Perak · 10 July 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 428 turns · 37,385 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 10 Julai 2024 jam 10.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.
Bismilahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, Izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan Urusan Mesyuarat, suka saya untuk memberi maklum bahawa Kod QR yang berada di atas meja setiap Ahli Dewan dan ketua jabatan telah boleh digunakan. Sehubungan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan diminta untuk mengisi kehadiran menggunakan Kod QR yang disediakan. Selain itu juga, aturan urusan mesyuarat berserta senarai giliran soalan-soalan lisan juga boleh diperolehi dengan mengimbas kod tersebut. Seperti kebiasaannya, persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 3 jam. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya, manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini, akan dijawab secara bertulis melalui Sistem e-Dewan.
Perkara yang kedua berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urus setia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan. Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.
Soalan-soalan yang telah diberi notis, Soalan-soalan LisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan-soalan yang telah diberi notis, Soalan-soalan Lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa sepertimana yang saya nyatakan tadi untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 3 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan asal, soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, seperti mana yang selalu dinyatakan dalam hari-hari atau persidangan yang sebelum ini, sekiranya ada isu-isu yang popular, isu-isu semasa yang perlukan penjelasan lebih, Speaker mungkin membenarkan lebih daripada dua soalan tambahan untuk dikemukakan. Dengan itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kepayang untuk mengemukakan nombor soalan, Yang Berhormat Menteri.
Salam Malaysia Madani, Dato' Tuan Yang di-Pertua, bangsa Malaysia marilah kita bersatu. Soalan Kepayang nombor 1.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepayang di atas soalan yang diajukan berhubung dengan prestasi dan kejayaan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, hari ini genap 597 hari usia Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang dibentuk pada 21 November 2022. Meskipun terbentuk ditengah-tengah kebuntuan politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-15, Kerajaan Perpaduan Negeri Perak telah membuktikan kesungguhan dalam memelihara kesantunan berkerajaan untuk membawa Perak kembali ke landasan kestabilan sekaligus membolehkan negeri mencatatkan kejayaan demi kejayaan yang signifikan meliputi aspek ekonomi, sosial dan juga politik. Berkat kesungguhan memelihara kestabilan, pelbagai usaha yang dapat disusun, dapat dijayakan bagi memulihkan semula ekonomi negeri yang berdepan keruntuhan akibat pandemik Covid-19 dan alhamdulillah, dari aspek prestasi kewangan, catatan surplus sebanyak RM29.6 juta yang direkodkan pada tahun 2022 telah berjaya ditingkatkan dua kali ganda lebih daripada dua kali ganda, menjadi RM62.4 juta ringgit pada 31 Disember 2023 iaitu yang tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah negeri ini.
Malah kesungguhan jitu pentadbiran Kerajaan Negeri dalam mengukuhkan kedudukan kewangan negeri telah membuahkan hasil apabila kutipan hasil negeri yang direkodkan sebanyak RM1.093 bilion pada tahun 2022 telah berjaya dilonjakkan mencecah RM1.21 bilion pada tahun 2023 juga yang tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah. Saya juga amat berterima kasih kepada barisan Exco yang sentiasa sepakat berganding bahu dan bergerak sederap bersama seluruh anggota pentadbiran Kerajaan Negeri untuk menjayakan Pelan Perak Sejahtera 2030, termasuklah bagi merealisasikan projek projek berimpak tinggi yang sedang giat dilaksanakan untuk memacu ekonomi negeri. Pada 10 Jun yang lalu, sempena sesi pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 saya telah mengambil masa lebih daripada satu jam untuk melaporkan status terkini bagi projek-projek berikut:
Yang pertama, Automotive Hi-Technology Valley (AHTV) di Tanjong Malim.;
Yang kedua, Bandar Perindustrian Maritim Lumut atau (LuMIC) di Manjung;
Yang ketiga, Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kanthan;
Yang keempat, Taman Industri Halal Perak @Lekir atau Perak (HIP) di Manjung; dan
Yang kelima, Kerian Integrated Green Industrial Park atau (KIGIP) di Kerian.
Sukacita juga saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, tumpuan khusus Kerajaan Negeri dalam membangunkan industri mineral sebagai sumber hasil baharu juga menunjukkan kejayaan yang sangat signifikan apabila telah menjana royalti sebanyak RM30.878 juta dengan pengeksportan kira-kira 8,157.34 metrik tan Rare Earth Carbonate atau REC ke negara China melalui 24 kali penghantaran mulai Februari 2023 sehingga Mei 2024. Malah, dari segi kutipan royalti keseluruhan bahan mineral di negeri Perak telah meningkat kepada RM129,496,825.21 pada tahun 2023 berbanding dengan RM101,532,294.32 pada tahun 2022.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, berkat kesungguhan dalam merencana pertumbuhan ekonomi dan kejayaan mengukuhkan kedudukan kewangan negeri, saya dan rakan-rakan dalam kerajaan tanpa sedikit pun merasa ragu untuk membentangkan belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri iaitu mencecah RM1.35 bilion bagi tahun 2024 ini kerana kita percaya bahawa Belanjawan Perak 2024 adalah tanda komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kemakmuran ekonomi yang sama-sama dikecapi dapat dikembalikan kepada rakyat terutamanya bagi menyantuni golongan yang memerlukan pembelaan. Dengan belanjawan yang besar, Kerajaan Negeri dapat meningkatkan peruntukkan daripada RM300 kepada RM400 sebulan kepada para penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan tunai bagi Program Kad Sejahtera juga dapat ditingkatkan selain penambahan peruntukan bagi inisiatif Kedai Bergerak Negeri Perak supaya lebih ramai golongan rakyat yang memerlukan terutamanya di kawasan luar bandar dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih murah.
Begitu juga, peruntukan besar yang diberikan dalam menjayakan program-program kesejahteraan rakyat termasuk bagi menyediakan perumahan, mengupayakan golongan usahawan, meningkatkan martabat golongan wanita, memperkasa pendidikan dan bakat anak muda serta menyantuni golongan rentan dalam mendepani cabaran kehidupan dan alhamdulillah Perak baru-baru ini diumumkan menjadi negeri pertama, yang berjaya menoktahkan miskin tegar membabitkan 8,128 ketua isi rumah yang didaftarkan dalam e-Kasih pada 1 Februari tahun ini.
Meskipun demikian, saya dan rakan-rakan dalam kerajaan menginsafi akan hakikat bahawa angka-angka ini tidak wajar mengurangkan sedikit pun komitmen kita untuk terus membasmi kemiskinan, kerana kemiskinan itu sendiri bersifat sangat subjektif. Atas kesedaran itu, program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial akan terus diperluaskan di semua daerah bagi memastikan setiap golongan miskin akan mendapat sebaik-baik pembelaan. Memahami realiti peri pentingnya kestabilan, saya dan rakan-rakan dalam kerajaan sentiasa berusaha menyuburkan budaya politik matang bukan sahaja menambah baik polisi sedia ada bagi memperkukuhkan konsep semak dan imbang dalam jalur demokrasi di negeri ini tetapi juga berusaha mencipta polisi-polisi pentadbiran yang mampu melonjakkan ekonomi dan pada masa yang sama memenuhi tanggungjawab mensejahterakan kehidupan rakyat secara menyeluruh.
Seperti yang kita semua sedia maklum, 4 rang undang-undang bagi memperkukuhkan asas undang-undang dan pentadbiran negeri telah pun kita luluskan dalam Dewan yang mulia ini iaitu yang pertama Rang Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. Yang kedua, Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) Perak 2023. Yang ketiga, Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam Perak 2023 dan yang keempat Rang Undang-Undang Hotel Perak 2023.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, meskipun dalam tempoh 597 hari ini, adanya kejayaan yang dapat dilata, adanya pendekatan baik yang telah diteroka dan adanya polisi baik yang telah dicipta. Namun, saya dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan menyedari bahawa masih ada ruang-ruang penambahbaikan untuk diisi. Masih ada pendekatan baik yang boleh diteliti dan diperhalusi supaya ekonomi negeri dapat sama-sama kita perkuatkan. Manakala agenda kesejahteraan rakyat dapat sama-sama kita jayakan. Insya Allah. Terima kasih.
Kepayang.
Terima kasih kepada Dato' Tuan Yang di-Pertua. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang berjaya menerajui Kerajaan Perpaduan yang utuh dan stabil. Berjaya mencatatkan beberapa siri kejayaan termasuk belanjawan lebihan yang paling tinggi dalam sejarah. Jumlah kutipan hasil yang paling tinggi dalam sejarah. Negeri pertama yang menoktahkan kemiskinan tegar serta beberapa lagi siri kejayaan termasuk sesi Dewan kali ini. Kita nampak keterbukaan dan ketelusan kerajaan menjadikan demokrasi dalam negeri Perak semakin subur. Saya duduk dalam Dewan ini sejak tahun 1999 Tak pernah pun ada sesi soal jawab sampai 3 jam 1 hari. 3 hari 9 jam, maka tak ada lagi ruang dan peluang untuk pihak sebelah sana katakan tidak dibenarkan untuk bertanya bolehlah tanya sampai bila....
Ada je semalam.
Oleh kerana itu, saya nak tanya soalan tambahan adalah untuk mencatat kejayaan, perancangan yang rapi, pelaksanaan yang tepat serta pelan komunikasi adalah amat penting apabila kerajaan boleh bangga dengan siri pencapaian kejayaan yang sedang dilakar. Tapi saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat, bagaimanakah Kerajaan Perpaduan pastikan kejayaan ini mesej dapat sampai ke peringkat akar umbi supaya rakyat di bawah sana, khususnya kawasan pendalaman di kawasan kampung tidak terpedaya dengan ajaran sesat ataupun fahaman politik yang pesong nanti jauh daripada fakta? Saya mohon pohon pencerahan dari Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kepayang. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kepayang bersama saya 6 penggal di sini, kita masuk sama-sama pada tahun 1999. Jadi tak terkejut kalau Yang Berhormat Kepayang dapat membuat perbandingan. Bagaimana ia telah melalui proses demokrasi di dalam Dewan ini. Yang Berhormat Kepayang bertanya kepada saya, apakah tindakan yang kerajaan buat untuk memastikan rakyat di bawah sana memahami semua polisi dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan dan dapat mengelakkan daripada rakyat di bawah untuk keliru dengan apa juga perkara yang dibawa oleh orang-orang yang berkepentingan.
Dato' Yang di-Pertua, dengan menggunakan jabatan ataupun agensi kerajaan sedia ada sama ada kerajaan pusat kita menggunakan Perak FM, kita menggunakan Jabatan Penerangan dan negeri Perak sendiri kita ada Stratcom yang bertugas untuk menyampaikan maklumat-maklumat benar dan sahih kepada rakyat di bawah. Jadi pada pendapat Kerajaan Negeri walaupun ia tidak mencukupi kerana orang ramai sekarang ini lebih mudah terpedaya dengan TikTok dengan medsos yang kadang-kadang maklumat yang tidak benar sampai kepada mereka. Tapi Kerajaan Negeri tidak pernah putus asa. Kita turun padang sama ada kita menyampaikan maklumat melalui media sosial ataupun kita mengadakan siri-siri ceramah untuk mengadakan komunikasi secara bersemuka dengan rakyat di bawah supaya ada komunikasi dua hala, ada penyampaian dan juga ada soal jawab yang boleh ditanya oleh rakyat. Jadi harapan kita seperti mana harapan semua orang supaya komunikasi ini dapat benar-benar digunakan dan tidak ada orang yang mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan ataupun merosakkan pemikiran rakyat sehingga kita saling bercakaran dan juga kita saling bergaduh yang boleh menyebabkan politik negeri menjadi tidak stabil. Kalau politik negeri tidak stabil, sudah tentulah kerajaan tidak dapat memberikan perhatian khusus untuk membangunkan negeri. Jadi, rakyat juga yang akan menderita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Semanggol.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dan tahniah sahabat saya Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah memberi jawapan yang untuk pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan ini cuma sebelum bertanya soalan ni sikit lah tak payah bagi standing order. Semalam, saya terima complaint lah daripada kakitangan jabatan yang hadir bab parking tak cukup. Jadi diorang parking dekat bay jalan tu parking dekat bay jalan. Kemudian dapat saman daripada MBI. Mungkin jabatan ni boleh apa speaker boleh tengoklah kepada sahabat-sahabat kita yang kena saman itu dan saya tertarik lah yang pertama terima kasih cuma apa yang dibangkitkan mengenai dengan prestasi Kerajaan Perpaduan ini dan semua kita maklum bahawa seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita ada kawasan-kawasan industri di Kanthan, di Tanjung Malim, LuMIC dan ada baru baru KIGIP.
Cuma saya nak tanya jumlah prestasi jumlah pelaburan yang masuk dalam ke Negeri Perak ini. Kalau saya tengok rekod daripada jumlah pelaburan yang masuk yang pertama adalah Kerajaan Negeri Kedah di bawah Perikatan Nasional RM31.3 bilion. Kemudian Wilayah Persekutuan RM21.5 bilion. Kemudian Selangor RM12.4 bilion. Kemudian apa Johor RM4.1 bilion. Jadi apa prestasi pelaburan yang dibawa oleh Exco di bawah Kerajaan Perpaduan untuk bawak pelabur asing ataupun dana asing melabur negeri Perak ini? Soalan yang pertama kalau boleh kita…kita apa bagi jawapan dan yang kedua mengenai dengan KDNK. KDNK Negeri Perak ni saya tengok daripada penyumbang KDNK negara 73% yang menyumbang KDNK negara. Enam negeri itu tak termasuk Negeri Perak. Sedangkan negeri Perak ini kita tahu negeri yang luas mempunyai tanah yang luas, mempunyai pelabuhan, mempunyai kawasan perindustrian, mempunyai infra infrastruktur yang terbaik. Jadi apa prestasi yang ditunjukkan kejayaan sebelum ini dalam tempoh ini berbanding dengan negeri lain tu, kalau boleh kita bagilah? Tak payahlah kita war-warkan kejayaan kita tapi hakikat sebenarnya bagi rakyat kita tahu. Kami sokong kami boleh sokong. Itu soalan saya terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol. Dato' di-Dipertua, semasa saya menjadi cikgu, saya juga adalah motivator. Kepada saya, seorang pelajar yang dikatakan berjaya jika pada bulan Januari dia mengambil peperiksaan, dia dapat 50 markah. Kawan dia dapat 60. Pada bulan Februari, dia dapat 60 kawan dapat 70. Kalau ikut perbandingan, dia kalah dengan kawan dia tapi untuk dirinya sendiri, dia telah berjaya sebab daripada 50 kepada 60. Negeri Perak ini kita jangan bandingkan dengan negeri lain. Baik bandingkan Singapore or tak banding dengan London. Kita bandingkan prestasi negeri Perak dahulu dengan yang sekarang itu baru nampak kejayaan. Kepada saya, tak tahulah mungkin YB lain berpendapat berbeza. Tapi kepada saya, ukuran kejayaan hendaklah dibuat secara perbandingan di antara pencapaian kita dahulu dengan pencapaian sekarang. Baru kita akan melihat kejayaan kita. Sebab lain padang lain belalang. Lain cara lain kaedah. Jadi walaupun Yang Berhormat Gunong Semanggol cuba nak mengaitkan nak bandingkan prestasi pelaburan di antara Kedah dengan Selangor. Saya tak berminat yang itu. Rezeki orang rezeki orang.
Saya lebih berminat untuk bercerita bagaimana dahulunya semasa lepas covid kita kecundang dan kita hanya ada surplus sedikit tapi setelah kita bekerja bersungguh-sungguh, kita kuatkan semangat kita, maka akhirnya kita dapat meningkatkan kita punya prestasi surplus kita dapat meningkatkan pelaburan kita. Walaupun saya tak nak bandingkan dengan yang lain tapi saya mengaku saya pergi banyak tempat dan pelabur-pelabur sedang berpusu-pusu datang. Saya baru lagi seminggu lepas mengada mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaburan. Kita dilaporkan memang pelabur-pelabur sedang berpusu-pusu datang. Sebab itu kita dengan beraninya telah menubuhkan beberapa pusat perindustrian baru seperti dikata AHTV tadi SVTP tadi LuMIC tadi dan juga di KIGIP. Jadi Yang Berhormat Semanggol terima kasih juga lah sebab sekurang-kurangnya membangkitkan semangat kita untuk bekerja lebih kuat lagi supaya kita akan dapat meneruskan peningkatan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Keranji soalan nombor dua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dato' di-Pertua Dewan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Keranji atas soalan berkaitan dengan SUKMA. Seperti sedia maklum, temasya SUKMA Malaysia ke-21 Sarawak 2024 akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 ini dengan mempertandingkan sebanyak 37 acara sukan. Acara-acara yang bakal dipertandingkan ini akan berlangsung di venue-venue di seluruh negeri Sarawak. Ianya bukan bertumpu di bandar Kuching semata-mata tetapi akan turut dijalankan di daerah-daerah lain seperti di Miri, Sibu, Mukah, Bintulu, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman dan juga Betong. Bagi memastikan perjalanan operasi dan pentadbiran kontinjen Negeri Perak berjalan dengan lancar dan teratur, maka jawatankuasa operasi SUKMA telah ditubuhkan. Kelancaran pengurusan kontinjen SUKMA Negeri Perak adalah sangat penting demi memastikan peningkatan prestasi pasukan ke tahap yang optimum dan mencapai sasaran kontinjen. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Yang Berhormat Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak selaku Ketua Kontinjen Sukma Negeri Perak dan Yang Berhormat Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri sebagai Timbalan Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Perak.
Dalam pada itu, pihak pengurusan kontinjen telah melaksanakan beberapa program untuk memastikan atlet-atlet negeri Perak berada di tahap prestasi yang optimum dan bersedia dari segi emosi, rohani, mental dan fizikal. Antara program-program yang telah dijalankan adalah yang pertama program latihan dan juga penyertaan kejohanan. Perlaksanaan program latihan pasukan secara intensif serta penyertaan kejohanan dalam dan luar negara sebagai pendedahan kepada atlet bagi peningkatan prestasi ke tahap optimum bermula pada Disember 2022 sehingga kini. Selain itu, pelaksanaan program attachment di dalam dan luar negara turut diadakan mengikut perancangan pasukan masing-masing. Yang kedua, pelaksanaan Mesyuarat Kontinjen SUKMA Negeri Perak. Pelaksanaan mesyuarat untuk menguruskan isu dan maklumat berkaitan pengurusan sukan, sains sukan, prestasi dan operasi semasa temasya SUKMA Ke-21 Sarawak 2024. Ianya telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 18 Jun 2024 dan 25 Julai 2024 yang melibatkan ketua kontinjen, timbalan ketua kontinjen, pengurus, jurulatih serta Urusetia Majlis Sukan Negeri Perak. Yang ketiga, Kem Motivasi Atlet telah dilaksanakan sebanyak tiga kali.
Yang pertama adalah Kem SUKMA Negeri Perak, Silver to Gold pada 5 hingga 8 Oktober 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kem kedua adalah Kem Atlet Podium Negeri Perak, Silver to Gold pada 5 Disember 2023 di Amazing Camp Legacy, Lenggong yang melibatkan atlet Program Podium Perak. Kem ketiga adalah Kem Belang Tarung Tiga Warna bertujuan untuk menekankan elemen motivasi, winning mentality, spirit dan team work. Di samping itu juga, pelaksanaan kem ini adalah untuk meningkatkan kekuatan mental dan jati diri serta meningkatkan semangat kecintaan kepada Negeri Perak melibatkan atlet shortlist SUKMA Negeri Perak. Yang keempat, latihan pusat fasa akhir. Pelaksanaan Program Latihan Pusat Fasa Akhir sepanjang bulan Julai 2024 adalah bertujuan bagi memastikan atlet-atlet Negeri Perak dapat menjalani latihan secara intensif yang dikendalikan oleh jurulatih merangkumi aspek fizikal, teknik dan strategi setiap acara sukan. Yang kelima, sesi psikologi sukan. Pelaksanaan sesi psikologi sukan kepada pasukan dan atlet bagi memastikan peningkatan fokus dan konsentrasi atlet semasa latihan dan semasa pertandingan tidak terjejas.
Selain itu, adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi atlet dan membantu mereka untuk tetap bermotivasi dalam menghadapi lawan dan mencapai sasaran. Sesi psikologi juga membantu atlet dalam meningkatkan ketahanan mental dalam menghadapi lawan dan mampu membuat keputusan yang baik semasa pertandingan serta membantu atlet untuk mengenali dan mengurus emosi mereka dengan cara yang positif dan konstruktif. Memastikan emosi tidak menghalang pencapaian prestasi tinggi atlet-atlet kita. Diharapkan dengan persiapan yang rapi dan komprehensif ini, saya cukup yakin kontinjen Negeri Perak bersedia untuk hadapi cabaran SUKMA dan mencapai kejayaan yang kita sasarkan. Pada sesi SUKMA kali ini, buat pertama kalinya pihak Kerajaan Negeri telah melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta beberapa jabatan dan agensi sebagai Exco dan jabatan agensi angkat sukan bagi tujuan untuk membuat pengukuhan pengurusan sukan, sains sukan serta operasi kontinjen SUKMA Negeri Perak untuk memastikan setiap pasukan mendapat sokongan, dorongan, dokongan, bantuan dan motivasi bagi persiapan sebelum dan semasa temasya Sukan SUKMA di Sarawak. Selain itu, pihak pengurusan operasi telah membuat pelantikan Team Sport Crew seramai 16 orang atas faktor jarak dan lokasi yang melibatkan sembilan buah, sembilan daerah di Sarawak. Tujuan pelantikan adalah untuk memastikan penyediaan khidmat sokongan berkaitan sains sukan serta perubatan sukan kepada sukan-sukan terpilih bagi memastikan prestasi atlet di tahap yang optima.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli Dewan, pencapaian kontinjen SUKMA Negeri Perak pada temasya SUKMA Majlis Sukan Negara 2022 adalah berada di tempat yang kelapan dengan berjaya memungut 28 pingat emas, 27 pingat perak dan 47 gangsa dan keseluruhannya adalah sebanyak 102 pingat. Untuk kontinjen SUKMA di Sarawak, Negeri Perak akan menghantar atlet sebanyak 615 orang iaitu 368 lelaki, 247 perempuan yang akan menyertai acara sukan sebanyak 490 acara iaitu bagi acara lelaki 236 acara, wanita 219 dan acara campuran 35. Daripada 37 acara yang dipertandingkan di SUKMA Sarawak, Negeri Perak tidak akan menyertai enam acara iaitu futsal wanita, bola sepak wanita, bola tampar dewan, hoki wanita, bola keranjang lelaki dan perempuan serta ragbi wanita. Oleh yang demikian, bagi Sukma 2024 kontinjen SUKMA Negeri Perak berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian dengan mensasarkan sebagai Top Five di SUKMA Sarawak dengan anggaran ataupun sasaran pingat emas 35 pingat emas. Akhirnya saya menyeru kepada semua Ahli Dewan dan rakyat Negeri Perak yang mengikuti siaran langsung ini, marilah kita sama-sama berdoa dan juga memberikan sokongan serta dokongan kepada atlet-atlet Negeri Perak yang akan membawa cabaran atas nama negeri tercinta ini ke Sukan Malaysia Ke-21 di Sarawak pada Ogos nanti. Semoga atlet-atlet ini akan mencapai kejayaan dan seterusnya membawa pulang pingat emas balik ke Negeri Perak sesuai dengan tagline kita Silver to Gold. Terima kasih.
Soalan Tambahan. Keranji. Sila.
Terima kasih YB Exco. soalan tambahan Keranji adalah sila nyatakan usaha-usaha dan jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu kontinjen SUKMA Perak mencapai sasaran pingat. Terima kasih.
Terima kasih Adun Keranji. Berkaitan dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan seperti yang saya nyatakan pada awal tadi dan ada lagi beberapa program seperti penyelarasan program latihan, pendedahan kejohanan bertaraf kebangsaan, program latihan dan kejohanan di luar negara, program atlet separuh masa dan sepenuh masa, program latihan bersama pasukan negeri, khidmat bantuan kru dan sebagainya yang seperti saya nyatakan dalam jawapan yang awal tadi. Untuk menjawab soalan berkaitan dengan jumlah peruntukan, suka saya maklumkan bahawa seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan ketika pembentangan Bajet 2024 pada 1 Disember yang lalu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 7.3 juta di bawah belanja mengurus bagi persediaan SUKMA 2024 di Sarawak.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Keranji dan Dewan yang mulia ini, peruntukan ini merangkumi pecahan perbelanjaan seperti berikut. Pertama, tiket kapal terbang atlet dan urusetia berjumlah RM 1.1 juta. Caj tambahan peralatan sukan RM 90,000.00. Pakaian kontinjen RM 0.78 juta. Sewaan kenderaan seperti kontena untuk peralatan pelayaran, bas ketika SUKMA dan program yang berkaitan berjumlah RM 0.355 juta. Peralatan pertandingan RM 1 juta. Insentif SUKMA RM 0.68 juta. Sewaan fasiliti Sukan RM 0.75 juta. Elaun Atlet Program Podium dan Kita Juara RM 0.33 juta. Kem latihan pusat dan program berkaitan RM 0.33 juta serta penginapan RM 0.42 juta. Selain daripada apa yang saya perincikan tadi, perbelanjaan-perbelanjaan lain termasuklah antaranya air minuman isotonik bagi kegunaan atlet sepanjang SUKMA berlangsung, pembelian khas makanan dan minuman tambahan berupa energi luar dan energi gel untuk dibekalkan kepada atlet sepanjang tempoh temasya sukan SUKMA, kos rawatan kecederaan atlet, pembelian ubat-ubatan tambahan dan pembelian ais bagi kegunaan atlet, bayaran elaun petugas termasuk urusetia dan pegawai perubatan, pemberian insentif serta-merta kepada atlet yang memenangi pingat ketika SUKMA Sarawak 2024 berlangsung dan pemberian ini dipanjangkan juga kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod SUKMA serta penganjuran majlis penyerahan bendera, solat hajat, bacaan Yasin bagi persiapan terakhir kontinjen Perak untuk beraksi semasa temasya SUKMA Sarawak 2024. Terima kasih.
Ayer Kuning.
Terima kasih kepada...
Sungai manik sila.
Timbalan Speaker. Terima kasih di atas jawapan yang panjang lebar diberikan oleh Yang Berhormat Exco. Saya cuma ingin menyentuh memandangkan SUKMA ini dwi tahunan, kadang-kadang kita terlepas pandang untuk persiapan sesetengah acara ataupun atlet, ia memerlukan masa yang lebih panjang daripada setahun. Diharapkan Kerajaan Negeri Perak akan meneruskan peruntukan yang sewajarnya kepada Majlis Sukan Negeri walaupun dalam tempoh tahun depan mungkin tidak ada SUKMA, tapi untuk menyediakan atlet untuk SUKMA yang akan dilangsungkan pada 2026, dia perlu bermula pada tahun 2025. Ini antara isu yang dibangkitkan oleh banyak persatuan. Tak ada peruntukan lagi sebab tak ada SUKMA. Tak ada latihan nak buat sebab tak ada peruntukan. Jadi sewajarnya diambil kira persiapan atlet bukan semata-mata tahun di mana SUKMA itu berlangsung tetapi one year before SUKMA itu berlangsung sebab setengah atlet tu dia memerlukan pick dia mungkin one year. Pick dia mungkin one, 18 bulan untuk sampai terutamanya sukan-sukan kombat. Dia tak boleh 6 bulan training untuk pergi fight. Dia perlukan one year. Kadang-kadang perlu sampai 18 bulan. Jadi perkara-perkara ini perlu juga diambil kira bagi membantu MSN menyediakan atlet yang berkualiti dan kompetitif dan saya cukup yakin dengan peruntukan yang dipertingkatkan ini dapat membawa kejayaan lah kepada team Sukma.
Terima kasih Sungai Manik atas cadangan. Untuk makluman, SUKMA berlangsung pada tahun genap manakala tahun ganjil tidak ada penganjuran SUKMA tetapi kerajaan Negeri Perak telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Perak, Sukan Perak atau dikenali Liga Super seperti tahun 2023 dan seperti kata Yang Berhormat Sungai Manik tadi, sukan kombat kita pernah buat pada tahun 2023. Beberapa sukan kombat yang kita buat untuk mengenal pasti atlet-atlet yang berkelayakan untuk kita jadikan dalam long list atau senarai panjang sebagai persiapan SUKMA 2024. Insya Allah, untuk the next SUKMA 2026 yang dijangka di Kuala Lumpur, pihak Majlis Sukan Negeri juga merancang supaya Karnival Sukan Perak untuk tahun 2025 akan kita langsungkan dan kita memberi penumpuan kepada sukan-sukan yang menawarkan jumlah pingat yang agak banyak khususnya seperti sukan kombat iaitu judo, karate, pencak silat, muay thai dan sebagainya. So, inilah antara yang kita rancang supaya atlet-atlet kita yang mungkin berprestasi dan berpotensi tinggi dapat kita diberi pendedahan dan beri latihan yang cukup supaya mereka betul-betul perform ketika SUKMA yang akan datang, terima kasih.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk mengemukakan soalan, sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 1.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kenering bertanyakan soalan yang berkaitan dengan permohonan tauliah mengajar negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Kenering, permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar Agama Islam di Negeri Perak perlu melalui beberapa proses. Pemohon perlu mengisi borang permohonan tauliah mengajar Negeri Perak dengan lengkap dan disokong oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah. Kemudian, calon perlu menduduki ujian bertulis bagi peperiksaan tauliah mengajar Negeri Perak yang melibatkan 7 subjek iaitu Tauhid, Fekah, Sirah, Hadis, Tafsir, Aliran Pemikiran dan Tasawwuf yang hanya diadakan satu kali setahun. Berdasarkan rekod sebelum ini, kira-kira 150 hingga 250 orang calon pemegang tauliah yang menduduki ujian bertulis ini.
Proses semakan kertas jawapan bagi ujian bertulis akan dilaksanakan oleh para penggubal soalan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak yang keanggotaannya telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Proses ini mengambil masa sekitar tiga hingga empat bulan untuk penelitian demi menjaga kualiti pemegang tauliah. Berdasarkan peraturan, senarai calon yang lulus ujian bertulis perlu dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang bersidang tiga kali setahun untuk diperakukan. Setelah diperaku, calon-calon tersebut akan dipanggil untuk ujian lisan iaitu temuduga. Panel temuduga ini terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan juga Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak. Perkara berkaitan hukum hakam khususnya akidah dan fekah perlu, pemohon perlu kepada penelitian pakar untuk membuat penilaian ilmu calon pemegang tauliah. Selain itu, calon juga turut dinilai dari segi aspek psikologi, interpersonal dan kemahiran mendidik ilmu agama kepada umat Islam kerana besarnya peranan dan kesannya sekiranya tersalah pilih calon pemegang tauliah.
Seterusnya, senarai calon yang berjaya dalam ujian lisan iaitu temuduga, perlu dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti untuk diperaku. Setelah mendapat perakuan, calon-calon tersebut akan dipanggil untuk kursus induksi dan juga majlis penyampaian anugerah tauliah mengajar Agama Islam di Negeri Perak. Calon-calon adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus induksi dan juga majlis penyampaian tersebut untuk pentauliahan. Kesimpulannya, proses-proses bagi mendapatkan tauliah mengajar Agama Islam di Negeri Perak perlu mengambil masa yang mencukupi dan tempoh kira-kira satu tahun adalah sangat munasabah. Pengajaran agama merupakan tugas yang sangat penting dan berat kerana melibatkan persoalan akidah dan juga hukum fekah. Pihak Jabatan Mufti Negeri Perak perlu berhati-hati dalam menilai calon-calon pemegang tauliah yang benar-benar berkelayakan untuk diberi tauliah mengajar, terima kasih.
Soalan tambahan. Kenering, sila.
Boleh Yang Amat Berhormat, sebelum soalan tambahan saya dalam sesi Dewan yang lalu, saya pernah bertanya tentang tauliah ini tapi dalam sesi penggulungan oleh Yang Amat Berhormat jawab berhubungan tauliah, imam dan jawatankuasa masjid yang lambat prosesnya. Jadi saya ulang lagi soalan saya pada sesi ini. Cuma soalan tambahan saya adakah sebelum dikuatkuasakan peraturan yang baru ini ke atas orang-orang yang berpolitik tak boleh mengajar di surau ataupun masjid, adakah ada tindakan tatatertib oleh jawatankuasa pengawasan ataupun tindakan undang-undang dibawa ke mahkamah ke atas guru-guru yang mengajar sama ada dia bertauliah ataupun tidak bertauliah, ada unsur-unsur politik kepartian. Itu soalan tambahan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Kenering. Seperti yang pernah saya sebutkan, tujuan peraturan itu dibuat ialah untuk mengelakkan daripada yang pertama, masjid digunakan untuk tujuan penyebaran pemikiran fahaman politik. Sebab itu kita tak membenarkan mana-mana orang yang ada jawatan dalam politik diberi tauliah supaya ia tidak mencampur-adukkan kepentingan politik di dalam masa dia mengajar dalam masjid.
Yang kedua ialah kerana kita nak mengharmonikan dan mempastikan supaya masjid ini benar-benar dapat berfungsi seperti sepatutnya. Masjid sepatutnya dijadikan tempat untuk orang Islam berkumpul, menyatukan hati masing-masing dan mengelakkan berlaku perselisihan faham ataupun perdebatan berasaskan kepada fahaman dan kepentingan politik, itu yang paling penting sekali. Jadi, sebab itu ada peraturan dibuat. Baik, jika sekiranya didapati ada orang yang mengajar dalam masjid ataupun surau tanpa tauliah, bermakna dia sudah pun mengingkari dan sudah pun melanggar peraturan undang-undang negeri Perak. Baik, Ia boleh diambil tindakan. Jika ada aduan, maka ia boleh diambil tindakan. Yang kedua, jika didapati ada orang yang tidak ada jawatan dalam politik, dapat tauliah, tapi dalam masa dia mengajar itu, dia menyampaikan fahaman politik, itu pun kita kena ambil tindakan sebab dia telah pun menyalahi amanah yang diberikan kepada dia. Tauliah itu satu amanah. Jadi Timbalan Yang di-Pertua saya fikir soalan ditanyakan oleh Kenering tadi ialah berkaitan dengan itu. Kita yakin bahawa peraturan itu benar-benar akan dapat berfungsi dengan baik jika semua orang akan mematuhi peraturan yang telah pun disebutkan dan ia sebenarnya adalah juga merupakan titah oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas sifatnya sebagai Ketua Agama Negeri Perak. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk mengemukakan soalan.
Soalan tambahan satu lagi.
Soalan berkaitan.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Kaitan dengan tauliah ini boleh tak Kota Tampan ataupun pihak kerajaan negeri bagi bukti ada tak mana-mana YB yang telah ada tauliah yang mengajar di masjid yang ada menceritakan soal politik kepartian? Jadi macam contohnya sasaran, contohnya tentang subsidi diesel kan, di mana ditarik tidak diberi lagi subsidi kerana atas alasan antaranya ialah kerana berlaku penyeludupan. Jadi ada bukti yang kerajaan buktikan bahawa ada berlaku penyeludupan.
Dalam kes tauliah ini, ada tak mana-mana YB yang ada tauliah, yang mengajar di masjid yang menceritakan hal politik kepartian? Jadi saya nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri sepatutnya kalau kita mengajar tentang politik kepartian atau ada menyebut tentang itu barulah diambil tindakan. Sebab dari segi kelayakan ada dari kalangan ahli politik ataupun YB lah kita sebut khususnya di kalangan mereka ada Master dalam Usuluddin, dalam Tafsir, dalam bidang yang telah pun kelayakan sepatutnya kepada mereka. Jadi saya rasa jangan disebabkan ada beberapa orang tertentu yang bukan YB atau siapa-siapa yang melakukan kesalahan mengajar tentang politik kepartian, terus diambil tindakan kepada semua dan dibuat syarat yang bukan-bukan yang tak pernah ada dalam dunia itu sendiri. Jadi kita minta supaya dipertimbangkan semula maknanya kalau kita melakukan kesalahan mengajar politik kepartian baru diambil tindakan. Berapa orang saja yang ada ini pun. Sedangkan kita kesian pada surau, masjid yang kita mengajar tak pernah meletakkan bayaran pun. Malahan kalau ada yang bagi itu kita bagi balik kepada surau tersebut sebagai. Kita kesian surau sunyi tak ada pengajian dan sebagainya. Jadi menyebabkan rasa bersalah kita terutamanya kalau di kawasan kita sendirilah. Tujuan kita tak ada langsung niat politik dengan tujuan untuk menghidupkan agama sendiri dan membantu Kerajaan Negeri, membantu Majlis Agama, membantu Jabatan Mufti untuk menghidupkan institusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tampan.
Terima kasih. Timbalan di-Pertua, selalu kita diingatkan mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebab itu kita buat peraturan. Ada satu jenaka dibuat. Seorang polis trafik menahan seorang pemandu motosikal yang melanggar red light lampu merah. Trafik tanya kepada motosikal itu, kamu nampak tak lampu merah? Nampak. Mengapa kamu langgar? Tak nampak tuan. Faham tak? Dia langgar lampu merah walaupun lampu merah tak membenarkan tapi sebab dia tak nampak trafik tu. Jadi kita kena ambil iktibar daripada itu, peraturan dan undang-undang kena buat dulu baru hang tak langgar. Yang Berhormat tanya saya ada tak bukti di kalangan Ahli Yang Berhormat berucap? Sebab kita ada buat peraturan. Kalau tak ada peraturan, tu ada lar. Sebab itu kita buat peraturan. Dah ada peraturan orang langgar baru boleh ambil undang-undang. Kalau tak ada peraturan, orang langgar tak boleh buat undang-undang sebab kita boleh menguatkuasakan undang-undang kalau orang langgar. Kalau ternyata peraturan tak boleh, dah keluar arahan tidak boleh. Kalau dibuat jugak baru boleh ambil tindakan. Kalau tak ada peraturan itu bermaharajalela lah. Kalau orang mengajar akidah cerita dengan diesel, apa kena mengena itu maksudnya.
Yang Berhormat kita tak ada niat pun untuk menyekat penyebaran agama Islam. Tapi yang penting saya sebutkan tadi tujuan dibuat ialah untuk mengelakkan daripada masjid itu disalahgunakan ataupun ruang untuk kita mengajak agama Islam itu disalah gunakan. Itu sahaja tujuan dia dan peraturan semua dibuat ialah untuk mengelakkan daripada orang melanggar peraturan. Jadi, saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian antara dua pilihan nak jadi YB ke nak jadi mubaligh. Nak jadi pendakwah? Kalau nak jadi pendakwah, jadi pendakwah lah. Dia banyak. Tapi Yang Berhormat pilih untuk jadi YB, jadi YB lah Yang Berhormat. Nak buat macam mana. Terima kasih.
Terima kasih.
Bagi saya, ahli politik ni bukan kotor sebenarnya. Sesuatu yang tidak sepatutnya. Jadi bila dimasuk dalam peraturan Jabatan Mufti tidak membenarkan YB, menunjukkan kita dah pernah melakukan kesalahan sebelum ini sedangkan Ahli-ahli Yang Berhormat belum pernah lagi mengajar politik MB ini, PM ini, tak pernah pun. Kalau yang berlaku ini mungkin orang lain tapi dari kalangan YB belum pernah. Kalau cerita tentang tasawwur kita cerita tentang tasawwur. Kalau tentang ambil wuduk tentang ambil wuduk.
Contohnya, kita dok mengajar tentang ambil wuduk. Jadi sepatutnya Jabatan Mufti ataupun pihak kerajaan menyediakan ganti kepada kita untuk sambung kitab yang kita mengajar sebelum ini. Sebab sebahagian daripada Ahli Yang Berhormat dah mengajar separuh kitab terpaksa berhenti. Sampai sekarang cari berganti tak jumpa lagi. Jadi sepatutnya pihak kerajaan usaha untuk ganti kami di tempat-tempat yang kami telah pergi ini supaya barulah Kerajaan Negeri serius untuk meneruskan ajaran Agama Islam sendiri. Tentang wuduk tak kan kita nak cerita PMX. Tak kan kita cerita MB apa Kota Tampan. Terima kasih.
Terima kasih.
Timbalan Speaker, satu soalan boleh, Chandan?
Saya bagi soalan tambahan soalan 2 soalan tadi.
Satu saja berkait.
Tak boleh, tak boleh. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Jelapang soalan nombor 4.
Auzubillah minashaitanni rajeem. Bismillahirahmannirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Jelapang di atas soalan yang dibangkitkan. Soalan Jelapang mencakupi 2 soalan 1 dan 2 dan saya akan menjawab bersekali untuk soalan 1 dan 2.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabaslah kepada Jelapang kerana bercakap soal membangunkan usahawan dan juga alert dengan izin peka terhadap pengaplikasian ESG kepada usahawan-usahawan PKS dan saya juga dimaklumkan Jelapang telah membuat sesi tinjauan untuk mendapatkan ataupun mengumpulkan maklumbalas daripada Dun Jelapang rakyat di Dun Jelapang untuk isu-isu yang berkaitan dengan keusahawanan. Terima kasih banyak-banyak Jelapang dan saya mengalukan lebih ramai YB-YB untuk sama-sama membantu dalam konteks mengupayakan usahawan di Negeri Perak. Pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum dengan tinjauan yang telah dilakukan oleh Jelapang yang mendapati sebilangan rakyat berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan sokongan daripada agensi yang berkaitan keusahawanan sehingga mendorong mereka untuk mengupah ejen atau pihak ketiga untuk mengendalikan urusan rasmi tersebut.
Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak pernah mengiktiraf mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan urusan rasmi berkaitan dengan apa juga perkara melibatkan agensi mahupun jabatan kerajaan keusahawanan yang terdiri daripada lebih 40 agensi di negeri Perak ini dan pihak saya akan meminta Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) untuk melihat perkara ini agar dapat diselaraskan dengan lebih terperinci supaya segala urusan dapat dipermudahkan. Usaha ke arah kesedaran dan kefahaman rakyat juga akan dilipatgandakan supaya tidak timbul pula isu penipuan seperti yang disebutkan dan cubaan mengambil kesempatan yang kononnya boleh membantu untuk memudahkan urusan.
Sebarang permohonan yang dilakukan oleh usahawan-usahawan di Negeri Perak khususnya mungkin di Dun Jelapang dan untuk makluman Yang Berhormat juga Kerajaan Negeri dalam konteks untuk memastikan akses mudah kepada usahawan-usahawan, kita telah mengaturkan beberapa program untuk memastikan penyelesaian secara in-situ dapat dilakukan melalui program seperti Jelajah Hari Usahawan Agro dan Koperasi Negeri Perak yang dilakukan ke daerah-daerah untuk memastikan akses kepada agensi-agensi ini dapat dilakukan secara in-situ dan berdepan yang mana pada ketika itu kaunter dibuka daripada agensi-agensi untuk memastikan usahawan dapat melaporkan ataupun mendapat maklumat mengenai mungkin bimbingan keusahawanan, bantuan, geran, pinjaman, latihan-latihan yang dilakukan oleh agensi-agensi secara bersemuka dengan agensi yang kita ada di negeri Perak ini.
Jadi, sebab itu ini antara konteks yang kita titikberatkan bagi memastikan usahawan di Negeri Perak mendapat sumber informasi yang tepat dan secara langsung dan dalam masa yang sama juga saya kira pendekatan yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dalam memperkenalkan Hari Bertemu Pelanggan juga adalah salah satu platform untuk kita memastikan masalah-masalah yang berkaitan dengan keusahawanan boleh di tanya secara langsung oleh usahawan-usahawan kepada agensi-agensi yang ada sewaktu program Hari Bertemu Pelanggan dan sebab Hari Bertemu Pelanggan kita lakukan ke daerah-daerah dan ini memberi peluang kepada usahawan-usahawan untuk berjumpa dengan agensi untuk bertanyakan masalah-masalah yang berkaitan supaya mereka tidak terlibat dengan sebarang sindiket yang nak memastikan kononnya agensi terbabit boleh memberikan kelulusan dengan cepat sekiranya dilakukan oleh individu-individu yang kita sebenarnya tidak pernah melantik untuk menjadi orang tengah dan saya juga maklum Yang Berhormat juga turut memberikan maklum balas mengenai masalah-masalah yang berkaitan. dan untuk makluman Yang Berhormat, STeP juga selaku agensi di bawah Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan keusahawanan sebenarnya menyediakan perkhidmatan secara langsung bahkan secara online juga, kalau ada masalah boleh terus berhubung dengan STeP untuk bertanyakan soalan.
Bahkan selalu saya menyebut kepada usahawan-usahawan di Negeri Perak megenai tagline yang mudah kepada semua usahawan follow rapat-rapat agensi supaya mereka mudah untuk mengetahui maklumat-maklumat yang berkaitan dengan keusahawanan di Negeri Perak. Kerajaan Negeri juga saya nak maklum kepada Yang Berhormat kita juga telah membuat penambahbaikan sistem penyampaian dengan memperkenalkan sistem pengkalan data iaitu Perak SME D-Base dan semua ini secara atas talian sahaja selari dengan agenda kemajuan Perak Sejahtera 2030. Sistem yang dibangunkan ini sebagai sistem pangkalan data usahawan di mana sistem ini juga berfungsi sebagai platform bagi permohonan bantuan keusahawanan Kerajaan Negeri Perak seperti geran gerak yang kita lakukan dan juga geran Biznita dan sistem ini juga mendapat bantuan daripada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi membantu usahawan mendaftar dan memohon bantuan.
Yang Berhormat Jelapang juga telah bertanyakan mengenai usaha mempromosi dan penerapan ESG dalam kalangan PMKS. Untuk makluman, Yang Berhormat Jelapang Kerajaan Negeri Perak amat menyambut baik dasar piawaian ESG yang memberi penumpuan kepada pentingnya pengintegrasian operasi kepada penjagaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam satu pengoperasian. Dalam konteks keusahawanan dan perniagaan kesedaran mengenai ESG sebenarnya semakin meningkat dengan lebih banyak firma perniagaan secara beransur-ansur mula menerapkannya di mana ya berdasarkan tinjauan PMKS 2023 yang dijalankan oleh SME Corp Malaysia sekitar 40% daripada PMKS sedar mengenai ESG terutamanya firma kecil dan sederhana serta PMKS yang beroperasi dalam perkhidmatan profesional, saintifik dan teknikal, ICT serta pembuatan elektronik dan elektrik dan elektronik. Berbanding hanya 26%, PMKS yang sedar mengenai amalan hijau pada tahun 2021.
Daripada jumlah ini, majoriti 81% telah menerapkan ESG dalam operasi perniagaan mereka SME Corp Malaysia telah membangunkan program yang dikenal sebagai PKS Lestari khusus untuk menggalakkan dan mempercepatkan penerapan ESG dalam kalangan PMKS serta membangunkan ekosistem kelestarian PMKS. Di bawah program ini, SME Corp Malaysia telah menghasilkan satu panduan pantas ESG untuk PMKS atau dikenali sebagai ESG Quick Guide for MSMEs, yang mana akan menjadi rujukan asas kepada PMKS untuk memudah cara pelaksanaan amalan ESG dan membuat pendedahan di mana panduan ini membimbing PMKS untuk menghasilkan matlamat dan sasaran ESG yang jelas dan realistik. Dengan adanya panduan ini, PMKS juga boleh menterjemahkan aspirasi ESG kepada pelbagai pemegang taruh seperti pelabur, institusi bank, ahli perbadanan serta pelanggan. Selain itu, SME Corp Malaysia juga telah membangunkan penilaian kendiri ESG yang dikenali sebagai Penilaian ESG PMKS. Penilaian ini membantu PMKS dalam mengenal pasti jurang kelemahan kekuatan firma-firma mereka dalam ESG berdasarkan tiga belas penunjuk utama. Pemarkahan penilaian akan mengela meng mengkelaskan firma kepada lima peringkat ESG iaitu belum bermula, asas, membangun, sederhana dan maju. Pelan tindakan membina kapasiti serta bantuan kewangan yang sesuai boleh dicadangkan berdasarkan peringkat ESG setiap firma untuk memperbaiki kelemahan mereka dan membantu firma menjadi lebih lestari dan mapan dalam jangka masa yang panjang. Jadi atas pendekatan yang diambil oleh ADUN Jelapang ya untuk memperkenalkan. pengaplikasian ESG kepada PMKS terutamanya di Dun Jelapang. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan.
Takda soalan. Takpa.
Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Enak sungguh pekasam loma. Soalan saya nombor 5.
Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Manong. Sahabat saya yang telah membangkitkan soalan yang berkaitan dengan portfolio saya seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Pusat Ekonomi Digital atau PEDI telah diberi nafas baru melalui penjenamaan semula dengan nama Pusat Sebaran Maklumat Nasional ataupun NADI mulai 1 Mac 2024. Selain dari masih meneruskan usaha dalam menyediakan capaian internet secara kolektif serta memperkasa kemahiran digital untuk menjana pendapatan melalui platform e-dagang. Fungsi pusat sebaran maklumat nasional ataupun NADI yang telah dahulunya dikenali sebagai PEDI kini diperkukuhkan lagi dengan sebagai pusat menyebarluaskan maklumat yang terkini dan tepat terutamanya bagi inisiatif kerajaan dan manfaat kepada rakyat dalam usaha memperkasakan keusahawanan dan ekonomi digital khususnya.
Sehingga suku pertama 2024 NADI kini telah berjaya membimbing seramai 2,396 orang usahawan di Negeri Perak dengan sebanyak 200,695 penyertaan oleh komuniti dalam pelbagai latihan yang dijalankan usahawan-usahawan e-Dagang NADI di Negeri Perak pula secara purata mencatatkan kadar peningkatan jualan sebanyak 70% berbanding sebelum memanfaatkan platform e-Dagang sebagai medium penjualan. Antara langkah dan usaha yang diambil untuk menjamin jangkauan perkhidmatan NADI ke komuniti yang lebih luas, NADI telah berkolaborasi dengan pelbagai rakan strategik seperti Malaysia Technology Development Corporation, platform tiktok, universiti dan sebagainya untuk memberi manfaat kepada komuniti di lingkungan NADI. NADI juga sedang dalam perancangan untuk menyediakan program-program yang berorientasikan pengkomputeran awam atau cloud agar boleh diakses oleh pengguna tanpa perlu hadir ke NADI dan menggunakan sepenuhnya akses secara talian. Walaubagaimanapun, komuniti amat digalakkan untuk menggunakan fasiliti yang telah disediakan di NADI terutamanya komuniti-komuniti yang tidak yang tidak atau kurang mendapat liputan dan perkhidmatan. Pada masa sama, petugas NADI boleh membantu terutamanya yang berkaitan dengan inisiatif dan bantuan daripada kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pejabat saya sentiasa menyokong usaha ini dan memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program-program yang dirancang. Sebagai contoh, pada tahun lepas kita telah melaksanakan program e-Juwita di mana kerjasama cross-portfolio antara saya dan portfolio Dato' Salbiah yang memegang iaitu pembangunan wanita di 24 NADI di setiap Parlimen di Perak dan pihak saya juga mengadakan juga siri-siri jelajah komunikasi di setiap DUN bagi mempromosikan penggunaan NADI sebagai pusat sebaran maklumat kepada masyarakat. Terima kasih.
Soalan tambahan Manong sila.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Exco atas penjelasan tentang peranan NADI atau nama baru kepada PEDi. Soalan tambahan saya difahamkan NADI juga akan beri manafaat kepada masyarakat awam melalui modul-modul khusus seperti kecerdasan buatan ataupun AI dan juga keselamatan siber ataupun cyber security dengan izin. Ini dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi lah, Yang Berhormat Fahmi Fadzil ketika lawatan di Ipoh baru-baru ini menyatakan bahawa modul khusus NADI untuk masyarakat awam adalah AI dan juga cyber security. So, soalan saya, bagaimanakah modul-modul yang agak berat ini modul-modul khusus ini untuk dilaksanakan kepada orang awam? Adakah melalui kolaborasi dengan pihak tenaga pakar di universiti dan cara ini mungkin dapat lagi menjimatkan kos ataupun kolaborasi dengan syarikat-syarikat swasta tetapi secara konsep CSR corporate social responsibility dengan izin dan yang mereka ini CSR ini tidak tidak bermotifkan keuntungan dan ini juga dapat menjimatkan kos? So, bagaimanakah modul-modul untuk orang awam dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam konteks modul NADI ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Manong. Untuk makluman Yang Berhormat, program-program dan modul yang akan dikoordinasi oleh MCMC bersama pemberi perkhidmatan telekomunikasi seperti TM, CelcomDigi, Maxis dan REDtone dengan kerjasama pihak pakar dan profesional, ia akan dijalankan berpandukan kepada 5 teras utama.
Yang pertama ialah keusahawanan iaitu melahirkan usahawan yang berdaya saing, melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari melalui perkhidmatan pintar yang disediakan. Kedua, pembelajaran sepanjang hayat iaitu menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapatkan pendidikan dan kemahiran. Ketiga kesejahteraan kendiri iaitu merapatkan jurang pengetahuan berkenaan e-kesihatan dan kesejahteraan kendiri dan keempat, kesejahteraan kesedaran iaitu mengawal selia kendiri serta menyedari batasan penggunaan internet dan media sosial. Kelima, inisiatif kerajaan iaitu menyebar luas maklumat berkenaan insentif kerajaan. Penyusunan-penyusunan ini bagi memperkasakan dan memenuhi keperluan khususnya masyarakat setempat selain selain merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan fungsi NADI itu sendiri yang kini memfokuskan penyediaan capaian internet secara kolektif sebagai pusat penyebaran maklumat terkini dan tepat terutamanya bagi inisiatif kerajaan serta manafaat untuk rakyat.
Untuk lebih mewar-warkan program sepertimana yang diminta oleh Yang Berhormat di NADI Insya-Allah saya bersama dengan MCMC akan bekalkan secara terperinci program-program sama ada sedia ada sekarang dan penambahbaikan di masa-masa akan datang supaya Yang Berhormat dan rakan-rakan, YB-YB yang lain dapat menyebar luas maklumat-maklumat tentang program yang ada di NADI dan harapannya tidak lain tidak bukan supaya ia dapat menyemarakkan lagi kehadiran masyarakat di pusat-pusat NADI untuk menyertai program-program yang kita akan tawarkan. Terima kasih.
Soalan tambahan Tronoh sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Saya mendengar apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Exco tadi dan memang saya berasa manfaat yang akan diterima oleh rakyat Perak berkenaan dengan PEDi ini PEDi yang telah dijenamakan sebagai NADI pada masa kini. Jadi, saya juga dikhabarkan bahawa kawasan Dun Tronoh akan juga dibina satu NADI yang baru yang selama ini tiada, tidak pasti kenapa tetapi atas inisiatif Kerajaan Madani pada hari ini akan wujudnya satu NADI di kawasan Dun Tronoh ini. Jadi soalan tambahan saya adalah berapakah jumlah penambahan NADI yang akan dan juga telah beroperasi di Negeri Perak ini?
Yang Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Tronoh bangkitkan isu berkenaan portfolio saya. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 30 Jun 2024, sebanyak 75 NADI telah beroperasi di Negeri Perak dan 4 daripadanya ialah NADI yang baru dibina di bawah inisiatif 1 Dun 1 NADI. 71 NADI adalah yang sedia ada dan 19 NADI yang baru sedang dan dalam proses disediakan dan daripada 19 NADI baru ini, 4 daripadanya telah siap beroperasi iaitu NADI Kampung Boyan, NADI Jalong Utara, NADI Taman Cempaka, NADI dan NADI RPT Cempaka Sari. Manakala selebihnya akan dijangka siap beroperasi pada hujung tahun ini termasuklah NADI di kawasan Yang Berhormat. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan 1 lagi boleh?
1 minit.
Ok, Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua saya memang mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri terutamanya di untuk penjenamaan semula PEDi kepada NADI iaitu Pusat Sebaran Maklumat Nasional kerana kami memang nampak ada banyak inisiatif dan banyak bantuan daripada pihak kerajaan perlukan sebaran maklumat yang betul kepada penduduk rakyat di luar. Contohnya di bawah bantuan Budi Madani dan juga sebelum ini pendaftaran PADU, ini semua adalah inisiatif yang boleh membantu rakyat tetapi ramai rakyat tidak ada contohnya, mungkin dia tidak ada komputer ataupun dia tidak ada kemudahan untuk membuat permohonan sebegini. Soalan saya, adakah NADI selepas penjenamaan semula sedia untuk membantu rakyat daripada segi sebegini? Terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat membangkitkan juga soalan tentang PEDi ini. Pentingnya Yang Berhormat, NADI ini berfungsi yang pertama saya hendak jelaskan dahulu NADI ini beroperasi 7 hari seminggu dan bercuti pada cuti umum sahaja. 2 orang petugas selalunya di NADI ini sentiasa membantu masyarakat tidak kira di mana sahaja yang jikalau bertandang ke NADI ini dan daripada 2 orang ini mereka bergilir-gilir cuti Yang Berhormat jikalau pada Sabtu, Ahad dan sebagainya. Ini adalah antara pengorbanan yang dilakukan oleh staf-staf yang ada di NADI dan manakala setiap masyarakat yang hadir ke NADI ini baik daripada pendaftaran PADU, mengisi PADU dan pelbagai insentif kerajaan. Maknanya semua ini telah dilakukan secara apa orang kata apa secara sustain oleh anggota yang menjaga NADI ini untuk membantu masyarakat dan oleh itu, kerajaan menyasarkan pembinaan 19 NADI baru dan saya rasa dengan pembinaan 19 ini menjadikan keseluruhan NADI di dalam Negeri Perak ini sebanyak 90 berfungsi untuk membantu masyarakat yang mana celik IT nya kurang dan sebagainya. Jadi saya alu-alukan selepas ini Insya-Allah lebih banyak usaha mewar-warkan apa program-programdi NADI melibatkan Adun-Adun melibatkan Jabatan Penerangan dan ini telah kita bincangkan dan saya rasa selepas ini akan diperhebatkan lagi supaya masyarakat di luar sana faham apa itu NADI dan apa yang ada perkhidmatan yang disediakan oleh NADI itu sendiri. Selain daripada kursus-kursus yang sentiasa diadakannya. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, saya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk mengemukakan soalan sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya Bercham nombor 6. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Untuk makluman YB Bercham, untuk soalan pertama, biasanya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT akan mendatangkan atau melaksanakan pembangunan dan juga lah KPKT yang bakal melaksanakan pembangunan di kampung-kampung baru. Sebagai Exco yang menjaga kampung baru di Perak, saya dimaklumkan oleh Bahagian Kampung Baru Cina (BKBC) di bawah KPKT bahawa sebenarnya telah disediakan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Belanjawan 2024 untuk pelaksanaan pelbagai program projek pembangunan kampung baru yang mana merangkumi seperti yang berikut.
Yang pertamanya, projek infrastruktur yang bertujuan untuk menaiktaraf kemudahan asas di dalam kampung baru seperti jalan, longkang dan lampu. Keduanya, projek baikpulih rumah yang membaik pulih rumah-rumah yang sudah usang dan sudah rosak dan yang ketiganya adalah projek bina baharu rumah yang membantu warga miskin untuk membina rumah yang baharu untuk membiarkan mereka walaupun miskin tetapi tetap ada rumah untuk didiami dan dengan dengan tidak mengira apa-apa latar belakang politik. Setiap ketua kampung di seluruh Malaysia tidak kiranya berparti politik apa, pun boleh memohon projek pembangunan dengan KPKT melalui Pegawai Kemajuan Perkampungan PKP di setiap daerah masing-masing dan untuk soalan kedua yang bertanyakan bantuan yang disediakan untuk membantu dalam merancakkan kegiatan ekonomi di kampung-kampung baru. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Jabatan Perdana Menteri ataupun lebih dikenali sebagai ICU JPM telah sediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion untuk melaksanakan Program Sejahtera Komuniti Madani ataupun lebih dikenali sebagai Sejati Madani untuk merancakkan lagi kegiatan ekonomi di peringkat akar umbi di peringkat tempatan dan untuk makluman semua, salah satu komuniti yang layak memohon dana tersebut adalah JPKK Kampung Baru dan dana maksimum yang boleh diperoleh adalah RM100,000.00 untuk melaksanakan 5 sektor tumpuan seperti berikut. Yang pertama sekali, kamera sudah rosak. Jangan pula terus saya jawab.
Ia sedikit masalah tersebut. Saya sila mohon semua YB-YB sila bersabar. Pasukan sedang menyelesaikan masalah.
Second time. Nampaknya dah ada. Saya akan teruskan untuk menjawab.
Boleh terus sila.
Tadi saya ceritakan salah satu komuniti yang layak memohon dana daripada Sejati Madani adalah JPKK Kampung Baru dan dana maksimum yang kita boleh peroleh adalah RM100,000.00 tetapi untuk 5 sektor tumpuan sahaja. Pertama sekali, pertanian dan makanan. Kedua, jahitan dan kraftangan. Ketiga, herba dan kesihatan. Keempat, pelancongan dan hospitality dan yang paling akhir sekali adalah aktiviti hijau dan kitar semula dan selain dana yang disalurkan melalui Kerajaan Persekutuan, sebenarnya pejabat saya juga akan menyalurkan dana melalui Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI), di mana kita akan salurkan peruntukan kepada kampung-kampung baru demi merancakkan kegiatan ekonomi di kampung masing-masing, khususnya saya boleh nyatakan di sini kita pernah salurkan peruntukan kepada Kampung Baru Bercham di mana mereka adakan program Tahun Baru Cina pada hujung tahun lepas di mana kehadirannya adalah melebihi 10 ribu pengunjung dan selain itu, pejabat saya juga menyokong penganjuran sebarang aktiviti yang kita boleh naikkan ekonomi setempat seperti penganjuran Raintree Art Market di Taiping pada tahun lepas…tahun lepas kita menyokong dan tahun ini kita akan menyokong penuh lagi dan saya rasa ini adalah contoh sokongan Kerajaan Negeri kepada kampung baru untuk membantu dalam merancakkan ekonomi kampung baru dan untuk soalan ketiga daripada soalan YB Bercham sebagai seorang yang membesar di kampung baru dan menjaga portfolio kampung baru di Negeri Perak, saya memang akui bahawa ada sesetengah pihak tidak kira ia parti politik ataupun sesetengah pihak daripada NGO dan sebagainya yang sengaja memainkan isu kampung baru sehingga menyebabkan adanya sangkaan buruk terhadap Kampung Baru Cina.
Penjelasan saya amat mudah sahaja, setiap warganegara Malaysia tidak kiranya yang latar belakang apapun tidak kiranya apa fahaman politik pun harus menerima hakikat bahawa negara kita adalah sebuah negara majmuk yang mempunyai agama, budaya dan cara hidup yang berbagai-bagai. Jangan kita sesekali disebabkan faktor politik yang berbeza ataupun kita berubahnya landskap politik dahulu kita apabila kita kerjasama kita sepakat kita pertahankan kampung baru. Tapi apabila kita tidak kerjasama pula tiba-tiba kampung baru diserang dan saya rasa ahli-ahli politik tidak harus cenderung untuk memainkan isu yang bukan merupakan isu pun. Kita harus ingat bahawa Kampung Baru Cina adalah mangsa komunis dan juga ramai yang diambil nyawa dan dihancurkan sekeluarganya akibat ancaman komunis.
Oleh itu, tanggapan bahawa Kampung Baru Cina adalah bersamaan dengan komunis adalah tidak adil sekali dan tidak mencerminkan keadaan sebenar dan realiti. Di pihak saya, saya juga telah buat kali pertama mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kampung Baru Cina dan Hal Ehwal Masyarakat Cina (STANDCO) demi memastikan Kerajaan Negeri sekarang yang ditunjangi oleh Kerajaan Perpaduan ataupun kerajaan yang akan datang tidak kiranya berparti politik mana pun kita akan terus pertamanya mengiktiraf kewujudan kampung baru. Keduanya, kita kena menghargai sumbangan anak-anak kampung baru dan ketiganya, kita kena membantu dalam usaha menggerakkan ekonomi kampung-kampung baru kita. Kalau ekonomi kampung baru naik, pekan pun akan dinaikkan dan setentunya setempat pun akan dirancakkan ekonominya dan saya harap penjelasan saya dari segi retorik dan juga tindakan sebenar daripada kerajaan dapat menjawab persoalan YB Bercham. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan Bercham sila.
Terima kasih. Penjelasan dan jawapan diberikan oleh pihak kerajaan oleh Exco. Setahu saya kampung baru ini terdapat pelbagai sejarahnya di merata tempat di negara kita. Jadi asal usulnya berbeza-beza tetapi di mana dia datangnya kampung baru ini dari pemahaman penduduk sekitar ini, kita kena mendalami sebab generasi yang lebih muda lebih muda mereka tidak akan mengenali asal usulnya kampung baru ini datang. Jadi adakah soalan saya adakah pihak kerajaan ataupun YB sudikah untuk mendirikan katakan kampung baru ada banyak mercu tanda seperti gerbang pintu masuk. Ada dewan orang ramai ada pasar. Adakah untuk meletakkan satu plat ataupun satu papan tanda untuk menerangkan asal usul dari mana datangnya kampung baru ini dan kampung baru tersebut yang spesifik untuk menerangkan kepada orang ramai, maka penduduk ataupun pelancong asing ataupun pelancong tempatan mereka lebih memahami kampung baru ini. Saya pun menawarkan diri saya untuk 2 kampung kawasan saya, Kampung Tawas dan Kampung Baru Bercham kalau YB sudi datang untuk meletakkan papan tanda itu memang saya sudi bekerjasama dengan pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada YB Bercham. Pertama sekali saya mewakili Kerajaan Negeri untuk mengalu-alukan segala cadangan ataupun saranan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada YB. Sepertimana yang saya selalu sarankan dalam tidak kiranya dalam sidang Dun ataupun dekat luar sana. Saya selalu mengutarakan konsep place-making di mana kita kena yang pertama sekali kita kena carikan asal usul kampung tersebut, barulah kita boleh mendefinisikan hala tuju kampung tersebut. Seperti mana contoh yang saya selalu guna, kita tidak boleh jadikan Kampung Chui Chak di Langkap yang terkenal dengan sawah padi, tiba-tiba kita nak definisikannya sebagai kampung nelayan. Ini tak masuk akal dan tak betul. Itu sebab pentingnya untuk kita cari asal usul dan yang penting sekali saya rasa untuk saranan daripada YB, kita memang mengalu-alukan tapi kita nak dirikan papan tanda atau pun mercu tanda yang memang untuk kampung yang ada unsur story telling dengan izin supaya dekat kampung tu bila kita letak papan tanda, kita akan kita akan membagi kepada orang luar kepada pelancong asing untuk tahu sejarah asal usul kampung tersebut. Tapi yang penting sekali kita kena kerjasama daripada pelbagai pihak khususnya penduduk setempat sebab kita tak nak buat kerja sekali di mana, hari ni kita tubuhkan contoh kita letak satu papan tanda di Kampung Baru Bercham, tiba-tiba sebulan yang akan datang disebabkan vandalisme, disebabkan tak jaga, benda tu dah rosak dan sebagainya.
Oleh itu, kita kena pulihara dan pelihara agar papan tanda tu dapat terus dijadikan sumber sejarah kepada generasi muda dan Kerajaan Negeri sedia dan rela menyokong dan saya yakin bukan sekadar kampung baru, kalau kampung tradisi yang nak letak, kampung India yang nak letak, saya rasa pihak Kerajaan Negeri memang sedia untuk menolong untuk membantu dari segi itu. Tapi dalam pada itu, saya cadangkan untuk lengkapkan cadangan YB Bercham, saya cadangkan untuk biarkan golongan muda untuk laksanakan dengan kreativiti yang ada sebab kita tahu generasi muda golongan muda memang diorang ada kreativiti yang memang tak henti-henti dan kita kena wujudkan komunikasi dua hala antara JPKK dengan orang muda. Kita jangan sekadar macam orang-orang besar kita bagi arahan kepada orang muda untuk laksanakan. Ini bukan cara yang betul. Kita kena ada komunikasi yang berkesan, efektif dengan orang muda supaya mereka akan wujudkan papan tanda yang lebih, memang lebih kreatif, lebih mudah difahami kepada pelancong luar dan saya pun sarankan kalau ada golongan muda di kampung-kampung baru yang rela berkecimpung dalam perihal ini, saya sarankan supaya diwujudkan dengan seni hiasan supaya orang yang baca, orang yang nampak akan mudah fikirkan dan imaginasikan gambaran asal usul kampung tersebut supaya lebih mudah faham dan sebagainya. Akhir sekali, adalah penting untuk kita tahu sejarah agar kita betul-betul boleh mara ke depan tanpa kesilapan dulu. Sekian sahaja, terima kasih.
Chandan minta satu soalan Yang di-Pertua.
Sila Bukit Chandan.
Terima kasih YB Exco. Saya berpendapat Kampung Baru Cina ni kita tak boleh asingkan dia sebagai satu kampung dan satu penduduk cina sahaja sebagai bahan keuntungan. Apa yang penting, satu Kampung Cina ini Kampung Baru Cina ini dia punya integrasi, perhubung dia dengan kampung-kampung persekitaran itu. Maknanya kampung cina tu semua orang mesti bebas masuk tak kira apa bangsa, cina atau pun india bebas keluar masuk. Penghubung yang baik di antara kaum ini. Bukan dia kamu cina tu satu idola di situ. Cuma kita boleh tengok saja kita tak berani masuk, kita tak boleh buat aktiviti, kita tak boleh bergaul. Jadi konsepnya kena betul. Kalau kita nak mempromosikan Kampung Baru Cina ini sebab kalau ikut keadaan kampung sama je. Kampung Jerlun, contoh Kampung Baru Cina di kawasan saya di Jerlun di Manong, Kampung Baru Cina, kampung melayu ke kampung sebelah ke sama je tak ada special pun Kampung Baru Cina ini yang kita nak nampak ada macam satu ikon sangat. Kita tak boleh beza macam tu. Jadi bila kita bezakan macam tu, dia akan berlaku satu pemisahan. Maksudnya menjarakkan lagi hubungan penduduk Kampung Baru Cina dengan masyarakat di persekitarannya. Saya rasa konsep ni kena jelas. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Bukit Chandan. Saya seorang yang membesar di Kampung Baru Pasir Bedamar. Belakang rumah saya satu lorong adalah semua penghuni Melayu. Rumah yang saya diami adalah sepuluh (10) unit sahaja. Tapi belakang tu semua dua puluh (20) tiga puluh (30) unit adalah semua penduduk Melayu. Oleh itu, saya tak nampak sentimen di mana kampung baru asingkan kaum lain untuk masuk ke kampung tersebut dan saya rasa semua orang bebas masuk ke kawasan mana-mana pun di Malaysia sebab kita adalah negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang di mana kita tak larang. Contoh, kalau saya nak masuk ke kampung india, saya tak rasa YB Sivanesan akan larang saya daripada masuk. Saya rasa ini adalah logik yang munasabah dan mudah difahami dan saya rasa sebagai pihak Yang Berhormat kita patutnya menwar-warkan atau pun mensarankan, integrasi perpaduan dan sebagainya. Bukannya kita sebarkan fakta yang tak betul terutama dalam zaman moden ini dengan izin this is the modern era, kita tak patutnya hidup seperti model lama dengan pemikiran yang lapuk dan tradisional. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco.
YB Exco, maksud saya, kita tak mahu anggap kampung cina ini terlalu special, terlalu unik, terlalu berbeza dengan kampung-kampung yang lain ini...
Timbalan Speaker saya jawab. Saya rasa saya tak pernah anggap Kampung Baru Cina sebagai special sebab tadi saya dah cadangkan seperti mana Kampung Tradisi dan Kampung India, kita pun boleh buatkan papan tanda untuk kenal pastikan sejarah dan asal usul. Saya rasa Bukit Chandan mungkin miss apa yang saya ceritakan tadi dan ini tidak adil kepada Kampung Baru Cina. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Timbalan Yang Berhormat Timbalan Yang Dd-Pertua, Trong soalan nombor 7.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Salam Perak Sejahtera 2030 Salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada YB Trong yang telah mengemukakan berkaitan dengan soalan nombor satu yang berkaitan dengan inisiatif bagi nelayan. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat pelbagai usaha serta inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan serta meningkatkan bagi hasil perikanan khususnya bagi nelayan di kawasan Dun Trong. Di antaranya ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah pun menyalurkan bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai terus kepada nelayan. Bantuan ini diberi secara bulanan dengan amaun sebanyak RM300.00 sebulan. Bagi nelayan yang memiliki sampan berlesen serta crew bot yang layak mengikut SOP yang telah digariskan. Di samping itu, bagi menambah bagi menambahkan lagi pendapatan kepada nelayan, LKIM juga memberikan insentif kepada setiap hasil pendaratan yang didaratkan iaitu sebanyak RM0.10 atau sepuluh sen bagi setiap kilogram yang didaratkan oleh nelayan. Ini bagi menggalakkan dan dorongan kepada nelayan untuk meningkatkan hasil pendaratan mereka bagi memperoleh insentif hasil tangkapan yang telah disediakan oleh LKIM.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, LKIM juga mengambil pendekatan untuk melonjakkan pendapatan khusus bagi sektor perikanan dan nelayan ialah dengan mewujudkan Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Hasil Perikanan (CCDC) serta pasar nelayan di mana dengan kewujudan pusat pengumpulan dan pengedaran hasil perikanan serta pasar nelayan ini, secara tidak langsung akan terus membantu nelayan serta penternak akuakultur bagi menjual hasil-hasil ternakan kepada pusat pengedaran serta pemborong-pemborong ikan yang boleh terus mendapatkan hasil-hasil ikan di pusat pengumpulan dan pengedaran ikan ini. Ini seterusnya dapat memudahkan nelayan untuk menjual hasil tangkapan serta meningkatkan lagi pendapatan nelayan tersebut serta mengurangkan peranan orang tengah.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga telah memberikan bantuan-bantuan input kepada nelayan-nelayan yang layak, itu seperti bantuan enjin sangkut, pukat, tong ikan berinsulasi, jaket keselamatan, bantuan kepada penternak akuakultur serta bantuan keperluan lain bagi tujuan penangkapan ikan. Di samping itu, LKIM juga telah menyalurkan bantuan-bantuan seperti Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan, Bantuan Bina Baru dan baik pulih rumah kepada nelayan-nelayan yang layak. Terdapat juga bantuan-bantuan yang saya sebutkan tadi, Bantuan Bina Baru Rumah Nelayan, insentif hasil tangkapan ikan nelayan bantuan kepada usahawan di bawah High Impact Product dengan izin (HIP) & Change Upgrade Product dengan izin (CUP), Bantuan Penternak Akuakultur, Pusat Pemulihan Hasil Perikanan (PPHP), Central Collection Distribution (HHC), SADC untuk usahawan pengumpul dan pemasar. Bantuan Bidang Baru Pasar Nelayan (LKIM), Bantuan Baik Pulih Jeti, Bantuan Bina Baru Jeti Nelayan, Bantuan Peralatan Pengairan B40.
Di samping itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memulakan langkah-langkah menaik taraf jeti-jeti nelayan supaya menjadi lebih selesa bagi nelayan untuk memakir bot serta mendaratkan hasil tangkapan. Antara jeti-jeti terbaru yang telah dinaiktaraf dan disiapkan oleh LKIM di kawasan Dun Trong adalah Jeti Sungai Che Rahmat, Jeti Permatang Laut serta Jeti Tok Lin yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2022. Terima kasih.
Soalan tambahan. Trong, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Dato’ Exco. Soalan tambahan daripada saya iaitu nelayan yang mendapat inisiatif dan intensif daripada pihak kerajaan adalah nelayan-nelayan yang berdaftar, yang berlesen. Masalah yang berlaku hari ini adalah proses pemutihan kepada nelayan yang…(MASALAH AUDIO).
Sekarang saya tangguhkan Dewan sejam dan Dewan bersidang pada pukul 12.00 petang. Jika ada…sebab ada sikit masalah teknikal. Sabar semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila bersabar, pasukan sedang menyelesaikan masalah. Kita bersidang pada pukul 1.00 petang…1.00 petang. Saya ulang sekali, sekarang saya tangguhkan Dewan 1 jam, dan Dewan bersidang pada pukul 1.00 petang. Sekian, terima kasih.
[MESYUARAT DEWAN NEGERI DITANGGUHKAN SEKETIKA]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua,
Persidangan disambung semula.
Terima kasih Setiausaha Dewan. Sekarang saya menjemput saya difahamkan Yang Berhormat dari Trong untuk menyampaikan soalan tambahan yang pertama. Yang Berhormat daripada Trong. Kalau tak ada saya menjemput Yang Berhormat Kamunting untuk soalan tambahan satu lagi.
Dia wakil kepada saya untuk…
Sila Kamunting. Tak soalan saya dah dah bagi kan. Soalan yang utama dah bagi kan. Sekarang soalan tambahan, kalau tak ada soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Slim
Assalamualaikum w.b.t, Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Exco. Soalan saya berkaitan dengan nelayan darat, nelayan darat yang adakah telah dibuat pemutihan yang mana ramai di kalangan nelayan darat yang tidak aktif membuat ataupun menjadi nelayan ataupun golongan yang bukan nelayan darat telah mendaftar sebagai nelayan itu? Soalan saya ialah adakah dibuat pemutihan? Terima kasih.
Tuan Yang Di-Pertua. Terima kasih YB. Untuk makluman YB pada masa sekarang, Jabatan Perikanan sedang buat pemutihan dan melalui kunjung hormat saya ke pihak menteri yang berkaitan, saya telah mengemukakan permohon-permohon baru untuk mendapat lesen nelayan darat dan walaupun setakat ini lesen memang telah dibekukan. Tapi melalui perjumpaan saya dengan menteri yang berkaitan, pihak Menteri bersetuju untuk mengkaji semula pembekuan lesen baru untuk nelayan darat termasuk di LIA, LKIM dan Laut. Terima kasih.
DATO' YANG DI-PERTUA - Terima Kasih Yang Berhormat Exco sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato Yang Di-Pertua. Soalan Simpang Pulai Nombor 8.
Terima kasih Dato' Speaker. Untuk untuk makluman Yang Berhormat Simpang Pulai, Kerajaan Negeri Perak sedang giat mengembangkan Taman Perindustrian yang berfokus kepada sektor E&E atau elektrik elektronik dan juga automatif untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini. Sebagai inisiatif utama Kerian Integrated Green Industrial Park atau KIGIP menjadi tumpuan kerana lokasinya yang strategik berdekatan dengan pusat E&E yang terkemuka Malaysia iaitu di Pulau Pinang. Fasa pertama KIGIP meliputi 1000 ekar dengan potensi untuk berkembang sehingga tujuh ribu atau lapan ribu ekar. Lengkap dengan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi untuk menarik pelabur utama dalam industri E&E. Dijangka akan mencipta banyak peluang pekerjaan yang berkualiti. Ini seiring dengan kehadiran ekosistem E&E yang kukuh di Koridor Utara bersama juga dengan Kulim Hi-Tech Park dan juga Kawasan Perindustrian Batu Kawan.
Di samping itu, Automotive High-Tech Valley atau AHTV di Tanjong Malim berfungsi sebagai pusat pengeluaran utama bagi Proton dengan kerjasama syarikat Geely memperkukuhkan rantaian bekalan dan ekosistem automotif. AHTV dijangka menjadi pendorong utama dalam sektor pembuatan kenderaan di Asia Tenggara menarik syarikat vendor komponen kenderaan untuk beroperasi di kawasan ini dan seterusnya meningkatkan aktiviti ekonomi di daerah Muallim. Berdasarkan kenyataan daripada Berita Harian Online, Tanjong Malim akan menikmati manfaat ekonomi yang signifikan dari projek pembangunan AHTV dan dijangka akan mencipta sebanyak lebih kurang 370 ribu peluang pekerjaan. Semasa semasa fasa pembinaan dan juga apabila siap kelak dijangka akan menjadi dalam lebih kurang 160 ribu pekerjaan. AHTV juga turut memerlukan penyediaan unit unit kediaman yang mencukupi bagi menampung permintaan perumahan dalam jangka panjang. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wilayah Selatan telah memberi fokus kepada pembangunan skim-skim perumahan baru oleh syarikat pemaju serta galakan Kerajaan Negeri termasuklah rumah mampu milik di bawah Lembaga Perumahan Hartanah Perak atau LPHP.
Sementara itu, Silver Valley Technology Park atau (SVTP) pula adalah sebuah kawasan perindustrian di daerah Kinta yang fokus kepada industri campuran termasuk industri berteknologi tinggi dan juga industri yang khusus resource seeking dengan izin-Nya. Menurut maklumat daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNPk, SVTP pada asalnya dirancang sebagai Perak High-Tech Industrial Park dengan keluasan lebih kurang satu 1863 ekar. Namun, dalam tempoh 20 tahun lepas, kawasan perindustrian ini belum atau tidak berjaya dibangunkan sepenuhnya. Kini dengan sokongan Kerajaan Negeri dan juga inisiatif yang diambil oleh pihak PKNP dengan kerjasama daripada sektor korporat, kawasan industri baru ini diharapkan siap sepenuhnya dalam 5 hingga 10 tahun menawarkan lebih kurang 13 ribu pekerjaan dan juga pelaburan swasta sebesar lebih kurang RM14 bilion dijangka masuk merangkumi industri ringan, sederhana, berat serta pembangunan industri hiliran daripada pemprosesan mineral seperti silika dan juga kuarza. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan ekonomi negeri dan juga memberi manfaat kepada seluruh rakyat Perak melalui penyelarasan dengan pasaran pekerjaan, program latihan dan juga aktiviti ekonomi yang dinamik. Untuk menarik minat pelabur ke kawasan perindustrian yang dibangunkan di Negeri Perak. Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan bekerjasama dalam aktiviti penggalakan pelaburan. Usaha-usaha ini termasuk mengadakan seminar misi pelaburan penyampaian maklumat melalui Pejabat MIDA Luar Negara dan juga kerjasama melalui rangkaian rangkaian dewan perniagaan.
Selain itu, pelbagai insentif turut disediakan oleh kedua-dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan melalui MIDA atau MIDA menawarkan pakej insentif pelaburan yang menarik seperti insentif cukai, pengecualian duti import, tawaran ekspatriat pos kepada pelabur asing serta pelbagai lagi insentif yang bersesuaian. Di peringkat Kerajaan Negeri pula insentif bukan fiskal turut diberi keutamaan yang merangkumi pemudahcaraan, proses perlaksanaan projek seperti pemudahcaraan kelulusan berkaitan pembangunan. Sebagai contoh, Invest Perak selalu selaku one stop centre pada untuk investment atau pelaburan, diberi peranan untuk memantau urusan perlaksanaan projek oleh pihak pelabur. Memastikan projek pelaburan dapat berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual. Ini memberikan keyakinan dan kelegaan kepada pelabur memandangkan masa adalah salah satu kos projek yang penting. Dengan kemudahan sokongan ini pelabur dapat memastikan projek mereka siap dan beroperasi dengan kadar yang segera.
Selain itu, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara atau NCIA telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan Negeri Perak dengan menawarkan pelbagai insentif menarik antaranya termasuk pengecualian cukai sehingga 15 tahun dan juga gaji melalui program NCER Talent Enhancement Program atau NCET. NCIA turut memperkukuhkan pembangunan bakat dan juga ekosistem industri melalui NCER Teknologi Innovation Center atau NTIC yang merangkumi program-program seperti At Once Techology Myster Program atau ATMP yang menyediakan subsidi, latihan teknikal. Selain itu, Center of Excellence atau (COE) program menawarkan geran pemadan sehingga RM100,000.00 untuk pembangunan teknologi dengan kerjasama pembekal perkhidmatan seperti SIRIM, SEDC aa minta maaf SEDEC atau SEDEC, USAINS atau USAINS dan lain-lain. Technology and Innovation Centre Program pula menyediakan geran pemadan sehingga RM500,000.00 untuk pembangunan teknologi termasuk automasi digitasi dan juga penyelidikan. Inisiatif-inisiatif ini turut memberi sokongan kepada usahawan Bumiputera melalui dana usahawan yang menawarkan bantuan kewangan untuk pembangunan infrastruktur pembelian mesin sehingga 15% atau maksimum RM2 juta daripada kos projek yang layak.
Selain itu, New Industrial Masterplan 2030 atau NIMP 2030 telah mensasarkan untuk meningkatkan kompleksiti ekonomi yang dengan minta maaf dengan untuk meningkatkan kompleksiti ekonomi dengan menarik pelaburan yang berteknologi tinggi. Misi satu iaitu memajukan kompleksiti ekonomi atau advance ekonomik kompleksiti pemain industri digalakkan untuk meningkatkan inovasi dan menghasilkan produk yang lebih canggih. Kerajaan melalui MITI dan MIDA menyediakan galakan taraf perintis kepada industri berteknologi tinggi di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dengan pengecualian cukai sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun atau galakan elaun cukai pelaburan bagi industri berteknologi tinggi di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam lima tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk ditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Antara keluaran yang boleh dipertimbangkan daripada galakan cukai berteknologi tinggi ini termasuklah menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam advance elektronik komponen, peralatan perubatan, farmaseutikal dan juga bahan-bahan termaju yang lain.
Untuk makluman Yang Berhormat, salah satu strategi utama dalam pembangunan ekosistem bagi industri semikonduktor adalah penyediaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi dengan KIGIP menjadi lokasi tumpuan utama pembangunan buat masa ini lokasi yang strategik adalah faktor penting yang dinilai oleh pemain industri. Kerajaan Negeri melalui agensinya iaitu Invest Perak telah menjalankan kajian dan juga mengenal pasti syarikat-syarikat yang penting dalam ekosistem semikonduktor yang berpotensi untuk ditarik ke negeri Perak. Sebelum ini, usaha yang menarik pelabur usaha untuk menarik pelabur semikonduktor menghadapi cabaran disebabkan keterbatasan kawasan perindustrian sama ada daripada segi keluasan tanah ataupun lokasi yang jauh dari ekosistem semikonduktor di Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun, Negeri Perak telah berjaya menarik beberapa syarikat berkaitan semikonduktor daripada Pulau Pinang dari dari Pulau Pinang yang kini telah memulakan operasi mereka di utara Perak khususnya di kawasan Perindustrian Kamunting dan juga Kamunting Raya. Invest Perak kini sedang berunding dengan beberapa lagi pelabur semikonduktor yang berminat untuk membuka operasi mereka di utara Perak. Kerajaan Negeri yakin bahawa trend ini berterusan terutamanya dengan penyiapan taman industri KIGIP kelak. Ekosistem semikonduktor di utara Perak dan juga di Koridor Utara dijangka akan menjadi semakin kukuh seterusnya meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara penting di rantau Asia Tenggara dalam semikonduktor. Melalui usaha ini, Kerajaan Negeri Perak berhasrat memanfaatkan potensi industri yang dimiliki oleh negeri Perak. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui berbilang sektor dan juga menempatkan diri sebagai pemain utama dalam landskap perindustrian serantau dan global.
Simpang Pulai.
Terima kasih. Soalan tambahan Simpang Pulai, apakah manfaat yang dibawa oleh Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) yang baru dilancar baru-baru ini kepada negeri Perak? Terima kasih.
Terima kasih YB Simpang Pulai. Apakah manfaat? Ok sebenarnya manfaat tu memang seperti biasalah kita yang kita jangkakan apabila kita katakan adalah pembangunan perindustrian dan sebagainya. Jangkaan adalah limpahan ekonomi. Sebagai pelaburan apabila pelaburan itu masuk ke dalam kawasan tersebut, duit pelaburan itu akan masuk dan berbagai sektor ekonomi akan bergerak secara bersama seperti pembinaan industri pembinaan dan selepas itu industri-industri bahan-bahan untuk binaan seperti hardware dan sebagainya tetapi selain daripada itu, ia juga dapat menjadikan Malaysia sebagai hub untuk sektor E&E dan juga green technology. Jadi ini juga menjadikan Malaysia secara amnya atau khususnya kita mendapat juga limpahan ekonomi daripada serata dunia. Bukan sahaja kepada KIGIP tetapi juga kepada Malaysia di mana KIGIP menjadi penyambungan kepada sektor ENE di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia juga menjadi satu galakan kepada sektor-sektor sedia ada yang ada di kawasan tersebut. Sebagai contoh, kita mempunyai institut latihan pendidikan dan juga latihan teknikal dan vokasional atau TVET di kawasan tersebut. Kita juga mempunyai pusat latihan Giat Mara di kawasan tersebut dan sebagainya. Jadi, untuk pusat-pusat latihan ini, mereka berpotensi untuk mendapatkan lebih pelajar atau mereka yang menyertai latihan-latihan untuk memajukan sektor sumber manusia untuk negeri Perak dan juga di kawasan tersebut dan juga biarlah daripada pelajar-pelajarnya atau pelatih-pelatih atau pensyarah-pensyarah dan sebagainya.
Untuk makluman kita cuma sekarang kita membangunkan lebih kurang 1 ribu ekar di situ daripada 7 atau 8 ribu ekar keseluruhannya. Jadi untuk ini, kita juga berpotensi membangunkan sektor di mana kita katakan 75% dalam KIGIP itu dijangka akan menjadi kilang dan sebagainya untuk pembuatan untuk pengeluaran tetapi dalam masa yang sama, lebih kurang suku daripada kawasan tersebut akan dijadikan tempat untuk penjanaan tenaga baru atau sebagai contoh solar power dan sebagainya. Jadi ini juga boleh menambah baik kesediaan negeri Perak untuk membekalkan apa yang dikatakan tenaga elektrik kepada yang hijau. Jadi ia bukan sahaja untuk negeri Perak tetapi untuk kita bersaing di peringkat antarabangsa kerana sekarang untuk produk-produk keluaran negara terutamanya yang ingin masuk ke Eropah dan sebagainya perlu mempunyai syarat-syarat yang ketat termasuk syarat-syarat ESD dan di mana sekarang kadang-kadang di mana kawasan perindustrian yang lama menghadapi masalah ialah mereka menggunakan tenaga lama atau kita biasa dengan coal fire atau arang batu dan juga yang lain-lain. Jadi dengan tenaga baru yang kita gunakan sebagai contoh solar dan sebagainya, ia memudahkan keluaran-keluaran untuk negeri kita atau untuk Malaysia untuk untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Pada masa yang sama juga dengan pembinaan KIGIP ini kita sedar dan kita tahu bahawa ia berkait rapat juga dengan projek kita untuk mendapatkan loji rawatan yang baru dan juga bekalan baru sambungan daripada Sungai Perak untuk disalurkan kepada kawasan Kerian yang kita jangka akan menyelesaikan masalah air untuk kawasan Kerian yang sekian lama berpuluh tahun tidak selesai dengan projek KIGIP ini yang akan bergerak sekali dengan juga projek sambungan projek air yang baru ini untuk negeri Perak, ia juga dapat menyelesaikan masalah rakyat. Biar daripada konteks apa yang dikatakan perindustrian atau pun kediaman untuk negeri Perak dan juga limpahan akan dirasai juga oleh penduduk-penduduk yang daripada selatan kawasan Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tiada soalan tambahan iaitu saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk mengemukakan nombor soalan.
Salam sejahtera Dato' Yang di-Pertua. Soalan Chenderiang soalan 9.
Yang dimuliakan Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Jawapan kepada soalan Yang Berhormat Chenderiang adalah berkaitan dengan status terkini perancangan mewujudkan klinik kesihatan baru di mukim Chenderiang. Saya tidak dapat nafikan bahawa Chenderiang perlu satu klinik kesihatan yang baru. Tapi sebelum saya pergi ke klinik dia Chenderiang, ingin saya nyatakan di sini bahawa ada satu klinik yang dipanggil sebagai Klinik Kesihatan Temoh dalam pengetahuan YB yang mula beroperasi pada tahun 1960 sebagai klinik desa dengan sebuah bangunan kayu di tapak yang ada sekarang ini. Pada tahun 2015, bangunan klinik desa kayu ini telah dirobohkan dan dibina semula dengan penggantian struktur konkrit dua tingkat iaitu klinik di tingkat bawah dan dua buah kuarters di tingkat atas. Klinik Kesihatan Desa Temoh Stesen telah dinaik taraf kepada klinik kesihatan jenis 6 dan maksud klinik kesihatan jenis 6 adalah berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Tiap-tiap klinik kita ada jenis 2, 3, 4, 5 dan 6 dan selepas itu klinik desa. Klinik kesihatan jenis 6 menawarkan perkhidmatan, yang pertama, klinik pesakit luar (outpatient), klinik ibu dan anak, unit kecemasan, unit farmasi, alternative birth center, infectious disease dan peralatan perubatan. Ini yang mereka perkhidmatan ditawarkan kepada orang awam buat masa ini dan Klinik Kesihatan Desa Temoh Stesen telah dinaik taraf ke klinik kesihatan jenis 6 merupakan melalui merupakan melalui kelulusan daripada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM pada November 2023 dan telah diwartakan pada 5 Februari 2024 sebagai Klinik Kesihatan Temoh.
Proses naik taraf Klinik Kesihatan Temoh ini bertujuan untuk meluaskan capaian perkhidmatan pesakit luar kepada penduduk sekitar Pekan Temoh dan sebahagian penduduk Mukim Chenderiang. Klinik Kesihatan Temoh merupakan salah satu klinik di Mukim Chenderiang. Klinik ini mampu menampung populasi seramai 5,000 hingga 10,000 dengan kedatangan 10 hingga 100 orang pesakit setiap hari. Bagi perancangan masa depan, Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang telah mengenalpasti salah sebuah tapak tanah baru-baru ini dan permohonan telah pun dibuat dan ingin saya nyatakan di sini bahawa permohonan untuk tapak tanah itu telah pun diluluskan oleh pihak oleh MMK baru-baru ini dan klinik yang akan diwujudkan di atas tanah ini, tapak itu adalah lot plot A, Mukim Chenderiang dengan keluasan 9,761 meter persegi dan jenis klinik yang akan dibina di masa depan adalah jenis 4 bukan jenis 5 dan ciri-ciri jenis 4, klinik kesihatan jenis 4 adalah klinik pesakit luar, klinik ibu dan anak, tambah pergigian, kecemasan, emergency, farmasi, sick bay, infectious disease, sistem TPC, cctv dan peralatan perubatan dan jumlah pesakit adalah lebih kurang 2,500 hingga 3,000 sebulan dengan nilai harga lebih kurang RM30 juta yang untuk klinik kesihatan jenis 6 yang ada di Pekan Temoh sekarang adalah lebih kurang RM15 juta kos pembinaan. Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang bercadang mengemukakan permohonan projek pembinaan Klinik Kesihatan Chenderiang jenis 4 yang baru di bawah RMK yang akan dating setelah proses memberimilikan tanah selesai dan hakmilik diperolehi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.
Chenderiang.
Satu soalan.
Terima jawapan yang diberi oleh YB Exco, satu berita yang baik untuk warga di kawasan Dun Chenderiang. Soalan tambahan saya kepada YB Exco, kita seperti apa dimaklumkan di kawasan Batang Padang, kita cuma ada satu hospital iaitu Hospital Tapah dan kini hospital tampaknya perlu dinaiktaraf dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada di Hospital Tapah tidak mencukupi seperti tiada kantin, tidak ada OT pembedahan kecil dan tidak ada pusat dialisis yang mencukupi untuk pesakit-pesakit. Jadi adakah hasrat ataupun cadangan-cadangan daripada kerajaan untuk menaik taraf Hospital Tapah yang sedia ada di kawasan Batang Padang?
Terima kasih untuk soalan tambahan berkaitan dengan menaik taraf Hospital Tapah. Hospital Tapah buat masa ini adalah Hospital kluster kepada Hospital Teluk Intan dan Hospital Slim River. Hospital Teluk Intan adalah hospital pakar dan Hospital Slim River adalah separa pakar dan baru-baru ini saya ada terima satu permohonan daripada Tuan Pengarah Hospital Tapah berkaitan dengan pembinaan, ada dua isu di Hospital Tapah. Satu adalah pembinaan Operation Teater. Yang kedua adalah kantin yang sedia ada sekarang telah dirobohkan kerana diancam oleh anai-anai telah dirobohkan dan kita menunggu untuk pihak hospital menyerahkan tapak kosong untuk kita memohon untuk bajet untuk membina balik kantin. Itu adalah satu berkaitan dengan Teater Operation atau Operation Teater (OT) ini kita dah maklumkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesihatan berpendapat…berpendapat buat masa ini kita tak perlu adakan OT di Hospital Tapah sebab boleh dihantar dan fakta kedua adalah tidak ada surgeon di Hospital Tapah. Jadi kita kena dapatkan surgeon lepas itu kita boleh kena kaji berapakah pesakit yang datang untuk menjalankan operation ini di Hospital Tapah? Kalau kita dapat selesaikan 2 perkara ini, maka senanglah untuk kita mohon untuk Operation Teater.
Speaker Manjoi.
Alor Pongsu.
Hutan Melintang.
Terima kasih Datuk Speaker. Salam sejahtera kepada semua. Saya ada soalan untuk YB Exco. Sebenarnya untuk Klinik Kesihatan Hutan Melintang ni pemilikan tanah dah, bajet pun sudah keluar dan setiap harilah jenuh saya lalu kawasan tu nak tengok jugaklah pembinaan Klinik Kesihatan Hutan Melintang, tapi sampai hari ini status sebenar pembinaan Klinik Kesihatan Hutan Melintang tu macam mana YB? Sila perjelaskan, terima kasih.
Terima kasih kepada YB Hutan Melintang. Berkaitan dengan Klinik Hutan Melintang Hutan Melintang. Sekarang ini ada sebuah klinik yang usianya 59 tahun. Hampir-hampir hampir 60 tahun dan ini adalah satu klinik yang besar iaitu Klinik Jenis 3. Ada bermacam macam perkhidmatan yang ditawarkan. Namun demikian, tempat itu adalah tempat tidak selesa. Jadi saya juga percaya bagi menangani masalah ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menyediakan pelan induk jangka panjang dan membuat persediaan bagi membina sebuah klinik kesihatan baru di kawasan Hutan Melintang. Projek ini diluluskan bagi kerja-kerja awalan dalam Rolling Plan 1, RMK 12 dan selesai sepenuhnya pada 22 Oktober 2021.
Bagi pembinaan fasa kedua bangunan Klinik Kesihatan jenis 3 Hutan Melintang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 4 dengan nilai projek sebanyak RM40 juta. Sebagai pelan tindakan projek pelantikan HOPD & HODT, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah selesaikan sepenuhnya pada 19 Januari tahun ini dan pada 2 April 2024 masing-masing. HOPD lazimnya bertindak sebagai pengurus projek yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengetahui pengurusan projek. Manakala HODT pula sebagai pakar teknikal yang bertanggungjawab sebagai pakar teknikal yang mengetahui aspek teknikal supaya skop projek, masa dan kos tetapan seperti dirancangkan. Mesyuarat permulaan pelaksanaan projek bagi mengesahkan grid projek, kaedah pelaksanaan dan jadual pelaksanaan telah selesai pada 18 April 2024.
Pihak HOPD dan HODT, Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Negeri Bagan Datuk melaksanakan lawatan tapak pada 7 Mei 2024. Selain itu, pihak JKR Malaysia selesai melaksanakan kerja ukur dan kerja soil investigation pada 14 Mei 2024. Kini pihak JKR Malaysia sedang menyediakan lukisan kerja ukur dan kerja dijangka selesai pada 14 Ogos 2024 iaitu kerja lukisan ukur, kerja ukur. Perkara ini penting bagi menyediakan lukisan reka bentuk konsep yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan November 2024. Projek ini dijangka untuk membuka tawaran tender pada awal Februari 2025. Jadi, saya percaya jawapan ini memuaskan Yang Berhormat dan kerja-kerja akan mula selepas Februari 2024. Terima kasih.
Soalan tambahan satu,
Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Exco, banyak yang nak tanya soalan tambahan. Jadi saya boleh benarkan, saya tahu, saya bagi peluang pada Chandan, kerana dia doktor dan Yang Berhormat daripada Manjoi kemudiannya kerana saya tahu Manjoi ada masalah, tapi itu saja. Yang lain itu boleh tanya di luar. saya panggil Chandan.
Terima kasih Dato Exco dan Terima kasih Dato', sorry, Terima kasih Dato' Speaker dan YB Exco.
Chandan, make it sweet, Chandan make it sweet and simple.
Ok, kalau kita masuk ke kampung-kampung kawasan luar bandar, kita dapati masih ramai pesakit-pesakit yang terlantar sakit. Contoh pesakit-pesakit strok yang kena strok, penyakit orang tua-tua, terbiar, terlantar dan tidak mendapat perhatian daripada pihak kesihatan. Contohnya, ada masalah back so yang kena perlu buat dressing. Kalau keluarga ini nak bawa pesakit ini ke hospital berhampiran perlu sewa kereta atau perlu sewa private ambulan dan perlu angkat 3, 4 orang untuk bawak ke hospital. Jadi selalunya mereka-mereka ini tidak berkemampuan. Jadi di sini saya nak cadangkan tanggungjawab ini, pusat-pusat klinik-klinik kesihatan ada satu unit khas atau mobile unit kesihatan pergi kepada pesakit, kerana pesakit dah tak mampu untuk pergi ke hospital. Pihak hospital kena…
Chandan, soalan Chandan, soalan. Soalan. Dia tidak boleh bahas.
Soalannya, saya minta klinik-klinik kesihatan yang berhampiran ambil tanggungjawab ini. Jangan diabaikan pesakit ini sebab tak ada siapa yang nak pantau. Kesihatan ada yang semakin merosot dan kesudahannya meninggal begitu sahaja tanpa pembelaan kesihatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Chandan. Nak gunakan perkataan diabaikan ini tak betul lah, this is medical, tak boleh abaikan, sesiapa saja, biar siapa, warga asing pun tidak akan diabaikan oleh klinik kita tetapi masalah, kita pun ada kekurangan kakitangan dan juga kenderaan. Tiap-tiap klinik ada ambulans sedia ada, tetapi dalam masa-masa kecemasan ini, ambulans ini boleh digunakan. Selain daripada itu, Yang Berhormat, saya juga menghadapi masalah yang sama dari kawasan saya tetapi saya gunakan kereta saya, bukan kereta official saya tetapi kereta saya, kalau saya boleh bantu, saya bantu. Jadi, Yang Berhormat sebagai wakil rakyat sana, haruslah menunjukkan sedikit sebab dia bukan seorang atau dua. Kalau macam keadaan strok saya setuju memang susah nak buat. Jadi kenalah kita kerjasama di antara satu sama lain. Kalau kita buat hantar ambulans pula, jadi satu eksiden, apa kita nak buat? Salahkan ambulan? salahkan hospital? Kita menunggu untuk memberi rawatan, perkhidmatan tetapi kalau ambulans itu senang, kita boleh hantar ambulans tetapi kalau kita nak pergi bawa seorang pesakit ke hospital, lepas itu bagi rawatan, hantar dia balik ke rumah, susah dan tiap-tiap keluarga mempunyai tanggungjawab sendiri. Jadi kalau nak minta untuk perkhidmatan pengangkutan, pesakit ini, mungkin ada tempat yang kita boleh bagi, ada tempat yang kita memang tak cukupi.
Saya boleh mencelah sikit? Maksud saya.
Chandan, dia tak boleh. Dia bukan bahas.
Ok
Terima kasih. Ok, Manjoi final, last.
Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih YB Exco. Satu soalan fakta dan data. Klinik Kesihatan Manjoi yang telah mula dibina 2017. Hingga hari ini 2024 memakan masa kurang lebih 7 tahun, 2017 hingga 2024. Saya tengok maklumat terkini yang saya dapati dikatakan tahun depan 2025 klinik ini boleh disiapkan. Tapi kalau kita turun ke lapangan hari ini, saya berani nyatakan di sini tidak boleh siap dan saya sebut, sebab apa saya sebut sebegitu, sebab setiap hari saya lalu kawasan tersebut. Setiap hari saya lalu YB Speaker. Cuma point saya di sini ialah, data yang kita dapat di Klinik Kesihatan Manjoi sementara yang bukan klinik pun, kita gunakan dewan orang ramai orang kampung, setiap hari mencecah 800 ke 1000 orang pesakit datang. Point saya ialah, lagi kita tangguh projek ini lagi tinggi kos yang kerajaan kena tanggung.
Soalan?
Kos binaan, kos buruh dan kos harga barang. Soalan saya, bilakah isu klinik kesihatan Manjoi ini boleh diselesaikan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi. Klinik Kesihatan Manjoi adalah satu klinik yang agak penting sebab merujuk kepada jumlah pesakit yang ada di situ, dan saya belum tahu lagi kedudukan sebab ini adalah soalan yang baru dikemukakan, dan saya akan turun ke padang di Klinik Kesihatan Manjoi dalam dua minggu ini dan saya juga akan menjemput Yang Berhormat dan biar kita duduk, kita bincang dengan JKR dan sebagai, apa sedang berlaku di klinik ini tetapi macam Klinik Pangkor, saya percaya kita dapat buka pada tahun ini dah hampir siap. Manjoi itu satu adalah, saya tidak hendak ingin gunakan perkataan projek sakit. Jadi kita nak tau siapa sakit, projek sakit kah dan siapa nak bertanggungjawab projek sakit. Jadi ini, ini berlaku dulu pun, bukan saja sekarang. Jadi, kita akan pastikan sebab ini adalah melibatkan nyawa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalaamu'alikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Hari ini Julai 10, soalan Pengkalan Hulu nombor 10.
Assalamualaikum warahmatulahitaala wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Hijrahtulrasul, Salam Kerajaan Perpaduan Madani. Saya terima kasih kepada YB Pengkalan Hulu berkenaan dengan soalan yang ditanya tu berkenaan dengan NRW. Yang Berhormat Pengkalan Hulu, untuk makluman Kerajaan Negeri Perak melalui Lembaga Air Perak (LAP) mempunyai pelbagai perancangan untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil ataupun dengan izin non revenue water yang menunjukkan peningkatan. Non revenue water atau kadar air tidak berhasil bukan sahaja merupakan masalah yang dihadapi oleh negeri Perak sahaja, malah ia merupakan masalah yang dihadapi oleh semua di peringkat nasional, semua operator air. Ianya berpunca daripada dua faktor. Dua faktor utama kenapa kita menghadapi masalah NRW. Yang pertamanya ialah kehilangan fizikal yang melibatkan infrastruktur bekalan air. Itu yang pertama.
Yang keduanya kehilangan komersial yang melibatkan sistem pengebilan, bil mereka. Dalam menangani masalah ini dan sejajar dengan strategi NRW dengan izin kebangsaan, LAP telah merancang dan melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kehilangan air secara fizikal dan komersial seperti yang saya sebut berikutnya. Yang pertamanya, pelaksanaan sistem kawalan tekanan dan penubuhan zon-zon pemantauan kebocoran. Kedua melaksanakan program pengesanan kebocoran secara aktif. Yang ketiganya, penyediaan sistem telemetri berpusat dan secara atas talian online monitoring dengan izin bagi memantau operasi sistem bekalan air dengan cepat dan efektif. Keempat, penggantian saluran paip lama dan paip penghubung yang mempunyai kadar kebocoran yang tinggi. Pembaikan segera ke atas kebocoran paip, kolam-kolam ataupun tangki-tangki dan yang akhir sekali penggunaan bahan berkualiti dalam sistem agihan. Kehilangan dalam konteks komersial, kita menggunakan kaedah penggunaan sistem pengebilan yang berkomputer. Yang keduanya, penukaran meter secara berkala dan penggunaan meter yang lebih tepat bagi meter yang besar, bulk metering. Kempen kesedaran kepada pengguna dan insentif untuk melapor kes-kes kecurian ayor. Menguatkuasa tindakan pemotongan ke atas akaun-akaun yang mempunyai tunggakan yang tinggi. Menguatkuasa tindakan pemotongan atas akaun-akaun yang tinggi dan kemudiannya mengambil tindakan terhadap penggunaan yang haram, pencurian air dan yang akhir sekali, pemantauan rapi terhadap penggunaan oleh pelanggan-pelanggan yang besar. Pengurusan non revenue water ataupun (NRW) ini secara menyeluruh dan melibatkan aktiviti-aktiviti pengesanan kebocoran fizikal secara aktif ataupun active leakage control dengan izin dan komersial serta kerja-kerja pengawalan tekanan.
Selain daripada langkah-langkah di atas, LAP juga mengambil pendekatan melalui amalan terbaik Best Practical Officials, Best Practice Opening yang digunakan pakai di dalam industri air seperti berikut. Konsep pengurusan berasaskan pencegahan berbanding dengan reaktif yang merangkumi penggunaan bahan-bahan terbaik, reka bentuk dan penyeliaan kerja mematuhi piawaian dan spesifikasi serta pelaksanaan kerja oleh kontraktor-kontraktor yang kompeten. Yang kedua, mekanisme yang efektif dalam pemantauan pengurusan NRW termasuk penetapan KPI dan juga pengwujudan pasukan bertindak yang khas. Yang ketiganya, pembangunan struktur organisasi yang efektif yang melibatkan penubuhan pasukan atau unit khusus bagi tujuan pengurusan dan pemantauan NRW. Dato' Yang di-Pertua, JKR juga melaksanakan pembangunan modal insan dalam pengurusan NRW. LAP ada satu kumpulan yang memang fasih ataupun yang pakar dalam bidang untuk mengurangkan NRW ini. Penambahan penambahbaikkan dalam penyelidikan dan pembangunan dan inovasi serta penggunaan teknologi terkini ataupun artificial intelligence dengan izin-Nya dalam menguruskan NRW dan yang akhir sekali, kempen kesedaran awam dalam pengurusan NRW yang melibatkan NGO dan juga para-para media.
Untuk maklumat Yang Berhormat Pengkalan Hulu, LAP telah mencapai peratus NRW pada tahun 2023 tahun lepas, sebanyak 30.2% berbanding sasaran yang ditetapkan oleh pihak SPAN di seluruh negara iaitu 30.3% melalui pelaksanaan program-program yang dirancangkan. Bermaknanya tahap NRW negeri Perak ni masih di bawah yang ditentukan oleh pihak SPAN di peringkat pusat. Bagi mencapai sasaran ini, LAP telah membelanjakan sebanyak RM60 juta, merangkumi perbelanjaan mengurus ataupun Opex dan juga perbelanjaan pembangunan ataupun Capex, Capital Expenditure dengan izin. Akhirnya, LAP juga akan terus komited dalam meneruskan pelbagai program-program yang sewajarnya dalam usaha untuk menurunkan NRW di negeri Perak dari masa ke semasa. Pemberian, dalam menjawab soalan kedua daripada Pengkalan Hulu tadi, kadar tarif air baharu bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN berkuat kuasa 1 Februari 2024 tahun ini. Pelarasan tarif yang diluluskan bagi negeri Perak adalah melalui Warta P.U. (A) 34 Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air) (Negeri Perak) (Pindaan) 2024 pada 31 Januari 2024.
Pelarasan tarif air di negeri Perak telah pun dilaksanakan mulai 1 Mei 2024. Bagi mengurangkan beban kepada rakyat negeri Perak, Lembaga Air Perak telah pun memberikan rebat pada kadar 40 sen setiap meter padu untuk penggunaan sehingga 10 meter padu pertama sebulan bersamaan dengan RM4 sebulan pengurangan. Kepada semua pengguna-pengguna domestik, pemberian rebate ini juga dapat mengurangkan caj minimum penggunaan domestik iaitu daripada RM7.50 kepada RM3.50 sahaja. Pemberian rebat ini melibatkan kos kepada LAP yang dianggarkan berjumlah RM35.5 juta setahun. Selain daripada itu, program tanggungjawab sosial LAP dalam bentuk pemberian subsidi air juga diteruskan kepada pengguna-pengguna air seperti berikut. Yang pertamanya, Program Pemberian Air Percuma sebanyak 25 meter padu sebulan bersamaan RM20.40 sebulan setiap akaun. Yang kedua kepada golongan sasar terutamanya golongan B40, program ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3 juta setahun. Golongan yang dimaksudkan ini adalah berdasarkan senarai yang telah pun ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk). Program pemberian subsidi-subsidi air ini sebanyak 20 meter padu sebulan bersamaan dengan RM9 sebulan setiap akaun kepada rumah ibadat yang berdaftar di egeri Perak dan program ini melibatkan perbelanjaan sebanyak hampir RM0.2 juta setahun. Baik terima kasih.
Pengkalan Hulu.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang cukup dengan maklumat dan datanya. Cuma satu lah, isu berkenaan dengan bekalan air ataupun NRW ni. Baru-baru ni berlaku insiden, beberapa insiden lah paip pecah di Pengkalan Hulu dan menyebabkan masalah gangguan bekalan air di Dun Pengkalan Hulu. Dan benda ni berlaku berulang-ulang. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Exco, adakah Kerajaan Negeri melalui agensi ataupun LAP ada menyediakan peruntukan khas untuk mengatur semula infra ataupun laluan-laluan paip ni di dalam pekan. Contohnya di dalam pekan lah. Untuk kita...apa, selarikan dengan infra-infra lain yang ada, contohnya seperti fiber optik, kabel Telekom dan kabel TNB. Jadi saya ingat perkara ini serius bila mana berlaku, paip pecah di laluan utama sehingga menyebabkan masalah kepada pengguna lalu lintas yang mana terdiri daripada kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan juga kepada penduduk Pengkalan Hulu sini yang hari-hari keluar ambil hantar anak sekolah. Jadi memang…
Yang Berhormat, soalan.
Jadi apakah ada peruntukan khas untuk menambah baik infra, lebih-lebih lagi berkenaan dengan inilah apa? Masalah paip bocor ni, kepada yang Exco itu je soalan.
Exco.
Baik, terima kasih Pengkalan Hulu di atas soalan tambahan. Soalan itu sebenarnya berpunca daripada paip yang pecah. Ya, soalan asal tadi adalah NRW. Tapi sebenarnya bila berlaku paip pecah ini dia sebab dua, sama ada diganggu oleh manusia ataupun kadang-kadang tu dia bocor kerana tekanan yang tinggi. Yang berlaku dekat Pengkalan Hulu ini, paip-paip utamanya bocor. Bila paip utama bocor, keseluruhan kawasan selepas paip tidak akan nampak air selagi ia dibaiki oleh pihak LAP. Jadi untuk itu, kami dalam proses untuk mengenal pasti di mana kawasan-kawasan yang paip yang sering bocor dan jenis paip tu jenis yang lama, maka kita bagi keutamaan untuk membaiki dan mengganti paip yang baru untuk mengelak kebocoran. Oleh kerana asal-asal dulu apabila paip dipasang, itulah paip menggunakan teknologi lama, paip simen asbestos yang akhirnya tiada hayat dan akan pecah. Tapi hari ini oleh kerana ada ciptaan-ciptaan paip yang jauh lebih baru yang jauh lebih elok dan jauh lebih tahan, maka kita LAP memberikan spefikasi mana-mana paip baru nak dipasang di taman-taman perumahan ataupun di tempat-tempat baru menggunakan paip yang, yang terbaru. Paip yang jenis yang terbaharu.
Jadi untuk itu, di Pengkalan Hulu ini kalau berlaku paip pecah, maka kita akan cuba cari jalan untuk repair. Tapi seandainya ia memerlukan penggantian, maka dia akan makan masa lama sedikit. Jadi untuk itu, kami akan berusaha sedaya upaya dengan pejabat daerah kalau sekiranya ada kawasan-kawasan yang ada ciri-ciri kebocoran awal. Paip ini sebelum dia bocor pecah besar, dia mempunyai satu simptom-simptom yang kecil. Jadi kita bagi perhatian untuk kaji tempat tu dan ganti paip yang baru. Jadi masalah yang NRW ni masalah yang berbeza, masalah paip sedia ada tapi airnya hilang. Tak dapatlah kita jadikan sebagai hasil. Itu masalah yang dihadapi oleh semua operator air seluruh alam ini. Ya. Jadi untuk itu, kita masih lagi duduk dalam paras NRW bawah daripada yang ditetapkan oleh SPAN. Cuma masalah yang besar yang kita hadapi di pengkalan baru ini oleh kerana ada masalah-masalah yang mengganggu.
Jadi Kerajaan Negeri hari ini telah menubuhkan satu agensi dipanggil sebagai KUDR. KUDR ini usaha dia adalah untuk pastikan bahawa semua kerja-kerja galian, kerja mengorek mengorek jalan-jalan untuk pasang sistem-sistem mereka diselaraskan oleh satu entiti supaya dia tidak berlaga dan tidak korek mengorek antara satu sama lain dan ini akan mengurangkan masalah bila berlaku perkara-perkara sedemikian. Hari ini korek repair balik JKR tak puas hati dengan tahap jalan tu jadi repair balik. Semuanya ini berlaku di majlis-majlis bandaran dan juga kawasan-kawasan tertentu. Jadi untuk itu, ini kaedah-kaedah yang telah pun digunakan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan-kesan paip ini bocor kerana buatan manusia ataupun paip itu sendiri dah lama. Wallahuaklam.
Ha.....Ok kalau tiada soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Soalan Tronoh, soalan nombor 11.
Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat dari Tronoh. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, 3 kampung di bawah Dun Tronoh iaitu Kampung Baru Bemban, Kampung Baru Nalla dan Kampung Baru Bali, pada masa ini berada di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah. Walau bagaimanapun, kawasan ini masih belum dimasukkan ke dalam kawasan operasi Majlis Daerah Batu Gajah. Apa yang Kerajaan Negeri sedang buat pada masa ini iaitu melalui Majlis Daerah sedang menjalankan menyediakan senarai nilaian yang baru di mana kawasan-kawasan yang sebelum ini belum dimasukkan dalam kawasan operasi dan belum dikenakan cukai akan dimasukkan dan supaya akan dijadikan sebagai kawasan operasi majlis secara peringkat dan apabila senarai nilaian baru ini telah disediakan dan dimasukkan untuk dijadikan kawasan operasi, kita juga akan masuk ke fasa untuk sesi libat urus dengan warga-warga penduduk di 3 kampung yang tersebut dan fasa itu sangat penting dan saya percaya wakil rakyat dan ketua masyarakat akan memainkan peranan yang sangat penting sebab 3 kampung ni dia lain daripada kampung-kampung baru di seluruh negeri Perak di mana kalau di Perak ni kebanyakan kampung-kampung baru sekarang ada berada di bawah kawasan operasi PBT masing-masing dan mereka bayar cukai dan mereka juga terima perkhidmatan perbandaran yang ada. Jadi jugak kritikal kita nak dapat persetujuan dan sokongan daripada penduduk 3 kampung ini.
Melalui sesi libat urus, kita akan jalankan untuk menerangkan dan juga untuk mendapat persetujuan dan sokongan supaya akhirnya hasrat Kerajaan Negeri memang kita harap 3 kampung boleh capai persetujuan untuk kita masukkan sebagai kawasan operasi majlis dan untuk jawab soalan tentang kebaikan jika 3 kampung ni di bawah di masukkan berada di bawah kawasan operasi majlis. Seperti kita tengok pada pada sekarang, 3 kampung ni kalau banding dengan kampung-kampung baru yang lain, mereka dari segi perancangan, dari segi penyediaan infrastruktur juga tidak begitu teratur sebab kalau mereka berada di bawah kawasan operasi majlis, mereka ada buat bayaran untuk cukai taksiran sudah pasti dari segi pengurusan pentadbiran dia lagi teratur. Jadi kalau 3 kampung nanti kemudian dimasukkan di bawah majlis akan ada perancangan yang lebih teratur dari segi perkhidmatan contohnya kutipan sampah dan sebagainya dan juga kawal selia dari aspek kesihatan dan sebagainya. Jadi itu antara isu yang kita nampak juga di bawah KPKT, Bahagian Kampung Baru dan Kerajaan Tempatan duduk di bawah satu kementerian. Jadi dari segi penyelarasan juga lebih baik kalau mereka dapat setuju dan sokong untuk dimasukkan di bawah Majlis Daerah Batu Gajah. Terima kasih.
Tronoh.
Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Exco. Nampaknya sekiranya ketiga-tiga kampung baru ini dimasukkan ke dalam kawasan operasi PBT, maka ia nampakkan bahawa manfaat yang diterima oleh penduduk kampung ini adalah baik sekalilah ok. Jadi soalan tambahan saya adalah apakah rancangan ataupun tindakan Majlis Daerah Batu Gajah terhadap bangunan kediaman dan kedai yang sedia ada yang sedia ada tanpa pelan kerana banyak kedai dan rumah kediaman dahulu mereka berada di kampung baru ini tiada pelan tidak menghantar pelan kepada kawasan kepada pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah. Jadi sekiranya penduduk kampung baru bersetuju untuk menyertai kawasan operasi PBT ok, apakah rancangan daripada MDBG terhadap rumah-rumah kediaman dan juga kedai-kedai yang tidak pernah ada pelan ini? Terima kasih.
Terima kasih. Bagi bangunan-bangunan kedai ataupun perumahan di kampung baru yang berhasrat untuk dimasukkan di bawah kampung di bawah kawasan operasi PBT, Majlis Daerah Batu Gajah akan menjalankan untuk kerja pemutihan di mana kita faham seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat. Kawasan-kawasan ni bangunan-bangunan ni sebelum ni dia tak ada pelan bangunan dan jugak sebab dia berada di luar daripada kawasan operasi PBT dan untuk kes sebegini jika sudah capai persetujuan dan mereka memang berhasrat untuk mohon majlis akan terima pelan bangunan seperti mana yang sedia ada di atas tapak bagi bangunan yang telah wujud dan ada sedikit kelonggaran untuk kita nak capai tujuan pemutihan di mana ia tidak tertakluk kepada syarat-syarat teknikal semasa yang diterima pakai oleh majlis yang ada sekarang supaya kita nak melancarkan proses untuk pemutihan supaya akhirnya semua boleh berdaftar dan berada di bawah kawasan operasi PBT.
Mungkin soalan ni tidak berkaitan sikit, boleh?
Berkaitan dengan apa tu?
Kampung baru, kampung baru, kampung baru.
Ok, kampung baru.
Kawasan pengurusan PBT. Saya bagi contoh dalam pelantikan ketua kampung, penduduk mesti berada di kampung itu untuk dilantik sebagai ketua kampung. Isunya di kampung baru ni ahli majlis yang yang dilantik tidak tidak tinggal di situ. Duduk jauh daripada kawasan itu dan tidak tahu masalah di Kampung Baru Cina ini. Ia menyukarkan penduduk tempatan. Mungkin Exco boleh ambil kira untuk menjadikan satu garis panduan supaya pelantikan ahli majlis ini juga perlu mengikut lokasi mereka akan diletakkan. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sungai Manik. Terima kasih juga kepada isu yang dibangkitkan untuk sama-sama kita tengok bagaimana kita boleh menambah baik. Untuk pengetahuan bagi pihak kerajaan dalam pelantikan untuk ketua kampung, ahli majlis dan sebagainya memang ada kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi dan pada zaman sekarang dengan pelbagai teknologi telekomunikasi yang begitu canggih mungkin dari segi syarat-syarat pada yang diguna pakai untuk sekarang, dia berlainan sikit daripada sebelum ni. Cuma walau bagaimanapun, sudah pasti penguatkuasaan bukan penguasaan dan kefahaman tentang kawasan tertentu memang akan dijadikan antara rujukan pertama lah kita sebab sebelum kita nak melantik seseorang sebab penting supaya dia boleh kerjasama dengan masyarakat tempatan, dia faham isu tempatan dan seterusnya boleh mainkan peranan dengan baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.
Usul yang telah diberi notisMotion
Perkara yang keempat, usul yang telah diberi notis.
Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari Kawasan Keranji telah mendapat sokongan dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk membuat penggulungan. Silakan. 30 minit maksimum.
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, ketua badan berkanun kerajaan negara serta rakan-rakan media dan juga rakyat negeri Perak yang sedang menonton sidang Dun Perak Live di YouTube. Selepas pembentangan usul cadangan mewujudkan enakmen baharu berkaitan pengawalan haiwan-haiwan berkeliaran semalam di Dewan yang mulia ini. Saya telah menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak. Kebanyakannya menyokong cadangan untuk menggubal undang-undang yang lebih ketat bagi menangani masalah haiwan merayau. Namun, saya juga menerima maklum balas yang berkongsi dengan kebimbangan penternak-penternak lembu dan kerbau bahawa mata pencarian mereka bakal terjejas akibat peraturan yang lebih ketat. Saya terima baik semua maklum balas dan cadangan tentang enakmen baharu ini.
Saya ingin memulakan penggulungan saya dengan cara yang kurang konvensional dengan berkongsi satu kisah yang saya alami dan yang menyentuh hati saya sejak saya dipilih menjadi wakil rakyat. Saya telah menerima satu kes di mana seorang lelaki berumur 20 tahun telah kehilangan nyawa akibat melanggar sekumpulan lembu pada waktu 1.20 pagi. Saya telah menziarahi rumahnya dan ibunya telah memberitahu saya bahawa dua hari yang lalu, mayat anaknya telah diletakkan di dalam bilik ruang tamu yang kami duduk. Ibunya telah mengadu kepada saya, mengadu kepada saya bagaimana penternak-penternak lembu dibenarkan untuk melepaskan lembu merayau sehingga menyebabkan kemalangan maut yang meragut nyawa anaknya. Saya tidak dapat menjawab soalan ibu ini. Kita semua duduk di Dewan ini kerana dipilih sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri dan tugas utama kita sebagai Adun ialah untuk menggubal undang-undang Negeri. Sekiranya terdapat kekangan atau pun kekurangan dalam akta atau pun enakmen yang sedia ada maka adalah tanggungjawab kita semua di sini untuk melaksanakan tugas kita sebagai penggubal undang-undang untuk menggubal enakmen yang baharu bagi mengawal haiwan-haiwan berkeliaran dan memastikan tragedi seperti kemalangan maut yang membabitkan lembu, kerbau tidak berlaku lagi.
Dato' Yang di-Pertua, saya faham akan kekhuatiran penternak-penternak lembu, kerbau bahawa mereka akan terjejas kerana tidak boleh lagi melepaskan lembu, kerbau sesuka hati dan kos penternakan akan menjadi lebih tinggi. Namun, kos ini langsung tidak boleh dibandingkan kepada kehilangan nyawa manusia. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri juga boleh menyediakan geran atau pun program dengan membantu penternak-penternak lembu dan kerbau dalam melaksanakan modern farming secara tertutup. Tidak lagi melepaskan lembu dan kerbau mereka. Sebenar sebanyak 6 Adun yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul mengenai cadangan mewujudkan enakmen atau peraturan baharu berkaitan pengawalan haiwan-haiwan berkeliaran di negeri Perak termasuk penyokong usul Ayer Kuning, Sungai Manik, Tronoh, Pasir Panjang, Manjoi dan Pantai Remis. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ucapan terima kasih kepada YB-YB Ahli Dewan Negeri yang telah berbahas bagi tujuan usul cadangan mewujudkan satu peraturan baharu atau pun enakmen perihal haiwan-haiwan berkeliaran ini. Saya juga telah mengambil maklum setiap perincian, penjelasan, pendekatan setiap perbahasan tersebut. Saya percaya butiran setiap perbahasan tersebut telah diambil maklum dan tindakan susulan akan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab Negeri Perak, Kerajaan Negeri.
Ayer Kuning telah berkongsi dengan Dewan yang mulia ini tentang enakmen negeri-negeri lain yang boleh dijadikan sebagai rujukan seperti Enakmen Kerajaan Tempatan Negeri Kelantan 1984, Enakmen Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu 2001, Enakmen Penternakan Negeri Sembilan 1988, Enakmen Haiwan Pulau Pinang 2012 dan Enakmen Pengawalan Haiwan Negeri Selangor 2005. Saya percaya kesemua enakmen-enakmen yang dibangkit oleh Ayer Kuning mempunyai nilai rujukan dan boleh membantu Jawatankuasa Dewan ini apabila menggubal Enakmen Pengawalan Haiwan bagi Negeri Perak. Saya juga amat bersetuju dengan pandangan Ayer Kuning dan ingin saya tekankan di sini sekali lagi bahawa kita berbahas di sini untuk cadangan mewujudkan enakmen baru bagi mengawal haiwan berkeliaran bukan kerana kita mahu menyusahkan penternak. Memang ini bukan niat kita. Niat kita ialah untuk membantu menangani dan menyelesaikan masalah haiwan berkeliaran terutamanya kerbau, lembu yang telah banyak kali membawa kepada kemalangan, kerosakan kenderaan dan kehilangan nyawa yang berharga.
Sungai Manik dalam ucapan telah mengenal pasti 4 kelemahan dalam kawal selia masalah haiwan berkeliaran termasuk pertama, kekurangan sumber dan tenaga kerja. Kedua, kesedaran awam yang rendah. Ketiga, ketiadaan sistem tracking yang berkesan. Keempat, penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Point pertama, kedua dan keempat telah pun saya bangkit dalam ucapan saya tentang point kedua iaitu kesedaran awam yang rendah. Saya juga bersetuju dengan Sungai Manik dan saya cadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri boleh membuat lebih banyak program.
Dengar tak? haa, boleh.
Saya ulang semula. Saya juga amat bersetuju dengan pandangan. Sorry. Point pertama saya bermula dari sini. Point pertama, kedua dan keempat telah pun saya bangkit dalam ucapan saya tentang point kedua iaitu kesedaran awam yang rendah. Saya juga bersetuju dengan Sungai Manik dan saya cadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri boleh membuat lebih banyak program dan kempen kesedaran bukan sahaja untuk pemilik haiwan tetapi bagi masyarakat umum tentang undang-undang sedia ada yang mengawal haiwan liar yang berkeliaran serta penguatkuasaannya. Tronoh telah membangkitkan satu kes yang pernah dikendalinya di mana sebuah ambulans dari Hospital Batu Gajah terlanggar seekor kerbau di Lebuh Raya Ipoh-Lumut dalam keadaan jalan yang amat gelap di sebabkan tiada lampu jalan sehingga hari ini. Terdapat dua isu dalam kes ini iaitu kerbau yang dibiarkan berkeliaran sehingga mengakibatkan ambulans terlanggar dan terbabit dalam kemalangan. Cuba bayangkan jika ambulans tersebut dalam perjalanan untuk menghantar pesakit kritikal ke hospital. Berapakah nyawa akan terkorban akibat pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab ini?
Isu kedua dalam kes ini walaupun tiada kaitan dengan enakmen yang bakal dibentangkan ialah ketiadaan lampu jalan di Lebuh Raya Ipoh, Lumut di Jalan FT5. Saya memohon Exco supaya mengambil perhatian tentang masalah ini dan berusaha memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, dari Kementerian Kerja Raya untuk memasang lampu di Lebuh Raya Ipoh-Timur, jalan FT5 ini. Sungai Manik, Pasir Panjang dan Manjoi telah menyatakan dalam perbahasan bahawa pada tahun 2022, semasa Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional telah tertubuhnya Jawatankuasa Penyelarasan Penangkapan Anjing Terbiar Haiwan Merayau di bawah Exco Kerajaan Tempatan dan Exco Pertanian. Ya. Memang ia betul. Memang ada usaha daripada kerajaan terdahulu untuk menangani masalah haiwan merayau. Namun belum ada apa-apa enakmen khusus yang telah digubal untuk mengawal haiwan merayau.
Untuk makluman Manjoi, jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional adalah jawatankuasa penyelarasan di bawah Exco dan usul yang dibawa oleh saya ialah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa di bawah Dewan untuk mengkaji supaya satu enakmen atau peraturan baharu berkaitan haiwan merayau boleh digubah di bawah Dewan yang mulia ini. Jawatankuasa yang ditubuhkan semasa pemerintahan Perikatan Nasional adalah satu jawatankuasa di bawah eksekutif di bawah Exco. Manakala jawatankuasa yang dicadangkan oleh saya adalah ditubuhkan di bawah legislatif ataupun di bawah Dewan yang mulia ini dan dipengerusikan oleh Dato' Yang di-Pertua dengan tujuan mengubah enakmen atau peraturan baharu. Ini merupakan dua jawatankuasa yang berbeza dan saya menyeru supaya rakan-rakan saya dari pihak pembangkang boleh mengetepikan perbezaan politik dan menyokong usul saya untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi tujuan menggubal enakmen baharu untuk menangani haiwan merayap di negeri Perak.
Pasir Panjang juga telah menyatakan pada masa sekarang anggota penguatkuasa tidak mempunyai kebenaran menembak haiwan liar ataupun haiwan kepunyaan tuan seperti anjing di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Saya juga bersetuju dengan Pasir Panjang bahawa tindakan menembak haiwan adalah tidak wajar tetapi kita boleh matikan dia secara kita tidurkan dia, itu dibenarkan. Saya ingin mengguna pakai kod dari Mathama Ghandi dengan izin, "the greatness of a nation and its smaller progress can be charge by the way is Animal its straight". Walaupun kita semua di sini hendak menyelesaikan masalah haiwan merayap, tetapi jangan sampai mengambil cara yang short cut atau yang mudah dengan menembak haiwan secara kejam. Saya percaya kita dapat menyelesaikan masalah haiwan merayap dengan penangkapan dan pelupusan berdasarkan SOP yang sedia ada.
Selain itu, Manjoi telah dengan spesifiknya telah membangkitkan tentang 3 negeri yang mempunyai enakmen khusus tentang lembu dan kerbau iaitu Enakmen Kawalan Lembu Kerbau 2001 Negeri Pahang, di mana saya sudah sentuh perbahasan saya.
Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1921 Negeri Selangor dan Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Dalam Kawasan Larangan 1971 Negeri Sembilan. Ketiga-tiga negeri ini di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan. Enakmen-enakmen tersebut boleh dirujuk oleh jawatankuasa dalam penggubalan enakmen bagi negeri Perak. Untuk isu pengawalan anjing liar yang dibangkit oleh Manjoi, seperti mana saya telah panggil dalam perbahasan saya, kaedah yang paling efektif untuk mengawal anjing masih TNR iaitu trap, neutral, release yang telah diguna pakai dalam banyak negara. Exco Kerajaan Tempatan Teja, juga telah menjalankan program TNR di kawasannya untuk mengawal jumlah anjing liar dan terbukti kaedah ini memang berkesan. Cuma masalahnya TNR ini menekan kos yang tinggi dan mengambil masa yang agak lama.
Oleh itu, saya berpendapat kaedah TNR ini perlu dijalankan bersama operasi penangkapan anjing liar terutama sekali apabila terdapat aduan ataupun anjing liar yang mengejar dan menyebabkan kecederaan ataupun kemalangan. Kami semua setuju bahawa nyawa manusia adalah lebih berharga. Namun, kita juga perlu mengimbangi tentang kebajikan haiwan seperti di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan menangkap anjing dengan cara yang lebih berperikemanusiaan tanpa menyebabkan anjing tercekik atau cedera semasa proses penangkapan.
Pantai Remis telah membangkit tiga isu utama iaitu pertama, kekurangan pasukan penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kedua, pengurusan padang ragut perlu disusun semula. Ketiga, pendaftaran teknikal penternakan haiwan. Isu pertama dan ketiga telah pun saya bangkit dalam ucapan saya tapi ingin saya di sini untuk menyeru sekali lagi supaya Kerajaan Negeri boleh memperuntukkan peruntukan khas dalam Bajet 2025 untuk tujuan pengawalan haiwan berkeliaran di negeri Perak terutamanya lembu dan kerbau dengan menambahkan bilangan anggota penguatkuasa, pembelian peralatan dan ubat pelali untuk tujuan penguatkuasa. Saya bersetuju dengan Pantai Remis, Pantai Remis di mana pengurusan padang ragut perlu disusun semula dan keluasannya halus bersesuaian dengan jumlah pengeluaran daging. Selain itu, lokasi yang lebih bersesuaian dan berhampiran penternak harus diteliti. Jika tidak, penternak akan menggunakan lokasi sebagai alasan dengan tidak menggunakan padang ragut. Untuk menggulungkan perbahasan saya, saya berharap agar usul berkepentingan rakyat ini diluluskan dengan sebulat suara dan ditubuhkan satu Jawatankuasa Dewan Khas untuk membincangkan berkaitan perkara ini demi kesejahteraan rakyat negeri Perak. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Keranji yang telah menyampaikan penggulungan yang cukup komprehensif, baik dan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang di hadapan kita ada satu usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Keranji yang berbunyi antara lainnya, Bahawasanya Dewan yang mulia ini membuat satu ketetapan untuk mewujudkan satu enakmen atau sebarang peraturan baru yang khusus mengenai pengawalan haiwan-haiwan berkeliaran terutamanya aktiviti penternakan lembu dan kerbau di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan dan menubuhkan satu jawatankuasa dewan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, timbalan pengerusi oleh Timbalan Yang di-Pertua bersama enam orang ahli Dewan bagi membolehkan jawatankuasa tersebut membincangkan secara terperinci dan selanjutnya menggerakkan cadangan mewujudkan enakmen atau peraturan baru berkaitan perkara ini dan memantau proses penggubalannya sehinggalah ianya telah sedia untuk dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini telah disokong, dibahaskan dan digulung. Sekarang saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju, maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.
Usul yang telah diberi notisMotion
Perkara yang kelima, usul yang telah diberi notis.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan usul.
Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Saya ingin ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan, rakan rakan media dan para hadirin yang sedang mengikuti siaran langsung ataupun secara fizikal. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kerana Simpang Pulai diberi peluang untuk membangkitkan usul mengenai cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat di negeri Perak. Simpang Pulai ingin membentangkan empat perkara yang penting dan perlu diberi perhatian supaya negeri Perak terus maju, rakyat sejahtera dan makmur dalam mengatasi cuaca ekstrem dan perubahan iklim. Pertama, perbincangan dari aspek perubahan iklim harus dirangkumi dalam perancangan bandar. Simpang Pulai faham perbincangan atas perubahan iklim ataupun perbincangan atas perancangan bandar sentiasa sudah atau tengah dijalankan masing-masing. Akan tetapi persidangan khas ini harus membawa semua pihak untuk duduk bincang bersama dalam platform yang sama supaya semua faktor dan pandangan dari semua peringkat dan pelbagai aspek dan semua idea dapat dibawa masuk melalui perbincangan bersama.
Simpang Pulai harap satu jawatankuasa bersepadu dapat ditubuhkan melalui persidangan khas tersebut dan semua pihak dapat berbincang dan bertindak bersama sebab kita semua tahu perubahan iklim merupakan isu global yang semakin mendesak. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesannya. Mengikuti laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu harian Malaysia pada tahun 2019 telah meningkat sebanyak 0.69 darjah celsius daripada suhu normal iaitu daripada 26.94 darjah celsius ke 77.63 darjah celsius. Fenomena cuaca ekstrem juga semakin ketara sejak tahun lepas dengan berlaku kejadian cuaca kering dan panas serta peningkatan jumlah hujan yang drastik. Perubahan iklim juga merupakan punca kepada bencana termasuklah banjir, kemarau, ribut taufan dan kebakaran hutan. Contohnya, dalam kawasan Dun Simpang Pulai juga telah mengalami banjir kilat sebanyak tiga kali dalam tempoh satu bulan iaitu pada 22 Mei, 16 Jun. Walaupun projek pedalaman sungai telah dijalankan pada tahun lepas tetapi Kampung Ampang Baru masih mengalami isu banjir kilat yang disebabkan oleh jumlah hujan yang drastik. Kawasan perumahan yang tidak pernah banjir sejak dulu dan tidak pernah banjir begitu teruk seperti Pekan Razaki dan beberapa lokasi di Bandar Sri Botani juga turut berlaku banjir kilat kali ini. Isu ini telah melangkaui rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 yang disiap sedia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan Majlis Bandaraya (MBI) pada tahun 2021.
Di Malaysia kejadian banjir besar yang berlaku pada tahun 2021 telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM6.1 bilion di antaranya kerugian RM3.4 juta adalah daripada negeri Perak. Kehidupan rakyat Perak mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan sungai kerana terdapat 11 lembangan sungai utama di negeri Perak yang keluasannya melebihi 80 kilometer persegi. Lembangan sungai bermaksudnya kawasan tanah dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui anak-anak sungai, sungai-sungai utama, tasik dan akhirnya ke laut. Lembangan Sungai Perak merupakan lembangan sungai yang paling besar dengan keluasan 14,908 kilometer iaitu kira kira 70 peratus daripada keluasan negeri Perak.
Oleh itu, negeri Perak harus sentiasa bersedia mengambil tindakan secara proaktif untuk menghadapi kesan perubahan iklim terhadap kehidupan manusia. Kerajaan Persekutuan pun telah mengambil tindakan di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyediakan garis panduan perancangan bandar rendah karbon dan berdaya tahan perubahan iklim pada tahun yang lepas. 15 strategi telah disediakan termasuk perancangan guna tanah, mobiliti hijau bandar, infrastruktur dan cekap tenaga serta pengekalan fungsi kawasan hijau. Kesemua ini merupakan strategi-strategi untuk mengelakkan bencana daripada berlaku. Simpang Pulai telah berulang kali menegaskan kepentingan infrastruktur dan kemudahan asas untuk pembangunan ekonomi negeri Perak dalam sidang Dewan yang lepas. Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat juga ada pengalaman yang sama seperti Simpang Pulai. Lebih daripada 7 peratus aduan yang kami terima adalah isu infrastruktur dan kemudahan asas yang tidak memuaskan seperti jalan yang tidak rata, longkang yang tersumbat, lampu jalan yang tidak bernyala dan sebagainya. Masalah-masalah tersebut sudah lama wujud dan semakin membimbangkan apabila bencana menjadi akibat, bencana terjadi akibat cuaca ekstrem. Kesan ini dijangka akan bertambah buruk dengan fenomena perubahan iklim.
Jadi di peringkat negeri Perak, perancangan bandar harus dibincang dan dikaji semula menurut strategi-strategi dan ambil kira faktor-faktor tersendiri di negeri Perak. Kita memerlukan infrastruktur yang lebih bertahan terhadap cuaca ekstrem termasuk sistem perparitan, saliran dan kolam tadahan yang mencukupi untuk menampung kapasiti air hujan masa sekarang supaya perancangan bandar negeri Perak akan menuju ke arah berdaya tahan perubahan iklim.
Yang Berhormat Simpang Pulai, mohon mencelah.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya amat tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai tadi di mana saya melihat perancangan bandar ini memang sesuatu yang amat mustahak pada masa ini khususnya kepada pembangunan negeri Perak dan seperti yang saya nampak sebenarnya di baru-baru ini banyak kawasan pembangunan perumahan yang baru ataupun kawasan pembangunan kedai-kedai ataupun lot komersial yang baru merupakan pembangunan tersebut di bawah paras yang sedia ada. Yang menjadikan pembangunan projek tersebut menjadi mungkin, mungkin menjadi satu punca takungan air berlaku di kawasan sana. Jadi, saya berharap Yang Berhormat adakah Yang Berhormat berkongsi pengalaman yang sama ataupun ada isu yang sama dalam kawasan Yang Berhormat. Sekiranya ada, saya ingin mencadangkan bahawa apa yang disampaikan dalam pencelahan saya ini dimasukkan dalam sebahagian daripada perbahasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih YB Tronoh. Saya rasa ini adalah sebab kita akan ada satu persidangan khas untuk perbincangan sebab saya rasa semua kawasan ada isu tersendiri. Jadilah satu platform yang diperlukan supaya kita dapat membawa isu-isu masing-masing ke dalam perbincangan dan penyelesaian masing-masing. Mohon saya teruskan perbahasan saya. Perkara kedua, data yang tepat diperlukan dalam perancangan yang menyeluruh. Bukan sahaja kita kena ada strategi dalam perbincangan perancangan bandar, kita juga perlu data-data dan maklumat yang tepat, terkini dan selalu dapat dikemaskini. Perancangan bandar biasanya melibatkan paling banyak jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan berbanding dengan perancangan yang lain.
Sebab kita kena buat perancangan bandar untuk menyediakan dan memastikan penduduk-penduduk menikmati pembangunan selesa serta memenuhi kualiti hidup masyarakat quality of life dengan izin. Jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat termasuklah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan sebagainya. Jabatan-jabatan tersebut merupakan pihak yang paling memahami dengan pelan undang-undang, garis panduan dan prosedur dari pelbagai peringkat dalam bidang masing-masing. Mereka juga memainkan peranan penting dalam memastikan pindaan undang-undang dan garis panduan dalam lingkungan bidang kuasa mereka supaya kekal relevan dengan keadaan semasa.
Contohnya, Garis Panduan Kawasan Kolam Takungan Tahun 1997 dan Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) tahun 2012 masih terpakai untuk mengurangkan air larian permukaan dan menampung curahan hujan. Kadar wang sumbangan saliran Perak juga ditentukan pada tahun 2011. Jadi garis-garis panduan sebegini ada keperluan untuk dikaji semula supaya mengikut keadaan semasa dan keperluan pembangunan yang berbeza. Itu juga adalah sebab sebuah pelan induk bersepadu yang menyeluruh dan praktikal sebagai asas pembangunan dan perancangan bandar adalah sangat penting. Pertama, pelan induk ini memerlukan data dan maklumat yang tepat dan dapat mencerminkan keadaan semasa dengan benar. Kedua, pengumpulan data secara holistik harus dijalankan dan melibatkan pihak berkuasa tempatan, pakar-pakar serta komuniti tempatan supaya semua aspek dapat dipertimbangkan.
Ketiga, mempunyai model simulasi dan langkah mitigasi yang berkesan supaya dapat meramalkan aliran air dan potensi banjir berdasarkan pelbagai senario hujan dan mengurangkan impak bencana. Keempat, penilaian dan kajian perlu dijalankan secara berterusan ke atas keberkesanan langkah-langkah yang diambil sedang menyesuaikan pelan mengikut perubahan keadaan semasa dengan maklumat baru. Namun, dalam proses mencari penyelesaian isu banjir kilat baru-baru ini, Simpang Pulai mendapati bahawa masih tiada pelan induk pengurusan saliran yang mempunyai data dan informasi terkini dan menyeluruh untuk kegunaan jabatan dan agensi kerajaan. Kita juga tiada pemetaan utiliti di seluruh Perak dan juga di Bandaraya Ipoh. Maklumat atau kaedah penyelesaian masalah banjir daripada jabatan yang berlainan kadangkala adalah berbeza dan dari sudut pandangan bidang masing-masing. Pada masa yang sama, penduduk juga memberi pandangan masing-masing berdasarkan pemerhatian mereka sendiri. Jadi kita memang kekurangan data, kekurangan maklumat. Tiada platform untuk berbincang untuk mencari penyelesaian yang terbaik bersama.
Oleh itu, wakil-wakil rakyat seringkali terpaksa menjadi pihak yang membuat keputusan kerana kami yang berdepan dengan rakyat dan membuat kerja-kerja penyelarasan dalam proses mencari penyelesaian masalah-masalah. Akan tetapi kebanyakan wakil-wakil rakyat bukan pakar dalam perancangan bandar. Kami tidak dapat membuat pilihan yang tepat dan penilaian yang paling efektif dan berkesan dengan maklumat yang terhad dan tidak lengkap. Selain daripada itu, negeri Perak juga mempunyai ciri-ciri geologi yang unik dimana Perak mempunyai sumber batu kapur yang terbesar di Semenanjung iaitu sebanyak 35 peratus simpanan di dalam negeri Perak dan kedua besar di Malaysia iaitu 22 peratus. Kajian juga menunjukkan terdapat 57 bukit batu kapur di negeri Perak di mana 37 iaitu sebanyak 65 peratus daripadanya terletak di Lembah Kinta, terutamanya di Keramat Pulai dan Simpang Pulai. Landasan kuning beralun di bahagian , bahagian bawah logo MB ini juga menggambarkan batu kapur yang banyak terdapat di kawasan Ipoh. Ini menunjukkan sifat dan ciri-ciri batu kapur perlu diambil kira dan menjadi fokus utama dalam perancangan bandar juga. Negeri Perak juga sering kali berlaku kejadian tanah runtuh, kejadian tanah mendap dan juga pernah pernah berlaku kelewatan projek atas sebab kekurangan analisis atau kajian terhadap sifat dan ciri-ciri batu kapur di tapak binaan.
Contohnya, projek loji rawatan kumbahan serantau atau rangkaian paip pembetungan di Papan Daerah 3, Perak pakej 3 atau lebih dikenali sebagai Papan 3 terpaksa berhenti kerja untuk membuat kajian tanah sebelum projek diteruskan. Inilah contoh terbaik yang menunjukkan betapa pentingnya data yang tep, data yang tepat dan analisis yang menyeluruh untuk mengurangkan kerugian kewangan dan pembangunan secara lestari di kawasan batu kapur. Saya juga ingin mengambil contoh daripada negeri Australia dengan izin. Garis panduan program Infrastruktur Mitigasi Banjir kebangsaan iaitu Nasional Flat Mitigasi Infrastruktur Program dengan izin telah menegaskan bahawa pihak yang membuat permohonan seperti Kerajaan Negeri atau Persekutuan perlu menghantar laporan audit dalam tempoh masa yang ditentukan. Kerajaan Tempatan yang berminat dengan program tersebut perlu mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri ataupun Kesatuan Persekutuan untuk membuat permohonan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri atau Persekutuan juga wajib berunding atau membuktikan perundingan dengan kerajaan tempatan atau komuniti yang berkaitan mengenai keperluan dan keputusan untuk melaksanakan projek mitigasi banjir.
Selain daripada itu, di laman web Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Australia iaitu The National Emergency Management Agency dengan izin terdapat peta interaktif yang menyeluruh menunjukkan maklumat mengenai kawasan kerajaan tempatan yang terjejas oleh bencana yang merangkumi data umum bencana termasuk ribut taufan, kebakaran hutan dan banjir serta sokongan dan kerja-kerja pemulihan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat dan individu yang ingin mendapatkan bantuan juga boleh mendapatkan perkhidmatan selalu, selanjutnya melalui laman web tersebut. Perbincangan penyelarasan dan perkongsian maklumat semasa yang tepat antara jabatan-jabatan dan agensi amat diperlukan. Ini dapat membantu kerajaan membuat keputusan dengan lebih bijak mengelakkan kerja yang berulang menjimatkan masa dan sumber bertindak balas dengan cepat dan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan semua pihak. Dengan kerjasama semua pihak baru, kita dapat mengemukakan pelan pembangunan induk yang holistik dan memastikan rakyat kita mempunyai kemudahan yang lebih kukuh, berdaya tahan dan cekap dan cukup mantap untuk menghadapi perubahan iklim.
Dato Yang di-Pertua, ketiga, pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan selain daripada pengumpulan data yang tepat dan perancangan pelan induk secara menyeluruh. Pelaksanaan yang mantap dan kerja pemantauan yang berkesan adalah sama penting untuk memastikan pelan induk dijalankan secara berkesan. Untuk makluman semua kadar pertumbuhan penduduk tahunan negeri Perak telah menurun kepada -0.1 peratus pada tahun 2022 berbanding dengan 0.8 peratus pada tahun 2021 tetapi bilangan stok unit kediaman sedia ada di negeri Perak pada tahun 2022 meningkat 1.9 peratus kepada 514,919 unit berbandingkan 505,146 unit pada tahun 2021 dan tenaga buruh juga meningkat sebanyak 1.7 peratus pada tahun 2022 berbanding dengan tahun yang sebelumnya. Ini membuktikan pembangunan ekonomi negeri Perak tidak pernah diperlahankan dan banyak cabaran lagi yang kita dapat akan hadapi pada masa akan datang. Dengan perkembangan industri perumahan yang pesat dan bilangan penduduk yang akan meningkat pihak kerajaan dan pihak pemaju kena mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas dalam pelaksanaan pelan. Contohnya, firma perunding yang profesional dan berdaftar. Laporan yang mempunyai data yang berasas dan bertanggungjawab dengan terang-terangan tidak menyalahgunakan garis panduan dengan kaedah analisis yang kurang betul dan memenuhi keperluan pihak tertentu dan sebagainya. Kegagalan pelaksanaan pelan dan mekanisme pemantauan akan memberi kesan negatif kepada penduduk tempatan. Akhirnya wakil-wakil rakyat dipertanggungjawabkan untuk mencari penyelesaian apabila projek lambat atau pun gagal dilaksanakan. Jadi, Simpang Pulai berharap dapat mewujudkan satu sistem untuk membanteras salah laku profesional supaya kita dapat membuat perancangan bandar secara berkesan dan lestari.
Dato Yang di-Pertua, cara keempat penyelesaian masalah yang kreatif dengan teknologi baru. Dalam usaha mencari penambahbaikan atau penyelesaian kita selalu diingatkan bahawa peruntukan adalah terhad, jadi kita tidak dapat menyelesaikan masalah kalau peruntukan tidak mencukupi. Akan tetapi dalam zaman moden atau zaman (AI) artificial intelligence dengan izin pelbagai teknologi baru dapat telah dibangunkan. Teknologi baru ini boleh diguna pakai untuk membuat ramalan kejadian bencana berdasarkan data yang lengkap mengikuti keadaan semasa dan mencadangkan cara penyelesaian lebih kreatif dengan kos yang lebih rendah dan mampu ditanggung oleh pihak kerajaan. Contohnya, penggunaan penggunaan teknologi sensor peranti pintar, Internet kebendaan (IoT), Kepintaran buatan AI Data Raya Big Data dengan izin dan pengkomputeran Prestasi tinggi (HPC) mampu memantau dan meramal banjir dengan lebih efektif. Teknologi seperti Sistem Maklumat Analisis banjir dapat memantau cuaca dan banjir pada masa sebenar sekali gus meramal banjir lebih awal dengan menggabungkan keupayaan AI dan IoT.
Teknologi yang sama konsep juga telah boleh diguna pakai di kawasan bukit batu kapur atas pengesanan batu jatuh atau pergerakan struktur bukit supaya mendapat amalan lebih awal sebelum kejadian. Saya percaya kami juga dapat membina bandar hijau yang mampu mengatasi perubahan iklim dengan menggabungkan konsep bandar pintar serta bandar rendah karbon dengan kerjasama yang padu di kalangan jabatan-jabatan. Konsep Bandar Hijau telah menjadi popular di banyak negara sejak, sejak adab ke 12 dan dikenali dengan pelbagai nama termasuk infrastruktur hijau, pembangunan impact rendah, rekabentuk bandar, sensitif, air dan sebagainya. Contohnya, negeri China telah menggunakan perancangan bandar yang moden iaitu bandar span, Sponge City dengan izin untuk menguruskan isu banjir di bandar-bandarnya. Konsep rekabentuk utamanya bukan bergantung semata mata pada sistem saliran tetapi menggalakkan pengaliran air yang perlahan dan pelepasan air dengan beransur.
Dengan infrastruktur yang mesra alam, konsep ini bukan sahaja mengelakkan banjir tetapi mengumpulkan air hujan dengan berkesan untuk memastikan sumber air tidak terjejas. Manakala kaedah penyelesaian yang lebih kreatif tetapi praktikal dapat diperolehi melalui perbincangan dengan pakar-pakar daripada sektor berlainan. Maka mengamalkan sikap terbuka dalam kerjasama dengan kepakaran dari kerajaan ataupun swasta dalam negara ataupun luar negara amat digalakkan. Ini dapat membantu mengatasi isu-isu dan tekanan yang dibawa oleh perubahan iklim dan cuaca ekstrim pada bila bila masa. Simpang Pulai ingin memberi satu contoh lagi.
Untuk isu perancangan bandar, seringkali kita akan menerima permohonan pemasangan lampu isyarat ataupun bina bonggol untuk mengatasi masalah keselamatan-keselamatan lalu lintas. Akan tetapi ini mungkin bukan cara penyelesaian yang terbaik, malah akan jadi punca kesesakan lalu lintas. Ini terbukti dengan projek naik taraf Jalan Tambun yang telah disiapkan pada tahun lepas. Pihak perunding iaitu pihak perunding Trafik Bakti Sdn Bhd telah bercadang untuk mengeluarkan 8 lampu isyarat dan diganti dengan 3 pusingan kemudahan pusingan U, free for u-turn dengan izin telah berjaya mengurangkan masa perjalanan daripada 20 hingga 25 minit pada waktu puncak ke 6 minit sahaja. Kajian mereka berdasarkan dengan pengumpulan data trafik yang tepat dan membuat simulasi aliran trafik dengan teknologi supaya konsep dapat dilaksanakan secara praktikal. Sekarang kita juga tahu projek tersebut telah berjaya menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas di Tambun dan harap projek ini dapat menjadi teladan yang baik dalam kerja-kerja perancangan bandar di negeri Perak dan juga di seluruh Malaysia.
Selain daripada isu-isu yang saya sebut tadi, kita jangan lupa negeri Perak telah mencatat sebanyak 14.6 peratus kependudukan warga yang berumur 60 tahun ke atas pada tahun lepas. Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan pada awal bulan Jun tahun ini bahawa kerajaan akan memberi tumpuan kepada Ekonomi Perak iaitu Silver Economy dengan izin untuk menghadapi populasi warga tua yang semakin meningkat. Untuk memenuhi keperluan populasi yang semakin tua, pelaburan dalam membina infrastruktur yang diperlukan serta mencetuskan inovasi dalam bidang teknologi harus dipertingkatkan. Lain kata, jika perubahan iklim tidak dibincang bermula sekarang dalam proses perancangan bandar, negeri Perak masih akan menghadapi cabaran penuaan yang akan datang. Age Friendly City atau bandar mesra usia juga akan diambil kira dalam perancangan bandar di negeri kita dan supaya kualiti hidup semua warga dalam negeri Perak jamin.
Akhir kata Simpang Pulai ingin mohon sokong daripada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya semua pihak dapat berganding bahu dan bekerjasama memberi sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat di negeri Perak. Hala tuju persidangan khas adalah menubuhkan satu jawatankuasa bersepadu dalam persidangan tersebut supaya pandangan daripada semua peringkat dan semua pihak dapat dirangkumi dalam perbincangan bersama dan kita juga dapat mengenalpasti isu-isu dalam perancangan bandar semasa memahami corak perubahan dan puncanya dan mencari cara penyelesaian yang berkesan untuk tindakan bersama. Dengan ini, Timbalan Yang di-Pertua, Simpang Pulai mohon mencadangkan usul ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai. Ada sokongan?
Pasir Pinji menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji. Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai yang telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 30 minit setiap seorang manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 15 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Yang di-Pertua Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan juga rakan-rakan yang menyokong persidangan ini secara langsung. Terima kasih kepada kerana mengizinkan Pasir Pinji untuk membahas usul mengenai cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat di negeri Perak. Timbalan Yang di-Pertua, perubahan iklim ditakrifkan sebagai perubahan iklim yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti manusia yang mengubah komposisi atmosfera global dan merupakan tambahan terhadap kepelbagaian iklim semulajadi untuk tempoh masa yang dapat dibandingkan. Perubahan iklim ini menjadikan cuaca semakin sukar untuk diramal dan semakin ekstrem.
Malah, kita sendiri pun dapat merasai cuaca yang kadangkala amat panas dan juga ada cuaca yang hujan lebat sehingga berjam-jam lamanya. Cuaca ekstrem cuaca yang sukar diramal dan taburan hujan yang meningkat secara mendadak ini amat membimbangkan kita semua. Perubahan iklim ini membawa impak yang amat serius. Ia bukan sahaja menyebabkan kejadian banjir kilat di seluruh Perak, ia juga menyebabkan banjir kilat semakin kerap berlaku. Saya juga percaya kebanyakan kawasan YB-YB mempunyai kawasan tumpuan banjir kilat yang tidak dapat diselesaikan walaupun sudah banyak kerja-kerja pembersihan dan menaiktaraf dilakukan. Banyak mana kita buat pun banjir kilat tetap berlaku juga. Contohnya di Pasir Pinji, beberapa kawasan penduduk seperti Taman Beauty, Taman Kampar, Taman Taiping, Taman Mandarin dan beberapa lokasi di Kampung Baru Pasir Pinji merupakan kawasan hitam yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat sekiranya hujan lebat melebihi 1 jam atau 40 minit 45 minit sahaja. Ada di antaranya mereka pula tidak mengalami banjir yang serius. Tetapi masa untuk paras air meningkat sekarang sudah menjadi semakin padat dan kalau kita tidak mengambil langkah pencegahan sekarang tidak lama lagi saya pasti rumah mereka akan terima malapetaka.
Saya percaya banyak lagi kawasan di negeri Perak mempunyai masalah yang lebih kurang sama. Kawasan di Pasir Pinji ini bukannya mengalami banjir pada tiap-tiap kali hujan tetapi kerana taburan air tinggi yang melangkaui kapasiti longkang, kolam tadahan atau mana-mana saliran lah yang menyebabkan banjir kilat berlaku. Ini menunjukkan betapa dahsyatnya kesan perubahan iklim terhadap penduduk dan pihak kerajaan. Air hujan pada 6 Jun dan 16 Jun yang lepas mencatatkan taburan air hujan sebanyak 3 kali ganda lebih banyak berbanding dengan hujan yang biasa. Jumlah taburan hujan macam inilah tidak kira berlaku di mana-mana tempat pun pasti akan menyebabkan banjir kilat, apatah lagi kawasan Ipoh yang sedang pesat membangun dan tidak mempunyai tanah yang mencukupi untuk menyerap air hujan dan yang paling membimbangkan saya, sejak kebelakangan ini Ipoh sering dilanda ribut dan sudah lah banyak kali banyak tempat yang mengalami banjir kilat sampai ada yang cecah lutut. Apa yang lagi menakutkan adalah taburan hujan yang meningkat 2 hingga 3 kali ganda ini menyebabkan kawasan yang tidak mengalami banjir tiba-tiba pun sudah banjir.
Sebagai contoh, hujan lebat pada 6 Jun lepas selama 2 jam menyebabkan Pekan Razaki dan juga Pengkalan Timah ditimpa banjir kilat. Kedua-dua tempat ini tidak pernah sekali banjir berlaku tetapi kali ini dia berlaku sebab air hujan memang terlalu melampau tinggi. Ada di antara penduduk berasa panik dan tidak tahu apa yang mereka perlu buat sebab dia ada kali pertama mereka berdepan dengan banjir kilat. Jadi keadaan saliran longkang, sungai, kolam tadahan dan sebagainya perlulah diselaraskan penyelenggaraannya untuk mengatasi masalah perubahan iklim ini. Perubahan iklim mendatangkan cuaca yang ekstrem dan taburan air yang melampau tinggi. Sekiranya tidak diendahkan, kesannya kawasan Ipoh dan sekitar akan kerap mengalami banjir. Yang menanggung rugi rakyat dan kerajaan pula terpaksa menanggung kos kerugian membaiki semula infrastruktur. Prudention battle than pure dengan izin. Makanya, kita perlu merancang dengan proaktif dan jauh ke depan. Kita perlu merancang untuk masa depan bersiap-sedia menghadapi perubahan iklim. Meminimumkan kesan-kesannya supaya ekonomi dan keselamatan rakyat tidak terjejas. Bencana yang berlaku cuma akan membebankan rakyat dan negeri Perak yang tidak dapat dimajukan sekiranya sering berlaku banjir kilat.
Terima kasih Pasir Pinji, terima kasih Timbalan Speaker. Bila Pasir Pinji menyebut tentang pencegahan ya, pencegahan kepada banjir kilat itu saya agak tersentuh kerana di kawasan Dun saya telah berlaku satu yang saya sebut tangan-tangan jahat manusia. Niat baik. Di kawasan saya, kawasan landasan berkembar dimajukan oleh pihak Gamuda dan diserah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu. Seronok sungguh tengok keretapi laju lintas. Tidak pernah berlaku banjir kilat. Tapi sekarang apa yang berlaku. Gamuda lepas tangan, KTM lepas tangan, rakyat jadi mangsa. Di kawasan Matang Jelutong dan kawasan Kampung Tersusun Sungai Rawa. Setiap kali hujan lebat, banjir kilat. Saya dah tengok dah lorong belakang tu. Parit itu tidak diselenggara sama sekali. Jadi jadi saya rasa pencegahan itu penting bila kita nak bangunkan sesuatu bagus, pengangkutan efisien, keretapi laju lintas. Tapi yang jadi mangsa rakyat yang duduk tepi landasan itu. Jadi bersetuju tak Pasir Pinji kita perlu perketatkan lagi sebarang pembangunan yang akan dirancangkan. Terima kasih.
Ya terima kasih Alor Pongsu. Jadi saya memang amatlah bersetuju dengan kata-kata Alor Pongsu dan saya rasa perancangan dan pencegahan memang penting untuk membasmi banjir supaya rakyat kita tidak susah. Saya teruskan. Bencana yang berlaku cuma akan membebankan rakyat dan negeri Perak yang tidak dapat dimajukan sekiranya sering berlaku banjir kilat. Tepuk dada tanya selera. Siapa yang nak datang ke Perak untuk buka kilang untuk melabur. Kalau tiap-tiap kali masa kena berdepan dengan risiko banjir kilat. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai kerugian akibat banjir pada tahun 2021 mencecah RM6.1 bilion dan 2023 pula berjumlah RM755.4 juta. Kerugian ini menyebabkan kerajaan dan rakyat perlu menanggung kerugian berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih kerosakan yang diakibatkan oleh banjir.
Untuk negeri Perak, saya boleh jangkakan sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan, Kerajaan Negeri dan rakyat akan menghadapi banjir kilat yang semakin kerap berlaku dan ini bukan sahaja membazirkan sumber kerajaan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih infrastruktur tetapi kerajaan tapi rakyat juga terpaksa menanggung kerugian harta benda akibat banjir kilat. Hal ini memberi impak yang besar dan menjejaskan mutu kehidupan rakyat negeri Perak. Bayangkanlah beberapa rumah yang sering dilanda banjir. Bagaimanakah rakyat golongan B40 mampu menanggung kos membaik pulih rumah atau menggantikan perabot serta kenderaan rosak setiap kali banjir kilat berlaku?
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang sentiasa berusaha untuk membanteras banjir kilat termasuk kerja-kerja pembersihan longkang, pembinaan kolam tadahan, mendalamkan sungai-sungai dan sebagainya serta bersedia untuk membantu sekiranya banjir kilat berlaku. Untuk sebagai contoh, MBI selalu menghantar orang untuk mencuci longkang, tanah dan saliran yang teruk tersumbat. Kolam-kolam tadahan dalam kawasan Kinta termasuk kolam tadahan di Taman Mandarin pun dapat dinaiktarafkan untuk melambatkan saliran air untuk mencegah banjir kilat tetapi dengan sistem yang ada sekarang di mana agensi-agensi membuat kerja secara sendiri-sendiri. Di mana tiada komunikasi dan perancangan yang melibatkan semua agensi. Rasanya kerja yang dilakukan akan bertindih-tindih dan kesan positif yang diwujudkan tidak mencapai sasaran.
Sebagai contoh, pembersihan longkang dilakukan oleh PBT tetapi penyelenggaraan sungai pula dilakukan pada masa yang berlainan. Jadi banjir kilat tetap berlaku kerana walaupun saliran longkang dibersihkan dan air mengalir lancar, tapi sungai yang tidak diselenggara akan menyebabkan air ditolak balik dan menyebabkan back flow dan menyebabkan kawasan berhampiran berlaku banjir kilat dan perkara yang sama juga terjadi sekiranya air sungai diselenggara tetapi longkang tidak dibersihkan. Maka tempat lain pula akan menjadi kawasan hitam untuk banjir kilat. Maka pandangan saya dengan perubahan iklim yang berlaku, semua agensi perlu sama-sama berbincang dan selaraskan kaedah yang dan masa untuk kerja-kerja yang berkaitan. Kita cuma nak kurangkan kos dan mengelakkan kerja yang bertindih supaya dapat mengatasi masalah banjir kilat dengan efektif. Banjir kilat yang berlaku di tempat yang berlainan perlu ditangani dengan kaedah berlainan. Jadi, kita perlukan agensi-agensi ini duduk bersama untuk meneliti punca dan cara penyelesaian. Sekiranya tiada komunikasi wujud antara agensi, kerja-kerja membanteras banjir mungkin tidak mendatangkan kesan untuk jangka masa panjang. Kerja sia-sia sahaja.
Jadi pembangunan yang pesat, Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan yang pesat juga menyumbang kepada risiko banjir kilat. Sekiranya perancangan tidak dilakukan dengan baik. Sebagai contoh, Taman Beauty yang dirancang dan dibina di tepi monsun drain pada ketika dahulu. Sekarang kena berdepan dengan limpahan air setiap kali hujan lebat. Jadi, tambahan terhadap faktor perubahan iklim. Air yang melimpah ke taman semakin tinggi dan penduduk berasa takut setiap kali hujan lebat. Sekiranya tiada tindakan dilakukan, maka tiada lama lagi para penduduk di situ akan menghadapi banjir kilat yang lebih serius. Oleh itu, perancangan amat penting dengan penambahan bilangan penduduk dan keperluan untuk membina perumahan baru. Kerja-kerja perancangan perlu dilakukan dengan lebih baik, lebih teliti supaya tidak menyebabkan wujudnya kawasan banjir kilat baru atau menyebabkan penduduk terpaksa tinggal dengan perasaan ketakutan setiap kali hujan. Timbalan Yang di-Pertua, sebenarnya negeri Perak merupakan salah satu negeri yang paling awal mewartakan kegunaan penggunaan sistem penuaian air hujan atau digantikan dengan (SPAH) atau lebih dikenali sebagai Rainwater Collections and Utilisation System dengan izin. Utilisation System. Negeri Perak telah mewartakan pengunaan SPAH melalui pindaan Undang-Undang Kecil 2, 10 dan 115 di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 pada Februari 2012.
Jadi, saya mencadangkan supaya kita mengkaji semula SPAH ini sama ada dapat diluaskan lagi penggunaan untuk melibatkan kesemua kediaman baru yang dibina untuk mengurangkan risiko banjir kilat. SPAH merupakan salah satu cara untuk mengatasi perubahan iklim, tetapi ia memerlukan kerjasama dan penyertaan agensi untuk mempromosi pemasangan SPAH. Sistem penuaian air hujan ini boleh mengurangkan risiko banjir kilat dan pada masa yang sama boleh mengurang penggunaan bekalan air awam sebanyak 40 peratus buat jangka masa panjang dan kuantiti empangan takungan air akan terpelihara semasa musim kemarau nanti. Untuk mengatasi cuaca ekstrem dan kesan perubahan iklim, kita tidak boleh bergantung kepada agensi kerajaan semata-mata. Sikap rakyat pun sama naik penting. Mana-mana pun ada golongan yang tidak bertanggungjawab. Pentingkan diri sendiri. Membuang sampah ke saliran. Pelaksanaan Penguasaaan adalah amat penting supaya mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat mendapat hukuman yang setimpal. Awal tahun ini, MBI telah membersihkan satu longkang tanah kira-kira empat. Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Pinji. Tadi YB ada sebut tentang golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Jadi tidak setakat kepada mereka yang membuang sampah-sarap merata tempat termasuk juga kepada golongan yang gemar untuk membakar sampah. Jadi pembakar sampah ini mereka ini bukan individu yang gemar kotor. Mereka amat suka kebersihan. Cuma kadang kala saya nampak mereka ada menyapu sampah kebun, daun, dahan atau pun kertas di luar depan rumah pun dalam taman dia lepas tu nya membakar sewenang-wenang hampir tiap hari di rumah kediaman ke atau pun kebun dan termasuk juga kepada pengusaha barang lusuh di mana mereka menggunakan itu dawai-dawai yang telah diterima untuk mengeluarkan logam atau pun dawai kuprum daripada getah, mereka membakar sewenang-wenangnya dan termasuk juga kepada kusyen kereta. Setelah kerusi ini diambil keluar untuk menyenangkan kerja, mereka terus bakar agar kusyen atau pun foam itu dibakar dan mendapat logam.
Jadi adakah apakah pandangan YB tentang golongan ini? Adakah kita perlukan kerjasama di antara penguatkuasa dan orang ramai? Sebab kita ini dalam masa kini banyak orang memiliki CCTV atau pun perakam dalam kereta, atau pun kita mempunyai handset yang berkemampuan tinggi iaitu high definition untuk menangkap video atau pun gambar mereka agar mereka bawa mereka untuk mendapat atau pun denda ke atau macam mana tindakan atau pun teguran dan amaran agar golongan ini tidak terus sebagai satu pembawa. Kalau kita ikut teladan yang lama, memang dalam buku pendidikan moral ada kata cara untuk untuk menyelesaikan sampah membakar tetapi sekarang kita kita sudah ada masalah climate change. Kita kena ubah cara kita. Apakah pandangan pihak YB? Terima kasih.
Ya, terima kasih kepada YB Bercham. Saya memang amat setuju dengan apa yang dikatakan. Memang penguatkuasa untuk mereka membakar secara haram terbuka dan juga mereka yang tidak menjaga environment dengan izin. Saya rasa kita perlu bekerjasama dengan antara kerajaan dan rakyat untuk mengambil bukti-bukti untuk menghukum mereka dan ini amatlah penting sebab apa yang mereka buat memang merosakkan alam sekitar dan memang menyumbang kepada apa kepada perubahan iklim yang lagi ketara. Saya rasa ini memang salah satu yang kita boleh bincangkanlah sekiranya kalau kita ada persidangan khas ini diwujudkan saya rasa topik-topik ini pun boleh dimasukkan juga untuk dibincangkan sekali. Ok saya teruskan. Jadi untuk awal tahun ini memang MBI telah membersihkan satu longkang lama kira-kira 400 meter yang dipenuhi sampah yang dipercayai menyebabkan banjir kilat di sekitar kawasan Jalan Bendahara. Jadi kalaulah rakyat ini tidak membuang sampah ke dalam parit-parit, tidaklah PBT nak bazirkan tenaga untuk membersihkannya dan tiadalah juga penduduk yang tinggal berdekatan menjadi mangsa banjir kilat.
Pasir Pinji. Saya nak celah sikit lagi. Saya nak kongsi pengalaman sebenar ya bila menyebut tentang banjir kilat ini. Tadi saya sebut tentang landasan keretapi berkembar. Apa yang berlaku kalbot asal iaitu lorong air tu sebesar 10 kaki. Bila pihak Gamuda atau KTM datang buat landasan, akhirnya kami dapat kalbot berukuran 3 kaki. Jadi air tu nak pergi ke mana? Jadi air tu datang ke rumah penduduk-penduduk kampung. Satu lagi, ni saya nak tegur straight je. Kalau ada bahagian pengangkutan atau KTM di sini. Bila KTM buat pagar untuk landasan elektrik berkembar, dia buat pagar. Parit di dalam kawasan pagar dia. Rumah rakyat tepi pagar, parit tidak diselenggarakan sama sekali. Di Kampung Tersusun Sungai Rawa, tak pernah cuci parit itu oleh pihak KTM. Jadi kesannya apa? Limpahan air itu pergi ke rumah rakyat. Ini yang saya sebut tentang perancangan tadi. jadi begitu juga dengan JPS. Saya bincang dengan Adun Pengkalan Baru tadi. Pengkalan Baru pun kena hujan lebat jugak. Tapi dia tak banjir. Kenapa di Dun Alor Pongsu banjir? Sebab perbincangan itu. Pihak JPS atau IADA kena tengok, parit tu perlu dicuci atau pun dikorek. Kadang-kadang bagus dicuci supaya aliran air nya elok. Tapi ada kadang-kadang perlu juga dikorek untuk mengelakkan banjir kilat. Di Kampung Parit Haji Napis Dun Alor Pongsu baru-baru ini, tindakan yang baik korek dalam-dalam. Dah pulak sawah tak ada air pulak. Bila dah korek dalam Pengkalan Baru, Pasir Pinji, paras air turun ke bawah. Petani pulak tiada air. Jadi tapi dari segi profesionalnya saya tahu, JPS dengan IADA buat kerja yang terbaik, mereka lebih tahu. Saya cuma nak sampaikan pandangan saya, jangan lepas tangan terutamanya pihak Gamuda dan Keretapi Tanah Melayu. Rakyat Alor Pongsu dah jadi mangsa anda. Terima kasih.
Ok terima kasih Alor Pongsu. Saya rasa untuk…
Terima kasih Pasir Pinji. Saya nak bertanya dengan Pasir Pinji setuju atau pun tidak dalam kita menangani isu-isu banjir kilat dan macam di Bagan Datuk di Dun Rungkup kawasan saya ini dipanggil banjir termenung, adalah penting untuk kita memperkasakan jabatan dan juga agensi supaya mereka boleh menangani dan membuat pencegahan sebagaimana yang dikatakan oleh Pasir Pinji tadi. Saya cuma ingin membangkitkan betapa kami di daerah Bagan Datuk yang telah 7 tahun menjadi sebuah daerah tetapi, Jabatan Pengairan dan Saliran kami masih lagi berkongsi dengan daerah Hilir Perak. Jadi bagaimana mereka nak menangani permasalahan seumpama ini sekiranya mereka tidak diperkasakan, masih lagi berkongsi dan perlu menumpukan kepada dua (2) daerah iaitu daerah Hilir Perak dan juga daerah Bagan Datuk? Jadi adakah Pasir Pinji bersetuju bahawa jabatan kita perlu diperkasakan untuk menangani permasalahan-permasalahan yang kita bincangkan ini? Terima kasih Pasir Pinji.
Ok terima kasih. Saya amat setuju dengan YB Rungkup dan saya rasa pemerkasaan jabatan memang diperlukan dan perkembangan-perkembangan untuk projek-projek tidak dapat dielakkan tetapi saya rasa dengan persidangan khas ini kalau diadakan, saya rasa seperti apa yang Alor Pongsu katakan, saya rasa bukannya kita tak boleh ada perkembangan atau ada projek-projek, tetapi sebelum buat projek, at least kita ada satu apa perbincangan bersama agensi-agensi. Kita cari jalan penyelesaian yang paling bagus dan bukannya buat sendiri. Saya rasa apa yang kita nak lah untuk persidangan khas yang diwujudkan. Timbalan Yang di-Pertua, satu persidangan khas seperti yang saya katakan tadi perlu diadakan untuk merangkumi semua agensi yang terlibat dalam pencegahan banjir dan agensi yang berkait rapat dengan alam sekitar. Tujuan persidangan ini adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan perubahan iklim dan cuaca ekstrem. Melalui persidangan ini, semua agensi akan bersama mengusahakan rancangan bersama sebagai satu pasukan, selaraskan matlamat semua pihak supaya kerja yang dilakukan akan lebih berkesan dan bukannya menumpu pada skop kerja tertentu sahaja. Persidangan ini juga harus membincangkan kesan-kesan lain yang mungkin akan berlaku akibat cuaca ekstrem dan perubahan iklim yang menjejaskan kepentingan dan keselamatan rakyat negeri Perak.
Pasir Pinji, Buntong ingin mencelah. Terima kasih Pasir Pinji. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Buntong ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua agensi-agensi kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan yang sentiasa bersedia, komited membantu dari segi menyelesaikan atau membantu rakyat apabila banjir berlaku. Buntong masih ingat masih segar di dalam minda dan ingatan Buntong apabila banjir, semua pegawai yang terlibat daripada semua agensi turun untuk membantu rakyat tak kira masa dan waktu dan itu satu penghargaan yang
Buntong ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini. Pasir Pinji, Buntong ingin menanyakan bahawa kerja-kerja pembersihan berkala menjadi lebih penting. Contohnya pembersihan longkang-longkang di keseluruhan kawasan. Tak kiralah mana-mana kawasan yang boleh membantu proses-proses atau pun kerja-kerja mitigasi paras air banjir kilat. Oleh yang demikian, adakah Yang Berhormat Pasir Pinji setuju bahawa skop kerja pihak-pihak konsesi telah diteliti semula dengan serius di mana tugas-tugas ini haruslah dijadikan priority dalam mana-mana terma-terma kontrak? Keadaan sekarang di mana kerja-kerja berkala ini tidak dilakukan dengan sempurna. Terdapat banyak aduan yang diterima. Saya percaya bukan sahaja di Buntong tetapi di kawasan-kawasan lain dan terdapat longkang-longkang sedia ada sekarang yang tidak termasuk di dalam skop kerja perjanjian terma-terma pihak konsesi. Oleh itu, adakah YB setuju bahawa skop kerja ini perlu disempurnakan dan ditambah baik di dalam atau melalui terma-terma perjanjian dengan semua pihak konsesi berkenaan terutama Puncak Emas? Adakah Yang Berhormat Pasir Pinji setuju? Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Buntong. Saya rasa saya amat-amat setuju dengan apa ucapan daripada YB Buntong sebab untuk longkang, takkanlah kalau sekadar selenggara depan tapi kalau tak buat belakang atau longkang tanah tak dibersihkan, kalau longkang tanah dibersihkan, kita bersih, longkang biasa pun banjir kilat tetap akan berlaku. Jadi saya memang sokonglah dengan apa yang dikatakan oleh YB Buntong. Jadi, saya juga Timbalan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat penglibatan pihak swasta dan rakyat untuk persidangan ini amat diperlukan juga kerana masalah perubahan iklim memerlukan kerjasama semua pihak. Pembuangan sampah secara haram terutamanya ke saliran atau sebarang tindakan yang tidak bertanggungjawab. Inilah yang akan menghalang usaha-usaha untuk mengatasi masalah perubahan iklim. Persidangan ini merupakan langkah pertama untuk menyelesaikan masalah banjir kilat. Kita perlukan jawatankuasa seterusnya lah kita perlukan jawatankuasa untuk membincangkan urusan berkaitan dengan perubahan iklim dan juga memantau impak-impak tersebut supaya keselamatan dan harta penduduk terjamin. Selepas persidangan ini kelak, semua agensi dapat gambaran yang lebih jelas berkenaan apa yang kita akan hadapi dan semua agensi yang boleh membuat bajet secara terperinci, setimpal dan mencukupi untuk kerja-kerja membanteras banjir atau kenali dengan perubahan iklim. Maka kita boleh menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat dengan lebih berkesan. Jadi, dengan ini saya ingin menyeru semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang ada di Dewan ini untuk menyokong usul ini dan saya menyokong usul ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. (BACAAN DOA). Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang dikasihi, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Adun Kota Tampan yang saya yakin dia mendengar perbahasan ini, barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang saya yakin juga walaupun mereka tidak ada di Dewan, tapi mereka mendengar perbahasan ini, Ahli-ahli Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan rakan-rakan daripada pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan, Pegawai-Pegawai Persekutuan dan Negeri yang begitu setia berada dalam Dewan. Penuh nampak pada petang ini dan rakan-rakan pemerhati media, seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini. Alhamdulillah, puji syukur kepada Allah SWT yang bahagia ini dapat kita sama-sama berbincang untuk menjaga kesejahteraan ummah dalam sisa-sisa umur yang diberi oleh Allah SWT. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabi'in dan juga kepada seluruh yang mengikuti Agama Islam yang mempercayai bahawa setiap amalan, setiap perkataan akan dibentang di mahkamah Allah SWT dan akan diadili dengan seadil-adilnya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas usul pada petang yang berbahagia ini.
Jadi, sebelum perbahasan dimulai dengan spesifik ataupun tajuk khusus, ada beberapa perkara yang saya rasa penting untuk saya menggunakan ruang yang diberikan kepada saya ini untuk membangkitkan beberapa perkara demi kepentingan kita bersama. Yang pertama, saya mendapat aduan daripada Adun-Adun khususnya daripada Adun di pihak pembangkang mengenai dengan jawapan soalan bertulis dan juga jawapan kepada soalan lisan yang tidak dijawab. Soalan ini, kita difahamkan bahawa apabila soalan dikemukakan kita memerlukan jawapan itu untuk tujuan perbahasan dan kita difahamkan untuk Dewan-Dewan negeri di Selangor dan juga di Pulau Pinang yang kita rujuk bahawa jawapan bertulis itu mereka terima sebelum persidangan dimulakan. Jadi untuk menjadi rujukan kepada mereka dalam perbahasan. Jadi, saya mohonlah kalau dakwaan ini benar supaya kita mengambil tindakanlah untuk kebaikan kita bersama memperbaiki kualiti perbahasan kita. Itu yang pertama dan yang kedua, semalam floor saya, saya mintak kepada Timbalan Yang di-Pertua untuk soalan tambahan. Saya rasa perkara ini signifikan dan penting dan kenapa saya tertarik dengan isu pelancongan sebab pelancongan ini adalah satu sumber ekonomi kepada negeri dan juga sosio ekonomi kepada penduduk. Saya pernah berkongsi, nak berkongsi kepada dewan ini yang saya pernah bekerja di Pahang. Bukan. Di Ulu Tembeling, Taman Negara. Jauh dekat Ulu di sana. Tapi kita tengok dengan produk pelancongan itu berjaya menarik dan sosio ekonomi di Ulu Tembeling, Orang Asli pun pandai bercakap orang putih dan jadi ini produk pelancongan yang perlu kita kita adakan seperti itu.
Sebab itu yang saya ingin sumbangkan tapi oleh sebab Tuan Speaker tak bagi dan Exco juga tak mahu menjawab soalan saya. Saya harap. Saya tak berharap lah Exco menjawab, yang saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh mendengar dan boleh meletakkan dalam handsard dan kepada kakitangan kerajaan yang ada hubung kait dengan ini, boleh kita ambil tindakan untuk memajukan negeri kita. Saya nak bangkitkan perkara ini pertamanya, yang pertama mengenai dengan satu produk pelancongan yang kita, saya cuba dan kemukakan untuk menjadikan Gunong Semanggol itu sebagai satu destinasi sukan paragliding dan telah dibawa dan telah diluluskan pada masa saya Exco oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dia nak tahu status. Itu saja. Sebab paragliding ini, satu, boleh menjadi satu daya tarikan sebab di Perak tak ada. Yang ada dekat Jugra dan yang paling cantik dekat Ranau, Sabah dan sukan ini menjadi tarikan kepada luar negara. Jepun, Korea dan negara-negara Eropah. Mereka datang terbang kat sini singgah kat Kuala Lumpur, kemudian terbang ke Ranau, sewa hotel dan duduk di sana dan buat penerbangan, sukan penerbangan itu dan di Semanggol, saya telah cuba. Saya bersama dengan Ketua Pemuda telah naik…
Gunong Semanggol.
terbang di situ. Jadi saya nak tahu status dia, itu sahaja. Yang pertama. Saya minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar catit di sini. Saya tak berharap dengan EXCO. Saya tak harap. Tak boleh buat. Kemudian….
Gunong Semanggol.
Sabar…sabar Dak. Duduk.
Gunong Semanggol, ni sekarang ni kita usul mengenai cadangan khas untuk menangani isu cuaca. Tapi kenapa…
(GANGGUAN). Please, when I said you sit down, please sit down.
Sudah sesat ke.
Let me finish it. Timbalan Speaker dan yang kedua kita tahu bahawa Gunong Semanggol tu satu tempat rekreasi. Daripada dulu generasi. Kita naik Gunong Semanggol tu, jadi daripada tarikan orang kerja di Pulau Pinang datang, naik ke atas sebagai satu riadah pagi Ahad, pagi minggu. Penuh.
YB Gunong Semanggol mohon celah. Sini…sini
Pagi Ahad penuh.
Tak nak bagi (GANGGUAN).
No. Please. Dengan izin.
Kalau nak mintak status, boleh tulis surat kot YB.
Tunggula saya nak pergi.
YB PUAN THULSI THIVANI A/P MANOGARAN (BUNTONG)Kalau nak minta status paragliding tu boleh tulis surat.
Saya nak penguatkuasaan permit itu sekarang bila nak bagi orang tak datang disebabkan oleh kerajaan membuatkan satu nak naik gunung itu kena ada permit. Jadi mereka sampai tu nak dapat permit tak ada permit maka sekarang industri pendakian gunung itu telah terhenti. Itu yang saya nak tanya semalam. Bagaimana? Supaya kerajaan mengambil satu tindakan supaya boleh balik mempromosi bagaimana berlakunya apa penaikkan gunung di Maxwell dan sebagainya dan yang ketiganya, saya nak tahulah kan kita nak tahu dalam tempoh…
YB balik kepada usul hari ni.
Perancangan yang ada pada hari ini. Apa produk pelancongan yang telah dikemukakan oleh pelancong yang menjadi wow factor.
(BUNTONG) YB balik kepada tak ada kena mengena dengan banjir dan perubahan iklim, terpesong ni.
(PANTAI REMIS) Sudah lari topik.
Perintah Tetap. Timbalan Yang di-Pertua, Perintah Tetap Peraturan 40. Timbalan Yang di-Pertua seseorang ahli hendaklah menghadkan pandangannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan sebarang perkara yang tidak berkaitan dengannya. Mohon Timbalan Yang di-Pertua.
Pelancongan tak ada kena mengena dengan…
Semua duduk YB. Semua duduk.
Untuk mengemukakan semalam dan seterusnya
Ruling dulu ruling dulu ruling…
Semua duduk dulu. Bagi saya bagi penjelasan sebab Gunong Semanggol, sekarang adalah mengenai cadangan satu kajian dan perancangan bandar sungai di negeri Perak. Sila maklum perbahasan sebagai pembahas.
Saya minta…
jangan sesat. Peraturan 40. Hormatlah Peraturan Tetap.
Ok Gunong Semanggol sila teruskan.
Tolong mengaku kelemahanlah. Tolong mengaku kelemahan. Tadi saya nak mintak ni Tuan Pengerusi nak habiskan produk ini. Kalau betul-betul efisien tolong bagikan satu produk pelancongan yang diperkenalkan wow factor. We are willing to help you to promote our country, our state ok. Sekarang saya ingin masuk mohon ingin masuk…
Ok masuk seterusnya…
Saya ingin masuk kepada usul.
Akhirnya masuk usul… akhirnya masuk usul.
Sikit ja. Bagi Laluan Semanggol nak masuk, bagi laluan Semanggol nak masuk bagi laluan.
perangai pembangkang perangai pembangkang, sengaja membuat hal.
Haha. ok Timbalan Speaker saya ucapkan tahniah kepada…
Bagi laluan Semanggol nak masuk dah.
Simpang Pulai… Simpang Pulai. Terima kasih banyak kerana mengemukakan satu usul yang dianggap- anggap penting. Usulnya berbunyi cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat negeri ini. jelas semua orang baca sepintas lalulah. Saya tengok kepada tajuk yang diberi definisi tajuk orang kata senang kita kata. Sekarang ini seolah-olah Simpang Pulai meminta untuk kita mengadakan satu persidangan khas khusus, spesifik panggil semua ketua mengadakan satu persidangan khas. For what? Untuk apa? Untuk kita membincangkan dan menangani isu fenomena cuaca ekstrem. It is possible satu nak tanya. kan satu fenomena cuaca ekstrem yang melampau, perubahan iklim-iklim yang berlaku. Nak adakan persidangan khas nak membincangkan perubahan cuaca ekstrem. Nak mengadakan persidangan khas nak mengadakan apa ini perubahan iklim nak mengadakan persidangan khas nak mengada apa nak menangani banjir kilat. It is possible. Timbalan Yang di-Pertua, saya rasa sudah pastilah bahawa kalau bila kita sebut fenomena-fenomena ekstrem, perubahan banjir, kilat, pastinya dia tak payah cerita semua orang tahu dia memberi kesan kepada kehidupan. Semua orang tahu banjir kilat. Semua orang tahu memberi kesan. Sebab itu kita kata ada faktor-faktor yang di luar kawalan manusia. Kan ini kita tengok sekarang menangani cuaca ekstrem sebagai contoh baru ni kita mengalami pemanasan global, panas. Ramai yang mati kerana strok haba. Are we going to call semua mari kita bersidang menangani macam mana nak menahan supaya tak panas…
Gunong Semanggol.
Ya. Saya no no masa tak cukup panjang.
Isu ini
Itu duduk dan tidak bagi chance.
Persidangan khas ini bukan sidang undangan negeri persidangan convension.
Saya tak akan bagi, ok nak panggil, nak panggil persidangan khas ini tajuk usul nak menangani ok contoh cuaca ekstrem pemanasan global panas menyebabkan orang mati. Patutnya perkara ini diambil tindakan. Kerajaan yang bertanggungjawab tindakan kita terhadap fenomena ini apabila menghadapi fenomena, apa yang kita nak ambil macam dulu, kita kata panaskan global arahkan kepada Kementerian Pendidikan tidak ada aktiviti luar. Sepatutnya action yang perlu diambil oleh kerajaan.
Tak apalah Gunong Semanggol pergi sembahyanglah, pergi sembahyang.
Sudah buat. Sudah buat YB. Sudah buat.
Begitu jugakdengan kita banjir besar, banjir kilat, banjir besar pernah berlaku banjir besar. Banjir besar macam di Kelantan dulu ok kita panggil persidangan macam mana nak tahan air boleh ka. boleh ka? waste time kita kata macam tu dan satu lagi kita kata pernah berlaku tsunami. Kita perlu berubahlah. Kita perlu ubah. Kita kena sentiasa alert mengambil tindakan apabila tsunami berlaku. Baru keluar proposal macam-macam kena pasang apa alarm nak bagi kesedaran, pasang alarm pun tsunami kita tahu ke bila nak berlaku 100 tahun lagi 200 tahun lagi kah. Ohh oleh sebab tsunami berlaku dulu, kita kena panggil kita buat persidangan khas. Ehh agak pelik juga lah kan saya rasa itu yang pertama sekali nak bagi tahu dan pandangan sayalah oleh sebab usul persendirian yang dibawa oleh Simpang Pulai ini, saya rasa pandangan saya, Timbalan Yang di-Pertua yang dikasihi dan dihormati nampak cantik pagi ni bagi peluang kepada saya bercakap dengan terus..
Semanggol ada celahan sikit. Terima kasih kepada Gunong Semanggol, terima kasih kepada Timbalan Speaker. Berkenaan dengan tindakan yang diutarakan daripada Semanggol tadi berkenaan perubahan iklim. Contoh saya bagi pada dua tahun lepas, banjir besar yang berlaku dalam Dun Kubu Gajah yang melibatkan beberapa kampung. Dalam lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Alhamdulillah beberapa tindakan yang dibuat cumanya ada segelintir yang belum tindakan yang sampai hari ini belum belum dapat diputuskan lagi. Contoh saya bagi, dua rumah yang dihanyutkan tiga rumah dan dua rumah yang dihanyutkan, Alhamdulillah, dapat sokongan daripada Yayasan Negeri Perak. Dapat rumah baru cuma satu lagi di Batu 20, Tuan Najmudin nama dia, sampai hari ini rumah dia separuh masuk sungai. Sampai hari ini tak ada tindakan dan surat apa semua semua dah ada dan juga rumah baru daripada Baitulmal pun ada. Tapi tanah daripada Pejabat Tanah ataupun kelulusan dari Pejabat Tanah (LMS) belum dapat diterima. Cumanya yang menjadi masalah premium dah dibayar permium dah bayar. Cumanya, borang 5A belum dapat untuk disubmitkan kepada Baitulmal. Itu yang disebut oleh Semanggol tadi tindakan.
Sebenarnya tindakan yang kita nak ambik kerana apa bencana. (Bacaan ayat al-quran) kerana kesalahan tangan-tangan kita sendiri yang macam contoh semalam juga yang kita bahas akta haiwan liar kita yang menceroboh tanah tempat habitat dia sehingga dia mengganggu kita balik. Hari ini yang saya sebut semalam, dua dua orang kritikal budak kritikal yang makan keropok sangkar daripada sangkar-sangkar monyet meninggal pada hari ini, yang ni kita ambil tindakan daripada kita sendiri. Bukan kita nak tahan benda tu daripada Allah Ta'ala. Kita tahu benda tu daripada Allah Ta'ala. Cumanya tindakan kita sebagaimana yang telah berlaku apa tindakan kita. Rakyat menderita hasil daripada banjir yang 2 tahun lepas hari ini belum dapat lagi. Tadi saya baru mesej daripada Penghulu Mukim Batu Kurau tadi belum lagi dapat penerimaan daripada Pejabat LMS Selama daerah Selama belum lagi kelulusan tanah tersebut Allahualam, terima kasih kepada Semanggol.
Terima kasih Kubu Gajah.
Kamunting, Semanggol, Kamunting.
Timbalan Speaker, sekejap nak bagi tu sebab tu saya sokong sangat sebab tu kita kata sekarang isu tajuk perbincangan kita pada hari ini. Adakah kita kena mengadakan persidangan khas tapi sebab kita banjir kilat dan sebagainya. Everyone know semua orang tahu spot-spot apabila hujan yang berlaku banjir. Apa action yang kita nak ambil. Macam tadi dibangkitkan oleh Alor Pongsu dah tahu spot tu tak payah cerita semua tempat dah tahu kakitangan kerajaan tahu kita dah tahu takkan nak mengadakan Persidangan Khas lagi itu dia. Apa yang pelik action plan apa yang kita perlu ambil. Ini dia yang perlu kalau kerajaan yang cekap, jadi saya minta, tulah sekejap nak habis yang...Jadi, Oleh sebab itu, kita kata kalau kita mengadakan persidangan ini hanya khas untuk membincangkan fenomena yang sudah pastinya fenomena alam memberi kesan kepada kehidupan. Saya rasa ini adalah satu pembaziran, duit kerajaan, pembaziran masa kakitangan kerajaan banyak lagi kerja yang depa nak kena buat, mari kena duduk di sini daripada pagi sampai petang. Kita boleh pergi makan sana pergi mana tinggal tempat. Dorang tak tinggal tempat. Membazir masa.
Jadi sepatutnya pihak kerajaan yang cekap di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan apa mengemukakan RUU mengemukakan plan action macam apa kita nak ambik terhadap perkara-perkara akibat daripada fenomena itu baru kita bincangkan. Ok bawak RUU kita bincangkan. Barulah menjadikan fungsi Dewan ini law maker tempat membuat undang-undang tempat membuat enakmen, bukan nak membincangkan usul mengatasi fenomena. Kan. Jadi, oleh sebab kita kata usul ni telah diterima oleh Dewan, jadi takpelah lepas sat lagi nanti akan berehat kami bagi peluang sahabat saya Kamunting tak tahu ohh dia tak bagi sebelah sana tak bagi. Pasal Exco tak mahu jawab soalan jadi pelik pelik lah saya berlaku dalam kerajaan ni.
Terima kasih kepada ketua pembangkang. Timbalan Speaker. Begitu juga persoalan saya bahawa kenapa memerlukan satu keputusan dalam sidang Dun kita untuk melaksanakan satu persidangan khas…persidangan khas. Masalah kita adalah masalah yang semua dah faham masalah perubahan iklim ini. Kalau kita lihat dalam dasar perubahan iklim negara yang telah dikeluarkan pada tahun 2021…2009 yang ketika ini Datuk Seri Najib telah keluarkan dasar perubahan iklim. Dari sini semua dah ada dan Kerajaan Negeri follow je benda ni. Cara pengurusan air, cara pengurusan tenaga, cara kita menguruskan pengangkutan untuk lestarikan alam ni semua telah digariskan dan saya juga kita juga telah pun melalui langkah melalui kerajaan pada zaman Dato’ Nolee ketika memegang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan telah pun merintis jalan yang disambung oleh YB Akmal ketika itu memegang Pengerusi Kesihatan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau yang mana satu inisiatif kajian bersama UPEN dan MIC. MIC ini di bawah MOSTI.
Kajian yang melibatkan sesi libat urus bersama dengan pemegang taruh agensi-agensi yang terlibat dan satu kajian yang kita panggil Perak Sustainable Green Print telah pun dibuat yang mengandungi dalam ni ada 10…10 organisasi yang terlibat dan juga melibatkan 12 sektor. Semua sektor yang terlibat sama ada dalam pengurusan perhutanan, pengurusan tenaga air, perhutanan semua telah dibincang dan telah dibuat satu garis panduan. Sekarang ini pelan strategik ini mana? Pelan dasar ni yang telah diputuskan oleh Perak kita pada zaman YB Akmal. Jadi follow yang ni saja. Adakah kerajaan menghalang untuk melakukan sehingga meminta satu persidangan khas untuk meluluskan tak perlu kita benda ni dah memang dah (YB) dah maklum dan terus saja kerajaan buat dasar
YB…YB boleh celah sikit.
Terus saja buat program dan tak perlu untuk kita bincang. Sebab dah ada dah benda ni dan boleh rujuk balik kepada UPEN untuk lihat balik perkara-perkara yang telah dikaji. MIC buat kajian sampai 6 bulan untuk orang kata dapatkan satu pelan yang strategik untuk negeri Perak. Terima kasih. (Kamunting)
Saya rasa seberapa belakang ni ada salah faham tentang usul ini. Mereka ini persidangan ini persidangan good ini bukan…
Jadi kita walaupun kita rasa dalam kerajaan tu banyak perkara yang telah kita buat, tapi nampak memang kerajaan yang ada sekarang ni baru nak mula terangkak-rangkak. Haa jadi okay saya teruskanlah perbahasan
Bercham duduk.
Haa saya tak nak ambil apa sepotong ayat al-Quran yang dibacakan oleh sahabat saya tadi supaya kita sama-sama faham sebab Quran ni adalah rujukan kepada kita semua. (Bacaan ayat Al-Quran) surah Ar-Rum ayat yang ke-41 yang bermaksud telah berlaku kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia telah berlaku kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia. Allah menghendaki agar kerosakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali kepada Allah. Jelas ayat Allah Subhanahuwata'ala kalau kita sama-sama mengingati sebab itu ayat ini memberikan kita satu peringatan yang amat penting dalam menguruskan segala perbendaharaan alam dengan sebaik mungkin. Ini kerana punca kerosakan itu datangnya daripada manusia itu sendiri mementingkan dalam mengaut keuntungan. Macam kita kata ada kuari, kuari tu tak boleh di guna kata dia minta juga untuk jalankan itu punca kerosakan tu. Kan. Itu punca kerosakan yang dok ada punca yang menjadi bencana tu. Sebagai contohlah.
Namun, Allah Subhanahuwata'ala memperingatkan juga kepada kita untuk kembali insaf dan memperbaiki diri memastikan tatakelola yang diurus dengan baik agar bumi ini terus terpelihara, terus terpelihara dan terus terpelihara dan dipulihara. Jadi pada zahir rakyat ini kan kita kata kita melihat bahawa kerosakan yang mungkin kita memperhatikan kepada direct perkara tu berlaku kan sebab apa banjir berlaku sebab kita tebas hutang, hutan, maka tidak ada water cashment tidak ada buat air. Maka apabila hujan terus dan menyebabkan banjir. Kita tengok apabila berlaku kerosakan sebab itu Allah telah meletakkan bahawa di jadikan gunung itu sebagai pasak kita tarah itu kita lihat daripada daripada fizikalnya. Tapi peringatan Allah Subhanahu Wata'ala ingat, apabila kita melanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Kita orang Islam, kita semua tahu Allah cerita dalam Quran tu cukup halus. Zaman Nabi Nuh bukan ada lagi kerosakan macam kita tak berlaku lagi kerosakan tebas hutan takda tak berlaku lagi kerosakan tebas gunung. Tapi Allah Subhanahuwata'ala akan menjadikan satu fenomena banjir satu dan harap, pasal apa pasal kerosakan yang dibuatkan oleh manusia tidak mahu mengikuti perintah Allah Subhanahuwata'ala. Ini kita kena ingat kita orang Islam ada panduannya. Kan. Begitu juga kaum Nabi Luth bukan ada kerosakan melakukan kita kata sodong, sodongi kan Allah Subhanahuwata'ala angkat di bengkok sampai hari ni kita boleh tengok di laut hitam. Adakah kerosakan dilakukan oleh tangan manusia secara fizikal? No.
YB DATO' SERI IR. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT) Bukan laut hitam. Laut mati.
Kerosakan haa. Apa dia kerosakan kerana sebab itu kita sekarang ini kita kena ingat jangan kita langgar perintah Allah. Orang kata judi tutup dia nak buka. Kan. Jadi kena ingat kita takut ni. Amaran daripada Allah Subhanahuwata'ala dahsyat. Sebab itu kita kena takut kita kena melihat perkara ini. Sebab itu kita kata sekarang ini saya terus kepada beberapa isulah yang nak nak nak cerita sebab cerita apa mengenai dengan fenomena ini. Menyentuh kepada realiti yang berlaku supaya kita faham dan kita kena ada action plan. Macam mana yang kita kata berapa kali kita bangkitkan bahawa ni Tasik Bukit Merah, kesan daripada berlaku fenomena alam. Kita tahu Tasik Bukit Merah ni tengok kawasan saya semua orang tahu. Pengairan yang dibuat oleh orang putih dulu hanya bergantung kepada air hujan. Memberi apa membekalkan air kepada pesawah di Kerian Utara dan juga di selatan Pulau Pinang. Berapa luas tiga puluh ribu ekar. Berapa petani yang terlibat? Tiga…sepuluh ribu orang pesawah yang terlibat dan penyumbang kepada keselamatan beras negara dan disebabkan fenomena alam sekarang ini dikatakan air selalu kering. Tak ada air. Pasal apa takpelah disebabkan oleh hutan keliling dan sebagainya. Tapi tak ada apa apa pelan tindakan kita dan kita tahu nak kesan ini yang patut kerajaan mengadakan persidangan khas untuk menanganinya.
Pesawah-pesawah dahlah dengan modal keluar modal tabur, tanam baru 8 hari air tak masuk, naik balik rumput. Sampai sekarang air tak keluar. Esok bila tiba musim balik nak kena keluar modal baru. Apa tindakan kerajaan. Kita dah mintak beberapa kali. Pasal apa ni dah ada satu perancangan water transfer, bawa air daripada Sungai Perak naik ke atas kenapa tak bincang perkara itu? Kenapa tak ambil tindakan? Patut ini yang kita buat, kita dah nampak fenomena dan kesannya kepada rakyat. Tahun ini tak boleh dapat hasil pendapatan tak ada. Nak jalan pulak esok nak kena keluar modal baru, tak boleh pasti lagi air tu boleh supply ke tak. Ini punca yang kita kena tengok. Ini punca yang kita kena kaji. Takkan tiap-tiap tahun kita nak bincang perkara ini. Kami boleh bergantung kepada Allah SWT.
Peringatan YB. Cuma tinggal 3 minit sahaja…3 minit sahaja. Sila masuk perenggan yang terakhir.
5 minit. Tak apalah sambung, minta sikit.
3 minit sahaja, 3 minit.
Ok, ok. Yang kedua dan yang kedua, jadi saya mohon supaya yang pertama sekali kalau kerajaan boleh prihatin yang ada semua kena memikirkan apa bentuk bantuan yang kita boleh bagi kepada pesawah yang terkesan, pendapatan takda? Nak mula balik apa yang kita boleh bagi kepada mereka dan yang kedua kena mempercepatkan water transfer. Tak payahlah cerita nak bekalkan ke Penang ke apa. Nak bekalkan ke orang Pas di Penang, tak payah cerita macam tu. Ni yang duduk ni anak negeri kita ni. Fenomena jelas, ada depan mata. Baru nak panggil bersidang ke? Kemudian kesan banjir kilat yang kata tadi semua orang tahu. Di Bagan Serai, tempat parti sendiri dah kenal pasti. Hari ni nak bangkit jugak cerita di Tebuk Panchor, spesifik tempat. Punca masalah kita kenalpasti sebab apa? Orang buat jambatan sampai ini dibangkit beberapa kali. Apa action kerajaan yang ada pada hari ini kononnya cekap mengurus. Please go down. Saya nak tunjuk the specific place, the cause of the problem. Boleh pergi tengok, dengan izin dan lagi satu yang saya ingat perkara penting sebelum nak tutup. Ini perkara penting yang patut kita tengok.
1 minit sahaja.
Fenomena ini. Kena bagilah ini, peluang. Perkara penting, yang pertama.
Perenggan terakhir ya. 2 minit ya Gunong Semanggol.
Kesan daripada tangan manusia tambakan laut yang dibuat untuk Pulau Pinang untuk tiga pulau. Kita difahamkan bahawa bertan-tan pasir diambil daripada Utara Perak, diambil daripada Utara Perak. Bila diambil ini lompong. Kajian telah dibuat dalam kesan daripada tambakan laut yang akan menenggelamkan Perak Utara dan juga Parit Buntar. Apa stand kerajaan? This one patut kita fikirkan kesan kepada negara. Kesan kepada rakyat. Ni panggil bersidang nak tahan cuaca, fenomena ni apa mentaliti takat mana ni. Yang tak payahlah kajian. Saya minta maaf. Saya nak cerita dengan ni di sini bersama pembangkang, kami tak setuju dengan usul ini untuk diadakan perbincangan, tak setuju. Tapi kalau mengadakan perbincangan khas, kita mengadakan apa kesan kepada penambakan Pulau Pinang yang tak ada tulah walaupun berlaku di Pulau Pinang. Tapi kesan yang telah dibuat berlaku akan berlaku di bahagian Perak Utara Kerian.
Masa tamat.
Kejap kita perabih. Akan menenggelamkan. Ini yang patut kita fikirkan.
Berapa minit? 2 minit masuk perenggang terakhir. Saya bagi 2 minit. Sila masuk perenggang terakhir.
Perenggang yang terakhir. Ok, terima kasih Puan Timbalan Yang Di-Pertua, terima kasih. Jadi harap minta Yang Di-Pertua ada ya boleh kita bincang. Sebab ini perkara penting kita. Bukan nak bincang perkara remeh-remeh ni. Tak, perkara besar yang ada yang perlu kita bincangkan. Saya minta kepada semua rakan-rakan sayangilah negeri kita. Tanganilah isu-isu yang kita hadapi. Bawalah usul-usul yang boleh memberi manfaat kepada rakyat yang boleh membantu kepada rakyat. Dengan ini, saya sekali lagi menegaskan bahawa tidak perlu kita mengadakan persidangan khas bagi membincangkan fenomena alam dan kesannya kepada manusia. Wabillahi Taufik dan Assalamu'alaikum wbt.
Bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 15 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Speaker. Saya mewakili kawasan saya Bercham untuk mengambil bahagian untuk usul mengenai cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat di negeri Perak. Terima kasih sekali dan juga salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030 kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dan juga kepada ketua-ketua jabatan dan juga kepada para-para pemerhati sekalian. Terdahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih. Saya tidak bersependapat dengan ketua pembangkang yang dibahas tadi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai yang membawa usul ini yang begitu baik dan sebab ini dia beliau tidak begitu pentingkan diri sebab isu ini tidak kira Perak sahaja. Bukan untuk Malaysia tetapi untuk segar bumi kita seluruh dunia.
Fenomena perubahan iklim ini mana-mana kita akan kena. Bukan kita kata ini isu alam, kita nak menahan apa-apa persidangan khas ini tetapi saya tidak faham kenapa ketua pembangkang boleh mentafsirkan ini sebagai satu persidangan Dun yang khas bukan. Persidangan konvensyen khas ini boleh dikatakan luar untuk jalankan hotel mana-mana. Bangsa-Bangsa Bersatu saya ambil contoh sebentar nanti, saya cari sumber United Nation Framework of Climate Change pada setiap tahun, mereka mengadakan Persidangan Dunia dan UNFCCC, dengan izin ada 198 parti, the COP meet every year take place, The Paris agreement main date of the review of global stock take of the progress warp meeting and the go every five years. Ini adalah satu persidangan sangat penting YB demi manusia, demi bumi kita. Bukanlah kita nak katakan kita adakan satu sidang nak menghalang apa tu, alam ke. Bukan, jangan pemikiran cetek. Kena buka minda sikit. Saya tahu sana ada garis panduan kata bila nak laksana garis panduan itu, isu climate changing dinamik akan berubah setiap masa setiap, setiap saat, setiap hari. Kalau kita luluskan tahun lepas, kita kena ikut aliran dan baru, baru kita boleh ikut garisan, apa tu, landasan yang betul untuk menangani masalah perubahan iklim ini, faham tak. Jadi ok tak apa. Saya tak nak berbalah. Saya nampak Manjoi pun senyum saja kita ni gentleman. Dalam isu, dalam youtube kita nampak kita main gentleman. Tak nak bergaduh.
One by one gentlemen.
Ha, one by one. Ok. Tapi tadi saya one by one, ketua pembangkang elak, tak nak, Tak apalah. Saya pun tapi saya tetap gentlemen.
Berchan dan Manjoi one by one boleh?
Ok….ok, tentang perubahan iklim secara global ini memang memberikan satu kesan sampingan untuk kesan kepada seluruh Perak, seluruh Malaysia termasuk kawasan saya juga. Beberapa tahun lepas, saya pun tidak menduga puting beliung akan berlaku di kawasan saya dan juga kepada banyak kawasan YB-YB ada berlaku banjir kilat, tanah runtuh ini semuanya kesan perubahan iklim. Dulu isipadu hujannya kurang tetapi kadangkala hujan sekali isipadu yang dikumpul hampir lebih daripada dua bulan mengakibatkan tanah runtuh, pokok tumbang, atap tertiup. Cuaca ekstrem ini memang ada kesannya tetapi kalau untuk usaha-usaha, ok untuk cara tadi, saya nampak banyak YB-YB bagi banyak cadangan, pembersihan longkang, nak baiki infrastruktur yang sudah usang, yang sudah rosak. Tapi bagi saya kita kena berpandangan jauh sikit. Eh, pergi makan? Tak apa tak apa, kita ini gentleman. Ok, kita ini kena berpandangan jauh. Ha? Berapa PC? Ok, tak ada lah, tak ada. Berpandangan jauh dari segi macam mana? Strategi untuk Kerajaan Negeri bersama dengan pihak swasta dengan rakyat kita kena kerjasama. Katakan kita nak kurangkan pembebasan haba dan pengurangan karbon, pembebasan karbon.
Kita ambil contoh dari negara Eropah. Di EU pada 2035 mereka sudah berjanji, negara-negara EU, mereka telah berjanji akan, tidak akan mengeluarkan kenderaan baru berkuasa petrol ataupun diesel dan hari ini negara Sweden, kenderaan Sweden berjenama Volvo, mereka telah mengeluarkan enjin diesel yang terakhir model XC90 untuk dimasukkan ke muzium di Gothenberg, negara Sweden. Jadi ini adalah satu contoh di mana negara Eropah, mereka sudah ambil langkah begitu depan sekali berbanding dengan negara kita semasa kita masih berbalah, isu subsidi diesel, kita kata kena dapat subsidi banyak sikit, kurang sikit. Kena bagi subsidi lebih banyak, tapi mereka sudah ada hala tuju 2035 mereka hentikan segala-gala pembuatan kenderaan baru untuk kereta petrol ataupun diesel. Jadi itulah jurang antara kita dengan negara Eropah tetapi kita ini, bukan saya nak menggesa kita semua nak tukar EV tetapi ini adalah satu panduan bagi kita. Saya berikan cadangan kepada Kerajaan Negeri agar kenderaan rasmi untuk pegawai-pegawai ataupun kedai rasmi untuk jabatan-jabatan tukar sebahagiannya kepada EV agar kita boleh memasuki landasan yang betul. Sebab ini, EV ini adalah satu masa depan. Kita tahu, YB Jalong pun sudah menunjukkan teladan memiliki sebuah EV sendiri.
Tahniah, tahniah. EV mahal ooo..
Bukan mahal, bukan mahal. Bukan Tesla la. Nanti tanya dekat luar Dewan.
Roadtax je murah.
Ha, roadtax murah.
Orang kaya punya.
Tidak melepaskan ekzos, asap ekzos. Itu adalah terbaik. Jadi inilah satu cadangan kepada pihak kerajaan untuk mempopularkan penggunaan EV di negeri kita ini. Sebab EV ini saya pun menggesa agar Kerajaan Pusat terutamanya dua pembuatan tempatan yang utama iaitu Proton ataupun Perodua. Proton pun sudah ada kenderaan baharu. Sudah ada kenderaan Emas kan? ok, dan untuk mengeluarkan kenderaan kurang daripada 100,000 agar lebih orang ramai menggunakan EV.
Laluan.
Ok.
Terima kasih Yang Berhormat Bercham. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya melihat pembentangan yang disebutkan tadi. Saya pun masih tak faham kenapa perlu kita mengadakan membawa usul dan mengadakan persidangan. Ini secara dasarlah, sebab saya tengok perkara ini kebiasaannya berlaku dan apa yang disebut Yang Berhormat tadi dia adalah tindakan. Maksudnya nak buat persidangan ke, perbincangan ke dan sebagainya. Saya nampak begitulah. Yang kedua, saya nampak seperti yang dibuat oleh Angkatan JPAM. JPAM membuat satu Program Kampung Siaga. Saya nampak itu lebih praktikal. Maksudnya bencana akan berlaku. Sudah pasti bila-bila masa akan berlaku, cuma kita mengadakan persiapan iaitu Kampung Siaga bagaimana menghadapi bencana. Terima kasih.
Ok, terima kasih.
Mohon Bercham mencelah.
Ok
Terima kasih Yang Berhormat Bercham memberi Buntong sedikit ruang untuk mencelah. Saya nak mintak sedikit pandangan Yang Berhormat Bercham. Usul yang dicadangkan ini, yang dibawa oleh Yang Berhormat Simpang Pulai sebenarnya niat ia adalah untuk mencari jalan penyelesaian supaya banjir tidak berlaku. Dia bukan nak bawa usul ini untuk membincangkan bagaimana bersiap sedia untuk banjir. Dia tak nak banjir berlaku. Ini adalah isu yang kita perlu faham dari segi asalnya dari segi fundamental ini she want's no floods dengan izin Timbalan Yang di-Pertua. Itu adalah isu pokok yang dibincang hari ini. Saya tak faham persiapan untuk banjir melibatkan perkara selepas kita nak prevention, kita nak mencegah banjir. Itulah isunya.
Bercham, Bercham. Buat sahaja la. Ok kalaulah sidang hari ni tak lulus? Adakah pihak kerajaan boleh buat? Pihak kerajaan boleh buat? Jadi kenapa perlu masuk? Kita sokong untuk apa saja. Sebab itu kita buang masa untuk bahan benda yang boleh buat pun. Kerajaan boleh buat, benda itu memang kita setuju pun. Tapi kenapa masuk di sini untuk bincang, buang masa kita petang-petang ini. Benda kita setuju. Kalau kerajaan boleh buat, carry on. Saya dah sebut tadi berkenaan dengan kajian MIC Perak dah ada dah, semua dah ada. Ikut sahaja dasar itu, apa nak buat pun, buat kita sokong. Terima kasih.
Ok, terima kasih kepada...
Tamatlah Bercham, sudahlah.
Ada lagi. Tidak ada ya. Untuk tiga...
Kita setuju sahaja la.
Ok... ok... ok.
Tadi Yang Berhormat kata tak payah ada usul dalam Dewan ini kerana memang semua orang akan sokong tetapi tadi Ketua Pembangkang sudah kata, dia kantoi la dia tak sokong dengan usul undi tak sokong kita adakan persidangan khas. Apa pandangan Yang Berhormat Bercham?
Saya rasa pihak sebelah sana kena tukar pemimpin yang baru. Bagi Manjoi jadi Ketua Pembangkang, lebih elok.
Rasanya jelas dah tadi.
Orang muda lebih steady.
Sama sahaja apa yang kita sebut sebenarnya, benda ini nak buat, laksanakan buat apa nak buat usul. Itu sahaja.
Ok...ok.
Saya nak ingatkan YB, tinggal 2 minit sahaja.
2 minit? Ok...ok, bagi saya injury time sikit memandangkan kita ini musim Euro. Ada masa untuk penalti sikit. Ok, jadi kita ini, usul ini memang kita pentingkan kepentingan rakyat untuk menangani isu yang akhirnya banjir. Saya rasa banjir ini seluruh tempat pun ada. Kita pun niat baik. Bukan katakata kan kita sia-sia nak buatkan satu usul nak untuk satu konvensyen khas. Jadi konvensyen khas ini bukan kita nak, mesti nak buat pada hari keesokan apa. Suntuk sangat, sangat emergen, bukan. Tetapi kita ada menunjukkan satu keizinan kita. Kita nak bersama seperti tadi usul yang terdahulu, isu haiwan berkeliaran, itu hala tuju dia untuk mewujudkan satu jawatankuasa, tetapi ini tidak wujud satu jawatankuasa tetapi kita menjurus kepada satu persidangan khas bukan sidang Dun tetapi untuk menunjukkan keazaman kita. Mana-mana pihak pun boleh join termasuk NGO ke, dari luar negara boleh bersama menunjukkan keizinan kita, apa kita nak tolak, tolak buat apa. Kita ini nak menyelesaikan isu banjir boleh bersama. Apakah kekok sangat untuk nak sokong? Katakan ini bukan buang masa? Kalau buang masa usah datanglah. Pukul 1 tadi dan balik. Boleh ikut Gunong Semanggol balik pun boleh.
Ok, itu saja dan ok, ingin saya merumuskan memandangkan 2 minit lah sahaja dan kita memandang keadaan cuaca di negara kita ini sepanjang tahun ada sinaran matahari. Saya pun menggesa agar pihak kerajaan negeri tak kira kebangunan SUK ke PBT ke ataupun agensi-agensi untuk memasang solar panel agar pengurang, mengurang, selain mengurangkan kos bil elektrik, ini juga akan mengurangkan apa itu, power plan kita untuk membekalkan sumber tenaga kepada semua bangunan-bangunan kerajaan dan juga kepada, tentang barangan boleh kitar semula. Barangan kitar semula, saya harap ada pihak kerajaan akan menarik lebih ramai pelabur untuk datang menjalankan industri pengambilan barang kitar semula tidak terhad kepada kertas ke, logam ke ataupun plastik tetapi lebih banyak barang kaca ke kayu ke makanan ke, ini adalah satu masa depan kita dan juga kepada tentang pengurusan plastik guna sekali.
Di dalam Dewan yang mulia ini, titah Tuanku pernah menitah agar kita kurangkan ataupun larang untuk gunakan beg, beg plastik penggunaan sekali. Jadi, saya harap pihak Kerajaan Negeri akan mengikut langkah ke pihak Kerajaan Pusat agar tahun depan untuk mengurangkan, bukan akan berhentikan penggunaan beg plastik ini termasuk juga politena. Bekas politena di mana bekas makanan yang kita bungkus setiap hari. Sebab barangan ini, kalau ini sukar diurai dan dan kalau mereka yang membuat bungkusan ini membuangnya sewenang-wenangnya di merata-rata tempat atau masuk ke dalam longkang mengakibatkan longkang sumbat, lepas tu mengakibatkan banjir kilat dan ini adalah satu cadangan saya. Memang saya harap sangat isu usul ini akan diluluskan tanpa dipengaruhi oleh pihak sana. Sebab mereka ni ada pemahaman berbeza sikit tetapi takpa ini menunjukkan sebelah Kerajaan Perpaduan ini, kita punya tahap lebih tinggi sikit berbanding sebelah sana tetapi kita harap kita pun boleh membantu pihak sana kalau tak isu tak cukup, kita sudi mengajar.
Ok itu sahaja pesanan hujahan ringkas pada sebelah petang ni, sekian terima kasih. Kita harap usul ini akan diluluskan. Ha ok, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bercham. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Atas nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Gunong Semanggol Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, rakan-rakan Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan juga rakan-rakan Yang Berhormat dari pihak pembangkang, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan juga pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, rakan-rakan media serta seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada Kuala Sepetang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul mengenai cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat negeri ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, fenomena cuaca ekstrem yang disebabkan oleh perubahan iklim atau dengan izin climate change merupakan fenomena global yang semakin membimbangkan. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyifatkan kita sedang hidup melalui keruntuhan iklim secara nyata. Kenyataan ini mencerminkan betapa serius dan mendesaknya situasi iklim global kita. Perubahan iklim bukan lagi ancaman masa depan, akan tetapi ianya merupakan realiti yang sedang kita semua hadapi sekarang. Menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), fenomena cuaca ekstrem pada tahun 2024 merupakan yang terburuk pernah direkodkan dengan kemarau, panas yang melampau dan banjir yang menyebabkan kerosakan teruk kepada kesihatan dan kehidupan di hampir semua benua. Sementara itu, Climate Central sebuah organisasi yang bukan berkeuntungan yang berfokus kepada kajian cuaca merekodkan lebih 60% populasi dunia mengalami panas ekstrem antara tempoh 16 hingga 24 Jun lalu. Beberapa wilayah mengalami gelombang panas yang belum pernah terjadi sebelum ini, pada bulan Jun dan awal Julai 2024. Barat Daya Amerika Syarikat, Mexico, Selatan Eropah, kebanyakan Asia Selatan dan Afrika Utara telah dilanda panas yang berterusan dengan beberapa kawasan mencatatkan suhu melebihi 45 darjah Celsius. Selain panas yang ekstrem, hujan luar biasa turut menjadi fenomena di beberapa bahagian dunia.
Pada bulan April yang lalu, Emiriah Arab Bersatu mengalami hujan lebat yang terbanyak dalam tempoh 75 tahun sejarah negara tersebut. Ianya mengakibatkan banjir di lebuh raya utama dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Kereta-kereta terperangkap dan lapangan terbang dan hab tersibuk di dunia untuk perjalanan antarabangsa mengalami kelewatan dan gangguan yang besar. Hujan tersebut adalah yang terbanyak yang pernah dialami oleh negara itu dalam tempoh 75 tahun.
Begitu juga India yang mengalami cuaca panas melampau beberapa bulan lalu kini mengalami hujan lebat yang telah menjejaskan lebih daripada 2.1 juta orang dan membunuh sekurang kurangnya 52 orang. Begitu juga di negara jiran kita Indonesia, sepatutnya sekarang ini mereka berada dalam musim kemarau atau panas ketika ini. Namun, fenomena cuaca ekstrem ini telah menyebabkan sebahagian daerahnya menerima taburan hujan yang tinggi dan dilanda banjir. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, ini lah ini adalah antara gambaran sebahagian kecil tentang fenomena perubahan iklim yang sedang berlaku di seluruh dunia bagi tahun 2024 dan kita baru separuh perjalanan di tahun 2024. Baru separuh.
Realitinya sekarang, kita ini di mana? Negeri Perak juga telah disenaraikan dalam satu kajian oleh Khazanah Research Institute (KRI) sebagai salah satu dari 5 buah negeri yang paling terdedah kepada fenomena cuaca panas ekstrem. Selain Perak, negeri tersebut ialah Pahang, Sarawak, Kelantan dan juga Sabah. Kajian ini menyifatkan negeri-negeri ini paling terdedah kepada cuaca ekstrem membabitkan panas dan kurang hujan yang agak luar biasa. Berdasarkan kajian mengenai risiko perubahan iklim dalam kalangan pekebun kecil di Malaysia, mendapati pekebun kecil kita tidak berdaya tahan untuk menghadapinya. Selain cuaca panas yang ekstrem, Malaysia dan negeri Perak juga boleh berhadapan dengan taburan-taburan hujan yang ekstrem seperti mana yang berlaku pada penghujung tahun 2021. Hampir separuh dari negara ini berhadapan banjir besar yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Walaupun Perak tidak berhadapan impak sedasyat Lembah Klang dan negeri-negeri lain, namun ia tetap membawa banyak kerugian kepada rakyat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli dewan yang saya kasihi sekalian, sebahagian punca perubahan iklim ini di luar sebenarnya di luar kawalan kita. Namun sebahagian lagi adalah akibat perbuatan manusia terutamanya pentadbir yang berkuasa meluluskan segala macam lesen dan permit untuk meratah alam sekitar. Justeru, Kuala Sepetang ingin mengingatkan dalam Dewan yang mulia ini kepada Kerajaan Negeri agar berpada-padalah dalam meneroka hutan, menarah bukit dan melombong pasir. Ini adalah sebahagian punca perubahan iklim yang mendadak dan menyebabkan berlakunya fenomena cuaca yang ekstrem. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta ahli-ahli dewan yang saya kasihi sekalian, walaupun isu ini dikemukakan sesuatu yang bermanfaat namun Kuala Sepetang berpendapat usul mengenai cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat negeri ini sangat aneh dan agak mengelirukan.
Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak seharusnya membincangkan penggubalan enakmen dan perbahasan dasar-dasar Kerajaan Negeri bagi menjaga kepentingan rakyat. Justeru, adalah sangat pelik untuk sidang Dun perlu membahaskan keperluan mengadakan satu persidangan khas yang sepatutnya diselesaikan hanya di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri sahaja. Kuala Sepetang berpendapat adalah sangat memalukan untuk Dewan Undangan Negeri yang mulia ini yang bertanggungjawab membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, belanjawan negeri dan hal-hal berkepentingan rakyat kini diminta membahaskan keperluan mengadakan satu seminar atau persidangan sahaja. Yang kedua. Negeri Perak telah pun mempunyai dengan izin Perak Sustainable Greenprint
2030 yang dirangka sejak 2021 dan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada tahun lalu. Dah ada. Apakah mahakarya ini mahakarya Kerajaan Negeri ini masih belum mencukupi dalam hal-hal dalam usul ini. Ketiga. Usul ini dibawa oleh Simpang Pulai yang merupakan sebahagian daripada blok kerajaan. Apakah ada masalah antara Ahli Dewan Undangan Negeri blok kerajaan dengan Exco terlibat sehingga memerlukan kelulusan Dun untuk mengadakan satu persidangan.
Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Sepetang. Boleh beri laluan kepada Tronoh, Tronoh sini.
Sekejap bagi saya habis dulu saya bagi, boleh?
Saya…saya berasa Kuala Sepetang kurang…kurang faham berkenaan dengan isu ini.
Sekejap bagi saya habis dulu nanti saya bagi, ok
Tronoh sila duduk.
Keempat, usul persidangan ini juga agak cacat kerana menggabungkan fenomena cuaca ekstrem dengan perubahan iklim banjir kilat. Berbeza jauh ni jauh. Mungkin ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan yang dalam bidang ini faham perbezaan antara cuaca ekstrem ini dengan banjir kilat. Jauh bezanya. Agak cacat. Tajuk pun agak cacat. Seperti Yang Kuala Sepetang sebut tadi, fenomena cuaca ekstrem jauh menjangkaui masalah banjir kilat. Tanpa usul yang dibawa ini tidak mencerminkan satu kerangka pemikiran yang jelas untuk membantu Dewan ini dan Kerajaan Negeri bagi menggubal dasar yang lebih baik. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli dewan yang saya hormati sekalian, jika persidangan khas ini diadakan juga, Kuala Sepetang berharap penganjur mempunyai kerangka yang jelas agar ia mencapai matlamat dalam mencari jalan membantu rakyat berhadapan isu perubahan iklim. Hasil persidangannya seharusnya memberi manfaat kepada penduduk negeri Perak terutamanya pekebun kecil, petani, nelayan dan penternak. Jangan selepas persidangan ini nanti, Kerajaan Negeri masih terkapai-kapai tanpa pelan apabila berlaku fenomena cuaca ekstrem sehingga mengakibatkan mata pencarian dan keselamatan rakyat negeri Perak terjejas. Kita juga berharap persidangan ini nanti tidak hanya sekadar menjadi tempat orang tertentu meraih publisiti dan kata orang Perak melabun tanpa manfaat kepada rakyat. Ini semua akan membazir sumber negeri. Ya, silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Sepetang kerana memberi laluan kepada Tronoh. Yang saya ingin bawakan di sini adalah yang selalu dikatakan pemimpin-pemimpin ini DAP khususnya kurang fasih dengan Bahasa tetapi saya nampak pada hari ini, Kuala Sepetang yang berada di sebelah sana yang nampaknya kurang fasih dengan apa yang dimaksudkan itu persidangan khas. Persidangan khas ini adalah kalau kita merujuk kepada dewan kamus Bahasa…
Tolong cepat sikit boleh tak, tolong cepat sikit.
Kalau kita rujuk kepada Bahasa Melayu. Ok. Ini merupakan salah satu perjumpaan. Masing-masing yang hadir dalam perjumpaan tersebut. Untuk mempunyai tafsirannya terhadap dasar itu. Jadi pada hari ini…
Ok boleh saya jawab kot, boleh saya jawab sila duduk lah.
Yang berhormat, Yang Berhormat telah beri laluan. Jadi saya nak habiskan dulu. Saya nak habiskan dulu Yang Berhormat
Ok beginilah. Saya nampak dah jadi melalut. Dia dah jadi melalut. begini.
Yang Berhormat, saya nak habiskan dahulu
YB duduk YB.
Saya menghormati pendapat semua orang. Ini perbahasan. Saya menghormati pendapat semua orang. Menghormati itu tidak bererti setuju.
Ya, Yang Berhormat.
Kalau pihak kalau Tronoh
Yang Berhormat.
Nak suruh kita semua bersetuju. Tak payah lah buat perbahasan begini.
Yang Berhormat. Saya tunjuk laluan telah diberi…
Kalau kita ada perbahasan, sudah tentu ada yang tak setuju dan ada yang setuju…
Laluan telah diberi…
Sekarang ni saya nak tanya Tronoh siapa tak faham bahasa ni?
Kuala Sepetang.
Tronoh tak faham ke, saya tak faham.
Cuma nak ingatkan masa sudah tamat dan juga
Memang sudah tamat. Tapi
Saya bagi dua minit. Sila masuk perenggan yang terakhir.
Saya selama saya menjadi ahli dewan negeri. Ini kali pertama
Ya Kuala Sepetang, sila teruskan.
Saya tak pernah menganggu
Saya bagi 2 minit
Ahli dewan lain bercakap. Saya tak pernah menganggu
Sila sila sila ada dua minit sahaja.
Tak payah dua minit saya nak habiskan
Yang Berhormat saya bukan nak ganggu
Tronoh Tronoh duduk la. Nanti Tronoh sokong. Hormat orang.
Kuala Sepetang memohon Kuala Sepetang berpendapat saya, usul ini tidak jelas.
Ha... duduk duduk Tronoh duduk duduk, orang tengah bahas.
Dan tidak sesuai bawa ke Dewan yang mulia ini untuk kelulusan.
Saya rasa Speaker boleh keluarkan ni...... Ok
Sidang nanti cakap banyak la sikit
Adalah lebih baik jika selesaikan…
Speaker tegas sikit Speaker, ganggu banyak sangat ni.
Semua off mic!
Di peringkat.
Teruskan. 2 minit sahaja.
Pentadbiran Kerajaan Negeri saya, sahaja. Saya ulang sekali lagi. Kuala Sepetang berpendapat usul ini tidak jelas dan tidak sesuai dibawa di Dewan yang mulia ini untuk kelulusan. Adalah lebih baik ia diselesaikan di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri saja. Sekian. Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan. Di persilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang dihormati Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Adun Kota Tampan, ketua pembangkang daripada Semanggol, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media pemerhati seterusnya yang dikasihi rakyat negeri Perak yang mengikuti sidang dewan pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang Di-Pertua akan membenarkan Bota untuk turut bersama membahaskan usul yang telah dibawa oleh Simpang Pulai ya.
Pertamanya ya, saya selaku Adun Bota ingin membawa semua ahli dalam Dewan ini untuk untuk menghayati Firman Allah SWT daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi. Mereka menjawab, sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya". Ya. Hari ini kita membincangkan satu usul yang dibawa oleh oleh Simpang Pulai mengenai cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk membawa gambaran berlaku perubahan iklim yang berlaku pada hari ini sebenarnya memang memberi kesan kepada kawasan saya di mana kita tahu perubahan iklim, ia merupakan bukan sahaja isu di negara kita, merupakan dia adalah merupakan isu global ya.
Pelbagai aktiviti manusia dan proses semula jadi menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim. Bertepatan dengan ayat Quran Surah al-Baqarah tadi yang saya baca. Adaptasi dan mitigasi adalah sangat perlu yang merupakan dua pendekatan yang boleh kita lakukan untuk menangani masalah perubahan iklim ini. Sebagaimana kita juga lihat bagaimana di Kuala Lumpur telah dibina SMART terowong. Terowong. Orang ramai tidak mengetahui bahawa salah satu fungsi terowong, SMART terowong itu adalah untuk mengatasi banjir di kawasan Kuala Lumpur. Jadi maknanya memang perlulah kita berbincang bersama-sama untuk bagaimana kita mengatasi masalah-masalah yang telah dicetuskan oleh perubahan iklim dan fenomena alam ini.
Beberapa kesan perubahan iklim dapat mengancam kelangsungan hidup manusia dan ekosistem di antaranya adalah banjir, kemarau panjang, ribut, cuaca ekstrem, perubahan suhu dan musim serta peningkatan ancaman kepada kesihatan manusia seperti wabak penyakit. Bota yang terletak di Daerah Perak Tengah yang sangat berdekatan dengan Sungai Perak sering mengalami masalah banjir. Begitu jugalah dengan kawasan jiran saya di Kampong Gajah, di Belanja malah ia agak mengejutkan kawasan Bota yang berada berjauhan daripada sungai juga iaitu yang terletak di kawasan Bandar Seri Iskandar juga sering mengalami banjir kilat yang berlaku di kawasan Seri Iskandar. Saya mengambil kesempatan ini jugalah mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran di daerah Perak Tengah termasuklah pejabat Daerah, PBT, Bomba yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk kita membantu rakyat untuk mereka mengatasi masalah yang sedang, yang telah mereka alami ketika dilanda banjir kilat. Baru-baru ini berlaku satu banjir kilat di kawasan Simpang Tiga iaitu di dalam Dun Belanja di mana melibatkan 47 keluarga di mana dikatakan ia hasil daripada akibat daripada penarahan gunung atau pun kita kata hutan ditarah di kawasan hujung atau pun di kawasan hulu Sungai Sadang yang mengalir melalui Kampung Simpang Tiga yang mana mengakibatkan 47 keluarga yang terpaksa dipindahkan pada waktu malam dan mereka banyak berlaku kerosakan. Kerosakan kepada harta-harta benda mereka dan juga rumah mereka.
Berbalik kepada isu kita yakni fenomena alam, negara kita Malaysia juga terdedah kepada impak perubahan iklim seperti hujan lebat yang menyebabkan penimbunan banjir besar susulan iklim berkelembapan tinggi. Fenomena kemarau panjang yang menyebabkan sumber tadahan menurun secara mendadak dan menyebabkan kawasan pertanian sawah begitu jejas teruk dan ini berlaku pada pada bulan Jun baru-baru ini di mana kita tahu Empangan Bukit Merah juga telah mengalami kekeringan sehingga, sehinggakan Ketua Pembangkang telah mengadakan majlis solat hajat. Terima Kasih kepada Ketua Pembangkang yang prihatin untuk bersama-sama mengadakan solat hajat pada baru-baru ini.
Bota. Saya pohon celahan Alor Pongsu. Sebab bila dah sebut tentang kemarau tadi, saya nak sentuh jugak sebab bila dah sebut tentang Tasik Bukit Merah dah mula kering kontang, sekarang ni petani-petani ditimpa bala yang kedua di Dun Alor Pongsu. Tabur benih perlukan air. Air takdak. Exco kata ayor, saya kata ayaq. Ayaq takdak. Pihak IADA, pihak JPS jenuh dah bawa pam daripada Teluk intan dan sebagainya. Nak pam ayaq naik. Pam Ayaq yang ada pun paras ni ja dan paling menyedih saya sebut dekat Pengarah Pertanian, pam dah datang dekat 30 biji. Petani susah terpaksa belanja besar beli benih padi dua kali. Nak gerakkan pam, enjin diesel, minyak, petani yang kena sediakan. Tolonglah tengok Kerajaan Negeri. Apa dah jadi ni? Dan satu lagi yang paling penting sekali, saya terima redha atas qada' dan qadar Tuhan atas bencana yang berlaku tapi tolong tengok. Saya dah pergi tengok sendiri di hujung kawasan tadahan Bukit Merah. Tangan-tangan manusia. Saya dah pergi sendiri saya saksikan sendiri takdak lagi dah kawasan tadahan air. Dah jadi kebun limau, kebun sawit. Tolong pergi tengok Kerajaan Negeri ya. Terima Kasih.
Ok, terima kasih Alor Pongsu. Saya masukkan apa yang dikatakan Alor Pongsu dalam ucapan saya. Tambahan lagi, kepada fenomena banjir ini, kesannya bukan sahaja kepada rumah-rumah penduduk di kampung atau pun yang mereka dilanda banjir tetapi sebagaimana yang dikatakan banjir juga boleh menyebabkan masalah kerosakan kepada pertanian. Masalah kepada pokok sawit, masalah kepada pokok padi di mana kita tengok ada satu peristiwa berlaku di negara jiran kita di Indonesia di mana terdapat 725 hektar sawah mengalami kerugian dalam fenomena banjir dan juga kemarau yang menyebabkan kerana berlaku kekurangan air di empangan. Jadi masalah- masalah ini akan juga dialami oleh negara kita. Malah, khususnya dalam kawasan saya sendiri kawasan Bota yang telah diisytiharkan sebagai jelapang padi. Kawasan Bota/Lambor telah diisytiharkan sebagai jelapang padi. Saya sangat bimbang sekiranya fenomena banjir ini ataupun kemarau yang akan melanda negara kita ini tidak dapat kita fikirkan bagaimanakah cara-cara yang terbaik? Bagaimanakah usaha pertanian lestari yang boleh kita lakukan untuk membantu petani kita mengatasi masalah kerosakan kepada padi, masalah kerosakan kepada hasil tanaman mereka supaya kita boleh membantu mereka untuk meningkatkan pendapatan? Jadi cara pertanian lestari yang menitikberatkan produktiviti yang optimum, tanaman mampu memberi peningkatan hasil tanaman padi. Jadi maknanya kita di sini kita perlu menggunakan, perlu kita fikirkan dengan hasil dengan masalah banjir, masalah kemarau.
Pesawah kita terpaksa menggunakan lagi kos, kos di mana untuk membeli racun-racun organik dan racun-racun in-organik untuk mengatasi masalah serangan penyakit atau pun tikus. Jadi kita perlu memikirkan pendekatan-pendekatan yang lebih lestari bagi mengurangkan, bagi mengurang penggunaan bahan in-organik dalam urusan pertanian. Malah satu UPM dan MARDI pernah juga membuat kajian yang di bawah dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia dan Exco mereka telah membuat kajian untuk menghasilkan penggunaan padi yang tahan banjir ataupun yang lasak seperti padi. Variasi NMR 152 yang mana di mana Agensi Nuklear Malaysia ini telah menghasilkan satu kajian. Ada jenis-jenis padi yang tahan lasak yang boleh berhadapan mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap cuaca dan juga serangan penyakit. Jadi perkara-perkara ini perlulah kita fikirkan. Apakah solusi-solusi yang boleh kita utarakan dalam kita menghadapi masalah perubahan cuaca dan juga pemanasan global? Menurut kajian dari NAHRIM, di Lembah Klang mengalami peningkatan suhu melebihi 30 darjah Celsius dan ini telah menyebabkan rakyat di sana terdedah dengan kesan suhu panas dan menyebabkan kadar kesihatan terjejas. Baru tadi pun siapa yang mendedahkan tadi? Sahabat saya juga menceritakan tentang masalah strok haba yang sedang banyak di alamilah oleh rakyat Malaysia. Ramai yang mati mengejut ketika main sukan pun ada ketika menjalani aktiviti-aktiviti di padang ya. Ramai yang mengalami gejala strok haba.
Saya juga ingin memetik sumber BH Online, Berita Online pada 18 Mac 2024, ada kajian dari pihak Khazanah Research Institute menyatakan Perak antara lima negeri paling terdedah dengan cuaca ekstrem panas dan kurang hujan luar biasa dengan menamakan tiga daerah iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Perak Tengah sebagai paling terkesan dengan cuaca ekstrem. Perak Tengah maknanya termasuklah kawasan Bota, kawasan Belanja, kawasan Kubu Gajah dan kawasan Sungai Manik. Hal ini amat merisaukan pada hari ini kita semua sedang menghadapinya di mana negeri Perak ini dilanda, dilanda cuaca panas yang tinggi dan kurangnya hujan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim ini amat memberi kesan secara langsung terhadap kelestarian sumber air di negeri Perak. Antara kesannya ialah intensiti curah hujan yang tinggi. Perubahan iklim dapat meningkatkan intensiti hujan pada musim basah. Ini akan menyebabkan kepada peningkatan aliran sungai dan risiko banjir.
Yang kedua frekuensi dan intensiti banjir. Cuaca ekstrem dan termasuk hujan lebat dapat menyebabkan banjir yang merosakkan infrastruktur dan mengancam keberlanjutan sumber air sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Yang ketiga kekeringan. Perubahan iklim juga mempengaruhi curah hujan dan dabik sungai pada musim kemarau, kekeringan yang lebih sering dan lebih lama dapat mengurangi ketersediaan air. Kajian NAHRIM yang menyatakan negara kita akan menghadapi kemarau yang panjang bermula 2025. Jadi di sini saya sangat bersetuju sekiranya kita di peringkat Kerajaan Negeri Perak tak perlu pun nak tunggu sidang Dun. Tak perlu tunggu sidang Dun. Tak perlu nak bawa usul dalam sidang Dun. Saya sangat mengharapkan pentadbiran negeri Perak yang begitu bijaksana, yang proaktif kerana kita pun dah ada dah tadi dah sebutkan tentang kita ada dah bumi lestari. Kita ada dalam kita punya modul Perak 2030 tentang bagaimana kita nak membina…
Yang Berhormat Bota, mohon mencelah. Boleh?
Dua minit sahaja.
Boleh, terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bota. Hanya satu soalan. Kali ini soalan daripada Tronoh. Di manakah usul, tajuk usul yang mengatakan bahawa adanya persidangan Dun diadakan?
Tak, maksud saya, saya sebutkan tadi tak perlulah usul ini dibincangkan di dalam persidangan hari ini ya, untuk kita mengadakan persidangan khas.
Yang Berhormat?
Maknanya persidangan khas ini kalau nak buat on sajalah. Kami bersedia untuk menjadi pesertanya dan mendengar membincangkannya. Kita boleh jemput, kita boleh jemput pakar daripada dalam negara, kita boleh jemput pakar daripada luar negara. Kita boleh dengar sama-sama. Kalau perlu kita buat lawatan ke luar negara, kita tengok bagaimana negara-negara menguruskan mereka punya apa nama ni.
Yang Berhormat, saya nak tanya, dekat Kelantan ada buat Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan.
Speaker, YB Tronoh dia bangun dia terus cakap. Dia tak ikut peraturan mesyuarat. ikut floor la. Minta Speaker tegas sikit. Dia terus cakap je. Minta izin dahulu.
Jadi apa salahnya peringkat negeri Perak ni kita wujudkan satu cadangan untuk adakan persidangan khas.
YB Bota, YB Bota.
Saya benarkan kepada Selama, terima kasih.
Sebenarnya daripada dulu lagilah apa-apa Exco alam Sekitar ke, MB ke, dia nak buat apa persidangan pun dia masuk dalam Exco tu, dia bentang dia buat dan panggil UPEN, UPEN akan buat. Saya boleh tunjuk satu-satu UPEN dah bentang dah apa yang mereka nak buat, buat je. Nak buat persidangan kecil ka, besar ka, antarabangsa ka buat ja. Jadi kalau usul dalam ni, kalau nak buat usul, saya cadangkan mungkin usul untuk wujudkan satu RUU berkaitan dengan pemanasan global ni. Macam mana nak tangani masalah kilang yang melepaskan asap yang banyak. Macamana kita nak tangani, nak bagi orang pakai EV semua. Macam mana kita nak tangani pembakaran terbuka supaya denda lebih besar. Begitulah kalau nak buat RUU ok lah. Ini sekadar untuk usul, cadang supaya ada persidangan. Bincang dalam Exco je lah. Ada masalah ke apa pihak sana dengan dengan Exco ataupun dengan MB.
OK, OK. Yang Berhormat, bagi Bota ni ha, Yang Berhormat.
Kalau usul itu dibawa oleh pihak, pihak pembangkang, Oklah juga sebab pembangkang banyak juga pihak sana tak dengar. Jadi kita terpaksalah bawa dalam ini. Ini daripada wakil kerajaan. Bincang je lah dengan Exco. Exco pun ada peruntukan dia buat Insya Allah itu saja.
Dah ada group whatsup. Ok, ok Bota.
Last sekali, ok. Pihak, saya nak masukkan dalam.
Insya Allah, Kalau buat saya jadi peserta.
Terima kasih Selama. Saya nak masukkan juga dalam point saya, selain daripada kita memikirkan tentang pertanian lestari, apa yang boleh kita lakukan untuk menghadapi masalah banjir. Saya juga ingin mengingatkan kepada pihak pentadbiran untuk memikirkan bagaimana pihak perancangan bandar perlu memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan corak pembangunan tidak menyumbang kepada perubahan iklim yang lebih teruk. Antara punca utama perubahan iklim ialah infrastruktur yang mengutamakan, yang mengutamakan kenderaan persendirian. Tadi ada sebut tentang ini. Tapi saya nak sentuh, apa yang saya nak sentuh ni lain sikit. Kita semua sedia maklum bahawa kenderaan-kenderaan peribadi kita menyumbang kepada pelepasan gas, gas rumah hijau. Namun begitu, infrastruktur berpaksikan kereta bukan sahaja menggalakkan pelepasan gas rumah hijau melalui penggunaan kenderaan peribadi berasaskan minyak, tetapi ia juga menjadi asbab penebangan pokok-pokok di sesatu kawasan. Apakah yang saya maksudkan dengan infrastruktur berpaksikan kereta? Contohnya ialah jalan raya yang lebar dan permukaaannya, tempat dan permukaan tempat letak kereta yang luas. Dua contoh ini memainkan peranan besar yang membawa kepada memohon izin land clearing sehingga sesuatu kawasan itu menjadi panas kerana terdedah terus kepada sinaran matahari. Bukan setakat itu sahaja apabila luas permukaan turapan jalan lebih besar risiko berlaku banjir kilat juga meningkat kerana kurangnya permukaan serapan air untuk menampung larian air hujan.
YB Bota, sikit YB Bota.
Jadi apakah solusi yang perlu kita buat? Kita seharusnya menelusuri prinsip-prinsip yang kita guna pakai dalam perangkaan dalam mana kita mereka bentuk jalan raya ataupun dalam kita membangunkan sesuatu kawasan dan juga untuk kita garis panduan dalam membina tempat letak kereta. Itu antara perkara yang saya ingin cetuskan dalam sidang Dun ini. Mudah-mudahan mendapat…
YB Bota.
Mendapat, mendapat perhatian kepada pihak yang berwajib khususnya mungkin bahagian Exco Jalan Raya, Exco bahagian…
Bota bagi tak?
Saya sambung sikit lagi. Jadi, sebagai akhirnya, sebagai akhirnya saya tetap mengatakan persidangan khas itu penting tetapi membawa usul dalam sidang pada hari ini adalah sangat-sangat, saya mohon izin telah redundant. Saya berikan, saya berikan kepercayaan kepada pentadbiran yang ada pada hari ini untuk mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena global dan juga perubahan iklim yang ada pada hari ini. Sekianlah dulu Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Walaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Bota. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan, silakan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, rakan rakan media dan semua yang sedang mengikuti siaran langsung di atas talian. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Pertama sekali, terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan usul pada hari ini. Dato' Yang di-Pertua, sebenarnya saya cukup hairan sebab kenapa Ketua Pembangkang Gunong Semanggol dia membantah seawal-awalnya dia cakap tak perlulah ada perbincangan untuk menangani isu ekstrem cuaca ekstrem ini. Selepas itu, pembangkang, ahli pembangkang lain kata ini sebenarnya sangat baik tetapi tak perlu bincang di sini. Saya ingin menyuarakan ini adalah satu usul persendirian daripada Simpang Pulai seorang backbenchers. Ini tak berkaitan dengan apa-apa yang dijalankan oleh badan eksekutif. Ini adalah satu pengasingan kuasa yang sangat basic, yang sangat asas. Kita semua ni Ahli Dewan Negeri. Kita ada hak kita untuk membentangkan usul seperti mana Gunong Semanggol tahun lepas juga ingin membentangkan usul berkaitan dengan sekuriti makanan. Itu pun sangat baik. Tapi sekarang satu, Gunong Semanggol dia tidak memahami apa persidangan ini. Dia cuba untuk mengelirukan Dewan ini. Semalam dia kata kalau Exco tak perform, sepatutnya letak jawatan. Bagi saya, dia sepatutnya letak jawatan sebab dia tak tahu apa yang dia cakap tadi. Tadi Bercham sudah cakap persidangan khas ini sebenarnya satu benda yang sangat baik. Di United Nation, kita ada United Nations Climate Change Conferens dengan izin yang diadakan setiap tahun. Di Malaysia, kita ada jugak. Hujung tahun lalu di Kuala Lumpur, kita mengadakan Malaysia Pavilion COP29.Ya, Selama.
Ya, yang berkaitan dengan soalan saya tadi boleh tolong jawablah sebab ada masalah ke Simpang Pulai jumpa Exco, Exco buat jelah program tu bincang dalam Exco dan sebagainya. Kalau usul persendirian daripada pihak pembangkang ini biasa sebab kita nak bawa ke mana-mana lagi mungkin ada yang tak setuju sebagainya.
Saya tak faham logik inilah selama. Terima kasih, saya sudah sudah faham soalan tapi saya tak faham logik. Kalau macam ni kami tak sepatutnya tak perlu tanya soalan di sini, semua kami tak tanya dekat luar…
Tanya soalan boleh, boleh cuma usul biasanya kalau kita buat RUU, RUU untuk menangani masalah-masalah pemanasan global ni. Contohnya macam mana kita nak tangani…
RUU tu kalau kalau ikut logik Selama nanti Selama akan mempersoalkan kenapa kerajaan tak buat RUU itu terus sebab kita tak ada wasap group. Itu sepatutnya tak jadi masalah. Kalau ini baik sokong sahaja, jangan nanti ketua pembangkang kata tak mahu sokong nanti sini kata baik persidangan ini mereka akan nak hadir juga
Ok Selama, Selama duduk
Untuk menangani masalah pemanasan global ini bukan hanya semata-mata mengadakan persidangan. Banyak lagi. Sebab itu…
Duduk dulu bagi dia jawab dan tanya kemudian. Ok la tu duduk la.
Masalah dengan Exco ada masalah ke dengan MB tentang nak buat persidangan itu. Cadangan ini baik tak ada masalah.
Terima kasih, saya terima kasih, right. Saya dah bagi ruang yang cukup tapi logik itu saya tak terima. Saya sudah jawab kalau semua macam Selama kata kita semua Ahli Dewan Negeri sini senyap saja tak perlu cakap apa-apa itu saya tak setuju. Biar saya teruskan Dato' Yang di-Pertua…
Mohon mencelah Manong boleh?
Yang persidangan khas ini kita harus bincangkan pelan tindakan dan kita ukur dan akses progress yang berkaitan dengan tindakan, pelan tindakan untuk kita menangani ekstrem cuaca yang kita sedang hadapi sekarang ini actualy sebenarnya perubahan iklim dan cuaca yang ekstrem adalah isu yang semakin mendapat perhatian pelbagai pihak kerana ia telah mendatangkan banyak malapetaka yang semakin kerap kepada rakyat. Antaranya banjir kilat memang satu isu yang amat kritikal yang dihadapi oleh rakyat akibat daripada perubahan iklim dan cuaca yang ekstrem. Tadi Simpang Pulai pun kata kawasan yang dulunya tak ada banjir kilat sekarang berlaku juga banjir kilat. Saya sangat setuju di mana dalam tahun ini sahaja di Dun Astaka berlakunya dua kali banjir kilat yang melibatkan banyak taman perumahan iaitu pada 5 hari bulan Mac dan 8 hari bulan Mei 2024. Secara keseluruhannya, kekerapan banjir kilat di Mukim Sitiawan yang dicatatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Manjung telah meningkat kepada empat kali pada tahun ini daripada dua kali pada tahun 2023 dan 2020 serta satu kali pada tahun 2022. Pada Mac 5 hari bulan Mac yang lalu di mana banjir kilat yang melibatkan lebih daripada 10 taman perumahan, bacaan hujan yang dicatatkan adalah setinggi 124 mm. Kalau mengikut JPS kalau taburan hujan lebih daripada 60 mm adalah dikira akan berlakunya banjir kilat tapi hari itu adalah 124 mm.
Dato Yang di-Pertua, sekiranya kita perhatikan bacaan keseluruhan taburan hujan pada bulan Mac. Bacaan hujan setinggi 124 mm pada 5 hari bulan Mac adalah jauh lebih tinggi daripada taburan hujan. Hari-hari yang lain dalam bulan Mac iaitu antara 0 hingga 35 mm. Tambah-tambah pula, bermula daripada 11 hari bulan Mac sehingga 24 hari bulan Mac di pekan Sitiawan merekodkan tidak berhujan untuk 14 hari berturut-turut. Maka sekarang kami tengah mengalami cuaca ekstrem yang tidak menentu dan cuaca boleh berubah dengan tiba-tiba. Jikalau kita ingat hanya pada musim monsun, ada risiko banjir atau banjir kilat. Sekarang memang sudah bukan begitu. Taman taman yang dilanda banjir kilat pada 5hb Mac di Sitiawan termasuklah Taman Mawar, Taman Bauhinia. Taman Rasa Sayang 2, Taman Terus Maju, Taman Sepakat, Taman Pelangi, Taman MAS, Kampung Koh, Taman Hijau, Taman Sri Koh, Taman Jaya dan banyak lagi taman-taman lain. Ada daripada taman-taman ini supaya tidak berlaku banjir kilat sebelum ini tetapi pada 5hb Mac telah berlakunya banjir kilat.
Dato Yang di-Pertua pertambahan air hujan secara ekstrem telah menampakkan sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung dan kerap menyebabkan banjir kilat. Bacaan hujan 124 mm itu adalah bacaan yang luar biasa tetapi sekiranya satu tahun berlaku empat kali banjir kilat di kawasan yang sama, maka banjir kilat itu sudah jadi perkara yang biasa. Hal ini kerana sistem perparitan yang lama sudah tidak dapat menampung pembangunan yang pesat dan populasi- populasi penduduk yang semakin ramai. Contohnya, seperti longkang lama yang kecil tidak dinaik taraf turut menambah kecenderungan kepada berlakunya banjir kilat. Di Sitiawan biasanya pembangunan baru akan disyaratkan oleh majlis untuk menyediakan longkang yang lebih besar saiznya tetapi ia masih bersambung kepada longkang skim perumahan yang lama dan ini menyebabkan pengaliran air yang perlahan dan juga Dato' Yang di-
Pertua, ada juga di mana longkang tidak diselenggara ataupun tidak dicuci. Contohnya, di Kampung Baru Cina yang tidak dan yang penyelenggaraannya tidak dimasuk ke dalam skop konsesi Puncak Emas. Saya setuju dengan tadi, YB Buntong membangkitkan kita kena memperbaiki kontrak konsesi Puncak Emas kerana ada jugak contoh-contoh macam ini. Di mana longkang itu tidak diselenggara oleh konsesi pihak konsesi dan juga PBT juga tidak menyelenggara longkang tersebut. Oleh itu, kita kena tahu kita kena faham keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat di kawasan.
Dato Yang di-Pertua, selain itu, di Sitiawan terdapat pertindihan kuasa dalam penyelenggaraan longkang sepanjang jalan besar seperti Jalan Lumut di mana jalan tersebut telah dibesarkan dan longkang dibina di atas tanah rizab PBT menjadikan penyelenggaraan longkang tidak dijalankan kerana terdapat pertindihan dalam bidang kuasa. Namun demikian, perbuatan-perbuatan manusia ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya dengan izin Act of God itu di luar kawalan manusia. Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Daerah Manjung dan agensi-agensi yang berkenaan kerana mereka telah memanggil satu mesyuarat khas pada 13 Mei 2024 untuk menyelesaikan isu banjir kilat di Sitiawan. Termasuklah MPM, JPS, APM dan agensi-agensi lain.
Dato Yang di-Pertua isu fenomena cuaca ekstrim ini dan perubahan iklim semakin tidak menentu dan boleh mendatangkan ancaman kesihatan dan nyawa kepada manusia. Fenomena El Nino yang bukan merupakan benda baharu di negara kita telah pun melanda negara kita sejak hujung tahun lepas sehingga pertengahan tahun ini dan menampakkan cuaca yang panas luar biasa. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengesahkan tahun ini adalah paling panas selepas tahun 1998 dengan fenomena El-Nino dijangka berterusan sehingga bulan ini.
Antara risiko kesihatan yang sering dikaitkan dengan El Nino…El-Nino, termasuk kegagalan fungsi organ badan akibat suhu teras badan melebihi 40 degree celcius, keletihan dan kelesuan, pitam atau pengsan dan kekejangan otot. Gejala-gejala awal ini boleh mendatangkan risiko kematian sekiranya tidak diberikan perhatian segera dan serius serta rawatan sewajarnya. Pertubuhan Meteorologi Dunia (MWO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah pada bulan Mei 2024 menerusi laporan keadaan iklim Asia 2023 mendedahkan sebanyak 79 bencana hidrometeorologi berlaku di benua Asia pada tahun lalu dengan 80 peratus daripadanya adalah berkaitan dengan banjir. Ia juga membabitkan seramai 2,000 kematian dan 9 juta manusia yang terkesan akibat daripada bencana itu. Selain itu, Setiausaha Agung World Meteorological Organisation (WMO) berkata, perubahan iklim memburukkan lagi kekerapan dan keterukan peristiwa itu memberi kesan kepada masyarakat, ekonomi dan paling penting kehidupan manusia dan persekitaran tempat tinggal kita.
Manakala selepas ini fenomena La Nina yang juga akan melanda akan menyebabkan suhu sejuk luar biasa di Lautan Pasifik dijangka muncul pada separuh kedua 2024 membawa taburan hujan yang tinggi di negara kita. Dijangka fenomena La Nina, akan berlarutan sehingga bulan September, di mana bulan November akan bermulanya monsun timur laut. Dato Yang di-Pertua. Oleh itu, Astaka menyokong cadangan Simpang Pulai untuk mengadakan persidangan khas. Ya Buntong…
Buntong mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Astaka memberi Buntong ruang untuk mencelah Dato’ Yang di-Pertua, Buntung ingin meminta pandangan. Yang Berhormat Astaka merujuk kepada hujahan yang dibawa oleh YB-YB sebelah sana tentang persidangan khas ini sebenarnya tidak relevan dan ada juga YB Bota menyebut tadi ia redundant dengan izin yang langsung tidak boleh diterima. Saya nak tanya YB Astaka. Bukankah peluang ataupun platform persidangan khas ini yang dibawa melalui usul oleh Yang Berhormat Simpang Pulai sebenarnya satu platform yang memberi ruang kepada YB-YB di sebelah sana termasuklah YB Gunong Semanggol juga untuk menjadi sebahagian ahli daripada kepada persidangan khas ini untuk memaksa jabatan-jabatan yang berkenaan, agensi kerajaan termasuklah Exco termasuklah Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga malah kita boleh juga menjemput agensi-agensi dan termasuk menteri-menteri yang berkenaan untuk menjalankan apa-apa perancangan yang kita perlu untuk menangani isu banjir kilat dan perubahan iklim. Kita tak nak. Kita tak nak mentaliti yang sama di mana kita bersiap sedia untuk menghadapi banjir. Kita nak mengelakkan isu banjir berlaku. Jadi kenapa menolak peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha untuk mencegah banjir dan perubahan iklim kesan-kesan negatif. Kenapa menolak peluang ini?
Saya sangat setuju. Yang Berhormat Buntong. Sebabnya kami di sini kita di sini sebagai Ahli Dewan Negeri sepatutnya kita rendahkan diri kita bukan serba tahu. Kita bukannya semua kita tahu seperti mana Gunong Semanggol cakap tadi tidak perlu bincang apa yang perlu bincang. Adakah kemungkinan kita boleh menangani perubahan iklim ini seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Buntong? Saya setuju sangat kita dalam persidangan khas ini kita melibatkan pakar-pakar yang berkaitan dengan bidang ini yang berkaitan dengan perubahan iklim dan juga agensi-agensi yang berkenaan termasuklah ada kita ada di sini.
Astaka memohon mencelah.
JPS dan lain lain. Ya.
Astaka.Terima kasih kepada Astaka. Yang Berhormat Speaker. Di awal tadi, Astaka ada menyebut tentang tiga cabang pengasingan kuasa perundangan, kita ni lah, kehakiman dan juga eksekutif, pentadbiran tetapi apa yang sebenarnya berlaku, apa yang kami lihat usul daripada Pasir Pinji sebenarnya lebih kepada bidang kuasa pentadbiran.
Usul Simpang Pulai.
Sorry minta maaf. Usul daripada Simpang Pulai lebih kepada usul yang di bawah bidang kuasa pentadbiran eksekutif bukan perundangan untuk mengadakan persidangan cukup sekadar di bawah bidang kuasa pentadbiran dan juga eksekutif. Ia bukan bidang kuasa perundangan legislatif kena faham tiga bidang kuasa kena faham itu Yang Berhormat Astaka. Terima kasih.
Saya rasa Manong kena fahamkan. Perintah perintah tetap dulu. Bidang kuasa memang kalau berkaitan dengan pentadbiran. Memang semua berkaitan dengan eksekutif tetapi sebagai Ahli
Dewan Negeri ini hak kita untuk membentangkan usul persendirian ini kena baca dulu. Kalau…
Ya. Hak itu boleh dilaksanakan oleh bidang pentadbiran. Kenapa kita nak mencampuri hak yang diberi kepada pentadbiran? Kita bukan nak bincang RUU kalau usul itu melibatkan enakmen tentang cuaca kita setuju tetapi ini tidak melibatkan bidang kuasa perundangan ini hanya sekadar nak meluluskan persidangan, itu pentadbiran boleh buat.
Mohon mencelah.
Pentadbiran boleh buat tak perlu kepada pengurusan Dun.
Mohon mencelah. Mohon mencelah.
Terima kasih.
Mohon mencelah.
Ya, YB Buntong.
YB Astaka saya nak tanya saya merujuk kepada soalan yang baru dibangkitkan oleh YB tadi Ia YB belah sana YB Manong. Adakah YB Manong menolak peluang untuk bekerjasama menangani isu ini? Adakah tugas YB hanya untuk membuat undang undang? Jadi tak nak selesaikan masalah rakyat di luar sana. Sehati sejiwa dengan semua pegawai-pegawai kerajaan menyelesaikan masalah rakyat tak nak ini ini peluang keemasan bagi saya, saya nak menjadi sebahagian daripada komuniti ini.
Walaupun ini peluang saya tapi saya bagi maklum Manong jawab. Soalan ini.
Apa cakap dari Buntong sebenarnya tidak berbangkit sama sekali,
Jawab saja YB jawab saja… .
Takda di pihak kami untuk menolak sebarang perbincangan…
Tak nak jawab, nak...............
Cuma saya kata bidangkuasa untuk mengadakan mengadakan persidangan adalah bidang kuasa pentadbiran. Jika pentadbiran jemput kami, kami akan datang. Beri pandangan kami akan melibatkan sama sepenuhnya 100% tetapi bukanlah dalam sidang Dun ini untuk meluluskan satu persidangan itu. Bidang kuasa pentadbiran kita ini legislatif perundangan. Tiga konsep bidang kuasa perlu dimaklumkan.
Yang Berhormat Astaka.
Terima kasih.
Ada tak Yang Berhormat Astaka setuju juga jika dengan persidangan khas ini adalah kita puncanya dari dewan kalau dewan luluskan usul ini, punca kuasa itu daripada dewan. Bukan sahaja pentadbiran dengan apa-apa keputusan daripada persidangan khas itu. Semua saya rasa bahagian dalam keputusan itu kita boleh berikan keputusan untuk Exco-Exco dan semua jabatan dan ahli ahli semua sekali. Kita sama-sama untuk menangani isu …
Ya ya. Betul…
Dan kita adalah di atas, bukan di bawah. Exco …
Kami tidak mempersoalkan persidangan …
Manong…manong…
Kami tidak mempersoalkan persidangan…
Ini ini peluang saya Manong. Manong. Ini peluang saya sekarang…
Adakan terus persidangan Insyallah kami datang.
Terima kasih.
Di sini.
Saya cukup setuju dengan Yang Berhormat Pantai Remis.
Astaka mohon bagi laluan Astaka.
Ya Gunong Semanggol saya beri laluan kepada Ketua Pembangkang. Boleh…
Terima kasih Astaka.
saya standy juga. Gentlemen.
Yang lain duduk bagi Gunong Semanggol bagi lepas Gunung Semanggol ja.
Saya rasa. Jangan kita nak miss lead Dewan ini. Saya membahaskan tunggu jap…
Ketua pembangkang yang miss lead always.
Tajuk usul itu mengadakan persidangan khas untuk membahas fenomena ini. Bab kalau tengok balik bererti apa yang saya cakap, saya bersetuju sekiranya kita membuat rang undang-undang untuk mengadakan satu pelan tindakan ke atas mengatasi…
Ketua pembangkang mengelirukan. Dewan ini sekali lagi tadi. Dia kata tak payah buat dia kata bincang sahaja apa kegunaannya. Apa kemungkinan kita boleh selesai.
Boleh rujuk balik hansard.
Sekali lagi ketua pembangkang mengelirukan, memesongkannya. Dewan yang mulia ini.
Saya tak setuju dengan tajuk itu nak panggil orang mengadakan persidangan khas untuk membincangkan fenomena itu dia…
Tajuk, tajuk ini kan?
Terima kasih
Ketua Pembangkang Ya, saya pun cukup setuju dengan tajuk ini. Kalau boleh Ahli-ahli Dewan Negeri, pembangkang perlulah…
Sekejap saya nak sikit yang Astaka. Astaka setuju kalau kita kata kita tak tak mahu ialah kerajaan yang banyak cakap, tapi action takdak jadi kita nak bawa hanya untuk bercakap saja action takda kita nak bincang action.
Yang Berhormat Astaka.
Ya, Pantai Remis.
Masih ingat tak? Apabila pada sidang lepas kita bincang tentang RUU air tu sebelah pihak pembangkang marah bising kerana tak ada peluang untuk bincang isu ini. Apabila kita usul untuk ada persidangan khas mengapa semua tak setuju? Dan juga Yang Berhormat Semanggol dia sebagai wakil pembangkang dalam jawatankuasa. Tapi ahli-ahli pembangkang kata tak ada opinion. Apa tu pandangan cadangan tidak disampaikan. Itu salah siapa. Jadi sekarang kita ada usul persidangan khas untuk semua atau tak itu tak baik.
Gunong Semanggol. Ini floor saya terima kasih. Gunong Semanggol kita kena fahamkan. Istilah persidangan dalam Inggeris adalah konvensyen seperti mana yang kita sebut tadi Bercham dan saya sebut ini adalah satu acara tahunan di United Nations untuk bincangkan apa yang kita perlu buat untuk menangani perubahan iklim.
Astaka, semua Ahli-ahli Yang Berhormat masa dah habis sebenarnya. Jadi saya bagi astaka untuk gulong dan simpulkan perbahasan ini. Terima kasih.
Terima kasih Dato Yang di-Pertua Saya rasa di sini sebenarnya semua orang semua Ahli Dewan Negeri setuju Persidangan khas ini sangat baik termasuklah ahli-ahli pembangkang tadi. Mereka kata mereka pun akan hadir. Kalau ada persidangan khas ini, saya rasa ada juga kita punya pegawai-pegawai di sini melihat apa sikap kita dalam menangani perubahan iklim ini. Kalau baik kita kena sokong kita jangan bangkang kerana jadi pembangkang. Oleh itu, Astaka mohon menyokong usul. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di kawasan Astaka dan semua pembahas-pembahas Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah berbahas berkaitan dengan usul yang dibentangkan oleh Simpang Pulai ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini, dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis esok 11hb Julai 2024, saya ingatkan pukul 9.00 pagi. Kita balik kepada 9.00 pagi kerana kita ada urusan esok. Jadi kita balik kepada 9.00 pagi. Jadi kena bangkit awal sikit la. Datang awal sikit, ada breakfast kita siapkan. Terima kasih.