Perak · 18 April 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 269 turns · 23,127 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keempat, Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat, 18 April 2025, jam 9.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama sebelum kita memulakan urusan mesyuarat sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum berkaitan dengan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan giliran soalan-soalan lisan, Ahli Yang Berhormat boleh mendapatkannya melalui imbasan kod QR yang ada di atas meja Ahli Dewan Negeri.

Perkara yang kedua berkenaan kehadiran semasa persidangan. Suka untuk saya ingatkan sekali lagi semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan dikehendaki untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR di atas meja masing masing.

Perkara yang ketiga pada hari ini sesi perbahasan di atas usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja akan diteruskan lagi. Semua Ahli Yang Berhormat yang belum berbahas akan diberikan peluang untuk berbahas pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya nak ingatkan bahawa pada hari ini iaitu hari Jumaat, jadi kita ada solat Jumaat. Jadi semua pembahas yang akan berbahas pada pagi ini, silalah ikuti masa yang bersesuaian.

Perkara yang keempat berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam ini. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Matlamat kita Allah yang satu. Palestin tetap di hati. Soalan saya Pengkalan Hulu soalan nombor satu. Jawapan sedang dinanti. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Hulu bertanyakan soalan yang berkaitan pembangunan semula bandar sempadan. Kerajaan Negeri amat memahami keperihatinan Yang Berhormat Pengkalan Hulu mengenai pembangunan semula bandar sempadan dan juga pelabuhan darat di Pengkalan Hulu. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pembinaan Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan atau ringkasnya ICQS di Bukit Berapit yang baharu telah pun diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2025 dan ia dijangka akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13. Pembinaan Kompleks ICQS baharu ini, yang lebih hampir dengan pintu sempadan bakal menyelesaikan isu keselamatan melibatkan akses keluar dan masuk sempadan negara dan secara langsung memberi peluang untuk pembangunan aktiviti ekonomi di kawasan persekitarannya. Ke arah ini, kerajaan Negeri bersedia untuk memudahcara urusan berkaitan tanah yang akan dimohon oleh Kementerian Dalam Negeri bagi pembangunan Kompleks ICQS Bukit Berapit, Pengkalan Hulu yang baru. Kerajaan Negeri perlu memastikan isu-isu keselamatan sempadan dan kedaulatan negeri diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum merancang pembangunan ekonomi dan komersial di kawasan sekitar kompleks ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri akan menyokong dan meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta untuk menggalakkan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi di kawasan Pengkalan Hulu seperti mana yang dihasratkan di dalam beberapa rancangan pemajuan seperti rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan daerah serta Kajian Sempadan Antarabangsa Malaysia-Thailand. Antaranya ialah kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara atau NCIA bagi Projek Pembangunan Sempadan Trail Pelancongan di Pengkalan Hulu yang terdiri daripada tiga komponen iaitu menaik taraf Tasik Takong Kroh Hotspring dan juga Bukit Berapit. Kerja-kerja menaik taraf ini akan bermula pada suku pertama 2025 dan dijangka berakhir pada suku ketiga 2026. Setelah kerja-kerja menaik taraf ini selesai, kawasan tersebut akan diserahkan semula kepada Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Kerajaan Negeri menjangkakan kerja-kerja naik taraf ini akan menyokong sektor pelancongan di Pengkalan Hulu dan menggalakkan kemasukan pelancong-pelancong dari Thailand. Ianya akan membuka peluang kepada warga tempatan untuk menjana pendapatan melalui perniagaan di kawasan tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas jawapan yang baik. Soalan tambahan daripada Pengkalan Hulu kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar. Terdapat satu bangunan terbengkalai yang berada di sempadan. Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat untuk kita lihat balik dan tengok balik bagaimana kaedah untuk kita bangunkan semula kawasan tersebut selepas pembinaan nanti. Selepas pembinaan kompleks baru nanti dan saya ucapkan terima kasih jugalah atas usaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat atas usaha untuk membina kompleks yang baru. Soalan saya, apakah cadangan atau perancangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama Kerajaan Negeri untuk kita bangunkan semula bangunan strata 2 tingkat yang mempunyai lebih kurang 40 ribu kaki persegi yang berada di sempadan Pengkalan Hulu. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sama-sama.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Pengkalan Hulu. Dato' Yang di-Pertua, seperti saya maklumkan awal tadi, peruntukan bagi pembangunan sempadan ini adalah peruntukan Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri hanya akan memudahcara tentang isu-isu yang berkaitan dengan permohonan tanah dan seperti yang disebutkan tadi setelah siap kompleks tersebut dibangunkan oleh Kerajaan Pusat, maka barulah ia diserahkan kepada Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Jadi soal yang berkaitan dengan cadangan pembangunan kawasan tersebut hendaklah dibincang dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan nombor soalan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Selamat pagi Dato' Yang di-Pertua, soalan Pantai Remis nombor 2.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Pantai Remis yang telah kemukakan soalan tentang perancangan perumahan yang bersesuaian dengan keperluan warga emas di mana ini memang satu isu yang semakin dapat perhatian dengan keadaan bahawa populasi golongan warga emas khususnya di negeri Perak yang semakin meningkat.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memang mengambil maklum bahawa hakikat di mana Perak dijangka akan menjadi negeri pertama berstatus negeri menua menjelang tahun 2030. Jadi pendekatan strategik dan menyeluruh sedang digerakkan untuk kita pastikan dari segi keperluan perumahan dan juga kemudahan komuniti kita benar-benar bersedia untuk menghadapi keadaan ini. Jadi sebagai sebahagian daripada persiapan di bawah portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, kita telah memperkenalkan Program Sejahtera Warga Emas Komuniti Mesra Usia iaitu satu platform libat urus yang rentas agensi dan sektor di mana kita himpunkan pihak berkuasa tempatan, agensi teknikal, NGO, GLC, pemain industri dan sebagainya dan melalui program ini, pelbagai aspek telah dibincangkan dan dikenalpasti. Ini termasuk keperluan warga emas dari segi sudut perumahan dan juga kemudahan sokongan dan juga keperluan rekabentuk rumah yang lebih selamat, mudah diakses dan sesuai untuk mobiliti terhad dan juga peluang pembangunan komuniti dan sosial yang mesra kepada warga emas. Jadi inisiatif ini juga menandakan komitmen Kerajaan Negeri untuk mengarus perdanakan keperluan warga emas dalam dasar perumahan dan kita membina asas ke arah sebuah persekitaran hidup yang inklusif dan sejahtera untuk semua golongan. Untuk jawab soalan pecahan 2, tentang bagaimana usaha untuk memastikan rekabentuk rumah dan kemudahan yang memenuhi keperluan warga emas, Kerajaan Negeri selama ini memang menekankan kepentingan prinsip reka bentuk sejagat ataupun universal design dengan izin.

Jadi, konsep ini memang digunakan dalam semua aspek pembangunan terutamanya dalam sektor perumahan dan juga kemudahan awam. Untuk makluman semua, reka bentuk sejagat ini menekankan elemen akses tanpa halangan, keselamatan, kemudahan mobiliti dan keselesaan untuk semua lapisan masyarakat. Ini termasuk warga emas, OKU, wanita hamil dan keluarga dengan anak kecil. Jadi antara elemen penting di bawah universal design ini termasuk seperti yang kita juga umumnya tahu iaitu laluan pejalan kaki yang rata, ramp dan lif untuk akses ke bangunan bertingkat, susun atur dalam rumah yang mesra pergerakan terbatas, pencahayaan semula jadi yang cukup dan ruang rehat yang strategik, tandas ruang awam dan hentian bas yang mudah dicapai dan selamat dan sebagainya. Jadi, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan pelaksanaan rekabentuk ini secara menyeluruh, Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan satu inisiatif iaitu Sistem Penarafan Mesra Warga Emas di mana sistem ini bertujuan untuk menjadi satu standard penilaian rasmi dan rujukan awam untuk kita menilai sejauh manakah sesebuah skim perumahan, bangunan kerajaan, bangunan swasta dan juga kemudahan awam memenuhi keperluan warga emas berdasarkan ciri universal design yang jelas. Jadi melalui sistem ini, orang ramai terutamanya warga emas dan keluarga mereka boleh membuat rujukan atas sistem penarafan ini untuk memilih kawasan perumahan dan juga kemudahan yang benar-benar sesuai dan selamat dan juga pada masa yang sama dengan sistem ini juga kita harap dapat mendorong pemaju dan juga agensi kerajaan untuk sama-sama mencapai tahap pembangunan yang lebih mesra usia dan juga menjadi insentif moral dan kompetitif untuk mencapai penarafan bintang yang tertinggi juga sebagai satu usaha untuk meningkatkan ketelusan dan daya saing dalam pembangunan komuniti inklusif.

Soalan pecahan 3, tanya tentang kerjasama antara pihak Kerajaan Negeri dan juga pemaju dan juga serta pihak berkenaan untuk sama-sama kita menyediakan perumahan yang inklusif untuk warga emas. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memang kita melihat pembangunan perumahan mesra usia ini bukan sekadar satu keperluan sosial, malah ia sebenarnya dilihat sebagai satu potensi ekonomi yang baru. Justeru, pendekatan kerajaan bukan hanya berbentuk penguatkuasaan tetapi juga pendedahan dan pembinaan kesedaran pasaran. Kita cuba mengetengahkan projek-projek yang terbukti berjaya, contohnya Green Acres Retirement Village di Ipoh di mana ini merupakan skim perumahan persaraan bersepadu yang pertama seumpamanya di Malaysia. Jadi ini menjadi bukti bahawa Pembangunan Perumahan Mesra Usia mampu diterima pasaran dan menarik minat pelabur apabila dibangunkan secara holistik melalui sesi libat urus yang sedang berlangsung termasuk dalam proses pembangunan sistem penarafan mesra usia, mesra warga emas. Kerajaan Kegeri juga mengajak pemaju untuk sama-sama kita membentuk sebuah ekosistem pembangunan perumahan yang lebih inklusif. Manakala PBT pula akan diberi peranan strategik dalam memasukkan elemen mesra usia ke dalam pelan perancangan dan kelulusan pembangunan serta memberi penekanan kepada aspek keselamatan, aksesibiliti dan interaksi sosial komuniti sebagai kriteria utama. Jadi dengan gabungan insentif moral, penarafan telus dan juga rujukan pasaran yang terbukti berjaya. Kita yakin lebih banyak pemaju akan terdorong untuk menyediakan pembangunan perumahan dan hartanah yang benar-benar sesuai bagi masyarakat berusia, sekaligus menjadikan Perak peneraju negeri mesra usia di Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Pantai Remis sila.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Exco dengan jawapan berkaitan dasar perumahan yang mesra warga usia dan ingin saya tahu bagi Bandaraya Ipoh di Perak dengan bandar Fukuoka, Jepun. Kita adalah Sister City. Jadi boleh tak kita tahu bagaimana situasi sekarang perkembangan yang terkini kerjasama di antara dua-dua bandar ini terutamanya atas dasar warga emas dan juga khasnya untuk dasar perumahan yang mesra warga emas? Terima kasih.

Terima kasih. Memang selama ini negeri Perak dan juga Bandaraya Ipoh kita banyak mengambil manfaat daripada hubungan iaitu bandar berkembar dengan bandar Fukuoka di Jepun, di mana bandar Fukuoka memang satu bandar yang banyak usaha dan banyak pengalaman dalam mengendalikan isu-isu dan keperluan golongan warga emas dan melalui kerjasama yang baik itu, bukan sahaja kita dapat pengalaman, contoh program dan pembangunan komuniti, kemudahan komuniti yang boleh dilakukan di kawasan Ipoh dan juga negeri Perak. Baru-baru ni kalau secara khususnya dalam bidang perumahan juga, pihak Kerajaan Negeri melalui LPHP sedang dalam proses untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkuasa bagi bandar Fukuoka, Jepun di mana kita jangkakan memorandum persefahaman akan dimeterai untuk menjalinkan satu kerjasama yang lebih erat dalam masa terdekat.

Jadi Kerajaan Negeri kita memahami keperluan untuk wujud kesedaran keselamatan tempat tinggal bagi warga emas memandangkan golongan warga emas ini memang semakin meningkat jumlahnya di negeri Perak. Jadi LPHP melalui kerjasama dengan pihak Fukuoka sedang giat untuk meneroka konsep perumahan dan fasiliti yang diperlukan untuk pembangunan berkonsepkan mesra warga emas untuk diterapkan dalam Skim Perumahan Persaraan yang ingin dibangunkan negeri Perak dalam masa akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk mengemukakan soalan, di persilakan.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Hari Mengundi PRK Ayer Kuning hari Sabtu. Soalan Kampung Gajah, nombor satu.

Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030. Saya akan menjawab soalan Kampong Gajah bersekali dengan soalan daripada Manong yang ada persamaan kerana kedua-duanya mengusulkan isu berkenaan dengan rancangan tebatan banjir. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan peruntukan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan yang keempat (RP4) bagi mengatasi permasalahan banjir di kawasan Parlimen Pasir Salak. Di bawah tajuk Rancangan Tebatan Banjir Kampong Gajah Fasa 2 daerah Perak Tengah di Perak Darul Ridzuan. Kemajuan terkini pelaksanaan ini adalah di peringkat kajian rekabentuk terperinci oleh perunding yang telahpun dilantik oleh JPS. Rekabentuk akhir akan dimuktamadkan dalam Makmal Value Engineering atau VE dengan izin yang dijangka pada bulan Februari 2026 tahun depan. Projek ini dijangka diiklankan pada bulan Julai 2026 dan surat setuju terima dijangka pada bulan November 2026, tahun depan dan projek ini juga terlibat dengan pengambilan beberapa pengambilan tanah. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPS) bersama-sama Bahagian Pengurusan Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran sentiasa komited dalam menjayakan projek ini dengan kadar yang segera sebab masalah ini telah berlarutan lama.

Semasa perbahasan Yang Berhormat Kampung Gajah tempoh hari ada menyatakan berkaitan ban Lubuk Keli. Saya ingin menyatakan di sini bahawa kawasan ini berisiko banjir apabila berlaku air pasang besar berserta hujan lebat kerana tiada ban keliling kampung tersebut buat masa ini Yang Berhormat. Selain itu, terdapat dua saliran anak sungai iaitu Sungai Rusa & Sungai Rubana yang mana tiada struktur pintu air dan ini menyebabkan air keluar dan masuk daripada Sungai Dedap tidak dapat dikawal serta menyebabkan air sungai melimpah apabila ia pasang besar. Antara langkah-langkah jangka pendek yang telahpun dilakukan oleh pihak JPS ialah melaksanakan kerja korekan di Parit Lubuk Keli yang itu yang telah kita buat. Parit Lubuk Keli sehingga ke Parit Air Lubuk Keli bagi memastikan air dapat dikeluarkan dengan lancar apabila air sungai surut. Maaf, loghat tu YB. Nak kata air lancar dengan air lancor sedap lagi bunyi air ke begitu. Pihak jabatan juga dalam perancangan untuk melaksanakan kertas kerja projek RTB Lubuk Keli. Saya akan menyusul perkara ini dengan pihak JPS dan cuba sedaya upaya perkara ini dapat di atasi segera, Insya Allah.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Manong yang semalam pun saya sempat bersembang dengan dia lama berkenaan isu ini, JPS telah mohon dalam Rancangan Malaysia Ke-13, Rolling Plan 1 bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir RTB Kuala Kangsar. Berkaitan aduan penduduk Jalan Perkuburan Kwang Tung ianya melibatkan pelbagai agensi seperti JKR, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Kuala

Kangsar kerana ianya melibatkan jalan protokol di Kuala Kangsar. Bagi kawasan Talang, Jalan Taiping, Kuala Kangsar, ianya melibatkan Sungai Kangsar di mana pihak JPS akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada setiap tahun, bergantung kepada peruntukan selenggara yang telah diterima oleh JPS. Pihak JPS Kuala Kangsar akan mula akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai secara berkala di kawasan hot spot dan berisiko banjir pada setiap tahun, bergantung kepada peruntukan yang diterima oleh oleh jabatan pada tahun tersebut. JPS juga sering membuat pemantauan serta berhubung dengan agensi-agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat kawasan berisiko banjir seperti yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Negeri. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar juga akan mengemukakan permohonan peruntukan ke KPKT, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menaik taraf longkang di kawasan-kawasan berkenaan bagi menampung aliran air hujan.

Berkaitan sistem perparitan di Jalan Persekutuan atau jalan negeri di bawah seliaan JKR ianya disediakan untuk menampung larian air permukaan jalan. Pihak JKR menjalankan kerja pembersihan longkang secara rutin dan juga secara berkecemasan sekiranya terdapat kejadian luar jangka disebabkan longkang tersumbat. JKR daerah sentiasa berkolaborasi dengan semua agensi bagi penyelesaian semua isu yang dihadapi oleh pengguna jalan raya termasuk isu-isu bah. Secara lazimnya, pihak JKR daerah akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat seperti JPS, PLB dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar untuk mencari punca serta mengambil tindakan penyelesaian terhadap isu yang sedang berlaku. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Terima kasih atas jawapan. Soalan tambahan saya yang pertamanya, apakah langkah mitigasi yang sedang atau yang akan dilaksanakan bagi mengatasi sebarang kemungkinan kelewatan pelaksanaan projek ini termasuk dari segi peruntukan dan pelaksanaan di peringkat Kerajaan Negeri dan bagaimana Kerajaan Negeri memastikan Projek RTB ini tidak hanya menyelesaikan masalah banjir sementara, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan mampan dan kesejahteraan komuniti tempatan dalam jangka masa panjang?

Terima kasih Kampong Gajah. Sementara kita memutuskan untuk mencari kontraktor berpandukan kepada laporan perunding, jadi kita ada beberapa peruntukan mitigasi bagi mengelak supaya kalau berlaku air besar, maka tidaklah ada kampung-kampung yang tenggelam di Kampong Gajah tersebut. Jadi, saya sendiri akan memastikan bahawa oleh kerana peruntukan ni peruntukan Kerajaan Persekutuan, JPS Negeri Perak akan sentiasa buat follow up dengan kementerian yang terlibat supaya kita nak pastikan ia tidak terlewat kerana projek ni dah makan masa lama, tidak dapat dilaksanakan. Jadi saya buat komitmen di sini bahawa saya akan pastikan JPS Negeri Perak akan buat follow up dengan kementerian untuk pastikan di manakah status kerja RTB Kampong Gajah ni pada ketika itu. Jadi kalau ada unsur-unsur lewat, jadi kita akan sergah mereka. Kita akan jerkah mereka. Kerana apa? Kerana ini tidak ada sebab kenapa nak dilewatkan. Kalau ada masalah masalah pengambilan tanah, yang kita juga akan follow up dengan Pejabat Tanah di Perak ni. Jadi itulah janji saya mengatakan bahawa kita nak elakkan lewat ini supaya kalau berlaku apa-apa kerja yang berat pun, kita dapat laksanakan oleh JPS dan mitigasi kerja untuk mengelakkan kebanjiran besar ataupun air besar. Terima kasih.

Manjoi…Manjoi?

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi, sila.

Terima kasih Timbalan Speaker. Pertama saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada YB sungai rapat, di bawah portfolio YB telah banyak membantu kawasan Dun Manjoi. Terima kasih Dato' Seri. Soalan yang nak dibangkitkan oleh Manjoi ialah apakah langkah kawalan jangka masa panjang bagi mengatasi banjir kilat di Sky Garden, Klebang Sentosa dan Klebang Harmoni, Klebang Restu. Saya tengok punca air Sungai Jarum Emas, Klebang restu tu dia melimpah naik masa hujan lebat menyebabkan kawasan perumahan yang saya sebutkan tadi banjir kilat. Masalah ni lama sehingga dah masuk bertahun-tahun. Mungkin kali ini YB Exco kita boleh beri perhatian yang lebih serius untuk selesaikan masalah di tempat yang disebutkan ini dan sedikit lagi YB, Sekolah Tebing Sungai Chepor berhampiran Jalan Anggerik 16, Kampung Tersusun Batu 10, Chemor, tebing Sungai Chepor berhampiran kawasan perumahan di Laluan Chepor Damai 13, Chepor Damai dan terakhir tebing sungai berhampiran kawasan perumahan Taman Bunga Raya, Chemor berhampiran kawasan padang permainan. Tebing-tebing sungai ini rebak akibat hakisan tanah yang perlu diambil perhatian oleh JPS dan dia kerana dekat dengan kawasan perumahan. Selagi lagi terima kasih kepada YB Exco kerana portfolio YB banyak membantu kami di Dun Manjoi. JPS, JKR dan yang lain. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih Manjoi. Memanglah, masalah kadang-kadang tu air melimpah daripada sungai berhampiran khususnya di Chemor dan juga di Klebang tersebut. Tapi sekiranya kerja-kerja yang dibuat oleh JPS adalah untuk memantau setiap tebing kiri kanan sungai tersebut. Kalau sekiranya nampak mana kesan-kesan fizikal yang perlu ditambakkan lagi, maka JPS akan melaksanakan kerja-kerja itu. Tapi jika sekiranya ianya melibatkan kawasan-kawasan melimpah ke taman, kita juga mendapat kerjasama dengan MBI supaya longkang-longkang MBI itu juga tidak tersumbat. Bila air tu kadang-kadang terkeluar termelimpah. Jadi ni antara kerja-kerja yang JPS buat bagi memastikan secara fizikalnya tidak ada tanda-tanda tebing kiri kanan yang akan lemah bila air melimpah keluar. Sebab hujan yang turun daripada Hulu Kinta ni kadang-kadang hujan nya besar dan lama. Bila suasana tu timbul, maka ada kemungkinan bahawa ianya akan melimpah. Jadi kalau ban-ban tu dapat kita perkukuhkan, dia dapat kurangkan. Seandainya melimpah juga, maka kita pastikan kerjasama dengan MBI supaya tidak ada longkang-longkang tersumbat, tidak ada laluan-laluan yang boleh menghalang laluan air tu iaitu kerjasama dengan MBI. Jadi Insya Allah kita akan buat kerjasama ini, bukan hanya di Manjoi tapi sehingga masuk ke sempadan Hulu Kinta sekali. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pinji soalan nombor 4.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Pasir Pinji yang membawa soalan mengenai alam sekitar. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pembakaran secara terbuka? Untuk makluman Dewan yang mulia, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) yang telah dibangunkan secara bersama oleh agensi-agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkepentingan bagi mencegah serta menangani insiden pembakaran terbuka di seluruh negara telah diaktifkan serta merta susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini.

Sehubungan dengan itu, PTPTK akan terus berkuatkuasa sehingga berakhirnya Monsun Barat Daya pada tahun ini. Dengan Pelan ini telah diedarkan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi terlibat mulai 2 Ogos 2019 yang juga boleh diakses melalui Perpustakaan Digital, Jabatan Alam Sekitar. Selaras dengan pelaksanaan pelan ini, semua pihak digesa untuk meningkatkan pemantauan dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam.

Menjawab pertanyaan Bahagian B, daripada Pasir Pinji, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak komited dalam usaha menangani pembakaran terbuka melalui langkah-langkah proaktif yang telah dilaksanakan seperti berikut:

1) Pelaksanaan Pelan Tindakan Operasi bagi pencegahan pembakaran terbuka dan kebakaran tanah gambut khususnya ketika cuaca panas dan kering.

2) Penggunaan teknologi dron dalam aktiviti pemantauan dan pencegahan.

3) Rondaan bersepadu pada waktu siang, malam serta Hari Kelepasan Am di kawasan berisiko tinggi.

4) Penguatkuasaan tegas di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan 2024) yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap denda maksimum sehingga RM1juta atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

5) Perwakilan Kuasa Penyiasatan kepada agensi penguatkuasa-penguatkuasa lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan serta Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling: Perwakilan Kuasa Penyiasatan Pembakaran Terbuka Tahun 2000.

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, Pentadbiran Daerah Kinta juga turut bekerjasama dengan JAS dan komuniti setempat dalam program advokasi dan sesi libat urus kepimpinan tempatan seperti Jawatankuasa Pembangunan dan

Keselamatan Kampung iaitu JPKK, ketua kampung dan ketua komuniti untuk meningkatkan kesedaran mengenai impak pembakaran terbuka terhadap alam sekitar dan kesihatan awam. Di samping itu juga, Majlis Bandar Raya pula telah menjalankan penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka kecil manakala kes berskala besar dirujukkan kepada JAS dan JBPM.

Sehingga Mac 2025, MBI telah menerima 62 aduan dengan mengeluarkan 16 notis kacau ganggu dan mengenakan 46 kompaun bernilai RM13,400.00 berkaitan pencemaran udara yang berpunca daripada pembakaran terbuka serta bau tidak menyenangkan daripada aktiviti komersial dan kediaman. Sebanyak 34 kompaun bernilai RM9,400.00 turut dikeluarkan sepanjang tempoh 2024 hingga Mac 2025 di bawah Undang-undang Kecil 1986 bagi kesalahan ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, secara kesimpulan, suka saya nyatakan di sini bahawa Kerajaan Negeri komited dalam meneruskan tindakan bersepadu untuk membendung isu pembakaran terbuka demi menjaga kesihatan awam dan kualiti udara. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Pasir Pinji sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih kepada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Aulong. Soalan tambahan saya, selain daripada penguatkuasaan, apakah usaha-usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kepada rakyat untuk menjaga alam sekitar terutamanya pada peringkat sekolah? Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Pinji. Seperti yang sedia maklum, dalam usaha menangani isu pembakaran terbuka ini, kita juga harus sentiasa mengambil langkah untuk meninjau punca-punca atau sebab-sebab kenapa mereka melakukan pembakaran sedemikian perbuatan sedemikian. Walau bagaimanapun, usaha menyemarakkan semangat cintai alam semula jadi merupakan asas segalanya. Dengan memastikan bumi hijau tidak dicerobohi dengan tangan kita sendiri demi generasi yang akan datang. Oleh itu, usaha menerusi pendidikan dan kempen kesedaran masyarakat sentiasa dianjurkan termasuk kempen bahaya pembakaran terbuka dan pendidikan kepada komuniti kaedah pelupusan sampah yang betul. Yang turut melibatkan penyertaan sekolah, masyarakat dan NGO dalam program kesedaran ini. Yang kedua, pada masa yang sama, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan infrastruktur pelupusan sisa dengan menyediakan tong sampah yang mencukupi, menyediakan kawasan pembuangan sampah yang bersesuaian untuk memastikan sistem kitar semula dan pengasingan sisa-sisa dapat diakses dan pada masa yang sama juga pengurusan sisa yang lebih bersistematik. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih Timbalan Speaker. Selamat pagi. Soalan tambahan saya adalah. Tapi dah bagilah.

Timbalan Yang di-Pertua

Tadi tadi. Takpa…takpa Bercham sila dulu.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya sila dulu. Sila…sila bagilah bagi Selama.

Terima kasih Timbalan Speaker. Berkaitan dengan kebakaran, kaitan dengan soalan alam sekitar, pembakaran terbuka dan sebagainya. Kalau dulu kita ada buat program di sekolah. Kerajaan Negeri buat program di sekolah-sekolah dan antaranya ialah pertandinganlah. Pertandingan berkaitan alam sekitar dan kerjasama dengan pihak JPN dan untuk menggalakkan dan memberi pendidikan kepada para pelajar itu sendiri. Jadi adakah program yang seperti itu, diteruskan pada sesi ini?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat daripada Selama kan? Selama. Untuk menjawab soalan pertanyaan daripada Yang Berhormat Selama. Program alam sekitar ini sentiasa diteruskan dengan kerjasama pihak JAS dan pihak JPN dan yang buat masa ini apa yang yang dilakukan oleh JPN ialah program kitar semula dan program hijau, apa, kebun hijau di dalam sekolah. senang juga dilakukan dan kita juga merancang untuk menggiatkan lagi program-program seperti itu. Pertandingan itu diurus di bawah JAS, ada. Ok, terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Timbalan Speaker, izinkan saya untuk satu tambahan sahaja. Senang. Terima kasih. Soalan tambahan saya adalah tentang pembakaran ada, pembakaran ada dua skalalah, besar dan kecil tetapi yang kecil ni berlakunya sentiasa saya nampak dalam mata saya sendiri di kawasan selain di kawasan perumahan, juga di lot-lot kedai dan juga dalam kompaun agensi kerajaan. Di mana saya nampak ada balai polis, ada kem tentera, ada banyaklah saya nampak. Saya tak nak. Saya tak salahkan mana-mana. Cuma cadangan saya sebab sampah mereka bakar tu kebanyakannya daun, dahan. Jadi di mana ini dikategorikan oleh PBT sebagai sampah kebun. Jadi sampah kebun ni kalau ikut kebiasaan lori sampah tu tak kutip. Jadi ini adalah satu percanggahan. Mereka nak buang, nak, rumput nak buang tetapi lori sampah tak terima. Jadi mereka guna pendekatan terus bakar. Jadi haraplah ada satu pendekatan yang lebih baru untuk mengatasi percanggahan ini supaya agensi kerajaan ke kawasan perumahannya tidak membakar dahan-dahan ataupun daun-daun yang kering dan kedua pula tentang juga ada banyak pembakaran terbuka di kawasan pembuangan sampah haram. Di mana kalau mereka rasa PBT tak datang untuk bersihkan, adakala mereka terus bakar. Ada bakar sebab mereka nak ambil sisa logam. Mereka nak bakar itu getah, lepas tayar nak dapat ke tak. Jadi apakah pandangan daripada pihak kerajaan? Terima kasih?

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya…

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Bercham.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila…sila.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Menjawab secara ringkas untuk sampah kebun tu. Sebenarnya Malaysia mereka yg membuang membakar sampah kebun tu. Ya mereka ini, apa, mencintakan kawasan yg bersih. Saya suka…suka saya di sini, mencadangkan supaya kita dapat bekerjasama apabila nak buang sampah kebun ini, bolehlah buang secara ikut batch, janganlah sekali dah buang 2-3 beg, mesti lah pengutip sampah itu merasa terbeban. Nak kutip semua kan? Ok. Mengenai pembakaran di secara haram di tapak pelupusan sampah haram itu. Kami telah mengenal pasti spot-spot yg tertentu dan untuk pemantauan yg lebih tegas dan tindakan akan diambil seterusnya. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Panjang soalan nombor lima.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang. Yang Berbahagia Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera. Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Sebelum saya memberi jawapan, ada satu perkara yang saya ingin bawakan Dewan yang mulia ini. Hari ini saya terbaca satu berita. Sebab kita semua ini adalah rakan dalam Dewan ini. Walaupun dari Pembangkang dan Kerajaan. Berita itu mengatakan seorang lelaki, umurnya 47, telah menaiki teksi e-hailling di Petaling Jaya, pergi ke tempat kerja tetapi sehingga hari ni tak balik. Umur dia 57 tapi nama dia, Muhammad Fauzi bin Mohamad. Jangan, nama dia tapi gambar dia ada gambar Gunung Semanggol. Serius ni, gambar Gunong Semanggol diambil di media room, dan tidak balik rumah, tapi nama dia pulak, Mohd Fauzi bin Mohd Jagan. Jadi minta ambil tindakan lah.

Akhbar mana tu YB? Akhbar…paper apa tu?

Nanban.

Ha?

Nanban.

Oh! patutlah kami tak baca.

Tak baca ha?

Ha YB kena bagitau…angkat tinggi sikit YB tu. Ooo YB sorang je baca ni…

Apa nama dia? Fauzi?

Fauzi. Mohd Fauzi bin Jagan.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat…Yang Berhormat…Yang Berhormat. Kalau nak bercakap, sila berdiri dulu.

Haa…yelah. Ini untuk makluman lah. Balik kepada jawapan saya. Pada tahun 2024 kadar pengangguran suku tahun keempat iaitu Oktober hingga Disember di negeri Perak adalah sebanyak 3.3% iaitu sekitar 38,300 orang daripada jumlah tenaga buruh yang berjumlah seramai 1.14 juta pada suku tahun yang sama. Pengangguran ini adalah berpunca daripada pemilihan bidang pengajian yang tidak sepadan dengan keperluan dan permintaan dalam pasaran semasa di mana sijil atau bidang pengajian yang mereka pelajari di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), kebanyakannya adalah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Ini menyebabkan kelayakan yang mereka ada tidak dapat memenuhi kehendak pasaran semasa.

Bagi menangani isu ini, Kerajaan Negeri Perak melalui Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal atau TVET bagi menyediakan anak-anak negeri Perak dengan kemahiran dan latihan yang diperlukan untuk memasuki pasaran kerja serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kerajaan Negeri telah mengariskan rancangan jangka pendek iaitu quick win sederhana dan panjang long term dalam aspek pembangunan modal insan bagi penggunaan guna tenaga kerja serta bakat yang optimum dalam merancakkan pasaran kerja di negeri Perak. Antara tindakan yang dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak dalam mengurangkan kadar pengangguran adalah melaksanakan beberapa program. Program pertama adalah Program TVET Latihan Modular Industri. Ini dijalankan melalui kerjasama antara syarikat-syarikat industri dan institusi latihan kemahiran yang dilantik untuk memberi latihan kemahiran tertentu. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan keboleh pasaran tenaga kerja tempatan supaya mereka dapat menempatkan diri dalam industri. Pada tahun 2024, sebanyak 56 kursus telah dijalankan secara berperingkat.

Program ini menunjukkan keberhasilan yang tinggi apabila seramai 827 peserta atau 84% daripada 987 peserta ditempatkan bekerja dalam industri di mana program ini telah melibatkan sebanyak 136 majikan dan gaji purata bagi peserta Latihan Modular Industri adalah antara 1600 hingga 2500. Kedua, Program TVET Mahir Kerja. Program TVET Mahir Kerja pula adalah latihan kemahiran jangka pendek yang mampu meningkatkan pendapatan peserta setelah tamat latihan melalui elemen keusahawan dan peningkatan kemahiran dalam sektor pekerjaan. Sepanjang tahun 2024 sebanyak 51 kursus telah dijalankan dengan penyertaan seramai 1574 peserta.

Sehubungan itu, demi memudahkan rakyat Perak dalam usaha mencari kerja, kerajaan negeri telah mempergiatkan usaha dalam memperluaskan platform pencarian pekerjaan. Kerajaan Negeri melalui kemudahan seperti aplikasi Talent Perak di bawah pelaksanaan PASAK dan portal myfuturejobs di bawah pelaksanaan PERKESO. Berdasarkan statistik PASAK, seramai 17,489 ribu orang telah menerima manfaat daripada aplikasi Talent Perak ini. Daripada jumlah ini, seramai 2161 orang telah mendapat pekerjaan melalui aplikasi Talent Perak. Manakala berdasarkan statistik PERKESO pula, seramai 39,941 orang pencari pekerja aktif negeri Perak telah direkodkan setakat 21 Mac 2025 dalam portal myfuturejobs dan daripada jumlah tersebut, seramai 24,345 pencari kerja mempunyai kelayakan diploma dan ke atas. Dalam tempoh yang sama, jumlah kekosongan jawatan di negeri Perak yang diiklankan dalam portal myfuturejobs adalah sebanyak 18,043 kekosongan jawatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,713 kekosongan jawatan untuk pencari kerja yang berkelayakan akademik diploma dan ke atas.

Dalam tempoh yang sama, seramai 646 graduan telah berjaya ditempatkan dalam pekerjaan melalui Program Penempatan Pekerjaan menerusi bantuan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO. Manakala sepanjang tahun 2024, seramai 4,055 graduan telah mendapat pekerjaan. Tambahan pula, Kementerian Sumber Manusia ataupun KESUMA dan PERKESO melalui Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah yang strategik dalam merangsang pasaran buruh negara dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan berpadanan dengan kelayakan akademik pencari kerja tempatan termasuklah dalam kalangan graduan. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut. Pembangunan Sistem Carrier Bridge Tool yang berteraskan kaedah dalam talian yang membantu menghubungkan pencari kerja termasuk graduan dengan pekerjaan yang sepadan mengikut kelayakan mereka. Kedua, membangunkan Sistem Wage Guide yang berperanan untuk membantu pencari kerja mengenal pasti dan mengukur potensi sekaligus membuat keputusan tepat dalam pilihan kerjaya mereka. Sistem Wage Guide ini juga mampu membuat unjuran masa depan melalui graf panduan yang dijana berasaskan teknik pembelajaran mesin iaitu Machine Learning.

Sistem ini juga dapat membantu pencari kerja membuat pemadanan pekerjaan dan perundingan dengan pihak majikan untuk mendapat gaji pada kadar yang lebih sesuai. Tidak cukup dengan itu, KESUMA melalui PERKESO juga melaksanakan profiling dan intervensi secara terus di antara Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan pencari kerja dalam pencarian pekerjaan. Ini adalah untuk memastikan pencari kerja mendapat padanan pekerjaan yang tepat berdasarkan pendidikan dan pengalaman masing-masing. Kerajaan Persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sentiasa berusaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi melalui pelaburan strategik dan berkualiti melibatkan sektor pembuatan ekonomi digital dan lain-lain sektor yang bernilai tinggi. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negeri dan seterusnya menyelesaikan masalah pengangguran graduan lepasan IPTA atau IPTS di negeri Perak.

Antara inisiatif yang dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah pengangguran graduan lepasan IPTA atau IPTS di Perak adalah seperti berikut. Inisiatif subsidi gaji melalui NCER Talent Enhancement Program NTP. NTP adalah satu program inisiatif modal insan kepada syarikat-syarikat yang melabur untuk membuat pengambilan pekerja baru di NCER terutama graduan dari IPTA dan IPTS yang baru menamatkan pengajian. NCIA akan membiayai sebahagian atau 50% daripada kos gaji graduan sehingga RM1000 melalui kaedah pembayaran semula kepada syarikat. Antara sektor yang layak untuk menerima inisiatif ini adalah pertama, sektor pembuatan. Kedua, agri bio. Ketiga, ekonomi digital. Keempat, pelancongan dan kelima logistik. Sehingga tahun 2024 seramai 757 peserta daripada 31 syarikat di negeri Perak menerima manfaat ini dengan jumlah peruntukan yang disalurkan sebanyak RM8.48 juta.

Selain itu tidak hanya memberi tumpuan terhadap bidang pekerjaan Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan terhadap bidang keusahawanan bagi membuka peluang yang lebih luas kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan melalui program TVET yang telah saya uraikan pada awal ucapan saya tadi, di mana program-program TVET di bawah PASAK bukan sahaja memberi penekanan terhadap kemahiran praktikal semata-mata malah turut menyuntik elemen keusahawanan dalam sukatan pelajaran yang disediakan. Ini bagi membentuk tenaga mahir yang berdaya saing sama ada dalam bidang pekerjaan atau bidang perniagaan. Ekoran itu ia mampu meningkatkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Perak. Peningkatan keusahawanan ini akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima Kasih Yang Berhormat Exco. Jawapan yang sangat komprehensif. Antaranya sudah menjawab beberapa soalan tambahan dan saya ucapkan tahniahlah kepada PASAK. Selepas perbahasan saya pada Rabu, malam PASAK menghubungi saya bersetuju dengan cadangan saya untuk diselaraskan kursus-kursus kemahiran ini dengan kehendak industri dan pagi ni pun YB Exco ada menyebut bahawa salah satu punca pengangguran ini ialah kerana bidang kemahiran, kursus ini tidak selaras dengan kehendak industri dan kalau kita lihat apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan nampaknya kadar penggangguran akan menurun sekiranya perancangan dan pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan baik dan semasa saya di institusi pengajian tinggi dulu kan, yang pertama sekali yang menjadi punca kepada penggangguran ini ialah ketidak selarasan kursus dan kehendak industri. Yang keduanya ialah bahasa pada ketika itu Bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Mandarin juga dijadikan sebagai punca graduan kita tidak dapat bekerja di syarikat-syarikat yang melabur antaranya syarikat daripada luar negara. Jadi tak dapat menguasai bahasa mereka. Apakah itu salah satu daripada inisiatif PASAK untuk kita memberi kemahiran penguasaan bahasa yang mencukupi untuk mereka mendapat pekerjaan dengan syarikat-syarikat yang pelaburnya daripada luar negara? Terima kasih.

Terima kasih Pasir Panjang. Berkaitan dengan cadangan pertama iaitu kursus kehendak industri. Saya telah menekankan isu ini dah lama dah dan beberapa modul yang sebelum itu kita adakan dan kita jalankan telah diberhentikan sebab kursus-kursus itu tidak selaras dengan kehendak pasaran. Jadi satu, yang kedua kadar pengangguran akan turun. Memang ia akan turun. Jika kita lihat pada pengangguran. Semasa Covid tahun 2020 kadar pengangguran adalah lebih kurang 5.4% ini di negeri Perak dan 2021 turun sedikit ke 4.9%, 2022 turun lagi ke 3.6%, lepas itu 2023, 3.2% dan pada tahun lepas pada suku tahun ketiga kadar pengangguran di negeri Perak adalah 3.1% padahal di peringkat kebangsaan adalah 3.3% tetapi pada suku keempat adalah lebih kurang kenaikan point 2%. Ini adalah kemungkinan besar selepas menerima keputusan-keputusan daripada institusi pengajian tinggi jadi meningkat. Jadi memang trend penurunan ada dan ada beberapa pelabur besar seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan melabur di Perak dan tetap saya percaya kadar pengangguran kita akan turun.

Berkaitan dengan isu bahasa Malaysia dan Mandarin. Mandarin adalah lebih kepada syarikat-syarikat China yang berurusan dengan Cina dan berurusan dengan kaum Cina khususnya tetapi apabila mereka nak berurusan dengan orang awam, semua kaum dan sebagainya mereka perlu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan dalam undang-undang buruh kita kalau seorang anak dinafikan pekerjaan hanya kerana beliau tidak tahu sesuatu Bahasa, itu adalah salah dari sisi undang-undang. Mereka boleh lapor kepada Jabatan Tenaga Kerja dan tindakan boleh diambil terhadap mereka tetapi untuk jawatan-jawatan tinggi, pengurusan dan sebagainya mereka biasanya minta Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah satu bahasa global yang diperlukan. Jadi jika sesiapa dianiayakan dia tak dapat kerja sebab tidak ada kedua-dua bahasa ini mereka boleh membuat aduan kepada jabatan dan tindakan akan diambil. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Menglembu sila.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tuan Pengerusi, Changkat Jering

Timbalan Yang di-Pertua

Menglembu sila.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Soalan tambahan saya apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kebolehpasaran anak muda di negeri Perak. Terima kasih.

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui PASAK juga menjalankan program Perak Employability Training Scheme atau PERINTIS. Program PERINTIS ini telah dijalankan secara dua fasa pada tahun 2024 dan ini merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak sejak tahun 2022. Dengan berkonsepkan on the job training selama 6 bulan, peserta juga diberikan kursus latihan kemahiran insaniah PERINTIS bertujuan dalam mempersiapkan tenaga kerja yang berdaya saing sebelum memasuki pasaran kerja. Program ini turut membuka peluang kepada peserta yang berpotensi tinggi untuk ditempatkan bekerja dalam syarikat yang mereka jalani latihan. Sepanjang tahun 2024 seramai 56 orang peserta telah menerima manfaat daripada program ini.

Selain itu program-program persediaan kerjaya juga ditambahbaik untuk memastikan kebolehpasaran graduan dan anak muda meningkatkan untuk menembusi pasaran pekerjaan. Antara program persediaan kerjaya yang dijalankan adalah klinik kerjaya yang merupakan program kursus jangka masa pendek dan memberi peningkatan kemahiran dari segi softskill kepada masyarakat khususnya kepada pencari kerja. Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program ini termasuk Bahasa Inggeris, Microsoft, komunikasi dan lain-lain. Seterusnya ada program eksplorasi kampus di mana program ini dijalankan bersama pelajar-pelajar dari Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Institut Latihan Kemahiran (ILK) di seluruh negeri Perak bagi memberi nilai tambah kepada bakal graduan dari segi aspek pembangunan insaniah, persediaan temuduga dan pasaran industri semasa. Melalui langkah-langkah ini Kerajaan Negeri optimis bahawa peluang pekerjaan dapat ditawarkan terus kepada anak muda terutama graduan institusi pengajian tinggi di bandar dan di luar bandar di negeri Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Satu lagi soalan. Sikit saja, soalan sikit saja. Changkat Jering.

Timbalan Yang di-Pertua

Sebab saya sudah bagi 2 soalan. Duduk Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua soalan saya nombor 6.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Tmbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Rungkup. Untuk makluman Yang Berhormat Rungkup, Tahun Melawat Perak 2024 telah dilancarkan sebagai satu inisiatif strategik oleh Kerajaan Negeri bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan. Usaha ini bukan sahaja bertujuan menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara, malah berperanan penting dalam memberi kesan propaganda, minta maaf kesan pengganda multiplier effect kepada ekonomi tempatan. Pendapatan yang dijana melalui perbelanjaan pelancong turut memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat khususnya para pengusaha inap desa, peniaga kecil, pengusaha produk tempatan serta pemain-pemain industri pelancongan yang lain. Tourism Perak telah melaksanakan sebanyak 122 acara yang dan juga aktiviti pelancongan secara rasmi untuk Tahun Melawat Perak 2024.

Program-program ini meliputi pelbagai segmen seni dan budaya, sukan pelancongan, eko pelancongan, gastronomi, warisan serta aktiviti-aktiviti berbentuk komuniti. Sekaligus ini telah berjaya membuktikan keupayaan negeri Perak untuk menjadi destinasi pelancong dalam dan luar negara dengan kiraan kita untuk tahun lepas, kita telah mencapai sekurang-kurangnya 10.2 juta untuk pelancong domestik. Manakala menurut Survey Hotel Guest 2024 yang dilakukan oleh Tourism Malaysia, pelancongan antarabangsa ke negeri Perak mencatatkan peningkatan memberangsangkan daripada 2023 berbanding dengan 2024 di mana kita telah mencapai 970,611 orang pada tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 102,946 orang, peningkatan atau 11.9%. Peningkatan ini menunjukkan keberkesanan strategi promosi pelancongan yang telah dilaksanakan. Data mengenai pelancong domestik pula akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Domestic Tourism Survey yang dijangka hanya akan diumumkan pada pertengahan tahun ini. Perbelanjaan pelancong meliputi pelbagai aspek seperti penginapan, pengangkutan, bahan-bahan api, makanan, minuman, pembelian pelbagai produk seperti cenderahati dan barangan-barangan kampung dan sebagainya serta juga bayaran-bayaran untuk masuk ke kawasan-kawasan pelancongan. Pulangan ekonomi daripada perbelanjaan-perbelanjaan ini dapat diukur dengan secara langsung dan memberi impak signifikan kepada kitaran ekonomi negeri.

Sebagai contoh, secara purata seorang pelancong antarabangsa dijangkakan membelanjakan sekitar RM150.00 minta maaf RM190.00 seorang. Jadi, kita kalau darabkan jumlah itu dengan 970,611 orang untuk tahun 2024 maka angka yang kita dapat itu telah mencecah lebih daripada RM184.4 juta. Itu cuma untuk pelancong antarabangsa sahaja. Ok. Yang jumlah ini kita dapat lihat belum termasuk dengan pelancong domestik. Jadi kejayaan Tahun Melawat Perak ini telah menjadi bukti bahawa sektor pelancongan mampu menjadi pemangkin kepada satu sektor utama kepada pembangunan ekonomi negeri bukan sahaja untuk menjana pendapatan, bahkan ia turut boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan juga menggalakkan penglibatan komuniti sejagat dalam urusan ekonomi negeri serta memperkukuhkan identiti serta budaya tempatan sebagai tarikan unik negeri ini. Pada tahun ini, pelbagai produk pelancongan baru telah pun menerima suntikan kewangan daripada pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan infrastruktur pelancongan yang lebih baik.

Antaranya adalah termasuk menaik taraf kemudahan dan infrastruktur pelancongan di kawasan Laman Tanjung Belanja Parit, menaik taraf kawasan tumpuan pelancong di Laman Anjung Pelita Kampong Gajah, menaiktaraf infra asas eko-pelancongan di Lata Tebing Tinggi Selama serta bina baru tandas di kawasan pelancongan Sungai Dipang. Produk-produk baru yang telah diluluskan ini adalah langkah awal untuk memperkenalkan Perak sebagai destinasi pelancongan berdaya saing di Malaysia. Lokasi-lokasi seperti Laman Tanjung Belanja, Laman Anjung Pelita, Lata Tebing Tinggi dan juga Sungai Dipang bakal menjadi tarikan pelancongan yang akan diangkat menjadi destinasi utama negeri ini. Projek ini juga menjadi asas dalam perancangan memperkenalkan lokasi-lokasi baru dan juga setentunya dalam usaha-usaha untuk kita memperkenalkan lokasi-lokasi baru tidak ketinggalan juga untuk kita peruntukan-peruntukan negeri atau pun mahu pun persekutuan untuk mengembangkan atau juga untuk menaiktaraf semula atau pun untuk maintenance works untuk kawasan-kawasan yang sedia ada terutama terutamanya di ikon-ikon pelancongan di dalam kawasan-kawasan di negeri Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Rungkup sila.

Terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan tadi. Apakah strategi dan langkah-langkah seterusnya terutama dengan kewujudan Tahun Melawat Malaysia yang akan datang untuk kita meneruskan momentum yang telah kita dapati dengan adanya Tahun Melawat Perak pada tahun ini. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rungkup. Strategi seterusnya setentunya melibatkan banyak arah tuju dan juga banyak strategi. Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk bercakap panjang lebar sebab masa dah hampir nak habis tetapi antara strategi utama yang kita perlu adakan adalah hubungan yang erat dengan Kerajaan Persekutuan. Jadi seperti yang saya katakan selama ini pun antara salah satunya ialah selama ini kita walau pun semasa saya duduk di sini atau saya duduk di belah sana, bertahun-tahun kita mengadakan pelbagai pihak telah menjadi kerajaan, saya tidak ingin menuding jari kepada siapa-siapa tetapi hubungan negeri Perak dengan Kerajaan Persekutuan sangat penting dan kita boleh lihat dalam Kerajaan Perpaduan terkini, hubungan kita semakin erat dengan Kerajaan Persekutuan dan itu telah menambahkan apa yang dikatakan telah menambahkan peruntukan yang telah diberikan kepada negeri Perak dan ini sangat strategik dan juga sangat penting kepada kita di negeri Perak kerana kemampuan negeri kita di negeri Perak agak terhad kerana saya berkata kita adalah negeri yang menghadapi Middle Charles Syndrome, kita bukan negeri terkaya mahupun negeri termiskin.

Jadi kebiasaannya negeri negeri di tengah ni, kadang-kadang dia sukar dilihat oleh Kerajaan Persekutuan sebab mereka tidak terpaksa untuk melaburkan modal kerana negeri itu maju atau mereka tidak perlu terpaksa untuk membantu kerana negeri itu miskin. Jadi walau bagaimanapun, di bawah pimpinan Amat Berhormat Menteri Besar kita, kita telah berjaya memperkukuhkan. Jadi, hubungan kita walaupun dalam sektor ekonomi seperti industri pelancongan mahu pun perkhidmatan awam, kita telah berjaya mendapat banyak peruntukan berbanding dengan pentadbiran-pentadbiran terdahulu. Itu nombor satu. Nombor dua, kita juga perlu menerangkan kepada pemain-pemain industri seperti yang telah ada di dalam negeri ini adalah untuk kita perlu melabur semula reinvestment dengan izin reinvestment itu sangat penting. Saya bagi salah satu contoh di kawasan-kawasan pelancongan atau kita, kata ikon-ikon pelancongan negeri Perak ini yang mungkin terdahulu. Kita lihat untuk satu masa agak panjang mungkin dalam 10 tahun, berbelas tahun tempat itu mendapat sambutan yang agak baik tetapi di dalam masa sekarang mungkin kita lihat jumlah pelancong menghadiri kawasan itu semakin berkurangan. Ok sebagai contoh saya nak tekankan di sini. Kalau press nak ambil minta tolong tekankan ini kepada semua yang ada. Sebagai contoh di kawasan pekan lama Ipoh yang selama ini menjadi tumpuan. Kalau kita hujung minggu kalau ada cuti memang jammed dekat situ. Orang Ipoh memang tak ke situ sebab penuh dengan pelancong tetapi kebelakangan ini kita boleh lihat bahawa jammed di kawasan-kawasan tersebut telah kurang.

Jadi antara masalah kita dengan kawasan pelancongan adalah pelaburan semula. Peniaga-peniaga, penggiat-penggiat industri tak kiralah pengilang, retail seller atau pun pelancongan. Kita perlu ada satu tabung untuk melabur semula. Contohnya kita telah untung RM100 ribu. Biar ada 10% kita simpan dalam tabung. Kita untung RM1 juta, ada 10% simpan dalam tabung kerana kita tahu dalam setahun, dua tahun, tiga tahun, benda-benda di kawasan pelancongan kita memerlukan upgrade, memerlukan bina baru, memerlukan penukaran wajah dan benda-benda yang rosak perlu diperbaiki. Ini menjadi masalah apabila peniaga kita tidak mempunyai tabung tersebut. Apabila dia tidak mempunyai tabung tersebut, di mana hotel dia atau pun kawasan pelancongan dia, ataupun tempat makanan dia menjadi uzur, apabila mereka uzur. Jadi apa yang berlaku ialah pelancong-pelancong akan ke kawasan baru. Sebagai contoh, saya gunakan balik ini. Di Ipoh sebagai contoh lagi, mungkin Pekan Lama kita tengok dah berkurangan angka-angka. Atau kita duduk, jammed dia dah kurang tetapi pada masa yang sama di kluster sekitar Tasik Cermin kita boleh lihat memang jem habis, telah berpindah ke sana pula. Jadi pelaburan semula sangat penting untuk kita boleh memajukan Perak iaitu dalam masa sama kita membina baru tetapi kita jangan yang tempat sedia ada kita ketinggalan. Terima kasih.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Yang di-Pertua satu soalan, boleh ya.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Changkat Jering soalan tambahan adalah berkenaan dengan tarikan pelancong terutama pelancong dalam negeri. Masalah yang ketara sekarang ini adalah masalah parking yang terhad. Jadi pihak Exco apakah inisiatif solusi untuk nak mengatasi tempat-tempat, bila ada tempat pelancong parking yang masalah itu sahaja? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. of course tentunya kalau saya nak kata senang sahaja boleh tanya Kerajaan Tempatan. Kan? Tetapi selain daripada itu, saya rasa ialah kita mempunyai pelbagai faktor. Nombor satu, di mana setentunya perancangan Kerajaan Tempatan sangat penting tetapi keduanya juga perlu ada pengangkutan-pengangkutan awam, sebagai contoh. Saya difahamkan Kerajaan

Pusat sedang berusaha untuk mendapatkan sebagai contoh, sekarang kita tengok setiap hujung minggu atau cuti kita mungkin mempunyai kegerunan sikit nak masuk Lebuhraya Utara Selatan. Jadi kita perlu untuk menaikkan pendidikan atau kita kata apa, kesedaran kepada penggunaan WCE. Sebenarnya kadang-kadang apa yang kita lihat sebagai negatif, kadang-kadang tidak semestinya negatif. Dia boleh jadi positif kepada kita. Apabila kita gunakan sebagai contoh, kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan boleh kita katakan, kita boleh membawa kesedaran kepada mereka untuk mengguna WCE dan apabila mereka mengguna WCE itu, maka timbullah kita punya peluang-peluang untuk sepanjang jajaran itu, kampung-kampung yang dulunya sunyi sepi sekarang mempunyai peluang untuk menonjolkan keindahan perkampungan terutamanya bendang-bendang yang ada di sepanjang situ ataupun di sepanjang pantai. Pengusaha-pengusaha dulu yang tak ada peluang sekarang mempunyai peluang.

Ok sebagai contoh lagi yang sama pada saya guna contoh sebagai Ipoh tadi sebagai contoh. Dulu kita tengok kita ramai bertumpu kepada pekan, jammed dekat situ, maka ada juga tempat pelancongan baru, ok supaya mereka tidak masuk ke kawasan sesat. Pergi ke tempat baru yang kurang sesat. Jadi pada masa yang sama, dia juga sebagai satu kalau kita ambil daripada pandangan positif, ia juga menjadikan satu peluang kepada satu kawasan kluster baru untuk dibinakan tidak jauh daripada kluster sedia ada. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk mengemukakan soalan. Sila.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Pangkor soalan nombor 7.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kekanda Pangkor atas soalan yang dibangkitkan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan yang telah diajukan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Pangkor yang bertanyakan berkenaan kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat Pangkor, berdasarkan Laporan Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak, kes penderaan di negeri Perak adalah sebanyak 705 orang, 705 kes pada tahun 2024 melibatkan 306 orang kanak-kanak lelaki dan 399 orang kanak-kanak perempuan. Manakala bagi tempoh sehingga 28 Februari 2025, terdapat sebanyak 142 kes telah dicatatkan di seluruh negeri Perak berbanding tempoh yang sama tahun lepas, 2024 sebanyak 111 kes. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak sentiasa memandang serius dan memberikan keutamaan kepada semua kes penderaan kanak-kanak yang diadukan kepada pihak jabatan. Setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di negeri Perak mempunyai Pegawai Pelindung Kanak-Kanak yang dilantik di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kes-kes penderaan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, sepanjang tahun 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, kita telah mengadakan ataupun melaksanakan sebanyak

30 Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak, KASIH Kanak-Kanak di seluruh negeri Perak dengan kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk sama-sama menjayakan program ini dan juga semua yang terlibat bagi memastikan program ini dapat kita lakukan yang mana kita turun sendiri bersama JKM ke sekolah-sekolah yang telah menjayakan program ini untuk memberi ilmu-ilmu terutamanya kepada anak-anak kita, perkara-perkara yang perlu mereka lakukan dan juga tindakan-tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku penderaan ataupun penganiayaan kepada kanak-kanak. Insya Allah program seperti ini sedang dirangka dan akan digerakkan semula agar kesedaran yang berterusan dapat diwujudkan kepada anak-anak kita. Ini melalui program yang dilakukan oleh JKM tetapi kita juga ada program-program advokasi yang dilakukan oleh persatuan-persatuan termasuk juga daripada Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam menangani isu penderaan kanak-kanak adalah mustahil jika hanya diletakkan di bahu JKM Negeri Perak semata-mata. Pendekatan sinergi dan merentas jabatan mahupun portfolio perlu digarap agar ramuan yang terbaik dapat kita hasilkan. Maka kerjasama yang baik daripada agensi-agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendaftaran, NGO serta orang perseorangan yang menyalurkan maklumat tentang kes-kes penderaan kanak-kanak, amat-amat diperlukan agar kita sama-sama dapat menguruskan kes tersebut dengan baik. Selain itu, program interaktif turut dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi dan Kaunseling di seluruh negeri Perak kepada kanak-kanak dan ibu bapa penjaga. Program ini merupakan salah satu peruntukkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 yang mewajibkan kehadiran ibu bapa, penjaga dan anak mereka menjalani program intervensi yang diterapkan. Intervensi ini bertujuan memperbaiki kefungsian keluarga. Melalui intervensi tersebut, keluarga akan mempelajari kaedah mengenalpasti permasalahan, penyelesaian masalah serta menggunakan pendidikan dan pengetahuan terbaik menguruskan sistem kekeluargaan mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat sekiranya Yang Berhormat Pangkor ingin tahu lebih kurang data di keseluruhan negeri Perak terutamanya daripada 705 kes yang dilaporkan, Daerah Manjung pada tahun lepas mencatatkan daerah kedua tertinggi iaitu 151 kes. Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, sila.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan. Kita tahu dalam jenis kes-kes penderaan terhadap kanak-kanak. Adakah kes serangan seksual dan sumbang mahram, keganasan terhadap kanak-kanak tinggi dilaporkan di Perak?

Semua kes yang saya sebutkan itu, ia termasuk dalam penderaan, penganiayaan kepada kanak-kanak, penderaan seksual, semualah. Maknanya ada penderaan-penderaan yang berlaku case by case. Jadi atas faktor itu jugalah ya, kita menggesa agar sekiranya perkara-perkara ini berlaku, orang ramai boleh membuat laporan ataupun ibu bapa atau penjaga yang tahu kes penderaan ini berlaku boleh melaporkan ke talian KASIH 15999 kerana mustahak untuk kita memberikan hak-hak yang terbaik kepada anak-anak untuk mereka merasa berada dalam satu skop lindungan yang selamat dan disebabkan itu juga di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kepada sesiapa yang tahu penderaan ataupun berlaku penganiayaan kepada kanak-kanak dan tidak melaporkan, mereka boleh turut sama didenda iaitu sehingga RM5 ribu ataupun tak lebih dua tahun penjara atau boleh kedua-duanya sekali. Makna seriusnya kita menangani permasalahan ini termasuklah apabila kita menyediakan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak, PPKK dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak bagi melindungi kanak-kanak. Jadi kes yang kita laporkan itu kes pelbagai lah.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat dengan ini, maka tamatlah sesi soalan pada hari ini. Setiausaha Dewan, sila baca Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya.

Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang ialah usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut ‘Ampun Tuanku Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini, merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah pun mendapat sokongan. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat ialah selama 20 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. (Bacaan doa). Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat berkumpul dalam Dewan dalam Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas ini dalam suasana yang aman, tertib dan penuh tanggungjawab. Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua izinkan saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sultan Perak Darul Ridzuan di atas Titah Diraja yang sangat menyeluruh, berwawasan sarat dengan peringatan dan amat menyentuh jiwa. Titah Tuanku bukan sahaja mengandungi unjuran dasar dan keprihatinan terhadap realiti rakyat, malah menyeru semua pihak baik pemerintah baik…baik pemerintah mahupun rakyat agar menjunjung amanah dengan penuh rasa tanggungjawab dan keinsafan. Behrang juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat

Berhormat Menteri Besar barisan Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan ahli dewan, ketua-ketua jabatan, pelbagai agensi pengamal media serta para pemerhati sama ada di dalam Dewan mahupun secara atas talian.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sidang Dewan kali ini saya merasa agak sayu kerana kerusi di sebelah saya telah kosong. Tidak ada lagi celoteh dan teka teki daripada Allahyarham Tuan Haji Ishsam Shahrudin seperti setiap kali beliau memulakan perbahasan. Pemergian beliau pada 22 Februari 2025 yang lalu merupakan kehilangan besar bagi Dewan yang mulia ini terutama kepada rakyat Ayer Kuning dan juga pada dunia sukan serta kerja-kerja kemasyarakatan negeri Perak. Marilah kita sama-sama mendoakan roh arwah dicucuri rahmat diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan para solehin. Kepada isteri dan anak-anak beliau serta seluruh ahli keluarga saya ucapkan innalillahi wainna ilaihi rojiun dan semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan. Insya Allah, pada persidangan yang akan datang, kerusi di sebelah saya ini akan diisi oleh Berhormat yang Ahli Yang Berhormat yang baru dan saya percaya pada 26 April ini, rakyat di Ayer Kuning akan memilih pengganti yang mampu menyambung dan meneruskan segala perancangan dan perjuangan arwah. Mereka akan memilih Sejahtera Bersama. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Behrang memulakan perbahasan menjunjung kasih atas titah Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah bertitah penuh bijaksana dan wibawa menyentuh pelbagai aspek penting yang menyantuni realiti semasa rakyat negeri ini.

Titah Tuanku umpama cahaya purnama menyuluhi malam gelita memberi arah memberi pedoman menyedarkan kita bahawa pemerintahan bukan hanya tentang kuasa tetapi tentang amanah yang bakal dipersoalkan di hadapan Tuhan seperti Firman Allah Subhana Ta'ala yang bermaksud ‘Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sesama manusia. Sedangkan kamu mengetahuinya, Surah Al Anfal ayat 27’. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam titah Tuanku ada dizahirkan prestasi dan hala tuju ekonomi negeri dengan pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak bersama barisan Exco dan pelbagai jabatan dan agensi. Jalinan hubungan kerja yang baik dengan Kerajaan Persekutuan juga meletakkan landasan…landasan yang baik ke arah mencapai sasaran sejahtera politik, sejahtera ekonomi dan sejahtera sosial.

Pelbagai inisiatif sejahtera sosial yang telah dilaksanakan menunjukkan kemajuan memberangsangkan yang mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri membawa perubahan positif kepada rakyat negeri Perak. Tiga kemudahan baru kesihatan yang beroperasi di Perak iaitu Hospital Seri Iskandar, blok tambahan Hospital Seri Manjung dan blok Jabatan Transfusi Hospital Raja Perempuan Raja Permaisuri Bainun. Maka Behrang ingin menyatakan membawa isu yang pertama iaitu Kecemasan Klinik Kesihatan Tanjong Malim. Ucapan terima kasih dan permintaan menaiktaraf. Behrang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas usaha mengoperasikan semula unit kecemasan 24 jam Klinik Kesihatan Tanjong Malim mulai 15 April yang lalu. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan kerana mendengar segala keluh kesah rakyat di Tanjong Malim selepas perkhidmatan 24 jam di KKM ini dijalankan secara on call. Pengoperasian semula secara aktif sangat melegakan terutamanya kepada warga Dun Behrang dan kawasan sekitar yang sering berdepan dengan kecemasan diluar waktu operasi biasa. Ia juga melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan penjagaan kesihatan rakyat luar bandar.

Namun, realitinya kini dengan pertambahan populasi serta perancangan pembangunan mega Automotif Hi-Tech Valley (AHTV), faciliti ini sudah tidak lagi memadai. Kesesakan ruang pertambahan jumlah pesakit, kekurangan kakitangan serta peralatan moden menyebabkan pengalaman rawatan menjadi lambat dan tidak selesa. Lantas memberi tekanan kepada barisan hadapan kesihatan juga para pesakit. Behrang dimaklumkan bahawa cadangan untuk membina Klinik Kesihatan Tanjong Malim jenis dua, lengkap dengan kuarters telahpun diluluskan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia dan kini telah dikunci masuk bagi pertimbangan kelulusan Kementerian Kewangan. Perkembangan ini amatlah Behrang alu-alukan, namun Behrang ingin menyarankan agar pelaksanaan projek ini dapat disegerakan dan dimulakan selewat-lewatnya pada tahun 2026 memandangkan keuzuran bangunan sedia ada yang telah lama beroperasi dalam keadaan yang tidak kondusif. Cadangan ini juga telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Perak bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan kepimpinan negeri Perak sekaligus memperkukuhkan justifikasi bahawa keperluan naiktaraf ini bukan sahaja mendesak dari sudut kemudahan tetapi juga strategik dari segi pembangunan wilayah selatan negeri. Behrang percaya dengan komitmen Kerajaan Pusat dan negeri projek ini mampu menjadi pemangkin kepada jaringan kesihatan berkualiti selaras dengan pertumbuhan pesat Tanjong Malim sebagai hub industri dan pendidikan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, perkara kedua adalah pemberdayaan wanita dan belia. Menjunjung semangat Titah Tuanku dalam perenggan 30 dan 31. Behrang menyambut baik penganjuran Persidangan Perundingan Wanita Perak yang pertama kali diadakan. Bermulanya dengan Program Wanita Inspirasi Negeri Perak pada tahun 2023. Sehingga terhasilnya Persidangan Perundingan Wanita pada Februari 2025 yang lalu. Ini adalah manifestasi dan hasrat cetusan idea daripada Exco Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dalam mewujudkan sebuah platform berdaya maju bagi memperkasakan wanita. Meningkatkan kebolehan serta mengasah bakat kepimpinan mereka. Usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Dato’ Salbiah dalam memperjuangkan pembangunan wanita di negeri Perak bukan sahaja amat dihargai, malah menjadi sumber inspirasi kepada wanita di negeri ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan atas inisiatif yang mulia dan membawa impak besar kepada golongan wanita di negeri ini. Persidangan ini bukan sahaja satu sekadar satu platform untuk berkongsi idea dan pengalaman tetapi ia juga menjadi satu medan untuk wanita memperkukuhkan rangkaian, memperkasakan peranan wanita dalam pelbagai sektor dan mencari solusi yang terbaik bagi menangani cabaran semasa.

Dalam era yang semakin mencabar ini, wanita perlu terus maju ke hadapan bukan sahaja sebagai pendukung keluarga tetapi juga sebagai pemimpin dalam pembangunan negara. Namun, masih ramai wanita di luar bandar yang tidak mempunyai peluang pekerjaan. Masih ramai belia juga terperangkap dalam kitaran tidak cukup pengalaman dan tidak diberi peluang. Justeru, Behrang mencadangkan agar diwujudkan satu program khas bawah di bawah Kerajaan Negeri khusus untuk Dana Pemerkasaan Wanita dan Belia Perak untuk membantu mereka memulakan apa-apa pekerjaan dari rumah, menjalani latihan AI Digital Marketing dan juga kemahiran Industri 4.0.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, isu yang ketiga adalah perumahan Orang Asli. Rumah padat, jiwa terhimpit dan padat. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga turut prihatin dan menzahirkan titah memastikan setiap rakyat dapat mendiami rumah sama ada melalui pemilikan mahupun sewaan selain usaha untuk keperluan rumah kepada golongan berpendapatan rendah. Saya juga ingin menarik perhatian terhadap keperluan perumahan bagi Orang Asli. Behrang memohon agar isu perumahan masyarakat orang asli dapat dimasuk dan dimasukkan dalam keutamaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Di Dun Behrang terdapat 28 buah perkampungan Orang Asli dengan 21 orang Tok Batin dan jumlah ketua isi rumah melebihi 2,000 orang. Dalam siri-siri ziarah ke perkampungan orang asli, terdapat banyak rumah yang dihuni oleh lebih daripada dua keluarga. Ada yang sebuah rumah 3 keluarga 4 keluarga. Malah terdapat juga keluarga Islam dan keluarga bukan Islam tinggal di dalam sebuah rumah dalam ruang yang sempit. Ini bukan sahaja melibatkan kesesakan tetapi menyentuh juga soal maruah dan keperluan agama beragama yang sewajarnya dihormati. Situasi ini membahayakan dari segi kesihatan dan keselamatan serta memberi impak kepada pertumbuhan akhlak anak-anak.

Justeru, saya memohon agar Kerajaan Negeri mempercepatkan pembinaan rumah khas orang asli yang lengkap dengan ruang ibadah, kebun kecil dan akses kepada kemudahan asas. Isu yang keempat, peluang pekerjaan kepada orang asli. Bagi mengurangkan kebergantungan orang asli kepada sumber alam sebagai sumber ekonomi Behrang memohon kerajaan untuk menyediakan pusat latihan kursus kepada Orang Asli Negeri Perak terutamanya di dalam Dun Behrang. Dengan kepesatan pembangunan pelbagai industri dalam negeri ini, adalah diharapkan orang asli juga dapat turut serta mengisi pasaran pekerjaan dalam industri-industri yang kita rancangkan ini. Ini dapat juga membantu mengeluarkan golongan ini daripada garis kemiskinan.

Isu yang seterusnya adalah perumahan mampu milik dan kos rendah. Menjunjung Titah Tuanku Sri Sultan pada perenggan yang ke 19, Perak ingin mengangkat isu perumahan mampu milik dan kos rendah yang semakin menjadi kegusaran utama rakyat khususnya golongan B40 dan M40 di kawasan Tanjong Malim, Behrang dan Proton City. Dalam tinjauan yang dilakukan, ramai anak muda dan keluarga muda di kawasan ini menyuarakan kesukaran memiliki rumah kerana harga rumah yang ditawarkan jauh lebih tinggi daripada kemampuan mereka. Behrang menyambut baik inisiatif kerajaan melalui dasar perumahan negeri yang menetapkan setiap projek pembangunan melebihi 20 ekar perlu menyediakan sekurang kurangnya 40% unit rumah mampu milik.

Namun, realitinya di lapangan pelaksanaan dasar ini sering digugat oleh permohonan pelepasan kuota bumiputera secara besar-besaran tanpa justifikasi yang kukuh. Behrang memohon agar Kerajaan Negeri lebih tegas dalam memantau dan mengawal pemaju supaya dasar yang digubal tidak hanya tinggal sekadar di atas kertas, tetapi memberi benar-benar memberi manfaat kepada rakyat negeri ini. Behrang juga menyarankan agar satu program seperti Skim Sewa Perak Sejahtera dan Pinjaman Perumahan Kos Rendah Bumiputera diperluaskan liputannya dan dimudahkan cara proses permohonan. Warga Dun Behrang juga menyatakan kekangan mereka bukan semata-mata soal pendapatan tetapi soal dokumentasi kelayakan pinjaman dan kekurangan akses maklumat. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri boleh mewujudkan Kaunter Bergerak Khas Perumahan Rakyat yang turun ke kawasan luar bandar dan pekan kecil bagi membantu rakyat mendaftar menilai kelayakan dan memberi taklimat tentang peluang pemilikan rumah. Perumahan juga bukan hanya soal infrastruktur tapi maruah dan masa depan rakyat. Behrang juga mengharapkan agar pelbagai isu rumah Perakku di Hulu Bernam & Trolak dapat segera diatasi dan rumah-rumah tersebut dapat disiapkan segera seboleh bolehnya sebelum bermulanya tahun 2026.

Seterusnya Negeri Perak juga berperanan sebagai penyumbang utama makanan berasaskan ternakan di negara ini. Pengeluaran susu segar mencapai lebih 9 juta liter mengatasi keperluan 5.7 liter keperluan rakyat negeri. Di dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran Negeri Perak dinyatakan terdapat 77 bilangan rizab padang ragut sedia ada di negeri Perak dengan keluasan 10,069 ekar dan masih ada beberapa padang ragut yang belum diwartakan dan masih di dalam permohonan. Behrang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat segera mewartakan padang ragut tersebut dan merombak semula pengurusan dan pentadbiran sistem padang ragut agar lebih komprehensif di seluruh negeri Perak agar lebih teratur, inklusif, berdaya saing dan mampu menjadi pemangkin kepada kepada industri pedaging dan tenusu di negeri Perak. Ini juga dapat membantu menyelesaikan beberapa isu haiwan liar di negeri Perak.

Seterusnya isu yang seterusnya adalah isu 3R dan media sosial. Racun sampingan demokrasi. Dunia digital bukan lagi sempadan khayalan. Akaun media…akaun media sosial palsu yang menyerang keharmonian antara kaum dan agama kini tumbuh bak cendawan. Cybertrooper yang menyebarkan kebencian tanpa nama tanpa wajah, tetapi kesannya amat besar sekali. Fenomena politik kebencian berasaskan agama, kaum dan raja semakin berleluasa melalui hantaran-hantaran di media sosial yang disensasikan tanpa sempadan, etika dan fakta. Isu-isu sensitif yang dulunya ditangani dengan penuh hati-hati kini dipermainkan demi like, share dan sokongan murahan. Lebih membimbangkan, ada pihak yang sanggup memanipulasi sentimen agama dan kaum secara teransang untuk menjatuhkan musuh politik tanpa mengira kesan buruk terhadap perpaduan rakyat dan kestabilan negara. Sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku dalam perenggan ke 34 hingga perenggan yang ke 37. Isu 3R ini telah sampai ke tahap yang meresahkan. Tuanku mengingatkan bahawa Tuanku mengingatkan kita bahawa wira kaum dan wira agama tidak seharusnya menjadi suara yang melaga-lagakan tetapi menjadi jambatan pemersatu membentuk perpaduan.

Oleh itu, Behrang mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan unit pantas pemantauan kandungan berunsur hasutan yang bukan hanya bertindak selepas aduan diterima tetapi juga memantau secara proaktif dan bekerjasama dengan platform digital bagi membendung akaun-akaun palsu yang menjadi punca penyebaran kebencian. Selain tindakan penguatkuasaan, kita juga perlu melaksanakan pendidikan media, literasi di sekolah-sekolah dan komuniti supaya rakyat khususnya golongan belia tidak mudah menjadi mangsa atau agen penyebaran maklumat palsu.

Kalau rebung biarlah rapuh, Bila dewasa tak tegak tumbuh, Jika fitnah dibiarkan ampuh,

Negara akan punah runtuh.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua seterusnya, pendidikan TVET dan AI Modal Insan masa depan. Menjunjung titah Tuanku dalam perenggan 15 dan 16, Behrang menyokong penuh usaha menjadikan Perak sebagai koridor TVET dan Pusat Integrasi AI. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada model pendidikan lama. Sebagai contoh, bidang data analitik, kenderaan elektronik dan automasi industri akan menjadi nadi kepada AHTV di Tanjong Malim. Namun, majoriti anak muda masih tidak terdedah kepada peluang ini. PASAK dan agensi-agensi lain dan ini perlu lebih agresif menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat besar untuk latihan industri dan biasiswa kepada pelatih. Menjadikan TVET bukan sekadar latihan tetapi laluan sebenar kepada pekerjaan bergaji tinggi. Begitu juga masih ramai ibu bapa yang menganggap TVET sebagai pilihan terakhir sedangkan hakikatnya ia adalah laluan strategik ke arah kerjaya berpendapatan tinggi dan berkemahiran tinggi. Kita juga harus memanfaatkan AI secara menyeluruh bukan sekadar…

Sikit lagi Timbalan Yang di-Pertua. Kita juga harus memanfaatkan AI secara menyeluruh bukan sekadar pada tahap penggunaan tetapi juga sebagai pencipta teknologi. Pelajar perlu didedahkan kepada pemikiran kritikal, pembangunan aplikasi rekabentuk sistem pintar dan etika AI agar Perak tidak sekadar menjadi pengguna sebaliknya…sebaliknya menjadi pengeluar teknologi masa hadapan. Behrang mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan penubuhan Akademi Pintar Perak, sebuah institusi berasaskan AI dan digitalisasi sebagai pelengkap kepada inisiatif PASAK dan TVET sedia ada agar lebih fokus tersusun dan berimpak tinggi.

Timbalan, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup sedikit seruan saya, seruan kepada politik sejahtera. Akhir sekali, saya menyeru seluruh wakil rakyat, marilah sama-sama kita berpolitik dengan akhlak berasaskan nilai-nilai agama yang menyeru kepada rahmat dan belas ehsan belas kasihan. Titah Tuanku tiada agama yang mengajar keburukan. Tiada agama yang mengajar melanggar peraturan. Bahkan Islam sendiri menegaskan dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu menolong tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan Surah al-Ma'idah ayat 2. Politik bukan medan permusuhan tetapi platform perjuangan yang luhur. Namun, malangnya hari ini kita lihat politik sering dicemari dengan fitnah, perpecahan…perpecahan dan budaya melaga-lagakan rakyat. Kita lupa bahawa setiap patah perkataan setiap keputusan dan setiap dasar yang kita laksanakan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tanggungjawab sebagai pemimpin adalah amanah bukan anugerah. Ia datang bersama beban dan hisab.

Titah Tuanku mengajak kita menjauhi politik kebencian dan kembali kepada politik yang menyantuni politik yang membina bukan meruntuh. Politik yang mengangkat nilai hikmah, keadilan dan kasih sayang, bukan emosi, dendam dan nafsu kuasa. Kita perlu tampil sebagai pemimpin yang menjadi pemudahcara bukan penghasut. Pemimpin yang merapatkan jurang bukan melebarkan permusuhan. Lihatlah bagaimana rakyat biasa masih mampu hidup harmoni tanpa syak wasangka yang apabila syak wasangka hanya apabila mereka tidak diracuni oleh retorik politik yang sempit. Saya menyeru agar kita semua kembali kepada politik beragama, bukan memperdagangkan agama tetapi mengamalkan prinsip agama dalam tutur kata dalam tindakan dan dasar kerana agama tidak pernah menyuruh kita menghina, menindas atau mencaci. Agama hadir untuk memperindah akhlak, menegakkan keadilan dan menjaga keharmonian.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. Surah Al Hujurat ayat 10. Maka mari mari marilah kita sama-sama bangunkan negeri ini dengan ilmu dengan amanah dan adab agar negeri Perak ini terus makmur. Rakyat sejahtera dan pemerintahnya disegani dunia dan diberkati Tuhan.

Negeri indah kerana rakyatnya, Rakyat tenang kerana pemimpinnya, Jika politik dibajai agama, Negeri makmur rakyat sejahtera.

Sekian Behrang mohon menyokong dan menjunjung kasih. Daulat Tuanku. Wabillahi taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi taala Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Behrang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk memulakan perbahasan. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil Alamin rabbihi nas tain Allah yang a'la Sayyidina Muhammad wa ala Ali Saidina Muhammad. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan rakan daripada pembangkang. Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati dan para media dan seterusnya tuan-tuan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebagai permulaan, suka saya memulakan ucapan perbahasan Titah Tuanku Paduka Seri Sultan Perak pada hari ini dengan membaca firman Allah Subhanallah Wata'ala. Sebagaimana yang telah dititahkan oleh Baginda Tuanku dengan membaca maksudnya iaitu surah Al-Anbiya ayat 35 (bacaan ayat al-Quran) setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami. Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah Subhana Wata'ala kerana dengan izin kita masih diberi kesempatan untuk bersemuka, berbahas dan berbincang dalam persidangan pada hari ini. Mudah-mudahan persidangan kita pada hari ini diberkati dan dirahmati Allah Subhanallah Wata'ala.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada Lubok Merbau untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada pagi ini. Saya memulakan ucapan perbahasan saya dengan merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena istiadat perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas yang telah berlangsung semenjak hari Selasa yang lalu. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya juga ingin memanjangkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai Almarhum Yang Berhormat Ishsam Shaharuddin yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Februari yang lalu. Begitu juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai Almarhum Tun Abdullah Badawi yang telah kembali kerahmatullah pada 14 April yang lalu. Semoga kedua-dua almarhum diletakkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta diterima segala amalan-amalan mereka. Insya Allah.

Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Lubok Merbau melahirkan rasa syukur dan gembira atas prestasi kewangan Negeri Perak yang semakin baik dan kukuh sejak kebelakangan tahun ini. Sudah tentulah kejayaan ini adalah satu perkembangan yang positif, yang mesti disambut oleh semua pihak. Kejayaan ini tidak akan terhasil jika tidak kerana usaha dan pengorbanan semua pihak khususnya penjawat awam yang begitu komited bagi memastikan urusan kewangan dan perbendaharaan negeri ini berjalan dengan lancar dan telus. Namun suka saya ingatkan kepada Kerajaan Negeri supaya tidak mudah berpuas hati dengan prestasi yang sedia ada, sebaliknya mestilah lebih bekerja keras terutamanya bagi menghadapi impak tarif Presiden Trump yang diumumkan baru-baru ini. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri cuba meneroka sumber pendapatan yang baharu untuk menambahkan pendapatan ekonomi negara, ekonomi negeri. Maaf. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di sebalik prestasi kewangan Kerajaan Negeri yang semakin baik, janganlah kita lupakan tanggungjawab utama kerajaan bagi memastikan kekayaan dan hasil mahsul bumi Perak ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Perak secara adil dan saksama. Kita tidak mahu kerajaan yang syok sendiri, syok dengan angka-angka dan statistik, tetapi hakikat sebenar situasi rakyat dibawah dalam kesusahan dan sangat menderita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dikhabarkan bahawa pemain bola sepak Perak dan pegawai Perak FC tidak terima pembayaran gaji sepenuhnya sejak 5 bulan yang lalu. Mohon Kerajaan Negeri pantau dan bantu suntik dana bagi membantu Perak FC.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sejajar dengan penambahan pendapatan Negeri Perak dan kadar pendapatan minima mohon dipertimbangkan kerajaan negeri untuk dinaikkan elaun guru KAFA yakni ditambah, ditambah oleh Kerajaan Negeri kerana kesungguhan dan jasa mereka mendidik anak-anak kita dalam pendidikan Islam sejak di sekolah rendah. Di samping itu, bantuan dan kebajikan di institusi pendidikan agama dan tahfiz juga tidak diabaikan. Demi meningkatkan keberkesanan penyampaian, demi meningkatkan keberkesanan penyampaian dan pengurusan Agama Islam di Negeri Perak yang telah diterajui oleh Jabatan Agama Islam Perak, mohon penjelasan Kerajaan Negeri bilakah Kompleks Jabatan Agama Islam akan dibina. Kompleks ini juga penting sebagai imej dan keberkesanan pengurusan agama di Negeri Perak dan ianya juga dapat melambangkan syiar Islam di Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di sebalik prestasi kewangan Kerajaan Negeri yang semakin baik, kerajaan dengan bangganya mengumumkan kejayaan Jualan Rahmah, Jualan Madani dan sebagainya. Tapi ketahuilah hakikatnya program seumpama ini adalah lambang sebenar kesusahan rakyat. Rakyat dipaksa berkejar ke sana kemari beratur panjang di bawah terik matahari hanya semata-mata untuk mendapatkan sekampit beras. Apakah suasana seperti ini kerajaan nak bermegah dan dibangga-banggakan? Mereka rakyat juga ada maruah. Jangan jadikan mereka seperti pengemis di tanah air sendiri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara berkaitan tentang pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di setiap Dun yang dimenangi oleh pembangkang. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, seharusnya prinsip ini berjalan seiring dengan amalan pentadbiran yang lebih terbuka dan menghormati mandat yang diberikan rakyat. Rakyat memberikan mandat kepada setiap wakil rakyat yang ada dalam persidangan hari ini untuk mewakili suara mereka. Apa yang mendukacitakan, tiba-tiba ada pihak menggunakan jalan belakang untuk mengkhianati mandat rakyat tersebut. Apakah mandat yang diberikan oleh rakyat dalam sistem demokrasi negara ini tidak ada erti dan makna untuk Kerajaan Negeri Perak. Apakah ini melambangkan ketidakcekapan pentadbiran seorang Menteri Besar sehingga memerlukan 26 orang pegawai khas yang dilantik pula sebahagian besarnya adalah mereka yang telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas? Adakah ini lambang pengkhianatan kerajaan terhadap mandat rakyat. Sampai bilakah politik tidak sihat seperti ini akan berterusan sampai mengajak kita semua? Saya mengajak kita semua baik kerajaan mahupun pembangkang marilah kita bergerak ke arah politik yang matang lebih rasional, sihat serta mengendalikan Kerajaan Negeri secara adil, saksama dan berkesan serta menjauhi politik kebencian. Inilah, ini adalah masa untuk bekerja demi rakyat. Bukannya berpolitik tidak kira masa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai penyelesaian win-win situation, dengan izin bagi kedua-dua belah pihak baik kerajaan mahupun pembangkang, saya mencadangkan supaya peruntukan-peruntukan ini dikembalikan kepada kami Adun-Adun Pembangkang. Manakala Pegawai khas Menteri Besar yang dilantik ini diberikan peruntukan dari sumber atau dana yang lain. Alang-alang hasil Kerajaan Negeri dah semakin bertambah, rasanya cadangan ini tidak ada masalah untuk kerajaan laksanakan. Mudah-mudahan dengan adanya dua orang menjaga satu Dun, di Dun pembangkang ini, rakyat di bawah lebih terbela dan lebih terjaga. Insya Allah. Firman Allah Subhana Wata'ala surah Al-Anbiya ayat 58, (bacaan Ayat Al-Quran). Maksudnya, sesungguhnya Allah ta'ala menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi Maha Melihat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, atas prinsip menghormati demokrasi, kami di sebelah pembangkang menerima hukuman yang dihadapkan kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Walaupun saya yakin masih ada ruang dan peluang yang sepatutnya diberikan kepada Yang Berhormat Gunong Semanggol untuk mempertahankan hujahnya. Namun, suka untuk saya tegaskan di sini bahawa kesalahan yang disabitkan terhadap beliau secara asasnya masih bersifat teknikal dan sangkaan. Hakikatnya, isu teras yang dibangkitkan oleh beliau lebih sepatutnya menjadi perhatian Dewan Undangan Negeri yang mulia ini. Bukan sekadar mendiamkan Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang bersuara mewakili rakyat di negeri ini. Isu kibaran bendera asing di sebuah tempat pelancongan terkenal di negeri kita ini adalah satu isu yang serius. Kalau di negara lain seperti Singapore sendiri, pengibaran bendera negara asing langsung tidak dibenarkan. Apa hak kelompok yang dikatakan bukan warganegara tempatan itu untuk mengibarkan bendera negara mereka dalam negara kita yang berdaulat ini?

Perkara ini boleh didakwa menyalahi Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan Kawalan Mempamer 1949, iaitu tidak seorang pun yang boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera asing di tempat awam. Ironinya, persidangan Dun Perak kali ini berdukacita kerana julung-julungnya YB Ketua Pembangkang didiamkan dengan cara tidak demokratik sedangkan isu utama mengenai pengibaran bendera negara asing langsung tidak diteliti seolah-olah kita tidak merasakan kedaulatan negara dan negeri kita sedang tercabar.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Daripada Speaker. Yang Berhormat,

Di manakah kiblat ketaatan dan kesetiaan kita yang sebenar.

Yang di-Pertua

Saya selalunya Speaker tak tegur apabila Ahli Dewan atau Yang Berhormat berbahas tapi saya dengar-dengar banyak dalam perbahasan ini yang menyatakan bahawa apa Yang Berhormat daripada Gunung Semanggol ini digantung disebabkan bendera tapi kita dah bentangkan penyata Jawatankuasa Hak dan kebebasan. Jadi kalau ikut Standing Order 3, Standing Order 43(a) ni kita kena tanggungjawab atas kebenaran atas ucapan kita. Saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat semua baca penyata dan tengok yang tuduhan yang mana yang ADUN daripada Semanggol ini digantung. Pertuduhan yang ketiga itu iaitu atas tuduhan menghasut ya. Bukan atas pasal pengibar bendera. Jadi, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat bila bahas pada rujuk pada yang betul supaya tidak timbul kekeliruan bukan sahaja di dalam Dewan tapi juga di luar Dewan dan juga kepada rakyat. Ini saya ingatkan sekali lagilah, ya. Saya dengar banyak kali dah ni. Ok, Yang Berhormat.

Minta laluan Yang Berhormat Speaker dah kebetulan berkaitan dengan isu ini dan mungkin pertama kali lah dalam sejarah Dewan Undangan Negeri Perak Ketua Pembangkang digantung. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Dato' Speaker untuk rakyat di luar lebih faham tentang isu penggantungan ini. Boleh tak penyata atau minit itu didedahkan kepada umum agar rakyat menilai sendiri sebab sekarang ni bila kawan ni bercakap lain banyak yang terpaksa bagi ringkasan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, penyata Dewan Negeri ni. Dia boleh dikongsi. Yang Berhormat sebagai Adun, Ahli Dewan Negeri, Yang Berhormat patut fahamlahkan bahawa kita bentangkan banyak. Bukan penyata Dewan Negeri sahaja. Kita bentangkan juga audit, laporan audit. Sebab itu semua dah jadi public document bila kita bentangkan.

Kita faham sebab ini kali pertama.

Yang di-Pertua

Tapi jangan, jangan dikelirukan rakyat. Jadi kita kena faham kita ni Ahli Yang Berhormat ni. Saya percaya bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat ni Ahli-Ahli Dewan Negeri yang telah masuk pilihan raya. Yang telah bertanding dalam sistem demokrasi yang telah sampai ke tahap ini. Yang dipilih oleh parti-parti yang berkenaan untuk bertanding untuk menjadi calon ini tentulah telah melalui proses untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku. Jadi kita kena ada tanggungjawab tau. Kita kena ada tanggungjawab. Jadi bila kita bercakap terang, saya dah dengar banyak kali tapi kerana kerana ianya disebut merujuk kepada penyata Dewan Negeri dan menyebut banyak kali dah. Jadi, saya minta maaflah tapi saya kena perbetulkan balik supaya alignment nya itu betul. Supaya hujah-hujah yang disampaikan itu betul. Ya. Ok.

Ok. Maksudnya kita boleh dedahkan lah.

Yang di-Pertua

It's a public document.

Terima kasih, Dato' Speaker.

Dato' Yang di-Pertua, saya minta pencelahan sikit. Saya nak terima kasih dengan Dato' Speaker kerana bangkitkan...

Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap, Astaka. Kalau itu saya kena tanya Lubok Merbau dia bagi ke tak.

Lubok Merbau. Astaka minta.

Saya banyak lagi ni.

Yang di-Pertua

Ha. Dia banyak lagi Astaka. Jadi tak apa. Bagi dia cakap dulu. Bagi Lubok Merbau teruskan dalam perbahasan dia. Nanti kalau dia kalau mintak kalau nanti Lubok Merbau bagi kita benarkan dan hari ini pun hari Jumaat.

Ok. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila, Lubok Merbau.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Isu jajaran Lebuhraya WISE. West Ipoh Span Expressway dengan izin yang melibatkan lebuhraya bertol daripada Kuala Kangsar ke Gopeng melalui Siputeh dan Batu Gajah dengan anggaran jarak sejauh 60.88 km secara penswastaan. Saya ingin mohon jasa baik pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan pampasan yang diterima rakyat setimpal dan tanah yang telah diambil nanti agar dapat diganti dengan tanah yang lain. Kita tahu kemudahan lebuhraya WISE ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya PLUS khususnya di kawasan Terowong Menora terutamanya di waktu perayaan.

Dato' Yang di-Pertua, isu pencerobohan tanah milik Kerajaan Negeri di salah sebuah negeri di Malaysia sangat hangat didebatkan di media sosial dan sebagainya. Pihak yang menceroboh berusaha menegak benang yang telah sedia basah. Sudahlah tanah diceroboh dan dimakan hasilnya puluhan tahun, undang-undangnya juga mahu dilanggar sesuka hati. Sedangkan mahkamah telah memutuskan bahawa mereka ini adalah penceroboh dan peneroka haram. Kita tidak mahu skrip yang sama berlaku di negeri yang kita cintai ini. Ada beberapa pihak menunjukkan kepingan gambar

Gunung Panjang, Gopeng yang digondol sehingga botak. Jika melalui lebuhraya Utara Selatan pasti akan melihat hutan di sekeliling lebuhraya digondol sedikit demi sedikit. Saya rasa kita berhak bertanya apakah hutan simpan di negeri kita ini benar-benar terpelihara daripada usaha pencerobohan? Apakah usaha di peringkat pentadbiran daerah mahupun Jabatan Perhutanan Negeri untuk memastikan tragedi yang berlaku di Daerah Raub tidak berulang di negeri kita. Saya kira sangat wajar untuk kita mendapatkan penjelasan. Apakah yang berlaku terhadap 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu yang diserahkan milik kepada golongan bukan melayu? Fakta ini bukan dikutip di kedai-kedai kopi bahkan melalui Laporan Audit Negara pada tahun 2019 sendiri. Justeru itu, ia wajib dijawab dengan penuh rasa tanggungjawab oleh Kerajaan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Tuanku dalam ucapan titahnya telah menyentuh berkaitan isu lambakan e-Waste dan pengoperasian secara haram. Sewajarnya teguran ini membuka mata semua pihak supaya menggiatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang yang beroperasi secara haram di negara ini. Pihak-pihak yang bersalah mesti diambil tindakan sekeras-kerasnya dan Lubok Merbau ingin mengingatkan pihak kerajaan supaya jangan hanya menyasarkan ikan-ikan bilis sahaja sedangkan jerung dan pemain utama industri ini terlepas begitu sahaja. Dalam masa yang sama...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Lubok Merbau, Alor Pongsu nak celah sikit bila tentang penguatkuasaan tadi. Bersetujukah Lubok Merbau dengan saya, Kerajaan Perak ni keras dan kita minta terus keras sebab seorang rakyat saya di Changkat Lobak. Man Top. Nama penuh saya tak tahulah. Man Top, bekas tentera dia ceroboh tanah kerajaan di Pondok Tanjung. Dia tanam sayur dengan limau je. Dia bukan tanam Musang King. Dia kena denda RM55 ribu dan penjara dua tahun. Jadi, Kerajaan Negeri setuju tak dengan saya Kerajaan Negeri kena teruskan penguatkuasaan yang baik.

Ok, terima kasih, Alor Pongsu. Dalam masa yang sama, Lubok Merbau juga ingin menyentuh sedikit satu isu berkaitan penguatkuasaan yang menjadi perbualan hangat mutakhir ini di kalangan netizen iaitu isu double standard dengan izin pihak penguatkuasaan terhadap orang-orang awam. Saya tidaklah berhasrat nak menyokong sebarang salahlaku mana-mana pihak, namun saya mengharapkan pegawai-pegawai penguatkuasaan kita biarlah ada budi bicara, belas ehsan dan kebijaksanaan apabila mengendalikan sesuatu isu rakyat. Gunakan standard operating procedure (SOP) dengan izin yang telah digariskan secara berhikmah dan bijaksana. Janganlah kita membuat tindakan yang akhirnya mematikan usaha rakyat dalam mencari rezeki yang halal. Kebimbangan saya adalah kemiskinan dan kesempitan hidup dan ditambah pula dengan kerenah birokrasi dan sikap penguatkuasaan. Ia bakal menyumbang ke arah peningkatan jenayah seperti merompak dan seumpamanya. Isu-isu panas seperti abang belon, pak cik petai dan sebagainya, jika tidak ditangani dengan berhikmah sudah pasti akan membangkitkan kemarahan rakyat dan mencemarkan imej kerajaan yang memerintah. Saya juga menyeru pihak majlis dan PBT permudahkan urusan perlesenan peniaga-peniaga kita dan janganlah disulitkan selagi mana mereka mahu berusaha mencari rezeki yang halal, boleh mengikut peraturan yang dan saya tidak nampak apa keperluan dan kenapa perlu dihalang usaha mereka yang berniaga. Dalam kita melaksanakan tugas, jadikanlah pesanan baginda Rasulullah SAW sebagai panduan dan...

Lubok Merbau. Tronoh.

Banyak lagi ni. Tinggal 49 saat. Minta maaf. Maksudnya, "Siapa yang membebaskan seseorang daripada kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang di dalam kesusahan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupkan aib saudaranya yang Islam, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah akan membantu hambaNya selagi mana hamba membantu saudaranya." Riwayat Muslim.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Lubok Merbau melahirkan kebimbangan terhadap impak yang bakal diterima apabila kerajaan melaksanakan pelarasan tarif elektrik bermula Julai 2025, Saya hampir setiap bulan menerima permohonan dari rakyat Dun Lubuk Merbau yang memohon bantuan kecemasan untuk membayar bil utiliti yang dipotong. Minggu ni dah dua orang datang. Dalam keadaan tarif yang sedia ada pun rakyat tidak mampu bayar, bagaimana pula selepas tarif naik nanti? Walaupun pihak kerajaan sebut

Mohon mencelah YB.

85% rakyat tidak terjejas dengan pelarasan tarif ini, tapi ini semuanya alasan yang jelik dan tidak boleh munasabah. Logik orang kampung pun boleh, boleh faham tentang implikasi berantai yang akan berlaku. Bebanan kenaikan kos ini…

Yang Berhormat.

pasti akan dipindahkan kepada rakyat pengguna akhir.

Lubok Merbau.

Nak landing dah.

Boleh?

Mohon kerajaan fikirkan mekanisme dan kaedah terbaik untuk membantu rakyat negeri Perak khususnya…

Lubuk Merbau, boleh bagi 10 saat pada Tronoh?

bagi menghadapi isu ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Lubuk Merbau ingin juga menyentuh berkaitan dengan isu pemilikan tanah, pemilikan rumah, maaf sebagaimana yang telah dititahkan oleh Tuanku khususnya perumahan yang melibatkan anak muda. Dalam satu dapatan kajian yang disiarkan Buletin TV3, data ini menunjukkan kadar pemilikan rumah di kalangan belia yang berusia 25 dan sehingga 35 tahun, hanya 35% sahaja yang berjaya memiliki rumah.

Tuan speaker, perintah tetap.

Bebanan kos sara hidup yang mencabar di bandar

Yang di-Pertua

Lubuk Merbau, ada perintah berapa?

Ya.

Yang di-Pertua

Perintah Tetap berapa?

40(3) Tuan Speaker.

Yang di-Pertua

Ok, apa dia?

Tuan Speaker, seorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Tuan Speaker tadi YB. Lubok Merbau sebut bahawa kerajaan telah mengenakan tarif terhadap electricity, bil eletrik. Ingin saya betulkan di sini, saya minta YB. Lubok Merbau tarik balik sebab tarif yang dikenakan adalah hanya tarif kepada industri.

Betul.

Tak ada kena mengena dengan penduduk ataupun rakyat bayar bil eletrik. Ini adalah kebenaran dan fakta. Tuan Speaker saya minta YB Lubok Merbau tarik balik.

Dengar, 85%.

Tarik balik dahulu. Itu kebenaran. Ini fakta. Tak ada kena mengena dengan bil letrik. Jangan memusing, memesongkan Dewan yang mulia ini.

Dengar sini Buntong.

Tak ada. Saya tak perlu dengar. Tadi dah dengar.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Dengar penjelasan dulu.

Yang di-Pertua

Ok…ok…ok…dengar…dengar.

Buntong tak boleh emosi. Bagi, bagi Lubok Merbau.

Yang di-Pertua

Manjoi, bagi Lubok Merbau bercakap.

85% tak jejas, yang jejas 15%. Makna industri. Tapi kena ingat, macam petrol naik. Petrol…

Tuan Speaker, Tuan Speaker, tadi YB. Lubuk Merbau sebut, saya dengar dengan jelas, rakan-rakan saya juga dengar dengan jelas. Semua di dewan ini dengar. Rakyat yang menonton atas talian pun sudah dengar yang YB. kata, kerajaan mengenakan tarif. Jadi ramai rakyat yang bawa bil elektrik kepada pejabat, kata tak boleh bayar. A dan B takde.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Buntong yang seleweng.

Yang di-Pertua

Ok, ok.

Janganlah, tak perlu la. Kalau nak, kalau nak cakap bangun. Berani bangun baru cakap. Jangan duduk dan cakap.

Yang di-Pertua

Betul, betul. Ok, Lubuk Merbau.

Walau pun pihak kerajaan sebut 85% rakyat tidak terjejas dengan pelarasan tarif ini, dengar saya ada sebut ni, tapi ini semua alasan jelik dan tidak boleh terima kerana bila naiknya bahagian industri.

Tuan Speaker.

Secara tak langsung.

Tuan Speaker, 40(3) saya tak setuju. Buntong tak setuju bahawa kenyataan itu membawa kebenaran. Dia tak berasaskan fakta.

Speaker.

Yang di-Pertua

Manjoi, Manjoi jangan campur, duduk. Manjoi, you sit down. No, no, no. Manjoi you sit down. Paham, tapi Manjoi sit down. Ni antara dispute dan faham, tapi Manjoi sit down. Lubok Merbau, saya pun paham. Buntong ada point. Lubok Merbau pun dia main politik. Dia berucap dia main politik juga. Tapi saya pun paham juga dia punya, dia punya ni. Ini dia punya cakap politik la dan saya pun paham Buntong punya teguran, you very-very specific. Tapi Lubok Merbau saya cakap hati-hatilah daripada segi komen tu, saya faham Lubok Merbau main politik. Satu dewan ni pun paham, Lubok Merbau cakap tu cakap politik kan. Jadi, tak apalah kalau Buntong identified benda tu, saya kita bagi leeway sikit. Tapi hati-hati. This is border line ya. Ok ya. Landing, please landing. Ok Buntong sit down. Lubok Merbau.

Masa pun tinggal 5 saat.

Yang di-Pertua

Simpulkan, simpulkan.

Lubok Merbau ingin akhir dengan sepotong ayat al-Quran. (Bacaan ayat suci al-quran) 'Maha berkat serta maha tinggi kelebihan tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Berkuasa membalas amalan kamu lagi Maha pengampun bagi orang-orang yang bertaubat'. Mudah-mudahan ayat ini menjadi peringatan kepada kita semua supaya melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan itqan, adil dan amanah. Sekian, Lubuk Merbau menjunjung kasih titah Tuanku.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Lubuk Merbau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan. 20 minit dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu wassalamu ala Asyrof al Anbiya wal Mursalin wa ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak dan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Yang dikasihi sekalian dan seterusnya rakan-rakan yang menonton secara live ataupun secara langsung di dalam dewan ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi junjung, tinggi-tinggi junjung kasih atas titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak yang ke-15. Pelbagai nasihat, teguran dan panduan yang dititahkan oleh Tuanku Sultan yang perlu diambil perhatian keutamaan oleh semua pihak demi memastikan impian membina Perak Sejahtera yang dirangka bersama.

Kami juga suatu masa dahulu, Perak Sejahtera 2030 dapat digembleng bersama, Insya Allah. (Bacaan ayat suci Al-Quran). "Dan tidaklah orang orang yang beriman, keluar semuanya. Oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka supaya orang-orang itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila orang-orang itu kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga dan mengambil dan mendapat iktibar hasil daripada ehzar ataupun inzar tersebut".

Selama juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarga Almarhum Ishsam Shaharuddin, Adun Ayer Kuning yg telah pulang kerahmatullah pada 25 Februari yang lalu. Marilah kita sama-sama doakan semoga almarhum diletakkan bersama-sama golongan yang beramal soleh dan bertaqwa, Insya Allah.

Dato' Yang di-Pertua, titah tuanku memperincikan pelbagai cabaran peluang dalam usaha memperkukuhkan daya saing negeri serta memperkasa kebajikan rakyat. Memetik perkara 30 dalam titah Diraja, Tuanku menzahirkan hasrat agar usaha memperkasakan islam dan program-program masjid perlu di dinamikakan ataupun dinamikkan agar mampu menarik penglibatan golongan muda dan belia. Maka bagi pihak Selama ingin menyentuh beberapa perkara yang berkait dengan memperkasakan institusi agama termasuklah tahfiz yang banyak mengepalai masjid-masjid dengan menjadi imam-imam sehinggakan surau-surau yang tidak ada imam, maka tidak terlaksana solat berjemaah di situ. Maka penting untuk memperkasakan institusi ini seperti tahfiz, kebajikan guru al-Quran serta hala tuju pendidikan Islam negeri. Selama ingin mencadangkan agar program Isbat Hafazan Negeri Perak diperkasakan. Program ini bertujuan untuk menyokong para huffaz dalam usaha mereka mengekalkan dan memelihara hafazan al-Quran. Ia juga bertujuan menggalakkan lebih ramai individu untuk menghafal al-Quran dan mencapai sasaran ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Seramai 125,000 penghafaz al-Quran menjelang 2030. Di Malaysia ini telahpun beberapa negeri telah mengadakan program Isbat Hafazan untuk memberi pengiktirafan kepada penghafaz al-Quran. Setakat ini program Isbat Hafazan diuruskan oleh beberapa negeri melalui jabatan agama masing-masing. Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya negeri Perak mengadakan program Isbat Hafazan juga agar ia dapat menjaga kualiti hafazan para huffaz, meningkatkan penglibatan remaja dalam program-program masjid dan seterusnya memperkasakan lagi institusi masjid tersebut.

Dato' Yang di-Pertua, berkaitan dengan Isbat Hafazan ini nak mudah faham supaya mereka-mereka yang menghafal al Quran itu lekat dalam kepala dia dan apabila kerajaan negeri memperkenalkan Isbat Hafazan mungkin dalam masa 6 bulan test 1 hingga 10 juzuk, 1 hingga 20 juzuk, 1 hingga 30 juzuk. Kemudian apabila dia berjaya jawab dengan tebukkan itu, maka diberi elaun ataupun diberi sesuatu kepadanya seperti RM200, RM500 sepanjang 5 bulan ke 6 bulan ataupun setahun sepertimana tujuh negeri yang telahpun melaksanakan ini dan akhirnya negeri-negeri tersebut berjaya ke depan dari segi hafazan rakyatnya itu sendiri yang kita sebut sebagai intensiflah kepada mereka dan akhirnya sampailah satu masa negeri Perak juga menyumbang para huffaz yang hebat yang tak lupa dengan hafazan mereka dan negeri-negeri yang telahpun mengadakan program Isbat Hafazan ini penghafal-penghafal al-Quran diberi intensif, intensif sebagai satu apa diberi satu elaun lah elaun Isbat Hafazan sebagai satu bentuk insentif dan pengiktirafan iaitulah negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Seterusnya berkaitan dengan tarif air, tadi tarif elektrik ini tarif air. Tarif air pertama sekali saya ingin bangkitkan isu berkaitan dengan perubahan tarif air terhadap pusat-pusat tahfiz swasta. Asalnya, pusat-pusat tahfiz swasta ini tak perasan pasal apa tiba-tiba bil air melambung. Check kot-kotlah ada kebocoran ataupun ada pembaziran daripada para pelajar. Rupa-rupanya pihak LAP Kerajaan Negeri Perak yang di bawah kerajaan Negeri Perak menaikkan tarif air kepada tahfiz swasta yang mana selama ini mereka menikmati tarif air tersebut sangat rendah. Ertinya naik dua kali ganda. Kalau dulu mereka bayar RM1,000 sekarang mereka bayar RM3,000 lebih.

Ahli-ahli Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua saya nak sebut sikit. Dahulunya ma'had tahfiz swasta ini, mereka dikategorikan dengan satu kategori dengan rumah ibadat dan institusi kebajikan kerana mereka bukan mencari keuntungan. Tidak dulu kategori mereka kod tarif mereka adalah 41. Ertinya kadar rata iaitu lebih kurang 45 sen per meter padu tetapi sekarang mereka telah dikategorikan sebagai bukan domestik iaitu kod tarif 21. Jadi lebih kurang RM1.50 kupang ke RM1.70 kupang per meter padu. Ertinya naik dua kali ganda satu jumlah yang tinggi dan membebankan maahad tahfiz swasta yang ada 140 lebih dalam negeri Perak yang mana mereka ini lebih kurang lima ribu lebih pelajar-pelajar yang terkesan dengan ini dan sebelum itu saya baca sedikit berkaitan dengan tarif air ini bagi pusat tahfiz yang telah pun di tukarkan kategori ni. Perubahan ini amat membebankan pihak pentadbiran ma’had tahfiz dengan bacaan meter 2 kali sebulan pun dah mereka pening kepala. Iaitu lepas apa lepas 2 bulan baru dihantar bil, maka pusat-pusat tahfiz ini terpaksa membayar tarif penggunaan yang melebihi daripada 34 meter padu pada kadar sehinggalah RM1.70 kupang jugak satu jumlah yang tinggi bagi institusi yang bergantung kepada derma dan jugak yuran minimum. Maka Selama ingin menyeru agar Kerajaan Negeri segera menyemak semula struktur tarif air ini bagi pusat-pusat tahfiz di negeri Perak. Kenapa selama ini mereka tiada masalah dari segi tarif air tetapi pada sesi ini dinaikkan? Jadi minta pertimbangan daripada pihak Kerajaan Negeri kasihanilah mereka-mereka ini yang terpaksa menguruskan tahfiz banyak lagi nak guna kewangan tiba-tiba nak kena bayar pulak bil yang tinggi dan memberikan pengecualian yang khas atau kadar istimewa kepada semua pusat tahfiz berdaftar dan beroperasi di bawah seliaan MAIPk dan juga JAIPk.

Langkah ini penting bagi menjaga kebajikan pengurusan tahfiz. Pusat tahfiz swasta menyumbang kepada KDNK negeri lebih kurang RM70 juta setahun. Sekarang sudah ada maahad tahfiz yang mula memasang air boring menelan kos lebih kurang RM25 ribu ke RM35 ribu dan sebahagian ma'had tahfiz sedang memikirkan untuk menutup sahaja walaupun ibu bapa berkenan dengan tahfiz tersebut. Kalau nak harapkan tahfiz negeri hanya ada berapa 5 ke 6 sahaja. Tak mampu nak tampung kos permintaan yang tinggi. Maka tahfiz-tahfiz swasta ini lah yang membantu ibu bapa untuk menerima pelajar-pelajar pergi ke sekolah mereka. Ada 140 lebih ma'had tahfiz swasta di negeri Perak ini dan lebih kurang 5 ribu pelajar yang terkesan. Kita faham agensi negeri berlumba-lumba untuk menambahkan hasil negeri. Tapi perlu ingat kebajikan rakyat menjadi keutamaan. Seperti kita naik kereta, walaupun kereta kita hebat-hebat, kita kena ada side mirror kita kena ada padang belakang.

Kita ada kita kena berhati-hati. Mungkin ada kanak-kanak melintas. Jadi kita perlulah seperti mana disebutkan oleh Lubuk Merbau tadi, kita mengumumkan kekayaan negeri kita mengumumkan hasil negeri yang banyak tetapi perlulah dinikmati oleh masyarakat terutamanya golongan tahfiz yang sangat berjasa kepada negeri Perak ini dan juga kepada ugama kita. Kita tahu ada bantuan untuk sekolah agama tapi hanya untuk baik pulih dan bantuan perkapita pelajar yang sememangnya telah wujud daripada dahulu. Dulu pernah diberikan bantuan pengurusan tahfiz sebanyak dua kali ketika saya diberi tanggungjawab bersama dalam saf Exco Kerajaan Negeri. Sekarang tiada lagi. Mohon diteruskan pemberian itu saya merayu pada hari ini. Dan penyerahan SMAN kepada Kerajaan Pusat dengan terma-terma tertentu bermakna Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM20 ke RM40 juta. Saya tak berapa ingat dah RM20 atau ke RM40 juta. Wang itu pada masa itu kita pernah mencadangkan agar digunakan juga untuk memperkasakan pendidikan Islam ataupun institusi Islam yang berada di negeri ini.

Berkaitan dengan kekurangan guru al-Quran, Selama ini juga mendapat maklumat, Selama juga mendapat makluman bahawa tiada lagi pengambilan baharu guru al-Quran yang mengajar di sekolah sejak akhir-akhir ini. Guru ini sebelum ini dilantik oleh MAIPk dan diberi elaun sama konsepnya dengan guru agama dakwah dan lain lain. Ketiadaan pengambilan baru ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap kesinambungan pendidikan al-Quran di peringkat akar umbi. Maka Selama ingin mencadangkan Kerajaan Negeri membuka semula pengambilan guru al-Quran ini yang difahamkan lebih kurang tinggal 20 orang saja di negeri Perak ini sebab tidak dibuka permohonan baru dengan keutamaan kepada graduan tahfiz atau pelajar lepasan institut agama negeri dan menyediakan latihan asas pengajaran dan modul pemantapan melalui JAIPk dan juga MAIPk.

Dato' Yang di-Pertua, yang seterusnya berkaitan dengan tinggal enam minit dah. Seterusnya, Dato' Yang di-Pertua berkaitan dengan dalam titah Tuanku, baginda menzahirkan kebimbangan terhadap kewujudan kilang e-Waste haram serta menegaskan keperluan pemantauan dan penguatkuasaan yang pantas dan saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu lagi isu yang kurang seriusnya iaitu insiden tanah runtuh di Taman Bunga Raya Tapah yang telah mengakibatkan krisis bekalan air kritikal selama lebih kurang dua minggu pada Februari lalu melibatkan lebih 50 ribu akaun pengguna di daerah Batang Padang dan juga Hilir Perak. Krisis ini bukan hanya soal bencana alam biasa tetapi pendedahan nyata tentang kelemahan tatakelola kecuaian pihak berkuasa dan ketiadaan penguatkuasaan terhadap pencerobohan rizab LAP ataupun rizab Lembaga Air Perak. Isu tanah runtuh di Taman Bunga Raya ini sehingga mengakibatkan paip air mentah Lembaga Air Perak yang membekalkan air ke Loji Rawatan Air, Bukit Temoh pecah. Insiden ini menyebabkan penduduk mengalami kesukaran mendapatkan air terawat. Pusat perniagaan dan industri terbantut kerana ketiadaan air. Mereka mengalami kerugian. 10 Februari 2025, pihak Lembaga Air Perak telah menjelaskan bahawa wujudnya pencerobohan-pencerobohan terhadap tanah rizab oleh pemaju. Isu ini kalau diperhatikan ada iras-iras dengan kejadian yang berlaku di Putra Heights, Selangor yang kini meninggalkan persoalan yang sama kepada rakyat.

Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah tempat lain ada juga pencerobohan oleh pemaju? Berapa pencerobohan yang sedang berlaku oleh pemaju sekarang ini? Lebih baik diperketatkan pemantauan dan kita nak tahu juga laporan berkaitan isu berkenaan. Kalau pemaju dikatakan menceroboh tanah rizab LAP, maka apa tindakan selanjutnya? Siapa pula yang memberikan kebenaran untuk melaksanakan projek di kawasan tanah rizab berkenaan? Kalau pihak LAP melakukan pemantauan, mengapa tiada tindakan yang diambil? Ironinya, isu ini senyap berlalu begitu sahaja tanpa ada post-mortem dan tindakan penguatkuasaan yang tegas lanjutan daripada tragedi yang berlaku. Kalau ada boleh jelaskan kerana kita bimbang ia berlaku lagi pada masa akan datang dan bimbang ianya melibatkan kerugian lebih besar dan melibatkan nyawa seperti mana yang berlaku dah sebelum-sebelum ini di tempat lain lah. Jadi, kita tak mahu ianya berulang dan Kerajaan Negeri Perak perlu memandang serius akan insiden ini. Membentangkan laporan lengkap kepada penduduk Tapah sehingga hari ini masih berada dalam trauma dan kebimbangan sekiranya insiden tersebut berlaku semula. Ada kontraktor tersebut masih bebas menjalankan kerja-kerja di tempat lain pula di kawasan Tapah difahamkan masih bergerak bebas dengan projek-projek yang lain pula dan adakah ianya di kawasan yang disebut sebagai rizab yang lain pulak?

Cumanya yang ni kebocoran ataupun paip pecah yang di Selangor paip gas pecah sehingga menyebabkan kebakaran.

Yang seterusnya, berkaitan dengan apa yang telah disebutkan rakan-rakan kita, ramai yang disebut di sebelah sana berkaitan dengan keharmonian, politik kebencian. Saya bersetuju, ia juga ada dalam titah Tuanku Sultan Perak yang kita kasihi. Saya lihat dalam facebook iaitu satu gambar salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri kita. Salah sorang Ahli Dewan dengan diri kita yang baru sahaja dihukum digantung 6 bulan. Dalam facebook ini dipaparkan gambar badut. Lukisan badut. Gambar Ahli Dewan Undangan Negeri Gunong Semanggol yang memaparkan ini adalah salah seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Perak. Inikah contoh yang terbaik untuk ditunjukkan kepada rakyat Perak? Mana MCMC yang ambil tindakan terhadap ini? Mana polis yang akan ambil tindakan ini? Bayangkan kalau salah seorang daripada kami yang melakukan perkara ini. Saya rasa 3 pagilah kami kena cekup. Kena hukum itu ini dan sebagainya. Ada dah nasihat terhadap beliau. Saya terbaca satu artikel dalam akhbar Pengerusi mereka, salah seorang Adun di sini dan beliau adalah Menteri KPKT. Sindiran karikatur DAP sifatkan politik PM, kebudak-budakan, berniat jahat tak beri nilai tambah pembangunan negara. Dia nasihat kepada mereka-mereka orang-orang kampung yang beberapa orang yang bawa karikatur menteri-menteri apa, Anthony Loke. Mintak maaf Pengangkutan. Tunjuk macam ni elok ja lukisan dah takdak macam badut dan sebagainya. Orang kampung bawak 2-3 orang tetapi yang tayang ni dia orang kampung tau. Yang tayang ni adalah Exco Kerajaan Negeri. Tiada sebarang tindakan. Semua orang tau.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Ambil tindakan.

Oh ya? Politik kebencian. Sebab tu saya nak sebut di sini punca yang sebenar adalah double standard. Double standard. Kalau semua pihak berlapang dada bukan diambil tindakan di sebelah sini sahaja. Sebab tu saya sebut kepada kawan-kawan kita tetap lantang bersuara. Walaupun kita digantung 6 bulan pulak. Walaupun 26 orang ini bakal digantung pulak kita takdak masalah tetapi suara tetap bersuara. Tapi saya rasa YB Speaker, tak gantung dah kot. Sahabat-sahabat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Contohnya disebutkan berkaitan dengan politik, kebencian atau politik fitnah yang menyebut raja fitnah.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selama, boleh?

Dia sebut raja fitnah sedangkan kenapa dia tak sebut berlambak yang dilaporkan dalam akhbar…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Selama, lama lagi?

Kalau ikut lama lagilah.

Yang di-Pertua

Saya tak boleh bagi lama, dah masa dah cukup.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selama, boleh bagi?

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya boleh bagi 2 minit sahaja lagi.

Ok, terima kasih Dato' Speaker yang saya kasihi.

Yang di-Pertua

Dua minit sahaja.

Saya sayang Dato' Speaker.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Tapi boleh panggil seminit sahaja. Saya bagi banyak.

Saya ada 2 minit. Ni nak tunjuk kenapa kamu angkat raja fitnah ini. Adun Semanggol. Sedangkan banyak keratan-keratan akhbar. Laporan-laporan contoh saya baca, saya tak baca semua penganalisis politik menang saman fitnah RM8 juta terhadap pemimpin DAP. Kenapa tak baca? Kalau nak ikutkan semua pihak ada. Saya nak baca semua Dato' Speaker. Ok, kalau saya tak baca kita faham-faham maksudnya kalau dia nak lukis ini, lukis jugak gambar pemimpin DAP yang disebut fitnah. Baru adil. Baik yang seterusnya, berkaitan dengan isu kawasan. Orang kawasan tengok. Selama ada sukan sepak takraw ibarat aur dengan tebing.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selama, bolehla?

Lagu dan irama. Ramai yang tahu selepas saya habis je perbahasan, boleh tanya soalan. Ramai yang tahu dan ramai yang mungkin memandang sebelah mata. SMK Datuk Hussein, sebuah sekolah yang melahirkan ramai pemimpin berbakat dan diketengahkan setiap tahun secara konsisten untuk mewakili Perak dipelbagai kejohanan yang dipertandingkan termasuk sepak takraw STL yang kita boleh lihat di kaca TV.

Bermula daripada tahun 80an lagi lahir nama-nama besar dalam dunia sepak takraw yang sekarang menjadi legenda negeri dan negara. Kesinambungan ini diteruskan dengan meletakkan Selama legasi juara sebagai slogan bermula tahun 2003 hingga tahun 2024. Tahun 2025 belum ada kejohanan. Berlaku satu lagi revolusi sepak takraw di Selama. Lahirnya pemain-pemain yang mewakili Perak Bison dan beberapa pasukan termasuklah Azan Alias yang lahir daripada Sekolah Menengah Dato’ Haji Hussein, Amirul Ramadan, Yus Hanif, Hafiz Zulkifli dan pernah menjadi sandaran Perak Bison satu ketika. Di sebalik lahirnya bintang-bintang muda yang secara konsisten ini, ramai yang tidak tahu apakah masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan semua seramai 30 hingga 40 orang pelatih setiap tahun berlatih di sekolah ini. Walaupun sekolah ini ada dewan yang besar tetapi penggunaannya terhad disebabkan dewan ini sering digunakan untuk peperiksaan. Program akademik dan juga program-program utama sekolah.

Oleh itu, pemain-pemain ini hanya dapat berlatih di satu gelanggang yang luar yang kalau mengikut pandangan terlalu dhaif tidak cukup spec tetapi mereka berjaya melahirkan pemain yang berkualiti secara konsisten di peringkat kebangsaan terutamanya. Difahamkan, pihak Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Sukan Negeri banyak membantu dari segi peralatan untuk mereka berlatih. Apa yang perlu sekarang ini ialah gelanggang yang berbumbung untuk mereka berlatih. Saya yakin sekiranya kemudahan gelanggang berbumbung ini dapat diberi kepada mereka. Ini sudah tentulah akan lahir lebih ramai atlet yang berpotensi untuk negeri kita sinonim dengan Perak Bison yang sentiasa digeruni lawan. Sekolah yang mempunyai jurulatih yang berpengalaman yang mungkin ramai mengenali, pasti akan lebih bersemangat untuk melahirkan pemain. Selain itu, wajar diberi penghargaan dengan menyediakan kemudahan gelanggang berbumbung kerana satu-satunya sekolah di Perak yang bukan berstatus sekolah sukan, kekal relevan melahirkan pemain yang setanding dengan sekolah-sekolah yang mempunyai fasiliti yang cukup. Silakan, Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selama. Terima kasih. Akhirnya bagi saya peluang. Tapi ada, tadi ada ungkit tentang karikatur yang anda tunjuk. Jadi setujukah tindak tanduk semasa penamaan calon tu mengambil gambar karikatur tu adalah sesuatu yang betul. Betul tak? Kalau kamu nak kutuk sebelah sini kena akur pihak sendiri yang ambil karikatur tersebut. Adakah sekutu anda? Saya tahu itu adalah idea daripada sekutu anda daripada Gerakan. Jadi ada nampak pun ada ahli-ahli anda pun memegang karikatur tersebut. Adakah kalau kita nak kata saksama, kita kena konsisten.

Apa sahaja karikatur yang mengaibkan seseorang kita tak setuju. Baik nasihatlah rakan anda tu. Yang seterusnya…

Yang Berhormat, adakah itu punca dalaman daripada Gabungan Perikatan Nasional…

Apa pulak belah sana tanya bab dalaman, kita cerita pasal karikatur.

Perpecahan di antara satu sama lain.

Sebab tu…

Boleh minta Yang Berhormat

Siapa pulak…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Nak provoke ye.

Baik yang seterusnya kami telah biasa dalam Dewan ini seramai 26 orang. Sekarang kami tinggal 25 orang setelah ketua kami digantung 6 bulan. Marilah kita sama-sama doakan agar 26/4 ini bilangan kami kembali menjadi 26 orang. Dengan tambahnya, bakal adik bongsu kami, Adun Ayer Kuning Insya Allah setelah 6 bulan bilangan kami akan menjadi 27 orang. Amin Ya Rabbal Alamin. Akhir kata, saya menyeru Kerajaan Negeri akan mengambil serius segala teguran dan cadangan pembangkang. Bukan sebagai musuh politik tetapi sebagai suara semak dan imbang yang cintakan negeri ini yang sayang kepada negeri ini. Bukan ambil kami sebagai musuh politik, kami berperanan sebagai semak dan imbang.

Yang Berhormat, saya percaya team sebelah sini tak pernah ada pun yang menganggap sebagai musuh politik pun.

Kita mungkin.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Minta izin dulu minta izin dulu. Cara masuk pun tak betul.

Kita mungkin berlainan blok.

Yang Berhormat.

Saya bersedia untuk berhujah dengan syarat…

Yang di-Pertua

Ok, nak landing dah tu.

Yang Berhormat Dato' Speaker bagi ruang kepada saya, saya bersedia untuk berhujah. Ok, kita mungkin berlainan blok tapi harapan rakyat tetap satu. Kalau Dato' Speaker bagi ruang lagi saya bagi masa.

Yang di-Pertua

Tak ada masa dah hari ni kita sembahyang Jumaat. Landing je terus.

Silakan.

Yang di-Pertua

Takda, takda, takda. It's not your floor anymore. Ini masa tambahan masa dah lebih daripada masa kecederaan dah. Just simpulkan.

Terima kasih Dato' Speaker. Kalau Dato' Speaker benarkan tadi, saya benarkan.

Yang di-Pertua

Sit down.

Yang Berhormat saya menghormati hari Jumaat ini yang merupakan waktu solat Jumaat bagi semua yang beragama Islam. Jadi sama-samalah. Takpe, kita boleh bincang luar kemudian.

Yang di-Pertua

Ok, Selama.

Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Minta maaf Yang

Berhormat Kota Tampan, jangan marah saya. Saya cuma membawa suara rakyat untuk mendapat kepastian. Kita pembangkang ini dia tak ada dia kurang akses dengan pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya. Maknanya kalau dia mintak 10 mungkin akan diberi 2 atau 3. Tetapi pihak kerajaan kalau minta 10 mungkin akan diberi 10 atau 11. Maksud saya ialah maklumat dan sebagainya. Jadi bila kita beberapa perkara, kita tak tahu kita bangkitkan dalam Dewan ini. Jadi, Dato' Speaker dan semua yang dikasihi sekalian. Salam Jumaat. Jadi minta maaf pada semua. Akhir sekali, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari JPJ yang dikasihi.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Selama.

Saya menyokong titah Tuanku.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Selama. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan. 20 minit terima kasih.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Segala puji kepada Allah pencipta, pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW. (Bacaan Ayat Al-Quran) Yang bermaksud "Wahai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbangsa bangsa suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yg paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar, barisan Exco Kerajaan, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang. Sidang hadirin yang hadir pada hari ini dan juga yang menonton secara live di laman sosial. Dato' Yang di-Pertua. Sebelum meneruskan perbahasantitah, Titi Serong ini ingin mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang telah menyempurnakan titah diraja bersempena istiadat pembukaan rasmi mesyuarat baru-baru ini. Patik juga ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga arwah mantan Yang Berhormat Ayer Kuning yang telah pergi meninggalkan kita semua. Moga Allah mencucuri rahmat buat arwah serta dikurniakan ketabahan buat keluarga arwah. (Bacaan doa).

Dato' Yang di-Pertua. Memetik petikan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan prestasi ekonomi negeri yang mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.33 bilion dengan lebihan bajet sebanyak RM45.6 juta pencapaian prestasi yang sudah tentu membanggakan buat seluruh rakyat negeri Perak. Sudah tentu dengan penambahan hasil yang sebanyak ini akan meningkatkan jumlah peruntukan-peruntukan buat badan pelaksana kerajaan iaitu agensi-agensi di bawah kerajaan dalam menjalankan tugas-tugas mereka seperti yang telah dibentangkan di dalam Bajet 2025 yang lalu. Namun begitu, apa yang dapat dilihat Jabatan Agama Islam Perak di bawah bahagian penguatkuasaan untuk mengawal atau membanteras jenayah-jenayah di bawah syariah ini masih sendu, gerak kerja dan tindakan yang masih lagi berada di takuk yang lama seolah-olah tidak ada nafas baru sedangkan jumlah kutipan hasil meningkat tinggi. Suka untuk saya ingatkan kesejahteraan sosial ini tidak hanya tertumpu kepada soal sejahtera pembangunan semata-mata tetapi ia perlu seimbang dengan kesejahteraan sosial yang menyentuh aspek keharmonian masyarakat, keadilan, sosial dan juga keselamatan.

Saya nak sentuh sekali lagi isu jenayah di bawah syariah berkaitan dengan masalah judi ini. Pada persidangan pertama yang lalu, saya dah bangkitkan iaitu selepas pada PRU yang ke 15 tahun 2022 yang lalu hujung 2022 sehinggalah pada persidangan bajet baru-baru ini. Saya konsisten bangkitkan isu ini di dalam masyarakat kita kerana isu ini sedang parah berada di dalam kawasan-kawasan kita. Semua yang ada di negeri Perak ini terutamanya saya bangkitkan secara konsisten bukan hanya melontarkan persoalan yang saya bangkitkan juga adalah berkaitan dengan cadangan. Ada dua cadangan, saya bangkitkan lagi sekali pada sidang yang mulia pada hari ini. Cadangan yang perlu kita fokuskan adalah penguatkuasaan dan juga pendidikan. Saya sertakan sekali contoh pada persidangan yang lalu, saya bawakan contoh perlu kita giatkan adalah kempen masjid kena memainkan peranan dalam menyatu padukan dan juga menyampai maklumat kepada masyarakat. Seterusnya, kita perlu bekerjasama dengan komuniti penduduk perkasakan skuad rondaan dan lain-lain. Namun, sehingga hari ini masih tidak ada apa-apa lagi tindakan yang baru sedangkan jumlah aduan rakyat berkaitan dengan kaki-kaki judi ini sangat banyak di dalam masyarakat.

Saya ambil contoh di kawasan saya sendiri saya dah pergi ke beberapa lokasi yang panas di dalam kawasan saya sendiri. Apa yang menyedihkan adalah walaupun waktu yang saya pergi waktu mereka tidak bermain di situ tetapi apa yang kita dapat lihat? Di atas meja, di bawah lantai bersepah kertas. Cebisan-cebisan kertas yang tertera password dan username. Saya tak pasti game apa yang dimainkan tapi saya ada bawa balik. Tapi saya tak berhasrat untuk nak tunjuk pada Dewan yang mulia pada hari ini. Saya takut saya pula difitnah main sama dengan mereka. Banyak sangat menunjukkan betapa ramainya umat Islam kita yang terlibat dengan masalah jenayah ini. Bukan di satu tempat. Di merata-rata tempat. Oleh itu Dato' Yang di-Pertua, tindakan mereka ini lakukan bukan di tempat yang tersorok lagi. Yang saya hadir baru-baru ini bersama dengan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam, kami ronda dan kami dapati yang hasil bukti yang kami, yang saya nyatakan tadi adalah di tempat yang terbuka. Di Pasar Awam Pekan Titi Serong. Semua orang boleh nampak kegiatan mereka. Daripada yang tua, untuk anak-anak muda yang balik ke sekolah, boleh nampak kegiatan mereka dan mereka ini sebenarnya saya nak tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini sedang mencabar kita semua terutamanya di pihak Kerajaan dan juga penguatkuasa.

Oleh itu, Kerajaan perlu lebih aktif dan serius terhadap isu ini melibatkan mereka yang bermain dan juga mereka yang menjual secara perseorangan ataupun di premis- premis secara tidak sah. Tindakan pencegahan ini tidak boleh lagi macam sebelum-sebelum ini. Yang dilihat sendu dan tak bermaya. Di sebabkan tidak cukup peruntukan, maka saya tegaskan sekali lagi dengan peningkatan hasil yang tinggi ini peruntukkanlah kepada Jabatan Agama Islam di Bahagian Penguatkuasaan ini lebih. Kami warga umat Islam seluruh negeri Perak mahu melihat tahun 2025 ini ada nafas baru buat Bahagian Penguatkuasaan ini. Biar mereka dapat bergerak dengan lebih aktif, agresif dalam nak membanteras dan juga nak mengawal masalah jenayah-jenayah di bawah Enakmen Syariah ini.

Dato' Tuan Yang di-Pertua, seterusnya merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menekankan kepentingan kesejahteraan sosial di dalam Negara. Saya nak bawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu yang menyentuh aspek kesejahteraan sosial di bawah keharmonian pengamalan agama di dalam sektor pekerjaan. Keharmonian dalam mengamalkan kepercayaan dan amalan agama masing-masing di dalam sektor pekerjaan. Ini adalah satu tuntutan. Namun, realitinya masih terdapat ramai pekerja Muslim yang terpaksa berurusan dengan penjualan arak sebagai sebahagian daripada tugasan-tugasan mereka. Terutamanya di dalam sektor peruncitan dan juga perkhidmatan makanan. Sedangkan jelas ia sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Nabi s.a.w. pun pernah bersabda menyatakan, 10 golongan ini bakal dilaknat jika terus terlibat dengan urusan-urusan yang melibatkan dengan arak.

Saya bawakan sebagai contoh, banyak di dalam kawasan-kawasan kita seluruh Malaysia sebenarnya termasuk di negeri Perak, kedai-kedai serbaneka yang melibatkan urusan jual beli arak ini di dalam kawasan. Contoh seperti 7Eleven, Speedmart, KK Mart dan lain-lain lagi yang mana premis-premis ini, syarikat ini mempunyai ratusan cawangan di seluruh negara termasuk di kawasan majoriti muslim. Yang mana rata-ratanya semua menjual minuman arak dan ini sudah tentu melibatkan ribuan pekerja muslim terutamanya daripada kalangan anak-anak muda kita. Pekerja muslim di premis-premis ini sudah tentu terlibat dalam mengendalikan urusan berkaitan dengan arak ini sama ada menyusun, menjual ataupun sebagainya, yang jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti yang saya nyatakan tadi. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 'Bekerja di premis yang menjual arak adalah makruh dan jika pekerja tersebut terlibat secara langsung dalam penjualan arak, maka ia adalah haram'.

Namun, terdapat perkembangan positif yang boleh dijadikan contoh. Premis Family Mart di Malaysia ini di Perak ini adalah sebuah rangkaian kedai serbaneka yang popular 24 jam tetapi telah menghentikan penjualan minuman beralkohol di semua 360 cawangannya sejak Mac 2023 yang lalu. Keputusan ini yang saya nak puji diambil untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan muslim dan mencerminkan kepekaan terhadap sensitiviti agama dalam operasi harian mereka. Langkah ini menunjukkan bahawa adalah mungkin untuk mengimbangi keperluan perniagaan dengan menghormati kepercayaan agama pekerja.

Oleh itu saya mencadangkan, yang pertama majikan di sektor peruncitan dan perkhidmatan makanan perlu mempertimbangkan untuk menyediakan polisi untuk membolehkan pekerja muslim memilih atau untuk tidak terlibat dengan urusan berkaitan dengan arak. dan yang kedua, saya cadangkan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan agar menetapkan garis panduan yang jelas mengenai penjualan arak di kawasan majoriti muslim terutamanya dan juga mengenai dengan urusan jual beli arak di premis-premis yang terlibat ini dan yang ketiga, Kerajaan melalui agensi seperti JAKIM, JAIPk, Jabatan Mufti dan Kementerian Sumber Manusia agar menyediakan panduan dan latihan kepada majikan mengenai pengurusan sensitiviti agama ini di tempat-tempat kerja. Dengan langkah-langkah ini, kita dapat memastikan bahawa kesejahteraan sosial yang ditekan oleh Tuanku dapat direalisasikan secara menyeluruh merangkumi aspek keadilan, keharmonian dan penghormatan terhadap kepercayaan agama dalam semua sektor masyarakat.

Seterusnya Dato' Yang di-Pertua, dalam usaha kita mencapai kesejahteraan sosial yang menyeluruh adalah penting untuk memastikan bahawa setiap tindakan dan keputusan yang diambil oleh Pihak Berkuasa agar menghormati sensitiviti agama dan kepercayaan masyarakat. Baru-baru ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan sambutan Krismas di premis kementerian yang melibatkan penyertaan kakitangan awam termasuk yang beragama Islam. Jelas tindakan ini bertentangan dengan Garis Panduan Agama Islam seperti yang dinyatakan di Irsyad Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, siri yang ke 818 dan jelas telah melanggar sempadan yang menyebabkan sebahagian umat Islam bangkit menegur akan tindakan tersebut. Namun, yang mengecewakan adalah Menteri KPKT yang bertanggung jawab, Yang Berhormat Kepayang mempertahankan dengan alasan untuk memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum.

Suka untuk saya ingatkan di Dewan yang mulia ini, niat yang baik sekali pun jika tidak disandarkan dengan tindakan yang betul dengan mengambil kira sensitiviti agama akan memberikan jawapan yang tidak betul. Saya bangkitkan di sini sebagai satu nasihat kerana ia melibatkan soal halal dan haram yang memberikan implikasi terhadap soal akidah umat Islam. Jika kita kagum dengan pemerintahan di bawah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, maka perlu ambil berat betul-betul Isu ini kerana Umar bin Abdul Aziz pasti akan tidak membiarkan perkara yang boleh merobek akidah umat Islam ini daripada dinormalisasikan di negara ini. Dato' Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Titi Serong. Tronoh, boleh?

Sekejap.

Terima kasih. Saya amat menghormati bahawa hari ni, hari Jumaat dan bagi umat Islam akan menunaikan solat Jumaat pada hari ini tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membetulkan sedikit fakta di mana saya percaya daripada parti Yang Berhormat sendiri, daripada Dewan Pemuda PAS juga mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua. Jadi saya tak lihat apakah masalah yang dihadapi oleh Yang Berhormat seperti yang dibangkitkan tadi?

Terima kasih rakan saya, Tronoh bangkitkan. Sebab itulah saya nyatakan sekali lagi garis panduan melibatkan umat Islam berkaitan dengan pengamalan antara agama Hindu, agama Buddha dan sebagainya. Ini perlu ada panduan yang jelas. Umat Islam sendiri pun ramai yang tidak tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh. Ucapan, boleh. Betul, ucapan. Ulamak telah menggariskan panduan untuk meraikan rakan-rakan yang berlainan agama dengan umat Islam berkaitan dengan perayaan Krismas. Mengucapkan Selamat Hari Raya dibolehkan tetapi tidak semua perkara dibolehkan kerana ucapan Krismas ini dia melibatkan soal keagamaan. Dia berbeza, sahabat dengan budaya perayaan Tahun Baru Cina.

Ya, Yang Berhormat. Saya faham.

Sebab tu saya minta. Dia sebenarnya ada benda yang boleh.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat.

Ucapan boleh.

Sekiranya tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa ada umat Islam yang tidak tahu apa boleh buat, apa tak boleh buat, ya. Ya memang. Jadi ini adakah sebagai wakil daripada Parti Islam Malaysia, adakah ini menunjukkan kegagalan daripada parti PAS sendiri?

Eh, pasal apa PAS pula? Yang Berhormat, gini.

Yang Berhormat, atau pun saya minta pencerahan daripada Yang Berhormat.

Saya nyatakan…

Yang Berhormat, apa-apa yang dilakukan di KPKT meraikan Hari Krismas yang tidak dibolehkan. Boleh Titi Serong jelaskan. Apa yang dilakukan di KPKT tidak dibolehkan. Mohon-mohon pencerahan.

Yang Berhormat nanti tengok hansard tindakan yang dilakukan di KPKT melibatkan umat Islam meraikan Hari Krismas dengan sebegitu. Ada beberapa perkara yang telah melanggar sempadan.

Apa, apa perkara itu. Apa yang melibatkan. Saya, saya mohon nak tarik balik perintah tetap. Ini tidak benar.

Apa yang tidak benar?

Apa elemen yang melibatkan orang Islam? Mohon penerangan.

Irsyad Fatwa. Mufti Wilayah telah ada garis panduan. Baca tak?

Elemen apa?

Yang di-Pertua

Ok semua orang duduk. Semua duduk. Saya ingat dia bila melibatkan bab ini, saya pun tak berapa pandai tapi nanti…nanti kalau ini yang dibangkitkan oleh …Changkat Jering kenapa bangun duduklah Changkat Jering? Saya suruh duduk. Yang bercakap ni Titi Serong. Titi Serong nanti, nanti bolehlah diberi penjelasan oleh kerajaan. Dia bangkitkan kepada kerajaan jadi nanti kerajaan bagitahu, apa yang boleh atau tak boleh. Jadi kita jangan panjangkan pendebatan fasal masa pun mencemburui kita. Ok Titi Serong. Ok.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Sebab itu saya nyatakan secara tegas tadi kita perlu ada garis panduan agar menjadi rujukan semua buat umat Islam, buat kakitangan kerajaan yang pelbagai agama. Biar kita tahu sempadan ini agar tidak kita boleh sentuh dan juga langgar. Kami, contoh untuk yang mudah faham yang saya bawakan di sini.

Dato' Yang Di-Pertua saya rasa tak adil.

Yang di-Pertua

Ok Astaka.

Apa yang tak adilnya? Apa yang tak adilnya?

Terangkan terangkan apa elemen. Kalau tidak dia mengelirukan Dewan yang mulia ini.

Speaker rasa selesai dah tadi. Kita selesai bagi Exco jawab nanti selesai.

Yang di-Pertua

Ok semua orang duduk. Astaka tak apalah, tak apalah duduklah. Dia tanya nanti, nanti kerajaan akan jawablah. Kalau dia kata tak apa garis panduan, kita nak bahas panjang ni pun susah. Saya tengok wakil Jabatan Agama pun dah bukak songkok dah. Dia pun…

Dato'…

Yang di-Pertua

Dewan yang sejuk pun dah rasa panas.

Saya secara peribadi, saya akan hantarkan link fatwa Irsyad…

Yang di-Pertua

Okey tak apa Titi Serong, Titi Serong

Untuk baca rujuk. Ada benda yang boleh Yang Berhormat. Ada benda yang boleh ada yang tak boleh.

Yang di-Pertua

Titi Serong.

Berlaku di…

Yang di-Pertua

Move on move…move

Yang berlaku itu adalah satu kesalahan. Saya bangkit menegur.

Soalan saya, apa yang tak boleh yang telah dilakukan di KPKT. Apa yang salah apa yang sudah salah. Saya faham ada link tu ok. Tapi apa yang sudah dilakukan di KPKT yang tidak boleh?

Ya. Ucapan Selamat.

Yang di-Pertua

Ok. Next point. Titi Serong next point.

Saya pergi saya pergi seterusnya. Ucap, hanya ucapan selamat Hari Natal pun ulama telah berbeza pendapat.

Yang Berhormat.

Ni maaruf. Saya ambil

Yang Berhormat, kalau nak stay dekat point tu jawab dulu.

Saya tak faham sungguh. Sepatutnya kalau ada berlaku kesalahan

Kalau nak…nak…nak stay dekat point tu jawab dulu.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Baru nak buat garis panduan pun dah ditentang oleh pihak yang berkenaan.

Garis panduan pun tak setuju.

Yang di-Pertua

Changkat Jering jangan tambah.

Elemen yang salah yang telah dilakukan di KPKT.

Yang di-Pertua

OkTiti Serong next point, dah stop.

Oleh itu, saya terus saya cadangkan. Saya cadangkan garis panduan yang jelas perlu dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama.

Yang Berhormat…

Yang di-Pertua

Ok…ok dah ok.

Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat sendiri sengaja cakap.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Tadi kita mahu sembahyang Jumaat cukup Tronoh.

Saya tak faham sungguh. Mendengar tidak mahu. Yang nak bantah dan bantah. Sabar-sabar.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Nak ending dah tu

Dah saya tak nak sentuh berkaitan yang di KPKT saya dah tak sentuh. Saya bagitahu, perlu ada garis panduan yang jelas oleh pihak berkuasa agama melibatkan melibatkan umat Islam dalam perayaan agama lain. Kita nak hidup harmoni. Kawan saya, ramai daripada Buddha. Ada jugak daripada Kristian. Kita nak hidup harmoni.

Yang di-Pertua

Ok…ok…ok Titi Serong. Point taken move on…

Yang kedua, perlu wujudkan latihan kesedaran. Diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan mengenai sensitiviti agama ini untuk memastikan setiap program yang dianjurkan mengambil kira pelbagai kepercayaan masyarakat setempat dan yang ketiga, akhir Dato' Yang Di-Pertua. Dialog antara agama perlu dikukuhkan untuk membina pemahaman yang lebih mendalam antara komuniti yang berbeza sekaligus memperkukuhkan perpaduan nasional antara kita dan juga agama. Dengan langkah-langkah ini, kita dapat memastikan bahawa setiap warganegara tanpa mengira latar belakang agama merasa dihormati dan dilindungi selaras dengan prinsip-prinsip kesejahteraan sosial yang ditekankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Dato' Yang Di-Pertua, akhir kata, marilah kita sama-sama menzahirkan komitmen dalam memartabatkan prinsip kesejahteraan sosial seperti yang dizahirkan dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Titah baginda bukan sekadar pedoman tetapi amanah yang perlu kita laksana demi menjamin keadilan, keharmonian kesejahteraan untuk seluruh rakyat tanpa mengira agama dan juga kaum. Patik menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Insya Allah kita akan terus memperkukuh dasar amalan menjaga hak semua masyarakat dengan menjadikan prinsip agama kemanusiaan dengan bijak sebagai asas dalam semua tindakan. Masing-masing kita kena ambik tahu berat berkaitan dengan sensiviti agama kita masing-masing. Masing-masing jaga sempadan, Insya Allah harmoni akan dapat kita kecapi. Sekian sahaja daripada saya. Patik menjunjung kasih Tuanku. Wabillahi taufiq wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Titi Serong. Sekarang saya menjemput pembahas terakhir. Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan. Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Barisan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak Kerajaan dan daripada pihak Pembangkang, Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media seterusnya yang dikasihi semua rakyat negeri Perak umumnya dan rakyat Adun Rungkup khasnya yang mengikuti sidang Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada GPMS Bagan Datuk yang berada di atas sana. Terima kasih di atas kehadiran untuk sama-sama menyaksikan sidang Dewan Undangan Negeri Perak ini.

Sebelum memulakan perbahasan, saya ingin merakamkan bingkisan merafakkan sembah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almaghfurlah, yang berbunyi seperti berikut. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Ampun Tuanku. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan rasa setinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanawa Taala atas limpah perkenan dan keizinan-Nya jua saya dapat hadir dan berucap di Dewan yang mulia ini. Saya juga merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang berucap membahas usul menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa merasmikan persidangan ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya buka bingkai bicara dengan menyentuh sedikit sebanyak mengenai ekonomi. Duli Yang Maha Mulia Tuanku menitipkan pesanan bahawa susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat mengenakan 24% tarif timbal balik ke atas Malaysia, maka unjuran pertumbuhan 4.5% hingga 5.5% KDNK 2025 perlu disemak semula. Pada hemat saya, penyertaan tersebut perlu diberikan perhatian dengan langkah-langkah waspada. Sekali pun, ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan kerana disokong oleh mikro ekonomi yang kekal kukuh di samping pelaksanaan agenda reformasi ekonomi dan pertumbuhan perindustrian di bawah beberapa pelan induk negara.

Walau bagaimanapun, sebagai negara perdagangan, Malaysia perlu berwaspada kerana sebarang anjakan atau gelora yang berlaku di peringkat global terutama negara-negara yang berdagang dengan Malaysia. Impaknya boleh mendatangkan kesan negatif kepada kita. Sehubungan dengan ini, saya berpendapat mungkin timbul keperluan untuk kita merenung semula dasar dan strategi pembangunan industri kita supaya tidak terlalu terdedah kepada kebarangkalian manipulasi gergasi-gergasi ekonomi di peringkat global. Menyusuri secara retrospektif usaha pemerkasaan sektor perindustrian kita telah merangka berpaksikan antara lain. Yang pertama berorientasi eksport. Yang kedua, penggantian import. Yang ketiga bahan semula jadi. Keempat, matlamat pindahan dan peningkatan teknologi. Kelima, penjanaan peluang-peluang pekerjaan dan keenam, imbangan perdagangan serta perolehan wang asing.

Apa yang berlaku di negara-negara rakan dagangan kita amat memberi kesan kepada corak dan nilai perdagangan kita. Sekali gus impaknya dirasai oleh pemain-pemain industri terbabit. Dalam konteks ini, timbul keperluan untuk kita mengkaji semula arah tuju perdagangan serta produk yang dihasilkan bagi mengelakkan dari terperangkap dalam ikatan perdagangan yang sukar dirungkai. Dari aspek pengertian import, penghasilan produk-produk gantian import dapat memperbaiki imbangan perdagangan sekaligus mengurangkan risiko terlalu terdedah kepada pandangan berat sebelah di samping mengurangkan aliran wang keluar serta mengukuhkan nilai ringgit. Dalam konteks negeri Perak, sektor industri yang berorientasi eksport masih banyak yang membabitkan pemerosesan bahan semula jadi seperti bahan batu, hasil korin, komoditi sawit dan getah serta kayu balak termasuk bahan mineral. Bagi sektor ini usaha gigih perlu diteruskan bagi meningkatkan nilai tambah kepada produk-produk yang dihasilkan. Saya juga berpendapat supaya diwujudkan cukup ruangan dan peluang bagi melakukan anjakan daripada rakan-rakan dagang tradisional kepada rakan-rakan dagang baru melalui keakraban hubungan sesama rakan dalam ASEAN dan juga rantau Asia Timur. Sementelahan pula, Malaysia adalah Pengerusi ASEAN bagi penggal semasa.

Menyentuh pula ekonomi negeri Perak pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta sekalian warga kerja atas kejayaan merekodkan kutipan hasil pada tahun 2024 melebihi sasaran iaitu mencecah RM1.3 bilion meningkat RM118.5 juta. Ini membolehkan kecapaian surplus untuk tiga tahun berturut-turut. Kejayaan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai dalam suasana persekitaran ekonomi yang amat mencabar di musim terbabit. Perlu kita sedari bahawa peningkatan kutipan hasil negeri adalah cerminan kelestarian. Pertumbuhan sektor-sektor penyumbang sekaligus sebagai petanda positif ke arah potensi pengembangan.

Oleh itu, peri pentingnya kestabilan politik dan ketenteraman awam serta amalan tatakelola yang sihat dan pragmatic. Tanpa sebarang keraguan kita perlu berganding bahu untuk mengekalkan momentum positif ini. Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menzahirkan bahawa nilai pelaburan yang diperolehi negeri Perak pada tahun 2024 bernilai RM8.7 bilion meningkat 2.7% berbanding tahun 2023. Ini suatu tanda positif terhadap keyakinan para pelabur untuk melabur di Perak. Keyakinan ini perlu terus diperkukuhkan dengan mempercepatkan pelbagai kelulusan terbabit supaya kesan positif dari pelaburan dapat direalisasi dengan segera demi kerancakan ekonomi negeri dan penjanaan peluang-peluang pekerjaan supaya kadar pengangguran dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Sehubungan dengan perkara ini, saya berpendapat suatu penanda aras perlu diwujudkan bagi mengelakkan para pelabur rasa terencat akibat kerana birokrasi atau reteh. Menyedari bahawa terdapat pelbagai kategori pelaburan yang mengambil masa agak lama untuk direalisasikan. Elok kiranya diwujudkan sistem pemakluman awam supaya tidak timbul tohmah tentang kelewatan projek-projek tertentu mencapai tahap matang bagi manfaat pengembangan ekonomi dan limpahan-limpahan peluang kepada rakyat jelata. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sama ada tersurat mahupun tersirat gagasan atau agenda Perak Sejahtera 2030 adalah ibarat Piagam Ekonomi Negeri Perak yang menjanjikan kesejahteraan untuk rakyat negeri Perak menjelang tahun 2030. Kita ada kira-kira empat tahun tujuh bulan untuk sampai kepada tahun 2030. Sepanjang tempoh itu, pelbagai perkara di luar dugaan, tak mustahil boleh berlaku. Lebih-lebih lagi suasana ekonomi global yang tidak menentu dan mudah menempias kepada kita di negara ini. Sehubungan dengan kebarangkalian ini, saya berpendapat tahap kesediaan kita perlu dipertingkat melalui pengukuhan jati diri rakyat jelata yang dibina atas semangat berdikari dan sentiasa ingin maju serta bersedia untuk berubah.

Lumrahnya dalam sesuatu masyarakat terdapat golongan yang jerih untuk berubah. Lantaran itu, sebarang program pembangunan terbantut kerana kewujudan golongan sasar yang pasif. Oleh itu, saya ingin menyuarakan pendapat agar pihak kerajaan mewujudkan Skim Penyuburan Semangat ke arah orientasi kecapaian cemerlang dalam pelbagai bidang utama. Modul Achievement Orientation dengan izin, perlu disuntik dalam program-program pembangunan. Golongan muda yang menjadi pewaris kepada Perak Sejahtera 2030 perlu dilibatkan secara aktif dan progresif supaya pengisian matlamat tidak tersasar. Secara peribadi, saya ingin menyatakan rasa khuatir kalau golongan pasif tersebut dibiarkan terus pasif dan tertinggal. Apabila terbit fajar pada 1 Januari 2030 nanti akan terdapat golongan yang terhindar dari merayakan kejayaan Perak Sejahtera 2030. Mereka yang mengharap sinar 2030 untuk menelan kabus derita akan dilanda kekecewaan yang mungkin sudah terlambat untuk ditebus.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, banyak negara yang telah hancur akibat kerapuhan perpaduan dan terhakisnya keharmonian di kalangan rakyat di negara-negara terbabit. Dalam situasi tanpa aman damai, tiada kemakmuran dan kesejahteraan yang boleh dicapai. Lumrahnya apa yang kita semai itulah yang kita tuai. Jika perpaduan yang hendak disemai, maka keharmonian yang kita tuai. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dengan jelas dan nyata menzahirkan rasa kegusaran Baginda terhadap situasi yang tidak begitu kondusif dalam usaha memupuk perpaduan dan keharmonian. Sukar dicari jalan pintas dalam perkara ini selagi wujudnya anasir-anasir yang membenihkan rasa kesangsian dan kebencian di antara satu sama lain di negara majmuk ini. Malangnya, anasir-anasir sedemikian itu berakar di kelompok-kelompok tertentu sebahagiannya dalam penyamaran dan sebahagiannya dalam lindungan kotak-kotak politik dan keadilan sosial. Menyedari bahawa isu ini amat sensitif untuk saya perkatakan secara terbuka, memadai sekiranya saya ungkapkan secara berkias seperti berikut.

Negara ku ini hanya satu, Tapi kenapa ragam rakyatnya beriburibu? Negara ku ini ingin maju, Tetapi kenapa sebilangan rakyatnya memilih jalan buntu,

Meniup api permusuhan tak kira waktu, Dicari-cari ramuan berpadu, Tetapi disuntik kebencian tak menentu, Disemai kesangsian tak jemu-jemu, Damai tak mengetuk pintu kecuali digamit dengan penuh restu, Mari kita semai perpaduan jitu, Mari kita baja keharmonian sepanjang waktu.

Dato’ Yang di-Pertua, pada kesempatan ini juga saya ingin menyentuh isu-isu setempat iaitu kawasan saya di Rungkup. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak menzahirkan kebimbangan tentang isu kelestarian alam sekitar khususnya permasalahan plastik sekali guna. Saya ingin mengambil sedikit ruang dalam perbahasan ini untuk menyuarakan satu isu yang sering kali kita terlepas pandang tetapi sebenarnya memberi kesan besar kepada rakyat iaitu pengurusan sampah khususnya pengurusan sampah di kawasan luar liputan Kerajaan Tempatan. Yang di dalam kawasan Kerajaan Tempatan pun ada masalah tapi yang di luar liputan kawasan Kerajaan Tempatan lagilah bermasalah dan saya difahamkan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah, mereka ada bajet untuk membuat tapak-tapak sampah tapi mereka tidak mempunyai bajet untuk berfungsi seperti Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan lori untuk mengambil sampah-sampah tersebut. Jadi dalam kawasan saya, contohnya terutama sewaktu, waktu puncak seperti Hari Raya dan juga hari-hari kebesaran yang lain, longgokan sampah begitu teruk dan ianya jijik, kotor dengan ulat dan sebagainya.

Jadi, kita berharap sangatlah supaya Kerajaan Negeri dapat menyediakan bajet supaya pengurusan sampah di kawasan luar kawasan Kerajaan Tempatan ini dapat dilihat. Ada pihak Kerajaan Tempatan yang di atas budi bicara, mereka meminta lori-lori mereka untuk pergi sekali-sekala mengambil sampah-sampah yang di luar di kawasan luar kawasan pihak tempatan ini tetapi mereka tidak boleh melakukannya berterusan. Jadi sekali lagi pada hemat saya kita perlu mencari penyelesaian jangka panjang kepada perkara ini kerana apabila tiada tempat untuk membuang sampah maka rakyat-rakyat di kampung-kampung ini mengambil pendekatan mudah untuk membuang sampah ke dalam parit contohnya dan dari parit ianya mengalir ke sungai dan dari sungai pergi ke laut dan itulah yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dalam titah Dirajanya.

Jadi kita perlu mencari penyelesaian jangka panjang kepada masalah pengurusan sampah di luar kawasan PBT ini. Lebih membimbangkan juga terdapat amalan pembakaran sampah secara terbuka sama ada di tepi rumah, di kawasan lapang mahu pun berhampiran kebun. Ini bukan sahaja mencemarkan udara malah mendatangkan risiko kesihatan seperti penyakit pernafasan dan bahaya kebakaran terutama pada musim kering. Jadi saya mencadangkan supaya ada sistem kutipan sampah secara berkala khusus untuk kawasan luar liputan majlis, mewujudkan pusat pengumpulan sampah sementara TPS yang sah dan terurus dan ketiga mempergiat kempen kesedaran tentang bahaya pembakaran terbuka serta pendidikan pengurusan sisa kendiri di peringkat komuniti.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak memulakan Titah Dirajanya tempoh hari dengan memberikan penghormatan kepada Allahyarham YB Haji Ishsam Shaharuddin yang merupakan sahabat karib saya. Oleh yang demikian saya berasa terpanggil untuk meneruskan apa yang pernah diperjuangkan oleh Allahyarham di dalam Dewan yang mulia ini iaitu berhubung kait dengan Sekolah Menengah Agama Rakyat atau pun SMAR. Sekolah Menengah Agama Rakyat merupakan Sekolah Menengah Islam yang ditubuhkan oleh masyarakat dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak melalui pelbagai inisiatif antaranya secara persendirian, badan bukan kerajaan dan pertubuhan dakwah. Ia tidak bergantung kepada peruntukan penuh kerajaan. Malah dalam banyak kes beroperasi sepenuhnya hasil sumbangan dan yuran dikutip daripada ibu bapa. Di negeri Perak hanya tinggal 16 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat yang masih aktif di bawah Majlis Pengetua Sekolah Menengah Agama Rakyat Perak dan saya rasa berbangga kerana di kawasan Dun Rungkup saya ada sebuah sekolah menengah agama rakyat iaitu Sekolah Menengah Agama Ihsadiah yang telah berfungsi sekian lama sejak tahun 1932.

Namun seperti kebanyakan SMAR lain yang ada di negeri Perak, sekolah ini berdepan kekangan yang besar iaitu dari segi kewangan, kemudahan dan kebajikan guru serta pelajarnya. Di antara kekuatan SMAR adalah kandungan pengajian dan pendidikan Islam yang kukuh, peranan komuniti setempat yang menjadikan sekolah ini lebih dekat dengan nilai budaya dan keperluan masyarakat, kos pendidikan yang rendah yang menjadikan SMAR pilihan utama bagi keluarga berpendapatan rendah. Namun terdapat juga kelemahan iaitu tiada bantuan kewangan tetap daripada kerajaan, kekurangan guru berkelayakan dan bergaji tetap serta prasarana yang daif dan tidak lengkap termasuk bangunan lama, bilik darjah tidak cukup dan tiada kemudahan ICT. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Kebangsaan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan berada di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan. Namun Sekolah Menengah Agama Rakyat sudah lama wujud tetapi masih lagi berada di luar sistem bantuan rasmi menyebabkan ia tidak dapat bergerak secara kompetitif.

Jadi sebagai cadangan saya suka mencadangkan supaya satu penubuhan dana khas untuk SMAR negeri Perak yang mungkin boleh dikendalikan oleh JAIPk dan juga Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak bersama dengan Yayasan Perak. Yang kedua pemberian elaun tetap atau sagu hati kepada guru-guru SMAR, ketiga latihan dan pembangunan profesional melalui kerjasama dengan IDR Institut Darul Ridzuan dan JAIPk, keempat pengiktirafan sijil dan laluan IPT, JAIPk dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Sultan Azlan Shah USAS, Kolej Universiti Islam Perak dan institusi seperti Maahad Tahfiz Negeri Perak boleh dirangka satu mekanisme penyelarasan kurikulum dan laluan khas kemasukan pelajar SMAR ke peringkat pengajian tinggi.

Akhirnya saya juga ingin mencadangkan oleh kerana Yang Berhormat Sungkai tidak sempat untuk menjawab soalan lisan saya. Ini berhubung kait dengan pesakit-pesakit dialisis di negeri kita ini. Sebagaimana yang kita tahu mereka-mereka yang mempunyai masalah buah pinggang ini perlu membuat dialisis 3 kali seminggu. Saya rasa YB-YB, tuan-tuan dan puan-puan yang ada di dalam Dewan yang mulia ini kalau diri sendiri tak ada pun mesti ada sama ada ibu bapa kita, saudara mara kita, adik beradik kita yang mempunyai masalah ini dan ianya cukup rumit kerana nak pergi ke pusat dialisis 3 kali seminggu ni bukanlah satu perkara yang mudah. Jadi oleh kerana itu saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan pihak swasta kerana saya tahu kita sebagai kerajaan negeri kita tidak mampu untuk melaksanakan perkara ini tetapi alangkah baiknya kalau di setiap kawasan

Dewan Undangan Negeri kita mempunyai pusat dialisis kerana sekarang ini macam di kawasan saya mereka perlu pergi begitu jauh ke simpang empat dalam 1/2 jam ke 45 minit atau pun ke Hospital Teluk Intan dalam masa 45 minit ke 1 jam untuk mendapatkan rawatan dialisis.

Jadi saya mohon kerajaan negeri untuk kita fikirkan kaedah yang kreatif untuk kita berusaha sama dengan syarikat-syarikat yang saya kira sudah memang mempunyai niat untuk melaksanakan program CSR, Corporate Social Responsibility untuk bersama-sama mewujudkan pusat dialisis ini dan InsyaAllah kalau pusat dialisis ini ada di setiap kawasan Dun saya rasa rakyat kita akan lebih mudah untuk mendapatkan rawatan dialisis ini. Jadi saya ucapkan terima kasih sekali lagi di atas kesempatan ini Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua dan saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun.

Apa riuh di kaki bukit, Anak rusa kehilangan ibu, Jengkel sungguh Perak nak bangkit, Elak sengketa dan terus berpadu.

Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Rungkup menyokong.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam terima kasih Yang Berhormat dari Rungkup, sahabat lama saya yang menyampaikan ucapan perbahasannya dengan cukup tenang dan teratur dan mempunyai intipati yang sangat baik sekali. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Isnin 21 April 2025 jam 9.00 pagi.