Perak · 28 February 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 306 turns · 61,792 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keempat Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu 28 Februari 2024 jam 9.08 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua, pengumuman Timbalan Yang di-Pertua.
Salam Sejahtera, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, suka untuk saya ingatkan sekali lagi Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua ketua jabatan diminta untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR yang terletak di meja masing-masing. Selain itu, aturan urusan mesyuarat beserta senarai giliran soalan-soalan lisan turut boleh diperolehi dengan mengimbas kod tersebut.
Perkara yang kedua, pada hari Isnin dan Selasa kita telah pun mendengar perbahasan semua Ahli Yang Berhormat di atas usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja. Pada hari ini, kita akan mendengar pula penggulungan Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Saya mohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri supaya mematuhi Perintah-Perintah Tetap semasa sesi penggulungan nanti. Hari ini,
Hari keempat Dewan Negeri Perak yang ulung. Sama-sama kita mohon berkat mendengar Exco-Exco menggulung. Sekian, terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan Kampong Gajah soalan nombor 2.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kampong Gajah bertanyakan soalan yang berkaitan dengan perancangan pembangunan di sepanjang kawasan WCE Teluk Intan dan Lekir. Untuk makluman Yang Berhormat, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat ataupun West Coast Expressway (WCE) merupakan laluan alternatif terbaru yang menghubungkan antara Negeri Selangor dan Negeri Perak. Projek ini melibatkan pembinaan jalan lebuhraya di sepanjang kawasan Banting, Shah Alam, Kuala Selangor, Tanjong Karang di Negeri Selangor dan seterusnya menyambung jajaran di Negeri Perak iaitu di kawasan Hutan Melintang, Teluk Intan, Manjung, Beruas sehinggalah ke Taiping. Pembinaan WCE ini bertujuan untuk memperluaskan jaringan pengangkutan dan keterhubungan antara pekan serta daerah ke pusat pertumbuhan yang berpotensi seperti pelabuhan, kawasan perindustrian dan pusat-pusat komersial serta logistik di sepanjang jajarannya. Selain berfungsi sebagai lebuhraya alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya WCE ini akan membuka koridor pembangunan barat di bahagian persisiran pantai Negeri Perak. Bagi menggunakan sepenuhnya potensi yang ada, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pertumbuhan Ekonomi Jajaran WCE yang dipengerusikan oleh saya sendiri bagi merancang pembangunan di sepanjang jajaran lebuhraya ini dalam usaha untuk memaksimumkan limpahan ekonomi kepada rakyat Negeri Perak.
Terdapat cadangan pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan khususnya melibatkan lima daerah yang menerima kesan langsung daripada projek ini iaitu Daerah Bagan Datuk, Daerah Hilir Perak, Daerah Perak Tengah, Daerah Manjung serta Daerah Larut, Matang dan Selama. Bagi Daerah Bagan Datuk, Daerah Bagan Datuk mempunyai satu persimpangan keluar masuk lebuhraya WCE iaitu berhampiran bandar Hutan Melintang. Berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Bagan Datuk 2035, kawasan di sekitar radius lima kilometer daripada persimpangan WCE ini akan dibangunkan secara berpusat merangkumi komponen perumahan terancang, komersial, industri dan Institut Pengajian Tinggi iaitu Institut Penyelidikan Perikanan. Bagi Daerah Hilir Perak, Kerajaan Negeri sedang merangka pembangunan di sepanjang jajaran lebuhraya WCE melibatkan kawasan sepanjang 16 kilometer di Mukim Sungai Durian. Antara projek yang dirancang untuk dilaksanakan di kawasan tersebut adalah pembangunan Pekan Kecil Sungai Durian,
Zon Akuakultur Hilir Perak, Floating Market Teluk Intan dan Halal Hub Teluk Intan. Selain daripada itu, pihak Sime Darby Property juga akan melaksanakan projek pembangunan bercampur yang melibatkan perumahan dan bangunan komersial di kawasan tanah miliknya yang terletak berhampiran dengan persimpangan keluar WCE ke Teluk Intan. Laluan WCE ini juga turut dimanfaatkan sebagai laluan utama bagi mewujudkan kawasan perindustrian Changkat Jong yang meliputi pembangunan kawasan industri yang lebih mampan dan teratur.
Bagi Daerah Perak Tengah, Pembangunan lebuhraya WCE turut merentasi Daerah Kecil Kampong Gajah sepanjang 12 kilometer iaitu persempadanan di antara Teluk Intan dan Manjung. Pembangunan di jajaran WCE dalam Daerah Kecil Kampong Gajah adalah terdiri daripada kawasan kampung, Rancangan Perumahan Tersusun, kawasan perniagaan serta pertanian seperti kelapa sawit dan jelapang padi. Kerajaan Negeri akan menaiktaraf kemudahan-kemudahan sedia ada bagi keselesaan penduduk dan pengguna-pengguna WCE secara berperingkat. Cadangan ini termasuklah menaik taraf premis-premis perniagaan sedia ada di sepanjang jajaran tersebut. Kerajaan Negeri akan terus memperhalusi perancangan pembangunan infrastruktur bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan memperluas manfaat pembangunan lebuh raya WCE ini kepada penduduk di Kampong Gajah.
Daerah Manjung, pembangunan di Daerah Manjung pula akan melibatkan perancangan pembangunan di beberapa sektor seperti perumahan, perindustrian dan juga pertanian. Bagi memastikan penduduk di daerah Manjung mampu memiliki kediaman sendiri, pelbagai projek perumahan sedang dilaksanakan seperti Rumah Perakku Lekir dan Sitiawan, My BN Home Lekir, pembangunan Bandar Baru Setia Awan Perdana dan Projek Perumahan MB Inc. di Lekir yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 12,125 unit rumah. Sektor perindustrian kian rancak dan bakal menjadi nadi ekonomi baru di Daerah Manjung. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) telah melancarkan projek Taman Industri Halal Perak melibatkan 43 hektar bagi menjadikan Lekir sebagai hub pembekalan daging di negara ini dan merupakan Taman Industri Halal pertama di Negeri Perak. Dalam sektor pertanian pula, beberapa projek telah direncana antaranya lembah makanan di Beruas yang memfokuskan kepada pelbagai jenis tanaman seperti durian dan buah-buahan tempatan, pembangunan kawasan Lembah Makanan Lekir yang meliputi bank tanaman buah-buahan, pembenihan kerang dan pembangunan pasar tani serta pusat pengumpulan hasil pertanian.
Seterusnya, Daerah Larut, Matang dan Selama. Projek Lebuhraya WCE dari Beruas ke Taiping Selatan sememangnya memberi impak kepada Taiping dan kawasan sekitar yang pastinya akan melonjakkan lagi sektor pelancongan khususnya eko-pelancongan dan eko-warisan serta membuka peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk-penduduk setempat. Pada masa ini di kawasan persekitaran WCE terdapat banyak aktiviti ekonomi dijalankan yang berasaskan penjualan buah-buahan didirikan di beberapa hotspot sebagai tumpuan pengguna jalan raya. Bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi di situ, kerajaan melalui FAMA berhasrat untuk menaiktaraf gerai buah-buahan segar yang sedia ada bagi mewujudkan ruang niaga yang lebih luas serta suasana perniagaan yang lebih kondusif. Selain itu, beberapa aktiviti menaiktaraf dan penyelenggaraan kawasan tarikan pelancongan sedang giat dijalankan. Ianya meliputi kawasan di sekitar Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang seperti menaiktaraf jeti kelip-kelip di Kampung Dew serta membaik pulih
Makam Long Jaafar yang mempunyai nilai dan tarikan sejarah kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Taiping. Secara kesimpulannya, selain memberikan keselesaan dan penyuraian trafik kepada pengguna jalanraya, Lebuhraya WCE berperanan sebagai pemangkin untuk merancakkan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi, sekali gus membantu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat tempatan. Pembangunan kawasan pertumbuhan baru di lokasi-lokasi strategik sepanjang WCE akan turut mengambil kira pekan-pekan sedia ada supaya dapat dibangunkan secara bersepadu. Terima kasih.
Soalan tambahan? Kampong Gajah, sila.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas jawapan dan terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan atas WCE yang dibina. Insya Allah, mudah-mudahan ekonomi bila lalu Kampong Gajah tu, Insya Allah diharapkan ekonomi Kampong Gajah akan terus berkembang pesat lah. Cuma di situ saya nak bangkitkan di Kampung Sejagop yang melibatkan Jambatan Bagan Datuk. Jambatan Bagan Datuk tu, di depan Kampung Sejagop masih lagi dalam DUN Kampung Gajah. Adakah perancangan khusus untuk Kerajaan untuk buatkan sebagai tempat rehat atau R&R di situ untuk penduduk-penduduk setempat boleh keluarkan produk-produk kampung sendiri? Seperti di sana famous dengan nira dan macam-macam lah. Ada udang galah dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Jambatan Raja Nazrin Shah. Jambatan Raja Nazrin Shah, jambatan baru yang telah dirasmikan oleh Paduka Seri Sultan Perak baru-baru ini. Itu sebenarnya bukanlah WCE. Itu jambatan baru. Walau bagaimanapun, memang sudah ada dalam perancangan Kerajaan Negeri melalui MB Inc. sebab MB Inc. ada tanah di kedua di hujung jambatan tersebut dan kita akan bangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan R&R. Insya Allah.
Astaka, sila. Soalan tambahan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Soalan saya simple sahaja. Untuk industri di Manjung tadi, Yang Amat Berhormat sebut ada perindustrian, pertanian dan perumahan yang akan dibangunkan jajaran daripada pembinaan WCE. Adakah sektor pelancongan juga akan diberikan penekanan? Sebab kita tahu di Manjung ada 3 Exit. Sitiawan, Sitiawan Utara dengan Beruas. Ya, Changkat Cermin ada juga dan itu adalah satu akses ke contohnya Pulau Pangkor, Pekan Warisan Kampung Koh dan sebagainya dan usaha MPM sekarang, mereka letak billboard tetapi selepas Exit. Tapi bukannya di atas jalan raya WCE. So, cadangan adalah untuk letakkan di sepanjang WCE so that yang dengan izin mereka yang lalu boleh nampak ada produk-produk pelancongan di Daerah Manjung. Itu soalan saya dan satu lagi ramai yang tertanya-tanya bilakah WCE akan selesai pembinaannya sepenuhnya. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat, seperti saya sebutkan tadi WCE adalah merupakan jajaran alternatif. Kalau selama ini pelancong-pelancong yang hendak ke Pulau Pangkor daripada Kuala Lumpur, mereka akan terlebih dahulu mengambil Highway PLUS. Daripada Highway PLUS dia boleh keluar sama ada melalui Sungkai atau melalui Bidor atau melalui Tapah untuk terus ke Teluk Intan. Atau pun terus ke Kampong Gajah dan pergi ke Lumut. Tapi sekarang ini, orang daripada Selangor atau pun orang daripada Pulau Pinang tanpa melalui Highway PLUS boleh terus ke Pangkor ke Lumut melalui jajaran baru WCE. Bermakna pembinaan WCE itu dengan sendirinya telah memberi laluan alternatif dan memudahkan perjalanan untuk destinasi pelancongan dalam Negeri Perak. Bukan sahaja ke Pangkor tetapi juga ke Menara Condong dan ke mana-mana destinasi pelancongan yang berada di Pantai Barat, termasuklah juga di Beruas dan sebagainya. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat supaya hasil-hasil tanaman itu juga dapat dilihat di sepanjang highway sebagai tanda bahawa kawasan tersebut adalah kawasan pertanian dan kita kena mengambil kira juga jalan keluar untuk membolehkan orang ramai membeli barang-barang tersebut tanpa mengganggu lalu lintas di highway. Kita tak boleh biarkan sepertimana yang pernah berlaku mula-mula Highway PLUS dibuka. Di mana orang menjual durian daripada tepi highway. Itu tidak baik dan tidak selamat untuk pengguna jalan raya. Tapi pandangan Yang Berhormat kita ambil kira. Insya Allah. Kita akan beri perhatian dalam perancangan kita. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Pinji soalan nombor 2.
Salam Sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Pinji yang membangkitkan mengenai Dasar Alam Sekitar Negara. Seperti yang kita sedia maklum, alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif adalah penting demi kelangsungan hidup generasi masa kini dan masa hadapan. Untuk makluman Dewan yang mulia, Dasar Alam Sekitar Negara ini bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang di samping untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Sehubungan dengan itu, Dasar Alam Sekitar Negara yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Oktober tahun 2002 telah diwujudkan bertujuan meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi Kesejahteraan Alam Sekitar Dan Pembangunan Lestari. Menjawab pertanyaan Bahagian A: Inisiatif Kerajaan Negeri Selaras Dengan Dasar Alam Sekitar Negara.
Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, Kerajaan Negeri telah menggariskan pelbagai inisiatif yang berselari dengan matlamat ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan Lestari. Kelestarian alam sekitar petunjuk kestabilan ekonomi. Hutan adalah khazanah alam yang perlu dipelihara secara mampan demi memacu pembangunan sosio-ekonomi dan menyumbang kepada kestabilan persekitaran buat generasi akan datang. Dalam menjamin kelestarian hutan, Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak komited dalam merealisasikan Agenda Program Penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok yang dilancarkan pada 5 Januari 2021. Kempen ini juga menjadi antara faktor yang memperkukuhkan budaya kelestarian.
Oleh kerana itu, inisiatif untuk melindungi dan memulihkan hutan adalah sangat penting dalam mencapai matlamat pembangunan lestari. Di samping itu, sepanjang tahun 2023, sejumlah 2.675 juta pokok dengan keluasan 5,140 hektar telah berjaya ditanam di seluruh Negeri Perak. Melalui inisiatif ini juga telah menunjukkan pencapaian yang baik di mana telah melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak 2.5 juta pokok.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri juga dalam usaha menyokong negara untuk mencapai 'Carbon Net Zero 2050' iaitu melaksanakan pemetaan nilai stok karbon hutan menggunakan kaedah Remote Sensing dan Geographic Information System iaitu GIS. Keperluan karbon kepada manusia dan alam sekitar adalah penting di samping bermanfaat kepada sektor ekonomi. Ia juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi menangani isu perubahan iklim dunia dalam jangka masa panjang. Selain itu, usaha mencapai 'Carbon Net Zero 2050’ juga turut melibatkan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dalam meneliti potensi karbon kredit. Karbon hutan dan juga industri tenaga boleh baharu atau renewabile energy seperti solar dan hidro-elektrik yang giat dilaksanakan di negeri ini. Usaha mencapai kelestarian alam sekitar diteruskan oleh Negeri Perak dengan pelaksanaan pengurusan lembangan sungai bersepadu. IRVN sebanyak 5 daripada 11 lembangan sungai utama di Negeri Perak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Sungai Perak, Sungai Bernam, Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Sungai Manjung sedang dalam proses penyediaan pelan IRVN bagi membolehkan Kerajaan Negeri menyelaras pengurusan banjir, saliran mesra alam, sumber air dan alam sekitar secara bersepadu dengan efisien dan bersepadu dan efisien.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik iaitu e-Waste dikategorikan sebagai buangan terjadual. e-Waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama serta usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa. Inisiatif yang dilaksanakan ini juga dapat memastikan e-Waste dikumpul dan dikitar semula dengan lebih sistematik dan selamat. Lantaran itu, inisiatif ini juga untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan kitar semula. Berdasarkan statistik pengumpulan e-Waste pada tahun 2023 telah mencatatkan jumlah kutipan e-Waste sebanyak 263 metrik tan. Usaha ini juga berjaya mengumpulkan bahan buangan elektrik dan elektronik bagi mencapai hasrat berteraskan pembangunan lestari. Jawapan untuk bahagian B iaitu penglibatan sektor swasta. Untuk makluman Dewan yang mulia. Berlandaskan lapan prinsip utama di mana salah satu prinsip tersebut adalah melibatkan peranan sektor swasta. Prinsip keenam iaitu untuk memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar. Penglibatan sektor swasta boleh dipandu ke arah mencapai tujuan dasar alam sekitar negara melalui pelaksanaan Strategi Hijau Malaysia yang menumpu ke arah bidang-bidang berikut; Nombor 1, pendidikan dan Kesedaran. Nombor 2, pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar. Nombor 3, perancangan bersepadu, pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu. Yang ke-4, pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar. Yang ke-5, pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian. Yang ke-6, pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar, serantau dan sejagat dan yang ke-7 terakhir, pembentukan dan pelaksanaan pelan tindakan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat menitik berat prinsip ESG, alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam setiap perancangan pembangunan. Kekayaan alam sekitar sewajarnya dipupuk demi kemampanan jangka panjang dan memberi kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat. Justeru itu, kriteria yang digunapakai untuk menilai kesan amaran dan pelaksanaan sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi mereka. Pada mulanya ESG hanya digunakan untuk mencari pelabur yang berpotensi dan sesuai. Namun sekarang, ESG telah menjadi tumpuan para pelabur kerana pihak kerajaan turut memberi perhatian kepada ESG. Malahan itu juga orang ramai sudah mempunyai kesedaran mengenai pengaruh ESG untuk sesebuah syarikat. Banyak syarikat besar yang didagangkan di pasaran saham seluruh dunia melaporkan inisiatif ESG mereka dalam laporan syarikat. Secara keseluruhannya dengan mengamalkan prinsip ESG bukan hanya tentang pematuhan tetapi juga membawa kesan positif kepada persekitaran masyarakat dan struktur tadbir urus. Dengan kesedaran yang berkembang, kepentingan ESG akan terus mempengaruhi pembuatan keputusan di semua peringkat.
Untuk membudayakan amalan lestari bukanlah sesuatu yang mudah pada awalnya. Tambahan pula, apabila sebilangan kita selesa menggunakan segala fasiliti yang ada tanpa perlu memikirkan kos yang terpaksa ditanggung. Di samping itu juga, sektor swasta adalah digalakkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berteraskan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui program-program tanggungjawab sosial korporat iaitu CSR selaras dengan konsep penguruan ESG dan sasaran SDG yang diamalkan di peringkat antarabangsa. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh sektor swasta adalah termasuk program kitar semula sisa plastik serta pelaksanaan kempen-kempen No single Use plastic di peringkat industri. Ada tujuh, Kerajaan Negeri Perak yang dinyatakan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 adalah juga selaras dengan dasar alam sekitar negara. Kerajaan Negeri terus memelihara khazanah alam sekitar supaya ia berkekalan buat generasi masa depan. Kesejahteraan alam sekitar dapat menjamin peningkatan kualiti hidup manusia. Oleh itu, kestabilan alam sekitar menjadi indikator utama kepada pencapaian ekonomi sesebuah negara. Setiap masyarakat memerlukan kehidupan sejahtera, tenteram dan harmoni. Akhir kata, keperluan kepada kesejahteraan alam sekitar perlu diterjemahkan sebagai hubungan berkait rapat dengan kejadian manusia itu sendiri demi kehidupan lebih harmoni. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Pasir Pinji, sila.
Terima kasih kepada jawapan yang diberi oleh YB. Exco. Jadi soalan tambahan saya untuk ini, usaha untuk memelihara alam sekitar memang mempunyai cabaran yang sangat besar sebab ia melibatkan penglibatan daripada pelbagai masyarakat dan juga seluruh rakyat untuk menjayakannya dan juga sekarang zaman sekarang memang pesat membangun ekonomi dan kita membangun dengan pesat. Jadi memang akan merosakkan pemandangan dengan keadaan alam sekitar. Jadi soalan tambahan saya dalam usaha untuk mengimbangkan pembangunan dan kelestarian alam sekitar, jadi apakah unsur yang dianggap yang paling penting dalam untuk usaha-usaha tersebut?
Menjawab soalan tambahan Pasir Pinji, Yang Berhormat Pasir Pinji. Saya rasa unsur yang paling penting ialah adalah ialah keperluan ada kesedaran dan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat. Setiap individu dan masyarakat perlu dipasak dengan kesedaran kepentingan fungsi alam sekitar atau ekosistem adalah keperluan asas kehidupan. Manusia tidak boleh hidup tanpa udara dan air bersih. Dalam konteks ini, seperti hutan bertindak sebagai penyedia dan penapis udara bersih sementara lembangan sungai sebagai pembekal air bersih yang menjadi keperluan asas perlu diurus tanpa kompromi. Keperluan hutan, pemuliharaan hutan, tadahan air, hutan rekriasi dan hutan bandar adalah satu iltizam tidak boleh diambil ringan bagi memastikan kelestarian kehidupan. Secara kesimpulan, demi kelestarian hidup, kehidupan dan kelangsungan hidup, manusia perlu menghayati kembali tiga prinsip asas-asas mengurus alam sekitar iaitu yang pertama, semua hidupan lain mempunyai hak untuk tinggal di bumi ini. Yang kedua, alam sekitar memberi perkhidmatan asas untuk kehidupan manusia dan yang ketiga, mencemar alam adalah aktiviti membunuh diri sendiri. Saya rasa itu telah menjawab soalan tambahan, terima kasih.
Soalan tambahan, Manong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco dan terima kasih kepada Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya berkaitan dengan isu alam sekitar dan melihat kepada Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) merupakan satu dasar yang sangat murni dan nampak boleh diambil satu tindakan tegas jika berlaku halangan terhadap dasar itu. Soalan saya, isu-isu alam sekitar ni banyak dibangkitkan oleh NGO-NGO alam sekitar dan mereka membawa berbagai-bagai fakta, kajian dan sebagainya bagi menyokong Dasar Alam Sekitar Negara. Soalan saya, apakah pandangan kerajaan terhadap NGO-NGO ini yang seringkali membawa isu alam sekitar, kerana pembangunan-pembangunan yang merosakkan alam sekitar, mereka bawa isu ini? Apakah pandangan kerajaan terhadap NGO sebegini? Adakah mereka dianggap sebagai penentang pembangunan ataupun kerajaan boleh bekerjasama dengan NGO ini atas maksud sama-sama nak menjaga alam sekitar? Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Manong. Ok, untuk menjawab pertanyaan Manong mengenai peranan NGO, pada saya, peranan NGO mereka memainkan, membantu, membantu dalam kelestarian alam sekitar. Tapi kadang-kadang informasi yang mereka terima itu kurang tepat. Jadi, kalau untuk NGO-NGO sekiranya mereka mendapati apa-apa masalah yang ditemui, mereka dijemput untuk datang berbincang bersama dan mencari solusi yang terbaik untuk negeri kita. Saya rasa itu menjawab soalan Yang Berhormat Manong. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk mengemukakan soalan, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 3.
(Bacaan doa) Assalamualaikum wbt. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Gunong Semanggol atas soalan yang diberikan. Saya akan menjawab soalan Gunong Semanggol bersekali dengan soalan dari Pengkalan Hulu yang ada berkaitan dengan isu kemiskinan dan intervensi yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Terlebih dahulu sebelum saya menjawab soalan sekadar untuk pemakluman di atas kerusi ataupun di tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri semua ada beg yang merupakan produk-produk usahawan yang mendapat bantuan sama ada bantuan bimbingan geran, bimbingan program ataupun bantuan pinjaman daripada agensi ataupun daripada Kerajaan Negeri seperti SADC, STeP, Sekretariat Wanita yang mana saya cuba ketengahkan produk-produk mereka dan sebahagian daripada mereka telah berjaya juga meningkatkan pendapatan hasil daripada usaha program ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri.
Untuk menjawab soalan daripada Gunong Semanggol, sistem e-Kasih menggunakan PGK perkapita dalam penentuan status kemiskinan sesebuah isi rumah. Bagi Negeri Perak PGK 2022 perkapita untuk miskin tegar di kawasan bandar ialah RM312, iaitu penurunan sebanyak 49 daripada PGK 2019 berjumlah RM328 dan di kawasan luar bandar ialah RM312, iaitu peningkatan sebanyak 8.7% daripada PGK 2019 berjumlah RM287. Manakala PGK 2022 perkapita untuk miskin di kawasan bandar ialah RM708 iaitu peningkatan sebanyak 13.6% daripada PGK 2019 berjumlah RM623 dan di kawasan luar bandar ialah RM623 iaitu peningkatan sebanyak 9.5% daripada PGK 2019 berjumlah RM569. Pengenalan PGK 2022 yang bermula berkuatkuasa pada 31 Januari 2024 ini memberikan impak kepada data kemiskinan di Negeri Perak. Berdasarkan data pada 1 Februari 2024 dengan pengenalan PGK 2022 ini, seramai 29,558 ketua isi rumah (KIR) berstatus miskin iaitu peningkatan sebanyak 13% berbanding penggunaan PGK 2019 berjumlah 26,156 KIR. Manakala seramai 8,128 KIR berstatus miskin tegar iaitu peningkatan sebanyak 21.4% berbanding penggunaan PGK 2019 berjumlah 6,697 KIR. Secara keseluruhannya berlaku peningkatan sebanyak 14.7% jumlah rakyat miskin dan miskin tegar kepada 37,686 KIR berbanding penggunaan PGK 2019 iaitu sebanyak 32,853 KIR.
Untuk makluman Yang Berhormat Gunong Semanggol, ia berbeza kepada bantuan di bawah JKM pula. Kita menggunakan PGK yang diguna iaitu PGK isi rumah 2022 iaitu sebanyak RM1,198 berbanding PGK 2019 RM1,169 yang mana perkapita pendapatan isi rumahnya ialah berjumlah RM322. Daripada jumlah keseluruhan Ketua Isi Rumah miskin tegar ini, jumlah miskin tegar tertumpu di kawasan luar bandar iaitu sebanyak 5,747 bersamaan dengan 70.7% Ketua Isi Rumah. Bagi kawasan bandar jumlah miskin tegar yang dicatatkan ialah 2,381 Ketua Isi Rumah ataupun 29.3% dan berdasarkan pecahan mengikut daerah pula untuk Bagan Datuk, miskin tegar 652, Batang Padang 424, Hilir Perak 760, Hulu Perak 928, Kampar 264, Kerian 694, Kinta 1,119, Kuala Kangsar 687, Larut dan Matang 1,525, Manjung 498, Muallim 190, Perak Tengah 387 menjadikan jumlah miskin tegar di Negeri Perak untuk data 1 Februari 2024 mengguna PGK 2022 berjumlah 8,128 orang.
Bagi menjawab persoalan seterusnya berkenaan usaha dan intervensi kerajaan bagi membasmi kemiskinan tegar saya yakin dan saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat maklum pihak Kerajaan Negeri kekal komited dalam usaha untuk mengeluarkan rakyat Negeri Perak dari golongan miskin tegar melalui bantuan Kerajaan Negeri serta tindakan-tindakan intervensi yang telah dirangka oleh agensi-agensi berkaitan sama ada di kawasan Gunong Semanggol mahupun Pengkalan Hulu mahupun mana-mana DUN. Ya, usaha dan fokus untuk pembasmian kemiskinan ini, kita tidak memilih mana-mana DUN. Buktinya dalam Belanjawan Negeri Perak tahun 2024 telah menjadikan agenda kesejahteraan rakyat sebagai tiang seri utama belanjawan dengan memperuntukkan RM384.1juta dan apakah usaha-usaha melalui peruntukan-peruntukan yang disalurkan itu? Antaranya ialah menaikkan kadar bantuan Skim Negeri yang sebelum ini RM300 kepada RM400 sejak Januari 2024. Melalui kaedah yang diumumkan ini, Kerajaan Negeri telah berjaya meningkatkan jumlah penerima semasa kepada 7,000 orang berbanding 6,600 pada tahun 2023. Yang kedua, menaikkan jumlah bantuan Kad Perak Sejahtera daripada RM90 kepada RM100 yang beri manfaat kepada 20,000 penerima rakyat di Negeri Perak dan kini kita masih ada kekosongan lebih kurang 3,500 kekosongan yang saya sentiasa mengalukan sekiranya ada keperluan yang terdesak daripada mana-mana kawasan Dun boleh membuat permohonan dan borang tersebut pun memang kita bagi melalui Pusat Khidmat, Pejabat Penghulu, ya ataupun boleh datang sendiri ke pejabat Sekretariat Wanita.
Selain itu juga, JKM juga menyediakan bantuan kewangan bulanan meliputi pelbagai skim bantuan pendapatan isi rumah. Bantuan adalah bergantung kepada kes-kes seperti kes warga emas, kanak-kanak, OKU dan orang terlantar dengan kadar bantuan bulanan dan menerima RM300 sebulan hingga maksimum RM1000 sebulan bergantung kepada skim bantuan yang diluluskan dan setakat hari ini, seramai 48,411 dengan menyaksikan Daerah Kinta, Manjung dan LMS antara daerah yang tertinggi penerima bantuan. Dia kena faham sebab kadang kala salah persepsi kenapa saya dapat 200, kenapa saya tak dapat 300? Sebab bantuan-bantuan JKM tersebut berbeza mengikut kategori-kategori yang saya sebut sebentar tadi. Kerajaan juga memperkenalkan Kedai Bergerak Negeri Perak yang digerakkan oleh Yayasan Bina Upaya bagi menawarkan harga barangan bersubsidi kepada rakyat dengan menambahkan peruntukan pada tahun ini untuk memastikan rakyat dapat membeli barang keperluan asas dengan kadar harga yang cukup berpatutan dan kita juga melalui portfolio saya, kita ada dana perubatan sinar bagi pembedahan mata katarak dan juga tapak dialisis untuk membantu golongan miskin dan juga miskin tegar.
JKM juga telah menyediakan bantuan kewangan sekaligus di bawah Skim Geran pelancaran sebanyak RM2,700 sebagai modal perniagaan untuk membolehkan penerima JKM melaksanakan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan dan seterusnya keluar daripada kebergantungan bantuan JKM dan Alhamdulillah, pada tahun ini juga kita meneruskan program pengupayaan wanita BizNita, peralatan perniagaan kepada usahawan kecil wanita khususnya ibu tunggal miskin tegar ataupun miskin ya ataupun di kalangan mereka B40 yang mana kita akan bagi dalam bentuk peralatan untuk meningkatkan produktiviti mereka dengan kadar RM2,500 dan ke bawah dengan sasaran kita dapat membantu 120 penerima manfaat. Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM 6 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Perak Ku Prihatin yang diselaraskan oleh Yayasan Perak iaitu peningkatan RM1 juta berbanding tahun 2023 dan program ini menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang menetap dan bermastautin di Negeri Perak pada kadar siling RM100, RM100 ribu bagi seunit rumah dan melalui Yayasan Perak juga turut memperuntukkan sebanyak RM 3 juta di bawah program Sayangi Rumahku yang meliputi bantuan baikpulih dan bina baharu rumah secara percuma bagi rakyat negeri Perak yang layak. Di bawah Majlis Agama Islam Perak juga turut disediakan bantuan seumpamanya. Manakala di pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa. dan Wilayah pula, sebanyak RM460 juta ringgit diperuntukkan bagi menyediakan bantuan kepada kira-kira 65 ribu rakyat susah di desa untuk membina baharu atau membaikpulih rumah yang daif.
Selain daripada bantuan kewangan bulanan, pihak kerajaan juga menyediakan pelbagai program bagi meningkatkan pendapatan rakyat seperti program Basmi Kemiskinan tegar. Inisiatif pendapatan Rakyat IPR, program Pembasmian kemiskinan bandar PPKB dan sebagainya dan selain itu juga untuk mencapai sasaran membasmi kemiskinan, di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, di bawah fleetsheet keenam membasmi kemiskinan, kita akan memperkukuhkan ia langkah langkah untuk memastikan keutamaan pembasmian ataupun fokus pembasmian kemiskinan dapat dilakukan pada tahun 2024 iaitu antaranya pertama, memperkasa dan menambahbaik integriti data e-Kasih. Dengan pelaksanaan pengemaskinian maklumat berserta secara berkala melalui QR Kod dan penyimpangan silang data e-Kasih dengan agensi pemberi bantuan. Ini membolehkan maklumat isi rumah e-Kasih sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Yang kedua melaksanakan dapatan daripada Bengkel Pelan Tindakan Menoktahkan Kemiskinan Negeri Perak yang telah diadakan pada 9 hingga 10 Ogos 2023, di mana pelan tindakan komprehensif ini meliputi strategi, kaedah serta gerak kerja yang terlibat bagi menoktahkan kemiskinan di negeri ini dan ini dijadikan sebagai asas rujukan dan panduan kepada pentadbiran daerah, Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi pemberi bantuan dalam merangka mekanisme pembasmian kemiskinan yang bersesuaian.
Yang ketiga iaitu Program One Stop Center Sejahtera Sosial dilaksanakan ke setiap daerah di Negeri Perak. Program ini mengumpulkan pelbagai agensi pemberi bantuan di bawah satu bumbung bagi memudahkan peserta-peserta e-Kasih terutamanya miskin tegar yang menjadi kumpulan sasaran kita memperoleh akses kepada perkhidmatan yang disediakan dan seterusnya dapat menyelesaikan isu serta permasalahan secara in-situ dan keempat ialah kita akan memanfaatkan sepenuhnya Program sejahtera Komuniti Sejati Madani yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Belanjawan 2024 dengan peruntukkan RM1 bilion yang mungkin kita Perak akan mendapat manfaat dan program ini akan dipercayai boleh memperkasakan aktiviti ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan baru serta peluang peningkatan pendapatan penduduk setempat. Bagi menjawab persoalan perancangan kerajaan melalui GLC atau agensi yang menyediakan peluang kerjaya, keusahawanan dan pendidikan serta kebajikan.
Untuk makluman Yang Berhormat antara program yang digerakkan oleh GLC atau agensi yang berkaitan, antara contohnya ialah PASAK yang menjalankan jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera. Program ini bertujuan memudahkan pencari kerja terutamanya golongan B40 untuk mendapatkan peluang pekerjaan. PASAK juga menyediakan program latihan dalam program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET untuk meningkatkan kebolehpasaran penduduk negeri Perak dan program TVET ini juga bertujuan membantu golongan miskin tegar dan B40 dengan menekankan pembangunan kemahiran dan mencipta masyarakat yang lebih dinamik, berdikari dan berdaya saing. Perak SADC juga menyediakan beberapa peluang seperti pinjaman tanpa faedah bagi usahawan agro dan produk hiliran. Selain itu juga, Perak SADC ada menyerahkan geran usahawan tani asnaf kepada golongan asnaf dan juga kepada OKU. Yayasan Bina Upaya turut menjalankan program anak angkat Cikgu Saarani kepada anak-anak keluarga yang miskin untuk mendapatkan pelbagai kelebihan dalam program pendidikan. Selain itu juga, YBU, turut melakukan penyerahan beg makanan YBU dan program tuisyen dikelolakan oleh YBU untuk khusus kepada golongan keluarga-keluarga yang menjadi kumpulan sasar.
Secara kesimpulannya, Yang Berhormat hasil yang telah diperolehi, saya yakin kejayaan tahun 2023 di mana hasil jumlah yang kita kunci pada 31 Januari 2023 iaitu 9,400 dua orang PPR keadaan miskin tegar telah menurun menjadi 3,911 PPR miskin tegar pada Disember iaitu penurunan 58% ini saya kira wajar kita ucapkan tahniah kepada semua pentadbir-pentadbir daerah dan agensi-agensi yang berdekatan atas kerja buat mereka untuk memastikan data ini dapat diturunkan. Walaupun kita kata kita tidak mungkin mampu untuk menoktahkan kemiskinan, tetapi sekurang kurangnya ada intervensi ataupun usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan usaha usaha pembasmian kemiskinan dibuat oleh Kerajaan Negeri dan kejayaan penurunan kes miskin tegar juga kita dapat lihat di mana angka yang kita log pada tahun lepas 2024 untuk Januari 2024 iaitu 8,128 ya menurun berbanding kita log pada tahun lepas 9,402 PPR keadaan miskin pada tahun lepas. Itu sahaja jawapan yang saya berikan untuk Gunong Semanggol. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Timbalan yang di-Pertua dan terima kasih YB Temenggor yang memberi jawapan pada saya cukup komprehensif. Nak tengok macam tidak ada soalan tambahan yang boleh baik dan kesempatan ini saya bagi pihak pembangkang sama terlebih dulu mengucapkan terima kasih di atas goodies yang diberi kepada kami khususnya di barisan pembangkang pada hari ini dan kami mengalu alukan lah kalau Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan boleh memanjangkan ataupun bantuan ini kepada kami untuk kami panjangkan kepada pengundi-pengundi kami Insyallah di masa hadapan. Jadi seperti mana yang kita ketahui bahawa disedari bahawa dengan kejatuhan harga ringgit berbanding dengan dolar Amerika dan peningkatan harga barang dan kenaikan cukai serta kemungkinan juga dikenakan juga caj ataupun dinaikkan caj-caj elektrik dan air yang menyumbang kepada kuasa membeli itu menurun. Jadi, implikasi kepada kenaikan ini dan bagaimana yang diberi itu PGK ataupun pendapatan garis kemiskinan yang ada pada tahun ini.
Kita merujuk kepada data tahun 2022 di mana meletakkan bahawa pendapatan miskin tegar adalah 1,198 ya 1,998 dan relatif miskin relatifnya 3,169, 3,000 lebih dan daripada situasi semasa ni kalau kita lihat bahawa kemungkinan pendapatan 3,165 telah jadi menurun dan kemungkinan juga kemungkinan yang inilah kategori pembahagian T20, M20 dan juga B40 tu juga akan bertukar mungkin akan menjadi T10 dan juga M tinggal 20 dan B ni dah jadi 60. Jadi apa soalan saya di sini bahawa dalam tempoh tiga tahun 22 sampai sni dengan situasi yang ada, berapa jangkaan penambahan miskin tegar yang akan dijana dengan keadaan ini untuk negeri Perak ini yang pertama dan kedua dan apakah perancangan kerajaan untuk menangani tadi miskin tegar yang selain daripada yang ada sekarang ini khususnya, khususnya kepada bantuan perumahan kepada miskin tegar yang tidak layak, ha macam mana orang sebut perkataan tidak layaklah nak buat pinjaman tidak layak, nak buat ini tidak layak nak bagi bantuan tanah pun tidak tidak ada. Tak layak. Jadi tidak layak mengikut pengalaman-pengalaman ambil masa sikit nak bagi pengalaman, jadi mereka ni dia keluar daripada miskin tegar. Tidak dibagi bantuan. Jadi apa tindakan kita kepada itu. Ini menjadi tanggungjawab bersama. Jadi soalan saya inilah, kita fokus kepada untuk mengeluarkan miskin tegar yang sistem yang ada ini seolah-olah tak boleh mengeluarkan mereka. Ini soalan saya, mungkin kita boleh kongsi bersama. Terima kasih.
Terima kasih Gunong Semanggol atas soalan yang diberikan yang pertamanya, kita sentiasa terbuka dan berlapang dada dengan usaha-usaha ataupun bantuan-bantuan yang ada daripada Kerajaan Negeri untuk keseluruhan Dun. Macam saya menjawab dalam soalan saya tadi. Sebab itu setiap program yang kita lakukan apabila kita fokus kepada daerah-daerah, daerah-daerah itu akan melibatkan keseluruhan kawasan Dun. Bahkan baru-baru ini apabila saya melakukan program One Stop Center di Daerah Larut Matang Selama, kita juga menjemput semua wakil-wakil rakyat daripada daerah LMS yang cuma saya agak sedikit kesal, ramai yang tak hadir lah bila saya jemput. Ok, untuk menjawab soalan jangkaan. Saya tak pasti jangkaan dari segi mana. Tapi dari bagi saya iya, usaha-usaha untuk melakukan penurunan ataupun intervensi yang kita buat itu sebenarnya kita mengambil pelbagai faktor ya masalah walaupun dari segi isu menilai kemiskinan, kita mengambil kira dari segi hanya pendapatan. Tapi sekarang ni usaha melihat kepada multiple dimension ya, soal kesejahteraan dari segi pendidikan, kesihatan dan sebagainya, untuk menjadi satu kayu pengukur tetapi sekarang ini masih lagi kita menggunapakai, dari segi per kapita pendapatan. Jadi kita mengambil maklum dari isu kenaikan harga dan sebagainya.
Sebab itulah saya kira usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri melalui program-program yang saya sebut sebentar tadi bagi memastikan, rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup dan sebagainya dapat dikurangkan dengan mendapat, satunya keperluan asas ya yang dengan harga mampu milik melalui program-program yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ataupun program-program pengupayaan termasuk ya kita ada focus group di daerah yang membincangkan soal isu miskin dan miskin tegar, yang mana saya kira statement Yang Berhormat Gunong Semanggol mengatakan, oh sebab dia tak ada tanah dan kini kita keluarkan saya kira, tak ada mana-mana pentadbiran daerah mengambil itu sebagai asas untuk mengeluarkan mereka. Kita akan cuba bantu dan kita masih kekalkan mereka dalam mereka status miskin tegar sekiranya pendapatan mereka masih berada dalam kelayakan PGK, miskin ataupun miskin tegar. Takdelah kita kata, oh sebab dia nakkan rumah, tetapi tak ada tanah ni kita keluarkan. Saya kira ada usaha-usaha daripada pentadbiran daerah.
Sebagai contoh mudah di pentadbiran daerah saya, kita menghadapi masalah seumpama itu. Saya saya saya sedia maklum ya, ada setengah orang yang miskin tegar yang kita kata ok buat rumah, mereka tak ada tanah. Apa usaha yang dibuat? Pentadbiran daerah kita cuba kenal pasti, kawasan ataupun tanah dan kita cuba untuk memberi sekiranya Baitumal lulus untuk bantuan perumahan dan kita akan bagi kawasan yang kita telah gazetkan sebagai itu ialah kawasan untuk kita tempatkan golongan miskin tegar. Ini antara usaha-usaha yang dibuat oleh pentadbiran daerah dan saya kira banyak daerah-daerah cuba untuk membantu golongan-golongan ini.
Jadi jangan kita, kita rasa tak ada usaha yang dibuat untuk membantu golongan ini termasuk ya sekiranya, saya juga nak tekankan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya ada kes-kes seperti yang dibangkitkan oleh Selama dalam ucapannya pada hari Isnin yang lalu berkenaan dengan isu seorang penerima yang tidak mendapat apa-apa bantuan ya. Kita kita pun dah buat semakan, Selama pun dah maklum kepada saya apa masalah sebenar yang dihadapi oleh pemohon tersebut. Bahkan dia juga berada dalam senarai data e-Kasih dan telah pun mendapat bantuan oleh ICU. Saya kira, kadang kala kita lebih suka bercakap saya sia-sia ataupun oh benda ini berlaku. Kalau betul-betul perkara itu berlaku di kawasan Dun masing-masing, tolong maklum kepada pentadbiran JKM daerah ataupun pentadbiran daerah untuk kita membantu secara khusus dan secara tuntas. Insya Allah kita akan membantu, untuk memastikan masalah dan isu kemiskinan di negeri Perak ini dapat dikurangkan secara tuntas. Insya Allah. Yang ketiga apa soalan tadi? Saya kira dah merangkumi ya. ok, itu sahaja. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Keranji, minta soalan tambahan.
Keranji sila.
Sila nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam menoktahkan miskin tegar di negeri Perak? Terima kasih.
Yang Berhormat Keranji, saya dah menjawab dengan cukup panjang lebar sewaktu menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Gunong Semanggol. Apakah langkah-langkah intervensi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri? Jadi, sehingga boleh nanti Keranji melihat balik semula hansard yang di paparkan nanti untuk jawapan yang dibangkitkan, terima kasih.
Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk mengemukakan soalan. Sila.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor empat. Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Batu Kurau yang telah mengemukakan soalannya, yang melibatkan soalan penyertaan secara serius Kerajaan Negeri dalam memajukan Batu Kurau sebagai pusat pengeluaran durian. Untuk makluman Yang Berhormat, merujuk kepada unjuran pengeluaran hasil dan data Jabatan Pertanian Negeri Perak, Batu Kurau telah diiktiraf sebagai antara hub utama pengeluaran durian, dan berfokus kepada durian kampung. Sejajar dengan unjuran tersebut, pelbagai usaha serius telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak. Dalam memastikan Batu Kurau terus meningkatkan pengeluaran duriannya.
Untuk makluman Yang Berhormat, bermula daripada tahun 2011, kawasan pengeluaran durian Batu Kurau telah dimasukkan ke dalam Program Pembangunan Kluster Durian Jabatan Pertanian. Berikutan itu, sehingga tahun 2020, sejumlah besar bajet telah diperuntukkan di kawasan Batu Kurau. Bermula tahun 2011 hingga 2020, sejumlah RM3.9 juta telah dibelanjakan dan seramai 952 orang peserta telah menikmati bantuan peruntukan tersebut yang melibatkan kawasan seluas 1,004 hektar. Selepas daripada tahun 2020, di bawah program pembangunan buah jangka panjang, sejumlah RM0.5 juta telah dibelanjakan bagi membantu 144 orang pengusaha durian melibatkan kawasan seluas 126.8 hektar. Sehubungan itu, bantuan yang telah dibelanjakan meliputi antaranya pemberian anak pokok durian klon, input pertanian baja dan racun, dan naiktaraf infra ladang seperti pagar dan sistem pengairan. Selain projek pembangunan, pelbagai program pengembangan seperti kursus dan latihan hands-on juga telah diadakan bagi menambahkan pengetahuan para usahawan tanaman durian di Batu Kurau.
Untuk makluman Yang Berhormat juga bagi menyokong aktiviti penanaman durian, MARDI menawarkan anak pokok benih durian variety MARDI iaitu MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88 kepada sesiapa yang mempunyai tanah hak milik sendiri dengan minima kawasan 1 hektar. Setiap peserta hanya boleh memohon sekali sahaja dalam bantuan bahan tanaman adalah secara one-off. MDUR adalah baka durian yang bermutu tinggi mempunyai isi yang lebih tebal dan rasa yang setanding dengan Musang King. Ia akan mula berbuah selepas enam ke tujuh tahun ditanam hasil pemerhatian agensi MARDI selama 12 tahun. Ia merupakan klon hibrid yang dihasilkan melalui kacukan dan pemilihan daripada program pembiak-pembiak bakaan yang telah dijalankan selama 23 tahun. Ia merupakan salah satu langkah MARDI dalam menyahut seruan kerajaan taraf kecukupan makanan. Pemantauan berkala yang dilaksanakan oleh pegawai di lapangan merupakan satu nilai tambah kepada projek ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, MARDI juga menawarkan khidmat nasihat kepakaran latihan secara hands-on berbayar dan analisis makmal berbayar dalam bidang yang pertama, pengendalian lepas tuai, pengurusan penyakit perosak dan pemprosesan minima di bawah Pusat Penyelidikan Hortikultur. Kedua, pembungkusan dan pelabelan juga analisis nutrisi ada disediakan melalui MARDIPACK di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan MARDI. Pelbagai produk boleh dibangunkan daripada durian untuk produk hiliran antaranya durian pes. Yang ketiga perkhidmatan makmal analisis untuk tanah di bawah Pusat Pengkomersialan Pengkomersialan dan Bisnes.
Untuk makluman Yang Berhormat bermula tahun 2022 Perak SADC juga sudah mula melibatkan dalam perancangan pembangunan dan penanaman durian secara komersial. Antara daerah yang turut menjadi tumpuan adalah pembangunan durian di kawasan Batu Kurau kerana kawasan ini sememangnya sudah terkenal dengan jenama durian Batu Kurau. Kini Perak SADC mempunyai perancangan penanaman durian di Batu Kurau iaitu Projek Dusun Durian Agrotourism, Batu Kurau. Status projek ini tanah masih dalam proses pelan ukur dan belum memperolehi hak milik dengan berkeluasan 9905 ekar.
Untuk makluman Yang Berhormat sasaran Perak SADC bagi tahun 2024 adalah menyelesaikan kerja pembersihan dan pembangunan kawasan. Cadangan tanaman utama adalah tanaman durian Musang King serta durian Duri Hitam yang mempunyai nilai permintaan dan komersial semasa. Selain itu, kawasan ini turut dicadangkan sebagai projek agro pelancongan berasaskan tanaman dan produk durian kerana lokasi yang strategik di Batu Kurau. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Exco jawapan yang sangat baik untuk kita war-warkan pada pedusun-pedusun durian di Batu Kurau dan ini juga merupakan satu peluang yang terbaik. Soalan saya. Apakah peranan FAMA untuk menentukan menjamin harga durian tidak menjadi serendah rendahnya sekiranya durian terlalu banyak, ia akan jatuh harga untuk sampai ke 50 sen sekilo? Jadi FAMA kena melibatkan diri dengan serius untuk menentukan kadar yang sesuai untuk orang kampung menjual durian. Yang keduanya saya mencadangkan tadi disebut sebagai Jabatan Pertanian, MARDI dan sebagainya supaya pihak kerajaan berganding bahu dengan jabatan-jabatan ini seperti menganjurkan satu program Karnival Makan Durian Batu Kurau dan Insya-Allah durian sekarang sedang berbunga dan dijangka bulan enam nanti. Jadi jemputlah siapa yang ada di sini makan durian di Batu Kurau. Bila dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dia lebih sistematik daripada NGO-NGO yang mengambil keuntungan daripada karnival-karnival yang dibuat. Jadi saya mencadangkan Kerajaan Negeri menganjurkan program ini dengan bantuan jabatan seperti PPK, Peladang, FAMA dan juga Jabatan Pertanian. Terima kasih Yang Berhormat Exco.
Terima kasih pada Batu Kurau di atas soalan tambahan ada 2 soalan tambahan dan saya ingin menjawab YB Timbalan Yang di-Pertua soalan yang kedua dulu. Memang menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk menganjurkan karnival dan saya InsyaAllah saya akan buat penyelarasan dengan jabatan dan agensi mengenai penganjuran karnival khususnya karnival durian makan durian di Batu Kurau dan mungkin di kawasan-kawasan yang bersesuaian dalam daerah-daerah yang ada dalam negeri Perak. Berkaitan dengan peranan FAMA, kerajaan berkaitan dengan penurunan harga durian. Jadi sememangnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan juga FAMA khususnya memang telah memainkan dan akan memainkan peranan penting dalam menstabilkan harga bahan makanan seperti durian.
Jadi di antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan penurunan harga durian yang teruk termasuklah yang pertama pembangunan industri tempatan membantu petani durian dengan teknik penaman penanaman yang lebih baik, pemprosesan dan pemasaran untuk meningkatkan kualiti dan nilai durian tempatan. Yang kedua, pendidikan petani, memberikan latihan dan bimbingan kepada petani mengenai amalan pertanian yang baik dan teknologi terkini untuk meningkatkan hasil dan kualiti durian. Yang ketiga, pemasaran dan promosi. Mengadakan program promosi dan pemasaran secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan permintaan terhadap durian tempatan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Yang keempat rangkaian pengedaran. Memperbaiki rangkaian pengedaran untuk memastikan durian sampai kepada pengguna dengan kualiti terjamin tanpa pengantara yang berlebihan yang boleh menaikkan harga. Yang kelima, penyelidikan dan pembangunan. Menyokong penyelidikan dan pembangunan dalam pembiakan dan pemprosesan durian untuk menghasilkan variety yang lebih tahan penyakit dan lebih tahan lama. Yang keenam kerjasama industri menggalakkan kerjasama antara pihak kerajaan, FAMA, pertubuhan petani dan peniaga tempatan bersama pengilang dan pengeksport durian untuk memperbaiki pasaran durian di samping terus membuka ruang pasaran ke luar negara. Yang ketujuh, pengurusan stok. Memantau pengeluaran dan stok durian untuk mengelakkan lambakan yang boleh mengakibatkan penurunan harga yang mendadak. Dengan langkah-langkah ini, diharapkan kita dapat mengekalkan harga durian pada tahap yang berpatutan tanpa penurunan yang lebih teruk lagi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Pengkalan Hulu sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Exco berkenaan dengan durian selain daripada Batu Kurau yang menjadi tempat kaya dengan durian dengan raja buah, Pengkalan Hulu juga tak terlepaslah sebagai tempat penghasilan produk-produk berasaskan durian dan di Pengkalan Hulu ini kita ada lebih daripada lima ribu hektar tanaman durian tanaman durian yang telah dikeluarkan di Pengkalan Hulu. Jadi pada tahun 2010, Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Pengkalan Hulu ini sebagai hub pengeluaran durian kahwin terutamanya Musang King dan Duri Hitam yang banyak sangat di Pengkalan Hulu ini dan saya menjemput YB Exco untuk pergi ke Pengkalan Hulu untuk kita rasa durian Musang King dan durian Duri Hitam ini. Jadi apakah pelan atau pun rancangan kerajaan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pengkalan Hulu sebagai hub durian klon atau pun durian kahwin ini diteruskan atau pun tidak? Itu je soalan dari Pengkalan Hulu terima kasih Yang Berhormat Exco.
Terima kasih Pengkalan Hulu. Memanglah Pengkalan Hulu memang terkenal. Terkenal dengan penanaman durian yang baik yang komersial seperti Musang King dan juga duri hitam dan lain-lain betul. Di atas cadangan tadi, pihak Kerajaan Negeri akan mengambil perhatian yang sewajarnya di atas cadangan untuk meletakkan Pengkalan Hulu sebagai hub pengeluaran durian kahwin ataupun durian yang klon yang komersial insya allah. Jadi perkara ini bukan sahaja di Pengkalan Hulu banyak lagi kawasan-kawasan yang lain yang boleh kita letakkan sebagai hub pengeluaran durian yang unik klon yang komersial dalam Negeri Perak. Terima kasih kepada pengarah.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pokok Assam soalan nombor 5.
YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Saya berterima kasih kepada Pokok Assam yang bertanyakan masalah banjir dan hanya dalam Negeri Perak khususnya di Larut, Matang dan Selama. Secara keseluruhannya Yang Berhormat, berdasarkan rekod jabatan terdapat sebanyak 154 kejadian banjir yang berlaku sepanjang tahun 2023 di dalam Negeri Perak. Manakala sebanyak 27 kejadian banjir yang berlaku di dalam Daerah Larut Matang dan Selama itu secara keseluruhannya pada tahun lepas. Bagi menjawab soalan B daripada Yang Berhormat Pokok Assam. Timbalan Yang di-Pertua, berdasarkan kes kejadian banjir yang berlaku keseluruhannya adalah sebanyak 109 kejadian berlaku dalam kawasan hotspot yang biasa berlaku banjir pada 109 seluruh Negeri Perak. Manakala sebanyak 45 kejadian berlaku di kawasan luar hotspot yang baru dalam tahun 2023 di Negeri Perak. Manakala di Larut Matang dan Selama sebanyak 21 kejadian berlaku di dalam kawasan hotspot. Manakala sebanyak 6 kejadian berlaku di kawasan di luar hotspot.
Bagi menjawab soalan C daripada Pokok Assam, untuk makluman Yang Berhormat bagi perancangan jangka masa pendek dan sederhana, Jabatan Pengairan dan Saliran JPS akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala termasuk selenggara, semua pam dan sungai-sungai di bawah tanggungjawab JPS bagi kawasan hotspot banjir dan kawasan berisiko rendah dan selenggara secara one off berdasarkan kedudukan peruntukan yang diluluskan. Bagi perancangan jangka masa panjang pula, JPS telah memohon di dalam Rancangan Malaysia yang ke-12, Rolling Plan Ke-5 dan juga Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Pokok Assam sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco atas penjelasan yang telah diberikan. Soalan, soalan tambahan saya, adakah longkang-longkang ataupun sistem perparitan yang tersumbat dengan sampah sarap juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan banjir kilat dan selain daripada JPS. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil ataupun akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut?
Terima kasih Pokok Assam. Soalan berkenaan dengan banjir kilat ini biasanya berlaku bila longkang-longkang tersumbat dan kerja-kerja pembersihannya tidak dibuat secara berkala. Tapi jawapan yang saya buat awal tadi bahawa JPS ada dia punya standard operating prosedur untuk mencuci longkang-longkang tersebut. Barangkali soalan ini terbahagi kepada dua pandangan saya pertamanya. Kalau kawasan Pokok Assam tu kawasan dalam Majlis Daerah Taiping, maka kerja-kerja mencuci longkang dan mempastikan aliran berterusan di bawah Majlis Perbandaran Taiping. Tapi yang saya katakan tadi adalah keseluruhannya banjir di Larut Matang, Selama termasuk kampung-kampung yang bukan di bawah kawasan PBT. Jadi untuk itu, memang hasratnya kalau semua longkang-longkang di PBT dan di luar PBT dapat dibersihkan, maka aliran air jika berlaku jika berlaku hujan yang lebat dapat dikurangkan. Ini dapat melegakan tetapi kalau sekiranya longkang-longkang tersumbat, maka itulah salah satu punca kenapa banjir kilat berlaku dan masuk ke rumah-rumah. Jadi kalau boleh saya nak cadangkan kepada Pokok Assam mempastikan kawasan yang longkang yang tersumbat itu adalah di bawah Perbandaran MPT atau pun di luar baru kita dapat pasti siapakah yang bertanggungjawab tapi bawah JPS sendiri mana-mana kawasan di luar, di luar perbandaran itulah tugasan JPS untuk pastikan longkang-longkang ataupun storm drain ini dapat kita dapat kita cucikan ikut bekala. Sekian, terima kasih.
Manjoi.
Manjoi sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ingin mengutarakan satu persoalan di Dun Manjoi kepada Kampung Manjoi, kampung Melayu yang terbesar di Malaysia iaitu di
Kampung Manjoi dan kita ketahui Kampung Manjoi ini di punya asas pembinaan ia dalam perancangan ialah daripada masalah bandar punya pembinaan yang suatu ketika dulu. Jadi sekarang ini Kampung Manjoi dah jadi kawasan bandar. Point saya di sini ialah isu-isu dulu dan masalah dulu ia berlarutan hingga hari ini hingga ada satu kawasan di dalam Kampung Manjoi ini di Jalan Keranji 3, Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3, situ tiada sistem perparitan yang sempurna semenjak 30 tahun yang lalu dan kerap berlaku banjir akibat limpahan air dari tanah rizab yang berdekatan dan juga air sungai di kawasan kampung tersebut. Jadi persoalan saya adakah perancangan yang boleh kita buat untuk kita tangani segera masalah ini kerana dalam Kampung Manjoi yang besar tu banyak banyak kawasan yang saya tengok yang sangat kritikal ketika ini adalah kawasan yang saya sebutkan ini, Jalan Keranji 3, Kampung Dato Mat Said Tambahan 3, di Jalan Intan, Kampung Sungai Kati? Jadi saya harap jika boleh Yang Berhormat Exco, kita boleh beri perhatian sikit dan sebenarnya kita dalam Dewan ni pun mungkin ramai orang yang lalu ikut jalan shortcut balik ke kawasan rumah masing-masing daripada SUK balik ke Meru, balik ke Manjoi dan kita akan lalu kawasan tersebut dan saya berani nyatakan di sini jika hujan lebat dan jika musim hujan, musim tengkujuh, confirm laluan tu akan banjir dan kereta kita akan tersangkut. Jadi saya harap jika boleh kita tangani. Terima Kasih Yang Berhormat Exco.
Terima kasih Manjoi di atas soalan tambahan itu. Saya memang sedia maklum bahawa Manjoi merupakan gugusan yang terbesar kedudukan orang kampung dibandingkan di tempat-tempat lain di Malaysia ini. Manjoi ini merupakan gugusan yang terbesar. Jadi bila berlaku hujan lebat memang di kawasan Ahmad Said itu ada longkang-longkang besar yang sepatutnya dicuci mengikut dia punya takrif pencucian itu oleh Majlis Bandaraya Ipoh MBI. Walau macam mana pun jika sekiranya berlaku ban pecah yang melalui Manjoi daripada Sungai Kinta, iaitu adalah masalah tanggungjawab kepada JPS. Jadi kalau sekiranya YB merasakan bahawa punca banjir itu adalah apabila hujan lebat melalui longkang-longkang yang tiga di kampung Ahmad Said itu maka kalau boleh dimajukan kepada MBI dan salin kepada saya, mudah-mudahan saya akan bantu. Walaumacammanapun ia kalau sekiranya kajian dibuat oleh JPS mana-mana ban di Kampung Manjoi sendiri di sepanjang jajaran Sungai Kinta itu memang kita periksa secara berkala yang kerap sebab kita tidak mahu berulang kes 2010 hari itu, yang mana ban itu pecah dekat Gugusan Petronas tu, maka seluruh kampung tenggelam yang ini ini JPS memberi perhatian sepanjang masa nak pastikan punca tidak daripada Sungai Kinta. Tapi kalau ianya daripada longkang-longkang storm yang besar di Kampung Ahmad Said itu, maka saya sarankan untuk mendapatkan perhatian daripada MBI kerana mereka ada, ada kerja-kerja berkala yang mereka laksanakan. Terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Lubok Merbau untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih YB Timbalan Speaker, soalan saya soalan nombor 6.
Terima kasih ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan soalan Yang Berhormat Lubok Merbau berkaitan dengan Hospital Kuala
Kangsar. Sebelum sebelum saya masuk ke topik itu, ingin saya memberi sedikit nasihat kepada Batu Kurau, Batu Kurau. Batu Kurau tadi telah bangkitkan satu soalan berkaitan dengan durian, durian kalau ada berlebihan durian tidak boleh dipasarkan, maka adakan pesta makan durian secara percuma sebelum fikir tentang itu. Pada tahun 2011, purata kencing manis yang menghidap kencing manis adalah 11.2%. Pada tahun 2019 meningkat kepada 18.2%. Kajian pada tahun 2019 mengatakan 3.6 juta orang dewasa Malaysia berumur 18 ke atas menghidap kencing manis dan 3.7 juta lagi tidak tahu mereka menghidap kencing manis tetapi mereka menghidap kencing manis. Ini adalah data 2019. Jadi fikirlah betul-betul sebelum nak makan durian percuma. Jadi adalah tugas saya membawa perhatian Yang Berhormat-Yang Berhormat. Makan-makan.
Sikit takpe kot.
Hospital Kuala Kangsar yang beroperasi pada ketika ini telah dibina pada tahun 1901 iaitu usia adalah 123 tahun. Hospital ini adalah sebuah hospital yang berada di bawah Hospital Kluster Perak Utara yang diterajui oleh Hospital Taiping iaitu sebuah Hospital Pakar Major. Turut menganggotai Hospital Kluster Taiping adalah Hospital Gerik, Hospital Parit Buntar dan Hospital Selama. Saya telah melawat Hospital Kuala Kangsar pada 09 Mac 2023 jam 11.30 pagi dan jemputan telah dihantar kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Adun Yang Berhormat Adun Bukit Chandan, Yang Berhormat Adun Manong. Iaitu mereka di bawah Parlimen Kuala Kangsar dan saya minta maaf kepada Yang Berhormat kerana tak dapat hantar sebab Yang Berhormat itu adalah di bawah Bagan Serai. Minta maaf.
Dia daerah Kuala Kangsar.
Kuala Kangsar. Menjunjung kasih titah ucapan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Perak pada perenggan 9 dalam menghargai perhatian yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menaiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM20,262,470.00.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja pembinaan fizikal telah bermula pada 16 Ogos 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada 10 Februari 2026. Projek merangkumi pembinaan keseluruhan komponen dan keperluan Jabatan Kecemasan dan Trauma bersama menambahbaik peralatan perubatan dan perubatan. Projek ini mampu menyelesaikan isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar. Selain meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Kuala Kangsar dan penduduk sekitarnya. Berkaitan dengan perkhidmatan kepakaran, Hospital Kuala Kangsar telah berjaya melaksanakan luas peluasan bagi enam perkhidmatan kepakaran sejak dari tahun 2017 iaitu melibatkan disiplin, kepakaran perubatan dalaman, psychiatric, perubatan kecemasan, radiologi, psikiatri dan rehabilitasi genetik. Perancangan peluasan bagi lain-lain bidang kepakaran akan terus dirancang dan dilaksanakan secara berfasa mengikut ketersediaan sumber semasa di bawah hospital ini.
Semasa lawatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak ke Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pada 8 Februari 2024 telah menitahkan untuk menyediakan pakar perubatan dalaman yang terdiri daripada perkhidmatan kepakaran perubatan dalaman atau internal medicine di Hospital Kuala Kangsar. Perkara ini dalam tindakan Bahagian Perkembangan Perubatan dan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada masa ini terdapat seramai 431 orang kakitangan yang bertugas di Hospital Kuala Kangsar termasuk 26 orang kakitangan kontrak. Peratus pengisian perjawatan hakiki adalah sebanyak 93%. Hospital ini sentiasa berusaha bagi meningkatkan jumlah pengisian perjawatan dari masa ke masa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kepada masyarakat setempat.
Dari segi maklumat tambahan, tambahan, jumlah pesakit yang melawat Hospital Kuala Kangsar dalam seminggu. Unit kecemasan dan trauma, 821 orang dalam seminggu. Pesakit dalaman sebanyak 210 orang dalam seminggu. Klinik pakar bagi pelbagai disiplin, 182 orang pesakit dan bagi sokongan, fisioterapi 31 orang pesakit, carakerja 17 orang pesakit dan dietition 4 orang pesakit. Tambahan, jumlah kakitangan yang bekerja di Hospital Kuala Kangsar. Pada masa ini terdapat seramai 431 orang kakitangan yang bertugas di Hospital Kuala Kangsar termasuk 26 orang kakitangan kontrak. Maka mengikut jawatan, Pegawai Perubatan 34 orang, Pegawai Farmasi 12 orang, Pegawai Dietition 1 orang, Pegawai Sains 3, Jurutera seorang, Jururawat seorang. Jumlah 52 orang. Kontrak 26 orang. Bagi Kumpulan Sokongan, Juru X-ray 5 orang, Jurupulih Perubatan 6, Teknologi Makmal Perubatan 12, Penolong Pegawai Perubatan 24, Penolong Pegawai Farmasi 8, Jururawat 85, Jururawat Masyarakat 28, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan 4, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1, Penolong Akauntan 4 orang, Penolong Pegawai Tadbir 5 orang, Pembantu Tadbir 28, Penyelia Asrama 1, Pegawai Khidmat Pelanggan 5 dan Pembantu Menyediakan Makanan keseluruhan 223 orang dan bagi Kumpulan Sokongan 2 iaitu Pembantu Operasi 2 orang, Pembantu Perawatan Kesihatan 105 orang Pembantu Awam 5 orang dan Pembantu Kenderaan 18 orang. Jumlah 130 orang. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Lubok Merbau.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Soalan tambahan saya tentang isu penutupan Klinik 1 Malaysia sekarang ni telah di, ditambahnilai kepada Klinik Komuniti. Persoalan saya tentang Klinik 1 Malaysia di Padang Rengas. Sedangkan ia sebelum ini memberi banyak bantuan dan mengurangkan kesesakan Klinik Kesihatan Padang Rengas ya kadang kena pesakit tu menunggu berjam-jam di dalam Klinik Kesihatan dan sekiranya ada Klinik 1 Malaysia atau pun Klinik Komuniti sekurang-kurangnya pesakit ringan seperti batuk, demam untuk mengambil tekanan darah tinggi, kencing manis, dressing dan seumpamanya boleh buat di situ. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Ini adalah satu cadangan dan permintaan yang munasabah dan selama ini saya tidak dapat apa-apa soalan berkaitan dengan ini atau pun permintaan daripada Yang Berhormat. Maka oleh kerana hari ini telah kemukakan soalan ini, saya akan kaji semula dan saya akan melawat Padang Rengas untuk mengetahui masalah sebenar. Terima kasih.
Tronoh. Silakan.
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Tronoh amat teruja dengan penjelasan yang di beri oleh Yang Berhormat Sungkai tadi. Jadi, saya ingin bertanya sebelum ini, kerajaan pernah mencadangkan bahawa di kawasan Hospital Batu Gajah didirikan dengan satu Klinik Pakar Pergigian Negeri Perak dan memandangkan sehingga hari ini, tapak yang luas di Hospital Batu Gajah ini masih tidak digunakan lagi. Dengan itu saya ingin tanya apakah status cadangan ini memandangkan tanah tersebut masih boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya?
Terima kasih Yang Berhormat Tronoh. Hospital Batu Gajah memiliki keluasan tanah sebanyak 19.37 hektar dan jumlah tersebut sebahagian besar tanah ini digunakan untuk mendirikan bangunan utama. Di samping bangunan tambahan dan sokongan masih lagi 8 ekar tanah kosong berpotensi bagi memajukan projek pembangunan fasiliti kesihatan. Jadi masih ada 8 ekar. Di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-12, 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menerima kelulusan pembinaan pusat pakar pergigian bernilai RM41.1 juta di tapak cadangan asal berkeluasan 2.5 ekar di Hospital Batu Gajah. Projek ini mampu memenuhi keperluan rakyat bagi tujuan rujukan dan pemberian perkhidmatan kepakaran pergigian yang berkualiti secara One Stop Center, pembinaan klinik ini menambah bilangan pakar serta aset perubatan terutama ortodontif, restoratif dan kesihatan dalam pergigian yang akan mengurangkan tempoh menunggu, menerima rawatan bagi pesakit di Daerah Kinta. Projek ini dijangka mengalami mengalami kerja-kerja awalan pada tahun 2024 dan kerja-kerja pembinaan fizikal bangunan bermula sepenuhnya pada tahun 2025 dan dijangka siap pada hujung tahun 2026. Dari segi outcome pula, ia dapat menyediakan akses rawatan pergigian kepakaran kepada penduduk penduduk negeri Perak secara lebih menyeluruh dan berkualiti. Terima kasih
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tak ada soalan.
Keranji, mohon satu soalan tambahan boleh Dato’ Yang di-Pertua?
Sekejap Alor Pongsu, sekejap. Boleh tambahan satu? Saya bagi masa satu lah sikit satu last soalan Alor Pongsu lah.
Saya tak ada soalan. Saya bagi pihak rakan-rakan nak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dato’ Dr. Sirajuddin yang baru bersara dan Ahlan wa Sahlan kepada pengarah kesihatan yang baru yang saya tak kenal yang mana satu. Terima kasih Dato’ Speaker.
Ok, terima kasih Alor Pongsu.
Untuk jawab. Saya telah sediakan ucapan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan pengarah dan saya akan ucapkan penggulungan saya.
Terima kasih Exco, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikut.
Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion
Perkara yang keempat usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Ahl-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang ialah usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah mendapat sokongan dan telah pun dibahaskan. Justeru, pihak kerajaan akan membuat penggulungan bagi usul ini. Sesi penggulungan di atas usul ini akan dimulakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar dan diikuti oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain mengikut portfolio masing-masing. Masa yang ditetapkan bagi setiap penggulungan ialah selama 45 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Berdamar untuk menggulung perbahasan silakan.
Terima kasih Dato’ Speaker. Salam Malaysia Madani Salam, Perak Sejahtera 2030 terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Pasir Bedamar untuk menggulung dalam sesi perbahasan Titah Diraja. Pertama sekali, sila izinkan saya untuk memetik sepatah dua kata dari titah Tuanku. Dalam titah Tuanku, Tuanku memesan semua untuk menghayati semangat bersatu teguh bercerai roboh dan ini tunjukkan bahawa perpaduan dalam kalangan semua pihak adalah sangat penting untuk menjayakan segala aspirasi negeri dan sesungguhnya semua di sini terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat kita tidak ada modal untuk berpecah antara satu sama lain sekiranya kita semua ingin terus memastikan ataupun melihat Perak berkembang maju dan bergerak ke hadapan.
Untuk makluman semua, saya juga ingin memetik satu ayat daripada Titah Diraja iaitu negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan. Ayat tersebut jelas tunjukkan bahawa kemajmukan dan kepelbagaian adalah aset negara dan setiap orang haruslah terima perbezaan antara satu sama lain. Kita semua orang di sini kita dilahirkan lain, warna kulit lain, latar belakang lain, agama mungkin berlainan dan itu sebabnya dalam Titah Diraja, kita harus belajar untuk menerima kelainan dan perbezaan. Maknanya seseorang tidak harus didiskriminasikan atas faktor kaum, agama, budaya dan latar belakang lantaran sepertimana yang saya kata tadi, setiap orang adalah berbeza. Dalam pada itu, tidak kiranya anda belajar di sekolah kebangsaan atau pun Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil atau pun Sekolah Persendirian Cina SUWA anda tetap adalah rakyat Malaysia walaupun berbezanya bangsa, warna kulit dan kepercayaan masing-masing.
Pertama sekali dalam penggulungan saya, saya akan menyentuh tentang peruntukan SUWA sekolah SUWA seperti yang dibangkitkan oleh YB Menglembu. Dengan berpaksikan semangat untuk meraikan kemajmukan dan kepelbagaian Kerajaan Perpaduan Negeri Perak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan kita adalah sebuah kerajaan yang menjaga semua tanpa mengira kaum dan agama. Rakaman terima kasih dan penghargaan setinggi-tinggi diucapkan kepada Dato’ Seri Menteri Besar lantaran kesudian beliau untuk meraikan kepelbagaian dalam tindakan sebenar iaitu memberikan sumbangan sebanyak RM1.8 juta kepada 9 buah sekolah SUWA di Negeri Perak. Dasar sebegini telah illustrasikan bahawa kerajaan adalah sentiasa bersiap sedia dalam membantu institusi pendidikan tanpa mengira aliran dan ini tunjukkan kematangan kerajaan untuk menerima kelainan dan perbezaan seperti dalam Titah Diraja.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap sekolah SUWA di negeri Perak telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000.00 pada awal Januari dan sebagai Exco yang menjaga portfolio ini, pejabat saya telah menetapkan beberapa garis panduan dalam pada itu untuk memastikan segala peruntukan Kerajaan Negeri adalah memanfaatkan golongan pendidik dan juga pelajar. Seperti mana yang dititahkan Tuanku iaitu bangunan megah pencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang susah dan sebagainya dan kalau kita lihat sekiranya ayat tersebut digunapakaikan dalam aspek pendidikan dan dalam bab peruntukan SUWA ini jelas memberikan mesej bahawa tidak ada gunanya kalau sekolah-sekolah membina bangunan yang megah yang cantik yang lawa namun membiarkan kebajikan guru dan pelajar terus diparas yang tidak munasabah.
Lantaran itu, pejabat saya telah mewajibkan sekolah-sekolah SUWA untuk memanfaatkan 50% iaitu RM100,000.00 daripada peruntukan tersebut untuk dijadikan bantuan kewangan khas kepada para staf sekolah yang setentunya merangkumi guru dan setiap guru sekurang kurangnya akan memperoleh RM500.00 wang ganjaran. Dalam pada itu dan ini tunjukkan kerajaan negeri amat prihatin terhadap kebajikan para guru sekolah SUWA yang bukan merupakan penjawat awam. Yang selama ini tak pernah menerima BKK daripada federal ataupun state, yang telah berpenat lelah berkhidmat dalam bidang pendidikan. Kedua, adalah bahawa 25% daripada peruntukan tersebut iaitu RM50,000 akan digunakan sebagai tabung ataupun Yayasan Biasiswa dan Bantuan Pendidikan Pelajar sekolah SUWA. Dalam Titah Diraja adalah disebut bahawa "tumpuan perlu diberikan kepada agenda pendidikan terutamanya kepada generasi kedua" dan ini tunjukkan bahawa pendidikan adalah sangat penting sekali dan kalau kita nak bantu sesebuah keluarga untuk keluar daripada kemiskinan, pendidikan adalah aspek utama yang harus dititikberatkan dan biasanya semua di sini kita maklum, biasiswa hanya akan diberikan kepada pelajar cemerlang sahaja, yang dapat 10A, 11A dan ke atas, dan kurang ada pengiktirafan diberikan kepada pelajar kelas belakang walaupun pelajar tersebut mencapai kemajuan.
Contoh, kalau ada seorang pelajar, beliau belajar di kelas belakang tapi tiba-tiba dari tempat duduk dia, dari 40, dia melonjak ke tempat 2, saya rasa pelajar sedemikian harus diberikan pengiktirafan dan oleh itu, dalam garis panduan tersebut telah dinyatakan bahawa pengiktirafan dalam bentuk biasiswa juga harus diberikan kepada pelajar golongan sedemikian agar semua pelajar bermotivasi untuk cuba menjadi lebih baik daripada keadaan sedia ada. Kita tak mintak dia mesti kena lonjak daripada 40 ke 2, pertama. Sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada keadaan sedia ada dan ini tentunya kita dapat membantu dalam menyelesaikan masalah kemiskinan untuk diwarisi kepada generasi yang akan datang dan kita akan capai aspirasi seperti dalam Titah DiRaja.
Akhir sekali, 25% daripada peruntukan tersebut iaitu jumlah RM50,000 akan digunakan kepada aktiviti dan program yang memanfaat kepada warga sekolah. Bila saya sebut aktiviti dan program yang bermanfaat kepada warga sekolah, ini bukan bermakna majlis makan malam yang hanya makan dan minum dan balik dan tidur. Program yang bermanfaat adalah seperti penganjuran kem Sains dan Matematik yang boleh tingkatkan kemahiran, yang boleh menjadikan guru lebih baik yang boleh menjadikan pelajar lebih berkemahiran, dan saya rasa ini tentunya akan menyumbang kepada negara pada masa hadapan dan dengan ini, saya yakin, semua garis panduan yang saya nyatakan di sini, kita mampu untuk membantu dalam usaha memperkasakan bidang pendidikan agar lebih banyak golongan berpendidikan dilahirkan untuk menyumbang kepada pembangunan negara seperti yang dinyatakan dalam Titah Tuanku.
Terima kasih YB Exco. Sekolah SUWA menerima RM1.8 juta, sembilan buah sekolah, satu sekolah RM200,000. Atas inisiatif pihak kerajaan dan setuju ataupun tidak YB, kita ada sekolah pondok swasta, sekolah agama rakyat yang swasta, tahfiz swasta, setuju tak sekolah ini juga diberi peruntukan RM200,000 satu sekolah.
Terima kasih kepada soalan daripada Kamunting. Untuk makluman di sini, kita, saya akan sebut lah, kalau daripada federal RM1.9 bilion digunakan untuk pembangunan hal ehwal Islam. Kalau untuk state, saya rasa kalau kita rajin baca Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan, kita akan tahu RM15 juta digunakan untuk rumah ibadat umat Islam. RM2 juta ialah bantuan perkapita untuk sekolah tahfiz dan pondok dan yang faham matematik tentu akan tahu RM2 juta lebih besar daripada RM1.8 juta dan RM5 juta juga digunakan untuk baik pulih institusi pendidikan Islam dan saya rasa penjelasan saya cukup menyeluruh untuk tutup isu ini dan selepas peruntukan SUWA...
Sikit.
Soalan sama?
Soalan sikit.
Soalan sama?
Soalan tambahan daripada sahabat saya daripada Kamunting.
0
Selepas peruntukan SUWA, saya akan bergerak ke bahagian hal ehwal bukan Islam, yang juga merupakan salah satu portfolio saya. Seperti mana yang saya katakan tadi, kita kena terima kelainan dan perbezaan. Untuk elakkan soalan yang panas, di sini saya nyatakan sekali lagi. Peruntukan untuk rumah ibadat umat Islam adalah sebanyak RM15 juta untuk Negeri Perak pada tahun ini dan RM10 juta diberikan kepada bukan Islam. RM5 juta adalah kepada masyarakat Cina, RM5 juta adalah kepada masyarakat India dan berkaitan dengan saranan YB Bercham untuk mencadangkan Kerajaan Negeri untuk melindungi rumah ibadat di dalam gua kapur, khususnya di kawasan Kinta dan memastikan ada langkah keselamatan diambil untuk memastikan tokong atau kuil gua kapur adalah selamat dikunjungi, saya di sini bagi pihak Kerajaan Negeri, saya amat bersetuju dengan saranan pihak YB Bercham.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sekitar Daerah Kinta ataupun berdekatan dengan Batu Gajah di kawasan Parlimen Gopeng, ataupun kawasan Parlimen Tambun, kita sebenarnya terdapatnya banyak rumah ibadat gua kapur dan secara jujurnya selama ini kurang diberikan perhatian terhadap aspek keselamatan. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pada masa yang sama meraikan kepelbagaian, kami tidak berniat untuk menutup sebarang rumah ibadat gua kapur yang sedia ada dan kita akan kekalkan. Tapi dengan syarat, semua rumah ibadat guna kapur kena melengkapkan segala dengan izin safety feature agar setiap pengunjung memahami risiko mengunjung dan sebagainya dan garis panduan yang lebih teliti dan terperinci akan dikeluarkan selepas Dato' PTG pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Rumah Ibadat di dalam Gua Kapur dan antaranya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini akan libatkan YB Sungkai, YB. Jalong, YB Teja dan juga saya dan sepertimana dalam Titah Tuanku, saya juga sangat tertarik dengan usaha Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak dan juga Jabatan Agama Islam dalam minimumkan penggunaan plastik sekali guna.
Sebenarnya pada tahun lepas, saya telah menyahut seruan PBT Teluk Intan dengan mencetak 20,000 beg kitar semula untuk diedarkan di kawasan Parlimen Teluk Intan untuk penduduk Teluk Intan. Tapi ini di peringkat PBT dan sebagai Exco yang menjaga hal ehwal bukan Islam, saya menjunjung kasih Titah Tuanku, dan saya akan merancakkan kempen untuk minimumkan plastik sekali guna di dalam kesemua rumah ibadat bukan Islam agar semua pihak khususnya tokong-tokong, kuil-kuil yang mempunyai penganut yang cukup ramai sekali, akan menyahut seruan untuk tidak menggunakan plastik sekali guna dan semua kita sebenarnya tidak kira kaum agama dan latar belakang, kita harus sama-sama menyumbang usaha dalam melindungi alam sekitar dan dalam Titah Tuanku, adalah disebut bahawa aktiviti di masjid hendaklah memiliki daya tarikan kepada generasi muda dan kita faham, di Malaysia ini kita ada rumah ibadat pelbagai agama dan semua orang sedar bahawa generasi muda merupakan pelapis dan yang akan menerajui negara pada masa depan. Sekiranya generasi muda hanya terlibat dalam gejala sosial, hanya sibuk rempit, hanya sibuk bermain dekat luar ataupun bermain Tik Tok tanpa tujuan, nescaya sesebuah negara sukar untuk mencapai kemajuan dari semasa ke semasa.
Oleh itu, saya menyokong penuh Titah DiRaja di mana, adalah lebih baik untuk generasi muda menglibatkan diri secara aktif dalam aktiviti keagamaan masing-masing dan supaya masing-masing ada pegangan agama untuk minimumkan segala tindakan salah laku dan sebagainya. Ingin saya di sini dalam Dewan yang mulia ini menarik perhatian semua pihak bahawa terdapatnya satu perarakan Festival Chingay di Johor Bahru yang melibatkan penyertaan aktif daripada generasi muda secara lumrahnya dan perarakan tersebut, malah dihadiri Sultan Johor iaitu yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pada masa ini dan ini tunjukkan rumah ibadat sebenarnya merupakan satu platform yang mampu mengeratkan perpaduan antara satu sama lain dan di dalam Negeri Perak sebenarnya pun tidak kurangnya aktiviti perarakan sedemikian.
Contoh yang terbaik adalah perarakan Perayaan Kwankong sedunia yang dianjurkan di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, KL, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dan pada tahun lepas buat kali pertama kita anjurkan di Teluk Intan, Negeri Perak dan aktiviti tersebut yang berjaya menggembleng tenaga generasi muda untuk menyertai pun telah disenaraikan ke dalam kalendar acara Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024 dan selain itu pun terdapatnya satu perarakan berskala besar dianjurkan sempena hari terakhir Tahun Baru Cina iaitu Chap Goh Mei di mana Dewan Perhimpunan Cina bersama dengan bimbingan pejabat saya, kita telah menganjurkan satu perarakan kebudayaan dan keagamaan yang besar sekaligus di pekan Ipoh dan dihadiri oleh rakyat berbilang kaum dan saya rasa tarikan pada hari itu adalah sebanyak 10,000 pengunjung dan saya yakin aktiviti dan program yang saya sebut di atas adalah mampu dan berkesan untuk menyemai persefahaman antara satu sama lain.
Seperti dalam Titah Diraja dan untuk aspek Kampung Baru Cina, ingin saya mewakili Kerajaan Negeri untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepayang yang juga merupakan Menteri KPKT yang telah pun memberikan peruntukan sebanyak RM29,690,919.00 untuk pelbagai projek, kemudahan asas, bina semula dan baik pulih rumah, pemasangan lampu solar dan sebagainya di semua 160 buah Kampung Baru Cina di negeri Perak dan selepas kemudahan asas seperti jalan, longkang, lampu, dinaiktaraf dari semasa ke semasa Kampung Baru Cina. Pada saya sama dengan kampung tradisi Melayu, Kampung India, kita juga harus mara ke hadapan dengan memastikan rangkaian internet adalah lengkap dan memuaskan agar generasi muda tidak kira kaum, mereka tidak boleh gunakan alasan tiada data di dalam kampung, tiada internet di dalam kampung, untuk tidak balik ke kampung halaman masing-masing untuk mencari rezeki dan sebagainya.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, rata-ratanya rangkaian internet di Kampung Baru Cina kebanyakannya adalah tidak bermasalah dan pejabat saya akan terus bekerjasama rapat dengan pejabat YB Tualang Sekah sekiranya memang terdapat keperluannya dalam hal sedemikian dan dalam perbahasan YB Tronoh, beliau ada sebut tentang beberapa Kampung Baru Berangkai di kawasan Tronoh yang mengalami masalah kekurangan dana dan sehingga menyebabkan susah untuk membayar bil elektrik dan sebagainya. Ingin saya nyatakan di sini Kerajaan Negeri sedia maklum perkara ini masalah ini dan pejabat saya telah pun membantu 3 Kampung Baru Berangkai tersebut pada tahun 2023 dengan memperuntukkan sebanyak RM60,000.00 kepada 3 kampung baru tersebut untuk membantu dalam meringankan beban warga kampung dan untuk makluman YB Tronoh juga, saya pun akan turun ke kawasan Tronoh sekali lagi selepas tamatnya sidang DUN kali ini untuk memberikan peruntukan kepada 3,3 Kampung Baru Berangkai tersebut dan saya jamin di sini jumlah peruntukan tersebut tentu akan lebih banyak daripada tahun lepas.
Untuk tunjukkan iltizam dan niat Kerajaan Negeri dalam membela kebajikan warga kampung tanpa mengira kaum dan agama. This is how we work the talk tetap dengan izin.
Untuk persoalan yang dibangkitkan YB Keranji tentang cadangan untuk mengiktiraf kampung Jalan Stesen sebagai Kampung Baru Cina. Ingin saya maklumkan bahawa dalam tahun 2016, terdapat 6 kampung baru telah diperaku dan dikemaskini oleh bahagian Kampung Baru Cina (KPKT) Federal Department dengan izin. Iaitu Kampung Rangkaian Belakang Pasar, Sungkai, Kampung Rangkaian Perhentian Slim, Kampung Rangkaian MTD New Village, Sungai Rapat, Kampung Rangkaian Malim Nawar Tin, Malim Nawar, Kampung Rangkaian Desa Lawan Kuda, Teja, Kampung Baru Selama, Selama. 6 kampung ini telah diperakui sebagai Kampung Baru pada tahun 2016 dan selain daripada yang disebut di atas, ada juga 2 Kampung Baru, yang baru sahaja diperaku dan diiktiraf oleh KPKT pada Februari ini iaitu Kampung Cina Pangkor dan Kampung Sungai Pinang, Pangkor dan oleh itu, saya mencadangkan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, tidak kiranya kerajaan atau pembangkang bahawa sekiranya terdapat perkampungan yang tiada dalam senarai rasmi Kampung Baru Cina yang diperakui oleh KPKT, sila kemukakan secara rasmi kepada pihak kerajaan untuk semakan dan penelitian kriteria untuk memastikan pengurusan kampung dapat diuruskan secara berkesan dan peroleh peruntukan daripada KPKT untuk menjalankan usaha naik taraf dan sebagainya.
Selain itu, untuk gerakan ekonomi dalam Kampung Baru Cina, pejabat saya juga akan mulakan projek perintis di Kampung Baru yang lebih berdekatan dengan bandar seperti Kampung Baru Bercham. Dengan membanyakkan peniaga di dalam Kampung Baru untuk mendaftarkan eWallet dengan izin. Hal ini disebabkan kita semua tahu majoriti anak muda akan menggunakan eWallet daripada wang tunai dan sekiranya Kampung Baru ada khidmat sebegini, ini akan membantu dalam mendorong kuasa berbelanja dan seterusnya merancakkan ekonomi Kampung Baru dalam pada itu dan seperti yang saya lihat, yang saya nyatakan beberapa kali di Dewan yang mulia ini. Kaedah place making yang digunapakai di negara Jepun dan Taiwan adalah sangat wajar digunakan. Bila kita dah tahu asal-usul sesuatu kampung, kita kenal pasti dia, kita bantu rancakkan, barulah anak muda akan balik. Bila anak muda balik, ekonomi setempat pun akan dirancakkan susulannya dan itu sebab kita kalau nak generasi muda balik ke kampung, kita nak pastikan kampung tu ada kerja. Dia boleh cari rezeki di situ dan bukannya minta dia balik tidur saja dan saya rasa pun lebih baik untuk anak muda balik ke kampung masing-masing daripada menjadi perantau di bandar-bandar besar dan untuk makluman semua Kerajaan Negeri Perak kita selalu bersedia untuk belajar daripada negeri lain untuk menjadikan diri lebih baik. Seperti bak kata pepatah, yang baik kita jadikan teladan tapi yang buruk kita jadikan sempadan.
So, kalau kita melihat Kerajaan Negeri Selangor adalah sangat proaktif sejak tahun 2008 dalam mempromosikan jenama dan produk Kampung Baru Cina Selangor. Oleh itu, Kerajaan Negeri Perak juga akan meneruskan dan belajar usaha ini dengan promosikan jenama dan produk Kampung-Kampung Baru Cina di Negeri Perak. Namun, ingin saya nyatakan di sini pendekatan yang diguna pakaikan oleh kerajaan Negeri Perak ini akan agak berbeza sedikit dengan kerajaan Negeri Selangor. Di Kerajaan Negeri Selangor rata-ratanya mereka promosikan jenama ataupun produk yang sudah dikenali ramai, yang sudah famous dengan izin yang sudah terkenal dan tapi di Perak, kami akan kurangkan promosikan jenama atau produk yang sudah terkenal yang sudah dikenali ramai. Sebaliknya, kami akan kuatkan usaha untuk promosikan produk yang kurang terkenal dan kurang dikenali tapi berkualiti baik kepada khalayak ramai agar produk-produk anak muda tempatan kita dapat dirancakkan penjualannya dan menyumbang kepada ekonomi setempat.
Untuk makluman semua, kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Ekspo Kampung Baru Cina di Pavilion Bukit Jalil pada tahun lepas buat julung kali pertama dan sambutan adalah cukup hangat sekali. Walaupun bahagian Kampung Baru Cina Negeri Selangor hanya ditubuhkan selepas tahun 2008, mereka mengambil masa hampir 14 tahun untuk menganjurkan Ekspo Kampung Baru Cina yang menarik kedatangan kehadiran rakyat berbilang kaum pada tahun lepas buat kali pertama. Maksudnya mereka gunakan masa melebihi 10 tahun untuk menganjurkan ekspo sedemikian dan saya rasa kita harus menjadikan yang baik sebagai teladan. Maka dengan ini saya ingin umumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak kita pun akan anjurkan ekspo Kampung Baru Cina pada tahun depan agar semua jenama dan produk Kampung Baru Cina Perak. Kita dapat promosikan secara meluas dan kita dapat membantu anak-anak muda tempatan supaya kita bantu di rancakkan penjualan dan dia dapat cari rezeki dan tentunya dia akan stay di kampung dan tak payah menjadi perantau di bandar besar dan untuk menjayakan aspirasi promosikan jenama dan produk Kampung Baru Cina, pejabat saya juga akan bekerjasama rapat dengan Ketua-Ketua Kampung Baru Cina.
Semua di sini tahu sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat biasanya kita kena berbahas polisi dasar di dalam Dewan dan kita kena hadir pelbagai program dan biasanya yang berada di padang adalah ketua-ketua kampung tak kiranya ketua kampung Melayu, Cina atau India dan mereka adalah dengan izin on the ground dan itu sebab saya akan memastikan Ketua Kampung Baru Cina, mereka masing-masing tahu, peranan mereka bukan sahaja cop and sign ataupun menaiktaraf kemudahan asas kampung sahaja. Malah mereka kena berperanan aktif dalam promosikan produk dan jenama Kampung Baru dan saya akan menegaskan ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kampung Baru Cina Perak yang akan dan untuk makluman semua sebenarnya Kampung-Kampung Baru Cina di Negeri Perak adalah sangat berpotensi untuk dikembangkan sebagai industri kreatif dan budaya. Industri sebegini adalah sangat rancak di Negeri Pulau Pinang dan mula menampakkan hasil di Negeri Selangor dan Perak sejujurnya belum memulakan dan pihak Kerajaan Negeri Perak kalau kita hendak jayakan industri sedemikian, kita akan memanfaatkan ataupun menggunakan bangunan lama yang bersejarah yang mempunyai ruang dan dijadikan sebagai tempat untuk orang awam menjalankan segala aktiviti khususnya berkaitan dengan kreatif dan budaya sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Seabass di port telah menjadi kegemaran warga tempatan dan mendapat sambutan dalam pada itu.
Terima kasih Exco Pasir Bedamar. Saya tertarik dengan hasrat dan impian Yang Berhormat Exco untuk melihat ketua-ketua Kampung Baru ini dapat memainkan peranan untuk mempromosikan Kampung-Kampung Baru masing-masing. Mungkin ada KPI dalam menentukan setiap Ketua Kampung Baru itu mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebab di tempat saya sendiri ada 3 Kampung Baru mendapat rungutan daripada penduduk setempat tentang Kampung-Kampung Baru yang tidak memainkan peranan membantu masyarakat setempat. Ok, terima kasih.
Saya ambil maklum terhadap cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Manik. Saya faham ketua-ketua kampung yang kita ada sekarang ini tidak kira yang di bawah kerajaan apa sebenarnya mereka lebih mengambil maklum tentang peranan mereka untuk naiktaraf kemudahan asas dengan tanggungjawab cop and sign dan mereka kurang menjadi salesman dengan izin untuk promosikan jenama dan produk contoh di Kampung Baru Chui Chak di bawah kawasan Yang Berhormat sebenarnya ini merupakan daya tarikan kepada pelancong daripada luar daerah dan kalaulah ketua kampung kita akan cuba bimbing untuk menjadikan mereka lebih proaktif dalam menjayakan aspirasi kerajaan Negeri Perak supaya semua pun boleh dapat manfaat susulan daripada itu dan selain itu, pejabat saya juga sentiasa menyokong penganjuran pasar seni dan budaya ataupun art market dengan izin dimana pejabat saya telah memperuntukkan RM15,000.00 kepada Raintree Art Market di Taiping pada tahun lepas dan saya mengalu-alukan lebih banyak pengusaha untuk menganjurkan pasar seni dan budaya sedemikian di seluruh Perak dari semasa ke semasa.
Untuk makluman semua pasar seni dan budaya adalah satu pasar di mana mereka menjual kraftangan tanpa mengira kaum dan agama dan pengunjungnya biasa yang rata-ratanya adalah rakyat berbilang kaum dan biasa orang yang akan menghasilkan kraftangan ini adalah anak-anak muda dan sebenarnya pasar sedemikian adalah mendapat sambutan hangat di kawasan Kuala Lumpur dan Georgetown, Pulau Pinang dan saya akan cuba menggerakkan usaha ini tapi mungkin ini memerlukan masa dan sesungguhnya adalah penting untuk memastikan integrasi antara semua pihak berkepentingan di dalam Kampung Baru Cina diperkukuh dan diperkasa. Contohnya, antara pengusaha hotel, restoran, kereta sewa, pengusaha kraftangan dan sebagainya. Ini akan wujudkan rangkaian ekonomi yang lengkap, mantap dan saling membantu antara satu sama lain dan kita akan lahirkan keadaan untung bersama. Apabila contohnya, kalau pengusaha hotel promosikan restoran yang sedap makanannya kepada pelancong dan ini tentunya pengusaha hotel pun untung, restoran pun untung dan kalau dia hendak pergi restoran, dia perlukan kereta sewa, pengusaha kereta sewa pun untung dan ini akan memanfaatkan semua yang berada di Kampung Baru Cina ataupun yang berdekatan dengannya pun akan dapat limpahan dan ini tentunya akan menyumbang kepada ekonomi Perak dalam pada itu dan selepas aspek Kampung Baru Cina, saya akan beralih ke bahagian terakhir dalam penggulungan saya iaitu berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Saya rasa ini akan dapat celahan yang paling banyak sekali. Kampung Baru Cina ke KPDN?
Ya. Isu yang sebelum ini berkenaan tokong. Teman kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pasir Bedamar. Saya dari Trong menyokong penuh dan tahniah syabas kepada Yang Berhormat Exco atas usaha untuk menyatupadukan perpaduan kaum, budaya dan agama di dalam negeri Perak. Cuma saya mohon sedikit pencerahan yang pertamanya wujud polisi di dalam Negeri Perak ini yang mana arahan kepada semua Yang Berhormat yang beragama Islam supaya tidak dibenarkan untuk berucap di dalam masjid dan surau. Berbeza dengan Yang Berhormat yang yang non-Muslim, sehingga hari ini, tidak ada sebarang pekeliling yang melarang Yang Berhormat non-Muslim daripada berucap di dalam tokong, gereja. Saya rasa itu satu perkara yang kita perlu lihat adakah wujud diskriminasi terhadap Yang Berhormat Muslim tidak boleh berucap sedangkan Yang Berhormat non-Muslim boleh mengimarahkan memakmurkan tokong-tokong gereja dan boleh menyampaikan ucapan dengan bebas, itu yang pertama. Yang kedua ialah di Dun Trong ya Yang Berhormat saya ada 3 buah sekolah SJKC, saya syukur ada sekolah SJKC di Trong, ada 6 buah sekolah. Saya hendak sebut 3 buah sekolah yang pertama, SJKC Air Terjun, yang kedua SJKC Sungai Rotan yang ketiga SJKC di Pulau Pasir Hitam. Jumlah guru puratanya 5 orang guru dan 5 orang murid. Sekolah masih diteruskan tidak ditutup. Berbeza dengan sekolah KAFA di Kuala Trong, murid ada 15 seorang guru, sekolah ini diarahkan tutup kerana nisbah pelajar 1 pelajar 1 guru 30 orang pelajar. Walaupun 15 orang murid diarahkan tutup. Adakah ini satu bentuk diskriminasi yang berlaku dalam negeri kita? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat. Untuk soalan pertama, saya rasa kita harus menjunjung apa yang dipesan oleh Tuanku. Kalau apa yang disampaikan adalah kita tidak boleh sampaikan politik di masjid, kita kena junjung dan kita patut kita kena patuh dan untuk rumah ibadah bukan Islam, saya rasa ini bukan di bawah portfolio saya di mana saya boleh tentukan ahli politik untuk berceramah atau bercakap atau tidak dan saya rasa ini bukan platform yang sesuai dan yang kedua tentang sekolah yang ditutup atas atas nisbahnya yang tidak cukup, saya rasa soalan ini merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat di mana dilahirkan di keadaan banyak sekolah Cina yang meraikan kepelbagaian dan saya harap bila Yang Berhormat di sebelah sana jadi kerajaan kita pun kena meraikan kepelbagaian dengan melayan adil kepada semua segala sekolah pelbagai aliran tanpa mengira kaum dan agama dan di sini saya ingin menyentuh tentang KPDN dan kos sara hidup. Di sini sebelum saya mula saya ingin nyatakan bahawa bahagian kawalselia padi dan beras di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan adalah agensi yang mengawal perihal beras dan akta yang digunakan adalah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 maknanya perihal beras adalah di bawah KPTM dan manakala Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 adalah undang-undang yang memberikan kuasa kepada KPDN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup untuk memantau harga barangan.
Untuk makluman semua, pelaksanaan harga, harga terkawal terhadap barangan yang di spesifik yang di spesifikan adalah dilakukan melalui dua kaedah iaitu sepanjang masa dan bersifat sementara. Apabila saya sebut tentang bersifat sementara, ini bermaksud bertempoh ataupun bermusim dan untuk makluman semua kawalan harga ia bukan sahaja ia bukan dikuatkuasakan ke atas semua barangan, namun terhadap barangan tertentu sahaja seperti telur ayam, gula putih halus dan kasar dan sebagainya. Selain itu juga, terdapat juga kawalan bersifat sementara iaitu pelaksanaan kawalan harga ke atas barangan tertentu seperti daging, ikan, sayur dan barang kering terpilih mengikut musim perayaan khususnya melalui skim harga maksimum musim perayaan. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pasar raya seperti Lotus yang menawarkan harga barangan terkawal lebih rendah daripada harga skim maksimum musim perayaan dalam Tahun Baru Cina yang lalu di mana contoh harga bawang putih lebih murah sebanyak RM13.00 iaitu 31% daripada harga maksimum yang ditentukan. Oleh itu, di sini saya ingin seru pasar raya yang lain turut bersama dengan kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat golongan berpendapatan rendah dan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
Untuk makluman semua, saya telah memperoleh statistik rasmi daripada KPDN Perak, sebenarnya KPDN Perak tidak mempunyai staf yang sangat banyak. Untuk makluman semua, KPDN Perak di satu Perak, 15 daerah dan sebagainya, kita hanya ada 175 pegawai penguatkuasa dan 70 pegawai pemantau dan mereka terpaksa menjalankan pemeriksaan setiap hari sebab kita nak pastikan harga barang sentiasa terkawal, harga barang tidak melebihi paras yang munasabah dan untuk makluman semua, tahun lepas KPDN Perak telah menjalankan sebanyak 71,729 kes pemantauan pada tahun 2023 dan sehingga 10 Februari tahun ini pun melebihi 7000 pemantauan telah dijalankan dan selain pemantauan harian, KPDN Perak juga telah melantik 285 peruncit daerah terpilih dan 121 pemborong daerah terpilih untuk dijadikan petunjuk keberadaan bekalan barangan kawalan ataupun bahan asas seperti minyak masak, gula, tepung gandum, ayam dan telur ayam dan untuk makluman semua, pemborong dan peruncit yang saya sebut di atas ni dilantik oleh KPDN dan mereka akan melaporkan berapa kuantiti stok bekalan barangan asas di premis mereka dari semasa ke semasa dan sekiranya berlaku sebarang kekurangan bekalan, KPDN akan segera menghubungi pembekal untuk menghantar bekalan ke kawasan yang terlibat dan selain daripada apa yang saya sebut di atas iaitu tindakan pemantauan, pemeriksaan dan sebagainya.
Sebenarnya, pasukan penguatkuasaan KPDN juga akan membuat penyamaran sebagai orang biasa untuk uji beli di premis untuk memastikan tidak berlakunya aktiviti sorok barang dan pembelian bersyarat ke atas barangan kawalan. Tapi ingin saya nyatakan di sini secara jujur, staf KPDN kita terhad dan kalau staf tu berada di sesuatu kawasan terlalu lama, dia boleh menyamar satu kali, dua kali, tiga kali, kalau kali keempat beliau pergi ke kedai itu untuk menyamar lagi, saya rasa sebelum masuk, dia orang pun tak tahu dan itu sebab ini adalah kekangan yang dihadapi oleh KPDN Perak dan itu sebab kadang kala kita akan cuba cari orang luar untuk membantu dalam usaha sedemikian dan ini hot topic selain memastikan bekalan cukup, KPDN juga akan melaksanakan Jualan Rahmah dari semasa ke semasa. Untuk makluman semua, ceramah…
Minta laluan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan belum terlambat lah untuk ucap tahniah Anniversary perkahwinan ke-25. Tahniah. Balik kepada soalan mengenai dengan kawalan harga dan kawalan supaya barang ini cukup dalam negeri. Jadi isu yang panas ke belakang ini di masa pemerintahan 32 bulan dan sebelumnya berlaku isu bahawa beras tempatan yang ditetapkan harga siling tiba-tiba hilang dalam pasaran. Sabar jap lah...tunggu lah habis soalan dulu…tiba-tiba dalam pasaran dan timbul pulak beras yang daripada import dengan harga yang lebih tinggi. Jadi ke mana hilangnya. Ini persoalan yang kita bangkitkan supaya kami boleh tolong bagi tahu kepada rakyat khususnya di Kerian, kita kata kawasan yang tanam padi, ada kilang padi di situ. Tiba-tiba beras tempatan tak ada, yang ada beras daripada luar. Harganya lebih tinggi daripada harga yang ditetap kawalan. Jadi kita nak menentukan bahawa rakyat mendapat harga yang marhaen yang ditentukan oleh kerajaan. Jadi gula, tepung ni kira sampingan saja. Beras ni perkara utama. Jadi, kita mintak lah kalau boleh YB Exco ada satu kaedah yang boleh kita sampaikan kepada rakyat. Ini sebab memang masalah ini tak boleh selesai, tiba-tiba hilang saja. Jadi pada musim ini, jadi kita boleh sampaikan ini. Insya Allah. Minta penjelasan.
Terima kasih soalan daripada Ketua Pembangkang. Saya rasa mungkin Ketua Pembangkang tadi tak follow apa yang saya bahas awal dalam aspek ini di mana saya nyatakan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras adalah di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan ini adalah agensi yang mengawal selia perihal beras dan sebagainya dan ini adalah KPTM dan untuk KPDN adalah lain dan sepatutnya soalan ini dijawab oleh Exco ataupun Menteri yang untuk portfolio pertanian dan sebagainya. Tapi saya ambil maklum terhadap kerisauan YB Ketua Pembangkang dan saya maklum tentang perkara ini.
Untuk makluman semua, kerajaan perpaduan bukan kerajaan yang akan sorok di bawah dan kita tahu masalah dan kita akan cuba selesaikan masalah dan itu sebabnya saya akan pergi ke bab Jualan Rahmah untuk bagi tahu apakah langkah kita untuk cuba membantu dalam menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit dengan masalah sedemikian dan untuk makluman semua, sebenarnya bermulanya tahun 2024, KPDN Perak, saya telah syaratkan kita kena ada Jualan Rahmah sebanyak dua kali dalam sebulan di setiap kawasan Parlimen. Perak kita ada 24 kawasan parlimen kan? Dan kita, saya dah syaratkan, kita sekurang-kurangnya kena ada dua kali dalam sebulan di setiap kawasan Parlimen dan terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah iaitu dalam premis iaitu seperti dalam kedai runcit, pasar raya dan sebagainya. Yang kedua, luar premis dalam kawasan terbuka. Contoh, kita buatkan di dataran lepas tu kita buatkan Jualan Rahmah di situ dan yang ketiga, lori atau kedai bergerak di mana kita akan pastikan lori bergerak ke kawasan kampung untuk memastikan warga kampung tak payah pergi 10km untuk beli barangan keperluan asas.
Dengan tiga cara ini, pada tahun ini, KPDN Perak akan mengambil maklum cadangan dan saranan para Ahli Yang Berhormat untuk memperkasakan usaha untuk menjalankan Jualan Rahmah di kawasan luar bandar dan bila saya cakap kawasan luar bandar, saya rasa lebih baik saya spesifikkan kawasan kampung bagi membolehkan warga kampung membeli barangan dengan harga yang lebih murah dan untuk memastikan Jualan Rahmah mencapai matlamatnya, Jualan Rahmah pada tahun ini kita akan banyak bergerak dengan konsep kedai atau lori cari rakyat, bukan lagi rakyat cari kedai atau lori dan dengan adanya konsep ini, rakyat tidak perlu pergi ke kawasan bandar untuk mendapatkan barangan keperluan asas dan saya faham dan saya pun follow semua perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Saya faham mungkin pelaksanaannya sehingga hari ini tidak sempurna sangat dan tidak mencapai definisi kampung yang sebenar. Contoh, kampung yang saya maksudkan mungkin bukan kampung yang Yang Berhormat maksudkan dan itu sebab pejabat saya mengalu-alukan pandangan dan surat rasmi daripada YB-YB yang sedia ada untuk memberikan cadangan lokasi yang lebih sesuai dan menepati definisi kampung agar Jualan Rahmah ini, bila kita nak anjur Jualan Rahmah ini, kita ada satu matlamat sahaja. Kita nak memanfaatkan semua warga kampung. Kita bukan nak buat untuk syok sendiri dan itu sebab kita perlukan saranan, cadangan daripada semua Ahli Yang Berhormat supaya kita boleh kerapkan lagi di kawasan luar bandar khususnya kampung dan untuk makluman semua, statistik rasmi yang diperoleh KPDN Perak adalah bahawa tahun lepas kita ada 508 Jualan Rahmah di Negeri Perak dan ini meliputi semua kawasan Dun. Maknanya tak ada kawasan Dun yang dipinggirkan atau diabaikan dan daripada 500…
Terima kasih Exco. Saya nak cadang satu sebab Adun pembangkang ni selalu tertinggal la berkenaan dengan program Jualan Rahmah ni. Saya cadang supaya setiap Adun dibuat di pusat khidmat, di hadapan atau pun berdekatan, supaya kita boleh kempen sebab data-data ada pada kita kadang-kadang untuk bagitahu orang ramai, melalui whatsapps, melalui apa, kita ada data, Jadi dia orang boleh datang untuk beli di depan pusat khidmat ataupun berdekatan lah. Cadangan saya lah selain kita masuk ke kampung-kampung.
Ok. Terima kasih atas cadangan dan daripada 500 Jualan Rahmah tersebut pada tahun lepas, jangkaan KPDN adalah bahawa ini telah memanfaatkan lebih daripada 800 ribu isi rumah dengan rekod jualan melebihi RM18 juta dan untuk tahun 2024, dari awal Januari hingga Februari 2024 iaitu sebelum Sidang Dun kita telah anjurkan sebanyak 108 Jualan Rahmah di Negeri Perak dan untuk tahun ini, sasaran KPDN adalah untuk menganjurkan melebihi 508 Jualan Rahmah dengan sekali lagi. Saya bagi jaminan di sini, kita akan melibatkan semua kawasan Dun tapi dengan syarat, YB-YB kena tulis, kena bagi cadangan lokasi supaya Jualan Rahmah yang kita anjurkan, kita betul-betul nak memanfaatkan warga kampung supaya semua pun boleh datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan dan maka dengan ini….
YB. Terima kasih kepada YB Exco. Satu penjelasan yang menarik mengenai isu kos sara hidup. Saya nak bertanya dan melontarkan pandangan dan juga soalan memandangkan kita satu sekampus dia super junior saya di Universiti Malaysia dulu. Berhubung kos sara hidup isu kenaikan SST ke 8% terhadap perkhidmatan tertentu, walaupun tidak melibatkan semua perkhidmatan kita tahu kerajaan umumkan tetapi apa yang dibimbangi oleh rakyat ketika ini kesan berantai atau pun kita sebut domino effect kesan berantai tu terhadap harga barang yang akan sampai ke end user. Seperti yang kita ketahui harga makanan sebagai contoh bukan ditentukan oleh kos makan itu sendiri tapi kos perkhidmatan seperti pembuatan, pembungkusan dan pengangkutan. Jadi apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani perkara ini sebab kalau SST naik ke 8% dan perkara ini masih belum dijelaskan dengan sempurna kepada rakyat tentang isu SST ini? Kalau saya sembang dengan rakan-rakan orang kampung pun mereka masih keliru dan mereka bimbang tentang isu ini dan memang dimaklumkan harga makanan mungkin tak naik tetapi kos-kos yang bersangkutan. Apakah cadangan pihak Kerajaan Negeri paling-paling tidak kita menerangkan kepada rakyat dan kita meringankan beban rakyat dan jelaskan dengan sebenar apa yang kerajaan nak lakukan ini kerana saya mengambil kira tentang isu ini isu besar, isu kos sara hidup bukan hanya isu pembangkang tapi isu pihak kerajaan juga dan kita semua bertanggungjawab untuk memastikan perut rakyat di Negeri Perak ini akan terisi dengan sempurna? Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi. Saya rasa Manjoi kena minta dengan parti untuk bertanding di Parlimen supaya soalan ini lebih sesuai ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri tentang kos sara hidup tapi yang kedua tentang langkah Kerajaan Negeri, saya ambil maklum dengan apa yang dikatakan oleh YB Manjoi tadi. Memang Kerajaan Negeri walau pun kita berhak dari segi bidang kuasa dan sebagainya, contoh KPDN adalah agensi federal. Sebenarnya negeri adalah membantu saja. Saya rasa di sana pun ada yang pernah menjadi Exco KPDN. Rata-ratanya tahu apa bidang kuasa dan had. Biar saya jawab isu…
Isu rakyat ni
Saya tak bagi laluan. Saya tak bagi laluan.
Sikit saja nak tambah.
Saya nak jawab dulu. Sila duduk Ketua Pembangkang. Sila duduk. Untuk menjawab soalan YB Manjoi saya rasa Kerajaan Negeri walaupun kita dihadkan dari segi bidang kuasa, had kuasa dan sebagainya kita memang berniat baik untuk membantu. Kedai Bergerak Negeri Perak kita memang rancakkan di setiap kawasan Dun dan Jualan Rahmah seperti mana yang saya katakan tadi saya telah mengalu-alukan semua untuk mengambil bahagian cadangkan lokasi kita gerakkan program Jualan Rahmah supaya kita saya tahu masalah kos sara hidup kita tak dapat selesaikan tapi kita dapat kurangkan dan itu adalah hala tuju Kerajaan Perpaduan Negeri Perak dan kita bersedia untuk membantu dan dengan ini saya mengakhiri penggulungan perbahasan Titah Diraja. Sekali lagi saya menjunjung kasih Titah Diraja dan menyokong penuh usul Titah Diraja. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Pasir Bedamar yang telah menamatkan penggulungannya sebentar tadi. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan 45 minit.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Bismillahhirahminirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Dato' Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan, puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih diatas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan Titah Diraja Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Ampun Tuanku.
Saya ucapkan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat yang amat prihatin dan yang telah menyentuh isu berkaitan komunikasi dan juga multimedia. Sebanyak empat isu berkaitan portfolio saya telah dibangkitkan sewaktu perbahasan titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Saya percaya semua isu yang dibangkitkan adalah bagi memantapkan kualiti kita dalam memberi khidmat terbaik untuk rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Behrang berkaitan dengan capaian internet. Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau kualiti dan berusaha untuk menambah baik sistem telekomunikasi sedia ada di seluruh Negeri Perak termasuklah di kawasan Dun Behrang. Bagi memastikan penambahbaikan kecekapan kadar liputan jalur lebar di Dun Behrang sebanyak 1 menara baru telah siap beroperasi di Kampung Kelat dan 3 buah lagi sedang dalam pelaksanaan iaitu di Kampung Sungai Dara, Diamond Country Retreat dan Kampung Kechau. Sebanyak 62 stesen pemancar telekomunikasi sedia ada juga telah dinaik taraf dan sebanyak 2945 daripada 4218 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik berkeupayaan gigabait. Semua usaha ini dilaksanakan di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara atau pun JENDELA bagi Negeri Perak dan dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025. Manakala bagi pelaksanaan rangkaian 5G di DUN Behrang sebanyak 9 tapak daripada 16 tapak yang dirancang telah siap dan beroperasi sehingga akhir Disember 2025.
Bagi meningkatkan capaian internet di Negeri Perak pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan SKMM dengan bantuan Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha untuk menyediakan infrastruktur digital yang kondusif kepada rakyat. Bagi mencapai hasrat tersebut sepertimana Yang Berhormat sedia maklum saya bersama agensi berkaitan seperti SKMM, Digital Perak dan Telekom Malaysia dan beberapa lagi penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah mengadakan satu lawatan kerja pada 9 Januari 2024. Lawatan tersebut adalah bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang mengalami isu-isu liputan telekomunikasi melalui sesi libat urus dan penglibatan langsung pemimpin komuniti setempat di samping sesi pengujian liputan telekomunikasi oleh pihak SKMM. Semasa sesi lawatan beberapa lokasi yang mengalami masalah liputan telah dikenal pasti termasuk di kawasan Proton City, Vendor Park, UPSI dan beberapa lokasi lain sekitar Dun Behrang. Semua lokasi telah dikenal pasti. Pihak SKMM telah pun memajukan laporan dan cadangan keperluan bagi penambahbaikan kepada pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang berkaitan.
Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat telah mengajukan isu berkaitan liputan capaian telekomunikasi yang rendah di dalam kawasan Meru Perdana 2, Laluan Meru Perdana 4 5, 6, 7, 8, 9 dan juga 10. Pihak SKMM sentiasa memantau kualiti dan berusaha untuk menambahbaik sistem komunikasi sedia ada di seluruh Negeri Perak termasuklah dalam kawasan Manjoi. Untuk makluman Yang Berhormat kawasan Meru Perdana 2 khasnya kini telah sedia ada dua buah menara yang beroperasi sepenuhnya iaitu di Persiaran Meru Utama dan Surau Rafeah. Bagi isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat saya telah meminta pihak SKMM untuk membuat penelitian lanjut dan menjalankan ujian di lapangan bagi memastikan penambahan kecekapan capaian telekomunikasi di dalam kawasan tersebut.
Yang di-Pertua, saya nak respon sikit. Terima kasih kepada YB Exco atas jawapan yang sangat baik. Cuma pandangan saya lah, apa yang saya lihat di, kita dah tambah baik dengan line internet TM ini yang tetap. Yang ini saya rasa Insya-Allah tidak ada masalah. Cuma yang saya turun ke lapangan kerap saya solat di surau kawasan tersebut, bila isu mobile, isu mobile. Saya begini. Mungkin ada orang, ada masyarakat yang dia gunakan TM ataupun talian yang tetap di rumah tapi banyak juga masyarakat yang diaorang tak ambil pakej talian tetap ni. Banyak yang mobile. Yang isu yang sehingga berbangkit di kawasan Meru Perdana 2 ialah isu mobile. Isu mobile ni lah kadang-kadang anak-anak nak tuisyen online atau pun ada mahasiswa mahasiswi yang ada kelas-kelas online dorang nak segera. Jadi kat rumah pula tidak ada TM. Jadi mungkin kita boleh lihat tentang perkara tersebut. Apa pun, saya ucap terima kasih banyaklah pada TM dan juga agensi yang berkaitan MCMC yang telah membantu Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Insya-Allah seperti mana saya sebut tadi kita ambil maklum perkara ini dengan serius dan pihak SKMM pun semalam dah memaklumkan yang pasukan akan turun ke kawasan untuk uji talian connectivity penyedia-penyedia perkhidmatan di kawasan tersebut. Kemudian kita akan salurkan maklumat tersebut kepada YB Manjoi untuk kita sebarkan maklumat kepada masyarakat dan tindakan kita akan angkat di peringkat Persekutuan dan sebagainya. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubu Gajah telah membangkitkan isu capaian internet di sekolah-sekolah luar bandar di dalam kawasan Kubu Gajah dalam keadaan yang amat mendukacitakan dan perlu dinaiktaraf. Saya memahami kesan capaian internet yang lemah ini boleh mempengaruhi minat pelajar untuk menimba ilmu. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak SKMM turut menjalankan kerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan dalam memastikan capaian internet di sekolah-sekolah dalam keadaan yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 13 buah sekolah di Dun Kubu Gajah dibekalkan perkhidmatan internet melalui kontrak interim perkhidmatan internet. Sejumlah tujuh buah sekolah di luar bandar di Dun Kubu Gajah pula dibekalkan dengan perkhidmatan internet menggunakan teknologi fiber dengan prestasi capaian internet yang stabil serta memuaskan, manakala tiga sekolah di luar bandar di Kubu gajah menggunakan talian internet tanpa wayar ataupun Celcom Wireless Gold di mana prestasi capaian internet bergantung kepada demografi sekolah serta keadaan cuaca.
Walaubagaimanapun, tiga buah sekolah di luar bandar tersebut telah disenaraikan dalam projek Point of Presence Fasa 2 di mana melalui projek ini, syarikat yang dilantik akan menyediakan infrastruktur gentian optik berhampiran dengan sekolah dan apabila infrastruktur fiber telah tersedia, internet sekolah tersebut berpeluang dinaiktaraf kepada teknologi fiber yang lebih canggih. Namun begitu, seperti mana kita mahukan pasukan kita akan turun juga ke lapangan untuk buat ujian. Insya-Allah kita akan kenal pasti bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Kubu Gajah jika ia berkaitan dengan connectivity cellular.
Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manong telah mencadangkan agar diwujudkan satu modul pendidikan atau kesedaran serta memanfaatkan pembangunan teknologi bagi mengekang penipuan scammer dalam kalangan rakyat. Saya berterima kasih di atas cadangan Yang Berhormat Manong. Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang tahun 2023 sejumlah 40,350 kes jenayah komersial disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jumlah ini merupakan peningkatan 32% berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatat sejumlah 30,536 kes. Nilai kerugian turut mencatatkan peningkatan daripada RM1.73 bilion pada tahun 2022 kepada RM2.11 bilion pada tahun 2023. Tidak dinafikan bahawa jumlah mangsa penipuan kepada scammer terutamanya dalam jenayah online scam adalah ramai. Mangsa-mangsa ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, pendidikan dan sosioekonomi. Hal ini kerana rata-rata mangsa scammer ini adalah di kalangan individu yang kurang pengetahuan terhadap senario terkini jenayah scammer. Sejak tahun 2012, SKMM telah memperkenalkan inisiatif, "Klik Dengan Bijak" dengan objektif memberi kesedaran kepada pengguna untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di internet.
Selain daripada inisiatif, "Klik Dengan Bijak", SKMM mempunyai satu portal sebenarnya iaitu "sebenarnya.my" yang juga boleh dilayari di platform telegram. Saya ulang balik, "sebenarnya.my" yang boleh dilayari di platform telegram. Ia berperanan sebagai pusat sehenti bagi orang ramai menyemak dan menyalurkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya. Kerajaan Negeri melalui SKMM mengalukan jemputan daripada mana-mana pihak untuk pihak SKMM mengadakan taklimat "Advokasi Klik Dengan Bijak". Ada pelbagai jenis scammer yang wujud antaranya phone scam, phishing, love scam, jenayah e-Dagang dan pelbagai lagi. Contohnya, phone scam bermaksud suspek akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguatkuasa institusi kewangan atau pun syarikat perkhidmatan dengan tujuan dan pelbagai alasan untuk meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang manakala phishing pula merupakan kaedah mendapatkan maklumat peribadi seperti perbankan orang lain melalui laman web palsu yang menyerupai laman web asal.
Dato' Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di sini untuk menasihati masyarakat supaya mengambil sikap dan langkah yang berjaga-jaga. Antaranya pertama, tidak terus klik pada sebarang pautan yang diberi dalam mesej diterima daripada pihak tidak dikenali atau abai dan padamkan mesej berkenaan. Kedua, pengguna gajet juga perlu mengelak memuat turun apa-apa aplikasi ke dalam telefon ataupun komputer peribadi daripada sumber yang tidak pasti bagi mengelakkan malware atau perisian hasad. Ketiga, sementara itu, jika menerima mesej mengandungi nombor OTP walaupun tidak pernah memohon ini bermakna sindiket sedang menggunakan data peribadi anda. Keempat, pantau aktiviti e-Dompet, kad kredit dan akaun bank. Jika melihat caj yang mencurigakan hubungi bank berkaitan dengan segera dan kunci akaun anda. Kelima, para pengguna juga adalah diingatkan agar berwaspada terhadap sebarang jemputan ataupun penawaran mencurigakan yang diterima dan tidak melayari pautan-pautan yang diberikan. Walaupun jurutera keselamatan komputer berusaha meningkatkan tahap keselamatan komunikasi dalam talian pada setiap peranti dan juga media sosial, sindiket tetap berleluasa jika tiada kesedaran daripada pengguna dan juga masyarakat. Justeru itu, setiap pengguna peranti pintar perlulah sentiasa berwaspada dengan ancaman scammer bagi mengelakkan kerugian.
YB Exco. Terima kasih kepada YB Exco. Saya nak melontarkan satu persoalan dan mungkin saya tanya kepada YB Exco ni kebetulan kawasan Dun Manjoi ini kawasan bandar juga. Jadi isu yang sering saya kedengaran apabila saya turun ke lapangan berkenaan dengan berkaitan isu scammer dan data PADU, isu scammer dan juga data PADU kita. Bagaimana kita nak memastikan apa ini, how untuk kita secure apa ni in the system. Sistem tu. Macam mana kita nak pastikan sistem itu memberikan sekuriti kepada data yang kita berikan itu sebab isu yang berlaku ni sebab di kawasan saya juga tidak saya nafikan di kawasan Meru, kawasan Manjoi lah. Banyaknya pesara-pesara, golongan pesara dan biasanya golongan pesara ni mereka banyak yang dikaitkan dengan scammer. Jadi sebab tu lah saya tengok sebab tu lah saya rasakanlah kerana itulah masyarakat kita rasa was-was untuk daftar PADU walaupun ada kebaikan pada PADU. Bila diorang rasa was-was, maka agenda yang kita nak bawa tu tidak berjaya. Nanti mereka juga risau kalau mereka tak daftar, diorang tidak dapat manfaat subsidi daripada Kerajaan, contohnya. Jadi kita nak bagi win-win situation. Kerajaan juga dapat manfaat dan juga rakyat juga. Mereka juga dapat manfaat daripada apa yang mereka berikan. Jadi soalan saya, apakah langkah kita untuk menjamin sekuriti sistem PADU itu supaya rakyat kita tidak rasa bimbang mereka akan dipergunakan data mereka oleh scammer-scammer yang tidak bertanggungjawab? Terima kasih kepada YB Exco.
Terima kasih YB Manjoi. Saya faham tentang kekhuatiran masyarakat. Oleh itu, dalam pengumuman di peringkat Persekutuan, kita ada nyatakan PEDi diletakkan sebagai Pusat untuk kita membantu dalam pendaftaran PADU. Selain daripada perlu waspada dengan unsur-unsur mungkin ada pihak-pihak tak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan. Namun begitu, sering saya mengingatkan kepada masyarakat untuk menggunakan akses yang benar daripada Kerajaan dan rujuklah PADU dan pihak DOSM juga saya dimaklumkan boleh untuk berkolaborasi dengan PEDi ini tadi dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi saya alu-alukan jugak. Jikalau ada masalah tentang perkara ini saya alu-alukan untuk perbincangan dan mungkin di pihak SKMM dan kita boleh bantu Yang Berhormat untuk menerangkan dengan masalah. Mungkin kita boleh buat klinik atau pun bengkel untuk dan juga apa juga ruang media yang ada untuk kita lebih kepada awareness kepada masyarakat. Saya setuju apa yang Yang Berhormat. Tapi buat masa ini saya nyatakan tadi PEDi kita letakkan dahulu sebagai satu kawasan yang mana masyarakat tak perlu was-was untuk PEDi dan DOSM berada di sana juga, meletakkan pegawai dan kita dibantu oleh Penerangan juga, Yang Berhormat. Untuk membantu pendaftaran PADU di situ. Baik. Saya teruskan Yang Berhormat. Terima kasih. Walaupun bagi mendepani cabaran tahun 2024…
Terima kasih Dato' Speaker dan juga Yang Berhormat Tualang Sekah. Tahniah, syabas atas usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat Exco bagi menangani jenayah scammer yang semakin meningkat daripada tahun 2022 hingga 2023. Cuma persoalan saya yang pertama, selain daripada tindakan memberi kesedaran kepada rakyat dan juga dengan system-sistem pertahanan untuk mengelakkan rakyat ditipu, apakah tindakan undang-undang terhadap penjenayah penjenayah ini yang dilakukan oleh peringkat Negeri Perak supaya tindakan yang tegas yang sepatutnya bagi memberhentikan scammer-scammer daripada melakukan kerja-kerja jahat mereka dan menyelamatkan rakyat Negeri Perak daripada terus ditipu? Yang kedua, Yang Berhormat Exco, saya ada menghantar surat kepada Yang Berhormat Exco berkenaan talian internet yang bermasalah di keseluruhan DUN Trong. Mohon Yang Berhormat ambil perhatian. Terima kasih.
Terima kasih YB Trong. Yang Berhormat daripada Trong. Saya ambil maklum tentang tadi hukuman. Saya pastinya Pihak Berkuasa kita ada hukuman-hukuman yang setimpal. Saya yakin dengan Pihak Berkuasa. Kita akan ambil tindakan yang tegas terhadap scammer-scammer ini. Namun saya ingin mengajak sekali lagi, semua Ahli-ahli Yang Berhormat bersama-sama tak kira mahu pun pembangkang mahu kerajaan. Kita bersatu-padu dalam usaha kita menyedarkan masyarakat, memberi maklumat kepada masyarakat. Agar kita dapat selamatkan masyarakat khususnya dalam Negeri Perak ini jangan terjerumus dalam jenayah atau pun helah-helah tipu guna yang digunakan oleh para scammer. Tentang permasalahan internet tadi, saya ambil maklum. Insya Allah. Kita akan saya cari ruang dan masa dan ketika untuk turun juga ke Trong. Insya Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
Bagi mendepani cabaran tahun 2024 Kerajaan melalui Pihak Berkuasa berkaitan akan sentiasa menyokong kepada aktiviti pencegahan yang bermatlamat meningkatkan ilmu pengetahuan dan juga memberikan informasi kepada masyarakat berkaitan ancaman jenayah komersial serta modus operandi terkini yang digunakan agar ia dapat digunakan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa kepada sindiket penipuan. Silakan, Kampong Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Cuma saya nak bangkitkan tentang, pertamanya bila Exco boleh turun kawasan Kampong Gajah? Sebab sebelum ni kita dah bangkitkan tentang di Sungai Ranggam, Sungai Kerang dan sebagainya. Jadi kita nak tahu lah di mana progress. Mungkin turun dah turun, tapi saya tak tahu. Jadi boleh maklumlah pada Dewan ni. Maksudnya di Kampung Gajah mungkin dah selesai masalah internet ni. Terima kasih.
Terima kasih YB Kampong Gajah. Saya ambil maklum tentang kegusaran YB di kawasan tentang talian internet ini. Saya cuba sedaya upaya untuk memenuhi hasrat semua rakan-rakan YB untuk turun ke kawasan. Insya Allah saya aturkan. Insya Allah kita sampai nanti.
Dato' Yang di-Pertua, saya selaku Exco yang bertanggungjawab akan sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala melalui bantuan agensi teknikal. Antara inisiatif pemantauan termasuklah melaksanakan sesi jelajah telekomunikasi dan lawatan kerja ke daerah-daerah yang telah dilaksanakan pembangunan infrastruktur jalur lebar di mana ianya turut disertai oleh agensi berkaitan termasuk SKMM, Digital Perak, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Stratcomm, Telekom Malaysia dan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi. Pada tahun ini, saya telah meneruskan inisiatif tahun lepas iaitu Jelajah Komunikasi. Sehingga Februari 2024, kita telah melawat 4 kawasan Dun iaitu Dun Behrang, Dun Slim, Dun Manong dan Dun Chandan. Saya berterima kasih di atas sambutan dan sokongan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam kawasan tersebut, bekerjasama dan memberi maklumat isu berkaitan kawasan masing-masing. Sekali lagi, ucapan sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Behrang, Yang Berhormat Slim, Yang Berhormat Manong, Yang Berhormat Bukit Chandan, Tuan Pegawai Daerah Muallim, Tuan YDP Tanjong Malim, Pengarah SKMM dan pasukan, wakil daripada Tuan DO Kuala Kangsar dan wakil daripada Majlis Daerah Kuala Kangsar, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Pasukan Digital Perak, Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjong Malim, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Stratcomm dan Penyedia Perkhidmatan. Dato' Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan saya terhadap isu-isu utama yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan.
Mohon mencelah.
Sikit saja lagi. Boleh lah. Sebelum akhir. Silakan.
Bagi Manong dulu lah.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco. Saya juga mengambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih lah kepada Yang Berhormat Exco kerana dah melawat lawatan jelajah ke kawasan Manong bersama dengan agensi. Ada satu persoalan yang saya nak kemukakan. Di bawah program JENDELA yang disebut oleh Yang Berhormat Exco, banyak struktur telekomunikasi baru yang dipasang, yang dibangunkan dan dalam masa yang sama apa status struktur telekomunikasi yang lama? Yang tidak di bawah program JENDELA? Adakah masih dibenarkan beroperasi? Atau pun mungkin ada istilah struktur telekomunikasi yang halal dan yang haram? Macam mana kita nak kenal struktur telekomunikasi yang betul-betul di bawah JENDELA dan bagaimana status struktur yang lama tu? Itu je soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih.
Boleh masuk satu lagi? Selinsing.
Selinsing. Boleh la kut? Sikit.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Exco. Saya cuma nak menambah atau pun nak mencadangkan lah. Tadi isu scammer tetapi satu lagi isu ialah berkaitan dengan judi online. Seingat dia mungkin ada kaitan jugalah. Bila kita lihat dengan perkembangan teknologi ini, judi pun dia sangat berkembang dengan begitu hebat lah. Sampai ke dalam kampung-kampung. Jadi bila kita buat laporan kepada Pihak Berkuasa, PDRM contohnya, ia sangat susah untuk nak diambil tindakan kerana dia sangat mudah untuk tutup dan hilang begitu sahaja. Susah nak diambil tindakan. Jadi kita mohonlah kepada pihak YB Exco kalau boleh ada kerjasama dengan pihak PDRM, macam mana untuk kita nak banteras isu judi online ini? Kerana yang terlibatnya kalau kita tengok orang-orang miskin, sebab mungkin dia rasa dia boleh kaya dengan judi itu. Jadi dia semakin miskin. Akhirnya dia mai ke Pejabat YB lah minta bantuan. Rupanya nak main judi. Jadi kita harapkan supaya diambil tindakan. Mungkin ada kerjasama dengan pihak PDRM lah sebab kami dan ada makluman daripada pihak PDRM mereka susah nak apa tu nak banteras kerana dia cuma pakai handset saja, dia tutup ja abis. Tak boleh nak dikesan. Jadi mungkin ada, kalau boleh kerja samalah. Terima kasih.
Tambahan boleh, Exco? Slim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato' Yang di-Pertua. Pertama saya ucapkan terima kasih untuk Exco yang turun ke Slim River dan melawat ke Felda Trolak Selatan dua bulan lepas. Cuma saya nak minta untuk pandangan, kalau saya lihat untuk hari tu kita semak untuk coverage di kawasan tersebut. Cuma apakah jawapan yang sebaiknya untuk kami memberikan kepada masyarakat? Saya faham untuk coverage ini semua tempat tak sama dan berbeza dengan orang yang menggunakan line berbeza mobile mungkin, ada Celcom, Maxis dan sebagainya. Adakah jawapan kita menyatakan kepada pihak tertentu di sana tempat di sana coverage ataupun yang kuatnya adalah Celcom? Maka kamu selayaknya menggunakan Celcom ataupun tempat ni menggunakan yang lain. Jadi jawapan itu mengelirukan saya sendiri dan mungkin masyarakat dan adakah semua tempat kita nak semua coverage kuat. Jadi kat situlah saya mintak pandangan, terima kasih.
Baik, terima kasih. Yang pertama saya pergi kepada Yang Berhormat Manong dulu. Isunya menara lama. Jadi untuk menara lama ini masih lagi beroperasi. Untuk makluman Yang Berhormat, cuma kita pantau untuk dinaik taraf dari semasa ke semasa seperti mana dalam banyak perbahasan saya, saya nyatakan naik taraf menara lama maksudnya begitulah. Maknanya mungkin peranti ataupun alat yang berada di menara tersebut jikalau bermasalah melalui SKMM, kita akan minta penyedia perkhidmatan untuk upgrade menara tersebut, alat-alat yang berada di kawasan tersebut. Baik, untuk untuk menara haram dan sebagainya, ada pemutihan sedang dilakukan oleh pihak Digital Perak. Namun, data spesifiknya saya tak ada buat masa ini. Mungkin saya boleh salur kepada Yang Berhormat tapi pemutihan ini masih berjalan untuk kita senang untuk kita identified menara-menara yang lama dulu. Mungkin dalam hutan ke jauhkan senang untuk kita dan data simpanan kita. Jikalau ada di masa depan, ada masalah di kawasan satu-satu kawasan, bermaksud kita ada data tentang menara tersebut. Itu antara dua perkara.
Tentang saya sentuh YB Selinsing. Isu judi online. Yang ini kita akan minta, Insya Allah mungkin saya boleh berkolaborasi dengan banyak-banyak pihak lain termasuk dengan pihak berkuasa termasuk PDRM dan sebagainya untuk lihat bagaimana tindakan tapi kalau di peringkat saya ni Yang Berhormat, saya lebih fungsi saya untuk awareness. Jadi mungkin kita akan lakukan banyak lagi awareness tentang judi online juga kita akan masukkan. Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat dan soalan yang ketiga daripada YB Slim. Untuk pengetahuan semua, dalam JENDELA, kita ada satu alat yang kita namakan tone. Di sini ialah alat yang baru di mana ada empat ataupun empat telco automatik berada dalam structure-structure telekomunikasi tersebut apabila dibina dalam JENDELA ya. Namun begitu, cabaran kita ialah structure- structure yang lama ini masih bersendirian guna alat masing-masing. Jadi ada kala UMobile kuat di sini, ada kala Digi kuat, adakala Celcom tak kuat. Tapi di peringkat federal, saya dimaklumkan ada usaha yang dilakukan untuk pencantuman mungkin kita upgrade dan sebagainya. Tapi tentang masalah di kawasan YB Slim ketika mana kita turun hari tu, saya akan minta SKMM untuk hantar laporan bertulis kepada YB Slim untuk YB Slim, Yang Adun Yang Berhormat boleh terangkan kepada masyarakat apa solution yang patut di kawasan tersebut dan perlu untuk kita upgrade dan sebagainya. Ini juga dalam pemantauan kita. Apa pun, saya akan mintak pihak SKMM untuk berhubung terus dengan Adun. Baik, terima kasih.
YB Exco, sikit. Sikit ye YB Exco. Saya nak saya terlepas pandang satu isu tadi penting juga bagi saya, berlaku di kawasan Meru Valley. Mungkin tuan-tuan puan-puan dalam ini mungkin ada yang tinggal di Meru Valley. Meru Valley ni, penduduk di situ sering menyatakan mereka kadang terpaksa paksa untuk buat transfer online ataupun internet banking pada waktu malam lewat malam kerana di sana masih lagi wifi service masih lagi agak-agak slow dan juga coverage Celcom dan juga peranti lain pun agak-agak lemah. Jadi, mohon lah jika boleh kita boleh tangani perkara ini. Bagi penduduk di kawasan Meru Valley ini. Jadi, bila penduduk mengadu kabor sampai tengah malam bahawa diaorang boleh transfer banking dan sebagainya dan kebetulan penduduk situlah mungkin agak privasi kawasannya dan mereka banyak menggunakan peranti internet untuk memudahkan kehidupan. Tapi, kekadang tak dapat menyelesaikan masalah yang perlu mereka buat secepat mungkin. Kedua, di halaman Meru Aman. Di situ ada kawasan sekolah untuk perhatian YB Exco. Saya mendapat aduan penduduk di situ. Di kawasan de'Aman, halaman Meru Aman dan penduduk dah maklum kepada pihak yang berkaitan yang berkaitan juga TM. Hingga hari ini masih lagi belum ada coverage internet yang kuat dan saya dapat makluman pada pihak sekolah tersebut, kadang-kadang guru-guru nak gunakan internet dan sebagainya jadi penghalang kepada sistem pembelajaran anak-anak kita di kawasan tersebut, terima kasih kepada YB Exco.
Yang Berhormat Exco.
Mohon mencelah, Tronoh. Terima kasih YB Exco.
Kita bagi Lubok Merbau dulu kemudian Tronoh.
Soalan saya tentang PEDi, Pusat Ekonomi Digital di Padang Rengas yang premis yang disewa telah tamat perkhidmatan pada tahun 2022 dan premis itu pun telah disewakan kepada DIY pun sekarang ini dan premis baru, baru dapat tahun lepas. Tapi kemudahan dalam PEDi itu agak kuranglah dan mohon MCMC memberi apa ni, membuat bantuan untuk bagi memberi sumbangan ataupun naik taraflah PEDi yang baru ini. Sekarang ini ditempatkan sementara di pejabat Penghulu Mukim Kampung Buaya, terima kasih.
Tronoh, boleh?
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Exco. Saya di sini ingin juga menambah sedikit berkenaan dengan di mana kuarters di Balai Polis Batu, IPD Batu Gajah masih tidak mempunyai port untuk akses internet seperti UniFi dan sebagainya kerana dimaklumkan bahawa ada keperluan di sana kerana ada budak-budak daripada anggota polis tu, kadang-kadang mereka nak masuk ke internet untuk adakan sistem pelajaran online dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan. Maka saya berharap ini mendapat perhatian daripada Yang Berhormat untuk menambahkan port di kawasan di kuarters.
Di mana tu YB lokasi?
Kuarters IPD Batu Gajah. Kuarters IPD Batu Gajah.
Ok, Yang Berhormat Exco simpulkan.
Ok baik, terima kasih. Saya ambil maklum tentang permasalahan yang dibangkitkan oleh sahabat saya tadi YB Manjoi, YB Yang Berhormat Lubok Merbau, Yang Berhormat Tronoh. Insya Allah, saya ajukan semua perkara ni dan tentang PEDi tadi tu kita akan buat siasatan nanti. Mana boleh kita percepatkan kita cepat dan kita bantu nanti Insya Allah dan semua permasalahan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi saya ambil maklum dan kita akan salur kepada SKMM untuk kita ambil tindakan selanjutnya. Terima kasih. Jadi Dato' Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan saya terhadap isu-isu utama yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkenaan dengan perkara-perkara di bawah tanggungjawab saya. Agensi-agensi di bawah saya akan sentiasa mengambil perhatian terhadap pelbagai perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk memajukan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Tualang Sekah. Banyak isu-isu yang dibangkitkan dan celahan juga satunya portfolio yang popular. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Belanja untuk menggulung perbahasan 45 minit. Silakan.
Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. YB Dato’ Yang di-Pertua, YAB Kota Tampan, rakan-rakan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pemerhati, pengamal media dan seterusnya para penonton yang mengikuti sidang Dewan ini secara talian. Alhamdulillah, kini tiba giliran saya untuk menggulung perbahasan bagi peringkat Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan. Pertamanya, patik menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 23 Februari yang lalu di Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Sesungguhnya duli Tuanku sentiasa cakna dan prihatin terhadap isu isu khususnya dalam Pendidikan, pengajian tinggi, belia dan perkembangan sukan. Dalam pada itu, saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Dewan yang membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan portfolio saya.
Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan ialah asas dalam usaha membentuk kesihatan yang baik. Rakyat yang berpendidikan bukan sahaja berupaya membuat pilihan kesihatan yang bermaklumat tetapi berupaya memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan negara. Pendidikan berperanan penting dalam usaha mengubah landskap kemiskinan, mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan dan menaiktaraf kehidupan rakyat. Selain itu, perlu ada inisiatif untuk untuk membantu memastikan kadar tinggi kehadiran murid ke sekolah dan menyediakan pelbagai insentif untuk menarik minat murid agar terus berada di bilik darjah. Tumpuan perlu diberi kepada agenda pendidikan terutamanya kepada generasi kedua agar kemiskinan tidak diwarisi oleh generasi akan datang. Di sebaliknya akan berlaku mobiliti sosial keluarga ke tahap yang lebih tinggi. Kepentingan pendidikan sebagai ejen perubahan kepada generasi muda terutamanya dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Yang Berhormat Kubu Gajah ada membangkitkan persoalan tentang calon SPM yang ponteng sekolah dan melibatkan keluarga yang bermasalah serta kurang peduli ibu bapa atau penjaga terhadap perkara ini. Manakala Yang Berhormat Buntong membangkitkan isu kehadiran murid ke sekolah. Isu-isu kehadiran ini juga jika tidak diselesaikan akan berkait langsung dengan pencapaian akademik murid khususnya dipeperiksaan awam. Sejajar dengan permasalahan berkenaan, sudah tentulah beberapa kaedah telah dan akan diambil bagi mengatasi permasalahan ini.
Untuk maklumat Yang Berhormat Kubu Gajah dan Buntong Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama dengan Yayasan Perak telah melaksanakan program Intervensi Kehadiran dan Sahsiah Negeri Perak yang telah bermula sejak 2019. Program ini mensasarkan murid-murid dari sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah dengan kehadiran terendah dari satu daerah di Negeri Perak. Diantara pengisian program ini adalah penyediaan wang saku sebagai galakan untuk kehadiran ke sekolah, ziarah cakna pihak sekolah dan PPD ke rumah murid, program kepimpinan dan jati diri serta kem motivasi. Selain itu, dalam usaha meningkat kehadiran murid ke sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Perak juga telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai Red Flag Risiko Cicir atau RFRC pada September 2023. Program RFRC ini secara objektifnya dapat memandu sekolah untuk mencapai KPI kehadiran serta mengesan punca sebenar sebab murid ponteng. Melalui program RFRC ini juga sekolah dapat menjalankan intervensi bagi mengatasi masalah murid yang berisiko cicir berdasarkan lokaliti di mana murid itu berada kerana permasalahan tidak hadir sekolah adalah berbeza mengikut lokaliti. RFRC juga melibatkan kerjasama bersepadu warga sekolah bermula dari guru kelas guru, disiplin, guru bimbingan dan kaunseling seterusnya peringkat pentadbiran serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan juga penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta atau dikenali PIBPS. Dalam lima bulan pertama RFRC dijalankan, peningkatan ke sekolah dapat ditingkatkan sehingga purata 3.5% bagi sekolah-sekolah di Negeri Perak.
Contohnya, Sekolah Kebangsaan Sungai Itik di Daerah Kinta Selatan yang sebelum program RFRC ini dibuat peratus kehadirannya adalah sebanyak 81.54%, apabila pelaksanaan program ini telah mencapai 86.80% iaitu peningkatan 5.6%. Manakala SMK Raja Muda Musa 81.20% meningkat kepada 86.1% manakala SMK Simpang Beluru daripada 85.34% meningkat kepada 90.34%. Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang cukup berkesan terhadap peratus kehadiran bagi setiap, peratus kehadiran murid di setiap daerah. Bagi sekolah rendah, semua daerah telah menunjukkan peningkatan daripada purata kehadiran 87.91% kepada 90.87% yang berakhir pada sesi persekolahan 2023/2024. Manakala bagi sekolah menengah pula, peratus kehadiran terus meningkat dari 87.32% kepada 89.83% pada sesi persekolahan 2023/2024.
Daripada 72 buah sekolah yang dipilih sebagai sekolah rintis berdasarkan TOV atau target of value, kehadiran terendah pada tahun 2022/2023 hanya 31 buah sekolah yang masih berada di dalam senarai sekolah fokus bagi tahun sesi pembelajaran 2024 yang akan bermula pada Mac ini nanti. Selain itu juga terdapat beberapa usaha telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak khususnya sebagai contoh, program sebelum Sijil Pelajaran Malaysia, ziarah Cakna ke rumah murid yang ponteng, sesi kaunseling secara individu dan berkelompok, bantuan one-off bagi murid B40, kem murid berisiko cicir, kategori rubrik 3, bermaksud ponteng 21 hari ke atas, menawarkan murid yang bermasalah pengangkutan dengan penyediaan asrama, majlis restu bersama ibu bapa dan penjaga murid, majlis bacaan Yasin, solat hajat peringkat sekolah, PPD dan juga JPN. Manakala program semasa Sijil Pelajaran Malaysia, sarapan pagi percuma kepada murid SPM, sokongan minda sihat, sentuhan kasih sayang kepada murid-murid. Yang ketiga mengambil kehadiran murid dan memastikan murid hadir setiap hari ke sekolah ataupun istilah yang digunakan peduli murid. Kesemua gerak kerja ini akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa dalam usaha meningkatkan peluang pendidikan secara saksama kepada semua pelajar di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Kubu Gajah juga turut membangkitkan berkenaan kehadiran ke Sekolah Agama KAFA serta cadangan program AIMAN iaitu Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelestarian Pendidikan Agama Islam di kalangan murid di sekolah menengah, kerajaan telah menyediakan Program Akademik Ihsan Muda Ar-Ridzuan atau dikenali sebagai AIMAN dan juga KAFA Menengah. Kelas Al-Quran dan Fardu Ain yang disediakan untuk pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga dengan menggunakan kurikulum gabungan antara kemahiran dan teori. Kurikulum kemahiran seperti pengurusan jenazah, bacaan tahlil, pengucapan awam, bacaan talkin dan lain-lain. Manakala kurikulum teori seperti pembelajaran ilmu, akhlak, akidah, fekah dan lain-lain. Program ini telah dilaksanakan di 12 buah daerah dengan seramai 340 orang pelajar dari tingkatan satu yang telah melalui proses pemilihan sedang mengikuti kelas berkenaan dengan 6 buah kelas daripadanya berlangsung di masjid-masjid yang terpilih manakala sembilan yang lain berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan. Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan Kerajaan Negeri membiayai elaun guru guru AIMAN seramai 51 orang dengan jumlah sebanyak RM367,200 setahun. Manakala Yayasan Perak membiayai program dan aktiviti murid dengan peruntukan RM 50 ribu setahun.
Hutan Melintang telah membangkitkan berkenaan pemberian insentif dalam sektor pendidikan untuk golongan B40. Manakala Lubok Merbau mengutarakan isu berkaitan Skim Bantuan Pendidikan untuk pelajar miskin. Untuk makluman yang memang Hutan Melintang dan Lubok Merbau, Kerajaan Negeri Perak di bawah inisiatif Tuisyen, Cikgu Saarani telah menggerakkan beberapa program bantuan khusus untuk golongan berkenaan. Ini termasuklah biasiswa Menteri Besar Perak, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak atau dikenali sebagai TASPEND, Program Teduhan Kasih, Program Transisi Perak Sejahtera atau dikenali TRAS dan juga Program Anak Angkat Cikgu Saarani. Selain itu juga bagi membantu golongan yang ke bawah ini. Kerajaan juga turut menyediakan bantuan awal persekolahan bagi semua murid darjah satu hingga tingkatan enam bagi sesi persekolahan semasa. Selain itu, ada juga Rancangan Makanan Tambahan ataupun RMT dan susu sekolah, program susu sekolah kepada murid yang layak bagi sekolah Rendah.
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi murid miskin dan boleh dimohon dan dibayar secara one off. Bagi murid berkeperluan khas, elaun khas secara bulanan sebanyak RM150 dan insentif wang saku di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA sebanyak RM4 sehari kepada murid orang asal yang hadir ke sekolah. Dalam pada itu, satu projek rintis dasar pendigitalan pendidikan di bawah Yayasan Didik dan Jabatan Pendidikan Negeri telah memberi manafaat kepada 200 murid B40 yang telah menerima sumbangan komputer peribadi. Projek rintis ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Datuk Sagor, Kampong Gajah dan juga SK Talang Kuala Kangsar.
Bagi menangani isu generasi muda. Generasi kedua pula, Yayasan Perak akan memperkenalkan satu program khas yang dinamakan Program Hijrah Insaniah yang akan bermula pada sesi persekolahan 2024/2025. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid di luar bandar untuk mendapatkan akses pendidikan berkualiti di dalam persekitaran sekolah yang lebih kondusif bagi melonjakkan potensi dan prestasi mereka. Program ini juga merupakan sebahagian daripada agenda utama inisiatif pembasmian kemiskinan melalui pendidikan di Negeri Perak di samping peranan Yayasan Perak sebagai agensi peneraju dalam membangunkan modal insan yang unggul, dinamik dan bertaraf global. Pelaksanaan program khas ini juga adalah platform untuk memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai potensi tinggi namun mencatatkan prestasi akademik pada tahap sederhana. Besarlah harapan kita semua agar program ini dapat membantu murid-murid untuk mencapai tahap optimum potensi mereka bagi mewujudkan generasi yang kedua yang boleh meningkatkan sosioekonomi keluarga dan akhirnya keluar daripada kepompong kemiskinan.
Dengan menempatkan murid-murid ini dalam suasana persekitaran asrama yang kondusif dan berinteraksi dengan murid murid lain yang mempunyai latar belakang ekonomi keluarga yang lebih baik. Ia akan memberi kesan positif dalam mentransformasikan minda serta memberikan suntikan motivasi dan semangat untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya mempunyai masa depan yang lebih cerah. Program ini akan melibatkan kohort pertama bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di mana murid-murid di mana murid-murid akan ditempatkan di sekolah sekolah yang telah dipilih secara bersama oleh Yayasan Perak, Sektor Pengurusan Sekolah dan juga Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Seramai 40 orang murid daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah, miskin atau B40 yang bersekolah di kawasan luar bandar dan miskin bandar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana akan dipilih sebagai permulaan. Yayasan Perak turut akan melaksanakan program-program motivasi dan pengukuhan yang bersesuaian untuk mengekal dan meningkatkan prestasi murid-murid dari semasa ke semasa. Ianya juga sejajar dengan titah Tuanku Sultan yang mana pendidikan berperanan penting dalam usaha mengubah landskap kemiskinan mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan dan menaiktaraf kehidupan rakyat.
Behrang…Yang Berhormat Behrang membangkitkan keprihatinan kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan di Dun Behrang yang mana isu ini juga turut diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Muallim telah melakukan pemantauan kepada sekolah sekolah yang mempunyai kepadatan murid di sekitar Dun Behrang. Ada enam buah sekolah yang kita fikirkan agak padat. Yang pertama, SK Proton City. Jumlah murid yang ada sekarang 1, 131 orang jumlah bilik darjah perdananya 24 orang. Sesi persekolahan masih satu sesi dan sedang dalam proses permohonan untuk memulakan sesi persekolahan kepada 2 sesi. SK Tanjung Malim 1,029 orang kelas atau bilik darjah hanya 24 orang. Masih satu sesi. SK Methodist 435 orang bilik darjah 17. Sesi persekolahan satu. SK Bandar Behrang 2020, 653 orang, / kelas atau bilik darjahnya 18. SK Datuk Kamarudin, 176 orang pelajar, bilik darjah enam manakala SK Behrang 197 murid, jumlah kelas atau bilik darjah lapan.
Hasil pemantauan mendapati berlakunya peningkatan bilangan murid-murid khususnya di sekolah kebangsaan. Isu peningkatan murid disebabkan beberapa faktor yang pertama, pemindahan pengoperasian kilang Proton dari Shah Alam ke Tanjong Malim yang menyebabkan berlakunya peningkatan bilangan murid di sekolah sekitar Tanjong Malim khususnya di SK Proton City yang mana pemindahan pekerja ini juga melibatkan pasangan dan keluarga. Pertambahan yang kedua pertambahan projek perumahan di sekitar Tanjong Malim bagi menampung keperluan semasa menampung keperluan semasa perumahan menyebab berlakunya peningkatan jumlah penduduk dan secara tidak langsung menyebabkan peningkatan bilangan murid di sekitar Dun Behrang. Yang ketiga, kedudukan geografi Dun Behrang yang bersempadan dengan Dun Hulu Selangor turut menyumbang kepada peningkatan bilangan murid. Yang keempat, kapasiti bilangan bilik guru bilik darjah sekolah-sekolah sekitar Dun Behrang juga tidak mampu menampung peningkatan bilangan murid kerana telah pun menghampiri tahap maksimum bagi setiap kelas.
Sehubungan itu, langkah penyelesaian jangka masa panjang bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan membina sekolah baharu di dalam Dun Behrang. Untuk merealisasikan pembinaan sekolah rendah baharu tersebut, proses permohonan pemberimilikan tanah perlu dilakukan terlebih dahulu sebagai salah satu syarat permohonan projek pembangunan bagi Rancangan Malaysia yang akan datang. Jabatan Pendidikan Negeri melalui sektor infrastruktur dan perolehan juga perlu melakukan proses untuk mengenalpasti dan melakukan permohonan pemberimilikan tapak tersebut. Proses ini akan mengambil masa yang agak lama sekiranya kadar bayaran dominal tidak diperolehi dari Kerajaan Negeri dan JPN Perak perlu membuat permohonan peruntukan melalui Rancangan Malaysia RMK untuk tujuan perolehan tanah dan ini bergantunglah kepada kelulusan peruntukan di peringkat Unit Perancangan Ekonomi dan juga Jabatan Perdana Menteri.
Berkenaan pelajar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang disebut oleh YB Slim kelmarin kita sentiasa berusaha menyelesaikan perkara ini. Suka saya maklumkan pada YB Slim dan seluruh Dewan maksud kanak kanak tanpa dokumen ialah kanak kanak yang lahir dan tinggal di Malaysia tetapi tidak mempunyai sijil kelahiran MyKid atau MyKad. Syarat kanak-kanak tanpa dokumen yang boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah. Bantuan kerajaan ialah kanak-kanak tanpa dokumen ini ialah anak kepada salah seorang ibu atau bapanya yang merupakan warga negara Malaysia dengan kemasukan kanak-kanak tanpa dokumen ke sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan perlu dikemukakan oleh ibu, bapa atau penjaga yang sah kanak-kanak yang bertaraf warganegara Malaysia. Permohonan kemasukan kanak-kanak tanpa dokumen, boleh dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah di negeri pemohon tinggal. Borang yang diperlukan ialah Borang MWTD-SPI.1-2009 iaitu borang permohonan dan juga Borang MWTD PKK Borang
Pengesahan daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan-dewan Negeri, Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Kaum atau Ketua Rumah Panjang bagi Sarawak bahawa ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia. Borang-borang ini boleh diperolehi di Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ialah kad pengenalan ibu atau bapa atau penjaga atau nenek yang bertaraf warganegara.
Bagi kanak-kanak tanpa dokumen yang tidak mempunyai ibu bapa tetapi tinggal dan dijaga oleh penjaga yang sah iaitu nenek atau datuk, mereka tetap boleh bersekolah dengan mengisi borang permohonan dan mengemukakan salinan kad pengenalan penjaga yang bertaraf warganegara Malaysia. Setelah kanak-kanak tanpa dokumen ini diterima masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu, bapa penjaga adalah membuat permohonan dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran kanak-kanak tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ini diberi tempoh selama dua tahun untuk menguruskan dokumen pengenalan diri tersebut. Ibu bapa dan kanak-kanak perlu mengemukakan status terkini permohonan dokumen pengenalan diri, iaitu sijil kelahiran iaitu permohonan masih dalam proses ke sekolah pada setiap awal tahun untuk pengekalan sekolah, bersekolah sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Murid ini boleh dicadangkan untuk ditamatkan persekolahan, jika ibu bapa atau penjaga gagal mengemukakan status terkini permohonan dokumen pengenalan diri kepada Pejabat Pendidikan Daerah yang yakni gagal membuat permohonan atau tidak pernah membuat permohonan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara dalam tempoh dua tahun tersebut. Dato’ Yang di-Pertua…
Bagi laluan Exco. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Exco. Untuk isu yang disebut oleh Slim, isu ini kalau lihat dia mungkin berpanjangan kalau syarat-syarat yang disebut oleh Exco tadi, kemungkinan tidak boleh di capai kerana ibu atau ayah yang merupakan rakyat tempatan telah meninggal dunia. Maksudnya ibu yang ada pun dia bukan warganegara. Jadi dari sudut pendaftaran tu mungkin bermasalah jika ada jalan penyelesaian mungkin boleh dimaklumkan. Terima kasih.
Terima kasih YB Slim. Saya faham ada di kalangan ibu atau bapa yang warganegara ini telah pun meninggal dunia dan proses pemulihan itu mungkin terbantut tetapi seperti saya jelaskan tadi, dia ada lagi hak penjaga iaitu datuk atau nenek dia juga boleh membuat permohonan. Dengan mengemukakan memang datuk dan nenek ni sebagai penjaga yang sah bagi murid-murid tersebut untuk membuat permohonan kepada sijil kelahiran kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
Dato' Yang di-Pertua, Batu Kurau telah membangkitkan berkenaan pembinaan Institusi Pengajian Tinggi dan Pusat Kemahiran di Batu Kurau. Untuk maklumat Yang Berhormat, Batu Kurau dan sesi Dewan, pembinaan Institusi Pengajian Tinggi mahupun Pusat Kemahiran adalah tertakluk kepada kelulusan dan bajet daripada Kementerian Pendidikan Tinggi serta Kerajaan Pusat. Ia juga sudah tentulah berkait rapat dengan lokasi, hak milik tanah serta keperluan sedia ada. Namun begitu,
Kerajaan Negeri akan mengambil maklum akan perkara ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan yang berkaitan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Tronoh ada mencadangkan tentang penganjuran Pertandingan Pancaragam Sekolah-Sekolah Negeri Perak sebagai salah satu acara di dalam Karnival Anak Muda atau pun KAMU 2024. Saya menyambut baik cadangan berkenaan dan akan mempertimbangkan sebagai salah satu acara dalam KAMU 2024. Sudah tentulah acara ini mampu menambahkan lagi kemeriahan program berkenaan yang telah mendapat sambutan yang sangat baik dari orang muda, setelah dua tahun penganjurannya dan kebetulan pula mesyuarat penyelarasan pertama untuk Karnival Anak Muda akan dilaksanakan pada esok, Khamis 29 Februari 2024.
Yang Berhormat Pangkor pula menyentuh isu berkaitan insentif kepada golongan belia bagi menganjurkan lebih banyak program. Untuk makluman Pangkor, Yang Berhormat Pangkor dan seisi Dewan menerusi Bajet 2024, Kerajaan Negeri menyediakan sebanyak RM0.4 juta untuk program pembangunan belia. Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak turut menyediakan peruntukan bagi membolehkan persatuan, kelab belia, kelab sukan yang berdaftar untuk melaksanakan aktiviti dan program. Peruntukan tersebut ialah peruntukan dana sukan komuniti dan juga geran padanan sukan. Pertubuhan-pertubuhan boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Belia dan Sukan negeri bagi permohonan yang tidak melebihi RM10,000.00 manakala bagi permohonan yang melebihi RM10,000.00 hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Peruntukan ini sudah tentulah membantu Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan sama ada di peringkat kampung, daerah mahupun negeri untuk menjalankan aktiviti serta program yang bersesuaian dengan kehendak dan jiwa mereka.
Manjoi pula Yang Berhormat Manjoi pula mengutarakan berkenaan isu bantuan dan insentif Kerajaan Negeri, terhadap golongan belia dan orang muda. Suka saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri, menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK senantiasa mengambil berat perihal berkaitan, tahap kebolehpasaran khususnya kepada anak muda dalam negeri dan secara berterusan menyediakan platform kepada mereka agar memperolehi memperoleh pekerjaan yang berkualiti seterusnya dapat menampung kos hidup dan sara diri belia dengan memberi tumpuan seterus memberi tumpuan sepenuhnya tugas hakiki supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah dengan menumpukan kepada usaha peningkatan kemahiran di kalangan anak muda dengan tujuan untuk meningkatkan produktiviti kerja dan seterusnya membuka potensi untuk kenaikan pangkat atau gaji. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM5.5 juta bagi tahun 2024 di bawah Majlis TVET Negeri Perak untuk melaksanakan program Latihan Kemahiran dan mendaya upaya agenda ke arah satu warga, satu skill.
Antara tumpuan pelaksanaan latihan, adalah dengan memperkasakan latihan Modular Industri yang merupakan satu kaedah latihan berpandukan acuan industri dan dikendalikan sepenuhnya melalui usahasama syarikat-syarikat industri serta penyedia-penyedia latihan bertauliah dalam negeri. Program ini secara tidak langsung dapat membantu industri memperoleh tenaga kerja khususnya di kalangan anak muda yang komited melalui padanan, padanan pekerjaan sebelum latihan. Pelaksanaan skim ini merupakan langkah permulaan dan pelaksanaan jangka panjang bagi membangunkan tenaga kerja mahir serta separa mahir di Negeri Perak. Selain itu, di bawah pemerkasaan TVET, juga program latihan kerja dan terus dipergiatkan melalui pelaksanaan latihan berbentuk jangka pendek. Asas utama, latihan ini ialah untuk membentuk dan menarik minat anak muda untuk memperoleh kemahiran yang sesuai dengan minat mereka sama ada meningkatkan peluang penebusan pasaran pekerjaan atau peluang peningkatan pendapatan melalui kemahiran yang diperoleh. Melalui usaha dan perancangan ini, Kerajaan Negeri optimis agar dapat memperluas serta mempergiatkan usaha ke arah meningkatkan peluang pekerjaan yang lebih fleksibel, arus semasa, keseimbangan kehidupan atau Quality of Life. Selain itu, Manjoi juga turut membangkitkan isu bantuan atau insentif tunai kepada keluarga muda dan belia. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan bantuan dan insentif yang dicadangkan oleh yang Yang Berhormat Manjoi. Walaubagaimanapun pelaksanaan kepada sebarang bentuk bantuan yang baru perlu diteliti dan dikaji kebolehlaksanaannya bagi memastikan bantuan tersebut dapat dimanafaatkan sepenuhnya secara adil. Penetapan agihan bantuan adalah tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri. Untuk maklumat Yang Berhormat Manjoi, Kerajaan Negeri sememangnya telah melaksanakan beberapa bantuan dan insentif meliputi bantuan awal persekolahan, bantuan perayaan kepada mereka yang layak serta insentif-insentif yang lain.
Rungkup telah Yang Berhormat Rungkup telah mencadangkan agar sebarang perancangan mengenai belia perlu melibatkan penyertaan belia secara kolektif termasuk di peringkat perancangan dan perlaksanaan. Saya ucap saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rungkup atas keprihatinan dan sudah tentulah saya menghormati Yang Berhormat Rungkup sebagai mantan Exco Belia dan Sukan sebelum ini dan isu-isu belia sangat dekat di hati yang Yang Berhormat Rungkup. Yang Amat Rungkup dan ahli-ahli sekalian, Kerajaan Negeri sentiasa komited melaksanakan program-program pembangunan belia selari dengan Dasar Pembangunan Belia Negara. Secara perancangannya pada tahun 2024, pejabat saya bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Belia Negeri Perak akan melaksanakan pelbagai program pembangunan belia. Yang terdekat akan dilaksanakan Konvensyen Majlis Belia Negeri Perak 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak pada 2 Mac 2024 yang melibatkan pertubuhan belia di sekitar Negeri Perak. Tidak dilupakan juga belia-belia yang tidak menyertai apa-apa pertubuhan belia untuk turut sama dalam peluang penyertaan program.
Setiap tahun dianjurkan juga program-program bentuk latihan kerja tidak formal, aktiviti kesukarelawan, kursus-kursus dan kem pembangunan sosial serta sahsiah kepada golongan belia seperti Kem Belia Sejahtera Peringkat Negeri Perak, Program Jati Diri, Kapal Layar Diraja, Tunas Samudera dan program-program berkaitan 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Saban tahun bagi menghargai golongan belia sebagai pemimpin masa hadapan dianjurkan Karnival Sambutan Belia Negara Peringkat Negeri Perak di mana bagi tahun 2024, ianya akan bakal dilaksanakan pada 18 hingga 19 Mei 2024 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Pada masa yang sama akan dilaksanakan program Kembara Jumpa Orang Muda atau Kem Jum yang akan melibatkan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebagai platform pemegang taruh belia menyalurkan maklum balas dan pandangan terhadap draf pelan transisi kepimpinan belia secara terus kepada kepimpinan Pertubuhan Belia Negeri Perak.
YB Exco bagi saya celah sikit. Terima kasih YB Exco atas jawapan-jawapan yang saya dengar tadi. Jadi bila kita paksa balik ke bahagian pendidikan saya dengan ada Adun-Adun lain nampak gaya kami pun terasing. Cerita pasal sekolah pasal ibu bapa tapi hal guru ni kurang sangat. Hal guru kebajikan guru itu sendiri. Jadi saya minta Exco tolong tengoklah ni baru dapat whatsapp ni cikgu-cikgu di kawasan saya. Yang pertama dia kata keperluan mencetak CIDS tiga tahun terakhir sebelum kenaikan pangkat. Negeri lain tak buat. Diaorang rasa seolah-olah diaorang menjadi mangsa. Perak je mungkin ini inisiatif yang baik tapi kenapa Perak saja buat kena cetak berulang kali sedangkan benda tu dah online dan sebagainya membebankan mereka yang naik pangkat. Akhirnya depa tak mau mohon naik pangkat.
Yang kedua. Yang kedua ini juga guru jugak. Sekarang ini zaman ini beza dengan zaman saya dulu zaman kita dulu. Kebenaran keluar negara masa cuti ni depa nak pi Siam nak pi Danok nak pi apa semua rupanya ada sekolah tiga bulan kena mohon ada sekolah dua minggu ada sekolah seminggu mintak diselaraskan. Awat jadi macam ni ni tak bagi cikgu pi berehat ke ape ke. Depa pun stress jugak jadi mintak YB Exco tolong check dua benda ni dan yang last sekali pasal belia tadi la. Saya terpanggillah belia saya pun whatsapp saya jugak. Bagan Serai kami sedihlah. Kami tak ada gimnasium. Swasta pun tak ada. Kerajaan pun tak dak jadi mintak dipertimbangkan lah sebab baru-baru ni ada gimnasium. Sebenarnya ada satu complete swasta. Dia duduk di bangunan MDK di bangunan komoditi tuan dia meninggal dunia. Dah ditutup pulak dah. Alatnya cukup. Dengar-dengar cerita dia nak juai. Kalau KBS ada bajet sikitlah kita boleh bincang kot YB Exco kita take over ke ape ke. Terima kasih.
Saya nak ingatkan YB Exco cuma tinggalkan 10 minit sahaja, sila.
Terima kasih Exco dan Timbalan Yang di-Pertua. Kita berbalik kepada yang Alor Pongsu tadi pendidikan. Yang pertamanya, saya nak tanyalah di simpang kawasan saya ada tanah dan di reserve kan untuk kementerian KPM. Lama dah tanah itu terbiar. Cadangan asalnya adalah untuk aktiviti. Jadi apakah status setakat ini yang tanah tersebut dan yang keduanya saya nak tanya lah adakah setiap arahan atau pun pekeliling KPM ini dia terpakai kepada sekolah SRJKC ataupun sekolah dikatakan vernakular lah dan juga SUWA. Adakah terpakai sebab saya nampak apa yang dijelaskan oleh Exco tadi Exco yang mula bahagian kaum Kampung Tersusun Kampung Baru tadi seolah-olah bajet nak sama rata semua. Lepas tu tambahan pula kemudian ini nak nak biasiswa pulak seolah macam sama jugak. Adakah pertama tadi saya kata berbaloi tak contoh dia macam itulah kita bagi arahan dia tak boleh nak ikut tapi dia nak apa yang kebaikan atau advance pada dia. Terima kasih.
Timbalan, Ayer Kuning, terima kasih. Berkaitan dengan kekurangan guru dan pada masa yang sama ramai guru yang bersara awal. Padahal kenapa ini berlaku, tadi Alor Pongsu bangkitkan berkaitan dengan mungkin kebajikan tapi kenapa ini berlaku adalah kerana seingat kerana guru-guru yang mungkin bersara awalnya adalah guru-guru yang berpengalaman. Jadi apakah ada tindakan ataupun perhatian yang serius yang diambil untuk mengatasi berkaitan dengan persaraan awal oleh guru-guru yang berpengalaman? Terima kasih.
Terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat. Tuan Timbalan Yang di-Pertua bagi tambahan masa ni. Yang pertama berkaitan dengan Alor Pongsu tadi CIDS. CIDS ini adalah program penulisan rancangan pengajaran secara online yang telah dimulakan pada agak-agak saya pada tahun 2019 yang lalu dan sepatutnya tidak ada permasalahan sebab dibuat secara online dan pihak pentadbir sekolah boleh akses CIDS itu secara online cuma kalau apa yang isu yang dilontarkan oleh YB Alor Pongsu tadi mungkin berkaitan dengan permohonan kenaikan pangkat yang memerlukan bukti dan dokumen sokongan tentang aspek pengajian pengajaran guru tersebut di sekolah. Saya akan teliti dengan pihak kementerian adakah dokumen itu adalah satu keperluan utama untuk kenaikan pangkat dan sebagainya.
Yang kedua berkaitan dengan minta kebenaran keluar negara ini. Yang pertama kita ada Pekeliling Perkhidmatan Awam yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam. Kemudian dia ada gred-gred tertentu contohnya 52 ada tempoh tertentu, siapa penyokong, siapa yang pelulus. Kalau gred 50…40 dan sebawahannya ada mungkinlah. Perkara itu perlu diselaraskan oleh pihak berwajib supaya tidak timbul isu ada memang ada. Sepatutnya 3 bulan sebelum ke luar negara kena perlu memohon kebenaran. Kalau kurang daripada 3 bulan tidak boleh dibenar dan sebagainya.
Berkaitan dengan gimnasium itu kita akan lihat nanti. Berkaitan dengan tanah dan sebagainya itu saya saya tak ada maklumat yang Yang Berhormat Changkat Jering. Kita akan lihat selepas ini mungkin ada info yang lebih detail untuk saya dapat. Berkaitan dengan pekeliling sekolah yang di bawah Kementerian Pendidikan, dia tertakluk kepada surat dan arahan pekeliling yang dikeluar oleh Kementerian Pendidikan. Tak kiralah sekolah SK, SJK dan sebagainya. Dia tertakluk kepada arahan dan juga pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pendidikan dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri akan memastikan pematuhan pelaksanaan pekeliling-pekeliling tersebut. Berkaitan dengan guru bersara, kalau di Perak ini kalau ikutnya bilangan guru bersara awal lebih ramai daripada guru bersara wajib. Ada pelbagai faktor tetapi faktor yang pasti lulus permohonannya tidak berminat dengan profesion sekarang. Maksud cikgu tu tak perlu dokumen-dokumen lain ditulis tidak berminat dengan profesion. Pihak Kementerian akan memberi kelulusan dan sebagainya. Memang kita akui apabila persaraan guru yang awal itu terlalu ramai. Yang pertama sudah pasti kekurangan guru di sekolah-sekolah.
Untuk makluman, baru ni pada awal pada penghujung tahun 2023, kita telah menerima sebanyak 767 guru baharu untuk ditempatkan di semua daerah-daerah tetapi kita tidak boleh memenuhi kuota ataupun keperluan guru-guru mengikut seperti dalam sistem kerana bilangannya masih belum mencukupi. Kita dapat 767 dan saya difahamkan hampir 95 % penempatan guru ataupun masalah guru di sekolah dapat kita atasi. Berkaitan dengan persaraan guru awal itu perkara itu kita tak boleh halang sebab mereka layak untuk memohon untuk bersara awal. Cuma kita faham mungkin antara faktornya bukan tidak berminat itu mungkin disebabkan tekanan kerja, masalah tidak kesesuaian dengan persekitaran ataupun sudah selesa dengan kehidupan dan sebagainya. Itu perkara-perkara yang kita perlu lihat bersama.
Berhenti nak jadi calon pun ada.
Saya nak lontarkan sikit soalan. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah berikan kita biasiswa untuk mahasiswa dan mahasiswi di dalam dan luar negara untuk anak anak Perak dan kita ada bantuan sara diri dan juga bantuan one off dan saya mewakili mahasiswa-mahasiswa anak-anak Perak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Cuma antara benda yang saya nak soalkan disini adakah Kerajaan Negeri kita ada satu mungkin skim atau pakej ataupun kita punya biasiswa sendiri biasiswa khas biasiswa Khas Kecemerlangan kepada golongan mahasiswa mahasiswi yang B40, jadi tumpuan tersebut jika boleh diberikan tumpuan yang sedikit. Yang penting ialah kita kena tengok kos-kos kritikal sekarang ini. Banyak anak Perak yang mengambil bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, sains, perakaunan termasuk yang penting ialah perbankan Islam dan juga kos al-Quran Wal-Qiraat. Ini penting kerana mereka inilah tenaga-tenaga masa depan Negeri Perak dan satu lagi mungkin dilontar di sini untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan mereka-mereka anak-anak Perak yang mengambil ACCA ini Association of Chartered Certified Accountants ACCA kalau boleh kita sediakan biasiswa pada kelompok ini kerana kita memerlukan tenaga profesional cerdik pandai di Perak yang perlu dijamin mereka ini. Mungkin satu lontaran kepada pihak YB Exco. Terima kasih.
Terima kasih kepada kepada Yang Berhormat Manjoi atas cadangan dan juga perlaksanaan program biasiswa. Kita akan lihat dan kaji akan keperluan dan juga kemudahan serta rasional kenapa ianya perlu dilaksanakan. Saya sambung pada tahun ini juga program santai Anak Muda Peringkat Negeri Perak akan disalurkan dan merupakan satu program baharu yang dirancang dan bakal dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang telah disalurkan melalui Belanjawan 2024. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama-sama Majlis Belia Negeri Perak di 12 daerah.
YB Exco, bagi sikit. Ayer Kuning nak tanya sikit boleh. Terima kasih. Berkaitan dengan kajian prestasi murid apabila kita tidak menjalankan peperiksaan khas khususnya zaman kita dulu dalam darjah 1 sampai darjah 5 ada penilaian darjah lima lepastu ada UPSR. Selepas itu ada form 1, form 2, form 3 ada SRP atau ada PMR. Tapi sekarang cuma ada tinggal SPM dan juga STP. Dengan tidak adanya peperiksaan khas kajian prestasi murid apabila tidak ada keputusan khas daripada darjah 1 sampai darjah 6 hingga Tingkatan 5 baru-baru ini. Bagaimana prestasi murid sekarang berbanding dengan dahulu? Terima kasih.
Berkaitan dengan penilaian ataupun penilaian prestasi murid-murid khususnya di sekolah rendah yang mana apabila tidak adanya peperiksaan awam UPSR yang telah dimansuhkan. Pihak Kementerian Pendidikan telah pun melaksanakan satu program yang kita panggil Pentaksiran Bilik Darjah di mana pentaksiran bilik darjah ini lebih secara holistik dan menyeluruh dan melibatkan semua subjek yang anak-anak kita belajar di sekolah rendah. Kalau di UPSR itu hanya 5 subjek sahaja yang akan dinilai dan diambil ujian.
Manakala dalam pentaksiran bilik darjah ini, pelajar-pelajar akan diberi saringan ujian, akan diberi latihan dan sebagainya dan proses pengujian itu adalah dengan pelbagai kaedah. Yang pertama mungkin strategi pemerhatian guru, yang kedua berdasarkan kerja kursus, yang ketiga berdasarkan kepada penglibatan pelajar. Jadi ada tahap-tahap tertentu di mana tahap satu adalah tahap yang paling minima, manakala tahap yang paling cemerlang berada di tahap 6. Itu sebabnya ada di kalangan ibu bapa masih tidak memahami bahawa penilaian pelajar di sekolah rendah dan juga pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 adalah berdasar kepada pentaksiran bilik darjah yang lebih menjurus kepada kehendak dan juga matlamat falsafah Pendidikan Negara Malaysia untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan selain daripada itu, pihak sekolah juga boleh melaksanakan ujian selaras akademik untuk memberi dan juga mem dapat apa yang sepatutnya pelajar-pelajar ini selepas selesai sahaja proses pengajaran dan pembelajaran.
YB Exco yang hebat.
Saya rasa masa sudah tamat. YB Exco sila teruskan boleh.
Sikit-sikit je.
30 saat.
YB Exco memang tepat dan sebagainya. Tapi saya perhatikan berhati-hati sebab kadang-kadang jawapan YB Exco dengan jawapan pihak JPN ini dia berlanggang. Whatss group itu sebab berlaku di pusat ya. Menteri Pendidikan kata mutu pendidikan di Malaysia sedang hebat dan sebagainya. Bulan 11, bulan 1 PMX kata mutu pendidikan kita perlu dikaji merosot sekarang ini. Jadi, YB Exco dengan Pengarah Pendidikan jaga Whatss Group itu. Terima kasih YB yang hebat.
Tuan Timbalan saya ada satu portfolio saya sukan. Saya belum ulas lagi. Saya, skip dulu berkaitan dengan belia ini mungkin ada di kalangan rakan-rakan YB yang saya tak sempat jawab nanti saya beri jawapan bertulis. Harap dimaafkan. Berkaitan dengan sukan saya ambil yang penting sahaja. Berkaitan dengan e-Sport, e-Sport yang disebut oleh Adun Selinsing. Untuk makluman Yang Berhormat, Negeri Perak telah menjadi antara peneraju kepada pembangunan e-Sport atau e-Sukan ini di mana sebanyak 1 Persatuan Sukan Negeri, 7 persatuan Daerah dan 11 kelab sukan e-Sukan telah didaftarkan di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Berdasarkan peruntukan Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Sukan Negeri telah diperuntukkan sebanyak RM500 ribu bagi tujuan pembangunan sukan elektronik serta usaha-usaha mempromosikan e-Sport ini ke seluruh negeri. Ia merangkumi persiapan pasukan e-Sport Negeri Perak iaitu Sukma 2024 di Sarawak pada Ogos nanti. Pasukan Perak akan menyertai 5 acara iaitu e-Football, PUBG, Mobile Legends Bang Bang, e-Racing dan Takken. Manakala kita juga akan menganjurkan bengkel e-Sukan yang akan turut diadakan bersama dengan program e-Sukan di masjid-masjid yang diberi cadangan sebanyak 15 masjid di sekitar Negeri Perak.
Manakala Pengkalan Hulu, Yang Berhormat Pengkalan Hulu membangkitkan berkaitan dengan usaha-usaha membaik pulih kemudahan-kemudahan sukan. Di antara kompleks sukan yang telah selesai dinaiktaraf dengan melibatkan penyediaan kemudahan mesra orang kurang upaya adalah Kompleks Belia Sukan Negeri Perak. Selain itu, kita juga sedang merancang untuk kerja menaik taraf kompleks-kompleks sukan yang lain seperti di Kompleks Rakan Muda Kampar, Kompleks Rakan Muda Larut Matang dan Komplek Sukan Komuniti Sungai Siput. Seterusnya berkaitan dengan insentif dan insentif kepada atlet-atlet yang telah berjaya. Atlet Kerajaan Negeri Perak di bawah Majlis Sukan Negeri Perak di bawah Program Podium Perak dan Kita Juara akan memberi tumpuan kepada atlet yang berjaya dan menyumbang pingat semasa SUKMA dan masih layak bertanding di SUKMA berikutnya. Kerajaan Negeri Perak turut menyediakan pemberian dermasiswa bagi atlet-atlet Negeri Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah sukan, institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta dengan kadar yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, pengiktirafan melalui Anugerah Sukan Negeri Perak juga merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Negeri Perak bagi mengiktiraf kejayaan cemerlang sepanjang tahun yang dicapai oleh atlet, jurulatih pegawai dan pertubuhan sukan negeri.
Mohon mencelah. Sikit je YB Exco. Sikit je tentang sukan. Boleh ya? Baik terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat Exco. Saya nak merujuk dalam titah Tuanku ada menyebut tentang penubuhan 40 pusat latihan daerah untuk pembangunan sukan.
Ada. Nanti saya jawab.
Ada? Ok baik. Sebab nak habis masa tu. Ok terima kasih.
Berkaitan dengan Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Daerah, kita telah mengaktifkan semula Majlis Sukan Daerah di 12 daerah yang telah bermula pada tahun 2019 hingga kini. Ianya bertujuan bagi memastikan setiap aktiviti sukan yang dilaksanakan lebih sistematik dan mencapai objektif selain daripada program atau aktiviti sukan di peringkat daerah yang akan dikawal selia oleh Pengerusi Majlis Sukan Daerah iaitu Pegawai Daerah atau DO serta dibantu oleh jawatankuasa serta agensi daripada persatuan sukan dan sebagainya. Berkaitan dengan 40 pusat latihan daerah, ia adalah satu inisiatif berkesan. Secara konsisten dan komprehensif dengan melibatkan 15 jenis sukan. Seramai 42 orang jurulatih pelapis dan bakat telah dilantik di daerah-daerah mengikut kriteria dan garis panduan yang ditetapkan. Ada 10 daerah yang mempunyai pusat latihan daerah iaitu yang pertama, Kinta, ada 8 Pusat Latihan Daerah, Larut Matang Selama, 7 Pusat Latihan Daerah, Kerian, 7 Pusat Latihan Daerah, Bagan Datok, 6 Pusat Latihan Daerah, Manjung, 5 Pusat Latihan Daerah, Hilir Perak, 3 Pusat Latihan Daerah, Perak Tengah tempat saya 1 Pusat Latihan Daerah, Hulu Perak, 1 Pusat Latihan Daerah, Kampar, 1 Pusat Latihan Daerah, Muallim, 1 Pusat Latihan Daerah. Kuala Kangsar dan Batang Padang masih belum wujud lagi Pusat Latihan Daerah.
Haa sedihnya. Ayer Kuning.
Takpe lepas ni boleh jumpa untuk kita bincang apa jenis sukan yang boleh kita wujudkan di daerah-daerah tertentu. Berdasarkan kepada kepakaran dan juga prasarana yang ada di daerah tersebut. Ok YB Manong. Selain itu, penganjuran Karnival Sukan Perak Super secara dwi tahunan itu tahun ganjil juga telah diaktifkan semula daripada tahun 2019 serta selepas penganjuran terakhir diadakan pada tahun 2009. Maksudnya tahun ganjil ini tahun 2024 tiada Super sebab kita ada SUKMA. 2025 kita ada Super berdasarkan acara sukan yang akan kita pertandingkan pada SUKMA 2026. Tuan Timbalan Yang di-Pertua dah menengok saya. Terima kasih kepada rakan-rakan saya mohon ampun dan maaf mungkin ada persoalan atau isu yang dibangkit yang tidak dapat saya jawab secara lisan. Mungkin selepas ini saya akan beri secara bertulis terima kasih. Sekian, wassalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh.
Hebat Exco. Hebat, hebat.
Alor Pongsu. Seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Teja untuk menggulung perbahasan. Sila.
Salam sejahtera dan salam perpaduan. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, petugas- petugas dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang sedang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini. Patik merafak sembah sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan titah Diraja, Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas, ampun Tuanku. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat prihatin dan menyentuh isu isu berkenaan portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah tadbir saya. Saya ingin memulakan penggulungan saya pada hari ini dengan berkongsi tentang hala tuju dan perancangan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tahun 2024. Di mana saya percaya perkongsian ini akan sedikit sebanyak menyentuh isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sidang Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mula dengan hala tuju perumahan Perak. Agenda pembangunan sosial di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 merupakan antara aspek yang paling penting dalam pembangunan negeri kerana ia memberi kesan langsung kepada rakyat. Kerajaan Negeri Perak komited dalam memastikan pembangunan ekonomi yang dirancang diselarikan dengan peningkatan kesejahteraan sosial rakyat serta bersifat inklusif untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu, beberapa program di bawah pejabat saya telah diadakan bersama-sama pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Pejabat Tanah dan Galian, PTG Negeri Perak. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak dan Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Perak bagi membincangkan serta memperhalusi sasaran di bawah bidang tumpuan perumahan bagi menyokong Pelan Perak Sejahtera 2030.
Melalui program ini, beberapa maklumat dan sasaran berkaitan telah direncanakan bersama-sama agensi yang terlibat. Selain itu, Kerajaan Negeri akan memberi fokus dan penekanan kepada aspek 3A dalam isu perumahan rakyat di negeri Perak. Iaitu 3A bermaksud dengan izin, availability, affordability dan accessibility. Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi dan GLC akan berusaha memastikan rumah yang selesa dan berkualiti terus disediakan untuk rakyat pada harga yang mampu dimiliki. Kerajaan Negeri juga melalui LPHP sedang mencari alternatif lain kepada pembiayaan pihak bank yang menjadi isu paling besar yang dihadapi oleh pembeli rumah yang tidak berkelayakan untuk mendapatkan pinjaman perumahan.
Selain itu, melalui bidang tumpuan perumahan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 ini juga, Kerajaan Negeri melalui LPHP akan mewujudkan satu task force bagi pemantauan serta pemulihan projek terbengkalai di Negeri Perak. Melalui task force ini, Kerajaan Negeri akan dapat memastikan bahawa usaha pemulihan dan penyelesaian projek terbengkalai oleh pemaju asal atau pemaju penyelamat atau pelikuidasi swasta serta pembeli dapat dipantau secara berterusan dengan kolaborasi semua agensi di peringkat negeri dan PBT. Oleh yang demikian, pihak LPHP akan memulakan langkah proaktif dengan menjalinkan memorandum persefahaman bersama pihak Jabatan Perumahan Negara untuk menyelesaikan isu berkaitan projek terbengkalai di negeri Perak.
Sebagai tambahan bermula tahun 2023, Kerajaan Negeri melalui LPHP telah memulakan tindakan pemulihan projek-projek terbengkalai di Perak. Terdapat enam projek terbengkalai di negeri Perak yang telah diisytiharkan oleh Jabatan Perumahan Negara. Melalui jawatankuasa dan usaha pemantauan pihak MPSP telah mengadakan sesi libat urus bersama PBT, agensi teknikal berkaitan dan pemaju penyelamat yang berminat untuk membincangkan perkara-perkara teknikal yang dihadapi sekaligus mencari langkah penyelesaian agar projek-projek ini dapat diselamatkan dan akhirnya dapat didiami oleh pembeli yang terkesan.
Timbalan Yang di-Pertua, data perumahan merupakan salah satu instrumen penting dalam mengukur penyediaan perumahan di setiap daerah di dalam Negeri Perak agar permintaan perumahan dapat dipadankan dengan penyediaan perumahan. Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri melalui LPHP sedang membangunkan dashboard perumahan Perak yang akan menjadi suatu data berpusat yang menyeluruh bagi memantau perancangan pembinaan serta rumah yang telah disiap bina di negeri Perak dari masa ke semasa. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu keperluan perumahan di kawasan masing-masing sepanjang perbahasan. Maka melalui inisiatif ini, LPHP akan mengumpul data perumahan di daerah-daerah di negeri Perak melalui Pihak Berkuasa tempatan. Selain itu, dashboard ini juga akan menggunakan data-data saintifik untuk menentukan pembangunan perumahan adalah berdasarkan kepada kesesuaian tapak dan permintaan perumahan mampu milik di sesuatu daerah tertentu. Namun demikian, pembangunan perumahan tidak bergantung dengan data semata-mata. Aspek lain seperti ketersediaan tanah, kesanggupan pemaju, peruntukan yang diterima turut menjadi faktor dalam penyediaan rumah mampu milik di negeri Perak.
Melalui dashboard perumahan ini jugak, ianya dapat membantu pihak Kerajaan Negeri dalam menyediakan dasar serta perancangan perumahan negeri yang lebih efisien dan komprehensif. Kerajaan Negeri mensasarkan menjelang tahun 2030 sebanyak 57,400 unit rumah diperlukan bagi memenuhi keperluan sasaran isi rumah di negeri Perak. Selaras dengan itu, bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai sebuah jawatankuasa tetap perumahan akan ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh saya sendiri untuk bertindak sebagai platform perbincangan berkaitan isu-isu pembangunan perumahan yang dihadapi oleh pelaksana perumahan terutamanya melibatkan pembangunan rumah mampu milik.
Selain itu, jawatankuasa ini juga akan bertindak dalam membincangkan perancangan pembinaan projek perumahan oleh setiap agensi-agensi peneraju perumahan termasuk agensi-agensi GLC di bawah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Melalui perbincangan jawatankuasa ini, data perumahan terutamanya projek perumahan mampu milik dapat dipantau dari segi sasaran tahun penyiapan projek tersebut. Malah, isu-isu yang dihadapi oleh setiap projek perumahan juga dapat dipantau dan dibincangkan bermula dari peringkat awal lagi bagi mengelakkan berlakunya isu sehingga terjadinya projek-projek sakit dan terbengkalai. Selain itu, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak sebagai peneraju perumahan mampu milik di Negeri Perak sentiasa bersedia dalam memberi sokongan terhadap pembangunan projek-projek berimpak tinggi di negeri Perak seperti Projek Automotive Hi-Tech Valley AHTV di Tanjong Malim, Projek Lumut Maritim Industrial City di Lumut dan juga pembangunan Projek Silver Valley Teknologi Park SVTP di Khantan Chemor. Projek-projek berimpak besar seperti ini sudah semestinya akan membawa kepada perubahan keperluan perumahan disebabkan faktor kemasukkan pekerja-pekerja di kawasan pembangunan tersebut.
Sebagai contoh, di Tanjong Malim dianggarkan seramai 50,000 orang membabitkan pekerja Proton akan berpindah dari Shah Alam ke Proton City di Tanjung Malim menjelang tahun 2027. Justeru itu, projek perumahan amatlah diperlukan bagi menyokong perpindahan tenaga kerja ini ke negeri Perak. LPHP Bersama-sama Kerajaan Negeri akan memberi sokongan sepenuhnya kepada pembangunan projek perumahan di kawasan sekitar pembangunan projek berimpak tinggi ini bagi memastikan keperluan perumahan bagi tenaga kerja mahupun masyarakat tempatan dapat dipenuhi melalui pemantauan penyediaan perumahan yang selaras dengan dasar perumahan Negeri Perak. Dalam usaha untuk meningkatkan effisiensi dan ketelusan dalam pengurusan permohonan perumahan LPHP akan menambah baik sistem digital tersedia secara menyeluruh. Penambahbaikan terhadap proses permohonan perumahan menjadi lebih jelas dan mudah difahami oleh pemohon. Ini termasuk penyediaan maklumat yang terperinci mengenai syarat-syarat permohonan proses yang diperlukan dan jangkaan waktu menunggu.
Ini sebenarnya susulan daripada pengalaman pejabat saya sendiri semasa hadir dan beberapa sesi program mesra hari bertemu pelanggan di beberapa daerah yang berlainan di mana kami mendapati contohnya apabila sesi temu pelanggan di Perak Tengah, terdapat seorang makcik yang hadir dan membuat pertanyaan tentang permohonan beliau yang dikemukakan beberapa tahun yang lepas, namun tidak mendapat sebarang maklum balas dan apabila semakan dibuat, sebenarnya sistem LPHP adalah dibuka sepanjang masa atas talian dan sesiapa sahaja boleh masuk permohonan. Cuma hanya apabila kawasan tertentu yang dimohon mempunyai projek pembangunan yang baru akan di panggil pemohon-pemohon untuk hadir untuk sesi temuduga.
Jadi saya kira ada sedikit penambahbaikan yang perlu dibuat supaya tidak timbul kekeliruan ataupun salah faham di mana setiap permohonan itu harus diberi satu tempoh masa untuk memberi maklum balas dan info selanjutnya. Hari ini, sistem platform digital ini sesuatu penambahbaikan yang akan dibuat di bawah LPHP untuk kita memastikan semua pemohon dikendalikan dengan lebih teratur dan maklumat yang terkini dapat disampai kepada pemohon yang berkenaan.
Timbalan Yang di-Pertua saya ingin beralih pula kepada hala tuju kerajaan tempatan, perancangan dan pelaksanaan hal ehwal kerajaan tempatan sentiasa dipantau dan dilaporkan melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan iaitu JKPKT. Pelbagai agenda telah disusun dengan mengambil kira maklum balas dan aduan orang ramai bagi memastikan keperluan masyarakat tempatan sentiasa didengari dan perkhidmatan PBT ditambah baik dari masa ke semasa. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan telah diberikan KPI yang perlu dicapai bagi memastikan agenda Perak Sejahtera 2030 dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan. Beberapa perkara yang telah dipersetujui untuk diukur termasuk pengurusan ahli majlis, pembangunan sumber manusia, organisasi dan prestasi PBT, pengukuhan dasar-dasar kementerian dan kerajaan negeri, penyelarasan dan pemantauan kualiti, perkhidmatan-perkhidmatan utama perbandaran.
Khusus untuk fokus tahun 2024 suka saya kongsikan bahawa agenda mesra MESRA telah menjadi agenda utama bagi Kerajaan Tempatan seperti yang dipersetujui oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan dalam mesyuarat JKPKT pada 20 November 2023, empat agenda utama di bawah MESRA ini adalah termasuk pertama M meningkat hasil dan status PBT iaitu E iaitu enakmen & perundangan S & R terangkum dalam kolaborasi strategik dan juga A bermaksud aplikasi dan teknologi. Jadi inilah tumpuan utama kerajaan tempatan bagi tahun ini iaitu yang dirangkumkan dalam perkataan MESRA. Tahun ini, kami bercadang untuk mula meneliti kedudukan beberapa PBT yang telah mencapai kriteria-kriteria untuk dinaik taraf sama ada dari kedudukan majlis daerah kepada tahap perbandaran ataupun dari kalangan majlis perbandaran kepada bandar raya. Dalam usaha ini, semua PBT perlu lebih kuat berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan selain memperkukuhkan kedudukan kewangan dalam memenuhi beberapa kriteria asas yang diiktiraf di peringkat persekutuan.
YB Exco saya mohon celah sikit. Terima kasih saya tau portfolio YB ni memang hebat dan saya nak bagi kredit kepada Majlis Daerah Kerian kawasan saya antara yang terhebat selalu dapat award dan sebagainya tapi satu je failure ini bagi saya satu kegagalan tapak pelupusan sampah di kawasan Kerian masih menggunakan cara manual. Saya pergi lawat baru ni bukit yang pertama dah tutup sekarang dah beli tanah nak buat bukit yang kedua saya rasa kita kena move on kerana ada cara pelupusan sampah yang bukan lagi cara manual. Baru-baru ini saya terpaksa lapor kepada Jabatan Alam Sekitar Pusat Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kerian menyebabkan sungai-sungai yang di belakang menjadi hitam pencemaran alam. Jadi mungkin lepas ni penghargaan buat tu kena tarik balik. Saya simpati kepada mereka, mereka kerja kuat. Mohon perhatian daripada YB Exco.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu, kebetulan apa yang saya akan sentuh selepas ini ada berkaitan dengan tapak pelupusan sampah dan saya ambil maklum tentang masalah pengurusan tapak sisa pepejal yang dihadapi bukan sahaja di Kerian, malah di seluruh Negeri Perak dan kami sedang dalam usaha untuk menambah baik pengurusan. Timbalan Yang di-Pertua dua Pelan Induk…
YB Exco saya nak saya tertarik dengan sedikit isu berkenaan perumahan tadi, saya simpan perkara ini daripada sidang Dun sebelum lagi untuk saya tidak cakap di sini tapi jika saya perlu bercakap juga kerana sekhidmat saya bukan kerap kali bahkan terlalu banyak aduan ini diberikan daripada awal sidang Dun saya rasa mungkin isu ini isu yang libatkan hak sebelum ini tapi jika saya perlu cakap di sini berkenaan isu perumahan pangsapuri di Taman Residensi Fasa 2 yang terbengkalai berkaitan dengan mungkin berkaitan dengan pemaju tapi kita rasa begitu terkilan bila mana pembeli terpaksa menanggung beban tersebut.
Isu perumahan pangsapuri D'Aman ini atau D'Aman Residensi ini, bagi pembinaan fasa 2 terbengkalai begitu lama. Sijil menduduki sepatutnya diserahkan pada tahun 2020. Tapi malangnya, sehingga hari ini tiada sebarang proses bayaran dibuat kepada pihak, pihak bank dan pihak bank pula telah, mereka, pembeli ini telah mulakan bayaran dengan pihak bank. Hingga kini pembeli tidak boleh masuk ke dalam rumah mereka sendiri. Jadi kalau inilah YB Exco kita turun, kalau kita pergi ke kawasan tersebut, kita akan tengok satu bangunan dah diduduki oleh penduduk dan saya bawa isu, kalau perasan saya bawa isu tentang warga asing yang tinggal kawasan tersebut dan saya ucap terima kasih kepada negeri kena bantu selesaikan. Cuma isu kedua pula, isu pangsapuri D'Aman Residensi Fasa 2 terbengkalai ini. Jadi mungkin YB Exco ada maklumat tersebut. Paling tidak, saya boleh bagi tahu pada masyarakat yang pihak Kerajaan Negeri telah pun mengambil tindakan dan kita telah, orang kata, meneliti isu-isu tersebut. Terima kasih kepada YB Exco.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi yang sangat prihatin tentang isu perumahan dan sebelum ini juga pernah bangkitkan isu tentang projek terbengkalai D'Aman Residensi. Jadi, untuk makluman antara enam projek terbengkalai yang disenaraikan oleh Jabatan Perumahan Negara termasuklah D'Aman Residensi sendiri, dan walaupun kerjasama dan MoU di antara LPHP dengan Jabatan Perumahan Negara belum dirasmikan tetapi perbincangan awal telah dimulakan untuk melihat isu ini. Di mana kita sudah, sedang kenal pasti pemaju penyelamat yang berminat untuk bantu dalam isu ini dan salah, boleh saya kongsikan salah satu isu yang dihadapi di mana pembinaan sebenarnya dah hampir fasa-fasa hujung, tetapi ada isu, contohnya dari segi kapasiti sistem pembentungan yang masih tidak memenuhi keperluan di mana di kawasan tersebut memang banyak pembangunan dalam beberapa tahun ini. Jadi dari segi sistem pembetungan, pihak yang berkuasa perlu memastikan dapat memenuhi kapasiti yang dirancang sebelum CCC dapat dikeluarkan dan untuk, dapat diserahkan kepada pembeli. Jadi usaha untuk kita menyelamat projek itu telah bermula dan dari masa ke semasa juga kami dalam sesi perjumpaan dengan pembeli untuk sampaikan maklumat. Sebelum ni, saya pernah jumpa sendiri dengan wakil-wakil pembeli. Memang kita faham sangat terkesan dan sebahagian besar daripada pembeli sebenarnya merupakan penjawat awam dan mereka terpaksa bekerja, dua kerja, dua pendapatan untuk membiayai bayaran rumah ini. Jadi, kita akan cuba sebaiknya.
YB Exco, saya setuju. Untuk makluman YB Exco, saya ada jumpa pembeli di sana yang orang-orang muda yang siangnya bekerja di sektor swasta ataupun di, siang dia kerja lain, petang hingga semalam dia kerja lain. Saya sebut dalam ucapan saya baru ini, dia buat rider grab food dan sebagainya dan duit daripada grab food tersebut atau pun rider ini, dia gunakan untuk bayar bulanan bank selama tiga tahun. Saya, saya begitu sedih bila datang merayu, keadaan anak-anak pun ramai, dia kata, "ginilah YB, saya...saya bayar duit rumah ini tiap-tiap bulan, kemudian saya kena bayar lagi rumah sewa saya tinggal sekarang ini". Jadi sampai sekarang isu itu masih belum selesai dan saya ucap terima kasih juga kepada YB sebelum ini juga telah berusaha, sebelum ini, saya ingat YB sebelum ini telahpun berusaha, mungkin juga sebelum itu juga telah berusaha tapi masuk ke sesi saya ini saya nak cuba perjuangkan jugalah. Kita boleh cari solusi dan isu ini ialah isu berkaitan dengan, saya rasa orang yang membeli situ bukan orang-orang yang senang. Banyak orang-orang yang, orang yang mungkin B40 juga yang memerlukan rumah pertama. Terima kasih YB Exco.
Baik, terima kasih. Jadi selain daripada D'Aman Residence dengan projek-projek terbengkalai yang lain juga, Kerajaan negeri memang menyatakan komitmen untuk kita meneliti setiap satu dan mencari penyelesaian untuk selesaikan masalah untuk pembeli. Terima kasih.
Baik, Timbalan Yang Di-Pertua, dua pelan induk sedang dibangunkan dan dijangka akan berhasil pada tahun 2024 di bawah Kerajaan Tempatan. Pertamanya, Pelan Induk Bandar Pintar dengan izin Smart City Blue Print telah mula dilaksanakan dan kemajuan kajian sedang dipantau dari masa ke semasa. Kerjasama dan pandangan semua pihak berkepentingan telah dikumpul untuk penilaian lanjut oleh PLANMalaysia Negeri Perak selaku pengurus projek kajian ini. Kita menjangkakan dokumen Pelan Induk Smart City akan dapat diterbitkan pada suku kedua tahun ini seperti yang dijadualkan.
Selain daripada itu, Pelan Induk Sisa Pepejal Negeri Perak ataupun singkatannya PISPEN merupakan agenda yang akan diberikan lebih perhatian oleh portfolio kerajaan tempatan pada tahun ini. Pelan induk ini akan membantu perancangan negeri dalam mendapatkan formula terbaik pendekatan mengurus sampah di setiap lapisan masyarakat termasuk kaedah pengasingan sisa pepejal di punca penetapan dasar pengurusan tapak sisa pepejal berteknologi baru dan sehingga kepada perancangan ekonomi kitaran yang mengubah sampah-sampah bagi mendapatkan hasil baru iaitu dengan izin waste to money. Semua usaha ini akan dapat berjalan, semoga usaha ini akan berjalan seperti yang dirancang. Jadi ini sedikit sebanyak respon kepada Yang Berhormat Alor Pongsu. Memang Kerajaan Negeri dalam tahun ini sasarkan pelan induk untuk pengurusan sisa pepejal ini akan dapat di sempurnakan untuk kita melihat secara menyeluruh pengurusan tapak pelupusan sampah yang khususnya dah diadakan dengan tempoh hayat. Bagaimana kita nak kurangkan sampah dari puncanya dan bagaimana kita nak galakkan ekonomi kitaran. Untuk manfaatkan semua masyarakat yang berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua, Perak BEST ataupun Perak Bersih dan Sihat merupakan pendekatan santai yang dirancang sebagai medium hubungan langsung semua PBT dengan masyarakat awam melalui 16 slot siaran langsung Perak FM yang telah bermula sejak 1 Februari yang lalu. Datuk Bandar dan semua Yang Dipertua mengambil bahagian dalam sesi-sesi berasingan untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti PBT di samping memupuk masyarakat ke arah cara hidup bersih dan sihat yang dijadualkan sepanjang tahun hingga November 2024. Agenda pemerkasaan PBT tidak akan sempurna tanpa pembangunan aplikasi dan teknologi baru. Sehubungan itu, portfolio kerajaan tempatan telah memulakan langkah menjalinkan kerjasama strategik melalui lawatan kunjung hormat ke atas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 22 haribulan Februari lalu bagi mendapatkan percambahan idea dalam menerapkan teknologi-teknologi tertinggi di pasaran yang boleh diteliti lanjut untuk kesesuaian manfaat rakyat Perak.
Saya yakin hasil lawatan ini telah berjaya membuka mata ahli delegasi untuk menambah nilai perkhidmatan PBT melalui pendekatan yang lebih segar dengan perkongsian lebih 15 aplikasi yang dibentang dan didemonstrasi sepanjang sesi lawatan tersebut. Jadi sebenarnya di peringkat PBT, banyak usaha untuk kita cuba mengaplikasikan teknologi dan inovasi yang terkini untuk bantu kita meningkatkan lagi mutu perkhidmatan PBT. Sebagai contoh, ada hasil teknologi yang boleh bantu PBT laksanakan tugas untuk mengesan dan penguatkuasaan untuk longgokan sampah haram, tapak pelupusan haram dengan lebih berkesan dan ada juga hasil teknologi yang boleh bantu untuk kita membuat pemantauan kerja-kerja kontraktor, kakitangan dan sebagainya supaya meningkatkan keberkesanan dan baru-baru ini juga Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan kamera badan oleh pasukan penguatkuasa. Ini satu cara yang boleh meningkatkan ketelusan di samping bantu untuk mengumpul bukti-bukti dalam kita menjalankan operasi penguatkuasaan.
Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua saya ingin masuk untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan. Semula dengan isu kerajaan tempatan. Yang Berhormat Tronoh dan Bota telah menyentuh usaha-usaha Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjayakan kempen Tiada Beg Plastik dengan izin No single Use Plastic . Saya ingin merangkumkan isu isu ini seperti berikut. PBT sentiasa menyambut baik pelaksanaan dasar dan agenda kelestarian alam sekitar berpandukan 2 garis panduan iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik melalui pengenaan caj penggunaan beg plastik pada hari Sabtu setiap minggu di Negeri Perak tahun 2023 dan juga Garis Panduan Pemberian Straw atau Penyedut Minuman Atas Permintaan. Hasilnya, sepanjang tahun 2023, sebanyak 294 premis telah berdaftar dengan kempen No single Use Plastic dan tidak lagi membekalkan sebarang beg plastik kepada pengguna dan 489 premis perniagaan telah mengenakan caj beg plastik kepada pengguna. Dalam pada itu, sebanyak 33 premis telah menyertai kempen pemberian straw atau penyedut minuman atas permintaan. Usaha dan galakkan untuk meningkatkan keterlibatan lebih banyak pemilik dalam kempen-kempen ini dilaksanakan secara berterusan oleh PBT di Negeri Perak.
Jadi, saya juga ingin alu-alukan usaha Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menggalakkan premis-premis perniagaan di kawasan masing-masing untuk memberi sokongan kepada usaha dan kempen ini. Bagi menjawab saranan Yang Berhormat Selinsing berhubung perkhidmatan kutipan sampah di luar bandar iaitu kawasan di luar pentadbiran PBT. Kerajaan Negeri bercadang untuk meneliti semula keberkesanan dasar dan pelaksanaan inisiatif ini agar dapat mencadangkan langkah pemerkasaan kualiti perkhidmatan ini melalui pendekatan baharu yang bakal dicadangkan untuk pelaksanaan pada tahun 2025. Untuk rekod, sehingga kini 177 buah kampung tradisional telah menerima perkhidmatan ini dengan peruntukan sebanyak RM11.1 juta sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2021.
Jadi pada asalnya inisiatif untuk laksanakan perkhidmatan kutipan sampah di kawasan luar PBT adalah untuk menangani masalah keperluan kutipan sampah di kawasan luar PBT dan kita tak nak berlakunya isu-isu longgokan sampah haram yang berleluasa. Cuma selepas dilaksanakan sejak tahun 2021, Kerajaan Negeri lihat ada beberapa penilaian yang perlu dibuat semula untuk kita teruskan. Kalau diteruskan program ini perlu dengan satu cara yang lebih holistik dan lebih baik. Sebab pada masa kini kita nampak contohnya, ada sesetengah kampung yang terpilih untuk dilaksanakan kutipan sampah ini. Dia ada datang isu-isu sampingan pula. Contohnya, jika berlaku pihak yang tidak kerjasama dan tidak tanggung jawab, dia akan menyebabkan isu sampah melimpah dan sebagainya. Jadi, kita sedang meneliti dan kumpul maklum balas daripada pengalaman beberapa tahun ni. Cadangan tersebut dijangka mencakupi. Saya habiskan ayat ni dulu. Mencakupi keseluruhan aspek termasuk kemungkinan menambah bilangan tong sampah, meningkatkan kekerapan operasi atau memperbaiki fasiliti di tapak-tapak sampah bagi memastikan manfaat optimum berdasarkan objektif asal, pelaksanaan inisiatif ini tercapai. Silakan.
Terima kasih YB Exco. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mohon sedikit pencerahan dan cadanganlah. Berkenaan tentang tong sampah RORO yang disediakan di kampung. Yang mana ada tong sampah yang besar dan ada tong sampah yang kecil. Saya ingin mencadangkan khususnya di Dun Trong. Contohnya, di Kampung Sungai Kerang yang penduduknya padat. Ia memerlukan tong sampah yang lebih besar, yang sesuai dengan kepadatan penduduk. Manakala ada kampung yang kecil sesuailah dengan tong sampah yang kecil. Jadi saya mohon supaya pihak YB Exco melihat, yang pertama Kampung Sungai Tinggi, yang kedua di pekan Trong, pekan Trong tapi tong sampah kecil sahaja. Jadi terima kasih atas peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri menyediakan tong sampah. Saya minta sediakan tong sampah yang lebih besar. Terima kasih.
Yang Berhormat YB Tronoh.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dan saya ingin menambah sedikit berkenaan daripada Yang Berhormat Selinsing, Trong Trong, Trong sorry. Di mana juga terdapat masalah di Kampung Baru Bemban, di mana tong RORO yang disediakan pada hari ini tidak mencukupi untuk menampung amaun sampah yang terdapat di dalam kampung tersebut kerana baru-baru ini di mana sekitar Kampung Baru Bemban ini ada beberapa taman yang sedang menaik. Jadi ada antara juga yang penduduk di dalam taman itu juga membuang sampah ke dalam tong RORO itu, maka dia menjadi tong RORO itu tidak mencukupi untuk menampung sekiranya daripada pihak PBT ataupun daripada pihak Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan sekiranya boleh. Saya memohon supaya di Kampung Baru Bemban ini ditambah lagi dengan satu tong RORO. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Terima kasih. Saya ambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Trong dan juga Tronoh untuk kami teliti semula dan untuk menambah baik keadaan yang ada. Sebenarnya kalau kalau selagi boleh memang kita nak bekalkan sebanyak tong yang diperlukan, cuma kadang kala terbatas jugak dengan kemampuan kewangan yang ada. Apapun, kita akan cuba merancang sebaik mungkin dan salah satu kempen yang saya sebut tadi Perak Best iaitu Perak bersih dan sihat juga, kita harap melalui kempen ini dapat mendidik masyarakat kepada perkhidmatan yang dibekalkan dan juga kesedaran di kalangan masyarakat untuk beri kerjasama yang sebaiknya dan kurangkan isu-isu dari segi kebersihan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Panjang dan Hutan Melintang telah membangkitkan berkaitan Program Sentuhan Kasih anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Untuk makluman, Yang Berhormat, Program Sentuhan Kasih anjuran KPKT merupakan saluran bantuan peruntukan yang diluluskan melalui aktiviti turun padang sejak tahun 2023. Program ini bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat menerusi pembangunan infrastruktur awam. Berhubung cadangan-cadangan YB untuk mendapatkan bantuan daripada program Sentuhan Kasih ini, Kerajaan Negeri melalui bahagian Kerajaan Tempatan akan meneliti perkara ini untuk melihat kesesuaian untuk diangkat cadangan-cadangan untuk pertimbangan lanjut pihak KPKT.
Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Pulai, Chenderiang dan Ayer Kuning yang bertanyakan soalan berhubung haiwan ternakan yang berkeliaran atau merayau. Perkara berkaitan pengurusan haiwan terletak di bawah bidang kuasa pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang ditadbir melalui Akta Kebajikan Haiwan 2015 atau dikenali sebagai Akta 772. Satu Mesyuarat Penyelarasan Bidang Kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengendali isu anjing terbiar dan haiwan merayau di negeri Perak telah diadakan pada 9 hari bulan Januari 2024 yang lalu bagi menelitikan peruntukan-peruntukan daripada Akta 772 dan hasil perbincangan mendapati pelbagai kesalahan pemilik haiwan sehingga mengakibatkan isu haiwan merayau telah diperuntukkan dalam akta tersebut. Walau bagaimanapun, kaedah penguatkuasaan ke atas akta tersebut masih perlu diberikan perhatian bagi menangani isu ini dengan lebih berkesan. Dalam mesyuarat tersebut juga telah menetapkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Kebajikan Haiwan di peringkat Negeri Perak selaras dengan Peruntukan Seksyen 13 Akta tersebut sebagai platform utama membincangkan perkara-perkara berhubung haiwan terbiar bersama pihak Pejabat Daerah Dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Perak.
Saya percaya Jawatankuasa Kebajikan Haiwan Peringkat Negeri Perak yang bakal diwujudkan kelak akan dapat membincangkan isu lanjut isu-isu membincangkan secara lanjut isu-isu utama dalam pengurusan haiwan terbiar yang dikenal pasti selama ini. Di mana jawatankuasa yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini sudah pasti akan mendapat kerjasama dan komitmen sepenuhnya dari kesemua 15 PBT dalam menangani isu ini. Tindakan penyelesaian yang lebih tuntas termasuk isu kuasa pengendalian ubat pelali yang hanya membenarkan Pegawai Veterinar yang diperuntukkan bawah Akta Racun 1952 dan Akta Doktor Veterinar 1974. Sedangkan kekurangan jumlah pegawai teknikal dan pakar yang sangat signifikan untuk mengendalikan ubat pelali. Juga isu kos ubat pelari bagi menangkap haiwan yang tinggi, tiada tempat pengumpulan iaitu pond yang bersesuaian untuk operasi serta kos mengurus makan minum haiwan yang ditangkap. Pada masa yang sama, PBT juga sentiasa berusaha untuk menangani isu ini dengan pelbagai kempen dan juga operasi penguatkuasaan supaya sebelum penyelesaian yang lebih menyeluruh dapat dirangka bersama.
Menyentuh isu banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Pinji dan Manjoi. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah mengenal pasti jajaran parit tanah di dalam kawasan Dun Pasir Pinji yang melibatkan jajaran sepanjang 250 meter. Pihak Majlis telah merekodkan jajaran parit itu untuk penyelenggaraan rutin bagi membersih dan mendalamkan sekurang-kurangnya 2 tahun, 2 kali setahun melalui kontrak tahunan selenggara longkang utama. Untuk makluman, Yang Berhormat Manjoi, Lokasi RPT Chemor adalah terletak di Batu 10 Chemor dan secara semakan awal mendapati sistem parit perparitan di kawasan ini telah wujud sedia ada. Namun siasatan lanjut akan dilakukan di tapak bagi mengenal pasti dan menambah baik sistem perparitan di kawasan tersebut. Terdapat permohonan pelan kerja tanah daripada Syarikat Tasek Corporation bagi mengawal hakisan dan air kelodak di kawasan tersebut. Semakan melalui pelan kerja tanah terdapatnya kolam tadahan sedia ada yang bertindak sebagai kawalan air hujan air larian hujan. Walau bagaimanapun, pihak MBI akan membuat pemantauan dari masa ke semasa. Bagi isu jalan tidak rata atau rosak yang melalui Jabatan Sungai Kati juga akan diambil tindakan selenggara oleh MBI melalui pihak konsesi.
Namun begitu, pemantauan dari masa ke semasa serta siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar banjir kilat supaya kaedah penyelesaian lebih menyeluruh dapat diperolehi. Bagi kawasan tadahan banjir di Sky Garden, MBI telah memohon peruntukan dan sedang menunggu kelulusan permohonan daripada KPKT. Buat masa ini, pihak JPS juga terdapat perancangan untuk menyelenggara Sungai Jarum Emas yang terletak berhampiran kawasan tersebut yang dipercayai sebagai kawasan final discharge bagi kawasan-kawasan tersebut. Oleh yang demikian, adalah diharapkan kerja-kerja ini dapat mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan tersebut. Timbalan Yang di-Pertua saya ingin beralih kepada isu-isu perumahan.
Terima kasih kepada YB Exco. Ada perkara yang sama berkenaan dengan banjir ini banjir kilat. Saya tengok soalan saya tidak naik pagi tadi, sebab itu berkenaan dengan fokus kepada satu taman yang sering banjir kilat di Taman Bistari, Kamunting. Mungkin YB Exco ada jawapanlah kepada soalan tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Kamunting. Saya rasa masa yang tinggal tidak banyak lagi dan saya belum sentuh isu perumahan. Jadi kalau isu banjir kilat yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kamunting terpaksa saya jawab secara bertulis kemudian. Terima kasih. Yang Berhormat Gunong Semanggol, Pasir Panjang, Behrang, Changkat Jong, Manjoi, Bota, Kubu Gajah, Bercham, Manong, Trong dan Kampung Gajah dalam membangkitkan isu berkenaan skim perumahan rakyat. Izinkan saya menjawab bersekali berkaitan isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak sebagai peneraju Agenda Perumahan Perak Sejahtera 2030 sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan sasaran kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik bagi golongan sasar tercapai dan berada dalam landasan yang betul.
Untuk makluman, Yang Berhormat 57000 unit rumah tersebut adalah keperluan perumahan menjelang tahun 2030 berdasarkan kepada unjuran isi rumah dan peratusan pemiliki rumah, pemilikan rumah merangkumi harga rumah harga terbuka dan rumah mampu milik. Namun begitu, pihak LPHP akan sentiasa memantau penyediaan perumahan ini dan telah memulakan sesi libat urus bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri dan persekutuan bagi menyedia yang menyediakan perumahan mampu milik dan turut menjalankan sesi libat urus bersama PBT bagi memastikan permohonan kebenaran merancang yang melibatkan skim perumahan oleh pemaju swasta sentiasa mematuhi dasar perumahan Negeri Perak. Timbalan Yang di-Pertua, pihak LPHP mempunyai projek skim perumahan yang di yang terancang di beberapa kawasan di bawah projek Rumah Perakku dan LPHP bertanggungjawab dalam mengawal selia pembangunan melibatkan pemaju swasta bagi membina projek perumahan di atas tanah hak milik pemaju dengan mengenakan syarat pembinaan komponen Rumah Perakku agar agar golongan sasaran dapat memiliki rumah dengan harga yang terkawal.
Harga Rumah Perakku ini masih dikawal oleh kerajaan melalui LPHP di mana setiap pemaju dikehendaki mendapat surat sokongan untuk pengesahan harga sebelum permohonan lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan APDL dikemukakan kepada pihak Jabatan Perumahan Negara KPKT. Kualiti perumahan rumah mampu milik adalah dipantau oleh PBT di mana kelulusan sijil penyiapan dan pematuhan CCC akan diserahkan setelah penilaian dilakukan oleh sekumpulan ahli profesional dilaksanakan. Pemberian CCC ini adalah sebagai langkah untuk memastikan bangunan kediaman tersebut dibina mengikut pelan asal yang telah diluluskan selamat dan sesuai untuk diduduki. Kerajaan Negeri telah meluluskan garis panduan dan kaedah pengenalpastian tanah kerajaan yang boleh dijadikan sebagai kawasan penempatan dan perumahan. Antara kawasan yang telah dikenalpasti adalah tapak-tapak RPT sedia ada yang masih berstatus tanah kerajaan untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Daripada awal pelaksanaan RPT konsep kampung tersusun ialah satu kawasan yang teratur dan terancang dengan mempunyai kemudahan-kemudahan awam serta keadaan persekitaran yang bersih dan sihat.
Oleh itu, perancangan itu perancangan dan persediaan akan dilaksanakan oleh pentadbiran tanah di Negeri Perak untuk mengenal pasti dan menyediakan tapak yang bersesuaian dengan keperluan bagi maksud menyediakan tapak bagi golongan yang memerlukan dengan kerjasama LPHP serta pemaju-pemaju yang komited. Yayasan Perak juga komited dalam memastikan hasrat Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan rakyat negeri Perak dapat menikmati kediaman yang selesa. Justeru itu, kerajaan negeri Perak melalui Yayasan Perak telah mewujudkan program bina baharu rumah sebagai bantuan kepada golongan sasar yang layak. Namun, masalah pemilikan tanah saya habiskan tentang isu ini dulu, terima kasih. Namun masalah pemilikan tanah adalah antara salah satu sebab yang menjadi penghalang kepada sesetengah orang yang layak tetapi tidak memiliki tanah milik sendiri. Sehubungan itu, Yayasan Perak secara proaktif telah membenarkan pemohon yang tidak memiliki tanah milik sendiri untuk mendapatkan persetujuan secara bersumpah dari pemilik tanah lain bagi membina rumah baharu mereka. Bagi pelaksanaan program baik pulih rumah di bawah Program Sayangi Rumahku oleh Yayasan Perak sehingga kini dari tahun 2023 hingga awal tahun 2024, sebanyak 80 buah rumah telah mendapat bantuan baik pulih rumah dan sebanyak RM1.2 juta telah dibelanjakan. Yayasan
Perak sentiasa bersedia bagi memastikan program ini sampai ke sasaran seperti mana yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sila Sungai Manik.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya tertarik dengan isu perumahan yang dibawa oleh YB Exco. Antara cadangan yang saya dengar tadi untuk memajukan kawasan RPT. Perak ini cukup banyak kawasan RPT yang agak lama. Yang menjadi isu di kalangan ramai wakil rakyat. Mereka bayar hasil kalau buat rumah sudah 20 tahun membayar setiap-tiap tahun bayar hasil sebab infra tidak ada. Jadi kalau pihak LPHP mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan membina rumah satu langkah yang baik. Cuma mungkin boleh difikirkan sebab tanah amat terhad. Tidak semua orang memiliki tanah untuk membina rumah. Tadi YB sebut tentang Yayasan Perak, rumah bina baharu pun terhad. Beberapa unit sahaja dia boleh buat setahun dengan bajet yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Saya yakin kemampuan ini mungkin dapat dibantu oleh LPHP. Sebab kalau mengikut senarai menunggu di setiap daerah cukup panjang. Ada yang mungkin kalau ikut tempoh dengan bajet yang ada dengan Yayasan Perak itu mungkin 5 tahun lagi tidak buat rumah lagi. Jadi, kita kena bantu mereka. Satu lagi saya nak minta pandangan daripada YB Exco, di Negeri Perak ini cukup banyak rumah-rumah hantu. Kuarters guru atau kuarters yang ditinggalkan yang tidak ada penghuni. Ada sebahagiannya menjadi tempat sarang penagih dadah. Sayanglah, saya tahu masalahnya tanah ini tanah-tanah federal tanah PTG. Saya ingat kita ada Perdana Menteri dekat Perak, kita ada Timbalan Perdana Menteri di Perak jadi ambil balik lah tanah-tanah ini. Kita sudah ada dua pemimpin besar di pusat. Dahulu masalahnya kita hendak minta pusat tidak bagi PTG tidak bagi. Hari ini kita ada PM dan Timbalan Perdana Menteri di Negeri Perak, kalau mereka tidak boleh tolong kita, kita hendak bantu rakyat ini. LPHP saya rasa tidak ada tidak ada masalah untuk mengeluarkan kos pembaikan dan sebagainya dan akhirnya kita boleh sewa beli dengan orang yang tidak mampu nak bina rumah. Itu cadangan sayalah. Terima kasih.
Saya hendak ingatkan YB Exco, sekarang tinggalkan 5 minit sahaja. Kalau bagi celah lagi, tidak ada masa untuk penggulungan. Sila terus.
Baik, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua saya cuba untuk pendekkan. Terima kasih atas cadangan Sungai Manik di mana cadangan tentang kuarters yang terbiar itu, kita akan telitikan dari segi praktikaliti bagaimana kita dapat selesaikan masalah untuk manfaatkan bangunan yang telah ada. Untuk isu RPT pula, sebelum ni memang dilihat dari segi pelaksanaan RPT, ada kelemahan yang perlu diatasi. Contohnya ada yang dapat lot tanah tetapi tidak bangunkan dan menjadi pula isu gangguan semak samun dan sebagainya. Jadi memang di peringkat Kerajaan Negeri sudah ada satu hala tuju yang baru untuk RPT dan juga LPHP diberi peranan yang lebih besar untuk pembangunan dalam masa yang akan datang. Sikit lagi masa yang saya ada, saya cuba habiskan.
Bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Sungai Manik mengenai status terkini Projek Kampung Datuk Nazri. Projek ini kini dalam peringkat akhir iaitu baki kerja di tapak bagi pemasangan meter lampu jalan JKR, pemasangan lampu jalan taman dan pemeriksaan oleh PBT serta pemaju dalam proses mendapatkan surat sokongan. Projek ini dijangka akan siap dalam pertengahan tahun 2024. Jadi, semoga semua usaha dan perancangan itu akan berjalan dengan baik dan lancar. Yang
Berhormat Slim telah membangkitkan isu perumahan generasi kedua FELDA yang telah lama terbengkalai dan mekanisme pemilihan lokasi pembinaan rumah di kawasan Daerah Muallim. Untuk makluman Yang Berhormat, perumahan generasi baru Felda melibatkan dua rancangan di Negeri Perak iaitu Felda Gunung Besout 2 sebanyak 102 unit dan Felda Lasah sebanyak 100 unit. Perumahan Generasi Baru Felda Lasah telah siap 100%. Status terkini adalah dalam proses kemasukan peserta yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Aset Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur.
Manakala Felda Besout 2, fizikal rumah telah siap 100%. Kini dalam proses mendapatkan sokongan daripada PBT untuk pemberian CCC. Jangkaan perolehan CCC pada hujung April 2024. Kemasukan peserta juga akan diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Aset Ibu Pejabat Felda. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Perak Sejahtera 2030, Daerah Muallim yang telah diadakan pada 12 Disember 2023, terdapat tiga projek perumahan mampu milik yang dirancang untuk dilaksanakan di Daerah Muallim iaitu pertama, Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang melibatkan sebanyak 1400 unit yang merangkumi rumah kediaman Perakku 1, 2 dan 3 dan akan dilaksanakan di Wilayah Bandar Behrang 2020. Kedua, projek pembangunan Rumah Mampu Milik Kota Malim Prima oleh Maju Perak Holdings Berhad di Kota Malim Prima dan projek ini dijangka akan mula pada tahun 2024. Ketiga, projek pembangunan Rumah Mampu Milik Slim River oleh SSI melalui syarikat pemaju yang telah dilantik iaitu Syarikat Puspa Kota Sdn. Bhd. Ketiga-tiga projek ini telah disenaraikan dalam senarai Projek Perak Sejahtera Daerah Muallim dan akan dipantau status dari masa ke semasa melalui Jawatankuasa Perak Sejahtera Daerah Muallim yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Selain daripada cadangan projek di atas, terdapat tiga projek perumahan mampu milik yang sedang dilaksanakan di Daerah Muallim iaitu Projek Rumah Perakku oleh LPHP di Trolak, Pekan. Projek Rumah Perakku di Hulu Bernam Timur dan perumahan mampu milik Proton di Proton City.
Yang Berhormat Kubu Gajah telah membangkitkan isu berkaitan pembangunan perumahan baharu supaya mengikut kepada permintaan di sesuatu kawasan dan mencadangkan pihak pemaju mengkaji reka bentuk rumah yang sesuai. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak LPHP mempunyai pangkalan data permohonan Rumah Perakku di setiap daerah dalam Negeri Perak. Jadi melalui data pendaftaran ini, pihak Kerajaan Negeri dapat mengetahui keperluan dan permintaan Rumah Perakku di setiap daerah dan perancangan akan dibuat berdasarkannya dan berdasarkan data Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta iaitu NAPIC.
Sebahagian besar lambakan rumah tidak terjual di Negeri Perak melibatkan unit rumah berharga lebih daripada RM160 ribu iaitu kategori Rumah Perakku 3 dan kategori Rumah Harga Terbuka. Jadi, memang menjadi…pihak LPHP memang manfaatkan daripada data dan juga analisa yang ada untuk kita merancang pembinaan dan pembangunan perumahan dan juga menjadi tanggungjawab pihak pemaju untuk memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan memenuhi keperluan kawasan tertentu. Timbalan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang sempat saya beri mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Jika terdapat isu yang tidak sempat, saya jawab secara lisan, akan saya berikan jawapan secara bertulis. Jadi, sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan, cadangan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Saya akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan sama-samalah kita berusaha mainkan peranan masing-masing untuk menjayakan Pelan Strategik Perak Sejahtera 2030. Jadi, saya ingin akhiri dengan serangkap pantun.
Putik Kemboja baru mengembang, Wangi mengharum di tengah halaman, Erat perpaduan bangsa berbilang, Kesejahteraan bersama satu tujuan.
Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Teja dan seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Aulong untuk menggulung perbahasan. Sila.
Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati. Patik Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Mencemar Duli merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan lalu di Dewan pada 23 Februari 2024 yang lalu.
Ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan Ahli-ahli Berhormat Kerajaan dan Pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab saya iaitu Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan semasa menyampaikan Titah Baginda di dewan yang mulia ini, telah menyentuh pelbagai isu dan tanggungjawab Kerajaan Negeri terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar demi mencapai kelestarian dan kesejahteraan hidup masyarakat di Negeri Perak. atik sebagai seorang wakil rakyat Negeri Perak yang peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar menyokong sepenuhnya Titah yang disampaikan oleh Tuanku khususnya dalam perenggan 37. Keprihatinan Tuanku terhadap kelestarian alam sekitar jelas disampaikan melalui Titah Diraja berkenaan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA).
Laporan ini adalah penting dalam menilai kesan-kesan negatif yang mungkin berlaku ke atas alam sekeliling. Sejajar dengan itu, Dasar Alam Sekitar Negara diwujudkan bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan. Merujuk kepada kelestarian alam sekitar melibatkan kualiti persekitaran jangka Panjang. Titah Paduka Seri Tuanku juga ada menyentuh mengenai impak negatif yang akan berlaku daripada penggunaan plastik sekali guna sehingga used plastic dengan izin yang tidak terkawal. Hal ini kerana penggunaan plastik sekali guna akan mencemarkan alam sekitar dan kesihatan manusia. Seterusnya Baginda juga menyentuh mengenai usaha negara untuk mencapai matlamat sifar bersih karbon menjelang tahun 2050 yang menuju ke arah trend yang positif. Inisiatif yang dijalankan ini juga adalah amat baik menerusi pemetaan nilai stok karbon hutan dalam merangka strategi yang komprehensif. Justeru itu, penyelidikan yang lebih terperinci mengenai potensi perdagangan kredit karbon hutan adalah amat diperlukan. Di samping itu unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) merupakan sumber ekonomi baru Negeri Perak yang amat bernilai yang boleh menjana pulangan keuntungan yang tinggi kepada kerajaan negeri dengan menggunakan kaedah penerokaan In-situ yang dilaporkan mesra alam. Namun NRREE ini telah mengundang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencerobohan dalam operasi pengeluaran mineral secara haram yang perlu diambil tindakan yang sewajarnya. Mengambil contoh kes tangkapan aktiviti penerokaan bahan mentah NRREE secara haram di Hutan Simpan Bintang Hijau Hulu Perak. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pasukan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan di dalam menangani isu perlombongan haram di dalam hutan simpanan kekal, antaranya peneroka haram telah menggajikan penduduk setempat sebagai mata dan telinga mereka sekiranya pegawai penguatkuasa menghampiri kawasan mereka.
Kawasan HSK yang diteroka agak jauh ke dalam hutan. Kawasan yang sangat sunyi dan pasti peneroka haram boleh mengetahui kehadiran pegawai penguat kuasa. Kawasan lombong haram yang diusahakan adalah di bawah kanopi hutan, tebangan pokok yang sangat mineral dan penggunaan bahan penyamaran menyebabkan kesukaran pasukan penguatkuasa untuk mengesan aktiviti haram tersebut dan penggunaan alat komunikasi yang canggih di mana peneroka haram yang duduk jauh di dalam hutan boleh berkomunikasi dengan perisik di luar. Bagi menangani cabaran ini pihak penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah mengadakan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan operasi risikan bagi maksud mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kegiatan haram ini. Pelbagai kaedah risikan dan intipan yang digunakan seperti penyamaran, tinjauan udara dengan menggunakan helikopter penderiaan jauh remote sensing dan drone bagi maksud mendapatkan maklumat lanjut kegiatan haram ini dan menyusun strategi untuk menangkap pekerja-pekerja teroka haram yang terlibat. Risikan dan intipan telah dijalankan selama tiga bulan bagi memastikan keberhasilan serbuan dengan membuat tangkapan terhadap orang-orang yang disyaki menjalankan aktiviti lombong haram.
Pada 8 Disember 2023 pihak PDRM dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah bertindak untuk membuat serbuan ke atas lokasi yang disyaki. Seramai 27 orang suspek telah berjaya ditahan di dalam kawasan HSK. Mereka terdiri daripada 18 orang warga asing serta sembilan orang warga tempatan. Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai permit memasuki HSK dan tiada permit penggunaan bagi aktiviti mencari gali gangsa di dalam HSK. Keluasan lombong haram tersebut dianggarkan seluas lebih kurang dua puluh hektar sekitar kawasan teroka. Semua peralatan dan jentera yang dijumpai di kawasan tersebut telah disita dan dirampas termasuk lubang-lubang kuari yang telah digali seluas lebih kurang 1.47 hektar. Jabatan Mineral dan Galian (JMG) yang turut sama membantu dalam operasi ini bagi mengesahkan mineral di kawasan tersebut menyatakan bahawa kerja-kerja pengeluaran mineral di kawasan tersebut masih belum lagi dijalankan. Kes ini masih dalam siasatan dan pertuduhan akan mengikut peruntukan Seksyen 32, 47, 81(1)(b) dan 81(1)(d) Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu Akta 313 yang masing-masing jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Seterusnya saya beralih ke peranan dan kepentingan EIA. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 secara umumnya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan pencemaran udara dan air khususnya dari industri. Selain itu di dalam akta ini terdapat perintah yang digariskan berkaitan kawalan pencemaran terhadap aktiviti-aktiviti yang ditetapkan yang melibatkan kerja-kerja penerokaan atau pembukaan tanah seperti kuari iaitu Perintah Kualiti Alam Sekeliling Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling Aktiviti Yang Ditetapkan tahun 1987 atau lebih dikenali Perintah EIA yang bertujuan mengkaji impak signifikan aktiviti terhadap alam sekitar. Pemakaian perintah ini adalah pada tahun 1987 dan perintah tersebut telah dipinda pada tahun 2015 iaitu Perintah Kualiti Alam Sekeliling Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling Aktiviti Yang Ditetapkan 2015. Sekiranya terdapat cadangan kawasan kuari baru dan kawasan industri hendak dibangunkan, Jabatan Alam Sekitar akan melihat dari segi keperluan penyediaan laporan EIA di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang perlu dilaksanakan oleh penggerak projek terlebih dahulu bagi mengenal pasti mengkaji impak dan mencadangkan langkah-langkah mitigasi sekiranya sesuatu projek dibangunkan. Peranan Jabatan Alam Sekitar bersama agensi teknikal yang berkaitan akan membuat penilaian terhadap Laporan EIA yang dikemukakan oleh penggerak projek melalui perunding EIA dan seterusnya membuat pertimbangan melalui Jawatankuasa EIA Technical Review Committee sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya. Sekiranya diluluskan penggerak projek hendaklah melaksanakan dan mematuhi tanpa gagal syarat-syarat tersebut yang menggariskan elemen-elemen langkah kawalan dan langkah mitigasi serta pemantauan alam sekitar sepanjang projek berjalan.
Pemantauan untuk melihat pematuhan kuari yang diluluskan akan dijalankan oleh agensi-agensi teknikal yang berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama agensi teknikal yang berkaitan akan sentiasa memastikan penguatkuasaan secara berkala dilaksanakan terhadap kuari-kuari dan premis-premis punca pencemaran mengikut syarat syarat kelulusan EIA peraturan-peraturan dan peruntukan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Perancangan di peringkat awal pelaksanaan projek dan penguatkuasaan yang berkesan di peringkat operasi adalah elemen utama di bawah bidang kuasa jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan bagi memastikan kelestarian alam sekitar dapat dicapai seiring dengan pembangunan yang dilaksanakan.
Yang Berhormat Exco. Terima kasih Yang Berhormat Exco. EIA dia bermula lebih kurang 2015. Jadi kalau saya tengok pada statistik daripada Pengarah Jabatan Alam Sekitar daripada 136 syarikat kuari ada 76 sahaja yang mempunyai kelulusan EIA. Jadi maknanya yang tak ada kelulusan tu ia adalah sebelum EIA dikuatkuasakan. Jadi sekarang ni berapa kuari yang belum, maknanya yang di bawah belum orang kata…
Yang belum dapat...
ataupun dia beroperasi sebelum…
dia di bawah kawalan EIA.
Dan bagaimana pemantauan kepada syarikat-syarikat ini. Kalau EIA dia adalah dia punya ini yang sebelum ini. Terima kasih.
Ok, melainkan pertanyaan itu merupakan satu pertanyaan yang khusus. Saya akan mendapatkan data dan menjawab secara bertulis, ok?
Dan Exco, tadi syarikat yang buat operasi perlombongan haram tu boleh tahu tak nama syarikat?
Nama syarikat. Ok, ini pencerobohan haram biasanya diatas nama syarikat. Ok? Untuk makluman Dewan yang mulia, menuju kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menggariskan keperluan untuk melaksanakan langkah-langkah kelestarian alam selaras dengan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik sekali guna 2018 hingga 2030, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Bilangan 2079 bertarikh 10hb Ogos 2022 telah meluluskan pelaksanaan kempen "Tiada Beg Plastik" melalui pengenaan caj penggunaan beg plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT pada hari setiap Sabtu setiap minggu di Negeri Perak. Objektif utama pelaksanaan kempen ini adalah seperti berikut:
-mengurangkan kuantiti penggunaan beg plastik di kalangan masyarakat di negeri Perak. Meningkatkan kesedaran orang awam dalam memelihara alam sekitar yang pencemarannya disebabkan oleh pembuangan beg plastik.
-Meminimumkan sebahagian daripada punca pencemaran dan penggunaan bahan-bahan plastik yang mengundang kemudaratan kepada kesihatan masyarakat dan ekosistem secara keseluruhannya.
-Sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan kes demam denggi di lokaliti tertentu disebabkan oleh pembuangan beg plastik secara berleluasa ke laluan air, parit atau longkang yang menyebabkan air bertakung dan menjadikan punca tempat pembiakan nyamuk aedes dan;
-Yang kelima, sumber hasil alternatif kepada PBT melalui suatu kutipan caj penggunaan beg plastik yang dapat digunakan semula untuk tujuan kemudahan kepada rakyat di Negeri Perak.
Setiap Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perak telah melaksanakan kempen ini di pasar raya hypermarket atau kompleks membeli-belah, kedai serbaneka dan sebagainya. Selain itu, Pihak Berkuasa Negeri melalui MMK yang sama telah bersetuju supaya semua Agensi dan Kerajaan Negeri melaksanakan kempen menghindari plastik sekali guna di organisasi masing-masing semasa mesyuarat, majlis rasmi serta program Kerajaan Negeri seperti berikut:
-Menggantikan botol minuman plastik dengan botol kaca atau menyediakan jar air.
-Menggantikan pembalut plastik di piring pinggan mangkuk dengan penutup makanan yang boleh digunakan semula.
-Tidak menyediakan pinggan, piring, mangkuk cawan, kutleri yang bersifat sekali guna serta mengelakkan penggunaan straw plastik.
-Menyediakan water dispenser untuk kemudahan isian semula.
-Jawatankuasa- Jawatankuasa yang berkaitan dengan penganjuran majlis dan program rasmi Kerajaan Negeri hendaklah memastikan seboleh-bolehnya caterer yang dilantik mematuhi arahan larangan penggunaan plastik sekali guna ini.
YB Exco.
Walau bagaimanapun, Pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan tahap kesedaran dan keberkesanan yang tinggi dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Silakan.
Baik, terima kasih YB Exco. Alhamdulillah, sesi lepas kita bawa dalam Exco Kerajaan Negeri untuk dasar baru berkaitan dengan plastik ini lah. Alhamdulillah, tahun ini kita dapat lihat hasilnya. Cuma boleh tak YB Exco kongsi kalau dulu kita kaji di Selangor, setahun hasil Kerajaan Negeri lebih kurang RM6 juta untuk kutipan, lebih kurang RM6 juta Selangor hasil daripada caj yang dikenakan pada hari Sabtu berkaitan dengan plastik dan mungkin tahun ini boleh YB Exco maklumkan dalam Dewan yang mulia ini berapakah hasil yang Kerajaan Negeri dapat tambah untuk dikenakan caj berkaitan dengan plastik. Terima kasih.
Ok, Buat masa ini saya rasa pelaksanaan program ini masih di peringkat awal dan kita masih dalam peringkat untuk mengkaji, mengkaji satu pelaksanaan, cara pelaksanaan yang lebih kondusif. Jadi Saya akan maklumkan sekiranya terdapat...
Terima kasih, YB Exco.
Plastik yang tadi di supermarket semua dah laksana. Dah kena bayar dah.
Kebanyakannya dia belum lagi.
Pada hari Sabtu?
Di bawah PBT juga. Saya akan semak dan saya akan maklumkan.
Sebab diluluskan oleh MMK dan dah jadi Kerajaan Negeri cuma nak tahu apa hasilnya.
Hasil daripada pelaksanaan itu masih di peringkat awal. Oleh itu, saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Pasir Pinji dan Yang Berhormat Hulu Kinta terhadap kempen kesedaran dalam kalangan rakyat Negeri Perak. Sekalung tahniah diucapkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak, MAIPk dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di atas kejayaan menggembleng tenaga pihak Sekolah Agama Berasrama Penuh dalam usaha melarang pelajar menggunakan minuman dan makanan dalam botol dan bungkusan plastik. Usaha ini juga wajar dijadikan contoh untuk meminimumkan penggunaan plastik sekali guna. Ini juga sejajar dengan agenda kelestarian alam dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan Pelan Perak Sejahtera 2030. Melalui pelaksanaan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Bermula tahun 2023, sebanyak 120 buah sekolah telah melaksanakan kempen larangan penggunaan beg plastik. Sementara itu, bagi tahun 2024, dijangka akan ada pertambahan lima buah sekolah menjadikan keseluruhan sekolah yang melaksanakan kempen ini pada tahun 2024 adalah sebanyak 125 buah sekolah. Semua pihak terutamanya generasi muda perlu dididik dan disemaikan kesedaran mengenai kepentingan tidak menggunakan plastik sekali guna. Kempen tidak menggunakan plastik sekali guna hendaklah diperkukuhkan dalam kalangan rakyat Perak. Langkah- langkah praktikal yang berkesan perlu diambil untuk menggalakkan penggunaan alternatif yang lebih mesra alam seperti beg kitar semula, tidak menggunakan plastik sekali guna dan menggalakkan penggunaan produk yang boleh dipecah belah atau diganti dengan bahan yang lebih mesra alam. Sebagai Exco Kerajaan Negeri team saya akan terus mengawal dan memantau untuk menyokong aspirasi kerajaan untuk tidak menggunakan plastik sekali guna serta memperkukuhkan kesedaran mengenai kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
Bagi membalas pembahasan Yang Berhormat Bota, hasil kutipan terkumpul yang diperolehi daripada caj penggunaan beg plastik akan disalurkan ke akaun amanah. Saya setuju dengan, Saya setuju dengan kenyataan tersebut tetapi masih di awal peringkat pelaksanaan. Saya setuju juga dengan kenyataan Yang Berhormat Tronoh bahawa plastik sekali guna menjadi salah satu penyumbang utama kepada pencemaran persekitaran. Perbelanjaan untuk menangani masalah ini boleh digunakan untuk membantu orang-orang yang memerlukan. Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memainkan peranan yang penting mempergiatkan kempen tidak menggunakan plastik sekali guna di bangunan jabatan-jabatan sebagai teladan kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Perak. Rancangan pelaksanaan dan mekanisme penguatkuasaan yang lebih terperinci akan dibincangkan pada peringkat seterusnya. Saya menerima baik pandangan Yang Berhormat Kamunting bahawa plastik bersama sisa sampah menyebabkan pencemaran tanah dan ancaman kepada hidupan akuatik. Walau bagaimanapun mengenai produk biodegrasi, ia masih dalam proses pembangunan yang belum sepenuhnya lengkap.
Plastik yang boleh terbiodegrasi boleh menjadi berbahaya kepada alam sekitar jika tidak dikelola dengan betul. Plastik biodegradasi tidak mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan untuk terurai dan ini menimbulkan masalah. Plastik biodegrasi telah diuji untuk memastikan bahawa ia terurai di bawah keadaan terkawal di dalam makmal, termasuk faktor-faktor seperti tahap oksigen, pendedahan UV, suhu dan lain-lain tetapi alam sekeliling tidak membekalkan keadaan yang terkawal. Jadi belum pasti bahawa plastik biodegrasi akan benar-benar terurai di alam semula jadi. Sekiranya bahan-bahan ini tidak terurai, ia akan mendatangkan risiko yang sama seperti bahan-bahan plastik yang biasa iaitu mencemari ekosistem dan habitat. Dalam isu penggunaan beg kitar semula untuk menggantikan beg plastik, saya mohon Yang Berhormat cuba bayangkan, berapa beg-beg kitar semula yang sudah ada di setiap rumah, Yang Berhormat? Ianya sebenar-benar sesuatu punca pembaziran. Pembaziran sumber bahan mentah. Walaupun beg kitar semula itu akan terurai untuk menyelesaikan masalah pembuangan dan penggunaan bahan plastik yang tidak terkawal. Konsep-konsep yang lebih kondusif adalah konsep Ekonomi Kitaran atau lebih dikenali sebagai Circular Economy.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Ekonomi Kitaran memainkan peranan penting dalam mencapai Neutrality Carbon yang berkonsepkan 9R seperti berikut.
Yang nombor 1 : Refuse. Iaitu menolak, tidak mengguna. Yang ke-2 : Re-think. Memikir semula. Sama ada perlukah? Tak perlu? Yang ke-3 : Reduce. Mengurangkan. Yang ke-4 : Reuse. Mengguna semula. Yang ke-5 : Repair. Membaiki. Yang ke-6 : Refurbish. Memperbaharui. Yang ke-7 : Re-purpose. Guna semula. Yang ke-8 : Recycle. Kitar semula dan yang ke-9 : Recover. Memulih. Berdasarkan prinsip ini, ia akan memanjangkan jangka hayat bahan produk dan perkhidmatan seterusnya meminimumkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah bagi mengurangkan kesan karbon. Walaupun sisa pepejal menyumbangkan hanya 3.54% kepada pelepasan karbon, dengan adanya sistem pengurusan sisa yang baik dan mampan, sektor sisa pepejal dapat membantu Negeri mencapai sasaran Negara bagi 'Pelepasan Karbon Sifar Bersih' seawal 2050.
Transformasi daripada Ekonomi Linear kepada Ekonomi Kitaran memerlukan kerjasama merentas sektor. Mencapai Neutrality Carbon dan Ekonomi Kitaran adalah objektif teras untuk mengurangkan perubahan iklim dan menjamin masa depan bumi yang didiami kita ini selamat. Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa dalam proses menyusun strategi dan kaedah yang lebih efektif dan efisien dalam usaha menangani isu pengurusan sisa pepejal secara menyeluruh. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Simpang Pulai mengenai kewujudan pelbagai aktiviti dalam kawasan gua batu kapur, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap berleluasa aktiviti sebegini yang dianggap bukan sahaja menjejaskan kelestarian alam sekitar malah boleh mengancam keselamatan para pengunjung sekiranya tidak dikawal dengan garis panduan atau peraturan. Justeru Kerajaan Negeri.
Exco, hat plastik tadi. Tengok nak masuk bab baru dah. Sekadar nak berkongsilah. Kita dah kempen untuk penggunaan plastik ini lama dah. Sekali guna. Adakah sampai masanya untuk buat satu dasar? Adakah sudah sampai masa? Mungkin YB Exco boleh cadang untuk kita buat satu dasar supaya agensi-agensi kerajaan, pejabat-pejabat semua di seluruh Negeri Perak termasuk Majlis Daerah atau lain-lain lah supaya memulakan usaha ini dengan menidakkan kepada plastik. Contohnya kalau misalan biasanya kalau kita bubuh dalam Facebook atau pun media sosial, mesyuarat-mesyuarat, apa-apa mesyuarat lah. Ada botol mineral dan sebagainya. Kalau boleh dah ditiadakan dengan mewujudkan satu dasar yang baru untuk Kerajaan Negeri. Kemudian produk biodegradable tadi. Nak sebut pun payah. Bahasa Melayu dia apa tadi? Yang tu, saya rasa mungkin boleh diberi perhatian jugak sebagai produk untuk menggantikan plastik tu. Sebab kita dengar beberapa pakar pun laporan daripada mereka menunjukkan bahawasanya kajian mereka memang dia boleh terurai dalam masa 3-4 bulan atau 3 bulan berbanding dengan plastik yang tak terurai sampai 200 tahun. Tapi walaubagaimana pun ada juga.
30 tahun. Dia boleh pecah saja. Tapi tidak terurai lagi. Terima kasih Yang Berhormat Selama. Pandangan itu diterima dan kita akan mengkaji secara mendalam. Ok. Saya sambung. Untuk makluman Dewan yang mulia, justeru Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 2113 telah meluluskan pengwujudan satu jawatankuasa khas untuk membentuk garis panduan yang akan dijadikan sebagai panduan dalam pengurusan aktiviti dalam gua batu kapur. Sebagai contoh, permohonan rumah ibadat agama Buddha perlu dimohon melalui pelupusan secara perizaban di bawah Seksyen 42(1)(B) dan Seksyen 62(1) Kanun Tanah Negara Akta 828. Kesemua pewartaan rumah ibadat agama Buddha, tokong kuil di atas tanah Kerajaan dan di dalam kawasan gua batu kapur akan dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Manakala Pegawai Penyelenggaraan adalah orang-orang badan agensi yang dilantik oleh Pegawai Daerah. Dokumen Pendaftaran Pertubuhan Syarikat (ROS) diwajibkan bagi permohonan perizaban tokong tapak tokong.
Syarat ini bertujuan untuk memastikan tiada pembinaan rumah ibadat agama Buddha yang dibina secara tidak sah bagi mana-mana persatuan persendirian yang tidak berdaftar dan pada masa yang sama pendaftaran sah atas nama berdaftar persatuan akan memudahkan para Pentadbir Tanah untuk melantik persatuan yang memohon tapak rumah ibadat agama Buddha. Di samping itu, setiap permohonan pelupusan tapak rumah ibadat agama Buddha di atas tanah kerajaan dan di dalam kawasan gua batu kapur akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Ini juga dapat memastikan tapak tersebut dapat dipelihara, dipulihara dan dilindungi sebagai kawasan tarikan pelancongan yang berpotensi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Negeri Perak.
Selain itu, sebarang pembangunan aktiviti industri di sekitar gua batu kapur yang dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar akan diulas berdasarkan Guideline for Siting and Zoning of Industry and Residential Area, dengan izin, terbitan JAS dalam bidang kuasa yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti keperluan penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), pengurusan buangan terjadual, larangan melakukan pembakaran terbuka dan lain-lain yang berkaitan bergantung kepada jenis pembangunan. Beralih kepada stesen pengecas EV di bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bercham dalam konteks menuju ke arah negeri bebas karbon. Pembinaan stesen pengecas kenderaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di samping memperluaskan perkhidmatan pengecaj EV di bangunan rasmi kerajaan negeri boleh dilihat sebagai langkah yang munasabah atas beberapa faktor. Nombor satu, dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada sektor pengangkutan, penggunaan kenderaan EV adalah penting dengan menyediakan stesen pengecas EV di bangunan kerajaan, kerajaan dapat memudahkan dan menggalakkan penggunaan penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang ramai. Ini akan membantu meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik dan mengurangkan pergantungan kepada kenderaan bahan api fosil. Untuk menyokong pertumbuhan kenderaan elektrik, membangunkan infrastruktur pengecas EV adalah kunci utama dengan membina stesen pengecas EV di bangunan kerajaan.
Kerajaan boleh membantu mewujudkan rangkaian pengecas yang lebih luas dan memudahkan perjalanan perjalanan kenderaan elektrik ini. Ini akan meningkatkan keselesaan dan keyakinan pengguna kenderaan elektrik. Keputusan untuk membina stesen mengecas EV di Bangunan Perak Darul Ridzuan dan memperluaskan perkhidmatan pengecas EV di bangunan-bangunan rasmi Kerajaan Negeri bergantung kepada pelbagai faktor seperti bajet dan infrastruktur sedia ada. Pentadbiran ini bersedia untuk memperhalusi perkara ini melalui sesi libat urus dengan pihak yang berkepentingan lagi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyambut baik saranan Yang Berhormat Bercham dan Kerajaan Negeri akan merujuk kepada ST iaitu Suruhanjaya Tenaga bagi menetapkan satu garis panduan yang jelas bagi tujuan tersebut mengambil kira kepentingan kerajaan negeri dan juga peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri memandang serius pengurusan pengurusan dan operasi perdagangan kredit karbon iaitu sejenis instrumen ekonomi yang membantu mengawal pelepasan karbon dioksida dalam usaha menjaga dan mengekalkan kelestarian alam sekitar. Yang Berhormat Trong dan Yang Berhormat Pantai Remis, semasa sesi perbahasan telah menanyakan usaha Kerajaan Negeri menyokong negara untuk mencapai carbon nett kilo 2050. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemetaan nilai stop carbon menggunakan kaedah remote sensing dan geografi information system, GIS. Ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti potensi hasil baharu yang boleh dijana melalui perdagangan karbon hutan iaitu carbon credit atau carbon offset yang boleh digunakan semula untuk tujuan konservasi biodiversiti dalam menangani isu perubahan iklim dunia bagi jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang bertujuan untuk mengenal pasti peluang pembiayaan karbon, kepelbagaian biologi dan perlindungan nilai biologi tinggi yang lain.
Mohon mencelah.
Ini akan dilakukan melalui, sekejap ya. Ini akan dilakukan melalui pemetaan peringkat negeri terhadap karbon hutan kepelbagaian pokok kanopi dan biologi dengan tumpuan untuk memaksimumkan potensi pendapatan pembiayaan karbon.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang juga berhasrat untuk rancangan dengan kredit karbon ini untuk kita boleh menambah pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Cuma saya nak tahu samada bila jangka masa yang kita akan mula dengan sekata dengan cara untuk kredit karbon ini betul-betul untuk kita boleh mulakan dan kita boleh dapat income? Terima kasih.
Rancangan yang terperinci ada dekat Jabatan Perhutanan dan saya akan maklumkan, ok.
Saya nak cuma ingatkan YB Exco tinggalkan 5 minit sahaja.
Beralih kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan paya bakau. Untuk makluman Yang Berhormat Trong, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil perhatian serius terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan paya bakau serta isu muara sungai di negeri Perak. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, pihak Jabatan Pengairan Saliran JPS, sedang menjalankan projek pemuliharaan muara Sungai Kerang, Mukim Sungai Tinggi, Trong yang sedang dalam pelaksanaan. Projek ini akan dapat membaik pulih muara Sungai Kerang dan dalam masa yang sama dapat membantu nelayan keluar masuk ke laut untuk mencari hasil. Selain itu, pihak JPS juga menjalankan penyelenggaraan muara-muara sungai yang lain dengan menggunakan peruntukan negeri dan persekutuan yang telah diluluskan. Kerajaan Negeri Perak mengambil langkah serius dalam tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan simpanan kekal termasuk hutan paya laut dan pesisiran pantai di Negeri Perak.
Pelbagai inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan telah dan sedang dilaksanakan seperti pewartaan hutan simpanan kekal baru, program-program restorasi dan penanaman pokok. Kerjasama bersama badan bukan kerajaan seperti sahabat bakau dan program kemasyarakatan bagi mengimbangi keperluan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Melalui program penanaman pokok bakau dan spesis-spesis yang sesuai di persisiran pantai negara dan agenda Program Penghijauan Malaysia di bawah di bawah kempen 'Penanaman Seratus Juta pokok' sejak tahun 2021 seluas 791.9 hektar dengan 1.27 juta anak pokok telah ditanam melibatkan kawasan hutan paya laut dan pesisiran pantai di negeri Perak. Usaha ini akan diteruskan tahun ini di mana seluas lebih kurang empat ratus hektar kawasan hutan paya laut yang sesuai akan ditanam seperti di Hutan Simpan Trong Utara, Hutan Simpan Trong Selatan, Hutan Simpan Temelok, Hutan Simpan Nibong dan Hutan Simpan Pulau Sangkar Besar.
Selain itu, Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersama Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak serta agensi kerajaan teknikal yang lain telah mengenal pasti beberapa kawasan tanah kerajaan di hutan paya laut dan persisiran pantai untuk dijadikan hutan simpanan kekal seperti di tanah kerajaan mukim Kuala Kurau seluas lebih kurang 500 ekar atau 202.34 hektar. Program-program ini akan mengurangkan kerosakan ombak dan air pasang surut di samping meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan hutan simpanan kekal khususnya kawasan hutan paya laut dan pesisiran pantai. Menjawab isu berkenaan konflik manusia hidupan liar di kawasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampong Gajah dan Yang Berhormat Titi Serong dan yang lain yang sering mengganggu ketenteraman rakyat dan merosakkan hasil tanaman. Pihak Jabatan Perhilitan sentiasa bersedia membantu untuk mengurangkan kacau ganggu. Seperti yang sedia maklum, kebanyakan kes yang terlibat adalah kawasan yang bersempadan dengan habitat atau ekosistem hidupan liar. Oleh itu, usaha mengurangkan kacau ganggu adalah merupakan kerja yang berterusan dan mengambil masa yang panjang.
Exco?
Ok. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini mengongsikan kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang diguna pakai oleh Jabatan Perhilitan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Perhilitan yang sebagai agensi yang bertanggung jawab menangani konflik hidupan liar, manusia akan terlebih dahulu merekodkan aduan yang diterima. Selepas itu sekiranya aduan tersebut berasas, mereka akan menjalankan kerja mengikut buku panduan pengurusan aduan gangguan hidupan liar. Mereka akan mula dengan khidmat nasihat dan dalam khidmat nasihat tersebut satu point yang amat penting ialah pengurusan sampah dan sisa makanan. Saya rasa dekat kawasan kita kena pastikan kerjasama penduduk setempat supaya tidak memberi makan kepada binatang-binatang liar ini. Jadi, sekiranya mereka diberi makanan mereka akan mereka akan menjadi kebiasaan dengan makanan tersebut dan mereka akan duduk di situ dan tidak lari.
Ok, sikit lagi ya Timbalan Speaker. Seterusnya adalah tindakan yang diambil berkenaan dengan pemasangan perangkap akan dilakukan sebagai langkah utama bagi menangkap hidupan liar yang mengganggu sekiranya didapati gangguan kaedah ini paling sesuai. Sekiranya perangkap ini tidak dapat berfungsi tembak halau akan dilakukan. Tindakan awal bagi menghalau populasi kera adalah tembak halau iaitu menembak ke udara dengan tujuan mendatangkan gangguan psikologi kepada kera untuk menakutkan mereka. Sekiranya tembak halau tidak, tidak mendatangkan kesan yang bagus, tindakan suntik mati kebiasaannya akan diambil ke atas hidupan liar seperti kera yang mana populasinya yang terlalu tinggi sehingga dianggap sebagai pest. Selain dari itu, tindakan tembak mati adalah kaedah yang terakhir. Tangkap suntik mati. Tindakan yang terakhir ialah tembak mati. Tindakan tembak mati adalah kaedah terakhir dilakukan terutama bagi hidupan liar yang tidak mahu masuk perangkap atau yang mula menyerang dan bertindak ganas dengan manusia. Justeru itu, dengan mengguna pakai kaedah-kaedah yang dibentangkan Jabatan Perhilitan telah melaksanakan kerja-kerja kawalan secara berterusan serta menguatkuasakan undang-undang.
Cara-cara untuk mengatasi masalah binatang liar tadi. Cuma kalau kita tembak halau itu memang saya rasa memang tak relevan, akan datang, cari makan. Boleh tak kita dapatkan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan untuk buat berkala. Maknanya terus setiap bulan. Sekali letak jebak, lepas tu bali, dia akan penuh baliklah.
Seperti yang saya sebut tadi, ini merupakan satu kerja yang berterusan. Jadi sekiranya, sekiranya kawasan itu masalah tidak selesai, sila laporkan. Kita akan pantau secara berkala.
YB Exco, sikit celahan. Berkaitan yang saya bangkitkan semalam. Tenaga orang yang nak tembak tu, ada penambahan tak?
Yang itu di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.
Masih samalah bilah senapang di Kerian, lima bilah dikekalkan.
Kita akan kaji dan kita akan panjangkan masalah yang dihadapi. YB Timbalan Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi, saya merakamkan ucapan terima kasih…
YB, YB Exco…
Atas pandangan dan input-input yang dikongsikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini. Menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Temenggor untuk menggulung perbahasan. 45 minit. Sila.
(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum wbt, salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Baginya manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran. Dari depan dan belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap satu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain dia iaitu Allah. Surah Al-Ra’d ayat 11.
Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, ketua-ketua jabatan negeri mahupun persekutuan dan seterusnya pengamal-pengamal media dan seluruh rakyat yang sedang menyaksikan persidangan ini secara atas talian. Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk turut merafak sembah dan menjunjung kasih dengan sebesar-besar penghargaan serta lafaz penghormatan yang tiada terperinya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menzahirkan Titah Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas pada 23 Februari 2024 yang lalu.
Sesungguhnya titah yang telah dizahirkan oleh kebawah Duli Baginda perlu dijadikan panduan dan pedoman oleh setiap daripada kita yang telah diberi amanah dan mandat oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Negeri yang mulia ini. Patik dan seluruh anggota pentadbiran kerajaan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Tuanku dan patik berikrar, berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri agar dapat bekerja dengan lebih kuat dan gigih demi kerajaan serta rakyat Tuanku. Sesungguhnya, titah ucapan kebawah Duli Tuanku Sultan turut akan menjadi pedoman kepada patik dalam memimpin amanah yang dipertanggungjawabkan seperti Titah Tuanku Baginda di para 22 yang mengingatkan bahawa bangunan megah pencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbungkan langit. Insya Allah, patik dan seluruh pasukan di bawah portfolio patik menjunjung titah Tuanku, Baginda. Selagi ada rakyat yang miskin, usaha untuk membasmi kemiskinan dan menjamin kesejahteraan sosial, rakyat akan terus menjadi keutamaan selari dengan hasrat Perak Sejahtera 20 30.
Timbalan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Titah Diraja semalam dan dua hari lepas kerana begitu prihatin dengan membangkitkan isu-isu berkaitan usaha-usaha pembangunan wanita, isu-isu kebajikan masyarakat serta usaha ke arah pembangunan usahawan dan koperasi di Negeri Perak. Seramai tujuh orang Adun telah membangkitkan isu bagi portfolio saya dan seluruh agensi yang berkaitan telah mengambil maklum dengan segala pandangan, saranan, teguran yang cukup membina demi penambahbaikan yang berterusan. Timbalan Yang Di-Pertua, saya ingin menarik perhatian seisi Dewan terhadap titah Tuanku Sultan Perak yang menyentuh secara terperinci berkenaan isu kemiskinan dan mengingatkan kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbungkan langit tetapi janganlah hanya mengambil sebahagian teks sahaja tanpa melihat para 25 dalam teks yang sama di mana baginda memuji usaha-usaha kerajaan yang menemui kejayaan yang meyakinkan bagi membasmi kemiskinan. Tapi malangnya tiada mana-mana Adun yang membahaskan para 25 ini bagi seolah-olah menafikan usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan dan agensi-agensi jabatan yang terlibat di bawah.
Yang Berhormat Adun Kubu Gajah telah membangkitkan isu dua buah keluarga yang berdepan dengan isu kemiskinan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebaik sahaja isu ini dibangkitkan pada hari Isnin yang lalu, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah LMS telah bertindak untuk mengenal pasti keluarga yang dimaksudkan. Terima kasih juga di atas bantuan pemakluman. Walau bagaimanapun, keluarga yang dimaksudkan kini telah dikenal pasti berada di Alor Setar, Kedah. Hasil kerjasama yang dijalankan bersama Pejabat Penghulu Ijok dan Pengerusi JKKK Kampung Kerian Gunong, Ijok adalah didapati bahawa kes keluarga ini tidak pernah dirujuk dan tidak pernah juga memohon sebarang bantuan daripada pihak JKM. Walau bagaimanapun, Pejabat Pembangunan Negeri ICU memaklumkan keluarga tersebut pernah menerima bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan dari KKDW bernilai RM 9,900.95 secara one off pada tahun 2021 dan ICU juga pernah turun kelapangan iaitu ke rumah keluarga tersebut pada 5 April 2022 tetapi penduduk kampung memaklumkan keluarga ini telah tidak lagi menetap di alamat yang didaftarkan dan setelah dimaklumkan baru kita dapat kenal pasti semula di mana beliau duduk dan cuma pemakluman beliau tidak ada di kawasan yang beliau menetap sekarang dan difahamkan juga pemohon juga merupakan peminjam kepada AIM.
Walau bagaimanapun, saya ingin sekali lagi menegaskan agar sekiranya ada kes-kes seumpama ini, janganlah tunggu hanya waktu sidang Dun untuk diutarakan atau dibawa. Saya agak rasa sedikit sedih sekiranya kita kenal pasti kes-kes seumpama ini. Kita tunggu sidang Dun yang nak berlaku tiga atau empat bulan baru kita nak bawa ke dalam sidang Dun dan bukannya kita buat tik tok dan sebagainya. Sedangkan perkara ini boleh diselesaikan di peringkat pentadbiran daerah. Dari awal lagi, sekiranya kita dapat kenal pasti sebab saya yakin dan percaya sama ada di peringkat pentadbiran daerah mahupun di bawah portfolio saya. Jabatan Kebajikan Masyarakat akan sentiasa membantu sekiranya mereka benar benar tergolong dalam kategori layak menerima bantuan. Yang Berhormat Rungkup pula membangkitkan masalah kemiskinan yang terdiri dari kalangan penjawat awam dan bekas anggota keselamatan yang menerima kadar pencen separuh dari jumlah gaji yang diterima. Kerajaan amat prihatin dengan isu ini terutamanya yang melibatkan para pesara kerajaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM merupakan antara agensi yang memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada mana mana individu yang berkeperluan. Pertimbangan bagi sebarang kelulusan bantuan adalah berdasarkan syarat syarat kelayakan yang ditetapkan dan syarat syarat ini adalah turut terpakai bagi mana mana penjawat awam yang bersara dan bekas anggota keselamatan. Selain daripada itu, pertimbangan yang turut mengambil kira kemudahan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi pesara perkhidmatan awam bagi memudahkan sebarang urusan dan meringankan beban para pesara. Yang Berhormat Manong pula membangkitkan yang kononnya dengan gaji minima RM 1500 telah menyebabkan individu tidak layak menerima bantuan daripada JKM. Saya ingin perbetulkan kefahaman YB Manong bahawa kita bukan sahaja mengambil kira pendapatan tetapi kita juga mengambil kira pendapatan perkapita sekiranya pendapatan isi rumah ialah RM1500 dengan jumlah isi rumah enam ataupun tujuh orang. Maknanya per kapitanya melebihi per kapitanya layak untuk menerima bantuan dan dia boleh dipertimbangkan untuk mendapat bantuan JKM.
Yang Berhormat Titi Serong, semalam ada juga memaklumkan tentang isu kebakaran rumah 100% yang melibatkan seorang mangsa berbangsa India. Hasil dari siasatan dan tindakan segera oleh PKMD Kerian telah melawat ke rumah tersebut dan memberi bantuan segera sebanyak RM 300 dan bantuan barang bencana seperti selimut, tuala, kain batik dan pelikat, family kit, tikar dan toto. Saya juga yakin dan percaya perkara ini telah diambil maklum oleh Pengerusi Bencana Daerah Kerian untuk tindakan selanjutnya. Timbalan Yang Dipertua, seterusnya Yang Berhormat ADUN Pantai Remis telah membangkitkan isu penjagaan warga emas dan potensi jalinan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan dari kerjasama serta menimba pengalaman dengan wilayah Fukuoka, Jepun. Tahniah YB saya ucapkan kerana saya dapati YB sentiasa konsisten dan berminat tentang isu agen sosialti dan isu-isu penuaan dan sentiasa membangkitkan isu ini dalam sidang Dewan mahupun di dalam perbincangan secara bersemuka bersama dengan saya dan baru-baru ini juga kita sama sama turun melihat sendiri keadaan kawasan rumah ataupun syarikat-syarikat ataupun penjagaan warga emas yang ada di Negeri Perak ini. Seperti wakil di Pantai Remis sedia maklum, Kerajaan Negeri telah merangka pelaksanaan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas. Menggalakkan keterangkuman dan memastikan agar warga emas dapat meniti usia mereka dengan bermaruah.
Usaha ini adalah bukti dedikasi kerajaan untuk berkhidmat kepada semua segmen masyarakat dan mewujudkan komuniti yang berkembang maju untuk segenap lapisan masyarakat bagi mencapai sejahtera sosial. Melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak, Wanita Perak dan Pusat Aspirasi Anak Perak PASAK. Kerajaan negeri berhasrat untuk pertamanya melahirkan individu Cagiva dengan izin penjaga warga emas yang mahir melalui latihan bersasar seperti asas penjagaan warga emas dan penjagaan untuk penghidap demensia sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM & Pertubuhan bukan kerajaan NGO yang terpilih akan mendapat manfaat daripada latihan yang diadakan dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur, Royal College of Medicine of Perak, United RC, MP & Pihak Sunshine Valley Care Shd Bhd. Kerajaan Negeri telah membentuk sinergi bersama sektor awam, sektor swasta serta masyarakat untuk memastikan penjaga ini dilengkapi dengan ilmu asas untuk menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan profesional kepada warga emas. Yang kedua terbaru kita akan menjalankan program reskilling dan upskilling untuk warga emas ini juga dijalankan di pusat aktiviti warga emas PAWE sekitar Perak yang diwujudkan dan dipantau oleh JKM bagi memberikan ruang yang selamat untuk golongan ini menikmati suasana kejiranan dan kekal aktif dalam komuniti.
Antara latihan yang diadakan di PAWE ialah teknologi penanaman sayuran, hidroponik, fertigasi, kraf tangan dan juga pembuatan makanan sejuk beku dan program pertama yang akan berlangsung untuk PAWE pada Mac ini iaitu di Tambun dan diikuti oleh pegawai lain di setiap bulan. Seterusnya, Kerajaan Perak juga turut mengambil inisiatif memulakan program Santunan Kasih yang membawa kepada objektif untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan profesional kepada warga emas. Selain daripada itu, Santunan Kasih juga berhasrat untuk menyediakan bekalan tenaga kerja mahir dalam industri penjagaan warga emas ini. Apabila ekosistem penjagaan warga emas ini wujud, ia akan dapat memberi ruang di dalam sektor ekonomi bagi golongan sasar yang ingin menambah pendapatan melalui perkhidmatan penjagaan warga emas. Santunan Kasih Perak akan bertindak sebagai sistem sokongan bagi kumpulan individu yang berminat untuk mempelopori industri penjagaan warga emas dan berminat untuk menjadikan platform ini sebagai kerjaya yang mampu mengubah taraf hidup. Program ini telah dilancarkan pada Oktober 2023 dan merupakan sebuah platform perkongsian ilmu tentang penjagaan warga emas yang bakal memanfaatkan kedua dua pihak iaitu penjaga Cagiva dan mereka yang memerlukan jagaan.
Program ini juga akan mampu untuk membina sebuah pangkalan data bagi penjaga penjaga yang telah terlatih atau bakal bakal pekerja. Jadual latihan serta acara yang berkaitan dalam pembinaan ekosistem penjagaan warga emas negeri Perak akan disediakan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menggalakkan usahawan usahawan sedia ada membangunkan perusahaan sosial bagi membantu pesara pesara dan warga emas yang berkemampuan untuk menerokai pasaran tersebut. Usahawan usahawan yang berpotensi telah dan yang akan menjalankan perusahaan sosial ini akan diakreditasikan. Saya sendiri telah turun padang bersama Wanita Perak dan JKM untuk melihat secara dekat pusat pusat penjagaan warga emas yang ada antaranya Bomba Aminah Ipoh, IJB Nursery Home Ipoh, Medispa Care Teluk Intan. Pusat-pusat jagaan ini menyediakan fasiliti yang mesra warga emas mempunyai penjaga yang terlatih dan melaksanakan sistem penilaian tahap kemampuan dan kesihatan warga emas. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri sangat mengalu alukan sekiranya terdapat mana mana agensi pertubuhan sukarela yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan demikian demi kesejahteraan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan, saya beralih pula kepada isu berkaitan pembangunan usahawan. Yang Berhormat Pasir Panjang telah membangkitkan isu berkaitan usahawan wanita di kawasan medan selera Kampung Kayan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak akan melaksanakan program pengupayaan ekonomi wanita ataupun BizNita Negeri Perak dan program ini merupakan bantuan peralatan perniagaan yang bernilai maksimum RM2,500 bagi setiap pemohon yang layak. Objektif pelaksanaan BizNita ini adalah untuk membantu menambah baik perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta menggalakkan pemerkasaan ekonomi tempatan melalui bantuan yang disalurkan. Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000.00 yang akan memberi manfaat kepada 120 usahawan wanita di negeri Perak dan permohonan ini dijangka akan dibuka pada 2 Mac 2024 di atas talian dan juga secara fizikal.
Yang Berhormat Malim Nawar pula ada membangkitkan pertanyaan berkenaan industri anyaman mengkuang. Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada Pusat Dalam Komuniti PDK Lenggong, yang baru-baru ini telah memenangi Anugerah Komuniti Kraf 2024 sempena sambutan Hari Kraftangan Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kraftangan Malaysia menawarkan insentif bantuan mesin peralatan, serta insentif pengeluaran produk kraf kepada usahawan kraf yang aktif dan berdaya saing. Jika terdapat usahawan yang terdiri dari golongan suri rumah, asnaf ataupun belia yang aktif menghasilkan produk yang berasaskan mengkuang. Pihak Kraftangan Malaysia bersedia mendaftarkan mereka di bawah Program Usahawan Kraf serta penyediaan latihan seperti Program Pembangunan Kemahiran Kraf (PPKK). Bimbingan teknikal produk, pembangunan produk baru berasaskan bahan mengkuang dan membantu bagi tujuan pemasaran produk.
Untuk makluman Yang Berhormat Malim Nawar, terdapat seorang usahawan yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia di bawah kategori Hasil Rimba Mengkuang yang masih aktif dan mempunyai pendapatan bulanan iaitu Puan Zaiton binti Ibrahim dari Kampung Kurnia, Bukit Pekan, Kampar, Perak. Beliau menghasilkan produk anyaman mengkuang dan memproses bahan mentah. Melalui Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak juga, Geran Usahawan Perak (GeRAK) menjadi salah satu inisiatif kerajaan negeri Perak yang mana fokus geran ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kapasiti usahawan. Geran ini merupakan bantuan one off berjumlah maksimum RM2,000.00 dan terbuka kepada semua industri termasuk usahawan kraf tangan.
Yang Berhormat Jelapang pula telah mengemukakan cadangan agar lebih banyak peluang perniagaan dibuka kepada usahawan PMKS setempat dan mempermudahkan permohonan lesen perniagaan PBT secara atas talian. Saya mengambil kesempatan agar rakan rakan Adun dapat menggalakkan usahawan-usahawan di kawasan masing-masing untuk mendaftar sebagai PMKS melalui portal SME Corp kerana perakuan PMKS ini amat penting bagi memudahkan urusan mendapatkan dana, geran dan pinjaman dari kerajaan. Kerajaan Negeri juga melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak sentiasa membuka ruang dan peluang kepada semua lapisan usahawan terutamanya usahawan PMKS di Negeri Perak untuk menyertai program-program keusahawanan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan negeri mahupun persekutuan yang diadakan di dalam ataupun di luar Negeri Perak.
Antara program yang berhasil memberikan impak yang besar kepada golongan usahawan setempat, adalah siri Jelajah Hari Usahawan Agro dan Koperasi Negeri Perak. Melalui siri jelajah ini, Kerajaan Negeri membawa kesemua agensi berkaitan usahawan serta bank-bank yang berkaitan untuk memudahkan urusan usahawan setempat untuk mengetahui tentang bantuan keusahawanan dari Kerajaan Negeri. Jelajah ini juga menawarkan pendaftaran akaun bank perniagaan serta pendaftaran SSM secara zero deposit. Program ini juga menyediakan ruangan jualan produk usahawan daerah setempat, program lawatan ke premis usahawan dan sesi taklimat oleh agensi dan jabatan.
Timbalan Yang di-Pertua, usaha ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mendekatkan usahawan pemula ataupun usahawan sedia ada di daerah berkenaan dengan agensi serta jabatan berkaitan keusahawanan untuk membantu mereka meningkatkan sesi jaringan dan mempromosikan produk-produk tempatan bagi setiap daerah di negeri Perak. Justeru, program ini akan diteruskan pada tahun 2024 dengan kerjasama bersama Perak SADC dan SKM serta sokongan dari lebih 40 jabatan dan agensi persekutuan mahupun Negeri Perak. Bagi permohonan lesen perniagaan PBT sebagaimana kita semua sedia maklum, usahawan boleh memohon lesen premis perniagaan digital secara atas talian di bawah PBT melalui aplikasi MyPATIL yang telah diperkenalkan sejak tahun 2021 sehingga tahun 2023, 15 PBT di Negeri Perak telah pun menggunakan sistem ini.
Seterusnya Yang Berhormat Manong membangkitkan persoalan berkaitan kurangnya penembusan pelajar yang menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian di institut kemahiran. Untuk makluman Yang Berhormat Manong dalam membina individu yang mempunyai kapasiti untuk menjadi usahawan, beberapa faktor perlu diambil kira antaranya, minat individu untuk menceburi bidang keusahawanan, yang kedua kebolehan individu untuk menjadi usahawan, ketiga jenis perniagaan yang akan mempengaruhi prestasi perniagaan, keempat pengalaman dalam menguruskan perniagaan, kelima tadbir urus dalam melaksanakan perniagaan. Faktor-faktor diatas merupakan penekanan yang diperlukan dalam melahirkan individu yang mempunyai kapasiti dalam menceburi bidang keusahawanan.
Maka tidak semua graduan yang dilahirkan akan menjadi usahawan kerana seperti sedia maklum, matlamat penubuhan institusi kemahiran adalah untuk melahirkan modal insan berkemahiran dalam menyediakan pekerja mahir dan separuh mahir bagi memenuhi keperluan industri dan sebahagian daripada mereka memilih untuk menjadi usahawan seperti penekanan yang sering diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan izin "Be a job creator not only as a job seeker". Ini yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekiranya diberi latihan kemudiannya mereka berminat untuk menjadi usahawan, maka fokus bolehlah untuk menjadi usahawan. Sebab tu kita tengok peratus yang mendapat kemahiran, tidak ramai hanya 20% yang menceburi bidang keusahawanan. Antara program yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri dalam membangunkan kapasiti graduan untuk menceburi bidang keusahawanan adalah Perak Gradpreneur yang dianjurkan oleh Yayasan Perak dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dengan pemberian pinjaman permulaan perniagaan oleh Yayasan Perak kepada peserta yang menamatkan kursus melalui pantauan jangka panjang dan sehingga kini sudah melibatkan seramai 200 orang graduan.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman juga sidang Dewan yang mulia, Program Pembudayaan Keusahawanan kepada belia Perak juga bakal dilaksanakan dan turut akan melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan NGO ataupun Persatuan Belia di Negeri Perak. Program ini mensasarkan lebih dari 500 pelajar IPT dan belia di Negeri Perak yang bakal melalui tiga fasa program yang telah dikhaskan buat mereka bagi mencapai objektif utama Sekolah Usahawan Belia Perak iaitu dapat memastikan generasi usahawan masa depan kekal relevan dengan keperluan industri. Untuk makluman Yang Berhormat, melalui Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi tahun 2022, seramai 7,000 graduan mahir dari negeri Perak telah dilahirkan di mana daripada jumlah ini, kadar penembusan pasaran lepasan TVET amat membanggakan dengan 94% Graduan TVET memperolehi pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Dapatan ini jelas menunjukkan permintaan kepada tenaga kerja mahir ini amat diperlukan di dalam pasaran pekerjaan khususnya dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan. Sebab itu fokus kemahiran ialah penyediaan tenaga kerja mahir dan separuh mahir bukanlah sepenuhnya kepada menjadi usahawan.
Dato' Yang di-Pertua, secara sepintas lalu izinkan saya izinkan juga saya untuk menyentuh sedikit sebanyak tentang pembangunan koperasi dan pengupayaan wanita. Seiring dengan keberadaan sektor koperasi yang telah menjangkau umur lebih 100 tahun, sektor ini telah menjadi penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi negara selepas sektor awam dan swasta. Perkara ini menunjukkan bahawa peranan sektor koperasi dalam meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat adalah amat signifikan terutama dalam membekalkan keperluan barangan dan perkhidmatan kepada anggota koperasi dan masyarakat setempat. Terdapat 1700 koperasi berdaftar di Negeri Perak sehingga Jun 2023 berbanding dengan 1694 koperasi berdaftar sehingga Disember 2022. Peruntukan khas berkaitan koperasi dalam elanjawan 2024 Negeri Perak mengangkat agenda Koperasi Negeri Perak sedang dalam peringkat pelaksanaan. Seperti yang telah dimaklumkan pada persidangan yang lalu, terdapat tiga strategi utama telah dibentuk bagi penggunaan bajet yang diberikan oleh kerajaan negeri iaitu pre-emtif, pemulihan dan penanda aras.
Strategi pertama yang melibatkan strategi pre-emtif adalah melalui geran GCorp Urus yang telah dijalankan pada awal tahun 2024. Geran ini memfokuskan kepada koperasi yang baharu iaitu berusia kurang daripada 12 bulan daripada tarikh daftarnya dengan matlamat untuk melestarikan tadbir urus koperasi yang baik bermula dari peringkat awal pendaftaran koperasi. Antara kumpulan sasaran bagi bantuan ini ialah kariah masjid, orang kurang upaya, golongan B40, usahawan, wanita, komuniti orang asli, golongan belia atau pun graduan serta masyarakat luar bandar.
Strategi kedua strategi pemulihan pula melalui geran GCorp Pulih yang telah dijalankan pada awal tahun 2024. Geran ini pula memfokuskan kepada koperasi berstatus tidak aktif atau pun dormant dan sedang dalam pemulihan. Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan pengurusan dan perniagaan koperasi supaya koperasi-koperasi ini dapat memberi impak yang optimum di dalam gerakan koperasi di Negeri Perak. Geran ini berbentuk penyediaan infrastruktur yang beri fokus kepada koperasi menjalankan aktiviti berkaitan dengan sekuriti makanan terutamanya di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dan koperasi yang menceburi bidang pendigitalan bagi menyokong Pelan Ekonomi Digital Negeri Perak iaitu Perak Sejahtera 2030.
Strategi ketiga iaitu strategi tertumpu kepada koperasi berkluster besar dan sederhana. Di dalam profile 100 koperasi terbaik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak mempunyai 11 koperasi yang tersenarai di dalam indeks 100 koperasi terbaik tahun 2023. Selain daripada itu, program-program subsidi Jualan Madani Koperasi dan Usahawan JMKU yang akan di adakan di dalam program Siri Jelajah Hari Usahawan Agro dan Koperasi di setiap daerah di dalam Negeri Perak yang membolehkan barangan keperluan harian didapati dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran. Oleh itu, jelas sekali bahawa sektor koperasi adalah antara sektor yang menjadi solusi kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Dato' Yang di-Pertua, umum mengetahui wanita memainkan peranan dan tanggungjawab penting untuk membangunkan masyarakat tidak kira sama ada mereka bekerjaya ataupun tidak. Mereka diberikan hak untuk bersuara serta diberikan penghormatan untuk melaksanakan amanah dan tugas-tugas khas. Sehubungan dengan itu, saya menjemput seisi Dewan Negeri Perak untuk ke program Bicara Gol & Gincu sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak pada 7 Mac 2024 ini. Melalui program ini, kita tampilkan pakar-pakar dalam bidang tertentu untuk mengupas isu-isu berkaitan pengarusperdanaaan gender yang berteraskan bagaimana wanita perlu disantuni dan diberikan keutamaan dalam peluang yang diberikan serta memandang setiap isu pembangunan yang berlaku di dalam sebuah institusi adalah ditunjangi oleh wanita di negeri Perak. Selain itu juga, Kerajaan Negeri Perak melalui wanita Perak akan melaksanakan beberapa program sempena sambutan Hari Wanita tahun 2024 termasuklah hari Jumaat ini bukan malam Jumaat, kita akan adakan Women Night Run di Dataran MBI yang kini telah pun mendapat respons yang cukup baik. Asalnya, kita hanya
Saya tertarik dengan Gol & Gincu tu. Kenapa dinamakan Gol & Gincu sebab yang saya faham Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dulu artis tu berlakon dalam Gol & Gincu. Nak tanya jugak kenapa Perak pilih Gol & Gincu?
Dia GOL. GOL matlamat kita dan Gincu berkait dengan Wanita, lelaki tak pakai lipstick. Jadi itulah kita sekarang ini kan kadang-kadang nak attract orang untuk datang kenal nama yang agak catchy tapi yang pentingnya matlamat kita ialah konteks membangunkan Wanita.
YB Exco. Terima kasih kepada YB Exco. Boleh saya nak reverse sikit bertanya soalan berkaitan dengan usahawan.
Dah dah lepas ni YB. Patut YB masuk awal tadi.
Mintak maaf agak penting.
Saya ada lagi ni nak jawab…
Lagi sikit Dato' Speaker terima kasih Dato' Speaker. Isu berkenaan dengan peniaga-peniaga kecil atau pun kalau YB Exco tengok daripada covid pasca covid tu banyak peniaga kecil yang menjaga di sekitar Bandar Meru Raya. Kalau kita pergi sekarang ini pun ada yang meniaga di sekitar Mydin dan sekitar kawasan bandar tersebut dan saya pernah bawa isu ini sebelum ini. Cuma isu yang besar yang saya nak sebut di sini ialah kita dapat maklumat pihak MBI dia akan buat kiosk-kiosk untuk peniaga lebih dimaklumkan lebih 59 kiosk. Point saya ialah kita mohon jika boleh kepada peniaga-peniaga yang tegar berniaga dan juga aktif diberi perhatian untuk mereka dapat kiosk-kiosk tersebut. Jadi sekarang ini saya lihat apa berlaku ketika ini yang berlaku di bawah aduan saya dapat ialah ada peniaga-peniaga memaklumkan mereka tidak dapat maklumat terkini sama ada mereka boleh berniaga di situ dan saya cadang beginilah kita cuba seadil-adilnya untuk memastikan setiap peniaga yang aktif di kawasan Bandar Meru Raya Ipoh itu atau pun di kawasan Mydin Meru itu mereka berpeluang untuk dapat tapak meniaga di kawasan tersebut. Sebab saya kira kalau isu ini tidak diselesaikan dengan adil nanti dia akan timbul bagi masalah yang akan datang jadi selepas ini mungkin sebab saya tengok Exco kita sangat aktif membela usahawan-usahawan muda dan juga sesama Melayu kita jadi itu antara benda yang saya ingin nyatakan, terima kasih kepada YB Exco.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Saya ambil maklum perkara tersebut dan mungkin saya boleh panjangkan kepada Exco yang berkaitan yang menjaga PBT di mana mungkin saya kira di peringkat awal juga MBI telah melihat keseluruhan perkara tersebut dan melihat keperluan-keperluan kepada peniaga-peniaga asal dan juga peniaga-peniaga yang benar-benar ingin berniaga. Jadi saya kira perkara itu juga diambil dalam proses. Orang kata memberi kiosk-kiosk yang disediakan. Jadi saya panjangkanlah kepada Exco yang berkaitan untuk memperhalusi dan untuk memastikan orang yang benar-benar layak dan benar-benar ingin menjadi usahawan atau pun memang benar-benar nak berniaga yang diberi ruang yang sepatutnya.
Sikit lagi saya kira kalau kita susun dengan seadilnya Insya Allah boleh. Kalau kita kira sekarang ini peniaga yang aktif dan tegar di situ mungkin tak sampai 30 peniaga so plus dengan peniaga-peniaga yang mungkin kita pilih MBI dah pilih dan tentukan dan juga kalau kita collect semua saya yakin kalau semua dapat meniaga kurang lebih dari 60 peniaga. Insya Allah, saya yakin projek kita buat ini akan harmoni dan akan mendapat sokongan daripada semua pihak. Yang penting bagi Manjoi ialah kita nak harmoni dan semua boleh bergembira mencari rezeki tumpuan saya.
Seperti yang saya maklumkan kita, saya panjangkan saya akan panjangkan kepada Exco berkaitan supaya perkara ini dapat diperhalusi. Saya penuh yakin dan percaya tak ada mana-mana jabatan dan agensi akan menganiaya peniaga-peniaga dan mereka sentiasa akan cuba membantu sedaya upaya. Saya berbalik balik kepada soal isu wanita tadi YB nanti sebab saya tadi masa mula tadi saya cakap dewan ni agak sejuk sebab tinggal 17 orang sahaja dalam Dewan ni. Kalau masuk awal-awal semua soalan yang berkaitan senang saya jawab ni saya terpaksa patah balik. Untuk program dalam mengisi program-program Hari Wanita kita akan juga adakan di Dataran MBI yang kini telah pun mendapat respon yang cukup baik dengan penglibatan mencecah 1500 penyertaan.
Untuk makluman YB juga sidang Dewan sekalian sekarang ini sedang berlangsung Program Wanita Inspirasi Negeri Perak, WIN 2024 iaitu Seminar Kepimpinan Berteraskan Lensa Gender anjuran Wanita Perak bertempat di Casuarina@Meru dan objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman berkenaan keperluan praktikal gender vs kepentingan strategik gender dalam memastikan kepentingan yang lestari mengambil kira kedudukan, keperluan dan peranan wanita di Perak. Program WIN Perak ini juga meletakkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menjayakan agenda wanita negeri ini serta untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar keterangkuman gender dengan sasaran 30 % untuk wanita sebagai pembuat keputusan dan pembabitan dalam tenaga kerja, Dato' Yang di-Pertua. Dengan adanya program ini, gema suara wanita akan lebih kuat untuk memperjuangkan hak kebenaran dan kebajikan masyarakat serta orang sekeliling dengan melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang lebih berkaliber dan penuh dengan sifat berani dan juang dalam hak wanita dan masyarakat. Justeru, Kerajaan Negeri menyarankan agar perspektif wanita sentiasa diambil kira dalam setiap perancangan program bagi memastikan wanita mendapat ruang dan peluang yang adil dalam pembangunan negara.
Dato' Yang di-Pertua, diakhir penggulungan saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan serta memberi pandangan dan cadangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan portfolio saya. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab mungkin dalam penggulungan ini. Jawapan tersebut akan dihantar secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi, saya merafak sembah di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan menjunjung kasih atas titah Baginda dan kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan terus komited untuk mensejahterakan rakyat di Negeri Perak. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Perak dan saya sendiri amat terbuka untuk sebarang perbincangan, teguran dan cadangan penambahbaikan dari semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Pintu pejabat saya juga sentiasa terbuka luas untuk menerima kedatangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita boleh duduk berbincang mencari penyelesaian yang terbaik bagi setiap permasalahan rakyat di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Akhir kata serangkap pantun
Perak makmur, rakyat sejahtera, Berkat pemimpin utamakan rakyat , Janganlah kita terus sengketa, Banyak agenda akan tersekat.
Temengor menyokong. Sekian. Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumusallam wbt. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Temengor. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari Kawasan Jalong Exco untuk menggulung perbahasan 45 minit dipersilakan.
Terima kasih Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Ampun Tuanku patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih diatas keberangkatan Duli Tuanku. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah mencemar duli menyampaikan Titah DiRaja dan merasmikan Istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak, Dewan Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada 23 Februari 2024 yang lalu.
Dato' Yang di-Pertua, tahun ini merupakan pelaksanaan Tahun Melawat Perak 2024 yang kita tahu industri pelancongan dilihat antara penyumbang terbesar kepada sosio ekonomi dan pertumbuhan pembangunan negara. Demi memastikan kelangsungan industri pelancongan Negeri Perak, tumpuan yang menyeluruh perlu diberikan kepada usaha-usaha ke arah peningkatan produktiviti dan penjanaan ekonomi yang mampan supaya Tahun Melawat Perak 2024 atau VTY 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelaksanaan Tahun Melawat Perak 2024 memerlukan kerja keras dan usaha yang berterusan untuk memastikan apa yang dirancang dapat dicapai.
Untuk mencapai apa yang disasarkan ianya tidak boleh bergantung kepada agensi semata-mata tetapi semua lapisan masyarakat juga perlu memainkan peranan penting untuk memberikan perkhidmatan kepada pelancong. Ini akan menggalakkan repetitive tourist dengan izin atau pelancong yang berulang untuk datang ke Negeri Perak. Acara pertama yang diadakan bagi tahun menyambut Tahun Melawat Perak 2024 telah diadakan pada malam Tahun Baru 2024 di Silverlake Village Outlet, Batu Gajah atau SVO yang menyaksikan kemeriahan sambutan Tahun Melawat Perak 2024. Aktiviti tersebut telah berjaya mendapatkan lebih kurang 50 ribu pengunjung ke tempat tersebut. Ianya juga adalah usaha serampang dua mata bagi memperkenalkan Silverlake Village Outlet yang dibuka kepada umum secara berfasa. Pelbagai program diperkenalkan kepada umum melalui kerjasama dengan beberapa rakan strategik. Pada keesokan harinya iaitu 1 Januari 2024 pelancong yang menaiki penerbangan dari Singapura ke Ipoh juga disambut sebagai tanda hospitaliti kedatangan mereka ke Negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Bagi memperkenalkan Tahun Melawat Perak 2024 kepada pasaran, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak telah melaksanakan pelbagai program dan projek promosi bagi menjayakan sambutan tersebut sejak Jun 2023. Antaranya adalah pemasangan papan iklan di dalam dan di luar Negeri Perak termasuklah di Lebuh Raya Utara Selatan, MPX, LDP dan Elite, Jalan Duta di Kilometer 22.2 bagi menarik pasaran domestik yang merupakan pasaran utama Negeri Perak. Promosi Tahun Melawat Perak 2024 diperluaskan lagi melalui pengiklanan di KLIA 1, KLIA 2, Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu yang menjadi pintu masuk utama ke destinasi tersebut. Untuk memperkenalkan produk-produk dan destinasi pelancongan yang ada di Negeri Perak, pengiklanan Tahun Melawat Perak 2024 di dalam Electric Trains Service minta maaf Electric Train System atau ETS juga dipasang bagi memperkenalkan produk-produk dan destinasi pelancongan yang menarik dalam Negeri Perak. Strategi ini dilaksanakan kerana ianya mampu menarik pengguna ETS yang bergerak selama dua jam setengah iaitu pelanggan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar dan Komuter dari Pinang ke Ipoh dan Kuala Lumpur ke Ipoh. Gegantung-gegantung juga telah dinaikkan untuk memastikan kemeriahan Tahun Melawat Perak 2024 dapat dirasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gegantung yang telah digantikan dengan iklan-iklan lain seperti di bandar Ipoh tetapi ini bukanlah menjadi penghalang untuk kita teruskan usaha murni ini untuk membantu komuniti setempat. Selain daripada itu, bahan promosi juga telah dipasang di piller wrap Jalan Sultan Ismail KL Sentral dan Plaza Sentral Acts selama 3 bulan untuk mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024.
Pengiklanan melalui media elektronik seperti RTM iaitu 10 slot sebanyak 10 slot untuk Selamat Pagi Malaysia dan Malaysia Hari Ini sebanyak 5 slot di sepanjang Tahun Melawat Perak 2024. Tahun Melawat Perak 2024 juga dipromosikan sepanjang tahun 2024 melalui corong radio di bawah rangkaian RTM antaranya Radio Klasik, Radio Nasional FM, Radio IFM, Radio Tracks FM, Radio Minnal FM, Radio Perak FM dan lain lain. Platform digital juga memainkan peranan penting untuk transaksi dalam transaksi untuk promosi perniagaan dan ianya juga dan perlu diberi fokus penting terutama mengadaptasi pengalaman norma baru. Inilah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak yang menggunakan sepenuhnya platform digital seperti laman sesawang Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, YouTube dan X yang merupakan medium menyebarkan dan mempromosikan produk pelancongan dengan lebih meluas dan berkesan. Kemajuan teknologi juga dapat memperluas serta jaringan kerjasama dalam kerajaan minta maaf dalam kalangan pemain industri dan membuka ruang bagi subsektor inovatif baru.
Pelbagai program dan aktiviti pelancongan yang melibatkan promosi, acara pembangunan dan sebagainya telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan kejayaan TMP 2024. Ini adalah kerana semua sektor terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti pelancongan seperti sektor food & beverage atau F&B atau kita lebih mengenalinya sebagai sektor pelancongan gastronomi, sektor pengangkutan, bidang perhotelan, kraftangan, kebudayaan, sektor pertanian, sektor perlombongan dan sebagainya yang memberikan efek pengganda atau multiplayer effect dengan izin kepada pengguna. Bagi memeriahkan lagi sambutan TMP 2024 semua peringkat lapisan masyarakat perlu membantu mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024 dalam mana-mana bahan promosi terutama melalui platform digital. Selain daripada itu, program-program promosi fizikal juga dilaksanakan seperti pameran Pelancongan sempena pelancaran 150 tahun Taiping.
Hari Bertemu Pelanggan Siri 2 Madani Rakyat 2.0, FAMA Fest, MATTA Fair dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga merangka beberapa program bersifat domestik dan program bertaraf antarabangsa untuk menarik kedatangan pelancong antarabangsa ke Negeri Perak. Pelaksanaan program seperti ini akan memberikan limpahan ekonomi kepada pengusaha dan juga komuniti setempat. Program antarabangsa yang di adakan adalah Geopark 5 Run, Lenggong Outdoor Festival, Ipoh International Art Festival, Ipoh Fashion Show Week dan lain-lain lagi. Dari awal tahun sehingga kini, pelbagai acara telah diadakan dengan melibatkan pelbagai kolaborasi antara kerajaan negeri, swasta, persatuan dan pelbagai pihak. Sebenarnya listnya panjang, jadi saya sebutkan beberapa antaranya yang seperti di katakan tadi, Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perak di Silverlake, Visit Perak Fun Run 2024 di Silverlake, sambutan Penerbangan Pertama Ipoh di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Konsert Muzikal Tahun Baru Cina di Dataran Warisan Taiping, Sustainability International Art Exhibition di MP Theatre dan Taman D.R. atau Taman D.R. Seenivasagam, Majlis Perasmian Arca Setiakawan dan Sambutan Tahun Baru Cina di UPSI, Majlis Perasmian Arca Setiakawan dan Sambutan Tahun Baru Cina di Sitiawan. Sebenarnya list panjang ada lagi banyak, jadi saya tak nak ke acara-acara tersebut. Semua acara tersebut dipromosikan melalui kalendar acara sempena Tahun Melawat Perak yang telah dipromosikan melalui laman sesawang Tourism Perak.
Semua komuniti juga perlu melibatkan diri dalam acara-acara yang telah dirancang terutamanya melalui rakyat tempatan supaya aktiviti pelancongan ini akan menjadi lebih meriah. Pelancongan merupakan sektor yang perlu dilaksanakan di luar batas politik tidak mengira mana-mana parti supaya semua perlu berganding bahu untuk menjayakan Tahun Melawat Negeri Perak. Suka tak suka apabila kita melakukan sesuatu kerja, kita akan mendapat pujian dan juga kita akan mendapat juga nasihat atau pun kritikan. Ini tidak dapat kita ini tidak dapat kita nak lepas daripada apabila kita mengadakan sesuatu acara dan apa dan saya ingin berkongsi sedikit maklumat di sini apabila timbul kebelakangan ini ada juga yang membuat perbandingan di antara Negeri Perak dengan negeri-negeri lain yang sedang mengadakan tahun melawat negeri masing-masing. Sukacitanya saya ingin memberi beberapa maklumat tersebut seperti perbandingan Negeri Perak dan Negeri Melaka. Keluasan kilometer persegi untuk Negeri Perak adalah 21,146 kilometer persegi di mana untuk Melaka adalah cuma 1,664 persegi dan untuk acara yang dilakukan di Perak sendiri, kita telah melebihi telah merekodkan dalam kalendar melebihi 120 acara dan juga pada masa yang sama di Melaka adalah 70 acara.
Jadi secara singkatnya, kita boleh melihat beberapa benda yang ini dan juga kita tambahkan lagi satu ialah jumlah peruntukan jumlah peruntukan untuk pelancongan di negeri Perak secara perbandingan. Di Negeri Perak untuk tahun ini, jumlah peruntukan kita adalah RM11.2 juta. Manakala pada masa yang sama untuk Melaka merupakan RM20.1 juta. Jadi secara perbandingannya, kita boleh lihat bahawa di Negeri Perak sekiranya kita membandingkan jumlah peruntukan kepada kilometer persegi, maknanya, maknanya di Perak kita cuma menerima RM529.00 per kilometer persegi dan pada masa yang sama negeri Melaka mempunyai RM12,079.00 per kilometer persegi. Ini menunjukkan apabila kita mempunyai atau lebih kurang wang atau perbelanjaan yang kita gunakan tetapi keluasan negeri itu mempunyai satu faktor yang akan menentukan juga pelbagai persepsi yang dibangkitkan…
Ok. Terima kasih Exco. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Satu soalan saya nak tanya iaitu berkenaan pelancongan. Adakah ada projek terkini atas nama Projek Pelancongan Warisan di kawasan Bukit Gantang itu? Projek terkini ada tak atas nama Projek Warisan Pelancongan di Bukit Gantang.
Ok. Memandangkan apa yang ditanya itu saya tiada maklumat, jadi saya tak berani nak jawab ya atau tidak. Cumanya apabila kita memang sentiasanya kita mempunyai projek pelancongan yang bertemakan warisan di seluruh Negeri Perak bahkan di seluruh Malaysia pun. Jadi oleh itu, kita perlu mendapatkan apa yang dikatakan jawapan sebelum yang rasmi dan juga tepat sebelum saya boleh salurkan kepada Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya ingin memandangkan warisan telah dibangkitkan kita mempunyai satu projek. Sebenarnya usaha private sector yang telah berlaku di Karai yang merupakan Kampung Warisan Melayu yang sungguh indah. So, saya masukkan iklan sikit kepada siapa yang belum pergi melawat, sila melawat. Cukup indah tersergam bangunan-bangunan tersebut di sana di tepi Sungai Perak. Jadi saya berbalik kepada apa yang saya cuba sampaikan tadi ialah bahawasanya kalau kita bandingkan pula sebagai di Perak kita mempunyai 12 daerah. Manakala di Melaka cuma mempunyai 4 daerah. Bermakna kalau di Negeri Perak dengan peruntukan yang kita ada kita, kita mempunyai cuma RM1.5 juta untuk setiap daerah manakala untuk Melaka mereka mempunyai RM5.025 juta untuk setiap daerah.
Jadi ini suka tak suka kita perlu memperakui bahawa Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang besar. Jadi perbandingan apabila kita membuat perbandingan, kita perlu membuat perbandingan yang secara relatif dan juga secara am secara logiknya. Saya ambil lagi sebagai contoh, Negeri Perak telah mencatatkan sebanyak lebih 120 acara di dalam kalendar, manakala pada masa yang sama, Melaka sekarang adalah 70 acara. Sebenarnya apabila dikatakan apabila ada tohmahan mengatakan Kerajaan Negeri tidak melakukan apa-apa dan nampak suram, saya rasa senang aja kalau begitu, bayangkan kita tarik semua 120 acara kita buat kat Ipoh je. Semua 120 acara kita buat kat Ipoh. Setiap selang tiga hari kita ada satu acara. Saya rasa pada masa itu kita tidak akan lagi dikatakan suram, malah kita akan kena marah sebab trafik jam setiap hari tetapi kita perlu terima hakikatnya, kita perlu menjaga kesemua rakyat yang ada di Negeri Perak. Kita tidak boleh kita tidak boleh membawa program-program pelancongan ke satu kawasan sahaja. Biar ke kawasan yang jauh nun jauh tu dihujung, hujung negeri kita. Biarlah di Pengkalan Hulu di Selama sampai baliklah ke Lenggong ke Ipoh, kan, ke Behrang dan sebagainya. Slim River. Ya saya tahu Sungkai dan Alor Pongsu.
Jadi, kita perlu memastikan supaya semua rakyat Perak mendapat sedikit sebanyak kebaikan daripada aktiviti kita ni dan oleh sebab yang demikian, kita tidak boleh membawa semua ke Ipoh. Jadi mungkin kalau bila saya bagi contoh lagi baru beberapa hari lepas, kita berakhirnya Pesta Teluk Batik dan kemudiannya akan berlaku di Pangkor, kalau saya tak silap, sehari. Di mana Pesta Teluk Batik telah mendapat lebih kurang tiga puluh lebih ribu pengunjung. Walhal perkara tersebut besar di kawasan tersebut. Cumanya di Perak, kita rasa tak apa pula kan. Haa so, mungkin bagi ini kita perlu terimalah bahawa negeri kita adalah negeri besar dan pembelanjaan kita juga mempunyai beberapa kekangan.
Terima kasih YB Exco. Sempena Tahun Melawat Perak 2024 ini sedia maklumlah di mana Dun Pangkor ni kita ada satu tarikan tempat seperti Pulau Pangkor, Teluk Senangin, Teluk Batik di mana di antara pilihan utama pengunjung luar untuk datang bercuti tetapi bukan malah hanya bercuti tetapi Pulau Pangkor ni jugak aktiviti lain seperti bermesyuarat seminar dan sebagainya. Namun begitu, baru-baru ini ada masalah gangguan air di Pulau Pangkor dan akan terus menghantui penduduk khususnya pengusaha pelancongan kerana mereka bimbang ia akan berulang lagi dan yang keduanya begitu juga YB Exco masalah lambakan kereta dan motosikal haram yang kita mudah dilihat sebaik pelancong atau pengunjung tiba di jeti Pulau Pangkor. Kegiatan kereta dengan motosikal haram ini bukan sahaja menjejaskan mata pencarian pemandu teksi tetapi juga mengundang keselamatan kerana ia beroperasi tanpa permit. Justeru, keselamatan pengunjung mesti diutamakan.
Untuk pengetahuan YB Exco pada bulan Februari pada bulan dua ini bulan Februari, di mana agak banyak festival seperti cuti sekolah, fenomena air surut, cuti sambutan Tahun Baru Cina dan yang paling terbaru adalah perayaan Maasi Magam yang mana satu-satunya kuil di dalam Malaysia yang menghadap laut dan kita dapat tahu lebih kurang 60 ribu pengunjung untuk perayaan Maasi Magam. Soalannya, apakah peranan YB Exco Pelancongan bersama agensi-agensi berkaitan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air ini berulang dan juga aktiviti kereta dan motorsikal sewa haram di Pulau Pangkor, terima kasih?
Tahniah lah saya suka dengar program banyak Tahun Melawat Perak dan sebagainya. Saya turut hadir di Batu Gajah itu hari, tahniah juga kepada YB Exco sebab bila peringkat state yang melibatkan pelancongan, kami dijemput secara rasmi bagi baju lagi baju korporat tu, tahniah. Tapi bila berlaku di kawasan kami ada agensi sebutkan, saya tak berani nak jemput pembangkang saya mintak satu je lah tak payah surat jemputan. Masa saya di KKM dulu bila kita nak turun ke kawasan saya menggunakan jawatan saya sebagai setiausaha sulit masa itu saya text je YB mari lah join itu pon dah kira jemputan dah tak taklah malu sangat nak bagi sebab kami ni pemimpin. Bila kami datang nanti susah penganjur kan YB nak dok penjuru pintu dan sebagainya dan kami tak kisah pun sebenarnya. Tapi kalau lah YB Exco dapat text YB Alor Pongsu main la join saya kira jemputan rasmi lah. Terima kasih.
Terima kasih, jadi saya menyentuh saya ke apa yang dibangkitkan oleh Alor Pongsu dululah. Saya ambil maklum sini tapi sebenarnya apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh pelancongan sememangnya memang aktiviti terbuka, kita menjemput semua orang. Saya tak pernah dengar ada aktiviti pelancongan yang kata saya sekarang buat aktiviti ni tapi yang lain-lain jangan datang kita nak yang ni je. Sebenarnya pelancongan merupakan aktiviti yang paling terbuka yang ada dalam banyak-banyak portfolio. Kita menggalakkan untuk semua untuk lebih berkenalan untuk lebih mendalami satu sama lain supaya kita lebih memahami satu sama lain. Malah, kita ingin juga mengembangkan budaya kita atau sejarah kita dan pengalaman kita ke luar negara. Jadi dari segi nak kata nak semua orang hadir ke tidak dan sebagainya saya rasa bagi saya di pelancongan ni saya memang minat. Kalau boleh bawa lagi dua bas lagi saya suka kan?
Tak peringkat YB ni ok tapi agensi ni depa kut sikit.
Jadi nombor dua saya nak balik kepada Pangkor. Saya mengambil maklum tapi cuma apa yang kita nak bangkitkan di sini ialah tidak dapat kita untuk mengelakkan bahawasanya sebenarnya saya juga ada turun ke Pangkor hari itu dan tidak dapat saya elakkan bahawa memang tindak balas kerajaan pada masa itu sebenarnya boleh diperbaiki terutamanya LAP boleh diperbaiki bukan pada tahap yang terbaik ok itu saya mengakui malah apa yang betul, saya cakap betul, apa yang kurang betul saya cakap kurang betul. Malah, kita mempunyai perbandingan bahawa respon negeri kita dibandingkan dengan yang berlaku di Pulau Pinang kerana Pulau Pinang baru-baru ini juga dalam usaha menaik taraf air mereka tetapi walau bagaimanapun, LAP telah juga memberi jaminan bahawa mereka telah sedang melihat dan sedang cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dan mereka sekarang dalam peringkat untuk mencari penyelesaian. Cumanya yang ini saya tak akan jawab. Ini bukan portfolio saya.
Cumanya untuk makluman dari segi konteks pelancongan pula selepas saya membuat lawatan dan maklumat telah disampaikan kepada pihak MB. MB secara pantasnya telah menurunkan peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk membantu pengusaha-pengusaha di situ dan juga saya juga telah menurunkan RM20,000.00 kita faham ini cuma pendekatan untuk sementara. Saya rasa saya percaya LAP juga sedang dalam usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ok saya ke saya ke beberapa hal yang dibangkit kali ini surprisingly pelancongan dibangkitkan oleh Sungai Manik dan YB Sungai Manik dan juga YB Bukit Chandan yang menimbulkan kegusaran terhadap Silverlake Village Outlet atau SVO bakal menjadi satu lagi projek gajah putih di negeri Perak. Untuk makluman seisi dewan, sebenarnya SVO adalah sebuah syarikat atau sebuah projek yang dibangunkan oleh agensi swasta. Saya ulang dibangunkan oleh agensi swasta dan tiada kaitan dengan kerajaan. Pihak syarikat sendiri giat mempromosikan kawasan tersebut melalui penganjuran program dan aktiviti berterusan seperti pembukaan Dinosour Tri-D Park dan juga Pesta Cahaya Flora berlaku baru-baru ini. Pihak syarikat sedang dalam usaha memenuhkan para peniaga di kawasan tersebut. Rata-rata peniaga sedang dalam fasa kerja-kerja renovasi untuk membuka outlet mereka. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan hanya berperanan dalam melancarkan usaha bagi merancakkan pembangunan pusat tumpuan ini dan tidak menanggung sebarang liabiliti atas sebarang kemungkinan. Majlis Daerah Batu Gajah telah telah beri sepenuh komitmen untuk membolehkan SVO jalankan operasi dengan kadar segera. Ini termasuk kelulusan fast rack bagi tambahan struktur serta urusan pelesenan. Tourism Perak turut mempromosikan SVO sebagai kluster lawatan pelancongan baru yang akan disekalikan bersama beberapa produk pelancongan di jajaran tersebut seperti Taman Herba Gopeng, Kellies Castle, Galeri Rumat Lat, Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 dan Escape Park @ Ipoh yang akan dibuka pada bulan April di dalam daerah Batu Gajah.
YB Bota juga telah menggesa Kerajaan Negeri melakukan penyelenggaraan segera kepada pusat konservasi tuntung yang disifatkan berada dalam keadaan menyedihkan serta infrastruktur dan fasiliti terlihat usang. Pusat Konservasi Tuntung Bota telah dimasukkan dalam senarai 27 Ikon Pelancongan Daerah Perak Tengah sempena Tahun Melawat Perak 2024. Kompleks tersebut juga dijadikan pusat bagi mengenali dan menjalankan kajian mengenai tuntung. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk melengkapkan ekosistem pelancongan menerusi pembangunan ekonomi komuniti setempat. Namun begitu, pusat konservasi tuntung adalah dan berada di bawah seliaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Perhilitan Perak dan dipantau menerusi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Dimaklumkan pihak kementerian juga sedang meneliti dan merancang proses transformasi pusat konservasi kepada Pusat Pusat Eko Pelancongan.
Oleh yang demikian, kerja-kerja melibatkan infrastruktur adalah di luar bidang kuasa pentadbiran ini. Namun, saya ingin membuat penambahan sedikit di sini adalah seperti yang saya katakan tadi. Salah satu lagi boleh dikatakan tohmahan atau isu yang dibangkitkan mengenai Tahun Melawat Perak adalah bahawa apabila mereka datang ke Negeri Perak, banyak-banyak tempat tumpuan kita sebenarnya tidak dibuka dan kita maklum bahawa perkara ini merupakan satu apa yang dikatakan, kesedaran ataupun satu keinginan pengunjung untuk melawat kawasan-kawasan tersebut. Namun saya ingin nak bangkitkan isu tersebut. Sebenarnya, Kerajaan Negeri mengambil langkah yang bertanggungjawab dalam hal ini apabila selama ini kita di Negeri Perak jarang mendapat peruntukan yang besar-besar untuk menaik taraf atau untuk memperbaiki semula apa-apa bangunan. Bukan kata tak ada, jarang dapat sebesar ini. Nombor satu. Nombor dua, walaupun besar ke kecil, itu bukan masalah.
Masalahnya di sini. Adakah kita nak mengambil keputusan untuk kita tidak membaik pulih tempat-tempat tersebut? Biarlah muzium. Biarlah tapak-tapak warisan.
Sebagai contoh, yang paling dekat dengan kita Sini adalah Town Hall di Ipoh. Mungkin yang terdekat dengan hati kita di Sungai Perak, kita ada kompleks Pasir Salak dan sebagainya. Sama ada kita nak biarkan dia runtuh, biarkan dia koyak, biarkan dia roboh. Semata-mata untuk Tahun Melawat Perak. Adakah begitu? Adakah kita nak marah pihak muzium. You, Jabatan Muzium tak tak buat kerja. Dah tahu kita nak buat Tahun Melawat Perak, you sekarang nak buat renovation. Adakah sampai ke tahap begitu? Kerana kita perlu faham bangunan-bangunan warisan ini perlu dijaga sentiasa dan setiap masa. Kita sebenarnya di Kerajaan Negeri Perak mengambil keputusan yang bertanggungjawab walaupun berat di hati. Walaupun sedih sebenarnya kita nak buka semua ini, tetapi demi menjaga pelancong dan pelawat ke kawasan-kawasan tersebut, kita terpaksa menutup untuk membaik pulih. Itu nombor satu. Nombor dua, ini merupakan warisan yang kita dapat daripada nenek moyang kita, turun temurun. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan memastikan secara turun temurun ia akan dapat dilihat oleh cucu cicit kita dan kita tidak boleh nak tutup semata-mata untuk Tahun Melawat Perak. Saya rasa itu adalah pendirian yang kita ambil.
Seterusnya saya masuk ke industri. YB Tronoh bertanya tentang status pelaburan stesen, pelaburan baru stesen penjanaan tenaga solar di Kampung Nalla. Untuk makluman YB Tronoh, pihak Menteri Besar Incorporated atau MB Inc melalui syarikat usaha bersama telah memulakan perancangan untuk mendapatkan kelulusan merancang atau KM bagi melaksanakan pembangunan projek di kawasan Dun Tronoh. Pembangunan di atas tapak ini akan meliputi dua komponen, penjanaan tenaga solar dan pertanian moden. Bagi pembangunan solar, pihak syarikat usaha sama telah berjaya memperoleh kelulusan kuota berjumlah 60 MW di atas tanah seluas kira-kira 220 ekar bagi memajukan Green Power Programme. Nilai pelaburan bagi projek Penjanaan Tenaga Solar ini dianggarkan bernilai RM250 juta. Jangkaan pembangunan akan dimulakan seawal suku ketiga tahun 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 atau 2026.
YB Alor Pongsu turut memohon tindakan segera Kerajaan Negeri dalam memastikan pelaksanaan Kerian Integrated Green Technology Park atau singkatannya KIGIP bagi merancakkan ekonomi rakyat Kerian. Pihak Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Wilayah Utara. Penubuhan Jawatankuasa ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan lagi proses pelaksanaan KIGIP. Pada masa yang sama, di peringkat Kerajaan Persekutuan pula telah ditubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas Pembangunan KIGIP yang dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pelaburan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN Perak untuk memudahkan urusan pelaksanaan KIGIP.
YB Pasir Panjang membangkitkan isu berkenaan pengorekkan Sungai Dinding bagi projek pembangunan LuMIC telah menjejaskan ekosistem alam sekitar dan menjejaskan pendapatan nelayan dari kalangan penduduk tempatan. Difahamkan, tiada mana-mana pihak berwajib yang akan mengambil peduli berkaitan perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Panjang, Projek Pembangunan Lumut
Maritime Industrial City atau LuMIC kini berada di peringkat awal perancangan atau feasibility study di mana penyelidikan dan kajian sedang dilakukan dengan pihak Port of Antwerp International bagi merangka LuMIC Development Masterplan. Kerja-kerja pengorekkan Sungai Dinding tidak mempunyai kaitan dengan projek pembangunan LuMIC. Hal ini demikian kerana pembangunan LuMIC buat masa ini hanya tertumpu kepada proses melakukan ketekunan wajar pada kawasan yang terlibat sahaja dan tiada aktiviti pembangunan dilaksanakan di peringkat penyelidikan dan kajian.
YB Keranji bertanya sama ada Kerajaan Negeri mempunyai sebarang cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa pelaburan bagi memastikan pelaburan yang telah diumumkan untuk pelaksanaan di Negeri Perak berjalan lancar serta menyiasat segala pelaburan yang ditangguhkan seperti pelaburan yang dicadangkan oleh Kossan Rubber yang bernilai RM1.5 bilion. Kerajaan Negeri melalui InvestPerak giat bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA dalam memastikan pelaburan yang diluluskan berjaya dilaksanakan. Usaha berterusan dilaksanakan melalui pelbagai program penggalakan pelaburan seperti Seminar Invest Series. Peluang pelaburan di negeri Perak, misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara, fasilitasi kepada bakal pelabur dalam meninjau tapak cadangan atau tapak yang dicadangkan untuk penempatan projek lawatan kilang bersama saya dan juga wakil-wakil kerajaan negeri bagi mendapatkan status terkini operasi syarikat serta mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi pelabur dalam melaksanakan projek mereka di negeri Perak agar bantuan dapat diberikan bagi memudahkan pelaksanaan projek mereka serta khidmat nasihat semasa mesyuarat bersama bakal pelabur serta insentif terkini yang disediakan oleh kerajaan kepada pelabur dan juga persatuan-persatuan pengilang, dewan perniagaan dan juga dewan perdagangan serta persatuan-persatuan industri yang lain.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah mewujudkan dua buah jawatankuasa bagi memantau pembangunan projek-projek mega iaitu Jawatankuasa Wilayah Selatan bagi projek AHTV dan juga Jawatankuasa Wilayah Utara bagi lain-lain projek pembangunan, segala pemantauan dilaksanakan di peringkat InvestPerak sebagai badan penggerak pelaburan negeri. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, MIDA diberi mandat bagi meluluskan projek dalam sektor pembuatan dan sebahagian projek dalam sektor perkhidmatan terpilih seperti projek pembinaan hotel, projek tenaga diperbaharui, projek pelancongan, projek pembinaan, fasilitasi perubatan swasta dan institusi pengajian tinggi swasta dan projek-projek dalam ekonomi digital. Selepas projek diluluskan, MIDA akan memantau pelaksanaan projek melalui Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi atau dengan singkatannya TRACK yang akan bekerjasama dengan Pejabat MIDA Negeri dan juga agensi berpenggalakkan pelaburan negeri iaitu InvestPerak bagi memantau dan memberikan bantuan fasilitasi secara terus kepada pelabur. Setiap isu yang dihadapi oleh pelabur akan disiasat sebelum dibuat bantuan dan fasilitasi diberikan.
TRACK merupakan platform pemudah cara bagi kesemua projek pelaburan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Nasional melalui pelaburan atau NCI dalam memastikan projek-projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Terkini, kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau MITI telah mewujudkan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia atau Invest Malaysia Facilitation Centre atau IMFC yang bersifat sebagai pusat sehenti bagi hal-hal berkaitan pelaburan di ibu pejabat MIDA untuk memudah cara urusan komuniti perniagaan dan para pelabur dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan terpilih. IMFC juga berperanan untuk mempercepatkan pelbagai proses kelulusan termasuk memberi khidmat rundingan serta nasihat, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dalam penyampaian perkhidmatan awam. Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan projek pelaburan yang diluluskan dapat dilaksanakan. Bagi projek Kossan pula yang dinyatakan tadi, harus maklum bahawa terdapat isu yang di luar kawalan kerajaan negeri mahupun persekutuan seperti perubahan permintaan di peringkat global yang implikasi secara langsung kepada projek tersebut dijalankan oleh pihak swasta. YB Changkat Jering memohon agar pihak terlibat dapat memfokuskan pembangunan industri tenaga baru seperti pembangunan ladang tenaga solar serta industri pengilangan berasaskan kelapa sawit di kawasan Changkat Jering bagi memastikan dasar Persekutuan di bawah Nasional Energy Transition Roadmap atau NETR dan juga New Industrial Master Plan atau NIMP 2030. Ketika dunia menyahut seruan penggunaan tenaga yang lebih mampan dan kurang karbon. Tenaga boleh diperbaharui telah muncul sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga yang paling cepat berkembang. Tenaga boleh diperbaharui atau RE dijangka menjadi sumber tenaga terbesar pada tahun 2040.
Di Malaysia, projek solar RE yang paling meluas kerana kos pengeluaran peralatan photovoltaic atau PV yang lebih rendah dan ketersediaan pembiayaan yang mudah bagi projek-projek hijau. Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA turut menggalakkan syarikat atau pelabur mengambil inisiatif penggunaan atau menggunakan RE dalam proses pengeluaran produk syarikat atau semasa operasi syarikat. Kerajaan turut menyediakan insentif galakan cukai kepada syarikat-syarikat dan pelabur yang menggunakan RE ini. Kerajaan juga turut mempromosikan projek-projek RE ini di negeri Perak dan tertakluk kepada pelabur-pelabur yang memilih lokasi yang sesuai bagi penempatan projek mereka.
Bagi industri pembuatan berasaskan kelapa sawit pula, industri pembuatan berasaskan kelapa sawit turut merupakan industri yang digalakkan oleh Kerajaan. Sebenarnya produk hiliran berasaskan kelapa sawit turut menyumbang kepada ekosistem perniagaan lain seperti industri makanan, farmaseutikal dan juga industri makanan tambahan kesihatan. Pelbagai insentif disediakan kerajaan bagi menyokong perkembangan industri tersebut. Bagi YB Alor Pongsu, mohon agar agihan pendapatan dan pelaburan Negeri Perak diperhalusi supaya berlaku adil kepada semua kawasan di negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Alor Pongsu, antara pelaburan besar yang dijangka di negeri Perak adalah Projek AHTV di Tanjong Malim yang bernilai sekurang kurangnya RM32 bilion yang akan dilaksanakan secara berfasa. Projek AHTV akan melibatkan rantaian limpahan ekonomi penduduk setempat selain memajukan daerah Tanjong Malim. Antara contoh pembangunan daerah Tanjong Malim melibatkan pembinaan sekolah, jabatan-jabatan berkaitan seperti balai polis, bomba, naiktaraf klinik kesihatan, naik taraf jalan, meningkatkan peluang pekerjaan dan lain lain. Pada masa yang sama akan melahirkan juga usahawan-usahawan IKS. Menyentuh dengan yang dikatakan tadi diperhalusi supaya berlaku adil kepada semua kawasan di Negeri Perak…
Dato' Speaker.
Dengan izin Dato' Speaker, saya ingin membawa cerita sikit. Sebab saya nak kata tua tak tua, muda tak muda, saya dah masuk Penggal Ketiga dalam Dewan ini. Nak dikatakan adalah juga sedikit pengalamannya. Diceritakanlah dua penggal yang lepas saya duduk di sana bersama YB Teh, bukan Pangkor belakang Pangkor, betul-betul belakang Pangkor. Masa itu kami cuma mendapat elaun tambah habis semua RM4,000.00 lebih jer Dato’ Speaker. Dato’ Speaker pun dapat RM4,000.00 lebih jer, RM4,000.00 lebih. RM4,000.00 lebih itulah yang digunakan kami tak ada OG, tak ada peruntukan projek, tak ada peruntukan pusat khidmat, tak ada apa-apalah, RM4,000.00 lebih itu ajer. Itulah yang digunakan oleh kami tetapi kami mampu juga untuk menyediakan perkhidmatan kepada wakil, kepada rakyat kami.
Oh, tak adil Kerajaan masa tu.
You pun dalam part tu. Tapi nak diceritakan sebenarnya saya nak ceritakan pengalaman kami, tugas sebenar seorang YB. Bukan nak mintak peruntukan OG sebenarnya. Kalau ada bolehlah, kalau ada siapa yang tak nak kan tetapi tugas hakiki kami adalah dua. Nombor satu, membawa suara rakyat ke dalam Dewan supaya semua pegawai-pegawai tinggi yang ada pada hari ini atau hari sebelum ni atau seterusnya dapat mendengar apa yang rakyat nak sampaikan. Tugas hakiki nombor dua, adalah kita untuk mengacau, menganggu, membodek, sapu, maki, whatever it takes, kepada sesiapa yang menjaga portfolio atau kementerian untuk mendapatkan projek itu turun ke kawasan. Kalau nak dikatakan OG yalah nak bagi kita RM50,000.00 ke RM100,000.00 ke, berapa sangat RM50,000.00, RM100,000.00 boleh dibuat. Buat satu jalan? Nak tukar karpet masjid pun ngam-ngam lebih kurang. Lepas tu macam mana? Sebenarnya tugas hakiki seorang YB adalah mendapatkan projek. Biar bincang dengan menteri. Di zaman Kerajaan Perpaduan sekarang tak ada masalah, biar bincang dengan menteri. Semua dah kawan dekat sini. PAS pun dah kawan dengan DAP. DAP pernah kawan dengan Bersatu, kan. Sekarang DAP dengan UMNO pulak.
YB Exco kita kan dah tahu apa beza budaya, apa yang berbeza.
Jap…jap…jap. Ini orang tua nak cakap sikit. Maksud saya, tugas hakiki YB tu sebenarnya untuk mencari duit untuk kawasan. Bukan mencari duit untuk pusat khidmat. Kalau dapat, kalau dapat kita syukur. Maknanya apa yang saya nak bangkitkan kat sini, selain daripada tu, saya rasa paling penting lah, saya dah buat terbuka, berapa kali sidang dah, saya pintu saya terbuka. Tak ada satu orang nak datang jumpa saya pun, di pihak pembangkang. Nak mintak duit untuk memajukan tempat atau turunkanlah apa-apa. Dua ajer, saya dua ajer. Saya tak nak sebut siapalah nanti you pulak kacau dekat dalam you tau siapalah. Kalau you nak saya sebut saya sebut. Nak tak nak? haaa... Tapi dua ajer, yang lain semua tak datang. Begitu juga yang berlaku, saya faham begitu. Jadi di negeri pun sama, di persekutuan pun sama. Semua dah kenal. Jadi saya rasa walau macam mana pun, cuma saya nak bawak benda ni, sebabkan saya nak ulang lagi, bila orang dah buka pintu tu, ketuk dan masuk, jumpalah. Jangan bising cakap tak ada duit.
Sebenarnya orang sanggup nak berkongsi tapi tak jumpa. Ada seorang rakan, ni saya mintak maaf, sebab saya dah minit hujung tahun, PKN tak lulus pasal topik ada sikit hal. Tahun ni saya minta maaf, saya mintak masuk lagi. Insya Allah boleh lepas. So, itu yang saya nak bangkitkan. Tapi walau bagaimanapun, dalam semangat Kerajaan Perpaduan ni, saya rasa dan saya percaya Menteri Besar akan membuat pertimbangan yang sewajarnya kepada semua dan saya harap supaya kita dapat bekerjasama dengan lebih erat. Sebenarnya sesiapa yang pegang duit, saya pun saya pun walaupun Exco saya pun kacau menteri. Kalau tak kacau menteri, berapa sangat duit yang ada pada Exco. Jadi ingin saya nak terangkan kepada sini sebelum saya nak habis. Kepada adik-adik yang baru masuk Dewan, tugas hakiki kita dua. Satu, sampaikan suara rakyat dalam Dewan, bukan politik. Politik kita biar dia kat luar. Dua, kita punya tugas hakiki, dapatkan duit turun ke kawasan, bukan turun ke pusat khidmat.
Dato' Speaker saya ada soalan mencelah
Terima kasih Yang Berhormat daripada Exco daripada Jalong yang telah menghabiskan penggulungannya. Sekarang ni saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungkai untuk menggulung perbahasan 45 minit. Silakan.
Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Bagi. Jadi besok lepas sembahyang, kalau hendak jumpa dia, Jalong. Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, ketua-ketua agensi, para petugas Dewan Negeri, para pemerhati dan rakan-rakan media yang saya kasihi. Terlebih dahulu izinkan patik menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang telah mencemar duli bagi merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun kedua Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas. Patik mewakili keluarga Dun Sungkai serta warga Kesihatan Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Masyarakat India secara keseluruhannya dengan rendah hati berdoa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sentiasa berada dalam selamat dan sejahtera. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri Yang dan Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas kepercayaan dan peluang berterusan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan penggulungan bagi portfolio Kesihatan Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India pada petang ini. Sekalung penghargaan juga turut dizahirkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sepanjang 2 hari ini bagi memberi cadangan serta kritikan membina di mana sudah pasti ada diberi perhatian sewajarnya di bawah portfolio saya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya akan memulakan penggulungan saya dengan menyentuh fokus yang pertama iaitu pembangunan sumber manusia di Negeri Perak. Menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di mana di dalam titah Tuanku ada menyentuh berkaitan dengan pembangunan automatif air teknologi park atau AHTV di Proton City. Pada perenggan 12 yang menekankan peluang pekerjaan dan manafaat kepada generasi belia dalam bidang
TVET. Saya yakin dan percaya gerak kerja awal yang telah dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak iaitu PASAK berjalan seiring dalam menyediakan tenaga berkemahiran dalam memenuhi pasaran pekerjaan pada ketika ini dan dalam tempoh 5 tahun akan datang, inisiatif bagi mewujudkan Majlis TVET Negeri Perak atau MTVET merupakan langkah ke hadapan bagi mewujudkan ekosistem TVET bersepadu merentas portfolio selaras dengan agenda Majlis TVET Negara. Langkah dalam melibat samakan institusi kemahiran dan pemain industri di bawah majlis ini akan mewujudkan jalinan kerjasama yang dapat melahirkan guna tenaga belia seiring dengan keperluan industri melalui penambahbaikan modul pengajian yang sedia ada. Bagi mengulas respons perbahasan kepada Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak akan memperluaskan tumpuan TVET bukan sahaja kepada latihan semula atau re-skilling dan peningkatan kemahiran atau up-skilling, malah meningkatkan kecekapan kemahiran melalui latihan di luar negara yang pertama kali dilaksanakan bermula tahun ini.
Bagi mengembangkan potensi tenaga kerja berkemahiran tinggi, langkah Kerajaan Negeri untuk menghantar seramai 50 orang belia ke negara pelapor TVET iaitu negeri China untuk mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang merupakan satu langkah permulaan bagi membangunkan modal insan yang bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran dalam negara tetapi juga melengkapi permintaan pasaran dunia. Kolaboratif ini merupakan tawaran oleh kerajaan negara China dan industri di China di bawah inisiatif Belt and Road Initiative atau BRI yang digerakkan oleh Tang International Education Group dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran atau dikenali sebagai Belia Mahir. Selain itu, seramai 5 orang anak Perak juga akan dihantar mengikut kursus latihan vokasional di Jerman selama 3 tahun secara teori dan praktikal on the job training di syarikat dengan kerjasama Felcra Education Services Sdn Bhd dan Study Germany. Bagi mengukuhkan peranan PASAK sebagai Sekreteriat Majlis TVET Negeri Perak, Kerajaan Negeri bermula pada tahun 2023 telah menghantar kakitangan PASAK untuk menjalani latihan peningkatan kemahiran up-skilling di negara India yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan India. Sehingga kini, seramai 4 orang kakitangan PASAK telah dihantar untuk menjalani latihan institusi TVET di merata-rata tempat di India yang diyakini mampu memberi tambahan nilai kepada kakitangan.
Usaha yang dilaksanakan ini adalah bertepatan dengan agenda koridor TVET di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam menjadikan Negeri Perak sebagai hub tenaga mahir negara ini. Melalui inisiatif-inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET untuk bekerja dalam industri-industri ini sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri yang kita sayangi ini. Saya yakin dan percaya sekiranya program ini dapat memberi impak yang besar kepada pembangunan modal insan di Negeri Perak. Sudah pasti Kerajaan Negeri akan menambah peruntukan pada tahun-tahun akan datang bagi menjamin keuntungan tenaga kerja kemahiran dalam.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Malim Nawar berkenaan Pengukuhan Struktur Organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, saya ingin menyatakan bahawa hal berkaitan dengan penjawatan jabatan tidak berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi ialah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Skim Perkhidmatan Awam (SPA). Namun begitu, saya dimaklumkan bahawa pengukuhan perjawatan bagi JPS Negeri Perak telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah dibentangkan pada 7 Februari 2024 yang lalu untuk meeting.
Menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat Keranji, permohonan tanah bagi pembinaan Hospital Kampar terdahulu seluas 28.535 ekar di atas lot nombor kod 400863, lot 24059, lot 13861 dan lot 100350 Wilayah Changkat Baru dalam Mukim Kampar, Daerah Kampar Negeri Perak telah dihantar ke Unit Tanah Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 September 2023. Permohonan ini disertakan dengan dokumen sokongan 25 salinan pelan pra-hitung dan 2 salinan butiran dan aras laras bagi tujuan permohonan rasmi pengambilan tanah bagi Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 terlebih dahulu sebelum permohonan pengambilan tanah di bawah Seksyen 8 APT 1960 dapat diteruskan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak. Hospital Kampar telah melakukan rujukan semula kepada JKPTG Negeri Perak pada 26 Januari 2024 bagi memuktamadkan tajuk bagi pelan pra-hitungan berkenaan. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan menyediakan 25 saliran baru pelan pra-hitungan yang telah dimuktamadkan tajuk Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Februari 2024.
Memahami kebimbangan serta keluh kesah seperti yang di utarakan oleh Yang Berhormat Manjoi. Untuk makluman di bawah Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu Occupational Safety and Health Act 1994 menyatakan setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja berada di tahap optimum. Begitu juga sebaliknya di bawah akta yang sama, pekerja juga mempunyai tanggungjawab untuk mengikut arahan majikan dalam aspek dalam semua aspek keselamatan dan kesihatan. Inilah ini ada di, di bawah Seksyen 24 elemen penarafan polisi kesihatan pewujudan persekitaran sihat yang menyebut ke arah gaya dan amalan hidup sihat. Pemeriksaan saringan kesihatan secara berkala dan tetap serta aktiviti intervensi. Faktor risiko merupakan aktiviti utama di dalam pelaksanaan Program-Program Komuniti Sihat Pembina Negara atau KOSPEN. Wellness of Workers (WOW) atau juga dikenali sebagai KOSPEN WOW.
Program ini merupakan program intervensi bagi pencegahan penyakit tidak berjangkit di tempat kerja. Program ini menjadi satu platform bagi mendekatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada warga kerja di sektor awam mahupun swasta. Terdapat lapan skop utama yang dititikberatkan bagi perubahan tingkah laku dan persekitaran yang ingin dicapai melalui intervensi di tempat kerja masing-masing iaitu yang pertama, saringan kesihatan. Nombor dua, amalan pemakanan sihat. Ketiga, amalan tidak merokok, hidup yang aktif. Empat, pengurangan badan. Lima, minda sihat. Enam, persekitaran tempat kerja sihat dan ketujuh, pencegahan dan pengurangan kemudaratan alkohol. Satu mesyuarat di peringkat negeri telah diadakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri pada 12 September 2022 bagi mengalakkan agensi luar menjalankan program KOSPEN WOW. Agensi yang berminat untuk menjalankan program tersebut boleh mendapat input teknikal daripada Jabatan Kesihatan. Pada 1 November 2023, KKM telah memeterai memorandum persefahaman bersama dengan National Institute of Professional Safety and Health (NIOSH) dalam usaha memperkukuhkan kesihatan mental dalam kalangan warga bekerja. Kerajaan merentas agensi ini adalah bagi memastikan aspek kesihatan mental dalam kalangan warga bekerja akan terus diperkukuhkan.
Di samping itu, KKM juga ada membangunkan modul kemahiran kesihatan mental dalam kalangan pekerja yang boleh diguna pakai bagi menangani isu kesihatan mental di kalangan pekerja kedua-dua swasta dan perkhidmatan awam. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Behrang, Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di daerah Muallim adalah Hospital Slim River yang merupakan hospital berpakar minor yang mempunyai 14 bidang perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran dengan kepakaran tahap in-house Residents Specialist. Di dalam usaha bagi meningkatkan lagi akses kepada perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran kepada komuniti setempat, hospital ini turut mengatur kunjungan berjadual lawatan pakar daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Teluk Intan untuk dua belas jenis perkhidmatan klinikal. Perancangan perluasan perkhidmatan klinikal di masa hadapan pula akan melibatkan penempatan pakar tetap di dalam bidang dermatologi. Dermatologi dan rehabilitasi serta menambah perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran seperti berikut. Yang pertama neurosurgeri, dua pembedahan plastik, tiga, pembedahan psikitrik, empat Advance Trauma Surgery dan lima endocrinology. Secara umumnya, Hospital Slim River berhasrat dan telah dimasukkan dalam Pelan Induk Jabatan Kesihatan Negeri Perak sebagai perancangan untuk dinaik taraf di masa hadapan supaya menjadi Hospital Pakar Major di Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan perbahasan Yang Berhormat Malim Nawar. Semua fasiliti Klinik Kesihatan dan Klinik Desa di Daerah Kampar telah dilengkapi dengan bilik untuk penyusuan dan sudut penyusuan termasuk fasiliti Kesihatan Klinik Desa Mambang di Awan, Kampar. Namun demikian, sudut penyusuan yang sedia ada yang diwujudkan di klinik desa tersebut didapati menjadi gangguan kepada laluan pesakit dan petugas klinik. Akibat ruang yang sempit dan terhad. Sehubungan dengan itu, baru-baru ini, kerja-kerja pembaikan kecil dilaksanakan bagi menambah baik ruang di klinik desa tersebut menyebabkan sudut penyusuan terpaksa ditutup sementara waktu. Sebagai langkah kontigensi, pihak Klinik Desa Mambang Di Awan, Kampar telah wujudkan ruang yang sama sementara di Klinik Desa Mambang Di Awan bagi kemudahan ibu-ibu yang mendapat perkhidmatan di klinik tersebut. Sementara itu, kerja-kerja pembaikan dan naik taraf sudut penyusuan baru di klinik desa dijangka dapat dilaksanakan seawal bulan Mac 2024 dan akan selesai pada awal Mei 2024.
Bagi menjawab respon soalan kepada Yang Berhormat Buntong, setiap fasiliti kesihatan sama ada klinik kesihatan atau klinik desa telah ditetapkan jumlah anggota pelbagai kategori mengikut outfit yang telah ditetapkan oleh KKM. Ianya adalah berdasarkan kepada jumlah beban kerja dan jenis perkhidmatan yang disediakan oleh sebuah klinik. Jabatan Kesihatan sentiasa membuat pemantauan dan semakan keperluan modal insan dengan memohon pertambahan perjawatan mengikut keperluan termasuklah perjawatan pakar perubatan keluarga di klinik-klinik kesihatan ini. Pusat diabetes di klinik kesihatan ditubuhkan bagi memfokus kepada perawatan pesakit diabetes secara holistik bukan sahaja dari segi pendidikan kesihatan tetapi juga saringan komplikasi diabetes dan penjagaan dan pencegahan komplikasi diabetes. Di klinik kesihatan dan klinik desa, sememangnya terdapat perkhidmatan pendidikan kesihatan secara individu dan berkumpulan mengikut keperluan pesakit yang diberikan oleh Pegawai Perubatan, Jururawat, Pegawai Farmasi, Pegawai Sains Pemakanan atau Pegawai Dietetik, Pegawai Fisioterapi dan lain lain.
Seterusnya bagi merespon perbahasan daripada Yang Berhormat Pengkalan Baharu dan Menglembu, Skim Perubatan Madani diwujudkan sebagai program perintis bagi mengatasi kesesakan pesakit di Jabatan Pesakit luar hospital dan klinik kesihatan di daerah yang mempunyai masalah kesesakan tersebut. Walaupun Skim Perubatan Madani sebelum ini telah diperluaskan ke seluruh negara, namun pelaksanaan program ini masih dalam program perintis. Berdasarkan pemerhatian kesesakan di fasiliti KKM di bawah fasa perintis Skim Perubatan Madani adalah bertambah baik. Pengoperasian Skim Perubatan Madani masih lagi diteruskan bagi memberi keutamaan kepada objektif penubuhannya dalam mengatasi kesesakan pesakit di fasiliti KKM. Pesakit masih boleh mendapat perkhidmatan yang sama dari fasiliti kesihatan seperti klinik kesihatan atau klinik desa yang berada di semua….
YB Exco. Minta laluan. Terima kasih. Saya ingin penjelasan daripada YB Exco berhubung…saya menerima aduan yang mengatakan bahawa pihak Hospital Gerik akan menutup jabatan dan unit rawatan pesakit luar dalam masa terdekat bagi mengutamakan kes-kes kecemasan, ibu bersalin dan kemasukan pesakit ke wad sahaja. Dikhabarkan juga khidmat rawatan kepada pesakit luar akan dipindahkan ke Klinik Kesihatan Lawin dan Klinik Kesihatan Bersia. Adakah aduan ataupun maklumat yang saya terima ini benar? Untuk penjelasan daripada YB Exco.
Terima kasih YB Kenering. Inilah kali pertama saya mendengar aduan. Tak pernah saya terima aduan seperti ni sebelum ni. Jadi saya minta Yang Berhormat kemukakan secara bertulis dan saya akan bagi jawapan. Terima kasih. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Kurau. Permohonan pertukaran nama Hospital Parit Buntar yang baru kepada Hospital Bagan Serai yang telah dicadangkan oleh Mantan Timbalan Menteri Kesihatan 1 yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai. Ini adalah satu isu yang amat penting untuk warga Perak. Saya harap kesemua Yang Berhormat yang ada dalam Dewan yang mulia ini, akan bersetuju dengan saya. Cadangan ini dipersetujui oleh Mantan Menteri Kesihatan ketika itu pada 28 Januari 2022. Mantan Menteri Kesihatan, Dr. Zaleha pernah telefon saya berkaitan dengan isu ini. Ada saya setuju untuk penukaran nama daripada Parit Buntar kepada Bagan Serai dan jawapan saya adalah kita tidak akan bersetuju dan pihak pengurusan kerana pihak pengurusan Hospital Parit Buntar dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui surat bertarikh 18 Januari 2023 mencadangkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengekalkan nama fasiliti sedia ada iaitu Hospital Parit Buntar. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat bertarikh 25 Januari selepas dapat surat daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan juga daripada pengurusan Hospital Parit Buntar dan juga bantahan daripada saya melalui surat bertarikh 25 Januari 2023 memutuskan pertukaran nama kepada Hospital Bagan Serai dikekalkan seperti keputusan terdahulu.
Keputusan ini telah disampaikan kepada Pasukan Projek Khas 1 Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia selaku pihak pelaksanaan projek untuk melakukan perubahan kepada dokumen projek. Setelah meneliti permohonan Yang Berhormat Adun Kuala Kurau iaitu wakil rakyat selama empat penggal dan mantan Exco, Jabatan Kesihatan Perak akan berusaha bagi menyampaikan hasrat ini. Setelah meneliti permohonan Yang Berhormat Adun Kuala Kurau yang juga memohon agar nama ini dikekalkan sebagai Hospital Parit Buntar, saya sendiri sebagai Exco Kesihatan Negeri
Perak telah menghantar surat kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 23 Februari 2024 berkenaan bantahan pertukaran nama Hospital Parit Buntar kepada Hospital Bagan Serai. Saya telah memaklumkan ketidaksetujuan saya dan meminta agar nama Hospital Parit Buntar dikekalkan atas alasan-alasan seperti berikut. Yang Hospital Parit Buntar dibina pada tahun 1925 dan mula beroperasi pada tahun 1931. Orang awam telah lebih mengenali hospital ini dengan nama Hospital Parit Buntar dan Hospital Parit Buntar ini masih terletak di Mukim Parit Buntar. Jadi saya dan warga Hospital Parit Buntar, pekerja-pekerja Hospital Parit Buntar dan juga Jabatan Kesihatan Perak tetap nak kekalkan nama Parit Buntar dan jika ada perubahan saya percaya menteri yang ada sekarang ini, seorang kawan rapat kepada saya akan ambil ini dalam perhatian dengan izin the conclusive decision is in the hand of the minister dan harap nama Hospital Parit Buntar dikekalkan, kalau tidak perkara ini harus dibawa kepada Exco untuk dibincang dalam Exco dan kita akan ambil keputusan kolektif.
Kalau juga perlu bawa isu ini kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, perkara ini akan dibawa kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Menjawab respon perbahasan kepada Yang Berhormat Hutan Melintang, Klinik Oftalmologi di Hospital Teluk Intan mempunyai beban kerja tertinggi dengan kedatangan pesakit sebanyak 160 hingga 200 orang sehari. Penambahan jumlah kedatangan pesakit ke Klinik Oftalmologi yang memerlukan rawatan pembedahan dapat dilihat saban tahun dan hal ini secara langsung menyebabkan tempoh masa menunggu pembedahan menjadi panjang. Walau bagaimanapun, sehingga kini bagi kes-kes kecemasan pembedahan mata tiada kelewatan yang berlaku. Tempoh masa menunggu pembedahan mata bagi kes elektif atau kes bukan kecemasan pada masa ini pula adalah di antara 4 hingga 6 bulan. Tempoh masa menunggu ini adalah bergantung kepada prosedur yang diperlukan dan kriteria-kriteria pesakit yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun tindakan penambahbaikan sentiasa dijalankan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan tidak terjejas.
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak berusaha bagi menambah peralatan pembedahan yang terkini selain meningkatkan kapasiti penggunaan dewan bedah sejurus dengan pengurangan masa menunggu sakit. Di samping itu pihak Jabatan Kesihatan Negeri juga memanjangkan cadangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan penyuburan perkhidmatan oftalmologi agar tempoh masa menunggu pembedahan dapat dipendekkan. Permohonan ini dalam pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan meneliti data-data dan justifikasi keperluan pembinaan hospital baru di Bagan Datuk yang dikemukakan dan cadangan pembinaan hospital baru ini akan diangkat kepada JPN sekiranya bersesuaian untuk pertimbangan selanjutnya. Sementara ini, Daerah Bagan Datoh mempunyai 5 buah klinik kesihatan dan 12 buah klinik desa yang masih lagi dapat menampung keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk daerah tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Hulu, perkhidmatan dan arnekologi adalah salah satu kepakaran utama perkhidmatan klinikal yang disediakan oleh Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan objektif utama bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta mewujudkan persekitaran-persekitaran yang optimum kepada pesakit. Sehubungan dengan itu menjadi keutamaan kepada kesihatan untuk menangani kes-kes obstretik atau bersalin dalam persekitaran yang selamat bagi masyarakat setempat. Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu Jenis 4 telah mula beroperasi sejak 1 Disember 2014. Perkhidmatan sedia ada termasuk pusat bersalin alternatif yang telah beroperasi sejak tahun 2000. Pusat bersalin alternatif adalah perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan bersalin ibu kategori berisiko rendah dan menepati kriteria-kriteria tertentu yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh daripada kemudahan hospital. Kes yang berisiko tidak sesuai untuk bersalin di ABC kerana kemungkinan memerlukan akses terhadap kelengkapan dan kepakaran untuk memastikan ianya selamat bagi ibu dan anak semasa proses kelahiran dan selepas kelahiran.
Sehubungan dengan itu, pusat bersalin alternatif di Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu boleh menjadi alternatif tempat bersalin bagi klinik di kawasan Pengkalan Hulu, bagi kes-kes yang berisiko rendah dan menepati kriteria iaitu yang pertama gravida 2 hingga 5 tidak termasuk. Kedua tiada masalah lalu dan semasa. Ketiga tiada masalah perubatan yang lalu dan semasa. Keempat ibu berumur 20 hingga 30 tahun. Kelima ibu berkahwin dan mempunyai sokongan keluarga. Keenam anggaran berat bayi 2.5 hingga 3.5 kilogram dan hanya ketujuh persekitaran rumah ibu sesuai jika ingin bersalin di rumah. Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga akan meneliti data-data dan menilai justifikasi keperluan pembinaan wad bersalin atau hospital di kawasan Pengkalan Hulu. Cadangan ini akan diangkat kepada KKM sekiranya bersesuaian untuk pertimbangan selanjutnya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, …
Yang Berhormat Exco, Ayer Kuning. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan Pusat Kesihatan Bidor berhadapan dengan pejabat Yang Berhormat Exco, kesesakan yang disebabkan ramai pesakit yang memerlukan perkhidmatan. Jadi saya diberitahu pada masa dahulu telah mendapat peruntukan untuk pembesaran pusat kesihatan tersebut tetapi tidak dapat dilaksanakan. Apakah ada perancangan untuk pembesaran Pusat Kesihatan Bidor pada masa akan datang atau pun keperluan kawasan baru yang lebih besar untuk kemudahan pesakit-pesakit pada masa itu? Terima kasih.
Terima kasih Ayer Kuning. Klinik Kesihatan Bidor masih ada ruang untuk extention tetapi saya dah maklumkan kepada Jabatan Kesihatan untuk membuat satu kajian berkaitan menaik taraf dan dah sudah sampai masanya Klinik Kesihatan Biro harus dinaik taraf.
YB Exco.
Ramai yang datang ke klinik, satu-satu klinik yang memberi perkhidmatan…
YB Exco, saya ingat untuk masa yang akan datang saya rasa ada keperluan untuk cari tempat baru yang lebih besar.
Kalau nak cari tempat baru dan membangun satu klinik baru adalah akan ambil masa yang panjang yang meliputi kos yang tinggi tetapi klinik yang ada sekarang ini saya percaya kita boleh masih gunakan sebab saya dah jadi Adun sana selama empat penggal. 16 tahun dah. Jadi masih boleh digunakan tapi kita kena menaik taraf klinik kesihatan. Terima kasih.
YB Exco, Manjoi. Terima kasih kepada YB Exco. Sikit lontaran daripada Manjoi berkenaan dengan klinik kesihatan dan klinik kesihatan ini berada di kawasan Dun Hulu Kinta. YB Hulu Kinta boleh, ada sahabat saya YB Hulu Kinta juga rapat dan kami berkongsi klinik kesihatan tersebut. Ada penduduk daripada Dun Manjoi pun pergi ke klinik kesihatan tersebut yakni Klinik Kesihatan Chemor. Klinik Kesihatan Chemor ini dia punya umur dah mencecah 39 tahun. 39 tahun dan kalau kita pergi klinik tu dia masih lagi bangunan sama. Dia punya kedudukan yang sama. Maksudnya tidak ada perubahan. Jadi penduduk situ semakin bertambah. Hari ini jumlahnya kurang lebih 132,000 penduduk, kepadatan penduduk di kawasan tersebut. Dia bukan hanya dididatangi oleh penduduk di bahagian Hulu Kinta yakni dikawasan Tanah Hitam, Kg. Che Zainal mungkin, mungkin di belah Chemor tapi dia dah masuk border Manjoi jugak.
Penduduk Chemor, penduduk di Khantan, penduduk di Klebang, zon Klebang yang jika terlalu besar tersebut semua penduduk di situ akan datang ke Klinik Kesihatan Chemor. Jadi persoalan saya adakah usaha di peringkat kita mungkin di peringkat YB Exco untuk kita bawa isu ini kepada KKM, Kementerian Kesihatan. Jika boleh kita jadikan klinik sebagai klinik kesihatan besar. Klinik kesihatan besar yang lebih selesa kepada penduduk. Saya boleh nyatakan di sini. Dalam sebulan tu saya akan dapat mesej daripada orang-orang di belah Klebang, belah-belah Chemor selalu menyatakan tentang kesesakan, ketidakselesaan. Kadang-kadang deme nak pergi apa ni, ambik ubat, jumpa doktor tu tak selesa dan boleh juga dilihat tentang kapasiti petugas kita di Klinik Kesihatan Chemor. Berapa jumlah pakar yang ada di situ dan berapa jumlah MO di situ dan berapa jumlah staf di situ yang menampung penduduk yang sangat ramai di kawasan tersebut. Jadi saya mohon YB Exco bagi tumpuan sedikit kepada perkara ini. Penting kepada keselesaan penduduk. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat. Saya percaya Yang Berhormat tahu kan, kedua- dua klinik Chemor dan Manjoi akan dapat satu klinik baru. Sana Manjoi dah jalan dah kerja-kerja dah jalan. Jadi tidak ada masalah yang timbul dan Chemor pun akan dibangunkan sebagai satu klinik baru. Jadi, isu Yang Berhormat bangkitkan akan diselesaikan dalam kemungkinan besar 2 tahun lagi. Tidak ada pertikaian klinik yang sedia ada ini tidak boleh digunakan lagi. Tidak ada ya dan Chemor kita ada cukup Tanah. Tak payah cari tanah tapak baru. Di Manjoi kita terpaksa cari dan cari kerja-kerja pemulihan. Terima kasih. Mengakhiri penggulungan saya pada hari ini. Saya dengan menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak serta barisan Exco Kerajaan Negeri, barisan pegawai pentadbiran negeri, agensi mahupun GLC yang sentiasa tanpa mengenal erti penat lelah siang dan malam dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Di kesempatan ini, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas jasa dan segala budi yang ditaburkan oleh YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim, mantan Pengarah, Kesihatan Negeri Perak. Beliau yang memulakan tugasnya sebagai Pegawai Perubatan pada 1hb Ogos 1989 di Hospital Sultanah Aminah, Johor dan telah menamatkan tugasnya sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang telah bersara pada 19 Februari 2024 yang lalu. Sepanjang masa perkhidmatan beliau di Negeri Perak, saya selaku Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Perak merasa amat selesa berurusan dengan beliau dalam apa jua keadaan tanpa mengira waktu sama ada awal pagi ataupun malam. Kita perlu menerima hakikat bahawa setiap yang bermula akan berakhir dan saya mendoakan agar persaraan ini memberikan peluang untuk beliau melapangkan masa yang lebih bermakna bersama dengan keluarga beliau.
Tidak terlupa, saya memanjangkan ucapan terima kasih atas khidmat bakti YBhg. Dato' Dr. Megat Iskandar bin Megat Abdul Hamid, Pengarah, Hospital Raja Permaisuri Bainun yang bakal bersara pada 12 April 2024 ini. Pada masa ini juga, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Perak yang membawa gelaran Dato'. Diharapkan segala jasa dan pengorbanan sepanjang perkhidmatan beliau memberi manfaat yang berkekalan kepada masyarakat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat kepada YBrs. Dr. Faizul Ridzuan bin Mustafa yang telah dilantik sebagai Pengarah, Kesihatan Negeri Perak yang baru berkuatkuasa pada 19 Februari 2024.
Marilah kita bersama-sama mengenepikan fahaman politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk saling berganding bahu dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih baik bagi mensejahterakan kehidupan rakyat negeri Perak. Sekali lagi menjunjung titah dibawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di atas, titah Ucapan Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Daulat Tuanku. Saya akhiri penggulungan saya dengan serangkap Pantun.
Bumi Perak Makmur Sentosa, Tuanku Sultan Raja Bijaksana, Agenda rakyat terus diperkasa, Di bawah Pelan Perak Sejahtera.
Sekian saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Sungkai yang telah menyampaikan ucapan penggulungannya sebentar tadi. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat. Yang Berhormat Exco dari kawasan Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan 45 minit. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Wassalamualaikum warahmatullahi Ta'ala wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Perak sejahtera 2030. Alhamdulillah. Alhamdulillah, (Bacaan ayat suci Al-Quran). Dato' Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya petang ini menggulung Titah Diraja pada persidangan kali ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ex-officio, Ahli-ahli Yang Berhormat, seluruh kakitangan agensi kerajaan sama ada peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan, rakan-rakan media, para-para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas Titah DiRaja pada hari Jumaat tempohari dan di atas perkenan Tuanku merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan. Patik bersama-sama seluruh rakyat Dun Sungai Rapat merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Januari yang lalu. Semoga dengan pelantikan Ke Bawah Duli Tuanku akan memberi impak yang positif kepada pentadbiran Negara khususnya Negeri Perak yang kita cintai ini.
Dato' Yang di-Pertua, seperti semua sedia maklum pada tanggal 7 Oktober 2023 tahun lepas, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah merasmikan Jambatan Sultan Nazrin Shah sepanjang 10.5 kilometer di Bagan Datuk. Ianya dibina bagi menghubungkan Pekan Bagan Datuk ke Lumut dan Manjung dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Secara positifnya dengan adanya jambatan ini, ianya dapat meningkatkan ekonomi setempat di samping dapat menjimatkan masa perjalanan kepada pengguna laluan tersebut.
Dato' Yang di-Pertua, masalah banjir yang sering berlaku memang menghantui kita semua setiap tahun. Bagi menangani isu banjir kilat yang berlaku di negeri ini, Jabatan Pengairan dan Saliran telah melantik perunding untuk melaksanakan kajian menghasilkan Pelan Induk Saliran Mesra Alam terutama di daerah Manjung dan sekitarnya. Ia akan menyediakan panduan comprehensive, dengan izin untuk menyelesaikan dan mengurangkan impak banjir kilat serta permasalahan kualiti air melalui Rancangan Pelan Induk Sistem Saliran Lekir, Daerah Manjung serta Pelan Induk Sistem Saliran Pulau Pangkor (Drainage Masterplan Development for Pulau Pangkor), dengan izin. Bagi memberi respon kepada isu yang dibangkitkan oleh Kubu Gajah dan Kamunting, adalah dimaklumkan bahawa kawasan Pekan Ijok, Bendang Luas dan Kota Raja Bersiong merupakan salah satu kawasan hotspot banjir yang telah pun disenaraikan-pendek oleh pihak JPS. Disenarai-pendek oleh pihak JPS. Kerajaan Negeri melalui JPS telah menjalankan dan merancang beberapa langkah mitigasi sama ada jangka masa pendek, jangka masa sederhana mahu pun jangka masa panjang.
Langkah mitigasi jangka masa pendek ialah JPS telah menjalankan kerja-kerja pengorekan sungai-sungai yang utama terutamanya Sungai Ijok, sekali gus dapat melancarkan laluan air di sungai tersebut. Selain itu, JPS juga telah membina sebuah Stesen Siren Amaran Banjir bagi memberi amaran kepada penduduk setempat sebagai persediaan awal dalam menghadapi kejadian banjir. JPS juga telah membina beberapa buah pintu air jenis automatik atau pun flap gate dengan izin yang berfungsi menghalang air sungai memasuki kawasan yang lebih rendah seperti mana di kawasan Bendang Luas dan Pekan Ijok sendiri. Untuk maklumat Yang Berhormat Kamunting, Kerajaan Negeri melalui Jabatan JPS Larut, Matang dan Selama telah menjalankan langkah-langkah mitigasi banjir bagi mengurangkan masalah banjir yang berpunca daripada sungai-sungai di dalam kawasan Kamunting.
Antaranya ialah pembinaan rumah pam di Sungai Relong serta pembinaan kolam takungan banjir di beberapa kawasan hotspot banjir. Selain itu, JPS juga telah menjalankan penyelenggaraan sungai secara berkala sekaligus dapat mengurangkan masalah banjir yang dihadapi. Di samping itu, JPS juga telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi kajian secara komprehensif iaitu Pelan Induk Saliran Mesra Alam yang mana ia bertujuan untuk dijadikan panduan kepada semua agensi berkaitan bagi merancang sistem perparitan yang lebih teratur dan jauh lebih sistematik. Inisiatif menaiktaraf sistem perparitan di kawasan bandar Kamunting setakat ini ialah melaksanakan kerja-kerja pembersihan oleh konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. sebulan sekali. Pihak Majlis Perbandaran Taiping telah mengambil inisiatif di kawasan Kamunting pada tahun 2023.
Yang pertamanya, menaiktaraf sistem perparitan Kampung Expo secara berperingkat-peringkat dengan kos RM295 ribu. Yang kedua, menaiktaraf sistem perparitan atasi banjir di kawasan di Taman Kamunting Permai melibatkan kos RM300 ribu. Menaiktaraf sistem perparitan di jalan utama Kampung Pinang bagi mengatasi banjir dengan kos sebanyak RM200 ribu. Menaiktaraf kolam takungan di sekitar kawasan Kamunting dengan kos RM1.016 juta. Menaiktaraf perparitan outlet di Medan, Kamunting melibatkan kos sebanyak RM200 ribu. Antara perancangan naiktaraf parit bagi tahun 2024 tahun ini ialah yang pertamanya, perparitan di Kampung Expo dengan anggaran kos sebanyak RM635 ribu, parit monsun di Taman Kamunting Maju dengan anggaran kos sebanyak RM500 ribu, perparitan di Jalan Kamunting Jaya dengan anggaran kos sebanyak RM370 ribu, yang keempatnya perparitan di Jalan Damai 18. Jalan Damai 18, Kampung Baru Kamunting dengan anggaran kos sebanyak RM357 ribu, menaiktaraf sistem perparitan di Kawasan Perindustrian Kamunting dengan anggaran kos sebanyak RM1.179 juta. Yang Berhormat Kamunting, dimaklumkan Jalan Persekutuan yang terdapat di bandar Kamunting di bawah seliaan pihak JKR adalah laluan FT 3146 Jalan Industri, Kamunting bermula Seksyen 0.55 sehingga Seksyen 7.1. Pihak JKR telah membuat permohonan peruntukkan berjumlah RM2.205 juta untuk menaiktaraf longkang di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti sepanjang jalan tersebut kesan daripada longkang rosak dan aduan orang ramai di penghujung tahun 2023.
Kerja-kerja menaiktaraf longkang, jalan di lokasi-lokasi tersebut akan dilaksanakan setelah peruntukan diterima. Bagi langkah jangka masa sederhana dan panjang, JPS telah menjalankan kerjasama pintar bersama MB Inc. MB Incorporated bagi penyelenggaraan sungai-sungai di Negeri Perak ini terutamanya di kawasan Kubu Gajah yang mana sungai akan dikorek dan hasil korekan tersebut akan dibawa keluar untuk dijadikan hasil ekonomi kepada Kerajaan Negeri. Sekali gus dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk terutamanya yang berada di dalam golongan B40. JPS juga akan memohon peruntukan Kerajaan Persekutuan dalam memohon RMK-13 bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Ijok. Yang Berhormat Alor Pongsu ada bertanyakan kekerapan penguatkuasaan JPJ terutama di Alor Pongsu terhadap lori-lori lebih muatan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak telah membahagikan 4 zon penguatkuasaan di Daerah Larut, Matang dan Selama.
Di mana JPJ cawangan Taiping dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penguatkuasaan di kesemua 4 zon tersebut. Alor Pongsu terletak dalam salah satu daripada 4 zon berkenaan yang mana setiap hari terdapat 2 pasukan melakukan rondaan. Setiap pasukan diarahkan untuk membuat rondaan bermula daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam. JPJ juga telah merangka beberapa operasi khas di mana ianya sulit untuk dikongsikan bersama. Soalan dari Alor Pongsu bertanyakan berkenaan dengan jumlah saman. Jumlah keseluruhan saman dikeluarkan pada bulan Januari hingga Februari 2024 bagi kawasan Jalan Alor Pongsu-Simpang adalah sebanyak 1149 Saman. Bagi kenderaan barangan sebanyak 320 saman telah dikeluarkan. Bagi kes lebih muatan pula, Januari hingga Februari 2024 adalah sebanyak 110 notis telah dikeluarkan. Notis lain juga dikeluarkan ke atas kenderaan barangan. Seperti Notis Arah Timbang, maka diarah oleh JPJ untuk membuat pertimbangan untuk menimbang kenderaan tersebut, Notis Arah Periksa, Notis Pemeriksaan Teknikal dan Notis Temu Siasat adalah sebanyak 210. Untuk rekod, jumlah keseluruhan saman yang dikeluarkan pada tahun 2023 bagi kawasan Jalan Alor Pongsu-Simpang adalah sebanyak 5353 saman. Bagi kenderaan barangan sebanyak 1920 saman telah dikeluarkan. Bagi kes lebih muatan tahun 2023, sebanyak 620 saman telah dikeluarkan. Notis lain juga dikeluarkan ke atas kenderaan barangan seperti notis arah timbang, notis arah periksa, notis pemeriksaan teknikal dan notis temu siasat adalah sebanyak 1,300.
Dato' Yang di-Pertua, perancangan pembangunan secara lestari yang dilaksanakan oleh Jabatan JPS melalui RMK-12 perlu mengambil kira pengurusan lembangan sungai bersepadu ataupun IRBM dengan izin. Terdapat 5 daripada 11 lembangan sungai utama di Negeri Perak sedang dalam proses penyediaan pelan air IRBM. Antara lembangan-lembangan sungai yang terlibat ialah Sungai Perak, Sungai Bernam, Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Sungai Manjung. Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan dan dengan kewujudan pelan IRBM ini, Kerajaan Negeri Perak akan dapat merancang pembangunan negeri secara lebih sistematik dan mampan dengan menyelaras keperluan pengurusan banjir, saliran mesra alam, sumber air dan alam sekitar. Dato' Yang di-Pertua, buat masa ini sebagai permulaan rancangan tebatan banjir Sungai Trolak sedang dilaksanakan secara reka dan bina.
Walau bagaimanapun, bagi daerah lain seperti Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk, Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Beruas, rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta fasa yang kedua dan Rancangan Tebatan Banjir Teluk Intan akan dilaksanakan pada tahun ini juga, Insya Allah. Bagi memberi respon kepada isu Yang Berhormat Astaka, Jabatan JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah memohon kajian Pelan Induk Sistem Saliran Mesra Alam Mukim Sitiawan dan juga Mukim Lumut, Daerah Manjung di dalam RMK-12. Kos kajian ini berjumlah RM10 juta yang tertumpu di dua mukim daerah Manjung. Kajian ini dirancang bagi menyediakan pelan induk sistem saliran di kawasan yang rancak membangun seterusnya dapat memberi kaedah penyelesaian terbaik bagi mengatasi banjir kilat di mukim Sitiawan dan juga di mukim Lumut. Respon kepada Yang Berhormat Rungkup. Jabatan JPS saliran dan juga pengaliran, Malaysia sedang mendapatkan hala tuju kaedah perolehan daripada pihak Kementerian Kewangan bagi Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk Daerah Hilir Perak Darul Ridzuan. Jabatan JPS Negeri Perak telah menghantar permohonan kepada Jabatan JPS Malaysia bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk Fasa 2, daerah Bagan Datuk. pembangunan Rolling Plan Rp-5 dalam RMK-12 tahun 2025.
Tender perolehan bagi dua jumlah pam untuk JPS Hilir Perak telah dipanggil bersekali dalam satu tender perolehan pam seluruh Malaysia disatukan permohonan daripada JPS tersebut. Perolehan ini telah dibuat oleh Bahagian Pengurusan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Malaysia dan telah diiklankan pada 7 Julai 2023. Pada 5 Disember 2023, kertas perakuan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian NRECC, kementerian terdahulu. Kelulusan permohonan lanjutan tempoh sah laku tender kali pertama daripada 6 Januari 2024 kepada 3 April 2024 telah dihantar pada 12
Disember 2023. Lembaga Perolehan yang sepatutnya bersidang pada 5 Disember, 15 Disember maaf telah dibatalkan kerana ada perubahan kementerian. Ada adjustment dekat kementerian tersebut, pindaannya. Maka lembaga perolehan pada 5 Februari telah memutuskan supaya perolehan ini dipanggil semula kerana sebab-sebab teknikal. Bahagian Pengurusan Mekanikal Elektrikal, JPS Malaysia dijangka akan memanggil semula tender ini pada awal bulan Mac 2024 pada bulan depan.
Dato' Yang di-Pertua, perkara hangat yang dilajukan, yang diajukan oleh ADUN Pangkor iaitu berkenaan dengan masalah gangguan air di Pulau Pangkor. Untuk makluman Yang Berhormat Pangkor, Kerajaan Negeri sedia maklum dengan isu berkaitan gangguan bekalan air yang berlaku di sebahagian Pulau Pangkor musim perayaan Tahun Baru Cina baru-baru. Bagi menangani isu tersebut, Lembaga Air Perak LAP telah mengambil langkah-langkah mitrigasi untuk memulihkan bekalan air ke kawasan-kawasan yang terkesan. Saya ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Air Perak dan juga Pejabat Pusat Khidmat Dun Pangkor. Bekalan lebih telah beransur pulih pada 18 Februari 2024 dan sehingga kini telah pulih sepenuhnya, Alhamdulillah. Pemantauan terus dilaksanakan bagi memasukkan memastikan bekalan air kekal stabil dan memenuhi keperluan pelanggan. Jadi khidmat yang dibuat oleh LAP sepanjang daripada 5 haribulan sebelum Hari Raya Cina sampailah ianya dapat diselesaikan pada 18hb itu, satu khidmat yang besar dan terima kasih kepada LAP sebab jumlah kerosakan yang berlaku itu agak di luar jangkaan.
Sebagaimana saya buat dalam pc pada 13 haribulan itu menyebabkan kebocoran paip di bawah dasar laut. Kita kena ingat bahawa air Pangkor itu datang ke Lumut. Kita salurkan daripada Lumut sampai ke Pangkor sepanjang 3.5 kilometer. Salah satu paip tu ada tiga paip. Salah satu paip itu bocor. Bila paip itu bocor YB, maka tekanan air yang sampai ke Pangkor berkurangan satu bab menyebabkan sebahagian kawasan Pangkor ketiadaan supply masa itu dan bekalan air. Usaha daripada pihak LAP mendapatkan kepakaran bagi membaiki kebocoran di salah satu paip di bawah dasar laut itu dapat dibaiki. Masa sekejap, Insya Allah. Walaupun ketika itu dasar laut agak berkecelaru. Cuaca tidak menentu. Ada pulak fenomena terbelah laut ketika itu, Wallahu Alam tapi pihak LAP dapat membaiki kebocoran tersebut. Bila dipam balik air daripada Lumut ke Pangkor masih lagi tekanan di Pulau Pangkor rendah. Tidak sebagaimana kita hajati.
Ini bermaknanya di samping ada kebocoran awal yang kita kenal pasti, barangkali ada kebocoran lain. Pihak LAP terpaksa makan masa beberapa hari nak check tiga paip itu daripada 3 kilometer, 3.5 kilometer daripada Lumut ke Pangkor. Ketiga-tiga paip kena disemak semula, kena disiasat dan dikaji semula di mana ada tambahan kebocoran menyebabkan tekanan itu masih rendah. Akhirnya mereka dapat lihat kawasan yang memang pernah bocor dahulu kala. Ianya bocor. Maka dibaiki oleh pihak pihak penyelam LAP. Alhamdulillah, apabila ianya telah ditampal, di buat welding di bawah laut, maka akhirnya bila tekan balik pam itu daripada Lumut, maka tekanan di Pangkor sempurna jadi. Alhamdulillah, mana pada 18hb Februari itu sendiri, tekanan telah dapat memuncak dan akhirnya bekalan dapat kita dapat kita beri kepada Pangkor. Saya bersimpati kepada YB Pangkor kerana beliau datang mengadu kepada saya. Maki hamun yang diterima daripada Ahli-ahli Pangkor ini cukup dahsyat. Mereka maki hamun herdik YB Pangkor seolah-olah YB Pangkor boleh supply air ke Pangkor masa itu. Malang tak dapat. Jadi saya bersimpati dan saya terima kasih kepada rakyat Pangkor warganegara Pangkor. Walaupun mereka berhadapan dengan suasana sedemikian, tapi depa tidaklah memberikan tekanan-tekanan yang hebat.
Akhirnya, saya berterima kasih kepada pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah meluluskan kepada pengusaha-pengusaha chalet dan juga rumah inap di Pangkor tu dapat 50 ribu supaya semua mereka dibekalkan dua tangki tambahan, satu tangki 600 ratus liter. Maknanya kalau mereka isi dua tangki itu, dia boleh bertahan sampai dua sampai dua hari, Insya Allah dan terima kasih kepada YB Exco Pelancongan yang telah meluluskan tambahan 20,000 lagi. Ini bermakna Pangkor ketika itu dapat 70,000 daripada Kerajaan Negeri membantu mereka-mereka yang bermasalah untuk menerima tetamu-tetamu di rumah-rumah inap mereka. Itu yang telah dibuat serta merta mengejut. Alhamdulillah, suasana dapat diselesaikan. Pihak Lembaga Air juga sedang dalam proses untuk Lembaga Air Perak dalam proses untuk kerja kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di Pulau Pangkor.
Bagi menampung permintaan bekalan air di masa-masa akan datang, khususnya bila Pangkor diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai, LAP akan belanja tak kurang RM100 juta nak buat dua lagi tangki tambahan di Pulau Pangkor, di Teluk Nipah. Ini sedang usaha untuk mengambil tanah pemilikan daripada individu, orang perseorangan ataupun koperasi kepada LAP. Kalau usaha dapat dibuat, maka LAP akan menambah dua lagi tangki air besar di Teluk Nipah bersama dengan rumah pam sekali. Maknanya kita akan beranggapan dalam masa 25 tahun akan datang mana bekalan air di Pulau Pangkor melebihi kehendak daripada hampir sejuta oleh rakyat Pangkor terima masih. Projek-projek jangka pendek dijangka bermula pada tahun 2024 dan dijangka siap pada tahun 2025. Manakala projek jangka panjang akan bermula dilaksanakan pada 2026. Jadi, kita beranggapan ketika itu isu-isu tanah milikannya dapat diselesaikan di antara LAP dengan tuan punya hak tanah ini. LAP mempunyai prosedur operasi standard dalam menangani krisis bekalan air.
Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh diambil untuk memantapkan lagi keberkesanan pelaksanaan pengurusan-pengurusan krisis. Ketika krisis itu, LAP telah pun menghantar enam tangki air lori-lori air daripada Lumut dibawa pergi ke Pangkor. Tapi masalah yang YB sendiri, untuk yang unjurkan tadi itu sampainya lori LAP di sana, mereka menghadapi conjunction yang sesak. Kenapa kena kedatangan kebanjiran lori, baja dan kereta-kereta dan motosikal. Yang ini masalah tak dapat nak kita hadapi tak dapat kita selesaikan lagi. Tapi banyak jalan-jalan utama di Pangkor sesak kerana kena kebanjiran sewaktu Hari Perayaan Cina. Lori-lori LAP juga tidak dapat nak menghantar air cepat-cepat mungkin kerana laluan tu terganggu. Menjawab kepada Yang Berhormat Pasir Pinji, setiap tahun Lembaga Air Perak ada melaksanakan program kerja-kerja penggantian paip lama secara berkala dilaksanakan secara berperingkat mengikut senarai keutamaan berdasarkan kepada usia dan kondisi paip. Taman Ipoh Selatan merupakan salah satu kawasan yang diberi keutamaan untuk kerja-kerja penggantian paip. Pelaksanaan kerja-kerja penggantian dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini.
YB. Yang Berhormat Exco. Saya rasa kami memang terima jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco dan juga amat berterima kasih kepada LAP yang cuba untuk menyelesaikan masalah gangguan air dengan secepat mungkin dan saya sebagai jiran kepada Pulau Pangkor pun saya menerima banyak aduan dan antaranya masalah yang terbesar adalah masalah pemberian air itu. Pengagihan air adalah tidak jelas jadualnya dan saya boleh kongsikan sedikit pengalaman apabila Sitiawan juga mengalami masalah yang sama pada tahun lalu iaitu pada April dan saya nak kongsikan dekat sini jadual pergerakan tanker Daerah Manjung yang diperikan oleh LAP pada masa itu ialah saya bagi contoh 1hb April 2023, pukul 2 petang sampai 6 petang kawasannya adalah Sitiawan, Lekir dan Seri Manjung. Itu satu kawasan yang sangat besar. Sitiawan sahaja ada berpuluh-puluh taman perumahan dan sebenarnya penduduk tak tahu nak pergi mana untuk mendapatkan air pada masa itu dan sebagai wakil rakyat, kami cuba untuk mendapatkan jadual yang lebih terperinci, tapi memang tidak dapat, yang pertama. Yang kedua memang tak ada maklumat yang dikongsi oleh LAP. Penduduk-penduduk akan semak di Facebook, dengan izin Facebook, tapi tak ada apa-apa maklumat yang diberikan. Contohnya jadual pengagihan air. Sampai hari ini masih ada tempat-tempat yang mengalami tekanan air sangat rendah. Sampai di kampung, saya beri contoh di Kampung Koh, mereka dah pasang pam supaya air boleh naik ke rumah tingkat dua. Itulah masalah yang masih belum diselesaikan. Minta LAP untuk melihat ke dalam keadaan keadaan yang ini. Terima kasih.
YB Exco, Pantai Remis. Saya cuma nak tumpang yang apa dikatakan oleh YB Astaka. Kami berharap bagi pihak LAP boleh kemaskini dan lihat semula tentang SOP-SOP semasa berlaku isu-isu yang tentang bekalan air yang tiada bekalan air kerana seperti yang jadual itu, kita mesti tahu bila lori akan mari, penduduk kumpulkan mana. Kalau tak ada info-info ni bagaimana mereka tahu tempat dapat air, terima kasih.
Terima kasih Astaka. Terima kasih Pantai Remis. Saya sendiri akan pastikan bahawa Taman Lekir tersebut dan juga beberapa kawasan di Pantai Remis kalau sekiranya ada berlaku gangguan, maka dia ada SOP dia. Jadi kita mintak ada LAP di sini untuk mengkaji supaya SOP dia dapat di upgrade, dengan izin dan untuk itu kawasan-kawasan yang memang ada tekanan yang rendah, maka kalau boleh di dipastikan pengetahuan tu dah sampai kepada LAP dan dia akan buat siasatan. Kawasan-kawasan yang lemah ataupun rendah tekanan, barangkali bila berlaku kawasan laku, musim-musim, musim-musim perayaan barangkali. Yang tu kita nak tahu supaya sekurang-kurangnya kita akan check dia punya dia punya tekanan.
Untuk pengetahuan YB jugak, di kawasan yang tersebut juga di kawasan di kawasan Taman Ipoh Selatan ni berlaku gangguan air tu kerana paip pecah. Kita nak pastikan ada taman-taman yang kenderaan berat diparkir di depan rumah mereka di bawah itu ada paip LAP. Bila paip itu pecah terpaksa kita berhentikan, kita tutup paip itu nak buat pembaikan dan kita kena ingat taman-taman yang lama ni paip-paip juga lama. Jadi LAP dalam proses fasa ke fasa mengganti paip-paip yang lama ini. Jadi kita mintak kalau ada kenderaan-kenderaan berat yang diletakkan di tengah-tengah jalan atau di tepi jalan sewaktu malam, pemandu-pemandu ini parking depan rumah dia tanpa mengetahui di bawah Ada paip air. Itu menyebabkan dalam pengetahuan kami menyebabkan ada paip-paip yang bocor kerana tekanan berat daripada permukaan jalan tersebut. Ok, terima kasih. Ada lagi?
Sikit saja Yang Berhormat dan saya sangat setuju masa perayaan memang penggunaan tu luar biasa. Oleh itu, adalah biasa untuk ada masalah tekanan air tetapi masalah di Kampung Koh sekarang adalah hari-hari biasa pun ada masalah juga dan saya sudah maklumkan kepada LAP Manjung dan terutamanya masa Tahun Baru Cina adalah yang paling-paling teruk sekali. So, saya mohon LAP untuk buat satu semakan atau siasatan yang yang lebih lanjut kenapa berlakunya masalah tekanan air sampai sekarang. Terima kasih YB.
Astaka saya akan pastikan LAP semak kenapa di Taman lekir airnya boleh katakan tekanan rendah.
Kampung Koh.
Terima kasih. Justeru itu, dengan adanya program penggantian paip ini akan dapat menyelesaikan masalah kekerapan paip pecah di Taman Ipoh Selatan di masa-masa akan dapat. Kita kena ingat untuk pengetahuan semua Yang Berhormat bahawa hari ini di Perak ni, NRW dia non-revenue water, dia salah satu negeri yang tertinggi. Menjadikan bahawa kesempatan untuk mengganti paip-paip lama kepada paip-paip baru. Faktor yang besar menyebabkan NRW ini tinggi lebih 30% itu kerana bocor daripada paip-paip lama. So, kita masih lagi diparas yang tinggi. Kita nak cuba supaya NRW di Perak ini sampai ke tahap yang munasabah 28%-25%. Hari ini kebocoran tu banyak kerana punca utamanya disamping kecurian air juga dicuri. Tapi oleh kerana kebocoran di bawah tanah iaitu salah satu faktor yang menyebabkan kadang-kadang tekanan tu tekanan rendah dan paip bocor. Selain itu, LAP juga menjalankan kerja-kerja pengurusan tekanan air di Taman Ipoh Selatan bagi memberi keselesaan kepada pengguna dengan tekanan air yang mencukupi. Melalui program ini juga ianya dapat membantu untuk mengatasi masalah di Taman Ipoh Selatan untuk jangka masa yang panjang. Manjoi pula membangkitkan perkara berkaitan jalan bagi Manjoi.
Terima kasih Exco, Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak ajukan berkenaan dengan paip air juga. Kes-kes paip air lama di Taman Kaya, Dun Changkat Jering. Sejak akhir-akhir ini, data yang saya terima adalah 16hb Disember, 21 Disember, 22 Disember, 13 Januari, main paip pecah. Untuk makluman terutama Exco, Taman Kaya ini, dia ada lima fasa taman dan lorong ada 54 lorong. Dia punya pintu rumah lebih 7500 rumah dan anggaran kos lebih kurang saya dapat maklumat RM3 hingga 5 juta untuk nak tukar paip baru. Paip ni paip lama dah melebihi empat puluh tahun lebih. Dia menggunakan asbestos. Sepatutnya itulah dia nak ajukan kepada Exco agar amik perhatian dan ambil tindakan segera yang dah satu lagi maklumat, dia nak bagitau semua Exco kerosakan atau paip pecah ini. Saya dah bincang dengan kontraktor yang tahun lepas punya bajet untuk repair pun dia kata dah habis dah kawasan ni dia kata dia kena ambik kawasan lain masuk ke tempat projek ini untuk nak membaiki paip air. Jadi saya harap Exco ambil perhatian lepas ni. Terima kasih.
Terima kasih Changkat Jering berkenaan dengan paip yang lama yang terdapat di Taman Kaya memang betul semasa saya, jadi ahli Parlimen Bukit Gantang pun memang isu begini terjadi. Cumanya kita ketika itu pemantauan daripada LAP kalau sekiranya berlaku kebocoran tu masih kecil kecil lagi maknanya nampak air meresap di tepi jalan tu, manakala dibaiki ketika itu maka kosnya jauh lebih rendah dan tidak ke pembuangan air. Tapi kalau kita biarkan berhari-hari, maka dia akan menjadi pancutan air yang kuat dan ini ini dapat kita elakkan kalau sekiranya kita ganti paip baru. Tapi oleh kerana kosnya menggantikan keseluruhan paip di Taman Kaya itu agak tinggi, maka kita akan buat satu pemantauan. Saya akan minta pihak LAP buat siasatan kenapa kebanyakan paip bocor ni berlaku di Taman Kaya barangkali kerana ramai orang kaya di situ. Wallahualam. Penganjur yang bangkitkan berkenaan berkaitan masalah jalan. Untuk makluman, Yang Berhormat laluan yang dimaksudkan merupakan jalan negeri iaitu Lebuh Raya Meru, Lebuh Raya Meru di bawah seliaan JKR.
Pihak JKR sedia maklum keperluan keselamatan pengguna di jalan raya melalui jalan tersebut dan menyediakan perabot jalan seperti transverse bar dengan izin serta papan tanda jalan sebagai panduan kepada pengguna jalan raya di berlaku dekat Meru. Pihak JKR akan melaksanakan penyelenggaraan berkala daripada semasa ke semasa mengikut keperluan di tapak. Pihak JKR akan mengkaji semula kesesuaian pemasangan bonggol bagi mengambil kira risiko risiko yang terlibat demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya dan saya akan menyusul perkara ini dengan pihak JKR. Idea bonggol ini sebenarnya tidaklah satu idea yang international. Kalau kita pergi ke lebuh raya lebuh raya international, mereka tidak benarkan ada bonggol di jalan raya itu merupakan punca kemalangan dan punca punca kesesakan juga ni kita kaji kan dahulu ya. Berkaitan jalan di Pantai Remis pula, pihak JKR telah membuat permohonan peruntukan mengikut keutamaan melalui anggaran penyenggaraan jabatan ataupun APJ tahun 2004 bagi tujuan penyenggaraan berkala (pastement). Di samping keutamaan juga diberikan kepada laluan FT 060 daripada Changkat Jering ke Seri Manjung dan Kampung Koh, Seksyen 34.4 sampai ke Seksyen 36 di daerah Manjung.
Untuk makluman, Yang Berhormat, pihak JKR telah menerima peruntukan tahun 2024 bagi penyenggaraan berkala (pastement) dan penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat Daerah Manjung di laluan FT 005 dan FT 060, 060. Di mana kerja akan diselesaikan pada tahun ini juga semasa seperti berikut. Ini telah yang akan dilaksanakan oleh JKR di Manjung. Kawasan Pantai Remis yang pertamanya, FT 005, Jalan Kampung Kayan, Sungai Wangi menelan belanja 2 juta. FT 060, Changkat Jering, Seri Manjung. Kampung Koh. Sejumlah RM 911 ribu. Bagi FT 005 jalan penyenggaraan berkala. Jalan Kampung Kayan ke Sungai Wangi menelan belanja untuk lampu isyarat sahaja lebih kurang RM 8 ribu ringgit. Bagi FT 005, Jalan Kampung Kayan ke Sungai Wangi senggaraan lampu isyarat adalah RM100 ribu ringgit. Bagi FT 060, Jalan Changkat Jering, Seri Manjung, Kampung Koh untuk senggaraan lampu jalan RM 63 ribu ke jumlah jumlah keseluruhan kerja kerja elektrik di sepanjang FT. FT yang saya sebut tadi adalah RM 171 ribu. Saya ingin menyentuh sedikit berkaitan kegusaran Yang Berhormat Behrang. Secara amnya, tekanan air di kawasan Tanjung Malim adalah dalam keadaan baik dan terkawal
Yang berhormat.
Walau bagaimanapun, Lembaga Air Perak (LAP) sedia maklum.
YB boleh mohon mencelah sikit. Terima kasih Yang Berhormat tadi bagi tahu yang FT 060 dan FT 005 kan. Jadi yang bagi kawasan Segari tu yang saya ada bahas tentang lampu jalan di persimpangan trafik yang nak pergi damai laut atau pun nak pergi pusat konservasi penyu selalunya dia tak menyala gelap sahaja hingga kita nampak hanya ada lampu isyarat dan ada lagi satu masalah adalah kerana dia sudah naik taraf. Sebenarnya dia dua-dua hala jadi empat lane. Tapi sekarang kita tinggal satu lane sahaja dan kerana kelebaran tu sudah naik cuma lebar di antara jarak 12 lampu jalan itu sangat jauh dan dia juga telah menyebabkan tengah jalan itu sangat gelap. Kalau ada divider di tengah jalan, memang dia akan gelap di sepanjang jalan. Jadi saya mohon bagi pihak JKR. Tengok macam mana kita boleh selesai isu yang ini. Terima kasih.
Terima kasih Pantai Remis. Memang jumlah RM 63 ribu itu diperuntukkan untuk FT 060. Di antara Changkat Jering, Seri Manjung, Kampung Kok semata mata nak memperbaiki lampu isyarat tersebut. Kita kena ingat bahawa lampu isyarat ini bukan hanya lampu sahaja. Dia ada dia punya kawalan ada kotak di sebelah tu dan kotak dia mahal. Jadi kita akan pastikan keseluruhan kos ini akan ditumpukan kepada FT 060 sebanyak RM 63 ribu pada tahun ini juga ya. Sekian terima kasih. Behrang tadi…
Yang Berhormat. Boleh? Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Rapat. Jadi pada hari ini saya melihat bahawa Yang Berhormat sangat rajin dalam kerja kerja khususnya dalam kerja kerja melibatkan JKR ini. Maka di sini saya telah apa yang saya bangkitkan pada sidang yang lepas kepada Yang Berhormat. Saya telah menerima satu respon yang baik daripada JKR mengatakan bahawa ada satu peruntukan sebanyak RM350 ribu untuk mitigasi kemalangan di Jalan Pusing nak keluar ke lebuh raya. Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat dan juga JKR atas mengatasi masalah yang dihadapi sering berlakunya kemalangan di di persimpangan tersebut. Maka dan juga saya ini ingin menarik perhatian Yang Berhormat di mana Lebuh raya Lumut daripada bahagian Papan nak ke nak pergi ke tapak sanitari tapak pelupusan sampah MBI itu majlis Daerah Majlis Bandaraya Ipoh. Terdapat satu-satu jalan sebahagian jalan itu amat gelap sekali amat gelap sekali dan saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat supaya tolonglah ok tolonglah merayu kepada ataupun memohon kepada JKR Persekutuan untuk memberi lebih perhatian kepada Negeri Perak. Ini kerana saya percaya selama ini Negeri Perak hanya mendapat sebahagian kecil saja peruntukan daripada Persekutuan.
Terima kasih Tronoh. Apabila Tronoh membangkitkan isu ini di akhir tahun lepas. Jika JKR khususnya JKR eletrik tidak berkemampuan untuk menyelesaikan secepat mungkin. Cumanya yang mana mana traffic light lampu-lampu isyarat terbakar itu khususnya di kawasan Jelapang dapat diganti semula dengan peruntukan yang amat terhad. Tapi harini kita baru masuk tahun 2024, jadi kita boleh x sikitlah. Malah JKR ada peruntukan yang barangkali cukup untuk mengkaji di manakah kawasan kawasan di kawasan Tronoh yang disebutkan tadi itu yang memerlukan pencahayaan semula. Tapi kalau sekiranya jalan itu jarang digunakan oleh pengguna nak pergi ke tempat sisa sampah itu, maka tidak digunakan oleh ramai. Kita nak percaya tak guna juga. Jadi buat masa ini kita tumpahkan, tumpahkan peruntukan untuk Kawasan-kawasan yang lebih yang lebih bermakna lebih bermanfaat. Jadi Insya Allah kita akan beritahu JKR supaya elektrik jika elektrik semak tempat-tempat yang digunakan oleh orang awam dan dipercahayakan semula. Terima kasih.
YB Exco, untuk maklumat Yang Berhormat sebenarnya laluan jalan tersebut adalah salah satu jalan utama untuk menghubungkan bandar raya ini ke Pekan Tronoh ini. Maka saya sangat merayulah kepada pihak Yang Berhormat dan juga JKR negeri untuk mengusahakan, ok mengusahakan dengan permohonan melalui JKR Persekutuan supaya dapat menurunkan dana yang mencukupi untuk tahun ini supaya kita boleh menaik taraf pencahayaan di jalan tersebut.
Terima kasih Tronoh dan saya akan minta kita ada Jurutera Jalan, Kinta di sini pada hari ini. Sekarang ni pun ada dan dia akan buat catatan untuk menyemak tempat yang diberitahu oleh YB tadi supaya dicahayakan semula kawasan tersebut. Ok, terima kasih.
YB Exco, mohon.
Kepada…
YB Exco, sikit Manjoi.
Manjoi. Ok.
Terima kasih pada YB Exco, terima kasih kepada Timbalan Speaker. Isu yang agak besar jugaklah saya nak bawa di sini ialah berkenaan dengan, bila YB Exco sebut tentang isu traffic-light dan juga kesesakan jalan. Saya nak bawa isu yang besor bagi kami di Dun Manjoi. Berdepan dengan BSN Chemor, BSN Chemor nak menghala ke pekan Chemor nak sampai ke traffic light pekan Chemor tu tersangat-sangat jem. Kadang-kadang saya rasa lebih setengah jam,40 minit pun boleh duduk di tersangkut dekat situ. Jadi, adakah cadangan daripada pihak, pihak apa ni Exco dan juga pihak JKR mungkin? Untuk kita, mungkin kita boleh jadikan setting timer di traffic light pekan Chemor tu. Sebab ada beberapa kes jugak berlaku yang sampai aduan pada saya, ada kes kecemasan tersangkut kat situ hampir 40 minit menyebabkan deme tak boleh nak lintas pergi ke Chemor. Itu satu isu besar lah daripada BSN Chemor nak menghala ke pekan Chemor. Waktu paling sesak waktu pagi orang nak pergi kerja dan waktu tengahari pun sesak. Saya sendiri pun kekadang tak boleh nak elak kena lalu jalan tu saya pun tersangkut banyak kali di kawasan tersebut. Kedua di tengah-tengah YB Exco sikit lagi, di tengah-tengah Pekan Chemor tu di, bagi saya ini isu keselamatan di border tengah tu, pekan Chemor. Saya tengok kadang-kadang penduduk ataupun masyarakat kita perlu ada kesedaran. Bagaimana kita nak halang supaya jangan mereka melintas dengan kerap. Sebab tidak ada penghalang tengah tu, jadi bila kereta laju menyebabkan bahaya kepada keselamatan masyarakat. Saya tengok dah lama isu ni, dan satu lagi deme kadang-kadang macam mana kita nak tangani masyarakat kita yang kadang-kadang mereka parking kereta di bahu-bahu jalan di pekan Chemor sangat sesak. Ini juga menjadi masalah kepada masyarakat yang lain. Terima kasih YB Exco.
Saya akan minta untuk pihak JKR kaji.
Yang Berhormat, peringatan. Sekarang adalah sesi penggulungan, bukan soalan bukan sesi soalan lisan. Ya, saya minta YB Exco teruskan. Ya, Sila.
Terima kasih.
Ayer Kuning boleh ya. Sikit.
Ayer Kuning sikit je.
Terutama sekali macam semalam, ucapan saya. Mohon pertolongan daripada YB Exco untuk mendapatkan peruntukan berkaitan dengan penyuraian trafik yang telah ditangguh di Pekan Tapah. Saya tertarik tadi dengan berkaitan dengan panjang lebar YB Exco bercerita berkaitan dengan air, Lembaga Air ini. Jadi persoalan saya, apakah kerajaan ada perancangan untuk menswastakan Lembaga Air Perak ni. Itu soalan saya berkaitan dengan kalau saya lihat tengok macam Syarikat Air Johor telah pun dikorporatkan. Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri dalam situasi keadaan sekarang yang berlaku di Perak ni. Terima kasih.
Terima kasih Ayer Kuning. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum ada lagi cadangan dan hasrat tersebut. Jadi kita masih kekalkan monopoli daripada LAP sendiri membekal air yang telahpun dirawat kepada seluruh rakyat di negeri Perak, Insya Allah. Ya, terima kasih banyak. Berkenaan dengan Behrang tadi itu, berkenaan kawasan-kawasan yang agak lemah ataupun rendah tekanan dia. Pihak LAP sedang dalam kajian untuk pastikan tekanan rendah itu dapat ditingkatkan khususnya di kawasan Felda Sungai Behrang dan juga di Klah Hot ada dua tempat tu. Jadi untuk itu, LAP sedang dalam proses untuk melaksanakan kerja-kerja penukaran paip-paip yang sering pecah secara berperingkat dan menaik taraf sistem bekalan dengan pemasangan pam bagi meningkatkan prestasi tekanan di kawasan tersebut.
Kepada Yang Berhormat Kuala Kurau, JKR Perak melalui JKR Daerah telah melakukan lawatan pemeriksaan dan penyiasatan di tapak berhubung masalah banjir kilat di hadapan premis Klinik Kesihatan Kuala Kurau, pada 15 hari bulan Februari tahun 2024 yang lalu. Hasil daripada lawatan tersebut, didapati bahawa aras kawasan yang terjejas adalah lebih rendah daripada aras jalan utama. Pemeriksaan juga, mendapati longkang-longkang dalaman di sekitar kawasan klinik tersebut tidak diselenggara dengan baik dan sempurna. Jadi saranan kita disini, terdapat juga longkang-longkang yang berada dalam keadaan yang tidak sempurna dan rosak.
Oleh yang demikian, pihak JKR mengesyorkan pembaikan dibuat oleh pihak klinik sendiri di kawasan dan halaman mereka. Jadi, kita syorkan supaya ada proses dalam klinik tersebut untuk mencuci longkang-longkang mereka. Longkang dalaman itu longkang klinik kesihatan perlu dinaik taraf atau dibina semula dengan mengambil kira kecerunan. Perlu dibina perlu dibina kolam takungan atau pun OSD-Onsite Detention dengan izin di dalam kawasan klinik tersebut. Longkang tepi jalan di Jalan Persekutuan Kuala Kurau ke Bagan Serai FT 075, Seksyen 1.8 telah dilaksanakan kerja penyenggaraan longkang dua kali setahun dan lokasi berkenaan telah dilaksanakan oleh pihak konsesi pada 19 haribulan Oktober 2023 dan kerja penyenggaraan longkang selanjutnya dijadualkan akan dilaksanakan pada 5 hari bulan April 2024.
Lokasi berkenaan juga telah disenaraikan bagi kerja-kerja menaik taraf longkang melalui permohonan kerja berkala bukan pachment ataupun APJ 2024 dan ianya bergantung kepada peruntukan yang diluluskan. Kegusaran YB Kampong Gajah berkaitan bekalan elektrik yang tidak mencukupi terutamanya di Kampung Biak, Kampung Geronggong, Kampung Pulau, Kampung Tersusun Changkat Lada dan juga kampung-kampung sekitarnya. Pihak TNB telah pun menerima maklumat akan masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik yang kurang ataupun Low Voltage di beberapa kawasan di dalam Dun Kampong Gajah. Adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan rumah yang menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik di kawasan kawasan terlibat semakin bertambah. Bagi mengatasi perkara ini, pihak TNB melalui Unit Perancangan Sistem Asset Planning and Performance telah mencadangkan dan mewujudkan cadangan perancangan projek CPP bagi tujuan memperkukuhkan sistem bekalan voltan rendah di kawasan-kawasan yang terlibat.
Projek memperkukuhkan sistem voltan rendah ini akan dapat membantu mengatasi isu kekurangan voltan di beberapa kawasan yang telah pun dibawa oleh YB Kampong Gajah haritu. Oleh itu, pelan tindakan TNB Perak untuk aduan pengguna di Pasir Salak bagi ke lokasi Kampung Geronggong, Kampung Kota, Kampung Kepala Pulau akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini dan cadangan projek memperkukuhkan, memperkukuhkan sistem voltan rendah dengan merentang kabel ABC baru bersaiz 1/8 1/8 amp dari pencawang elektrik selat-selat pulau untuk diasingkan bekalan ke Kampung Geronggong, Kampung Kota dan Kampung Kepala Pulau yang sedang dan akan dilaksanakan oleh TNB. Anggaran kos bagi pelaksanaan projek naik taraf bekalan elektrik di kampung tersebut adalah sejumlah RM200,000.00 iaitu akan di akan diuruskan oleh TNB.
Sasaran tarikh siap untuk kerja-kerja projek memperkukuhkan voltan rendah di kawasan ini dijangka dapat disiapkan pada 29 haribulan Mac 2024, bulan depan. Oleh yang demikian, bagi memastikan projek peningkatan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat dilaksanakan dengan baik, pihak pengurusan TNB memohon agar Ahli-ahli Yang Berhormat Kampong Gajah dan pihak yang berkenaan dapat membantu dalam isu kelulusan izin lalu melalui Pejabat Ahli Yang Berhormat, Penghulu dan juga pihak yang berkaitan jika diperlukan. Kita kadang-kadang tu kena lalu tanah milik jadi maka boleh diuruskan beri laluan izin, maka akan dipercepatkan laluan kabel tersebut.
Ahli Yang Berhormat Dun Pengkalan Hulu ada menyatakan lampu jalan tidak mencukupi di jalan-jalan raya sempadan Thailand, Malaysia menuju ke Kompleks ICQS, Bukit Berapit. Oleh itu, bagi permohonan lampu jalan kampung LJK perlu dimajukan permohonan kepada pejabat Penghulu kawasan dan akan disalurkan kepada Pejabat Daerah melalui Unit Pembangunan Luar Bandar, PLB dan seterusnya dimajukan kepada Kementerian Kemajuan Desa Desa dan Wilayah KKDW untuk kelulusan. Manakala Jalan Persekutuan boleh dimohon melalui JKR. Jadi kalau lampu yang tidak menyala tu ataupun tiada lampu, kalau Jalan Persekutuan boleh kita luluskan boleh pohon melalui JKR. Tapi kalau laluan-laluan kampung, khususnya dekat IC, ICQS itu, maka itu sempadan antara Siam dengan Pengkalan Hulu tu kena buat permohonan daripada, daripada Kementerian, Kementerian Luar Bandar. Berkaitan penyelenggaraan Jalan Persekutuan, Jalan Kuala Kangar, Kuala Kangsar, Gerik, Pengkalan Hulu ya, pula adalah dimaklumkan bahawa permohonan untuk pembaikan FT076, Jalan Kuala Kangsar, Gerik, Pengkalan Hulu telah dibuat secara bertulis melalui JKR Ibu Pejabat untuk mendapatkan peruntukan. Walau bagaimanapun penyelenggaraan jalan tersebut dibuat mengikut peruntukan yang telah pun diluluskan sahaja. JKR Hulu Perak telah menerima peruntukan pembaikan berkala pavement untuk FT 076 bertarikh 16hb Februari 2024 sebanyak RM 8.795 juta dan dijangka bermula pada 1hb Mac 2024 dan siap pada 31 bulan Mei 2024. Itu usaha yang akan dibuat oleh JKR sekarang ini.
Dato' Yang di-Pertua, Dato' Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana persoalan-persoalan yang tidak sempat saya jawab pada persidangan ini. Insya Allah kita akan uruskan kalau sekiranya perlu dijawab jawab secara bertulis saya akan usahakan untuk memberi jawapan bertulis. Saya merakamkan jutaan terima kasih dan menghargai atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang cakna akan permasalahan infrastruktur yang dihadapi oleh rakyat sekarang. Saya akan berusaha yang terbaik bagi menjaminkan bagi meminimumkan kesulitan yang melibatkan infrastruktur di negeri Perak. Maka dengan itu Timbalan Yang di-Pertua, Sungai Rapat menjunjung menjunjung Titah Tuanku Sultan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. SekalRANG saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Lintang untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah alhamdulillah. Sholatan wa salaman ala rasulillah tabiin ialah. Robbisrohlii shodrii wa yassirlii amrii wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii. Bismillahilazi la yadurru maasmihi shaiun fil ardi wa la fis samaaie wahuwas samiul alim. (Petikan ayat Al-Quran Surah Yusuf ayat 47-48). Yang membawa maksud 'Yusuf berkata supaya kamu bertanam tujuh tahun lamanya sebagaimana biasa, maka apa yang kamu tuai naklah kamu biarkan kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit. Yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya tahun sulit kecuali sedikit dari bibit gandum yang kamu simpan'. Surah Yusuf ayat 47 hingga 48.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri merupakan ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media rakan-rakan media sosial, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Sebentar tadi, saya telah memulakan dengan sesi penggulungan dengan membaca sepotong ayat al-Quran dalam mengingatkan kepada semua seisi dewan tentang kebijaksanaan dan kesiapsagaan Nabi Yusuf alaihissalam dalam menyediakan simpanan makanan untuk tempoh selama tujuh tahun. Semasa baginda memerintah Mesir, seluruh negara yang berdekatan mengalami krisis sekuriti makanan yang teruk dan memaksa rakyat negara berdekatan datang ke Mesir untuk mendapatkan bekalan makanan. Peringatan ini sewajarnya diambil pengajaran dan peringatan serta dijadikan sebagai panduan. Sebagai sebuah negeri untuk mempunyai perancangan dasar yang telah dan sesuai berkaitan sekuriti makanan kerana ia adalah keperluan asasi manusia. Biarpun negara atau pun negeri mahu mencapai pembangunan dan kemajuan melalui penekanan dalam perindustrian namun sekuriti makanan perlu diambil berat. Semoga Allah SWT membantu kita untuk mengharungi segala cabaran khususnya berkaitan isu-isu di bawah portfolio saya Insya Allah. Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk turut merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi penghargaan serta lafaz penghormatan yang tiada peri terperinya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang telah menzahirkan Titah DiRaja sempena pembukaan Mesyuarat Pertama ahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan yang sangat mendalam dan menyeluruh.
Memetik Titah Tuanku keterjaminan makanan bukan sahaja untuk memastikan tiada rakyat yang tidur dalam kelaparan tetapi untuk memastikan setiap keluarga mempunyai akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat. Masalah kekurangan zat makanan malnutrition menjadi penyebab kepada penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser yang semakin meningkat tinggi. Perlu diterokai langkah-langkah inovatif untuk menambah baik pengagihan makanan. Meminimumkan pembaziran dan memastikan rakyat mudah mendapat akses kepada makanan segar lagi berkhasiat. Setiap daripada kita sama ada Ahli Yang Berhormat serta seluruh Pentadbiran Kerajaan Negeri rasa insaf dan mengambil iktibar agar dapat bekerja lebih gigih kepada rakyat dan juga negeri Perak. Patik dan seluruh anggota pentadbiran kerajaan menjunjung kasih atas titah kebawah Duli Tuanku dan patik berikrar berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri agar dapat bekerja dengan lebih kuat dan gigih untuk kerajaan Tuanku demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri dan juga rakyat. Menjunjung kasih Tuanku. Ampun Tuanku. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas keprihatinan dan kematangan yang ditonjolkan semasa perbahasan dengan membangkitkan isu-isu berkaitan memperkasakan industri makanan dalam dalam industri perladangan, pertanian dan juga perikanan di kawasan masing-masing. Seramai 9 orang Ahli Yang Berhormat dan 19 isu telah dibangkitkan bagi portfolio saya dan seluruh agensi yang berkaitan mengambil maklum segala pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina demi penambahbaikan yang berterusan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sesi penggulungan saya hari ini akan terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu berkaitan pembangunan luar bandar, pertanian, sekuriti makanan, isu perladangan unggas, isu industri perikanan dan kebajikan nelayan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan portfolio saya pembangunan luar bandar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tronoh telah menyentuh isu berkenaan pengurusan pembayaran bil elektrik lampu jalan di sekitar kawasan Kampung Tronoh. Untuk makluman Yang Berhormat, permasalahan pengurusan pembayaran bil elektrik lampu jalan di Kampung Bemban, Kampung Baru Bali dan Kampung Nalla berlaku sejak tahun 2023. Saya merujuk tunggakan bil elektrik lampu jalan kepada penama akaun JKKA. Walau bagaimanapun, pemakluman tunggakan bil elektrik lampu jalan telah dilakukan oleh pihak TNB Batu Gajah kepada pihak Yang Berhormat Tronoh dengan memajukan butir-butir tunggakan lampu jalan bagi tiga kampung tersebut sebelum notis pemotongan dikeluarkan.
Sehubungan itu, persetujuan pembayaran tunggakan bil secara ansuran telah dipersetujui oleh pihak TNB. Pihak TNB sentiasa komited, prihatin dan memberikan kerjasama kepada semua pihak jika wujud sebarang masalah yang berkenaan. Saya dimaklumkan pengurusan tiga buah kampung berkenaan adalah di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT yang dilaksanakan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan PKP iaitu bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan. Kampung tersebut boleh didaftarkan sebagai kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan PBT bagi membolehkan kemudahan lampu jalan dapat disediakan dan diselenggara secara berterusan.
Yang Berhormat Chenderiang pula mencadangkan agar Kerajaan Negeri menambah peruntukan bagi program baik pulih rumah atau bina rumah orang asli. Untuk makluman Yang Berhormat di Dun Chenderiang terdapat lima perkampungan orang asli. Di mana terdapat seramai 11095 ribu penduduk dengan ketua isi rumah adalah seramai 3069. Projek Bantuan Rumah Orang Asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA bagi setiap tahun adalah bergantung kepada peruntukan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW. Peruntukan ini kemudiannya akan dibahagikan kepada 5 daerah yang mempunyai penduduk Orang Asli. Bagi tahun 2024 di Daerah Batang Padang, terdapat 10 unit rumah untuk dibaik pulih di mana 3 unit daripadanya di Kampung Orang Asli Sungai Landor, Chenderiang. Di kawasan Kampung Orang Asli di Chenderiang. Kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan seperti air, elektrik dan jaringan komunikasi adalah lebih baik daripada Kampung Orang Asli yang lain kerana berada di pinggir bandar. Sekiranya ada keperluan yang mendesak. Seperti bencana alam yang merosakkan rumah dan kemudahan asas. Peruntukan tambahan akan dipohon kepada pihak ibu pejabat dengan mengemukakan laporan kerosakan tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Chenderiang turut menyentuh isu penambahbaikan jalan perhubungan luar bandar terutamanya ke Kampung Orang Asli Pos Musoh. Untuk maklumat Yang Berhormat, pembangunan infrastruktur bagi akses laluan masuk ke SK Pos Musoh sepanjang lebih kurang 25 kilometer dari Jalan Pahang di Batu 7 perlu dikaji oleh agensi teknikal secara teliti dan menyediakan laporan terperinci tahap keboleh laksanaannya berikutan ianya terletak di dalam kawasan hutan yang masih terpelihara dan pada masa yang sama Kerajaan Negeri akan memastikan kemudahan infrastruktur yang telah dinaik taraf, memberikan keselesaan dan keselamatan bagi masyarakat Orang Asli Pos Musoh.
Pertanian dan sekuriti makanan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat daripada Tebing Tinggi telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran padi dan beras dalam Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, fokus dan tumpuan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak terhadap tanaman padi adalah peningkatan purata pengeluaran hasil padi daripada 36 tan per hektar. Tahun 2022 kepada 4.5 tan per hektar yang disasarkan menjelang 2025, RTP agar kadar sara diri SSR bagi tanaman ini mencapai 100% iaitu memenuhi keperluan rakyat Negeri Perak. Pada tahun 2023 2023, pembangunan tanaman padi di luar jelapang sahaja. Sebanyak RM1.5 juta peruntukan pembangunan telah diperuntukkan. Daripada 156 orang pesawah berdaftar di Negeri Perak. Dalam program ini, pesawah akan diberi insentif berupa input pertanian seperti baja, racun dan infra ladang seperti perataan pengapuran serta menaiktaraf parit ladang mengikut keperluan di lapangan. Program seperti ini diharapkan dapat membantu pesawah mengimbangi aliran tunai mereka dan seterusnya dapat meringankan beban kos input pertanian yang mereka perlukan dalam aktiviti pertanian.
Selain daripada itu, bagi perancangan jangka masa panjang. Beberapa inisiatif telah diambil di bawah Rancangan Fizikal Negara ke 4 RFN ke 4. Mengikut penzonan kawasan-kawasan pertanian. Terutamanya kawasan penanaman padi. Cadangan Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk mengezonkan dan mewartakan secara rancangan tempatan. Kawasan penanaman padi telah diterima dan diluluskan pada tahun 2021. Semenjak itu, Jabatan Pertanian bersama Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Pejabat Daerah dan Tanah serta lain-lain agensi telah mula bergerak di setiap daerah bagi mencapai perkara ini. Langkah ini diambil bagi memelihara dan mengekalkan kawasan bagi menjamin dasar seperti makanan negeri dan negara. Kawasan penanam padi di dalam dan di luar jelapang Negeri Perak telah dizonkan secara rancangan tempatan bagi memastikan kawasan tersebut tidak diganggu oleh aktiviti lain selain daripada aktiviti penanaman padi sahaja. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian, IADA Kerian dan IADA Seberang Perak sentiasa komited membantu para pesawah dengan melaksanakan pelbagai program bagi peningkatan hasil padi dalam menjamin sekuriti makanan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kurau pula menyentuh isu berkenaan keseriusan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah tanah jerlus yang sering berlaku di kawasan sawah padi di Daerah Kerian. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu IADA Kerian telah mengalami masalah tanah jerlus bermula pada musim penanaman tahun 2023. Keadaan jerlus semakin meningkat pada tuaian tahun 2024. Tanah jerlus berlaku disebabkan saliran tidak sempurna dan menyebabkan sawah terendam terlalu lama serta penggunaan mesin yang berat dan tidak sesuai seterusnya menyebabkan hardpan dengan izin tanah rosak. Pada tahun 2023 melalui pemantauan yang dilaksanakan di kawasan Kerian Laut dikenal pasti 4 kawasan iaitu Mukim Bagan Tiang, Mukim Tanjung Piandang, Mukim Kuala Kurau dan Mukim Parit Buntar yang melibatkan kawasan seluas 595 hektar dengan 452 pesawah terjejas.
Sehingga kini pada tahun 2024 di kenal pasti di kawasan Kerian Laut merangkumi Dun Titi Serong, Dun Kuala Kurau dan Dun Alor Pongsu dengan keluasan 2262.70 hektar serta bilangan pesawah seramai 1407 pesawah terjejas. Hampir 50 % sawah tidak dapat dituai sepenuhnya disebabkan lewat tuaian dengan umur padi melebihi 140 hari. Memang kerajaan amat bersimpati apa yang berlaku tanah jerlus di kawasan jelapang padi di Kerian dan insya Allah pada 11.3 ini, Timbalan Yang di-Pertua pihak Menteri telah memberikan tarikh untuk saya berjumpa untuk membawa isu-isu yang berkaitan dan bersama saya nanti ialah ketua-ketua jabatan di bawah portfolio saya untuk buat kunjung hormat dan membawa isu yang dibangkitkan dalam dewan di luar dewan untuk disampaikan kepada kerajaan federal insya Allah. Untuk makluman Yang Berhormat
Boleh, terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker, dan terima kasih Yang Berhormat Exco menyentuh tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Exco mengenai terjejasnya pendapatan pesawah 1000 lebih orang dan kita tahu bahawa pesawah ni dia satu musim bila terjejas 6 bulan dia tiada pendapatan. Dia tak ada 6 bulan kemudian dia nak keluar modal baru pula untuk menanam modal yang kedua. Selain daripada jerlus, tak boleh nak ambik yang kita dengar terpaksa terbakarkan padi tu. Kita minta ada tak ataupun macam bencana kerajaan kena bantu mereka ini sebab kita tahu memang-memang terkesan betul termasuk dengan baru ni di kawasan selain daripada kawasan jerlus ada kawasan yang diserang oleh tikus, bila diserang tikus satu musim tu dia tak ada pendapatan bereti untuk pendapatan modal yang dia keluar atau berhutang dengan mesin, hutang dengan baja, hutang dengan apa nak buat balik tu dia berhutang tak tahu lagi risiko itu duit dia nak makan tu memang tak ada duit itu mintak pertimbangan kerajaan. Kalau boleh kenal pasti mereka ni dan kita bantu mereka sekurang-kurang untuk sara hidup bagi tempoh yang yang terjejas pendapatan minta apa Yang Berhormat Exco ambil perhatian tahun ni.
Terima kasih Gunong Semanggol. Memang sebenarnya kita ada cadangan. Ada beberapa cadangan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh petani-petani di jelapang padi Kerian khususnya mereka-mereka lebih kurang 2407 pesawah padi yang terkesan dengan tanah jerlus yang ada kemungkinan hilang pendapatan dan sebagainya. Jadi ada beberapa cadangan yang kita akan kemukakan kepada pengetahuan Yang Berhormat Menteri Pertanian sendiri. Insya allah apa yang diminta oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol memang ada dalam pemikiran dan cadangan yang akan kita bawa kepada pengetahuan pihak Kementerian dan kita akan mendesak supaya kementerian dan kerajaan federal membuat sesuatu. Sesuatu yang terbaik untuk pesawah-pesawah yang terlibat dengan tanah jerlus dan ancaman tikus yang dihadapi oleh di kawasan jelapang padi Kerian.
Untuk makluman Yang Berhormat, Pada tahun ini di bawah Program Pengurusan Pemulihan dan Peningkatan Kesuburan Tanah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM1.5 juta sahaja dengan keluasan yang disasarkan hanya 500 hektar. Setelah perkara ini, saya akan bawa ke pengetahuan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan semula peruntukan RM45 juta yang diperlukan yang dicadangkan oleh IADA Kerian untuk diangkat projek baru bagi RP5 tahun 2025 kepada KPKM untuk kelulusan sekaligus menyelesaikan baki 1700 hektar isu tanah jerlus di daerah Kerian. Ini bukan sahaja daripada IADA tetapi kita sendiri akan mendesak. Kerajaan Negeri akan mendesak kementerian ehsan daripada kerajaan federal untuk memberikan peruntukan khas bagi penyelesaian masalah ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sesi Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kurau memberikan pandangan agar Kerajaan Negeri menggunakan kaedah pertanian secara organik yang lebih meluas bagi menangani masalah kekurangan bahan mentah dan makanan ekoran kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak sentiasa menyokong dan memperkenalkan pelbagai kaedah penanaman sama ada secara organik atau pun secara konvensional bagi memastikan peningkatan pengeluaran dalam menjamin sekuriti makanan rakyat di negeri ini. Masalah kekurangan bahan mentah dan makanan terutamanya bagi tanaman makanan yang masih belum mencapai tahap sara diri, (SSR) sentiasa menjadi perhatian dan fokus. Jabatan Pertanian Negeri Perak. Sebagai contoh, kerjasama dengan agensi lain seperti MARDI telah dimulakan dalam menangani masalah kekurangan bekalan bawang dan pelaksanaannya juga telah bermula dan dilaksanakan di daerah Batang Padang seluas tiga hektar. Sehingga kini, sejumlah 40 ladang organik seluas 160.26 hektar yang telah direkodkan menjalankan projek tanaman makanan dan berdaftar dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak. Jabatan Pertanian Negeri Perak sentiasa komited membantu para petani dengan melaksanakan pelbagai program bagi peningkatan hasil pengeluaran dalam menjamin sekuriti makanan. MARDI yang berperanan sebagai sebuah institut penyelidikan sentiasa berusaha untuk menghasilkan kaedah alternatif yang terbaik bagi menangani isu-isu semasa yang berbangkit berkaitan dengan pertanian.
Selain itu, MARDI juga menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti IADA bagi menangani masalah pesawah di lapangan. Negeri Perak antara teknologi yang telah dipindahkan ialah kilang tanaman dan tanaman bawang varieti MARDI 1 yang pertama, kilang tanaman kerjasama dengan SADC. Kilang tanaman merupakan sistem pengeluaran sayuran dalam bangunan yang semua elemen diperlukan seperti cahaya, suhu, gas rumah hijau iaitu gas karbon dioksida dan kelembapan dikawal secara tiruan dengan sokongan sistem kawalan pembajaan serta pengairan secara mekanisasi. Sayuran yang ditanam menerusi kaedah ini tidak terbantut pembesarannya ekoran perubahan cuaca ataupun penyusutan kawasan pertanian dikawal oleh kaedah penanaman di kilang. Tanaman ini mampu menghasilkan sayuran bernilai tinggi yang segar, bernutrisi dan bebas daripada semburan racun kimia. Malah, mampu menghasilkan produktiviti sebanyak empat kali ganda atau lebih berbanding kaedah konvensional kerana konsep baharu tersebut tidak dipengaruhi oleh persekitaran dan perubahan cuaca.
Yang kedua, penanaman bawang varieti MARDI kerjasama dengan SADC dan DOA dan loji pengeluaran bawang merah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti adaptasi tanaman di tanah rendah. Semburan masalah perosak, penyakit dan kerosakan lepas tuai serta pengukuhan pemasaran varieti BAW-1 sebagai contohnya mempunyai saiz antara 25 hingga 35 mm beradaptasi di tanah mineral dan tanah BRIS. Warna merah terang berbanding BAW-2 yang berwarna merah muda yang mempunyai saiz 28 hingga 30 mm serta beradaptasi di tanah mineral dan gambut. Manakala BAW-3 warna merah muda mempunyai saiz yang lebih kecil iaitu antara 18 hingga 25 milimeter serta beradaptasi di tanah BRIS, tanah mineral dan juga tanah gambut.
Yang Berhormat Kampong Gajah mencadangkan agar kerajaan melaksanakan kajian semua varieti padi kerana pada masa ini kebanyakan pesawah padi menggunakan padi jenis MR297. Di mana padi jenis ini kurang daya tahan dan mudah kena serangan. Untuk makluman Yang Berhormat, MR297 telah diperkenalkan oleh MARDI pada tahun 2016 dimana varieti ini terbukti memberi hasil tuaian yang tinggi iaitu melebihi lapan tan per hektar. Varieti ini juga sangat popular dan telah ditanam melebihi 50% daripada kawasan bertanam padi. Dikhuatiri ia akan membawa kepada kerentanan dan penularan penyakit dan wabak. Ia juga dibimbangi kebergantungan kepada monovarieti dengan izin. Oleh itu, MARDI terus melaksanakan R&D di dalam pembangunan varieti padi berhasil tinggi dan sesuai dengan persekitaran tempatan, ketahanan yang tinggi terhadap perosak dan penyakit mempunyai ciri kualiti dan nilai kesihatan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, MARDI telah memperkenalkan varieti-varieti pengganti yang memenuhi keperluan di atas seperti varieti MR303 dan MR307 yang telah diperkenalkan pada tahun 2018 dan yang terkini adalah MR315 pada tahun 2021. MR315 berpotensi mencapai hasil lebih daripada 8 tan per hektar. Tahap pada penyakit karah tangkai serta sederhana rintang kepada karah daun dan hawar daun seludang dan ini boleh meminimalkan penggunaan racun kimia dan impak positif kepada persekitaran. Penggunaan varieti MR315 sehingga kini adalah 11% dan perlu dipertingkatkan sekurang-kurangnya mencapai penanaman 20% di jelapang padi utama menjelang 2025. R&D pembangunan varieti yang berterusan mampu menghasilkan varieti pengganti yang lebih baik dan berbeza dari segi genetik dan adaptasinya terhadap perubahan persekitaran.
Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Titi Serong, berkenaan rekod pengeluaran padi, penukaran tanaman padi kepada sawit, penggunaan dan bantuan pesawah bagi tujuan pengorekkan parit ladang dan perataan sawah. Perincian rekod pengeluaran padi. Untuk makluman Yang Berhormat, pengeluaran padi di Perak merujuk kepada IADA Kerian dan IADA Seberang Perak bagi dalam jelapang dan luar jelapang melibatkan lima daerah iaitu Hilir Perak, Perak Tengah, Hulu Perak, Larut, Larut, Matang dan Selama dan Kuala Kangsar. Data pengeluaran bagi tahun 2022 merekodkan hasil pengeluaran bagi lokasi di luar jelapang ialah sebanyak 43,721 metrik tan. Manakala bagi lokasi di dalam jelapang yang melibatkan dua jelapang iaitu IADA Kerian adalah sebanyak 124,762 metrik tan dan IADA Seberang Perak pula adalah sebanyak 103,027 metrik tan. Jumlah hasil pengeluaran bagi seluruh negeri Perak sebanyak 269,790 metrik tan. Secara teknikalnya, kawasan tanaman padi yang baik adalah kawasan yang mempunyai sistem pengairan dan saliran yang terbaik. Tanah rata mempunyai ph tanah di antara 5.5 hingga 6.5. Program pembajaan mengikut jadual dan pengurusan perosak yang bersepadu. Selain daripada itu, keadaan infrastruktur juga memainkan peranan penting dalam memastikan pengeluaran hasil yang optimum. Jabatan Pertanian Negeri Perak bersama IADA sentiasa memantau pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (APB) di lapangan dalam usaha memastikan pengeluaran hasil padi dan beras mencapai 100% SSR bagi rakyat negeri Perak menjelang 2030.
Selinsing minta laluan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco, terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua berkaitan dengan hasil padi tadi lah, saya turun di lapangan bersama dengan pegawai pertanian daerah dan juga report yang dibuat oleh ada seorang petani ni dia memang catit dia punya dia punya hasil dia tu. Dia bagitahu untuk yang terkini ni dia 1.9 ekar dibuat kecil je yang dia bagi rekod ni, kalau sebelum ni tahun 2011 dia kata dapat 6.1 tan dengan 1.9. Cuma saya nak bagitahu dalam Dewan betapa penurunan itu terlalu dahsyat lah. 2012 6.7 tan, 2013 6.4 tan, 2013 turun 5.7 tan kemudian graf dia menurun sampai yang terkini 2.4 tan dan dia boleh nampak daripada enam turun sampai dua dan untuk yang terkini ni dia hanya dapat tiga ribu lebih, kos enam ribu lebih.
Jadi, dia terhutang tiga ribu lebih tuan-tuan dengan sebab itulah petani ini bertukar mula-mula bendang dah nampak jadi kelapa sawit. Itu yang kita sangat risaukan tu dan semasa saya turun bersama dengan pegawai pertanian tu kita turun ke satu kawasan di nama dia Kampung Tua, petani tu pun ada sekali meleleh air mata dia sebab 6, 12 ekar sawah dia semua tak boleh ambil, 12 ekar jadi kalau 12 ekar kira besarlah takda dapat langsung kenapa apa kerana serangan tikus tu. Memang dipotong macam padang cuma tumbuh yang kedua, tumbuh yang kedua pun kena penyakit pulak. Kalau ini memang ada rekodnya sebab kami turun sekali dengan Jabatan Teknikal Pertanian Parit Buntar. Jadi itulah itu yang tadi disebut oleh Semanggol. Kalaulah boleh paling tidak pun bagilah benih padi kan benih padi itu kalau boleh dapat kepada mereka ini kerana terlampau kesianlah mereka nak meneruskan lagi sebab kita punya keterjaminan makanan tu yang jadi begitula cuma nak menyampaikan apa yang diminta oleh petani, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di atas cadangan dan juga perhatian yang diberikan. Insya Allah perkara ini akan saya bawa kepada pihak menteri di kementerian pertanian. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua penukaran tanam padi kepada tanaman sawit untuk makluman soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tebing Tinggi. Berkenaan usaha untuk mengekang tanah padi daripada diusahakan aktiviti selain daripada tanaman padi. Secara dasarnya Kerajaan Negeri memandang serius dan prihatin terhadap pengurangan kawasan penanam padi ekoran daripada tidak dinamik dan menumpukan kepada penanaman padi. Implikasinya berlaku kecenderungan untuk kawasan padi tukar kepada aktiviti pertanian lain. Lebih memberikan keuntungan khususnya yang melibatkan tanaman komoditi. Manifestasi daripada ini sekiranya tidak dikawal akan beri kesan kepada penghasilan beras sebagai makanan ruji utama negara. Walau bagaimanapun, dalam konteks Kerajaan Negeri tidak membenarkan sebarang tukar syarat tanah tanaman padi kepada syarat nyata yang lain namun sekiranya terdapat permohonan kaedah untuk mengawal keadaan ini dan sekaligus mengekalkan kawasan penanaman padi, mana-mana permohonan tukar syarat tanah yang dikemukakan yang mana syaratnya tanah tersebut adalah tanaman padi yang ingin ditukar kepada syarat nyata yang lain. Kelulusan jabatan teknikal seperti EIA, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran adalah dirujuk.
Untuk makluman Yang Berhormat mana-mana tanah yang menjalankan aktiviti selain daripada syarat nyata tanah padi seperti yang ditetapkan dalam hakmilik tindakan tindakan penguatkuasaan remedi tanah di bawah Seksyen 128 KTN boleh dilaksanakan. Penyaluran dana penyampaian bantuan kepada pesawah di Kerian Laut bagi tujuan pengorekkan parit ladang dan perataan tanah sawah. Untuk makluman Yang Berhormat perkhidmatan membina parit ladang dan perataan tanah sawah di bawah Program Pemuliharaan dan Peningkatan Kesuburan tanah daerah
Kerian difokuskan bagi kawasan yang terlibat dengan masalah tanah jerlus. Program ini bertujuan untuk membaiki saliran dalam petak sawah yang lama terendam serta masalah lapisan keras hard mend. Ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebelum permulaan musim penanaman. Proses perolehan telah selesai dan surat setuju terima SSD juga telah dikeluarkan projek membina parit ladang akan melibatkan kos sebanyak RM452,000.00. Manakala projek perataan tanah sawah melibatkan kos sebanyak RM471,000.00.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Pantai Remis berkenaan isu penggunaan dan pemilikan tanah kepada petani bagi memperluaskan tanaman serta menubuhkan jawatankuasa rentas jabatan bagi pemberian lesen sementara untuk penanaman dan penternakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mempunyai dokumen perancangan di bawah bidang kuasa Akta Perancangan Bandar dan Desa 17976 Akta 172 itu terdiri daripada rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan. Perancangan bagi kawasan pertanian dan penternakan telah ditetapkan dan sebarang pemajuan hendaklah mematuhi peta cadangan guna tanah setiap rancangan tempatan. Di peringkat persekutuan kajian perancangan guna tanah kawasan sumber makanan negara kagum telah disediakan dengan mengambil kira aspek keperluan keterjaminan makanan di peringkat negeri. Kawasan pertanian telah dikenal pasti dan akan memandu ke arah pencapaian sasaran untuk pengekalan kawasan pengeluaran makanan. Selain itu, garis panduan perancangan Kebenaran Merancang bagi kerja kejuruteraan tanah untuk aktiviti pertanian dan perladangan Negeri Perak telah pun berkuatkuasa dan kawalan perancangan bagi aktiviti pertanian dapat diterapkan khususnya yang berskala besar dengan mematuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh setiap pihak yang berkepentingan.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar mencadangkan proses pengeluaran pemberian lesen sementara hendaklah mengambil kira perancangan yang ditetapkan dalam peta cadangan guna tanah manakala dari segi cadangan penubuhan Jawatankuasa Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa telah wujud jawatankuasa yang diurus selia oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri iaitu Jawatankuasa Akuakultur Negeri Perak dan Jawatankuasa Ternakan Unggas Negeri Perak di mana saya menjadi pengerusinya. Dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga komited dan menyokong aspek keterjaminan makanan perlu diperkasakan bukan sahaja dengan mengekalkan kawasan pertanian tapi juga peningkatan peningkatan teknologi untuk meningkatkan hasil pengeluaran makanan di samping menjaga kelestarian alam sekitar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kenering menyentuh isu berkenaan status projek Agro Valley di Kampung Bukit Sapi, Kampung Kenering. Untuk makluman Yang Berhormat pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah memutuskan pelaksanaan penempatan Agropolitan Gandar tidak dilaksanakan disebabkan pembinaan tersebut melibatkan kos yang terlalu tinggi. Oleh itu, pihak kementerian telah menggantikan penempatan Agropolitan Uganda dengan pembinaan rumah bina baru atau baik pulih di atas tanah sendiri dengan menggunakan konsep PPRT yang dilaksanakan oleh Giat Mara.
Isu perladangan unggas Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Astaka dan Trong mencadangkan agar memperkasakan pasukan penguatkuasaan selaras dengan pelaksanaan Rang Undang-Undang Peladangan Unggas bagi menangani masalah lalat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar mengambil serius masalah kacau ganggu yang dihadapi oleh penduduk setempat. Oleh yang demikian beberapa langkah telah diambil seperti menaikkan kadar kompaun dan denda kepada denda maksimum RM50,000.00 atau penjara hingga tiga tahun dan kompaun maksima RM25,000.00 bagi ladang-ladang yang melakukan kesalahan kacau ganggu lalat. Justifikasi bagi kenaikan kadar kompaun dan denda ini adalah kerana kadar denda semasa yang rendah dan tidak.
Setimpal dengan kesalahan yang dilakukan di tambah baik dengan mengenakan hukuman yang lebih tinggi bagi meningkatkan kesedaran bagi mengelakkan kesalahan yang sama daripada terus berulang. Pihak jabatan juga meningkatkan program pemantauan ladang terutama di kawasan hotspot bagi memastikan para penternak tidak melakukan penyimpangan pencemaran dan kacau ganggu lalat serta sentiasa mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan jabatan demi kesejahteraan semua pihak. Isu industri perikanan dan kebajikan nelayan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya untuk menjawab berkenaan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kuala Kurau.
Mohon mencelah.
Mengenai isu pencerobohan bot pukat kenka di kawasan persisiran pantai Kuala Kurau. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua...
Mohon mencelah.
YB Lintang, Simpang Pulai nak mencelah.
Sebab, terima kasih Timbalan Speaker Tadi YB Exco sebut berkenaan dengan Jabatan Veterinar untuk penternakan unggas. Tapi dalam perbahasan saya, saya sebut ada tujuh negeri sudah ada enakmen untuk pendaftaran dan kawalan lembu dan kerbau. Adakah negeri Perak juga akan menggubal enakmen yang seperti di negeri lain supaya isu lembu dan kerbau berkeliaran dan isu kacau ganggu dapat diatasi dengan berkesan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, perkara ini telah saya akan ambil perhatian di atas pandangan sebentar tadi. Untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua, Jabatan Perikanan Malaysia mengambil serius isu pencerobohan zon oleh bot-bot pukat kenka. Terutamanya di kawasan Zon A di mana merupakan kawasan utama sumber rezeki nelayan-nelayan pantai. Selain itu, pencerobohan zon oleh bot-bot ini yang memusnahkan habitat dan ekosistem pembiakan sumber laut adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perikanan telah bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Polis Marin Malaysia bagi mengatasi isu pencerobohan oleh bot pukat kenka ini. Pada tahun 2023 dan sehingga Februari 2024 sebanyak 52 kali rondaan telah dijalankan di perairan Kuala Kurau dan sebanyak 11 tangkapan dan kertas siasatan telah dibuka yang melibatkan pencerobohan bot-bot pukat kenka ini. Jabatan Perikanan Malaysia akan meningkatkan lagi aktiviti penguatkuasaan demi membanteras kesalahan-kesalahan yang melanggar Akta Perikanan 1985. Ahli Yang Berhormat dari Trong menyentuh berkenaan bantuan atau insentif kepada nelayan-nelayan serta cadangan membuat pemutihan senarai nelayan...
YB, YB Exco. Saya didatangi oleh pencinta alam khususnya laut, pertama diver ini la, mereka turun ke bawah, lihat full snap pukat-pukat yang putus yang tak boleh di ini, jadi banyak, terlalu banyak pukat di dasar lautan. Jadi itu di tengok yang berdekatan dengan pulau la, Pulau Sembilan. Jadi, mereka mintak disuarakan supaya Jabatan Perikanan ataupun YB Exco mengambil perhatian dan sebab mereka ini pencinta alam ini dia buat sendiri. Dia buat sendiri ambil dana daripada NGO untuk keluarkan pukat-pukat ini tadi. Kos dia tinggi. Dia nak upah untuk gasnya, untuk botnya untuk masuk dalam dan insurannya dan sebagainya. Jadi kalau ada satu task force buat kajian di mana hotspot tempat-tempat ini. Sebab dia makin banyak, kalau tak buat nanti, dia akan menghapuskan habitat ikan tersebut dan akan mengurangkan sekuriti makanan ikan la. Jadi akan menyebabkan belanja ataupun pendapatan nelayan pun terjejas. Itulah.
Terima kasih kepada YB Kamunting di atas pengamatan dan perhatian berkaitan dengan nelayan yang menghadapi masalah pukat-pukat yang berada di dasar laut yang tidak dibersih ataupun yang akan mendatangkan masalah kepada nelayan-nelayan lain dan perkara ini insya Allah kita akan ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya bersama dengan jabatan dan agensi yang berkaitan di bawah portfolio saya.
Ayer Kuning boleh sikit?
Ayer Kuning.
YB Exco, saya rasa bukan masalah berkaitan dengan kita tak ada undang-undang, peraturan, denda, penjara dan sebagainya. Kita rasa kita, semua itu ada. Tetapi apakah YB Exco bersetuju bahawa penguatkuasaan kita amat lemah. Ini yang menyebabkan keadaan-keadaan jadi di negeri kita berkaitan dengan lalat juga itu yang banyak berlaku di tempat saya. Saya rasa berkaitan dengan penguatkuasaan atau tindakan yang lebih berani yang perlu kita lakukan kerana kita semuanya ada sebenarnya. Kita ada peraturan, denda, apatah lagi kita boleh penjara dan mereka-mereka ini. Tapi semuanya tak berlaku kerana inilah antara saya rasa perkara yang menyebabkan berleluasa kadang-kadang itu. Terima kasih.
YB, saya juga ada, Alor Pongsu ya. Saya tak tahu dah sampai ke pengetahuan YB EXCO atau tidak. Antara musuh utama di kawasan DUN Alor Pongsu adalah ancaman monyet. Kami panggil "warek". Ia bukan saja merosakkan bumbung rumah, kemudian dirosakkan tanaman dan sekarang dah mula menyerang manusia. Saya ambil contoh di Simpang Lima. Bila nak buat operasi ja, saya kena panggil Perhilitan. Saya kena beli peluru RM500. Teruk saya. Kalau semua kampung mengalami masalah yang sama, bayangkan nak beli peluru. Saya kesian pada Perhilitan di Kuala Gula. Senjata ada, peluru tak ada. Jadi, minta Kerajaan Negeri mungkin dapat bantu kan, tambah sikit peruntukkan peluru. La ni senapang RELA pun dah tak ada dah. Dulu kita boleh buat operasi ramai- ramai p tembak "warek" ini. Tapi laa dah tak boleh dah. Ada satu restoran di Sungai Bogak sampai tutup terus "warek" tumpang makan. Terima kasih.
Terima kasih Ayer Kuning dan juga Alor Pongsu. Saya bercakap dengan Menteri Besar boleh ke kita bantu tentang peluru. YAB Dato' Seri Menteri Besar Perak mengangguk. Makna bersetuju lah kita akan membantu kepada Perhilitan. Jadi bagi Ayer Kuning, tindakkan melalui akta, inilah satu daripada usaha yang kita lakukan untuk membanteras. Untuk membanteras gejala penyalahguna, peraturan-peraturan yang kita telah ditetapkan, sama ada dari segi Akta Unggas atau Perikanan dan sebagainya. Terima kasih Ayer Kuning.
Ahli Yang Berhormat dari Trong menyentuh berkenaan bantuan alternatif kepada nelayan serta cadangan membuat senarai pemutihan senarai nelayan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada dasarnya lesen baru bagi zon A telah dibekukan memandangkan kekurangan sumber sedia ada dan aduan nelayan mengenai kekurangan hasil tangkapan. Untuk Negeri Perak hanya kelulusan Lesen Sampan Khas pada tahun 2020 dan 2021 sahaja yang diberikan kelulusan untuk dilesenkan iaitu sebanyak 11 orang pada tahun 2010, manakala 23 orang pada tahun 2021. Bagi permohonan yang lain hanya permohonan untuk aktiviti pemilikan lesen sedia ada sahaja yang dilakukan oleh pihak Jabatan Perikanan.
Di samping itu, jabatan juga telah menjalankan pemutihan bagi mengeluarkan nelayan yang tidak aktif dan hanya melakukan pendaftaran nelayan baru yang telah mendapat kelulusan khas sahaja jika ada. Pengeluaran lesen baharu bagi vesel nelayan zon A, B dan C telah dibekukan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sejak tahun 1982. Tindakan pembekuan lesen ini dilaksanakan adalah disebabkan bilangan vesel yang telah dilesenkan telah melebihi daya tampung sumber perikanan pantai. Namun KPKM melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOM) sentiasa melaksanakan proses pemutihan di mana lesen yang telah dibatalkan akan dibuka untuk permohonan. Justeru itu, nelayan masih berpeluang untuk mendapat lesen menangkap ikan bagi zon C II Laut Dalam dan zon C III laut lepas atapun Lautan Hindi. Jabatan Perikanan Negeri Perak juga telah melaksanakan program pemutihan lesen vesel penangkapan ikan setiap tahun. Lesen vesel penangkapan ikan yang tidak diperbaharui selama tiga tahun berturut-turut akan dibatalkan. Jumlah lesen yang dibatalkan akan dimaklumkan ke ibu pejabat untuk tindakan selanjutnya. Jabatan sentiasa melaksanakan program pengurusan Sumber agar Ekosistem Marin di perairan negeri Perak terpelihara dan hasilnya dapat dinikmati oleh semua peringkat nelayan…
Yang Berhormat, Pantai Remis. Berkaitan isu perikanan. Tadi Yang Berhormat kata kita tentang lesen perikanan tu. Di sini saya nak tanya memang saya tahu bagi pihak perikanan telah berhentikan untuk keluarkan lesen baru kepada kategori B. Kod B untuk pukat tunda dan bagi sedia ada kapal-kapal tu mereka pun tidak boleh tukar nama. Contohnya, kalau bapa sudah bersara atau sudah meninggal dunia, anaknya nelayan juga tetapi kapal itu tak boleh tukar nama kepada anak kerana memang syarat perikanan tu sudah berhenti, tidak boleh tidak benarkan kapal itu ditukar nama. Jadi sini menimbulkan isu yang ini. Nelayan anak dia, nak juga keluar ke laut, tetapi kapal itu tak boleh tukar nama. Ia akan menyebabkan anak itu tidak dapat menikmati apa-apa faedah, bantuan semua itu tidak boleh. Termasuk dengan isu subsidi kerana nama itu bukan nelayan tu. Jadi boleh tak pihak Perikanan boleh timbang semula bagi kes-kes yang tertentu. Kita benarkan mereka kerana kalau kita hanya mereka B nak tukar jadi bot lebih besar kepada kategori C, mereka tidak mampu. Tapi mereka tetap nak keluar ke laut untuk tangkap ikan. Tapi dengan syarat-syarat ini telah menyebabkan mereka susah dalam keadaan ini. Mereka tidak dapat keluar. Jadi harap pihak Exco boleh bincang tentang Jabatan Perikanan supaya kita boleh dapat satu penyelesaian atas isu ini. Terima kasih.
Terima kasih YB Pantai Remis. Pemakluman yang diberikan sebentar tadi akan diberi perhatian sewajarnya dan saya akan berbincang dengan jabatan yang berkaitan dalam memastikan apa yang dibangkitkan tadi ada satu jalan penyelesaian kepada apa yang dikemukakan oleh YB Pantai Remis. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya menjawab Ahli Yang Berhormat Kampong Gajah berkenaan pembinaan jeti nelayan di Kampung Kepala, Kepala Pulau. Untuk makluman Yang Berhormat pembinaan Jeti Nelayan Darat di Negeri Perak menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak. Pembinaan bergantung kepada permintaan daripada komuniti setempat khasnya golongan nelayan darat dan pengusaha akuakultur. Jeti tersebut digunakan sebagai tambahan bot ataupun sampan. Pendapatan hasil tangkapan pusat jualan ikan, bengkel, pembaikan enjin dan pukat serta aktiviti ternakan ikan akuakultur.
Sehingga ini Jabatan Perikanan Perak telah membina sebanyak 11 buah jeti nelayan. Nelayan darat untuk kegunaan harian nelayan darat di seluruh Negeri Perak. Bagi penggunaan jeti baru, komuniti setempat boleh membuat permohonan kepada Jabatan Perikanan Perak untuk dimajukan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan kelulusan bagi pembinaan jeti tersebut. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dan dimajukan kepada Ketua Daerah Perikanan yang berdekatan. Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, kesempatan pada hari ini saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan serta memberikan pandangan dan cadangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dalam penggulungan ini jawapan tersebut akan hantar secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sesungguhnya Kerajaan Perpaduan Negeri Perak dan saya sendiri amat terbuka untuk sebarang perbincangan, teguran dan cadangan penambahbaikan daripada semua Ahli Yang Berhormat. Pintu pejabat saya juga sentiasa terbuka luas untuk menerima kedatangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita boleh duduk berbincang mencari penyelesaian terbaik bagi setiap masalah rakyat di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai saya dan semua pegawai agensi di bawah 3PIN. Yang bertungkus lumus menyediakan ulasan teknikal bagi sesi penggulungan hari ini dan saya sekali lagi menyatakan komitmen saya dan semua agensi di bawah saya untuk bekerja lebih kuat dan memberikan kerjasama yang erat kepada semua pihak merentasi politik dan kesejahteraan rakyat. Sekian, Wabillahi Taufik Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Menjunjung kasih Tuanku. Ampun Tuanku. Lintang menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lintang. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya menangguhkan Dewan pada hari ini, sukalah saya memberi ingatan iaitu esok 29 Februari ialah hari Khamis. Kelazimannya Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang hadir dibenarkan untuk memakai baju batik sewaktu menghadiri sidang Dewan pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, adalah diharapkan agar pakaian batik yang dipakai nanti adalah batik Malaysia. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis, 29 Februari 2024, jam 9.00 pagi.