Perak · 9 July 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 283 turns · 40,049 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Pertama, Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 9 Julai 2024 pada jam 9.02 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para-para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, ingin saya memberi maklum bahawa sistem kod QR bagi paparan Aturan Urusan Mesyuarat dan soalan-soalan lisan sedang mengalami masalah. Sehubungan itu, pihak urusetia ada mengedarkan dokumen-dokumen berkaitan di atas setiap meja Ahli Dewan Negeri dan juga ketua-ketua jabatan. Bagi pihak urus setia saya memohon maaf di atas apa-apa kesulitan yang mungkin timbul berikutan perkara tersebut. Selain itu, terdapat QR yang baru ditampal di setiap meja di dalam Dewan Negeri bagi memudahkan untuk mengakses wi-fi di dalam dewan ini.
Perkara yang kedua, berkenaan dengan sesi soalan lisan. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama 3 jam. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan
Negeri yang bertanya manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Walau bagaimanapun, kita memahami bahawa ada soalan-soalan yang agak popular dan yang menyentuh isu-isu semasa yang perlu dipohon penjelasan lebih. Maka mungkin Speaker akan benarkan soalan lebih daripada dua. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang ketiga berkenaan pas persidangan. Pihak urus setia dewan telah menyediakan pas persidangan yang berwajah baru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang bertugas dan juga wakil-wakil media yang hadir. Pas ini hendaklah sentiasa dipakai sepanjang persidangan berlangsung.
Perkara yang keempat, takwim Persidangan Dewan Negeri. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan akan cadangan supaya Dewan ini mempunyai takwim persidangan bagi memudahkan Ahli-ahli Yang Berhormat menyusun jadual masing-masing. Justeru itu, suka untuk saya memberi maklum bahawa persidangan yang akan datang akan diadakan pada tarikh tentatif 29 November 2024 iaitu hari Jumaat sehingga 5 Disember 2024 iaitu hari Khamis tentatif ya. Senanglah kalau ada siapa yang hendak susun hendak bercuti ke hendak kenduri ke kahwin anak-anak ke atau kahwin kenduri sendiri ke dan sebagainya.
Perkara yang kelima berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 malam pada hari yang sama. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urus setia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.
Perkara yang keenam, pihak Kraftangan ada membuat jualan bersempena Program Ini Kraf Malaysia bagi mempromosi produk kraf Malaysia pada persidangan kali ini. Sebanyak 4 gerai usahawan barangan tekstil yang menjual pelbagai jenis batik. Jadi, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan yang turut hadir kalau ini kesempatan kalau boleh kita bantu industri tempatan kita dan juga peluang hendak beli batik Malaysia.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Kecil Pendigitalan Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat dari kawasan Canning dan juga 2 orang ahli iaitu Yang Berhormat dari kawasan Tronoh dan Yang Berhormat dari kawasan Manong. Jawatankuasa ini telah melakukan gerak kerja pendigitalan dan enakmen-enakmen Negeri Perak agar ianya dapat diakses oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, Enakmen-Enakmen Negeri Perak boleh diakses melalui sistem e-Dewan. Bagi fasa pertama enakmen yang boleh diakses bermula dari tahun 2001 sehingga 2023 dan menjelang Insya Allah menjelang akhir tahun 2024 semua Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengakses enakmen negeri bermula dari tahun 1948 sehingga tahun 2000. Saya percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat kita semua patut memberikan penghormatan kepada Jawatankuasa Kecil Pendigitalan Enakmen-Enakmen ini. Oleh itu, Yang Berhormat Canning, Yang Berhormat Tronoh dan Yang Berhormat Kawasan Manong dengan cara penghargaan yang selalu kita berikan kepada semua Ahli-ahli Dewan. Sekian terima kasih.
Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Perkara yang ketiga membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari bilangan 05/2024 hingga 22/2024. Seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 1 Julai 2024.
Bil. 05/2024 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 06/2024 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Taiping Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 07/2024 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Manjung Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 08/2024 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Teluk Intan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 09/2024 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 10/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Batu Gajah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 11/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kerian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 12/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kampar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 13/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanjong Malim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 14/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Perak Tengah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 15/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Gerik Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 16/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tapah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 17/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Lenggong Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 18/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 19/2024 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Selama Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 20/2024 - Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara Perak Tahun 2022 dan Memorandum YB Pegawai Kewangan Negeri Perak serta Laporan Ketua Audit Negara Malaysia Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak
Bil. 21/2024 - Penyata Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2022
Bil. 22/2024 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji
Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang keempat. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa seperti mana yang saya nyatakan di awal tadi dalam perutusan Yang di-Pertua untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 3 jam. Soalan tambahan dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera kepada semua. Soalan Buntong soalan nombor satu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Buntong yang telah mengemukakan soalan nombor 1 berkaitan dengan pengurusan nadir bumi bukan radioaktif atau ringkasnya NRREE. Sukacita saya maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, pelaksanaan moratorium bagi aktiviti pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif NRREE oleh Kerajaan Persekutuan adalah merupakan inisiatif strategik untuk menggalakkan pembangunan industri NRREE peringkat pertengahan dan hiliran di dalam negara. Kerajaan Negeri menerusi agenda perlombongan bertanggungjawab di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 komited untuk memperkasakan industri mineral di negeri Perak.
Antara pendekatan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang adalah seperti berikut. Yang pertama, pembangunan rantaian ekonomi menyeluruh di mana Kerajaan Negeri sedang memperhalusi perancangan pembangunan keseluruhan rantai ekonomi berkaitan NRREE merangkumi peringkat huluan yang melibatkan aktiviti perlombongan dan pengekstrakan NRREE. Peringkat pertengahan yang memfokuskan kepada pemprosesan dan pengasingan elemen NRREE dan peringkat hiliran yang memberi tumpuan kepada penghasilan produk akhir berdasarkan NRREE.
Yang kedua, kerjasama antarabangsa dan pemindahan teknologi, Kerajaan Negeri sedang giat meneroka potensi kerjasama dengan negara-negara luar bagi memiliki teknologi pengasingan elemen NRREE dalam skala industri. Usaha-usaha tersebut adalah seperti mengenalpasti rakan strategik antarabangsa yang memiliki kepakaran dalam teknologi NRREE merancang program pemindahan teknologi untuk membangunkan kepakaran tempatan dan mewujudkan platform kerjasama antara pakar tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan industri pertengahan NRREE di negeri Perak.
Ketiga pelaburan asing dan pembangunan industri, Kerajaan Negeri melalui beberapa siri misi pelaburan telah menarik minat beberapa negara luar untuk melabur dalam industri pertengahan dan juga hiliran NRREE di negeri Perak. Kerajaan Negeri akan menilai setiap cadangan pelaburan dengan teliti bagi memastikan pelaburan tersebut selaras dengan matlamat pembangunan industri NRREE yang mampan dan mengutamakan pelaburan yang memberi manfaat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang kepada ekonomi negeri dan juga kesejahteraan rakyat.
Yang keempat, pembangunan mampan iaitu Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada aspek kemampanan dalam merancang pembangunan industri NRREE dengan memastikan pematuhan terhadap SOP alam sekitar yang ketat. Mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pemuliharaan alam semulajadi dan memastikan manfaat ekonomi diagihkan secara adil kepada masyarakat tempatan.
Yang kelima, penyelidikan dan pembangunan R&D, Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan pelaburan dalam R&D termasuk kerjasama dengan institut pengajian tinggi dan pusat penyelidikan untuk mengkaji penggunaan teknologi baru dalam pengekstrakan dan pemprosesan nadir bumi serta meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pengekstrakan.
Dato' Yang di-Pertua untuk menjawab soalan kedua daripada Yang Berhormat Buntong, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dan strategik untuk memposisikan negeri Perak sebagai pemimpin dalam industri NRREE di negara ini. Pertama projek perintis perlombongan NRREE di mana Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek perintis perlombongan NRREE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak yang berjaya membuktikan kebolehsanaan perlombongan NRREE tanpa implikasi negatif. Seperti yang disahkan melalui audit oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak. Kejayaan ini juga menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap perlombongan yang mampan dan sentiasa mematuhi SOP yang ketat. Kedua, pembangunan rantaian nilai yang lengkap di mana moratorium pengeksportan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NRREE mendorong Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk mengenal pasti kepakaran tempatan bagi tujuan pelaksanaan pengasingan sumber NRREE menggunakan teknologi tempatan. Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan telah mengambil pendekatan untuk membangunkan CPP atau Central Processing Plant secara Proof of Consept (POC) untuk melaksanakan pemprosesan awal pengasingan elemen NRREE. Kerajaan Negeri juga giat melaksanakan misi pelaburan ke luar negara bagi menarik kemasukan pelabur yang berpotensi untuk membangunkan kilang-kilang penghasilan produk akhir di negeri Perak.
Ketiga, penubuhan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan atau Center of Excellence (COE), Kerajaan Negeri telah mewujudkan Pusat Kecemerlangan Pendidikan (Center of Excellence) yang menggabungkan kepakaran tempatan dan antarabangsa seperti Menteri Besar Incorporated (MB Inc.), Institut Darul Ridzuan (IDR), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memastikan penyelidikan dijalankan adalah relevan dengan keperluan industri dan dapat dikomersialkan dengan cepat. Pusat ini akan menjadi hub untuk penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi berkaitan nadir bumi. Center of Excellence telah memulakan tiga kajian penting mengenai operasi perlombongan NRREE merangkumi aspek tahap radioaktiviti, pemantauan sumber air bawah tanah dan kestabilan tanah bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang teknik perlombongan in-situ leaching yang digunakan untuk mengekstrak NRREE di kawasan projek perintis.
Yang keempat, pembangunan makmal analisis mineral (Terra Mineral Lab) iaitu penubuhan Terra Mineral Lab di kawasan Perindustrian Gopeng memberi nilai tambah kepada industri perlombongan NRREE. Mineral-mineral lain seperti menganalisis, mengenalpasti jenis dan menentusahkan kepekatan elemen yang terkandung dalam sesuatu unsur nadir bumi dan juga mineral-mineral lain. Menentukan kandungan sesuatu elemen dengan cepat dan membangunkan pangkalan data untuk membantu kerajaan negeri di dalam perancangan masa hadapan. Terima kasih.
Buntong.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan Buntong adalah ucapan saya ingin Buntong ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah juga kepada keseluruhan kepimpinan Kerajaan Negeri atas langkah yang diterajui dalam industri unsur bumi bukan radioaktif. Dengan langkah-langkah yang dimaksudkan dan dinyatakan tadi. Soalan tambahan Buntong adalah bagaimana usaha-usaha yang dinyatakan sebentar tadi antara lain penubuhan Terra Mineral Lab dapat menyumbang atau menyumbang kepada peningkatan peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti untuk negeri Perak justeru dapat menangani isu brain drain dengan izin supaya industri ini unsur bumi bukan radioaktif dapat menyumbang kepada kewujudan industri pertengahan yang lebih aktif dan lebih agresif supaya ekonomi negeri Perak dapat berkembang maju. Terima kasih.
Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Buntong. Seperti saya sebutkan tadi di antara usaha-usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ialah menubuhkan Terra Mineral Lab di bawah MB Inc. Fungsi dia ialah untuk membolehkan mineral lab ini menentusahkan apakah kepekatan dan juga jenis-jenis mineral yang ada bukan sahaja di Perak, tapi barangkali di seluruh negara kita. Sudah tentu penubuhan mineral lab ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk tempatan kerana ia memerlukan kepakaran, ilmu dan juga kemahiran yang khusus bagi tujuan berkenaan.
Jadi, Mineral LAB, Terra Mineral LAB Negeri Perak ini akan mula berfungsi Insya Allah pada September 2024, dua bulan daripada sekarang dan untuk peringkat permulaan, kita sudah pun mengambil lima belas (15) orang pekerja yang mempunyai kemahiran. Dua (2) daripada mereka adalah merupakan ahli-ahli kimia kanan yang kita dapatkan daripada industri tempatan dan tiga belas (13) yang lain juga kita dapatkan tenaga kerja daripada pakar-pakar dan juga graduate tempatan. Yang penting mereka ini akan kita berikan ilmu, kemahiran dengan memberi mereka latihan sama ada dibuat di dalam negeri atau pun di luar negara. Tapi untuk permulaan lima belas (15) orang pekerja dan saya yakin untuk jangka masa panjang bergantung kepada keperluan kita akan menambahkan lagi bilangan pekerja untuk bekerja di Terra Mineral Lab tersebut. Terima kasih.
Semanggol.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Cuma untuk pengetahuan Yang Berhormat Speaker kita tahu REE ini adalah menjadi minat untuk kuasa-kuasa besar dan rumus mengatakan bahawa siapa yang dapat menguasai REE ini maka dia akan dapat menguasai dunia dan kita juga dengar khabar lah bahawa pihak pusat juga berminat dan ada kemungkinan mereka akan menggubal satu akta mengenai dengan REE ini seperti mana penggubalan akta apa Akta Petroleum yang mana bila dijadikan kita tahu bahawa hasil bumi ini adalah hak negeri. Tapi apabila ada Akta Pusat, petroleum nanti kita letak Pusat yang akan control, maka akan terjadilah pilih kasih dan sebagainya. Ada juga yang dapat royalti ada tak dapat royalti. Jadi, saya ingin tanya kepada pendirian kerajaan mengenai dengan REE ini apa pendirian kerajaan sama ada kita nak mempertahankan habis-habisan sekiranya Pusat nak mengadakan akta ini bahawa ini adalah hasil negeri Perak untuk anak negeri Perak yang kita nak menyelesaikan, menoktahkan miskin tegar yang banyak lagi orang miskin. Boleh minta pendirian kerajaan?
Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol. Kebimbangan Yang Berhormat adalah juga merupakan kebimbangan bagi pihak Kerajaan Negeri bukan sahaja negeri Perak tetapi semua Kerajaan Negeri dalam Malaysia ini dan dalam beberapa mesyuarat yang diadakan di peringkat pusat, semua Kerajaan Negeri termasuk Perak kita telah menyatakan pendirian kita bahawa hasil bumi NRREE adalah hak Kerajaan Negeri. Jadi, semua aktiviti yang berkaitan dengan pengekstrakan adalah merupakan hak Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Pusat akan menjadi fasilitator atau pun penyelaras kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya dan kita bermati-matian mempertahankan supaya tidak di Petronas kan NRREE ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk mengemukakan nombor soalan.
Bismillah, Assalamualaikum Warahmatullah. Soalan saya nombor 1.
Terima kasih. Sila Exco.
Terima kasih Dato' Speaker. Untuk menjawab soalan YB Kubu Gajah, saya akan mengajukan data yang diperoleh KPDN Perak untuk menjawab persoalan tentang manakah yang lebih banyak berlaku ketirisan kalau kita banding antara diesel bersubsidi dengan minyak masak bersubsidi. Ini persoalan pertama. KPDN melalui perhatian penguatkuasa sebenarnya telah melancarkan pelbagai operasi untuk memastikan isu penyelewengan dan ketirisan barangan bersubsidi, tidak kiranya diesel bersubsidi, RON 95, minyak masak dapat dibendung dan sehingga Mei tahun ini, untuk makluman Dewan yang mulia ini sebanyak 34,580 pemeriksaan telah dijalankan oleh KPDN Perak dan untuk makluman semua 176 kes telah dihasilkan susulan daripada itu. Dalam pada itu, sebanyak 22 kes adalah melibatkan barang kawalan barang diesel dan 10 kes adalah melibatkan barang kawalan minyak masak bersubsidi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya ingin mengajukan data di mana rampasan sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi yang bernilai RM871,395.00 telah dirampas oleh KPDN Perak dari tahun 2023 hingga Mei tahun ini di negeri Perak dan untuk minyak masak bersubsidi, nilai rampasannya adalah RM7,552.60 dari Januari tahun ini sehinggalah bulan Mei tahun ini.
Oleh itu, dapat kita rumuskan bahawa diesel adalah jauh lebih banyak berlaku ketirisan sekiranya berbanding dengan minyak masak dan untuk soalan kedua, untuk persaingan pembelian minyak masak antara golongan B40 dengan warga asing, tidak kira dia Rohingya, Bangladesh dan sebagainya, sebenarnya pihak kerajaan biarpun KPDN, kita tidak mempunyai data rasmi berkenaan dengannya. Lantaran di bawah sedia atau polisi sedia ada, memang kita tidak diwajibkan untuk merekodkan maklumat terperinci pelanggan semasa pembelian minyak masak dilakukan. Namun, ingin saya nyatakan bahawa sebenarnya polisi sekarang adalah bersamaan dengan polisi dahulu iaitu penjualan minyak masak bungkusan polibag satu kilo dihadkan sebanyak tiga unit per transaksi bagi setiap kali pembelian untuk setiap pelanggan pada hari tersebut. Oleh itu, seseorang itu tidak kira dia berwarga negara apa pun, paling maksimum boleh beli tiga unit dalam sehari sahaja. Dasar ini adalah berpunca kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan telah dilaksanakan semenjak bulan Januari 2021 iaitu sebelum PRU ke-15.
Untuk menjawab persoalan kedua, tindakan kerajaan terhadap peniaga yang melanggar tatacara perniagaan kedua-dua barangan bersubsidi adalah kita akan menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 1961. Tidak kira peniaga itu adalah individu ataupun syarikat besar. Sesiapa yang langgar tatacara bagi dua barangan bersubsidi tersebut akan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya di bawah akta tersebut. Lantaran pemberian subsidi adalah melibatkan dana kerajaan, dana negara dan tidak patut diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk keuntungan peribadi. Sekian, terima kasih.
Kubu Gajah.
Terima kasih di atas jawapan daripada YB Exco. Kalau kita lihat daripada jawapan tersebut, ketirisan yang melibatkan diesel bersubsidi dan juga minyak masak lebih besar adalah daripada subsidi diesel. Cumanya persoalan saya, sekiranya terdapat banyak ketirisan berkenaan dengan diesel, tindakan dan juga penguatkuasaan terhadap penyeludupan ataupun ketirisan ini, mungkin tak dapat dikekang juga mungkin dari sudut penguatkuasaan itu longgar dan menyebabkan PMX kita menaik atau menarik balik subsidi diesel. Cumanya, bila mana penarikan subsidi diesel ini kesannya yang akan datang, lima bulan akan datang, 10 bulan akan datang, setahun akan datang, menyebabkan minyak masak dan juga barang-barang yang lain akan naik harga. Walaupun dia bagi flip card ataupun dia bagi subsidi RM200 tapi dia tidak mencukupi. Jadi persoalan saya, apakah tindakan yang seterusnya yang sewajarnya ataupun yang lebih ketat daripada Kerajaan Negeri Perak nak membendung isu penyeludupan diesel di Negeri Perak dihapuskan, menoktahkan penyeludupan diesel di Negeri Perak ini 100%? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada YB Kubu Gajah. Saya rasa kita tak akan dapat bendung penyeludupan secara 100%. Tapi dari segi pihak berkuasa, kita akan tambahkan tahap penguatkuasaan. Saya rasa saya boleh sebut beberapa usaha yang telah diambil oleh kerajaan terutamanya pihak KPDN dalam pada itu. Satu, kita akan kuatkuasakan bahawa tidak jual diesel bersubsidi, RON95 kepada kenderaan asing. Ini satu. Keduanya, kita akan rancangkan segala operasi KPDN yang ada. Contohnya OPS Kesan, OPS Tiris dan sebagainya dan ketiga kita akan kawalselia di setiap stesen minyak khususnya di sempadan negeri.
Contoh di sebelah utara Perak dan kita juga akan letak pegawai secara statik di stesen minyak supaya kita boleh spot check sama ada kenderaan itu, dia ada bawa diesel yang lebih atau minyak lebih daripada stesen minyak untuk ke luar sempadan tak dan yang kelima, kita juga akan jalankan operasi bersama dengan agensi lain. Contoh sebab KPDN kita lain dengan kastam dengan polis, kita akan jalankan operasi bersama supaya tindakan segera boleh diambil sekiranya memang mendapati ada penyeludupan yang besar-besaran dan yang keenam, kita juga akan tempatkan penguatkuasa KPDN di pintu masuk sempadan negara. Kita ada beberapa kalau kita tengok sebelah utara tidak kira di Kedah, Perak ke, Kelantan ke, KPDN memang akan letakkan pegawai secara statik di situ supaya kita boleh kawal selia dan yang paling penting sekali, kita kena minta kerjasama daripada semua peniaga supaya tak eksport barangan subsidi kita tak kira yang minyak masak, diesel, RON95 dan sebagainya. Kita kena pastikan barangan ini hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia dan kita jangan biar dia diseludup ke luar negara dan dijadikan alat keuntungan mereka untuk kepentingan peribadi. Sekian, terima kasih.
Ayer Kuning.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan ataupun pandangan daripada Ayer Kuning kepada YB Exco berkaitan dengan ketirisan subsidi ini. Apakah penarikan subsidi yang dibuat oleh kerajaan? Apakah GST lebih baik ataupun GST ini akan diwujudkan ataupun dikembalikan semula pada masa-masa yang akan datang untuk menyelesaikan berkaitan dengan masalah ketirisan yang ada di negara? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan daripada YB Ayer Kuning. Saya rasa pelaksanaan GST ini adalah di peringkat persekutuan dan ia perlu dijawab oleh Kementerian Kewangan. Tapi apa-apa pun saya akan bagi sedikit gambaran tentang diesel di negara kita. Kalau kita tengok subsidi-subsidi negara dihabiskan untuk diesel pada 2019 adalah sebanyak RM1 bilion dan kalau kita tengok 2023 sebanyak RM14.3 telah dihabiskan dan kalau kita tengok jumlah penggunaan diesel bersubsidi 2019, hanya 6.1 liter digunakan. Tapi lepas 4 tahun iaitu 2023, kita cuba teka berapa yang telah digunakan. Dia telah melonjak daripada 6.1 bilion ke 10.8 bilion liter dan pada masa yang sama diesel komersial yang sepatutnya digunakan oleh tapak pembinaan, sektor-sektor lain yang sepatutnya tak menikmati diesel bersubsidi telah turun 2 bilion liter dalam tempoh yang sama dan saya juga nak bagi fakta kalau kita tengok selepas dari 1 haribulan hingga 8 Jun semasa diesel tidak disasarkan subsidinya, dia punya penjualan adalah 28.7 juta liter sehari dan bila kita dah laksanakan diesel bersubsidi, jualannya telah jatuh hampir 8 juta liter sehari. Ini satu.
Kedua, untuk jualan diesel komersial, sebelum kita laksanakan penyasaran subsidi, kerajaan tak pernah tarik subsidi, kerajaan hanya melaksanakan penyasaran subsidi. Yang tetap dapat, tetap akan dapat contoh nelayan, petani dan sebagainya dan selepas kita laksanakan penyasaran subsidi, jualan diesel komersial telah naik sebanyak 4 juta liter sehari dan kita boleh nampak peningkatan jualan diesel subsidi, jualan diesel komersil adalah gambaran tahap salahguna oleh industri-industri sebelum ini dan pengurangan jualan diesel runcit juga merupakan indikator tahap ketirisan sebelum ini dan saya rasa itu sebab kita wajib untuk laksanakan strategi langkah penyasaran subsidi diesel sekarang ini untuk kita meminimumkan tahap kerosakan kepada kewangan negara dan saya rasa kalau kita dapat membendung dari segi itu, mungkin pelaksanaan GST belum sampai masanya untuk kita tengok dan kita akan cuba bantu rakyat dari segi penjimatan yang kita dapat daripada subsidi diesel ini. Sekian, terima kasih.
Pasir Panjang tekan lama nak tanya dulu.
Minta sikit.
Nanti kejap Semanggol.
Mintak sikit sebab….
Sekejap Semanggol. Pasir Panjang nak tanya dulu ke...
Sebab isu ini nampak …. kerajaan duduk lah. Kerajaan belah sana…
Semanggol, Semanggol. Pasir Panjang nak tanya ke tak?
Nak tanya berkenaan dengan ni...pasal nak mintak lah. Sebab ini isu rakyat...
Ok, Ok. Tak apa Semanggol. Saya bagi. Saya bagi. Saya bagi Semanggol. Tapi Pasir Panjang tekan lama tadi. Dia nak tanya dulu. Jadi saya bagi Pasir Panjang dulu. Lepas tu saya bagi Semanggol. Boleh?
Ok yang pertama, kita tau, alasan. Eh! Boleh bagi ke…
Semanggol. Bagi Pasir Panjang dulu. Dia berdiri lama tadi.
Kena bagi peluang lah.
Ya…ya...ya Semanggol.
…. tidak sia-sia lah jadi Ketua Pembangkang.
Tak apa. Semanggol duduk dulu Semanggol.
Ketua pembangkang nak kena bangkang. Jadi kena bagi peluang lebih...
Faham…faham.
Tambah kita menghormati SU baru ni…
Paham… bagi Pasir Panjang tanya dulu.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga Ketua Pembangkang. Soalan saya pendek saja. Kena bagi laluan kepada pembangkang. Setiap hari saya dengar ada penyelewengan berlaku. Semakin hari semakin banyak dan kita rujuk kepada pejabat KPDN, antara alasan yang tidak dapat dilakukan penguatkuasaan secara berkesan ialah kurangnya tenaga, tak cukup pegawai, jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menambah bilangan pegawai-pegawai yang akan memastikan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih berkesan? Sekian terima kasih.
Nanti kejap. YB Exco nak jawab dulu atau nak bagi Semanggol tanya dulu.
Saya jawab dulu.
Ok, jawab dulu.
Terima kasih kepada soalan daripada Pasir Panjang. Di pihak KPDN memang saya akui, sebagai Exco yang menjaga portfolio KPDN saya akui KPDN pun mengalami kekurangan tenaga kerja. Dia bukan sahaja kita kurang tenaga kerja untuk kawal selia sempadan negara sehingga penguatkuasa KPDN di sesuatu tempat di sesuatu daerah mereka dah tak boleh pergi sportchecklah sama ada minyak masak subsidi ini ada dikenakan syarat pembelian tak sebab muka mereka dah dicam. Ini memang keadaan yang berlaku dan itu sebab pihak KPDN saya telah bangkitkan dalam Rakan Pengguna
Kebangsaan di mana kita wajib tambahkan tenaga kerja sebab takkan kita nak bagi staff yang begitu kecil bilangannya untuk berpenat lelah, untuk bersusah payah untuk kawal selia sedangkan mereka memang tak ada jumlah tenaga kerja yang cukup untuk kita memandang serius terhadap perkara ini dan saya rasa cadangan YB Pasir Panjang ini adalah bagus. Kita akan terus memantau perkara ini dan semoga kita dapat tambahkan bilangan tenaga kerja supaya kita sekurang-kurangnya dapat meningkatkan lagi tahap penguatkuasaan di sempadan ke di mana-mana pun untuk pastikan subsidi negara hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia. Sekian terima kasih.
Semanggol.
Alor Pongsu pun nak bangkang juga.
Terima kasih banyak Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih banyak Yang Berhormat Exco. Sebagaimana yang kita maklum bahawa isu diesel ni hangat dan mungkin itulah salah satu faktor yang menyebabkan Sungai Bakap dapat 4297 tu kot. Jadi tak apa saya nak bagi tahu inilah, yang pertama dibagi alasan kerana subsidi diesel ni ditarik adalah penyeludupan. Itu alasan pertama yang diberikan. Pakteh ni bekas Kastam dan yang pertama kita kata kalau dikenalpasti punca penyeludupan semula daripada stesen-stesen minyak di sempadan, maka kenapa kita tidak mengambil tindakan yang tuntas terhadap stesen minyak di sempadan itu dan kita sebagai penguatkuasa pernah membuat satu peraturan bahawa kereta tu mesti lebih daripada berapa hari yang kena duduk di dalam. Boleh buat pemantauan di stesen itu, yang pertama pasal kalau kata penyeludupan ini satu penghinaan kepada penguatkuasa. Ini yang pertama dan yang kedua juga dikatakan dengan jelas dalam kempen-kempen bahawa nelayan jual bot kepada kapal-kapal besar di tengah laut. Ini masuk akal ke.
Soalannya.
Soalannya nanti, ini perkara yang menimbulkan keraguan dan kena bagi penerangan. Jadi soalan saya apabila kita tarik subsidi contoh, kalau kita tarik subsidi tepung maka yang terkesan adalah tepung saja kenaikan harga dan sebagaimana berlaku tiba-tiba tepung murah tak ada, tepung mahal ada. Kita tarik tak apa. Tarik subsidi gula, tak apa. Gula sahaja tapi apabila kita tarik subsidi diesel semua barang akan terkesan termasuk dengan barang-barang yang tidak ada kawalan. Semua yang dinyatakan kos…
Soalannya
Soalan dia sekarang ini apa langkah-langkah kerajaan dan juga bebanan kepada penarikan subsidi ini melibatkan semua barang? Jadi ini kita nak minta langkah supaya boleh meringankan rakyat ni. Terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Semanggol.
Dato’ Yang di-Pertua, tanya sikit je. Tak ada ulasan.
Ok boleh, boleh.
YB Exco, jawapan yang diberi daripada mula soalan pertama tadi daripada Kubu Gajah tadi, jawapan steady, banyak jawapan kita dapat tapi jawapan YB Exco saya rasa agak umum. Soalan saya satu saja. Kalau masa beras tak ada dulu, Bernas jawab penguatkuasanya ada 6 atau 5 orang. Sekarang saya nak tahu KPDN ada berapa orang di negeri Perak. Itu saja soalan saya.
Exco, silakan.
Saya akan jawab persoalan daripada Ketua Pembangkang yang suka membangkang. Terima kasih atas ceramah politik tadi walau pun soalannya cuma satu ayat saja. Sebenarnya tak adil kepada penguatkuasa kalau katakan mereka tak tambahkan lagi tahap penguatkuasaan. Saya rasa KPDN begitu bersusah payah untuk pastikan barang subsidi negara kita tak diseludup keluar negara tapi seperti mana yang diutarakan YB Pasir Panjang tadi, memang kita mengalami tenaga kerja yang berkurangan. Ini satu dan tadi YB Gunong Semanggol pun ada sebut sebab kalah di Sungai Bakap. Untuk makluman Ketua Pembangkang di satu Malaysia hanya 8% daripada 100% yang pakai kereta diesel dan saya tak rasa 8% tu semua akan menetap dan mengundi di Sungai Bakap. Oleh itu kenyataan sedemikian saya rasa adalah tidak matang tapi apa-apa pun Kerajaan Perpaduan dengan rendah hatinya kita menerima keputusan rakyat. Kita akan sentiasa tengok balik review dengan izin dan sentiasa bersama dengan rakyat agar dasar negara kita sentiasa utamakan rakyat dan yang paling penting sekali tadi saya ada dengar Ketua Pembangkang sebut tentang bantuan kepada rakyat dan sebagainya.
Untuk makluman Ketua Pembangkang sebenarnya sehingga 20 Jun tahun ini iaitu tak sampai 2 minggu yang lalu, 223,000 kenderaan pengangkutan barangan darat telah diluluskan flip card untuk gunakan diesel bersubsidi. Ini satu. Keduanya 100,000 pemohon sehingga 19 Jun tahun ini telah diluluskan Budi Madani individu dan Agri Komuditi untuk dapatkan bantuan tunai sebagai RM200 sebulan dan saya boleh bagi statistik rasmi di sini hampir 80% lepas mereka mohon lulus mereka dah dapat bantuan tunai sebanyak RM200. Ada ramai persoalkan kenapa kerajaan hanya bagi RM200 bantuan tunai padahal setiap bulan saya isi minyak diesel dah RM200 lebih lepas tu kalau diesel dah disasarkan subsidi saya kena isi RM300 lebih sebulan. RM200 tu untuk menampung pertambahan kos selepas penyasaran subsidi. RM200 itu bukan untuk menampung semua kos isi minyak. Saya rasa itu logik yang mudah dan kita patut terangkan di sini dan saya rasa saya dah jawab persoalan Ketua Pembangkang. Boleh tak minta Alor Pongsu untuk bangkitkan soalan sekali lagi sebab soalan Ketua Pembangkang panjang sangat, saya cuma teringat yang panjang sekali.
Ok.
Saya ucap terima kasih kepada YB Exco sebab you bagi jawapan tadi clear tapi terlalu umum. Saya nak spesifik sebab masa beras tak ada di pasaran saya hubungi pihak Bernas dia kata penguatkuasa satu Perak ada 6 orang. Saya nak tahu sebab KPDN bawah YB Exco, ada berapa orang penguatkuasa di Negeri Perak? Saya nak tahu spesifik.
Untuk makluman YB Alor Pongsu untuk beras sebenarnya di bawah Kementerian Pertanian. Saya rasa penguatkuasanya adalah di KPDN tapi untuk KPDN sebenarnya setiap daerah kita walau pun dia dalam bahagian penguatkuasa dia juga kena buat kerja-kerja pentadbiran, dia pun kena buat operasi kerja. Oleh itu saya tak dapat bagi data spesifik sebab saya pun tak ada dalam tangan sekarang ini tapi apa yang saya boleh maklumkan adalah bahawa penguatkuasa kita berperanan banyak peranan. Dia selain menguatkuasa di sempadan negara dia kena jaga pentadbiran, dia kena pergi operasi, dia kena pergi operasi kesan dan saya rasa adalah kita patut memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada setiap orang penguatkuasa KPDN sebab mereka memang bersusah payah untuk pastikan barangan subsidi tidak diseludup ke luar negara dan pastikan subsidi rakyat dinikmati oleh rakyat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk mengemukan nombor soalan.
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh, Slim soalan nombor 3.
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh. (Bacaan doa) Salam Sejahtera, selamat pagi, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Maal Hijrah. Terima kasih kepada Slim yang telah mengemukan soalan nombor 3 berkaitan dengan bantuan dan insentif belia dalam pertanian. Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Slim yang berkaitan dengan ada 3 perkara yang telah dibangkitkan dalam soalan lisan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak sentiasa menggalakkan penyertaan belia dalam bidang pertanian. Program Briged Muda Petani Moden adalah merupakan salah satu program yang diwujudkan khusus untuk golongan muda yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.
Dalam usaha untuk menghidupkan semula Rancangan Buku Hijau ke arah keterjaminan makanan bagi memastikan bekalan makanan rakyat di negeri Perak mencukupi dan selamat dimakan. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat dan semangat golongan muda ini dalam transformasi sub-sektor pertanian agar selari dengan revolusi 4.0. Dalam tahun 2023, seramai 297 orang belia berumur di bawah 40 tahun direkodkan telah menerima peruntukkan pembangunan di bawah program melibatkan keluasan 10.935 hektar dan mengusahakan pelbagai tanaman makanan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM0.12 juta telah diperuntukkan untuk program untuk golongan belia ini di antara bantuan yang diterima adalah penyediaan infrastruktur, penyediaan tanah, pagar elektrik dan sistem pengairan. Input pertanian seperti baja dan racun peralatan pertanian serta bahan tanaman.
Ahli Dewan yang dimuliakan, peranan belia dalam pembangunan ekonomi tempatan terutamanya dalam sektor pertanian dilihat sangat penting dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan dan memperkasakan sistem makanan negeri supaya lebih berdaya tahan dan mampan terutama apabila menghadapi sebarang krisis global atau pandemik yang mungkin berlaku di masa akan datang. Bagi menjamin sekuriti makanan Negeri Perak. Prestasi rangkaian di semua peringkat aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran penyediaan dan keselamatan makanan sangat wajar dipertingkatkan dan golongan belia dilihat sebagai penyambung delegasi pertanian masa hadapan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) juga sentiasa komited dalam pembangunan usahawan agrotani lebih-lebih lagi untuk golongan belia. Usaha ini diperluaskan kepada semua usahawan tani, belia sama ada petani, penternak, peladang serta usahawan industri. SADC telah mewujudkan program Pembangunan Usahawan SADC yang di bawah yang terdapat dua skim yang boleh dipohon iaitu yang pertama Skim Pinjaman Usahawan Tanpa Faedah. Menerusi skim ini, pemohon boleh mendapat mendapatkan bantuan pinjaman sehingga RM100 ribu. Dengan tempoh pinjaman sehingga 5 tahun, tertakluk kepada jumlah pinjaman serta jenis perniagaan. Kedua, Geran Asnaf Berjaya. Skim ini membantu golongan asnaf yang berdaftar dengan E-Kasih atau pemegang kad orang kurang upaya (OKU) yang akan menerima bantuan peralatan sehingga RM5 ribu. Untuk memohon terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Di antaranya ialah menjalankan perniagaan di negeri Perak, telah menjalankan perniagaan sekurang kurangnya 6 bulan dan mempunyai rekod jualan. Menjalankan perniagaan di tanah atau premis yang sah dengan dokumen pemilikan sewaan dan juga pajakan. Latihan dan kursus keusahawanan kewangan juga diberi percuma kepada usahawan yang menyertai skim ini. Untuk memohon borang boleh didapati di Ibu Pejabat Perak (SADC), atau memuat turun borang melalui website rasmi Perak (SADC).
Bagi jawapan soalan yang kedua. Yang Berhormat Slim bertanyakan berkenaan geran pertanian khususnya untuk belia untuk makluman untuk belia. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pertanian Negeri Perak ada menyediakan geran pertanian yang dikhususkan untuk golongan belia iaitu Geran Agropreneur Muda. Pemohon boleh memohon sebelum atau pada umur 40 tahun serta sudah menjalankan penanaman ataupun mengusahakan pengeluaran produk industri asas tani. Petani diberikan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda tani dan geran agropreneur muda ini menawarkan bantuan input serta infrastruktur secara percuma yang bernilai sehingga RM20 ribu bagi setiap orang. Geran ini telah memberi peluang kepada usahawan untuk menambah keluasan penanaman kawasan pertanian atau pengeluaran produk asas tani di samping meningkatkan hasil pendapatan.
Dato' Yang di-Pertua bagi soalan yang ketiga. Pemakluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri secara prinsipnya telah mengenal pasti tanah yang boleh diusahakan bagi tujuan pertanian terutamanya pertanian tanaman makanan. Inisiatif ini adalah melibatkan tanah kerajaan yang sedia ada selain daripada tanah yang telah diberi milik bagi maksud pelaksanaan projek pembangunan pertanian di negeri Perak. Usaha dilakukan antaranya adalah dengan merizabkan kawasan pertanian, tanah kerajaan bagi tujuan kegunaan pertanian untuk dipajak tidak melebihi 21 tahun atau dikeluarkan lesen pendudukan sementara.
Oleh itu, para petani dari golongan belia adalah digalakkan untuk menceburi bidang ini berbekalkan kepada pengetahuan dalam bidang pertanian. Mempunyai minat semangat dan wawasan yang jitu serta modal yang mencukupi. Boleh mengemukakan permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan bersama-sama dengan kertas cadangan yang lengkap untuk dipertimbangkan bagi tujuan pertanian selaras dengan matlamat Dasar Sekuriti Makanan Perak Sejahtera 2030. Untuk maklumat Yang Berhormat, melalui Kerajaan Pusat melalui program IPR Intan. Ini juga golongan belia boleh terlibat secara langsung dalam program IPR Intan ini. Ini boleh dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengemukakan cadangan-cadangan yang melibatkan golongan belia. Golongan belia bukan sahaja menjadi pekerja tetapi dapat menimba ilmu kemahiran dalam program IPR Intan itu. Jadi, saya berharap supaya jawapan-jawapan yang diberikan oleh Yang Ahli Berhormat Slim dapat memahami apa yang telah dikemukakan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Slim, sila.
Terima Kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan tadi. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Peneroka yang kita akan sambut 12 hingga 14 haribulan nanti, Insya-Allah. Sudah pasti peneroka merupakan golongan yang telah lama terlibat secara langsung dalam peladangan. Tuan Exco dan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau kita lihat berkaitan dengan jawapan yang diberikan tadi sudah pasti geografi di setiap Dun tidak sama. Kalau kita lihat ada yang lebihnya pada industri di Slim River ini lebihnya kepada Felda Wilayah Trolak khususnya dan di sana. Saya nak bertanya adakah ada kuota yang tertentu di Dun ataupun kawasan masing-masing. Andaikata ada kuota tersebut sudah pasti tidak sama kerana geografi yang saya sebutkan tadi dan di pihak Slim, saya mengharapkan agihan geran yang disebutkan tadi seimbang agar pembangunan belia ataupun yang terlibat secara langsung dengan pertanian ini dapat dikembangkan, Terima kasih.
Terima kasih Slim. Berkaitan dengan kuota khusus bagi setiap daerah ataupun Dun berkaitan dengan bantuan sewaan tani dan sebagainya. Sebenarnya, kerajaan tidak menghadkan kuota, tidak menghadkan kuota kepada peringkat daerah juga peringkat Dun untuk usahawan belia ini. Sebenarnya terbuka kepada belia untuk mengemukakan cadangan-cadangan yang terlibat dengan usahawan tani ini. Sebenarnya melalui Jabatan Perikanan contoh kita ada bantuan Skim Agropreneur, Agropreneur Muda yang boleh dikemukakan kepada Jabatan Perikanan dan begitu juga Jabatan Pertanian. Pihak belia boleh mengemukakan permohonan bantuan untuk usahawan tani atau perniagaan, penanaman dan sebagainya.
Sebagaimana yang saya sebutkan tadi dan bagi veterinar, Jabatan Veterinar untuk usahawan yang melibatkan diri dalam ternakan, contoh mereka boleh mengemukakan kepada Jabatan Veterinar di peringkat Daerah Batang Padang contoh kerana bagi permohonan untuk tahun ini telah pun ditutup. Tapi pada masa yang sama boleh kemukakan cadangan-cadangan ini. Jadi kita berharap golongan belia bukan sahaja di Batang Padang bukan sahaja di Trolak bukan sahaja di Felda tetapi di seluruh daerah dalam negeri Perak ini, kita dapat memperkuatkan, memperkasakan mereka ini supaya mereka ini terlibat secara langsung dalam bidang pertanian ini kerana bidang pertanian agrotani ini merupakan mempunyai prospek yang amat baik untuk masa yang akan datang bukan sahaja untuk sekuriti makanan tetapi kepada mereka sendiri untuk membina sahsiah diri dan jati diri mereka. Terima kasih.
Pasir Panjang sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Susulan jawapan di berkaitan juga dengan soalan saya nombor 26 mengenai penglibatan belia dalam sektor ekonomi di Perak. Kita tahu banyak program-program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga menerusi agensi. Cuma pertanyaan saya sejauh mana follow up yang dibuat untuk memastikan sebahagian atau pun mereka-mereka yang terlibat dengan permohonan pinjaman dan sebagainya dapat meneruskan usaha-usaha mereka. Sebab saya dapati ada juga sesetengah tu yang telah dibantu oleh jabatan atau agensi telah memberhentikan perniagaan mereka, usaha mereka dan sebagai contoh, mereka ni telah berjaya tetapi akhirnya memberhentikan operasi dan usaha mereka disebabkan kekangan-kekangan tertentu. Sepatutnya mereka ini terus dibimbing untuk dilonjakkan lagi sebab ada setengah tu dah berjaya dah sampai ke peringkat bantuan-bantuan ni telah membina rantaian kepada mereka tetapi kenapa mereka berhenti. Benda ni perlu diamati agar usaha yang dilakukan oleh jabatan dan agensi itu tidak terbantut. Setelah dibantu dah berjaya, kenapa dia dia tak terus expand atau pun terus menggalakkan lagi ramai belia untuk terlibat.
Terima kasih kepada Sungai Manik. Sebenarnya melalui Kerajaan Negeri dan jabatan dan agensi yang berkaitan sentiasa membuat pola sentiasa memantau mengenai mengenai usahawan-usahawan bukan sahaja usahawan tani, bahkan usahawan-usahawan yang lain ni salah satu contohnya, mungkin YB Salbiah boleh menjelaskan berkaitan dengan ada usahawan- usahawan yang gagal yang tidak dapat meneruskan perniagaan walaupun perniagaan mereka berjaya. Ini sebenarnya ini merupakan satu peranan dan tanggungjawab kita bersama. Bukan sahaja kepada jabatan dan agensi tetapi kepada semua pihak dan mempastikan bahawa usahawan-usahawan ini berjaya dan dapat meneruskan meneruskan perniagaan mereka dan dapat mempertingkatkan dan dapat membesarkan perniagaan mereka. Saya amat bersetuju dengan Sungai Manik supaya pemantauan ini perlu dilakukan, dilaksanakan selepas melihat
YB Exco boleh saya bagi spesifik contoh.
Ya.
Contohnya, usahawan Dusun Farm yang dibantu oleh SADC telah SADC involve secara direct dengan syarikat ini. Mereka berhenti mereka tak sanggup untuk untuk bersetuju dengan understanding perjanjian itu sebab mereka rasa merugikan mereka. Jadi kalau elemen sebegini sebab Dusun Farm ni dah dah popular dan saya rasa Yang Amat Berhormat sendiri pernah melawat usaha mereka ternakan ayam kampung mereka dan sebagainya. Kenapa mereka berhenti sekarang ni? Kan? Telah dibantu hampir 2 tahun lebih sewaktu saya jadi jadi board SADC saya dan bantu dah. Tiba-tiba, saya difahamkan dia berhenti sebab dia kata ada term-term yang dia tak setuju dengan SADC. Kenapa ini berlaku? Sepatutnya SADC sebagai agensi yang membantu usahawan check kenapa ini berlaku? Patutnya kita masa tu kita telah SADC telah melonjakkan dia sebagai satu usahawan yang berjaya. Tiba-tiba dia stop dan tak meneruskan usaha ini dan keluar daripada program.
Terima kasih Sungai Manik dan ini menjadi perhatian kepada kita. Pengalaman yang ada pada kita dan usahawan-usahawan yang berjaya ada potensi dan kita akan mencari sebab dan musabab kenapa mereka gagal. Kenapa mereka tidak dapat meneruskan usaha-usaha mereka ini untuk memperkembangkan, memperluaskan, membesarkan ternakan mereka dan sebagainya. Insya Allah, Kerajaan Negeri akan memberi perhatian dalam perkara yang dibangkitkan oleh Sungai Manik. Terima Kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pokok Assam soalan nombor 4.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarokatuh dan salam sejahtera. Salam Hijrahtul Rasul, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Kerajaan Madani. Saya terima kasih kepada Pokok Assam yang cukup prihatin berkenaan dengan tekanan ayor di bandar Taiping. Bukan hanya di musim-musim perayaan, tapi di hari-hari yang biasa pun kata dia tekanan tu kurang. Jawapan kepada soalan yang ditanya oleh Pokok Assam tu punca berlakunya tiga taman. Ya. Soalan tu tiga taman yang menyebabkan tekanan air tu rendah. Pertamanya di Taman Bukit Mas, kemudian di Taman Anjung Semarak dan Taman Tasik Permai. Tiga taman ini kalau YB lihat ketiga-tiga taman ini, kedudukan dia agak tinggi dibanding dengan taman-taman lain. Maknanya dia agak ada bukit dan changkat sikit yang menyebabkan tekanan ayor daripada loji rawatan nak ke tempat itu, dia akan akan mengalami sedikit tekanan yang kurang ya kerana ketiga-tiga taman tu berada di tempat yang tinggi.
Jadi kawasan yang merupakan kawasan yang paling hujung pertama, yang tadi tu tinggi yang keduanya ketiga-tiga taman ini dia ada di penghujung kalau paip tu katakan dua kilometer, dia berada di kawasan dua kilometer jadi yang terakhir sekali. Di pengkalan yang hujung rangkaian dalam sistem bekalan air ataupun sistem retikulasi air itu sendiri yang menyebabkan tekanan tu kurang walaupun kita gunakan pam. Jadi ketiga-tiga taman tu mendapat tekanan ayornya ni melalui sistem pam. Ya. Jadi bila ada penggunaan, maka pam tu automatik akan bergerak. Pihak LAP telah pun mengambil langkah bagi mengatasi masalah ini dengan memastikan sistem mengepam berada dalam keadaan yang sentiasa baik dari segi pengoperasian dan juga pemantauan secara lebih kerap. Jadi bila kita ada sistem pam ini, kita bergantung kepada pam tu dia akan bermula secara automatik. Makna bila tekanan tu rendah ada orang guna air pam tu automatik akan berjalan. Tapi kadang-kadang pam ini sistem keselamatan dia terpelantik ataupun dia mengalami tripping.
Kadang-kadang di Taiping ini kerap berlaku petir. Jadi bila berlaku petir, maka ketiga-tiga taman itu menghadapi masalah kerana pam itu tidak berfungsi. Jadi, anggota LAP terpaksa pergi ke tempat rumah pam itu dan memasangnya secara manual. Ini adalah sistem keselamatan pam tu sendiri. Kita ada ELCB yang dipasang semasa kita buat pam hari itu untuk menyelamatkan pam supaya jangan terbakar. Saya harap YB dapat faham situasi-situasi tu. Masalah air yang terganggu di Taman Bukit Mas akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat setelah kolam air di Taman Jana Utama akan siap pada penghujung tahun ini. Jadi kita ada loji air di Taman Jana Utama yang mengepam air ke Taman Taman Mas tersebut. Ini dapat diselesaikan jika sekiranya ia laksanakan pada akhir tahun ini. Proses memasang pam tersebut sedang dalam perjalanan oleh LAP di bahagian Taiping dan juga Larut. Bagi Taman Anjung Semarak dan juga Taman Tasik Permai, tidak akan menghadapi apa-apa masalah sekiranya sistem mengepam berjalan dengan baik tanpa adanya gangguan bekalan elektrik atau tripping yang berlaku di rumah-rumah pam berkenaan.
Bagaimana saya terangkan tadi tu dianya akan berlaku tripping yang terpaksa kita hantar seorang pergi pasang balik secara manual. Baru sistem itu dapat berfungsi. Jadi ini adalah masalah yang dihadapi di sebahagian besar taman-taman di Taiping dan kita lihat bahawa tekanan ayor di kawasan-kawasan yang jauh tu dia mengikut tekanan yang ditetapkan oleh SPAN. Semua operator air di Perak di Malaysia ni termasuk LAP bila dia nak buat ujian supaya ada kerana ada orang selalu komplen mengatakan bahawa tekanan ayor rendah. Biasa kalau kita pergi Hari Bertemu Pelanggan yang komplen sekarang ni adalah air tekanan rendah. Jadi kita pergi buat semakan. Kalaulah yang terjauh sekali itu, tekanan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh SPAN, maka kita akan terima. Sebab itulah adanya SOP dia. Jadi saya harap, YB Pokok Assam sedar suasana sedemikian. Jadi kalau apa-apa berlaku, kita akan dapat laporan daripada LAP untuk buat beberapa semakan, nak pastikan tekanan itu bukan lah teruk sangat. Tapi kadang-kadang ianya berlaku bila pam terhenti ataupun tripping. Terima kasih.
Soalan tambahan. Pokok Assam, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco atas penjelasannya. Soalan tambahan saya, adakah sebarang perancangan untuk menggantikan paip-paip yang lama di sekitar bandar Taiping yang di mana kebanyakan paip yang lama ini sering berlakunya pecah ataupun selalunya menyebabkan gangguan bekalan air?
Memang Kerajaan Negeri melalui LAP, kita ada data berkenaan dengan jumlah keseluruhan, enam ribu kilometer paip berada dekat negeri Perak. Ada di antara paip itu digunakan paip simen asbestos. Itu paip style lama. Jadi kalau paip itu selalu pecah, lebih tiga kali pecah, maka kita ganti. Kita tidak boleh nak ganti keseluruhan paip yang lama ini kerana kosnya terlalu tinggi dan kita terpaksa beri keutamaan-keutamaan. Tapi seandainya di bandar Taiping itu sendiri, terdapat paip asbestos simen ini yang lebih tiga kali dah pecah dah, kita terpaksa ganti. Sebab ia akan merumitkan keadaan kalau tak diganti. Diganti dengan paip jenis baik. Jadi, usaha ini sedang dibuat. Tapi persoalan mengatakan adakah kerajaan akan mengubah, menukar semua paip-paip itu, yang itu dibuat mengikut fasa-fasa dia? Ada bandar-bandar yang keadaan paip dia yang agak teruk, kita beri keutamaan untuk dilaksana.
Di Taiping ini kita lihat bahawa tekanan itu masih lagi ok. Paip yang lama-lama di bawah itu masih lagi boleh menampung keperluan. Tapi kalau buat tekanan yang tinggi, maka paip juga akan meletup, dia akan pecah juga. Jadi, pihak LAP kena berhati-hati bila dia nak tambah tekanan dalam paip tersebut. Terima kasih, wallahuaklam.
Terima kasih Timbalan Speaker ya. YB Exco. Daripada jawapan yang YB Exco pagi tadi.
Kejap-kejap, Alor Pongsu.
Yes anything? Boleh teruskan Timbalan Speaker?
Sila Alor Pongsu, sila.
Ya, terima kasih Timbalan Speaker. Daripada masalah di kawasan Taiping tadi, saya compare notes dengan aduan-aduan saya terima di kawasan saya iaitu di Dun Alor Pongsu di kawasan Alor Pongsu, Parit Lebai Kadir, Sungai Semambu, Matang Jelutong. Saya tengok ada perbezaan. Jawapan yang saya selalu terima daripada pihak Lembaga Air Perak, tajuknya flashing. Saya terima keadaan itu. Bila berlaku penggantian paip pecah, mereka perlu flashing menyebabkan air keruh. Tapi di kawasan saya tidak ada kawasan tinggi. Hampir semua mendatar dan hampir semua kampung-kampung ini tak pakai pam. Sekarang apa yang berlaku, ini yang berlaku sekarang, terkini, dalam keadaan biasa pun, bangun nak sembahyang Subuh, tak ada, tak ada air nak ambil wudhu. Bukan keruh, bekalan air itu kecil sangat. Saya tak dapat jawapan yang tepat. Terima kasih Dato' Exco.
Ya, pertamanya saya bersyukur kerana ramai umat di Alor Pongsu itu melaksanakan tanggungjawab mereka menggunakan air dan sebagainya. Tapi oleh kerana kawasan Alor Pongsu ini tidak ada kawasan yang tinggi. Jadi dia menggunakan gravity feed daripada loji rawatan ke tangki simpanan itu dia menggunakan tekanan, tekanan secara natural. Tapi kalau sekiranya berlaku perayaan-perayaan yang sebesar itu, maka dia juga akan mengganggu sedikit tekanan. Jadi saya terima hakikatnya kalau ada paip-paip yang kita ganti kerana dia pecah, jadi permulaan setelah diganti paip baru itu, permulaan air yang masuk ke rumah ke masjid itu, dia akan berkelodak dahulu. Tapi kalau kita buka lebih kurang dalam dua tiga minit, dia akan jadi, jadi jernih semula. Jadi kita minta maaflah kerana kita tak dapat nak cuci seluruh air dalam paip itu bila kita ganti paip baru. Itu masalah yang biasa kita hadapi dan kita akan cuba sedaya upaya nak bersihkan paip ini supaya sebelum kita pasang, bukan perkara yang mudah. Paip itu panjang. Jadi biasanya bila kita masukkan air pakai paip baru, air yang keluar di masjid juga di rumah itu dia akan berkelodak sementara. Tapi sekejap sahaja. Sekian, terima kasih.
Kubu Gajah.
Astaka.
Astaka sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya berkenaan juga tekanan air rendah di Sitiawan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Exco dan LAP kerana selepas saya bangkitkan isu ini sesi sidang yang lepas, saya menerima respon yang positif daripada LAP dan berkaitan dengan makluman yang saya dapat untuk menyelesaikan masalah tekanan air di Sitiawan, akan ada satu kerja pembinaan paip baru untuk, dari Teluk Kepayang ke daerah Manjung. Soalan saya bila kerja itu akan mula dan jangka bila akan siap. Terima kasih.
Terima kasih YB Astaka. Sebenarnya YB Astaka ini dia akan hadir di setiap loji-loji rawatan air kalau sekiranya berlaku gangguan, terima kasih. Baru-baru ini dia pergi ke Teluk Kepayang di Bota. Nak tengok suasana yang dihadapi oleh LAP bila paip itu pecah, untuk pastikan air yang muka sauk dah masuk ke loji rawatan air. Tapi ada kerja-kerja yang sedang dibuat untuk meningkatkan taraf, tahap muka sauk air mentah daripada Sungai Perak dan juga paip kita ganti dengan paip yang besar 1200mm, iaitu prosesnya sedang LAP buat di loji Rawatan Air Teluk Kepayang di Bota. Kalau sekiranya masalah yang dapat kita pasang secepat mungkin, kita akan cuba dan pada akhir tahun ini dapat kita selesaikan. Maka masalah air di Sitiawan, masalah air di beberapa kawasan di Manjung yang tinggi dapat kita selesaikan, termasuk juga di Pulau Pangkor. Usaha sedang dibuat oleh LAP nak baharui muka sauk air, yang mengambil air mentah daripada Sungai Perak. Kemudian paip 1200mm tu akan diganti baru, dan dia akan juga pastikan bahawa pam-pam yang ada ini, ada pernah yang kita nak tingkatkan pam itu, kuasanya. Jadi insya Allah pada akhir tahun ini kalau semua itu dapat diselesaikan pengoperasian tu akan berikan sedikit nilai tambah dan mengurangkan tekanan air yang hari ini dihadapi oleh orang sebahagian di di Manjung. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat..
YB, boleh celah lagi satu?
I rasa tadi saya sudah bagi tiga soalan tambahan. Duduk-duduk. Seterusnya di jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih YB Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 5.
Yang Berbahagia Timbalan Speaker dan kepada Yang Berhormat Kuala Sepetang dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sejahtera 2030. Ini adalah satu soalan berkaitan dengan keadaan denggi dan ini adalah satu perkara yang amat penting untuk kesemua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada dalam Dewan yang mulia ini dan saya akan sentuh berkaitan dengan keadaan denggi di Kuala Sepetang dan juga akan bagi maklumat secara am berkaitan dengan kedudukan demam denggi di Negeri Perak.
Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Sepetang, mulai daripada 1 Januari 2024 sehingga 30 Jun 2024, sebanyak 6 kes demam denggi telah dilaporkan berlaku di kawasan Kuala Sepetang. Kejadian kes dan wabak denggi adalah berkaitan dengan persekitaran yang membolehkan nyamuk Aedes membiak dan menyebabkan penyakit denggi. Keadaan ini berlaku apabila terdapat premis-premis yang tidak diselenggarakan dan dijaga oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya rumah dan lot tanah yang dibiarkan.
Di samping itu, sikap penduduk setempat yang suka menyimpan bekas-bekas tadahan air dan pembuangan sampah yang tidak terurus menyumbang kepada situasi ini. Terdapat juga isu berkaitan dengan struktur bangunan yang menadah air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk seperti longkang tersumbat, gutter dan tangki septik individu. Pada tahun 2019, perkara yang sama berlaku di Kuala Sepetang dan saya telah turun ke padang dan saya telah melihat dengan mata sendiri hotspot-hotspot waktu itu adalah kampung nelayan di mana mereka menggunakan tayar-tayar terpakai dan tinggalkan saja begitu dan itu adalah satu tempat pembiakan nyamuk denggi Aedes dan pada waktu itu kita telah salurkan, Kerajaan Negeri telah salurkan RM20,000 untuk kerja-kerja pembersihan dan dari Januari tahun ini hingga ke Jun 30, tahun ini ada satu kes kematian yang difahamkan melibatkan seorang murid sekolah berumur lapan, keturunan India.
Secara amnya, bagi menangani peningkatan kes dan wabak demam denggi di negeri Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Jawatankuasa Membanteras Denggi Peringkat Negeri Perak dan Daerah telah mengambil langkah-langkah seperti berikut dalam menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes. Pertama, menjalin kerjasama di antara Pejabat Kesihatan daerah-daerah PKD, PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah di semua daerah bagi menangani isu pembiakan nyamuk-nyamuk Aedes yang tinggi di kawasan tanah lot kosong dan rumah kosong atau terbiar. Kedua, memastikan semua tempat tumpuan orang ramai adalah bebas Aedes. Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan memastikan tempat tempat tumpuan awam adalah sentiasa bebas Aedes.
Ketiga, pengukuhan aktiviti penguatkuasaan kesihatan awam, penutupan tempat-tempat tumpuan awam, tapak binaan dan kilang, bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang ditemui pembiakan Aedes bagi mengurangkan risiko jangkitan. Keempat, meningkatkan penglibatan wakil komuniti dan media dalam operasi dan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan demam denggi di peringkat komuniti daerah dan negeri-negeri untuk membuat membantu dalam menyampaikan mesej Jabatan Kesihatan. Kelima, pengambilan personel di bawah Malaysian Short-Term Employment Programme atau MySTEP bagi menjalankan kerja-kerja pencegahan dan kawalan nyamuk Aedes. Menjalankan operasi task force, kawalan denggi dengan mobilisasi anggota dan sumber dari semua Pejabat Kesihatan Daerah bagi membantu daerah dengan beban kes dan wabak yang tinggi.
Di samping langkah-langkah tersebut, Jabatan Kesihatan menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan kes dan wabak demam denggi mengikut standard operation, operating procedure. Setiap kali kes atau wabak dilaporkan dan aktiviti-aktiviti pencegahan seperti aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes, aktiviti semburan kabus, racun serangga sekiranya ada kes dalam keperluan aktiviti larva seeding untuk mencegah dan membunuh jentik-jentik. Aktiviti gotong-royong melibatkan komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan, pendidikan kesihatan dan kempen mengenai demam denggi serta aktiviti memperkasakan komuniti melalui penubuhan pasukan COMBI iaitu Communication for Behaviourial Impact.
Yang Berhormat-Yang Berhormat yang dihormati, pada minggu epidemik ke-27 tahun ini, sebanyak 129 kes denggi telah didaftarkan berbanding dengan 57 kes bagi minggu epik yang sama pada tahun lepas iaitu 2023. Terdapat peningkatan kes yang didaftarkan berbanding minggu sebelumnya iaitu 7 kes. Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun 2024 adalah sebanyak 6,661 kes berbanding dengan tahun 2023 iaitu 1,792 kes pada tempoh yang sama, iaitu terdapat peningkatan kes sebanyak 160.1% atau 2,869 kes. Sebanyak 11 daerah telah melaporkan kes denggi pada minggu epik 27 tahun ini, iaitu Kinta 87 kes atau 70... 67.44% Batang Padang dan Larut Matang dan Selama masing-masing 7 kes iaitu 5.43% Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar dan Muallim, masing-masing 5 kes iaitu 3.88 kes, Kampar 3 kes 2.33 % Hulu Perak dan Kerian masing-masing 2 kes 1.55% manakala Perak Tengah 1 kes iaitu 0.78% secara kumulatif dan kadar kejadian sebanyak 8 daerah menunjukkan peningkatan kes berbanding tahun lepas kecuali Daerah Batang Padang, Kerian, Hulu Perak dan Kampar. Manakala berbanding median 5 tahun bagi tahun, minggu epik 27 tahun iaitu minggu ini semua daerah melaporkan peningkatan kes. Jumlah kumulatif kes kematian denggi sehingga minggu ini adalah sebanyak 7 kes berbanding dengan 0 untuk tempoh yang sama pada tahun lepas dan senarai lokaliti wabak denggi, saya akan bacakan hanya di mana terdapat 10 dan lebih kes. Sebab ada satu list panjang.
Yang kes pertama adalah Kampung Tersusun Pengkalan Pegoh 51 kes. Yang kedua adalah LMS Taman Rakyat sebanyak 49 kes. Yang ketiga adalah di kawasan Kinta, kawasan Perindustrian Taman Meru iaitu 41 kes. Yang keempat adalah Daerah Kinta, Rumah Pangsa Taman Silibin sebanyak 26 kes. Yang kelima adalah di Kinta, Taman Musim Bunga iaitu 20 kes. Yang ketujuh adalah Kampung Das Tambahan 2 di Kinta 11 kes dan akhir sekali adalah Kampung Sungai Tapah di Kinta 11 kes. Jadi ini adalah kedudukan kes dan bandingan kes denggi yang direkodkan dan jumlah kematian di negeri lain berbanding dengan negeri Perak bagi tempoh 1 Januari 20 2024 hingga 30 Jun 2024. Yang paling tinggi adalah di negeri Selangor di mana terdapat kes, jumlah kes sebanyak 39,053 kes dengan kematian sebanyak 12 kes. Diikuti dengan Johor 8,119 kes, kematian 11 kes. Ketiga, Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 7,046 kes, kematian 5 kes. Kemudian diikuti oleh negeri Perak di mana terdapat 4,661 kes, kematian yang dicatat adalah 7 kes. Diikuti dengan Pulau Pinang sebanyak 2,697 kes, kematian 5 kes dan Sabah 2,472 kes dengan kematian 2 kes. Dan di negeri Kelantan 1,097 kes, kematian 1 kes. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, sila Kuala Sepetang.
Terima kasih diucapkan kepada YB Exco di atas penjelasan itu tadi. Berkenaan dengan wabak denggi ini, untuk pengetahuan YB Exco, bukannya baru hari ini, ianya berlaku sudah lama dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana bersungguh-sungguh berusaha untuk menangani masalah wabak ini. Tapi kalau kita tengok Yang Berhormat YB Exco, wabak ini mesti ada puncanya. Kalau kita lihat wabak ini berlaku adalah kerana sikap. Ini adalah punca utama adalah sikap.
Jadi soalan saya, tidakkah pihak kementerian ataupun pihak YB Exco bercadang untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap penduduk-penduduk ini supaya mengetahui betapa bahayanya wabak ini dengan membuat kerjasama yang betul-betul dengan bersungguh-sungguh iaitu memperbanyakkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan kerana jika kita bermula dengan sekolah, kita mendidik mereka pada peringkat tadika lagi bahawa mereka mengetahui bahawa bahayanya wabak ini. Maka pendidikan ini kalau kita berulang-ulang, kita turun ke sekolah-sekolah secara lebih kerap dan membawa pakar-pakar untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada anak-anak ini. Insya Allah mungkin bukan besok tapi mungkin lima tahun akan datang, mereka ini sudah menjadi agak besar dan dewasa dan mereka tahu tentang bahaya ini lebih lebih detail lah. Jadi adakah pihak YB Exco bercadang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebegini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Sepetang. Sebenarnya bagi pengetahuan Yang Berhormat, saya memegang jawatan ini bagi kali ketiga. Kali pertama tahun 2008 lepas tu 2018 lepas tu sekarang Exco kesihatan. Masalah dia sama dan Yang Berhormat telah memberi cadangan-cadangan dalam semasa soalan sendiri iaitu kesedaran berkaitan dengan sikap warga kita. Jika kita meneliti kes demam denggi ini, kalau Yang Berhormat mengambil jalan di kampung-kampung baru ataupun di taman-taman, pasti ada rumah-rumah ketinggalan begitu. Tak ada orang jaga dan saya telah melawat Port Weld di Kuala Sepetang. Port Weld ini saya ingat rasa di Aulong. Ada sebuah kampung, Kampung Boyan, RPT Kampung Boyan. Pada tahun 2019, wabak denggi hotspot adalah di pangsa ini pangsapuri ini. Jadi saya pun turun bawak crane naik ke tingkat 5 lima tingkat 6 melihat tangki-tangki air semua tak ada penutup.
Jadi bila kita menjalankan ujian dengan air-air yang terdapat dalam tangki-tangki berkenaan adanya Aedes. Jadi, Kerajaan Negeri waktu itu telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM70 ribu untuk membaiki keadaan itu dan juga tong sampah tong sampah. Kalau kita jalan ke dalam flat itu, kita dapat hampir 20 peratus daripada unit-unit sana, tidak ada orang tinggal tinggal begitu dan tempat itu unit-unit itu menjadi tempat pembuangan sampah di kawasan Yang Berhormat pun sama di kawasan nelayan. Saya juga telah turun padang dan melihat kawasan dia sama. Jadi apabila kita turun, kita membuat kebersihan kita apabila kita panggil orang awam keluar susah nak dapat kerjasama. Kalau Yang Berhormat hendak saya akan menganjurkan satu gotong-royong di kawasan Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh lihat dengan mata sendiri berapakah orang di kawasan tempatan itu yang keluar membantu kita. Jadi ini adalah sikap-sikap warga kita. Jadi kita let me finish it please. Ini adalah tanggungjawab kita untuk mengubah sikap ini. Kedua, kita juga ada Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Peringkat Negeri dan saya adalah pengerusi.
Berkaitan dengan unit-unit, rumah-rumah yang ketinggalan begitu abandon property. Jadi, saya telah meminta pihak PBT untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pemilik-pemilik rumah-rumah ini dan percayalah, memang di bawah undang-undang kita boleh ambil tindakan undang-undang. Sepatutnya kita kena ajar pemilik-pemilik rumah itu janganlah susahkan orang awam di situ dia tak tinggal di sini dia tinggalkan rumah. Ada banyak rumah terbengkalai di kampung-kampung baru. Begitu juga di kawasan-kawasan perumahan, jadi kita kena bersama-sama mengambil tindakan atas terhadap isu ini dan saya harap Exco Kerajaan Tempatan akan memberikan kerjasama sepenuhnya. We have to do a precedent case. Katakanlah mereka ini tak bayar cukai tanah. Ada. Ia adalah hak kerajaan untuk bukan merampas untuk mengambil balik harta-harta ini dan boleh jual kepada orang lain dan seterusnya kita boleh mengawal keadaan denggi. Itu adalah di mana ada rumah-rumah terbengkalai.
Yang kedua, apabila seperti yang saya kata berkaitan dengan pendidikan, kita telah pun jalankan beberapa usaha untuk mengadakan pendidikan ini untuk dan mulai daripada tabika, tabika, tadika, sekolah rendah dan sebagainya. Jadi dan dan kita juga boleh lihat signage-signage di merata-rata tempat berkaitan dengan bahayanya denggi-denggi ini. Jadi orang awam ini bukan dia tidak tahu tapi ada yang buat tak tahu yang ada pula dia menjaga sekeliling dalaman rumah dia tetapi di luar tidak. Jadi ini adalah usaha bersama-sama oleh pihak Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang untuk membantu keadaan ini. It is very serious more serious dengan covid. Covid sekarang dah kurang dah tidak menelan nyawa tapi ini dah berlaku. Jadi, saya percaya saya akan dapat kerjasama. Nampaknya ramai dah bangun dah. Ok silakan.
Bukit Chandan sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya dapati amalan sekarang ini bila berlaku sesuatu kes denggi di sesuatu kawasan baru digerakkan team kesihatan untuk membuat pemantauan, membuat pemeriksaan dan membuat program gotong-royong di kawasan berkenaan dan saya dapati kalau satu-satu kawasan tu bila dibuat gotong-royong memang tak ada sambutan daripada penduduk. Yang datang buat gotong-royong tu hanyalah kakitangan kerajaan sahaja seperti majlis, pejabat kesihatan, penghulu dan lain-lain lah. Penglibatan penduduk itu sendiri tidak ada. Jadi apa saya nak cadangkan sini pihak kementerian pihak berkuasa sentiasa buat pemantauan berterusan. Walaupun kes tu tak ada kes denggi tu tidak wujud tapi gerakan daripada agensi kerajaan untuk memantau kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Contoh macam kawasan yang kurang menjaga kebersihan di mana terdapat air bertakung dan banyak jentik-jentik kawasan dikeluarkan kompaun. Jadi ini akan menimbulkan satu kesedaran kepada orang ramai dan lebih awareness tentang keadaan penyakit-penyakit denggi ini dan bukan bila ada kes baru nak buat pemantauan. Pemantauan biarlah berterusan sama ada kawasan tu terlibat ataupun tidak. Yang penting kita menggalakkan penduduk supaya tidak menternak jentik-jentik. Kita pastikan kawasan penduduk kawasan persekitaran adalah bersih daripada takungan air yang boleh menternak jentik-jentik. Terima kasih.
Timbalan Speaker saya tambah.
Manjoi, Timbalan Speaker.
Bagi Exco, penjelasan dulu.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Chandan. Berkaitan dengan apa yang kalau saya ini betullah apa yang ingin saya yang Berhormat Bukit Chandan nyatakan adalah prevention is better than cure. Jadi kita telah bergerak sekurang-kurang saya tahu selaku Exco Kesihatan kita bergerak, tetapi Yang Berhormat harus setuju bahawa kita juga tidak ada tenaga yang mencukupi untuk bergerak. Jadi di peringkat Yang Berhormat kita ada 59 Adun di sini. Jadi kalau masing-masing ada Adun boleh memantau kawasan sendiri dan memberi maklumat kepada kita untuk mengambil tindakan. Maka kita pun boleh turun. Kadang-kadang tempat yang kita pergi untuk gotong-royong walaupun saya dah maklumkan kepada Adun di kawasan atau wakil rakyat di kawasan tetapi mereka sendiri tak keluar. Saya bukan saja tuduh di sebelah sana kedua side sini pun sana sama. Jadi saya percayalah yang sahabat saya, ketua pembangkang akan nasihatkan rakan-rakan beliau. Bila kita datang, saya akan maklumkan. Hari tu saya melawat Felda di Slim. Walaupun rakan sahabat saya ini pembangkang, saya panggil beliau duduk sebelah, bincang isu kesihatan bersama-sama. Ini bukan isu kerajaan saja. Pembangkang-pembangkang pun harus terlibat. Jadi saya tak pilih kerajaan. Apabila saya melawat Manjoi, saya memanggil Manjoi untuk bersama-sama dengan saya. Jadi there is no issue of segregation, marginalization dengan izin. Jadi haraplah kesemua Adun janganlah tolak kepada kita saja susah.
Timbalan Speaker.
Manjoi sikit.
Terima kasih YB Exco.
Alor Pongsu terakhir soalan tambahan soalan
Ok, YB Exco. Pertamanya, Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan dan kakitangan dan YB Exco pun saya tengok jadi proaktif tapi saya tak pernah dipanggil. YB Exco dah turun kawasan Kerian banyak kali. Saya tak pernah dipanggil. Tak pernah dimaklumkan. Jadi saya nak bagi tahu yang itu. Kemudian yang pertama statement YB Exco tadi saya nak tanya juga dalam keadaan sekarang denggi dengan Covid, kes mana lebih banyak dan kes mana yang lebih diberi keutamaan banyak dan sedikit. Kemudian yang kedua tentang peruntukan undang-undang tadi di Taman Seri Pongsu di belakang kedai-kedai tu, longkang tidak diselenggarakan. Saya adu kepada PBT nampak gaya tak move. Saya nak tanya Jabatan Kesihatan akan saman PBT ke, tuan-tuan kedai itu? Sebab kontraktor ada dorang bayar untuk selenggara. Jadi Covid dengan Denggi which one is lebih keutamaan?
Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Yang terkait berkaitan dengan enforcement. Enforcement itu adalah di bawah PBT, di bawah Majlis Tempatan. Jadi, Yang Berhormat bolehlah membuat laporan kepada Majlis Tempatan. Tiap-tiap Majlis Tempatan, ada Penasihat Undang-Undang sendiri. Jadi sepatutnya mereka mengambil tindakan. Saya selaku seorang peguam, saya tak boleh ambil tindakan. Tinggal lagi adakah kita berani nak ambil tindakan atau tidak tetapi keadaan dah sampai di mana kita harus tindakan, ambil tindakan tegas. Jadi, saya telah pun meminta Exco Kerajaan Tempatan to look into this seriously dan ambil tindakan undang-undang. Memang ada follow up dari kes ini. Kedua ini berkaitan dengan perbandingan Covid dan denggi satu masa dulu tahun 2020, tahun 2021, 36,000 nyawa telah terkorban dalam Covid tetapi buat sekarang ini, just in past few years dalam enam bulan ini nampaknya denggi ini lebih merbahaya daripada Covid sebab Covid ini tidak meragut nyawa. Denggi ini dah korban tujuh nyawa. Covid sudah ada ubat. Sudah ada vaksin tapi di sini tidak. Jadi di sini isu pertama adalah pengawalan. Jadi, masing-masing kena turun ke padang menjalankan kerja-kerja pengawalan. Saya percaya jawapan itu. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Timbalan Speaker, Manjoi satu.
I rasa tadi saya sudah bagi beberapa soalan tambahan. Sudah cukup. duduk, duduk. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Dengan izin satu pantun.
Hello darling selamat malam, Soalan Selinsing nombor 6.
YB Exco, mic.
Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Selinsing secara keseluruhan, prestasi sektor pelancongan domestik atau harian pada tahun 2023 telah meningkat sebanyak 17.4% berbanding tahun 2022. Pada tahun 2023, negeri Perak telah mencatatkan kedatangan pelancong domestik harian sebanyak 17.1 juta orang manakala pada tahun 2022 adalah sebanyak 14.6 juta orang. Bagi kategori pelancongan domestik bermalam pada tahun 2023 telah meningkat sebanyak 19, minta maaf sebanyak 9.3% berbanding dengan tahun 2022. Negeri Perak telah menerima 7.5 juta pelancong domestik yang bermalam pada tahun 2023 berbanding 6.9 juta pelancong pada tahun 2022. Jumlah data ini adalah daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Bagi pelancong antarabangsa pula, jumlah pelancong bagi tahun 2023 telah meningkat sebanyak 100.63% berbanding tahun 2022. Kedatangan pelancong antarabangsa adalah berjumlah 867,665 orang pada tahun 2023 manakala pada tahun 2022 adalah 333,306 pelancong. Sumber ini, sumber data ini adalah daripada Malaysia Hotel Guest oleh Tourism Malaysia.
Melalui kutipan data ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif dan telah melepasi sasaran yang ditetapkan manakala berdasarkan statistik keluar masuk pelancong di Negeri Perak melalui pintu masuk darat dan udara dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi pelancongan domestik untuk Januari hingga Mei 2024 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 18.4% berbanding bulan yang sama pada 2023. Pelancong domestik bagi tahun… minta maaf bagi bulan Januari sehingga Mei 2024 adalah berjumlah 513,536 orang pelancong. Tahun 2023 bulan Januari sehingga Mei pelancong-pelancong domestik adalah berjumlah 433,650 orang pelancong. Bagi pelancong antarabangsa pula bulan Januari sehingga Mei 2024 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 11.5% berbanding bulan yang sama bagi tahun 2023. Pelancong antarabangsa bagi bulan Januari hingga Mei 2024 adalah berjumlah 19… minta maaf 192,558 orang manakala jumlah pelancong antarabangsa bagi bulan Januari sehingga bulan Mei 2023 adalah berjumlah 172,748 orang pelancong. Berdasarkan kutipan data pelancong yang diperolehi oleh Tourism Perak melalui produk pelancongan dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi bulan Januari hingga Jun 2024 juga telah meningkat sebanyak 72% berbanding bulan yang sama bagi tahun 2023. Jumlah pelancong yang telah dicatatkan bermula bulan Januari sehingga bulan Jun bagi tahun 2024 adalah berjumlah 3,611,385 orang pelancong manakala bagi Januari sehingga Mei 2023 adalah berjumlah 2,099,335 orang pelancong.
Tambahan berdasarkan survey yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan sebelum ini, destinasi seperti Ipoh, Manjung dan Taiping terus menjadi tarikan utama bagi para pelancong. Sebagai contoh, Ipoh berdasarkan sumber yang diberikan oleh Scribd.com pada bulan April yang lepas, Ipoh diiktiraf sebagai salah satu destinasi percutian menarik di Malaysia menduduki tempat kelapan dalam senarai tersebut. Dikenali sebagai bandar yang kaya dengan sejarah perlombongan bijih timah, Ipoh menawarkan pemandangan bangunan-bangunan kolonial yang cantik dan seni jalanan yang memukau di kawasan-kawasan bandar sekitar. Pelancong berpeluang menikmati pelbagai hidangan tempatan terkenal seperti kopi putih, nasi kandar, tau fu fah, hong piah dan banyak lagi.
Selain itu, menurut portal panduan perjalanan Culinery Taste Atlas, Kopi Putih Ipoh telah diiktiraf sebagai antara kopi-kopi teratas di dunia menduduki tempat ke-10 daripada senarai 39 kopi teratas dalam dunia yang dikeluarkan pada 13 Mac lalu mengalahkan dan juga setaraf dengan kopi-kopi antarabangsa yang terkenal seperti espresso dan juga kopi Vietnam. Selain itu, Manjung berdasarkan sumber yang diberikan oleh Enjoy Taste.com pada bulan Jun ini, Pulau Pangkor di Daerah Manjung, Negeri Perak telah diiktiraf sebagai salah satu destinasi bulan madu terbaik di dunia menduduki tempat kelapan dalam senarai tersebut. Pulau tropika terpencil ini menawarkan suasana tenang dengan beberapa hotel terbaik termasuk Pangkor Laut Resort yang terkenal di sini dan juga penginapan di chalet atas air yang berpengalaman mewah sepenuhnya ditambah dengan pakej-pakej bulan madu yang istimewa. Sudah tentunya untuk yang berbulan madu bukan sahaja mereka yang kaya-raya, ada juga yang ingin berbelanja dengan berhemah.
Pangkor juga menjadi satu pulau di mana autentisitinya tidak tercemar dan juga mempunyai pengalaman-pengalaman untuk duduk di kawasan-kawasan kampung. Secara keseluruhannya, prestasi sektor pelancongan di negeri Perak telah menjalankan atau menunjukkan peningkatan yang sangat ketara pada tahun 2023 dengan pertumbuhan positif dan jumlah pelancong domestik dan antarabangsa. Peningkatan ini juga berterusan pada awal 2024. Data dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan Tourism Malaysia menunjukkan bahawa Perak terus menjadi destinasi menarik bagi pelancong dengan destinasi utama seperti Ipoh, Manjung, Taiping juga terus menarik perhatian pelancong domestik dan antarabangsa. Peningkatan ini mencerminkan daya tarikan negeri sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan sejarah, budaya dan keindahan alam semula jadi.
Soalan tambahan, Selinsing sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas penjelasan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya jika melihat ataupun ditinjau di dalam media sosial, terdapat dakwaan-dakwaan negatiflah berkenaan dengan Tahun Melawat Perak, kita dibanding bandingkan dengan Tahun Melawat Perlis, Tahun Melawat Melaka ada yang mengatakan kurangnya promotion ataupun hebahan yang dibuat oleh kita berbanding dengan negeri-negeri tersebut. Hebahan ada dan tak sampai ini yang dalam media sosial. Kemudian sebut juga tentang fasiliti yang kurang baik infra, lampu jalan pun disebut, kemudian disebut juga ada tempat tempat yang viral tapi bila pegi rupanya indah khabar daripada rupa. Ini menyebabkan kita punya pelancong jadi kecewa dan sebagainya. Jadi soalan sayanya apakah tindakan ataupun sejauh mana sebenarnya dakwaan-dakwaan ini dan apakah tindakan dan perancangan kerajaan dalam mengatasi perkara ini terima kasih?
Terima kasih, sebenarnya saya ingin nak katakan di sini dalam konteks ada beberapa nombor satu adalah promosi, nombor dua adalah tempat-tempat pelancongan tersebut lah betul.
Fasiliti, infra.
Fasiliti, infra ok so, kita pecahkan kepada dua nombor satu berkenaan dengan promosi nombor dua berkenaan dengan fasiliti dan infra. Sebagai contoh, saya ingin nak bangkitkan dulu fasiliti dan infra-infra. Jadi kita kena bandingkan dengan negeri-negeri lain yang sedang menjalankan apa orang katakan tahun melawat mereka seperti di Melaka dan juga di Perlis. Ingin sukacita ingin saya maklumkan bahawa untuk fasiliti dan infra, kita kena terima suka tak suka kita kena terima bahawa negeri Perak ni jauh lebih besar daripada apa dikatakan Melaka ataupun Perlis. Sekiranya RM10 juta tu itu dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Perak atau RM10 juta yang sama dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Melaka ataupun Perlis. Walaupun saya tidak suka membangkitkan nama-nama negeri tersebut bukan kerana saya benci kerana saya tak suka nak membandingkan negeri-negeri ini kerana mungkin akan menjadikan persaingan yang kalau sihat ok, tapi takut terjadi macam kita nak merendahkan negeri lain orang pula itu nombor satu tetapi walaupun tetapi walau bagaimanapun, memandangkan sudah dibangkitkan saya bagi contoh RM10 juta kalau nak letak kat Perak, kita mempunyai kawasan yang mungkin dalam antara 5 hingga 10 kali ganda lebih luas daripada negeri Melaka dan mungkin 10 kali ganda lebih luas daripada negeri Perak tertentunya untuk satu kawasan satu kilometer persegi.
Contoh duit yang turun di Melaka atau di Perak jauh lebih banyak akan turun di Melaka atau di Perak dan minta maaf di negeri Perlis. Itu hakikatnya nombor 2 dari segi kita nak katakan di mana untuk negeri Perak kalau kita nak pakai kepala kita dalam segi apa yang dikatakan sebagai businessman. Sebagai contoh, peniaga adalah lebih wajar untuk Kerajaan Negeri melabur duit pada tempat-tempat seperti contoh di Ipoh sahaja kerana Ipoh merupakan tarikan pelancong yang paling tinggi, hampir dua pertiga lebih kurang jumlah pelancong yang datang ke Perak akan duduk kat Ipoh. Jadi itulah tempat tumpuannya ataupun di second liner mungkin kita katakan di kawasan Manjung dan Pangkor tetapi sekiranya kita melakukan tindakan-tindakan tersebut, apa yang akan jadi dengan rakyat di Selama? Apa yang akan terjadi kepada rakyat di Gerik? Nanti kita dikatakan ini kawasan pembangkang. Jadi mungkin kerajaan akan ialah anak tirikan mereka. Jadi, kerajaan mengambil keputusan untuk kita memberi sama rata kepada semua daerah.
Dengan keadaan kita punya peruntukan yang kita perlu menjaga banyak benda. Sekiranya semua duit itu diletakkan dalam satu kawasan memang tidak boleh jadi kita kena letaklah di semua daerah yang ada dan bila kita letak di semua daerah yang ada itu yang merupakan akan merumitkan permasalahan kita. Apabila semua daerah yang ada, kita letak kita mungkin akan menjadikan duit yang sampai di daerah itu tidak besar ke mana dan bila duit itu tidak besar ke mana, maka usaha yang kita dapat lakukan mungkin akan di nilai atau di kontekskan sebagai tidak usaha ke mana. Jadi sekiranya duit pelancongan untuk negeri Perak, kita letak sahaja dalam Ipoh sebagai contoh atau dekat Pangkor sebagai contoh atau dekat Manjung, Taiping mana-manalah Gerik pun atau Selama pun tak kisah. Satu tempat kita bom saja RM10 juta promosi satu tempat gerenti meletop tempat tu. Masalahnya apa nak jadi dengan rakyat negeri Perak di kawasan-kawasan lain? Itu nombor satu, nombor dua apa yang kita didatangkan juga ialah kenapa kita tak buat banyak sikit? Kenapa kita tak buat lebih sikit? Kita juga berdepan dengan masalah promosi di mana sama ada duit kita yang tidak seberapa banyak itu kita nak letak di dalam Perak atau kita nak letak di luar Perak? Kalau kita nak pacak di dalam Perak untuk syok sendiri RM10 juta ok saja. Kita pastikan setiap jalan dalam Negeri Perak ni ada banner Tahun Melawat Perak.
Kita pastikan setiap banner yang ada dekat Perak ini kita pastikan setiap Perak ni ada billboard-billboard kita pastikan flyers kita berterabur dekat dalam negeri Perak tetapi kalau kita lakukan itu, tidakkah itu menjadi syok sendiri kepada orang Perak, semata mata Exco Pelancongan nak menunjukkan kepada orang Perak, Exco sedang bekerja semata-mata Exco nak menunjuk kepada orang Perak kepada penyokong Exco undilah Exco ini kerana Exco ni rajin tetapi hakikatnya orang di luar negeri Perak tidak akan dapat melihat atau merasakan promosi-promosi ini. Jadi, kita mengambil pendekatan kita percaya kepada orang-orang Perak bahawa orang-orang Perak akan menjadi ambassador atau duta pelancongan perak kepada orang asing dan berkata yang baik-baik sahaja ke Perak tetapi kita faham manusia kadang-kadang tidak semua akan suka berkata baik-baik. Ada yang akan suka membawakan isu-isu atau perkara-perkara untuk dibesarkan atau digembar-gemburkan semata-mata untuk kedudukannnya sendiri. Saya belum habis jawab kejab-kejab, panjang lagi. Jadi itu baru kita kenal, jadi kita nak letak di luar atau di dalam.
Kalau contoh kita tengok dekat billboard-billboard di luar kita tengok yang papan tanda gergasi dekat KL tu punya banyak kita letak berlambak. Itulah orang yang datang ke Perak. Orang Perak kita tak payah iklankan kepada kita tak perlu iklankan kepada orang Kampar untuk datang ke Ipoh. Kita tak perlu iklankan kepada orang Taiping untuk datang ke Ipoh atau orang Ipoh pergi Taiping itu kita sendiri dah tahu. Sebagai contoh lagi, kita mempunyai banyak rapid dekat kereta api ETS dekat airport dekat macam-macam tempat supaya orang datang kita melakukan promosi ke luar negeri bersama sama ada kita keluar dengan negeri Perak dengan agensi ejen sendiri ataupun kita keluar bersama mereka daripada kementerian. Semestinya kita melakukan kerja kerja atau selain daripada promosi yang kita katakan iklan sahaja kita juga perlu melakukan kerja-kerja networking dan itu juga membabitkan kos. Tentang promosi inilah last sekali saya nak bawa ialah sama ada kita RM10 juta itu cukup untuk kita nak guna atau RM20 juta atau RM30 juta.
Sebagai contoh, ada yang membandingkan kenapa negeri lain menggunakan bintang filem yang terkenal. Kenapa Perak tidak menggunakan bintang filem yang terkenal? Saya nak bagi contoh negeri yang menggunakan bintang filem yang terkenal itu memerlukan malah, saya tidak diberitahu secara rasmi tetapi melalui dengan izin perbelanjaannya tidak kurang daripada bayaran RM3 juta. Untuk datangkan dia sahaja belum termasuk kos-kos event. Pendekatan Perak adalah perbelanjaan secara berhemah kerana kita memerlukan duit itu untuk membangunkan jalan kampung kerana kita memerlukan duit itu membersihkan tandas yang rosak. Kita memerlukan duit untuk membaiki surau, sekolah dan sebagainya. Jadi saya bagi satu contoh, kita dengan menggunakan perbelanjaan sebanyak RM4 ribu sahaja. Satu contoh ni sahaja. Sebab kalau nak guna banyak nanti tak habis masa Dewan. Satu, satu perbelanjaan yang melibatkan sebanyak RM4 ribu yang telah dibelanjakan oleh kami daripada Pejabat Exco, di mana ke, daripada bintang-bintang daripada filem-filem daripada Taiwan ni, mereka telah melakukan penggambaran daripada 11 hingga, 11 Julai hingga 14 Julai 2023 di mana mereka juga telah melakukan tayangan-tayangan di Taiwan pada Ogos 2023, di mana rating daripada 'Taiwan TV Program' untuk episod pertama seramai 630 ribu view.
Second episode 530 view dan total rating sebanyak 1.16 juta view. Ingat, perbelanjaan RM4 ribu ni bukan setakat ini, malah daripada social media mereka sebanyak daripada subscriber YouTube dan Instagram mereka 1.56 juta dan juga 721,000 secara totalnya dua ratus sembilan puluh dua ribu perpuluhan empat tujuh sembilan minta maaf, 292,479 view. Lepas tu ada lagi. Atas on vacation 2024 shooting periodnya ok adalah 19 April hingga 24, 24 April 24. Kita menggunakan cuma RM2 ribu ringgit, RM2 ribu ok, yang di mana broadcast nya adalah pada Jun 2024 dan rating daripada Taiwan program ni. First episode 185,000 view, second episode 185 view, third episode 185 view dan juga seterusnya empat di mana total social media jugak 260 ribu view. Total rating untuk kita perbelanjaan dalam lebih kurang berapa ni. Yang ini mintak maaf baru ada lebih kurang 1 juta dalam menggunakan RM6 ribu. Kita dah ada lebih kurang dua juta lebih orang tengok kita. Ini kita nak gunakan perbelanjaan berhemah. Kalau kita nak gunakan RM5 juta, RM10 juta datangkan mereka yang ramai-ramai untuk datang ke negeri Perak semata mata, kita kena tengok bintang filem itu juga. Saya belum habis lagi kejab sebab ini orang serang dia nak bangkitkan banyak kali dah. Saya duduk diam-diam saja sebab saya tak suka nak melawan, tetapi tapi bila nak bangkitkan dan memandangkan ini sidang Dewan nanti saya bagi peluang Semanggol, tak apa. Saya bagi ni so saya kena bangkitkan. Sebagai contoh, kita nak gunakan bintang filem kita atau bintang-bintang terkenal di serata dunia. Kita kena juga tengok tabiat. Sebagai contoh saya kata target itu di Taiwan, sebagai contoh itu aje. Taiwan dan kita kena faham apa yang berlaku di Taiwan, kita tak nampak di Ipoh. Saya nak tanya di sini siapa yang tengok TV di Taiwan.
Tuan Speaker, jawab soalan kenapa panjang sangat ni?
Saya banyak, ia kalau tak nak saya jawab, saya boleh duduk tak apa nanti Semanggol jangan tanya. Kalau nak tanya bagi saya jawab.
Exco, sila duduk. Duduklah Semanggol.
Bagi saya jawab. Kalau Semanggol mintak saya duduk, saya duduk terus. Saya tak jawab dah. Nak saya jawab ke tak nak?
Exco sila.
Ok, jadi inilah perangai ketua pembangkang. Nak orang jawab tapi tak bagi orang jawab. Sila duduk dulu nanti saya bagi peluang.
Soalan panjang sangat meleret, Timbalan Speaker.
Atas permintaan YB Semanggol saya duduk saya takkan jawab dah. Jadi ingat sidang Dun, saya tak jawab atas permintaan pembangkang, bukan saya tak nak jawab ok, terima kasih.
Soalan tambahan, Pasir Pinji sila.
Okey, saya rasa terima kasih Timbalan Speaker. Saya rasa Ketua Pembangkang memang sikap abailah. Biarlah Exco yang jawab dah la kita dengar. Masuk Dewan gunalah cara hari 3 hari ni untuk dengar apa Exco kata. Janganlah tak dengar Exco kata, lepas tu keluar lagi kata yang bukan-bukan lagi. Dengarlah kata. Bila orang jawab dengar. Bila you tanya soalan kita dengar juga.
Soalan-soalan.
Soalan saya untuk YB Exco. Memandangkan peningkatan pelancong antarabangsa meningkat 160 peratus pada tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022 dan boleh dijangkakan jumlah pelancong antarabangsa akan terus meningkat lagi sempena Tahun Melawat Perak 2024. Maka soalan saya, apakah status terkini untuk kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh akan digunakan dan apakah manfaat kepada sektor ekonomi dan juga sektor perindustrian sekiranya kerja-kerja tersebut diselesaikan? Terima kasih.
Terima kasih YB Pasir Pinji. Terima kasih kerana memberi sokongan tapi itulah hakikatnya kerana apabila seperti sidang di lepas pun, sidang lepas kita bagi beberapa hari untuk soalan dan jawab, dia tak nak tanya dia tak nak jawab. Lepas tu dia buat sidang kat media kata kita tak jawab dia. Sekarang saya nak jawab pun dia tak bagi saya jawab. Tapi, tapi soalan Pasir Pinji saya rasa bukan merupakan satu soalan kepada saya sahaja. Bagi pihak Pasir Pinji, saya rasa warga seluruh negeri Perak pun mengambil berat atas isu ini. Sebenarnya kita bersyukur bahawa isu ini mendapat sokongan bukan sahaja daripada Adun-Adun atau YB-YB di belah kerajaan malah di belah pembangkang dan juga semua penjawat awam dan juga agensi-agensi.
Jadi, setakat ini saya difahamkan bahawa kerajaan minta maaf, bahawa lapangan terbang di Ipoh akan sedang dan akan menjalankan upgrading work dia sebanyak lebih kurang RM8 juta telah diperuntukkan oleh MAHB dan akan dijalankan dalam tempoh terdekat. Cuma pada masa yang depan, MAHB juga akan melaburkan sebanyak, kalau saya tak silap saya lebih kurang RM50 juta untuk upgrading work bukan sahaja di bahagian terminal dia dan juga di bahagian-bahagian lain dialah. Kerjasama ini bukan merupakan kerja saya seorang tetapi selebihnya merupakan kerjasama daripada ramai rakan-rakan di pusat dan juga di negeri dan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri KPKT yang juga telah berusaha keras untuk menarik untuk menarik kerja-kerja untuk upgrading ini dan juga mengucapkan terima kasih juga kepada Menteri Pengangkutan.
Selain daripada itu, apa kita berkata mengenai upgrading work ini sahaja. Jadi bukan mengenai lapangan terbang itu sendiri. Kita perlu bersedia dengan banyak-banyak benda yang lain. Sebagai contoh, apabila upgrading work ini datang, kita memerlukan hotel-hotel dan kita sukacita ingin maklumkan juga bahawa kita sedang ada hotel yang bertaraf antarabangsa datang dan juga ada kenaikan-kenaikan hotel-hotel butik ini. Kita juga memerlukan infra-infra seperti MBI saya difahamkan telah bersetuju untuk membesarkan jalan daripada lapangan terbang sehinggalah ke jalan utama. Jadi ini juga sangat penting kerana apabila lapangan terbang itu telah dinaik tarafkan dalam beberapa tahun akan datang dan siap sedia itu, kita juga perlu ada jalan yang cantik dan sebagainya. Kita tidak perlu apabila kita keluar nanti jalan itu tidak siap. Begitu juga permintaan daripada MAHB bahawa apabila mereka menaikkan kerja-kerja ini, Kerajaan Negeri perlu bersedia dengan beberapa tempat. Jadi kita telah Kerajaan Negeri memang bersedia. Kita juga telah mengaturkan sebagai contoh dengan PKNP yang akan membawa sektor-sektor industri seperti Invest Perak juga yang akan berjaya membawa akan membawa sektor-sektor industri untuk berjumpa mereka untuk berbincang dengan Belly Cargo.
Apabila Belly Cargo ni ada dekat lapangan terbang tersebut, maka dijangka kos tiket kapal terbang tu akan turun, ok dan apabila kos tiket kapal terbang tu turun dan maka setiap penerbangan tu mempunyai kapasiti yang cukup, maka ia dapat berkekalan. Jadi kita di Ipoh tidak bukan meminta untuk menjadi lapangan antarabangsa yang boleh terbang sampai ke dua puluh jam, tiga puluh jam, tidak. Kita cuma ingin menjadi lapangan terbang rigeonal di mana kita dalam penerbangan kita antara dua ke empat jam. Jadi ini boleh membuka kita lebih luas biar daripada sektor pelancongan ataupun daripada sektor industri kerana kita nak lihat apabila sekarang lapangan terbang dia cuma ada di antarabangsa dia cuma bertumpu di kawasan KLIA dan juga Penang. Jadi, ia menyebabkan banyak kluster pelancongan suka tak suka dia akan ke sana, okey. Mereka lawat sebagai contoh, apabila kita turun daripada lapangan terbang, kita akan berjalan ke situ. Sama juga dengan industri. Jadi apabila lapangan tu datang di Ipoh, jadi ia menyebabkan kita kenaikan kita negeri Perak yang telah lama sekian lama. Saya ingat, penggal pertama saya duduk kat situ lagi sampai tahun lepas. Bukan tahun lepas, beberapa penggal lepas.
Soalan utama kita di pembangkang adalah setiap tahun ialah kenapa Perak dianaktirikan. Jadi kita syukur sekarang apabila kita di Negeri Perak dalam penggal ini, kita nampak bermacam macam telah dibawa ke Negeri Perak. Kawasan industri yang dulu tak pernah ada, tak pernah dibawa ke Perak kita bawa ke Perak. Peruntukan pelancongan yang dulu tak berapa sikitnya sekarang menjadi begitu banyak. Jadi, kita bersyukur bahawa sebagai pendek kata nanti saya dituduh cakap panjang lebar pulak. Jadi kita bersyukurlah bahawa lapangan terbang itu akan datang.
Saya ucapkan sekali lagi. Terima kasih kepada Menteri KPKT yang juga telah banyak membantu dalam usaha-usaha mendapatkan upgrading work for lapangan terbang ini, terima kasih.
Alor Pongsu, Timbalan Speaker.
Duduk semua duduk. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan nombor soalan. Sila Menglembu.
Timbalan Speaker, perkara ini penting, kita bincang untuk pembangunan negara.
Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat Menglembu.
Tak kita minta sekarang Dewan ni (gangguan)
Saya cakap tak bagi, sila duduk Alor Pongsu
Kena berlaku adil. semangat perpaduan.
Tuan Speaker itu Semanggol, saya Alor Pongsu pasal saya nak duduk lagi duduk bawah.
Saya mohon semua duduk. Menglembu sila.
My capasity tu minta, minta…
Saya cakap. Saya sudah cakap tak boleh sila duduk Yang Berhormat, Menglembu sila.
Tak kan Dewan macam ini tak boleh tanya soalan sampai tak boleh nak bercakap.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Menglembu soalan yang ketujuh.
Oh, macam ni rupanya Kerajaan Perpaduan.
Semanggol duduk.
Sengaja la ni sengaja?
A’uzubillah minash shaitanir rajeem bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menglembu yang membangkitkan soal kanak-kanak. Untuk soalan 3 pecahan dan pecahan pertama saya ingin menjawab berkaitan dengan dasar Kerajaan Negeri untuk kanak-kanak dan untuk makluman Menglembu, untuk dasar Kerajaan Negeri Perak terhadap perlindungan dan keselamatan kanak-kanak adalah kita merujuk kepada dasar sedia ada di peringkat persekutuan, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara 2009 dan kedua, dasar ini memberi fokus kepada hak perlindungan dan juga keselamatan kanak-kanak. Dasar Kanak-Kanak Negara 2009 telah dibentuk bagi menyahut saranan Konvensyen Kanak-Kanak, Convention on The Right of The Child 1985, yang memfokuskan kepada empat perkara iaitu kelangsungan untuk kelangsungan hidup seterusnya untuk tujuan perlindungan, perkembangan dan penglibatan ataupun penyertaan kanak- kanak. Ini bagi memberi tumpuan kanak-kanak di Malaysia untuk mereka mendapatkan hak agar menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif. Ia juga bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni.
Di antara program-program yang dihasilkan oleh JKM bagi mendepani dasar ini adalah Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK). Manakala dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara 2009 pula mengutamakan kepentingan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak dan dasar perlindungan kanak- kanak amat perlu bagi menggalakkan setiap agensi organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka. Secara khususnya, dasar perlindungan kanak-kanak bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan dan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak termasuk setiap anggota masyarakat dalam kita melindungi hak kanak-kanak. Terdapat 7 objektif utama yang telah digariskan di dalam dasar ini iaitu yang pertama meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Kedua mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak. Ketiga menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak untuk mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing. Yang keempat melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan juga eksploitasi terhadap kanak-kanak. Yang kelima menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak.
Yang keenam meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak dan yang ketujuh, meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap anak-anak atau kanak-kanak. Bagi tahun 2024, sebanyak 300 siri Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak (KASIH). Kita namakan KASIH kanak-kanak telah dirancang di seluruh negara termasuk di negeri Perak sendiri. Dengan pelaksanaan program sebanyak 30 siri program dan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak, ibu bapa, keluarga dan komuniti setempat dengan tentang tindakan yang perlu mereka lakukan sekiranya berhadapan dengan masalah penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Bagi pecahan soalan B, laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak berkenaan statistik kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah telah mencatatkan sebanyak 343 kes pada tahun 2022 sehingga 19 Jun 2024 seperti pecahan berikut. Pada tahun 2022 158 kes tahun 2023 134 kes dan sehingga 19 Jun 2024 sebanyak 51 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan daripada 2022 sehingga 2024 sebanyak 343 kes.
Manakala penyumbang kes mengikut jantina lelaki 314 kes, perempuan 29 kes. Kes tertinggi direkodkan kesalahan kanak-kanak terlibat dengan jenayah mengikut jenis kesalahan sepanjang tahun 2022 sehingga 19 Jun 2024. Kita pecahkan kepada beberapa kesalahan yang pertamanya, kes dadah 85 kes diikuti dengan jenayah berkaitan dengan manusia 84 kes, jenayah dengan harta benda 76 kes, lalu lintas 56 kes, lain-lain 29 kes, judi 8 kes, Akta Kesalahan Kecil 3 kes, senjata dan bahan api satu kes dan kesalahan mengikut Akta Kanak-kanak satu kes dan pecahan 343 kes.
Bagi pecahan soalan C, bagi kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan pula sebanyak 1,189 kes telah dicatatkan sepanjang tahun 2022 sehingga Jun 2024 iaitu pecahan 2022, 473 kes 2023 470 kes dan sehingga Jun 2024 sejumlah 243 kes dan pecahan juga mengikut jantina lelaki 446 kes, perempuan 743 kes. Ini bagi tujuan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak. Manakala laporan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mengikut jenis penderaan yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sepanjang tahun 2022 sehingga Jun 2024 adalah seperti pecahan berikut. Untuk kes-kes pengabaian 449 kes, masalah seksual 303 kes, fizikal 192 kes, lain-lain 188 kes, buang 26 kes dan emosi 31 kes. Sebab kita tahu kan pecahan kepada penderaan kanak-kanak ini dia meliputi empat pecahan penderaan kepada fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan juga kes-kes pengabaian. Jadi itu jawapan yang saya dapat berikan kepada soalan yang dibangkitkan, terima kasih.
Soalan tambahan Menglembu, sila.
Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya, apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani kesan emosi dan psikologi terhadap kanak kanak yang menjadi mangsa dalam isu kecuaian pengabaian dan juga penderaan oleh pengasuh di taman asuhan dan juga pusat jagaan, terima kasih.
Untuk kes-kes yang terlibat sebenarnya apa juga kes ye yang melibatkan penderaan pengabaian ataupun kesan-kesan fizikal kepada kanak-kanak di peringkat pihak JKM sendiri di setiap daerah kita ada pegawai dan penolong pegawai psikologi untuk kita dapat berikan sesi bimbingan dan kaunseling dan juga kita juga ada program sokongan lah untuk memastikan kanak kanak tu berasa selamat dan tetapi apa yang lebih penting juga. Kita juga menekankan agar pusat asuhan ataupun taska. Sekiranya mereka nak mengambil pengasuh, mereka haruslah juga mematuhi dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak yang memastikan mereka perlu mendaftar dengan JKM supaya kita tahu pekerja- pekerja ataupun pengasuh-pengasuh itu. Orang yang selayaknya lah untuk bekerja dalam situasi untuk menjaga kanak-kanak. Jadi dalam konteks ini, bagi kawasan taman asuhan ataupun taska, kita akan bagi sokongan mungkin juga kepada parent yang bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi kepada parent yang terlibat untuk memastikan mereka rasa selamat dan kita juga akan ambil tindakan lah sekiranya memang sahih dari segi mungkin pengasuh ataupun taska itu sendiri didapati bersalah melanggar Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak. Tindakan akan diambil.
Bercham, sila.
Ya terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan kanak kanak di mana berada di pekan Ipoh di mana di Jalan Datuk Onn Jaafar antara Jalan Fui Chai di mana The Store, pasaraya The Store sana hanya ada sebuah bekas tempat hotel di mana depan sana ada begitu banyak pengemis dan mereka membawa anak mereka keluar untuk sebab mereka. Saya ada tanya mereka. Kenapa bawak anak keluar pulak? Mereka kata anak akan menambahkan satu kebarangkalian untuk mendapat sedekah daripada orang ramai. Jadi mereka ini sebagai pengemis ataupun pengantara ini dia ada sebahagiannya penagih dadah. Ada yang miskin tegar. Di mana mereka duduk di sekitar tetapi keluar untuk mengemis untuk menambahkan pendapatan seharian. Jadi, golongan kanak kanak ini tercicir pelajaran dan terjebak dengan golongan penagih dadah ini dan ada satu kumpulan pula berada di Jalan C. M. Yusof juga di pekan Ipoh di mana bekas Kolej Olympia sana ada banyak jugak. Tapi tak sebanyak Jalan Fui Chai yang saya sebut tadi ialah. Jadi apakah? Langkah langkah diambil oleh pihak pihak kerajaan memandangkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Perak 2024. Itulah satu pemandangan tidak begitu elok dilihat oleh orang ramai. Jadi apakah langkah diambil? Adakah mereka dibawa ke tempat lebih bersesuaian? Terima kasih.
Ok, Terima kasih kepada soalan yang dibangkitkan. Sebenarnya ada tadi sebab berkaitan dengan isu penderaan kanak-kanak ini kepada gelandangan ye pula tetapi yang melibatkan kanak-kanak. Empat perkara asas. Apabila kita mewujudkan dasar kanak-kanak, kita melihat kepada empat perkara iaitu dari segi kelangsungan hidup. Dari segi perlindungan kanak-kanak, perkembangan kanak-kanak dan penyertaan kanak kanak. Dari empat aspek perkara ini kita lihat tetapi dari segi isu gelandangan ini, tindakan proaktif sebenarnya melibatkan beberapa agensi termasuk MBI sendiri untuk memantau aktiviti gelandangan yang sebenarnya dilakukan secara berkala dan sekiranya ada kes-kes tindakan kes-kes yang berkaitan kalau ini YB juga boleh buat laporan kepada JKM kalau yang melibatkan apa itu penggunaan kanak-kanak lah. Maknanya eksploitasi kanak-kanak ini kita melihat kepada eksploitasi kanak-kanak. Ia yang sepatutnya tidak berlaku sebab kepada keluarga kita faham apabila dia menggunakan isu anak anak bawa yang sepatutnya anak-anak tersebut mendapat hak untuk meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain. Sekiranya ada berlaku penggunaan kanak-kanak itu dari penduduk lokal YB boleh inilah ya dan agensi-agensi juga memang sentiasa memantau dan kita pun mengharapkan orang ramai agar boleh membantu kita boleh membantu kita untuk membuat laporan sekiranya dilihat menggunakan eksploitasi kanak-kanak yang boleh report kepada JKM yang untuk kita memastikan kes gelandangan dan eksploitasi kanak-kanak itulah yang kita tekankan. Saya menjawab soal kanak-kanak supaya tidak berlaku di kalangan kanak-kanak.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan soalan. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 8.
Terima kasih Timbalan Speaker. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Kepada semua yang hadir dalam Dewan Yang Mulia ini dan juga mereka yang mengikut di atas talian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rungkup yang telah membangkitkan mengenai inisiatif Negeri Solar. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Tenaga Solar adalah merupakan salah satu sumber tenaga boleh baharu yang begitu besar potensinya di negara ini. Berdasarkan kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 2023 semasa Persidangan Nasional Energy Transmission Roadmap yang dianjurkan oleh TNB agar perubahan kepada tenaga boleh baharu ini dapat mempercepatkan penggunaan teknologi boleh baharu, pembangunan penyelesaian penyimpanan tenaga yang inovatif dan me mantapkan amalan kecekapan tenaga. Untuk makluman, Ahli- ahli Yang Berhormat, Penjanaan Tenaga boleh baharu melalui solar ini terbahagi kepada beberapa sektor iaitu ladang solar, solar berskala besar, solar atas bumbung Rooftop solar dan terkini solar terapung floating solar.
Untuk makluman Yang Berhormat Rungkup, terkini Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PNPK) telah pun memeterai Memorandum Persefahaman dan Kerjasama Strategik bersama TNB melalui anak syarikat milik penuh iaitu TNB Power Generation Sendirian Berhad untuk membangunkan solar terapung di dua kawasan iaitu Empangan Tasik Chenderoh, 30 MW dan Empangan Temenggor 200 MW.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia, ladang solar terapung ini tentunya menjimatkan penggunaan tanah. Aset mula alih dan lebih mudah diuruskan. Penyejatan air menjadi sistem penyejukan semula jadi dan tidak menjejaskan ekosistem kolam. Selain itu juga, pendekatan baru yang diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri adalah melalui kaedah Agri Solor yang mengutamakan konsep dua kegunaan untuk tanah iaitu Use of Land. Dengan izin yang boleh membantu mencapai matlamat Full Security dan Energy Security dengan serentak. Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam merencanakan inisiatif Agri Solar ini juga ada pentingnya iaitu mengenalpasti kawasan kawasan pertanian terutamanya di luar bandar bagi menggalakkan penglibatan petani petani dalam sektor Agri Solar ini. Sehubungan dengan itu, kajian dan penilaian khusus amat diperlukan kerana untuk melaksanakan pembangunan Agri Solar ini memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar.
Untuk makluman, Yang Berhormat Rungkup, salah satu aplikasi tenaga solar yang paling ketara dalam pertanian ialah penggunaan sistem pengairan berkuasa solar. Sistem ini menggunakan panel solar untuk menangkap cahaya matahari yang kemudiannya ditukar kepada kepada elektrik untuk pam air kuasa dengan menyediakan bekalan air yang boleh dipercayai dan mesra alam. Petani boleh mengairi tanaman mereka dengan cekap walaupun di lokasi terpencil dengan akses terhad kepada sumber kuasa tradisional. Di samping itu, rumah hijau adalah penting untuk penanaman sepanjang tahun di kawasan dengan iklim ekstrem. Justeru mengintegrasikan panel solar dengan rumah hijau meningkatkan kemampanan dan kecekapannya. Panel solar boleh menghidupkan sistem pengudaraan, pemanasan dan peralatan penyejukan mengekalkan keadaan optimum untuk pertumbuhan tanaman sambil meminimumkan kos tenaga.
Untuk makluman Dewan yang mulia, petani yang inovatif boleh melaksanakan kaedah kawalan perosak berkuasa solar untuk mengurangkan pergantungan kepada racun perosak kimia. Sebagai contoh, perangkap serangga berkuasa solar menarik dan menangkap perosak menghalangnya daripada merosakkan tanaman. Selain itu, tenaga solar boleh menggerakkan peranti seperti orang-orang sawah dengan penderia gerakan dan penggera bunyi untuk menghalang burung dan hidupan liar yang lain daripada memakan hasil tanaman padi atau tanaman lain. Ketika dunia menghadapi cabaran perubahan iklim dan keperluan untuk amalan pertanian yang mampan, tenaga solar muncul sebagai sekutu penting. Penyepaduan dalam pertanian bukan sahaja mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga konvensional tetapi juga membolehkan petani menjadi lebih berdikari dan mesra alam dengan memanfaatkan kuasa matahari. Industri pertanian boleh mengorak langkah besar ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih makmur.
Oleh itu, dengan menerima tenaga solar dalam pertanian ialah penyelesaian menang-menang yang memberi manfaat kepada petani, pengguna dan alam sekitar. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa menyokong mana-mana cadangan pihak yang berkenaan untuk membangunkan sistem agri solar ini jika ada kerana ianya dapat membantu dan menyokong pihak Kerajaan Negeri dalam Pelan Hala Tuju Pengalihan Tenaga Negara. Projek ini menyokong aspirasi pihak kerajaan dalam mewujudkan pertumbuhan melalui sumber penjanaan masa depan khususnya dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan komitmen terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Dalam usaha pembangunan agri solar ini, kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pertanian (SADC) dan Tenaga Nasional untuk membantu para petani kecil atau besar. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengusaha hasil laut Pangkor, Pak Su merupakan antara mereka yang menggunakan tenaga solar dalam pengeringan hasil laut. Pak Su merupakan usahawan bumiputera yang berjaya menggunakan teknologi solar terma yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian (FAMA), LKIM dan SADC boleh bersama para petani menggalakkan penggunaan agri solar dalam meningkatkan pendapatan mereka.
Di samping itu juga dapat menggunakan tenaga boleh baharu dalam pengusahaan mereka. LKIM boleh membantu para nelayan darat dengan memberi insentif penggunaan agri solar dalam mengusahakan ikan sangkar mereka. Sebagai contoh, Jabatan Perikanan iaitu di samping memberi bantuan makanan ikan juga turut menyediakan lampu solar pada sangkar ikan. Selain itu, pemilik kolam ikan yang mengusahakan sangkar ikan air tawar di Kampung Ekor Lambat Parit, merupakan antara pengusaha ikan sangkar yang menggunakan teknologi lampu solar pada sangkarnya. Hasil usaha tersebut selaras dengan Flaship Perak Sejahtera 2030 iaitu
Lembah Bakul Makanan Malaysia (Sekuriti Makanan). Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan para petani yang berminat untuk menggunakan kaedah agri solar dalam aktiviti pertanian mereka. Saya mengakhiri dengan harapan pada masa hadapan industri pertanian di negeri Perak mesra alam. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan Rungkup sila.
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya, kawasan-kawasan pelupusan sampah juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai loji biotenaga dengan menggunakan sampah ataupun gas metil yang dihasilkan sebagai bahan bakar waste to energy dengan izin. Ini dapat membantu mengurangkan kos dan kesan pelupusan sampah. Di samping itu, bekas tapak pelupusan sampah yang tidak mempunyai apa-apa kegunaan boleh juga dibuat kajian tentang kesesuaian untuk dijadikan sebagai tapak bagi ladang solar. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat kajian dan sebarang perancangan bagi menjadikan tapak-tapak pelupusan sampah ini sebagai kawasan bagi loji tenaga boleh baru? Terima kasih.
Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rungkup masih dalam bab tenaga boleh baharu. Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Rungkup berkaitan kawasan pelupusan sampah yang dibangunkan sebagai loji biotenaga selaras dengan dasar KPKT dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, tapak pelupusan sisa pepejal di Papan Ipoh telah dilengkapi dengan sistem biotenaga dimana gas metil dari tapak tersebut akan dikumpul sebagai sumber tenaga untuk janakuasa elektrik. Facility sudah siap dibina dan diharap dapat beroperasi dalam masa yang terdekat. Itu sahaja daripada saya. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan Manong sila.
Terima kasih Timbalan Speaker dan YB Exco dan rakan sekalian. Berkaitan dengan tenaga solar, satu konsep yang banyak dilaksanakan di beberapa negeri termasuk juga mungkin di Perak iaitu LSS iaitu ladang solar berskala besar yang mungkin menggunakan keluasan tanah 300-400 ekar yang boleh menjana tenaga elektrik dalam 1000 atau 100 MW. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk membuka satu ladang solar berkonsepkan ladang rakyat yang dalam konsep ladang rakyat seperti bidang pertanian? Adakah kerajaan bercadang untuk membuka satu ladang solar berkonsepkan ladang rakyat yang manfaatnya kepada komuniti dan rakyat dan juga dari sudut penjanaan tenaga boleh baru yang manfaat kepada rakyat juga? Itu soalan saya terima kasih.
Terima kasih kepada cadangan daripada Yang Berhormat Manong. Merupakan satu cadangan yang agak bagus tetapi dia perlu dikaji kerana dia melibatkan modal yang agak besar. Jadi, Kerajaan Negeri sentiasa menerima baik semua cadangan yang murni dan kita akan terus berusaha bersama dengan PKNP, TNB untuk menjayakan apa-apa yang diperlukan. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco, seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan soalan sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Indahnya malam bersinarkan bulan. Soalan Bota nombor 9.
Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Bota yang tanyakan soalan berkenaan perubahan yang berada di bawah portfolio saya. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan skim perumahan ini telah mengalami pelbagai isu yang akhirnya menyebabkan kelewatan dan itu menjadi sebab sehingga hari ini masih belum diduduki. Faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik Covid-19 dan juga kurangnya kerjasama antara lead consultant dengan izin dan juga pemaju baru.
Untuk makluman Yang Berhormat, tarikh siap asal bagi Fasa 1 adalah pada 31 Mei 2018. Manakala untuk Fasa 2 dan 3 adalah pada 20 Julai 2021. Namun, Strata Prima Sdn Bhd iaitu syarikat yang asalnya telah dilantik untuk membangunkan fasa 1 telah digulungkan pada 7 Ogos 2019. Oleh itu, Sri Bumi Makmur Sdn Bhd telah dilantik untuk meneruskan pembangunan fasa 1 dan untuk memulakan fasa 2 dan 3. Selain itu, antara isu utama yang dihadapi adalah penamatan lead consultant dengan izin akibat tuntutan bayaran tambahan yang tidak dapat mencapai persetujuan dan disusuli dengan tuntutan saman kepada LPHP. Akibatnya, mesyuarat LPHP pada 9 Februari 2023 telah memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan lead consultant tersebut dan ia telah dilaksanakan pada 17 Februari 2023.
Oleh yang demikian, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Projek LPHP bilangan 7/2023 yang bertarikh 30 Oktober 2023 telah bersetuju untuk meluluskan tempoh siap yang baharu iaitu pada 28 Februari 2025. Walaubagaimanapun, kerja-kerja pembinaan bagi fasa 1, 2, 3 kini masih dijalankan di tapak. Untuk menjawab soalan pecahan A dan B daripada Yang Berhormat, fasa 1 mempunyai sebanyak 64 unit dan fasa 2 dan 3 mempunyai sebanyak 101 unit. Sebelum ini, saringan proses saringan telah dijalankan dan terdapat sebanyak 598 orang pemohon dari sekitar kawasan Perak Tengah yang telah mohon dan telah melepasi saringan di peringkat LPHP dan semakan pemilikan hartanah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian. Proses cabutan undi lot akan dijalankan setelah LPHP menerima penetapan harga jualan rumah daripada pemaju dan akan disusuli dengan pengeluaran surat tawaran. Walau projek ini masih belum di sampai ke proses tawaran. Maksudnya belum ada pembeli secara khusus, tetapi Kerajaan Negeri memang sangat faham sebarang kelewatan dalam pelaksanaan pembangunan. Projek perumahan akan membawa kepada kelewatan rakyat dapat menduduki sesuatu skim perumahan yang sedang diusahakan. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri Perak melalui LPHP sedang memantau rapi kerja-kerja pembangunan di atas tapak untuk memastikan projek perumahan ini dapat disiapkan dan memenuhi permintaan setempat. Terima kasih.
Soalan tambahan Bota sila.
Terima kasih kepada YB Exco, terima kasih juga kepada Timbalan Speaker. Saya ingin penjelasan adakah pihak Exco boleh memberikan memperincikan kajian-kajian yang dilakukan sebelum sesuatu lokasi itu dipilih untuk dilaksanakan perumahan Amanjaya kerana didapati lokasi yang sedia ada sedikit sebanyak telah menimbulkan beberapa bencana seperti banjir kilat sehingga mengganggu penduduk sekitar dan juga mengganggu lalu lintas antara Bota - Lumut sehingga baru-baru ini pihak JKR pun telah membaiki jalan yang telah terjejas akibat daripada banjir yang berulang kali. Jadi saya mohon perincian daripada pihak Exco sama ada kajian-kajian yang sebegitu adalah adakah termasuk dalam kajian dilakukan sebelum sesuatu lokasi di pilih? Itu sahaja.
Terima kasih. Sudah pasti setiap projek perumahan sama ada di bawah kerajaan sepenuhnya ataupun dengan kerjasama swasta ataupun di bawah swasta juga perlu melalui proses-proses untuk mendapat kelulusan dan juga mendapat ulasan teknikal daripada agensi yang berkenaan. Jadi, contohnya, kalau projek yang berkenaan dijalankan, akan ada langkah-langkah mitigasi supaya tidak menimbulkan sebarang masalah sampingan kepada komuniti sedia ada sepanjang perjalanan program dan selain daripada itu, sebelum ini kalau penempatan penetapan lokasi Projek Amanjaya sebelum ini telah dibuat dengan kelulusan melalui MMK dan saya percaya beberapa faktor utama contoh keperluan setempat dan juga kesesuaian lokasi juga antara faktor yang diambil kira. Cuma saya nak kongsikan bahawa buat masa ini LPHP masih memberi fokus kepada pembinaan rumah mampu milik. Cuma sekarang telah dijenamakan semula kepada Rumah Perakku dan beberapa faktor yang biasa dijadikan antara faktor yang penting dalam kita mempertimbangkan sesuatu tapak dan sekarang LPHP telah laksanakan dengan menetapkan keutamaan pemajuan pembangunan berdasarkan kaedah pemarkahan permarkahan iaitu scoring method dengan izin. Jadi melalui kaedah ini, beberapa faktor yang diambil kira iaitu termasuk keadaan muka bumi, ketersediaan infrastruktur, lokasi tapak dan kepadatan penduduk dan sudah pasti kami ambil kira isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat untuk pastikan tidak kira projek yang sedang dijalankan ataupun pada masa akan datang dari segi mitigasi dan juga pemantauan untuk pastikan tidak menimbul isu-isu seperti yang dikongsikan sebentar tadi.
Manjoi Timbalan Speaker.
Behrang.
Terima kasih Timbalan Speaker. Yang Berhormat Exco. Rumah Perakku di Trolak dan di Hulu Bernam di Daerah Muallim telah terbengkalai agak lama terlalu lama sebenarnya. Jadi sejak daripada lawatan YB Exco pada tak silap saya hujung Disember tahun 2022 sehingga sekarang masih tak ada orang kata perkembangan di tapak binaan tersebut. Jadi umur para pembeli pun dah semakin meningkat, jadi menyukarkan mereka untuk mendapat pinjaman, pinjaman perumahan dan juga mereka tak mampu untuk beli rumah lain dan berharap kepada rumah tersebut. Jadi melihat daripada laporan Lembaga Perumahan Perak, Rumah di Trolak dijadualkan dapat disiapkan bulan ini, ya bulan ini dan untuk di Hulu Bernam pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun, sebenarnya tidak ada sebarang perkembangan pun laporan sejak setahun yang lalu tak ada perkembangan pun kedua-dua tapak ini. Jadi apakah jaminan Kerajaan untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dan pembeli-pembeli ini dapat bertenanglah kerana mereka menunggu terlalu lama. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Behrang. Memang saya faham tentang isu ini yang agak lama dan banyak usaha telah diadakan untuk kita cuba selesaikan secepat mungkin dan saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana sentiasa sangat prihatin tentang isu perumahan dan melalui banyak platform untuk bangkitkan isu ini untuk bantu rakyat di kawasan untuk selesaikan masalah seperti lawatan kami sebelum ni pada tahun lepas. Semasa itu telah ada perbincangan di mana daripada pemaju ada di beri komitmen untuk laksanakan projek dan juga kemajuan supaya dapat diselesaikan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan kerja itu tidak dapat dijalankan dan dihabiskan seperti yang dimuktamadkan sebelum ini.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat LPHP melalui perbincangan dengan pemaju yang terkini telah dimaklumkan daripada pemaju bahawa untuk projek di Trolak, pihak pemaju memerlukan tempoh lapan bulan untuk selesaikan di mana ini melibatkan beberapa permohonan di peringkat majlis dan agensi berkenaan yang telah tamat tempohnya kerana terlalu lama tempoh pelaksanaan dan pihak pemaju sekarang dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan semula daripada pihak berkuasa yang semula supaya dapat meneruskan kerja-kerja berkenaan. Jadi jangkaan daripada pihak pemaju untuk projek di Trolak perlukan dua masa 2 bulan untuk dapatkan kelulusan semula dan 6 bulan untuk selesaikan kerja yang baki di mana perkembangan kemajuan pembangunan di tapak sekarang adalah sebanyak 78%. Manakala projek di Hulu Bernam pula dijangka akan dapat siap dalam tempoh 12 bulan di mana 2 bulan diperlukan untuk peroleh kelulusan semula dan juga 10 bulan akan digunakan untuk kerja di tapak di mana perkembangan dan kemajuan kerja di tapak sekarang adalah sebanyak 40%. Jadi, saya cukup faham dan saya dengan isu-isu yang timbul ekoran daripada kelewatan untuk siap projek ini dan walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui LPHP memberi jaminan kami akan memantau, kami akan terus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan projek kedua-dua projek ini akhirnya disiap dengan baik untuk memenuhi hasrat komuniti setempat.
Timbalan Speaker. Manjoi.
Kepayang sila.
Boleh tolong tanya.
Sila-sila Kepayang. Sila.
Manjoi bangun dulu. Timbalan Speaker.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dan juga jawapan daripada Yang Berhormat Exco. Projek terbengkalai memang sentiasa dekat di hati. Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian KPKT, sejak tahun lepas, KPKT telah pun menubuhkan Jawatankuasa Petugas-Petugas Khas special taskfForce setakat pagi ini, Kerajaan Madani telah selamatkan 633 buah projek terbengkalai di seluruh negara bernilai RM53.36 bilion di mana 63,000 pembeli rumah sudah berjaya diselamatkan. Tahun ini ada inisiatif baru. Soalan saya kepada Kerajaan Negeri adalah Kerajaan Persekutuan telah meluluskan satu dana jaminan setinggi RM1 bilion untuk menjamin dan menyelamatkan projek-projek terbengkalai di seluruh negara. Maka adakah Kerajaan Negeri Perak sudah memohon tabung jaminan tersebut supaya kontraktor penyelamat boleh dilantik untuk membantu mempercepatkan kerja atas jaminan oleh Kerajaan Persekutuan, maka isu dan kredibiliti yang mana bank akan sudi pinjam kepada kontraktor penyelamat dan projek tersebut boleh diselamatkan dalam kadar dan secepat mungkin. Sebab tu saya tawarkan bantuan kepada Kerajaan Negeri, sila pohon dengan kadar segera. Sekian terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kepayang. Memang betul susulan daripada usaha dan komitmen daripada KPKT di mana banyak bantuan dan usaha contohnya, penubuhan Task Force ini sangat membantu pihak negeri dalam kita nak selesaikan isu kelewatan projek dan juga projek terbengkalai dan untuk Negeri Perak, saya nak kongsikan tahun lepas kami juga manfaat daripada dana suntikan dana yang disediakan di bawah KPKT di mana salah satu projek terbengkalai di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Taman Mayang Sari telah menerima peruntukan sebanyak RM800,000.00 daripada KPKT untuk laksanakan kerja untuk sistem kumbahan yang sebelum ini tak dapat dilaksanakan dan menyebabkan projek tersebut terbengkalai. Jadi, ini salah satu kerjasama yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan juga negeri untuk kita bantu selesaikan isu-isu dan manfaatkan dana yang ada.
Juga dalam tahun ini juga, perbincangan telah berhasil antara pihak Kerajaan Negeri melalui LPHP dengan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perumahan Negara iaitu satu MOU sebenarnya akan ditandatangani kebetulan pada esoknya. Jadi, kerjasama yang lebih erat supaya kita sama-sama bekerjasama untuk memantau dan ambil tindakan yang perlu sama ada projek tersebut dapat diteruskan dengan pemaju asal atau pun terpaksa ada pemaju untuk menyelamatkan projek tersebut yang akan dilantik dan juga baru-baru ini KPKT umumkan ada tindakan yang sedang kaji tindakan lebih tegas akan diambil kepada pemaju yang terlibat dengan projek terbengkalai. Saya percaya itu juga akan membantu Kerajaan Negeri dalam selesaikan isu-isu projek yang mengalami kelewatan dan juga projek terbengkalai. Terima kasih.
Timbalan Speaker, saya kira Manjoi banyak kali bangun.
Soalan tambahan terakhir. Manjoi sila.
Terima kasih. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Soalan kepada YB Exco berkenaan projek terbengkalai ini saya tertarik dan saya nak nyatakan sedikit di kawasan saya di Dun Manjoi dan sikit kaitan. Ramai masyarakat yang datang jumpa dengan saya di Dun di Pejabat Khidmat Dun yang membeli rumah di apartment lima belas tingkat Blok G dan H di Aman Residensi Meru, Ipoh. Mereka dah beli rumah pada 2018 dan sekarang ni kita kira dah kurang lebih 5 tahun, 5 ke 6 tahun maka projek ini atau pun perumahan ini dia orang tak boleh masuk. Jadi mereka kena bayar kepada pihak bank dan juga kepada LPPSA lebih 5 ke 6 tahun dan yang dapat dia orang buat hari ini ialah mereka lalu kawasan tersebut mereka hanya boleh lihat rumah mereka lebih jauh tapi tak boleh masuk.
Jadi, saya nak bertanya kepada pihak kerajaan dan YB Exco, apakah yang boleh saya bawa dan boleh saya beritahu kepada pembeli-pembeli ini masyarakat kita ini untuk mereka ambil tindakan terhadap perkara tersebut? Saya kira projek ini tuan-tuan pun nampak tepi highway tersebut di Aman Residensi tu dia punya bangunan tu tinggi dan bangunan tu ada tapi orang tak boleh masuk rumah tersebut. Jadi, saya kira ini ada projek terbengkalai atau projek sakit yang memang hangat di kawasan Dun Manjoi. Kebetulan di sini juga di YB Menteri KPKT dan saya kira beliau juga antara yang boleh membantu kita untuk menyelesaikan perkara ini insyaAllah. Bila saya dengar disebut oleh YB Menteri tadi ADUN Kepayang kita ni saya kira beliau sangat tinggi komitmen untuk membantu kita khususnya bagi kami di Dun Manjoi Insya Allah. Terima kasih kepada YB Exco.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Manjoi. Ya memang betul isu projek terbengkalai di Aman Residensi dah lama menjadi perhatian dan pihak Kerajaan Negeri juga cuba untuk dengan kerjasama yang ada dengan ruang agensi yang ada untuk kita selesaikan masalah ini. Jadi sebelum ni terdapat beberapa isu yang berkaitan yang melambatkan progres untuk projek ini dan kita lihat kalau di Dun Manjoi yang begitu padat memang dari segi permintaan dan harapan pembeli tu begitu tinggi dan saya nak kongsikan sedikit perkembangan. Sejak isu ini dibangkitkan, memang banyak usaha di peringkat Kerajaan Negeri melalui LPHP telah dijalankan. Perbincangan demi perbincangan dengan pihak yang terlibat dan sebelum ini juga terdapat isu di mana pemilik tanah iaitu PCPB masa tu sebab dalam residential dengan izin maknanya telah sedikit sebanyak merumitkan proses. Walau bagaimanapun, keadaan terkini kita telah mendapat persetujuan daripada pihak sekarang yang mengambil alih di bawah nama PCPB dan juga pihak pemilik tanah masih setuju untuk teruskan projek ini dan pihak pemaju juga komited untuk mereka rasa memang ada kemampuan dan ada hasrat nak habiskan projek ini di mana Blok G dan H sebenarnya tinggal tak banyak pun kerja di lapangan.
Jadi dengan beberapa perkembangan begitu kita telah memuktamadkan satu jadual di mana dijangka selewatnya akhir bulan Julai kerja di tapak akan dimulakan semula dan akan dipantau oleh LPHP dengan mesyuarat berkala supaya kita tahu perkembangan memang ikut jadual dan kita jangkakan kalau segalanya berjalan dengan lancar, kita pemaju jangka boleh selesaikan semua kerja pembinaan sempurna akhir tahun ini. Jadi itu yang kita hasratkan dan supaya isu-isu yang dihadapi oleh pembeli yang sebelum ni kita sempat jumpa di mana mereka terpaksa dapatkan dua kerja, dua pendapatan untuk membiayai pinjaman perumahan dan juga sewa rumah dan sebagainya. Kita harap semua ini akan dapat diselesaikan dengan baik apabila kerja bermula semula pada bulan Julai dan pemantauan yang rapi dapat memastikan projek habis ikut jadual masa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih kepada yang Timbalan Yang Di-Pertua. Yang Berhormat Adun Behrang. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Perak Sejahtera 2030 Salam Malaysia MADANI. Sebelum saya menjawab persoalan berkaitan dengan SPM 2023, terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga Jabatan
Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah, barisan pengetua dan guru-guru yang telah pun berjaya memastikan peningkatan prestasi SPM Negeri Perak bagi tahun 2023 di mana dalam peratus layak menduduki sijil berlakunya peningkatan sebanyak 2.05 peratus. Manakala bagi gred purata negeri meningkat kepada 0.17 dan ini merupakan pencapaian terbaik dalam sepuluh tahun (10) SPM di bagi negeri Perak. Tahniah dan syabas kepada warga pendidik. Tuan Timbalan di-Pertua, subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sentiasa menjadi salah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum persekolahan negara kita sejak dari tahun 1962 sehingga kini. Melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, semua nilai-nilai sejagat, pengamalan ibadah dan penghayatan ilmu dapat dipelajari dan diamalkan oleh semua pelajar di dalam sistem kurikulum pendidikan negara.
Untuk pengetahuan seisi Dewan, bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, bilangan pelajar yang gagal di dalam Sijil Pelajaran Malaysia di Negeri Perak bagi tahun 2023 adalah seramai 1,476 orang pelajar iaitu mewakili sebanyak 9.8 peratus daripada 15,058 jumlah semua calon yang mengambil subjek ini. Antara punca utama kepada kegagalan ini adalah disebabkan oleh ketidakhadiran pelajar ke sekolah. Dalam masa yang sama, terdapat sebilangan pelajar yang gagal di dalam subjek ini disebabkan pelajar berkenaan tidak dapat menguasai ilmu yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. Oleh yang demikian, beberapa kaedah intervensi atau dalam kata lain, bimbingan pemulihan, hikmat nasihat yang diusahakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Negeri Perak sebagai badan yang diberi amanah dan tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Perak adalah seperti berikut. Melalui Yayasan Perak, pihak Jabatan Pendidikan Negeri menyediakan bahan dan modul yang dinamakan Mumtaz bagi membantu bakal-bakal calon SPM 2024. Pelaksanaan Program Tuisyen Mumtaz juga bagi semua matapelajaran di bawah Kluster Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak secara dalam talian khusus untuk murid-murid GALUS iaitu murid-murid yang gagal lulus dalam negeri Perak.
Yang kedua, pelaksanaan Tuisyen Cikgu Saarani bagi membantu murid-murid tercicir. Yang ketiga, memberi bimbingan berterusan kepada semua guru Pendidikan Islam dalam pembinaan dan penandaan item Pendidikan Islam. Yang keempat, menerapkan nilai karamah insaniah kepada semua murid beragama Islam dalam pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid atau dikenali sebagai SUMUR dan penghayatan Hadis 40 di sekolah. Kesemua aktiviti ini diharapkan dapat membantu bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Pendidikan Islam serta meningkatkan jumlah calon yang lulus semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM sekaligus meningkatkan kefahaman, penghayatan serta pengamalan pelajar terhadap ilmu yang dipelajari. Puan Timbalan Yang di-Pertua, bagi subjek Pendidikan Moral pula, bilangan keseluruhan calon SPM 2023, untuk mata pelajaran Pendidikan moral ini yang mendaftar di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ialah seramai 9,695 orang. Namun, jumlah murid yang gagal bagi mata pelajaran ini menunjukkan trend penurunan dari tahun ke tahun yang sebelumnya.
Pada tahun 2021, seramai 2,891 orang iaitu sebanyak 27.46%. Kemudian pada tahun 2022 pula, seramai 2,630 iaitu sekitar 26.67% dan yang terkini pada tahun 2023, mereka yang gagal telah menurun kepada 2,374 orang iaitu 25.58%. Angka dan data ini menunjukkan bahawa program yang dirancang dan dilaksanakan telah memberi impak yang positif kepada semua pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ini. Namun begitu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Negeri Perak sentiasa berusaha untuk meningkatkan penguasaan pelajar yang mengambil subjek ini dengan melaksanakan beberapa program berikut. Yang pertama melalui Yayasan Perak, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak bertanggungjawab menyediakan bahan dan Modul Ticket to Victory bagi membantu murid menjalankan aktiviti latih tubi. Yang kedua, pelaksanaan Open Classroom bagi murid cemerlang dan lulus oleh guru-guru yang berpengalaman dan guru cemerlang bagi mengatasi masalah pelajar berkenaan. Untuk mengatasi masalah guru-guru bukan opsyen Pendidikan Moral, bengkel peningkatan kompetensi kepada guru-guru bukan opsyen akan dilaksanakan bagi membantu guru-guru ini memahami cara dan teknik yang betul dan sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Alhamdulillah, kerjasama yang jitu di antara Jabatan Pendidikan Perak melalui Pejabat Pendidikan Daerah serta Panitia-Panitia Mata Pelajaran Daerah dilihat dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang tidak menguasai bermula dari Menengah Rendah untuk diberikan peneguhan dan peningkatan pencapaian dalam Pentaksiran Bilik Darjah atau dikenali sebagai PBD. Dengan sokongan padu dari semua pihak baik dari Jabatan Pendidikan Negeri, baik daripada Yayasan Perak serta agensi-agensi tertentu, sudah pasti ia mampu meningkatkan penguasaan dan juga pencapaian bagi kedua-dua subjek ini serta meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Behrang, sila.
Saya juga ingin mengucapkan dan merakamkan tahniahlah kepada YB Exco, JPN, PPD, guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah orang kata menyumbang kepada kecemerlangan keputusan SPM pada tahun lalu dan saya juga ingin merakamkan tahniah kepada PPD Daerah Muallim yang merupakan daerah terbaik lah yang untuk GPS, pencapaian GPS terbaik untuk negeri Perak. Di sebalik kejayaan keputusan cemerlang ini, saya ingin tahu apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan dan JPN serta usahasama Yayasan Perak dalam proses meningkatkan prestasi calon pada tahun lalu bukan sahaja untuk dua subjek yang seperti yang YB Exco terangkan tadi dan apa langkah-langkah, apa usaha yang telah dilaksanakan sehingga memungkinkan kita mencapai keputusan yang baik pada tahun lalu dan saya harapkan usaha-usaha ini dapat kita teruskan supaya kita dapat kekalkan keputusan cemerlang ini ataupun kita tambah baik lagi supaya tahun depan kita dapat keputusan yang lebih baik lagi? Terima kasih.
Terima kasih kepada Adun Behrang atas soalan tambahan. Seperti yang saya maklumkan awal tadi, pencapaian SPM Negeri Perak menunjukkan peningkatan-peningkatan yang cukup baik dan pada tahun 2024 ini, pihak Jabatan Pendidikan telah mensasarkan peratus untuk layak menduduki sijil adalah sebanyak 95 peratus manakala bagi gred purata negeri adalah sebanyak 4.50. Sudah pastilah apabila kita mahu melakukan peningkatan dan pencapaian yang baik, kita perlu menyusun dan menganalisa kekuatan dan kelemahan khususnya kepada calon-calon SPM 2024. Perkara itu telah pun dilaksanakan oleh sektor pelajaran Jabatan Pendidikan Negeri bersama dengan Yayasan Perak dan ada beberapa program hasil kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Perak dan juga Yayasan Perak. Yang pertama adalah Program Tuisyen Cikgu Saarani. Seperti yang semua dalam Dewan sedar bahawa Tuisyen Cikgu
Saarani telah mula diperkenalkan pada tahun 2022 yang melibatkan pemberian Bantuan Makan Percuma kepada calon-calon SPM di sekolah harian yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun ini. Untuk makluman, pada tahun lepas sebanyak 23,000 orang pelajar yang melibatkan 242 buah sekolah harian di negeri Perak iaitu pelajar yang bukan duduk asrama dan juga pelajar Tingkatan Enam yang berada di semester tiga layak untuk menerima insentif Program Tuisyen Cikgu Saarani khususnya dalam pemberian Bantuan Makanan Percuma.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada GLC-GLC negeri Perak yang terlibat dalam menjayakan program makan percuma ini antaranya SADC, Lembaga Air Perak, MB Inc., SSI dan PKNP di atas sumbangan kewangan bagi pelaksanaan Program Bantuan Makanan Percuma di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani ini dan jikalau ada agensi-agensi lain yang berminat untuk turut sama menyumbang, saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan dan ia boleh diperluaskan dan memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.
Yang kedua, kita ada program tuisyen online SPM ataupun dikenali sebagai e-Tuisyen. Ianya akan melibatkan pelajar kategori B40 bagi subjek Teras atau mata pelajaran utama dan ia telah memberi manafaat seramai 4100 orang pelajar di 190 buah sekolah di Negeri Perak. Yang ketiga, kita ada program Tuisyen ASAH ataupun dikenali sebagai Asrama Aman Jaya Harmoni yang mana ia akan melibatkan pelajar B40 di beberapa Sekolah Asrama Harian dan juga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan iaitu hampir 78 buah asrama harian yang melibatkan 2,000 pelajar asrama terlibat. Menerusi program ini, pelajar-pelajar akan diberi modul untuk enam subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan juga Pendidikan Islam di mana ianya adalah hasil modul ini dihasilkan hasil gabungan daripada guru-guru pakar dan guru-guru cemerlang seluruh Malaysia dan ia merupakan buku latih tubi yang digunakan oleh pelajar-pelajar asrama khususnya waktu mereka menduduki prep dan sebagainya.
Seterusnya kita ada modul Ticket to Victory atau TTV yang mana ianya adalah mengandungi 21 subjek mata pelajaran untuk memberi pengalaman dan pengetahuan yang luas kepada calon-calon SPM untuk menjawab soalan sebenar ataupun iras-iras soalan yang akan dikemukakan dalam peperiksaan. Yang kelima, Program Bicara Profesional bersama Pengetua yang kita lihat ianya cukup memberi kesan kepada sekolah-sekolah yang berlakunya penurunan prestasi sama ada dari segi peratus layak, sijil atau pun gred purata sekolah dan telah laksanakan hampir 100 buah sekolah sesi bicara profesional ini dan sekolah-sekolah terbabit telah diberi motivasi, bimbingan dan juga cadangan untuk peningkatan prestasi calon SPM pada tahun berkenaan. So, itu sahaja jawapan saya. Terima kasih.
Ayer Kuning.
Terima kasih. Ini ada hubung kait berkaitan dengan SPM. Ayer Kuning nak tahu berkaitan dengan pelajar yang mengambil pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional ataupun TVET di mana sijil mereka ini tidak diiktiraf oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency). Jadi apakah ada tindakan atau pun cara bagaimana mereka-mereka yang mengambil sijil vokasional atau TVET ini untuk mendapat pekerjaan? Kebanyakannya di mana-mana agensi kerajaan dan sebagainya SPM itu merupakan perkara teras atau pun pokok dan mereka yang mengambil TVET ini apakah ada kajian atau pun cara bagaimana mereka juga perlu mengambil SPM ini? Akhirnya kalau mereka tidak ada SPM, hanya ada sijil, maka mereka tidak akan boleh ke mana menjawat jawatan apa pun alam pekerjaan dalam mana-mana agensi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Ayer Kuning atas soalan tambahan tadi. Berkaitan dengan kursus TVET, kebanyakan kursus TVET khususnya di kolej-kolej vokasional yang terdapat adalah kursus-kursus kemahiran dan pelajar yang terlibat dengan kursus-kursus kemahiran ini akan menerima sijil SPM Tahap 2 dan mereka juga diberi kebenaran untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk mereka layak mendapat sijil SPM khusus untuk 2 dua subjek yang utama sebagai syarat wajib untuk mendapat sijil SPM iaitu Bahasa Melayu dan juga Sejarah dan kebanyakan calon-calon di kolej vokasional yang mengambil kursus-kursus TVET ini adalah disyorkan untuk mengambil SPM supaya seperti kata Ayer Kuning tadi untuk memudahkan proses mendapat ruang dan peluang pekerjaan dan kebanyakan kursus-kursus TVET ini juga adalah kursus-kursus kebanyakannya diiktiraf oleh MQA. Mungkin ada sebilangan kecil sahaja kursus-kursus yang tidak diiktiraf dan perkara ini memang dijadikan perhatian untuk kita mengambil ruang dan peluang untuk kita pastikan setiap kursus yang dianjurkan oleh pengendali kursus TVET ini supaya mereka juga mendapat sijil MQA untuk dijadikan sebagai asas untuk mereka mendapat ruang dan peluang pekerjaan pada satu masa nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya rasa 3 jam ini cukuplah, 3 jam lebih dah pun sesi soalan lisan yang kita peruntukkan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Dengan ini saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya.
Usul yang telah diberi notisMotion
Perkara yang kelima. Usul yang telah diberi notis.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk mengemukakan usul.
Salam Sejahtera Dato' Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan ketua badan berkanun kerajaan serta rakan-rakan media dan juga rakyat Negeri Perak yang sedang menonton sidang Dun Perak Live di Youtube. Hari ini saya ingin membentang satu usul mengenai cadangan mewujudkan satu enakmen baharu berkaitan pengawalan haiwan-haiwan berkeliaran. Untuk makluman dewan, masalah haiwan berkeliaran terutamanya lembu dan kerbau berkeliaran merupakan satu masalah yang telah berlanjutan berpuluh-puluh tahun di Negeri Perak. Isu ini juga telah banyak kali dibangkitkan dalam sidang Dun setiap penggal. Malah Kerajaan Negeri juga telah mengkhususkan padang ragut untuk penternak lembu dan kerbau tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan sebab penternak lembu dan kerbau enggan menggunakan padang ragut yang disediakan.
Saya berikan satu contoh dari kawasan Majlis Daerah Kampar. Pejabat Daerah dan Tanah Kampar memang menyediakan padang ragut di Kota Bharu untuk penternak lembu dan kerbau di kawasan Kampar bagi menangani masalah lembu kerbau berkenaan. Namun cabaran yang dihadapi adalah tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada penternak lembu dan kerbau dengan alasan kawasan disediakan terlalu jauh. Pusat khidmat saya telah menerima berpuluh-puluh aduan baik secara rasmi atau tidak rasmi, secara bertulis mahu pun secara lisan berkenaan dengan masalah haiwan merayau yang menyebabkan kawasan kampung, taman-taman dan tempat kediaman kita dicemari najis kerbau lembu, gangguan jalan raya dan kejadian kemalangan di semua kawasan kediaman terutamanya di beberapa hotspot termasuk Kampar Putra, Taman Bandar Baru Selatan, Taman Perdana Kampar, Sungai Sibol Selatan, Taman Mahkota, Air Hitam Labu, Kampung Sungai Durian, Kampung Paloh Mambang Diawan dan lain lain lagi.
Kawasan residensi seperti ini tidak sepatutnya mempunyai lembu-lembu dan kerbau-kerbau merayau-rayau di atas jalan raya dan ini mengganggu keamanan, keharmonian serta keselamatan kehidupan penduduknya. Tidak seharusnya kandang-kandang lembu dan kerbau dibina di sekitar kawasan taman dan kediaman dan ini meragut bebas di dalam kawasan kediaman. Sekiranya semua penternak bertanggungjawab dan tidak memelihara kerbau lembu di kawasan kediaman atau kawasan bandar, maka tidak akan timbul sebarang aduan kerana kerbau lembu yang merayau adalah punca masalah dan aduan tersebut.
Aduan-aduan kemalangan di jalan raya yang berpunca daripada kerbau lembu merayau-rayau pada waktu siang dan malam di Majlis Daerah Kampar dan Batu Gajah juga akan membimbangkan dan telah mengancam keselamatan orang awam dan pengguna-pengguna jalan raya di daerah ini. Masalah haiwan merayau ini bukan sahaja menimbulkan masalah kebersihan alam sekitar apabila lembu-lembu dan kerbau-kerbau memberak tahi di jalan raya. Malah lebih serius kumpulan lembu-lembu dan kerbau-kerbau yang merayau-rayau ini boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya terutamanya pada waktu malam dan meragut nyawa.
Menurut statistik kemalangan jalan raya haiwan berkeliaran daripada IPD Batu Gajah pada tahun 2020 hingga Mei 2024 terdapat 453 laporan polis berkaitan kemalangan di jalan raya dan kerosakan kenderaan. Jumlah 7 laporan polis berkaitan kemalangan maut di jalan raya di mana 2 kemalangan maut pada tahun 2020, satu kemalangan maut pada tahun 2021, 2 kemalangan maut pada tahun 2022 dan 2 kemalangan maut pada tahun 2023. Manakala di kawasan Kampar, menurut statistik daripada IPD Kampar terdapat 200 laporan polis berkaitan kemalangan di jalan raya dan kerosakan kenderaan pada tahun 2022 dan tahun 2023 di mana terdapat 2 kemalangan maut pada tahun 2023. Kerbau yang berwarna kelabu jika melintas jalan raya pada waktu malam pengguna-pengguna jalan raya tidak dapat mengesannya dengan baik dan mungkin akan berlanggar terus tanpa brek. Bayangkanlah jika ahli keluarga kita mengalami kemalangan malah hilang nyawa dalam kemalangan yang berpunca dari kepala lembu merayap apakah perasaan kita. Sedih tak, marah tak? Tambahan pula jika yang terlibat dalam kemalangan maut adalah ketua isi rumah bagaimana dengan nasib anak-anaknya, isterinya yang telah kehilangan pendapatan dan kehilangan orang tersayang.
Jikalau penternak kerbau lembu sendiri atau ahli keluarganya yang ditimpa kemalangan atau kemalangan maut apakah perasaan penternak tersebut? Dalam zaman serba berteknologi tinggi dan zaman di mana negara kita Malaysia sedang menuju ke arah negara maju, pembangunan pesat dan pemodenan pantas berlaku di mana-mana sahaja termasuklah bandar kita Kampar. Negara maju bermakna satu persekitaran kediaman yang bersih, aman dan konduktif yang mana penduduknya berhak menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dengan kemudahan dan persekitaran yang setara. Bayangkan jika kita bangun pagi membuka pintu rumah terdapat tompokan-tompokan najis ternakan berbau busuk di hadapan rumah kita. Kelihatan kerbau lembu berjalan di atas jalan-jala taman sambil membuang najis merata-rata tempat. Taman mainan dimasuki haiwan dan padang rekreasi kita diduduki oleh kerbau lembu. Sudah tentu kita tak hendak kan. Negara kita semakin moden cara penternakan kita juga perlu berubah kepada sistem yang lebih moden ataupun dikenali sebagai modern farming dengan izin. Cara penternakan kita perlu transform daripada sistem lepas bebas kepada sistem semi intensif dan seluruh intensif. Yang mana yang mana tidak menimbulkan masalah kekotoran kepada persekitaran penghuni dan orang awam serta tidak membahayakan pengguna jalan raya. Lembu dan kerbau berkeliaran ini bukan sahaja membawa risiko kepada pengguna jalan raya, malah terhadap pegawai penguatkuasa semasa tangkapan dilakukan. Terdapat seorang pegawai Majlis Daerah Kampar yang terputus jari semasa operasi menangkap lembu dan kerbau di kawasan Kampar.
Di sini saya ingin rumuskan antara beberapa isu dan ancaman yang telah dikenal pasti oleh PBT dalam kawalan tindakan penguatkuasa seperti berikut. Pertama, tindakan agresif daripada penternak atau penjaga haiwan merayap. Kedua, unsur-unsur gangsterisme dengan membawa kenderaan lain untuk tujuan melanggar anggota dan mengetahui tempat tinggal anggota dengan tujuan mengekori rapat dan menunjukkan senjata tajam ke arah mereka. Ketiga, sumber-sumber untuk pelaksanaan yang terhad seperti sumber manusia di mana bilangan anggota yang tidak mencukupi, aset kenderaan dan peralatan operasi yang tidak dibekalkan dengan sempurna. Keempat, tanpa sitaan yang terhad dan kos penyelenggaraan atau penjagaan haiwan yang tinggi. Kelima, cabaran dari segi dasar badan bukan kerajaan NGO atau pencinta haiwan melarang pelupusan secara konvensional. Keenam, di atas penempatan kawasan padang ragut yang dapat memenuhi semua penternak di mana ia dekat dengan rumah kontena. Ketujuh, penggunaan ubat pelali yang dikawal oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri. Kelapan, anggota dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mengendalikan ubat pelali sangat terhad dan tidak mampu untuk menjalankan tugas di keseluruhan 15 PBT di Negeri. Sembilan, ancaman kepada aktiviti pertanian dan ternakan di bawah selenggaraan PBT. Kesepuluh, ancaman kepada manusia dan keselamatan harta benda orang orang awam.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa. Jikalau penternak-penternak masih berdegil dan tidak ingin bertukar kepada model farming dan terus dengan melepaskan lembu dan kerbau berkeliaran. Keranji mencadangkan supaya tindakan tegas diambil terhadap penternak yang menyebabkan kematian jalan raya dan kehilangan nyawa manusia. Namun, masalahnya setiap kali terdapat kes kemalangan dengan binatang ternakan seperti lembu atau kerbau. Pemilik tidak akan mengakui binatang ternakannya dan sebab ini pemilik tidak akan menanda ternakan mereka. Saya mencadangkan bahawa enakmen baharu ini mesti mewajibkan kesemua penternak untuk mendaftarkan lembu dan kerbau masing -masing dan jikalau haiwan ternakan mereka didapati merupakan punca mengakibatkan kemalangan, kemalangan maut. Penternak tersebut patut dikenakan hukuman serius yang setimpal seperti di bawah Seksyen 41 Akta
Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian memandu dengan melulu atau membahayakan. Di mana jika kesalahan ini disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5 ribu dan tidak melebihi RM20 ribu. Saya percaya hukuman ini boleh menjadikan satu pencegahan untuk penternak-penternak supaya tidak lagi melepaskan haiwan ternakan mereka untuk berkeliaran di jalan raya dan membahayakan pengguna jalan raya.
Selain itu, saya mencadangkan pemilik haiwan ternakan hilang had tuntutan semula. Jika haiwan ternakan gagal didaftarkan atau ditanda setelah disita oleh PBT. Tindakan drastik ini akan memaksa penternak untuk mendaftarkan haiwan ternakan mereka dan memudahkan pihak pihak berkuasa untuk membuat penguatkuasa. Peraturan di mana kawasan ternakan harus dihadkan dalam kandang atau ladang milikan penternak sahaja harus diubah. Jika haiwan ternakan yang keluar dari kawasan ternakan, maka ia boleh disita oleh pihak berkuasa kerana melanggar syarat penternak. Saya juga cadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi satu peruntukan khas untuk menangani haiwan merayau dalam Bajet 2025. Di mana lebih anggota penguatkuasa diperlukan dan juga untuk memberi peralatan dan ubat pelali untuk tujuan penguatkuasa. Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak polis dan Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing dengan kuasa perundangan akta serta enakmen mengikut bidang kuasa masing masing. Dengan Undang-Undang Kerajaan Tempatan 2012, Akta Haiwan 1957, Akta Kebajikan Haiwan 2015, undang-undang kerajaan, undang-undang kesalahan kecil polis dan lain lain lagi. Agensi-agensi boleh mengambil tindakan ke atas penternak-penternak yang melakukan kesalahan menangkap haiwan terbiar, kompaun mendakwa ke mahkamah dan lain lain. Namun masalah ini masih tidak dapat ditangani kerana terdapat punca kuasa yang kurang jelas termasuk dalam bidang kuasa mana.
Untuk ternakan masa kini, hanya hanya Pihak Berkuasa Tempatan yang ada kuasa menangkap haiwan ternakan yang merayau-rayau, manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar hanya ada kuasa untuk mendakwa pemilik haiwan ternakan atas kesalahan menganiayai…menganiaya binatang ternakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Oleh itu, saya membentang usul ini cuba satu satu enakmen khusus boleh digubal untuk pengawanan haiwan-haiwan berkeliaran. Untuk makluman Dewan Negeri Pahang telah meluluskan Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu pada tahun 2001. Dalam enakmen tersebut, semua lembu kerbau lembu adalah dilarang merata dipelihara, disimpan di arkib atau dipindahkan dalam kawasan larangan iaitu pertama pembukaan jalan. Kedua, dalam lingkungan 20 meter dari bahu jalan. Ketiga, semua tempat awam dan jika mana-mana kerbau lembu didapati berada dipelihara, disimpan di atau dipindahkan dalam kawasan larangan. Boleh di tangkap mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa berkenaan atau pegawai diberi kuasa tanpa memberi apa-apa notis. Saya berpendapat Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu 2001 Negeri Pahang boleh dijadikan rujukan untuk enakmen khusus yang bakal dikaji oleh jawatankuasa di Dewan ini. Saya yakin dengan adanya satu enakmen baharu untuk haiwan untuk kawalan haiwan berkeliaran di negeri Perak. Banyak masalah kerbau lembu yang sedia ada dapat diselesaikan atau ditangani.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, masalah haiwan berkeliaran bukan sahaja melibatkan lembu dan kerbau masalah seperti burung merpati juga sering membawa masalah kepada penduduk tempatan. Terdapat segelintir penduduk yang memberi makanan kepada burung merpati dan lama kelamaan kumpulan burung merpati ini akan datang ke tempat tertentu dan tahi burung merpati ini akan mengakibatkan masalah kebersihan. Selain itu, najis burung merpati boleh merebakkan dua jenis bakteria iaitu cryptococcus dan histoplasma yang boleh masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan dan makanan serta menyebabkan penyakit. Bakteria cryptococcus dan akan menyebabkan meningitis yang sukar dirawat dan boleh mengancam nyawa. Manakala bakteria histoplasma akan menyebabkan jangkitan paru-paru. Selain itu, masalah anjing-anjing liar juga sering menjadi aduan penduduk tempatan. Saya percaya pendekatan TNR, trade, neutral release merupakan satu cara yang efektif untuk mengurangkan bilangan anjing-anjing liar.
Walau bagaimanapun, kos TNR terlalu tinggi dan membebankan kewangan PBT dan Kerajaan Negeri memakan masa yang panjang untuk dilaksanakan. Tambah pula dengan kos rawatan dan penjagaan selepas anjing dimandulkan. Oleh itu, operasi penangkapan anjing liar juga perlu dilakukan bersama dengan program TNR jikalau aduan telah diterima terutamanya apabila anjing liar menyebabkan kemalangan atau kecederaan penduduk. Namun, apa-apa tangkapan anjing liar perlu dibuat di bawah SOP sedia ada. Menurut SOP PBT, penguatkuasa tidak dibenarkan untuk mengecilkan leher anjing dengan alat dan mengheret tetapi menolak anjing tersebut dengan alat tangkapan secara berhati-hati ke atas trak. Selain itu, saya juga menerima aduan tentang kacau ganggu monyet liar seperti merosakkan genting rumah penduduk, mengambil barang-barang penduduk dan sebagainya. Untuk aduan daripada petani mereka mengadu bahawa tanaman mereka dimusnahkan oleh babi hutan dan monyet liar. Banyak hasil tanaman dan titik peluh petani telah dimusnahkan oleh babi hutan dan monyet liar. Dengan adanya enakmen baru yang memberi punca kuasa kepada agensi dan pegawai penguat kuasa. Saya berharap ini dapat menangani juga masalah tanaman petani dimusnahkan oleh babi hutan dan monyet liar.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dengan wujudnya enakmen baharu ini, masalah haiwan-haiwan berkeliaran ini boleh ditangani dan diselesaikan bukan sahaja untuk kesejahteraan penduduk negeri Perak tetapi untuk menjamin keselamatan dan nyawa orang ramai. Saya percaya masalah ini dihadapi bukan sahaja daripada kawasan Adun kerajaan mahupun kawasan pembangkang. Saya berharap usul ini boleh diterima baik oleh pihak pembangkang demi kesejahteraan penduduk negeri Perak. Oleh itu, saya berharap cadangan ini boleh dibahaskan oleh Dewan yang mulia ini dan seterusnya membuat satu ketetapan agar cadangan mewujudkan enakmen atau peraturan dipersetujui dan menubuhkan satu jawatankuasa dewan mengkaji yang dipengerusikan oleh YB Dato' Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi oleh Timbalan Yang di-Pertua bersama enam orang Ahli Dewan bagi membolehkan jawatankuasa tersebut membincangkan secara terperinci dan selanjutnya menggerakkan cadangan mewujudkan enakmen atau peraturan baharu berkaitan perkara ini dan memantau proses penggubahannya sehinggalah ianya sedia untuk dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Keranji atas usul yang dibentangkan tadi. Ada sokongan?
Ayer Kuning sokong.
Terima kasih Ayer Kuning. Terima Kasih Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning. Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Keranji dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan wakil Ketua Pembangkang adalah selama 30 minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 15 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan dipersilakan 30 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa) Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perpaduan Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan tidak dilupakan seluruh masyarakat negeri Perak yang menyaksikan sidang dewan secara langsung atau pun melalui atas talian khasnya masyarakat Ayer Kuning yang saya hormati lagi saya kasihi. Alhamdulilah terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahuwata'ala kerana dengan limpah kurnia izin-Nya juga kita dapat berhimpun di dewan yang mulia ini bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat yang telah amanahkan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan terlebih dahulu izinkan saya Ayer Kuning menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan sempena sambutan Ma'al Hijrah 1446 Hijrah pada 7 Julai 2024 bertemakan "Minda Strategik Pencetus Ummah Dinamik". Untuk dikongsi bersama di dalam Dewan yang mulia ini, baginda bertitah, minda atau pun pemikiran yang strategik ialah minda yang memberi fokus kepada hasrat yang mahu dicapai. Minda yang berfikiran ke hadapan bersifat proaktif memperlengkapkan diri agar lebih bersedia untuk menghadapi cabaran di samping memikirkan penyelesaian menghadapi cabaran yang menghalang serta bijak merebut peluang yang terhampar. Minda yang strategik akan berani membawa diri, melangkah keluar dari norma biasa melihat sesuatu situasi melalui lensa yang lebih luas. Minda yang strategik akan melakukan analisis dan perancangan mencetus idea baharu ke arah mencapai matlamat agar dapat berkembang maju dalam persekitaran yang berubah lagi kompetitif. Demikianlah titah baginda yang sangat bertepatan dalam usaha pembangunan negeri dan rakyat bagi masa hadapan. Raja dan rakyat berpisah tiada. Dirgahayu Tuanku.
Yang Berhormat Dato' Tuan Yang Berhormat di-Pertua Dewan Dato' Yang di-Pertua Dewan Ayer Kuning ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Adun Keranji yang telah mengumpulkan usul ini. Cadangan mewujudkan enakmen peraturan baharu berkaitan pengawalan haiwan berkeliaran di negeri Perak 2024 adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan amat diperlukan. Usul ini membawa kebaikan bukan sahaja kepada masyarakat umum tetapi juga kepada para penternak dan industri penternakan itu sendiri. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua
Dewan, pertama sekali Ayer Kuning ingin menyatakan sokongan penuh terhadap usul ini kerana pentingnya dalam memastikan kesejahteraan komuniti serta keselamatan awam. Kewujudan enakmen ini dapat membantu dalam mengurang kejadian haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan raya yang sering menyebabkan kemalangan dan gangguan kepada lalu lintas.
Dalam konteks ini, saya ingin menekankan bahawa enakmen ini bukanlah untuk menyusahkan penternak tetapi untuk membantu mereka menjalankan aktiviti penternakan dengan lebih baik dan teratur. Kerajaan boleh menyediakan sokongan dalam bentuk teknikal, khidmat nasihat dan mungkin juga bantuan kewangan untuk membantu penternak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh, kita boleh merujuk kepada beberapa enakmen dan akta di negeri-negeri lain di Malaysia yang turut memberi perhatian kepada pengawalan haiwan ternakan. Ayer Kuning bacakan terlebih dahulu enakmen berkaitan negeri Perak kita dahulu. Nama Enakmen Kerajaan Tempatan Perak 1979 yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk membuat peraturan berkaitan pengawalan haiwan ternakan. Denda yang dikenakan bagi kesalahan di bawah enakmen ini adalah sehingga RM1,000.00 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Yang kedua, Akta Binatang 1953, Akta 647 yang menggariskan pengawalan dan penjagaan haiwan ternakan bagi mengelak penyebaran penyakit dan menjaga kebajikan haiwan tersebut. Denda bagi kesalahan di bawah akta ini mencecah RM5,000.00 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali. Seterusnya, enakmen negeri-negeri lain di Malaysia. Enakmen Kerajaan Tempatan Kelantan 1984 yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal dan mengurus haiwan ternakan. Denda yang dikenakan boleh mencapai sehingga RM2,000.00 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Enakmen Kerajaan Tempatan Terengganu 2001 yang memperuntukkan kawalan lebih ketat terhadap ternakan bagi menjaga keselamatan dan kebersihan. Denda maksimum adalah RM3,000.00 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Enakmen Penternakan Negeri Sembilan (1998) yang mengawal pengurusan ternakan lembu dan kerbau bagi mengelak penyakit dan mengekalkan kebersihan. Denda maksimum bagi kesalahan di bawah enakmen ini ialah, adalah RM2000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua duanya sekali.
Enakmen Haiwan Pulau Pinang (2012) yang memberi panduan dan peraturan mengenai penjagaan serta pengawalan haiwan ternakan di Pulau Pinang. Denda maksimum boleh mencapai RM5000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua duanya sekali. Enakmen Pengawalan Haiwan Selangor (2005) yang mengatur peraturan tentang pengurusan haiwan ternakan di negeri Selangor. Denda yang dikenakan boleh mencapai RM2000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua duanya sekali. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, pemilik haiwan ternakan yang membiarkan haiwan mereka berkeliaran boleh didakwa di bawah Enakmen Kawalan Kerbau (2001) Negeri Pahang. Pihak polis juga boleh mengambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 2899 Kanun Keseksaan kerana kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan. Namun, pemilik-pemilik haiwan ini terlepas kerana tidak mengakui haiwan tersebut adalah milik mereka. Kompaun dan penalti yang dikenakan kepada pemilik haiwan ternakan yang cuai boleh mencapai sehingga RM2000. Namun, penguatkuasaan lebih tegas diperlukan untuk memastikan pemilik haiwan lebih bertanggungjawab.
Ayer Kuning, saya celah sikit. Daripada hujahan Ayer Kuning tadi, saya dengar tentang akta yang melibatkan negeri Perak. Setujukah Ayer Kuning bahawa Akta Negeri Perak ini lebih kepada Kerajaan Tempatan yang memelihara kawasan zonnya sahaja, dia tak terkeluar. Kampung-kampung yang tak bawah Kerajaan Tempatan tak terlibat. Yang kedua, setujukah Ayer Kuning, bila Ayer Kuning dah pergi jauh tadi itu, Terengganu, Pahang semua. Setujukah bahawa enakmen ataupun undang-undang berkenaan ini di negeri Perak jauh terkebelakang daripada negeri-negeri yang lain. Kita ini dah slow sangat dah. Setuju tak?
Ayer Kuning bersetuju. Itu sebabnya kita sering kali, terutama sekali kalau ada mesyuarat berkaitan dengan permohonan di daerah, kita kerap kali menyuarakan pandangan berkaitan dengan hal-hal ini dan itu sebabnya apabila kita melihat bahawa perkara ini adalah perkara yang amat mustahak di kalangan masyarakat bukan sahaja di Ayer Kuning, tetapi saya yakin di Perak dan juga di negara-negara yang lain, dan di negeri-negeri yang lain juga. Itu sebabnya kita mahu supaya usul ini dibangkitkan, kita perhalusi. Mungkin kita kebelakang sikit, mungkin kita boleh memperhalusinya dan mungkin kita boleh membawa ataupun kita membicarakan semula berkaitan dengan, kita bawa semula untuk kita buat enakmen yang baharu.
Ayer Kuning, kita terkebelakang sedikit ke sebanyak?
Banyak dan sikit itu mungkin, dia subjektif. Sikit mungkin perkara yang dikatakan, kena banyak itu mungkin kita boleh perincikan pada masa yang akan datang. Insya Allah ya. Dengan langkah-langkah ini, diharapkan masalah kemalangan yang melibatkan haiwan ternakan di negeri Perak dapat dikurangkan dengan keselamatan penggunaan jalan raya yang dipertingkatkan. Bilangan kemalangan yang melibatkan haiwan berkeliaran telah menjadi satu isu yang membimbangkan di Malaysia. Pada tahun 2023, sebanyak hampir 600 kes kemalangan jalan raya dilaporkan dan sebahagian daripada kemalangan itu melibatkan haiwan ternakan yang dibiar berkeliaran mencari makanan seperti lembu dan kerbau. Ini adalah sumber daripada Malaysiakini dan Sinar Harian. Ini jelas membuktikan enakmen telah wujud tetapi perlu dimantapkan dengan perubahan mengikut keadaan dan zaman semasa.
Yang Mohamad Dato’ Yang di-Pertua Dewan, oleh yang demikian, sebelum Ayer Kuning meneruskan lagi hujah, ingin saya baca dua rangkap pantun. Ada pantun juga.
Haiwan ternakan di tepi jalan, Hingga berkeliaran malam dan siang, Tanggungjawab pemilik jangan dilupakan, Kemalangan terjadi membawa malang.
Haiwan ternakan jangan dilupa, Jaga mereka dengan penuh setia, Bebas berkeliaran membahayakan kita, Elak kemalangan demi semua
Semoga pantun ini memberi pengajaran untuk lebih bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan menjaga keselamatan di jalan raya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Usul ini adalah satu langkah proaktif yang sepatutnya diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan dan kawalan haiwan berkeliaran yang banyak memberi kesan buruk kepada masyarakat setempat. Antara masalah-masalah yang dihadapi masyarakat berkaitan haiwan berkeliaran ini adalah melibatkan kemalangan jalan raya, pemusnahan kebun-kebun dan juga harta benda awam. Di negeri Perak, isu kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan berkeliaran seperti lembu, kerbau, kambing, babi, monyet, beruk dan anjing adalah perkara yang amat serius dan memerlukan perhatian. Kini harimau pun ada, baru-baru lagi. Walaupun tiada statistik yang terperinci.
Timbalan Speaker, boleh saya mencelah.
Ya, sila Pengkalan Baharu.
Ayer Kuning bila sebut haiwan tadi, saya rasa terpanggil jugalah. Bila sebut tadi, saya rasakan kita hanya berbincang dari segi haiwan, lembu, kerbau dan sebagainya. Tapi bila kita dengar tadi ada monyet, burung merpati dan sebagainya, saya suka nak bawak cerita di tempat saya dan di Ayer Kuning rasa samalah. Tempat kita ada kelapa sawit. Kita ada satu serangan ulat bungkus ataupun dalam bahasa saintifiknya sebut apa nama beg wap. Ini pun satu juga ancaman kepada petani-petani kerana dia makan daun-daun ini, habis pokok-pokok sawit dia rosak, jadi akan menjejaskan hasil. Jadi perlu tak kita masuk sama dalam enakmen itu. Terima kasih.
Pengkalan Bharu, nanti kita bincang secara terperinci jenis-jenis haiwan, binantang.
Ayer Kuning boleh saya mencelah sikit.
Ya silakan Bukit Chandan.
Saya banyak dapat aduan ancaman daripada monyet-monyet liar di kawasan saya, sama ada menganggu tanaman dan juga mengganggu penduduk. Nombor 2, baru-baru ini saya juga dapat ancaman daripada harimau yang telah membaham binatang-binatang peliharaan iaitu lembu di dua kawasan di kawasan saya. Satu di Rambai Tujuh dan satu lagi di Bendang Kering. Jadi soalan saya, harimau dan apa namanya, monyet kera ini dimasukkan sekali tak dalam enakmen yang akan kita gubal ini? Terima kasih.
Terima kasih. Insya Allah kita akan bincang dan kita lihat isu ini amat penting dan masyarakat ataupun rakyat di luar sana pun dia amat gembira bila kita bawa isu ini di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita bincang, dan mungkin ada enakmen-enakmen yang boleh kita perhalusi bersama untuk kita mengawal berkaitan dengan haiwan peliharaan di negeri yang kita sayangi ini. Walaupun tiada statistik yang terperinci mengenai jumlah kes khusus di Perak yang ditemui, terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa haiwan peliharaan dan ternakan yang berkeliaran di jalan raya telah menyebabkan kemalangan dan menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, selain itu enakmen, ini juga membantu dalam mengawal penyebaran penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan ternakan. Melalui pengawalan yang lebih ketat, kita dapat memastikan haiwan ternakan dipelihara dalam keadaan yang lebih baik dan mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan. Penyebaran penyakit seperti glikolisis dan tuberculosis bovine adalah contoh yang menunjukkan betapa pentingnya pengawalan yang berkesan terhadap haiwan ternakan. Menurut statistik daripada Jabatan Veterinar Malaysia dalam tempoh 2023 sahaja terdapat lebih 600 kes glikolisis dilaporkan di seluruh negara yang mana 75% berpunca daripada pengawalan ternakan yang lemah.
Di samping itu, kira kira 350 kes kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan ternakan direkodkan pada tahun yang sama yang menekankan betapa perlunya peraturan yang lebih ketat dan penguatkuasaan yang lebih efektif. Mengikut statistik terkini Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada tahun 2023 sebanyak 380 kes kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan ternakan dilaporkan di seluruh negara. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun sebelumnya yang menggambarkan betapa seriusnya isu ini jika tidak ditangani dengan segera. Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan bahawa terdapat peningkatan dalam kes penyakit zoonotik yang berpunca daripada haiwan ternakan dengan lebih 150 kes leptospirosis dilaporkan pada tahun 2023. Penyakit ini boleh menular kepada manusia melalui air atau makanan yang tercemar dengan air kencing haiwan yang dijangkiti. Menunjukkan betapa pentingnya pengawalan yang lebih baik haiwan ternakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, merujuk kepada contoh kes pertama, mangsa Mohamad Nazirul Izam bin Isa kejadian pada 25.05.2024 dirempuh lembu di Jalan di Kampung Lubuk Emas, Chenderiang. Kini mangsa masih terlantar di atas katil, ketiadaan upaya untuk berjalan dalam erti kata lain, kini adik Nazirul disahkan lumpuh. Saya dah ambil gambar dia. Ini gambar dia Dato' Speaker kesian dengan adik ni sekarang dirempuh oleh kerbau. Ha bukan dia langgar kerbau, kerbau langgar dia. Kesian, lumpuh sekarang ada di Hospital Teluk Intan ya. Manakala bagi kes yang kedua, mangsa Muhamad Akmal Shafiq bin Muhammad dari Air Kuning, kejadian pada 19.11.2019 kemalangan di Chenderiang, mangsa dilanggar oleh seekor kerbau, mangsa meninggal di tempat kejadian jam 7.40 malam. Sebenarnya banyak kes lagi, tetapi memadai Ayer Kuning membawa dua kes ini sebagai bukti di dalam Dewan yang mulia ini.
Dalam perbincangan mengenai penghalauan haiwan peliharaan melibatkan kemalangan di jalan raya. Beberapa potongan ayat al-Quran dan hadis boleh dijadikan rujukan untuk menekankan pentingnya tanggungjawab dan amanah dalam menjaga haiwan peliharaan serta menjaga keselamatan orang lain. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam hal ini Islam sendiri menggariskan kepentingan menjaga kebajikan haiwan. Dalam surah Al-An'am ayat 38 Allah Subhanahu Wata'ala berfirman: ''Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan umat-umat itu juga seperti kamu. Tidaklah kami alpakan suatu pun di dalam Al Kitab. Kemudian kepada Tuhan lah mereka dihimpunkan. Ayat ini menekankan bahawa haiwan, yang juga merupakan umat Allah yang perlu dijaga dan dipelihara kebajikannya. Dalam konteks penternakan, ini bermakna kita harus memastikan haiwan ternakan dipelihara dengan baik dan tidak dibiarkan berkeliaran sehingga membahayakan diri mereka dan orang lain. Islam menekankan bahawa setiap makhluk hidup di bumi ini mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap mereka harus dipenuhi oleh manusia.
Selain itu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada sesuatu, maka kamu maka apabila kamu membunuh untuk makan, bunuhlah dengan cara yang baik. Dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah seorang kamu memenajamkan pisaunya dan menyenangkan sembelihannya. Hadis ini menggariskan prinsip ihsan ataupun kebaikan dalam perlakuan terhadap haiwan termasuk dalam aktiviti penternakan dan penyembelihan. Prinsip Islam ini sangat penting untuk diintegrasikan dalam amalan penternakan agar kita, agar kebajikan haiwan sentiasa terjaga. Justeru itu, elemen ini juga akan beri panduan yang jelas kepada para penternak mengenai tanggungjawab mereka dalam menjaga dan mengawal haiwan ternakan mereka. Dengan adanya peraturan yang lebih terperinci, penternak akan lebih berhati hati dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti penternakan mereka, sekali gus meningkatkan profesional dalam industri penternakan di Negeri Perak. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan…
Slim.
Slim nak mintak mencelah.
Sila Slim.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning. Saya setuju dengan apa yang dibentangkan. Untuk makluman, saya berhadapan dengan masyarakat berkaitan dengan isu ini walaupun isu yang telah lama berlaku nak compare kan dengan kita yang baru memimpin setahun lebih ni rasanya tidak sesuai. Cuma apa yang saya boleh sebut berkaitan apa yang sebut mungkin boleh kita menentukan punca kuasa berkaitan dengan RUU ini kerana bila mana kita berhadapan dengan isu ini, saling lambung…mungkin jabatan sekian, jabatan sekian, majlis daerah dan sebagainya semua tidak bertanggungjawab sehingga kita melibatkan PDRM pun masih tak selesai isu ini dan isu ni memang berlegar di hadapan mata kita sendiri. Sampaikan ambulans yang laju terpaksa berhenti kerana memberi penghormatan kepada lembu-lembu yang banyak dan saya rasa perlu ke kita membincangkan tentang tindakan yang begitu sesuai dan tegas terhadap pengembala-pengembala ini lah dan saya lihat juga berkaitan dengan isu ini, yang pertama tadi berkaitan dengan punca kuasa dan yang kedua berkaitan dengan allahumma solliala sayyidina muhammad, ha dah lupa dah tengok nama tengok muka YB ni dan isu ini bila mana melibatkan nyawa lah. Saya melibat nyawa dan dia melibatkan emosi masyarakat sampai hari ni ada yang terlantar, saya lihat perlu kepada penyelesaian yang segeralah. Terima kasih.
Baik terima kasih Slim ya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya ada membicarakan berkaitan dengan Dewan yang mulia. Dewan yang mulia. Isu ini isu yang lama hampir 50 tahun mungkin telah dibicarakan 30 tahun, tetapi apabila dibicarakan dalam Dewan, tapi tidak ada tindakan, kadangkala ia jadi hilang kepercayaan orang di luar sana kepada Dewan yang mulia. Kita membincangkan berkaitan dengan masalah ummah yang perlu yang serius yang kita akan dipertanggungjawabkan. Itu sebabnya kita bicara pada hari ini 50 tahun mungkin telah berlalu perkara ini dan pada hari ini kita mesti mewujudkan supaya melaksanakan enakmen ini untuk bukan saja untuk bukan kita nak buat untuk menyusahkan kepada penternak. Bukan itu niat kita, niat kita adalah untuk menyelesai kepada kemaslahatan ummah seluruhnya. Semuanya akan kita jaga. Itulah peranan kita lah pada hari ini dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua Dewan, pengawalan yang berkesan terhadap haiwan ternakan juga boleh membawa kepada peningkatan produktiviti atau kualiti hasil ternakan, haiwan yang dipelihara dalam keadaan yang baik dan terkawal lebih cenderung untuk membesar dengan sihat dan menghasilkan daging, susu atau produk lain yang berkualiti tinggi. Ini secara langsung boleh meningkatkan pendapatan penternak dan mengukuhkan ekonomi setempat.
Di samping itu juga ekonomi enakmen ini juga boleh menyediakan mekanisme pengawasan yang lebih efektif, penguatkuasa yang tegas dan konsisten dalam adalah penting untuk memastikan peraturan ini dipatuhi. Ini boleh merangkumi denda dan tindakan undang- undang terhadap penternak yang tidak mematuhi peraturan serta menyediakan insentif kepada mereka yang mematuhi peraturan dengan baik. Penguatkuasaan yang baik juga akan membantu mengurangkan risiko penyebaran penyakit dan memastikan keselamatan awam terjaga. Dato’ Yang di-Pertua, saya yakin bahawa penguatkuasaan yang baik juga membantu mengurangkan risiko kacau ganggu masyarakat dan memastikan keselamatan awam terjaga. Saya ingin mengucapkan ucapan tahniah di atas inisiatif pihak berkuasa tempatan, PBT yang telah menandatangani perjanjian MoU yang melibatkan kerjasama dengan 3 PBT iaitu Majlis Daerah Tapah, Kampar, Batu Gajah untuk mendapat kerjasama dari segi teknikal, kepakaran dan juga logistik dalam menangani isu berkaitan dengan haiwan ternakan dan anjing liar di 3 kawasan PBT ini. Hasil daripada perjanjian MoU ini menyaksikan Majlis Daerah Tapah, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah telah bekerjasama untuk melaksanakan operasi bersepadu menangani isu haiwan berkeliaran yang semakin meningkat terutamanya di zon-zon panas.
Langkah ini juga termasuk pemasangan tanda pengenalan kekal terhadap ternakan dan anjing liar untuk memastikan tindakan dapat diambil terhadap pemilik yang cuai. Inisiatif ini bertujuan untuk menjaga keselamatan orang awam dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh haiwan yang berkeliaran. Masalah haiwan-haiwan peliharaan di Perak disebabkan oleh beberapa faktor utama seperti pagar dan kawasan tidak selamat, pengurusan ternakan yang lemah, kekurangan padang ragut, tanda pengenalan tidak dipasang dan juga tindakan penguatkuasaan yang terhad. Banyak kawasan ternakan yang tidak mempunyai pagar yang mencukupi atau pagar yang sedia ada rosak yang membolehkan haiwan ternakan keluar dan berkeliaran di kawasan awam terutamanya di jalan raya. Kebanyakan pemilik haiwan tidak memantau dengan baik dan juga tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik di mana pada kebiasaannya mereka hanya membiarkan haiwan berkeliaran tanpa pengawasan. Ditambah pula dengan masalah ketiadaan pekerja yang mencukupi. Haiwan ternakan yang tidak mempunyai tanda pengenalan adalah punca masalah utama untuk mengesan pemiliknya apabila berkeliaran dan masalah seterusnya menyukarkan penguatkuasaan undang-undang dan tindakan pemilik yang cuai.
Operasi menangkap haiwan berkeliaran memerlukan tenaga logistik dan peralatan yang mencukupi. Kekurangan sumber ini menyebabkan operasi tidak dapat dilakukan dengan kerap membolehkan haiwan berkeliaran tanpa tindakan segera di mana pada masa penguatkuasaan tiba di kawasan yang dilaporkan haiwan-haiwan peliharaan ini telah berada di kawasan lain. Langkah ini termasuklah pemasangan tanda pengenalan kekal terhadap ternakan dan anjing liar untuk memastikan tindakan dapat diambil terhadap pemilik yang cuai. Inisiatif yang dilaksanakan ini bertujuan untuk menjaga keselamatan orang awam dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh haiwan yang berkeliaran. Kesemua faktor ini memerlukan pendekatan holistik termasuk peningkatan penguatkuasaan undang-undang, pendidikan kepada penternak dan pembangunan infrastruktur yang lebih baik untuk mengelakkan haiwan ternakan daripada berkeliaran.
Ayer Kuning, mohon mencelah dan terima kasih kepada Ayer Kuning. Berkaitan dengan haiwan yang berkeliaran tadi itu khususnya bagi haiwan bukan ternakan, kita lihat populasi dia makin banyaklah di merata pekan dan sebagainya. Haiwan bukan ternakan ini banyak populasinya ada yang berlesen dan ada juga tidak berlesen. Adakah Ayer Kuning bersetuju perlu ada langkah kawalan populasi haiwan liar ni yang bukan ternakan contohnya dengan ada dasar pemandulan anjing liar atau anjing berlesen untuk mengawal populasi mereka ini supaya mereka tidak banyak berkeliaran di merata pekan dan sebagainya? Adakah Ayer Kuning bersetuju diadakan langkah pengawalan populasi contoh dasar pemandulan sebagai contoh, terima kasih.
Dan saya bersetuju mungkin kita boleh bincang bila kita nak mengimplikasikan enakmen ini, banyak pandangan-pandangan mungkin kita akan dapat bicara kerana ianya ada pelbagai-pelbagai masalah. Ada masalah tadi monyet, ada anjing, ada juga babi dan sebagainya yang mungkin kita boleh bicarakan. Satu lagi aspek penting yang perlu kita pertimbangkan ialah pendidikan dan kesedaran. Enakmen ini boleh menyertakan program-program pendidikan dan kesedaran untuk penternak dan masyarakat umum mengenai kepentingan pengawalan haiwan ternakan. Dengan pengetahuan yang betul penternak dapat menjalankan amalan penternakan yang lebih baik dan bertanggungjawab. Masyarakat umum pula akan lebih memahami peranan mereka dan menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran mereka.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, data yang diterima daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah pula mengesahkan sebanyak 86 kemalangan yang melibatkan haiwan berkeliaran pada tahun 2023 dan telah mencecah 26 kemalangan jalan raya pada tahun 2024 yang menggambarkan betapa seriusnya isu ini jika tidak ditangani dengan segera. Ada juga kemalangan jalan raya maut yang melibatkan haiwan peliharaan terutamanya lembu dan kerbau yang hampir tidak kelihatan pada waktu malam seperti mana yang dikatakan oleh saudara Keranji tadi.
Beberapa insiden kemalangan yang melibatkan haiwan ternakan berkeliaran telah direkodkan di seluruh negara, contohnya di Pasir Puteh, Kelantan. Sebuah keluarga mengalami kecederaan parah apabila kereta mereka merempuh seekor kerbau. Begitu juga seorang pelajar tingkatan empat meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya melanggar kerbau di Dengkil, Selangor menerusi sumber Berita Harian ataupun Sinar Harian. Kemalangan jalan raya akibat daripada haiwan berkeliaran ini menjadi perbualan serius masyarakat setempat yang bimbang akan kejadian sama menimpa ahli keluarga mereka. Ayer Kuning juga berkeyakinan masalah kemalangan jalan raya melibatkan haiwan peliharaan ini di berkeliaran ini dihadapi di semua tempat oleh setiap lapisan masyarakat termasuk di kawasan Yang Berhormat-Berhormat Ahli Dewan yang ada dalam Dewan yang mulia ini.
Ayer Kuning saya celah satu benda lagi ya. Saya dapati daripada Keranji memulakan tadi usul dan dibahaskan oleh Ayer Kuning dan dicelah oleh Pengkalan Baharu, Chandan, Manong dan juga Slim tadi. Tajuk umum kita ataupun tajuk spesifik kita adalah haiwan-haiwan semua haiwan-haiwan yang berkeliaran ada tuan ataupun tiada tuan. Tapi saya dapati lah daripada Keranji dengan Ayer Kuning tadi lebih memfokuskan haiwan-haiwan yang ada tuan tetapi dibiarkan berkeliaran di kawasan Dun Alor Pongsu, lembu ok problem utama tapi sekarang monyet warek juga haiwan utama. Jadi saya rasa saya cadangkan lah atau mungkin Ayer Kuning setuju, kita mesti fair game di situ. Haiwan berkeliaran lembu, kerbau, anjing, mungkin ada tuan mungkin takda tuan tapi macam mana dengan warek monyet ni macam mana dengan babi hutan yang Pengkalan Baharu sebut tadi. Kita kena be fair tang situ supaya kita dapat cover semua haiwan-haiwan yang berkeliaran sama ada bertuan ataupun tidak setuju tak.
Saya setuju boleh masuk dalam mungkin dalam hansard saya boleh masukkan Alor Pongsu punya cadangan tadi terima kasih. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dengan usul untuk mewujudkan enakmen baharu ini kena yakin bahawa kita dapat memastikan pemilik-pemilik haiwan peliharaan dan juga haiwan ternakan bertanggungjawab atas kemusnahan serta kerugian yang dilakukan akibat daripada haiwan-haiwan berkeliaran mereka ini. Hanya dengan enakmen baru ini yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik-pemilik haiwan peliharaan dan ternakan yang membiarkan haiwan-haiwan mereka berkeliaran. Enakmen baharu ini mestilah mengutamakan kepentingan umum bagi memastikan kesejahteraan masyarakat untuk terus berada dalam keselesaan terutamanya di atas jalan raya. Selain mewujudkan enakmen baharu ini dan peraturan berkaitan dengan haiwan berkeliaran secara drastik, Ayer Kuning mengambil kesempatan ini dengan mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri Perak supaya menyediakan padang ragut dan kandang kepada pemilik haiwan sebagai usaha untuk mengurangkan kejadian haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya berkaitan dengan haiwan berkeliaran dapat dikendalikan dengan lebih sistematik.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, pada 8 Mei 2024 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Haji Arif Temoh, Ayer Kuning bersama dengan JPPK telah mengadakan satu majlis dialog antara warga Kampung Air Semambu dengan para penternak di kawasan sekitar. Hasil daripada dialog ini, penternak memahami masalah yang sering dikemukakan oleh orang kampung tentang kacau ganggu dan kemusnahan harta awam. Oleh hal yang demikian, penternak juga mencadangkan mereka mencadangkan hasil daripada perjumpaan kami ini, mereka mencadangkan supaya diwujudkan padang ragut yang lebih bersesuaian yang membolehkan mereka mengusahakan penternakan secara sistematik dan terkawal. Mereka memahami dari segi dialog itu bila kita tanya mereka keluar mereka tahu mereka mengusahakan ada yang usaha secara tidak tidak mendapat permit dan sebagainya tetapi mereka tahu mereka memahami yang mereka bagi tahu bahawa mereka mahu supaya dibuat secara sistematik, sistematik dan ada keperluan-keperluan supaya kawasan padang ragut yang besar yang membolehkan mereka berada di dalam kawasan yang terkawal, sistemetik untuk jangka masa yang ke hadapan. Sebagai orang yang mengusahakan perniagaan penternak ini mereka juga tahu kesan-kesan ini adalah kesan-kesan yang tidak baik kerana kita tahu bahawa saya bagi tahu lah mereka mereka ada ternakan tetapi apabila ternakan mereka berkeliaran, kacau ganggu, merosakan harta awam akhirnya kan hasil daripada yang mereka dapat itu dia tidak berkat tidak barakah. Jadi, mereka juga tahu dan mereka memahami.
Begitu juga berkaitan dengan hal-hal yang mereka mengusahakan secara haram ni, kebun haram, ada yang usaha kelapa sawit secara tidak ada, haram la. Itu sebabnya kalau boleh kita legalized kan mereka bagi permit kepada mereka supaya hasil mereka itu daripada haram menjadi halal kerana mahu mereka mahu supaya hasil adalah pendapatannya untuk keluarga mereka semua. Takkanlah mereka pendapatan haram untuk membiayai menjaga keluarga dan kita sebagai yang dekat dengan rakyat memahami mereka itu dan kita harap supaya kerajaan memahami dan juga menyelesaikan masalah masyarakat mereka ini pada masa-masa yang akan datang. Dalam erti kata lain, pihak berkuasa negeri perlu mengambil perhatian dengan cadangan ini agar wujud situasi menang-menang dan masalah dapat diatasi. Justeru itu, usul ini bertujuan untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan lagi sistem haiwan peliharaan dan ternakan yang berkeliaran di negeri ini. Di mana ianya akan merangkumi peraturan yang lebih ketat terhadap pemilikan, pembiakan dan penjagaan haiwan peliharaan.
Selain itu, usul ini diharap dapat menggariskan langkah-langkah pencegahan bagi mengelak haiwan-haiwan peliharaan daripada merosak harta benda awam, kacau ganggu tanaman pendudukan dan yang lebih utama menjadi punca kepada kemalangan itu sendiri. Dalam usaha untuk memastikan kelestarian alam sekitar, usul ini dapat. Sudah habis 2 minit lagi. Menetapkan denda dalam untuk memastikan kelestarian dan alam sekitar, usul ini dapat menetapkan kawasan-kawasan tertentu yang dilarang untuk meragut dan menetap denda yang lebih berat kepada pemilik yang gagal mematuhi peraturan ini di mana Ayer kuning lihat ini adalah penting untuk memastikan keharmonian masyarakat.
Minta laluan Ayer Kuning.
Sila, Yang Berhormat Pengkalan Baharu.
Bila sebut padang ragut tadi ya. Jadi saya suka mencadangkanlah padang ragut ni pun bukanlah banyak. Padang ragut ni ada tempat kita yang tak ada tanah-tanah Kerajaan nak buat macam mana. Padang ragut terhad. Jadi dalam keadaan padang ragut yang terhad ini, saya haraplah Jabatan Veterinar berilah peluang kepada penternak-penternak atau pun penduduk-penduduk kampung untuk menggunakan padang ragut. Tak payahlah beri kepada Agensi yang dah ada ladang. Contoh di tempat saya tu ladang Estet Bukit kota tu dah ada 11,000 ekar ladangnya pun. Ladang padang ragut di Titi Gantung pun diberi kepada anak syarikat RISDA untuk menggunakan. Jadi, di mana tempat orang kampung nak menternak ya dan yang kedua dari segi pengawal seliaan tadi, saya suka mencadangkan di tempat saya pun ada berlaku lembu- lembu yang ada tagging dekat telinga ni, bila dah accident, bila dah berlaku kemalangan, penternak akan datang potong telinga. Jadi tak ada tanda-tandalah benda terjadi. Harap-harap kita kaji juga kaedah macam mana supaya tanda nama atau pun untuk surat beranak itu kekal. Sama ada kita cop kat belakang ke atau apa-apa daripada tagging dekat telinga tu dikerat telinganya. Terima kasih.
Pengkalan Baharu ya. Dato' Yang di-Pertua ya, berkaitan dengan padang ragut ni dia juga perlu diambil perhatian yang serius juga oleh Kerajaan Negeri ya. Ada yang saya dengar di tempat, ada setengah tempat itu memang ada padang ragut ya. Mungkin yang diselenggarakan oleh Veterinar dan kebanyakkannya, setengahnya dikatakan padang ragut itu diusahakan tanaman sawit. Jadi, penguasaan haruslah diambil kira kerana kalau dah tak ada padang ragut, ia menampakkan masalah berkaitan dengan penternakan ini macam mana tapi kita harus itu tak mungkin itu cerita-cerita lama. Kita buat buku baru bagaimana untuk kita mewujudkan semula padang ragut yang lebih sistematik. Sistematik yang boleh kita bantu banyak penternak-penternak yang ada di luar sana supaya mereka dapat juga mengatasi masalah-masalah apa yang kita bicarakan pada hari ini. Kalau di Majlis Daerah Tapah kalau kita tangkap lembu atau kerbau, kita kompaunkan RM250.00 termasuk ada legal atau fees-fees yang lain berjumlah RM4,000.00 satu, seekor lembu atau pun kerbau yang kita tangkap tapi kalau kita tangkap, Majlis Daerah tangkap dalam tiga hari kita tak ambil Majlis Daerah lelong bermula daripada RM2,000.00 seekor tengok dia punya saiz. Inilah cara-cara ataupun peraturan-peraturan, pendekatan-pendekatan yang kita ambil pada hari ini. Mungkin kita boleh perincikan lagi secara lebih serius lagi untuk masa-masa akan datang dalam kita membicarakan hal-hal usul ini ya.
Dato' Yang di-Pertua, saya nak habis dah ini. Lagi sekali Ayer Kuning ingin menekankan bahawa usul ini bukan sahaja membawa kebaikan kepada masyarakat umum tetapi juga kepada penternak itu sendiri dengan pengawalan yang lebih baik. Penternak dapat menikmati hasil ternakan yang lebih berkualiti dan pasaran yang lebih stabil. Ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan mereka tetapi juga memupuk industri penternakan yang lebih berdaya saing. Jadi sebelum saya akhiri ucapan saya, seperti biasalah tadi ada Yang Berhormat tanya ada teka-teki ke kan? Jadi saya nak bagi teka-teki saya kepada Dato' Speaker lah. Selalu saya bagi la kan. Jadi kalau teka-teki yang saya kata yang selalu dia kata akan jawab. Dapat jawab la kan. Dato' Speaker ni dia pandai. Jadi teka-teki dia macam ni. Kalau teka-teki masuk kering dan masuk kering dan masuk basah. Ini mungkin banyak Yang Berhormat tahu kan? Jadi saya nak bagi satu teka-teki iaitu benda apakah yang kering ia basah, kering ia basah. Satu teka-teki kepada Dato' Speaker sebelum saya sokong kepada Yang Berhormat. Apakah benda yang kering ia basah, kering basah, lepas tu basah dia kering? Yang tu boleh buka google. Kalau takda, saya…
Ada hadiah ke?
Hadiah kita boleh PM tepi.
Ok, Yang Berhormat.
Ok, terima kasih. Jadi…
Pergi ke bendang di waktu pagi, Melihat haiwan sedang berkeliaran; Dengan enakmen ternakan terjaga rapi, Kesejahteraan semua kita jayakan.
Ayer Kuning menyokong. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
Wassalam WBT. 40 minit juga daripada Yang Berhormat daripada Ayer Kuning. Kupasan yang baik. Saya ni Speaker ni dia ni susah sikit. Dia tak faham. Telinga dia tak berapa tangkap sikit. Tambah kalau dah petang-petang macam ini. Mungkin Ahli Yang Berhormat lain boleh tolong jawab nanti mungkin di luarlah. Ok. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada kawasan Ayer Kuning. Sekarang saya menjemput, sebelum saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan, saya ingin juga untuk bagi pihak Dewan ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Alor Pongsu dan dengan ucapan selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke anak cucu.
Yang ke berapa?
Tahniah, tahniah.
Tu kena tanya PM tepi lah. sekarang ini, oleh itu, sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan 30 minit. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Yang Berhormat Dato' Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pegawai-pegawai dan wakil-wakil jabatan dan agensi, rakan media, pemerhati yang saya hormati sekalian. Kita agak tertarik hari ini sebab ada satu usul. Ada dua usul, tiga usul sehingga penghujung Dewan pada hari Khamis ini. Satu keunikan di bawah Speaker yang baru. Walaupun isu yang usul yang dibangkitkan oleh Keranji tadi sebenarnya telah seperti yang beliau nyatakan telah dibincangkan lama 10 tahun, 30 tahun. Sejak saya berada dalam Dewan ini sejak 2008, ianya tak lari sehingga timbul satu istilah lembu berfoya-foya. Masih ingat tak lembu berfoya-foya 2008, 2009. YB semua ingatkan naik atas meja kan?
Jadi ini perkara yang saya rasa diambil serius oleh wakil-wakil rakyat dalam Dewan ini. Tak kiralah sama ada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang. Cuma saya ingin menarik perhatian, sebenarnya pada tahun 2022 telah diadakan satu jawatankuasa ataupun jawatankuasa penyelarasan untuk masalah haiwan ternakan berkeliaran dan apa yang dibangkitkan oleh YB Keranji yang disokong oleh YB Ayer Kuning tadi banyak menumpukan kepada haiwan-haiwan ternakan berkeliaran. Sebab itu dicelah oleh Alor Pongsu, bagaimana dengan beruk, bagaimana dengan babi, bagaimana benda-benda yang lain? Terima kasih lah kerana ada usul sebegini untuk kita bahas, kita bincang, untuk kita perhalusi apa tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan. Walaupun kita ada, sedia ada akta macam-macam akta dan juga di pihak PBT ada punya kawalan-kawalan masing masing tapi dia rigid tak terikat dan ada masalah-masalah yang timbul.
Saya ingin menarik perhatian Dewan hasil daripada dapatan jawatankuasa penyelarasan yang waktu itu dipimpin oleh Yang Berhormat Exco PBT dan tiga Exco Pertanian waktu itu ketua pembangkang sebagai Exco Pertanian. Sebenarnya, ketua-ketua jabatan dan juga agensi-agensi yang terlibat pada tahun 2022 telah menggariskan banyak perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri. Sewajarnya tempoh 2 tahun yang lepas itu dimanfaatkan. Tidak sia-sia sahaja bengkel, mesyuarat yang mereka adakan kalau Kerajaan Negeri tak menyambut, tak meneruskan apa yang telah dimulakan pada waktu itu sebab pada waktu itu, Kota Tampan jugalah Menteri Besarnya kan? Jadi sepatutnya apa yang telah diperbincangkan, bincangkan oleh jabatan dan agensi pada waktu itu untuk dibawa dalam perbincangan hari ini ataupun telah pun dijadikan satu enakmen. Cuma mungkin yang menarik ini kita tak boleh memberi tumpuan 100% kepada haiwan ternakan.
Sebenarnya macam-macam haiwan lagi yang ada di luar sana yang lebih seriusnya hari ini beruk dah tak ada taman-taman ataupun tempat tempat mereka nak beriadah. Mereka terpaksa duduk tepi jalan. Cikgu Mat bagi tahu dari tepi jalan banyak anak pula tu, tak bagi makan kesian bagi makan jadi masalah lain. Begitu juga dengan babi hutan, harimau Bukit Chandan ada harimau itu hari dekat Kinta pun ada harimau. Jadi secara menyeluruhnya, kita tak boleh memberi pengkhususan kepada haiwan ternakan sebab seperti apa yang cakap Ayer Kuning tadi memang ada harta tapi tindakan-tindakan ini terbatas. Ada masalah-masalah lain yang kerajaan perlu bantu jabatan dan agensi. Saya nak gariskan beberapa dapatan daripada jawatankuasa ini yang yang saya dapat dan yang pertama kelemahannya kekurangan sumber dan tenaga kerja ini realiti yang mana nak ambik penguatkuasaan dah tenaga kerja tak ada sumber pun tak ada.
Jadi, kerajaan perlu bantu perlu lihat. Contoh Perhilitan, Jabatan Veterinar sering menghadapi kekurangan sumber manusia dan kewangan untuk menjalankan penguatkuasaan secara efektif. Ini menyukarkan mereka untuk melakukan pemantauan tindakan yang konsisten di seluruh negeri. Jangan salahkan jabatan dan agensi mereka terbatas terhad. Ini dapatan yang didapat oleh jawatankuasa penyelarasan waktu itu. Yang kedua kesedaran awam yang rendah, ramai pemilik haiwan ternakan tidak sedar sebenarnya dan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memastikan haiwan mereka tidak berkeliaran. Betullah tadi Ayer Kuning kata kita kena bagi kesedaran dan kita kena bagi kesedaran pada pemilik haiwan. Jadi benda benda ni telah diperbincangkan setahun yang lepas.
Sungai Manik, Sungai Manik mencelah sikit sebab Perhilitan tadi saya nak balik kepada sidang yang lepas masa Exco pertanian berhujah saya dah mintak peruntukan peluru untuk Dun Alor Pongsu sebab Perhilitan ada senapang peluru tak ada jadi MB angguk RM100 ribu. Tapi sampai la peluru apa pun tak dak lagi, monyet bertambah terima kasih.
Peluru ya.
Sungai Manik mencelah sikit boleh?
Saya tertarik dengan…
Saya nak maklumkan…
Chandan dulu lepas Chandan Kamunting.
Terima kasih Speaker, saya nak maklumkan kenapa hari ini harimau-harimau ini berkeliaran di kampung-kampung dan di kebun-kebun. Punca utama di kawasan mereka dah kita ceroboh. Kita banyak luluskan kawasan kawasan pembalakan yang begitu luas yang dah diluluskan. Jadi, kita dah menganggu tempat kediaman binatang-binatang liar ini. Mana lagi nak pergi curi masuk kampung lah dia masuk kampung dia baham lembu dan menjadi satu ketakutan kepada penduduk penduduk yang duduk di pinggir-pinggir hutan ini nak pergi menoreh pun takut nak pergi mengutip kelapa sawit menjadi satu ketakutan. Jadi, kita telah banyak mengalami kerugian dan juga boleh membahayakan nyawa. Lagi satu masalah macam monyet-monyet yang berkeliaran ini kita pun tak boleh nak ambil tindakan. Kita nak tembak pun tak boleh sebab dia duduk di bawah Perhilitan. Apa yang kita nak buat kita mestilah lapor pada Perhilitan dan penguatkuasa pada Perhilitan ni taklah berapa ramai sangat. Jadi tindakan kita tu terhad dan sampai membahayakan kanak-kanak diganggu monyet kita tak boleh nak buat apa sangat sebab di bawah bidang kuasa Perhilitan nanti kita tembak tak pasal-pasal jadi isu pula. Jadi saya mintak benda ni dibagi penjelasan terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker saya tertarik dengan staff tadi. Kalau contoh di Selama staff Perhilitan Selama lebih kurang lima ke enam orang, dia cover Larut, Matang dan Selama, Kubu Gajah, Ijok selama dia cover jadi lima, enam orang. Kemudian dalam satu daerah di satu, dua tempat itu pun uzur dan ada aduan yang diterima dia nak pergi dalam keadaan kawasan yang agak sukar. Satu lagi ni musim harimau jadi harimau ni dia pasang perangkap bila pasang perangkap dia kena bubuh orang kata umpan dia umpan hidup dan dia kena tengok setiap hari perhilitan ni dan pada waktu yang sama ada terima pula aduan kera ada terima aduan babi. Jadi masalah staff ini adalah masalah yang sangat kritikal.
Semua pandangan dapat diambil kira dalam jawapan saya. Yang ketiga dapatan daripada Jawatankuasa Penyelarasan 2022 ni ketiadaan sistem tagging yang berkesan, haiwan ternakan sering kali tidak ditandakan dengan jelas menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti pemilik haiwan yang berkeliaran dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Yang keempat penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Denda dan tindakan undang-undang yang dikenakan mungkin tidak cukup untuk menghalang pemilik daripada membiarkan haiwan mereka berkeliaran. Selain itu, pemantauan yang tidak konsisten menjadikan penguatkuasaan kurang berkesan dan saya bacakan juga cadangan penambahan penambahbaikan yang telah dibuat pada 2022 yang pertama meningkatkan sumber dan tenaga kerja yang cekap dah lima orang staff nak jaga satu daerah macam-macam haiwan ada bukan setakat haiwan yang berkeliaran, haiwan-haiwan yang liar pun.
Untuk itu, adalah penting untuk kerajaan menambah peruntukan kewangan dan sumber manusia kepada Perhilitan, Jabatan Veterinar dan juga jabatan yang berkaitan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan secara berterusan. Ini boleh melibatkan latihan tambahan dan perolehan peralatan yang diperlukan. Bayangkanlah ada sangkar pun daripada daerah ini bawak ke daerah ini satu daerah pun terpaksa meminjam daerah yang lain. Ini benda-benda yang perlu diambil kira. Kalau sebelum kita nak menguatkuasakan peraturan atau pun nak naikkan denda dan sebagainya. Yang kedua kempen kesedaran awam, kita selalu bagitahu pentingnya bagi kempen kepada pemilik haiwan tetapi kita lupa nak bagi kempen kepada orang awam. Sebagai contoh yang nampak lembu berkeliaran. Biasanya orang buat tak peduli sebab dia tak terlibat kemalangan. Sepatutnya sebelum berlaku kemalangan, kalau orang awam dia alert dia buat laporan dulu. Mungkin kalau lembu tu berkeliaran kawasan PBT maklumkan kepada hotline PBT. Kalau di luar di kampung mukim di daerah lain tentang haiwan berkeliaran ini secara tak langsung orang awam membantu kerajaan daripada penguatkuasaan dan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
Justeru itu, penting dalam melaksanakan kempen kesedaran awam secara besar-besaran selain daripada mendidik pemilik haiwan kita juga nak mendidik masyarakat umum mengenai tanggungjawab mereka serta risiko kemalangan jalan raya akibat haiwan berkeliaran. Kempen ini boleh melibatkan media massa, media sosial dan kerjasama dengan komuniti setempat. Yang ketiga, sistem tagging dan pendaftaran haiwan Ayer Kuning tadi cakap tagging tak tahu semua tak nak mengaku siapa punya lembu atau kerbau dan sebagainya. Memanglah kalau ikut laporan daripada PDRM dan sebagainya peningkatan kes yang melibatkan kemalangan dengan haiwan ini meningkat 30% 69% yang melibatkan anjing-anjing liar, 21% melibatkan lembu, kerbau dan sebagainya. Ada yang hingga hilang nyawa, cacat kekal dan sebagainya. Jadi, sistem tagging ini akan akan membantu untuk penguatkuasaan. RM500.00 denda yang ada di peringkat PBT itu terlalu rendah dan kesan yang diterima oleh mangsa terlalu tinggi. Kalau mangsa ada insurans mungkin boleh kawal. Saya tak pastilah kalau haiwan selain daripada ternakan harimau terkam orang mati ada pampasan? Tak ada pampasan kan? Ada? gajah dan sebagainya.
Jadi dengan memperkenalkan sistem tagging dan pendaftaran haiwan yang lebih berkesan untuk memastikan setiap haiwan ternakan ditandakan dengan jelas. Ini akan memudahkan proses pengenalpastian dan penguatkuasaan undang-undang terhadap pemilik haiwan yang cuai. Yang keempat meningkatkan denda dan hukuman. Saya setuju untuk kita meningkatkan denda dan hukuman mengkaji semula dan meningkatkan kadar denda serta hukuman terhadap pemilik haiwan yang sengaja membiarkan haiwan mereka berkeliaran. Maka hukuman yang lebih berat boleh menjadi penghalang yang lebih efektif. Yang kelima kerjasama antara agensi itu amat penting untuk meningkatkan kerjasama Perhilitan…
YB…YB... Kuala Sepetang nak mencelah.
saya habiskan ayat saya, Jabatan Veterinar, pihak PBT, agensi-agensi lain untuk memastikan penguatkuasaan yang lebih bersepadu dan efektif. Ini boleh melibatkan pertukaran maklumat dan operasi bersama untuk menangani masalah ini secara holistik.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Sungai Manik. Masalah haiwan rayau ini saya sangat bersetuju bahawa haiwan rayau ini dia terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan adalah haiwan rayau yang bertuan dan satu lagi haiwan rayau yang tidak bertuan. Yang bertuan ini mungkin kita boleh ambil tindakan dengan meningkatkan kompaun, denda dan hukuman penjara dan sebagainya tetapi bagi haiwan rayau yang tidak bertuan ini seperti monyet, babi hutan dan lain-lain ini kita tak boleh nak kompaun lah. Kalau kita kompaun monyet, dia pun tak layan kita la kot. Jadi selain daripada sebelum kita mengenakan kompaun yang lebih tinggi kepada haiwan rayau yang bertuan ini dan juga untuk mengatasi masalah haiwan rayau yang tidak bertuan ini, setujukah Sungai Manik kalau saya katakan bahawa kedua-dua ini ada tanggungjawab penternak dan juga ada tanggungjawab kerajaan. Tanggungjawab penternak adalah memastikan haiwan ternakan liar itu mestilah diletakkan pada tempat yang selamat seperti di dalam kandang dan sebagainya tetapi tanggungjawab kerajaan apabila kita nak mengenakan denda, nak mengenakan kompaun, nak mengambil tindakan tanggungjawab kerajaan adalah menyediakan infra kepada penternak-penternak ini.
Contoh, berlaku di kawasan saya apabila penternak lembu daripada golongan orang India yang terlalu banyak di dalam kawasan kampung sehinggakan mengakibatkan jalan enam kaki tu, jalan keluar PLB itu penuh dengan tahi lembu pagi-pagi. Jadi orang kampung nak keluar bekerja dia bawak dengan tahi-tahi lembu tu hingga atas bumbung kereta. Jadi masalah dengan bau, pencemaran dan sebagainya. Apabila saya turun dan berjumpa dengan mereka, masalah yang mereka hadapi bukan mereka tak nak ikut roll dan undang-undang tetapi mereka tidak ada kawasan yang sesuai untuk menternak. Contohnya lembu ada sampai 150 ekor, tapi mereka terpaksa menternak di tanah mereka yang sedikit. Jadi tanggungjawab kerajaan bagi saya adalah menyediakan seperti mana Ayer Kuning kata tadi menyediakan padang ragut yang sesuai. Jadi maksudnya tak kisahlah padang ragut itu diserahkan kepada siapa pun janji infra itu perlu ada. Maksudnya, jika ada padang ragut di kawasan itu mereka boleh menternak binatang-binatang peliharaan mereka ini di dalam satu kawasan yang, yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadi kalau kita nak mengelak daripada haiwan rayau ini merayau merata-rata, kerajaan tanggungjawabnya adalah menyediakan infra, barulah sekiranya infra itu disediakan tetapi tidak digunakan oleh penternak-penternak ini, maka adil lah jika kita hendak mengenakan kompaun yang tinggi kepada mereka sebab kita dah sedia. Kita nak kompaun dia tetapi kita tak sedia. Ini bagi saya agak tidak adil sebab kebanyakan haiwan-haiwan ternak rayau ini adalah daripada golongan bukan penternak yang terlalu besar, yang terlalu kaya.
Mereka ini mungkin ada dalam 10 ekor, 15 ekor. Mereka biarkan di dalam kebun-kebun kelapa sawit dan sebagainya dan kepada haiwan rayau yang tidak bertuan ini, juga tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pusat-pusat, kalau kita kata kalau orang tua-tua, anak-anak yatim kita sediakan rumah anak yatim, pusat pusat orang tua kan. Tapi untuk haiwan rayau ini, contohnya anjing yang berkeliaran, kita perlu ada satu tempat untuk kita selamatkan mereka. Takkanlah haiwan-haiwan ini kita nak tembak dan sebagainya. Ini bagi saya agak zalim. Jadi, kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan dan berbincang contohnya dengan Jabatan Veterinar dan sebagainya. Beri satu tempat supaya haiwan-haiwan ini ditangkap dan dipindahkan ke satu tempat. Kemudian kita boleh memandulkan mereka, memandulkan dan sebagainya. Maksudnya kita tidak menyiksa binatang ini. Jadi adakah Sungai Manik bersetuju dengan pandangan ini? Terima kasih.
Saya bersetuju tapi istilah memandulkan tu. Bolehlah dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya, terima kasih. Yang terakhir dalam dapatan atau cadangan penambahbaikan jawatankuasa penyelarasan waktu itu ialah teknologi dan pemantauan pintar menggunakan teknologi seperti kamera, pemantauan drone dan aplikasi pemantauan pintar untuk mengesan dan memantau pergerakan haiwan-haiwan ini. Semua cadangan penambahbaikan ini kalau kita lihat semuanya memerlukan kos dari segi tenaga manusianya dari segi peralatan dan sebagainya dan kalau kita betul-betul serius nak melihat pengurangan ataupun kadar kemalangan yang banyak dikaitkan dengan haiwan-haiwan ini, langkah-langkah ini perlu diperhalusi sebab cadangan ini telah dibuat oleh Jawatankuasa Penyelarasan pada tahun 2022 dan mungkin masih ada dalam dokumen-dokumen ini di peringkat kerajaan negeri untuk dimanfaatkan.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga suka nak menarik perhatian rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang langkah-langkah yang diambil oleh negara-negara yang lebih maju, dikatakan lebih maju daripada kita walaupun kita tak kurang hebatnya. Sebagai contoh, di Australia sendiri dia ada program Wild Dog Distraction Board (WDDB). Program ini melibatkan penangkapan dan kawalan populasi anjing liar melalui perangkap dan pembunuhan terkawal. Mereka juga menggunakan teknologi seperti kamera pemantauan dan GPS untuk mengesan gerakan haiwan liar. Jadi cikgu Kuala Sepetang kata kena sediakan tempat yang khas. Mungkinlah akan banyak lagi kos bagi makan dan sebagainya, kos nak bagi mandul.
Mungkin itu sebahagian daripada cadangan yang boleh diambil kira oleh kerajaan untuk langkah-langkah bagi mengurangkan. Bukan kita nak bunuh tapi kita perlu buat kajian dan populasi. Kalau mengikut kajian, setiap seorang manusia ada tiga ekor kucing. Kalau ada satu juta kucing, satu juta manusia ada tiga juta kucing. Kucing lebih banyak daripada manusia. Betul ke ustaz? Itu dapatan saya lah. Kalau tak betul hendak dibetulkan. Binatang lain saya tak tahu lah. Saya tak buat kajian lah binatang lain. Satu manusia berapa binatang lainkan tapi realitinya langkah-langkah pencegahan juga perlu dibuat. Saya bersetuju jugalah bila masuk langkah-langkah pencegahan untuk memandulkan tu bukan bertujuan untuk menyeksa tapi untuk mengelakkan kita melakukan pembunuhan dan sebagainya. Di Amerika Syarikat dan di Australia tadi bukan sahaja anjing liar, malah kambing lembu pun ditaruh GPS. Jadi ini akan memudahkan kerajaan ataupun pihak berkuasa untuk mengesan sapa pemilik. Tak ada alasan dah. Kita dah tahu ini pemiliknya siapa. Tekan je button kita dah tahu dah, detail dah dengan alamat dan sebagainya. Secara tak langsung kita memberi didikan kepada pemilik haiwan untuk bertanggung jawab.
Hari ini, mikrocip dan sebagainya dan murah dan bukan macam dulu-dulu mahal. Murah dah. GPS nak kesan kereta kita di mana pun letak bawah rim pun boleh kesan kereta, very small dengan izin. Jadi murah, sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk kita mendidik pengusaha-pengusaha haiwan ini mengelakkan mereka membiarkan haiwan peliharaan. Di Amerika Syarikat contohnya, di California. Kalau kita selalu dulu zaman-zaman remaja cerita CIP, dia ada California Highway Patrol, Road Gear Program. Program-program yang saya rasa boleh kita rujuk, kerajaan boleh rujuk yang boleh beri pendidikan dan manfaat.
Program ini dia melibatkan pengumpulan data mengenai haiwan liar yang dilanggar di jalan raya dan menggunakan data ini untuk mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dan juga bekerjasama dengan agensi tempatan memasang pagar dan juga memasang papan-papan tanda. Ini pun di lebuh raya kita ada papan tanda haiwan, lembu, gajah dan sebagainya, ada papan tanda. Mungkin boleh diperluaskan lagi di sepanjang bukan sahaja di lebuh raya, malah jalan-jalan negeri dan juga jalan-jalan persekutuan untuk kita mengurangkan risiko kemalangan. Di United Kingdom, di Scotland, Scottish Wild Life Trust Management di Scotland. Kawalan ini melibatkan rusa. Ini haiwan liar. Bukan semata-mata. Kalau kita di sini rusa banyak di Lenggong lah, tapi kebanyakan dibela secara terkawal dengan kandang dan sebahagiannya. Agak, agak jarang kita dengar dengan rusa liar dan sebagainya.
Jadi dengan pemasangan pagar sepanjang jalan raya dapat juga mengurangkan risiko seperti cadangan Ayer Kuning tadi. Tapi mungkinlah ini akan melibatkan kos kepada pengusaha-pengusaha ternakan tapi ia penting sebagai pengusaha dia mereka ada tanggung jawab sosial yang perlu mereka hadapi dan ini semua boleh mengurangkan risiko haiwan-haiwan liar berkeliaran. Tadi rakan kita di selatan di Singapura National Parks Board, Animal Management Programme dia menjalankan program pengurusan haiwan yang melibatkan penangkapan dan pengurusan haiwan liar seperti monyet dan babi hutan. Walaupun kita tahu Singapura kurang hutan, tapi dia pun ada masalah monyet dan babi hutan. Mereka menggunakan perangkap dan pemindahan haiwan ke kawasan yang lebih sesuai serta menjalankan kempen kesedaran awam mengenai kepentingan tidak memberi makan kepada haiwan liar untuk mengurangkan interaksi dengan manusia dan risiko kemalangan. Kita sini pemurah. Kita tahu di mana ada monyet banyak, semua orang pergi hantar makan. Makanan tak habis kat rumah pergi hantar. Jadi monyet ini mesra jalan raya, baik dia tunggu tepi jalan daripada masuk hutan dan akhirnya berlaku insiden dan sebagainya.
Di sana tak boleh bagi makan. Jadi kita kena kuatkuasa benda-benda yang boleh memberi faedah. Kita sini pemurah kita bagi makan. Di sana dia tak bagi orang awam bagi makanan kepada haiwan liar. Di Thailand sendiri, di Department of National Park Wildlife and Plant Conversation (DNP), Thailand menjalankan program pemantauan dan kawalan haiwan liar melalui perangkap, pemindahan dan penggunaan teknologi GPS. Jiran-jiran kita semua dah pakai GPS. Jadi kita pun perlu ke arah itu terutamanya melibatkan pergerakan haiwan besar, gajah liar dan sebagainya. Mereka juga bekerjasama dengan komuniti setempat untuk membina pagar elektrik dan lintasan awam, haiwan di kawasan yang sering berlaku konflik antara manusia dan haiwan. Hari ini kita konflik dengan harimau merata-merata. Bila musim harimau, banyak tempat ada harimau kita ada konflik dengan harimau.
Jadi walaupun kita ada pusat konservasi di Sungkai untuk harimau dan sebagainya, tapi tak mampu untuk mengenal pasti sebab kita tak ada sistem untuk mengesan. Kita pun mungkin tak tahu berapa jumlah harimau yang ada di Malaysia. Mungkin kita tahu tapi tak dipasang GPS dan sebagainya. Kita tak tahu dan akhirnya orang yang tembak bunuh saja. Dia menjadi hilang kita punya kebanggaan ataupun harta negara. Harimau ini walaupun dia mengancam tetapi dia sumber-sumber harta negara. Sebab tak banyak negara yang ada memiliki harimau yang banyak. Jadi kita perlu pada masa yang sama mengawal dan menjaga supaya tidak hilang. Jangan besok generasi akan datang tak kenal harimau dan harimau tak ada dah. Ada gambar saja.
Selain daripada itu, cadangan tambahan saya ialah untuk penggunaan teknologi menggunakan teknologi drone tadi seperti yang dapatan daripada jawatankuasa penyelarasan ini, ianya amat penting. Ditambah juga apa yang dicadangkan oleh Ayer Kuning tadi, infrastruktur, Kuala Sepetang pun meningkatkan pentingnya infrastruktur. Sebab itu saya kata semuanya memerlukan komitmen dan juga memerlukan kos yang perlu diambil kira. Mana mungkin kita mengharapkan jabatan dan agensi untuk melakukan pemantauan pengawasan tanpa kita membantu dari segi menambah sumber tenaga manusia dan juga sumber peralatan dan sebagainya dan yang paling penting bukan semata-mata memberi kesedaran kepada pemilik haiwan tetapi juga kepada orang awam. Peranan dan tanggungjawab apabila kita nampak binatang dan sebagainya di mana kita nak buat laporan dan sebagainya supaya akhirnya semua pihak akan terlibat dan ini memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi bukan sahaja di peringkat kerajaan, malah di peringkat pemimpin-pemimpin dan juga komuniti setempat dalam program-program pemantauan dan pelaporan haiwan liar serta memberikan insentif untuk mereka yang aktif dalam membantu kerajaan. Mengenai perkara lain yang disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat, sebenarnya haiwan ini bukan semata-mata haiwan peliharaan, banyak lagi haiwan-haiwan lain yang memerlukan tindakan dan juga kawalan yang berterusan. Yang paling kita risaukan haiwan-haiwan liar yang boleh mengancam nyawa di kediaman.
Dulu, kita tak anggap monyet dan beruk ini boleh mengancam nyawa. Tapi hari ini ada beruk-beruk yang besar bapak beruk orang kata, ibu beruk yang mungkin kelaparan dan masuk dalam rumah mengancam warga emas dan sebagainya. Berita-berita ini biasa kita dengar di media sosial. Ada ancaman-ancaman daripada ternakan kepada orang awam oleh binatang-binatang liar. Jadi adalah lebih baik apa yang kita bincangkan hari ini usul yang dibawa oleh Keranji ini tidak mengkhususkan kepada haiwan peliharaan. Boleh dilibatkan bermacam-macam jenis haiwan. Kalau saya minta YB sebut macam-macam binatang yang mungkin tak ada tempat kita ada di tempat mereka yang mengancam juga masyarakat. Jadi ini boleh diambil kira digarap dengan disusun dengan baik dan setuju dengan Keranji supaya ada jawatankuasa khas yang perlu mengambil tindakan segera dan ambil sikap daripada apa yang telah dibuat oleh jawatan kuasa penyelarasan dulu. Mungkin dipilih di tambah baik dan dilibatkan juga bukan sahaja haiwan peliharaan tetapi juga haiwan-haiwan liar yang lain. Sebab usul tadi tak mengkhususkan kepada haiwan liar, tapi bila Ayer Kuning berbahas, dia mengkhususkan kepada haiwan liar sebab sekatan-sekatan yang terbantut disebabkan akta yang ada yang tak membantu usaha-usaha yang dilakukan oleh PBT dan juga pihak berkuasa tempatan.
Sambil lewa apa yang disarankan oleh PBT dan juga pihak Perhilitan dan juga Veterinar dan juga Jabatan Pertanian. Sebenarnya mereka ini kumpulan jabatan dan agensi ini ada kekangan-kekangan yang perlu dilihat oleh Kerajaan Negeri. Kita kena selesaikan apa kekangan-kekangan mereka sebelum kita nak mengadaptasi apa yang kita nak cadangkan kita putuskan dalam perbahasan kita pada hari ini. Itulah harapan saya supaya kita bekerjasama bukan sahaja di kalangan kita memberi cadangan dan pandangan, malah kita mengambil kira pandangan mereka-mereka yang terlibat di padang secara langsung terutamanya dengan mereka-mereka, pemain-pemain ternakan ini sebab mereka juga ada pandangan dan cadangan seperti tadi melibatkan padang ragut dan sebagainya semakin kurang dan sebagainya. Sebab hari ini sistem pembelaan bukan sahaja semata-mata terbuka, terlepas dan banyak yang dalam membentuk kandang fidlot dan sebagainya yang mungkin kita boleh syorkan. Memanglah kalau kita nak melayan penternak-penternak ini semuanya agak sukar. Padang ragut jauh kami ternak di sini nak pindah di sana dan sebagainya. Tapi kalau kita tak mengambil sesuatu tindakan akhirnya akan memberi kesan jangka masa panjang kepada orang awam dan juga kepada rakyat. Jadi Sungai Manik yang menyokong usul ini dan supaya kita mendapat satu rumusan yang baik untuk kemakmuran dan keselamatan rakyat. Sekian w.b.t, Assalamualaikum Warahmatullahi taala wabarakatuh.
Waalaikumsalah w.b.t. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Sungai Manik dengan idea-idea yang bernas yang disampaikan tadi. Bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 15 minit setiap soalan dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang ini, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan barisan Ahli-ahli MMK. Ahli-ahli Dewan Negeri, para pegawai, para media, tuan-tuan, puan-puan dan para penonton yang sedang menonton di laman sosial. Pertama sekali, izinkan saya mendahului perbahasan saya dengan menyelit serangkap pantun yang boleh dikatakan berbunyi ini.
Toleh ke kiri kirim soalan Orang balas menuding atasan Puncak Emas menjadi pertanyaan Rakyat Perak menunggu pembaikan
Ribuan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri kerana memberi ruang bagi merungkai masalah yang dihadapi oleh rakyat secara bersama dan sepasukan serta saya percaya kami semua di sini sedang cuba sedaya upaya mencurahkan usaha untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Tidak lupa juga kepada Dato Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian bagi membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Keranji. Dato Yang di-Pertua, saya melihat usul yang kini dibuka untuk perbahasan adalah sesuatu yang amat penting sekali bagi mengawal keadaan haiwan-haiwan berkeliaran di negeri Perak ini. Saya amat yakin haiwan-haiwan yang berkeliaran di luar sana telah menjadi satu masalah yang boleh dikatakan kritikal kepada rakyat di seluruh negeri Perak.
Sebagai makluman kepada semua, sebenarnya saya sendiri tidak suka untuk menggunakan istilah haiwan-haiwan yang berkeliaran kerana mereka yang dianggap berkeliaran itu adalah disebabkan angkara ataupun perbuatan manusia. Sebagai contoh yang disebutkan oleh beberapa aduan tadi, monyet ataupun babi hutan, tempat asal mereka adalah dalam hutan dan disebabkan oleh pembangunan kawasan mereka terjejas dan mereka terpaksa berhijrah ke tempat lain. Contoh yang seterusnya adalah seperti isu berkenaan dengan anjing dan kucing yang berkeliaran. Sekiranya mereka mempunyai kebolehan untuk memilih, pastinya mereka tidak akan memilih untuk berkeliaran dan memilih untuk mempunyai seorang tuannya yang baik kepada mereka. Ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sebenarnya tidak pernah terhenti.
Sebagai contoh, Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan Dun Tronoh adalah Majlis Daerah Batu Gajah di mana YDP Majlis Daerah Batu Gajah duduk di sebelah kiri saya yang sepatutnya memegang gred jawatan 52 tetapi kalau tak silap, saya masih berada di gred 48 atas sedikit masalah teknikal. Jadi saya mohonlah. Mengambil kesempatan ini memohon bahawa JPA menyelesaikan kenaikan gred itu secepat yang mungkin kerana beliau adalah seorang penjawat awam yang boleh peka yang boleh bekerja yang seringkali memberi respon yang cepat kepada aduan yang disampaikan oleh masyarakat tempatan. Secara jujur beliau bersama pasukan Majlis Daerah Batu Gajah sebenarnya tidak pernah terhenti untuk mengambil tindakan terhadap penangkapan lembu, kerbau ataupun kambing yang berkeliaran tetapi disebabkan pelbagai kekangan seperti kekurangan jentera, mengangkat ataupun mengangkut hasil tangkapan. Tempat penyimpanan tangkapan yang telah yang terhad telah penuh, ketiadaan stok ubat pelali dan sebagainya menjadi kekangan utama kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Dengan peraturan yang sedia ada pada hari ini, Majlis Daerah Batu Gajah perlu menunggu masa selama tiga hari selepas penangkapan telah dibuat dan sekiranya tiada milik yang datang untuk menebus, maka baru bolehlah hasil tangkapan itu dilelongkan. Selain itu, hari ini saya melihat punca berkeliaran adalah sikap manusia yang kurang bertanggungjawab.
Oleh itu, saya berasa istilah kucing dan anjing yang terbiar adalah lebih sesuai. Bagi kerbau dan lembu juga disebabkan penternak yang membawa mereka keluar untuk meragut rumput. Bab berkenaan haiwan-haiwan berkeliaran sebenarnya mempunyai pelbagai contoh dari pelbagai sudut pandangan dan berkemungkinan sehingga habis persidangan dewan pun tidak habis kami bincangkan di sini. Maka pada hari ini, saya telah membuat pilihan untuk memberi fokus kepada haiwan-haiwan yang berkeliaran di bawah kategori ruminan. Sebagai pengetahuan umum, haiwan ruminan adalah haiwan mamalia herbivor berkuku yang meragut makanan dengan menyimpannya dalam perut. Haiwan ruminan yang ingin saya sampaikan adalah seperti kerbau, lembu, kambing dan lain-lain.
Dato Yang di-Pertua, haiwan-haiwan ruminan ini yang berkeliaran ini telah menjadi salah satu aduan yang tersohor di kawasan Dun Tronoh dan sering kali pihak berkuasa iaitu Majlis Daerah Batu Gajah dituduh dengan mengatakan tiada tindakan diambil dan sebagainya. Sekiranya kita hanya bergantung pada kaedah penangkapan yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Batu Gajah pada hari ini. Saya percaya ia adalah tidak mencukupi dan amat membebankan Pihak Berkuasa Tempatan. Maka saya berpendapat perlu adanya suatu pindaan terhadap peraturan yang sedia ada bagi mengawal haiwan ruminan ini. Dato Yang di-Pertua, sikap penternak yang tidak bertanggungjawab turut menyebabkan keselamatan orang awam terjejas.
Merujuk kepada kes yang pernah saya kendalikan pada 16 Ogos 2023 di sini kami boleh melihat sebuah ambulans daripada Hospital Batu Gajah terlanggar seekor kerbau di Lebuh raya Lumut. Di Lebuh Raya Ipoh-Lumut, Jalan FT5. Dalam keadaan jalan yang amat gelap disebabkan ketiadaan lampu jalan sehingga hari ini, ambulans tersebut mempunyai seorang pesakit, seorang pembantu perawat yang mengalami cedera ringan. Seorang pembantu jururawat yang mengalami kecederaan dengan patah tiga tulang rusuk dan pemandu bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan. Jadi pada masa itu, saya telah cuba untuk mendapatkan info daripada pegawai Jabatan Veterinar Daerah Kinta dan dimaklumkan oleh Jabatan Veterinar, pegawai dari Jabatan Veterinar mengatakan bahawa kawasan tersebut sebenarnya juga telah dikenal pasti antara hotspot kemalangan akibat haiwan yang berkeliaran dan satu tindakan yang pantas pada masa itu oleh Pegawai Daerah, Daerah Kinta telah mengarahkan satu perbincangan dan tindakan yang sewajarnya diambil oleh Jabatan Veterinar tetapi selepas arahan tersebut adanya satu berita yang lebih mengejutkan bahawa saya dikhabarkan bahawa Jabatan Veterinar pulak memohon jasa baik pihak Majlis Daerah Batu Gajah untuk mengambil tindakan.
Dengan itu, ia mewujudkan satu persoalan iaitu sama ada Jabatan Veterinar tidak mempunyai punca kuasa untuk mengendalikan hal-hal ataupun isu sedemikian. Dari masa ke semasa, saya cuba mendapatkan info yang terkini dan dikhabarkan bahawa Jabatan Veterinar tidak mempunyai pasukan penguat kuasa. Jadi, persoalan yang seterusnya timbul adalah bagaimanakah Jabatan Veterinar mengambil tindakan terhadap penternak-penternak yang tidak mempunyai maklumat pendaftaran dengan veterinar dan membiarkan ternakan mereka berkeliaran di kawasan perumahan di kawasan perumahan, jalan utama dan juga kawasan perumahan dan juga kawasan perkampungan?
Dengan itu, saya berpendapat bahawa satu undang-undang baru patut digubalkan agar Jabatan Veterinar mempunyai punca kuasa bagi menguatkuasa penternak-penternak yang tidak berdaftar ini dan yang seringkali penternak-penternak yang tidak berdaftar ini dikaitkan dengan menjadi penternak-penternak yang haram. Walaupun istilah haram itu tidak sedap untuk didengar tetapi saya berharap istilah tersebut dapat digantikan dengan penternak-penternak yang tidak berdaftar ini. Selain itu, saya juga mendapati info daripada penternak bahawa padang ragut yang disyorkan adalah tidak sesuai dan tidak mencukupi. Saya telah mendengar perbahasan yang telah diutarakan oleh beberapa Adun tadi yang memang sememangnya padang ragut ini menjadi salah satu punca utama menyebabkan penternak-penternak membiarkan haiwan-haiwan mereka itu berkeliaran.
Dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar mewujudkan suatu dasar ataupun peraturan agar setiap daerah ataupun setiap kawasan PBT wajib mempunyai padang ragut yang mencukupi dan sesuai bagi menampung keperluan ruminan dengan kajian demand ratio diadakan dahulu kerana mungkin di kawasan Dun Tronoh ini memerlukan satu tempat yang besar, manakala mungkin di kawasan bandar Ipoh ini memerlukan tempat yang bukan besar. Oleh itu, saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh mewujudkan satu jawatankuasa ataupun satu jawatankuasa untuk membuat kajian di manakah tahap demand ratio ini dalam setiap daerah atau pun setiap kawasan PBT. Dengan itu, saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong sepenuhnya usul ini kerana saya percaya masalah ini telah berlarutan terlalu lama dan tibalah masanya kami di sini untuk membuat satu ketetapan dan membuat satu dasar ataupun enakmen ataupun peraturan untuk membela hak nasib rakyat di luar sana. Oleh itu, saya berharap selepas pembentangan ini telah dibuat dan telah diluluskan usul ini, maka rakyat negeri Perak di luar sana boleh hidup dengan lebih aman dan sejahtera. Sekian terima kasih daripada Tronoh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Tronoh. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, Wassalatu Wassalamu 'Ala Saidina Muhammadin Asrafi Mursalin, Wa 'Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadan Abduhu Wa Rasuluh. Ashadualla Ilaha Illallah Wa Ashhadu Anna Muhammadarrasulullah, Allah s.w.t, Bil Quran Nil 'azim (Bacaan ayat Al-Quran) Maksud firman Allah lebih kurang. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan membuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan larangannya supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai anan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, petugas-petugas media, sidang hadirin di dalam dewan dan juga di atas talian yang dihormati ini sekalian.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Pasir Panjang untuk membahas usul bagi mewujudkan satu enakmen-enakmen dan peraturan baru berkaitan pengawalan haiwan berkeliaran di negeri Perak yang kita harapkan dapat menyelesaikan sebahagian besar daripada ancaman yang dihadapi oleh haiwan-haiwan yang berkeliaran ini ke atas kehidupan dan kesejahteraan penduduk di negeri ini. Saya percaya usul ini seharusnya menjadi kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah diambil oleh Exco terdahulu. Mantan Exco KPKT dan mantan Exco Pertanian yang telah mewujudkan satu jawatankuasa penyelarasan penangkapan anjing terbiar haiwan merayau pada tahun 2022 bagi menangani isu yang sama. Timbalan Yang di-Pertua di peringkat kawasan aduan berkaitan kacau ganggu monyet diterima saban hari. Monyet bukan sahaja masuk dalam rumah dan merosakkan harta benda di sesetengah kawasan, bahkan ada yang menyerang penduduk. Jadi pelancong di beberapa tempat perkelahan seperti di Teluk Batik, Pangkor dan Teluk Senangin juga diancam dengan kehadiran monyet-monyet yang besar dan menakutkan.
Begitu juga anjing bukan sahaja menggeledah tong sampah tetapi juga menyerang penduduk terutamanya kanak-kanak. Pada awal bulan April yang lepas, seorang kanak-kanak nyaris digilis sebuah kenderaan di Sitiawan akibat dikejar seekor anjing dan sejak kebelakangan ini pula, babi pula mula masuk ke taman-taman perumahan dan kawasan-kawasan peranginan. Aduan berkaitan lembu dan kerbau liar juga banyak diterima. Bukan sahaja memusnahkan tanaman dan mengotorkan kawasan tetapi juga mengancam nyawa pengguna jalan raya. Pada tahun lepas, beberapa kes yang mengakibatkan kerugian harta benda dan keselamatan penduduk direkodkan seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini.
Antaranya seorang wanita maut terus dilanggar seekor kerbau di Jalan Perindustrian Pengkalan II, sebuah ambulans dalam perjalanan ke Hospital Permaisuri Bainun melanggar kerbau yang mana disebut oleh Tronoh tadi dan seorang pemuda maut melanggar kerbau di Jalan Sungai Keroh, Kampung Gajah.
Timbalan Yang di-Pertua melihat kepada ancaman ke atas keselamatan dan harta benda serta ketenteraman penduduk telah sampai ke peringkat yang sangat membimbangkan maka enakmen ini perlu disegerakan. Pasir Panjang ingin mencadangkan agar dokumen yang dihasilkan oleh jawatankuasa penyelarasan penangkapan anjing terbiar untuk haiwan merayau pada tahun 2022 dirujuk dan dimurnikan kerana aspek-aspek utama berkaitan isu ini telah dicadang untuk dilaksanakan. Antara tindakan yang dicadang untuk dilaksanakan adalah Pihak Berkuasa Tempatan menetapkan tatacara dan kewajipan kepada pemilik haiwan semasa pendaftaran haiwan kesayangan seperti anjing. Pemilik haiwan bertanggungjawab memastikan anjing divaksin divaksinasi dengan vaksin yang bersesuaian bagi mengawal peningkatan anjing yang berpenyakit di mana disebut oleh Sungai Manik tadi.
Penggunaan kolar yang dipasang lencana logam, pemilik haiwan digalakkan untuk membuat pemandulan ataupun kembiri anjing yang dilakukan oleh doktor-doktor veterinar untuk mengawal pembiakan dan kawalan populasi dari terus meningkat kerana pembiakan anjing ini sangat cepat. Seorang anggota penguatkuasa, dia memaklumkan saya bahawa anjing ini boleh melahirkan anak 3 kali setahun dengan jumlah yang tidak kurang daripada 5 ekor dan kemudian menggalakkan secara sukarela pengenalan tetap iaitu mikrocip, tag telinga dan sebagainya untuk mengenalpasti ataupun untuk menjejaki pemunya haiwan sangat berkesan. Insiden yang saya sebut tadi bilamana seorang kanak-kanak yang nyaris dilanggar kereta itu, bila dia dikejar seekor anjing dan anjing itu dilesenkan dan bila dilesenkan penguatkuasa boleh kenal pasti siapa empunyanya. Dia kejar tu sebab dia telah salah tempat letak dia. Sepatutnya dalam lesen, dia diletakkan di rumah tetapi dia letakkan di kedai dan dikenakan denda akibat daripada pemindahan tempat. Alhamdulillah, pelajar tersebut kanak-kanak tersebut tidak cedera. Hampir-hampir digilis kenderaan.
Tuan Yang Di-Pertua, ke arah pelaksanaan tindakan Pasir Panjang mencadangkan resolusi jangka pendek yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Penangkapan Anjing terbiar dan hal merayau diberi perhatian. Antaranya menubuhkan team task force melibatkan agensi-agensi yang berkaitan. Jadi kita perlu lihat setiap kali tangkap anjing, semua orang akan membuat aduan kepada Majlis Perbandaran (PBT) dan PBT bukan sahaja menyelesaikan masalah anjing, kalau ada masalah gagak pun PBT. Kalau babi pun PBT. Ini sikap orang kita, dia tidak mahu ambil, dia tak mahu ambil tahu siapa yang sepatutnya bertanggungjawab. Babi masuk kampung pun PBT. Sedangkan babi di bawah Perhilitan dan kalau kita nak tunggu Perhilitan, tenaga untuk melaksanakan penguatkuasaan terlalu terhad. Kita diberitahu bahawa penembak dari Perhilitan ini ada beberapa orang sahaja untuk nak menembak di kawasan yang sangat luas bagi mereka.
Jadi bila mereka datang nak tembak, babi pun dah balik. Babi dah keluar daripada kawasan perumahan yang dia datang untuk bersiar-siar dan berfoya-foya sepertimana yang disebut oleh Sungai Manik tadi dan khidmat Pegawai Teknikal Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada Veterinar swasta bagi tujuan pelalian dan
Muslim. Kita difahamkan bahawa bukan sebarangan orang yang boleh melaksanakan kondusif itu untuk tidurkan seekor anjing. Dia mesti seorang doktor veterinar. Tapi di kebanyakan Pejabat Veterinar di daerah-daerah dalam negeri Perak ini tidak ada Doktor Veterinar dan keduanya penangkapan secara pelalian. Kerbau, lembu, bilanya kita panggil penguatkuasa daripada PBT, dia akan menggunakan pelalian dan pelalian itu dia ada kosnya dan kosnya ditanggung oleh PBT. Jadi, maknanya kita nampak bahawa untuk menyelesaikan masalah ini, kita memerlukan peruntukan. Yang pertama sekali untuk membiayai kos-kos yang berkaitan dengan tangkapan dan keduanya untuk kita menambah tenaga kerja yang secukupnya untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah yang dihadapi ini. Menambah baik dan menambah baik kaedah pelesenan anjing. Bila kita nak keluarkan lesen, kita cadangkan supaya lesen itu murah dan mudah untuk didapati supaya lebih ramai orang pemilik anjing datang untuk mendapatkan lessen tetapi bila penguatkuasaan ia cadangkan supaya sekiranya tidak ada lesen dan didapati bersalah, kompaun itu perlu dinaikkan. Kompaun yang ada sekarang ini terlalu rendah. Skala RM500.00, RM1,000.00.
Bagi pemilik-pemilik kerbau, lembu itu sangat murah bagi mereka kerana lembu mereka pun sudah bernilai RM5,000.00, RM6,000.00, kerbaunya. Dicadangkan juga oleh rakan-rakan sebelum ini, kempen kesedaran, tanggungjawab pemilik anjing dan orang awam perlu ada education program untuk menyedarkan mereka betapa bahayanya sekiranya anjing mereka menggigit orang. Betapa bahayanya sekiranya lembu-lembu dan kerbau-kerbau mereka dilepaskan. Kadang-kadang kita tengok saya lalu kawasan Tronoh pagi semalam, sekumpulan kerbau sedang menunggu untuk melintas jalan. Semua tidak ada tagging tetapi di jauh sana nampak dia punya pemiliknya di atas motosikal tunggu tengok. Dia bagi kerbau dia lintas dulu dah settle semua baru dia naik motor. Dia pun tidak mahu menunjukkan identiti dia sebagai tuan kepada kerbau tersebut. Mana tahu berlaku kemalangan, dia akan dia akan dipertanggungjawabkan. Kesedaran ini perlu diberi kepada kepada mereka. Selain itu, empat resolusi tindakan jangka panjang telah dicadangkan oleh dari kuasa tersebut dan wajar diberi perhatian.
Antaranya memberi penurunan kuasa. Contohnya, kebenaran menembak haiwan liar kepada anggota penguatkuasa. Sekarang ni mereka tidak ada tidak ada hak. Tidak ada kebenaran untuk menembak kalau ada haiwan liar babi kena tunggu kena tunggu Perhilitan datang dan kalau ada kera dan sebagainya. Sama juga kena tunggu Perhilitan dan bila mana Perhilitan datang selalunya, Perhilitan bawa perangkap untuk ditangkap, untuk menjerat kera dan monyet. Kalau di Teluk Batik, umpamanya tak cukup, penuh dia masuk, penuh dia masuk. Semua orang pakat jadikan pekerja macam zoo pulak. Pergi tengok kera sehinggakan majlis perbandaran juga terpaksa buat perangkap lagi. Bila buat perangkap pun penuh juga. Bila dah ditangkap, nak pergi mana. Dihantar ke sebuah, ke satu tempat satu lokasi untuk untuk dilepaskan. Sekejap sahaja mereka akan datang balik. Sebab kesedaran manusia ni kurang, dia bagi makan kepada monyet ataupun kera tu. Jadi macam mana disebut oleh Sungai Manik tadi kera tak payah dah masuk ke dalam hutan cari makan sendiri, dia dah tahu dah kalau-kalau hujung minggu sahaja makanan dia sangat-sangat banyak, sangat lumayan. Sejarah kisah yang macam ni perlu kita berikan kepada mereka dan mewujudkan perjawatan pegawai veterinar. Dia ada seorang doktor veterinar untuk melaksanakan PTS (Put to Sleep) di daerah-daerah tertentu dan penyediaan rumah perlindungan anjing terbiar. Kita kadang-kadang, bila-bila NGO pencinta binatang ni, dia tahu PBT tembak anjing. Mereka marah, mereka saman dan sebagainya.
Di Manjung sudah dicuba, diberikan tapak bekas pelupusan sampah, bekas pelupusan sampah, yang dah cantik dah, dah tumbuh rumput dah bagi kepada untuk mereka jaga anjing tersebut. Sekejap sahaja, beberapa bulan sahaja mereka datang balik kepada PBT bagi tahu kita surrender, tak boleh sebab walaupun dia mendapat bantuan makanan daripada luar. Dia tak boleh nak support pembiakan yang begitu cepat dan makanan yang diperlukan terlalu banyak untuk ditanggung. Jadi mereka dah buat. Jadi bila mereka tak boleh buat, maka kita kena mengambil pendekatan. Pendekatan antaranya yang disebut dalam Islam bahawa terdapat haiwan-haiwan yang boleh dibunuh kerana mereka telah melampaui batas. Mereka telah mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Boleh dibunuh, tetapi cara bunuh juga ada dalam Islam. Sebab itulah kita melihat0 itu cara yang atau cara yang terbaik tetapi kos itu agak agak tinggi tetapi untuk kita menyempurnakan untuk kita menyelesaikan masalah ini, kita kena hadapi kuasa Allah untuk kita tidak berlaku zalim kepada binatang-binatang yang sepatutnya kita kasih kepada mereka.
Jadi, kita bersetuju kalau ditembak dijalan umpamanya maknanya itu satu tindakan yang…yang sangat tidak tidak wajar tetapi kalau kita matikan dia secara kita tidurkan dia, itu dibenarkan sebab dia telah berlaku telah berlaku zalim atau melampaui batas dia sebagai seorang seekor haiwan. Disebut dalam Hadis Nabi s.a.w, lima (5) binatang fawasiq yang mendatangkan kerosakan boleh dibunuh iaitu tikus, kala jengking, helang, gagak dan anjing yang ganas boleh dibunuh. Sekarang ni gagak pun dah banyak dah sekarang ni. Aktiviti tembak gagak, aktiviti hapuskan gagak dan bila gagak dah kurang datang pulak sekarang ini yang kita akan bincang mungkin masuk juga dalam enakmen yang akan kita buat ini iaitu merpati pula merpati. Sekarang ini burung merpati ramai orang sayang merpati dia bagi makan merpati. Jadi bila dia tak bagi makan merpati, merpati itu akan menyusahkan penduduk-penduduk di sekitarnya.
Beri laluan.
Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Beberapa yang disebut oleh Pasir Panjang tadi tentang masalahnya. Saya lihat bila mana kita bertemu dengan atau pun kita memohon untuk Veterinar untuk membantu isu dia ada taskforce atau pun mereka yang bekerja lah yang tenaga yang ramai yang saya lihat di sana perlu kepada penelitian semula kerana memang diperlukan tenaga yang ramai dan menyebabkan kita memohon untuk masyarakat setempat untuk membantu pulak. Jadi, di sana perlu kepada taskforce yang saya sebut yang pertama. Yang kedua Yang Berhormat berkaitan dengan isu monyet. Apabila kita tangkap dan ada masyarakat yang lepas. Dah banyak dah masuk dalam tu tiba-tiba dilepaskan. Mungkin ada sesetengah pihak yang rasa sensitif tentang isu ini dan dilepaskan yang menyebabkan sukar untuk Veterinar atau pun perhilitan untuk membuat tindakan. Terima kasih.
Pasir Panjang, dua (2) minit lagi.
Terima kasih Slim masukkan ucapan semua ucapan saya. Simpulan perbahasan saya Timbalan Yang di-Pertua, enakmen atau peraturan baharu bagi kawalan haiwan peliharaan negeri
Perak sangat diperlukan untuk menjamin perkara-perkara berikut. Yang pertama sekali melindungi keselamatan awam. Elemen ini boleh membantu mengurangkan kemalangan jalan raya, penularan penyakit, gangguan ketenteraman dan kesihatan awam yang disebabkan oleh haiwan yang berkeliaran dan memastikan keterjaminan kesihatan awam. Elemen ini juga boleh mengawal populasi haiwan liar dan mengurang risiko penularan penyakit kepada manusia daripada haiwan persekitarannya. Yang ketiganya melindungi harta benda. Monyet sekarang ini kalau kata tadi sebut tengah kita nak pasang lampu solar tiba boleh saya pasang saya sumbangkan satu lampu solar pada seorang penduduk menggunakan teknologi gelap. Besok dia telepon saya. Dia kata lampu solar tu dah tunduk YB. Ha kenapa? Monyet gantung-gantung lampu solar tu. Malam pun dia datang sebab apa, sebab ada lampu. Jadi maknanya kan harta benda kita ni tak selamat dengan binatang, monyet ini dan meningkatkan imej di negeri. Enakmen ini kita jangka dapat membantu meningkatkan imej negeri Perak sebagai negeri yang bersih, selamat, berdaya maju, yang akan menyemarakkan lagi kehadiran pelancong sempena dengan Tahun Melawat Perak 2024. Timbalan Yang di-Pertua, Pasir Panjang. Saya ingin menyokong usul ini untuk dilaksanakan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam sejahtera kepada seluruh hadirin. Alhamdulillah Wassalatu Wassalamua'la Rasulillah. Asyhaduan Lailaaha Illallaahu Waasyhaduanna Muhammadar Abduhuwa Rasulullah A'mma Baq. Terima kasih Kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker Timbalan di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang dikasihi. Yang Berhormat Pembangkang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Seterusnya kepada petugas-petugas media yang menjalankan tanggungjawab dengan baik, kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Kami di sini ingin memberikan satu penghormatan dan juga ucapan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat kepada pihak kerajaan yang telah banyak membantu bekerja keras memastikan isu ini dapat diselesaikan. Kepada wakil rakyat inspirasi bagaimanakah kesungguhan pihak agensi dalam melaksanakan tujuan ini. Antaranya MBI, PBT-PBT di seluruh negeri Perak, Jabatan Veterinar, Jabatan Perhilitan yang bila mana kami bertemu, kita buat aduan, satu kerjasama sangat baik diberikan oleh pihak-pihak ini untuk kita mencari jalan bagaimanakah cara untuk selesaikan masalah yang telah menimpa kita hari ini.
Dua masalah besar kita kena fikir. Pertama, masalah manusia. Kedua, haiwan. Mana lebih utama? Kita bincang nyawa manusia dan juga nyawa haiwan. Kita bincang tentang keselamatan manusia dan juga keselamatan haiwan hari ini. Dalam part ini pun kita faham di manakah keutamaan yang perlu kita berikan dan perbahasan hari ini sangat menarik untuk kita lihat supaya mudah-mudahan akan wujudnya enakmen dan peraturan baru yang wajib untuk kita buat bagi memastikan perkara ini dapat ditangani di negeri Perak kita ini insya Allah. Di sini untuk membahas usul ini bagi mewujudkan enakmen atau peraturan baharu bagi Pengawalan Haiwan-Haiwan Peliharaan di Negeri Perak. Pada tahun 2022, telah tertubuhnya Jawatankuasa Penyelarasan Penangkapan Anjing Terbiar dan Haiwan Merayau yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Tempatan yang juga Exco Pertanian ketika itu bagi menangani isu haiwan terbiar ini. Ini membuktikan bahawa ketika itu kerajaan ketika itu yang sedang mentadbir negeri ketika itu sangat-sangat mengambil serius bagi menyelesaikan perkara ini. Lalu persoalan saya di sini, ke manakah perginya lanjutan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Perak ketika itu dan sepatutnya perkara ini boleh kita selesaikan segera kerana ketika 2022 hingga 2024 telah mengambil masa dua tahun kurang lebih, perkara ini masih lagi belum diselesaikan.
Saya pergi kepada undang-undang yang ada berkaitan dengan perkara ini, undang-undang kecil di bawah MBI dan juga di peringkat daerah. Ketika ini undang-undang yang diguna pakai adalah di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Haiwan Ternakan dan juga Haiwan Merayau MBI 2014 dan Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing MBI 1987 Pindaan 1990. Begitu juga di daerah-daerah lain di negeri Perak yang mempunyai undang-undang kecil tersebut. Namun begitu, apa yang perlu kita fahami ia tidak cukup untuk kita menangani masalah yang besar ini. Sidang Dewan semua mengamati Undang-Undang Kecil Perlesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau MBI ini dan juga Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing MBI 1987 Pindaan 1990 ini, jika perkara ini tidak boleh menangani banyak masalah yang kita hadapi hari ini.
Adakah semua itu dituruti oleh pemilik-pemilik haiwan ini atau pun oleh mereka yang terlibat. Jawapannya bagaikan tidak dituruti dan kita lihat negeri-negeri lain yang telah pun mempunyai enakmen yang kita nak bahaskan pada hari ini. Ia mungkin tidak sempurna tetapi sudah ada negeri yang mewujudkan enakmen bagi menangani perkara ini. Antaranya Pahang, mereka ada Enakmen Kawalan Lembu Kerbau 2001. Selangor, Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971. Negeri Sembilan, mereka ada Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Dalam Kawalan Larangan 1971. Enakmen yang digunakan oleh tiga (3) kerajaan negeri tersebut dan Perak sewajibnya ketika ini kita mesti menjadi juara terhadap isu ini dan insya Allah Perak akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain jika mana kita berjaya mengadakan enakmen ini bagi menangani masalah yang besar ini. Isu anjing liar, anjing liar yang berkeliaran sama ada dalam peliharaan atau pun yang terbiar sering membuat kacau ganggu kepada penduduk dengan mengejar, menggigit serta menyelongkar tong sampah di depan rumah kita. Saya yakin dalam Dewan ini, depan rumah kita pun kita berdepan dengan benda yang sama. Taman kita pun kita berdepan benda yang sama. Kampung kita pun sama.
Hadirin sekalian, ancaman mendatangkan bahaya kepada penduduk. Kedua, diganggu kebersihan di kawasan persekitaran penduduk kita. Ketiga, anjing liar ini dia menyebarkan ni bahaya sidang dewan sekalian. Anjing liar ini dia boleh menyebarkan wabak penyakit rabies. Ini sangat bahaya. Cuba bayangkan satu nauzubillah minzalik tapi saya nak sebut di sini, cuba bayangkan jika ada satu kes di negeri kita, ini belum ada tapi kita sudah bincang untuk tangani perkara ini. Tapi jika ada kes jika Allah menguji kita disebabkan kita tidak bersungguh untuk tangani perkara ini, jika ada satu kes saja melibatkan isu rabies ini semua rakyat dan masyarakat kita di Negeri Perak ini akan hidup dalam keadaan ketakutan. Kita tahu isu penyakit rabies ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies. Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dan air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia. Jadi penyakit ini membawa kepada satu malapetaka yang sangat besar hingga menyebabkan boleh menyebabkan kematian. Sebab itulah saya sebut di sini supaya kita memahami perkara ini sangat penting dan tidak boleh tangguh lagi untuk kita mewujudkan enakmen yang sangat baik ini. Insya Allah. Antara kawasan yang saya tengok di kawasan sayalah di Dun Manjoi. Kawasan sekolah, kawasan perumahan, taman permainan bahkan hari ini tidak segan silu saya sebut di kawasan rumah ibadah pun sudah banyak anjing-anjing liar ini berkeliaran.
Dalam kawasan masjid surau pun tuan-tuan, anak-anak kita yang nak pegi masjid surau, bahkan orang tua kita pun nak pegi masjid surau akan berdepan dengan halangan anjing liar ini. Kes yang berlaku di kawasan saya juga di kawasan lain. Kawasan saya dekat dengan kawasan tuan-tuan. Kawasan Dun Manjoi ni bersebelahan dengan Bangunan SUK kita. Seorang kanak-kanak, murid SK Taman Jati digigit anjing di Taman Jati sehingga mendatangkan cedera. Kecederaan gangguan saraf kepada anggota tubuhnya. Ia berlaku tiga minggu yang lalu. Kedua, kanak-kanak digigit anjing di Taman Bertuah sehingga mendatangkan cedera, patah tangan dan luka-luka di badan, muka dan kaki. Ketiga, warga emas dikejar anjing liar di kawasan perumahan Klebang Jaya sehingga mendatangkan cedera akibat terjatuh motor dan dibawa ke hospital. Keempat, anjing mengganggu operasi perniagaan rumah kedai berhampiran AEON Klebang. Kelima, anjing mengganggu di kawasan perumahan mengejar penduduk terutamanya kanak-kanak di Chepor Permai. Jika anjing tersebut dihalau, ia akan bertindak agresif. Keenam, anjing liar banyak berkeliaran di kampung dan perumahan orang Melayu.
Sebagai contoh, di Gugusan Manjoi, kampung melayu terbesar di Malaysia dan juga Kampung Seri Klebang sehingga masuk ke dalam halaman rumah orang-orang kampung. Ada kalau boleh kita perhatikan lah usul untuk kita menguruskan isu anjing ini. Pemunya pemilik haiwan bertanggungjawab memastikan anjing di vaksinasi dengan vaksin asas bagi kawal risiko penyakit anjing berjangkit. Kedua, penggunaan kolar yang dipasang lencana logam tag pemunya pemilik haiwan digalakkan untuk membuat pemandulan kembiri anjing dilakukan oleh doktor veterinar untuk mengawal pembiakan dan kawalan populasi dari terus meningkat. Keempat, menggalakkan saga voluntary pengenalan tetap iaitu mikrocip aras ID, tag telinga dan sebagainya untuk mengenal pasti penjejakan pemunya haiwan. Lagi isu yang berbangkit juga ialah boleh saya cadangkan di sini, Akta Kebajikan Haiwan 2015 perlu direview semula untuk mendepani masalah-masalah baru berkaitan anjing liar.
Jika akta ini tidak diperbaharui, tidak direview, masalah anjing liar ini akan menjadi masalah yang besar kepada orang awam. Sebab kita berdepan dengan akta ini, tindakan kita nak buat, semua berdepan dengan akta yang menghalang daripada tindakan yang boleh diambil oleh pihak berwajib. Sebelum ini, hanya ada tiga kaedah yang saya kenal pasti. Mungkin ada lebih lagi, yang saya perincikan, yang saya kaji sebelum ini, hanya ada tiga kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini, tetapi kaedah ini sering mendapat tentangan dari pelbagai pihak kerana dilihat kejam dan sebagainya. Jadi kita tidak berselindung di sini ada pihak-pihak yang membantah. Antaranya NGO-NGO yang bersuara keras terhadap isu ini dan ada juga orang persendirian yang tidak bersetuju terhadap perkara ini. Kalau kita tembak mati dikatakan kejam, kalau kita racun dengan ubat pelali dikatakan zalim. Kalau kita suntik mati, in the end dikatakan tak patut buat begitu. Lalu bagaimana lagi untuk kita buat dan inilah yang kita bangkitkan hari ini dan hari ini tuan-tuan kalau pegi ke Papan, tempat pembuangan anjing-anjing liar ini, kita pun simpati dan kita rasa kesian dan anjing ini dalam kategori makhluk Allah.
Binatang yang cerdik. Anjing ini dalam kategori binatang yang cerdik. Anjing seharusnya kalau kita lepaskan di satu-satu tempat, dia boleh datang balik tempat dia duduk tu. Maksud kalau hari ni kita tangkap anjing itu di Manjoi, dua hari akan datang, dia akan pulang semula ke tempat tersebut. Ini masalah yang perlu kita faham. Kalau kita longgokkan anjing di Papan sebanyak mungkin. Beribu-ribu tuan-tuan, bukan beribu-ribu sehingga berpuluh ribu ketika ini, jumlah anjing-anjing terbiar dan anjing-anjing yang hari ini berada di kawasan kita. Sebab itulah, benda ni tak selesai. Sebab itulah saya buat satu kajian dan saya dapat, terbaru saya mendapat tahu ada satu kaedah baru iaitu menggunakan kaedah gas karbon dioksida. Karbon dioksida dan haiwan berkenaan akan diletakkan dalam satu bilik, dikurung dalam satu bilik, kemudian, haiwan tersebut akan pengsan serta mati dalam keadaan yang singkat dan perkara ini tidak zalim terhadap binatang ini. Insya Allah. Cuma puan, saya tuan-tuan kalau kita tak bagi untuk kita, kita ambil tindakan yang sebegini, maka jumlah ini akan meningkat dan orang akan berdepan dengan masalah lebih besar berkenaan dengan anjing liar yang tidak terkawal ini. Bagi saya, kaedah ini boleh diangkat supaya menjadi keputusan kerajaan dan dilaksanakan di semua PBT kita. Insya Allah.
Namun, kaedah ini juga mungkin akan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, NGO-NGO dan lain-lain. Namun, apa yang perlu kita fikirkan adalah kebajikan dan keselamatan manusia yang mesti diambil berat. Jika diberi perbandingan antara kebajikan haiwan dan juga kebajikan manusia, semestinya kebajikan manusia yang akan menjadi keutamaan kepada kita semua. Tuan-tuan kena letakkan perkara ini, mana lebih utama dan sekiranya NGO, mereka mesti mendengar perkara ini dan saya juga ikuti perkembangan mereka. Kadang-kadang penentangan mereka ini kadang-kadang mengganggu kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh kita, oleh agensi pelaksana kita. Oleh yang demikian, banyak kaedah yang digunakan sebelum ini dianggap sebagai tidak betul sedangkan anjing liar ini semakin membiak dengan banyak dan solusi yang ada pada kita hari ini ialah tuan-tuan seperti mana yang disebutkan tadi…
Tambahan…Manjoi.
Silakan.
Terima kasih Manjoi. Timbalan Yang di-Pertua. Jadi satu respon berkenaan dengan racun tadilah. Jadi kalau masalah sekarang ni kalau di kampung beruk-beruk ni dia ganggu durian. Belum masak, belum gugur lagi dia orang kata khianat lah. Beruk ni. Jadi orang kampung kena ambil inisiatif, tangkap dan sebagainya. Kalau dalam kaedah, dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010. Jadi mana-mana pihak yang melakukan penghapusan beruk, monyet ni tadi dengan cara meracun, dengan cara orang kata...tidak praktikal lah dianggap. Dia kalau bersendirian, dia boleh didenda sehingga…berapa ribu? RM50,000. Jadi ini masalah. Maknanya enakmen yang dibuat, kena lihat juga bahawa keperluan sebab Perhilitan tadi lima ke enam orang nak melihat monyet dan beruk di kampung dan orang kampung berhadapan dengan satu dasar kerajaan. Maknanya Jabatan...orang kata hidupan, orang kata Akta
Perlindungan Hidupan Liar 2010 satu kesalahan tadi yang racun apa semua tu, kalau orang kampung dia tak tahu, dibuat bersendirian, berlaku kesalahan, ada laporan, dia boleh didenda sehingga RM50,000. Jadi inilah kekangan yang perlu difikir untuk pelaksanaan enakmen ini supaya ada satu cara dan kaedah yang berkesan untuk hidupan liar tadi ni. Terima kasih.
Mintak sambung sikit lagi YB Manjoi. Terima kasih Timbalan Speaker, YB Manjoi. Nak sambung sikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Kamunting berkenaan dengan kera sebelum start YB Manjoi, teruskan perbahasan dia. Kalau kita lihat tadi, kalau anjing, lembu, kerbau memang ada. Dah termaktub dalam akta kecil. Tapi berkenaan dengan kera ataupun monyet ini, yang saya rasa sekarang ni semua kawasan berlaku. Semua jadi masalah bukan sahaja di kampung. Di kampung sekarang ini musim durian. Semua orang kampung merungut kerana durian yang belum masak dia gugurkan. Durian yang masak dia tebuk. Macam-macam. Sehinggakan… tu masalah di kampung. Ni masalah di taman-taman. Saya berada di Taman Kurau Jaya. Kawasan tu dulu kawasan hutan, tapi sekarang dah naik taman. Bila mana kawasan habitat dia diganggu, kera tersebut waktu puncak ataupun waktu dia lapar, dia akan datang ke taman. Puncanya sekarang atau masalahnya sekarang ini bila mana penyelenggaraan sampah tidak mengikut waktu. Penyelenggaraan sampah yang tidak mengikut waktu. Saya sampaikan mesej kepada ahli majlis kawasan yang dia jaga kawasan Taman Kurau Jaya. Sepatutnya malam tadi contoh malam tadi kutip pungutan sampah tapi berlarutan, tak datang. Sampai pagi, sampai tengahari. Petang baru datang.
Tapi bila petang baru datang semua orang dah masuk kerja pergi kerja, yang ada di rumah hanya suri rumah. Kera datang dia selongkar yang dalam tong sampah bertaburan jadi masalah sehinggakan bila balik kerja kena pungut balik kali kedua kali ketiga. Jadi masalah, ini kera dan kera juga yang masuk dalam paper, dalam TV3. Dua beranak kritikal termakan keropok ada racun tikus perangkap monyet. Jadi saya mintak pada Yang Berhormat Manjoi kalau ada solusi atau pun cara yang lebih praktikal untuk kita hadapi masalah monyet yang cukup berkeliaran yang agak sukar untuk kita tangani. Saya pernah anjurkan satu program tembak masalah babi dan juga monyet kerjasama dengan Perhilitan yang menggunakan dana yang agak banyak. Tak apalah pada waktu itu dapat peruntukan penuh Yang Amat Berhormat tapi kali ini tak boleh nak buat kerana peruntukan separuh saja. Jadi Insya Allah kalau ada peruntukan yang kita boleh buat di kawasan-kawasan dengan kerjasama dari Perhilitan. Keduanya saya pernah masa sesi yang lepas dengan kerjasama Perhilitan saya buat kandang sendiri, buat perangkap sendiri dan perangkap bila mana kita rujuk dengan Perhilitan dia agak mahal. Kosnya satu sangkar tu seribu lebih. Jadi masyarakat mana nak mampu. Kita rujuk kepada Pejabat Penghulu, Pejabat Penghulu pun tak ada peruntukan. Jadi yang ada kita guna peruntukan yang disalurkan oleh Yang Amat Berhormat sesi lepas. Ini peruntukan penuh sesi lepas. Kali ni peruntukan separuh jadi tak boleh nak buat. Kalau bagi peruntukan penuh boleh Insya Allah. Di kawasan-kawasan paling kurang boleh tangani sikit permasalahan di kampung-kampung dan juga di taman-taman. Ok terima kasih pada Yang Berhormat Manjoi.
Manjoi, 2 minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua, bagi lebih sikit. Saya nak habiskan point-point penting. Masukkan ucapan kepada Kamunting dan juga Kubu Gajah dalam saya punya ucapan, Insya Allah. Saya nak masuk kepada isu haiwan ternakan berkeliaran kerbau, lembu, kambing. Ini juga penting untuk sidang dewan sekalian proses penangkapan oleh pihak PBT atau pun di kawasan MBI akan tangkap sekiranya haiwan ini merayau di kawasan awam dan pihak MBI saya sebut di sini relate kawasan saya akan simpan haiwan tersebut untuk tuntutan dan akan dikeluarkan denda. Masalah kerbau, lembu dan kambing ini yang merayau ini penternak berkenaan perlu ada lesen iaitu pelesenan haiwan ternakan dan haiwan merayau mengikut undang-undang kecil pelesenan. Pihak MBI, PBT tidak mengeluarkan lesen berkaitan penternak kerana kebanyakan haiwan ternakan di kawasan Ipoh ini kawasan kita ini kebanyakannya mereka lepaskan haiwan tersebut. Tak ada satu kawasan ternakan yang terkawal tidak ada fidlot di kawasan kita ini.
Jadi inilah problem yang berlaku pada hari ini. Masalah yang selalu timbul ialah penternak tidak mengambil lesen. Pihak PBT MBI pula tidak boleh mengeluarkan lesen kepada penternak yang melepaskan haiwan tersebut tidak punya kandang. Masalah ini akan berulang, berulang dan berulang dan kalau penternak tu nak ambil balik dia punya binatang ternakan dia kena bayar RM250 seekor dan mengikut kepada saiz binatang tersebut dan di sebalik itu ada kos-kos tanggungan oleh kerajaan. Bukan setakat itu, bila kita simpan katalah kita simpan lembu, kita simpan kerbau tersebut, kita kena jaga kebajikan haiwan tersebut. Kalaulah duduk di bawah jagaan kita 5 hari, 7 hari, 3 hari, 4 hari maka kos dan juga meningkat disebabkan perkara ini dan Timbalan Yang diPertua sikit lagi dalam perbahasan saya pada petang ini, sebut tentang kerbau, lembu dan sebagainya, ia mendatangkan bahaya disebut banyak atdi tentang keselamatan jalan raya. Ini semua orang tidak terkecuali. Semua pihak tidak mustahil kemungkinan boleh berlaku kepada kita dan kedua jalan raya kita kotor. Najis kerbau lembu ni besar-besar dan memang…
Satu minit.
Mendatangkan masalah kepada penduduk setempat dan kita semua. Taman permainan kadang anak-anak nak main petang-petang pun tak boleh, taik lembu di sini. Saya sebagai seorang player bola cuma tak masuk peringkat kebangsaan saja, juga kadang main bola pun tak ada mood. Nak sepak bola tertendang taik lembu. Jadi inilah yang berlaku dan kes berlaku di tempat saya lembu kerbau berkeliaran di sekitar bandar Meru Raya. Bandar Meru Raya ini ialah imej kepada kita dan kita pun segan kalau nak masuk Meru Raya tuan-tuan boleh pusing pergi ke sana, penuh kerbau-kerbau yang dilepaskan dan banyak kejadian berlaku menyebabkan nyawa manusia berlaku di kawasan tersebut. Kawasan Taman Jati Di Halaman Meru Permai, di kawasan Meru Perdana 1 dan 2 ini semua kawasan-kawasan hotspot kerbau-kerbau yang terlepas di kawasan tersebut. Saya minta supaya kita mengambil serius perkara ini dan sebagai penutup dalam ucapan saya pada petang ini untuk saya simpulkan semua perkara yang saya sebutkan pada hari ini, pertama saya mohon supaya unit kawalan. Saya juga amat bersimpati terhadap tenaga kerja penguatkuasaan daripada pihak PBT MBI khususnya yang agak kurang manpower.
Sebagai contoh unit kawalan anjing di sekitar Bandaraya Ipoh ini hanya 6 orang sahaja yang terpaksa menjaga beribu-ribu atau pun terpaksa control masalah anjing liar di kawasan kita. 6 orang nak buat kerja berdepan dengan aduan yang setiap ahli tak berhenti-henti. Bagi unit kawalan haiwan yang berkeliaran pula ada 10 orang anggota sahaja, 10 orang sahaja. Saya tanya bagaimana cara nak tangkap kerbau. Saya sendiri pun terus terang saya pun tidak mampu Macamana tuan nak tangkap kerbau. Saya dengar cerita tu memang sukar. Dia bukan tangkap kerbau macam kita ni. Dia kena tangkap dengan dia punya jala dan tak tak mudah. Kerbau sangat-sangat agresif. Kita nak tumbang lembu korban pun payah inikan lembu kerbau yang sedang berfoya-foya di kawasan sekitar tengah seronok kita nak tangkap dia.
Ketiga saya cadangkan supaya berlakunya penambahan staff tenaga bertindak dalam operasi kawalan anjing dan haiwan berkeliaran tersebut dan cadangan supaya enakmen yang akan dibuat ini perlu diluluskan agar ada satu bahagian berkenaan perlindungan pada orang yang bertindak atas undang-undang terutamanya kepada penguatkuasa kita supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan baik dan tidak boleh dibawa kepada pihak mahkamah dan perlu ada peraturan tetapkan tempoh masa untuk pengambilan semula haiwan peliharaan yang terbiar ini jika lebih dari tempoh masa yang diberikan, pihak jabatan boleh lupuskan haiwan tersebut supaya tidak ada implikasi yang boleh membebankan pihak jabatan dan juga pihak agensi kerajaan.
Yang terakhir perbaharui semula Akta Kebajikan Haiwan 2015 agar tidak mengikat gerak kerja yang akan dibuat oleh jabatan-jabatan kita. Insya Allah. Jadi sekian perbahasan saya pada petang ini. Terima kasih banyak kepada pihak negeri kerana memberikan ruang kepada kami untuk berbahas pada hari ini. Sekian Manjoi menyokong usul tersebut. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Manjoi. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Amat Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan agensi negeri dan persekutuan, rakan-rakan media dan pemerhatian sekalian. Terlebih dahulu izinkan saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya berbahas usul mengenai cadangan mewujudkan enakmen atau peraturan baru berkaitan pengawalan haiwan-haiwan berkeliaran di negeri Perak.
Timbalan Yang Dipertua, seperti yang dibangkitkan oleh semua Adun sebelum ini memang isu tentang haiwan berkeliaran ini telah wujud lama terutamanya mengenai lembu dan kambing dan kerbau yang sering berkeliaran di tepi jalan dan melintas jalan. Keadaan ini sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya. Kita seringkali juga tertanya-tanya bukan sahaja kita nampak ada papan tanda amaran lembu di tepi jalan negeri, jalan persekutuan atau pun kawasan perumahan tetapi kita juga nampak di tepi jalan lebuh raya.
Jadi kita juga tanya bagaimana ternakan lembu boleh memasuki lebuh raya. Bagi lebuh raya selatan dan utara dulunya tak ada papan tanda ini. Selepas berlaku kemalangan yang melanggar lembu dan menyebabkan seorang pemandu meninggal dunia dan mereka menuduh pihak syarikat ke mahkamah dan akhirnya syarikat kalah dan barulah menaikkan papan tanda amaran lembu di kawasan lebuh raya.
Timbalan Yang di-Pertua bagi isu haiwan-haiwan yang berkeliaran ini di sini saya ingin menegaskan tentang haiwan ternakan bukan haiwan liar yang disebut tadi. Yang pertama kita menghadapi kekurangan pasukan penguat kuasa Jabatan Veterinar. Pada malam pada malam 26 haribulan April tahun ini, sebuah kenderaan di kawasan saya melanggar sekumpulan lembu yang berkeliaran di tengah jalan dan menyebabkan cermin hadapan kenderaan pecah dan nasib baik pemandu memakai tali pinggang keledar hanya mengalami ketidakselesaan ringan dan tidak berlaku apa-apa kecederaan serius. Itulah nasib sangat-sangat kita kata sangat-sangat lucky. Pada tahun 2022, Majlis Perbandaran Manjung menerima sebanyak 84 aduan mengenai ternakan haiwan berkeliaran. Manakala pada tahun 2023 jumlahnya meningkat kepada 101 aduan dengan kebanyakan aduan melibatkan lembu yang berkeliaran berkeliaran di kawasan Kampung Raja Hitam, Kampung Merbau, Tun Sambanthan dan sehingga ke Changkat Kering. Pada masa ini, Jabatan Veterinar di Manjung tidak mempunyai pasukan penguatkuasa tetapi saya saya rasa bukan sahaja di Manjung, banyak daerah juga tiada penguatkuasa. Ini adalah Majlis Perbandaran Manjung bersama dengan Jabatan Veterinar Manjung bekerjasama untuk mengambil tindakan terhadap lembu berkeliaran termasuk merampas dan melelong lembu tersebut selepas mereka menangkap.
Namun, kekurangan pasukan penguatkuasa sering menyebabkan kelewatan dalam tindakan apabila tiba di lokasi aduan lembu-lembu tersebut telah pun beredar ke tempat lain. Sama ada penternakan ayam atau lembu, kekurangan pasukan penguatkuasa adalah salah satu cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Veterinar. Oleh itu, sudah tiba masanya saya juga sokong kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Veterinar sekurang kurangnya di kawasan menguatkuasa di kawasan ternakan yang tertumpu dan skala besar bagi menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan. Mengurangkan kacau gangguan kepada penduduk seperti kalau penternak ayam contoh di Manjung adalah tempat yang tertumpu di Negeri Perak. Sering berlaku dengan kacau gangguan lalat dan juga sekarang lembu berkeliaran juga adalah satu masalah yang besar dihadapi oleh penduduk.
Timbalan Yang di-Pertua, yang kedua pengurusan padang ragut perlu disusun semula. Saya juga sokong kepada rakan-rakan yang membangkitkan isu ini kerana di Negeri Perak kita mempunyai 76 buah padang ragut yang diuruskan oleh Jabatan Veterinar di setiap daerah. Keluasannya sejumlah 4356 hektar. Keluasan yang paling besar adalah di daerah Hulu Perak yang keduanya di daerah Perak Tengah yang ketiga adalah di daerah Kuala Kangsar. Namun tidak semua padang ragut digunakan dengan baik sebagai kawasan ternakan. Banyak padang ragut yang tidak digunakan dan diuruskan dengan baik telah terbiar penuh dengan semak samun ataupun diterokai secara haram untuk penanaman kelapa sawit dan tanaman lain. Pada tahun 2022, keluasan padang ragut di daerah Hulu Perak sebanyak 2118.14 hektar keluaran lembu pedaging sebanyak 3174 ekor. Pada tahun yang sama, keluasan padang ragut di daerah Manjung hanya mempunyai 120.6 hektar keluaran lembu pedaging sebanyak 13186 ekor. Jadi di sini kita berbanding dua-dua angka ini kita sudah nampaknya keluasan padang ragut dan keluaran lembu pedaging itu jumlahnya tak seimbang, padang ragut keluasan keluasan yang besar tetapi keluarannya kecil. Manjung padang keluasan padang ragut kecil tetapi keluarannya besar.
Maksudnya di Manjung kita memerlukan lebih banyak padang ragut untuk penternak-penternak untuk menjadikan tapak untuk mereka menternak lembu, kambing dan sebagainya. Jadi di sini saya menyeru kepada Jabatan Veterinar. Kita perlu menyusun semula dan menguruskan padang ragut dengan baik dan Kerajaan Negeri juga kita perlu mempercepatkan proses memberikan lebih banyak tanah terbiar untuk tujuan pertanian, termasuk memperuntukkan lebih banyak padang ragut bagi memenuhi keperluan penternak kerana kita faham juga penternak lebih berhasrat mempunyai tapak yang luas untuk lembu berkeliaran supaya lembu-lembu itu seperti manusia ada ada excersise dia akan lebih sihat. Jadi penternak juga perlu menggunakan padang ragut ini dengan baik untuk menternak dan bukan sahaja biarkan lembu dan kambing berkeliaran di kawasan kelapa sawit dan juga tanah kosong milik orang lain dan merosakkan tanaman pertanian.
Timbalan Yang di-Pertua, isu yang ketiga. Pendaftaran teknikal penternakan haiwan. Seperti yang di katakan tadi, memang pendaftaran bagi lembu-lembu atau kambing semua ini. Sekarang kita adalah guna tagging sahaja di telinga. Tapi sekarang kita semua jenis penternakan perlu berdaftar dengan Jabatan Veterinar. Kita memastikan semua pihak berkuasa dapat mengawal jumlah ternakan dan juga menjalankan kawal kawalan kesihatan dan penyakit. Pada masa ini, penternakan ayam mempunyai RUU Peladangangan Unggas yang jelas. Penternakan perikanan juga memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum mereka mula kerja untuk berusaha. Namun, pendaftaran penternakan lembu dan kambing tidak begitu menyeluruh. Banyak lembu tidak didaftarkan dengan Jabatan Veterinar. Secara skala kecil atau skala besar. Mereka tidak ramainya yang tidak daftar dengan Veterinar. Jadi pada masa ini setelah penternak mendaftarkan lembu mereka dengan Jabatan Veterinar. Lembu-lembu tersebut akan diberi tanda pengenalan di telinga yang menunjukkan identiti pemiliknya. Namun, dalam kejadian kemalangan tanda-tanda ini seperti yang dikatakan oleh Pengkalan Baharu sering jadi semasa polis polis dengan semua penguatkuasa sampai ke tempat kejadian tagging itu sudah hilang.
Ia menyebabkan lembu tersebut menjadi tanpa pemilik dan pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti lembu pemilik lembu tersebut dan ini juga bukan menyebabkan kesusahan kepada penguatkuasa tetapi ia juga menyebabkan pemilik lembu sukar susah mengenali lembu mereka apabila lembu mereka dicuri. Tahun lepas di daerah Kinta telah membuat pemilik penternak lembu telah buat laporan polis kerana lebih 250 ekor lembu. Mereka berturut turut tiga tahun telah dicuri dan hilang kerana tanpa pengenalan lembu ini, mereka juga tidak dapat mengenali kenal pasti mana satu lembu adalah ternakan mereka. Jadi ini adalah satu punca bagi kita semua untuk menyelesaikan pengenalan ini. Veterinar Jabatan Veterinar Perak pernah menggunakan teknologi implan cip yang dibangkitkan untuk mengenal pasti identiti lembu dan digunakan dalam masa yang singkat sahaja. Kami tidak faham mengapa teknologi ini dihentikan kemudian jadi oleh itu kerajaan. Ya sila.
Terima kasih YB Pantai Remis dan Timbalan Speaker. Selain daripada cip ataupun pengenalan atau tindakan kuasa untuk haiwan-haiwan ternakan ini. Salah satu punca berlakunya kemalangan haiwan di jalan raya adalah kawasan yang gelap dan majoriti kemalangan adalah di kawasan- kawasan yang gelap. Contoh di tempat saya semua yang berlaku kemalangan langgar dengan khinzir, langgar dengan lembu, langgar dengan apa pun di kawasan yang gelap. Cuma tindakan untuk mencerahkan kawasan yang gelap tersebut adalah tindakan daripada kerajaan memasang lampu kalau di dalam Dun Kubu Gajah daripada Simpang Felda ke masuk ke Felda. Daripada Pantai Besar nak naik Bukit Sumpitan nak naik Bukit Bukit Ijok daripada Batu 20 sehingga Padang Das, Simpang Gudang. Itu semua kawasan gelap yang mana berisiko dan selalu terjadi kemalangan haiwan-haiwan ternakan. So, saya mintak adakah YB setuju kawasan yang gelap perlu diterangi terima kasih.
Ya, Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju bagi kawasan-kawasan gelap boleh gerakkan dengan teknologi baru yang seperti sekarang solar banyak popular semakin popular dan juga Perak juga memandang serius tentang teknologi ini. Saya harap pihak Kerajaan Negeri boleh mengkaji bagaimana kita boleh guna dengan teknologi solar baharu ini untuk bantu kawasan-kawasan gelap untuk terangkan supaya kita boleh mengurangkan kemalangan berlaku dan terima kasih Yang Berhormat dan di sini saya berharap pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula penggunaan teknologi baru untuk pendaftaran ternakan ini bagi melindungi hak pemilik dan juga meningkatkan kecekapan penguatkuasaan. Timbalan Yang di-Pertua Kerajaan Negeri perlu mengambil pendekatan yang lebih proaktif dengan isu yang telah wujud lama ini
Pantai Remis.
Saya berharap kita boleh bersama-sama untuk mewujudkan satu jawatankuasa ataupun menggubahkan dengan enakmen atau peraturan yang baru untuk kita sama-sama mengatasi masalah ini dan Yang Berhormat nak ok masih ada masa.
Saya cuma nak bagi cadanganlah setuju ataupun tidak. YB, kepada lembu yang tidak di tagging ni ia akan di tangkap dan diletakkan di satu tempat sehinggalah diisytihar tak ada siapa yang yang punya maka dilelong. Jadi setuju tak bahawa lelongan ini kita buat kepada orang awam dan harganya murah supaya pihak-pihak yang tertentu boleh maknanya dia akan merasa kerugianlah bahawa lembu dia hilang dan dijual dengan harga yang murah dan bolehlah orang-orang lain untuk memanfaatkan. Setuju atau pun tidak?
Ya masalahnya adalah penguatkuasa. Kita tidak mempunyai penguatkuasa yang mencukupi susahlah untuk menjalankan tugas ini. Sekarang bagi semua PBT yang kerjasama dengan Jabatan Veterinar yang pergi mengatasi aduan ini dan pergi tangkap lelong semua ini dan ia juga menambah kos pada PBT kerana mereka tidak ada peruntukan lain untuk menangani isu ini. Sebagai pihak kerajaan tempatan, mereka juga nak mengatasi masalah ini dengan apa tu dengan sikap yang cergas. Mereka juga ingin menyiap memastikan keselamatan di kawasan masing-masing. Jadi bagi apa-apa cadangan dan juga pandangan yang dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat ini juga tiba masanya bagi kita menggubal undang-undang atau pun peraturan baru untuk mencegah masalah ternakan berkeliaran serta untuk mengurangkan risiko kecederaan dan kematian dan di sini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota PBT yang telah bekerjasama dengan anggota Jabatan Veterinar untuk mengatasi masalah ini dan tibalah masa untuk kita sama-sama untuk menangani isu ini. Saya Pantai Remis mohon menyokong untuk kita mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk lebih dalam untuk perbincangan secara dalaman untuk kita adakan enakmen yang baru. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada pembahas yang terakhir pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu, 10 Julai 2024 jam 10.00 pagi. Saya ulang sekali 10.00 esok pagi. Saya ulang…saya ulang.