampak di Taiping ulang tahun 150 tahun ada banyak aktiviti yang dianjurkan. Cadangan saya kita ada juga banyak program yang kita boleh anjurkan untuk menyambut Perjanjian Pangkor 150 tahun ulang tahun. Cadangan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih kedua-dua YB. Well, saya sedia maklum bahawa tahun depan merupakan tarikh yang penting bukan sahaja dari segi itu. Ia juga merupakan 15 tahun Bandar Tentera Laut kepada TLDM sebenarnya dan dengan adanya Perjanjian Pangkor 150 tahun itu, sebenarnya barulah wujud Taiping 150 tahun kalau tak ada Perjanjian Pangkor, mana datangnya Taiping 150 tahun. Jadi saya memang mengalu-alukan sebarang perancangan yang ada daripada pihak grassroots, daripada pihak pihak local untuk menganjurkan ini. Jadi seperti yang saya tekankan Bajet 2024 yang memperuntukkan RM0.7 juta kepada pembangunan Pulau Pangkor secara khusus atau spesifik melalui Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai Majlis Perbandaran Manjung. Ini satu. Nombor dua, jelas perbezaan yang kita dapat, saya sentiasa dikunjungi, di telefon, di whatsApp, sampai dimarahi oleh kedua-dua YB dari Taiping. Tiga, minta maaf. Itulah menunjukkan keseriusan mereka dalam membangunkan 150 tahun Taiping. Bukan sahaja itu, saya difahamkan mereka juga mengemudi NGO-NGO yang ada di situ, mereka juga melibatkan PBT dan juga PDT dalam pelbagai acara, mereka juga setahu saya, mereka sergah sampai ke peringkat Putrajaya untuk mendapatkan duit untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di situ. Ya, kerajaan negeri membantu tetapi ia perlu datang daripada mereka yang di kawasan itu.

Tiada gunanya untuk Kerajaan Negeri katakan contoh kita bagi RM10 juta tetapi kalau apabila kita sampai dekat kawasan itu, nampak macam panas tidak panas, sejuk tidak sejuk. Jadi ia akan memudaratkan sekiranya kita promosikan itu, sekiranya tiada satu hala tuju jelas daripada ketua-ketua masyarakat di situ. Jadi untuk ini, walaupun kita sedang bercakap mengenai Pangkor, di sini saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan yang ada di Taiping yang dengan bersungguh-sungguh menjayakan Taiping 150 tahun saya sambung. MPM sediakan bangunan bazar yang baharu untuk peniaga-peniaga kecil yang sebelum ini berniaga di bahu jalan.

Yang Berhormat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

MPM sedang merancang dan rancang dan sedang sediakan latihan kemahiran kepada beach boy bersama pasukan khas dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan menekankan kemahiran keselamatan air. MPM juga dalam perancangan untuk memastikan Lumut dan Pulau Pangkor menjadi pengeluar hasil laut kering yang utama di Malaysia. Siapa tidak tahulah ikan bilis mata biru kan? So, ini adalah antara-antara usahakan di situ. Silakan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya berasa amat kagum dan juga bangga dengan kejayaan daripada sektor pelancongan bagi tahun 2023 yang telah dirancang begitu sempurna oleh Yang Berhormat. Jadi, sempena kejayaan dan juga ulang tahun bagi Kerajaan Perpaduan, saya ingin mendapatkan satu jawapan daripada Yang Berhormat. Di manakah pada tahun ini kita akan menyambut sambutan ambang tahun baru 2024? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Sebenarnya itu bukan usaha saya seorang, saya cuma merupakan satu antara faktor kecil di dalam, dimananya di dalam usaha itu melibatkan ratusan atau ribuan warga, biar daripada PBT, PDT, UPEN, MOTAC, NGO dan sebagainya. Walaupun penduduk-penduduk kampung yang mengambil usaha untuk mencantikkan rumah dia supaya apabila orang lalu di hadapan rumah dapat melihat rumah dia cantik. Itu semua merupakan usaha-usaha kecil yang apabila kita gabungkan sekali, ia menjadi sesuatu yang amat indah. Jadi setiap orang di dalam negeri Perak ini mempunyai tanggungjawab dan juga mempunyai peranan dan juga setentunya mempunyai apa yang kita akan sesuatu usaha yang mereka lakukan yang kita banggakan apabila dalam mencapai kegemilangan kita nanti untuk Tahun Melawat Perak 2024. Untuk makluman dalam perancangan kita, kita akan mengadakan ambang tahun baru di Silverlake, Batu Gajah. Saya sampai mana sudah. Jadi untuk Tasik Temoh berada di bawah selenggaraan Majlis Daerah Tapah (MDT). MDT anjurkan karnival Taman Tasik Temoh dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti memancing dan juga acara-acara keluarga juga acara-acara team building. Tidak dinafikan juga, selain daripada yang disebut sini, saya ingin hendak di sini secara khusus, saya hendak pilih dua nama untuk saya hendak tekankan di sini supaya kita dapat dimaklumkan kepada seisi dewan atas usaha baik mereka. Saya ingin, hendak nombor satu, saya hendak tekankan usaha yang baik yang dilakukan di kawasan.

Sebagai contoh, daerah Selama yang walaupun jauh di hujung dunia, yang walaupun kita kata apa pun tidak ada, tetapi YDP dan pasukannya, termasuk YDP termasuk DO melakukan usaha yang cukup dahsyat. Saya rasa, saya hendak tekankan di sini, YDP dia bukan sahaja buat fun map, dia buat fun map atas badan. Itu dahsyatnya. Jangan tengok macam itu, bukan tattoo, baju. Baju, bukan tattoo, jangan risau. Dia buat fun map atas badan dan dia jalan ke hulu ke hilir pakai baju dia itu. Itulah seriusnya. Jadi di sini saya hendak nyatakan dengan semangat yang beginilah saya rasa kita akan berjaya dalam Tahun Melawat Perak dan juga saya hendak katakan, saya hendak tekankan di sini juga untuk YDP Lenggong kerana berjaya melibatkan orang-orang kampung. Ini sangat penting kerana apabila kita bercakap mengenai Tahun Melawat Perak, kita bercakap mengenai industri pelancongan, kita bercakap mengenai hendak dapatkan duit, hendak dapatkan daripada luar negara, hendak dapatkan investment dan sebagainya untuk masuk ke Perak tetapi penghujungnya, kita perlu mendemokrasikan pelancongan, kita perlu merakyatkan pelancongan supaya rakyat kita ada penghujungnya. Penduduk-penduduk kampung, penduduk-penduduk yang ada di mana-mana kawasan pelancongan yang mendapat hasil, bukannya industri-industri besar sahaja yang dapat mengaut keuntungan. Kampar juga antara destinasi pelancongan yang dipromosikan oleh Tourism Perak kerana produk pelancongan yang menarik seperti Gua Tempurung dan aktiviti pelancongan white water rafting dan glamping.

Untuk makluman Dewan juga, white water rafting yang merupakan aktiviti sukan air lasak di mana peserta menggunakan rakit ataupun rakit moden sekarang ataupun saya tidak tahu hendak terjemah raft itu kepada Bahasa Melayu, benda terapung itulah yang dengan angin di dalam. Ada yang tidak ada angin pun sekarang. Ok yang melalui arus yang deras. Ia menjadi satu aktiviti yang sekarang digemari oleh ramai. Sebab ia dikatakan sebagai aktiviti pelancongan adventure. Ia juga ada di kawasan Selama, Tanjong Malim dan Muallim. Sedang sangat giat digabungkan dan dibangunkan oleh pemain-pemain industri tempatan serta mendapat sambutan. Ahli-ahli Yang Berhormat dan masyarakat secara umumnya digalakkan hubungi Tourism Perak untuk masuk dalam kalendar acara tahunan anda untuk Tahun Melawat Perak 2024 untuk pentadbiran dalaman mahupun luaran dan juga untuk pengunjung. Acara-acara khas memantau kepuasan pelancong dan memastikan pengalaman yang positif daripada mereka.

Tujuannya adalah untuk memastikan pelancong memperoleh maklumat yang mencukupi keselamatan terjamin dan keperluan mereka dipenuhi semasa mengunjungi destinasi tersebut. Pentadbiran pengunjung membantu mencipta persekitaran yang menyenangkan dan memikat untuk para pelancong. Jadi untuk kalendar ini saya nak terangkan sedikit, saya ambil masa sedikit. Untuk kalendar ini yang dibangunkan oleh Tourism Perak, saya galakkan semua untuk melihat. Jadi untuk anda siapa-siapa, biar daripada YB-YB kerajaan, ataupun YB-YB pembangkang, tidak ada masalah. Biarpun daripada PBT PDT, ataupun NGO-NGO. Sekiranya ada yang sedang melihat melalui paparan youTube sekarang. Apa yang berlaku sekiranya anda masukkan tarikh anda ke dalam kalendar-kalendar ini? Dia berlaku beberapa benda. Dengan terwujudnya kalendar ini, nombor satu. Apabila anda ingin merancang sesuatu aktiviti, lihat ke kalendar itu dulu. Adakah tarikh rancangan anda itu sudah ada aktiviti lain? Sekiranya ada, mungkin anda perlu ganjakkan aktiviti anda supaya tidak bertembung. Sebab apabila bertembung itu, kadang-kadang dia memudaratkan aktiviti anda. Ataupun kadang-kadang anda perlu bersekali. Mungkin kita kata kita adakan satu buat pagi, satu buat malam. Kadang-kadang boleh jadi sinergi untuk kawasan tersebut. Jadi, ia bergantung kepada kebijaksanaan penganjur.

Nombor dua, daripada kalender itu kita dapat tahu aktiviti itu sebenarnya aktiviti lasak ke, aktiviti keluarga ke, aktiviti kebudayaan ke dan sebagainya dan juga penting kita boleh tahu itu aktiviti kerajaan ke, aktiviti dianjurkan olh badan swasta ataupun antarabangsa, level negeri ataupun level kampung. Jadi ini semua kita boleh selesaikan di situ dan ia setentunya dapat membantu anda. Yang Berhormat Gunong Semanggol, mohon penjelasan berkenaan pengoperasian houseboat di Tasik Banding, Gerik. Sama ada ianya memberi keuntungan kepada pihak kerajaan. Untuk makluman, Pejabat Daerah dan Tanah PDT Hulu Perak bertanggungjawab keluarkan lesen kepada pengusaha houseboat di Tasik Temenggor dan Tasik Banding. Berdasarkan rekod, terdapat 40 houseboat berlesen daripada 32 pemegang lesen houseboat yang berdaftar dengan PDT Hulu Perak. Namun, usaha banci dijalankan semula oleh pihak berkuasa tempatan atau PBT dan Perak, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) termasuk dan juga terdapat laporan, pengusaha-pengusaha yang telah berhenti operasi untuk yang menyewa atau menjual lesen mereka kepada pihak ketiga. Jadi, banci ini amat penting untuk kita menentukan langkah-langkah seterusnya. Kadar caj yang dikenakan untuk lesen hanya, saya ulangi, hanya RM60.00 setahun. Kutipan kadar cas ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pendapatan pengusaha-pengusaha yang apa yang mereka boleh dapat dalam tempoh setahun.

Saya di faham juga sekarang pelancongan pelancong ingin melancong di Tasik Temenggor, di Tasik Banding pelancong-pelancong juga diperlukan membuat tempahan tiga bulan ke hadapan, kadang-kadang tiga bulan ke hadapan kalau kita semak laman-laman Facebook mereka kita tengok tempahan juga agak jauh ke hadapan dan ini jelas menunjukkan destinasi pelancongan ini mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Operasi houseboat yang masuk ke kawasan Taman Negeri Royal Belum dikenakan fee konservasi. Rumah bot dan juga permit kemasukan dikenakan kepada pelancong yang menggunakan perkhidmatan houseboat tersebut. Hasil kutipan fee tersebut disalurkan ke akaun amanah Perbadanan Taman Negeri Perak yang diselia oleh Perbadanan Taman Negeri Perak. Pengoperasian houseboat memberi limpahan ekonomi kepada peniaga, pengusaha penginapan, pengusaha makanan di daerah Gerik. Majlis Daerah Gerik dalam perancangan naik taraf sistem rawatan kumbahan di Hentian Royal Belum Amanjaya Pulau Banding bagi menggunakan atau kegunaan houseboat di Tasik Banding supaya pencemaran tidak menjadi beban kepada pengguna-pengguna lain dan juga dalam masa yang sama dapat memelihara ekosistem di Tasik Banding.

Tahun 2024 Majlis Daerah Gerik akan kenakan bayaran kepada pengusaha-pengusaha houseboat di Tasik Banding di bawah Enakmen Hotel yang telah diwartakan peraturan-peraturan hotel negeri Perak yang akan diwartakan yang akan di di diumumkan nanti. Namun operasi ni kini beri tekanan kepada ekosistem Taman Negeri termasuk hidupan liar, tumbuhan dan juga kualiti alam seperti kualiti air dan kehidupan masyarakat di perkampungan orang asli atau orang asal di situ. Sebagai contoh Kampung Klewang di Royal Belum dipenuhi dengan sampah sarap seperti plastik-plastik daripada makanan ringan, beg-beg maggi, beg-beg gula-gula dan sebagainya oleh pelancong-pelancong kepada yang diberi kepada orang-orang asal atau budak-budak atau anak-anak yang ada di situ yang dia akan merata bukan sahaja akan mencacatkan imej pemandangan alam sekitar dan menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan masyarakat orang asli malah juga mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar.

Usaha sedang giat dilakukan untuk melestarikan dan memulihara alam sekitar di Royal Belum dengan memberi pendekatan dari model-model baru iaitu High Volume Low Value bertukar kepada High Value Low Volume dengan izin untuk mencerminkan status Royal Belum yang sebenarnya kerana kalau kita lihat, Royal Belum mempunyai dua keistimewaan. Nombor satu, keindahan alamnya. Nombor dua, kita juga kena lihat bahawa statusnya yang mempunyai perkataan Royal di situ. Jadi, apabila ia mempunyai perkataan Royal di situ, jadi kita perlulah menjaganya supaya ia mencapai status yang kita nak apa kita nak tunjukkan kepada mereka yang di luar kerana apabila mempunyai status Royal di situ, ianya menunjukkan satu kualiti dan satu penanda aras yang amat tinggi. High Value Low Volume menunjukkan kepada model perniagaan atau strategi di mana perusahaan menghasilkan menjual produk atau perkhidmatan dalam kuantiti yang rendah tetapi dengan nilai tambah yang tinggi, keunikan atau keperluan pasaran yang spesifik.

Pendekatan ini fokus untuk memberikan nilai tinggi kepada pelanggan walaupun dalam jumlah produksi dan atau jualan yang terhad. Jadi ini sebenarnya akan membawa kepada kurangnya pencemaran yang dibawa ke dalam Royal Belum supaya kita dapat menjaga keindahan alam yang ada di situ. Sekiranya kita mengekalkan model sekarang iaitu high volume, low value maka ia juga merujuk kepada maksud di mana disebaliknya ia memberi fokus utama kepada jumlah produksi atau penjualan yang tinggi dan keuntungan dibina pada skala ekonomi dan efisiensi yang kecil. Produk atau perkhidmatan mungkin boleh diperoleh dengan harga yang rendah tetapi keuntungan bersumber pada jumlah pelanggan yang besar. Jadi dengan jumlah pelanggan yang besar ini, kadang-kadang kita risau mereka akan bawa kepada pencemaran ataupun pengubahan kepada kualiti yang kita inginkan yang ada di kawasan tersebut.

Sebagai contoh atau seperti mana penutupan yang dan tidak lagi promosi destinasi pelancongan Negeri Pulau Sembilan di Bagan Datuk atas pertimbangan keseimbangan di antara keuntungan dan konservasi alam sekitar. Ia bertujuan demi mengatasi masalah pelancongan haram dan juga perikanan haram di kawasan sekitar. Kita tidak ingin apa kita tidak ingin yang berlaku di Pulau Sembilan menjadi apa yang berlaku di kawasan Royal Belum. Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan bersama ramai NGO sedang giat berusaha untuk memulihkan apa yang telah dilakukan pada tahun-tahun yang lepas di mana sekarang kita sedang dalam usaha bukan saja pemulihan kita bukan saja pemulihan tetapi kita ingin melakukan usaha-usaha pemulihan tetapi apabila ia jatuh kepada satu aras yang begitu rendah, maka amat susahlah untuk kita ingin menaikkan dari segi alam sekitar. Jadi, bukan semua benda kita nak kira mengikut duit. Bukan semua benda kita nak mengikut, nak kira mengapa, dengan keuntungan. Ada masa, ada benda-benda bertentu, kita perlu cakap enough is enough. Kita perlu cakap no, this is not for sale.

Jadi untuk Yang Berhormat Pengkalan Baharu, cadangkan pengurusan kawal selia lata air terjun di hutan, minta maaf di hutan lipur Ulu Licin dipindahkan daripada PDT atau PBT Daerah Manjung dipindahkan ke PDT ke PBT Daerah Manjung untuk mudahkan urusan pembangunan di kawasan tersebut. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, MPM dan PDT Manjung terima baik cadangan yang dikemukakan. Secara dasarnya MPM dan PDT Manjung tiada halangan untuk letakkan kawasan perkelahan rekreasi Ulu Licin di bawah pentadbiran Daerah Manjung. PDT Kuala

Kangsar pula akan meneliti cadangan YB Pengkalan Baharu dan akan membuat perbincangan lanjut bersama PDT Manjung dan Jabatan Perhutanan. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar tiada halangan sekiranya kawasan ini dipindahkan kepada MPM Manjung.

Jika hasrat tersebut ingin diteruskan persempadanan semula, perlu dilaksanakan mengikut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan diwartakan. Yang Berhormat Menglembu syorkan supaya diperbanyakan pemasangan kamera litar tertutup dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di negeri Perak agar dapat menggelakkan kes jenayah seperti rompakan dan sebagainya. Dalam aspek keselamatan tempat-tempat pelancongan pihak Polis DiRaja Malaysia, memang telah wujud unit polis pelancong di beberapa daerah yang menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dalam negeri. Sebagai contoh di Bandar Raya Ipoh, polis pelancong berada di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai seperti di sekitar Lorong Parlimen, Memory Lane Ipoh dan juga Taman Rekerasi Gunung Lang. Untuk pastikan keselamatan dan keselesaan para pelancong, PDRM mempertingkatkan rondaan oleh unit MPV dan unit URB serta bantuan daripada unit pencegahan jenayah balai-balai polis berkaitan. PDRM juga dalam perancangan untuk mendirikan pondok polis di kawasan-kawasan tumpuan pelancong. Yang Berhormat Bercham mencadangkan supaya peruntukan RM1.2 juta yang diterima oleh Exco Pelancongan bagi acara kebudayaan dan pelancongan diberikan. Sebahagiannya untuk penganjuran konsert yang baik bermoral dan ikut peraturan agar ianya menjadi pemangkin kepada ekonomi Negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat Bercham, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sering libatkan persembahan oleh artis-artis tempatan yang mempunyai latar belakang yang baik dan mempunyai peminat-peminat mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, dalam konsert @ Lenggong pada Julai 2023, JKKN Perak libat uruskan, libatkan artis seperti Dato' Jamal Adilah dan juga Aina Abdul. Selain itu, semasa Temasya Budaya Negeri Perak pada bulan September yang lepas, JKKN Perak telah melaksanakan persembahan Gala yang libatkan artis-artis seperti Black dan artis-artis tempatan Negeri Perak. Bagi tahun 2024, JKKN akan pastikan program-program melibatkan persembahan oleh artis-artis mampu menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Negeri Perak. Kerajaan sebenarnya tiada halangan kepada penganjuran hiburan dalam negeri ini selagi ia memenuhi syarat-syarat yang ia perlukan.

Penambahan peruntukan telah oleh negeri ini juga diadakan. Memang sememangnya ber, khusus untuk diadakan konsert konsert bertemakan kebudayaan yang telah saya usahakan bersama JKKN di mana kita akan mengadakan fiesta kebudayaan di sekeliling negeri Perak. Sebenarnya kita telah membuat satu test run di Sungai Siput dan ia mendapat sambutan yang amat hebat daripada rakyat di kawasan tersebut. Dengan usaha itu, kita mempunyai komitmen dan kita mempunyai keyakinan tinggi untuk membawa konsert konsert kebudayaan ini ke seluruh pelusuk negeri Perak supaya kita dapat mengingatkan warga perak kepada kebudayaan kita, kebudayaan kita di negeri Perak. Jadi, penambahan peruntukkan oleh negeri juga akan diadakan untuk penganjuran konsert bertemakan kebudayaan dan tiada keperluan untuk pemikiran sempit atau memainkan politik untuk memberi suatu konotasi negatif dalam penganjuran konsert.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Yang Berhormat Exco Jalong, kita tahulah negeri Perak sebagaimana yang kita maklum bahawa dia banyak produk-produk pelancongan yang kalau kita uruskan, kita bina boleh menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke negeri Perak dan lebih ramai mereka boleh tinggal dalam negeri Perak ini bukan sebagai tempat singgah saja. Jadi kalau ingat, kalau kita tumpuan pada pandangan saya, kalau kita memberi tumpuan kepada kita mengadakan konsert-konsert liar walaupun kita nampak ada nilai ekonomi. Walaupun kita nampak…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. My flow please sit down.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

No…no…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Masa tak cukup, jadi itu yang saya itu yang saya katakan pemikiran sempit. Bagi saya kata konsert-konsert yang saya tahu kepadanya semasa konsert liar, ok, terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kenalah bagi lah peluang, kenalah bagi peluang. Saya nak bertanya. Bawak produk-produk…

Timbalan Yang di-Pertua

Gunong Semanggol, duduk.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Semanggol, tak bagi duduk lah Semanggol.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dato’ Yang di-Pertua…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Semanggol duduk.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Takde maksud kalau kita nak mainkan politik…

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong teruskan, sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sebagai exco kena berani…

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong sila, teruskan

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kena berani bukan kita…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kita cakap minta positif you nak main politik. Minta maaf. Saya bagi flow untuk (gangguan) yang baik kalau nak main politik minta maaf. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, landskap industri.

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong sila teruskan, sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tak bagi laluan semanggol

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita nak bincang ni, Yang Berhormat…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Timbalan Speaker…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

And then you give this answer to us dengan izin, ini kita. Saya minta, saya minta sekarang kita membawa produk produk liar. Kita boleh membawa (gangguan)…

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi, bagi exco. Bagi exco gulung. Sila. Jalong sila. Semanggol sila duduk. Bagi exco gulungkan, sila.

Duduklah ketua pembangkang. Hormat lah sikit

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ini nak pentadbir negeri bukan mentadbir satu kaum…

Semanggol hormatlah Timbalan. Hormatlah sikit ketua pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua

Sekali lagi minta jadi YB Exco teruskan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ini media. (gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk semanggol. Hari pertama. Exco sila

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Inilah perangai ketua pembangkang tak dengar jawapan kita cakap cuma dibenarkan kalau ikut syarat yang ditetapkan negeri ini nak main politik masuk konsert liar minta maaf kalau nak politik saya tak nak jawab.

Timbalan Yang di-Pertua

Exco, sila teruskan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kalau tak makan cili tak rasa pedas. Duduk. Yang Berhormat Dato’ Yang Timbalan Speaker, landskap industri pelancongan dunia terus berkembang dan berubah seiring…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya tak puas hati hak tadbiran inilah…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dengan perkembangan teknologi industri pelancongan dilihat antara penyumbang terbesar kepada sosial ekonomi negara yang memberi impak kepada pertumbuhan pembangunan serta masyarakat setempat. Demi memastikan...

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Teruskan. Exco, exco dia tak bagi sila duduk. Yang Berhormat sila duduk, saya cakap beberapa kali. Sila duduk dia tak bagi. Sekarang Exco yang gulung, sekarang Exco yang gulung. You bagi dia gulung dulu boleh tak. Bagi dia gulung.

Yang Berhormat Exco saya rasa, Yang Berhormat Exco boleh rai untuk dengar sekejap, rai dengar sekejap…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Silakan

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Gunong Semanggol, Gunung Semanggol bahas tidak bagi laluan, sekarang nak mencelah lagi.

Perintah tetap, perintah tetap.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya minta YB Exco sila teruskan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya punya flow, duduk.

Perintah Tetap Timbalan Yang di-Pertua. Perkara 41 tidak. Tiada ahli boleh mencela ahli yang sedang berucap. Ya. Timbalan Speaker Tolong…

Timbalan Yang di-Pertua

Keputusan saya, saya minta Exco teruskan. Sila

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ini, ok sekejap. Saya nak mintak penjelasan Yang Berhormat…

Ikutlah perintah tetap Ketua pembangkang. Sudah senior. Perintah tetap kena ikut.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya minta satu hari duduk. Sila duduk. Yang Berhormat, Yang Berhormat saya cakap sila duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

1. 2, 3…

Timbalan Yang di-Pertua

Apa 1 2 3. Sila duduk. Berapa kali saya sudah cakap. Sila, sila YB Yang Berhormat. Sila duduk. Saya minta YB exco teruskan. Sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya minta. Saya belum habis. 1 2 3 4, mana satu melayu. Saya kena bawa program ini, agar tidak meruntuhkan moral…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya minta saya minta (gangguan)…

Minta, minta kena halau ah…

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco, sila teruskan. Ini saja.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Landskap industri pelancongan dunia terus berkembang dan berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Industri pelancongan dilihat antara penyumbang terbesar kepada sosial ekonomi negara yang memberi impak kepada pertumbuhan pembangunan serta masyarakat setempat. Demi memastikan kelangsungan industri pelancongan negeri Perak, tumpuan yang menyeluruh perlu diberikan kepada usaha-usaha ke arah peningkatan produktiviti dan penjanaan ekonomi yang mampan supaya Tahun Melawat Perak 2024 atau Visit Perak Year 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Justeru, penghasilan produk produk perlu lebih kreatif, inovatif serta menawarkan pengalaman yang luar biasa. Pembangunan dan pemerkasaan signature produk yang unik bagi setiap destinasi pelancongan perlu diambil kira. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan daya saing yang kompetitif, meningkatkan produktiviti dan merangsang penciptaan peluang pekerjaan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kemajuan teknologi juga dilihat mampu memperluas serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam kalangan pemain industri dan membuka ruang bagi subsektor inovatif baharu. Walaupun kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi di peringkat global, ianya bukanlah satu alasan untuk Kerajaan Negeri mengambil enteng tentang perkara tersebut. Perkara ini merupakan antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan ekonomi setempat mendapat manfaat melalui sektor ini. Usaha usaha pemeliharaan pemuliharaan dan perlindungan khazanah warisan negara dan negeri perlu ditingkatkan sebagai tanda dan juga agenda utama bagi menyemarakkan ekosistem pelancongan dan kebudayaan negara. . Lantaran itu, agenda melestarikan warisan budaya dan alam semula jadi adalah penting bagi memastikan kelangsungan keunikan dan keaslian dapat diteruskan dan dinikmati oleh generasi kini dan akan datang. Secara tidak langsung juga aset khazanah warisan negara yang sangat berharga ini dapat diterokai sebagai produk pelancongan baharu dan merupakan usaha dalam meningkatkan ekosistem sosio ekonomi negara. Pelan eko pelancongan negara turut diperkenalkan sebagai hala tuju dalam memperkukuhkan pembangunan eko pelancongan melalui inisiatif pemuliharaan tapak eko pelancongan di Malaysia. Melalui pelaksanaan di bawah pelan ini, Malaysia negeri Perak khususnya diharap dapat diangkat sebagai salah satu destinasi eko pelancongan terkemuka dunia yang mengamalkan pengurusan yang mampan terhadap alam sekitar. Keterjaminan Kebersihan. Keterjaminan kebersihan di samping mampu meningkatkan pendapatan negara. Pendedahan mengenai kepentingan memelihara, memulihara dan melindungi warisan kebudayaan dalam alam semula jadi. Negara perlu dipergiatkan melalui aktiviti dan program promosi serta pendidikan melibatkan pemain pemain industri serta komuniti setempat. Pelbagai inisiatif dalam bentuk bantuan dan insentif turut dirancang bagi menggalakkan pembabitan pelbagai lapisan masyarakat dalam mendukung usaha ini. Tuntasnya, ia merupakan komitmen semua pihak. Pemerkasaan jaringan kerjasama strategik khususnya dalam sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam melonjakkan imej serta visibility negeri Perak di peringkat nasional dan antarabangsa.

Oleh yang demikian, hubungan yang baik dengan pelbagai pihak terutamanya pemain industri sektor swasta, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, MOTAC dan menteri menyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi dan daya saing industri. Lanjutan daripada itu, bagi menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 Jawatankuasa induk sempena Tahun Melawat Perak 2024 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak dan Jawatankuasa Teknikal Pelancongan Negeri Perak yang dipengerusikan oleh saya sendiri diadakan bagi mendapatkan maklum balas daripada semua penggiat industri termasuklah pengusaha pihak berkuasa tempatan dan juga badan badan NGO. Ini adalah antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk melibatkan serta menjalinkan kerjasama erat bersama semua penggiat dan pemain industri pelancongan daripada pelbagai sektor. Selain daripada itu juga, Tourism Malaysia juga bersedia membantu Kerajaan Negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Perak dengan membenarkan aset milik mereka dijadikan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat. Tourism Malaysia membenarkan bahan bahan promosi berbentuk fizikal seperti peta pelancongan negeri Perak, brosur, kalender dan sebagainya untuk digunakan oleh Tourism Perak.

Yang berhormat Jalong. Yang Berhormat Jalong, Yang Berhormat Jalong saya nak bukan nak kacau.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Sila.

Ok baik. Terima kasih Yang Berhormat Jalong. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak balik ke belakang sikit. Hanya sekadar cadangan. Di tangan saya sekarang ada satu garis panduan daripada Jabatan Agama Islam berkaitan dengan garis panduan nak mengadakan konsert dan juga karnival. Saya cadangkan, Yang Berhormat Exco boleh jadikan ini sebagai garis panduan untuk menjadikan sebagai panduan konsert kita di negeri Perak ni sebagai nak meraikan semua kaum yang ada. Itu saja dan yang kedua, pastikan segala usaha-usaha untuk nak menormalisasikan misi-misi yang bercanggah dengan budaya kita, kita banteras. LGBT seperti contoh. Sekian, itu sahaja.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Itulah sebenarnya ketua pembangkang perlu belajar. Daripada penggal pertama dah tahu cara nak tanya secara elok. Sebenarnya saya terima baik cadangan yang dikatakan tadi. Memang kita dah... Tadi saya pun dah tekankan konsert-konsert yang dikatakan, yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, kebanyakannya telah kita dah...kita dah screen through. Bukan saya yang screen. Kita kena percaya penjawat-penjawat awam, agensi-agensi yang screen. Mereka yang bagi nasihat kepada saya. "YB, ini jangan. Yang ini boleh." Kebanyakan masa kita ikut nasihat mereka. Jadi apabila mempertikaikan, sebenarnya bukan mempertikaikan keputusan atau soalan saya, tetapi mempertikaikan…

Peraturan mesyuarat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kerja-kerja rumah yang dilakukan oleh Agensi-Agensi dan juga…

Peraturan mesyuarat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Yang semua ni. Jadi nombor dua, nombor dua untuk yang tadi kita katakan betul seperti yang saya katakan tadi, dengan syarat-syarat. Bukan katakan semua datang terus boleh buat. Kita buat ikut syarat.

Timbalan Speaker, peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat 43, bertanggungjawab dengan isi ucapan. Seorang Ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Tadi YB Exco ada sebut berfikiran sempit. Jadi mungkin kita nak tahu apa, siapa dia yang berfikiran sempit, apa pandangan dia yang menyebabkan YB Exco kata berfikiran sempit.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ok. Boleh. Terima kasih. Saya cari balik mana tempat saya cakap tadi ya. Ada teks. Mana dia pergi? Ini yang melambangkan proses Dewan ni. Mana dah? JKKN, Konsert Lenggong. Ok, tiada keperluan, dengar sini teksnya kalau nak periksa hansard esok pun sama saja. Tiada keperluan untuk pemikiran sempit atau memainkan politik untuk memberi sesuatu konotasi negatif dalam penganjuran konsert. Itu ayatnya. Saya tidak pernah menuju kepada siapa-siapa. Saya tidak pernah menuju kepada parti politik atau mana-mana. Ayat ini untuk semua. Termasuk saya sendiri. Untuk semua. Sekiranya anda tidak mempunyai niat untuk mempolitikkan atau untuk membuat apa-apa. Apa ke silapnya ayat itu? Cumanya dalam hati itu yang ada niat atau dia berpemikiran tertentu yang akan melihat ke arah itu. Beginilah YB. Sebenarnya saya banyak teks lagi…

Boleh saya?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Sekejap, sekejap, sekejap. Beginilah YB. Saya banyak teks lagi. Tapi semua satu saja saya nak minta di sini. Saya sini tiga penggal. Dari dulu saya duduk kat betul-betul kat tempat YB yang tadi bangun. Titi Serong, ya? Haa.. Dari dulu saya bangun sampai sekarang. Tanya semua penjawat awam yang tahu. I always stand, dengan izin. I always stand up with constructive argument. Constructive argument. Untuk pembinaan masyarakat, negeri kita yang tercinta ini. Kalau nak main politik, kita gaduh kat luar, kat ceramah banyak. Gaduhlah kat luar. Buat apa nak kacau kat sini? Ini baru setengah teks, lagi setengah teks, industri tak masuk lagi. Macam mana kita nak jawab kepada rakyat? Jadi, sudahlah dekat situ. Saya tak nak sambung itu dah.

Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak bekerjasama dengan masyarakat, minta maaf dengan The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) atau MATTA Cawangan Perak yang membawakan seramai 32 agen pelancongan dan pengembaraan daripada Thai Travel Agents Association atau TTAA ke negeri Perak di bawah program TTFM Trip to Perak selama 5 hari 4 malam bermula daripada 16 hingga 21 Julai 2023 bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat terkini berhubung produk-produk dan destinasi yang menarik di negeri Perak yang berpotensi dijadikan pakej khas sesuai dengan pasaran pelancong Thailand. Selain daripada itu, usaha-usaha juga dilakukan oleh Tourism Perak dan juga Kerajaan Negeri untuk berhubung dengan pemain-pemain industri di Indonesia. Jadi ini kita harap bahawa dua-dua negeri ini yang sangat dekat dengan kita, kita harap dapat menarik mereka ke Perak dan juga sudah tentunya kita juga melakukan usaha-usaha dan juga famtrip-famtrip ke Singapura kerana kita mempunyai satu-satunya penerbangan antarabangsa dan itulah cuma Singapura. Kita berharap kita dapat menjana lebih pendapatan atau pelancong yang datang ke Negeri Perak dengan memperkukuhkan jalinan-jalinan yang ada di sini. Selain itu juga satu sesi menandatangani memorandum persefahaman diantara MATTA dan TTAA telah diadakan untuk mengukuhkan perjalinan kerjasama, menarik lebih ramai pelancong daripada Thailand ke Malaysia. Tourism Perak juga bekerjasama dengan MCTA untuk membawa agen-agen pelancongan daripada Taiwan dan juga Hong Kong untuk mengadakan familiarisation trip yang akan diadakan di pertengahan bulan antara Disember 2023 dan juga Januari 2024.

Inisiatif-inisiatif ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan destinasi pelancongan, membuka ruang dan menjadi platform kepada Agensi Pelancongan Malaysia khususnya Perak dalam memasarkan pakej-pakej pelancongan mereka. Kerajaan Negeri telah dan akan terus bekerja keras demi memastikan agenda Tahun Melawat Perak 2024 dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, sukacita ingin saya kongsikan kerjasama bersama rakan-rakan strategik sempena Tahun Melawat Perak 2024. Bukan sahaja merancakkan lagi kempen, bahkan mampu memberi nilai tambah terhadap rakan-rakan strategik serta membantu Kerajaan Negeri dalam penjimatan kos. Jadi untuk maklumat Dewan yang mulia ini, sepanjang bulan Disember nanti kita akan menandatangani MOU-MOU dengan pemain-pemain industri supaya kita dapat menaikkan lagi atau kita dapat memaparkan atau memasarkan lagi negeri Perak untuk tahun 2024 dalam visit Perak year 2024 untuk pemain-pemain industri daripada mereka yang aktif dalam bidang air mineral, air minuman, e-hailing, kamera dan juga lain-lain. Ada juga kita tengah berbincang dengan lagi 2-3. Jadi usaha ini kita untuk memasarkan sebenarnya kalau kita angkat dalam pada pemasaran, dalam face value dia di dalam pasaran negeri kita sudah jimat sebanyak RM6 juta. Sekurang-kurangnya kita jimat RM6 juta daripada kolaborasi-kolaborasi dengan rakan strategik ini di mana RM6 juta itu saya percaya dapat digunakan walaupun oleh YB Sal yang membuat kebajikan. Walaupun oleh YB Lintang mungkin untuk membantu orang-orang luar bandar dalam agriculture dan sebagainya. Jadi walaupun untuk belia dan sukan dan sebagainya. Penjimatan itu telah diusahakan oleh pemain-pemain industri di dalam Negeri Perak. Mereka yang telah berjaya menjadi kaya. Orang Perak berjaya menjadi kaya di Perak dibantu oleh orang Perak. Sekarang mereka menyumbang balik kepada negeri Perak.

Jadi Yang Berhormat Timbalan Speaker, Meskipun begitu, Kerajaan Negeri Perak, terima kasih, ini untuk pelancongan. Tadi pun Timbalan Speaker, saya masuk industri. Meskipun begitu Kerajaan Negeri telah merangka satu pelan perindustrian iaitu pelan perindustrian P3 sebagai garis panduan dan penanda aras bagi kemajuan industri di Negeri ini. P3 merupakan suatu pelan perindustrian baru dan dirangka seiring dengan pelan perindustrian Perak dan minta maaf seiring dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang akan menjadi garis panduan dan penanda aras kepada kemajuan sektor perindustrian di negeri Perak bagi tempoh 10 tahun iaitu dari 2021 sehingga 2030. Menerusi P3, penekanan khusus akan diberikan kepada sektor strategi utama iaitu E&E, automotif industri berkaitan alat ganti dan jentera. Industri berasaskan mineral, bioteknologi, farmaseutikal dan industri halal. Ekonomi digital dan perkhidmatan berkaitan pembuatan. Sektor-sektor ini telah dikenal pasti dalam usaha menjadikan negeri Perak sebagai negeri yang maju dan berdaya saing serta bukan sahaja berkeupayaan untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi, bahkan akan turun membangunkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing di peringkat global. Berdasarkan data yang dikongsikan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA baru-baru ini sejak tahun 2018 sehingga kini, sehingga hujung tahun ini, Perak memperoleh pelaburan direalisasikan bernilai RM22.3 juta. Minta maaf, RM22.3 billion merangkumi 283 projek pembuatan yang telah diwujudkan dan mewujudkan lebih 22,000 peluang pekerjaan.

Malahan, negeri Perak juga merupakan negeri yang mencatatkan tahap implementasi projek yang tinggi iaitu sekitar 85% bagi projek-projek yang diluluskan di negeri ini berbanding dan juga setanding dengan negeri-negeri maju yang lain seperti Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membangunkan industri di negeri ini dan pelbagai inisiatif telah dijalankan termasuklah menganjurkan misi penggalakan pelaburan ke luar negara seperti ke China, Taiwan, Singapura, Jepun dan lain-lain, menganjurkan sesi melibat urus bersama persatuan-persatuan perniagaan seperti Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antara Bangsa Malaysia (MICCI), Dewan-Dewan Perniagaan Melayu, China, India dan Persatuan Vendor Proton atau PVA bagi mendapatkan input dan pandangan serta menggalakkan ahli-ahli mereka untuk terus menambah pelaburan di negeri Perak dan mengadakan sesi lawatan ke kilang-kilang di setiap daerah seperti di Kinta, Muallim, Taiping, Manjung, Teluk Intan, Kerian bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Invest Perak, MITI, MIDA, NCIA, Pejabat Daerah dan Tanah dan juga pihak berkuasa tempatan bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh para pelabur khususnya berkaitan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam dan secara terus menerus bekerjasama rapat bersama agensi penggalakan pelaburan di peringkat persekutuan seperti MIDA dan NCIA dalam aktiviti mempromosikan negeri Perak kepada pelabur-pelabur berpotensi yang mengadakan lawatan penilaian tapak.

Selain itu, pihak swasta seperti Gas Malaysia Berhad juga telah banyak membantu dalam melabur, membina infrastruktur jajaran paip gas asli di negeri Perak secara meluas bagi kegunaan pelabur termasuklah projek pemasangan jajaran paip asli yang terkini dari Bidor ke Automotive Hightech Valley yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025, di mana menerusi pembangunan projek ini, dijangka akan menarik lebih banyak pelaburan, khususnya di daerah Batang Padang dan Muallim. Bagi memastikan negeri Perak mempunyai kawasan perindustrian baru yang moden dan lengkap dengan kemudahan asas untuk ditawarkan kepada masyarakat....

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Exco kena gentlemen le bagi sikit kita nak tengok pelaburan …

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menyokong penuh pihak syarikat-syarikat yang membangunkan taman perindustrian. Antara MRCV yang sedang dalam proses pembangunan Ipoh Raya Integrated Park. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNPK, turut menumpukan usaha untuk membangunkan kawasan perindustrian baru di Khantan iaitu di Silver Valley Technology Park atau SVTP dan

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Pertama kali jumpa Exco yang tak bagi ruang ni.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Di Lumut dari Time Industrial City atau LuMIC. Malah dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melalui Pembentangan Bajet 2024 berkenaan dengan pembangunan kawasan perindustrian berteknologi di

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita nak tanya berkenaan dengan pelaburan negeri Perak ini.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat ini dan akan memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan bagi bersama-sama membangunkan kawasan perindustrian ini. Yang mana ia mampu merancakkan lagi E&E di koridor utara. Melalui perancangan yang teliti, Kerian mampu menjadi sebuah kawasan perindustrian berteknologi tinggi. Sama ada setanding atau lebih baik daripada Kulim Hi-Tech Park yang dibimbing dan juga dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Berdasarkan kekuatan-kekuatan yang dimiliki seperti lokasi yang strategik, ketersambungan infrastruktur dan in-utility serta kekuatan modal insan di negeri Perak. Saya tertarik untuk menyentuh isi perbahasan

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Bagi peluang la Exco, gentlemen.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Yang Berhormat Pokok Assam yang mengulas berkenaan kepentingan bagi pembangunan sektor perindustrian di utara Perak yang turut melibatkan kawasan perindustrian Kamunting yang kini kian menjadi tumpuan oleh pemain-pemain industri yang sedang beroperasi di Pulau Pinang atau Kulim Hi-Tech Park dengan kedudukan begitu hampir dengan kawasan perindustrian Batu Kawan, Kamunting mampu menjadi hub …

Timbalan Yang di-Pertua

Gunung Semanggol sila duduk dia tak bagi laluan sila duduk, sila, sila duduk, ok. Bagi Exco teruskan. Boleh? Sila duduk, sila duduk. Dia tak bagi laluan, ini saja. Ok, sila duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak pe la saya bangun kalau dia tak bagi ....

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dengan kedudukan begitu hampir dengan kawasan Perindustrian Batu Kawan, Kamunting mampu menjadi hub kepada rantaian bekalan sektor E&E yang akan saling menyokong syarikat-syarikat E&E terkemuka dunia yang kini banyak terletak di Pulau Pinang sementara menunggu Kawasan Perindustrian berteknologi tinggi di Kerian disiapkan tidak lama lagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang ada pun tak bangun, tu yang nak tanye…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ini sudah semestinya bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui pengwujudan peluang pekerjaan dan meningkatkan aktiviti setempat. Kerajaan Negeri juga turut memberi penekanan kepada sekuriti makanan dengan pembangunan halal industri park di Lekir oleh GLC Negeri iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau SADC, kerajaan negeri melalui inisiatif ini berhasrat untuk meningkatkan indeks sara diri bagi makanan ruji rakyat tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan import yang sering terkesan akibat perubahan iklim atau juga apabila berlaku konflik di mana-mana pelusuk dunia. Kerajaan Negeri juga sangat menitikberatkan kemampanan environmental, social and governess atau dikenali sebagai rangka kerja ESG di kalangan syarikat. Pihak Kerajaan Negeri menyokong program yang membantu pengilang terutamanya pengeksport untuk mematuhi keperluan ESG bagi menembusi pasaran antarabangsa. Pihak Kerajaan Negeri juga turut mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbarui dan teknologi hijau serta menyokong pertumbuhan industri baru yang lain. Menerusi pelaksanaan projek-projek yang dirancang, Kerajaan Negeri yakin dan percaya pembangunan sektor industri dan pelaburan serta pelancongan di negeri Perak akan terus merancakkan ekonomi negeri ini.

Isu-isu berbangkit Yang Berhormat Alor Pongsu memohon penjelasan mengenai penetapan sasaran KPI Perak Sejahtera by numbers, dengan izin, untuk projek-projek berkepentingan tinggi negeri seperti kawasan perindustrian tinggi di kawasan Kerian Perak Utara. Jadi untuk maklumat YB, Pembangunan Kerian Integrated Industrial Park (KIIP) dijadikan sebagai projek utama daerah Kerian seperti diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan Malaysia 2024. Di bawah inisiatif Pelan Perindustrian Perak P3, negeri Perak djangka mencapai jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK sebanyak RM123 bilion pada tahun 2023 melalui sektor pembuatan sebanyak 25% daripada jangkaan keseluruhan KDNK negara ini. Sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK Perak ketiga ini adalah dalam lingkungan 20%. P3 juga berobjektif untuk menarik pelaburan berkumulatif sebanyak RM47 bilion bermula daripada tahun 2021 hingga 2023. Sektor yang diberi penekanan adalah E&E, automotif industri berkaitan alat ganti, industri berasaskan mineral, pharmaceutical, peralatan perubatan dan industri halal. Ekonomi digital dan perkhidmatan berkaitan dengan pembuatan.

Untuk Yang Amat Berhormat Manjoi, menggesa kepada Kerajaan Negeri mencari solusi bagi meningkatkan keyakinan dan menarik para pelabur ke negeri Perak. Jadi, sememangnya Kerajaan Negeri melalui Invest Perak melakukan proses handholding, dengan izin, atau kita katakan memegang tangan untuk membantu para pelabur merealisasikan pelaburan mereka di negeri ini. Taraf fast track diberi pada pelaburan berimpak tinggi demi mempercepatkan proses kelulusan yang berkaitan. Projek pelaburan berimpak tinggi turut diberi sesi perbentangan di peringkat MMK bagi memudah cara sekaligus mengurangkan kerenah birokrasi. Langkah ini terbukti berkesan dengan adanya pelaburan baru seperti yang dilihat di daerah Perak Tengah iaitu syarikat XP Power telah melabur di daerah tersebut. Terkini, Syarikat Sinopon dari China telah melabur di kawasan Perindustrian Tasek. Pembesaran sebuah syarikat yang menghasilkan produk E&E di kawasan perindustrian Gopeng dengan nilai pelaburan tidak kurang daripada RM300 juta.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Yang Berhormat Rungkup,

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

boleh celah ke, sikit je.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sebab YB Exco sebut tentang bahas saya tu, boleh ke saya minta jasa baik YB Exco kita alert Invest Perak supaya kita dapat buat first round gathering jemput MITI, MIDA, Nothern Corridor, MOF dan pihak yang ada pemegang taruh untuk first round supaya benda tu spark itu jangan terhenti. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Sebenarnya itu merupakan satu cadangan yang baik namun untuk makluman YB sebenarnya penglibatan sedang dilakukan oleh PBN terutamanya di antara agensi-agensi, cumanya kita dalam keputusan, belum sampai keputusan akhir mana kawasan yang kita nak libatkan. Apablia kita sampai ke peringkat tersebut kita kan libatkan lebih ramai orang untuk dapatkan agensi-agensi tersebut. Jadi, Yang Berhormat Rungkup berharap bahawa agar kilang-kilang yang mengimport bahan mentah dapat diperbanyakkan bagi memastikan kelestarian ekonomi yang mampan serta mencadangkan agar diwujudkan jawatan kuasa pelaburan bagi mengawal selia sektor pelaburan di negeri ini. Sebenarnya P3 turut memberi penekanan terhadap pemprosesan bahan mentah bagi meningkat nilai tambah kepada produk-produk yang dihasilkan di negeri Perak. Kerajaan Negeri melalui Invest Perak sentiasa bekerjasama dengan MITI, MIDA dan NCIA bagi memastikan pelaburan ditempatkan di Negeri ini selari dengan Pelan Perindustrian Perak atau P3 dan juga New Industrial Master Plan di peringkat Kerajaan Pusat.

Pemantauan projek-projek yang diluluskan juga turut dilakukan bagi memastikan pelaburan diluluskan berjaya dilaksanakan. Ini terbukti dengan tahap implementasi projek pelaburan yang diluluskan sekitar 85% setanding dengan negeri-negeri maju yang lain. Pemerkasaan dari sudut rangkaian bekalan bagi kegunaan industri di negeri Perak mahu pun negeri kejiranan turut diberi penekanan. Usaha ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menjamin aktiviti penambahbaikan dan penambahan nilai berlaku terhadap bahan-bahan mentah serta mineral yang diperoleh dari negeri Perak dengan memanfaatkan ekosistem industri sedia ada di utara dan juga selatan Perak, secara langsung menjana peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat tempatan. Dari segi penubuhan jawatankuasa pengawalselia sektor pelaburan, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan namun jawatankuasa tersebut haruslah dibentuk dengan objektif seperti skop yang jelas bagi mengelakkan sebarang redundancy dengan izin dan pembaziran daripada sudut tenaga kerja mahu pun kewangan.

Sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, sepanjang apa yang saya telah bincangkan mewakili daripada pihak Kerajaan Negeri, kita cuba sedaya upaya kita untuk menjawab semua soalan. Saya percaya kebiasaannya mungkin ada kita kadang-kadang ada juga yang mempunyai apa-apa dalam niat hati yang belum terjawab, boleh jumpa. Saya rasa ada ramai wakil pembangkang, mungkin anda tak suka disebut secara terang-terang sekarang. Tapi ramai di antara kawan-kawan yang datang berjumpa saya atau whatsApp saya di pejabat dan sebagainya dan anda tahu dalam hati anda sendiri sebenarnya, saya memang membawa projek ke tempat-tempat anda. Sekiranya anda tidak ingin sebut di sini, saya faham. Jumpalah atau whatsApplah saya. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membantu di mana yang boleh tetapi walau macam mana pun dengan sehati sejiwanya kita semua di dalam Dewan ini, kadang-kadang apa yang dilakukan atau dibawa oleh Kerajaan Negeri, kadang-kadang tidak mampu juga untuk diketengahkan kerana kadang-kadang kita mempunyai masalah-masalah yang di luar kawalan kita.

Sebagai contoh, menyedari bahawa setiap perancangan mampan tidak mampu dilaksanakan jika terdapatnya kepincangan daripada mana-mana sudut atau sesuatu sudut. Kerajaan Negeri tetap berhempas pulas, mengembleng tenaga serta mengerah keringat untuk usaha menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebagai hak penerbangan serantau bagi hala tuju baru sistem pengangkutan di Perak.

Perbincangan bersama beberapa pemain-pemain industri antaranya daripada Thailand telah dibuat agar laluan-laluan baru penerbangan dapat ditambah dan diwujudkan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan sesi perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan dan juga pihak MAHB.

Walau bagaimanapun, usaha murni ini masih dalam fasa penelitian dan umum sedia mengetahui bahawa lapangan terbang adalah antara masalah di bawah kawal-seliaan pihak swasta. Jadi sebenarnya dalam hal ini di mana Kerajaan Negeri kita cuba sedaya upaya namun ada benda, ada masalah dan ada perkara sebenarnya yang juga suka tak suka kita perlu mengakui bukan di dalam kawalan kita. Jadi saya harap dengan izin seisi Dewan ini kalau tuan-tuan dan puan-puan bersetuju, saya di sini sekali lagi menggesa supaya Kerajaan Persekutuan lihatlah kepada apa yang diminta oleh rakyat Perak. Dah berpuluh tahun dah kita minta lapangan terbang. Janganlah semua pembangunan sampai ke Penang saja. Jangan semua pembangunan sampai ke Selangor sahaja. Apa nak jadi ke negeri Perak? Dan ini melangkaui politik. Zaman Pakatan Harapan jadi Kerajaan, zaman Barisan Nasional jadi kerajaan, zaman Perikatan Nasional jadi kerajaan dan kini Zaman Kerajaan Perpaduan. Tolonglah. Lihatlah orang-orang di Persekutuan kepada masalah di negeri Perak. Jangan selalu kata alasan, ada kemudahan lebih baik di Penang atau di Selangor. Lihatlah di negeri Perak ini. Kita di peringkat negeri, saya rasa saya cukup percaya semua yang duduk di sini dah usaha sehabis baik. Cumanya kadang-kadang kita rasa Kerajaan Persekutuan perlu lihat kepada negeri Perak. Jadi dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker yang telah memberi peluang kepada saya, kepada rakan-rakan Yang Berhormat, kepada semua penjawat awam, semua agensi, semua Pengarah, semua yang telah memberikan kerja sama kepada saya selama ini saya dalam pejabat Exco, biar daripada Kerajaan mahu pun daripada swasta. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Jalong. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat dari Exco dari kawasan Sungkai untuk menggulung perbahasan. 45 minit. Terima kasih.

Salam Sejahtera dan selamat petang diucapkan kepada Yang Mulia Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, ketua-ketua agensi, para petugas Dewan Negeri, para pemerhati dan rakan-rakan media sekalian. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan kerana telah memberi ruang kepada saya pada hari ini bagi sesi penggulungan di bawah portfolio Kesihatan Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India. Tidak dilupakan sekalung penghargaan diucapkan kepada Ahli-ahli Berhormat sama ada dari Kerajaan atau Pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2024 dengan memberi cadangan, idea dan kritikan membina yang sudah pasti akan memberi perhatian sewajarnya di bawah portfolio saya.

Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perak kerana telah memperuntukkan sejumlah perbelanjaan sebanyak RM14,500,000.00 di bawah portfolio saya dalam meneruskan keseimbangan dan perancangan yang telah dirancang bagi tahun 2024. Oleh itu, saya bertekad untuk memastikan peruntukan ini akan dibelanjakan dengan berhemah dan sedaya upaya berusaha memberi impak bagi memastikan pembangunan inklusif kepada rakyat di Negeri Perak sama ada di bandar, pekan-pekan kecil mahu pun di luar bandar tanpa mengira bangsa, agama mahu pun kaum.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada teks Belanjawan Yang Amat Berhormat Kota Tampan di muka surat 45 Perenggan 104 sejumlah RM0.2 juta telah diperuntukkan di bawah portfolio kesihatan untuk pelbagai program kesihatan yang sudah pasti peruntukan ini akan digunakan sepenuhnya bagi mensejahterakan kesihatan pekerja dan rakyat di negeri Perak melalui penganjuran program-program kesihatan yang menyeluruh. Bagi menjawab respon soalan daripada Yang Berhormat Selama, keperluan sumber manusia di Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya di Jabatan Kesihatan Negeri Perak sentiasa diberi perhatian dan keutamaan. Sehingga 31 Oktober 2023, pegawai dan kakitangan iaitu klinikal dan bukan klinikal di JKN Perak adalah seramai 25,571 orang. Selaras dengan keperluan perkhidmatan kesihatan semasa, permohonan perjawatan baru dikemukakan kepada agensi pusat untuk mewujudkan perjawatan bagi fasiliti-fasiliti baru. Selain daripada itu, permohonan perjawatan turut dikemukakan bagi fasiliti yang terlibat dengan perluasan skop perkhidmatan kesihatan.

Sebagai langkah mengoptimumkan penggunaan sumber manusia sedia ada, penjajaran semula atau pemetaan perjawatan dan pindah butiran perjawatan antara fasiliti dilaksanakan dengan mengambil kira beban kerja semasa dan kepentingan perkhidmatan. Penentuan gaji permulaan bagi anggota kontrak yang ditawarkan pelantikan tetap adalah berdasarkan kepada Peraturan 25(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Pelantikan Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2012 dan ianya adalah tertaluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Melantik. Proses ini dilaksanakan bagi pegawai yang dilantik untuk kali pertama dan memohon bagi mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya. Pengalaman yang boleh diambil kira berdasarkan Peraturan 25 - (2) PU 1/2012. Pengalaman di sektor awam Contract of Service, Contract for Service, Pekerja Sambilan, Pekerja Khidmat Singkat dan Skim.

Penuntuan gaji permulaan anggota kontrak yang ditawarkan pelantikan tetap bagi jawatan P&P iaitu pegawai perubatan, pegawai farmasi dan pegawai pergigian adalah mengambil kira gaji terakhir lantikan kontrak. Manakala bagi skim paramedik, penuntuan gaji permulaan lantikan kontrak ketahap adalah berdasarkan amount gaji yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam semasa surat tawaran. Jadi ada dua kategori skim yang digunakan pakai di sini. Penempatan pegawai dibuat berdasarkan kepentingan perkhidmatan dan maklumat kekosongan sedia sedia ada. Selain daripada itu, penempatan yang diputuskan turut mengambil kira fakta kebajikan pegawai seperti lokasi tempat tinggal, maklumat pasangan dan rekod kesihatan pegawai. Walau bagaimanapun, bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, kepentingan perkhidmatan diberi keutamaan dalam memutuskan penempatan pegawai.

Soalan 1 hingga 3, tidak berkenaan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Perak. Walau bagaimanapun, sekiranya tekanan atau kemurungan berlaku akibat dari aktiviti pekerjaan seperti melibatkan isu risiko kepada keselamatan dan kesihatan termasuk ergonomik, dianya boleh dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

Memahami kebimbangan serta keluh kesah seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Manjoi, untuk makluman mengikut data statistik yang diperolehi daripada Majlis Bandaraya Ipoh, jumlah populasi semasa bagi kawasan Klebang adalah 68,750 orang. Merujuk kepada norma yang ditetapkan oleh Unit Perancangan Fasiliti Kesihatan, Bahagian Perancangan KKM, keperluan semasa untuk klinik kesihatan bagi kawasan Klebang adalah sebuah klinik kesihatan jenis 2 yang dapat menampung kedatangan 500-800 orang pesakit sehari dan ingin saya bawa butiran yang terlanjutan berkaitan dengan jenis-jenis klinik. Sebab kita ada berapa jenis? Hanya apa yang kita lihat adalah klinik kesihatan di semua tempat tetapi kita ada lebih kurang 6 jenis klinik kesihatan di seluruh negara dan apa bezanya?

Untuk klinik kesihatan jenis 1, kehadiran pesakit harian melebihi 1,000 sehari dengan kos pembinaan sebanyak RM50 juta. Bagi klinik kesihatan jenis kedua, jumlah kehadiran pesakit perlu mencecah 800 pesakit dan kos pembinaan hampir RM45 juta. Bagi klinik kesihatan jenis ketiga, kehadiran pesakit perlu dalam lingkungan 500 pesakit sehari dan melibatkan kos pembinaan sebanyak RM35 juta di kawasan pinggir bandar. Klinik kesihatan jenis keempat dengan kos RM29 juta apabila kehadiran pesakit telah mencapai 250 orang sehari pada masa yang sama. Bagi klinik kesihatan jenis kelima, jumlah pesakit yang hadir adalah sebanyak 150 orang sehari dengan kos pembinaan sebanyak RM25 juta. Skop dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi bagi klinik 1 sehingga klinik kesihatan 5 hampir sama termasuk kemudahan pengimejan, infectious disease, selain perkhidmatan asas seperti klinik pesakit luar, ibu dan anak, pergigian, kecemasan, rehabilitasi dan farmasi. Bagi klinik kesihatan 6, kehadiran pesakit yang mencapai 50 pesakit sehari boleh dibina dengan kos RM15 juta. Bagi klinik kesihatan jenis 6, tiada kemudahan pengimejan disediakan. Inilah jenis-jenis klinik yang kita nampak di depan mata kita.

Memahami kebimbangan serta perancangan KKM keperluan semasa untuk keperluan Klinik Kesihatan Klebang adalah sebuah klinik kesihatan jenis 2 yang dapat menampung kedatangan 500-800 orang pesakit sehari. Jabatan Kesihatan Negeri Perak mendapati bahawa pembinaan suatu klinik kesihatan jenis 2 memerlukan tapak dengan keluasan 8 ekar. Semakan mendapati tiada seberang tanah pesuruhjaya, tanah Persekutuan tersedia di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, Jabatan Kesihatan sedang dalam tindakan mengenalpasti tapak yang sesuai selain bersedia bagi melakukan proses perolehan tanah terlebih dahulu sebelum permohonan projek klinik kesihatan baru dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Buat masa ini, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta memberi keutamaan kepada projek berdekatan dengan kawasan Klebang seperti Klinik Kesihatan Jenis 2 Chemor dan juga Klinik Kesihatan Jenis 3 Tanjung Rambutan yang telah dikemukakan dalam Permohonan RPA4 iaitu RMK 12/2024. Pembinaan fasiliti seumpama ini dapat menengani isu keperluan menyediakan perkhidmatan kesihatan bagi penduduk Klebang yang berada dalam kedudukan jajaran kurang dari 10 km.

Bagi mengulas respon perbahasan Yang Berhormat Batu Kurau, Klinik Desa Changkat Larah memberikan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, dan merupakan klinik desa di bawah operasi Klinik Kesihatan Kamunting. Ia terletak kira-kira 10km dari Pejabat Kesihatan Daerah LMS dan 12km dari Batu Kurau. Keluasan klinik desa ini hanya 964m persegi sahaja. Purata kehadiran bulanan ialah seramai 1027 pesakit iaitu kira-kira 50 orang sehari.

Di sebabkan kawasan tempat letak kereta adalah adalah terhad, pesakit telah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan perumahan berdekatan iaitu di Taman Lara Aman berbanding dengan meletakkan kenderaan di bahu jalan yang boleh membahayakan pesakit dan waris. Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama mencadangkan Klinik Desa Changkat Lara di naiktaraf melalui Projek Daif Tahun 2024 dan permohonan tersebut dihantar ke Unit Pembangunan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui projek Klinik Dive, klinik ini akan dibina semula dengan konsep roboh dan bina dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM650,000. Projek tersebut akan disertai dengan ruang pakir bertar sebanyak 15 unit tambahan untuk kemudahan pesakit. Satu, Klinik Kesihatan Batu Kurau telah diluluskan dalam senarai projek Pembangunan Klinik Dive Tahun 2020.

Di antara kerja-kerja yang akan dijalankan adalah pembaikan tempat letak ambulans termasuk pemasangan awning. Dua, permohonan mewujudkan unit X-ray di Klinik Kesihatan Batu telah dibuat sejak tahun 2012 dan yang terkini melalui surat permohonan bertarikh 16 Ogos 2023 untuk disenaraikan di bawah RMK-12. Pada masa ini, terdapat dua buah ambulans di Klinik Kesihatan Batu Kurau yang telah diterima pada tahun 2014 dan 2017. Kedua-dua ambulans tersebut digunakan dan berfungsi dengan baik. Terdapat juga sebuah van Kia Pregio yang digunakan untuk menghantar pesakit kes bukan kecemasan ke fasiliti lain. Tiga, buat masa ini, belum ada perancangan untuk membina klinik baru di Dun Batu Kurau. Namun begitu, beberapa projek naik taraf telah dan akan dijalankan di kawasan Dun Batu Kurau untuk kemudahan orang ramai dan antaranya adalah, satu, projek pembangunan Klinik Dive 2023, Klinik Desa Kampung Repo dengan kos RM589,980. 2. Projek Pembangunan Klinik Dive 2024, Klinik Kesihatan Batu Kurau dengan kos RM500,000. Projek Pembangunan Klinik Dive 2024, Klinik Desa Changkat Lara dengan kos RM650 ribu. 4. Klinik Changkat Lara adalah berstatus klinik desa. Klinik desa ini telah diluluskan untuk projek pembangunan Klinik Dive, roboh dan bina semula pada tahun 2024. Pembinaan semula klinik akan mengambil kira-kira laluan keluar masuk ambulance di dalam kawasan klinik desa. Perkhidmatan ambulance disediakan oleh klinik kesihatan Kamunting dan hospital Taiping. Menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat Keranji, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menerima waran peruntukan sebanyak RM5,558,000. Keranji sudah tak ada, selalu tanya pasal Hospital Kampar hari ini tidak pada 5 hari bulan julai.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Boleh saya mencelah. Terima kasih YB saya nak tanya apa nasib dan apa jadi dengan Klinik 1 Malaysia yang banyak yang dibina di seluruh Malaysia ni? Adakah dah ditutup setakat ni dah tak berfungsi atau macam mana? Klinik-klinik 1 Malaysia. Terima kasih.

Boleh ulang balik?

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Klinik 1 Malaysia. Apa dah jadi dengan Klinik 1 Malaysia? Terima kasih.

Saya biasa. Tidak tahu apa yang sedang berlaku dengan Klinik 1 Malaysia. Kebanyakan klinik telah ditutup dan saya kena semak balik keadaan itu. Saya akan laporkan kemudian. Menjawab soalan, respon perbahasan Yang Berhormat Keranji. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menerima waran peruntukkan sebanyak RM5,558.000.00 pada 5 Julai 2023 bagi tujuan menyediakan pelan perai hitungan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk permohonan pengambilan tanah bagi di bawah seksyen 4 (Akta Pengambilan Tanah 1990) dan seksyen 6 Akta Pengubahan tanah. Peruntukkan tersebut telah disalurkan pada 6 Julai 2023 ke Hospital Kampar dan kerja-kerja pengukuran dan pengeluaran, pelan butiran serta pelan perai hitungan selesai pada 22 September 2023. Sebanyak 25 salinan pelan butiran dan pelan perai hitungan telah dihantar kepada Unit Tanah, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 September 2023.

Selain itu, Hospital Kampar juga telah selesai mendapatkan semua ulasan jabatan teknikal yang diperlukan untuk permohonan ini. Pihak urusetia Kementerian Kesihatan Malaysia setelah meneliti permohonan ini mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi mengadakan sesi rundingan cara mengenai prosedur dan tatacara yang terlibat bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak pada 20 Oktober 2023. Sebelum menyediakan minit cerai untuk mendapatkan persetujuan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengemukakan permohonan pengambilan tanah melalui MyTAP kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Putrajaya. Di samping itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memohon status tanah bagi tapak tersebut seperti mana yang diarahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Perak sebelum permohonan dimasukkan ke dalam MyTAP dan Jabatan ini masih menunggu maklumbalas daripada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.

Pihak Kementerian Kesihatan sedang berusaha bagi menyelesaikan isu perolehan tanah agar proses permohonan projek pembinaan Hospital Kampar yang baru dalam RMK dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan. Bagi menjawab isu daripada Yang Berhormat Sungai Manik, Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai buku polisi operasi am hospital yang menggariskan proses kerja di dalam menyediakan perkhidmatan perubatan kepada para pelanggan baik secara walk-in atau secara temujanji. Pada masa ini, hospital KKM di Perak umumnya menggunakan sistem temujanji secara manual di mana para pelanggan atau pesakit boleh mendapatkan temujanji melalui panggilan telefon atau hadir secara fizikal ke klinik. Melalui Pelan Strategik Pendigitalan KKM 2021 hingga 2025 adalah menjadi hala tuju KKM untuk mengguna pakai sistem aplikasi, teknologi, pembangunan sumber manusia dan tadbir usul urus, teknologi digital yang mampu membawa transformasi kepada sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan negara. Di Perak, hospital informasi sistem secara rintis telah digunapakai di Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak 2019 dan kemudian diperluaskan ke 5 hospital di negeri lain. Ia ini, East@KKM, ini adalah satu sistem teras pengurusan data pesakit yang merupakan hak milik KKM yang membolehkan pengurusan pesakit dibuat secara digital. Memantapkan East@KKM ini dibuat secara berfasa dan diharapkan dapat membolehkan temujanji dibuat secara online seperti IJN 1 ke 3 nanti. Memahami perhatian yang diberikan Yang Berhormat Manong, Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar telah menyediakan plean induk pembangunan fasiliti kesihatan dengan menyenaraikan Klinik Kesihatan Manong bagi permohonan bangunan tambahan klinik kesihatan.

Permohonan tersebut dicadangkan untuk dimasukkan dalam projek di bawah rancangan Malaysia. Antara justifikasi yang diberikan yang diberi mengambil kira keperluan bangunan tambahan bagi memberi keselesaan kepada pesakit dan pelanggan yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih bermutu. Penstrukturan sumber ruang bagi setiap unit di KK Manong juga akan diambil kira demi memastikan operasi klinik berjalan dengan lancar dan teratur. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, modal insan merupakan faktor penggerak utama dalam mendukung peningkatan ekonomi negeri melalui penggunaan guna tenaga secara optimal. Bagi terus mendasarkan agenda ini, sebanyak RM9 juta telah diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di bawah fokus tiga iaitu pembangunan modal insan dan belia seperti yang dinyatakan melalui ucapan belanjawan di muka surat 43,96 hingga 98. Secara keseluruhannya, peruntukan RM9 juta yang diperuntukkan ini dipecahkan kepada RM3.3 juta untuk pengurusan operasi dan program-program berkaitan dengan pembangunan kerjaya. Manakala RM5.5 juta diperuntukkan di bawah jawatankuasa TVET Negeri Perak, bagi melaksanakan projek program berkaitan. Dalam meningkatkan kadar keboleh pasaran guna tenaga dan dalam negeri ke arah pelaksanaan agenda "Satu Warga, Satu Skill".

Bagi menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat Behrang, untuk makluman Kerajaan Negeri melalui agensi pelaksanaan Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK telah pun mengorak langkah dalam menyediakan keperluan tenaga kerja di bawah projek Automotive High-Tech Valley Tanjong Malim. Antara usaha awal yang telah dilaksanakan adalah yang pertama, penubuhan jawatan kuasa, pekerja, pekerjaan wilayah selatan yang dianggotai oleh Majlis Daerah Tanjung Malim, Pejabat Pendidikan Daerah Mualim, pihak Proton, Peak Vendor, Institut Kemahiran dan yang menawarkan kursus bidang automatif serta PERKESO. Jawatankuasa ini akan berfungsi sebagai pemudah cara dalam mengenalpasti keperluan dan permintaan atau supply and demand di antara industri dan instituti latihan secara terperinci melalui skop pekerjaan, keperluan kemahiran dan keperluan tenaga kerja sama ada jangka pendek, sederhana panjang. Kedua, sebagai persediaan awal, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang untuk dijadikan hub latihan automatif atau training ground dengan perkongsian tenaga pengajar daripada institusi dan institusi bagi merangka kursus latihan yang lebih terperinci berdasarkan machine technology, SOP serta keperluan industri automatif.

Yang ketiga, perlaksanaan kursus jangka pendek moden Industri di daerah Mualim bagi meningkatkan penyertaan guna tenaga dalam bidang automatif untuk disalurkan kepada industri. Di kesempatan ini, saya juga ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, selain daripada kursus-kursus jangka pendek, Kerajaan Negeri turut menyediakan latihan kemahiran dalam bidang teknikal melalui konsep Place & Train di bawah kursus Modular Industry khususnya dalam bidang automatik. Keempat, melibatkan 38 institusi kemahiran awam dan swasta di negeri Perak bagi sesi suai padan bersama pelajar tahun akhir untuk mengambil jurusan automatik dan teknikal untuk disalurkan kepada industri melalui inisiatif job matching. Bagi menjawab isu perbahasan Yang Berhormat Chenderiang, bidang kemahiran merupakan bidang yang diberi penekanan penting oleh Kerajaan Negeri melalui agensi perlaksanaan Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK. Dalam membantu rakyat di negeri Perak diberi tambah nilai kemahiran seterusnya membantu industri mengisi kekosongan tenaga kerja melalui program TVET.

Salah satu program TVET adalah skim latihan TVET orang asli yang dikhususkan kepada golongan orang asli di seluruh negeri Perak bagi meningkatkan bilangan pekerjaan pekerja separa mahir atau semi-skill dalam kalangan orang Asli di negeri Perak. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 12 kursus TVET orang asli telah dijalankan melibatkan seramai 148 orang peserta mengikuti program-program kemahiran TVET. Dengan program TVET orang asli yang telah dijalankan, masyarakat orang asli dapat meningkatkan kemahiran mereka bagi menembusi pasaran pekerjaan atau janaan pendapat menerusi peluang keusahawan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua mengakhiri penggulungan saya pada hari ini, saya sekali lagi menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas ucapan belanjawan dalam mengkukuhkan strategi, merancakkan semula ekonomi Negeri Perak. Zahir penghargaan juga saya ucapan kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri yang sudah pasti secara bersama terlibat dalam penyediaan belanjawan ini. Tidak dilupakan kepada barisan pegawai-pegawai sama ada daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Pejabat Kewangan Negeri yang bertungkus lumus dalam penyediaan menyediakan belanjawan berteraskan lima fokus utama bagi memastikan kedudukan kewangan negeri kekal teguh bagi mengharungi situasi ekonomi yang kian mencabar pada tahun depan. Saya mengakhiri penggulungan saya ini dengan sebaris pantun iaitu:

Bunga melati cempaka meliar Baunya harum semerbak wangi Di dalam Dun kita bersua Suara rakyat kita wakil

Semoga Bajet Tahun 2024 ini dilimpahi kesejahteraan, membawa sentosa kepada seluruh rakyat di Negeri Perak. Sekian, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Sungkai yang telah menyampaikan penggulungan perbahasan. Sekarang saya menjemput, mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Yang Berhormat Exco dari kawasan Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan 45 minit. Silakan.

Yaa ayyuhan-naasu innaa khalaqnaakum min zakariw wa unsaa wa ja'alnaakum syu'ubaw wa qabaa`ila lita'aarafu, inna akramakum 'indallaahi atqaakum, innallaaha 'aliimun khabiir. “Wahai kalian manusia, kami ciptakan dikau daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan kami jadikan kalian daripada bangsa-bangsa dan suku-suku kaum supaya kalian kenal-mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sesungguhkan di kalangan kalian yang paling taqwa di sisi Ku mereka yang paling bertaqwa. Dan ketahuilah Allah Maha mengetahui dan Maha dalam perkhabaran. Oh mankind! We have created you from one single man and one single women, and we have created you from various races, tribes and nations that you will respect and know each other. Verily the most honoured of you in my sight is he which most fires and know very well that Allah is most knowing and most in deaf of what you do. Sadaqallahul azim. Chapter number 49 verse number 13. Surah al-Hujurat ayat nombor 13 dengan izin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Perak Sejahtera 2030, salam Perpaduan Madani Malaysia, Salam solidariti rakyat Palestin dan pejuang-pejuang Palestin. Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang dan kerajaan, pimpinan-pimpinan kerajaan, pengarah-pengarah negeri dan persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan hadirin hadirat Yop Yop dan Yong Yong yang saya kasihi sekalian. Pertama-pertamanya, saya dengan penuh takzim merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 3 haribulan November 2023 yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan jayanya bagi memrealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030 di bawah Kerajaan Perpaduan. Ini dibuktikan dengan pencapaian pertumbuhan KDNK yang telah mencecah RM80.2 bilion dan saya yakin sasaran Kerajaan Negeri untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sehingga 55% tahun ini akan tercapai insya Allah. Bagi merealisasikan pertumbuhan ekonomi ini, berlaku perlibatan semua pihak amat diperlukan termasuk barisan pembangkang yang merupakan pasukan semak dan imbang bagi Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam pembentangan Bajet 2024, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar pada Jumaat lepas merekodkan peningkatan hasil sehingga melepasi RM1.0 bilion.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tambun yang mana telah pun meluluskan hampir RM1.177 bilion untuk manfaat negeri Perak. Ini termasuklah manfaat di bawah portfolio saya iaitu portfolio INTAP atau INFRA yang pertamanya membina jalan baru ke RPT Sungai Ipel iaitu jalan Sungai Dulang ke Sungai Ipel dari FT69 di Bagan Datuk. Yang keduanya penggantian jambatan sedia ada yang merentasi Sungai Bernam. Yang ketiganya membina jambatan baru Air Kala di Lenggong. Yang keempatnya Rancangan Tebatan Banjir Sungai Trolak, menaik taraf Lebuh Raya Timur Barat dari Seksyen 113 ke Seksyen 151 iaitu FT 004 Grik. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Buntong suka saya nyatakan di sini untuk menangani isu di Taman Lim atau pun Lim Garden, pihak JPS telah membina dan memasang sebuah rumah pam yang boleh berfungsi secara automatik dan sedang dalam proses untuk menerima bekalan elektrik dari pihak TNB. Selain itu, bagi melancarkan aliran air tersebut, pihak JPS turut membantu dengan menyediakan beberapa unit pam di kawasan-kawasan yang kerap berlaku banjir. Di samping itu, ingin dimaklumkan punca kejadian banjir berlaku di Taman Lim atau Lim Garden ini dan Kampung Baru Buntong adalah disebabkan oleh saliran dalaman yang tidak dapat menampung aliran air permukaan akibat taburan hujan yang begitu tinggi.

Oleh yang demikian, saliran dalaman sedia ada perlu dinaik tarafkan oleh agensi yang berkaitan. Dato’ Yang di-Pertua, respon kepada Yang Berhormat Alor Pongsu, berkaitan tenaga solar pula pembangunan teknologi hijau dan kelestarian merupakan salah satu prinsip yang terkandung di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Bagi mendukung prinsip ini, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPK) menjadi peneraju utama bagi program flagship agenda teknologi hijau di Negeri Perak bagi sektor sumber air dan tenaga boleh diperbaharui. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, negeri Perak mempunyai kawasan badan air yang berpotensi dibangunkan seperti tapak lombong, tasik semula jadi dan tasik buatan dan boleh menjadi sumber pendapatan Kerajaan Negeri yang perlu diusahakan. Justeru, PKNP selaku agensi penyelaras sedang giat meneroka dan berkolaborasi serta mengadakan libat urus untuk ketekunan wajar bersama jabatan serta agensi dan pelabur bagi pembangunan projek solar memandangkan projek ini berpotensi untuk menyumbang kepada hasil Kerajaan Negeri.

Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan daripada syarikat swasta ataupun pelabur bagi pembangunan projek solar di negeri ini. Pada masa yang sama, projek ini secara tidak langsung dapat memberi impak sosial ekonomi di kawasan luar bandar, khususnya dalam pertambahan peluang pekerjaan yang akan diwujudkan, terutamanya di bidang-bidang penyelenggaraan ladang-ladang solar. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi perkhidmatan Bas Perak Sejahtera. Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, pada 1 November tahun 2023 yang lepas, Perak Transit telah mengambil alih perkhidmatan bas henti-henti laluan Tapah, Bidor, Sungkai daripada syarikat Hup Yik Omnibus yang menamatkan perkhidmatan mereka setelah sekian lama berkhidmat di laluan tersebut. Tapah-Bidor-Sungkai.

Cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Panjang berkaitan perkhidmatan bas pula, minta maaf Yang di-Pertua, ingin dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui pejabat daerah dan tanah dan pihak berkuasa tempatan telah membuat semakan dan sesi libat urus bersama komuniti dalam menentukan kesesuaian laluan agar dana yang diperuntukkan dapat dioptimumkan. Dalam konteks ini, sekiranya didapati terdapat laluan yang perlu diubah, dikurangkan atau ditambah, maka perkara ini akan disesuaikan dengan peruntukan sedia ada selaras dengan konsep mengoptimalkan dana dan pada masa yang sama memberikan manfaat yang terbaik kepada penduduk dan komuniti setempat. Perkhidmatan Bas Perak Sejahtera disediakan untuk menghubungkan kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisien melalui jadual masa yang telahpun ditetapkan agar dapat membantu penduduk setempat supaya dapat mereka ini mudah berulang-alik ke tempat kerja, ke hospital, balai polis, sekolah-sekolah dan pelbagai lokasi kemudahan awam. Dato' yang di-Pertua, melalui program ini, Kerajaan Negeri akan memberi subsidi kepada kadar yang bersesuaian, kepada pengendali bas yang terpilih dan berkeupayaan menyediakan perkhidmatan yang selesa agar dapat mengelakkan rakyat setempat untuk menggunakan bas sebagai mod pengakutan yang berkesan.

Alhamdulillah, Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sejumlah RM88.1 juta belanja menguruskan kepada Jabatan Kerja Raya JKR dan RM100 juta bagi tujuan pembangunan dan saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana peningkatan RM10 juta kepada JKR dalam belanja pembangunan. Ianya meliputi projek-projek berimpak tinggi seperti berikut; Yang pertama projek membina jambatan baru dari Kampung Bahagia ke Bandar Teluk Intan. Yang keduanya projek menggantikan jambatan, jambatan Enggor ataupun gerotak Enggor di Karai. Tempat Yang Berhormat Dato' Lintang. Namanya gerotak Enggor di Karai. Besor tu. Projek naik taraf jalan-jalan negeri seluruh negeri Perak, projek melebarkan persimpangan jalan Kampung Banjar, Selabak dan jalan Kampung Banjar, Padang Tembak di Teluk Intan. Kerja-kerja penyelenggaraan elektrik untuk lampu-lampu isyarat jalan-jalan negeri seluruh Perak. Jadi kalau ada Yang Berhormat menyatakan dalam perbahasan kita dua hari yang lepas, kawasan-kawasan yang gelap gelita itu, kita akan beri tumpuan dan perhatian kepada kawasan-kawasan tersebut. Usahanya bila ya menyebabkan banjir dan juga kemalangan. Projek pembinaan jeti Sungai Pinang Kecil di Manjung dan yang akhirnya projek pemasangan dan penggantian lampu jalan kepada jenis solar dan LED.

Menjawab kepada cadangan Yang Berhormat Tronoh, pihak JKR sentiasa memantau dan melaksanakan penyelenggaraan rutin, manakala penyelenggaraan berkala di laksanakan berdasarkan keperluan lokasi. Pihak JKR akan membuat penilaian untuk menyelenggara berkala mengikut keadaan jalan tersebut demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Pihak JKR akan mempertimbangkan dan melaksanakan pemasangan lampu solar di laluan tersebut mengikut keutamaan dan kesesuaian. Seperti mana kita buat baru ini di jambatan dekat Pengkalan Baharu. Pengkalan Baharu ada sini? Terima kasih. Cadangan daripada Pasir Panjang berkaitan lampu isyarat. Suka saya nyatakan di sini, sebanyak RM3 juta yang telah diperuntukkan bagi 2024 tahun depan untuk penyelenggaraan elektrik bagi lampu isyarat kepada JKR. JKR juga bertanggungjawab pastikan semua lampu isyarat di Perak ini berfungsi. Jadi itu kita ada peruntukkan sebanyak RM3 juta untuk tahun depan. Sehubungan dengan itu, pihak JKR akan meneliti keperluan peruntukan di setiap daerah bagi jalan-jalan negeri yang perlu diutamakan terutamanya melibatkan isu kemalangan yang tinggi. Menjawab kepada Yang Berhormat Simpang pulai, Simpang Pulai ada sini? Pada tahun 2023, pihak JKR telah melaksanakan kerja penyelenggaraan lampu jalan dengan peruntukkan bejumlah RM100 ribu di laluan FT1001, Jalan Sultan Nazrin Shah daerah Kinta, di Simpang Pulai. Permohonan bagi menaiktaraf sistem saliran di Jalan Sultan Nazrin Shah terutamanya di kawasan banjir dan penyelenggaraan lampu jalan telah diangkat semula pada tahun 2024, di bawah senarai keutamaan jabatan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Pihak JKR akan melaksanakan pembaikan lampu-lampu jalan yang tidak berfungsi sebaik peruntukan diterima. Yang Berhormat Malim Nawar, juga membangkitkan persoalan lampu jalan di kawasan beliau. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, kerja-kerja selenggaraan lampu jalan dan pemasangan solar di sepanjang jalan negeri daripada Kampar ke Tanjung Tualang akan dilaksanakan pada tahun 2024. Saya ucapkan tahniah kepada Malim Nawar kerana dia ada inisiatif menggunakan kaedah-kaedah bersama dengan NGO untuk memasang lampu-lampu menggunakan, menggunakan LED. Ini syabas kepada Malim Nawar. Berkaitan rutin pemotongan rumput, pihak JKR akan membuat permohonan tambahan pusingan cucian longkang daripada 2 kali setahun kepada 3 kali setahun bagi jalan persekutuan dan juga jalan negeri. Manakala bagi pusingan pemotongan rumput pula, pihak JKR akan mengangkat permohonan kenaikan pusingan pemotongan rumput daripada 9 kali setahun kepada 12 kali setahun tiap-tiap bulan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar amat mengambil berat berkaitan isu banjir dan telah mengenalpasti kawasan hotspot dengan izin, banjir kilat di bawah seliaan pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kampar. Lima projek naik taraf longkang dan saliran telah dilaksanakan pada tahun 2023 melalui peruntukan MARRIS dan pembangunan daerah di kawasan-kawasan tersebut dan perkara ini akan terus menjadi keutamaan projek naik taraf tahun 2024 bagi menyelesaikan masalah banjir kilat. Pejabat Daerah dan Tanah Kampar juga akan menjadikan perkara ini sebagai salah satu agenda utama dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JKPTD) Kampar bagi membincangkan pemantauan dan juga pencegahan pada setiap bulan. Yang Berhormat Batu Kurau, tak mandang Batu Kurau, ye? memohon agar lampu isyarat disediakan di Hulu Sepetang.

Maklumat awal yang dapat diberikan kepada Yang Berhormat, bahawa kerja-kerja pemasangan lampu isyarat ini di Hulu Sepetang akan dikaji terlebih dahulu oleh pihak JKR. Sekiranya pemasangan lampu isyarat boleh dilaksanakan, kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2024 tahun depan, Insya Allah. Masih lagi persoalan berkaitan JKR. Saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat Keranji dan Malim Nawar. Keranji tak mandang. Yang membangkitkan isu jalan Gopeng-Kampar bahawa sebahagian jalan itu daripada tol Simpang Pulai ke RTC Gopeng telah diangkat dalam Rolling Plan ke-4 RMK12 dengan kos RM80.12 juta. Manakala sambungan daripada tol Gopeng ke Kuala Dipang diangkat melalui senarai Permohonan Rolling Plan yang ke-5 RMK12 kepada pihak Kementerian Kerja Raya. Saya terima kasih kepada ahli, Ahli Parlimen Kampar yang ambil inisiatif beritahu kepada Kementerian Kerja Raya untuk diangkat dan dimodenkan, diperluaskan jalan daripada Tol Gopeng ke Kuala Dipang. Jalan itu melalui kawasan yang hanya selorong tapi banyak perkampungan daripada Tol Gopeng sampai ke Kuala Dipang.

Begitu Bota kan bagi cadangan penggunaan teknologi terkini dengan menaik taraf garisan jalan bercahaya atau pun glow in the dark, pihak JKR akan menyenaraikan satu lokasi yang bersesuaian bagi setiap daerah untuk menjadikan sebagai pilot project untuk meneliti dan mengkaji impak dan implikasi penggunaaan teknologi ini dari pelbagai aspek teknikal dan kewangan perlaksanaan pilot project ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan. Berkaitan penyelenggaraan jalan persekutuan dan juga dibangkit Yang Berhormat Pantai Remis. Pihak JKR melalui kontrak penyelenggaraan jangka panjang bagi jalan persekutuan dan jalan negeri telah menetapkan skop penyenggaraan rutin iaitu penampalan potholes atau pavement dengan izin, pemotongan rumput, regrade bahu jalan, pensucian longkang dan pembentungan, pensucian papan tanda serta pemeriksaan rutin mengikut pusingan dalam kontrak. Pihak JKR juga akan melaksanakan pembaikan lampu berdasarkan kerosakan dan keutamaan serta peruntukan yang diterima. Saya merayu kepada kontraktor-kontraktor yang pasang lampu lilin setiap malam jika ada berlaku meninggal dunia. Maka kadang-kadang lampu itu bernyala seminggu dan seminggulah tiang elektrik itu diberikan bahang hingga kadang-kadang kabel cair. Banyak kes kita dapati bahawa bila pasang lampu lilin mengelilingi tiang api JKR atau TNB itu, maka ia akan menyebabkan masalah yang kita lalui hari ini.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah. Pantai remis.

Ya, Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Sikit berkaitan dengan lampu jalan yang dikatakan. Sebenarnya di Pantai Remis yang dua-dua simpang di persimpangan ada lampu isyarat. Sebenarnya lampu jalan di sana tidak menyala berapa tahun dan kami dah bangkit isu ini tetapi hanya satu jawapan sahaja kerana jalan faderal kita tidak dapat peruntukan yang secukupnya. Jadi sampai tahun ini saya guna peruntukan Adun untuk baikikan semua lebih kurang 30 jalan lampu dan tidak benyala. Sama juga di kawasan Astaka guna peruntukan Adun dan MB untuk membaiki lampu jalan yang sebenarnya dibawah penyelenggaraan oleh JKR. Jadi saya nak mohon adakah kita boleh dapat peruntukan yang secukupnya untuk jalan persekutuan? Kalau tidak boleh tak kita turunkan jalan persekutuan itu, kita tukar jadi sebagai jalan negeri? Kerana dalam maris itu kita boleh dapat peruntukan yang secukupnya. Terima kasih

Pantai Remis, sebenarnya kita tidak boleh ubah jalan tu kalau statusnya jalan persekutuan, dia jalan persekutuan tak boleh jadikan jalan negeri. Walau macam mana pun, kelulusan daripada pusat, daripada Kerajaan Negeri kepada mencahayakan semula lampu-lampu yang telah gelap sekian lama sebanyak RM3 juta tahun hadapan hanya diberi kepada JKR Elektrik untuk pastikan tidak ada jalan-jalan yang dahulunya gelap selamanya cuma hari ni kita nak cuba perbaiki dan banyak yang rosak itu menyebabkan kabel-kabel yang tertanam. Kadang-kadang ada korek-mengorek berlaku, maka kabel itu rosak. Jadi saya sebut tadi lah kabel itu terbakar. Yang ini berlaku di... di... Nak pergi ke Lumut daripada Jelapang. Walau macam mana pun, saya telah arahkan JKR. Jika sekiranya berlaku suasana sedemikian, tidak dapat peruntukkan, maka JKL Elektrik Perak akan menggunakan konsep sementara, menghayunkan kabel elektrik daripada tiang ke tiang walaupun nampak tak cantik, tapi lampunya menyala malam-malam.

Itu kaedah kita buat sementara menunggukan kelulusan daripada pihak JKR di pusat, terima kasih YB. Pihak JKR juga akan melaksanakan pembaikan lampu jalan berdasarkan kerosakan dan keutamaan serta peruntukan yang diterima Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jalan raya dapat mewujudkan dan melengkapkan sistem rangkaian jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan pembangunan di dalam sesebuah negeri. Dengan adanya kemudahan frasarana ini, ianya dapat menyokong pembangunan ekonomi dalam sektor perkembangan pertanian, perladangan, perindustrian, perkilangan pelancong dan juga perusahaan perkhidmatan. Ada pepatah Cina kuno menyatakan bahawa kalau kamu nak jadi kaya dan berjaya, buatlah jalan. If you want to be rich and successful, build roads. Itu pun patah Cina dahulu. Mana kalau nak buat jalan itu merupakan tempat yang mana ramai akan bergantung dan ini akan melambakkan lagi peluang-peluang pekerjaan. Di samping itu juga, Dato’ Yang di-Pertua, Ianya sebagai pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi kawasan setempat di mana dapat memberi impahan daripada segi ekonomi dengan kewujudan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan, fasiliti kesihatan dan lain-lain kemudahan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui JKR sentiasa komited dalam melaksanakan pembaikan demi keselamatan dan keselamatan pengguna Jalan Raya. Silakan Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ada dua soalan. Yang pertama berkaitan dengan jalan raya tadi. Dato’ Seri bagi tahu, apakah status berkaitan dengan West Ipoh Span Expressway yang dikatakan akan dibuat daripada Gopeng ke Kuala Kangsar. Yang keduanya berkaitan dengan konsensi Puncak Emas. Apakah Kerajaan berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberi oleh Puncak Emas? Terima kasih.

Terima kasih Ayer Kuning yang tanyakan soalan dua soalan tadi. Petamanya status WISE daripada Gopeng sampai ke Kuala Kangsar. Itu statusnya, status terakhir dalam memilih kontraktor yang berjaya dalam tender yang dibuat oleh pihak LLM. Bermakna kalau sekiranya keputusan itu diputuskan, maka kontraktor yang telahpun memberikan sebut harga mereka akan diputus dan akan dilantik untuk melaksanakan kerja yang menyambung daripada Gopeng ke Kuala Kangsar. Tidak melalui Menora, tidak melalui lembah-lembah tersebut. Itu soalan yang pertama.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Highway tu bila dicadangkan akan bermula Dato’ Seri?

Penentuan kontraktor yang berjaya itu dibuat pada tahun akhir tahun ini oleh pihak Lembaga Lebuh Raya melalui KKR. Jadi, berarti kalau mereka dapat keputusan itu, maka kerja-kerja akan dimulakan pada awal tahun hadapan. Yang keduanya berkenaan dengan Puncak Emas, Infra Puncak Emas tadi. Dalam pada itu juga Kerajaan Negeri sedang dalam keputusan untuk menyambung atau pun mempertimbangkan disambung kontrak mereka. Jadi kami telah buat libat urus dengan beberapa PBT-PBT mendapatkan feedback daripada merekadan sekiranya feedback-feedback ini memberikan keputusan bahawa kita nak bersama dengan Puncak Emas maka kita akan bagi syarat-syarat. Apa sahaja complaint yang dibawa oleh PBT, ketidaktentuan, ketidakselesaan yang diutarakan dalam dia punya status dia tu, maka diambil kira oleh kerajaan sama ada kita boleh sambung kontrak mereka. Sebab dia akan tamat. Dia pun telah tamat Insya Allah. Jadi untuk itu-itu, khidmat daripada Puncak Emas ini akan mengambil kira kelemahan-kelemahan yang telah pun dilalui sebelum ini dan apakah boleh diperbaiki dan sekiranya ada akur janji untuk mereka perbaiki segala kelemahan-kelemahan yang dihadapi tahun-tahun lepas ini maka kerajaan akan beri pertimbangan. Tapi sekiranya mereka berasa susah dengan kedudukan sedemikian maka kerajaan akan buat keputusan yang berbeza, yang lain.

Jadi Insya Allah keputusan itu belum lagi diputuskan. Kita masih lagi berinteraksi dengan beberapa PBT-PBT lain. Terima kasih. Ini terbukti apabila sebanyak RM201,356,000.00, peruntukan persekutuan telah diterima pada tahun ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan dengan perincian seperti berikut. Makna Kerajaan Persekutuan telah memberikan peruntukan sepanjang tahun lepas sejumlah RM201,326,000.00. Projek-projek telah pun dilaksanakan. Yang pertamanya, berkala pavement premix RM150 juta. Makna, naik angkat beli tarif jalan itu RM150 juta. Yang keduanya berkala bukan pavement, iaitu garisan jalan, longkang, papan tanda, berabut jalan sebanyak RM10.9 juta. Jambatan sebanyak RM800 ribu. Ini kuota-kuota yang perlu diperbaiki. Bukan buat baru tapi perbaiki sahaja. Keselamatan jalan RM25 juta, kecemasan RM31 juta, peruntukan kepada jurutera daerah RM3 juta, peruntukan penyenggaraan elektrik di jalan persekutuan pula adalah sebanyak RM10.17 juta. Itulah untuk bagian elektrik sahaja.

Saya juga merakamkan tinggi terima kasih di atas peningkatan peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran sebanyak RM7.5 juta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM104.4 juta kepada JPS Negeri. Ianya merangkumi pertama, penyelenggaraan pengurusan rancangan pengairan, penyelenggaraan pengurusan sungai, penyelenggaraan skim saliran pertanian, mekanikal dan elektrikal, penyelenggaraan pengurusan kemudahan hidrologi. Ini di antara kerja yang telah kami rancangkan tahun depan. Manakala sebanyak RM14 juta bagi belanja pembangunan JPS termasuk rancangan tebatan banjir, pengurusan sungai dan pantai, saliran pertanian, bangunan dan infrastruktur. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa komited menjaga keselamatan dan keselamatan rakyat sesuai dengan fokus utama belanjawan negeri kali ini iaitu yang bermakna Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan.

Merujuk kepada permasalahan yang dibawa oleh Yang Berhormat Manjoi. JPS sedar berkenaan dengan isu perparitan bermasalah yang disebutkan. Sehubungan dengan itu, JPS sebagai agensi yang memberikan khidmat nasihat berkaitan teknikaliti saliran sedang dalam proses menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam atau pun PISMA Bandar Raya Ipoh yang turut melibatkan kawasan pengurusan Manjoi, kepatuhan untuk membina dan juga menyelenggara sistem saliran perlu dirujukkan kepada PBT yang berkaitan. Kerisauan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kamunting. Yang Berhormat Kamunting berasa risau dan bimbang. Dia maklumkan bahawa kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan titik panas atau pun hotspot banjir kilat. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah merancang beberapa langkah mitigasi untuk jangka masa pendek dan jangka masa sederhana. Antara langkah mitigasi jangka masa pendek ialah JPS Perak telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai, alur sungai sepanjang tahun 2023 yang mana sebanyak 18 kerja telah disiapkan dengan sempurnanya.

Di samping itu, JPS Perak juga menjalankan langkah-langkah mitigasi jangka masa sederhana dengan menaiktaraf lombong sedia ada dijadikan sebagai kolam-kolam takungan banjir yang mana ia berfungsi untuk menahan sementara air sungai sebelum dialirkan keluar ke hilir sungai sekaligus dapat mengurangkan risiko berlakunya banjir akibat limpahan sungai. JPS Perak telah merancang untuk memohon peruntukan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Kamunting atau pun PISMA di dalam Rolling Plan yang ke-4 RP4 dalam Rancangan Malaysia ke-15 (RMK15) yang mana kajian ini akan menumpukan cadangan-cadangan pengukuhan sistem saliran dalam menangani isu banjir kilat yang mana pelaksanaannya akan melibatkan pelbagai agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan pejabat daerah dan juga tanah. Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama telah pun menyediakan perincian kerja penyediaan jajaran longkang yang menyeluruh bagi kawasan-kawasan yang dibangkitkan oleh YB Kamunting. Pertamanya Kampung Batu 5 RM500,000, Kampung Sungai Relung RM2.5 juta, Kampung Baru Kamunting RM1.5 juta dan Kampung Sungai Ranting RM1.5 juta.

Perincian kerja ini perlu diangkat kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan kelulusan kerana melibatkan kos yang agak tinggi bagi melengkapkan jajaran longkang dan sistem perparitan yang sempurna. Kerajaan Negeri komited dalam menguruskan sumber air di negeri ini dengan peruntukan RM1.5 juta bagi tujuan operasi lembaga pengurusan air negeri Perak. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air RUUSA Sumber Air 2023 pada persidangan yang lepas. Dengan adanya rang undang-undang baru ini dia memberi ruang kepada pihak berkuasa nanti untuk mengenakan caj kepada mana-mana badan air yang digunakan oleh mana-mana pihak. Jadi dekat sini ini merupakan satu lagi sumber air, sumber revenue kepada Kerajaan Negeri Perak melalui rang undang-undang tersebut.

Persoalan Yang Berhormat Batu Kurau berkaitan Lembaga Air Perak. Kerja-kerja pembaikan jalan adalah merupakan sebahagian aturan atau pun prosedur kerja yang dilaksanakan selepas kerja-kerja selenggaraan paip dijalankan. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat apa-apa aduan berkaitan kerosakan jalan berpunca daripada penyelenggaraan paip air LAP boleh disalurkan terus kepada LAP dengan memberi lokasi yang tepat untuk tindakan segera. Jadi hari ini kalau sekiranya ada laporan daripada aduan daripada orang ramai berkenaan dengan air LAP, LAP diarahkan bertindak segera. Jadi beritahu kepada JD-JD di kawasan-kawasan yang tertentu. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat apa-apa aduan berkaitan kerosakan itu maka hendaklah dilaporkan kepada Lembaga Air Perak. Kamunting pula membangkitkan isu penjualan air ke Pulau Pinang yang mana Kerajaan Negeri amat peka terhadap keperluan sumber air untuk kegunaan rakyat negeri Perak dan penilaian teliti sentiasa dititik beratkan agar keperluan air untuk negeri Perak tidak terjejas.

Jadi saya nak beri jaminan dekat sini, kalau sekiranya kita berjaya menjualkan air terawat ke negeri Pulau Pinang dan juga di kawasan-kawasan yang lain termasuk Selangor maka kita kena pastikan jaminan air untuk rakyat negeri Perak diutamakan. Maknanya kalau kita nak jual air pun kita pastikan dia ada lebihan yang banyak supaya air itu tidak menjejaskan keperluan rakyat negeri Perak dan kita nak pastikan bahawa untuk mengawal air yang mengalir daripada negeri kita ke negeri-negeri lain yang kita nak jual, dia mestilah kawalan itu di tangan Negeri Perak. Kalau tidak diberikan air itu 100% alirannya kepada mana tempat yang kita jual. Jadi itu kaedah yang pertama kita kena pastikan jaminan dalam dewan yang mulia ini bahawa 850,000 pengguna akaun LAP ini tidak terjejas kalau sekiranya kita putuskan untuk menjual air keluar. Itu jaminan saya beri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman beberapa kajian sumber air yang dilaksanakan sebelum ini oleh pihak Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Persekutuan menyatakan bahawa negeri Perak mempunyai lebihan sumber air yang boleh dijual ke negeri lain dapatkan peningkatan pendapatan revenue atau hasil Kerajaan Negeri Perak.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak sedang menjalankan satu lagi kajian sumber air dan keperluan air bagi keseluruhan negeri Perak dan kajian tersebut akan siap pada bulan Mei 2024 tahun depan. Adalah dimaklumkan juga sebarang keputusan atau pun persetujuan air ke Pulau Pinang akan mengambil kira semua aspek daripada segi unjuran kompilasi penduduk, perindustrian, bangunan serta lain-lain keperluan untuk negeri Perak. Lebih-lebih lagi kalau kita jadikan Parit Buntar tu sebagai high-tech macam dekat Kulim, maka keperluan air kepada pelabur-pelabur itu perlu diberi keutamaan. Bukan hanya di Parit Buntar tapi di kawasan-kawasan yang akan diberikan air untuk mereka gunakan untuk urusan mereka hari ini termasuk pesawah dan juga petani. Dato’ Yang di-Pertua, persoalan dan isu-isu yang lain yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tak sempat saya jawab pada hari ini. Maka saya akan edarkan jawapan-jawapan yang bertulis. Maka untuk itu di akhir kalamnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dan dengan itu Sungai Rapat menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Sungai Rapat yang telah menyampaikan ucapan penggulungan tadi. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Exco dari kawasan Lintang untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu Wassalamu ‘Ala Saidina Muhammadin Asrafi Mursalin, Wa’ala alihi Wasahbihi Ajma’in. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan serta anggota kerajaan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Saya mohon izin memulakan penggulungan ini dengan membaca petikan ayat Al-Quran, ayat 164 di surat Al-Baqarah. (Ayat Quran) Yang bermaksud sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan keajaiban yang terdapat pada kedua-duanya serta penggantian malam dan siang. Dengan datang dan pergi bertambah serta berkurang serta perahu-perahu atau pun kapal-kapal yang berlayar di lautan tidak tenggelam atau terpaku di dasar laut.

Dengan membawa apa yang berguna bagi manusia berupa barang-barang perdagangan dan angkutan. Dan apa yang diturunkan oleh Allah SWT dari langit berupa air, hujan, lalu dihidupkannya bumi dengannya yakni dengan tumbuhnya tanaman-tanaman setelah matinya, maksudnya setelah keringnya dan disebarkan di bumi itu segala jenis haiwan kerana mereka berkembang biak dengan rumput-rumputan yang terdapat diatasnya. Serta pengisiran angin memindahkannya ke utara atau ke selatan dan mengubahnya menjadi panas atau dingin dan awan yang dikendalikan atas perintah Allah SWT sehingga ia bertiup ke mana dikendakinya antara langit dan bumi tanpa ada hubungan dan yang mempertalikan sesungguhnya merupakan tanda-tanda yang menunjukkan keesaan Allah SWT baik kaum yang memikirkan serta merenungkan. Dato' Yang di-Pertua. Dengan lafaz bismillah pembuka bicara pujian syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan perkenannya jua rakyat dan negeri Perak yang bertuah yang tercinta ini telah mendapat rahmat dan kesejahteraan.

Pada kesempatan ini, saya dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda pada 4 November yang lalu serta pemilihan Duli Tuanku sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Dirgahayu Tuanku. Didoakan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak di atas membentangkan Rang Undang-Undang Perbelanjaan RM1.35 billion dalam Belanjawan Negeri Perak 2024 sekali gus mencatat peruntukan tertinggi dalam sejarah Belanjawan Negeri Perak kali ini. Ia meliputi Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM856 juta, manakala perbelanjaan wang pembangunan sejumlah RM491 juta dalam memberikan fokus memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negeri Perak yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera yang merangkumi lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan, kelestarian alam sekitar, serta jaminan bekalan makanan, serta pembangunan modal insan dan belia.

Dato' Yang di-Pertua, keprihatinan dan kecekapan Kerajaan Negeri melalui kepimpinan Yang Berhormat Menteri Besar, beberapa projek baru telah diberikan perhatian dan kelulusan dalam RMK ke-12 berjumlah RM1.77 billion. Kerajaan ini akan mempunyai kesan positif kepada ekonomi negeri Perak dalam tempoh lima tahun akan datang, diantaranya pembangunan nilai harta tanah, peindustrian, perbandaran serta memberi nilai tambah dari segi sosial ekonomi khusus di masyarakat luar bandar dan juga di pinggir bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM63.3 juta wang mengurus dan wang pembangunan di bawah portfolio saya bagi menjamin kesinambungan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 dari segi aspek keterjaminan bekalan makanan dalam sektor peladangan, pertanian, penternakan, perikanan dan industri makanan, serta menggalakkan penglibatan pemain industri sama ada sedia ada atau pun yang baru dengan pelbagai insentif dan tidak ketinggalan pembangunan luar bandar termasuk masyarakat orang asal dalam Belanjawan Perak 2024. Kerajaan Negeri juga menjadikan sekuriti makanan sebagai salah satu daripada enam agenda utama dalam Perak Sejahtera 2030. Dari aspek perlaksanaan pula, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) selaku pemain industri dalam bidang pertanian untuk terus komited oleh projek pelaburan serta CSR. Kerajaan Negeri ucapkan terima kasih atas komitmen dan sumbangan berjumlah RM57 juta daripada badan berkanun negeri sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan hasil Kerajaan Negeri yang terhad iaitu melalui hasil cukai. Kerajaan Negeri telah menganjurkan hari bertemu pelanggan dan hari ladang di setiap daerah dengan mengumpulkan semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam keterjaminan sekuriti makanan. Selain daripada itu, kejayaan Program Agrofest Peringkat Negeri atau pun Perak Agrofest 2023 yang baru-baru ini telah dianjurkan di Infoternak Sungai Siput mendapat sambutan luar biasa setelah sekian lama tidak dianjurkan di Infoternak dan insya Allah akan dilaksanakan secara dwi tahunan iaitu selepas ini pada tahun 2025 nanti dan ia merupakan platform terbaik bagi tujuan keterjaminan makanan.

Dato' Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang melibatkan di bawah portfolio saya. Meneliti semua pertanyaan, isu, cadangan mahu pun pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024 seramai 15 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh pelbagai perkara berkaitan portfolio saya. Dalam tempoh masa 40 minit yang ditetapkan, insya Allah saya akan menyantuni perkara-perkara yang wajar diberi respon secara tuntas. Manakala yang lainnya akan dijawab secara bertulis mengikut keperluan atau dirujuk kepada jabatan atau agensi berkenaan untuk tindakan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sesi penggulungan saya hari ini akan terbahagi kepada beberapa pecahan. Sektor iaitu pertama pertanian dan industri makanan, perikanan dan hal ehwal nelayan, pembangunan luar bandar, dan seakhirnya sekali isu-isu lain yang berkaitan dengan portfolio saya. Pertanian dan industri makanan. Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, menyentuh isu-isu dan cadangan yang dibangkitkan Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah sektor pertanian dan industri makanan.

Ahli Yang Berhormat dari Gunong Semanggol telah memberikan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan di daerah Kerian ini bagi tujuan pertanian, perladangan dan industri makanan bagi menjadikan negeri Perak sebagai sumber pengeluaran makanan utama negara pertanian daerah Kerian, untuk makluman Yang Berhormat, daerah Kerian merupakan salah satu jelapang padi utama negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak bersama-sama membantu Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak dalam membangunkan kawasan pengeluaran benih padi dengan menaik taraf kilang padi milik BERNAS di Bagan Serai Perak. Gerak kerja bagi perkara ini telah bermula pada tahun 2022 dengan jumlah keseluruhan kos bernilai RM7 juta termasuk kelengkapan mesin dan peralatan. Dengan kewujudan premis ini di daerah Kerian, diharap agar pelabur terutamanya dalam industri padi berminat untuk melabur di daerah Kerian. Perikanan Kerian, selain daripada itu untuk maklumat Yang Berhormat, Kerian merupakan antara daerah yang tertinggi dalam menyumbang kepada pengeluaran makanan negeri Perak terutamanya daripada sektor perikanan akuakultur.

Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perikanan sebanyak 859.43 metrik tan kawasan telah diusahakan sebagai kawasan akuakultur meliputi sistem ternakan dalam kolam, 302.46 hektar sangkar, 24.74 hektar dan 534.23 hektar sistem dasar untuk ternakan kerang. Purata pengeluaran akuakultur di daerah Kerian adalah sebanyak 16,000 tan metrik termasuk 7,500 tan metrik kerrang-kerangan dikeluarkan setiap tahun. Selain kerang-kerangan sebagai hasil utama, pengeluaran ikan marin dari daerah ini juga adalah tinggi iaitu mencapai 6,500 tan metrik setahun. Hasil pengeluaran perikanan ini menunjukkan industri hiliran terutamanya kilang pemprosesan ikan kini terdapat empat buah kilang pemprosesan produk perikanan yang mana hasil produk perikanan tersebut dieksport keluar negara. Penternakan Kerian. Tambah lagi Daerah Kerian merupakan hub bagi industri makanan berasaskan ternakan di mana daerah ini menjadi salah satu penyumbang kepada pengeluaran makanan melibatkan komoditi tenakan. Antara industri penternakan dan pemprosesan yang sedang berjalan dan menjadi pemangkin kepada pengeluaran makanan berasaskan protein adalah seperti berikut.

Yang pertama, penternakan ruminan besar lembu pedaging dan juga kerbau. Sejumlah 95 penternak di Daerah Kerian yang berjumlah dari berskala kecil hingga komersial dengan populasi ternakan berjumlah 4,558 ekor iaitu menyumbang sebanyak 7.09% daripada jumlah keseluruhan negeri Perak. Yang kedua, penternakan ruminan kecil kambing dan bebiri. Sejumlah 53 orang penternak dari daerah Kerian terlibat dan jumlah populasi ternakan kambing dan berbiri adalah 1,866 ekor. Jumlah ini menyumbang sebanyak 10.15% dari populasi keseluruhan negeri Perak. Yang ketiga, penternakan unggas, ayam pedaging dan juga ayam kampung kacukan. Industri penternakan ayam pedaging dan ayam kampung kacukan telah dilaksanakan secara komersial sepenuhnya di mana sebanyak 24 buah ladang ternakan telah sedia wujud di Daerah Kerian. Kapasiti pengeluaran daging ayam mencecah 2,158,000 ekor. Jumlah pengeluaran ayam daerah Kerian telah menyumbang 4.88% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran ayam negeri Perak. Industri Produk Hiliran. Daerah Kerian juga merupakan pengeluar Produk Hiliran berasaskan telur itik iaitu telur masin di mana terdapat empat buah kilang pemprosesan telur masin. Tiga buah di Kuala Kurau dan sebuah di Titi Serong. Pengeluaran harian mencecah 260,000 biji sehari atau puratanya 5,720,000 biji bagi pasaran seluruh negara. Industri ini merupakan antara yang terbesar dalam negara.

Rizab haiwan padang ragut. Di Daerah Kerian hanya terdapat sebuah rizab haiwan, iaitu padang ragut iaitu padang ragut Kampung Balik Bukit, Mukim Bagan Serai berkeluasan 40.47 hektar ataupun bersamaan dengan 100 ekar. Rizab haiwan ini berpotensi sebagai pusat ternakan ruminan dan pengeluaran makanan pastura order bagi ternakan ruminan.

Pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan para pelabur dari pelbagai jurusan komoditi ternakan yang berminat untuk turut serta dan membuat pelaburan dalam industri ternakan di Daerah Kerian dan amnya seluruh Negeri Perak bagi meningkatkan pengeluaran bahan asas makanan bagi keperluan penduduk dalam dan luar Negeri Perak. Dato’ Yang di-Pertua, walau bagaimanapun dengan keluasan daerah Kerian yang terhad, maka kesediaan kawasan yang mencukupi bagi menampung perkembangan industri ternakan juga menjadi terhad. Penumpuan pelabur untuk melibatkan diri di daerah Kerian adalah digalakkan dalam bidang pemprosesan produk berasaskan ternakan. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) sentiasa mendokong usaha membawa pelaburan dalam bidang pertanian, agro makanan, serta sekuriti makanan di Negeri Perak. Bagi daerah Kerian, PPPNP telah mempunyai satu syarikat usaha sama dalam penternakan udang bersama S.B.H. Marin Holding Berhad di Kuala Gula. Syarikat ini telah tersenarai di Pasaran Ace BURSA Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tambah lagi Yang Berhormat Gunong Semanggol menyentuh berkenaan perbelanjaan wang yang diperlukan dan hala tuju bagi pelan sekalipun makanan negeri Perak pada tahun 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak telah diperuntukkan RM0.5 juta pada tahun 2022 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera 2030. Pihak Jabatan telah merangka dua program yang melibatkan rakyat negeri Perak bagi menangangi kenaikan kos sara hidup dengan memperkenalkan program berikut. Program pemindahan dan mengaplikasi teknologi penternakan Eko Tekno. Langkah dan hala tuju program ini bagi menyediakan satu inisiatif bagi membangunkan sumber makanan alternatif tenakan ruminan dan unggas, selain daripada penggunaan palet dan konsentrat makanan ternakan komersial bagi mengurangkan impak atau kesan dari peningkatan kos pengeluaran, terutama harga makanan ternakan. Hasil dari program ini seramai 86 orang penternak kecil iaitu daripada 56 orang penternak ruminan lembu dan kambing dan 30 orang penternak unggas ayam kampung telah menerima manfaat dalam bentuk peralatan mesin pemprosesan makanan iaitu electric portable feed mixer, gasoline portable feed mixer dan bekas penyimpan makanan kedap udara.

Keseluruhan perbelanjaan bagi melaksanakan Program Eko Tekno adalah seperti berikut. RM0.23 juta. Program ternakan sara diri rakyat Negeri Perak (TERASI). Program TERASI adalah memfokuskan kepada peserta dalam kalangan rakyat Negeri Perak B40 dan ke bawah, di mana setiap peserta diberikan bantuan berupa ternakan ayam pedaging berwarna tempatan (Local Coloured Birds) dan makanan ternakan ayam komersial. Asas kepada program ini adalah menggalakkan setiap peserta memelihara secara kecil-kecilan agar dapat menampung sumber protein keluarga dan kegunaan isi rumah serta ternakan dipelihara boleh dijual jika terdapat lebihan dari keperluan keluarga sebagai sumber pendapatan tambahan. Program TERASI yang telah dilaksanakan melibatkan bantuan kepada 1,200 orang peserta yang terdiri daripada rakyat Negeri Perak di seluruh daerah.

Pakej bantuan yang telah disalurkan adalah seperti berikut. Pemilihan ayam pedaging berwarna tempatan, makanan ayam commercial feed dan vitamin dan mineral. Keseluruhan perbelanjaan bagi melaksanakan Program TERASI adalah seperti berikut. RM0.21 juta dan jumlah keseluruhan perbelanjaan sebenar RM0.97 juta termasuk latihan dan kursus di bawah jabatan. Selain daripada itu, Rancangan Pembangunan Perak 2021 sehingga 2025. Bagi merangka dan melaksanakan Pelan Strategik Pembangunan Industri Ternakan untuk tempoh lima tahun dan sedang merangkakan Pelan Strategik Pembangunan Industri Ternakan bagi tahun 2026 hingga 2030 selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pencapaian bagi industri ternakan negeri Perak menjelang tahun 2030 berasaskan sasaran tahap sara diri (SSR) seperti berikut. Meningkatkan pengeluaran daging tempatan lembu dan kerbau sebanyak 25%, meningkatkan pengeluaran daging kambing berbiri tempatan sebanyak 15%, meningkatkan pengeluaran susu segar tempatan sebanyak 100%, mengekalkan pengeluaran daging ayam, itik tempatan sebanyak 250%, mengekalkan pengeluaran telur ayam, itik tempatan sebanyak 180%.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semestinya Yang Berhormat Gunong Semanggol dan YB Selinsing mensarankan agar Kerajaan Negeri Perak menjadikan beras sebagai makanan ruji utama yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan menjadikan negeri Perak sebagai pengeluar beras tempatan keperluan rakyat dengan mengawal harga siling yang telah ditetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat, negeri Perak merupakan negeri keempat bagi pengeluar padi beras tertinggi di Malaysia selepas Kedah, Kelantan dan juga Perlis pada tahun 2021. Antara tumpuan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak terhadap tanaman padi adalah peningkatan pengeluaran hasil padi agar kadar sara diri SSR bagi tanaman ini mencapai 100%. Bagi merealisasikan matlamat ini, Kerajaan Negeri telah mensasarkan pengeluaran hasil padi kepada 4.5 tan per hektar agar bekalan makanan di Perak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan selaras Pelan Perak Sejahtera 2030.

Beberapa inisiatif telah diambil di bawah Rancangan Fizikal Negara Keempat yang merupakan FN keempat iaitu pengezonan kawasan-kawasan pertanian. Terutamanya kawasan penanam padi negeri Perak melalui mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan bahawa kawasan penanam padi tidak boleh diganggu oleh aktiviti lain selain daripada aktiviti penanam padi. Melalui keputusan tersebut, kawasan padi, sama ada dalam dan di luar jelapang negeri Perak, telah dizonkan secara Rancangan Kerajaan Tempatan bagi memelihara dan mengekalkan kawasan untuk menjamin dasar seperti makanan negeri dan juga negara. Tambah lagi Yang Berhormat, pengeluaran hasil padi negeri Perak pada tahun 2021 yang melibatkan semua musim adalah sebanyak 244,397 tan. Melibatkan kawasan padi seluas 37,592 hektar. Manakala pada tahun 2022 peningkatan hasil pengeluaran hasil padi sebanyak 269,790 tan melibatkan kawasan padi seluas 37,218 hektar. Ini menunjukkan peningkatan sasaran hasil padi sebanyak 10,394 pada tahun 2022.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya minta ruang sikit untuk menyentuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Exco. Inilah teladan yang patut kita tunjuk kepada pentadbir sebab kita di sini untuk menyumbangkan idea. Kita tak boleh stop kan kita nak cakap. Jadi terima kasih banyak. Kita menyentuh mengenai dengan yang pertama kita tahulah mengenai dengan sebagai negeri Perak ni pengeluar salah satu daripada kawasan pengeluar beras dan ingat kita punya SSL pun dah melebihi dekat-dekat 70% daripada negeri Perak ni. Cuma isu yang kita timbul tadi berapa yang pertama mengenai dengan penguncupan sebab kita melihat bahawa perancangan di negeri-negeri dalam menjaga sekuriti makanan di Sabah menyatakan dengan jelas bahawa Sabah akan menumpukan dan menambah kawasan penanaman padi sehingga kepada 20,000 hektar dan di negeri mana itu ada sampai 70,000. Dia ada fokus. Jadi yang kita timbulkan isu di negeri Perak, khususnya di Kerian disebabkan oleh walaupun kita ada undang-undang bahawa kawasan padi ini tak boleh ditukarkan kepada tanaman lain. Tapi sebagaimana yang kita tahu bahawa penanam-penanam padi ini disebabkan oleh pengairan. Musim yang pertama dia buat tak dapat apa hasil. Mungkin kedua tak buat. Sedangkan dia memerlukan pendapatan. Pendapatan dia bergantung kepada tanah. Maka dia mengambil inisiatif menukarkan kepada tanah dan statistik menunjukkan pengecilan tanah daripada pertukaran daripada bendang kepada kelapa sawit ini besar dalam negeri Perak ini. Pertama, langkah-langkah yang kita ambil secara drastik untuk kita mengekang keadaan ini dan untuk membantu kepada pengusaha-pengusaha ataupun pesawah-pesawah ini. Sebab dia dua musim tak dapat apa.

Jadi, macam mana langkah kita nak membantu. Itu yang pertama dan yang kedua, kita kata dulu masa dulu banyak kawasan-kawasan sawah yang tertinggal ataupun terbengkalai khususnya di Hulu Perak lah banyak. Kawasan Larut, kawasan Hulu Perak. Ratus-ratus ekar ditinggalkan. Mungkin kita di sini kena mencari. Sebab kita ada potensi dan tanah ini untuk kita kita bangunkan dan menjadikan industri pengeluar makanan dan yang kedua, kita tahu bahawa Perak ni adalah salah satu pengeluar ayam yang terbesar. SSL kita sampai self sufficient level kita sampai 250%. Bererti kita memerlukan 100 ekor tapi kita keluarkan 250 ekor. 150 ekor lagi kita boleh eksport keluar daripada negeri Perak. Tapi malangnya yang pertama kadang-kadang kita nak dapat ayam kita kadang-kadang tak dapat dan harga kita mahal. Mungkin kita boleh melangkaukan sesuatu supaya nikmat production dalam negeri Perak ini boleh dirasai oleh rakyat negeri Perak. Jadi mungkin ini saya lontarkan mungkin kalau ada rancangan Kerajaan yang boleh kita kongsi bersama. Kami sedia membantu. Terima kasih Exco. Contoh ni lah pentadbiran kerajaan yang baik. Bagi peluang kepada kita untuk menyatakan dan kerajaan pelaksana.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

YB Yang Berhormat, sikit tambahan boleh?

Kubu Gajah. Nanti saya nak jawab kepada Alor Pongsu. Terima kasih atas pandangan dan juga cadangan dari Yang Berhormat Alor Pongsu. Gunong Semanggol, sorry. Minta maaf ya. Memang tadi dasar daripada prestasi, kita akan melihat daripada kawasan-kawasan yang tidak, kawasan tanah terbiar dan sebagainya. Salah satu kita majukan ialah untuk tanaman padi dan sebagainya. Jadi apa yang diberikan pandangan dan juga cadangan dari Alor Pongsu rasa satu pandangan yang baik dan kita akan ambil perhatian yang serius di atas apa yang dicadangkan oleh Alor Pongsu tadi. Gunong Semanggol, sorry.Alor Pongsu sahaja.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Kalau kita melihat di kawasan saya Dun Kubu Gajah ada juga kawasan sawah-sawah yang ditinggalkan. Cuma sekarang ni ada syarikat yang pajak tanah tersebut melalui orang kampung. Bila mana syarikat ni buat, padi tanaman padi cukup cantik, pengairan dia cantik. Cuma saya tanya, ada tak di pihak kerajaan untuk mendidik orang kampung ataupun generasi kedua, generasi muda ni untuk ambil balik daripada syarikat, usaha sendiri, orang kampung yang usaha sendiri untuk pendidikan tanaman padi. Bagilah kursus-kursus apa pun. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat, dan perkara itu kita ambil, dan memang kita akan ambil tindakan dan sebagai panduan kita untuk bagi tahun hadapanlah, insya Allah, untuk kita menambah pembaikan dan pengeluaran padi kita bagi negeri Perak, insyaAllah. Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Boleh Ayer Kuning?

Saya nak meneruskan dulu.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning boleh? Terima kasih. Jadi, kaitan dengan keterjaminan makanan. Batang Padang diletak sebagai hub dalam kerangka Perak Sejahtera 2030 sebagai hub pertanian keterjaminan makanan. Jadi saya nak tanya, apakah ada perancangan pertanian berskala besar yang akan hadir di daerah Batang Padang khususnya di Ayer Kuning? Yang kedua berkaitan dengan Action Agrotech Dispension Centre. Apakah pihak yang Berhormat Exco mengetahui berkaitan dengan ada satu pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian yang nak dibuat di Tapah? Apakah status hingga pada hari ini? Dua soalan. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Ayer Kuning. Bagi jawapan soalan yang pertama tadi, memang ada satu projek yang begitu besar di Batang Padang. Termasuk adalah Ayer Kuning dan projek ini pada dasarnya ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi di peringkat persekutuan. Akan ada satu pelaburan yang besar, berkaitan dengan ternakan ayam, pembenihan anak ayam dan sebagainya di daerah Batang Padang. Yang kedua, apa yang dibangkitkan oleh YB tadi, pusat pengumpulan. Itu memang betul dan sekarang dalam pemajuan projek tersebut, dan kita diharapkan supaya dengan terbinanya projek ini, pengumpulan ini yang di peringkat Asia, yang terbesar yang akan dibuat di Batang Padang ini. Supaya masyarakat di Ayer Kuning, masyarakat Batang Padang di sebelah negeri Perak, akan mempertingkat pengeluaran-pengeluaran hasil tanaman, pertanian dan sebagainya untuk digunakan kesempatan yang ada di Batang Padang. Dato' Yang di-Pertua, saya nak meneruskan, izinkan saya meneruskan…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco sikit-sikit lagi sebab dah sebut Alor Pongsu tadi. Rugi kalau tak bercakap. Ok, tentang tanaman padi tadi. Parit tali ayaq, untuk ayaq masuk ke bendang dan parit tali ayaq untuk buang. Dia macam kepala kita ni, YB Exco. Kalau tarah tepi je, tengah tak tarah, dia dogol semua, dia tak tersekat apa-apa. Jadi apa berlaku, saya mohon sangat-sangat. JPS mengadu kat saya. Kat tebing, menggunakan duit MARRIS, iaitu Empayar Indera. Cantiklah tebing parit tu. Tapi yang paling penting adalah yang dalam tu. Ini tebing cantik, gunakan duit MARRIS dan Empayar Indera. JPS jaga dalam, tumbuh semak penuh. Ayaq nak masuk tak boleh, ayaq nak keluar tak boleh. Jadi saya rasa perlu diperhatikan yang ni. Sebab ayaq tak boleh masuk dan tak boleh keluar. Kawasan Alor Pongsu. Terima kasih.

Terima kasih YB Selinsing. Itu memang dah lawatan saya pada tahun lepas dan pada tahun ini.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu.

Alor Pongsu. Minta maaf ya. Insya Allah dan perkara ini akan diambil perhatian dan kita akan libat uruskan beberapa jabatan dan agensi bagi apa yang dibangkitkan oleh YB Alor Pongsu. Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam perancangan untuk memberikan kelulusan 5 ribu tan metrik kota benih padi pada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak, namun hal ini masih lagi di dalam perbincangan di pihak kementerian. Pemberian kuota ini akan dapat memenuhi 82% keperluan benih padi negeri Perak daripada sejumlah 6,079 tan metrik semusim. Tujuan penambahan kota pengeluaran benih agar kadar sara diri SSR bagi tanaman ini mencapai 100% dan seterusnya dapat menampung keperluan tempatan selaras dengan perancangan di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.

Yang Berhormat Pengkalan Baharu, menyeru agar Jabatan Pertanian memanfaatkan jumlah peruntukan yang tinggi dalam aspek seperti kajian dan makanan. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan peningkatan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak pada tahun 2024. Beberapa langkah telah dirancang bagi memastikan seluruh peruntukan yang diterima memberi manfaat kepada golongan sasar terutamanya petani dan usahawan tani negeri Perak. Jumlah penerima peruntukan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak meningkat seiring dengan peningkatan peruntukan yang diberikan. Pada tahun 2023, sebanyak RM5 juta peruntukan telah diberikan dan memberi manfaat kepada seramai 20,228 orang melalui 27 program pembangunan di bawah Jabatan Pertanian Negeri Perak. Selain daripada itu, pada tahun 2023 sejumlah 105,427 tan metrik hasil pertanian telah berjaya dikeluarkan oleh petani-petani negeri Perak. Diharapkan hasil pengeluaran dapat ditingkatkan seiring dengan pertambahan peruntukan pada tahun 2024.

Yang Berhormat Behrang pula mencadangkan untuk mewujudkan pusat senti makanan. Untuk makluman Yang Berhormat Behrang, FAMA telah membangunkan pusat kumpulan ladang PPL bagi penambahbaik rangkaian infrastruktur pasaran supaya aktiviti pemasaran pengeluar hasil pertanian dapat dijalankan dengan lebih terancang dan sistematik. Di mana ianya dijadikan tempat pertemuan antara pengeluar hasil pertanian dan pemasar untuk mengurus niaga seterusnya dipasarkan kepada pengguna. Selain daripada itu, FAMA juga menguruskan kompleks Rural Transformation Centre (RTC) dengan izin di negeri Perak, iaitu di Gopeng yang sangat sesuai untuk dijadikan hub pusat senti bagi aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan jualan sebagai komoditi industri makanan yang terdapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri Perak. Saya untuk maklum kepada Behrang juga, setiap apa yang saya nyatakan kepada YB Ayer Kuning, memang satu centre pusat pengumpulan hasil pertanian peringkat Asia ini cuma akan sedang dalam proses pembinaan di daerah Batang Padang.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol dan YB Alor Pongsu juga mencadangkan agar menyediakan peruntukan penambahbaikan berkenaan sistem perparitan air di kawasan jelapang padi serta pengambilan kira SOP penanaman padi di Sekinchan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan pengeluaran padi per hektar. Untuk makluman Yang Berhormat, penanaman padi di Sekinchan menggunakan SOP sedia ada melalui Jabatan Pertanian yang dijalankan melalui rice check. Peruntukan bagi industri padi kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak adalah bagi memenuhi keperluan pengusahaan padi di luar jelapang. Di luar jelapang. Yang melibatkan daerah Perak Tengah, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama, Hilir Perak dan Kuala Kangsar. Itu berkeluasan 7,894 hektar. Jadi biasanya bagi urusan bagi kawasan jelapang itu yang diurus tadbir oleh IADA. Pada tahun 2023 sejumlah RM0.55 juta telah diperuntukkan kepada kawasan ini meliputi kerja-kerja peralatan tanah, pengapuran dan pemberian input bagi baikpulih dan menyuburkan tanah. Bagi mematuhi SOP penanam padi Sekinchan ini, perkara utama yang perlu diberikan tumpuan adalah penambahbaikan infrastruktur seperti sistem pengairan, pengurusan kawasan sawah yang teratur dan pembukaan kawasan baru.

Oleh demikian peruntukan yang tinggi perlu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi di kawasan luar jelapang setanding dengan hasil di dalam jelapang. Perkara ini saya telah bangkitkan dalam pertemuan baru-baru ini semasa Menteri Pertanian berada dalam Hari Penternak dan yang Peladang di Meru baru ini. Kita telah bangkit beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh negeri Perak. Walaubagaimanapun cadangan, minta maaf Yang Berhormat dari Kubu Gajah dan YB Simpang Pulai tenaga akan menyediakan ruang memulakan pertanian dan penternakan dengan memanfaatkan tanah terbiar milik kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kubu Gajah merupakan salah satu kawasan pengeluaran durian dan merupakan aktiviti tanaman utama bagi kawasan tersebut.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang Berhormat Lintang minta sedikit hendak tambah sebelum kita pergi kepada itu mengenai dengan isu benih padi yang kita bincang benih padilah sebelum kita pindah kepada durian kan. Benih padi tadi kata dulu memang telah dibuat delivery system semua sekali pengeluar-pengeluar benih padi putih yang sah diedarkan melalui LPP dan LPP hantar kepada ketua-ketua unit dan juga kadang dengan harga silling tidak melebihi daripada RM35. Part itu dalam kertas tetapi hakikat yang sebenar sampai hari ini harga yang sampai kepada pengguna itu sendiri sudah sampai mencecah RM60 ke RM70. RM60 ke RM70. Kadang-kadang hendak dapat beras apa benih putih yang kata sah ini, tidak dapat. Dapat juga di kedai-kedai yang tidak sah. Jadi, mungkin apakah perancangan kerajaan Perak lah khususnya yang ramai ini untuk kita mengawal supaya bebanan selain daripada bebanan input pertanian. Sekarang ini ditambah pula dengan kita menetapkan harga benih padi RM35 dan mencecah RM60-RM70. Kita mesti ada satu langkah yang drastik atau boleh kita sama fikirkan supaya harga ini memang boleh kawal. Kita tidak mahu nampak cantik, cerita blum blam blum blam blum blam nampak. Pandai bersyarah sahaja buat kerja tidak pandai. Jadi kita tidak mahulah kan. Jadi kita hendak supaya apa yang kita rancang itu menjadi realiti dan sampai ke bawah. Mungkin kita hendak boleh tengok dan kita boleh bincangkan perkara ini.

Boleh. Terima kasih kepada Gunong Semanggol. Betul ya yang ini betul ya. Memang perkara ini memang menjadi memang kita perbincangkan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh YB Semanggol memang dan kita sedang berurusan dengan pihak kementerian untuk bincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh YB dan perkara ini dengan saya rasa penuh yakin bahawa peringkat bulan Januari ini kita ada satu libat urus dengan kementerian dan kita akan bangkitkan apa yang dibangkitkan oleh YB sendiri tadi. Memang itu dalam kita punya perancangan dan pendapatan, perbincangan kita dengan pihak kementerian. So, kita cari satu mekanisme yang terbaik bagi mengatasi apa di masalah beras dan sebagainya untuk mencukupi dan dari segi penurunan harga dan sebagainya. Ini menjadi tanggungjawab saya sendiri dan Kerajaan Negeri memastikan bahawa setiap rakyat kita akan mendapat pembelaan yang sebaik yang mungkin insyaAllah. Bagi Yang Berhormat dari Kubu Gajah dan YB Simpang Pulai tenaga akan menyediakan ruang memulakan pertanian dan penternakan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Lintang, sedikit Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ayer kuning, sedikit lagi. Mungkin kita boleh berkongsi untuk beberapa perkara dalam Dewan yang mulia ini. Iaitu berkaitan dengan haiwan ternakan berkeliaran ataupun kacau ganggu yang sering dikatakan dalam Dewan. Jadi saya rasa antara dia, mungkin kita boleh menyelenggarakan berkaitan dengan kawasan padang ragut. Mungkin di tempat kawasan Ayer Kuning, seperti di daerah Batang Padang, kita ada beberapa padang ragut yang mungkin kita boleh menyelenggarakan secara lebih sempurna. Mungkin boleh menjadi tarikan kepada pengusaha-pengusaha yang secara tradisional. Dia bersama-sama dengan kita untuk membawa perniagaan Malaysia yang lebih baik. Terima kasih.

Terima kasih. Itu satu cadangan yang baik dan memang pernah dicadangkan untuk kawasan yang binatang liar.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Minta laluan Lintang.

Nanti sekejap YB Pengkalan. Memang perkara ni telah dibawa kepada pihak majlis PBT, jadi kerajaan terpaksa tandakan tindakan daerah di daerah pejabat-pejabat daerah berkaitan dengan lembu biar dan sebagainya dan satu cadangan tadi memang satu cadangan yang baik kalau dapat dilaksanakan tetapi mungkinlah penternak-penternak lembu ini, mereka tidak bersetuju kerana keadaan padang ragut agak berjauhan daripada tempat penternak ini mempunyai kos dan sebagainya. Tapi ini satu cadangan yang baik dan kita boleh terima. Ok, Pengkalan Baharu silakan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih. Saya sebenarnya menunggu persoalan yang saya kemukakan semalam. adalah berkaitan dengan padang ragut yang terdapat di Kampung Gelong, Pepuyuh di dalam kawasan Dun Pengkalan Baharu. Ia telah disewa kepada Isda Livestock. Jadi, ini menyukarkan penternak-penternak tempatanlah. Penternak tempatan tidak ada peluang untuk memelihara lembu, kerana kebanyakan ladang-ladang dah tak benarkan mereka menternak. So, pada saya kalau dapat padang ragut tersebut dikembalikan untuk kegunaan masyarakat setempat, saya alangkah baiknya. Terima kasih.

Terima kasih Pengkalan Baharu. Berkaitan dengan cadangan penggunaan padang ragut juga, bagi penternak-penternak lembu yang berada di kawasan YB sendiri. Satu cadangan ialah YB boleh kemukakan kepada Kerajaan Negeri Perak. Sama ada menggunakan sebagai pajakan ataupun least kawasan padang ragut kerana pemegang taruhnya adalah Kerajaan Negeri Perak di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri. Boleh kemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi kegunaan padang ragut yang ada dikawasan YB Pengkalan Baharu. Boleh ya YB.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Soalannya sekarang padang ragut tersebut telah di saya difahamkan mereka telah menyewa kepada Isda anak syarikat apa yang perlu yang boleh dibuat supaya penternak tempatan boleh memelihara di kawasan padang ragut.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Yang Berhormat Exco kita sebenarnya kita ada padang ragut. Kita ada padang ragut. Padang ragut ni dah wujud lama tetapi kita tidak menyelenggarakan padang ragut ni. Apa masalahnya?

Terima kasih YB sebenarnya padang ragut ni bukan…..baru dah puluhan bawah dan setengah itu ada dia punya jawatankuasa sendiri. Tapi kebanyakan yang dibawah urusetia, dibawah libat urus di bawah Kerajaan Negeri. Sebenarnya perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini berkaitan dengan penggunaan secara maksimum pada ragut dan perkara ini akan kita bawa, saya bawa ke dalam, saya bawa ke dalam jabatan agensi bagi kita bincangkan bagaimana untuk penggunaan maksimum kepada padang ragut yang ada dalam Perak ini untuk kita manfaatkan. Jadi insya Allah apa-apa perkara ini saya akan hubungi dengan YB-YB yang ada ada Dewan.

Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kubu Gajah adalah salah satu kawasan pengeluaran durian dan merupakan di tanaman utama bagi kawasan tersebut. Anggaran seluas 362 hektar dengan pengeluaran sebanyak 1,035,620 kilogram yang telah menjana pendapatan sebanyak RM43.23 juta kepada 464 orang petani. Walaupun cadangan pembangunan kawasan petanian buat golongan muda perlu dikollaborasi bersama agensi lain yang mempunyai tanah kerajaan. Jabatan Pertanian tidak memiliki tanah di jalan kawasan Kubu Gajah untuk menyambut cadangan dari pihak Adun Kubu Gajah. Bagi penternak Dun Kubu Gajah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah dipertanggungjawabkan bagi menyelia rizab haiwan padang ragut di seluruh negeri Perak, berdasarkan kelulusan Pekeliling PTG Bilangan 6/2023 berkaitan pajakan tanah rezab haiwan, penternak boleh mengumpulkan permohonan di Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah dan Tanah bagi pajakan tanah rizab haiwan iaitu padang ragut. Segala peraturan syarat yang telah ditetapkan perlu dipatuhi.

Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Pulai juga, projek pemulihan tanah terbiar telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-9, (RMK-9). Lagi, melalui peruntukan Persekutuan. Dengan kewujudan banyak tanah-tanah terbiar di negara ini, projek pemulihan tanah terbiar telah dirangka untuk membangunkan tanah terbiar ini menjadi tanah yang produktif. Serta memberikan pulangan kepada pengusaha seterusnya meningkatkan pengeluaran tanaman makanan dan pendapatan pengusaha. Dalam Rancangan Pembangunan Negeri Perak RPP 2021-2025, perancangan dan perasanan projek penggunaan tanah terbiar diperkenalkan sebagai program baru yang dilihat sebagai salah satu kaedah bagi memaksimumkan tanah terbiar di Negeri Perak. Pada tahun 2021, sejumlah RM0.2 juta telah diperuntukkan melibatkan keluasan 13.32 hektar dan 7 orang petani melibatkan tanaman durian. Projek hasil aktif dan belum ada hasil pengeluaran yang diperolehi. Yang Berhormat daripada Ayer Kuning, mencadangkan agar menunjukkan satu kawasan pertanian di Ayer Kuning baik pengusaha-pengusaha untuk melabur di Ayer Kuning serta menunjukkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan hasil pertanian.

Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan-kawasan pertanian di Dun Ayer Kuning, di daerah Batang Padang sehingga tahun 2022, sebanyak 560 ekar. Ini melibatkan golongan petani seramai 115 orang. Dengan jumlah ini sebanyak 566.2 tan hasil telah dikeluarkan pada tahun 2022, merangkumi pengeluaran tanaman singkat masa seperti sengkuang dan keledek, tanaman buah-buahan seperti jambu batu, jambu air dan durian, serta beberapa jenis sayur-sayuran, buah seperti timun, peria dan kacang panjang. Sebagai makluman dalam rangka pelan jangka panjang satu meg satu projek mega yang ni saya sebutkan kepada YB Ayer Kuning. Satu projek mega akan dibangunkan di kawasan Tapah Road, ASEAN Agriculture Distribution Centre dengan izin (AADC). Melibatkan kawasan milik persendirian seluas 224.26 ekar yang telah diluluskan kebenaran merancang KM oleh Majlis Daerah Tapah dan hanya menunggu kerja-kerja pemuluhan tapak dilakukan oleh pemaju. Jika projek ini berhasil, kawasan Ayer Kuning khususnya akan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran hasil-hasil pertanian. Bukan sahaja dari penduduk setempat, malah akan menjadi tumpuan pekebun-perkebun dari sekitar Perak dan sebahagian di kawasan Cameron Highland, Pahang. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan penduduk setempat untuk membangunkan projek pertanian di kawasan tanah milik persendirian selain menarik pelabur luar untuk melabur dalam pembangunan kawasan pertanian di Ayer Kuning. Kerajaan Negeri sangat menyokong dan mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak dalam membangunkan tanah terbiar ini, terutamanya pihak swasta, perikanan dan hal ehwal nelayan.

Exco…Exco YB. Terima kasih YB Exco, saya nak menlontarkan sikit pertanyaan lontaran. Industri herba adalah sebahagian daripada sumber dapatan penduduk di Negeri Perak dan dia mempunyai banyak khasiatlah dan di Perak ni dia punya banyak inersal herba yang perlu kita kembangkan yang boleh kita ketengahkan untuk golongan B40. Kaitan dengan portfolio Dato' saya kira yang boleh kita cuba untuk lihat apa yang berlaku mendalam. Malahan khasiat herba bukan sahaja dapat menyembuhkan penyakit, malah hari ni menjadi keperluan utama dalam industri kosmetik. Cuma untuk makluman Dato' dan juga Ahli Dewan, untuk semua UniKL (RCMP) Royal College of Medicine Perak, dekat dengan kawasan kita, Ipoh. UniKL RCMP ini dia mempunyai banyak kepakaran dalam bidang ini dan pihak kerajaan saya kira wajar mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan pakar-pakar research penyelidik daripada UniKL RCMP ini untuk kita kembangkan lagi produk herba ni, industri herba ini berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan dia boleh menambahkan pendapatan ekonomi yang tinggi kepada negeri dan juga boleh beri peluang yang luas kepada anak muda yang W40 dalam industri yang sedang berkembang. Itu untuk berkongsian dengan YB Exco.

Terima kasih YB Manjoi dan kita ambil perhatian dan atas maklumat yang diinginkan. Insyaallah, kita akan menggunakan apa jua kepakaran yang ada dalam negeri Perak ini bagi pihak rakyat dan juga negeri Perak. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya isu-isu soalan-soalan dan cadangan dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah sektor perikanan dan hal ehwal nelayan. Ahli Yang Berhormat Kuala Kurau, menyentuh berkenaan penyalahgunaan peralatan bubu naga yang seringkali digunakan dalam menangkap ikan yang boleh mengancam habitat serta ekosistem dan benih ikan. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan dibawah seksyen 49 Akta Perikanan 1985 memberi kuasa kepada Jabatan Perikanan untuk membuat sitaan dan melucut hak ke atas basel dan sebagainya termasuk pada menangkap ikan yang diharamkan seperti bubu naga jika disimpan atau disorok di dalam basel atau jeti-jeti nelayan. Penyertaan ini boleh dilakukan tanpa perlu membuat penahanan atau tangkapan ke atas pemilik peralatan berkenaan dan pemilik boleh menuntut semula peralatan yang disita berkenaan dalam masa 30 hari daripada tarikh penyertaan dilakukan dengan merujuk kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Majestret Kelas 1. Sehingga kini sebanyak 34 kes rampasan bubu naga di Perak. Tujuh kes rampasan di Pengkalan Kuala Kurau, 27 kes rampasan di Pengkalan Manjung melibatkan tangkapan dan rampasan 181 buah bubu naga 162 buah di Kuala Kurau dan 1,639 buah di Manjung.

Dilakukan dan tiada sebarang tuntutan balas. Dilakukan oleh pihak pemilik selepas sitaan dilakukan. Jabatan Perikanan sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama bersama agensi penguatkuasaan seperti APMM dan Imigresen dalam usaha membenteras operasi penangkapan ikan yang menggunakan bubu naga di perairan. Memandangkan lokasi aduan yang luas dan berisiko, inisiatif operasi secara bersepadu adalah langkah yang terbaik bagi merealisasikan tindakan ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Pantai Remis, menyentuh berkenaan bantuan kepada nelayan sekitar Daerah Manjung. Untuk makluman, Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan sentiasa prihatin memberi pelbagai peluang kepada nelayan tradisi. Beberapa program kesedaran dan libat urus berkaitan dengan penggunaan peralatan menangkap ikan telah dijalankan bagi memberi maklumat tentang kerosakan dan pengurangan sumber yang akan berlaku jika penggunaan peralatan haram ini diteruskan. Selain daripada itu Jabatan Perikanan juga memberi peluang kepada golongan nelayan bagi meneroka peluang ekonomi baru terutama, terutamanya dalam bidang pemprosesan dan peluang menjalankan aktiviti akuakultur seperti yang program kebun kerang Lekir yang telah banyak membantu kumpulan nelayan tradisi yang tergolong dalam kumpulan B40 keluar daripada kepompom kemiskinan dan kebergantungan kepada hasil tangkapan di laut. Pembangunan luar bandar, Dato’ Yang di-Pertua. Seterusnya, soalan-soalan dan cadangan yang dibangkitkan…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Lintang minta satu lagi mengenai dengan isu perikanan, saya minta tambah sikit. Kalau boleh kita buat, sebab kita di bawah sana. Kita menghadapi masalah dan ataupun komplen atau ini daripada nelayan-nelayan ni. Sebab dia nak minta, dia turun ke laut. Dia memang genuine nelayan. Anak nelayan dan sebagainya. Tapi dia minta lesen untuk lesen nelayan. Lesen tak boleh dikeluarkan kerana dah beku, dah cukup orang dan sebagainya. Mereka tak boleh nak buat apa lagi. Itulah pekerjaan mereka. Mereka turun ke laut pula. Oleh sebab takda lesen, kena ambil tindakan pula dan lesen dan sebagainya ini kata minta supaya perkara ni kita boleh selesaikan di antara peringkat negeri dengan peringkat pusat mereka bukan tak minta, dia pun minta kan minta. Tapi. Tak boleh beku. Dia beli bot. Dengan duit sendiri beli bot turun, turun-turun pula Maritim pergi tangkap pulak dengan kerana takda ada lesen. Kita tanya pusat beberapa kali tanya-tanya terus. Maksud saya tu tak boleh selesai sebab ini policy tak boleh bagi dah. Jadi, sebab mereka ni genuine, nelayan genuine, saya minta mungkin kita boleh bawa ataupun berubah ke mana tu buat pembuktian yang mana tak nelayan ataupun mempunyai pendapatan yang tak lebih tu kau keluar lah bagi peluang orang yang betul-betul nelayan. Minta kerajaan negeri kalau boleh. Kesian, kesian memang. Allahu a'alam.

Terima kasih info yang diberikan oleh Gunong Semanggol. Terima kasih. Insya Allah kita akan ambil perhatian dan membawa kepada pengetahuan kepada Kementerian Perikanan bagi menyelesaikan masalah yang disentuh oleh YB Gunong Semanggol. Ahli Yang Berhormat dari Tronoh mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan projek penurapan semula jalan di Kampung Pusing dan Kampung Pinang di kawasan Dun Tronoh. Untuk makluman Yang Berhormat, semakan pentadbiran ini dengan Pejabat Penghulu Mukim Tronoh mendapati Kampung Pusing di kawasan Dun Tronoh merujuk kepada Kampung Pusing, Kampung Pusing di bawah kawasan pentadbiran pihak kuasa tempatan PBT Majlis Daerah Batu Gajah. Walaubagaimanapun, penyelenggaran jalan di dalam kawasan PBT boleh diajukan terus kepada Majlis Daerah Batu Gajah untuk disenaraikan di bawah peruntukan MARRIS. Manakala perkenaan permohonan penyelenggaraan jalan di Kampung Pinang, semakan telah dibuat dan didapati projek-projek penyelenggaraan jalan luar bandar di bawah pentadbiran daerah akan disenaraikan dan akan dimohon di bawah peruntukan MARRIS bagi tahun 2024. Senarai permohonan boleh dikemukan oleh pejabat penghulu DPKK atau pejabat Yang Berhormat kepada bahagian permohonan daerah untuk semakan dan penyediaan anggaran kos penyelenggaraan jalan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli Berhormat daripada Tronoh, Pasir Panjang, YB Changkat Jering dan YB Kampong Gajah dan Chenderoh pula mencadangkan untuk memperhalusi semula Dasar Rancangan Perumahan RPT dari segi penetapan modul dan penyediaan infra yang sesuai bagi sesebuah RPT. Yang Berhormat, Rancangan Perkampungan Tersusun di Negeri Perak diwujudkan adalah melalui tanah kerajaan yang telah dikenal pasti untuk disediakan tapak kediaman bagi golongan yang memerlukan khususnya untuk dibangunkan dengan bangunan kediaman. Dengan disediakan pelan susur atur yang terancang dan ketetapan tapak untuk keperluan kemudahan awam yang sesuai hujuran RPT ini dilihat sebagai salah satu kaedah untuk mewujudkan kawasan petempatan baru di atas tanah kerajaan yang sedia ada di samping menyediakan tapak kediaman kepada rakyat. Namun, kekurangan tanah kerajaan dilokasi yang strategik dan berpotensi dalam. Baru di tanah kerajaan yang sedia ada disamping menyediakan tapak baru di tapak kediaman kepada rakyat.

Namun, kekurangan tanah kerajaan dilokasi strategik dan berpotensi dalam pemilihan penentuan tapak RPT menyebabkan kawasan RPT kebiasaannya bertempat di kawasan pinggiran bandar, tanah desa serta kawasan lombong dan berpaya. Hal ini dapat dikesan setelah diteliti isu utama. Kawasan RPT yang tidak dibangunkan adalah disebabkan oleh pembangunan infrastruktur yang memerlukan peruntukan yang tinggi. Kebanyakan peserta yang dipilih tidak mampu untuk menanggung kos yang tinggi yang melibatkan kos tambakan tanah, penyediaan jalan keluar dan masuk, perparitan serta keperluan penyambungan bekalan air dan elektrik di kawasan tersebut. Kegagalan dalam melaksanakan memajuan tapak menyebabkan tapak RPT tersebut dilihat sebagai kawasan tanah terbiar dan menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk di sekitarnya. Untuk makluman Yang Berhormat, bagaimana mana tanah milik bergeran sebarang urusan pembangunan infrastruktur adalah dibawah tanggungjawab tuan punya tanah itu sendiri.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri perhatin, Alhamdulillah dalam pembentangan Bajet 2024 baru-Baru ini, Yang Berhormat Menteri Besar ada mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta khusus untuk Rancangan Perkampungan Tersusun RPT bagi pembangunan jalan asas. Oleh itu, peruntukan bersasar dan spesifik terutamanya bagi tujuan pembinaan jalan dan longkang boleh dimohon melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak dan projek pembangunan luar bandar mengikut keutamaan keperluan di kawasan RPT tersebut tertakluk kepada peruntukan sedia ada. Selain daripada isu ketiadaan infrastruktur di kawasan RPT, terdapat juga isu tanah yang tidak dibangunkan walaupun infrastruktur telah disediakan. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak bersama dengan semua Pentadbir Tanah Negeri Perak telah meneliti dan mengkaji perkara ini dan kawasan RPT berkaitan telah dikenal pasti untuk diteliti tindakan dan hala tuju baru bagi menyelesaikan isu tersebut. Cadangan telah dikemukan bagi tujuan pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan akan diselaraskan pelaksanaan berdasarkan pada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

Oleh itu, Kerajaan Negeri menyuruh tuan punya tanah yang membiarkan tanah miliknya tidak diselenggara dan menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk di sekitarnya. Segera mengambil langkah awal untuk memastikan tanah milik anda semua diselenggarakan sebelum sebarang penalti dikenakan. Untuk makluman, Yang Berhormat, hasil kajian dan penelitian oleh PTG dan Pentadbir-Pentadbir Tanah Negeri Perak akan melihat semula kelulusan-kelulusan RPT sedia ada yang tidak dibangunkan untuk dicadangkan bagi tujuan pemilihan skim permohonan yang berfokus mengikut keperluan rakyat dari golongan B40 dan M40 serta penawaran harga rumah berkonsepkan harga rahmah isu keperluan perumahan bagi masyarakat yang memerlukan. Dengan itu, ketetapan hala tujuh baru bagi pelaksanaan RPT di njgeri Perak adalah untuk memastikan tapak yang dicadangkan adalah tersedia dengan bangunan kediaman. Semakan semula terhadap kriteria khusus pemilihan peserta RPT termasuk bekas pesara tentera dan polis akan dilaksanakan bagi memastikan golongan yang terpilih sebagai peserta adalah golongan bersasar dan layak. Selain daripada itu, penyampaikan peruntukan perundangan bagi pemilik-pemilik tanah yang membiarkan tanah milik tidak diselenggara dan dibiarkan menimbul kacau ganggu akan diteliti bagi tujuan tindakan penguatkuasaan.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini untuk sama-sama menyokong sepenuhnya kepimpinan Yang Berhormat Menteri Besar kita berganding bahu, bekerja dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Perak

Sejahtera 2030 untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Apa yang kita lihat, tiga hari yang kita bahaskan mengenai belanjawan yang dibawa oleh YAB Dato' Seri, kita melihat kematangan, kebijaksanaan Ahli-ahli Dewan, sama ada blok kerajaan atau pun blok pembangkang dalam memberikan satu hint ataupun satu petanda yang baik dalam memberikan endorsement, telah memberikan sokongan kepada YAB Dato' Seri Menteri Besar Perak untuk meneruskan pembangunan selaras dan Perak Sejahtera 2030. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi jutaan penghargaan kepada semua Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan dan cadangan dengan penuh harmoni serta penuh dgn sifat...

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Boleh sikit, Lintang? Ayer Kuning. Penutuplah, penutup. Saya tertarik berkaitan dengan Perkampungan Kampung Tersusun. Rancangan Perkampungan Tersusun ya. Saya bersetuju Rancangan Perkampungan Kampung Tersusun ini. Sikit je.

Yang di-Pertua

Boleh. Sikit lagi, sikit lagi. Last. Last.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Rancangan Perkampungan Tersusun ini kita buat infra. Infra yang lengkap. Saya nak bagi contoh ya pada ketika itu ya, Kg. Sungai rokam ya. Kg. Sungai Rokam. Dulu masa kerajaan buat pada ketika itu harga dia mahal. Tak mampu orang melayu nak beli tapi akhirnya, pada ketika ini, kita lihat Sungai Rokam berdekatan dengan pekan Ipoh. Jadi membuktikan bahawa orang dulu, kerajaan dulu, dia cukup prihatin, dia tahu bagaimana nak buat satu perkampungan yang tersusun yang akhirnya membawa manfaat kepada pelbagai pihak. Ini satu contoh di pekan Ipoh. Di tempat kita. Mungkin kita boleh ambil juga contoh perkataan di tempat kita. Ada banyak kampung tersusun yang ada. Di Buntong ada ya. Contohnya pada ketika itu, kalau kita lihat, di Batu 10, Chepor sana, siapa yang nak duduk? Tak ada siapa yang nak duduk. Begitu jauh tapi kerajaan pada ketika itu tahu bahawa kampung tersusun ini begitu penting. Jadi akhirnya diwujud kampung tersusun. Jadi saya agak tidak bersetuju kalau kampung tersusun tidak diwujudkan. Rancangan Perkampungan Tersusun itu tidak diwujudkan pada masa akan datang. Jadi saya dalam Dewan yang mulia ini saya harap supaya kerajaan memikirkan cara bagaimana untuk kita mewujudkan perkampungan tersusun yang manfaatnya kepada pelbagai pihak. Terima kasih.

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih pandangan daripada Ayer Kuning. sebenarnya RPT ini memang dalam perbincangan pihak Kerajaan Negeri dan kita mengkaji keseluruhan RPT yang ada dalam negeri Perak. Apakah yang perlu kita kekalkan atau perlu kita tukar daripada RPT kepada perumahan rakyat dan sebagainya. Kerana RPT ni Dato' Yang di-Pertua, kos infranya terlalu tinggi kalau kita laksanakan dan RPT yang diluluskan adalah kawasan yang berpaya, yang kawasan bukan strategik, bukan prime land dengan izin kerana itu kalau kita majukan memang sukar. Apatah lagi dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh SPAN sendiri dengan izin. Dia kena buat lebih daripada 30 unit. Dia kena buat tangki yang besar. Bukan ISD, bukan individual safety tank. Dia kena buat tank lain, safety tank yang besar. Ini kos yang agak tinggi. Kalau pemaju swasta nak memajukan RPT amat sukar. Apatah lagi Kerajaan dan kita telah mengemukakan kepada pihak Kementerian, mohon 30% daripada pihak kerajaan, kementerian untuk memulakan infrastruktur di RPT tapi dasar Kementerian belum diubah. Baru-baru ini saya telah bangkitkan kepada Kementerian KKDW yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Timbalan Perdana Menteri supaya mengkaji semula balik, apakah keadaan yang boleh disumbangkan kepada negeri untuk kita memajukan RPT yang terdapat di negeri Perak dan di negeri-negeri yang lain. Jadi kalau ini dapat diterima oleh kementerian dan Kerajaan Pusat, saya sepenuh yakin boleh, RPT yang sedia ada ini boleh kita majukan. Jika tidak, beberapa mekanisme yang telah kita kenal pasti melalui PTG, melalui Pentadbir Daerah, kita telah berbincang apa kaedah-kaedah yang lain bagi kita memajukan juga kawasan RPT ini kepada skim-skim yang lain. Jadi kita berharap perkara ini dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ya, YB Exco. Saya setuju kerana kalau kita lihat di Negara kita, kita antara RPT yang paling banyak di Malaysia.

Betul.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Perak. Jadi saya bagitahu mengikut betul, pada ketika ini kita buat dan kita jual memang harga mahal. Saya bagi contoh tadi di Sungai Rokam pada ketika itu tapi pada hari ini, tengok bagaimana Sungai Rokam. Dulu hanya sebuah rumah papan sahaja tapi apabila peninggalan, anak cucu-cicit dia bina dan sekarang banyak yang rumah besar di situ.

Terima kasih dan seperti...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, sikit. Kampung tersusun, bila dah menyebut tadi minta tolong tengok jugalah kawasan Dun Alor Pongsu, Kg. Baru Sungai Bogak. Alamat ada penduduk ada di atas kertas saja.

Orang tak ada?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Orang ada, kampung itu tak wujud.

Kampung tak wujud?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kampung tak wujud.

Masha-Allah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

UMNO cawangan wujud di situ. Jadi mengelirukan. SS Inc kata nak beli daripada Sime Darby. Last-last tak jadi beli. Last-last tergantung begitu saja. Ramai yang dah mati pun yang mohon tu. Minta tolong tengok sekali.

Insya-Allah.

Yang di-Pertua

Ok, YB Exco, boleh, boleh simpulkan akhirnya.

Ada simpul ya. Ok ya, YB Ayer Kuning. Ayer Kuning? YB Ayer Kuning? Ok ya. Nanti kita akan buat penjelasan dan pembentangan selepas Dewan ni.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Dia sensitif. Saya kampung tersusun ni sensitif pasal saya duduk kampung tersusun. Ayah saya dapat kampung tersusun. Yang tak ada infra pun. Tak ada infra. Dia orang bertungkus lumus. Bertungkus lumus pada ketika itu dapat rumah kita duduk. Saya tak tahu mungkin ramai yang duduk di kampung tersusun kan?

Ok. Terima kasih. Saya sebelum jadi wakil rakyat, jadi Exco ini saya jadi pemaju kampung tersusun. Jadi saya tahu isu dalam kampung tersusun ya. Jadi Insya-Allah kita akan buat penerangan dan penjelasan pada masa yang sesuai kepada Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan pembangunan RPT dalam Negari Perak. Akhir kata, Dato' Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi jutaan penghargaan dan kepada semua Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan dan cadangan dengan penuh harmoni serta penuh dengan sifat kematangan sebagai Ahli Dewan yang mulia. Semoga kematangan dan keharmonian ini dapat diterjemahkan dan diteruskan sebagai satu pasukan dalam kajian perpaduan termasuklah daripada blok pembangkang yang telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada kita. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya, saya akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh saya pada kali ini, saya akan menjawab secara bertulis. Maka dengan ini, Lintang menyokong. Sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wassalam WBT. Terima kasih YB Exco dari kawasan Lintang yang telah menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan Belanjawan Negeri Perak tahun 2024 dengan begitu komprehensif sekali. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga sebelum saya tangguhkan sidang pada hari ini, saya nak maklumkan hari ini hari Rabu, esok hari Khamis. Jadi mengikut amalan di Parlimen dan juga di Dewan Negeri Perak sebelum-sebelum ini dan di bawah Standing Order atau Perintah-Perintah Tetap 14(2), esok bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga ketua-ketua jabatan atau wakil datang ke Dewan dengan memakai pakaian batik. Baju batik ya tapi saya ingatkan jangan pakai baju batik Afrika ke, baju batik Uganda ke atau baju batik Indonesia. Pakai baju batik Malaysia lengan panjang.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Aircond kena slow la sikit.

Yang di-Pertua

Itu kita ambil ingatan dan oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis, 07 hb Disember 2023, jam 9.00 pagi. Sekian, terima kasih.