Perak · 2 December 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 701 turns · 69,437 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin, 2 Disember 2024 jam 9.03 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan Urusan Mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman. Yang pertama, sebelum kita memulakan urusan, suka untuk saya ingatkan sekali lagi berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat dan soalan-soalan lisan Ahli Yang Berhormat boleh mendapatkannya melalui imbasan kod QR yang ada di atas meja Ahli Dewan Negeri.
Perkara kedua berkaitan dengan sesi soalan lisan. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan lisan yang tak sempat dijawab dalam Dewan akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan. Saya dimaklumkan ada juga soalan-soalan yang sebelum ini yang tidak dijawab secara bertulis boleh maklumkan kepada saya secara peribadi dan saya akan peringatkan Ahli Kerajaan yang berkenaan.
Perkara yang ketiga berkaitan dengan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam ini. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.
Perkara yang keempat, berkaitan dengan pameran di hadapan bilik makan Dewan Negeri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat terdapat tiga agensi yang membuka ruang pameran pada persidangan kali ini iaitu Majlis Perbandaran Taiping MPT, Perbadanan Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan saya tengok tadi masa nak masuk ada juga daripada Kementerian Kesihatan. Selain itu, seiring dengan pelaksanaan inisiatif dengan izin War on Sugar, Jabatan Kesihatan Negeri Perak turut membuka gerai pada hari ini sahaja. Pelbagai input mengenai amalan pemakanan sihat akan dikongsikan kepada pengunjung gerai.
Perkara yang kelima, pihak Urusetia Dewan Negeri mendapati terdapat penyalahgunaan pas rasmi Dewan Negeri yang diberikan kepada pegawai yang bertugas. Dia bagi pinjam kat kawan dia ke. Sehubungan itu, suka untuk saya memberi peringatan sekiranya berlaku lagi pada masa akan datang, individu yang didapati menyalahgunakan pas yang diberikan akan dilarang masuk ke Dewan Negeri. Saya juga suka nak mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memperingati pegawai-pegawai Khas kita yang yang yang yang diberikan secara langsung pas tersebut supaya tidak menyalahgunakan pas yang telah diberikan. Sekian terima kasih, Setiausaha Dewan.
Soalan yang telah diberi notis soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis soalan-soalan lisan.
Sepertimana yang saya nyatakan tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit sahaja. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Speaker. Manong soalan No 1.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Manong yang berkaitan dengan Perak Halal Industrial Park ataupun Perak HIP. Untuk makluman Yang Berhormat Manong, Model Perniagaan Komprehensif Perak Halal Industrial Park yang dirangka oleh Perak SADC merangkumi tiga segmen utama iaitu gelatin dan ekosistem, kedua, gudang sejuk beku & logistik dan ketiga, pemprosesan makanan ready to eat product dan ready to cook product. Sudah pastinya, Perak SADC akan membuka dan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk menyewa kemudahan yang ada di Perak HIP. Pembangunan Perak HIP yang melibatkan segmen pemprosesan berasaskan daging secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin kepada produktiviti industri pedaging tempatan. Walau bagaimanapun, peningkatan produktiviti industri pedaging di Negeri Perak secara keseluruhan bagi tujuan keterjaminan makanan memerlukan sinergi erat dengan penglibatan agensi kerajaan seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Halal Development Corporation (HDC).
Bagi tujuan berkenaan, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak sebagai agensi teknikal yang menyediakan perkhidmatan veterinar mencakupi bidang atau skop keselamatan makanan food safety. Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyediakan kepakaran, khidmat nasihat dan Skim Pensijilan Veterinar atau Veterinary Health Mart atau VHM khusus bagi premis atau kilang pengeluaran makanan berasaskan ternakan. Skim pensijilan VHM ini penting untuk dimiliki oleh syarikat yang terlibat dalam industri pengeluaran makanan berasaskan ternakan untuk mengembangkan pasaran produk ke luar negara iaitu untuk dieksport. Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga berperanan di dalam pembangunan industri pedaging tempatan melalui penyediaan khidmat nasihat teknikal, latihan kepada penternak serta memastikan amalan penternakan yang beretika dan efisyen. Di samping itu, keterlibatan secara langsung dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak dan Halal Development Corporation yang menyokong dan memainkan peranan penting dalam menguruskan pensijilan halal di Perak. Pihak JAKIM akan memastikan semua produk keluaran HIP mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia termasuklah pemberian tauliah sembelihan dengan mengeluarkan Sijil Tauliah Sembelihan kepada individu dan syarikat yang memenuhi syarat-syarat penyembelihan mengikut syarak termasuklah latihan-latihan yang akan dilaksanakan secara berterusan.
Selain itu, pihak HDC bertanggungjawab merangka dasar dan strategi pembangunan halal secara holistik di antaranya yang pertama ialah pembangunan infrastruktur halal. Mereka memberikan panduan dan konsultasi untuk memastikan Perak HIP dilengkapi dengan fasilisiti yang memenuhi standard halal global. Yang kedua pembangunan pasaran global HDC membantu mempromosikan produk halal keluaran Perak HIP ke pasaran antarabangsa. Yang ketiga, bimbingan dan sokongan teknikal. HDC menyediakan sokongan teknikal dan latihan untuk meningkatkan kapasiti pengusaha tempatan dalam menghasilkan produk halal berkualiti tinggi. Selain itu, pengeluaran gelatin halal dan daging, selain daripada pengeluaran gelatin halal dan daging sejuk beku, Perak HIP juga dijangka akan memangkin kepada pengeluaran lain-lain produk seperti pertama food based product, ready to eat, farmaseutikal dan neutraseutikal. Terima kasih.
Manong.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas penjelasan berkaitan dengan Perak HIP. Pertamanya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri kerana telah meletakkan satu gagasan yang besar dalam Perak HIP iaitu untuk menjadi meletakkan Perak sebagai pengeluar daging ke tangga yang keempat daripada tangga yang keenam sebelum ini. Tahniah dan syabas sekali lagi. Lanjutan daripada itu, soalan saya adakah dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti lembu pedaging ini satu transformasi atau pelan transformasi ladang tradisional kepada satu ladang yang bersifat komersial? Adakah satu skim atau satu pelan tindakan untuk transformkan ladang-ladang tradisional yang ada banyak di negeri kita ni transformkan kepada satu ladang yang komersial yang boleh mengeluarkan pengeluaran yang cukup tinggi dan yang keduanya persoalan penghasilan bahan makanan. Oleh kerana Perak HIP ni bertemakan atau berfokuskan kepada halal. Adakah juga dalam perancangan Perak HIP untuk menghasilkan bahan makanan ternakan daripada bahan tempatan atau bahan tempatan atau bahan sampingan yang halal? Barulah dia lembu tu halal makanan ingredient yang membuat makanan tu juga halal. Adakah dalam perancangan Perak HIP bagi mengurangkan kebergantungan kepada pallet-pallet import sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Manong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk melabur bagi membina struktur membina infrastruktur untuk perniagaan halal, bermakna kita membuat persiapan ke arah yang lebih global dan bertaraf antarabangsa. Jadi, oleh kerana itu, jika didapati bekalan daging tempatan tidak mencukupi. Jadi, Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan, kita akan membina ladang besar untuk tujuan bekalan ternakan daripada lokal. Kita tak bergantung kepada bekalan lembu daripada luar Perak ataupun luar negara. Kelangsungan daripada itu tujuannya bila kita membekalkan lembu-lembu atau ternakan daripada dalam sendiri bermakna kita akan mengawal asal-usul punca makanan bagi ternakan tersebut. Terima kasih.
Pengkalan Baharu.
Baik, terima kasih. Ok, bila kita tengok HIP ni ialah ianya membawa satu impak yang besarlah kepada Daerah Manjung. Cuma dari segi ladang-ladang ternakan tu saya juga mengalu-alukanlah kalau boleh sampai ke tempat saya ke kawasan Dun Pengkalan Baharu kerana tempat saya ada banyak ladang-ladang yang boleh kita jadikan tempat untuk ternakan yang lebih besar. Cuma untuk sesuatu investor untuk melabur dalam dalam kawasan Pengkalan Baharu ni, ia memerlukan satu benda yang asas pada saya. Kalau nak sebut di Pekan Beruas dan di Manong juga kita tidak ada kemudahan balai bomba. Jadi apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menempatkan sebuah balai bomba sebagai pemangkin untuk perkembangan tempat di pekan tuan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Yang Berhormat Pengkalan Baharu membangkitkan berkaitan dengan keperluan adanya perkhidmatan bomba. Untuk makluman, Dato’ Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat apabila Kerajaan Negeri membina sesuatu satu-satu kawasan perindustrian baru termasuklah di AHTV termasuk di LuMIC di KIGIP dan mana-mana pun memang kita kena mengambil kira keperluan untuk menyediakan perkhidmatan bomba. Sebab pelabur-pelabur bila datang dia akan bertanya apakah asas-asas keselamatan bagi setiap pelaburan yang dibuat. Jadi sebab itu contoh macam kata di AHTV Tanjong Malim di di LuMIC dan juga di KIGIP. Kita akan mengambilkira keperluan untuk menempatkan balai bomba baru bagi tiap-tiap yang berkenaan. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada kewangan dan juga persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan. Sebab bomba ni di bawah Kementerian KPKT. Tapi saya faham maksud Yang Berhormat kita akan mengambil kira pandangan itu bila HIP itu nanti dihidupkan dan sudah ada pelaburan. Bila kita dapati ada keperluan untuk mewujudkan balai bomba baru bukan sahaja untuk untuk Perak HIP, tapi untuk orang Beruas, orang Manong yang berdekatan barangkali. In shaa Allah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Walaupun soalan tu agak off tangent kalau ikut Perintah Tetap satu soalan tambahan tu dia kena berkaitan dengan soalan asal. Tapi tahniahlah Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan salam sejahtera kepada semua. Soalan Pokok Assam nombor dua.
Terima kasih Dato' Speaker terima kasih Pokok Assam. Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Assam dalam tempoh Januari hingga Jun 2024, Negeri Perak mencatatkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM3.04 bilion daripada 166 projek. Daripada jumlah ini, RM2.8 bilion merupakan pelaburan domestik manakala RM184.2 juta adalah pelaburan asing. Sektor perkilangan menyumbang kepada RM600.5 juta daripada 30 projek atau RM457.3 juta pelaburan domestik dan RM144.2 juta pelaburan asing. Manakala sektor perkhidmatan menyumbang RM2.44 bilion daripada 136 projek atau RM2.4 bilion pelaburan domestik dan RM40.0 juta pelaburan asing. Pelaburan ini dijangka akan mewujudkan 1560 peluang pekerjaan dengan 1249 pekerjaan dalam sektor pembuatan dan 311 pekerjaan dalam sektor perkhidmatan berdasarkan permohonan yang diterima.
Di Taiping sahaja, jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh yang sama adalah sebanyak RM272.7 juta terdiri daripada RM112.3 juta pelaburan domestik dan RM160.4 juta pelaburan asing. Projek-projek ini yang diuruskan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA merangkumi 17 projek yang dijangka mencipta 277 peluang pekerjaan. Selain itu, pelaburan terbaru di Taiping juga menunjukkan perkembangan positif. Beberapa projek sedang dibangunkan secara aktif termasuk kilang pembuatan produk teknikal, elektrikal dan elektronik, komponen mesin dan juga produk-produk semikonduktor. Pelaburan ini melibatkan pelabur domestik yang memperluaskan operasi mereka dari Pulau Pinang serta pelabur asing yang membekalkan kepada syarikat multinasional di rantau ini. Projek-projek ini dijangka siap dan mula beroperasi antara 2025 hingga 2026. Salah satu projek utama di Taiping ialah pelaburan yang disebut dalam soalan di kawasan Perindustrian Kamunting Raya. Projek ini melibatkan pembelian tanah seluas 8.7 ekar yang telah mendapat kelulusan lesen pengilang Interim oleh MIDA pada Mac 2024 serta pelbagai kelulusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat OSC, Majlis Perbandaran Taiping atau MPT pada 28 Oktober 2024 termasuk kebenaran merancang pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan bangunan. Agensi-agensi kerajaan telah memainkan peranan penting dalam membantu syarikat ini untuk menyelesaikan hakmilik tanah pada bulan November ini.
Walaubagaimanapun, projek ini menghadapi berbagai cabaran termasuk keperluan untuk mencantumkan beberapa lot tanah sebelum hakmilik tersebut dapat diperoleh oleh pelabur. Selain itu, pematuhan kepada polisi One Stop Center atau OSC juga terganggu apabila syarikat pemilik asal gagal menyelesaikan pembayaran cukai tanah dan juga cukai taksiran kepada Pejabat Daerah dan Tanah serta Majlis Perbandaran Taiping menyebabkan permohonan kelulusan pelaburan yang disebut dalam soalan tersebut di peringkat OSC tertangguh dan mengakibatkan perlaksanaan projek pelaburan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Kerajaan Negeri Perak mengambil langkah positif melalui Invest Perak yang ditubuhkan pada 2006 sebagai pusat sehenti bagi pelabur dalam sektor perkilangan mahupun perkhidmatan. Invest Perak memainkan peranan penting dalam memudahcarakan projek-projek pelaburan khususnya dalam menyelesaikan isu yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan juga agensi-agensi kerajaan. Bersama dengan MIDA, Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat untuk menawarkan sokongan menyeluruh kepada pelabur termasuk mendapatkan kelulusan berkaitan dan menyelesaikan isu-isu logistik ataupun utiliti seperti bekalan elektrik dan gas, air dan sebagainya.
Pada masa yang sama, pihak pentadbiran tertinggi Kerajaan Negeri Perak juga telah melaksanakan mesyuarat penyelarasan untuk meneliti isu ini dengan lebih mendalam serta merangka langkah-langkah pencegahan bagi memastikan perkara yang sama boleh dielakkan atau seboleh-bolehnya tidak berulang lagi pada masa hadapan. Pada keseluruhannya, pencapaian dan cabaran dalam sektor pelaburan Negeri Perak memerlukan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, agensi-agensi berkaitan, Kerajaan Persekutuan dan juga pelabur. Dengan langkah strategik seperti yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 dan juga Pelan Perindustrian Perak, negeri ini berada dilandasan yang baik untuk terus menarik pelaburan dan memperkukuhkan pertumbuhan ekonominya.
Soalan tambahan.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Exco atas penjelasan yang diberikan dan usaha-usaha yang telah telah dilakukan untuk meningkatkan lagi pelaburan dan perindustrian di Negeri Perak. Soalan tambahan saya, dengan kenaikan dan kemunculan kawasan-kawasan perindustrian di Negeri Perak seperti Kerian Integrated Green Industrial Park, Perak Halal Industrial Park dan Silver Valley Technology Park adakah kawasan Perindustrian Kamunting Raya yang telah lama dibangunkan di Bandar Taiping masih berupaya untuk menarik pelabur.
Terima kasih Pokok Assam. Jawapan pendeknya, ya. Jawapan panjangnya, panjang. Tapi untuk pencerahan kepada Pokok Assam dan ahli seisi Dewan, sebenarnya betul. Ya. Kamunting Raya masih berpengaruh. Masih mempunyai masa depan yang cerah di dalam lansdkap perindustrian dan juga pelaburan di dalam Negeri Perak tetapi walau bagaimana pun, kita perlu memperakui masalah-masalah berkaitan dan jadi kenapa Kamunting Raya masih relevan dalam kata kita pada hari ini. Kerana pada masa ini Kerajaan Negeri Perak dan pentadbiran sedang menyelesaikan dan menghadapi dan sedang menyelesaikan pelbagai legasi problem. Ini sejujurnya, masalah yang diwarisi. Tanpa menuding jari kepada mana mana pentadbiran terdahulu kerana semua parti dalam Dewan ni dah jadi kerajaan. Jadi kita tak nak tunding tak nak menunding jari pada siapa-siapa tetapi kita mempunyai suka tak suka, kita perlu memperakui kita mempunyai masalah yang diwarisi.
Seperti yang dikatakan contoh dalam soalan tadi adalah masalah pemilik-pemilik atau mereka yang bertanggungjawab, berpuluh tahun tidak membayar cukai. Jadi ini menyebabkan satu permasalahan kepada kerajaan apabila kita ingin membantu pelabur-pelabur masuk. Kita juga mempunyai masalah di mana kawasan-awasan perindustrian yang di mana mereka yang memiliki tanah tersebut menjadikannya sebagai landbank dan kurang minat untuk menjual kawasan-kawasan tersebut. Termasuk juga kita mempunyai masalah di mana kawasan industri yang dirancang pada terdahulu berada pada keluasan tanah yang tidak sesuai untuk industri sekarang. Mungkin dimasa dahulu, kawasan industri yang dilancarkan cuma memerlukan 2 ekar hingga 5 ekar satu plot tetapi untuk industri sekarang mereka memerlukan berpuluh ekar untuk satu plot terutamanya kepada ankle tendon yg mungkin memerlukan sehingga ratusan ekar.
Jadi ini antara yang kita perlu hadapi tetapi walaubagaimana pun seperti dalam soalan Pokok Asam tambahan tadi ialah yang dikatakan kemunculan kawasan-kawasan industri baru. Jadi ini adalah perlu untuk Perak menyelesaikan masalah ke dalam kita melangkau ke masa depan. Seperti bila kita menyelesaikan masalah legasi ini kerana kita ketandusan apa yang dikatakan kawasan perindustrian atau tanah-tanah industri yang menarik kalau dibandingkan dengan negeri-negeri jiran kita yang jauh lebih terancang. Jadi, kerajaan mengambil langkah untuk berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dan juga di dalam Kerajaan Negeri. Kita melancarkan beberapa kawasan seperti KIGIP. KIGIP memerlukan antara masa lebih kurang kita cakap secara konservatif lebih kurang dua tahun for it to be betul-betul realizable di mana boleh plug and play. So, dalam dua tahun tu untuk mereka yang bergerak pelaburan domestik daripada Pulau Pinang Intergrated ke kawasan yang lebih luas. Jadi sebelum mereka boleh ke KIGIP mereka ke Taiping seperti yang saya rasa Yang Berhormat telah bertemu dengan beberapa pelabur yang ada disitu.
Pada masa yang sama, kita juga perlu melihat kepada ekosistem yang ada, ekosistem. Jadi kawasan-kawasan industri yang berlainan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang kita…kita boleh katakan melayan atau kita target ekosistem-ekosistem tertentu. Sebagai contoh, LuMIC kita lebih melabur kepada LuMIC. Apabila kita target kepada ekosistem maritime dan juga maritime industry. AHTV satu-satunya yang kita tahu adalah kepada industri kenderan. Manakala di KIGIP adalah industri-industri kepada E&E dan semi constant dan sebagainya. Jadi jawapan pendeknya ya, jawapan panjangnya, Kerajaan Negeri sekarang sedang giat berusaha untuk memajukan sektor pelaburan dan juga perindustrian di Negeri Perak tetapi kita perlu membina asas yang kukuh dahulu. Dengan asas yang kukuh yang dibina dalam dua tiga tahun ini, pentadbiran ini mempunyai keyakinan yang penuh bahawa pelaburan dan juga kegiatan-kegiatan industri di Negeri Perak akan meletup dan akan juga menjadi antara yang terbaik di semenanjung dan juga di Malaysia dalam tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Alor Pongsu, sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Bila YB Exco menyebut tentang pelaburan, itu menuju ke arah penghasilan. Setuju tak saya kata jika penyebaran soalan saya, setujukah Exco setakat ini, usaha baik daripada Kerajaan Negeri. Saya puji yang tu tetapi penyebaran aktiviti ekonomi masih tak sekata. Ok. Fact dia, saya baru terima daripada DOSM menyatakan penghasilan kita secute kepada dua district sahaja. Kalau bahasa Alor Pongsu, herot. You know herot? Herot. Eh, herot. Kita tengok eh, kita menyumbang 5.3% daripada KDNK belanjawan negara iaitu RM82.6 billion tetapi Kinta 45.5%. Manjung 9.2%. Larut. Oh, sorry. Manjung 12.1%. Larut 9.2% dan paling malang sekali Kerian 4.5%. You tengok herot dia. Kinta 45.5%. Kerian 4.5%. Yang paling sedih sekali Selama lah. Selama tak dak sini. Selama 0.9%. Jadi saya rasa secute herot ni Kerajaan Negeri kena tengok betul-betul lah. Kalau tidak tak ke mana kita. Terima kasih, YB Exco.
Terima kasih, Alor Pongsu. Timbalan Speaker dan juga seisi Dewan, jarang sekali berlaku apabila Kerajaan Negeri dengan pembangkang boleh bersetuju sesuatu statement tapi saya setujulah apa yang betul tu betul. Kan? Ada tempat yang memang dia maju sangat. Ada tempat yang memang ketinggalan sangat seperti yang dikatakan tadi Selama kan? Tinggal kata nak suruh buat industri kat sana memang susah. Jadi mengambil daripada itu, itulah sebabnya pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, kita melihat pada itu, kita membina kluster-kluster yang ada. Kalau kita lihat kluster kita KIGIP dan juga untuk kita masukkan sekali dengan Pokok Assam termasuk Kamunting Raya ini di bahagian utara dan kita memakan kita kepada pembakaran ekosistem E&E yang ada di Pulau Pinang.
Pada masa yang sama, kita juga melihat kepada mereka yang berada di belah barat. Jadi di belah Barat kita ada Manjung. Tidak cukup untuk orang-orang di Lumut sahaja. Bagaimana dengan orang yang jauh sedikit? Susah. Jadi untuk kita ada LuMIC, di mana kita mengambil daripada Lumut sehinggalah ke Bagan Datuk itu di pesisiran dan juga kita masuk ke dalam sehinggalah ke antara kawasan-kawasan mungkin sampai ke Perak Tengah seperti di Seri Iskandar dan sebagainya. Jadi ini kita akan masuk ke semua tempat kita ada kluster-kluster yang membangun termasuk juga di selatan Perak. Di selatan Perak, kita ada AHTV yang akan makan kepada industri kereta dan juga dunia pemotoran dan juga yang berkaitan.
Sebagai contoh, bukan sahaja kereta. Kita juga melihat kepada juga sedang menarik kepada mereka-mereka yang berada yang berdekatan seperti bateri dan sebagainya. Jadi di tengah-tengah Perak pula, kita ada yang bergantung kepada mineral. Mineral kita di...., Apa dikatakan di Perak ini banyak dan secara turun-temurun, kita memperakui bahawa Perak ini adalah negeri pengeluar mineral yang dahsyat. Jadi mineral yang kita ada daripada terdahulu seperti kaolin, batu kapur dan sebagainya. Namun untuk makluman Yang Berhormat, Perak merupakan negeri yang paling ke hadapan dalam industri NREE yang ada di mana Perak merupakan negeri, satu-satunya negeri yang telah mengorak langkah dan juga mempunyai makmal-makmal yang telah siap sedia untuk kegunaan pihak swasta. Jadi ini menunjukkan perancangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pasukan Kerajaan Negeri yang sedang bergerak dengan tanpa mengenal penat lelah kita untuk memastikan pembangunan dapat dinikmati oleh semua rakyat Negeri Perak. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Exco memberi jawapan yang cukup jelas. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lubok Merbau. Soalan nombor tiga.
(Bacaan ayat suci Al-Quran). Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan suci ayat Al-Quran). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat daripada Lubuk Merbau. Terima kasih Yang Berhormat Lubuk Merbau yang telah bertanyakan soalan berkaitan dengan usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam meluaskan lagi pasaran produk-produk IKS Perak ke Luar Negara.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Seketariat Usahawan Negeri Perak (STeP) sejak 2022 telah melaksanakan kerjasama strategik dan akrab bersama beberapa agensi pemegang taruh berkaitan pembangunan usahawan eksport seperti MATRADE, MARA, FAMA dan NCER dalam merangka dan melaksanakan program pengembangan usahawan eksport khas iaitu Program Perluasan Pasaran Produk dan Perkhidmatan Usahawan Perak ke Luar Negara. Program ini adalah program berbentuk bantuan dan bimbingan bersepadu kepada usahawan PMKS Negeri Perak yang berpotensi untuk kita kembangkan dan menjadi pengeksport dengan tumpuan diberikan kepada aspek pembinaan keupayaan kemahiran individu, usahawan, bantuan kapasiti pengeluaran, penjenamaan, pembungkusan, pensijilan, penerokaan jaringan perniagaan iaitu business networking, mengenalpasti kebolehpasaran, bantuan tahap saingan produk keluaran di pasaran global serta mencari pengimport berpotensi dalam mengembangkan pasaran mereka ke luar negara.
Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2024 sehingga November, sebanyak lapan program perluasan pasaran produk dan perkhidmatan usahawan Perak ke luar negara telah selesai disertai oleh Kerajaan Negeri Perak. Antara program yang telah disertai adalah seperti Malaysia Fest Singapore 2024, Fine Food Expo Australia, Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2024, China ASEAN Expo Nanning, China, Ling Yi, China, Cross Border e-Commerce International Expo, Selangor International Business Summit 2024 dan juga antara produk ataupun syarikat yang telah kita bawa keluar seperti MS Food Industries Sdn.Bhd. yang mengusahakan santan kelapa, kelapa parut kering, arang tempurung kelapa dan pasarannya berada di Jepun, Africa, Middle East, Europe, South Africa dan USA, termasuk juga seperti Team Some Sdn. Bhd., yang mengeluarkan produk pau dan dim sum yang berada produknya sekarang berada di Hong Kong, Singapore, Australia dan Middle East. Juga Anramin Industry Malaysia Sdn. Bhd. Menghasilkan makanan. Minta maaf, menghasilkan minuman seperti premix drink coco, premix drink coco with malt, premix drink coffee kacip fatimah dan beberapa produk-produk lain yang berada di Filipina, Singapore dan juga Indonesia. Ini antara sebahagian dan yang lain-lain saya akan sertakan di dalam jawapan bertulis kelak. Nanti saya nak senaraikan satu-satu nama syarikat dan juga produk dan akan mengambil masa yang panjang.
Ingin saya tekankan juga pemilihan negara dan lokasi pasaran eksport telah dibuat dengan penuh teliti. Hasil kajian dan perbincangan strategik di antara STeP bersama MATRADE atau pun Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia selaku agensi persekutuan yang bertanggungjawab terhadap eksport bersama lain-lain agensi yang berkepentingan. Ini penting agar produk dan perkhidmatan yang dibawa benar-benar mampu menembusi pasaran di negara dan wilayah berkenaan serta menepati segala peraturan, prosedur dagangan, perlabelan, kandungan dan yang paling penting menepati selera, keperluan dan kehendak pengguna di negara yang berkenaan sekaligus mempengaruhi aspek permintaan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, dari 8 program yang disertai, direkodkan seramai 120 usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS Perak telah terlibat dan telah mencatatkan hasil jualan tunai yang amat signifikan iaitu sebanyak RM2 juta dan lebih membanggakan, kita juga telah berjaya mencatat jualan potensi sejumlah RM19.7 juta melalui kontrak dan banyak perjanjian persefahaman atau MoU yang telah berjaya dimeterai oleh usahawan Perak dan bakal pengimport dari seluruh dunia melalui program yang disertai.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga melalui program pembangunan berterusan dan promosi yang telah diatur oleh STeP dengan kerjasama MATRADE melalui rekod rasmi MATRADE sehingga September 2024, perak merupakan negeri yang kelima tertinggi di Malaysia mempunyai senarai pengeksport berdaftar selepas Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Pulau Pinang dan iaitu sejumlah ataupun seramai 625 syarikat pelbagai kategori dan tahap termasuk usahawan PMKS Perak yang berdaftar. Ini adalah satu yang boleh dibanggakan dan kejayaan ini merupakan hasil program pembangunan berterusan yang diselaraskan ataupun dilaksanakan oleh STeP dan pelbagai agensi negeri seperti MATRADE, MARA, FAMA, NCER dan SME Corp serta lain-lain agensi yang telah bergerak secara bersepadu membantu seramai mungkin usahawan Perak mendaftar dan menjadi pengeksport. Selain itu juga, usahawan PMKS Perak yang berdaftar dengan MATRADE dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Semua syarikat ini layak mendapat geran pembangunan pasaran daripada MATRADE iaitu mereka boleh menuntut kembali perbelanjaan mereka menyertai program pameran antarabangsa di luar negara dan dalam negara mengikut kos-kos tertentu selain Kerajaan Negeri Perak melalui STeP turut membiayai kos penyertaan ruang reruai dan tapak kepada usahawan PMKS Perak yang terlibat dengan syarat mereka tidak boleh menuntut kos ini dengan MATRADE atau lain-lain agensi dan ini dibuat bagi membolehkan seramai mungkin usahawan PMKS Perak menyertai pameran perdagangan dan pameran eksport di luar negara yang berpotensi dan selain agensi seperti MARA dan SME Corp. Malaysia, mereka juga turut mempunyai program-program pembangunan khas dan Geran Bantuan Eksport Usahawan yang turut melibatkan usahawan-usahawan PMKS di Negeri Perak. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan, apakah bentuk galakan dan insentif dari Kerajaan Negeri bagi membantu pengusaha IKS khususnya di Dun Lubok Merbau dan adakah Kerajaan Negeri menyediakan insentif dan sokongan khusus untuk membantu IKS dari beralih kepada digitalisasi dan e-Dagang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Saya kira kita tak adalah mengabaikan mana-mana Dun ya. Jadi untuk spesifik kepada Lubok Merbau, mungkin saya tak boleh nak bagikan detail tetapi kita membuka ruang dan peluang kepada semua usahawan-usahawan PMKS di Negeri Perak untuk memastikan produk-produk yang mereka usahakan dapat menembusi bukan sahaja pasaran tempatan tetapi pasaran luar. Sebab itu, program-program seperti Program Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, kita lakukan turun ke daerah-daerah untuk memastikan kita memberi akses kepada usahawan-usahawan PMKS di Negeri Perak untuk mereka mendapatkan maklumat berkaitan dengan agensi-agensi pemberi bantuan yang ada untuk menyokong pembangunan produk-produk mereka.
Antara yang saya sebutkan tadi, kalau kata untuk kita pasarkan produk keluar tak ada MATRADE, kita ada SME Corp. Kita ada FAMA, NCER antara agensi-agensi yang bukan sahaja memberi bantuan dari segi bentuk latihan kemahiran, khidmat nasihat tetapi mereka juga turut menyediakan geran seumpamanya seperti SME Corp. juga menyediakan bantuan geran dengan program iaitu dalam bentuk kewangan geran bersamaan 50 peratus bagi membiayai PKS dalam aktiviti pengantarabangsaan melalui dua program iaitu eksport, Program Galakan Eksport Bumiputera. Maksimum geran sehingga RM250,000. Program SME Go Global, maksimum geran sehingga RM200,000. Selain itu juga, MARA juga ada Program Gate to Global yg membantu usahawan. Jadi, saya mengharapkan agar usahawan-usahawan IKS terutamanya juga daripada Lubok Merbau dan Yang Berhormat sendiri boleh sama-sama mengetengahkan potensi produk-produk usahawan yang ada di kawasan YB untuk kita sama-sama bangunkan dan saya juga memohon sekali lagi kepada usahawan-usahawan kita di Negeri Perak, follow lah rapat-rapat agensi yang berkaitan keusahawanan agar mereka tahu circle yang ada, bantuan bantuan dan inisiatif yang ada untuk memastikan bimbingan keusahawanan yang tepat dapat diberikan kepada mereka. Sebab itu kadang kala kita dengar ada orang menyebut kenapa usahawan ini dapat bantuan terlalu banyak daripada beberapa agensi. Sebab usahawan ini dia rajin, berusaha untuk pergi berjumpa dengan agensi dan memenuhi syarat dan kriteria. Jadi itu antara pesanan yang saya boleh tekankan kepada Yang Berhormat dan saya mengharapkan agar kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat sama-sama membantu Kerajaan Negeri untuk kita mengetengahkan bakat ataupun potensi produk-produk
IKS yang ada di Negeri Perak yang cukup banyak sebenarnya yang berpotensi untuk kita ketengahkan ke luar negara. Sekadar perkongsian, saya nak menyebut seperti usahawan SYILIS, produk cili yang mana usahawan ini dia sebelum ini selepas covid telah mula membuka perniagaan berasaskan sambal dan dia telah mendapat bantuan daripada STeP dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Pertanian, Perak SADC, TEKUN, PERNAS, SME Corp., SME Bank dan lain lain. Dalam tempoh hanya 3 tahun sahaja dan mereka kini telah berjaya menjadi pengeksport produk sambal ke Singapura, Turkiye dan Australia malah produk mereka kini sedang terbang tinggi di ruang udara antarabangsa. Apabila baru-baru ini mereka mendapat kontrak pembekalan sambal bersama syarikat Saudi Airlines. Ini merupakan hasil dari penyertaan mereka di pameran antarabangsa di Dubai yang dibawa oleh SME Bank.
Selain itu, kini sambal mereka turut berada di stesen minyak Petronas di seluruh negara. Ini hanya merupakan salah satu contoh daripada banyak kisah kejayaan usahawan dan produk Negeri Perak yang amat membanggakan dan senarai syarikat PMKS yang turut berjaya akan saya kongsikan seperti saya maklumkan secara bertulis. Jadi itu sahaja. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Alor Pongsu.
Terima kasih kepada YB Exco. Saya menjemput soalan tambahan. Pengkalan Hulu, sila.
Ok baik. Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya. Selain daripada kita memasarkan produk ke luar negara, kita di Negeri Perak ini banyak produk-produk IKS Yang Berhormat Exco. Jadi saya nak bertanya, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu pusat pengumpulan IKS yang mana kita dapat pasarkan produk IKS ini, kita kumpulkan di setiap daerah-daerah dan kita kumpulkan di satu tempat seperti mana contoh di negeri-negeri yang lain yang ada contohnya di negeri Kedah kita ada pekan Rabu, di negeri Terengganu kita ada Pasar Kepayang, di negeri Kelantan kita ada Pasar Siti Khadijah, di Melaka kita ada gerai di Dataran Pahlawan yang mana tempat-tempat ini mengumpulkan keseluruhan produk-produk IKS yang ada di negeri tersebut. Jadi saya ingin bertanyalah kepada Yang Berhormat Exco, Adakah Yang Berhormat Exco bersetuju juga dengan cadangan ini? Dan adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan akan mewujudkan sebuah pusat pengumpulan produk-produk IKS yang ada di dalam negeri kita ini? Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Hulu atas soalan tambahan yang di bangkitkan dan bertepatan dengan cadangan Yang Berhormat Pengkalan Hulu, memang itulah yang menjadi impian saya juga untuk kita mengumpulkan setiap produk-produk IKS yang ada di Negeri Perak ini di bawah satu bumbung atau pun satu tempat dan usaha ini sedang kita lakukan untuk memastikan sebab kita ada 12 daerah. Satu daerah pun dah berpuluh-puluh. Bukan sahaja berpuluh-puluh, beratus-ratus produk yang berpotensi untuk kita ketengahkan bukan sahaja produk yang berkaitan dengan makanan ya, kita berkaitan juga dengan kraftangan. Dekat luar sana ada kraf. Banyak produk-produk yang kita boleh himpunkan di bawah satu bumbung dan ini antara agenda yang sedang kita lakukan untuk memastikan perluasan pasaran produk IKS di Negeri Perak ini dapat dikembangkan dan dijadikan juga sebagai satu tempat untuk tumpuan pelancongan. Jadi ini kita tengah usahakan. Terima kasih atas cadangan yang diberikan.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Saya bagi pihak Malim Nawar untuk menanya soalan yang keempat.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat yang membangkitkan isu berkaitan dengan portfolio saya. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh Salam Perak Sejahtera. 2030 Salam Malaysia Madani.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang giat melaksanakan pelbagai insentif digital selaras dengan pelan Perak Sejahtera 2030. Antara pelan bagi melaksanakan inisiatif digital adalah menumpukan kepada pengukuhan infrastruktur digital bagi memastikan seluruh kawasan mendapat manfaat daripada kemajuan teknologi. Pengukuhan infrastruktur telekomunikasi ini sangat penting dalam menyokong kepada pembangunan perkhidmatan dan aplikasi dalam talian bagi melaksanakan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkesan. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang ketersambungan internet ke seluruh kawasan berpenduduk di negeri Perak khususnya bagi kawasan luar bandar. Inisiatif JENDELA yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ataupun (MCMC) melalui pelbagai pembangunan infrastruktur telekomunikasi. Walaupun tiada inisiatif-inisiatif khusus melibatkan Kampung e-Digital, pelaksanaan pendigitalan yang telah dirancang telah merangkumi semua penduduk di Negeri Perak sama ada yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar. Pemodenan komuniti kampung tidak hanya memfokuskan inisiatif digital seperti e-Digital ataupun e-Wilayah sahaja.
Ianya turut melibatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam serta pembangunan modal insan. Inisiatif seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional ataupun NADI telah dilaksanakan oleh MCMC melalui 90 buah NADI di seluruh kawasan dalam Negeri Perak yang berperanan sebagai platform capaian internet secara kolektif dan untuk memperkasakan komuniti melalui program holistik dan mampan bagi merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio ekonomi. Selain itu juga, NADI juga berfungsi sebagai pusat sebaran maklumat berkaitan inisiatif kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar. Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat nasional ataupun NADI yang saya sebutkan tadi yang telah dibangunkan termasuk di kawasan luar bandar sebagai salah satu strategi kerajaan untuk memodenkan komuniti kampung dan memajukan industri digital di negara ini. NADI boleh menyediakan latihan mengenai penggunaan teknologi maklumat seperti cara penggunaan peranti pintar, mengakses maklumat melalui internet dan penggunaan aplikasi untuk perniagaan ataupun pendidikan. Latihan ini juga boleh meningkatkan kemahiran digital untuk komuniti di kampung dengan memanfaatkan platform e-Dagang serta melibatkan komuniti dalam aktiviti ekonomi digital.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Digital Perak Corporation Holding sebagai salah sebuah agensi sokongan yang akan terlibat dalam menyokong inisiatif Desa Digital yang dirancang dalam Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 untuk meningkatkan persekitaran internet bagi penduduk luar bandar dan terpencil dengan mempromosikan kesedaran pendigitalan dan menyediakan peluang yang lebih tinggi untuk mengakses dan memanfaatkannya. Inisiatif ini akan diterajui oleh pihak PBT dan akan memperkasakan pembangunan infrastruktur, perniagaan digital dan kemahiran dan latihan komuniti desa. Projek perintis berkonsepkan Desa Digital ini akan dilaksanakan di dua kampung yang akan dikenal pasti pada tahun 2028. Terima kasih.
Soalan tambahan. Menglembu sila.
Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya dalam usaha kerajaan untuk memacu kemajuan teknologi dan pembangunan ekonomi melalui penerapan kecerdasan buatan iaitu AI di seluruh negara. Apakah langkah-langkah strategik yang telah diambil oleh Pusat Sebaran Maklumat (NADI) bagi menghadapi pembangunan Kapasiti AI dan dapat memastikan masyarakat di desa dapat memanfaatkan potensi AI dengan berkesan?
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, NADI kini telah memperluaskan perkhidmatannya dengan pelaksanaan lima teras perkhidmatan pintar yang merangkumi pelbagai perkhidmatan iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan. Bagi memperkasakan rakyat untuk menghadapi pembangunan kapasiti kecerdasan buatan AI, NADI telah mendokong inisiatif kerajaan iaitu Inisiatif AI untuk rakyat dan menyediakan kemudahan pembelajaran kepada komuniti MADANI. Melalui inisiatif ini, pembelajaran kendiri dalam talian telah direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kecerdasan buatan ataupun AI. Program-program dan modul ini akan dikoordinasi oleh MCMC bersama pemberi perkhidmatan dengan kerjasama klinik pakar dan profesional. Dengan pelan strategi yang terancang, persediaan yang mantap dan usaha yang berterusan, pusat sebaran maklumat NADI berpotensi besar bagi memperkasakan komuniti desa untuk meningkatkan kehidupan dan juga produktiviti mereka.
Soalan tambahan, Manong Sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Dato' Seri Exco. Terima kasih atas penjelasan berkaitan kampung digital. Sedikit satu soalan tambahan yang ingin saya kemukakan berkaitan dengan pelaksanaan kampung digital sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Exco bahawa perlu ada usaha yang sungguh-sungguh untuk merapatkan jurang digital terutama di kawasan luar bandar. Soalan saya, adakah dalam perancangan Kerajaan Negeri mahupun kerajaan Pusat menggunakan teknologi satelit? Mungkin daripada MEASAT untuk mengatasi jurang digital ini tanpa menggunakan teknologi yang ada sekarang sebagai tambahan. Adakah teknologi satelit ada alternatif yang mungkin terbaik untuk menyelesaikan masalah jurang digital di kawasan pedalaman. Adakah perancangan kerajaan untuk menggunakan teknologi satelit itu? Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Manong yang bertanyakan soalan. Kita sedar ada masalah, kadang-kadang masalah-masalah kekangan yang kita hadapi bila melibatkan connectivity khususnya dalam kampung pedalaman, hutan-hutan lipur dan sebagainya yang melibatkan kita tidak boleh melakukan penebang pokok dan sebagainya untuk kita perolehi aside untuk menara tersebut. Namun seperti mana kata YB Manong tadi, betul benar pihak kerajaan di peringkat portfolio saya kita ada mengadakan beberapa siri perbincangan dengan untuk mengguna pakai teknologi terkini satelit yang kita namakan satelit tadi namun dalam pusingan kedua macam tu. Tapi In shaa Allah kemungkinan tahun depan kita akan dapat result satu atau dua kawasan yang bermasalah tentang connectivity ni khususnya di kawasan pedalaman. Kita selesaikan untuk menggunakan satelit, In shaa Allah. Namun begitu, kita harus sedar kerana bila kita sebut tentang penggunaan satelite sebagainya, ia melibatkan kos, kos yang agak tinggi Yang Berhormat. Jadi di peringkat Kerajaan Negeri, kita tengah berunding dan kita minta kalau dapat 1 atau 2 dulu untuk prove of concept dulu kita lihat adakah bersesuaian, adakah kita boleh selesaikan dengan menggunakan internet satelit tadi? In shaa Allah dalam masa terdekat ni kita akan cuba satu dua kampung dulu di kawasan yang pedalaman terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco seterusnya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Satu pantun lah. Good morning YB Sandrea. Soalan Selinsing nombor lima.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Selinsing kerana tanyakan soalan tentang perumahan dan atas pantun yang telah diberikan tadi. Untuk pecahan A soalan yang bertanyakan tentang projek terbengkalai. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod terkini, terdapat sebanyak enam projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai di Negeri Perak oleh KPKT. Projek-projek ini terdiri daripada dua projek di daerah Kinta, dua projek di Daerah Manjung, satu projek di Daerah Kampar dan satu projek di Daerah Batang Padang.
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu projek terbengkalai bagi melindungi kepentingan pembeli dan memastikan kesejahteraan rakyat sebagai sebahagian daripada usaha ini, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan Jabatan Perumahan Negara pada 10 Julai yang lalu. Menjadikan Negeri Perak sebagai negeri pertama yang memulakan kolaborasi strategik dengan Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan projek perumahan bermasalah. Bagi mencegah berulangnya masalah projek terbengkalai, Kerajaan Negeri menyambut baik tindakan Kerajaan Persekutuan dalam memperkenalkan syarat yang lebih ketat kepada pemaju perumahan di bawah Akta Pemaju Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan 1966) atau dirujuk sebagai Akta 118. Menteri KPKT baru-baru ini telah mengumumkan bahawa terdapat cadangan pindaan akta tersebut yang akan membolehkan pemaju yang terlibat dalam penipuan ataupun projek terbengkalai bukan sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang malah juga berpotensi dilarang daripada meninggalkan negara. Jadi hal ini, sedang dibincang dan ditelitikan di peringkat persekutuan Kerajaan Persekutuan dan langkah ini juga bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti pemaju dan memperkukuhkan profesionalisme dalam industri perumahan. Dengan langkah-langkah ini, Kerajaan Negeri bertekad untuk mencegah masalah projek terbengkalai daripada terus berulang dan memberi manfaat kepada pembeli rumah serta masyarakat secara keseluruhan.
Bagi menjawab soalan pecahan B yang bertanyakan tentang isu lambakan rumah, pada masa ini di peringkat negeri masih belum terdapat mekanisme yang terperinci untuk kumpul data mengenai bilangan semasa projek perumahan terjual mengikut rumah, jenis rumah dan daerah. Namun demikian, Kerajaan Negeri melalui LPHP sedang giat membangunkan sebuah dashboard perumahan yang akan membolehkan pemantauan dan analisa data secara lebih sistematik dan berkesan pada masa hadapan. Kerajaan Negeri juga menyedari bahawa isu lambakan rumah telah menjadi perhatian dan kebimbangan semua pihak apabila Laporan Suku Kedua Tahun 2024 Daripada Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 4,161 unit rumah yang tidak terjual di Negeri Perak ataupun dirujuk sebagai overhang dengan izin. Sebagai langkah segera, Kerajaan Negeri melalui LPHP telah mengambil tindakan untuk meneliti dan mengatasi isu ini. Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan seperti NAPIC, REHDA dan PBT-PBT yang terlibat bagi mengenal pasti lokasi projek perumahan serta faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah overhang seperti lokasi pembinaan, strategi pemasaran, jumlah unit yang dilancarkan secara besar-besaran, konsep pembangunan dan juga harga jualan.
Syukur dengan usaha kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan dan juga pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia yang menyumbang impak positif kepada prestasi pasaran hartanah, jumlah unit rumah tidak terjual di Negeri Perak telah menunjukkan penurunan significant iaitu dari 4,160 unit, 4,161 unit kepada 3,039 unit menurut laporan NAPIC yang terkini iaitu bagi suku ketiga tahun 2024. Selain itu, adalah penting untuk menekankan bahawa pemaju mempunyai tanggungjawab penting dalam memastikan setiap projek pembangunan sesuai dengan keperluan dan kemampuan masyarakat setempat. Melalui kajian pasaran yang lebih mendalam, pemaju dapat mengenal pasti jenis rumah yang diperlukan dan memastikan harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dan berpatutan. Kepekaan terhadap faktor-faktor ini amat penting untuk memastikan keseimbangan antara permintaan dan penawaran rumah serta mengurangkan isu lambakan rumah tidak terjual pada masa akan datang. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Masih kepada YB atas jawapan. Mengikut beberapa laporan, pihak Kerajaan Negeri menerusi LPHP mengunjurkan sebanyak 57,407 unit rumah diperlukan di negeri ini menjelang tahun 2030. Rumah-rumah ini meliputi semua segmen rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik. Jadi kalau kita lihat dari sudut garis masa untuk sampai ke 2030, kita ada 6 tahun lebih kurang. Bermakna kita perlu menyediakan purata setahun 9 ribu ke 10 ribu buah rumah. Jadi soalan saya nya berdasarkan keadaan semasa pada hari ini dalam setahun berapa rumah yang kita boleh sediakan? Terutama kos rendah, sederhana dan mampu milik dan apakah perancangan pihak kerajaan bagi memastikan unjuran ini tercapai untuk memastikan rakyat Negeri Perak mampu memiliki rumah pertama mereka yang selesa dan sekiranya boleh soalan saya sedikit lagi ialah daripada jumlah tadi, 3,039 unit lambakan rumah. Maksudnya yang rumah yang tidak terjual yang ada di Negeri Perak. Boleh ke kita dapat berapa peratusan lot untuk bumi dan non bumi? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Selising. Saya jawab dulu tentang isu lot bumi dan non bumi bagi unit yang masih tidak terjual. Sebenarnya itu antara isu yang dalam perbincangan dan perjumpaan LPHP dengan NAPIC yang telah kita tanyakan. Tapi maklumbalas yang kita terima daripada NAPIC sebab maklumat yang diterima daripada pemaju memang mereka tidak termasuk info-info ikut kategori bumi dan bukan bumi. Jadi buat masa kini memang kita belum ada satu saluran dan laporan yang rasmi bagi tujuan itu. Walaubagaimanapun, saya harap dengan adanya dashboard perumahan yang dibangun kelak akan dapat kita menggambarkan info-info ni ikut kategori dan juga kategori dan subkumpulan dengan jelas bagi tujuan kita lebih faham dari segi gambaran yang besar.
Yang keduanya, tentang sasaran dan keperluan perumahan dalam masa akan datang menjelang tahun 2030. Apabila di Negeri Perak ni terdapat beberapa projek pembangunan berimpak besar. Memang kita nampak dari segi keperluan perumahan semakin meningkat. Jadi ini juga merupakan satu cabaran dan juga peluang kepada sektor perumahan di Negeri Perak. Jadi untuk mencapai bilangan unit rumah yang disasarkan menjelang tahun 2030, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama melalui pelbagai agensi yang bertanggungjawab dalam penyediaan rumah kediaman terutamanya rumah mampu milik di peringkat negeri. LPHP, PKNP, MAIPk, Yayasan Perak dan SSI merupakan antara agensi dan GLC di bawah Kerajaan Negeri yang memainkan peranan penting ini. Manakala di bawah Kerajaan Persekutuan pula, terdapat agensi dan GLC seperti Jabatan Perumahan Negara PRIMA, SPNB, FELCRA dan KPLB yang menyumbang kepada pembinaan unit kediaman di Negeri Perak.
Selain daripada itu, sasaran yang ditetapkan tersebut juga akan turut dibantu pencapaiannya melalui peranan sektor swasta melalui pemaju-pemaju yang sedia ada. Malahan sebahagian besar peratusan sasaran tersebut adalah bergantung kepada perumahan yang akan dibina oleh pihak swasta. Jadi, pihak kerajaan memang akan bekerjasama rapat dengan pihak swasta untuk sama-sama kita merealisasikan sasaran ini dan Kerajaan Negeri juga sentiasa mengkaji dasar perumahan yang sedia ada supaya kita mewujudkan satu ekosistem yang baik dan menggalakkan projek pembangunan perumahan diteruskan dari masa ke semasa di semua daerah dan mengikut keperluan rakyat. Jadi dengan semua usaha ini, kita harap sektor pemajuan perumahan di Negeri Perak akan terus berkembang dengan baik dari masa ke semasa untuk mencapai sasaran yang telah disasarkan pada 2030. Terima kasih.
Manjoi, Timbalan Speaker.
Simpang Pulai sebab tadi saya memberi peluang kat sini. So, Simpang Pulai sila.
Terima kasih. Apakah perkembangan terkini untuk projek- projek terbengkalai di Negeri Perak setelah tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai, untuk menangani projek terbengkalai di Negeri Perak tadi saya telah kongsikan bahawa satu memorandum telah diwujudkan melalui LPHP dengan Jabatan Perumahan Negara dan selepas itu Negeri Perak juga mengambil tindakan susulan untuk menubuh sebuah taskforce iaitu Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai ini dan jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyelaras dan memudahkan penyelesaian bagi masalah projek terbengkalai dengan melibatkan PBT, agensi berkenaan dan juga kontraktor penyelamat.
Setakat ini untuk berkongsikan perkembangan terkini tentang projek-projek terbengkalai di Negeri Perak dengan kerjasama erat antara Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan, Projek Taman Mayang Sari Fasa 2 di Kuala Kangsar yang terbengkalai sejak tahun 2018 telah berjaya diselesaikan, di mana KPKT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar untuk menyiapkan projek menaiktaraf loji rawatan kumbahan dan kerja berkaitan yang lama terbengkalai sekaligus mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh penduduk sekitar sekian lama. Pada masa yang sama, usaha berterusan dan siri perbincangan bersama pihak yang terlibat juga telah menemui sinar harapan bagi Projek D'Aman Residen di Bandar Meru Raya. Pembinaan telah disambung semula untuk menyiapkan Blok G dan H.
Walaupun pada masa kini dijangka terdapat sedikit kelewatan daripada sasaran awal dalam mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Namun yang penting kerja pembinaan kini telah giat dijalankan di tapak dan pemantauan berkala melalui mesyuarat bulanan mahupun lawatan kejutan sedang dilakukan oleh pihak LPHP. Selain daripada itu, lawatan tapak dan mesyuarat juga telah diadakan bagi dua projek terbengkalai di Daerah Manjung untuk mengenal pasti cadangan dan tindakan pemulihan seterusnya. Terima kasih.
Terima kasih, seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan soalan. Sila.
Kamunting, Kamunting. Selinsing dah habis.
Sila
Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Kamunting. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kamunting, Klinik Kesihatan Kamunting dibina dan mula beroperasi pada 21 Mei 1991 iaitu usianya adalah 33 tahun. Keluasan klinik adalah 3.64 hektar dan terletak di kawasan Kampung Expo, Kamunting. Mengikut statistik, kehadiran pesakit di Klinik Kesihatan Kamunting mencecah 520 pesakit sehari. Klinik ini merangkumi dua bangunan di mana bangunan asas terdiri daripada unit Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Unit Farmasi dan Unit Rehabilitasi. Manakala bangunan kedua terdiri daripada Unit Kesihatan Ibu dan Anak, makmal, Unit Pengimejan serta Klinik Komuniti iaitu Klinik Komuniti Kamunting di bawah seliaan operasi Klinik Kesihatan Kamunting. Bangunan Klinik Kesihatan Kamunting tidak mengikut pelan piawaian Klinik Kesihatan yang baru.
Klinik ini memberi perkhidmatan kepada 40 ribu penduduk yang tinggal di kawasan persekitaran klinik ini. Hospital yang terdekat dengan Klinik Kesihatan Kamunting adalah Hospital Taiping dengan jarak lapan kilometer. Klinik Kesihatan Kamunting menyediakan rawatan penyakit acute dan penyakit kronik. Jenis rawatan yang disediakan adalah rawatan kecemasan, rawatan diabetes, asma, Rawatan Chronic Obstructive Pulmonary Disease atau COPD. Klinik berhenti rokok, TB, rawatan luka moden, virtual clinic dan pemeriksaan perubatan serta saringan kesihatan selain verifikasi kematian.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengambil maklum berkenaan dengan kesesakan yang berlaku di Klinik Kesihatan Kamunting akibat peningkatan pesakit secara mendadak. Sebagai perancangan jangka masa pendek, masa operasi Klinik Kesihatan Kamunting telah dipanjangkan sehingga 9.30 malam bagi menampung permintaan perkhidmatan rawatan pesakit luar bermula Isnin sehingga Jumaat, setiap minggu. Selain itu, Klinik Kesihatan Kamunting juga telah dinaiktaraf secara berperingkat melalui peruntukan pembangunan butiran projek BP 6 pada tahun 2023 dan 2024 untuk meningkatkan tahap keselesaan kepada pesakit dan anggota kesihatan yang bertugas. Antara ruang yang telah dilaksanakan projek naik taraf adalah Unit Kesihatan Ibu dan Anak bagi tujuan penambahan ruang klinikal dan ruang menunggu pesakit dengan nilai projek berjumlah RM300 ribu.
Sebagai perancangan jangka panjang, JKN Perak telah merancang dan mencadangkan pembangunan fasiliti baru iaitu gantian dalam projek pembangunan RP2 atau RMK-13 yang akan datang. Untuk tujuan tersebut, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memuktamadkan tapak baru di Taman Panglima, Taiping bagi projek pembinaan klinik kesihatan jenis tiga yang baru di mana jarak dari Klinik Kesihatan Kamunting ke tapak projek baru ni cuma lima kilometer sahaja manakala jarak dari Klinik Kesihatan Taiping ke tapak cadangan ini adalah enam kilometer. Cadangan ini bertujuan bagi mengurangkan kesesakan pesakit di kedua-dua klinik tersebut. Pelan piawai klinik kesihatan jenis tiga dicadangkan dapat menampung pesakit sehingga 300 pesakit sehari. Projek ini diberi keutamaan tinggi dan Pelan Induk Fasiliti Kesihatan JKN Perak dan urusan pewartaan tanah dijangka selesai menjelang Jun 2025. Terima kasih.
Soalan tambahan, Kamunting sila.
Terima kasih kepada YB Exco, satu berita gembira untuk rakyat Kamunting kerana satu klinik baru bakal dilaksanakan ataupun dibina. Cuma agak jauh sikitlah Taman Panglima ini. Kapasiti rakyat yang ramai ialah di Kamunting, Taman Kamunting Jaya, Kampung Expo, itu semua padat yang berdekatan Taman Desa Jana, Desa Jaya, kampung Jana. Di situ memang operasi dia sangat cantik, tapi bila dipindah ke Taman Panglima itu dah masuk area Taiping dan dia berdekatan, kalau orang situ berdekatan pergi ke Taiping. Cuma di depan Klinik Kamunting itu, ada satu tanah besar seluas padang bola yang tidak dimanfaatkan saya tengok dan lihat. Jadi kalau boleh tanah di situ, dimohon dan dilihat penggunaan dia kalau boleh di situ sangat cantik sebab keadaan dia memang centre dengan Kamunting dan yang kedua cadangan adakah pihak kerajaan bercadang untuk tingkatkan lagi perkhidmatan di Pusat Kesihatan Kemunting ini? Sebab saya lihat di Kamunting, kalau di lihat di Taman Panglima ia berdekatan dengan masjid. Berdekatan dengan Hospital Taiping. Kalau di Kamunting, permasalahan yang saya lihat adalah keperluan ialah bahagian mata. Sebab orang-orang Kamunting ini dia bandar pencen. Banyak orang yang telah rabun mata, diabetes kena katarak. Kalau nak pergi ke panglima tu jauh dan mereka sekarang ni pun jauh nak pergi ke Taiping. Saya nak cadang supaya dibina dan ditambahkan satu perkhidmatan oftalmologi di Klinik Kamunting ini. Saya harap pihak kerajaan boleh buat satu kajian baru lah untuk, sebab tanah depan tu memang kosong. Terima kasih.
Terima kasih atas cadangan berkenaan dan sebenarnya tanah ini diwartakan tetapi saya akan turun ke padang dan saya pernah datang ke klinik itu pada tahun 2019 atas isu yang sama dan selepas itu, kerja-kerja telah dibuat untuk menaik taraf tetapi tidak ada ruang dalam klinik yang sedia ada untuk naiktaraf. Sebab nak parking pun sana tidak ada tempat. Mereka parking di taman perumahan sekeliling. Itu ada satu lagi masalah. Yang berkaitan dengan isu kedua, tingkatkan perkhidmatan. Sekarang apa yang ada sekarang adalah Klinik Kesihatan Jenis 6 tetapi apabila siapnya klinik baru akan ditingkatkan kepada Klinik Kesihatan Jenis 2 atau 3. Perkhidmatan dia berbeza. Kalau Jenis 2 atau 3, yang kita cadangkan sekarang perkhidmatan yang akan diskop, perkhidmatan yang akan ditawarkan adalah Klinik Pesakit Luar, Klinik Ibu Dan Anak, Pergigian. Sekarang tidak ada. Ditambah dengan Pergigian, Kecemasan, Imagen, Pharmacy, sick Bay. Sekarang tidak ada. Infectious Disease, Sistem TPC-OHCIS, dengan CCTV, dengan peralatan perubatan. Memang perkhidmatan dia berbeza dari apa yang sedia ada sekarang tetapi apa yang kita perlu buat, saya akan turun ke padang dan melihat tanah di hadapan klinik yang sedia ada. Tetapi kalau kita bina klinik di situ akan memberi kesusahan kepada penduduk-penduduk taman itu sebab tidak ada tempat parking di tempat itu tetapi walaubagaimanapun saya akan turun dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat, boleh ikut sama-sama kita pergi, boleh? Dan keputusan akan diambil kemudian. Terima kasih.
Penambahan, Pantai Remis. Sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan isu hospital ini. Saya tahu kita telah siapkan satu pembinaan projek tambahan untuk Hospital Seri Manjung pada bulan Ogos ini dan juga akan dioperasi berperingkat dan lagi satu berita yang baik kepada penduduk di kawasan Seri Iskandar kerana hospital baru di Seri Iskandar telah siap juga pada bulan yang lalu dan saya ingin tahu apakah kemudahan yang telah disediakan untuk di hospital baru ini? Dan juga bilangan kekuatan anggota di hospital ini supaya kita dapat di peringkat awal sediakan kemudahan yang lengkap untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di kawasan Seri Iskandar. Terima kasih.
Terima kasih YB Pantai Remis. Pembangunan Hospital Seri Iskandar merupakan pencapaian terbaik dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Perak Tengah dan kawasan sekitarnya tanpa sebarang EOT atau Extension of Time. Disiap dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh JKR. Pembinaan hospital ini ialah sebahagian inisiatif Rancangan Malaysia Ke-10 dengan kos pembinaan sebanyak RM147juta di atas tanah seluas 18.9 ekar. Hospital ini terdiri daripada 6 blok utama, 3 tingkat dengan kapasiti 76 katil bagi menampung keperluan pesakit. Hospital ini merupakan gantian kepada hospital sedia ada iaitu Changkat Melintang yang telah dibina pada tahun 1971 dengan jumlah katil rasmi sebanyak hanya 50 katil. Pengoperasi penuh Hospital Seri Iskandar, setelah berpindah dari Hospital Changkat Melintang telah dijangka bermula mulai 11 Disember 2024.
Dari segi penyediaan perkhidmatan pula, hospital ini dilengkapi dengan klinik pakar, klinik kecemasan dan trauma, dengan zon rawatan khusus. Selain itu, hospital ini juga tersedia dengan dewan bedah dengan menjalankan prosedur pembedahan am dengan kehadiran pakar dari Lead Hospital iaitu Manjung. Tambah lagi dewan bersalin, unit patologi dan transfusi serta unit hemodialisis memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dengan kadar segera. Selain itu, hospital ini juga menyediakan wad pesakit lelaki dan wanita serta wad kanak-kanak dilengkapi dengan bilik isolusi untuk pengurusan kes penyakit berjangkit. Fasiliti sokongan seperti unit bekalan bahan steril (Central Sterile Services), unit farmasi dan bekalan, unit rehabilitasi melengkapkan operasi hospital ini. Dari segi kekuatan anggota pula sebanyak 516 jawatan baru pelbagai gred dan skim perkhidmatan telah pun diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui waran perjawatan tahun 2024 untuk memenuhi keperluan pengoperasian Hospital Seri Iskandar. Pengisian jawatan ini dijadual berkuatkuasa mulai 1 November, telah pun mula pada1 November 2024. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.
Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025Bill
Perkara yang Keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 yang berbunyi, "Bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam Penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 25/2024 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM538 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini dluluskan bagi tahun 2025. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Sekarang Masalah ini dibuka kepada Dewan yang dibahaskan. Masa yang diperuntukan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 40 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Dijemput yang seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030, Vanakkam, (Bahasa Cina) diucapkan kepada Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian termasuk juga kepada ketua-ketua jabatan, para pemerhati serta media-media dan juga kepada penonton-penonton yang menonton sidang Dun ini secara langsung. Dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk mengizinkan saya untuk mewakili kawasan Bercham dan juga untuk mengambil bahagian dalam Belanjawan Perak 2025 dan bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera'. Jadi Jumaat lepas, saya telah melihat intipati semua bajet yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Jumaat lalu begitu komprehensif, yang begitu mantap, yang begitu prihatin kepada rakyat jelata di negeri yang kita sayangi ini.
Dalam intipati ni, saya telah memperhalusi semua mukasurat dan juga kepada buku bajet ini. Saya pun sudah lihat banyak kali dan saya pun nampak ada banyak point-point dan juga ada point-point yang juga saya akan berikan cadangan tambahan. Kita harap sidang ini kita dapat berdebat secara beradab kita dalam suasana yang mesra agar kita dapat menyumbang kepada tahun 2025 yang akan datang ini supaya ianya memberi manfaat kepada rakyat kepada peniaga kepada pelabur serta kepada Kerajaan Negeri dan tentang senario ekonomi negeri, kalau kita baca tengok dari muka surat nombor 4 dalam teks ucapan Menteri Besar lalu kita nampak Perak kita kata kita baik sebab Perak. Perak masih mampu mengekalkan momentum pertumbuhan sebanyak 2.7% dalam KDNK mencecah RM80.6 bilion.
Dalam sektor perkhidmatan, saya melihat sektor pemihatan, perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar KDNK negeri dengan nilai RM52.3 bilion berbanding RM50.7 bilion pada tahun 2022 iaitu pertambahan RM1.6 bilion. Ini adalah sektor ini banyakkan di diterujai oleh subsektor sebagai perdagangan borong, runcit diikuti oleh subsektor penginapan, makanan dan minuman, utiliti serta ICT. Ini adalah satu peningkatan yang begitu memberangsangkan. Tidak terlupa juga kepada sektor pembuatan yang juga menyumbang kepada pertumbuhan 2.2% peratus berbanding tahun 2022 di mana didorong oleh peningkatan produk bukan logam, logam asas dan sedia ada dan juga kepada sektor pertanian. Walaupun berdepan dengan penyusutan negatif pada 2.6% pada 2022 tetapi menunjukkan pemulihan apabila tumbuh 1.9% pada tahun lepas iaitu 2023. Ini adalah satu peningkatan. Itulah satu turning point yang begitu baik selepas kita negara kita bukan negara kita seluruh dunia dilanda pandemik covid yang merencatkan pertumbuhan ekonomi seluruh, seluruh negara dan juga kepada penyumbang. Kesan daripada peralihan kuasa yang begitu kerap pada penggal lepas. Jadi ini adalah satu petanda yang baik. Kita nampak pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian serta sektor perlombongan dan pengkuarian mencatat pertumbuhan positif sebanyak 0.6% dengan nilai RM486.8 juta berbanding RM449.4 juta pada tahun 2022.
Jadi kalau merujuk kepada data MITI dan MIDA sektor pembuatan untuk setengah tahun pertama 2024. Dari bulan Januari hingga Jun adalah RM601.49 juta melibatkan 30 projek. Jadi inilah adalah satu cadangan. Kita lihat begitu ketara sekali Sektor perkhidmatan itu begitu penting untuk menyumbang ekonomi negeri kita. Jadi, kita harap Exco-Exco yang handal-handal di sebelah saya ni akan kita lebih tingkatkan usaha untuk menarik lebih banyak pelabur-pelabur daripada sektor perkhidmatan untuk datang ke Perak. Tak kira mana-mana daerah kita datang tak kira daripada sebelah kerajaan ke ataupun sebelah pembangkang. Datanglah ke Perak untuk melabur untuk membawa lebih banyak pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat-rakyat kita agar kita ni tidak ketinggalan jikakan dibandingkan dengan Negeri Selangor ke ataupun Pulau Pinang.
Ok, untuk prestasi Belanjawan Negeri 2024. Saya ni kalau kita lihat pada empat tahun lalu iaitu 2020, kita bukan sahaja merekodkan angka negatif 2.4% bagi pertumbuhan KDNK dan kita ambang krisis dengan dengan defisit mencecah RM48 juta. Itu masa 2020 kita tahulah apakah yang dilanda oleh negara kita negeri kita? Pandemik lagi peralihan kuasa begitu kerap ini telah membantutkan. Jadi saya harap kalau kita boleh kita teruskan. Kerajaan Perpaduan ini teruskan untuk tiga tahun yang akan datang agar kita akan mendapat satu pertumbuhan yang begitu sihat. Jadi kita tengok kalau dalam intipati teks ucapan Menteri Besar tiga tahun berturut-turut daripada defisit RM48 juta dan RM6.59 juta pada tahun 2020 dan 2021. Kita kembali mencatat surplus untuk dua tahun berturut-turut iaitu, RM29.6 juta pada tahun 2022 dan dua dan RM62.4 juta pada tahun 2023. Tahniah kepada kerajaan perpaduan yang di pimpin oleh Menteri Besar yg kita sayangi dan ini adalah 2023 adalah angka yang tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah Negeri Perak ni.
Jadi kalau berdasarkan Penyata Kewangan Negeri 2023 telah menunjukkan kutipan hasil yang begitu ketara iaitu RM 1.2 bilion dengan peningkatan 10.97 % berbanding dengan tahun 2022, kita tak ada defisit kita ada peningkatan dari segi surplus. Kita moga tahun ni juga akan kekalkan momentum ini hingga ke tahun depan hingga tamat penggal untuk Dewan Undangan Negeri ini. Jadi dan lagi satu kredit yang perlu diberikan kepada Kerajaan Perpaduan kita ni adalah kalau berdasarkan kenyataan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2024 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak merupakan antara 5 negeri yang menerima Sijil Audit Negara tanpa teguran untuk Penyata Kewangan Negeri bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2023. Ini adalah satu pengiktirafan yang begitu baik antara banyak negeri kita ni. Perak adalah salah satu buah sebuah negara dan dan juga kita lihat kepada jumlah keseluruhan. Ketua Pembangkang sudah masuk. Ok, welcome ok.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2025 dianggarkan RM1.52 billion. Iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri iaitu meliputi maksud mengurus RM981.8 juta dan belanja bagi maksud pembangunan RM538 juta. Kalau kita nampak kita ambil kira 2000 tahun 2025 telah mengambil kira kenaikan gaji penjawat awam dibawah pentadbiran negeri dengan memilih sistem SSPA, ini menunjukkan negeri kita keadaan kewangan negeri ini begitu mantap boleh bagi pertambahan gaji lagi untuk tahun ini dan juga bagi bonus kepada kakitangan penjawat awam di negeri kita. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak yang kita sayangi diri kita dan juga untuk maksud pembangunan tahun 25. Kalau di dalam jumlah besar adalah pertambahan sebanyak RM47 juta ataupun pertambahan sebanyak 9.6% berbanding dengan belanjawan tahun tahun tahun ini. Jadi ini, maksud pembangunan untuk RM538 juta ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah Kerajaan Negeri di peruntukkan. Jadi ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi negeri terus berdaya saing dan pembangunan terus terlaksana selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 dan juga kerap kita nampak kalau berdasarkan 5 fokus utama untuk belanjawan Perak Makmur Rakyat Sejahtera ini saya bagikan tumpuan untuk fokus pertama iaitu kesejahteraan rakyat.
Ini, saya nampak point Menteri Besar ada menyuntik, memetik tentang Hari Bertemu Pelanggan. Ini adalah satu usaha yang terus menerus dijalankan oleh jadi bimbing oleh Menteri Besar bersama dengan Exco kita. Kita pun kadang kala juga nampak Timbalan Speaker pun ada pergi ke Stadium Indera Mulia untuk bertemu dengan rakyat. Untuk memberikan khidmat secara one to one bertemu dengan rakyat. Untuk kita dan termasuk juga ke pusat khidmat kita. Yang setiap hari kita buka tak kira ke Behrang ke Ayer Kuning ni, Ayer Kuning ke Pantai Remis ke semua kita buka. Kita kerajaan ini berorientasikan rakyat. Kita tidak hanya mengikut jejak langkah kerajaan negeri.
Semua pusat khidmat kita saya rasa sebahagian pun pembangkang ada bukalah hah. Pembangkang ada buka ke Pusat khidmat? Ok cuma itulah sahaja untuk kesejahteraan. Bab Fokus Pertama Kesejahteraan Rakyat dan juga kini saya akan beri puji kepada Kerajaan Negeri kerana beri kadar bantuan am yang telah pun dinaikkan sebanyak RM100 pada tahun 2024 dan akan ditambah lagi RM100 bagi tahun hadapan untuk menjadikan bantuan kepada 6100 penerima akan meningkat menjadi RM500 sebulan berkuat kuasa pada bulan depan juga dan point tentang yang dipetik oleh dalam ucapan Menteri Besar. Kita nampak Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan mencecah RM30.22 juta untuk melaksanakan 4 program kesejahteraan yang sangat akrab dengan kehidupan rakyat marhain. Empat itu lah lengkap Perak Sejahtera sebanyak RM24 juta dan juga bantuan program, Bantuan Kotak Makanan sebanyak RM5 juta. Kedai Bergerak Negeri Perak sebanyak RM0.82 juta.
Respon sikit Bercham.
Bagi saya baca perenggan tu
Satgi jauh satgi ni pulak
Hah.
Boleh sekarang.
Sebaris lagi. Bagi saya baca dulu. Skim jualan rahmah RM0.4 juta. Ok, sila.
Terima kasih Bercham. Untuk pengetahuan Bercham, Adun pembangkang semua buka pusat khidmat. Terima kasih. Yang keduanya, berkenaan dengan kotak makanan tadi aaa RM0.5 juta, RM5 juta untuk peruntukan, untuk tahun 2025. Untuk 2024 kotak makanan memang disenggarakan oleh Yayasan Perak. Cumanya, dalam kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan disalurkan melalui NGO-NGO tapi sampai sekarang kami mintak senarai nama NGO-NGO yang dibagi kepada kotak yayasan tersebut. Kami tidak terima tetapi yang nyatanya apa yang kami dapat lihat bila mana ada program bersama Ketua Bahagian UMNO ada kotak yayasan tersebut. Minta sikit respon daripada Bercham. Terima kasih.
Haa Bercham boleh sikit lagi, tambah sikit lah.
Ok…ok satu lagi.
Ok. Terima kasih Bercham sebab Bercham mengulas berkenaan dengan kebajikan tadi kan. Jadi saya nak tanya Bercham. Setuju tak? Di bawah kebajikan rakyat ini kita, sebab dalam dalam bajet tak sebut pun berkenaan dengan peruntukan kepada Ahli Dewan terutamanya di sebelah sinilah. Jadi setuju dak bercakap kalau bagi sama rata balik macam tahun yang mula-mula kita dulu. Semua dapat setuju ke tidak.
Ok…ok last…last. Terima kasih.
Pertamanya, saya, saya agak memberi fokus. Apa yang dilaporkan oleh Bercham ni tentang senario ekonomi negeri. Memanglah, berlaku peningkatan dalam perkhidmatan pembuatan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian tetapi berlaku juga penurunan. Dari sektor pembinaan langsung tak dilaporkan dalam ucapan bajet. Yang keduanya berkaitan dengan pusat khidmat wakil rakyat pembangkang ni memang 24 jam buka. Sebab kami dah tak ada apa terpaksa layan rakyat, di kawasan saya tak ada masalah. Bukan hanya pembangkang kerajaan sahaja buka pusat khidmat. Yang lainnya saya rasa berkaitan dengan prestasi yang dicapai pada tahun 2023, 2024. Sudah tentu ianya bermula dengan kerajaan sebelumnya yang dirancang sebelum itu. Jadi memang kita akui siapa juga yang menjadi kerajaan. Hasrat yang sama jugak kita nak bangunkan kerajaan. Jadi janganlah menidakkan sumbangan yang telah dimainkan oleh pentadbiran sebelum ini sudah dan sudah tentu ianya juga dengan sokongan semua penjawat awam yang, yang komited dalam membangunkan Negeri Perak. Bukan tak ada pertanyaan pun saja sebagai penambahan dalam ucapan Bercham tadi.
Ok, terima kasih kepada pertanyaan untuk daripada tiga Ahli Yang Berhormat, yang pertama tentang kotak makanan. Kalau setahu saya sebeum ni kita memang pusat khidmat kita tak kira sebelah sini ke sebelah sana ke semua orang terima kotak makanan untuk setiap bulan untuk menolong golongan miskin, golongan B40, miskin tegar. Banyak tetapi setelah berlakunya di mana banyak kes-kes yang dilaporkan. Setahu sayalah sebab bukan yang saya buat kerja penguatkuasa. Jadi tentang kotak makanan ni. Ada dikatakan telah dilekatkan sticker parti masing masing. Kita tahulah kita tepuk dada, tanya selera siapa yang melekatkan sticker tersebut. Tunggu…tunggu bagi saya habiskan. Jangan celah dulu.
Soalan tadi salah faham tu.
Ya ya.
Bukan saya bukan bertanya. Kotak kenapa tidak disalurkan kepada pusat khidmat
Ya.
Kami nak menyatakan kotak tersebut, kenapa disalurkan kepada NGO? Nama NGO tidak sampai pada kami? Tak Tak salur kepada pusat khidmat pun tak apa. Kami nak nama NGO tersebut. Yang salah label, label DAP pun banyak kan, kotak. Label DAP pun banyak.
Ya, saya pun belum bangkit ada label cap bulan pun.
DAP pun banyak.
Ya ka, nanti tunjuk apa apa kat saya la
Ade satgi saya share.
Ok…ok, terima kasih untuk respon tadi. Sebenarnya kalau kita nampak ada orang yang pihak yang mengeluarkan barangan dalam kotak makanan tersebut untuk diletakkan dalam plastik dalam plastik tu…
Itu tak menjawab soalan saya.
Plastik tersebut
Tak menjawab soalan. Tak menjawab soalan.
Bukan cap tu, tapi cap bulan…
Faham tak soalan saya tadi.
Ok…ok saya akan menjurus kepada soalan tu.
Nama kan NGO. NGO mana…
Ok. NGO nama tu tak ada dalam, saya tak ada data tersebut. Jadi kalua…
Kalau tak dak NGO daripada DUN Kubu Gajah namakan NGO daripada Dun Bercham sendiri.
Ok. Ok takpe takpe. Bercham tu nanti saya akan bagi tau. Tapi untuk selepas insiden tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah untuk diberikan kepada NGO-NGO jadi kalau Yang Berhormat tak tahu, jadi kena tanya lah sendiri. Kenapa tak tau NGO mana yang edar.
Dan setiap kali sidang kami tanya YB.
Apa tu?
Setiap kali sidang kami tanya, nyatakan NGO mana yang disalurkan tersebut.
Ok bagi saya, saya tau. Saya rasa rakan kita pun tau. Kenapa Yang Berhormat sebelah sana tak tau, kena kerja kuat sikitlah. Sebab tadi Sungai Manik pun ada kata mereka pusat khidmat mereka kerja 24 jam. Saya mengakui pusat khidmat saya tak buka 24 jam. Saya cuma pukul 9 sampai petang. Tapi kalau 24 jam, saya rasa usaha gigih tersebut mampu mencari siapakah NGO tersebut. Hah. Kita harap. Ok tentang soal kebajikan kan? Tadi Hah. Oh, peruntukan ok. Peruntukan yang diperolehi ni sebenarnya kita ni sama sama dapat. Kalau kita tengok teks ucapan Menteri Besar lalu kita kata Menteri Besar pun ada katakan bandingkan dengan negeri lain. Kita ni berlaku baik kepada pembangkang. Kita bahagikan peruntukan untuk projek projek untuk bekalan banyak lagi. OG pun bagi.
Makna YB setuju lah. Saya nak tahu setuju ke tidak je, setuju kan?
Bukan saya kata ada bagi. Ada bagilah maksudnya. Kan saya pun ada dapat khabar angin di mana projek tersebut ada lebih kurang RM180 ribu lebih tidak digunakan oleh pihak pembangkang. Jadi kena tanyalah ketua pembangkang. Kena tanyalah jangan selalu pergi ke Teluk Intan sahaja. Kena rujuk tengok siapa yang gunakan. Pihak tak gunakan RM180 ribu ini dan tentang Sungai Manik tentang kata tentang kita. Saya pun tidak ada berhasrat untuk memperlekehkan kerajaan terdahulu. Macam mana ada ada sumbangan. Sudah tentu ada, tetapi cuma kita berhadapan dengan masa depan kita. Yang lalu kita simpan dalam sejarah, siapa yang menyumbang kita tahu. Rakyat yang tahu. Jangan kita tak payah terlalu highlight katakan ini sumbangan siapa tetapi kita pandang dasar pandang ke depan untuk tahu siapakah penyumbang yang besar. Kita setahu saya sekarang Kerajaan Negeri kita sudah mencecah dua kali berturut-turut surplus. Ini adalah satu petanda yang baik kalau pembangkang nak menyumbang boleh bagi point-point.
Kita pun bersama-sama, saya kata. Kita tidak perlu bazir masa untuk berpolitik tentang siapa yang pandai siapa yang bodoh ke? Tidak perlu. Kita bagi kan point-point yang penting. Ok, izinkan saya teruskan. Ok…ok tentang ok tak ada soalan lagi ya. Ok. Tentang MB adalah mengungkit tentang program Bas Perak Sejahtera. Tentang Bas Perak Sejahtera ini, saya telah dapat tahu di mana warga emas pun diberi peluang untuk menaiki bas dengan tanpa berbayar dengan satu kalau mereka memohon tetapi untuk di sini saya mencadangkan Kerajaan Negeri untuk memupuk golongan muda ini untuk menggunakan perkhidmatan bas awam ini dimana sekarang kita nampak banyak satu keluarga. Kalau katakan keluarga dua orang memilih dua kereta. Kalau keluarga ada dua orang anak, maksudnya empat sekeluarga ni kadang-kala ada 5 kereta 6 buah kereta. Ini menunjukkan trend yang tidak begitu sihat. Sebab kalau jika bilangan kenderaan ini melebihi daripada bilangan rakyat ini bermaksud kita setiap hari kita kena ada Exco Kerja Raya pun kena fikir. Macam mana kita nak lebarkan jalan-jalan. Macam mana kita nak tambahkan lebih tempat letak kereta. Macam mana kita nak melancarkan tol kita. Ini adalah satu trend yang tidak sihat.
Jadi untuk memupuk golongan muda ini sebelum mereka masuk, sebelum mereka dapat lesen sebelum memiliki kenderaan peribadi masing-masing. Kita harap Kerajaan Negeri selain daripada waktu kita menghargai sumbangan yang diberikan oleh warga emas ini, kita perlu fokus kepada golongan pelajar, agar memupuk mereka ada satu budaya menggunakan bas awam ataupun bas sekolah pun boleh. Supaya ibu bapa kita ini kita nampak trend. Dulu, 20 tahun lepas waktu saya masa dalam bangku sekolah. Kita nampak semua kita kena berjalan kaki, berbasikal, bermotorsikal, duduk bas sekolah. Mana ada Ibu bapa untuk bawa kereta peribadi hantar anak ke sekolah. Ini adalah trend baru di mana bas sekolah sekarang cuma nampak 1 buah 2 buah, tiada. Selainnya semua kereta peribadi. Jadi ini adalah usaha yang baik dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Tapi kita harap untuk menekankan bagi golongan yang bermanfaat daripada program Bas Sejahtera ini di mana telah memperuntukkan RM3.6juta. Kita cubalah dapatkan gunakan potensi yang dapat oleh peruntukan ini untuk memanfaatkan rakyat. Oh, ada lagi…
Fasal bas. Berkenaan dengan bas ini, saya menyokong kenyataan Bercham tadi. Masa kita sekolah dulu naik bas, naik van. Di dalam daerah dalam Dun Kubu Gajah. Sekolah Menengah Kampung Jelai. Sekarang ni penduduk, pelajar-pelajar ramai di situ. Lebih kurang ada 4 atau 5 biji bas yang beroperasi. Cuma saya tak pasti mereka ni dapat bantuan daripada Kerajaan Negeri Perak atau pun tidak. Ada 4 atau 5 biji bas sekolah yang mengangkut ulang-alik yang daripada Kampung Relang Pantai Besar lebih kurang kena seringgit tambang. Mereka ini dapat bantuan daripada Kerajaan Negeri Perak. Wallahualam. Minta kalau-kalau ada bantuan boleh dipanjangkan. Terima kasih. Bercham.
Ok. Maaflah data itu saya tak ada. Sebab saya bukan Exco. Saya tak ada data tersebut tetapi saya tahu semua pengusaha bas mereka dapat satu subsidi dari segi bahan-bahan api iaitu diesel oleh Kerajaan Persekutuan dan untuk Kerajaan Negeri saya tak pasti. Saya kena jujur. Saya tak pasti apa data tersebut. Tapi kalau boleh Exco yang terlibat boleh bagi bila dalam sesi penggulungan. Ok. Bukan saya gulung.
Terima kasih Bercham.
Bercham Bercham. Tronoh. Tronoh. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Jadi saya nampak bagaimana kita nak mempergiatkan trend yang baru ini. Kerana baru-baru ini kita boleh melihat skim perumahan yang baru. Kebanyakannya tiada satu bus station dalam taman tersebut. Maka saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat bersetuju atau tidak bahawa kita harus membuat satu pindaan di mana setiap skim perumahan yang baru haruslah diwujudkan dengan satu bas stesen Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tronoh. Tentang bas stesen ni kita harus teliti dari segi…
Bus stop…bus stop bukan bas stesen
Ok…ok. Terperanjat saya. Satu taman bina satu bas stesen itu, saya rasa pemaju pun lari lah. Ok kalau bus stop tu memang saya sokong tentang cadangan tersebut tetapi ini juga kena dibantu oleh rakyat atas mindset dengan izin agar mereka menggunakan perkhidmatan bas awam. Sebab kita tahu tadi saya sudah bagitahu banyak kita kalau pergi ke KLIA kita ni kebanyakannya guna kenderaan sendiri. Pergi sana, lepas tu letak tempat letak kereta di KLIA lagi merungut kata parking dia mahal tetapi orang tidak kita tahu di Ipoh ini tidak ada perkhidmatan Yoyo, Syarikat Yoyo untuk pergi ke KLIA. Ini adalah satu peranan yang penting. Kita ada bus stop, tetapi kalau bus stop tu tak ada orang guna. Seperti di kawasan saya, Bercham. Sudah jadi seorang pengemis untuk duduk di sana. Bus stop sudah jadi rumah tumpangan. Jadi, kita harap kita, saya memang sokong bus stop. Bukan sahaja bus stop. Sekarang kita pun nampak tak ada peti surat, pos Malaysia. Dulu kita ada letak satu peti untuk bagi orang hantar surat kan untuk setiap taman. Sekarang sudah trend tu sudah tak ada. Sebab sekarang kita zaman AI, bukan zaman IT dah. Semua dah hantar e-mail, hantar whatsapp, tapi surat tak hantar. Tapi saya menyokong lah apa yang diketengahkan oleh YB Tronoh tadi.
Tentang ok, point yang 50, muka surat 19 dalam teks ucapan MB lalu. Ada kata Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO dalam pelaksanaan aktiviti sosial masyarakat. Bagi menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif sosial dan kemanusiaan juga diteruskan. Iaitu peruntukan sebanyak RM1 juta untuk program dan aktiviti NGO ini. Kalau saya harap pihak kerajaan boleh berikan penerangan yang lebih meluas sedikit tentang program dan aktiviti NGO ni. Sebanyak sebanyak RM1 juta ni. Kalau RM1 juta ni digunakan NGO bagi duit sahaja, lepas tu mereka simpan. Tapi tak ada program dijalankan ataupun program dijalankan tidak menepati sasaran yang diingini oleh pihak Kerajaan. Jadi ini saya ada kalau saya ada satu contoh di mana NGO ini memainkan peranan penting tentang sosial media. Tentang sosial media ini, kita tahu banyak di kalangan kita ini termasuk anak-anak yg kita sayangi. Mereka memiliki handset, mereka memiliki iPad, mereka memiliki laptop, tetapi ketagihan untuk sosial media ini. Kita nampak baru-baru ini, negara Australia telah meluluskan satu undang-undang melarang remaja ataupun budak-budak yang 16 tahun ke bawah tidak boleh menggunakan sosial media. Tapi ini saya tidak menekankan untuk mengikut jejak langkah Australia ini. Tetapi kita kena mengakui ketagihan handset ini. Mereka melihat Tiktok begitu banyak, mungkin kita mereka tengok suka tengok Tiktok Selama, menari ke, menyanyi ke, ataupun mereka tengok Instagram.
Tengok bola bola. Tengok bola.
Tengok bola. Bola pasukan mana?
Liverpool.
Liverpool. Ok. Rungkup paling happy semalam. Rungkup penyokong Liverpool. Haha. Ok. Jadi ketagihan sosial media ini, saya rasa peranan NGO memainkan satu peranan yang begitu penting untuk menawarkan banyak program-program yang berasaskan sukan ke ataupun khidmat kaunseling ke untuk menarik remaja ataupun anak-anak kita untuk tidak terjebak ketagihan sosial media ini supaya RM1 juta ini digunakan sebaik-baiknya. Itu adalah cadangan daripada saya. Anda boleh tidak sokong ke. macam mana tetapi ia ada kebaikan. Sebab ketagihan tu sangat teruk sebab mereka boleh tengok screen sampai bateri tak ada. Sampai nak pasang apa tu power bank, pasang dengan kabel elektrik sampai mereka tidur pun tak nak. Jadi ini adalah satu cadangan untuk saya bagi NGO-NGO melaksanakan tugas murni ini dan juga point yang penting ini tentang Jabatan Pengairan dan Saliran…
Bercham, Ayer Kuning.
Ok…ok.
Terima kasih Bercham. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya tertarik berkaitan dengan isu gajet. Penggunaan media sosial oleh anak muda yang di bawah umur 16 tahun yang telahpun di banned oleh kerajaan Australia, satu satu negara di dunia yang banned, yang mengharamkan usia di bawah 16 tahun menggunakan sosial media sepertimana yang dinyatakan Bercham. Jadi ini satu lagi isu yang amat menarik pada saya mungkin dalam sidang Dewan ini, kita juga boleh bincang berkaitan dengan masa hadapan berkaitan dengan sosial media yang menyebabkan masalah-masalah gejala sosial pada masa akan datang. Jadi pada saya, Bercham tidak bersetuju tapi pada saya, saya bersetuju dengan kerajaan Australia mengambil pendekatan mengharamkan penggunaan gajet di bawah umur 16 tahun di Australia. Juga di Australia juga dia juga mengambil pendekatan berkaitan dengan penggunaan alkohol, alkohol di bawah usia 18 tahun di Australia. Mereka juga mengambil berat kerana isu alkohol juga menjadi isu yang amat serius sosial di Australia. Jadi pembentangan perbahasan daripada Bercham. Saya nampak cukup baik. Tapi ada satu peribahasa Bercham ye…peribahasa sama ada sesuai tidak sesuai iaitu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Terima kasih.
Terima kasih, pandangan yang dicurahkan oleh Ayer Kuning, sahabat saya. Memanglah kita ni negara berpandukan sistem demokrasi. Kita boleh terima apa-apa cadangan. Kita boleh menolak sebarang kritikan tetapi inilah kita, cara kita. Walaupun kita sebelah kerajaan, saya kata setuju. Beliau boleh kata tak setuju. Ini adalah sistem amalan demokrasi yang perlu diamalkan dalam Dewan yang mulia ini. Jangan lah kita kata kita ni hipokrit sangat. Orang kata ikut, kita semua nak ikut. Tiada otak. Cuma ini adalah petanda yang baik dimana kita boleh berkongsi pendapat. Ok.
Tentang JPS. Ok. Ini isu hangat ini sebab JPS telah akan menerima peningkatan peruntukan sebanyak RM7.2 juta pada tahun hadapan. Ini menjadikan jumlah Belanja Mengurus pada tahun 2025 berjumlah RM111.5 juta dan peruntukan besar ini, saya nampak ada untuk tujuan penyelenggaraan, pengurusan rancangan pengairan dan penyelenggaraan pengurusan sungai, penyelenggaraan skim saliran pertanian, mekanikal dan elektrik, penyelenggaraan pengurusan kemudahan hydrogeology. Ini berjuta-juta ringgit. Kita harap, semalam sahaja, saya nampak Timbalan Speaker dan juga Ahli Berhormat daripada Pasir Pinji, Simpang Pulai, kita akan turun padang sebab semalam hujan yang tak henti-henti berlaku di kawasan Ipoh ini mengakibatkan banyak kawasan banjir kilat termasuk kawasan saya di Kampung Tasek, di Anjung Bercham Utara, Taman Kinta Mas dan saya nampak Timbalan Speaker bersama Datuk Bandar Kita Ipoh pergi ke Arena Kepayang Putra. Betul ah? Kawasan. Ok. Sana kita nampak rakyat kita ni tidak kira berlaku di Ipoh ke berlaku di kawasan Perak ke ataupun di seluruh negara kita, atau dunia, kita merasai kepayahan, keperitan, kita berasa simpati apa yang berlaku atas mereka. Jadi, saya harap pada masa depan, kalau boleh wang yang dicurahkan untuk tujuan penyelenggaraan ke, banyak ni kita kena gunakan sebijak-bijaknya. Kalau tidak isu banjir kilat ke isu banjir ni. Ya, saya tahu ini adalah bukan dalam kawalan kita. Ini adalah apa yang Tuhan berikan kepada kita untuk menguji kebijaksanaan kita, untuk menguji daya tahanan dan untuk menguji cara kita mengendalikan kawasan isu banjir kilat ini tetapi saya harap masa ini dalam keperitan dihadapi oleh rakyat ini dan tidak dijadikan seperti satu contoh yang tidak elok di mana dijadikan ada tarikan pelancongan. Ini adalah isu yang saya tidak faham kenapa boleh berlaku cadangan tersebut. Adakah kita nak…
Bercham.
Bagi saya habiskan. Nanti saya terbabas pula. Kalau kalau macam tu…kalau katakan mangsa banjir semasa kita menolong mangsa-mangsa dilanda banjir kilat, datang seorang pelancong…datang “Eh! Mari kita selfie. Mari kita tangkap gambar, kita wefie. Apakah perasaan yang kita rasa kalau macam tu. Oleh kerana ini…saya rasa ini tidak berlaku. Saya berpendapat ini tidak berlaku untuk Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Semuanya kita ni bijak, supaya kita tidak menyokong cadangan tersebut. Ok. Manjoi.
Terima kasih kepada sahabat saya, YB Bercham. Saya tertarik dengan isu berkenaan dengan isu banjir ni. Dalam isu banjir ni, saya percaya kita semua dalam Dewan ini mesti bersama dengan rakyat dan masyarakat kita, termasuklah sahabat saya Bercham. Kita juga berjiran dalam zon bandaraya. Isu saya nak kaitkan. Adakah Bercham bersetuju berkenaan dengan isu saya nak cuba kaitkan isu banjir yang menimpa rakyat dengan isu cukai taksiran yang hari ni menjadi bualan besar penduduk di sekitar Ipoh. Manjoi ingin mencadangkan, kawasan yang terkena musibah banjir ini ditaksir semula nilaiannya kerana secara asasnya hartanah yang terkena banjir ini, nilaian sewa itu akan menurun. Jadi tidak adil kepada rakyat dan penduduk di dalam Daerah Ipoh ini. Bagi mereka yang kena banjir, rumah mereka dilanda banjir jadi cukai taksiran tu…jika Bercham boleh bersetuju, adakah kita perlu nilai semula cukai tersebut supaya adil kepada masyarakat kita yang ditimpa banjir. Tidak kira orang Melayu, orang Cina, India dan berbagai kaum. Mohon sokongan dan juga pandangan Bercham.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Manjoi. Memang saya akui isu cukai taksiran ini dijadikan isu hangat tetapi saya rasa, saya berpendapat Yang Berhormat salah platform sedikit sebab cukai taksiran ni bukan dibincangkan dalam Dewan yang mulia ni sepatutnya dibincangkan dari peringkat PBT oleh Ahli-ahli Majlis. Kalau Yang Berhormat kenal dengan wakil Ahli Majlis di kawasan anda, boleh berhubung dengan dia untuk bekerjasama, untuk menandatangani. Saya rasa…saya berpendapat Yang Berhormat ada pergi untuk sesi perbincangan tentang cukai taksiran ni kalau tak silap saya….
Bercham. Bagi saya sikit pandangan. Ya, ini ruang yang terbaik untuk kita bercakap demi rakyat. Ya ruang Adun ni banyak kita boleh cakap di banyak platform. Cuma yang saya bangkitkan kebersamaan ketengah rakyat dengan isu yang baru ini. Bila banjir berlaku, adakah Bercham bersetuju untuk kita meringankan rumah-rumah yang terkena banjir ini supaya adil kepada mereka. Saya cakap ini ruang yang paling baik supaya semua orang boleh dengar cerita tersebut dan jangan kita mengekang Adun-Adun ini dengan platform-platform tertentu. Ruang yang boleh cakap, dia cakap. Dulu pun sehingga rakan-rakan belah sana pun bercakap semua isu. Jadi bagi ruang yang lebih terbuka dan demokrasi ini digunakan sebaik mungkin. Jika isu itu tidak isu, saya sokong peranan pihak Majlis dan saya bersama Adun lain. Cuma ruang ini saya rasa sebagai orang muda, ini platform terbaik. Macam Ketua Muda Dapsy Pusat juga, di sini rakan saya, Speaker. Beliau juga perlu terbuka dalam isu ini walaupun beliau berbisik pada YB Bercham tadi masih ok.
Terima kasih. Tentang saya bukan nak pertikaikan hak untuk Yang Berhormat untuk berdebat tentang isu cukai taksiran ini. Cuma itu saya cadangkan. Saya bukan nak menolak cadangan bulat-bulat tetapi kita harus saya telah lihat Yang Berhormat sudah hadir sesi perbincangan dengan Datuk Bandar tentang isu cukai taksiran ini. Saya rasa itu sudah memang sudah direct dah secara langsung berhadapan dengan Datuk Bandar. Kalau kita bincangkan bukan tak boleh, boleh tetapi kalau kita disama ratakan dengan isu banjir ini nanti apakah berlaku kalau sesuatu tempat berlaku kebakaran, nanti kebakaran sana mereka menyebabkan mereka kehilangan rumah. Jadi bolehkah cukai taksiran ni dirujuk semula. Kalau esok lagi isu lain pulak tanah runtuh. Jadi setiap hari malapetaka ni setiap hari berlaku. Jadi kita sukar untuk nak menentukan mekanisma yang secara objektif. Ini perkara ini agak subjektif. Kalau boleh kita rujuk kepada agensi tertentu. Yang Berhormat, boleh ye.
Bercham, sikit lagi terima kasih sahabat saya. Saya nak bagi satu faktalah pada Yang Berhormat Bercham. Pada tahun 2021 berlaku banjir besar di Shah Alam. MBSA telah memberikan kadar pengurangan cukai taksiran daripada diturunkan kepada 60% hingga 70%. Contoh yang baik ini jika boleh dibuat oleh kita di sini sebab isu musibah ini isu yang mendatang kita pun tak jangka. Jadi point saya ialah ini cadangan saya supaya benda ni baik untuk Kerajaan Negeri dan baik untuk rakyat. Lagi satu ini point yang positif yang boleh kita ambil sebab tempat lain juga pernah berlaku. Ada pernah dibuat oleh Majlis Bandaraya ini dan saya kira kita pun boleh buat benda tersebut.
Terima kasih. Ok itu point saya ambil kira tapi terpulanglah kepada peringkat PBT untuk menentukan. Kita boleh beri cadangan, kita boleh beri kritikan, beri aduan tetapi cara untuk kita nak perhalusikan isu ini memang kita kalau bincang tak habis-habis. Kita kena specific sikit. Ok, izinkan saya meneruskan ucapan saya. JKR selaku jabatan teknikal utama juga akan menerima peruntukan sebanyak RM199.9 juta pada tahun hadapan adalah peningkatan RM11.8 juta kalau berbanding tahun lepas. Peruntukan ini meliputi belanja mengurus dan tujuan pembangunan. Ini saya cuba nak bagikan cadangan agar kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh JKR ataupun MBI dimana meliputi Belati, Puncak Emas, mereka kena setelah menerima peruntukan yang banyak kena berfungsi dengan lebih baik sebab kadang kala ada muncul masalah tentang berlaku, katakan jalan ke lampu jalan ni. Kita ni bukan saja rakyat keliru, kita kadang kala kita pun keliru. Manakah bidang kuasa jalan tersebut atau pun jabatan tersebut terletak di pihak mana dan juga kontraktor yang melakukan kerja ni kadang kala mereka katakan pemaju-pemaju rumah kalau bina rumah kena letak papan tanda. Siapa kontraktor ni, siapa juru teknikal, siapakah jurutera, firma mana-mana kena letak info yang jelas tetapi kadang ala untuk kontraktor ni semualah tak kira dari bawah JKR ke TM ke TNB LAP ke, mereka melakukan kerja ni kena kadang kala penyelanggaraan bukan projek penyelenggaraan, kena letak satu sign atau pun papan tanda atau pun yang banner yang kecil-kecil seperti banner along ke, lintah darat ke. Sekurang-kurangnya rakyat tahu siapakah yang bertanggungjawab atas projek tersebut. Kalau katakan hari ni LAP datang korek jalan lepas tu esok kita patching lepas tu dua hari lepas patching tersebut telah rosak. Jadi rakyat tak tahu siapa yang mengorek jalan tersebut.
Jadi ini adalah satu cadangan saya agar pada masa depan kita mulakan satu SOP yang baharu untuk menentukan supaya semua kontraktor-kontraktor yang menjalankan penyelanggaraan ini atau pun projek pembangunan meletakkan satu tanda di sana untuk tempoh sebulan ke dua bulan agar memberi rakyat atau pun kita selaku wakil rakyat ni tahu siapakah yang bertanggung jawab sebab setiap projek ini projek ada beli insuran. Kalau insuran tu kalau projek tu rosak, mereka boleh claim liability insurance ke mana-mana insuran projek ke untuk mengurangkan kesan kepada pihak yang ketiga dan biasanya PBT akan menelan tanggung jawab tersebut sebab kontraktor yg lakukan tu tidak mengaku. Itulah sahaja cadangan daripada saya dan juga saya menjuruskan kepada… nanti aaa okey untuk RM12 juta disediakan untuk tujuan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) pada tahun 2025, RM6 juta untuk kaum Cina dan kampung cina manakala RM6 juta lagi disediakan oleh kaum India dan lain-lain kaum. Ini ada satu menunjukkan satu pertumbuhan yang baik di mana kita kena aplikasikan satu sistem di mana tiada orang terpinggir, tiada orang yang dilupakan di mana kita saya mengaku semua golongan kita pun ada menyumbang kepada ekonomi negeri negara.
Jadi peruntukan yang diedarkan bersistematik ini saya rasa kena kita bagi kredit pada kerajaan dan juga kepada Pelan Perak Sejahtera 2030 di mana RM0.5 juta untuk penambahan RM0.3 juta bagi pelbagai program kesihatan. Di sini saya juga ambil kesempatan ini di mana kawasan saya Bercham agak kekurangan Klinik Kesihatan Bercham di mana semua rakyat di Bercham ni terpaksa pergi ke Klinik Kesihatan Kampung Simee dan untuk di Tawas pula kena pergi ke tempat lain. Jadi saya harap kalau ada pelan yang baru kita harap Exco semasa sesi penggulungan kita bagilah kita tahu di mana adakah pembangunan Klinik Kesihatan untuk kawasan Bercham ini dan juga kepada, tinggal lebih masa? Speaker ada lagi ya.
Ok, tiga minit lagi.
Tiga minit. Wah.
Panjang lagi ke?
Sikit, kerana point banyak. Saya ingat sejam ni boleh lambat-lambat untuk habiskan tapi masa diambil oleh pertanyaan yang diajukan dari sebelah sana. Jadi saya pun ok untuk memperkasakan kaedah kutipan hasil tanah di mana Kerajaan Negeri telah menyediakan van bergerak untuk kutipan luar bagi setiap PBT secara berperingkat. Di sini saya ada satu cadangan di mana bil cukai tanah yang akan datang tidak akan diedarkan. Saya nampak ada banyak banner-banner telah digantung di luar Pejabat Tanah ke PTG ke. Saya harap cadangan saya ni boleh diambil kira di mana kita boleh ikut cara JPJ untuk pada masa depan. Kita tahu sekarang roadtax tidak akan dicetak. Kalau masa depan JPJ telah berikan satu bukan cadangan satu langkah di mana sesiapa yang ingin lagi hardcopy untuk roadtax ini mereka kena bayar sikit untuk mendapatkan hardcopy. Sebab warga tua ni dia mungkin mereka tak celik handset jadi mereka tak berupaya untuk menunjukkan kepada pihak penguatkuasa mereka ada roadtax tersebut. Saya harap bil cukai tanah ini bagi cadangan untuk Pejabat Tanah agar mereka diberikan pilihan untuk menerima hardcopy seperti dilakukan oleh Telekom Malaysia (TM) yang mereka nak ingin terus menerima bil hardcopy boleh mohon tapi bayar secara katakan dua ringgit, lima ringgit yang munasabah agar mereka ni kita boleh labelkan kerajaan negeri ni mesra. Kita faham sekarang ni zaman AI.
Kita galakkan semua orang guna handset untuk laman web untuk menyemak status sama ada kita bayar ke, ada hutang ke ada tunggakan ke. Jadi ini adalah satu cadangan daripada saya untuk pihak Kerajaan Negeri untuk ambil kira untuk semak, untuk mereka nak terima bil cukai tanah ataupun cukai taksiran pun sama jugak. Sebab bukannya semua di semua pelosok rakyat kita ni semua ni faham. Ini adalah cadangan peribadi saya dan sebelum landing point yg terakhir. Tentang Program Perak Lestari dan Teknologi Hijau dan ini saya memang harap memang ini amat di ambil kira sangat penting untuk isu kesejahteraan alam sekitar ni. Sebab banyak termasuk banjir kilat yang berlaku bagimana banyak kesan rumah hijau. Banyak pencemaran alam sekitar berlaku di negara kita di mana saya adalah berbincang di mana saya tanya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau berkata, saya ada cadangkan supaya SUK ni diletakkan panel solar agar mengurangkan bil elektrik untuk bangunan SUK ini tetapi terima kasih kepada SS, beliau telah memberikan jawapan sebab bumbung atapnya ni tak sesuai untuk diletakkan solar panel ini tetapi beliau telah beri maklum balas mereka akan mendirikan charging port untuk EV. Untuk pelanggan-pelanggan ataupun kakitangan yang datang ke SUK berurusan akan diberikan perkhidmatan ini untuk pengecasan EV ini untuk pelanggan. Jadi di sebabkan oleh faktor masa, terima kasih peluang yang diberikan. Saya harap sidang bajet kali ini akan berjalan lancar dan rakyat akan lebih hidup lebih sejahtera pada tahun akan datang ataupun tahun 2026 hingga tamat penggal ini. Sekian terima kasih. Terima kasih masa yang diberikan oleh Bercham ok, sekian thank you.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Bercham. Sebelum saya memanggil pembahas yang berikutnya, saya suka hendak mengalu-alukan kehadiran pelajar pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Said yang ada di galeri pemerhati yang sebagai tetamu kita. Jadi untuk YB-YB bagi kawasan-kawasan berkenaan yang sekolahnya hadir tu Dewan Negeri ada menyediakan nanti jamuan makan tengah hari untuk pelajar-pelajar tersebut di berhadapan dengan Bilik Gerakan. Jadi bolehlah nanti menyantuni pelajar-pelajar tersebut accordingly dengan izin ya. Ok sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan selama 40 minit. Dipersilakan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. (Bacaan Doa). Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, YAB Dato' Seri Menteri Besar Adun Kota Tampan. Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua jabatan, Pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media, para pemerhati seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang ini dan juga selamat datang kepada anak-anak yang turut menyaksikan persidangan pada hari ini. Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah s.w.t. Pada hari yang berbahagia ini dapat lagi kita bersama-sama berbincang berbahas untuk kesejahteraan rakyat Negeri Perak ke arah memberi perkhidmatan yang baik meluruskan sebarang kekeliruan untuk membangunkan Negeri Perak yang disayangi ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat para tabi'in buat seluruh umat yang mengikuti petunjuk dan ajaran Islam sebagai panduan hidup. Salamun A'la Manittaba'al huda.
Pada hari yang berbahagia ini, patik mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-68 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Muizzuddin Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghful-Lah pada hari Jumaat, 1 November 2024 yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Patik menjunjung kasih Tuanku atas kurniaan darjah kebesaran sebagai penghargaan jasa yang dicurahkan oleh penjawat-penjawat awam dalam menabur bakti ke arah memberi kemajuan dan kemakmuran negeri yang amat kita cintai ini. Saya mewakili barisan pembangkang mengucapkan tahniah kepada penerima penerima darjah kebesaran. Semoga ia menjadi satu semangat dan pendorong untuk terus menyumbang dengan penuh keadilan dan kesaksamaan menjaga adab dan adat negeri kita turun temurun supaya tidak dicerobohi ataupun cuba membawa budaya asing ke dalam negara kita yang boleh menggugat ketenteraman dan juga kenikmatan yang kita keamanan kenikmatan keamanan yang kita amati selama ini dan telah banyak pengorbanan datuk nenek kita janganlah kita sia-siakan hanya kerana menjaga kepentingan diri dan juga kepentingan kelompok-kelompok yang tertentu.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi memulakan ucapan ini saya memetik satu ayat Al Quranul-karim dari surah Al-Maaidah ayat yang ke-8. (Bacaan ayat suci al-Quran). Yang bermaksud wahai orang-orang yang beriman Allah menyeru manusia mengklasifikasi manusia, beriman, kafir dan munafik. Ini adalah klasifikasi yang dibuat oleh Allah s.w.t. Dalam ayat ini Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum. Sesuatu kumpulan itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua. Kerana sikap adil itu lebih hampir kepada ketaqwaan. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Sodaqallahul'azim.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar Kota Tampan serta seluruh jentera kerajaan yang telah menyiapkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 melalui buku Belanjawan 2025 serta ucapan belanjawan yang telah dibentangkan pada hari Jumaat lepas. Semoga semua ini merupakan antara lain usaha yang telah dilakukan oleh para penjawat awam yang berdedikasi tinggi lagi komited bagi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Saya mewakili blok pembangkang mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YAB Menteri Besar yang atas pengumuman Bantuan Khas Kewangan sebanyak 2 bulan gaji kepada penjawat awam. In shaa Allah kalau ada kelebihan ekonomi kita boleh bertambah kepada 3 bulan pada masa akan datang, In shaa Allah.
Yang pertama, Dato' Yang di-Pertua saya ingin menyentuh mengenai dengan tata kelola GLC Negeri Perak khususnya PKNP. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan melalui PKNP iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang ditubuhkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini melalui Enakmen Bilangan 3/1967. Pada masa tu, umur saya 7 tahun dah 7 tahun, enakmen ini telah dibuat dan syabas tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpin dahulu yang telah meletakkan satu batu asas yang jelas untuk kita memaju dan memacu ekonomi Negeri Perak yang kita cintai ini. Meletakkan visi wawasan matlamat yang jelas PKNP ini adalah bertekad untuk menjadi sebuah agensi kemajuan negeri Perak yang dinamik, termaju, berdaya maju dan bersifat global untuk menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan sosio ekonomi negeri dan misi juga tugasan dan tanggungjawab sebagai penggerak ekonomi negeri. Juga digariskan objektif ataupun sesuatu matlamat untuk tujuan yang dicapai yang cukup komprehensif. Di antaranya adalah meningkatkan prestasi pelaburan negeri menerus menerusi pengukuhan dan juga penyenaraian syarikat di Bursa Saham.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ini menunjukkan PKNP ini adalah satu agensi kerajaan yang amat penting dalam membangun dan juga memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan sememangnya wajarlah PKNP ini dipantau oleh Ahli Lembaga Pengarah dan pentadbir-pentadbir utama kerajaan. Sebab itulah PKNP ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Ketua Kerajaan Negeri Perak ini. Saya agak terkejut Yang Amat Yang…Yang…Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua sebab pada kali ini kita dilonggokkan dengan lima laporan kewangan PKNP. Saya rasa semua dapat lima laporan kewangan PKNP bermula daripada tahun 2018 sehingga kepada 2022 melalui surat negeri Bilangan 27, 28, 29, 30 dan 31 yang saya yakin semua Ahli-ahli Yang Berhormat menerimanya 5 tahun daripada mula daripada 2018. Saya yakin dengan longgok-longgok longgokkan buku yang sebegini tebal dan begini penting dan kami tak dapat nak menyemak dan saya yakin Juga Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana tak dapat menyemak dan juga lebih yakin lagi Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Board Director sudah pasti tak boleh menyemak akan prestasi PKNP satu agensi yang penting untuk membangun ekonomi Negeri Perak ini.
Perkara ini telah mendapat teguran Audit Negara kerana melanggar Enakmen Bilangan 3 PKNP 1967 Seksyen 22(3). Mari kita lihat yang di sini menyatakan dengan jelas bahawasanya…bahawasanya di muka surat di muka surat 63 Laporan Tahunan 2022 yang menyatakan dengan jelas bahawa subseksyen 22(3) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Bilangan 3 tahun 1967 menyatakan bahawa perbadanan hendaklah dalam masa enam bulan selepas hujung tiap-tiap tahun kewangan mengadakan akaun diaudit dan dihantar kepada menteri berserta dengan sesuatu salinan yang apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara. Kenapa sampai 5 tahun? Bagaimana kita nak memantau agensi yang penting untuk membangun Kerajaan Ekonomi Negeri Perak. 5 tahun. Walhal tertulis dengan jelas perlembagaan ini 6 bulan selepas daripada akaun ditutup dan juga ni dinyatakan pulak dengan sini sepatutnya akaun bagi tahun 2023 mesti sampai kepada menteri dan disiapkan kepada Jabatan Audit 26 Oktober. Sehingga ini belum sampai dan saya, berharaplah kepada dimasa akan datang pentadbiran kepada akaun ini untuk akan datang untuk audit 2023 sampai ke meja kita untuk kita perhatikan dan mengikut daripada teguran ini juga laporan ke.
Mohon kerajaan mengambil perhatian perkara ini dan kami berharap sangat-sangat berharap kerana perkara ini amat penting. Sidang Dun akan datang, Laporan kewangan PKNP 2023 berada di tangan kita dan dapat kita menyemak dan semua kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memajukan Negeri Perak boleh sama-sama kita semak. Kalau tak ada laporan kewangan, apa yang kita boleh tahu dan pada hemat saya, sekiranya peraturan ini dipatuhi, PKNP akan bergerak sebagai penggerak ekonomi negeri boleh dipantau dan menjadi sumber pendapatan lain. Sebab itu kita pertimbangkan stereotype kewangan kita. About one million one billion setiap tahun sumber daripada cukai. Takdak lah tu sumber lain yang kita boleh cerita. Patutnya PKNP ni menjadi satu agen untuk mendapat sumber lain bagi kerajaan negeri. Sebab itulah kalau kita dapat pantau daripada awal tiap-tiap enam bulan seperti mana yang dilaporkan di muka surat 40 laporan kewangan boleh tengok siapa yang ada? Ni 2018 teguran yang dibuat di muka surat 40. Tak berlaku apa yang berlaku. MAPs tu yang kita tengok dia cukup mencemar dan cukup memalukan Kerajaan Negeri. Cukup memelayukan rakyat Negeri Perak. Cukup memalukan pentadbir Negeri Perak ni. Yang kita banggakan.
Gunong Semanggol.
Tak payah tunggu saya nak habis sini dulu. Dengar tu duduk dulu saya takkan bagi sini saya nak baca bagi habis. Supaya semua kita tahu. Ini saya nak cerita di dalam…
Gunung Semanggol mohon beri laluan Gunong Semanggol.
This is my floor. Please sit down. Ok ni muka surat 40.
Pandai yang cakap bahasa Inggeris tu.
Dapat balik nanti boleh semak semua. Ni yang pertama teguran dia dah tidak ada peruntukan rosot nilai pelaburan dalam syarikat subsidiari tersiar harga sebanyak RM168 juta. Detailnya ada di situ dan yang kedua, tiada peruntukkan rosot nilai bayaran.
Gunong Semanggol sudah makan ubat ke?
Movie Animation (MAPS) yang berjumlah RM10.81 juta dan juga tiada kelulusan bayaran pendahuluan tiada saya ulang…
Gunong Semanggol beri peluang.
Tiada kelulusan bayaran pendahuluan ni pembiayaan MAPS sejumlah RM10.81 juta…
Gunong Semanggol.
Dan juga di sini tiada kelulusan lembaga pengarah Ini
Pertanyaan sikit Gunong Semanggol.
Tiada kelulusan lembaga pengarah, stated clearly. Tiada kelulusan lembaga pengarah bagi pembayaran sumbangan berjumlah berapa RM8.91 juta.
Gunong Semanggol, beri laluan sikit pertanyaan sikit.
Amaun ini amat tinggi. Dengan ini saya memohon saya, memohon Yang Berhormat Yang Berhormat Speaker sahabat saya. Dengan ini, saya memohon kerajaan mengambil isu ini dengan penuh tanggungjawab kerana ia melibatkan prestasi pentadbiran keupayaan mengurus, integriti, pengurusan aset negeri, wang rakyat kena ada bertanggungjawab…
Masa Gunong Semanggol jadi Exco apa-apa…
Dah orang tak bagi tu duduk lah.
Tak boleh.
5 tahun. Tapi semasa Gunong Semanggol jadi Exco tak tanya.
Dah orang tak bagi tu duduk lah.
Bahawa tidak ada kaitan dengan kerajaan, jangan jawab tidak ada kaitan dengan kerajaan. Kalau tak ada kerajaan tidak ada kaitan dengan kerajaan masakan laporan audit ni sampai ke tangan kita. Kan?
Gunong Semanggol boleh jawab. Kenapa masa jadi ahli Exco tak tanya sampai sekarang? Baru baru tanya 5 tahun sudah.
Semua orang tahu bahawa carta organisasi struktur kepada PKNP ni ada. Semua orang tahu jelas.
Ya, semua orang tahu Semanggol pernah jadi Exco.
Bahawanya MAPS ini adalah…
Tahu…tahu…tahu Tapi Gunong Semanggol yang tak tau pasal jadi exco tak tau takut sampai sekarang baru tahu.
Tengok sekarang kerja menyelesaikan masalah semasa you jadi Exco tak tak selesaikan masalah. Kenapa masa itu tak soal soal jawab sekarang? Kenapa masa itu jadi Exco tak persoalkan?
Eh saya bukan PM. Saya bukan Menteri Besar.
Sokong, sokong kenapa tak tanya masa tu?
Kalau saya Menteri Besar hari ini jadi esok minyak turun.
Tak apa lah ada sokongan baru nak jadi nak mimpi jadi menteri besar.
Saya tak mahu tak berminat. Ok ni nak bagitau…
Kenapa masa tu tidak tanya?
Ok. itu cerita.
Dia tak bagi laluan. Duduk la.
Tengok berapa orang yang sokong jadi Menteri besar?
51% PKNP. Ini duit rakyat.
Gunong Semanggol sudah makan ubat belum? Jangan begitu ghairah sangat.
Dan kita tahu perkara ini kan? Kita tak mahu jadi macam 1MDB kan sehingga terpenjara nya mantan Perdana Menteri yang amat dikasihi kerana apa kononnya salah urus 1MDB. Saya yakin walau pun telah menjalani hukuman kan. Kesian mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara kita dan kesempatan ini juga Dato' Yang di-Pertua saya terpanggil tersentuh di hati saya negarawan kita yang baru meninggal. Tun Daim Zainuddin. Marilah kita sama-sama memberi penghormatan membaca surah Al-Fatihah. Kita hadiahkan kepada beliau. Al-Fatihah. (Bacaan surah Al-Fatihah)
Kesian Tun Daim. Umur 80 lebih atas wheelchair menyelamatkan negara daripada kesulitan ekonomi. Menubuhkan MTEN Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Akhirnya sahabat-sahabat bawa dia ke penjara sehingga dia masuk ke liang lahad. Kes dia dibawa ke penjara. Tak kesian ke kawan-kawan kita yang berada dalam kerajaan pada hari ini. Kami tidak boleh mengatakan…
Gunong Semanggol nak tanya.
Kita tak boleh menyatakan MAPs ini.
Nak tanya semula, siapa yang masuk penjara tadi.
MAPS ini adalah dari kalangan kerajaan. Kes ini adalah sama. Kes ini sama seperti dengan 1MDB yang dikatakan tadi.
Semanggol tak sporting.
Oleh itu, oleh kerana ia melibatkan satu kewangan yang besar sehingga syarikat ini gulung tikar, sampai gulung tikar syarikat ni. Syarikat yang besar ini. Bagaimana feasibility study yang boleh buat perkara ni. Baru sahaja dibina. Boleh pergi tengok. Tuan-tuan nak balik satlagi ataupun Speaker kita buat lawatan tengah hari ni kita pergi tengok bagaimana hat ni diruntuhkan. Duit rakyat, depan mata kita. The prime area. Semangat la sikitkan. Saya nak cerita. Ok. Jadi saya nak mohonlah Dewan yang mulia ini. Tak payah geleng kepala sahabat. Sahabat-sahabat dululah yang bangkit dalam Dewan ini bersama dengan saya dan kita mohon supaya siasatan DiRaja dibuat ataupun yang berlaku sebab seperti mana sebab-sebab kehilangan wang rakyat yang
Bercham nak tanya tu, Bercham.
Ia telah melibatkan kalau lebih kurang dikatakan RM500 juta. Half billion. Kalau RM500 juta tu kita agak berapa rumah PPRT boleh buat. Kami daripada kumpulan daripada orang kampung susah. Rumah pun tak dak. Berapa pelajar yang kita boleh bagi biasiswa. Hilang begitu sahaja dan berapa B40 yang kita boleh keluarkan mereka daripada garis kemiskinan. RM500 juta is not five ringgits not fifty ringgit its five hundred.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Gunong Semanggol. Bercham nak tanya. Dah banyak kali dah. Boleh bagi jalan tak?
Ok dengan izin, dengan izin. Ok, dan seterusnya ini saya ingin merujuk juga. Saya ingin merujuk.
Apa ni dengan izin lepas tu tak bagi.
Tak bagi, tak bagi.
Saya inigin merujuk laporan yang dibuat PAC terlebih dahulu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi PAC Sungai Manik dan seluruh jawatankuasa. After ten years dengan izin, selepas daripada 10 tahun bermula daripada 2014, tak pernah keluar audit dan kali ini keluar, keluar laporan PAC supaya kita tahu what this happening in our state. Bagaimana pengurusan kewangan? Terima kasih dan tahniah. Ni nak merajuk kepada supaya kerajaan mengambil tindakan ke atas syor yg dibuat oleh PAC di muka surat 36. Tengok semua, ada buku ni kan? Ada? Tengok semua. Dia syorkan bahawa ni disyorkan oleh kawan-kawan kita di sebelah sana dulu supaya diwujudkan, satu melantik satu professional auditor.
Gunung Semanggol.
Kita telah setuju mengangkat PW tu Price Waterhousecoopers.
Tak payah la claim kredit. Yang itu hasil kerja Sungai Manik.
Laporan kerja telah siap. Laporan audit…
Gunong Semanggol tak payah la claim kredit. Itu hasil kerja Sungai Manik.
Tak boleh dibentangkan kerana apa? Tak bayar. RM200 ribu tak bayar. Jadi saya menyeru supaya kerajaan membayar audit tu, membayar hutang itu dan kita dapat forensic audit supaya semua orang rakyat dalam Negeri Perak, tak kira belah sana, tak kira belah sini supaya kita tahu what is happening, apa yang berlaku dalam syarikat tu. Hilang banyak wang. Tak kan kita nak diam. Kita bukan nak menyalahkan di sebelah sana. Kita tak tak tak menyalahkan kawan saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dia tak terlibat. Tapi takkan kita nak membiarkan perkara duit ini hilang begitu sahaja. Perkara ini menjadi telah di gulung tikar. Maka kerajaan tak bertanggungjawab. Ini kerajaan apa? Saya minta betul-betul sekarang ni kerajaan kita kena bertanggungjawab. Sebab itu kalau sana tak boleh bertanggungjawab, kita pindahkan kepada tanggungjawab begitu kepada kita, setuju tak setuju kawan-kawan?
Ye lah. Macam Gunung Semanggol kalah berapa kes fitnah tu semua. Duit tu hilang macam tu.
Minta laluan dulu.
Gunong Semanggol, YB. Banyak kali dah nak tanya. Sporting la sikit.
Sebab tu sehingga kini, sebab itu saya mintalah kepada sahabat-sahabat semua kita bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dan seterusnya. Saya banyak point saya.
Saya pun ada banyak point.
Sat lagi kita sembang kat luar. Ok. Seterusnya saya nak benda ni…
Apa ni Ketua Pembangkang…
Tentang sosio ekonomi, laporan sosio ekonomi Negeri Perak. Nak masuk situkan. Habis dah tadi bab MAPs kita biacara lain. Kalau tak selesai sidang akan datang kita bawa lagi sehingga terpenjaranya sehingga jadi macamana 1MDB.
Fitnah lagi, fitnah lagi.
Responsible person kena take accountability. Itu saja. Saya bagi pihak juga rakyat marhain, kami marhain ni kawasan kampung semua kena banjir tak dak duit apa semua dan saya rasa terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperuntukkan sebanyak RM0.8 juta. Banyak tu RM800 ribu lebih, untuk apa, meringankan beban rakyat mendapat barangan-barangan keperluan dengan lebih rendah. Namun, perlu diperluaskan kita minta diperluaskan lagilah supaya boleh dan menggesa kerajaan buka lebih kerap lagi kedai, kedai rakyat tu supaya semua orang boleh rasa. Kan. Kita banyak terkesan dengan kehebatan pentadbiran kerajaan sana. Menarik subsidi. Menarik subsidi bukan mengurangkan beban rakyat. Kan? Menaikkan harga minyak bukan membebankan rakyat. Jadi kita banyakkan. Jadi RM0.8 juta ni tak cukup untuk menampung kenaikan kos kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat kesan daripada tindakan penarikan subsidi walaupun bersasar atau tak bersasar, tapi kesan itu dirasai khususnya kami di kawasan marhain. Tinggi ke suara?
Gunong Semanggol.
Tinggi ka, Tak tinggi, tak tinggi takpa. Tak tinggi nak suruh kawan-kawan sana fikir sikit. Kita tengok ye Jabatan Statistik…
Kalau tak tinggi kenapa datang Teluk Intan buat kacau 2 kali.
Jabatan Statistik, seterusnya mengenai dengan menunjukkan perdagangan eksport kan. Nilai eksport negeri kita tu barangan penurunan. Ketidakseimbangan yang sangat ketara. Sahabat-sahabat. Jumlah dagangan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM66 bilion. Ketimbang tau ketimbang apa dia? Dah masuk dalam Dewan Bahasa dan ketimbang berbanding dengan berbanding dengan tahun 2022. Itulah akibat kita dapat pakar bahasa jadi Perdana Menteri, ketimbanglah, war-warlah, meluncurlah adalah sebanyak RM73.9 bilion merosot RM7.7, RM7.7 bilion dan nilai barangan eksport pada tahun 2023 adalah sebanyak RM32.4 bilion, ketimbang RM37.5 bilion pada tahun 2022, merosot sebanyak RM5.1 bilion.
Saya nak tanyalah kepada kerajaan khususnya sahabat saya. Dia tak ada di sini apa Exco Pelaburan. Apakah faktor yang menyebabkan kepada penurunan jumlah prestasi perdagangan Negeri Perak ini? Apa main factor yang menyebabkan penurunan sedangkan kita katakan masa tu menanggap, kita menangani kerajaan dan apa menangani pentadbiran yang baik dan saya juga memohon menjelaskan kesan kepada tenaga kerja di atas kemerosotan ini. RM7.7 ini besar production dia. Mungkin melibatkan ada kilang-kilang yang tertutup dan ada pemberhentian kerja. Dan kita nak minta ni apa Exco Pelaburan melaporkan kepada ni kepada Dewan kita ini. Dan apa yang berlaku ada apakah berlaku pemberhentian kerja dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Exco untuk memperbaiki kepada kemerosotan ini? Dan kita nak tanya jugak jumlah sebenar pelaburan yang diterima masuk is not rhetoric punya cerita, bukan berjanji. Tapi cerita the actual amount yang masuk kena nyatakan kepada kita dan beberapa. Apakah impak kepada ekonomi Negeri Perak dan juga peluang pekerjaan dalam Negeri Perak. Habis nak masuk tu yang lain pulak. Boleh? Macam tak bagi ni banyak sangat ni, tak dan habis. Tinggal 14 minit. Tingkatkan. Saya nak mintak lagi satu tingkatkan kepada ni pegawai…
Lama lagi Semanggol ada 14 minit lagi.
Kita nak minta, minta supaya kita mentadbirkan, pentadbiran Kita menambah pegawai-pegawai khususnya penguatkuasaan kerana berlaku pencerobohan tanah amat serius berlaku dalam negara kita, dalam negeri kita. Saya terlibat dalam tu tadi bila dia tanya pasal apa kita tak cukup penguatkuasaan. Tak cukup penguatkuasa. Apabila tidak cukup penguatkuasa, maka kesannya amat besar kepada negeri dan kepada pengusaha, kepada rakyat. Saya nak rujuk juga ni PAC, mukasurat PAC ini kena tengok laporan yang bagus ini, laporan PAC ini kita nak tahu sebenarnya what is happening. Jangan kita dok tipu rakyat, ni the actual thing yang kita tulis. Apa yang berlaku?
Tanya sebelahlah. PAC chairman ada dekat sebelah.
Ni. Ni kita nak tengok sebab tu lah. Ini yang dicerita kan. Yang nak menyelesaikan mesti Kerajaan yang ada pada hari ni. Kalau tak sanggup serah kepada kita.
Gunong Semanggol, bagilah peluang Sungai Manik.
Saya nak bagi tahu nih.
Janganlah claim credit semua.
Tentulah di dalam PAC ni melibatkan kerugian di tempat saya.
Ini hasil kerja Sungai manik.
Kerugian tanah yang baru di Pondok Tanjung...
Nanti Sungai Manik nak bahas bagi lah dia peluang.
sebanyak RM741,000.00 kerana pencerobohan. Saya nak menyentuh...
Standing order. Standing order.
Tak. Saya nak menyentuh...
Standing order.
Kalaulah...
Ni Pengerusi.
Semanggol, ada standing order.
Saya nak menyentuh...
Standing order.
Standing order berapa?
41.
Ni, masa tak ada. Masa tak ada. Ini...
Standing Order. Gunong Semanggol, standing order. Sini.
Standing order. Standing order. Saya bawa. Saya orang baru.
Perintah Tetap Gunong Semanggol. Hormatilah Dewan ini.
Saya mintak kalau standing order ni nak minta sambung je. Ok.
Ok.
Standing order ya. 41. Seorang Ahli hendaklah mengehadkan pandangannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan sebarang perkara yang tidak berkaitan dengannya, ya. Nampaknya Gunung Semanggol ni dia lari sedikit daripada belanjawan yang kita bentangkan pada hari ni. Saya tahu peranan pembangkang ya. Fungsi peranan pembangkang saya amat memahami.
Ok, I got the point. Minta, minta speaker buat jangan habis masa.
Kejap, kejap. Bagi dengar dia cakap dulu, Semanggol.
Saya memahami ya sebagai pembangkang yang kita ada Dewan Parlimen dan Negeri. Pembangkang memainkan peranan yang penting. Diwujudkan adalah untuk membantu Kerajaan.
Ok.
Membangunkan dan membina satu negeri.
Jangan bazir masa ya.
Apa, apa yang langgar ni?
Apa pointnya?
Kejap, kejap, kejap.
Pembangkang tengah cakap isu rakyat ni.
Manjoi, Manjoi. Sekejap.
Ya, kita tahu. Kita tak bangkang.
Kita dengar. Kita dengar, ya.
Tapi nak ada di luar ucapan, pandangan ni telah mengelirukan Dewan. Saya ingat saya mohon kita khas kepada membincangkan berkaitan dengan belanjawan. Terima kasih.
Apa-apa yang keliru tu?
Minta…Minta...
Ok, kejap. Tak apa. Semanggol, teruskan.
Ok, terima kasih. Terima kasih. Kita nak speaker macam ni. Kita nak ketelusan. We are not blaming others. We are trying to correct something wrong. So, tak nak langgar. Sebab tu kita bawa on budget ni so we can discuss anything under the sky. Terima kasih.
Semanggol…Semanggol…Semanggol.
Itu lah dia. Saya nak menyentuh tentang...
Semanggol. Not everything under the sky. Itu yang relevan sahaja.
Oh, not everything. Ok, alright. Ok, thank you very much. Ok. Ini yang kita nak menyentuh tentang saya tertarik sebab ini berlaku di Pondok Tanjung. Bertanah secara haram. Lebih daripada 100 ni. Ni ada list dengan dia. Ada list dengan saya dan saya bawa mereka pada hari ni, kan? 200 orang mengusaha tanah lebih daripada 10 tahun. Tiba-tiba tak apa. Kita tahu Kerajaan nak ambil. Salah. Tapi kalau penguatkuasaan diambil daripada awal, mereka tidak berlaku sedemikian dan apabila diambil tanah disekat, tak boleh masuk. Tak apa lah tak boleh masuk, pembangunan-pembangunan boleh buat. Mereka melihat sawit yang mereka tanam, berpeluh keluar modal, tiba-tiba sawit itu keluar, dia keluar oleh orang lain. Apa perasaan kita? Saya minta Kerajaan dan hari ini mereka datang. Saya minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kawan saya, sahabat saya luangkan masa untuk berjumpa dengan mereka. Berjumpa je.kan? Nih, dan begitu juga saya nak menyentuh apa yang berlaku di Seri Iskandar. 600 orang peneroka. Meneroka 10 tahun. Tiba-tiba Kerajaan nak ambil. Dia ada plot yang dia buat yang diterokai. 10, tak sampai 10 minit ni. Tebang habis. Sekat, tersekat mata pencarian mereka. Kita tahu dah mereka ni bekas tentera. Habis 20 tahun dalam hutan. Kita tidur dalam pekan. Dia tidur dalam hutan, tidur dengan nyamuk. Ramai di antara mereka ni lawan komunis.
Gunong Semanggol. Ada soalan. Tronoh.
Lawan Komunis.
Tronoh. Ini…ini…ini.
Kemudian ada yang cedera.
Gunong Semanggol.
Kemudian dia ada masa mengusahakan tanah.
Gunong Semanggol.
Tiba-tiba, ini kita pergi potong begitu saja.
Kita nak tanya, Tronoh...
Saya tak bagi. Saya tak ada masa. Saya dah la ada sikit lagi dan saya nak cerita pulak...
Ada 10 minit lagi, Gunong Semanggol.
Tak apa. Dia tak bagi. duduk, duduk.
Kenapa masuk dalam audit jugak, kenapa berlainan layanan dia terhadap tanah rizab melayu yang ditukar namanya kepada bukan Melayu yang dijawab dalam Dewan ini jugak. I don't want to elaborate more. Nih ada di dalam audit. Ada di dalam audit. Kenapa layanan berlain?
Gunong Semanggol, tunjukkan bukti.
Layanan di sana berlain.
Bagilah bukti?
Ada dalam ni. Bukti apa?
Depa tak baca.
Tak rujuk. Tak baca lah ni. Ok. saya minta…
Jangan tunjuk kulit kata ada isi. Apa itu bukti saja? Bagi baca.
Saya minta supaya ni, peneroka-peneroka ada. Kejap lagi kita mintak ada di sana. 600 orang bekas tentera. Berjuang melawan komunis untuk kita hidup aman, kan? Pergi meneroka tanah. Eh, ada orang sensitif sangat bila sebut komunis. This is the reality yang berlaku ni. Ini saya nak mintak supaya Kerajaan rasa bertanggungjawablah sikit. Ada ehsan kan? Menangani banyak kes-kes yang berlaku. Kenapa begitu tegas sekali. Sebab itu kita minta orang ramai menguatkuasakan sebelum mereka menjadi itu adalah satu daripada mata pencarian. Sebelum mereka menghabiskan tenaga, sebelum mereka menghabiskan modal untuk tanam sawit dan sebagainya dan kita tengok begitu tegas sekali diambil tindakan. Be fair. Ayat Allah SWT, yang kata tadi, yang dibawa yang dibacakan pada permulaan tadi.
Jadi dan seterusnya banyak modal dan banyak perkara yang saya nak cakap dan ini saya nak mintak lagi satu mengenai dengan apa, supaya ni sahabat saya daripada Exco Pertanian. Exco Pertanian. Kita ambil tindakan. Syabas dan tahniah kerana SSR pengeluaran beras dalam Negeri Perak ini mencapai 103 mengikut Jabatan yang diberi. Akuan Jabatan bagi kepada saya. Bererti ini pengeluaran beras tempatan dalam Negeri Perak ini melebihi daripada keperluan anak Negeri Perak. Masa saya jadi Exco dulu tak cukup tapi yang malang sampai semalam beras tempatan tak dak. Kami tak ada peruntukan nak pergi beli beras. Patut beli beras tempatan 5kg nak bagi kat orang kena banjir. Nak bagi kena banjir baru RM13.00. Sekarang kita kena beli RM20.00 lebih. Saya minta gunakan peruntukan yang ada. Pastikan SSR beras dalam Negeri Perak ini orang Perak cukup untuk makan. Tak perlu beras luar dan lagi satu sempena musim banjir ni nak mintak musim banjir ni kita ucap takziah kepada yang kena dan saya minta yang pertama sekali kalau Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan peruntukan ehsan untuk membantu kawan-kawan kita yang terkena banjir yang musnah teruk dan jugak kesempatan ini saya nak minta sebab kita pergi. Kena beri jugak pertimbangkan juga ini peruntukan untuk orang banjir kilat. Banjir kilat dengan banjir biasa ni sama. Ayaq mai ni, air masuk rumah ni, tikaq getah tak boleh pakai dah. Perabot sekarang chipboard tak boleh pakai dah.
Walaupun masuk setengah jam tapi depa tak dak peruntukan. Mintaklah bagi peruntukan yang ada untuk kita bagi ni dan akhirnya, nih saya nak masuk sikitlah sikit. Ni banyak nak bagi. Ni ada berapa? 5 minit. Hat ini itu nak kena cakap. Kan? Boleh tambah masa saya tahu? Ok. Takpa lah tinggal sikit saya. Kita bercakap bukan nak blame siapa-siapa. Kita ni semangat nak membangunkan. Kita duduk pembangkang sampai bila-bila pun tak apa kan? Buat betul-betul je kan? Ini cakap-cakap hari ni dapat Kerajaan buat lain. Ok, nih kita nak mintak Kerajaan khususnya dalam Negeri Perak. Kita menambahkan peruntukan dan aktiviti untuk pernah kita bercakap ini untuk perpaduan nasional integrasi antara kaum ni kita kena buat. Kita kena buat betul-betul dan kita kena ajar balik subjek sejarah. Sebab tu subjek sejarah itu menjadi wajib untuk diajar untuk orang-orang SPM dan Bahasa Malaysia dan kita kena mengambil tindakan tegas siapa yang tak tahu sejarah supaya tidak boleh berada dalamnya. Rosak negara kita. Lari daripada arus perdana. Rosak. Sebab tu kita kena ajar balik macam mana komposisi kaum yang ada ni pelbagai kaum yang kita terima dalam negara kita ini. Kita kena faham mana asal usulnya. Kita kena faham bagaimana Artikel 153 terwujud. Baru kita ada keamanan. Kalau kita tak faham dia jadi masalah. Boleh pula kita bercakap ni kita jangan terikat dengan Perlembagaan. Ni apa ni?
Gunong Semanggol.
We are law maker. We are law maker. Tu yang nak kena cerita. Sebab itu saya nak cerita ni akhirnya saya nak bercakap jugak tentang isu yang berlaku dalam negara kita. Pencemaran dalam negeri kita yang dicintai. Nih, Menara Condong kan? Dalam Menara menara Condong tu. Yang kita tahu isu sebenarnya, isu sebenarnya adalah kesalahan mengibar bendera lain dan menjadi kesalahan di bawah akta perlembagaan dengan jelas. Sampai nama saya dipetik dalam parlimen. Mengapa polis tak ambil tindakan?
Yang Berhormat, Apa salahnya kalau warga asing mereka mengibarkan bendera
Fitnah lagi. Fitnah lagi Gunong Semanggol. Itu warga negara China, bukan rakyat Malaysia.
Bendera kita sendiri kat luar negara ada tak?
Fitnah lagi Gunong Semanggol. Tunjuk bukti itu warganegara Malaysia. Tunjuk bukti. Tunjuk bukti. Jangan tohmahan dengan fitnah sahaja, bohong. Tunjuk buktilah.
Inilah kualiti Ketua Pembangkang daripada PAS.
Menjawab soalan itu.
Selalu buat fitnah fitnah.
Saya ada nama, saya ada nama.
Saya tengok round ni. kali ni kalah berapa banyak kali kes fitnah.
Saya ada nama. Ah Keong daripada Teluk Intan. Ah Kiat dengan gambarnya daripada Teluk Intan.
Itu warganegara China. Bagi bukti bagi bukti tunjuk warganegara Malaysia.
Saya mintak diambil tindakan. Kalau nak maklumat bagi kita untuk membuktikan bahawa yang mengibar itu adalah cina Malaysia ataupun cina daripada negeri China.
Sampai Gunong Semanggol fitnah Ahli Parlimen Teluk Intan ada terlibat dalam program itu, apa salahnya?
Dengan itu saya meminta, saya meminta kerajaan, kerajaan pada hari ini dan saya ni Yang Amat Berhormat di-Pertua.
Perintah Tetap Dato' Yang di-Pertua. Perintah Tetap Dato' Yang di-Pertua.
Ucapan saya, ucapan saya diambil dari luar kontek.
Sekejap, sekejap. Semanggol, sekejap sekejap.
Standing Order. 40(3A), ‘Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya’ Kalau Gunong Semanggol kata itu warganegara Malaysia, you yang kena buktikan. Bukan kami yang tunjuk. You tunjuk mana rakyat Malaysia. Tunjuk gambar, tunjuk sekarang jugak. Kalau tak ada tarik balik.
After that I will give this at least to polis untuk buat siasatan.
Semua duduk dulu. Sekejap…sekejap jap sekejap. Saya cakap kejap. Semanggol, Astaka has a point dengan izin nanti dulu. Dia ada point. Bila bangkitkan, bila kita buat tuduhan, kita kena buat. Kita yang keluarkan bukti, bukan kita tuduh orang tu yang kena keluarkan bukti. So, on that point, kerana dia ni lari jugalah dari daripada kita punya bajet ni kan. Jadi bila dia dah bangkit 43.
Jauh lari.
Sekejap…sekejap, saya tengah bercakap. Speaker tengah bercakap, nanti dulu. Jadi bila bincang begitu, sama ada saya percaya, Semanggol lain semua dah ok. Cumanya bab itu Semanggol kalau boleh tarik balik sikit la kerana ini bukan platform dia. Saya faham. Saya faham bahawa Semanggol kerana agak peribadi dalam isu itu terlibat secara peribadi. Jadi, saya faham untuk platform tu tapi kadang-kadang dalam ucapan tu kita jangan terbabas sikit la. Tapi tu dah terbabas sikit bila 43(A) disebut untuk, dia ada point yes a point ok? I'm very fair. I'm the speaker dengan izin. I'm very fair. So, kalau kalau Semanggol rasa dah terbabas sikit dekat situ, tak boleh nak nak keluarkan bukti yang betul, kata tarik balik sahaja.
Ok, Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Ini saya terima ucapan dan kita telah buat siasatan. Beberapa nama ini adalah orang tempatan sehingga kita sahkan, sama-sama kita sahkan. Saya minta pihak berkuasa, pihak polis ambil evidence daripada saya kita sahkan.
Ok, Semanggol. Kalau macam itu,
Kita boleh buat persidangan lain.
Kalau…kalau
Kalau sekiranya saya salah Dato' Yang Berhormat di-Pertua kita tarik balik.
Ok, Semanggol. Kalau macam tu…
Takkan kita nak nyata. Takkan kita nak nyata apabila menghina Islam, oh orang ini OKU. Kita terima.
Sekejap…sekejap…sekejap.
Apabila kibar bendera ni peserta daripada China, kita terima.
Saya faham. Nanti kejap, sekejap…sekejap. Saya cakap Selama sekejap. Saya faham. Tapi isu ini agak emotif. Tapi tu dah lari lain la. Itu topik lain pulak la kan? Tapi saya rasa, saya rasa cukup setakat itu isu tu, masuk isu lain. Sila Semanggol.
Ok takpa. Saya rela kalau di nak bawa masuk kepada jawatankuasa, saya rela. Saya takkan tarik balik. Jadi saya nak petik sendiri…
Tak ada sapa sebut pun pasal jawatankuasa Semanggol.
Nama saya disebut dengan jelas oleh Ahli Parlimen DAP Jelutong, RS Rayer. Dia sebut nama saya tapi sebut di Parlimen, saya tak berupaya nak lawan.
Itu, itu di Parlimen.
Dato' Speaker, mohon Gunong Semanggol tarik balik dahulu sebelum beliau sambung dengan kenyataan beliau.
Speaker dah buat ruling tadi.
Ok, semua duduk, semua duduk. Semanggol, sekejap. This is speaker punya floor. Ok, saya anggap isu itu tadi pun dia dah kata dia dah ada bukti dan dia nak laporkan kepada pihak berkuasa. Jadi itu bermakna bila sebut itu, ini bukan platform dia. Platform dia di luarlah nanti. Jadi saya minta, saya punya ruling ialah procced dan dia kata kalau dia salah dia tarik balik. So, kita terima itu sebagai dalam Dewan, ok.
Terima kasih.
Semanggol sila procced isu lain.
Kita nak keadilan. Kita nak perkara yang betul berlaku. Kemudian saya pula di highlight kan kerana perkauman.
Ok, ok faham.
Ok, saya betul. Ini disebutkan nama saya dan…
Dato; Speaker sudah kata tutup isu ini dengan isu yang lain.
Saya mohon maaf kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sahabat saya, bukan Bercham je.
Bagi ruang Semanggol tengah bercakap YB.
Bukan Bercham je sayang kepada Yang Amat Berhormat, saya lagi sayang orang kampung saya orang Petani.
Sila teruskan dengan topik bajet.
Sayang tapi you kata MB biadab. Siapa yang biadab. You gelar MB sebagai biadab. Gunung Semanggol kata MB biadab.
Astaka duduk.
Sayang macam itu ke Gunong Semanggol.
Itu diambil itu diambil diluar kontek. Awat emosi sangat?
Dak, dak. Kenapa risau sangat Semanggol sayang MB?
Ok, ok semua duduk. Semua duduk.
Ok, sebab itu Yang Amat Berhormat…
Semanggol, please procced yang lain. Move on.
Ok dah nak masuk ni Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih. Kalau terasa atas ucapan saya, saya minta maaf. Sebab tu dia sahabat saya. Saya tau dia ugama dia tinggi. Saya minta bantuan ma'had tahfiz dia bagi.
Ok.
Saya minta ni Speaker bagi pulak kereta baru kat pembangkang, mana nak cari yang macam ni.
Ok.
Sebab tu saya kata dalam ucapan saya. Yang mata yang macam saya, kulit yang macam saya, darah yang macam darah, sudah pasti ramai yang sini macam saya, betul dak. Sebab tu saya minta supaya kita sama-sama bangun menentang pengkhianat yang membawa orang asing mengibar bendera dalam negara kita.
Gunong Semanggol, kalau kami macam Gunong Semanggol malu, malu sangat. Kalau macam Gunong Semanggol hari-hari buat fitnah kat luar, kalah kes saman berapa hah. Kami tak nak macam Gunung Semanggol.
Duduk…duduk. Astaka duduk.
Tahun lepas dah kalah berapa kes saman dah. Sekurang kurangnya dua, tiga.
Jadi masa Yang Berhormat Gunong Semanggol ada tak program-program untuk kita buat pelancongan menarik pelancong dari luar negara, mereka tidak dibenarkan untuk kibar bendera mereka.
Semanggol…Semanggol.
Adakah itu satu negara atau satu negeri. Kita boleh adakan program-program yang lebih…
Mention clearly anyone kibar bendera tak kira local ataupun abroad adalah menjadi satu kesalahan. It'is clear tau. We are not asking local ke dak.
Salah kesalahan buka Perlembagaan balik.
Ok, semua duduk. Semanggol, enough.
Supaya kerajaan kita menangani perkara ini…
Masuk isu lain kata.
Dengan serius. I clear. Nak nak nak landed, nak landing. Kita kita ambil dengan segala semangat.
Gunong Semanggol.
Kita pergi tengok dalam ucapan itu yang pertama, kenapa ada duraian buat secara live?
Ayer Kuning.
Buat secara live.
Pak Teh, beri sikit. Sikit je.
Tiba-tiba apabila isu ini naik, maka dia padam dan kita nampak gambar ada dua orang Ahli Parlimen Teluk Intan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamar meletakkan dengan jelas. Ini ada bukti.
Semanggol duduk. Saya faham benda ini agak emotif tetapi apabila kita, kita ada adab dalam Dewan, dalam berbahas. Kita pun tak boleh sebut nama-nama ahli-ahli terutama ahli-ahli Yang Berhormat daripada Parlimen yang tidak ada dalam Dewan dan dia mungkin tidak ada kesempatan untuk mempertahankan diri mereka. Sebab itu saya kata, you have made a point. Sudahlah, move on to your next to the next point. Masa pun dah dekat nak habis dah. Jadi boleh tak, boleh tak…
Teruslah, landing terus. Jadi di atas semangat patriotik, di atas semangat sayangkan negara kita, diamal atas semangat cintakan negara kita, saya nak …
Gunong Semanggol.
Sama-sama ini mendapat pengesahan yang ada dalam ni. Kita nak mempertahankan kedaulatan dan kita sama-sama menentang supaya dihukum mereka yang terlibat dalam mengibar bendera dalam negeri tanah cinta kita ini supaya bangun. Saya mintak kawan-kawan yang menyokong saya bangun. Kita nak tengok siapa yang menyokong, siapa yang menyokong sebelah sana. Sebab itu saya minta supaya yang mata sama darah saya…
Pak Teh, Gunong Semanggol.
Hari ini Tuan Speaker saya menyokong penuh perbahasan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Semanggol. Walaupun saya suka nak merekodkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa ayat-ayat kata-kata yang akhir tadi itu sebenarnya ianya agak disputed lah. Dengan izin ya, dia boleh membawa banyak-banyak tafsiran dan kita tahu dan saya nak maklumkan kepada Dewan Semanggol, saya sebagai Speaker yang menjaga ketenteraman Dewan ini dengan izin am not agreeable to that statement. Ya, saya tak boleh terima ayat-ayat yang boleh membawa nanti kacau bilau bukan saja dalam Dewan, tapi saya percaya dalam masyarakat umum. Jadi saya minta Yang Berhormat Gunong Semanggol hati-hati dalam perkara ini. Itu saja. Ianya juga bertentangan dengan standing order dalam Dewan sebenarnya. Ya. Ok seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan bagi perbahasan seterusnya masa yang diperuntukkan adalah 20 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Silakan Sungai Manik.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil Alamin solatullah Assalamuala asrofi al Anbiya Mursalin wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain. Robbisrohli sodri wayassyirli amri wahlul uqdatam mil-lisani yafqahu qauli. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, pembangkang dan juga kerajaan, Yang Berhormat Adun Semanggol Ketua Pembangkang, pegawai-pegawai kerajaan, tuan-tuan, puan-puan pemerhati rakan-rakan media yang saya hormati sekalian.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada Sungai Manik untuk berbahas dalam sesi bajet pada sidang Dewan kali ini dan juga berterima kasih kerana mengizinkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk membentangkan laporan dalam sesi sidang Dewan pada kali ini. Saya juga nak ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat barisan Jawatankuasa PAC ataupun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri yang bersama-sama dengan saya iaitu Timbalan Pengerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Astaka, Ahli Jawatankuasa Ahli Dewan Undangan Negeri Keranji, Ahli Dewan Negeri Alor Pongsu, Ahli Dewan Negeri Manjoi. Ahli Dewan Negeri Hulu Kinta, Ahli Dewan Negeri Pengkalan Baharu. Ini adalah keputusan jawatankuasa untuk kita membentangkan setelah dilaporkan oleh pihak urusetia. Kali terakhir PAC membentangkan laporan adalah pada tahun 2014. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi rujukan kepada kita selaku ahli Dewan tentang perjalanan PAC yang kami laksanakan sejak dilantik oleh Dewan pada awal sidang Dewan pada 2022. Kami telah menetapkan setiap minggu kedua hari Khamis adalah hari Mesyuarat PAC dan takwim ini telah cuba untuk dilaksanakan sebaik mungkin bagi memudahkan urusan-urusan yang kami bincangkan bersama-sama dengan wakil daripada Pejabat Kewangan Negeri dan juga Pengarah Audit Negeri Perak. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua.
Pertamanya, saya Sungai Manik mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kejayaan untuk memperolehi pendapatan yang besar dan memungkinkan kita untuk menambah peruntukan dalam banyak segmen untuk tahun 2025. Usaha sebegini yang saya rasa perlu diberi perhatian yang khusus oleh jabatan-jabatan sebab hampir semua jabatan dan agensi menerima tambahan-tambahan peruntukan yang agak besar yang boleh dimanfaatkan. Sungai Manik ingin menyentuh beberapa perkara yang menarik perhatian khususnya seperti yang dilaporkan oleh Bercham tadi yang berkaitan dengan JPS. Tak lari lah kalau Sungai Manik ni JPS, IADA, Jabatan Pertanian, dia tak lari sebab kawasan saya ni kawasan sawah padi. Yang ini adalah antara faktor ataupun agensi yang memainkan peranan yang penting khususnya dalam kawasan jelapang padi Sungai Manik. Sudah tentu saya ingin melihat dengan penambahan bajet ini dapat memberi manfaat. Ianya bukan sahaja soal kebaikan kepada kawasan sawah padi tetapi juga soal yang melibatkan musibah iaitu banjir. Sebab JPS ini amat bertanggungjawab dalam urusan saliran, parit dan sebagainya. Apa pun, saya rasa perlu juga pihak JPS untuk mengambil perhatian untuk membuat kajian ataupun mungkin dah ada kajian. Jadi sebab itulah tambahan bajet diberikan sehingga RM7.2 juta untuk mereka melakukan tindakan-tindakan yang boleh memberi manfaat bagi mengelakkan masalah-masalah infra yang menyebabkan banjir dan sebagainya.
Saya ingin menekankan beberapa perkara yang mungkin boleh diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri. Bukan semata-mata kita memberikan bajet tetapi perlulah diberikan taklimat khususnya kepada Adun-Adun yang kawasannya terlibat dengan jelapang padi dan sebagainya. Apakah tindakan-tindakan selain daripada yang telah disenaraikan akan dilakukan menerusi bajet yang diberikan? Perlu juga diambil kira perkara-perkara yang menyebabkan punca yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan di kawasan-kawasan jelapang padi. Ya, mungkin ada setengah tempat menerima air lebih ada yang kurang sebab kita tak sampai lagi sistem sebegitu seperti di luar negara. Dikatakan Kerajaan Negeri dah mengadakan beberapa sesi lawatan dah bagaimana mereka menguruskan air. Boleh kawal air. Besok nak tinggi mana. Esok nak rendah mana. Kita tak sampai ke tahap tu. Mungkin ianya memerlukan belanja yang lebih besar sebab banyak-bandar bandar di Europe sana yang sebenarnya berada di bawah paras air, tapi mereka berada di boleh menguruskan air mengikut kehendak dan kesesuaian yang diperlukan.
Bagi kita di negara ini elemen-elemen sebenarnya elemen-elemen tradisional yang berlaku masalah kunci air tak cukup ataupun ada yang rosak tak dibaiki. Masalah ada sekatan air nak pergi ke laut tersekat dan sebagainya. Isu-isu ni dah berlarutan agak lama dah. Saya tak percayalah kalau kata JPS tak tahu. Tapi sebenarnya mereka tahu cuma kekangan-kekangan tertentu yang menyebabkan mereka tak dapat nak membaiki nak melaksanakan dan sebagainya. Ada juga elemen-elemen ekonomi yang juga menyumbang kepada masalah-masalah banjir dan juga masalah-masalah air seperti aktiviti kolam udang. Mereka ni kadangkala memanfaatkan ataupun memerlukan paras air tertentu dan menyebabkan mereka mengambil tindakan-tindakan yang memberi kesan kepada kawasan persekitaran. Ini juga perlu diambil kira. Pada masa yang sama, kita nak sumber ekonomi tapi pada masa yang sama kita juga kena perlu lihat persekitaran kawasan-kawasan ternakan, udang dan juga kolam-kolam yang ada. Begitu juga kawasan-kawasan limpahan air yang sepatutnya dulu JPS dah senaraikan tetapi hari ini dimanfaatkan untuk ekonomi bagi peluang pengusaha untuk menternak ikan ataupun melaksanakan ternakan-ternakan lainlah di kawasan air, jadi menyebabkan sebaran hujan ini tidak dapat ditampung dan akhirnya menyebabkan banyak kawasan-kawasan terlibat dengan banjir dan juga banjir kilat.
Bagi kampung-kampung pula, isu yang besarnya adalah isu parit-parit yang tersumbat. Kalau JPS mungkin dibuat di kawasan-kawasan parit yang besar ini saliran-saliran yang menghala ke sungai, tetapi bagaimana di kawasan-kawasan kiri kanan jalan. Kalau JKR dia ada maintain rumput Tapi di parit tu tak ada sapa nak maintain. Berbeza dengan kawasan PBT, kawasan PBT kontraktornya terlibat rumput dengan longkang dan sebagainya tapi kampung tak ada, penyelenggaraan ini tidak diberi perhatian. Ini juga menyumbang kepada masalah banjir kilat sebab aliran air akan tersekat dan flow dia dengan izin slow. Jadi ini menyebabkan walaupun sekejap tetapi bagi kesan yang besar kepada penduduk yang terlibat dengan masalah-masalah banjir dan sebagainya.
Apa pun, pihak pentadbiran daerah juga perlu memainkan peranan sebab dasar kita memberi peluang kepada mereka yang miliki tanah untuk buat rumah. Tapi pada masa yang sama kita tak tengok infra. Infra bukan semata-mata jalan raya, bukan semata-mata air, bukan semata-mata TNB bekalan elektrik tetapi saliran. Saliran ini amat penting. Kalau semata-mata 3 perkara utama sahaja yang diperuntukkan diberi perhatian tapi tidak melihat perparitan sebagai isu di kawasan penempatan RPT dan sebagainya. Ia juga akan memberi kesan berlakunya banjir. Sebab itu kena ada garis panduan tertentu culvert yang nak dibuat untuk masuk kawasan rumah tu mesti yang sesuai dan kerajaan dah buat saliran yang baik sampai kawasan tempat dia. Dia buat culvert yang kecil ini juga bagi kesan sebab tidak ada garis panduan khusus yang diberikan kepada mereka mereka di luar kawasan PBT untuk bina rumah dan sebagainya. Ikut suka tuan rumah lah dia nak buat culvert besar mana tapi itu tak menepati kesesuaian apabila berlaku hujan lebat dan sebagainya. Walaupun nampak isu-isu ini tradisional, kecil dan mungkin remeh, tetapi inilah yang menyumbang kepada masalah-masalah yang berlaku pada kita hari ini. Bagi kawasan-kawasan...
Sungai Manik minta laluan.
Ok.
Terima kasih saya akur dan memerhatikan Sungai Manik dah lama dah dan terima kasih ke atas pengalaman sebagai Exco, sebagai pembangkang dan sebagainya lah. Cuma apa perkara yang dibangkitkan oleh Sungai Manik tadi mengenai cadangan dan juga peraturan hubungan dengan para pegawai dan sebagainya apa yang patut kita lakukan sebab nampaknya dah bertahun-tahun dan Yang Berhormat sendiri dengan pengalaman sebagai ahli di sana dan di sebelah sini sebagai Penasihat Menteri Besar nampaknya tak tak berkesan. Jadi nak di enakmen kah, nak di kod etika kah atau nak dijadikan apa nama panduan pegawai-pegawai untuk pastikan bahawa segala yang berlaku itu dapat diatasi. Sebab kita dah macam sekarang ni musim banjir saya turun semalam di kawasan nampaknya kita pi mai pi mai tang tu juga. Jadi maknanya sama ada kita di sebelah sini atau di sebelah sana masalah tetap tak berubah jugak. Ok terima kasih.
Sungai Manik saya nak tambah sikit pasal banjir tadi sekejap nak kongsi sebab masa libat urus baru ni dengan menteri Ekonomi Kerajaan MADANI, dia menyatakan untuk RMK-13 ni kita tunggu dan lihat Kerajaan MADANI ni dia tengok semua contoh kawasan sayalah dia bagi RM2 bilion untuk pengairan semua tapi dia kata kami bukan macam kerajaan dulu. Kerajaan dulu kalau dia tengok longkang, longkang je Kerajaan MADANI ni dia tengok semua. Banyak mata dia, depan, belakang, kiri, kanan. Jadi kita tunggu dan lihat. Kalau betul tabik spring. Tapi kalau tak betul macam Tebing Tinggi, kata tadilah balik tang tu je lah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Tebing Tinggi dan juga Alor Pongsu. Memanglah macam saya cakap kita tak menyalahkan pihak JPS dan sebagainya. Mereka ada pegawai-pegawai teknikal, engineer dan sebagainya yang telah membuat kajian. Kekangan-kekangan mereka kalau kita tanya yang menjaga tali air dan sebagainya tu bajet takde, bajet takde. Banyak ke tak banyakkan tapi bila mintak takde. Mungkin macam saya cakap tadi benda ni mungkin orang pegawai di atas tengok remeh je kerja ni nak dalamkan parit je tapi inilah yang asasnya kalau yang ini pun tak selesai, jadi akhirnya kita berterusan tidak akan selesai sampai bila-bila. Kita tak nafikan faktor cuaca dan perubahan iklim itu adalah penyumbang tetapi pada masa yang sama kita sebagai manusia kena merancanglah, kena menyusun dan sebagainya dan sebab itu saya tak menyalahkan sesiapa sebenarnya mungkin perlu di buat kajian yang lebih terperinci dan melibatkan banyak agensi khususnya pegawai-pegawai yang berada di lapangan. Mereka yang lebih tahu daripada mereka yang berada di pejabat dan sebagainya. Iaitu terima kasih. Yang seterusnya saya nak...
Ayer Kuning sikit boleh. Terima kasih Dato' Speaker dan apa yang dibangkitkan oleh Sungai Manik tadi apakah bersetuju dengan perkara yang telahpun berlaku ini khususnya kampung-kampung tradisional. Ini adalah kerana mereka ini adalah kawasan yang di luar kawasan operasi majlis dan juga perbandaran. Kerana kawasan ataupun kampung-kampung tradisional dia tidak ada kawasan operasi. Maknanya kalau dahulu mungkin depa nak buat rumah, buat longkang dan sebagainya tidak macam sekarang. Sekarang ada building plan yang masuk dan sebagainya. Apakah kawasa-kawasan atau kampung-kampung tradisional yang bukan dalam kawasan operasi majlis ini boleh kita pertimbangkan untuk masa hadapan supaya mereka juga boleh mendapat perkhidmatan dengan membayar tafsiran-tafsiran kepada majlis? Terima kasih.
Baik terima kasih.
Sikit Sungai Manik. Boleh?
Ok.
Terima kasih Sungai Manik. Kuala Sepetang ingin mencelah sedikit berkenaan dengan Sungai Manik menyebut tadi tentang peruntukan yang selalunya, begitulah bila banjir berlaku ataupun apa-apa hal bila kita berjumpa dengan jabatan-jabatan ini, katanya bajet tidak mencukupi. Jadi, mereka tidak boleh membuat sepenuhnya dan buat sikit-sikit. Kuala Sepetang ni dalam keadaan hari ini pagi tadi pun sebelum saya datang ke sini saya sempat melawat di Matang Gelugor, pusat pemindahan banjir. Maknanya dalam musim ini, Kuala Sepetang bukan berpesta banjir tetapi seolah-olah pesta banjir lah. Bukan setakat banjir air di Kuala Sepetang juga ada banjir udang. Mee udang banjir pun ada. Ok.
Jadi saya ingin memberi sedikit pandangan tidak bolehkah sekiranya pihak JPS ataupun jabatan-jabatan ini membuat sedikit kajian untuk mengenalpasti kawasan-kawasan kalau saya di Kuala Sepetang lah yang selalu dilanda banjir ini supaya melihat berapa kos sebenarnya untuk membuat kesemua sekali pada satu-satu kawasan itu. Kadang-kadang contoh peruntukan itu turun RM500 ribu tetapi contohnya katalah di satu kawasan ini, dia perlu tembatan banjir itu untuk dilaksanakan untuk sepenuhnya RM500 ribu, tetapi bajet itu dipecahkan kepada 10 tempat. Jadi sedikit di sini sedikit di sana akhirnya seperti tikus membaiki labu. Dia buat sikit bila hujan pulak dia runtuh balik maka bagi saya itu satu pembaziran tetapi kalau kita buat kajian dan kita gunakan peruntukan itu pada satu tempat dan kita laksanakan dia maksudnya sepenuhnya, maka tempat lain bersabar bahawa peruntukan yang akan datang kita akan pastikan di mana yang kita akan bawa.
Maksud saya peruntukan yang di beri itu mestilah kepada satu tempat itu mesti sepenuhnya bukan sedikit-sedikit. Kalau peruntukan itu dipecah sedikit-sedikit, inilah yang kita berlaku dah berapa puluhan tahun Kuala Sepetang sering dilanda banjir. Jadi, saya harap Sungai Manik bersetuju dengan pandangan saya. Terima kasih.
Saya bersetuju sebab ini isu ini bukan semata-mata di Sungai Manik. Cuma saya nak ambil kesempatan dalam sidang Dewan ini, Saya nak memuji pegawai Daerah Hilir Perak yg baru ni dalam mesyuarat. Bila dia tahu satu beberapa lokasi di Daerah Hilir Perak ni setahun 3, 4 kali duduk PPS dan akhirnya kita kena ambil langkah yang konkrit 10 tahun bayanglah kalau dah 20 tahun, 20 tahun setahun 3 kali. Jadi 60 kali dah dalam masa 10 tahun dia duduk kat PPS. Agak-agaknya kos yang 60 kali tu dah boleh buat rumah lain tempat lain. Jadi perlulah ada kebijaksanaan pentadbiran untuk melihat penyelesaian jangka masa panjang bukan jangka pendek. Memanglah boleh buka PPS tapi ianya kos juga. Lebih baik kita longgokkan kos itu ke satu tempat yang lain dan akhirnya kita menyelesaikan terus masalah di situ. Jadi banyak isu yang berkaitan JPS ini saya rasa perlu diberi perhatian. Saya setuju la, kadang-kadang Yang Berhormat Yang di-Pertua Dato', kita orang mintak RM500 ribu dapat RM300 ribu, lepas itu nak bahagi-bahagi lagi, nak bagi kat Mukim Sungai Manik, nak bagi Mukim Labu Kubong, kesudahnya memang tak selesailah masalah, saya pindah ke isu lain lah nanti panjang sangat isu ni.
Isu yang kedua saya nak bangkitkan ialah mengenai pengurusan masa khususnya di pusat kesihatan, di hospital mahupun di emergency. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri lah waktu arwah bapa saya emergency, kadangkala kita hantar pukul 4 pagi emergency, 4 pagi esok tak dapat wad lagi. Bayangkan dia duduk di emergency sahaja 12 jam ataupun 24 jam. Mungkin perlu kita bantu Exco Kesihatan mungkin boleh ambil perhatian sebab pengurusan masa berada di hospital ini perlu dikurangkan. Lagipun sekarang ini saya berulang setiap tiga minggu bawa orang rumah check darah di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kalau you dapat giliran pagi tak selesai hingga jam 1, you kena tunggu pukul 2. Padahal you datang pukul 8 pagi, sambung lagi pukul 2, pukul 4 baru balik. Tak ke membuang masa? Ini sebagai contoh lah, ini sebab pengalaman sendiri bukan pengalaman orang lain. Kadangkala yang petang pun tak sempat habis ambil darah bawa ke esok. Kan ke buang masa? Jadi Exco Kesihatan kena ambil perhatian isu ini. Kita tak menyalahkan kakitangan hospital dan sebagainya, mereka bagi jadual kepada pesakit-pesakit untuk datang tapi sebenarnya ini tak efektif untuk pembangunan sumber manusia. Jadi sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan masa menunggu atau masa berada di hospital terlalu lama. Kita tak nafikan peranan yang main oleh para pakar-pakar, doktor-doktor dan jururawat yang banyak membantu menguruskan pesakit-pesakit di hospital. Kalau tengok di hospital, kita tahulah. Kita pun tengok pun kita dah rasa letih. Bayangkanlah mereka yang bertugas dan berkhidmat memberi perkhidmatan.
Isu yang selanjutnya saya nak ambil kesempatan dalam sidang Dewan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Majlis Sukan Negeri yang baru-baru ni dalam SUKMA di Sarawak telah berjaya melakarkan satu kejayaan. Tahniah juga kepada Chef de Mission, Datuk SS kita dan juga Timbalan Chef de Mission, Pegawai Kewangan Negeri. Ini satu pencapaian yang amat besar tapi saya agak terpanggil untuk menyentuh tentang peruntukan kepada persatuan sukan negeri, untuk tadbir urus sumbangan urus tadbir Persatuan Sukan Negeri sebanyak RM0.1 juta nampak
RM0.1 juta. RM100 ribu ja, berapa banyak persatuan sukan yang ada? Exco Infra Dato’ Sungai Rapat tahu lah dia jaga silat kan, pening. Kan ramai budak kan? Kalau tak ada Exco jadi bapa angkat tak pergi kan? Betul. Kita nak kejayaan yang besar seperti yang dilakarkan dalam SUKMA di Sarawak. Tapi hari ini kita tidak memberi pengiktirafan kepada persatuan-persatuan sukan yang berjaya membantu kita memperolehi emas, perak, gangsa yang banyak. Kita meraikan atlet-atlet yang mendapat emas, perak dan gangsa dengan imbuhan sebagai tanda terima kasih. Kenapa tidak kita juga menghargai persatuan-persatuansukan yang berjaya melahirkan atlet-atlet yang memperolehi emas atau perak ataupun gangsa. Ini akan memberi motivasi kepada persatuan sukan sebab kebanyakkan keseluruhan persatuan sukan dipimpin secara sukarela. Kita kena respect orang yang menjadi pentadbir persatuan sukan. Mereka semua sukarela mengorbankan masa, wang ringgit dan sebagainya. Kenapa tidak, kita juga sebagai kerajaan yang prihatin, kerajaan yang ingin melihat pembangunan belia berjaya dan sebagainya? Kita berikanlah imbuhan tanda sokongan kepada persatuan sukan ni.
Tingkatkanlah sumbangan atau peruntukan untuk persatuan-persatuan sukan ini. Sebagai contoh, kalau atlet dia dapat 4 emas, 1 emas RM5 ribu bagilah persatuan tu RM20 ribu, tak banyak pun RM20 ribu kan? Setuju. Saya dah sebut benda ni dalam banyak platform. Kita nak atlet yang berjaya, tapi saya berterima kasihlah. Saya tengok tadi iaitu penambahan dalam sumbangan kepada pembangunan belia termasuklah sukan ini juga meningkat khususnya untuk menghadapi SUKMA di Selangor pada 2026. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Exco Belia dan Sukan yang melihat bukan semata-mata dah dekat dengan SUKMA baru kita nak mula tapi sebenarnya dia dah merancang daripada 2025 lagi untuk kita menghadapi SUKMA 2026 di Selangor. Justeru itu harapan saya agar diberi pertimbangan dan juga penambahan kepada bajet untuk persatuan sukan dan juga persatuan-persatuan yang terlibat.
Sungai Manik, Tronoh boleh? Terima kasih atas ruang yang diberi oleh Sungai Manik, sebenarnya saya sebagai anak muda dalam Dewan ini amat kagum dengan cara perbahasan Sungai Manik yang begitu profesional dikatakan. Jadi, saya melihat untuk pembangunan anak muda ini atlet sukan memang saya setuju kalau boleh kita memberilah satu anugerah ataupun sumbangan yang lebih besar kepada mereka yang telah berusaha dengan sedaya upaya mereka untuk memegang dan juga mengharumi nama Negeri Perak ini. Jadi inilah peluang yang saya nampak di mana Sungai Manik sebenarnya lebih sesuai untuk menjadi memegang jawatan Ketua Pembangkang. Memandangkan daripada Gunong Semanggol ini. Jadi, saya berharap sekiranya boleh saya berharap saya akan dapat melihat Gunong Semanggol menjadi Ketua Pembangkang pada satu hari nanti. Itu sahaja. Terima kasih.
Jadi MB lah.
Sungai Manik, Sungai Manik. Ya, kerana saya nampak Gunong Semanggol ini dia macam langsung tak profesional, selalu buat fitnah dan sebagainya.
Gunung Semanggol boleh bersara.
Jadi MB lah jadi MB.
Jadi untuk untuk memartabatkan Dewan yang mulia ini.
MB, MB kita target MB terus.
Mana tahu mungkin satu hari nanti ada rezeki. Mana tahu.
Ok, terima kasih. Ini dah jadi sembang-sembang, susah ni. Begitu juga dengan pembangunan belia, saya tadi ada menerima whatsapp daripada Pengerusi Persatuan Belia. Dia kata "Dato', Pertubuhan Belia hanya dapat RM400 ribu, Dewan Belia dapat RM600 ribu. Mana yang lebih penting? Pembangunan Belia atau Dewan Belia”, saya pun terpanggillah. Tak apalah, saya utarakan dalam Dewan ini dan saya ambil kesempatan, mungkin boleh dilihat soal peruntukan yang diperuntukkan untuk pembangunan belia dan juga. Saya bukan mempertikaikan Dewan Belia tu dapat banyak tak cuma sesuai dengan persatuan sukan tadi lah. Belia pun sukarela lah majoritinya sukarela juga. Dia orang pun harapkan Exco Belia dan Sukan, Exco-Exco harapkan sumbangan YB-YB untuk buat program. Kalau nak mintak kat side sini memang lah kita orang pun tak ada peruntukan. Tapi saya harap boleh dia juga diberi perhatian. Memanglah RM400 ribu itu bukanlah satu jumlah yang besar berbanding dengan persatuan belia yang ada. Macam-macam persatuan belia yang ada di negeri Perak dan usaha untuk meneruskan Dewan Belia ini pun saya ucapkan syabas dan tahniah masih diteruskan sehingga hari ini.
Dan isu yang seterusnya, saya nak bangkitkan adalah berkaitan dengan peruntukan yang diberikan kepada kami di barisan pembangkang. Saya ucapkan terima kasih lah pada tahun 2023 ni walaupun kita menerima OG sebanyak RM50 ribu, sekurang-kurangnya dapat jugalah meringankan bebanan kepada kami dan saya harapkan peruntukan ni dapat diteruskan dalam bajet pada tahun 2025. Kalau boleh OG tu ditambahlah sikit, bagi RM100 ribu dan saya dapati ada masalah lain yang timbul bukan soal peruntukan. Soal peruntukan yang diberikan memanglah ada RM200 ribu untuk pembangunan tetapi kita tidak mendapat maklum balas khususnya daripada pihak UPEN. Selalu kita kena bertanya apakah status peruntukan bagi kawasan-kawasan kami? Sebab peruntukan kawasan-kawasan Adun Pembangkang boleh dimohon oleh sesiapa sahaja dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak tahu siapa mohon sebab dia tak melalui pusat khidmat. So, kami pun tak tahu berapa baki peruntukan pembangunan. Tiba-tiba bulan 10 bagitahu ada RM180 ribu tak pakai. Kelam-kabutlah. Masa tu lah menyenaraikan, dan majoriti yang senarai tu ditolak. Tak mengikut arahan kewangan. Ada benda-benda yang tak boleh. Nak baiki rumah. Nak repair rumah sebab bencana tak boleh. Kena minta dengan daerah. Bila tanya daerah, daerah kata tak ada duit. Nak baiki rumah bencana ni, tak boleh tunggu bulan depan. Atap dah terbang. Peruntukan kami tak boleh dipakai untuk itu. Saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini. Jangan terlalu rigid. Hanya peruntukan-peruntukan pembangunan nak repair surau, repair dewan itu sahaja yang boleh. Ada perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat juga perlu diberi perhatian.
Saya ucap tahniah, syabas kepada Exco yang menjaga kebajikan. Dulu saya bangkitkan isu kelewatan penerima Tabarruk dan sebagainya. Hari ni dah mudah, dipercepatkan. Makna ada tindakan-tindakan diambil. Berkaitan dengan peruntukan pembangunan di pihak Pembangkang ni, dapatlah dilaporkan statusnya. Janganlah tunggu dah bulan 10 baru nak maklum. Itu yang mungkin berlaku, ada sebahagian yang tak berbelanja. Bila dihantarkan senarai, tak lulus. Saya tak salahkan Kerajaan. Saya tak salahkan kawan-kawan. Tapi mungkin pertama kali. Sebab sebelum ini 2022 kita terima macam biasa, tak ada masalah. Bila laksanakan secara yang baru, sistem yang baru di mana sesiapa sahaja dalam kawasan Dun boleh memohon. Itu yang timbul masalah. Kalau balik kepada tahun 2022. Alangkah baiknya. Betul tak? Lebih mudah kita menguruskannya. Jadi minta Yang Amat Berhormat pertimbangkanlah. Kembalilah kepada yang dulu. Sebab perkara ini sebenarnya dibangkitkan secara bersama waktu saya berada dalam Kerajaan. Saya sebutlah ayatnya simple je Yang Amat Berhormat sebut kat saya. "Nol, susah jadi Pembangkang tak ada peruntukan. Jadi kita buat keputusan. Siapa juga Kerajaan, tak kira siapa. Semua kita bagi peruntukan sama rata”. Alhamdulillah, saya pun bersetuju waktu itu. Tahun pertama je. 2023 buat sistem baru dan akhirnya bagi masalah yang lain timbul. Jadi, saya harap Yang Amat Berhormat sebagai seorang pemimpin yang prihatin, yang komited, yang ingin melihat rakyat. Kami juga rakyat, kami juga membantu rakyat. Dapatlah mempertimbangkan cara pelaksanaan dan juga agihan itu dapat diberi sama rata. Mungkin tak sama rasa. Sekurang-kurangnya ada. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ada masa lagi tak?
2 minit.
Oh, 2 minit.
Tadi sudah tambah 8 minit.
Oh ya. Ok. Terima kasih. Saya pun tak banyak lagi cuma satu lagi saya nak. Saya ni kalau soal padi ni saya kena kena kena sebut jugak. Walaupun hari tu saya dalam dalam soalan tu saya ada tanya. Saya agak tertariklah bila melihat statistik atau pun statistik Pertanian Negeri Perak. Iaitu berkaitan dengan kawasan tanah terbiar untuk pertanian ni 11,013 hektar atau pun 10.8% tanah terbiar. Uih, besar ni. Kita ranking yang ke-4 daripada seluruh negara. Besar ni. Bayangkanlah 11 ribu ni terbiar begitu sahaja. Tak dapat memberi pulangan hasil walaupun keluasan bertanam padi sejumlah 74,594 hektar. Kita di tempat yang ke-2. Tapi yang agak mengejutkan purata hasil padi kita 3.617 kg per hektar. Tempat yang ke-9. Tanah, tempat yang ke-2 kawasan bertanam. Hasil, tempat yang ke-9. Sesuatu perlu dilakukan. Kita ada kawasan tanah yang luas yang menyumbang lebih kepada 95% keluaran beras cukup untuk Negeri Perak tetapi purata hasilnya sebenarnya terlalu rendah.
Di Sungai Manik sendiri ada masalah-masalah infrastruktur yang masih lagi dalam proses dibangunkan sehingga hari ini. Agak lama lah. Yang ada yang terbengkalai lah, sebagainya. Jadi yang ini pun perlu dilihat. Pihak IADA perlu buat membuat penilaian tentang kontraktor-kontraktor yang dilantik, yang mampu untuk melaksanakan projek. Ini bila terbengkalai, terhenti dan sebagainya. Dia bagi kesan kepada pesawah dan petani. Jadi, saya harap pihak IADA dapat memberi perhatian yang khusus. Dulu waktu Pengarah Pertanian sekarang jadi Pengarah IADA, saya tak ada masalah. Masalah ini timbul dan ini agak mendukacitakanlah. Itu belum sebut soal banjir. Soal baru ni ada kenaikan air di kawasan sawah padi dan sebagainya yang menyebabkan habis terhapus tanaman. Ini baru soal nak mendapatkan hasil. Jadi kalau, kalau ini tidak dibendung daripada awal, mereka-mereka, pesawah padi ini akan bertambah hutang kepada pihak yang memberi pinjaman untuk mereka menguruskan padi dan akhirnya bagi kesan kepada Kerajaan Negeri.
Sasaran yang hari ini telah pun dicapai, yang kita banggakan mungkin tahun depan akan berkurangan. Jadi, saya harap pihak Kerajaan juga dapat membantu lah. Kalau semata-mata ada IADA mengharapkan peruntukan daripada Pusat, mungkin ada elemen-elemen atau pun segmen-segmen yang di mana Kerajaan Negeri boleh memberikan peranan. Sepertimana hari ini, Jabatan Pertanian memainkan peranan untuk kawasan sawah padi di luar jelapang padi. Di luar jelapang padi. Yang dalam jelapang padi semua di bawah IADA. Yang di luar jelapang padi dengan dengan sumbangan daripada SADC dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Boleh kita berkongsi ilmu dan berkongsi pengetahuan. Bagaimana kita nak memastikan kawasan padi di Negeri Perak ini akhirnya boleh memberi hasil yang maksimum seperti di Sekinchan, seperti di daerah-daerah lain, seperti di Chui Chak pun cukuplah. Tak payah Sekinchan. Chui Chak. Chui Chak pun kawasan saya juga. Kawasan sawah padi yang di luar jelapang padi. Tengok hasil dia macam mana. Tapi yang sedihnya di kawasan saya ni hasilnya di bawah 4 metrik tan sehektar. Jadi itulah antara beberapa isu yang saya bangkitkan dan saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk Sungai Manik untuk bercakap pada sesi perbahasan ini dan saya menyokong apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Bajet. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sungai Manik. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco-Exco, Yang Berhormat Adun-Adun, semua pegawai kerajaan yang ada dalam sidang Dewan pada pagi ini. Semua yang mengikuti siaran langsung di atas talian pada hari ini. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan saya pada hari ini, izinkan saya terlebih dahulu menyampaikan serangkap pantun.
Bunga mawar di atas meja, Harum semerbak mewangi udara, Amanah rakyat, hemat belanja, Perak Makmur, Rakyat Sejahtera.
Dari Semanggol ke Selama, Bunga mawar mekar berseri, Fitnah ibarat api yang menyala, Membakar hati, merosakkan diri.
Dengan penuh rasa hormat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Kerajaan Negeri Perak atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025. Belanjawan ini merupakan dokumen yang penting yang mencerminkan komitmen kerajaan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan negeri bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, Saya ingin mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri dalam menambah baik dan mempertingkatkan connectivity infrastruktur terutamanya di Daerah Manjung. Timbalan Yang di-Pertua, yang saya ingin memetik di sini dalam Belanjawan 2025, ada 2 projek jalan utama yang dinaiktaraf di Daerah Manjung iaitu sebanyak RM706.5 juta bagi menaiktaraf Jalan Persekutuan FT5 Teluk Intan Ke Kampung Lekir dan kedua, RM143 juta bagi menaiktaraf Laluan FT60 dari Damai Laut ke Changkat Jering.
Timbalan Yang di-Pertua, saya percaya projek-projek ini adalah sangat penting terutamanya sekarang di Daerah Manjung kita akan ada satu projek utama di mana LuMIC akan dibangunkan dan sekarang juga di luar sana. Masyarakat kita tengah bertanya-tanya apakah status LuMIC sekarang? Kita tahu sebelum ini sudah ada satu kajian feasibilitydengan izin feasibility study yang telah dijalankan dan sudah dapat hasil dan saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri. Bilakah kita boleh tahu apakah hasil kajian tersebut dan bilakah LuMIC ini akan bermula dan saya juga ingin mencadangkan di sini untuk menjayakan projek sebesar LuMIC ini? Saya ingin cadangkan supaya Lebuh Raya Tanjong Malim-Lumut dan landasan kereta api dari Batu Gajah ke Lumut juga boleh dibangunkan dengan secepat mungkin supaya connectivity di Daerah Manjung adalah dipertingkatkan untuk menarik pelaburan asing untuk melabur di LuMIC ini. Saya juga ingin menyaran kepada Kerajaan Negeri walaupun projek-projek utama ini dijalankan tetapi kita juga kena mementingkan asas infrastruktur yang akan menjamin keselamatan di jalan raya. Saya ingin menyaran dan menyeru JKR untuk membuat penyelengaraan kepada asas infrastruktur ini. Contohnya, lampu jalan di Daerah Manjung, dua tahun ini sudah ada penambahbaikan dan boleh lagi ditambah baik. Boleh kita tukar ke lampu LED ataupun lampu solar dan sebagainya dan juga di Daerah Manjung, kami nampak ada papan tanda jalan yang rosak mungkin kerana kemalangan jalan raya tetapi sampai sekarang belum digantikan lagi. Ataupun garisan jalan ataupun road curb yang hitam putih tu sudah pudar ataupun pagar besi di tengah-tengah jalan tu pun sudah rosak dilanggar tetapi belum digantikan lagi. Ini amat penting supaya dari segi keselamatan jalan raya, kita pun mementingkan.
Dan Timbalan Yang di-Pertua, yang keduanya, saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana menekankan keselamatan bekalan makanan iaitu fokus kelima dalam Belanjawan 2025 di mana pelbagai peruntukan telah diperuntukkan untuk menjamin keterjaminan bekalan makanan. Saya menyokong penuh usaha ini, namun, saya juga ingin menekankan satu perkara yang sangat serius. Saya ingin menarik perhatian di mana RM23.4 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sebenarnya kita dalam Dewan yang mulia ini tahun lepas kita pun sudah membahaskan tentang pindaan Enakmen Perladangan Unggas di mana denda telah dipertingkatkan kepada pengusaha-pengusaha yang membiakkan lalat tetapi sehingga hari ini selepas enakmen ini telah dikuatkuasakan pada bulan 7 tahun ini masih lagi gangguan lalat ini menjadi satu isu yang sangat-sangat serius. Ini bukan sahaja di Dun Astaka, saya percaya di Dun Pengkalan Baru,
Dun Pantai Remis, Dun Pasir Panjang pun kita banyak bincangkan isu ini dalam mesyuarat JTPD. Saya mengharap berharap Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar memberi fokus yang cukup-cukup dan saya juga ingin mencadangkan supaya satu satu penguatkuasaan unit penguatkuasaan boleh ditubuhkan bukan sahaja untuk penguatkuasaan juga untuk pemantauan dari segi pergi secara berkala untuk membuat pemantauan di ladang-ladang ayam kerana isu ini bukan sahaja mengganggu kehidupan seharian penduduk tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan dan kebersihan persekitaran.
Bayangkan satu mangkuk nasi yang putih boleh jadi hitam. Begitu serius masalah lalat di Daerah Manjung, tempat-tempat seperti Bandar Baru Setia Awan Perdana, Simpang Lima Pekan Gurney, Simpang Dua Kampung Koh. Semua tempat ini penuh dengan lalat kerana ada juga banyak ladang-ladang ayam di sekeliling dan oleh itu, saya ingin juga menyaran adakah sudah tiba masanya kerajaan tempatan kita untuk mengkaji semula kelulusan-kelulusan KMT yang diberikan kepada ladang-ladang ayam ini. Kerana kita tahu untuk membuat pemutihan KMT telah di luluskan dan permit sementara diberikan dan saya rasa kita kena cari masalah dan menyelesaikan secara akarnya.
Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, saya sebenarnya dalam teks saya pun ingin menyebut tentang isu banjir kilat tetapi memandangkan Adun-Adun lain tadi sudah membincangkan isu ini, saya hanya memohon kepada Kerajaan Negeri supaya juga tidak mengabaikan isu banjir kilat sepertimana yang disebutkan tadi kerana semestinya banjir telah di peruntukkan untuk RTB-RTB dalam Belanjawan 2025 ini tetapi banjir kilat di pekan Sitiawan masih berlaku dan masih memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu kita mengatasi masalah ini dan sepertimana yang dikatakan Bercham tadi, saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Perak kita kerana sentiasa prihatin. Exco Yang Amat Berhormat Menteri Besar pernah turun ke PPS untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan bukannya seperti di Kelantan Exconya kata untuk jadikan produk pelancongan. Saya harap Exco pelancongan kita tak belajar dari segi ini.
Yang seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu masalah sosial yang akan di jadikan satu isu yang yang besar di mana di daerah Manjung kita penuh dengan kes bitcoin mining dengan izin bitcoin mining yang melibatkan kecurian elektrik bitcoin. Saya memberi satu saya ingin berterima kasih kepada Timbalan Menteri yang turun ke Daerah Manjung untuk untuk membuat penguatkuasaan untuk mencari tempat-tempat yang menjalankan kegiatan bitcoin tetapi Timbalan Yang di-Pertua, selepas penguatkuasaan ini, banyak ramai pemilik-pemilik kedai ataupun pemilik rumah datang ke pejabat saya kerana mereka di beri satu surat tuntutan surat cinta daripada TNB untuk menuntut kerugian pampasan daripada segi bil eletrik kerana mereka tidak menukar nama akaun di TNB.
Timbalan Yang di-Pertua, sebenarnya ini tidak menyelesaikan masalah bitcoin mining ini kerana mereka semua ada membuat perjanjian sewa antara pemilik rumah dengan penyewa tetapi yang yang identiti itu mungkin tidak dapat dijumpai dan sekarang mereka yang bayar ansuran rumah dan kedai dengan susah mereka di beri satu surat tuntutan, ada yang berpuluh-puluh ribu, beratus-ratus ribu. Yang paling saya nampak di sini hampir RM900 ribu yang dituntut oleh TNB dan secara jujurnya, mereka kata mereka memang tak mampu untuk bayar dan mereka kata tunggu saman bankrap ini akan jadi satu masalah sosial yang yang serius kerana mereka sebenarnya juga seorang mangsa daripada bitcoin mining yang mencuri elektrik TNB. Rumah mereka dirosakkan dan mereka sebenarnya. Saya ingin mencadangkan kepada TNB kalau orang-orang ini atau pemilik-pemilik rumah mereka ada perjanjian sewa yang bersetem mohon TNB untuk mengecualikan tuntutan-tuntutan mereka kerana kalau kita buat macam ini, penyewa-penyewa yang sebenarnya membuat bitcoin mining dia senang sahaja dia akan tukar ke tempat lain. Dia akan lagi menjalankan kegiatan bitcoin mining dan tripping electric masih akan berlaku lagi di Daerah Manjung dan ini juga menjejaskan sektor ekonomi di sana.
Yang berhormat Astaka. Terima kasih atas ruang yang diberi. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat bersetuju dengan cadangan ini atau tidak di mana khususnya seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi di mana sekiranya sampai bil tertunggak itu sampai RM900 ribu lebih, tetapi malahan di bil elektrik tiang lampu di Kampung Bemban, Kampung Baru Bemban, Kampung Baru Bali, Kampung Baru Nala ini setakat RM5 ribu tak sampai 10 sudah menerima pun notis untuk pemotongan elektrik. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Sama ada Yang Berhormat bersetuju atau tidak. Di mana sekiranya pihak TNB membuat satu, satu peraturan di mana mengehadkan jumlah tunggakan itu terima kasih.
Saya setuju dan saya juga sudah bincang dengan pihak TNB dan sebenarnya TNB akan mula untuk menggantikan meter-meter lama dengan meter-meter digital yang lebih baik untuk memantau daripada segi mereka punya bil. Tapi dalam isu ini sebenarnya yang RM900 ribu itu bukan tunggakan, tetapi adalah satu pengiraan pampasan yang kerana yang menjalankan aktiviti bitcoin ini mereka biasanya mereka tak lalui meter pun mereka akan terus tap daripada kabel kabel elektrik di luar. Oleh itu, pengiraan ini adalah satu pengiraan daripada pihak TNB dan sangat membebankan pemilik-pemilik kedai dan pemilik-pemilik rumah. Oleh itu, saya mencadangkan TNB untuk menyelesaikan masalah ini. Menyelesaikan masalah Bitcoin Mining ini bukan dengan mencipta satu lagi masalah yang lebih serius.
Timbalan yang di-Pertua Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meningkatkan peruntukan kepada Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) daripada RM10 juta tahun ini kepada RM12 juta pada tahun hadapan. Saya juga mengalu alukan usaha Kerajaan Negeri dalam menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan peruntukkan RM0.2 juta bagi pelaksanaan pelbagai program integrasi nasional. Saya di sini saya ingin mencadangkan peruntukan ini perlu dipertingkatkan kerana saya nampak usaha Kerajaan Negeri dalam mengekalkan keharmonian antara kaum dalam negeri kita yang sayangi ini. Namun, di sebalik segala pembentangan yang mantap, ada yang cuba merosak keharmonian dengan tipu daya berkata bohong, fitnah disebar agar perpecahan tercipta dan bukan untuk perpaduan di negeri yang kita sayangi ini.
Timbalan Yang di-Pertua tadi kita nampak sikap Gunong Semanggol dalam Dewan yang mulia ini di luar dia melontarkan fitnah di dalam Dewan ini masih melontarkan tohmahan dan fitnah dan saya ada di sini, rekod Gunong Semanggol melontarkan fitnah-fitnah sepanjang beberapa tahun ini dan semua rekod ini masuk ke mahkamah dan membayar pampasan ataupun mohon maaf. Saya boleh baca submit satu demi satu. Yang pertama sekali enggan mohon maaf. Razman sedia berdepan saman fitnah Anwar. Masa tu dia tidak memohon maaf lagi tetapi selepas masuk ke mahkamah, Gunong Semanggol dia mohon maaf kepada Anwar isu LGBT. Bukan sahaja, di yang berkaitan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mangsa juga ada dalam Dewan yang mulia ini iaitu Adun Sungai Rapat. Pada tahun 2017, Pesuruhjaya PAS Perak kena bayar RM200 ribu kepada Nizar iaitu Adun Sungai Rapat yang duduk di sini sekarang dan yang paling paling menakutkan yang saya baca ini, yang ini sebenarnya risalah satu news reports dengan izin daripada Harakah Daily Razman bayar saman tidak gadai prinsip. Apa prinsip-prinsip dia selepas fitnah dia bayar dia teruskan lagi. Itukah pemimpin yang kita nak mengangkat di negeri kita. Saya harap ini pengundi-pengundi di luar, rakyat di luar kena menilai adakah ini pemimpin yang kita ingin mengangkat? Bukan itu sahaja, Exco Perak diperintah bayar Guan Eng RM250 ribu atas dakwaan larangan bertudung dan selepas kalah Gunong Semanggol buat rayuan di mahkamah dan keputusan Razman bayar ganti rugi RM250 ribu kepada Guan Eng kekal.
Yang Berhormat.
Ingat ini semua rekod fitnah. Ini semua rekod di mana bukan orang lain. Gunung Semanggol seorang sahaja ada tiga kes fitnah.
Berhormat Timbalan Speaker mahu mencelah.
Boleh.Tapi saya harap Gunong Semanggol sendiri yang menjawab. Kalau nak bela diri datang ke dalam Dewan sekarang pergi ke mananya.
Saya cuma nak tanya saya rasa isu itu dengan…
Takpa takpa takpa. Pemimpin PAS, saya pun ada
Apa kaitan you punya…
Ok, you sabar dulu nanti saya habiskan dulu nanti saya akan bagi laluan nanti.
Astaka sila sambung.
Ya.
Yang lain, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.
Sini saya boleh menunjukkan ini bukan saya yang buat saya terus terang kata ini netizen yang buat di mana sini dia mengatakan PAS bayar lebih RM2 juta lebih sejak 2016 akibat kalah saman fitnah. Ini senarai 10 fitnah yang dikeluarkan.
Speaker.
Perintah Tetap. Timbalan Speaker, Perintah Tetap.
Dan saya semak satu persatu kerana tak mahu fitnah PAS. Oleh itu saya harap.
Speaker, Standing Order, Standing Order…
Saya harap…
Takda kaitan dengan bajet, takde kaitan dengan bajet kenapa dibentang?
Sila baca. Mana?
Seseorang ahli hendaklah mengehadkan pandangannya kepada perkara…
Mana, mana Perintah Tetap mana?
40 (1)
40
(1). Seseorang ahli hendaklah mengehadkan pandangannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan sebarang perkara yang tidak berkaitan dengannya.
Terima kasih.
Saya, saya melihat…
Tadi fitnah pun tak ikut bajet.
Apa saya mendengar pihak kerajaan tadi membangkang pihak ketua bangkang, katanya. Isu dibangkitkan tidak berkaitan dengan perbahasan.
Ya…Ya…Ya, saya boleh jawab. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua ini dalam belanjawan. Memang isu yang kita nak bincang bagi sambung.
Yang lain semua duduk bagi Astaka sambung.
Pakai Perintah Tetap masa Gunong Semanggol…
Saya terima cadangan sana tadi…
Dalam…
Duduk semua bagi Astaka sila.
Dalam belanjawan. Memang ini disebutkan peruntukan telah diberikan untuk menyemarakkan perpaduan dan juga dalam teks Menteri Besar kita. Saya rasa sakit hati saya nampak di perenggan 146, kata kerajaan ini dihina dengan gelaran kerajaan tidak boleh diharap seolah olah kerajaan yang saya pimpin ini tidak pernah berbuat apa apa kebaikan kepada rakyat. Saya sebagai Menteri Besar pula dilabel dengan cacian MB biadab seolah olah saya sedang melakukan penindasan dan penganiayaan ke atas rakyat. Ini saya boleh jawab ini memang berkaitan dengan belanjawan teks belanjawan kita. Menteri Besar sampai seorang menteri besar perlu sebut dalam belanjawan. Biar fitnah dan tohmahan yang di lontarkan oleh Gunong Semanggol bukan sahaja di sini dan saya sekarang saya nak merujukkan balik kepada isu tadi. Fitnah dan pembohongan yang cukup besar yang mengatakan Adun Kepayang dan kita punya Exco Pasir Bedamar terlibat dalam program ataupun aktiviti mengibarkan bendera negara China. Saya mencabar Gunong Semanggol untuk menunjukkan bukti dan kalau tidak dapat menunjukkan bukti, saya akan merujukkan Gunong Semanggol kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk dihukum.
Setuju.
Saya sempat sampai sekarang saya cakap begitu banyak Gunung Semanggol tak ada tak nak bela kan diri. Timbalan Yang di-Pertua…
Mohon celah.
Berani cakap lepas tu hilangkan diri.
Ya, Yang Berhormat? Ada tak Yang Berhormat boleh bagi tau sama ada Gunong Semanggol sudah bayar semua saman tu dan saya pun hairan mengapa dapat bayar begitu begitu kaya untuk bayar semua saman ni.
Saya pun rasa hairan tapi memang dia bayar. Saya pun kena rujuk kepada kes dengan Sungai Rapat. Di mana saya selepas saya baca berita berita ini baru saya tahu. Masa itu dia beri cek. Post-dated betul Sungai Rapat. Selepas itu baru dia bagi cek lagi. Memang sudah bayar saman itu dan RM250 ribu.
Yang Berhormat Timbalan Speaker…
YB ENCIK JASON NG THIEN YEONG (ASTAKA Memang kita tak tahu mana datang dia bukan duit.
Itu isu peribadi Yang Berhormat
Mana masuk dalam bajet benda ini.
Takda kaitan dengan bajet.
Timbalan Speaker perlu buat rulling.
Mana Semanggol, mana Semanggol minta dia masuk kena berani la…
Yang Berhormat sebelah sana kalau saya ada Ketua Pembangkang begitu tu tukar la saja, malu, malu sangat baru tukar pembangkang baru cara macam ini. Dengan perangai beliau memang malu sangat.
Yang nak bangkit menyentuh Ketua Pembangkang. Maklumkan dulu senang kami panggil dia duduk.
Timbalan Yang di-Pertua saya…
Panggil lah sekarang. Panggil lah sekarang.
Sekarang waktu tengah hari.
Tadi…
Waktu makan…
Ada maklum tak
Kita bergilir gilir lepas tu bangkit
Mohon fokus kepada bajet, mohon fokus kepada bajet.
Timbalan Speaker kena tegas.
Jika mahu bela diri…
Saya rasa sudah cukup semua Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Sila Astaka sila sambung
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya cukup…cukup hairan, rasional ataupun cara pemikiran Pembangkang tadi, bila Gunung Semanggol membangkitkan isu ini, bukan isu individu, dia bangkitkan boleh, lontarkan fitnah boleh, saya bangkitkan di sini tak boleh. Ini logik Pembangkang
Speaker tadi dah buat ruling.
Haa. Takpe..takpe.
Pihak sana dah bangkit.
Nak bela tuan boleh. Nak bela tuan boleh. Tapi lebih baik dia datang sini untuk bela diri. Ok, saya teruskan. Timbalan Yang di-Pertua…
Maaf Astaka mohon mencelah. Terima kasih. Saya nak bangkitkan ya. Perintah Tetap ini bukanlah satu dokumen ataupun satu perintah yang kita boleh main-main bangkitkan sahaja Yang Berhormat. Saya nak…
Setuju, setuju.
Bangkitkan isu ini 41 Yang Berhormat. Seseorang Ahli hendaklah mengehadkan pandangannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja. Tadi YB Gunong Semanggol dah dengan berani buka suara dan mengemukakan dan membangkitkan isu-isu yang dibincangkan. YB Astaka hanya mengambil peluang ini untuk reply sahaja untuk membalas, apa masalahnya dengan perkara tu, saya tak faham.
Betul dan ini sebenarnya dalam teks Belanjawan. So, kalau kata luar daripada topik itu sangat tidak betul dan saya sudah cadangkan saya rasa
Itu soalan peribadi, mana ada dalam teks.
RM0.2juta ini perlu dipertingkatkan kerana ada pihak seperti Pembangkang yang sengaja merosakkan keharmonian perpaduan di negeri kita.
Isu peribadi tidak ada dalam teks.
Kita perlukan peruntukan yang lebih. Ini dalam bahas…
Itu mana ada dalam teks.
Ok, biar…biar…biar saya jawab.
Tidak ada dalam teks.
Kalau ada pihak yang sengaja merosakkan perpaduan, Kerajaan Negeri terpaksa memberi peruntukan yang lebih banyak…
Balik kepada isu…
Yang lain, sila jangan ganggu. Bagi Astaka sila sambung. Yang lain semua duduk.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya bangkitkan ini kerana sayang, saya sayangi keharmonian yang kita capai dalam negeri kita ini. Sudah beberapa tahun politik kita tidak stabil dan sekarang sudah stabil. Kita nak memajukan induk ekonomi kita tetapi pihak di sana sengaja mempermainkan isu-isu sentimen perkauman
Mohon mencelah Yang Berhormat. Ok saya ingin bertanya Yang Berhormat, memandangkan Gunong Semanggol sudi untuk membuat bayaran yang sebelum ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Gunung Semanggol mengakui kesilapannya ataupun kesalahan yang dibuat olehnya?
Ya saya haraplah Gunong Semanggol boleh bertaubat, insaf dan pulang ke pangkal jalan selepas ini kerana sudah tiga kes fitnah dan kemudiannya Adun Kepayang juga akan saman dia dan saya percaya akan kalah juga. So, sila bertaubat dan insaf.
Sekarang. Setuju tak yang pihak Ketua Pembangkang tidak menjalankan tugasnya sebab saya rasa 20 minit yang pihak YB Astaka apa membahas tapi masih tidak kelihatan beliau masuk ke sidang Dewan dan ini sidang Dewan dia sepatutnya berada di sini sentiasa.
Ya, saya setuju. Saya sudah cabar dia tak masuk tak apalah. Biar biar rakyat menilai.
Astaka.
Ya, Alor Pongsu kawan saya.
Bajet perpaduan berapa, berapa ya?
RM0.2juta. Ya.
RM2juta.
RM0.2 juta untuk…
Perpaduan?
Ya, betul.
Ok, daripada total semua peruntukan, kita ada berapa bilion kan? Kesian sedikit sangat.
Yes, betul saya setuju sangat Alor Pongsu.
Bincang yang banyak tu.
Ya…Ya…Ya boleh. Ya…Ya boleh… boleh. Saya setuju. Oleh itu, saya tadi saya sudah katakan saya cadangkan untuk tambah lagi peruntukan kerana ada pihak yang merosakkan perpaduan. Terpaksa. Macam kita punya kereta sudah rosak kena baiki. Ok, terima kasih. Saya masuk kesimpulan. Secara keseluruhannya, saya menyambut baik Belanjawan 2025 Negeri Perak yang dibentangkan. Belanjawan ini memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan peningkatan infrastruktur yang akan membawa manfaat kepada seluruh negeri. Saya berharap dengan kerja semua kerjasama semua pihak termasuk Pembangkang, Belanjawan 2025 ini akan terus dilaksanakan dengan jayanya, demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak yang tercinta. Sekian terima kasih. Astaka mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Astaka. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat sejahtera. Selamat Tengah Hari. Alhamdulillah, (Bacaan Ayat al-Quran). Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud lebih kurang, Sekiranya kamu ingin menghitung nikmat-nikmat Allah ke atas kamu, nescaya sekali-kali kamu tidak akan dapat berbuat demikian. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri, rakan rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada blok kerajaan dan blok bukan kerajaan, pegawai-pegawai kanan Kerajaan
Persekutuan dan Negeri, petugas-petugas media, sidang hadirin dalam Dewan dan di atas talian yang saya hormati sekalian.
Timbalan Yang di-Pertua, sebelum meneruskan perbahasan panjang ingin mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih merakamkan ucapan tahniah bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 1 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku.
Seterusnya Pasir Panjang menzahirkan kesyukuran pada Allah Subhanawa Ta'ala dan mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2025 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera yang dibentangkan pada 29 Disember 2024 yang lalu. Tahniah diucapkan pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52bilion. Satu peningkatan yang besar RM170juta berbanding tahun lalu menjadikan ia belanjawan yang terbesar yang pernah dibentangkan. Ucapan tahniah juga dipanjangkan kepada seluruh jentera Kerajaan yang telah diganjarkan dua bulan gaji seperti mana ia diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebagai penghargaan ke atas pengorbanan kalian membangunkan negeri ini di sepanjang tahun 2024. Semoga kalian lebih cemerlang pada tahun-tahun yang akan datang. In shaa Allah.
Timbalan Yang di-Pertua, Pasir Panjang ingin berkongsi beberapa cadangan konstruktif. Berkaitan perancangan dan pelaksanaan pembangunan infrastruktur Negeri Perak yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, sejahtera rakyat dan keutuhan serta kestabilan sesebuah negeri. Berkaitan dengan belanjawan apa yang telah diperuntukkan, sudah jelas dalam pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan diperjelaskan lagi oleh Adun Bercham tentang apa yang telah dibentangkan. Jadi Pasir Panjang pada hari ini ingin mengambil satu sudut yang berbeza. Iaitu apabila peruntukan yang begitu banyak diberikan, tentulah kita semua akan menghadapi satu tanggungjawab yang besar untuk kita melaksanakan demi meralisasikan Perak sejahtera 2030. Oleh kerana itu, jentera kerajaan yang terlibat sebagai agensi pelaksana ke arah merealisasikan matlamat ini. Pada pandangan Pasir Panjang, perlu diperkasakan supaya ia menjadi satu jentera yang lebih berwibawa, lebih berkesan dan lebih berdaya saing. Kerajaan tidak mungkin berjaya menunaikan janji kepada rakyat tanpa jentera anggota pelaksana yang cemerlang dan cemerlang.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk kita bangunkan sebuah jentera yang cemerlang, yang berwibawa, yang mampu melaksanakan amanah yang besar ini, paling banyak memetik dua potong ayat Al-Quran yang menyenaraikan kriteria-kriteria yang perlu ada pada setiap pemimpin dan anggota pelaksana. Allah SWT berfirman melalui ayat Al-Quran (Bacaan Ayat Al-Quran). Maksud firman Allah lebih kurang “Orang-orang Mukmin itu apabila disebut nama Allah, maka terasa gerun di hati mereka dan apabila dibacakan pada mereka akan ayat-ayat Allah, maka bertambahlah keimanan mereka dan kepada Allah mereka berserah”. Kriteria yang pertama, Timbalan Yang di-Pertua, takut dan gerun kepada Allah. Allah mengetahui setiap sesuatu yang zahir dan yang tersembunyi. Itulah yang mesti ada di dalam setiap diri, kepimpinan dan juga anggota pelaksana amanah yang sangat besar ini. Keduanya, firman Allah SWT Surah Al-
Qasas Ayat 26 yang bermaksud “Wahai ayah, ambillah dia sebagai orang upahan. Sesungguhnya sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”. Kedua ucapan ini dibuat oleh dua orang anak perempuan kepada Nabi Shuib A.S. kepada Nabi Musa kepada ayahnya untuk mengambil Nabi Musa sebagai pekerja mereka sebab dua faktor iaitu Nabi Musa seorang yang kuat dan amanah dan sifat ini diangkat oleh Al-Quran untuk dijadikan kriteria utama kepada kepimpinan dan juga anggota-anggota pelaksana amanah yang sangat besar ini. Kuat yang dimaksudkan ialah kuat dari segi fizikalnya, mentalnya, spiritualnya, kalau boleh kemahiran yang diperlukan sesuai dengan tanggungjawab kerja yang diberikan dengan erti kata yang lain, anggota itu perlu berkompeten tinggi dan bertanggungjawab. Dan sifat kedua yang disebut dalam ayat tadi ialah amanah ataupun berintegriti. Itu lebih penting daripada kompeten. Amanah menjaga harta dan wang ringgit dengan baik. Dewasa ini ramai yang kompeten tetapi tidak amanah.
Inilah yang yang dibimbangi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan apabila dalam Titahnya di dalam Sidang Konvension UM Ke-64, beliau menyebut dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, at present the Nation is greatly embarrase, the people are very concerned about the prevalence of corruption, mismanagement, abuse of power and breach of trust that have been reported dan kalau kita lihat dalam akhbar hampir setiap hari perkara-perkara seperti ini berlaku dan saya membawa idea ini untuk kita bincangkan, untuk kita fikirkan. Bukan menuduh. Di kalangan kita ada yang macam itu. Ada yang melakukan kerja-kerja yang tidak baik ini tetapi untuk kita menjadikan satu senjata, satu benteng untuk menghindarkan kita daripada kerja-kerja yang merugikan diri kita dan juga yang merugikan negara dan negeri dan akhirnya gagal mencapai matlamat yang dituju.
Dato’ Yang di-Pertua, justeru, Pasir Panjang mencadangkan agar jabatan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjadi agensi pelaksana projek-projek kerajaan yang mendapat peruntukan yang begitu banyak, jutaan bilion ringgit ini mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk memastikan setiap individu dan pasukan mereka disemai dan disuburkan dengan sifat yang disebut dalam Al-Quran, Qawiyyul Amin iaitu kuat dan amanah. Sekiranya ini berlaku makna apa yang yang dibimbangi oleh Sultan Perak tadi tidak akan berlaku. Ia tidak akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku, yang melambatkan perjalanan, yang menggagalkan matlamat negeri yang kita cintai ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan perbahasan dan membawa beberapa isu yang berkaitan dengan apa yang kita hadapi sekarang. Dalam jawapan Exco pada pagi tadi, Exco Perumahan ada menyebut tentang beberapa projek yang gagal disiapkan di Pasir Panjang khususnya. Di tempat lain pun ada. Tapi saya mengambil contoh Pasir Panjang. Saya mengambil contoh Perumahan Perakku Pasir Panjang Batu 14, Lekir yang pernah saya bawa ke Dewan ini pertama kali saya berbahas dan sampai ke waktu ini, yang mana Exco, belum lagi berpenghuni. Sudah siap dibina empat tahun. Sudah empat tahun raya. Janji dah banyak kali hinggakan YB pun tak berani nak masuk kampung. Sebab apa. Sebab bila kita masuk kampung dia tanya, “Tengok YB, dah tiga orang YB, dah tiga orang MB, tak selesai lagi” dan bila kita bercakap tentang, kita bawa negeri ke satu tahap yang lebih tinggi, yang makmur, yang berdaya saing, mereka kata kalaulah projek kecil ini pun tak dapat diselesaikan, macamana kita nak bergerak ke arah perkara-perkara yang lebih besar. Begitu juga dengan Perumahan Perakku Batu 10 yang dimaklumkan diambil alih oleh sebuah agensi kerajaan, namun sampai hari ini masih kaku dan kita mendapat berita bahawa ada peralatan-peralatan, barangan-barangan binaan yang ditinggalkan itu dah dicuri orang sebab kerajaan tak boleh buat, apa kata biar mereka buat rumah sendiri. Mereka tidak ada duit untuk membeli, mereka gunakan apa yang ada di situ.
Kita takut. Kita takut. Apakah perkara ini akan berterusan. Penduduk pun tanya? Pemohon yang lulus pinjaman pun bertanya. Jadi apakah penjelasan kita? Sampai bila kita nak kata bersabar? Sudah empat tahun? Sudah tiga tahun. Empat tahun mereka bersabar. Jadi harapan Pasir Panjang seperti mana komitmen yang diberi oleh Yang Berhormat Exco tadi agar perkara yang dapat diselesaikan dengan segera. In shaa Allah. Dengan peruntukan yang diberikan bagi pelaksanaan Projek Pinjaman Program Bina Baru Rumah Perak Prihatin dapat dimanfaatkan oleh pemohon yang tidak memenuhi syarat bank. Masalah mereka kini ialah mereka tidak dapat memenuhi syarat bank bilamana pinjaman yang pada asalnya dijanjikan pinjaman kerajaan. Tapi di alih kepada pinjaman bank, maka ramai yang tidak mampu, tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh bank dan untuk perumahan Batu 10, Rumah Perakku Batu 10 yang terbengkalai lama, mohon agensi yang diberi amanah mengambil tindakan segera. Kalau tidak kita akan terus dicemuh, kita akan dikecam, menjejaskan imej negeri kita, pentadbiran negeri. Itulah yang kita kita risau dan kita harap perkara yang dapat ini diselesaikan dengan…
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kacau ganggu daripada anjing yang berkeliaran. Hampir setiap hari Adun-Adun kita menerima aduan berkaitan dengan haiwan yang berkeliaran. Kacau ganggu yang menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa dan sebagainya. Jadi sidang Dewan sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa sekiranya kita ditanya sekarang kita sudah ada jawapan untuk diberikan sebab kita sudah menubuhkan… daripada keputusan dalam Dewan yang lepas, kita telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran Negeri Perak yang dianggotai oleh Adun-Adun daripada daripada kedua-dua belah dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberi peluang kepada Adun Manjoi, Adun Pasir Panjang dan Adun Batu Kurau untuk bersama-sama dalam jawatankuasa khas ini.
Cuba untuk memikirkan cara-cara untuk menangani haiwan-haiwan liar berkeliaran yang mendatangkan risiko kepada keselamatan rakyat. Antara tanggungjawab yang diberikan ialah mengenalpasti isu-isu dan masalah berpunca daripada kacau ganggu haiwan yang berkeliaran. Memberi cadangan kepada Dewan Negeri agar langkah-langkah kawalan dan pencegahan, menyemak enakmen sedia ada yang berkaitan bagi menambah baik peruntukan sedia ada, menggubal rang undang-undang baharu sekiranya tiada peruntukan tersebut bagi menangani masalah yang berkaitan, mengeluar laporan dan hasil dapatan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan Negeri dan setiap Adun dibekalkan dengan penyata menunjukkan pergerakan telah berlaku. Apa telah mulakan, mula bergerak. Kita mula mendapatkan maklumat-maklumat, data dan sebagainya untuk kita terus dengan menyediakan sesuatu enakmen satu hari nanti. In shaa Allah. Jadi bila mana kepada PBT, kepada agensi kerajaan bila mana kita mohon untuk melawat, untuk menemubual sila benarkan sebab bila kita pergi ke sana kita akan bawa balik dapatan-dapatan daripada agensi-agensi kerajaan untuk kita gunakan untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi berkaitan dengan anjing luar ini.
Antara yang kita nampak jalan dah untuk kita selesaikan ialah masalah lembu dan kerbau yang berkeliaran. Banyak masalah. Ada yang cedera langgar kerbau, ada cedera jaga lembu. Jadi bila kita selidik, kita buat pemerhatian, kita dapatkan data, rupa-rupanya lembu-lembu dan kerbau-kerbau ini tidak ada padang ragut yang cukup. Sedangkan kerajaan telah mewartakan padang ragut. Jadi persoalan di mana padang ragut itu pergi. Jadi bila kita siasat, kita tengok balik rupanya padang ragut itu yang luas itu sudah disalahgunakan oleh mereka di bawah sana. Mereka menjadikan padang ragut itu kebun sawit. Pada mulanya ada lembu, ada kerbau tetapi akhirnya menjadi kebun sawit. Mereka menyewa kepada pekebun-kebun untuk tanaman sayur dan sebagainya. Jadi akibat daripada itu lembu-lembu ini tidak ada tempat untuk meragut dan dia terpaksa meragut di kawasan perumahan dan juga di tepi-tepi jalan yang mendatangkan bahaya.
Yang Berhormat Pasir Panjang, Tronoh.
Silakan.
Terima kasih atas masalah yang dibangkitkan oleh Pasir Panjang. Sebenarnya di kawasan Dun Tronoh juga menghadapi masalah yang sama di mana Lebuh Raya Lumut khususnya Lebuh Raya Lumut ini selalu kita nampak lembu atau pun haiwan ruminan berkeliaran di atas jalan raya tersebut. Maka seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi di mana padang ragut yang tersedia itu telah disalahguna oleh pihak-pihak yang tertentu. Maka di sini saya ingin mencadangkan supaya Jabatan Veterinar membuat penyelarasan semula. Jadi saya ingin mendapatkan apakah sama ada Yang Berhormat bersetuju atau tidak sekiranya Jabatan Veterinar ini membuat penyelarasan semula dan menjadikan padang ragut itu digunakan dengan kaedah yang sebetul-betulnya? Terima kasih.
Terima kasih Tronoh. Memang banyak lembu-lembu berkeliaran di Tronoh. Ada satu hari itu malam itu saya terpaksa tunggu sampai 10 minit untuk memberi laluan kepada lembu-lembu untuk melintas pada waktu malam. Jadi cadangan Tronoh itu In shaa Allah akan diambilkira jawatankuasa ini untuk kita membuat penambahbaikan kepada peraturan-peraturan yang sedia ada.
Dato' Yang di-Pertua, kita juga membincangkan tentang anjing liar yang terlalu banyak. Sekarang ni bukan sahaja di taman, di pekan, di kampung-kampung pun banyak anjing sekarang ni. Kampung-kampung melayu anjing terlalu banyak. Jadi berkaitan dengan anjing ni kita sedang berhati-hati untuk membuat keputusan. Sebab apa sebab banyak kekangan-kekangan yang kita terpaksa melepasi tu. Tak boleh tembak. Ada akta yang melarang. Tak boleh bunuh secara zalim dan kita telah cuba untuk mendapatkan cara yang terbaik untuk kita melupuskan atau meniadakan anjing-anjing ini tetapi cara itu dikatakan akan menelan belanja yang agak banyak. Jadi sekiranya cadangan untuk mendapatkan cara terbaik itu dicadangkan dalam jawatankuasa kita minta sokongan daripada semua, sokongan daripada semua pihak terutama Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan secukup peruntukan untuk kita selesaikan masalah ini. In shaa Allah.
Dato' Yang di-Pertua, Pasir Panjang menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri yang menyediakan peruntukan untuk bantuan kotak makanan sebanyak RM5 juta. Satu nampak kecil tetapi sangat significant. Terima kasih YAB Menteri Besar kerana memang sangat diperlukan, sangat diperlukan oleh kita. Walaupun kita di pihak pembangkang kita cuma mendapat tiga kali sahaja. Tiga bulan sahaja kita dapat lepas tu berlaku krisis tampal menampal, tampal nama. Saya pun tampal tapi saya tampal tu sebab saya nak bagitahu in case you nak lagi pada masa datang boleh datang ke sini. Bukan nak menaikkan nama kita tetapi mungkin di salah anggap dan sebagainya kotak makanan ditarik balik. Ditarik balik sepertimana disebut oleh Kubu Gajah tadi diberikan kepada NGO tetapi NGO tu sampai hari ni tidak diberitahukan kepada kita dan kemudian setiap hari ada. Pasir Panjang tu kalau musim tengkujuh angin kuat, mereka tak dapat ke laut. Mereka beratur di depan sakiman. Jadi kita terpaksa sediakan sebab tahun-tahun lepas, bulan lepas kita boleh bagi. Bulan ni kita boleh bagi tetapi kita cuba jimatkan duit kita.
Pasir panjang hanya seminit lagi. Sila masuk perenggan yang terakhir.
Jimatkan duit kita untuk kita belanjakan wang kita untuk… Timbalan Yang di-Pertua lebih sikit.
Extra 2 minit saja ye. 2 minit.
5 minit lah.
2 minit. 3 minit… 3 minit. Sila masuk perenggan yang terakhir.
Dan kemudian dalam kita dah buat penjimatan di mana tiba-tiba wang perbekalan kita hilang sebanyak RM22,500. Semua. Setiap Adun bukan saja hilang RM22,500 pada tarikh 21 pada bulan Februari. Jadi bila kita lihat dan kita lihat rupanya dikeluarkan oleh seseorang atas nama seronok meriah beraya sejahtera bersama dan kita ingatkan wang itu diberikan kepada tok penghulu, tok sidang dan sebagainya. Bila kita tanya tak diberikan. Jadi persoalan kita kenapa duit tu diambil tanpa pengetahuan kita, tanpa kebenaran kita dan kemudian kepada mana duit itu dilaburkan atau pun diberikan. Siapa yang berhari raya sejahtera bersama dengan duit tersebut. Jadi kita minta pihak yang berkenaan memberi jawapan. Jadi kita harap kemudian. Timbalan Yang di-Pertua oleh kerana 5 minit. Saya datang mesyuarat awal tau. Jadi bagilah 5 minit lagi. Jadi akhirnya Pasir Panjang ingin memaklumkan beberapa permohonan. Yang pertama sekali di Daerah Manjung ni Pejabat Agama Daerah Manjung tidak seperti daerah-daerah lain punyai bangunan sendiri. Daerah Manjung tak ada, tak ada. Mereka masih menumpang dengan ehsan Pejabat Daerah dan Tanah sedangkan Manjung ni selalu ramai orang. Kalau kita pergi hari-hari dia ada menerima pelanggan. Hari perbicaraan penuh di bahagian ruang legar pejabat tanah tu.
Jadi kan kita minta Kerajaan Negeri mempertimbangkan sebuah bangunan khas untuk Pejabat Agama Daerah Manjung dan kemudian pula ramai rakyat di Manjung ni. Di sana pula hanya ada beberapa orang sahaja petugas, pegawai. Kita ada di sana kita ada gred S19, 2 orang, S22, 2 orang N29 1 orang. Jadi tidak mungkin mereka dapat melaksanakan kerja mereka dengan… Jadi kita minta perhatian dan pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan perkara yang kedua yang saya sudah sebut sebelum ini tapi belum mendapat apa-apa respon, sebut sekali lagi sebab bila mana kita ke situ sahaja kawasan tu je mereka tanya bila ni iaitu sebuah kompleks sukan di Mukim Lekir perlu diwujudkan kerana sehingga ini belum ada padang awam untuk kegunaan belia-belia dan anggota masyarakat beriadah dan bersukan di kawasan Lekir. Dikhabarkan sebelum ini ada sebidang tanah telah dikenalpasti dan sekarang peruntukkan pun hampir turun, orang kampung pun seronoklah tapi dialihkan ke tempat lain atas sebab-sebab tertentu yang kita pun tak tau sebab apa dan kemudiannya yang seterusnya ialah pejabat selain Pejabat Agama yang tidak ada lagi di daerah Manjung, daerah lain semua ada iaitu sekolah berasrama penuh dan MRSM. 2021 Yang Amat Berhormat pernah…
Masa tamat. Tadi 5 minit sekarang 5 minit tak boleh. Seminit masuk perenggan terakhir seminit ya.
Ok. Tolong lah. Belum ada lagi. Jadi kita minta. Kita minta. Sekarang ni kita dah ada Menteri Pendidikan Menteri Pengajian Tinggi yang yang daripada daripada daripada Pangkor daripada Lumut. Jadi mungkin boleh berunding untuk kita dapatkan bagi merealisasikan hajat dia tu. Timbalan Speaker, berbalik kepada perbelanjaan yang dibentang, kami masih yakin belanjaan belanjawan ini akan membuat semua orang tersenyum riang, tersenyum riang tersenyum lebar. Kecuali kami di blok pembangkang masih tidak jelas lagi apa yang akan kami dapat. Jadi, kita harap kita harap Yang Amat Berhormat sendiri pun pernah menyatakan dan merasai betapa sukarnya dan peritnya mengurus sesebuah Dun Pasir Panjang Dun yang kedua terbesar. Manjoi terbesar peruntukan sama, kita cuba uruskan tapi kalau tak bagi juga tengoklah macam mana macam mana keadaan kita. Jadi kita harap harap Yang Berhormat diberkati Allah SWT, dikurnia keafiatan dan membuat pertimbangan yang sebaiknya untuk bukan untuk Adun tetapi untuk kesejahteraan rakyat di bawah sana. Timbalan Yang di-Pertua Pasir Panjang pun masa lagi ke apa…
Habis dah habis.
Jadi kalau dah habis tu sepanjang mohon menyokong Belanjawan Perak 2025 seperti yang dibentangkan. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Terima Kasih Yang Berhormat dari Pasir Panjang. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Yang saya hormati Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri, rakan-rakan media dan pemerhati. Timbalan Yang di-Pertua saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan usul terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak di atas ucapan yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas ke atas pimpinan Kerajaan Negeri Perak yang diterajui Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila memacu pentadbiran Negeri Perak dengan jayanya seperti mana yang diteraskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.
Kesejahteraan Kerajaan Perak diterjemahkan menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025 berjumlah RM1.52 juta bilion iaitu terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negeri. Mengekalkan tema Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Peruntukkan belanjawan tersebut meningkat berbanding tahun lalu hanya RM1.35 bilion. Sebanyak RM981.80 juta diperuntuk untuk belanja pembangunan manakala RM538 juta bagi belanja mengurus. Peningkatan ini untuk membolehkan pertumbuhan ekonomi negeri terus berdaya saing dan pembangunan terus dilaksanakan. Belanjawan ini juga diteraskan lima fokus utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Pembangunan Modal Insan dan Belia, Kelestarian Alam Sekitar dan Keterjaminan Bekalan Makanan.
Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM678.65 juta iaitu hampir separuh dari keseluruhan belanjawan negeri tahun hadapan untuk dibelanjakan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai antara jentera paling hadapan dalam pelaksanaan Program Kesejahteraan Rakyat. Diperuntukkan RM45.94 juta bagi tujuan mengurus peningkatan RM3.14 juta berbanding tahun ini. Sebahagian besar peruntukan ini dibelanja bagi tujuan bantuan am berjumlah RM31 RM31 juta.
Memahami kekangan kos sara hidup yang kian menghimpit kehidupan golongan marhain. Kadar bantuan am menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ditambah RM100 lagi tahun hadapan. Ini menjadikan bantuan kepada 6100 penerima akan meningkat menjadi RM500 sebulan berkuat kuasa Januari 2025. Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan RM30.22 juta untuk melaksanakan empat Program Kesejahteraan Rakyat. Antaranya ialah Kad Perak Sejahtera sebanyak RM24 juta. Program Bantuan Kotak Makanan RM5 juta, Kedai Bergerak Negeri Perak RM82 juta dan Jualan Rahmah RM0.4 juta. Bagi usaha memperkasa pihak Kerajaan Tempatan pula, Perak memperuntukkan tambahan RM1 juta untuk pelaksanaan program baharu dalam usaha membangun dan memakmurkan negeri. Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan tanggungjawab menjaga setiap individu tanpa mengira latar belakang agama.
Jabatan Islam Negeri Perak diberikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM111.9 juta dan RM12 juta disediakan bagi tujuan Hal Ehwal Bukan Islam bagi tahun 2025. Sebanyak RM6 juta disediakan untuk Hal Ehwal Bukan Islam, kaum Cina dan Kampung Baru Cina manakala RM6 juta lagi disediakan untuk kaum India dan Kampung India serta lain-lain kaum. Di samping itu juga bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200 ribu bagi pelaksanaan pelbagai Program Integrasi-Integrasi Nasional. Dalam pada itu, di bawah peruntukan MARRIS, Kerajaan Negeri menjangkakan penerimaan peruntukan RM612 juta ini bagi penyelenggaraan jalan-jalan berdaftar di Negeri Perak pada tahun hadapan. Jabatan Kerja Raya Negeri pula mendapat RM199.9 juta yang mana RM90.69 juta bagi perbelanjaan mengurus manakala RM40 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek jalan dan jambatan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih YAB Menteri Besar apabila mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri ini dalam Belanjawan Negeri Perak 2025. BKK tersebut juga akan turut dinikmati Exco Kerajaan Negeri, Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, ketua-ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak program Mystep. Syukur Alhamdulillah. Semoga kedatangan tahun 2025 ini membawa kesejahteraan kepada rakyat Perak. Di sini juga sebelum saya memulakan menyambung perbahasan saya.
Saya ingin mengucapkan jutaan setinggi tahniah kepada Pengerusi dan barisan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak Darul Ridzuan di atas usaha yang keras menyiapkan laporan Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak ini. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit rumusan audit dari pengurusan projek Pembangunan Semula Pembangunan Perkampungan Nelayan (PSPN ) Pulau Pangkor dan Lumut. Di sini, rumusan audit menyatakan secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan pengurusan Projek PSPN, Pulau Pangkor dan Lumut adalah kurang cekap dan kurang berkesan kerana kesemua sasaran output dan keberhasilan tidak mencapai sepenuhnya. Selain itu, kelemahan dalam pengurusan projek menyebabkan penduduk masih belum menerima sepenuhnya manfaat daripada projek. Harapan saya pada laporan yang akan dating, peratusan pencapaian tidak tercapai ini akan menurun. In shaa Allah.
Timbalan Yang di-Pertua ini mengenai permohonan peruntukkan. Ya, seperti mana kita ketahui peruntukan daripada Kerajaan Negeri kepada Dun bukan diberikan secara khusus kepada wakil rakyat itu, sebaliknya ia adalah untuk pembangunan kawasan berkenaan. Peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Dun dan tidak ada dikatakan spesifik untuk wakil rakyat tersebut. Ini kerana wakil rakyat atau Adun peranannya ialah untuk koordinasikan dan peruntukkan itu. Sehubungan itu, penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sudah pasti akan dimanfaatkan kepada usaha membangunkan keperluan masyarakat termasuklah memulihkan ekonomi di Dun demi kesejahteraan rakyat. Sepertimana wakil rakyat lain. Salah satu rutin saya adalah turun padang bertemu rakyat. Khususnya aduan membabitkan mereka yang memerlukan bantuan. Misalnya, penduduk yang dilanda musibah. Mereka yang diberhentikan kerja perlukan bantuan perubatan, contoh bantuan kerusi roda dan bantuan barangan keperluan harian, membaiki rumah usang dan bermacam lagi. Syukur Alhamdulillah, suara yang saya angkat kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi berkaitan, antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Istiadat Melayu Negeri Perak dan Zakat Negeri Perak mendapat berita gembira apabila mendapat kelulusan bantuan. Apabila saya berkunjung semula dan memaklumkan berita gembira untuk penduduk yang memohon bantuan ini. Mereka sangat gembira dan bersyukur.
Selaku wakil rakyat dan pemimpin, tidak ada perkara yang menggembirakan dari memberi kepuasan selain dapat membantu masyarakat yang memerlukan dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka. Bagi pihak penduduk dalam Dun Pangkor, saya ingin menyampaikan ucapan jutaan juga terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membantu dan memberi kelulusan kepada permohonan kami. Saya juga ingin kongsikan ucapan terima kasih daripada anak-anak muda di Segari kepada kerajaan Negeri Perak apabila tempat untuk mereka bersukan iaitu gelanggang futsal di Batu 4, Segari secara rasminya beroperasi kembali. Gelanggang tersebut sebelum ini telah lama mengalami kerosakkan dan tidak sesuai untuk digunakan serta menjadi keluhan anak-anak muda setempat. Atas inisiatif sebagai Adun Pangkor, saya telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri bagi mendapatkan peruntukan membaiki gelanggang futsal ini dan alhamdulillah permohonan diluluskan.
Begitu juga beberapa aduan tentang permasalahan di kawasan Teluk Senangin yang pernah saya suarakan sebelum ini telah mendapat perhatian pihak bertanggungjawab. Antaranya pintu gerbang masuk ke kawasan peranginan popular, Teluk Senangin telah berwajah baru dan nampak lebih menarik. Juga pembaikan tandas awam di Teluk Senangin ini dapat mengangkat imej pantai Teluk Senangin terutamanya kepada pengunjung luar. Tindakan juga telah diambil dengan menaiktaraf keadaan selekoh dan jalan berbahaya dan berisiko kemalangan di Teluk Senangin. Kawasan teluk. Kawasan selekoh tajam ini telah dipasang dengan penanda anak panah reflector dan lampu amaran kelap kelip yang fungsinya untuk mengingatkan para pemandu supaya berwaspada pada waktu malam. Jalan lurus sebelum selekoh tajam ini juga dipasang dengan garisan kuning bertujuan supaya pemandu memperlahankan kelajuan sebelum melalui selekoh. Perhatian yang diberikan ini memberi makna besar kepada penduduk setempat. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak berkuasa yang telah mengambil maklum dan bertindak atas aduan yang dilaporkan. Justeru, harapan saya pada tahun 2025 yang bakal tidak berapa lama lagi agar permohonan bantuan kepada rakyat yang dibawa oleh Dun Pangkor dapat dipermudahkan diberikan dipertimbangkan yang sewajar agar akhirnya dapat dinikmati oleh rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, kenaikan cukai taksiran. Dalam situasi ekonomi rakyat yang tidak berapa baik kita menerima berita bahawa cukai taksiran ini akan disemak semula setelah 42 tahun tidak dilakukan sebarang penilaian. Kaedah penilaian semula ini dikatakan merupakan akses yang wajib dilakukan setiap lima tahun di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Saya memetik kenyataan YB Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak dalam media berkata, penilaian semula penting bagi memastikan harga nilai tahunan hartanah sedia ada lebih tepat. Menurut YB Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, penilaian semula semula ini sebenarnya lebih membawa kebaikan kepada pemilik hartanah dan bukannya bertujuan untuk menaikkan cukai. Apabila dilakukan penilaian semula ke atas hartanah itu, sudah tentu hartanah itu mempunyai harga yang tinggi berbanding dahulu. Difahamkan, Majlis Daerah Kerian merupakan pihak berkuasa tempatan pertama di Perak telah memulakan dan melaksanakan akses penilaian semula. Ketika ini, isu kenaikan cukai taksiran mendapat bantahan daripada penduduk. Berdasarkan laporan media tempatan, semakin ramai warga bandar raya mengemukan bantahan terhadap kadar baharu cukai taksiran 9% yang akan dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh. Isu kenaikan cukai taksiran juga mencetuskan pelbagai pertanyaan dalam kalangan penduduk di Dun Pangkor. Penduduk tinggal di luar bandar berbanding bandar. Kenaikan cukai taksiran semestinya memberi kesan besar kepada penduduk yang rata-ratanya berpendapatan kecil dan sederhana. Begitu juga kepada golongan peniaga dan usahawan yang mana kenaikan cukai bakal meningkatkan kos operasi mereka. Sehubungan itu, saya berharap agar Kerajaan Negeri melalui YB Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat memberikan penjelasan nanti.
Timbalan Yang di-Pertua, walaupun diberi jolokan Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim, pekan Lumut tidak lagi menjadi tarikan pelancongan, bahkan industri maritim. Ia umpama pekan mati yang disebabkan kurang dikunjungi orang luar terutamanya pelancong. Sebelum ini, Lumut sentiasa menjadi pilihan utama pelancong sama ada mahu bersiar siar atau berkunjung untuk menikmati pemandangan indah di pekan tepi laut yang menghadapi yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka. Baru-baru ini, akhbar Mingguan Malaysia telah menyiarkan laporan mengenai Lumut pekan mati yang mana berita ini telah menjadi perdebatan dalam kalangan warga Lumut dan Manjung termasuk pihak berwajib. Berita mengenainya boleh dibaca menerusi laman web Utusan Online. Jadi, saya tidak berhasrat untuk membawa isu ini ke dalam Dewan Dun. Sebagai Adun Pangkor, saya juga menerima beberapa aduan penduduk dan pelancong tentang pekan Lumut. Di antaranya cadangan-cadangan yang mereka suarakan supaya lampu lampu-lampu jalan ke Lumut yang di pasang pada waktu malam bagi kelihatan meriah dan bercahaya dan bukan hanya pada hari tertentu seperti waktu cuti dan perayaan.
Malah, ada sebahagian jalan yang gelap pada waktu hari-hari biasa. Dicadangkan juga agar pokok-pokok di depan kedai boleh dipasang dengan lampu-lampu agar bercahaya pada waktu malam sekaligus menjadi tarikan. Begitu juga dengan pintu gerbang di laluan pejalan kaki boleh dicantikkan dengan hiasan lampu dan tidak dibiarkan bergelap. Pengadu juga ada juga membuat aduan. Pengunjung juga mengadu sekiranya ada apa-apa acara atau sambutan di pekan Lumut yang menyebabkan penutupan jalan. Mohon diletakkan kon untuk jalan alternatif supaya pelancong luar senang hendak masuk kereta dan menurunkan barang-barang di jeti. Penutupan jalan tanpa menunjukkan arah laluan jalan alternatif menimbulkan kesukaran kepada pengunjung luar hingga terpaksa berpusing-pusing mencari jalan masuk. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan, bahawa pekan Lumut perlu melakukan transformasi dengan beralih sebagai pekan pelancongan yang ingin mengembalikan imej dan meningkatkan ekonomi domestik. Kelemahan tarikan sedia ada menimbulkan kesan domino di mana kurangnya peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan menyebabkan anak-anak muda terpaksa pergi ke tempat lain. Di antara langkah-langkah insentif untuk transform transformasi pekan Lumut iaitu pengembangan sektor pelancongan bersatu. Lumut boleh mencontohi bandar seperti Barcelona, Sepanyol yang telah berjaya menjenamakan semula dirinya sebagai destinasi pelancongan utama melalui penekanan kepada warisan budaya dan seni bina.
Membangunkan kawasan-kawasan bersejarah di Lumut dan mempromosikan tarikan semula jadi dan menarik lebih ramai pelancong. Sejarah penerokaan Lumut dan generasi terdahulu, sejarah industri makanan laut dan sejarah pembukaan Pangkalan TLDM Lumut sendiri adalah contoh kandungan yang boleh dibangunkan. Juga menggalakkan pelancongan eko dan agrotourism. Memanfaatkan keindahan semula jadi Lumut dengan memperkenalkan produk pelancongan berasaskan alam sekitar dan pertanian. Contoh lokasi di Tanjung Hantu misalnya adalah salah satu keistimewaan yang ada pada Lumut. Contoh yang baik ialah seperti New Zealand yang telah menjadikan eko pelancongan sebagai salah satu tarikan utama dengan aktiviti seperti berjalan kaki di Taman Negara, ladang organik dan pengalaman memetik buah dan program inkubasi usahawan pelancongan, menyediakan dana dan sokongan untuk usahawan tempatan dalam bidang pelancongan melalui inkubator perniagaan. Seoul, Korea Selatan telah berjaya dengan strategi ini dengan menubuhkan pusat inkubator yang menyokong permulaan perniagaan dalam pelbagai sektor termasuklah pelancongan dan juga pemasaran dan promosi digital. Memanfaatkan platform digital untuk mempromosikan Ipoh, mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan. Hari ini, kemunculan ramai orang yang berpengaruh seperti laman Tiktok perlu digunakan sebaik mungkin.
Contoh seperti Iceland telah menggunakan media sosial dan kempen digital untuk menarik pelancong dengan memperkenalkan keunikan budaya dan keindahan alamnya. Sebelum saya mengakhiri, saya ada lagi dua perkara. Minta tambah dua minit. Seperti sebelum sebelum ini jugak, Pangkor ada menyuarakan jugak masalah liputan telefon bimbit di Teluk Senangin. Ya, masalah telefon bimbit, liputan ini juga berlaku liputan isyarat lemah di beberapa lokasi. Menara pemancar atau stesen pangkalan mungkin tidak mencukupi atau di tempatkan di lokasi yang kurang strategic. Semasa musim puncak pelancongan, peningkatan pengguna serentak boleh menyebabkan kesesakan rangkaian.
Lima minit lagi.
Ok, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Manakala cuaca buruk seperti hujan lebat atau ribut dipercayai boleh mengganggu transmisi isyarat telefon bimbit. Disebabkan masalah ini memberi kesan kepada pengguna, kepada pelancong dan penduduk untuk membuat panggilan atau menggunakan data internet. Dalam situasi kecemasan, ketiadaan liputan juga boleh menghalang usaha mendapatkan bantuan. Peniaga kecil seperti homestay, restoran dan operator pelancongan yang bergantung sepenuhnya kepada komunikasi digital mungkin mengalami kerugian. Ini aduan yang saya baru terima dan pengadu minta saya bawakkan juga iaitu gangguan monyet di Teluk Batik. Masalah ini adalah serius kerana pengunjung yang datang dari luar sering diganggu monyet liar hingga mengundang rasa tidak selesa. Malah lebih teruk haiwan liar ini juga berani menarik beg plastik makanan. Gangguan monyet-monyet liar itu juga sudah berlarutan. Malah, aduan juga sudah dibuat kepada pihak berkuasa tetapi masih belum selesai. Walaupun pihak berkuasa memang ada menyarankan pengunjung jangan memberi makan kepada haiwan ini tetapi dia tetap juga membahaya kepada pengunjung. Maka tindakan sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Dengan itu, saya rasa, masa dah takda. Di sini Pangkor menyokong Belanjawan 2025. Dengan itu, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pangkor. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Adun-Adun, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan ketua badan berkanun kerajaan, pengarah serta rakan-rakan media dan juga rakyat Negeri Perak yang sedang menonton sidang Dun Perak live di atas talian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dengan mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Negeri Perak 2025.
Bajet 2025 melakar sejarah baru untuk Negeri Perak kerana ini merupakan bajet yang paling besar dalam sejarah Negeri Perak berjumlah RM1.52 billion dengan pecahan perbelanjaan mengurus berjumlah RM981.80 juta dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM538 juta. Saya percaya dengan Bajet 2025 yang merupakan perbelanjaan tertinggi dalam sejarah Negeri Perak akan membantu memacu ekonomi Negeri Perak pada tahun 2025 sekaligus membantu Negeri Perak untuk menjadi negeri yang maju.
Negeri Perak telah mencapai keputusan ekonomi yang memberangsangkan pada tahun lepas. Nilai Keluaran Dalam Negeri, Negeri Kasar (KDNK) telah berkembang sebanyak RM2.4 billion ataupun 3% daripada RM80.2 billion pada tahun 2022 ke RM82.6 billion pada tahun 2023. Selain itu, kesemua sektor ekonomi Negeri Perak juga merekodkan pertumbuhan pada tahun 2023. Ini termasuk sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar KDNK negeri bertumbuh sebanyak RM1.6 bilion daripada RM50.7 bilion pada tahun 2022 ke RM52.3 billion pada tahun 2023. Sektor pembuatan meningkat sebanyak 2.2% dari 19.5% pada tahun 2022 ke 21.7% pada tahun 2023. Manakala sektor pertanian meningkat sebanyak 4.5% dari negatif 2.6% pada tahun 2022 ke 1.9% pada tahun 2023 dan akhirnya, sektor perlombongan dan pengkuarian juga bertumpu sebanyak RM37.4 juta dari RM449 juta pada tahun 2022 ke RM486.8 juta pada tahun 2023.
Selain itu, Negeri Perak merekodkan jumlah pelaburan sebanyak 30 buah projek dengan jumlah RM601.49 juta dari bulan Januari 2024 hingga bulan Jun 2024. Ini menunjukkan usaha gigih Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membuat hasil yang lumayan kepada Negeri Perak. Saya yakin ini akan menjadi pemangkin untuk menjada ekonomi yang lebih besar bagi Negeri Perak, sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak Perak dengan gaji yang lebih lumayan. Saya berharap kejayaan ini boleh diteruskan malah ditingkatkan lagi dengan harapan anak Perak yang sedang yang sekarang bekerja di luar negara dan di luar Negeri Perak boleh pulang ke tanah asal negeri Perak bekerja dengan gaji yang setanding di luar negara ataupun luar Negeri Perak dan pada masa yang sama boleh tinggal dekat dengan keluarga sendiri dan juga membantu membangun ekonomi Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan 500 projek kepada Negeri Perak di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Daripada jumlah ini, sebanyak 6 daripada 10 projek berkeutamaan negeri yang diangkat telah diluluskan untuk dilaksanakan mulai tahun 2025 termasuk projek penyaluran air dari Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan utara Negeri Perak bernilai RM1.7 bilion. Pembinaan baharu SMK Meru Raya, Ipoh bernilai RM100 juta. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai samagagah, Daerah Kerian bernilai RM253.4 juta. Pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Botani bernilai RM92 juta dan pembinaan baharu Klinik Kesihatan di Chemor bernilai RM52.9 juta dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa 2 Daerah Kinta dan Kampar bernilai RM108 juta.
Daripada enam projek tersebut, saya berharap Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa 2 yang bernilai RM108 juta ini akan dapat memanfaatkan Sungai Kampar juga. Selepas Sungai Kinta dinaiktaraf aliran dari sungai-sungai, aliran dari anak-anak Sungai Kinta termasuk Sungai Kampar akan dapat mengalir ke Sungai Kinta dengan cepat. Secara tidak langsung saluran-saluran dalaman dapat keluar ke Sungai Kinta dengan lancar. Saya berharap ia akan mengurangkan risiko air Sungai Kampar melimpah ke daratan Kuala Dipang apabila hujan terlalu lebat. JPS Perak telah memohon RTB Sungai Kinta Fasa 3 di mana Sungai Kampar akan terlibat untuk dinaiktaraf. Saya berharap permohonan ini akan dapat diluluskan supaya ia dapat membantu penduduk di kawasan Kuala Dipang daripada dilanda banjir kilat setiap tahun.
Memandangkan insiden banjir di Negeri Perak amat serius tahun ini disebabkan Perak menerima tempias dari Monsun Timur Laut yang telah menyebabkan kita menerima taburan hujan yang sangat tinggi dan berterusan. Oleh yang demikian, kapasiti sungai tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dan menyebabkan terjadinya limpahan sungai. Kalau dalam keadaan ini, kerja-kerja penyelenggaraan sungai secara berkala harus dijalankan setiap tahun, terutamanya sungai-sungai yang terlibat dengan kawasan hotspot banjir. Ia juga termasuk menyelenggara ban-ban untuk memastikan ia beroperasi dengan baik apabila diperlukan. Saya berharap pihak JPS Perak boleh mendapat peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja selenggaraan sungai bagi menghadapi setiap musim hujan.
Saya juga ingin merekodkan penghargaan kepada JPS Kinta dan JPS Perak kerana bertungkus lumus dan komited dalam menyelesaikan masalah banjir dan tanah runtuh di Daerah Kampar. Ahli Parlimen Kampar telah memperuntukan RM50 ribu kepada JPS Perak untuk menyelesaikan masalah banjir di Kampung Baru Chenderong dengan membuka benteng yang didirikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selepas benteng itu dirobohkan, banjir di Kampung Baru Chenderong telah berjaya diselesaikan. Selain itu, terdapat tanah runtuh di Kampung Batu Berangkai di Daerah Kampar, Ahli Parlimen Kampar juga memperuntukkan RM50 ribu untuk projek membina semula benteng sungai. Projek ini masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap tidak lama lagi.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pembinaan Hospital Baru Kampar di Wilayah Changkat Baru, Mukim Kampar, Daerah Kampar. Saya telah menghadiri mesyuarat membincangkan isu tapak Hospital Kampar pada minggu lepas. Saya faham bahawa tapak Hospital Kampar perlu diwartakan sebagai tanah hospital dahulu. Selepas itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN) akan bermula menyediakan dokumen untuk projek pembangunan Hospital Baru Kampar. Di sini saya meminta Kerajaan Negeri Perak boleh menyediakan satu roadmap atau pun jadual masa untuk membina hospital baru Kampar dan bilakah Hospital Kampar akan mula dibina. Isu Hospital Kampar ini telah berlarutan lebih 10 tahun dan saya berharap bahawa hospital baru ini boleh direalisasikan di bawah Kerajaan Madani dalam penggal ini.
Baru-baru ini saya telah turun padang bersama JKR Daerah Kampar untuk meninjau isu kerosakan jalan berhampiran persimpangan Taman Golden Dragon, Kampar dan banjir kilat dihadapan Maybank di Jalan Persekutuan Kampar. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKR Negeri Perak dan JKR Daerah Kampar khususnya kerana sentiasa peka dan bertindak pantas terhadap aduan-aduan yang diterima daripada orang awam.
Kerosakan jalan Persekutuan di FT 001 berhampiran persimpangan Taman Golden Dragon ini sering kali berlaku apabila berlakunya hujan lebat yang berterusan mengakibatkan air larian daripada taman perumahan berhampiran mengalir masuk ke longkang jalan. Kapasiti crossing culvert sedia ada tidak mampu untuk menampung aliran air yang banyak apabila hujan lebat berterusan dan seterusnya mengakibatkan kerosakan terhadap permukaan jalan serta membahayakan pengguna jalan raya. Pihak JKR Daerah Kampar telah mengenal pasti punca dan masalah yang terlibat dan telah memohon peruntukan melalui anggaran penyenggaraan jalan bagi tahun 2025 bagi memastikan perkara begini tidak berulang kembali.
Selain itu, kawasan berhadapan Maybank Kampar juga sering berlaku banjir kilat apabila hujan lebat berterusan. Ini dapat diperhatikan apabila air aliran daripada kawasan perumahan berhampiran mengalir masuk ke pembentung tepi jalan. Seterusnya berlaku limpahan air dan mengakibatkan banjir. Di kawasan pembentung itu juga terdapat beberapa kabel utiliti yang merentangi dan menghalang larian air dan menyebabkan aliran air terhalang serta menyumbang kepada banjir kilat. JKR Daerah Kampar juga telah memohon peruntukan melalui anggaran penyenggaraan jalan tahun 2025 bagi menaik taraf pembentung sedia ada termasuk pengaliran utiliti bagi memastikan perkara ini tidak berulang. Justeru, saya memohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan kepada perkara-perkara tersebut bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin membangkit isu mengenai kenaikan cukai taksiran di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak. Sebagai backbencher Kerajaan, memang saya faham pihak PBT memerlukan dana yang besar untuk menaik taraf infrastruktur dan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat. Oleh itu, memang tidak dapat dielakkan cukai taksiran perlu dinaikkan selepas sekian lama kadar ini tidak pernah disemak. Namun, saya berharap pihak Kerajaan Negeri dan PBT boleh mengambil kaedah yang kurang drastik iaitu tidak menaikkan cukai taksiran lebih daripada 10% untuk memastikan ia tidak membebankan penduduk setempat dan juga dapat diimbangi keperluan PBT untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Untuk PBT yang telah meluluskan kenaikan kadar cukai taksiran yang drastik, saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh menyemak semula keputusan ini dan memastikan kenaikan cukai taksiran tidak melebihi 10%.
Dengan tragedi 3 orang kakitangan JKR yang mati lemas berlaku di Gopeng di bawah Daerah Kampar pada 2 minggu yang lalu, saya berharap Kerajaan Negeri boleh mengkaji aktiviti water rafting dan memuktamadkan sebuah agensi untuk menguatkuasa supaya semua aktiviti water rafting ini dilakukan dengan semua keselamatan yang dipenuhi dan juga dengan memakai life jacket yang berfungsi dan diluluskan. Kita harus mengambil iktibar daripada pengajaran ini dan memastikan tragedi ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua, pada dua minggu yang lalu, pihak JKM telah berjaya menempatkan seorang warga emas bujang yang menghidap glaucoma dan lemah penglihatan ke Rumah Seri Kenangan di Seri Iskandar selepas mencari beberapa rumah Seri Kenangan berdekatan Kampar. Saya mendapati rumah Rumah Seri Kenangan yang mempunyai penjagaan tidak banyak di Negeri Perak. Justeru, saya ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri Perak supaya membina lebih banyak Rumah Seri Kenangan yang mempunyai penjagaan untuk membantu warga emas yang tidak mempunyai waris dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera serta mempunyai penjagaan, perlindungan dan rawatan yang sempurna. Kehidupan di Rumah Seri Kenangan boleh memberi jaringan sosial kepada warga emas untuk berinteraksi sesama rakan sebaya. Ini juga boleh menyelesaikan banyak masalah warga emas yang tinggal di tepi jalanan dan mengurangkan masalah sosial setempat.
Kadar bantuan am yang telah pun dinaikkan RM100.00 pada tahun 2024 sekarang akan ditambah RM100.00 lagi pada tahun depan iaitu tahun 2025. Ini menjadikan bantuan kepada 6,100 penerima akan meningkat menjadi RM500 sebulan berkuatkuasa Januari 2025. Saya ingin mencadangkan supaya bantuan kewangan JKM kepada OKU tidak bekerja dapat dinaikkan daripada RM300 ke RM400 dan juga bantuan kewangan OKU yang bekerja juga perlu dinaikkan setaraf. Saya percaya bantuan RM300 ini kepada OKU setiap bulan memang tidak mencukupi. Oleh itu, saya berharap cadangan ini boleh dipertimbangkan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kakitangan JKM Kampar kerana telah menjalankan amanah dengan baik dan memberi bantuan sepenuhnya kepada rakyat yang memerlukan bantuan bukan sahaja dari kewangan dan juga keperluan barangan seharian. Pusat khidmat Adun Keranji akan terus bekerjasama dengan pihak JKM untuk membantu sebanyak keluarga dan warga Kampar yang memerlukan bantuan.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang hasil NRREE Perak. Saya memohon supaya pihak Kerajaan Negeri memberi perincian tentang jumlah hasil NRREE sejak tahun 2020 sehingga hari ini. Saya juga ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan apakah kesan terhadap hasil Kerajaan Negeri Perak setelah Kerajaan Persekutuan melarang NRREE dieksport sebelum ditambah nilai. Saya juga memohon pihak kerajaan negeri untuk memberi pencerahan tentang projek untuk membangun kilang Pemprosesan NRREE di Negeri Perak dan sama ada lokasinya telah pun dimuktamadkan dan bilakah kilang ini akan dibina?
Timbalan Yang Di Pertua, saya juga ingin membangkit tentang penjualan dan perobohan MAPS Perak. Isu ini telah berkali-kali bangkit di dalam sidang Dewan dan juga laporan forensik audit telah dibuat oleh PAC. Sebelum ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pernah menyatakan bahawa MAPS telah dijual kepada pihak swasta ketiga. Saya minta pihak Kerajaan Negeri supaya memberi pencerahan tentang penjualan MAPS termasuk PCBD dan berapa harga jualan MAPS dan PCBD kepada pihak ketiga memandangkan pembinaan MAPS telah memakan kos sebanyak RM607juta. Berapakah kerugian yang dialami oleh PKNP dan juga PCB selepas PCBD dan MAPS dijual kepada pihak ketiga.
Mengenai pembinaan lapangan terbang baharu di Seri Iskandar, saya minta pihak Kerajaan Negeri untuk memaklumkan bahawa adakah tanah yang sedia ada cukup untuk membina lapangan terbang baharu di Seri Iskandar memandangkan 188 hektar tanah yang yang dimiliki oleh PKNP telah dijual kepada ECK? dan juga apakah perkembangan terkini dengan kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan untuk membina lapangan, lapangan terbang baru di Seri Iskandar? Seluruh Perak telah tunggu sekian lama dan sebuah lapangan terbang antarabangsa akan membawa lebih banyak penumpang dan pelancong ke Negeri Perak dan ini akan merancakkan ekonomi Negeri Perak.
Sebelum ini, PKNP telah mengumumkan jumlah pelaburan bernilai RM72 bilion untuk projek LuMIC di Manjung untuk jangka masa 25 tahun akan datang. Saya ingin meminta pencerahan daripada pihak Kerajaan Negeri, bilakah jumlah pelaburan RM72 bilion ini dijangka mula dilabur di LuMIC dan bilakah projek LuMIC dijangka akan bermula memandangkan kajian feasibiliti telah pun siap pada awal tahun ini? Projek ini dinanti-nantikan oleh warga Perak dan merupakan satu game changer terutama bagi ekonomi daerah Manjung dan saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberi tumpuan kepada projek LuMIC supaya projek ini boleh dilaksanakan dan bermula dalam masa yang paling dekat.
Selain itu, Kerian Industrial Park Hijau yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2024 juga merupakan satu penjana ekonomi besar bagi Negeri Perak selepas pembinaannya. Dalam Bajet 2025, Kementerian Ekonomi telah memberikan satu pinjaman RM10 juta kepada PKNP untuk pembinaan untuk pembinaan Kerian Industrial Park. Saya meminta pihak kerajaan untuk menjelaskan terma pinjaman ini dan jumlah faedah yang akan dibayar oleh PKNP. dan juga bilakah pembinaan Kerian Industrial Park dijangka bermula memandangkan pinjaman kepada PKNP telah diumumkan dalam Bajet 2025, saya berharap kesemua pembinaan berimpak tinggi ini diberi fokus oleh kerajaan negeri termasuk LuMIC, Kerian Industrial Park dan juga Automotif High Tech Valley di Tanjong Malim.
Dua minit lagi.
Keranji, Keranji Alor Pongsu nak celah sikit. Keranji, saya rasa you sebut tadi PKNP pinjam duit Kementerian Ekonomi untuk KIGIP. Tak pernah dengar? Better you check balik data tu? Saya data tu salah. CEO pun geleng kepala kat sana. CEO PKNP ada sana tau. Better check balik. Salah statement tu? Terima kasih.
Saya berharap kesemua pembinaan berimpak tinggi ini akan diberi fokus oleh Kerajaan Negeri termasuk LuMIC, Kerian Industrial Park dan juga Automotif High Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim dan satu roadmap ataupun carta pembinaan boleh diumumkan oleh Kerajaan Negeri supaya kesemua projek ini boleh bermula secepat mungkin mengikut jadual ataupun permit yang ditetapkan. Saya berharap kesemua projek berimpak tinggi yang telah diumumkan ini akan disusuli dan diusahakan dan akhirnya membawa hasil ekonomi yang tinggi kepada warga Perak.
Sekiranya kesemua projek berimpak tinggi ini telah diumumkan dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang diumumkan, saya percaya ini akan mengubah seluruh landskap ekonomi negeri Perak sekaligus membawa Negeri Perak sebagai sebuah negeri membangun. Saya yakin dengan segala sokongan dan kerjasama daripada Adun kerajaan dan kesemua agensi-agensi berserta pihak swasta yang terlibat, kita boleh menjadi kesemua projek berimpak tinggi yang diumumkan ini sebagai satu realiti. Akhir sekali, saya selaku pengarah Sekolah Suwa Pei Yuan ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana memperuntukkan RM1.8 juta kepada 9 sekolah semua di Negeri Perak pada tahun 2024 di mana setiap sekolah mendapat peruntukan RM200 ribu. Ini telah memberi manfaat yang banyak kepada sekolah Suwa. Saya berharap Kerajaan Negeri akan terus menyediakan peruntukan ini kepada sembilan sekolah Suwa di Negeri Perak pada tahun hadapan iaitu tahun 2025. Sekian perbahasan saya, Keranji menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Keranji. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri dari blok kerajaan dan juga blok pembangkang. Yang dihormati ketua-ketua ataupun wakil-wakil jabatan dan juga agensi dan penjawat-penjawat awam, pasukan media, para pemerhati sama ada di dalam Dewan ini atau yang mengikuti secara live.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang memiliki sifat kesempurnaan. Maha suci Allah dari segala sifat kekurangan. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad Sallallahu wasallam yang mimpin, yang memimpin manusia ke jalan kebaikan dan menjauhkan manusia dari jalan kerosakan. Pada kesempatan ini sempena sambutan ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Perak pada 1 November yg lalu. Patik dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah pada Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Semoga Tuanku sentiasa dirahmati dan diberkati. Dirgahayu Tuanku.
A'uzubillahi Minas Syaitonirrojim Allazi, (bacaan potongan ayat suci Al-Quran) Orang-orang yang beriman dan tidak memperadukkan iman mereka dengan kezaliman yakni syirik. Merekalah orang orang yang mendapat rasa aman dan mendapat petunjuk. Surah al-An'am ayat 82. Sidang Dewan yang dimuliakan, pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga jentera pentadbiran kerajaan kerana telah berjaya mencipta sejarah merekodkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM1.199 bilion. pada 28 November 2024.
Kesempatan ini juga saya rakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan permohonan peruntukan pembangunan khas bagi Dun pembangkang khususnya Dun Manong di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meluluskan semua permohonan yang dikemukakan jumlah RM212,719.00 untuk kerja kerja pembangunan dan bekalan dalam kawasan Dun Manong dan saya juga mengucapkan terima kasih banyak- banyak kepada PDT Kuala Kangsar kerana memberi kerjasama yang sangat baik melaksanakan projek-projek tersebut. Peruntukan ini kita gunakan untuk manafaat awam sebagaimana hasrat peruntukan tersebut telah digunakan sepenuhnya untuk kepentingan awam dan saya berharap dan juga bermohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar terus bermurah hati untuk mengekalkan peruntukan ini pada tahun 2025 supaya dengan ada peruntukan ini kami menjadi penghubung di antara rakyat dengan kerajaan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, isu yang pertama ingin saya sentuh adalah berkaitan dengan fokus pertama Belanjawan Perak berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dan saya ingin fokuskan kepada persoalan atau isu rumah yang selesa dan selamat. Rumah ini adalah asas setiap di kalangan kita pasti ingin rumahkan rumah yang selesa. Rumah yang baik kerana di situlah keluarga kita berteduh. Tanpa rumah yang selesa, asas kepada pembinaan keluarga yang sejahtera mungkin terganggu. Tapi realiti yang berlaku pada hari ini kita dapat melihat dengan banyak. Rumah-rumah rakyat yang masih lagi usang dindingnya hampir roboh dan atapnya bocor dan saya ingin merujuk kepada ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada perkara nombor 45. Ada pula keluarga yang terpaksa berteduh di bawah bumbung yang hampir roboh dengan dinding berlubang dan lantai digenangi air. Rata-rata keluarga ini mengadu tidak mampu atau gagal mendapatkan pinjaman untuk membaiki rumah mereka yang using dan saya sahkan kebenaran apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu dan saya yakin kita semua melaluinya sebagai wakil rakyat kita melaluinya dan kita mengalaminya bila kita turun ke rumah-rumah. Aduan mereka keinginan mereka, mereka perlu rumah yang baik, selesa dan selamat.
Dan saya ingin bangkitkan apa yang telah disebut oleh dua tiga rakan saya daripada blok pembangkang tentang pekeliling yang dikeluarkan oleh UPEN garis Panduan UPEN Bilangan 4 Tahun 2024 bertarikh 14 Jun 2024. Peruntukan khas bagi maksud pembangunan kepada Ahli Dewan Negeri pembangkang menyatakan permohonan projek bekalan kepada orang perseorangan, individu atau syarikat adalah tidak dibenarkan. Perkara ini saya lihat kenyataan itu dirangkumkan sekali. Kategori individu dengan syarikat dirangkumkan sekali di dalam pekeliling itu. Di bawah kelompok yang sama. Mana mungkin sama individu yang susah Individu yang memerlukan rumah untuk dibaiki dengan sebuah syarikat. Syarikat berorientasikan keuntungan. Manakala individu sudah pastilah ramai yang menagih simpati daripada wakil rakyat dan agensi dan sebagainya mengharapkan agar ada sedikit peruntukan boleh diberi sama ada oleh agensi dan juga wakil rakyat khususnya. Saya setuju jika peruntukan Adun tidak boleh diberi kepada syarikat. Syarikat adalah berorientasikan keuntungan.
Oleh itu, saya mohon pertimbangan kerajaan untuk menyemak semula pekeliling ini kerana pada tahun 2023, kami dibenarkan menggunakan peruntukan Adun untuk baik pulih rumah individu. Saya bawa masalah ini kepada pegawai daerah dan kita faham agensi pun terhad peruntukannya. Baitulmal juga terhad peruntukannya, Pejabat Daerah juga terhad peruntukannya. Yayasan Perak juga terhad peruntukannya. Maka berilah peluang kepada kami wakil rakyat khususnya pembangkang untuk sama-sama menyelesaikan masalah rakyat khususnya berkaitan dengan soal baik pulih rumah using kerana individu yang datang kepada kami adalah individu yang susah. Individu yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan belanjawan iaitu individu yang bumbung rumahnya hampir roboh, dinding yang berlubang lantai digenangi air. Individu itu lah yang datang berjumpa kami dan juga tuan-tuan, Yang Berhormat sekalian maka mohon sekali lagi agar pekeliling itu dipertimbangkan semula agar kami turut dapat menyumbang, membantu meringankan kehidupan rakyat.
Seterusnya perkara yang kedua ingin saya sebut adalah berkaitan dengan memupuk gaya hidup sihat di bawah fokus juga di bawah fokus kesejahteraan rakyat. Kalau kita lihat peruntukan sama ada di peringkat Negeri di Persekutuan pun sama banyak peruntukan. Alhamdulillah, terima kasih banyak peruntukan disediakan untuk menyediakan kemudahan rawatan fasilitinya, bangunannya, dan lain-lain lah. Belanja yang besar diperuntukkan untuk merawat penyakit. Sedangkan kita sedia maklum mencegah lebih baik dari merawat dan tidak disebut secara significant dalam Bajet Perak. Disebut dengan jumlah yang kecil RM0.5 juta disediakan bagi pelbagai program kesihatan untuk memupuk gaya hidup sihat. Ini program untuk mencegah kesihatan tetapi bajetnya sangat rendah RM0.5 juta. Kenapa tidak kita mencari satu formula mencegah itu lebih baik dari merawat supaya kita dapat meminimakan bajet untuk merawat orang sakit. Memang perlu kita merawat orang sakit, tapi cubalah cari solusi supaya kita dapat mencari satu penyelesaian bagaimana rakyat boleh memupuk gaya hidup yang sihat supaya kurang berpenyakit.
Untuk itu, saya ingin mencadangkanlah untuk faktor menjaga kesihatan supaya Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Perikanan boleh berkolaborasi bekerjasama untuk memajukan industri pertanian organik. Pertanian organik ni dah dibincang lama dah. Tahun 2021. Bahkan ketika saya belajar di Universiti Pertanian Malaysia, tahun 80an pernah dibincangkan tentang pertanian organik iaitu makanan daripada tidak menggunakan sumber racun, kimia dan sebagainya tetapi sehingga hari ini tak ada mana-mana negeri dan juga di peringkat persekutuan tak ada inisiatif yang sungguh-sungguh untuk merealisasikan pertanian organik, sayuran dan sebagainya. Maka kita terus terdedah dengan makanan, tanaman yang banyak sumber racun dan sebagainya. Maka walaupun kesedaran pengguna tu tinggi memerlukan pertahanan makanan yang sihat tetapi kesedaran yang tinggi itu masih lagi tidak dapat mengubah pola pemakanan rakyat atau masyarakat secara keseluruhannya. Mungkin kurang kempen dan mungkin juga kerana sayur organik ini harganya mahal hanya dapat di hypermarket.
Di Manong, tempat saya ada satu syarikat yang buat modal dia RM5 juta lebih saya dah melawat tempat tu. Saya cuma diberi kebenaran untuk beli sekali dua sahaja sayur organik di situ. Penduduk kampung memang langsung tak pernah merasa sayur organik daripada pusat aquaponik besar tu di pekan Manong. Lebihnya ke mana? Mereka pasarkan ke hypermarket. Sudah pastilah dengan bermotifkan keuntungan yang lebih harganya tinggi. Demand tinggi pembekalan pula kurang, maka orang kampung tak merasa kerana harga yang tinggi. Ini masalah mungkin difikirkan oleh pihak kerajaan untuk mencari solusi bagaimana rakyat boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara pemakanan diubah dengan banyak pemakanan organik dan saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya menganjurkan atau mengadakan ladang-ladang organik dan ladang aquaponik di pihak kerajaan sendiri yang membuatnya supaya bekalan sayur ataupun tanaman organik ini banyak di pasaran. Supaya banyak di pasaran nasional dan juga negeri dan ada permintaan biar pembekalan lebih daripada permintaan dan dengan cara ini boleh menurunkan harga sayur organik itu sendiri. Tidaklah hanya dia tertumpu kepada mereka yang memiliki kemampuan kewangan yang tinggi untuk mendapat sayur organik.
Timbalan Yang Berhormat Timbalan Speaker, perkara ketiga yang ingin saya sentuh adalah berkaitan soal jaminan bekalan makanan, iaitu berkaitan dengan Perak HIP atau Perak HIP dan juga industri pedaging. Menurut kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bekalan daging tempatan untuk pasaran domestik masih lagi belum mencecah 20% bawah 20% yang mampu kita bekalkan kepada keperluan daging negara tak sampai 20% dan kalau dari sudut pencapaian peperiksaan 20% ini lemah. Markah apa bawah daripada D lagi. Kalau di universiti 20% ni E mungkin F mungkin. Maksudnya di sini daripada awal dahulu dibincangkan tentang isu pembekalan daging ini, kita ada banyak kemudahan, kita ada banyak kepakaran, kita ada banyak agensi yang menguruskan hal-hal ternakan dan kita ada banyak tanah, sumber tanah yang luas, padang ragut dan sebagainya. Tapi kita masih lagi gagal untuk memenuhi keperluan daging tempatan pada kadar 50% pun tak dapat lagi. Entah bila kita nak capai pada tahap 100%.
Manong minta mencelah ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setuju tak Manong bila saya sebutkan bekalan daging ni kalau kita dengar, kalau kita lihat sekarang ni bekalan daging lembu, kambing ni sekarang ni banyak dan penternak-penternak di kampung-kampung ni mengalami masalah untuk menjual. Sebabkan mungkin kemasukkan daripada daging-daging import ataupun lembu-lembu yang dibawa masuk. Bila Manong sebut kata bekalan lembu tu kurang bahan tu. Saya rasa mungkin angka tu kita kena kaji semula ataupun kita kena lihat semula sebab bekalan lembu ni bekalan daging ni banyak dekat kampung-kampung. Terima kasih Manong.
Ya saya setuju juga apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Pengkalan Baharu. Tentang ya mungkin kerana harga yang menyebabkan lembu-lembu daripada ternakan tradisional ni kurang bukan kurang tidak berjaya dipasarkan. Mungkin kerana faktor harga dan sebentar lagi saya akan sentuh kaedah ternakan yang menyebabkan ada sedikit gangguan kepada penternak-penternak tradisional yang menggunakan sepenuhnya baka tempatan. Saya menyokong penuh sasaran Perak HIP untuk meningkatkan industri pedaging Negeri Perak daripada bertangga keempat daripada tangga yang keenam ke tangga yang yg keempat. Untuk itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan dalam konteks Keterjaminan Makanan khususnya dalam soal pembekalan daging tempatan tiga perkara yang kalau boleh diberi perhatian. Pertamanya, isu penghasilan baka dan yang keduanya, kaedah ternakan dan yang ketiganya penggunaan padang ragut. Penghasilan baka di negara kita dan juga negeri tidak banyak yang berani mengusahakan ternakan atau aktiviti penghasilan baka ataupun Pembaka mungkin kerana kos dia tinggi. Sedangkan kita mempunyai baka yang baik, berkualiti, baka tempatan. Kedah, Kelantan ada baka yang baik dan kacukan Kedah, Kelantan adalah baka yang baik dan pada tahun 2018, MARDI telah keluarkan baka KK Elit. Baka yang cukup baik.
Kajian bermula 2006. Bermula 2006 hasil kajian pada 2018 dilancarkan, baka KK Elit dan baka KK Elit ini boleh mencapai berat kalau jantan tu 430 kg ke 400 kg sekor dan kalau betina tu 220 hingga ke 250 kg pada peringkat umur 3 ke 4 tahun. Ini kalau dia buat korban ni seronok satu kampung besar tetapi kita masih lagi tidak dapat melihat baka KK Elit...KK Elit ni dengan meluas, pembaka kurang berani mencebur diri dalam bidang industri penternakan untuk menghasilkan baka mungkin atas sebab kos dan sebagainya maka saya mencadangkan lah agar kerajaan memberi latihan kemahiran dan mungkin juga insentif tertentu kepada penternak-penternak yang berminat nak buat penghasilan baka atau pembaka.
Yang keduanya kaedah ternakan. Kaedah ternakan kita dapati penternak kita ni mengambil kaedah ternakan yang mudah kerana sudah pastilah untuk keuntungan yang cepat. Kaedah trading lembu ataupun transit lembu. Beli lembu daripada negara jiran dengan harga yang murah transit di ladang dia 3 bulan tiba musim perayaan hari raya korban jual dengan harga pasaran. Saya bertanya kepada orang yang membuat transit tu dia sebut saya seekor boleh untung RM2,500 ribu dengan kos makan yang dia keluarkan dalam sekitar RM500 je untuk 3 bulan. Sebab tu kaedah transit ni ramai yang gemar dan akhirnya mendapat lambakan lembu-lembu import masuk ke negara kita dan ini boleh mengganggu menyebabkan penternakan pembaka sukar berkembang. Ya. Mungkin ada polisi tertentu yang kerajaan boleh bincang bagaimana untuk kita mengawal kemasukan lembu import ke negara kita ni dan faktor lain mungkin bawa penyakit pun ada juga. Perkara juga perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam masa yang sama, ternakan fidlot, separa insentif dan juga integrasi perlu dikembangkan dan yang ketiga penggunaan padang ragut.
Maklumat yang saya tinjau atau yang terdapat di Perak ni ada sekitar 76 kawasan padang ragut yang ada pada 8 daerah dan paling minima padang ragut ni 6 ekar paling maksima difahamkan, 645 ekar padang ragut ni dan jumlah keseluruhan kawasan padang ragut di Perak mencapai dan mencecah 10 ribu ekar lebih. Cuma isunya, apakah padang ragut yang luas ini berjaya mengeluarkan daging, lembu daging untuk keperluan tempatan? Di mana lembu-lembu yang ada berapa ekor lembu yang ada di 10 ribu ekar padang ragut ini? Hulu Perak paling banyaklah kawasan padang ragut 25 kawasan, Perak Tengah 22 kawasan dan Kuala Kangsar 15 kawasan dan kawasan padang ragut ini ada yang terbiar. Ada yang terbiar dan keseluruhannya tidak di optimakan sepenuhnya. Ada 80 ekar yang pakai untuk buat kandang lembu sekadar tak sampai pun 1 ekar. Ya, selebihnya tempat dia meragut. Tapi dia boleh meletakkan banyak lagi jumlah lembu di situ. Berkaitan jawatankuasa pulak padang ragut, ada jawatankuasa yang aktif. Saya akui ada jawatankuasa yang sangat aktif, buat fidlock dan sebagainya dan ada juga jawatankuasa yang hanya mewarisi jawatan itu turun temurun dengan tidak buat apa-apa. Maka kerajaan perlu buat sesuatu supaya padang ragut ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi maksud keterjaminan makanan.
Yang Berhormat Dato' di-Pertua, fokus yang keempat yang saya sentuh adalah berkaitan dengan tadbir urus projek berkepentingan negeri iaitu dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Ini isu tempatan yang saya nak bawa. Saya menyokong penuh usaha kerajaan negeri memperkukuhkan hubungan antara rakyat dan institusi pentadbiran daerah. Rakyat perlu diberi perkhidmatan yang mesra, selesa, cekap dan berkesan. Untuk itu, persekitaran kerja yang kondusif perlu disediakan ataupun ditambah baik. Saya, Dun Manong menguruskan dengan tiga mukim. Dalam Dun saya ada tiga mukim Mukim Senggang, Mukim Sayong dan juga Mukim Kota Lama Kiri dan ketiga-tiga pejabat penghulu mukim ini saya telah pergi. Kerap pergi, cuma saya mohonlah perhatian Kerajaan Negeri untuk melihat pejabat Penghulu Mukim Sayong yang ketika ni masih lagi, saya taknak guna istilah menumpang lah, tak sesuai. Setakat ni masih lagi ditempatkan di sebelah ruang ataupun kaunter pembayaran kewangan di pejabat daerah, ground floor. Ruang yang saya kira kecil dan saya melihat sendiri bagaimana orang ramai berurusan di pejabat Penghulu Mukim Sayong. Suasana memang tidak kondusif berbeza dengan dua pejabat penghulu yang lain. Pejabat Penghulu Mukim Senggang, Pejabat Penghulu Mukim Kota Lama Kiri dah ada bangunan sendiri. Pejabatnya sendiri, ada bilik mesyuarat, ada perkhidmatan kaunter tapi mohon pihak kerajaan dan juga pihak PDT agar berusahalah sesuatu supaya disediakan bangunan yang baru mungkin untuk pejabat Penghulu Mukim Sayong bagi mudah untuk rakyat berurusan dan sudah pastilah urusan itu penting dan dapat meningkatkan lagi produktiviti kerajaan, kutipan hasil dan sebagainya.
Seterusnya. point yang terakhir yang ingin saya ketengahkan adalah berkaitan dengan Program Integrasi Nasional yang disebut dalam belanjawan masih lagi di bawah fokus kesejahteraan rakyat. Proses membina negara bangsa memerlukan adunan pelbagai elemen kenegaraan. Apa itu elemen kenegaraan? Antaranya adalah bahasa, budaya, lambang, ideologi, sosial, sejarah dan pendidikan. Ini adalah elemen kenegaraan yang kita boleh bersatu di bawah elemen ini. Inilah titik-titik persamaan kita walaupun kita berbeza etnik, kaum dan sebagainya, agama tetapi kita punya elemen kenegaraan yang sama. Kita berkongsi bahasa kebangsaan yang sama. Kita berkongsi lambang bendera yang sama. Kita berkongsi sejarah yang sama dan kita berkongsi pendidikan yang sama. Maka pembinaan negara bangsa merupakan indikator yang penting dalam menentukan kesejahteran negara. Perpaduan yang utuh dapat dicapai menerusi kesepaduan matlamat tindakan dan penerimaan semua elemen negara tersebut. Hasrat ni akan tercapai bila mana setiap kumpulan etnik yang wujud dalam negara ini mempunyai keinginan yang kuat untuk hidup bersama dan saling bekerjasama. Keinginan inilah merupakan yang saya katakan tadi titik-titik persamaan yang ada pada kita dan merapatkan jurang perbezaan sesama anggota masyarakat.
Pepatah ada menyebut "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung", merupakan teras atau pasak untuk setiap kumpulan etnik merintis kerjasama yang utuh dalam usaha mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Elemen-elemen kenegaraan yang saya nyatakan tadi merupakan titik-titik persamaan yang dapat menyatukan kita. Sangat tidak wajar kita berbalah pada perkara titik-titik persamaan yang sama, yang telah dibina berpuluh tahun lamanya oleh pemimpin terdahulu. Jika kita terus berbalah pada titik-titik persamaan. Bagaimana mungkin untuk kita bersatu dan berlapang dada pada jurang perbezaan. Kalau yang sama pun kita tak boleh nak bersatu apatah lagi jurang perbezaan. Bagaimana kita nak rapatkan hubungan sesama kaum dalam negara yang kita cintai ini? Untuk itu, saya melihat tadi juga disebut peruntukan RM0.2 juta yang diperuntukkan untuk pelbagai Program Integrasi Nasional adalah sangat kecil berbanding peranan besar yang dimainkan oleh agenda perpaduan integrasi nasional. RM0.2 juta sekadar RM200 juta sahaja untuk menyatukan bangsa secara keseluruhannya. Mohon peruntukan ini ditambah supaya agenda integrasi nasional ini dapat dilakukan dengan sungguh-sungguh, dengan serius sama ada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat agar dapat kita berteduh di bawah satu bumbung yang satu. Akhirnya sebagai penutup.
YB, boleh minta celah sikit.
Boleh, penutup dah ni.
Terima kasih Yang Berhormat Manong. Saya memang setuju sangat tentang persamaan titik persamaan antara kita untuk mengurang, merapatkan jurang antara yang perbezaan kita ada dan meneruskan, apa itu persepaduan yang kita ada sedia ada. Jadi kita tahu kita selaku insan, kita darah kita cuma dibezakan dengan darah jenis O, A, AB dan kita pun kita ada sel-sel kulit yang sama cuma kita perwatakan itu mungkin kita ada suku kaum yang membezakan antara kita sahaja tetapi selaku insan kita buat pertuturan walaupun kita ada yang bertutur Bahasa Kebangsaan, ada bahasa Cina, India, Tamil, Inggeris pelbagai. Jadi saya rasa ini adalah satu point yang penting tetapi tadi YB ada kata peruntukan untuk integrasinya kurang. Bagi saya kurang banyak. Kalau banyak lebih baiklah kita boleh buat sesuatu program untuk memupuk rakyat kita bersatu tetapi kalau memandangkan kekurangan peruntukan, kita boleh selaku wakil rakyat mulai daripada kita. Sebagai wakil rakyat, kita ada pemimpin akar umbi ataupun kita ada kenalan mungkin dia jadi influencer dalam laman web ataupun KOLs. Adakah kita boleh minta mereka untuk memupuk semangat patriotisme. Untuk semangat untuk bersepadu, ini akan membantu kita walaupun kita berlainan fahaman dari pendapat politik tetapi kita ada persamaan. Mungkin kita ada persamaan dari segi memilih pasukan kegemaran sukan kita untuk dalam isu sukan ataupun filem-filem yang kita suka. Ini adalah persamaan cuma kadang kala satu perbezaan sedikit saja. Politik tu la paling sensitif sikit ataupun dari segi agama ke kaum ke tetapi janganlah satu point sahaja yang berlainan dan mengakibatkan kita berpisah. Apa pendapat Manong?
Saya setuju dengan YB Bercham. Semua pihak kena mainkan peranan dalam mengharmonikan suasana dalam negara dan sebenarnya kita ada kelebihan dalam konteks negara majmuk. Kita memegang prinsip kesatuan dalam kepelbagaian ataupun dengan izin unity in diversity, ini kelebihan yang ada pada negara kita dan perlulah kita gunakan. Dengan ini untuk kita terus membina keharmonian pelbagai kaum. Itu adalah tanggungjawab Bersama dan sewajarnya tidak ada mana pihak yang mencetuskan sebarang insiden yang boleh membawa kepada kerosakan dalam hubungan antara kaum. Akhirnya sebagai penutup ucapan sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh jentera-jentera penjawat awam kerana telah bekerja keras meningkatkan prestasi kewangan negeri dan juga bertungkus-lumus menyiapkan dan menyediakan Belanjawan 2025 yang memberi fokus untuk merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan slogan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera'. Tahniah dan syabas juga Kerajaan Negeri telah memberi bonus 2 bulan kepada seluruh Penjawat Awam dan diharapkan melalui belanjawan ini dapat menaikkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat. Dengan ini, akhirnya Manong menyokong Belanjawan Perak tahun 2025. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih Yang Berhormat daripada Manong. Tahniah kerana menyampaikan perbahasan dalam keadaan yang baik dan tenang.
Dato' Speaker, boleh allow saya clarify sikit tadi yang saya rujukkan. Boleh? Sekejap saja.
Ok Keranji. Apa dia?
Saya minta kebenaran untuk menjelaskan soalan yang saya tujukan tadi. Selepas saya semak kembali RM10 juta pinjaman daripada PKNPk, pinjaman daripada Kementerian Ekonomi kepada PKNPk adalah untuk Projek Silver Valley Park bukan untuk Kerian Industrial Park. Jadi saya ingin membetulkan soalan saya tetapi saya masih ingin pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan tentang terma pinjaman RM10 juta ini dari Kementerian Ekonomi ke PKNPk dan jumlah faedah yang akan dibayar oleh PKNPk. Sekian terima kasih.
Terima kasih Keranji. Noted. Nanti kita akan masukkan dalam hansard. Kita masuk kenyataan dalam hansard. Terima kasih Keranji. Ok sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu Wassalamu ala ashrofi Ambiya wal Mursalin wa ala Alihi Wasohbihi Ajmain. Robbish rahli sadri wa Yassir li Amri Wahlul uqdatam Millisani yafqohu qauli. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak muda yang mengikuti siaran langsung persidangan ini secara atas talian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Changkat Jong untuk mengikuti bagi sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2025 yang telah pun dibentangkan pada 29 November 2024.
Di kesempatan ini juga, saya mewakili warga penduduk Dun Changkat Jong, patik dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada tahun 2024. Didoakan Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah s.w.t. serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus menaungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Sebagai peringatan kepada diri saya dan juga ahli-ahli Dewan Mesyuarat. Firman Allah s.w.t., "Bismillahirrahmanirrahim. Tabaarakal lazee biyadihil mulku wa huwa 'alaa kulli shai-in qadeer. Allazee khalaqal mawta walhayaata liyabluwakum ayyukum ahsanu 'amalaa; wa huwal 'azeezul ghafoor" yang membawa maksud, "Maha Berkat serta Maha Tinggilah Kelebihan Tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya? Dan ia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat".
Dato' Yang Di-Pertua, saya yakin belanjawan yang telah dibentangkan pada 29 November 2024 ini telah mengambil kira denyut hati rakyat. Keluhan-keluhan rakyat seperti kos sara hidup yang semakin meningkat dan lain lain agar seluruh rakyat Perak terus mendapat kenikmatan akan hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1.438bilion. Hal ini ditambah lagi melalui keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2025 dianggarkan RM1.52bilion iaitu belanjawan yang tertinggi dalam sejarah Negeri Perak. Walaupun Belanjawan Perak 2025 memperlihatkan peningkatan yang ketara dengan jumlah peruntukan melonjak kepada RM1.52bilion, defisit negeri juga dilihat meningkat daripada RM67.5juta pada 2024 kepada RM81.8juta pada 2025. Justeru itu, ia juga memberi isyarat bahawa perbelanjaan negeri perlu lebih efisien dan terkawal.
Dato' Yang di-Pertua, dalam usaha Perak Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030 menerusi 5 fokus utama yang dijadikan sebagai tema belanjawan tahun ini. Kita juga perlu untuk bermuhasabah diri untuk agar sentiasa setiap usaha yang ingin kita berikan kepada rakyat dapat dimanfaat dan diagihkan seadil-adilnya. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan kos sara hidup. Rakyat semakin tertekan dengan harga barangan keperluan melonjak tinggi. Rakyat hari ini dalam keadaan kesusahan dan tekanan pendapatan yang semakin berkurangan dan pelbagai lagi masalah-masalah yang dihadapi rakyat pada hari ini.
Justeru itu Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan agar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan isi rumah 2019 ditingkatkan kepada RM1500 atau pun PGK makanan perkapita 2019 kepada RM500. Perubahan ini perlu dilaksanakan memandangkan hari ini rakyat ditekan dengan inflasi yang melambung tinggi. Kenaikan harga barang sehingga PGK yang diguna pakai hari ini sudah tidak releven lagi. Cadangan ini saya bawa kerana hasil penilaian saya sendiri apabila turun atau menziarah kampung ke kampung dan pekan di kawasan Dun Changkat Jong, kebanyakannya apabila saya berjumpa dengan mereka, orang-orang kampung merungut pendapatan hari ini tidak cukup untuk menampung kos sara hidup mereka. Belum lagi dikira dengan belanja keperluan harian, kos sewaan, bil utiliti dan ada juga yang menanggung ibu atau ayah yang sedang terlantar sakit di rumah.
Justeru itu, saya berharap agar dengan peruntukan sebanyak RM24 juta bagi Program Kad Perak Sejahtera ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Perak yang memerlukan. Sebegitu juga dengan Program Bantuan Kotak Makanan yang diperuntukkan sebanyak RM5 juta, Kedai Bergerak Perak RM0.82 juta dan Jualan Rahmah RM0.4 juta. Keempat-empat program kesejahteraan ini dapat menampung keperluan hidup rakyat yang terkesan dengan desakan ekonomi dan tekanan inflasi yang tidak berkesudahan.
Dato' Yang di-Pertua, dalam memastikan Belanjawan Negeri Perak dapat dinikmati bersama tanpa mengira latar belakang masyarakat mahu pun status sosial mereka, saya berpandangan bahawa masalah rumah setinggan atau tanah tol wajar untuk diberikan perhatian. Sebagai contoh di Hilir Perak, berdasarkan rekod, pada tahun 2024 sebanyak 782 keluarga yang masih tinggal di kawasan kediaman berstatus setinggan. Kebanyakan mereka yang menetap ini di kawasan itu melebihi 20 tahun lamanya. Sudah pasti bahawa pihak Kerajaan Negeri perlu juga untuk memberikan perhatian kepada penduduk-penduduk di kawasan setinggan. Cadangan saya agar Kerajaan Negeri membantu penduduk- penduduk setinggan ini dengan memberikan tapak kediaman yang bersesuaian atau menukar status tanah yang diduduki kepada tanah hak milik kediaman. Usaha ini perlu dimulakan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dengan sasaran zero setinggan secepat yang mungkin.
Dato' Yang di-Pertua, menyentuh berkaitan Pembangunan Modal Insan dan Belia. Belia adalah nadi masa depan negeri ini. Pewaris amanah pembangunan dan pencorak landskap di Negeri Perak yang lebih gemilang. Dalam setiap dasar yang kita rangka, pembangunan belia harus menjadi tonggak utama kerana mereka bukan sekadar angka dalam statistik, tetapi harapan yang membawa semangat dan inovasi untuk membina negeri ini ke arah Visi Perak Sejahtera 2030. Dalam usaha Kerajaan Negeri merealisasikan pembangunan belia yang lebih efektif, peruntukan sebanyak RM94.84 juta harus dimanfaatkan sebaik mungkin agar setiap perancangan pelaksanaan dan program berkaitan belia dapat mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Namun, perhatian khusus juga perlu diberikan kepada golongan belia ini terutamanya mereka yang bergelar graduan baharu atau fresh graduate. Walaupun kadar pengangguran belia di Negeri Perak pada tahun 2023 mencatatkan 6.5% iaitu sedikit lebih rendah berbanding dengan kadar nasional. Data ini tetap menunjukkan keperluan mendesak untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih sesuai dan mencukupi bagi anak-anak muda Negeri Perak ini.
Seiring dengan itu, Kerajaan Perak juga disarankan untuk mengimbangkan fokus dalam penyediaan peluang pekerjaan, bukan hanya tertumpu kepada golongan belia graduan TVET sahaja. Namun…namun graduan dari bidang lain juga perlu diberikan perhatian yang setara. Langkah ini penting untuk memastikan semua lapisan masyarakat mendapat akses kepada peluang pekerjaan berdasarkan kemahiran dan kelayakan masing-masing sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030. Selain itu juga, ingin saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan suatu skim yang khusus untuk belia-belia bagi mereka memiliki rumah pertama dengan menawarkan insentif yang sesuai atau pun yang khusus kepada anak-anak muda ini. Antara insentif yang mungkin boleh kita cadangkan kepada Kerajaan Negeri agar memberikan kuota khas kepada belia-belia yang masih belum memiliki rumah kali pertama menerusi daripada program Rumah Perakku Prihatin yang kini menyediakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM100 ribu. Kuota atau skim tersebut akan memberi tumpuan khusus kepada anak-anak muda yang berkerja di sektor formal dan tidak formal serta diperluaskan kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga.
Cadangan ini juga boleh diperkukuhkan dengan memperkenalkan mekanisme subsidi pendahuluan rumah bagi membantu anak muda yang menghadapi kesukaran menyediakan deposit pembelian rumah. Subsidi ini boleh diberikan sebagai insentif tunai sehingga 10% daripada harga rumah untuk pembelian rumah pertama di bawah skim ini. Dalam pada itu, program ini boleh diperluaskan kepada belia yang berkerja di sektor tidak formal seperti ekonomi gig dan juga perniagaan kecil dengan syarat fleksibel berdasarkan rekod pendapatan konsisten mereka selama 6 bulan. Insentif ini bukan sahaja selari dengan dasar perumahan belia yang menyasarkan peningkatan akses kepada perumahan mampu milik tetapi juga memberikan keadaan sosial keadilan sosial kepada semua golongan muda tanpa mengira status pekerjaan mereka. Tambahan pula, pemberian kuota khas kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga akan mewujudkan meringankan beban kewangan mereka di awal perkahwinan, sekaligus menyokong usaha membentuk institusi keluarga yang stabil dengan memberikan tumpuan kepada golongan belia. Skim ini mampu meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan anak muda selaras dengan matlamat dasar perumahan mampu milik negara untuk menjamin penyediaan perumahan sebagai keperluan asas yang mudah diakses oleh semua golongan belia menjelang tahun 2030. Program ini juga boleh diintegrasikan dengan Dasar Perumahan Negeri Perak yang memfokuskan kepada pembinaan rumah mampu milik dan penyediaan infrastruktur perumahan yang berkualiti melalui gabungan kedua-dua dasar ini, Kerajaan Negeri dapat menyediakan satu ekosistem perumahan yang inklusif khusus untuk belia dalam memastikan mereka mampu memulakan kehidupan dengan asas yang kukuh di Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, hari ini, ramai anak-anak muda belia mula menceburi dalam bidang perniagaan. Usahawan belia merupakan tonggak penting dalam memperkukuhkan ekonomi Negeri Perak. Golongan ini tidak hanya menjadi peneraju kepada inovasi dan idea baharu tetapi juga agen perubahan yang mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri secara menyeluruh. Usaha memperkasa usahawan belia adalah juga selaras dengan Aspirasi Perak Sejahtera 2030 yang menekankan pembangunan modal insan sebagai elemen yang utama. Justeru itu, bagi menghayati Aspirasi Perak Sejahtera 2030. Usahawan-usahawan belia wajar diberikan ruang untuk mendapat manfaat daripada RM 3.0 juta yang diperuntukkan di bawah Sekretariat Usahawan Perak (STeP).
Menerusi aspek pembangunan usahawan, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada STeP kerana telah membuka peluang dan ruang kepada usahawan-usahawan di Negeri Perak mengembangkan perniagaan mereka. Namun dalam masa yang sama, ingin saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri dan STeP untuk menyediakan satu pakej bantuan khusus kepada usahawan-usahawan belia baharu, membina perniagaan atau yang sedang berusaha memperluaskan empayar perniagaan mereka. Sekiranya dapat dipertimbangkan, saya percaya….
Changkat Jong, Bercham. YB Changkat Jong tadi ada. Saya ada dengar banyak kali, kata golongan belia harus diberi perhatian. Golongan muda belia. Saya sudah bukan belia lah tapi cuma saya nak tahu sebab YB tadi ada banyak kali berhubung kait belia. Kena berikan bantuan-bantuan untuk beli rumah bantuan untuk wang pendahuluan, tetapi pada hakikatnya sebenarnya belia ini kadang kala mereka memiliki ibu bapa yang berkemampuan. Tak semestinya belianya ni takde masalah kewangan. Kadang kala kita ni di seluruh pelosok masyarakat kita ada yang yang telah berkerja begitu lama sehingga usia mencecah pertengahan usia 50, 60 pun belum milik rumah lagi. Jadi kalau YB boleh memperhalusi teks ucapan tadi, sama kita tergolong sekali golongan yang bukan hanya belia kepada mereka sedang bertungkus lumus begitu rajin bekerja sampai ke umur 50 dekat 60 masih sewa rumah agar mereka pun boleh mendapat manfaat. Sebab belia ni kadang kala kalau mereka pandai kendalikan kewangan peribadi mereka, jadi mereka pun boleh berkemampuan. Kita bukan nak kata nak memperlekehkan kata mereka ni tak ada tak berkemampuan. Setuju ka Changkat Jong? Terima kasih.
Saya setuju Bercham berhubung dengan tadi saya fokus kepada belia-belia yang memerlukan. Kepada mereka belia-belia yang keluarga dia dah berkemampuan, tak perlu lah nak mohon ataupun diberikan bajet khusus untuk mereka. Tapi, saya setuju juga, bantuan-bantuan ini harus diberikan kepada mereka-mereka yang sehingga umur 50 pun tak ada rumah. Sekiranya Kerajaan Negeri boleh menambahkan pendapatan pada masa akan datang, kita harus beri perhatian kepada mereka mereka ini untuk mendapat bantuan. Dato' Yang di-Pertua, sekiranya dapat dipertimbangkan cadangan ini, saya percaya ia akan memberikan semangat kepada usahawan-usahawan belia untuk terus berusaha memajukan perniagaan mereka dan menghargai usaha pihak kerajaan negeri dengan ibarat kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Yang Berhormat Dato' Speaker, kemajuan teknologi hari ini juga semakin membangun sehingga segala maklumat kita dapat perolehi dengan hanya sentuhan di hujung jari sahaja. Ditambah pula dengan kemajuan sistem Artificial Intelligence atau AI iaitu kemampuan mesin atau komputer meniru tingkah laku serta pemikiran manusia. Sejajar dengan kemajuan teknologi hari ini, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri di bawah STeP untuk menyediakan program latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran usahawan usahawan di Negeri Perak terutamanya pengusaha industri kecil dan sederhana dalam bidang pemasaran digital, pendigitalan perniagaan dan pengurusan kewangan. Contohnya, program seperti ini yang bertumpukan pemasaran digital. Program latihan ini boleh diperkenalkan untuk memberi pendedahan kepada belia tentang teknik pemasaran digital, penggunaan platform edagang serta pengurusan jenama di media sosial.
Selain itu, program seperti Kursus Asas Perakaunan Digital, Usahawan dan untuk usahawan boleh membantu belia mempelajari cara menggunakan aplikasi seperti quickbooks atau mana mana aplikasi perakaunan digital yang dapat membantu dan meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan perniagaan mereka. Dengan kemajuan teknologi hari ini perlu dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk usahawan-usahawan di negeri ini agar empayar perniagaan yang dibina mereka dapat berkembang dengan baik dan akhirnya dapat memberi peluang pulangan keuntungan kepada Kerajaan Negeri Perak. Langkah ini sejajar dengan peruntukan Belanjawan Perak 2025 yang menyokong usaha berdaya upayaan usahawan melalui sekretariat STeP memastikan usahawan muda di negeri ini lebih berdaya saing di era digital.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dalam memperkukuh agenda pembangunan modal insan di Negeri Perak, saya ingin menyarankan satu langkah strategik yang tidak hanya memanfaatkan anak-anak muda dan mahasiswa tetapi turut menggerakkan potensi tenaga pengajar dan pakar daripada universiti-universiti tempatan untuk mempertingkatkan kebolehpasaran graduan kita. Berdasarkan Belanjawan Negeri Perak 2025, kerajaan telah memperuntukkan peningkatan belanja pembangunan sebanyak RM538 juta yang sebahagiannya disasarkan kepada program TVET dan sektor ekonomi hijau. Namun, usaha ini boleh diperkukuh dengan menjalin hubungan rapat bersama institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi Petronas, politeknik dan lain lain untuk memanfaatkan kepakaran akademik mereka dalam membimbing graduan agar lebih selaras dengan keperluan industri.
Sebagai contoh, pengangguran belia di Perak yang berada pada kadar 6.5% pada tahun 2023 meskipun lebih rendah berbanding nasional tetapi memerlukan tindakan drastik melalui peningkatan kualiti latihan amali yang berorientasikan teknologi hijau dan digital. Saya mencadangkan agar pusat kecemerlangan teknologi hijau ditubuhkan dengan kolaborasi universti tempatan yang bukan sahaja dapat menghasilkan graduan berkebolehan tinggi tetapi juga menyokong projek seperti Automotif High-Tech Valley, AHTV dan juga Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) melalui insentif khas untuk majikan dan universiti yang bergabung dalam program seperti pembelajaran berasaskan kerja, kerajaan dapat memastikan bahawa setiap graduan mempunyai akses kepada pengalaman industri secara langsung seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan produktiviti negeri. Dengan inisiatif ini, Perak bukan sahaja menjadi peneraju dalam pembangunan tenaga kerja tetapi juga negeri yang menghubungkan pendidikan industri dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.
Dato' Yang di-Pertua saya mengharapkan segala cadangan dan permasalahan yang telah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini dapat diberi perhatian untuk tindakan seterusnya daripada Kerajaan Negeri. Saya akhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Petang hari memetik delima, Buah masak ranum di dahan, Peruntukkan adil untuk semua, Kesejahteraan rakyat jadi keutamaan.
Sekian wassalamualaikum warahmatullahi Wabarokatuh. Wassalam.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong tepat pada masanya Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu Wassalamu ala Israfil Anbia Mursalin wa ala Alihi Wasohbihi Ajmain. Rabbi sahli sadri wa Sirley Amri. Wahlu Ukdatalmilisani Yaf Qahu Qauli. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, barisan Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat anggota serta pentadbiran negeri, para pengamal media, tuan tuan dan puan puan dan seluruh seisi Dewan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama sama mengangkat setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhana Ta'ala kerana limpah dengan limpah dan kurniaNya jua. Kita dapat berkumpul lagi di dalam Dewan yang mulia ini. Dengan hormat dan takzim, saya memulakan perbahasan saya dengan merafak sembah dan setinggi tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang bagi tahun 2024. Didoakan Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Dirgahayu Tuanku.
Seterusnya saya ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang telah membentangkan Pelan Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2025 pada Jumaat yang lalu. Pembentangan ini tidak hanya berasaskan angka dan statistik, tetapi ia turut menggambarkan visi besar untuk memacu negeri Perak ke arah pembangunan yang mampan yang inklusif, berpandangan jauh dan bersifat manusiawi. Ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap setiap lapisan masyarakat sama ada sama ada golongan bandar mahupun luar bandar yang masing-masing menyumbang kepada kelangsungan ekonomi dan kestabilan negeri kita. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, tahun 2025 ini akan menjadi tahun ketiga pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Perak. Kita bermula dengan sebuah kerajaan yang menjadi pemerhatian rakyat terhadap kemampuan kita untuk membawa negeri bangkit ke tahap yang lebih baik selepas mengharungi cabaran Covid 19. Alhamdulillah, dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar menerusi kerajaan serta barisan Exco yang berkomitmen tinggi, hala tuju negeri semakin jelas dan berada di landasan yang betul. Berkat kerja keras seluruh jentera pentadbiran KDNK negeri mengekalkan momentum pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus dengan nilai KDNK mencecah RM 82.6 billion. Perak berjaya merekodkan momentum pertumbuhan 3 tahun berturut turut.
Kita kembali mencatat surplus untuk dua tahun berturut turut iaitu RM29.6 juta pada tahun 2022 dan RM62.4 juta pada tahun 2023 iaitu angka tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah. Kita semua perlu terus bersyukur apabila kita sekali lagi mencipta sejarah apabila seawal bulan Oktober tahun ini, Perak sudah pun mencapai kutipan hasil mencecah RM1 bilion. Kerajaan Negeri juga telah berjaya merekodkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan RM1.199 bilion setakat akhir November 2024. Negeri Perak khasnya rakyat Darul Ridzuan ini, perlu berasa bertuah kerana kita mempunyai ketua pentadbiran yang berpandangan ke hadapan, bijaksana dan berwawasan. Dalam konteks ini, pujian harus diberikan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang telah menunjukkan keprihatinan serta komitmen yang tinggi dan memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Kepimpinan beliau yang cekap dan progresif telah berjaya memperkukuhkan asas pembangunan di Negeri Perak meliputi aspek ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat. Keupayaan beliau membaca keperluan masa depan serta mengadaptasi perubahan dengan strategik menjadikan negeri ini terus berdaya saing dan relevan di peringkat nasional mahupun di peringkat global. Tiada siapa dapat menafikan Pelan Perak Sejahtera merupakan panduan dan matlamat yang jelas pembangunan Negeri Perak.
Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada barisan Exco Kerajaan Negeri serta pasukan pentadbiran Kerajaan Negeri atas usaha yang komited dan bijaksana dalam merangka belanjawan ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, penyediaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2025 meneruskan kesinambungan selaras dengan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 untuk membangun dan memakmurkan negeri serta mensejahterakan rakyat berlandaskan lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus, projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan. Kita dapat melihat kesungguhan dan keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat melalui peruntukan sebanyak RM628.65 juta. Hampir separuh daripada keseluruhan belanjawan negeri tahun hadapan khusus untuk kesejahteraan rakyat.
Selain itu, Kerajaan juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM30.22 juta bagi melaksanakan pelbagai program bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup rakyat melalui inisiatif-inisiatif seperti Kad Sejahtera, Kad Sejahtera, Kad Perak Sejahtera, Program Bantuan Kotak Makanan, Kedai Bergerak Negeri Perak dan juga Jualan Rahmah. Kerajaan juga begitu prihatin terhadap keperluan-keperluan perumahan rakyat. Selain daripada inisiatif-inisiatif yang dibentangkan dalam buku Belanjawan kita. Saya juga amat berharap perumahan bagi Orang Asli turut diberi perhatian. Keperluan pembinaan rumah baharu bagi Orang Asli ini amat mendesak. Ramai di kalangan mereka yang tinggal beberapa kelamin di dalam di dalam sebuah rumah. Terdapat juga keluarga yang telah memeluk Islam tetapi masih tinggal bersama keluarga yang bukan Islam. Pembinaan rumah mampu milik juga ya perlu di lakukan untuk rumah yang berkualiti dan perlu dirancakkan untuk rakyat negeri Perak dengan pertambahan peluang-peluang pekerjaan. Baik di Tanjong Malim, di Lumut, di Parit Buntar dan di Lembah Kinta. Sudah pasti permintaan untuk perumahan akan bertambah. Saya juga amat berharap Rumah PerakKu yang terbengkalai di seluruh Negeri Perak dapat disiapkan segera. Ini termasuklah Perumahan PerakKu di Hulu Bernam Timur di dalam Dun Behrang dan juga perumahan di Trolak di dalam Dun Slim. Yang Berhormat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dua kali turun melihat perumahan ini.
Namun, sehingga hari ini masih tiada progress pembinaan rumah-rumah tersebut. Sejak dua tahun lalu perkara ini sering dibawa di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Hari ini saya sekali lagi ingin bangkitkan perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini bagi menzahirkan rasa kekecewaan rakyat kerana mereka yang semakin berusia untuk mendapatkan pinjaman perumahan dan mereka tidak mampu untuk membeli rumah lain. Mereka mengharapkan rumah ini dapat disiapkan segera yang mana telah tertangguh lebih hampir 10 tahun.
Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga amat prihatin dengan kemudahan pengangkutan rakyat marhaen iaitu Bas Perak Sejahtera yang dipanjangkan ke daerah Muallim mulai tahun 2025. Antara isu yang saya hadapi sebaik menjadi wakil rakyat adalah isu pengangkutan. Terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Jadi dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini akan membantu menyelesaikan masalah ini di beberapa kawasan saya seperti di Kampung Poh, Felda Sungai Behrang dan juga Behrang Stesen. Terima kasih juga kepada Exco yang berkaitan yang turut mengambil maklum perkara ini dan membantu saya untuk menyelesaikan perkara-perkara ini. Bagi rakyat biasa, pembentangan bajet ini akan lebih bermakna apabila segala keperluan asas dan kelangsungan hidup mereka dapat dipenuhi oleh kerajaan. Sebagai wakil rakyat yang sentiasa menjadi tempat aduan, kami menjadi harapan rakyat untuk mendengar, untuk memahami dan menyuarakan isu-isu yang membelenggu kehidupan mereka di samping mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Selain keperluan asas perkara-perkara penting lain yang perlu diberi perhatian adalah akses kepada pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang mencukupi serta jaminan keselamatan di kawasan komuniti. Komitmen ini menjadi landasan kepada usaha kami selaku wakil rakyat untuk memastikan kehidupan rakyat sentiasa terbela dan maju selaras dengan aspirasi pembangunan negeri. Yang Berhormat Dato' Speaker. Kesejahteraan rakyat, pendidikan dan kesihatan. Sejajar dengan nama daerah ilmu, saya teguh berpendapat pendidikan merupakan tulang belakang kepada pembangunan masyarakat dan modal insan. Behrang menyambut baik peruntukan sebanyak RM94.84 juta untuk pembangunan modal insan dan belia. Keupayaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat adalah asas kepada pembentukan sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Maka saya ingin menggariskan beberapa keperluan serta cadangan untuk memperkukuhkan lagi usaha-usaha ini.
Pertama, meningkatkan fasiliti sekolah luar bandar, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz. Kebanyakan sekolah masih menghadapi masalah kemudahan asas yang tidak mencukupi seperti kekurangan bilik darjah bagi menampung bilangan murid yang bertambah. Makmal sains dan peralatan teknologi, kerajaan perlu melihat keperluan ini sejajar dengan pembangunan sesebuah kawasan yang melibatkan pertambahan penduduk. Peruntukan dalam belanjawan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah adalah satu langkah penting yang memerlukan komunikasi segera Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Sekolah agama dan sekolah tahfiz pula melahirkan berperanan penting untuk membentuk asas moral dan akhlak murid. Ia menyediakan pendidikan yang menanam nilai-nilai agama dan integriti diri seperti amanah, hormat dan adab.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas peruntukan sebanyak RM115 juta buat Jabatan Agama Islam Negeri Perak bagi tujuan belanja mengurus dan pembangunan. Semoga dengan peruntukan ini dapat mengatasi isu kepadatan murid yang boleh menjejaskan keberkesanan pembelajaran terutamanya jika guru terpaksa mengendalikan bilangan murid yang terlalu ramai di dalam sesuatu kelas. Besar harapan saya agar pertambahan kelas dan bangunan sekolah agama rakyat dapat direalisasikan, begitu juga penambahan tenaga pengajar yang bertauliah kerana kita dapati sekolah-sekolah agama rakyat ini terlalu padat bilangan pelajarnya dengan bilangan guru yang orang kata tidak seimbang. Pendidikan untuk komuniti OKU dan golongan terpinggir. Pendidikan adalah hak semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Oleh itu, saya menyokong penuh usaha untuk menambah bilangan Sekolah Inklusif dan menyediakan tenaga pengajar terlatih untuk pelajar-pelajar OKU. Ini juga menjadi keperluan dalam pembelajaran anak-anak kita.
Seterusnya Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk orang-orang Asli. Kita memahami untuk kita kaum lain kebiasaannya tidak mempunyai masalah kerana kita tidak mempunyai satu halangan, sikap ataupun kemesraan dengan masyarakat lain tetapi Orang Asli ini mempunyai halangan, mereka agak malu dan sukar untuk bergaul. Jadi, saya ingin mencadangkan kerajaan melalui JAKOA memberi lebih tumpuan kepada meningkatkan kemahiran bidang TVET Orang Asli untuk mengisi pasaran pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup golongan ini. Kebergantungan kepada sumber alam yang bermusim dan semakin berkurang kerana pembangunan menyebabkan golongan ini terus dibelenggu kemiskinan. Kita juga mahu mereka merasa dan menerima manfaat dalam pembangunan yang pesat dalam negeri kita.
Dato’ Yang di-Pertua, kesihatan yang baik adalah pra syarat kepada kehidupan masyarakat yang berkualiti. Keperluan kemudahan kesihatan semakin meningkat. Saya suka mencadangkan agar Hospital Slim River dinaik taraf daripada hospital separa pakar kepada hospital pakar penuh. Ini memerlukan pembinaan blok bangunan baharu yang boleh menampung tambahan sekali ganda jumlah katil daripada 250 buah katil pada masa ini kepada 500 buah katil. Ia juga memerlukan penambah baikan dari segi kelengkapan perubatan dan tenaga kerja. Dengan pembangunan ini nanti akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat di selatan Perak yang semakin meningkat. Rakyat di selatan Perak juga tidak perlu lagi ke Hospital Ipoh atau Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan pakar.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam Program Sambutan Deepavali Peringkat Parlimen Tanjong Malim malam tadi, saya mendapat perkhabaran perkhidmatan kecemasan 24 jam Klinik Kesihatan Tanjong Malim akan kembali diteruskan. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan kerana mendengar suara rakyat di Tanjong Malim. Terima kasih juga kepada Ahli Parlimen Tanjong Malim yang membawa perkara ini kepada Kementerian Kesihatan. Saya mewakili warga Behrang, kita bersyukur dengan pengembalian operasi perkhidmatan Klinik Kesihatan Tanjong Malim ini kepada 24 jam yang sudah pastinya akan memudahkan pengurusan kes-kes kecemasan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kesihatan mental juga merupakan isu yang semakin mendapat perhatian. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan dana untuk menubuhkan Pusat Kaunseling dan Sokongan Psikologi di setiap daerah. Perkhidmatan ini penting untuk membantu individu yang mengalami tekanan, kemurungan atau masalah kesihatan mental yang lain. Selain menyediakan rawatan, Kerajaan Negeri juga perlu menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat tempatan. Kempen Kesedaran Kesihatan seperti Program Senaman Komuniti, pemeriksaan kesihatan, ceramah-ceramah kesihatan perlu diteruskan. Kita boleh lihat kalau kita pergi ke negara China. Pada waktu malam, kebanyakannya komuniti di negara tersebut akan ada di banyak tempat, di taman-taman akan ada program-program senaman beramai-ramai sama ada warga emas atau golongan muda juga. Jadi kita boleh orang kata ambillah contoh-contoh yang baik daripada negara lain untuk kita amalkan dalam negara kita. Seterusnya pelancongan sebagai pemangkin ekonomi negeri.
Saranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku bagi memanfaat dan meningkatkan aset semula jadi dan sejarah Perak dapat diperluaskan melalui sektor pelancongan. Dengan peruntukan RM11.31 juta bagi pelbagai program dan projek pembangunan pelancongan. kita mampu menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan dalam dan luar negara. Tahniah atas kejayaan negeri menganjurkan Tahun Melawat Perak. Banyak lagi yang akan dapat kita tawarkan kepada pelancong di luar sana untuk terus datang ke negeri kita. Saya ingin menekankan bahawa perancangan yang strategik dan pelaksanaan yang berkesan bahagian selatan Perak berpotensi dijadikan pemangkin kepada ekonomi tempatan dan negeri. Sektor pelancongan di kawasan selatan ini masih belum diterokai sepenuhnya.
Sebagai contoh, Sungai Bernam yang menjadi garis sempadan Perak dan Selangor boleh dijadikan lokasi aktiviti rekreasi seperti berkayak, memancing atau program pendidikan alam sekitar. Kedudukan sungai ini yang berhampiran dengan kawasan bandar bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi juga mendidik masyarakat tentang pemeliharaan alam sekitar. Tahniah buat Majlis Daerah Tanjong Malim atas usaha memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan untuk menjadikan pesisiran Sungai Bernam sebagai pusat rekreasi dan In shaa Allah pada 14 Disember ini akan diadakan Pesta Pau Tanjong Malim di pesisiran sungai tersebut. Jadi, saya ingin menjemput semua yang ada, Yang Berhormat-Berhormat dan semua yang ada untuk datang sama sama ke Tanjong Malim untuk merasa menikmati Pau Tanjong Malim dan seterusnya melihat sendiri keindahan pesisiran Sungai Bernam ini. Semoga ia menjadi tempat wajib singgah kepada pelancong yang memasuki negeri Perak melalui pintu selatan. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada UPSI yang menerima peruntukan RM2.35 juta untuk pembangunan Galeri Muzik Sultan Idris Afifurlah Shah yang berpotensi juga untuk menarik pelancong.
Tuan Yang di-Pertua, kita dikejutkan dengan tragedi kepala air di Ulu Slim, Slim Village yang meruntuhkan empat jambatan pada bulan Ogos yang lalu. Alhamdulillah, tiada tragedi yang meragut nyawa dan setiap hari sekarang ini, kita melihat atau mendengar laporan mengenai banjir bukan sahaja dalam negeri tetapi juga di negeri-negeri lain. Terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah menyiapkan jambatan sementara bailey di Slim Village dalam tempoh tiga minggu. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri KKLW yang mengumumkan kelulusan untuk pembinaan semula jambatan-jambatan tersebut. Sistem saliran yang kurang terancang menjadi penyumbang kepada masalah banjir kilat. Keadaan ini akan memburukkan kualiti hidup rakyat.
Susulan daripada impak positif pembangunan Projek Industri AHTV di Tanjong Malim, kilang-kilang mula dibina. Kawasan-kawasan perumahan mula dilaksana dan kawasan komersial juga sedang rancak dibuka. Justeru, terdapat keperluan untuk memastikan sistem perparitan dan saliran diselenggara bahkan dibuat perancangan yang lebih teliti tentang keperluan kolam tadahan Rancangan Tebatan Banjir dan menaik taraf saliran utama di daerah Muallim yang memerlukan tindakan bersepadu oleh Pihak Berkuasa Tempatan, pihak JKR dan juga JPS. Setiap pihak perlu mengenal pasti setiap infrastruktur saliran di bawah tanggungjawab masing-masing dan memastikan pembangunan pesat di daerah Muallim tidak akan menyebabkan bencana alam yang tidak diingini seperti banjir kilat dan lain-lain.
Saya difahamkan terdapat dokumen drainage masterplan bagi kawasan Tanjong Malim yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim. Walau bagaimana pun, perancangan pelan tersebut tidak dapat dilaksanakan disebabkan ia memerlukan sejumlah peruntukan sebanyak RM80 juta dan memerlukan kerjasama dari semua agensi iaitu JKR dan JPS bagi membolehkan perancangan dalam pelan induk tersebut dapat dilaksanakan. Saya amat berharap peruntukan ini dapat kita perolehi dalam RMK yang Ke-13 nanti. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya turut merakamkan ucapan syukur dan terima kasih kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan peruntukan untuk projek tebatan banjir di Negeri Perak termasuk sebanyak RM7 juta bagi RTB Bernam. Sebagai wakil rakyat, saya komited untuk memastikan setiap usaha kerajaan dalam isu ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan rakyat. Belanjawan ini juga bukan sahaja bersifat lokal tetapi selaras dengan Agenda Pembangunan Nasional dan Global termasuk Rancangan Malaysia Ke-13 dan Matlamat Pembangunan Mampan SDG. Fokus kepada pembangunan ekonomi hijau, pembangunan masyarakat yang berdaya tahan dan transformasi digital menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memastikan Perak terus relevan dalam arus perubahan global.
Dalam pembentangan bajet 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menunjukkan kerajaan juga begitu komited terhadap kesejahteraan rakyat dengan meluluskan 500 projek kepada Negeri Perak di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia ke-12 dan ini termasuklah menaik taraf Lebuh Raya Tanjong Malim-Lumut Fasa 1 dari Tol Tanjong Malim ke Politeknik Sultan Azlan Shah dari Seksyen 466.8 hingga Seksyen 483. Cumanya alangkah baiknya fasa ini dapat ditambah sedikit sahaja lagi dari sehingga tol Slim River kerana ini akan melengkapkan laluan 4 lorong Tanjong Malim ke Bidor yang sudah pastilah akan mengurangkan kesesakan di highway apabila musim-musim perayaan kerana Bidor selalu menjadi laluan keluar daripada pemandu-pemandu apabila menghadapi kesesakan dan kembali masuk ke highway di Tanjong Malim.
Sebagai penutup Dato' Yang di-Pertua, saya amat menghargai usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap daerah mendapat perhatian yang sewajarnya. Salah satu kekuatan belanjawan Perak adalah tumpuan kepada pembangunan wilayah yang seimbang. Namun tata kelola dan integriti dalam pelaksanaan perlu diberi perhatian bagi memastikan pertumbuhan yang inklusif dan adil. Belanjawan ini hanya akan memberi impak yang diinginkan sekiranya kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab memberi sokongan sepenuhnya. Oleh itu, saya menyeru kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang mulia ini untuk sama-sama kita menyokong dan meluluskan Belanjawan Perak 2025. Dengan ini Behrang menyokong sepenuhnya Belanjawan Perak 2025. Semoga segala perancangan ini dipermudahkan, diberkati dan membuahkan hasil yang terbaik untuk rakyat Negeri Perak.
Di pinggir sungai memancing senja, Air mengalir indah berpagar, Belanjawan Perak bawa sejahtera, Behrang menyokong usaha yang besar.
Sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warrahmatullah Hiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Behrang. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat yang berikutnya, izinkan saya untuk mengalu-alukan juga kehadiran di galeri pemerhati pelajar-pelajar petang ini daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Megat Khas dan juga pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan 20 minit. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil Alamin Wassolatu Wassalamu ala Ashrafi Ambia wa mursalin wa ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Rabbish Rahli Sadri wa yassirli amri wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Adun Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang daripada Gunong Semanggol, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ex-officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media, para pemerhati seterusnya rakyat Negeri Perak yang dapat mengikuti sidang dewan ini secara atas talian.
Alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat Allah Subhana Wata'ala kerana pada hari yang berbahagia ini dapat kita bersama-sama berbincang ke arah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Negeri Perak tanpa mengira bangsa, agama dan kefahaman politik. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaih wasallam yang membawa rahmat bagi sekalian alam, ahli keluarga baginda serta para sahabat para tabi'in dan bagi seluruh umat Islam. Pada hari yang berbahagia ini saya mengambil kesempatan merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-68 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfurllah pada 3 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, suka saya memulakan perbahasan belanjawan 2025 ini dengan mengambil panduan dan pedoman daripada Kalamullah Al Quran Karim, Surah An-Nisa ayat 58, dengan izin. Bismillahirrahmanirrahim. (Ayat Quran)
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepada kamu dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Semoga kita mendapat panduan daripada yang telah tercatat di dalam Al-Quranul Karim. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhana Wata'ala atas kurniaan limpahan hasil bumi dan ekonomi yang makmur. Saya Adun Bota merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan Belanjawan Perak 2025 pada Jumaat yang lalu. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh jentera pentadbiran negeri atas pertumbuhan ekonomi yang semakin baik dengan surplus dua tahun berturut-turut.
Di awal bicara ini suka saya ingin menyentuh Dato' Yang di-Pertua fokus pertama iaitu kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah menaikkan kadar semasa bantuan am JKM kepada RM500. Namun demikian saya melihat rakyat dari kalangan warga emas dan juga kanak-kanak juga wajar dinaikkan bantuan untuk mereka memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat. Terima kasih Kerajaan Negeri Perak kerana meneruskan inisiatif Kad Perak Sejahtera Kerajaan Perak di mana mengekalkan nilai bantuan RM100 seperti tahun lalu. Bagaimanapun Bota ingin mencadangkan supaya dikembalikan bantuan manfaat kesihatan dengan nilai RM100 juga. Ini kerana manfaat skim Perubatan Madani yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hanyalah dihadkan kepada rakyat di daerah Kinta sahaja. Situasi sekarang menyaksikan tekanan kos sara hidup yang tinggi turut menyumbang kepada masalah kesihatan. Menurut laporan Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, NHMS 2023 kemasukan ke hospital kerajaan dan swasta masing-masing adalah 74.7% dan 25.3%. 54.8% dibayar oleh pesakit atau pun keluarga sendiri. Dengan pemberian semula manfaat kesihatan seperti sebelum ini Bota percaya ianya sangat membantu mengurangkan bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat serta membuktikan Kerajaan Negeri meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa meningkat dan bertambah baik. Kad ini seharusnya menjadi simbol keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Ramai rakyat khususnya wanita, warga emas dan golongan rentan menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan perubatan asas kerana kos yang semakin meningkat.
Oleh itu Bota ingin mencadangkan kemudahan kad perubatan itu dikembalikan melalui Kad Perak Sejahtera dan juga ia mungkin boleh dilebarkan untuk rawatan di klinik gigi atau pun mendapatkan ubat-ubat di farmasi dengan preskripsi oleh doktor yang merawat. Kemudian Bota juga ingin mencadangkan supaya memperluaskan skop perlindungan kepada perkhidmatan kesihatan mental, fisioterapi dan juga pemeriksaan kesihatan berkala. Penambahbaikkan sistem pengurusan kad ini iaitu sama ada Kad Perak Sejahtera ini sama ada untuk kesihatan atau pun untuk mendapatkan barangan harian mestilah dilaksanakan secara telus bagi memastikan penerima bantuan benar-benar terdiri daripada golongan yang layak. Begitu juga saya mengharapkan tempoh yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan perlulah dipendekkan.
Dato' Yang di-Pertua, wanita merupakan tonggak utama dalam keluarga dan masyarakat. Dalam usaha memperkasakan keluarga kita harus menyediakan sokongan yang kukuh kepada Wanita. Saya mengucapkan tahniah atas inisiatif Kerajaan Negeri yang telah memberikan latihan keusahawanan, latihan kemahiran dan memberikan peluang pekerjaan kepada wanita-wanita di Negeri Perak. Perkara seperti ini wajar dipuji. Saya ucapkan syabas kepada exco wanita. Wanita yang berjaya sebagai usahawan bukan sahaja dapat menyokong keluarga tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Sukalah saya nyatakan peruntukan RM3.3…3.3 juta kepada wanita Perak yang telah diperuntukkan dalam belanjawan 2025 dapat diagihkan secara adil kepada seluruh wanita yang memerlukan. Apa yang penting ya setelah pelbagai latihan diberikan kepada wanita-wanita tersebut melalui agensi yang ada, bimbingan pemasaran perlulah lebih aktif agar produk-produk yang dihasilkan oleh mereka ataupun produk-produk PMK…PMKS yang dihasilkan mampu berdaya saing dengan produk-produk yang sedia ada dalam pasaran.
Bota mengucapkan syabas sekali lagi kepada Exco atas segala usaha yang telah dilakukan dan sangatlah berharap kerjasama yang lebih erat dapat dilakukan. Biarkan biarpun kami berada didalam kawasan pembangkang. Bota ada rasa sedikit terkilan apabila program yang dikenali sebagai One Stop Center (OSC) Sejahtera Sosial yang dilakukan di bawah Exco tidak pun melibatkan kami daripada kawasan pembangkang ya, walaupun ia dilaksanakan di kawasan kami tetapi kita tidak pun dimaklumkan, tidak pun dijemput dalam majlis tersebut. Mungkin ada jugalah rakan-rakan saya daripada belah sini yang dijemput tetapi saya dapat makluman daripada sebahagian daripada kami tidak pun dijemput. Bukannya apa, program ini dilaksanakan di tempat kami, ya, apalah salahnya kita dimaklumkan tentang program tersebut dan kita juga boleh membantu mewarwarkan kepada rakyat dan dapatlah rakyat setempat beroleh manfaat. Apatah lagi dengan peruntukan kami yang sangat terhad, kami memang tidak dapat tidak berupaya untuk laksanakan program yang lebih besar sebagaimana para Exco sekalian.
Tuan Yang di-Pertua, Perak telah melahirkan ramai usahawan dan memberikan komitmen dalam dalam aspek pembangunan usahawan iaitu dengan peruntukan RM3 juta telah diberikan untuk Seketeriat Usahawan Perak yang STeP. Bota ingin menarik perhatian berkaitan usahawan-usahawan kecil yang berada di kawasan kampung-kampung ya khasnya dalam kawasan Bota, mungkin kawasan Manong ya mungkin kawasan Pengkalan Ulu ya. Mereka ini sangat berpotensi dan berinisiatif untuk membangunkan ekonomi keluarga. Contohnya ibu tunggal, tetapi disebabkan mereka ni adalah peniaga-peniaga kecil sebahagian daripada mereka tidak mendaftarkan perniagaan mereka di SSM, sedangkan syarat untuk mendapat bantuan daripada STeP adalah mereka yang telah berdaftar berdaftar ataupun telah mempunyai sijil SSM. Jadi bolehlah selepas ini mungkin STeP boleh mengambil satu langkah untuk memastikan golongan peniaga-peniaga kecil ataupun usahawan-usahawan kecil ini juga mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan kepada STeP. Jadi, saya ya mengharapkan ya perkara ini diambil perhatian.
Di samping itu juga, saya juga ingin menarik perhatian tentang cadangan daripada Pengkalan Hulu di awal sesi pagi tadi di mana Pengkalan Hulu mencadangkan supaya Negeri Perak mengenal pasti lokasi-lokasi yang strategik untuk kita mewujudkan satu tempat untuk kita memasarkan produk-produk usahawan kecil kita sebagaimana yang terdapat di Negeri Kelantan yang terkenal dengan Pasar Khadijahnya ya, Negeri Terengganu yang terkenal dengan Pasar Payangnya. Jadi kenapa tidak kita di Negeri Perak ini dan saya sudah pasti yang kita tentu memilih lokasi-lokasi pelancongan seperti Kuala Kangsar ya, tidak mustahil juga Bota boleh boleh dikenalpasti sebagai lokasi untuk kita bina satu pusat pasaran untuk usahawan-usahawan yang berada di dalam Negeri Perak.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga Bota ingin menzahirkan rasa gembira dan ucapan terima kasih kerana siapnya bangunan Hospital baru Seri Iskandar yang telah yang telah berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Rakyat Bota sangat bersyukur dengan perkembangan ini. Alhamdulillah ya, rakyat telah In shaa Allah akan boleh menikmati perkhidmatan kesihatan yang akan bermula pada 11 Disember ini dengan lebih baik dan selesa. Namun begitu, suka saya ingin mengingatkan Hospital Seri Iskandar ini yang terletak di kawasan bandar ya, ia sebenarnya memberi sedikit kesukaran kepada rakyat Bota khususnya yang tinggal di kawasan Bota Lambor dan mungkin juga memberi kesukaran kepada rakyat kawasan Belanja ya sebab ya perkhidmatan hospital sudah semestinya boleh didapati sewaktu hari bekerja di mana kawasan-kawasan kampung-kampung yang berada di dalam kawasan Mukim Bota, Mukim Belanja ini sebenarnya terdiri daripada warga emas yang mana anak-anak mereka hanya pulang ketika hujung minggu ataupun ketika cuti cuti panjang. Jadi setelah dapat gading bertuah, janganlah tanduk tidak tanduk tidak berguna lagi, Tanduk tidak berguna lagi. Begitulah pepatahnya ya. Hospital Changkat Melintang sebelum ini menjadi tumpuan masyarakat setempat mendapatkan rawatan kesihatan. ya. Saya pernah bekerja di hospital ini selepas saya balik berkhidmat ke Negeri Perak. Memang Hospital Changkat Melintang adalah hospital pertama yang saya berkhidmat.
Jadi saya rasa hospital ini sangat dekat di hati saya. Hospital ini sangat dekat dengan rakyat Bota khususnya di kawasan kampung. Jumlah penduduk paling tinggi adalah di Mukim Bota iaitu 40,816 orang dan kebanyakan mereka adalah datang daripada kawasan-kawasan kampung di dalam Mukim Bota. Kebanyakan penduduk Bota adalah warga emas dan akses kepada Hospital Seri Iskandar, sebagaimana yang saya katakan tadi agak jauh. Justeru, dalam Dewan yang mulia ini minta maaf dalam Dewan yang mulia ini, Bota ingin menegaskan, mengharapkan fasiliti yang ada di Hospital Changkat Melintang wajar dimanfaatkan untuk membuka klinik kesihatan yang akan diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Usaha yang bersungguh-sungguh dari pihak Exco Kesihatan sangatlah perlu agar Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbangkan untuk menambah peruntukan dan perjawatan bagi merealisasikan klinik kesihatan ini. Buat masa ini, semua pesakit kronik seperti diabetes mellitus, hypertension dengan izin yang dahulunya mendapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar Hospital Changkat Melintang telah diagihkan ke klinik-klinik kesihatan yang jaraknya dalam lingkungan 10 hingga 20 km. Bagi kita memang dah tak hairan untuk memandu sejauh 10 hingga 20 km. Tapi bagi orang kampung tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin, para sidang sidang hadirin sekalian sangatlah menyusahkan ya kerana kadang-kadang mereka terpaksa terpaksa bayar RM 60 semata-mata untuk pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan ya, kos mereka pergi ke klinik tu lebih mahal daripada harga ubat yang mereka dapat. Keadaan ini sebenarnya telah membebankan pesakit-pesakit warga emas dan begitulah juga dengan petugas-petugas kesihatan di klinik yang dirujuk.
Tuan Yang di-Pertua, Bota sangat gembira mendengar pengumuman kenaikan peruntukan untuk Program Bas Sejahtera sebanyak RM3.6 juta. Adalah diharapkan Program Bas Sejahtera ditambah laluannya dari Bota Lambor ke Seri Iskandar bagi memudahkan warga Perak Tengah mendapatkan rawatan di Hospital Seri Iskandar. Tidaklah…tidaklah adil sekiranya Program Bas Perak Sejahtera yang hanya fokus ke kawasan kawasan bandar seperti Lumut, Manjung, Kuala Kangsar ya dan saya rasa inilah masanya untuk Kerajaan Perak membuktikan keprihatinan untuk mengadakan program untuk melebarkan perkhidmatan bas sejahtera untuk masyarakat ataupun rakyat di Daerah Perak Tengah. Rakyat di luar bandar juga ingin menikmati keselesaan seperti mereka yang berada di bandar. Besarlah harapan Bota agar cadangan ini diambil berat oleh pihak kerajaan.
Dato’ Yang Di-Pertua, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri yang tidak pernah mengendurkan mengendurkan walau seinci. Tanggungjawab memelihara dan menyuburkan kemuliaan Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Bota ingin menarik perhatian tentang pembinaan semula Masjid Al Ghufran Niah, Titi Gantung yang tergantung. Dah la nama ni Titi Gantung tergantung pula pembinaannya. Masjid bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga pusat kegiatan masyarakat. Namun, pembinaan Masjid Al-Ghufranniah yang sepatutnya menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan masyarakat kini menghadapi masalah kelewatan yang membimbangkan.
Kedudukan masjid di laluan lebuh raya Ipoh-Lumut arah ke Ipoh itu turut menjadi tumpuan pengguna lebuh raya ini ataupun pengguna jalan raya ini untuk singgah solat dan berehat. Pembinaan masjid ini belum menunjukkan perkembangan yang positif dan menyebabkan kekecewaan besar dalam kalangan penduduk setempat dan pengguna yang lain. Buat masa ini, ahli khariah masjid yang selalu menggunakan yang merupakan khariah Masjid Al-GhufranHadiah telah diagihkan untuk mendirikan solat jemaah dan juga solat Jumaat di surau. Dua buah surau yang berdekatan yang telah digazetkan menjadi surau diri diri Jumaat. Saya difahamkan ya pihak Pejabat Menteri Besar telah pun menghantar surat ke Pejabat Daerah Perak Tengah untuk mendapatkan ulasan daripada pihak Daerah Perak Tengah. Pejabat jadi saya yang juga merupakan ahli kariah masjid itu dengan rendah hati merayu kepada Menteri Besar Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk meneliti segala permohonan yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa masjid untuk pihak negeri menyalurkan peruntukan tambahan yang diperlukan kerana perkara ini dan juga saya mengharapkan pembinaan masjid ini perlulah melibatkan komuniti dalam perancangan dan pemantauan projek supaya keperluan sebenar rakyat dapat dipenuhi. Di samping itu juga, saya juga mengharapkan pihak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku kelewatan dalam pembinaan masjid ini.
Di dalam pembentangan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi tujuan baik pulih dan bina baru masjid dan surau. Jadi, Bota sangatlah berharap ya pembinaan Masjid Al-Ghufroniah termasuk dalam senarai yang perlu disiapkan segera dan tidak dipandang sepi. Di samping itu juga, saya juga ingin menarik perhatian Bandar Seri Iskandar yang yang pada hari ini sedang orang kata sedang pesat membangun dan dan mempunyai penduduk yang tinggi. Saya difaham juga ada penduduk daripada bandar bandar universiti di kawasan Perumahan Tasik Indah juga telah mengada menghantar permohonan kepada Pejabat Menteri Besar untuk mendapatkan sebuah surau bagi kemudahan mereka beribadah. Itu juga saya mengambil mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada Yang Amat Menteri Menteri Besar untuk memberi perhatian kepada permohonan mereka.
Dato' Yang di-Pertua, selain daripada itu ada perkara yang terakhir perkara lagi sedikitlah saya nak bawa ya. Masalah dalam kawasan saya ya, bukannya selalu kita sidang Dun. Ya, yakni masalah perumahan di bawah LPHP. Rumahku Syurgaku. Mungkin boleh bertukar menjadi rumahku. Isu perumahan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak terus menjadi masalah kritikal. Projek perumahan yang tidak siap mengikut waktu menyebabkan ramai keluarga terjejas terutama golongan berpendapatan rendah. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berteduh kini menjadi punca tekanan kepada pembeli. Bota menerima luahan penduduk di bandar universiti berkaitan isu rumah yang telah dibeli dan pemotongan penuh loan telah lama berlaku tetapi rumah masih belum disiapkan. Projek Perumahan Taman Perwira ini melibatkan 500 penduduk dan telah ditandatangani pada tahun 2022 di bawah program Rumah Perakku. Merujuk kepada portal teduhkpkt.government.my sehingga 27.11.2024. Tarikh patut siap bagi projek perumahan ini adalah pada 10 Mac 2024, tetapi sehingga kini masih belum siap, tetapi pembeli-pembeli telah pun telah pun dikehendaki telah telah berlaku pemotongan pendapatan mereka untuk membayar loan untuk rumah tersebut. Jadi, saya mengharapkan Bota mengharapkan kerajaan negeri perlu menguatkuasakan pemantauan ketat terhadap kontraktor bagi memastikan projek itu siap mengikut jadual. Memperkenalkan mekanisme pampasan kepada pembeli yang terjejas. Menggalakkan penggunaan teknologi pembinaan moden untuk mempercepatkan proses pembinaan. Satu lagi isu rumah di pernah di mana saya pernah suarakan persoalan ini dalam sidang Dun penggal yang kedua di mana projek Rumah Perak Amanjaya Lot 7475, Lot 7572 dalam mukim saya Mukim Bota sehingga kini juga masih belum dapat diduduki. Jadi, saya mohon penjelasan tentang perkara tersebut oleh daripada pihak Exco yang berkaitan.
Dato' Yang di-Pertua, di penghujung bicara ini, Bota ingin menyentuh satu lagi perkara ya yakni lampu jalan di Jalan Ipoh, Lumut. Jalan Ipoh-Lumut adalah laluan utama yang menghubungkan bandar dan kawasan luar bandar. Namun kekurangan lampu jalan di sepanjang di sepanjang laluan ini menyebabkan peningkatan kemalangan termasuk kemalangan maut. Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada Exco Infrastruktur ya dan juga jalan raya yang telah memberikan meluluskan permohonan Bota untuk mengadakan lampu di Jambatan Titi Gantung di mana saya telah mendapatlah di kawasan Bota dah dapat lampu 12 batang lampu solar tetapi ya sedihnya baru-baru ini dalam tempoh tak sampai sebulan, satu lagi kemalangan maut berlaku tidak jauh daripada kawasan yang telah kita pasang lampu memang kawasan tu gelap. Itulah ya kalau kita kata. Nak kata disebabkan oleh masalah lampu ya tak lah jugak orang kata 100% masalah gelap tetapi mungkin juga masalah sikap atau pun ye lah dah di takdirkan oleh Allah SWT ya itu kita tak boleh nak nafikan lah ya.
Tapi usaha kita sebagai pemerintah usaha kita sebagai pentadbir. Kenapa tidak ya jalan raya antara Ipoh dan Lumut itu yang mana kawasan-kawasan yang gelap dan kawasan sering berlaku kemalangan harap dapatlah diterangkan. Ya. Dengan memasang lampu-lampu jalan yang boleh memberi manfaat kepada pengguna jalan raya. Ya. Kemudian, saya juga menyeru agar kerajaan mengadakan audit keselamatan jalan raya secara berkala untuk mengenal pasti kawasan berisiko. Ya.
Yang ketiga melibatkan juga Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan berkaitan untuk menyegera pelaksanaan pemasangan lampu jalan.
Saya juga Ya Dato' Yang di-Pertua saya juga Bota juga menerima aduan daripada penduduk sekitar Seri Iskandar berkenaan pencemaran bau yg mengganggu keselesaan mereka terutama selepas hujan turun. Sekarang ni dah musim hujan lagi lagi kuatlah baunya. Ya. Jika diteliti, kawasan Seri Iskandar tiada sebarang aktiviti penternakan atau pun pusat pelupusan sampah. Ya, mungkin pencemaran bau ini datang daripada aktiviti ternakan yang terletak di kawasan sebelah. Yang ini mungkin kawasan Tronoh lah ya. Dalam laman web rasmi Jabatan Veterinar Negeri Perak dinyatakan dengan jelas aktiviti sedemikian tidak jauh dari Seri Iskandar. Justeru, saya mohon pihak yang pihak yang berkenaan menyiasat dan mengambil tindakan akan masalah pencemaran bau ini supaya tidak terus mengganggu keselesaan penduduk setempat. Isu-isu yang saya bangkitkan ini bukan sahaja menyentuh aspek kebajikan tetapi juga memberi kesan kepada pembangunan negeri secara keseluruhannya. Saya berharap Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan segera dan efektif untuk menyelesaikan masalah ini.
Dato' Yang di-Pertua, belanjawan kali ini paling tinggi dalam sejarah belanjawan Negeri Perak. Peruntukan yang disalurkan kepada lima fokus ini diharap benar-benar sampai kepada yang berhak menerima tidak terkecuali kawasan pembangkang. Saya sebagai Adun pembangkang walaupun kami ni pembangkang tetapi kami tetap memberikan khidmat kepada seluruh rakyat tidak kira latar belakang. Alhamdulillah, Bota setiap bulan mengadakan hari bersama rakyat dan memang sejak saya menjadi Adun. Ya. Saya setiap bulan kita adakan program hari bersama rakyat dan kami sentiasa dikunjungi dan masalah-masalah yang diadukan kepada kami masalah tidak cukup bekalan makanan, masalah perumahan, masalah tak mampu nak bayar bil, masalah tak boleh nak pergi hospital ya tak boleh nak pergi follow up rawatan pakar itu adalah masalah-masalah yang sering kami hadapi. Hal ini kami terima dan kami hadapi. Jadi memetik bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar amat menyanjung tinggi segala pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan oleh seluruh anggota pentadbiran dalam memastikan setiap tugas yang digalas setiap amanah yang dipikul akhirnya memberi makna kepada kehidupan rakyat.
Namun, jangan dilupakan kami sebagai Adun juga mentadbir dan menggalas amanah rakyat dan yang dipilih secara sah dalam pilihan raya ya dan melalui Dewan yang mulia ini, saya mohon janganlah hak kami dinafikan untuk mendapat peruntukan sebagaimana kami dapat pada tahun 2022 dan juga tahun pada tahun 2023 dan juga tahun 2024. Bota sangat berharap Kerajaan Negeri…Kerajaan Negeri Perak tidaklah ibarat bagai perahu karam sebelah. Janganlah dinafikan hak rakyat di kawasan-kawasan Adun pembangkang. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jabatan dan agensi kerajaan yang telah membantu memudahkan urusan Adun Bota sama ada kakitangan daripada peringkat Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri atau pun daerah. Kredit khas saya berikan kepada pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran. Tidak lupa juga Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wanita Perak, Pejabat Baitulmal dan juga Majlis Daerah Perak Tengah yang telah memberikan kerjasama yang baik dengan Pusat Khidmat Adun Bota. Semoga kerjasama yang baik dapat diteruskan demi berbakti kepada rakyat kerana Allah SWT.
Pasang belat-belat paya diredah, Bawa jala terus ke sawah, Masalah rakyat diangkat sudah, Moga terbela rakyat di daerah.
Dengan ini, Bota menyokong penuh Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Sekian, Wabillahi taufiq, walhidayah, wassalamualaikum, warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Bota atas perbahasan tersebut. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit.
Salam Sejahtera. 2030 dan Salam Malaysia Madani. Dengan rendah diri saya ucapkan kepada Dato Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, rakan-rakan Yang Berhormat daripada blok kerajaan dan pembangkang. Yang berusaha ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media dan seterusnya para pemerhati dan penonton yang sedang mengikuti sidang dewan atas talian. Yang di-Pertua, di bawah kebimbingan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Kerajaan Negeri Perak memacukan pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Transformasi industri dan peningkatan teknologi sebagai tunggak utama dalam konteks pembangunan industri dan teknologi di Negeri Perak. Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri iaitu industri pertengahan, kecerdasan buatan dan sokongan kepada usahawan muda. Ketiga-tiga aspek ini ialah elemen penting yang berkait rapat dengan pertumbuhan lestari, kemajuan ekonomi dan daya saing jangka panjang di Negeri Perak. Pada masa, pada hari yang mulia ini, saya ingin membentangkan beberapa cadangan dan indikator mengenai industri pertengahan dan pembahagian sumber sebagai perkasa. Industri pertengahan lebih dikenali sebagai make spring surprise merupakan komponen utama dalam tranformasi ekonomi.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Perak perlu memberi lebih perhatian kepada aspek peningkatan teknologi dan sokongan kewangan. Indikator pertama yang ingin saya kemukakan ialah fokus kepada sokongan dasar. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri melakar dasar khusus untuk menyokong industri perdagangan dalam meningkatkan teknologi dan inovasi terutamanya dalam bidang teknologi hijau dan automasi. Ini akan membantu industri pertengahan untuk meningkatkan daya saing mereka dipasaran global. Selain itu, kerajaan juga perlu memberikan sokongan kewangan dalam bentuk peningkatan teknologi dan inovasi. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan subsidi atau pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah untuk menggerakkan industri pertengahan melabur dalam teknologi baru. Kerajaan bolehlah mempertimbangkan supaya satu taraf peningkatan teknologi dan inovasi ditubuhkan di samping memberikan ganjaran R&D untuk membantu industri pertengahan beralih kepada pengeluaran dan pengurusan rantaian bekalan secara digital. Tujuan meningkatkan kecekapan dan kuantiti. Indikator kedua ialah perkembangan kecerdasan buatan AI. Dengan perkembangan pesat industri 4 dan kecerdasan buatan AI, Kerajaan Negeri Perak perlu mempercepatkan penggambaran teknologi AI terutamanya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan logistik. Penggunaan meluas AI bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran tetapi juga dapat memacu transformasi ekonomi tempatan kearah nilai tambah yang lebih tinggi. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar satu pusat inovasi AI ditubuhkan. Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan pusat inovasi kecerdasan buatan di Perak sebagai pusat penyelidikan dan aplikasi teknologi AI tempatan.
Seterusnya, pusat ini boleh berfungsi untuk menarik pelaburan teknologi dari dalam dan luar negara melatih pakar AI tempatan dan membantu perniagaan tempatan. Mempercepatkan penggunaan teknologi AI. Penubuhan pusat inovasi AI ini secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan diperingkat tempatan. Kerajaan bukan lagi menggerakkan dan menyerahkan perusahaan tempatan terutama PKS untuk menyesuaikan diri dalam era AI ini secara lisan. Namun, orang-orang Perak mampu mengguna pakai fasiliti teknologi kecacatan buatan yang disediakan dalam pusat inovasi ini. Dalam jangka panjang ini, jangka panjang ini akan mendorong penggunaan AI dalam bidang seperti rantaian penukaran, automasi, proses pengeluaran dan interaksi data seterusnya meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan daya saing korporat kita.
Indikator ke 3 ialah sokongan kepada usahawan muda. Usahawan muda adalah pemangkin utama taraf inovasi eknomi terutamanya dalam bidang ekonomi digital dan inovasi teknologi. Merujuk kepada Forbes, usahawan muda terbukti dapat memperkasa ekonomi yang lebih berdaya saing dengan mewujudkan tuntutan baharu dan menangani masalah lama. Dengan melawati aktiviti keusahawanan, anak muda di Perak telah menunjukkan trend menaik sejak beberapa tahun lalu terutamanya dalam ekonomi digital dan inovasi teknologi yang didorong oleh pandemik Covid-19. Namun, mereka juga menghadapi cabaran dari segi kewangan dan teknologi dan isu pemanasan global yang menyebabkan mereka sukar untuk melestari dalam pasaran antarabangsa.
Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan sokongan kewangan dan bantuan dalam aspek-aspek teknologi serta pengurusan untuk membantu mereka untuk terus berkembang. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar dana usahawan belia diperkasakan terutama untuk usahawan muda yang terlibat dalam bidang teknologi hijau, ekonomi digital dan sektor-sektor berpotensi tinggi yang lain. Selain itu, kerajaan juga perlu menyediakan bantuan teknologi terkini serta latihan untuk membantu usahawan muda memahami aplikasi teknologi terkini dan trend pasaran. Terutamanya dalam menghadapi cabaran perubahan iklim global dan perubahan teknologi. Bagi memastikan kelestarian mereka dalam pasaran antarabangsa. Inisiatif ini membantu kerajaan untuk mengekalkan pakar dan tenaga kerja mudah dalam negeri ini daripada mengalir ke luar negara.
Timbalan Yang di-Pertua, indikator keempat ialah pengoptimuman dan peningkatan rangkaian kepakaran. Dengan semakin kompleks dan pelbagai persekitaran rantaian kepakaran purba. Perusahaan di Negeri Perak perlu meningkatkan daya saing mereka dalam landasan sekarang. Pengoptimuman dan peningkatan rantaian bekalan akan membantu perniagaan menghadapi perubahan pasaran dan persaingan antarabangsa dengan lebih berkesan. Di sini saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Pertama saya menyaran perusahaan untuk menggunakan sistem perusahaan rantaian kepakaran pintar termasuk generasi data besar, internet of things dan technology blockchain untuk meningkatkan ketelusan, kecekapan dan keselamatan seluruh rantaian bekalan. Ini akan membantu perniagaan tempatan menghadapi turun naik rantaian bekalan global dan meningkatkan fleksibiliti dalam penghantaran dan pengeluaran. Kedua, mempromosikan pembangunan rantaian bekalan tempatan mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran antarabangsa dan meningkatkan ketahanan serta kebolehpercayaan rantaian bekalan tempatan dengan menyediakan platform bagi perusahaan di Kegeri Perak.
Kerajaan dapat memudahkan kerjasama antara perniagaan tempatan dengan pembekal pengeluar dan pengedar seterusnya mewujudkan rangkaian-rangkaian bekalan yang lebih kukuh. Ketiga memperkenalkan insentif untuk pengurusan rantaian bekalan hijau bagi menyokong perusahaan mengamalkan amalan rantaian bekalan yang lebih mampan seperti perusahaan pelepasan karbon dan model ekonomi kitar semula. Ini bukan sahaja membantu perusahaan tempatan menyesuaikan diri dengan permintaan berupa terhadap amalan mesra alam tetapi juga meningkatkan reputasi mereka di pasaran antarabangsa.
Keempat mendorong kerjasama antara perusahaan universiti dan intitusi penyelidikan untuk memacu inovasi teknologi tempatan dan pembangunan pakar. Melalui penerapan teknologi, inovasi dan pakar berkemahiran tinggi perusahaan tempatan akan dapat mencapai kejayaan dalam bidang Ai, teknologi hijau dan pengoptimuman rantaian. Perkara kelima mempromosikan pembangunan kluster industri di mana perusahaan yang terlibat dalam sektor atau rantaian bekalan yang berkaitan dapat berkumpul di kawasan tertentu. Mewujudkan ekosistem yang sering menguntungkan. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi tetapi juga meningkatkan daya saing keseluruhan melalui perkongsian teknologi dan maklumat. Cadangan-cadangan di atas adalah penting kerana ia mencerminkan bagaimana Negeri Perak boleh memanfaatkan peluang daripada perubahan teknologi global untuk mendorong transformasi ekonomi tempatan.
Akhir kata, sekiranya Kerajaan Negeri Perak mengambil langkah-langkah ini, ia akan dapat menyokong pertumbuhan industri pertengahan, memajukan teknologi kecerdasan buatan, membantu usahawan muda, inovasi dan mengoptimumkan rantaian bekalan tempatan. Seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan di negeri Perak. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Jelapang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bercham nak tanya ke? Tak ada senyum je. Alhamdulillah rabbil alamin Wassolatu wassalamu ala Asyraf Fil Anbiyaiwal Mursalin wa ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Terima kasih kepada Cik Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar mewakili Kota Tampan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, negeri dan semua hadirin dan juga saya mengucapkan selamat datang delegasi daripada muslimat PAS Larut diketuai oleh Ustazah Faizah dan juga Ustazah Nor Aini dan juga Kak Ti dan rombongan daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Larut yang berada di tempat pemerhati.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala (ayat Quran dibaca) Pada hari ini kami sempurnakan bagi kamu agama kamu (ayat Quran dibaca) dan kami cukupkan rezeki kami kepada kamu. (Ayat Quran dibaca) dan kami redha yakni Allah Subhana wa Ta'ala redha Islam sebagai agama. Ayat ini adalah sebahagian daripada pengumuman Allah Subhana Wata'ala tentang kesempurnaan agama Islam. Diturunkan pada hari Jumaat ketika Haji Wida' di Arafah.
Saya memulakan perbahasan saya pada hari ini dalam Dewan yang mulia ini dengan ucapan takziah kepada seluruh mangsa banjir yang terkesan dalam sembilan negeri dan tak terlepas juga dalam negeri Perak. Sehingga semalam mencatatkan 399 orang daripada 110 buah keluarga dan dibuka 8 buah penempatan sementara kerana kawasan yang masih terjejas. Pada pandangan saya dan pada hemat saya dan penuh yakin kerajaan akan memberi bantuan sebaiknya yang diperlukan kepada mangsa-mangsa banjir dan bersabar di atas bencana yang berlaku ini. (Ayat Quran dibaca) Sesungguhnya orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahalanya untuk mereka yang tidak berkira. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pasukan di atas pembentangan bajet dengan peruntukan sebanyak RM1.52 billion dan juga yang merupakan bajet yang terbesar yang pernah diumumkan dan Kubu Gajah mengharapkan keadilan yang sepenuhnya dibahagi untuk disamaratakan keseluruhan bajet tersebut untuk pembangunan dan juga melestarikan apa yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk kebahagiaan, kesenangan, kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Perak tanpa mengenal ideologi ataupun warna kulit dengan mengutamakan hak dan keperluan rakyat. Firman Allah (ayat Quran dibaca) Dan janganlah kamu sekali kali kamu membenci terhadap sesuatu kaum mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.
Timbalan Yang di-Pertua, patik menjunjung nukilan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah dalam buku baginda bertajuk Globalisation: Perak’s, Rise, Relative Decline and Regeneration telah menggariskan elemen kedua iaitu membina semula modal insan dan meningkatkan kebolehpasaran. Modal insan tidak akan terbina jika kebajikan rakyat tidak diutamakan. Pada rakaman kedua daripada Jalong. Terima kasih Jalong. Modal insan tidak akan terbina jika kebajikan rakyat tidak diutamakan. Menyentuh soal kebajikan rakyat, data daripada DOSM menunjukkan kadar kemiskinan tegar Perak menunjukkan kepada 0.2 peratus dan kadar kemiskinan mutlak Perak sebanyak 2.3 peratus. Daripada data ini menunjukkan pengurangan daripada tahun-tahun ini adakah ia merupakan satu indikator yang positif? Jika dilihat kepada garis panduan kemiskinan, kadar kemiskinan tegar adalah pendapatan RM1,198 sebulan. Manakala kemiskinan mutlak adalah pendapatan RM2,297 sebulan. Bukankah angka ini tidak berubah sejak pelarasan gaji yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan pada 1 Mei 2022 iaitu sebanyak RM1,500. Bukankah angka indikator tadi sudah tidak relevan dijadikan sebagai panduan. Masih ramai di luar sana sudah tidak dikategorikan sebagai mutlak, tetapi secara hakikatnya masih ramai bersusah payah meneruskan hidup di era serba mahal dah ni.
Timbalan Yang di-Pertua, saya percaya pada tahun hadapan akan berkurang lagi peratusan dengan pelarasan gaji minimum RM 1,700. Persoalan, adakah agensi dalam Kerajaan Negeri Perak, PASAK dan juga beberapa entiti yang lain yang banyak memberi latihan dan sokongan untuk rakyat membina skil baharu. Berapa peratuskah golongan-golongan miskin mutlak ini keluar daripada kepompong kemiskinan daripada membantu kerajaan daripada bantuan daripada Kerajaan Negeri Perak?
Timbalan Yang di-Pertua, perenggan yang ke-42 dalam buku bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar memahami kekangan hidup kos sara hidup yang kian menghimpit dan sapa pun takleh menafikan yang ada sekarang ni semua menekan kehidupan rakyat, menghimpit kehidupan rakyat. Kehidupan golongan marhain sukacitanya saya yakni Yang Amat Berhormat mengumumkan kadar bantuan am telahpun dinaikkan kepada RM100 menjadi bantuan RM500 bulanan berkuatkuasa pada Januari 2025. Timbalan Yang di-Pertua, di bawah skim ataupun JKM ini dan kita lihat Alhamdulillah akan naik RM500 pada tahun Januari 2025. Tapi apa yang kita nak persoalkan ataupun kita nak bincangkan pada sini, adakah dengan penambahan RM100 menjadikan RM500, mereka ini boleh dikeluarkan daripada kepompong walaupun ada bantuan? Apa yang kita nak, dipersoalkan daripada peringkat Kubu Gajah terutamanya di bawah JKM. Selain daripada peruntukan RM500 yang disalurkan oleh kerajaan melalui JKM, adakah inisiatif lain atau pun bentuk-bentuk kursus modal insan yang dibahagikan kepada 6,100 penerima JKM ini? Berapa orangkah yang boleh terkeluar setelah mana mereka ini diberi kursus ataupun dibagi modal untuk mereka teruskan kehidupan mereka dengan berbisnes ataupun melakukan apa-apa juga untuk meningkatkan ekonomi kehidupan mereka. Jika ada, berapa orang ataupun berapa ketua keluarga yang terlibat dengan inisiatif ataupun program khusus yang ditawarkan oleh JKM kepada asnaf seramai 6,100 ini? Dan juga sejauh manakah keberjayaan program-program yang dijalankan oleh pihak JKM untuk mengeluarkan mereka ini daripada arus kemiskinan?
Sebab apa saya sebut perkara ini Timbalan Yang di-Pertua, dalam Dun Kubu Gajah sesi yang lepas kita pun dah mendapat, kita dah dapat dah satu keluarga ni satu keluarga untuk dapatkan bantuan JKM. Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada pejabat Exco. Cumanya, malangnya dengan mereka hanya menggunakan RM500 ini sahaja untuk kehidupan mereka dalam bulan tersebut dengan ada tiga orang anak, kan. Macam disebut oleh sahabat-sahabat tadi dengan tidak ada suami. Cumanya, saya nak sebut kalaulah ada program-program yang khusus untuk mengeluarkan mereka ini daripada arus kemiskinan tersebut, apa yang dianjurkan oleh JKM atau Exco Kebajikan, wajar mereka seperi ini patut diberi latihan. Patut diberi latihan. Tidak sepatutnya mereka yang hanya menerima RM500 kerana dengan keadaan sekarang, RM500 begitu tidak mencukupi untuk dia hidup sebulan dalam keadaan seorang ibu dan juga dua orang anak yang masih bersekolah. Sebab itu saya tanya kalau ada program-program yang khusus daripada JKM bagi mengeluarkan, mengeluarkan mereka ini daripada arus kemiskinan, Alhamdulillah.
Timbalan Yang di-Pertua, menyentuh perenggan ke-43, KerajaanNnegeri telah memperuntukkan sebanyak RM30.22 juta kepada program kerja kesejahteraan termasuk RM0.82 juta kepada Kedai Bergerak Negeri Perak. Dalam sesi yang lepas, sidang Dun yang lepas, saya ada bertanya dan dijawab oleh Exco yang berkenaan untuk merancakkan lagi, untuk merancakkan kedai bergerak dengan jualan rahmah tetapi malang agak sedikit malanglah, sedikit malang yang saya dapat tahu ataupun kontak melalui saya Dun Kubu Gajah Pusat khidmat, hanya satu atau dua sahaja dalam dalam dalam Parlimen Larut. Kalau kalau salah, saya mintak maaf. Tapi dalam pengetahuan saya, dalam pengetahuan saya, hanya dua kali dalam Parlimen Larut. Kalau ada lebih, Alhamdulillah.
Yang saya nak bangkitkan di sini, macam di persoalkan di peringkat parlimen. Kenapa beras tiada di pasaran tetapi beras ada dalam jualan rahmah dan juga dalam kedai bergerak? Menteri jawab, kalau permintaan daripada kerajaan kena ada lah kan? Ini jawapan saya kata jawapan yg tidak yg tidak bertanggung jawab dan saya juga mengharap dan saya telah pun mencadangkan kepada Exco yg berkenaan, kenapa beras yg banyak dalam jualan rahmah beribu-ribu kampit tidak disalurkan kepada gerai-gerai ataupun peruncit-peruncit di kampung-kampung. Sedangkan itulah mata rantai pencarian ekonomi di kawasan tersebut. Walaupun satu kedai runcit, dia ambil untung, hanya RM1 satu kampit 5 kilo. Tapi jawapan daripada Exco yang berkenaan dia kata dibimbangi peruncit-peruncit akan mengambil untung yang lebih. Itu penguatkuasa di peringkat Exco, peringkat yang ada. Sepatutnya mata rantai ekonomi kena berjalan di kampung-kampung, di kawasan-kawasan. Walau bagaimana pun, saya mengucap terima kasih kerana ada kedai bergerak dan juga ada jualan rahmah. Sedikit sebanyak boleh menolong orang-orang kampung yang sekarang memang terhimpit. Siapa pun tak leh menafikan. Inilah yang saya sebut dalam sesi yang lepas bahawasanya masyarakat dan juga rakyat akan terkesan di atas penarikan subsidi diesel yang beberapa bulan yang lepas. Sekarang rakyat telah menerima kesannya.
Timbalan Yang di-Pertua, bercakap berkenaan dengan kebajikan rakyat Perak, perak masih mengekalkan tempat yang pertama dalam bilangan B40 yang tertinggi sejak 2016. Daerah Hulu Perak dan Hilir Perak merupakan daerah yang tertinggi termasuk daerah Kubu Gajah. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pengurangan suntikan fiskal subsid melalui subsidi RON 90 ini. Kerajaan telah mengumumkan ini. Penyelarasan RON 95, peningkatan harga diesel enam bulan lepas, tujuh bulan lepas naik harga diesel dah terkesan. Rakyat ada yang tak makan. Di Muar, walaupun ada penafian kerana meninggal dua orang kerana tak tak cukup makan. Peningkatan harga diesel yang telah membebankan sesetengah rakyat telah menambah kos sara hidup bagi beberapa bulan yang lepas. Ini ditambahkan pula pengumuman bertalu-talu oleh Kerajaan Persekutuan. Persoalan saya, apakah mekanisme Kerajaan Negeri untuk melihat semula kaedah bantuan yang lebih efisien selepas pelan pengurangan subsidi RON 90 ini akan dilaksanakan? Negara dan negeri yang makmur bukan dilihat betapa bukan sekadar dilihat banyaknya kutipan hasil tetapi bagaimana untuk menguruskan hasil tersebut dirasai oleh segenap masyarakat.
Yang Berhormat, Tronoh mencelah. Terima kasih kepada Kubu Gajah kerana memberi ruang kepada Tronoh. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, di manakah kenyataan di mana ada penarikan subsidi diesel? Ini kerana seperti yang semua semua rakyat ataupun orang awam ataupun secara umum, kita tahu bahawa subsidi diesel ini adalah penyasaran semula dan bukannya penarikan subsidi kerana kita boleh Nampak di mana sekarang sekiranya ada petani-petani yang kecil, mereka bolehlah mohon dengan Budi Madani dan sebagainya. Jadi saya tak nampak di manakah penarikan subsidi yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat tadi.
Terima kasih, YB Tronoh. Penyasaran ke, apa ke yang hakikatnya adalah subsidi tak ada kepada rakyat. Itu yang hakikatnya. Cuba kita…
Saya rasa Yang Berhormat sedang mengelirukan Dewan ini.
Guna peraturan. Guna peraturan.
Apa?
Guna peraturan kalau saya mengelirukan.
43(a), Yang Berhormat.
Ok, Terima kasih.
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua.
Jadi Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, memandangkan Yang Berhormat telah mencabar untuk mengeluarkan perintah tetap, maka di sini saya ingin merujuk Yang Berhormat dengan Perintah Tetap 43(a) untuk menarik balik kenyataan yang mengelirukan Dewan ini. Saya berharap Timbalan Yang di-Pertua boleh membuat satu ruling untuk menjaga kemuliaan Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih, Tronoh. Kubu Gajah ada bukti tak? Tadi yang sebut diesel tu.
Bukti apa?
Kerana Yang Berhormat Kubu Gajah tadi mengatakan bahawa adanya penarikan subsidi diesel. Maka di sini saya sebagai wakil rakyat yang juga ingin memperbetulkan fakta tersebut bahawa penarikan subsidi tidak berlaku. Hanya penyasaran semula subsidi diesel ini.
Boleh bagi maksud penyasaran subsidi tak, Tronoh?
Maka, saya di sini ingin membangkitkan di mana Yang Berhormat telah memesongkan Dewan yang mulia ini. Maka saya berharap Timbalan Yang Di-Pertua boleh membuat satu ruling untuk meminta Yang Berhormat Kubu Gajah untuk menarik balik kenyataan yang dibuat oleh tadi.
Sebelum saya bagi penjelasan saya nak tanya apakah maksud penyasaran subsidi?
Ok, penyelarasan subsidi ini bukan saya yang jawab, ok? Sebagai wakil rakyat, wakil rakyat haruslah tahu apa maksud dan terma itu supaya boleh menjelaskan.
Itu saya tanya kepada Tronoh apa maksud dia?
Supaya boleh menjelaskan kepada orang umum.
Saya tidak menggunakan perkataan penyelarasan.
Itu sebab…
Saya menyatakan saya menggunakan perkataan penarikan subsidi.
Apabila Yang Berhormat sendiri tidak tahu.
Kalau Tronoh menggunakan penyelarasan, tolong bagi maksud apa maksud penyelarasan?
Maka Yang Berhormat memesongkan Dewan yang mulia ini.
Sebab apa? Apa bukti saya menyeleweng? Maksud?
Tadi saya meminta Timbalan Yang di-Pertua untuk membuat satu ruling untuk beliau menarik balik kenyataan yang dibuat tadi.
Timbalan Yang Di-Pertua, sebelum buat ruling, saya menggunakan penarikan bahasa perkataan menarik subsidi. Dia yang menggunakan penyelarasan subsidi. Saya tanya dia apa maksud penyelarasan subsidi?
Kubu Gajah, kalau tak ada bukti, saya minta tarik balik dari yang sebut perkataan itu.
Saya nak buktikan apa? Saya nak buktikan apa?
Kubu Gajah jawab sahaja. Ada tak subsidi sekarang? Penyasaran subsidi. Ada ke tidak.
Astaka, duduklah.
Jawab sahaja. Ya, jawab dulu.
Saya tengah berbincang dengan Tronoh.
Tak apa. Saya pun nak tanya.
Tak payah. Tak payah.
Sama jugak tadi pagi Gunung Semanggol juga bangkit isu ini.
Kalau macam tu, kalau macam tu bagi maksud penyelarasan subsidi tu macam mana bagi Dewan faham.
Kubu Gajah tak faham ke?
Ya, Kubu Gajah yang tak faham sendiri.
Saya tak faham.
Wakil sebagai seorang wakil rakyat, seorang Adun tak faham apa maksud penyasaran subsidi?
Semua orang pun faham.
Menarik subsidi.
Saya baru ingat you yang tak faham.
Memang saya tak faham. Tolong bagi saya pemahaman.
Jangan sesekali memesongkan Dewan ini.
Apa yang memesongkan Dewan ini?
Yang Berhormat Timbalan Speaker. Timbalan Speaker kena buat satu keputusan. Jangan bagi diaorang buat…
Duduk semua.
Bila Timbalan Speaker sudah buat keputusan…
Duduk semua. Tadi Kubu Gajah sila bagi penjelasan. Kubu Gajah sila bagi penjelasan tadi yang sebut perkataan tu. Kalau tak ada bukti, sila tarik balik.
Saya sebut dengan penarikan subsidi.
Adakah bukti itu?
Ya lah, memang sekarang ni mana ada masyarakat. Saya tengok di kawasan-kawasan penoreh atau pekebun sawit. Pekebun sawit yang ada sekarang depa terpaksa membeli diesel dengan harga RM3.00.
Kubu Gajah, jawab dulu diesel ada subsidi ke tidak? Penyasaran subsidi ada ke tidak? Kalau ada orang yang tak dapat itu sebab penyasaran subsidi. Bukannya diesel tak ada disubsidi.
Tak apa la itu atas kefahaman Astaka. Ini kefahaman saya.
Ini kena perbetulkan dulu.
Ok, duduk semua.
Kubu Gajah, you kena betulkan dulu.
Saya bagi tadi sudah Kubu Gajah sudah bagi penjelasan. Saya sudah tanya Kubu Gajah. Adakah bukti yang tadi yang sebut perkataan itu? Kalau tak ada, sila tarik balik. Ini saja.
Bukti apa?
Tarik balik dan sambung.
Timbalan Yang Di-Pertua, bukti apa saya nak kemukakan?
Hormat ruling Timbalan Speaker. Hormat. Sudah minta tarik balik. Tarik baliklah.
Betul, sabarlah, Astaka. Saya sedang dengan Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, bukti apa yang saya perlu kemukakan?
Tadi you sebut tadi tu, tadi you sebutkan? Mana ada itu perkataan tadi yang sebut tadi.
Ya, saya nak beza di antara penyelarasan subsidi dengan penarikan subsidi. Yang saya tak faham adalah penyelarasan subsidi.
Ya, subsidi itu masih ada. Penyelarasan tu diberi kepada petani kecil masih ada. Jadi, Yang Berhormat tadi telah memesongkan Dewan yang mulia ini bahawa subsidi telah ditarik balik. Jadi maknanya subsidi ini ditarik balik. Padahal yang fakta yang sebenarnya adalah penyelarasan semula subsidi ini. Jadi, saya meminta Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sekiranya Yang Berhormat tidak dapat membuktikan bahawa adanya penarikan subsidi ini, mohon Yang Berhormat menarik balik kenyataan beliau.
Kubu Gajah, dalam apa kenyataan ada tak?
Ok, sekarang macam ni. Macam ni. Saya tarik balik perkataan tu. Kita pakat-pakat bincang yang lain-lain.
Ok, sila sambung.
Terima kasih.
Dia sudah tarik balik. Ok, semua sambung.
Timbalan Speaker. Ok, penjelasan tentang subsidi. Saya ada...
Penjelasan apa Changkat Jering? Ini floor Kubu Gajah dan juga tadi masa sudah tamat.
Sikit saja.
Duduk, duduk. Saya nak bagi…
Nak jelaskan...
Saya nak bagi dua minit extra bagi Kubu Gajah. Ini sahaja. Sambung, sila.
Dua minit je lagi? Panjang lagi ni. Haa, dah tersasar jauh dah ni. Mana perginya.
Ganggu, ganggu tu jadi pasai.
Ok. Sektor pertanian. Saya masuk kepada sektor pertanian telah menunjukkan pemulihan subjektif apabila peningkatan 1.9% pada 2023. Mengikut Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, Perak masih belum mencapai lima aras dasar yang digariskan iaitu meningkat hasil keluaran yang mempunyai permintaan yang tinggi. Apa yang saya dapat perhatikan Bajet Perak 2025, Bajet Malaysia 2025 bersifat mikro ekonomi dalam kelas faktor pertanian. Sektor pertanian. Tiada agenda yang besar yang bakal dibawa bahkan beberapa isu yang dialami masih di takuk yang sama. Isu berlegar di kalangan rakyat, beras putih dan tempatan yang sukar diperolehi. Masalah sawah, pesawah-pesawah padi yang belum lagi diselesaikan. Kalau sebahagian Kerian semalam, Yang Berhormat Ketua Pembangkang pergi ke kilang-kilang pemprosesan beras di Parit Buntar. Masuk padi tempatan, keluar beras import. Ini juga ditanya dalam Parlimen. Tidak dijawab oleh Kerajaan…Kerajaan Madani. Tuan-Tuan yang berada dalam Dewan dan juga lihat secara dalam talian. Ini satu perkara yang cukup besar telah pun dialami masa dua tahun. Dua tahun dialami oleh masyarakat kita tanpa sebarang penyelesaian. Tanpa sebarang komen daripada pemerintah negeri dan juga negara. Hampir hilang beras tempatan. Hampir tak ada sedangkan petani bertungkus lumus berada di sawah-sawah. Perak bukanlah pengeluar padi yang terbesar.
Namun begitu, perlu ditingkatkan pengeluaran semaksimum yang boleh dalam membantu pengeluaran padi tempatan. Data Jadual A3 Purata Padi Perak menunjukkan Perak hanya mampu mengeluarkan 3617 kilo per tan/per hektar sahaja. Ini perlu dipertingkatkan lagi dengan inovasi dan teknologi terkini serta memanfaat tanah padi yang sedia ada dengan lebih maksimum. Macam contoh di Sungai Manik. Tak yah pergi jauh-jauh Sekinchan ke mana-mana, ambil cukup di Sungai Manik. Bagaimana kita nak mempertingkatkan keluaran padi kita. Kita ada beberapa pandangan. Beberapa pandangan supaya Jabatan Pertanian kerjasama dengan MARDI mengutamakan dan juga mengenal pasti padi variasi yang lebih tahan penyakit dan cuaca ekstrim. Pengeluaran variasi tinggi dan sedap dan bau yang aroma yang cukup sedap. Boleh diketengahkan variasi IS21MRQ13 MRQ. Sikit lagi Yang Di-Pertua MRQ11. MRQ111 atau variasi yang lebih baru dan juga pendek hasil penuaian. Pada 22 Oktober 2024, Menteri Pertanian dan Keterjamin Makanan telah mengumumkan Malaysia telah mengimport sebanyak 1,358,718 tan beras daripada Vietnam, Pakistan, Thailand, India dan juga tempat yang lain.
Sikap kementerian dan juga Kerajaan Malaysia masih acuh tidak acuh dalam meningkatkan pengeluaran besar beras tempatan. Kedua menerusi Program Inovasi Jaminan Agro Agromakanan Rakyat Pintar yang diperkenalkan 5 strategi baru di antara teknologi mekanisasi dan automasi. Namun begitu, bajet ini masih kurang fokus untuk membangunkan kaedah Internet of Things (IOT) dalam pertanian yang sedia ada. Yang ketiga, menurut kajian Adoption of Agriculture, Technology and Economic Welfare of Sam Holder in Farm Oil yang dilaksanakan di beberapa negeri pada 2024 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan petani masih lagi kekurangan suntikan dana dan latihan daripada kerajaan. Walaupun kajian ini lebih tertumpu kepada sawit, ia masih menunjukkan kekurangan bantuan dan juga latihan yang diberi kepada sektor pertanian. Ini latihan dan juga bantuan yang komprehensif yang perlu kita yang kerajaan garapkan kepada petani-petani kita. Yang terakhir ataupun pengurangan kepada kebergantungan kepada satu entiti tunggal yang mengawal dan mengurus kutipan dan jualan padi juga boleh mewujudkan isu kartel dan salah laku. Isu...
Sila masuk perenggan terakhir.
Ya, terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Isu kartel dan salah laku ini selalu disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Perkara ini perlu diberi perhatian kepada entiti yang baharu dalam urusan import eksport agar dapat memberi harga komprehensif kepada pengguna dan rakyat. Jika ini dapat dilaksanakan, isu sekuriti makanan dan dalam menuju Perak Sejahtera, 2030 tidak lagi perlu dikhuatiri. Timbalan Yang di-Pertua walaupun saya ada dua tiga isu lagi, isu yang terakhir berkenaan dengan pelancongan. Saya berterima kasih kepada Pejabat Tanah Daerah Selama dan juga Majlis Daerah Selama yang mana banyak memperkenalkan tempat-tempat pelancongan dalam Dun Kubu Gajah terutamanya di Latar Puteh. Kita tengok baru ni dah nampak dah buat signboard yang cantik, tempat parking yang cantik, mungkin lepas ni boleh letak kiosk-kiosk perniagaan untuk memaju dan juga untuk bisnes atau perniagaan kecil anak-anak muda di dalam Dun Kubu Gajah. Saya ucap terima kasih kepada Pejabat Daerah dan juga Majlis Daerah Selama.
Yang terakhir daripada saya, saya menyokong belanjawan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan belanjawan RM1.52 bilion. Mudah-mudahan dengan belanjawan ataupun bajet yang besar ini, ia dapat disalurkan kepada masyarakat dan InsyaAllah kami daripada pihak pembangkang amat rasa besar hati besar hati kepada Yang Amat Berhormat boleh menyalurkan juga peruntukan-peruntukan sama kepada pihak pembangkang, Adun-Adun daripada pembangkang sepertimana tahun-tahun yang lepas. Nak baik lagi sewaktu mana Yang Amat Berhormat jadi Menteri Besar Ustaz Semanggol dan juga Selama jadi Exco. Kita bagi pada pembangkang bukan sekadar kotak makanan tersebut dibagi peruntukan yang sama, kotak makanan yang sama, bantuan yang sama, bantuan berhari raya. Walaupun diumum dalam group WhatsApp daripada Exco kita dapat bantuan RM22 ribu hari tu tapi ditarik balik untuk raya. Tapi ditarik balik di delete balik dalam group WhatsApp tersebut tersalah group rupanya bantuan Hari Raya Aidilfitri. Kalau boleh kembalikan balik kita sama-sama untuk membina ataupun melihat kesejahteraan masyarakat di seluruh Negeri Perak. Terima kasih Kubu Gajah menyokong. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubu Gajah. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Jabatan Persekutuan, ketua-ketua Jabatan Negeri, wakil-wakil media, tuan puan yang mengikuti perbahasan ini melalui media sosial. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh kakitangan pentadbiran yang telah membentangkan Belanjawan 2025 yang sangat lengkap dan terperinci. Saya mulakan perbahasan ini dengan hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi tinggi ucapan tahniah, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2024. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.
Tahniah sekali lagi kerana Kerajaan Perak mampu mengekalkan momentum pertumbuhan sebanyak 2.7 % dengan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK mencecah RM82.6 bilion. KDNK negeri merekodkan momentum pertumbuhan tiga tahun berturut-turut daripada defisit RM78 juta dan RM6.59 juta pada tahun 2020 dan 2021 kembali mencatat surplus untuk dua tahun berturut-turut iaitu RM29.6 juta pada tahun 2022 dan RM62.4juta pada tahun 2023. Manakala pada 28, 2024 Kerajaan Negeri telah berjaya merekodkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1.199 bilion dan unjuran hasil dan terimaan pembangunan yang hampir mencecah RM1.438 bilion. Walaupun kutipan ini meningkat daripada hasil unjuran dan perbelanjaan negeri, penyata kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 diunjurkan pada kadar defisit RM81.8 juta. Maknanya kita akan berbelanja melebihi RM1.5 billion dengan belanja defisit. So, dari jumlah kutipan sebanyak RM1.438 billion, RM672 juta adalah hasil kutipan cukai. Pendapatan daripada hasil kutipan cukai. Saya ulang sebanyak RM672 juta.
Di dalam keghairahan kerajaan negeri untuk mengutip hasil dari percukaian saya berharap kerajaan negeri dan semua PBT tidak menaikkan cukai-cukai seperti cukai pintu, contoh lain baru-baru ni, Bandaraya Ipoh telah menaikkan nilai tahunan dan kadar peratus cukai taksiran dan masalah ini sehingga hari ini masih lagi belum dapat diselesaikan dbanyak bantahan bantahan daripada penduduk-penduduk kerana taksiran cukai ini sama sahaja tak kira kawasan nak nilai sama. Sedangkan ada kawasan mewah dan ada kawasan sederhana dan ada kawasan yang low cost. Walaupun ada subsidi diberikan di bawah Kerajaan Madani hari ini kita pun faham banyak subsidi yang dipotong. Jadi, kita pun bimbang walaupun ada subsidi cukai, taksiran cukai tu diberi buat masa ni tapi kita tak ada satu jaminan di masa depan subsidi ni akan dipotong akan dikekalkan dan akan dikekalkan.
Selain daripada itu, banyak percukaian-pencukai yang tidak aktif selama ini dikenakan semula. Contoh seperti cukai ruang angkasa, saya bagi contoh klinik saya dah beroperasi 30 tahun. Saya ada pasang signboard yang menegak tak pernah kena cukai dan tahun ini dikenakan cukai ruang angkasa. Jadi semua perniagaan tak kira di mana yang di Kuala Kangsar, di Ipoh saya tak pasti yang mana dia punya signboard yang menegak semua dikenakan cukai. Ini pencukai baru lah. Memang akta tu ada tapi sebelum ini tidak dilaksanakan. Jadi di dalam zaman kemelesetan ini, di mana harga barang-barang keperluan meningkat tinggi, saya berharap Kerajaan Negeri tidak membebankan rakyat dan dapat mempertimbangkan keupayaan rakyat untuk membayar segala macam cukai yang semakin menaik. Slogan "Perak Makmur Rakyat Sejahtera". Perak memang makmur tetapi rakyat belum tentu lagi sejahtera. Bagi tadbir urus projek berkepentingan negeri dan bagi menyediakan persekitaran kerja lebih kondusif disamping meningkatkan kecekapan pentadbiran daerah dan tanah serta sebagai penyuntik semangat untuk terus mengekalkan momentum kutipan hasil. Saya ulang sini sebagai penyuntik semangat untuk terus mengekalkan momentum kutipan hasi, kerajaan negeri meluluskan pembinaan baru bangunan PTG dengan siling peruntukkan RM277.61 juta.
Persoalan saya, adakah justifikasi ini boleh diguna pakai? Adakah dapat dipastikan dengan adanya bangunan baru, Kerajaan Negeri dapat memungut kutipan hasil yang lebih banyak? Adalah lebih baik peruntukan daripada hasil cukai ini dikembalikan semula kepada rakyat dengan memberikan banyak subsidi kepada rakyat atau kerajaan sendiri membayar hutang PTPTN ataupun melupuskan hutang PTPTN pelajar-pelajar anak-anak Negeri Perak seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak. Itu adalah lebih manfaat kepada rakyat Perak sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengulas empat Program Kesejahteraan Rakyat yang diberikan peruntukkan mencecah RM30.22 juta. Yang pertama mengenai kesejahteraan rakyat. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah menyediakan peruntukkan RM628.65 juta iaitu hampir separuh daripada keseluruhan belanjawan negeri tahun hadapan untuk dibelanjakan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. RM45.94 juta diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mengurus dan RM31 juta dibelanjakan bagi tujuan bantuan am. Penerima bantuan am daripada JKM yang telah menerima kenaikan sebanyak RM100 bersamaan RM500 sebulan hanya seramai 6100 orang penerima dengan jumlah RM3.05 juta dan kita ada baki lebih kurang lagi RM28 juta daripada bantuan am, yang sebenarnya ada ramai lagi yang betul-betul memerlukan bantuan dari JKM tetapi permohonan mereka tidak dikira layak dan ditolak kerana syarat-syarat yang terlalu ketat yang diguna pakai. Saya berharap pihak JKM dapat mengkaji semula syarat-syarat yang sangat ketat ini seperti kadar pendapatan perkapita pemohon dinaikkan ke satu angka yang lebih munasabah supaya lebih ramai lagi rakyat yang dapat menikmati kemakmuran hasil Negeri Perak. Saya juga bersetuju dengan kubu gajah…
Mohon celah. Sini, sini
Bantuan sebanyak RM500 sebulan ni…
Bukit Chandan, Pasir Pinji berdiri.
Mohon celah.
Banyak lagi. Sebentar ya, nanti saya bagi. Sebentar, RM500 bantuan daripada JKM. Kalau satu keluarga tu hanya bergantung pada RM500 sahaja. Kita pun faham apa yang dapat di belanjakan dengan RM500 ini. Jadi selain daripada bantuan ni, saya berharap pihak JKM dapat memikirkan satu kaedah di mana kita boleh memberi bantuan lain untuk keluarga menyara keluarga dia, ahli-ahli keluarga dia dan saya baru-baru ni ada satu kejadian yang dilaporkan di akhbar di kawasan saya juga di Kuala Kangsar, di mana keluarga ini diberi bantuan JKM setiap bulan. Kemudian suami dapat pekerjaan baru sebagai tukang kebun di sekolah dengan gaji RM1500. Kemudian bantuan JKM ini terus ditarik, dikira sudah tidak layak lagi menerima bantuan dan di mana akhirnya keluarga ini memberi makan anak dia hanya dengan nasi putih sahaja tanpa berlauk dan benda ni dihebahkan di surat akhbar. Walaupun kes ni kes terpencil dan perlu siasatan rapi dan perlu siasatan tapi ini boleh mencemarkan imej Kerajaan Negeri Perak sebab berita ini dibaca dan diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia. Jadi, saya harap pihak yang berwajib tolong tengok sikit masalah-masalah kerana masih ramai lagi yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar di negeri Perak ini. Saya nak menyentuh Kad Perak Sejahtera yang diperuntukkan sebanyak RM24 juta.
Mohon celah, mohon celah. Sikit je.
Satu minit saja.
Satu soalan, okBukit Chandan tadi ada mengatakan bahawa sekarang melalui zaman kemelesetan. Tapi saya tengok semua data-data ekonomi semuanya meningkat dan juga pertumbuhan positif. Boleh tak bagi bukti-bukti untuk zaman kemelesetan yang dimaksudkan tadi?
Yang mana? Yang mana? Saya tak faham. Boleh ulang tak soalan?
Tadi ada katakan bahawa zaman kemelesetan kan.
Tak dia begini ya, secara umumnya kita semua faham sekarang ini dalam keadaan ekonomi yang kurang bagus. Banyak orang yang dalam kesusahan hiduplah, maksudnya. Nak beli beras macam-macam ada. Ini secara umum, secara general bukan pada Perak sahaja. Ini persepsi sekarang. Minta faham ye penjelasannya. Ok saya teruskan, saya nak sentuh Kad Perak Sejahtera yang diperuntukkan RM24 juta. Saya menyokong penuh Program Kad Perak Sejahtera ini dan berharap Kerajaan Negeri menambah lagi peruntukan supaya lebih ramai lagi penerima yang mendapat manfaat dari Kad Perak Sejahtera ini. Kad Perak Sejahtera ini dapat mengurangkan kos sara hidup yang kian menghimpit kehidupan golongan marhain. Di Pusat Khidmat Dun Bukit Chandan, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang membuat permohonan Kad Perak Sejahtera dan saya di sini bersetuju dengan Bota supaya dimasukkan kembali peruntukkan kesihatan di dalam Kad Perak Sejahtera walaupun RM50.
Kita pun faham RM50 ini kalau digunakan rasa kalau pergi di klinik sekali rawatan sahaja habis, RM50 ini. Tapi daripada tak ada lebih baik lah ada kerana Perubatan Madani sekarang ini tidak lagi menyeluruh dan dia bertumpu kepada satu-satu kawasan sahaja seperti di kawasan Kinta, contohnya. Selain itu, saya nak menyentuh juga Program Bantuan Kotak Makanan yang diberikan peruntukan sebanyak RM5 juta walaupun saya tidak tahu bagaimana kaedah pengagihan kotak-kotak makanan ini kepada rakyat. Saya berharap kotak-kotak ini sampai kepada sasaran iaitu orang yang layak dan sepatutnya menerima kotak-kotak makanan ini. Masih ramai lagi datang ke pusat khidmat saya meminta bantuan kotak-kotak makanan kerana mereka putus bekalan makanan. Mereka-mereka ni tak pergi ke pejabat daerah, tak pergi ke majlis daerah dan tidak pergi ke pejabat penghulu ataupun ke pejabat UMNO untuk mendapatkan kotak-kotak makanan. Sebaliknya, mereka akan datang ke pejabat Pusat Khidmat Adun-Adun.
Saya berharap pengagihan kotak-kotak makanan ini dikembalikan semula kepada pejabat-pejabat Adun untuk diserahkan kepada penerima yang layak. Pejabat Adun adalah pemudah cara, saya nak jelaskan di sini. Pejabat Pusat Khidmat Adun adalah pemudah cara ataupun kita panggil ejen ataupun orang tengah di antara kerajaan dan rakyat. Janganlah disebabkan kepentingan politik sempit, hak rakyat dinafikan dan rakyat disusahkan dan saya nak sentuh juga masalah Kedai Bergerak Negeri Perak dengan peruntukkan RM0.82 juta, saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat mengkaji semula keberkesanan program ini sebab saya tidak dimaklumkan bila dan di mana Kedai Bergerak ini berada ketika berurusan di kawasan saya untuk saya hebah-hebahkan kepada rakyat di kawasan saya khasnya dan satu lagi yang saya nak sentuh ialah Jualan Rahmah.
Jualan Rahmah juga mendapat peruntukan yang besar sebanyak RM0.4juta. Program ini adalah sangat baik dan sangat berkesan dan sangat membantu kehidupan rakyat seharian. Pejabat pusat khidmat saya sentiasa mendapat maklumat dan jemputan khas setiap kali Jualan Rahmah diadakan di kawasan saya. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama tersebut. Kalau boleh, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan yang lebih kerana saya lihat ramai yang beratur untuk mendapatkan barang-barang dari Jualan Rahmah ini.
Untuk pengetahuan Timbalan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, masih ramai lagi rakyat Perak yang kehidupannya tidak sejahtera walaupun Negeri Perak makmur. Setiap hari masih ramai lagi yang memerlukan bantuan seperti perbelanjaan kes harian, tiada duit untuk membeli beras, lampin pakai buang anak-anak, pampers untuk orang-orang yang sakit, orang tua dan sakit terlantar, permohonan beli kerusi roda, katil pesakit, perbelanjaan untuk menghantar anak-anak ke pusat pengajian tinggi, perbelanjaan untuk berulang alik ke hospital dan bermacam-macam lagi. Mereka-mereka ini tidak memerlukan infrastruktur yang canggih, jalan baru, bangunan-bangunan pejabat yang baru. Apa yang mereka perlukan ialah meringankan beban harian untuk kelangsungan hidup mereka.
Perkara 45. Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut ada pula keluarga yang terpaksa berteduh di bawah bumbung yang hampir roboh dengan dinding berlubang dan lantai digenangi air. Rata-rata keluarga ini tidak mampu atau gagal mendapatkan pinjaman untuk membaiki rumah mereka yang using. Merujuk permasalahan seperti di atas, saya ada membuat permohonan dengan menggunakan peruntukan 07 untuk 7 buah rumah di kawasan saya iaitu baikpulih rumah yang atapnya bocor, yang dah berkarat dan usang. Ada yang nak runtuh dan ada yang tidak selamat untuk diduduki. Malangnya, semua permohonan saya ini tidak mendapat kelulusan dan tiada apa-apa penjelasan yang diberi daripada Pejabat Menteri Besar daripada Pejabat Menteri Besar untuk penjelasan. Untuk saya jelaskan kepada pemohon-pemohon.
Untuk makluman, permohonan ini adalah kepada Menteri Besar atau melalui Pejabat Menteri Besar. Ok. Merujuk kepada Perkara 48, ini pun saya nak sebut juga Program Bas Perak Sejahtera. Penambahan peruntukan sebanyak RM1.6juta diberikan menjadikan RM3.6juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Bas Perak Sejahtera pada tahun 2025. Pada pengamatan saya, Program Bas Perak Sejahtera ini tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Apa yang selalu saya tengok bas ini bergerak tanpa ada penumpang dan kalau ada pun, seorang dua. Kecuali di waktu dan di waktu balik dan pergi sekolah. Jadi, penambahan peruntukan sebanyak RM1.6juta ini perlu dikaji semula keperluannya. Adalah lebih baik digunakan peruntukan RM1.6juta ini untuk promosi pengiklanan atau pun hebahan supaya memberi kesedaran kepada rakyat untuk lebih menggunakan kenderaan awam daripada menggunakan kenderaan sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua, sekarang ini kita sedang menghadapi musim tengkujuh. Banyak negeri-negeri telah pun mengalami masalah banjir seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Semalam pun beberapa daerah di Perak telah mengalami banjir. Saya ada tengok dalam Tik Tok dalam penglibatan Timbalan Speaker di Fair Park. Tahniah. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM7.2juta menjadikan jumlah belanja mengurus sebanyak RM111.5juta kepada Jabatan Pengairan. Kepada JPS. Masalah banjir musim tengkujuh ini tidak akan dapat diselesaikan dengan memberi peruntukan yang banyak kepada JPS. Kalau banjir kilat itu mungkin boleh. Apa yang penting ialah peruntukan mengurus. Apa yang penting ialah peruntukan mengurus ketika kejadian banjir itu berlaku dan perbelanjaan mengurus keadaan selepas berlakunya banjir. Ini termasuk keselesaan mereka yang terlibat yang tinggal di PPS, ganti rugi kerosakan harta benda, tanaman, haiwan ternakan dan hilang punca pendapatan bagi mereka yang terlibat dan terjejas dengan bencana banjir. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri juga perlu menyediakan sedikit peruntukkan kepada Adun-Adun yang terlibat di kawasan yang terkena musibah banjir. Walaupun banyak agensi-agensi Kerajaan yang terlibat seperti Pejabat Daerah, JKM, Bomba, JPAM dan RELA. Bagi 2 minit.
Boleh. Sila.
Kita tidak boleh menafikan keterlibatan sama pejabat-pejabat Adun dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan. Contoh seperti selimut, toto, pakaian, tikar, khemah dan bahan-bahan makanan. Adun-Adun juga mengeluarkan perbelanjaan sendiri kepada petugas-petugas sukarelawan sama ada di parti atau pun NGO yang turut sama berkorban masa dan tenaga di dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Saya lompat sikit ni sebab masa tak ada ya.
Ok. Menyentuh mengenai aspek kesihatan, saya ingin mengucapkan tahniah kerana hospital baru Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah dengan kos keseluruhan RM145juta telah siap bulan lalu dan dijangka beroperasi sepenuhnya Disember ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah, pembinaan blok tambahan Hospital Seri Manjung dengan kos keseluruhan RM66.3juta telah berjaya disiapkan pada 27 Ogos lalu.
Di sini, saya ingin mengambil perhatian Timbalan Speaker dan Exco Kesihatan Negeri Perak iaitu pembinaan Unit Kecemasan dan Traumatologi, Hospital Daerah Kuala Kangsar yang bernilai RM24juta tidak berjalan seperti yang dirancang iaitu behind schedule dan boleh dikategorikan sebagai projek sakit. Pihak yang berwajib minta tolong tengok projek ni. Selain daripada itu, pada pembentangan bajet tahun 2024 yang dibentangkan pada tahun 2023 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyediakan peruntukan khas untuk menaik taraf Hospital Kuala Kangsar. Di sini saya ingin tahu dan dapatkan penjelasan. Sudahkah peruntukan naik taraf ini diperolehi? Dan naik taraf hospital yang bagaimanakah yang telah dirancang? Adalah satu kerugian kepada Hospital Daerah Kuala Kangsar sekiranya peruntukan yang telah disediakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak digunakan untuk menaik taraf hospital tersebut.
Akhir sekali, saya nak sentuh juga masalah keterjaminan bekalan makanan. Sejak akhir-akhir ini berlaku perang geopolitik dan satu keadaan yang tidak menentu. Perang di antara Rusia dan Ukraine. Peperangan di antara Israel dan negara-negara Timur Tengah. Ketegangan Korea Utara dan Korea Selatan. Ketegangan China dan Taiwan yang boleh mencetuskan peperangan pada bila-bila masa sahaja. Lebih buruk lagi sekiranya berlaku peperangan nuklear di mana bekalan makanan akan terputus. Saya ingin tahu adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan atau persediaan sekiranya krisis ini betul-betul berlaku iaitu Peperangan Dunia yang ke-3? Memandangkan senario sekarang, Peperangan Dunia ke-3 tidak mustahil akan berlaku. Jadi keterjaminan bekalan makanan itu mestilah ada. Contohnya seperti penyimpanan benih-benih. Sikit lagi. Stok makanan dan lain-lain lagi keperluan supaya rakyat tidak putus bekalan makanan. Dengan ini, Bukit Chandan menyokong Perbelanjaan 2025 seperti yang dibentangkan. Kami, saya dan rakan-rakan Adun dari pembangkang menunggu ehsan dari Yang Amat Berhormat MB untuk meluluskan kembali hak peruntukan kami seperti mana yang telah kami perolehi pada tahun pertama perkhidmatan sebagai wakil rakyat. Sekian Wassalam. Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Chandan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan para hadirin yang hadir ikuti siaran langsung secara fizikal atau siaran langsung. Selamat petang, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kerana Simpang Pulai diberi peluang untuk membahas atas Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2025. Simpang Pulai ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana dapat mengumpulkan kutipan hasil yang amat ketara iaitu sebanyak RM1.2bilion iaitu peningkatan hampir 11% berbanding tahun 2022. Kita boleh nampak dalam tempoh 2 tahun yang lepas, Kerajaan Negeri Perak telah berusaha membangunkan dan memakmurkan Negeri Perak. Kerajaan perpaduan ini telah mewujudkan kestabilan politik melalui dasar-dasar berorientasikan rakyat dan amalan tadbir urus yang baik bagi menarik keyakinan pelabur. Tahniah sekali lagi atas pencapai kutipan hasil yang begitu memberangsangkan.
Timbalan Yang Dipertua, Simpang Pulai ingin menekankan menekankan salah satu elemen ke arah Visi Baru Perak yang disarankan Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu memanfaatkan dan meningkatkan aset semula jadi dan sejarah Perak yang menakjubkan serta fokus utama Pelan Sejahtera 2030 iaitu keterjaminan bekalan makanan. Saya percaya semua dalam Dewan sini pernah makan buah limau bali atau lebih dikenali sebagai buah Limau Tambun di Negeri Perak. Kita boleh kata Limau Tambun merupakan salah satu hasil pertanian ikonik di Negeri Perak. Walaupun nama diberikan Tambun, saya percaya bukan semua di sini tau. Sebenarnya, kebanyakkan petani-petani Limau Tambun ini sebenarnya berasal daripada Ampang Baru, Ipoh dalam Dun Simpang Pulai. Buah Limau Tambun ini memang popular di kalangan pelancong yang melawat ke Negeri Perak. Banyak gerai-gerai Limau Tambun boleh ditemui di tepi jalan kawasan RNR di Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar kawasan pelancongan di Ipoh terutamanya di kawasan Dun Simpang Pulai. Ia menjadi buah tangan yang sering dibeli oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa.
Perak adalah pengeluar Limau Tambun kedua tertinggi di Malaysia selepas Sabah dengan keluasan 182 hektar. Pengeluaran sebanyak 3,263 tan metrik dan nilainya berjumlah RM9 ribu 788 ribu. Kawasan penanaman Limau Tambun utama di Negeri Perak, termasuknya Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama dan Kinta. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan limau bali limau Tambun di Ampang, Ipoh ini sudah petani sekurang-kurangnya tiga generasi yang ada yang tercatat bermula sebelum 1940an. Saya percaya buah Limau Tambun amat penting dan berpotensi sebagai penyumbang ekonomi Negeri Perak. Limau Tambun ini seumpama Batu Permata yang belum digilap bagi Negeri Perak kerana Limau Tambun amat berpotensi dan pakar belum ditemui. Isinya boleh bukan sahaja boleh dimakan terus atau dijadikan jus. Kulitnya yang mempunyai aroma wangi boleh digunakan untuk bahan kosmetik. Malah, daunnya berpotensi dijadikan teh yang menyegarkan dan bermanfaat untuk kesihatan. Saya ingin mencadangkan empat strategi untuk memajukan penanaman Limau Tambun dan membangunkan ekonomi tempatan. Nombor 1, penjenamaan semula atau rebranding dengan izin perlu ada satu usaha untuk mendaftarkan petunjuk geografi untuk Limau Tambun.
Pendaftaran ini adalah untuk melindungi penghasilan dalam negeri kita dan juga untuk membezakan Limau Tambun yang dihasilkan dalam Negeri Perak dengan limau bali yang lain di dalam pasaran serta menjaga kualiti dan keasliannya. Mungkin kita boleh belajar dengan harumanis yang sinonim dengan Negeri Perlis, maka buah limau bali yang dihasilkan dalam Negeri Perak. Mungkin perlu ada satu nama yang lagi menarik atau lebih catchy dengan izin supaya dapat menaikkan nama lagi hasil tempatan Perak ini. Sebagai contohnya, kita boleh pakai sapi merah. Setakat ini, Sapi merah adalah satu-satu jenis Limau Tambun Negeri Perak yang disenaraikan dalam pengkalan data tumbuhan yang didaftarkan di bawah senarai variety Kebangsaan. Walau pun, ada banyak lagi jenis dan variety belum didaftar lagi. Saya difahamkan Jabatan Pertanian Perak berhasrat untuk mendaftarkan Limau Tambun serta mengenal pasti jenis dan ciri-ciri Limau Tambun di Negeri Perak untuk tujuan memajukan sektor penanaman dan penjualan Limau Tambun. Satu perbincangan antara petani-petani Ampang Baru dengan pihak jabatan-jabatan juga telah dijalankan. Saya harap usaha ini dapat diteruskan. Usaha perbincangan antara petani-petani secara berterusan dengan jabatan dapat menonjolkan budaya penanaman, sejarah pengeluaran dan keadaan geografi Limau Tambun di Negeri Perak. Baru kita dapat meningkatkan nilai jenama dan daya saing Limau tambun Negeri Perak di pasaran sedang membolehkan lagi ramai pihak dapat memanfaatkan daripada hasil tempatan yang agak berpotensi ini. Nombor 2, meningkatkan kualiti penanaman sebagai hasil-hasil pertanian ikonik Negeri Perak.
Limau Tambun perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada pihak universiti dan institusi penyelidikan. Kerjasama dengan universiti dan institusi penyelidikan boleh membantu petani dalam meningkatkan kemahiran mereka mengguna teknologi moden dan menggalakkan kaedah penanaman yang lebih cekap dan mesra alam. Saya juga harap kerjasama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang semua jenis Limau Tambun serta dan menghasilkan pengeluaran yang lagi berkualiti. Nombor 3, membangunkan produk baru dengan bantuan agensi seperti MARDI. Lebih banyak produk berasaskan Limau Tambun boleh dihasilkan terutama termasuklah jus, jem, teh pomelo, minyak pati, produk penjagaan kulit, bahan pencuci, produk aromaterapi dan banyak lagi. FAMA juga boleh membantu membuka pasaran untuk produk Limau Tambun ini melalui pasar tani di seluruh negara dan juga eksport ke luar negara. Pembangunan Industri downstream dengan izin dapat memperkasakan potensi unik Limau Tambun Negeri Perak serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri kita. Nombor 4, menggalakkan agro pelancongan. Promosi hasil dan pelan dan produk Limau Tambun berterusan dan mampan.
Jadi kerajaan harus melabur dalam bidang agro pelancongan sebagai projek pembangunan ekonomi negara secara jangka masa panjang. Berikut adalah beberapa cadangan menjadikan kebun Limau Tambun sebagai destinasi pelancong di mana pelancong boleh melawat ke kebun, memahami proses pengeluaran serta merasai buah-buah limau Tambun. Bekerjasama dengan restoran untuk mencipta lebih banyak hidangan dan pencuci mulut yang bertemakan Limau Tambun seperti salad, aiskrim dan lain-lain. Untuk mengukuhkan kedudukan Limau Tambun dalam masakan tempatan. Mempromosikan budaya Limau Tambun di sekolah persekitaran. Menggalakkan pelajar memahami proses penanaman dan nilai ekonomi Limau Tambun serta memupuk rasa bangga terhadap hasil pertanian tempatan. Menganjurkan Festival Limau Tambun termasuk pameran, masakan, kraftangan atau pertandingan yang berasaskan Limau Tambun untuk menarik perhatian pelancong. Program-program sebegini juga boleh dibawa ke luar negara bagi memperkenalkan Limau Tambun sebagai hasil pertanian ikonik Negeri Perak. Dengan melaksanakan strategi-strategi tersebut, kita dapat mengukuhkan kedudukan Limau Tambun sebagai hasil petani unik Negeri Perak. Simpang Pulai menyambut baik atas peruntukan RM6 juta bagi membiayai program pembangunan komuniti petani dalam belanjawan kali ini dan Simpang Pulai harap dalam pelan peruntukan ini dapat merangkumi pembangunan buah limau bali sebagai supaya hasil ikonik Perak ini dapat terus bersinar dan membawa kemajuan kepada ekonomi Perak.
Timbalan Yang di Pertua, ramai yang dalam dewan ini hati memang tidak tenang semalam sebab banyak daerah di Negeri Perak berlaku kejadian banjir yang luar biasa. Ahli-ahli Yang Berhormat juga bawa isu banjir sebentar tadi sejak pagi, so, banyak kali berlaku banjir kilat untuk kali pertama dan luar jangkaan, ini menunjukkan perubahan iklim climate change is real dengan izin. Impak perubahan iklim ini semakin parah dan membawa impak banjir yang semakin buruk. Kehidupan manusia berkait rapat dengan sungai. Sebagai contoh, Ipoh merupakan pusat ekonomi yg paling penting untuk Negeri Perak yang terletak di dalam lembangan Sungai Kinta. Pembangunan Kawasan Ipoh juga berasas dan berkait rapat dengan sungai-sungai di sekitarnya. Antara sungai-sungai adalah Sungai Kinta, Sungai Pari, Sungai Pinji dan Sungai Raya. Sungai-sungai ini dianggap sebagai sungai kehidupan. Kehidupan River of Life dengan izin bukan sahaja kerana ia berperanan sebagai nadi kepada kawasan ini tetapi ia memang hidup. Pergerakan dan arus sungai berinteraksi dengan batu dan tanah sekitarnya yang membawa kepada perubahan struktur tanah dan aliran arah aliran air serta membawa impak terhadap kawasan sekitar sungai tidak mungkin kekal dalam keadaan yang sama selama lamanya, terutamanya dengan cabaran perubahan iklim seperti kemarau luar biasa dan hujan lebat yang berpanjangan yang akan mempercepatkan perubahan kepada sungai.
Jabatan Pengairan dan Saliran JPS pernah melaksanakan projek Tebatan Banjir Sungai Kinta pada tahun 2015 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk mengurangkan isu banjir di Sungai Pinji dan Sungai Pari pada tahun 2019, membina benteng di sepanjang anak Sungai Kinta. Saya juga ingin, Simpang Pulai juga ingin mengucapkan terima kasih kepada JPS sebab juga telah melaksanakan kerja-kerja pelebaran Sungai Pinji di bawah Projek Tebatan Banjir Sungai Kinta pada tahun 2022 dan ini telah membantu mengurangkan kekerapan dan impak banjir di Kampung Kampung Ampang Baru dalam Dun Simpang Pulai.
Untuk belanjawan tahun 2025, JPS telah menerima peningkatan peruntukan sebanyak RM7.2 juta dan saya harap kerja kerja pengurusan sungai, JPS akan terus mendapat perhatian sewajarnya untuk memastikan sungai kehidupan ini akan terus berfungsi dan tidak membahayakan keselamatan ramai. Selain itu, corak hujan yang semakin tidak menentu menunjukkan bahawa ramalan, ramalan banjir tidak dapat bergantung kepada data sejarah cuaca sahaja. Penubuhan stesen pemantauan cuaca secara setempat di sekitar Sungai Pinji seperti tolok hujan dan sensor keadaan iklim amat diperlukan untuk membangunkan rangka kerja data besar Big Data Analytics (BDA) dengan izin yang lebih mantap. Pendekatan komprehensif ini akan membolehkan pengumpulan dan analisis data hujan serta intensiti banjir dengan lebih tepat serta menyediakan asas yang kukuh untuk persediaan sebelum banjir yang lebih baik dan pelaksanaan strategi penyesuaian iklim yang berkesan. Saya juga ingin menegaskan bahawa Sungai Pinji adalah sebuah sungai yang berliku dan sangat berdekatan dengan lot-lot tanah dan rumah persendirian di sekitarnya. Keadaan ini menjadi usaha untuk melebarkan satu melebarkan atau meluluskan sungai ini satu cabaran yang besar. Kerja pelebaran sungai perlu dilaksanakan dengan teliti sedang mengambil kira perubahan dinamik semula jadi bentuk muka bumi di sekitarnya. Contohnya, tebing sungai selalu terdedah kepada isu hakisan dan pemendapan yang dipengaruhi oleh lebar bentuk dan variasi kelajuan aliran sungai.
Oleh itu, selain daripada perlebaran sungai, kerja-kerja pengukuhan tebing juga diperlukan dengan penggunaan struktur penahan seperti tembok tanah yang distabilkan secara mekanikal, mekanikal Stabilized Earth World dengan izin dan sangku batu seperti Reno, Mattresses dan Gabion yang ditempatkan secari strategik di kawasan yang terdedah kepada impak aliran sungai yang tinggi supaya dapat mencegah hakisan dan kerosakan dasar sungai dengan berkesan. Kalau kita dapat mengurangkan hakisan dan kerosakan benteng sungai dengan kaedah yang lebih ekonomi, lestari dan tahan lama. Jadi, kos tebatan banjir akan dapat berjimat dalam jangka masa panjang. Sebelum ini, YB Exco Infrastruktur, Tenaga air dan Pengangkutan awam pernah menjawab soalan lisan dalam Dewan yang mulia ini bahawa JPS sedang menjalankan kajian pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, Integrated River Basin Management (IRBM) dengan izin saya percaya kajian ini amat penting untuk memahami keadaan tanah, topografi dan perbezaan aras tanah yang akan membantu pihak berkenaan dalam membuat keputusan sama ada perlu mengukuhkan tebing tinggi membuat lencongan sungai river diversion dengan izin ataupun meletakkan rumah pam, pam house dengan izin di kawasan yang memerlukan.
Pemantauan jangka panjang yang berterusan juga amat diperlukan terhadap keadaan tanah iklim serta taburan hujan. Langkah ini penting untuk membolehkan kita bersiap sedia menghadapi perubahan iklim dan mengambil tindakan awal terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Simpang Pulai juga ingin menekankan bahawa seperti saya pernah bahas dalam sidang yang lepas, satu holistic approach dengan izin di bawah satu jawatankuasa bersepadu harus ditubuhkan untuk membawa impak perubahan iklim dalam perancangan bandar di seluruh Perak dan mencari penyelesaian berkesan supaya tindakan bersama dapat di lakukan dengan kerjasama semua pihak. Saya harap isu banjir di Ipoh sekitar Sungai Kinta dan Sungai Pinji dapat ditangani dengan persiapan yang mencukupi dan menjadi satu teladan yang terbaik bagi seluruh Perak mendokong ala amalan pembangunan lestari yang lebih meluas dan memberi rujukan dan inspirasi kepada kawasan lain.
Timbalan Yang di-Pertua, Simpang Pulai juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan setinggi tingginya kerana pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Botani Baru akan dilaksanakan mulai tahun depan dengan peruntukan RM92 juta. Ini adalah berita terbaik yang telah lama dinantikan bagi penduduk di sekitar Bandar Seri Botani di mana kepadatan penduduk semakin meningkat dan semakin berkembang pesat. Memang di kawasan bandar Seri Botani dan kawasan perumahan di sekelilingnya. Sebab pembangunan yang amat pesat juga, kita memerlukan sebuah klinik kesihatan baru untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk penduduk di sana. Pada masa ini, pendidikan kesihatan bagi kawasan bandar baru botani, bandar baru botani, Bandar Seri Botani disediakan di Klinik Kesihatan Gunung Rapat yang terletak 5 kilometer dari Bandar Seri Botani. Klinik ini disiap bina pada tahun 2002 dan menyediakan perkhidmatan untuk menampung kedatangan 300 orang sehingga 500 orang pesakit sehari.
Namun pada masa sekarang, kedatangan harian sudah mencecah 800 sehingga 1050 orang pesakit sehari. Ini atas sebab kepadatan penduduk di sana bertambah dari 100, 100,712 orang pada tahun 2018 meningkat ke 129,588 orang pada tahun 2023 iaitu lebih kurang peningkatan 30% penduduk dalam lima tahun. Justeru, pembinaan satu klinik kesihatan baru di Bandar Seri Botani untuk kemudahan penduduk kawasan tersebut adalah sangat diperlukan dan saya harap projek ini dapat dimasukkan dalam perancangan masa depan kerajaan Negeri Perak. Timbalan Yang di-Pertua, Simpang Pulai ingin memohon sokongan penuh untuk meluluskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2025. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Simpang Pulai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Asyraf Fil Ambia wal Mursalin wa Ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan rakan media, para pemerhati seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada petang ini.
Saya suka memulakan perbahasan belanjawan 2025 dengan mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Menteri Besar di atas pembentangan belanjawan yang baik serta banyak manfaat kepada rakyat Negeri Perak ini juga saya merakamkan tahniah kepada agensi-agensi terbabit yang menyediakan bajet ini bertungkus lumus siang dan malam bagi memastikan setiap sen bantuan daripada kerajaan sampai kepada mereka mereka yang layak. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih juga di atas kerjasama yang baik dari pelbagai agensi di Larut matang dan Selama seperti JKR, JPS, JKM, Polis, Bomba, JPAM, Pejabat Kesihatan daerah dan lain lain agensi yang tidak dapat saya sebutkan kesemuanya. Juga khusus kepada team tuan Pegawai Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama, seluruh kakitangannya dan juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada saya.
Tuan Yang di-Pertua, Monsun Timur Laut telah bermula dan berterusan hingga Mac 2025. Dengan jangkaan 5 hingga 7 episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh. Walaupun hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Namun begitu, hujan luar biasa juga berlaku di Pantai Barat yang juga melibatkan Negeri Perak. Di tempat saya berlaku baru-baru ini, hujan lebat yang melibatkan banjir kilat di Kampung Expo, Kampung Sungai Ranting dan Kampung Sungai Relong. Hasil tinjauan saya, parit yang mengalirkan air di Kolam 6 dan Kolam 8, Kampung Expo ini tidak mengalir masuk ke kolam takungan di Kampung Expo. Air hujan tersebut mengalir terus ke sungai. Masalahnya laluan keluar air ke sungai tersebut kecil dan tidak dapat mengalirkan air dengan lancar walaupun ada dua pam yang berfungsi untuk mengepam air ke sungai. Namun, air yang begitu banyak tidak dapat dialirkan dengan sempurna. Akibatnya, berlaku limpahan air yang menyebabkan banjir kilat sering berlaku di kawasan yang rendah.
Saya mohon supaya permasalahan ini diselesaikan seberapa segera untuk melancarkan aliran air ini ke sungai. Isu berbeza di Taman Kamunting Jaya. Perparitan utamanya agak uzur. Rubble Wall nya sudah rosak yang menyebabkan tumbuhnya tumbuhan dicelahan kerosakan tersebut. Ini menjadikan tempat pembiakan dan sarang binatang berbisa seperti ular dan biawak yang mengancam penghuni di Taman Kamunting Jaya ini. Rubble Wall ini perlu diperbaiki dan segala tumbuhan perlu dibersihkan segera kerana ianya akan menghalang kesempurnaan laluan air.
Naib Yang di-Pertua saya juga mencadangkan agar kerajaan membina jajaran longkang yang menyeluruh di Kampung Batu 5, Kampung Sungai Relong, Kampung Baru Kamunting dan Kampung Sungai Ranting. Jajaran longkang ini amat penting untuk memastikan saliran air dapat mengalir dengan baik dan akan menghindarkan berlakunya banjir. Kampung Sungai Long dan Kampung Batu 5, ada rumah yang tidak mempunyai longkang untuk mengalirkan air kumbahan mereka. Ini menjadikan air limbah bertakung dan baunya amat busuk apabila berlaku banjir serta berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes dan membahayakan kesihatan kepada semua penduduk di situ. Saya juga mohon kerajaan mencuci lombong besar di belakang Kampung Batu 5 yang dipenuhi semak samun dan menjadi punca terjadinya banjir di kampung tersebut sekiranya hujan lebat. Lombong tersebut juga tempat binatang berbisa tinggal yang mengancam tanaman dan membahayakan penduduk tempatan. Ini penting dalam suasana musim banjir ini supaya tindakan dapat disegerakan kita dapat mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Naib Yang Di-Pertua. Jambatan Sungai Ranting di laluan Kampung Expo Dalam yang menghubungkan antara Kampung Sungai Long dan Kampung Expo adalah merupakan satu laluan utama yang digunakan oleh ramai orang. Laluan ibu bapa menghantar anak ke sekolah dan laluan orang ramai untuk bekerja di sekitar kawasan perindustrian Kamunting. Laluan ini juga dijadikan laluan alternatif oleh aplikasi Waze untuk ke Batu Kurau atau lokasi berdekatan dan ke lebuh raya bagi kenderaan yang datang dari laluan Batu Kurau. Hasil tinjauan dan aduan yang saya terima. Jambatan ini agak uzur. Berlaku hakisan di bawah jambatan yang boleh menggugat struktur kekuatan jambatan ini. Palang penghadang besi juga rosak akibat dilanggar oleh kenderaan berat. Trapped Wall, jambatan ini juga sudah rosak dan patah. Ada beberapa isu di Kampung Batu 5 yang jauh daripada pembangunan. Pertama di Kampung Batu 5 ini jalannya perlu diturap kerana keadaannya berlubang-lubang dan bertampal. Saya juga minta pihak yang berkenaan melihat saluran paip air yang melalui di bawah jalan di Jalan Ibrahim 1, Ibrahim 2 sampai ke Ibrahim 4 kerana bila berlakunya kerosakan kebocoran paip ini akan merosakkan jalan-jalan mereka.
Pihak TNB juga perlu membuat pemeriksaan semula atau menambah baik bekalan elektrik yang ada di Kampung Batu 5 kerana ada lampu jalan terletak di kawasan rumah persendirian, ada tiang elektriknya yang condong, ada wayar yang kendur di atas rumah yang boleh membahayakan sekiranya tiang tersebut tumbang. Di Kamunting, Naib Yang Di-Pertua ada satu rumah pangsa yang bernama Rumah Pangsa Sri Kurau yang dibina sekitar tahun 1990-an. Untuk pengetahuan pemilik rumah pangsa ini masih belum mendapat hak milik strata mereka sehingga kini. Ada antara pemilik rumah pangsa ini telah meninggal dan rumah ini tidak dapat diwarisi oleh waris kerana hak milik masih belum diperolehi. Akibatnya, keadaan rumah pangsa ini terabai. Kebanyakan penghuni pula adalah penyewa. Saya melihat secara dekat keadaan rumah pangsa ini yang uzur tanpa diselenggara. Saluran air tersumbat, sampah yang tidak terurus dan ianya akan membahayakan penghuni sekitar dari segi keselamatan dan kesihatan. Saya dimaklumkan di dalam mesyuarat di JPTD bahawa seramai 15 penghuni masih belum mengemukakan maklum balas maklumat kepada pihak Perbandaran Taiping untuk proses hak milik. Saya mohon pihak kerajaan menyelesaikan hak milik strata kepada penghuni yang telah mengemukakan dokumen dan maklum balas tersebut. Jika hendak tunggu semua memberi maklum balas kemungkinan agak sukar. Ada yang telah meninggal dan ada yang waris tidak ambil peduli. Dengan adanya hak milik, bolehlah rumah pusaka ini ataupun diwarisi ini boleh dijual dan ia akan menyebabkan keadaan rumah pangsa ini dapat diberi nafas baru dengan komitmen penghuni baru.
Naib Yang di-Pertua, saya telah kemukakan di mesyuarat Dewan yang lalu agar jalan masuk ke Sekolah Rendah Bukit Jana dan Sekolah Menengah Bukit Jana diturap dan diperbesarkan kerana keadaannya agak uzur. Sering kali berlaku kemalangan di kalangan ibu bapa dan pelajar apabila menggunakan laluan ini untuk mengambil dan menghantar anak mereka. Jalan ini juga digunakan oleh pelajar Sekolah Agama Nurul Hidayah. Laluan yang sibuk ini sudah sepatutnya diberi perhatian serius oleh pihak Kerajaan. Bersebelahan dengan sekolah itu ada satu Taman Rekreasi, Taman Tasik Kamunting. Kawasan parkingnya sering diadakan program karnival, cuma masalahnya ialah apabila berlakunya dan berlangsungnya program ini, pengunjung-pengunjung meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan sepanjang jalan utama menyebabkan keadaan keselamatan agak membahayakan, juga pada musim hujan ini, bahu-bahu jalan ini menjadi tempat yang agak tidak elok, berlumpur, berlopak dan sebagainya. Pada waktu malam juga tidak ada kemudahan lampu jalan menyebabkan ianya gelap dan membahayakan pengunjung-pengunjung yang hadir ke program di Taman Tasik Kamunting ini. Saya mohon tindakan daripada pihak berkenaan supaya dapat menyelesaikan perkara ini kerana ianya juga adalah satu sumber untuk ekonomi orang-orang Kamunting dan juga memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
Naib Yang di-Pertua, menerusi hasil kajian dan usaha pengumpulan data yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia, negara kita dijangka menghadapi musim kemarau menjelang 2025 dan dijangka berlarutan selama 10 tahun. Sekarang ni kita berhadapan dengan banjir dan mengikut kajian NAHRIM 2025 kita akan menghadapi kemarau yg panjang dan kajiannya menunjukkan 10 tahun. Perubahan iklim ini berlaku di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias fenomena ini yang mungkin membawa kepada krisis makanan yang dahsyat. Pengeluaran beras tempatan kita sekarang ini hanyalah sekitar 62%, menyebabkan Malaysia perlu mengimport baki 38% beras luar.
Jika negara mengeluarkan 62% beras pun, kita masih tidak memperolehi beras tempatan di pasaran apatah lagi jika berlaku krisis kemarau ini. Beras tempatan hanya ada ketika jualan rahmah dan jualan rahmah pun kita tahu bukannya diadakan setiap hari. Negeri Perak adalah negeri kedua keluasan bertanam padi bagi negara tetapi mengapakah purata padi kita di tempat kesembilan? Apakah cara pengurusan penanaman padi kita ini tidak efisien sehingga hasilnya lebih rendah dari negeri lain? Peruntukan untuk pertanian kita juga saya teliti pihak kerajaan tidak serius dalam isu ini. Lebih kurang sama sahaja peruntukan daripada tahun sebelum ini sedangkan keadaan sekuriti makanan ini adalah sangat penting dan perlu diberikan perhatian. Apakah langkah-langkah dan perancangan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk menghadapi fenomena kemarau yang saya sebutkan tadi supaya sekuriti makanan kita tidak terjejas. Jika pertanian kita…jika Bahagian Pertanian atau Jabatan Pertanian memerlukan peruntukan yang lebih kita utamakan lah dan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk juga kepada Perkara 30 dalam subtopik tema dan fokus Belanjawan tahun 2025 iaitu trend kutipan hasil dijangka akan terus meningkat termasuk janaan royalti dari industri perlombongan, unsur nadir bukan radioaktif (NRREE).
Perkara ini saya sifatkan sebagai permulaan yang baik, yang menyumbang kepada kutipan hasil negeri. Perak telah mula mengorak langkah dari melombong kepada pemprosesan (NRREE). Jikalau perlombongan kita telah ada standard SOP dengan laporan dan kelulusan daripada EIA. Cuma kebimbangan saya ialah apabila kita mula memproses yang NRREE ini. Tahniah juga kepada kerajaan yang mula menerokai industri dengan mengekstrak NRREE ini. Saya terbaca satu artikel daripada Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu, International Annual Symposium of Sustainability Science and Management dan satu artikel yang ditulis oleh Simon Low dari IPM Professional Service. Pengekstrakan lanthanide iaitu hasil utama industri REE di bawah Lynas Advanced Material Plant di Pahang telah menghasilkan tiga sisa utama. Salah satunya ialah Water Leach Purification (WLP) iaitu bahan besi phosphate yang merupakan bahan radioaktif tahap semula jadi yg rendah. Ianya mengandungi thorium dan uranium. Kandungan radioaktif disyaki terkumpul dalam sisa WLP selepas pengekstrakan REE ini. Mengikut kajian, 99% daripada bahan thorium dan radium dalam larutan lanthanide diklasifikasikan sebagai penyumbang utama kepada WLP dan sebahagian uranium akan terlepas ke litar pengekstrakan pelarut.
Kamunting, saya celah sikit.
Ya.
Setuju kah saya. Kamunting, penemuan REE di Negeri Perak ini boleh mengembalikan kegemilangan perjumpaan bijih timah dulu. Saya yakin. Tadi saya dapat singgah di kaunter luar, Kamunting. Saya dapat pegang dan soalan pertama saya, Kamunting dah pegang belum?
Saya pegang dah.
Dalam Dewan ni ada yang belum pegang. Ini sejarah tau. Kalau Yap Ah Loy tu datang sini pegang bijih timah, hari ni saya dah pegang. Jadi, siapa belum pegang boleh pergi kat luar sana. Jadi, saya tanya Kamunting. Adakah Kamunting bersetuju dengan saya sekali lagi bahawa penemuan REE ini yang dikatakan bahan mineral ini di Perak adalah yang terbaik antara yang terbaik di dunia dan setujukah Kamunting, kita patut berbangga makmal yang pertama REE di Malaysia ini adalah di Negeri Perak dan semua pegawai-pegawai dalam MB Inc. tu…makmal tu adalah anak-anak Perak. Terima kasih Kamunting.
Ya, saya sangat bersetuju dan kita berbangga dan bertuah kerana penemuan satu hasil bumi yang sangat berharga di dunia ini. Cuma apa yang saya nak bawa di sini ialah sisa yang saya sebut tadi, WLP ni tadi. Kebimbangan kita ialah pencemaran radiologi kepada orang ramai. Sisa WLP daripada proses pengekstrakan thorium ini telah dikelaskan sebagai sisa radioaktif. Walaupun kajian menunjukkan thorium terdapat di mana-mana bahagian bumi dan orang ramai terdedah kepada jumlah kecil thorium setiap hari dari segi udara yang dihirup, makanan yg diminum tetapi jika sisa pembuangan thorium yang banyak dan tidak diatur akan menyebabkan pendedahan kepada orang ramai dan alam sekitar. Kajian menunjukkan bahawa sedutan thorium melalui habuk meningkatkan risiko terkena barah pada paru-paru dan pankreas. Uranium pula hanya boleh memasuki badan manusia melalui angin, air dan makanan. Namun, ia juga boleh memasuki melalui sentuhan permukaan kulit. Kesan sebatian uranium dalam air akan menyebabkan kerosakan ginjal, sementara sebatian uranium yang tidak larut yang disebut dapat menyebabkan kerosakan saluran pernafasan. Cara sistem penyimpanan WLP ini yang menjadi kebimbangan.
Tapak penyimpanan sementara perlu selamat dari segi bencana alam seperti banjir dan runtuhan dan ianya semakin berisiko sekiranya sisa ini semakin bertambah. Pertanyaan saya, adakah pihak kerajaan sudah membuat persediaan terhadap sebarang kemungkinan ini? Sudah adakah kajian mendalam sebelum menjalankan aktiviti-aktiviti industri ini secara besar-besaran dan bagaimana pula persediaan penguat kuasaan bagi memantau industri pemprosesan REE ini agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Kita tidak mahu terjadi seperti mana pernah berlaku di Bukit Merah berulang kembali mengakibatkan kelestarian alam tercemar dan memberi kesan buruk kepada rakyat. Secara tak langsung, nama baik kerajaan tercalar kerana kealpaan kita. Malaysia pernah mengalami pencemaran radioaktif yang berlaku di Bukit Merah sekitar tahun 80an. Ketika itu, syarikat Asia Rare Earth kepunyaan Mitsubishi Chemical Company telah gagal mengurus sisa industri yang mengandungi radioaktif thorium hydroxide. Pekerja dan rakyat setempat telah terdedah kepada pencemaran sinaran radioaktif dan mengakibatkan beberapa kecacatan kelahiran dan kes leukimia dari kalangan mereka yang tinggal di sekitar Bukit Merah.
Tuan Yang di-Pertua, Kamunting mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana menyahut usaha kerajaan Persekutuan melalui satu dasar seragam Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna. Menurut Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 sehingga 31 Mac 2024, 14 PBT telah memulakan pengenaan caj bag plastik kepada pengguna melalui premis perniagaan berlesen di PBT dengan jumlah kutipan sebanyak RM381,625.80. Pertanyaan saya kemanakah hasil jumlah kutipan tersebut dibelanjakan? Bagaimana pula bagi yang tidak berdaftar dalam kempen ini? Apakah usaha kerajaan untuk meluaskan lagi kempen ini di premis-premis jualan yang lain. Adakah pemantauan dibuat bagi premis yang tidak berdaftar yang mengenakan caj kepada pelanggan? Yang keempat, apakah ada usaha pihak kerajaan untuk memperluaskan penggunaan bungkusan ini kepada produk biodegradable bubble yang mana bahannya sudah tentu memelihara alam. Jika pihak kerajaan serius dalam memelihara alam sekitar, pihak kerajaan boleh memanggil pemain industri plastik untuk mengeluarkan produk bio ini kerana bungkusan barang ini adalah satu keperluan dan digunakan setiap hari.
Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya, di dalam kita berpolitik, ada istilah musuh politik. Jika kita berkerajaan, musuh politik adalah dalam kerangka ketidaksetujuan kita terhadap sesuatu dasar atau polisi pentadbiran dan tata kelola yang dibawa oleh sesebuah parti dalam kerajaan tersebut. Selain kita disuruh untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam berpolitik, kita juga dituntut untuk berlaku adil terhadap musuh sekalipun musuh politik kita itu adalah orang bukan Islam, apatah lagi kepada orang Islam. Ini seperti mana yang dinyatakan dalam Al Quran menerusi Surah Al-Maaidah ayat 8 Firman Allah (Ayat Quran). Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak kebenaran kepada Allah dan saksi-saksi yang bertindak dengan adil. Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. Amalan keadilan akan membawa kepada kesejahteraan keharmonian sesebuah kerajaan. Hal ini terjadi kerana pemerintah yang mengamalkan keadilan akan berkecenderungan untuk sentiasa memelihara keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat di bawah naungannya. Dengan adanya asas keadilan dalam masyarakat setiap individu akan berasa aman dan tenteram kerana tugas keadilan ialah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama, keturunan, manusia. Bukan itu sahaja yang merumitkan.
Yang Berhormat Kamunting, Tronoh. Ya. Terima kasih kepada Kamunting. Jadi saya ingin mendapatkan sedikit pandangan Yang Berhormat tadi kerana saya sendiri merasakan agama Islam ini sememangnya memang suci dan keindahannya memang ada. Jadi saya ingin mendapatkan sedikit pandangan daripada Yang Berhormat sehingga Ketua Pembangkang melabelkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai MB yang biadab. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Itu kena tanya Ketua Pembangkanglah. Bagi dia jawab. Tuan badanlah ya.
Jadi saya ingin mendapatkan sedikit komen kerana Yang Berhormat juga daripada parti yang sama. Jadi memandangkan Yang Berhormat mempunyai seorang ketua atau pun Ketua Pesuruhjaya Negeri PAS yang begitu yang sehingga melabelkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Menteri Besar biadab. Apakah pandangan atau pun komen terhadap isu ini? Terima kasih.
Ok. Terima kasih kepada Tronoh. Yang lebih mengetahui apakah maksudnya adalah tuan badan sendiri. Pada saya kenyataan yang dikeluarkan adalah kenyataan politik. Saya rasa kenyataan Menteri Besar jugalah kenyataan politik dan bila kita di luar kenyataan politik saya tahu di hati sanubari Menteri Besar kita sudah tentu rasa kurang senang. Entah apa tindakan yang berlaku. Selebihnya itu terserahlah pada Ketua Pembangkang.
Memandangkan Ketua Pembangkang sudah masuk dewan
Yang Berhormat itu
Bolehlah dia bela diri.
Itu jawapan dialah. So, jawapan dah diberi. Ok. Kamunting simpulkan.
Justeru itu pemimpin atau pemerintah yang amalkan keadilan akan membawa manfaat dirinya sendiri serta kepada masyarakatnya. Justeru itu berilah keadilan kepada semua sama ada kepada pihak kerajaan dan terutamanya kepada pihak pembangkang di dalam pemberian peruntukan kerana ianya adalah untuk rakyat yang di bawah pentadbiran atau pun di bawah kawasan kami. In shaa Allah kebaikan dilakukan hanya Allah sahaja yg membalasnya. Akhir sekali saya menyokong penuh belanjawan yang dibentangkan. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullah Hiwabarakatuh. Terima kasih Kamunting yang telah menamatkan perbahasannya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Atas nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan juga dari pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan persekutuan dan juga ketua-ketua jabatan negeri, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan saudara saudari yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Yang
Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Sepetang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2025 ini.
Di kesempatan ini saya mewakili warga penduduk Dun Kuala Sepetang, patik dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda. Dirgahayu Tuanku. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan dilimpahi kerahmatan dan kesempurnaan Allah Subhanahu Wata'ala serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus menaungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.
Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh pasukan yang telah merangka Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2025. Dokumen penting yang menjadi panduan untuk membangunkan Negeri Perak yang kita cintai ini. Belanjawan yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera ini telah memohon kelulusan dengan peruntukan sebanyak RM1.52 bilion iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri. Ia menfokuskan lima elemen utama termasuk pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan rakyat. Walau pun pendapatan negeri meningkat dan dijangka mengutip hasil sebanyak RM1.438 bilion namun kerajaan sekali lagi membentangkan sebuah belanjawan defisit yang lebih besar daripada tahun sebelumnya. Jika tahun 2024 kerajaan membentangkan belanjawan defisit sebanyak RM62.4 juta, tahun ini kerajaan membentangkan defisit lebih tinggi iaitu sebanyak RM81.8 juta. Saya berharap kerajaan berhati-hati membentangkan belanjawan defisit ini kerana khuatir akhirnya rakyat akan terbeban dengan kenaikan cukai bagi menampung hutang-hutang yang telah dibuat dan hutang-hutang yang akan dibuat. Namun begitu cabaran terbesar adalah memastikan setiap sen yang diperuntukkan dapat memberi impak nyata kepada rakyat dan juga kemajuan negeri. Sebagai seorang wakil rakyat adalah menjadi tanggungjawab kita semua sama ada di barisan pembangkang mahupun di blok kerajaan perpaduan yang tidak berapa berpadu ini untuk memastikan belanjawan ini tidak menjadi seperti mencurah air di daun keladi.
Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, memetik ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa dalam membangunkan sebuah negeri yang makmur dan sejahtera, pembangunan modal insan dan belia adalah elemen yang tidak boleh diabaikan. Kuala Sepetang ingin mengajak kita semua meneliti semula peruntukan dan dasar yang diumumkan berkaitan dengan pendidikan, belia dan sukan negeri yang kita sayangi ini. Sebanyak RM94.84 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan modal insan dan belia termasuk pelbagai program pendidikan. Sebagai seorang mantan guru, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa di sebalik peningkatan belanjawan, peruntukan kepada segmen pendidikan tidak berubah iaitu sebanyak RM15.95 juta sama seperti tahun lalu tidak berubah walau satu sen pun. Saya berharap tiada perubahan ini bukanlah kerana kelesuan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menjaga portfolio tersebut untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Walaupun peruntukan tidak berubah, terdapat beberapa pembaharuan kosmetik yang dilakukan termasuklah pengenalan kepada baucar buku untuk pelajar dari keluarga B40. Mengapa ia perubahan kosmetik?
Pengenalan bantuan baucar buku sebanyak RM150 kepada 5000 orang pelajar B40 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM750 ribu ini tidak meliputi sebahagian besar pelajar dalam kategori terbabit. Jumlah pelajar di sekolah di Negeri Perak bagi tahun 2024 ialah sekitar 300 ribu orang. Saya anggarkan jumlah yang lebih kurang sama pada tahun hadapan. Adakah dari 300 ribu orang pelajar ini hanya 5000 orang di dalam kategori keluarga B40. Saya rasa ini satu statistik yang tidak berapa masuk akal. Jika diambil anggaran kasar 40% daripada 300 ribu pun ia sudah sekitar satu 120 ribu orang. Jadi saya ingin bertanya kepada Kota Tampan dan juga Belanja. Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan memutuskan 5000 orang pelajar ini dari keluarga B40 yang akan terpilih nanti. Saya khuatir kerana jumlah yang sangat terhad, maka ia akan menyebabkan berlakunya pilih kasih dan ketidakadilan. Ia juga hanya menambah beban kerja guru di dalam satu projek yang tidak memberi impak yang besar kepada pendidikan negeri pada keseluruhannya.
Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menilai semula program ini. Satu sama ada menambah peruntukan agar meliputi semua pelajar di dalam keluarga B40 ataupun yang kedua, Kerajaan Negeri boleh membatalkan terus dan menambah kembali peruntukan kepada program yang melibatkan lebih ramai pelajar dari keluarga B40. Pembatalan ini tidak akan memberi apa-apa kesan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mengumumkan pemberian voucher buku sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah di seluruh negara pada tahun hadapan. Dengan peruntukan pendidikan yang terhad, Kerajaan Negeri harus lebih cekap dalam mengagihkan bagi memberi impak yang paling maksima. Jangan kita buat program asal tangkap muat hanya kerana kita mahu mengikut trend Kerajaan Persekutuan buat kita pun hendak buat. Sepatutnya kita boleh buat program yang berlainan agar ada nilai tambah kepada pembelajaran anak-anak kita di negeri ini. Dato’Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, mungkin peruntukkan baucar buku ini boleh disalurkan kepada Tusyen Cikgu Saarani bagi menambah jumlah mereka yang layak menyertainya. Hanya RM2.2 juta telah diperuntukan untuk Program Tuisyen Cikgu Saarani tahun hadapan berbanding RM3 juta pada tahun 2024. Ini akan membolehkan lebih ramai lagi pelajar mendapat manfaat.
Menyentuh mengenai Tuisyen Cikgu Saarani, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana terus istiqamah dalam membantu pelajar di Perak meningkatkan kecemerlangan akademik. Walaupun program ini telah lama berjalan, namun saya terpanggil kali ini dengan ikhlasnya untuk menegur Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengenai penjenamaan program ini menggunakan nama sendiri bagi program tuisyen yang dibiayai oleh wang rakyat adalah satu tindakan yang menjolok mata dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan dana Kerajaan Negeri bagi kepentingan peribadi. Seingat saya…
Ya, Tebing Tinggi minta laluan.
Boleh…boleh sila.
Yang Berhormat mengkritik soal baucer buku tadi mengatakan tidak harus mengikut trend tetapi tidakkah boleh juga dilihat baucer buku ini sebagai sesuatu yang memberikan impak kepada industri penerbitan dan juga lain-lain yang seharusnya juga dijadikan pertimbangan. Saya mengakui ada masalah daripada segi mungkin nak menentukan kriteria, pemilihan dan sebagainya. Mungkin kecil bilangan yang mendapat manfaat daripada program itu tetapi saya harus kita harus memberikan ruang untuk. Pertama, industri buku dan juga industri buku itu sendiri kerana memerlukan satu satu suntikan walaupun sekarang ini kita semua atas talian tetapi kita harus menggalakkan orang membaca dan nampaknya aliran yang terbaru menunjukkan minat itu masih masih subur di kalangan para pelajar.
Terima kasih Tebing Tinggi. Sebenarnya bukannya kita mengatakan bahawa baucerr buku itu tidak baik kerana baucer buku ini telah pun diberi oleh Kerajaan Pusat. Maka duit yang kita ada itu sebanyak itu tidak mencukupi untuk kita menyalurkan kepada anak-anak kita yang mana di kalangan B40 ini kerana B40 ini terlalu ramai. Jadi, saya risau takut permohonan itu, bantuan itu tidak dapat kita memberi secara menyeluruh. Jadi pandangan saya, saya menghormati pandangan Tebing Tinggi tetapi saya juga mempunyai pandangan, mungkin sudut pandang kita yang sudah tentu agak berbeza. Tapi pada pandangan saya, saya hormati pandangan Tebing Tinggi. Tapi pada pandangan saya peruntukan itu lebih molek, lebih baik jika dibawa kepada Tusyen Cikgu Saarani ini supaya kita boleh contohnya kita boleh memperbanyakkan lagi murid-murid yang akan mendapat manfaat daripada tuition ini.
Ok saya teruskan ya seingat saya, ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana Kerajaan Negeri dan Pentadbiran Persekutuan mengidolakan seseorang pemimpin politik sehingga ke tahap meletak nama sendiri dalam Program Kerajaan. Tidak ada Perdana Menteri atau Menteri Besar yang agak bermaruah dan berintegriti akan menamakan program kerajaan dengan nama sendiri. Malah, di peringkat persekutuan ada larangan jelas menamakan bangunan bangunan kerajaan dengan pemimpin kerajaan yang masih hidup. Justeru, saya mencadangkan agar nama Cikgu Tuisyen Cikgu Saarani ini ditukar ke mana kepada nama yang lebih melambangkan Negeri Perak secara umum seperti Tuisyen Rakyat Perak ataupun Tuisyen Darul Ridzuan atau jika terdesak sangat untuk mengaut keuntungan politik, bolehlah dinamakan Tuisyen Perak Madani atau Tuisyen Kerajaan Perpaduan. Teguran dan cadangan ini bukanlah dengan tujuan memperlekehkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetapi sekadar mengingatkan sesama saudara Islam bahawa Allah membenci orang yang riak dengan sedekah dan perbuatan baiknya. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam bersabda yang membawa maksud. Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah syirik yang kecil…
Yang Berhormat. Tronoh.
Ya, siapa.
Tronoh…Tronoh.
Bagi saya habis hadis ini boleh tak?
Baik…boleh.
Para sahabat bertanya apakah itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam bersabda. Itulah riak. Sabda Nabi Allah. Sabda Nabi. Allah Subhana Wata'ala akan berfirman pada hari kiamat kelak. Pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran yang ini dengan asbab amalan kamu? Jika amalan menggunakan harta benda sendiri pun dilarang riak, apatah lagi riak dengan amalan baik yang menggunakan wang rakyat. Saya khuatir dan bimbang amalan baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menjadi sia-sia nanti. In shaa Allah kalau dia letak nama lain pun orang akan tetap mengenang idea dan jasa Kota Tampan. Malah, jika orang tidak kenang pun, pasti ada ganjaran dari Allah Subhanawataala di akhirat kelak. Baik. Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kamunting. Jadi saya saya saya di sini ingin Kuala Sepetang sorry Kuala Sepetang di mana saya rasa Kuala Sepetang sebenarnya telah lupa bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebenarnya sebelum memceburui dalam politik, beliau adalah seorang guru atau pun cikgu. Maka saya di sini berpendapat bahawa tiada masalah bagi Yang Amat Menteri Besar untuk menjadikan itu sebagai satu pedoman kepada pelajar-pelajar pada masa hari ini. Ok. Jadi, saya berharap Yang Amat Berhormat sekiranya nak menegur ok, tak ada masalah. Cuma saya berharap hargailah jasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebelum beliau menceburi dalam bidang politik. Terima kasih.
Terima kasih Tronoh.
Kuala Sepetang sekejap.
Ya. Ok.
Terima kasih. Kuala Sepetang saya juga nak mengingatkan diri kita dan saya sendiri. Siapakah kita nak mempersoalkan tentang niat seseorang itu? Kita tak tahu? Jadi kita harus bersangka baik. Saya rasa dalam agama kita pun kita harus kita diminta untuk sentiasa bersangka baik dengan apa yang diniatkan ataupun dilakukan oleh seseorang. Jadi, saya rasa tak sewajarnya niat baik Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar di persoalkan. Terima kasih.
Terima kasih Tronoh dan juga Rungkup. Kepada Tronoh, sebenarnya kita menegur ini bukan kerana kita membenci. Kadang-kadang kita menegur kerana kita sayang. Begitu juga kepada anak-anak kita. Jika kita menegur, tidak semestinya kita membenci. Siapa kata kita di sebelah sini sudah tak sayang kepada Menteri Besar Kota Tampan. Kalau dia datang sebelah sini pun mungkin dia Menteri Besar juga. Malah, kita ada 26 kita bukan ada 24 jadi kita sayang. Jadi kepada Rungkup sebenarnya saya hanya, saya hanya memberi pandangan. Itu pandangan saya. Pandangan sebab itu saya kata itu pandangan dari hati saya. Jadi tak apalah kalau sekiranya pandangan saya itu dianggap tidak baik dan pandangan saya itu tidak perlu didengar. Tak apalah. Saya pun tak ambil kisah kerana sebagai seorang sama-sama orang Islam menegur itu adalah satu amalan bagi kita. Jadi kalau rasa teguran itu agak keras, teguran itu agak melukakan hati, dengan rasa rendah diri, saya mohon maaf tgetapi bagi saya, saya harus menegur itu adalah teguran sebagai seorang sahabat kepada seorang sahabat, sebagai seorang guru kepada seorang guru. Yang Berhormat Tronoh, saya nak teruskan. Boleh?
Boleh saya bagi satu minit. Setengah minit.
Tak…tak? Saya nak terus.
Satu sahaja satu soalan saja.
Saya dah bagi peluang.
Satu soalan sahaja.
Oklah.
Tronoh, cikgu suruh duduk. Cikgu Mat ni…
Dato' Yang di-Pertua, boleh saya teruskan ya. Jika amalan menggunakan harta benda ok, Tuan Yang Di-Pertua Ya. Ok. Kuala Sepetang juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai pembangunan belia…belia di Perak. Sejumlah RM6.5 juta diperuntukkan untuk latihan teknikal dan vokasional atau pun TVET melalui Pusat Aspirasi Anak Perak yang lebih dikenali sebagai PASAK. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM1 juta berbanding tahun lalu. Manakala PASAK pula selaku agensi pelaksana menerima RM4 juta bagi tujuan operasi. Peningkatan RM500 ribu berbanding tahun 2024. Bagi peruntukan yang sentiasa meningkat ini, apakah kemajuan yang telah dicapai dari program-program di bawah PASAK ini? Berapa ramaikah usahawan TVET atau pekerja yang berkemahiran telah lahir dari program jutaan ringgit ini? Apakah ada kajian dan pembentangan mengenai kejayaan program TVET yang menelan jutaan ringgit wang rakyat ini atau ia sekadar sebuah lagi program yang mengikut trend persekutuan tanpa kajian mengenai keperluan bidang yang difokuskan? Salah satu keutamaan TVET yang diumumkan dalam belanjawan lepas dan kali ini ialah program latihan TVET bersama Belia Malaysia dan China (MCYTT). Semakan secara umum dikatakan PASAK mencari 50 orang peserta bagi program ini untuk tahun 2024. Saya tidak pasti berapa ramai yang telah pun dihantar.
Persoalannya, di peringkat Persekutuan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, Ahmad Zahid Hamidi telah memaklumkan Malaysia telah menghantar seramai 5125 peserta tahun ini di bawah program yang sama. Jadi, kita kena kaji juga bidang yang hendak dihantar bagi tujuan latihan TVET ini. Jika Kerajaan Persekutuan telah pun bertumpu kepada China, negara China ya China dalam bidang sama antaranya teknologi kenderaan elektrik, solar, kecerdasan buatan atau AI dan keselamatan siber, maka Perak sepatutnya meneroka bidang baru dan negara baru bagi peruntukkan di bawah Kerajaan Negeri. Kita perlu melihat keperluan kemahiran teknologi atau teknikal dari negara lain agar tidak berlaku lambakan bakat kemahiran dalam negeri di dalam bidang yang sama. Jika berlaku lambakan kemahiran bidang yang sama, akhirnya kemahiran tersebut tidak berupaya meningkatkan kualiti hidup mereka dan memberi sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Dato' Yang di-Pertua dan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, demikianlah beberapa teguran yang dapat Kuala Sepetang sampaikan bagi tujuan penambahbaikan untuk kita sama-sama membangunkan Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Kuala Sepetang memohon untuk menyokong Belanjawan Perak 2025 dengan harapan kerajaan mengambil kira saranan pindaan dan penambahbaikan yang telah dikemukakan tadi. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT yang buruk itu atas kelemahan saya sebagai manusia biasa. Sekian Wabillahi taufiq wal Hidayah wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih. Wasalammualikum wbt. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan pembahasan. Dipersilakan. 20 minit.
Terima kasih Dato Tuan Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, yang berusaha ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan media. Dato Yang di-Pertua Saya dengan hormat takzim, merafak sembah dan setinggi tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2024. Digarhayu tuanku.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana menerima Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran untuk penyata kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. Pencapaian ini menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh oleh Kerajaan Negeri dengan pendekatan yang berhati-hati dalam pengurusan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh itu, dengan meneruskan sikap ini dalam Belanjawan 2025 yang merupakan belanjawan tertinggi dalam sejarah Negeri Perak, kami yakin ia akan membawa kepada prestasi yang lebih baik seterusnya.
Semasa perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2024 pada tahun lepas, saya telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberi perhatian serius dan merangka pelan tindakan Dasar Warga Emas Negeri Perak. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri Perak kerana telah memasukkan penjagaan profesional piawaian Jepun KAIGO ke dalam kursus latihan TVET negeri ini. Ini adalah hasil daripada usaha sejak tahun 2018 untuk memberi perhatian kepada latihan penjagaan secara profesional dan langkah ini menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap kepentingan penjagaan profesional dalam dasar warga emas. Perak juga menjadi negeri pertama yang secara jelas memasukkan penjagaan profesional ke dalam kursus latihan yang digalakkan oleh Kerajaan Negeri. Saya merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Exco Temengor dan Yang Berhormat Exco Sungkai melalui agensi kerajaan seperti PASAK, Wanita Perak yang telah bekerjasama untuk menjayakan pencapaian tersebut. Saya berharap dalam kerjasama yang akan datang dengan Negara Jepun, kita dapat terus menerokai penggunaan peranti pintar untuk meningkatkan kecekapan kerja penjagaan seperti tandas yang berteknologi pintar. Ini akan memudahkan tugas penjagaan serta memberikan keselesaan kepada individu yang dijaga. Sistem pintar juga boleh diguna untuk merekod pengambilan ubat warga emas. Memastikan ubat diambil tepat pada masanya dan dalam dos yang betul sekaligus untuk membantu mengekalkan kesihatan mereka. Seiring dengan kemajuan pesat teknologi pintar, penggunaan teknologi ini boleh diperluaskan lagi untuk menghubungkan pusat penjagaan dengan ahli keluarga. Dengan cara ini, ahli keluarga dapat memantau keadaan warga emas secara serentak walaupun berada di luar. Semua ini adalah aspek yang perlu diberi perhatian untuk meningkatkan sektor penjagaan warga emas pada masa hadapan.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, apabila usia meningkat dan mencecah usia emas, ada sesetengah individu akan mengalami masalah pelupa, bukan sahaja memori lama, malah keupayaan mengingat kejadian yang baharu berlaku juga gagal. Baru-baru ini saya telah menonton satu video yang dirakamkan oleh seorang wanita. Dalam video itu, ibu bapanya yang berusia lebih 90 tahun masih sihat dan mereka sedang makan. Bapanya asyik tanya kepada isterinya, benarkah awak isteri saya. Kita ada kahwin dulu ke? Dan berulang beberapa kali. Lepas tu bapanya juga tanya siapa wanita yang merakam video tu dan tidak percaya wanita itu adalah anak beliau. Situasi ini lazimnya dikaitkan dengan penyakit demensia iaitu masalah kecelaruan otak yang menyebabkan penyusutan dari segi kemampuan minda merangkumi masalah kehilangan ingatan, kekeliruan, perubahan keperibadian, penurunan kemampuan berfikir, kesukaran berkomunikasi, kesukaran pengawalan emosi, kehilangan ketrampilan sosial serta perubahan tingkah laku. Penyakit ini boleh dihidapi oleh individu yang berusia seawal 50.
Merujuk Pertubuhan Demensia, Perak terdapat 126,000 penduduk Malaysia yang telah direkodkan menghidap demensia pada tahun 2022. Bagi mereka yang tidak daftar tiada dalam rekod pihak Jabatan Kesihatan, jumlah ini dijangka akan lagi tinggi dan mungkin pada mereka yang telah direkod dalam Jabatan Kesihatan mungkin akan mencecah 260,000 pada tahun 2030. Gejala penyakit demensia berlaku dengan cara berbeza bergantung kepada bahagian otak yang terjejas dan kebanyakan jenis Demensia tiada rawatan. Dalam penglihatan pesakit demensia, apa yang dilihat oleh mereka mungkin berbeza daripada apa yang dilihat oleh kita. Sebagai contoh, di hadapan kita mungkin tanah rata tetapi dalam pandangan pesakit demensia, ia mungkin muncul lubang di hadapan dia. Dan selain itu, sudut pandangan mereka mungkin hanya terhad pada kawasan kecil di hadapan mereka sahaja. Kita kalau berbanding dengan orang yang biasa, pandangan sudut, sudut pandangan kita adalah 100, 180 darjah. Jadi bagi mereka, mereka hanya nampak di depan mereka sahaja. Jadi, kadang-kadang kita kagum mengapa ada sesetengah orang dia bertindak dengan cara yang kita tidak faham kerana kelihatan mereka agak berbeza. Jadi semua aspek ini ada perlu diberi perhatian dalam dasar warga emas termasuk menyediakan lebih banyak persekitaran mesra warga emas di kawasan awam dan untuk mencapai keperluan Age Friendly City.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, dalam masyarakat hari ini penggunaan teknologi pintar semakin meluas. Seperti yang telah disebut tadi, mengguna teknologi pintar dalam sektor penjagaan warga emas. Kini, hampir setiap kerajaan tempatan berusaha untuk membangunkan bandar pintar untuk memudahkan kehidupan harian penduduk setempat. Dalam sektor industri dan pertanian, penggunaan teknologi pintar dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja. Namun, ketika membangunkan pelantar pintar ini, banyak pengusaha sering menghadapi masalah kekurangan dana yang besar. Sebagai contoh, pengusaha penternak ayam yang ingin mengimplementasikan peralatan automasi dalam reban ayam dengan automasi dalam pemberian makanan dan air, kawalan suhu dan sebagainya secara automatik hanya memerlukan dua orang pekerja untuk memantau sistem dan mengisi semula bekalan makanan.
Namun, peralatan pintar ini memerlukan kos yang sangat tinggi. Industri akuakultur juga menghadapi masalah yang sama dengan peralatan teknologi pintar yang mahal. Ini akan menyebabkan ramai pengusaha masih bergantung pada tenaga buruh tradisional untuk operasi mereka. Apabila kita memberi tumpuan kepada keterjaminan bekalan makanan, kerajaan boleh menyediakan insentif kewangan kepada pengusaha yang ingin transform menggunakan teknologi baru untuk meringankan beban mereka sambil memastikan mereka mempunyai sumber kewangan yang stabil untuk terus berkembang. Di samping itu, saya juga menggesa Kerajaan Negeri agar mempermudah dan mempercepatkan prosedur permohonan penukaran syarat kegunaan tanah serta mengurangkan fi pertukaran yang tinggi.
Sebagai contoh pengusaha penternak ayam perlu menukar syarat kegunaan tanah kepada kegunaan industri apabila membina reban ayam. Permohonan ini selalunya ambil masa yang panjang. Fee yg dikenakan juga agak tinggi dari pertanian kepada industri. Ia sering menjadi beban kepada pengusaha. Malah ada yang terpaksa membatalkan rancangan pelaburan mereka. Saya cadangkan kita boleh tetapkan fee nominal dalam pertukaran syarat kegunaan tanah ini dalam usaha untuk memastikan kestabilan bekalan makanan. Kita perlu melihat keseluruhan pembangunan cara industri dan mengkaji cara-cara pembangunan yang lebih lestari dalam jangka panjang.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, sejak pembukaan Lebuh Raya Pantai Barat (WCE), kenderaan dari selatan kini dapat sampai lebih cepat ke Tol Lebuh Raya Utara-Selatan di Changkat Jering. Namun, kawasan Pantai Remis yang terletak agak jauh dari tol lebuh raya sama ada di Tol Changkat Chermin atau Tol Beruas telah menyaksikan penurunan besar dalam jumlah aliran trafik yang melalui kawasan tersebut. Untuk meningkatkan pembangunan tempatan dan memperbaiki hubungan pengangkutan dengan luar, kami ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membuka jalan baharu dari Sungai Batu ke Changkat Cermin. Ini akan memendekkan jarak dan masa perjalanan dari Pantai Remis ke tol lebuh raya di Changkat Cermin. Seterusnya, ia akan dapat menarik semula pengguna jalan raya kembali melalui Pantai Remis dan memastikan aktiviti perniagaan tempatan kekal aktif dan berkembang.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, Sungai Beruas yang terletak di Daerah Manjung merupakan saluran penting bagi nelayan tempatan yang bergantung kepadanya untuk mencari rezeki. Sungai ini mengalir ke laut Selat Melaka di muara Pantai Remis. Malangnya, akibat kekurangan pembersihan secara berkala, lapisan lumpur telah berkumpul menyebabkan dasar sungai semakin cetek. Dari hujung pasir hingga ke muara sungai, para nelayan yang mendapati sukar untuk mengendalikan bot mereka ketika air surut kerana mereka tidak dapat mengakses kawasan yang lebih dalam. Isu yang sama juga berlaku di muara Sungai Batu di mana lumpur dari Sungai Beruas terkumpul dan bertambah teruk akibat tindakan ombak. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, pembersihan lumpur ini dijangka melibatkan kos berjuta-juta ringgit. Projek pembersihan di muara Sungai Batu telah pun dalam perancangan dan akan dilaksanakan juga terlibat dengan kos juta ringgit manakala pembersihan di muara Sungai Beruas dijangka juga melebihi kos RM 3 juta. JPS telah mengemukakan permohonan ini untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dengan harapan untuk mendapatkan pembiayaan dalam tempoh masa yang akan datang.
Saya juga berharap pencucian Sungai Raja Hitam di lokasi Changkat Keruing juga dapat dijalankan kerana sungai jadi cetek akibat penebangan paya bakau secara haram di kawasan itu pada bulan Mac 2018. Atas isu ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sebuah NGO, Sahabat Alam Sekitar (KUASA) yang telah bertungkus lumus menjalankan program tanam semula paya bakau di kawasan ini supaya memulihkan ekosistem hutan paya bakau di kawasan Changkat Keruing yang melibatnya adalah pelajar-pelajar sekolah tempatan, pekerja-pekerja syarikat dan juga pelajar-pelajar antarabangsa juga jadi sukarelawan dalam program ini. Selain daripada pembersihan sungai, saya juga ingin mencadangkan agar JPS dapat mempertimbangkan pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Beruas. Saya dah bangkit isu ini beberapa kali sebelum ini dan kerana halangan paya bakau semula jadi telah terhakis akibat hakisan ombak. Sejak tsunami berlaku pada tahun 2004, kawasan paya bakau tersebut telah menyusut hampir 200 meter selama 20 tahun ini menyebabkan muara sungai menjadi lebih luas. Pada waktu air pasang besar dan cuaca buruk, ombak akan melanda terus ke pelantar yang menyebabkan bot terbalik, rosak, pelantar banjir dan kerugian kewangan yang besar bagi pengusaha. Pembinaan benteng pemecah ombak ini boleh membantu mengurangkan ancaman tersebut dan melindungi mata pencarian komuniti. Jadi, saya berharap besar pihak Jabatan JPS dapat mempertimbangkan untuk membina benteng pemecah ombak itu.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang menyediakan peruntukan RM2.73 juta kepada Jabatan Perikanan untuk pengurusan dan pembangunan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari. Pesisiran Pantai Pasir Panjang, Segari adalah tempat utama penyu mendarat bertelur di Negeri Perak. Kawasan ini sangat penting kepada ekosistem semula jadi. Merujuk kepada laporan Jabatan Perikanan dalam tahun 2010 hingga tahun 2022 selama 12 tahun ini, bilangan penyu mendarat adalah 882. Bilangan telur penyu yang telah dikutip sejumlah 89,508 biji tetapi bilangan anak penyu yang berjaya menetas hanya berjumlah 31,342 ekor. Kejayaannya hanya 35%. Apabila kita menubuhkan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari pada tahun 1990, kita berhasrat untuk membantu meningkatkan jumlah anak penyu yang berjaya menetas dan menjaga tempat mendarat penyu dengan lebih baik supaya penyu akan kembali mendarat bertelur. Sekiranya gangguan di pesisiran pantai seperti aktiviti industri berat, industri perlombongan yang sekarang dijalankan dengan ada pengeluaran silika di pesisiran pantai Pasir Panjang sangat aktif, penyu akan... Apa itu? Penyu tidak akan... Tidak akan kembali dan akhirnya tiada lagi keunikan ekosistem ini di Perak seperti yang telah berlaku di Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Sudah lamanya tidak jumpa lagi Penyu Belimbing mendarat dan bertelur.
Oleh itu, kita perlu mengambil langkah yang lebih proaktif dan agresif supaya kita dapat melindung tempat mendarat penyu untuk satu-satunya, yang satu-satunya di sepanjang pesisiran pantai Perak. Dengan perwartaan ini, pesisiran pantai Pasir Panjang, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan pelbagai aktiviti yang akan merosakkan ekosistem di situ. Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri perlu memohon pihak PLANMalaysia memulihkan tahap sensitif fizikal kembali ke tahap satu yang merupakan satu langkah yang penting untuk perlindungan tempat mendarat penyu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Perikanan dan Pejabat Tanah dan Galian yang telah memberi sokongan yang positif dan saya berharap pewartaan ini dapat dipertimbangkan dan dapat dilaksanakan dengan segera.
Dato' Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2025, Seketariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak, kita sebut sebagai Wanita Perak akan menerima peruntukan sebanyak RM 3.3 juta untuk melaksanakan lebih banyak program yang memanfaatkan pembangunan wanita. Seketariat ini ditubuhkan secara rasmi semasa penyediaan Belanjawan 2020 dengan hanya menerima peruntukan awal sebanyak sejumlah beberapa ratus ribu. Pada peringkat awal, ia memberi tumpuan kepada kebajikan dan aktiviti wanita serta golongan rentan di negeri ini. Pada tahun 2024, peruntukan dinaikkan kepada RM2 juta dan tahun depan ia bertambah sebanyak RM 1.3 juta menjadi RM 3.3 juta. Peruntukan-peruntukan ini akan memberi peluang kepada Exco untuk merancang lebih banyak program pembangunan wanita. Wanita di Perak menghadapi pelbagai cabaran seperti kembali ke tempat kerja selepas berkahwin dan bersalin. Waktu kerja fleksibel untuk ibu tunggal, kekurangan perkhidmatan penjagaan anak yang berkualiti serta isu gaji sama rata untuk kerja yang sama.
Semua ini memerlukan dasar yang kukuh untuk membantu wanita terus terlibat dalam pasaran kerja dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, wanita Perak dalam merangka dasar boleh menjemput lebih ramai wanita dari pelbagai bidang untuk menyertai sesi perkongsian idea. Pendekatan ini dapat memahami dengan lebih tepat masalah serta keperluan mereka. Dengan itu, latihan dan program sokongan yang lebih spesifik boleh dilaksanakan bagi menyediakan ruang pembangunan yang mampan. Di samping itu, menjalankan kempen kesedaran kesihatan wanita di negeri ini juga merupakan satu keutamaan. Penyakit yang berisiko tinggi kepada wanita seperti kanser payu dara dan kanser serviks boleh dikesan lebih awal melalui pemeriksaan kesihatan berkala. Langkah ini membolehkan rawatan dilakukan pada peringkat awal meningkatkan peluang penyembuhan dengan memperkukuh usaha kesedaran kesihatan serta menyediakan akses kepada perkhidmatan perubatan yang mudah. Kesihatan & Kesejahteraan Wanita dapat dijaga dengan lebih baik seterusnya menyokong kehidupan dan pembangunan kerjaya mereka. Dato' Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya lagi nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan serta pasukan Ahli-ahli Exco kerana membentangkan satu belanjawan yang komprehensif dan merangkumi semua lapisan masyarakat. Pantai Remis mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis. Tepat pada masanya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Asyraf Fil Ambia wal Mursalin wa ala Alihi wa Ashabi Ajmain. Allahumma Solli Wasallim Ala habi bina waqudratina Muhammad wa ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Amma baq. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, pemerhati khususnya sahabat-sahabat saya yang hadir daripada Kampong Gajah hari ini, tuan-tuan, puan-puan para hadirin. Seterusnya seluruh rakyat Perak yang dirahmati Allah dan dikasihi. Terima kasih di atas ruang yang diberikan untuk Kampong Gajah membahaskan belanjawan 2025. Ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seluruh team yang menjayakan pembentangan belanjawan 2025.
Sebelum memulakan perbahasan, ingin saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ucapan takziah buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara khususnya di Perak. Lebih-lebih lagi di Kampong Gajah yang difahamkan dah mula naik sungai dah sebak dan mula masuk rumah di Pasir Garam dah ada 20 biji rumah yang dimasuki dimasuki air. Saya mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi ketabahan dan kesabaran serta digantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada Allah SWT. Begitu juga saya ucapkan kepada calon-calon SPM, satu sejarah pada calon SPM yang mana mereka yang menghadapi tekanan di rumah kena banjir dan sebagainya agar mereka diberi ketenangan dalam menjawab soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang, In shaa Allah. Dato' Yang di-Pertua, Kampong Gajah memulakan perbahasan pada petang ini dengan firman Allah SWT dalam Surah Al A'raf ayat 96 (bacaan ayat suci Al-Quran). Dan Allah berfirman, “Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya iaitu daripada langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan Rasul kami lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan".
Pengajaran daripada ayat dibacakan tadi pertama, syarat turunnya keberkatan di atas muka bumi ini ialah kita perlu yakin dengan sepenuh keyakinan iaitu pertamanya beriman kepada Allah SWT dan yang keduanya bertaqwa kepada Allah SWT. Manakala mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW menyebabkan hilangnya keberkatan dan mengundang kemurkaan Allah SWT. Saya rasa sedih dan mungkin sahabat-sahabat juga turut merasa sedih apabila melihat istiadat konvokesyen di universiti-universiti tempatan baru-baru ini dicemari dengan hiburan yang melampau. Para graduan melompat terkinja-kinja seolah-olah martabat ilmu dipermainkan. Demi untuk meraih keberkatan daripada Allah SWT, perlu ada tindakan daripada semua pihak bagi menghentikan budaya ini daripada terus membarah.
Dato' Yang di-Pertua, berdasarkan teks ucapan yang dibekalkan belanjawan 2025 pada perenggan yg ke-44, saya yakin semua kita bersetuju rakyat bergelut untuk memiliki tempat tinggal. Diriwayatkan oleh Nafiq bin Abdul Haris daripada hadis daripada Nabi SAW baginda bersabda (bacaan dalam bahasa arab) "Antara tanda kebahagiaan seseorang yang pertamanya jiran yang soleh, yang keduanya kenderaan tunggangan yang elok dan yang ketiganya rumah yang luas", riwayat Iman Ahmad. Tahniah diucapkan atas inisiatif kerajaan bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik dengan menyediakan perbelanjaan khusus iaitu 2.4, RM2.7 juta Program Sayangi Rumahku. RM5 juta Program Pinjaman Rumah Perakku Prihatin dan RM3 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak. Namun, secara hakikatnya permasalahan ini iaitu isu pemilikan rumah masih belum dapat dinoktahkan. Masalah-masalah ini termasuk di antaranya tidak mampu. Rakyat tidak mampu membeli daripada harga pasaran. Keduanya, kegagalan mendapat pembiayaan ataupun pinjaman perumahan. Kampong Gajah melihat bahawa ini kerana tiada kolaborasi serius antara pembeli, pemaju, pihak bank melalui kerajaan untuk menggunakan skim SJKP iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan secara maksimum bagi menyelesaikan kelayakan peminjam-peminjam bank.
Sebagai contoh, sudah berkali-kali saya bangkitkan di sini iaitu berkaitan dengan pemilikan rumah generasi kedua Felcra Changkat Lada. Kalau dulu saya katakan pemohon daripada bujang, udah bercucu belum dapat duduk di rumah, sekarang mungkin dah bercicit. Udah 3 tahun, udah 3 kali bersidang yang saya bangkitkan perkara ini. Maka saya harapkan bolehlah pihak kerajaan menggunakan skim SJKP secara maksimum agar dapat menyelesaikan masalah kelayakan peminjam bank kerana difahamkan di antara masalah tak dapat diserahkan rumah ni adalah masalah anak-anak peserta yang mohon tidak dapat membuat pinjaman bank. Besarlah harapan saya agar isu ini tidak lagi berbangkit pada sidang dewan akan datang kerana ianya dapat diselesaikan oleh kerajaan In shaa Allah barangkali.
Menyebut tentang Changkat Lada, baru baru ini. Pada 20 November 2024, satu insiden kebakaran rumah Felcra Changkat Lada di pasar tuan rumahnya bernama Zaharah binti Yahya. Rumahnya terbakar habis sekarang terpaksa menumpang dia bersama cucunya cicit. Dia cucu cicit dan menantu cucu di dewan orang ramai. Ketika saya turun melawat kawasan kejadian ini, satu hal juga diberitahu oleh anggota bomba dan saya lihat sendiri jalan masuk di kawasan perumahan tu lebih teruk daripada jalan nak masuk jalan kebun durian dalam perumahan ini yang perlu diambil perhatian. Dalam kawasan Felcra Fasa 10 dan bomba beritahu bahawa paip bomba tidak bersambung dengan paip LAP menyebabkan bomba terpaksa pergi jauh untuk isi dulu dalam tank. Baru nak simbah air tadi. Jadi menyukarkan pihak bomba untuk buat kerja pemadaman kebakaran. Maka di sini saya merayu pertamanya pada pihak kerajaan agar memberikan kelulusan kepada Puan Zaharah untuk membina sebuah rumah yang selesa. Beliau tak ada orang dah tua tak ada kerja. Pendapatannya hanya bergantung daripada sara hidup Felcra. Tapak rumah ada atas geran dia di atas memang geran atas nama dia. Maka carilah jalan untuk siapkan satu rumah yang selesa bagi beliau kerana sekarang ni kalau tengok tinggalnya di dewan orang ramai yang pastinya dewan orang ramai yang akan diguna oleh masyarakat pada satu masa.
Yang keduanya perlu diambil perhatian tentang jalan dan juga paip bomba supaya kebakaran itu tidak berlaku lagi. Antara masalah memiliki rumah sendiri juga adalah infrastruktur tidak disediakan oleh pihak kerajaan kepada mereka yang diberi lot-lot tapak rumah oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, RPT generasi kedua di Changkat Lada ni pun dah saya bangkitkan geran dah diberi pada 2015 lot yang ada dalam kawasan itu 420 lot tetapi tidak dapat. Mereka tidak dapat membina rumah kerana ketiadaan infrastruktur iaitu jalan nak masuk ke dalam lot tanah mereka. Setakat ni ada sebiji je rumah saya pergi. Jalan ni penuh dengan jalan-jalan tanah. Anak nak pi sekolah terpaksa melalui jalan tanah. Bila hujan tanah ni berselut dan sebagainya. Saya harap perkara ni dapat diberi perhatian. Yang keduanya di RPT Bakar Arang
Sungai Ranggam juga begitu. Ada hampir 300 lot juga tidak ada infrastruktur yang baik, yang bolehkan mereka bawa barang-barang untuk binaan untuk membina rumah mereka sendiri. Kalaulah sekiranya infrastruktur- infrastruktur ini dapat dibina dengan baik dengan cantik di sediakan, saya yakin In shaa Allah kita dapat menyelesaikan 720 orang kalau pemilik lot tapak rumah ni dalam memiliki rumah. Mudah mudahan benda ni tercapailah. Kalau tindakan daripada kerajaan segera untuk berikan. In shaa Allah saya yakin mereka ni dah tak sabar juga dah untuk bina rumah. Maka antara sebab rakyat tidak dapat miliki rumah juga.
Kampong Gajah melihat bahawa masalah projek RMM yang selalunya lewat disiapkan dan terbengkalai. Ini berdasarkan data terkini data terkini Jabatan Perumahan Negara. Terdapat 58 projek perumahan melibatkan pemaju swasta dengan 4007 unit rumah dikategorikan sebagai projek sakit di Perak sehingga 31 Mei 2024. Saya amat berharap perkara ini dapat diatasi dengan baik oleh pihak kerajaan supaya ia tidak berulang lagi. Dasar Perumahan Negeri Perak yang dibangunkan seiring dengan Dasar Perumahan Negara 2018 hingga 2025 yang akan tamat pada tahun hadapan. Sudah sewajarnya dasar baharu yang lebih realistik dan mampan dirangka bagi menetapkan hala tuju Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah pemilikan rumah rakyat.
Dato' Yang di-Pertua Kampong Gajah mengucapkan ribuan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut Rancangan Tebatan Banjir Kampong Gajah di peruntukkan RM195 juta dalam Belanjawan 2025. Cuma Kampong Gajah mencadangkan perlu juga adanya pantauan berkala bagi melihat keadaan struktur tambatan banjir ini kerana ada segelintir penduduk kampung yang tidak bertanggungjawab memecahkan tebatan banjir bagi pelbagai tujuan. Saya juga mengharapkan RBT Kampong Gajah ini dapat dilaksanakan secepat mungkin dan saya mengakui bahawa keberkesanan pada RTB. Rancangan tebatan banjir fasa 1 ini mencapai hampir 90% dalam menghadapi banjir. Namun, ada aduan ada di tepian sungai hampir lebih kurang 5 km tiada tebatan banjir itu daripada Kampung Pasir Garam sampai kepada Kampung Pulau Tiga Kiri. Saya tak tahu apa sebabnya di sini ditinggalkan. Ada macam macam sumber. Ada kata orang kampung buat parang ada kata kontraktor lari awal. Jadi apa pun yang saya harapkan daripada pihak kerajaan cuba adakan balik disiapkan supaya terselamat penduduk-penduduk di Kampong Gajah ni daripada kena banjir dan Kampong Gajah amat merayu agar rancangan tebatan banjir ini dapat dilaksanakan dengan segera supaya rakyat dapat merasai manfaat dan kalau dapat dilaksanakan pada awal tahun depan mudah mudahan musim tengkujuh tahun hadapan tidak lagi banjir dihadapi oleh Kampong Gajah. In shaa Allah.
Fokus yang kelima, jaminan bekalan makanan. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM27.88 juta. Ini ada pertambahan RM2.6 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri. Saya amat menyokong. Bahkan kalau ditambah lebih dari itu pun saya setuju kerana kawasan saya kawasan pertanian yang amat memerlukan sokongan dari Kerajaan Negeri bagi membantu mereka untuk terus maju, dalam masa yang sama, mereka membantu dalam menjamin bekalan makanan negeri. Kalau musim banjir ini, Kampong Gajah juga turut terkesan. Bukan sahaja rumah tetapi juga kebun-kebun yang merupakan sumber carian pendapatan mereka. Kalau buat kebun pisang tenggelam 3 hari memang habis buat kebun sayur tenggelam 3 hari habis…habis tak dapat nak hasil. Jadi Kampong Gajah mohon kalau sekiranya bolehlah dipertimbangkan atau diluluskan, bantuan bencana kepada pekebun-pekebun yang terkesan bagi memulihkan semangat mereka dalam menghadapi ujian ini.
Belanjawan 2024 yang lepas secara jelas telah meletakkan peruntukan kepada Jabatan Perhilitan sebanyak RM190 ribu tetapi untuk tahun 2025 saya tidak dapat tak nampak. Tak tahulah mungkin saya terlepas pandang atau sebagainya. Amat menyedihkan masalah kacau ganggu kera anjing liar masih tidak dapat diselesaikan. Rata rata di kedai kopi atau aduan masyarakat banyak yang mengadu tentang permasalahan ini. Mungkin mereka tidak buat aduan pada perhilitan, tetapi mereka mengadu terus direct kepada Adun. ataupun sebagai satu topik hangat yang dibicarakan di kedai-kedai kopi. Saya mendapat maklumat, bahkan saya dapat maklumat ada kampung yang terpaksa mengutip duit seorang sedikit bagi membeli peluru bagi tujuan tembak halau atau atau tembak lupus kera melalui Perhilitan di kawasan tersebut. Maka bagi saya, ini adalah satu tanggungjawab kerajaan kerana masalah kera ni bukanlah masalah yang kita kata merosakkan tanaman sahaja tapi selalu saya ulang kera-kera ini bukan sahaja merosakkan hasil tanaman sahaja tetapi kera-kera ini juga mengganggu keselamatan warga emas dan juga kanak-kanak. Maka saya pohon diadakan peruntukan kepada Jabatan Perhilitan bahkan ditambah bagi memperkasakan bagi memperkasakan skuad memburu haiwan liar ini.
Dato' Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin menyentuh berkenaan elaun guru Kafa, guru takmir, imam dan bilal. Apabila diperhatikan pada Perkara 69, peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak, sebanyak RM111.9 juta. Harapan saya ada di dalamnya jumlah ini tanda-tanda elaun guru Kafa dinaikkan kerana sekian lamalah daripada Kerajaan Negeri tidak dinaikkan. Saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri menaikkan. Saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri menaikkan elaun guru Kafa daripada 200 RM200 ke RM500 supaya selari dengan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi sekarang. Begitu juga pihak Kerajaan Negeri kalau dapat memperuntukkan khusus untuk kursus guru Kafa di bawah pengelolaan negeri dan saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengadakan satu tanah khusus untuk SRAR atau Sekolah Agama Rakyat Kafa ini yang masih menyewa rumah kedai atau menumpang di masjid. Seterusnya, Kampong Gajah juga memohon agar pihak kerajaan meluluskan peruntukan kepada Masjid Al Hidayah, Kampung Sungai Kerang yang ingin membina masjid baharu di.
Masa tamat. 2 minit.
Difahamkan, kos yang diperlukan sebanyak RM1.6 juta sahaja. Pihak masjid telah mengutip RM555,924. Menunjukkan komitment ahli kariah untuk mengadakan masjid baharu. Masjid ini telah diberikan kebenaran meroboh pada Januari 2024, tetapi pada November 2024 ditarik balik kebenarannya kerana ketidakcukupan kos terhimpun bagi membina masjid tersebut. Untuk maklumat, ahli kariah amat memerlukan masjid baharu kerana masjid yang sedia ada sudah tua dan kekuda bumbung sudah melendut dan keadaan siling dan lantai yang terlalu rendah menyebabkan bahang panas kepada jemaah. Harap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan-permohonan ini. Seterusnya ini kali ketiga saya bangkitkan dalam Dewan ini. Jeti nelayan darat di kawasan Kepala Pulau. Mudah-mudahan ini kali yang terakhir dan In shaa Allah dapatlah lepas ini. Tahun depan In shaa Allah sebabnya perkara ni dah banyak kali dah saya dah sampaikan surat kepadaYB Exco ni pada sesi lepas. Cuma kalau boleh ia dipercepatkan kerana nelayan-nelayan darat di sana amat-amat memerlukan untuk guna naikkan hasil-hasil tangkapan ikan dan turun ke untuk mereka mencari mencari ikan dalam Sungai Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, bagi menutup perbahasan marilah kita sama-sama memelihara kedaulatan negara. Kita jangan kita sama-sama mencegah segala perkara yang mencalar kedaulatan negara tanpa kira apa bangsa sekali pun. Kata Nabi S.A.W. 'hubbul wathan minal iman' Cintakan negara itu sebahagian daripada Iman.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kampong Gajah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Bismillahirrahmanirrahim (bacaan ayat Al-Quran) dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di Bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap yang sombong, takbur lagi membanggakan diri. Surah Luqman ayat 18. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Radhiallahu Anhu Ajmain.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Seluruh Exco Kerajaan negeri, Yang Berhormat Adun-Adun kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua dan pegawai-pegawai jabatan kerajaan, rakan-rakan media dan seluruh pemerhati sekalian. Seterusnya yang dikasihi rakyat Negeri Perak khusus kepada rakyat Dun Slim. Slim mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 2025. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana sudi memberikan peluang kepada Slim untuk turut serta dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 untuk sidang kali ini. Slim telah mulakan ayat al-Quran dalam Surah Luqman ayat 18. Allah S.W.T melarang hamba-Nya memandang rendah sesama manusia juga melarang bersifat sombong dan meninggi diri. Sebagai pemimpin dikawasan negeri dan negara perlu menyantuni rakyat tanpa mengira fahaman, ideologi, kaum, politik dan agama.
Lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke negeri yang mengalami banjir harus dipuji dan dituruti oleh seluruh pemimpin di setiap negara. Namun, soal menyekat peruntukan menyekat kotak makanan dan sebagainya tetap kami singgahi dengan luahan hati rakyat dengarlah hati rakyat wahai pemimpin dan kita jangan sombong kelak tersembam ke bumi. Slim merakamkan simpati rasa simpati kepada mangsa banjir yang berlaku di seluruh negara khususnya di Negeri Perak dan di Pantai Timur pada hari ini dan sebelah utara yang sangat dahsyat. Monsun timur laut kini kawasan Slim juga terkesan dengan beberapa banjir yang berlaku. Juga kita bersolidariti bersama negara Palestin yang hari ini tetap diganyang, diperangi dan kita mendoakan kebebasan mereka.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Slim mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan kerana kedudukan negeri terus mengukuh pada tahun ini apabila kutipan hasil terkini yg mencapai RM1.199 billion berbanding RM1.05 billion pada tahun lepas. Manakala perbelanjaan sejumlah RM538.0 juta yang diluluskan. Kita bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T atas hasil mahsul yang banyak kepada negeri kita. Usaha sama ini oleh semua pihak sama ada di peringkat kerajaan atau pembangkang yang merupakan menjadi semak imbang kepada kerajaan pada hari ini. Slim amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan yang terdiri daripada lapisan masyarakat belanjawan 2025 ini memberikan peluang untuk kita melihat secara menyeluruh bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk merangsang ekonomi, meningkatkan kualiti hidup rakyat serta memastikan keadilan dan keseimbangan dalam pembangunan.
Rakyat juga menanti apakah tawaran yang akan mereka dapat. Sudah pasti rakyat yang berada di bawah mereka tidak ambil tahu berapa nilai berapa banyak peruntukan, namun mereka hanya menanti untuk mereka dapat. Dalam kesempatan ini, Slim ingin mengemukakan pandangan, isu-isu dan cadangan yang perlu diberikan perhatian agar Belanjawan 2025 benar-benar membawa perubahan yang positif kepada rakyat Negeri Perak khususnya kepada rakyat kita di bawah ini dan masa ini untuk kita memperkukuhkan usaha-usaha pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan serta memastikan golongan yang paling terkesan dengan cabaran ekonomi yang terus mendapat sokongan yang sewajarnya. Kerajaan Negeri dengan bertema "Perak Makmur Rakyat Sejahtera" dalam Belanjawan 2025 bagi menjamin kesinambungan pelaksanaan Perak Pelan Sejahtera 2030 berdasarkan lima fokus utama, kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu yang amat penting bagi rakyat di Parlimen Tanjong Malim dan seluruh Negeri Perak iaitu peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan melalui projek Automotive High-tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim. Projek AHTV ini merupakan usaha besar melibatkan kerjasama DRB-Hicom dan Geely Holding Group dari China. Projek ini dijangka membawa pelaburan sebanyak RM32 bilion dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, yang akan menjadikan Tanjong Malim sebagai hub automotif bertaraf dunia. Ini adalah satu perancangan yang sangat hebat, yang berpotensi untuk membawa perubahan besar kepada ekonomi Negeri Perak dan negara secara keseluruhannya. Saya mengikuti perkembangan projek ini dengan teliti dan juga menyaksikan pembangunan infrastruktur seperti paip gas oleh pihak Gas Malaysia serta Projek Kereta Elektronik Elektrik atau pun oleh Proton yang difahamkan oleh Yang Amat Berhormat akan melawat kilang Proton pada Januari tahun depan untuk acara pecah tanah bagi projek tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajukan beberapa soalan. Yang pertama peluang pekerjaan, bolehkah Kerajaan Negeri memberikan penjelasan terperinci mengenai jumlah dan jenis peluang pekerjaan yang akan diwujudkan melalui projek AHTV ini? Selain itu, adakah kerajaan berperancangan khusus memastikan peluang pekerjaan ini diisi oleh orang tempatan? Sudah pasti kita yang berada di sana inginkan limpahan rezeki ini kepada masyarakat kita. Begitu juga yang kedua, latihan dan pendidikan. Menurut laporan yang disebutkan tadi, pihak Geely berminat untuk membina sebuah universiti penyelidikan bagi membangunkan tenaga muda dalam bidang TVET dan automotif. Oleh itu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyediakan latihan dan pendidikan yang diperlukan? Adakah terdapat kerjasama dengan institusi pendidikan tempatan untuk menyediakan kursus-kursus yang relevan dan memenuhi keperluan industri automotif yang sedang berkembang pesat ini? Yang ketiga sokongan infrastruktur, sudah pasti apabila projek AHTV yang pesat ini, bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan infrastruktur di sana? Kalau kita lihat sekolah-sekolah pun sudah penuh, perlu bergerak bersama untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Kesan sosial dan ekonomi, apakah kajian yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri mengenai kesan sosial dan ekonomi projek AHTV terhadap komuniti tempatan? Bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk menangani sebarang isu sosial atau ekonomi yang mungkin timbul akibat pembangunan pesat ini? Kita perlu memastikan bahawa pembangunan yang berlaku tidak hanya memberi manfaat ekonomi semata-mata tetapi dapat memperbaiki kualiti hidup penduduk tempatan dan memastikan keseimbangan sosial.
Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya tentang projek terbengkalai kita lihat peruntukan sebanyak RM5.0 juta yang bagi pelaksanaan Program Pinjaman Rumah Perak Ku Prihatin. Isu ini sering kali dibangkitkan dan dijawab oleh Exco dan apabila isu ini terbengkalai, masalah kerja-kerja infrastruktur loji rawatan kumbahan dan retikulasi air terpaksa pemaju membuat proses permohonan semula pelan kebenaran merancang, pelan lanskap, pelan nama jalan, nombor bangunan dan nama taman semua ini perlu dibuat semula. Selain menyatakan bahawa jika isu ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, banyak isu yang berbangkit akan timbul. Maka kita nak bertanya, adakah pihak-pihak pemaju yang mengendalikan program yang gagal ini diambil tindakan ataupun dikenakan penalti?
Seterusnya, Timbalan Yang di-Pertua, isu banjir di Dun Slim kita sangat simpati. Alhamdulillah, ada projek tebatan banjir yang sedang berjalan di Sungai Trolak Pekan dan beberapa yang terlibat. Beberapa orang kampung yang terlibat dan cuma di sini saya nak bawa berkaitan dengan di tempat banjir di Kampung Kelah Baru dan Felda Trolak Utara yang saban bulan beberapa kali berlaku banjir di sana dan baru dua tiga hari lepas berlaku lagi banjir dan kita harapkan, selain mengharapkan ada tindakan daripada pihak tertentu yang bertanggungjawab, pihak JPS telah turun dan menyatakan pandangan bahawa dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan culvert lintasan FT 001 yang mendap dan rosak serta memasang flap gate untuk mengelak backflow sungai terjun ke dalam sungai Kampung Keah Baru. Pelaksanaan jangka masa pendek dijangka dapat mengurangkan impak banjir di Kampung Klah Baru. Begitu juga dengan banjir di Trolak Utara walaupun mendalamkan sungai itu ataupun mengorek sungai itu, mungkin impak yang segera dan jangka masa panjangnya perlu kepada rancangan tebatan banjir di Sungai Kelah yang meliputi kawasan sepanjang Felda Trolak Utara dan Kampung Klah Baru.
Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, Isu di sana terdapat FELDA dan samalah FELCRA dan RISDA. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang ditubuhkan pada 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 Akta 474 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula di bawah GSA dan ia berfungsi melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial dengan tujuan membasmi kemiskinan melalui penanaman minyak sawit dan getah bagi memastikan penambahan pendapatan warga FELDA maka ditubuhkan Koperasi Permodalan Felda (KPF). FELDA juga melancarkan beberapa entiti di bawah korporat swasta untuk memastikan rangkaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antaranya Felda Holding Sdn Bhd, Felda Plantation Sdn Bhd, FGV, Felda Global Venture, FIC, Felda Investment Corporation hingga kini Wilayah Trolak yang merangkumi Perak dan Selangor mempunyai 21 rancangan, 7843 bilangan peneroka dan 37,219.19 hektar tanah. Slim maklum bahawa FELDA di bawah kementerian Kerajaan Persekutuan namun mengharapkan pihak Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus kerana generasi kedua dan ketiga FELDA telah ramai yang pulang ke rancangan untuk duduk bersama keluarga dan menguruskan kebun ibu ayah mereka sehingga sekolah pada hari ini dipenuhi oleh cucu cicit peneroka.
Maka setelah saya menyenaraikan beberapa masalah untuk diberikan perhatian. Yang pertama, pendapatan bulanan peneroka sekitar RM1,300 bulanan kalau dinisbahkan dengan 10 ekar tu rasa macam tak masuk akal. Potongan bulanan hutang yang terlalu tinggi banyak berlaku tanah-tanah runtuh di rumah ataupun di jalan. Isu penempatan dan perumahan generasi kedua, isu penanaman semula sawit, isu serangan ulat bungkus dan banyak lagi isu-isu di dalam penempatan rancangan FELDA untuk memudahkan generasi kedua mendapat rumah di FELDA. Beberapa bahagian dalam Akta Tanah Kawasan Penempatan 1960 Akta GSA yang mungkin perlu dipertimbangkan untuk perubahan, yang pertama adalah penempatan berkelompok. Cadangan perubahan tingkatkan fleksibiliti dalam peruntukan tanah untuk memastikan setiap generasi kedua mempunyai akses kepada tanah untuk membina rumah. Yang kedua, cadangan perubahan memperbaiki peraturan untuk pendudukan pegangan desa bagi mempercepatkan proses memberi milikan tanah kepada generasi kedua. Kemudian cadangan perubahan memastikan dana tambahan disediakan khusus untuk projek perumahan generasi kedua dan seterusnya cadangan perubahan memudahkan proses dokumentasi untuk generasi kedua bagi memohon pinjaman bank termasuk mempertimbangkan sumber pendapatan yang tidak memerlukan slip gaji.
Yang seterusnya, isu berkaitan dengan klinik desa, saya nak bertanya dan hari ini beberapa isu yang berlaku rakyat ingin tahu. Adakah klinik desa ini akan diteruskan untuk beroperasi? Atau pun ada yang diletakkan atau pun kerajaan untuk menutup klinik desa jika tidak mengikut populasi masyarakat setempat? Itu satu persoalan kita nak bertanya. Yang kedua, orang asal, orang Asli yang ada di sana. 2 kampung yang kita boleh sebut Kampung Changkat Ramu dan Kampung Sungai Teras yang sehingga hari ini mereka tidak memiliki air bersih dalam kampung mereka. Jadi ini perlu perhatian dan akhirnya Timbalan Dato' Yang di-Pertua, Slim ingin mengakhiri ucapan dengan memberi penekanan kepada satu perkara yang amat penting iaitu keadilan dalam agihan. Sebagai wakil rakyat daripada pihak pembangkang, peruntukan juga wajar diberikan kepada semua wakil rakyat pembangkang dengan adil demi kesejahteraan rakyat. Kami juga berhak menikmati kemudahan pembangunan dan program-program yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Saya percaya bahawa walaupun kita berbeza dalam pendapat politik, kepentingan rakyat adalah matlamat bersama kita. Oleh itu, Slim berharap agar Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan terus memberi perhatian kepada kawasan Pembangkang agar semua rakyat di Negeri Perak dapat merasakan manfaat daripada Belanjawan ini. Terima kasih. Slim turut menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Slim. Seterusnya saya menjemput pembahas yang terakhir pada hari ini. Saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan rakan-rakan yang menonton sidang ini secara siaran langsung. Terima kasih atas memberi peluang kepada Pasir Pinji untuk membahas usul Belanjawan 2025 pada petang ini. Pertama sekali, syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah membentangkan belanjawan yang komprehensif dan seimbang untuk tampung kos pengurusan dan pembangunan. Peningkatan perbelanjaan bagi maksud pembangunan dah tentu merupakan satu berita baik untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Negeri Perak. Peningkatan KDNK dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perlombongan dan pada tahun 2024 menunjukkan Menteri Besar kita, YB Kota Tampan telah pimpin Negeri Perak menuju ke arah yang betul dan tepat.
Saya juga nak ucap terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu untuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan Pasir Pinji terutamanya pihak KPKT, MBI serta JPS. Pihak KPKT telah meluluskan beberapa projek besar di kawasan Dun Pasir Pinji seperti pembinaan Pasir Pinji Baru, pembinaan Pasar Pasir Puteh baru, penurapan jalan di sekitar Pasar Sementara Pasir Pinji, pemasangan lampu solar, projek baik pulih rumah dan juga projek pembinaan pasar sementara. Saya ada 2 pasar baru dan 2 pasar sementara dan kerja-kerja menaiktaraf gelanggang bola keranjang dan yang paling ditunggu-tunggu projek dari KPKT, projek membina Padang Rekreasi Madani yang akan siap dalam masa 2 bulan. Sayang dan cinta saya pada MBI bukan calang-calang. Jalan utama, Jalan Sultan Azlan Shah telah pun diturap awal tahun ini. Ini merupakan jalan yang sentiasa menerima rungutan bertahun-tahun lamanya sudah hilang dan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Akhirnya, ia diturap oleh pihak MBI. Terima kasih kepada pihak MBI dan kolam tadahan juga dinaik taraf. Segala isu tempatan yang diadu kepada pihak MBI banyaknya dilayan dan ditangani dengan baik dengan peningkatan peruntukan MARRIS sebanyak RM12 juta. Saya berharap lebih banyak kerja-kerja penurapan jalan boleh dimulakan di Dun Pasir Pinji. Tahu-tahu sajalah kebanyakan taman di Du Pasir Pinji sudah berpuluh tahun lamanya dan ada yang sampai 40 tahun tak pernah sekali pun diturap. Keperluan memang dah ada untuk turap jalan-jalan ini semula, kalau boleh ada sedikit peruntukan lebihan untuk ke arah sini. Tak cukup tapak tangan, nyiru Pasir Pinji tadahkan.
Timbalan Yang di-Pertua, tiap-tiap tahun banjir kilat kini dah menjadi acara tradisi. Banjir kilat yang baru jadi ini buatkan semua pihak bimbang. Hal ini pula bukannya salah agensi-agensi berkaitan. Pihak JPS, PBT, Ahli-ahli Parlimen, Adun-Adun Kerajaan, Adun-Adun Pembangkang, ketua-ketua kampung, sebutlah. Apa agensi pun semuanya pun bersepadu. Kita nak selesaikan masalah banjir. Saya berasa lega dan syukur kerana Kerajaan Madani Negeri Perak dan Exco-Exco Negeri Perak tidak pernah terfikir untuk menjadikan banjir sebagai produk pelancongan. Cadangan tersebut seumpama menggosok garam pada luka mangsa banjir. Sindiran gurauan kasar atas kesengsaraan orang lain. Saya percaya tak ada satu pihak pun yang nak banjir berlaku. Para penduduk nak tenteram, duduk di rumah aman damai, bukannya berenang pagi-pagi sama tinggi dengan bumbung kereta. Bila banjir berlaku, semua agensi kena kerah anggota dapatkan peralatan, buat operasi menyelamat, memindahkan mangsa-mangsa, kerja-kerja pembersihan dan sebagainya. Semua ini menghabiskan tenaga dan masa yang banyak. Mangsa juga terpaksa menanggung kerugian yang tinggi.
Untuk kawasan yang kerap berlaku banjir kilat yang memang kawasan rendah sejak dulu lagi, semua penduduk dah cukup arif dan boleh pindah barang-barang sebelum banjir berlaku tetapi untuk kawasan yang tak pernah jadi macam ni, penduduk dah tentu tidak berpengalaman. Tidak terfikir bahawa banjir akan berlaku, maka mereka tidak sempat memindahkan barangan berharga mereka. Macam yang saya kata agensi semua jalankan kerja membanteras dengan baik. Tak ada isu. Cakap tentang kawasan saya Dun Pasir Pinji, saya kerap turun kerap kali turun padang bersama dengan pegawai MBI terutama dengan JPS untuk kerja-kerja membersihkan longkang, menaiktaraf kolam tadahan, naiktaraf longkang dan kerja-kerja yang berkaitan. Memang ada komitmen. Ada kesungguhan. Ribuan terima kasih kepada mereka yang semua yang terlibat melayan kerenah saya di lapangan. Timbalan Yang di-Pertua, perubahan iklim ini mengajar kita satu benda. Cuaca ekstrem yang sukar untuk diramal kekerapannya menjadikan semua usaha kita seakan akan tidak mencukupi.
Semalam, kawasan Fair Park telah dilanda banjir. Saya sendiri pun ada di tempat tersebut untuk membantu mangsa banjir. Penduduk sendiri mengatakan bahawa sekian lama 26 tahun beliau sekeluarga tinggal di situ tak pernah berlaku banjir seteruk ini dan ini adalah paling teruk dalam masa 40 tahun di Fair Park. Oleh itu, saya ingin meminta perhatian supaya lebih banyak peruntukan boleh disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat bukan sahaja untuk melakukan projek-projek tetapi juga menggunakan untuk membuat analisis-analisis dan kerja-kerja kajian, mencari jalan untuk berhadapan dengan perubahan iklim ini. Kerja-kerja ini memerlukan tenaga dan sumber yang banyak untuk mengatasi masalah ini secara menyeluruh di negeri ini. Usaha-usaha mengatasi masalah banjir memerlukan masa yang panjang dan saya ingin meminta, memohon, menyeru, merayu semua agensi yang berkaitan terutamanya JPS dan PBT setempat untuk terus mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang untuk kebaikan rakyat dan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Pasir Pinji saya ingin memohon perhatian pihak MBI supaya kolam tadahan di Taman Kampar dan Lebuh Mandarin boleh dinaikkan taraf lagi supaya penduduk di situ boleh tidur lena walaupun hujan lebat.
Timbalan Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan di Pasir Pinji menerima pesakit sehingga 800 orang setiap hari. Pada tahun lepas. Saya telah menggunakan peruntukan sebanyak RM50ribu untuk menambah kaunter ‘TapnGo’. Ini pun setelah saya lihat keadaan klinik yang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Ada ketikanya pada waktu kemuncak, malah tahun ini juga Ahli Parlimen Ipoh Timur sendiri telah memperuntukkan RM300 ribu untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf, menambah ruang dan menyediakan bumbung untuk keselesaan doktor dan pesakit. Pada hemah saya, klinik merupakan kemudahan yang paling penting untuk para penduduk yang bukan sahaja datang daripada Dun Pasir Pinji, tetapi juga daripada kawasan-kawasan yang berdekatan, juga daripada Tebing Tinggi. Oleh itu, saya ingin meminta perhatian daripada pihak pejabat kesihatan supaya menitikberatkan kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh klinik ini dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Saya tak sampai hati nak lihat dan tatap para doktor dan pesakit yang perlu berada dalam keadaan yang sempit dan tidak selesa.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga nak ucapkan sekalung terima kasih dan sekalung tahniah dan syabas kepada agensi-agensi yang terlibat dalam sektor pelancongan. Usaha yang dicurahkan selama ini telah membuahkan hasil. Berdasarkan data sampling, 209 produk pelancongan yang didaftar di bawah PBT. Setakat September 2024 jumlah pelawat harian yang datang ke Negeri Perak sudah mencecah 7.41 juta orang dan sekiranya ditambahkan jumlah daripada produk-produk yang tidak berdaftar dah tentulah sasaran 8 juta pelancong tempatan dan 390,000 ribu pelancong antarabangsa sudah tentu dapat dilepasi malahan dilepasi dengan amat cemerlang sekali. Tahun Melawat Perak 2024 sudah pun sampai ke penghujungnya. Namun, ia bukanlah pengakhiran. Ia sebenarnya merupakan titik permulaan di mana usaha-usaha yang dicurah telah membuktikan bahawa sektor pelancongan di Negeri Perak amat berpotensi untuk menarik minat para pelancong.
Ini juga menonjolkan usaha-usaha dan hala tuju Exco Pelancongan dan agensi-agensi pelancongan adalah betul dan harus dikekalkan supaya sektor pelancongan akan terus berkembang. Pencapaian ini amat memberangsangkan dan seharusnya kita meneruskan usaha memajukan sektor pelancongan di Negeri Perak dan kita mampu mencapai lebih banyak hasil pada masa depan dan persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 haruslah dilakukan dengan segera. Timbalan Yang Di Pertua, Bandar Muzik yang diiktiraf oleh UNESCO berupaya menjadi satu tarikan untuk menarik pelancong untuk melawat dan bermalam di Negeri Perak. Ini adalah peluang keemasan untuk merancakkan lebih banyak program dan aktiviti berkaitan dengan muzik. Biarlah elemen muzik meliputi selok belok bandar Ipoh. Dengan ini, saya mencadangkan peruntukan diberikan kepada agensi yang berkenaan untuk memupuk mencari bakat bermain muzik dan menganjurkan pelbagai aktiviti bersifat hiburan dan kesenian. Biarlah Ioh betul…betul menjadi sebuah bandar muzik, bukannya hanya pada nama semata-mata. Bawalah masuk konsert-konsert artis terkenal. Biarlah pelancong menikmati persembahan yang bertaraf antarabangsa dan meningkatkan kunjungan pelancong ke Negeri Perak. Apabila kita melihat negeri-negeri jiran seperti Pulau Pinang dan Melaka, kita berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam sektor pelancongan selama ini.
Perak sebenarnya mampu untuk berjaya dan dalam sektor pelancongan seperti apa yang dicapai oleh mereka tetapi dah tentu semua yang dicapai bukan dengan cara durian runtuh. Pelbagai perkara yang perlu disediakan dan dilakukan. Antaranya kita perlu menjadi lebih kreatif dan thinking outside the box dengan izin untuk menarik minat para pelancong. Agensi-agensi yang terlimat terlibat terutamanya Tourism Perak memainkan peranan yang amat penting dan dengan peruntukan RM6 juta kepada Tourism Perak. Saya amat yakin tahun 2025 Perak juga akan menjadi pilihan pelancong untuk dikunjungi. Selain itu, kita juga memerlukan lebih banyak penerbangan memudahkan pelancong untuk ke sini terutamanya pelancong antarabangsa bagi menjimatkan masa perjalanan dan sebagainya. Kita juga perlu memastikan infrastruktur terpelihara dan kebersihan alam sekitar dijaga. Kalau tak pelancong tak akan kembali untuk kali kedua sekiranya destinasi mereka kotor dan bahaya.
Timbalan Yang Dipertua dan kini AI Artificial Intelligence menjadi tumpuan utama dalam pelbagai sektor. Ia penting dalam meningkat meningkatkan kecekapan, mengawal mutu dan pengumpulan data dengan lebih laju dan disebabkan ini, banyak kerja yang boleh diganti oleh AI dan teknologi. Sekiranya kita mahukan tenaga kerja modal insaf insan, kita mempunyai daya saingan yang tinggi untuk kerjaya mereka seperti perkomputeran, perisian keselamatan internet mahupun pembangunan sistem dan industri kreatif. Malah dalam industri pendidikan, contohnya, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memperluas capaian ilmu AI kepada segenap masyarakat. Kursus-kursus ini boleh dianjurkan dengan lebih kerap. Membolehkan kita juga mengenal pasti bakat-bakat terpendam terhadap teknologi. Ini bukan sahaja satu ilmu tetapi juga boleh membantu mereka menambah pemecutan teknologi oleh bakat-bakat tempatan sendiri tanpa bergantung kepada keupayaan pihak-pihak asing. Melalui synergy AI ke dalam industri tempatan, sektor-sektor seperti pertanian, contohnya dapat menggunakan pakai data dan simulasi dengan lebih yakin. Kerja-kerja yang memerlukan berbulan-bulan dan set kemahiran yang tertentu boleh dipercepat dengan adanya AI.
Kesannya, produk mungkin dihasilkan dengan lebih cepat dan lebih banyak. Bayangkan suatu masa nanti di mana hanya dengan mengambil gambar pokok, kita sudah boleh kenal pasti penyakit dan cara untuk menanganinya. Yang menarik sekali teknologi ini sudah pun ada. Kita tunggu masa untuk diguna secara menyeluruh sahaja. Walau bagaimanapun, kita juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi cybercrime dengan izin. Dengan kehebatan AI. Yang boleh meniru suara menukar wajah dan sebagainya. Dah tentu kita perlu menggunakan teknologi AI untuk perkembangan ekonomi tetapi kita perlu berwaspada pada apa yang AI boleh lakukan untuk perkara yang melanggar undang- undang. Dengan ini akhir kata, Pasir Pinji menyokong belanjawan 2025 ini.
Terima kasih Yang Berhormat dari Pasir Pinji. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka tamatlah sesi perbahasan pada hari ini. Sekarang, saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa, 3 Disember 2024 jam 9.00 pagi.