Perak · 29 February 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 120 turns · 21,249 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli -ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua.

Setiausaha Dewan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kelima Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 29 Februari 2024 jam 9.07 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Salam Sejahtera Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri., Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas atau wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama. Ahli-ahli Yang Berhormat hari ini, 29 Februari merupakan hari terakhir kita akan bersidang hari ini juga adalah tarikh keramat yang mana tarikh ini hanya ada dalam tempoh 4 tahun sekali sahaja.

Perkara yang kedua, pada hari ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menggulung perbahasan di atas usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja. Saya mohon pada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri supaya mematuhi Perintah Tetap semasa sesi penggulungan nanti.

Perkara yang ketiga, berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya ingin membawa serangkap pantun.

Bumi Perak indah permai, Malaysia kita Malaysia Madani, Ayuh dukung perpaduan yang kita semai, Martabatkan Dewan menjaga harmoni.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal, soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Saya jawab pantun. Lata Bukit Jana banyak batu, soalan saya nombor satu.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker, saya tak ada pantun. Tapi memandangkan apa yang dibawa oleh Timbalan Speaker hari ini, hari yang keramat, empat tahun sekali, so, saya syorkan siapa yang birthday nanti makan empat kek birthday sekali. Untuk makluman Yang Berhormat Kamunting, kawasan Lata Bukit Jana adalah tanah milik persendirian dan berada di luar kawasan hutan simpanan kekal. Lantaran itu, segala operasi dan aktiviti kawasan lata ini adalah di luar seliaan jabatan mahupun agensi kerajaan. Walaubagaimanapun, pihak Majlis Perbandaran Taiping atau MPT telah mengadakan lawatan ke Lata Bukit Jana ini dan melihat bahawa kawasan tersebut berpotensi dijadikan sebagai produk pelancongan di bawah kategori rekreasi dan pelancongan eko. Namun demikian, beberapa perkara perlu diambil kira terutamanya status tanah bagi laluan masuk ke lata tersebut kerana perkara ini memberi kesukaran kawasan ini dikomersialkan kepada orang ramai.

Untuk makluman, Bandar Taiping mempunyai lebih daripada 30 produk pelancongan yang merangkumi enam kategori iaitu pelancongan eko, pelancongan rekreasi, pelancongan warisan dan sejarah, pendidikan, pelancongan kembara, pelancongan agro dan kraf tangan tradisional dan juga produk-produk tempatan. Ketujuh-tujuh daripada produk pelancongan tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Taiping iaitu Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Kamunting, Taman Botani Perak, Taiping, Zoo Taiping dan Night Safari, Bukit Larut, Jejak Warisan Taiping, Bazar Cross Street Taiping, Galeri Perbandaran Taiping ataupun Pusat Informasi Pelancongan yang dijalankan sebagai Pusat Informasi lah. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping telah merencana pelbagai pembangunan khususnya bagi sektor pelancongan di kawasan Taiping dan sekitarnya.

Antaranya termasuklah menyelenggara empat unit banglo penginapan Bukit Larut untuk memberi kemudahan dan keselesaan penginapan kepada pendaki-pendaki, menambahbaik perkhidmatan Zoo Taiping dan Night Safari dengan menambah jumlah beberapa spesies haiwan yang telah dipamerkan kepada pengunjung dan menaiktaraf struktur serta pameran haiwan bagi memperluaskan promosi pakej Pendidikan, menaiktaraf Pasar Besar Taiping untuk dijadikan sebagai hub ekonomi setempat dengan masih mengekalkan elemen-elemen warisan, mempromosikan Taman Botani Perak di Taiping sebagai salah satu lokasi pelancongan, penyelidikan dan pendidikan, mempromosikan Taman Tasik Kamunting sebagai lokasi rekreasi dan penganjuran acara berbentuk karnival dan festival. Menjadikan Taman Tasik Taiping sebagai lokasi yang wajib dikunjungi apabila pelawat dan pelancong berkunjung ke Taiping dengan mengekalkan kelestarian dan alam semula jadi. Memperluaskan promosi Jejak Warisan Taiping dengan mewujudkan Pakej Bas Elektrik@Jejak Warisan Taiping di samping memberikan pendidikan kepada pelawat dan pelancong berkaitan sejarah bangunan warisan yang telah disenaraikan sebagai 33 pertama di Taiping iaitu 33 bangunan atau perkara yang pertama di Malaysia yang berada di Taiping.

Menjadikan Galeri Perbandaran Taiping sebagai pusat informasi pelancongan dan jualan cenderamata serta hub komuniti setempat dengan menganjurkan Program Inisiatif Komuniti Taiping bersama pelbagai agensi dan masyarakat Taiping. Menjadikan Taman Tasik Bukit Larut, Zoo Taiping dan Night Safari Taiping sebagai lokasi pemerhati burung dari seluruh dunia dan lokasi yang kaya dengan biodiversiti alam termasuk usaha-usaha konservasi flora dan fauna dengan mengambil kira perancangan untuk melaksanakan projek konservasi hidupan liar yang berterusan. Mempromosikan semua produk pelancongan di Taiping ke peringkat dalam dan luar negara menerusi penyertaan pameran-pameran pelancongan, promosi menerusi media cetak dan media-media elektronik, promosi menerusi program-program pengantarabangsaan seperti Tourism Promotion Organisation for Global Cities dan Persatuan Zoo dan Akuarium Asia Tenggara serta promosi secara digital.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

YB Exco ada sebut bahawa tanah ini tanah persendirian. Namun begitu, lata ini ialah lata yang menjadi tumpuan setiap hari dan juga Sabtu Ahad. Cuti sekolah penuh. Tanah persendirian ini adakah ataupun saya mengharapkan supaya pihak kerajaan dapat mengambil lokasi-lokasi tanah yang sesuai dan jadikan Lata Bukit Jana ini sebagai satu eko pelancongan. Sebab situ parking takda tempat, orang berehat tak ada. Kalau dibiarkan untuk pembangunan tanah persendirian itu, dia akan bangunkan perumahan dan sebagainya, habis. Lata ini akan hilang dan pupus. Saya harap tu je lah. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya, terima kasih kepada YB Kamunting. Saya sebenarnya bersetuju dengan apa yang pandangan atau cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tetapi ada satu malangnya ialah malangnya bukan sahaja pelancongan tetapi juga portfolio perindustrian yang saya jaga pun begitu. Kita mempunyai banyak masalah legasi iaitu banyak tanah yang sesuai mahupun dibangunkan untuk perindustrian ataupun pelancongan dan sebagainya. Mungkin kita nak buat sekolah ke apa ke. Banyak tanah-tanah tersebut mempunyai masalah iaitu ia merupakan tanah persendirian dan kita sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu mengikut dengan izin Rule of Law. Kita tak boleh kata disebabkan kita suka tempat ini, maka kerajaan nak ambil alih, sebagai contoh. Saya rasa itu bukan satu cara yang betul kerana ia akan menakutkan orang daripada pihak luar negara atau dalam negara yang ingin melabur apabila kerajaan boleh buat sesuka hati.

Jadi apabila tanah-tanah tersebut telah berada di kawasan-kawasan persendirian, apa yang saya cadangkan, saya syorkan sebenarnya Yang Berhormat boleh berunding termasuk Yang Berhormat boleh berunding dengan tuan-tuan tanah dan mendapatkan salah satu cara kehadapan supaya kita boleh bergerak Bersama biar pun dengan Majlis Perbandaran Taiping ataupun Pejabat Daerah dan sebagainya. Sekiranya Yang Berhormat kenal lah sebab saya dengar macam Yang Berhormat kenal mereka tu. So, supaya kita dapat bergerak ke hadapan.

Walaubagaimanapun, saya ingin nak bawa perhatian Dewan ini juga kepada suatu perkara iaitu di mana kalau Yang Berhormat tadi perhatikan saya baca macam Taiping, Taiping, Taiping, Taiping, Taiping sahaja. Sedangkan Yang Berhormat tanya tentang Kamunting. Mungkin dalam kepala tu kita kata kenapalah si anu ni I tanya lain, dia jawab lain. Saya nak bagi tahu kepada seisi Dewan yang mulia ni, sebenarnya ini merupakan satu…saya tak tahu satu permasalahan ataupun kebanggaan, bergantung pada cara pandangan anda masing-masing. Sebenarnya dalam pengalaman kita keluar, apabila kita mempromosikan Visit Perak 2024 atau Tahun Melawat Perak 2024, sebenarnya kita juga mempunyai masalah ini. Setiap kali kita kata dia dari mana, kita kata Perak. Kita nak promosi Perak, dia akan keluar macam kartun. Kita tengok kartun tanda tanya, tanda tanya, tanda tanya ke atas kepala tu, dia tak tahu mana Perak. Tapi bila kita kata Ipoh, dia tahu. Itu merupakan permasalahan kepada kita. Jadi kita terpaksa juga membawa nama Ipoh supaya orang boleh kenal biarpun kadang-kadang di negara-negara yang terdekat dengan kita seperi Thailand dan Singapore dengan Indonesia sekali pun.

So, masalah dia saya syorkan Taiping mengikut apa acuan yang telah digunakan oleh MBI. Sebenarnya nama apa yang digunakan sekali pun tak ada masalah. Kan. Pepatah seperti ibarat pepatah orang putih kan? A rose with any other names, just smell as good. Kan. Masalahnya bila kita nak promosi sebagai contoh Gopeng, orang tak akan kenal Gopeng dekat mana. Bila kita nak promote Escape Park, orang tak tau apa Tualang dekat mana. Orang tak tahu. Tapi bila kata Ipoh. You sandar nama itu, orang akan tahu. So, saya syorkan supaya Yang Berhormat bekerjasama bersama dengan ADUN-ADUN atau YB-YB yang ada di situ untuk bersekali kita majukan seperti kita ada The Greater Ipoh. Kita majukan. Kita ada The Greater Taiping sebab Taiping merupakan nama yang dah lama orang kenal. Sebenarnya Taiping mengadakan 150 tahun sambutannya untuk tahun ini. Jadi Taiping merupakan bandar yang ramai orang kenal. So, kita just sandarkan nama tu. Taiping. Biarlah sampai ke mana-mana. Sama ada kita nak letak tengok kelip-kelip di Sepetang atau ke sebelahnya, ke Kamunting ke Bukit Jana dan ke mana-mana, kita sandarkan nama Taiping sebab orang kenal Taiping itu. Terima kasih.

Astaka.

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya berkait berkenaan dengan eko pelancongan di Manjung, bukan di Kamunting tapi berkaitan dengan eko pelancongan juga. Kami nampak di Daerah

Manjung sebenarnya kami ada banyak sumber dan potensi untuk bangunkan sektor eko pelancongan tapi sekarang masih belum kita nampak lagi. Contohnya kita ada Sungai Manjung kita, ada laut dan tapi sekarang macam contohnya saya bagi satu contoh River Cruise pun belum ada dibangunkan lagi. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan eko pelancongan di Daerah Manjung terutamanya? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Sebenarnya Kerajaan Negeri memang berminat nak membangunkan apa-apa aktiviti pelancongan seperti yang saya selalu kata apabila orang berjumpa dengan saya dia kata kita nak buat pelaburan ni, kita cadang nak bawa ni nak bawa tu. Setuju ke YB. Saya jawab saja saya sebagai Exco yang menjaga perindustrian saya setuju apa sahaja pelaburan yang dibawa masuk. Saya tak kisah janji nak labur nak bawak duit masuk saya setujulah. Cumanya kalau benda itu perlu lepas dengan EIA dia ke atau syarat-syarat jabatan masing-masing, agensi masing-masing bahawa dia nak menjaga apa-apa yang ada di situ. Biar pun dari segi sosial dia, penempatan dia, trafik dia, alam sekitar dia dan sebagainya. So, berbalik kepada eko pelancongan pun saya gunakan konsep yang sama. Siapa nak bangunkan produk pelancongan saya sentiasa setuju dan menyokong. Cumanya di kawasan-kawasan tersebut kita juga memerlukan pengalaman saya dengan Manjung kadang-kadang ada baik ada buruk. Ok. Saya cakap direct ok ya. Ada baik ada buruk.

Kadang-kadang masalah dia bila kita nak bangunkan sesuatu tempat itu sambutannya pula tak berapa. Kita dah pernah buat kita dah dengan Tourism Perak sebenarnya dan dengan PASAK kita dah berusaha untuk membawa kepada salah satu yang usaha kita bawa ialah ada supaya kursus-kursus untuk mereka yang membawa bot ni, bot pelancong dipanggil apa nama mualim, kalau gunung di panggil malim kalau dekat air dia panggil mualim. Kursus ni tetapi sambutan daripada mereka-mereka ni tidak berapa sangat. Jadi kalau tak ada orang yang berlesen untuk membawa bot ni takkan kita suruh siapa-siapa Ali, Acong, Ahmad saja masuk ke dalam bawa bot tu. Itu tidak boleh sebab itu bahaya. Kita tak boleh bagi orang yang tiada kelayakan untuk membawa. Itu salah satu tetapi dia boleh jadi banyak lagi. Maknanya itu kalau kita kata kita tengok yang kekurangannya. Saya bersetujulah dengan apa yang dibawakan oleh Manjung. Cumanya kita perlu kerjasama kepada semua pihak bukan sahaja dari segi Kerajaan Negerinya tetapi juga rakyat setempatnya. Itu satu.

Nombor dua saya ingin nak bawakan bukan semua kita nak cerita kekurangan. Sebenarnya kita nak ceritakan juga kelebihan-kelebihannya. Untuk daerah Manjung sebenarnya ni besar kalau yang di bawah jagaan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan sebagainya. Dia boleh sampai ke kawasan Ulu Licin sebab yang YB Pengkalan Baharu yang sentiasa bawakan. Dia dari sana sampailah ke Pangkor. So, kawasannya agak besar. Kita mempunyai banyak produk. Memang saya sentiasa syorkan untuk dibawakan. Untuk makluman seperti yang baru berlaku Teluk Batik, kita ada Pesta Teluk Batik. Ada juga yang datang daripada Indonesia daripada Thailand daripada Singapura termasuk Malaysia yang di mana dia buat aktiviti-aktiviti mountain bike di Teluk Batik. Itu juga boleh dikategorikan sama ada kita nak kata ia sebagai sukan, pelancongan sukan atau pun pelancongan eko sebab bila mountain bike ni dia masuk ke dalam hutan dekat Bukit 300 tu. So, itulah jawapan saya. Sebenarnya kita mengalu-alukan. Cumanya kita perlukan juga kerjasama daripada mereka di sana sebab kerajaan tidak boleh bagi duit untuk semua orang lakukan apa sahaja bila nak buat apa kerajaan sahaja kena bagi duit. Dia perlukan kerjasama dan juga sumbangan jugalah daripada mereka yang penggiat-penggiat industri tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk mengemukakan soalan. Sila.

Bismillahirrahmanirrahimmasih. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor dua.

Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi bertanyakan soalan di bawah portfolio Kerajaan Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya akan jawab soalan pecahan A dan B bersama kerana tanyakan perancangan kerajaan untuk wujudkan konsep Ipoh Night Market dan penyediaan tapak di kawasan bandar Meru Raya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat dalam merancang sesuatu pembangunan kawasan perniagaan yang baru, pihak kerajaan melalui pihak kerajaan tempatan sentiasa akan melihat dan menilai beberapa faktor yang utama termasuk permintaan setempat dan potensi sesuatu kawasan. Ini bagi elakkan persaingan yang kurang sihat apabila kita mewujudkan sesuatu tempat perniagaan yang baru sudah pasti kita tak nak tempat yang sedia ada turut tergugat atau terjejas dan seterusnya kesesuaian tapak juga menjadi satu pertimbangan yang penting juga aspek keselamatan menjadi pertimbangan utama supaya kawasan tersebut dapat membantu peniaga dan pengusaha menjalankan perniagaan dengan lebih selamat dan selesa dan tidak akan menimbulkan sebarang isu apabila menjadi tumpuan orang ramai. Buat masa ini sekitar Bandar Meru Raya telah terdapat kawasan Bulatan Sultan Azlan Shah yang mempunyai pelbagai aktiviti riadah dan juga aktiviti perniagaan seperti aktiviti bercahaya, sukan, kenderaan saji ataupun food truck dengan izin riadah santai dan sebagainya. Kawasan di bawah selenggaraan PKNP ini telah menjadi tumpuan pengunjung khususnya pada sebelah waktu malam. Oleh itu setakat ini pihak Majlis Bandaraya Ipoh berpandangan bahawa masih tiada keperluan untuk wujudkan Ipoh Night Market di sekitar Bandar Meru Raya. Sebab juga telah terdapat Ipoh Night Market berhampiran AEON Kinta City di Jalan Sultan Azlan Shah selain daripada Gerbang Malam di Bandaraya Ipoh.

Selain itu pasar raya Mydin di Meru Raya juga menyediakan tapak jualan di kawasan tempat letak kereta dan ini telah memberikan satu opsyen yang lebih fleksibel kepada peniaga khususnya pada musim-musim perayaan. Tempat itu boleh dijadikan pusat jualan malam melalui usahasama antara pasar raya Mydin dan usahawan yang berkaitan. Jadi setakat ini boleh menampung keperluan untuk mewujudkan peluang perniagaan. Seterusnya soalan C tanya tentang status terkini cadangan ruang tapak perniagaan berpusat kepada penjaja-penjaja di sekitar Bandar Meru Raya. Untuk makluman Yang Berhormat Majlis Bandaraya Ipoh telah pun mempunyai cadangan untuk menempatkan penjaja-penjaja yang selama ini berselerak di sekitar Jalan Meru Bestari A11 di Bandar Meru Raya. Jadi projek penempatan semula peniaga-peniaga ini adalah satu inisiatif MBI dalam menyusun semula penjaja dan peniaga ini secara sistematik dan teratur untuk membantu peniaga dan penjaja untuk berniaga secara sah dan juga berlesen dan untuk makluman seramai 46 daripada sejumlah 54 peniaga akan ditempatkan di kawasan tersebut. Baki 8 orang peniaga akan diberi keutamaan jika terdapat di kalangan 66 orang tersebut yang menolak tawaran. Jadi penempatan semula ini juga merupakan satu inisiatif untuk kita wujudkan satu tempat yang berpusat. Selain kita nak selesai isu selama ini yang berkaitan dengan aspek keselamatan, kurang tersusun dan sebagainya. Dalam perancangan ini MBI telah mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan 46 buah gerai My Kiosk di kawasan sepanjang Jalan Meru Bestari A11. Perkembangan yang terkini pihak MBI sedang menyiapkan kerja-kerja tapak di kawasan berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan Tambahan Manjoi, sila.

Terima kasih kepada YB Exco. Saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada MBI di atas satu usaha yang sangat baik dan satu kaedah yang lebih tersusun kepada para peniaga dan juga penjaja kecil kita. Soalan tambahan saya ialah status terkini yang perlu diketahui oleh para peniaga dan juga penduduk setempat dan status yang paling latest yang sedang dilakukan di sana dan apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan semua peniaga dan penjaja di sekitar Bandar Meru Raya ini mendapat peluang dan hak untuk mereka berniaga. Khususnya kepada peniaga yang benar-benar bagi saya kategori yang benar-benar segar dan aktif. So, dua kategori ini sangat penting untuk kita lihat. Kita pun tak nak nanti kalau kita dah sediakan kiosk, kiosk itu dipenuhi orang yang bukan tidak berapa tegar dan aktif. Mungkin sebabkan tertentu mereka dapat tapak tersebut tapi orang yang dah lama meniaga di situ disebabkan mereka ni orang yang dah lama berniaga dan itulah satu-satunya sumber rezeki mereka demi kelangsungan hidup yang perlu kita bagi, bagi tumpuan.

Jadi soalan saya kepada pihak Kerajaan Negeri, bagaimanakah kita nak memastikan peluang dan hak untuk mereka berniaga itu ada dan khususnya kepada para peniaga yang benar-benar tegar dan aktif serta telah lama berniaga di kawasan Bandar Meru Raya yang mana rata-rata peniaga kecil ini mencari rezeki di sini demi kelangsungan hidup dan paling penting apakah jaminan Kerajaan Negeri supaya tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang tercicir. Benda ni paling penting bagi kita semua. Tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang tercicir. Kita pun tak nak nanti bila dah siap, akan ada lagi bangkit suara-suara daripada peniaga kecil ini kepada kita dan kita nak buktikan kemampuan kita untuk menguruskan perkara ini dengan baik dan saya ucapkan terima kasih pada YB Exco yang sangat prihatin kepada kawasan saya sendiri Dun Manjoi sangat aktif, prihatin dan sangat-sangat efektif. Terima kasih YB Exco dan terima kasih kepada MBI.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Secara umumnya, Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Tempatan memang sangat menggalakkan sebarang perniagaan melalui perniagaan kecil atau pun penjaja. Cuma dengan syaratnya kena mematuhi syarat yang ada sebab kita tak nak timbul sebarang masalah dan seperti yang saya kongsi tadi kalau di Bandar Meru Raya secara khusus, penjaja-penjaja di Meru Bestari A11 akan ada satu penambahbaikkan di mana mereka dikumpulkan untuk di tapak yang sama dan usaha ini dapat dijayakan apabila di peringkat persekutuan juga ada inisiatif baru seperti My Kiosk yang membolehkan kita boleh selaraskan semua penjaja ditempatkan di tempat yang sama dengan kiosk yang sama, nampak seragam dan nampak memang lebih menarik bagi pengunjung. Jadi, itu salah satu inisiatif yang sedang dijalankan. Dan dari masa ke semasa, sebenarnya jika terdapat penjaja atau pun permintaan untuk peniaga, Majlis juga akan cuba untuk menempatkan di tempat yang ada.

Contohnya pusat makanan, gerai, warung, kiosk yang sedia ada. Cuma kita perlu lihat skala yang ada jumlah penjaja yang terlibat dan juga kekosongan yang sedia ada. Saya rasa dari segi itu memang kita juga ingin dapatkan kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat jika di kawasan masing-masing terdapat isu penjaja yang perlu ditempatkan semula, isu penjaja yang perlu mendapatkan sewaan tapak dan sebagainya kita akan cuba bantu untuk kenal pasti tempat yang sesuai dan saya rasa kita semua perlu mengakui buat masa ini masih banyak lagi gerai-gerai penjaja yang berniaga di tempat yang kurang bersesuaian, ada yang tanpa kelulusan, tanpa lesen dan sebagainya. Majlis memang dalam usaha untuk cuba selagi mana yang boleh kita jalankan pemutihan, kita ambil pendekatan untuk win-win situation dengan izin supaya kita dapat bantu kita nak bantu juga rakyat khususnya golongan B40 yang berhasrat untuk mencari rezeki melalui aktiviti perniagaan kecil dan sebagai penjaja. Cuma saya nampak isu ni dia berpunca daripada apabila kebanyakan seseorang itu memulakan perniagaan tanpa rujuk kepada pihak berkuasa dan dia hanya lebih kepada ambik sudut sambutan perniagaan. Cuma mungkin terlepas pandang isu seperti aspek keselamatan dan sebagainya.

Jadi, saya harap selepas ini kita boleh menambah baik keadaan untuk apa-apa kalau ada permohonan, ada hasrat untuk menjalankan perniagaan, mari bincang dan berunding dengan Majlis. Kita akan cuba untuk memudahcara. Sebab saya nampak sekarang memang isu keselamatan adalah satu isu yang kita tak boleh nak ambil mudah dan kita tak nak apabila satu tempat dengan bisnes yang baik dengan viral tiba-tiba pulak timbul isu keselamatan kerana ditempatkan di tempat yang kurang sesuai. Itu kita cuba sebaiknya untuk elak dan saya juga harap Ahli-ahli Yang Berhormat faham PBT kadang kala berada di satu keadaan yang agak terhimpit dalam isu penjaja yang tidak ada kelulusan atau pun di tempat yang kurang sesuai. Kadangkala kalau mereka mengambil tindakan penguatkuasa, mereka akan dilihat sebagai zalim. Apabila mereka tidak mengambil tindakan khususnya apabila berlaku kemalangan, mereka pula dikatakan lembap. Jadi, saya rasa untuk kita ambil satu pendekatan untuk kita nak selesai lebih nak selesai masalah bukan nak cari masalah dan saya memang alu-alukan semua untuk kemukakan cadangan, apa isu tentang penjaja yang ada di kawasan masing-masing untuk sama-sama kita cari penyelesaian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk mengemukakan soalan. Sila.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Soalan nombor tiga Yang Berhormat. Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taa'la Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebing Tinggi yang bertanya berkaitan dengan Universiti TD dan juga TVET. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak telah menerima cadangan daripada Zhejiang Geely Holding Group sebuah syarikat kenderaan terkemuka dari China untuk membina sebuah universiti di Tanjong Malim. Cadangan ini selain daripada memperlihatkan visi jangka masa panjang juga melibatkan pelaburan bernilai RM32 bilion yang akan diperuntukkan melalui Lembah Teknologi Tinggi Automotif atau pun dikenali Automotif Hi-Tech Valley atau AHTV. Pelaksanaan projek ini dijangka akan memberi impak yang besar khususnya dalam industri automotif global dengan penekanan kepada sistem dan teknologi baru. Selain memberi kesan yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi, cadangan pembinaan industri tersebut juga akan membuka peluang pekerjaan kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan belia.

Oleh itu, Kerajaan Negeri menerusi agensi pelaksana iaitu Pusat Aspirasi Anak Perak atau dikenali dengan PASAK turut memastikan segala usaha berterusan dalam menampung keperluan tenaga kerja berkemahiran khususnya bagi perancangan dan pelaksanaan projek-projek pelaburan di AHTV Tanjong Malim. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengorak langkah dengan pelaksanaan beberapa inisiatif bagi mendokong projek AHTV di Tanjong Malim iaitu pertama, penubuhan Jawatankuasa Pekerjaan Wilayah Selatan yang dianggotai oleh Majlis Daerah Tanjong Malim, Pejabat Pendidikan Daerah Muallim, pihak PROTON, pihak vendor, institusi kemahiran yang menawarkan kursus bidang automotif serta pihak PERKESO. Jawatankuasa ini akan berfungsi sebagai pemudahcara dalam mengenal pasti keperluan dan permintaan di dalam industri dan institusi latihan secara terperinci berkaitan skop pekerjaan, keperluan kemahiran dan keperluan tenaga kerja sama ada jangka pendek, sederhana dan panjang. Yang kedua, pelaksanaan kursus jangka pendek menular industri di Daerah Mualim dan Batang Padang bagi meningkatkan penyertaan guna tenaga dalam bidang automotif untuk disalurkan kepada industri yang melibatkan 32 institusi kemahiran awam dan swasta Perak bagi bersesuaian padanan bersama pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan automotif dan teknikal untuk disalurkan kepada industri.

Yang ketiga, kunjungan strategik kepada pihak PROTON dan vendor dalam kerjasama pertukaran kepakaran di antara institusi latihan serta lawatan serta tawaran latihan industri kepada pelajar dalam bidang automotif. Sebagai persediaan awal, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang akan dijadikan hub latihan automotif atau training ground dengan perkongsian tenaga pengajar daripada institusi dan industri bagi merangka kursus latihan yang lebih terperinci berdasarkan mesin teknologi SOP serta keperluan industri. Bagi mengembangkan potensi tenaga kerja berkemahiran tinggi, Kerajaan Negeri Perak akan menghantar lima puluh (50) orang belia ke China yang juga negara pelopor TVET bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang sebagai langkah permulaan pembangunan modal insan. Ini diharapkan dapat memenuhi keperluan pasaran dalam negara tetapi juga melengkapi pasaran dunia. Kolaboratif ini merupakan tawaran oleh industri dan kerajaan China yang akan digerakkan oleh Tang International Education Group dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran atau lebih dikenali sebagai Belia Mahir.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat dan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Cuma saya ingin tahu apakah persiapan atau pun perancangan Kerajaan Negeri daripada segi melengkap atau memperkasakan terutamanya generasi muda, kemahiran yang diperlukan sama ada yang secara langsung atau pun mungkin yang berkaitan dan dengan apa yang telah dilakukan di Tanjong Malim itu?

Terima kasih Yang Berhormat Tebing Tinggi. Berkaitan dengan peningkatan kemahiran khususnya di kalangan anak muda selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri memang berhasrat untuk mempertingkat kemahiran khususnya dalam kalangan anak muda. Sesuai dengan slogan kita, "Satu Warga Satu Skill". Sasaran menjadikan Perak sebagai koridor TVET Malaysia menjelang 2023, 2030 akan berpaksikan pada lima tonggak. Yang pertama, menarik potensi melalui peningkatan kemahiran dengan mewujudkan ekosistem TVET yang mampan. Perancangan ini adalah bagi menarik lebih ramai modal insan sama ada dalam atau luar Negeri Perak untuk menyambung pendidikan TVET dalam negeri. Kewujudan banyak institusi latihan kemahiran merupakan kekuatan Negeri Perak dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Yang kedua, perluasan industri dengan membuka peluang industri dan pelabur yang lebih tinggi khususnya dari aspek peluang pekerjaan sama ada semi-skilled, skilled ataupun profesional melalui bekalan gunatenaga yang konsisten. Kerjasama dua hala ini melibatkan kolaborasi strategik, kepakaran, peralatan, teknologi dan data antara institusi TVET dan industri sedia ada akan meningkatkan lagi sektor perindustrian di Negeri Perak. Yang ketiga, memberi penekanan kepada sosioekonomi dan elemen kemahiran bagi mewujudkan masyarakat yang lebih dinamik, berdikari dan berdaya saing. Melalui usaha ini, kebolehpasaran kerja boleh dipertingkatkan menerusi peratusan tenaga kerja pengurusan dan profesional, mahir dan separa mahir bersesuaian dengan pembangunan industri dan keperluan pelaburan yang turut mewujudkan peluang keusahawanan. Yang keempat, pembudayaan TVET sebagai aliran pendidikan dan seterusnya kerjaya di peringkat sekolah. Ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda mengenai peluang dan kepentingan TVET dalam kapasiti diri serta pembangunan negara.

Yang kelima, menjadikan TVET sebagai pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK juga telah diberi mandat untuk menyelaraskan pembangunan TVET di Negeri Perak di bawah Majlis TVET Negeri Perak. Pelbagai program dan kursus latihan telah dilaksanakan oleh PASAK dengan kerjasama pelbagai pihak mengikut kategori TVET yang berbeza seperti program TVET latihan modular industri, program TVET mahir kerja, program TVET orang kurang upaya, program TVET orang asli, program TVET warga emas dan program TVET anak yatim. Dengan pelaksanaan perancangan ini, diharapkan anak muda Perak dapat meningkatkan kemahiran secara berkesan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta mencapai matlamat agenda Perak Sejahtera 2030.

Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Tambahan, Lubok Merbau. Sila.

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya menarik soalan daripada YB Tebing Tinggi tentang pembinaan Universiti Geely di Perak. Jadi apakah kos ataupun jurusan yang ditawarkan rancangan di institusi tersebut? Sekian, terima kasih.

Terima kasih pada YB Lubok Merbau berkaitan dengan kos ataupun bidang pengajian jurusan. Seperti saya maklum tadi cadangan Universiti Geely ini adalah daripada sebuah syarikat automotif atau kenderaan daripada Negara China. Sudah pastilah pengajian ataupun bidang yang akan diberi tumpuan dan fokus adalah bidang automotif yang melibatkan teknologi dan juga sistem yang baru yang memberi ruang dan peluang kepada rakyat Negeri Perak khususnya golongan muda untuk mengikuti bidang automotif yang akan dikelolakan oleh Syarikat Geely tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan soalan. Sila.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Hari Khamis sidang terakhir, Semua ADUN mengambil tempat; Capaian internet soalan terakhir, soalan Trong Nombor empat.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang di-Pertua dan terima Kasih juga kepada sahabat saya YB ADUN Trong. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ataupun SKMM telah memperuntukkan sebanyak lapan menara baharu di kawasan DUN Trong di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA. Status perkembangan bagi Pelan digital, Pelan JENDELA di kawasan DUN Trong sehingga suku ketiga tahun 2023 adalah seperti berikut; bagi tapak menara baharu, perancangan lapan buah dan telah siap sebanyak empat buah. Naik taraf stesen pemancar perancangan 22 telah siap 22 buah dan premis tersedia gentian optik perancangan sebanyak 1,936 dan telah siap sebanyak 215. Sehingga suku ketiga tahun 2023, sebanyak empat menara baru telah siap dan beroperasi iaitu di kampung kelubong, Kampung Tebuk, Kampung Kelubong dan di kawasan WCE Trong Interchange.

Bagi usaha menaiktaraf pula, sebanyak 22 buah stesen pemancar telah siap dinaiktaraf dan bagi perkhidmatan jalur lebar, talian tetap pula sebanyak 215 daripada 1,936 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik. Terdapat sebuah menara baru telah dirancang di Batu Hampar yang dijangka beroperasi pada suku pertama 2024 dan sebuah lagi menara baru di Kampung Permatang Raja yang dijangka beroperasi pada suku keempat 2025 untuk menyediakan liputan internet secara khususnya bagi Kampung Permatang dan Batu Hampar. Ini adalah tambahan bagi tiga struktur menara telekomunikasi komersil yang sedia ada yang dibina berhampiran dan menyediakan liputan telekomunikasi iaitu SK Permatang Raja Liputan daripada Yes, SK Batu Hampar liputan daripada Yes dan Jalan Changkat Jering, Sri Manjung, Kampung Koh.

Selain SKMM, Digital Perak selaku wakil Kerajaan Negeri selaku agensi penyelaras infrastruktur telekomunikasi juga sentiasa melaksanakan sesi libat urus dengan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan semua kawasan yang menghadapi masalah liputan mudah alih terutamanya di dalam bandar diselesaikan melalui inisiatif penambahbaikan secara terus melalui pembiayaan komersil, penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan dilaksanakan melalui penyedia fasiliti rangkaian yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Pihak Ahli Yang Berhormat bolehlah menyalurkan maklumat terperinci berkenaan masalah talian internet terutamanya kita perlukan lokasi aduan agar pihak SKMM dapat membuat tinjauan dan penelitian lanjut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Trong, sila.

Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Exco dan saya melihat usaha yang keras dan gigih dilakukan oleh Yang Berhormat Exco bagi membantu rakyat Trong yang mana rakyat Trong ini berada di luar bandar, luar bandar walaupun menaranya ada tetapi oleh kerana penduduknya berselerak, tidak sebagaimana kawasan bandar yang penduduknya padat dan berhampiran dengan menara dan soalan tambahan saya ialah bolehkah pihak Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri supaya menetapkan sasaran. Bilakah boleh diselesaikan permasalahan ini? Umpamanya tadi memang disebut sukuan pertama, sukuan kedua, sukuan ketiga dan saya harap kalau boleh penyelesaian masalah ini adalah sehinggalah di pertengahan tahun ini kita harap masalah talian pencapaian capaian internet bagi rakyat Trong ini dapat diselesaikan dengan baik kerana ia memberi kesan kepada penduduk yang terutamanya yang menggunakan talian untuk kerja dan juga untuk pembelajaran. Kadang-kadang tengah mesyuarat pun terputus talian. Sekian, terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih YB Trong. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa peka dan memberi tumpuan terhadap pembangunan kemudahan internet jalur lebar dan infrastruktur telekomunikasi terutamanya di kawasan luar bandar khususnya dalam Negeri Perak. Bagi meningkatkan capaian internet di Negeri Perak, Pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan SKMM dengan bantuan Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif khusus terutamanya bagi tujuan meningkatkan liputan di kawasan luar bandar. Ianya termasuk pertama, Pelan Jalinan Digital Negara oleh SKMM melalui inisiatif penambahbaikan liputan jalur lebar mudah alih dengan pembinaan 206 struktur telekomunikasi baru di seluruh Negeri di mana kemajuan yang telah mencapai lebih daripada 50%. Tumpuan pelaksanaan JENDELA ini diberikan kepada pembinaan struktur telekomunikasi di luar bandar.

Kedua, pelaksanaan inisiatif Point of Presence oleh Kementerian Komunikasi bagi penyediaan hab infrastruktur gentian optik luar bandar di kawasan berhampiran sekolah dan juga kawasan perindustrian. Fasa pertama telah selesai dilaksanakan di 55 lokasi di seluruh Negeri Perak oleh kontraktor yang telah dilantik. Manakala fasa kedua sedang dalam peringkat pelaksanaan meliputi 510 lokasi. Pihak Digital Perak juga turut diberi tanggungjawab bagi memantau status pelaksanaan sebelum melaporkan secara berkala kepada Kerajaan Negeri. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saranan daripada ADUN Trong tadi, kita ambil berat isu internet di seluruh Negeri Perak. Kita berusaha Insya Allah sedaya upaya kita untuk membantu supaya satu hari nanti kita boleh selesaikan kerana penempatan kadang-kadang berkembang. Penduduk kadang-kadang bertambah banyak di satu-satu tempat. Yang melibatkan ini adalah cabaran-cabaran kita, Yang Berhormat. Jadi, saya sentiasa untuk bekerjasama dengan Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Dewan yang lain untuk kita sama-sama selesaikan masalah ini. Akhirnya manfaat itu dapat kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Tualang Sekah, sila. Hutan Melintang. Hutan Melintang, sila.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih kepada YB Exco. Satu penjelasan yang amat baik. Tapi saya ada satu soalan lah. Kita tahulah menara haram ini sebenarnya menimbulkan banyak masalah dan menimbulkan kekeliruan pada masyarakat tempatan. Bagaimana kaedah pihak Kerajaan Negeri untuk mengesan struktur menara telekomunikasi haram dan apakah usaha penguatkuasaan untuk tidak mendirikan menara haram tersebut atas faktor keselamatan? Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih ADUN Hutan Melintang kerana membangkitkan isu menara haram. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pemutihan Struktur Telekomunikasi Negeri Perak dilaksanakan pihak PBT, PDT bersama-sama Digital Perak selaku agensi Penyelaras Infrastruktur Telekomunikasi atau pun OSA Telco bagi Negeri Perak akan membantu mengesan menara telekomunikasi haram melalui beberapa kaedah. Yang pertama, aduan maklumbalas pembinaan struktur telekomunikasi baru daripada orang awam dan pegawai agensi teknikal lain ke atas kewujudan struktur menara telekomunikasi baru di kawasan masing-masing. Kedua, semak silang dan verifikasi daripada data permohonan baru dan pembaharuan permit struktur yang dikemaskini melalui sistem CIPM yang dibangunkan oleh pihak SKMM.

Untuk makluman Yang Berhormat, bermula tahun 2024 Kerajaan Negeri telah menggunapakai sepenuhnya Sistem Pengurusan Permit Infrastruktur Telekomunikasi atau kita panggil CIPM singkatannya yang dibangunkan oleh pihak MCMC. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan pemantauan dan pengurusan data sistem CIPM telah diintegrasikan dengan sistem pengurusan dan pemantauan infrastruktur telekomunikasi Negeri Perak ataupun PTIMS yang dibangunkan oleh pihak Digital Perak. Melalui penggunaan kedua-dua sistem ini semakan silang dapat dilaksanakan dengan mudah di antara kelulusan lesen Apparatus Assignment atau AA di bawah MCMC dan permit struktur telekomunikasi yang dikeluarkan oleh PBT. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Simpang Pulai, soalan 5.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai adalah bersekali, bersamaan dengan soalan dibangkitkan oleh Jelapang yang berkaitan dengan perlombongan lantanide dan juga perlombongan haram. Oleh itu, saya memohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Simpang Pulai dan Yang Berhormat Jelapang secara bersekali kerana ia berkaitan.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh 2019 hingga 2023 sebanyak 6 laporan polis telah diterima oleh PDRM yang melibatkan aktiviti pencerobohan kawasan perlombongan di 3 kawasan Hutan Simpan Kekal Negeri Perak iaitu di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hutan Simpan Kenderong dan Hutan Simpan Piah. Hasil serbuan yang telah dijalankan ke atas lokasi-lokasi tersebut oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak dengan kerjasama PDRM serta Pejabat Tanah dan Galian, seramai 31 individu telah ditangkap. Yang mana 10 daripadanya adalah warga tempatan dan 21 individu adalah pendatang asing tanpa izin. Kes ini disiasat di bawah Akta Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, serta Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81(1)(G) Akta Perhutanan Negara 1984 atau dikenali sebagai Akta 313. Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius terhadap kes kecurian perlombongan lantanida atau lantanide menerusi aktiviti perlombongan haram di Hulu Perak yang mengakibatkan kerugian hampir RM2 juta kepada hasil Kerajaan Negeri dan dilihat boleh mengganggu gugat kelestarian alam sekitar sekiranya ia tidak dibendung.

Oleh itu, inisiatif Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Membanteras Perlombongan Haram peringkat Negeri dan Persekutuan bagi memperkasa aktiviti kawalan dan pemantauan terhadap aktiviti perlombongan haram. Sebagai langkah pencegahan, Kerajaan Negeri turut meningkatkan rondaan dan pemantauan berkala di kawasan-kawasan titik panas hotspot aktiviti perlombongan menggunakan kaedah pemantauan di lapangan, pemantauan udara, penderiaan jauh atau remote sensing dan pesawat udara tanpa pemandu atau dron yang dijalankan oleh PTG dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Di samping itu, agensi-agensi seperti PTG, Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Mineral dan Geosains serta PDRM akan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dari segi perkongsian maklumat dan dapatan mengenai aktiviti perlombongan haram dalam kawasan hutan simpan kekal di Negeri Perak untuk penyelarasan tindakan penguatkuasaan yang lebih efektif dan efisyen. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Simpang Pulai ingin tanya apakah usaha Kerajaan untuk meningkatkan nilai industri perlombongan lantanide yang mentah supaya mendapat membawa pendapatan yang lebih tinggi?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Timbalan Yang di-Pertua, Terima Kasih Simpang Pulai. Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini, apabila Kerajaan Pusat telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan pengeksportan NRREE secara mentah, maka kita tidak ada pilihan lain melainkan kita kena bersedia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bagi membina kilang-kilang perindustrian yang berkaitan dengan makmal dan juga dengan kilang-kilang perindustrian untuk memberi hasil huluan, hasil pertengahan dan hasil hiliran. Pertama, ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Perak yang mempunyai kepakaran-kepakaran yang berkaitan dan yang kedua kita dapat mengawal harga. Jadi kita akan mendapat pulangan yang lebih baik daripada kita mengeksport secara mentah. Terima kasih.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Changkat Jering. Ok, terima kasih. Yang Amat Berhormat dan Timbalan Speaker. Lanjutan daripada perlombongan ini. Semalam atau dua hari semalam saya dah bangkitkan isu dalam ucapan perbahasan tentang perlombongan disyaki haram di Bukit Berapit. Tadi Yang Amat Berhormat tak sebut pun perlombongan haram di Bukit Berapit. Jadi saya nak tengok status dapat maklumat daripada Yang Amat Berhormat. Saya pergi tempat tu. Kalau ikut perbahasan saya tu memang gambar pun saya ambik semua dan disyaki macam tulah. Jadi dapatlah maklumat terutama daripada Yang Amat Berhormat Apakah status perlombongan di Bukit Berapit setakat ini?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Changkat Jering, Changkat Jering. Seperti saya maklumkan dalam jawapan tadi, kita ada enam laporan polis yang berkaitan. Tiga daripadanya berlaku di Daerah Hulu Perak. Jadi jika enam itu termasuk apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, bermakna ia dalam kes polis tapi kalau belum lagi termasuk dalam enam, Yang Berhormat kena bantu kita untuk membuat laporan polis. Baru polis boleh membuat siasatan.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan, sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat pagi. Pengkalan Hulu soalan nombor 6.

Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera. Salam Perpaduan Madani, Salam Perak sejahtera 2030. Saya berterima kasih kepada Pengkalan Hulu yang mengambil berat berkenaan dengan keselamatan, bukan hanya di kawasan Pengkalan Hulu tetapi kawasan yang berhampiran. Untuk makluman Yang Berhormat, masalah lampu jalan di Laluan Persekutuan FT 076 Gunung Paku, telah diambil tindakan oleh pihak JKR di mana kerja-kerja selenggaraan kabel termasuk penggantian aksesori lampu yang rosak telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2023 yang lalu dan lampu jalan di kawasan tersebut kini telah pun menyala sempurnanya. Manakala bagi Laluan Persekutuan Pengkalan Hulu-Betong FT 077, pihak JKR telah mengangkat permohonan ke cawangan Fasiliti Senggaraan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi cadangan pembaikan untuk tahun 2024. Perancangan pembaikan telah diselaraskan oleh pihak JKR dan pembaikan berperingkat dilaksanakan dengan keutamaan lokasi yang sering berlaku kemalangan ataupun aduan-aduan dari pihak ramai. Bagi menjawab soalan yang kedua soalan B daripada Pengkalan Hulu, pembaikan ataupun penggantian lampu diberi keutamaan kepada lokasi yang sering berlaku kemalangan atau sering mendapat aduan memandangkan peruntukan diturunkan secara berperingkat daripada Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan dan memang seperti mana dimaklumkan YB Exco memang tindakan sudah diambil di Gunung Paku cuma di Gunung Paku ini merupakan hotspot kemalangan maut. Setiap tahun dan setiap kali musim hujan, kerap kali sehari kadang sampai dua tiga kali berlaku kemalangan di kawasan Gunung Paku ini dan saya nak memohon Yang Berhormat untuk menambahkan peruntukan untuk tambah lagi lampu jalan daripada Gunung Paku turun ke Khantan kerana ini memang hotspot yang sangat bahaya dan saya nak bertanyakan soalan kepada Yang Berhormat. Tahun lepas JKR Hulu Perak hanya menerima RM50 ribu peruntukan untuk penyelenggaraan lampu jalan untuk daerah Hulu Perak. Jadi adakah untuk tahun ini tahun 2024 ditambah lagi dan tahun-tahun ke depannya? Itu sahajalah soalan daripada saya.

Terima kasih Pengkalan Hulu. Berkenaan dengan Gunung Paku itu memang dalam perancangan daripada JKR dan kita telah pun membelanjakan untuk menyempurnakan balik pencahayaan di laluan tersebut tapi kalau sekiranya perjalanan daripada Pengkalan Hulu sampai ke Bentong itu, maka dianya kadang-kadang menyebabkan kerosakan yang lebih teruk menyebabkan kabel-kabel bawah tanah itu yang rosak. Jadi yang itu tu kita kena ada peruntukkan yang asing dan lebih daripada biasanya. Kadang-kadang, lampu tu nampak gelap tidak menyala oleh kerana Pengkalan Hulu ni, kawasan yang sering ada gangguan petir. Akibatnya kadang-kadang nampak gelap kerana ada suasana terpelantik. Mana dia punya sistem-sistem penyelamat itu ada telah pun buat tripping dengan izin. Jadi nampak kelihatan mengapa kawasan tu gelap. Tapi jika sekiranya kita buat laluan kita check balik sebenarnya adalah sebenarnya dia punya mekanisme untuk melantikkan, mempelantikkan suasana itu berlaku. Apa yang JKR buat mereka switch kan balik. Oleh kerana itu menyebabkan kawasan yang tidak ada kos pun. Dia cuma on kan balik. Tapi kalau sekiranya ia melibatkan kos yang yang memerlukan peruntukan yang tinggi, maka kita terpaksa memohon daripada Kerajaan Persekutuan khususnya KKR bagi menyempurnakan kerja- kerja tersebut. Sekian, Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk mengemukakan soalan, sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Sungai Manik soalan Nombor 7.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua. Untuk jawapan Sungai Manik. Sebelum saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Sungai Manik, saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada Minyak Afiat yang hari ini genap 100 tahun kepada Tuan Haji Ahmad bin Zakaria sebab bukanlah satu perkara yang mudah untuk sustain dalam bisnes sehingga 100 tahun. Jadi beliau juga merupakan pemenang tokoh usahawan Perak pada 2023. Tahniah kita ucapkan.

Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Sungai Manik, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Sungai Manik yang bertanyakan soalan berkaitan dengan industri kopi di negeri ini. Berdasarkan unjuran kasar daripada pihak Sekretariat Pengguna Usahawan Negeri Perak, terdapat lebih dari seratus kedai-kedai kopi pelbagai jenama yang diusahakan di seluruh Negeri Perak. Bukan sahaja di lot kedai, bahkan ada juga yang beroperasi di rumah seperti Kedai Kopi Depan Rumah serta di lorong seperti Kedai Belakang Lorong.

Untuk makluman seisi Dewan yang mulia pada 2 Disember 2023, Kerajaan Negeri telah menzahirkan sokongan kepada industri kopi di negeri Perak dengan penganjuran Karnival Cerita Secangkir Kopi bertempat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ataupun Padang Polo yang mana hasilnya lebih daripada empat puluh usahawan berasaskan kopi bersama memberi sokongan juga daripada agensi-agensi seperti Perak SADC, STeP, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA dan lain-lain agensi dapat dikumpulkan di bawah satu program dan karnival ini mencatatkan kehadiran lebih daripada lima ribu pengunjung dari dalam dan luar Negeri Perak. Karnival ini juga merekodkan jualan lebih RM80 ribu sehari ye. Melihat kepada keberhasilan dan kejayaan program tersebut, Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju untuk memasukkan program ini sebagai salah satu program di dalam kalender Tahun Melawat Perak 2024 dengan pengisian yang lebih padat dan kerjasama agensi yang lebih erat terutamanya dari Tourism Perak dan saya juga ingin mempromosikan usahawan-usahawan kopi tempatan yang wajib kita sokong antaranya bagi Kopi, Ngopdo rostry, Bike kopi, Khamar Kopi, Kopi dan Bulan, Projek Caffien dan Perk and Seed serta kalau dekat tempat saya ada Drogato kopi.

Untuk makluman Yang Berhormat juga Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara NCIA melalui Program Empower NCER, latihan kemahiran dan keusahawanan juga turut kita laksanakan kursus barista di beberapa daerah di Negeri Perak seperti Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Kinta, Batang Padang, Kampar, Muallim, Hilir, Perak dan Bagan Datuk. Ini adalah sebahagian dari usaha galakan kepada anak muda untuk menerima latihan kemahiran agar dapat memberikan nilai tambah dan estetika kepada produk minuman kopi yang dihasilkan. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan pendapatan usahawan-usahawan yang terlibat. Program ini juga selari dengan dasar pelancongan negara yang memfokuskan kepada peningkatan pengalaman pelancong susulan trend terkini di Negeri Perak terutamanya untuk golongan millennium yang menjadikan aktiviti bersantai di kedai kopi atau kafe sebagai salah satu gaya hidup. Selain itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga telah memperkenalkan program Usahawan Restoran (PROPER) bagi meningkatkan prestasi pengurusan operasi restoran dan kemampuan daya saing di kalangan pengusaha restoran. Melalui usaha ini juga, MARA telah berjaya mewujudkan rangkaian usahawan kopi dengan jenama lokal, Loca Cafe yang lengkap dengan konsep perniagaan, penjenamaan, rancangan perniagaan, kualiti makanan yang terjamin dan seragam serta persekitaran yang menarik serta kondusif. Usahawan-usahawan F&B sentiasa diberi keutamaan bagi memperolehi akses kepada pembiayaan MARA khususnya program-program persijilan dan juga sewaan-sewaan di premis-premis perniagaan MARA. Justeru, Kerajaan Negeri yakin dan percaya bahawa usaha ini dapat meningkatkan kapasiti serta produktiviti usahawan-usahawan tempatan untuk bersaing setanding dengan jenama-jenama kopi terkemuka dengan mempamerkan keistimewaan penyediaan kopi tersendiri.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Sungai Manik, sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih kepada YB Exco di atas jawapan yang diberikan. Saya ucapkan tahniah di atas kejayaan program pada tahun yang lepas. Saya sebut, saya bertanya tentang kopi ini sebab saya datang daripada Sungai Manik, Kopi Che Nah yang memang popular sehingga hari ini masih ada. Kopi Che Nah kalau orang Perak tak minum Kopi Che Nah tak tahu la. Dulu-dulu yang ada Kopi Che Nah je. Sekarang ni zaman hari ini anak-anak muda pulak dah mula minat minum kopi. Kemudian yang menarik perhatian saya adalah waktu saya jadi Exco Luar Bandar dan Usahawan itu hari. Pihak JAKOA juga ada mengadakan kerjasama dengan SADC, MB Inc, sebab waktu itu kebanyakan GLC diminta mengambil kawasan-kawasan perkampungan asli ini sebagai kawasan angkat dan ada beberapa perkampungan orang asli ini dah mula menanam kopi dan isu yang mungkin berlaku selain daripada kawasan Orang Asli yang menanam kopi, pengusaha-pengusaha kopi yang ada di Negeri Perak pun ramai juga. Cuma adakah kerajaan bercadang untuk apa, mencari jalan macam di Kedah dah ada Kopi Kedah, so Perak dah banyak orang tanam kopi, kita cadang nak wujudkan Kopi Perak sebagai satu lagi tarikan kepada usahawan-usahawan untuk selain daripada membuka kafe untuk menanam kopi? Tapi saya fahamlah kopi ini masalahnya nak cari pekerja untuk memetik sebab dia kerja harian. Tapi dengan harga yang ada hari ini, pasaran yang bagus saya rasa mungkin kita boleh menggalakkan usahawan-usahawan selain daripada ada kafe, ada usahawan yang buat aktiviti sebelum sampai ke kafe. Yang tu saya nampak ada masalah sikit yang mungkin boleh kita wujudkan usahawan-usahawan untuk membeli kopi, memproses kopi. Kebanyakan kafe-kafe yang ada terpaksa outsource, beli kopi daripada luar. Tak ada usahawan panggang kopi yang terpaksa menjadi peniaga terakhir sedangkan kita boleh mewujudkan usahawan hiliran sebelum sampai ke kafe. Itu maksud saya, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik dan saya pun sedia maklum. Sebenarnya idea ini juga ya Yang Berhormat Sungai Manik sebenarnya sebelum ini bercita-cita juga untuk mempromosikan usahawan kopi dan saya kira circle yang ada bersama saya juga sebahagiannya daripada anak buah Sungai Manik juga bersama saya membantu untuk menjayakan projek Cerita Secangkir Kopi. Jadi sudah tentulah sewaktu ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang merasmikan program Cerita Secangkir Kopi, Kota Tampan juga ada menyebut agar mungkin Perak boleh melihat perkara ini menjadi salah satu industri yang baru kepada kita sebab kita ada penaman kopi yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli dan juga ada juga kepakaran anak-anak muda kita yang boleh memanggang dan maknanya untuk menghasilkan daripada biji kopi sehingga menjadi proses kopi yang boleh untuk diminum lah. Jadi sebab tu dalam ucapan Yang Berhormat ada menyebut agar mungkin perkara ini dapat dilihat oleh pihak SMC dan juga Jabatan Pertanian agar Perak menjadi pelopor kepada industri kopi memandangkan ramai orang-orang Perak suka minum kopi dan kita ada lebih daripada 100 kedai-kedai kopi secara kafe dan juga kedai secara fizikal ataupun mahu tepi jalan yang ada di Perak. Jadi Insya-Allah perkara itu akan kita perhalusi bersama-sama dan kita akan cuba jayakan dan Cerita Secangkir Kopi adalah permulaan kepada industri kopi di Negeri Perak dan membantu usahawan-usahawan kopi di Perak. Insya-Allah, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk mengemukakan soalan. Sila.

Slim soalan nombor giliran 7, nombor giliran 8 dan nombor soalan 3.

Assalamalaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. YB Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan Slim yang ada beberapa perkara yang telah dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat bagi Tahun 2024 yang Jabatan Pertanian Negeri Perak telah memperuntukkan sejumlah RM124,040.00 bantuan peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang memberi manfaat kepada 17 seorang petani di Dun Slim. Bantuan ini merangkumi pemindahan teknologi kepada para petani yang membolehkan peningkatan hasil, pendapatan kepada penerima. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak sentiasa memberikan khidmat nasihat dari masa ke semasa berkenaan teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu para petani dan pengusaha kecil meningkatkan pendapatan mereka. Melalui lawatan pemantauan oleh pegawai kawasan dan kursus-kursus yang dianjurkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta menyalurkan peruntukan tersebut dengan menyediakan geran-geran bantuan kepada usahawan kecil, misalnya B40 dalam bidang usaha ternakan dan produk hiliran berasaskan ternakan. Antaranya yang pertama, geran Agropreneur Muda bernilai RM20,000.00 untuk seorang peserta. Yang kedua rezeki tani bernilai RM9,000 untuk seorang peserta. Usahawan produk hiliran jeli bernilai RM10,000.00 untuk seorang peserta. Indikator atau kelayakan utama adalah seperti berikut. Umur 18 tahun dan ke atas Migran Agropreneur Muda berumur antara 18 ke 40 tahun. Yang kedua warganegara Malaysia serta rakyat Negeri Perak. Yang ketiga telah menghadiri kursus latihan berkaitan bidang usaha yang sedang dijalankan. Yang keempat, dalam semua bidang usaha ternakan ataupun pengeluaran produk hiliran. Permohonan ini boleh dibuat di Pejabat Veterinar Daerah yang berhampiran dengan premis usahawan.

Untuk makluman YB juga, Perak SADC juga membantu usahawan tani sama ada petani, penternak, peladang serta usahawan industri makanan bagi pengembangan usaha mereka. Perak SADC telah menyediakan program pembangunan usahawan di bawah skim ini. Terdapat pinjaman usahawan tanpa faedah bagi pembiayaan harta modal perniagaan ataupun usaha. Bagi tahun 2024, Perak SADC telah menyediakan peruntukan bagi skim pinjaman tanpa faedah berjumlah RM5 juta. Di bawah skim pinjaman tanpa faedah. Peminjam boleh meminjam sehingga amaun RM100 ribu. Dengan tempoh pinjaman sehingga lima tahun. Tertakluk kepada jumlah pinjaman serta jenis usaha. Antara syarat-syarat pinjaman adalah menjalankan usaha atau perniagaan di negeri Perak telah menjalankan usaha sekurang kurangnya 6 bulan dalam bidang usaha yang dipohon dan yang ketiga menjalankan usaha di tanah atau premis yang sah dengan dokumen pemilikan sewaan dan juga pajakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Slim sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan diberikan. Slim sangat komited untuk membantu penternak ataupun petani pekebun kecil yang sangat ramai di Dun Slim dan sudah pasti Slim merupakan Dun yang terbanyak Felda. Felda Wilayah Trolak yang besar yang mempunyai beberapa kawasan Felda cuma sebagai soalan adakah pihak Exco bersedia untuk menyediakan tempat pengumpulan hasil pertanian? Andai kata ada mungkin boleh kita nyatakan di manakah kawasan yang terdekat? Andai kata kita mampu menyediakan satu tempat pengumpulan hasil pertanian, ia akan menggalakkan lagi petani petani kecil, petani petani muda yang ingin bercucuk tanam ataupun menternak untuk market, mereka ada dan mereka bersedialah dan secara peribadi, saya telah berbincang dengan pihak FAMA. Pihak Felda yang nampak yang pihak pihak tertentu yang boleh bersama dalam membina satu tempat pengumpulan hasil pertanian masih. Terima kasih.

Terima kasih YB Slim. Pandangan dan cadangan yang terbaik. Untuk mewujudkan satu pusat pengumpulan usaha-usahawan tani ya ternak dan juga nelayan lah di kawasan Slim. Untuk maklumat Yang Berhormat kawasan yang berhampiran pusat pengumpulan yang ada ialah di Sungkai, di Sungkai. Saya rasa tak jauh daripada Slim tetapi kalau jika ada kesesuaian, ada keperluan untuk kita wujudkan pusat pengumpulan yang baru. Insy-Allah, pihak saya dan juga FAMA akan mengkaji dan meneliti di atas cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Slim.

Untuk makluman, Timbalan Yang di-Pertua, Ahli Dewan, semasa saya melawat lawatan kerja ke Daerah Batang Padang, saya ada kesempatan melawat pusat pengumpulan FAMA di Sungkai saya agak terkejut juga. Walaupun empat orang pengusaha kawasan Sungkai tetapi pendapatan mereka adalah lebih kurang RM 3.9 juta. Sungkai dengan empat orang pengusaha. Di pusat pengumpulan di Sungkai. Ini menunjukkan bahawa satu potensi yang terbaik boleh mendatangkan hasil yang pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Insya-Allah, jika ada keperluan nanti, kita akan mengkaji dan meneliti. Sebagaimana saya nyatakan tadi bersama FAMA untuk ataupun berkolaborasi dengan Felda untuk mewujudkan kawasan pusat pengumpulan usahawan tani, ternakan, perladangan dan sebagainya. Insya-Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengajukan soalan tambahan, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Yang Berhormat Slim yang ke-40 tahun hari ini. Jadi tahniah, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Insya-Allah. Jadi soalan dia dari Pengkalan Hulu kepada Yang Berhormat Exco seperti yang kita sedia maklum, golongan muda kurang minat dengan sektor penternakan, perladangan dan pertanian. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Exco, apakah alternatif usaha Kerajaan Negeri untuk kita nak galakkan anak-anak muda belia untuk menceburi bidang pertanian, penternakan dan perladangan ini. Mungkin usaha-usaha alternatif tambahan yang kita buat selain daripada usaha-usaha yang ada, kaedah-kaedah yang ada ini. Contohnya di Pengkalan Hulu saya sendiri apabila kita turun ke lapangan, kita tengok ratusan anak muda yang menceburi dalam bidang pertanian ni penternakan ni sangat sikit sangat. Yang lebihnya kepada contoh macam tadi Yang Berhormat Exco, usahawan kongsikan kopi ni dia hanya nak jual dia tak nak tanam. Dia nak kerja mudah nak dapatkan dia produk tu proses dia nak jual ja apa eloknya dia buat daripada tanam proses and then jual yang bagusnya lah. Kan. Jadi itu, apakah usaha tambahan, insentif tambahan daripada Yang Berhormat Exco melalui Kerajaan Negeri untuk kita perkasakan orang muda supaya pemuda ini terlibat dengan pertanian, perladangan dan ternakan. Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Terima kasih Pengkalan Hulu. Merupakan satu pandangan yang baik dan memang menjadi dasar kerajaan untuk menggalakkan belia muda untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Apalagi dalam bidang-bidang yang kita rasa pada peringkat masa lalu, agak leceh sikitlah, kotor dan sebagainya. Tapi dengan penggunaan teknologi-teknologi yang kita perkenalkan melalui jabatan dan agensi, saya penuh yakin bahawa anak muda kita akan boleh terlibat dengan usahawan agrotani dan ini memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka. Jadi kalau pendedahan-pendedahan yang dapat kita laksanakan kita lakukan. Bagi jabatan dan agensi. Insya-Allah, saya yakin bahawa penglibatan anak muda belia dalam bidang keusahawanan agrotani ini akan lebih meningkat dan lebih ramai lagi. Minta maaf kepada YB Slim. Sanah Helwah. Empat tahun sekali. Nak menyambut tahun ini tunggu 4 tahun lagi baru boleh meraikan ulang tahun yang ke 40 berapa 44. Mudah-mudahan Allah memberkati dan merahmati YB Slim Insya-Allah. Ok, Pengkalan Hulu, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan. Sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Yang Dipertua Soalan Simpang Pulai. Soalan 9.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Simpang Pulai yang tanyakan soalan berkenaan aplikasi Park@Perak iaitu satu aplikasi untuk tempat letak kereta. Bayaran tempat kereta yang digunakan di semua PBT di negeri Perak. Ok, soalan A bertanya tentang jumlah pengguna bagi tahun 2021, 22 dan 23. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bilangan pengguna baharu bagi Park@Perak meningkat setiap tahun dan untuk tahun 2021 dicatatkan jumlah pengguna seramai 301,830 orang tetapi pada tahun seterusnya tahun 2022, dipercayai berkaitan rapat dengan longgaran PKP, PKPD dan sebagainya telah berlaku satu lonjakan yang lebih daripada 100% iaitu pada tahun 2022 telah mencatat sebanyak 650,651 pengguna dan kini yang terkini pada hujung 2023, jumlah pengguna Park@Perak adalah seramai 998,302 orang. Jadi kita memang mensasarkan tahun 2024 akan mencecah 1 juta pengguna Park@Perak.

Soalan B, tanya tentang kos yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membina dan menyelenggara aplikasi Park@Perak. Untuk pengetahuan Yang Berhormat. kos pembangunan, sistem dan kos penyelenggaraan sistem aplikasi ini melibatkan beberapa aspek iaitu kos pembangunan, kos penyelenggaraan, kos naik taraf admin aplikasi penguatkuasa. Pada tahun 2019, dia dimulakan dengan kos pembangunan sistem secara in-house dengan kos sebanyak RM58,058 dan jumlah pada tahun 2019 adalah sebanyak RM65,550. Pada tahun 2020, kos menelan kos sebanyak RM54,021. Kos penyelenggaraan menjadi RM150ribu 2022, kos jumlah kos penyelenggara adalah sebanyak RM108 ribu dan pada tahun 2023, jumlah kos yang diperlukan adalah RM499,500. Penambahan kos pada tahun 2023 adalah disebabkan oleh ketidakstabilan infra, sejak bulan Disember 2022.

Setelah dikenalpasti terdapat beberapa faktor yang perlu ditambahbaik bagi melancarkan operasi Park@Perak sejajar dengan penambah, penambahan jumlah pengguna yang semakin meningkat. Salah satunya adalah dengan menambahbaik infra dan server bagi menampung jumlah transaksi penggunaan harian pengguna dan penguatkuasaan di lapangan. Dengan infra yang terbaharu ini, Park@Perak dapat beroperasi dengan lebih lancar sehingga kini dan kutipan keseluruhannya juga meningkat daripada RM15,092,323.45 sen pada tahun 2022 kepada sejumlah RM24,307,936.30 sen pada tahun 2023. Pertambahan transaksi bilangan pengguna dan kejayaan jalinan kerjasama memerlukan sokongan bagi penyelenggaraan teknikal yang berterusan untuk memastikan kelancaran Park@Perak. Kerja kerja penyelenggaraan ini adalah penting bagi memastikan tahap keupayaan, kestabilan dan kemampuan aplikasi di Park@Perak terus kekal relevan, berkesan serta dapat meraikan kepercayaan penggunanya terhadap aplikasi pintar ini.

Seterusnya, pecahan soalan C tanya tentang penambahbaik yang dilakukan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna bagi aplikasi ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan tempat letak kereta PBT Negeri Perak sentiasa komited untuk memastikan Park@Perak sentiasa relevan, praktikal dan setanding dengan aplikasi tempat letak kereta yang sedia ada. Jadi Park@Perak adalah aplikasi pembayaran tempat letak kereta seragam bagi seluruh negeri Perak. 85% daripada jumlah penggunaan adalah daripada pengguna di Bandaraya Ipoh. Mulai tahun 2024, tiada lagi penggunaan kupon fizikal dikeluarkan oleh MBI dan pembayaran caj tempat letak kereta perlu dibuat secara dalam talian. Oleh yang demikian, pengguna akan terus menggunakan Park@Perak bagi pembayaran caj tempat letak kereta dan secara tidak langsung ia akan menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan aplikasi Park@Perak ini. Terkini, Park@Perak telah berkolaborasi dengan aplikasi Flexi Parking dan juga aplikasi eWallet, Touch 'n Go. Ini bertujuan bagi menarik pengguna luar Negeri Perak untuk lebih mengenali seterusnya mengguna terus aplikasi ini bagi memudahkan urusan pembayaran caj tempat letak kereta kepada pelancong yang datang luar dari Perak ataupun dari luar negara. PBT Negeri Perak juga sangat cakna dan komited dalam menaikkan imej dan prestasi Park@Perak untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan aplikasi ini. PBT Perak turut memberi sokongan dengan membuat hebahan penggunaan Park@Perak di portal serta media sosial rasmi dan menggiatkan promosi dari semasa ke semasa. Pengurusan tempat letak kereta PBT Negeri Perak juga menampilkan paparan antara muka yang mesra pengguna dan lebih interaktif untuk menarik minat pengguna menggunakan Park@Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Simpang Pulai, sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Boleh saya tau apakah usaha kerajaan untuk membantu warga emas yang masih kurang celik mengguna aplikasi ini?

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai, memang antara isu yang sering ditimbulkan apabila kita menggunakan aplikasi ini secara sepenuhnya. Tentu ada golongan khususnya warga emas yang mungkin kurang selesa dan kurang dapat menggunakan aplikasi dengan sendirinya. Jadi antara langkah-langkah yang diambil oleh PBT ialah dengan melantik wakil ejen penjual kupon ini. Kalau sebelum ini memang ada sistem begitu di mana terdapat pekedai-pekedai yang menjadi wakil ejen kepada PBT untuk jual kupon secara kupon fizikal tetapi sekarang dia ditukar bentuk iaitu mereka menjadi wakil ejen tetapi bantu sesiapa yang perlukan bantuan untuk topup dalam aplikasi. Jadi ini salah satu cara yang PBT sedang giatkan dan kita juga utamakan kawasan khususnya kawasan pelancongan, pusat bandar di mana keperluannya lebih tinggi untuk adakan wakil-wakil ejen untuk bantu warga emas khususnya untuk selesai isu dan juga ada inisiatif seperti dengan wujudnya pas harian, pas bulanan di mana memberikan diskaun kepada pembeli dan sekaligus kalau beli pas bulanan, jadi lebih mudah untuk mereka tak perlu kerap sangat untuk guna aplikasi. Jadi itu antara cara inisiatif yang sedang diguna dan kita juga alu-alukan kalau terdapat sebarang cadangan yang baru untuk kita menambah baik dan lebih mesra kepada pengguna semua golongan termasuk warga emas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, soalan Buntong soalan nombor 10.

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan Yang Berhormat Buntong adalah aktiviti pendidikan, kesihatan dan advokasi mengenai bahaya rokok dan vape dilaksanakan secara berterusan. Aktiviti advokasi ini telah dan akan dilaksanakan di pelbagai lokasi sasaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta di peringkat daerah. Seperti bersama Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran, Jabatan Maritim, institusi keagamaan dan juga di kilang-kilang swasta. Aktiviti advokasi bahaya rokok dan vape juga telah dijalankan di fasiliti pendidikan, melibatkan pelbagai lapisan umur pelajar sekolah daripada sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi. Pada tahun 2023, setiap daerah di Negeri Perak menjalankan aktiviti advokasi ke hampir 40 fasiliti pendidikan pelbagai peringkat mencakupi 8,000 orang pelajar. Selain daripada itu, Program KOTAK atau Kesihatan Orang Tanpa Asap Rokok juga dilaksanakan di fasiliti pendidikan, sekolah rendah dan menengah di Negeri Perak. KOTAK merupakan program pengesanan awal dan intervensi merokok untuk semua murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Program ini merupakan satu perkongsian strategik di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan objektif utama untuk mengurangkan prevalence merokok di kalangan murid-murid sekolah.

Secara keseluruhannya, hampir 99% sekolah rendah dan menengah melaksanakan program KOTAK ini pada tahun 2023. Program KOTAK ini akan diteruskan dengan lagi bagi tahun 2024 dan seterusnya. Pihak KKM juga menyediakan laman sesawang JomQuit bagi membantu mereka yang mendaftar untuk berhenti merokok. Perkhidmatan ini ada adalah usaha sama ada agensi kerajaan dan juga swasta dengan matlamat menjadikan perkhidmatan berhenti merokok, mudah diakses di seluruh negara. Di samping itu, dari aspek aktiviti kesihatan awam melalui tindakan penguatkuasaan, profesion Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai

Kesihatan Persekitaran sentiasa komited dalam membantu Kerajaan Negeri untuk memastikan belia dan orang awam agar terus mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak melakukan aktiviti merokok atau vaping terutamanya di tempat awam. Aktiviti penguatkuasaan merupakan langkah terakhir dalam membendung perkara tersebut. Secara keseluruhan, Cawangan Inspektorat dan Perundangan JKN Perak sepanjang tahun 2023 sebanyak 8,795 notis di bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan sebanyak 233 notis dikeluarkan khususnya kepada orang belum dewasa serta sebanyak 363 notis kerana vaping di kawasan larangan. Soalan kedua rang Undang-Undang Kawalan Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 30 November 2023 dan Dewan Negara pada 14 Disember 2023. Kelulusan RUU ini adalah tepat pada masanya bagi mengawal semua produk merokok yang lebih komprehensif termasuk rokok elektronik atau vape yang tidak dikawal selama ini. Bagi menghentikan atau menghadkan akses kepada produk merokok, RUU memperuntukkan larangan penjualan pembelian atau penggunaan kepada orang di bawah umur 18 tahun, larangan pengiklanan, promosi dan penajaan produk merokok. Ketiga ini, KKM sedang dalam proses pewartaan dan penguatkuasaan RUU tersebut serta peraturan-peraturan di bawahnya.

Yang di-Pertua

Buntong.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih YB Exco atas jawapan sebentar tadi. Soalan tambahan Buntong boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Satu, Buntong ingin menanya kepada Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa perancangan dalam memperuntukkan belanjawan tambahan dalam Belanjawan 2025 untuk mengurangkan kadar penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja? Ini adalah kerana penggunaan berleluasa dalam kalangan remaja terlalu banyak dan meningkat dalam kadar yang tidak boleh di galakkan. Kita faham bahawa rokok elektronik kesannya kita belum lagi dapat memahami kesannya secara penuh dan kajian-kajian saintifik masih lagi actively being carried out dengan izin Dato' Yang di-Pertua. Jadi soalan Buntong hanyalah berkait kepada usaha Kerajaan Negeri untuk melihat kepada sama ada terdapat dengan izin possibility to increase or memperuntukkan bajet dalam Belanjawan 2025 untuk mengadakan program-program kesedaran mengurangkan rokok elektronik di Perak dan soalan Buntong kedua adalah mengenai program Quit Smoking yang dijalankan di Klinik Kesihatan Buntong sama ada JKN ataupun Kerajaan Negeri Perak mempunyai perancangan untuk menghulurkan sokongan ataupun bantuan untuk meluaskan program Quit Smoking? Terima kasih.

Terima kasih Buntong kepada kedua-dua soalan ini. Yang pertama mengenai peruntukan tambahan untuk aktiviti-aktiviti Quit Smoking. Rang undang-undang ini baru diluluskan pada tahun lepas. Jadi, Kerajaan Negeri tidak dapat memperuntukkan wang tambahan untuk aktiviti-aktiviti seperti ini sebab jika lihat dalam bajet tahunan 2024 yang diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti kesihatan adalah hanya RM 300,000 tetapi bagi tahun ini saya percaya Yang Amat Berhormat akan dapat kita rujuk dan dapat peruntukkan yang lebih untuk aktiviti-aktiviti bukan saja berkaitan dengan merokok atau vaping tetapi untuk aktiviti-aktiviti kesihatan di negeri Perak. Untuk menjawab soalan kedua berkaitan dengan Quit Smoking dan program-program yang dijalankan oleh klinik- klinik kesihatan dan hospital-hospital kita di seluruh Perak. Saya sungguh kagum dan puas hati dengan aktiviti-aktiviti mereka khasnya di Klinik Kesihatan Buntong. Klinik Kesihatan Buntong ada mempunyai rekod-rekod di mana aktiviti ajaran dan aktiviti-aktiviti susulan untuk Quit Smoking adalah pantas dan saya percaya Yang Berhormat Buntong pun tahu akan perkara itu dan saya telah syorkan kepada kesemua klinik-klinik di Perak untuk teruskan dengan program-program seperti ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco memandangkan tiada soalan tambahan lagi, maka terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Usul menyembah ucapan tahniah serta penzahiran serta menjunjung kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat usul menyembah ucapan tahniah serta penzahiran serta menjunjung kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang ialah usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan telah mendapat sokongan dan telah pun dibahaskan. Justeru, pada hari ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan bagi usul ini, dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Auzubillah minashaitan nirajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassalatu wassalamu ‘ala saidil mursalin wa imamil muttaqin wa ala alihi wa'ahtih bait'tihi wasohbihi ajmain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan puan-puan, saudara-saudari yang dihormati sekalian. Alhamdulillah. Sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana berkat limpahan rahmat dan kasih sayangNya jua. Kita semua sebagai pemegang amanah urusan pentadbiran negeri sekali lagi diberi peluang dan ruang serta kesempatan untuk sama-sama menjunjung semangat demokrasi di dalam Dewan yang mulia ini bagi melunaskan tanggungjawab dan tugas hakiki dalam mencari jalan dan solusi demi manafaat rakyat dan juga negeri.

Memulakan ucapan penggulungan ini, saya mewakili seluruh pentadbiran kerajaan negeri dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ketika mencemar duli merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kedua

Dewan Negeri Perak Keliam Belas di Dewan yang mulia ini pada hari Jumaat minggu lepas. Sesungguhnya nukilan titah yang dizahirkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku mencerminkan kesarjanaan Tuanku sebagai raja ilmuan yang sentiasa menanggapi keperihan dan kedaifan rakyat yang memerlukan serta mengerdipkan cetusan pemikiran bagi penyelesaian terhadap isu-isu mengenai kelangsungan ekonomi, kemiskinan, pendidikan, kesihatan, sekuriti, makanan, alam sekitar, pemantapan tatakelola kerajaan serta peri pentingnya usaha-usaha berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri sentiasa diberi keutamaan. Begitu luhurnya keprihatinan Paduka Seri Tuanku dalam mengilhamkan pedoman dan nasihat telah menguatkan lagi keazaman seluruh pentadbiran kerajaan untuk mengumpul segala daya dan kekuatan agar segala perancangan yang digarap dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 dapat meneruskan momentum pertumbuhan serta memperkukuhkan lantangan pentadbiran supaya akhirnya rakyat dan negeri terus mengecapi nikmat kemakmuran. Diharapkan jua berkat mutiara pemikiran Tuanku yang sentiasa melontarkan mesej-mesej keamanan dan keharmonian akan menjadi penyuluh pedoman buat kita sekalian wakil rakyat untuk selalu menjaga kesantunan berkerajaan. Saling bahu membahu menyuburkan semangat toleransi, saling bermuafakat, memelihara kestabilan serta menggembleng idea dan buah fikiran agar setiap usaha yang dilata untuk memajukan negeri dapat sama-sama dijayakan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada 45 orang Ahli Yang Berhormat. Masing masing 20 orang dari blok kerajaan dan 25 orang dari blok pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku. Saya mengikuti topik-topik perbahasan yang menyerlahkan kecaknaan wakil-wakil rakyat dalam mengupas intipati Titah Paduka Seri Tuanku dari segenap isu. Seperkara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana kita sekalian wakil rakyat menunjukkan kematangan dalam kita memaknakan semangat demokrasi di dewan yang mulia ini. Masing-masing berusaha memainkan peranan menegakkan konsep semak dan imbang bagi memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan sentiasa seiring dengan lunas-lunas demokrasi.

Suatu ketika dahulu, saya pernah bersama-sama rakan-rakan di sebelah sana memainkan peranan sebagai kerajaan. Yang Berhormat Gunong Semanggol misalnya pernah berada di sebelah kanan saya dan sedaya upaya mempertahankan polisi dan dasar-dasar sebagai wakil rakyat kerajaan. Begitu juga Yang Berhormat Sungai Manik, Yang Berhormat Selama dan Yang Berhormat Kuala Kurau dan hari ini, mereka berjaya beradaptasi dan memainkan peranan sebagai pembangkang dengan melontarkan pandangan dan kritikan terhadap saya sebagai Menteri Besar. Ironinya, saya juga pernah berdepan kelantangan Yang Berhormat Jalong dan Yang Berhormat Teja. Ketika saya pernah mengetuai blok pembangkang suatu ketika dahulu. Saya juga masih ingat bagaimana Yang Berhormat Jalong dan Yang Berhormat Temenggor pernah menjadi seteru ketat dan saling bercakaran dalam perbahasan tetapi hari ini mereka duduk sebaris bersebelahan dalam blok kerajaan sebagai Exco dan saya sebagai Menteri Besar. Lalu bekerjasama memainkan peranan mempertahankan dasar dan polisi pentadbiran kerajaan. Semua ini bukan sahaja menggambarkan betapa politik itu sesuatu yang sangat dinamik tetapi membuktikan bahawa kita semua sekalian wakil rakyat Negeri Perak mampu menunjukkan teladan yang baik dalam memainkan peranan sebaik mungkin ke atas apa juga amanah dan tanggungjawab yang digalaskan di bahu kita sebagai wakil rakyat. Itulah cerminan keunikan dan kematangan kita di Negeri Perak dalam menegakkan keluhuran demokrasi. Saya ucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Sepanjang dua hari sesi perbahasan sekurang-kurangnya 130 isu telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat untuk diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Daripada jumlah itu, 52 adalah berkaitan dengan portfolio saya manakala selebihnya sudah disentuh sudah dijawab sudah digulung oleh rakan-rakan Exco dalam sesi penggulungan yang telah pun selesai semalam. Insya Allah, saya akan memanfaatkan peluang ini untuk menggulung perbahasan yang menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, kewangan, keselamatan tanah, sumber asli, rancangan ekonomi dan juga GLC. Walau bagaimanapun, saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya ada perkara-perkara yang dibangkitkan tidak sempat saya sentuh dalam sesi ini.

Namun, setiap isu yang diutarakan oleh rakan-rakan ahli Yang Berhormat akan tetap diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya kecuali bagi isu-isu yang berkaitan dengan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu memberi maklum balas terhadap portfolio agama Islam yang menjadi antara perkara yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya menyentuh mengenai pelaksanaan dan pengurusan kelas al-Quran dan Fardu Ain atau singkatannya KAFA. Yang Berhormat Slim menyuarakan keresahan beliau mengenai sebilangan murid sekolah rendah yang tidak berpeluang untuk mengikuti KAFA dan meminta agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyedari akan permasalahan tersebut dan bersetuju supaya suatu kajian menyeluruh dilakukan bagi memastikan institusi pendidikan KAFA sentiasa relevan dan kekal menjadi antara tunjang pembangunan sahsiah generasi muda beragama Islam. KAFA ialah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas pendidikan Islam kepada murid-murid di sekolah rendah yang ditawarkan bermula dari darjah 1 dan merupakan salah satu prasyarat sebelum murid-murid tersebut boleh menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA atau UPKK sewaktu mereka di Darjah 5. Negeri Perak mempunyai 707 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat Integrasi KAFA dan Sekolah Rendah Agama Rakyat sepenuh masa. Dengan jumlah murid yang berdaftar sehingga 31 Januari 2024 adalah seramai 103968 orang atau 76 % daripada jumlah keseluruhan 136831 orang murid beragama Islam yang mendaftar di sekolah kebangsaan. Berdasarkan perbandingan ini, terdapat 32863 murid iaitu 24 di sekolah kebangsaan yang tidak mengikuti mana mana pengajian kelas KAFA di negeri Perak dan hanya mengambil subjek pendidikan Islam yang mengandungi komponen pendidikan al-Quran, Jawi, bahasa Arab dan fardu ain di sekolah arus perdana.

Antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan murid yang tidak mendapat akses kepada pendidikan KAFA ini adalah pertama kekurangan tempat yang ditawarkan berbanding premis pembelajaran yang tersedia. Oleh demikian, saya akan meminta Jabatan Agama Islam Negeri melaksanakan kajian komprehensif bagi menilai isu ini daripada segenap aspek termasuk meneliti langkah-langkah yang sesuai untuk menarik minat lebih ramai pelajar untuk menyertainya. Pada masa yang sama, tindakan interim dan penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat antaranya menyediakan kemudahan pembelajaran yang mencukupi menerusi peluasan pelaksanaan kelas KAFA tulen iaitu kelas yang dijalankan di premis sekolah kebangsaan dan di bangunan pusat kebajikan dengan kekerapan tiga hari seminggu. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya berterima kasih juga kepada Yang Berhormat Bota atas keprihatinan membangkitkan masalah kekurangan infrastruktur serta isu kekurangan guru KAFA dengan merujuk situasi sukar yang dihadapi di Sekolah Rendah Agama Rakyat Tarbiah Islamiah di Bota Kanan.

Apabila sesi pembelajaran terpaksa dijalankan di bawah khemah. Untuk makluman Yang Berhormat, selepas dimaklumkan mengenai isu berkenaan dan selepas saya menjawab soalan dewan yang berkaitan pada hari Isnin, saya telah meminta Pegawai Khas Agama Pejabat Menteri Besar untuk turun padang melihat sendiri keadaan sekolah tersebut. Berdasarkan makluman yang saya terima, sekolah berkenaan sememangnya memerlukan perhatian yang sewajarnya. Usaha menambah baik infrastruktur di sekolah berkenaan sememangnya sudah mendapat perhatian oleh pihak kerajaan sejak sekian lama. Bangunan asal sekolah adalah bangunan kayu dua tingkat telah dirobohkan pada tahun 2020 kerana kerosakan struktur dan tidak selamat untuk digunakan. Sejumlah RM300,000.00 telah disalurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri pada tahun 2020 bagi pembinaan semula tiga kelas dengan kapasiti memuatkan 30 pelajar pada satu masa, namun didapati ia tidak mencukupi memandangkan jumlah pelajar yang tinggi semakin bertambah. Sehubungan itu, permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM960,000.00 telah dimajukan oleh Jemaah Pengurusan Sekolah kepada pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, pihak jemaah pengurusan sekolah sedang giat mendapatkan pelbagai peruntukan pembangunan daripada pihak-pihak berkepentingan. Untuk tindakan selanjutnya, Kerajaan Negeri akan mendapatkan maklum balas terkini daripada pihak Pejabat Perdana Menteri berhubung status permohonan peruntukan tambahan berkenaan. Pada masa yang sama, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri untuk melihat sama ada sebahagian pelajar berkenaan boleh mengikuti kelas KAFA tulen di mana-mana sekolah yang berdekatan. Saya juga terpanggil untuk memberi maklum balas terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lubok Merbau mengenai keadaan daif Sekolah Kebangsaan KAFA Al Falahiyah Kampung Buaya dan Sekolah Kebangsaan Zainabiyah Padang Assam dengan keadaan kerusi dan meja yang sudah uzur. Saya mohon menjawab bersekali dengan soalan yang dibangkitkan Yang Berhormat Ayer Kuning kerana ianya berkaitan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat terhadap infrastruktur sekolah-sekolah agama rakyat lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kebajikan dan keselesaan untuk para guru menjalani sesi pembelajaran bagi tujuan menambah baik infrastruktur sekolah rendah agama rakyat. Selain daripada peruntukan yang disediakan Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM dan Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan juga boleh dikemukakan kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi kepada kedua-dua Yang Berhormat tolong maklumkan kepada pentadbir berkenaan mereka boleh menulis surat rasmi ke Pejabat Menteri Besar sementara duit masih ada. Jadi berebut-rebut lah supaya saya dapat meluluskannya seperti mana yang diperlukan oleh kedua sekolah ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Ayer Kuning kebajikan guru-guru KAFA sentiasa menjadi antara keutamaan kerajaan. Sejak tahun 2010 sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM7,704,000.00 setahun bagi pembayaran elaun tambahan bulanan sebanyak RM200.00 setiap seorang di samping elaun bulanan yang diterima daripada pihak JAKIM sebanyak RM1,100,000.00 setiap seorang. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, selanjutnya izinkan saya memberikan respons kepada cadangan Yang Berhormat Sungai Manik supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian sewajarnya kepada kebajikan murid dan guru di bawah program KAFA Menengah Aiman. Program KAFA Menengah Aiman merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang telah diperkenalkan pada tahun 2018 dengan matlamat untuk melahirkan generasi muda yang berkaliber untuk memimpin masyarakat setempat dalam aktiviti keagamaan.

Dalam merealisasikan matlamat tersebut, Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Yayasan Perak bertanggungjawab dalam mengurus tadbir pengoperasian program. Dari segi pelantikan dan bayaran elaun guru serta pembangunan dan penyelaras dan menyelaras modul yang akan digunakan semasa pembelajaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga tahun 2023 program ini telah mempunyai lima 532 orang murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 serta 27 orang guru tidak terlatih yang telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam Perak. Sejumlah peruntukan kepada JAIPk telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menampung pembayaran elaun guru sebanyak RM600.00 sebulan manakala Yayasan Perak juga turut memperuntukan RM50,000.00 setahun bagi menjalankan aktiviti dan program yang melibatkan guru dan juga murid. Selain itu, Yayasan Perak turut membelanjakan RM266,380.00 sejak ditubuhkan pada tahun 2018 untuk mewujudkan Pembangunan Modul AIMAN, Kursus Pembangunan Guru AIMAN, Bengkel AIMAN serta penyediaan barang keperluan pelajar dan AIMAN sebagai model utama di dalam program ini.

Dato' Yang di-Pertua dalam sesi perbahasannya, Yang Berhormat Sungai Manik juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan bangunan sendiri bagi tadika-tadika Islam tanpa perlu menyewa di premis-premis lain. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan persoalan yang sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kamunting. Untuk makluman, Yang Berhormat terdapat 76 buah Tadika Islam Perak. Yang berdaftar dan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak di seluruh negeri. Daripada jumlah tersebut, 67 buah Tadika Islam Perak beroperasi di atas tanah wakaf dan bangunan persendirian seperti di masjid, surau dan sekolah agama rakyat.

Hanya 9 buah Tadika Islam Perak sahaja yang masih menyewa dengan kadar purata sewaan RM200.00 sebulan dan dibayar oleh jemaah pengurusan sekolah. Jemaah pengurusan sekolah turut bertanggungjawab dalam mengurus dan menyediakan prasarana sekolah yang baik serta berusaha untuk mendapatkan sumber peruntukan daripada pelbagai pihak seperti JAKIM, Kerajaan Negeri Perak, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, NGO-NGO dan juga orang-orang perseorangan. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bantuan kepada Tadika Islam Perak yang merangkumi pembayaran elaun guru dan penyelia Program Kompetensi Tadika Islam Perak dan program tahunan seperti sukan dan ihtifal di samping bayaran per kapita murid. Jabatan Agama Islam Perak menyalurkan bantuan pemberian elaun kepada 12 orang penyelia dan 108 orang 180 orang guru Tadika Islam Perak yang berjumlah RM1500.00 dan RM1200.00 sebulan. Manakala Majlis Agama Islam Perak menyalurkan bantuan tahunan per kapita sebanyak RM50.00 dan bantuan makanan sebanyak RM400.00 bagi setiap pelajar.

Menyentuh mengenai isu kelangsungan kurikulum Azhari atau Azhariah di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Perak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selinsing. Sukacita dimaklumkan bahawa Pengajian Kurikulum Azhari atau Azhariah ini telah diterapkan di dalam Kurikulum Bersepadu Dini atau ringkasnya KBD yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diguna pakai oleh semua SABK di seluruh Malaysia. Memandangkan kandungan KBD yang mirip kepada kurikulum Azhariah, majoriti SABK tidak lagi menggunakan kurikulum tersebut kerana kekangan waktu belajar dan membebankan para pelajar. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri komited dalam memastikan kelangsungan pengajian Azhariah dengan membiayai gaji bulanan 80 orang guru Azhariah dengan amaun berjumlah RM1200.00 sebulan dan tidak menggunakan kaedah peruntukan perkapita bagi setiap mata pelajaran arus perdana sepertimana yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya tertarik dengan intipati perbahasan beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Tebing Tinggi, Slim dan Kamunting yang membangkitkan cadangan pemerkasaan institusi masjid dan surau. Seperti yang dititahkan oleh Paduka Seri Tuanku. Begitu juga gesaan untuk Kerajaan Negeri meningkatkan kualiti kebersihan dan infrastruktur masjid dan surau di negeri Perak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu aspek yang ditekankan oleh agama Islam ialah aspek kebersihan terutamanya bilik air dan tempat wudhu masjid dan surau. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri komited memastikan semua masjid dan surau di Negeri Perak mengikut garis panduan penarafan bilik air dan tempat wudhu masjid dan surau negeri Perak. Garis panduan tersebut telah dilancarkan pada 14 Ogos 2017 dan terpakai bagi memastikan semua masjid dan surau mengikut standard penarafan yang ditetapkan. Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat JAIPk, jabatan Agama Islam Negeri akan sentiasa memantau dan memberikan cadangan penambahbaikan kepada jawatankuasa masjid dan surau.

Pemantauan diadakan secara berkala dan masjid dan surau yang mencapai tahap standard yang ditetapkan akan diberikan sijil penarafan lima bintang. Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sumbangan secara one off berjumlah RM1,500 sebulan selama 24 bulan kepada 20 masjid terpilih dalam usaha menggalakkan penjagaan kebersihan tandas atau hamam masing-masing. Bagi pengurusan kewangan di masjid dan surau pula, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Garis Panduan Penyelarasan Pengurusan Kewangan Jawatankuasa Qariah Negeri Perak pada tahun 2022. Taklimat dan penerangan berkenaan garis panduan ini telah diberikan kepada semua bendahari masjid dan surau diri Jumaat di seluruh Negeri Perak. Selain dari taklimat berkaitan pengurusan kewangan, Kerajaan Negeri juga mengadakan bengkel Sistem Pengurusan eMasjid kepada Setiausaha dan juga Bendahari.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mewujudkan garis panduan masjid sebagai pusat kegiatan komuniti. One Stop Society Center Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 2020 melalui kelulusan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali Yang Ke-207 bertarikh 24 April 2019. Penubuhan masjid sebagai pusat kegiatan komuniti di negeri Perak ini sejajar dengan matlamat strategik ke-4 dalam Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Perak 2017 hingga 2021 iaitu mengukuhkan pengurusan hal ehwal Islam melalui bidang penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan kualiti hidup ummah yang sejahtera. Dalam mewujudkan masjid sebagai pusat kegiatan komuniti, masjid tersebut hendaklah memenuhi beberapa kriteria pusat kegiatan utama yang ditetapkan iaitu sebagai pusat ibadah dan dakwah, pusat sosial, pusat ekonomi, pusat teknologi dan informasi dan pusat generasi muda dan pembinaan insan.

Berkenaan masjid mesra musafir yang disentuh oleh Yang Berhormat Slim, pelbagai usaha telah digerakkan bagi membolehkan masjid berperanan sebagai destinasi persinggahan yang memberi kemudahan kepada para musafir untuk melakukan ibadah dan mengembalikan kesegaran minda dan juga tubuh badan. Sehingga kini, kebanyakan masjid telah pun memenuhi kriteria masjid mesra musafir ini. Sebagai contoh, Masjid Hidayah di Temoh, Masjid India Muslim Sungai Siput, Masjid Al Amin di Gerik dan Masjid Nurul Salam Batu 4 Gerik. Masjid ini menyediakan keperluan seperti tempat berehat, homestay, vending machine, dan water cooler, tempat permainan untuk kanak-kanak dan juga kafe. Dengan kaedah ini, masjid bukan sahaja dapat menjana ekonomi tetapi dapat mendekatkan masyarakat dengan rumah ibadah dalam Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kamunting berhubung kerosakan struktur asal Masjid Melayu Taiping yang sewajarnya diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, Masjid Melayu Taiping telah diwartakan sebagai bangunan warisan dan diletakkan di bawah Jabatan Warisan. Oleh itu, apabila sesuatu bangunan telah diwartakan sebagai bangunan warisan, sebarang cadangan penyelenggaraan atau baik pulih hendaklah dirujuk kepada Jabatan Warisan dan hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan jabatan tersebut. Dari segi tatakelola, Jawatankuasa Masjid Melayu Taiping perlu melaporkan masalah kerosakan struktur yang berlaku kepada Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk permohonan peruntukan pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan. Pihak JAIPk dan MAIPk akan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Jabatan Warisan dan Jabatan Kerja Raya bagi menjalankan pemeriksaan dan cadangan kerja-kerja pemuliharaan dan penyelenggaraan yang diperlukan. KerajaanNnegeri sentiasa komited dalam memastikan identiti khazanah negara ini kekal terpelihara.

Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sesi penggulungan dengan memberi maklum balas terhadap cadangan Yang Berhormat Lubok Merbau agar diwujudkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional bagi meneliti dan memperkasa Undang-Undang Syariah di negeri Perak khususnya Enakmen Jenayah Syariah Negeri, bagi mengelakkan pertindihan kuasa undang-undang pada masa hadapan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memartabatkan kehakiman dan perundangan syariah secara menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan pemegang taruh. Pada masa kini terdapat sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab menjalankan fungsi semakan, menderaf atau menambah baik undang-undang syariah di peringkat negeri iaitu Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak.

Jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab kepada agama Islam. Untuk waktu sekarang ini ialah saya dan juga Penasihat Undang-Undang Negeri Perak serta dianggotai oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang dan hukum syarak. Ini termasuklah Mufti Negeri Perak, Ketua Hakim Syarie Negeri, ahli-ahli akademik dan pengamal undang-undang yang telah dilantik. Sebarang pindaan terhadap undang-undang syariah termasuklah Enakmen Jenayah Syariah Negeri perlulah mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak terlebih dahulu. Pada sesi lepas, kita telah berbahas dan meluluskan Enakmen Wasiat. Itu adalah salah satu daripada bidang tugas yang telahpun disempurnakan oleh jawatankuasa ini. Selain itu, bagi memastikan peruntukan undang-undang dapat dilaksanakan dengan baik dari aspek substantif dan procedural, agensi-agensi agama yang berkaitan seperti Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Mahkamah Syariah Negeri, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa mengadakan mesyuarat penyelarasan secara berkala.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya berterima kasih atas sifat ambil berat yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Sungai Manik sekali lagi apabila membangkitkan isu jumlah penguatkuasa agama negeri yang terhad jika dibandingkan dengan jumlah populasi orang Islam di negeri ini dan dikhuatiri mereka tidak mampu melakukan tugas dan amanah yang diberikan. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Manik, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Perak adalah salah satu agensi yang menguatkuasakan Undang-Undang Syariah di negeri Perak. Penguatkuasa agama ini dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak berdasarkan peruntukan Seksyen 68 dalam (1) dan dalam (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004. Kuasa agama terdiri daripada dua kategori iaitu penguatkuasa agama yang dilantik dalam kalangan pegawai awam dan penguatkuasa agama yang dilantik dari kalangan orang awam. Jumlah keseluruhan pegawai dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama tetap di Negeri Perak adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada 6 orang pegawai dan 54 orang anggota di seluruh negeri. Pelaksanaan tugas penguatkuasaan ini akan dibantu oleh anggota penguatkuasa agama sukarela seramai 101 orang. Seramai seorang sehingga empat orang anggota penguatkuasa agama akan ditempatkan di setiap daerah bergantung kepada jumlah kepadatan penduduk. Pada masa ini, Penolong Pegawai Penguasa Agama tiada masalah untuk melaksanakan tugas dengan baik. Sebarang penambahan Penolong Penguatkuasa, sebarang penambahan Pegawai Penguatkuasa Agama sukarela pada masa akan datang adalah berdasarkan keperluan semasa dan mengambil kira implikasi kewangan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Slim, Yang Berhormat Slim dalam sesi perbahasan. Ada melontarkan saranan supaya Kerajaan Negeri membuat semakan semula akan kadar zakat sedia ada dengan mengambil kira isu beras tempatan di pasaran yang membolehkan orang Islam di negara di negeri ini dapat membuat bayaran zakat yang tepat. Untuk makluman Yang Berhormat, penetapan kadar fitrah setiap tahun adalah berpandukan kepada kajian harga pasaran beras yang terkini mengikut setiap kategori yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras Nasional, Kementerian Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan. Oleh itu, setiap tahun harga yang diperolehi akan dikaji dan dibahas terlebih dahulu melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sebelum diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perak dan diperkenan pelaksanaannya oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sebagai Ulil Amri di negeri Perak.

Yang Berhormat Trong dalam perbahasannya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula keputusan Jawatankuasa Kajian Syariah untuk memberi peluang kepada wakil-wakil rakyat pembangkang, untuk menyampaikan syiar Islam menerusi saluran institusi majlis dan surau. Untuk makluman Yang Berhormat, arahan tersebut tidak tertakluk kepada wakil rakyat pembangkang sahaja ia termasuk wakil rakyat kerajaan, asalkan dia adalah wakil rakyat kerajaan atau pembangkang tidak dibenarkan untuk menyampaikan syarahan atau ceramah di mana-mana surau dan juga masjid. Untuk makluman Yang Berhormat Trong selaras dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfurlah, agar masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam hendaklah bebas dari pengaruh politik kepartian. Maka semua yang berkenaan kerajaan atau pembangkang diminta untuk mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004. Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran Agama Islam 2013 dan Garis Panduan yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak dan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam. Sehubungan dengan itu, individu yang terlibat secara langsung sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil rakyat, kerajaan dan pembangkang tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti syarahan dan mengajar di mana-mana premis masjid dan surau di dalam Negeri Perak.

Yang Berhormat Kenering, ada mencadangkan supaya tempoh masa yang diambil untuk memproses pentauliahan Ahli Jawatankuasa Kariah dan Masjid disemak semula bagi membolehkan ia dipendekkan kepada kurang satu tahun. Bagi menjelaskan persoalan ini sukacita saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah mengeluarkan surat permohonan bertarikh 1 Disember 2022 kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah bagi mencalonkan nama-nama imam-imam dan bilal-bilal yang berkelayakan untuk sesi pelantikan semula tahun 2024 hingga 2026. Pada 9 Jun 2023, surat peringatan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah untuk menghantar senarai pelantikan semula selewat-lewatnya pada 23 Jun 2023. Senarai nama imam dan bilal daripada Pengerusi Jawatankuasa Kariah telah diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing untuk disemak dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam untuk dibawa ke persidangan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak. Namun, senarai tersebut telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk ditangguhkan sehingga Jun 2024. Senarai nama imam dan bilal perlu mendapat kelulusan persidangan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang dijadualkan bersidang pada bulan April 2024. Setelah mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Perak akan mengedarkan senarai nama yang diperakukan kepada semua Pejabat Agama Daerah.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk memberi maklum balas, terhadap intipati perbahasan beberapa orang Ahli Yang Berhormat mengenai polemik Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 Kelantan 2019. Saya juga mahu menyentuh intipati perbahasan Yang Berhormat Changkat Jering yang mendakwa seolah-olah agama Islam telah tergugat dan tidak lagi diamalkan secara aman di negara ini. Bagi menjawab isu ini. Suka untuk saya mengingatkan diri saya sendiri dan kita semua untuk cermat dan berhati hati dalam memberikan pandangan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Ada dua perkara asas yang mesti kita fahami dengan sebaik baiknya.

Yang pertama, Ketua Hakim Negara telah menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung perkara berkenaan adalah isu Perlembagaan. Yang tiada kena-mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini. Yang kedua, Keputusan Mahkamah Persekutuan berkait isu berkenaan sama sekali tidak menjejaskan Enakmen Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain. Oleh itu, Enakmen Ordinan Jenayah Syariah di negeri Perak masih lagi sah dan berpelembagaan kecuali ia dicabar dan diisytiharkan sebagai tidak sah. Ia bersesuaian dengan jawapan oleh Timbalan Menteri di JPM di Parlimen dua hari yang lepas. Maka saya berasa sangat terkilan apabila ada Ahli Yang Berhormat cuba mengaitkan polemik tersebut dengan mendakwa kononnya ia telah menggugat kedudukan agama Islam di negara kita di negeri Perak khususnya. Malah, saya agak terkejut apabila sahabat saya, Yang Berhormat Changkat Jering dalam sesi perbahasan mendakwa agama Islam seolah-olah tidak dapat diamalkan di negara ini. Ini dakwaan yang sangat berat.

Sebagai Menteri Besar yang memegang portfolio Agama Islam Negeri Perak. Saya meminta supaya Yang Berhormat Changkat Jering menyatakan di manakah kawasan di Perak ini yang penduduknya tidak lagi dapat mengamalkan ajaran Islam. Apa dan di manakah kepentingan Islam di negeri Perak ini yang telah tergugat. Saya orang Islam. Ash hadu alla ilaaha illallah wa Ashaduanna Muhammadar Rasulullah. Sila.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Yang Amat Berhormat, terima kasih Yang di-Pertua, saya terpanggillah di atas penjelasan daripada Yang Amat Berhormat tentang isu yang saya bangkitkan iaitu ayat berkenaan yang seolah-olah, seolah-olah agama Islam, umat Islam tidak boleh beramal dengan aman dan damai. Maksud saya cuba kita tengok daripada keputusan Persekutuan yang baru ini, dan kita rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan Perkara 3 (1) di mana Islam adalah agama bagi Persekutuan. Bukan Islam agama rasmi itu sebabnya. Itu sudah namakan ada perbezaan. Apabila kata rasmi ini, dia tidak sama dengan betul-betul sebagai agama Persekutuan. Contoh dia macam saya pakai baju rasmi Perikatan Nasional bukan baju saya. Maksud dia maksud dia bukan pernah menang sebagai baju saya sebenarnya. Itu penjelasan yang pertama dan apa yang dibangkitkan seolah-olah menggugat kita orang Islam hendak amalkan maksud saya contoh dia terjemahan daripada artikel yang 31 Agama Persekutuan, agama boleh diamalkan. Contoh dia katakanlah apa-apa undang-undang negeri yang bercanggah dengan persekutuan, automatik akan terbatal dengan sendirinya. Jadi maksud saya macam itulah bermakna sekiranya apa agama-agama lain boleh amal dengan aman. Maksud saya kalau hendak ikut ditafsirkan dari segi Persekutuan bermakna agama-agama yang lain sebenarnya dia tertakluk kepada agama Persekutuan, sebab itu Yang di-Pertuan Agong lafaz angkat sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi. Maksud dia, dia agama lain sepatutnya berada di bawah agama Islam sebab agama Islam adalah agama persekutuan.

Itu saya hendak jelaskan sedikitlah tentang dari segi orang kata agama lain itu memang tertakluk kepada agama Islam bukan agama rasmi. Ia adalah agama Persekutuan kita kena faham title Persekutuan. Jadi bermakna seolah apa yang saya bangkitkan adalah undang-undang yang, yang diputuskan baru-baru ini menunjukkan kita hendak mengamalkan undang-undang untuk orang Islam. Contoh dia katakanlah kita bagi saya bagi contoh tentang arak yang tidak dibenarkan oleh orang Islam minum. Haram hukum dia tetapi bukan sekadar minum, membuat, membawa, menghidang terlibat juga dengan haram sedangkan undang-undang Persekutuan dia hanya untuk bagi kesalahan minum arak tetapi dalam undang Islam termasuk membawa, menghidang dan sebagainya, maka rentetan daripada itulah kita hendak mengikat orang Islam mengamalkannya.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang di-Pertua, masa perbahasan telah selesai ini untuk dia menyoal saya berdasarkan kepada saya punya penggulungan. Ini sudah perbahasan pula. Terima kasih terima kasih Yang Berhormat rakan saya Changkat Jering. Saya tidak berhasrat untuk berbahas isu ini. Saya cuma hendak menyebutkan kita jangan salah faham dan kita memberi tafsiran yang salah kepada perkara lain sebab isu sebenarnya yang diputuskan oleh Mahkamah Pesekutuan ialah berkaitan dengan Perlembagaan. Saya hendak baca ini saya hendak baca kenyataan Ketua Hakim Negara. Isu yang perlu kami putuskan adalah sama ada badan perundangan negeri Kelantan membuat peruntukan-peruntukan tersebut mengikut batasan yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya, itu sahaja. Dia tidak pertikai cerita apa dia cuma itu sahaja sebab itu sahaja yang dituntut oleh Nik Elin. Dengan kata lain, isu di hadapan kami tidak kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah di negara ini sama ada Islam atau mahkamah syariah dipertahankan atau sebaliknya, bukan persoalan dalam kes petisyen ini. Jadi Yang Berhormat saya sebut ini sebab saya hendak menarik perhatian disebutkan tadi untuk saya dan kita semua.

Kita jangan salah faham sebab kita wakil rakyat sehingga kita mencetuskan kerana dalam ucapan Yang Berhormat, Yang Berhormat menggambarkan bahawa ia seolah-olah Islam tergugat seolah-olah kita tidak boleh mengamalkan amalan Islam. Itu tidak betul. Kalau saya biarkan ini tanpa saya beri penjelasan. Orang beranggapan hujah Yang Berhormat betul. Jadi saya kena jawab sedangkan Kerajaan Negeri Perak ini tidak pernah sedikit pun mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan syiar Islam terus berkembang subur di negeri ini. Malah, sukacita saya memaklumkan Dewan mulia ini, Yang Berhormat kena balik baca balik buku bajet hari itu. Sukacita saya maklumkan di Dewan yang mulia ini peruntukan bagi memelihara kepentingan dan kesyumulan Islam terus ditingkatkan setiap tahun. Belanjawan 2024, contohnya peruntukan baik pulih dan bina masjid serta surau telah ditingkatkan menjadi RM15 juta pada tahun 2024 berbanding RM10 juta pada tahun 2023. Itu tidak termasuk RM7.2 juta lagi untuk menyelenggara 6 buah masjid utama di negeri Perak. Yang kedua bagi memperkasakan lagi Jabatan Kehakiman Syariah, peruntukan bagi belanja mengurus jabatan tersebut ditambah RM2.3 juta lagi menjadi RM15.1 juta berbanding hanya RM12.8 juta pada tahun 2023.

Ketiga peruntukan bagi pengoperasian Jabatan Agama Islam Perak ditambah RM4.7 juta lagi bagi menjadi RM95.7 juta berbanding RM91.1 juta pada tahun 2023. Keempat sebanyak RM10 juta disediakan untuk menyediakan bantuan khas pendidikan Islam yang akan turut memberi manafaat kepada murid atau pelajar di Institut Pendidikan Islam Perak. Kelima tidak termasuk RM5 juta yang disalurkan untuk program menaiktaraf pelbagai institusi pendidikan Islam termasuk tahfiz dan sekolah agama rakyat iaitu meningkat RM1 juta. Tidak lupa juga pertambahan peruntukan bagi program-program seperti Tabung Khairat Kematian yang kini mencecah RM4 juta.

Malahan komitmen Kerajaan Negeri untuk meneruskan bantuan perkapita RM2 juta kepada pelajar sekolah tahfiz dan pondok tidak dikurangkan sedikit pun. Semua ini membuktikan bahawa betapa jitunya komitmen Kerajaan Negeri dalam menegakkan kepentingan dan syariat Islam. Saya sekali lagi menegaskan dengan tuntas bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah berundur walau seinci pun dalam usaha memartabatkan kedudukan Islam di negara dan negeri ini. Jadi saya, saya tidak mahu berbalah dengan pihak juri. Cuma nak menjelaskan bahawa sama ada di dalam Dewan ini atau di luar sana, tolong jelaskan bahawa tidak benar jika Kerajaan Negeri Perak sekarang telah berada dalam keadaan di mana Islam dan penganutnya tergugat. Itu saya tidak sebutkan.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Yang Berhormat sekalian. Boleh sedikit sahaja. Baik terima kasih. Yang Berhormat bukan maksud saya hendak mempertikai peruntukan-peruntukan. Saya ucapkan tahniah terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Menteri Besar di atas peruntukan -peruntukan untuk agama Islam. Maksud saya adalah amal amalan orang Islam seolah-olah macam tersekat. Contoh dia macam tadi lah kita hendak buat amal kita jangan orang Islam minum arak. Lepas itu kita akan dendakan dia tidak boleh. Kalaulah Yang Amat Berhormat boleh memberi jaminan apa jua keputusan yang berlaku sekarang ini tidak menggugatkan kerajaan atau Undang-Undang Syariah Negeri Perak, Alhamdulillah saya minta daripada Yang Berhormat setakat ini tidak tergugat amalan yang kita laksanakan. Contoh kita hendak denda dan sebagainya untuk orang-orang Islam yang melakukan perkara-perkara yang melanggar syariat. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya sudah sebutkan tadi saya sebutkan tadi bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan itu hanya untuk Kelantan sahaja dan dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di JPM di Parlimen, ia khusus untuk Kelantan bermakna negeri lain tidak ada tergugat sah kecuali kalau lain hamba Allah pula bawa ke mahkamah mempertikaikan pula yang Perak. Itu bicara lain tetapi untuk setakat ini Yang Berhormat teruskanlah. Kita dengan undang-undang yang ada. Sila Yang Berhormat.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya juga memang kita menghargailah kenaikan-kenaikan saban tahun. Peruntukan untuk memperkasa agama Islam, cuma saya bukan isu tadi lah. Saya cuma hendak tanyalah berkenaan dengan sebab kita ada amal makruf dan nahi mungkar. Jadinya sebelum ini pun saya ada cuba bangkitkan berkenaan dengan masalah judi online ini ia mungkin berkait dengan agama judi online. Yang mana kalau kita lihat Yang Amat Berhormat dia cukup, cukup merebak sampai ke dalam kampung dan sebagainya. Ya jadi apakah kita punya tindakan? Dan saya ingat apabila judi online ini boleh, boleh dengan mudah orang orang orang kita orang Islam ini masuk, apa kata saya cadangkan kepada Yang Berhormat ikut…ikut apa ini negeri Kedah, Kelantan, Terengganu yang berlesen itu kita tutup. Kami akan sokong yang boleh sebab sudah mudah kalau ada apa ini judi yang berlesen itu kita tutup. Terima kasih.

Laluan. Assalamualaikum wbt. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Kota Tampan, saya nak menambah apa yang disebut oleh Changkat Jering. Kita kena menerima hakikat bahawa kita masih lagi tidak mampu melaksanakan Islam secara keseluruhannya. Kalau hari ini kita mampu melakukan ibadat kita, munakahat kita, muamalat kita dan sudah pasti janayat yang ada dalam hukum Islam itu masih kita tak mampu untuk laksanakan itu memang kita tak…akui memang kita tak mampu laksanakan melainkan kita mendapat pemerintahan secara keseluruhannya. Cuma di sana mungkin perkara yang disebutkan…saya dengar, benda ini perlu kita bimbang dan kita kena fikirkan kesan bagaimana yang berlaku Kisah Natrah yang dahulu kita kalah dengan…dari sudut Perlembagaan Belanda, kita kalah. Jadi kat situ ada kesan. Jadi mungkin itu sebagai langkah berjaga-jaga yang perlu kita ambil perhatian. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Itu sebab Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, awal saya sebut untuk diri saya dan kita semua, jangan salah tafsir. Dia tak ada kena mengena dengan Natrah ni. Cerita tu cerita lain tapi kita pi kait dengan apa yang diputuskan Mahkamah Persekutuan. Itu yang saya katakan salah tafsir dan boleh menjadikan negara huru-hara. Perang pun boleh. Ia disebutkan dengan jelas, ia hanya berkaitan dengan isu perlembagaan. That’s all. Jangan kita pening. Dah kita pening, kita peningkan orang lain lagi. So, tolong. Ahli Yang Berhormat, sebelah sini, sebelah sana, kita hadam betul-betul keputusan itu, kita pun berterima kasih sebab Majlis Kebangsaan Islam, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) pun telah buat keputusan. Kerajaan Persekutuan pun telah buat keputusan. Kajian sedang dibuat bagaimana untuk kita mengkaji dan memperkasakan. Kepada saya peristiwa ini ambil secara positif. Ia baik untuk kita mengkaji dan kita perkasakan. Saya faham semua perasaan. We are Muslim. Saya faham. So, jangan kita merungsingkan cerita ini sebab ia hanya berkaitan dengan polemik. Itu saja.

Saya nak cadang satu supaya untuk kali perkara pertama ni, kita masukkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan punca kuasa kepada wujudnya Mahkamah Syariah atau dengan kata lain sebagai surat beranaklah sebab kita punya Mahkamah Syariah ni dia wujud berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2004. Tu surat beranak kita. Jadi, kalau kata Mahkamah itu dalam Seksyen 44 hingga 59, macam Mahkamah Sivil, dia wujud dengan Perlembagaan Malaysia, Perkara 121. Jadi proses awal ni kita cuba letakkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Itu cadangan saya.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Baik. Terima kasih. Pandangan itu kita akan bawak dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang saya sebutkan tadi lah.

Minta maaf.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ada lagi?

Sikit je..sikit je. Saya rasa, saya bantu sikitlah, mungkin dari segi susunan ayat tu. Saya baca semua alasan penghakiman lah daripada Ketua Hakim Negara sampailah alasan penghakiman daripada Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sibli yang menyebut kes ini tidak ada locus standi. Ertinya kehakiman syariah di Kelantan dengan Persekutuan, kalau nak ikutkan di negeri-negeri lain pun termasuk Kelantan dah diamalkan sejak sekian lama dan semua pihak boleh menerima. Tiba-tiba masuk orang busy body, Nik Elin pergi cabar di Mahkamah Persekutuan yang tidak…yang dia tidak ada kena mengena pun. Itulah alasan daripada penghakiman yang membantah pempetisyen Nik Elin itu. Iaitu satu hakim yang membantah tu dan mungkin maksudnya ialah supaya kita Perak juga berjaga-jaga. Mungkin ada juga orang busy body untuk mencabar di mahkamah, mencabar untuk di Negeri Perak ini. Maksudnya Exco Agama dan team terus berjaga-jaga dan kita ucap tahniah lah apa yang dibentangkan tadi. Banyaklah usaha untuk berjaga-jaga ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Cuma saya nak pastikan semua orang bersetuju dengan saya bahawa Islam tidak tergugat di Negeri Perak. Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sesi penggulungan bagi menjawab cadangan Yang Berhormat Kubu Gajah supaya tanah-tanah milik SADC yang terletak di Kubu Gajah tidak diusahakan oleh penduduk tempatan bagi tujuan penanaman dan perladangan. Untuk makluman Yang Berhormat Kubu Gajah, hanya terdapat dua kawasan yang telah diluluskan kepada Perak SADC di kawasan Kubu Gajah iaitu ladang kelapa sawit segar yang berkeluasan 1827 ekar yang telah dimajukan sepenuhnya. Manakala Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang berkeluasan 600 ekar yang diluluskan pada tahun 2017 juga telah diteroka sepenuhnya oleh penduduk setempat. Hangus. Untuk makluman juga terdapat satu lagi tanah yang telah diluluskan kepada SADC iaitu RTB Selama walaupun di luar Kubu Gajah tapi dalam Parlimen Larut. Memandangkan tanah ini tak sesuai dijadikan RTB, jadi tanah berkeluasan 900 ekar ini telah pun diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri untuk diwartakan semula sebagai hutan simpan. Yang Berhormat Pengkalan Baru dan dalam sesi perbahasan melontarkan isu rungutan berkaitan proses di Pejabat Tanah yang mengambil masa yang agak lama dan mencadangkan agar sistem penyampaian perkhidmatan ditambah baik.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat menyedari dan prihatin terhadap isu-isu yang dibangkitkan terutama isu masa yang terlalu lama bagi mendapatkan kelulusan permohonan berkaitan tanah. Isu-isu ini yang sering kali disuarakan menunjukkan seperti tiada tindakan serta penambahbaikan dilaksanakan ke arah memperkasakan sistem penyampaian di pentadbiran tanah. Mengakui terhadap dilema yang dihadapi oleh rakyat ini, maka Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan transformasi ke arah meningkatkan kualiti dan perkhidmatan yang lebih efisien bagi memenuhi ekspektasi rakyat terhadap pentadbiran tanah. Di samping itu, tadbir urus tanah turut diperkasakan melalui edaran pekeliling surat arahan dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa untuk diguna pakai oleh seluruh pentadbiran tanah sebagai panduan dan bahan rujukan untuk tindakan dan pelaksanaan. Dalam konteks pelupusan tanah, Pihak Berkuasa Negeri telah melaksanakan penurunan kuasa kepada pentadbiran tanah daerah untuk membuat keputusan terhadap sebahagian urusan permohonan-permohonan tanah bagi memastikan kesegeraan dan penyampaian perkhidmatan.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Trong, yang ni lebih khusus. Saya harap Yang Berhormat dapat memahami. Yang Berhormat Trong pula mengutarakan persoalan mengenai permohonan pemilikan rumah dan memohon agar proses pemilikan tanah di RTB Changkat Batu, RTB Kampung Salak Baru, RTB Kampung Krubong, RPT Kampung Wawasan, RPT Sungai Kerang Tambahan dan RPT Simpang Temelok disegerakan. Untuk makluman Yang Berhormat Trong, proses kelulusan bagi Rancangan Tanah Berkelompok Changkat Batu, RTB Changkat Batu, Mukim Sungai Tinggi belum dapat diselesaikan berikutan isu penyediaan dan pengesahan pelan yang masih belum dimuktamadkan oleh Juru Ukur yang telah dilantik. Bagi RTB Kampung Krubong, Mukim Sungai Tinggi, hasil semakan Pejabat Daerah dan Tanah

LMS pada pelan topografi yang dikemukakan oleh Jurukur mendapati kedudukan rumah peserta adalah tidak selari dengan plot-plot di dalam pelan.

Oleh itu, pada bulan Mac 2023, pihak Jurukur telah diminta untuk melaksanakan kerja-kerja menyukat bagi penyediaan pelan keseluruhan serta senarai nama peserta. Manakala bagi RTB Kampung Salak Baru, Mukim Bukit Gantang, proses temu duga kepada baki peserta telah dilaksanakan oleh pejabat daerah dan kesemua permohonan tersebut telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Bilangan 3/2023 yang diadakan pada Disember 2023. Surat kelulusan telah dikeluarkan kepada peserta yang telah diluluskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah. Manakala senarai peserta yang belum diputuskan akan diangkat semasa Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah selanjutnya. Selanjutnya untuk makluman Yang Berhormat Trong, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Bilangan 1/2021 yang diadakan pada 12 Januari 2021 telah meluluskan permohonan kebenaran merancang dengan beberapa syarat bagi pembangunan Rancangan Perkampungan Tersusun RPT Kampung Wawasan berikutan zoning yang dinyatakan dalam Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang bagi kawasan ini adalah zon industri. Oleh itu juruukur masih belum dapat menyelesaikan penyediaan RPT ini sehinggalah proses pengubahan zon daripada industri kepada perumahan selesai diwartakan. Begitu juga dengan isu pembangunan RPT Sungai Kerang Tambahan di mana permohonan kebenaran merancang pelan susun atur telah ditolak oleh Majlis Perbandaran Taiping manakala juruukur diminta untuk mematuhi syarat=syarat dan keperluan yang ditetapkan terlebih dahulu. Sehubungan itu juruukur sedang di peringkat pindaan pelan berkenaan sebelum dikemukakan semula kepada Majlis Perbandaran Taiping untuk diluluskan. Seterusnya bagi RPT Simpang Temerloh, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama baru sahaja menyelesaikan proses temu duga secara berfasa melibatkan 300 orang peserta. Kesemua senarai peserta sedang dimuktamadkan untuk diangkat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah dan Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Larut Matang Selama bagi tujuan kelulusan untuk mengisi baki kekosongan lot.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Kerajaan Negeri memandang serius isu kelestarian alam sekitar dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Manik. Berhubung pematuhan garis panduan aktiviti kuari serta saranan agar penguatkuasaan di kawasan berkenaan dapat ditingkatkan. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Manik, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan lain-lain agensi teknikal berkaitan akan mengambil tindakan penyelarasan dan tindakan lanjut berkaitan perkara ini bagi memastikan pengoperasian aktiviti pengkuarian dan perlombongan bahan mineral akan sentiasa mematuhi segala undang-undang, peraturan, dasar dan polisi semasa yang berkuatkuasa.

Jabatan Alam Sekitar Perak bersama agensi teknikal yang berkaitan akan diminta meningkatkan aspek penguatkuasaan secara berkala terhadap kuari-kuari dan premis-premis punca pencemaran mengikut syarat-syarat kelulusan EIA peraturan-peraturan dan peruntukan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Penguatkuasaan yang berkesan di peringkat operasi adalah elemen utama di bawah bidang kuasa jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan. Ini penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar dapat dicapai seiring dengan pembangunan yang dilaksanakan. Yang Berhormat Slim mencadangkan supaya potensi NRREE tidak hanya tertumpu kepada sumber mentah sahaja sebaliknya mengesyorkan agar usaha dibuat bagi membolehkan mineral itu diproses menggunakan teknologi moden sekaligus meningkatkan nilainya.

Ia bersamaan dengan soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai pada sebelah pagi tadi. Untuk makluman Yang Berhormat pengekspotan bahan Mineral NRREE daripada Negeri Perak masih lagi di dalam bentuk produk mentah sahaja iaitu rare earth carbonate atau pun singkatannya REC negara China memandangkan ketiadaan kilang pemprosesan bahan mineral di Negeri Perak mahu pun dalam Malaysia. Kerajaan Negeri turut bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa aktiviti pengekspotan bahan mineral sepatutnya tidak hanya tertumpu kepada REC semata-mata dan Kerajaan Negeri akan berusaha untuk merintis ke arah pembangunan sumber mineral baharu ini dengan aktiviti pemprosesan melalui pewujudan sektor industri pertengahan dan sektor industri hiliran seterusnya penghasilan produk akhir. Bagi memenuhi hasrat ini, Kerajaan Negeri komited untuk menawarkan lokasi-lokasi strategik di Negeri Perak kepada pelabur yang berpotensi untuk pembangunan industri mineral bagi merangsang daya saing ke arah pelaburan yang lebih berpendapatan tinggi di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Untuk makluman Yang Berhormat, 3 GLC negeri iaitu Perak SADC, MB Inc dan PKNPK telah berkolaborasi di bawah syarikat Terra Leech untuk membina sebuah makmal persampelan mineral termasuk NRREE di Simpang Pulai yang dijangka mampu mengukuhkan potensi besar Perak sebagai hub mineral di rantau ini. Sementara Yang Berhormat Rungkup mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melaksanakan intervensi bagi membolehkan pengurusan dan perniagaan NRREE melibatkan operator dari semua kaum dengan melihat kepada merit dan kemampuan modal.

Untuk makluman Yang Berhormat pada umumnya aktiviti yang melibatkan perlombongan atau pengkuarian memerlukan suntikan modal yang besar di samping memerlukan kepakaran tenaga kerja serta penggunaan jentera atau peralatan perlombongan yang moden, berteknologi tinggi dan mesra alam sekitar bagi menyahut agenda perlombongan bertanggungjawab dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Syarikat yang mengusahakan perlombongan NRREE perlu mematuhi SOP dan mematuhi semua keperluan awal pelaksanaan projek sebagaimana yang digariskan oleh Kementerian Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga JMG. Kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri bersama dengan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) telah pun menyedari perkara ini dan sedang dalam perancangan menyediakan satu kertas cadangan kriteria pemilihan syarikat yang ingin menceburi bidang perlombongan NRREE untuk pertimbangan Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri sebelum diangkat untuk mendapatkan keputusan pihak berkuasa negeri selanjutnya. Intervensi Kerajaan Negeri bagi mendorong industri perlombongan NRREE dapat diusaha oleh rakyat Negeri Perak boleh dimulakan dengan menawarkan dan menggalakkan pembangunan modal insan yang merentasi pelbagai kaum melalui kerjasama dengan pemain industri atau institusi berkaitan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menghargai sikap peduli Yang Berhormat Gunong Semanggol yang mencadangkan supaya peningkatan hasil negeri digunakan untuk mewujudkan pakej rangsangan ekonomi atau PRE bagi membantu rakyat terutamanya golongan B40 yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup. Untuk makluman Yang Berhormat, isu peningkatan kos sara hidup yang membelenggu kehidupan golongan yang memerlukan sememangnya menjadi antara perkara yang sangat diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Malah sebanyakRM384.1 juta atau pun 30% daripada keseluruhan belanjawan negeri yang bernilai RM1.35 bilion ringgit pada tahun ini disalurkan bagi tujuan kesejahteraan rakyat dalam mendepani suasana ekonomi yang sangat mencabar.

Walau pun tidak ada PRE, walau pun tidak dikhususkan dengan perkataan PRE tetapi Kerajaan Negeri telah pun mengambil inisiatif-inisiatif yang begitu berkesan dan memberi fokus kepada memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Walau pun tak disebut PRE tetapi saya nak sebutkan contoh. Kadar semasa bantuan JKM bernilai RM300 sebulan yang telah memberi manfaat kepada 6600 orang penerima telah dinaikkan kepada RM400 sebulan iaitu kenaikan RM100 sebulan mulai Januari. Program Kad Perak Sejahtera bagi pembelian barangan keperluan asas keluarga bukan sahaja diteruskan dengan peruntukan RM24 juta malah kadar tunai kad ini yang sebelum ini hanya bernilai RM80 telah dinaikkan kepada RM100 dan yang penting sebanyak RM820,000 pula disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi inisiatif Kedai Bergerak Negeri Perak yang membolehkan lapisan masyarakat terutamanya di luar bandar dapat membeli barang makanan dan keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Ahli-ahli Yang Berhormat jangan salah faham bila kita jual, kedai bergerak ke kampung-kampung dengan harga jualan murah bukanlah murah, murah dibeli oleh rakyat tapi kerajaan menampung subsidinya RM820 ribu kita bayar kepada Yayasan Bina Upaya sebagai peneraju untuk dia menjual barang dengan harga murah. Maknanya kita menanggung, kita memberi perhatian kepada keperluan untuk beli barang-barang dengan harga murah. RM500 ribu pula disediakan bagi meneruskan Program Perak Children Komuniti Feeding yang bertujuan meningkatkan kualiti pemakanan kanak-kanak berusia dari enam (6) bulan sehingga enam (6) tahun di kalangan anak Orang Asli. Begitu juga peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya terutamanya dalam kalangan orang muda agar mereka mampu meningkatkan pendapatan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Jadi, Yang Berhormat Gunong Semanggol mari kita nanti sama-sama berdoa kepada Allah Subhanahuwa Ta'ala supaya Allah akan limpahi negeri Perak dengan rezeki yang berlipat ganda. Mudah-mudahan, dengan rezeki berlipat ganda itu kita akan tambah peruntukan-peruntukan yang telah kita bantu tadi. InsyaAllah.

Amin.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Baik. Dalam penggulungan semalam, Yang Berhormat Temengor juga menggariskan pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengupayakan golongan miskin sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan. Yang Berhormat Gunong Semanggol juga mengutarakan persoalan mengenai status cadangan penjualan air ke Pulau Pinang. Yang Berhormat juga mengingatkan saya mengenai analogi yang pernah saya ungkapkan. Saya dok sini dok situ iaitu dalam kapal terbang apabila pramugari mengingatkan jika jatuh corong oksigen itu, maka hendaklah serkup muka kita dulu, baru serkup muka kawan sebelah. Maknanya selamat diri sendiri baru... ha masa tu Yang Berhormat sokong saya (ketawa). Baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendirian Kerajaan Negeri berhubung cadangan menjual air kepada Pulau Pinang masih sama dan tidak berubah. Pertama, kita tidak akan menjual air mentah kepada negeri lain melainkan hanya akan menjual air terawat. Yang tu tak berubah.

Kota Tampan macam mana pendirian Sungai Rapat? Sungai Rapat dulu kan dia minta supaya jual. Pendirian dia yang terkini, Sungai Rapat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Sama pendirian kita macam ni lah. Ini pendirian Kerajaan Negeri. Namun untuk maklumat Yang Berhormat Semanggol sama ada Perak hendak menjual air ke Pulau Pinang atau pun tidak, kita sememangnya perlu memindahkan air dari Sungai Perak ke kawasan utara untuk menyelesaikan isu pengairan di sekitar Bukit Merah. Ini perjuangan Yang Berhormat Gunong Semanggol. Dia Exco Pertanian dulu, dia tahu derita petani-petani di daerah Kerian right. So, sama ada kita nak jual ke Penang atau pun tidak, kita tetap juga dengan pendirian untuk memindahkan sebilangan air ke takungan Bukit Merah kerana kita nak bantu pengairan rakyat di pesawah-pesawah di Daerah Kerian. Pulau Pinang pula menyatakan persetujuan untuk membeli air terawat daripada Perak. Ini tentunya tawaran yang membolehkan Perak mendapatkan sumber pendapatan baru. Jadi permohonan asal kita ialah untuk Kerajaan Persekutuan membantu kita memindahkan air daripada Sungai Perak ke takungan Bukit Merah ialah untuk pertanian. Tapi dengan kehendak Allah Subhanahuwa Ta'ala, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pulak telah mengumumkan pembukaan Kerian Integrated Green Industrial Park atau singkatannya KIGIP bermakna akan wujud satu lagi pusat perindustrian berteknologi tinggi di negeri Perak tapi daerah Kerian. Bila nak mengoperasikan pusat ini, dia memerlukan air yang sangat banyak.

Maka dengan kewujudan KIGIP ini, kita dah pergi jumpa Kementerian Kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan proses pemindahan air ini. InsyaAllah. Kalau itu dapat dilakukan, bermakna orang Kerian akan dapat pusat perindustrian baru, orang Kerian akan dapat air yang mencukupi untuk pengairan. Jika ada lebih, kita jual. Dapat duit tambahan. Apa pun peringatan mesra ingatan mesra kepada Yang Berhormat Semanggol. Janganlah berkira sangat dengan negeri Pulau Pinang yang sangat-sangat memerlukan air kerana di Pulau Pinang pun ramai penyokong PAS Yang Berhormat. Di Penaga, ramai orang PAS. Di Pinang Tunggal pun ramai orang PAS. Di Permatang Berangan pun ramai orang PAS. Begitu juga di kawasan seperti Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Sungai Dua, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Pulau Betong ini, semua adalah kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh PAS. Bagilah air kat depa Yang Berhormat. Itu peringatan mesra lah ye. Baik. Ada masa lagi Dato' Speaker? Ada sikit lagi ya ok.

Dato Yang di-Pertua. Saya juga terpanggil untuk memberi respon mengenai isu kotak makanan yang diutarakan oleh beberapa orang wakil rakyat termasuk Yang Berhormat Manjoi, Bukit Chandan, Kamunting, Kampung Gajah dan Kenering. Sebelum pergi dengan lebih lanjut, izinkan saya menceritakan sejarah bantuan kotak makanan ini kerana saya adalah orang yang terlibat dengannya sejak awal. Semasa saya menjadi Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan. Kerajaan Negeri mewujudkan sebuah yayasan yang dinamakan

Yayasan Bina Upaya untuk membantu, membimbing rakyat yang susah keluar daripada belenggu kemiskinan. Pada masa yang sama, kerajaan menyedari wujudnya sekelompok rakyat yang memerlukan bantuan dalam bentuk barangan makanan. Maka pada waktu itu kerajaan mewujudkan dua kaedah penyelesaian. Pertama, melalui kedai bergerak. Dulu dipanggil Kedai Bergerak Satu Amanjaya yang menjual barangan pada harga murah. Diuruskan oleh YBU. Yang kedua, mengedarkan kotak makanan kering kepada rakyat yang juga diuruskan oleh YBU (Yayasan Bina Upaya) yang pada waktu itu saya adalah Pengerusi YBU itu. Yang Berhormat Sungai Manik boleh mengesahkannya.

Setiap tahun, pada waktu itu Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta bagi mengedarkan kotak makanan yang dinamakan sebagai kotak makanan YBU dengan pembabitan seramai 2,000 sukarelawan di seluruh negeri. Makna kotak ini diedarkan oleh 2,000 orang sukarelawan di seluruh negeri tetapi apabila kerajaan pentadbiran kerajaan bertukar seperti kita maklum pada tahun 2018, maka Menteri Besar pada ketika itu tidak lagi memberikan dana RM5 juta kepada YBU. Sebaliknya memindahkan dana tersebut kepada Yayasan Perak untuk meneruskan agihan kotak makanan. Maka, bertukarlah nama daripada Kotak Makanan YBU kepada Kotak Makanan Yayasan Perak. Saya masa itu Ketua Pembangkang bersama dengan Semanggol bersama dengan Selama, bersama dengan mana lagi, Kubu Gajah. Ok. Walau bagaimanapun, Yayasan Perak tidak mempunyai jentera petugas untuk mengedarkan kotak-kotak ini. Jadi akhirnya, Yayasan Perak pada waktu itu membuat keputusan untuk mengguna pakai Pusat Khidmat Kerajaan, pusat khidmat kerajaan. Kami tak dapat. Pembangkang tak dapat. Hanya Pusat Khidmat Kerajaan Yang Berhormat Sungai Rapat, dapatlah. Dia Kerajaan masa itu mengedarkan. Hanya bila saya mengambil alih tugas sebagai Menteri Besar, saya memperluaskan supaya not only Pusat Khidmat Kerajaan mengedarkan kotak makanan tetapi juga termasuk Pusat Khidmat Pembangkang. Saya mula waktu itu dengan harapan ia dapat disempurnakanlah tetapi seperti semua kita sedia maklum tanpa perlu untuk menuding jari kepada orang lain, sebelah sana dan sebelah sini kedapatan ada kecenderungan untuk menampal sticker seolah-olah kotak itu datang daripada pusat khidmat masing-masing. Oleh kerana ia datang daripada sebelah sini dan sebelah sana untuk berlaku adil, saya minta maaf saya tarik balik. Tugas-tugas amanah itu saya beri kepada NGO yang dilantik oleh Yayasan.

Yang ni yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Didapati ada NGO-NGO yang katanya tidak berlaku adil dan sebagainya. Ahli Yang Berhormat minta kita senaraikan nama NGO, saya arahkan Yayasan Perak selepas ini akan memberi maklum kepada semua YB mana NGO yang bertanggung jawab. Nothing to hide dan jugak saya ingatkan kepada semua NGO terlibat hendaklah berlaku adil menyebarkan kotak makanan ini kepada mereka yang benar-benar melakukannya tanpa memilih bulu, tanpa pilih parti dan sebagainya. Jika terdapat mana-mana NGO yang membuat silap dan salah dan tak amanah dan sekarang ini bagi tahu saya, maka Yayasan Perak akan membatalkan dan bagi NGO lain. Yang penting kotak makanan itu tak banyak, ada seratus saja. Makna sebulan bagi satu kawasan DUN seratus orang saja dapat. Tak mungkin dapat kita beri kepada semua orang dan saya faham, ok? Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang itu kotak makanan akan sampai kepada mereka yang berkaitan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Batu Kurau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri Menteri Besar kerana secara lisan meluluskan sepuluh kotak untuk DUN Batu Kurau tetapi bila saya check dengan sepuluh orang penerima itu, mereka tak dapat daripada penyelaras ataupun NGO yang berkenaan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya akan maklumkan. Saya akan ambil tindakan Dato' ya. Yang Berhormat Dato ya. Dato' Yang di-Pertua, saya tahu ramai yang masih tunggu di sini untuk mendengar perkara yang akan saya bangkitkan. Seterusnya, saya mahu memberi maklum balas mengenai isu peruntukan wakil rakyat iaitu perkara yang paling banyak mewarnai sesi perbahasan. Sama ada oleh wakil rakyat di blok pembangkang mahupun kerajaan. Ada yang memuji, ada yang susah hati. Malah ada yang mengadu berkecil hati. Yang penting, yang paling menyayat hati apabila Yang Berhormat Chenderoh menuduh saya tidak menepati janji. Apa janji saya? Yang Berhormat Chenderoh, saya ambik balik nota yang telah saya sebutkan semasa saya menggulung perbahasan bajet. Ada banyak tapi di hujung ini, saya sebut di sini.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pengantin baru, mamai lah Chenderoh.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Bagaimanapun, perlu saya tegaskan bahawa apa jua pendekatan yang akan kita putuskan dalam pekeliling itu kelak, Kerajaan Negeri tidak akan menzalimi mana-mana rakyat di semua 59 kawasan DUN di Negeri Perak. Kerajaan Negeri akan memastikan setiap lapisan rakyat tanpa mengira kawasan kerajaan mahupun pembangkang akan dapat merasai hasil peruntukan disalurkan. Saya tidak ingkar janji. Saya tunai janji. Saya tunai. Saya bagi. Maka kepada semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, usahlah gelisah, bimbang atau bergundah gulana. Yakinlah, apa jua ketetapan yang akan dibuat. Kerajaan Negeri memberi jaminan akan memberi manfaat kepada semua rakyat Perak merentasi kawasan, agama dan juga kaum dan saya sebut disini bahawa Insya-Allah Kerajaan Negeri akan mengeluarkan pekeliling pada bulan Januari.

Semua janji saya dan janji yang paling penting ialah saya luluskan sebulan bonus untuk semua ADUN. Saya tak ingkar janji. Saya tunai janji. Saya tunai janji dan saya tunai janji bila saya kata saya nak bagi semua kawasan DUN dapat peruntukan saya tunai janji. Saya pun dah buat keputusan iaitu semua kawasan DUN dan Kerajaan dan Pembangkang memang dapat peruntukkan RM300,000. Saya tunai janji. Saya tunai janji. Pembangkang dapat RM300,000, Kerajaan dapat RM300,000. Dalam itu dikeluarkan RM300,000. Pekeliling dah keluar iaitu RM200,000 untuk projek. RM100,000 untuk bekalan dan program. Sama. Yang berbeza sikit ADUN Kerajaan dia mohon kepada UPEN. UPEN proses. ADUN pembangkang mohon kepada MB. MB proses. Ok apa? Ok la ADUN pembangkang minta kat MB. Inilah masanya nak bermanja dengan MB.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Yang Berhormat. Sikit je. Nak tambah sikit.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Jadi saya sudah menunaikan janji saya. Sebab itu, Dato' Yang di-Pertua, saya cuma nak ulang balik ya. Nak ulang balik ya.

Bila saya dikatakan tidak berlaku adil, saya tak tunai janji, sedih juga. Saya 63 dah umurnya. Orang muda kata tak adil, tak betul la.

Dia baru nikah, dia pengantin baru.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat, baik. Tak apa, tak apa. Sat lagi saya bagi. Sat lagi bagi ruang ya. Saya tertanya-tanya apakah agaknya perkara yang mahu dijadikan asas untuk mengukur keadilan dalam isu peruntukan ini. Apakah jumlah peruntukan yang menjadi asas untuk mengukur keadilan. Yang saya mengaji, yang saya belajar adil itu bukan bermakna bagi sama. Adil itu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Songkok pakai di kepala macam Tebing Tinggi. Jangan pakai di lutut. itu tak adil. Saya ada anak tak ramai. 8 saja. Ada yang gemuk, ada yang kurus. Ada besar, ada kecil. Kalau saya bagi sama rata RM200.00 semua orang beli baju raya, of course yang kurus dapat lebih daripada sehelai, yang gemuk dapat sehelai. Pun tak adil walaupun bagi sama banyak. Jadi dikatakan memberi peruntukan betul pada tempatnya itu adalah adil.

Kalau begitu, kalau itulah penanda aras yang mahu dijadikan kayu ukur, suka untuk saya ulangi semula intipati ucapan saya dalam Persidangan Dewan Negeri yang lalu. Ahli-ahli Yang Berhormat tentu masih ingat mengenai kisah negeri A. Negeri A di utara semenanjung yang memberi peruntukan RM8,000.00 sebulan kepada Pusat Khidmat ADUN Kerajaan dan hanya RM2,000.00 sebulan kepada ADUN Pembangkang. It is fair? Di Negeri A, utara Semenanjung bukan Perlis sebab Perlis tak ada pembangkang, dia bagi kepada ADUN Pusat Khidmat ADUN Kerajaan RM8,000.00 sebulan. Dia bagi kepada Pusat Khidmat Pembangkang RM2,000.00 sebulan. It is fair? Sedangkan di Perak saya bagi RM7,000.00 sebulan kepada semua. Saya lebih adil atau negeri itu lebih adil? Meskipun wakil rakyat pembangkang di Negeri A yang diperintah ditadbirkan oleh Perikatan Nasional menerima peruntukan pembangunan secara berfasa berjumlah RM50,000.00 setahun, wakil rakyat kerajaan diberi layanan istimewa dengan peruntukan 200 kampit beras setiap bulan selain daripada dana tambahan sebanyak RM50,000.00 setahun bagi projek baik pulih rumah rakyat.

Malahan Negeri A juga telah melantik penyelaras DUN bagi tiga kawasan DUN pembangkang. Apakah Ahli Yang Berhormat rakan-rakan sebelah sana merasakan Negeri A ini ada yang saya perlu contoh? Kalau itu takrifnya keadilan yang perlu saya contoh, maka bolehlah Kerajaan Negeri buat benda yang sama. Kalau itu maksudnya takpe lah. Atau pun kita boleh mencontohi Kerajaan di Negeri G. Dulu sebut G di Pantai Timur. ADUN Pembangkang hanya mendapat bantuan RM250 ribu setahun bagi pelaksanaan projek kecil. Itupun disalurkan secara berkala dan perlu membuat tuntutan di Pejabat Daerah. ADUN Kerajaan di Negeri G ini dikhabarkan menerima pelbagai bantuan bernilai hampir RM650 ribu setahun, malah boleh mencecah RM1 juta jika mengambil kira peruntukan lain yang disalurkan melalui pejabat-pejabat Exco. Adakah rakan-rakan Yang Berhormat merasakan apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri G ini lebih adil daripada Negeri Perak? Saya akan ikut. Saya akan ikut. It doesn't matter. Boleh ikut. Sekiranya Ahli Yang Berhormat merasakan pendekatan Negeri A dan G lebih baik, kita boleh keluarkan pekeliling baru untuk mencontohi mereka. Apa pun Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Perak tidak pernah berniat untuk menganiaya sesiapa. Kerajaan, kerana semangat kepada pemberian peruntukan tersebut adalah untuk bersandarkan hasrat untuk kita sama-sama menumpahkan manfaat kepada rakyat di kawasan masing-masing. Dato' Yang di-Pertua, saya ni dikatakan guru disiplin muka cengih. Tapi hati saya baik. Saya mendengar dengan teliti oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di sebelah sana dan sebelah sini. Walaupun luka walaupun pedih. Saya bapak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya faham masalah anak-anak saya yang berada di kawasan. Sebab itu saya bersetuju untuk meminda pekeliling ini. Supaya RM300 ribu itu kekal dipinda, RM200 ribu untuk projek, RM50 ribu untuk bekalan dan program, RM50 ribu untuk OG kepada semua.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Panjang umur MB.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

A ke G? Sebelum menutup sesi penggulungan ini, saya mengajak kita semua untuk menyelami Mafhum ayat 148 Surah al-Baqarah yang bermaksud "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah, ada kiblat yang masing-masing menujunya. Oleh itu, berlumba-lumba lah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada, maka Allah s.w.t. tetap akan membawa kamu semua berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu". Dato' Yang di-Pertua, ayat ini mengasuh kita untuk sentiasa menetapkan nawaitu yang baik dalam mengatur langkah mencari jalan-jalan kebajikan. Begitulah kiranya panduan dan pedoman yang wajar menjadi teladan buat kita semua sebagai wakil rakyat selaku pemimpin yang dipasakkan dengan amanah serta tanggungjawab. Meskipun ada waktu-waktunya kita dipisahkan dengan sempadan garisan politik. Itu tidak sewajarnya mengalihkan pandangan kita untuk sentiasa berganding bahu meletakkan untung nasib rakyat sebagai keutamaan. Dengan sifat itu, mudah-mudahan harakat kita sebagai pemimpin akan sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat jelata. Insya Allah sebelum mengakhiri ucapan syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua.

Kota Tampan, sikit lagi. Boleh? 1 je.

Apa lagi Selama nak?

Saya nak ambil kesempatan ini saya nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kota Tampan yang telah pun membuat pengumuman yang cukup baiklah sebentar tadi dan yang keduanya iaitu berkaitan dengan Negeri yang Negeri lain ada pembangkang tapi pembangkang itu mendapat peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan kerana mereka dapat peruntukan daripada Perdana Menteri iaitu ICU. Yang keduanya berkaitan dengan polisi-polisi, kita cuma mintak supaya mengekalkan polisi semasa kita memerintah bersama pada masa itu menjadi kerajaan. Jadi maksudnya kita nak supaya MB pada hari ini membuat polisi peruntukan ini bersama dengan rakan-rakan Kerajaan Perpaduan lebih baik daripada semasa kita dahulu. Itu sahaja. Kemudian yang terakhir kita mintak supaya Kerajaan Pusat meniru corak pemerintahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan melayan sama rata Pembangkang dan juga Kerajaan. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Selama. Sekali lagi ucapan tahniah, syabas kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana telah berjaya mengendalikan perjalanan persidangan kali ini dengan baik. Tak lupa juga kepada semua pihak termasuk ketua-ketua jabatan dan agensi yang sama yang bertungkus-lumus membantu menyediakan sebaik-baik pencerahan terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Dato' Yang di-Pertua, demikian ucapan sempena penggulungan saya. Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syabas MB. Syabas.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menyampaikan ucapan penggulungannya sebentar tadi. Sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi, Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. "Ampun Tuanku, Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini, merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah disokong, dibahas dan digulung. Sekarang saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara Setuju. Dan yang tidak bersetuju, sila bersuara Tidak. Tiada suara tidak bersetuju. Dan usul ini dipersetujui sebulat suara, maka usul ini dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

YB DATO' SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Dato' Yang di-Pertua, Sungai Rapat menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan Sidang Dewan sukalah saya mengambil kesempatan. Izinkan saya untuk mengambil sedikit masa dan kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak urusetia Dewan dan semua pegawai-pegawai Dewan khususnya kepada Tuan Setiausaha Dewan, Encik Muhammad Nazri bin Abdullah yang telah yang telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh cemerlang untuk memastikan segala urusan Dewan sama ada yang di dalam chamber ini dengan izin atau yang berkaitan termasuklah di waktu-waktu yang sukar dan yang menempa sejarah, sidang legislatif negara dan negeri ini. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang dapat membalas jasa baik jasa bakti mereka-mereka ini semua. Saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan untuk memberikan penghargaan seperti selalunya dengan memberikan penghargaan dan tepukan kepada kita. Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.