Perak · 11 July 2024

15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 194 turns · 23,787 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga Mesyuarat Kedua Tahun Kedua Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 11 Julai 2024 jam 9.06 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Yang pertama, sebagaimana yang telah dimaklumkan semalam kod QR yang berada di atas meja setiap Ahli Dewan dan ketua jabatan telah boleh digunakan. Suka untuk saya mengingatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan diminta untuk mengisi kehadiran menggunakan kod QR yang disediakan dan aturan urusan mesyuarat beserta senarai giliran soalan-soalan lisan boleh diperolehi dengan mengimbas kod tersebut. Seperti kebiasaannya, sesi soalan lisan pada hari ini juga akan berlangsung selama 3 jam. Setiap soalan lisan akan diberikan 2 soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli-ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan. Perkara yang kedua berkenaan hansard rasmi, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urus setia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan, sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekali lagi tempoh masa soalan lisan selama 3 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 kali kalau ada isu-isu semasa yang Speaker anggap popular dan perlu dilayani dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Baharu yang melontarkan pertanyaan mengenai usaha menjayakan agenda sekuriti makanan dan bagaimana rakyat boleh dilibatkan secara langsung dengan mengusahakan tanah-tanah pertanian.

Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan projek yang digembleng merentasi jabatan bagi menjayakan agenda sekuriti makanan, Kerajaan Negeri sangat mengalu-alukan keterlibatan rakyat dalam aktiviti pertanian sekaligus dapat sama-sama merealisasikan agenda tersebut. Kerajaan Negeri Perak secara prinsipnya telah menyediakan sumber tanah yang boleh diakses untuk dijadikan sebagai projek tanaman makanan iaitu di kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan zon keterjaminan makanan dan mana-mana tanah kerajaan yang sesuai untuk dibangunkan bagi maksud tersebut. Oleh itu, rakyat yang tidak mempunyai tanah tetapi berminat untuk mengusahakan tanah bagi projek tanaman makanan boleh mengemukakan kertas cadangan dan mengisi borang permohonan bersama dengan pelan tapak ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk pertimbangan sama ada melibatkan permohonan bagi kategori pemberikan tanah kerajaan ataupun lesen pendudukan sementara.

Bagi permohonan pemberimilikan tanah kerajaan berkeluasan 2 ekar ke bawah iaitu tanah tersepit, kuasa melulus ialah pentadbir tanah, manakala permohonan untuk tanah melebihi 2 ekar boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan dengan tempoh pajakan tidak melebihi 99 tahun. Bagi kategori lesen pendudukan sementara (LPS), permohonan boleh diajukan kepada pentadbir tanah bagi tanah yang berkeluasan 5 ekar ke bawah. Manakala permohonan bagi keluasan melebihi 5 ekar perlu dibawa untuk pertimbangan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Tidak cukup dengan itu, mereka yang berminat untuk menjalankan aktiviti pertanian juga boleh mengajukan permohonan di bawah kategori pajakan tanah rizab. Jenis tanah yang tergolong dalam kategori ini termasuklah tanah lapang, tanah lombong dan juga tanah rizab sungai yang berwarta. Bagaimanapun, permohonan mengusahakan tanah bagi kategori pajakan tanah rizab akan melalui proses penyempurnaan pewartaan dan penawaran pajakan. Bagi tanah rizab berkeluasan 20 ekar ke bawah, permohonan akan diproses oleh pentadbiran tanah dengan melengkapkan laporan tanah dan ulasan agensi teknikal. Bagi tanah rizab berkeluasan lebih 20 ekar hingga 50 ekar pula permohonan perlu diajukan kepada pihak pentadbiran tanah yang berkaitan sebelum ia dikemukakan untuk perakuan kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.

Sementara itu, bagi permohonan melebihi 50 ekar, permohonan hendaklah dikemukakan melalui pentadbiran tanah dengan pertimbangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak sebelum diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangan kelulusan. Permohonan pajakan tanah rizab untuk aktiviti pertanian boleh dipajak dengan tempoh minimum setahun dan maksimum 21 tahun. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri pula melibatkan tempoh pajakan tidak melebihi 21 tahun.

Untuk makluman Yang Berhormat, setiap permohonan akan melalui proses-proses tertentu selepas mengemukakan permohonan dengan bayaran fi, semakan senarai semak dokumen akan dilakukan oleh pihak pentadbir tanah dan fail permohonan yang disahkan lengkap akan dihantar bagi tujuan permohonan ulasan jabatan teknikal serta penyediaan kertas mesyuarat yang kemudiannya akan dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian. Sebaik menerima fail permohonan, pihak Pejabat Tanah dan Galian akan membuat penelitian dan sekiranya permohonan disahkan lengkap dan memenuhi kriteria yang sepatutnya, proses charting dan penyediaan kertas mesyuarat akan dibuat bagi tujuan mendapat kelulusan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian untuk Pihak Berkuasa ataupun Pihak Berkuasa Negeri. Selepas mendapat kelulusan, surat kelulusan akan dihantar ke pejabat pentadbir tanah berkaitan yang kemudiannya akan mengeluarkan surat kelulusan dan Borang 4E kepada pemohon. Pemohon perlu menyediakan perjanjian yang akan diteliti oleh Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri sebelum dimuktamadkan. Tempoh pertimbangan kelulusan bagi semua jenis tanah berkenaan sama ada bagi kategori pemberian hak milik, lesen pendudukan sementara atau pajakan tanah rizab adalah bergantung kepada penyediaan dokumen yang lengkap selain tertakluk kepada laporan tanah serta ulasan agensi teknikal mengikut maksud permohonan yang dikemukakan. Pejabat PTG Perak juga sentiasa menambah baik urusan memproses permohonan pelupusan tanah yang lebih cepat iaitu melibatkan pemendekkan proses dalam sistem e-Tanah untuk diaplikasikan di semua pentadbiran tanah Negeri Perak. Langkah ini dapat memastikan urusan pelupusan tanah disegerakan dalam mencapai objektif dasar sekuriti makanan di Negeri Perak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Kota Tampan. Cuma dalam soalan tambahan ini, saya juga ingin memaklumkan bahawa bukan sekadar tanah-tanah pertanian, apa yang saya nak maksudkan adalah juga kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh nelayan sebagai untuk menambah pendapatan. Contohnya, lot-lot ternakan kerang, rumah rakit yang mereka jadikan kelong dan juga sangkar-sangkar ikan. Mereka juga memerlukan lesen dalam bentuk lesen LMS dan TOL kerana mereka perlukan semua ini untuk membolehkan mereka mendapatkan

SKL dan MyGAP. So dalam soalan ni saya suka tambahkan proses tu kita nak bagi dipermudahkan agar ianya dapat dipercepatkan. Itulah soalan tambahan saya.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Baharu. Bila kita bercakap berkaitan dengan sekuriti makanan, ia bukan sahaja khusus kepada pertanian semata-mata. Ia juga melibatkan penternakan dan juga perikanan. Jadi Yang Berhormat menjuruskan kepada perikanan. Untuk makluman Yang Berhormat untuk tujuan penternakan ikan, jabatan yang bertanggungjawab ialah Jabatan Perikanan. Tapi kalau kawasan itu adalah kawasan hutan bakau, dia akan melibatkan jugak Jabatan Perhutanan sebab Jabatan Perhutanan adalah pengawal kepada hutan bakau tersebut.

Walaubagaimanapun, jika ada nelayan yang berminat untuk mendapatkan TOL bagi tujuan penternakan ikan, yang pertama sekali, Jabatan Perikanan hendaklah mempastikan sama ada kawasan tersebut sesuai atau tidak. PH air itu akan menentukan sama ada kesesuaian sesuatu ternakan ikan itu boleh dibuat di tempat berkenaan termasuk jika kerang kerana tanah dalam lautan itu juga perlu dipastikan oleh Jabatan Perikanan sama ada dia sesuai untuk ternakan kerang. Tapi jika Yang Berhormat bermaksudkan kawasan itu adalah juga adalah merupakan kawasan hutan bakau, ia bukan sewenang-wenangnya Kerajaan boleh melupuskan hutan bakau tersebut sebab hutan bakau ini biasanya adalah ada kegunaan tersendiri terutama sekali untuk mengelakkan berlaku rombakan ataupun dulu kes tsunami, kawasan hutan bakau itu adalah merupakan salah satu daripada penghalang, penghadang kepada kerosakan pantai. Jadi, walaubagaimanapun, jika Yang Berhormat ada orang yang berminat untuk memajukan kawasan tersebut, boleh membuat permohonan seperti saya sebutkan tadi tapi terikat dan tertakluk kepada ulasan jabatan teknikal, Jabatan Perikanan dan juga Jabatan Perhutanan. Terima kasih.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tajuk tentang tanah TOL hari ini saya nak lencong sikitlah daripada pertanian. Ada dua soalan di sini. Yang pertama di Kampung Chak Raya Changkat Lobak, ada seorang rakyat saya, 50 orang, 40 50 orang dah dapat TOL nya tu. Dia seorang ni terlepas banci. Dia dah mohon 3 kali, tiap-tiap kali mohon dekat-dekat seratus, boleh ke bantu, yang pertama. Yang kedua, Kampung Matang Merbau di Dun Alor Pongsu, dah 3 generasi dah. Saya mohon ataupun nak minta bantuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar mereka diberi taraf TOL. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Boleh sekali nih

Yang di-Pertua

Boleh ya Menteri Besar, minta Semanggol. Soalan ya.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih kerana bagi peluang dan terima kasih sahabat saya. Semalam apa duduk dengan apa Yang Berhormat dia sajalah kata terima kasih kerana hormat kerana bagi peluang, jadi terima kasih. Yang Amat Berhormat sahaja. Yang pertama kita nak tanya pasal itulah fasal tanah ini, kita ada satu perundangan lah bahawa tanah padi ini tak boleh ditukarkan status dia. Tapi dengan isu air yang tak berkesudahan di jelapang padi Kerian sudah hampir 2,000 ekar lebih. Kita boleh tengok tukar sawit. Tapi kalau kita dia tak tukar sawit, bendang dia tu, kadang-kadang habis musim tak boleh nak tanam sebab ada air. Jadi apa dalam keadaan dia mungkin Kerajaan Negeri apa perancangan kita untuk sebab tanah ini kita panggil orang susah ni tanah ni untuk kehidupan bukan untuk kekayaan. Jadi kalau dah sumber tanah tu tak boleh menjadi sumber pendapatan, maka tak ada alternatif lain dia terpaksa tukar sawit. Jadi apa alternatif kita kepada itu. Itu yang pertama dan yang kedua, masalah permohonan tanah. Kita tahulah di Pejabat Tanah. Dia kata kalau nak mintak kita dengar ada orang kata nak mintak kena teroka dulu. Nak kena pergi teroka dulu tunjukkan kita duduk di alam baru boleh minta TOL. Takkan kita nak gigit telur kat hutan kita nak mintak TOL. Bila kita pergi teroka kita langgar Akta Tanah. Mana satu kena dulu ni. Ayam dulu ke telur dulu. Nak teroka dulu baru mintak atau pun nak mintak dulu baru teroka. Kalau pergi mintak contohnya mungkin DO-DO tanah ramai dia kata kena pergi buatlah dulu pastikan dulu. Kan. Jadi kita nak kena ada jelaslah mana dulu. Ok terima kasih Yang Berhormat Yang Amat Berhormat dan terima kasih sahabat Tuan Speaker.

Yang di-Pertua

Ayer Kuning sekejap. Bagi Menteri Besar jawab dulu.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Dato' Seri rangkum terus.

Yang di-Pertua

Nak rangkum juga? Menteri Besar boleh?

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Boleh. Dato' Seri memang orang hebat. Kita tahu. Terima kasih Dato' Speaker. Ayer Kuning setujulah berkaitan dengan LMS ini dipermudahkan atau pun menghalalkan aktiviti pengusaha-pengusaha ini. Jadi ada masalah besar berkaitan kepentingan negeri ialah berkaitan dengan peneroka-peneroka haram. Jadi peneroka haram ini kita perlu ambil tindakan yang drastik kerana peneroka haram ini kita sama ada kita nak halalkan mereka atau pun nak teruskan mereka mengusahakan. Ianya tidak diambil tindakan akhirnya merugikan Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua

Soalan?

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Soalan saya bersetuju dengan LMS dipermudahkan dan bagaimana tindakan Kerajaan Negeri berkaitan dengan peneroka-peneroka haram ini yang mengusahakan tanah tanpa ada kelulusan daripada mana-mana pihak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ya Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih sekali lagi Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengemukakan soalan tambahan. Untuk respon kepada Yang Berhormat Gunong Semanggol, dia adalah menjadi kesalahan mana-mana orang yang meneroka tanah kerajaan. Jadi tak betul kalau ada arahan mengatakan teroka dulu baru mohon. Itu salah. Jadi orang kena memohon secara sah, bila dia mohon kepada Pejabat Tanah, Pejabat Tanah akan membuat kajian sama ada tanah tersebut benar-benar wujud atau pun tanah tersebut sudah ada tuan punya atau pun belum atau pun status tanah tersebut tanah rampas dan pelbagai lah. Jika tanah tersebut tanah kerajaan, tanah kosong, yang pada pendapat Pejabat Tanah dan Daerah bersesuaian untuk tujuan permohonan. Kalau mohon itu tujuan dia untuk bercucuk tanam dan kajian menunjukkan yang dibuat oleh Pejabat Tanah Daerah, kajian menunjukkan tanah itu tanah kerajaan yang sesuai untuk dipohon dan sesuai untuk diusahakan, jadi biasa dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah, dipersetujui, dipersetujui. Jika lebih kurang daripada dua (2) ekar, Pejabat Tanah sahaja yang akan meluluskannya. Tapi kalau lebih, dia kena bawa ke PTG, PTG akan sediakan paper untuk dibawa ke Mesyuarat Exco, Exco akan lulus dan biasanya setelah lulus, maka minit tu dikeluarkan, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah akan menyediakan prosedur untuk memberi hak milik tetapi kedapatan memang ramai orang yang teroka walaupun salah. Bila dia teroka dan dia telah pun bercucuk tanam ada hasil, dia mohon. Kita lulus tapi dia kena bayar denda enam (6) kali ganda kerana dia telah meneroka tanah kerajaan. Jadi maksudnya tak betul kalau kata kena teroka dulu. Yang itu memang salah. Tapi kalau dia teroka dan dia mohon, kita lulus dengan denda enam (6) kali. Ok.

Yang Berhormat Gunong Semanggol, eh Yang Berhormat Alor Pongsu tadi, Yang Berhormat, biasa bila ada orang memohon tanah TOL, macam saya sebutkan tadi, Pejabat tanah akan pergi lihat dulu dan melihat ini tanah siapa sebenarnya ni. Jika tanah itu adalah tanah rizab JPS, contohnya, JPS akan dirujuk dan JPS akan buat ulasan sama ada ia dibenarkan ataupun tidak. Jika JPS tak bersetuju contoh jika sekiranya diluluskan TOL kepada orang yang bertanam sayur, maka aktiviti itu boleh menyebabkan rebakan berlaku pada parit dan saliran. JPS biasanya tak akan setuju. Ataupun jika tanah itu tanah JKR tanah apa, ROW ya? JKR tak setuju kerana atas sebab-sebab keselamatan. Maka, bawa ke Pejabat Tanah of course Pejabat Tanah akan tolak walau pun dia dah teroka lima tahun ke enam tahun kerana ia tak boleh diluluskan sebab jabatan-jabatan pengawal itu sama ada JPS atau JKR atau mana-mana tak bersetuju dengan permohonan tersebut. Jadi kita akan tolak Yang Berhormat walau pun kita tahu dia buat jugak lah, kita akan tolak. Baik.

Yang Berhormat apa nama, Ayer Kuning tadi. Soalannya lebih kurang sama dan seperti biasa jika terdapat mana-mana orang yang meneroka tanah kerajaan, bila dia dah teroka, jika sekiranya tiba-tiba kerajaan nak membuat satu-satu pembangunan atas tanah tersebut, jadi kerajaan akan mengambil tanah tersebut tanpa apa-apa pampasan sebab ia adalah merupakan tanah kerajaan. Tapi jika dia meneroka, biasanya notis akan dikeluarkan supaya mereka memberhentikan penerokaan. Jika tidak juga, maka menjadi hak bagi pihak berkuasa tanah daerah untuk mengambil tindakan sama ada kita merampas atau kita menyita atau pun kita memusnahkan tanaman itu kerana itu adalah hak kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk mengemukakan nombor soalan. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan Manong soalan nombor dua.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam sejahtera Selamat Pagi. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Manong yang telah mengemukakan dua soalan yang berkaitan dengan perikanan nelayan darat. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perikanan Malaysia mencatatkan seramai 1,471 orang Negeri Perak terlibat dengan bekerja sebagai nelayan darat dan darat ikan sebanyak 2,695.33 tan metrik. Pendaratan ini merupakan nilai pendaratan ikan darat yang tertinggi di Malaysia. Lampam sungai dan udang galah merupakan spesies ikan utama yang di darat oleh nelayan darat di Perak dan diikuti dengan ikan baung, tenggalan dan juga loma dan tidak meminggirkan pembangunan sahsiah dan keterampilan nelayan darat. Semua program latihan bagi meningkatkan keterampilan nelayan boleh diakses melalui laman sesawang diselaraskan di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pendaftaran adalah percuma. Sebarang pertanyaan bagi mohon khusus boleh dibuat dengan menghubungi Cawangan Pengembangan Perikanan Negeri Perak. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kepada nelayan darat untuk menyertai Komuniti Perikanan myKP bagi mendapat info latihan terkini daripada pihak Jabatan Perikanan Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun 2024 Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan telah merancang beberapa penganjuran siri kursus dan latihan kemahiran seperti berikut:

Yang pertama, pembenihan udang galah di antara tarikh 13 hingga 15 Ogos 2024, Pusat Penetasan Udang Galah, Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.

Yang kedua, Kursus Asas Ternakan Udang Marin 19 hingga 21 Ogos 2024 iaitu di Institut Penyelidikan Perikanan Gelang Patah, Johor.

Yang ketiga Kursus Pengendalian Teknologi Pembenihan dan Asuhan Ikan Marin 16 sehingga 18 Julai 2024 di Institut Penyelidikan Perikanan Tanjung Demong, Terengganu.

Yang keempat Kursus Pemprosesan Hasilan Perikanan Laut Terbuka bergantung permintaan, Pusat Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Manjung.

Yang kelima, Kursus Pemprosesan Hasilan Perikanan Darat Terbuka bergantung pada permintaan, Pusat Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Lenggong.

Yang keenam, kursus singkat Kejenteraan Penyelenggaraan Enjin Sangkut Terbuka dan bergantung kepada pada permintaan, Pusat Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Manjung.

Yang ketujuh, Kursus Asas Pembinaan Bot Gentian Kaca Simen Ferro Terbuka bergantung kepada permintaan iaitu di Pusat Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Manjung.

Pihak Jabatan Perikanan juga mengalukan komuniti nelayan darat khususnya memohon kursus-kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka dan kesemua kursus ini adalah percuma. Selain daripada kursus berkenaan, kerajaan juga boleh melaksanakan kursus yang bersifat in-situ yang mana tenaga pengajar akan mengajar di kawasan berhampiran dengan komuniti nelayan yang berkaitan.

Bagi jawapan soalan yang kedua. Untuk makluman Yang Berhormat juga, buat masa ini, kerajaan masih tiada sebarang rancangan khusus untuk pusat penternakan udang dan ikan air tawar di Ulu Kenas, Kuala Kangsar memandangkan terdapat sebuah Pusat Ikan Hiasan Enggor yang turut menjalankan Program Latihan Perternakan Ikan, Pengeluaran Ikan Hiasan, Tumbuhan Hiasan Akuatik, Pengeluaran Benih Ikan yang berhampiran. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana individu dan pihak syarikat untuk menjalankan usaha pengeluaran benih dan penternakan ikan dan udang air tawar untuk membekalkan benih ikan untuk tujuan ternakan tempatan. Selain daripada itu, kerajaan di sepanjang tahun ada menawarkan program latihan dan juga kemahiran pengeluaran benih ikan dan teknik ternakan ikan kepada orang awam yang bermatlamat untuk memajukan industri akuakultur negara terutamanya di Negeri Perak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Manong.

Yang Berhormat Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco di atas penjelasan yang diberikan. Untuk soalan tambahan juga berkaitan dengan sektor perikanan iaitu penternakan ikan sangkar yang banyak beroperasi di sepanjang Sungai Perak. Mereka ini sangat bergantung kepada kualiti air dan banyak kes yang kita lihat penternak ikan sangkar rugi berpuluh ribu sekelip mata kerana air sungai tiba-tiba tercemar. Soalan saya, bagaimana pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Perikanan, mungkin kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau aktiviti-aktiviti, mungkin industri, kilang-kilang kecil dan sebagainya yang mungkin boleh menyebabkan sungai tercemar. Apakah pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Perikanan bersama dengan JAS untuk mempastikan air sungai ini sentiasa tidak tercemar dan satu lagi adakah pihak Jabatan Perikanan mempunyai data yang khusus, berapakah jumlah kilang yang beroperasi di sepanjang persisiran Sungai Perak bagi maksud untuk pemantauan dan pengawalan sungai? Itu saja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Manong. Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, tanggungjawab pemantauan kualiti air sungai menjadi tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Perikanan Negeri Perak mempunyai SOP bagi bertindak menangani kes kematian ikan secara besar-besaran di perairan umum termasuk semua sungai-sungai, tasik dan bekas lombong. Pasukan bertindak terdiri daripada Cawangan Biosekuriti, Perikanan Negeri dan Pejabat Perikanan setiap daerah yang menerima aduan kes kematian akan melaksanakan program pensampelan ikan dan air untuk mengesan punca kematian besar-besaran berkenaan. Pemerhatian awal adalah terhad terhadap kandungan oksigen terlarut (dissolved oxygen) atau pun DO di dalam air. Petunjuk awal melalui DO adalah sekiranya DO rendah dan berada di bawah 2mg/liter akan mengakibatkan kebanyakan spesies ikan mati. Keadaan ini berlaku, terdapatnya aktiviti biologikal dan kimia di dalam air. Selain daripada itu, pemantauan berkala di kawasan-kawasan ternakan ikan utama di sepanjang Sungai Perak juga dibuat melalui Program Pemantauan Sanitari (Capitals Sanitary Akuakultur) bagi memantau kualiti air sungai sentiasa berada pada paras optimum dan bersesuaian untuk tujuan akuakultur. Setakat ini, Jabatan Perikanan tidak mempunyai data berkaitan dengan kilang-kilang yang dibangunkan di sepanjang Sungai Perak ini. Kilang-kilang ini sebenarnya di bawah PBT dan walau bagaimanapun, atas pandangan dan juga soalan yang dikemukakan oleh YB Manong, kita Kerajaan Negeri akan ambil perhatian dan kita akan menentukan bahawa meneliti dan mengkaji sebanyak mana kilang-kilang yang ada potensi ataupun ada kesan kepada pencemaran ini akan dilakukan. Insya Allah. Terima kasih.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Panjang, sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Soalan tambahan. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin bertanyakan kepada Dato’ Exco tentang lesen sampan untuk nelayan pinggir pantai yang pernah kata dibekukan dan apakah status sekarang. Sudahkah ia dibuka untuk nelayan mohon kerana tanpa lesen banyak manfaat yang tidak dapat dinikmati oleh nelayan-nelayan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebagaimana saya maklumkan pada semalam iaitu berkaitan dengan lesen yang telah dibekukan tetapi pihak kerajaan telah membuat pemutihan. Walaupun dalam dasar kerajaan telah membekukan lesen-lesen sampan dan sebagainya, tapi kita telah mengemukakan telah mengemukakan kepada pihak kementerian supaya pemohon-pemohon baru ini supaya dapat dipertimbangkan dan untuk diluluskan. Jadi, melalui Jabatan Perikanan dan juga LIKM telahpun memaklumkan persatuan-persatuan supaya mereka ini mengemukakan pemohon-pemohon baru untuk kita kemukakan kepada pihak kementerian. Insya Allah dengan ehsan daripada kementerian, saya penuh yakin bahawa kerajaan akan memberikan perhatian yang sewajarnya bagi pemohon-pemohon lesen baru seperti yang YB bangkitkan sebentar tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk mengemukakan soalan. Sila.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Keranji, soalan ketiga.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Keranji. Untuk makluman YB Keranji, sebenarnya Kerajaan Negeri adalah berganding bahu dengan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan ekonomi setempat Kampung Baru khususnya dalam promosikan produk dan industri Kampung Baru dan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kampung Baru Cina dan Hal Ehwal Masyarakat Cina baru-baru ini, saya telah mewajibkan setiap Pegawai Perkampungan Kemajuan (PKP) di daerah masing-masing untuk mengemukakan beberapa produk dan industri yang sesuai dikembangkan dan dipromosikan oleh Kerajaan Negeri demi memastikan lebih banyak orang tahu dan kenal produk Kampung Baru dan saya akan mengadakan mesyuarat sekali lagi dengan kesemua PKP dalam akhir bulan ini untuk mengenalpasti semua produk atau industri yang sesuai diangkat dan sebagainya.

Ingin saya maklumkan di sini bahawa bila saya sebut tentang produk atau industri, itu tidak semestinya adalah makanan dan minuman yang dikenali ramai. Sebaliknya, saya menggalakkan industri yang baru untuk dikembangkan. Contohnya, saya difahamkan ada satu syarikat di kawasan Kinta yang menghasilkan beg sampah yang boleh menguraikan sampah yang disimpan di dalamnya dalam satu tempoh masa dan pemilik syarikat tersebut sebenarnya adalah berasal daripada Kampung Baru Pasir Laut, Bagan Datuk dan saya sendiri pun menggalakkan syarikat tersebut untuk bertapak di kampung tersebut untuk janakan ekonomi kampung sekeliling, wujudkan peluang pekerjaan, di samping kita pun boleh membantu PBT untuk kurangkan masalah sampah di kawasan nelayan yang serius. Inilah yang dimaksudkan saya selama ini untuk memastikan setiap kampung ada benda yang boleh dibanggakan tidak kira dari aspek atau bidang apapun.

Selain itu, saya juga telah nyatakan garis masa atau time line dengan izin dalam mesyuarat tersebut bahawa Negeri Perak wajib menganjurkan Ekspo Kampung Baru pada hujung tahun depan untuk kumpulkan semua produk dan industri dan promosikan mereka ke semua melalui platform Kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan dan sekiranya Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat untuk mengadakan Ekspo Kampung Baru Kebangsaan pada tahun ini, saya pun akan ambil peluang dan minta dengan menteri untuk dibuat di Negeri Perak dahulu agar Negeri Perak kita boleh panaskan badan dulu sebelum kita adakan yang lebih spesifik dan menyeluruh pada hujung tahun depan dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, Negeri Selangor sebenarnya merupakan negeri pertama yang pernah menganjurkan Ekspo Kampung Baru. Mereka pernah dua kali menganjurkan ekspo di Pavilion Bukit Jalil dan sebenarnya saya telah pun secara bersendirian dan memimpin pasukan kerja untuk mengunjung hormat ke Pejabat YB Exco Ng Sze Han dan YB Exco Ng Sue Lim untuk ambil nasihat daripada mereka tentang penganjuran Ekspo Kampung Baru dan pejabat saya akan teruskan usaha dan langkah sedemikian untuk menjayakan…

[GANGGUAN AUDIO]

Saya minta urus setia semak baik-baik sebab dah kali ketiga. Saya rasa ini menjejaskan tak kira pembangkang atau kerajaan dan pejabat saya akan teruskan usaha sedemikian untuk menjayakan aspirasi penganjuran Ekspo Kampung Baru pada hujung tahun depan dan untuk menjawab soalan kedua daripada soalan Keranji, sebenarnya fenomena orang muda mencari rezeki di kawasan bandar bukan merupakan luar biasa di seluruh dunianya tak kira anak kampung tu melayu, cina atau india lepas SPM biasanya lumrahnya semua akan pergi ke bandar besar untuk cari rezeki untuk cari pekerjaan dan Kerajaan Negeri adalah prihatin terhadap permasalahan ini dan sentiasa berusaha untuk menjadikan Kampung Baru Kampung Tradisi biar pun Kampung India sebagai satu penempatan yang sesuai didiami sampingnya ada kegiatan ekonomi. Oleh itu pejabat saya selalu mengutarakan konsep place-making yang diguna pakai oleh Jepun dan Taiwan untuk menjayakan hasrat tersebut di mana matlamat kita adalah nak pastikan kampung yang dulunya ekonomi mati dan tiada kemajuan langsung kita boleh transformasikan kepada kampung yang memang ada ekonomi dan ada kemajuan dan saya sendiri saya telah membuat beberapa lawatan kerja dan mengadakan perjumpaan dengan individu atau pertubuhan yang mengutarakan konsep place-making.

Contohnya saya telah berjumpa dengan Associate Professor di New Era Universiti Kolej Dr Liew Boon Hooi di mana beliau pernah mencari asal usul beberapa Kampung Baru Cina di Negeri Johor dengan sokongan Kerajaan Negeri Johor dan malah pernah membuat pameran. Dengan rendah hati saya telah mengambil nasihat daripada golongan sedemikian untuk memastikan dua benda yang penting. Satu, kita kena kurangkan kesilapan, kurangkan kesilapan dan kedua kita kena sifarkan pembaziran sumber kerajaan di samping kita nak membuat satu program besar. Selain itu pejabat saya juga telah banyak berinteraksi dan berkomunikasi dengan banyak golongan muda yang berkecimpung di kawasan Kampung Baru. Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan Pertubuhan Kebudayaan dan Orkestra Cina Ipoh di mana saya mendapati bahawa pertubuhan tersebut 100% adalah anak jati Ipoh dan semua adalah anak-anak muda tempatan. Walaupun pulangan tidak tinggi seperti bandar-bandar besar di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, mereka rela menetap di Kampung Baru di kawasan Ipoh untuk cari rezeki dalam bidang kebudayaan dan pada masa yang sama mereka juga offer menawarkan diri untuk mengajar pelajar-pelajar di pelbagai aliran sekolah termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Sehubungan dengan itu saya akan sokong segala usaha untuk golongan anak muda ini dan saya akan menyalurkan dana semaksimum mungkin demi mendorong mereka untuk terus berkecimpung dalam bidang ini dan kita kena sampaikan satu mesej yang cukup jelas. Kerajaan Negeri adalah bersama dengan semua golongan muda tidak kira kaum kalau mereka nak mencari rezeki di kampung masing-masing dan saya ingin tegaskan di sini bahawa tidak kiranya pertubuhan kebudayaan mana-mana kaum pun yang perlukan bantuan saya yakin semua pimpinan Kerajaan Perpaduan kita bersedia untuk membantu dalam memudahkan urusan mereka untuk pastikan mereka berjaya mencari rezeki di kampung halaman sendiri dan ini tentunya akan menyumbang kepada ekonomi setempat dan akhir sekali saya berpegang bahawa hanya dengan hasrat politik yang kuat dengan tindakan sebenar daripada kerajaan dari semasa ke semasa, barulah kita akan sedikit sebanyak berjaya menarik balik orang muda balik ke kampung masing-masing untuk memajukan ekonomi setempat. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Keranji sila.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Terima kasih YB Exco. Soalan tambahan Keranji adalah, adakah Kerajaan Negeri akan menggunakan artis tempatan atau pun luar negara untuk mempromosikan produk dan industri di Kampung Paloh kepada pelancong tempatan atau luar negara? Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Untuk soalan tambahan daripada YB Keranji saya rasa dalam zaman globalisasi ini kita kena amalkan dasar pintu terbuka. Tidak kira artis tempatan atau pun artis luar negara, kalau dapat bawa impak positif apa salah gunakannya tapi saya berpegang bahawa peruntukan publisiti kita harus gunakan secara efisien. Pada saya, saya rasa kalaulah artis tu atau pun individu pertubuhan tersebut dapat membawa impak yang lebih besar, impak positif yang saya maksudkan di sini lebih baik daripada kita pasang sepanduk atau banner atau bunting. Yang penting sekali sebelum kita gunakan artis wajib untuk Kerajaan Negeri buatkan dengan izin return of investment (ROI). Kita kena pastikan apa yang kita boleh dapat lepas kita labur benda ni dan yang penting sekali kita kena tahu siapakah target audiens Kerajaan Negeri, siapakah target audiens Kampung Baru.

Zaman ini sebenarnya saya rasa sektor swasta dah banyak gunakan artis atau pun KOL (Key Opinion Leader), YouTuber dan sebagainya dan setahu saya syarikat Air Asia, dia pun guna satu Youtuber yang berasal daripada Bukit Mertajam yang merupakan bekas pelajar SMJK Jit Sin Bukit Mertajam untuk mempromosikan apps-apps dia, promosi dia, publisiti dia dan sebagainya dan ingin saya tegaskan di sini, apabila Kerajaan Negeri nak gunakan artis ke YouTuber ke, KOL ke wajib untuk kita gunakan artis yang berimej positif untuk elakkan sebarang isu dan oleh itu pada saya apabila sektor swasta dah bergerak laju, kita sebagai sektor awam khususnya pihak kerajaan, kita pun harus ikut dan sebaliknya kita pun harus memimpin dengan lebih laju dan bukannya terikat dengan pemikiran lama.

Yang penting kita kena capai matlamat untuk promosikan produk dan industri Kampung Baru dan asalkan kesannya adalah baik adalah wajar untuk kita maksimakan penggunaan peruntukan untuk mencapai ROI yang lebih tinggi. Saya boleh bagi satu contoh di sini. Kalau contoh kita dah membawa artis kita dah promosikan produk, contoh saya bagi contoh buah-buahan di Kampung Chui Chak di kawasan YB Sungai Manik. Kalaulah ada buah-buahan di Kampung Chui Chak yang berjaya dinaikkan nama dan laris penjualannya setentunya kampung-kampung di sekelilingnya yang jual buah-buahan tu, contoh Kampung Attaduri, Kampung Air Hitam pun akan dapat limpahan ekonomi susulan daripada itu dan inilah kita dapat membawa ekonomi setempat dinaikkan sejulung kali dan kita boleh pastikan semua penduduk tidak kira kaum pun dapat manfaat dan limpahan daripadanya. Sekian terima kasih.

YB ENCIK JASON NG THIEN YEONG (ASTAKA) Soalan tambahan Astaka.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Dah sebut Sungai Manik.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Manik sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya berkaitan dengan Kampung Baru ni tadi dalam soalan tu ada dibangkitkan tentang isu anak-anak muda di Kampung Baru yang tak pulang ke kampung termasuk di Chui Chak ada masih banyak juga rumah-rumah tinggal yang kosong, ada yang 10 tahun 15 tahun memang dah tak dapat dikesanlah. Mungkin anak-anak yang tidak berminat untuk balik selepas parents mereka meninggal dan sebagainya. Apakah tindakan kerajaan bagi sebab masih ada lagi ramai di kalangan penduduk yang tak ada rumah, yang tak ada tapak sebab kawasan tu terhad nak dibagi lot dah tak ada? Jadi mungkin ada tindakan-tindakan lain bagi isu-isu rumah yang usang yang ditinggalkan yang ada binatang liar dan sebagainya? Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih Pasir Berdamar Exco dan terima kasih Timbalan Yang Berhormat Timbalan Speaker. Kalau disebutkan tadi banyak benefit ataupun kelebihan yang diberikan kepada Kampung Baru dan perhatian kepada Kementerian KPKT kepada Perkampungan Kampung Baru. Saya sangat teruja. Cuma saya harap Kampung Baru yang berada di DUN Slim tu tidak terlepaslah daripada benefit ataupun kelebihan-kelebihan disebutkan tadi. Cuma saya nak persoalan saya adakah sambungan daripada Sungai Manik tadi? Adakah perkampungan baru yang ada pada hari ini akan ditambah ataupun adakah kampung-kampung yang diconvertkan untuk menjadi Kampung Baru untuk mendapat kelebihan? Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Soalan tambahan daripada YB Sungai Manik dan juga daripada YB Slim. Saya menjawab kepada Sungai Manik dahulu. Saya faham niat baik daripada YB Sungai Manik di mana kita nak pastikan orang yang memang memerlukan rumah ada tempat untuk didiami. Tapi disebabkan negara kita adalah mengamalkan sistem tanah di mana kalau anda memiliki title dengan izin rumah tu sebenarnya kerajaan adalah tidak boleh mencampur tangan dan minta untuk dijadikan public spaces dengan izin untuk didiami oleh orang miskin dan sebagainya. Tapi saya rasa kita boleh jalankan usaha kerjasama rapat dengan penduduk situ supaya kalau kita boleh kenalpasti di mana pemilik rumah ya, mungkin kita boleh bincang, kita boleh buatkan pajakan untuk biarkan rumah tu didiami warga miskin ataupun rumah usang yang begitu bersejarah, kita boleh jadikan sebagai muzium berskala kecil untuk mempamerkan sejarah kampung baru ataupun kampung sekelilingnya. Untuk pastikan dia jadi satu tarikan pelancongan yang kita pun boleh janakan ekonomi setempat dan janakan ekonomi negeri.

Ini jawapan saya kepada YB Sungai Manik dan yang kedua tadi YB Slim pun ada bangkitkan. Kalau benefit kepada Dun Slim, memang kita akan jaga semua. Asalkan ada permohonan daripada JPKK ataupun asalkan ada permohonan daripada Adun setempat atau pertubuhan setempat kita memang akan layan dan kita akan layan secara sama rata dan kita untuk Kerajaan Negeri, kalau kita nak mengiktiraf kampung tu sebagai kampung baru itu sebenarnya adalah punca kuasa daripada Kerajaan Persekutuan. Di mana kita cuma boleh bagi cadangan sekiranya diminta majoriti penduduk situ, baru kita akan angkat cadangan itu kepada Kerajaan Persekutuan melalui KPKT dan kita tak akan angkat sebarang kampung yang tak ada unsur Kampung Baru untuk dijadikan Kampung Baru dan saya difahamkan pada bulan Februari ini, ada dua Kampung Baru di Pulau Pangkor yang baru diiktiraf sebagai Kampung Baru sebab dia baru diiktiraf adalah sebab teknikaliti di mana selama ini dua-dua kampung tu memang kampung baru dan disebabkan faktor teknikaliti mereka hanya diiktiraf baru-baru ini dan oleh itu, tidak timbul isu tersebut. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada yang Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Gula Perang dicicah Ketupat. Soalan Behrang No 4.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Perak Sejahter 2030. Salam Malaysia Madani dan Salam Hijrahtul Rasul. Timbalan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Behrang kerana saya juga akan menjawab soalan daripada Behrang bersekali dengan Astaka yang juga mengemukakan soalan yang hampir-hampir sama. Cuma ada tambahan perkhidmatan feri di Astaka.

Untuk makluman Yang Berhormat Behrang, Agensi Pengangkutan Awam Darat ataupun APAD menyokong penuh setiap projek atau program yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri dalam memajukan perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Perak bagi kemudahan rakyat. Namun, fungsi agensi ini lebih kepada pemantauan prosedur-prosedur perlesenan yang telah pun ditetapkan dan diberi nasihat serta pendapat seterusnya memproses permohonan yang dihantar oleh syarikat-syarikat yang berminat. Bagi perancangan perkhidmatan pengangkutan awam di suatu kawasan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri dan syarikat pengendali yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Perkhidmatan Bas Perak Sejahtera ketika ini disediakan di Daerah Larut, Matang dan Selama, Daerah Manjung, Kuala Kangsar dan kita sedang berusaha di tiga lagi kawasan iaitu di Tapah, Behrang, Kuala Kangsar, Gerik, Lenggong dan juga di kawasan Manjung yang mempunyai keperluan dan permintaan tinggi daripada golongan sasar terutama pelajar sekolah dan masyarakat orang asli di beberapa laluan sosial yang tidak dikenal pasti yang telah pun dikenal pasti.

Jadi, kita beri keutamaan kepada laluan yang ada sekolah, laluan yang ada perkampungan Orang Asli. Pada masa yang sama, perkhidmatan Bas Perak Sejahtera diperluaskan di Daerah Batang Padang pada tahun 2024 dan sedang dalam tindakan pihak Majlis Daerah Tapah untuk proses perolehan. Ini kawasan Tapah, Chenderiang, Tapah-Bidor, Sungkai-Tapah-Sungkai, Sungkai. Berhubung… Dato’ Zol kata Sungkei, Sungka ke Sunkei sama je. Tapah, Bidor, Sungkai. Orang Slim kata Sungkei. Berhubung cadangan daripada YB Behrang untuk meningkatkan akses perkhidmatan Perak Transit bagi Dun Behrang, cadangan ini akan dikaji dan sekiranya bersesuaian akan dipertimbangkan tertakluk kepada peruntukan kewangan pada tahun 2025. Jadi sekiranya ada permohonan di kawasan Behrang yang tidak ada perkhidmatan awam hari ini, bas dan sebagainya. Maka kalau kita buat kajian laluan itu ya memerlukan dia ada sekolah, dia ada kampung orang asli dan dia ada sosial lain. Jadi, kita akan buat saya syorkan dalam Bajet 2025 dimasukkan perjalanan itu dalam Dun Behrang. Ini juga termasuk kawasan-kawasan lain yang ada syarat-syarat yang kita kenakan tapi mereka tidak ada perkhidmatan bas di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Astaka…Yang Berhormat Astaka Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang inisiatif dari Kerajaan Persekutuan dalam mempertingkatkan pengangkutan awam secara khususnya di Daerah Manjung melalui pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut ataupun lebih dikenali sebagai LuMic. Sememangnya pengangkutan awam di kawasan Manjung akan dipertingkatkan secara berfasa apabila pembangunan LuMic direalisasikan Insya Allah kelak. Pada masa yang sama, pelancong yang melancong ke Manjung ini yang terdiri daripada pelancong domestik atau dari luar negara masih boleh mengakses kepada tempat-tempat pelancongan sedia ada di sekitar Daerah Manjung dengan mudah tanpa sebarang kesulitan buat masa ini. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk melengkapkan ekosistem pelancongan menerusi pembangunan ekonomi komuniti setempat termasuk membangunkan infrastruktur melengkapkan jaringan pengangkutan awam terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan pelancongan di Manjung.

Justeru, pihak Majlis Perbandaran Manjung akan meneliti projek-projek keutamaan untuk dibangunkan bagi merancakkan lagi destinasi pelancongan di bawah seliaan pihak di bawah seliaan pihak Perbandaran Manjung termasuklah pembinaan dan promosi kawasan seperti yang telah dicadangkan. Ini termasuklah pengangkutan awam daripada Segari sampai ke Manjung dan ulang alik kerana ada pertukaran sesi sekolah tersebut maka kita terpaksa buat pertimbangan untuk mengadakan pengangkutan awam daripada Segari ke Manjung. Antara perkhidmatan bas Perak Sejahtera, terdapat 4 laluan yang diperuntukkan dan merangkumi 6 trip pada setiap laluan. Bagi Skim ISVSF bawah Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengangkutan awam Darat ataupun APAD, antara Ipoh Manjung Ipoh, terdapat 12 trip daripada Ipoh dan 12 trip daripada Manjung untuk setiap hari dengan kadar permulaan 90 sen mengikut jarak perjalanan bermula, tak sampai pun seringgit yop.

Berkenaan berkaitan dengan perkhidmatan feri pula, ingin saya nyatakan di sini antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri melalui agensi Kerajaan seperti Majlis Perbandaran Manjung dan juga Majlis Pejabat Pejabat Daerah Manjung dan juga Jabatan Laut adalah seperti berikut. Menambahkan trip feri keluar di Jeti Pangkor pada waktu-waktu puncak. Berdasarkan pemerhatian pihak MPM, Majlis Perbandaran Manjung mendapati kesesakan sering berlaku di terminal Jeti Pangkor kerana majoriti pelancong yang masuk ke Pulau Pangkor melalui dua saluran terminal Jeti, Lumut dan juga Marina Island akan keluar pada satu saluran terminal jeti di Pangkor secara serentak daripada Lumut ada dua hala sampai ke Pangkor sampai satu jeti sahaja. Justeru itu, langkah-langkah yang boleh dipraktikkan adalah dengan menambah feri, trip feri keluar ketika waktu puncak mengikut kepada kemampuan pihak operator feri pihak swasta. Langkah seterusnya untuk menangani masalah kesesakan di Jeti Pangkor adalah penumpang perlu menentukan waktu-waktu pulang semasa membuat pembelian tiket feri supaya dapat merancang waktu agar tidak menunggu dalam waktu yang lama di jeti, sekaligus dapat mengelakkan kesesakan di terminal Jeti Pangkor.

Membuka peluang kepada bot persendirian berlesen yang mana pihak Majlis Perbandaran Manjung mencadangkan kerajaan Negeri dapat melaksanakan perbincangan secara serius bersama dengan Jabatan Laut untuk mengkaji cadangan dalam meluluskan dan membenarkan pengusaha bot persendirian dan berlesen menepati syarat keselamatan bagi tujuan membawa pelancong untuk keluar masuk dari tanah besar ke Pulau Pangkor sebagai inisiatif kepada penggunaan kemudahan feri sedia ada. Yang keenamnya, menambah syarikat operator feri berskala besar. Kerajaan Negeri juga boleh mengkaji cadangan bagi menambahkan operator feri skala besar yang mempunyai pengalaman dalam sektor tersebut dan memberikan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan keselamatan yang tinggi mutunya. Pihak majlis turut memandang positif jika terdapat inisiatif penambahan pihak operator feri yang mampu bersaing secara sihat dalam memberikan perkhidmatan feri ke Pulau Pangkor.

Justeru, pelancongan boleh membuat pilihan untuk pelancong boleh membuat pilihan untuk menggunakan perkhidmatan yang menepati cita rasa mereka seterusnya dapat meningkatkan imej yang baik kepada produk pelancongan di daerah Manjung. Kemudian, kita juga cuba menaikkan taraf terminal jeti Pangkor. Tidak dinafikan juga ruang dan kemudahan terminal feri Pangkor sedia ada kini yang juga terhad terutamanya ketika waktu puncak. Sedikit sebanyak menyumbang kepada kesesakan. Sehubungan dengan itu, pihak MPM mencadangkan agar jeti tersebut dapat dinaik taraf infrastruktur secara projek berskala besar. Ini akan diambilkira apabila kita isytiharkan Pangkor dulu kemudian dengan projek LuMIC sekali. Yang ketujuhnya membuka saluran jeti Sungai Pinang kecil. Pihak MPM juga mencadangkan agar jeti penumpang Sungai Pinang Kecil dapat dibuka semula bagi menampung jumlah penumpang yang keluar sekaligus menyelesaikan isu kesesakan pada waktu puncak jika terdapat dua saluran jeti. Jadi, kalau ada jeti yang lama yang asal dahulu kita kita operasikan semula maka dia dapat meredakan suasana itu. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Behrang sila.

Terima kasih Yang Berhormat Exco dan terima kasih jugaklah eh kerana laluan Tapah, Sungkai, Bidor, Bidor, Sungkai tadi tu Sungkai kan setengah orang panggil Sungka. Ok. Sungkai itu tetapi permohonan untuk di DUN Behrang ya tukar laluan Tapah, Bidor, Sungkai itu adalah di bawah Ayer Kuning dan juga Sungkai ya dan ter tertinggallah Kampung Poh, Behrang ya Kampung Pauh bawah Behrang tertinggal dan saya dimaklumkan Insya Allah pada tahun depan akan dimulakan sebab permohonan saya tu, ikutkan daripada awal tahun ini bagi kemudahan pelajar-pelajar sekolah di Kampung Pauh untuk ke sekolah di Bidor tapi dimaklumkan tahun depan akan dilaksanakan. Jadi soalan saya tambahan saya berapakah peruntukan daripada Kerajaan Negeri peruntukan sedia ada ya buat masa ini yang Kerajaan Negeri peruntukkan untuk menampung laluan-laluan yang telah Dato’ Seri dinyatakan dan untuk makluman juga di Dun Behrang tiada perkhidmatan Perak Transit tetapi ada laluan-laluan yang ni diberi perkhidmatan oleh pihak MARA Liner.

Walau bagaimanapun, mengikut jadual pelajar-pelajar sekolah. Tetapi ada jugak laluan contohnya di Jalan Slim Lama ya Jalan Slim Lama yang memerlukan perkhidmatan kerana kebanyakan ya penduduk-penduduk yang menua ini memerlukan perkhidmatan bas atau pun pengangkutan bagi mereka mendapatkan rawatan di pekan Slim River mahupun di Tanjong Malim. Begitu juga masyarakat Orang Asli yang banyak di kawasan Jalan Slim Lama Slim Village sana yang mungkin memerlukan pengangkutan termasuk juga pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan pengangkutan. Buat masa ini, kebanyakan ibu bapa terpaksa menghantar sendiri. Walau bagaimanapun, kekangan bagi ibu bapa kerana mereka perlu keluar bekerja. Kemudian kena ambil anak hantar balik ke rumah dan keluar semula untuk menyambung pekerjaan. Jadi, saya mohon pihak apa ni Exco membuat kajian keperluan penduduk-penduduk dalam Dun Behrang juga untuk perkhidmatan Perak Transit. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Behrang yang agak fasih berkenaan dengan jalan-jalan di sekitar DUN Behrang dan kadang-kadang kami juga bertelagah kerana ada kawasan yang disebut oleh YB Behrang tadi Kampung Pauh nama dia. Jadi kami tiga ADUN ini YB Sungkai, YB daripada Behrang dan YB daripada Ayer Kuning kami tak tahu dimanakah duduk sepadan. Akhirnya saya pergi ke sana dan kita putuskan kawasan itu sebenarnya di bawah Dun Behrang. YB Sungkai pergi kawasan tu jumpa dengan orang asli di kawasan sana dan memang saya sendiri bila saya tengok memang ada keperluan di situ kerana dia ada asrama dan asrama itu meletakkan pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Sheikh Ghani. Sekolah Sheikh Ghani ini duduknya di Bidor. Kampung Poh ini daripada kampung tu sendiri sampai ke Bidor lebih kurang dalam 10 km. Haram kenderaan. Hanya pelajar-pelajar dahulu dibenarkan naik kenderaan yang disediakan oleh JAKOA. Tapi bila masalah hari ni, maka depa tidak ada kenderaan. Jadi bila tiada kenderaan ingker deme tak pergi sekolah kerana deme lebih baik jaga durian daripada pergi sekolah.

Jadi untuk itu, kita terpaksa sediakan perkhidmatan bas dan saya telah pun cadangkan pada tahun depan kita akan pastikan bajet untuk peruntukan daripada Kampung Poh ke Bidor di dibenarkan. InshaAllah. Jadi untuk itulah saya nak pastikan bahawa di Kampung Poh yang di bawakan tu memang telah dalam perancangan kita untuk dibuat bajet dan kita akan pastikan laluan itu juga ada kemudahan awam untuk bukan hanya orang asli tapi pelajar-pelajar sekolah dan juga orang yang nak pergi ke bandar ke Bidor atau pun ke Sungkai dan ke Tapah. Wallahualam. Terima kasih.

Assalamualaikum. Saya Bota. Bota.

Astaka. Err soalan.

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka. Sila. Sebab soalan ini berkaitan dalam kawasan Astaka saya akan bagi Astaka. Sila.

Ya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya berkenaan dengan jawapan yang diberikan oleh YB Exco di mana majlis ada mencadangkan untuk buka semula Jeti Sungai Pinang Kecil. Saya nak tanya bila bilakah ini akan dilaksanakan. Ini adalah salah satu apa yang diharap harapkan oleh penduduk di sana. Sebab sebelum ini ada dua jeti lagi selepas Jeti Sungai Pinang Kecik ini ditutup. Penduduk-penduduk di sana termasuklah pelancong sebenarnya mengalami kesulitan untuk pergi ke sana dan menjejaskan sektor ekonomi di sana juga. Ok. Itu soalan pertama. Tambahan pertama saya, yang kedua ada perubahan sesi atau jadual dari bas Perak Transit dan juga menjejaskan pengguna-pengguna seperti pelajar di Sitiawan. Adakah ini boleh diperbaiki? Terima kasih.

Terima kasih YB Astaka berkenaan dengan dengan pengubahsuaian feri di Sungai Pinang Kecil di Pangkor itu. Pihak MPM sedang mengkaji beberapa aspek keselamatan kerana jeti itu ditinggalkan lama, jadi jeti tidak tidak sesuai untuk feri-feri besar. Jadi untuk itu, bagi meningkat tarafkan ianya perlu lihat aspek keselamatan dan supaya kapal atau pun sampan-sampan dan feri ada lebih besar sikit boleh mendarat di jeti tersebut bagi melegakan suasana di Jeti Pangkor. Jadi bagi laluan Sitiawan tu, kalau boleh saya mohon supaya YB Astaka nyatakan laluan yang yang khusus daripada Sitiawan ke sekolah-sekolah tertentu seperti misalan di Kampung Pauh dan sebagainya supaya kita juga akan buat kajian dan tengok sama ada ia perlu dibekalkan dengan pengangkutan awam. Ya. Terima kasih.

Berkaitan dengan SMK Ahmad Bustaman YB Exco boleh kita kaji semula Terima kasih.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning. Dato' Seri. Sebelum saya tanya soalan saya difahamkan kawasan pembangunan Bidor Sentral dibangunkan oleh beberapa pihak swasta antaranya yang melibatkan Perak Transit. Bangunan yang menempatkan stesen bas regional dan lain-lain kemudahan termasuk

Indoor Sports Center telah dibina sepenuhnya. Jadi soalan saya bilakah dijangka bangunan Bidor Sentral ini yang telah pun siap dibina boleh beroperasi? Soalan yang pertama. Yang keduanya trend masa kini Dato' Seri ya menunjukkan banyak syarikat-syarikat bas awam telah gulung tikar kerana permintaan penggunaan bas awam amat rendah. Ditambah pula harga diesel telah meningkat. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan pengoperasian Bidor Sentral ini tidak terjejas dengan trend yang ada pada ketika ini? Terima kasih Dato' Seri.

Terima kasih YB Ayer Kuning. Terminal Bidor Sentral ini telah pun hampir-hampir siap 100%. Cuma lagi 2% yang akhir itu melibatkan beberapa kerja-kerja infra yang rosak akibat daripada kerja-kerja pembinaan dahulu. Jadi pertelingkahan diantara kontraktor-kontraktor dan juga dengan pihak perunding. Siapakah yang membiayai kos-kos tersebut. Di samping itu, semua masalah-masalah yang dihadapi pada asalnya menyebabkan dia terlewat itu adalah daripada LAP dan juga TNB iaitu jugak telah diselaras dan diselesaikan, Insya Allah. Jadi untuk akhirnya, mengikut kajian daripada Perak Transit boleh digunakan seawal-awalnya akhir tahun ini. Jadi Bidor Sentral adalah tapak yang baru. Kalau dahulunya Lapangan Terbang Bidor Namanya. Hari ini adalah Bus Terminal Bidor, Terminal Bidor Bus Station, terima kasih banyak. Berkenaan dengan masalah yang dihadapi yang sekian itu kalau boleh YB Ayer Kuning nak hantarkan ke notis saya yang yang rasmi boleh saya buat penyelidikan sedikit, ye terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco, seterusnya dijemput Ahli YB dari kawasan Hutan Melintang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Hutan Melintang Soalan Nombor 5.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum wbt. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Hutan Melintang yang bertanyakan soalan berkaitan dengan usaha-usaha untuk mengangkat martabat wanita di Negeri Perak. 3 soalan dibangkitkan saya akan menjawab setiap satu soalan yang diberikan kepada saya. Yang Berhormat telah membangkitkan persoalan berkenaan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesejahteraan wanita khususnya di kawasan Yang Berhormat.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Sekreteriat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Wanita Perak telah menjalankan pelbagai langkah yang konsisten bagi memastikan kesejahteraan wanita terus dijamin. Untuk makluman pihak Yang Berhormat Hutan Melintang, kesejahteraan wanita adalah topik yang sangat luas dan mencakupi pelbagai aspek kehidupan seperti aspek kesihatan mental, keupayaan wanita, kemahiran, kepimpinan, kedayaupayaan ekonomi dan banyak faktor lagi. Jadi, Kerajaan Negeri melalui Wanita Perak dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang lain telah pun menjalankan pelbagai program yang memfokuskan kepada golongan wanita.

Antaranya ialah kita mengadakan pelbagai kursus-kursus kemahiran seperti retort dan teknologi makanan, kursus-kursus kemahiran jahitan, kursus self transformation, kursus pemasaran digital iaitu melalui Juwita Negeri Perak, bantuan peralatan perniagaan Bisnita dengan peruntukkan sebanyak RM3 juta, maaf RM0.3 juta maknanya RM300,000 yang memberi manafaat kepada 120 orang usahawan wanita yang layak. Program pengurusan stress yang melibatkan wanita bekerjaya dan suri rumah, perkhidmatan pemeriksaan mamogram, program-program advokasi, pemeriksaan pap smear, pemeriksaan asas seperti ujian tekanan darah, ujian gula dan sebagainya. Jadi secara pengkhususannya, kita tak adalah fokus kepada mana-mana Dun tetapi pejabat saya dan juga Sekretariat Wanita ataupun Wanita Perak sentiasa berlapang dada untuk memberi ruang kepada pihak Yang Berhormat ataupun mana-mana YB yang mempunyai perancangan untuk meningkatkan kapasiti wanita di negeri Perak ini boleh datang dan berbincang dan sama-sama kita boleh memperhalusi program-program yang sesuai dalam konteks untuk mengupayakan wanita di Negeri Perak.

Selain itu juga, Kerajaan Negeri Perak juga amat berusaha untuk memaksimumkan potensi dan memperkasa peranan wanita dalam pelbagai aspek pembangunan negeri. Bagi tujuan itu, Wanita Perak telah melaksanakan Program Wanita Inspirasi Negeri Perak (WIN Perak) Tahun 2023/2024. WIN Perak ini adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menjayakan agenda wanita negeri serta untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar keterangkuman gender dengan sasaran 30% untuk wanita sebagai pembuat keputusan dan pembabitan dalam tenaga kerja dan ini kita bukak sesi penyertaan kepada semua wanita yang berada di Perak dalam siri 4 zon yang kita buka untuk wanita-wanita yang berminat hadir ke sesi temuduga WIN pada tahun lepas.

Untuk soalan kedua, saya beralih pula kepada persoalan tentang bagaimana Kerajaan Negeri membantu wanita yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Isu ini cukup dekat di hati saya dan saya kira mana-mana juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau kita menyentuh soal keganasan, tak kiralah kepada wanita ataupun lelaki, violence ini adalah perkara yang haruslah kita elakkan dan komitmen Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan komited dalam menangani krisis keganasan rumahtangga yang berlaku dalam masyarakat terutamanya yang melibatkan golongan wanita berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994, Akta 521. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan mangsa bersama agensi-agensi penguatkuasaan seperti di PDRM, mahkamah dan agensi yang…

[GANGGUAN TEKNIKAL]

Dia bukan manusia dia kena rehat. Kadang-kadang sistem rehat juga. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan mangsa. Melalui usaha-usaha yang dijalankan dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM, mahkamah dan juga agensi yang berkaitan bagi memastikan segala bentuk keganasan rumahtangga dapat dibendung. Selain itu, JKM menyediakan bantuan dan khidmat sokongan kepada mangsa-mangsa keganasan rumahtangga di negeri Perak melalui perkhidmatan-perkhidmatan seperti yang berikut. Yang pertamanya, kita memperkasakan perintah perlindungan kecemasan, EPO pada bila-bila masa kepada mana-mana mangsa yang ditakrifkan sebagai mangsa keganasan rumahtangga dan tempoh perakuan perintah ini adalah selama tujuh hari sebelum perintah perintah-perintah perlindungan interim (IPO) ataupun perintah perlindungan dikeluarkan. Mangsa boleh hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah bagi memohon perintah ini ataupun menghubungi pihak berkuasa sama ada di PDRM atau JKM bagi melaporkan kes keganasan rumahtangga dan tindakan akan diambil segera oleh pihak jabatan dalam menangani isu ini. Dengan adanya perintah perlindungan kecemasan ini, tindakan melindungi mangsa keganasan rumah tangga boleh dilakukan segera dalam tempoh 24 jam.

Yang kedua menyediakan perkhidmatan perlindungan di tempat yang selamat kepada mangsa. Mangsa-mangsa keganasan rumahtangga ini boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan perlindungan di tempat yang selamat. Kategori mangsa yang tertakluk dalam akta antaranya ialah isteri ataupun suami, kanak-kanak, orang tua yang perlu mendapatkan perlindungan. Ini adalah antara mereka yang terkandung dalam Akta Keganasan Rumah Tangga yang boleh untuk mendapatkan perlindungan di rumah ataupun di tempat selamat yang ada di Negeri Perak. Kita ada 5 tempat selamat di negeri Perak ini.

Yang ketiganya menjalankan program pemulihan kepada mangsa dengan memperuntukkan dengan peruntukan di bawah Seksyen 11(1) dan (4) Akta 521 dengan syarat program tersebut adalah dengan persetujuan mangsa. Mangsa akan dirujuk untuk menjalani program pemulihan di bawah program program-program JKM dan lain lain agensi yang berkaitan bergantung kepada kesesuaian dan juga kita mengadakan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan dalam membangun dan membangunkan bahan promosi bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu berkaitan keganasan rumahtangga pada masa yang sama menekankan tentang keperluan sokongan psikologi yang berterusan kepada mangsa yang turut disediakan melalui perkhidmatan KPWKM iaitu talian 15999.

Soalan yang ketiga, Yang Berhormat turut bertanyakan adakah terdapat program khas untuk memperkasakan ekonomi wanita. Untuk makluman Yang Berhormat program khas memperkasakan ekonomi komuniti wanita khususnya suri rumah sememangnya dalam agenda pihak saya dan Kerajaan Negeri dan Insya Allah kita kini dalam peringkat penyelarasan bersama pelbagai pemegang taruh yang berkaitan untuk melihat potensi ekonomi komuniti wanita mengikut lokaliti yang boleh dijadikan sebagai peluang menjana pendapatan khususnya kepada suri rumah. Program ini kita fokus kepada komuniti based yang mana kita nak bagi peluang kepada suri-suri rumah boleh bekerja di rumah. Sebagai contoh ya, ini yang telah dan sedang saya jalankan perbincangan dengan pihak kraf iaitu dalam konteks kita nak mengangkat martabat batik Perak dan juga batik clay. Semua pakat shopping dekat luar batik clay. Jadi apa yang saya sedang bincangkan dengan pihak kraf ialah kita nak bagi latihan kepada suri-suri rumah yang berminat dan sebab batik clay ini dia boleh clay dekat rumah. Jadi masing-masing boleh clay dekat rumah dan boleh kita selaraskan untuk dia jadikan sebagai satu industri. Jadi sebab itu saya fokuskan kepada komoditi based.

[GANGGUAN TEKNIKAL]

Boleh? Sikit lagi. Soalan, jawapan yang ingin saya berikan. Yang mana projek ini kita tengah usahakan untuk memberi peluang kepada suri rumah terutamanya dalam konteks mengupayakan, meningkatkan ekonomi suri rumah. Jadi pilot projeknya Insya Allah kita akan buat komuniti based untuk batik clay. Ya, batik clay yang mana mungkin ada sebahagian suri rumah tersebut boleh untuk dia clay, mungkin dia boleh apa tu menjahit dan akhirnya kita jadi end produk. Jadi mungkin di tempat YB juga ada sesuatu yang boleh diusahakan untuk kita jayakan bersama. Sebab itu saya katakan tadi, saya berlapang dada untuk menerima pandangan dan kita boleh jayakan bersama-sama untuk memastikan dalam konteks mengangkat kapasiti wanita di Negeri Perak ini dapat kita jayakan bersama-sama dan selain itu melangkah ke hadapan satu Pelan Pelaksanaan Dasar Pembangunan Sejahtera Sosial Negeri Perak sedang gigih dibangunkan dan kerangka pelan ini dengan sedaya upaya bersungguh mencerminkan seluruh tekad semua pemegang taruh dan penerima manafaat untuk menangani cabaran dan mencari solusi tindakan yang berkesan dengan tatakelola yang baik, yang terkehadapan untuk manafaat berterusan kepada wanita, keluarga, belia dan komuniti. Pelan Pembangunan Sejahtera Sosial Perak mengambil pendekatan atau metodologi tuntas yang mesra gender dan memastikan sumber-sumber yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dapat menjamin keseimbangan sosial dan ekonomi untuk rakyat. Pendekatan ini menjadi asas dalam mencapai serta mengisi salah satu visi Perak Sejahtera 2030 iaitu dalam konteks Sejahtera Sosial.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, satu kajian pembentukan Dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Sejahtera Sosial Perak melalui tabung amanah telah diluluskan dan kini dalam proses melalui pasukan kajian daripada UKM bagi membentuk sebuah dokumen rasmi Pelan Tindakan Pembangunan Sejahtera Sosial menerusi pendekatan perkongsian kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta dan pemimpin komuniti dalam menyelesaikan secara strategik isu-isu kesejahteraan warga emas termasuk wanita, kanak-kanak dan komuniti dan kajian ini akan menghasilkan beberapa output seperti Dasar Pembangunan Sejahtera Sosial Perak, Pelan Tindakan Pembangunan Sejahtera Sosial Perak, Modul Pantau Nilai Prakasa Pembangunan Sejahtera Sosial Perak dan Pengkalan Data Penilaian Impak Program Sangkutan Dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Sejahtera Sosial Perak. Itu sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Hutan Melintang, sila.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Ok, terima kasih kepada YB Exco. Satu pelan tindakan yang baru, saya rasa akan memberi impak yang lebih kepada wanita dan juga kanak-kanak dan atas segala usaha oleh Kerajaan Negeri Perak untuk wanita dan semua tindakan-tindakan yang bakal kita lakukan untuk wanita ini, saya rasa ini amat perlulah untuk semua wanita di Perak dan syabas kepada Kerajaan Negeri dan juga YB Exco dan saya ada sedikit soalan berkenaan dengan keganasan rumah tangga yang bukan sahaja pada wanita dan juga kanak-kanak. Saya rasa semua Ahli-ahli yang berada di Dewan hari ini mungkin sudah, sudah apa, melalui ya, sudah melalui, melalui sedikit laporan tentang apa yang berlaku pada adik Zayyan yang telah dibunuh dan menjadi satu isu yang agak hangat diperkatakan ataupun diperbincangkan di luar tetapi kita tidak ada satu advokasi tentang penjagaan anak-anak yang, yang, yang tidak ya, yang tidak sempurna, yang, yang tidak sempurna iaitu yang kekurangan fizikalnya, kekurangan mentalnya.

So, saya rasa lah kalau boleh, kalau boleh Kerajaan Negeri dan juga pihak Exco Negeri Perak dapat mencadangkan advokasi tentang penjagaan anak-anak yang kurang sempurna dan juga, saya juga ingin dapat sedikit info berkenaan dengan bilangan kes-kes keganasan rumah tangga di negeri Perak adakah dia menaik ataupun menurun berbanding dengan apa yang kita lalui ataupun kita dapat laporan daripada negeri-negeri bukan sahaja di Perak tapi di negeri di seluruh Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan yang dibangkitkan. Saya sentiasa orang kata berada dalam situasi yang cukup gembira kerana setiap program yang dijayakan di bawah portfolio saya mendapat sokongan yang padu daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan terima kasih juga atas komitmen yang dibangkitkan oleh Hutan Melintang dalam konteks wanita, keluarga itu sendiri, soal kanak-kanak dan sebenarnya sekadar nak perkongsian, keganasan rumah tangga ini ialah, biasanya kita akan melihat kepada wanita secara amnya tetapi jangan terkejut, lelaki juga dah, dah ada menjadi orang yang menjadi mangsa kepada keganasan rumah tangga dan juga gangguan seksual. Kalau ikut data yang dilaporkan oleh KPWKM. Untuk satu Malaysia, kalau untuk lelaki lebih kurang ada seribu laporan dibuat kepada KPWKM berkaitan dengan gangguan kepada lelaki.

Jadi maknanya semua sekarang ini, kita kena ambil pendekatan untuk mengetahui tentang tanggungjawab, peranan, hak-hak kita termasuk ya, saya menyebut soal ini dari segi parenting isu kepada penjagaan kekeluargaan itu sendiri yang mana kalau YB disebut tadi macam kurang sebenarnya program-program advokasi ada diadakan. Fokus kepada parenting isu supaya ibu bapa dapat menguruskan keluarga dengan baik, dapat menangani kelainan apa, keletah, keletah anak-anak ya, bagaimana anak-anak membesar dan sebagainya, Ibu bapa kena tahu. Kena tahu supaya kita dapat menangani, termasuk sebenarnya program-program seperti pengurusan stress. Ya, ini juga memberi impak kepada emosi, ibu atau bapa. Jadi sebab bila pengurusan stress ini tidak ditangani dengan baik, ini yang akan menyebabkan keganasan berlaku. Jadi program-program seumpama itu ada. Cumanya, ia seperti yang YB maklumkan, kita akan memberi fokus mungkin kepada anak-anak kelainan upaya ini yang parentsnya ada anak-anak kelainan upaya untuk kita mengadakan program. Terima kasih, satu cadangan yang baik.

Dari segi data peningkatan ataupun penurunan. Kalau ikut apa yang dimaklumkan kepada saya secara detailnya data exact figure saya tak ada sebab YB minta secara exact figure saya boleh bekalkan selepas ini kepada Yang Berhormat. Cuma saya difahamkan, kalau ikut daripada apa yang dilaporkan, data kes untuk keganasan rumahtangga nampak berkurang tetapi ingin saya ingatkan kepada kita semua, kadangkala masyarakat masih lagi kabur untuk membuat laporan mengenai kes-kes keganasan rumahtangga yang menyebabkan kita sukar untuk menentukan sebenarnya kes itu berlaku ataupun tidak. Ya, yang kita terima report mungkin datanya menunjukkan penurunan. Tapi mungkin kita takut nanti apabila masyarakat terutamanya wanita, dia tidak melaporkan kes keganasan rumahtangga tersebut menyebabkan data-data ataupun perkara itu masih lagi berlaku. Sebab itulah ya program-program advokasi dilakukan oleh jabatan seperti JPW sendiri, JKM sendiri, untuk memastikan hak-hak wanita dapat kita tahu dan dijaga bagi memastikan kita dapat melindungi hak-hak wanita dalam konteks keganasan rumah tangga terutamanya. Itu sahaja, terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu. Terima kasih Timbalan Speaker. YB Exco, saya pohon sedikit pencerahan. Baru-baru ni saya arah pegawai saya untuk bertanya khabar tentang peruntukan Dun Alor Pongsu. Alhamdulillah, katanya saya mohon dan diluluskan RM22,500. Yang saya tak mohon, katanya digunakan untuk program bawah YB Exco, kalau betul. Saya nak tanya, kalau betul program ni katanya bersangkutan dengan program Bantuan Raya. Saya nak tahu di mana dibuat, dan kalau boleh senarai nama wanita di kawasan saya lah yang dapat terima bantuan raya tu, kalau betul. Terima kasih.

Makna maksud YB ialah merujuk kepada bantuan Meriah Beraya Sejahtera Bersama. Saya rasa itu…itu yang mungkin YB maksudkan. Program itu kita laksanakan di seluruh Dun-Dun di Negeri Perak iya dan kita melalui penggerak komuniti dan senarai nama pun ada. Ya, program pun dijalankan. Cumanya kalau nak senarai nama tu, kita boleh bagilah dan YB jangan risau ya, kita akan mengambil penilaian siapa yang layak itu mengikut apa yang telah digariskan dan kita sebab mendapat maklumat tersebut daripada ketua-ketua kampung, nama-nama tersebut jugak. Jadi saya kira yang YB maksudkan ialah program Meriah Beraya Sejahtera Bersama yang dilakukan di seluruh Dun-Dun dalam Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Err cuma nak pasti je. Sikit, tambah sikit tentang jawapan Exco tadi. Saya keliru sikit tentang yang awal tadi tu. Sebab pegawai yang menyebut tu mengatakan saya mohon, tapi saya tak mohon. Ke memang itu prosedur dia?

Bukan yang itu saya kena bagi detail kat saya. Sebab saya tak tahu merujuk kepada permohonan mana, so saya tak boleh nak jawab part itu. Jadi mungkin lepas ni YB boleh datang semak dekat saya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih pada Yang Berhormat Exco. Seterus...

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Assalamualaikum. Sikit... tak banyak tak banyak…

Timbalan Yang di-Pertua

Tak bagi sebab masa yang terhad. Saya sudah bagi 2 soalan tambahan. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Buah pulasan buah nam nam soalan Bota nombor 6.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Sukacita saya ingin, sebelum saya menjawab soalan tu, saya ingin nak bawak sedikit maklumat ke dalam Dewan ni. Jawapan ada sehelai kertas ni, jawapannya daripada saya dapatkan maklumat daripada UPEN. Jadi, dia merujuk kepada kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol. Ok jadi apa yang dikatakan di sini adalah kawasan

Gunung Semanggol adalah kawasan di bawah Jabatan Hutan, diwartakan sebagai hutan simpan. Cadangan paragliding Gunung Semanggol dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah atau JTPD oleh Adun Kawasan. Mesyuarat terakhir adalah pada Jun 2024. Mesyuarat telah mencadangkan untuk Majlis Daerah Kerian untuk menilai cadangan ini memandangkan ia boleh dijadikan sebagai salah satu skop pelancongan dan boleh, dan boleh dalam melantik operator untuk merealisasikan cadangan tersebut. Namun begitu, Majlis Daerah Kerian memaklumkan mereka perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Hutan dan isu yang paling utama adalah perlu dijalankan kajian kesesuaian tapak terlebih dahulu sebelum membenarkan mana-mana operator untuk mengoperasikan paragliding yang dicadangkan. Jadi, inilah jawapan saya yang kepada isu yang dibangkitkan berkali-kali oleh Adun Semanggol. Jadi ingin juga saya merujuk kepada perbahasan beliau semalam di mana beliau sendiri juga yang berkata, dalam konteks petikan daripada apa yang dikatakan semalam adalah ingatannya ialah tangan-tangan manusia ini lah yang merosakkan alam sekitar. Pandangan beliau sendiri, dan juga kita kena berpada-padalah menjaga alam sekitar ini dan juga supaya tidak menjemput bala daripada Allah.

So, dalam konteks ini, saya mengharapkan beliau supaya membuat kerjasama dengan pegawai-pegawai yang terlibat supaya isu beliau dapat diselesaikan kerana kita di pihak kerajaan juga perlu bertindak mengikut nasihat pegawai. Kita boleh-boleh bertindak mengikut sesuka hati kita kadang kadang. Jadi, kertas kerja berkenaan tidak pernah dibawa ke peringkat PBN, jawapan daripada UPEN, tidak pernah dibawa ke peringkat apa orang kata, Pihak Berkuasa Negeri dan juga, namun dalam perbualan saya dengan mantan-mantan pegawai di daerah tersebut, saya mendapati bahawa perkara tersebut memang pernah dibawa dan diluluskan tetapi juga dibatalkan dalam pentadbiran terdahulu semasa beliau masih menjadi Exco. Yang itu saya tak dapat bertulis tapi secara perbualan. So, ini jawapan saya kepada beliau. Saya harap sekiranya beliau ingin membawakan isu tersebut, silalah bawa kepada pegawai-pegawai dan lakulah libat urus dengan pegawai-pegawai kerana pegawai-pegawai yang sama juga bekerjasama dengan beliau ataupun kita semasa menjadi kerajaan tetapi janganlah bila kita menjadi pembangkang, pegawai sama juga yang kita nak fitnah, nak marah. Jadi itu nasihat saya.

Jadi untuk menjawab jawapan kepada Bota, untuk makluman Yang Berhormat Bota, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak telah menyediakan peruntukan untuk melaksanakan program-program serta menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur pelancongan di seluruh daerah di negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak. Semua projek dan acara ini akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan sebahagian acara dianjurkan secara kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan atau NGO dan juga komuniti-komuniti setempat. Jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosi Tahun Melawat Perak di setiap daerah adalah seperti berikut. Untuk daerah Kinta, projek naiktaraf Infra adalah sebanyak RM450,000 dan juga program acara adalah RM150,000. Untuk Manjung RM265,000 dan juga program acara adalah RM80,000. Hilir Perak adalah RM420,000 dan RM45,000. Kuala Kangsar RM150,000 dan RM80,000. Kerian RM320,000 dan RM45,000. Perak Tengah RM28,000 err RM280,000 dan juga RM80,000. Muallim RM320,000 dan RM80,000. Kampar adalah RM400,000 dan RM80,000. Larut Matang dan Selama adalah RM300,000 dan RM155,000, Hulu Perak adalah RM255,000 dan

RM245,000. Bagan Datuk adalah RM330,000 sahaja untuk projek naik taraf. Malah dan juga Batang Padang adalah RM80,000 sahaja untuk program acara.

Saya ingin nak jemput tuan-tuan dan puan-puan dalam Dewan ni dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melihat. Kadang-kadang nombor ni adalah naik turun dan sebagainya, tetapi kita boleh lihat kadang-kadang apa yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri juga ialah bergantung pada usaha-usaha yang dijalankan oleh Kawasan-kawasan tersebut termasuklah PBT, PDT dan juga komuniti setempat. Sebagai contoh, Hulu Perak yang angkanya agak tinggi walaupun kawasannya terpencil dan juga mereka terkenal pegawai-pegawai di situ terkenal dalam usaha mereka untuk membawa pelancongan. Jadi di sini kita nampak huruf mereka agak tinggi berbanding dengan daerah lain di mana mereka mendapat RM500,000 secara jumlahnya. Ok, jadi terdapat juga program acara yang dianjurkan oleh pegawai oleh agensi-agensi dan juga NGO lain bagi memeriahkan Tahun Melawat Perak..Antaranya terdekat adalah pesta durian dan juga Hari Ladang LMS pada 13 hingga 14 Julai yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama, Program Perarakan Komuniti Taiping pada 13 Julai 2024 sempena tahun, sempena sambutan 150 tahun Bandar Taiping dan juga Royal Belum Festival ok 2024 di mana pada 12 hingga 14 Julai 2024 di Dewan Hasbullah.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah pakej berbasikal di persisiran Sungai Perak. Ianya juga diusahakan oleh pengurusan penginapan iaitu Sayong Resort. Selain daripada itu juga terdapat pakej makan di hotel tersebut yang bersebelahan di persisiran Sungai Sayong. Di seberang di sepanjang Sungai Perak juga terdapat satu syarikat yang berpengalaman dalam bidang berbasikal juga telah menyediakan stesen untuk menyewa basikal bagi tujuan aktiviti beriadah di Sungai Perak. Terdapat juga Sungai Perak Bike Trail iaitu sebuah laluan basikal sepanjang 25 kilometer daripada Victoria Bridge ke Kampung Raja Intan Suraya yang mana papan penerangan juga disediakan untuk memudahkan pengguna yang berbasikal untuk mendapatkan maklumat. Ada juga program yang diadakan oleh agensi-agensi lain dan juga badan bukan kerajaan seperti JPS Malaysia yang telah menganjurkan Kayuhan Denai Sungai Kebangsaan Sungai Perak ok pada 18 Mei 2024 sepanjang 25 kilometer di Living River Bike Trail, Kuala Kangsar dan berakhir di Kem Rekreasi Intan Suraya, Perak. Seramai 100 peserta telah hadir memeriahkan kayuhan adalah wakil daripada kementerian PETRA, pengarah-pengarah bahagian dan juga negeri dan juga persatuan-persatuan basikal Negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat juga data perbelanjaan pelancongan negeri hanya akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM dan juga Tourism Malaysia dijangka akan dikeluarkan pada bulan Ogos atau September tahun ini seperti tahun-tahun sebelum ini. Jadi untuk part ketiga tu, kita tidak ada data rasmi untuk menjawab Yang Berhormat. Namun berdasarkan perbelanjaan pelancongan nasional sebanyak 14.4% kenaikan bagi purata perbelanjaan pelancong yang bermalam telah dicatatkan pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM618 pada 2023 berbanding 541 pada tahun 2022. Walaupun data pelancong perbelanjaan pelancongan negeri masih dalam proses pengumpulan oleh DOSM, bayangan tentang potensi pendapatan dan manfaat ekonomi yang dapat diperoleh oleh negeri Perak boleh diilhamkan daripada purata data perbelanjaan pelancongan nasional dengan kehadiran pelancong domestik yang memberangsangkan ke negeri Perak. Diharapkan aktiviti pelancongan akan memberi hasil yang lebih bermakna untuk pertumbuhan ekonomi negeri.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Bota, sila.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya pernah highlight kan perkara ini dalam sidang Dun yang lepas. Kenapa tidak dijadikan Pusat Konservasi Tuntung sebagai tarikan pelancong bagi kawasan Bota khasnya kerana baru-baru ini saya berkesempatan untuk melihat sendiri Pusat Konservasi Tuntung. Memang banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan menarik pelancong kerana setelah saya melawat kita up kan dekat media sosial memang menjadi tarikan lah kepada mereka yang mengikuti Facebook sayalah. Jadi saya harap Pusat Konservasi Tuntung masih lagi boleh dimasukkan di dalam tarikan pelancong walaupun pusat konservasi ini diletakkan di bawah Jabatan Perhilitan. Sebab Jabatan Perhilitan pun sebenarnya memerlukan juga bantuan daripada agensi-agensi lain untuk mempromosikan pusat tersebut. Walaupun saya tahu pusat itu bukanlah sebagai destinasi pelancong tetapi apa segala aktiviti di situ boleh menjadi tarikan pelancong. Kalau dia menjadi tarikan termasuk dalam senarai destinasi pelancongan, ia juga boleh membantu limpahan rezeki kepada masyarakat setempat. Saya menarik perhatian kepada YB Exco lah dan saya jemput sangat-sangat YB Exco untuk datang ke Pusat Konservasi Tuntung.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ok. Dah. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi seperti makluman Yang Berhormat, pusat konservasi itu merupakan di bawah bidang kuasa Perhilitan. Namun saya ambil maklum tetapi kita di pihak pelancongan, saya sebenarnya kadang-kadang ni saya gelarkan diri saya Exco rojak kerana kenapa Exco pelancongan dengan Exco pelaburan ni kadang-kadang orang datang nak buat kilang dia cari saya datang nak buat jalan dia cari saya nak buat airport dia cari saya. Walhal airport bukan kaitan dengan saya nak buat jambatan dia cari saya nak buat semua benda dia cari saya katanya nak melabur. Lepastu begitu dengan dengan pelancongan. Dia nak kata saya nak bawak budak mari sukan dia cari saya walhal dia boleh cari Exco sukan. Dia nak bawak budak-budak sekolah pergi kem dia patut cari dia cari saya. Walhal dia patut cari Exco pendidikan dan sebagainya. Jadi ini sebenarnya merupakan bidang kuasa Perhilitan. Kita di pihak pelancongan tiada masalah untuk membangunkan atau mempromosikan tempat tersebut tetapi saya mengambil apa orang kata kita mengambil maklum juga tempat tersebut. Tapi cumanya kadang-kadang tempat yang kalau pelancongan nak promosi, kita memerlukan kelulusan daripada pihak yang sebetulnya menjaga kawasan tersebut.

Sebagai contoh, apabila kita nak promosikan Royal Belum, kita memerlukan kelulusan taman negeri untuk pelbagai benda seperti masuk kawasan tersebut nak buat binaan sebenarnya tak boleh dan sebagainya. Permit masuk semua benda tu. Termasuk apabila kita melibatkan hidupan liar, kita kena ada kelulusan dan juga kebenaran oleh Perhilitan dan sebagainya. Jadi saya boleh aja kita nak pasarkan semua benda. Jadi, dengan syarat perlu dapat kelulusan pihak yang menjaga tempat tersebut. Kadang-kadang mereka mempunyai benda-benda yang lebih orang kata lebih penting untuk mereka utamakan dulu. Sebagai contoh, kita nak tunjuk orang harimau ke kita nak jaga supaya harimau tak pupus. Kita nak jaga Tuntung ke atau kita nak panggil semua satu dunia tengok Tuntung. Saya ok aja kalau nak promosi tetapi saya perlu hormat kepada jabatan-jabatan yang menjaga kawasan-kawasan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Tronoh, sila.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya satu soalan berkenaan dengan produk pelancongan di kawasan Tronoh iaitu sebelum ini telah pernah diumumkan di sosial media dan juga berita-berita di mana Balai Polis Tronoh ok adalah pada tahun ini adalah telah berusia sebanyak 118 tahun pada tahun ini dan sebelum ini pernah di diwar-warkan bahawa balai polis Tronoh ini akan dijadikan sebagai satu muzium Polis Diraja Malaysia yang pertama di negeri Perak. Jadi, saya ingin mendapatkan sedikit maklumat sama ada Yang Berhormat Exco ataupun apakah perancangan negeri ataupun daripada PDRM berkenaan dengan pengumuman ini. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Ini adalah bukti jelas sebenarnya apa yang kita nak bangkitkan. Sebenarnya pentadbiran negeri dia tidak menganaktirikan mana-mana pihak dan juga tidak ada pilih kasih. Jadi jelas apa yang dibangkitkan oleh YB Tronoh sama juga yang dibangkitkan oleh YB Bota. Sebenarnya kawasan tersebut merupakan jurisdiction atau jagaan PDRM. Jadi pihak pelancongan tidak boleh suka-suka nak bawak pelancong masuk ke dalam terutamanya kalau polis lagilah sensitivitinya tinggi. Jadi, saya syorkan supaya YB boleh berbincang dengan PDRM dulu. Sekiranya mereka membenarkan untuk dipromosi, kita tak ada masalah untuk mempromosikan mana-mana tempat yang dilihat berpotensi untuk memajukan ekonomi setempat terutamanya kepada rakyat negeri Perak, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan soalan, sila.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Menglembu soalan yang ke-7.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menjawab soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Menglembu dan sebahagian soalan Yang Berhormat Bercham yang turut menyentuh mengenai kenderaan elektrik EV. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kenderaan EV kenderaan elektrik atau lebih dikenali sebagai EV dianggap sebagai pengangkutan masa depan kerana ia lebih mesra alam. Kepelbagaian kelebihan EV memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan kenderaan ini. Antaranya adalah memberi kesan positif ke atas alam sekitar di samping kos penyelenggaraan yang rendah buat masa ini. Menjawab soalan Yang Berhormat Menglembu berdasarkan maklumat daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), setakat ini terdapat 29 stesen pengecas kenderaan elektrik di negeri Perak dengan lesen daripada pihak Suruhanjaya Tenaga.

Untuk makluman Yang Berhormat Menglembu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa komited untuk menyokong dan memudah cara bagi pemasangan stesen-stesen pengecas elektrik bagi kemudahan pengguna. Dengan itu, garis panduan bagi pemasangan stesen pengecas (EV) ini adalah mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian

Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kerajaan Negeri akan terus memperhalusi lagi berkenaan insentif-insentif yang boleh menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan rakyat negeri Perak khususnya. Untuk senarai tempat-tempat yang dipasang (EV) charger, Charging System, saya akan sertakan dalam bentuk hard copy kerana ia agak panjang. Saya tak akan baca satu-persatu. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Menglembu, sila.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Industri EV ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia dan tak kurang juga di Malaysia. Soalan tambahan saya, adakah agensi-agensi kerajaan ada pelan atau pun cadangan untuk menukar kenderaan kuasa bahan api kepada kenderaan ini?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Menglembu,bBuat masa ini, tiada sebarang pelan khusus untuk menukar kuasa bahan api kepada EV. Walau bagaimanapun, pada masa ini, pihak agensi-agensi kerajaan menerima baik usaha kerajaan dalam memacu perkembangan dan peningkatan penggunaan kenderaan EV di negara ini khususnya di Negeri Perak. Namun begitu, pertimbangan yang perlu dilihat dari pelbagai sudut juga oleh agensi-agensi kerajaan dari segi keperluan, permintaan setempat, kesesuaian lokasi dan peruntukan yang mencukupi. Terdapat beberapa beberapa inisiatif yang dipraktikkan oleh agensi Kerajaan dalam menyambut baik usaha Kerajaan seperti berikut. Pihak UiTM Seri Iskandar telah memulakan inisiatif Micro Mobility iaitu E-Scooter di dalam kampus UiTM Perak dan membangunkan laluan E-Scooter bagi beberapa kawasan di pusat bandar Seri Iskandar. Bagi merealisasikan Pulau Pangkor sebagai Low Carbon Island dan Smart Island, perancangan bersama agensi terlibat bagi menggalakkan penggunaan EV terutamanya motosikal juga sedang diusahakan.

Yang ketiga, pihak MPTI melalui Pelan Tindakan Smart City Teluk Intan 2035, melalui cadangan pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik bagi memberi kemudahan kepada pemilik pengguna kenderaan EV sekali gus membuka gerbang pelancongan baru di bandar Teluk Intan. Sektor pelancongan daerah juga menggalakkan rangsangan dan pakej pelancongan yang menarik kepada penggunaan kenderaan EV dalam tempat letak kenderaan elektrik khas percuma sedikit juga telah menarik penggunaan EV. Majlis Daerah Kerian sedang mengenal pasti penyediaan infrastruktur pengecas EV sedia ada yang terdapat di Daerah Kerian antara di stesen-stesen minyak, hotel serta pusat membeli belah. Majlis Perbandaran Manjung yang telah merangka projek pengecas kenderaan EV di tiga lokasi utama iaitu Bandar Seri Manjung, Sitiawan dan Lumut di bawah Pelan Tindakan Bandar Pintar Manjung 2030 dan akhir sekali, trem di Zoo Taiping juga telah ditukar sepenuhnya kepada EV untuk makluman Dewan yang mulia ini. Itu sahaja sedikit contoh yang boleh saya bagi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Kamunting, sila.

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua dan YB Exco. Jadi secara keseluruhan saya lihat perkembangan EV di Malaysia ini dalam tempoh dua tahun ini, satu promosi yang drastik daripada pihak agensi-agensi masih sangat kurang. Mungkin faktor-faktor tadi ialah faktor stesen tak ada. Kemudian mungkin faktor penggunaan EV itu sendiri sebab bateri kalau sebuah kereta, bateri yang besar diperlukan dan bateri yang ada sekarang ini daripada kadar kapasiti kilometer lebih kurang 200 kilometer. Jadi kalau orang sibuk macam YB, orang-orang yang nak pergi mesyuarat ni sendiri dia tak sesuai untuk guna kan EV sebab dia terpaksa stress untuk di mana nak caj. Di hotel tak ada dan sebagainya. Kemudian orang yang berada di apartmen. Apartmen, rumah pangsa dan sebagainya di mana dia nak caj. Kalau di rumah kita beli caj. Caj di rumah lebih kurang 7-8 jam dan satu lagi adakah pihak Kerajaan bercadang untuk membuat kajian keberkesanan EV pada masa akan datang. Kalau ramai nanti yang guna EV bagaimana pulak dari segi pengaturan di stesen EV ini. Kalau stesen minyak kita boleh habis masa dalam tiga minit, dua minit selesai. EV ni paling kurang pun setengah jam. Lambat lebih kurang 45 minit ke satu jam.

Jadi saya, adakah pihak Kerajaan bercadang buat satu kajian sama ada EV, penggunaan EV keseluruhan atau pun hybrid adalah berkesan supaya kita boleh menggalakkan penggunaan daripada rakyat kita supaya mereka tidak rugi sebab bateri ni ada jangka hayat macam handphone juga. Dia akan hilang jangka hayat dia. Walaupun tadi kenderaan apa ni motor elektrik dan sebagainya tapi dia jangka hayat dan saya nampak EV ini sekarang dah orang-orang yang kaya, orang yang berkemampuan sahaja yang mampu. Kalau kita nak katakan rakyat biasa nak gunakan EV ini, dia mungkin fikir boleh tahan selama mana. Kalau motor kapcai tu Tahun 70' punya motor tu sampai sekarang boleh naik bukit lagi ambil durian. Jadi minyak praktikal lagi dan adakah pihak kerajaan bercadang buat satu kajian terperinci supaya keberkesanan EV di negeri Perak supaya kita boleh buat perancangan yang rapi. Sekian, terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Untuk menjawab soalan daripada Kamunting. Ok, memang penggunaan EV ini merupakan satu trend yang pada masa depan ni dan kita nampak banyak bilangan EV ini semakin bertambah dan saya rasa pihak dari segi pihak Kerajaan, pihak Kementerian KPKT merupakan agensi yang menguruskan station charging ini. Jadi saya nampak bagi pihak Kerajaan Negeri, buat masa ini kita tak perlu lagi. Belum, belum ada keperluan untuk membuat satu kajian yang teliti. Walau bagaimanapun, kita menyambut baik, menyambut baik usaha-usaha atau investment-investment yang nak buat stesen pengecas di negeri ini, Ok.

Untuk menjawab kos, menjawab soalan tentang kos, kos EV ini saya rasa ini merupakan satu, satu pandangan dari berbilang pihak. Saya nampak, saya nampak kalau, kalau lagi katakan kos pengangkutan itu, sepatutnya kos pengangkutan itu kita patut menggalakkan pengguna penggunaan pengangkutan awam. Jadi saya nampak kalau kan kita nampak musim perayaan highway-highway dah sesak dan semua ini, ini merupakan satu masalah kerana kenderaan, bilangan kenderaan di negara kita ini semakin bertambah. Jadi saya rasa apa yang diperlukan ialah satu kajian. Satu kajian yang menyeluruh untuk bagaimana kita nak tambah baik lagi pengangkutan awam di negara kita ini. Yang bab itu lebih penting dan untuk kenderaan komersial ini, bermotor ini ia terpulang kepada individual. Ia kepada individual. Sekiranya ada kemampuan atau, atau ada masalah untuk mendapatkan pengangkutan awam, jadi mereka akan memilih untuk kenderaan sendiri. Saya harap seluruh sistem ini kalau nak, nak wujudkan kelastarian alam saya rasa pembangunan pengangkutan awam itu memainkan peranan yang lebih penting. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan, dipersilakan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Simpang Pulai nombor lapan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai kerana telah tanyakan soalan berkenaan Enakmen Hotel Perak 2023, di mana kita tahu enakmen ini telah berkuat kuasa secara rasminya baru-baru ini bermula pada bulan Julai. Jadi memang satu waktu yang sesuai untuk kita lebihkan perbincangan tentang isu ini supaya semua pihak mendapat info yang betul dan bantu untuk kita menjayakan enakmen ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah putuskan dan sebelum ini telah diumumkan bahawa Enakmen Hotel Perak 2023 telah secara rasminya berkuatkuasa bermula 1 haribulan Julai 2024 dan telah diumumkan juga bersesuaian dengan bermulanya berkuatkuasa enakmen ini juga akan diadakan tempoh satu tahun untuk dijalankan sebagai tempoh pemutihan dan penyesuaian diri bagi pengusaha, di mana sebab sebelum ini, sebelum adanya enakmen hotel, ramai pengusaha yang menyediakan perkhidmatan penginapan, mereka tidak perlu atau tidak dapat untuk memohon lesen. Jadi bagi mereka ini sesuatu enakmen yang baru di mana mereka dikenakan syarat untuk memohon lesen. Jadi ambil kira perkara-perkara sebegini, Kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk ambil satu pendekatan bagi memberi masa yang secukupnya dan juga mengambil satu pendekatan untuk galakkan pengusaha untuk berdaftar.

Jadi tempoh dalam tempoh masa 1 tahun ni pelbagai sesi libat urus dan sebagainya akan dijalankan dan PBT juga akan mengambil pendekatan untuk memberi bimbingan dan bantu pengusaha untuk memenuhi syarat dan seterusnya boleh berjaya mendapatkan lesen yang diperlukan. Jadi pada masa ini, sesi libat urus sedang giat dijalankan oleh semua PBT di kawasan masing-masing. Ada yang ikut kawasan dan juga ada yang ikut persatuan-persatuan sebab terdapat banyak segmen penyedia penginapan yang berlainan. Jadi saya dalam hal ini juga saya ingin mohon semua pihak khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bantu kita nak memberi info sampaikan info kepada pengusaha-pengusaha di kawasan supaya mereka ambil tahu dan ambil tindakan untuk mendaftarkan diri di bawah enakmen ini sebab ada penyedia penginapan yang mungkin secara jelas kita boleh nampak secara fizikal contohnya hotel, resort, campsite dan sebagainya. Cuma ada juga segmen-segmen contohnya di bawah AirBNB, di mana mungkin lebih sukar untuk kita kenal pasti. Jadi sangat penting untuk ada kesedaran di kalangan pengusaha untuk tampil ke depan untuk berurusan dengan PBT dan dapat lesen ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, oleh sebab enakmen baru mula berkuat kuasa tidak sampai 2 minggu lagi, jadi dari segi jumlah pendaftaran buat masa ini masih belum dikumpulkan data-data dari kalangan PBT sebab segala proses masih berjalan. Cuma saya boleh memberi sedikit gambaran iaitu sebelum adanya enakmen hotel ini di bawah Enakmen Rumah Tumpangan 1927, sebanyak 560 buah premis telah dikeluarkan lesen dan kita faham sektor penyediaan perkhidmatan yang sebenarnya di seluruh negeri Perak memang jauh lebih banyak daripada itu dan juga daripada usaha-usaha PBT dalam menjalankan pra-pendaftaran sebelum ini, terdapat juga hampir 500 pengusaha yang telah menjalankan pra-pendaftaran yang menunjukkan mereka memang berhasrat untuk mendapatkan lesen ini.

Jadi, segala proses masih berjalan dan kita harap kita akan mendapat kerjasama daripada pihak pengusaha. Untuk menjawab soalan B, bahawa adakah hotel yang berada di luar kawasan PBT juga perlu mendapatkan lesen ini? Untuk makluman Yang Berhormat, hotel yang berada di luar kawasan PBT juga perlu mendapatkan lesen hotel dan ini sebenarnya telah termaktub dalam Enakmen Hotel 2023 dalam Bahagian II, Perkara Pelesenan Hotel Fasal 3, kurungan 1 & 2 di mana telah dinyatakan bahawa tiada seorang pun boleh mengendalikan hotel tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa melesen di bawah enakmen ini. Tujuan enakmen ini diadakan memang bertujuan untuk kita seragamkan di seluruh negeri Perak dalam isu perkhidmatan penginapan dan juga kita nak mengambil kira perkembangan terkini dalam sektor pelancongan dimana kalau sebelum ni hanya hotel, rumah tumpangan yang boleh mendapatkan lesen tetapi di bawah enakmen hotel ini, semua jenis penyedia perkhidmatan penginapan termasuk houseboat, tapak perkhemahan, resort, Airbnb, inap desa dan sebagainya juga boleh mendapatkan lesen. Jadi dalam hal ini, untuk pelaksanaan enakmen ini, pihak berkuasa tempatan juga bertindak sebagai pihak berkuasa melesen.

Jadi semua pihak yang berkenaan perlu dapatkan lesen tidak kira premis tersebut berada di bawah kawasan pentadbiran dan operasi PBT atau tidak. Semua premis di negeri Perak juga perlu mendapatkan lesen hotel ini dan untuk menjawab soalan C, tentang caj perkhidmatan tempatan iaitu CPT. CPT adalah satu caj yang dikenakan kepada pengunjung yang datang ke tempat penginapan atau bermalaman di hotel dalam negeri Perak. Jadi, kadar caj yang dikenakan adalah sebanyak RM3 setiap malam bagi setiap bilik. Untuk makluman semua, caj sebegini juga telah dikenakan di beberapa negeri lain seperti Melaka, Pulau Pinang dan Pahang dengan pelbagai nama caj dan tafsiran serta dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Negeri masing masing. Pihak kerajaan negeri telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum kita tetapkan kadar caj pada RM3 ini dan CPT ini akan dikutip dan terus dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri berdasarkan tahun kutipan. Jumlah ini akan diagihkan pada tahun berikutnya bagi tujuan pembangunan sektor pelancongan negeri melalui agihan semula kepada pihak berkuasa tempatan dan sebahagiannya diperuntukkan bagi tujuan pembangunan pelancongan mengikut ketetapan agihan.

Berikutan kepada pengumuman yang bahawa enakmen hotel ini mula berkuatkuasa, saya juga perhatikan terdapat respon-respon dan juga malah mungkin ada kerisauan tentang pengenaan caj perkhidmatan tempatan ini dan saya juga suka untuk ambil peluang ini untuk memberi sedikit info bahawa dalam kita Kerajaan Negeri kenakan caj perkhidmatan tempatan ini, sebenarnya pelbagai kajian telah dibuat termasuk kita ambil kira pengalaman di negeri-negeri yang lain dan balik kepada tujuan asal kita adakan enakmen hotel ni adalah supaya kita dapat selesai masalah sebelum ini di mana enakmen rumah tumpangan sebelum ini tidak dapat memberikan lesen kepada kebanyakan pengusaha dan kita juga ambil kira pengalaman tragedi di Batang Kali di mana sebenarnya banyak pengusaha yang banyak menyumbang kepada sektor pelancongan dan mereka ingin menjalankan perniagaan dengan mematuhi undang-undang yang ada. Cuma sebelum ini dengan enakmen rumah tumpangan yang ada, memang tak ada mana-mana pihak yang boleh keluarkan lesen kepada mereka. Jadi di bawah enakmen hotel ini memang tujuan kerajaan untuk memastikan sektor pelancongan khususnya penyediaan penginapan dijalankan dengan baik untuk mematuhi syarat-syarat untuk kita menjamin keselamatan, kebersihan dan juga kualiti sektor-sektor penginapan ini.

Jadi dari segi itu, memang dengan adanya enakmen hotel ni kita akan dapat meningkatkan daya saing pengusaha-pengusaha sektor penginapan di negeri Perak kerana mereka semuanya telah didaftarkan, dilesen, disemak dan didapati penuhi syarat-syarat dari segi keselamatan, kebersihan dan sebagainya. Jadi dengan adanya enakmen hotel dan dengan ada caj perkhidmatan tempatan ini juga dapat bantu kita terus membangunkan prasarana di kawasan pelancongan dan juga meningkatkan usaha dan ini tidak akan menjadi sesuatu yang menghalang sektor pelancongan daripada berkembang, malah ia akan dapat membantu kita meningkatkan daya saing berbanding dengan negeri-negeri lain yang masih belum menjalankan enakmen hotel sebegini, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Simpang Pulai, sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Saya ingin mohon Yang Berhormat Exco jelaskan bagi pengusaha homestay, adakah caj perkhidmatan tempatan CPT akan dikenakan mengikut jumlah bilangan bilik yang disediakan di dalam homestay, terima kasih.

Terima kasih. Kadar caj CPT yang seperti saya sebut tadi adalah sebanyak tiga ringgit bagi setiap malam untuk setiap bilik. Cuma bagi pengusaha, contohnya homestay, inap desa ataupun Airbnb, mungkin ada persoalan sedikit seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat. Saya ingin jelaskan bahawa bilik yang dimaksudkan di sini adalah ikut tafsiran bilik dalam Warta Kerajaan Peraturan-Peraturan Hotel Perak 2024 yang membawa maksud kepada semua jenis kemudahan tumpangan, pemalaman atau perlindungan di hotel sama ada dalam bentuk bilik premis tapak atau tempat tidur. Jadi untuk mereka yang usahakan homestay, inap desa, Airbnb, kalau dia satu premis tu, dia anggap dalam tafsiran peraturan hotel dianggap sebagai satu bilik. Jadi contoh kalau di kampung ada warga orang kampung yang usahakan inap desa diguna rumah dia, dalam rumah tu ada dua bilik, contohnya tetapi di bawah tafsiran peraturan hotel, dia dianggap sebagai satu premis. Jadi kalau siapa-siapa ada keluarga yang datang menginap di situ untuk caj perkhidmatan tempatan dianggap satu premis. Maksudnya satu malam RM3 untuk keseluruhan tempat tersebut dan dia bukan ikut bilik-bilik sebenar di bawah premis tersebut. So, itu sedikit info untuk jelaskan khususnya tentang kategori homestay. Terima kasih.

Soalan tambahan Manjoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi sila.

Terima kasih Timbalan Speaker. YB Exco saya nak bertanya berkenaan isu ini. Adakah lesen premis hotel ini dia ada tempoh sah laku dan adakah pengusaha ataupun pemilik premis hotel ini dia kena perbaharui lesen itu setiap tahun? Maksudnya masing-masing clear ya. Jadi terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Sekarang ini kerajaan telah memberi tempoh pemutihan satu tahun sebab kita faham dalam pendaftaran untuk dapatkan lesen barangkali mungkin ada pengusaha yang sekarang walaupun dia berhasrat tetapi sebenarnya dia tidak dapat memenuhi semua syarat daripada ulasan teknikal, jabatan ataupun syarat-syarat lain yang berkenaan. Jadi pendekatan yang kita ambil dalam pemberian lesen kita bagi kepada dua kategori. Di mana yang pertama, kalau mereka yang dengan keadaan sedia ada telah memenuhi semua syarat yang dikenakan mereka akan terus diberikan lesen penuh hotel. Jadi lesen penuh hotel ini tempoh sah laku dia bergantung kepada PBT. PBT iaitu pihak berkuasa melesen. Dia boleh beri dalam tempoh satu hingga tiga tahun. Jadi itu bergantung kepada keputusan pihak berkuasa melesen. Jadi bagi mereka yang telah dapat lesen penuh sama ada tempoh satu hingga tiga tahun, mereka hanya boleh terus boleh jalankan operasi perniagaan. Cuma kalau dah sampai tamat tempoh sekurang kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk memperbaharui lesen tersebut. Cuma kategori kedua bagi pemilik lesen mereka yang hanya dapat memenuhi sebahagian daripada syarat, oleh sebab kita ada tempoh pemutihan, ada tempoh untuk memberikan masa mereka menyuakan diri dan memenuhi semua syarat yang ada.

Bagi mereka yang hanya dapat memenuhi sebahagian daripada syarat mereka akan diberikan lesen sementara di mana lesen sementara ini adalah satu fasa sebelum kita keluarkan lesen penuh. Jadi untuk lesen sementara ia sah untuk tempoh masa enam bulan sahaja. Maksudnya setiap kali sebelum tamat tempoh enam bulan kita akan semak balik sama ada setelah memenuhi syarat masih perlu dikeluarkan lesen sementara atau sudah bersedia untuk dikeluarkan lesen penuh dan tempoh masa maksimum untuk lesen sementara ini adalah sebanyak 36 bulan sahaja. Jadi kalau maksudnya kalau ada pengusaha yang datang daftar tak memenuhi semua syarat dikeluarkan lesen sementara dan (gangguan audio) terima kasih ok dan selepas 36 bulan masih tidak dapat memenuhi, jadi lesen sementara juga tidak akan dikeluarkan lagi. Jadi itu saya kira tempoh yang sudah secukupnya untuk mana-mana pengusaha untuk ambil tindakan supaya dapat akhirnya memenuhi semua syarat yang dikenakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan soalan dipersilakan.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Soalan Pokok Assam, soalan nombor 9.

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Assam atas soalan berkaitan dengan perpustakaan. Untuk makluman Dewan yang mulia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) merupakan perkhidmatan perpustakaan awam yang terdiri daripada pelbagai jenis kategori perpustakaan. Jumlah perkhidmatan mengikut kategori adalah seperti berikut.

Pertama, Perpustakaan Awam Negeri (1) perpustakaan, Perpustakaan Awam Cawangan Utama (4) perpustakaan. Ketiga, Perpustakaan Awam Cawangan (12) perpustakaan. Yang keempat, perpustakaan komuniti (5) perpustakaan. Kelima, Perpustakaan Desa (37) perpustakaan. Berdasarkan sejarah awal Perpustakaan Taiping pada tahun 1882, bangunan ini dimiliki oleh Kerajaan British dan fungsinya adalah sebagai bilik bacaan dan rekreasi para pegawai kerajaan British di Perak pada masa di bawah pemerintahan Residen British, Sir Huge Low 1877 hingga 1899. Kemudiannya pada tahun 1964, bangunan ini dimiliki oleh Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan sejumlah peruntukan sebanyak RM40 ribu telah dibelanjakan bagi pengoperasian perpustakaan berkenaan.

Pada masa tersebut, ianya telah dinamakan Perpustakaan Peringatan Merdeka dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang ke-33, Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah pada 5 November 1966. Pada Januari 1967, perpustakaan ini telah mula dibuka kepada orang ramai. Bangunan ini telah diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pada tahun 1986 dan diberi nama baru Perpustakaan Awam Taiping. Di dalam lingkungan 20 kilometer dari Perpustakaan Awam Cawangan Utama Taiping, terdapat 2 perpustakaan desa iaitu Perpustakaan Desa Aulung, Perpustakaan Desa Kampung Jana dan Perpustakaan Desa Bukit Gantang dan satu perpustakaan komuniti di AEON Taiping.

Itu serba ringkas Sejarah Perpustakaan Taiping. Perpustakaan Awam Cawangan Utama Taiping telah melaksanakan pelbagai program bagi menggalakkan masyarakat sekitar mengunjungi perpustakaan dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2023, sebanyak 23,109 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kategori lapisan masyarakat. Manakala pada Januari hingga Jun 2024, pengunjung Perpustakaan Awam Cawangan Taiping telah mula meningkat dalam tempoh 6 bulan pertama iaitu sebanyak 19,740 orang pengunjung. Peningkatan jumlah pengunjung dalam tempoh tersebut adalah didorong oleh pelbagai aktiviti dan program-program kecil dan besar yang dilaksanakan. Sudah tentulah pelbagai usaha telah dirancang dan bakal dilaksanakan dalam memastikan fungsi perpustakaan kekal relevan kepada masyarakat. Perpustakaan Awam Cawangan Taiping merupakan perpustakaan berkonsepkan bibliotourism di mana ianya merupakan One Stop Centre dalam menyalurkan maklumat tempatan yang diperlukan oleh masyarakat mahupun pelancong.

Antara inisiatif yang telah diambil ialah melalui bahan pameran bertemakan Bandar Warisan Taiping di mana konsep pameran adalah mengenai sejarah Bandar Taiping. Makanan tradisional berserta lokasi bangunan bersejarah, seni lukisan dan sebagainya. Manakala dari bulan Januari hingga Jun tahun 2024, sebanyak 61 program dan aktiviti telah dilaksanakan termasuklah 4 program berskala besar iaitu yang pertama, World Quran Hour pada 4 April 2024. Yang kedua Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit pada 23 April 2024. Yang Ketiga, Program Semarak Warisan Ilmu Sembang Santai Histografi bersama Encik Zamri bin Abdul Malik pada 22 Jun 2024 dan yang keempat Program Book Trail Bandar Warisan Taiping sempena 150 tahun Bandar Taiping pada 27 Jun 2024. Selain itu, beberapa program dan aktiviti lain turut diadakan seperti Jom Belajar Bahasa Isyarat, pertandingan silang kata, pameran karya Seni 34,000 ‘hashtag’ 150 Taiping dan Teknologi Food Pring Benar atau palsu, reka cipta bunga hiasan DIY daripada batang aiskrim, pepatung, program cuti sekolah, permainan Seremban dan pelbagai lagi aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Sebarang aktiviti dan program boleh dilihat di Facebook Perpustakaan Awam Cawangan Utama Taiping. Dalam pada itu, perpustakaan juga menerima lawatan dari pelajar sekolah rendah dan menengah serta tadika yang berhampiran dan ini juga turut menyumbang kepada peningkatan pengunjung Perpustakaan Awam Taiping pada tahun 2024. Penglibatan masyarakat dalam Program Gerakan Membaca juga menjadi satu petanda petanda aras ke arah menghasilkan komuniti yang berinformasi dan celik maklumat serta meningkatkan statistik pengunjung ke perpustakaan. dalam tempoh 6 bulan pertama. Pihak pengurusan perpustakaan sentiasa mempromosi koleksi bahan bacaan baru untuk dipinjam oleh pengguna perpustakaan yang mendaftar sebagai ahli. Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan untuk menarik lebih ramai golongan masyarakat untuk mengunjungi perpustakaan tersebut.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan, Perpustakaan Awam Taiping merupakan perpustakaan yang telah diangkat sebagai bangunan warisan di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2025 iaitu Akta 645. Bangunan-bangunan yang telah diisytiharkan sebagai warisan dan warisan kebangsaan adalah satu pengiktirafan kerajaan dalam pengekalan warisan budaya negara. Namun begitu, kekangan bagi pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak adalah dari aspek penyelenggaraan dan pembaikan bangunan kerana ianya perlu mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Warisan dan Warisan Negara dan kebiasaannya maklum balas yang diterima memakan masa yang agak lama. Pihak perpustakaan amat mengambil berat aspek keselamatan pengguna keselesaan mereka serta kemudahan digital yang boleh disediakan. Namun begitu, memandangkan bangunan ini merupakan bangunan warisan, pihak pengurusan perpustakaan harus patuh kepada peraturan dari Jabatan Warisan Negara yang agak sukar untuk diikuti. Justeru itu, pihak jabatan akan tetap meneruskan transformasi dari segi perkhidmatan ke arah digital mengikut peruntukan yang diterima oleh pihak jabatan tanpa melibatkan perubahan fizikal pada struktur dalaman dan luaran bangunan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pokok Assam.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, selain daripada pesta buku negeri yang dijalankan, apakah inisiatif ataupun program lain yang akan pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak jalankan selepas ini untuk merancakkan program ataupun menyokong Tahun Melawat Perak 2024?

Terima kasih Pokok Assam atas soalan tambahan. Untuk makluman, sidang Dewan Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak sedang dalam kerja kerja menaik taraf untuk gantian bumbung dan juga lantai dan ia dijangka siap pada penghujung ataupun pada awal tahun 2025. Maka ada beberapa program dan aktiviti yang sepatutnya dirancang di bangunan utama Perbadanan Perpustakaan Awam tidak dapat dilaksanakan tetapi pihak pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah pun memindahkan program-program ini ke perpustakaan-perpustakaan yang berada di setiap cawangan dan juga utama untuk menampakkan bahawa aktiviti-aktiviti dan program itu berjalan seperti biasa dan untuk makluman Pokok Assam,

Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Perpustakaan Awam melalui program Tahun Melawat Perak, kita akan menganjurkan Bazar Buku Perak 2024 atau dulu dikenali sebagai namanya Pesta Buku Negeri Perak dan ianya akan berlangsung bermula pada 1 hingga 4 Ogos iaitu hari Khamis hingga hari Ahad di Ipoh Convention Centre serta bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari setiap hari dan Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan merasmikan bazar buku ini pada 1 Ogos 2024 pada jam 3.00 petang. Bazar Buku Perak akan membawa 70 pempamer yang terdiri daripada pembekal, penerbit buku, jualan kraftangan dan cenderahati, jualan alat bantuan mengajar, bahan interaktif berunsur STEM dan pelbagai lagi.

Selain itu, bazar ini juga akan menjual pelbagai buku rujukan ilmiah untuk golongan dewasa dan kanak-kanak yang berkaitan dengan TVET, STEM dan juga buku-buku rujukan kepada pelajar dengan potongan harga yang cukup istimewa khusus untuk warga negeri Perak. Bazar Buku Perak juga akan menjemput pempamer dan pempamer buku dari kumpulan kebudayaan dari negara Indonesia iaitu daripada Medan iaitu penerbit buku Yayasan Kompeng Serdang Beradat dan Kumpulan Kesenian Tari Rentak Serdang Bertuah. Di samping pelbagai aktiviti dan program menarik yang dirancang sepanjang bazar buku Perak 2024, akan ada program perkara lain seperti bengkel, ceramah, Brain Dead, pameran storytelling activity robotik dan TVET, penulis buku terkenal Malaysia bual bicara bersama panel terkenal bicara buku bersama penulis, persembahan artis terkenal, cabutan bertuah dan sebagainya.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak turut menyasarkan seramai 30 ribu hingga 50 ribu pengunjung yang akan hadir semasa pelaksanaan Bazar Buku Perak. Sehubungan itu, ianya tentu akan dihebahkan ke segenap pelusuk negeri baik di sekolah, institut pengajian tinggi, pihak swasta, NGO dan persatuan belia. Justeru itu, saya mengambil ruang dan peluang ini untuk menjemput seluruh rakyat negeri Perak sama ada kecil besar tua muda yang berada di kampung di desa dan di bandar untuk sama-sama kita hadir memeriahkan Bazar Buku Perak 2024. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai Bazar Buku Perak sebagai sukarelawan, bolehlah mendaftarkan diri dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Kamunting.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk Perpustakaan Awam Cawangan Taiping dan juga ada satu perpustakaan komuniti AEON mall di Taiping. Saya lihat promosi sama ada dalam media sosial untuk perpustakaan tidak dapat sambutan. Apa usaha daripada pihak kerajaan untuk promosi macam iklan tadi sangat baik? Tapi kalau kita lihat dalam media sosial Facebook orang like, 2 1 dan follower dia pun tak ramai 3 ribu sahaja Perpustakaan Awam Taiping. Jadi sebab ini penting untuk promosi dan sebagainya kenapa mereka tidak berminat? Adakah kita tidak serius dalam mempromosi dari segi media sosial perpustakaan ini terutama di Taiping, terima kasih.

Terima kasih Kamunting atas soalan. Yang pertama, saya setuju dengan cadangan dan pandangan daripada YB Kamunting supaya promosi dan hebahan kepada program dan aktiviti yang berada di perpustakaan-perpustakaan cawangan ini juga perlu di. sebar luaskan dan mendapat apa ruang dan peluang dalam media masa. Cuma untuk perlaksanaan itu, ianya bergantung kepada petugas dan juga urusetia yang mengendalikan Perbadanan Perpustakaan Awam cawangan tersebut dan kita faham perkara ini bukan sesuatu yang perlu atau perkara yang utama yang mungkin pihak petugas itu laksanakan tetapi dengan ada teguran dan juga nasihat daripada YB Kamunting td Insya Allah pihak Perbadanan Perpustakaan Awam akan mengambil kira dan faktor ini untuk jadikan salah satu promosi untuk kewujudan perpustakaan-perpustakaan cawangan dan utama serta komuniti tadi dimuat naikkan dalam Facebook ataupun laman-laman sosial yang lain dan tetapi untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Facebook dia memang aktif cuma mungkin kadar like dan juga hebahan itu agak kurang. So, saya menerima teguran itu untuk penambahbaikan, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat kawasan Selinsing untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Pantun dua kerat dengan izin. Hello darling jom ke Ipoh. Soalan Selinsing Nombor 10.

Saya jawab ya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dato' Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Selinsing di atas soalan yang telah diajukan. Untuk makluman Yang Berhormat, laporan MET Malaysia pada 14 Jun 2024 status semasa cuaca dijangka dalam fasa El Nino Southern Oscillation dengan izin ENSO neutral sehingga Ogos 2024, di mana El Nino telah tamat dan beransur pembentukan La Nina dan dijangka bermula Julai hingga September sehingga bulan September. Fenomena La Nina yang boleh membawa hujan lebat dan banjir yang berpanjangan pihak IADA Kerian serta agensi yang berkaitan telah menyusun beberapa langkah persediaan dan pelan kontingensi untuk melindungi pesawah padi dan memastikan pengeluaran beras tidak terjejas secara signifikan. Berikut adalah beberapa langkah dan pelan kontigensi yang boleh diambil dari pihak IADA Kerian melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan agensi-agensi yang berkaitan. IADA Kerian akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, Jabatan Meteorologi Malaysia, agensi berkaitan untuk memantau keadaan cuaca dan mengeluarkan amaran awal kepada pesawah. Mesyuarat Penyelarasan Bekalan Air bagi pengairan IADA Kerian dibuat secara berkala dan menjadi platform bagi agensi dan jabatan yang terlibat dalam perbincangan menangani segala isu dan masalah berkaitan air termasuk sekiranya berlaku fenomena La Nina.

Di samping itu, pengaktifan Kumpulan Pengguna Air, KPA di semua kawasan dilaksanakan bagi membantu atau memantau sebarang fenomena La Nina. Yang kedua menyebarkan maklumat mengenai ramalan cuaca dan amaran awal melalui pelbagai saluran seperti media massa, media sosial dan rangkaian tempatan untuk memastikan pesawah padi bersedia. Yang ketiga, penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran dengan memastikan terusan empangan dan sistem pengairan berada dalam keadaan yang baik untuk mengendalikan aliran air yang berlebihan semasa hujan lebat. Yang keempat menyediakan pam bergerak bagi membantu kawasan lot padi yang tenggelam akibat fenomena La Nina. Yang kelima bagi tahun 2024 ini, IADA

Kerian telah melaksanakan penyelenggaraan batas parit ladang sepanjang 291,802.40 meter, parit ketiga 17,900 meter. Dengan penyelenggaraan ini dapat membantu kecekapan air keluar dengan cepat bagi mengelakkan sawah padi tenggelam. Yang keenam menubuhkan pusat operasi bencana di kawasan-kawasan utama pengeluaran padi untuk mengkoordinasikan usaha bantuan dan menyokong pesawah padi semasa dan selepas fenomena La Nina. Dengan pelaksanaan langkah-langkah dan pelan kontingensi ini diharapkan dapat membantu mengurangkan impak negatif fenomena La Nina terhadap pesawah padi dan memastikan kestabilan pengeluaran beras negara.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Jabatan Pengairan Saliran Perak telah bertindak lebih awal dalam membantu agensi IADA Kerian menyelenggara sistem saliran supaya aliran air semasa musim menuai berjalan lancar. Dalam masa yang sama, pam-pam bergerak telah bersiap siaga untuk dikerahkan ke kawasan yang berpotensi dinaik air yang boleh menjejaskan tanaman padi. Pesawah-pesawah setempat juga turut diingatkan untuk mengurus pengambilan dan pembuangan air dengan kadar optima supaya sistem sedia ada dapat berfungsi dengan baik. Amalan pengambilan air yang optima secara berhemah juga mampu mengurangkan risiko berlakunya kerosakan tanaman. Dengan keadaan semasa simpanan Kolam Bukit Merah yang rendah ini mampu menyimpan air sebagai takungan bagi persediaan musim kedua bekalan air.

Bagi menjawab soalan yang kedua, untuk makluman Yang Berhormat melalui pemantauan dan maklumat daripada pemberi perkhidmatan, service provider dengan izin dan agensi yang memberi perkhidmatan mekanisasi seperti Pertubuhan Peladang Negeri (Jentera) memaklumkan kenaikan kos pembuatan jentera dan mekanisasi akan dibuat selepas pengumuman kenaikan harga diesel dalam anggaran kenaikan sekitar 35 hingga 40% di mana kos kenaikan melibatkan kos pengangkutan jentera, operasi dan pembaikan jentera. Walaubagaimanapun Dato' Yang di-Pertua pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengorak langkah untuk meringankan beban petani di mana pihak kerajaan telah menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360.00 per tan metrik kepada RM500.00 per tan metrik pada tahun 2023. Sebagai tambahan, kerajaan juga bersetuju menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100.00 per hektar per musim kepada RM160.00 per hektar per musim. Menerusi kadar ini, pesawah terlibat akan menerima bayaran insentif pembajakan dan insentif penuaian RM50.00 menjadi jumlah sebanyak RM210.00 per hektar per musim.

Selain itu juga, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai cadangan untuk membaiki untuk membantu service provider yang berdaftar dalam yang berdaftar dengan U Agro dan Budi Agro Komoditi untuk diberi peluang memiliki Fleet Card Diesel bersubsidi kepada jentera dan mekanisasi yang layak dan berdaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) dan dalam proses perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memperhalusi mekanisma yang terbaik untuk penyelarasan pemilikan Fleet Card kepada Jentera dan mekanisasi yang terlibat dalam industri padi. Jadi Jabatan Pertanian sendiri akan turun padang daripada daerah kawasan di kawasan jelapang padi di seluruh daerah yang berkaitan untuk memastikan Fleet Card ini yang dapat diterima oleh mereka yang sesuai dan untuk diberikan Fleet Card bagi mengurangkan kos kenaikan jentera padi. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Exco Selinsing.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih YB Exco di atas jawapan. Saya mohon kepada Dato' Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa sebelum saya utarakan soalan tambahan saya sebab saya hendak menyebut berkenaan dengan kenaikan kos tadi itu saya baru sahaja dapat laporan daripada mesyuarat PPK Tanjung Piandang yang dibuat pada 10 Julai semalam yang berkaitan dengan kenaikan harga jentera seluruh Kerian tahun depan yang mana list dia itu dia kata mesin padi kalau dahulu RM90.00 se tan dinaikkan kepada RM180.00 se tan ini 100%. Kemudian traktor bajak sebab kita ada tiga kali bajak, bajak 1, RM90.00 dahulu dan sekarang RM180.00 juga. Kemudian bajak 2, kalau dulu RM70.00 naik kepada RM160.00. Kemudian badai ataupun bajak tiga, RM90.00 naik kepada RM180.00 juga. Kemudian upah lori yang bawa padi ya kalau dahulu RM20.00 naik kepada RM30.00. Itu tidak termasuklah benih padi yang memang dah kita tahu kenaikan harga dia, satu beg 20 kilo itu kalau dahulu dapat dalam RM36.00 sekarang RM60.00 ke RM70.00 dan satu ekar sawah padi perlu kepada 4 atau 5 beg untuk satu ekar. Jadi ini kos-kos yang terpaksa ditanggung lah oleh pihak petani dan saya bawakan hari ini kerana saya merasakan kawasan kami di Kerian memang semuanya terkena lah dengan perkara ini lebih kurang 20,000 orang pesawah.

Kemudian yang saya hendak persoalkan untuk soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan isu bekalan air yang pada ketika ini sangat kritikal. Tadi kita tanya berkenaan dengan La Nina masa nak ambik padi biasanya berlaku hujan. Tapi sekarang ini masa nak tanam padi kritikal sangat airnya. Kalau saya boleh beritahu ke dalam Dewan ini, keadaan masa tanam padi sekarang ini seolah-olah macam masa ambik padi, itu keadaannya. Sepatutnya tanam padi air banyak tetapi keadaannya tanam padi tapi air kering kontang. Parit tiada air dan yang nyatanya Tasik Bukit Merah tak boleh langsung nak menyediakan air kepada kita punya pesawah. Jadi usia padi lebih kurang 40 hari dan ini menyebabkan bila air tak ada dia menyebabkan banyak perkara. Antaranya padi akan bantutlah, kemudian rumput naik. Bila diracun pun tak boleh nak mati. Kemudian sekarang tikus dah mula dah sampai sebab tikus ni bila kering dia boleh makan sampai ke tengah. Yang ni kalau kita tengok masalah-masalah ni dia berulang-berulang dan tadi saya sebut dah sebut tentang kos yang meningkat, maka kita sangat risaulah dengan petani-petani kita dan saya ingat kita kena bagi satu perhatian yang sangat penting.

Yang di-Pertua

Soalan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ya baik. Saya ada sikit lagi. Secara teknikalnya, bila air di Bukit Merah tak ada, maka kita ada pam Kerian, kita ada pam Padang Lalang. Pam Padang Lalang ambil air daripada Sungai Kurau. Pam Kerian ambil air daripada Sungai Kerian untuk ganti balik yang Bukit Merah yang tak ada air. Isunya ialah pam-pam ini, pam Kerian daripada saya ingat dah bertahun-tahun dah tak siap dan yang ada rosak. Sekarang yang saya dimaklumkan retender lagi kan. Ini punca dia, bila kata tiada air ini tak ada langsung kita tak boleh bagi air. Yang di Padang Lalang pulak, katanya dah siap tapi tak boleh beroperasi 100%. Jadi soalan sayanya, saya nak mohon penjelasan pihak kerajaan, macam mana pihak Kerajaan Negeri dapat berperananlah supaya dapat bantu menyegerakan siap pam-pam ini boleh beroperasi 100%. Boleh bagi ayor, kan kalau tidak memang kita akan berdepan dengan pelbagai masalah. Begitu juga dengan tadi tu, dengan kenaikan kos tadi kan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Exco.

Dato' Yang Di-Pertua, terima kasih kepada Selising yang telah menyuarakan perkara yang berkaitan dengan soal penanaman padi, kos-kos kenaikan dan sebagainya. Memang menjadi dasar kerajaan untuk memberikan perhatian apatah lagi di kawasan jelapang padi dan perkara ini memang saya dah bangkitkan kepada pihak menteri dan kementerian supaya memberi perhatian kepada kawasan jelapang padi. Kawasan jelapang padi. Ini adalah satu sekuriti makanan yang amat penting kepada negara dan rakyat dan perkara ini telah mendapat persetujuan dan akujanji daripada Bahagian Padi Kementerian pihak untuk membawa perkara ini ke membuat paper Kabinet, bukan melalui peruntukan khas tetapi melalui paper Kabinet yang akan dikemukakan oleh Kementerian kepada Kabinet. Jadi, kita berharap supaya pihak Kabinet dan Kerajaan dapat memberi perhatian yang serius apa yang dibangkitkan oleh YB Selinsing tadi. Berkaitan dengan rumah pam Padang Lalang dah siap 100% 4 Julai yang lalu dan boleh digunakan untuk bekalan air bagi compartment E dan F untuk disalurkan air. Bagi pam Kerian terpaksa retender balik. Ini masalah kontraktor Dato' Yang di-Pertua. Di antara yang yang dihadapi oleh IADA sendiri, pihak IADA sendiri kekurangan di petak-petak sawah. Pihak IADA sendiri telah menggunakan pam-pam air yang kena di beberapa negeri dan daerah dibawa kepada pihak kawasan jelapang padi Kerian untuk mengambil air daripada parit pembuangan di masuk balik ke sawah. Untuk menentukan bahawa kawasan padi ini dapat diselenggarakan dengan baik dan dapat menghasilkan yang baik.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

YB ada sikit saja. Ada aduan kepada saya ni tadi baru telefon saya, 40 hari dah setitik air pun tak masuk lagi dia kata sawah dia. Saya pun terkejut juga dengar. Jadi kena ada ni lah. Dah 40 hari ini.

Terima kasih. Insya Allah perkara ni pihak yang berkaitan dapat apa yang disuarakan oleh pihak Selinsing tadi pihak yang berkaitan jabatan dan agensi mengambil perhatian yang serius dan penuh yakin bahawa peranan tanggungjawab IADA, JPS dan sebagainya akan memfokuskan menentukan bahawa dari segi bekalan air untuk pesawah dan sebagainya dapat dibekalkan dengan secepat yang mungkin dan kita berharap dan bagi pam Kerian ini dapat diselenggara dapat di retenderkan dengan segera dengan kaedah-kaedah yang sesuai oleh pihak Kementerian Kewangan supaya pam ini dapat dibina dengan secepat mungkin. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Titi Serong.

Boleh? Sikit lagi. Berkaitan dengan masih lagi berkaitan, terima kasih Yang di-Pertua. Berkaitan dengan padi lagi, yang dibangkitkan oleh Selinsing ada sentuh beberapa perkara dan Exco pun ada sentuh berkaitan dengan air, penggunaan air. Saya, kita sedia maklum air untuk sawah padi untuk kami pun dah bermasalah terutamanya di Titi Serong di bahagian yang hujung. Saya lihat beberapa aduan yang telah saya terima dan saya turun berkaitan penggunaan air ini agak kurang bersepadu di kalangan para petani. Ada yang buat awai ada yang buat lambat dan sebagainya. Saya nak tanya sejauh mana usaha untuk nak mewujudkan dan memperkasakan bilik KPA ni kumpulan pengguna air di kalangan para petani? Sidang Dun yang dulu saya dah bangkitkan dan saya pun ada dapat beberapa maklum balas daripada pihak IADA Kerian sendiri sedang diusahakan, cumanya untuk pada hari ini, kita nak tahu sejauh mana usaha dan juga keberkesanan KPA ini dilaksanakan di jelapang padi inilah dan yang kedua, Selinsing dah bangkitkan berkaitan dengan rumah pam dan saya pun nak bangkitkanlah supaya EXCO boleh tengokkan rumah pam kami di compartment A. Ada rumah pam yang dah lama terbengkalai. Kalau ada bajet boleh diusahakan. Itu jer. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Exco.

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Titi Serong yang dikaitkan dengan Kumpulan Penggunaan Air KPA. Dan begitu juga dengan soal rumah pam yang menghadapi masalah. Jadi sebenarnya memang menjadi perhatian kepada IADA sendirilah dalam pengaktifan Kumpulan Penggunaan Air ini dapat digerakkan semula dan pihak IADA sendiri akan membantu dan memantau bersama dengan Kumpulan Pengguna Air ini supaya perkara-perkara yang dibangkitkan tadi dapat diselesaikan dapat diuruskan dengan cara yang terbaik. Bagi penyelenggaraan pam rumah, pam air, memang jadi dasar kerajaan dan saya akan pastikan bahawa rumah-rumah pam air yang dapat berfungsi dengan baik. Jadi apa-apa kekurangannya, saya akan berhubung dengan pihak IADA dan juga JPS dalam menentukan perkara-perkara yang berkaitan dengan rumah pam dan penyelenggaraan ini dapat disegerakan dari segi pembaikan dan sebagainya.

Insya Allah, saya akan memberi perhatian kepada Jelapang Padi Kerian dan juga di kawasan jelapang-jelapang padi yang ada dalam negeri Perak ini dan di luar jelapang padi. Bukan sahaja di jelapang padi, tapi di luar jelapang padi. Ini merupakan satu tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa pesawah-pesawah dapat impak yang terbaik daripada hasil tanaman apatah lagi kos-kos kenaikan, kos-kos kenaikan barang dan sebagainya terpaksa ditanggung oleh pihak pesawah sendiri. Saya telah membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pihak kementerian supaya mempertingkatkan subsidi-subsidi dan sebagainya. Ini bagi tanah jerlus dan sebagainya dan itulah salah satu daripada paper kabinet yang telah kita cadangkan dan akan dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya nak tambah sikit jer lagi Dato' Speaker.

Yang di-Pertua

Ok Alor Pongsu last.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih. Yang Berhormat Exco ya. Saya nak kembalikan balik kepada sidang yang lepas. Semua masalah-masalah padi yang terkini Selinsing dengan Titi Serong pun dah sebut, saya pun nak sebut tapi diorang dah sebut, ok Alhamdulillah. Tapi kita balik pada sidang yang lepas di kawasan un Alor Pongsu berdekatan dengan loji, loji air di Batu 5. Saya dah sebut sidang lepas saya mintak pihak IADA semua datang tengok dan saya mintak pihak Jabatan Alam Sekitar juga datang tengok. Minggu lepas saya pi tengok lagi sekali, kali ni saya rasa lagi teruk. Tanah di sekeliling loji air Batu 5 tu semua dah rosak. Tanam apa pun dah tak boleh dah dan ada 2 benda. Yang pertama, petani tunjuk kat saya ada kebocoran air yang ayaq yang depa nak buang tu selepas diproses tu ada kebocoran sebenarnya bocor. Jadi tak boleh nak ikut jadual dan yang paling tak seronok yang saya sebut sidang lepas air yang dilepas tu dilepas dalam parit tali ayaq yang diguna oleh petani.

Yang di-Pertua

Soalan dia.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sebab berlakunya tanah jerlus. Jadi soalan saya, bolehkah pihak Kerajaan Negeri lebih kepada Exco Pertanian dan pihak alam sekitar kita turun bersama untuk tengok masalah tersebut?

Terima kasih Alor Pongsu. Sebenarnya kita memang memberi perhatian apa yang dibangkitkan oleh Alor Pongsu pada tahun lepas. Insya Allah saya akan segerakan perkara ini dengan pihak AIDA dan alam sekitar dan sebagainya lah jabatan dan agensi untuk kita mempastikan apakah jalan penyelesaian yang dapat kita selesaikan apa yang dibangkitkan oleh Alor Pongsu. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Pinji soalan 11.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang diPertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030 Salam Malaysia Madani. Terima kasih perkara dan soalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Pasir Pinji. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan melalui Telekom Malaysia dan juga Polis Diraja Malaysia sentiasa bekerjasama dalam membenteras terutamanya pencurian kabel bagi menjamin keselamatan kepada pengguna jalan. Kebelakangan ini banyak berlaku lambakan kes kecurian kabel terutamanya di kawasan Lembah Kinta dan maka pihak Telekom Malaysia sentiasa peka dengan pelan tindakan untuk atasi masalah ini. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kecurian kabel bagi negeri Perak ialah sebanyak 136 kes sehingga Jun 2024 dan nilai kerugian yang ditanggung daripada kes kecurian ini bagi negeri Perak sahaja ialah RM2.8 juta.

Antara inisiatif pihak TM untuk mengatasi kecurian kabel di kawasan negeri Perak ialah yang pertama, mewujudkan platform komunikasi yang mudah seperti Pusat Laporan Kerosakan termasuk lah Laporan Kecurian Kabel iaitu di talian 100 agar orang ramai dapat membuat laporan tanpa mengira waktu dan tempat. Kedua, sebuah jawatankuasa kerja telah diwujudkan oleh TM khusus bagi menerima semua aduan daripada Pusat Khidmat Dun dan Parlimen melalui atas talian. Ketiga, sejurus menerima aduan, pihak TM akan mengambil tindakan segera mengikut keutamaan terutamanya yang melibatkan keselamatan pihak awam. Main hole akan ditutup segera dan jika membabitkan kabel atas atau pun overheat, pihak TM akan mengemaskan kabel tersebut dan membuat laporan polis sebelum menghantar lebihan kabel ke stor TM. Keempat, pihak TM telah memperluaskan liputan rangkaian gentian optik bagi menggantikan rangkaian kuprum yang menjadi sasaran pencuri. Adalah dijangkakan liputan 100% rangkaian gentian optik ini akan dapat dicapai tidak lama lagi. Manakala program pelupusan kabel tembaga secara berperingkat juga digiatkan lagi dengan tumpuan diberikan untuk kawasan hotspot. Kecurian berlaku kerana melibatkan kawasan yang luas.

Sehingga kini, 25 peratus kabel tembaga telah dilupuskan dan kerja-kerja ini adalah secara berterusan mengikut keutamaan kerana berlaku bilangan kes yang tinggi melibatkan kawasan yang amat luas. Kelima, bagi menangani kejadian ini, satu kerjasama dan perbincangan antara pihak Unit Keselamatan TM, Polis Unit MPV dan Polis Bantuan TNB dengan menambah kekerapan membuat rondaan dan tangkapan. Dalam masa yang sama, pihak TM sangat mengalu-alukan bantuan serta aduan daripada orang ramai agar dapat menyalurkan maklumat kepada pihak TM dan pihak polis jika disyaki terdapat pencerobohan pada lubang main hole dan kecurian kabel di kawasan penduduk. Yang keenam, menganjurkan program komuniti melibatkan TM, PDRM dan jawatankuasa penduduk bagi meningkatkan kesedaran serta mencegah kejadian curi kabel ini berlaku lagi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pasir Pinji.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih YB Exco atas jawapan yang diberi dan soalan tambahan saya. Selain daripada isu-isu kabel yang dicuri, tiang-tiang telekomunikasi yang terbiar juga menjadi masalah di sesetengah kawasan. Jadi apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam memastikan tiang-tiang dan kabel telekomunikasi yang lama yang sudah tidak lagi digunakan tidak ditinggalkan terbiar dan menyebabkan risiko kemalangan dan pemandangan yang buruk di seluruh Perak.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sekali lagi perhatian daripada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan dalam memastikan setiap infrastruktur berkaitan telekomunikasi berada dalam keadaan baik serta diselenggara. Perkhidmatan kabel telekomunikasi pada masa ini diberi melalui laluan bawah tanah dan atas tiang. Dalam perkara yang berkaitan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tiang-tiang dan kabel komunikasi yang lama yang tidak lagi digunakan tidak lah ditinggalkan terbiar. Tiang telekomunikasi yang tidak digunakan ini akan diambil dan disimpan dalam stor simpanan bagi tujuan kegunaan semula apabila berlaku kerosakan yang memerlukan penggantian tiang dengan kadar segera. Inisiatif berterusan pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menyelenggara tiang-tiang sedia ada di samping melupuskan tiang-tiang yang tidak digunakan dan terbiar. Usaha ini dijalankan sepanjang masa terutama berpandukan aduan daripada pihak awam dan kerana ia melibatkan kawasan yang luas, maka kita memerlukan sedikit masa dan dibuat secara berperingkat dan fasa. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Dato' Speaker. YB Exco dalam tinjauan di kawasan saya, saya selalu ronda-ronda tu nampak tiang-tiang. Dulu tiang TNB ini sama cantik dengan tiang TM ni. Tapi la ni saya tengok tiang TM ni kalau kita pergi Medan dengan Siam ya, bercerawah macam kena tinggi gitu ja. Soalan saya. Jika ranting dahan reput atau daun-daun pokok ada tersangkut di tiang-tiang telekomunikasi, memberi pandangan yang tidak cantik dan juga kemungkinan akan memberi risiko kerosakan jika kabel itu masih digunakan. Terutama jika berlaku hujan ribut atau pun angin kuat. Apa tindakan pihak penyedia? Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat Exco. Speaker. Merangkumi Alor Pongsu.

Yang di-Pertua

Sekejap-sekejap.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Sekejap boleh?

Yang di-Pertua

Bagi jawab dulu. Bagi Exco jawab dulu jap.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Ok terima kasih sahabat kita sahabat saya daripada Alor Pongsu membangkitkan persoalan tersebut. Yang pertama saya pergi kepada untuk makluman Yang Berhormat, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan terus mengambil tindakan mengalih dan membersihkan ranting-ranting dan dahan-dahan yang tersangkut di tiang terbabit. Namun, jika ia melibatkan pokok-pokok besar di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan di sesuatu tempat, maka pihak penyedia tempatan akan bekerjasama dengan pihak PBT bagi kerja-kerja pembersihan ini agar aset bagi kedua-dua pihak terpelihara sebaik mungkin. Terima kasih atas soalan yang diutara oleh YB Alor Pongsu. Saya juga akan mengarahkan pihak penyedia telekomunikasi untuk menjalankan semakan dan rondaan dari semasa ke semasa khususnya pada jalan utama serta mengambil tindakan serta merta ke atas perkara yang berkaitan. Tentang tiang lama yang dibangkit oleh Yang Berhormat tadi, seperti mana dalam jawapan saya yang pertama, Telekom akan membuat pelupusan daripada semasa ke semasa dan saya harap juga jikalau ada sebarang aduan, kecemasan berlaku tiang yang bengkok yang perlu dilupus secara segera, kita alu-alukan aduan tersebut dan kita akan minta untuk tindakan segera daripada pihak TM mahu pun pihak-pihak penyedia perkhidmatan yang berada di dalam Perak ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Yang di-Pertua

Ok Pengkalan Hulu.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Dato' Speaker. Yang Berhormat Exco, di kawasan dalam DUN saya lah dan juga Dun YB Exco Dun Temenggor, di sepanjang laluan daripada Pengkalan Hulu ke Gerik yang masih ada lagi kabel-kabel Telekom yang lama lah tembaga yang masih tidak dilupuskan dan tidak ditanggalkan. Jadi ini menyebabkan satu pandangan yang kurang baiklah dan adakah tindakan ataupun perancangan Yang Berhormat Exco melalui agensi berkaitan untuk melupuskan kabel-kabel ini dengan segera lah sebab kita tahun ni, Tahun Melawat Perak, jadi pemandangan itu kurang baik lah, kurang cantik dan adakah ini juga menjadi faktor menyumbang kepada meningkatnya kecurian kabel tersebut. Jadi, saya rasa memang perlu ada tindakan daripada Yang Berhormat Exco lah dalam perkara ini dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco kerana menyalurkan peruntukan ke Dun saya untuk pemasangan beberapa menara pemancar yang mana memberi kemudahan kepada rakyat di Dun Pengkalan Hulu. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih kembali kepada sahabat saya daripada Pengkalan Hulu. Saya ambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan. Benar, saya lihat kabel-kabel ini kalau tidak diselenggara, dilupuskan secara berperingkat dan segera. Ia boleh mendatangkan kepada akibat yang tidak baik iaitu kejadian kecurian yang lebih banyak. Oleh itu, memang semenjak daripada kebelakangan ini kita ada perbincangan khusus bersama dengan pihak TM dan pihak TM pun dah sedia maklum perkara ini dan menjalankan proses untuk pelupusan secara segera. Tentang yang dibangkit oleh YB sebentar tadi, daripada kawasan YB hingga ke Gerik, kita akan minta pihak TM untuk turun, pantau kejadian tersebut. Kalau perlu dibersihkan dan diangkat segera, kita akan minta Kerajaan Negeri akan minta pihak TM untuk bertindak segera. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih Dato’ Yang Di-pertua. Salam Malaysia Madani, salam Perak Sejahtera 2030. Soalan Buntong, soalan nombor 12.

Salam Sejahtera, salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM200 ribu dalam Belanjawan 2024. Peruntukan ini disalurkan kepada beberapa bahagian di Jabatan Kesihatan Negeri termasuk beberapa hospital dan klinik kesihatan bagi menjalankan program-program kesedaran kesihatan. Selain itu, ianya juga diagihkan kepada Badan Bukan Kerajaan Negeri ataupun NGO yang berkaitan dengan program berpaksikan kesedaran kesihatan. Sebagai contohnya, program yang dijalankan ialah Kesedaran Tentang Denggi, Program Derma Darah, Program COMBI dan Sambutan Hari Kesihatan. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Buntong, peruntukan ini memang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya akan membawa isu ini ketika perbincangan Belanjawan 2025 bagi tujuan pertambahan peruntukan.

Untuk makluman Yang Berhormat, selain peruntukan yang diterima daripada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi tujuan aktiviti promosi kesihatan sepanjang tahun 2024. Dalam usaha memantapkan pelaksanaan program pendidikan dan promosi kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Kesihatan telah pun mengagihkan peruntukan di bawah aktiviti pendidikan kesihatan kepada negeri Perak sebanyak RM997,700 bagi tahun 2024. Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan aktiviti kesedaran kempen dan bina upaya bagi Programme Health Promotion in The Learning Institution. COMBI, Wellness Hub, Hidup Aktif, My Champion, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, One Hour Malaysia Clean Up, Derma Organ, Sambutan Hari Khas Kesihatan, bahan-bahan promosi kesihatan dan belanja mengurus. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM450 ribu diagihkan ke dua belas (12) Pejabat Kesihatan Daerah untuk melaksanakan aktiviti atau program promosi kesihatan tersebut.

Selain daripada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga telah menerima peruntukan tambahan untuk aktiviti di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat Tahun 2024. Sebanyak RM455 ribu di mana RM60 ribu adalah untuk aktiviti Wellness on Wheel, RM370 ribu untuk Jelajah AMMS dan RM25 ribu untuk Duta Kenali Ubat Anda. Keseluruhan peruntukan ini diagihkan ke daerah masing-masing. Peruntukan sebanyak RM218,570 digunakan bagi tujuan aktiviti promosi kesihatan di hospital-hospital awam. Manakala RM274 ribu digunakan bagi tujuan promosi kesihatan pergigian.

Bagi menjawab soalan kedua, peruntukan sebanyak RM200 ribu adalah hanya boleh digunakan untuk program-program kesedaran kesihatan dan ianya tidak boleh digunakan untuk perolehan aset-aset kecil di peringkat negeri. Maka isu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat akan dibincangkan dalam Belanjawan Tahun 2025. Untuk maklumat Yang Berhormat, peruntukan pembangunan Jabatan Kesihatan Negeri Perak diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Permohonan peruntukan tambahan oleh hospital dan klinik dipanjangkan untuk kelulusan bahagian di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah permohonan diluluskan, waran peruntukan disalurkan bagi pelaksanaan urusan perolehan aset. Bagi tahun 2024, jabatan ini telah menerima peruntukan sebanyak RM23 juta bagi tujuan naik taraf fasiliti tersebut, hospital, klinik kesihatan, klinik desa dan klinik pergigian. Bagi tujuan perolehan, peralatan perubatan dan bukan perubatan serta kenderaan pula sejumlah RM9.7 juta diperuntukkan. Proses perolehan dipantau oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi memastikan kesemua peruntukan dibelanjakan sepenuhnya sebelum penutupan akaun dilaksanakan bagi tahun semasa. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Buntong.

Terima kasih Yang Berhormat YB Exco atas komitmen Yang Berhormat untuk membawa isu peruntukan di dalam Belanjawan 2025 bagi sektor Kesihatan Negeri Perak demi kesejahteraan rakyat. Soalan tambahan Buntong adalah Buntong memohon pencerahan mengenai perincian Program Kesedaran Kesihatan yang dijalankan di seluruh Negeri Perak sehingga bulan Jun tahun ini yang dapat memanfaatkan seluruh rakyat Negeri Perak. Terima kasih.

Terima kasih. Untuk maklumat Yang Berhormat, JKN Perak melalui Program Kesedaran Kesihatan di hospital awam dan Klinik Kesihatan serta Klinik Pergigian melalui Program Health Promotion in The Learning Institution, Program COMBI, Wellness Hub Kinta, Hidup Aktif, Aktiviti My Champion, Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, One Hour Malaysian Clean Up, Program Derma Organ serta Sambutan Hari Khas Kesihatan dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat. Sebanyak 33 program induk kesedaran kesihatan dijalankan di peringkat Klinik Kesihatan dan Klinik Desa di Negeri Perak mulai Januari hingga Jun 2024. Dalam masa yang sama, sebanyak empat Program Kesedaran Kesihatan Pergigian telah pun dilaksanakan. Satu, Mouth Canser Awareness, Month World Oral Health Day, My Brush Hour, Minggu Promosi Kesihatan Pergigian. Bagi Negeri Perak, sejumlah RM1.4 juta peruntukan pusat disediakan bagi aktiviti promosi kesihatan pada tahun 2024. Untuk maklumat Yang Berhormat, selain daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Badan-Badan Bukan Kerajaan, NGO juga telah menjalankan program-program kesedaran kesihatan di mana keutamaan diberikan kepada program-program seperti derma darah, derma organ, gotong-royong dan saringan kesihatan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya jemput kalau tengok sini Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Yang pertamanya saya nak mengambil kesempatan ini nak mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Dewan Belia, anak-anak kita ni dah dua hari dah depa dok di sini. Jadi saya mewakili semualah saya mengalu-alukan kehadiran mereka. Yang kedua saya nak ucap tahniah kepada YB Exco Kesihatan. Semalam saya sebut, hari ini saya dapat jemputan untuk majlis JKN di sana. Tahniah. Saya harap YAB Menteri Besar dan Exco-Exco lain pun jemputlah kami. Kami akan turunlah Insya Allah. Ok. Soalan saya masa saya di Kementerian Kesihatan dulu, kita buat proposal nak bina Pusat Kesihatan Matang Gerdu. Kementerian Kesihatan dah beli tanah tapi tak jadi buat sebab nak buat PKD Bagan Serai nak upgrade lebih kurang 30 ke 40 juta. Dah diluluskan oleh kabinet. Nampak-nampaknya macam nak batal, tak buat sampai sekarang. Jika batal bolehkah pulang balik ke Dun saya? Ke Dun Matang Gerdu tu. Saya nak tanya itu saja. Apakah statusnya? Nama hospital kabinet putus dah dibatalkan. Tukar nama hospital baru. Adakah PKD ini kabinet dulu lulus juga dibatalkan? Terima kasih YB Exco.

Yang di-Pertua

Exco, boleh bagi jawab dulu.

Yang berkaitan dengan soalan pertama tentang Hospital Bagan Serai atau klinik. Klinik ke hospital yang mana yang dibatalkan?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Yang pertama tadi saya sebut kabinet lulus nama hospital baru Hospital Bagan Serai sudah dibatalkan. Jadi ada lagi satu keputusan kabinet yang dulu nak buat PKD Bagan Serai upgrade 30 to 40 millions tapi sebenarnya patut dibina di DUN saya di Pusat Kesihatan Matang Gerdu. Dia pindah ke Bagan Serai. Adakah kabinet sekarang jugak batalkan PKB Bagan Serai, saya minta pulangkan balik kepada Dun Alor Pongsu.

Soalan itu harus diajukan kepada kabinetlah. Bukan saya, keputusan kabinet itu tetapi…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya tahu tapi YB Exco ada maklumat?

Tetapi mengikut surat ini yang bertarikh 3 Julai 2024, biar saya bacakan. Pemakluman nama Hospital Parit Buntar Perak. Dengan hormatnya saya merujuk kes ini daripada Kementerian. Untuk makluman…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco tentang nama tu small matter.

PKD tu kena dapat feedback, saya akan dapatkan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tapi kena dapat feedback dan maklumat sikit. Sampaikan nama tu apa yang problem semua. Kalau dapat maklumat sikit. Nama tu tak apa. Small matter.

Yang di-Pertua

Ok last saya bagi last.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Soalan tapi penghargaan bagi juga untuk YB Exco yang turun ke klinik kesihatan di Batang Padang khususnya di Felda Gunung Besout. Kita ucapkan terima kasih kerana menjemput dan turun dengan mengumumkan beberapa peruntukan dan khususnya van, ambulan dan infra. Kita ucapkan terima kasih. Soalan saya adakah peruntukan tambahan untuk infra yang lain? Kalau kita lihat Klinik Kesihatan kita dengan pokok yang besarnya, dengan rumputnya, kuartersnya, ia melambangkan imej kepada klinik kesihatan. Jadi saya tanya adakah peruntukan itu atau peruntukan yang diberikan kepada pihak EXCO termasuk infra sekali. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Slim. Bagi menjawab soalan tambahan seperti infra dan dan struktur-struktur hospital atau pun kuarters dan dan juga klinik kesihatan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun jika ada masalah-masalah seperti berkenaan klinik-klinik kesihatan boleh mengadukan aduan-aduan berkenaan kepada saya dan saya akan bawa kepada perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Kesihatan. Kita akan adakan mesyuarat dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kesihatan 6 bulan sekali. Jadi boleh saya adukan kepada Kementerian Kesihatan dan dapat bantuan daripada mereka. Terima kasih. Ini bukanlah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Usul yang telah diberi notisMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat, usul yang telah diberi notis.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk membuat penggulungan silakan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan para hadirin yang sedang mengikuti siaran langsung atau secara fizikal. Salam sejahtera, selamat pagi, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 kepada semua. Simpang Pulai ingin merakamkan terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua yang sudi memberi peluang untuk ahli-ahli backbencher untuk membawa usul-usul dalam Dewan yang mulia ini untuk membincangkan semua ini mencerminkan kesejahteraan dan kestabilan politik di negeri Perak. Selain memberi ruang untuk perbincangan secara profesional dalam Dewan ini, Simpang Pulai juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong usul Pasir Pinji, Gunong Semanggol, Bercham, Kuala Sepetang, Bota dan Astaka yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul mengenai cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat di Negeri Perak. Saya ingin menggulung dalam tiga aspek.

Dato' Yang di-Pertua, yang pertama mencegah lebih baik daripada merawat. Simpang Pulai ingin menerangkan sekali lagi apakah konsep perancangan bandar supaya tiada salah faham dalam Dewan ini. Perancangan bandar adalah proses politik dan teknikal yang berkaitan dengan kawalan penggunaan tanah dan reka bentuk persekitaran bandar bagi memandu dan memastikan pembangunan terancang demi kualiti hidup masyarakat. Perancangan bandar bukan setakat selesaikan masalah bencana sahaja, ia berkait dengan penyelidikan dan analisa pemikiran strategik, seni bina, reka bentuk bandar, perbincangan dengan awam, cadangan polisi, caj pelaksanaan dan pentadbiran. Oleh itu, melalui proses pembangunan terancang demi kualiti hidup masyarakat, bencana tidak boleh disandarkan sepenuhnya dengan takdir yang di luar kawalan manusia tetapi manusia boleh berusaha supaya bencana boleh dielakkan dengan teknologi yang sedia ada.

Pasir Pinji juga telah berkongsi bahawa Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang paling awal mewartakan kegunaan penggunaan sistem penuaian air hujan atau rain water collections and utilization system dengan izin sejak tahun 2012. Ini adalah sebahagian daripada konsep sponge city dengan izin di mana banyak negara juga telah pakai konsep ini untuk pengurusan isu banjir. Contohnya Negeri China telah memilih 30 buah bandar sebagai perintis projek pada tahun 2019 sebagai salah satu langkah untuk menangani pelbagai isu secara menyeluruh termasuklah banjir kilat, kekurangan bekalan air, pencemaran air, kemerosotan kawasan hijau dan rebakan bandar. Sasaran pelaksanaan spounge city di China menjelang tahun 2020 adalah 80% bandar-bandar ini akan mengguna semula 70% air hujan yang diserap sebagai bekalan air awam. Konsep reka bentuk utama sponge city bukan saja mengukuhkan sistem saliran untuk mengelakkan banjir tetapi mengumpulkan air hujan dengan berkesan untuk memastikan sumber air tidak terjejas. Ini juga memenuhi matlamat utama perancangan bandar iaitu penggunaan sumber secara berkesan dan berterusan.

Jadi, saya yakin bahawa dengan ada persidangan khas sebagai satu platform semua jabatan dan agensi kita dapat melaksanakan tugas mereka dengan konsep yang jelas. Bercham juga menegaskan bahawa kesedaran awam, pendidikan dan penguatkuasaan undang undang adalah penting untuk mengelakkan pembakaran haram yang boleh menyebabkan pencemaran serta meningkatkan suhu bandar. Seperti yang dinyatakan oleh Buntong dan Astaka di mana pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab membersihkan longkang secara berkala untuk mengelakkan air hujan bertakung semasa dan selepas hujan lebat. Kita perlu memastikan adanya kawasan tadahan hujan yang dapat menampung kuantiti air yang banyak ketika hujan. Pada masa yang sama, kita juga perlu sumber air yang mencukupi untuk menghadapi masalah kemarau seperti yang dialami oleh Empangan Bukit Merah di Gunong

Semanggol. Usaha kesemua ini memerlukan kerjasama semua pihak untuk merancang, berbincang dan saling mengingatkan sesama lain, jangan setakat untuk membangkang sahaja. Kita tidak dapat menghentikan hujan tetapi kita boleh mengusahakan untuk mengurangkan risiko banjir dan mengurangkan mengurangkan kerugian rakyat dan kita boleh usaha untuk supaya kehidupan rakyat Perak lebih selesa dan berkualiti. Seperti apa yang Buntong juga telah menerangkan menerangkan bahawa kita telah bincang supaya dapat mencegah sebelum bencana berlaku. Ini adalah tujuan kita kena duduk dan merangkumi pendapat daripada semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Kita semua menghadapi cabaran yang sama. Perubahan iklim merupakan cabaran bagi manusia seluruh dunia. Jadi, langkah-langkah persediaan dan pencegahan perlu sentiasa ada.

Yang di-Pertua, perkara kedua mengimbangi pembangunan dan perlindungan alam sekitar. Masalah perubahan iklim juga mengingatkan kita bahawa sentiasa memberi perhatian terhadap keseimbangan antara pembangunan dan perlindungan alam sekitar. Kerjasama diperlukan bukan sahaja daripada unit unit Perancangan Bandar tetapi juga pakar-pakar dalam bidang bandar pintar, bandar redan rendah karbon, teknologi hijau dan NGO-NGO yang terlibat dalam perlindungan alam sekitar. Bercham telah membangkitkan untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik EV dan mengurangkan pelepasan karbon seperti yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah. Ini selaras dengan garis panduan perancangan bandar rendah, karbon dan berdaya tahan perubahan iklim yang disediakan pada tahun lepas. Kita juga memerlukan pakar perhilitan dan ahli botani (Botanist) dengan izin untuk mengekalkan fungsi kawasan hijau termasuklah meningkatkan kawasan hijau di bandar arkitek dan jurutera untuk infrastruktur berdaya tahan bencana dan cekap, tenaga infrastuktur dan bangunan hijau, pakar trafik untuk mobiliti hijau bandar. Mobiliti hijau bandar merangkumi perancangan rangkaian laluan pejalan kaki, basikal dan mikro mobility, jaringan pengangkutan awam bersepadu serta perancangan infrastrutur kenderaan elektrik.

Banyak lagi perkara baru yang boleh diterokai melalui teknologi dan sumber dalam zaman moden ini. Ia dapat membantu kita meningkatkan keselesaan hidup kita tanpa merosakkan alam sekitar malah mengelakkan berlakunya bencana atau menyediakan pelan tindakan balas yang lebih efektif untuk menghadapi bencana. Memang betul, kita pernah sebut konsep-konsep tersebut dalam perancangan yang sedia ada seperti Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2020, 2030 atau Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Ipoh 2030. Namun, konsep konsep ini tidak patut hanya direalisasikan di Ipoh sahaja tetapi diimplementasikan di seluruh negeri Perak. Oleh demikian, kita memerlukan semua jabatan kerajaan sektor swasta yang berminat, malah semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan penduduk-penduduk di kawasan anda untuk memahami dalam zaman ini, keadaan semasa akan selalu berubah dan kita perlu selalu membuat persidangan khas untuk memastikan kita mempunyai akses kepada maklumat terkini dan melaksanakan dalam kehidupan kita.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga kepentingan persidangan khas untuk menggabungkan semua pihak untuk menangani isu perubahan iklim. Dalam sesi perbahasan semalam, saya percaya saya percaya tidak ada sesiapa pun di dalam dewan yang mulia ini menafikan kesan-kesan negatif yang nyata yang sangat nyata disebabkan oleh perubahan iklim dan cuaca ekstrem telah terkesan di negara negeri kita dan juga di kawasan kita. Pasir Pinji, Astaka, Kota Kuala Sepetang juga berkongsi dengan fenomena cuaca ekstrem dan impak terhadap kehidupan rakyat negeri Perak. Oleh itu, penglibatan semua pakar-pakar daripada jabatan dan agensi kerajaan, institut pengajian tinggi atau sektor swasta yang mempunyai teknologi dan kemahiran tertentu adalah penting supaya kita sama-sama menghadapi isu yang semakin mendesak ini. Saya amat bersyukur dan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan yang memberi respon serta memberi bantuan semasa Simpang Pulai dilandai banjir kilat sebanyak tiga kali pada bulan yang lepas.

Namun, saya mendapati bahawa pakar-pakar sumber-sumber dan teknologi yang baru untuk mencegah bencana lebih berkesan masih tersebar luas di pelbagai jabatan dan agensi masing-masing baik pun di kerajaan mahupun di swasta. Jadi, mereka memerlukan platform yang sesuai untuk bertukar pendapat dan bekerjasama untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan mereka. Seperti Pasir Pinji telah berkongsi sebagai penyokong usul kita memerlukan sebuah pasukan…kita memerlukan sebuah pasukan yang bekerjasama dan rapat untuk mencapai sasaran yang ditentukan dengan kos yang minimum serta mengelakkan kerja yang bertindih. Namun, niat Simpang Pulai untuk membangkitkan isu ini telah disalah tafsir dan dikelirukan oleh pihak pembangkang selama berpendapat bahawa usul ini tidak perlu dibincangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri…

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Yang di-Pertua, boleh mencelah sikit?

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

sedangkan ia boleh selesai dengan bincang dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri jika bukan nak mencadangkan suatu Rang Undang Undang. Pada masa yang sama, Manong pula berpendapat bahawa Kerajaan Negeri Perak tidak perlu campur tangan dalam kuasa pentadbiran. Bota kata ini redundant dengan izin. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan sekali lagi Persidangan Khas merujuk kepada…

Yang di-Pertua

Simpang Pulai, Changkat Jering nak mintak mencelah. Boleh tak?

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan sekali lagi. Persidangan khas ini merujuk kepada satu mesyuarat atau pertemuan yang diadakan di luar jadual biasa dengan tujuan untuk membincangkan isu-isu tertentu yang mendesak atau memerlukan perhatian segera. Persidangan Khas bukan Sidang Dewan Khas, Tuanku Sultan Perak sahaja yang boleh memperkenalkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk bersidang. Jadi ini juga seperti yang Astaka dan Bercham yang bangkitkan semalam bahawa Ketua-Ketua Kerajaan dari seluruh dunia yang mengambil berat dalam isu perubahan iklim juga hadir ke persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan Iklim (United Nations Framework Convention on Climate Change) dengan izin untuk berunding dan mencapai kesepakatan atau strategi-strategi untuk menangani isu alam sekitar dan perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia.

Apabila kita bawa usul ini ke dewan untuk diluluskan, maka kita dapat punca kuasa daripada Dewan untuk menjalankan persidangan khas ini. Ini adalah inisiatif dan tanggungjawab saya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mencari jalan membantu rakyat Perak menghadapi cabaran fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang tiada orang seseorang di sini dapat menafikan ini akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat di Negeri Perak dan perlu perhatian yang lebih menyeluruh. Dipersilakan.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok, terima kasih Simpang Pulai. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh terima kasih Dato' Speaker kerana bagi ruang. Ini saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan yang hadir dalam persidangan pada kali ini dan apa yang saya rasa pengharapan ketua-ketua jabatan adalah nak input atau pun hasil yang baik dalam hasil daripada persidangan kita dalam Dewan yang mulia ini. Kalaulah semata-mata untuk kita berbahas hanya untuk nak mencadangkan persidangan khas jadi saya rasa seolah-olah macam tak ada apa input pun nak mengadakan persidangan khas. Kalau hasil daripada persidangan khas saya rasa memang ada input. Jadi ketua jabatan nak berbalik kepada tempat dia pun apa dia nak adakan persidangan khas bukan hasil daripada persidangan khas. Jadi itulah yang saya rasa ketua jabatan mungkin mengharapkan sesuatu input yang baik. Kalau sekadar nak mai dengar usul untuk nak lulus sebagai adakan persidangan khas. Jadi saya rasa macam tak tahulah. Bagi saya memang takde apa pun…

Yang di-Pertua

Ok. Changkat Jering, I got your point. Ok ya?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok. Dia punya hasil. Persoalan apa yang saya nak bangkitkan di sini. Kami bagi pihak pembangkang seperti yang dinyatakan tadi ada ketua pembangkang, memang kalau hasil nak ada persidangan khas saya rasa tak ada apa-apa masalahlah…

YB ENCIK JASON NG THIEN YEONG (ASTAKA) Soalan-soalan dulu.

Yang di-Pertua

Takpe takpe its okay.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Jadi sebab itulah saya mengharapkan lain kali kalau ada apa-apa usul biarlah benda tu yang menghasilkan orang kata natijah yang baik nak wujudkan hasil persidangan khas wujud jelah takde masalah. Sebenar sahabat-sahabat saya kata semalam haa nak wujud wujud jelahh.

Yang di-Pertua

Ok YB you made your point.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Jadi apa yang saya cadangkan bermakna atau pun nak luluskan usul persidangan khas ini mungkin ada natijah disebaliknya. Saya rasa ada natijah disebaliknya. Contohnya, nak memerlukan peruntukan. Jadi…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Changkat Jering. YB Changkat Jering ulang balik apa yang dah cakap saya dah kata ok you made your point. Sudahlah. Can you please? Boleh?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok through the point. Adakah usul yang mintak diluluskan ini semata-mata untuk nak meminta peruntukan daripada Dewan yang mulia ini dan kalau ada peruntukan, saya harap saya mintak mesti ada jawatankuasa pemantau untuk nak menggunakan peruntukan ini saya rasa peruntukan ini saja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Yelahh one step at the time lah. YB, you…you made your point. One step at the time. Ok. Sila Simpang Pulai. Teruskan.

Astaka nak lah boleh? Ok. Saya tak tahulah apa soalan tadi tu nak mintak peruntukan. Tapi soalan saya memang serius lah minta Simpang Pulai untuk bagi sikit pencerahan. Kami tahu hujung tahun lalu di Kuala Lumpur ada mengadakan Malaysia Pavillion COP 29, satu persidangan khas bukan satu hari dua hari tiga hari tapi 11 hari untuk pakar-pakar untuk membentangkan idea mereka untuk memberi cadangan macam mana menangani perubahan iklim dan Malaysia Pavilion ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada masa itu Sultan Abdullah. Adakah Simpang Pulai setuju ini sebenarnya satu benda yang sangat baik untuk kita membincangkan macam mana untuk menangani perubahan iklim? Terima kasih.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya Simpang Pulai terima kasih. Saya menyokong dengan apa yang dicerita oleh Yang Berhormat Astaka. Saya memang menyokong dengan persidangan khas ini kerana kita lihat bagi seluruh dunia ada lebih daripada 60% pelepasan karbon daripada enam body enam badan ekonomi seperti China, Amerika Syarikat, India, Kesatuan Eropah, Rusia dan Brazil dan dengan persidangan khas persidangan iklim ini, mereka telah dengan perjanjian semua ini negara-negara ini telah membuat keputusan dan juga mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk menangani isu ini. Sebagai contoh, China, kalau kita tak ada perjanjian ini, kita tak ada persidangan ini. Bagaimana dengan negara-negara dengan pelepasan karbon yang sangat-sangat tinggi ini, mereka akan juga ambil tindakan yang proaktif.

Sebagai contoh tadi saya, kata China pada tahun 2020, mereka telah buat satu keputusan mereka akan mencapai carbon dioxide peaking pada tahun 2030 dan juga carbon neutrality pada tahun 2060. Jadi dengan ada dasar-dasar ini, negara China mereka sedang untuk menuju ke arah ini dan sekarang bagi pasaran kereta mereka dalam China itu, sekurang-kurangnya sekarang sudah mencapai 40% dengan kereta energy EV car di negara China. Dengan dasar-dasar ini yang telah di cadangkan. Jadi semua bahagian semua dari agensi kerajaan daripada komersial agensi semua ini mereka boleh kerjasama untuk menuju ke arah yang sama. Jadi saya rasa persidangan khas ini adalah cadangan yang sangat baik bagi bukan sahaja Perak tetapi Malaysia kita juga Perak boleh jadi satu contohnya bagi semua negeri kita boleh menuju ke arah yang sama. Jadi, saya memang menyokong dengan cadangan daripada Yang Berhormat Simpang Pulai.

Yang di-Pertua

Ok Simpang Pulai.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Saya memang amat bersetuju dengan YB Astaka dan juga Pantai Remis. Kita memang kena ambil tindakan yang lebih proaktif dalam menangani isu ini sebab ini adalah tugas dan juga mengadakan satu platform untuk perbincangan. Sebab ini satulah tugas kita sebagai seorang wakil rakyat untuk mencari jalan penyelesaian bukan seperti Changkat Jering, lepas tanya solan terus keluar daripada Dewan. Ini memang teladan yang tidak baik untuk yang yang lain. Jika kita sebagai wakil rakyat yang benar-benar perhatian terhadap kesejahteraan dan kehidupan harmoni rakyat bukannya sekadar membangkang kerana anda tidak mempunyai sebab untuk menentang penubuhan sebuah platform yang akan berhasil. Persidangan ini memang untuk perbincangan dan selain daripada sidang Dun Undangan Negeri, kita kena ada platform jangan lah macam Gunong Semanggol selalu cakap kita tak ada ruang untuk perbincangan. Inilah platform yang kita ingin tubuhkan supaya kita ada platform untuk perbincangan.

Jika usul ini dapat diluluskan, ini akan menjadi satu pencapaian besar bagi kerajaan negeri Perak di Malaysia dan membuktikan kita semua mempunyai tekad untuk berjuang demi kesejahteraan rakyat. Dengan ini, kita boleh juga menarik perhatian semua pihak terlibat atau berkaitan supaya bersama-sama memberi perhatian terhadap situasi perubahan iklim. Untuk menggulungkan perbahasan saya, saya harap agar usul berkepentingan rakyat ini dilulus dengan sebulat suara dan satu persidangan khas dapat dijalankan untuk membincangkan isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat demi kesejahteraan rakyat negeri Perak. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah usul Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai yang berbunyi antara lainnya. Bahawasanya Dewan yang mulia ini membuat satu ketetapan untuk mengadakan satu persidangan khas bagi menangani isu fenomena ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang memberi kesan kepada rakyat negeri Perak telah disokong dibahas dan digulung. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju. (Setuju) Dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. (Tidak) Lebih suara setuju, maka usul itu dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya ingin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Tuan Speaker Sungai Rapat menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.