Perak · 3 December 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 474 turns · 70,475 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua.

Penolong Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Ketiga Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 3 Disember 2024 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya. Izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan Urusan Mesyuarat suka untuk saya ingatkan sekali lagi berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat dan soalan-soalan lisan Ahli Yang Berhormat boleh mendapatnya melalui imbasan kod QR yang atas di atas meja Ahli Dewan Negeri. Perkara yang kedua berkenaan kehadiran semasa persidangan. Semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan dikehendaki untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR di atas meja masing masing. Perkara yang ketiga berkenaan dengan sesi soalan lisan. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam. Setiap soalan lisan akan diberi dua soalan tambahan. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan. Perkara yang keempat berkenaan handsard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun handsard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada handsard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada handsard tersebut. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan soalan lisanQuestions

Penolong Setiausaha

Perkara yang ketiga soalan yang telah diberi notis. Soalan soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk mengemukakan soalan. Sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih. Yang Berhormat Cik Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 3.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Pada sidang kali ini, pentadbiran saya telah menerima beberapa soalan berkaitan dengan kedudukan semasa Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang dan langkah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memelihara dan menjamin kelestarian alam sekitar di kawasan berkenaan. Oleh yang demikian, saya mohon izin untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol, Yang Berhormat Trong, Yang Berhormat Pasir Panjang, Yang Berhormat Pantai Remis Yang Berhormat Selama secara bersekali kerana ia saling berkaitan.

Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, keputusan Majlis Tanah Negara pada tahun 2021 telah menetapkan bahawa tiada aktiviti perlombongan dan pengkuarian boleh dilaksanakan di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal yang telah diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menyelaras semula kawasan yang aktif pengkuarian di dalam Hutan Simpan Kekal di dalam Hutan Simpan Kekal Segari Melintang sebagai komitmen dalam mematuhi dasar Majlis Tanah Negara yang berkenaan. Hasil semakan yang dijalankan ke atas kawasan tersebut mendapati terdapat aktiviti pengkuarian yang aktif dan kelulusan sedia ada bagi mengusaha hasil iaitu memecah batu dan mengeluarkan batu batan granite atau kuari di bawah pengelasan hutan pengeluaran.

Aktiviti ini melibatkan kawasan seluas kira-kira 545 hektar ataupun 1,346.72 ekar di dalam Hutan Simpan Segari Melintang. Di bawah Seksyen 11 dan 12 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985. Pihak Berkuasa Negeri boleh mengeluarkan atau memansuhkan hutan simpanan kekal bagi kegunaan ekonomi yang lebih tinggi daripada kegunaan sedia ada. Pemansuhan tersebut perlu dilaksanakan penggantian dengan mengambilkira keluasan yang lebih kurang sama. Bagi maksud ini, Kerajaan Negeri telah membatalkan sebahagian kawasan Hutan Simpan Kekal Segari Melintang, berjumlah 548.1 hektar bersamaan dengan 1,354.385 ekar. Tapak gantian kepada pewartaan keluar Hutan Simpan Segari Melintang ini adalah di atas tanah Kerajaan di Mukim Durian Pipit Daerah Hulu Perak. Seluas kira-kira 999.5 hektar iaitu bersamaan dengan 2,470 ekar yang telah sempurna diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan Nombor 1777 bertarikh 18 Mei 2024.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, aktiviti pengkuarian yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan yang telah dibatalkan status sebagai sebahagian hutan simpan ini akan tertakluk kepada pemakaian Enakmen Mineral iaitu pajakan melombong di bawah kawalan Enakmen Mineral Perak 2003 dan akan diurus bersama dengan pemakaian Akta Pembangunan Mineral 1994 iaitu Akta 525, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu Akta 127 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 iaitu Akta 172 dan lain-lain undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa, agar segala pelaksanaan aktiviti pengkuarian ini akan dapat dijalankan dengan lestari selaras dengan agenda perlombongan bertanggungjawab di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Bagi memelihara dan melindungi ekosistem flora dan fauna di kawasan ini dan di semua kawasan hutan yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Kerajaan Negeri pada masa ini sedang membuat penelitian semula kesesuaian dan potensi kawasan-kawasan di dalam Hutan Simpan Kekal sebagai hutan perlindungan dan hutan pengeluaran termasuk sebahagian kompartmen 15 Hutan Simpan Segari Melintang agar selari dengan tujuan pengkelasan fungsi hutan di bawah Seksyen 10 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 dalam kurungan pemakaian 1985. Kerajaan Negeri amat komited terhadap keperluan alam sekitar, sosial dan ekonomi ke arah pencapaian matlamat pengurusan hutan secara berkekalan. Sehubungan itu, hasil penelitian semula kesesuaian dan potensi kawasan-kawasan di dalam Hutan Simpan Kekal ini akan dimasukkan ke dalam Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Perak 2026 hingga 2035.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri telah meneliti Akta Perhutanan Negara (Pindaan 2022) iaitu Akta A1667 dan menimbang pemakaiannya di Negeri Perak. Cadangan pemakaian Akta A1667 ini akan diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Terima Kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan Tambahan? Gunong Semanggol sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan terima kasih di atas jawapan yang dikemukakan. Sudah pasti saya rasa mengambilkira sebelum Kerajaan membuat keputusan untuk nyah atau dikeluarkan kawasan Segari ini daripada hutan simpan telah mengambil kira nasihat-nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar dan badan-badan profesional dan kita yakin dengan kepakaran badan-badan profesional itu. Tapi saya nak merujuk kepada ada satu draf RTD Manjung 2030 yang diadakan pada 10 Mei sebab kawasan itu menjadi satu kawasan bantahan daripada NGO kerana kegiatan kuari di situ melibatkan pencemaran ekosistem yang mengganggu kepada kemungkinan mata pencarian nelayan-nelayan di situ, nelayan nelayan di situ. Cuma apabila keputusan ini dibuat, sudah tentu telah mengambilkira risiko-risiko. Cuma saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat, bagaimana kita nak memastikan bahawa kegiatan itu tidak mencemarkan ataupun mengganggu ekosistem sehingga terjejas mata pencarian nelayan-nelayan pantai yang berada di sekitar. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol di atas keprihatinan Yang

Berhormat berkaitan dengan alam sekitar. Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjamin ekosistem tidak terjejas adalah seperti berikut. Yang pertama, melaksanakan syarat perlu mempunyai kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA). Kedua dan seterusnya iaitu Laporan Environmental Management Plan (EMP), Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) ni termasuk dengan nelayan sekali. Laporan Erosion Sediment Control Plant (ESCP). Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong dan atau Kebenaran Merancang (KM). Tertakluk kepada kesesuaian dan keadaan semasa serta polisi semasa yang berkuatkuasa. Maknanya mereka tidak sewenang-wenangnya boleh menjalankan operasi pengkuarian tersebut melainkan mematuhi perkara yang saya sebutkan tadi. Yang kedua, pemantauan dan kawalan akan dilakukan secara bersepadu secara NBOS di antara Pengarah dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pentadbiran Tanah yang berkaitan, Jabatan Kastam Diraja, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga Pasukan Polis Marin. Ini berkaitan dengan jika berlaku ada percubaan untuk menyeludup keluar hasil kuari tersebut dan yang ketiga pengusaha-pengusaha kuari berkenaan mestilah menyediakan satu pelan pemulihan. Hendaklah disediakan oleh pengusaha kuari atau lombong semasa mengemukakan permohonan pembaharuan lesen pemindahan barang mineral atau Permit Khas Mineral bagi tahun 2025 dan dibawa ke pertimbangan Jawatankuasa Penasihat Pengkuarian Negeri Perak. Jadi, Yang Berhormat Semanggol dan Yang Berhormat sekalian dengan langkah-langkah yang kita gariskan ini, maka kita yakin kita akan dapat mengekalkan kualiti alam sekitar sepertimana yang disyaratkan supaya apa juga yang kita lakukan tidak akan menjejaskan alam sekitar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan selamat pagi. Soalan saya soalan nombor 2.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Baharu kerana prihatin dan tanyakan soalan tentang sampah haram. Untuk makluman semua, sampah haram merujuk kepada sampah atau sisa buangan yang dibuang secara tidak sah di kawasan yang tidak dibenarkan atau tidak sesuai. Ini termasuk tepi jalan, kawasan lapang, sungai ataupun tempat awam dan saya percaya kebanyakan kalau bukan semua kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat memang hadapi isu pembuangan sampah haram ini. Isu pembuangan sampah haram di Malaysia semakin menjadi satu fenomena di mana apabila sesuatu kawasan mula di buang sampah secara haram. Tingkah laku yang tidak baik ni akan menjangkit dengan lajunya. Di mana tempat tu akan menerima sampah-sampah haram seterusnya dan turut menjadi satu hotspot baru untuk pembuangan sampah haram. Ini juga menjadi sebabnya. Masalah ni bukan sahaja berulang tetapi dia memang semakin menambah kes-kes dan tapak-tapak untuk pembuangan sampah haram ini.

Sebelum kita merangka usaha untuk menyelesaikan masalah ni memang penting untuk kita lihat isu yang kompleks ini secara menyeluruh dan mengenalpasti punca yang menyebabkan masalah ini. Setakat ini, beberapa punca yang telah dikenalpasti termasuk kekurangan tempat pembuangan sampah yang sesuai khususnya di kawasan luar bandar yang tidak diliputi perkhidmatan PBT. Juga kekurangan kesedaran sesetengah orang awam dan sikap sambil lewa yang menyebabkan amalan membuang sampah haram di anggap seperti perkara biasa sahaja. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha industri pembinaan, sektor perkhidmatan dan sebagainya yang memilih untuk membuang sampah di tempat haram untuk mengelak kos pembuangan sampah yang sah turut menyumbang kepada masalah ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehubungan itu, pihak PBT di negeri Perak telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani isu ini secara proaktif dan berkesan. Yang pertamanya, usaha melalui perkhidmatan kutipan sampah yang diberikan supaya apabila perkhidmatan ini diadakan dengan baik dan berkesan, isu pembuangan sampah haram dapat dikurangkan. Ini termasuk kutipan sampah di kawasan perumahan dilaksanakan sebanyak tiga kali seminggu. Kutipan sampah di pasar-pasar awam di bawah PBT di jalankan setiap hari. Begitu juga kutipan sampah di kawasan komersial. Pihak PBT juga memberi perkhidmatan kutipan sampah kebun dan juga sampah pukal mengikut jadual atau menjelang musim perayaan dan dengan peruntukan khas daripada Kerajaan Negeri perkhidmatan kutipan sampah di luar kawasan PBT iaitu di kampung-kampung tradisional juga diadakan. Selain itu, pendekatan usaha dari segi kempen kesedaran dan pendidikan awam juga diadakan. Jadi PBT di bawah inisiatif Program Local Agenda 21 banyak mengadakan kempen-kempen kesedaran. Ini termasuk Program Wawancara Perak Bersih dan Sihat, Perak Best di Perak FM untuk memberi pengetahuan kepada orang awam tentang kepentingan kebersihan dan langkah-langkah yang boleh diambil.

Seterusnya program gotong-royong pembersihan sampah haram bersama komuniti, kempen sifar sampah dan anti sampah haram, program pemurnian tapak sampah haram, program pengumpulan sisa buangan elektrik dan elektronik, program kerjasama kitar semula bersama pihak sekolah dan komuniti juga pemasangan papan tanda amaran pembuangan sampah dan pengedaran risalah kesedaran yang berbentuk kempen kesedaran. Cuma malangnya kita dapati, saya ambil contoh dari segi pemasangan papan tanda. Apabila terdapat satu hotspot untuk pembuangan sampah haram yang baru, biasanya PBT akan ambil tindakan untuk bersihkan tapak tersebut dan memasang papan tanda. Cuma di dapati daripada pengalaman PBT-PBT di daerah yang berlainan, pemasangan papan tanda yang menyatakan larangan untuk buang sampah termasuk menyatakan akta dan undang undang dan juga denda yang akan dikenakan, hukuman yang akan dikenakan, didapati kurang berkesan di mana kita dapati papan tanda yang berbunyi luar biasa sedikit, Contohnya, “Hanya beruk yang akan buang sampah di sini”. Itulah papan tanda yang lebih berkesan. Jadi nampak memang isu pembuangan sampah ni berkait rapat dengan kesedaran orang awam dan juga sikap. Jadi dengan kempen kesedaran yang berterusan ini memang besar harapan kita agar kita boleh dapat kerjasama yang baik di peringkat komuniti orang awam dan semua pihak yang berkenaan supaya kita dapat kurangkan masalah ini dan usaha yang diambil juga termasuk penguatkuasaan dan tindakan penguatkuasaan. Ini termasuk pemantauan dan pemeriksaan berkala di tapak-tapak berkenaan termasuk lawatan mengejut dan juga usaha menggunakan teknologi pintar seperti cctv untuk memantau kawasan yang sentiasa menjadi tempat pembuangan sampah.

Baru-baru ni dalam usaha untuk memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan, KPKT juga sedang dalam proses meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 untuk memperkenalkan denda dan hukuman yang lebih berat serta perintah khidmat masyarakat kepada pesalah pembuangan sampah. Jadi besar harapan kita dengan semua usaha dan kerjasama daripada semua pihak dapat kita terus menangani isu pembuangan sampah haram ini dengan lebih berkesan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu sila.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Soalan tambahan saya

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Soalan tambahan dari saya. Terima kasih di atas penjelasan panjang lebar yang telah di lakukan oleh YB Exco. Cuma saya tertarik apa yang YB Exco sebutkan tadi ialah berkaitan dengan…kadang-kadang ianya berkait rapat dengan kawasan-kawasan di luar PBT yang tidak ada tempat kemudahan untuk membuang sampah. Jadi, saya juga pernah di tempat saya di kawasan, di dalam kawasan perbandaran Majlis Perbandaran Manjung, kita letakkan papan-papan tanda sebagaimana yang disebut tadi. Jadi membuang sampah ni lebih kurang macam beruklah. Hanya beruk sajalah yang membuang sampah merata-rata. Jadi soalan saya, soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan penggunaan cctv. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan cctv dapat mengawal kegiatan pembuangan sampah-sampah haram tersebut?

Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul usaha untuk kita adakan perkhidmatan kutipan sampah di kawasan luar PBT, salah satu usaha daripada Kerajaan Negeri untuk kita nak menangangi isu ini dari puncanya. Jadi, saya juga ingin ambil kesempatan ni untuk kongsi bahawa program yang telah dimulakan pada tahun 2021 ni sehingga kini di Negeri Perak terdapat sebanyak 171 kampung tradisional yang menerima perkhidmatan ini dengan diluluskan peruntukan sebanyak RM11,045,978.20 dan baru-baru ini juga, pihak kerajaan dalam usaha untuk kita mengkaji semula dasar ini dan juga meningkatkan lagi kerjasama dengan peringkat di komuniti termasuk kerjasama dengan JPKK, di mana kita nampak peranan JPKK memang sangat penting dalam membantu kerajaan dalam melaksanakan kutipan sampah di luar PBT ini supaya engagement dengan izin dan juga pemantauan kutipan sampah di kawasan kampung ni dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan memang betul antara usaha yang sangat berkesan setakat ni kita lihat adalah pemasangan cctv khususnya sekarang dengan teknologi pintar.

Ada cctv AI yang dapat bantu mengesan tingkah laku contohnya buang sampah luar daripada tong sampah dan sebagainya dengan lebih berkesan dan dengan pemasangan cctv di kawasan khususnya kawasan yang terpencil, kawasan perindustrian atau kawasan kediaman yang tidak mendapat perhatian yang cukup, memang sangat berkesan untuk bantu dimana cctv ini dapat bantu PBT untuk mengenal pasti pelaku pembuangan sampah haram sekaligus mempercepatkan tindakan penguatkuasaan dan rakaman tersebut juga menjadi bukti yang sahih untuk dikenakan denda atau kompaun atau tindakan undang-undang seterusnya dan pada masa ini, pendekatan yang diadakan oleh PBT dengan pemasangan cctv di kawasan yang didapati menjadi hotspot dan apabila kawasan tersebut didapati telah berkurangan isu pembuangan sampah haram, cctv juga dapat dialih kepada tempat seterusnya. Cuma kita harap kerjasama daripada semua pihak apabila sesuatu isu pembuangan sampah haram telah selesai di satu tapak cctv tu dialih, dia tidak berulang semula. Jadi itu dari masa ke semasa, kita akan terus pantau dan manfaatkan teknologi baru untuk bantu kita selesai masalah.

Timbalan Yang di-Pertua

Hutan Melintang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Alor Pongsu, sila.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Lain kali jangan tekan lagi ya semasa gulung.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Speaker. YB Exco, tadi kita berkisar kepada pembuangan sampah secara haram dan pihak PBT akan ambil tindakan undang-undang kepada orang yang buang sampah secara haram ni. Tapi kali ini saya nak reversed sikit. Halal. Saya nak tanya dalam Negeri Perak, semua PBT ni, berapa PBT yang masih mengadakan tempat pelupusan sampah yang cara gunung tu, manual dan adakah Kerajaan Negeri memikirkan? Bila saya hubungi Majlis Daerah Kerian, masalahnya dana dan sekarang PBT pulak yang nak kena saman dengan Jabatan Alam Sekitar sebab sungai di kawasan saya semua dah jadi hitam, ikan mati dan sebagainya oleh sebab PBT buat pelupusan sampah secara manual. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Memang selama ni di kebanyakan PBT di Negeri Perak, memang cara kita punya tapak pelupusan secara konvensional cuma PBT di Negeri Perak juga kita komited dengan peraturan yang dikenakan di bawah Alam Sekitar untuk kita pastikan dengan adanya tapak pelupusan sampah ni, kita tidak menjejas persekitaran dan bawak kepada masalah pencemaran. Itu sebab dari segi pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal, memang kita sentiasa kaji teknologi yang ada dan kerjasama dengan pihak syarikat pihak swasta juga pihak kementerian untuk bantu kita. Saya ambil contoh ada PBT yang telah memulakan kerjasama untuk ke arah waste to energy dengan izin supaya kita dapat kurangkan dari segi beban di tapak pelupusan dan juga cara menguruskan sampah dan sisa pepejal dengan lebih berkesan untuk kurang kita terus menjadikan tapak pelupusan itu bergunung dan sebagainya. Juga ada pendekatan contohnya ada syarikat yang datang dengan cadangan untuk landfill digging di mana landfill mining di mana mereka dapat bantu untuk kurangkan lagi jumlah sisa pepejal yg telah ditanam di kawasan tapak pelupusan. Jadi memang PBT kita ke arah untuk kita untuk dapatkan teknologi dan juga cara pengurusan sisa pepejal dan khususnya tapak pelupusan yang lebih mampan, lebih lestari supaya sama-sama kita pastikan PBT yang menjadi pembuat dasar dan pelaksanaan dasar. Kita juga mematuhi segala akta dan juga peraturan yg ada. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk mengemukakan soalan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kubu Gajah soalan nombor dua.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, saya akan menjawab soalan kepada Yang Berhormat Kubu Gajah dan juga Buntong sekaligus. Lantaran soalan yang dibangkitkan kedua-dua YB adalah dalam lingkungan yang sama iaitu berkaitan dengan Jualah Rahmah. Pertama sekali saya berterima kasih kepada kebanyakan Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan cadangan pelaksanaan Jualan Rahmah di seluruh Negeri Perak tanpa mengira latar belakang politik. Pejabat saya berserta dengan pejabat KPDN telah mengambil kira semua cadangan para Yang Berhormat khususnya daripada blok pembangkang sebelum melaksanakan Jualan Rahmah di kawasan masing-masing. Banyak cadangan telah dipenuhi dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman semua, Jualan Rahmah di bawah Kerajaan Malaysia Madani memang berkesan untuk membantu dalam mengurangkan beban ekonomi rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa di bawah Kerajaan Malaysia Madani Jualan Rahmah adalah diadakan di seluruh negeri tanpa mengira kawasan Parlimen dan juga kawasan Dun, dan sejak bermulanya inisiatif rahmah dari tahun 2023 hingga 18 November 2024 Kementerian Persekutuan melalui KPDN dan kos sara hidup telah melaksanakan sebanyak 1296 program Jualan Rahmah di seluruh Negeri Perak. Ini dari tahun 2023 hingga 18 November 2024 dan kalau kita tengok perinciannya pada tahun 2023 telah diadakan sebanyak 508 Jualan Rahmah di seluruh Negeri Perak dan bermulanya awal Januari tahun ini hingga 18 November telah berlakunya peningkatan sebanyak 280 kali Jualan Rahmah yang diadakan di negeri ini sekiranya berbanding dengan tahun lepas dan tahun ini Perak telah rekodkan bilangan Jualan Rahmah sebanyak 788 kali dan ini adalah antara terbanyak sekali dalam kesemua negeri di Malaysia.

Dan untuk menjawab persoalan YB Buntong, KPDN sebenarnya telah menggunakan peruntukan sebanyak RM18 juta dalam mengadakan Jualan Rahmah di Negeri Perak dan sebenarnya untuk sasaran sebenarnya KPDN telah sasarkan 552 kali Jualan Rahmah di Negeri Perak pada tahun ini tapi kami telah berjaya hit target dengan izin pada November 2024 di mana kita telah melebihi sasaran dengan mengadakan hampir 800 Jualan Rahmah di Negeri Perak dan saya yakin kalau sampai Disember nanti mungkin akan lebih 800 dan untuk soalan menu rumah, menu rahmah sebenarnya adalah satu hidangan yang dilengkapi dengan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan minuman yang tidak melebihi RM5.00 dan walaupun telah berlakunya pengurangan pengusaha makanan yg menawarkan menu rahmah di negeri lain tapi untuk negeri kita Negeri Perak, kita masih mencatatkan bilangan pengusaha makanan yang memberangsangkan di mana ada 227 pengusaha makanan yang tetap menawarkan menu rahmah di Negeri Perak.

Untuk makluman juga kerajaan Malaysia Madani bukan sahaja menjaga orang yang nak makan. Kerajaan Malaysia Madani juga menjaga orang yang sediakan makanan dan itu sebab kerajaan Malaysia Madani pun telah perkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah kepada peniaga yang tawarkan menu ramai tapi dengan syarat kena mendaftar dan kena memohon dan untuk makluman YB Kubu Gajah sesungguhnya bukanlah KPDN yang menjaga perihal beras dan perihal beras adalah dibawah kelolaan kawal selia beras di bawah Kementerian Pertanian. Lantaran itu pejabat KPDN dengan pejabat saya tidak mempunyai data berkenaan dengan purata beras tempatan yang dijual. Namun ingin saya bagi pencerahan bahawa sesungguhnya memang dijual beras import sewaktu program Jualan Rahmah dijalankan di merata-rata bukan sahaja Perak, dari Perlis sampailah Johor, Sabah, Sarawak. Memang dijual beras import malah kita jual dengan harga tawaran serendah RM15.00 sahaja untuk beras 5 kilo dan saya tidak rasa ada pasar raya di Malaysia yang boleh menawarkan harga serendah sedemikian selain daripada Jualan Rahmah yang diadakan oleh Kerajaan Malaysia Madani. Sila maklumkan saya sekiranya tidak jumpa beras dijual sewaktu Jualan Rahmah diadakan sebab selama ini rakyat memang terbukti boleh dan dapat membeli beras yang murah ketika berlangsungnya program Jualan Rahmah sebanyak 788 kali sepanjang tahun ini di Negeri Perak. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Slim. Sila.

Soalan tambahan. Terima kasih Exco atas jawapan tadi. Cuma dari sudut jawapan nilai Jualan Rahmah yang disebutkan tadi sangat banyak. Cuma dari sudut kalau kita lihat bila mana turunnya Jualan Rahmah pasti membuka peluang ataupun kepada masyarakat setempat. Cuma persoalan saya kesan kepada peniaga-peniaga. Peniaga-peniaga hari ini merungut kenapa bila mana turunnya Jualan Rahmah dengan boleh kita katakan harga borong jadi terkesan kepada peruncit-peruncit. Ada juga jualan tersebut yang dekat berhampiran dengan pasar-pasar. Jadi ia memberi kesan kepada peniaga-peniaga. Jadi kita nak jaga dua pihak rakyat kita dan peniaga-peniaga atau pun mereka yang berurus niaga yang mereka ini sudah pasti jual bukan dengan harga yang harga borong dengan harga runcit. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya mengambil maklum dengan persoalan yang dilontarkan oleh YB Slim tadi. Memang saya akui kita kena sentiasa perbaiki skim bila kita mengadakan PJR Program Jualan Rahmah di mana kita di samping kita nak menjaga rakyat kita pun kena menjaga peniaga-peniaga kecil tapi di sini saya ingin seru sebab kalau sebagai rakyat biasa kalau nak membeli barang keperluan memang dia akan cari yang paling murah. Kita tak boleh salahkan rakyat bila dia cari barang murah dan akibatnya peniaga yang jual beras yang lebih mahal atau pun barang keperluan yang lebih mahal tak dapat bisnes. Saya rasa itu lumrah dalam perniagaan dan memang saya pun telah mengarahkan pejabat KPDN untuk selalu berkomunikasi dengan semua pejabat wakil rakyat tak kira kerajaan atau pembangkang sewaktu atau sebelum mengadakan Jualan Rahmah supaya lokasi yang diadakan tu memang sesuai untuk rakyat dan tidak membebankan peniaga tempatan yang mungkin jual barang lebih mahal sikit. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya ada dua soalan. Yang pertama terima kasih tahniahlah kepada Exco yang menggerakkan Jualan Rahmah ni di seluruh Negeri Perak termasuklah di Dun saya. Cuma nak tahu tentang status Kedai Bergerak Yayasan Bina Upaya. Adakah ianya menjadi saingan kepada produk Jualan Rahmah? Yang keduanya syarikat yang terlibat, adakah dia menerima subsidi daripada Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Pusat seperti mana YBU punya kedai bergerak dan ada juga pertanyaan di kalangan usahawan bagaimana mereka nak menjadi pembekal atau pun terlibat menjual dalam program Jualan Rahmah. Sebab ini program pusat yang diturunkan kepada negeri. Sebab itu ada syarikat-syarikat di Negeri Perak sendiri tertanya-tanya kenapa syarikat luar yang datang menjual ke Negeri Perak. Sedangkan di Perak tak ada ke boleh mengambil peluang ni kalau ada subsidi dan sebagainya, Mereka jugak nak berebutkan peluang ni. Saya minta Exco tolong tengok ni. Beri peluang kepada usahawan tempatan. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan yang dilontarkan oleh YB Sungai Manik. Sebenarnya kedai bergerak ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri tapi bukan di bawah portfolio saya. Oleh itu saya tidak begitu pasti dengan inisiatif atau pun subsidi yang dibagi tapi untuk soalan kedua saya memang setuju sangat. Saya rasa kita kena libatkan lebih banyak peniaga tempatan bila kita adakan Jualan Rahmah dan untuk makluman semua sebenarnya program Jualan Rahmah ini adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan. Maknanya skim tersebut telah dilaksanakan atau pun dirancang dengan rapi sekali dari permulaan hingga tamat dan saya akan salurkan cadangan tersebut yang begitu bernas dan begitu baik dalam Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri yang akan datang dan kita harap kita dapat memanfaatkan lebih banyak peniaga tempatan dalam pada itu supaya semua semua akan win win dengan izin. Dalam pada itu, bila kita bantu rakyat dan kita juga boleh bantu peniaga tempatan. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Pinji soalan nombor 4.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Pinji. Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, sepanjang tempoh Januari hingga September 2024, Negeri Perak telah merekodkan data pelancongan yang diperoleh daripada 12 buah PBT dan operator pelancongan di seluruh negeri menunjukkan perkembangan positif. Mengikut data tidak rasmi, jumlah pelancong dan pelawat harian yang berkunjung ke negeri Perak telah mencapai sebanyak 7.41 juta orang pada penghujung quarter ketiga dan juga daripada sampling 209 produk daripada 422 produk pelancongan yang terdapat di Negeri Perak.

Berdasarkan pula pada Hotel Guest Survey yang melibatkan sampling daripada 40 hotel berdaftar dengan Tourism Malaysia pula, data tidak rasmi mencatatkan kemasukkan pelancong antarabangsa atau bukan warga Malaysia yang telah berkunjung dan bermalam di negeri ini. Dalam tempoh yang sama melepasi sasaran 350,000 pada tahun 2024 iaitu mencatatkan 609,249 pelancong. Selain itu, data daripada Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan bahawa kemasukan pelancong antarabangsa melalui pintu darat di Pengkalan Hulu sehingga September 2024 berjumlah 104,861 orang dengan majoriti berasal dari Thailand iaitu 92,000 lebih diikuti oleh Singapura 5,000 ribu lebih, China 2,000 lebih, Indonesia 1,000 lebih dan juga Vietnam 1,000 lebih. Sementara itu, kemasukan pelancong antarabangsa melalui Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dalam tempoh yang sama adalah sebanyak 63,974 orang. Sebilangan besar pelancong ini datang daripada Singapura iaitu 52,025 orang, diikuti oleh Australia 1,806, China 1,651 dan juga India 1,279. Perkembangan positif ini memberi keyakinan kepada Kerajaan Negeri bahawa sasaran 8 juta pelancong domestik dan 350 pelancong antarabangsa menjelang akhir tahun ini akan dicapai sekali gus membuktikan keberkesanan strategi promosi dan juga usaha memperkasa sektor pelancongan negeri.

Bagi menyokong kempen Tahun Melawat Perak 2024, Tourism Perak telah mengambil pelbagai langkah persediaan termasuk pemasangan papan iklan baru, pembaharuan papan iklan yang sedia ada di setiap daerah serta penghasilan fan maps di seluruh negeri dan juga usaha-usaha lain. Tourism Perak juga telah menjalinkan kerjasama strategik bersama dengan KTMB untuk melaksanakan internal raping di dalam perkhidmatan ETS di samping memperkenalkan pakej pelancongan baru seperti Rail Tourism Package, Vices Trial dan juga Mock Trial. Promosi turut diperhebatkan melalui platform-platform pengiklanan dan juga media-media lain seperti Media Prima, RTM, Tiktok, YouTube dan sebagainya. Sebagai inisiatif, Unit Tourism Perak bekerjasama dengan beberapa pemain industri tempatan atau pemain industri di dalam Negeri Perak yang juga yang telah berjaya di Perak.

Sebagai contoh, Syarikat Transit Sdn Bhd merupakan pengeluar air botol terkemuka telah mengedarkan 7 juta botol air mineral berjenama Cactus ke seluruh negara sempena Tahun Melawat Perak. Tambahan pula, sebanyak 110 acara rasmi pelancongan di peringkat daerah dan negeri telah disenaraikan dalam kalender acara Tahun Melawat Perak dengan tagline Promising Perak. Acara ini merangkumi pelbagai segmen menarik seperti kebudayaan, keseniaan, eko-pelancongan, sukan dan banyak lagi yang direka khas untuk memikat hati pelancong tempatan dan antarabangsa. Di samping itu, Tourism Perak turut bekerjasama dengan jenama kopi tempatan yang terkenal iaitu Checkup Sdn Bhd sebagai rakan strategik untuk memperluaskan lagi usaha promosi ini. Melalui sinergi ini, produk dan jenama tempatan akan dijadikan medium promosi kreatif yang memperkenalkan keunikan Perak kepada khayalak lebih luas sekaligus memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai satu destinasi pelancongan yang terpilih.

Terdapat juga lain-lain kerjasama yg tidak sempat di beri huraian satu persatu seperti Hovid, PKH Enterprise untuk kacang putih, Canon dan juga lain-lain. Kafe ini juga diserikan dengan kehadiran mascot pelancongan baru iaitu KOPITA yang merupakan singkatan kopi tarik yang juga merupakan bersama dengan maskot utama kita KOPIRO. Jadi, kehadiran kedua-dua ini dijangka menambah keceriaan dan juga daya tarikan sempena Tahun Melawat Perak 2024. Selain daripada itu, penyertaan negeri Perak dalam program pameran pelancongan domestik dan antarabangsa membuka peluang luas untuk meneroka pasaran baru sekaligus memberikan manfaat kepada penggiat industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengendali pelancongan dan juga pihak-pihak berkaitan seperti operator eko-pelancongan dan juga aktiviti-aktiviti lasak. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Negeri Perak di peringkat antarabangsa, tetapi juga menyokong usaha memperluaskan rangkaian pelancongan Negeri Perak ke tahap yang lebih komprehensif.

Untuk memudahkan pemahaman Yang Berhormat, soalan yang dibangkitkan juga soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bercham juga mirip dengan soalan Yang Berhormat juga berkaitan dengan ini. Jadi, pelancongan atau pelaksanaan Tahun Melawat Perak 2024 tidak terlepas daripada cabaran kekangan dan juga halangan-halangan tertentu. Salah satu isu utama adalah tahap kesediaan produk pelancongan. Sebagai contoh, walaupun sebuah daerah mungkin memiliki kemudahan infrastruktur yang lengkap tetapi kelemahan dalam penyampaian perkhidmatan boleh memberi kesan negatif terhadap pengalaman pelancong. Oleh itu, setiap PBT telah memainkan peranan aktif dalam memantau kesediaan produk pelancongan daripada semua aspek bagi memastikan kepuasan pelancong pada tahap yang tinggi. Selain itu, Perak menawarkan pelbagai segmen produk pelancongan namun kepelbagaian ini juga membawa cabaran tersendiri. Setiap pasaran pelancongan perlu disesuaikan dengan kehendak dan keutamaan pelancong daripada pelbagai negara dengan pelbagai minat. Bagi melepasi cabaran ini, kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Tourism Malaysia adalah penting untuk menjalankan market profiling yang komprehensif. Profail ini berfungsi sebagai panduan untuk memastikan setiap segmen pelancongan dapat memenuhi keperluan pasaran yang disasarkan secara efektif.

Jadi sempena Tahun Melawat Perak 2024, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak mengambil pendekatan yang lebih holistik dan tidak hanya memfokuskan kepada satu mercu tanda tetapi juga dipromosikan pelbagai ikon-ikon pelancongan. Sebaliknya Tourism Perak turut melaksanakan pelancongan serta memperkenalkan ikon-ikon seluruh negeri. Antara lokasi yang menjadi tumpuan baru seperti Ulu Pangkor di Padang Rengas, kawasan Warisan Budaya di Karai dan juga Geopark Lenggong. Selain itu, dua segmen yang diberikan tumpuan ialah eko-pelancongan dan juga warisan selaras dengan kekuatan negeri Perak berdasarkan sumber semula jadi dan warisan budaya yang kaya. Keindahan kawasan semula jadi seperti Taman Negeri Royal Belum dan juga Gua Tempurung serta nilai sejarah seperti Bandar Diraja Kuala Kangsar menjadi daya tarikan penting kepada pelancong domestik dan juga antarabangsa. Melalui strategi promosi yang menyeluruh, Tourism Perak berusaha memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelancongan pilihan gabungan keunikan dan produk-produk pelancongan, kekayaan alam semula jadi dan juga warisan budaya diharap mampu menawarkan pengalaman yang bermakna kepada pelancong sekali gus memacu sektor pelancongan negeri ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi tahun 2025 pula, Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak memperluaskan usaha promosi dengan mengintregrasikan penggunaan media digital sebagai alat strategik untuk memperkukuh kerjasama antara pemain industri pelancongan dan juga langkah ini turut membuka peluang kepada sub sektor inovatif baru selaras dengan perkembangan semasa. Program pelancongan melibatkan promosi pembangunan dan acara yang dirangka secara menyeluruh dengan menekankan sektor-sektor astronomi, pengangkutan, perhotelan, kraftangan, kebudayaan, pertanian dan perlombongan yang memberikan impak pengganda kepada ekonomi negeri. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Perak juga menyedari bahawa kita mempunyai banyak produk-produk pelancongan yang seperti yang disebut tadi adalah yang telah lama di pasaran dan perlu diperbaiki. Tetapi pada masa yang sama kita perlu juga untuk mengukuhkan dan juga mengambilkira untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan yang baru seperti yang telah dilaksanakan kluster-kluster kluster baru yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Perak sebelum ini adalah kluster Lembah Kinta di selatan iaitu daripada Gopeng hinggalah ke Tanjung Tualang. Namun, Kerajaan Perak sekarang mengambil inisiatif untuk membuka kluster yang baru dan kita melihat peluang yang kita melihat peluang tersedia ada untuk membuka kluster baru di Lenggong di mana kita lihat di Lenggong yang merupakan Geopark dan juga UNESCO kawasan UNESCO mempunyai ciri-ciri unik untuk dibangunkan sebagai pelancongan, eco-tourism warisan, sejarah dan juga sukan lasak.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, baru-baru ini ada beberapa acara antarabangsa telah diadakan di Lenggong dan mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa termasuk Rimba Raid, Ironbound dan juga baru-baru dua hari lepas dan sedang dijalankan adalah RFC. Kesemua ini merupakan antara acara-acara antarabangsa yang terkemuka dan mempunyai kedudukannya yang tersendiri. Sebagai contoh, Rimba Raid dan juga RFC merupakan sukan lasak kenderaan bermotor. Satu adalah motosikal dan satu adalah pacuan empat roda yang merupakan sukan lasak yang yang ada sahaja diadakan di hutan tropika di mana kebiasaannya diadakan di padang pasir dan sebagainya. Jadi sebagai langkah strategik untuk meningkatkan profesionalisme industri, Tourism Perak menganjurkan program reskilling dan juga upskilling melibatkan kursus seperti jurumudi, hospitaliti, komunikasi dan juga asas pertolongan cemas. Program khas seperti Safety Race, SRIC course dan juga Sistem Anugerah Specification of Training and Education atau STE diperkenalkan dengan kerjasama bersama Pasak dan langkah-langkah ini boleh memastikan penyediaan perkhidmatan pelancongan bersedia memenuhi standard keselamatan dan juga kualiti perkhidmatan yang tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Pasir Pinji sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih pada satu jawapan yang diberi oleh YB Jalong dan soalan tambahan saya ialah kita tahu pada tahun 2024 bukan saja Perak mengadakan Tahun Melawat Perak, kita juga ada Tahun Melawat Perlis dan juga Melaka juga membuat tahun melawat. Jadi negeri-negeri ini, mereka mempunyai keluasan yang lebih kecil dan Perak mempunyai keluasan tanah memang yang lebih besarlah berbanding dengan Perlis dan Melaka. Jadi apakah cabaran yang dihadapi ketika bersaing dengan mereka dan apakah pencapaian yang dicapai pada tahun 2024? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Untuk datanya saya rasa saya tidak ada pada tangan kerana ini merupakan soalan tambahan. Jadi mungkin saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat pada sesi pergulungan. Namun begitu, setentunya seperti yang telah ditunjukkan yang telah dicakap diberitahu oleh Yang Berhormat tadi bahawa mereka merupakan negeri yang lebih kecil. Saya mengambil sebagai contoh bagi Negeri Perlis jauh lebih kecil daripada Perak. Setentunya lebih mudah untuk mereka fokus kepada sesuatu kawasan. Begitu juga dengan Melaka dan Melaka juga merupakan pemain tradisi dalam sektor pelancongan yang jauh lebih maju ke hadapan berbanding dengan usaha kita dalam memajukan pelancongan. Walaubagaimanapun, kita tidak saya tidak ingin bercakap dengan atas fakta kosong. Saya dapatkan fakta-fakta tersebut sebelum saya jawab Yang Berhormat dalam apa nama penggulungan.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Timbalan Yang di-Pertua, soalan tambahan boleh.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Panjang, sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak cakap tentang satu spot pelancongan yang baru dan bukan baru sebab sebab sebelum ini kita pun dah kerajaan sebelum ni pernah nak memajukan kawasan itu iaitu Pantai Tanjung Kepah dan Sungai Lombong. Ya Tanjung Kepah dan Sungai Lombong di Lekir. Kawasan yang sekarang menjadi tumpuan pelancong tapi ia belum dimajukan lagi. Saya nak mintaklah Exco masukkan dalam list exco untuk di majukan kawasan tersebut kerana potensinya sangat tinggi. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya saya suka melihat apa yang dikatakan usaha-usaha Yang Berhormat biar daripada mana-mana pihak yang rajin ingin melihat kawasannya dimajukan. Jadi itu merupakan usaha yang baik tetapi cuma seperti yang baru dikatakan oleh Ketua Pembangkang tadi, apabila ada satu geng, dia nak majukan tempat, ada juga geng lain yang membangkang yang membantah. Jadi sepanjang daripada mungkin daripada Pantai Remis, even dari setinggi ke utara di Kuala Sepetang sehinggalah ke selatan kita menghadapi pelbagai cabaran. Di satu pihak, mereka ada yang ingin membangunkan untuk sektor pelancongan tetapi walaubagaimanapun, apabila kita ingin membangunkan sektor pelancongan itu, ada juga yang melibatkan bantahan-bantahan pula kerana dikatakan kita telah merosakkan alam sekitar itu. Tapi walaubagaimana pun saya disini, kenyataan ini bukan untuk menidakkan usaha Yang Berhormat saya syorkan Yang Berhormat berusaha dengan berbincang dengan Pejabat Daerah dan apabila Pejabat Daerah dapat mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi sumber yang sedia ada. Sekiranya dikatakan pendapat agensi-agensi semua bersama bahawa tempat itu boleh dibangunkan tanpa masalah-masalah seperti contoh masalah alam sekitar dan sebagainya of course saya rasa tiada bantahan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri akan memberi sokongan yang sepenuhnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Kuala Sepetang untuk mengemukakan soalan, sila.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Kuala Sepetang nombor soalan nombor satu.

Soalan nombor satu?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ia nombor lima giliran. Tapi dalam tu dia tulis nombor soalan ok nombor lima lah giliran nombor lima. Sebab saya, sebab saya baca dalam tu dia tulis macam tu.

Ok, terima kasih cikgu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Dato' Yang di-Pertua, awak ingin menjawab soalan daripada Kuala Sepetang tadi bersekali dengan soalan daripada YB Behrang. Oleh kerana dia ada kaitan rapat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran sungai-sungai, rumah, pam banjir dan pam bergerak banjir secara berkala setiap tahun, yang mana kos yang telah dibelanjakan di kawasan Dun Kuala Sepetang sebanyak RM2.2 juta termasuk kajian rekabentuk rumah pam Pekan Kuala Sepetang. Selain dari itu, satu projek menaiktaraf rumah pam berhampiran Masjid Tengku Menteri Matang, Matang Road sedang dibina oleh pihak JPS dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ke-3 tahun depan. In shaa Allah. Dalam masa yang sama, satu kajian rekabentuk Rumah Pam Pekan Kuala Sepetang telah dilaksanakan di mana laporan akhir telah siap sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. Kerajaan Negeri melalui JPS turut merangcang langkah mitigasi jangka masa panjang dengan memohon Rancangan Tebatan Banjir RTB, Sungai Larut Fasa Kedua di dalam Rancangan Malaysia Ke-13, RMK-13 dengan anggaran kos sebanyak RM70 juta.

Seperti sedia maklum, rantau negara kini dalam fasa peralihan monsun di mana angin bertiup lemah dari pelbagai arah dan menyebabkan awan hujan ataupun ribut mudah terbentuk. Dalam hubungan ini, kekerapan kejadian hujan lebat, banjir kilat dan bencana lain akan meningkat sepanjang tempoh ini. Tempat awak pun banjir juga yop. Seterusnya, taburan hujan juga dijangka lebih tinggi dan dengan kapasiti yang luar biasa mulai bulan Oktober hingga bulan Mac tahun depan di Daerah Larut Matang dan Selama serta seluruh Negeri Perak. Berdasarkan permohonan dan aduan yang diterima Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama telah menyelaras senarai permohonan kawasan yang memerlukan penyelenggaraan serta mengorekpulih longkang dan parit tanah dengan segera berikutan kawasan-kawasan berkenaan yang sering dinaiki air banjir. Tempat yang biasa bah yop. Bagi tujuan tersebut, Pejabat Daerah Larut Matang Selama, telah, telah diluluskan peruntukan kecemasan berjumlah RM1.08 juta bagi 38 projek penyelenggaraan longkang atau parit tanah dan bina baharu longkang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11 projek beranggaran RM360 ribu akan dilaksanakan di kawasan hotspot dalam Dun Kuala Sepetang. Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan serta disiapkan dalam tahun semasa memandangkan tempoh pelaksanaan kerja mengambil masa sekali 3 minggu untuk disiap.

Selain itu, kerja-kerja mencuci parit tanah di dua kawasan hotspot yang kerap banjir telah dilaksanakan pada April tahun ini. Parit Tanah di Jalan Persiaran Utama, Kampung Jelapang Jaya dan Parit Tanah bersebelahan Pagar Perkuburan Islam di Masjid Simpang. Kerja-kerja mencuci parit di kedua-dua kawasan tersebut telah berjaya meminimakan kejadian banjir yang berlaku di kawasan sekitar berkenaan. Bagi jalan seliaan JKR di kawasan Dun Kuala Sepetang melibatkan Jalan Persekutuan FT 0074, Jalan Taiping, Kuala Sepetang. Pada tahun 2024, tiada projek naik taraf atau pembinaan di laluan tersebut. Namun demikian, pihak JKR melaksanakan kerja penyenggaraan rutin dengan skop pencucian longkang sebanyak 3 kali setahun bagi memastikan sistem saliran air berfungsi dengan elok. Bagi tahun 2025 tahun depan. Pihak JKR telah menyediakan anggaran anggaran penyenggaraan jambatan tahun 2025 bagi skop berkala bukan pavement seperti berikut. Bagi Laluan Taiping, Kuala Sepetang, FT 0074, naik taraf longkang berjumlah RM580 ribu. Bagi Jalan Taiping, Kuala Sepetang FT 0074, membaiki longkang akibat hakisan berjumlah RM45 ribu. Keseluruhan jumlah itu, RM625 ribu. Kerja-kerja penyenggaraan tersebut akan dilaksanakan sebaik peruntukan diterima.

Untuk makluman kepada Yang Berhormat Behrang, Projek RTB Sungai Behrang Sungai Bernam akan dimulakan pelaksanaan pada suku pertama 2025 tahun depan dan skop projek tersebut akan merangkumi isu-isu banjir di Dun Behrang dengan anggaran kos sebanyak RM7 juta termasuk kos pengambilan tanah. Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan Dun Behrang. Antara tindakan yang diambil termasuklah untuk pengetahuan YB Behrang, pertama penyelenggaraan berkala oleh Pihak Berkuasa Tempatan PBT bagi memastikan longkang dan parit selenggaraan secara secara sistematik untuk mengelakkan tersumbat. Yang kedua mensyaratkan pembinaan kolam takungan bagi skim pembangunan yang dirancang untuk mengumpul air dan longkang dan saliran sebelum dilepaskan ke titik pembuangan terakhir. Ketiga naiktaraf komponen sistem saliran yang mana Kerajaan Negeri melaksanakan pelan hidrologi dan sistem saliran bandar yang melibatkan kerja-kerja naik taraf sungai oleh JPS dan juga longkang saliran oleh PBT dan yang keempatnya. Selain itu, kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam atau pun (PISMA) di jalankan untuk mengenalpasti punca kejadian banjir dan merancang langkah penyelesaian jangka panjang dan ianya sedang dipohon Rolling Plan RP 1 RMK 13 berjumlah RM4.64 juta. Skop kawasan kajian di Mukim Slim dan juga Mukim Ulu Bernam Timur. Akhir sekali, kerjasama dengan komuniti melibatkan penduduk setempat dalam program kesedaran dan latihan menghadapi banjir untuk memastikan mereka bersedia dan tahu tindakan yang perlu diambil semasa banjir melalui Jawatankuasa Bencana Daerah.

Ahli Yang Berhormat Behrang sedia maklum, tindakan yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim adalah dengan mengenal pasti kawasan yang berisiko banjir kilat untuk dinaiktarafkan, sistem salirannya serta longkang bagi mempertingkatkan jumlah kapasiti kadar air pada saliran longkang pada sesuatu kawasan. Kerja-kerja penyelenggaraan juga turut dilaksanakan bagi memastikan kelancaran aliran air hinggalah ke sungai berhampiran. Pihak konsesi PEISB ataupun Puncak atau pun Puncak Emas adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja penyelenggaraan berkala di kawasan milik PBT di mana ia merangkumi skop kerja pencucian longkang iaitu R07. Pihak Majlis Daerah Tanjong Malim telah menerima peruntukan melalui peruntukan Persekutuan KPKT berjumlah RM380,000.00 bagi kerja-kerja selenggaraan kolam tadahan di kawasan perumahan peruntukan MARRIS berjumlah RM300 ribu untuk selenggara saliran dan juga longkang. Peruntukan wang sumbangan saliran berjumlah RM500 ribu bagi kerja menaiktaraf saliran dan juga peruntukan Majlis Daerah Tanjong Malim sendiri berjumlah RM100 ribu bagi kerja pembaikan kecil kerosakan longkang. Jumlah keseluruhan peruntukan di Dun Behrang adalah sebanyak RM1.280 juta. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Kuala Sepetang sila.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Exco di atas jawapan itu tadi. Soalan tambahan saya. Banjir ini YB, dia sering berlaku dan bukan hari ini dan berlaku berpuluh-puluhan tahun di tempat yang sama. Jadi, terima kasih kepada YB Exco di atas peruntukan-peruntukan yang telah disalurkan dan projek-projek yang telah dibina diselesaikan di peringkat Dun Kuala Sepetang. Tapi saya mohon jasa baik daripada Yang Berhormat Exco supaya meneliti balik maknanya kalau pihak JPS ataupun PBT dan sebagainya. Jabatan-jabatan yang terlibat untuk menangani banjir ini, mereka sudah tahu spot-spot tertentu yang mana sering berlaku banjir dan sebab apa. Bila kita bawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan sebagainya. Jawapan yang sering kita dengar adalah peruntukan yang diberikan tidak mencukupi. Maksudnya jika untuk selesaikan, dia memerlukan RM1 juta untuk selesaikan masalah di satu tempat untuk mengelak banjir, tetapi dia hanya dapat RM200 ribu. Jadi seolah-olah ibarat tikus membaiki labu dan akhirnya tak sampai berapa bulan tebing atau pun ban itu akan pecah semula. Jadi boleh tak kalau cadangan yang saya cuba cadangkan supaya buat kajian dan kita pastikan betul-betul bahawa tempat ini kalau perlukan RM1 juta untuk menyelesaikan masalah kita pastikan peruntukkan itu RM1 juta untuk selesaikan masalah sepenuhnya pada satu tempat itu dan mungkin tempat yang lain kita boleh mohon peruntukan yang lain supaya dibawa kepada tempat yang kedua, ketiga dan keempat. Saya rasa kalau begitu barulah masalah banjir ini kita dapat bukan selesai sepenuhnya tetapi kita dapat mengurangkan lebih banyak kesan dan masalah. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih Cikgu Kuala Sepetang yang telah pun menyarankan supaya diberikan perhatian di pekan Kuala Sepetang di sepanjang kawasan-kawasan yang dibanjiri air. Memang itulah pun hakikat yang dibuat di JPS Larut Matang Selama. Bahkan Kuala Sepetang ni agak special kerana kalau berlaku suasana yang agak menimbulkan banjir, saya akan mendapat panggilan awal daripada Adun Kuala Sepetang daripada Adun Aulong. Exco Adun Aulong ni dia cukup prihatin dengan Kuala Sepetang ni, jadi kalau berlaku hujan lebat dan akan menaikkan paras air di Kuala Sepetang dia akan telefon saya dulu. Jadi saya berterima kasih kepada Aulong yang berikan perhatian walaupun dia bukan kawasan itu tapi dia beri perhatian Kuala Sepetang. Dia ramai pengundi dia daripada Kuala Sepetang. Jadi saya akan berikan perhatian.

Macam di Kuala Sepetang sendiri, saya berterima kasih kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru ni meluluskan tambahan untuk JPS di Kuala Sepetang sebanyak RM10 juta. Memanglah kalau permohonan tu dipohon akhir-akhir bulan 10 atau pun pertengahan bulan 10 masuk bulan 11 ni udah habis yeop. Dah habis peruntukan dah habis. Jadi jawapan soalan mengatakan memang tak ada peruntukan-peruntukan. Soalan jawapan ini biasanya timbul hujung-hujung tahun. Jadi oleh kerana sekarang ni kita akan masuk awal tahun. Saya akan beritahu JPS Larut Matang Selama untuk beri perhatian di Kuala Sepetang ni. Sebabnya banjir tu dah banyak lama dah. Nelayan-nelayan Kuala Sepetang tu kadang-kadang dema ni bersabor sangat. Terima kasih kepada nelayan cukup-cukup sabor. Walaupun ombak kuat ketika itu, walau pun paras ayor naik, tapi dia boleh berhadapan suasana sedemikian dema faham. Jadi, saya akan beritahu kepada JPS Llarut Matang Selama. Oleh kerana peruntukan tambahan daripada Kerajaan Negeri ini, kita berikan perhatian kepada Kuala Sepetang supaya mereka tidak tidak lagi mengalami masalah yang sama.

Dalam pada masa sama yeop, kuala di Dun Sungai Rapat pun semalam tenggelam ayor juga. Saya nak terima kasih kepada beberapa agensi semalam di tempat pembinaan sementara Majlis Bandaran Batu Gajah, terima kasih kepada DO Batu

Gajah, DO Kinta, YDP Batu Gajah pun ada sana. PDRM, Bomba. TNB, APMM. Semua agensi ni berada di pusat binaan sementara semalam kerana tak pernah-pernah empat kampung di Sungai Rapat ni tenggelam ayor. Masjid Jaya Setia tu habis tenggelam. Dewan Jaya Setia tenggelam. Saya sendiri tak percaya. Tapi bila kita nampak ayor tu tenggelam. masjid tenggelam. Kita pun merasa pelik macam mana ayor ni boleh melimpah daripada Sungai Kinta masuk ke Sungai Raia. Sampai habis kampung-kampung keliling tu pekan Batu Gajah pun tenggelam. Yeop bayangkan TF Supermarket Batu Gajah tu, seluruh supermarket tu tenggelam. Kalau nak kata orang pergi pecah ambik, ambik barang takde la. Tapi seluruh TF Supermarket tu tenggelam. Menunjukkan belum pernah terjadi benda macam ni. Jadi, kalau tempat saya sendiri pun tenggelam, tempat-tempat lain jugak beri perhatian In shaa Allah. Jadi, terima kasih kepada Cikgu Kuala Sepetang yang telah memberi satu saranan yang baik. In shaa Allah. Terima kasih.

Manjoi Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat. Sila semua duduk. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini, dengan ini seterusnya, dengan ini maka tamatlah sesi soalan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025Bill

Penolong Setiausaha

Perkara yang keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang Itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu, telah dibaca kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Dewan Bilangan 25/2024 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. RM538 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2025.

Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Sekarang masa ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama 20 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Perak, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media seterusnya yang dikasihi semua rakyat Negeri Perak dan rakyat di Rungkup yang mengikuti sidang Dewan Negeri Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Dewan Negeri Penggal Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025.

Sebelum memulakan perbahasan, izinkan saya untuk merafak sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun. Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan dirgahayu bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku diiringi dengan doa ke hadrat Allah SWT. Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, dilimpahkan hidayah dan inayah dalam menaungi bumi bertuah Negeri Perak Darul Ridzuan. Ampun Tuanku. Alhamdulillah, saya juga mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah perkenan dan kurniaNya jua saya berpeluang membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025 di Dewan yang mulia ini. Di kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah bencana banjir. Saya berdoa agar mereka terus tabah menghadapi musibah ini dan negeri-negeri yang terjejas segera surut air banjirnya. In shaa Allah. Amin.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, semalam semasa Yang Berhormat Ketua Pembangkang berbahas saya dan beberapa rakan-rakan yang lain berdiri memohon untuk mencelah dan diberi laluan. Buat pertama kalinya dalam sejarah, Ketua Pembangkang tidak memberikan laluan kepada kami-kami yang memohon untuk mencelah. Jadi ini tak gentleman lah Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang keduanya, saya bangun semalam mohon mencelah untuk menyatakan dua tahun kami bersama-sama dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Sungai Manik pun ada, YB Selama pun ada, tidak pernah sekali pun, saya ulang balik, tidak pernah sekali pun Gunong Semanggol membangkitkan tentang perihal pihak PKNPk, MAPS atau pun tanah di Seri Iskandar yang disebutkan oleh beliau semalam. Jadi nampak sangatlah tiada konsistensinya di situ, Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua, perpaduan yang berasaskan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan adalah asas kepada kestabilan negara. Di sinilah peranan kerajaan khususnya Kerajaan Negeri Perak menjadi kritikal dalam mewujudkan dasar-dasar yang adil bagi semua rakyat tanpa mengira kaum. Pemimpin politik pula perlu meletakkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan dan menghindari politik perpecahan yang akan merosakkan negara. Politik yang berteraskan perpaduan akan membawa kejayaan dan menjadi pilihan terbaik. Bagi tahun 2024, berkat kesungguhan dan dengan izin Allah jua segala yang direncana dan dilaksana oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 telah menunjukkan kejayaan. Negeri Perak mencatatkan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM 82.6 bilion pada tahun 2023 dan mengekalkan momentum pertumbuhan ini sebanyak 2.7%.

Pertumbuhan yang tertinggi dalam sejarah ini dijangka akan berterusan pada tahun 2024, sekaligus menjadi petunjuk kepada potensi Negeri Perak untuk lebih maju. Selain daripada pertumbuhan KDNK, jumlah kutipan hasil yang meningkat juga adalah satu lagi petunjuk kepada potensi Negeri Perak. Sehingga 28 November 2024,

Kerajaan Negeri berjaya mendapat kutipan hasil berjumlah RM1.199 bilion tertinggi tiga tahun berturut-turut dan Belanjawan 2025 merupakan belanjawan negeri yang tertinggi dalam sejarah berjumlah RM1.52 bilion. Dengan kestabilan politik Kerajaan Perpaduan khususnya di Negeri Perak, satu lagi indikator untuk melihat potensi pertumbuhan ekonomi ialah pelaburan. Jumlah pelaburan dari bulan Januari hingga Jun 2024 telah diperoleh sebanyak RM601.49 juta membabitkan 30 buah projek. Angka-angka ini membuktikan keyakinan para pelabur untuk melabur di Negeri Perak dan atas keyakinan itu kita mengharapkan pertumbuhan pesat kelak memberi manfaat kepada rakyat jelata. Maklumat yang saya paparkan itu adalah sebahagian dari gambaran jelas menunjukkan tanda-tanda positif ke arah kerancakan serta potensi pertumbuhan ekonomi Negeri Perak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak (JPS) akan menerima sebanyak RM125.5 juta. Dengan sejumlah peruntukan ini pada hemat saya, JPS Perak perlu diberikan tambahan peruntukan kecemasan untuk menangani bencana. Sebagai contoh, di kawasan Dun Rungkup pada setiap bulan, kami menghadapi fenomena air pasang besar yang akan mengakibatkan risiko ban pecah kerana di Dun Rungkup ini ada ban sepanjang 50 kilometer yang meliputi Sungai Perak di bahagian kanan, Selat Melaka di bahagian hadapan dan Sungai Bernam di bahagian kiri.

Pada bulan September yang lalu akibat daripada kombinasi air pasang besar, hujan lebat dan ribut, ban di kawasan saya telah pecah di 12 lokasi dan menyebabkan air masuk ke dalam kampung dan kebun masyarakat setempat. Malangnya, JPS mempunyai dana yg sangat terhad terutamanya pada hujung tahun. Saya berpandangan peruntukan persediaan bagi melaksanakan langkah-langkah mitigasi berjumlah RM10.36 juta yang diperuntukkan untuk pelbagai program dan projek di bawah Pejabat Kewangan Negeri yang akan digunakan bagi menampung perbelanjaan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana juga perlu ditambah untuk membantu perkara-perkara seumpama ini. Berbalik kepada insiden ban pecah di 12 lokasi di kawasan saya, akhirnya syukur Alhamdulillah dengan bantuan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku menteri KKDW, Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Bagan Datuk serta YAB Dato' Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri (PETRA), permasalahan tersebut akhirnya dapat diselesaikan.

Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Seri Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga Air dan Pengangkutan Awam, YB Sungai Rapat kerana telah turun ke kawasan saya bagi pihak Kerajaan Negeri untuk memantau keadaan ban pecah tersebut. Walaubagaimanapun, penjelasan tersebut adalah bersifat jangka pendek. Saya berpandangan, kita perlu mencari penyelesaian jangka masa panjang kerana seperti yang saya nyatakan tadi, air pasang besar ini berlaku setiap bulan dan dengan fenomena global warming dengan izin yang menyebabkan paras air laut semakin tinggi. Permasalahan ini akan terus menjadi lebih mencabar di masa-masa yang akan datang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Ekonomi (PETRA) dan JPS di atas kelulusan peruntukan sejumlah RM 87.6 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk kerana fenomena banjir termenung di kawasan Dun Rungkup yang berlaku hampir setiap kali air pasang, air pasang besar seperti yang saya nyatakan tadi. Kejadian ini mempunyai impak yang sangat besar kepada kesejahteraan rakyat kerana setiap kali berlaku banjir termenung ini akan menyebabkan berlaku kerosakan kepada hartanah, rumah ditenggelami air dan kebun-kebun mengalami kerosakan. Maka saya berterima kasih dengan peruntukan yang telah diluluskan untuk RTB Bagan Datuk itu.

Namun seperti apa yang saya nyatakan baru-baru ini dalam sesi libat urus RMK-13 bersama dengan Menteri Ekonomi dan saya ingin nyatakan sekali lagi di dalam Dewan ini supaya ianya direkodkan, cabaran kita adalah untuk mendapatkan satu penyelesaian yang tuntas. Sebagai contoh, peruntukan RTB Bagan Datuk ini adalah merupakan fasa pertama yang hanya akan melebarkan atau mendalamkan dua outlet door sungai atau pun ke laut di Sungai Nipah Baroh dan juga di Tebuk Semani, dan saya dimaklumkan ada lagi lapan outlet untuk mendapatkan satu penyelesaian yang tuntas yang perlu dinaiktaraf. Oleh itu, penyelesaian tuntas ini mungkin memerlukan empat lagi fasa yang mungkin memakan belanja keseluruhannya. Kalau kita kira lima fasa tersebut mungkin memakan belanja RM500 juta dan lima fasa ini tidak boleh dilaksanakan sekaligus kerana kita faham kekangan kewangan yang kita ada. Jadi overtime dengan izin kos pelaksanaan ini akan meningkat kerana tak boleh nak dilaksanakan sekaligus maka mungkin kosnya akan melonjak sehingga ke RM1 bilion.

Jadi kita akan sentiasa berada dalam vicious circle dengan izin kitaran ganas untuk mendapatkan penyelesaian yang tuntas kepada permasalahan yang kita ada dan saya yakin dan percaya di kawasan-kawasan yang lain pun sama juga senarionya. Maka sementara kita nak menunggu bajet-bajet besar tersebut, kita perlu mencari penyelesaian-penyelesaian yang cost effective dengan izin sebagai contoh melihat kepada permasalahan-permasalahan yang ada di sebelah pendalaman. Kalau di tempat kami dipanggil darat yang dekat dengan laut dengan sungai tu dipanggil baruh. Jadi kena tengok yang dekat sebelah darat ni macam mana kita nak selesaikan permasalahan-permasalahan yang ada di situ. Sebagai contoh, JPS melalui perundingnya memaklumkan bahawa terdapat di kawasan saya terdapat lebih daripada 2000 cross section atau culvert yang dipasang tidak mengikut spesifikasi dan ianya menghalang perjalanan air. Jadi oleh kerana itu kalau dibuat pun Rancangan Tebatan Banjir ini, dibesarkan di sebelah baruh, kita khuatir kalau-kalau air tak sampai ke sebelah baruh. Jadi, saya rasa JPS perlu mengkaji perkara ini sedalam yang mungkin.

Selain daripada itu, perlu juga di tengok aspek-aspek lain seperti contoh banyak kunci-kunci air yang rosak dan parit-parit yang sebu dan saya dimaklumkan oleh ketua-ketua kampung saya, JPS bila korek tanah parit-parit yang sebu ini kena pakai kapal korek yang tangan dia lebih panjang sebab kalau pakai yang pendek tu dia tak korek habis dan seterusnya sebelum saya beralih daripada tajuk JPS ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengarah JPS Perak iaitu Tuan Ir. Ts. Ahmad Shahir bin Md. Naziri yang telah bertukar ke Kuala Lumpur di atas segala kerjasama dan dedikasi yang telah beliau berikan untuk membantu permasalahan pengairan dan saliran di kawasan saya dan saya kena percaya Pengarah JPS Perak yang baru iaitu Tuan Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj. Ishak akan juga memberikan kerjasama dan dedikasi yang lebih baik kepada kami. In shaa Allah.

Beralih kepada perumahan rakyat Timbalan Yang di-Pertua, kita insaf apabila melihat betapa YAB Dato' Seri Menteri Besar begitu tersentuh apabila menyentuh perkara yang berhubung kait dengan perumahan rakyat ini dan kita sangat memahami apa yang beliau rasakan kerana kita semua juga merasai perkara tersebut. Setiap kali kita turun ke lapangan, memang isu baikpulih rumah ini adalah isu yang tidak berkesudahan. Oleh kerana itu, kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah menyediakan dana pinjaman berjumlah RM3 juta untuk membaik pulih rumah tanpa faedah melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan. Walaubagaimanapun, saya mengesyorkan pada Kerajaan Negeri agar mempertimbangkan supaya skim baik pulih ini adalah juga berkonsep ehsan dan bukan pinjaman semata-mata memandangkan ada di kalangan rakyat yang tidak akan mampu membayar pinjaman tersebut. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato' Seri Menteri Besar kerana dalam sesi libat urus RMK-13 dengan Menteri Ekonomi baru-baru ini telah memohon supaya peraturan RPT perlu dibangunkan sebanyak 30% sebelum boleh mendapat peruntukan Kerajaan Persekutuan dimansuhkan. Ini adalah kerana tidak logik untuk 30% rumah- rumah dibina di RPT sebelum kemudahan infrastruktur akan disediakan.

Jadi, saya berharap sangatlah supaya kita melihat kepada isu ketiadaan infrastruktur di kawasan RPT-RPT yang telah kita laksanakan. Saya mengambil contoh di kawasan saya Projek Rancangan Perkampungan Tersusun Kampung Sungai Burung yang mana isu ketiadaan kemudahan infrastruktur telah berlarutan sekian lama dan ini adalah tidak adil kepada tuan punya tanah kerana mereka terpaksa membayar cukai tanah setiap tahun.

Mohon mencelah boleh? Yang Berhormat Timbalan Speaker. Berkaitan dengan RPT yang disebut oleh Yang Berhormat tadi banyak kita tengok RPT dalam Negeri Perak ini telah diluluskan oleh pihak MMK dan ada setengah tu dah 20 tahun diluluskan tapi masih lagi tidak boleh dibangunkan kerana masalah infra, infrastruktur yang dilaporkan kos yang terlampau tinggi menyebabkan mereka yang dah memiliki tanah itu tak boleh nak buat rumah. Sebab infra tak…tak disediakan. Jadi kosnya sangat tinggi. Bila mohon kepada PBT, memang tidak ada kos infra yang tinggi, RM1 juta RM2 juta dan perlu mohon ke negeri dan juga persekutuan dan masalah ini tidak selesai kerana kos itu terlampau tinggi. Jadi apa pandangan YB dalam isu ini supaya kos infra untuk RPT dapat diselesaikan, maka rumah boleh dibina untuk mereka yang telah ada tanah di situ, terima kasih?

Ya, perkara ini merupakan satu isu yang kata orang putih "chicken and neck situation" lah dan memang dari dulu lagi kita sedia maklum bahawa permasalahan ini sudah wujud. Tapi kita mohon juga lah untuk Kerajaan Negeri sebagai contohnya, berbincang dengan pihak Kerajaan Persekutuan mungkin mereka boleh bantu. Kita tahu kekangan yang ada di pihak kerajaan negeri untuk menyediakan infra untuk RPT tersebut ada disediakan RM5 juta, tapi memang tak cukuplah RM5 juta tersebut sebab RPT ni saya rasa di setiap daerah ada RPT. Jadi kita harap kita akan dapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, khususnya KKLW untuk menangani permasalahan infrastruktur bagi RPT-RPT ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih di atas peruntukan sebanyak RM145 juta bagi pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bagan Datuk dan suka saya maklumkan sebenarnya projek ini projek lama, tapi telah dibatalkan pada tahun 2018 semasa berlaku perubahan kepimpinan kerajaan dan saya harap di masa-masa yang akan datang projek-projek seumpama ini yang yang berhubung kait dengan pendidikan anak-anak kita tidak akan dipolitikkan.

Seterusnya, industri dan pelaburan bagi memastikan Perak Investment Management Centre (Invest Perak) dapat meneruskan peranan penting sebagai centre of investment serta menarik lebih banyak pelabur. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta bagi tahun 2025. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pembangunan sektor industri dan pelaburan di Perak semakin rancak menerusi pembangunan projek-projek infrastruktur mega yang diumumkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Projek Lumut Maritime Industrial City LuMIC, projek ini merupakan salah satu projek mega yang akan dibangunkan secara usaha sama antara PKNP dan Port of Artwork dari Belgium. Projek ini harus disokong kerana ia akan menjadi game changer dengan izin kepada pertumbuhan ekonomi serta bakal mengubah Daerah Lumut dan Bagan Datuk menjadi sebuah bandar moden dan mampan.

Kita difahamkan versi permohonan projek ini, ia akan menjana kemasukan pelaburan berjumlah RM72 bilion serta mewujudkan 50 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan pada masa akan datang. Saya difahamkan oleh pihak PKNP bahawa projek LuMIC ini tidak semestinya dilaksanakan secara berfasa. Bermakna walaupun Bagan Datuk dinamakan sebagai LuMIC 6, ianya boleh dilaksanakan secara serentak dengan LuMIC 1, 2, 3 dan sebagainya. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya dan rakyat Rungkup agar projek LuMIC 6 tersebut boleh dilaksanakan segera. Ini adalah kerana cadangan projek pelabuhan di Bagan Datuk ini sudah terlalu lama bermula dengan Perak Eco Industrial Hub Eco dan selepas itu Perak Heavy Industrial Park, PHISP dan kini LuMIC 6. Ketika ini, saya juga difahamkan pihak NCIA, PKNP dan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk telah mengaturkan beberapa siri lawatan bersama pelabur-pelabur berpotensi di Bagan Datuk khususnya di PHIP.

Justeru itu besarlah harapan saya dan warga Dun Rungkup sekiranya pihak PKNP dapat memaklumkan kepada sidang Dewan ini perkembangan terkini pembangunan Projek LuMIC fasa, perkembangan projek LuMIC 6 iaitu PHIP di Bagan Datuk dan apakah usaha yang sedang dilakukan oleh PKNP bagi memastikan projek LuMIC 6 berjaya, LuMIC 6 ini berjaya dilaksanakan susulan daripada kerjasama dan usaha sama yang terjalin antara PKNP dan Port of Artwork dari Belgium?

Dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara rakyat dengan institusi, pentadbiran daerah dan negeri akan menyediakan peruntukan jumlah RM135.4 juta di bawah maksud mengurus kepada pejabat-pejabat daerah dan tanah. Sejumlah RM23.3 juta disediakan di bawah maksud pembangunan bagi pelaksanaan pelbagai projek fizikal dan kecemasan oleh PBT. Oleh itu, saya berharap supaya peruntukan untuk Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk sebagai PDT yang paling bongsu ditambah. Hal ini memandangkan begitu banyak cabaran yang dihadapi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk sebagai sebuah Pejabat Daerah Tanah yang baru. Sebagai contoh, saya ingin terima kasih kepada PDT Bagan Datuk atas tindakan tegas mereka untuk mengambil tindakan ke atas peneroka-peneroka haram yang meneroka kawasan hutan simpan paya bakau di perairan Bagan Datuk. Walaupun mereka tidak mempunyai pasukan penguatkuasa yang ramai, akan tetapi tindakan penguatkuasaan telah dijalankan dengan begitu baik dan efektif. Saya memohon juga dengan peruntukan RM33 juta bagi tujuan pengambilan tanah untuk kepentingan awam. Kerajaan Negeri di mohon untuk membantu Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk dalam usahanya untuk membuat pengambilan tanah daripada pihak SD-Guthrie bagi tujuan pembangunan Bandar baru Bagan Datuk.

Kerajaan Negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) diberikan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk operasi dan pelaksanaan program PASAK serta peruntukan pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut ditingkatkan kepada RM6.5 juta iaitu peningkatan RM1 juta berbanding tahun 2024. Maka saya berpandangan agar peruntukan kepada PASAK tersebut dapat dirancang dengan teliti dan menyeluruh agar diwujudkan program pembangunan Artificial Intelligence dengan izin di Negeri Perak. Pada saat ini ledakan penghasilan pelbagai teknologi dan perisian berasaskan AI seolah tiada penghujungnya, maka adalah amat penting untuk memastikan Negeri Perak tidak ketinggalan dalam perkembangan AI.

Akhirnya, keterjaminan bekalan makanan, saya ringkaskan. Baru-baru ini, saya dimaklumkan bahawa Negeri Perak telah menjadi negeri yang pertama menghasilkan bawang tempatan pertama negara dan ini adalah satu kejayaan yang membanggakan. Ladang bawang ini bertempat di Kampung Ladang Bikam, Sungkai dan mengeluarkan hasil sebanyak 6 tan perhektar bakal mengurangkan kebergantungan Negeri Perak terhadap import sayuran dari negara-negara luar. Saya nak jemputlah Pengarah Jabatan Pertanian kita yang comel loteh tu untuk datang ke kawasan saya untuk tengok sesuai tak di kawasan saya ni untuk tanam bawang tersebut. Sebagai rumusan dan penutup, belanjawan ini adalah belanjawan yang paling besar dalam sejarah Negeri Perak. Sejarah ini bukan terjelma dengan sendirinya. Ia terhasil dari kesungguhan, iltizam dan kesepaduan kerjasama barisan kepimpinan negeri dan juga jentera pentadbiran. Turut menjadi penyumbang ialah keberhasilan usaha pemulihan ekonomi dan kelangsungan semangat kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam acuan Kerajaan Perpaduan.

Sebelum mengakhiri perbahasan, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar serta pasukan yang telah membantu beliau untuk menghasilkan dokumen Belanjawan Negeri Perak 2025 yang begitu praktikal dan memberangsangkan. Diiringi dengan doa, semoga mendapat restu dan perkenan dari Allah jua hendaknya. Ucapan terima kasih juga saya panjangkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Pegawai Daerah Bagan Datuk dan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan serta seluruh kakitangan MPTI, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan atas segala kerjasama yang baik demi pembangunan dan kemajuan Daerah Bagan Datuk dan Dun Rungkup khususnya. Sekian terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Rungkup mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Rungkup yang sangat gentleman. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang memberi saya peluang bagi sesi perbahasan Belanjawan 2025. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. (Bacaan doa). Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, semua para hadirin sekalian serta semua yang mengikuti sidang Dewan ini. Allah berfirman. (Bacaan Ayat Al-Quran). Ertinya Allah berfirman Wahai Daud, Sesungguhnya kami menjadikan mu khalifah yakni penguasa di bumi, maka berilah keputusan yakni perkara diantara manusia dengan haq dan janganlah mengikuti hawa nafsu kerana akan menyesatkan Engkau dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan. Surah Sad ayat 26.

Terima kasih dan tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat minggu lepas. Terima kasih kerana belanjawan pada tahun 2025 iaitu sebanyak RM1.52 bilion meningkat jika dibanding pada tahun 2024 iaitu RM1.35 billion. Semoga dengan peningkatan peruntukan tersebut akan lebih memberi kesejahteraan kepada semua rakyat tidak mengira latar belakang dan mencapai matlamat yang sebenar. Bajet yang besar ini perlulah diuruskan dengan teratur dan terancang. Jika tidak, ia seumpama mencurahkan garam ke dalam laut.

Timbalan Yang di-Pertua saya menyentuh point yang ke-12 iaitu sektor pertanian. Sektor pertanian yang menyusut kian positif apabila sudah memulih pada 1.9% iaitu pada tahun 2023 dan bakal meningkat pada tahun 2024. Walaupun ianya sudah memulih, kerajaan perlulah memberi fokus kepada sektor pertanian dan perikanan kerana ia menjadi asas yang penting dalam kehidupan rakyat dan kelangsungan negeri.

Seterusnya saya menyentuh point ke-37 Fokus 5 iaitu leterjaminan bekalan makanan. Kerajaan telah sekali lagi memberi jumlah yang besar kepada sektor pertanian iaitu sebanyak RM65.41 juta. Jumlah yang besar ini haruslah memberikan pay off kepada Kerajaan Negeri pada masa hadapan. Namun begitu, jumlah RM8 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak bagi maksud pembangunan masihlah sedikit jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Mengikut statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, Negeri Perak masih mempunyai 4,004 bilangan lot tanah yang masih terbiar dengan anggaran 11,013 hektar. Sesungguhnya ini merupakan salah satu pembaziran yang tidak digunakan dengan sebaiknya.

Pada sesi yang lepas, saya telah membangkitkan satu isu berkaitan kebergantungan Malaysia amnya dan negeri Perak terhadap stok bekalan bawang merah yang diimport daripada luar negara seperti India. Kebergantungan makanan rakyat dan bahan mentah masakan daripada luar negara sangatlah kritikal. Hal ini disebabkan kita hanya bergantung kepada foreign policy yang berubah-ubah dari masa ke semasa. Tanah yang terbiar dan lot-lot wakaf umum perlulah dibangunkan dengan lebih banyak dan lebih teratur dalam membangunkan sektor pertanian di Negeri Perak. Isu tanaman kontan bawang merah haruslah ditumpukan sepenuhnya bagi mengurangkan kebergantungan import semata mata. Percayalah, isu ini bakal berulang jika polisi luar negara yang diimport berubah.

Dato' Yang di-Pertua, melakari isu di kawasan Changkat Jering di antara menjadi hub ekonomi setempat, masyarakat Changkat Jering khususnya dan kawasan Bukit Gantang serta Larut Matang Selama adalah durian. Pada September 2024 yang lepas semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar melakukan pertemuan bersama beberapa deligasi seperti Agro Commz Sdn. Bhd (ACSB) dan Topone Solution Sdn. Bhd. (TSSB), Perak telah mengeksport lebih kurang 30 kontena yang beranggaran RM20 juta termasuk 5 kontena variasi kampung dan pes durian beranggaran RM5.25 juta. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah-langkah tambahan yang bakal dilakukan dalam mempromosikan lagi durian, variasi kampung dan variasi yang lain? Adakah kerajaan bakal memperluaskan lagi negara ekspot selain ke China? Ini juga sangat penting untuk membangunkan sosio ekonomi setempat dan pelancong domestik apabila tiba musim luruh.

Dato' Yang di-Pertua, menyentuh isu peruntukan terhadap Jabatan Perikanan sebanyak RM2.44 juta diberikan untuk maksud pembangunan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Perak merupakan pengeluar kedua tertinggi selepas Sabah. Sebanyak 374,168 metrik tan untuk tahun 2022 dan 407,795 metrik tan pada tahun 2023. Ini bukanlah satu kejayaan yang baru yang dibanggakan. Bahkan Negeri Perak sememangnya telah lama menjuarai di negeri Semenanjung. Semua ini di atas pundak Kerajaan Negeri. Bahkan lebih besar. Bagaimana hendak meningkatkan dan mengekalkan kejuaraan ini?

Seterusnya saya menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri mewujudkan ladang kerang bagi meningkatkan hasil bagi negeri Perak. Perak telah mengeluarkan hasil sebanyak 14,454 metrik tan untuk kerang dan 6,359 metrik tan untuk udang harimau pada tahun 2023. Varian ladang-ladang dan sangkar-sangkar tambahan haruslah ditingkatkan dari masa ke semasa. Bajet kali ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM0.29 juta kepada Pusat Konservasi Penyu. Ini telah menimbulkan satu persoalan saya kepada Kerajaan Negeri berkenaan isu perlombongan pasir silika di Segari yang bakal mengurangkan kadar pendaratan penyu. Kiranya jika konservasi sudah diberi fokus. Kawasan ini adalah kawasan semula jadi penyu, maka perlulah dilihat secara serius. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Perak memanggil beberapa pakar dari Universiti Malaysia Terengganu UMT bagi membantu Pusat Konservasi Penyu dan jabatan tertentu untuk melihat perkara ini lebih serius agar habitat asal mereka terus dipelihara kerana ianya akan menjadi tumpuan tarikan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara.

Dato' Yang di-Pertua seterusnya saya menyokong penuh dengan bajet kali ini di mana Kerajaan Negeri mengalokasikan sebanyak RM12 juta kepada Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) bagi kaum India dan Cina serta RM0.2 juta kepada Program Integrasi Nasional. Islam menggagaskan dan mengajak tingkatkan keharmonian kaum sesama manusia. Di dalam di ambil contoh sebagai Rasulullah sebagaimana Rasulullah SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah dengan menyatukan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama selagi mana tidak menggugat keamanan dan tidak membawa anasir luar yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum.

Dato' Yang di-Pertua, Perak terdapat 12 daerah dan di dalamnya terdapat 92 mukim serta mempunyai 829 ketua kampung. Di mana kampung-kampung ini kebanyakannya masih lagi kekurangan kemudahan asas. Saya mencadangkan agar kampung tersusun dan tradisional ini khususnya diletakkan di bawah mana-mana

Exco yang bersesuaian untuk mengawasi dan perhatian terhadap kampung-kampung ini sepertimana yang telah dibuat terhadap Kampung Baru Cina yang diletakkan khusus di bawah Exco Pasir Berdamar iaitu Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina. Sekiranya diwujudkan portfolio seperti yang dicadangkan, ianya akan lebih diberi perhatian terutama tentang peruntukan-peruntukan yang amat besar untuk projek kemudahan asas yang amat-amat diperlukan.

Sebenarnya Dato' Yang di-Pertua, saya pun tinggal di Kampung Tersusun RPT, Kampung Jelapang Jaya sejak tahun 1988 lagi. Untuk maklumat Dato" Yang di-Pertua Kampung Jelapang Jaya ini adalah anak angkat Perdana Menteri kita sekarang Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau merasmikan kampung angkat ini pada tahun 1984. Masa tu beliau sebagai Menteri Pertanian dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Masalah yang sering dihadapi adalah sistem perparitan atau longkang untuk aliran air keluar. Seringkali banjir sekiranya hujan lebat berlaku. Begitu juga jalan-jalan masih tidak sempurna. Ada yang masih lagi menggunakan jalan tanah dan batu kasar untuk laluan penduduk. Lalu Perdana Menteri acap kali berdegar-degar menyebutkan isu banjir pun nak saya uruskan. Saya minta jangan lupa. Jangan lupa kampung angkat Yang Amat Berhormat ini.

Untuk makluman Dato' Speaker, Kampung Jelapang ini mempunyai 1063 lot dan setakat ini melebihi 500 buah rumah sedia ada dan banyak lagi dalam pembinaan. Masalah yang kritikal sekarang ini ialah berkenaan sistem perparitan. Tanah-tanah lot depan terutama air kumbahan, semuanya terpaksa melalui lot belakang. Apabila lot-lot tersebut telah dibuat penambakan untuk pembinaan rumah, maka tiada lagi aliran untuk keluar bagi rumah-rumah lot depan. Kadang-kadang berlaku perselisihan faham sesama jiran disebabkan aliran air kumbahan. Walaupun dimaklumkan telah ada perancangan untuk projek-projek tersebut mengikut fasa iaitu fasa pertama RM2.5 juta. Fasa kedua RM1.5 juta dan fasa ketiga RM1 juta. Saya mengharapkan agar projek fasa pertama ini dapat dilaksanakan segera terutama dalam Bajet 2025.

Dato' Yang di-Pertua, dana Rolling Plan RMK-12 telah mengalokasi seanyak RM253.4 juta bagi Program Rancangan Tebatan Banjir RTB dengan peruntukan pembangunan bagi Jabatan Pengaliran Sungai (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang banyak. Saya meminta pihak yang berwajib memfokuskan kepada projek-projek infrastruktur asas di kawasan Changkat Jering. Umpama jalan raya, longkang dan Mini Rancangan Tebatan Banjir RTB yang dialami sekitar Changkat Jering. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR yang telah menurap jalan FT001 Kampung Paya Jelutung yang sangat-sangat dinantikan oleh bagi pengguna-pengguna jalan raya. Walaubagaimanapun, ada satu lokasi yang sering berlaku kemalangan terutama pada waktu malam iaitu di Jalan A136 Jelutung Changkat Ibol sepanjang 2 km melibatkan 3 jambatan yang dibina sejak sebelum merdeka lagi perlulah juga diambil perhatian. Jambatan tersebut sempit ditambah lagi suasana gelap, tiada pencahayaan lebih-lebih lagi kalau situasi hujan lebat sering berlaku kemalangan. Saya berharap pihak JKR akan dapat menyediakan lampu-lampu solar di kawasan tersebut yang amat-amat diperlukan. Begitu juga pelebaran jambatan tersebut yang sempit agar dimasukkan dalam RMK-13.

Dato' Yang di-Pertua, menurut Pelan Perak Sejahtera 2030 terdapat 51 projek yang bakal dibangunkan bagi sektor kesihatan. Saya nak bertanya berapakah dan sejauh manakah perkara ini sudah dikecapi? Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan pembinaan Hospital Seri Iskandar dan penambahan blok Hospital Seri Manjung. Namun, apakah pelan jangka masa panjang bagi menaik taraf hospital-hospital usang yang berlaku yang perlu dinaiktaraf dengan segera? Melatari isu tempatan berkenaan dengan isu Klinik Kesihatan Changkat Jering suka saya membangkitkan sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini iaitu berkenaan isu pembahagian tugas dan pihak yang bertanggungjawab untuk pembersihan di klinik ini. Sampai sekarang ianya masih belum disediakan. Terpaksa staf klinik sendiri yang melaksanakan sedangkan tugas hakiki mereka ini adalah merawat pesakit-pesakit yang datang memerlukan rawatan.

Untuk makluman, Dato' Yang di-Pertua, kakitangan klinik ini hanya seramai 63 orang sedangkan penduduk di bawah jagaan klinik tersebut melebihi 40 ribu orang. Mereka terpaksa memberih membersihkan di luar waktu pejabat bagi mengekalkan kebersihan klinik. Saya berharap pihak kerajaan terutama Exco Kesihatan perlu ambil perhatian masalah ini. Seterusnya, saya mohon kepastian pihak kerajaan berkenaan tapak baru yang telah diperolehi untuk Klinik Kesihatan Changkat Jering dan bila ianya akan dibangunkan.

Dato' Yang di-Pertua terlebih dahulu, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih terutama pada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar kerana memberi peruntukan kepada kami terutama Dun Pembangkang pada tahun 2024. Changkat Jering berharap sedikit penambah baikkan seperti mana peruntukan yang diberi pada tahun 2023 di mana semua peruntukan di bawah Adun-Adun tapi pada 2024 di bawah Menteri Besar dan permohonan pula terbuka kepada sesiapa sahaja seperti Pengerusi Pertubuhan, minta masa sikit Timbalan Yang di-Pertua Speaker. Terima kasih, terbuka kepada sesiapa sahaja seperti Pengerusi Pertubuhan Masjid, Surau, KRT, NGO-NGO hatta individu-individu pun boleh mohon peruntukan tersebut terus melalui Menteri Besar yg menggunakan peruntukan Dun bukan melalui Adun. Masalahnya kami ADUN tidak dimaklumkan apabila sudah lulus permohonan, baru dapat maklumat. Sekiranya kalau melalui Adun mudah untuk kami membuat pemantauan setiap permohonan serta agihan dan lebih penting lagi dari segi bajet yang nak diluluskan. Masalah di Changkat Jering adalah saya rasa semua Adun-Adun pembangkang mempunyai masalah yang sama.

Changkat Jering memohon beberapa projek pada Pejabat Menteri Besar dengan disertakan anggaran kosnya sekali. Kami buat agihan projek mengikut keperluan bagi setiap kampung-kampung masalahnya hanya separuh sahaja permohonan yang diluluskan yang menjadi isunya apabila jumlah bajet yang sama iaitu contoh saya mohon lapan projek dengan keseluruhan kos RM200 ribu tetapi yang lulus empat projek. Kos yang sama juga RM200 ribu, yang musykilnya bajet yang diluluskan tidak munasabah dengan kerja-kerja yang nak dilaksanakan. Changkat Jering berharap agar pihak Yang Amat Berhormat mengambil perhatian masalah ini, saya mohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar prosedur peruntukan ini dibuat seperti tahun 2023 iaitu peruntukan kepada semua Adun-Adun bukan Dun tak kira pembangkang agar ianya lebih telus dan terus kepada sasaran yang sebenar.

Oleh itu, Changkat Jering berharap dengan jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar dapat meneruskan peruntukan Adun-Adun terutama Adun pembangkang seperti peruntukan pembangunan, perbekalan (OG) dan pusat khidmat. Ianya bertepatan dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, ketika Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri pada tahun 2022 dimana Baginda Tuanku menitahkan pemimpin Kerajaan Negeri yang dilantik supaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan perlembagaan serta berteraskan undang-undang. Baginda Tuanku juga bertitah mereka hendaklah bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis, diskriminasi dan penindasan kepada mana-mana pihak.

Dato' Yang di-Pertua, kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutama kepada Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama serta semua agensi-agensi jabatan kerajaan yang memberikan kerjasama yang sangat baik seperti JKR, JPS, JKM, LAP, MPT, TNB, PLB, KKLW, Baitul Mal, KKM, IPD Bomba dan lain-lain agensi yang tak sempat disebutkan demi untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. Akhir sekali saya selaku Adun Changkat Jering menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan Perak 2025. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Changkat Jering yang telah menyampaikan perbahasan dengan penuh tertib dan adab. Banyak point-point yang dibangkitkan sebelum saya memanggil Yang Berhormat yang berikutnya, ingin saya bagi pihak Dewan Negeri mengalu-alukan kehadiran pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil, Seberang Perak yang ada di bilik pemerhati sekarang ini. Ini saya difahamkan dalam Dun Kampong Gajah jadi nanti wakil rakyat dia kita ada sedia makan kat bawah kalau nak menyantuni tu bolehlah pergi jumpa sekejap, ya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk memulakan perbahasan 20 minit, dipersilakan.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'alaa Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Barisan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Gunong Semanggol selaku Ketua Pembangkang, Yang Berhormat rakan-rakan Adun daripada pihak kerajaan dan juga kepada pihak pembangkang, pegawai kerajaan daripada negeri dan juga persekutuan. Seterusnya, para pemerhati serta rakan-rakan media yang turut hadir pada pagi ini.

Saya ingin memulakan perbahasan pada pagi ini dengan memberikan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak Bagi Tahun 2025 yang bertemakan "Perak Makmur Rakyat Sejahtera". Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua di atas ruang dan kesempatan yang diberi kepada Kuala Kurau untuk turut serta dalam sesi perbahasan sempena sidang Dun pada kali ini.

Perkara pertama yang ingin saya sentuh adalah berkenaan projek pembinaan hospital baru di Parit Buntar. Alhamdulillah, setelah menunggu agak sekian lama mungkin lebih daripada 15 tahun sejak majlis pecah tanah yang pertama. Akhirnya projek hospital baru Parit Buntar telah pun dapat disiapkan dan In shaa Allah akan dibuka kepada orang ramai orang ramai pada pertengahan tahun hadapan seperti yang telah dimaklumkan semasa lawatan Yang Berhormat Adun Sungkai selaku Exco Kesihatan

Negeri Perak baru-baru ini. Tahniah juga di atas kerjasama semua pihak yang terlibat selama ini bagi merealisasikan hasrat penduduk di Parit Buntar dan Daerah Kerian khususnya bagi mendapatkan sebuah hospital yang serba baharu dan yang lebih selesa. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Perak dan juga kepada Yang Berhormat Adun Sungkai selaku Exco Kesihatan yang telah bersetuju untuk mengekalkan nama asal hospital baru tersebut dengan nama Hospital Parit Buntar. Pengekalan nama yang asal sebenarnya inilah yang menjadi hasrat kepada warga Hospital Parit Buntar dan juga penduduk-penduduk di Parit Buntar yang telah ditemui sebelum ini yang memberikan pelbagai pendapat serta buah fikiran atas kewajaran untuk mengekalkan nama yang asal, atas faktor asal usul dan sejarahnya yang tersendiri.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya di daerah Kerian masih lagi terdapat satu lagi projek sakit yang terbengkalai dan sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaiannya iaitu projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana yang terletak di Kampung Batu Enam, Jalan Baharu Parit Buntar di mana lokasinya adalah bersempadan antara Dun Kuala Kurau dan juga Dun Alor Pongsu. Projek ini sangat penting dan menjadi keutamaan dan keperluan kepada para pelajar yang tinggal di luar bandar dari kawasan kawasan yang berhampiran. Namun sehingga kini tahap pelaksanaanya amat perlahan walaupun telah dilancarkan dikira sejak 8 tahun yang lalu. Justeru, saya mohon kepada pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat agar dapat memberikan perhatian supaya projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana ini dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera. Saya juga telah dimaklumkan bahawa dalam sesi yang lalu dan juga taklimat yang diberikan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah bahawa isu tapak projek Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana tersebut yang asalnya adalah tanah sawah yang strukturnya mungkin agak lembut, telah menjadi halangan untuk projek tersebut dilaksanakan mengikut jadual yang sepatutnya sehingga ada cadangan supaya berpindah ke tapak baru yang lebih sesuai dan selamat. Namun apa pun alasannya, harapan penduduk adalah projek ini dapat terus dilaksanakan di tempat yang asal, yang ada sekarang dan semua pihak hendaklah mencari jalan dan kaedah penyelesaian dengan secepat mungkin demi kepentingan penduduk di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bangkitkan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di sekitar Pekan Parit Buntar. Mohon izin daripada Titi Serong. Ini kawasan Titi Serong. Masalah banjir kilat di Pekan Parit Buntar yang telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu di mana walaupun banjir kilat ini walaupun bersifat sementara, namun ianya tetap mendatangkan kerugian dan kerosakan kepada harta benda, kepada mereka yang terlibat. Isu ini telah dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah untuk dibincangkan dan telah diberi taklimat oleh pihak yang berkaitan seperti pihak PBT, JPS, JKR dan sebagainya dan berdasarkan laporan tersebut adalah penting agar peruntukan yang lebih besar oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dapat disalurkan kepada agensi-agensi yang berkenaan bagi menaiktaraf sistem saliran di kawasan bandar dan kawasan perumahan di sekitar Parit Buntar bagi mencegah berlakunya banjir kilat pada masa yang akan datang.

Saya mengambil contoh laporan daripada pihak PBT bahawa mereka hanya menerima peruntukan sebanyak RM6 juta sahaja dalam tempoh 10 tahun yang lalu iaitu sejak tahun 2015 hingga 2024 untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf sistem saliran yang melibatkan kawasan pentadbiran PBT di daerah Kerian yang melibat yang melibatkan 2 Parlimen dan juga 5 Dun. Ya, jumlah ini sudah tentu tidak memadai untuk pihak PBT dapat menangani isu banjir kilat dengan lebih cekap dan berkesan. Saya juga ingin memberikan penghargaan dan sokongan di atas usaha yang telah dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Kerian dan juga Kerajaan Negeri atas usaha yang telah dijalankan bagi membina pelbagai kemudahan serta menaiktaraf infrastruktur di Pantai Ban Pecah, Kuala Kurau dan juga Tanjung Piandang yang kini telah popular sebagai destinasi pelancongan tempatan di mana setiap hujung minggu dan cuti umum, hampir ribuan pelancong telah berkunjung untuk melihat keindahan alam. Antara lautan yang luas terbentang, serta sawah padi yang luas menghijau.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco yang baru-baru ini telah berkunjung ke Ban Pecah, Kuala Kurau bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Projek Membina Gerai-Gerai Kabin Yang Lebih Moden dan Tersusun kepada peniaga-peniaga yang terdapat di Pantai Ban Pecah, Kuala Kurau. Kemudian berkaitan dengan pusat penjaja di Laman Piandang, Tanjung Piandang. Saya ingin memberi sedikit pandangan agar pihak Majlis Daerah Kerian dapat mengubah sedikit konsep iaitu dengan membina bumbung dan menyediakan kerusi meja yang kekal agar sesuai dengan budaya tempatan yang gemar makan di gerai-gerai. Keadaan sekarang peniaga-peniaga mengeluh kerana kekurangan pelanggan. Apatah lagi bila musim hujan, orang ramai tidak dapat berkunjung ke Laman Piandang kerana ketiadaan bumbung.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah berkaitan dengan warga pesawah dari Dun Kuala Kurau ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat kerana akhirnya isu tanah jerlus yang membelenggu pesawah di kawasan Jelapang Padi Kerian Laut khususnya di kawasan Dun Kuala Kurau dan juga Dun Titi Serong telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian yang berkenaan di mana telah menerima kelulusan sebanyak RM21juta daripada Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini di Parlimen. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat memperjuangkan isu tanah jerlus sejak beberapa tahun yang lalu, khususnya daripada pihak IADA Kerian dan juga Jabatan Pertanian. Tidak lupa juga kepada pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin peladang, pesawah-pesawah dan pihak media yang sering memberikan liputan. In sha Allah kita para pesawah akan menunggu hasilnya pada tahun hadapan bagi membela nasib para pesawah di Kerian Laut yang selama ini terjejas dengan masalah tanah jerlus. Saya juga berharap supaya peruntukan yang telah diluluskan tersebut, pihak IADA Kerian dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan perancangan yang mantap dan pemantauan yang rapi supaya matlamat untuk menyelesaikan isu tanah jerlus yang dihadapi oleh pesawah-pesawah di kawasan Kerian Laut mencapai sasaran yang diharapkan. Ini juga dapat mengelakkan berlakunya sebarang ketirisan, salahguna peruntukan, sikap sambil lewa daripada pihak kontraktor yang dilantik, dengan kekerapan pegawai-pegawai daripada IADA Kerian sentiasa turun padang memantau pelaksanaan projek-projek yang dijalankan yang dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan.

Untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan isu-isu capaian Internet di kawasan Dun Kuala Kurau. Saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan masalah capaian internet yang masih lemah terutamanya di kawasan pedalaman di Dun Kuala Kurau yang mana isu ini telah sekian lama berlarutan tanpa ada jalan penyelesaian. Setiap kali saya turun padang di kampung-kampung, antara aduan yang kerap diterima adalah isu capaian internet yang lemah yang menjadi rungutan oleh penduduk-penduduk kampung terutamanya anak-anak muda dan juga pelajar-pelajar sekolah. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri, apakah perancangan dan tindakan jangka pendek dan juga jangka panjang untuk membantu meningkatkan tahap capaian internet di kawasan-kawasan pedalaman di Dun Kuala Kurau seperti di Kampung Parit Haji Wahab, di Kampung Parit Tahir, di Kampung Parit Sungai Burung, di Kampung Parit Haji Ali Darat dan sebagainya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kuala Kurau, Alor Pongsu nak celah sikit, boleh? Sebab Dun. Terima kasih YB Dato' Speaker. Sebab Kuala Kurau sebut tadi kami ni kongsi sempadan. Tentang internet tu, saya nak timbulkan juga di sini. Terima kasihlah YB Exco. Dia tak ada. Menara pemancar di Kedai 2, border kita. Kita kongsi berdua tu dah siap lama dah. Tapi tak berfungsi sampai sekarang. Sebab dia dapat selamatkan 4, 5 kampung termasuk juga Dun Kuala Kurau. Dan begitu juga Sekolah Menengah Pelangi Perdana tadi. Kami kongsi. Padang belah Kuala Kurau, bangunan belah saya. Yang pertamanya belajarlah. Kita belajar ni pihak JKR bagitahu saya. Pihak KPM degil. Depa dah reject tanah tu tak sesuai untuk bangunan. Tapi KPM nak juga dan kami berdua pun nak juga. Mana boleh pindah pi tempat lain? Kami dah buat balik dan satu lagi yang paling penting lah saya rasa kita kena setuju tak Kuala Kurau, Kontraktor lantik lah sapa pun, dan saya pasti ni lantikan politik sekali lagi. Hospital yang baru siap, yang dah 4 kali pilihan raya tu pun saya pasti itu adalah lantikan politik kontraktor tu. Saya kenal kontraktor tu. Takpa ambik kat hangpa semua. Kerajaan kami, kami punya suka. Tapi buat elok-elok la. Jangan la sampai 4 kali pilihan raya baru nak siap. Jadi Sekolah Pelangi Perdana pun sama juga lah dan untuk KPM jugalah Menteri Pendidikan jangan degil sangatlah kan. Anak-anak Darjah 1, Darjah 3 tak boleh buat periksa takut depa stress. La, tengok la. SPM terpaksa berenang pi sekolah. Justifikasi ni penting walaupun bergelar Menteri. Terima kasih Kuala Kurau.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Alor Pongsu di atas pandangan dan juga cadangan yang bernas. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, akhir kalam sebelum saya mengakhiri perbahasan dalam sidang yang terakhir untuk tahun 2024 ini, terdapat 2 perkara penting yang ingin dibangkitkan. Yang pertama adalah berkaitan dengan peruntukan kepada Adun-Adun pembangkang. Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak menyebut secara khusus dalam pembentangan belanjawan pada minggu yang lalu, Namun adalah diharapkan peruntukan kepada Adun-Adun pembangkang dapat diteruskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun hadapan seperti yang telah diterima oleh pihak kami pada tahun 2023 dan juga 2024. Peruntukan ini sangat penting kepada kami demi memastikan pembangunan yang berskala kecil dan pelbagai bantuan lain dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat di 59 kawasan Dun di Negeri Perak supaya tidak ada kawasan-kawasan yang ketinggalan.

Perkara kedua adalah berkaitan dengan cadangan beberapa projek pembangunan di Dun Kuala Kurau. Kita sedia maklum bahawa Dun Kuala Kurau adalah kawasan jelapang padi dan kawasan hasil perikanan yang antara yang utama dan terbesar di Negeri Perak. Penduduk Kuala Kurau selama puluhan tahun telah berkorban dengan keringat dan juga air mata walaupun terus dihimpit dengan isu kemiskinan, kemiskinan bagi membekalkan beras dan juga hasil laut seperti ikan kepada rakyat Negeri Perak. Justeru, sudah sampai masanya untuk Kerajaan Negeri kembali membalas budi warga Kuala Kurau dengan melaksanakan beberapa projek pembangunan yang selama ini menjadi harapan untuk direalisasikan dalam tempoh yang terdekat. Yang pertama antaranya adalah projek untuk membina sebuah dewan orang ramai yang serba lengkap di pekan Kuala Kurau yang mana tapak yang sesuai telah telah pun disediakan dalam dalam sesi penggal yang lalu. Yang kedua, ialah berkaitan dengan projek RPT atau Rancangan Perkampungan Tersusun Kampung Tok Ngah, Kuala Kurau yang mana isu pengambilan tanah juga telah diselesaikan pada penggal yang lalu dan yang ketiga adalah untuk melaksanakan projek skim perumahan yang sesuai dan mampu milik di atas sebidang tanah milik SSI yang kini telah terbiar di pekan Tanjung Piandang yang khusus untuk penduduk-penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan, pesawah, penjaja atau yang bekerja sendiri serta berpendapatan kecil.

Sekian sahaja perbahasan Kuala Kurau dalam sidang kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua di atas perhatian dan ruang masa yang telah diberikan. Kuala Kurau dengan ini menyokong penuh belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2025. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hulu Kinta untuk memulakan perbahasan 20 minit. Silakan.

Ok terima kasih, Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu solatullah da mursalin wa'ala alihi Wasohbihi Ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam madani dan cini haw… vanakam… pada Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Cikgu Shaarani, seluruh barisan Exco, Adun, Adun Kerajaan, blok Kerajaan, blok pembangkang, pegawai-pegawai peringkat negeri, persekutuan, pegawai-pegawai keselamatan, pihak media dan seluruh penonton di luar sana sedang menonton apa sidang Dewan secara live. Alhamdulillah, yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membawa belanjawan baru-baru ni. Maka kita untuk melihat untuk melihat, adakah belanjawan yang dibawa oleh Perak di Negeri Perak ni membawa manfaat? Adakah berbanding sepanjang tahun ini buat ada pencapaian dan untuk tahun depan Adakah berbanding tahun ni lebih baik? Itu kita perlu melihat. Dalam konteks itu, kebiasaannya kita perlu buat perbandingan baru kita mengetahui sejauh mana sejauh mana perbelanjaan kita lebih baik ataupun betapa baiknya kita punya angka-angka yang telah dibacakan dalam sidang Dun ini apabila kita buat perbandingan.

Oleh kerana itu, seperti biasa, saya nak buat perbandingan dengan negeri-negeri lain, contohnya, kita boleh ambil negeri wakil negeri yang diwakili oleh Ketua Pembangkang kitalah Gunong Semanggol. Contohnya kita ambil Kelantan, Terengganu dan Kedah tuan puan sekalian. So, sebelum itu, kepada pembangkang kita nampak yang sesi yang sebelum ini bila Hulu Kinta bangun berucap semua senyap bagus. Saya harap kali ini pun agak senyap. Maknanya bila senyap diam tu makna isyaratnya bersetujulah dengan hujah Hulu Kinta.

Yang Dato' di-Pertua, semalam apabila saya dengar apa ucapan perbahasan ketua pembangkang. Saya ingin respon sedikitlah maknanya nak butirkan fakta sebab saya tak nampak saya sebelum ni dah hampir dan saya dah dua penggal wakil rakyat dah 19 tahun apa dalam politik, saya tak pernah lihat ketua pembangkang apabila buat perbahasan 40 minit sewenang-wenangnya bazirkan begitu je tanpa membawa point-point ataupun cadangan yang baik penambahbaikkan kepada kerajaan. Satu, kedua melihat menyentuh soal kebajikan khususnya melihat dalam kerajaan Negeri Perak ni tapi apa kita nampak 22 minit yang pertama hanya bazirkan untuk sentuh soal PKNP sahaja. Soal tatakelola. Dato' Speaker semalam apabila dalam ucapan apa ketua pembangkang Gunong Semanggol, saya perlu perbetulkan sedikit fakta lah. Sebab Gunung Semanggol harus ketua pembangkang harus tahu penyata kewangan dan penyata tahunan itu berbeza.

Maka semalam apa yang disentuh itu adalah teguran-teguran dalam soal apa Audit Negara, tegur-teguran. Kita setuju. Tapi pada masa yang sama. Persoalannya, kenapa ketua pembangkang hanya membacakan teguran-teguran kononnya menunjukkan persepsi yang salah di Negeri Perak ni dalam Dewan Negeri ni. Seolah-olah PKNP ni dah tatakelola nya tak ke mana gagal dan sebagainya. Tapi itu bukan fakta, fakta sebenarnya saya boleh jelaskan kejap lagi apa ketua pembangkang. Yang pertama, soal semalam menyatakan bahawa soal teguran tapi kebelakangan ini 2…3 tahun ni tak langsung tidak menyebut apa keberjayaan. Keberjayaan PKNP. Keuntungan PKNP. Apa pentadbiran PKNP yang jauh lebih baik berbanding 2020 saudara sekalian. Maka dalam konteks tu saya nak maklumkan bahawa saya nak betulkanlah makna daripada tahun 2020, 2021 dan 2022.

Untuk pengetahuan dan sidang apa Dun ni, PKNP telah menerima sijil bersih. Sijil bersih daripada Ketua Audit. Ini dia jadi kita tak cakap kosong seperti ketua pembangkang. Nampak ni tahun 2020 dapat sijil bersih daripada pihak Ketua Audit kepada PKNP. Begitu juga tahun 2021 dapat juga sijil bersih daripada Ketua Audit. Begitu juga tahun 2022 dapat sijil bersih apa dinyatakan bahawa sini saya nak bacakan. Pada pendapat saya, dalam surat Ketua Audit ni, penyata kewangan ini memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Kumpulan pada 31 Disember 2022 sepertimana saya baca ni untuk 3 tahun berturut-turut dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir bagi tahun tersebut selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), saya ulang balik saya ulang ketua pembangkang. Selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan keperluan Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Bilangan 3 Tahun 1967 yang sama telah menyentuh oleh Ketua Pembangkang semalam saudara sekalian. Maka ini soal ini membuktikan bahawa tatakelola pentadbiran bawah apa PKNP ini jelas bersih bukan seperti dinyatakan bagi gambaran buruk oleh ketua pembangkang kita semalam. Dan juga bukan itu sahaja. Untuk makluman apa, Dato’ di-Pertua, Dato’ Speaker ini daripada apa SPRM

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ha, Hulu Kinta.

Ya sila…sila silakan. Saya bukan jenis Ketua Pembangkang tak bagi ruang. Saya bagi ruang sepenuhnya, sila kan?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih Hulu Kinta nampak jawab macam Exco dah bakal jadi MB apa, terima kasih. Jadi saya rasa nak bagi clear lah kepada semua Ahli Dewan dan juga Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya bangkitkan persoalan yang pertama adalah bukan mengenai dengan ketelusan ataupun kerja bersih yang dikeluarkan oleh audit. Tapi audit itu penyata kewangan itu tidak dikeluarkan. Memang apabila penyata kewangan sudah pastinya badan audit ini adalah profesional. Dia mengeluarkan kenyataan yang tepat. Jadi oleh sebab saya bangkitkan oleh sebab tidak dikeluarkan pernyataan audit, maka pada tahun 2008, kita menyatakan dengan jelas kerugian kerugian yang tercatat dalam pelaburan MAPS.

Kita faham.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nanti lah sekejap tadi.

Ok short…short, cepat, cepat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nanti kalau dikeluar lebih awal

Short…short. Kan kita nak mesyuarat. Short…short…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tanpa jawatankuasa dan kerajaan boleh memantau.

I got…I got…I got…I got ok.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi saya nak mintak penjelasan ni apa…apa?

Ok…ok…ok…ok…ok.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Macamana…

Kita faham, kita faham kita faham.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya nampak boleh lagi jadi Exco

Kita bagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi tak apa lah.

Gunong Semanggol kita bagi ruang. Biar short, biar short kita bagi ruang gentle.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dak dak sekejap, nanti nak bagi tau

Tak Hulu Kinta bagi ruang. Short jangan jangan makan masa banyak sangat cepat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ni kita tau mau macam ni

Cepat cepat ha

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita tak mahu mengelirukan Dewan, kita tak mahu mengelirukan dewan

Cepat cepat dah…dah ok…ok lah tu. I got, I got.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ni ka kita nak ambil boleh mengelirukan Dewan

I got your point. I got point. I got your point.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Mengelirukan Dewan sebab…

I got your point.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sebab penyataan audit memang adalah bersih.

Ok…ok sudah…sudah sudah. Saya akan jawab saya akan jawab saya akan jawab saya jawab saya akan jawab.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya rasa yang ni Hulu Kinta nanti…

Ok…ok…ok…ok

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nanti saya sekolahkan tak lagi baru kita

Ok…ok duduk…duduk…duduk dulu…duduk dulu, duduk dulu ok saya faham. Ini perangai ketua pembangkang ini saksi-saksi pegawai pegawai dalam sidang Dun ini cara semalam sebulat bulatnya menyatakan bahawa PKNP gagal. Bukan seperti ketua pembangkang sebut soal audit…audit…audit takpa teguran takpa kenapa soalan saya, kenapa tidak maklumkan soal kejayaan PKNP yang…yang…yang…yang 3 tahun yang yang terakhir ni langsung tak sebut. Keuntungan tak sebut sebab tu ketua pembangkang bukan sahaja melihat kekurangan kelebihan pun harus dinyatakan secara jelas dalam sidang Dun ini. Contohnya, saya nak sebutkan kita dapat adakah apa. Maknanya ketua pembangkang sebut imej dia mudah katakan kita gagal? Maknanya tak dapat keuntungan jelas siapa yg ada di dalam Dewan ni. Telah merekodkan ucapan ketua pembangkang, masalahnya apa ketua pembangkang cakap dia tak faham? Dia lupa ya, mungkin dia ikut mood. Masalahnya semalam dimaklumkan bahawa PKNP langsung tidak membantu. Ya langsung tidak membantu kepada Kerajaan Negeri. Betul? Itu jelas dia dimaklum semalam.

Saya nak maklumkan kedudukan kewangan PKNP terus pulih dengan keuntungan sebanyak RM21.59 juta pada tahun 2022. Begitu juga dia meningkat pada tahun 2023 sebanyak RM26.32 juta. Kenapa benda ni tidak dimaklumkan? Ini bukan satu pengurusan yang terbaik untuk mengangkat PKNP ke arah keuntungan. Itu satu, Keduanya bukan sahaja PKNP mendapat apa apa pengiktirafan ataupun pengiktirafan sijil bersih daripada Ketua Audit. Tapi kita ada PKNP telah menerima juga dari SPRM. Sijil SPRM daripada penarafan daripada sebagai risiko tinggi kepada sederhana. Kita faham ketua pembangkang kita faham, dia bawa soal PKNP ni bukan tuju PKNP sebenarnya dia nak tuju menunjukkan bahawa Pengerusi PKNP Menteri Besar. Dia nak menunjukkan kepada rakyat di luar bahawa Menteri Besar gagal. Ini ini niat sebenarnya. Ini niat yang sebenarnya kita nampak dia nak politikkan. Itu maksud saya sekarang masuk dewan janganlah sepenuh penuhnya politik bawa lah kebaikan. Bawa fakta itu kita nak kita nak tegaskan benda itu saudara sekalian, maka soal PKNP kita nampak…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap minta sikit. Kita jangan mengelirukan dewan kita. Minta…

Ok ha sila…sila cakap.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Duduklah dulu bagi peluang.

Takpe takpe cakap

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sebab tu saya tak mempertikaikan tak mempertikaikan bahawa peranan sebab tu PKNP adalah peranan menjana ekonomi negeri. Sudah pasti dia kena menjana keuntungan yang adakah nak tanya Hulu Kinta. Adakah Hulu Kinta setuju yang saya bangkitkan bahawa

PKNP tidak mengeluarkan penyata kewangan selama lima tahun dan kewajipan juga untuk mengeluarkan penyata kewangan bagi tahun 2023. Adakah Hulu Kinta setuju?

Berapa kali nak sebut tolong dengar bila saya berucap sembang dengan Sungai Manik. Macam mana nak jawab? Itu masalah ketua pembangkang ni. Saya perhati tadi orang tengah berucap dengar point. Jangan buang masa Hulu Kinta ni, Dewan ni ketua pembangkang isunya saya sebut teguran tak ada masalah. Masalahnya hari ni adalah sebulat bulat bagi menunjukkan persepsi bahawa PKNP gagal. Itu masalah. Kenapa tak sebut PKNP dapat keuntungan tahun tahun 2022, RM21 juta something? Kenapa tak sebut tahun lepas RM26 juta something? Kenapa tak sebut? Kenapa tak sebut kita dapat pengiktirafan, PKNP dapat pengiktirafan? Kenapa tak sebut? Itu menunjukkan apa agenda politik tersembunyi untuk apa mencalarkan imej kerajaan negeri dan juga soalnya apa tuju tujunya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, itu je dia nak tunjukkan bahawa Menteri Besar selaku pengerusi PKNP gagal. Itu dia nak. Tapi tidak akan berlaku kerana saya tunjuk saya nak jelas harini. Ini adalah bukti bahawa inilah bukti bahawa PKNP dah terbukti ketua audit dah berikan PKNP pengurusan tata kelola bersih, bersih dan juga menjana keuntungan membantu kerajaan negeri dan juga saudara sekalian. Apa Dato’ Speaker semalam, ketua pembangkang sama juga katakan tak bantu langsung Kerajaan Negeri? Apa bantuan apa sumbangan kepada negeri kita nak jelaskan…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker saya nak rujuk kepada peraturan…

Yang di-Pertua

Ya, peraturan berapa?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya nak merujuk kepada 41(3)(a) seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapan. Saya nak minta Hulu Kinta tarik balik kenyataan yang saya untuk persepsi mengatakan bahawa saya nak mengatakan…

Yang di-Pertua

Sekejap sekejap. Berapa…berapa Adun…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ya.

Yang di-Pertua

Berapa tadi…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

41(3)(a) seorang ahli…

Yang di-Pertua

Tak ada….Tak ada. 41(3)(a) dia ada 41 ada (a) (b) saja.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Eh 40…40… 40(3)(a) minta maaf. 40(3)(a).

Yang di-Pertua

Apa dia? 40 (3) (a)

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tadi dia sebut mengatakan saya mengatakan bahawa PKNP gagal sepanjang ingatan saya dan saya minta kita rujuk balik kepada hansard yang saya bercakap. Not even one-word yang saya bercakap PKNP gagal, jadi saya mintak dalam Dewan yang mulia ni dia tarik balik.

Ok…ok dah…dah…dah ok…ok.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tarik balik perenggan 11.

Ok…ok saya akan jawab saya jawab saya tak kan tarik. Sebab apa? Langsung tak faham. Saya kata persepsi penghujah hujah ketua pembangkang memberi persepsi seolah olah PKNP gagal faham persepsi. Bukan saya kata gagal terus cakap faham tak faham. Apa benda ni buang masa saya ni.

Jangan main politik, persepsi…

Ok, takpa.

Yang gagal tu Gunong Semanggol.

Ya betul, persepsi memang persepsi. Cara semalam saya nak sebut ni…

Yang di-Pertua

Boleh la tu dia bagi cakap macam tu, boleh laa tu.

Duduk…duduk. Saya dah maklum dah saya jelas saya jelas dengan Hulu Kinta jangan buang masa. Memang tak sangkut ok soal…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Persepsi yang salahlah tu.

Masalah yang semalam yang kedua ketua pembangkang sebut. Dia kata apa manfaat kepada kerajaan negeri. Sumbangan kepada Kerajaan Negeri? Saya nak maklumkan 162 projek ya, projek yang sedang melaksanakan komuniti berimpak tinggi, contohnya masjid, surau, dewan orang ramai, gelanggang futsal bernilai lebih kurang RM74 juta sumbangan daripada PKNP kepada Negeri Perak, rakyat Perak saudara sekalian. Bukan itu sahaja contohnya tajaan apa inisiatif seperti tuisyen Cikgu Saarani. Siapa yang taja? Siapa yang berikan? Adalah daripada PKNP Berapa ribu pelajar telah manfaat melalui inisiatif Cikgu Saarani. Tuisyen Cikgu Saarani di seluruh Perak bukan itu akan dapat manfaat. Itu bukan nampak sumbangan itu bukan kejayaan. Ini masalahnya. Maka saudara sekalian saya nak maklumkan. Masalahnya parti ketua pembangkang ni saya nak bagi sebut contoh saya suka buat perbandingan. Kita ni nampak ni, ini juga Ketua Audit punya report. Saya nak jelaskan soal Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu. Contoh, contoh lah untuk ni lah saya nak minta ketua pembangkang bagi betulkan negeri, negeri sendiri dulu la Ya. Negeri yang diperintah oleh parti sendiri, contohnya di sini, jelas dia, kata ok. Penemuan ketua utama audit yang perlu beri diberi perhatian adalah seperti berikut.

Dengar eh, pajakan tidak dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan dalam perjanjian menyebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu kehilangan hasil yang dianggarkan berjumlah RM78.1 juta, 1 juta, maknanya hampir RM78 juta dimaklumkan dan juga ni ni ni nampak tak Ketua Pembangkang kelemahan dalam perjanjian projek usahasama menyebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu menanggung kerugian dalam pelaburan berjumlah RM203.07 juta, bentuk faedah dan pinjaman bank dalam tempoh 15 tahun. Ini jelas, ini jelas, ini jelas ada unsur-unsur rasuah. Ini orang panggil bukan tatakelola tata ke laut. Faham tak? Ini tak pernah. Ketua Audit tak pernah melihat perkara perkara begini dalam PKNP Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Tapi yang lebih teruknya Terengganu. Itu saya kata tadi apa YB Rungkup saya sebut tadi dalam ucapan dia sebut, dia kata apa tadi. Dia sepanjang sebagai Exco dua tahun bersama dengan Gunong Semanggol dalam pentadbiran tak pernah bangkit. Ini persoalan. Persoalan saya sekarang. Persoalan sekarang Ketua Pembangkang ni.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker tadi rulling saya minta tarik balik kenyataan yang saya mengatakan gagal. Saya mengatakan memang tugas PKNP adalah untuk menjana pendapatan.

No…no no…persepsi semalam jelas. Tadi. Persepsi semalam, Gunong Semanggol menjelaskan persepsi seolah olah PKNP gagal. Full stop. Full stop. Full stop. Saya takkan tarik. Kalau berani cabar? Tiada masalah. Tak ada tak ada tak ada jangan buang masa jangan buang masa.

Kinta jangan takut.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nak tanya.

Ni Benar.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Apakah Hulu Kinta setuju bahawa kerugian dan tidak ada tanggungjawab PKNP terhadap kerugian pelaburan MAPS, adakah Hulu Kinta setuju?

Ok, saya nak tanya soalan balik lah.

Yang di-Pertua

Sekejap sekejap sekejap, sekejap Hulu Kinta. Tapi tadi dia dah bagi ikut standing order. Speaker buat rulling, dia telah jelaskan bahawa dia kata memberikan persepsi. Jadi dia bukan tak kata dia tak kata secara langsung. Jadi saya agree on that lah.

Ok. Masalahnya tolong dengar lah dengar. Orang tengah cakap ni sembang orang lain masalah. Maknanya Ketua Pembangkang, ok mana, soal tadi. Tadi YB Rungkup sebut-sebut tadilah, pentadbiran, sepanjang 2 tahun sebagai Exco, ada kedudukan, ada kuasa. Masa tu ternampak, satu perkataan pun dia tak sebut. Apa usaha Gunong Semanggol untuk perbaiki ataupun menyuara perkara tu, ada tak. Tak pernah. Ini menunjukkan bahawa bila ada jawatan seolah macam penjilatlah, penjilat, cuba sebut terang, penjilat. Sebab apa? Kerana ada jawatan senyap, ada jawatan, buta, ada jawatan jadi apa, pekak? Bila berjawatan sebagai Pembangkang berkokok dalam sidang Dun ni saudara sekalian. Ini kita persoal. Maksud saya kenapa double standard? Kenapa tidak fikirkan, ada jawatan apa semacam, tak ada jawatan semacam? Ini persoalan. Saya soal bukan saya nak apa.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Oleh lagi kita. Oleh sebab mention sangat banyak

Dasar dan prinsip. Ini soal dasar dan prinsip. Saya tak saya tak attack secara personal ataupun tidak. Ini soal dasar dan prinsip seorang apa pemimpin, jelaskan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Oleh sebab nama saya disebut banyak kali jadi kita kawan-kawan. Jadi kita kena sebutlah. Isu, isu MAPS ini dibangkitkan oleh sahabat-sahabat sebelah sana dengan lantang sekali. Apakah setelah berada di sebelah mana dok diam lagi, kenyang macam tu juga?

Persepsi lah tu.

Kita dah sebut, kita dah sebut MAPS. Saya jawap…saya jawab…saya jawab…saja jawab…saya jawab…saya jawab…saya jawab…saya jawab…saya jawab.

Dia pun penjilat juga kot.

Saya jawab saya jawab saya jawab saya jawab. Duduk. Sekarang ni soal PKNP. Dalam PKNP tu salah satunya yang perkara bangkit adalah MAPS. MAPS kita tunggu Forensic Report ok saya setuju. Yang kata kena bayar RM200 ribu tu utamakan saya. Tiada masalah. Tu tiada masalah. Saya menyoal tadi, keseluruhan semalam langsung tidak sebut keberjayaan keuntungan yang dicapai oleh PKNP. Itu persoalannya. Selesai. Dan jugak yang terakhir soal PKNP. Saya nak saya nak pergi ke topik lain ya. Yang terakhir sebelum saya pergi topik lain. Saya nak jelaskan kat sini. Ini adalah bukti-bukti bahawa Ketua Audit telah keluarkan sijil bersih kepada PKNP. Ini menunjukkan PKNP tidak gagal, malah berjaya tatakelola yang terbaik di Negeri Perak yang dipimpin pengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ini jelas, ok.

Ok, seterusnya kita pergi soal bonus…bonus. Pun saya nak buat perbandingan. Kena buat perbandingan, baru kita tahu, betapa susahnya Negeri Perak ni. Apa Dato' Speaker dan seluruh pegawai-pegawai. Bukan mudah, saya dah sebut. Mungkin melihat MB dah apa announce dua bulan apa bonus kepada penjawat awam. Adakah mudah? Bukan perkara mudah? Saya jelaskan sebab apa dia implikasi kewangan yang besar dan juga contohnya bila kita nak tahu apa-apa sejauh mana apa Menteri Besar beri keutamaan meraikan penjawat awam. Kerajaan perpaduan ni meraikan apa penjawat awam ni apabila kita buat perbandingan dengan negeri-negeri lain. Seperti saya sebut tadi, kita pergi ke negeri Kelantan. Baru-baru ni negeri Kelantan telah mentablekan soal Belanjawan di negeri Kelantan. Tahu berapa bonus diorang bagi? Tahu berapa bonus Dato' Speaker tahu tak? RM500…RM500…RM500. Bayangkan apa pegawai-pegawai Kerajaan sepertimana apa Ketua Pembangkang sebut, oh kalau tak mampu, serah pada kami. Bayangkan kalau orang-orang begini memerintah Kerajaan Negeri Perak, bayangkan tuan-tuan dapat RM500 sahaja.

Kerajaan Perpaduan hari ni stabil kita bagi dua bulan gaji ya. Maknanya, maknanya kita lihat itu soal Kelantan. Kita pergi Terengganu. Kita pergi Terengganu. Terengganu, bajet dia lebih besar daripada Perak. Lebih besar. Dengar tak. Ketua Pembangkang lebih besar. Maka, tahu tak apa itu bonus. Siapa boleh jawab? Saya jawab ke. Saya boleh jawab ke. Berapa bonus? Tak umum? Tak umum? Pelik Tuan Tuan. Pelik Dato' Speaker. Dalam belanjawan kebiasaannya bila sampai belanjawan dah ada keputusan. Menjelaskan boleh atau tak boleh. Menteri Besar jawab, dia akan melihat dan maklumkan kemudian. Ini rupanya bajet besar daripada Negeri Perak. Itu saya kata bukan mudah. Dia kata apa alasan diberi oleh Kelantan dan Terengganu. Mereka kata, menteri-menteri besar kata ini implikasi kewangan yang besar. Kita kena fikir balik, kita kena fikir nak bagi berapa. Nampak. Memang besar tapi Kerajaan Perpaduan Negeri Perak di pimpin Yang Amat Berhormat Dato' apa, Cikgu Saarani bagi keutamaan meraikan. Inilah betul-betul Kerajaan yang meraikan, yang beri keutamaan kepada penjawat awam di Negeri Perak saudara sekalian.

Seterusnya kita fikir soal peruntukan kepada agama Islam. Saya nak menyentuh kerana kita nampak tahun ni bajet perbelanjaan apa Jabatan Agama Islam meningkat. Contohnya, keseluruhan diberikan RM111.9 juta keseluruhan iaitu peningkatan mencecah RM9.3 juta. Maknanya ini menunjukkan apa. Ini menunjukkan sepertimana kita lihat di luar, sepertimana kita lihat di luar diwar-warkan oleh Pembangkang bahawa ohh kalau Kerajaan Perpaduan ini kekal, habis Islam. Kerajaan Perpaduan ini kekal hapus apa, hapus hak orang Islam dan Melayu? Saudara sekalian, kita lihat, kita Kerajaan Perpaduan ini Kerajaan Perpaduan ini, kita nampak peningkatan kepada Jabatan Agama Islam ini menunjukkan apa saudara sekalian Dato' Speaker, ini menunjukkan jelas, teras yang dipegang jelas oleh Kerajaan Negeri Perak, Melayu Islam diutamakan di Negeri Perak saudara sekalian.

Itu satu. Kedua. Yang…Yang… …Yang soal apa untuk demi kepentingan ummah, pembangunan ummah dan syiar Islam. Dan juga pada masa yang sama, adakah Kerajaan Negeri Perak ini hanya kita saya kata teras kita pegangan Melayu Islam selesai. Pada masa yang sama, adakah apa masyarakat Cina, masyarakat India, masyarakat lain diabaikan. Tidak tidak tidak. Diutamakan juga. Contohnya kita nak sebutkan bantuan HEBI bantuan HEBI di Negeri Perak ni. Tahun lepas dapat RM10 juta untuk masyarakat Cina, masyarakat India dan berbagai suku masyarakat lain. Tapi tahun ni ada peningkatan kepada RM12 juta kepada Hal Ehwal Bukan Islam kepada masyarakat Cina dan masyarakat India. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan menjaga kebajikan seluruh rakyat Negeri Perak tak kira kaum dan bangsa. Dato' Speaker. Seterusnya soal pinjaman perumahan. Dato' Speaker tolong sambung masa sikit.

Yang di-Pertua

Berapa lama masa nak lagi ni?

Entah sampai habis lah.

Yang di-Pertua

Ye lah kan masa dah habis dah ni.

Sampai sampai habis berucap.

Yang di-Pertua

5 minit lagi, 5 minit lagi.

Tak kesian lah. Hulu Kinta memang tak pakai teks pakai ni ja. So, soal apa pinjaman perumahan Perakku Prihatin. Kita nampak dalam muka surat 16. Muka surat 16. Apa…memang sekarang ni rata-rata anak-anak muda, B40, ramai yang sekarang ni nak dapatkan rumah ni payah. Saya difahamkan pinjaman bank sekarang pun telah diketatkan. Bukan mudah sekarang ni. Banyak ditolak dan sebagainya. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah umumkan RM5 juta untuk pelaksanaan Program Pinjaman Rumah Perakku Prihatin. Tapi saya mohon apa... apa kerajaan Yang Amat Berhormat Cikgu, kalau boleh kita meningkatkan sedikit apa… peruntukan untuk pinjaman khusus untuk pinjaman Rumah Perakku Prihatin ini kerana kita nampak angka yang akan terima manfaat ni…kalau banding seluruh Perak ikut kedudukan, apa…angka penduduk ni, kita nampak masih tak cukup lagi. Kalau tidak tahun ni harap tahun depan kita boleh apa…meningkatkan dan seterusnya soal bantuan-bantuan ataupun peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Muka Surat 8. Muka Surat 8 ni kita nampak…dimaklumkan bahawa 500 projek kepada Negeri Perak di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Ke-12 telah diluluskan dibawa.

Bermakna daripada jumlah tu sebanyak 6 daripada 10 projek keutamaan yang Negeri Perak diangkat telah diluluskan, dilaksanakan mulai tahun 2025. Ini penting kerana apa saya nampak…saya apa…saya akan bacakan satu yang yang telah lulus sebanyak tujuh projek yang telah…enam projek yang telah dapat kelulusan dan akan dilaksanakan pada tahun depan adalah RM1.7 bilion bagi projek penyaluran air dari Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan utara Negeri Perak. Satu. Kedua, RM253.4 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah, Daerah Kerian, Kerian dan seterusnya RM108.0 juta bagi (RTB) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta Fasa II, Kampar dan juga RM52.9 juta bagi pembinaan baharu Klinik Kesihatan dengan kuarters, Chemor. Maknanya dalam kawasan saya ni, kawasan Hulu Kinta ni dapat RM52.9 juta dan jugak RM100 juta bagi pembinaan baru Sekolah Menengah Kebangsaan Meru Raya dan juga RM92 juta kepada bagi pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Botani.

Maknanya saudara sekalian, saya mengambil kesempatan ini mewakili Adun-Adun di Negeri Perak ni mengucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, PMX10 kerana beliau mewakili Negeri Perak. Daripada negeri Perak menjadi Perdana Menteri, beliau membantu Negeri Perak. Kita nampak 500 projek telah disenaraikan. Daripada enam itu telah diluluskan. Akan dilaksanakan pada tahun 2025. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kami ucap terima kasih kerana demi kepentingan Negeri Perak dan juga Yang Amat Berhormat Cikgu Saarani di mana ada hubungan yang baik dengan Persekutuan bukan macam negeri-negeri lain yang maki hamun, yang depa lupakan soal kebajikan rakyat. Menteri Besar kita, fikirkan soal kebajikan rakyat, ada hubungan baik…apa membawa banyak apa…peruntukan daripada Persekutuan ke Negeri Perak. Itu kita dah jelaskan dan juga seterusnya kepada… ya lah masa. So, maknanya kita…oleh kerana masa dah habis, saya tak nak ni…kerana ada banyak lagi ni, saya nak hormati…sebab saya nampak lihat semalam sampai malam ya perbahasan. Saya tak nak menyusahkan orang lain, maka saya nak berhentikan.

Sebelum itu saya nak maklumkan bahawa kita rakyat Negeri Perak, penjawat-penjawat awam, melihat perbezaan dulu dan sekarang. Kita nampak kerajaan Perak, Kerajaan Perak kita surplus berturut-turut, bertambah lagi. Saya buat perbandingan balik soal surplus ni. Jadi Kelantan dengan Terengganu, ulang apa lagi Kedah contoh. Terengganu hampir RM92 juta defisit…apa…Kedah hampir RM100 juta defisit. Kita, kita surplus. Ini menunjukkan apa…yang penting stabilized. Kerajaan dah stabilized. Satu. Kedua, pelaburan masuk. Bermakna dapat pekerjaan lebih. Ketiga, yang paling tinggi. Walaupun…walaupun…walaupun…apa…Menteri Besar kita, Kerajaan Perpaduan ni berikan banyak manfaat, hari ini telah umumkan, tapi kena ingat. Kena ingat. Kita bagi satu soal. Kita bagi sumbangan kebajikan, satu soal lain. Tapi pada masa yang sama, kalau berlaku ketirisan, kalau berlaku rasuah, tak gunanya kita bagi sumbangan saudara sekalian.

Oleh kerana itu, ini membuktikan negeri Perak surplus berturut-turut kalau banding dengan negeri lain defisit khususnya Kedah dan Kelantan, kita jauh lebih baik, menunjukkan bahawa kita tidak ketirisan. Kita lawan rasuah bersungguh-sungguh di Negeri Perak dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, saudara sekalian. Ini adalah terbuktinya lah fakta. Maka bayangkan saya sebut tadi. Semalam, dua ke tak silap. Dua kali dia sebut bagilah kami memerintah, kami nak memerintah. Hah nak…nak…nak buat apa? Memerintah ni nak buat macam defisit di Kelantan dengan Kedah. Bagi memerintah. Nak bagi apa…ketirisan macam Perbadanan Kemajuan kerana ada unsur-unsur rasuah atau nak bagi pemerintah ni nak bagi bonus RM500 atau bagi RM300 ataupun kita tengok contohnya baru-baru ni banjir. Kesian mangsa-mangsa banjir di Kelantan, hampir lebih 100 ribu. Badan-badan pemantau memaklumkan salah satu faktor utama penyebab banjir kilat yang paling teruk dalam sejarah ni adalah kerana urus tadbir yang gagal di Kelantan. Kerana apa, pembalakan berleluasan. Pembalakan berleluasan. Bayangkan kalau parti-parti ni memerintah negeri Perak, botak terus bukit-bukit kita. Gadaikan sedikit…

Tuan Speaker, laluan.

Yang di-Pertua

Kejap lagi lah.

Dia akan berikan, dia akan berikan, dia akan berikan apa…balak-balak ni kepada tokey-tokey sampai dia tak pedulikan rakyat…

Jangan sombong. Jangan sombong sangat takut Kinta kena teruk nanti.

Rakyat dijadikan mangsa. Rakyat Negeri Perak akan jadi mangsa sepertimana yang jadi mangsa 100 ribu lebih di Kelantan.

Yang di-Pertua

Ok.

Landing, landing, landing, landing.

Maka apa…. Dato’ Speaker… minta maaf lah...

Landing, landing...tak mau dengar dah…tak mau dengar...

Kesombongan. Ucapan berlagak. Ucapan yang tanpa fakta. Tuduhan yang sangat berat.

Duduk, duduk. Jangan takut. Duduk. Dengar saja Hulu Kinta. Duduk.

Dan juga negeri yang lain.

Ucapan takbur. Sombong.

Cuma nak mengelirukan Dewan.

Yang di-Pertua

Ok, ok, ok, ok.

Sudahlah. Duduklah. Jangan takbur. Femomena alam ni jangan takbur. Bertaubat.

Haa…kamu hina Kelantan.

Selama, duduk. You bukan Speaker. Duduk.

Apa yang berlaku di Kelantan...

Selama, duduk.

Yang di-Pertua

Ending.

Eh dia hina Kelantan. Dia hina. Sedangkan apa pun.… rakyat…netizen rakyat semua mohon berdoa untuk Kelantan…ini musibah… tarik balik…

Royalti tak bagi...royalti Terengganu tak bagi.

Tidak ada kaitan… salah...

Yang di-Pertua

Sudah, sudah.

Daripada awal dia hina rakan rakan kita di sana.

Isu rakyat tempatan tak ada.

Kesian rakyat...hina kerajaan... macam…

Yang di-Pertua

Dah…dah…dah…. Ok, semua duduk. Semua duduk. Dah…dah…Selama…Ok, bagi Hulu Kinta landing. Bagi dia simpulkan. Ok…Ok. Selama...Ok…ok… dah...dah...dah. Ok, semua duduk. Ini rulling Speaker. Duduk. Selama duduk dah. That’s it. Hulu Kinta, end your speech. Dah… dah…duduk. Yang lain duduk. Semua duduk. Semua duduk... okey Hulu Kinta end your speech now.

Selama jangan manipulasi ucapan.

Yang di-Pertua

Selama, saya mintak dia habiskan speech dia sekarang. Duduk. Selama, duduk.

Orang yang buat bandingan dengan fakta kata politik...

Yang di-Pertua

Hulu Kinta, just simpulkan. Selama, duduk. Seat. Landing sekarang. Simpulkan. That’s it.

Tadi saya dah sebut dah kesian pada rakyat. Kita sama….

Yang di-Pertua

Selama, duduk... Saya tau…saya suruh dia simpulkan dah.

Rakyat kesian saya dah sebut tadi. Ini salah urus tadbir. Itu saja. Selesai.

Tak habis lagi?

Dah duduk… duduk… duduk… saya dah jelas tadi.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Selama you bukan Speaker.

Ini politik lama. Bila ucapan buat manipulasi kata rakyat

Tak habis lagi tak landing lagi.

Jangan tak tahu. Jangan…jangan.

Lebih daripada 20 minit.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Yang bawa politik lama tu kamu.

Duduk… duduk… duduk. Siapa nak ucap bangun jangan duduk ucap. Siapa ucap tadi bangun.

Yang di-Pertua

Dah dah dah. Sekarang Selama, you sit down. Semua duduk. Hulu Kinta kalau you tak landing sekarang tak simpulkan saya stop je.

Macam mana nak landing apa? Buat kacau je macam mana pula ni. Ok saya jelas senang sahaja dah sebut tadi. Kita buat bandingan dan jelas bahawa secara mudahnya Kerajaan Perpaduan Negeri Perak memang tadbir urus yang baik, tatakelola yang dengan baik dalam landasan yang betul ke arah memajukan Negeri Perak. Sekian Wabillahi Taufiq Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Warrahmatullah Hiwabarakatullah. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Hulu Kinta. Walaupun masa terbabas banyak. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taa’la Wabarakatuh. Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu ala rasulillah. Ashaduallah Ilaha illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadan Abduhu wa Rasul. Terima kasih pada Dato' Yang di-Pertua, terima kasih pada Yang Berhormat, terima kasih pada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Negeri Perak, Yang Berhormat Pembangkang Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir pada hari ini, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Bentara Dewan, petugas-petugas media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Dato' Yang di-Pertua sebelum meneruskan perbahasan ini Manjoi ingin mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih merakamkan ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfurllah sempena ulang tahun hari keputeraan baginda pada 1 November 2024 yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Seterusnya majlis menzahirkan kesyukuran kepada Allah

Subhana Wata'ala dan mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2025 ini bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera yang dibentangkan pada 29 Disember 2024 yang lalu. Manjoi mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 billion peningkatan RM170 juta berbanding tahun lalu menjadikan ia belanjawan terbesar yang pernah dibentangkan. Ucapan tahniah juga dipanjangkan kepada seluruh anggota jentera kerajaan yang diganjarkan dengan dua bulan gaji seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai penghargaan ke atas pengorbanan kalian disepanjang tahun 2024. Saya mendoakan semoga kalian lebih cemerlang pada tahun-tahun yang mendatang. In shaa Allah.

Manjoi ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Bandar Ipoh dan semua jabatan di dalam Majlis Bandaraya Ipoh. Terima kasih juga kepada Pegawai Daerah Kinta dan semua agensi-agensi kerajaan yang berada dalam daerah Kinta kerana telah bertungkus lumus membantu rakyat yang dilanda banjir atau pun musibah banjir ini di Daerah Kinta dan di bandar Ipoh kita ini baru-baru ini. Manjoi juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada anak-anak kita, kepada adik-adik kita, kepada pelajar-pelajar yang sedang mengambil SPM pada tahun ini. Saya mendoakan agar semua calon-calon SPM berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang sangat penting ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa musibah banjir khususnya di Pantai Timur dan seluruh negara. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga mereka yang ditimpa musibah yang sangat besar ini.

Manjoi tidak akan membawa pendekatan Hulu Kinta dalam perbahasan pada kali ini dengan penuh permainan persepsi dan juga sangka buruk yang tidak baik kepada banyak pihak. Semoga rakan saya Hulu Kinta mengambil iktibar ini dan melihat bagaimanakah cara perbahasan yang lebih konkrit dan lebih baik dalam kita membawa suara rakyat dalam Dewan ini. Bagi kesejahteraan rakyat berkaitan kemiskinan, sosial perumahan, modal insan, kemahiran TVET dan lain-lain, saya mengamati buku Belanjawan 2025 ini saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri memastikan pertama penyaluran peruntukan bajet tersebut mesti sampai kepada golongan sasar. Kedua perbelanjaan peruntukan dari segi konteks agihan dalam memastikan Perak Makmur dan Rakyat Sejahtera dirasai oleh seluruh rakyat di negeri kita. Ketiga pendekatan kecekapan dan penekanan pelaksanaan oleh agensi yang diamanahkan itu seiring dengan matlamat kesejahteraan rakyat terlaksana dalam negeri kita. Keempat konsep kemakmuran bersama dengan tiada yang tertinggal dan terpinggir tanpa mengira lapisan masyarakat benar-benar diadaptasi dalam Belanjawan Negeri 2025 ini. Kelima, menterjemahkan perolehan hasil negeri yang meningkat dan perbelanjaan yang tinggi disediakan dapat mengurangkan kos hidup rakyat dalam memahami istilah kesejahteraan rakyat yang ingin kita laksanakan. 5 ini saya rangkumkan dalam bacaan saya terhadap buku belanjawan ini supaya betul-betul sampai kepada rakyat yang kita kasihi.

Mudarat rasuah. Saya mulakan perbahasan ini dengan mengungkap satu hadis Nabi Sallallahu'alaihi wasallam and rasulullahi sallallahu alaih wasallam arose wal murtashi. Nabi Al-Salam Rasulullah sallallahu alaih wa salam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. Saya sengaja mulakan perbahasan ini untuk menekankan perkara yang berkait dengan rasuah. Ini disebabkan buku belanjawan yang tercatat di dalamnya ini hanyalah angka sahaja. Perlu diingat yang akan sampai kepada rakyat bukanlah pada angka itu tetapi yang rakyat nantikan adalah perkara yang betul-betul boleh dirasai manfaatnya kepada semua rakyat. Di antara perkara-perkara yang boleh menghalang angka yang besar ini sampai dengan kualiti yang baik kepada rakyat adalah akibat daripada ketirisan yang berlaku. Saya petik daripada apa yang disebut oleh Ketua Pengarah SPRM. Dianggarkan RM277 bilion hilang gara-gara rasuah dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Dato' Speaker yang saya kasihi saya sengaja menyebutkan perkara ini supaya kita saling ingat memperingati sesama kita kerana yang berada dalam Dewan yang mulia ini adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat. Masing-masing kita memegang amanah yang besar dan pastinya beradanya kita di sini bukan untuk mengumpulkan kekayaan peribadi tetapi adalah bagaimana untuk kita menyampaikan tugas kita bagi membantu rakyat. Allah menyatakan dalam al-Quran, Surah Al-Ahzab pada ayat ke 72 yg bermaksud, sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya kerana sangat berat amanah itu. Lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.

Sepertimana yang saya sebutkan di awal tadi sebagai landasan untuk kita sama-sama mengenalpasti bahawa tugas kita ialah bagaimana untuk kita mengurus angka yang disebutkan lebih daripada RM1 bilion ini dengan pelbagai kemudahan insentif yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita mesti diurus dengan baik dan telus sehinggalah tidak berlaku ketirisan, tidak berlaku salahguna kuasa, tidak berlaku sebarang rasuah dalam negeri kita. Mewakili suara rakyat saya mengharapkan agar apa yang tercatat di dalam buku belanjawan ini diterjemahkan dengan hasil kerja yang berkualiti yang dapat dirasai oleh rakyat. Sebab itulah Dato' Speaker dan Ahli Dewan yang mulia apabila disebut soal duit, soal belanjawan perkara ini mestilah disaluti dengan iman sebab di situ akan ada pertimbangan dosa dan pahala, akan ada balasan baik dan akan ada balasan buruk mungkin tidak berlaku pada hari ini kepada kita tetapi ingatlah balasan Allah yang sangat nyata akan diberikan kepada orang yang telah menyalahgunakan kuasa yang dipinjamkan kepada mereka. Semoga apa yang dinyatakan ini dapat menghalang daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah di dalam Negeri Perak yang kita cintai ini. Ketiga, Manjoi ingin menyebut tentang isu yang sangat penting kepada Manjoi dan kepada rakyat di dalam Daerah Kinta ini khususnya. Satu cadangan penambahbaikan dan juga satu lontaran yang baik mudah-mudahan untuk kita saling mencari solusi yang baik kepada rakyat. Isu cukai taksiran dalam satu perkataan saya simpulkan, adil dan ehsan.

Tuan Yang di-Pertua, Manjoi ingin menarik perhatian Dewan dengan isu cukai taksiran yang berlaku di sekitar bandar Ipoh ini dan saya sebut khusus di Dun Manjoi dan seluruh di kawasan di bawah seliaan di dalam bandar Ipoh ini. Pusat Khidmat Adun Manjoi menerima banyak aduan dan keluhan masyarakat tentang kenaikan mendadak cukai taksiran yang baharu yang telah pun dicadangkan ini. Manjoi akui akan dan memahami bahawa nilaian baharu ini dibuat kerana sudah 42 tahun penilaian tidak dibuat dan PBT perlu melaksanakannya agar ianya kelihatan praktikal dan tidak melanggar tatakelola yang sebenar. Manjoi juga akui dan memahami PBT perlu mempunyai kewangan yang kukuh dan memberi khidmat yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Itu sangat-sangat diakui dalam mengimbangi keperluan PBT dan keresahan rakyat tentang kenaikan cukai taksiran secara mendadak ini, Manjoi ingin menyarankan agar penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat. Manjoi juga melihat atau pun mengamati pandangan pihak Menteri KPKT. Beliau juga mencadangkan supaya kenaikan cukai dilakukan secara beransur-ansur dan mengambilkira kadar inflasi semasa sebagaimana yang dilakukan oleh Pulau Pinang dan ianya disambut baik oleh masyarakat. Manjoi bersetuju dengan kaedah ini, ianya lebih kelihatan adil untuk masyarakat.

Berdasarkan laporan dari pihak National Property Information Center atau pun singkatan NAPIC lain kenaikan sewaan hartanah di Ipoh secara purata naik sekitar lima (5) tahun sekali sebanyak lima (5) hingga dua belas (12) peratus. Jika dikira secara kumulatif, kadar kenaikan ini tidak akan mencapai 300 hingga 500% untuk 42 tahun. Maka Manjoi mencadangkan penilaian baru ini dikaji semula dengan kiraan telus dan jelas agar ianya adil dan kelihatan adil oleh masyarakat. Walaupun kadar telah diturunkan dari 16.5% kepada 9%, Manjoi melihat penurunan ini tidak stabil dengan kenaikan penilaian tahunan naik tiga (3) hingga lima (5) kali ganda. Manjoi mencadangkan agar Manjoi mencadangkan kadar juga dibahagi tiga (3) dari 16.5% kepada jika boleh kepada 5.5% sahaja. Ini cadangan Manjoi untuk pertimbangan Kerajaan Negeri dan ini akan seimbangkan formula pengiraan cukai taksiran, malah nilai kadar ini In shaa Allah akan menjadikan kadar cukai yang setanding dengan majlis bandaraya lain ditambah lagi faktor pendapatan isi rumah di Perak yang jauh lebih rendah berbanding negeri lain yang lebih maju yang mengenakan kadar cukai yang lebih rendah. Maka seharusnya pihak kerajaan negeri memandang hal ini secara ihsan kepada rakyat di Bandaraya Ipoh ini yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah. Dato' Tuan Yang di-Pertua…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Manjoi, Alor Pongsu celah sikit ya. Setujukah Manjoi dengan dapatan oleh Jabatan Perangkaan bukan soal miskin atau kaya. Kinta, Manjoi Kinta kan? Naik cukai pintu semua. Sekarang ni yang penting adalah keselesaan hidup sesebuah keluarga. Bila naik cukai pintu secara mendadak macam ini, itu yang menyebabkan Kinta dikategorikan sebagai kawasan yang paling tak selesa di Negeri Perak ni. Setuju tak?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Manjoi minta dulu, boleh rumus sekali ya. Ya terima kasih bagi peluang. Manjoi, Manjoi setuju tak dengan keadaan ekonomi yang ada dalam pentadbiran kerajaan sekarang ini dengan ada sasaran subsidi minyak dan juga penarikan dengan beras tempatan tak ada ni bebanan rakyat begitu tertekan sekali. Pendapatan tak boleh menanggung keperluan dan kalau Manjoi setuju, kita cadangkan kepada kerajaan sebarang cukai berkenaan cukai yang boleh menambah beban rakyat kita tangguhkan dahulu sehingga bertukarnya kerajaan yang ada sekarang. Boleh Manjoi?

Terima kasih kepada Alor Pongsu dan Semanggol. Speaker masukkan kedua-dua ucapan yang baik ini dalam ucapan Manjoi. Dato’ Yang di-Pertua, hasil maklum balas yang diterima oleh Manjoi daripada pemilik hartanah yang berbilang kaum, maksudnya bukan hanya orang Melayu bahkan dalam pejabat saya, saya juga bertemu dengan masyarakat India daripada Cina dan berbagai bangsa yang kami bertemu berdialog dan juga berbincang dan juga pelbagai peringkat umur. Masih ramai di kalangan masyarakat tidak tahu tentang cadangan nilaian baharu yang hendak dilaksanakan ini. Malah, mereka tidak tahu cara mengira cukai taksiran dan cara membuat bantahan. Ditambah lagi bantahan perlu dibuat secara bertulis dan dihantar ke pejabat PBT dalam tempoh ditetapkan. Maka siapa yang sepatutnya memberi kesedaran dan bantuan kepada masyarakat terutama golongan tua yang tidak tahu menulis surat dan sebagainya. Saya fikir perkara ini juga akan ada Adun daripada Dun Bandar Ipoh ini, jika antara benda yang paling banyak kita bantu orang tua yang mereka tidak kadang-kadang mereka memerlukan bantuan yang lebih daripada kita. Perkara ini saya rasai sendiri di dalam kawasan Dun saya. Manjoi mengambil kesempatan untuk memuji individu-individu dan juga pihak-pihak tertentu, NGO-NGO yang membantu ahli masyarakat memahami isu cukai taksiran ini dan membantu mereka menyampaikan suara bantahan masyarakat kepada PBT sebagaimana dibenarkan di dalam undang-undang dan Manjoi juga mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak MBI, Datuk Bandar dan juga pasukan kerja, kepada Ahli-ahli Majlis yang saya kira banyak membantu masyarakat untuk memastikan supaya masyarakat faham dan memahami isu yang sedang berlaku di dalam kawasan kita ketika ini. Terima kasih pada semua pihak yang telah banyak memahamkan masyarakat kita.

Namun di sini Manjoi ingin mencadangkan beberapa perkara untuk menambahbaik sistem penyampaian maklumat oleh PBT bagi memudahkan urusan masyarakat. Pertama menggantung banner maklumat notis nilaian baharu di setiap taman perumahan. Ya mungkin ada tetapi ia tidak menyeluruh. Ada juga taman-taman yang saya pergi ia tidak ada notis tersebut dan orang bangkitkan perkara tersebut. Saya sebut ini ialah saya turun ke padang dan saya cuba buat kajian. Apakah macamana kita nak pastikan rakyat tahu tentang apa yang sedang dibuat oleh kerajaan? Kedua membuat sesi penerangan dan hari bertemu pelanggan di setiap kawasan perumahan. Ini mungkin dalam tindakan MBI. Ketiga menulis alamat emel di dalam notis senarai nilaian baharu bagi memudahkan masyarakat membuat bantahan secara dalam talian juga boleh dibuat dicadangkan begitu lebih baik. Menambah view, follower dan subscriber dengan izin di sosial media kita supaya sosial media kita menjadi tarikan perhatian supaya rakyat betul-betul boleh follow perkembangan terkini pihak PBT kita di setiap daerah dan membuat sesi pendengaran bantahan di hujung minggu agar lebih ramai berpeluang hadir dan sertai. Kadang-kadang hari bekerja ni macam hari ni tuan-tuan tak semua orang boleh datang dialog tersebut. Jadi dicadangkan kita pilih hari hujung minggu untuk kita buat sesi pendengaran dengan masyarakat dan keenam melanjutkan tempoh bantahan untuk memberi peluang lebih ramai masyarakat menyuarakan bantahan.

Dato' Yang di-Pertua yang dikasihi, Manjoi suka untuk memetik perkataan Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab untuk kita renungkan dengan hati yang penuh keinsafan. Ini juga teguran untuk diri saya sendiri. Kata Saidina Umar Radhiallahu Anhu, seandainya seekor keldai seandainya seekor keldai terperosok kakinya di kota Baghdad kerana jalan yang rosak, aku sangat takut dan khuatir kerana pasti akan ditanya oleh Allah Ta'ala, mengapa Engkau tidak meratakan membaiki jalan untuknya. Tuan-tuan. Saidina Omar menyatakan beliau sangat bimbang dan takut jika ada seekor keldai saja yang lalu di jalan yang rosak, jalan yang berlubang disebabkan kita tidak betul-betul melaksanakan tangungjawab itu, maka keldai tersebut jatuh dan cedera, maka kata Saidina Omar di akhirat nanti beliau sangat bimbang jika Allah bertanya kepada diri dia, kenapa terjadi begitu? Inikan pula manusia dan masyarakat awam yang hari ini yang sedang bercakap tentang perkara ini.

Dato' Yang di-Pertua, tanpa menafikan hak PBT untuk mengambil cukai dari masyarakat, Manjoi melihat peri pentingnya juga PBT menambah baik mutu perkhidmatan kepada masyarakat sesuai dengan kadar cukai yang dibayar oleh mereka. Kalau perihal seekor keldai yang terperosok di jalan yang rosak pun akan diminta pertanggungjawaban di depan Allah Ta'ala nanti, maka bagaimana pula jika terperosok itu adalah manusia dan juga pembayar cukai. Malah ada yang tercedera dan meninggal dunia disebabkan terlanggar jalan yang berlubang yang tidak diselenggara. Maka Manjoi menginsafi bahawa perlunya Pihak Berkuasa Tempatan benar-benar membaiki mutu perkhidmatan seperti membaiki jalan yang rosak. Menyelenggara longkang, perparitan dan taman permainan, menebang pokok yang mengganggu laluan, kutipan sampah mengikut jadual dan sebagainya ini perlu dipertingkatkan kualitinya. Menutup isu cukai taksiran ini, Dato' Yang di-Pertua, Manjoi tutup dengan sepotong ayat Quran yang seiring ataupun yang sering kita dengar di dalam khutbah Jumaat, dimana Allah menyatakan dalam Surah An Hallu ayat ke 90. "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat ihsan memberi bantuan kepada kerabat dan dia melarang melakukan perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran tersebut".

Dato' Yang di-Pertua yang dikasihi, saya menyentuh sedikit isu Titah Diraja berkait dengan adil dan saksama. Manjoi memetik petikan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Kelima Belas yang bertarikh 25 Jamadil Awal 1444 bersamaan 20 Disember 2022. Pada perkara ke-7 pemimpin telah dilantik, kerajaan telah dibentuk. Mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Negeri merupakan suatu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipenuhi serta menuntut pengorbanan yang besar penuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan perlembagaan berteraskan undang-undang. Jauhi sifat sifat angkuh dan bongkak dengan tidak mengamalkan budaya yang menang-menang semua di sebaliknya hendaklah bersifat adil, mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program-program pembangunan secara saksama tanpa prejudis tanpa diskriminasi tanpa penindasan kepada mana-mana pihak kerana setiap pengundi ialah makhluk ilahi dan setiap inci bumi di negeri ini terletak di bawah naungan takhta pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak yang kita cintai.

Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan di sebaliknya dengan menjunjung semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata hendaklah berada di hati pemimpin dan sentiasa diutamakan oleh kita semua dalam Dewan ini. Berdasarkan petikan daripada Titah Diraja pada tahun pertama dan kedua ini menunjukkan bahawa Tuanku Sultan Perak sangat menitikberatkan pengagihan peruntukan dan kekayaan negeri dengan adil dan saksama kepada semua pihak. Manjoi yakin dengan sifat adil dan ihsan serta mengenali peribadi yang baik yang ada pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kita kasihi ini, beliau sekali sekali kali tidak akan melupakan semua Adun-Adun di Negeri Perak ini meski pun di pihak pembangkang. Maka saya memohon kepada pihak Yang Amat Berhormat Menteri

Besar Perak agar meneruskan pemberian peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri termasuklah pembangkang agar dapat membentuk kerjasama yang baik antara pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang. Kehadiran pembangkang di sini ialah untuk membantu Kerajaan Negeri dan bersama-sama untuk membangunkan negeri ini dengan baik dan ini antara formula yang terbaik yang ada dalam Negeri Perak yang dilihat berjalan dengan lancar dan baik sepanjang sesi ini. Dengan pengagihan peruntukan tersebut, ini dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan adil dan saksama bahkan membuktikan pihak Kerajaan Negeri sangat menjunjung tinggi Titah Tuanku Sultan yang dikasihi, disayangi oleh seluruh rakyat Perak ini.

Manjoi juga ingin menyebut berkenaan permohonan ataupun jika boleh kita menaikkan jumlah apungan tabung bencana daerah. Ini sering berlaku di setiap daerah bahkan dalam Daerah Kinta ini juga saya merasai perkara tersebut. Manjoi ingin mencadangkan berkaitan dengan Belanjawan Negeri Perak. Peruntukan sedia ada Tabung Bencana Daerah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM50 ribu. Jumlah RM50 ribu ini didapati sudah tidak sesuai lagi kerana jumlah kes bencana semakin meningkat dan menyebabkan jumlah pemberian bantuan wang ihsan semakin meningkat. Saya dimaklumkan bahawa nilai apungan RM50 ribu ini perlu direka semula dengan Pejabat Kewangan Negeri. Jika jumlah keseluruhan tuntutan bantuan wang ihsan melebihi RM50 ribu, Pejabat Daerah perlu menunggu dahulu rekrutmen dibuat dan ini menyebabkan kelewatan pembayaran bantuan wang ihsan. Justeru itu, saya mengesyorkan jumlah RM50 ribu ini dinaikkan ke RM100 ribu ataupun lebih bagi membolehkan pembayaran bantuan wang ihsan dapat disegerakan terutamanya bagi daerah yang banyak berlakunya kes bencana.

Untuk daerah Kinta ini tidak dinafikan rakan-rakan saya sini ramai daripada kita dan kita sering bertemu dengan dengan dengan DO dan juga pasukan kerja. Ini ada perkara yang sering sering ditimbulkan dan sering berlaku di kawasan kita dan mudahan perlu diambil perhatian serius daripada pihak Kerajaan Negeri. Juga fokus Manjoi sedikit lagi bagi mengakhiri ucapan saya pada pagi ini berkenaan dengan generasi muda kita. Saya fokus tentang satu satu akademi yang ada dalam di bawah Jabatan Agama Islam Negeri disebut Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN). Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak, tahniah kepada JAIPk dan juga pihak-pihak yang berkaitan, bagaimana kita telah membangunkan anak-anak kita di sekolah rendah ini. Bagi sekolah KAFA di Negeri Perak ini saya tengok jalan yang sangat sangat baik dan sangat sangat orang kata lancer dan tahniah juga Perak juga antara negeri yang telah mencapai kejayaan yang sangat tinggi dalam UPKK. Rata-rata anak-anak Perak mereka berjaya dalam UPKK straight A dan juga melepasi kadar cemerlang yang kita inginkan. Cuma isu yang penting juga Manjoi ingin sebut di sini ialah Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) merupakan program di peringkat sekolah menengah bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sukatan pelajaran AIMAN melibatkan fardu ain seperti akidah, ibadah, adab, al quran, hafazan ehsan dan kemahiran khas macam seperti mana pengucapan awam, marhaban, berzanji.

Konsep pengajian AIMAN bersifat amali. AIMAN diwujudkan bermula tahun 2018 dengan gagasan melahirkan pimpinan pemimpin dalam kalangan remaja yang boleh diketengahkan dan menjadi teras dalam masyarakat. Pelaksanaan AIMAN melibatkan kolaborasi tiga agensi. Pertama JAIPk sebagai pengelola Jabatan Pendidikan Negeri yang menyediakan prasarana AIMAN di jalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK dan juga masjid terpilih berdekatan dengan masjid. Yayasan Perak pula sebagai penaja program dan aktiviti AIMAN. AIMAN dilaksana tiga kali seminggu Isnin, Selasa dan Khamis sehari dua jam 30 minit sahaja. Antara benda yang saya nak sebut di sini supaya kita memberi perhatian sangat serius terhadap AIMAN ni. Sidang Dewan sekalian. Anak-anak kita ini ketika tingkatan satu hingga tingkatan tiga inilah yang perlu kita beri perhatian. Waktu ini mereka sedang mencari identiti diri mereka dan sebab itulah bagi saya dalam konteks ini. In shaa Allah jika AIMAN diperkasakan, jika disambut baik oleh semua pihak. jika semua daerah semua Dun yang ada Sekolah Menengah KAFA ni, saya yakin dan percaya ia boleh membendung masalah sosial yang berlaku di kawasan kita. Saya juga kelahiran dari KAFA Perak. Saya darjah 1 hingga darjah 6 Dato' Speaker di KAFA Negeri Perak ni dan saya dapat belajar Quran belajar hadis bahasa Arab dan belajar ilmu agama banyak di KAFA dan lepas itu tuan-tuan sekalian masuk tingkatan 1 di zaman saya itu tidak ada. Tapi sekarang ni sudah pun ada. Cuma perlu diperkasakan supaya anak -anak KAFA Sekolah Menengah ini dapat diberikan tumpuan. Cadangan Manjoi kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kita meningkatkan elaun sedia ada dari RM600 kepada satu amaun yang lebih munasabah dengan status semasa kepada guru-guru AIMAN kita. Kedua, dicadangkan Yayasan Perak dapat meningkatkan peruntukan sedia ada yakni RM50 ribu setahun bagi aktiviti dan program berkaitan AIMAN sesuai dengan peningkatan kos perbelanjaan semasa.

Dato' Yang di-Pertua menutup ucapan Manjoi pada pagi ini. Jika di luar sana, kita melihat ada satu booth berkenaan dengan NRREE ataupun berkenaan dengan Terra Mineral Lab yang di bawah seliaan MB Inc. Saya pun semalam saya singgah situ dan saya mendapat satu penjelasan yang detail daripada pihak pihak MB Inc dan saya juga ingin mengambil ruang ini mengucapkan jutaan tahniah kepada YAB Menteri Besar kita kerana telah memulakan langkah yang sangat drastik dan sangat baik untuk memastikan sumber yang Allah beri kepada negeri kita ini dapat dimanfaatkan dengan sempurna dan dengan baik dan pulangannya itu dikembalikan semula kepada rakyat. Kejayaan dalam industri huluan telah membuka laluan kepada Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Incorporated iaitu MB Inc ini untuk membangunkan industri sokongan unsur nadir bumi bukan radioaktif NRREE yang komprehensif iaitu Terra Mineral Lab Sendirian Berhad. Ianya merupakan sebuah makmal analisis dan NRREE komersial pertama di Malaysia. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak. Mempunyai keupayaan unggul untuk menganalisis, mengenalpasti dan menentusahkan kandungan mineral khususnya NRREE ini yang dilengkapi dengan peralatan saintifik berteknologi tinggi bertaraf antarabangsa ini disasarkan untuk menjadi sebuah makmal utama negara bagi perkhidmatan analisis mineral.

Kemudahan canggih ini membolehkan analisis mineral yang dilakukan dengan tepat dan menyeluruh. Skop perkhidmatannya lepas saya dengar pendengaran semalam dan saya buat sedikit catatan saya tidak hanya terhad kepada Negeri Perak. Ini perkara yg sangat baik malah turut diperlukan kepada pelbagai pihak berkepentingan industri dan seluruh negara. Sekaligus meletakkan Negeri Perak di peta global industri mineral. TML ini bukan sahaja menyokong pembangunan industri tetapi juga memangkin teknologi yang terbaru dan menyokong pembangunan industri dan juga memangkin kepakaran teknologi di peringkat antarabangsa dan TML ini dikendalikan oleh 15 pakar tempatan yang terdiri daripada jurutera kimia. Tahniah. Ini semua orang-orang yang perlu kita hargai, cerdik pandai yang perlu kita manfaatkan untuk kepentingan negeri kita. Ahli sains nuklear, ahli kimia kanan, ahli kimia dan penolong ahli kimia yang merupakan graduan terlatih dari universiti tempatan membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam membangunkan bakat tempatan yang kita ada. Inilah Manjoi sebut berapa kali tahu isu-isu seperti ini perlu kita berikan keutamaan kepada anak negeri dan supaya tidak berlaku dalam Negeri Perak ini.

Isu brain drain yang dibincangkan oleh kita selama ini dan projek-projek besar seperti ini yang ada di negeri kita yang disebut oleh Yang Berhormat MB dalam ucapan belanjawan itu. Kita kena lihat dan kena buka ruang dan peluang kepada anak negeri kita sendiri bagi menyumbang semula bakti mereka kepada negeri tumpah lahir atau pun tumpah darah mereka ini untuk menyumbang dengan baik kepada Kerajaan Negeri kita. Maka Dato' Yang di-Pertua yang saya dikasihi inilah isi-isi penting yang Manjoi ingin ucapkan pada pagi ini. Manjoi mengucapkan jutaan terima kasih banyak kepada Dato' Speaker kerana memberikan ruang yang luas kepada Manjoi dan terima kasih banyak kepada semua pihak. Saya minta maaf jika ada salah dan silap. Kepada semua tuan-tuan dan puan-puan yang mendengar dan jika ada yang yang salah, mohon ditegur dan kita boleh berbincang untuk kebaikan rakyat dan masa depan negeri dan juga negara kita. Maka dengan ini Manjoi menyokong Belanjawan Negeri Perak 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Assalamualaikum warahmatullahi taalawabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Manjoi yang telah menamatkan perbahasannya dan berikan menyampaikan hujah-hujahnya tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit dari sekarang.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030 Tronoh ucapkan kepada Dato Yang di-Pertua, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Kesemua Ahli Dewan Negeri Perak seluruh barisan pegawai kerajaan, para media, tuan-tuan dan puan-puan yang berada di Dewan yang mulia ini serta penonton-penonton siaran langsung yang turut bersama mengambil berat tentang perkembangan dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh jentera pentadbiran di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan kerana berjaya meningkatkan kutipan hasil negeri serta mencipta sejarah sekali lagi dengan mencapai kutipan hasil mencecah RM1 bilion seawal bulan Oktober 2024. Dengan pencapaian tersebut, Kerajaan Negeri Perak dapat menambahbaik Pelan Perak Sejahtera 2030 supaya lebih ramai rakyat menerima manfaat daripada Kerajaan Negeri.

Dato' Yang di-Pertua, Tronoh hari ini bukan sahaja ingin memetik berita baik dalam Belanjawan 2025, tetapi juga mengambil kesempatan ini untuk membawa suara rakyat Dun Tronoh agar peruntukan-peruntukan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakyat Dun Tronoh dapat menerima manfaatnya. Dengan itu, saya ingin menarik perhatian semua yang sedang duduk di dalam Dewan ini untuk bersama-sama kita merujuk dan menghayati teks ucapan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan.

Dato' Yang di-Pertua, perubahan cuaca sehingga mendatangkan bencana banjir di Negeri Perak adalah sesuatu yang sedang berlaku di depan mata kita dan kita perlu menghadapi perubahan ini dengan perancangan yang sebaik-baiknya. Kawasan yang tidak pernah banjir di kawasan Dun Tronoh selama ini pula dilanda banjir buat kali pertama di Desa Tronoh dan di Desa Changkat Tambahan pada hari Sabtu sehingga Ahad senja dan kawasan yang kerap berlaku banjir seperti Kampung Piandang Siputeh dan Kampung Baru Nalla Tronoh pula dalam keadaan yang terkawal. Dengan merujuk kepada perenggan ke 54, JPS akan mendapat suatu peruntukan belanja mengurus yang besar berjumlah RM111.5 juta. Maka, di sini saya ingin memohon perhatian JPS agar culvert di Jambatan Kampung Baru Nalla, Tronoh dapat dinaiktaraf kerana sememangnya culvert berkenaan adalah tidak sesuai dan tebing sungai turut diberi perhatian yang sewajarnya. Tambahan pula, saya berharap jambatan di Kampung Piandang Siputeh yang melibatkan Sungai Bakong turut dinaik taraf kerana kawasan tersebut merupakan salah satu hotspot banjir setiap tahun. Sebagai makluman kepada Dewan yang mulia ini, suatu penghargaan seharusnya diberi kepada pasukan Jurutera Daerah JD JPS Daerah Kinta kerana sering kali pantas menangani aduan rakyat. Saya ingin mengambil salah satu contoh aduan yang terkini iaitu satu aduan yang diajukan pada 8 Oktober 2024 di laluan masuk Bandar Baru Siputeh berlakunya hakisan tanah yang agak serius di tebing sungai. Tidak sampai dua minggu aduan tersebut telah diselesaikan dengan sepenuhnya. Itulah tindakan yang proaktif kita perlukan daripada semua anggota kerajaan, semua jabatan kerajaan dan juga agensi kerajaan supaya dapatlah kita mengubah persepsi rakyat terhadap pentadbiran pegawai kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua saya ingin membawa semua untuk merujuk kepada perenggan 61. Kerajaan Perpaduan yang terbina pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang mengambil suara rakyat dengan serius di mana aduan-aduan rakyat berkenaan dengan infrastruktur jalan mengenai jalan-jalan yang lubang, jalan-jalan yang berlubang juga dikendalikan secara serius. Merujuk kepada perenggan 63 dan 64 dalam ucapan. Dalam ucapan Belanjawan Perak 2025, Jabatan Kerja Raya sebagai Jabatan Teknikal Utama telah menerima penambahan peruntukan sebanyak RM11.8 juta. Jika dibandingkan dengan tahun yang lepas. Ia adalah suatu petunjuk yang positif di mana kerajaan pada hari ini mengutamakan aduan-aduan dan suara-suara rakyat. Pada tahun 2025, JKR akan diperuntukkan sebanyak RM103 juta bagi tujuan pembangunan di mana sebanyak RM40 juta daripada RM103 juta tersebut diagihkan untuk pelbagai projek jalan dan jambatan. Maka, di sini sekali lagi saya ingin menarik perhatian JKR dimana Jalan Siputeh Parit menghala ke Kampung Piandang Seputih sering berlaku kemalangan antara pengguna jalanraya dengan lembu atau pun kerbau pada waktu malam. Dengan itu, penambahan-penambahan pencahayaan lampu jalan di kawasan tersebut menjadi harapan utama rakyat yang menggunakan laluan tersebut.

Pada masa yang sama bagi mewakili rakyat Dun Tronoh, Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKR kerana telah mengambil pelbagai usaha bagi mendapatkan kelulusan projek mitigasi daripada JKR Persekutuan di mana simpang Jalan Lahat, Pusing, lebuhraya nak keluar ke Lebuhraya Lumut, Ipoh-Lumut FT5. Dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana projek itu telah diselesaikan dalam satu masa yang singkat. Dengan itu, saya juga ingin menyampaikan satu berita baik daripada projek tersebut di mana selepas projek mitigasi kemalangan tersebut siap sepenuhnya, sehingga hari ini, tiada kemalangan yang berlaku, yang berlaku di persimpangan tersebut tetapi malangnya sebahagian besar daripada flexible post telah dilanggar oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab. Dengan itu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JKR dan berharap penyelenggaraan flexible post yang rosak dapat dilakukan dengan segera supaya pengguna jalan raya di kawasan tersebut dapat menyesuaikan diri dengan cara dan sikap memandu serta memberi peringatan sepanjang masa tentang adanya ataupun kewujudannya flexible post di persimpangan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi mewakili rakyat Dun Tronoh, saya sememangnya menaruh harapan besar agar JKR dapat menggandakan usaha bagi permohonan projek penambahan pencahayaan lampu jalan dari bahagian stesen minyak BHP Lebuh Raya Ipoh-Lumut, sehinggalah ke simpang Jalan Kampung Bali, Lebuh Raya Ipoh-Lumut daripada JKR Persekutuan. Walaupun sebahagian kecil telah dipasang dengan lampu jalan tetapi sebahagian besar daripada jalan tersebut adalah amat gelap pada waktu malam dan juga amat membahayakan kerana kadang-kadang adanya lembu atau kerbau yang tidur atas jalan ataupun menyeberangi secara mengejut. Selain itu, sebahagian jalan berhadapan dengan Taman Siputeh Permai juga didapati jalan tersebut dalam keadaan yang beralun dan sering kali terjadinya takungan air selepas hujan di kawasan tersebut. Oleh itu, saya memohon agar JKR dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu-isu yang telah dibangkitkan.

Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada perenggan 93, saya yakin bahawa Majlis Daerah Batu Gajah iaitu MDBG turut menjadi, turut menjadi daripada sebahagian penerima peruntukan sebanyak RM8.6 juta bagi maksud pembangunan di bawah kerajaan tempatan bagi keperluan kutipan sampah luar kawasan operasi. Dengan itu, saya ingin memohon agar tiga kampung baru rangkaian iaitu Kampung Baru Bemban, Kampung Baru Bali dan Kampung Baru Nalla yang berada di luar kawasan operasi Majlis Daerah Batu Gajah sehingga hari ini turut dimasukkan ke dalam program kutipan sampah luar kawasan operasi bagi tahun 2025. Tambahan itu, di sini, saya juga ingin berharap agar ketiga-tiga kampung baru ini dapat dimasukkan ke dalam kawasan operasi Majlis Daerah Batu Gajah dalam masa yang terdekat bagi menyelesaikan kekangan yang dihadapi selama ini.

Di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji inisiatif daripada MDBG kerana senantiasa mengambil cadangan penduduk dengan serius. Antara contohnya adalah pada sekitar penggal ketiga tahun 2024, Majlis Daerah Batu Gajah telah mengeluarkan suatu notis berkenaan dengan caj pengurusan sisa jualan sebanyak RM30 sebulan terhadap penyewa-penyewa aset milik Majlis Daerah Batu Gajah bagi menampung kos-kos pengurusan sisa pepejal yang tinggi. Maka selepas YDP mengambil berat, YDP bersama dengan pasukannya mengambil berat cadangan daripada penyewa-penyewa, Majlis Daerah Batu Gajah telah bersetuju secara verbal untuk menurunkan kadar tersebut kepada RM15 sebulan di mana ia merupakan suatu kadar yang munasabah bagi semua. Oleh itu, pihak saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih daun keladi kepada Majlis Daerah Batu Gajah kerana MDBG mengambil suara rakyat dengan serius dan seringkali mencuba sedaya upaya untuk mencari pendekatan yang paling sempurna kepada rakyat. Inilah salah satu contoh PBT yang rakyat perlukan, yang mendokong kesejahteraan rakyat selaras dengan slogan Kerajaan Negeri iaitu Perak Makmur Rakyat Sejahtera.

Dato’ Yang di-Pertua, saya amat kagum dengan barisan Exco dan pemimpin-pemimpin daripada Kerajaan Perpaduan Negeri Perak di mana perenggan 67 dan 74 menyatakan dengan jelas sekali bahawa Kerajaan Negeri Perak sentiasa percaya bahawa keharmonian masyarakat adalah asas kepada kesejahteraan negeri. Kerajaan Negeri memberi komitmen sepenuhnya bagi memelihara kemuliaan syiar Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan senantiasa mengangkat tanggungjawab untuk menjaga hal ehwal masyarakat bukan Islam. Saya sebagai wakil rakyat daripada parti DAP menyokong kenyataan kenyataan tersebut dengan sepenuhnya di mana ia membawa maksud setiap individu tanpa mengira latar belakang agama adalah rakyat Negeri Perak yang mahukan keamanan dan kesejahteraan. Dengan itu, Kerajaan Perpaduan yang terbina sejak pihak PRU 15, sekali lagi melakar sejarah di mana penambahan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak bagi menguruskan hal ehwal Islam dan peruntukan kepada tujuan hal ehwal bukan Islam turut ditambah. Bukan itu sahaja, tambahan kepada bukan itu sahaja, tambahan kepada kedua-dua perkara itu, Kerajaan Perpaduan turut memperuntukkan RM0.2 juta bagi pelaksanaan Program Integrasi Nasional. Jadi inilah, inilah suatu bukti yang kukuh dimana Kerajaan Perpaduan lebih mementingkan perpaduan kesemua rakyat dan menangkis segala permainan politik yang berunsurkan sentimen perkauman dan keagamaan.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat daripada golongan belia, saya sendiri meneliti Pelan Perak Sejahtera 2030 secara mendalam dan mendapati Belanjawan 2025 juga menitikberatkan isu-isu golongan belia, wanita dan juga OKU. Daripada analisa Belanjawan 2025 daripada perenggan 107 sehingga perenggan 128 peruntukan bagi Pembangunan Modal Insan dan Belia adalah sebanyak RM94.84 juta atau secara perbandingan dengan jumlah, jumlah keseluruhan Belanjawan 2025 Negeri Perak iaitu sebanyak 6.2% daripada belanjawan negeri, Belanjawan 2025 Negeri Perak akan digunakan bagi kegunaan pembangunan belia atau pun lebih mudah difahami iaitu manfaat belia. Dalam Belanjawan 2025, golongan anak yang baru lahir daripada Negeri Perak sehinggalah golongan anak Perak yang melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading pun mempunyai peluang untuk menerima manfaat daripada Kerajaan Negeri.

Dato' Yang di-Pertua, di sini saya ingin mengingatkan semua di mana pelaburan terhadap golongan belia adalah amat penting bagi penentuan kejayaan sesebuah Negeri kerana, "youth are the leaders of today and tomorrow". Sebagai pemimpin bagi sekarang dan juga masa depan, saya senantiasa mengingatkan diri saya agar tidak mengikuti jejak Ketua Pembangkang pada hari ini yang sentiasa menabur pelbagai fitnah terhadap individu dan kalah dalam kes fitnah. Lagi teruk apabila beliau mencaci seorang bekas guru yang kini memegang jawatan Menteri Besar sebagai MB biadab. Walaupun semalam beliau telah memohon maaf secara terbuka dalam Dewan yang mulia ini tetapi pada hakikatnya, realitinya, "the damage has been done".

Akhir sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua Pegawai SUK kerana telah bertungkus lumus menyediakan segala perjalanan sidang Dun Perak kali ini dan semua Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi yang giat bekerjasama dengan pimpinan Kerajaan Perpaduan untuk menjawab semua soalan yang diutarakan oleh kesemua 59 Ahli Dewan Negeri Perak. Di sini saya ingin mengingatkan semua demi rakyat kita berkhidmat bersama. Dengan itu, saya memohon untuk menyokong Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan. Sekian daripada saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Tronoh yang telah berjaya menamatkan perbahasannya tepat pada masanya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

(ALOR PONGSU) Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan selawat). Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YAB Menteri Besar dan barisan Exco, rakan- rakan Adun, ketua-ketua jabatan yang saya kasihi sekalian. Jadi terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas Belanjawan Perak 2025 ini. Jadi tagline saya hari ini yang pertama sekali, "Perak Makmur Rakyat Sejahtera". Yang ni semua orang sebut daripada hari pembahas pertama sampai Tronoh tadi. Jadi tagline saya pulak saya tambah sikit lagi iaitu, "Kegemilangan Perak dan Juga Meningkatkan Penyebaran Aktiviti Ekonomi Negeri".

Sebelum saya teruskan perbahasan tentang Bajet 2025 dan ehwal strategiknya, mohon saya beri sedikit imbasan sebab rakan-rakan yang lain banyak tumpu kepada masalah- masalah Dun. Jadi saya rasa saya masih ingat lagi cikgu saya di sekolah dulu sebut jika masyarakat atau pun negeri tu nak berjaya, penduduk, pemimpin pengurusan negeri mesti mengkaji atau balik pada sejarah asal. Kita mesti faham sejarah dulu baru kita dapat maju ke depan. Jadi yang pertamanya saya nak ucap tahniahlah kepada DOSM lah. Saya ni suka ambil perangkaan daripada DOSM saja atau Perangkaan iaitu Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut daerah pentadbiran. Ini kali pertama ni kita dapat ni. Kat Menteri ekonomi saya dah ucap tahniah dah. Saya rasa pentadbir negeri, pentadbir daerah suka dengan laporan daripada DOSM ni sebab dia direct. Dia pergi kepada daerah.

Jadi bila pergi kepada daerah seterusnya untuk kita bincang tentang belanjawan negeri ni kita jugak kena pergi kepada KDNK negara. Di mana kita sekarang? Kalau ikut kutipan hasil hebat Perak. Kalau ikut Pelan Belanjawan 2025 ni bertambah-tambah hebat Perak ni. Tapi di mana kita? Ni juga daripada DOSM ni. Perak kita telah menyumbang kepada KDNK negara RM82.56 billion iaitu lebih kurang 5.3% dan Perak sekarang kita di tangga yang ke-7. Bolehlah duk tengah-tengah. Hebat jugaklah kira. Ucap tahniah jugalah pada YAB Menteri Besar ni. Namun, ini ramai tak sebut ni. Dapatan DOSM, kita Negeri Perak duduk di tangga keempat penduduk teramai di Malaysia iaitu 2.57 juta orang, 7.5%. Bila tangga keempat dengan jumlah bilangan penduduk yang banyak ini, adakah pelan belanjawan kita cukup? Daripada pembahas pertama sampai Tronoh tadi semua bangun kawasan saya nak juta-juta. Kawasan saya nak juta-juta. Jadi belanjawan ni naik daripada RM1.3 ke RM1.5, kutipan hasil RM1 bilion. Dapatlah seorang sikit, Tronoh. Nampak besar sebab AI tu besar. Saya risau yang tu. Kerisauan saya yang tu.

Semalam saya tengok dalam facebook, seorang nenek tua umur 70 tahun. Make-up, make-up, make-up jadi anak dara tau. Jadi, saya takut. Saya bimbang make-up ni menyebabkan kita terlibat dengan AI. Jadi kerana jumlah penduduk di tangga keempat teramai ni menyebabkan sumbangan KDNK kita menjadi rendah kepada negara. Patutnya kita boleh naik atas lagi. Kemudian satu lagi kerisauan saya daripada mula, daripada mula lagi sidang Dewan, saya dah sebut benda ni tapi banyak juga MB, YAB MB catch-up. Pengurusan Negeri catch-up tapi ada satu benda ni. Pendapatan menengah Perak. Di negara pendapatan menengah RM6,338. Perak di mana? Perak masih RM4,494. Tadi Hulu Kinta sebut Terengganu, Kelantan, apa semua baguslah. Depa tak boleh bagi bonus. Dia tak boleh bagi semua tapi kita di mana? Semua yang mendengar ni. Saya nak sebut ni. Kesedaran ini penting. Kita Negeri Perak masih nombor tiga daripada bawah. Kelantan, Kedah, kita. Hebat kutipan, hebat pelan belanjawan tapi pendapatan menengah kita menentukan di mana kita? Masih nombor tiga daripada bawah. Jauh tau nombor tiga. Jadi saya nak, saya berharap, saya berdoa agar tahun depan saya boleh datang dengan dapatan DOSM kita naiklah sikit. Dah dua tahun dah saya cakap pasal benda ni.

Kemudian tentang menoktahkan kemiskinan. Tahniahlah. Semua pelan-pelan belanjawan ni memang nak menoktahkan kemiskinan tapi semua orang mesti sedar Perak untuk negara, masalah kemiskinan mutlak 6.2%, Perak masih 7.5% iaitu kelima tertinggi daripada semua tu kita nombor lima tertinggi kadar kemiskinan. Saya kena rasa ragu-ragu jugak sebab bila pendapatan kita banyak, kenapa kadar kemiskinan kita tak selesai? Itu sebab saya sebut semalam kepada Exco Pelaburan tentang herot tu. Herot eh. Tuan-Tuan ingat saya sebut herot semalam. Ada yang tak datang. Orang Alor Pongsu sebut herot. Herot ni maksudnya datar, herot naik ke atas. Kalau bahasa orang putih kata apa? Secute, secute. Sebab YAB menteri besar seorang chef yang hebat. Saya thumbseal kan betul-betul. Dia buat kek yang cantik, kek yang sedap. Kami pembangkang tengok pun telan ayaq lioq. Tokok lagi Dato' Seri, bubuh ceri merah bagi cantik sikit. AI Again. Tapi saya rasa sebagai chef pengurusan negeri itu penting. Kek kita tak dipotong cantik. Selama dapat ciput 0.8 yang dihasilkan KDNK untuk negeri ini. Kinta 45.5, Manjung 12.1. Alor Pongsu, Kerian, kami hanya sumbang 4.5.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Alor Pongsu, nak mencelah boleh? Kalau boleh Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jadi sekejap, sikit sikit lagi pasal kek tadi.

Dah dua tiga, dua tiga kali petik nama Tronoh.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sorry, sekejap sekejap. Sekejap, sekejap. Lepas ni saya bagi no problem, sabar. Bila dah potong-potong kek ni jadi KDNK yang dikeluarkan oleh daerah-daerah ni, jadi kami keluarkan sorang sikit je lah. Bila sorang sikit pelaburan tak hasil tak telly dengan penghasilan. Itu sebab masalah herot ni timbul. Secute ini timbul kerana itu sebab daerah kami yang kecik-kecik ni dapat kek sorang sikit ni, kami tak dapat nak sumbang banyak kat negeri. Nak harap Kinta je. Manjoi cerita tadi macam mana Kinta ni, iaitu pendapatan keluarga, asas keluarga wajar dia tak berapa selesa.

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sikit je sikit-sikit. Saya nak perabis yang ni. Jadi bila herot ni, bila secute ni kita perlu satu gagasan baru dan saya yakin MB boleh bawak benda ni. Kita bina kekuatan ekonomi kita. Kita tingkatkan penyebaran. Ok, Tronoh.

Terima kasih Alor Pongsu kerana memberi ruang. Jadi di sinilah, saya ingin bertanya kepada Alor Pongsu, okey di mana teks ucapan dalam Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengatakan bahawa Negeri Perak yang hampir luruh akibat bencana pandemik dan hambatan ekonomi okey, Ia merupakan tetapi tanpa mengalah semangat perpaduan seluruh jentera pentadbiran di semua peringkat, semua peringkat di Negeri Perak ini berganding bahu untuk mengangkat semula negara ini.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya, saya ada sebut ini.

Jadi saya di sini, saya nak bertanya pada Alor Pongsu, bagilah sedikit penghargaan kepada pegawai-pegawai pentadbiran ini. Jangan setiap kali nak merujuk kepada DOSM tetapi hargailah pentadbiran kita.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sekejap-sekejap Tronoh. Tronoh, sekejap dulu.

Pegawai-pegawai pentadbiran yang bertungkus lumus menjayakan dan juga mengangkat ekonomi negeri Perak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok, ok. Thank You. Ok, ok.

Oleh itu, saya berharap walaupun saya anak muda di sini, saya ingin, saya bukan nak tegur tetapi saya berharap Alor Pongsu yang berada di sana boleh bersama-sama untuk membangkitkan semula ekonomi negeri Perak ini. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Memang itu sebab saya sebut tadi kita kena bina satu gagasan. Saya belum start puji lagi Tronoh. Sekejap lagi saya puji, ada yang pengarah terapung sat lagi. Sabaq sat. Jadi bila lebihan kutipan hasil, saya ucap terima kasih pada YAB pengurusan negeri semua. Ni semua hebat-hebat, ketua-ketua jabatan, semua berjasa kepada kita tau. Kita orang politik duduk depan. Tapi kalau dia tak ampu kot belakang, ketua-ketua jabatan ni wajar dapat BKK 2 bulan tu. Walaupun PTD saya tau la federal dah bagi. Tapi untuk pegawai-pegawai negeri ni saya amat bersetuju. Kalau saya jadi YAB saya bagi dua setengah bulan, tambah setengah bulan lagi. Kalau saya YAB la kan. Jadi wajar dapat. Contohlah saya bagi la ada dua jabatan saya nak sebut. JKR, Dato' Exco tahu. Saya telefon pukul 8 malam. Saya bangun lepas sembahyang subuh, saya lintas dah tampung dah lubang.

Baru-baru ni, ada Pengarah JPJ kat sini? Mana Pengarah JPJ, tapi tak ada pulak. Wakil ada? ada? JPJ, saya complaint pasal lori gergasi. Saya complaint hari ni besok pagi dah masuk dah. Penuh kereta JPJ dalam tu walaupun tonto ikut depa, depa mai jugak depa tak takut. Saya nak cerita, 10 tahun saya jaga Parlimen. Saya tak rasa sentuhan-sentuhan ni. Saya Parlimen Kerajaan tau dulu. Saya yang jaga tapi tak rasa sentuhan tu. Bila saya jadi Adun baru saya tahu, betapa hebatnya ketua-ketua jabatan negeri. Tepuklah sikit Tronoh. Tepuk sikit. Itu yang wajar dia orang dapat bonus tu.

Itulah Alor Pongsu yang kami perlukan sebagai memberi sokongan kepada semua anggota pentadbiran di Negeri Perak ini. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok. ok. Sudah puji ya. Saya sudah puji. Saya bagi dua setengah bulan. Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Cikgu, Alor Pongsu. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Ya banyak idea-idea yang diberi oleh Alor Pongsu. Sememangnya kita amat menghargai sumbangan ketua-ketua jabatan baik di peringkat negeri…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terus soalan?

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Soalan saya, apakah bersetuju Alor Pongsu berkaitan dengan laporan DOSM ni ada yang tak tepat? Contoh ya, di Tapah ya, hanya ada 17 sahaja, 15 sahaja keluarga miskin di Tapah. Jadi, apakah kita...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok, ok. Saya faham tu. Sebab dulu masa sidang yang lepas YAB Menteri Besar pun sebut DOSM ni tak tahu cerita sebenar di bawah. Tapi saya berpegang pada ini, data rasmi kerajaan datangnya daripada Jabatan Perangkaan, DOSM.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ya betul, tapi...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

DOSM pulak kejap, kejap. DOSM pula dapat data daripada Kerajaan Negeri. Kita nak percaya sapa ni.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Kita, kita bukan nak nak mempercayai sapa-sapa. Kita mahu supaya kajian yang semula dan tepat supaya kita boleh guna, guna pakai.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jadi kita pulangkan balik kepada Kerajaan Negeri lepas ni bagi data yg tepat pada DOSM supaya DOSM dapat keluarkan perangkaan yg tepat.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Sebab di Tapah ni saya tengok dia tak tepat. Dia hanya ada 15 sahaja. Ok, Terima kasih

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Takpa, takpa. Yang ni saya take note yang tu. Jadi masukkan dalam hansard saya ya. Kemudian hakikatnya, hakikatnya apa yang saya sebut tadi herot dan sebagainya kita merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah menghasilkan dua naskhah diRaja. Yang pertamanya, "Striving for Inclusive Development: From Pangkor to a Modern Malaysian State". Saya harap ketua-ketua Jabatan ramai yang dah baca walaupun saya tahu ramai yang belum baca. Itu 2019. 2024, baru lagi, Julai itu hari.

Duli Yang Maha Tuanku Sultan telah satu karya lagi, "Globalisation: Perak’s Rise, Relative Decline and Regeneration". Sekali lagi, Tuanku dah keluar dua naskhah DiRaja. Kita beruntung, lalu negeri lain kata kerajaan negeri, industri rakyat, kitalah satu-satu negeri, Tuanku Sultan pun terlibat sama. Harvard Scholar. Tuanku Master nya di Harvard, Doktriknya di Harvard. Bertuahnya Perak ni.

Jadi, bila dua content tu saya nak sebut apa content dalam dua buku tuanku ni. 1970, Perak ada adalah menyumbang KDNK negara 15%. Sekarang 2024 kita adalah 5.3%. Pendapatan pada tahun 70 kita di tahap nombor 3, sekarang kita nombor 7. Mana Tronoh? Lari dah? Jadi ini antara content dalam buku Tuanku. Jadi rumusan yang saya faham, semua orang kena terima dalam Dewan kena terima. Ketua jabatan kena terima. Netizen yang dengar di luar tu. Orang Alor Pongsu pun kena terima. Perak bukan lagi kuasa besar ekonomi. Saya terima hakikat tu. Tapi kegemilangan ini jika kita menggunakan saranan Tuanku lima visi tuanku tu, saya sebut dalam libaturus belanjawan dulu. Alhamdulillah, tahniahlah. Walaupun YAB Menteri Besar tak ada. Sekarang ni saya dapati lima visi tuanku tu dimasukkan dalam belanjawan. Tahniah YAB kerana peka dan respon dan saya sarankan lima visi Tuanku dalam dua buku ni, dua buku ni yang kita dah baca atau yang belum baca, kita angkatkan dalam RMK13. Kita tengok macam mana persediaan Perak untuk ke RMK13. Satu lagi orang Perak kena tahu ini.

Inilah kali pertama PMX Perdana Menteri sebut pasal Perak dalam belanjawan. Tiga inisiatif yang besar. Seingat sayalah, saya dah umur 60 dah. Jarang Perdana Menteri nak sebut sangat pasal Perak ni. Kalau sebut pun bucu-bucu je. Tiga yang pertama KIGIP tentu sebut nombor satu kawasan saya. Yang kedua AHTV kemudian LuMIC. Inilah zikir YAB Menteri Besar dok zikir benda ni bagus. Sana zikir, pembangkang zikir, last-last PM tangkap. PM puji tau, PM puji PM bagi tiga benda ni. Inilah peluang untuk kita tarik pelaburan ke Negeri Perak. Sebab Perak di dapati kawasan untuk kawasan yang termurah untuk hidup. Pakat-pakat balik pelaburan masuk. Jadi kita kena sedia untuk bangun semua orang pengurusan negeri, industri, rakyat, kerajaan, pembangkang kita kena bangun untuk menfaatkan tiga inisiatif ni. Hujan pelaburan, guruh dah berdentum kita nak tidur lagi ke. Kita nak asyik dengan belanjawan RM1.5 billion besar-besar semua. Tapi kita lena tanpa sedar kita lena. Kita lena. Hujan pelaburan ni dah nak datang sangat dah.

Jadi kita sepatutnya bergabung tenaga meningkatkan daya saing tenaga kerja, infra, produk mesti tingkatkan. Pengurusan negeri kena perincikan tindakan lagi. Tak boleh la macam Exco pelaburan jawab semalam. Selama jauh susah connectivity tu? No, no saya tak mau dengar alasan tu. You are government you kena main peranan Exco-Exco semua. Sebab Dato' Seri ada di sini saya nak puji depan-depan banjir hari tu datang. Terkejut saya. Saya dijemput. Saya jarang dijemput Dato' Seri. Put aside politics untuk pembangunan rakyat. Untuk kita menfaatkan tiga inisiatif ni untuk kita menfaatkan pelan belanjawan yang hebat ini. Kita ketepikan politik sat. Kalau nak cakap politik depa dok cabar ketua pembangkang yang sakau apa semua ni? Dok cabar pembangkang. Jom buat pentas kat depan kat luaq pagar Dewan, Dewan. Mari kita lawan di sana. Sana kita cerita pasal politik. Tapi hari ni saya nak tumpukan. Sikit la.

Last last, last sekali of course lah saya kena pergi ke kawasan saya. Saya nak ucap terima kasih la kepada ketua-ketua jabatan semua dengan saya tak boleh nak sebutlah. Kawasan Alor Pongsu baru-baru ni jadi macam nak nak raya hampa tau tak nak raya macam mana. Yang tebang pokoknya yang korek longkangnya yang buat jalan tu. Saya ingatkan Perdana Menteri nak mai lagi rupanya dak. Mewah tau. Saya tak rasa saya jadi pembangkang kerana kehebatan perancangan ketua-ketua Jabatan yang tengok masalah-masalah rakyat ni. Tapi kalau Exco tak turun pun berat jugak lah kan? Ok jadi beberapa masalah lah saya nak sebut Exco Komunikasi, pemancar 5, satu dah buat tapi masih tak berfungsi. Yang 4 tu bagi lah 2025 satu lagi.

Kemudian banjir, jalan ok JKR berkilat dah jalan ni. Harap lebih berkilat lah lepas ni. Dikatakan 2025 dapat lagi RM5, RM6 juta lagi. Seronok saya. Kemudian petani ramai kawan-kawan saya dah sebut lah tanah jerlus macam-macam ceritalah rumah pam semua. Saya rasa ketua jabatan semua dah tahu ni. Tak payahlah nak suruh depa buat kajian lagi. Depa tau bagi fulus saja kat depa, naikkan dana tu. Semua orang nak naikkan dana. Saya tahu Exco-Exco pun fight untuk dapat dana dan sebagainya. Tapi nak buat macam mana. Saya dah ucap terima kasih kan tak hilang lagi budak-budak muda ni semua jabatan.

Terima kasih banyak saya mewakili rakyat Alor Pongsu ucap terima kasih banyak dan saya juga nak menyampaikan salam rindu penduduk Changkat Lobak Matang Tengah Beriah kepada YAB Menteri Besar. 20 setahun 21 hari dok PPS, MB tak mai tengok pun. Tapi terima kasih lar YB Exco mai tengok kan. Cemburu jugak Dato' Seri, Gerik dengan Sungai Siput baru banjir 2 hari je MB terjun turun. 21 hari duk cangok kat PPS MB tak turun. Lepas ni banjir saya nak Cikgu Saarani kita mai. Tentang Ulu Sepetang sebut nak buat apa tu Tuisyen Cikgu saya buatlah. Boh lah nama apa pun saya tak kisah. Yang penting rakyat saya dapat nikmatnya. Tuisyen baguih. Tapi PPD Kerian ada pengarah baru pendidikan kat sini. Saya tak kenai dia orang ni PPD Kerian ni kurang mesra alam sikit dan saya juga nak bisik supaya dalam hansard tersebut kepada Dato' Zainol pun tak dak sebab dia sebut perkataan tu semalam. Nol, susah jadi pembangkang Nol. Jadi saya nak masuklah hansard saya walaupun Dato' Zainol tak dak saya nak sebut. Saya nak ulang balik. Nol, saya minta izin dengan dia tak panggil Dato'. “Nol susah jadi pembangkang Nol. Tapi kalau hang beralih kerusi never do to people what you don't like them with me. Kita jangan buat”. Saya sebut sikit lagi kat Nol kita ni. “Kalau hang dah ditakdir jadi Menteri Besar aku bumbung dulu. Semua orang dapat peruntukan sama rata”. Jadi terima kasih lah. Jadi saya nak ucap kepada semualah semua yang terlibat, semua yang datang membangunkan negeri ni. Terima kasih banyak saya tau Exco semua kerja kuat. YAB Menteri Besar kerja kuat. Kami pun kerja kuat. Kembalikanlah peruntukan kami. Seronok sikit kan? Saya tak nampak dari segi politik. Saya nampak mudah tu mudah cara. Rakyat mai kami, kami bagi.

Kemudian pasal bonus kan? Tahniah lah pegawai-pegawai BKK Kerajaan Negeri semua yang dapat bonus tu. YAB MB pakai lah pensel 2B tokok sikit kan? Ada Adun bagi lah BKK. Tepuk lah sikit Adun semua. Eh Adun belah sana pun kena tepuk jugak. Ayer Kuning tak berapa nak tepuk gak hah tepuk sikit. Tepuk sama sama ok. Bukan saja bagi tu guru-guru KAFA pakailah pensel 2B. Yang Cikgu Saarani cikgu ni kita kena sebut pensel 2B tulis lah sikit cikgu KAFA ni Adun yang cikgu KAFA ni tak dapat bagi sikit bagi banyak. Faham ke ayat tu ke noh. Tak dapat bagi sikit bagi banyak. Dapat rasa sikit pun seronok dah. Penat juga tambah-tambah bila tak ada peruntukan macam ni. Tapi saya yakinlah dengan chef dengan Cikgu Saarani nya dengan pesanan kepada sahabat Nol nya tu yang saya sebut sekarang supaya dalam 2 tahun ke setahun ni kalau Dun berubah kerusi, ingat pesanan saya bagi peruntukan sama banyak kat semua. Ya.

Jadi, terima kasih kepada semua. Saya amat berbangga menjadi rakyat negeri Perak dan suka last sekali Speaker last sekali 8 saya nak ucap tahniah lah saya tahu antara pendapatan lebih banyak ni datang pada REE. Tahniah lah MB Inc. Saya seronok nak sebut sebab makmal pertama di Malaysia semalam saya sebut negeri kan makmal pertama REE di Negeri Perak. Katanya 1 tan dekat RM25 ribu. Makmal itu orang Bagan Serai diketuai oleh anak Bagan Serai. Penyelidik kimia tu semua anak Perak. Walaupun CEO nya bukan orang Perak. Tapi CEO pun kira Perak lah. 5 tahun dia belajar di Kuala Kangsar, katanya. Jadi kita nak agensi lain pun sama jugak. Jangan ambil orang luar. Ambil anak Perak. Sebanyak mungkin kita groom depa sebab satu hari depa yang akan ganti tapak kami kat sini. Kami ni tak lama dah. Kami hanya mencari keredhaan Allah SWT.

Sama jugak macam ketua-ketua jabatan yang ada ni JKM, PDRM semuanya. Tapi tahniah lah sekali lagi dan teruskan kerja kuat kita. Terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri atas apa yang bagi. Tak kira lah bonus ke peruntukan ke bantuan ke dan pada Exco-Exco yang mana ada janji-janji tu tak dapat 5 bagi lah 2 kan supaya rakyat di bawah sana menikmati kemakmuran, menikmati hasil lebihan, menikmati belanjawan. Belanjawan besar orang Alor Pongsu tak rasa apa faedahnya dan kami sekarang sudah bersedia dan setengah menyediakan persediaan untuk menadah hujan pelaburan. Kami tau guruh dah bunyi. Di Alor Pongsu kami dah cuba sedia nak menadah hujan pelaburan sebanyak mana timba yang kami ada supaya kami dapat menyertai menerima menafaat. Bersedia berkorban tenaga, berkorban idea untuk kegemilangan Dun Alor Pongsu dan juga Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih Dato' Speaker, Alor Pongsu menyokong Belanjawan 2025.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Alor Pongsu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan 20 minit. Silakan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu Wassalamu 'Ala-Asyarafil Anbiya'e Wal Mursalin Saidina Muhammadin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar merangkap Adun Kota Tampan. Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang. ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media, para pemerhati yang turut bersama pada hari ini seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat Negeri Perak khususnya rakyat di Dun Pengkalan Hulu yang mengikuti sidang Dewan Negeri pada hari ini.

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah Subhana Wata'ala. Pada hari ini dapat kita bersama-sama berbahas dan berkongsi pandangan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Negeri Perak tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabi'in dan bagi seluruh yang bagi seluruh ahli keluarga Nabi Muhammad SAW dan juga bagi seluruh yang mengikuti agama Islam yang indah lagi syumul ini. Kesempatan ini patik mewakili seluruh rakyat di Dun Pengkalan Hulu merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada tanggal 3 November 2024 yang lalu Dirgahayu Tuanku.

Dato' Yang di-Pertua, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud sesungguhnya Allah SWT sangat-sangat kagum terhadap pemuda iaitu remaja yang tidak didapati pada dirinya keturunan moral, keruntunan keruntuhan moral dan akhlak iaitu sebuah hadis riwayat Iman Ahmad 2483...2843. Sabahah ini membawa maksud bersifat kebudak-budakan dan tidak matang, suka buang masa dan tidak mahu ambil tanggungjawab, suka mencari perhatian orang, tidak mampu mengawal emosi dan perasaan sehingga boleh menimbulkan kesan buruk kepada diri sendiri atau orang lain. Mafhumnya Allah SWT mencintai dan mengkagumi anak-anak muda yang matang, bertanggungjawab, tidak membuang masa dan punyai kehidupan serta mempunyai kehidupan yang beragenda untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat serta negara.

Justeru, Pengkalan Hulu ingin menyentuh Pembangunan Modal Insan dan Belia dalam fokus 3 belanjawan tahun 2025. Peranan generasi muda adalah sangat penting dalam meneraju negara terutama demi kelangsungan kejayaan Pelan Perak Sejahtera. 2030. Pengkalan Hulu bersetuju bahawa anak muda mesti dipersiapkan dengan ilmu dan kemahiran untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Peruntukan RM94.84 juta bagi Pembangunan Modal Insan dan Belia merupakan pelaburan yang besar dalam program pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan kepimpinan untuk mengembangkan potensi mereka. Pengkalan Hulu berharap modal yang besar ini dapat menghasilkan produk belia yang berkualiti dan mencapai matlamat.

Dato' Yang di-Pertua, pendidikan dan latihan teknikal vokasional ataupun TVET semakin berkembang pesat pada masa kini. Para belia perlu digalakkan untuk membuat pilihan sama ada bidang akademik ataupun bidang kemahiran. Ini supaya mereka tidak ketinggalan dalam dalam mengembangkan potensi yang dimiliki. Ibu bapa dan guru perlu melihat dan mengenalpasti potensi pelajar di peringkat awal supaya kelemahan dalam bidang pelajaran dapat disalurkan kepada aliran kemahiran dan teknikal mengikut potensi untuk untuk diasah dan dikembangkan. Dengan pengumuman peruntukan RM65 juta ini moga lebih ramai anak muda Perak khususnya golongan B40 yang berjaya ditarik menyertai TVET daripada menamatkan SPM dengan tiada pekerjaan khusus tanpa hasrat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui program Pemerkasaan TVET ini seterusnya dapat menyediakan anak muda Perak berdaya, bersaing dan mampu menempatkan diri dalam pasaran kerja masa hadapan.

Jadi di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar diwujudkan institusi kemahiran dan teknikal seperti GiatMara, IKM, IKBN, ILP atau Kolej Komuniti mahupun KKTM dan IKTBN ataupun apa-apa, mana-mana institusi kemahiran dan teknikal di dalam Dun Pengkalan Hulu. Saya sendiri adalah salah seorang produk hasil keluaran TVET. Siapa sangka TVET ini bukan hanya melahirkan individu yang punya kemahiran dalam bidang yang diceburi, bahkan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan yang berjaya dan mampu memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Siapa sangka juga bertitik tolak daripada itu juga mampu membina seorang yang punya jati diri dan berprinsip, sekaligus turut diangkat menjadi pemimpin setempat. Itu semua adalah aturan Allah SW.T alhamdulillah, akan datang akan ada lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang akan lahir daripada institusi TVET yang kian mendapat tempat di kalangan anak muda khususnya di Negeri Perak kita yang tercinta ini.

Dato' Yang di-Pertua, perenggan ke 93, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan RM14.69 juta bagi maksud mengurus dan RM8.6 juta bagi maksud pembangunan di bawah Kerajaan Tempatan untuk pelbagai keperluan termasuk penyelenggaraan bangunan dan kemudahan Pihak Berkuasa Tempatan PBT termasuk pengurusan kutipan sampah luar kawasan operasi. Di sini, saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan isu dan permasalahan dalam kawasan Dun Pengkalan Hulu Mukim Kerunai iaitu berkaitan dengan tapak pembuangan sampah haram di mana lokasi kawasan pembuangan sampah ini begitu hampir dengan jalan utama di laluan Pengkalan Hulu Gerik dan berhampiran sungai yang terus mengalir ke Sungai Perak. Perkara ini telah saya bawa dalam mesyuarat pembangunan daerah sebelum ini.

Selain daripada kawasan tersebut pernah dibersihkan dan dipagar oleh pihak JPS dan pihak kepimpinan tempatan, namun perkara sama tetap masih berulang. Apabila dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan, mereka memaklumkan faktor kos pengurusan yang tinggi, jarak yang jauh serta ketiadaan tong sampah menyebabkan mereka tidak dapat mengutip dan mengurus sampah tersebut. Jika diambilkira dengan kesan penyasaran subsidi diesel oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini juga selain kos-kos berkaitan, maka tidak dapat dinafikan bahawa jawapan maklumbalas daripada pihak PBT itu cukup kukuh untuk diterima. Jadi, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, satu peruntukan khas dan peruntukan tambahan diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan isu bagi menyelesaikan masalah ini. Keadaan ini telah mencacatkan pemandangan dan menimbulkan tanggapan negatif orang luar terhadap penduduk kampung, pemimpin setempat serta pihak kerajaan yang berada di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bagi saya adalah tidak tepat jika diletakkan kesalahan ini 100% kepada penduduk setempat. Mereka mungkin betul, tidak memilih untuk membuang sampah di merata tempat dan membuat pembakaran terbuka di kawasan penempatan masing-masing tetapi apakah pilihan lain yang mereka ada selain daripada membuang sampah di tapak sampah haram ini? Maka Pengkalan Hulu berharap peruntukan khas ataupun peruntukan tambahan perlu diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan masalah bagi menyelesaikan isu ini.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan isu kod kelahiran 02 negeri Kedah anak Pengkalan Hulu. Isu ini menjadi dilema penduduk Pengkalan Hulu sejak bertahun-tahun lamanya. Ketiadaan kemudahan dewan dan wad bersalin di Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu menyebabkan ibu-ibu yang tinggal di Pengkalan Hulu perlu bersalin di Negeri Kedah iaitu Hospital Baling yang hanya berjarak hanya 12 kilometer dari Pengkalan Hulu berbanding Hospital Gerik yang berada di dalam negeri Perak yang jaraknya sekitar 45 kilometer, jauh. Dapatan kami menunjukkan hampir 70% kelahiran baru anak Pengkalan Hulu mempunyai kod kelahiran negeri Kedah, 02. Impaknya banyak hak keistimewaan dan tidak dapat dinikmati oleh mereka ini yang mana keistimewaan diberikan khusus kepada anak kelahiran Negeri Perak. Sebagai contoh, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak. Apabila dilihat kepada syarat dan kriteria, keutamaan adalah anak kelahiran Negeri Perak bermula 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam. Ini adalah syarat utama dalam kriteria untuk permohonan Pendidikan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak.

Seterusnya, ibu bapa atau ibu ataupun bapa yang lahir di Negeri Perak. Syarat kedua, ibu dan bapa yang lahir di Negeri Perak. Keluarga saya sendiri pun ada di kalangan adik-adik saya terpaksa di lahirkan di negeri Kedah dan mempunyai kod kelahiran, 02. Tak perlu lihat jauh cukup adik beradik ataupun keluarga saya. Manakala bagi ibu bapa yang lahir di luar Negeri Perak mestilah telah bermaustatin selama lebih 10 tahun dan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim. Anak Pengkalan Hulu yang lahir di Kedah tak layak untuk memohon Tabung Pendidikan SSPN Anak Perak. Jadi ini memberikan satu gambaran dan perlukan tindakan daripada kita terutamanya Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini dan hakikatnya mereka ini tinggal dan menetap di Pengkalan Hulu Perak sejak dari kecil lagi dan menjadi penyumbang kepada cukai-cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri.

Selain itu, pihak SPA Perak telah mengesahkan apabila diajukan soalan dalam satu sesi libat urus dan sesi taklimat sebelum ini. Antara syarat utama bagi memohon penjawat awam Negeri Perak. Pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Perak. Perkara ini sama seperti dibawa di dalam sidang Dun negeri sebelum ini. Namun jawapan daripada Yang Berhormat Exco adalah Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu sudah ada dewan bersalin tetapi tiada peralatan lengkap dan perlukan tambahan pegawai perubatan dan jururawat. Tak dapat selesai juga masalahnya walaupun pernah dibangkitkan dalam sidang sebelum ini. Jadi cadangan saya jika faktor kekurangan peralatan kemudahan bersalin dan perlu pertambahan staf baru yang jelas melibatkan kos yang tinggi dan jangkamasa panjang yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini. Maka Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara Persekutuan untuk memohon pengecualian bersyarat diberikan kepada ibu-ibu yang tinggal di Pengkalan Hulu dan bersalin di Negeri Kedah. Bukan mereka mahu bersalin di Negeri Kedah tapi terpaksa kalau ada hospital di Pengkalan Hulu, In shaa Allah saya pun akan hantar anak-anak saya. Saya pun akan menempatkan anak saya untuk lahir di Pengkalan Hulu dan saya tak ambil tindakan lah untuk pergi jauh kerana risikonya banyak. Seharusnya anak-anak mereka ini dapat diberikan hak kerakyatan anak kelahiran Perak. Termasuklah anak saya.

Bagi saya, isu ini dapat dipertimbangkan kerana hasil dapatan saya juga sewaktu pentadbiran mantan Adun Pengkalan Hulu sebelum ini iaitu Ibrahim Mohd Hanafiah dan ketika Perak di bawah tampuk kepimpinan Tan Sri Dato' Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali yang mana ketika itu beliau menjadi Menteri Besar Perak. Saya dapati ada sebahagian anak Pengkalan Hulu yang lahir pada tahun 1999, 1998 dan juga pada tahun 2000, mendapat kod kelahiran 08 Negeri Perak walaupun mereka ini dilahirkan di Negeri Kedah. Ini fakta yang saya buktikan dalam sidang Dun ini untuk kita fikirkan untuk bantu anak-anak Pengkalan Hulu yang mana tidak mempunyai kerakyatan kelahiran di Negeri Perak.

Selain itu juga, saya juga ingin mengambil perhatian kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak berkenaan dengan masalah kekurangan kelengkapan peralatan perubatan serta ketidakcukupan pegawai perubatan dan jururawat di Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu. Masalah ini disebabkan berlakunya penambahan jumlah pesakit luar yang datang dari Baling, Kedah setelah Jabatan Pesakit Luar, Hospital Baling ditutup baru-baru ini. Ini disebabkan Hospital Baling sudah dinaiktaraf menjadi hospital pakar. Alhamdulillah, kemudahan untuk rakyat di Baling di sebelah Dun saya di Dun Bayu, Negeri Kedah, Parlimen Baling. Cumanya bila dah Jabatan Pesakit Luar di Hospital Baling ditutup, berduyun-duyun lah pesakit-pesakit dari Baling ni terpaksa datang ke Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu untuk mendapatkan rawatan pesakit luar. Jadi saya mohon dipercepatkan kelulusan penambahbaikan, kemudahan dan penambahan staff di Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu.

Timbalan Yang di-Pertua, perkara tiga yang saya ingin menyentuh berkenaan status pembinaan Kompleks ICQS. Dalam Dewan yang mulia ini saya ingin mengutarakan berkaitan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan ataupun ICQS, Bukit Berapit yang bersempadan dengan Betong, Thailand. Umum mengetahui Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju untuk membina bangunan baharu Kompleks ICQS dan keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri iaitu pada 11 April 2023, tahun lalu menerusi Rancangan Malaysia yang ke-13. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak kementerian, pihak kerajaan kerana telah meluluskan peruntukan ini dan saya dimaklumkan dalam Pembentangan Bajet 2025 yang lalu di Dewan Rakyat. Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi projek bina baharu Kompleks ICQS ini. Diharapkan ia akan menjadi titik mula limpahan ekonomi dan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di dalam Dun Pengkalan Hulu. Dengan kelulusan ini, adakah pihak Kerajaan Negeri telah mempunyai perancangan untuk memanfaatkan bangunan-bangunan sedia ada yang berada di sempadan? Cadangan Pengkalan Hulu juga, bangunan ini boleh digantikan dan dimanfaatkan sebagai Pusat Sehenti seperti RTC, mungkin? Juga sebagai pusat komersial yang mana mengumpulkan produk keluaran anak tempatan. Ini sekaligus dapat menarik pengunjung luar datang singgah ke Pengkalan Hulu dan mampu menjana ekonomi penduduk setempat. Bukanlah seperti keadaan sebelum sekarang dan 3 tahun sejak kebelakangan ini iaitu pengunjung datang ke Pengkalan Hulu hanya sekadar lalu.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa dah tamat.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Mohon sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

2 minit boleh. Sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih. Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Ini sekali gus dapat menarik pengunjung luar untuk datang singgah ke Pengkalan Hulu dan mampu menjana ekonomi setempat. Bukanlah seperti keadaan sekarang dan 3 tahun kebelakangan ini iaitu pengunjung datang ke Pengkalan Hulu hanya sekadar lalu sebelum memasuki sempadan Thailand, yang hanya memberi keuntungan kepada ekonomi penduduk di seberang sana sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua, perkara 4. Sebelum saya mengakhiri, merancakkan lagi sektor pertanian dan eko-pelancongan dalam Dun Pengkalan Hulu. Seperti semua sedia maklum, faktor geografi dan keaslian alam semula jadi yang masih kekal di Hulu Perak terutamanya dalam Dun Pengkalan Hulu telah menjadikan tanah ini begitu sesuai dan subur untuk tanaman durian yang melibatkan pelbagai jenis seperti durian Kampung, Musang King, D24, Duri Hitam dan lain lagi. Yang terbaru adalah Tupai King. Maka jelaslah Pengkalan Hulu berpotensi menjadi hub pengeluaran durian kampung. Lebih-lebih lagi bagi jenis Musang King dan setiap kali tibanya musim durian, Pengkalan Hulu juga bukan sekadar menjadi hub pengeluaran durian semata-mata, tetapi Pengkalan Hulu juga mampu membekalkan hasil pertanian yang pelbagai jenis. Antaranya timun, cili merah besar, terung dan lain-lain tanaman. Buktinya, banyak pemborong dan pembekal daripada luar negeri turun sendiri ke Pengkalan Hulu bagi mendapatkan hasil tanaman untuk dijual dan dibekalkan di kawasan mereka. Justeru itu, dengan keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam membangunkan setiap daerah di Negeri Perak ini, saya mengharapkan satu suntikan dana peruntukan khas dapat diberikan khusus untuk merancakkan lagi sektor pertanian dalam Dun Pengkalan Hulu dengan menubuhkan hub pengumpulan hasil pertanian di kawasan ini. Kesan positif yang bakal diterima, banyak memberi peluang pekerjaan dapat disediakan dan dapat membantu ekonomi setempat. Pengkalan Hulu juga mampu bersaing dan menjadi pengeluar utama dalam sektor pertanian dan hasil ini dapat dibekalkan oleh keperluan negeri di Semenanjung.

Perkara yang terakhir. Berkenaan dengan sedikit Timbalan Speaker, bencana alam yang berlaku di Dun Pengkalan Hulu. Yang Amat Berhormat ada sebutkan dalam Perkara 53. Begitu jugalah yang terjadi di Pengkalan Hulu. Sejak mutakhir ini, pelbagai bencana alam berlaku di luar jangka di negara kita seperti mana yang berlaku ketika ini. Jika tahun lepas, kami telah melalui fasa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan angin ribut. Tahun ini masih lagi kami hadapi masalah yang sama, bahkan jauh lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelum ini. Banjir yang berlaku akibat hujan lebat luar biasa.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi satu minit lagi, sila masuk perenggan terakhir.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Saya landing.

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit ya. Sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pada hemat saya, sewajarnya Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk menaik taraf PPS yang baru dibuka sewaktu bencana baru-baru ini di dalam Dun Pengkalan Hulu, Mukim Kerunai. Ada 2 PPS yang dibuka pertama kali iaitu PPS SK Pahit dan PPS SK Pelang. Saya juga memohon kepada Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas membaik pulih rumah-rumah mangsa yang terkesan dengan bencana. Bukan sahaja kepada Dun Pengkalan Hulu tetapi kepada semua daerah dan kawasan yang turut menghadapi musibah yang sama. Ini kerana kebanyakan mereka menjadi mangsa banjir dan ribut ini, rata-ratanya adalah di kalangan mereka yang tidak berkemampuan.

Timbalan Yang di-Pertua, untuk yang terakhir, rakyat Pengkalan Hulu mengharapkan peruntukan yang tinggi dalam Belanjawan 2025 dan pertambahan pendapatan Negeri yang surplus ini dapatlah diagihkan juga kepada kawasan Pengkalan Hulu yang turut ingin berkembang maju sebagaimana kawasan lain. Keazaman yang dinyatakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sampai ke Pengkalan Hulu juga. Pengkalan Hulu ingin mohon menyokong Belanjawan tahun 2025. Sekian Wabillahi Taufiq Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pengkalan Hulu. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, petugas-petugas media, para pemerhati dan tidak dilupakan seluruh masyarakat Negeri Perak yang sedang menyaksikan Sidang Dewan secara langsung atau pun melalui atas talian khasnya masyarakat kawasan DUN Chenderiang yang saya hormati lagi saya kasihi. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato', Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Negeri Perak tahun 2025. Syabas dan tahniah saya juga ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak pada tahun 2025 pada hari Jumaat minggu lepas di atas komitmen dan kerja keras mengemudi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri di bawah bimbingan yang Amat Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi mencipta sejarah berjaya menghasilkan meningkatkan hasil negeri melepasi RM1 billion untuk tahun 2024 dan ekoran prestasi dan budaya perbelanjaan yang berhemah dan bertanggungjawab. Kenyataan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3 tahun 2024 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak merupakan antara 5 negeri yang menerima Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jabatan -jabatan yang terlibat. Saya berharap momentum ini dapat dikekalkan sejajar dengan tema 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera'.

Tema dan fokus Belanjawan Tahun 2025 dipandu oleh 5 elemen visi baru Perak yang diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak iaitu memastikan institusi yang cekap dan telus, membina semula modal insan dan meningkatkan kebolehpasaran, melabur dalam pintu masuk global, memanfaat dan meningkatkan aset semula jadi dan sejarah Perak yang menakjubkan dan memperluaskan kuasa dalam pengumpulan hasil dan pembuatan keputusan. Bagi mengekalkan momentum ke arah merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030 Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menekankan untuk memberi tumpuan kepada 5 fokus utama dalam Belanjawan Negeri Perak tahun hadapan iaitu Kesejahteraan Rakyat, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Pembangunan Modal Insan dan Belia, Kelestarian Alam Sekitar dan Keterjaminan Bekalan Makanan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, melihat kepada fokus pertama iaitu Kesejahteraan Rakyat. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas kebahagian Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memastikan kehidupan rakyat menjadi lebih baik. Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak pernah jemu berada di lapangan dan sentiasa turun berdampingan dengan rakyat dalam program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di seluruh daerah untuk mendengar, melihat dan merasai sendiri realiti kehidupan masyarakat. Walau bagaimanapun, saya melihat kehidupan rakyat masih perlu dibantu dengan dibebani kos sara hidup yang tinggi. Pentingnya Kerajaan untuk sama sama menyelami dan merasai nadi denyut rakyat. Segala bentuk bantuan mahupun program yang dirancang haruslah dilaksanakan secara inklusif supaya tiada golongan yang tercicir dari menikmati faedahnya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sejak diperkenalkan program Bas Perak Sejahtera bukan setakat menyediakan perkhidmatan pengangkutan tetapi juga membuka pintu kepada kehidupan yang lebih baik untuk rakyat keluar mencari rezeki atau membawa anak mendapatkan rawatan atau untuk anak-anak mereka ke sekolah mengejar impian. Kerajaan Negeri di dalam belanjawan tahun 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta bagi meneruskan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera di Daerah Batang Padang dan daerah lain. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di atas kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan Program Bas Perak Sejahtera laluan baru yang menghubungi yang menghubungkan Chenderiang-Tapah-Chenderiang yang bermula beroperasi pada 1 September 2024.

Di dalam kawasan Dun Chenderiang pada masa ini, juga ada menyediakan bas bagi pelajar-pelajar Orang Asli. Kemudahan bas, kemudahan perkhidmatan bas henti-henti tidak didapati secara menyeluruh dan efisien terutamanya dari pekan Tapah sehingga ke Kampung Orang Asli Batu 25, Jalan Pahang. Di sepanjang jajaran Laluan Tapah, Jalan Pahang, Tapah. Terdapat 5 buah sekolah, sebuah Klinik Kesihatan dan sebuah Klinik Kesihatan Desa, dengan anggaran 2 ribu pelajar dan 10 ribu penduduk yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam ataupun bas henti-henti. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memperluaskan perkhidmatan dan menambah laluan baharu di kawasan jajaran laluan Tapah-Chenderiang-Tapah. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek pembinaan terminal stesen pengangkutan awam bersepadu bagi pengangkutan rel, bas, teksi, E-Hailing dan sebagainya untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam antara stesen kereta api Tapah Road dan pusat bandar Tapah serta antara pusat bandar dan kawasan perkampungan luar bandar yang terlibat di kawasan Tapah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, setiap kali musim tengkujuh tiba hati kita tidak pernah tenang. Ada sahaja kisah duka rakyat yang terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara kerana rumah dinaiki air. Kerugian dan kerosakan harta pula ditanggung saban tahun susulan kejadian banjir yang seolah-olah tidak tiada berpenghujung. Banjir kilat sering melanda Kampung Baru Chenderiang, Kampung Baru Pahang, Kampung Sami dan taman-taman perumahan yang dikenal pasti punca dari sistem saliran dan sungai. Ini telah menyebabkan kerugian kepada masyarakat setempat dan menjejaskan urusan harian mereka. Oleh itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya projek-projek kecil tebatan banjir dapat dilaksanakan dan menaik taraf sistem saliran perparitan dan sungai di sekitar kawasan yang sering dilanda banjir kilat di kawasan Dun Chenderiang.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Kerajaan Negeri, ketika ini terdapat peningkatan populasi penduduk di Daerah Batang Padang serta peningkatan kes yang kompleks di Hospital Tapah. Penempatan pakar perubatan dalaman dan pakar perubatan kecemasan sangat diperlukan di wad kecemasan. Maka saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya penempatan pakar perubatan dalaman dan pakar perubatan kecemasan dapat disediakan di Wad Kecemasan Hospital Hospital Tapah sementara menunggu perancangan bagi pembinaan bangunan baru Hospital Tapah. Bagi perancangan masa depan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang telah mengenalpasti salah sebuah tapak tanah baru untuk mewujudkan Klinik Kesihatan baru di Mukim Chenderiang dan permohonan permohonan untuk tapak tanah ini telah pun diluluskan oleh MMK. Klinik yang akan diwujudkan di atas tanah ini dengan keseluas 9,761 meter persegi dan jenis klinik yang di akan dibina adalah Jenis 4. Saya ingin bertanya apakah status perkembangan lanjut dari pihak kerajaan bagi projek pembinaan Klinik Kesihatan Mukim Chenderiang Jenis 4 yang baru ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selari dengan saranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya Kerajaan Negeri memacu industri pelancongan selain menonjolkan eko pelancongan dan pelancongan secara secara menyeluruh, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM11.31 juta pada tahun 2025 bagi pelbagai program dan projek pembangunan pelancongan dan kebudayaan dalam melancarkan lagi sektor pelancongan negeri. Di kawasan Dun Chenderiang terdapat beberapa kawasan pelancongan yang menarik seperti Tasik Temoh. Dalam aspek ini, saya memohon mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak merancang Tasik Temoh menjadi destinasi pelancong pelancongan pilihan di Negeri Perak. Ia boleh menjadikan Tasik Temoh sebagai nafas baru dalam industri pelancongan. Dengan pembinaan Arena Square Temoh yang merangkumi yang merangkumi kedai jualan produk buah-buahan tempatan, medan selera berbilang kaum, galeri seni dan warisan, pusat hub e-hub pertanian dan tapak pelancongan camping. Perkara-perkara di atas adalah idea-idea yang bernas untuk memajukan sektor pelancongan di Tapah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ambil saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan diatas kelulusan peruntukan projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur pelancongan di Taman Eko Rimba Lata Kijang. Selain itu, terdapat bangunan kedai lama di pekan Chenderiang sebelum sampai ke Air Terjun Lata Kijang. Saya berpendapat sekiranya bangunan kedai lama di pekan Chenderiang ini diberi sentuhan baharu dicat dengan pelbagai warna untuk menceriakan panorama pekan Chenderiang, maka kawasan ini akan menjadi daya tarikan pelancong dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi peniaga di pekan tersebut.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk membangkitkan berkenaan isu kacau ganggu haiwan ternakan terutamanya di Kampung Baru Chenderiang, Kampung Sungai Lah dan Kampung Lubok Mas. Isu ini telah mengganggu gugat kehidupan masyarakat di sana sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan. Isu ini telah berlanjut berlanjutan sekian lama, namun jalan penyelesaian masih tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Data yang diterima daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah pula mengesahkan sebanyak 86 kemalangan yang melibatkan haiwan berkeliaran pada tahun 2023 dan telah mencecah 123 kemalangan jalanraya sehingga November tahun 2024 yang menggambarkan betapa seriusnya isu ini jika tidak ditangani dengan segera. Sebanyak dua kes kemalangan jalan raya maut yang melibatkan haiwan berkeliaran terutamanya lembu dan kerbau yang hampir tidak kelihatan pada waktu malam. Kemalangan jalanraya akibat daripada haiwan berkeliaran ini menjadi perbualan serius masyarakat setempat yang bimbang akan kejadian sama menimpa ahli keluarga mereka. Saya juga berkeyakinan masalah kemalangan jalanraya melibatkan haiwan berkeliaran ini dihadapi di semua tempat oleh setiap lapisan masyarakat termasuk di kawasan Yang Amat Berhormat Ahli Dewan yang ada di dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada 29 Julai 2024 bertempat di Dewan Merdeka, Tapah Saya bersama dengan Majlis Daerah Tapah dan agensi-agensi penguatkuasa telah mengadakan satu sesi pertemuan mesra dengan para penternak di kawasan sekitar. Hasil daripada sesi pertemuan mesra ini, penternak memahami masalah yang sering dikemukakan oleh orang kampung tentang kacau ganggu dan kemusnahan harta awam. Oleh hal yang demikian, penternak juga mencadangkan supaya diwujudkan padang ragut yang lebih bersesuaian untuk membolehkan mereka mengusahakan penternakan secara sistematik dan terkawal. Saya mengambil kesempatan ini dengan mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Perak supaya menyediakan padang ragut dan kandang kepada pemilik haiwan sebagai usaha untuk mengurangkan kejadian haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya dan haiwan berkeliaran dapat dikendalikan dengan lebih sistematik.

Pada sidang kedua Mesyuarat Kedua Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan telah membuat ketetapan untuk mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran Negeri Perak bagi menangani masalah kacau ganggu haiwan berkeliaran yang mendatangkan mudarat kepada kesejahteraan kehidupan masyarakat Negeri Perak. Sehubungan itu, saya berpandangan supaya satu perundangan yang komprehensif dapat digubal dan dikuatkuasa agar masalah ini dapat diselesaikan. Semoga ianya dapat memberi kelegaan kepada masyarakat Negeri Perak khasnya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan syabas dan setinggi tahniah kepada Kampung Orang Asli Lata Kinjang yang telah menjadi johan untuk Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM) tahun 2024 bagi kategori Kampung Orang Asli. Seterusnya saya ingin memberi fokus kepada pembangunan komuniti Orang Asli di kawasan saya. Tiga bidang saya cuba ketengahkan untuk diberi keutamaan bagi memperkasa masyarakat Orang Asli di dalam sesi pembahasan saya iaitu pembangunan modal insan, ekonomi dan infrastruktur. Dalam membayakan golongan belia masyarakat Orang Asli yang baru menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah.

Saya mencadangkan kerajaan untuk merangka program yang komprehensif dan berterusan untuk untuk jangka masa panjang. Ia bertujuan menjadikan golongan ini sebagai golongan yang berilmu, berinovasi dan kreatif serta sentiasa sensitif dengan pembangunan yang berlaku di sekeliling mereka. Justeru, saya ingin mencadangkan kepada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) agar dapat memperbanyakkan lagi program program berorientasi TVET kepada masyarakat belia Orang Asli supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran diri dan memberi pendedahan kepada keperluan permintaan pasaran industri di negeri Perak. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi membina sebuah institusi pendidikan dan latihan teknikal untuk vokasinal TVET khususnya untuk masyarakat Orang Asli di daerah Batang Padang. Dengan adanya institusi ini, masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman boleh tinggal di asrama dan belajar di dalam persekitaran yang kondusif tanpa fokus. Perkara, perkara ini sekaligus akan memastikan anak-anak Orang Asli dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi seperti anak-anak masyarakat kaum lain dalam pelbagai bidang pada masa depan, terutamanya pendidikan dan ekonomi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta kepada Seketeriat Usahawan Negeri Perak (STeP) bagi usaha menyokong pembangunan usahawan. Saya berpandangan sudah tiba masanya masyarakat orang asli terutama di kawasan saya yang bergantung hidup terhadap hasil hutan perlu diberi pendedahan di dalam sektor pertanian dan mempunyai keupayaan keusahawan bagi merancakkan dan mempertingkatkan pendapatan ekonomi mereka. Saya ingin mencadangkan pendampingan tenaga secara menyeluruh melibatkan agensi agensi di dalam sektor pertanian dan usahawan dalam merangka satu program atau projek yang berasaskan hasil hutan dan tumbuhan semula jadi yang ada di pedalaman orang kampung Orang Asli dan dapat dihasilkan secara komersial dan sistematik. Saya juga berharap masyarakat Orang Asli ini diberi pendedahan berkaitan teknik ilmu pertanian moden dan mempunyai keupayaan keusahawan agar dapat menjana pendapatan sendiri melalui teknik moden hasil pengeluaran pertanian akan cepat dan berkali ganda. Mereka juga boleh diberi pendedahan secara aktif di dalam program usahawan bagi perluasan pasarana. Maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memberi geran usahawan Perak khususnya kepada usahawan kecil masyarakat Orang Asli bagi membantu meningkatkan keupayaan menjalankan perniagaan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, disebabkan faktor muka bumi di kawasan pedalaman masyarakat Orang Asli yang jauh di pedalaman, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk projek menambah baik jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa di kawasan pedalaman Orang Asli di kawasan Dun Chenderiang. Saya ingin. Selain itu, memudahkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli. Saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Exco yang bertanggungjawab hal Orang Asli dan JAKOA atas usaha murni untuk memastikan semua kampung Orang Asli di Negeri Perak khususnya di kawasan Chenderiang menerima bekalan elektrik dan air bersih.

Selain itu, saya berharap JAKOA dapat melaksanakan pemasangan lampu jenis solar LED dan lampu program lampu jalan kampung yang berikan manfaat kepada Orang Asli di kawasan Dun Chenderiang. Projek bantuan perumahan sering disuarakan oleh masyarakat Orang Asli. Antaranya yang masalah adalah sesebuah kediaman mereka didiami sehingga tiga ke empat keluarga. Maka saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon kepada PKNW untuk mempertimbangkan cadangan pembangunan perumahan bagi generasi kedua masyarakat Orang Asli di negeri ini. Untuk makluman Kerajaan Negeri, ketika, ketika ini klinik kesihatan yang terletak di Batu 17, Jalan Pahang Tapah tiada kemudahan ambulan. Saya memohon kepada pihak kerajaan supaya boleh mempertimbangkan permohonan saya agar satu unit ambulan di tempatkan di klinik kesihatan ini untuk memudahkan masyarakat setempat. Justeru, saya ingin bertanya apakah status perkembangan lanjut daripada pihak kerajaan bagi permohonan pembinaan jalan.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat. Saya bagi dua minit lagi. Sila masuk peringkat akhir.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Saya ini bertanya kepada kerajaan, apakah status perkembangan lanjut dari pihak kerajaan bagi pembinaan pembinaan, permohonan pembinaan jalan baru bagi menyelesaikan masalah tiada akses laluan bagi masyarakat Orang Asli di Batu 17, Sekam (Dam) Jalan Pahang, Tapah? Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan sidang Dewan Negeri pada kali ini dengan keadaan yang teratur dan selamat. Tidak lupa juga kepada semua barisan penjawat awam Negeri Perak di atas segala khidmat bakti sebagai tunjang dan tonggak kepada usaha, urusan pentadbiran kerajaan. Saya ingin ajar kita semua agar sentiasa doa supaya Negeri Perak akan sentiasa aman dan sentosa. Tidak lupa juga kepada kepimpinan negeri di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar terus diberikan kekuatan dan kesihatan dalam menerajui kerajaan pada negeri tercinta ini. Sekian terima kasih. Chenderiang menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Chenderiang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, al Hamdu lil-laahil-ladhiy anzala 'Alaa Abdihil kitaaba walam yaj'Al lahuu 'Iwajaa. Musalli wa sallim ala hazan Nabi Karim wa ala alihi wasahbihi waman tabi by Ahsan ila Yaumiddin. Subhanaka la ‘ilma ‘allamtana innaka antal alimul hakim. Wala haula wala quwwata illa billahil Aliyyil Azim. Wala haula wala quwwata illa billahil aliyyil Azim wala haula wala quwwata illa billahil Aliyyil Azim. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua pembangkang, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai pegawai kerajaan persekutuan mahupun negeri, rakan-rakan pengamal media seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat negeri Perak yang bersama dalam perbahasan pada hari ini. Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan ruang dan peluang untuk bersama dalam perbahasan Rang Undang undang Perbekalan Tahun 2025 dan juga Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 pada hari ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Sebagai mukadimah, saya mulakan dengan Surah Al A'raf ayat 96. Audzubillahhiminasyaitonirrajim. “Wa law anna ahlal quraaa aamanoo wattaqaw lafatahnaa ‘alaihim barakaatim minas samaaa’i wal ardi wa laakin kazzaboo fa akhaznaahum bimaa kaanoo yaksiboon”. Shodaqallahul'azim yang membawa maksud. Dan sekiranya penduduk negeri itu, mereka itu beriman dan bertaqwa. Tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yg melimpah limpah berkatnya dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan rasul kami lalu kami timpakan kepada mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025 yang baru lalu. Saya kira sudah pastilah belanjawan kali ini membawa banyak kebaikan kepada rakyat. Bahkan semasa ucapan Belanjawan tersebut, saya meneliti dengan tekun dan pada satu ketika sama seperti tahun lalu, saya melihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada satu ketika dia berasa sebak ketika beliau menyentuh berkenaan dengan isu kesejahteraan hidup rakyat yang mana saya juga merasai kegundahan tersebut. Saya kira Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai bapa kepada seluruh rakyat negeri ini, beliau pastinya amat memahami dengan baik jerit perih dan resah gelisah rakyat. Menempuh kehidupan yang mencabar pada hari ini. Maka saya ucapkan berbanyak terima kasih khusus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas keprihatinan tersebut. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua tadi semasa sahabat saya, YB Alor Pongsu menyebut, jika kita nak negeri kita berjaya kita mesti melihat kepada sejarah. Saya setuju dengan itu tetapi saya ingin menambah. Bahawa perkara paling penting untuk kita nak mencapai kejayaan ialah kita kena meletakkan panduannya pada Al-Quran kerana Al-Quran akan memandu kepada kesejahteraan hidup manusia di atas dunia ini.

Sebagai satu akidah yang soheh, wajib bagi kita meyakini tanpa berbelah bahagi setiap apa yang difirmankan oleh Allah Subhana Wataala dalam Al-Quran. Salah satu ayat yang menunjuk yang memandu kita kepada kesejahteraan adalah ayat yang saya bacakan tadi. Intipati ayat tersebut untuk nak mencapai kesejahteraan yang melimpah ruah dalam sesebuah masyarakat negeri ataupun negara, keimanan dan ketaqwaan yang total kepada Allah Subhanahu Wataala kunci paling utama. Ketiadaan ataupun kerosakan iman dan taqwa akan menghilangkan atau mengurangkan keberkatan. Jika pun sesebuah negara itu, kita melihat seolah olah rakyatnya kaya tetapi tanpa keberkatan, maka tiada kesejahteraan hidup yang sebenar akan dapat dikecapi. Taqwa ini membawa maksud manusia diseru agar melaksanakan segala perkara yang baik, yang diperintahkan oleh agama dan meninggalkan segala perkara buruk yang dilarang oleh agama. Melaksanakan perkara yang baik yang diperintahkan oleh agama yang paling besar pula ialah meletakkan dan memartabatkan hukum-hukum syariat pada tempat yang paling tinggi. Saya sangat berkeyakinan bahawa sekiranya perkara tersebut kita laksanakan, nescaya negara atau negeri akan beroleh keberkatan dan kesejahteraan. Ini sebenarnya yang kita cita-citakan negeri Perak. Agar dengannya nanti rakyat dan negeri kita ini berada dalam keadaan penuh dengan keberkatan, penuh dengan ketenangan, penuh dengan keharmonian yang membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan belanjawan tempoh hari, antara pengumuman yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang ialah pengumuman pemberian bantuan khas kewangan. Alhamdulillah, saya yakin ramai yang gembira dan tersenyum lebar dengan pengumuman tersebut. Bagi kami pula, sebagai Ahli Dewan Negeri, blok pembangkang, sudah pastilah kami tertunggu-tunggu dan berdoa agar kami masih diberikan peruntukan seperti yang sebelum ini untuk kami terus berkhidmat kepada rakyat di tempat kami. Oleh kerana itu, besarlah harapan agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan terus berkenan meneruskan polisi baik, polisi yang baik berkait peruntukan sama rata ini untuk tahun depan dan seterusnya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan pentadbiran negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi dalam negeri Perak di atas pencapaian nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar RM82.6 bilion pada 2023 iaitu pertumbuhan sebanyak 2.7% dan juga yang terbaru kejayaan pencapaian kutipan hasil negeri RM1.199 bilion setakat 28 November bagi tahun 2024. Namun, saya berpandangan kita tidak boleh bersikap berpuas hati dan leka. Sebaliknya kita harus melipat gandakan usaha menguatkan ikhtiar dan terus bersungguh-sungguh merencanakan perancangan yang terbaik bagi bersama membangunkan negeri. Sebagai Ahli Dewan Negeri yang dipilih oleh rakyat, saya akan terus memainkan peranan sebagai semak dan imbang yang berkesan In shaa Allah. Saya melihat kedudukan kewangan negeri yang kian mengukuh ini mestilah disyukuri dengan memastikan aspek penyampaian perkhidmatan dan manfaat hasil tersebut dapat dikongsi kepada rakyat melalui projek-projek berimpak tinggi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan merapatkan jurang antara daerah dalam negeri. Saya ingin menyatakan bahawa apa yang terdapat di dalam data dan statistik kadangkala tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat terbanyak. Justeru, dalam perbahasan hari ini, saya ingin membawa beberapa fokus yang mesti diberikan perhatian.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, apabila kita membincangkan isu kesejahteraan rakyat, ia amat berkait rapat dengan isu kos sara hidup. Isu kos sara hidup ini merupakan isu yang semakin mendesak di Malaysia khususnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Peningkatan kos sara hidup ini dicerminkan melalui kenaikan harga barangan asas seperti makanan, perumahan dan perkhidmatan. Saya merujuk pada Laporan Sosioekonomi Perak 2023. Perak mencatatkan peningkatan inflasi makanan yang perlahan pada 2023 iaitu sekitar 2.8% berbanding 3.3% pada 2022. Walaupun kita melihat ianya menunjukkan kadar inflasi yang menurun, namun purata harga makanan meningkat dengan perlahan. Ini boleh dilihat pada purata harga item terpilih negeri Perak. Saya berikan contoh antaranya harga ayam bersih standard 1 kilo pada 2022 RM9.27 tetapi meningkat pada 2023 RM9.66. Harga 10 biji telur gred C pada 2022 RM4.03 meningkat kepada RM4.21 pada 2023. Ikan kembung 1 kilo 2022 RM16.71 naik kepada RM17.81 pada 2023.

Begitu juga dengan beberapa item makanan yang lain lagi boleh dirujuk kepada Laporan Sosioekonomi Perak 2023. Peningkatan kos yang semakin tinggi ini telah memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Beberapa kajian yang dilaksanakan menunjukkan bahawa isu sedia ada terutamanya kos sara hidup, gaji dan kadar simpanan yang rendah sudah berlaku sebelum pandemik lagi dan ini semakin membimbangkan serta terus mengekang usaha pemulihan ekonomi isi rumah. Hasil kajian pada 2022 telah menunjukkan peningkatan isi rumah yang tidak punya simpanan kecemasan mencukupi. Ada sebanyak 63% responden hanya mampu bertahan tiga bulan atau kurang dengan simpanan sedia ada berbanding pada tahun 2029 hanya 53% kenaikan hampir 10% peratus. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, peningkatan harga menimbulkan cabaran kepada isi rumah selesa dengan tahap.

Terima kasih Selinsing. Setuju tak Selinsing dengan kenaikan harga diesel daripada RM2.15 dia naik sampai RM1.20 yang merupakan satu beban yang menyebabkan kenaikan berantai daripada kos perkhidmatan penghantaran dan sebagainya dan ini yang menyebabkan kenaikan harga barang yang disebutkan oleh Selinsing yang akhirnya rakyat menanggung beban hasil daripada kenaikan diesel ini. Setuju ataupun tidak.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih Kamunting. Saya setuju dengan kenyataan tersebut dan masukkan ke dalam ucapan saya. In shaa Allah. Saya tak sempat nak mengulas. Saya terus dengan ucapan saya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, peningkatan harga menimbulkan cabaran kepada isi rumah dengan tahap kesusahan berbeza mengikut kumpulan pendapatan dan menyebabkan kesan lebih ketara bagi mereka yang berpendapatan rendah dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. Terdapat juga isi rumah yang tak mampu hidup dengan selesa dan mereka ini sangat terdedah kepada kemiskinan mutlak. Apabila pendapatan mereka ini hanya tinggi sedikit sahaja daripada garis kemiskinan mutlak. Kalau berdasarkan statistik, Insiden Kemiskinan Mutlak Perak meningkat daripada 7.3% pada 2019 kepada 7.5% pada 2022. Daerah luar bandar meningkat kepada 10.9% pada tahun 2022 berbanding 10.6% pada tahun 2019. Daerah-daerah seperti Batang Padang, Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama, Hilir Perak, Bagan Datuk terus mencatat peningkatan.

Justeru, Selinsing ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan untuk diambil perhatian. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sektor makanan umpamanya merupakan perbelanjaan terbesar dalam bajet sesebuah keluarga. Kenaikan harga bahan makanan, beras, minyak masak, daging, sayur-sayuran menyebabkan ramai keluarga terpaksa menyesuaikan corak perbelanjaan mereka. Kenaikan harga makanan ini bukan sahaja menjejaskan golongan berpendapatan rendah tetapi juga mempengaruhi golongan M40 yang terkesan dengan kuasa beli mereka. Justeru, Selinsing ingin mencadangkan agar program-program utama dalam fokus kesejahteraan rakyat diperluaskan. Antaranya yang pertama, memperluas atau menambah bilangan penerima bakul makanan dan kalaulah boleh untuk lebih merata, berikanlah juga kepada Adun-Adun di sebelah sini.

Yang kedua, menambah penerima Kad Perak Sejahtera. Dicadangkan dinaikkan kepada 25 ribu orang penerima. Ini saya rasa bersesuaian dengan nisbah penduduk Perak, 2.54 juta. Selain itu, kos sara hidup ini turut meningkatkan masalah malnutrisi di kalangan kanak-kanak. Kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute, faktor harga menjadi penyumbang utama pemilihan makanan kurang sihat oleh keluarga berpendapatan rendah yang mendorong pertambahan masalah malnutrisi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini juga disebabkan makanan kurang sihat ini lebih murah dan lebih mudah untuk diperolehi. Justeru, Selingsing mencadangkan agar diberikan penambah baikan Program Perak Children Community Feeding diperluaskan kepada seluruh kelompok B40 dan tidak hanya tertumpu kepada komuniti Orang Asli semata-mata. Usaha ini diharap dapat membantu mengatasi isu malnutrisi dan kemiskinan murid di peringkat umur awal persekolahan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selain makanan, isu perumahan juga merupakan perkara sering menjadi keluhan rakyat. Ada tanah. Ada rakyat ada tanah tapi tak mampu nak bina rumah. Ada duit tetapi tidak cukup untuk nak membiayai pinjaman perumahan. Benarlah apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ada keluarga terpaksa berteduh di bawah bumbung yang hampir roboh dan juga dinding yang berlubang. Bahkan, saya biasa pergi ke rumah yang semua dinding dia roboh. Jadi angin masuk dengan begitu mudah. Semua ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga perumahan yang tidak mampu dimiliki rakyat terbanyak. Jika dilihat kepada Indeks Harga Rumah Malaysia 2023. Harga perumahan di Perak meningkat 3.5%.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Selinsing, minta laluan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ya. Sila.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Saya pun terkesan bila Selinsing bawa cerita kemiskinan. Cuma apa yg saya nak bangkitkan adalah Selinsing setuju tak dengan saya, kalau kita lihat rata-rata budak-budak sekarang ni..zaman-zaman sekarang ni lah..dengan kewujudan banyak kedai-kedai yang menjual coffee. Zus Coffee lah, Starbuck. Tak cukup dengan itu dengan kopi Perak. Berbagai-bagai produk kopi yang di jual dengan harga yang sangat mahal. Jadi kemampuan anak-anak kita untuk berbelanja sekarang ni…mampu. Mereka mampu untuk membeli apa yang saya sebut tadi. Setuju tak? Ataupun boleh pergi komen.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih kepada Pengkalan Baharu. Memang kita melihat pertumbuhan industri coffee ni tetapi saya tidak yakin bahawa semua orang mampu untuk membelinya. Ramai juga yang tidak mampu pun. Saya teruskan. Sedikit ya. Saya mohon sedikit masa. Terpaksa langkau sedikit ni.

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit, sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Saya ingin bangkitkan isu berkaitan dengan isu tempatan iaitu berkaitan dengan isu banjir ataupun banjir kilat di Kerian. Di kawasan saya, banyak tempat yang terkena. Kampung Tengah, Sungai Perikan, Parit Haji Kalam, banyak dah dan saya amat berterima kasihlah kepada pihak kerajaan kerana meluluskan projek RP Kelima RMK-12 ini iaitu RTB Sungai Samagagah Daerah Kerian RM253.4 juta. Bagaimanapun, kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi sebenarnya tidak termasuk dalam RTB tersebut. Jadi, saya sangat mengharapkan kepada pihak kerajaan untuk mengangkat RTB untuk sepanjang Sungai Kurau. Mungkin namanya RTB Bagan Serai untuk nak melindungi Kawasan-kawasan tersebut. Mohonlah untuk diangkat oleh pihak kerajaan.

Kemudian lanjutan daripada isu banjir ini kita melihat bahawa banjir kilat tidak ada apa-apa bantuan. Jadi, keadaan banjir kilat ini kadarnya lebih kurang sama sahaja dengan banjir yang biasa. Bahkan lebih teruk lagi apabila kita melihat ada kawasan terutama di kawasan saya ini, ada yang sampai enam kali dah dalam tempoh beberapa bulan ini enam kali. Maknanya cuci kena, cuci kena, habis semua tingkap segala perabot semua rosak tetapi tidak ada apa-apa bantuan yang diterima. Jadi, saya mohon lah kepada pihak kerajaan, mari kita tengok balik, kita semak semula, nilai, supaya kita boleh juga memperuntukkan sedikit peruntukan kepada mangsa-mangsa banjir kilat ini. Walaupun hanya sebagai satu ehsan.

Tuan Yang di-Pertua, buat akhirnya sebagai mengakhiri perbahasan saya, ingin saya bacakan maksud sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani yang berbunyi “Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang kau masukkan ke hati seorang mukmin atau engkau hilangkan kesusahannya atau engkau membayar hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya”. Saya menyambut gembira pengumuman berkenaan pemberian Bantuan Khas Kewangan pada kadar dua bulan gaji. Kalau boleh tiga bulan pun sebenarnya takpa kepada semua penjawat awam pentadbiran Kerajaan Negeri. Cuma saya mengharapkan janganlah dicicirkan para imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA. Tahun 2024, Kerajaan Pusat sediakan BKK ni RM700.

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit, masuk. Sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Tahun 2024, Kerajaan Pusat sediakan BKK RM700 kepada kelompok ini dan tahun 2025 pula hanya RM500. Apalah salahnya jika pihak Kerajaan Negeri, tambahkan lagi RM200 agar ianya kekal menjadi RM700. Ini sebagai menghargai dedikasi dan komitmen yang mereka curahkan semasa menjalankan amanah dan tugas dan membantu mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat ini. Maka pada hemat saya adalah wajar dipertimbangkan cadangan ini. Akhirnya saya mohon maaf di atas segala salah bicara dalam perbahasan ini. Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum wbt. Selinsing mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Selinsing. Seterusnya di jemput Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi kerajaan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan mengizinkan saya untuk berbahas dalam isu Enakmen Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 pada sidang kali ini. Kita sedia maklum penyediaan Belanjawan Negeri Perak tahun 2025 meneruskan kesinambungan selaras dengan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 untuk membangun dan memakmurkan Negeri Perak serta mensejahterakan rakyat Perak. Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2025 sekali lagi mencipta satu rekod baru dengan mencatatkan jumlah sebanyak RM1.52 bilion iaitu satu belanjawan yang terbesar dalam sejarah Negeri Perak. Satu peningkatan sebanyak RM172 juta atau 12.77% berbanding dengan tahun 2024 yang mencatatkan jumlah sebanyak RM1.34 bilion.

Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah belanja bagi maksud pembangunan yang mencatatkan RM538 juta atau pun 35.4% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan. Peningkatan dalam jumlah yang besar ini iaitu sebanyak RM47 juta atau pun 9.6% berbanding dengan belanjawan tahun 2024 jelas menunjukkan perbelanjaan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak merupakan satu belanjawan yang berimpian tinggi untuk merealisasikan Perak Sejahtera menjelang tahun 2030. Ini juga akan membantu untuk memberikan keyakinan yang tinggi kepada para pelabur tempatan dan pelabur asing serta rakyat jelata bahawa Kerajaan Negeri Perak sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri Perak demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak. Peningkatan ini jelas menunjukkan usaha Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kebajikan demi manfaat rakyat dan disokong pula oleh kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang semakin mengukuh di sebalik persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ditambah pula dengan perang geopolitik yang masih mencengkam pasaran komoditi.

Timbalan Yang di-Pertua, tema dan fokus Belanjawan tahun 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak berteraskan lima fokus yang utama. Saya ingin menyentuh sedikit sebanyak berkaitan dengan fokus yang kedua iaitu tadbir urus projek berkepentingan negeri. Selaras dengan persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 yang telah diumumkan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri memperuntukkan RM11.31 juta bagi pelbagai program dan projek pembangunan pelancongan dan kebudayaan termasuk menjadikan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan mesra usia.

Sebenarnya Bandar Warisan Taiping boleh dijadikan contoh kepada program bandar mesra usia kerana menawarkan kemudahan riadah dan rekreasi untuk warganya dalam mempromosikan gaya hidup yang sihat. Taiping telah dipilih sebagai bandar pertama di negara Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara yang melaksanakan fasa pertama projek rintis bandar mesra usia yang sudah bermula pada tahun 2019 dengan peruntukan dana sebanyak RM1.1 juta dari Tabung Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan boleh digunakan untuk membangunkan pelan yang disesuaikan mengikut keperluan tempatan. Bandar mesra usia adalah satu instrumen untuk menggabungkan peranan setiap individu dalam komuniti dan masyarakat setempat agar persekitaran yang didiami adalah bebas halangan dan selamat dan yang paling penting adalah untuk mewujudkan sistem sokongan yang berkesan untuk semua pihak. Peningkatan populasi penduduk lanjut usia berlaku di seluruh dunia dan dianggarkan pada tahun 2050 lebih daripada 22% populasi manusia melebihi usia 60 tahun. Maka usaha membangunkan lebih banyak fasiliti dan juga memulihara alam semula jadi harus dipertingkatkan untuk memastikan program bandar mesra usia akan berjaya di bandar Taiping dan bandar-bandar lain yang seterusnya dapat menjadikan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan mesra usia.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Negeri Perak merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana kekayaan warisan budaya, keindahan alam semula jadi dan kepentingan sejarahnya. Sempena Tahun Melawat Perak 2024, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dengan sasaran 8 juta pelancong tempatan dan 350 ribu pelancong asing. Berdasarkan data produk-produk pelancongan yang berdaftar di bawah PBT dan Tourism Malaysia jumlah pelancong dan pelawat harian yang datang ke Negeri Perak telah mencatatkan jumlah 7.41 juta orang sehingga bulan September dan dijangka akan melepasi sasaran 8 juta pelancong tempatan. Manakala laporan Hotel Case Survey pula menunjukkan lebih dari 600 ribu pelancong antarabangsa yang telah berkunjung dan bermalam di Negeri Perak sehingga bulan September 2024 dan angka ini hampir dengan dua kali ganda sasaran 350 ribu pelancong antarabangsa. Ini menunjukkan satu peningkatan dan kejayaan sektor pelancongan yang telah giat diusahakan oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan agensi seperti Tourism Perak. Bagi Bandar Taiping yang juga sedang menyambut ulang tahun ke 150 tahun ini, data menunjukkan peningkatan pelancong yang agak konsisten sejak tahun 2023 dan 2024.

Walaubagaimanapun salah satu produk pelancongan di Bandar Taiping iaitu Taman Botani Perak harus diberikan perhatian. Taman Botani Perak merupakan sebuah taman yang dibangunkan oleh Jabatan Landskap Negara dengan konsep muzium hidup tumbuh-tumbuhan yang ditafsirkan sebagai satu pusat mengumpul dan mempamerkan pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik. Taman Botani Perak diperkukuhkan dengan gabungan eko pelancongan dan rekreasi khususnya melibatkan aktiviti riadah serta jalinan interaksi manusia dan alam sekitar. Keistimewaan Taman Botani Perak adalah daripada segi pemilihan tema dan koleksi spesis tumbuhan. Spesis tumbuhan yang ditanam mewakili zon utara secara am dan Perak khususnya. Keutamaan diberikan kepada koleksi tumbuhan daripada Perak bagi menonjolkan keunikan, keindahan dan kekayaan alam semula jadi Negeri Perak. Walau bagaimanapun mengikut data yang ditunjukkan Taman Botani Perak hanya mencatatkan jumlah sebanyak 3711 orang pengunjung pada tahun 2023 atau secara puratanya hanya 10 orang pengunjung setiap hari. Untuk tahun 2024 sehingga bulan September jumlah pengunjung dicatatkan sebanyak 2761 orang atau secara puratanya juga bersamaan dengan 10 orang pengunjung setiap hari. Sebagai sebuah taman warisan yang menggabungkan empat fungsi utama iaitu pemuliharaan, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi, angka yang ditunjukkan tersebut adalah terlalu rendah.

Saya berpendapat satu perancangan yang baru perlu dibuat dengan serta merta untuk menjadikan Taman Botani Perak sebagai satu produk pelancongan yang mampu menarik minat orang awam dan para pelancong. Adakah kutipan bayaran masuk ke dalam Taman Botani Perak yang sebelum ini dibuka secara percuma telah menjadi faktor kekurangan minat orang awam atau pun kekurangan daya tarikan atau persepsi bahawa keadaan di dalamnya tidak banyak berbeza dengan taman tasik dan Bukit Larut yang juga dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan warisan. Perkhidmatan tambahan seperti menyediakan ranger untuk memperkenalkan keunikan setiap tumbuhan yang ada bukan sahaja dapat menjadi rekaan baru tetapi juga merupakan satu bentuk pendidikan untuk kita mengenali dan memelihara kehijauan yang sedia ada. Saya juga ingin mencadangkan setiap tiket yang dibeli untuk masuk ke Zoo Taiping boleh diberikan tiket percuma masuk ke Taman Botani Perak sebagai satu pakej kombo memandangkan Zoo Taiping mampu menarik lebih daripada 500,000 pengunjung setiap tahun. Satu usaha untuk menarik orang awam masuk ke Taman Botani harus dibuat terlebih dahulu supaya lebih ramai orang mengenalinya dan membantu untuk mempromosikannya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam fokus yang kedua iaitu tadbir urus projek berkepentingan negeri juga saya ingin menyentuh sedikit sebanyak berkaitan dengan pelaburan dan perindustrian yang menjadi pemacu kepada perkembangan ekonomi Negeri Perak. Merujuk kepada data pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh Januari hingga Jun 2024, Negeri Perak telah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM3.04 bilion daripada 166 projek. Daripada jumlah ini, RM2.85 bilion merupakan pelaburan domestik manakala RM184.2 juta pula adalah pelaburan asing.Sektor pembuatan menyumbang sebanyak RM601.5 juta daripada 30 projek di mana RM457.3 juta pelaburan adalah dari pelaburan domestik dan RM144.2 juta pula dari pelaburan asing. Menerusi pelaburan yang diluluskan oleh MIDA dalam sektor pembuatan ini, sebanyak 1,249 peluang pekerjaan baru dapat dijana dan bakal ditawarkan kepada rakyat tempatan.

Dalam sektor perkhidmatan pula, data dari MIDA merekodkan sebanyak RM2.44 billion pelaburan baru dari bulan Januari hingga bulan Jun 2024. Melalui 136 projek baru ini dapat menjana 131 peluang pekerjaan baru. Jika kita rujuk pada data MIDA bagi jumlah pelaburan yang diluluskan di kawasan Kamunting, Bandar Taiping, dalam tempoh yang sama adalah sebanyak RM272.7 juta yang terdiri daripada RM112.3 juta pelaburan domestik dan RM167.4 juta pelaburan asing yang melibatkan 17 projek yang dijangka mencipta 277 peluang pekerjaan baru kepada warga Taiping. Berdasarkan data ini, kita dapat melihat kawasan perindustrian Kamunting dan Kamunting Raya berjaya menjadi salah satu destinasi pilihan utama pelabur di mana hampir 45% atau pun 45% daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan oleh MIDA bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2024 dalam sektor pembuatan di negeri Perak adalah dari kawasan perindustrian Kamunting dan Kamunting Raya. Pencapaian besar ini disokong oleh limpahan peluang ekonomi daripada pembangunan pesat dalam sektor pembuatan dalam Koridor Utara seperti di Pulau Pinang dan Kulim.

Lokasi Kamunting yang berhampiran dengan hub semi konduktor utama negara kita menjadikan Kamunting sebagai salah satu destinasi tumpuan oleh pelabur dalam industri berkaitan elektrik dan elektronik. Beberapa projek sedang dibangunkan secara aktif di kawasan perindustrian Kamunting dan Kamunting Raya adalah kilang pembuatan produk elektrikal dan elektronik, produk PCB, komponen mesin, produk bagi komponen clean room dan produk berkaitan sektor semi konduktor. Salah satu projek utama buat masa ini yang sedang diusahakan di kawasan perindustrian Kamunting Raya ialah pelaburan oleh sebuah syarikat asing yang akan mengeluarkan produk aluminium forge parts dengan izin bagi komponen mesin yang akan dibekalkan kepada syarikat elektrik dan elektronik yang utama di Pulau Pinang. Syarikat tersebut kini dalam proses untuk membina sebuah kilang di lot industri seluas 8.7 ekar dan telah mendapat kelulusan lesen pengilang interim oleh MIDA dan juga telah mendapat kelulusan bagi kebenaran merancang pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit, dan pelan bangunan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Taiping pada 28 Oktober 2024.

Walaubagaimanapun, projek ini masih belum menerima kebenaran bagi memulakan kerja di tapak oleh sebab isu tunggakan cukai taksiran dan cukai tanah oleh pemilik tanah iaitu sebuah syarikat pihak ketiga yang telah mendapat JV dengan Perbadanan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada pentadbiran yang terdahulu. Kita difahamkan bahawa proses jual beli tanah serta proses pemindahan pindah milik ini sedang dalam proses dan pihak syarikat akan membuat pembayaran bagi pembelian kepada pemilik tanah dan dengan hasil jualan ini akan digunakan untuk membayar hutang yang tertunggak. Namun, saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberi sokongan pemudahcaraan kepada pihak syarikat tersebut untuk memulakan kerja di tapak kerana kelewatan memulakan kerja di tapak akan melewatkan tarikh siap pembinaan kilang dan memberi kesan negatif kepada persepsi pelabur serta melambatkan penawaran peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Hal ini akan menjurus kepada kelewatan untuk negeri yang kita cintai ini untuk meraih peluang untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa kurang senang kepada pelabur untuk memilih di Perak di masa hadapan. Amat besarlah harapan saya agar pihak Kerajaan Negeri dalam melihat dalam perkara ini agar satu tindakan yang berkesan dapat diambil untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek oleh pelabur-pelabur di Negeri Perak andai perkara seumpama yang terjadi terhadap syarikat tersebut berlaku di kawasan lain dalam negeri Perak.

Kita faham pihak PBT dan Pejabat Tanah mempunyai tanggungjawab dan sasaran kutipan cukai bagi memenuhi KPI. Namun kita juga harus berpandangan dengan lebih jauh dan melihat perkara ini dalam konteks yang lebih besar. Sekiranya sesebuah lot perindustrian yang ingin dibangunkan oleh seorang seorang pelabur dan mendapati terdapat masalah cukai tertunggak oleh pemilik sebelumnya dan menyebabkan projek pembangunan pelabur yang baru ini terpaksa ditunda atau dibatalkan. Ini pastinya akan merencatkan kelancaran pelaksanaan projek-projek pelaburan di Negeri Perak. Sebenarnya pelabur baru inilah yang akan membantu untuk membawa nilai tambah kepada sosial ekonomi setempat dengan penawaran kerja serta pembangunan vendor setempat. Malah, daripada dibiarkan sahaja lot-lot perindustrian sedia ada kekal kosong tanpa sebarang aktiviti, melalui pelaburan baru seumpama inilah PBT dapat meningkatkan hasil cukai taksiran tahunan secara jangka masa panjang apabila kilang disiapkan dan nilai cukai taksiran baru akan dikenakan kepada pemilik kilang. Saya juga ingin mencadangkan penguatkuasaan dijalankan terhadap pemilik-pemilik tanah perindustrian yang berhutang cukai lebih dari dua tahun dan tidak berniat untuk membangunkan kawasan tersebut supaya usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan dan perindustrian tidak terjejas. Secara kesimpulannya…

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah, Yang Berhormat Pantai Remis. Ok. Saya nak ingin tahu sama ada Yang Berhormat setuju tak kiranya pada masa yang akan datang dengan tanah-tanah yang kita telah memberi hak milik kepada sesiapa dalam kawasan perindustrian, kita perlu letak jelas dengan syarat itu. Dalam berapa tahun dia perlu bangun di kawasan itu. Kalau tidak kerajaan berhak untuk ambil balik tanah itu. Terima kasih.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Yang Berhormat Pantai Remis. Saya setuju sebab dari memang daripada kes yang saya sebut tadi, memang kita menghadapi masalah. Secara kesimpulannya, cabaran dalam sektor pelaburan dan perindustrian Negeri Perak memerlukan kerjasama erat antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi berkaitan dan pelabur dengan langkah strategik…

Timbalan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat. Saya tambah 3 minit sila masuk peringkat yang terakhir. Sila.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih. Dengan dengan langkah strategik seperti yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 dan Pelan Perindustrian Perak. Negeri Perak harus bertindak pantas dan bekerja secara lebih efisien dalam usaha untuk terus membangunkan ekonomi Negeri Perak yang kita cintai, yang sudah pastinya membuahkan hasil ke atas kesejahteraan dan kemaslahatan rakyat Negeri Perak. Sebelum mengakhiri perbahasan saya pada petang ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan sejumlah 500 projek kepada Negeri Perak di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 dan syabas kepada Kerajaan Negeri Perak atas kutipan hasil negeri yang semakin meningkat dan kedudukan kewangan negeri yang semakin kukuh untuk merealisasikan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Sekian terima kasih. Pokok Assam mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pokok Assam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Untuk saya memberi peluang untuk memberi peluang kepada saya dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera bacaan ayat al-quran. YAB Dato' Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Bagi memulakan perbahasan saya akan belanjawan ini dengan mengambil salah satu karya Al-Imam al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah yang membicarakan keperluan dalam sebuah kepimpinan yang berlaku adil. Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar telah berjaya menarik saya untuk membahaskan beberapa perkara yang sangat penting khususnya buat rakyat Kenering dan Negeri Perak amnya. Dalam satu hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Zar al-Ghifari, Rasulullah saw menceritakan bahawa Allah swt berfirman. bacaan ayat al-quran. Maksudnya wahai hambaku sesungguhnya aku mengharamkan sifat zalim ke atas diriku dan aku jadikannya di antara kamu benda yang diharamkan, maka jangan kamu saling melakukan kezaliman. Hadis riwayat Imam Muslim.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, merujuk kepada Perkara 13 berhubung dengan sektor perlombongan dan pengkuarian yang ada hubung kaitnya dengan Dun Kenering. Sebagai tempat pengeluaran nadir bumi NREE yang pertama di Malaysia dan Perak yang mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 0.6 peratus iaitu dengan nilai RM486.8 juta berbanding RM449.4 juta pada tahun 2022. Pulangan ini sangatlah amat bermakna dalam melakar sejarah baru dalam menceburi hub ekonomi baru berasaskan sumber semula jadi yang tertanam di perut bumi Allah swt ini. Namun begitu, rakyat Kenering mendambakan sesuatu imbal balas yang lebih bermakna hasil tanah bumi mukim Kenering dikorek, dilombong dan dijual keluar. Adakah ditinggalkan hanya saki baki sisa perlombongan untuk rakyat Kenering mendapatkannya. Timbalan Yang Di-Pertua pada September 2023 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan dasar larangan eksport REE ke luar negara di mana memberi peluang baru memberi peluang baru agar sumber sumber yang dilombong diproses dan dihasilkan kepada produk ketiga.

Produk terakhir di mana akan meningkatkan Dasar Ekonomi Baru dan mewujudkan peluang pekerjaan baru. Soal saya adakah perancangan pihak Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan projek NREE ini diteruskan dan di manakah akan berlakunya proses pengkelasan sumber ini dan siapakah ataupun pihak pakar yang bakal terlibat dalam meneruskan manfaat sumber ini. Perkara yang amat penting ialah pemantauan secara berkala perlu dititikberatkan oleh pihak berwajib agar proses penggalian ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan selamat. Ia selari dengan pepatah melayu. "Tarik rambut dalam tepung rambut tidak putus tepung tidak berselerak". Ekonomi perlu dijana, namun kesihatan awam dan kepentingan penduduk juga perlu diutamakan. Jika tidak, dasar Perak Bumi. Kalau tidak dasar Perak Bumi Lestari 2030 mungkin terencat jika tidak dikawal dan dipantau. Hal ini jelas dalam firman Allah swt dalam surah Al Qasas ayat 77. bacaan ayat al-quran. Maksudnya dan jangan Engkau melakukan kerosakan di atas muka bumi. Sesungguhnya Allah swt tidak suka kepada orang orang yang berbuat kerosakan. Saya juga ingin tahu sejauh mana tindakan ke atas pelombong-pelombong haram. Sebagai contoh, tangkapan yang telah dibuat di Ulu Lawin Selatan sedikit masa dahulu kerana timbul rasa kebimbangan saya dalam keadaan nadir bumi NREE yang bersifat bahan mentah yang belum diproses berlaku kecurian dari pelombong-pelombong haram. Apatah lagi jika sekiranya telah ada kilang-kilang pemerosesan wujud dalam negara Negeri Perak ini sebagai negeri perintis kilang atau makmal pemprosesan tersebut.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada Perkara 54 Bajet Belanjawan 2025, Jabatan Pengairan dan Saliran JPS diperuntukkan sebanyak RM111.5 juta bagi belanja mengurus. RM74 juta bagi rancangan Tembatan Banjir RBT bagi Daerah Hulu Perak, Gerik. Untuk makluman Dewan, bahawa Kerajaan Negeri telah melantik satu syarikat konsultan untuk membuat kajian kekerapan berlakunya banjir kilat di Pekan Gerik. Untuk beberapa tahun kajian tersebut telah dibuat untuk beberapa tahun dan jutaan ringgit telah dikeluarkan untuk kajian ini. Keputusan hasil kajian telah dibentangkan oleh syarikat konsultan tersebut dengan mencadangkan untuk dibina sebanyak 9 buah kolam takungan air yang menelan belanja jutaan ringgit yang juga melibatkan puluhan ekar tanah rezab melayu yang akan diambil. Yang Berhormat Temengor juga ada membuat cadangan supaya pembinaan tujuh buah kolam takungan ini dapat dikurangkan kerana ada di antara kolam-kolam yang dicadangkan itu tidak melibat sungai-sungai yang mengalir ke Pekan Gerik.

Saya bersetuju dengan cadangan pandangan Yang Berhormat Temengor dan saya bersetuju dengan cadangan pembinaan kolam takungan kolam takungan air tersebut. Namun, saya mencadangkan ianya perlulah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat satu atau dua kolam terlebih dahulu dan kita lihat adakah dengan pembinaan satu atau dua kolam ini memberi kesan yang positif. Tidak lagi berlaku banjir kilat di pekan Gerik lagi yang memungkinkan mengurang kos yang banyak dan pengambilan tanah rezab Melayu yang banyak. Berhubung dengan Rancangan Tambatan Banjir (RBT) jangan dijadikan projek jutaan ringgit ini bagaikan sekali air bah sekali pantai berubah. Sekali air bah sekali tambatan banjir berubah kerana ianya ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja. Di korek di dalamkan sungai. Pasir sungai itulah yang dijadikan ban atau pun batas sungai. Datang banjir dengan ban-ban pun atau pun benteng tersebut hilang entah ke mana. Kenering mencadangkan supaya dibinakan tebing-tebing sungai tersebut dengan batu-batu gabion atau dinding-dinding simen konkrit yang kukuh di tempat-tempat strategik yang boleh menghalangi limpahan air sungai ketika berlaku banjir menuju dan memenuhi penempatan penduduk sekitarnya.

Isu banjir di Kampung Sumpitan di Dun Kenering juga masih belum ditemui jalan penyelesaiannya. Projek jambatan baru Sumpitan tertangguh sekian lama. Kenering memohon disegerakan. Projek jambatan tersebut atau perlunya Kenering mencadangkan satu laluan sungai baru dibuat. Lalu kita namakan sungai tersebut sebagai Sungai Sumpitan kerana yang berlaku banjir sekarang ini adalah namanya Sungai Temelong jauh daripada Kampung Sumpitan. Isu banjir kilat juga berlaku di Sekolah Rendah Kenering. Pada bulan 10 yang lalu turut turun MB untuk melawat sekolah tersebut. Sedangkan Sekolah Rendah Kenering ada cadangan pembinaan di tapak baru yang lebih selamat. Setelah, saya dimaklumkan bila mana saya telah dipilih dan dilantik menjadi Yang Berhormat bagi kawasan bagi Dun Kenering. Namun belum ada riak-riak memulakan pembinaannya. Saya mengharapkan agar ianya disegerakan kerana ia akan melibatkan kerugian yang semakin lama semakin besar.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu pembinaan rumah generasi kedua Felda ataupun golongan muda Felda. Yang Berhormat Ahli Parlimen Lenggong telah memaklumkan Projek Perumahan Generasi Muda Felda telah diluluskan dan dalam proses untuk pecah tanah. Projek perumahan yang melibatkan 600 unit perumahan dan bangunan perniagaan. Projek ini dah nak mula nak pecah tanahtetapi Ahli Parlimen Lenggong baru minta Lembaga Air Perak buat kajian kemampuan LAP untuk membekalkan air bagi menampung 600 unit di kawasan MRSM Gerik dan Majlis Daerah Gerik pun baru nak menyemak sama ada telah ada kebenaran merancang atau belum. Namun, Kenering menyokong usaha kerajaan pusat atau negeri bagi membina rumah generasi kedua atau pun muda Felda ini.

Namun, mengumpulkan 600 keluarga ke suatu tempat penempatan perlu dikaji semula atas beberapa faktor. Pertamanya, perpindahan beramai-ramai generasi kedua ke tempat baru sudah tentu mengurangkan jumlah komuniti penempatan asal di Felda yang memungkinkan pelaksanaan solat Jumaat yang berkurangan jemaah solatnya. Lebih-lebih lagi peneroka asal kaum lelaki yang yang banyak telah meninggal dunia. Yang kebanyakannya ditinggalnya janda-janda dengan anak-anaknya. Sebab itu, bila berlaku perpindahan yang besar ini, dia akan mengurangkan komuniti penduduk di Felda tersebut. Begitu juga penerusan gen begitu juga dengan generasi kedua ini merupakan penerus melahirkan generasi ketiga di Felda. Selalulah berlaku kalaulah berlaku perpindahan yang beramai-ramai akan berlaku ke atas sekolah di Felda ini yang diistilahkan sebagai SKM ataupun Sekolah Kurang Murid. Bukan sahaja ianya berlaku di Felda, tapi sekarang ni pun kita dapati di daerah-daerah atau pun di kampung-kampung yang terpencil kurang murid pelajar. Kalau berlaku perpindahan yang ramai ni buat satu penempatan mana dia akan berlaku pada penempatan di Felda-Felda.

Di daerah saya Dun Kenering ada 4 Felda ada Felda Lawin Utara-Selatan ada Tawai ada Felda Pepulut ni adalah kampung-kampung di anggap sebagai kampung-kampung tradisi. Kalaulah berlaku perpindahan yang besar 600 unit ni perumahan yang nak dibina untuk generasi kedua Felda. Sebab itu, oleh itu, Kenering mencadangkan supaya menyediakan dan mengekalkan penempatan di tanah asal milik Felda atau pun FGV adalah lebih relevan untuk generasi kedua Felda ini.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang pembinaan kompleks sukan di Dataran Lawin. Projek yang telah lama terbengkalai bermula dari saya menjadi YB Kenering. Projek ini ada disebut-sebut dalam mesyuarat daerah dengan alasan kos projek yang tidak mencukupi. Saya mengharapkan atas ihsan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menambah sedikit peruntukan kalau tak cukup. Memandangkan keuntungan jutaan ringgit hasil daripada nadir bumi (REE) dari bumi Mukim Kenering. Kalau dalam siri, program turun Padang Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke Dun Kenering diantaranya turun ke Kampung Air Ganda. Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh mengisytiharkan peruntukan kepada Masjid Air Ganda RM200,000.00.

Apa salahnya jika sekiranya untuk menjayakan kompleks sukan ini dengan sedikit peruntukan atas ehsan yang amat-amat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang pembinaan semula Masjid Baru Kampung Malau yang menelan belanja RM3 juta. Baru dibuat peringkat asas pembinaan beam atau pun paras lantai yang dibina mengikut kajian melepasi tenggelamnya banjir, kalau berlaku banjir. Baru je buat paras tersebut juga turut tenggelam. Lalu Yang Amat Berhormat menambah peruntukan RM500,000.00 untuk menaikkan ketinggian lantai masjid tersebut kepada 2 kaki lagi. Terima kasih di atas kemurahan budi Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar jangan lupa di sebelah masjid tersebut ada Sekolah Agama Rakyat. Bila ditinggikan bangunan masjid rendahnya bangunan Sekolah Agama Rakyat yang turut menjadi mangsa banjir kilat. Sebab itu saya mencadangkan dan mengharapkan satu peruntukan juga diperlukan kepada Sekolah Agama Rakyat itu untuk dinaiktarafkan. Sehingga sekarang pun sehingga sekarang pun ada satu blok bangunan Sekolah Agama Rakyat yang bersebelahan dengan masjid belum dibersihkan kesan daripada banjir kilat tersebut.

Untuk akhirnya, saya ingin menyentuh sedikit tentang bajet orang muda dan pembangunan belia. Saya sangat menyokong penuh bahawa bajet kali ini terus memberi fokus kepada anak-anak muda dan pembangunan belia, PASAK telah menjalankan banyak aktiviti dalam membangunkan agenda Perak Koridor TVET negara. Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri, berapakah peratus peserta yang telah menyertai program-program Pasak yang telah berjaya mengaplikasikan skill dan latihan yang telah dipelajari dalam pekerjaan atau dalam kehidupan. Juga Dun Belia telah merangka dan melangkah dengan kepada sesi keempat. Sejauh manakah keberkesanan melatih belia-belia Dewan Belia yang telah dilantik dalam menjadi seorang pemimpin muda yang berkaliber. Bak kata Bung Karno, beri aku 1000 orang tua, nescaya aku cabut Gunung Semaru dari akarnya, beri aku 10 pemuda nescaya aku goncangkan dunia.

Saya mencadangkan Ahli-ahli Dewan Belia, sikit lagi, haruslah dipersiapkan diberi peluang untuk dilibatkan dalam majlis, ahli majlis di setiap PBT agar dapat beri idea yang muda dan bernas di kawasan masing-masing dengan bidang profesional tertentu dan bukanlah daripada kroni-kroni tertentu. Dewan Belia yang telah dilaksanakan bukan hanya memberi fokus tentang ciri-ciri pemimpin yang berkaliber tetapi haruslah bersulamkan dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta asas-asas nilai murni dan nilai agama dalam menjadi seorang pemimpin yang bersih, cekap, amanah dan tidak korupsi. Jangan mulut bebas rasuah tetapi kawan baik sebelah ada banyak pertuduhan dan penyelewengan. Akhirnya memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna, asas iman adalah hati yang bersih, asas keikhlasan adalah jiwa yang bersih, asas semangat adalah keinginan yang kuat, asas usaha adalah keazaman yang membara dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada diri seorang pemuda.

Akhir sekali, saya selaku Adun Kenering menyokong Rang Undang undang Perbekalan Perak 2025. Sekian terima kasih. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kenering. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, pengamal media dan penonton di media sosial yang saya hormati sekalian. Sebelum saya memulakan perbahasan ini, izinkan saya mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan setinggi-tinggi kepada Datuk OBJ, Pejabat Daerah Bagan Datuk, Majlis Perbandaran Teluk Intan, JPS, JKM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, KKMM dan agensi-agensi kerajaan lain yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan dalam menguruskan bencana banjir di kawasan Hutan Melintang terutamanya dan Bagan Datuk keseluruhannya dan juga ucapan tahniah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk yang mencatatkan kutipan hasil melebihi 150%. Syabas PDT Bagan Datuk. Saya juga dengan tulus ikhlas mengucapkan salam takziah kepada mangsa yang terlibat dengan bencana banjir. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan dan sama-sama kita berdoa semoga keadaan beransur pulih seperti sediakala. Terlebih dahulu, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan serangkap pantun.

Jalan-jalan ke Hutan Melintang, singgah sebentar di Daerah Selama, semoga perbahasan yang bakal dibentang, memberi manfaat kita bersama.

Di sini saya ingin merakamkan juga penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad dan pasukan pentadbiran beliau atas usaha menyeluruh merangka belanjawan ini yang berhasrat untuk memastikan Negeri Perak terus makmur dan rakyatnya sejahtera. Selari dengan aspirasi Pelan Sejati, Pelan Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pembentangan Belanjawan Perak Negeri Perak yang komprehensif dan menyeluruh ini seperti yang telah dihuraikan bertujuan untuk memacu pembangunan negeri, mencerminkan komitmen kerajaan dan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi global serta tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang ini untuk menyampaikan perbahasan saya terhadap pembentangan Belanjawan 2025 oleh Yang Berhormat Menteri Besar Perak. Sebagai wakil Rakyat Kawasan Hutan Melintang, saya berdiri di Dewan yang mulia ini dengan rasa tanggungjawab yang besar untuk memastikan suara dan keperluan rakyat saya didengari. Perbahasan ini adalah peluang penting untuk kita bersama-sama menilai, memperhalusi dan menambah baik perancangan kerajaan demi manfaat seluruh rakyat Negeri Perak tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan izin saya akan memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama yang menjadi keutamaan rakyat Hutan Melintang seperti isu pembangunan infrastruktur, peluang ekonomi dan kebajikan masyarakat luar bandar serta langkah-langkah untuk memperkukuhkan sektor pendidikan dan kesihatan di negeri ini. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan kesepaduan semua ahli dewan kita mampu memastikan belanjawan ini benar-benar berimpak tinggi dan inklusif. Selaras dengan prinsip keadilan sosial yang menjadi asas perjuangan kita semua. Di samping itu, saya juga akan memberi perhatian khusus kepada pembangunan Daerah Bagan Datuk sebagai daerah baru seakan daerah bongsu dalam daerah di seluruh Negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, untuk kesejahteraan rakyat, saya menyokong komitmen yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam memperuntukkan hampir separuh daripada belanjawan negeri iaitu RM628.65 juta untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan rakyat adalah teras kepada setiap belanjawan. Saya mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperluaskan skim bantuan kepada rakyat Negeri Perak. Namun, saya ingin mencadangkan agar beberapa inisiatif tambahan juga perlu dipertimbangkan dan saya menyarankan beberapa langkah tambahan untuk ditambah baik dan diteliti oleh Kerajaan Negeri. Antaranya ialah, 1, pemerkasaan ekonomi rakyat. Di dalam belanjawan ini, sebanyak RM24 juta telah diperuntukkan untuk Kad Perak Sejahtera dan RM5 juta untuk program bantuan kotak makanan, menunjukkan keprihatinan terhadap golongan B40 dan M40. Namun, saya ingin mencadangkan agar tambahan RM 2 juta disediakan terutamanya dalam membantu rakyat dimusim tengkujuh ini. Kedua, perumahan rakyat.

Selain memperuntukkan dana untuk rumah mampu milik, saya juga menyarankan agar program mikro pembinaan maaf, mikro pembiayaan perumahan juga harus diperkenalkan untuk membantu rakyat yang ingin melakukan pembaikan rumah secara kecil-kecilan. Saya mencadangkan peningkatan dana kepada RM4 juta untuk program baik pulih rumah tanpa faedah diperkenalkan melalui Yayasan Bina Upaya. Ketiga, kesihatan masyarakat dengan menambahkan jumlah klinik bergerak khususnya di kawasan pedalaman seperti Hutan Melintang, Bagan Datuk dan daerah-daerah lain yang sukar diakses di mana penambahan peruntukan perlu juga dipertimbangkan agar lebih ramai penduduk dapat menikmati rawatan kesihatan secara percuma. Keempat, Program Sosioekonomi Daerah Baru. Memandangkan Bagan Datuk adalah daerah baru di dalam Negeri Perak, saya ingin mencadangkan juga Kerajaan Negeri menyediakan inisiatif khas untuk penduduk di Bagan Datuk seperti Skim Pembiayaan Mikro bagi wanita dan belia untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan sederhana.

Kelima, penyelenggaraan infrastruktur asas. Memastikan pelan perancangan dan tindakan yang sewajarnya bagi jalan kampung dan kemudahan asas seperti bekalan air dan letrik di kawasan pedalaman mendapat perhatian yang sewajarnya. Program Bas Perak Sejahtera. Program Bas Perak Sejahtera daripada Manjung ke Muallim perlu diperluaskan sehingga ke Hutan Melintang bagi memudahkan akses kepada masyarakat Hutan Melintang terutamanya warga emas dan golongan belia. Memandangkan Bagan Datuk mengalami penambahan penduduk terutama golongan belia dengan pewujudan institusi-institusi pengajian seperti Politeknik Bagan Datuk, SABDA, MARA dan sebagainya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fokus yang kedua berkaitan dengan tadbir urus projek berkepentingan Negeri. Tadbir urus yang cekap dan telus adalah kunci kepada kejayaan mana-mana projek. Pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri atas langkah-langkah seperti pembinaan van bergerak kutipan hasil. Namun, keutamaan pengurusan aset awam di Bagan Datuk juga perlu diberi perhatian. Sebagai daerah baru, Bagan Datuk memerlukan rancangan infrastruktur yang terancang termasuk pusat pentadbiran yang cekap, jaringan jalan raya yang baik dan pembangunan digital bagi menyokong transformasi Daerah ini sebagai pusat ekonomi yang baru. Sebagai daerah baru, Bagan Datuk memerlukan tadbir urus yang cekap dan sistematik. Maka, saya ingin mencadangkan satu pusat pentadbiran digital dengan mewujudkan sistem pentadbiran digital bagi mempercepatkan penyampaian perkhidmatan digital kepada rakyat di tempat yang lebih strategik dan sistematik. Kedua, pemantauan ketelusan projek. Dengan penubuhan jawatankuasa pemantau yang melibatkan wakil masyarakat setempat bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan projek pembangunan yang transparent tanpa ketirisan haruslah diwujudkan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fokus ketiga, Pembangunan Modal Insan dan Belia. Generasi Muda adalah aset utama Negeri. Oleh itu, saya menyokong kepada pemfokusan terhadap pembangunan modal insan serta peningkatan peruntukan untuk pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional iaitu TVET. Sebanyak RM6.5 juta serta program pemadanan pekerjaan iaitu job matching dengan izin. Saya mencadangkan beberapa inisiatif tambahan untuk dipertimbangkan. Satu, Hub Belia Teknologi Hijau. Program latihan kemahiran berorientasikan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui perlu dipertimbangkan dengan melatih belia dalam industri masa depan dengan menubuhkan Hub Inovasi Belia di Bagan Datuk yang memfokuskan kepada latihan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Kedua, Hub Pembelajaran Digital. Hub pembelajaran digital harus diperluaskan dan menjadi keutamaan di Hutan Melintang dan Bagan Datuk agar belia luar bandar mempunyai akses yang lebih baik kepada teknologi dan ilmu pengetahuan digital. Ketiga, program latihan keusahawanan. Menyediakan kursus keusahawanan secara percuma dengan sokongan institusi kewangan dan agensi kerajaan untuk belia dan wanita yang ingin memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka. Program seperti Malaysia-China, Youth TVET Training boleh diperluas ke kawasan ini untuk memastikan belia mendapat kemahiran dalam bidang teknologi hijau selaras dengan matlamat kelestarian Negeri Perak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fokus keempat berkaitan dengan kelestarian alam sekitar. Kita sedia maklum, kelestarian alam sekitar bukan sahaja melindungi ekosistem tetapi juga menyokong ekonomi tempatan. Dalam usaha memastikan pembangunan mampan, saya menyeru agar Kerajaan Negeri memperluaskan program seperti pengurusan hutan lestari kepada kawasan paya bakau terutamanya sekitar Bagan Datuk. Kawasan ini penting bukan sahaja dari segi biodiversiti tetapi juga untuk mitigasi banjir.

Saya juga menyarankan penglibatan komuniti setempat dalam program konservasi seperti pemberian insentif kepada nelayan yang terlibat dalam menjaga ekosistem paya bakau dan kawasan pesisir pantai. Di sini, saya juga ingin mencadangkan dalam konteks yang pertama pemuliharaan kawasan paya bakau, Kerajaan Negeri harus menambah peruntukan untuk memelihara hutan paya bakau di kawasan pesisir pantai di Hutan Melintang dan Bagan Datuk yang berfungsi sebagai benteng semula jadi banjir. Yang kedua, mewujudkan kempen kesedaran hijau dengan melibatkan sekolah dan komuniti tempatan dalam program pendidikan mengenai pentingnya kelestarian alam sekitar dalam kehidupan mereka.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fokus terakhir saya berkaitan dengan jaminan bekalan makanan. Sebagai kawasan yang kaya dengan hasil perikanan dan pertanian, Hutan Melintang khususnya dan Bagan Datuk amnya perlu diberi perhatian lebih besar dalam usaha meningkatkan keterjaminan bekalan makanan dan secara langsung ia menjadi peneraju dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan di dalam Negeri Perak. Oleh itu, saya mencadangkan; satu, diwujudkan pusat pengumpulan hasil pertanian dan perikanan atau boleh digelar sebagai Pusat Agro Ekonomi. Dengan tertubuhnya pusat pengumpulan hasil tani dan perikanan di Hutan Melintang, ianya dapat memastikan pemasaran produk lebih cekap dan sistematik. Oleh yang demikian, ianya perlu dipertimbangkan untuk memudahkan para petani dan nelayan memasarkan produk mereka. Yang kedua, Program Latihan Usahawan Agro. Memperkenalkan Latihan Keusahawanan Agro untuk golongan muda agar mereka dapat menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan yang mampan dan yang ketiga insentif kepada petani dan nelayan. Kerajaan negeri perlu memberikan bantuan tambahan seperti subsidi baja organik dan alat tangkapan moden bagi meningkatkan produktiviti serta hasil kepada mereka dan keluarga.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, setelah meneliti dan menyertai perbahasan belanjawan negeri Perak ini, saya yakin bahawa kita semua hadir dengan niat yang sama iaitu untuk memastikan setiap peruntukkan dan strategi yang dibentangkan mampu memberi manfaat kepada rakyat tanpa ada yang tertinggal. Sebagai Adun Hutan Melintang, saya telah menyuarakan Harapan serta kebimbangan rakyat di kawasan saya khususnya dalam aspek pembangunan luar bandar, peluang pekerjaan, pendidikan dan kebajikan sosial. Dalam penutupan ini, saya ingin menekankan bahawa kejayaan belanjawan ini bergantung kepada pelaksanaan yang cekap, telus dan berintegriti. Kita tidak boleh sekadar bergantung kepada angka-angka di atas kertas. Apa yang lebih penting adalah impaknya kepada kehidupan rakyat terutamanya kepada mereka yang paling memerlukan.

Saya juga berharap agar Kerajaan Negeri terus melibatkan pihak termasuk wakil rakyat pembangkang bukan sekadar datang sini menjerit-jerit tapi juga masyarakat sivil dan komuniti tempatan dalam melaksanakan dasar-dasar belanjawan ini, disebab ini adalah masa untuk kita bersatu hati mengenepikan perbezaan politik demi memastikan Negeri Perak ini terus maju dan rakyatnya makmur. Visi Pelan Perak Sejahtera 2030 adalah tanggungjawab kita semua. Saya percaya dengan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan masyarakat, kita mampu mencapai aspirasi Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru sekali lagi dan mengajak semua untuk berganding bahu bagi merealisasikan agenda besar ini demi manfaat rakyat Negeri Perak. Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2025. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Hutan Melintang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil Alamin. Wassolatu Wassalamu Ala Asyraf Fil Anbiya wal Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Rabbi Surrah li Sadri wayarsirli amree wahlul uhdatan Mil Lisani Yah qohu qauli. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan seluruh Ahli Dewan Negeri Perak, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dan seluruh hadirin hadirat sama ada secara fizikal ataupun secara atas talian. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Bajet 2025 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Terima kasih kepada sidang kepada Timbalan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini mengizinkan saya turut serta membahaskan bajet Negeri Perak 2025. Semoga segala perancangan yang baik oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan sempurna serta didokong oleh fungsi semak dan imbang oleh pihak Adun pembangkang. Sesungguhnya teguran yang sentap daripada musuh lebih baik daripada pujian melangit dari sahabat yang berkepentingan.

Sebagai permulaan, saya ingin mengajak kepada sidang Dewan yang mulia kita menzahirkan ucapan takziah kepada semua-semua mangsa banjir di beberapa buah negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang yang mana mereka ditimpa dengan musibah. Mudah-mudahan Allah memberikan ketabahan untuk mereka dan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri iaitu sebagai Ahli Parlimen di Perak ini iaitu Bagan Datuk dan Tambun yang menunjukkan politik aras tinggi datang bersama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu untuk memberikan bantuan dan merasakan perit susah rakyat yang ditimpa banjir. Mereka sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada Hulu Kinta supaya belajar berpolitik dengan orang yang lebih berpengalaman. Juga kita menzahirkan rasa sedih kepada penduduk Tanjung Rambutan, Dun Hulu Kinta yang baru ini ditimpa dengan musibah banjir. Sabarlah, mudah-mudahan ada bantuan daripada pihak kerajaan, In shaa Allah. Asas dalam membuat belanjawan, belanjawan Negeri Perak dan juga belanjawan Kerajaan Negeri Perak bukan hanya dirangka, disusun dan diatur mengikut keupayaan kerajaan dalam menjana pendapatan dan kemampuan dalam menguruskan perbelanjaan bahkan mestilah jua dilihat kepada susunan prioriti atau keutamaan ataupun awlawiyyat, maslahah yang disebutkan juga sebagai maqasid syar'iyyah yang mana para ulama mengkategorikan maqasid syar'iyyah ini kepada tiga maslahah. Tiga kepentingan, yang pertama adalah maslahah daruriyyat iaitu keperluan asas. Kalau tidak ada tak sempurna kehidupan. Ia adalah satu perkara yang sangat penting iaitu terdiri daripada lima item.

Yang pertama adalah 'hifzud deen' menjaga agama. Bajet Kerajaan Negeri mestilah memelihara akidah Menjaga kesucian agama memartabatkan hukum syariat dan memastikan institusi agama dilihat yang terbaik di dalam negeri ini. Yang kedua adalah 'hifzun nas' iaitu menjaga nyawa. Bajet kita hendaklah memastikan memelihara keselamatan nyawa, menjaga kesihatan rakyat, menjaga perumahan, rumah tempat duduk rakyat dan juga keterjaminan makanan. Yang ketiga adalah 'hifzul aqal', iaitu bermaksud bajet yang dibentangkan mestilah memelihara kesejahteraan akal. Memelihara akal daripada rosak. Mengembangkan akal melalui pendidikan dan ilmu. Yang keempat adalah 'Hifzul nasab' iaitu menjaga dan mempertahankan sistem kekeluargaan dan membanteras gaya hidup luar tabi'e, LGBT. Yang kelima adalah 'Hifzul mal' iaitu pengagihan ekonomi yang adil dan menolak penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang zalim dan merugikan.

Timbalan Yang di-Pertua dan seluruh hadirin. Yang kedua adalah 'hajiyah'. Maslahah yang kedua adalah 'hajiyyah' iaitu keperluan bukan asas yang mana keperluan bukan asas ini, ia satu perkara yang melengkapkan kita punya bajet belanjawan dan yang ketiga adalah 'tahsiniyah', perkara yang hanya berbentuk kesempurnaan, tidak ada pun tak apa tapi kalau ada itu yang terbaik. Maka dalam membina dan membentangkan bajet, perkara ini perlu diambil perhatian. Apa yang penting ialah belanjawan pada hari ini adalah telus dan berintegriti dalam pelaksanaan. Cabaran integriti tidak terfokus dalam isu rasuah sahaja, malah ia merujuk kepada amalan kerja yang tidak amanah terhadap ketetapan waktu. Penyampaian maklumat serta tingkah laku, bekerjasama dengan ketua jabatan, rakan sekerja, kakitangan dan masyarakat. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman: Innal laaha ya’muru bil ‘adli wal ihsaani wa eetaaa’i zil qurbaa wa yanhaa ‘anil fahshaaa’i wal munkari walbagh-i’ ya’izukum la’allakum tazakkaroon. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi bantuan kepada kaum keluarga dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta berlaku kezaliman.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, perkara yang pertama ialah memelihara ugama. Pendidikan agama adalah asas dalam kehidupan masyarakat. Yang Amat Berhormat menyatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jentera yang paling hadapan dalam melaksanakan Program Kesejahteraan Rakyat. Diperuntukkan RM45.94 juta bagi tujuan mengurus dan peningkatan RM3.14 juta berbanding tahun ini. Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa bersama dengan wakil rakyat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kami. Saya mencadangkan dalam aspek pendidikan ugama ini iaitu pusat didikan komuniti yang jarang-jarang diangkat dalam dewan ini. PDK. Di Dun Trong ada dua PDK. PDK Sungai Tinggi dan PDK Terong, yang mana disini ada golongan OKU yang belajar mendapat elaun RM150 dan mereka diberikan didikan asas kehidupan. Alangkah baiknya saya mencadangkan supaya PDK ini diberikan nilai tambah khususnya dalam asas agama, fardhu ain, asas al-Quran, asas solat kerana kita yakin sebahagian OKU ni kalau kita didik dia boleh sampai ke tahap menghafal al-Quran. Termasuk OKU yang buta boleh hafal al-Quran. Alhamdulillah dan saya mohon pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak melalui guru dakwah. Guru dakwah ada di bawah jabatan agama di setiap daerah. Guru agama ini boleh datang membantu pihak JKM khususnya di PDK ini bagi membantu proses pembelajaran asas fardu agama untuk anak-anak kita, saudara kita yg belajar di PDK ini. Kolaborasi antara JKM dan JAIPk ini adalah satu perkara yang amat dinantikan oleh masyarakat di sana.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, yang kedua memelihara nyawa. Iaitu saya menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri meneruskan Program Sayangi Rumahku dan Program Pinjaman Rumah Perak. Pinjaman Rumah Perak prihatin untuk rakyat Perak. Namun realitinya cabaran untuk memiliki bantuan membina rumah baru melalui insentif kerajaan ini akan gagal sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah pemilikan, permohonan pemilikan tanah oleh rakyat jelata. Permohonan tanah di Dun Trong ni terlalu banyak dan perlu diselesaikan walaupun berkali-kali saya bangkitkan supaya diambil berat perhatian oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Permohonan Tanah Rakyat di Rancangan Kampung Tersusun Kampung Wawasan belum selesai. RKT Kampung Salak Baru, RKT Kampung Nelayan Sungai Kerang, RTB Changkat Batu, RTB Kampung Kelubung, RTB Kampung Berjaya Batu Hampar masih belum diselesaikan. Saya tidak jemu membawa isu ini kerana ini soal asas nyawa. Nyawa kena bertapak di rumah yang selesa di tanah yang dimiliki oleh rakyat kerana saya bimbang mereka sudah membina rumah sebahagiannya. Saya bimbang kalau permohonan ini masih lagi ditangguh, ditangguh, ditangguh melalui proses birokrasi saya bimbang tiba-tiba sampai masa kerajaan lain pula memerintah atau kerajaan yang sedia ada. Kita bimbang takut-takut tanah ini dijual kepada pemaju sebagaimana pernah berlaku di Dun Sepetang, Kampung Simpang Halt yang berlaku di Dun Changkat Jering iaitu di PPRT Air Kuning.

Yang di-Pertua dan seluruh sidang saya amat berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan wakil yang diturunkan kuasa, wakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menguruskan hal ehwal tanah di peringkat daerah, tolong selesaikan masalah permohonan tanah rakyat ini. Kami tak diberikan kuasa, tuan-tuan diberikan kuasa diamanahkan oleh kerajaan untuk bantu rakyat. Kalau rakyat selesai masalah permohonan tanah ini bukan nama kami yang naik nama Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kita kena letakkan. Saya mencadangkan supaya kita meletakkan dasar bagi kerajaan negeri ini iaitu dasar satu keluarga satu tanah lot rumah. Sebelum ni mungkin dah ada dah dasar satu keluarga satu rumah. Kita nak pastikan seluruh rakyat yang berkeluarga di Negeri Perak ini ada tanah untuk mereka membina rumah sama ada duit sendiri, duit pinjaman atau bantuan perumahan. Yang penting tanah kena ada dulu. Macam mana rakyat nak bina tanah, tanah nak bina rumah dalam keadaan tanah tidak ada. Masih ramai rakyat di Dun Trong ini yang tinggal di rizab-rizab jalan, yang tinggal di rizab sungai, bahkan ada yang tinggal di rizab tanah kubur. Tolonglah kami. Saya merayu sekali lagi supaya permohonan mereka ini dipermudahkan. In shaa Allah dan kita hendaklah meletakkan kayu ukur kejayaan Perak Sejahtera 2030 ini antaranya ialah 80% keluarga di dalam Negeri Perak ini telah memiliki tanah dan rumah milik sendiri.

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkenaan memelihara akal. Berlaku keciciran pelajar lepasan SPM yang mana Yang Berhormat Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Belia dan Sukan menyebutkan bahawa 655 orang pelajar SPM yang tidak hadir dalam peperiksaan SPM. Daripada jumlah 31,408 orang pelajar ke mana mereka ini pergi? Persoalannya ke mana lepasan SPM ini adakah mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi? Dan berapakah pelajar yang berkelayakan untuk ke menara gading tetapi tercicir meneruskan pengajian di menara gading? Kena ada satu kajian penilaian ke mana mereka pergi dan Kerajaan Negeri mestilah terus komited mengambil inisiatif menjejak menjejaki pelajar lepasan SPM bagi mengelakkan mereka tercicir daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET). Apakah yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini yang mesti dilaksanakan dan kita harap koloborasi antara pihak IPTA khususnya IPTA yang ada di negeri Perak termasuk Kolej Komuniti yang mana dikhabarkan norma pengambilannya tak cukup. Jadi, kita harap normal pengambilan pelajar ni penuh daripada anak-anak Negeri Perak lepasan SPM untuk masuk belajar mengambil diploma, sijil untuk mereka menjadi laluan menuju ke peringkat yang lebih tinggi.

Yang di-Pertua dan seluruh hadirin sekalian. Saya ingin menyebutkan tentang kesejahteraan mental dan fizikal. Trong sangat rancak dengan aktiviti penternakan ayam, itik dan juga lembu dan kerbau. Kegiatan ini menyumbangkan keterjaminan makanan kepada Negeri Perak dan Negara Malaysia bahkan menjadi keterjaminan makanan bagi luar negara kerana ada pengeksportan. Terdapat 14 ladang unggas yang beroperasi. Cuma saya mohon mewakili rakyat Trong, saya mohon pihak kerajaan khususnya Jabatan Veterinar. Kita nak jaga keterjaminan makanan tetapi jangan ada kes sehingga kita bimbang iaitu berlakunya terkorban keterjaminan kesihatan fizikal dan mental rakyat. Daripada berlaku apabila berlakunya pencemaran bau, pencemaran air terhadap rakyat.

Yang terbaru ni semalam saya dapat panggilan telefon daripada pihak PIBG Sekolah Batu Hampar. Mereka mengatakan belakang sekolah ada kandang kerbau lembu. Banyak kali dah buat laporan tapi tindakan belum lagi berjalan. Anak-anak murid hari-hari masuk sekolah bau najis. Tolong saya mintak perhatian perkara ini diambil berat dan perhatian oleh pihak berkuasa untuk diambil tindakan sebaiknya demi keteRjaminan kesihatan mental fizikal anak-anak kita. Yang keempat untuk memelihara keturunan dan harta benda. Saya ingin sebutkan kegiatan perikanan adalah aktiviti utama penduduk di Dun Trong. Perikanan juga adalah aktiviti penting untuk memastikan keterjaminan makanan negara khususnya sumber protein bagi rakyat negara kita. Rakyat Dun Trong ini mencari rezeki sebagai nelayan mencari nafkah untuk keluarga yg tercinta. Namun nelayan muda. Nelayan-nelayan muda yg ingin menceburi bidang perikanan ini cabarannya iaitu lesen vesel sampan kelas A, B, C ini sudah dibekukan sekian lama. Mereka nak jadi nelayan. Kalau nak jadi nelayan kena ada lesen. Jika tidak ada lesen, mereka boleh diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa di bawah Akta Perikanan 1985. Ini menjadi masalah kepada nelayan muda di Dun Trong dan juga di seluruh negeri Perak. Dia tak sama macam penternak, penternak, penternak muda yang pertama dia boleh ternak tak ada masalah. Dia tak perlu satu pendaftaran yang begitu hebat melainkan melebihi kuota penternak ayam lebih 500 ekor. Bagi usahawan, dia boleh meniaga. Boleh daftar SSM. Boleh daftar dengan PBT. Tapi nelayan dia kena ambil lesen. Bila tak ada lesen, mereka boleh diambil tindakan.

Nelayan muda tak ada kerja kalau tak jadi nelayan. Ada satu kisah yang sangat menyedihkan iaitu seorang anak muda ada seorang isteri yang tidak bekerja. Dia ada 3 orang anak. Kemahirannya nelayan mohon lesen dibekukan iaitu bila dia turun, dia sanggup korban dia sanggup pinjam Amanah Ikhtiar. Pinjam Amanah Ikhtiar nak beli sampan nak beli enjin sangkut. Bila turun ke laut, macam perompak dan penyamun takut ada pihak penguatkuasa. Apabila dia ditangkap dan ditahan, bot kena angkut kena sita. Semua pukat jala kena sita dan dia bersedia untuk dikompaun RM5,6 ribu dalam keadaan dia yang begitu tertekan, depression sekarang ni kemurungan. Kemurungan tak boleh bekerja tak boleh bayar hutang Amanah Ikhtiar dan hari ni saya mohon belas ehsan daripada pihak Jabatan Perikanan untuk mengambil untuk melihat masalah yang dihadapi oleh nelayan muda yang belum dapat lesen. Saya difahamkan sebelum ini jawapan daripada Yang Berhormat Exco kita buat pemutihan kita bekukan berapa lama nak buat pemutihan. Saya tengok ramai lagi nelayan yang bukan nelayan tapi masih memiliki lesen sampan. Ini satu kezaliman berlaku kepada nelayan muda. Nelayan lama yang bukan nelayan patut serah balik.

Yang di-Pertua dan seluruh isi Dewan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM2.44 juta diperuntukkan untuk maksud pembangunan bagi Jabatan Perikanan dan saya mohon agar peruntukan berkenaan digunakan untuk menaik taraf jeti tambatan uzur khususnya di Jeti Trong, Jeti Kuala Trong, Jeti Sungai Punggor dan Jeti Temerloh. Ini kerana jeti ini terlalu uzur perlu dibaik pulih. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak LKIM yang telah menyiapkan projek naik taraf Jeti Sungai Che Rahmat, Jeti Kelubung dan Jeti Nibong dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Parit dan Saliran yang melaksanakan projek mendalamkan Sungai Kerang yang jumlahnya RM15 juta. Diharap projek ini dapat membawa kemudahan kepada nelayan keluar dan masuk mencari rezeki di lautan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mencadangkan agar pihak JPS meneruskan projek mendalam dan meluaskan sungai khususnya di Kuala Trong dan juga Kampung Nibong kerana dasar sungai di sini sudah semakin cetek kerana hakisan tanah. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR yang memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya di Dun Trong melalui projek penurapan semula jalan raya, projek baik pulih jambatan projek pembinaan longkang dan pemasangan LED dan lampu solar bagi tahun 2024. Saya berharap projek penaiktarafan dan baik pulih infrastruktur ini diteruskan lagi terutama pemasangan lampu solar bagi kawasan hot spot kemalangan jarang jalan raya akibat haiwan rayau di malam hari khususnya di Jalan Negeri Kuala Trong hinggalah ke Sungai Punggor.

Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Taiping khususnya Yang Dipertua yang bertanggungjawab menjaga bandar warisan dan sekitarnya termasuk di Dun Trong. Projek naik taraf perkhidmatan, pembuangan sisa pepejal, pengurusan sisa pepejal dan penurapan jalan raya di bawah seliaan MPT amatlah saya hargai. Saya mewakili pihak penduduk rakyat Trong amat berharap supaya pembinaan longkang di Kampung Baru Pecah Batu Trong dapat disegerakan agar tidak lagi berlaku banjir kilat di sana. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama khususnya Tuan Pegawai Dearah yang komited berkhidmat untuk kerajaan dan rakyat serta melayani aduan yang disampaikan oleh wakil-wakil rakyat melalui Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah dan Focus Group. Tidak dilupakan juga kepada seluruh penghulu, penghulu-penghulu mukim dan Mukim Sungai Tinggi, Mukim Trong dan juga kepimpinan masyarakat JPKK yang terus berkhidmat untuk rakyat di peringkat akar umbi. Kita doakan semoga sihat dan kuat bagi menunaikan tanggungjawab yang dipikul. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Akhir sekali, saya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang telah membentangkan bajet dan mengumumkan bahawa bonus kepada penjawat awam Negeri Perak sebanyak dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam negeri Perak. Tahniah dan syabas. Inilah kerajaan yang kita mahukan dan kita harap kerajaan akan datang meneruskan apa yang telah dibuat pada hari ini. Begitu juga Perak sama macam Selangor bonus dua bulan. Cuma yang saya faham bonus untuk kakitangan Kerajaan Persekutuan diumumkan cuma RM500 sama macam kakitangan kerajaan di Negeri Kelantan. Maka marilah kita sama-sama iaitu kita mensyukuri nikmat daripada Allah Ta'ala dan walaupun saya sebut tadi bonus kerajaan kakitangan kerajaan persekutuan. Kalau kita lihat pengsasaran subsidi diesel, penjimatan sebulan RM600 juta. Bonus penjawat awam ialah RM500 darab dengan 1.2 juta penjawat awam, maknanya RM600 juta. Bonus penjawat awam RM500 itu hanya boleh cukup di cover dengan pensasaran subsidi diesel selama sebulan sahaja. Maka kita harap ia perlu dinilai dan diambil perhatian. Akhir sekali, Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda (bacaan ayat Al- Quran) sebaik-baik manusia ialah orang yang paling memberi manfaat kepada sesama manusia. Dengan ini, saya menyokong Belanjawan 2025 mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik. Sekian saya menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Trong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua, yang Amat Berhormat Perdana Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Exco, seluruh Ahli Dewan Negeri daripada blok kerajaan dan juga blok pembangkang, ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan serta rakan-rakan yang berada di dalam dan di luar dewan. Pertama sekali dengan syukurnya, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Tahun 2025 Negeri Perak yang saya kira ialah sebuah belanjawan yang sangat berhemah, yang membuktikan bahawa kerajaan negeri pada hari ini mempunyai kemampuan dari sudut kewangan untuk memberikan khidmat dan perkhidmatan kita sampai terus kepada rakyat dan masyarakat.

Saya juga berasa amat bangga dengan pencapaian kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mana walaupun persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ditambah pula dengan perang geopolitik yang masih mencengkam pasaran komoditi sepanjang tahun 2023, Perak masih mampu mengekalkan momentum pertumbuhan sebanyak 2.7% dengan Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar mencecah RM82.6 bilion walaupun cabaran yang dipikul itu agak berat sekali. Begitu juga semangat kekuatan dan juga perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh jentera pentadbiran untuk bangkit dan keluar daripada bayangan kemelesetan. Pelan "Perak Sejahtera 2030" yang menghimpunkan idea dan juga aspirasi rakyat telah digerak dan dilaksanakan sebagai satu pelita untuk membawa Negeri Perak keluar daripada suasana ekonomi yang kelam dan tidak menentu. Sebagai balasan daripada berkat kerja keras seluruh jentera pentadbiran Perak berjaya bangkit kembali ke landasan kemajuan.

KDNK negeri merekodkan momentum pertumbuhan tiga tahun berturut-turut daripada defisit RM78 juta dan RM6.59 juta pada tahun 2020 dan juga 2021, kita kembali mencatat surplus untuk dua tahun berturut-turut iaitu RM29.6 juta pada tahun 2022 dan RM 62.4 juta pada tahun 2023, yang mana ia merupakan satu angka tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah. Selain daripada itu, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2023 juga telah menunjukkan peningkatan prestasi kutipan hasil yang ketara iaitu RM1.2 bilion dengan peningkatan sebanyak 10.97% berbanding tahun 2022.

Dato Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang diberi agak terhad dalam perbahasan pada hari ini, saya akan menyentuh cuma beberapa isu penting yang berkaitan ekonomi, belia, pelancongan, teknologi AI serta isu-isu yang berkaitan dengan kawasan Menglembu. Dari segi ekonomi, saya ingin sekali lagi menyentuh tentang pelancongan Negeri Perak yang mana kita cuma tinggal masa satu tahun sahaja. Negara kita sedang bersiap sedia untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 dengan penuh semangat dan aspirasi baru dalam usaha untuk menghidupkan semula industri pelancongan pasca pandemik. Tahun depan dijangka akan menjadi titik tolak penting bagi negara kita dalam menarik pelancong tempatan dan antarabangsa khususnya bagi negeri yang kita cintai ini. Tidak lupa saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri khususnya Exco pelancongan serta pasukannya yang telah kerja bertungkus lumus sepanjang tempoh Tahun Melawat Perak pada tahun 2024 ini.

Industri pelancongan sebenarnya boleh menyemarakkan lagi perkembangan ekonomi negeri Perak jika program program pelancongan Negeri Perak dapat dijalankan dengan tersusun, teratur dan secara konsisten kerana industri pelancongan ini boleh memberikan keuntungan kepada negeri dan juga memberi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda khususnya dalam bidang perhotelan dan juga pelancongan. Negeri Perak sebenarnya mempunyai banyak tempat-tempat ataupun pusat-pusat pelancongan yang unik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Malaysia semakin dikenali sebagai lokasi pelancongan pilihan warga asing terutamanya daripada negara beriklim sejuk. Kedudukan geografi negara dengan cuaca yang panas dan lembap di mana ia menjadi antara faktor yang menarik pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia khususnya negeri Perak. Selain itu, kepelbagaian bentuk muka bumi seperti deretan pulau gunung-ganang dan bandar raya seperti Taiping dan Ipoh yang penuh dengan keunikan budaya dan bangsa juga merupakan faktor penarikan pelancong. Justeru itu, sektor pelancongan telah menjadi antara pendorong kerancakan ekonomi sejak kebelakangan ini. Maka bagi memaksimakan potensi yang terdapat pada industri pelancongan negara khususnya cabaran-cabaran yang kian menanti sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Maka wajar untuk kita membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan langkah-langkah yang mampu membawa industri pelancongan negeri ke tahap yang lebih baik. Seiring dengan langkah yang diutarakan tadi. Industri pelancongan akan bertambah maju sekiranya pihak berkuasa mampu mengukuhkan tahap keselamatan dalam negeri Perak. Kes-kes seperti jenayah secara keseluruhannya seperti kes penculikan, ragut dan juga rompakan akan menimbulkan kebimbangan kebimbangan para pelancong terutamanya pelancong asing yang berhasrat untuk berkunjung ke Malaysia khususnya negeri Perak. Selain daripada itu, pihak berkuasa hendaklah melaksanakan inisiatif keselamatan negeri yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh, penambahan bilangan anggota keselamatan di kawasan tumpuan pelancong atau pemasangan kamera litar tertutup sebagai mata-mata yang mampu menjejak perkara yang meragukan atau berpotensi menyebabkan kejadian sesuatu kes jenayah berlaku. Bagi mendokong langkah langkah yang telah diutarakan sebentar tadi, industri pelancongan negeri seharusnya dipromosikan dengan teknik pemasaran yang unggul. Langkah ini adalah sangat penting kerana dalam mendepani era teknologi dan globalisasi pada hari ini, kumpulan sasar sesuatu perkara dapat diperluaskan ke segenap pelosok dunia.

Dato Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk kegunaan membina Taman Rekreasi Madani di dalam Negeri Perak. Taman Rekreasi Madani yang diumumkan kali ini juga jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembangunan ruang awam dan mesra komuniti. Kita sememangnya menyedari bahawa peruntukan pembangunan sukan yang sangat-sangat kita titikberatkan terutamanya dalam kita buat persediaan dalam menyambut Sukan Malaysia ke-22 pada tahun 2026. Ini adalah peluang yang terbaik untuk kita menonjolkan atlet-atlet dan juga tokoh-tokoh sukan yang lebih baik dan seterusnya kita sebagai anak perak, kita harus menyokong dan menyasarkan Perak menjadi juara keseluruhan untuk SUKMA pada kali ini.

Justeru, keperluan untuk mempersiapkan atlet dan juga pasukan lebih awal adalah diperlukan dan dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Perak. Pelbagai keperluan yang kita ambil kira bagi memastikan program persediaan atlet dan pasukan ini. Antaranya ialah, contohnya elaun latihan, tempat latihan, jurulatih yang berprestasi tinggi, peralatan latihan dan juga pertandingan, perlindungan insurans dan kemalangan buat para atlet. Kemudahan serta sokongan daripada segmen sains sukan dan juga pendedahan kejohanan dalam dan luar negara kepada atlet kita dan sudah pastinya ia memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi bagi memenuhi keperluan tersebut dan kita mengambil maklum bahawa jumlah peruntukan sebanyak RM21.2 juta akan diperuntukkan bagi tujuan pembangunan sukan di Negeri Perak. Pendekatan harus ditambah baik dengan meneruskan kerjasama dan juga hubungan baik melalui penglibatan anak-anak syarikat milik negeri untuk membantu membangunkan dan juga mengangkat persatuan sukan ini supaya dari segi kerjasama itu, kita dapat sokongan daripada semua pihak.

Dato Yang di-Pertua, pembangunan sistem saliran yang lebih terancang dan mampat merupakan langkah penting khususnya bagi kawasan-kawasan yang sering terkesan akibat masalah banjir, khususnya banjir kilat yang kerap berlaku di sesetengah kawasan. Saya memohon agar Menglembu diberikan keutamaan dalam pelaksanaan penyelesaian masalah banjir kilat. Sistem saliran yang tidak cukup efisien sering menyebabkan air hujan melimpah dan menyumbang kepada banjir kilat di Dun Menglembu, khususnya di Jalan Lahat iaitu depan Stesen Minyak Petron dan juga Persiaran Kledang Utara iaitu depan AEO Big, Falim. Dengan adanya pembangunan mahupun penaiktarafan sistem saliran yang baik, saya percaya risiko banjir akan dapat dikurangkan sekaligus memberi kelegaan kepada pengguna jalan yang kerap terjejas banjir di 2 tempat yang saya sebutkan tadi.

Saya berharap agar pelaksanaan penaiktarafan akan dilakukan dengan secepat mungkin dan teliti serta melibatkan pandangan daripada masyarakat setempat untuk memastikan keberkesanan langkah yang diambil. Saya mohon agar usaha-usaha dapat dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan mahu pun MBI, JPS, JKR. Sila ambil serius terhadap perkara ini. Alasan taburan hujan yang tinggi bukan lagi satu alasan yang boleh diterima dan selagi tiada sebarang usaha yang kita lakukan. Saya mohon langkah-langkah penyelesaian dapat disegerakan untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko berlakunya insiden kejadian banjir kilat khususnya di 2 lokasi, di lokasi kedua-dua tempat tersebut. Setiap usaha pembangunan, setiap dasar yang dilaksanakan dan setiap ringgit yang kita belanjakan mesti bermakna kepada satu matlamat utama iaitu untuk memastikan bahawa tiada seorang pun rakyat Perak yang tertinggal.

Dato' Yang di-Pertua, dalam menyusuri insiden bencana yang pernah berlaku sebelum ini di Negeri Perak mahu pun di negeri-negeri lain, Kerajaan Negeri harus memudahkan cara penyelesaian dengan menggunakan kemudahan teknologi AI. Kerajaan Negeri harus segera memperkenalkan Sistem Pemantauan Banjir Masa yang dibantu oleh kemudahan teknologi AI. Beberapa negara asing yang telah berjaya menggunakan Sistem Pemantauan Banjir Masa Nyata yang dikuasai oleh AI menggabungkan teknologi AI seperti internet, analisis data besar untuk meningkatkan ramalan tindak balas banjir. Contoh seperti Sistem Maklumat Banjir yang mengintegrasikan model aliran hujan dengan data masa nyata daripada sensor paras air menyediakan ramalan banjir lokasi khusus.

Selain itu, ada pula sistem seperti Conventional Neutral Network dengan izin. Digunakan juga dengan menganalisis imej berkaitan banjir yang dikongsikan di media sosial semasa kejadian besar berlaku. Saya melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang menghadapi cabaran dan kesan bencana alam daripada perubahan iklim. Namun, Kerajaan juga harus tidak leka terhadap soil erosion dengan izin. Dato' Yang Di-Pertua, pendekatan AI sebagai pemacu utama kemajuan ekonomi dan pembangunan masyarakat menekankan pandangan jauh. Penghargaan khususnya saya sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak harus mengambil langkah yang lebih berani untuk menjadi peneraju dalam bidang AI dalam Negeri Perak. Kertas Putih Dasar AI yang merupakan langkah yang penting untuk memastikan pembangunan AI selaras dengan prinsip etika dan inklusif. Saya yakin dan percaya bahawa sekiranya inisiatif ini berjaya, maka kita dapat merasai pelaksanaan serta keberkesanannya yang jelas.

Dato' Yang di-Pertua, teknologi AI bukan sekadar alat tetapi juga merupakan satu kuasa transformasi yang boleh mentakrifkan semula cara kita hidup. Saya berharap Negeri Perak berpeluang berada di ambang revolusi teknologi dengan melabur dalam Teknologi AI yang mengutamakan inklusif dan menggalakkan inovasi. Kita dapat memastikan manfaatnya sampai ke setiap sudut di Negeri Perak dengan mengangkat golongan miskin yang kurang bernasib baik. AI juga berpotensi besar untuk merevolusikan kehidupan rakyat kita ke arah yang lebih inklusif. Teknologi diagnostik berasaskan teknologi AI dan platform tele-perubatan dapat juga membawa penjagaan kesihatan mampu milik ke kawasan luar bandar sekaligus meningkatkan kualiti hidup golongan miskin.

Mengikut satu kajian, sistem diagnostik kesihatan berkuasa AI telah menunjukkan ketepatan 95% dalam saringan awam di Dun Menglembu yang mempunyai lebih 40ribu pengundi, saya yakin AI boleh memainkan peranan transformasi yang penting dalam usaha perancangan serta pembangunan ke arah matlamat Bandar Pintar. Selain itu, penggunaan teknologi AI untuk kegunaan trafik dan juga pembangunan infrastruktur bagi mengatasi kesesakan dan meningkatkan mobiliti juga merupakan satu topik hangat yang akan kita bincangkan pada masa akan datang. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi pandangan bahawa penggunaan AI boleh mengoptimumkan pengagihan utiliti awam seperti air dan elektrik dengan mengurangkan kos isi rumah berpendapatan rendah. Sebagai contoh, sistem pengurusan tenaga berasaskan teknologi AI di India adalah mengurangkan pembaziran elektrik sebanyak 20%. Di Singapura pula, penggunaan AI dalam pengangkutan awam telah mengurangkan masa perjalanan sebanyak 15%. Selain itu, Negara China telah mengaplikasikan alat pertanian berasaskan teknologi AI dan telah meningkatkan hasil tanaman sebanyak 30%. Penggunaan AI ini menunjukkan dapat mempercepatkan pendaftaran tanah dan perumahan awam, mengurangkan risiko birokrasi dan juga rasuah. Inisiatif-inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kemudahan teknologi AI, malah juga melahirkan perkhidmatan awam yang lebih efisien dan juga lebih berintegriti.

Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak yang ada pada hari ini mempunyai tugas yang berat yang perlu dilunaskan. Kestabilan dalam berkerajaan mesti sentiasa dipelihara. Enjin ekonomi mesti kembali diperkuatkan. Kebimbangan rakyat yang masih merasai hambatan kemerosotan ekonomi mesti selalu diberi keutamaan. Percambahan peluang pekerjaan mesti dijana sebagai agenda penting Kerajaan Negeri. Memasuki tahun yang baru tahun 2025, kita perlu memperkuatkan asas ekonomi bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi. Saya yakin kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa mencipta langkah-langkah progresif untuk merangsang ekonomi dalam Negeri selain meningkatkan kecekapan kutipan hasil. Saya juga ingin mengingatkan bahawa daya saing pelaburan mesti selalu kita pertingkatkan. Cabaran dan halangan seperti birokrasi yang rumit, penawaran tenaga kerja mahir dan separa separuh mahir yang terhad dan juga kekurangan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lengkap atau kerosakan infrastruktur perlu segera diatasi dan ditambah baik. Ini penting kerana persaingan pasaran dalam merebut kehadiran pelabur menjadi begitu sengit sekali. Kita perlu lebih berani untuk bersaing terutamanya dengan negeri-negeri jiran kita. Kita mesti ada ekosistem pelaburan yang lebih kondusif. Kerjasama di semua peringkat perlu dijana supaya kita mampu menyediakan prasarana yang lengkap, bekalan elektrik, air dan gas asli yang mencukupi serta sistem komunikasi yang cekap dan pantas. Walaubagaimanapun, ada juga perkara perkara yang boleh ditambah baik mengikut situasi tertentu untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi dalam Negeri Perak.

Semasa kita berdepan dengan Covi-19 dalam 3 tahun yang lalu ini, saya melihat di mana Kerajaan Negeri mampu bergerak secara online. Banyak penjimatan-penjimatan dari segi pentadbiran yang kita boleh laksanakan. Jadi apakah lagi setelah kita mengalami suasana Covid? Dan hari ini kita berada di keadaan post-Covid sepatutnya berdasarkan pengalaman kita lalui sepanjang pandemik. Saya rasa kita mampu menjimatkan lebih banyak lagi perbelanjaan emolumen kita, belanja mengurus kita dan kita dapat meningkatkan lagi, belanja pembangunan untuk kesejahteraan rakyat seluruh Negeri. Dato' Yang Di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Bajet 2025 secara menyeluruh dan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Akhir kata usaha gigih untuk membawa Negeri Perak ke arah negeri yang lebih maju dan sejahtera. Belanjawan Negeri Perak 2025 ini adalah bukti komitmen dan visi jangka panjang Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat Perak akan berterusan mahu pun ditambah baik pada masa akan datang. Menglembu menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Menglembu yang menyampaikan ucapannya tepat pada masanya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan. 20 minit. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Segala puji-pujian kepada Allah, pencipta dan takbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Auzubillah Minashaitan Nirajeem. Yâ ayyuhall Yâ ayyuhalladzîna âmanû kûnû qawwâmîna lillah kûnû qawwâmîna lillahi Suhada a bil-qisthi, wa lâ yajrimannakum syana'ânu qaumin ‘alâ allâ ta‘dilû, i‘dilû, huwa aqrabu lit-taqwâ wattaqullâh, innallâha khabîrum bimâ ta‘malûn, sadaqallahul azim. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada Taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Dato' Yang di-Pertua yang dikasihi, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan., Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri, petugas- petugas media dan juga sidang hadirin di dalam Dewan dan juga di atas talian yang dihormati sekalian. Sebelum meneruskan perbahasan Dato' Yang di-Pertua, Selama ingin mengambil kesempatan untuk merafak sembah menjunjung kasih mengucapkan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-Lah sempena ulang tahun Hari keputeraan baginda pada 3 November 2024 yang lalu. Dirgahayu Tuanku.

Seterusnya Selama merafakkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2025 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera, yang dibentangkan pada 29 November 2025 yang lalu. Ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan Belanjawan 2025 serta di atas kejayaan seluruh jentera kerajaan menutup belanjawan 2023 pada kedudukan surplus RM62.4 juta. Walaupun berkeadaan defisit di peringkat persediaannya, kalian memang layak untuk diganjarkan dengan bonus 2 bulan gaji seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Namun, pencapaian ini tidak boleh membuatkan kita leka. Kejayaan ekonomi perlu diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat melalui perancangan dan pelaksanaan yang strategik dalam memastikan setiap limpahan hasil yang yang diterima daripada yang diterima dapat dimanfaatkan kepada rakyat sebaiknya.

Dato' Yang di-Pertua, saya tengok tadi ucapan daripada Hulu Kinta. Berucap ceritakan tentang negeri lain belanjawan negeri lain. Menceritakan tentang perbandingan dan sebagainya. Tak dapat bonus, banjir. Jadi di sini saya nak mulakan dengan berkaitan tajuk kesihatan mental. Supaya dapat difokuskan sikitlah berkaitan dengan kesihatan mental ini, bukan kepada rakyat sahaja tapi kepada wakil rakyat juga. Bagi membahaskan point yang ke-77 berkaitan dengan kesihatan, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri turut memberi penumpuan terhadap aspek pendidikan, kesedaran dan program Intervensi Kesihatan Mental. Berdasarkan kajian Pakar Psikologi dan Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Isu kesihatan mental menunjukkan kadar peningkatan sebanyak 10% menjelang tahun 2025. Kita juga merujuk kepada Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 2015 yang mendapati masalah kesihatan mental adalah 29.2% pada tahun itu berbanding hanya 11.2% pada tahun 2005. Justeru, saya mencadangkan agar perjawatan klinikal psikologis di hospital awam dan juga klinik-klinik kesihatan dapat dipertingkatkan. Di Perak pula hanya terdapat di Perak pula hanya terdapat 3 orang pegawai psikologi klinikal iaitu 2 orang di Hospital Bahagia Hulu Kinta dan seorang di Ipoh. Buat masa sekarang di Hulu Kinta ada dua orang pakar dia. Hospital Bahagia, pesakit tak tau berapa orang dan seorang di Ipoh.

Buat masa sekarang, Pegawai Psikologi Klinikal hanya mengadakan lawatan berkala satu atau dua kali sebulan sahaja. Jumlah ini amat kecil jika dibandingkan dengan beban kerja yang mereka hadapi dan tidak dapat memenuhi keperluan semasa yang semakin tinggi. Dari maklumat yang diperolehi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan satu pusat yang dinamakan sebagai Mentari iaitu sebuah pendekatan baru yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental di dalam komuniti. Justeru, Selama ingin mencadangkan agar pusat intervensi ini ditambah bilangannya di Negeri Perak. Selama juga ia mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan program-program sokongan untuk kesihatan mental bermula di sekolah secara holistik, pendidikan kesedaran dan juga intervensi perlu bermula lebih awal bagi meminimakan kesan masalah kesihatan mental dan meningkatkan advokasi rakyat.

Yang Berhormat Dato' Yang d-Pertua, Selama tertarik dengan perancangan projek pela Perak Halal Industrial Park (PHIP), ini amat-amat baik dalam memanfaatkan pasaran halal global yang diunjur mencecah USD 4.96 trilion menjelang 2030. Malahan unjuran dinyatakan oleh Pengerusi HDC bahawa nilai eksport bagi industri halal negara dijangka meningkat kepada RM300 bilion atau sekitar 11% daripada keluaran atau pun disebut KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2030. Perak perlu memanfaatkan peluang ini dengan memperluaskan tumpuan daripada produk gelatin halal kepada sektor seperti peranti perubatan, kosmetik dan juga farmaseutikal. Oleh yang demikian, Selama ini mencadangkan program sokongan intensif untuk PKS termasuk latihan perundangan dan akses pasaran antarabangsa agar para pengusaha PKS ada kefahaman tentang perundangan, mereka ada akses kepada pasaran. Mereka ada bantuan teknikal dan kapasiti building dan dapat meneroka sektor. Mewujudkan lebih ramai pakar halal tempatan untuk memenuhi permintaan global.

Dato' Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, seterusnya di sini saya ingin menyentuh sebelum saya masuk point yang seterusnya berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dan juga kelestarian alam sekitar dan juga kesejahtraan rakyat berkaitan dengan kos sara hidup ini dan beberapa point yang lain lagi. Saya ingin membuat teguran sedikit kepada daripada wakil Hulu Kinta tak ada di sini apabila semborono bercakap tanpa memberikan hujah yang benar. Daripada dulu lagi, tapi sebab kita niat tak mau nak layan, tapi kali ni dah lebih-lebih membuat tohmahan yang bukan-bukan seperti kepada kerajaan Negeri Terengganu kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Sedangkan kita membahaskan belanjawan kita, tak adil bagi kerajaan Negeri Terengganu yang tidak ada dalam Dewan ini. Tidak adil bagi Kerajaan Kelantan yang tidak ada dalam Dewan ini dan bila saya bangun tadi saya punya mic ditutup, saya tak dapat cakap dengan baik. Tapi pada kali ini saya mengharapkan Yang Berhormat Dato' Speaker Yang di-Pertua dapat memberi peluang untuk bercakap sikit. Menafikan pembohongan daripada pihak Hulu Kinta sebentar tadi yang mendapat tepukan gemuruh daripada pihak sebelah sana.

Sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat Dato Yang Dipertua yang di kasihi sekalian. Apabila saya melihat wakil daripada Hulu Kinta membawa satu kertas daripada Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2. Perbadanan, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Bahagian Pengurusan Hartanah Pelaburan 2019. PAS dan juga Perikatan Nasional ataupun PAS memerintah Negeri Terengganu pada tahun 2018 yang beliau telah membaca petikan daripada muka surat dalam buku tersebut di mana menyebut kajian semula kadar pajakan tidak dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan dalam perjanjian menyebabkan PMINT kehilangan hasil yang dianggarkan berjumlah RM78.17 juta yang disebut di sini rasuah yang besar ketirisan yang besar daripada kerajaan negeri Terengganu.

Beliau menyebut begitu, sedangkan ini ada laporan pada 2019 apabila kita lihat secara adil dan membaca kesemuanya dan kita lihat rupanya itu adalah merupakan satu perjanjian pajakan yang menetapkan kadar asal pajakan yang dikenakan adalah RM10 setiap perekar iaitu pada tahun yang awal dulu kemudian dinaikkan dengan kadar pajakan kepada RM26 seekar setiap ekar perjanjian tambahan yang dimuktamadkan pada tahun 1992 ini pun bukan zaman PAS dan akhirnya dibuat kajian pada tahun 2011 yang mana seekar jatuh sampai RM250 seekar dan oleh yang demikian, PMINT dianggarkan kehilangan sewa hasil pajakan yang tidak pernah dikaji semula selama 10 tahun yang bukan di zaman PAS menjadi kerajaan pun. Sebanyak RM78.17 juta bermula tahun 2011 sehinggalah tahun 2020 setelah mendapat teguran daripada Ketua Audit Negara. Maka PMINT di bawah Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan kertas kerja bagi pindaan perjanjian tersebut dan dibentangkan dalam mesyuarat LPPMINT 2020 pada 13 Julai 2020 dan telah mendapat persetujuan ahli LP untuk diselesaikan secara perundangan. Akhirnya kerajaan yang ada pada hari ini pada tahun 2020 di Terengganu mereka mula membuka semula dan mula menyelesaikan. Rasuah ka, ketirisan ka. Tuduhan yang melulu yang kalau ikutkan kita takmau layan pun. Daripada dulu dia bercakap kita tak cakap kita tak bangun untuk mencelah pun tetapi saya rasa dah terlampau melampau dah apabila menggunakan laporan Ketua Audit Negara hanya mengambil sedikit sahaja daripada tersebut sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Kemudian kalau disebutkan juga berkaitan dengan apa yang disebutkan oleh Hulu Kinta mengatakan bahawa Kerajaan Terengganu tak beri apa pun, apa pun kepada penjawat awam di sana. Kalau tuan tuan nak tahu bahawasanya Kerajaan Negeri Terengganu selama ini dapat hasil royalti petroleum daripada tahun ke tahun zaman Dato’ Seri Najib dapat zaman dulu dulu dapat zaman Dato’ Ahmad Said jadi MB pun dapat dan juga kan hasil negeri mereka dapat royalti hak mereka. Tiba tiba kalau kita lihat sejak daripada mereka mengambil alih Putrajaya, mereka telah mengawal sumber hasil utama negeri. Selalunya terimaan bukan hasil RM1.733 bilion, hasil cukai RM7.410 juta, hasil bukan cukai RM189.25 juta sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya mereka telah mengawal sumber hasil utama negeri Terengganu dan terimaan bukan hasil melalui Kementerian Kewangan. Maksudnya mereka mengawal sehingga tahap pembayaran kepada pembekal projek pun dibuat oleh MOF.

Maknanya hasil petroleum itu, pihak kerajaan negeri terpaksa buat permohonan untuk diberikan kepada Terengganu dari segi pembekalan termasuklah dari segi apa yang disebutkan sebagai bonus itu sendiri yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri baru ni RM500 adalah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bukan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Padahal hasil itu adalah layak kepada Kerajaan Terengganu yang diberikan kepada PM sebelum-sebelum ini. Hanya PM yang ini sahaja yang tak berikan secara direct kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Jadi. Jadi cuba berlaku adil. Saya tak mahu jadi Exco Terengganu dalam…dalam…dalam Dewan Undangan Negeri ini tetapi kerap kali membuat tuduhan yang tidak tepat kepada dalam Dewan Negeri. Begitu istimewanya beliau sehingga diberi masa yang lebih untuk membuat tuduhan demi tuduhan. Jadi minta maaf Dato’ Speaker, saya mengambil peluang sedikit untuk menjawab sedikit berkaitan dengan itu. Yang seterusnya.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Selama mintak sikit ja.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Oleh sebab Yang Berhormat Speaker, oleh sebab tadi telah didedahkan bahawa apa yang dibangkitkan oleh Hulu Kinta itu adalah satu fakta yang tidak betul menimbulkan persepsi dan fitnah. Apa Selama setuju kita, bawakkan apa Hulu Kinta ke Jawatankuasa Hak Dewan?

Terima kasih. Serah kepada Dato’ Yang di-Pertua. Masukkan dalam ucapan saya. Yang seterusnya disebut banjir di Kelantan disebabkan pembalakan. Kalau macam tu di Johor ada banjir kalau nak kira cara dia lah di negeri-negeri selain daripada Kelantan, Terengganu juga berlaku banjir hatta di Perak pun berlaku banjir. Kalau nak berhujah macam tu kita tak tergamak pun bila berlaku banjir di negeri yang bukan daripada Perikatan Nasional kita tak tergamak pun nak sebut ia adalah berpunca daripada pembalakan dan sebagainya. Salah tadbir dan sebagainya.

Yang seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan dengan beberapa pihak yang menyebut tentang seolah olah kerajaan yang terdahulu tidak ada langsung usaha mereka sehinggalah kita dapat nikmati hasil yang pada hari ini kita perlu ingat semua pihak memainkan peranan yang tersendiri termasuk kerajaan yang sebelum ini. Sebagai maklumat juga semua kerajaan sebelum ini juga berperanan untuk menyediakan satu pelan kesejahteraan Perak Sejahtera 2030 bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar waktu bermula daripada kosong kita berhempas pulas dengan libat urus bersama dengan pelbagai agensi dan menghasilkan satu yang cukup baik. Iaitulah Perak Sejahtera 2030. Perancangan yang baik dan jitu itu menyebabkan boleh dinikmati oleh generasi hari ini dan juga generasi akan datang. Ketika Perak Sejahtera telah juga kita berbincang dengan semua pihak puluhan libat urus dilaksanakan.

Kita juga turut terlibat sebahagiannya pada masa itu dan pada hari ini kita nampak hasil di negeri seperti mana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan penambahan hasil negeri daripada tahun ke tahun. Jadi tidak perlulah menafikan peranan orang terdahulu. Contohnya macam NRREE. Waktu itu belum ada hasil apa pun daripada NRREE kita berbincang bersama. Kita terima taklimat daripada pihak MB Inc. Waktu tu Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang ada pada hari ini bermula daripada kosong, kita berusaha sehingga lah kita mendapat SOP daripada kementerian kerajaan pada masa itu dipimpin oleh Perikatan Nasional dapat SOP daripada Yang Berhormat Datuk Taki, mari turun ke Negeri Perak dan Alhamdulillah pada hari ini, NRREE telahpun mengorak langkah dengan lebih baik sehinggalah dapat royalti sampai RM33 juta dah sekarang ni seperti mana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada peranan daripada yang terdahulu. Jangan bila orang lain jadi kerajaan pulak kita menafikan peranan kerajaan terdahulu. Sampai bila keadaan macam budak-budak yang dibincangkan ataupun dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri ni semua pihak tidak kira daripada blok pembangkang mahupun kerajaan seharusnya mendapat peruntukan yang sama untuk diagihkan kepada rakyat di kawasan masing masing dengan hasil yang telah nyatakan dengan hasil telah nyatakan daripada sebelum ini.

Bukan sekadar saya sahaja boleh berpuas hati apabila pusat khidmat kerajaan dapat berkhidmat dengan baik., tuan-tuan juga mungkin boleh berpuas hati dengan perkhidmatan yang daripada pihak pembangkang berikan kepada rakyat melalui pusat khidmat itu sendiri dengan menggunakan peruntukan daripada pihak kerajaan negeri. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga pernah jadi ketua pembangkang satu ketika dahulu tahu betapa susahnya untuk memberi servis kepada rakyat dalam keadaan tidak mempunyai peruntukan walaupun boleh sahaja untuk memberi servis atau perkhidmatan. Tanpa peruntukan demi menyantuni rakyat tapi beliau memahami peranan pihak kerajaan itu sendiri walaupun beliau adalah pembangkang pada ketika itu. Kita lihat akhirnya perjuangan ketua pembangkang diberi peluang untuk menjadi Menteri Besar ketika kami menjadi Exco pada masa itu kami menjadi Kerajaan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kami Menteri Besar kita semua pada masa itu amat prihatin terhadap terhadap peranan Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang dengan menyalurkan peruntukan sama rata pada masa itu dan kita bersetuju, kita bersetuju dengan usaha daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada masa itu yang PAS dan Bersatu adalah Kerajaan pada masa tu. Semua dapat berkhidmat dengan baik. Kami puas hati, tuan-tuan juga puas hati pada masa itu. Kita nak supaya hari ini DAP adalah Kerajaan bersama dengan Menteri Besar, pun meneruskan usaha yang dibuat pada masa itu. Malahan kita nak lebih baik lagi peruntukan tersebut. Mungkin peruntukan Pembangkang lebih lagi daripada Kerajaan lebih baik mungkin. Sebab apa sebab pihak Kerajaan dapat peruntukan daripada ICU Perdana Menteri kita tak dapat. Jadi sebab itulah maksudnya.

Yang Berhormat Selama, Buntong mencelah. Mohon mencela.

Semua pihak. Ya mencelah.

Mohon mencelah YB.

Saya ada banyak lagi ni.

Satu minit

Sat lagi bersyarah sat lagi.

20 saat.

Okey. 20 saat betullah.

Tadi YB sebut ya, Kerajaan Madani hari ini tak bagi pula royalti bayaran apa-apa kepada Kerajaan negeri Terengganu. Saya nak nyatakan di sini ya. Mintak YB kalau boleh betulkan. Ini fakta yang saya tengoklah yang saya baru Google tadi nampak daripada laporan PMX baru-baru ini, dia ada kata belanja pembangunan yang diberikan kepada Negeri Terengganu pada tahun 2024 tahun ini berjumlah RM1.59 billion berbanding lebih ya lebih tahun ini berbanding RM1.55 billion pada tahun 2023. Wang ehsan hasil petroleum pada tahun ini adalah sebanyak RM786 juta.

Ya, saya faham.

Selain itu, bayaran pemberian bayaran pemberian Persekutuan Kerajaan Madani kepada negeri Terengganu pada tahun 2022. Hanya pada tahun 2022, hanya RM399 juta sahaja. Padahal pada tahun 2023…

Ya, saya dah faham.

Kerajaan Madani tambah menjadi RM413 juta. Jadi macam mana tak macam mana boleh kata fakta tak diberikan ni, adakah lagi

Dengar jawab dulu. Dengar…dengar jawapan dengar.

Jawapan saya 20 saat ni 20 saat ni. Adakah…

Ha dah diam bagi Selama jawab.

Adakah pemberian-pemberian ini dinafikan? Ini fakta ni saya nak ulang dalam Dewan? Jangan

Dah faham dah duduk lah. Ni…

Duduk…duduk.

Jangan pesongkan Dewan dah.

Dah duduk dengar jawapan.

Tak bagi laluan. Ok jawapan dia macam ni. Saya sebut dah awal tadi sebelum ini dari segi kaedahnya, Kerajaan Pusat menyalurkan direct kepada akaun Kerajaan Negeri tetapi sekarang Kerajaan Negeri terpaksa memohon kepada MOF by program dan by project termasuklah termasuklah by untuk memberi bonus termasuklah by…

YB ENCIK BERHANUDIN BIN AHMAD (MANONG) dengarlah orang jawab dulu.

Wang bonus kepada penjawat awam melalui.

Dengar dulu dah. Masa sikit.

Wang projek disalurkan

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

20 saat habis dah.

Apa salahnya

Saya dah jawab tu saya dah jawab.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak payah nak jawab Selama sikit saja.

Saja, saja kacau, duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok sikit Selama nak mintak sikit penjelasan kita tengok sikap Yang Amat Berhormat Menteri Besar masa duduk dengan kita dulu. Kita boleh memikirkan untuk kebajikan bersama. Tapi sikap apabila berada dengan rakan-rakan di sebelah sana nampak ada mangsa pulak sebelah kita. Selama setuju tak apa yang mempengaruhi keputusan Menteri Besar jadi macam tu.

Yang di-Pertua

Ok sebelum tu Selama 5 minit lagi ya.

5 minit. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua yang dikasihi. Seterus. Sila masuk ke dalam ucapan saya apa tadi. Yang seterusnya berkaitan dengan kutipan kita bangga dengan kutipan cukai hasil. Kita pun berperanan dan cukai yang dikutip pun ada cukai tanah daripada Ahli DAP, ada cukai tanah yang bayar daripada ahli PAS, ada cukai tanah daripada orang atas pagar yang tak ambil tau pada politik dan kita bangga dengan hasil cukai yang banyak dan sebagainya. Ertinya…

Yang Berhormat…

kutipan itu melibatkan rakyat kebanyakan tanpa mengira parti.

Tak payahla bagi isu politik ni.

Tiba tiba apabila isu mengarut ni pasal apa nak kacau puncak ni hang ni. Hang pula…

Kenapa hanya bangkitkan DAP dengan PAS? Semua rakyat Perak pun bayar cukai.

Duduk…duduk.

Saya sebut tadi kan. Ada pembayar cukai daripada DAP, ada pembayar cukai daripada PAS, ada pembayar cukai ni memang nak kacau sebab saya sebut dah tadi. Ada pembayar cukai daripada atas pagar, ada pembayar cukai daripada kebanyakan rakyat. Hasilnya, dia nak kacau lagi. Dah jawap dah. Tolong bagi peluang untuk saya berucap sekarang kerana masa dah tak banyak dan duduk dah. Begitu juga. Tang mana tadi. Jadi, kita mengharapkan kita mengharapkan hasil negeri yang kita juga bantu untuk mendapat hasil yang banyak ini dapatlah disalurkan peruntukan. Esok…esok mungkin orang lain pulak jadi Kerajaan. Kami jadi Kerajaan. Kami pulak jadi Kerajaan, orang lain pulak jadi Pembangkang. Takkan nak cakap benda yang sama daripada dulu lagi. Daripada Kota Tinggi, apa kota tinggi apa? Tebing Tinggi jadi Ketua Pembangkang lagi bercakap hal ini bercakap hal bertukar bercakap hal. Jadi besok kita jadikan satu polisi bersama. Siapa pun jadi Pembangkang? Siapa juga dia adalah dipilih oleh rakyat dalam demokrasi negara kita. Kita mengiktiraf pilihan rakyat. Iktiraf pilihan rakyat dalam negara demokrasi ini dengan menyalurkan peruntukan sama rasa sama rata sama rasa sama rata. Kalau sana dapat bantuan untuk disalurkan untuk berkaitan dengan Aidilfitri sini pun dapat. Sana dapat kotak makanan. Kita pun dapat kotak makanan. Sana dapat untuk menyalurkan dan membantu rakyat berkhidmat kepada rakyat. Bantuan berkaitan dengan lembu korban sini pun dapat. Jadi tak timbul dah untuk dari segi pengagihan kekayaan negeri kita yang Allah Ta'ala anugerahkan ini bukannya duit peribadi kita tetapi atas sokongan semua. Tidak ada wakil rakyat yang diskriminasi.

Minta Kedah buat dulu, minta Kedah buat dulu. Kalau Kedah Kelantan boleh buat, mungkin kita boleh buat.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Tiada kaitan tiada kaitan.

Apa dia? Baik seterusnya saya masuk point yang lain. Melalui ayat yang mula-mula saya bacakan tadi terdapat perintah supaya berlaku adil meski pun kepada musuh serta tidak mengkhianati amanah. Al Imam Al-Tabari, menjelaskan bahawa setiap manusia adalah pemimpin bagi manusia yang lain sama ada dalam kalangan mereka sendiri atau musuh mereka. Oleh itu, serulah mereka untuk mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah ke atas mereka. Hal ini demikian kerana sikap berlaku adil dapat mendekatkan orang yang beriman kepada takwa. Dengan kata lain, keadilan dan ketakwaan mempunyai hubung kait antara satu dengan yang lain, khususnya dalam konteks kepimpinan yang menjadi panduan kepada rakyat berkaitan dengan kelestarian alam sekitar. Belanjawan 2025 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM69.79 juta di bawah fokus kelestarian alam sekitar. Namun, pelaksanaan perlu disokong dengan tindakan yang lebih tegas terhadap isu penebangan hutan simpan kekal dan aktiviti kuari.

Saya mengambil perhatian isu dibangkitkan sebuah badan bukan Kerajaan, NGO Rakan Segari berhubung langkah tempang menyahwarta beberapa kompartmen Hutan Simpan Segari Melintang yang berkeluasan 287.8 hektar. Saya mengharapkan pihak kerajaan mengkaji semula langkah tersebut kerana ia bukan sahaja menjejaskan ekosistem alam tapi ia bakal memberi kesan langsung kepada aktiviti ekonomi. Hampir 200 komuniti nelayan setempat yang menjadikan kawasan ini sebagai punca rezeki mereka. Hutan Simpan Segari Melintang memiliki peranan semula jadi yang sangat penting dalam menjaga keseimbangan ekosistem, mencegah banjir zon penampan daripada bencana dan menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna yang unik dan tersendiri. Justeru, langkah ke hadapan Selama ini mencadangkan agar Kerajaan Negeri menggubal polisi pemantauan lebih ketat terhadap aktiviti kuari mempercepatkan usaha memulihara kawasan hutan simpan yang dimusnahkan yang dimansuhkan menambah bilangan penguatkuasa dan pegawai berkaitan dan meningkatkan

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah.

Kerjasama dengan NGO alam sekitar untuk memastikan keseimbangan untuk

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Yang Berhormat…

Pembangunan dan juga pemuliharaan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon laluan.

Masa dah tak ada. Saya tak nak landing.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih.

Pantai Remis duduk.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Saya nak tanya sama ada Yang Berhormat tahu pada tahun 2022, Majlis Tanah Negara telah ada satu keputusan dalam semua hutan simpanan kekal tidak boleh ada, tidak boleh ada aktiviti kuari dan kerana terhad dengan tu bagi dalam hutan Segari Melintang ini dia terpaksa untuk kita teruskan kerana permit masih ada. Permit yang masih sah. Supaya mereka boleh teruskan.

Yang di-Pertua

Okay Selama, sebelum tu yang tau. Saya dah bagi masa lebih dah Yang Berhormat. Jadi berapa lama lagi nak ni.

Dengan soalan tu saya perlu 20 minit.

Yang di-Pertua

20 minit tak boleh lah.

Saya Exco Alam Sekitar dulu…

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Bagilah Ketua Pembangkang ada 40 minit.

Lawaklah selama ni.

Yang di-Pertua

Tak apa selama saya bagi last 5 minit lagi. Jadi saya bagi sama je. Hulu Kinta pun tak lama macam Selama. Ni kena buat peringatan lah ya. Jadi saya bagi masa tu sama je saya bagi masa. Tapi last five minutes lah Selama.

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang dikasihi lagi disayangi. Berkaitan apa dia sebutkan kita tahu cuma masih lagi berlaku hasil daripada rungutan rakyat dan juga NGO. Jadi kita mohon cadangan ini diambil kira dan juga apabila kita tahu tentang Kanun Tanah Negara apabila mewartakan begitu. Cuma kita pernah cadang hari tu, kita pernah cadangkan supaya kawasan itu juga supaya diwartakan sebagai kawasan hutan perlindungan. Kawasan hutan perlindungan. Ada compartment yang ke-15 dan juga beberapa compartment yang lain dan In shaa Allah kita akan ambil penjelasan juga daripada pihak MB berkaitan dengan perkembangan semasa. Berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Isu kos sara hidup merupakan isu yang semakin mendesak di Malaysia khususnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Peningkatan kos sara hidup ini dicerminkan melalui kenaikan harga barangan asas seperti makanan, perumahan dan perkhidmatan. Kos sara hidup yang semakin tinggi ini telah memberi kesan mendalam kepada kehidupan rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana.

Untuk makluman sekalian juga Ahli Dewan, pada tahun 2019 nilai pendapatan garis kemiskinan bagi Malaysia telah pun disemak semula. Mengambil kira keperluan makanan optimum dan asas bukan makanan yang berkualiti. Insiden Kemiskinan Mutlak di Perak meningkat sehingga 7.35%. Kalau ikutkan yang diumumkan selalu ialah berkaitan kemiskinan tegar. Kena ingat di sana ada juga miskin mutlak dan ada juga miskin yang disebut sebagai relative itu sendiri. Meningkat dari 7.35% kepada 7.5% dengan jurang yang ketara di luar bandar pada kadar 10.9%. Sementara itu, kemiskinan relative juga meningkat kepada 13.5%, menggambarkan cabaran ekonomi yang perlu di atasi oleh kebanyakan rakyat kita. Laporan Sosioekonomi Perak 2023.

Sebagai langkah mitigasi, Selama ingin mencadangkan agar bilangan penerima Kad Perak Sejahtera ditingkatkan kepada 25 ribu penerima bagi memastikan lebih ramai golongan rentan mendapat akses kepada bantuan ini. Begitu juga program-program seperti kotak makanan dan juga Jualan Rahmah mestilah diperluaskan lagi ke seluruh Negeri Perak. Kita mohon jasa baik juga sebagaimana yang disebut oleh beberapa Adun yang lain. Kalau tidak mahu diberikan kepada Pusat Khidmat untuk diagihkan, senaraikan berapa NGO yang diberikan kotak makanan untuk kita buat hebahan di kawasan tersebut sebab mereka masih lagi apabila mereka terputus bekalan makanan, mereka datang ke pejabat kita. Kita nak bagitahu NGO mana pun tak tau. Jadi, sekurang-kurangnya kalau ada senarai NGO yang mendapat peruntukan itu, kita boleh bantu buat hebahan, pergi berjumpa dengan NGO tersebut. Ramai yang datang ke pejabat kami.

Kemudian berkaitan dengan pengangguran dan projek berkepentingan negeri. Data suku tahun satu yang data Perak Poket Statistik Suku Tahun Satu 2023. Suku tahun yang kedua 2024 menunjukkan kadar pengangguran negeri ini meningkat daripada 3.2%. Pada suku tahun pertama 2023 kepada 3.5%. Pada suku tahun ketiga 2024. Kadar ini memberi kesan besar kepada belia, graduan dan keluarga mereka. Kerajaan Negeri telah melancarkan pelbagai projek strategik. Seperti yang kita telah ketahui seperti negeri Perak HIP, seperti AHTV. Jadi ini ingin Selama bertanya, jika dirujuk kepada kenyataan-kenyataan, di atas ribuan pekerjaan akan dapat ditawarkan kepada projek-projek mega ini. Jadi berapa peratuskah peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan hasil daripada projek-projek ini juga? Justeru, Selama ingin mencadangkan dalam manfaatkan limpahan peluang pekerjaan daripada projek-projek ini, pekerja tempatan dapat diutamakan juga melalui kuota pekerjaan dalam projek-projek ini.

Selain itu, bagi memastikan tenaga tempatan dapat memenuhi tahap kemahiran yang diperlukan. Kerajaan perlu mengambil inisiatif merangka penyelarasan Projek TVET Negeri agar dapat melalui keperluan sektor industri. Selain itu juga, bagi memastikan masyarakat setempat tidak terpinggir, kerajaan mesti mewujudkan ekosistem dan platform bagi menyokong penglibatan dalam rantaian nilai projek-projek mega. Berkaitan dengan saya nak sentuh sedikit isu berkaitan dengan isu tempatan yang di Selama, Perak.

Yang di-Pertua

YB, masa dah habis lah sebenarnya. Jadi saya mintak YB simpulkan dalam masa satu minit.

Kali ni saya akurlah dengan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jangan marah.

Yang di-Pertua

Panjang dah ni…

Terima kasih banyak. Saya akur. Saya tak sempat nak sebut berkaitan isu tempatan dan In shaa Allah akan dikemukakan pada masa akan datang. Dengan ini, saya menyokong penuh usul untuk Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima Kasih Dato’ Speaker. Assalamualaikum wbt.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Selama. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, rakan-rakan media dan tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang dan ruang kepada Malim Nawar untuk turut membahas Belanjawan Perak 2025. Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kepadanya kerana memberikan kita peluang untuk berkumpul di Dewan yang mulia ini bagi membahaskan Belanjawan negeri Perak 2025. Sebagai wakil rakyat Dun Malim Nawar, saya membawa harapan besar rakyat yang mendambakan kemajuan dan kesejahteraan di kawasan saya ini. Tema Belanjawan kita tahun hadapan iaitu Perak Makmur, Rakyat Sejahtera mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan pembangunan yang menyeluruh meliputi pembangunan infrastruktur, kesejahteraan rakyat dan pembangunan wanita serta keluarga.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Malim Nawar ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana mengumumkan Belanjawan Perak 2025 yang berjumlah RM1.52 bilion iaitu yang terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negeri Perak. Dengan berdasarkan tema Perak Makmur, Rakyat Sejahtera, peruntukan Belanjawan sebanyak RM1.3 bilion kali ini membabitkan Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM981.8 juta manakala Perbelanjaan Pembangunan RM538 juta. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, salah satu isu utama yang sering dibangkitkan oleh rakyat di Malim Nawar ialah keperluan untuk memperkukuhkan infrastruktur asas. Dalam Belanjawan Perak 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih RM612 juta melalui Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri iaitu MARRIS bagi penyelenggaraan jalan raya dan jambatan. Malim Nawar berharap agar peruntukan ini dapat memastikan jalan-jalan di kawasan Malim Nawar sentiasa berada dalam keadaan baik, memudahkan pergerakan rakyat dan memperkukuhkan sektor ekonomi. Selain itu, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta Fasa 2 dengan peruntukan RM108 juta merupakan berita baik kepada penduduk di kawasan rendah termasuk di Malim Nawar. Projek ini akan membantu mengurangkan risiko banjir, melindungi harta benda dan menyelamatkan nyawa.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semalam sewaktu dalam Sidang Dun Perak yang mulia ini, saya telah menerima maklumat bahawa Ban Sungai Kinta di Kampung Pasir Batu 10 telah pecah dan menyebabkan musibah banjir dilaporkan di Kampung Pasir Batu 10, Kampung Tanjung Tin, Kampung Air Papan dan Kampung Sikh serta kawasan sekitar di Mukim Tanjung Tualang. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Di sini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pegawai Daerah Batu Gajah Kinta, JPS, Bomba, APM, RELA Batu Gajah, Persatuan Bomba dan Sukarelawan Tanjung Tualang, Penghulu Mukim Tanjung Tualang, JKM, KKM Tanjung Tualang serta staf-staf kakitangan semua agensi terbabit dan Ketua-Ketua Kampung di Mukim Tanjung Tualang, Ahli-ahli Majlis Batu Gajah Kinta serta semua insan dan warga penduduk yang telah bersama-sama dengan semangat perpaduan dan prihatin bertungkus lumus membantu semua mangsa banjir yang terdiri dari kaum manusia, haiwan ternakan dan peliharaan serta menguruskan kebajikan dan keperluan mangsa banjir. Saya ingin merakamkan juga takziah kepada mangsa-mangsa banjir di Dun Malim Nawar, serata Negeri Perak dan di seluruh kawasan di luar Negeri Perak yang terjejas musibah banjir ini.

Banjir merupakan satu isu kritikal yang memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan ekonomi tempatan. Saya telah meninjau sendiri permasalahan ini semalam yang bukan sahaja menjejaskan keselamatan penduduk tetapi juga merosakkan infrastruktur tanah, pertanian, haiwan ternakan dan peliharaan serta mengganggu aktiviti harian masyarakat setempat. Justeru itu sebagai usaha mitigasi jangka panjang saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Perak dan JPS Perak untuk menjalankan kajian pengurusan lembangan Sungai Kinta dan Sungai Kampar yang bertujuan untuk menganalisis pola hujan, aliran air sungai dan perubahan corak hidrologi serta kajian topografi untuk mengenal pasti kawasan rendah yang mudah ditenggelami air.

Kajian ini perlu dilaksanakan dengan menilai keberkesanan sistem saliran sedia ada serta penilaian terhadap pemulihan kawasan lembangan di kawasan yang terdedah kepada hakisan untuk mengurangkan risiko banjir. Misalannya dengan penggunaan kaedah bio engineering dengan izin untuk menstabilkan tebing sungai. Pada pandangan saya Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pendekatan untuk mewujudkan kolam-kolam tadahan di Mukim Tanjung Tualang juga dapat mengurangkan risiko sekaligus membantu semasa musim bah kelak. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua pihak JPS negeri mempunyai sistem telemetri real time yang memantau aras air dan hujan serta ianya boleh diakses oleh orang awam iaitu publicinfobanjir.water.gov.my. Sistem amaran awal banjir yang bersiren juga telah dipasang di lokasi-lokasi atau di kawasan-kawasan yang berpotensi banjir bagi memberi amaran kepada penduduk untuk berpindah apabila air sungai mulai naik. Sehingga kini sebanyak 20 mini siren aktif telah dipasang di seluruh Negeri Perak bagi memberi amaran awal.

Selain itu pihak JPS juga sedang menaik taraf 27 stesen sistem amaran banjir bersiren sedia ada kepada sistem telemetri. Di Kampar terdapat satu siren iaitu di kilometer 26 Jeram untuk memperlengkapkan sistem amaran banjir telemetri realtime di kawasan Malim Nawar. Namun ia akan berdasarkan penilaian kesesuaian yang akan dibuat oleh bahagian Hidrologi Ibu Pejabat JPS Perak saya mohon mencadang pemasangan sistem ini di Taman Aman Mambang Diawan iaitu penempatan berhampiran Sungai Talang dan satu lagi di Sikh Settlement yang berhampiran Sungai Air Hitam. Oleh itu Malim Nawar mohon untuk mempertimbangkan satu peruntukan daripada Kerajaan Negeri Perak untuk kajian pengurusan lembangan Sungai Kinta dan Sungai Kampar kerana ini adalah langkah penting untuk menangani masalah banjir di Mukim Tanjung Tualang. Kajian ini bukan sahaja dapat mengenal pasti punca-punca banjir tetapi juga membangunkan pelan tindakan yang berkesan untuk melindungi penduduk memulihkan ekosistem dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi serta sosial di kawasan ini. Sokongan daripada kerajaan dan agensi berkaitan amat diperlukan untuk merealisasikan usaha ini demi kepentingan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak atas keprihatinan dan komitmen yang jelas terhadap kepelbagaian agama dan budaya di negeri kita yang tercinta ini. Peruntukan sebanyak RM12 juta bagi tujuan hal ehwal bukan Islam yang diumumkan dalam Belanjawan Perak 2025 baru-baru ini merupakan satu langkah signifikan ke arah memperkukuhkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Peruntukan RM6 juta yang disediakan untuk hal ehwal bukan Islam kaum Cina dan Kampung Baru Cina serta RM6 juta lagi untuk hal ehwal bukan Islam kaum India dan Kampung India dan lain-lain kaum ini bukan sahaja mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri untuk memastikan semua komuniti mendapat hak dan sokongan yang sewajarnya. Malah ia juga membuktikan bahawa kepelbagaian budaya dan agama di Perak diiktiraf sebagai aset penting dalam pembangunan negeri. Malim Nawar yakin peruntukan ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkasakan institusi institusi agama bukan Islam, menyokong aktiviti-aktiviti komuniti serta memastikan infrastruktur yang lebih baik untuk rumah-rumah ibadat di seluruh Negeri Perak. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Perak atas langkah progresif ini. Malim Nawar menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama mendukung usaha murni ini agar perpaduan dan kesejahteraan rakyat Perak terus terjamin.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pembangunan keluarga adalah asas kepada masyarakat yang harmoni. Dalam belanjawan ini, Program One Stop Centre Sejahtera Sosial dengan peruntukan RM0.6 juta serta program Tabarru Khairat Kematian dengan peruntukan RM4 juta dapat memberikan sokongan kepada keluarga yang memerlukan. Bagi Malim Nawar saya ingin mencadangkan bahawa pusat perkhidmatan sosial ini dapat diwujudkan di kawasan-kawasan strategik untuk memudahkan rakyat mendapatkan bantuan di mana Kerajaan Negeri dapat melaksanakan fokus utama tema Belanjawan Perak 2025 yang diterjemahkan iaitu Berteraskan Kesejahteraan Rakyat. Program seperti ini di samping memberi manfaat kepada mereka yang berada dalam kesusahan ia juga akan menjadi saluran untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sokongan yang tersedia ada.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kanak-kanak dan warga emas merupakan dua kumpulan rentan yang memerlukan perhatian khusus. Justeru itu Malim Nawar ingin mohon mencadang program pembangunan rumah kebajikan kanak-kanak dengan peruntukan RM0.4 juta dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di bawah peruntukkan RM0.2 juta boleh diperluaskan ke Malim Nawar. Kemudahan seperti ini bukan sahaja menyediakan sokongan fizikal tetapi juga menyemai kasih sayang dan penjagaan dalam komuniti. Malim Nawar memerlukan PAWE memandangkan bilangan penduduk yang berusia emas semangkin meningkat dan keperluan serta penjagaan mereka perlu diberikan perhatian istimewa.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Daerah Kampar merupakan hub pendidikan juga. Sehubungan itu Malim Nawar mohon perhatian khusus daripada kerajaan Negeri

Perak dengan mempertimbangkan agar Dun Malim Nawar dijadikan sebagai hub industri bagi memastikan peluang pekerjaan dapat diwujudkan secara berterusan di kawasan ini. Langkah ini dapat mengurangkan keperluan anak muda yang tamat pengajian untuk berhijrah ke tempat lain demi mencari pekerjaan. Kehadiran institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Tunku Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman Universiti of Management and Technology serta kolej-kolej yang menawarkan program TVET di daerah Kampar merupakan satu peluang keemasan bagi kerajaan negeri untuk membangunkan hub industri di Malim Nawar serta memperkukuhkan hubungan antara universiti dan industri mencipta sinergi yang kuat untuk manfaat bersama. Universiti berperanan sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan atau research and development yang berpotensi besar untuk diterjemahkan ke dalam pelbagai bidang. Melalui kerjasama dengan pemegang-pemegang taruh terutamanya syarikat berkaitan makanan, pengetahuan dan teknologi terkini boleh dipindahkan dari dunia akademik ke sektor praktikal. Ini termasuk inovasi dalam bidang penanaman, pemprosesan makanan serta pengurusan sumber daya pertanian misalannya. Oleh itu Malim Nawar amat berharap cadangan ini dapat mendapatkan perhatian khusus daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar untuk merealisasikan potensi kawasan ini sebagai hub industri yang maju dan bermanfaat kepada semua pihak.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Dun Malim Nawar merupakan kawasan yang kaya dengan aktiviti pertanian dan sumber semula jadi. Sektor ini menjadi sumber pendapatan utama bagi sebahagian besar penduduknya terutamanya dalam bidang tanaman, penternakan dan perikanan. Oleh itu, tumpuan terhadap peningkatan sektor pertanian bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup petani tetapi juga menyumbang kepada keselamatan makanan negeri Perak. Sebagai contohnya Dato' Speaker, Pertubuhan Penternak Ikan Kolam Malim Nawar yang beroperasi sejak tahun 2018 mengusahakan kolam ternakan ikan seluas 18 ekar. Terdapat 10 peserta berdaftar dengan Pejabat Perikanan Negeri Perak yang terlibat dalam projek ini. Pada awalnya, projek ini dimulakan dengan modal sebanyak RM15,000.00 dan 10 ekor benih ikan. Usaha ini turut mendapat sokongan daripada Pejabat Perikanan Negeri Perak melalui Projek Perikanan Bandar bernilai RM70,000.00 yang meliputi sumbangan benih ikan, sisa tinja ayam dan bantuan dedak ikan berasaskan sisa jagung. Setakat tahun 2023, rekod keuntungan pertubuhan ini telah mencapai RM120,000.00 dengan hasil ternakan ikan seberat 25 tan yang dihantar ke Selangor dan Negeri Sembilan serta di eksport ke Singapura.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Belanjawan Perak 2025 menyediakan peruntukan strategik untuk pembangunan pertanian termasuk pelaksanaan program-program seperti Agrofest Negeri Perak, Jelajah Sejahtera Agro dan Program Pertanian Bandar. Peruntukan sebanyak RM2 juta ini untuk pembangunan serta pertanian perlu dioptimumkan untuk membantu penduduk Malim Nawar. Kepentingan peningkatan sektor pertanian di Malim Nawar ialah sebagai sumber pendapatan utama. Majoriti penduduk luar bandar di Malim Nawar bergantung kepada hasil pertanian seperti kelapa sawit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Peningkatan sektor ini boleh meningkatkan pendapatan mereka dan seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan. Saya berpandangan dengan memaksimumkan potensi sektor pertanian, Malim Nawar boleh jadi penyumbang utama kepada keterjaminan bekalan makanan negeri dan negara. Ini penting terutamanya dalam situasi krisis makanan global. Pelaburan dalam sektor pertanian membawa limpahan ekonomi termasuk peluang pekerjaan dan pembangunan perniagaan kecil seperti pemprosesan makanan, pembungkusan dan logistik.

Pemodenan kaedah pertanian dengan pengenalan teknologi moden seperti drone untuk penyemburan baja atau racun perosak serta menyediakan kursus kepada petani mengenai kaedah pertanian lestari yang dapat meningkatkan hasil tanaman tanpa merosakkan tanah. Malim Nawar juga menyarankan agar lebih banyak pusat pengumpulan hasil pertanian di Malim Nawar dibina untuk memudahkan petani memasarkan produk mereka. Sokongan kewangan dan subsidi dengan memberikan bantuan kewangan melalui pinjaman mudah kepada petani-petani kecil untuk membeli peralatan moden seperti mesin penanaman dan sistem fertigasi serta menawarkan subsidi kepada penternak untuk makanan haiwan dan rawatan veterinar.

Malim Nawar juga mohon Kerajaan Negeri membantu petani Malim Nawar dengan menembusi pasaran baharu melalui platform digital dan e-dagang serta mewujudkan program seperti Pasar Agro Malim Nawar untuk memasarkan hasil tempatan. Dengan pelaksanaan strategik program pertanian di bawah Belanjawan Perak 2025, sektor pertanian di Malim Nawar dapat dimajukan ke tahap yang lebih tinggi. Petani dan penternak di kawasan ini akan mendapat manfaat besar melalui bantuan subsidi dan akses kepada teknologi moden. Sebagai wakil rakyat, saya akan memastikan usaha ini dijalankan dengan teliti demi kemakmuran ekonomi rakyat di Malim Nawar.

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua. Belanjawan Perak 2025 membawa visi besar untuk negeri Perak termasuk Malim Nawar. Dengan fokus yang menyeluruh, kita dapat memastikan tiada rakyat yang terpinggir. Sebagai wakil rakyat, tanggungjawab kita adalah memastikan setiap sen yang diperuntukkan digunakan dengan efisien dan memberi impak maksimum kepada kehidupan rakyat. Saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini untuk bersatu hati dalam menyokong agenda ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Perak. Sebagai wakil rakyat, saya akan terus berusaha untuk menjadikan Malim Nawar sebagai kawasan contoh dalam pembangunan dan kebajikan, selaras dengan matlamat negeri kita untuk menjadi Perak Makmur Rakyat Sejahtera.

Bunga cempaka harum mewangi, Disapa angin kala senja,

Belanjawan Perak demi harmoni, Rakyat sejahtera negeri berjaya.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Malim Nawar mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat di kawasan Malim Nawar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk memulakan perbahasan. Dua puluh (20) minit dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Nahmaduhu Wa Nasta'iinuhu Wa Nastaghfiruhu Wa Nauzubillahi Min Suruuri Anfusinaa Wa Min Saiaati A'maalinaa. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Ali Saidina Muhammad. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang

Berhormat Dato' Yang Di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunong Semanggol, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan pembangkang. Yang berusaha Ketua-ketua jabatan, pengamal-pengamal media dan seterusnya tuan-tuan puan-puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah. Bersyukur kepada hadrat Allah Subhana Wa Ta'ala kerana dengan izinNya kita diberi kesempatan untuk bertemu dalam persidangan pada petang ini. Moga persidangan kita pada hari ini diberkati dan dirahmati Allah Subhana Wa Ta'ala.

Sebelum meneruskan perbahasan, Lubok Merbau ingin merafak sembah menjunjung kasih merakam ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda pada 1 November 2024 yang lalu. Dirgahayu Tuanku.

Saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian pada petang ini dalam perbahasan Bajet Belanjawan 2025 Negeri Perak. Syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan kepada kita semua satu Bajet Belanjawan Negeri Perak 2025 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera dan saya juga mengambil peluang dan menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri atas penganugerahan Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. Semuanya ini adalah hasil usaha rakan-rakan penjawat awam yang hebat dan dahsyat dalam memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan baik dan lancar.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Belanjawan yang melibatkan kewangan yang hampir RM1.52 billion Ini adalah merupakan satu bajet yang cukup besar. Bahkan adalah belanjawan tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah Negeri Perak. Pelbagai inisiatif dan program yang dirangka oleh pihak kerajaan bagi memastikan kehidupan rakyat makmur dan sejahtera. Walau sebahagian besarnya adalah program yang sama dan berulang, namun tidak salahnya ia diteruskan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat. Namun sukalah saya ingatkan kepada ahli sidang semuanya bahawa bukanlah nilai peruntukan atau pun angka besar yang kita kejar atau mahu kita banggakan, sebaliknya yang lebih penting adalah tatakelola pelaksanaannya dan memastikan setiap sen yang diperuntukkan sampai kepada rakyat dan golongan sasar tanpa berlaku ketirisan sedikit pun, jika cita-cita kini dapat direalisasikan, barulah ia boleh dianggap satu kejayaan yang boleh kita banggakan.

Yang Berhormat Dato' Speaker, di kesempatan ini saya menzahirkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana tahun ini 2024, Kerajaan Negeri masih menyalurkan peruntukan untuk semua Ahli Dewan Negeri termasuk Ahli Dewan Negeri pembangkang walaupun dari sudut teknikal pelaksanaannya adalah sedikit perubahan yang agak merumitkan dan juga ada beberapa jenis bantuan yang dihentikan namun, saya dan rakan Ahli Dewan Negeri pembangkang tetap bersyukur kerana masih diberi sebahagian peruntukan yang lain termasuk peruntukan operasi Pusat Khidmat sebanyak RM7 ribu sebulan dan peruntukan pembangunan sebanyak RM300 ribu setahun. Jadi saya teringat ucapan penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun lepas tentang peruntukan RM300 ribu itu perlu dimohon bukan diberi terus ke dalam akaun Dun. Perlu dimohon kerana untuk bermesra-mesra dan bermanja-manja dengan pihak Adun pembangkang. Jadi besarlah harapan kami supaya peruntukan ini tetap diteruskan dan diteruskan kepada wakil rakyat pada semua baik terutamanya kepada yang kami yang telah dinafikan beberapa peruntukan seperti peruntukan untuk perayaan perayaan dan semoga peruntukan yang banyak pada tahun ini dapat disalurkan kepada rakyat. Wakil rakyat seperti pembangkang juga dan seperti mana yang di yang dapat yang dikecapi oleh wakil rakyat daripada pihak kerajaan.

Hayatilah Insalah dengan peringatan daripada Allah swt ketika mana Allah Ta'ala berpesan kepada Nabi Daud ketika mana Nabi Daud Alaihissalam dilantik sebagai khalifah iaitu Surah Sad ayat 26 yang berbunyi. bacaan - ayat al-quran - Surah Sad ayat 26 yang bermaksud "Wahai Daud sesungguhnya kami telah menjadikan mu khalifah di muka bumi ini, maka jalanlah hukum di antara manusia dengan syariat yang benar yang diwahyukan kepadamu dan janganlah kamu menurut hawa nafsu. Kerana yang demikian itu menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu". Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, mengambil pengajaran daripada ayat ini saya menyeru kepada semua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang supaya menjadikan keadilan sebagai teras dalam pentadbiran setiap peringkat. Laksanakanlah amanah rakyat ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan ketakwaan kepada Allah swt. Janganlah perbezaan ideologi parti menyebabkan kita berlaku zalim terhadap pihak yang lain.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, salah satu fokus yang digariskan YAB Menteri Besar dalam pembabitan pembentangan Bajet Belanjawan 2025 adalah kesejahteraan rakyat. Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengembalikan pengagihan kotak makanan ke Pusat Khidmat Adun atau di pusat kepada ataupun dipusatkan kepada pejabat Penghulu supaya ia lebih terurus. Kita telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan melalui NGO yang telah dipilih oleh pihak kerajaan. Namun yang menjadi masalahnya adalah NGO ini tiada base ataupun pusat operasi yang membolehkan rakyat pergi dan memohon bantuan tersebut. Rakyat buntu ke mana harus dituju untuk mendapatkan kotak makanan. Kalau saya di Dun Lubuk Merbau bukan sahaja rakyat yang datang kepada kami untuk meminta kotak makanan. Kadang-kadang staf Pejabat Penghulu pun mari ke kepada kami untuk dapatkan kotak makanan bagi pihak orang kampung yang mengadu ke Pejabat Penghulu. Kami tiada masalah dengan rakyat atau mana mana pihak yang datang ke Pejabat untuk mohon kepada kami. Tapi yang saya nak tekankan adalah pengurusan program kotak makanan yang sangat berterabur. Kalau tak nak bagi ke kami Adun pembangkang ini, Kerajaan Negeri pusatkan bantuan ini kepada pejabat Penghulu Mukim. Yang penting rakyat tahu di mana nak dituju dan agihan ini lebih terurus.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, alhamdulillah Kerajaan Negeri masih meneruskan program Kad Perak Sejahtera dengan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk tahun 2025. Saya memohon kepada pihak kerajaan supaya dapat menambah nilai bantuan bulanan kepada pemegang-pemegang kad sejahtera untuk tahun depan. Saya berpandangan, perkara ini wajar dipertimbangkan sebaiknya oleh pihak kerajaan kerana disebabkan kos hidup yang semakin tinggi dan dahsyat. Kalau dengan nilai bantuan sebanyak RM100 itu rasanya kita boleh beli barang dapur untuk seminggu je troli pun tak dan penuh. Kalau orang yang biasa beli tahulah bagaimana hakikat realitinya berkaitan dengan Kad Sejahtera juga saya ingin bertanya adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk mengembalikan manfaat perubatan kepada semua penerima Kad Perak Sejahtera. Sepertimana yang sedia maklum, pada tahun 2023, pemegang Kad Perak Sejahtera layak mendapat manfaat perubatan di klinik-klinik panel yang telah ditetapkan. Namun untuk tahun 2024, manfaat ini dimansuhkan dengan alasan Kerajaan Negeri akan memanfaatkan sepenuhnya Skim Perubatan Madani yang disediakan yang diuruskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Namun sangat mendukacitakan apabila sekitar Februari 2024, Kerajaan Persekutuan memaklumkan skim Perubatan Madani hanya tertumpu pada 10 daerah sahaja termasuklah daerah Kinta sebagai wakil tunggal Perak. Bukanlah orang Kinta sahaja yang sakit, orang Kuala pun sakit, orang Semanggol pun sakit, orang Malim Nawar pun sakit. Mohon pertimbangkan semula oleh pihak kerajaan tentang isu ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada Sekretariat Pembangunan Wanita Masyarakat Perak, Wanita Perak atas kerjasama para pegawainya yang sangat baik. Kepada pasukan Pusat Khidmat Dun Lubuk Merbau. Alhamdulillah, saya sebagai Ahli Dewan Negeri. Dun Lubok Merbau juga turut dijemput dalam Majlis Penyerahan Kad Perak Sejahtera di Peringkat Dun Lubuk Merbau pada bulan Oktober baru-baru ini. Inilah contoh politik yang aras tinggi, politik matang dan sejahtera yang wajar diteruskan demi manfaat ummah dan seluruhnya.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, alhamdulillah sehingga September 2024 kita dimaklumkan bahawa sejumlah 7.41 juta pelancong dan pelawat harian yang telah datang ke Negeri Perak. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak atas kejayaan kempen Tahun Melawat Perak 2024. Seperti mana yang diumum diumumkan pada tahun lepas, saya juga menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri yang mahu menjadikan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan mesra usia dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah mempromosikan Ulu Kongsor sebagai salah satu sebuah kawasan agro pelancongan dan diharapkan Kerajaan Negeri dapat menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik dan selayaknya pada kawasan Agro Pelancongan Ulu Kongsor ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan promosi sejarah dan pelancongan mesra Muslim atau Islamic Tourism dengan izin menurut satu hasil kajian Indeks Pelancongan Muslim Global 2018 yang dilakukan Mastercard-Crescentrating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2018 dengan izin. Malaysia kekal di tangga pertama selama 8 tahun berturut-turut sebagai destinasi pelancongan Islam paling popular dalam pasaran pelancongan muslim global. Ini adalah bukti jelas bahawa pelancongan patuh syariah juga mampu menarik minat pelancong luar datang ke Malaysia. Saya yakin di Negeri Perak juga terdapat banyak destinasi atau tempat bersejarah yang ada nilai nilai significant dan nilai- nilai islamik yang patut kerajaan negeri. Contoh yang tonjolkan. Contohnya, Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Tapak Warisan UNESCO, Lembah Lenggong dan sebagainya.

Tidak dilupakan juga kami di Dun Lubok Merbau terdapat makam Almarhum Syeikh Dr Idris Al-Marbawi, seorang ulama terulung yang lahir di Lubok Merbau. Makamnya sering dikunjungi dan diziarahi oleh umat Islam bukan sahaja daripada Malaysia, bahkan masyarakat nusantara yang seperti daripada Thailand dan Indonesia. Tempat-tempat ini sebegini sewajarnya perlu diselenggarakan disediakan akses dan infrastruktur yang baik dan selayaknya. Mungkin cadangan ini tidak bersifat populus. Tapi sekiranya perkara ini mampu meminta jati diri sebagai rakyat Malaysia, kenapa kita tidak pergiatkan? Marilah kita tanamkan perasaan cinta akan negara seperti mana yang dianjurkan baginda Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam. (bacaan ayat Al-Quran). Maksudnya alangkah baiknya dirimu wahai Makkah betapa cintanya diriku terhadap mu Makkah. Seandainya kaum ku tidak mengeluarkan ku daripada mu, nescaya aku tidak akan tinggal selain daripada Mu. Riwayat Al-Tarmizi.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri atas peruntukan sebanyak 100 eh sebanyak RM15 juta untuk baik pulih dan bina baru masjid dan surau. Jumlah ini adalah sama seperti mana yang diperuntukan pada tahun lepas. Saya sekali lagi ingin memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya dapat memperuntukan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk pembinaan masjid di Taman Puncak Bougainvillea. Tahun lepas saya mohon dan dalam Dewan ini di pihak jawatankuasa taman juga dah bertemu dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan menghantar proposal. Namun setakat ini masih tidak ada respon positif daripada pihak kerajaan dan seterusnya saya juga memohon pihak kerajaan negeri dapat menambahkan peruntukan dan menaikkan prasarana institusi pendidikan agama di negeri Perak terutamanya sekolah-sekolah tahfiz, pondok-pondok dan Sekolah Agama Rakyat termasuk di Dun Lubok Merbau. Saya percaya masih banyak sekolah-sekolah aliran ini yang jauh ketinggalan dari sudut kemudahan infra dan fasiliti.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, alhamdulillah, tahun ini Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM111.5 juta untuk tujuan pengurusan infrastruktur pengairan dan saliran yang diuruskan oleh JPS. Peningkatan sebanyak RM7.2 juta jika dibandingkan dengan tahun lalu. Pertambahan peruntukan ini sangat bertepatan dengan situasi semasa yang sedang kita hadapi. Saya yakin tahun ini kebanyakan tempat menghadapi bencana banjir yang berulang dan tidak menentu. Kalau dulu di Dun Lubok Merbau ada beberapa kampung tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya sudah tiga kali banjir. Antaranya Kampung Labu Kubong, Kampung Buaya, Kampung Laneh dan beberapa kampung yang lain. Justeru, saya dengan rendah hati memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya dapat memperuntukan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk menangani masalah banjir di kampung-kampung yang telah saya sebutkan sebentar tadi serta juga dapat membaik pulih tebing sungai yang menerima hakisan yang teruk di antaranya tebing sungai yang berada di belakang Taman Rengas Indah yang mana ia telah hampir menuju ke arah Taman Rengas Indah itu yang mungkin membahayakan kawasan taman pula. Begitu juga permohonan untuk jambatan yang baru iaitu jambatan yang melintasi sungai tempias iaitu berada di antara Kampung Paya Lintah dan Kampung Laneh. Jambatan itu telah musnah ketika hujan yang besar dan kemudian ada pula balak dan meruntuhkan bangunan jambatan tersebut dan ini memberi kesusahan kepada penduduk situ terutamanya Pak Aris yang berada kebunnya di seberang sungai kalau nak pergi jalan agak kena memusing memutar-mutar yang begitu jauh.

Saya juga memohon untuk membina semula jambatan yang di Batu Hampar tempat perkelahan yang kita kenali Batu Hampar yang mana jambatan itu telah runtuh musnah ketika berlakunya kepala ayor sekitar lima enam tahun yang lalu. Mudah- mudahan dengan adanya jambatan ini memberi lebih ramai pelawat-pelawat untuk berjalan daripada jalan daripada bahagian bawah tu. Kalau tidak dia kena jalan naik kot jalan yang atas sebab terputus daripada yang bawah ke atas ni kena ikut jalan lain. Jadi dengan ada jambatan tersebut, maka pelancong atau pun yang nak mandi di Batu Hampar ni di Kampung Laneh tidak perlu menaiki jalan yang sempit ya. Maknanya daripada jalan yang bawah ni boleh melintas dengan ada jambatan yang baru. Sebab sebelum ini bila ada jambatan ramai orang parking pada di bawah tempat gelongsor tu lagi. Seterusnya pada kesempatan ini juga saya mohon pada baik jasa baik daripada pihak kerajaan negeri dan agensi yang berkaitan untuk memberi perhatian kepada satu masalah tentang pembinaan longkang yang tidak selesai dan longkang yang tidak selesai atau pun tidak siap dengan sempurna. Iaitu di Kampung Paya Panjang. Masalah ini sebenarnya dah diangkat oleh orang kampung sejak 10 tahun yang lalu kepada pejabat daerah kepada pejabat penghulu dan sebagainya. Namun, tidak ada tindakan sehingga ke tahun ini. Saya menggunakan jumlah peruntukan RM40,000 daripada peruntukan pembangunan Adun pembangkang untuk tujuan pembinaan tersebut. Namun, jumlah yang tidak jumlah yang sedikit ini tidak mampu menyiapkan pembinaan tersebut dengan sempurna kerana jarak yang agak panjang kerana jarak parit itu agak panjang dan saya mohon pertimbangan pihak Kerajaan Negeri supaya dapat memperuntukkan sedikit kewangan untuk menyelesaikan pembinaan tersebut.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin memohon Kerajaan Negeri supaya dapat menyelesaikan masalah ketiadaan lampu di kampung-kampung dan jalan-jalan utama terutamanya di Dun Lubok Merbau. Ada beberapa tempat tu kadang-kadang terlampau cerah sampai satu tempat ada dua tiga lampu. Ada tempat lain dah tak ada langsung terlalu gelap sampai orang pun takut nak lalu. Contohnya. Kampung Woh Tanjung. Pak Din Jelebor duduk situ mengadu kat saya tentang gelap keadaan kampungnya. Malam-malam anak-anak nak lalu takut. Jadi, mohonlah supaya lampu jalan ini biar seimbang dari sudut lokaliti nya. Lagi baik kalau penentuan lampu-lampu dapat diputuskan dengan bersama dilibatkan sekali perbincangan dengan YB Penghulu dan JPKK supaya tak berulang masalah yang sama seperti tahun ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya mohon dengan jasa baik pihak Kerajaan Negeri memohon kepada pihak KTM dan pihak Kerajaan Persekutuan dan permohonan ini telah saya mohon pada sidang Dun yang lalu iaitu untuk kemudahan dan keselesaan pengguna komuter dan ETS di stesen Padang Rengas kerana saya rasa stesen Padang Rengas lah satu-satu stesen yang tidak ada lif. Bayangkanlah kalau nak naik lif nak naiknya sampai ke landasan dia naik tangga begitu tinggi dan jauh dan menyusahkan golongan OKU dan warga emas.

Jadi supaya dipertimbangkan Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya mengajak Ahli-ahli Berhormat semua untuk sama-sama menghayati petunjuk Allah Subhana Wata'ala yang dirakamkan dalam Surah An-Nisa ayat 135, (Ayat Al-Quran). Maksudnya, wahai orang yang beriman, jadilah kamu penegak keadilan dan saksi kerana Allah walaupun kesaksian itu memberatkan dirimu sendiri, ibu bapa dan kerabatmu. Jika dia yang diberatkan dalam kesaksian, kaya atau miskin lebih layak tahu kemaslahatan keduanya maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Jika kamu memutar kata-kata itu berpaling enggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah maha teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak agensi dan penjawat awam yang membantu kami di Pusat Adun Lubuk Merbau sepanjang sesi 2024. Begitu juga kepada Pejabat Daerah Kuala Kangsar, UPEN Pejabat Menteri Besar, PLB, JPS, TNB dan lain-lainnya yang tidak mampu saya sebutkan semua. Banyak-banyak terima kasih. Moga Allah Ta'ala mengganjari kalian di atas usaha yang telah dilakukan dan Lubuk Merbau mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon SPM yang akan menduduki ujian lisan pada esok hari dan salam takziah kepada seluruh warga Malaysia yang ditimpa musibah banjir. Baik mana dia ada. Semoga diberi ketabahan dan kesabaran. Dengan ini, Lubuk Merbau menyokong belanjawan Negeri Perak 2025. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. 20 minit. Silakan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam Madani, Salam Perak Sejahtera. YB Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan pusat dan kerajaan negeri, pengamal media, tuan-tuan, puan-puan yang berada di dalam dewan ataupun yang berada di luar dewan. Syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan limpah kurniaNya kini tibalah giliran saya pula untuk turut sama membahas belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2025 sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada hari Jumaat minggu lepas. Dengan hormat dan takzimnya saya memulakan perbahasan saya dengan merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena hari ulang tahun kelahiran keputeraan baginda baru-baru ini. Dirgahayu Tuanku.

Tersentuh saya apabila ditahun kedua berturut-turut di dalam sidang Dewan yang sama melihat kelibat Kota Tampan yang begitu tegas pada pandangan mata saya, begitu tegas dan garang, orangnya dan jarang melemparkan senyuman boleh mengalirkan air mata ketika berucap apatah lagi menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan permasalah rakyat terutama berkaitan dengan kemiskinan rakyat. Teringat saya pada tahun 2011, teringat saya pada tahun 2021, ketika itu saya menjadi guru besar kepada Persatuan bola Sepak ataupun Perak FC. Ketika itu, keadaan Perak FC memanglah mengalami kekurangan dana untuk pembiayaan pasukan bola sepak Perak dan saya pernah berjumpa beliau bagi menyatakan keperluan untuk Perak FC ketika itu sebanyak RM20 juta untuk membiayai gaji dan perbelanjaan sepanjang musim pada tahun 2021. Beliau mengatakan kepada saya berapa biji rumah yang kita boleh buat dengan sejumlah peruntukan yang diperlukan oleh satu pasukan bola sepak. Jadi, beliau membuat perbandingan berkaitan dengan keperluan untuk rumah rakyat termiskin dengan satu perbelanjaan yang diperlukan untuk pengurusan persatuan bola sepak ataupun pasukan bola sepak. Beliau bukan tidak bagi tapi beliau tidak dapat memenuhi semua tuntutan saya.

Jadi saya nak menceritakan senario bagaimana seorang Menteri Besar kita yang telah mempunyai satu perasaan terhadap istilah kemiskinan. Tahniah YAB Kota Tampan setelah mencatatkan perbelanjaan yang memberangsangkan dalam dua tahun berturut-turut dengan keupayaan Perak surplus bagi tahun kedua berturut-turut. Saya yakin ia terus mencipta kejayaan ataupun menunjukkan prestasi kewangan yang begitu baik dalam tahun yang sama pada tahun ini dan kita juga berharap agar pencapaian ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Kejayaan ini dikecapi sebenarnya adalah hasil dari kerja dan tadbir urus yang baik oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik sekali. Sehinggakan kutipan hasil pada bulan Oktober sudah mencecah kepada RM1 billion.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli dewan, berbalik kepada lima fokus utama di dalam belanjawan kali ini, Pengkalan Baharu akan membawa beberapa perkara sebagai cadangan khasnya beberapa, khasnya perkara yang berkaitan dengan keperluan penduduk di dalam Dun saya untuk diketengahkan. Pertama, sudah tentulah aspek keselesaan rakyat yang paling mendapat tempat di hati…di hati rakyat kerana ianya pasti akan memenuhi kehendak rakyat yang berada di bawah sana. Saya amat tertarik dengan peruntukkan yang amat banyak yang amat tinggi diberikan kepada Jabatan Perparitan dan Saliran. Peningkatan jumlah peruntukan sebanyak RM7.2 juta menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM111.5 juta pada tahun hadapan. Saya berharap ianya tidak menjadi satu perkara yang dinantikan oleh satu pihak. Kadang-kadang kita melihat kepada pertambahan peruntukan ini ia akan membawa satu rahmat kepada pihak kontraktor yang telah menjalan kerja di bawah sana tetapi tidak kepada rakyat yang setiap tahun, saban tahun akan menghadapi masalah yang sama walaupun peruntukkan ditambah ditingkat dan saya yakin peruntukan sebegini tidak pernah, tidak pernah kurang ataupun tidak pernah pun peruntukan tidak ada. Tetapi kesan ataupun hasil daripada kerja yang telah dilakukan biarlah setimpal dan berbaloi dengan nilai peruntukkan yang turun saban tahun.

Jadi yang lebih penting kita nak tengok adalah kesan banjir pada hari ini yang dapat kita lihat rakan-rakan kita di tempat-tempat di Alor Pongsu, di Ipoh yang tak pernah banjir di Batu Gajah juga telah menerima kesan daripada fenomena yang menyebabkan banjir berlaku. Jadi, saya amat berharap agar belanja besar yang telah diperuntukkan pada tahun hadapan dapat dimanfaatkan supaya masalah banjir ataupun terutama banjir kilat ini tidak akan berulang lagi. Kita tahu banjir ni bukan kerja manusia ianya kerja tuhan dan kita tidak berupaya untuk menghalang urusan tuhan tetapi kita diberi nama akal ataupun kita diberi ruang untuk berfikir bagaimana untuk mencari jalan kaedah supaya permasalahan itu dapat dikurangkan atau pun dapat ditangani. Perkara yang sering menjadi keluhan dan rintihan di kalangan rakyat jelata di bawah sana ialah keperluan untuk membaiki rumah. Justeru itu, saya juga menyambut baik…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pengkalan Baharu, saya celah sikit sebelum ubah tajuk tu? Boleh ka?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Tadi berada di luar. Saya tengok masuk pulak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Banjir. Banjir.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Oh, banjir.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Banjir, berminat. Saya terima kasih Tuan Speaker ya. Terima kasih. Boleh Pengkalan Baharu, eh?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Boleh, boleh, boleh.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok. Saya dengan Pengkalan Baharu ni yang paling saya cemburu la. Dua dekat dua tahun dah di Pengkalan Baharu, saya tak pernah dengar kawasan dia banjir. Ilmu apa yang dia pakai? Jadi fahaman saya lah bezanya bila Pengkalan Baharu sebut perbincangan. Setuju ke dengan saya? JPS mungkin kawasan Pengkalan Baharu dia tak buat kerja kuti kuti. Bahasa ni bahasa kampung sikitlah. Maknanya dia tumpu kat satu masalah bagi siap betul-betul baru pindah ke masalah yang lain. Setuju ke Pengkalan Baharu. Mungkinlah. Mungkinlah cara perbincangan atau pun cara kerja main ambil sikit, sikit, sikit, sikit, sikit ni, last-last duit tu hilang dengan ayaq tu sekali dan yang kedua bila sebut banjirlah saya nak samakan dengan Dun saya ni. Dun saya ni dapat dah ratus juta dah Pengkalan Baharu tapi tak selesai-selesai jugak banjir termenung ni. Jadi saya dah pernah bincang dengan YB Exco. Dato' Seri ada lagi di sini. Penamat dia supaya banjir termenung ni tak muncul lagi kena buat transit dams tapi mahal sikitlah RM200 juta, dekat RM300 juta tapi kalau kita banding dengan Belanjawan Perak. Kalau banding dengan yang Menteri Ekonomi sebut iaitu bajet pengairan yang melintasi Dun Alor Pongsu sikitlah. RM200 juta ke RM300 juta. Jadi mungkin JPS, pihak Dato' Seri boleh highlight balik sebab plan tu dah ada dah. Saya ingat lagi nama JD tu kalau JPS ingat, JD Kamal. Pencen Pengarah JPS Kelantan. Jadi setuju tak Pengkalan Baharu saya nak tiru cara Pengkalan Baharu.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Ok, Alor Pongsu. Terima kasih. Sebenarnya ini semua kerja Tuhan. Saya telah sebut tadi tu. Kerja Tuhan mungkin kerana usaha dan ikhtiar kita tadilah yang menyebabkan ialah saya pun faham kali terakhir di Pengkalan Baharu banjir terutama di Kampung Padang Serai banjir ni pada dua tahun dulu. Dua tahun pada tahun 2022. Ketika itu tak salah masa pilihan raya dan alhamdulillah sehingga kini tidak berlaku lagi banjir termenung di Kampung Padang Serai dan saya rasa masalah Kampung Padang Serai dan Alor Pongsu ni lebih kurang sama. Dia banjir termenung. Sebenarnya Alor Pongsu saya suka nak berkongsilah kita sebenarnya perlu turun bersama-sama dengan pihak JPS lah ya untuk berbincang dan kita kadang-kadang peranan technician atau pun peranan engineer kampung ni pun jangan kita nafikan kerana mereka ini sering berada di lapangan. Mereka tahu di mana punca permasalahan. Jadi saya nak kaitkan kita kena settlekan punca. Punca permasalahan. Kalau kita sakitnya, sakitnya di kepala, kita kena rawat di kepala. Begitu juga dengan masalah banjir yang berlaku di tempat saya ini. Saya bersama dengan penduduk kampung mengenal pasti di mana puncanya. Jadi kita selesaikan bab punca. Kalau kita hanya menjalankan kerja-kerja rutin sahaja, maka masalah yang kita hadapi tidak akan selesai kerana kita lebih kepada kosmetik. Kita membuang rumput supaya parit tersebut kelihatan bersih. Kita buang rumput dalam masa dua bulan tak sampai, rumput pasti akan tumbuh. Pasti akan tumbuh. Tapi masalah yang sebenarnya punca menjadi banjir atau pun aliran air tersekat kita tidak dapat selesaikan. Jadi inilah maksud saya. Kenal pasti punca. Jadi saya nak mengajak Alor Pongsu juga agar dapat turun ke lapangan mengenal pasti apakah puncanya yang menjadikan banjir berulang. Saya cakap ni sehingga hari ni lah. Saya tak tahu mungkin besok akan banjir di tempat saya. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Ok. Alor Pongsu, setuju?

Ok, yang saya bawa ke isu yang kedua ni berkaitan dengan apa nama penyediaan Kerajaan Negeri berkaitan dengan pinjaman rumah Perakku Prihatin dan Sayangi Rumahku juga penyelenggaraan PPR oleh pihak LPHP ini adalah satu perkara yang sangat bagus kerana kita di lapangan di kampung-kampung kita sering menerima permohonan dari penduduk kampung berkaitan dengan baik pulih rumah. Bukanlah satu satu keperluan belanja yang amat besar yang macam dilaksanakan oleh Yayasan Perak dan sebagainya. Ada rumah-rumah yang kita perlu tangani ini memerlukan pertukaran beberapa keping atap ataupun untuk baik pulih. Sedikit kerosakan sahaja. Jadi bila Kerajaan Perak untuk tahun Belanjawan 2025 menyenaraikan pinjaman Rumah Perakku Prihatin dan Program Sayangi Rumahku serta penyelenggaran PPR oleh LPHP, saya sangat menyambut baik usaha ini dan berharap ianya bila nak dilaksanakan nanti biarlah ada kerjasama atau penglibatan dengan wakil rakyat kerana wakil rakyat ni lebih dekat dengan masyarakat di lapangan dan kita kita lebih tahu, kita lebih kenal masyarakat di kawasan kita.

Perkara yang ketiga, Pengkalan Baharu juga ingin membuat cadangan berkaitan dengan PBT. PBT kedua di dalam Negeri Perak. Kalau kita lihat di dalam Negeri Selangor, kita ada tak kurang saya rasa dua atau pun tiga PBT yang bertaraf bandaraya. Kalau di Shah Alam, bandaraya. Di Perak ni kita hanya ada satu sahaja bandaraya iaitu Bandar raya Ipoh dan saya rasa kita di Daerah Manjung. Saya di Dun Pengkalan Baharu ni dalam Daerah Manjung. Rasanya Daerah Manjung ni dah bersedia untuk dinaik taraf sebagai bandaraya dengan kutipan hasilnya yang mencecah RM100 juta lebih setahun. Taraf bandaraya ni dah memang layak untuk kita capai. Jadi kami pun nak jugalah ada Datuk bandar di Daerah Manjung. Kita semua tahu bahawa Daerah Manjung ni adalah satu daerah yang pesat pembangunannya kalau nak kita bandingkan dengan daerah-daerah lain yang ada di dalam Negeri Perak. Cuma halangannya mungkin dari segi jumlah bilangan penduduk sahaja yang hanya mengekang kepada Daerah Manjung dinaik taraf menjadi bandar raya. Sehubungan dengan itu, saya rasa lah saya suka mencadangkan agar pergabungan-pergabungan antara PBT-PBT ni dapat dibuat supaya ianya lebih menjurus kepada mempercepatkan proses untuk untuk menjadikan bandaraya kedua di dalam Negeri Perak juga dapat menjimatkan kos pengurusan terutama di PBT-PBT yang kecil.

Pengkalan Baharu juga ingin sekali lagi menegaskan, ini berbalik kepada soal tempatanlah. Kalau saya tak cakap rasanya tak sesuailah kerana keperluan di tempat saya adalah sejak sekian lama adalah sebuah balai bomba untuk menjadi pemangkin kepada proses pembangunan kerana kalaulah di pekan Lumut, sahabat saya Pangkor semalam ada sebut Lumut ni pekan mati, saya rasa kalau di pekan Beruas ini dah mati lama dah. Maksudnya mati lama dari pekan Lumut. Jadi untuk menghidupkan kembali pekan Beruas ini saya rasa paling utama adalah untuk penyediaan sebuah balai bomba. Jadi kalau adanya balai bomba sudah pastilah pelabur-pelabur yang nak membuka kilang dan sebagainya sanggup untuk menjadikan Beruas apatah lagi dengan adanya WCE lebih memendekkan jarak perjalanan dari Lumut yang kita tahu di Lumut nanti akan ada LuMIC, di Lekir yang akan ada HIP ya. Saya juga berdoa bersama dengan penduduk terutama di pekan Beruas dan juga di Dun Pengkalan Baharu agar kewujudan satu balai bomba perlu juga dibuat di pekan Beruas dan saya telah mengenal pasti satu tapak bertempat di Kampung Dendang iaitu Tanah JKPTG. Tanah ini merupakan satu bekas kuarters JKR lama yang telah ditinggalkan begitu sahaja dan tanah tersebut. Kalau boleh dijadikan seluas 3 ekar dan sesuai, saya rasa untuk dibangunkan sebuah balai bomba dengan menggunakan tanah JKPTG tersebut di Kampung Pintu Gerbang, begitu juga di dalam Pekan Beruas.

Di tengah-tengah pekan tu ada terdapat seluas 0.8 ekar tanah bekas kuarters polis lama, kuarters polis yang telah ditinggalkan sejak sekian lama lebih 30 tahun terbiar kosong dan tanah tersebut adalah merupakan tanah PTG. Jadi bekas tapak kuarters polis kalau boleh dapat di tukar supaya diberi kepada Kerajaan Negeri jadikan tanah negeri supaya pihak Majlis Perbandaran Manjung boleh memajukan tanah tersebut dengan menceriakan dan dengan membina gerai dan sebagainya. Tuan-tuan, tuan puan sekalian, Pengkalan Baharu juga ingin membawa satu cadangan pembangunan sebuah bandar baru di dalam kawasan pengkalan baru iaitu di Kampung Kota. Di sana terdapat satu tanah kerajaan seluas 8 ekar yang merupakan tapak kuari lama. Tapak kuari lama yang sudah tidak ada bahan batu yang bukan dah ada dah tak salah saya lebih 6-50 atau 60 tahun dahulu terbiar untuk dijadikan sebagai satu pekan ataupun bandar baru Beruas dengan dengan menempatkan skim perumahan dan pengaturan kedai-kedai ataupun pejabat-pejabat kerajaan baru, maka dapat disusun semula pekan tersebut di kawasan yang saya maksudkan iaitu tapak seluas 8 ekar di Kampung Kota berhampiran dengan Beruas.

Seterusnya, seterusnya, saya juga ingin mengetengahkan isu berkaitan dengan kuarters lama di di yang telah ditinggalkan oleh pusat giat MARA yang sekarang ini saya jadikan PAWE. Jadi dengan bajet saya tengok yang telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam dalam Belanjawan 2025 sebanyak 200, 0.2 juta. Saya berharap agar kerajaan negeri dapat melihat supaya PAWE yang terletak di Beruas itu dapat dibangunkan. Perkara seterusnya ialah berkaitan dengan RTB Beruas. RTB Beruas yang telah dalam pembinaan sekarang ni, ianya sedang giat di dalam pelaksanaan. Cuma harapan saya agar satu, satu peruntukan di cari ataupun di diberi oleh pihak JPS kerana andai lembangan atau RTB di lapangan Sungai Beruas ini, andai siap sekalipun, ianya tidak akan dapat membantu untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Padang Serai, di Kampung Batang Acheh sehinggalah ke muara Sungai Beruas sebagaimana yang telah disebut oleh rakan saya, Adun Pantai Remis dalam perbahasannya semalam. Satu lagi ialah berkaitan dengan keperluan mengadakan penggantian satu culvert baru di laluan FT 7/3 kerana RTB Sungai Beruas ini dengan nilai yang melebihi RM36 juta.

Andai penggantian culvert di laluan FT 7/3 Beruas di pekan Beruas tidak dibuat, maka usaha yang kita buat pembaziran adalah satu pembaziran yang amat besar sekali kerana ianya tidak membawa kesan disebabkan oleh culvert yang merentangi di Sungai Beruas tersebut tidak ditukar ataupun di ganti. Jadi, saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri Perak khususnya di Jabatan JKR dapat melihat perkara ini supaya ianya dapat dilakukan pada tahun depan. Pengkalan Baharu juga ingin mencadangkan agar Jabatan Veterinar dapat diperkasakan kerana pada pemantauan saya sebenarnya isu berkaitan lalat sebagaimana yang telah dibawa oleh sahabat saya dari Astaka. Kami di daerah Manjung ni tak dapat lari daripada lalat kerana saya dengar tadi di larut matang hanya ada lebih kurang ada 8, ada 10 ladang ternakan ayam. Jika dibandingkan di Daerah Manjung, terdapat 161 ladang ternakan ayam. Itu belum campur dengan lembu, kambing dan lain lain. Kekuatan jabatan hanyalah seramai tujuh orang. Jadi saya rasa dari segi aspek penguatkuasaan agak sukar kerana bilangan anggota. Jadi, saya menyarankan agar perlu ditambah anggota Jabatan Veterinar supaya masalah lalat ini dapat ditangani.

Sebenarnya lalat yang, apa yang saya dapat lihat masalah lalat ni adalah disebabkan oleh pengawasan ataupun pihak penternak ayam ini gagal untuk melakukan kerja-kerja semburan. Ada satu, ada satu ladang yang saya turun bersama dengan Jabatan Veterinar melihat sendiri apa yang berlaku. Terkejut kita tengok. Fogging untuk menyemburkan racun atau menyemburkan supaya lalat tidak terbang membiak. Rupanya fogging tu pun rosak dan tidak di baiki. Maknanya kalau, kalau tidak dikuatkuasakan peraturan, maka masalah lalat ini tidak akan selesai di kawasan saya yang memang jadi menjadi satu tempat yang sangat banyak ataupun sangat apa nama berat masalah lalat yang kami hadapi di tempat saya.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan terima kasih dan tahniah pada Pentadbiran Tanah dan Daerah Manjung kerana telah berjaya merealisasikan hajat saya selepas dilantik sebagai wakil rakyat di dalam Dun Pengkalan Baharu. Sebanyak empat RPT, Rancangan Perumahan Tersusun telah dapat diselesaikan. Penantian rakyat di Dun Pengkalan Baharu selama lebih 15 dan ada yang 20 tahun menunggu keputusan untuk RPT.

Akhirnya mereka baru-baru ini telah mendapat surat tawaran dari pejabat tanah. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pentadbir Tanah dan Daerah Manjung yang telah berjaya melaksanakan, menguruskan hal-hal berkaitan dengan pemberian hakmilik bagi Rancangan Perkampungan Tersusun di tempat saya. Begitu juga Majlis Perbandaran Manjung telah bawak peruntukkan banyak ke Pekan Beruas. Tahun lepas, RM1.1 juta dan tahun ini sebanyak RM900 ribu telah turun melalui peruntukan Menteri KPKT dan yang telah dibawa banyak membantu saya termasuk Ahli Parlimen Beruas.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin melontarkan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan sumber mineral yang kita lihat sekarang ini dengan NREE nya yang menjadikan kekayaan Negeri Perak dapat ditambah ataupun ditingkatkan dengan penemuan hasil-hasil mineral sedemikian. Pada saya, saya ingin melontarkan soalan adakah satu sumber kekayaan hasil bumi ataupun sumber lain? Ada Kerajaan Negeri ada sumber baru bagi tujuan peningkatan mencari sumber hasil bagi penambah pendapatan negeri kita pada pada masa yang akan datang. Maksud saya ada sumber baru tak? Selain daripada hasil mineral yang kita semua tahu sekarang ni berkaitan dengan NREE.

Dato' Yang di-Pertua, mendengar perbahasan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sejak pagi semalam, saya juga mendengar dengan jelas apa yang telah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan ucapan dari Gunong Semanggol selaku Ketua Pembangkang semalam. Namun, permohonan maaf yang telah diungkapkan oleh Gunong Semanggol selaku ketua Pembangkang juga telah dibuat semalam dan saya juga terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada Gunong Semanggol sebelum saya juga nak mengatakan bahawa sebagaimana yang kita dengar adalah ada ungkapan berkaitan dengan MB biadab. Jadi apa yang saya nak sebut pada hari ini, MB biadab inilah juga yang banyak membantu kita dalam pemberian bantuan kepada masjid dan surau, pusat-pusat tahfiz yang terdapat di dalam negeri Kedah. MB biadab inilah juga yang telah berusaha untuk membolehkan kita menatap dan melihat penyata kewangan PKNP sebagaimana disebut oleh YB Gunong Semanggol yang kita tak dapat lihat selama 4 tahun. Sebelum ini kita tak dapat lihat pun, tapi sekarang dengan adanya MB biadab inilah kita dapat melihat semua ini. Begitu juga berkaitan dengan MAPS sebagaimana yang disebut. Jadi begitu juga tuduhan seolah-olah kerajaan di bawah pimpinan Kota Tampan inilah dipertanggung jawabkan hal pencerobohan ataupun pencerobohan di atas tanah milik PKNPk yang telah terjual kepada satu syarikat yang telah mengusir peneroka di Seri Iskandar.

Jadi semua ini seolah-olah dilakukan oleh MB Perak ini. Sebenarnya kes-kes ini bukanlah terjadi pada penggal yang Kota Tampan sebagai Menteri Besar ini. Semua yang timbul seolah-olah perkara ini dilakukan oleh kerajaan hari ini bagi menggambarkan jahat sungguhlah Kerajaan Perpaduan ini dan biadap sungguh lah MB pada hari ini. Jadi sebenarnya saya juga ingin merakamkan tahniah dan syabas sekali lagi kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan serta barisan Exco, semua pegawai kerajaan yang telah bertungkus lumus bagi menjadikan Negeri Perak satu negeri yang berdaya maju dan menyaingi negeri-negeri lain yang terdapat di dalam negara kita. Tahniah Dato' Yang di-Pertua. Tahniah kepada Perak SADC juga dalam meneraju bidang sektor keterjaminan makanan dalam Negeri Perak khususnya Perak Halal Hub di Lekir yang akan memulakan kerja-kerja tidak lama lagi. Saya yakin ini juga merupakan satu ekonomi baru ataupun tambahan pendapatan kepada Kerajaan Negeri.

Cuma saya juga berharap agar Perak SADC dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan pencerobohan di atas tanah hak milik mereka dengan melakukan dengan memberi peluang kepada peneroka asal untuk menjadi yang mendapat pajakan supaya tidak timbul masalah dengan mereka melantik peneroka-peneroka pemajak-pemajak baru dengan menafikan peneroka yang telah meneroka tersebut tanah tersebut asal. Jadi apa yang berlaku di SADC sekarang pun ianya lebih kurang sama dengan Kota Tampan jugalah mereka menyelesaikan masalah yang telah dilakukan sebelum ini. Jadi, saya juga ucap tahniah kepada pada SADC kerana mereka berjaya menangani pelbagai isu yang melibatkan hal berkaitan dengan tanah termasuk di tempat saya di Segari. Dato' Yang di-Pertua saya juga menyentuh berkaitan capaian talian 4G ataupun liputan capaian internet juga liputan telefon di kawasan saya terutama di kawasan Pengkalan Baharu di Kampung Dendang yang tidak yang tak dapat macam kita nak dapat pencapaian yang lebih baik daripada apa yang telah alami sekarang. Kalau kita ikut di laluan sepanjang laluan Ipoh-Lumut pun kita kalau kita bercakap dalam telefon pun ianya akan terputus-putus. Jadi saya rasa kalau kita dah mencapai ke 4 ke 5G jadi saya berharap sekarang ni agar capaian liputan internet dan talian telefon dapat dipertingkatkan khususnya di kawasan saya dan di kawasan laluan sepanjang Ipoh-Lumut, laluan Ipoh-Lumut dapat dipertingkatkan.

Yang di-Pertua

YB panjang lagi ke?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dah nak habis dah. Sikit lagi.

Yang di-Pertua

Boleh habis kan dah? Habiskan dalam tempoh seminit.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih ok saya cuba. Saya akan mengakhiri segala, saya sangat menghargai segala usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap daerah mendapat perhatian yang sewajarnya. Namun tatakelola dan integriti dalam pelaksanaan perlu diberi perhatian bagi memastikan pertumbuhan yang inklusif dan adil. Dengan itu, Pengkalan Baharu menyokong perbelanjaan Pembentangan Bajet 2025. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pengkalan Baharu sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin WassalatuWassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’e WalMursalin Saidina Muhammadin Wa’ala AlihiWasahbihi Ajma’in. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, ketua-ketua jabatan dan wakil rakan-rakan media dan mereka yang mengikuti sidang Dewan ini melalui siaran langsung, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Dalam menentukan sesebuah negara atau negeri yang maju dan makmur. Suatu perancangan teliti perlu dilakukan agar semua peringkat rakyat di sebuah negeri itu berada dalam keadaan penuh harmoni. Dalam hal ini, Batu Kurau mengucapkan syabas dan tahniah pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak kerana telah membentangkan bajet yang akan memberi manafaat kepada kita semua. Dalam hal ini, Allah Subhana wa Ta'ala telah berfirman. Auzubillah Syaitonnirrajim. Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Maakirin. Kamu semua merancang dan Allah juga merancang tetapi Allahlah sebaik-baik perancang. (Ali Imran ayat 54).

Sebagai sebuah negeri yang berdaulat, prinsip wasatiyyah atau kesederhanaan, hubungan di antara rakyat dan pemimpin perlu erat dan sepakat dalam apa jua lapangan. Dalam hal ini, Allah Subhana wa Ta'ala telah berfirman lagi. Auzubillah Hi Syaitonirrojim. Wa ta'awanu 'alal-birri wat-taqwa wa la ta'awanu 'alal-ismi wal-'udwani wattaqullah Innallaha syadidul iqab. Dan hendaklah kamu tolong menolong ke arah kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong pada melakukan kejahatan dan pencerobohan serta permusuhan. Bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya azab Allah itu amat berat. (Al Maidah ayat yang ke 2). Melalui ayat ini, Allah menjelaskan sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya berlaku ketidakadilan dalam kita menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Hari ini Batu Kurau secara dasar berpendapat suasana keharmonian di negeri ini berjalan dengan baik. Namun, tidak terlalu cepat untuk berpuas hati dengan apa yang ada. Kepimpinan yang adil adalah teras utama perpaduan dan kemakmuran. Ianya lebih cepat dan pantas serta lebih berkesan lagi sekiranya kita sebagai rakyat turut sama membantu. Semuanya jika kita memainkan peranan masing-masing dan tidak mudah melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan perpaduan, ianya akan mudah menjadikan negeri ini akan lebih makmur.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat yang lalu turut memberikan perhatian kepada kesejahteraan rakyat. Batu Kurau turut memberi sokongan agar niat suci itu dan menghargainya demi kepentingan rakyat. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua untuk mencapai hasrat Yang

Amat Berhormat Menteri Besar untuk melihat semua rakyat mendapat nikmat kemakmuran di bumi bertuah ini, saya juga menggariskan beberapa sifat perlu dipraktikkan oleh kita semua berdasarkan saranan baginda Rasul sallallahu alaihi wasallam. Yang pertama sifat taqwa yang sentiasa diamalkan. Yang kedua perkukuhkan persaudaraan di kalangan kita semua. Yang ketiga rahmah kasih sayang. Yang keempat berlapang dada dan pemaaf dan yang kelima berani untuk berubah. Dalam kita berusaha menjadi negeri yang makmur beberapa cabaran perlu dihadapi bersama. Kes-kes jenayah yang semakin meningkat. Kadar kemiskinan yang masih membimbangkan, kos sara hidup dan kenaikkan harga barang yang tidak terkawal. Saya yakin pihak Kerajaan Negeri dan mereka yang diberi tanggungjawab akan sentiasa memastikan rakyat tidak terjejas dan terkesan dari masalah-masalah dan isu yang membebankan ini. Secara ringkas, Batu Kurau menggariskan diantara sebuah negara maju mempunyai ciri-ciri yang berikut. Yang pertama tingginya pendapatan isi rumah. Yang kedua keamanan yang terjamin. Yang ketiga fasilitas kesihatan yang baik. Yang keempat rendahnya tahap pengangguran. Yang kelima penguasaan ilmu moden seperti internet dan teknologi maklumat. Yang keenam memperkukuhkan institusi keagamaan seperti memaksiumkan peranan masjid sebagai pusat segala-galanya sama ada urusan duniawi, lebih-lebih lagi urusan ukhrawi.

Saya membahaskan perkara ini lebih kepada negeri makmur yang menjadi tema bajet yang dipersembahkan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Saya menyambut baik peruntukkan-peruntukan tambahan kepada jabatan-jabatan yang dekat dengan penduduk kampung seperti JPS, JKR, JKR, Baitulmal dan lain-lain lagi. JPS terutamanya dimohon untuk sentiasa turun lebih kerap ke kampung-kampung bagi memasti dan mengenal pasti bagi mengenal dan membantu mereka yang menghadapi masalah banjir dan sebagainya. Ada parit dan sungai yang perlu didalamkan, dibersihkan dan diselenggara dengan baik dan berjadual. Pihak PLB pihak pejabat daerah khususnya melalui penghulu-penghulu mukim. Masih banyak jalan-jalan kampung yang perlu diturap semula atau diberi ataupun dibina dibina baru. Melalui MARRIS, ianya boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Untuk PLB minta tumpu perhatian kepada tiga jalan yang perlu diberi perhatian. Yang rosak teruk. Yang pertamanya ialah di Kampung Changkat Perah Hulu. Yang kedua jalan perkuburan Bukit Bertam di Batu Kurau dan beberapa jalan lagi yang perlu PLB turun untuk siasat dan mengenal pasti jalan-jalan yang perlu dibaiki segera. Begitulah pihak Baitumal dan JKM yang banyak membantu mereka yang benar-benar tidak berkemampuan selama ini. Namun, masih banyak lagi mereka yang perlu diberi bantuan dan dimohon agar agensi-agensi ini dapat mengambil tindakan susulan hasil aduan pihak penghulu ataupun yang datang ke pusat-pusat khidmat Adun. Baik membaiki rumah-rumah ataupun menggantikan bumbung-bumbung yang bocor, yang uzur perlu diberi perhatian oleh pihak JKM dan juga Baitulmal.

Timbalan Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua, pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi dua bulan bonus kepada kakitangan awam merupakan salah satu cara kita menghargai sumbangan bakti seluruh kakitangan awam di negeri Perak ini. Sudah semestinya mutu kerja akan terus meningkat dan hasil produktiviti akan bertambah hebat di masa-masa akan datang. Batu Kurau ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan

Negeri dan seluruh pegawai dan kakitangan di negeri ini Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kami Adun-adun termasuk pihak Adun kerajaan pun di sini memohon agar kami juga diberi sedikit bonus untuk sama-sama merasai kenikmatan dan kemakmuran di bumi bertuah ini.

Timbalan Yang di-Pertua banyak wakil-wakil rakyat Ahli-ahli Yang Berhormat membicarakan soal peruntukkan kepada Adun-adun pembangkang saya tidak mahu mengulas perkara ini cukup sekadar dibahaskan oleh rakan-rakan kami di pihak pembangkang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dalam pembentangan bajet yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga memfokuskan soal keterjaminan makanan di antara agensi yang terlibat ialah Pertubuhan Peladang yang majoritinya ahli terdiri pada orang Melayu dan Bumiputra. Justeru itu, Batu Kurau sebagai salah seorang daripada Ahli Jemaah Pengarah Peladang Negeri Perak ingin memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya dapat memberi kelonggaran bagi permohonan untuk kelulusan status Bumiputera kepada PPK seluruh Negeri Perak. Dengan status bumiputera ini, PPK dapat membeli Tanah Rezab Melayu bagi menjalankan aktiviti pertanian yang sekali gus dapat menyumbang kepada ekonomi ahli dan ekonomi sesebuah kawasan sekitar PPK tersebut. Dengan itu, Batu Kurau mewakili peladang memohon agar dapat dimasukkan ke dalam jadual ke 2 dan ke 3 agar dapat dipertimbangkan dan diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga turut memberi perhatian tentang kerohanian dan pembangunan insan di negeri ini. Tahniah kepada Jabatan Agama Islam yang diberikan tambahan peruntukkan. In shaa Allah banyak perkara dan aktiviti akan dapat dilakukan pada tahun 2025 yang akan datang ini. Batu Kurau ingin mencadangkan agar satu golongan yang juga perlu diberi penghargaan iaitu guru-guru KAFA. Kalau tidak keterlaluan, Batu Kurau mencadangkan agar mana-mana guru KAFA yang menamatkan perkhidmatan yang tempoh khidmat mereka tidak kurang daripada 10 tahun di beri sedikit imbuhan khas sebagai penghargaan kepada mereka.

Timbalan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, PERKIM akan terus melaksanakan peranannya sebagai pertubuhan dakwah, kebajikan dan pendidikan. Sebagai Pengerusi PERKIM Negeri Perak, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang banyak membantu PERKIM dan sentiasa memberi sokongan setiap program yang dilaksanakan. Baru-baru ini permohonan tanah tersepit di Jalan Maxwell, yakni di daerah Ipoh, Kinta telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada PERKIM. Cuma yang menjadi masalah yang amat besar bagi pihak PERKIM ialah jumlah premium yang dikenakan yang diperlu dan perlu dibayar oleh PERKIM hampir RM1 juta. Sudah semestinya PERKIM tidak mampu melunaskannya. Kami bercadang di atas tanah inilah kita ingin membina tempat perniagaan dengan harapan suatu masa nanti tidak lagi mengharapkan dan mengemis sumbangan daripada pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Negeri. PERKIM boleh berdikari atas kaki sendiri. Justeru itu, PERKIM ingin merayu belas ehsan dan pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar dapat mengurangkan bayaran premium yang dikenakan kepada PERKIM dan PERKIM amat menghargai sekiranya permohonan ini dapat diberi pertimbangan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Batu Kurau seperti yang diketahui umum adalah sebahagian tempat pengeluaran durian yang sangat terkenal di seluruh Malaysia. Salah satu kampung yang banyak menghasilkan raja buah ini ialah Kampung Repoh. Apabila tibanya musim buah kampung ini akan menjadi tumpuan orang luar. Apa yang menjadi masalah di kampung ini ialah jambatan yang sempit di empangan Kampung Repoh yang menjadi nadi perhubungan kampung dengan masyarakat luar. Ianya menyukarkan sistem dan kelancaran lalu lintas terutama apabila berlaku kebakaran. Ini dibuktikan bahawa apabila sebuah rumah hangus terbakar gara-gara kenderaan penyelamat tidak boleh melalui jambatan sempit itu. Walaupun ianya tidak boleh diluluskan di zaman kita Yang Berhormat walaupun barangkali tak dibuat di zaman kita tetapi sekurang- kurangnya pihak JKR, pihak JPS, pihak PLB perlu membuat kajian awal sehingga suatu hari nanti jambatan ini dapat dibina dan diperluaskan. Batu Kurau merayu agar jambatan ini dapat diberi pertimbangan untuk diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini sedikit permohonan untuk sekalian kalinya di Dun Batu Kurau, yang pertama baik pulih untuk tiga gelanggang futsal di Kampung Sempeneh Cempaka, di Kampung Perak dan di Kampung Ulu Sepetang. Dah daif sangat, Dato' Seri. Yang kedua, naik taraf talian internet dan talian telefon di Kampung Lubuk Batu, Kampung Repoh dan Laluan Batu 10 ke Batu 13 yakni jalan utama ke Batu Kurau. Yang ketiga, permohonan khas dimohon juga agar pembinaan surau baru di Taman Larah Aman, Batu Kurau. Ianya akan dapat memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk setempat untuk melakukan ibadah. Yang keempat, menaik taraf jalan kampung di Kampung Changkat Perah Ulu sepertimana yang saya sebutkan tadi. Jalan Perkuburan Islam di Kampung Bukit Bertam dan yang ketiganya ialah Jalan Tok Ketua Ramli ke Pondok Amal, Kampung Repoh. Yang kelima memohon pihak PDRM memantau kedai-kedai judi di Pekan Batu Kurau yang semakin berleluasa pada saat ini.

Timbalan Yang di-Pertua, oleh kerana persidangan ini adalah kali terakhir untuk tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan khususnya di Larut Matang dan Selama di atas kerjasama membantu rakyat di Batu Kurau selama ini seperti Pegawai Daerah dan Pejabat Daerah, Penghulu, Majlis Pembandaran Taiping, TNB, LAB, JKM, Baitul Mal dan lain-lain yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu. Moga kerjasama yang baik seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Sebelum saya mengakhiri lagi sekali ucapan bahas ini, penghargaan khusus juga ditujukan kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Dewan Negeri yang berjaya melaksanakan persidangan ini dengan baik dan berkesan sekali. Satu tepukan tuan-tuan kepada pegawai dan kakitangan Dewan Negeri dan akhirnya saya titipkan sebuah sajak karya Aziah binti Abdullah untuk dihayati Bersama.

Di sini di, bumi bertuah ini. Kita disatukan dalam sebuah ikatan. Pengalaman sejarah mengajar kita, menerima hakikat kehidupan.

Kitalah bangsa merdeka. Berbagai kaum disatukan. Berteduh di bawah langit yang sama

Mencipta persefahaman

Membina ikatan perpaduan. Lihatlah mesranya aur dengan tebing, aur tetap berdiri teguh bila tebingnya tetap kukuh. Sebaliknya, aur akan tumbang dan jatuh bila tebingnya runtuh. Haruskah kita mencetuskan api sengketa sendiri.

Jika kita mampu merobohkan tembok prasangka. Mampukah kita merobohkan ikatan perpaduan. Sekiranya kita mampu mencipta keharmonian.

Timbalan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di Pertua. Batu Kurau menyokong, terima kasih. Semoga cepat sembuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Batu Kurau. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Ayat Suci Al-Quran). Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah Hud ayat 61, yang mafhumnya. Dia telah menciptakan kamu dari bumi, yakni tanah dan menjadikan kamu pemakmur nya". Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, wakil-wakil agensi, para petugas, para pengamal media dan hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Belanjawan Perak 2025 dengan tema sama tahun lalu "Perak Makmur Rakyat Sejahtera" yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar minggu lalu telah menyaksikan sejumlah RM1.52 bilion dicadangkan untuk diluluskan sebagai belanja Kerajaan Negeri bagi tahun 2025. Secara spesifik, Belanjawan Perak 2025 memperlihatkan dari keseluruhan RM1.52 bilion yang diperuntukkan dipecahkan kepada 64.6% digunakan sebagai belanja mengurus dan 35.4% digunakan sebagai belanja pembangunan.

Dari jumlah yang diperuntukkan ini, kita dapat lihat belanja mengurus meningkat sebanyak 1.1% daripada belanjawan 2024, manakala belanjawan pembangunan berkurang dengan nilai peratusan yang sama. Secara umum, saya berdiri pada paksi bahawa Belanjawan 2025 kali ini tidak ada wow factor nya dengan izin, selain daripada peningkatan jumlah belanjawan kali ini, sebanyak RM12.82 billion, peratus berbanding tahun lalu serta peningkatan jumlah anggaran defisit sebanyak 0.38% berbanding belanjawan tahun lalu. Dalam hal ini, saya berada di kedudukan neutral. Tidak kata bagus, tidak kata tak bagus. Hal ini kerana terdapat beberapa persoalan yang perlu pihak kerajaan jawab dengan tuntas sebelum ia dikatakan belanjawan yang baik. Peningkatan jumlah belanjawan dari tahun ke tahun adalah satu perkara yang normal yang menjadikan ia belanjawan terbesar setiap tahun tetapi beberapa perincian dari beberapa sudut dan cara kita berbelanja perlu dititikberatkan bagi mengelakkan segala sasaran dan unjuran tidak tersasar dari apa yang dijangkakan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak kali ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menceritakan betapa negeri

Perak mampu mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negeri pada kadar 2.7% dan menyumbang nilai KDNK mencecah RM82.6 billion kepada negara, di samping dengan pencapaian surplus perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi dua tahun berturut-turut. Pencapaian ini sudah pasti adalah hasil perancangan rapi dan jangka masa panjang yang telah dirangka oleh pentadbiran terdahulu bagi memastikan perjalanan dan pertumbuhan ekonomi negeri kekal mampan dan terus melimpah kepada rakyat. Surplus yang kita telah sama-sama saksikan adalah sesuatu yang mungkin boleh dibanggakan, tetapi bukan untuk membuatkan kita mendabik dada berasa selesa dengan keadaan ini.

Cabaran-cabaran ekonomi mendatang adalah tidak tentu jika kita alpa dan tersilap langkah, maka akan menyebabkan prestasi ekonomi negeri jatuh merudum menyembah bumi. Kita faham dan menyaksikan Kerajaan Negeri hari ini cukup yakin bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 3.0% bagi Negeri Perak adalah sesuatu yang boleh dicapai dengan peningkatan prestasi kutipan hasil yang ketara dengan peningkatan 10.97% tahun lalu menjadikan asbab untuk unjuran peningkatan prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2025 diletakkan pada kadar 12.83%. Peratusan ini dilihat boleh dicapai oleh Kerajaan Negeri walaupun ia dilihat sukar. Perkara ini harus saya katakan kerana dalam keadaan pakar ekonomi dunia dan dalam negara sendiri menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2025 akan dilihat mendatar. Pihak Kerajaan Negeri dengan yakin dan tanpa teragak-agak menyasarkan peningkatan hasil akan meningkat secara mendadak. Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan Persekutuan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan sedikit menurun dari pertumbuhan antara 4.8 hingga 5.3% pada tahun 2024 kepada antara 4.5 hingga 5.0% pada tahun 2025. Peningkatan 12.83% hasil bukan cukai Kerajaan Negeri yang mengunjurkan sekitar RM121.7juta pendapatan tambahan yang saya percayai adalah hasil dari aktiviti hasil tanah dan galian.

Secara spesifiknya, saya percaya Kerajaan Negeri yakin bahawa aktiviti berkaitan perlombongan unsur nadir bumi atau Rare Earth Elements dengan izin (REE) akan menyumbang kepada peningkatan drastik hasil bukan cukai negeri. Saya ingin menyatakan kerisauan terhadap perkara ini kerana Malaysia pada waktu sekarang hanya terarah kepada aktiviti melombong dan mengekstrak hasil REE secara mentah tanpa mempunyai kepakaran untuk memproses hasil produk hiliran dari sumber ini. Bermakna penglibatan kita dalam industri ini masih mentah dan mengharapkan penglibatan pihak luar untuk membantu dari segi teknologi dan kepakaran. Maka risikonya adalah kita akan terarah untuk berbelanja lebih banyak berbanding mendapatkan hasil dalam industri perlombongan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berbicara soal kebergantungan Kerajaan Negeri pada pihak luar melalui pelaburan langsung asing atau Foreign Direct Investment dengan izin (FDI). Saya ingin menarik perhatian seisi Dewan berkenaan dengan arah atau strategi ekonomi Negeri. Jika kita perhatikan Negeri Perak meletakkan kebergantungan yang sangat tinggi kepada FDI bagi membangunkan kawasan perindustrian seperti yang dirancang di Silver Valley Teknology Park dan Kerian Integrated Green Industry Park (KIGIP). Meskipun Kerian Integrated Green Industry Park adalah pelaburan yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui syarikat milik Bumiputera, namun ia tetap menunjukkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada inisiatif luar dari Negeri Perak. Maka saya mencadangkan untuk pihak

Kerajaan Negeri untuk mengalihkan tumpuan kepada pelaburan langsung domestik atau Domestic Direct Investment dengan izin yang dimulakan sendiri oleh Kerajaan Negeri demi memastikan bahawa ekonomi Negeri Perak adalah kalis kemelesetan dan faktor luar. Perkara ini penting. Negeri Perak mempunyai kemampuan dan bakatnya tersendiri.

Kerajaan Negeri boleh memulakan Syarikat Awam Berhad yang pelaburannya datang dari dalam negeri sendiri dan melibatkan diri dalam segala aktiviti ekonomi dalam Negeri Perak. Dari itu ia akan menghasilkan kitaran dan rantaian ekonomi domestik yang berterusan dengan potensi untuk mengembangkan pelaburan luar masuk ke dalam negeri ini. DDI ini adalah arah atau strategi ekonomi yang penting. Potensinya sangat meluas. Kekayaan negeri perlu dikekalkan dalam negeri tanpa ia bocor ke tempat lain yang penghujungnya akan merugikan kita sendiri. Kita dapat saksikan banyak bakat sumber daya manusia di Negeri Perak ini telah hilang ke negeri lain yang penghujungnya memberi kelebihan kepada negeri-negeri tersebut. Kita telah hilang banyak golongan profesional, terpelajar, pakar bidang dan Teknokrat yang berkhidmat di negeri lain. Bayangkan jika kita galakkan penubuhan syarikat oleh anak tempatan bagi melabur dalam negeri sendiri, sudah pasti limpahan ekonomi dan menjadi lebih baik atas sense of belonging dengan izin yang ditunjukkan oleh pemain industri domestik. Untuk menggalakkan DDI dalam kalangan rakyat tempatan untuk negeri ini, suatu packaging dengan izin perlu ditawarkan dari aspek pengecualian cukai, insentif khas dan penyediaan pelbagai kemudahan. Sudah pasti dengan inisiatif galakan ini, syarikat-syarikat baru anak tempatan dan syarikat-syarikat pemula akan menjadi pemacu ekonomi jangka masa panjang Negeri Perak dengan mengurangkan kebergantungan kepada faktor luar.

Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Kerajaan Negeri perlu mengembangkan kemampuan serta penglibatan syarikat pelaburan Kerajaan Negeri untuk melabur dalam syarikat senarai awam atau Public Listed Company dengan izin yang menguntungkan. Ya, kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri melalui beberapa anak syarikat dan agensi sudah mempunyai profil pelaburan dalam beberapa perusahaan kewangan atau bank, syarikat berkaitan tenaga dan utiliti dan beberapa profil pelaburan tetapi jika kita dapat mewujudkan satu dana khas yang diuruskan oleh beberapa syarikat milik Kerajaan Negeri yang fokus utamanya bagi menguruskan pelaburan dana negeri di luar dan dalam negara, sudah pasti pendapatan negeri akan melonjak tinggi. Profil pelaburan ini boleh dibukakan kepada awam terutamanya rakyat Negeri Perak dengan menjadi pemegang unit atau Unit Holder dengan izin yang bagi suatu tempoh kewangan menerima agihan dividen selayaknya. Arah atau strategi ekonomi ini pastinya akan membantu merealisasikan matlamat dan sasaran Pelan Perak Sejahtera 2030.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam pada itu, saya ingin menyinggung beberapa perkara yang saya rasa sedikit ralat dan tidak senang dalam Belanjawan kali ini. Dari keseluruhan RM1.52 billion belanjawan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM94.84juta bagi fokus Pembangunan Modal Insan dan Belia Negeri Perak. Apa yang menarik perhatian saya adalah berkaitan dengan jumlah peruntukan yang disediakan bagi Program Pembangunan Belia dan Program Dun Belia. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM400 ribu bagi Program Pembangunan Belia Negeri Perak berbanding RM600 ribu bagi Program Dun Belia. Persoalan saya, mengapa perbelanjaan bagi Program Dun Belia yang melibatkan kurang lebih 60 orang belia dalam Negeri Perak meningkat secara mendadak dari RM200ribu pada tahun-tahun sebelum ini kepada RM600 ribu? Sedangkan saya percaya RM400 ribu yang diperuntukkan untuk Program Pembangunan Belia Negeri Perak yang bakal dikongsikan bersama 1.05 juta belia dalam negeri ini di mana 10% daripada mereka bergiat aktif dalam program-program berkaitan pembangunan belia. Bagaimana kumpulan pemegang taruh kecil, yang kecil boleh mendapat sejumlah peruntukan yang besar berbanding kumpulan pemegang taruh yang besar? Ketidakseimbangan ini akan membawa kepada persoalan yang lebih besar kerana saya percaya peruntukan bagi Program Pembangunan Belia ini akan dikongsikan bersama ratusan pihak dari Majlis-Majlis Belia Daerah, Pertubuhan-Pertubuhan Belia dan kumpulan berkepentingan dan berkaitan belia. Saya percaya persoalan yang saya bangkitkan ini adalah sama dengan apa yang bermain di fikiran kebanyakan kumpulan dan Pertubuhan Belia dalam Negeri Perak di luar sana. Maka saya mohon untuk perkara ini dilihat semula relevannya dari sudut agihan. Saya berpandangan bagi Program Dun Belia ini, saya cadangkan peruntukannya dikaji semula dan diletakkan di bawah pejabat Yang di-Pertua Dewan Negeri. Langkah ini bukan sahaja selaras dengan fungsi institusi tersebut sebagai yang membawa simbol demokrasi di peringkat negeri.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, belanjawan kali ini akan lebih bermakna jika masalah melibatkan kehidupan hari ke hari rakyat dapat diberi perhatian dan diselesaikan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa isu-isu kawasan yang sedikit sebanyak dapat dijadikan record dalam Dewan sebagai tindakan jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan. Pertama sekali, saya ingin mengutarakan perihal masalah bekalan air bersih di Kampung Kelaung dan tekanan air di Kampung Jenalik yang memerlukan perhatian pelbagai pihak. Bekalan air bersih dengan kemampuannya untuk sampai kepada pengguna adalah penting bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat tidak terjejas. Maka saya perlukan tindakan segera pihak terlibat supaya bekalan air bersih dan mencukupi sampai kepada yang terkesan. Lain pula cerita bagi penduduk di sekitar Sungai Chempias. Jika penduduk Kampung Kelaung dan Kampung Jenalik tadi mempunyai masalah mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi, penduduk di sekitar Sungai Chempias pula mengalami masalah air berlebihan bila tiba musim hujan. Maka saya perlukan perhatian dan tindakan dari pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah untuk mencari jalan bagi menghentikan risiko banjir kilat dari terus berlaku.

Selain itu, saya ingin memohon dalam Belanjawan ini untuk memperuntukkan sedikit dana bagi membantu pembangunan kemudahan tambahan di beberapa tempat. Antara peluasan jaringan dan capaian rangkaian telekomunikasi di kawasan Kampung Tiong serta fasiliti riadah di sekitar kawasan Chenderoh. Bagaimana rakyat di Chenderoh ingin sihat jika fasiliti riadah tidak disediakan? Malahan di Chenderoh, Dewan Serbaguna untuk pelbagai aktiviti riadah, kemasyarakatan juga tidak ada. Maka saya mohon jika dari sejumlah amaun yang besar, kita umumkan sebagai Belanjawan Negeri dapat diberikan sedikit untuk kesejahteraan kualiti hidup rakyat di kawasan saya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat mempertimbangkan agar peruntukan pembangunan bagi Adun-Adun di tingkatkan dan diperturunkan tanpa meletakkan wahyu kepada mana- mana pelaksana. Masalah ini sangat kritikal apabila pihak-pihak yang telah secara susah payah mengurus dan menjalankan kerja awal pembangunan telah diketepikan akibat dari perbuatan ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam pada itu, saya ingin memohon agar peruntukan bagi kegunaan pengurusan dan pentadbiran Pusat Khidmat Dun, sejumlah RM7 ribu sebulan dikekalkan atau ditambah bagi memastikan Adun-Adun dapat memberikan khidmat terbaik dan berkualiti kepada rakyat. Outright Grant dengan izin yang diperuntukkan sebelum ini perlu diteruskan dan ditambah melalui Pusat Khidmat Dun kerana pejabat wakil rakyat lebih mengetahui masalah dan keperluan rakyat setempat. Rakyat sudah tentu akan memohon melalui pejabat Adun atau Ahli Parlimen jika terdapat keperluan mendesak bagi tujuan baik pulih, binaan segera dan bermacam lagi.

Maka pejabat Adun kawasan masing-masing adalah pihak yang terbaik bagi menguruskan geran atau peruntukan ini. Peruntukan musim perayaan RM10 ribu bagi setiap perayaan, saya harap dapat dikembalikan yang mana peruntukan ini akan disalurkan kepada rakyat terutamanya yang berada dalam serba kekurangan. Begitu juga tidak dilupakan bantuan khas kepada mangsa-mangsa bencana dapat diletakkan dalam satu dana luar jangka yang sudah pasti kita ada ketersediaan hadapi. Perkara-perkara ini adalah asas kebajikan yang menjadi tanggungjawab bersama pihak kerajaan serta Adun dan Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, akhir sekali, perkara yang saya ingin bangkitkan jika di awal perbahasan saya tadi saya nyatakan bahawa Belanjawan Perak kali ini tidak mempunyai sebarang wow factor dengan izin. Pada dasarnya, saya terlepas pandang satu-satunya wow factor dengan izin yang saya amati adalah pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2 bulan yg telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika membentang ketika pembentangan belanjawan tempoh hari. Umum maklum kategori penjawat awam negeri bukan sahaja terdiri daripada kalangan kakitangan bagi pejabat-pejabat, agensi-agensi Kerajaan Negeri tetapi penjawat awam negeri juga terdiri daripada Ahli-ahli pentadbiran Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawainya. Maka dengan rasa penuh kerendahan, saya mohon pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mempertimbangkan agar BKK yang diumumkan diperluaskan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, kerajaan serta pembangkang bersama-sama pegawai-pegawai khasnya. Itu akan menjadikan wow factor Belanjawan Perak kali ini menjadi lebih wow buat rakyat dalam Negeri Perak.

Maka Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya Chenderoh menyokong Belanjawan Perak 2025 dengan syarat perkara-perkara yang saya sebutkan dipertimbangkan dan diluluskan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Chenderoh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Auzubillah Minashaitan Nirajeem Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,Wassalatu wassalamu ‘ala asrafil anbiya-i wal mursalin,Wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in, qala Rabbish-rahli sadri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatam millisani, yafqahu qaulila, La Haula wala quwata illa billahil aliyil adzim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perpaduan Malaysia

Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang saya hormati lagi saya muliakan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, yang saya hormati lagi saya mulia lagi saya kasihi, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua pegawai-pegawai jabatan dan agensi persekutuan dan juga negeri, rakan-rakan media, tuan -tuan dan puan-puan yang dihormati khasnya warga Dun Ayer Kuning yang saya sayangi. I love you all. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu wa ta'ala kerana dengan limpah kurnia izin Nya juga Allah beri kepada kita kelapangan waktu dan kesihatan untuk kita sama-sama hadir pada hari ini dan juga bersama-sama dengan Ahli Yang Berhormat yang lain menunaikan tanggungjawab kita untuk kita menghadiri Mesyuarat Ketiga Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada kali ini.

Alhamdulillah, Ya pada kesempatan ini juga patik dengan hormat dan takzimnya, merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena dengan sambutan ulang tahun Keputeraan Baginda bagi tahun 2024. Dirgahayu Tuanku, Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat DiRaja sentiasa dilimpahi kehormatan dan keampunan Allah Subhanahu wa ta'ala dikurnia segala kebaikan dan terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Yang Berhormat, sayugia pada kesempatan ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan akan titah Paduka Seri Tuanku yang berbunyi, warga perlu disedarkan untuk menolak perbuatan pencerobohan budaya dan ditolak secara total kata dan suara tingkah dan laku yang melanggar sempadan adab dan adat, warga tidak boleh dibenarkan menjadi warga yang tidak bertamadun, miskin adat, apa adat.

Titah baginda sempena istiadat menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-68 di Balairung Seri Istana Iskandariah. Ini menggambarkan bahawa Tuanku sangat menitik berat soal budaya dan adab dalam kehidupan. Yang Berhormat, memulakan tinta bicara setiap langkah kita hari ini adalah bukti bahawa kita memiliki kekuatan yang dominan untuk mencipta perubahan yang tuntas. Saya berpegang dan bertekad dengan falsafah, dakwah dan ibadah erti sebuah perjuangan yang masih belum ada noktahnya dulu kini dan selamanya. Terima kasih Yang Berhormat, Yang di-Pertua, kerana memberi Ayer Kuning, ruang dan peluang untuk melontar idea-idea yang membahaskan ucapan belanjawan 2025.

Memetik hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinan. Setiap pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya. Hadis Riwayat Al-Bukhari. Pembentangan Belanjawan Negeri Perak terbesar dalam sejarah yang berjumlah RM1.52 billion secara terang lagi bersuluh bukti Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar sedang memacu kejayaan di landasan yang betul secara holistik. Mewakili Ayer kuning, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh agensi kerajaan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan atas komitmen dan keprihatinan mereka dalam membantu menjayakan polisi dan dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Dun Ayer Kuning. Pucuk dicita ulam mendatang. Tahniah juga kepada Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang telah pun memberi bonus. Memberi bantuan khas kewangan iaitu BKK pada kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, Ketua-ketua kampung dan kakitangan di bawah kontrak Mystep. Ini membuktikan bahawa kerajaan perpaduan di Negeri Perak dengan slogan Perak Sejahtera 2030, Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Bukan sekadar janji kosong tetapi bukti ampuh kepada rakyat di negeri ini. MB selalu cakap. Dia kata Jangan pandang rendah pada orang yang kurang tinggi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Manusia telah wujud beribu tahun lamanya dan permulaan peradaban membuka potensi hebat yang kemudiannya disusuli dengan jalan keagamaan. Agama Islam merupakan rahmatan lil alamin yang bermaksud rahmat bagi seluruh alam. Mempunyai satu tunjang utama yakni institusi masjid. Sayugia Ayer Kuning berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Perpaduan yang telah menambah peruntukkan berkaitan hal ehwal agama Islam kepada RM111.9 juta iaitu peningkatan RM9.3 juta berbanding 2024. Sebagai contoh, di mana peruntukkan RM15 juta bagi tujuan baik pulih dan bina baru masjid serta surau. Ini menggambarkan tohmahan bahawa Islam di Perak akan tergugat. Peruntukkan disekat dan pelbagai momokkan ternyata adalah palsu belaka dan mempunyai niat naratif jahat kepada kerajaan ini.

Yang Berhormat, Yang di-Pertua, Yang Berhormat Yang Timbalan Yang di-Pertua. Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya tidaklah satu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah masjid untuk membaca Kitabullah iaitu al-Quran dan mempelajarinya bersama sama kecuali ketenteraman dan turun kepada mereka. Rahmat meliputi mereka dan Allah menyebut mereka di hadapan yang ada di sisinya. Riwayat Muslim. Meniti masa hadapan Ayer Kuning mencadangkan bahawa institusi masjid ini perlu mengadaptasi pentadbiran bercorak korporat untuk memastikan urus tadbirnya secara profesional, bersistematik dan teratur untuk menjadikan masjid lebih kendiri dan menjana pengurusan dan program tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ahli kariah.

Yang Berhormat pada pandangan Ahli Ayer Kuning bahawa institusi masjid ni perlu kita perkasakan satu rumah Allah yang saya baca dalam hadis Rasulullah tadi bahawa apabila kita berkumpul di rumah Allah ini, masjid ini dan mengaji bersama ketenteraman dan akan turunnya rahmat kepada semua. Maka pada hari ini saya melihat bahawa institusi masjid ini harus diperkasakan pada saya harus dikorporatkan dan harus ditambah baikkan kerana ianya menjadi satu perkara yang boleh. Contohnya, kalau kita ada pada hari ini, masjid-masjid dikorporatkan dengan ada pengurusan pengurusan yang bersistematik yang lebih profesional. Dengan pendekatan penglihatan yang baru tidak macam sekarang. Contoh ada sebuah masjid. Masjid yang sekarang ni diurus hanya ada pengerusi-pengerusi dilantik oleh mungkin di peringkat daerah tetapi kalau kita jadikan masjid ini sebagai satu organisasi korporat contoh kita korporat kan dia. Maknanya ada pengurusan yang lebih professional kepada masjid ni. Maknanya satu masjid tu ada pengurusnya, mengurusnya dan dia tidak bergantung harap kepada kerajaan dan merekalah yang mencari bagaimana nak mengimarahkan masjid itu dan urus tadbir kan masjid tu lebih professional pada masa masa akan datang. Ini pandangan daripada Ayer Kuning.

Tuan tuan puan puan, yang saya hormati sekalian Air kuning menyokong saranan kerajaan. Ayer Kuning menyokong saranan Kerajaan Negeri Perak seperti dilaporkan oleh Berita Harian pada 10 Mei 2023 Kerajaan Negeri Perak menggalakkan pengurusan masjid di negeri ini menubuhkan koperasi sendiri untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti perniagaan sebagai satu langkah pembaikkan. Dicadangkan penubuhan konsortium ataupun koperasi berskala besar yang menggabungkan seluruh masjid di Negeri Perak diurus secara profesional dengan modal mampan untuk memperkukuhkan kestabilan kewangan dan berkesan mengurus masjid pada masa masa yang akan datang.

Tuan tuan puan puan, yang saya hormati sekalian Ayer Kuning ingin juga menyentuh berkaitan dengan elaun pegawai masjid khususnya para imam. Elaun imam yang dibayar oleh JAKIM sebanyak RM850 sebulan. Oleh yang demikian, adalah amat wajar dan boleh dipertimbangkan. Ada elaun tambahan bagi para imam masjid dan pegawai masjid mengikut kemampuan kewangan semasa Kerajaan Negeri agar dapat memberi semangat serta motivasi kepada mereka. Pada kesempatan ini juga dalam Dewan yang mulia ini, Ayer Kuning mohon dan merayu supaya disegerakan pembinaan sebuah dewan utama surau dan juga kantin bagi Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Daerah Batang Padang yang berada di dalam Dun Ayer Kuning Yang Berhormat kerana saya baru lagi buat lawatan bersama dengan orang besar jajahan dan adalah sedih. Kita lihat bahawa fasiliti-fasiliti yang perlu diadakan tidak ada iaitu sebuah dewan utama tak ada surau dan juga yang paling sedih adalah kantin pun tak ada di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Daerah Batang Padang. Jadi dalam kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini, kalau ada peruntukan yang kita boleh bantu untuk kita mendapatkan sebuah dewan di sekolah menengah tahfiz ini.

Yang Berhormat, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan Sekolah Agama Rakyat. Sekolah Agama Rakyat ni ada tiga iaitu Sekolah Menengah Rakyat di Negeri Perak ni ada 16 sekolah, sekolah menengah agama rakyat ada 6, sekolah menengah Agama Rakyat sepenuh masa di Perak ada 41, ada 41 sekolah menengah agak sekolah agama rakyat tadi, kebanyakannya gaji guru dibayar oleh sekolah. Hanya ada berapa guru sahaja dibayar oleh MAIPk. Sebab guru gurunya adalah guru Tahfiz al-Quran dan guru Addin Sanawi. Sekolah Agama Rakyat sepenuh masa di Perak ada 41, 41 mungkin ada penambahan juga kebanyakannya gaji guru dibayar oleh sekolah sendiri. Cuma ada beberapa sekolah di dalamnya ada guru status KAFA dan juga gajinya dibayar oleh JAKIM dan ada satu lagi sekolah integrasi KAFA iaitu kelas al-Quran dan Fardu Ain di Perak ada 600 lebih gajinya semuanya dibayar oleh Jakim sebanyak RM1000 sebulan. Di Perak ada tambahan RM200 di Kerajaan Negeri. Jadi, guru-guru di KAFA di Perak dapat RM1200 tetapi yang paling kritikal adalah yang berkaitan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama Rakyat sepenuh masa. Yang ini mereka kritikal dari segi untuk mendapat sumber kewangan. Jadi apa kiranya kalau kita boleh bantu kerajaan bantu untuk kita menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan sekolah agama rakyat dan ada satu sekolah agama rakyat di Perak ni iaitu Sekolah Menengah Agama Rakyat, Tahfiz Al Amin Labu Kubong yang telah pun tutup kerana masalah masalah kewangan. Jadi, kita harap dengan peruntukkan yang besar yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada pembangunan agama Islam. Jadi kita cubalah tengok-tengok. Mudah mudahan kita boleh bantu kan sekolah agama rakyat untuk menyelesaikan masalah masalah mereka pada masa masa akan datang.

Yang Berhormat, pemacuan globalisasi pendidikan dan sukan adalah teras fundamental kepada sesebuah negeri yang rakyatnya berintelektual serta mempunyai daya kesihatan yang tinggi. Ayer Kuning ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kejayaan besar program Cikgu Saarani yang merangkumi calon-calon SPM di seluruh negeri Perak. Hari ini rata-rata guru-guru dan murid mengenali Cikgu Saarani atas inisiatif yang sungguh mulia ini. Ayer Kuning ingin mencadangkan penambahbaikan di mana kadar RM5 per murid di naikkan yang mengikut kemampuan. Kalau boleh naik RM6 kalau boleh naik RM7 Alhamdulillah per murid. Supaya murid ini dapat dimanfaatkan dengan lebih jadi juga kemahiran juga mereka mohon supaya kalau boleh dibuat juga pemberian awal untuk persediaan mereka memberi manfaat kepada murid murid yang akan mengambil peperiksaan SPM. Mendepani cabaran pendidikan yang holistik bagi keperluan pasaran tenaga kerja mahir masa hadapan. Ayer Kuning ingin mencadangkan agar pendidikan TVET iaitu Technical Vocational Education Training ini dimulakan daripada peringkat menengah rendah lagi. Sistem sedia ada yang hanya bermula apabila murid berada pada usia 16 tahun ataupun di Tingkatan 4. Jadi, Ayer Kuning mencadangkan supaya TVET ini, TVET ini di sekolah kita ada sekolah harian dia bermula daripada tingkatan 4 dan kadang kala dia masuk di pertengahan Tingkatan 4 itu dan mereka mungkin lebih kurang dalam satu setengah tahun. Masuk pendidikan TVET, tapi dalam masa empat setengah tahun itu, mereka mungkin waktunya agak…agak…agak…agak suntuk dan dalam masa yang sama juga mereka akan ambil juga keputusan SPM.

Jadi, saya mencadangkan dalam Dewan mulia ni boleh mungkin boleh dipanjangkan ke peringkat Persekutuan supaya TVET di sekolah harian ini dia buat seawal Sekolah Menengah Tingkatan 1 kerana kita ada sekolah seni yang bermula daripada tingkatan satu dan kita ada sekolah sukan yang bermula daripada tingkatan satu. Kita tahu bahawa TVET ini adalah agenda nasional dan agenda nasional. Mungkin juga kita boleh buat dan boleh kita fikirkan bagaimana untuk kita melonjakkan TVET ni. Ianya menjadi satu lagi perkara yang boleh kita jadikan sebagai mendorong membantu generasi akan datang untuk mereka mendapat pekerjaan ya. Mungkin kita ada AHTV kita ada KIGIP dan sebagainya. Mungkin di sana jugak, kita boleh kolaborasi untuk mewujudkan mungkin kolej-kolej TVET yang akan memberi peluang kepada generasi akan datang untuk mendapat pekerjaan dengan lebih selesa pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat, pendidikan adalah asas penting dalam pembentukan sebuah negara bangsa. Namun, kelompongan dalam sistem pendidikan kini jelas apabila gejala sosial melibatkan anak muda semakin meningkat. Ayer Kuning berpendapat bahawa perhatian ibu bapa yang menurun ketika anak masuki usia remaja menjadi faktor utama masalah ini. Ini adalah hasil mungkin ini adalah pandangan Ayer Kuning Yang Berhormat. Kalau kita lihat pada ketika ini. Kalau anak kita berusia sekolah rendah, darjah 1, 2, 3, 4 dan 5 kita akan hantar mereka, ambil mereka. Tapi apabila kita anak kita masuk…masuk ke zaman ataupun masuk ke Sekolah Menengah Tingkatan 1 Tingkatan 2 dan 3 nya kita biarkan mereka secara bersendiriankan.

Jadi sebenarnya yang lebih penting adalah usia daripada umur, bukan sahaja umur daripada usia awal tetapi usia samada usia Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 itu sebenarnya harus kita ambil peranan yang penting yang rapat untuk supaya kita tak boleh membiarkan anak-anak kita dengan mereka kita kena buat jugak bagaimana waktu darjah 1 dan 2 darjah 6. Supaya kemenjadian anak-anak kita ini akan dapat kita kesan dan kita dapat memberi pendidikan supaya mereka tidak melakukan perkara yg tidak baik. Ayer Kuning berpendapat bahawa perhatian ibu bapa yg menurun ketika anak memasuki usia remaja menjadi faktor utama masalah ini. Pada peringkat awal remaja seperi mana yang saya katakan tadi anak-anak memerlukan bimbingan dan pemantauan konsisten daripada ibu bapa. Namun, kelalaian menyebabkan mereka terjebak dalam aktiviti sihat seperti penyalahan rokok, dadah dan terkini vape. Vape yang asalnya bertujuan menggantikan rokok kini digunakan secara meluas dengan bahan tidak terkawal yang memudaratkan remaja. Sebagai contoh, di Johor, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah tegas dengan

Timbalan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat Ayer Kuning. 3 minit lagi ya. Sila.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Dengan melarang pelajar vape dan Ayer Kuning mencadangkan Kerajaan Negeri Perak mengikuti jejak ini untuk melindungi generasi muda daripada risiko yang lebih besar dan setahu saya juga Pahang, Pahang juga telah mengambil pendekatan yang sama menjajarkan Johor untuk mengambil langkah yang tegas melarang penjualan vape. Jadi, Kerajaan juga harus mengambil langkah yang drastik dan tegas bagi membanteras gejala vape secara besar-besaran. Ayer Kuning merayu agar Kerajaan Negeri memanjangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menoktahkan vape daripada terus menjadi barah masyarakat. Vape bukanlah budaya atau trend yang cool, tapi ia adalah slow killer yang akan meranapkan anak bangsa kita satu hari nanti. Kalau kita Google, kita tengok ada 37 negara yang telah pun mengharamkan vape termasuklah Singapura, Thailand, Brunei dan sebagainya. Jadi di kesempatan ini, kita mesti bertegas berkaitan dengan vape ni kerana ianya juga telah menular sampai ke sekolah rendah. Jadi, kita berharap Kerajaan akan mengambil serius berkaitan dengan perkara-perkara ini. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan salah satu daripada pencegahan yang boleh kita laksanakan berkaitan isu-isu gejala sosial ini ialah melalui pembudayaan sukan untuk kesejahteraan kehidupan. Pelbagai isu sukan dapat menghindarkan anak muda daripada gejala yang tidak sihat.

Namun, yang sedihnya di daerah Batang Padang tiada fasiliti sukan di balapan yang bertaraf tinggi. Bahkan Majlis Sukan Daerah Batang Padang juga terpaksa diadakan di Daerah Hilir Perak dan juga Muallim. Jadi dalam Dewan yang mulia ini, saya berharap dalam Dewan dalam tahun sudah juga saya bercakap juga berkaitan dengan perkara ini supaya diwujudkan lah Kerajaan Negeri bantu supaya fasiliti sukan seperti balapan ini ada di daerah Batang Padang. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, AyerKuning juga ucapkan tahniah dan syabaslah kepada Majlis Sukan Negeri yang telah pun berjuang dalam kontinjen SUKMA yang mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila kontigen Belang Tarung Tiga Warna ini berjaya mencapai 35 pingat emas, 37 pingat perak dan 56 pingat gangsa di Sarawak. Tahniah kepada Majlis Sukan Negeri Perak. Namun, Ayer Kuning rasa agak terkilan dan ralat kerana tidak dijemput hadir bersama memberi sokongan dan semangat kepada atlet Perak semasa majlis penyerahan Bendera Negeri Perak Belang Tarung Tiga Warna Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2024. Jadi harap 2026, jemputlah semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama kita beri semangat kepada kejayaan pasukan SUKMA kita pada masa yang akan datang.

Jadi masa pun dah habis jadi dalam sikit lagilah saya minta berkaitan dengan supaya Kerajaan Negeri bantu jugak lah bantu jugak di Tapah, kita tak ada bangunan majlis Daerah Tapah. Antara daerah yang agak laih adalah Majlis Daerah Tapah. Majlis

Daerah lain semua ada bangunan tapi di Tapah tak ada. Jadi harap bantu untuk kita ada bangunan kita sendiri dan juga di Tapah juga saya juga mohon supaya masalah berkaitan dengan penyuraian jalan yang kita lihat di Tapah penyuraian jalan masalah dan kita harap supaya permohonan yang telah pun dibuat oleh JKR iaitu memohon supaya mewujudkan jalan pintasan FT059 ke FT001 sejauh 300 meter yang dulunya melibatkan kos sebanyak RM17 juta tetapi dah dikira semula hanya melibatkan RM13 juta sahaja. Jadi ini adalah perkara-perkara yang saya rasa dalam mesyuarat dalam Dewan yang mulia ini harus diberi perhatian khusus berkaitan dengan masalah penyuraian jalan di pekan Tapah. Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Yang Berhormat Timbalan Speaker. Jadi Ayer Kuning tersentuh hati mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga terkesan dengan bagaimana Yang Berhormat waimah apa pun yang dikatakan dicaci dan dihina dengan pelbagai perkataan namun Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjiwa besar sebagai pemimpin Kerajaan Perpaduan ini untuk meneruskan usaha murni demi negeri dan rakyat Perak yang tercinta.

Lihat jugalah bagaimana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Diraja Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi yang mengenepikan fahaman politik dan turun sendiri ke Negeri Kelantan bagi melihat sendiri situasi dan memastikan bangsa-bangsa banjir dapat perhatian mengenepikan fahaman poltik dan turun sendiri ke negeri Kelantan bagi melihat sendiri situasi dan memastikan mangsa mangsa banjir mendapat perhatian yang sewajarnya. Walaupun kita semua tahu pentadbiran Negeri Kelantan tidak sama ideologi politiknya dan beliau dan beliau tetapi sifat kemanusiaan merentasi segala-galanya. Banjir bukan isu politik. Banjir bukan bahan lawak. Banjir adalah tanggungjawab semua dan pihak semua pihak dan akhir sekali, banjir adalah takdir dari Allah Subhana Wata'ala yang perlu diterima oleh semua warga dan mangsa-mangsa banjir. Bala yang diturunkan bukan kerana politik tetapi kerana sikap manusia yang melupakan tentang tanggungjawab dengan alam dan kelestariannya. Dengan itu, Ayer Kuning menyokong belanjawan yang dibentang. Sekian Wabillahi Taufik Hidayah. Assalamualaikum.wbt.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Ayer Kuning. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua atas ruang dan kesempatan buat saya mewakili warga Titi Serong mengambil bahagian untuk berbahas berkaitan dengan Bajet 2025 pada kali ini. Yang dihormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Gunong Semanggol, rakan-rakan daripada blok pembangkang dan juga rakan-rakan daripada blok kerajaan. Saya mulakan perbahasan ini dengan firman Allah SWT (BACAAN AYAT AL-QURAN) yang bermaksud “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan, kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” Ali 'Imran 104. Ayat al Quran yang saya bacakan sebentar tadi berbentuk arahan daripada Allah SWT agar diwujudkan suatu kumpulan atau golongan bagi menjalankan tugasan mencegah kemungkaran di atas muka bumi Allah SWT. Nabi SAW juga pernah bersabda berkaitan dengan mencegah kemungkaran ini. Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka dengan lisannya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Timbalan Yang di-Pertua, tangan yang dimaksudkan di sini, kata para ulama, ia merujuk kepada kuasa dan juga merujuk kepada kerajaan. Melihat kepada peranan yang besar ini dalam menangani masalah jenayah sama ada di bawah sivil atau pun Syariah, maka sudah pasti tumpuan dana ke arah menangani jenayah ini perlu diberikan tumpuan. Seperti yang dimaklumkan di dalam ucapan belanjawan oleh Yang Amat Menteri Besar, peningkatan sebanyak RM9.3 juta berbanding tahun 2024 iaitu satu peningkatan yang positif dan baik. Namun, apabila saya teliti dan merujuk kepada Buku Belanjawan 2025 ini di Bahagian Jabatan Agama Islam Perak di bawah bab Bahagian Penguatkuasa berkaitan elaun kerja lebih masa, saya dapati jumlah penambahan pada tahun 2025 ini hanya sekitar bertambah RM15 ribu sahaja. Sebanyak RM245 ribu bagi tahun 2024 dan RM260 ribu untuk tahun 2025. Peningkatan sebanyak RM15 ribu sahaja untuk elaun kerja masa Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, untuk tahun 2024, ini pun sebenarnya dah berlaku awal pencatuan terhadap elaun kerja lebih masa buat anggota bahagian penguatkuasa ini. Dimaklumkan kepada saya ada yang dicatu elaun kerja lebih masa mereka seawal bulan Mei lagi. Jadi, saya melihat dengan penambahan hanya RM15 ribu ini, saya jangkakan masalah yang sama akan turut berlaku pada tahun hadapan tahun 2025 ini. Ya betul. Pecatuan ini amalan biasa dalam sistem pentadbiran kerajaan. Timbul persoalan. Jadi apa masalahnya. Saya nak ingatkan kerja penguatkuasa ini sedikit berbeza dengan bahagian-bahagian yang lain. Operasi gerak kerja mereka sebenarnya terpaksa berada banyak di lapangan dan di luar waktu kerja. Sebab tugas dan fungsi mereka adalah untuk mencegah maksiat dan juga kemungkaran seperti khalwat, kelakuan tidak sopan, judi, arak dan sebagainya yang rata-ratanya dilakukan kesalahan ini di luar waktu kerja kerana pelaku-pelaku salah ini pun di dalam waktu kerja mereka sibuk bekerja, maka mereka memilih di luar waktu kerja untuk melakukan kesalahan-kesalahan tersebut. Oleh itu, Timbalan Yang di-Pertua, situasi ini sebenarnya mendesak untuk anggota penguatkuasa kita menjalankan banyak operasi-operasi di luar waktu kerja. Perlu diingatkan di sini bahawa peranan mereka ini besar sebenarnya di sisi agama Islam. Kewujudan anggota penguatkuasa ini adalah sebahagian daripada tuntutan fardhu kifayah. Dengan kewujudan mereka sebenarnya menyebabkan bebanan tanggungjawab Amal Ma’aruf Nahi Mungkar seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT terangkat daripada masyarakat. Jadi amatlah wajar mereka anggota penguatkuasa ini diberikan tumpuan yang lebih dari sudut pendanaan terutamanya berkaitan dengan elaun kerja lebih masa ini dan juga berkaitan dengan kebajikan.

Untuk makluman, masalah gejala sosial khususnya di bawah enakmen syariah sebenarnya terlalu banyak di dalam masyarakat. Saya ambil satu contoh berkaitan dengan kes anak luar nikah. Apabila saya dapat rekod sebenarnya dimaklumkan jenayah kes anak luar nikah ini sangat membimbangkan untuk seluruh rakyat Malaysia. Peningkatan anak kes luar nikah ini direkodkan sebanyak 83 kelahiran untuk setiap hari. Jika dikali dengan 365 hari, kita akan dapati jumlah untuk setahun jumlah kelahiran anak luar nikah ini sebanyak 30,295 kelahiran baru anak luar nikah dalam setahun dan tidak sah taraf. Dibahagikan mengikut 14 buah negeri, kita akan dapati sebanyak 2163 kelahiran anak tidak sah taraf ini di setiap negeri termasuk di

Negeri Perak dan jika dibahagikan lagi 2163 dengan 59 Dun, kita akan dapati sebanyak 36 kes setiap DUN masing-masing termasuk di Dun Titi Serong sahaja.

Daripada mana punca ini, sudah tentunya ianya bermula daripada kes khalwat, lelaki dan juga perempuan. Ini baru kita bercerita soal anak luar nikah berkaitan dengan isu khalwat. Belum kita masuk lagi pada bab-bab yang lain berkaitan dengan arak, judi dan lain lain. Sudah tentu angkanya jauh lebih banyak. Akan tetapi sidang Dewan yang mulia, Timbalan Yang di-Pertua, kalau kita tengok hasil rekod tangkapan terhadap pesalah-pesalah masih di tahap yang minima dan nampak seolah macam tidak seimbang jika dibandingkan dengan gejala yang berlaku di luar sana. Saya ambil contoh yang sempat saya ambil contoh di Parit Buntar dan juga di Bagan Serai. Rekod tangkapan oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam, kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Syariah ini. Untuk tahun 2022, tangkapan hanya seramai 52 kes. Tahun 2023 hanya sebanyak 58 kes dan juga sehingga Oktober 2024 ini, tangkapan salah laku berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah ini, seramai 59 kes. 52, 58, 59 ini sebenarnya dia bukan hanya khalwat. Dia seluruh. Ada judi, ada tak berpuasa di sana dan sebagainya. Saya yakin jumlah angka untuk seluruh Negeri Perak jauh lebih besar tetapi jika kita nak dibandingkan dengan gejala yang berlaku di luar sana pada hakikatnya nampak seolah-olah ia tidak seimbang. Oleh itu, saya mohon daripada pihak kerajaan untuk nyatakan rekod sebenar tangkapan di seluruh Negeri Perak berkaitan dengan salah laku di bawah jenayah social ini. Berkaitan dengan khalwat, judi dan lain-lain dan saya juga mohon kerajaan untuk nyatakan juga pelan langkah strategik 2025 untuk menangani gejala yang saya sebutkan sebentar tadi.

Timbalan Yang di-Pertua, apa yang saya nak timbulkan di sini sebenarnya adalah berkaitan dengan operasi yang dilakukan oleh para penguatkuasa ini. Jumlah tangkapan sikit kerana disebabkan operasinya sikit dan begitu juga dengan tenaganya juga sikit, tidak mencukupi untuk nak cover satu kawasan. Tempat saya ada 5 orang penguatkuasa. Satu parlimen ada 60,000 pengundi lebih kurang. Saya dimaklumkan tadi ada setengah kawasan hanya ada seorang penguatkuasa jadi bagaimana nak membanteras. Itu persoalannya. Jika diteliti pula kenapa operasi cegah maksiat ini agak kurang agresif. Kita akan dapati ianya berpunca daripada masalah percatuan elaun kerja lebih masa ini disebabkan peruntukan yang tidak mencukupi. Kesannya ialah operasi-operasi terpaksa dihadkan. Operasi rondaan, operasi tangkapan, risikan dan siasatan terpaksa dihadkan. Seperti contoh kalau sepatutnya dilakukan sebanyak 4 atau pun 8 kali setahun contoh disebabkan kekurangan dana maka dia terpaksa dikurangkan hinggalah 5 atau 6 kali dalam setahun.

Jadi persoalannya bagaimana kita nak membanteras gejala-gejala ini daripada merebak di seluruh kawasan-kawasan kita. Oleh itu Timbalan Yang di-Pertua saya berpandangan kita perlu beri nafas baru kepada penguatkuasa kita ini. Berikan sokongan padu buat mereka. Biarkan mereka berjuang cegah kemungkaran di dalam kawasan-kawasan kita dengan tanpa lagi merasa perasaan berkira-kira dengan elaun kerja lebih masa ini seiring dengan ungkapan Yang Berhormat Menteri Besar di dalam belanjawan yang menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengendurkan walau seinci komitmen dalam melunaskan tanggungjawab memelihara menyuburkan kemuliaan syariat Islam. Maka sewajarnya anggota bahagian penguatkuasa inilah antara yang perlu diberikan perhatian. Apalah maknanya jika kita hebat dari sudut kemakmuran, ekonomi dan juga kita hebat dari sudut pembangunan tetapi dari sudut memakmurkan rohani, sahsiah, peribadi dan juga modal insan terutamanya di kalangan anak-anak muda kita rosak maka sudah pasti ianya akan mencacatkan rencana bagi mencapai misi Perak Sejahtera 2030.

Timbalan Yang di-Pertua seperti yang kita maklum sebuah projek mega iaitu Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian iaitu KIGIP bakal dibangunkan di utara Perak Kerian sebanyak sekitar 1600 ekar lebih tanah terlibat akan dibangunkan KIGIP tersebut. Untuk makluman kawasan seluas 1600 ekar lebih itu meliputi juga kawasan banjir yang berlaku setiap tahun dan sudah pun berlaku saban tahun yang lalu. Kerisauan saya dan juga warga Kerian di sini adalah berkaitan dengan keadaan tanah di kawasan banjir tersebut. Saya bimbang keadaan tanah di kawasan tersebut berlaku seperti mana projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana di Jalan Baharu Parit Buntar yang mana tarikh mula projek pada April 2018 tetapi sampai sekarang masih belum terbina satu pun lagi bangunan di sebabkan masalah tanah dan proses untuk pemulihan tanah mengambil masa hampir tujuh tahun. Kita tak nak perkara ini berulang sama pada projek KIGIP ini merugikan banyak perkara yang akhirnya berbalik bebanannya kepada rakyat jelata. Jadi saya mohon kepada pihak kerajaan untuk bentangkan jaminan melalui penelitian dan kajian berkaitan dengan struktur-struktur tanah di kawasan KIGIP tersebut apakah ia benar-benar baik dan sedia untuk dibangunkan atau sebaliknya. Saya suarakan kebimbangan ini juga sebagai keprihatinan kami warga Kerian agar perkara yang berlaku di SMK Pelangi Perdana Jalan Baharu tersebut tidak berulang kembali terhadap KIGIP.

Timbalan Yang di-Pertua seperti yang kita jangkakan juga pembangunan KIGIP bakal membawa perubahan yang besar kepada bumi utara Perak terutamanya di daerah Kerian. Antara kesan positif yang besar yang bakal kita terima dan nikmati adalah peningkatan ekonomi tempatan, pembangunan infrastruktur di kawasan Kerian menarik pelabur asing domestik dan antarabangsa. Namun di sana jangan pula kita lupa akan risiko negatif hasil daripada KIGIP tersebut terhadap kawasan di sekitarnya. Antara yang paling dibimbangkan adalah banjir kilat jika tidak dikendalikan dengan baik. Kita sedia maklum kawasan tersebut adalah ladang sawit. Secara tak langsung menjadi tempat takungan dan resapan air tetapi dengan kehadiran pembangunan KIGIP ini status tanah asalnya akan bertukar dan tidak lagi menjadi takungan dan resapan air. Tambahan lagi apabila tanah itu nanti akan ditambak tinggi. Ini dibimbangi air akan membanjiri di kawasan sekitarnya dan sudah pasti kawasan yang akan terlibat itu adalah Parit Buntar. Jadi baru-baru ini dimaklumkan Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM550 juta untuk atasi masalah banjir ekoran daripada perancangan KIGIP ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah jumlah yang sebesar itu melibatkan juga kawasan di kawasan Parit Buntar terutamanya di kawasan banjir seperti di kawasan pusat pentadbiran baru kerajaan daerah Kerian dan taman-taman sekitarnya seperti Pekan Baru, Dennistown, Setia Jaya dan juga lain-lain? Apakah dengan dana sebesar itu juga akan dinaik taraf kapasiti pam yang sedia ada di bumi Parit Buntar dan adakah juga akan dinaik taraf sistem saliran sedia ada yang sudah pun lama di Parit Buntar kepada sistem saliran yang baru yang lebih mesra alam?

Timbalan Yang di-Pertua seperti yang sedia maklum hasil positif daripada KIGIP ini akan membuka peluang yang besar dalam sektor pekerjaan, menggalakkan aktiviti perniagaan tempatan dan juga meningkatkan pembangunan infrastruktur baharu di daerah Kerian. Juga diingatkan bahawa jumlah migrasi ke Parit Buntar juga akan pasti bertambah. Persoalan saya bagaimana pula dengan keadaan pekan-pekan lama di

Kerian ini? Contoh seperti di pekan Titi Serong. Kemudahan infrastruktur di pekan Titi Serong juga perlu dinaik taraf agar turut dapat dinikmati bersama kemudahan infrastrukturnya secara seimbang dengan KIGIP. Untuk pengetahuan, pekan Titi Serong adalah salah satu daripada pekan warisan lama yang sudah wujud lama dimaklumkan semenjak zaman British. Pekan ini terletak di kawasan sawah padi dan keberadaannya di tengah di antara Parit Buntar dan juga pekan Tanjung Piandang, di antara Sungai Kota dan juga simpang 5 duduk tengah-tengah. Jadi sudah pasti menjadikan pekan Titi Serong ini unik dan juga sebagai pusat utama warga penduduk pelbagai kawasan dalam melakukan kegiatan ekonomi harian. Untuk makluman di pekan Titi Serong sahaja sudah ada 5 buah sekolah, 1 buah masjid dan hampir 50 buah kedai lama dan 1 market atau pasar pagi dan juga disana juga ada pasar minggu pada hari Ahad.

Timbalan Yang di-Pertua jumlah penduduk makin bertambah dari tahun ke tahun. Begitu jugalah keadaannya dengan peningkatan jumlah kenderaan pasti bertambah dari tahun ke tahun. Apatah lagi dengan kehadiran KIGIP nanti. Sudah pasti Pekan Titi Serong dan laluan di pekan Titi Serong inilah juga yang akan menjadi tumpuan untuk warga seluruh Parit Buntar. Jadi untuk mengimbangi kemudahan infrastruktur pembangunan mendatang pekan Titi Serong ini perlu disusun semula. Seperti contoh market atau pasar pagi di pekan Titi Serong ini perlu dipindahkan ke lokasi yang lebih baik infrastrukturnya. Biar ada ruang parkir yang selesa untuk para pengguna dan juga beberapa kemudahan yang lain perlu dinaik taraf. Perkara ini secara langsung akan menyelesaikan banyak masalah yang berbangkit selama ini. Contoh seperti tempat pembuangan sampah yang sudah lama berlanjutan. Oleh itu Timbalan Yang di-Pertua dengan pertambahan hasil kutipan yang tinggi pada tahun ini kami daripada warga Titi Serong sangatlah mengharapkan sesuatu yang baru dari sudut pembangunan dan infrastruktur buat pekan tradisi dan warisan ini terutamanya berkaitan dengan pasar atau market warisan ini. Berikan nafas baru buat kami yang terdiri dari kalangan para peniaga dan warga sekitarnya. Sebenarnya ini juga adalah salah satu daripada persiapan awal untuk menerima limpahan penduduk yang akan datang hasil daripada pembangunan KIGIP tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua tahun 2024 bakal berlalu, perbelanjaan hasil peruntukan 2024 telah pun habis dibelanjakan seawal November lagi. Ramai yang telah menerima manfaat daripada peruntukan tersebut di kawasan saya daripada pelbagai kaum dan latar belakang parti politik yang berbeza-beza yang majoritinya adalah daripada kalangan yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ianya dapat membantu usaha dan misi kerajaan untuk meneruskan dan memastikan golongan yang kurang berkemampuan ini terus disantuni dan juga dijaga. Teringat saya akan sepotong hadis Nabi Salallahualaihiwassalam yang berbunyi (Ayat Quran) yang bermaksud daripada Abdullah bin Amru, seseorang bertanya kepada Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam, Islam manakah yang paling baik? Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, kamu memberi makan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan juga tidak kamu kenal. Dan juga sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.

Moga segala tindakan dan saluran sumbangan yang kita sampaikan selama ini buat rakyat di kawasan masing-masing turut dikira ganjarannya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan turut sampai juga ganjaran pahalanya kepada mereka yang telus dan jujur dalam memudahkan urusan ini di pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar di bawah kerajaan. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai pengakhir ucapan saya, terdapat tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala nanti. Salah salah satu daripadanya adalah pemimpin yang adil. Saya doakan agar kerajaan pimpinan Yang Berhormat Kota Tampan ini dapat terus bertindak adil dalam segala tindakannya terhadap semua rakyatnya dan mudah-mudahan di akhirat nanti turut tergolong dalam kalangan mereka yg mendapat naungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala tersebut. Saya akhiri ucapan perbahasan saya ini dengan lafaz Sirru Ala Barakatillah, Titi Serong turut menyokong Belanjawan 2025.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Titi Serong. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia MADANI. Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan seperjuangan, barisan kakitangan kerajaan negeri dan pihak media. Saya adalah pembahas terakhir hari ini dan saya lihat ramai antara kakitangan kerajaan yang bertugas dari pagi sejak semalam lebih hampir 11 jam, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua. Pelbagai isi dan idea bernas telah dibahaskan oleh semua Ahli-ahli Dewan. Tidak dapat dinafikan iltizam Adun-adun Kerajaan yang memberikan keutamaan kepada pembangunan yang seimbang, perpaduan rakyat, kebenaran dan mendukung hasrat kepimpinan negeri dalam merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya terus meneruskan hujahan saya dan perbahasan saya, saya ingin dengan hati yang terbuka dan rendah diri menjemput kembali Ketua Pembangkang YB Gunong Semanggol masuk balik ke Dewan, jangan nanti bila saya membalas perbahasan beliau, beliau tak ada dalam Dewan. Boleh atau pun bolehkah saya menganggap Ketua Pembangkang YB Gunong Semanggol sudah pun balik awal, Dewan belum habis lagi baru hari kedua. Tapi tak apa.

Sudah pergi mana, Ketua Pembangkang pun tak da hari ni.

Saya pun masih menjemput YB Gunong Semanggol masuk kembali ke Dewan ya. Sebelum saya teruskan, Buntong ingin menyampaikan penghargaan setinggi-tinggi kepada seluruh jentera kakitangan awam, semua agensi-agensi kerajaan yang membantu dalam pembangunan Buntong dan juga dalam membantu memastikan kebajikan rakyat Buntong dijaga serta memainkan peranan mereka secara ikhlas dalam memperkasakan negeri kesayangan kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua saya ingin memetik seperenggan daripada Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa Pelantikan Menteri Besar pada tahun 2020 kerana Buntong yakin Ketua Pembangkang YB Gunong Semanggol lupa intipati pesanan Tuanku. Tuanku memesan atau pun Tuanku Titahkan Rakyat dalam semua kawasan Dewan Negeri sama ada diwakili oleh Adun Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan sama ada orang Melayu, orang Asli, orang Cina, orang India. Begitu juga penganut Islam, penganut Kristian, penganut Hindu dan pengikut Buddha serta yang berpegang kepada kepelbagaian kepercayaan mempunyai keperluan yang sama, menanggung penderitaan yang sama, memiliki harapan yang sama, menagih perhatian yang sama. Semua rakyat di negeri ini. Melayu, Orang Asli, Cina, India, Islam, Kristian, Hindu, Buddha ialah makhluk ciptaan Ilahi. Kesemua mereka rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Tuanku bertitah kesemuanya mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati dan saya tekankan di sini penuh harmoni. Hari ini kita di Perak sedang berusaha keras dan berganding bahu memastikan kemakmuran rakyat diutamakan. Suasana harmoni dikekalkan serta pelbagai usaha dilaksanakan supaya kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dapat membantu membangunkan negeri kesayangan kita. Tetapi sambil kita semua sedang sibuk bekerja demi kepentingan rakyat, Ketua Pembangkang Perak pula sedang sibuk tabur fitnah. Saya kesal Negeri Perak dikurniakan Ketua Pembangkang yang merupakan seorang penipu dan pemfitnah besar. Dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, repeat offender.

Minta laluan.

He is a serial offender, dengan izin. Sudah berkali kali membayar saman...

Buntong laluan. Apa yang fitnah dan apa yang tipu?

Timbalan Yang di-Pertua

Buntong bagi dia laluan tak?

Timbalan Yang di-Pertua

Tak, duduk.

Ini sangkaan buruk.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila duduk.

Dah banyak bukti dah.

Nak sebut…

Ada banyak banyak bukti dah.

Semalam…

Timbalan Yang di-Pertua

Buntong teruskan.

Semalam, Gunong Semanggol tak bagi laluan. Hari ini saya tak bagi Slim laluan. Sabar dulu.

Takpa kita masuk je.

Sudah berkali-kali membayar saman fitnah, namun masih tidak lagi insaf. Saya pun tak pasti berapa lagi saman fitnah yang mungkin YB Gunong Semanggol mampu lagi bayar. Tindakan Ketua Pembangkang yang membuat tuduhan tanpa sebarang bukti dan cuba memesongkan perhatian Dewan yang mulia ini adalah sesuatu yang langsung tidak wajar. Selain itu, Ketua Pembangkang juga dilihat mengabaikan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Perak pada 26 Oktober setelah siasatan dilakukan berkenaan perarakan yang melibatkan kononnya warganegara asing. Tindakan Yang Berhormat Gunong Semanggol yang mengulang kenyataan seperti..

Laluan, dalam siasatan. Jadi apa yang perlu dibangkitkan pula.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

YB duduk dulu.

Salah seorang saksi…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Dengar dulu.

Salah seorang yang angkat…

Timbalan Yang di-Pertua

Buntong, sila.

Salah seorang dia adalah orang Slim. Kena ingat itu tempat saya.

Duduk.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk semua.

Duduk la.

Jadi tolong jangan semudah mudah dan sebut.

Timbalan Yang di-Pertua

Kena hormat Speaker. Buntong sila sambung.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Tindakan Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Gunong Semanggol yang mengulang semalam kenyataan seperti sesiapa yang mempunyai mata dan kulit yang sama perlu bersatu di dalam Dewan yang mulia ini juga menimbulkan persoalan. Sebagai seorang pemimpin yang jauh berpengalaman. Tindakan beliau menggunakan platform Dewan Negeri ini untuk menyemai perasaan tidak harmoni dan menghasut adalah sesuatu yang amat-amat membimbangkan. Lebih memburukkan keadaan, beliau juga dilihat telah mengingkari Titah Diraja yang seharusnya dihormati oleh kita semua.

Timbalan Yang di-Pertua, Buntong merasa bimbang, saya gusar apabila ada pemimpin yang menggunakan platform Dewan yang mulia ini untuk menyebarkan penipuan dan fitnah dan terang-terang melanggar Perintah Tetap Perkara 40(11B). Saya menyeru agar Yang Berhormat Gunong Semanggol renunglah kembali tindakan beliau dan insaflah atas segala perbuatan beliau yang merugikan atau jika perlu, saya menyeru beliau memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih bertanggungjawab. Mungkin biarlah Sungai Manik yang mengambil alih untuk membawa suara lebih konstruktif di Dewan ini dan membawa kemajuan kepada negeri ini.

Standing Order.

Timbalan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua

Semua duduk dulu.

Peraturan Tetap…

Timbalan Yang di-Pertua

Perintah Tetap mana? Sila baca.

47, 40(7)

Timbalan Yang di-Pertua

40…40…

Timbalan Yang di-Pertua

42.

Timbalan Yang di-Pertua

40…

Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli. Jadi apa yang Buntong sebut menyebut…

Timbalan Yang di-Pertua

Sekejap, 40…

Timbalan Yang di-Pertua

7, ok, sila baca.

Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli yang lain. Buntong telah sebut perkataan menipu, memfitnah kepada Ketua Pembangkang.

Itu bukan sangkaan jahat, ini fakta. Fakta ada, berita semua ada.

Duduk…duduk.

Semalam saya sudah baca satu persatu.

Yang Berhormat Kamunting sendiri yang kata…

Bayar pampasan sudah.

Tolong kawal keadaan Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Penjelasan, sila Kamunting.

Dia sebut perkataan penipu, dia sebut perkataan fitnah. Kalau tipu, fitnah you kemukakan, bawa kepada usul. Kenapa sebut-sebut.

Jangan risau, saya akan bawa.

Timbalan Yang di-Pertua

Point taken…point taken ok. Sekarang Buntong bagi penjelasan.

Bawa kepada…

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang saya bagi Buntong bagi penjelasan, Kamunting sila duduk dulu. Sila Buntong.

Timbalan Yang di-Pertua, saya bukan, saya bukannya menipu ataupun membawa sangkaan buruk terhadap yang saya hormati YB Gunong Semanggol. Bukan sewenang-wenangnya, semalam rakan saya congrats saya dari Astaka telah pun membuktikan di Dewan ini membawa semua kenyataan kenyataan. Hari ini, saya pun nak kongsi saya repeat kali kedua dengan izin Yang di-Pertua, ini adalah bukti-bukti di mana telah pun diputuskan di Mahkamah Tinggi ini adalah kes-kes yang betul. You boleh google sendiri ataupun tanya saja YB Gunong Semanggol. Saya tak ada tipu. This is all real dengan izin Timbalan Yang di-Pertua. Jadi apa yang sangkaan buruk di situ.

Itu lama nak yang baru kes baru. Yang lama dah selesai,

Saya…saya…

Nak yang baru.

Saya…saya…

Yang lama dah selesai. Nak yang baru.

apa yang lama dah selesai.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk semua. Saya Speaker. Semua duduk. Dengar saya dulu. Speaker sini semua ok semua duduk. Saya minta Buntong teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua, Buntong bukan membawa sebarang sangkaan buruk ke Dewan ini. Buntong sangat yakin yang apa yang dituturkan oleh YB Gunong Semanggol di Dewan ini semalam merupakan penipuan yang besar dan rakan saya, Astaka akan membawa usul

Sebut lagi perkataan tipu.

Membawa dan membawa YB Gunung Semanggol ke Jawatankuasa Hak Kebebasan Adun. Kami akan teruskan supaya kami ingin memastikan kebenaran sahaja ditegakkan di Dewan yang mulia ini. Ini sebab adalah hal yang serius apabila seorang pemimpin yang jauh berpengalaman membawa fitnah di Dewan yang mulia ini. Kalau nak membangkang membangkang dengan fakta. Kalau nak menyerang menyeranglah dengan fakta. We are prepared to face it. Jangan nak menipu, jangan memesongkan Dewan yang mulia ini.

Nampaknya Timbalan Speaker tak buat ruling.

Speaker tolong kawal Speaker.

Tak buat ruling. Dia masih sebut

20 minit nak habis

Bahas isu rakyat tak bawa pun.

Dia masih sebut menipu.

Masih bawa.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya tadi sudah buat ruling saya sudah bagi Buntong bagi penjelasan yang semua yang dia sudah bagi bab penjelasan apa masalah sekarang. Ini floor Speaker, Kamunting?

Tapi dia sebut lagi sepatutnya…

Timbalan Yang di-Pertua

Sila teruskan Buntong.

Penipu apa semua sebut.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk Kamunting. Duduk.

Sekarang ni kes bendera di sini bukan kes lama.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila hormat Speaker dan saya minta Buntong teruskan. Yang lain semua duduk Buntong sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Buntong meneruskan hujahan saya hari ini. Bagi Buntong kebenaran jauh lebih penting daripada mana-mana isu lain apabila Dewan ini menerima fitnahan dan kenyataan-kenyataan yang tidak benar, saya tidak boleh berdiam diri di sini. Saya teruskan dengan hujahan saya mengenai bajet. Kualiti sesebuah kerajaan dapat dinilai melalui inisiatif yang diambil untuk menjaga golongan rentan. Saya menyambut baik peruntukan RM30.22 juta untuk melaksanakan 4 program kesejahteraan. Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan YAB Menteri Besar dan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat. Tambahan pula, rakyat Buntong yang majoritinya dibelenggu cabaran kemiskinan bandar mengalu-alukan peningkatan bajet sebanyak RM1.6 juta untuk program Bas Perak Sejahtera. Namun begitu, Buntong mencadangkan agar fasiliti perhentian bas juga dinaik taraf untuk memastikan rakyat selesa dan selamat terutamanya perhentian bas yang berdekatan fasiliti awam seperti sekolah dan hospital.

Buntong juga mengalu-alukan peruntukan tambahan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga Jabatan Kerja Raya. Di Buntong, terdapat dua buah sekolah iaitu SMK Sungai Pari dan SMK Seri Puteri yang sering kali mengalami banjir setiap kali hujan lebat. Buntong memohon agar pihak JPS dapat menyalurkan peruntukan yang lebih dan mencukupi untuk membeli pam baharu yang spec nya lebih tinggi dengan kapasiti yang lebih efektif supaya dapat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah ini. Buntong juga ingin memohon sebahagian daripada peruntukan ini untuk menangani masalah banjir di Falim yang berlaku setiap kali musim tengkujuh.

Selain itu, saya mengalu-alukan peningkatan peruntukkan Maris sebanyak RM12 juta kepada RM612 juta pada tahun depan dan Buntong memohon agar kawasan Buntong diberikan pertimbangan sewajarnya untuk penurapan semula jalan jalan yang uzur dan rosak teruk yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan di sini Buntong ada satu permohonan khas untuk penurapan semula Jalan Raja Perempuan Mazwin di Buntong. Namun begitu, Timbalan Yang di-Pertua, banjir yang berlaku 2 hari lepas di Fair Park, Ipoh semestinya memerlukan siasatan yang tepat dan menyeluruh. Saya mewakili rakyat ingin memohon satu persoalan satu siasatan yang menyeluruh. Bayangkan kegusaran rakyat di Fair Park yang telah dilanda banjir buat kali pertama. Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Jumlah hujan yang tinggi sahaja tidak boleh dijadikan satu-satunya faktor penyebab banjir tersebut. Jadi, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri harus memimpin usaha bekerjasama dengan semua agensi terlibat yang berkaitan untuk menyiasat dan mencari punca sebenar banjir.

Timbalan Yang di-Pertua kita harus berdepan dengan jumlah hujan yang tinggi dan perubahan iklim yang memberi impak yang besar. Buntong ingin memohon pertimbangan Kerajaan Negeri untuk memberikan keutamaan kepada usaha menaik taraf sistem-sistem saliran di seluruh negeri khususnya di Bandar Raya Ipoh. Buntong yakin bahawa dengan melaksanakan langkah-langkah mitigasi seperti ini iaitu menaik taraf sistem-sistem saliran. Mungkin perkara ini boleh dilakukan dalam fasa-fasa tertentu ya, bukan serentak saya faham kita ada kekangan peruntukantetapi jika kita mula sekarang mungkin dalam masa 10 tahun atau 20 tahun kita dapat selesaikan masalah ini. Kita dapat mengurangkan risiko banjir yang sering melanda. Ataupun sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan intensiti bencana banjir yang melanda.

Timbalan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat sering diukur melalui mutu kesihatan mereka dan Buntong gusar dengan statistik terkini jumlah pesakit kencing manis di Perak iaitu seramai 86,157 orang yang menerima rawatan di klinik kesihatan. Kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk merawat penyakit ini juga jauh lebih tinggi berbanding penyakit kanser ataupun penyakit jantung. Jadi di sini mengikut statistik ya, kos yang diambil yang di telan untuk merawat pesakit-pesakit kencing manis pada tahun 2020 adalah RM4.93 bilion. Jadi itu satu kos yang besar dan merupakan satu faktor satu isu yang kita satu krisis. Sebenarnya, ia merupakan satu krisis yang kita perlu lihat dan tangani hari ini. Oleh itu, Buntong mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri Perak yang telah memulakan kempen War on Sugar baru-baru ini. Tahniah kepada Exco Kesihatan dan seluruh jentera Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertungkus lumus memastikan kita dapat mengelakkan penyakit kencing manis ini. Ini adalah masalah kronik yang bukan sahaja membebankan setiap keluarga tetapi juga seluruh masyarakat.

Oleh itu, Buntong juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mencari jalan untuk mewujudkan lebih taman-taman rekreasi yang boleh dijadikan pusat memupuk amalan bersenam dalam kalangan masyarakat. Buntong mengalu-alukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan khususnya melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mewujudkan 11 buah Taman Rekreasi Madani di Ipoh. Jika Kerajaan Negeri dapat menambah kepada usaha ini pastinya dapat meningkatkan mutu kesihatan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua sebagai seorang pemimpin apabila kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Kerajaan yang baik mempunyai pandangan yang jauh untuk menjangka cabaran 20 tahun akan datang dan membina perancangan yang boleh menyediakan masyarakat untuk menghadapi cabaran itu. Di sini Buntong menyokong Belanjawan 2025 yang dibentangkan dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemimpin Kerajaan Negeri yang telah berjaya meningkatkan belanja bagi maksud pembangunan untuk tahun 2025. Dengan jumlah yang besar dan signifikan iaitu sebanyak RM47 juta iaitu 9.6% hampir 10% berbanding belanjawan tahun 2024. Ini menunjukkan Negeri Perak berada dalam landasan yang betul di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Timbalan Yang di-Pertua, Perak mempunyai ekosistem semikonduktor yang aktif dan secara langsung terlibat dalam strategi semikonduktor nasional yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Buntong ingin memohon pencerahan mengenai perancangan yang telah disusun di bawah Bajet 2025 berkaitan dengan strategi semikonduktor nasional. Adakah sebahagian bajet ini akan diperuntukkan untuk mewujudkan program-program STEM dan TVET yang bertujuan untuk memupuk minat dalam bidang sains dan kejuruteraan? Ini adalah penting supaya Perak dapat menyahut KPI yang telah telahpun ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mensasarkan penghasilan 60 ribu orang jurutera dan juruteknik dalam tempoh lima tahun.

Buntung juga ingin memohon pencerahan mengenai perancangan peringkat Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memperluaskan rangkaian bekalan dengan izin supply chain industry semikonduktor. Adakah terdapat usaha yang dirancang untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor ini di Perak agar negeri ini dapat memanfaatkan sepenuhnya kewujudan ekosistem semikonduktor? Kerjasama yang lebih erat dalam hal ini akan memberikan negeri kita Perak lebih peluang untuk terus berkembang sebagai hub industri semikonduktor.

Timbalan Yang di-Pertua, saya memetik seperenggan lagi, Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua tahun ini, Dewan Negeri Perak Kelima sebagai peringatan sekali lagi kepada Yang Berhormat YB Gunong Semanggol Ketua Pembangkang Negeri Perak. Negara yang stabil, aman dan harmoni akan berupaya membangunkan negara yang makmur dan melimpahkan kemakmuran negara untuk manfaat rakyat jelata. Negara yang stabil, aman dan saya ulang harmoni akan dapat membangunkan warga yang kuat untuk membina negara yang kuat. Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan.

Warga yang memiliki kedewasaan…

Beri laluan Buntong.

Untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki…

Laluan Buntong.

kKelemahan di samping kekuatan…

Timbalan Yang di-Pertua

Buntong, Buntong sekejap Kamunting dia berdiri

Bagi ya. Bagi…

Apa yang nak diganggu lagi sekarang YB? Saya, saya sedang, saya sedang memetik perenggan…

Timbalan Yang di-Pertua

Buntong, Buntong bagi ke tak bagi? Takpe.

Sabar, sabar dulu.

Sultan tadi kata tadi tu, jadi setuju kah Buntong…

Saya, saya habiskan perenggan boleh, boleh, boleh bagi sedikit kehormatan kepada perenggan yang saya petik daripada titah sultan tak? At least let me finish my sentence. Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan. Warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan di samping kekuatan tetapi warganya berminda pintar memilih untuk menggabungkan kekuatan, kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan. Ini bukan kata-kata saya. Ini adalah kata-kata sultan kesayangan kita. Dengan ini, Buntong ingin menyokong penuh belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Ber Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan saya, Buntong dengan ini memberikan komitmen penuh bekerjasama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh jentera Kerajaan Negeri Perak untuk membangunkan negeri kesayangan kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Buntong. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu 4 Disember 2024 jam 9.00 pagi.