Perak · 21 April 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 535 turns · 56,527 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kelima, Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin, 21 April 2025, jam 9.14 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat dan giliran soalan-soalan lisan, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Ahli Yang Berhormat boleh mendapatkannya melalui imbasan kod QR yang ada di atas meja Ahli Dewan Negeri.

Perkara yang kedua, berkenaan kehadiran semasa persidangan. Suka untuk saya ingatkan sekali lagi semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan dikehendaki untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR di atas meja masing-masing.

Perkara yang ketiga, pada hari ini Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan akan membuat penggulungan ke atas perbahasan usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja.

Perkara yang keempat berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih Datjo' Yang di-Pertua. Soalan Mengelembu soalan nombor 1.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mengelembu mengemukakan soalan yang ringkas, tiga baris sahaja tetapi saya memerlukan masa yang panjang kerana jawapannya agak panjang iaitu melibatkan visi jangka masa panjang Kerajaan Negeri berkaitan pembangunan mampan yang seimbang antara ekonomi, alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Pembangunan mampan yang seimbang antara ekonomi, alam sekitar dan kesihatan masyarakat merupakan satu cabaran besar bagi negeri Perak, namun ia tetap menjadi visi jangka panjang Kerajaan Negeri untuk membina negeri yang sejahtera, berdaya tahan dan inklusif melalui pelaksanaan dasar pelan tindakan serta inisiatif secara strategik dan menyeluruh. Kerajaan Negeri telah menggerakkan usaha bagi memperkasakan lagi Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan penambahan tiga agenda baharu iaitu, pertama pembangunan sosial, kedua kelestarian alam dan biodiversiti dan ketiga pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.

Penambahan ini menjadikan Pelan Perak Sejahtera 2030 lebih dinamik, bersifat modular dan boleh disesuaikan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan semasa. Bagi menyokong Pelan Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan cabang ekonomi baharu yang berpotensi untuk diterokai. Antaranya ialah Ekonomi Biru yang menekankan penjanaan ekonomi baharu merentasi sektor yang menggunakan sumber laut, pesisiran pantai dan sumber air tawar berlandaskan amalan lestari bagi menjamin kesejahteraan sosial, ekonomi dan juga alam sekitar. Halatuju Ekonomi Biru Negeri Perak Darul Ridzuan telah diluncurkan pada 23 Februari 2025 dan menjadi rujukan kepada semua pemegang taruh dari jabatan dan agensi kerajaan, industri badan bukan kerajaan, persatuan dan orang awam dalam merancang, menggubal, melaksana, memantau dan menilai strategi serta inisiatif berkaitan ekonomi biru di negeri Perak.

Selain itu, Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 telah dibangunkan sebagai manifestasi manifestasi iltizam Kerajaan Negeri untuk memacu ekonomi berasaskan teknologi digital. Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 ini merupakan dokumen yang menyokong rangka tindakan atau Blueprint Ekonomi Digital Malaysia iaitu MyDigital dan sejajar dengan agenda rancangan dan dasar nasional sedia ada yang akan bertindak sebagai asas dan panduan untuk pembangunan ekonomi digital negeri Perak. Tumpuan diberikan kepada empat teras strategik, lapan strategi dan 21 program yang telah dirangka merangkumi pelbagai aspek penting dalam memperkukuh ekosistem digital yang akan dilaksanakan secara berfasa sehingga tahun 2030.

Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian, negeri Perak secara konsisten memberi keutamaan dan komited terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Keseimbangan dalam pembangunan perlu mengambil kira tanggungjawab terhadap sumber semulajadi agar ia tidak terancam dan kekal untuk tempoh yang Panjang. Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM69.79 juta di bawah fokus kelestarian alam sekitar. Hal ini turut menjadi antara perkara yang telah disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak didalam buku nukilan baginda yang menyeru supaya sumber negeri dimanafaatkan secara lestari melalui eksploitasi yang mampan terhadap tanah, air dan juga hutan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan agenda penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok sejak Januari 2021 bagi menangani fenomena perubahan iklim. Sehingga November 2024 sebanyak 9.55 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negeri menghampiri sasaran 10 juta pokok menjelang hujung tahun 2025. Kerajaan Negeri sehingga 2024 turut telah merekodkan seluas 988,722.22 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal atau HSK bersamaan 47.63% daripada jumlah keluasan negeri iaitu 2,087,573.28 hektar. Selanjutnya menjadikan Perak sebagai negeri dengan HSK terbesar di Semenanjung Malaysia. Peningkatan sebanyak 18.59 hektar turut direkodkan berbanding tahun 2023.

Dalam aspek kesihatan awam pula, Kerajaan Persekutuan melalui Rolling Plan Kelima, RMK12 telah meluluskan RM52.9 juta bagi pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 dengan kuarters di Chemor sebagai antara projek berkeutamaan negeri. Selain itu, Hospital Baharu Seri Iskandar yang bernilai RM145.7 juta, RM145.7 juta telah dimula telah mula beroperasi dan blok tambahan Hospital Seri Manjung bernilai RM66.3 juta ringgit telahpun siap pada tahun 2024. Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan berjumlah RM500 ribu bagi pelaksanaan Program Community Feeding yang menyasarkan anak-anak orang asli dan keluarga B40 dan telah diperluaskan ke kawasan bandar, sejak 2021 sebanyak 35 program Community Feeding disasarkan di bawah Pelan Strategik SUK Perak 2021 hingga 2025 menjadikan Perak satu-satunya negeri yang menyalurkan dana secara konsisten untuk inisiatif ini.

Kerajaan Negeri turut memandang serius isu kesihatan mental yang dijangka akan menjadi antara cabaran utama kesihatan awam pada masa hadapan, sekiranya tidak ditangani dari sekarang pada tahun 2024 sahaja sebanyak 345 program dan kursus berkaitan kesihatan mental telah dilaksanakan sehingga kini pertambahan pegawai iaitu 13 pegawai Psikologi Kaunseling telah ditempatkan di setiap pejabat kesihatan daerah dan institusi kesihatan negeri. Khidmat kaunseling, terapi sumber pendidikan dan aktiviti relaksasi turut disediakan. Sebanyak 81 Klinik Kesihatan Minda Sihat menyediakan saringan awal kesihatan mental di semua 12 daerah di Perak dengan pecahan di daerah Muallim dua, tiga di Hilir Perak, empat di Kampar, lima di Hulu Perak, lima di Bagan Datuk, enam di Batang Padang, tujuh di Kuala Kangsar, tujuh di Manjung, lapan di Perak Tengah, sembilan di Kerian dan Larut Matang Selama dua belas dan Kinta tiga belas. Menyedari keperluan melindungi golongan berisiko tinggi khususnya warga emas daripada jangkitan penyakit berjangkit seperti influenza. Kerajaan Negeri telah melaksanakan program vaksinasi influenza percuma sebagai langkah pencegahan kesihatan awam. Seramai 1,946 warga emas telah menerima vaksin secara percuma di 78 klinik kesihatan terpilih sejak 18 Februari lalu. Sebanyak 17 ribu dos vaksin disediakan dan telah diagihkan secara berfasa berdasarkan populasi warga emas dan keperluan setempat.

Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, visi jangka masa panjang untuk mencapai pembangunan yang seimbang, antara pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan masyarakat di negeri Perak akan tercapai melalui pelaksanaan tadbir urus yang kukuh melalui Jawatankuasa Pemandu Perak Sejahtera 2030 dan juga Jawatankuasa Kerja Perak Sejahtera 2030. Kedua-dua jawatankuasa ini akan bekerjasama secara bersepadu bertanggungjawab memastikan setiap projek dilaksanakan dengan lancar selaras dengan keperluan dan cabaran semasa demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri Besar. Astaka silakan.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi jawapan yang begitu komprehensif dan padu dan saya sangat setuju. Kesihatan mental ini akan jadi satu isu yang kita perlu menangani pada masa yang akan datang, terutamanya apabila kita adakan pembangunan macam mana kita nak memastikan pembangunan ekonomi itu juga menjamin kesihatan mental. Soalan saya di kawasan saya juga ada sesetengah pembangunan di mana penduduk-penduduk di sekeliling pembangunan tersebut menghadapi masalah kesihatan mental dari segi kacau ganggu bunyi, pencemaran bunyi dan sekarang apabila membuat aduan, mereka ambil satu purata reading bunyi tu. tetapi sebenarnya ada sesetengah reading yang akan menjadi tinggi sangat tinggi yang itu yang jadi punca kepada kesihatan mental tu tetapi kita ambil purata dan juga yang banyak kali kita sebut dalam dalam dewan yang mulia ini tentang kacau ganggu lalat, di mana kita nak membangunkan sektor ekonomi di kawasan kami, tetapi penduduk-penduduk lain di sekelilingnya yang…yang menghadapi.

Satu lagi kita ada rancangan tempatan daerah di mana kita menetapkan satu perancangan yang yang jangka panjang tetapi apabila kita nak membuat pengubahan rancangan tersebut, adakah kita membuat satu kita panggil dengan izin consideration yang rapi? Soalan saya, adakah apabila kita membuat perancangan sesuatu pembangunan kita membuat dengan teliti dan soalan saya satu lagi adakah kita sedia Kerajaan Negeri sedia untuk membuat penguatkuasaan yang lebih ketat untuk memastikan keseimbangan dari segi pembangunan ekonomi dan kesihatan mental? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Astaka. Dato' Yang di-Pertua seperti saya sebutkan dalam jawapan yang panjang tadi bahawa Pelan Perak Sejahtera 2030 ini adalah dinamik. Ia tidak terikat kerana ia memerlukan persetujuan awam sebab masa kita bangunkan pelan ini, kita tidak buat daripada atas ke bawah. Kita buat berasaskan kepada pandangan dan pendapat awam daripada bawah ke atas. Sudah tentu dalam tempoh lebih daripada dua tahun hampir tiga tahun pelancaran dan pelaksanaan dijalankan. Kerajaan barangkali perlu melihat semula beberapa perkara yang jika perlu diubah suai, kita kena ubah suai. Jadi ada keperluan untuk saya dan juga rakan-rakan pentadbiran serta Pejabat Daerah dan juga Majlis Daerah barangkali kena duduk balik semeja untuk menilai melihat semula tentang rancangan yang telah diputuskan itu. Jika terdapat keperluan untuk mengubahnya, maka kita kena bincang balik supaya setiap pembangunan yang kita rancang itu hendaklah bersesuaian dengan kehendak masyarakat setempat. Jadi berkaitan dengan penyakit pesakit mental ni saya sebutkan awal tadi memang menjadi normal bagi mana-mana negara atau negeri atau masyarakat yang sedang membangun akan wujud beberapa perkara yang menyebabkan bilangan orang yang stress ini ramai.

Jadi tekanan perasaan itu adalah di antara penyumbang utama kepada pesakit mental. Sebab tu selalu saya sebutkan sama ada pendakwah atau penceramah-penceramah agama ni kena sebutkan kepada orang ramai, pertama kena sentiasa beristighfar, kalau Islamnya. Mohon ampun kepada Allah swt. Yang kedua, kena sentiasa bersyukur kepada setiap nikmat yang diberikan. Yang ketiga, jangan banyak merungut, jangan ambil kerja tuhan yang susah ni, stress ni kalau nak ambik kerja tuhan tu payah. Jadi apa yang Allah berikan kepada kita, bersyukur terima seadanya, berdoa dan usaha untuk mendapat yang lebihnya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Takde soalan tambahan lain. Sebelum saya jemput Changkat Jering untuk mengemukakan nombor soalan dia dia pun tengok saya tak sabar lagi dah nanti kejap. Saya suka nak maklumkan Dewan bahawa hari ini kita di barisan blok pembangkang ada sedikit perubahan dengan izin seating arrangement. Ini adalah disebabkan oleh permohonan daripada Perikatan Nasional sendiri yang nak buat. Ini dan kita sebagai Speaker dan juga Dewan kita cuba memenuhi kehendak permohonan tersebut sebaik yang mungkin. Ya diharapkan Ahli-ahli Dewan semua dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih efisien dalam Dewan yang mulia ini. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk mengemukakan nombor soalan. Terima kasih.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Changkat Jering soalan nombor 2.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Salam Kerajaan Perpaduan Madani dan juga Salam Perak Sejahtera 2030. Dato' Yang di-Pertua saya akan menyentuh soalan Yang Berhormat Changkat Jering yang sedikit Yang Berhormat Selama kerana mereka menyentuhkan isu lebuhraya. Terima kasih Changkat Jering.

Kesesakan trafik di plaza-plaza tol Changkat Jering iaitu Lebuh Raya Plus dan Plaza Tol Taiping, Lebuhraya WCE sering terjadi terutamanya ketika musim cuti sekolah dan perayaan. Ini biasa YB. Perbincangan dan sesi libat urus oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama pihak syarikat konsesi bagi Lebuhraya WCE dan

Lebuhraya PLUS telah diadakan bagi menangani isu kesesakan tersebut yang mana beberapa langkah penambahbaikan telah diambil bagi memastikan pengoperasian lebuhraya berada di tahap yang optimum. Antara tindakan tersebut adalah melaksanakan pengoperasian lorong tol tambahan reversible line dengan izin bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik dan limpahan trafik lebuhraya WCE untuk masuk ke Lebuhraya PLUS. Yang keduanya melaksanakan lorong Tol Hybrid RFID dan juga Touch n Go di Plaza Tol Changkat Jering. Di samping itu, sesi engagement dengan pihak PDRM daripada Unit Trafik IPD Taiping telah diadakan dan akan membuat penambahbaikan dengan melaksanakan pemantauan trafik melalui kamera litar tertutup CCTV oleh pihak Lebuhraya WCE secara real time monitoring dengan izin di Pusat Kawalan Trafik WCE. Pemantauan ini akan dimaklumkan secara terus kepada PDRM bagi melaksanakan tindakan kawalan sokongan bantuan dan kawalan trafik di kawasan persimpangan Changkat Jering sekiranya berlaku kesesakan di situ.

Untuk maklumat, Yang Berhormat Changkat Jering bagi laluan ke Changkat Jering yang dikatakan sempit dikatakan jalan sempit tu, lokasi persimpangan tersebut telah direkabentuk oleh pihak juruperunding bertauliah dengan mengambil kira ulasan-ulasan daripada juru audit keselamatan Jalan Raya RSA. Selain mendapat kelulusan reka bentuk oleh pihak JKR bagi susur selekoh ke Changkat Jering. Itu jawapan kepada Changkat Jering. Saya sentuh sekarang ni soalan yang dikemukakan oleh YB Selama. Saya ingin menyentuh sedikit soalan daripada Yang Berhormat Selama, berkaitan Lebuhraya Koridor Utara, yang mana cadangan pembinaan Lebuhraya Koridor Utara atau NCH (Northen Corridor Highway) masih lagi dalam peringkat perbincangan. Mesyuarat pembentangan kajian trafik dan halatuju Lebuhraya NCH (Northen Corridor Highway) oleh Bahagian Perancang Jalan BPJ. Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti seksyen lebuhraya yang berdaya maju untuk memuktamadkan cadangan lebuhraya NCH ini berdasarkan kepada data-data kajian Highway Network Development Plan atau HNDP 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

TIMBALAN YANG DI-PERTUA Soalan tambahan Changkat Jering sila.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih jawapan daripada Dato’ Seri Exco. Sebelum segala soalan tambahan maksud saya jalan sempit ini pasal adalah satu berlaku low loader. Lori yang bawa jentera berat kat bawah jambatan tu dia tak lepas nak corner sangkut itu yang tajam sempit tu, dia tang kona tak lepas. Jadi berlaku kemalanganlah. Kalau lori low loader bukan lori yang biasa lorong yang bawak jentera berat dia tak boleh nak corner sangkut bawah jambatan dia sempit. Soalan tambahan daripada Changkat Jering tentang ciri-ciri keselamatan. Dimaklumkan jalan lebuhraya WCE tu dia pencahayaan kurang maksud dia gelap jalan tu. Jadi saya mintaklah WCE untuk memasang lampu pencahayaan. Sebab salah satu punca kemalangan yang sering berlaku dimaklumkan pencahayaan kurang sebab yang baru-baru ni berlaku lori rosak tepi jalan tak nampak. Iaitu yang berlaku langgar di belakang berlaku kemalangan dan kemalangan maut tu. Yang kedua, tentang binatang liar yang lalu boleh melintas jalan lebuhraya tu. Jadi mintak ciri keselamatan untuk nak mengawal binatang datang liar ni lah dan yang yang seterusnya sedikit rungutan daripada pengguna-pengguna Lebuhraya WCE. Depa kata lebuhraya ni dia punya tol dah mahal nak dibandingkan dengan Lebuhraya PLUS. Jadi kot ada apa-apa tindakan. Terima kasih.

Terima kasih Changkat Jering di atas soalan tambahan. Yang pertamanya memang masa kita buat dulu bila bertemu WCE dengan tol Changkat Jering itu, maka pencahayaannya dibuat mengikut tahap piawaian antarabangsa. Tapi kalau YB menyatakan bahawa kurang terang iaitu saya boleh terima oleh kerana dia subjektif tapi pencahayaan di situ mengikut kaedah reka bentuknya untuk bertemu satu highway ke satu hari yang lain mengikut pencahayaan international. Tapi kalau ada complaint mengatakan agak gelap sedikit, yang tu kita kena tengok apa masalah mata kawan tu.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Saya maksudnya pencahayaan sepanjang lebuhraya tu memang gelap. Start daripada turun daripada Teluk Intan tu saya balik ni memang jalan tu gelap lah. Bukan saya dah dekat tol tu.

Memanglah YB kita tidak letak lampu sepanjang-panjang highway tu. Mana-mana highway international pun dia tak ada bila dia bertemu dengan tol baru dia buat pencahayaan. PLUS pun macam tu jugak. Kalau YB bertolak daripada Changkat Jering pergi Kuala Lumpur. Sepanjang panjang-panjang tu takde lampu terus jalan tu cuma bila bertemu dengan RNR atau pun tempat perhentian baru kita orang buat lampu. Kalau tidak teruk la YB kita kena buat pemasangan sepanjang-panjang highway tu 200 km tu bubuh lampu. Payah jugak ya. Payah jugak maknanya PLUS nak tanggung dia punya kos elektriknya tu yang itu masalahnya kita akan tengok kalau sekiranya tempat tu ada simpangan dan kalau tak ada pencahayaannya tu WCE kena buat. Tapi kami akan tengok seingat saya tak ada. Tapi kalau tahap pencahayaan itu subjektif.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Bukan apa Dato' Seri atau Exco. Sebab sekarang ni dia ada solar baru tak memerlukan power. Jadi memandangkan menggunakan solar. Jadi kalau tempat-tempat yang penting-penting tu boleh pasang pencahayaan lah. Itu cadangan sayalah.

Yang itu saya akan mintak pihak dari WCE untuk kajian. Sama ada mereka mampu untuk membuat lampu-lampu solar di sepanjang yang memang gelap sungguh. Soalan kedua tadi berkenaan dengan sempit itu memang kita buat tempat tu mengikut dia punya paras inclination dia. Maknanya kalau ada kenderaan yang tak lalu kat situ dia kena tanggung sendiri lah. Kalau badan dia terhentam bumbung dia terhentam dengan dengan langit lelangit tu. Jadi kita tidak lah nak dapat nak mengatasi masalah tu dengan meningkatkan lagi ketinggian ketinggiannya. Oleh kerana terlampau dibuat rekabentuk mengikut kita design dahulu, jadinya tu terpaksa lah kita berhati-hati kalau ada kenderaan yang tinggi tak boleh lalu di bawah tu. Itu dia punya ajaran dia. Ya.

Soalan ketiga tu berkenaan dengan binatang binatang buas. Binatang liar ye binatang liar. Sepanjang saya, saya rasa kiri kanan WCE tu kita ada kita ada kita ada apa ni pagar. Maknanya kalaulah gajah ke atau harimau nak lalu tak boleh. Tapi kalau setakat kera atau babi hutan, dia akan dapat masuk jugak. Tapi biasanya dia dapat masuk dia kena langgar. Jadi kita tak dapat nak buat pastian bahawa haiwan-haiwan ni dapat dihalang terus masuk ke highway tu walaupun kita dah buat halangan-halangan tu kiri kanan. Tapi dia masih masuk lagi yang tu dia menyerah diri la yob nak buat macam mana. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Manjoi, Manjoi Timbalan Speaker.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Yang tadi tambahan yang tol mahal…

Timbalan Yang di-Pertua

Changkat Jering nak berapa nak tanya berapa soalan tambahan?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Tadi, tadi lanjutan tadi. Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

Tadi sudah tiga soalan tambahan. Cukuplah.

Manjoi boleh Timbalan Speaker?

Timbalan Yang di-Pertua

Ya.

Sikit tentang isu keselamatan.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan.

Yes. Terima kasih Timbalan Speaker. Yang Berhormat Exco isu berkenaan keselamatan jalan raya ini penting bagi saya. Pada Jumaat lalu dalam sehari berlaku empat empat kali kemalangan di laluan traffic light persimpangan empat Medan Klebang Restu dan juga Klebang Putra. Dalam sehari minggu lepas, sewaktu kita bersidang pagi accident meninggal dunia orang bawak motor tengah hari petang. Ada 4 kemalangan. Point saya sini, cadangan daripada penduduk dan saya membawa suara masyarakat di Zon Klebang kita ni. Sebab kalau saya tengok situ memang memang hotspot kemalangan. Boleh tak kawasan ini kita tengok semula lampu isyarat ada dia punya dia punya lampu isyarat tu hijau merah tu kena timing tu mungkin kadang-kadang lampu hijau tu cepat sangat merah lama menyebabkan orang tak tahu orang langgar lampu merah berlaku accident.

Kedua, mungkin dah sampai masanya untuk kita pasang kamera AES dalam di kawasan tersebut. Sebab saya tengok di Sungai Siput tempat Dato' Zol tempat Dato' Exco Lintang di situ saya kerap juga kadang saya lalu di situ orang memang tak berani nak…nak langgar lampu merah sebab ada camera AES. Mungkin dah sampai masanya mungkin pihak berkaitan JKR boleh boleh buat buat orang kata kajian adakah keperluan kita pasang kamera AES di situ untuk mendidik masyarakat. Ketiga saya tengok agak kurang rondaan pihak polis atau pun polis bermotosikal ini sebab disitu saya lihat kadang-kadang orang kita punya kesedaran tentang keselamatan jalan raya ini perlu ditingkatkan. Kadang-kadang orang taman ni deme keluar daripada taman pergi ke jalan besar tak pakai helmet bawa anak kemudian pergi beli barang lintas daripada Klebang Restu ke Klebang Putra. Di situ kadang-kadang berlaku kemalangan yang tidak kita jangkakan.

Jadi mungkin perkara ini sebagai satu cadangan daripada pihak YB Exco daripada kami di Dun Manjoi supaya isu kemalangan di laluan traffic light persimpangan empat Medan Restu dan Klebang Putra ini dapat kita bantu selesaikan. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih Manjoi di atas prihatin berkenaan suasana yang pertembungan di antara Klebang Restu dan Klebang Putra. Saya akui bahawa kemalangan di situ agak tinggi sikit. Oleh kerana jumlah penduduk situ bertambah. Yang kedua jalan masih besar itu, yang keduanya orang hari ini dia…dia memikirkan dia boleh cepat dan dapat lalu kalau sekiranya lampu tu hijau, dari situlah berlakunya pertembungan kemalangan itu. Jadi dekat sini saya merayu supaya sekurang-kurangnya pejabat YB boleh bantu untuk berikan masa-masa yang tertentu yang biasanya mereka mengalami kemalangan.

Biasanya masa hujan atau pun biasanya masa nak hantar anak sekolah nak hantar ambil anak sekolah. Di situlah berlakunya kemalangan itu. Tapi saya merayu oleh kerana nak mengelakkan tu dia kena ada keprihatinan sikap-sikap pengguna jugak. Jadi, pihak PDRM sama dengan MBI kita pantau kawasan tu. Begitu juga kawasan-kawasan lain. Tapi oleh kerana hari ni ada yang tergesa gesa sifatnya berlaku kemalangan tu. Jadi kalau boleh pejabat YB jugak kena bantu bagi memastikan masa-masa yang biasa kemalangan tu agak-agak lebih sedikit pada masa-masa lain. Jadi, untuk itu kami akan berusaha dengan MBI bersama dengan pasukan PDRM nak pastikan kita dapat elakkan dan kurangkan kemalangan di Klebang Restu dan juga Klebang Putra. Terima kasih YB.

TIMBALAN YANG DI-PERTUA; Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selamat Pagi dan Salam Malaysia Madani. Soalan saya Nombor 3. Terima kasih.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Bercham yang berhubung apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi kepada golongan petani. Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam dalam memperkasakan sektor agromakanan negeri dengan menyediakan pelbagai bentuk sokongan kepada tiga kumpulan utama yang menjadi tonggak kepada jaminan bekalan makanan negeri iaitu petani, penternak dan juga nelayan. Bagi pengusaha petani menyedari kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negeri Perak dalam rancangan pembangunan Perak RPP yang ke 12, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan di bawah peruntukan pembangunan sebanyak RM8 juta bagi tahun 2024 kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak bagi pembangunan komoditi pertanian, bangunan dan infrastruktur serta latihan dan promosi.

Bagi pembangunan komoditi pertanian, terdapat 11 program pembangunan utama yang disediakan untuk pengusaha petani bagi semua tanaman makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman singkat masa, tanaman kontan, tanaman industri, tanaman ladang, madu kelulut, cendawan dan lain-lain lagi. Pada tahun 2024, peruntukan berjumlah RM4.31 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan kawasan pertanian seluas 1,664 maknanya 10 hektar bersamaan dengan 4,160 ekar dalam bentuk bantuan fizikal seperti pembangunan dan penyediaan tanah, infra ladang, input pertanian, peralatan serta jentera kecil pertanian. 485 orang pengusaha petani telah menerima manfaat daripada insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun tersebut.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan pelbagai inisiatif khas seperti Geran Usahawan Tani dan dana peningkatan hasil tanaman dan juga ternakan. Penyediaan pasaran alternatif seperti Pasar Tani, jualan Perak Sejahtera, Jualan Rahmah & Jualan Agro Madani, Pelan Transformasi Agro Makanan Negeri Perak yang kini dalam rangka pelaksanaan bagi memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negeri secara menyeluruh. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua segala usaha ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sektor agromakanan, meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar serta memastikan jaminan bekalan makanan negeri sentiasa terpelihara.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam Garis Panduan Pelaksanaan Projek Pembangunan di bawah Jabatan Pertanian, antara kriteria kelayakan permohonan insentif adalah mempunyai hakmilik tanah atau surat kebenaran mengguna atau sewa tanah. Dokumen yang lengkap iaitu geran hak milik sendiri atau dokumen perjanjian. Jika bukan hak milik sendiri perlu disertakan semasa permohonan itu dibuat. Jika tanah yang diusahakan adalah tanah milik kerajaan atau masih berstatus tanah kerajaan. Pengusaha perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada Pejabat Tanah ataupun jabatan berkaitan seperti pajakan, kebenaran TOL untuk kelulusan permohonan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, berikut merupakan agensi-agensi kerajaan negeri di bawah KPM Incorporated yang terlibat membantu petani-petani. Yang pertama Jabatan Pertanian Negeri Perak, Yang kedua Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, Yang ketiga Jabatan Perikanan Negeri Perak, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Cawangan Negeri Perak, FAMA, MARDI, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Agrobank, IADA, MAQIS, Yang ke 11 MAQIS. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Bercham sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih atas jawapan yang begitu komprehensif dan padat yg diberikan oleh pihak Exco tadi yang juga prihatin atas pembangunan dan aktiviti pertanian dan soalan tambahan saya, bagaimana untuk pihak kerajaan untuk menggalakkan generasi muda untuk menyertai industri pertanian sebagai nilai tambah meningkatkan sumber pendapatan sekaligus mengenepikan persepsi bidang pertanian ini tidak berupaya untuk menoktahkan kemiskinan para petani, penternak ataupun nelayan? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bercham atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat industri pertanian merupakan tulang belakang ekonomi negara sejak sekian lama. Namun, masih ramai yang melihatnya sebagai satu sektor yang kurang berdaya saing dan tidak menjanjikan masa depan yang cerah khususnya di kalangan generasi muda. Persepsi bahawa bidang ini sinonim dengan kemiskinan, ketinggalan zaman serta kerja yang memenatkan perlu diubah dengan pendekatan baru yang lebih relevan.

Dalam usaha memperkasakan sektor ini, penyertaan golongan muda amat penting kerana membawa tenaga idea segar serta kemahiran teknologi yang mampu melonjakkan industri pertanian ke tahap yang lebih tinggi. Maka langkah-langkah konkrit perlu diambil bagi menggalakkan penyertaan generasi muda dalam sektor pertanian sebagai nilai tambah dalam meningkatkan sumber pendapatan dan seterusnya menoktahkan kemiskinan dalam kalangan petani, penternak dan juga nelayan. Pertama sekali, kerajaan bersama agensi berkaitan perlu menyediakan lebih banyak insentif dan sokongan kepada golongan muda yang berminat menceburi sektor pertanian. Insentif seperti geran permulaan, bimbingan teknikal, kursus keusahawanan serta kemudahan akses kepada tanah dan pinjaman boleh membantu belia memulakan langkah pertama mereka. Program seperti Agropreneur Muda wajar diperluas liputannya, dipermudahkan proses permohonannya dan diperkasakan agar benar-benar mampu menarik minat serta memberi keyakinan kepada golongan muda.

Di samping itu, pemodenan sektor pertanian melalui penggunaan teknologi pintar harus dijadikan agenda utama. Pertanian moden yang menggunakan Internet of Things (IOT), dron, sistem pengairan automatik serta pertanian berasaskan data bukan sahaja dapat meningkatkan hasil dan mengurang kos operasi malah mampu menarik minat generasi muda yang lebih celik teknologi. Ini juga akan memperlihatkan sektor pertanian sebagai bidang teknologi tinggi yang berpotensi besar untuk menjana pendapatan yang lumayan. Selanjutnya, pendidikan dan pendedahan awal tentang potensi industri pertanian perlu diberi penekanan. Sekolah, kolej, kolej vokasional dan universiti perlu memperkenalkan kurikulum yang menggabungkan pertanian dengan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Malah, kisah kejayaan usahawan tani muda perlu diketengahkan melalui media sebagai sumber inspirasi. Dengan ini, pandangan stereotaip bahawa pertanian adalah kerjaya kelas kedua dapat dihapuskan secara perlahan-lahan.

Akhir sekali, kerjasama strategik antara pihak kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan dan golongan usahawan muda perlu diperkukuhkan bagi membentuk satu ekosistem pertanian moden yang mampan. Jaminan pasaran, sokongan logistik, akses kepada teknologi dan peluang eksport hasil pertanian mampu menjadikan industri ini sebagai sumber kekayaan baru. Dengan adanya peluang yang cerah dan hasil yang memberangsangkan, maka tidak mustahil sektor pertanian akan menjadi pemangkin kepada penghapusan kemiskinan dalam kalangan petani, penternak dan juga nelayan. Kesimpulannya, penyertaan generasi muda dalam industri pertanian amat penting untuk merubah landskap ekonomi negeri dan menoktahkan kemiskinan dalam kalangan penggiat sektor ini. Dengan gabungan antara semangat belia, teknologi moden dan sokongan kukuh, pertanian bukan lagi dianggap sebagai pekerjaan tradisional semata-mata tetapi satu bidang yang berprestij dan mampu menjana kekayaan yang mampan untuk masa depan. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Soalan Yang Berhormat. Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya, saya nak respon sedikitlah menyokong soalan tambahan daripada Bercham tadi dan boleh katakan Bercham muda juga dan saya lagi muda dan kita dapat lihat Yang Berhormat Exco, golongan muda ni boleh dikatakan terlalu sedikit yang menceburkan diri dalam bidang pertanian. Pelbagai pelan kerajaan telah dilaksanakan disediakan, contohnya Geran Agropreneur Muda dan berbagai-bagai lagi insentif yang kita nampak kerajaan nak bantu orang muda ni untuk terlibat dalam sektor pertanian ni. Cumanya masalah kita tengok memang bukannya hanya di bandar tapi di luar bandar kita tengok orang muda ni memang kurang nak libatkan dalam bidang pertanian ni.

Jadi saya nak tanya kepada Exco, apakah program yang berimpak tinggilah yang mungkin Kerajaan Negeri boleh laksanakan untuk kita nak tingkatkan minat orang muda belia di negeri Perak khususnya untuk mereka ini terlibat dalam sektor pertanian, perladangan dan penternakan ni dan adakah Yang Berhormat Exco bersetuju juga jika kita peranankan peladang muda di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang yang mana Lembaga Pertubuhan Peladang ni dah ada peladang muda yang berperanan untuk membantu anak-anak muda belia di seluruh kawasan peladang yang ada di negeri Perak ni? Adakah Yang Berhormat Exco setuju dan apakah program yang berimpak tinggi yang mungkin Kerajaan Negeri boleh laksanakan untuk golongan belia anak muda untuk terlibat dalam sektor pertanian, penternakan dan perladangan? Terima kasih. Saya Pengkalan Hulu.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat bersetuju dengan apa pandangan daripada Yang Berhormat tadi. Sebenarnya apa yang saya jelaskan tadi adalah salah satu perkara yang menarik untuk menarik minat golongan belia menggunakan berasaskan teknologi moden. Berasaskan pada teknologi moden. Ini yang sedang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang berkaitan untuk menggalak generasi muda belia pada hari ini mencebur diri dalam bidang industri pertanian ataupun industri makanan ini. Sebenarnya prospek…prospek industri makanan ni amat besar, luas. Jadi di antara yang perlu kita laksanakan ialah kita memperkenalkan menggunakan teknologi-teknologi moden untuk menarik minat generasi ini. Bukanlah salah satu perkara yang saya katakan sebutkan tadi merupakan bidang pertanian tradisional bukan tetapi kita menggunakan kemajuan pertanian ini dalam skala yang bentuk sederhana dan besar. Ini telah digalakkan bekas pelajar universiti bagi geran dan sebagainya untuk mereka menggalak menceburi dalam bidang pertanian sebenar.

Penggalakkan penceburan diri mereka dalam bidang pertanian ini dengan menggunakan teknologi moden, menggunakan drone misalnya contoh mengenakan IOT, menggunakan smartphone. Semua ini ini boleh menarik minat generasi belia. Saya penuh yakin bahawa generasi di luar bandar pun kalau peluang, diberikan pendedahan, diberikan kesedaran dan keinsafan saya penuh yakin bahawa lebih ramai lagi generasi belia di luar bandar, dalam bandar, pinggir bandar akan terlibat secara langsung dalam bidang pertanian ini dan Insya Allah apa pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat tadi, Kerajaan Negeri akan mengambil perhatian yang serius bagi menentukan generasi belia kita pada hari ini dan masa akan datang akan terlibat secara lebih besar dan luas dalam bidang industri makanan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Boleh sikit Yang di-Pertua dari Pasir Panjang Yang di-Pertua sikit je very…

Timbalan Yang di-Pertua

Sebab masa sudah tamat. Selepasnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Lubok Merbau soalan nombor 4.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taa'la Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Lubok Merbau atas soalan berkaitan dengan strategi kerajaan untuk mengecilkan jurang pendidikan luar bandar dengan bandar. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan beberapa inisiatif menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Salah satu inisiatif utama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah-sekolah di seluruh negara terutama di daerah-daerah yang berprestasi rendah dengan melaksanakan Program Transformasi Daerah ataupun dikenali DTP. Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi.

Setiap sekolah tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis akan menyediakan pendidikan yang baik dan holistik kepada setiap murid. Sekolah memerlukan perancangan intervensi yang berlainan supaya bersesuaian dengan tahap prestasi sekolah yang berbeza-beza. Amalan pengurusan negeri dan daerah yang baik menjadi kunci untuk meningkatkan pencapaian sekolah secara ketara dan mengekalkan jurang pencapaian yang kecil antara Sekolah Berprestasi Tinggi dengan Sekolah Berprestasi Rendah. Anjakan ke-6 yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memberi penekanan kepada keupayaan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Kepimpinan negeri daerah dan sekolah mempunyai lebih kuasa untuk membuat keputusan berkenaan operasi harian dan intervensi khusus mengikut konteks sekolah dan membolehkan pengurusan berasaskan sekolah yang lebih luas.

Matlamat utama Program Transformasi Daerah adalah seperti berikut. Yang pertama, menyokong sekolah-sekolah dalam meningkatkan pencapaian murid melalui intervensi bersasar. Yang kedua, mengukuhkan kepimpinan instructional di kalangan pengetua, guru besar dan juga pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah. Yang ketiga, menyediakan sokongan berstruktur kepada Pejabat Pendidikan Daerah supaya mereka lebih berkesan dalam membantu sekolah-sekolah. Pendekatan DTP adalah seperti berikut.

Yang pertama, berasaskan data menggunakan analisis data untuk mengenalpasti keperluan sekolah. Yang kedua, intervensi berfokus memberi tumpuan kepada keperluan sebenar sekolah dan murid. Yang ketiga, Sokongan berterusan iaitu pemantauan dan sokongan secara konsisten oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Hasil yang diharapkan melalui Program Transformasi Daerah atau DTP adalah seperti berikut. Peningkatan dalam keputusan peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Yang kedua, pengurangan jurang prestasi antara sekolah berprestasi tinggi dan rendah. Yang ketiga pengukuhan keupayaan kepimpinan sekolah dan juga PPD. Hasilnya, pada tahun 2023 yang lalu berdasarkan trend pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia bandar dan luar bandar didapati jurang pencapaian gred purata SPM sekolah di kawasan bandar dan luar bandar adalah merapat atau semakin mengecil sebanyak 0.01 atau 97.67% pada tahun 2023.

Bagi jurang pencapaian layak sijil SPM mengikut jantina pula didapati merapat sebanyak 6.34 atau 46.27% pada tahun 2023 yang lalu, manakala bagi jurang pencapaian layak menerima sijil SPM mengikut status sosioekonomi merapat sebanyak 5.61 atau 45.48% pada SPM tahun 2023 yang lalu. Berdasarkan status pencapaian semasa pada tahun 2023 dan tahun-tahun sebelumnya, Program Transformasi Daerah atau DTP ini dilihat dapat membantu mengecilkan jurang kualiti pendidikan antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar seterusnya dapat meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara umumnya khasnya di negeri Perak ke tahap yang tertinggi berbanding sebelum ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Lubok Merbau sila.

Terima kasih YB Exco. Berkaitan dengan pendidikan di luar bandar. Masalah kemiskinan dan kadang-kadang menyebabkan sebahagian daripada pelajar bekerja. Dengan ini mereka keciciran dalam masalah pembelajaran dan apakah usaha tindakan dan bantuan dari pihak Kerajaan Negeri bagi menghadapi masalah ini. Terima kasih.

Terima kasih YB Lubok Merbau atas soalan berkaitan dengan keciciran yang saya rasa saya dah jawab pada soalan lisan yang lalu. Faktor-faktor keciciran itu, antaranya adalah faktor berkaitan dengan kemiskinan. Masalah pelajar itu sendiri bekerja atau tidak berminat dan sebagainya dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa menjalankan program-program intervensi seperti Program Ziarah Cakna mengadakan sesi kaunseling mengadakan program-program seperti Program Red Flag Risiko Cicir yang dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama Yayasan Perak dan ia telah memberi satu impak yang besar dari segi peratus keciciran yang semakin mengurang. Kalau kita lihat dari segi pencapaian dan sebagainya. So, inilah di antara sebab-sebab yang menyebabkan keciciran dan dari segi kemiskinan, Kementerian Pendidikan juga telah menyediakan bantuan-bantuan yang bersesuaian seperti bantuan awal persekolahan, Rancangan Makanan Tambahan, (RMT), skim pinjaman buku teks dan juga kelas-kelas tuisyen yang diberi kepada anak-anak yang pentingnya mereka mahu hadir ke sekolah dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Behrang sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. YB Exco, KPM telah melaksanakan pembahagian kategori sekolah kepada 3 kategori. Bolehkah Yang Berhormat Exco nyatakan ketiga-tiga kategori tersebut dan tujuan pelaksanaannya? Terima kasih.

Terima kasih YB Behrang atas soalan tambahan. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam reformasi pendidikan untuk sesi akademik 2025/2026 telah pun mengumumkan ada 3 kategori sekolah yang akan disusun akan dinilai berdasarkan pada kualiti standard pendidikan dan juga perkara-perkara lain. Ianya bertujuan untuk memastikan setiap sekolah atau institusi pendidikan menerima plan intervensi dan sokongan yang bersesuaian untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Tiga kategori tersebut yang pertama adalah Sekolah Fokus iaitu sekolah yang perlu diberi banyak tumpuan perhatian dan sokongan bagi meningkatkan pencapaian prestasi. Sekolah kategori yang kedua adalah Sekolah Aspirasi. Sekolah yang mempunyai prestasi yang baik tetapi dia berada dalam keadaan statik tidak ada peningkatan, tidak ada penurunan dan perlukan perubahan dan pembaharuan sokongan dan juga sentuhan reformasi bagi memastikan ada lonjakan prestasi di masa akan dating dan sekolah yang ketiga adalah Sekolah Inspirasi iaitu sekolah yang mempunyai kecemerlangan dalam pencapaian akademik secara konsisten mempunyai nilai kebitaraan atau nilai kecemerlangan serta kepimpinan yang baik dan ia merupakan antara sekolah yang boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Sekolah Aspirasi dan Sekolah Fokus. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Jawapan yang cukup jelas. Seterusnya zaman menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan, sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Simpang Pulai soalan 5.

Terima Kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai yang telah bertanyakan soalan berkenaan Program Perak Positif Inisiatif. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Perak Positif Inisiatif ini memang satu kempen yang digerakkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama PBT dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan pada mulai tahun lepas untuk kita cuba selesai isu-isu berkenaan haiwan jalanan yang telah membawa kepada isu keselamatan dan kacau ganggu pada komuniti. Jadi program ini diperkenalkan sebagai satu pendekatan yang holistik dan bersepadu supaya kita ada satu penyelesaian yang lebih berkesan untuk kita selesai isu haiwan jalanan dan banding dengan pendekatan yang lama dimana sebelum ini pendekatan itu lebih kepada reactive iaitu apabila terdapat aduan diterima, pihak berkuasa akan ambil tindakan untuk buat operasi penangkapan, kompaun dan sebagainya tetapi melalui Perak Positif Inisiatif ini, kita berharap kita boleh cuba untuk menangani isu ini daripada puncanya, iaitu kita nampak isu yang berlaku di peringkat komuniti sekarang iaitu populasi haiwan jalanan yang luar kawalan.

Puncanya daripada pemunya haiwan yang kurang kesedaran dan tanggungjawab contoh, tentang pemandulan dan apabila terdapat pembiakan yang luar daripada jangkaan, biasanya cara yang mudah mereka buang di pasar, buang di tepi jalan dan semua ni akan menambah kepada populasi haiwan jalanan di komuniti. Jadi melalui Kempen Perak Positif Inisiatif ini, kita cuba untuk menggalakkan amalan pemandulan iaitu dengan memberi subsidi untuk galakkan pemunya haiwan turut menjalankan pemandulan pada haiwan peliharaan dan ini salah satu cara daripada puncanya kita cuba untuk mengawal populasi haiwan jalanan dan juga di bawah kempen ini kita merangkumi elemen untuk pendidikan awam, program kempen untuk pengambilan lesen anjing dan juga galakkan untuk adopsi dan diharapkan dengan pendekatan yang holistik ni, kita dapat menyemai tanggungjawab pada pemunya haiwan dan juga seterusnya sama-sama bekerjasama mainkan peranan untuk kita selesaikan isu ini dengan lebih berkesan.

Seterusnya tentang soalan yang berkenaan, apa kesan daripada program yang dijalankan ini? Setakat ini, beberapa impak positif yang kita nampak daripada Kempen Perak Positif Inisiatif ini, di mana yang pertamanya dengan pelaksanaan program subsidi pemandulan anjing dan kucing jalanan. Memang kita nampak dari segi usaha untuk kawalan populasi tu dia ada impak yang positif. Yang pertamanya, pada tahun lepas apabila projek perintis dijalankan di kawasan Gopeng, sebanyak 93 ekor anjing peliharaan dan anjing jalanan telah dimandulkan dan program disiri Tanjong Malim pula, sebanyak 200 ekor kucing telah dimandulkan. Manakala untuk tahun ni di Program Perak Positif Dun Menglembu sebanyak 58 ekor anjing dan 19 ekor kucing telah dimandulkan. Akan datang pertengahan bulan Mei, Perak Positif Dun Jelapang juga akan dijalankan dan melalui kempen ini juga peningkatan kadar pendaftaran dan pelesenan anjing telah diaturkan supaya kita nak menggalakkan sesiapa yang memelihara anjing perlu mematuhi peraturan yang ada dan mendaftarkan haiwan peliharaan supaya pihak PBT dapat menjalankan kawalselia, pemantauan dan menguasai data yang tepat. Sebagai contoh, Program Perak positif Dun Menglembu telah berjaya mendaftarkan 250 permohonan dan pembaharuan lesen anjing. Juga di bawah kempen ini, penerbitan buku ilustrasi pendidikan yg bertemakan haiwan jalanan telah dijalankan dengan kerjasama NGO Mart Semitern untuk kita edarkan di sekolah-sekolah rendah supaya kita membina kesedaran sejak usia muda lagi.

Untuk menjawab soalan pecahan ketiga, bagaimana masyarakat dapat memain peranan dalam menjayakan kempen ini. Di bawah Perak Positif Inisiatif Ini memang kita sangat menitikberatkan kerjasama strategik antara semua pihak yang berkenaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, NGO dan juga masyarakat setempat. Jadi bagi individu, pihak swasta ataupun NGO yang berminat untuk menyumbang dalam menjayakan kempen ni, banyak cara sebenarnya yang boleh di ambil termasuk untuk menjadi sukarelawan bagi kempen ini dan juga mendaftarkan haiwan dan membawa haiwan peliharaan untuk bersama dalam penganjuran program dan juga memberi sumbangan dan tajaan kepada kempen ini untuk laksanakan dengan skala yang lebih besar dan juga boleh membantu promosi dan hebahan melalui media sosial untuk sama-sama kita meningkatkan kesedaran dan sama-sama kita menjayakan kempen ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Simpang Pulai, sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Saya ingin nak tanya, Apakah sasaran Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2025 ini untuk Program Positif Inisiatif ini? Terima kasih.

Terima kasih. Sasaran kerajaan untuk tahun 2025, kempen ini akan diteruskan dengan skala yg lebih besar di mana dengan, dengan modul yg telah ada kita berhasrat untuk meneruskan, memperluaskan kempen ini di daerah-daerah yg berlainan. Jadi dengan dan dengan anjuran program ini, kita mensasarkan untuk kita jalankan pemandulan bersubsidi sebanyak 1,000 ekor haiwan peliharaan dan juga jalanan supaya kita boleh ada satu kesan yg lebih impak, yang lebih positif dan lebih efektif dalam kawalan populasi haiwan jalanan ini. Jadi memang pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak yang berkenaan sedang berurusan dengan kawasan-kawasan termasuk pusat khidmat ataupun klinik veterinar di daerah yang berlainan supaya kita boleh menjayakan kempen ini. Sebab agak penting untuk antara syarat asas untuk kita adakan program ini adalah kita perlukan klinik veterinar ataupun NGO yang boleh memberi kerjasama supaya kita dapat gerak dan jayakan kempen ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk mengemukakan soalan, sila.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-6.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima Kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jiran saya Kenering atas soalan yang dibangkitkan. Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Kenering bersekali dengan soalan Yang Berhormat Kamunting kerana telah bertanyakan soalan yang sama iaitu berkaitan bagaimana Kerajaan Negeri membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memanfaatkan pelaburan besar dalam industri teras NCER. Untuk makluman yang Berhormat, Pelaburan Industri Teras Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Perak melibatkan pelbagai sektor strategik yang disasarkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Antara sektor yang utama yang telah dikenal pasti termasuk pertanian, pelancongan, ekonomi digital dan juga berkaitan dengan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS).

Bagi menjawab pertanyaan berhubung usaha kerajaan dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana yang akan memanfaatkan pelaburan dalam industri teras Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) ini, sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan menerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah melaksanakan pelbagai inisiatif menyeluruh dan strategik. Antara program dan insentif utama yang ditawarkan kepada PKS terutamanya yang berstatus sendirian berhad adalah seperti berikut; Dana usahawan di U@NCER, di mana program ini menyediakan pembiayaan dalam bentuk geran sehingga 15% atau maksimum RM2 juta daripada kos projek yang layak khusus untuk syarikat bumiputera. Dana ini bertujuan menyokong pembangunan infrastruktur, permodenan, mesin dan juga pengembangan keadaan dalam sektor industri teras seperti pertanian, pelancongan dan ekonomi digital. Program usahawan NCER. Program ini bersifat holistik dan membantu perusahaan mikro serta PKS mengurangkan kos operasi melalui kerjasama dengan institusi kewangan tempatan dan sehingga kini lebih 5000 peserta telah menerima manafaat daripada inisiatif ini.

Ketiga Program Pembangunan Modal Insan. Pelbagai program peningkatan kemahiran, latihan teknikal dan latihan amali dilaksanakan bagi memastikan tenaga kerja tempatan bersedia menyokong pembangunan industri. Program ini selaras dengan Pelan Strategik Pembangunan NCER 2021-2025 dan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12). Keempat, insentif latihan dan teknologi melalui NCER Technology Innovation Center (NTIC). Advance Technology Meister Programme (ATMP) yang menawarkan subsidi latihan teknikal kepada syarikat industri. Center of Excellence (CoE) program dengan geran padanan sehingga RM25 ribu bagi pembangunan teknologi melalui pembekal khidmat profesional seperti SIRIM, SDEC, Uni Sains dan juga lain-lain. Teknologi dan Innovation (TNI) program iaitu geran padanan sehingga RM500 ribu bagi projek pembangunan teknologi termasuk automasi digitalisasi dan juga R&D.

Seterusnya program NCER Talent Enhancement Program (NTEP). Program ini memberi insentif subsidi gaji bagi menarik dan mengekalkan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi sejajar dengan keperluan industri semasa. Kerjasama strategik dan promosi pelaburan juga antara inisiatif yang dilakukan di mana Kerajaan Negeri juga menjalinkan kerjasama erat bersama agensi seperti Invest Perak dan Digital Perak untuk memperluas, mempromosi pelaburan, memberikan sokongan teknikal dan mempermudahkan akses pasaran kepada PKS, khususnya dalam sektor ekonomi digital dan GIG.

Timbalan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat antara agensi yang turut juga memainkan peranan penting dalam membangunkan PKS ialah SME Corp Malaysia yang juga merupakan agensi utama di bawah Kementerian KUSKOP dalam membangunkan ekosistem PMKS di seluruh negara termasuk di negeri Perak. Salah satu inisiatif strategik yang diperkenalkan oleh SME Corp Malaysia ialah Program Rantaian Glokal PKS (GLOSMEP) yang mula diperkenalkan pada tahun 2021. Program ini berfungsi sebagai platform bersepadu bagi membolehkan PMKS dan rakan kongsi perniagaan memulakan perbincangan strategik, membuat tawaran perniagaan berpotensi, mengakses pasaran domestik dan global, menyertai rantaian bekalan dan nilai industri besar. Komponen utama di bawah GLOSMEP ialah platform MatchMe yang telah dilancarkan pada Jun 2021. Platform ini direka khusus untuk menyokong penyesuaian PMKS kepada norma baharu melalui digitalisasi perniagaan. MatchMe berperanan sebagai pemudahcara untuk padanan perniagaan PMKS dan syarikat besar melalui sesi maya secara langsung. Platform ini menawarkan tiga ciri utama pameran produk ataupun perkhidmatan PMKS boleh memasarkan ataupun mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka secara maya kepada bakal pembeli dan juga pelabur. Yang kedua, platform ini juga merangkumi akses kepada pangkalan data aktif. MatchMe menyediakan pangkalan data perniagaan dari dalam dan luar negara yang aktif bagi membolehkan PMKS meneroka peluang pasaran baru dan yang ketiga ialah temu janji one to one secara atas talian. Syarikat pelaburan besar boleh menggunakan platform ini untuk mengatur sesi padanan niaga secara maya bersama PMKS berpotensi dan terutamanya untuk produk atau perkhidmatan yang ingin outsource.

Yang Berhormat Kenering saya ingin juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri di bawah portfolio saya sentiasa komited untuk memastikan ekosistem PMKS terus diperkasa melalui pendekatan yang inklusif, menyeluruh dan strategik. Dengan sokongan padu daripada Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai agensi seperti SME Corp dan juga NCIA pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan PMKS di negeri ini berdaya tahan, berdaya saing dan bersedia menembusi pasaran yang lebih luas sama ada di peringkat domestik mahupun di peringkat global. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama antara pelbagai pihak bagi memastikan PMKS kekal sebagai tunjang penting dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri Perak yang mampan dan sejahtera. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Kenering, sila.

Terima kasih kepada Exco atas jawapan yang diberi, untuk soalan tambahan saya ini. Untuk usahawan-usahawan kecil ini kebanyakannya diusahakan di premis rumah, belakang rumah, depan rumah. Cadangan saya ialah adakah Kerajaan Negeri untuk mengumpulkan mereka ini satu pusat sebagai pusat untuk mengeluarkan hasil produk mereka supaya berpusat. Dengan berpusatnya maknanya hasil mereka ini boleh kita pantau dengan lebih baik dan untuk usaha-usaha pemasaran pun mungkin lebih meningkatlah. Itu soalan saya.

Ada. Terima kasih Yang Berhormat Kenering. Ya sebenarnya ada usaha-usaha ke arah itu tetapi kita melihat kepada produk-produk yang bersesuaian. Kita juga cuba untuk membangunkan semula satu tempat yang nanti dalam perbincangan untuk memastikan semua produk-produk yang terbaik di negeri Perak, kita tempatkan di tempat yang masih dalam perbincangan ini tetapi untuk menjawab produk-produk yang berkaitan dengan produk-produk IKS lah terutamanya di kawasan kita, Hulu Perak. Contohnya, kita ada peladang yang menyediakan satu platform mengumpulkan semua produk. Sebab kita kena ambil kira juga sekiranya kita menghimpunkan semua pengusaha-pengusaha ini pada satu tempat, kita kena mengambil kira kedudukan tempat yang akhirnya nanti mereka lebih selesa berada di rumah.

Yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh mencari orang untuk membuat menjadi apa, dia bukanla kolektor atau mengumpul produk-produk hasil tersebut dan kita bawa kepada satu tempat seperti yang saya sebut tadi. Kita ada dekat kawasan kita. Kita ada peladang. Peladang mengumpulkan produk-produk tersebut dan kita ada tempat-tempat yang sesuai kita jadikan macam kedai-kedai yang mereka mengumpulkan produk-produk yang dikeluarkan daripada pengusaha-pengusaha kecil. Ini penting supaya kita dapat mempromosikan produk-produk tetapi saya faham situasi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan mereka tak ada premis-premis yang sesuai tetapi sekarang ini kita dah ada teknologi digital. Pentingnya usahawan-usahawan kita mempunyai kemahiran digitalisasi bagaimana mereka boleh memasarkan produk-produk mereka secara atas talian.

Sekarang ini kalau ikan pekasam pun orang jual online dah ya YB ya. Kita pun tak sangka lah kalau dekat tempat kita dulu nak jual pekasam, pekasam kena mencari pembekal. Sekarang ni pekasam dah dijual secara online. Bahkan kita dah mula jual ke luar negara. Yang penting usahawan-usahawan kita walaupun dia berniaga secara di rumah tetapi dia boleh ada kaedah-kaedah untuk memasarkan produk. Dalam masa yang sama ada agensi-agensi yang kita melihat potensi-potensi produk tersebut kita kumpul dan kita pasarkan. Itu saja terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Setiausaha Dewan sila baca urusan mesyuarat yang seterusnya.

Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang ialah usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. “Ampun Tuanku Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan” telah mendapat sokongan dan telah pun dibahaskan. Justeru, pihak kerajaan akan membuat penggulungan bagi perbahasan ke atas usul ini. Sesi penggulungan di atas usul ini akan dimulakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar dan diikuti oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain mengikut portfolio masing-masing. Masa yang ditetapkan bagi setiap penggulungan ialah selama 45 minit seorang. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Berdamar untuk menggulung perbahasan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Dato' Speaker. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat rakan-rakan Ahli Dewan Negeri, rakan-rakan media, semua pegawai-pegawai yang ada. Selamat Pagi dan Salam Sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Dato' Speaker kerana memberikan ruang kepada Pasir Bedamar untuk menggulung dalam sesi perbahasan Titah Diraja Tahun 2025. Rakan-rakan sekalian, saya ambil maklum dengan Titah Tuanku bahawa masih ada rakyat yang menghadapi masalah kemiskinan sampai hari ini. Saya bersetuju bahawa jurang sosial masyarakat akan semakin melebar, akan semakin besar kalaulah kemiskinan gagal ditangani dan berpotensi untuk mengancam kestabilan politik negara biar pun negeri dan sebagai pemimpin politik yang bertanggugjawab, sebagai kerajaan sekarang, kita ada tanggungjawab untuk pastikan insiden yang mengakibatkan rakyat untuk mengangkat bendera putih untuk tidak berlaku lagi. Kita kena jaga rakyat sebagai kerajaan. Oleh itu, di bawah portfolio saya iaitu Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang semirip dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di peringkat kebangsaan, saya selalu tegaskan, sesungguhnya seluruh jentera kerajaan tak kira agensi, kita harus merakyatkan program yang dianjurkan dan bukannya kita buatkan satu program sebab kita nak capai KPI supaya kita buatkan sahaja.

Alhamdulillah, amat bangganya saya nyatakan bahawa seluruh pasukan KPDN Perak adalah cukup berdedikasi, cukup bertanggungjawab dalam menjalankan amanah rakyat khususnya dalam menjalankan usaha untuk melebarkan Inisiatif Rahmah yang diperkenalkan Kerajaan Madani sejak tahun 2023. Sebenarnya, dalam Dewan yang mulia ini saya sebagai Exco yang berkenaan saya dah banyak kalilah saya terangkan apakah itu Inisiatif Rahmah. Saya masih ingat waktu mulanya pada tahun 2023, saya terangkan apa yang terkandung dalam Payung Rahmah, apa itu Menu Ramah, apa itu Kotak Rahmah dan sebagainya dan untuk tidak membazirkan masa semua orang, saya tidak berniat untuk mengulangi skrip yang sama ataupun mengulangi benda yang saya pernah ungkap sebelum ini. Oleh itu, dalam sesi ini saya sebagai Exco yang berkenaan, saya akan memberikan pencerahan tentang data rasmi yang saya peroleh khususnya yang berkaitan dengan penganjuran pelbagai inisiatif Rahmah yang saya rasa berkait rapat dengan rakan-rakan Adun di sini dan saya sangat mengalu-alukan maklum balas ataupun feedback dengan izin daripada rakan-rakan Ahli Dewan Negeri di sini tak kira kerajaan ataupun pembangkang supaya kita nak pastikan satu matlamat saja. Semua usaha inisiatif Rahmah ini kita dapat memanfaatkan semua rakyat tidak kira kaum, tidak kira agama, tidak kira latar belakang politik.

Yang pertama sekali Dato Speaker, sila izinkan saya menggunakan sedikit masa untuk menerangkan Bazar Ramadan Rahmah yang telah mula dianjurkan bermulanya tahun lepas iaitu tahun 2024. Sesungguhnya, Bazar Ramadan Rahmah adalah salah satu usaha Kerajaan Madani untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi penyediaan juadah makanan dan minuman berbuka puasa pada harga yang murah dan berpatutan. Usaha dan langkah ini sesungguhnya membuka satu ruang yang cukup baik untuk membina daya saing peniaga kecil. Rata-rata kita tahu yang berniaga di Bazar Ramadan tu peniaga kecil supaya peniaga-peniaga ini tidak akan ketinggalan dalam arus perdana ekonomi digital. Ataupun dalam kata lain, kita nak pastikan dalam zaman teknologi moden ini, peniaga-peniaga kecil kita kena pastikan dia dapat manfaat juga selaras dengan arus ini.

Oleh itu, dalam usaha untuk menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah ini sejumlah peruntukan telah disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang hadir ke Bazar Ramadan untuk menerima e-Wallet dengan izin sebanyak RM20. Sebagai contoh, saya bagi satu contoh di Bazar Ramadan Teluk Intan, sebelah OCBC Bank. Program tersebut telah dijalankan sebanyak lapan kali atau lapan hari sepanjang bulan Ramadan di mana setiap hari pengunjung-pengunjung terawal akan mendapat e-Wallet sebanyak RM20 dan untuk makluman rakan-rakan di sini, sebenarnya tahun 2024 ada 3 atau 4 Bazar Ramadan sahaja yang ada inisiatif sedemikian tetapi untuk tahun 2025, KPDN Perak dengan kerjasama semua pihak telah melebarkan usaha ini. Sekarang Bazar Ramadan Rahmah di negeri Perak yang terlibat, saya bagi yang pertama Taman Cempaka Ipoh, yang kedua Taman Perpaduan Ipoh, yang ketiga belakang Stadium Majlis Perbandaran Manjung, yang keempat Kamunting, yang kelima sebelah OCBC Bank Teluk Intan, keenam Kerian Permai Parit Buntar, ke 7 Pekan Gerik, 8 Puncak Bougainvillea Kuala Kangsar, ke 9 Jalan Station MD Tapah dan yang terakhir sekali Simpang Empat Hutan Melintang.

Saya faham di seluruh Perak, ada 10 bazar sahaja yang terlibat adalah tidak mencukupi dan oleh itu saya telah memesan KPDN Perak untuk kita cuba perluaskan lagi dalam tahun-tahun yang akan datang supaya kita boleh pastikan usaha murni sedemikian kita boleh luaskan di seluruh pelosok di negeri Perak dan untuk makluman semua rakan-rakan di sini, rekod yang saya dapat terdapatnya 48 ribu orang pengunjung yang telah menerima e-Wallet seorang RM20 pada bulan lepas di 10 bazar tersebut dan jumlah peruntukan yang dibagi adalah RM964,800. Saya yakin peruntukan besar sedemikian kalaulah kita terus masuk ke dalam poket pengunjung Bazar Ramadan yang memang berniat nak beli makanan dan minuman untuk berbuka puasa saya yakin dia tentunya akan merancakkan ekonomi Bazar Ramadan, khususnya bila kita sebut kita nak bantu peniaga-peniaga kecil dan saya pun telah memesan KPDN untuk membanyakkan lagi bazar yang terlibat pada tahun depan agar kita nak pastikan usaha murni sedemikian, kita boleh bantu lebih banyak penduduk dalam pada itu. Dato' Speaker, penganjuran Jualan Rahmah di negeri Perak semakin rancak dijalankan dari semasa ke semasa sepertimana yang saya pernah terangkan.

Exco.Terima kasih. Exco. Saya ada e-Wallet Touch n Go. Satu lagi saya lihat dia tidak menepati sasaran sebab yang datang berkunjung ni orang-orang yang memang dah ada duit datang. Jadi kalau saya lihat di Kamunting tu, saya tengok yang beratur tu ada cikgu sekolah apa semua. RM20 pun dia ambik sebab diorang ada handphone, Touch N GO. Jadi saya rasa tak sampai sasaran dengan cara begitu kan. Jadi lebih baik cari makanisme yang lain sebab lebih baik kita sasarkan kepada mereka yang perlu sebab e-Wallet ni beratur panjang. Saya tengok ada satu keluarga tu sampai 4 orang. 4 orang dapat. Satu keluarga tu. Sedangkan mereka mampu dan saya nak tanya, berapa peruntukan kuota dalam Bazar Ramadan untuk e-Wallet?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Soalan daripada YB Kamunting. Saya setuju. Sebenarnya kalau kita nak bantu lebih ramai orang, kita kena ada dengan izin target group. Tapi pada masa yang sama seperti mana yang saya katakan tadi, niat kita nak bantu rancakkan ekonomi dalam kalangan peniaga kecil. Itu sebab kita kena bagi pengunjung yang datang ke Bazar Ramadan. Kalau kita bagi dekat luar ataupun bukan dekat kawasan Bazar Ramadan, tentunya dia mungkin boleh gunakan e-Wallet tu untuk tujuan lain iaitu sebab untuk masa kini kita cuma hadkan kepada pengunjung-pengunjung terawal yang mengunjungi Bazar Ramadan. Untuk soalan yang kedua boleh tak, YB ulang sekali lagi?

Berapa kuota yang diberi untuk satu hari tu? Sebab saya lihat ada orang yang follow setiap hari. Maknanya dia dapat setiap hari. Tak kena jugak, maknanya tak sampai sasaran.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Yang Berhormat sebenarnya kuota dia. Dia takkan hadkan, dia maximum punya akan sampai 300 pengunjung sehari. Tapi dia terpulang kepada setiap bazar dan kita akan perbaiki kaedah ini. Saya ambil maklum dengan pandangan YB dan kita cuba tengok macam mana kita perbaiki lagi pada tahun depan untuk inisiatif Bazar Ramadan Rahmah ini.

Dato' Speaker, sepertimana yang saya katakan tadi, penganjuran Jualan Rahmah kita memang rancak dijalankan sejak bermulanya saya rasa tahun 2023 seperti mana yang saya pernah cakap jumlah Jualan Rahmah yang diadakan pada tahun 2023 adalah sebanyak 508 kali dan ini meliputi setiap kawasan tidak kiranya kawasan kerajaan ataupun kawasan pembangkang dan jumlah Jualan Rahmah yang dianjurkan pada tahun 2024 telah melonjak dan meningkat daripada 508 kali, kita meningkat kepada 945 kali dan meningkat sebanyak 437 kali berbanding dengan tahun 2023. Untuk makluman semua pada tahun lepas, antara Dewan Undangan Negeri yang mencatatkan kekerapan berlangsungnya Jualan Rahmah yang paling tinggi dalam kalangan negeri Perak adalah Manjoi yang mencatatkan 29 kali, Pasir Panjang yang merekodkan 30 kali dan Changkat Jong yang dianjurkan sebanyak 39 kali dan untuk tahun 2025, KPDN Perak kita memang mensasarkan untuk buatkan lebih banyak daripada 945 kali dan sasaran untuk tahun 2025 adalah kita nak buatkan melebihi 1000 program Jualan Rahmah pada tahun ini, saya yakin sasaran ini akan dicapai dalam akhir tahun ini. Dalam pada itu, saya rasa...

Laluan, terima kasih Yang Berhormat Exco. Tuan Speaker, saya ada dua perkara yang pertama berkaitan dengan Bazar Ramadan Rahmah tadi, saya lihat pembentangan tadi perlu diberi tumpuan kepada luar bandar, yang lebih memerlukan. Itu kalau tengok diumumkan tadi bahawa provokasi semua di pekan dan bandar lah. Itu yang pertama. Yang kedua mungkin boleh lihat dari sudut kuasa beli kita sekarang ini, kalau tengok Pasar Ramadhan, rata-rata dia ada beberapa fasa. Di akhir Ramadan banyak kedai-kedai yang tutup, jual air pun tak boleh nak survive. Boleh tengok secara menyeluruh lah. Yang kedua berkaitan dengan Jualan Rahmah yang disebutkan tadi, sebelum ini Exco maklumkan pihak pembangkang boleh memaklumkan di mana lokasi yang memerlukan kita telah beri secara personal kepada mereka yang bertanggungjawab tapi tidak ada tindakan selanjutnya. Pendek kata tak ada lah. Dua lokasi yang kita berikan di tempat itu sering tidak ada.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih. YB Exco, saya tambah sikit lagi. Berbalik kepada yang pertamanya terima kasih lah Jualan Rahmah itu saya dapat respon yang baik daripada pejabat YB Exco. Cuma nak diperbetulkan sikitlah. Dun Alor Pongsu bukan Pekan Alor Pongsu sahaja. Setiap kali buat Jualan Rahmah pekan Alor Pongsu, Dun saya luas. Saya dah suggest kan beberapa tempat lagi untuk kita pindah. Tapi berbalik kepada apa tu Bazar Ramadan tadi tu, problem utama adalah tentang rangkaian digital iu. Exco komunikasi ada tepi kan? Kita buat -eWallet macam mana pun kawasan tu dapat 'e' coverage. Tu satu problem. Exco Komunikasi ada tepi tu. Yang keduanya penduduk saya kebanyakannya menggunakan telefon 3310. Orang susah kawasan saya daripada sepuluh orang enam orang pakai handphone yang kalau kawasan kami panggil handphone cicak lah. Macamana diorang nak guna e-Wallet dan yang akhir sekali e-Wallet pun tolong kita kena go down. Orang kampung tak tahu e-Wallet. Saya sendiri pun agak agak keliru jugak e-Wallet. Tahu RFID je pakai e-Wallet peringkat umur saya lah. Jadi mintak Exco tengok. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan-soalan daripada YB dan juga YB Alor Pongsu. Untuk soalan YB Slim, saya akan jawab kemudian nanti. Memang dalam aspek yang saya akan sentuh nanti. Untuk Bazar Ramadan Rahmah untuk diadakan di luar bandar memang saya mengalu-alukan inisiatif ini dan itu, sebab tadi saya dah cakap kita akan pesan KPDN untuk tengok balik supaya kita perluaskan kaedah ini dan supaya kita memanfaatkan rakyat dari semasa ke semasa supaya inisiatif kerajaan ini betul-betul kita boleh biarkan rakyat untuk dapat manfaat dan saya akan terus dengan penggulungan saya...

YB, YB sikit. Saya nak mengadu kat YB lah, sebab baru ni PMX dia datang Kamunting. Jadi arahan untuk peniaga meletakkan harga RM5 ke bawah. Jadi rungutan peniaga ini dia kata. Tapi diorang akur lah sebab mereka tak boleh menyerap harga tersebut sebab barang mahal. Bila barang mahal disuruh jualan yang agak minimum rendah, mereka merungut tak mampu sebenarnya sebab yang pentingnya ialah harga. Sebab tu bila saya dengar banyaknya Jualan Rahmah ini tadi sebenarnya satu bukan kebanggaan sebab ini menunjukkan susahnya rakyat. Rakyat saya terpaksa cari di mana, dia tengok apa KPDNKK punya web di mana hari ni, di Jelai. Mereka akan pergi di Jelai, mereka terpaksa ikut sebab nak cari murah. Inilah masalah banyaknya Jualan Rahmah ini menunjukkan bahawa sara hidup rakyat terlalu sengsara. Terima kasih

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Saya rasa kos sara hidup ini satu isu yang melanda seluruh dunia dan setiap kerajaan pun menghadapi masalah yang sama dan itu sebabnya kerajaan ini kita anjurkan Jualan Rahmah. Kita nak pastikan rakyat atau peniaga dapat membeli barang dalam harga yang lebih murah dan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dan dalam pada itu, sambung kepada penggulungan saya. Saya rasa penghargaan kita harus diberikan kepada seluruh pasukan KPDN Perak yang begitu berusaha dan berdedikasi dalam menjalankan amanah sekian lama. Lantaran merekalah yang carikan tempat untuk dianjurkan Jualan Rahmah. Merekalah yang berbincang dengan vendor sedia ada dan merekalah yang mengawalselia apabila berlangsungnya Jualan Rahmah. Tanpa pasukan KPDN Perak yang begitu berdedikasi, nescaya Perak tidak mungkin dapat mencapai jumlah penganjuran Jualan Rahmah yang begitu tinggi.

Dato' Speaker, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memberikan maklumbalas tentang komitmen saya untuk menjaga semua kawasan tanpa kira kawasan kerajaan ataupun kawasan pembangkang. Ini soalan yang berkait rapat dengan apa yang ditanya YB Slim tadi. Saya selalu katakan bahawa pejabat saya sangat rela menerima pandangan semua pihak khususnya rakan-rakan pembangkang dalam memperhalusi kaedah untuk menjayakan segala inisiatif yang memanfaatkan rakyat. Seingat saya dah 2 kali saya mengundang secara terbuka agar semua rakan pembangkang memberikan maklumbalas kepada pejabat saya melalui pegawai saya tentang cadangan penganjuran Jualan Rahmah di kawasan masing-masing. Saya rasa sebagai wakil rakyat harus kami bersama dalam isu ini untuk membantu rakyat dan saya telah melaksanakan mengikut cadangan rakan-rakan pembangkang yang memberikan maklumbalas kepada pejabat saya. Di sini, ingin saya rakamkan terima kasih kepada rakan-rakan dari Kubu Gajah, Titi Serong, Kuala Kurau, Selinsing, Trong, Chenderoh, Sungai Manik, Kampung Gajah, Pasir Panjang, Batu Kurau, Alor Pongsu, Slim dan juga Lubok Merbau yang memberikan maklum balas kepada pejabat saya tentang cadangan penganjuran ceramah di kawasan masing-masing. Setahu saya terdapatnya sembilan Dun yang telah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali mengikut kehendak.

Ada tiga Dun yang akan dilaksanakan mengikut cadangan pada bulan April dan bulan Mei dan ada satu Dun yang hanya menghantar satu cadangan sahaja telah ditolak cadangan oleh KPDN sebab penganjuran dua kali pada tempat yang sama pada tahun lepas. Kalau tak silap saya bulan Mei dan bulan Jun memang kurang mendapat sambutan dan untuk saya jawab kepada YB Alor Pongsu. Saya faham YB Alor Pongsu cadang untuk buat di Pekan Rabu, Batu 5 Jalan Baru, tapak pasar malam Alor Pongsu, Pasar Pagi Ahad Pekarangan Masjid Matang Gerdu. Ini 3 tempat dan saya telah dapat maklumat daripada KPDN, memang untuk Pekan Rabu akan buatkan pada bulan yang berikutnya dan untuk Pasar Malam Alor Pongsu pun sama dan untuk Pasar Pagi Ahad perkarangan itu dia dekat dengan pekan Bagan Serai dan oleh itu tumpuan akan lebih kepada pekan Bagan Serai. Tapi tak ada masalah. Saya akan pesan KPDN untuk cuba kita ikut kehendak supaya kita dapat manfaatkan semua yang memang nak minta nak Jualan Rahmah dan untuk YB Slim...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sekejap. Biar saya jawab dan untuk YB Slim, saya difahamkan cadangan yang dibekalkan adalah Felda Besout 4 dan Kampung Changkat Sulaiman. Setahu saya, program di Felda Besout 4 akan dijalankan pada bulan ini dan ini adalah data yang KPDNK bekalkan kepada saya. Kalau tak ada, sila maklumkan Pejabat saya segera dan saya akan bantu. Siapa tu, yang tadi?

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Exco. Sebenarnya saya jealous dengan Manjoi. Manjoi, tak ada permintaan dari Manjoi pun, dapat 30 kali. Saya dapat permintaan pun berapa kali je Jualan Rahmah di Kubu Gajah. Yang keduanya Yang Berhormat, walaupun permintaan daripada Kubu Gajah untuk laksanakan Jualan Rahmah di Kubu Gajah, tapi kami terpaksa memilih satu kawasan yang jauh daripada gerai-gerai ataupun peruncit-peruncit di kampung. Kerana apa? Bilamana ada Jualan Rahmah, peruncit-peruncit di kampung ni, dia orang terkesan. Sebab ramai orang pergi ke Jualan Rahmah. Tak pergi kedai runcit. Jadi maka rantai ekonomi tu tak berkembang pada peruncit-peruncit. Yang kedua, macam saya sokong daripada Kamunting tadi. 900 lebih nak pergi ke seribu. Itu bukan satu kebanggaan. Bukan satu. Itu melambangkan bahawasanya ekonomi kita adalah tak bagus dan rakyat terpaksa naik motor 20 km - 15 km untuk dapatkan sepapan telur. Padahal telur di negeri Perak ni, telur ayam banyak. Tapi terpaksa naik motor sampai 15 km untuk jadi untuk beli sepapan telur dengan bawa anak kecik di belakang. Apa komen daripada Exco? Wallahu A'lam.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih YB Kubu Gajah. Saya akan komen nanti dalam penggulungan saya. Tadi saya dah katakan ada Dun yang telah dilaksanakan mengikut cadangan dan sebagainya. Untuk makluman semua, pejabat saya bukan jenis yang menerima maklumat bulat-bulat dan tidak membuat tinjauan. Saya akan buatkan semakan bila saya ada ruang dan masa sepertimana cadangan untuk mengadakan Jualan Rahmah di Dewan Tokong Goh Hong adalah kurang sesuai. Lantaran tidak sampai 10 buah rumah di situ dan penghuninya pun sedikit dan rata-ratanya adalah berkerja di kawasan Langkap. Oleh itu, saya bagi tahu KPDN setempat supaya kita buatkan di tempat yang lebih ramai tumpuan orang dan pada masa yg sama saya telah pesan KPDN untuk berbincang balik dengan Pejabat Adun agar komunikasi dan perbincangan selalu ada antara Pejabat KPDN dan Pejabat Adun. Kita nak pastikan bantuan kepada rakyat tu disampaikan.

Sebenarnya untuk menjawab persoalan YB-YB, matlamat Jualan Rahmah adalah untuk meringankan bebanan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup. Supaya rakyat dapat membeli beras yang lebih murah, supaya rakyat boleh beli ikan, minyak masak yg lebih murah daripada harga pasaran dan agar rakyat boleh membelikan ayam mentah yang harganya jauh lebih rendah daripada tempat lain. Ingin saya tegaskan di sini bahawa bukannya kami berbangga untuk mengumumkan kejayaan Jualan Rahmah dan sebagainya tetapi inilah platform kesemua kami sebagai Pentadbiran Kerajaan tak kira Persekutuan atau Negeri untuk menerangkan usaha yang telah dijalankan kerajaan untuk membantu rakyat. Di negara besar seperti Amerika Syarikat, China mahupun negara-negara Eropah pun tetap ada usaha dan langkah sedemikian untuk bantu rakyat berpendapatan rendah. Cuma kaedah bantuan nya berlainan sahaja sama ada dalam bentuk kewangan ataupun semacam bentuk Jualan Rahmah.

Di Malaysia, kami ada sumbangan Tunai Rahmah dalam bentuk kewangan. Kami pun ada Jualan Rahmah dalam bentuk barangan keperluan dan sebagai wakil rakyat, saya rasa adalah tidak sesuai untuk kita menidakkan usaha sesiapa kerajaan pun untuk membantu rakyat berpendapatan rendah. Tidak kira rakyat itu berlatar belakangkan ataupun berkaum apa-apa pun. Jangan kita menidakkan ataupun menafikan usaha kerajaan untuk membantu rakyat untuk memperoleh beras yang harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Tidak betul. Saya tengok dalam perbahasan ada orang yang menuduh kerajaan kini seolah-olah menjadikan penduduk yang kena pergi beli beras sebagai pengemis. Sebenarnya, kerajaan yang betul-betul prihatin terhadap permasalahan rakyat tak akan memaksa rakyat untuk mengangkat bendera putih untuk meminta pertolongan, sebaliknya akan membantu rakyat dengan penganjuran pelbagai program Jualan Rahmah. Nasihat saya kepada wakil rakyat yang menidakkan usaha kerajaan untuk membantu rakyat, sila cuba faham ungkapan bahasa Inggeris ini dengan izin, 'If you don't have something nice to say better don't say anything at all'. Ini nasihat saya dan Dato’ Yang di-Pertua.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat? Sikit je.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya rasa saya dah bagi ruang tadi. Tak apa, saya sarankan semua untuk mengikuti akaun media sosial.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Daripada Pembangkang, mana ada sorang pun membangkang? Daripada bantuan kerajaan. Tak ada pun.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak bagi laluan. Saya rasa Perintah Tetap 41, kena dapat saya punya approval.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Saya minta. Saya minta.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak bagi. Saya akan teruskan. Dato' Speaker, saya rasa saya sarankan semua untuk mengikuti akaun media sosial khususnya Facebook dan TikTok KPDN perak. Saya difahamkan akan ada pelbagai maklumat. Akan ada pelbagai info ataupun advokasi kepada pengguna untuk memperoleh ilmu tentang hak pengguna dan juga peraturan serta undang-undang berkaitan dengan kementerian tersebut. Jadual penganjuran Jualan Rahmah dan sebagainya pun akan dimaklumkan dalam pada itu. Pada masa yang sama, saya juga menyeru penduduk, rakyat salurkan terus maklumat kepada KPDN Perak tentang ketidakpatuhan peniaga ataupun sindiket supaya siasatan boleh dibuat segera dan tindakan boleh diambil serta-merta.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan Titah Tuanku yang memesan agar memperluaskan peranan rumah ibadat dan pada masa yang sama kena menarik minat dan penyertaan yang lebih ramai daripada golongan belia ataupun golongan anak muda. Sebenarnya bukan saja rumah ibadat yang kena berperanan sebegitu, namun pada saya kampung-kampung yang sedia ada. Tidak kiranya Kampung Tradisi, Kampung Baru Cina, Kampung India, Kampung Asli, kita pun kena berperanan sebegini agar golongan anak muda ada peranan masing-masing dan mereka tak akan lah terjerumus ke gejala sosial dan sebagainya. Oleh itu, sebagai Exco yang menjaga perihal Kampung Baru Cina, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menerangkan usaha pejabat saya untuk merancakkan keterlibatan belia dalam kampung-kampung masing-masing. Sebelum saya mulakan dengan bab ini, ingin saya terangkan bahawa saya bertanggungjawab terhadap hal ehwal Kampung Baru Cina dan itu sebabnya saya kena menerangkan gerak kerja yang telah dan bakal akan dilaksanakan oleh pejabat saya untuk saya tunaikan kewajipan saya. Kami pun ada Exco yang jaga Kampung Tradisi. Kami pun ada Exco yg jaga Kampung India. Kami pun ada Exco yg jaga Kampung Asli. Oleh itu, tidak sepatutnya wujud apa-apa isu bahawa saya hanya berbicara tentang Kampung Baru Cina. Lantaran itu, memang tanggungjawab dan portfolio saya.

Dato' Yang di-Pertua, Kampung Baru Cina di negeri Perak mempunyai warisan sejarah dan budaya yang kaya. Namun seperti kampung-kampung tradisi yang lain sebenarnya, masalah sama. Kampung Baru telah menghadapi berbagai-bagai cabaran seperti bilangan warga emas yang semakin bertambah, kurangnya orang muda, tidak aktifnya aktiviti ekonomi, banyak yang tidak menetap di kampung. Kesemua masalah ini sebenarnya telah menjejaskan pembangunan budaya, ekonomi dan sosial di kampung- kampung dan untuk mengatasi masalah ini, bila kita dah tahu ada masalah, kita sebagai kerajaan kena fikirkan langkah untuk mengatasi masalah dan untuk menanganinya, pejabat saya telah mengumumkan pada tahun lepas waktu penggulungan Belanjawan 2025 bahawa kami akan lancarkan satu program yang bernama Program Pemerkasaan Kampung Baru Cina Tahun 2025 dan saya pernah katakan saya akan umumkan garis panduannya pada tahun ini dan hari inilah saya akan menerangkan ataupun membuat pencerahan tentangnya.

Sesungguhnya Program Pemerkasaan Kampung Baru Cina adalah satu prakasa yang berlandaskan konsep dengan izin, Place Making dan Community Development. Matlamat program ini adalah untuk mengubah kaedah pelaksanaan dasar yang sedia ada. Dari dulu hingga sekarang biasanya pejabat ahli politik yang akan turunkan arahan dari atas ke bawah dan inilah pendekatan yang dipanggil sebagai 'Pendekatan Atas-Bawah' ataupun lebih dikenali sebagai dengan izin 'Top-Down Approach'. Dalam program ini, pejabat saya tidak berniat untuk membuat demikian, sebaliknya kami akan menggunakan 'Pendekatan Bawah-Atas' ataupun 'Bottom-Up Approach' dengan izin. Tujuannya satu sahaja. Kami nak menggalakkan lebih ramai penduduk kampung khususnya anak-anak muda untuk menyertai program ini secara aktif khususnya dalam bab pembangunan setempat. Kami tak nak program yang dibuat sekaligus sahaja dan kemudiannya hilangnya sebegini. Kami nak lancarkan program yang ada maknanya dan ada kesinambungan dalam pada itu.

Oleh itu, kami mengalu-alukan semua pihak untuk memohon untuk menyertai program ini dan untuk fasa pertama, Pejabat saya akan bekerjasama dengan 5 projek perintis yang perlu membawa konsep yang berikutnya. Pertama sekali, wajib untuk melindungi keunikan kampung. Janganlah dimohon untuk jadikan satu kampung perikanan kepada kampung yang bangunannya besar. Keduanya, kita kena tingkatkan ekonomi setempat. Kita jangan lepas kita buatkan program pemerkasaan, rezeki ekonomi lagi kurang. Kita kena pastikan lepas kita laksanakan program ini. Kita kena pastikan ekonomi kena naik. Ketiganya, kita kena galakkan penyertaan komuniti. Bila saya sebut tentang penyertaan komuniti, maksudnya pihak yang terlibat harus memastikan komuniti setempat yang dalam kampung tersebut yang menyertai program ini. Bukannya pergi minta penduduk Kampung A datang ke Kampung B untuk menyertai dan buatkan seolah-olah ini program kampung dia. Keempatnya, kita harus membantu untuk memajukan atau pun merancakkan sektor pelancongan. Perak kaya dengan pelbagai tempat pelancongan yang menarik dan adanya yang memang berlokasi di bawah kampung baru sahaja.

Oleh itu, wajiblah kita sama-sama naikkan sektor pelancongan apabila melancarkan program pemerkasaan sebegini dan kelimanya, pun yang penting sekali wajar untuk kita pelihara kepelbagaian budaya yang ada dalam kampung sekarang. Negara kita terkenal dengan konsep kepelbagaian budaya dan merupakan satu-satunya dalam negara dalam rantau ini yang masih mengekalkan budaya masing-masing di samping kekal bersatu padu. Oleh itu, pentingnya untuk kita kekalkan dan pelihara budaya masing-masing. Apabila kami tengah perkasakan kampung baru. Pejabat saya akan berperanan sebagai orang tengah iaitu pihak yang mengawalselia dan salurkan dana yang dikhususkan di bawah Hal Ehwal Bukan Islam.

Untuk makluman semua entiti yang layak memohon adalah seperti berikut. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK Kampung Baru Cina. Yang keduanya, Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO yang didaftar dibawah Akta Pertubuhan 946 dan masih aktif dan yang ketiga lain-lain pertubuhan, persatuan, organisasi, komuniti setempat yang berkaitan. Di sini, saya tahu ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya program pemerkasaan itu. Ada contoh tak? Oleh itu, saya bagi beberapa contoh tentang program yang boleh dilaksanakan. Satu, penubuhan muzium atau galeri seni atau pusat warisan dan sebagainya. Yang kedua, acara kebudayaan atau perayaan setempat. Ketiga, aktiviti memelihara dan mempromosi budaya kampung. Keempat, pengindahan ruang awam komuniti kampung. Kelima, pembangunan industri kreatif dan inovatif baharu di kampung dan yang keenam, kajian dokumentasi & pameran sejarah kampung dan yang lain-lain adalah seperti pertandingan, acara, penyelidikan, rakaman, penerbitan, seminar, bengkel yang berkaitan dengan kepentingan awam kampung. Projek atau program yang dikemukakan akan diteliti permohonannya dari segi beberapa kriteria. Iaitu faktor kebolehlaksanaan, inovasi, kelestarian, impak sosial dan keupayaan untuk semua pihak mengintegrasikan sumber. Saya mengalu-alukan semua pihak khususnya JPKK kampung untuk menyertai program pemerkasaan ini. Tarikh permohonan, tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mei tahun ini. Dengan izin, first come first serve.

Dato' Speaker, seperti mana yang telah saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini, pejabat saya akan menganjurkan satu program berskala besar, peringkat negeri iaitu Ekspo Kampung Baru Cina Negeri Perak pada tahun ini. Sukacita ingin saya umumkan bahawa Ekspo Kampung Baru Cina Negeri Perak akan berlangsung dari 9 haribulan hingga 8 haribulan Jun di Paloh 101, Ipoh. Sebagai negeri yang mempunyai jumlah Kampung Baru Cina terbanyak di Malaysia. Perak memainkan peranan penting dalam memastikan warisan Kampung Baru dipelihara. Di samping juga dipromosikan secara strategik kepada orang ramai. Penganjuran ekspo ini adalah untuk menyediakan satu platform menyeluruh yang mengumpulkan kisah kejayaan, produk tempatan, destinasi menarik serta pengalaman unik daripada kampung Kampung Baru di seluruh negeri. Kita nak galakkan supaya ramai penduduk tidak kira kaum, agama dan budaya untuk mengenali keindahan dan potensi kampung-kampung tersebut. Pada masa yang sama…

YB Exco. Terima kasih kepada sahabat saya YB Exco. Pasir Bedamar. Terima kasih tak terima kasih kerana kita boleh berbahas dengan dengan harmoni untuk kepentingan rakyat. Soalan saya tertarik dengan isu berkaitan dengan isu Kampung Baru Cina. Pada pandangan YB, apakah yang dimaksudkan dengan Kampung Baru Cina? Pada pandangan YB. Apakah sejarah pembinaan Kampung Baru Cina di negeri Perak kita ni? Itu pertama YB. Kedua, saya nak bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri, apakah Kerajaan Perak bersetuju dan akan melaksanakan cadangan Menteri KPKT untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan UNESCO dan saya tengok dalam dalam laporan dan juga statement tersebut, Perak antara negeri yang dicadangkan oleh Menteri KPKT untuk dinamakan Kampung Baru Cina dalam negeri kita ni sebagai salah satu yang akan diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO. Walaupun perkara ini menjadi perbahasan yang agak agak besar di kalangan ahli akademik, namun masih ada satu penjelasan jelas kepada kami rakyat perak terhadap apa yang disebut oleh Menteri KPKT tersebut. Terima kasih YB Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Manjoi. Saya tengok untuk Kampung Baru Cina sejarahnya sama dengan kampung-kampung lain. Tak kira masyarakat Cina, India, Melayu yang yang hidup dalam komuniti itu. Sebenarnya kita semua adalah mangsa regim komunis. Masyarakat Cina pada masa itu pun merupakan mangsa komunis dan kita sebenarnya pun sama dengan tentera-tentera Tanah Melayu. Kita kena bangkit. Kita kena lawan penjajah komunis ini yang memang kita tahu cukup zalim, cukup kejam dan saya tengok banyak keluarga Cina yang musnah pun disebabkan kekejaman rejim komunis dan yang kedua untuk cadangan tersebut, dia tak pernah dibawa ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan itu sebab tak pernah kita bincang. Tapi setahu saya, cadangan itu dibawa ketika rejim Perikatan Nasional sedang mentadbir di peringkat Persekutuan. Tapi apa-apa pun kita akan cuba tengok balik dan kita akan cuba bagi satu maklumbalas yang rasmi sekiranya cadangan itu dibawa ke peringkat MMK.

Maksudnya Kerajaan Negeri Perak tidak bersetujulah cadangan yang diberikan oleh KPKT? Maksud Perak akan bersetuju dengan KPKT untuk menjadikan Kampung Baru Cina.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Yang Berhormat Manjoi.

Untuk diangkat…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Biar saya jawab, biar saya jawab. Saya dah bagi.

Sebab-sebab YB Dato' Speaker. Sebab dia kaitkan dengan Zaman Perikatan Nasional. Cuma yang statement tersebut KPKT sekarang. Saya nak tahu jawapan tersebut.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya bagi kepada Astaka.

Ada ataupun tidak.

Sudahlah Manjoi, tadi sudah ada peluang, bagi sedikit peluang Astaka. Saya nak juga berkaitan dengan isu tadi. Setujukah YB Exco, di mana ada pihak terutamanyalah pihak di sebelah sana sentiasa mengaitkan Kampung Baru Cina dengan komunis itu sebenarnya tidak betul. Dari segi sejarahnya. Sebenarnya ada banyak juga penduduk kampung Cina sebenarnya menentang komunis. Saya bagi satu contoh. Atuk saya, sebenarnya merupakan seorang ahli homeguard di mana mereka juga menentang komunis. Soalan saya kepada YB Exco. Adakah YB Exco setuju bahawa Kampung Baru sebenarnya bukan komunis tetapi penentang komunis?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Astaka. Tu sebab yang saya terangkan tadi. Sebenarnya masyarakat Cina yang hidup di Kampung Baru Cina merupakan mangsa kepada rejim komunis dan saya rasa tak ada makna untuk kita bangkitkan isu ini. Saya tahu ada parti yang cuba kaitkan satu parti dengan komunis. Tapi pada masa yang sama kaitkan dengan Kristian pulak. Komunis dengan Kristian tu tak sama. Oleh itu saya tak nak panjangkan. Saya akan gulung…

Saya rasa disebabkan kita dah berbahas dengan baik.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dato' Speaker saya tak bagi masa. Saya tak bagi laluan.

Dato' boleh bagi ruang tak. Perbahasan akademik dengan saya.

Yang di-Pertua

Ok.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya hormat waktu Yang Berhormat tengah berbahas. Sila Yang Berhormat pun.

Bagi ruang sekejap…sekejap. Perbahasan ni menarik.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya akan terus gulung. Saya bagi ruang. Saya gentleman waktu YB tengah…

Yang di-Pertua

Biar-biar saya cakap. Saya rasa perbahasan berkaitan dengan Kampung Baru Cina ni something yang sangat-sangat penting dan ianya sangat apa orang kata, sangat bermakna sekali kerana semua orang mempunyai mempunyai pandangan-pandangan dan juga sejarah yang lama. Kadang kadang salah faham pun banyak juga. Banyak. Saya suka nak cadangkan kalau nak berbahas terus dalam ni, saya percaya ianya penting tetapi di ambil masa yang panjang. Saya cadangkan kalau boleh buatlah satu. Pihak kerajaan boleh buat satu conference dengan izin ya, conference dan jemput semua yang ada kita bincang. Panggil pakar ilmiah, bincang cara cara akademik, cara ilmiah, cara-cara yang sebetulnya. Jadi saya rasa Yang Berhormat tu pun dia nak move on kepada yang lain. Jadi dia boleh jalan.

Saya faham. Saya nak sokong Speaker. Saya nak sokong Speaker sebab apa. Kita tak mahu dengar satu pandangan daripada

Yang di-Pertua

Betul, ya…ya.

pihak sedangkan kita ada jurnalis yang tulis berkenaan dengan Kampung Baru.

Yang di-Pertua

Dia cara yang betul lah, macam kata tadi, yang tadi Astaka katakan.

Kalau nak suap satu naratif baru kita kena sanggah apa ni kajian-kajian lampau.

Yang di-Pertua

Tak apa. Sebab tu saya cadang, kita bahas dan kita buat ni kita buat persidangan yang baik. Kita boleh bincang, ya.

Kita jangan bangkitlah satu satu naratif sedangkan sejarah yang tulis tu bercanggah.

Yang Berhormat Kamunting

YB ENCIK STEVEN TIW TEE SIANG (TRONOH) Saya rasa tak ada keperluan untuk naratif baru.

Yang di-Pertua

Ok…ok takpa, takpa, takpa. Jadi kita kita setuju pada tu. Changkat Jering? Terlepas bas. So, duduk dulu. Bagi pada Exco…dah, dah, dah…Changkat Jering dah, cukup. Manjoi.

Sikit ye. Saya sangat bersetuju dengan Dato’ Speaker. Dato’ Speaker orang ilmiah dan akademik. Pernah menjadi pensyarah. Point saya setuju jika boleh lepas ni, permohonan kami sebelum kita memutuskan penting berkenaan isu warisan UNESCO Kampung Baharu Cina di Perak, kita buat satu libat urus melibatkan semua Adun-Adun kerajaan/pembangkang. Untuk kita berbahas dengan baik. Okey, jangan ada keputusan yg tanpa makluman di pihak kami. Ok terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB Exco.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih. Ok YB Exco. Sila. Dah lah Changkat Jering. Sudahla…lambat. Tu la…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada semua sebab memberikan ruang kepada saya untuk minum air pada masa yang sama. Tentang Ekspo Kampung Baharu Cina tadi tu, sebenarnya untuk program ini, kita nak bagi satu ruang kepada usahawan Kampung Baharu terutamanya golongan muda ataupun belia untuk menyertai dan mempromosikan usaha mereka dan tak kira apa latar belakang mereka sama ada berkecimpung dalam industri pelancongan, inap desa, makanan dan minuman, pertanian, perikanan ataupun perindustrian moden, semua adalah dialu-alukan untuk menjadikan ekspo ini sebagai platform perkongsian dan jaringan. Fokus utama pejabat saya dalam ekspo ini adalah golongan belia. Seperti mana Titah Diraja Tuanku, sama ada mereka yang kembali ke kampung halaman ataupun mereka yang terus kekal untuk membangunkan ekonomi kampung asal mereka.

Sebenarnya kisah anak-anak muda yang rela menetap di kampung sendiri tak kira kampung apa pun untuk merancakkan ekonomi setempat sebenarnya adalah penuh dengan inspirasi dan aspirasi dan wajar kita ketengahkan agar benda ini boleh jadi pencetus semangat kepada lebih ramai anak muda untuk menyumbang kepada pembangunan kampung halaman masing-masing dan penganjuran ekspo ini juga adalah bertujuan untuk menunjukkan kekuatan bersifat lembut, soft power dengan izin dan keunikan yang dimiliki oleh Kampung Baru dan menggalakkan golongan muda untuk memanfaatkan keunikan ini sebagai asas dalam membangunkan industri kreatif baharu. Pendekatan ini adalah selari dengan konsep dengan izin, place making yang selalu diutarakan saya dimana budaya harus menjadi pemacu ekonomi dan seterusnya ekonomi pula menyokong kelestarian budaya bagi mewujudkan satu ekosistem yang saling memperkasa ataupun menang-menang antara satu sama lain.

Dato’ Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa ekspo ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan belia yang berbakat. Mereka akan diberi ruang untuk menunjukkan kreativiti dalam pelbagai bentuk termasuk aktiviti pameran, persembahan seni, bengkel, permainan dan sebagainya agar orang ramai dapat mengenali Kampung Baru dengan cara yang menyeronokkan dan bermakna. Saya dah takde masa lah. Biar saya gulung dulu. Nanti saya bagi. Pejabat saya tak berani untuk menjangkakan kehadiran pengunjung yang sebenar sepanjang tiga hari penganjuran ekspo tersebut. Namun, sekiranya ikut pengalaman Pesta Tanglung Teluk Intan yang dianjurkan pada bulan September tahun lepas yang mencatatkan kehadiran sebanyak 20 ribu orang, saya jangka jumlah kehadiran untuk Ekspo Kampung Baharu Cina tidak akan kurang daripadanya lantaran kuantiti kehadiran akan mencerminkan minat dan sambutan masyarakat terhadap pembangunan dan masa depan Kampung Baru. Pejabat saya akan buatkan satu sidang media tak lama lagi untuk kita menerangkan apa lagi usaha yang kita akan lakukan dalam pada itu…

Boleh mencelah?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dato’ Speaker, saya dah nak landing dah.

Satu je…satu je Manong. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Berkaitan Ekspo Kampung Baru, saya tertariklah dengan perancangan aktiviti. Cuma soalan saya secara ringkas dalam Ekspo Kampung Baru yang akan disusun dan dirancang itu, ada tak elemen-elemen integrasi nasional diterapkan dalam ekspo tersebut. Mungkin ada kerjasama dengan Exco Perpaduan. So, perkara tu sangat penting untuk diterapkan di Kampung Baru terutamanya untuk generasi muda. Ada tak elemen integrasi nasional diterapkan dalam ekspo tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya setuju dengan pandangan YB. Kita kena integrasikan semua kaum, agama dan budaya supaya kita kelihatan bersatu padu untuk kita terus kekalkan perpaduan dalam negara ini. Dato Speaker, Tuanku bertitah bahawa adakalanya perkara kecil dan setempat berkaitan agama dan kaum dipilih untuk dieksploitasi. Saya tengok Manjoi dah tengok saya dah. Perkara mengenai agama dan kaum semakin disensasikan dan semakin ditunggang oleh mereka yang mahu diiktiraf sebagai wira kaum dan wira agama dan juga kelihatan semakin suburnya budaya fitnah. Saya sebenarnya amat setuju dengan kenyataan sedemikian. Saya nak terangkan baru-baru ini ada seorang influencer dengan izin yang namanya Ratu Naga, dia telah memperlekehkan Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dia gunakan satu program kawasan yang saya hadir di mana dia cuba untuk melakukan pembunuhan karakter ataupun dalam kata bahasa Inggeris dengan izin character assassination di mana dia tuduh secara implisit bahawa sayalah sebagai Exco sebagai Adun telah membimbing anak-anak murid SJKC untuk menyanyi lagu kebangsaan dalam bahasa Cina. Padahal yang dinyanyikan adalah Lagu Kebesaran Negeri Perak.

Saya berumur 34 tahun sekarang. Dalam 34 tahun yang lalu tak pernah saya bayangkan kita boleh nyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa lain terutama dalam bahasa Cina. Saya tak pasti macam mana influencer tu boleh dapat idea sedemikian. Saya kadang kala saya terfikir. Kalau hari ni saya berbangsa India, adakah dia akan tuduh saya nyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa Tamil dan saya faham polis dah tindakan. Namun, saya juga ingin nasihatkan rakan-rakan dia untuk menghantarnya ke hospital juga untuk memeriksa telinga dia. Sebab tak mungkin seorang insan yang normal, dia tak dapat membezakan antara Lagu Negaraku dengan Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dah lah ada wakil rakyat tak dapat membezakan antara Pesta Tanglung dengan Program Tokong. Janganlah kita tambahkan insan sedemikian dalam dunia kita. Saya harap seluruh 59 Adun di sini tak kira pembangkang/kerajaan kita akan bersatu hati dalam isu ini dan sama-sama kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan dia yang jelas tidak menghormati Lagu Kebesaran Negeri Perak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Kalaulah kita suka tunggang semua isu, tungganglah isu ini jugak. Saya nak landing. Dato’ Speaker...

Beri laluan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya terpanggil. Saya tak bagi laluan. Dato’ Speaker…

Exco boleh cakap. Tak boleh tanya?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dato’ Speaker... saya tak bagi laluan.

Rasanya Exco kena jawab jugak.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak bagi. Dato’ Speaker, saya terpanggil…

Exco jugak buat karikatur untuk Ketua Pembangkang…cuba perbetul sikit…

Hormat sikit lah…tak bagi pun laluan.

Exco kena perbetul sikit. Exco tak boleh macam tu. Exco ajak untuk orang perpaduan, Exco ajak untuk menjaga imej tapi membuat karikatur…Speaker.

Yang di-Pertua

Slim, Slim. Dia tak bagi jalan. Duduk.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

41, saya dah bagi laluan. Dato’ Speaker, saya juga terpanggil untuk memberikan maklum balas terhadap kata-kata negatif. Saya tak sebut jahat. Saya kata negatif yang dilemparkan kepada saya dalam sidang Dun pada minggu lepas. Bila ada yang cuba lemparkan kata-kata negatif terhadap saya pada minggu lepas, saya duduk di sini, saya cool, saya menghayati ucapan, saya tak bangun, saya tak kacau-bilaukan orang. Oleh tu, saya menghormati. Itu adalah floor dia dan saya hormat Perintah Tetap. Oleh itu, sekarang bila saya tengah memberikan maklumbalas sekarang, saya mohon yang melemparkan kata-kata negatif tu pun kena bersikap gentleman dan dengar apa yang saya cakap. Jangan mudah koyak dan terus bangun celah tanpa basis. Dato’ Speaker, kaedah sindir berdasarkan fakta, berdasarkan fakta adalah salah satu aspek dalam demokrasi. Ada juga yang gunakan kaedah sindir bukan berdasar fakta dan akan lah terdedah kepada risiko disaman fitnah. Dalam demokrasi, anda boleh sindir dan saya boleh tentang dan pada masa yang sama saya boleh sindir dan anda boleh menentangnya. Ini hak masing-masing. Ini adalah salah satu keunikan demokrasi. Saya tahu ada yang koyak dengan gambar kenyataan media saya di mana saya sebut seseorang itu raja fitnah. Bau busuk tidak berbangkai.

Beri laluan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Memang sah. Mahkamah pun…

Bukan masalah kenyataan. Masalah karikatur tu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

saya dah bagi laluan. Gunakanlah Kamus Dewan untuk semak apa maksud ayat tersebut. Gambar sindiran tersebut adalah berdasarkan faktor sepenuhnya di mana seseorang yang suka buat fitnah adalah patut menerima padahnya termasuklah dilabel pelbagai nama oleh pelbagai pihak. Saya tahu ada yang akan katakan dalam kalangan kamu pun ada yang mengkritik Perikatan Nasional lantaran mempamerkan karikatur PMX dan Menteri Pengangkutan. Sepertimana yang saya nyatakan tadi, ini hak Perikatan Nasional untuk membuat sedemikian. Saya hormat dan ini juga hak orang lain untuk mengkritik. Saya pun hormat. Ini tiada masalah dan oleh tu pun sepatutnya tak jadi masalah untuk saya mempertahankan diri apabila saya diserang. Cuma peliknya, orang yang serang sampai seru polis dan SKMM untuk masuk dalam bab ini. Ini adalah contoh politik yang tidak matang sekali pun. Lantaran bila Perikatan Nasional berbuat demikian, kami kritik sahaja. Kami tak minta polis dan SKMM masuk. Tapi kami pun tak minta pihak berkuasa menghentikan tindakan ini pun. Tapi apabila Perikatan Nasional dikritik pula menjadi dengan izin cry-babies dan minta polis dan SKMM masuk. Nasihat saya gunalah fakta untuk membalas bukannya guna retorik jerit tanpa makna untuk membalas. Saya nak tambah satu fakta di sini sebelum saya landing. Apabila Menteri Pengangkutan diletakkan karikatur negatif beliau dengan cool dengan relax dia katakan terima kasih sebab mempromosikan beliau. Namun apabila benda ini berlaku pada pihak yang berbuat demikian pula koyak dan marah-marah. Oleh itu biarlah saya hadiahkan serangkap pantun kepada Dewan yang mulia ini.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ya, YB.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Last ya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Sebelum YB nak landing, kita terima kasih atas laluan diberi. Saya nampak kita pun berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan yang terima karikatur dia secara terbuka sebab kita ni selaku orang politik kita sentiasa untuk menduga kritikan, membina kritikan berunsur negatif tetapi kita pun juga terima kasih kepada pihak sana semasa penamaan calon.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Bercham, saya nak landing dah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Exco, exco last.

Exco tengok bezalah gambar tu. Tengok tu beza gambar tu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak bagi laluan. Saya nak landing.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Karikatur tu…dia tunjuk nombor satu, undi calon nombor satu. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ok. Itu sebab saya tadi saya katakan saya nak hadiahkan serangkap pantun sebelum saya landing. PRK Ayer Kuning mereka bersembang, Sembang tentang isu cerita fitnah…

Tak bagi laluan ke?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sudah didedah terus kecundang, Undi mereka dapatlah pelapis fitnah. Maka dengan ini saya mengakhiri penggulungan perbahasan.

Bagi laluan. Mohon bagi laluan.

Gentleman…gentleman.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sekali lagi saya menjunjung kasih Titah Diraja dan menyokong penuh Titah Diraja. Sekian terima kasih.

Tak gentleman la Exco.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco dari Pasir Bedamar. Yang lain tutup mic dulu. Pasir Bedamar tutup mic. Ok, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan 45 minit. Silakan.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Bismillahirrahmanirrahim.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tualang Sekah kot bukan Kuala Sepetang. Dengar macam Kuala Sepetang Dato' Speaker sebut tadi.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Dato' Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah Perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco saya celah awal lagi minta maaf Tuan Speaker. Exco yang tadi cantik dah tapi 5 minit terakhir membazirkan masa rakyat. Cerita politik kita pergi Ayer Kuning lah.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Minta YB Exco steady sampai hujung. Politik kita cerita di Ayer Kuning. Dengan lima minit terakhir tadi rugi masa rakyat.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Baik terima kasih, terima kasih. Boleh saya teruskan Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Alor Pongsu. Patik merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Ampun Tuanku. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Berhormat Ishsam Shahruddin, Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning yang telah menyahut seruan Ilahi pada 23 Syaaban 1446 Hijrah bersamaan 22 Februari 2025. Semoga roh Allahyarham dilimpahi ehsan rahmat Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan roh para solihin. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan telekomunikasi dan multimedia semasa sesi perbahasan yang lepas. Saya percaya semua isu yang dibawa adalah bagi memantapkan kualiti kita dalam memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua bagi tahun 2024 kutipan hasil Kerajaan Negeri telah mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila jumlah kutipan mencecah RM1.33 bilion iaitu melebihi sasaran yang telah ditetapkan serta menunjukkan peningkatan sebanyak RM118.5 juta berbanding tahun sebelumnya. Selaras dengan pengurusan kewangan yang berhemat dan berdisiplin Kerajaan Negeri telah berjaya menutup akaun hasil disatukan dalam keadaan lebihan selama tiga tahun berturut-turut dengan catatan surplus berjumlah RM45.62 juta setakat 31 Disember 2024. Kerajaan Negeri terus komited dalam usaha memperkukuh hasil negeri melalui langkah-langkah pemerkasaan kecekapan kutipan disamping memastikan perbelanjaan awam diurus secara berhemah. Pelbagai inisiatif dirintis untuk memperkasakan digital dan teknologi bagi meningkatkan keyakinan pelabur. Terima kasih atas sokongan daripada Kementerian Komunikasi bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang telah bersetuju menyediakan sejumlah peruntukan kewangan untuk menjayakan usaha menambahbaik daya kesalinghubungan dan infrastruktur telekomunikasi seterusnya menjayakan inisiatif pendigitalan di negeri Perak. Segala usaha ini juga adalah penting dalam menyokong pembangunan bandar pintar yang sedang dilaksanakan. Di peringkat portfolio Komunikasi Multimedia & NGO Negeri Perak, Kerajaan Negeri melalui Digital Perak Corporation Holding sentiasa berusaha bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan pembaharuan bandar pintar yang akan membawa manfaat besar khususnya kepada rakyat negeri ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi menjawab isu daripada Yang Berhormat Menglembu, Yang Berhormat Kuala Kurau dan Yang Berhormat Chenderoh berkaitan peranan Pusat Ekonomi Digital (NADI) dalam membantu masyarakat. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam usaha merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM memberikan sokongan melalui program latihan dan bimbingan yang disediakan secara percuma di Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau lebih dikenali sebagai NADI. Program Pintar NADI telah diperkenalkan pada September 2024 dalam usaha menyediakan pelbagai program latihan yang bertujuan untuk membantu merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi komuniti di sekitar NADI. Inisiatif ini merangkumi lima teras utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif Kerajaan Negeri. Menerusi teras keusahawanan ini usahawan di sekitar NADI berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan mempelajari 4 modul utama iaitu perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran strategik secara digital dan operasi perniagaan. Menerusi modul pemasaran strategik secara digital, usahawan akan dibimbing dalam memanfaatkan platform e-Dagang tersedia bagi memperluas rantaian pasaran dan didedahkan mengenai konsep 4 PS iaitu products, price, place dan promotion.

Latihan secara percuma ini tidak terhad kepada usahawan sahaja malahan terbuka kepada komuniti yang berminat untuk mendalami ilmu keusahawanan. Ini termasuklah menyasarkan program penerapan minat keusahawanan untuk golongan muda dan pelajar yang akan dikelolakan oleh golongan profesional. Latihan-latihan yang melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi kerajaan dan swasta ini mendapat penyertaan dan sambutan yang baik dari pelbagai lapisan komuniti yang terdiri daripada usahawan sedia ada dan usahawan yang baru. Melalui portal Perak Digital 2.0 yang baru sahaja dilancarkan pagi ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, portal ini merupakan evolusi daripada platform portal Perak Digital 1.0 yang mula diperkenalkan pada 2018 dan kini hadir dengan menambah penambahbaikan menyeluruh bagi memenuhi keperluan era digital. Kita akan menjadikan ia sebagai salah satu platform bagi tujuan mempromosi dan hebahan kursus-kursus yang akan dianjurkan oleh NADI. Portal ini telah merekodkan sebanyak 200 ribu pengguna berdaftar dan menawarkan pelbagai aplikasi digital seperti e-Perjawatan, internship, e-Pensijilan Halal, direktori e-Dagang atau Smart @ Niaga Perak dan e-Tempahan dan yang terbaru elemen e-Derma dan e-Ticketing.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO akan melaksanakan program National Training Weeks atau pun dikenali sebagai MTW 2025 selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 di bawah program Pemboleh Dayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu satu warga satu skill. Program anjuran Kementerian Sumber Manusia melalui HRD Corp ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran dan pengetahuan rakyat Malaysia khususnya di Perak melalui pelbagai sektor dan lapisan masyarakat merentasi pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Pelaksanaan MTW 2025 ini dijangka dapat memberi manfaat besar dalam usaha meningkatkan daya saing kerja negeri Perak. Selari dengan aspirasi negara untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas, MTW 2025 telah dilancarkan pada Februari 2025 dan sedang giat dipromosi dengan minggu kemuncaknya pada 14 hingga 21 Jun 2025, menyasarkan penglibatan seramai 100 ribu orang warga negeri Perak.

Usaha ini dilihat sebagai satu peluang besar untuk rakyat negeri ini meningkatkan serta menyesuaikan kebolehpasaran diri dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Antara latihan yang ditawarkan merangkumi lima teras utama iaitu life skill, future skill, financial, sustainable development, creativity and innovation. Lebih penting lagi, akses latihan ini diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat negeri Perak tanpa mengira umur, latar belakang mahupun kaum. Ini merupakan satu langkah inklusif yang sangat bertepatan dengan prinsip Malaysia MADANI dan semangat

Perak Sejahtera 2030. Suka saya kongsikan sehingga tarikh 16 April 2025, sebanyak 64 kursus telah berdaftar di negeri Perak dengan penyertaan seramai 2,125 individu. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat menjelang minggu kemuncak MTW 2025 nanti. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, saya turut memastikan peranan dan penglibatan penuh daripada 90 buah pusat NADI di seluruh Perak sebagai pusat akses latihan dan internet. Ini bertujuan untuk memastikan seluruh lapisan masyarakat termasuk di kawasan luar bandar dapat menikmati manfaat latihan yang telah disediakan. Saya merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan rakan strategik yang telah dan sedang memberikan kerjasama menjayakan MTW 2025 di negeri Perak. Insya Allah dengan sokongan semua pihak, inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada transformasi sosial dan ekonomi negeri yang kita cintai ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Pinji, dan Yang Berhormat Manong telah menarik perhatian berkaitan cabaran kecerdasan buatan atau pun kita kenali sebagai AI. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengiktiraf keperluan untuk menyediakan ruang dan sokongan terhadap pekerjaan yang berasaskan teknologi AI. Justeru, beberapa inisiatif telah dan akan dilaksanakan. Antaranya menjalin kerjasama strategik dengan sektor industri dan universiti dalam bidang pembangunan AI dan menyediakan inisiatif latihan dalam bidang teknologi termasuk AI. Saya menyokong dengan cadangan agar agensi-agensi kerajaan menjadi contoh dalam penggunaan AI khususnya dalam automasi, dokumentasi dan pengurusan data untuk mengurangkan beban kerja penjawat awam, penggunaan chatboard dan sistem pintar dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat secara lebih cekap dan responsif. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa transformasi kepada AI memberi cabaran kepada tenaga sedia ada. Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa memperkukuh latihan semula dan peningkatan kemahiran melalui institusi TVET seperti ILP, Giat MARA dan Kolej Komuniti. Menggalakkan kerjasama dengan syarikat teknologi untuk program latihan industri berteraskan AI. Matlamat kita adalah untuk memastikan rakyat tidak tertinggal dari dalam arus pembangunan dan mampu bersaing dalam ekonomi digital.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, isu penggantian pekerja oleh automasi dan robotik adalah realiti yang sedang berlaku. Namun, bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia. Namun, pendekatan kita adalah bukan menolak AI tetapi menguruskan peralihan ini dengan penuh tanggungjawab. Oleh itu, Kerajaan Negeri sedang dan akan terus berusaha memberi pendedahan dan latihan AI kepada semua lapisan masyarakat termasuk belia, penjawat awam dan peniaga kecil.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak menyambut baik perkembangan AI dan komited untuk mengimbangi pembangunan teknologi dengan kesejahteraan rakyat. Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa tetapi menjadi peneraju dalam dunia digital baharu ini. AI harus dimanfaatkan untuk mempermudahkan hidup bukan menindas. AI perlu dilihat sebagai satu peluang dan pemangkin bukan sebagai ancaman tetapi untuk itu, kita mesti bertindak hari ini dengan dasar yang inklusif, latihan yang menyeluruh dan kawalan yang beretika. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua...

Mohon mencelah. Yang Berhormat Exco dan Yang Berhormat Speaker. Berkaitan dengan penggunaan AI.

Soalan saya adakah cadangan di pihak kerajaan untuk memperluaskan penggunaan AI dalam contoh dalam kerja atau urusan pemilihan kontraktor dan juga penyediaan BQ di pejabat-pejabat daerah kerana mungkin dengan analisa yang dibuat oleh pihak AI, kita lebih mudah untuk memilih kontraktor. Mungkin boleh di setkan program hanya kontraktor yang mempunyai prestasi yang baik, berapa jumlah yang boleh diberi kepada kontraktor berkenaan supaya tidak berlakulah kontraktor yang sama dipilih dalam setiap kerja. So, kalau dipilih oleh AI, so, saya kira mungkin boleh jadi garis panduan kepada Kerajaan Negeri untuk memilih kontraktor secara lebih adil dan juga dalam konteks penyediaan BQ yang kadang-kadang kami di Adun ni, Dun ni termasuklah Dun kerajaan, nak tunggu BQ bagi projek tu agak lambat. Mungkin kekangan kerja di pihak PBT. So, adakah cadangan untuk dilaksanakan melalui kaedah AI. Itu sahaja. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya tadi daripada Manong yang membangkitkan isu betapa pentingnya AI dalam dunia kita pada hari ini. Ya, kita setuju. AI boleh meringkaskan boleh menjimatkan masa kita dalam khusus di dalam bidang-bidang seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, BQ dan sebagainya. Kita ambil maklum cadangan tersebut dan mungkin kita akan bawa ke peringkat atas atau untuk kita perbincangan untuk kita perhalusi lagi cadangan tersebut. Saya yakin Insya Allah satu masa nanti mungkin kita akan menjurus dan kita akan sampai ke waktu itu yang kita akan menggunakan AI untuk lebih memudah cara khususnya perkara-perkara yang disebutkan Yang Berhormat tadi.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dalam perbahasan Yang Berhormat Batu Kurau telah mengemukakan isu berkenaan cabaran akses internet dan komunikasi di kawasan kampung dalam kawasannya. Di antara kawasan tersebut adalah Kampung Repuh, Kampung Paya, sepanjang Batu 10 hingga Batu 13 Kampung Anak Kurau dan Kampung Sempeneh. Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM sentiasa mengambil langkah untuk memastikan akses internet yang stabil dan berkualiti tinggi termasuk di kawasan luar bandar khususnya di seluruh negeri Perak. Dalam usaha memperluas infrastruktur telekomunikasi dan kadar capaian internet, Kerajaan Negeri secara berterusan bekerjasama dengan SKMM dalam melaksanakan projek pembangunan telekomunikasi di Perak. Usaha ini termasuk pelaksanaan Pelan Digital Negara atau pun dikenali sebagai JENDELA yang bertujuan menyediakan internet yang berkualiti. Status pelaksanaan terkini bagi Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA di kawasan khususnya di Dun Batu Kurau sehingga Februari 2025 adalah seperti berikut. Dua menara baru telah siap beroperasi iaitu di Kampung Cebuk Pelanduk dan Simpang Empat, Anak Kurau. Dalam masa yang sama, sebanyak 21 buah stesen pemancar telah disiap dinaiktaraf bagi meningkatkan mutu dan kualiti liputan telekomunikasi sedia ada.

Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula sebanyak 2,026 daripada 2,763 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik berkeupayaan gigabyte yang dijangka akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025. Bagi isu capaian talian telefon dan internet di kawasan Batu Kurau, untuk Kampung Rempuh dan Kampung Sempeneh, terdapat satu menara telekomunikasi sedia ada yang dapat memberi perkhidmatan liputan talian internet mudah alih di kawasan tersebut. Manakala bagi Kampung Paya, terdapat dua menara telekomunikasi sedia ada telah beroperasi di kawasan tersebut. Bagi Kampung Anak Kurau pula, terdapat dua menara telekomunikasi sedia ada dan telah beroperasi di kawasan tersebut. Selain itu, bagi sepanjang Jalan Batu 10 hingga Batu 13 Batu Kurau, terdapat dua menara telekomunikasi sedia ada yang telah beroperasi di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri amat menghargai cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Behrang berhubung penubuhan Unit Pantas Pemantauan Media...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat, sikit berkenaan dengan line. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Berkenaan dengan capaian internet untuk Dun Kubu Gajah. Pada 15 Januari hari itu, saya dah maklum terus pada Exco dan tindakan pantas iaitu berlaku di Pantai Besar, Kampung Pantai Besar, Kampung Padang Das dan dua tiga kampung lah yang senarai pada Exco. Di Pantai Besar, alhamdulillah, selepas sahaja MCMC turun, dia clear alhamdulillah. Tapi lepas beberapa bulan, baru ini terjadi balik. Itu nak tahu apa masalah sebenarnya, punca sekejap ada sekejap tak ada, macam chipsmore. Ok, terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat daripada Kubu Gajah. Yang Berhormat. Ya, saya menerima maklum tentang masalah yang berlaku pada hari tersebut daripada Yang Berhormat dan kita arahkan MCMC untuk turun padang untuk melihat dan kita dapati ada sedikit masalah teknikal di kawasan sama, kita dah atasi dan kini Yang Berhormat maklumkan semula, terjadi semula. Jadi, saya akan mintak lagi sekali MCMC dan setiap kali perkara ini berlaku Yang Berhoramt, kita akan pastikan penyedia-penyedia perkhidmatan yang berada di dalam kawasan itu untuk memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan juga upgrade kawasan-kawasan berikut dan tentulah jikalau ada teknikal yang berlaku kadang-kadang memerlukan sedikit masa untuk kita. Tapi apapun, saya alu-alukan aduan ataupun cadangan ataupun sebarang pemasangan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk ajukan kepada saya. Kita ambil berat kita selesaikan isu...isu masyarakat.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Mencelah sikit.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Baik. Ya Dr.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat pernah datang ke kawasan saya dengan team Digital Perak. Pernah buat lawatan di kawasan saya dan tahu banyak masalah di kawasan saya. Kawasan saya iaitu di Sayong sendiri dan juga Yang Berhormat pernah masuk ke kawasan-kawasan penempatan orang asli di tempat saya. Selepas lawatan itu, tak ada apa perkembangan yang dimaklumkan kepada saya sehinggalah hari ini. Kalau dapat sedikit maklumat, kalau ada apa progress selepas lawatan Yang Berhormat ke kawasan saya Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Chandan. Saya mohon maaf. Mungkin selalunya selepas jelajah komunikasi yang kita adakan, kita membentuk satu jawatankuasa telekomunikasi yang kita adakan di negeri Perak ini di mana urusetianya SKMM sebagai urus setianya dan ahli-ahli mesyuarat ini ialah terdiri daripada semua penyedia-penyedia perkhidmatan atau telco tersebut. Jadi setiap kali selepas kita pulang daripada jelajah, kita akan bentangkan, mendengar taklimat daripada kesemua telco dan juga cadangan dan apa penyelesaian terhadap masalah kita bangkitkan. Tapi di sini saya lihat mungkin satu perkara yang terlepas pandang ataupun miscommunication antara pihak jawatankuasa ini dan pihak Yang Berhormat. Jadi saya akan minta segera SKMM juga berada dalam Dewan ini untuk menghantar laporan. Apa solusi yang kita dapat selepas jelajah tersebut kepada Yang Berhormat dan jikalau Yang Berhormat merasakan solusi tersebut masih tidak cukup, boleh kemuka cadangan balik dan Insya Allah kita kolaborasi untuk kita selesaikan khususnya di kawasan-kawasan yang telah kita turun tempoh hari. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya teruskan.

Yang Berhormat Exco, Timbalan minta ruang sikit boleh? Boleh ya Yang Berhormat. Batu Kurau mengucapkan ribuan terima kasih di atas penjelasan daripada Yang Berhormat tadi. Walaupun dah ada menara-menara di kampung-kampung yang disebutkan tadi, tapi kenapa masih dalam keadaan tak dapat juga line tersebut? Kalau ada usaha daripada pihak Exco, pihak komunikasi, supaya line tersebut, walaupun ada pemancar tapi masih lemah dari segi mutu talian. Terima kasih.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Mohon, saya ada satu celahan.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kurau. Saya ambil maklum apa kegusaran Yang Berhormat tadi. Betul, kadang kala ada menara tersebut tapi ada perkara-perkara teknikal yang menyebabkan itu, jadi oleh tu saya akan minta pasukan MCMC segera berhubung dengan Yang Berhormat turun padang untuk lihat untuk kita test signal di kawasan-kawasan tersebut. Jawapan saya berikan of course tentulah jawapan kepada persoalan, tapi kita akan bertindak lagi untuk panggil pasukan untuk turun untuk kita selesaikan kegusaran Yang Berhormat dan masyarakat. Jadi saya teruskan. Terima kasih. Yang Berhormat...

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

YB Exco, saya ada satu.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Baik.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih YB Exco. Saya lihat banyak tempat-tempat yang telah diturun di lawati oleh pihak YB Exco berkaitan dengan aduan, berkaitan dengan talian komunikasi. Cuma di tempat sayalah di Dun Pengkalan Baharu ini saya rasa masih belum dikunjungi. Walaupun YB Excodah berjanji kat saya banyak kali dah, dan saya pun dah hantar mesej melalui pesanan pun masih tidak ada jawapan. So, di tempat saya ini, kampung Pintu Gerbang, Kampung Paya Nibong, Kampung Pengkalan Bharu ini sangat teruk liputan talian telefon. So, minta pihak YB Exco melihat perkara ini lah. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pengkalan yang telah membangkitkan isu yang tersebut. Saya ambil maklum perkara tersebut. Namun, seperti mana saya sebutkan tadi, kita ada satu perbincangan terbaru dengan SKMM di mana setiap kali hasil daripada jelajah, seperti mana saya maklumkan kita akan bentangkan, dengar taklimat daripada para telco ini, apa isu, apa cadangan mereka untuk penambahbaikan untuk selesaikan masalah, solusi. Jadi saya tadi telah bincang dengan SKMM selaku urusetia jawatankuasa ini dan mungkin selepas ini setiap jelajah komunikasi kita akan libatkan para Adun untuk kita hadir bersama dalam mesyuarat untuk mendengar sendiri penjelasan daripada penyedia perkhidmatan untuk bawa balik jikalau ada perkara yang masih tidak berpuas hati. Jadi saya rasa dengan cara begini, kita dapat cari jalan penyelesaian yang tuntas untuk masalah connectivity khususnya dalam negeri Perak.

Jadi untuk Yang Berhormat bangkitkan persoalan tadi, Insya Allah saya akan berhubung dengan pihak Yang Berhormat untuk kita dapatkan lebih detail dan kita akan turun untuk selesaikan segera. Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Ya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya nak mencelah satu, Alor Pongsu.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pertamanya, terima kasihlah, seronok betul pergi ke Jalan Kuala Kurau di Dun Alor Pongsu sekarang. Dalam masjid dulu 'E', sekarang '5G'. Terima kasih banyak, saya salute la. YB Exco dan SKMM saya ucap terima kasih banyak la memang selalu membantu dan mendengar pun kami dah besar dah. Dan yang terbaru saya dengar di Alor Pongsu ya, Parit Lebai Kadir, dah diorang dah pergi riki dah, tapi mungkin tapak tak dapat lagi la. Jadi sepanjang 3 tahun ini YB Exco dah bagi pada Dun Alor Pongsu satu pemancar yang cukup cantik. Semoga Alor Pongsu sentiasa dalam hati YB Exco selepas ini. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih kakanda daripada Alor Pongsu. Baik, alhamdulillah. Bagi pihak saya memang kita sentiasa untuk memastikan bagi seluruh rakyat negeri Perak tak kira di mana sahaja untuk mendapat liputan connectivity yang baik terutamanya ketika arah tujuan kita negeri ke arah pendigitalan. Jadi saya teruskan.

Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri amat menghargai cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Behrang berhubung penubuhan Unit Pantas Pemantauan Media Sosial sebagai langkah menangani isu-isu berkaitan dengan 3R. Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai usaha proaktif dijalankan untuk memastikan ekosistem digital yang selamat dan penggunaan media yang harmoni menerusi penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (SKMM). Langkah-langkah dan usaha dilakukan bagi memastikan isu-isu sensitif dapat ditangani dengan berkesan demi memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat. Semua usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama SKMM, pihak polis, orang ramai serta penyedia perkhidmatan penyedia platform media sosial sebagai tambahan kepada usaha ini, usaha pemantauan dan penguatkuasaan, pendekatan pendekatan pendidikan dan kesedaran awam turut diberi keutamaan.

Antara inisiatif terkini yang telah dilaksanakan adalah Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan bersama para pelajar sekolah sebagai program rintis untuk memupuk kesedaran mengenai penggunaan internet yang bertanggungjawab dan beretika. Kerajaan Negeri menyambut baik saranan Yang Berhormat Behrang agar aspek literasi digital dan pendidikan media sosial turut diperluas kepada golongan pelajar serta masyarakat umum sebagai langkah pencegahan awal.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Syawal ini membawa keberkatan untuk kita saling memperbaharui mahabbah sesama insan. Sebagai penutup, saya sedia maklum keresahan dan aduan berkaitan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di sesetengah tempat. Tindakan pemantauan dan penambahbaikan termasuk penguatkuasaan dan tindakan yang tegas akan diambil khususnya oleh SKMM bagi sebarang kelewatan dan ketidakpatuhan penyedia perkhidmatan bagi mengatasi isu yang dilaporkan. Untuk itu, satu saluran rasmi ingin saya war-warkan di dalam sidang yang mulia ini Dewan yang mulia ini iaitu. kita alu-alukan sebarang aduan dari pihak masyarakat mahupun di pelbagai peringkat untuk melayari dan untuk mengadukan kepada portal tersebut. Portal tersebut adalah aduan.mcmc.gov.my. Dengan iltizam yang tinggi, Insya Allah kita akan terus maju membina masa depan yang lestari dan harmoni. Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Wabillahi Taufiq WaHidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat dari Kawasan Belanja untuk menggulung perbahasan di persidangan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taalahi Wabarokatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima Kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, pengamal media, pemerhati dan sidang hadirin yang sedang mengikuti sidang ini di atas talian. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Segala puji hanya milik Allah subhana wata'ala, semesta alam, selawat dan salam kesejahteraan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keluarga para sahabat dan para tabie serta seisi Dewan yang mulia. Izinkan saya merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Pembukaan Rasmi Sidang Dewan Negeri pada selasa minggu yang lalu, Sesungguhnya Titah Tuanku bukan sekadar amanat, bahkan ia adalah suluhan hikmah yang memandu ke arah pentadbiran negeri ini agar sentiasa berpaksikan prinsip keadilan, kesejahteraan rakyat serta kemuliaan undang-undang dan institusi raja. Maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjadikan titah ini sebagai garis panduan dan asas dalam menggubal dasar melaksanakan amanah dan membina negeri ini ke arah yang lebih berdaya saing serta sejahtera untuk semua rakyat jelata. Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan membangkitkan isu-isu yang terkait dengan portfolio di bawah jagaan saya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan Yang Mulia. Yang Berhormat Pasir Panjang telah memaklumkan Dewan yang mulia ini berkenaan dengan pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung serta mewujudkan cadangan mewujudkan Kolej Tingkatan Enam juga di Daerah Manjung. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Panjang dan seluruh Dewan berdasarkan Sistem My Project sehingga 16 April 2025, pembinaan baharu Pejabat Pendidikan Daerah Manjung telah pun diluluskan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan Kelima. Pelaksanaan projek ini adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi pelaksana dengan kos sebanyak RM62 juta. Lawatan tapak telah diadakan pada 3 Januari 2025 yang lalu bagi meneliti kesesuaian lokasi dan perkara-perkara yang berkaitan. Dalam pada itu, projek ini juga akan melalui fasa reka bentuk terperinci dan proses seterusnya adalah adalah berdasarkan prosedur pelaksanaan projek fizikal Kerajaan Persekutuan. Kita juga sangat berharap ianya berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan akhirnya memberi manfaat kepada keselesaan warga pendidik di daerah Manjung khususnya.

Berkenaan Projek Tingkatan Enam Daerah Manjung, untuk maklumat Yang Berhormat Pasir Panjang, kita sedia maklum akan keperluan penempatan pelajar tingkatan enam di Daerah Manjung yang semakin meningkat. Atas faktor itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang dalam proses mengemukakan permohonan kepada Kementerian Ekonomi bagi mendapatkan kelulusan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 Rolling Plan Pertama. Permohonan ini melibatkan cadangan pembelian sebuah sekolah swasta sedia ada yang letaknya di Seri Manjung untuk dijadikan sebagai Kolej Tingkatan Enam yang baharu dan akhirnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berpusat.

Yang Berhormat Bota telah membangkitkan berkenaan keperluan pembinaan sekolah baharu di Seri Iskandar. Saya secara peribadi memang mengambil maklum akan keperluan berkenaan. Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan kepada Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana bagi tujuan membina bangunan tambahan sebanyak 18 bilik darjah aliran perdana, enam bilik darjah pendidikan khas dan dua bilik darjah pra sekolah. Pelaksanaan bagi projek ini adalah pelaksana bagi projek ini adalah Jabatan Kerja Raya dan sedang dalam peringkat pra bina. Ia merupakan pelan tindakan jangka pendek terhadap pertambahan murid dan pertambahan penduduk di Seri Iskandar. Namun yang demikian sebagai pelan tindakan jangka panjang Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang berusaha mengenal pasti tapak baharu bagi cadangan sebuah sekolah di kawasan Seri Iskandar.

Bagi soalan YB Yang Berhormat Kamunting berkenaan, jalan sempit dan rosak di hadapan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana. Untuk maklumat Yang Berhormat Kamunting, perkara ini pernah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah pada tahun 2024. Dalam hubungan ini, lawatan ke kawasan berkenaan telah diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Selama pada 16 April 2024 dan kerosakan berkaitan telah dikenalpasti. Pihak sekolah turut diminta untuk memohon kerja-kerja penyelenggaraan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Selama untuk dipanjangkan ke Jabatan Pendidikan Negeri. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada saya semasa permukiman bersama Exco Pendidikan pada 22 April 2024. Projek ini akan dilaksanakan setelah peruntukan berkaitan diterima oleh PPD Larut, Matang dan Selama. Dalam Titah Diraja tempoh hari turut dinyatakan Anugerah Bendera Hijau Eco Schools yang mana 9 buah sekolah telah dianugerahkan Anugerah Bendera Hijau. Mewakili Kerajaan Negeri…

Assalamualaikum saya mohon mencelah Adun Exco daripada Belanja. Suka. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya sebenarnya nak bertanya kepada YB Exco tentang perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Universiti yang pernah dicadangkan. Saya tahu tentang sekolah rendah tu, jadi saya nak tahu tentang apa sebenarnya kedudukan sebenar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Universiti yang pernah dicadangkan untuk dibina di kawasan Seri Iskandar. Saya mohon penjelasan. Itu saja.

Terima kasih Yang Berhormat Bota. Berkaitan dengan cadangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Universiti yang telah diluluskan dalam RMK-12 Rolling Plan ke 3 yang melibatkan kos sebanyak RM95 juta yang melibatkan 42 bilik darjah bagi aliran perdana, 6 kelas Pendidikan Khas, surau, dewan serbaguna tertutup, padang dan trek 400 meter. Dari segi status, bulan Mei nanti adalah proses reka bentuk, September 2025 tender akan dikeluarkan dan Januari 2026 surat setuju terima akan dikeluarkan kepada kontraktor yang berkenaan. Dia akan bermula pada Januari 2026 nanti, Insya Allah.

Mungkin saya teruskan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, mewakili Kerajaan Negeri Perak. Saya mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan ini dan suka juga saya sebutkan nama sekolah-sekolah yang berkenaan. Sekolah pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakob, Perak Tengah, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah Larut Matang, Selama, Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas, Manjung, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seputeh, Kinta Utara, Sekolah Kebangsaan Kuak Luar, Hulu Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Merah, Kinta Utara, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Seri Kamaruddin, Manjung dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh, Kinta Utara. Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga turut menerima pengiktirafan di atas usaha dan inisiatif yang dijalankan berkaitan kelestarian alam iaitu program sekolah tanpa plastik sekali guna dan telah dianugerahkan Malaysia Green Project Management Sustainability Awards 2024 pada 16 Januari 2025 yang lalu. Tahniah kepada Pengarah Jabatan Pendidikan dan Warga Kerja JPN Perak. Sekalung tahniah juga saya ingin sampaikan kepada SK Rapat Setia dia tas kecemerlangan di World Youth Stamp Invention Innovation 2025 di Medan, Indonesia pada Februari 2025 yang lalu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Manik ada mencadangkan berkenaan penawaran kursus yang relevan di kolej komuniti dan juga kerjasama bersepadu bersama agensi-agensi lain khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Untuk makluman Sungai Manik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pusat Aspirasi Anak Perak PASAK sebagai agensi Kerajaan Negeri yang menyediakan program-program TVET sentiasa menjalinkan kerjasama dengan institusi kemahiran dan institusi pendidikan. Ini termasuklah Bengkel Pelan Strategik

Koridor TVET Negeri Perak, Perak Automotif, Karnival TVET dan Jelajah MTVET yang turut disokong dan disertai oleh institusi kemahiran mahupun institusi pendidikan di seluruh Negeri Perak. Kerajaan Negeri juga turut menyokong program National Training Week (NTW) di bawah HRD Corp. Negeri Perak juga turut disertai dan disokong secara serius oleh semua institusi kemahiran & institut pendidikan seluruh negeri Perak. Walaubagaimanapun, pandangan Yang Berhormat Sungai Manik terhadap penawaran kursus yang relevan di kolej komuniti akan saya ambil perhatian yang sewajarnya bagi memastikan kursus-kursus yang ditawarkan ini mampu memenuhi keperluan industri dan sektor pekerjaan semasa. Manakala Yang Berhormat Chenderiang telah membangkitkan berkenaan penambahan peruntukan untuk program-program kemahiran dan penubuhan Pusat Latihan…Pusat Latihan Automotif Wilayah Selatan di Tapah.

Untuk maklumat Yang Berhormat Chenderiang & Ahli Dewan. Kerajaan Negeri Perak melalui Pusat Aspirasi Anak Perak akan meningkatkan kapasiti penyertaan dan pelaksanaan program Klinik Kerjaya dan Program Pemetaan Kerjaya Sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang peluang dan ruang kerjaya TVET di Malaysia amnya dan di Perak khasnya. Sebagai tambahan, Jawatankuasa Pekerjaan Wilayah Selatan telah diwujudkan sebagai pemudah cara dalam mengenalpasti keperluan dan permintaan di antara industri dan institusi latihan. Kita akan mengkaji keperluan untuk memasukkan Daerah Batang Padang khususnya di dalam jawatankuasa berkenaan bagi memastikan daerah yang berhampiran untuk menikmati kemakmuran dan limpahan ekonomi di wilayah selatan dan yang paling penting, saya percaya jika ekonomi negeri Perak berada dalam keadaan baik dan mencatat keuntungan yang berterusan, sudah tentulah ada pertimbangan untuk penambahan peruntukan terhadap program-program yang menjamin kesejahteraan rakyat di negeri ini khususnya pendidikan dan pengajian tinggi.

Berkenaan dengan cadangan penambahan jumlah biasiswa dan pinjaman pendidikan boleh ubah yang diutarakan oleh Yang Berhormat Chenderoh. Untuk makluman sidang Dewan sekalian, melalui peruntukan Kerajaan Negeri telah telah memperuntukkan untuk biasiswa Menteri Besar sebanyak RM1 juta. Insentif Siswa dalam dan luar negara RM6.9 juta. Bantuan Sara Diri & Kecemasan RM4 juta, baucar buku mahasiswa RM750 ribu dan juga Pinjaman Pendidikan Tinggi Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Chenderoh setiap tahun, bantuan pendidikan ini sentiasa ditingkatkan dan ini adalah cerminan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan bidang pendidikan mahupun pengajian tinggi terus diperkasakan kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang terhadap pembangunan modal insan. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Chenderoh atas cadangan dan saya sebagai Exco yang diberi tanggungjawab terhadap hal hal pendidikan akan sentiasa berusaha memastikan perkara ini menjadi keutamaan pimpinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan.

Yang Berhormat Exco mohon mencelah. Terima Kasih Yang Berhormat dan Timbalan Speaker. Saya ingin menyebutkan tentang pandangan daripada Sungai Manik tentang kolej komuniti iaitu izinkan saya bagi pandangan. Kolej komuniti ni dia lebih rapat dengan penduduk setempat kerana hampir setiap parlimen ada kolej komuniti dan di Perak ni paling banyaklah. Cuma kalau pelajar-pelajar sekolah SPM yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA mereka hadir ke program Jom Masuk U tetapi pelajar-pelajar yang tercicir ni mereka biasanya tak pergi program-program Jom masuk U ni sebab mereka tau tak layak masuk U. Jadi alangkah baiknya kalau boleh kita beri peluang kepada anak-anak kita di kampung-kampung ni. Sebab saya lihat banyak anak-anak yang tercicir ni dia dapat surat tawaran daripada kolej swasta tetapi mereka tidak dapat surat tawaran daripada kolej komuniti yang lebih dekat yang ada bantuan pelajaran. Jadi, saya harap pihak Yang Berhormat Exco untuk melihat supaya kolej komuniti yang lebih dekat dengan rakyat ni supaya mereka ada hubungan dengan pihak sekolah dan dapat mempromosikan anak-anak kampung ni masuk ke kolej komuniti dan anak anak ni diberikan surat tawaran untuk mereka masuk ke kolej-kolej komuniti yang berhampiran dengan rumah mereka. Terima kasih. Insya Allah.

Terima kasih Yang Berhormat Trong. Saya menyambut baik tentang cadangan tersebut dan untuk makluman, setiap kali sebelum peperiksaan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pihak sekolah melalui Guru Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran dan juga pengisian kepada ruang dan peluang kemahiran dan selalunya pihak-pihak sekolah yang berkenaan akan memanggil pihak kolej komuniti, Pusat Giat dan juga IPTA yang berdekatan untuk memberi info memberi maklumat yang berkaitan dengan kemahiran dan juga bidang-bidang yang boleh diteroka dan itu merupakan salah satu pendekatan yang kita gunakan selain daripada penggunaan media sosial dan sebagainya.

Saya sambung Timbalan Yang di-Pertua saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Selingsing terhadap perkara yang berkaitan usahasama di antara institusi tempatan dengan pihak industry. Ppenawaran kursus halal di Universiti Sultan Azlan Shah atau USAS, selari dengan wujudnya Perak Halal Industry Park dan juga Pangkalan Data Talent Made. Cadangan ini sangat bertepatan dengan Pelan Agenda Perak, Pelan Perak Sejahtera 2030 yang mana ia akan menyiapkan anak-anak muda negeri Perak bagi memenuhi keperluan industri. Yang Berhormat Rungkup mencadangkan satu program Skim Penyuburan Semangat untuk mengubah tindakan golongan belia dari pasif kepada aktif ke arah orientasi yang ingin mencapai kemajuan dan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang utama di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Saya menyambut baik cadangan ini dan akan diperhalusi dengan sebaik mungkin.

Namun begitu, ia memerlukan sokongan dan kerjasama dari pelbagai agensi khususnya Jabatan Belia dan Sukan, Institut Darul Ridzuan (IDR), Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Institusi Pengajian Tinggi. Walaubagaimanapun, program-program belia sedia ada boleh digunakan sebagai nilai tambah kepada cadangan berkenaan seperti Program Rakan Muda, Program Karnival Kerjaya, Karnival TVET, National Training Week dan lain-lain. Bersesuaian dengan Titah Diraja tempoh hari, masjid perlu di dinamikkan dan memperluaskan peranannya dengan program-program yang dapat menarik minat dan penyertaan lebih ramai orang muda.

Program Jelajah Rakan Masjid yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak di bawah kelolaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah merupakan salah satu program yang bertujuan mengimarahkan masjid dan menggalakkan orang muda menyertai program-program yang bermanfaat. Berkenaan cadangan pembinaan gelanggang sepak takraw berbumbung bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Hussein yang juga merupakan pusat latihan daerah bagi sukan sepak takraw telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selama. Sekolah ini telah melahirkan atlet sepak takraw bertaraf kebangsaan seperti Azlan Alias dan Atikah Ahmad yang mana kedua-dua mereka ini merupakan spiker atau killer yang mewakili negara dan negeri ketika ini. Cadangan pembinaan gelanggang berbumbung bagi sukan sepak takraw di sekolah berkenaan tertakluk kepada permohonan pihak sekolah sendiri kepada Kementerian Pendidikan dan permohonan ini akan dinilai kewajarannya. Saya memberi jaminan akan menyokong penuh permohonan ini demi keselesaan dan juga kecemerlangan bidang sukan sepak takraw.

Yang Berhormat Kenering dan Malim Nawar ada membangkitkan berkenaan kemudahan sukan dan menaiktaraf kemudahan sukan yang sedia ada. Untuk makluman, sidang Dewan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah pun mengangkat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk kerja-kerja peruntukan dan menaiktaraf serta baikpulih kemudahan-kemudahan sukan berjumlah RM1juta. Permohonan ini diterima daripada semua agensi termasuklah Pusat Khidmat Adun, Pejabat Daerah, PBT, Penghulu, Pertubuhan Belia dan agensi-agensi. 15 Dun yang terlibat untuk permohonan peruntukan tersebut yang pertama, Batu Kurau, Trong, Changkat Jong, Hutan Melintang, Kampong Gajah, Malim Nawar, Pengkalan Baharu, Pengkalan Hulu, Ayer Kuning, Bota, Slim, Bukit Chandan, Lintang dan Selinsing. Kepada Yang Berhormat yang lain permohonan-permohonan ini boleh diangkat dan dimohon melalui Pejabat Belia & Sukan Daerah masing-masing dan akan dikenalpasti oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk diangkat pada tahun akan datang.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu berkaitan dengan gaji pegawai dan pemain Perak FC. Seperti yang dibangkitkan oleh Lubok Merbau telah tersiar di media sosial pada 17 April 2025 berkaitan dengan isu pemain dan pegawai Perak FC yang tidak menerima bayaran gaji selama 5 bulan seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lubok Merbau dalam perbahasannya yang tempoh hari. Segala urusan operasi dan pengurusan pasukan adalah di bawah peranan Perak FC yang dimiliki oleh syarikat Telco XOX dan bukanlah melibatkan tadbir urus oleh pihak Kerajaan Negeri atau persatuan bola sepak negeri. Sehubungan dengan itu, pihak Kerajaan Negeri memahami masalah yang dihadapi oleh Perak FC yang melibatkan isu kebajikan pemain dan pegawai pasukan serta masalah dana bagi menampung kos perbelanjaan pengurusan pasukan.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan Perak FC yang telah mengatasi Sabah FC pada perlawanan terakhir pada malam tadi di Stadium Likas, Kota Kinabalu dan berjaya menduduki tempat ke 7 keseluruhan. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri Perak yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi terutamanya penyokong setia yang menggelarkan diri mereka sebagai The Supporters dan sentiasa ada di belakang pemain di perlawanan home mahu pun away. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Perak dalam usaha untuk membantu atlet-atlet yang pernah mewakili dan menyumbang bakti untuk negeri Perak.

Sehubungan itu, satu mesyuarat khas bersama agensi yang berkaitan dengan pelantikan perkhidmatan awam pada 15 November 2024 telah membincangkan hal-hal berkaitan calon-calon yang berkemahiran sukan untuk dilantik berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Oleh itu, senarai kriteria calon telah ditetapkan seperti berikut. Atlet yang telah menyumbangkan pingat di temasya SUKMA dan masih layak bertanding di temasya SUKMA. Yang kedua, atlet yang berada dalam sukan tertentu yang berpotensi untuk mewakili negeri dan menyumbang pingat dalam sukan SUKSEM atau Sukan SUK SE-Malaysia dan Sukan Majlis Anggota-Anggota Kerajaan atau pun MAKSAK. Atlet yang ke-3, atlet yang telah mewakili negeri Perak dan negara dalam kejohanan yang diiktiraf. Justeru itu, pihak Majlis Sukan Negeri telah mengenal pasti seramai 44 orang atlet yang telah disenarai panjang bagi tujuan pertimbangan kerjaya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, nak celah sikit. Dalam kita melahirkan rakyat yang sihat, saya ucap tahniahlah kepada pihak Kerajaan Negeri ya. Macam di kawasan saya, kita dah ada kompleks sukan bolehlah kita jogging petang-petang dan sebagainya. Tapi daripada semasa negara dilanda Covid di Bagan Serai lah Alor Pongsu semua kita tak ada sebuah gimnasium yang lengkap. Saya tahu pihak kerajaan mungkin tak ada fund dan sebagainya. Tapi baru-baru ni saya difahamkan ada sebuah gym swasta telah dihidupkan semula. Kalau tak silap saya Solid Gym Bagan Serai lah. Jadi saya nak minta pihak Kerajaan Negeri atau Pegawai Belia dan Sukan jika ada ransangan atau pun insentif untuk menaikkan apa apa untuk membantu pihak gym dan juga any insentif kepada rakyat yang nak pergi ke gym tu supaya kita dapat melahirkan rakyat yang sihat dan fikiran yang cerdas. Pohon. Terima kasih.

Terima kasih YB Alor Pongsu atas cadangan Insya Allah, kita akan perhalusi dan saya akan minta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Serai untuk meninjau dan melihat apa perkara yang boleh kita bantu dan laksanakan demi kesejahteraan rakyat di Bagan Serai.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih YB Exco. Saya cuma nak bertanya lah tadi YB Exco bagi tahu tentang insentif kepada mereka-mereka yang telah menyumbangkan pingat emas cuma mungkin boleh dipertingkatkan dari segi kadar untuk mereka-mereka yang mungkin dua kali telah menyumbang emas kan supaya nampak pengiktirafan yang lebih besar kepada mereka-mereka yang telah beberapa kali menyumbang emas. Taklah disamakan mereka dengan SUKMA yang lepas sahaja. Jadi ini akan bagi motivasi kepada atlet-atlet lain untuk terus berusaha mendapatkan pingat emas untuk negeri Perak. Terima kasih.

Terima kasih YB Sungai Manik atas cadangan berkaitan dengan insentif kepada atlet yang berjaya memenangi pingat emas dalam dua atau tiga kali SUKMA. Insya Allah kita akan perhalusi dan untuk makluman, kita juga sedang untuk mendapat kelulusan untuk kenaikan insentif pemenang pingat emas SUKMA bagi sesi SUKMA 2026. Kalau 2024 dulu pingat emas sekadar RM5 ribu tetapi untuk insentif SUKMA 2026 nanti Insya Allah kita mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri insentif itu dinaikkan kepada RM7 ribu dan mungkin cadangan daripada YB Sungai Manik tadi berkaitan mereka yang mendapat pingat emas dalam dua kali atau tiga kali SUKMA ni akan dipertimbangkan dalam kertas tersebut.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya tertarik tentang cadangan untuk menambah insentif kepada penyumbang pingat emas. Boleh tak YB Exco untuk mempertimbangkan juga bagi atlet-atlet di bawah persatuan yg berjaya mendapat emas agar persatuannya juga menerima insentif yang sama. Ini secara tak langsung akan memberi persaingan kepada persatuan-persatuan untuk melahirkan atlet sebab YB saya rasa, Yang Berhormat YB Exco pun tahu kos pembangunan atau melahirkan atlet ini bukanlah satu kos yang yang murah, yang rendah. Tapi kalau ada insentif sebegini walaupun saya difahamkan memang ada persatuan-persatuan yang mendapat bantuan penambahan insentif dan sebagai tapi dijadikan sebagai satu insentif tetap seperti juga atlet mendapat pingat emas, pingat perak dan pingat gangsa. Bagi persatuan yang berjaya melahirkan mendapatkan satu dua atau tiga pingat emas ada juga insentif. Terima kasih.

Yang Berhormat Sungai Manik atas cadangan dan untuk makluman semenjak Sukma 2024 memang kita akan memberi insentif kepada Persatuan Sukan Negeri yang berjaya melahirkan atlet yang menangi pingat emas. Kita ada kadar contohnya 1 hingga 3, RM5 ribu dan seterusnya hinggalah kepada RM15 ribu. Insentif itu diberikan kepada Persatuan Sukan Negeri yang berjaya melahirkan atlet yang menangi pingat emas dan ini merupakan satu pengiktirafan, penghargaan seperti kata YB Sungai Manik tadi bukan mudah untuk persatuan sukan ini mengenalpasti, mengenengah dan memberi pendedahan kepada atlet-atlet yang berjaya dan Insya Allah program ini kita akan teruskan untuk SUKMA akan datang.

Exco boleh sikit. Terima kasih Exco dan Timbalan Speaker. Soalan saya berkenaan Perak FC. Memang kita sedia maklum Perak FC ni bukan daripada kerajaan dan ia swasta. Cuma bila berdepan dengan masalah pembayaran gaji tunggakan pihak kerajaan perlu membantu. Kalau kita lihat KDA FC Kedah, Kerajaan Negeri Kedah telah membantu KDA FC untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji, hutang, termasuklah ada menteri yang datang tu pun membantu KDA FC dalam menyelesaikan kemelut gaji pemain dan juga jurulatih. Jadi sebenarnya apakah pihak Kerajaan Negeri Perak boleh membantu juga Perak FC ni dalam menyelesaikan kemelut gaji yang mereka hadapi?

Terima kasih YB Trong atas pandangan. Insya Allah perkara ni kita akan perhalusi dan kita lihat apakah sumber apakah kekuatan yang ada untuk kita menyelesaikan isu khususnya dari segi kebajikan para pemain terutamanya gaji dan juga elaun jurulatih dan pengurusan pasukan. Saya sambung Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Pihak Majlis Sukan Negeri Perak telah mengenal pasti seramai 44 orang atlet yang telah disenarai panjang bagi tujuan pertimbangan kerjaya. Usaha yang dilaksanakan ini masih di dalam proses mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh agensi yang terlibat. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi sukan di Negeri Perak serta membantu kemajuan kerjaya atlit sebagai penghargaan atas jasa dan bakti atlet yang berjuang untuk Negeri Perak.

Selain itu, usaha ini adalah satu, salah satu komitmen pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan atlet diberi perhatian bukan sahaja dari segi pembangunan sukan tetapi mengutamakan aspek kebajikan atlet dan bekas atlet. Untuk maklumat seisi Dewan, kolam hidroterapi bernilai RM1.92 juta telah berjaya disiapkan 42 hari lebih awal dari yang sepatutnya di Majlis Sukan Negeri Perak. Fasiliti ini merupakan satu pelaburan strategik untuk memperkukuhkan sistem pemulihan & rehabilitasi, atlet secara saintifik dan klinikal. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak antaranya Pejabat Kewangan Negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri dan lain-lain agensi yang terlibat dalam merealisasikan pembinaan fasiliti ini. Kemudahan ini bukan sekadar satu tambahan tetapi merupakan keperluan penting bagi memastikan proses pemulihan atlet lebih efektif serta membantu meningkatkan prestasi mereka ke tahap optimum.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco ada satu benda Saya terlupa nak sebut. Saya rasa amat penting. Jika pihak tentera pihak polis, pihak bomba dan pasukan beruniform menjalankan pemeriksaan berkala BMI anggotanya iaitu buncitnya, darah tinggi dan sebagainya. Kebelakangan ni di kawasan saya banyak cikgu-cikgu yang berkaliber, cikgu-cikgu yang hebat, dengar-dengar stroke. Dengar-dengar pagi mengajar, petang meninggal sebab saiz obesiti tu. Jadi saya cadangkan apa, apa salah kiranya kita akan jalani, ni benda baru tau. Sebab dalam bidang pendidikan saya lama jadi cikgu. Tak ada sesiapa check benda ni. Tapi kita kehilangan banyak permata-permata. Cikgu-cikgu yang terlampau asyik mengajar ni dia badan, dia darah tinggi dia, kolestrol dia, dia tak jaga. Jadi saya cadangkan supaya YB Exco mulakan benda ni. First in Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih YB Alor Pongsu atas cadangan yang baik. Insya Allah kita akan pertimbangkan bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebagai salah satu program atau aktiviti tahunan bagi warga pendidik di Negeri Perak. Kolam hidroterapi ini mempunyai 2 fungsi iaitu kolam air panas dan kolam sejuk agar dapat membantu dalam mempercepatkan proses pemulihan atlet dan meningkatkan peredaran darah supaya kembali cergas menjalani latihan seperti biasa. Selain dari itu, ia juga dapat membantu dalam mengurangkan tekanan pada sendi dan sesuai untuk atlet yang sedang menjalani proses rawatan dan pemulihan. Kolam hidroterapi ini tidak hanya berfungsi sebagai tempat pemulihan kecederaan, malah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pemulihan tisu otot, mengurangkan tekanan pada sendi dan menyokong proses rehabilitasi secara menyeluruh. Ia juga membantu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental atlet Perak menjelang kejohanan besar di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Majlis Sukan Negeri Perak merupakan majlis Sukan Negeri pertama yang mempunyai fasiliti berteknologi tinggi ini. Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan prasarana sukan yang canggih dan setanding dengan pusat sukan bertaraf antarabangsa. Pengintegrasian teknologi dan media telah menjadikan sektor sukan lebih dinamik, kompetitif dan inklusif. Ini membuka ruang kepada inovasi serta menjana peluang ekonomi baharu dalam landskap sukan moden. Selain itu juga sebagai persiapan ke arah SUKMA 2026 di Selangor, Majlis Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri akan menganjurkan Karnival Sukan Perak 2025 atau dikenali sebagai SUPER yang akan melibatkan penyertaan 12 daerah di seluruh negeri. Penganjuran SUPER ini telah diadakan sejak tahun 2011 dan telah terhenti penganjurannya selepas beberapa tahun tersebut disebabkan beberapa faktor. Penganjuran Sukan Perak atau SUPER ini telah diaktifkan semula bermula tahun 2019 dan melibatkan 5 jenis sukan seterusnya diadakan pada tahun 2021 dan yang terakhir tahun 2023. Penganjuran ini diadakan berselang seli dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) iaitu diadakan pada tahun genap manakala SUPER diadakan pada tahun ganjil.

Tujuan utama penganjuran Super ini diadakan bagi mencungkil bakat bakat baru untuk kesinambungan atlet pembangunan negeri Perak sebagai salah satu kaedah pemilihan atlet yang berpotensi mewakili negeri Perak ke temasya SUKMA serta melihat atlet sedia ada untuk pengukuran dan keberkesanan latihan yang dijalankan. Bagi penganjuran SUPER tahun 2025 yang bakal diadakan pada 11 hingga 13 Julai bertempat di sekitar Ipoh yang melibatkan enam jenis sukan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Negeri serta 2 jenis sukan akan dianjurkan oleh Persatuan Sukan Negeri dengan menggunakan nama Kejohanan SUPER. Senarai 6 sukan yang yang dianjurkan secara karnival ialah memanah, hoki wanita, sepak takraw lelaki, bola tampar dewan lelaki dan wanita, bola keranjang lelaki dan wanita serta ping pong. Manakala 2 sukan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Negeri adalah olahraga dan tenpin boling. Penganjuran ini melibatkan penyertaan umur atlet 15 tahun hingga 20 tahun dan penyediaan pasukan akan dilaksanakan oleh setiap Majlis Sukan Daerah masing-masing. Dalam pada itu, Kejohanan Super Combat akan turut diadakan dan melibatkan tiga siri kejohanan dan 8 acara sukan iaitu siri pertama 24 hingga 27 April 2025, Sukan Pencak Silat, Karate dan Taekwando. Siri kedua 24 hingga 25 Mei, Muay Thai, Silambam & Tinju. Siri ketiga 14 hingga 15 Jun Judo & Wushu. Objektif penganjuran Super Combact adalah untuk mencungkil bakat dan mengenalpasti atlet yang berpotensi untuk disenaraikan dalam senarai long list Sukma Negeri Perak seterusnya mewakili negeri Perak ke temasya SUKMA Selangor 2026.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Anugerah Sukan Negeri Perak merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Negeri bagi mengiktiraf kejayaan cemerlang sepanjang tahun yang dicapai oleh atlet, jurulatih, pegawai dan pertubuhan sukan negeri. Anugerah sedemikian juga adalah sebagai dorongan dan motivasi kepada penggiat sukan untuk sentiasa mempertingkatkan mutu dan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Sukan Negeri Perak telah mengelolakan Majlis Anugerah Sukan pada setiap dua tahun bagi memberi pengiktirafan kepada atlet, jurulatih dan pegawai sukan yang cemerlang dalam kejohanan sukan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sebanyak 13 kategori yang akan dipertandingkan dalam anugerah sukan yang akan datang iaitu Anugerah Olahragawan, Anugerah Olahragawati, Anugerah Olahragawan Harapan, Anugerah Olahragawati Harapan, Anugerah Jurulatih Terbaik, Anugerah Pasukan Terbaik, Anugerah Keluarga Sukan, Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Media, Anugerah khas iaitu anugerah bagi Persatuan Sukan Negeri, Anugerah Khas bagi Atlet Para Lelaki & Anugerah Khas Atlet Para Wanita.

Anugerah seperti ini merupakan wadah untuk menaikkan semangat kepada aktivis sukan untuk mengekalkan pencapaian atau menggandakan kecemerlangan pada masa hadapan. Pengiktirafan seperti ini perlu dilaksanakan berterusan supaya impaknya nanti dikecapi dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan kualiti dalam sukan yang diceburi serta melahirkan atlet yang berpotensi dan hebat.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Mohon mencelah YB Exco, saya tengok masa tu tinggal lagi 4 minit. So, saya balik kepada pendidikanlah peluang untuk YB Exco untuk minum sikit suara pun dah hilang tu. Saya nak balik kepada pendidikan. Ok, ini merupakan apa yang saya lihat di kawasan sayalah. Ya kita lihat kita ambil sekolah-sekolah SRJKC. Kita buat perbandingan dengan sekolah SK ya. Walaupun kita semua tahu bahawa bilangan sekolah SK tu banyak dan jumlah peruntukkan dibahagikan menjadikan setiap sekolah itu mendapat sikit itu kita pun tahu. Tapi boleh tak kalau kita agihkan ataupun kita buatkan satu sistem satu kaedah. Kita tumpukan mana yang perlu dulu di sekolah-sekolah di aspek apa nama infranya dari segi dewannya dari segi audio visualnya dari segi smart tvnya, kita perkasakan sekolah-sekolah kita tak buat semua. Kita hanya pilih beberapa sekolah yang kita rasakan ada keperluan mendesak supaya kualiti sekolah-sekolah SK ni tak lah jauh sangat ketinggalan. Kalau kita nak bandingkan ke tempat saya ni sekolah ada 1 SRJKC Tit Bin saya tengok persembahan dia audio visualnya cukup hebat. Cukup canggih. Jadi kita rasa kalau dapat SK ni diperkasakan agar cadangan ini di ambilkira. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco saya tambah sikit Pengkalan Baharu tadi kan kami dua-dua cikgu ni dulu. Jadi adalah terkenang sikit zaman lama dulu. Saya setuju tapi kita tumpu kepada sekolah-sekolah yg daiflah macam sekolah anak saya SMKA Kampung Selamat. Bila kelas dia nakkan TV nak berebut sebab mak bapak mampu. Tapi ada sekolah yang terpaksa merayu kepada PPD merayu kepada JPN merayu dekat YB, YB Kerajaan macam Pengkalan Baharu dia boleh bagi 5-6 TV. Yang saya, saya nak bagi TV apa. Jadi kita tumpu pada sekolah-sekolah yang luar bandar yang susah. Sekolah-sekolah pekan ni tak hairanlah sebenarnya mintak 1 TV…8 TV sampai, kipas angin sampai terpaksa sedekah kat kelas sebelah sebab mak bapak mampu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Baharu dan juga Yang Berhormat Alor Pongsu berkaitan dengan pendidikan digital di sekolah dan Insya Allah memang dalam reformasi pendidikan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Salah satunya adalah berkaitan dengan pendidikan digital yang sudah pastinya bila sebut sahaja pendidikan digital, perkara-perkara seperti Smart TV, perkara-perkara Smart Board dan sebagainya akan diberi perhatian dan Insya Allah saya selaku Exco yang bertanggungjawab berkaitan dengan pendidikan akan cuba memastikan perkara-perkara itu dapat diberi keutamaan khususnya bagi menjana kecemerlangan pendidikan di kalangan anak-anak kita.

Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, Dana Kreatif Port @ Port atau DKP merupakan skim bantuan seni yang lebih tersusun dengan keutamaan diberikan kepada pengkarya serta usahawan dalam industri kreatif yang berasal dari Perak atau telah menetap di negeri ini sekurang kurangnya 5 tahun. Bantuan ini terbuka kepada individu berumur 18 hingga 50 tahun yang menghasilkan karya atau menjalankan projek berkaitan seni kreatif. Matlamat utama DKP adalah untuk menyokong perkembangan dan kelangsungan praktis seni bagi para penggiat seni visual, muzik serta seni persembahan moden. Selain itu, bantuan ini diharapkan dapat memperkasakan penciptaan seni kreatif dalam kalangan bakat tempatan sekaligus mengangkat nama negeri Perak ke peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa.

Menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Manik, Dana Kreatif Port 2024/2025 telah menerima sebanyak 245 permohonan dengan proses pengumpulan data serta penilaian secara menyeluruh. Hasilnya, 115 kertas kerja telah diluluskan dan sebanyak RM397 ribu telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk Dana Kreatif Port tahun ke 7 ini. Ianya meliputi tiga kategori iaitu Seni Visual RM160 ribu Seni Muzik RM178 ribu dan Seni Persembahan RM59 ribu. Antara projek dan program yang akan direalisasikan pada tahun ini termasuklah rakaman album pameran seni visual, bengkel seni dan filem, produksi filem pendek, dokumentari, video muzik, penerbitan komik serta pelbagai inisiatif seni lain yang dijalankan melangkaui Bandar Raya Ipoh.

Lokasi program lain adalah seperti di Kuala Kangsar, Taiping, Tanjong Malim, Gerik dan Parit Buntar. Pencapaian terawal pada tahun ini adalah melalui pasukan deVokalis dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah mencipta sejarah menerima 5 pingat emas dan Anugerah Pasukan Terbaik di Medan World Choral Festival 2025 yang berlangsung pada 14 hingga 26 Februari di Medan, Indonesia. Mengenai cadangan pembangunan Pusat Kreatif Port, kita sedang melalui proses rundingan untuk perkara tersebut dengan penglibatan Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Tanah dan Galian serta beberapa pihak yang lain. Oleh kerana faktor keselamatan, beberapa prosedur harus dijalankan terlebih dahulu sebelum keputusan pembangunan dapat ditentukan. Arkib Muzik Perak sudah pun ditubuhkan melalui PORT sejak tahun 2022 dan proses pendigitalan sekitar 2,000 bahan termasuklah beberapa pakaian Allahyarham Datuk M Daud Kilau sedang giat dibuat. Sasaran pelancaran laman sesawang Arkib Muzik Perak adalah pada bulan Julai tahun ini dan ianya diharapkan akan menjadi sumber rujukan berguna kepada ramai pihak khususnya para pengkaji budaya, pelajar seni dan orang ramai yang berminat. Pengiktirafan Bandar Raya Ipoh sebagai Bandar Kreatif UNESCO dalam kategori muzik pada penghujung 2023, banyak bersandarkan kepada data, maklumat dan program yang disumbangkan oleh PORT. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Dewan, mengakhiri penggulungan saya pada hari ini…

Mohon mencelah sat berkaitan dengan PORT. Terima kasih Yang Berhormat Exco dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker berkaitan dengan PORT. Saya telah pun mengadakan lawatan ke PORT pada Disember yang lepas dan melalui taklimat tu banyaklah program-program yang menarik di bawah kreatif ni yang diberi oleh pihak PORT. Satu program yang saya kira telah bermula 2019 sehinggalah kepada tahun ini iaitu Ipoh Muzik Simposium yang saya kira program ni sangat menarik dan saya difahamkan pada tahun ini 2025 temanya adalah nasyid. Cuma persoalan saya, adakah usaha di pihak Kerajaan Negeri untuk mengangkat level Ipoh Muzik Simposium ini kepada level nasional? Supaya lebih banyak manafaat yang boleh kita dapatkan dan lebih promosi yang boleh kita berikan kepada seluruh negara tentang Ipoh ni sebagai Bandar Muzik yang telah diiktiraf oleh UNESCO dan yang kedua ketika lawatan saya ke PORT, saya juga pergi ke arkib, galeri PORT di situ, cuma saya lihat tempatnya agak kecil. Banyak bahan-bahan seni muzik ini masih tak dapat dipamerkan secara menyeluruh. So, saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri kalau boleh dibesarkanlah galeri ataupun arkib muzik di PORT. Terima kasih Yang berhormat Exco.

Terima kasih YB Manong atas cadangan dan juga saranan berkaitan dengan Ipoh Simposium Muzik dan juga Arkib Muzik. Insya Allah, kita akan pertimbangkan dan kita akan majukan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk dibuat penambahbaikan. Mengakhiri pengulungan saya pada hari ini, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Dewan yang telah menyumbang hujah, pandangan serta teguran yang bernas demi memperkukuhkan dasar dan hala tuju negeri Perak Darul Ridzuan khususnya di bawah portfolio jagaan saya. Sidang ini bukan sekadar wacana tetapi juga medan tanggungjawab. Di sinilah denyut nadi rakyat disampaikan dan di sinilah tekad kepimpinan diuji. Setiap butir bicara, setiap cadangan dan perbahasan yang telah dirakam dalam Dewan ini akan menjadi cerminan iltizam kita untuk terus memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengenal penat lelah. Sekian Wabillahi taufiq hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Negeri Perak mengalu-alukan kehadiran para guru dan murid dari SMJK Sam Tet. Seterusnya, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Teja untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung pada hari ini. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan Titah Diraja bagi Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas, ampun Tuanku. Saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai isu dan cadangan bernas di bawah Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Segala isu yang dibangkitkan telah diambil maklum dan saya akan menjawab secara berperingkat bermula dengan beberapa penjelasan dan perkongsian terhadap dasar perancangan dan keutamaan tahun semasa sebelum saya memberi respon khusus kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian.

Isu perumahan mampu milik terus menjadi tumpuan rakyat dan keutamaan Kerajaan Negeri. Dalam konteks negeri Perak, kita menyaksikan pembangunan yang semakin rancak termasuk pelaksanaan beberapa projek berimpak besar yang menjadikan keperluan terhadap perumahan yang berkualiti dan berpatutan semakin mendesak. Menyedari cabaran ini, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) terus menggerakkan pelbagai strategi untuk memenuhi keperluan ini secara menyeluruh meliputi pembinaan rumah baharu, skim sewaan perumahan sosial, penyelenggaraan fasiliti dan sokongan sosial komunti. Bagi tahun 2025, LPHP menyasarkan sebanyak tujuh projek untuk memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan iaitu CCC melibatkan sebanyak 1,574 unit rumah dan 28 unit kedai.

Dengan penuh rasa syukur, salah satu daripadanya iaitu Skim Perumahan Batu 14 Lekir yang merangkumi 60 unit rumah telah pun memperoleh CCC pada 16 April 2025.

Untuk golongan sasar yang belum mampu memiliki rumah Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS) diteruskan dengan penawaran harga sewaan 20%, 20% lebih rendah daripada pasaran. Bagi tahun ini, terdapat penambahan penawaran sejumlah 41 unit rumah di kawasan daerah Kerian manakala 10 unit tambahan akan ditawarkan di Batang Padang dalam masa terdekat. Dalam usaha memastikan tiada rakyat yang terpinggir, Kerajaan Negeri terus komited dalam menyediakan perumahan sosial menerusi Program Perumahan Rakyat. Setakat ini, 2,857 unit PPR telah disediakan di 16 lokasi. Bagi memperkukuh lagi inisiatif ini, dua projek baharu telah diluluskan di bawah Program Residensi Rakyat iaitu, iaitu sebagai penjenamaan baru bagi PPR. Jadi di bawah usaha ini, 180 unit rumah akan diwujudkan di Kampung Chak In, Lenggong dengan peruntukan sebanyak RM48 juta dan 500 unit di Chemor, Ipoh dengan peruntukan sebanyak RM148 juta, projek ini dijangka akan bermula akhir tahun ini. Dalam memastikan kawasan PPR terus kondusif, sejumlah RM4.7 juta telah dibelanjakan pada tahun 2024 bagi kerja penyelenggaraan dan kebersihan manakala RM3.4 juta diperuntukkan oleh KPKT untuk pengurusan, pengurusan berterusan pada tahun ini.

Selain aspek fizikal, Kerajaan Negeri juga memberi perhatian kepada kesejahteraan sosial. Sebuah pusat jagaan harian kanak-kanak telah mula beroperasi di PPR Seri Kepayang, Ipoh. Pusat ini kini menempatkan seramai 23 anak-anak penghuni PPR yang memerlukan penjagaan harian sementara ibu bapa mereka keluar bekerja. Pusat jagaan ini mengenakan kadar yuran yang lebih rendah daripada kadar pasaran dan memenuhi semua keperluan serta prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lebih penting daripada itu, inisiatif ini menjadi satu langkah strategik untuk memberi peluang kepada wanita berkeluarga untuk kembali aktif dalam sektor pekerjaan sekaligus menyumbang kepada ekonomi keluarga dan negara. Ini mencerminkan pendekatan Kerajaan Negeri yang bukan sekadar menyediakan ruang fizikal untuk berlindung tetapi juga membina ekosistem perumahan yang menyokong kestabilan keluarga, pembangunan komuniti dan kesejahteraan jangka panjang.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui LPHP dijangka akan melancarkan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 pada tahun 2025 sebagai kesinambungan dan penambahbaikan kepada dasar sedia ada. Proses semakan dan penambahbaikan dasar ini telah melibatkan pelbagai agensi berkepentingan termasuk wakil Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Cawangan Perak iaitu REHDA Perak dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi mendapatkan maklumbalas, cadangan dan pandangan berkenaan isu-isu perumahan di negeri Perak. Antara fokus utama dalam penambahbaikan ini termasuk penyediaan garis panduan spesifikasi teknikal serta pelan tipikal yang mengambil kira keperluan warga emas dan OKU. Usaha ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti perumahan mampu milik tetapi juga memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sebagai langkah ke arah pelaksanaan dasar ini, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa kerjasama strategik dengan pihak dalam mahupun luar negara. Yang pertama, LPHP dan CIDB telah menandatangani MoU pada 23 Januari tahun ini untuk membangunkan garis panduan spesifikasi serta pelan tipikal rumah Perakku 1 dan 2 yang lebih inklusif serta mesra huni untuk semua golongan sasar termasuk warga emas. Yang kedua, LPHP juga sedang merangka satu kerjasama strategik dengan bandar Fukuoka, Jepun khusus dalam aspek rekabentuk Perumahan Mesra Warga Emas.

Kerjasama ini merangkumi perkongsian teknikal dan model pelaksanaan projek perumahan termasuk potensi pembangunan skema, perumahan khas untuk warga emas dan integrasi aspek rekabentuk yang selamat, selesa dan berfungsi. Ia juga bertujuan meneliti kemungkinan kolaborasi dalam bidang pembangunan dan pelaburan berkaitan sektor perumahan. Kerajaan Negeri telah mengorak langkah membangunkan ekonomi penjagaan sebagai sebahagian daripada kerangka ekonomi Perak. Maka pewujudan hubungan berdasarkan objektif yang sama di antara LPHP dan Bandar Fukuoka kelak akan meneliti dan melaksanakan langkah-langkah yang wajar bagi merealisasikan potensi sektor ini.

Seterusnya, LPHP kini dalam rundingan awal bersama Koperasi Co-op Bank Pertama Malaysia Berhad untuk menubuhkan Tabung Pinjaman Perumahan Kos Rendah Bumiputera Negeri Perak. Skim ini akan menawarkan pinjaman berfaedah rendah khusus kepada pembeli bumiputera bagi rumah kos rendah dengan pihak bank bertanggungjawab mengurus bayaran balik bagi memastikan keberkesanan dan disiplin dalam pemilikan hartanah. Bagi meningkatkan integriti dan kecekapan dalam proses pemilihan pemohon Rumah PerakKu, LPHP turut berbincang dengan pihak CTOS untuk memperkenalkan Sistem Penilaian Kelayakan berdasarkan skor kredit. Pendekatan ini dijangka dapat membantu untuk mengurangkan kadar kegagalan permohonan pinjaman daripada institusi kewangan serta meningkatkan peluang sebenar pemilikan rumah dalam kalangan pemohon yang benar-benar bersedia. Mekanisme untuk merekod dan menilai tanggungjawab sewaan juga sedang diterokai bagi menambahbaik pengurusan skim sewaan yang sedia ada.

Selain menggubal dasar dan membina perumahan, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada aspek kesedaran awam dan kefahaman dasar perumahan. Sepanjang tahun 2024, LPHP telah melaksanakan kempen kesedaran melalui pelbagai saluran termasuk radio, media sosial serta reruai maklumat di institusi pengajian dan premis awam. Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini juga, LPHP turut membuka kaunter dan mengadakan pameran khas di ruang legar bangunan SUK pada minggu lepas untuk memperluaskan capaian maklumat berkenaan peluang memiliki rumah mampu milik di negeri Perak. Pada tahun 2025 pendekatan kempen difokuskan kepada peningkatan literasi kewangan susulan dapatan daripada institusi kewangan bahawa kegagalan pembiayaan banyak berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan peribadi. Jadi antara inisiatif yang telah dijalankan termasuk Program Jerayawara Kesedaran Awam mengenai Akta Agensi Pelaporan Kredit yang dilaksanakan bersama Kementerian Kewangan bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap kepentingan rekod kredit yang baik.

Timbalan Yang di-Pertua saya seterusnya ingin beralih ke portfolio kepada portfolio kerajaan tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan institusi kerajaan yang paling hampir dengan kehidupan harian rakyat. Maka peranannya tidak hanya tertumpu kepada penyelenggaraan fizikal tetapi juga mencerminkan tahap kesejahteraan dan keteraturan komuniti. Kerajaan Negeri komited untuk memperkukuh fungsi dan keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan melalui pembaharuan dasar, pemodenan sistem kerja serta peningkatan ketelusan dan akauntabiliti. Keutamaan diberikan kepada pentadbiran yang lebih responsif berdasarkan data terbuka kepada teknologi serta menggalakkan penyertaan masyarakat dan sektor swasta dalam pembentukan komuniti yang lebih tersusun, bersih dan mampan. Pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 turut menjadi antara tumpuan bagi Kerajaan Negeri bagi tahun 2024 dan juga pada untuk tahun 2025. Sukacita saya ingin kongsikan bahawa sehingga kini hampir 800 premis penginapan daripada 5 kategori telah berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri Perak.

Selain daripada premis penginapan konvensional tidak kurang juga pendaftaran daripada premis penginapan kategori 5 yang merangkumi homestay, rumah tumpangan dan tapak perkhemahan yang sebelum ini beroperasi tanpa garis panduan yang jelas. Ini menunjukkan perkembangan positif hasil pendekatan pemutihan dan libat urus yang proaktif. Bagi dua bulan pertama tahun ini jumlah caj perkhidmatan tempatan yang diterima telah mencecah RM1.08 juta, mencerminkan penyertaan aktif daripada pengusaha yang telah berdaftar. Untuk memastikan pelaksanaan Enakmen Hotel ini bersifat inklusif dan tidak menjejaskan pertumbuhan sektor pelancongan, tempoh pemutihan ataupun penyesuaian selama satu tahun telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri bermula 1 Julai 2024 sehingga 30hb Jun 2025. Jadi sepanjang tempoh 1 tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan akan dikenakan. Sebaliknya PBT akan memberi bimbingan dan sokongan teknikal bagi membantu pengusaha melengkapkan permohonan lesen.

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memberi peringatan mesra tetapi tegas kepada semua pihak bahawa pendaftaran lesen di bawah Enakmen Hotel ini adalah wajib dan bukan bersifat pilihan. Semua premis penginapan di negeri Perak mesti berdaftar sebelum 1 Julai 2025 walaupun masih belum memenuhi semua syarat. Ini kerana sistem lesen sementara juga disediakan untuk pengusaha yang belum dapat memenuhi semua syarat supaya bantuan akan disediakan untuk mereka mematuhi proses dan semua syarat secara berperingkat. Jadi, saya mohon untuk semua pengusaha yang menyediakan perkhidmatan bagi penginapan untuk ambil tindakan segera dan jangan tunggu sampai saat-saat akhir dan juga saya ingin mendapatkan sokongan dan kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk turut kongsikan info tentang pendaftaran bagi Enakmen Hotel 2023 ini kepada pengusaha-pengusaha pemain industri di kawasan masing-masing supaya semua mengambil maklum dan mengambil tindakan yang sebaiknya.

Timbalan Yang di-Pertua, selari dengan agenda pembaharuan pentadbiran dan keperluan perbandaran masa depan Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pelaksanaan bandar pintar sebagai salah satu tonggak pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan yang moden, efisien dan inklusif. Konsep bandar pintar yang diketengahkan negeri Perak bukan sekadar bergantung kepada penggunaan teknologi tetapi merangkumi pengurusan berasaskan data, kecekapan sistem pentadbiran, penyampaian keterlibatan rakyat serta pemerkasaan tadbir urus tempatan. Beberapa Pihak Berkuasa Tempatan kini telah memulakan inisiatif perintis termasuk pemasangan CCTV pintar berasaskan AI, Sistem Lesen Digital (MyPatil), pengurusan aduan digital dan usaha integrasi maklumat rentas jabatan.

Tahun ini kita juga menerima satu pengiktirafan penting apabila Bandar Raya Ipoh dipilih sebagai tuan rumah kepada 3rd City Windows Series: Smart Green ASEAN Cities dengan izin iaitu sebuah program serantau hasil kerjasama Kesatuan Eropah UNCDF dan inisiatif Smart Green Asian Cities yang akan berlangsung selama tiga hari bermula pada hari ini. Program ini menghimpunkan wakil-wakil bandar utama dari seluruh ASEAN untuk bertukar pandangan, strategi dan amalan terbaik dalam membangunkan bandar pintar dan hijau. Penganjuran ini bukan sahaja meningkatkan profil Ipoh dan negeri Perak di peringkat serantau, malah membuka ruang kepada pertukaran pengetahuan, pelaburan, teknologi dan jaringan kerjasama yang akan memperkukuh kapasiti bandar-bandar kita untuk terus maju dan berdaya tahan.

Seterusnya saya ingin cuba untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sidang Dewan ini. Yang Berhormat Bota. Untuk makluman Yang Berhormat Bota, pembangunan di Perwira Sri Iskandar telah mengalami kelewatan kerana terdapat isu berkaitan kontraktor utama. Namun begitu, isu tersebut telah selesai dan pemaju telah melantik kontraktor yang baharu untuk meneruskan kerja. Jadi untuk info yang terkini, kontraktor sedang dalam proses untuk menyusun kerja-kerja tapak, mobilisasi dan kerja-kerja berkaitan. Anggaran mula kerja adalah pada awal bulan Mei 2025. Untuk makluman, peratus kemajuan kerja bagi fasa pertama adalah sebanyak 80% dan status penjualan unit adalah sebanyak 405 unit daripada sejumlah 465 unit. Jangkaan tarikh siap bagi fasa pertama adalah pada pertengahan tahun 2026.

Yang Berhormat Hutan Melintang menanyakan tentang isu pembinaan rumah mampu milik di kawasan Hutan Melintang. Untuk makluman, Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui LPHP sentiasa komited dalam memastikan penyediaan rumah terutamanya rumah mampu milik di negeri Perak dapat mencapai ikut sasaran iaitu sebanyak 57,407 unit menjelang tahun 2030. Jadi berdasarkan sasaran penyediaan perumahan ini disasarkan sebanyak 590 unit rumah diperlukan di bawah kawasan operasi Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi memenuhi keperluan sasaran isi rumah menjelang tahun 2030. Justeru, pihak LPHP akan sentiasa memantau penyediaan perumahan ini dan telah memulakan sesi libat urus bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri dan persekutuan yang menyediakan perumahan mampu milik dan selain itu turut menjalankan sesi libat urus bersama Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan permohonan kebenaran merancang yang melibatkan skim perumahan mampu milik oleh pemaju swasta sentiasa mematuhi Dasar Perumahan Negeri Perak.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Changkat Jong berkenaan Bantuan Khas Perumahan Lorong Mesra Changkat Jong, pada tahun 2019, LPHP telah melantik pemaju untuk membangunkan sebanyak 109 unit rumah teres Perakku di Mukim Changkat Jong dengan kos keseluruhan RM13.4 juta. Pihak NADMA turut memperuntukkan RM3.94 juta bagi membeli 28 unit untuk penempatan semula mangsa banjir. Namun, projek tersebut terbatal selepas pemaju menarik diri akibat masalah kewangan dan kontrak tersebut telah ditamatkan pada tahun 2021. Sebahagian peruntukan daripada NADMA telah pun dipulangkan pada bulan Mei 2024. Jadi buat sementara itu, 16 keluarga mangsa banjir telah ditempatkan di Rumah Pangsa, Jalan Laksamana Amanjaya. LPHP kini sedang menilai cadangan pembangunan semula di tapak asal, namun kerja tertangguh kerana kawasan tersebut masih kerap dinaiki air dan pelan kerja tanah dan saliran sedang disemak semula bagi mengenalpasti penyelesaian jangka masa panjang yang sesuai.

Isu tanah kosong dan lot kedai terbiar yang dipenuhi semak samun dan menjadi tempat pembiakan haiwan perosak telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelapang. Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh Majlis Bandaraya Ipoh mengikut Akta Kerajaan Tempatan khususnya Seksyen 75 dan 82. Notis akan dikeluarkan kepada pemilik untuk membersihkan premis dan dalam tempoh yang ditetapkan dan jika gagal dipatuhi, MBI boleh mengeluarkan kompaun sehingga RM1 ribu dan melaksanakan kerja pembersihan melalui kontraktor dengan kos dituntut semula daripada pemilik bersama caj perkhidmatan sebanyak 15%. Walau bagaimanapun, cabaran utama selalunya adalah kesukaran untuk mengesan pemilik sebenar terutamanya apabila alamat tidak dikemas kini dan pemilik telah meninggal dunia ataupun masih di bawah urusan Amanah Raya. Sehingga pertengahan tahun 2024, sebanyak 64 notis telah dikeluarkan oleh MBI, namun hanya 24 daripada jumlah itu berjaya disampaikan dan 16 dipatuhi. Melihat kepada keadaan yang saya gambarkan tadi PBT sekarang turut bekerjasama dengan dengan Pejabat Daerah dan Tanah dan juga Pejabat Tanah dan Galian untuk menyelaras data pemilikan dan menambahbaik keberkesanan tindakan di lapangan supaya isu-isu yang timbul yang sememangnya merupakan tanggungjawab pemilik lot berkenaan dapat dikendalikan dengan lebih baik.

Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Manjoi tentang isu banjir kilat yang berlaku di kawasan Desa Seri Chepor terutamanya di Jalan Wira 4. Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah mengenal pasti punca dan isu banjir yang berkait rapat dengan sistem saliran yang kurang sistematik dan aliran balik air sungai. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh sedang melaksanakan kerja-kerja pengukuran butiran lanjut untuk menyediakan rekabentuk sistem saliran yang lebih efisien untuk pencegahan banjir di kawasan tersebut. Permohonan peruntukan akan dibuat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas penyediaan rekabentuk dan anggaran kos. Pihak majlis juga akan memantau dari masa ke semasa keadaan longkang dengan menjalankan pembersihan longkang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Kuala Kurau telah membangkitkan isu tentang gerai atau kabin kiosk supaya lebih mesra pengunjung. Untuk makluman Yang Berhormat, MyKiosk merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam membantu perusahaan-perusahaan mikro kecil dan sederhana tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk setempat dengan memberi manfaat kepada para peniaga melalui pemberian kadar sewaan kiosk yang rendah dan ia turut menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa kepada peniaga. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga tahun 2024, sejumlah sejumlah 651 unit kiosk di bawah projek MyKiosk telah diagihkan kepada PBT seluruh negeri Perak. Kesemua MyKiosk tersebut adalah ditawarkan penyewaan kepada peniaga-peniaga yang berjaya dalam temuduga yang dilaksanakan oleh pihak PBT dan PBT menyediakan \MyKiosk mengikut rekabentuk dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak KPKT di mana bekalan elektrik dan air tidak dibekalkan. Walau bagaimanapun, tenaga elektrik menggunakan tenaga solar memang datang bersama dalam rekabentuk yang standard untuk MyKiosk ini.

Yang Berhormat Rungkup telah membangkitkan isu pengurusan sampah luar kawasan operasi PBT. Isu pengurusan sampah di kawasan luar bandar sememangnya sangat mencabar. Sebagai makluman, perkhidmatan kutipan sampah luar kawasan PBT ini merupakan inisiatif khas Kerajaan Negeri Perak yang telah bermula sejak tahun 2021. Matlamat utama adalah untuk mengurangkan aktiviti pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka, khususnya di kawasan luar bandar yang tidak berada dalam kawasan operasi PBT. Sehingga kini, sebanyak 171 kampung telah menerima manfaat melalui peruntukan sebanyak RM11 juta bagi penyediaan tapak tong sampah dan kos operasi. Namun, selepas 4 tahun pelaksanaan kita dapati bahawa masih terdapat cabaran di peringkat komuniti. Antara isu yang dikenalpasti termasuk lokasi tong sampah yg kurang strategik, kurangnya pemantauan setempat dan amalan pembuangan sampah yang tidak teratur oleh sesetengah penduduk. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah memperkukuhkan kerjasama dengan Pejabat Daerah dan JPKK di kawasan yang terlibat supaya pihak JPKK dapat memainkan peranan yang lebih proaktif. Contohnya, dalam usaha untuk mengenal pasti lokasi kutipan yang sesuai dan untuk menyelia penggunaan kemudahan…

Saya minta laluan Exco daripada... Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Exco bagaimana dengan keadaan kawasan di PBT tetapi mereka juga memerlukan tong pukal sebab memandangkan khususnya di kawasan Seri Iskandar, terdapat ramai penduduk di situ masih memerlukan tong roro lah ye? Tadi Exco sebut tentang kawasan di luar PBT tetapi kuasa PBT juga sebab di kawasan di daerah Perak Tengah, tiada tong pukal disediakan di kawasan Seri Iskandar dan hanya disediakan di kawasan Bota Kanan, di Parit, Kampong Gajah tetapi di kawasan PBT Seri Iskandar yang kini penduduknya makin ramai memang mereka mendesak supaya disediakan tong roro. Jadi apakah PBT boleh menyediakan tong-tong tersebut? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bota. Setakat ini secara umumnya memang PBT menyediakan kutipan perkhidmatan kutipan sampah di bawah kawasan operasi bagi kawasan perumahan dan juga untuk kawasan komersial sebagai kedai. Jadi untuk kawasan penyediaan tong roro tu, dia bergantung kepada kesesuaian dan biasanya dia akan disediakan contohnya di kawasan pasar awam dan sebagainya untuk kegunaan penjaja-penjaja. Buat masa ni memang kita kurang dapat pertimbangkan untuk menyediakan terlalu banyak tong roro. Sebab seperti kita lihat daripada usaha inisiatif penyediaan perkhidmatan di kawasan luar operasi PBT apabila disediakan satu tong sampah di kawasan yang dulunya tiada perkhidmatan untuk kutipan sampah sampah yang datang daripada kawasan luar dan sebagainya akan menimbulkan isu yang baru. Jadi, kita juga sedang mengambil pengalaman daripada empat tahun laksanakan untuk inisiatif ini dan juga di kawasan operasi PBT. Contohnya, kawasan perumahan, kawasan pasar dan kawasan kedai dan sebagainya. Untuk kita adakan cadangan dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kemampuan PBT dan berkesan untuk kita selesaikan masalah ini dan saya rasa salah satu daripadanya juga sangat penting dari segi peranan di peringkat komuniti. Bagaimana kita perlu berusaha untuk pastikan apabila disediakan tong roro ataupun perkhidmatan kutipan, ia digunakan sebaik mungkin dengan sikap bertanggungjawab. Jadi itu akan sangat membantu untuk bersama PBT untuk selesaikan isu longgokan sampah dan sebagainya.

YB Exco, YB Exco. Manjoi sikit. Terima kasih YB Exco. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Tuan Zamakhshari bin Hanipah selaku Datuk Bandar Ipoh yang baru dan dipermudahkan Allah dalam urusan menjalankan tugas. Insya Allah. Saya tertarik dengan respon YB Exco berkaitan dengan isu sampah ini. Saya tumpukan isu di dalam kawasan bandar Ipoh ini yang saya dapati banyak aduan di peringkat pejabat saya berkenaan dengan bagaimana kita nak mengawal dan memastikan perkhidmatan kutipan sampah ini dapat ditingkatkan sehingga kita dapat, orang kata satu tahap kebersihan kutipan sampah yang memuaskan. Tumpuannya ialah isu yang sebagai isu berkenaan isu lori kutipan sampah yang terlalu uzur. Kadang bila saya sendiri turun di kawasan taman tertentu di dalam kawasan jagaan MBI ini, bila lori itu uzur menyebabkan air-air sampah ini habis melimpah di kawasan perumahan, taman-taman kita dan saya dapat aduan daripada penduduk bau busuk yang tidak menyenangkan masuk ke dalam rumah kemudian yang pastinya bila saya turun sendiri saya tengok memang lori-lori ni memang banyak uzur dan ada juga berlaku sehingga menyebabkan berlaku masalah boleh berlaku kemalangan. Sebab lori itu uzur dan dia tak selenggara dengan baik. Sampah pun dah melimpah-limpah jatuh ke bawah dan kadang-kadang ada juga isu sampah yang jatuh ke bawah ni diorang tak u-turn ambik balik.

Jadi ada sekali itu saya rasa ziarah orang kampung di Gugusan Manjoi dan juga di Klebang. Kebetulan saya lalu kawasan tersebut, saya tengok depan mata. Saya tengok lori itu buat lebih kurang dan cara perkhidmatan itu tidak mesra. Kadang-kadang dia ambil tong sampah orang kampung taman kita yang dijaga oleh MBI ni diorang ambil, diorang campak letak tepi gitu. Kadang-kadang dia letak di tepi-tepi jalan yang kadang tidak sepatutnya diletakkan di situ hingga menyebabkan ada makcik-makcik baru balik ambil anak sekolah kadang dia naik motor tak perasan terlanggar tong-tong sampah yang tidak di letak di tempat yang betul. Point saya ialah bagaimanakah pihak kerajaan, kita nak memastikan isu kutipan sampah ini dapat diselesaikan dan masalah yang dibangkit oleh masyarakat mengenai isu bau busuk? Masalah jalan yang penuh dengan air sampah dapat disettlekan dan bagaimana nak control lori-lori sampah ni yang perlu di selenggara dengan sempurna. Terima kasih YB Exco.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, saya nak sambung celahan daripada Manjoi tadi. Sebenarnya saya pun menghadapi masalah yang sama beberapa kali berlaku. Saya rasa ini pemantauan yang lebih ketat daripada pihak PBT di Alor Pongsu, Taman Desa Permai dengan Residensi Prima ni depan mata saya. Lori sampah lintas dia press bukan bocor lori baru dia press sampah itu jadi air busuk itu jatuh atas jalan. Tiap-tiap hari lori sampah tu buat kerja itu. Saya tak salahkan PBT tapi kena lebih ketat dan saya pun malang saya tak dapat nak videokan lah. Tapi bau memang disebarkan bau-bau yang harum tu, terutama depan kedai makan. Minta perhatian, terima kasih.

Yang Berhormat Exco, Tronoh. Saya amat tertarik dengan cara ataupun isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Exco tadi. Cuma saya ingin ada sedikit penambahan sekiranya boleh bagi daripada Kerajaan Negeri. Sila masukkan ketiga-tiga kawasan seperti Kampung Baru Bemban, Kampung Baru Bali dan juga Kampung Baru Nalla untuk dijadikan kawasan operasi sampah bagi PBT kerana sekarang di ketiga-tiga kampung baru ini merupakan kawasan luar tadbir PBT. Jadi, tiada servis sampah juga dibekalkan. Maka di kawasan tersebut ataupun kawasan-kawasan yang berdekatan akan menjadi semakin banyak tapak pelupusan sampah haram. Oleh itu, saya ingin menarik perhatian daripada Yang Berhormat sekiranya boleh tolonglah masukkan ketiga-tiga kampung ini dalam kawasan operasi untuk mengambil sampah. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat Exco minta sikit isu yang sama jugak. Jadi saya tengok ramai yang prihatin dengan sampah ni termasuk jugalah saya di Pengkalan Hulu. Cuma saya nak bagi penghargaanlah kepada Kerajaan Negeri melalui Yang Berhormat Exco kerana meneruskan usaha untuk operasi kutipan sampah ni yang mana telah dimulakan kerajaan sebelum ni dan saya ucapkan tahniah. Terima kasih kerana meneruskan usaha yang baik dan manfaatnya diterima oleh seluruh rakyat di negeri Perak, di 59 kawasan Dun yang ada di negeri ni. Cuma untuk sedikit untuk perhatian Yang Berhormat Exco di kawasan sayalah sedikit. Kalau di Dun Pengkalan Hulu, Mukim Pengkalan Hulu dan Mukim Belukar Semang, Insya Allah dah ada di setiap kampung-kampung tong sampah walaupun di luar kawasan operasi PBT. Cumanya, saya ingin mohon perhatian Yang Berhormat Exco di Mukim Kerunai yang mana masih memerlukan tong sampah dan memerlukan juga tambahan peruntukan kepada PBT untuk operasi kutipan sampah terutamanya di Kampung Lalang dan Kampung Plang kerana tempat longgokan sampah betul-betul di tepi jalan dan menjadi laluan utama untuk pengunjung dan pelancong masuk ke Thailand.

Jadi ini memberi gambaran yang tidak baiklah kepada kita di negeri Perak. Ya, memang kesedaran berkenaan dengan pengurusan sampah ni penting bukan hanya di peringkat kerajaan. Di peringkat kami di pihak wakil-wakil rakyat termasuk juga kepada masyarakat orang kampung perlu ada kesedaran dan pendidikan kesedaran itu pun telah diberikan oleh pihak kerajaan, pihak majlis. Tapi perkara yang sama berulang dan bila kita jumpa orang kampung dan kata kami perlukan tong sampah YB. Kami tak larat korek lubang belakang rumah untuk menampung jumlah sampah yang dikeluarkan hari harilah banyak. Ini sedikitlah dan Insya Allah mungkin dengan perhatian dan penambahan peruntukan kepada PBT, Pihak Berkuasa Tempatan mungkin akan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh sebahagian kawasan yang ada di negeri Perak. Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas perkongsian isu-isu berkenaan dengan kutipan sampah di kawasan masing-masing dan cadangan yang dikemukakan. Ok, tadi ada sebut tentang apa itu dari segi kerja, amalan kerja pihak yang uruskan lori sampah dan sebagainya. Sebenarnya di PBT di negeri Perak, ada yang diuruskan oleh kontraktor. Ada yang diuruskan secara in-house oleh PBT sendiri dan sememangnya dia ada tatacara untuk SOP, apa yang perlu dibuat. Bagaimana kita untuk menilai dan memantau prestasi masing-masing? Jadi, saya ambil kira isu-isu yang dibangkitkan supaya kita memastikan di peringkat PBT kita menjalankan pemantauan dengan lebih ketat dengan ambil kira isu-isu yang dibangkitkan untuk pastikan proses kerja kutipan sampah itu dijalankan dengan baik dan tidak timbulkan isu-isu yang membawa masalah kepada komuniti setempat dan juga isu tentang kawasan.

Ok, sebenarnya kalau projek program yang saya sebut tadi inisiatif untuk kutipan sampah di luar kawasan PBT di mana saya sebut setakat ni sebanyak 171 kampung yang terima manfaat dan dalam beberapa tahun ni sebenarnya pihak PBT sendiri. Pihak Kerajaan Negeri sendiri pun selalu menerima permintaan, cadangan untuk terus menambah lagi kampung-kampung yang disenarai dalam program ini. Cuma pada masa setakat ini, yang pertamanya kita pun mengalami isu kekangan peruntukan yang ada dan keduanya dengan masalah cabaran yang masih tak dapat diselesaikan secara sempurna di kampung-kampung yang telah mulakan program ini. Itu sebab pihak kerajaan kita ingin fokus kepada kampung-kampung yang sedia ada untuk kita wujudkan satu kerjasama yang baik sehingga semua program ini dapat dijalankan dengan baik sebelum kita pertimbangkan untuk terus diperluaskan dan juga suka saya ambil peluang ini untuk bangkitkan menggambarkan satu keadaan dan kekangan yang dihadapi oleh pihak PBT sendiri.

Sebenarnya dengan kekangan peruntukan yang ada, kedudukan ewangan yang dihadapi oleh PBT-PBT ini, antara faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan kawasan perkhidmatan ni di kawasan yang lebih banyak ataupun menyediakan tong roro yang lebih banyak seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat hasratkan. Jadi, kita juga sedang dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan PBT iaitu sesuatu yang sangat penting untuk membantu PBT dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan dan setakat ini walaupun di kawasan operasi PBT, sememangnya perkhidmatan untuk kutipan sampah secara berkala memang diadakan dan selain daripada itu, banyak inisiatif kempen diadakan. Contohnya, menjelang musim perayaan, PBT juga menyediakan perkhidmatan untuk kutipan sampah pukal secara khusus dan pada masa yang lain, contohnya untuk kempen kutipan sampah e-waste, untuk minyak masak terpakai dan sebagainya. Jadi banyak usaha yang diadakan.

Cuma kita juga harap pada masa yang sama, kita boleh dapat kerjasama daripada masyarakat untuk sama-sama gunakan saluran yang betul. Manfaatkan perkhidmatan yang telah disediakan dan jangan ambil mudah untuk buang sampah di tempat yang orang tak nampak sahaja. Ini memang menjadi satu isu yang besar sebab pembuangan sampah tu sebenarnya kita tahu dia datang dengan kos. Jadi bagi sesetengah pihak mereka yang sepatutnya contohnya dari sektor perindustrian yang sepatutnya membayar untuk dapat perkhidmatan untuk kutipan sampah industri juga kadang kala mereka tidak buat begitu tetapi mereka buang sampah di kawasan yang terperinci ataupun buang sampah di kawasan pasar awam, tepi jalan, di tanah kosong dan sebagainya. Jadi itu, antara cabaran yang kita hadapi. Buat masa ini juga, pihak PBT sedang untuk mempertingkatkan dari segi penguatkuasaan supaya dengan harapan apabila penguatkuasaan ni dapat memberi satu kesan kepada mereka yang salah laku ni dan dengan manfaatkan teknologi, contohnya cctv dan sebagainya, kita boleh sama-sama kurangkan tindakan pembuangan sampah yang tidak bertanggungjawab ini. Baik. Terima kasih semua. Saya ingin teruskan jawapan saya.

YB Exco? Terima kasih. Berhubung kait dengan sampah ini, saya ingin menyarankan supaya PBT-PBT kita melihat kepada teknologi-teknologi baru. Yang Berhormat Exco, sebagai contohnya, sekarang ini di negara-negara maju mereka melaksanakan teknologi 'Waste to Energy', dengan izin. Jadi saya rasa sudah tiba masanya kita pihak-pihak PBT kita melihat kepada teknologi-teknologi seumpama itu kerana sampai bila kita nak melaksanakan pembakaran sampah di pusat pelupusan sampah secara terbuka yang mengakibatkan pencemaran udara dan sebagainya? Jadi, saya berharap amat sangat supaya pihak PBT kita melihat kepada alternatif teknologi-teknologi terkini yang ada di luar sana. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rungkup atas cadangan. Memang itu antara hala tuju yang kita sedang untuk terokai untuk penggunaan teknologi yang dapat bantu kita laksanakan perkhidmatan ni dan pengurusan sisa pepejal dengan lebih berkesan dan bersesuaian dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Pintar juga, kita sedang untuk melihat apa teknologi yang bersesuaian dengan keadaan di negeri Perak untuk kita manfaatkan dan juga untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, projek Waste to Energy, dengan izin di kawasan Majlis Perbandaran Manjung juga telah diwujudkan kerjasama dengan pihak swasta di mana kita jangka apabila bermulanya projek ini berjalan, dia akan bantu untuk kita mengurangkan sisa pepejal dengan lebih berkesan sekaligus untuk membantu menjana elektrik. Jadi itu memang sesuatu yang ke arah yang lebih lestari. Terima kasih. Jadi saya sambung sedikit lagi? Ok. Jadi Kerajaan Negeri tadi saya sebut telah memperkukuhkan kerjasama dengan Pejabat Daerah dan JPKK dan dengan harapan kerjasama yang kukuh ni boleh bantu kita melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah di kawasan luar bandar dengan lebih berkesan dan di samping itu, pelbagai program kesedaran awam berkaitan dengan kebersihan dan kelestarian juga dijalankan melalui pendekatan Local Agenda 21 termasuk Program Gotong-Royong, Kempen Sifar Sampah, Pengurusan e-waste serta kerjasama pendidikan dengan sekolah dan komuniti setempat.

Jadi, usaha-usaha mewujudkan persekitaran yang bersih dan mampan memerlukan tanggungjawab bersama dan bukan hanya daripada kerajaan juga kepada komuniti sebagai pemegang taruh utama. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Chandan, pembinaan bazar dan projek di Lembah Sayong sedang dalam pelaksanaan secara berperingkat. Pada masa ini sedang dalam cadangan rekabentuk untuk kelulusan pengurusan tertinggi negeri dan projek Persisiran Sayong adalah di bawah Perbandaran Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI). Di mana SSI telah memajak keseluruhan kawasan tersebut kepada Sayong Resort Sdn. Bhd. melalui satu perjanjian pajakan yang ditandatangani pada tahun 2018 untuk mengusahakan dan menjalankan operasi Sayong Resort. Jadi, SSI bersama pihak pengurusan Sayong Resort sedang laksanakan pelan pemulihan dan pembangunan di Sayong Resort secara berfasa termasuk kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf beberapa fasiliti dan tarikan pengunjung.

Di samping itu, SSI dan pengurusan Sayong Resort juga dalam proses rundingan bersama rakan niaga untuk membaik pulih serta menaik taraf dan menjalankan perniagaan dan aktiviti yang bersesuaian di bangunan restoran dan Dewan yang berkenaan. Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas perhatian pandangan dan komitmen yang telah dizahirkan sepanjang sesi Perbahasan ini. Segala isu yang dibangkitkan…

Mohon celah. Satu isu. Baik, terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya kira saya ada sebut dalam perbahasan tentang isu di tempat saya. Berkaitan dengan di bawah Exco PBT iaitu isu selenggara longkang dan juga sampah di Kampung Tersusun Melayu, Jalan Kenas. Faktor tu berlaku kerana, isu tu berlaku kerana kontraktor tidak lagi menyelenggara di tempat itu kerana pengecilan skop kontraktor itu menyebabkan kawasan itu tidak lagi diselenggara dan isu itu juga berkait dengan masalah di kampung tu. Difahamkan oleh pihak PBT kampung tu masih lagi tidak memperolehi CCC walaupun dia telah beroperasi lebih 10 tahun, 10 ke 15 tahun kerana ada beberapa isu teknikal. So, saya mohon perkara ini diberi pertimbangan Yang Berhormat Exco supaya Kampung Baru yang telah beroperasi, Kampung Tersusun Melayu, Jalan Kenas yang telah beroperasi lebih 10 tahun. Sebelum ni tak ada masalah dari sudut selenggara, longkang dan juga rumput, tetapi sejak pengecilan skop kontraktor menyebabkan kawasan ni tersisih daripada kawasan selenggara, longkang dan sampah dan juga ada masalah CCC di kampung itu. Maka saya mohon pihak Yang Berhormat Exco melihat isu ini supaya kampung tu diberi CCC dengan segera supaya dapat diselenggara seperti sebelum sebelum ni. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Last YB Exco. Saya dah jumpa YB Exco di luar tadi berbincang tentang tajuk Enakmen atau sebarang Akta. Tapi saya nak masukkan dalam hansard saya supaya penduduk Alor Pongsu tahu. Kawasan Changkat Lobak, Matang Tengah, Matang Pasir. Saya rasa dah dalam sekitar ni dah 6 kemalangan jalan raya yang teruk akibat langgar lembu, anjing dan sebagainya. Lembu lah yang utama sekali. Jadi Enakmen haiwan yang merayau tu, saya pohon pihak Kerajaan Negeri kita percepatkan lah supaya tak berlaku lagi kematian kemalangan jalan raya yang diakibatkan oleh lembu-lembu yang bertuan tapi merayau. Terima kasih YB Exco.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya nak betul kan. Haiwan berkeliaran.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sorry-sorry.

Baik. Terima kasih. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manong. Saya akan minta pihak berkenaan untuk telitikan apa sebenarnya faktor-faktor yang menyebabkan isu yang dibangkitkan itu. Supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil seterusnya dan juga untuk Yang Berhormat Alor Pongsu, jadi buat masa ni memang tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan juga operasi bersepadu dijalankan oleh Pihak Berkuasa dan semua pihak yang berkenaan dan juga seperti dalam perbincangan kami sebentar tadi di luar Dewan. Selepas usul di bawa tentang isu haiwan merayau dibawa dalam Dewan dan seterusnya satu jawatankuasa khas ditubuhkan di peringkat Dewan Negeri, banyak perbincangan dan juga taklimat telah dijalankan dan dari masa ke semasa Ahli-ahli Yang Berhormat juga terima laporan daripada jawatankuasa dan saya percaya pihak jawatankuasa akan kemukakan syor kemudiannya sama ada di peringkat negeri ada.

Syor untuk cadangan wujudkan enakmen ataupun cara yang lain. Jadi, kita cuba untuk melihat daripada pelbagai sudut. Dari segi pentadbiran, perundangan dan sebagainya supaya isu ini dapat di temukan satu penyelesaian untuk jangka masa panjang. Terima kasih. Jadi segala isu yang dibangkitkan sama ada yang telah dijawab secara langsung mahupun yang akan saya jawab secara bertulis kemudian akan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak saya dan agensi-agensi di bawah portfolio ini. Kita percaya bahawa perkhidmatan yang baik bermula dengan mendengar dan berakhir dengan tindakan yang berkesan. Maka marilah kita semua sebagai kerajaan, wakil rakyat, agensi kerajaan dan seluruh warga negeri terus bekerjasama dengan semangat tanggungjawab dan dan kesepaduan demi membina negeri Perak yang lebih sejahtera, inklusif dan makmur. Sekian saya sudahi penggulungan ini dengan ucapan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Saya faham isu ini, longkang, jalan ini adalah satu merupakan hot topic. Jika saya rasa sebab jika terdapat perkembangan lanjut, Yang Berhormat Yang Berhormat boleh membangkitkan dalam JTPD di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. Saya rasa semua Yang Berhormat dalam mesyuarat ini ya. So, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari Yang Berhormat dari kawasan Aulong untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bersama rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati yang turut bersama dalam Dewan atau mengikuti secara atas talian. Patik menjunjung kasih di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Mencemar Duli merasmikan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun ketiga Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada 15 April 2025 yang lalu. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Semasa menyampaikan titah di Dewan yang mulia ini telah menyentuh bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan projek bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan serta ekonomi selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menikmati kemakmuran dan kekayaan hasil negeri dikongsi secara adil dan saksama.

Ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab saya iaitu Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan penggulungan pada hari ini, saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga di atas pemergian sahabat saya, Allahyarham Yang Berhormat Tuan Haji Ishsam bin Shahruddin, Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Perak. Namun begitu, segala jasa dan sumbangannya akan tetap terpahat di hati dan kenangan kita semua terutamanya di kalangan rakyat di Dun Ayer Kuning. Untuk Maklumat Dewan Yang Mulia, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, semasa menyampaikan titah baginda di Dewan yang mulia ini telah menyentuh pelbagai isu alam sekitar dan menekankan betapa pentingnya usaha sama semua pihak membantu Kerajaan Negeri untuk memastikan kelestarian alam negeri Perak.

Patik yang diamanah untuk mengurus Jawatankuasa Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Menjunjung kasih prihatin Tuanku dan menyokong sepenuhnya titah yang disampaikan oleh Tuanku. Sebelum saya menjawab isu-isu berbangkit yang diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya terpanggil untuk mengulas secara terperinci isu pemprosesan e-waste secara haram dalam negara kita. Untuk makluman Dewan yang mulia, dianggarkan antara 60% hingga 90% e-waste seluruh dunia, dieksport secara haram ke negara-negara membangun atau kurang membangun setiap tahun menurut laporan Waste Crime Waste Risk Gaps and Challenge in The Waste Sector, dengan izin melalui Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang diterbitkan pada 12 Mei 2015. Negara Asian termasuk Malaysia menjadi antara negara yang popular sebagai destinasi pengeksportan e-waste dan perkara ini bertambah serius sejak negara China, negara China mengetatkan kemasukkan sisa e-waste ke negara itu pada tahun 2018. Daripada penguatkuasaan JAS dan Kastam, sebanyak 421 kontena telah ditahan antara tahun 2020 hingga Februari 2025, dengan anggaran kuantiti e-waste adalah sebanyak 8420 metrik tan yang dikenal pasti daripada pelbagai negara termasuk Amerika, Taiwan, Jepun, Hong Kong, UAE, Australia, Nigeria dan Thailand. Sebanyak 179 buah kontena telah berjaya dipulangkan ke negara asal termasuk Amerika, Filipina, Sepanyol, Korea, Colombia, Jepun, Singapura dan Hong Kong.

Maklumat terkini, setakat ini ada sebanyak 518 kontena telah ditahan oleh pihak Kastam berdasarkan maklumat aduan yang diterima sekitar bulan Mac hingga April 2025. Perkara ini senang dalam tindakan oleh agensi-agensi seperti Kastam, JAS, SIRIM, JPSPN dan beberapa agensi lain lagi. e-waste yang diimport ini dipercayai diproses di kilang-kilang haram di Malaysia. Rekod Jabatan Alam Sekitar menunjukkan terdapat sebanyak 64 kilang e-waste yang beroperasi secara haram di negara ini dan jabatan percaya terdapat banyak lagi kilang sebegini yang perlu dikenal pasti. Aktiviti pemprosesan e-waste secara haram ini mendatangkan kesan negatif terhadap beberapa aspek iaitu kesan kepada ekonomi negara dan alam sekitar. Kesan kepada ekonomi, kehilangan hasil cukai dan pendapatan negara. Aktiviti haram tidak direkod secara rasmi dan tidak membayar cukai. Negara hilang potensi hasil cukai daripada sektor kitar semula yang sah. Menjejaskan peluang menjana pendapatan negara melalui industri pengurusan e-waste yang mampan. Yang kedua, kos pemulihan alam sekitar, pelupusan haram e-waste dan buangan seperti DOSH, SW104 menyebabkan pencemaran serius.

Kerajaan terpaksa menanggung kos tinggi untuk kerja-kerja pembersihan tanah tercemar, pemulihan air bawah tanah, rawatan kesan toksik jangka panjang. Ini melibatkan jutaan ringgit wang rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan lain, dibazirkan. Yang ketiga, menjejaskan imej negara di mata antarabangsa. Negara boleh dilabel sebagai tempat buangan atau tempat pelupusan jika terlibat dalam pemprosesan e-waste secara haram, termasuk aktiviti penyeludupan. Imej buruk ini boleh mengurangkan pelaburan asing dan pada masa sama pada masa yang sama menjejaskan sektor eksport yang bergantung kepada reputasi bersih dan lestari. Yang kelima, kesan kepada kesihatan pekerja dan komuniti, meningkat lalu meningkatkan kos perubatan. Aktiviti haram selalunya dilakukan tanpa perlindungan atau pematuhan komuniti berdekatan dan pekerja yang terdedah kepada bahan toksik menyebabkan kos kesihatan awam meningkat dan produktiviti tenaga kerja berkurangan akibat penyakit jangka panjang. Kesan kepada alam sekitar pula, satu, pencemaran udara. Banyak e-waste diproses secara terbuka kerana menggunakan sistem tanpa kawalan, contohnya pembakaran kabel untuk mendapatkan tembaga. Pembakaran ini membebaskan bahan kimia toksik seperti dioxin dan fluorin ke udara. Pencemaran ini boleh mencemarkan udara persekitaran dan memberi kesan kesihatan kepada manusia serta haiwan.

Yang kedua, pencemaran tanah. e-waste mengandungi logam berat seperti plumbum, kadmium dan merkuri. Jika bahan-bahan ini dibuang tanpa kawalan, ia akan meresap ke dalam tanah menyebabkan tanah tercemar, tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik dan tanah menjadi tidak subur. Yang ketiga, pencemaran air. Logam berat dan bahan kimia dari e-waste boleh meresap ke dalam sistem air bawah tanah atau mengalir ke sungai dan tasik. Ini menjejaskan sumber air bersih, membahayakan kehidupan akuatik dan juga manusia yang menggunakan air tersebut dan berpotensi menyebabkan penutupan loji rawatan air. Yang keempat, pelupusan haram buangan terjadual seperti dros SW104. Pemprosesan e-waste sering menghasilkan buangan terjadual seperti dros iaitu prestigio logam kategori SW104. Buangan ini mengandungi logam berat dan bahan kimia berbahaya. Jika dilupus secara haram, contohnya ditanam atau dibuang ke sungai, ia akan merosakkan habitat semula jadi menyebabkan pencemaran serius. Tanah dan air sukar dipulihkan kerana sifat toksik yang kekal lama. Pelupusan haram boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem. Bahan kimia dan logam berat boleh membunuh mikro organisma penting dalam air dan tanah. Ini menyebabkan rantaian makanan terganggu dan boleh menyebabkan kepupusan spesis tertentu. Yang kelima, kesan jangka panjang kepada kesihatan dan alam. Bahan toksik boleh kekal dalam alam sekitar untuk tempoh masa yang sangat lama. Pendedahan berpanjangan boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia termasuk masalah neurologi, respiratori dan kanser. Bagi operasi membanteras aktiviti pemprosesan e-waste secara haram, JAS telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan siasatan dan serbuan melalui program penguatkuasaan ke atas 44 premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste secara haram bagi tempoh tahun 2023 sehingga Jun 2024. Lapan buah premis daripadanya telah ditutup.

Antara tindakan penguatkuasaan yang diambil ke atas pihak premis tersebut atas kesalahan tidak mematuhi peruntukan perundangan di bawah AKAS 1974 adalah merangkumi notis arahan tawaran kompaun, penahanan, operasi kelengkapan, pendakwaan di mahkamah dan perintah larangan. Pada tahun 2024, JAS juga telah bekerjasama dengan pasukan Pasukan Siasatan Jenayah penggubahan wang haram iaitu AMLA. Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara melalui serbuan ops e-waste yang telah dijalankan terhadap tujuh buah premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste secara haram yang terletak di empat buah negeri iaitu di Pekan dan Bukit Ibam di Pahang, di Rawang dan Bukit Tagar di Selangor, di Rembau dan Gemencheh di Negeri Sembilan dan di Simpang Renggam, Johor. Dalam serbuan yang dijalankan tersebut, seramai 55 individu telah ditahan dan pelbagai aset antaranya jongkong logam, kenderaan, jentera dan kilang bernilai lebih RM43 juta disita oleh pihak AMLA. Kes ini disiasat mengikut peruntukan berikut. Akta 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984, Seksyen 135 Akta Kastam 1967, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan 1963.

Pada awal tahun ini, JAS juga turut bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, PDRM melalui beberapa pasukan dibawahnya iaitu pasukan WildLife Crime Bureau (Perisikan Siasatan Khas dan Pasukan Gerakan Am) dalam usaha membanteras aktiviti pemprosesan e-waste secara haram ini. Pada 14 hingga 20 Februari 2025, satu operasi bersepadu yang diketuai oleh Pasukan Gerakan Am telah dijalankan. Operasi ini dinamakan Ops Hazard telah melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar. Ops Hazard yang dilaksanakan serentak di seluruh negara melibatkan pemeriksaan ke atas 47 premis. Pecahan lokasi sasaran melibatkan 12 buah negeri iaitu empat di Kedah, lima di Pulau Pinang, satu di Perak, tujuh di Selangor, dua di Negeri Sembilan, satu di Melaka, dua di Johor, tiga di Pahang, dua di Terengganu, dua di Kelantan, lapan di Sarawak dan 10 di Sabah. Daripada jumlah tersebut, dikenal pasti terdapat 30 premis yang beroperasi secara haram. Satu gudang haram, tujuh premis barang lusuh yang dilesenkan oleh PBT. Enam premis berlesen dibawah JAS, tiga premis berlesen dibawah PBT. Dianggarkan sebanyak 15,765 metrik tan e-easte dengan jumlah anggaran bernilai RM55 juta secara keseluruhan telah ditahan dan disita oleh Ops Hazard tersebut.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha Kerajaan negeri akan terus diperkukuhkan untuk membanteras aktiviti pemprosesan e-waste secara haram. Tindakan tegas akan diambil terhadap premis-premis haram yang menjalankan aktiviti tersebut. Langkah ini bertujuan untuk memastikan ketegasan dalam penguatkuasaan serta tidak akan dikompromi. Terima kasih Yang Berhormat Bercham dan Yang Berhormat Simpang Pulai, Yang Berhormat Bukit Chandan, Yang Berhormat Kuala Sepetang, Yang Berhormat Chenderoh dan Yang Berhormat Lubok Merbau yang membangkitkan berkenaan dengan kilang e-waste secara haram.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Pasukan Polis Gerakan Am Negeri Perak dan Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu ke sebuah kilang haram peleburan e-waste di kawasan Perusahaan Rimba Panjang, Sungai Siput, Perak pada 15 Februari 2025, seperti yang dibangkitkan dalam Titah Tuanku. Pihak polis PGA telah menangkap dan menahan pekerja asing tanpa izin. Hasil siasatan lanjut, Jabatan Alam Sekitar mendapati kilang menjalankan proses pelupusan buangan terjadual e-waste secara haram. Wakil pihak syarikat yang ditahan memaklumkan tidak mempunyai sebarang kelulusan lesen beroperasi daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi yang berkaitan. Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan tegas kepada pemilik syarikat dengan menjalankan penahanan operasi kelengkapan serta-merta kepada pihak kilang. Bahan-bahan mentah yang digunakan di dalam pemprosesan yang menyalahi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah disita. Premis haram tersebut juga telah diberi notis arahan supaya mengambil tindakan dan langkah kawalan segera membasmi pencemaran yang terhasil daripada aktiviti yang dijalankan. Selain daripada itu, kertas siasatan telah disediakan ke atas pihak premis di bawah Seksyen 18(1), Seksyen 34A(6), Seksyen 19 dan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk pendakwaan di mahkamah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco saya mohon celahan ya. Tak boleh lagi?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Untuk makluman, biar saya habiskan. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuala Kangsar tidak pernah meluluskan permohonan untuk kilang e-waste tersebut. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pembinaan bangunan yang telah diluluskan oleh majlis adalah melibatkan pembinaan stor dan pejabat sahaja manakala MPKK tidak menerima lagi permohonan operasi kilang dan tidak mengeluarkan lesen operasi oleh kerana tiada permohonan daripada pemilik. MPKK juga telah mengeluarkan notis sebanyak 2 kali iaitu notis 70(1) Akta 133 pada Disember 2024 dan notis di bawah Seksyen 46 Akta 133 kerana membuat binaan di atas reserve jalan tanpa kebenaran pada 20 Februari 2025. Ok, silakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Exco, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Tentang e-waste tadi bila Tuanku bertitah saya tengok Tuanku betul-betul prihatin tentang masalah e-waste ni. Jadi saya rasa pihak Kerajaan Negeri, pihak Exco dan JAS kena menambah lagi effort terutama dari segi sudut ketegasan. Yang kedua YB Exco Pertanian dah datang melawat tempat saya Loji Air LAP Sungai Baru dan laporan daripada JAS mengatakan air LAP Hiro LAP berjaya cuci tu tapi walau pun tanah rosak dan sebagainya dan laporan daripada KKM dan JAS juga mendapati air di Ban Besar mungkin faham ban besaq itu kadar asidnya terlalu tinggi kerana buangan daripada ladang yang berhampiran. So, what the next move. Ok, yang last sekali saya baru dapat mesej ni daripada seorang pegawai daripada agensi lain. YB, loji baru dekat Sungai Rawa Sungai Bogak di Dun kawasan saya Loji LAP ye boleh tengok kesan air buangan LAP. Parit tepi jalan JKR dah berkelodak dan rumpai mati, pokok teratai habis mati dalam parit yang sama. Mohon tindakan JAS dan pihak YB Exco.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ya terima kasih Alor Pongsu atas maklumat yang dibekalkan. Kita akan meneliti dan mengambil tindakan yang seterusnya. Terima kasih. Beralih kepada pencemaran udara. Menjawab kepada pertanyaan yang diajukan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai iaitu memperketatkan proses pelesenan kuari yang terletak berdekatan dengan penempatan awam. Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Pulai, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa komited dalam memperketatkan proses pelesenan kuari tersebut. Aktiviti pengkuarian merupakan salah satu aktiviti yang ditetapkan yang memerlukan pelaksanaan Kajian Penilaian Impak kepada Alam Sekitar iaitu EIA di peringkat awal pembangunan. Kajian EIA akan mengkaji kesesuaian tapak cadangan kuari dari sudut zon penampan yang perlu disediakan dengan kawasan penempatan awam dengan mengambil kira langkah kawalan yang dicadangkan untuk meminimumkan masalah pencemaran daripada aktiviti tersebut.

Di samping itu Jabatan Alam Sekitar menyambut baik cadangan mewujudkan stesen pengawasan kualiti udara berskala kecil dipasang di kawasan hotspot bagi membolehkan pemantauan dengan lebih berkesan. Buat masa ini stesen pengawasan kualiti udara automatik yang paling berhampiran dengan kawasan Simpang Pulai adalah Pengkalan Pegoh dan Tasik Ipoh. Walau bagaimanapun penyediaan sesebuah stesen pengawasan kualiti udara ini memerlukan peruntukan kos pembinaan dan penyenggaraan yang sangat tinggi. Oleh itu perkara ini perlu dipohon kepada pihak Jabatan Alam Sekitar pusat untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Dato' Yang di-Pertua, bagi memastikan pembangunan yang mampan Jabatan Alam Sekitar mempunyai beberapa garis panduan pembangunan yang menjadi rujukan utama dalam memberikan maklum balas secara teknikal berkaitan sebarang cadangan pembangunan yang menggariskan keperluan penyediaan zon penampan yang sesuai antara industri dan kawasan kediaman. Zon penampan merupakan salah satu alat perancangan awal yang perlu diambil kira di dalam pelan pembangunan terutamanya dalam penempatan sebarang jenis industri dengan kawasan perumahan bagi memastikan risiko pencemaran dapat dikurangkan terhadap kawasan penempatan.

Secara keseluruhannya penggunaan teknologi kecerdasan buatan iaitu AI di dalam pengurusan alam sekitar membuka lembaran baru dalam usaha mengekang isu-isu pencemaran alam sekitar terutamanya isu pencemaran udara. Sokongan dan kerjasama yang baik antara pihak kerajaan, industri dan masyarakat dengan penggunaan AI pada masa akan datang mampu menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih bersih dan lestari. Seterusnya Yang Berhormat Jelapang telah membangkitkan berkenaan pencemaran udara akibat pelepasan asap di kawasan perumahan. Dalam hal ini kesan pencemaran udara adalah antara faktor alam sekitar yang menyumbang kepada gangguan kesihatan menyerang pelbagai peringkat usia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat isu pencemaran udara merupakan isu utama yang sering diterima oleh Jabatan Alam Sekitar. Isu pencemaran udara juga merupakan isu fans boundary di mana ianya boleh wujud pada sesetengah kawasan apabila partikel pencemar dipindahkan daripada sesuatu kawasan melalui tiupan arah angin pada tempoh masa yang tertentu sahaja. Ianya juga bergantung kepada kawasan topografi dan cuaca di sesuatu kawasan yang terlibat.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam menjalankan pemantauan dan rondaan mencegah pencemaran secara harian yang dilaksanakan. Standard Operating Procedure pemeriksaan juga sentiasa dikemaskini dengan penggunaan alat-alat pemantauan yang terkini seperti penggunaan dron, alat pemantauan udara dan alat pemantauan gas sniffer. Pihak JAS juga telah menempatkan sebanyak lima stesen pemantauan udara automatik di negeri Perak. Selain daripada itu di bawah peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 2014 juga turut mengenakan peraturan terhadap industri yang tertakluk menjalankan pemantauan kendiri secara online kepada pihak Jabatan Alam Sekitar dengan pemasangan Contro Emission Monitoring System yang boleh dipantau 24 jam sehari. Pihak industri juga dikehendaki mematuhi nilai batas pelepasan dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada pihak JAS bagi pemasangan dan pembinaan alat pembakaran bahan api dan alat kawalan pencemaran udara. Sehubungan dengan itu sebarang pembinaan industri yang berhampiran dengan kawasan sensitif seperti perumahan, sekolah dan sebagainya perlu diperhalusi dengan sebaiknya dan mengambil kira worst case scenario dengan izin dan dengan meletakkan zon penampan yang bersesuaian dan optima bagi meminimakan kesan pencemaran.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

YB sikit. Berkenaan dengan…. terima kasih YB. Yang Berhormat Spekaer. Berkenaan pencemaran udara. Ia berkaitan dengan isu pembinaan loji pelupusan sampah sisa berjadual di Batu Kurau. Nak tahu.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Yang itu, saya akan jawab nanti.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Ada ada, ok ok.

YB Exco, Astaka.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ya dalam soalan harini kan? Tapi tak keluar nanti akan dijawab dijawab secara bertulis ok.

YB Exco, Astaka. Saja nak mohon perhatian daripada Jabatan Alam Sekitar berkaitan dengan pencemaran udara. Saya menerima aduan di mana kawasan perindustrian Kampung Acheh sana ada pencemaran udara yang serius. So, minta perhatian daripada JAS. Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Laporan sudah dibuat kepada JAS tak?

Saya akan follow up nanti. Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih. Seterusnya saya beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang berkenaan cadangan penubuhan Unit Tindakan Alam Sekitar di Daerah Bagan Datuk yang dianggotai oleh Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Teluk Intan dan NGO berkaitan. Penubuhan unit ini adalah supaya respon awal dan pemantauan berkala diadakan agar isu-isu yang di utarakan dapat ditangani dengan efisien dan bersepadu termasuklah menghasilkan pelaporan awam digital. Untuk makluman Yang Berhormat Hutan Melintang, penubuhan Unit Tindakan Alam Sekitar di Daerah Bagan Datuk seperti mana yang disarankan adalah suatu cadangan yang baik, namun perlu penelitian yang terperinci untuk membentuk mekanisme pelaksanaan yang berkesan. Pada masa ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Cawangan Teluk Intan menjalankan penguatkuasaan dan mengawal selia empat daerah iaitu Daerah Hilir Perak, Daerah Manjung, Daerah Perak Tengah dan Daerah Bagan Datuk dengan kekuatan anggota yang terhad. Jadi, kita akan bertambah baik dari segi ini dan semoga dapat memberi perkhidmatan yang lebih memuaskan.

Untuk makluman Yang Berhormat Hutan Melintang, turut diberikan penekanan bahawa Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) telah menubuhkan Pasukan Khas Team Usaha MPTI pada Januari 2022. Fokus utama pasukan ini adalah untuk menutup tapak-tapak sampah haram di dalam Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk. Seterusnya adalah penubuhan Pasukan Elit Team iaitu satu unit khas yang dikenali sebagai Anti-Litter dengan izin pada Mac 2022. Dalam hal ini, peranan pasukan ini bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap cara pembuangan sampah yang betul manakala fokus kawasan utama adalah di pasar pagi, pasar malam, taman-taman rekreasi dan kawasan tumpuan orang ramai. Dalam menyahut era digitalisasi, MPTI telah membangunkan aplikasi khusus secara atas talian iaitu MPTI Go-Green merangkumi pendidikan akar umbi untuk generasi alfa. Aplikasi ini merangkumi nota-nota artificial intelligence, juga dikenali sebagai kecerdasan buatan yang tentang alam sekitar, e-games, kuiz alam sekitar dan pembelajaran atas talian. Selain itu juga, aplikasi yang sedang dalam pembangunan ialah e-Recycle Apps, aplikasi untuk memberikan penduduk dan masyarakat setempat mengumpul dan menjual barangan kitar semula secara atas talian.

Sehubungan dengan Kerajaan Negeri, sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Hutan Melintang dalam mengiktirafkan masjid dan sekolah sebagai eco-agen yang boleh menjalankan kempen pengumpulan dan mempromosikan pengasingan sisa plastik. Bagi tahun 2025, kempen dan pertandingan pengumpulan e-waste untuk tahun ini turut diperluaskan kepada masjid-masjid yang terpilih di negeri Perak sebagai perintis utama untuk pelaksanaan kempen ini dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk JAS (Jabatan Alam Sekitar), Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan MAIPk (Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak). Begitu juga dengan kempen pengasingan dan pertandingan pengumpulan sisa-sisa plastik turut dilaksanakan dengan pihak-pihak masjid yang terpilih sebagai permulaan dalam memperluaskan kempen berkaitan alam sekitar di institusi, masjid selain daripada mempelbagaikan fungsi masjid sedia ada. Kempen-kempen ini merupakan antara kempen-kempen di bawah Program Anugerah Masjid Lestari Hak Kelestarian Alam Sekitar yang akan dilaksanakan bagi tahun ini bagi mengiktirafkan usaha-usaha pengurusan masjid dalam melestarikan alam sekitar.

Beralih kepada isu seterusnya daripada Yang Berhormat Bota yang membangkitkan pertanyaan berkaitan dengan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA), dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu projek pelaburan seperti pembangunan kilang ingin dilaksanakan di sesuatu kawasan. Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar, sekiranya sebarang pembangunan hendak dilaksanakan di sesuatu kawasan, pihak pengerak projek mahu pun pemohon atau orang yang berhasrat untuk melaksanakan projek hendaklah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar di mana pihak berkenaan hendaklah mengemukakan permohonan awal bagi semakan kesesuaian tapak kepada pihak jabatan bagi mendapatkan ulasan teknikal mengikut skop dan bidang kuasa JAS dari segi kesesuaian guna tanah, tapak dan zon penampan yang perlu disediakan dan dipatuhi mengikut garis panduan pembangunan. Keadaan tapak yang disarankan sama ada bercerun, berbukit dan baik atau berada di dalam kawasan sensitif alam sekitar dan juga aktiviti yang akan dilaksanakan bagi penentuan sama ada ianya tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling, aktiviti yang ditetapkan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015 atau secara singkat perintah EIA.

Sekiranya tertakluk kepada perintah ini, keperluan penyediaan laporan EIA hendaklah dilaksanakan oleh penggerak projek atau orang yang berhasrat melaksanakan projek di bawah Seksyen 34 A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Laporan EIA ini merupakan dokumen kajian perancangan awal yang disediakan serta terperinci menggunakan data-data kajian secara kualitatif dan kuantitatif yang bersifat analitik oleh perunding EIA berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar mewakili pihak penggerak projek. Kajian yang dilaksanakan akan mengkaji, menjangka dan membuat penilaian terhadap kesan aktiviti yang akan dilaksanakan kepada alam sekitar secara amnya serta mencadangkan langkah-langkah mitigasi yang dapat mengurangkan impak kepada alam sekitar sekiranya aktiviti dilaksanakan.

Dato' Yang di-Pertua. Seterusnya Yang Berhormat Bercham telah membangkitkan mengenai kesedaran penggunaan plastik sekali guna. Kerajaan negeri menyambut baik cadangan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar tentang penggunaan plastik kepada semua golongan. Untuk makluman Dewan yang mulia, izinkan saya menarik perhatian Dewan yang mulia terhadap kesan serius mikroplastik terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia yang kini menjadi salah satu isu global yang mendesak dan tidak boleh dipandang ringan. Yang pertama, pencemaran marin mikroplastik yang terapung di lautan dan pantai mudah disalah anggap sebagai makanan oleh hidupan laut seperti ikan, udang, sotong, penyu dan pelata. Ini bukan sahaja mengganggu rantaian makanan melalui fenomena bio akumulasi, malah boleh membawa kepada kematian haiwan marin akibat penyumbatan sistem pencernaan dan kerosakan organ dalaman. Lebih membimbangkan lagi, mikroplastik ini menyerap bahan kimia toksik seperti PCB dan DDT yang akhirnya memasuki tubuh manusia melalui makanan laut. Kedua, pantai dan habitat pesisir turut terjejas. Mikroplastik yang terdampar mencacatkan keindahan alam semula jadi dan memberi kesan buruk kepada industri pelancongan. Hidupan seperti ketam, burung laut dan penyu pula terancam akibat termakan plastik atau terperangkap dalam sisa buangan halus ini. Ketiga, pencemaran tanah dan pertanian lumpur kumbahan dari loji rawatan air yang digunakan sebagai baja kini dikesan mengandungi mikroplastik. Ini memberi kesan negatif kepada struktur tanah, pertumbuhan akar serta mikro organisma penting seperti cacing dan bakteria yang membantu kesuburan tanah. Keempat, sumber air tawar tidak terkecuali. Mikroplastik telah dikesan dalam sungai, tasik, bahkan air minuman termasuk air paip dan air botol. Ini boleh menyebabkan gangguan terhadap ikan air tawar, serangga akuatik dan keseimbangan seluruh ekosistem. Kelima, haiwan darat seperti burung, landak dan monyet yang mengais sampah turut berisiko termakan plastik secara tidak sengaja yang akhirnya membawa kepada kembung perut, kelaparan dan kematian.

Ya Dato Yang di-Pertua, walaupun banyak kajian masih berada di peringkat awal, bukti yang ada semakin kukuh bahawa mikro plastik bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah memberi kesan sistemik yang serius kepada kesihatan manusia, khususnya jika pendarahan berlaku secara berterusan. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa berusaha ke arah mempromosikan program kitar semula dan pengurusan sisa pepejal secara berkesan selari dengan dasar pembangunan berasaskan kelestarian alam sekitar. Usaha ini dibangunkan bermula dari peringkat pendidikan dan promosi sehingga kepada penganjuran program mahupun projek yang tersusun di bawah inisiatif Program Local Agenda menerusi sejumlah peruntukan oleh Kerajaan Negeri kepada PBT. Kerajaan Negeri...

Exco, YB.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Masa dah suntuk, ok. Banyak lagi, nanti punya, kalau tidak nanti kita bincang.

Selalu memang tak dapat.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah melaksanakan usaha-usaha mewujudkan kesedaran pemulihan alam sekitar di kalangan murid sekolah. Berdasarkan statistik populasi sekolah di Malaysia, negeri Perak merupakan antara yang terbesar dan berpotensi untuk menerajui usaha-usaha mitigasi dan adaptasi sifar karbon Eco School selaras Aspirasi Perak Bumi Lestari, sekaligus mengangkat negeri Perak sebagai hub pendidikan untuk pembangunan mampan di Malaysia di samping membudayakan kecemerlangan dalam inovasi hijau buat negara. Hal ini juga dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau melalui intervensi pendidikan holistik dan berkesan demi menjamin masa depan yang progresif berdasarkan nilai-nilai ekonomi hijau.

Di dalam program Eco School ini selain daripada menyemaikan minat untuk mendalami ilmu pertanian, murid juga akan didedahkan untuk membuat projek yang berkaitan dengan kelestarian alam. Pada tahun 2024, sebanyak 9 buah sekolah di negeri Perak telah pun mendapat anugerah Bendera Hijau. Projek Ekologi yang berimpak tinggi akan dianugerahkan Anugerah Bendera Hijau atau Green Flags Award, Anugerah Bendera Hijau Eco School merupakan sebuah anugerah berprestij di peringkat antarabangsa yang mengiktirafkan kejayaan serta usaha dalam pembelajaran dan tindakan alam sekitar. Anugerah ini juga diperakui oleh Kementerian Pendidikan. Jabatan Pendidikan Negeri Perak komited untuk meneruskan lagi program ini serta menyasarkan tambahan 10 sekolah untuk menerima Anugerah Bendera Hijau pada tahun 2025 dan sekurang kurangnya 50 sekolah di negeri Perak mendapat Anugerah Bendera Hijau menjelang tahun 2030. Dato' Yang di-Pertua, inisiatif lain yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebagai usaha menyokong aktiviti kelestarian alam adalah program sekolah tanpa plastik sekali guna. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dalam kalangan pelajar dan komuniti sekolah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat sikit berkenaan plastik.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Dah, ok, saya ada banyak lagi.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sikit saja.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Pengurangan plastik sekali guna di sekolah telah disertai oleh 118 buah.

Bagi la, mengantuk Yang Berhormat.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Sekolah harian dan tujuh buah sekolah agama di negeri Perak. Program ini bermula dengan usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai terutamanya di kantin-kantin sekolah. Hasil daripada program ini,

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Boleh YB, sikit sahaja berkenaan plastik.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Sebanyak 13 buah sekolah telah berjaya mencapai sifar penggunaan plastik sekali guna di dalam kawasan sekolah iaitu.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Soalan ringkas sahaja YB.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

SMK Raja Perempuan Ipoh, SMK Marian Convent, SK Tanah Hitam. Dato' Yang di-Pertua, dalam usaha memperkukuhkan pendekatan lestari ini, Kerajaan Negeri turut menekankan pelaksanaan pendekatan 5R sebagai teras utama dalam pendidikan dan amalan pengurusan sisa. Yang pertama refuse dengan izin, menolak penggunaan barangan tidak mesra alam. Reduce dengan izin, mengurangkan penghasilan sisa dan pembaziran. Reused dengan izin menggunakan semula barangan yang bersih yang masih boleh dipakai.

Recycle dengan izin, mengasingkan dan mengitar semula bahan buangan dan Repurposed dengan izin, memberikan fungsi baru kepada barangan terpakai seperti menjadikan tayar lama sebagai pasu atau kain lama sebagai beg guna semula. Pendekatan 5R ini bukan sahaja berperanan mengurangkan tekanan terhadap tapak pelupusan sisa, malah membuka ruang kepada inovasi perkembangan ekonomi hijau serta peluang penjanaan pendapatan komuniti melalui produk-produk berasaskan bahan buangan. Untuk makluman Dewan yang mulia, pengenaan caj pencemaran dan larangan kepada beg plastik jinjit dilihat telah mula diterima oleh hampir keseluruhan masyarakat. Masyarakat telah mula sedar dan akan kepentingan untuk mengurangkan penggunaan plastik jinjit sekali guna. Pada masa yang sama, pengusaha-pengusaha rantaian gerai runcit dan pasar raya besar telah mula beralih ke arah tindakan tidak menyediakan beg plastik jinjit sekali guna.

Selaras dengan pelaksanaan larangan di beberapa buah negeri dan untuk menyeragamkan strategi menghindari plastik sekali guna, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah meluluskan cadangan untuk melaksanakan larangan pembelian beg plastik jinjit sekali guna di seluruh negara mulai 1 Januari 2026. Kerajaan Negeri menerima baik cadangan ini dan menyokong larangan beg plastik jinjit sekali guna di kawasan Hutan Simpan, Taman Negara, Taman Laut serta tapak Warisan Geologi dan Geo Tapak. Premis tetap yang turut dilarang adalah seperti senarai berikut, pasaraya hyper, pasaraya besar, pasaraya serbaneka, kedai serbaneka, restoran, makanan segera, kedai serbaneka, stesen minyak, kedai rantaian dan juga farmasi.

Dato' Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menyentuh isu terakhir berkaitan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Assam berkenaan cadangan penubuhan Pusat Penyelidikan Biodiversiti di Bukit Larut yang merupakan lokasi yang tepat berdasarkan kepentingan spesies unik yang boleh dikaji di dalam bidang perubatan, pertanian dan bioteknologi. Pusat penyelidikan ini dijangka boleh menarik minat saintis dan penyelidik tempatan dan antarabangsa. Untuk makluman, Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak mengalu-alukan pelaksanaan kajian berkaitan biodiversiti dalam Hutan Simpanan Kekal termasuk di Bukit Larut. Pelaksanaan kajian biodiversiti biasanya dilaksanakan bersama dengan agensi dan institusi pengajian yang melaksanakan kajian serta mempunyai kapasiti serta kepakaran dalam bidang biodiversiti hutan.

Namun, Jabatan Perhutanan Negeri berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk menubuhkan Pusat Pendidikan Biodiversiti di Bukit Larut atas faktor seperti berikut. Penubuhan Pembangunan Pusat Penyelidikan Biodiversiti dikhuatiri akan menganggu persekitaran biodiversiti sedia ada di Bukit Larut. Tambahan pula, ia melibatkan kos serta kapasiti dan kepakaran untuk pembangunan. Untuk membangun serta mengoperasikan pusat penyelidikan tersebut. Susulan cadangan Yang Berhormat Pokok Assam, sukacita saya bentangkan berkenaan EFT, iaitu peruntukan Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation dengan izin. EFT merupakan satu bentuk insentif kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan iaitu protected area dengan izin. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah mengambil alih pelaksanaan EFT daripada Kementerian Kewangan sejak tahun 2022 selaras dengan persetujuan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara tahun 2021. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan tahun 2025 pada 18 Oktober 2024 telah mengumumkan peningkatan jumlah peruntukan EFT bagi tahun 2025 sejumlah RM250 juta dan kategori kriteria pengagihan EFT ditetapkan semula iaitu 50% peruntukan yang diagihkan adalah tertakluk kepada prestasi perbelanjaan negeri kerajaan negeri. Ini menjadikan nisbah pengagihan peruntukan EFT bagi tahun 2025 berdasarkan keluasan dan prestasi kepada 50 kepada 50 / 50 berbanding 70 / 30 yang dilaksanakan pada tahun 2023 dan 2024. Peningkatan kriteria prestasi ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan kerajaan negeri memberi penekanan kepada program dan projek yang memberi impak langsung kepada konservasi biodiversiti dan hutan serta meningkatkan keluasan kawasan perlindungan negara. Dato’ Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua

Lama lagi ke? Gulung berapa minit lagi.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Dato’ Yang di-Pertua, kelestarian alam sekitar merupakan agenda penting mana-mana pihak dan menjadi tanggungjawab setiap individu dalam menjaga anugerah berharga ciptaan Yang Maha Esa. Menyedari Kerajaan Negeri komited dalam memastikan kelestarian alam sekitar menjadi tonggak kepentingan negeri. Mengakhiri penggulungan ini, sukacita saya sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam isu-isu yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan di bawah sains alam sekitar dan teknologi hijau. Sekiranya tidak belum dapat menjawab, kita akan bincang dan menjawab kemudian. Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius terhadap segala cadangan yang telah dikemukakan dan akan menambah baik perkara-perkara yang dibangkitkan untuk memajukan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. dalam menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Aulong. Sekarang saya menjemput mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Temenggor Exco Adun kawasan dari kawasan Temenggor untuk menggulung perbahasan 40 minit dipersilakan.

Auzubillahi Minas Syaitonirrojim. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Al-Quran) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri mahupun persekutuan. Seterusnya, pengamal-pengamal media dan rakyat Perak yang sedang menyaksikan persidangan kita secara atas talian. Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, membuka bicara izinkan saya memulakan dengan firman Allah Subhana wa Ta'ala dalam Surah Al-Imran Ayat 110 “kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah”. Ayat ini memberi pedoman besar kepada kita sebagai pemerintah dan pentadbir bahawa amanah kepimpinan bukan semata-mata bersifat pentadbiran tetapi berakar pada tanggungjawab moral dan nilai ketuhanan menyebabkan baik menyebarkan kebaikan menolak kemudaratan serta memastikan kesejahteraan dan rahmat dirasai seluruh rakyat.

Segala inisiatif seperti bantuan sosial, pembudayaan wanita, sokongan kepada keluarga B40 pembangunan komuniti dan pemerkasaan usahawan kecil adalah ikhtiar berterusan untuk menjaga kemasyarakatan insan yang dipertanggungjawabkan di bawah portfolio saya. Maka apa juga dasar dan program yang dirangka wajiblah didasari insan…insan…ihsan disuburkan dengan nilai prihatin dan dilaksanakan dengan penuh integriti kerana saya tahu rakyat yang sejahtera adalah asas kepada negeri yang makmur dan dirahmati.

Dato’ Yang di-Pertua dan seisi Dewan, izinkan saya untuk turut merafak sembah dan menjunjung kasih dengan sebesar besar penghargaan serta lafaz penghormatan yang tiada terperi kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menzahirkan titah ucapan perasmian sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada 15 April yang lalu. Sesungguhnya titah yang telah dizahirkan oleh ke bawah duli baginda perlu dijadikan panduan dan pedoman oleh setiap daripada kita yang telah diberi amanah dan mandat oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Negeri. Patik dan seluruh Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri menjunjung kasih atas titah ke bawah Duli Tuanku dan patik berikrar berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri agar dapat bekerja dengan lebih kuat dan gigih demi kerajaan serta rakyat Tuanku.

Dato’ Yang di-Pertua saya juga ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Ishsam yang telah pergi meninggalkan kita. Ini merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada keluarga tetapi kita sahabat-sahabat dan tentulah juga kepada penduduk di Dun Ayer Kuning. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Titah Diraja semalam kerana begitu prihatin dengan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan usaha-usaha pembangunan wanita. Isu-isu kebajikan masyarakat serta usaha ke arah pembangunan usahawan di negeri Perak. Seramai sembilan orang Ahli Yang Berhormat dan empat belas isu telah dibangkitkan bagi portfolio saya dan seluruh agensi yang berkaitan telah mengambil maklum segala pandangan saranan teguran yang cukup membina demi penambahbaikan yang berterusan.

Dato’ Yang di-Pertua, sesi penggulungan saya hari ini akan terbahagi kepada tiga segmen iaitu berkaitan wanita, kebajikan masyarakat dan di akhir penggulungan saya akan menjawab isu yang berkaitan dengan pembangunan usahawan dan koperasi. Berkaitan dengan portfolio wanita saya mulakan sesi penggulungan ini dengan menjawab cadangan-cadangan yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat daripada kawasan Behrang berkenaan keperluan mewujudkan satu program khas di bawah Kerajaan Negeri untuk pemerkasaan wanita dan belia khususnya bagi membantu golongan ini memulakan perniagaan dari rumah serta melatih mereka dalam kemahiran indusrti yang bersesuaian.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan menyokong sepenuhnya cadangan pandangan yang telah dikemukakan. Sesungguhnya pengupayaan wanita bukan sekadar isu kebajikan, bahkan ia adalah pra-syarat penting kepada pembangunan masyarakat yang inklusif dan sejahtera. Wanita nadi kepada pembangunan negeri dan juga negara. Sebagaimana yang kita maklum, pengupayaan wanita merujuk kepada proses memberi peluang sumber dan juga kuasa kepada wanita untuk membuat keputusan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial dan politik. Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka memperkukuhkan kedudukan dalam masyarakat serta memastikan hak dan peluang yang adil dapat dinikmati oleh semua.

Dato’ Yang di-Pertua, melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang tersebut. Antaranya pertama iaitu Program Biz Nita Negeri Perak merupakan inisiatif Kerajaan Negeri sejak tahun 2021 bagi memberikan bantuan peralatan perniagaan kepada wanita yang menjalankan perniagaan kecil. Program ini bertujuan meningkatkan produktiviti dan kualiti jualan usahawan wanita melalui penambahbaikan keperluan peralatan dan sehingga kini hampir 400 orang usahawan wanita kecil telah menerima manfaat daripada program Biz Nita ini.

Berdasarkan laporan penilaian yang dijalankan 85% daripada penerima melaporkan peningkatan pendapatan setelah menerima bantuan, sekali gus menunjukkan keberkesanan program dari sudut impak ekonomi dan kebajikan. Yang kedua, kursus dan latihan kemahiran wanita Perak turut menekankan aspek pendidikan dan latihan kemahiran melalui penganjuran pelbagai kursus yang bersifat praktikal dan berorientasikan pasaran. Ini memberi peluang kepada wanita untuk pertamanya memasuki semula pasaran pekerjaan. Menambah baik kemahiran sedia ada atau membina kerjaya baharu secara fleksibel terutamanya daripada rumah. Yang ketiga ialah program e-Juwita Negeri Perak merupakan program yang dirangka untuk memperkasakan wanita terutamanya golongan berpendapatan rendah dalam bidang keusahawanan, pembangunan diri dan kemahiran digital. Melalui program ini, peserta diberi pendedahan dalam bidang penghasilan produk dan perkhidmatan. Strategi pemasaran dan penggunaan teknologi digital serta kecerdasan buatan AI. Penglibatan wanita dalam ekonomi digital dan penerapan teknologi pintar seperti AI menjadi langkah strategik dalam mempersiapkan mereka menghadapi ekonomi masa hadapan di mana daya saing bergantung kepada inovasi dan kecekapan teknologi.

Sebab itu, sewaktu isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Adun Kenering, sebentar tadi dalam sesi soalan lisan, saya memaklumkan yang apabila kita menghasilkan produk-produk, ada masalah asalkan kita buat sebaik mungkin daftar kalau nak meniaga tu elok kita daftar SSM. Bagaimana kita nak memasarkan produk? Setidak-tidaknya usahawan kita dah kena ada ilmu dari segi penggunaan teknologi dan inilah usaha-usaha yang dibuat oleh sekretariat wanita untuk upayakan wanita terutamanya dalam bidang keusahawanan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam membentuk masyarakat yang inklusif di mana wanita bukan sahaja dilindungi kebajikannya tetapi turut diberikan ruang dan peluang untuk berdikari, menyumbang dan memimpin. Insya Allah Kerajaan Negeri akan terus memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Ahli Yang Berhormat Behrang yang membangkitkan isu ini dan mempertimbangkan perluasan program pemerkasaan wanita dan belia melalui pendekatan yang telah yang lebih menyeluruh dan responsif kepada keperluan semasa.

Dato' Yang Di-Pertua, izinkan saya beralih pula kepada isu kebajikan masyarakat yang menjadi antara topik utama perbahasan para Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Pasir Panjang dan Yang

Berhormat Bota atas cadangan berkenaan keperluan meningkatkan dan mempercepatkan bantuan kepada golongan asnaf, fakir miskin serta mangsa yang ditimpa musibah termasuk insiden ribut yang berlaku di kawasan Bota baru-baru ini. Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap kebajikan rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat bencana.

Sehubungan dengan itu, pelbagai saluran bantuan telah diwujudkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi berkaitan. Antara bentuk bantuan yang disediakan ialah, pertama, Skim Pemulihan Bencana sekaligus JKM bagi mangsa bencana terpencil seperti ribut ataupun kebakaran. JKM menyediakan bantuan kewangan di bawah Skim Pemulihan Bencana sekaligus dengan kadar bantuan antara ERM300 sehingga RM3000 ribu tertakluk kepada jenis kerosakan dan permohonan yang lengkap. JKM juga sentiasa berusaha mempercepatkan proses penilaian dan penyaluran bantuan ini agar mangsa dapat kembali menjalani kehidupan dengan lebih stabil dalam masa yang singkat. Bantuan kewangan kepada golongan miskin. Bagi golongan yang memerlukan bantuan akibat kemiskinan permohonan bantuan kewangan melalui JKM akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Ketiga tabung bantuan tabung bantuan segera untuk kes-kes yang sangat memerlukan penyaluran bantuan secara serta-merta boleh dipertimbangkan melalui skim bantuan segera dengan kadar maksimum sebanyak RM300 secara sekali gus. Bergantung kepada keperluan dan justifikasi kes. Yang keempat bantuan wang ihsan, bagi bencana alam berskala besar mangsa juga boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan wang ihsan yang tertakluk kepada garis panduan dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Namun begitu, kategori rumah setinggan adalah tidak layak menerima BWI berdasarkan peruntukan dalam Perkara 1.14 garis panduan semasa dan saya kira isu yang berlaku di Perak Tengah sempadan dengan Hilir Perak berkaitan dengan ribut kita masih ada lagi PPS dan pembukaan PPS juga ialah tindakan awal yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi membantu mangsa yang terkesan kepada bencana-bencana yang berlaku. Jadi inilah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan apabila berlaku bencana. Pengerusi Bencana Daerah akan memutuskan sama ada perkara itu perlu dibuka PPS ataupun sebaliknya dan tindakan membuka PPS apabila kita melihat kes-kes yang perlu kita tangani bagi memastikan perlindungan dapat diberikan kepada mangsa-mangsa bencana. Dato' Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak akan terus meneliti keperluan untuk menambah baik pelan tindakan Bantuan Bencana selaras dengan kemampuan dan hasil negeri. Cadangan untuk menilai semula jumlah bantuan juga akan diambil perhatian agar ianya lebih responsif terhadap situasi sebenar rakyat yang terkesan. Kita yakin bahawa dengan pendekatan menyeluruh dan kerjasama antara agensi negeri dan persekutuan, golongan yang memerlukan akan sentiasa dibela dan tidak dipinggirkan.

Saya merujuk kepada satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Changkat Jong berkenaan keperluan meneliti semula bentuk bantuan yang bersesuaian kepada golongan pertengahan atau kategori M40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, namun tidak tergolong dalam kategori penerima bantuan sedia ada. Kerajaan Negeri amat menginsafi dan memahami tekanan kewangan yang turut dirasai oleh golongan ini khususnya dalam konteks ekonomi semasa yang mencabar termasuk kenaikan harga barang keperluan, kos penjagaan anak, perbelanjaan kesihatan dan juga perbelanjaan dari segi pendidikan. Buat masa ini, bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ditumpukan kepada golongan yang benar-benar memerlukan iaitu isi rumah berpendapatan di bawah RM1198.00 sebulan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan sedia ada.

Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak menafikan keperluan untuk meneliti semula keperluan dan pendekatan baharu dalam membantu golongan pertengahan yang tergolong dalam kategori tidak layak tetapi terhimpit atau dikenali sebagai golongan yang terperangkap dalam situasi M40. Antara pendekatan jangka sederhana dan panjang yang sedang dipertimbang sedang dipertimbangkan atau sesetengahnya kita, kita cuba lakukan ialah, pertama sokongan berasaskan produktiviti melalui program-program pembangunan keusahawanan, Latihan, kemahiran dan akses kepada digitalisasi bagi menambah pendapatan isi rumah bukan sekadar bergantung kepada bantuan langsung.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco celah sikit JKM tadi sebelum YB Exco pergi jauh. Masalah yang jelas di kawasan saya. Saya rasa masalah komunikasi. Komunikasi antara rakyat banyak rakyat tak berani mai kot kamilah dia terus pi JKM ataupun melalui pegawai khas MB atau sebagainya. Tapi masalah yang saya dapati yang banyak complaint mai kat saya tiada jawapan daripada JKM. Diorang minta. Sebenarnya saya, saya yakin lah rakyat tak berapa paham kita yang mesti mainkan peranan kita. Saya hanya perlukan, saya mohon kerjasama daripada pihak JKM. Bila ada rakyat memohon make sure jawab tak lulus pun jawab. Lulus lagi lah jawab cepat dan kalau dia orang timbulkan apa-apa masalah melalui kami macam baru-baru ni saya ada timbulkan di JKM Bagan Serai, JKM Kerian, alhamdulillah pegawai JKM bagi jawapan panjang kat saya. Saya hantar dekat rakyat, rakyat tu marah saya tak apa. Saya kena marah pun tak pa sebab dia tak paham. Tapi saya pohon jangan ada tertinggal satu pun bila borang, borang memohon bantuan tu jawablah. Lulus tak lulus sebab ini masalah komunikasi. Terima kasih YB Exco.

Saya ambil maklum perkara ini. Mungkin ada perkara-perkara yang terlepas tapi biasanya kita akan reply lah. Ya, kita akan bagi sama ada kelulusan itu berlaku ataupun dia masih dalam proses. Namun perkara itu saya akan memaklumkan sekali lagi kepada JKM untuk lebih cakna dalam melakukan tugas bagi memastikan setiap isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan sewajarnya dan saya kira atas usaha yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak juga apabila kita mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan, kita turun ke daerah-daerah untuk memastikan akses kepada rakyat untuk berjumpa Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan secara langsung dapat kita selesaikan secara in-situ. Biasanya kalau Hari Bertemu Pelanggan ni kita kita terus memaklumkanlah apabila ada kes-kes yang diangkat kepada kita ataupun kita akan membuat siasatan dan JKM akan turun untuk membantu bagi memastikan adakah isu itu perlu kita bantu ataupun kita syorkan kepada bantuan-bantuan lain. Apa pun, saya akan ambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh YB sebentar tadi.

Seterusnya ialah berkaitan dengan usaha yang kita buat untuk cuba membantu golongan M40 ini melalui sokongan berasaskan produktiviti yang saya sebut tadi. Melalui program-program pembangunan keusahawanan. Yang keduanya ialah subsidi bersasar dan inisiatif gaya hidup mampu milik. Kerajaan Negeri juga boleh meneroka inisiatif seperti diskaun pendidikan pra sekolah, subsidi penjagaan anak, program pembelian Barangan Asas Mampu Milik (BAMW) atau pun kad diskaun tertentu yang memberi manfaat kepada keluarga M40 secara lebih fleksibel. Ketiga kerjasama strategik dengan sektor swasta dan GLC. Beberapa agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri juga boleh dilibatkan dalam menawarkan program khidmat masyarakat berimpak tinggi kepada segmen ini. Contohnya sokongan kesihatan mental, pengurusan kewangan, isi rumah serta bantuan pengurusan hutang.

Sebab itu, kalau kita melakukan program di bawah portfolio sayalah sebagai contoh, program-program yang kita turun kita buka sebenarnya walaupun dalam skop itu kita fokus kepada kumpulan-kumpulan tertentu tetapi biasanya program kita akan buka supaya orang ramai boleh datang mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada agensi-agensi yang kita bawa. Isu melibatkanM40 perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas dan inklusif. Kerajaan Negeri akan meneliti secara menyeluruh cadangan Yang Berhormat Changkat Jong ini dan akan memperhalusi dasar-dasar bantuan dan program sedia ada agar lebih responsif khususnya kepada kumpulan isi rumah yang kini semakin tergelincir dari status stabil kepada kelompok yang memerlukan perhatian. Saya merujuk kepada cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Bota berkenaan pelaksanaan program Pusat Sehenti Sejahtera Sosial agar diperluas ke lokasi yang lebih dekat dengan masyarakat termasuk di masjid serta cadangan untuk menyediakan perkhidmatan khidmat guaman percuma kepada rakyat memerlukan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Yang Berhormat Bota, Program One Stop Centre Sejahtera Sosial merupakan salah satu inisiatif baru di bawah flagship keenam Pelan Perak Sejahtera 2030 yang memberi fokus kepada usaha pembasmian kemiskinan tegar. Program ini telah dimulakan melalui projek rintis yang dilaksanakan di daerah Manjung pada 11 November 2023.

Sepanjang tahun lalu, program ini telah dilaksanakan di 11 lokasi meliputi 12 daerah dengan penglibatan seramai 3,467 ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih. Ia telah mencatatkan sebanyak 10,843 transaksi perkhidmatan melalui lapan kluster kaunter yang disediakan seperti kebajikan 3,956 transaksi, perlindungan sosial 2,943 transaksi, pendidikan 1,077 transaksi, keusahawanan 1,067 transaksi, kesihatan 762, khidmat nasihat 473, pekerjaan 357 dan pertanian serta perikanan 208. Program ini turut disemarakkan dengan pelbagai aktiviti inklusif yang menyasarkan seluruh isi rumah termasuk kursus quit win, pemerkasaan kesihatan percuma, jualan murah, cabutan bertuah, servis tukar minyak hitam, gunting rambut percuma dan perkongsian kisah kejayaan mereka yang telah berjaya keluar dari kelompok miskin tegar. Bagi tahun 2025, pendekatan program ini akan diperluas dan ditambah baik dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan jati diri keluarga miskin dan miskin tegar. Bukan sahaja kepada ibu bapa ya ketua isi rumah, tetapi kita juga memberi fokus kepada anak-anak. Seiring dengan itu, satu bengkel One Stop Centre Sejahtera Sosial 2025 telah dilaksanakan pada 25 Februari yang lalu merumuskan pendekatan baharu berasaskan dua modul utama.

Yang pertama, modul pelajar merangkumi aspek rohani, pendidikan dan TVET. Yang kedua, modul ibu bapa merangkumi rohani, kemahiran bantuan dan kesihatan. Pada tahun ini, program ini akan dilaksanakan di 24 mukim yang dikenal pasti mempunyai bilangan tertinggi KIR miskin dan miskin tegar berdasarkan data e-Kasih semasa.

Makna ini penambahbaikan ya YB. Kalau tahun lepas kita buat di daerah-daerah tahun ni kita lebih berfokus. Kita memberi tumpuan kepada mukim-mukim yang mempunyai kadar KIR miskin tegar yang paling tinggi dan mukim-mukim yang berhampiran sekitar untuk kita memberi tumpuan secara khusus dan kena kepada kumpulan sasar. Jadi cadangan YB masjid boleh dijadikan mungkin masjid boleh dijadikan sebahagian daripada tempat-tempat melakukan aktiviti yang kita rencanakan termasuk bantuan khidmat guaman yang YB syorkan itu boleh berada di dalam sebahagian daripada apa apa program tersebut ya program tersebut. Dan kerajaan negeri komited untuk terus menjadikan program One Stop Centre Sejahtera Sosial sebagai platform Utama memperkasa kelompok rentan dan membina jaringan sokongan yang lebih sistematik, bersasar dan berimpak tinggi ke arah matlamat Perak Sejahtera 2030.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil maklum dan menghargai pandangan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Kenering berhubung kriteria kemiskinan serta pendekatan pembasmian kemiskinan yang lebih mampan dan produktif termasuk saranan untuk menilai semula takrifan dan pendekatan semasa. Pendekatan tadi kita dah maklum ya bagaimana kita ambik pendekatan yang baharu untuk mengadakan Program One Stop Centre kita fokus kepada mukim-mukim. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tujuan pengukuran tahap kemiskinan isi rumah kerajaan pada masa ini menggunakan kaedah pendapatan garis kemiskinan PGK yang ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Ekonomi berdasarkan hasil penyiasatan pendapatan isi rumah yang dijalankan setiap dua tahun. Takrifan kemiskinan semasa iaitu miskin tegar merupakan isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada PGK makanan iaitu tidak mampu memenuhi keperluan nutrisi asas dan untuk kategori miskin ialah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada PGK keseluruhan meliputi keperluan asas makanan dan bukan makanan seperti pendidikan, kesihatan dan tempat tinggal. Program One Stop Centre kita fokus kepada miskin tegar.

Dalam masa yang sama, kita tidak meminggirkan kumpulan miskin. Sebab itu bila kita membentangkan data ya bila kita kata kita lock data kemudiannya kita menoktahkan ada orang yang agak mengeluarkan kata-kata "Eh dah takde orang miskin ke" apa bila kita mengeluarkan data. Miskin masih ada, tetapi dalam usaha untuk mengeluarkan kumpulan miskin tegar kerana mereka ini berada di bawah pendapatan bulanan kurang daripada PGK makanan. Ini yang kita cuba bantu melalui usaha-usaha yang berterusan daripada agensi-agensi yang berkaitan. PGK semasa tahun 2022 yang diguna pakai di negeri Perak adalah seperti berikut. Miskin tegar RM312 ringgit per kapita bandar dan luar bandar dan untuk miskin, RM708.00 bandar dan RM623.00 luar bandar. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya turut menghargai saranan Yang Berhormat agar pendekatan bantuan kewangan disokong dengan pemerkasaan ekonomi dan peluang pekerjaan. Justeru itu, pengkelasan kumpulan miskin kepada dua kategori. Kita kelaskan ya satu golongan yang produktif yang masih berupaya bekerja dan menjana pendapatan dan ingin memajukan diri mereka. Yang kedua ialah golongan yang tidak produktif. Warga emas, OKU, pesakit terlantar dan tidak berupaya bekerja dan tidak ingin mengeluarkan diri mereka dari garis kemiskinan. Kita ada ya golongan-golongan ini yang mereka lebih selesa untuk menerima bantuan.

Bagi golongan produktif, pelbagai program telah diperkenalkan untuk membina keupayaan mereka seperti program peningkatan pendapatan, pemadanan pekerjaan dan keusahawanan, latihan kemahiran quit win dan TVET. Manakala bagi golongan tidak produktif, bantuan bulanan disalurkan mengikut keperluan dan disemak secara berkala. Kerajaan Negeri juga maklum saranan Yang Berhormat agar takrifan miskin dinilai semula berdasarkan pendekatan Islam iaitu fakir dan miskin. Pandangan ini adalah wajar dalam konteks pelaksanaan dasar yang lebih berperikemanusiaan berperikemanusiaan, adil dan bersifat membina. Dalam hal ini, agensi seperti MAIWP telah pun mengguna pakai takrifan ini dalam pentadbiran zakat dan agihan bantuan. Secara keseluruhan, pendekatan Kerajaan Negeri dalam membasmi kemiskinan hari ini bukan lagi bersifat bantuan semata-mata tetapi berasaskan prinsip pemerkasaan, kebertanggungjawaban dan mobiliti sosial. Kita tidak mahu rakyat hanya bergantung semata-mata kepada bantuan tetapi diberikan peluang dan keupayaan untuk keluar dari belenggu kemiskinan secara bermaruah seperti objektif yang dilaksanakan di bawah program One Stop Centre Sejahtera Sosial yang saya bentangkan tadi.

Dato' Yang di-Pertua saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Chenderoh atas cadangan agar jumlah penerima Kad Perak Sejahtera (KPS) ditingkatkan dan sasaran sebanyak 20,000 penerima dapat dicapai dalam masa yang terdekat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini sehingga 31 Mac 2025, seramai 19,052 orang penerima aktif sedang menikmati pelbagai manfaat di bawah Program Kad Perak Sejahtera dan jumlah ini hampir mencapai kapasiti maksimum sasaran penerima dan proses penyasaran terus berjalan secara peringkat dan tentulah sebagai Exco yang bertanggungjawab, ya setiap kali pembentangan bajet, saya mengharapkan agar bajet-bajet tambahan dibuat untuk Program Kad Perak Sejahtera ini agar kita boleh menambah penerima manafaat dan saya yakin dan percaya melalui pentadbiran yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak untuk memastikan pelabur-pelabur, kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan akhirnya akan memastikan kestabilan sosial dapat dilakukan merencana, merangka dan menyusun serta melaksanakan usaha-usaha yang berterusan bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri Perak ini.

Kerajaan Negeri melalui Wanita Perak sentiasa menerima dan menilai permohonan baru dari semasa ke semasa dan proses ini dilaksanakan secara menyeluruh dan berintegriti dengan mengambil kira cadangan dan semakan daripada agensi teknikal. Kerjasama rapat bersama Pejabat Daerah dan Tanah serta penyelarasan data kasih dan sistem kemiskinan negeri. Bagi penerima yang tergolong dalam kategori miskin tegar kerajaan negeri turut memberikan kelulusan khas secara fast track bagi memastikan mereka tidak berdepan dengan kekangan dalam menerima bantuan yang diperlukan dan golongan ini diberi keutamaan dari segi kemudahan urusan dan pemprosesan permohonan, selaras dengan komitmen kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri Perak. Program Kad Perak Sejahtera bukan sekadar bantuan kebajikan semata-mata, bahkan ia menjadi lambang pendekatan menyeluruh dan bersasar kerajaan negeri dalam menyediakan jaringan sokongan kepada golongan rentan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubu Gajah berkenaan sebuah keluarga besar yang menetap di kampung, di PPRT Kampung Sangkut, Ijok dan menyatakan keperluan intervensi segera oleh jabatan dan agensi berkaitan. Bertindak atas maklumat tersebut, pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah LMS segera turun padang bagi mendapat kesahihan, kesahihan maklumat keluarga yang tinggal di PPRT Kampung Sangkut, Ijok seperti yang dibangkitkan oleh YB Kubu Gajah. Hasil daripada siasatan, client Wan Osman bin Wan Omar berusia 62 tahun dan isterinya, Siti Aishah, 56, tahun mempunyai 12 orang anak, tiga lelaki dan sembilan perempuan. 11 daripadanya tinggal bersama. Mereka tinggal di rumah kampung bersama 11 orang anak, 8 orang menantu dan 19 orang cucu yang punyai 10 bilik. Isi rumah yang tinggal bersama client adalah, saya baca satu-satu ye YB. Keluarga pertama Muhammad Fairus iaitu menantu berniaga apam balik pendapatan bulanan RM1,200.00 bersama isteri dan 3 orang anak. Keluarga kedua Mohamad Farid juga menantu bersama isteri pendapatan bulanan RM800.00 bersama 3 orang anak. Keluarga 3 Nor Izzat bekerja kampung, pendapatan bulanan RM700.00 tetapi menerima bantuan OKU, RM450.00 sebulan. Wan Nor Hafizah, Isteri mempunyai dan juga tinggal bersama isteri mempunyai 1 orang anak, ini dalam sebuah rumah ye. Keluarga keempat, Mohd Farid, menantu pendapatan bulanan RM750.00 bersama isteri dan mempunyai 4 orang anak.

Seterusnya, anak kelima pendapatan bulanan RM700.00 bersama isteri dan juga 2 orang anak. Seterusnya keluarga keenam pendapatan RM600.00 bersama isteri. Isteri berkerja guru KAFA. Pendapatan RM1,000.00 dan mempunyai tiga orang anak. Keluarga ketujuh, pasangan suami isteri pendapatan RM1,500.00, kerja kilang dan mempunyai seorang anak. Keluarga kelapan menantu dan isteri pendapatan bulanan RM1,200.00, mempunyai dua orang anak dan ada anak client yang belum berkahwin tinggal bersama iaitu berumur 24 tahun bekerja sebagai mekanik lori dengan pendapatan RM1,200.00 dan seorang anak…anak dara 21 tahun yang tidak bekerja dan juga yang berumur 19 tahun, lelaki yang masih dalam proses mencari pekerjaan. Jadi untuk makluman YB Kubu Gajah, client masih berkerja kampung dan dan memperolehi pendapatan RM400.00 sebulan. Pernah mohon bantuan pada 2014, ditolak kerana pendapatan isi rumah melebihi dan punyai anak dewasa yang boleh membantu. Tiada permohonan baru yang diterima setakat ini dan kita akan mempertimbangkan sekiranya ada keperluan keperluan dari masa ke semasa boleh sedikit tambahan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Boleh sikit tambahan YB. Terima kasih dengan jawapan yang daripada YB. Cuma nak tahu sampai satu rumah, sekarang saya nampak 40 orang dah penambahan cucu dia. Cuma bagaimana kita nak keluarkan mereka ni daripada duduk di rumah sekali. Tu saya nak…nak…na…nak…nak…nak…nak atur soalan pun agak sukar sikit. Mungkin Exco faham benda tu. Dengan jabatan mana, dengan agensi mana supaya apa. Supaya tak nampak sangat dalam rumah tu. YB pergi sendiri la rumah tu tengok macam mana. Rumah PPRT bukan rumah banglo ataupun lot rumah mesra rakyat. Lot PPRT boleh tengok macam mana supaya mereka ni mungkin sebahagian pernah kita bagi kaunseling bersama dengan Penghulu supaya keluarga yang sedikit kemampuan keluar daripada rumah supaya tidak membebankan isi rumah yang duduk sekali. Masalah, pelbagai masalah kita terima. Kalau ada cadangan daripada pihak Exco untuk mereka ni dibagi rumah ke dengan Yayasan Negeri Perak ke daripada Baitulmal ke. Terima kasih.

Terima kasih YB. Saya akan minta agensi yang berkaitan. Mungkin kita boleh tengok sebab ialah macam YB sebut, bila perkara ini kita nak ulas akan jadi satu isu yang berpanjangan tetapi saya sentiasa menekankan agar sekiranya memang kita layak untuk bantu, kita bantu dan kita juga mengharapkan, tadi saya sebut dua golongan ini, ada dua golongan ini dan kita juga sentiasa cuba untuk memastikan agar kumpulan-kumpulan ini kita encourage dan kita cuba bagi nasihat. Kita cuba membina keyakinan bahawa kemiskinan ini bukanlah satu perkara yang harus diwarisi melalui pendidikan. Jadi, pendidikan kita cuba bantu. Mungkin ada program-program pendidikan motivasi bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi kepada anak-anak dan itulah tujuan kita mengadakan Program One Stop Center tetapi isu yang yang dibangkitkan tadi kita, saya akan cuba tengok agensi-agensi yang mungkin kita boleh, boleh bantulah tengok ya YB.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih YB.

YB Exco, boleh Manjoi mencelah sikit. Cuma isunya saya nak tarik sikit berkenaan isu satu, satu agensi ataupun portfolio di bawah jagaan YB Exco. Berkenaan dengan Sekretariat Usahawan Negeri Perak atau STeP yang menarik. Sebab saya tengok STeP dah banyak bantu usahawan kita. Cuma point saya ialah macam mana kita nak nak melihatkan supaya STeP ini tidak dilihat hanya mengutamakan ataupun hanya hanya memberikan peluang kepada usahawan yang sama sahaja. Itu pertama. Buktinya bila saya check balik laporan STeP dan saya ikuti perkembangan, ada juga STeP kita sampai kita bawa usahawan ke luar negara. Bila kita bawa usahawan ke luar negara ni, dia memerlukan belanja kos yang sangat besar. Pertama soalan saya, adakah kos-kos besar tersebut mendapat kelulusan daripada daripada Pegawai Kewangan Negeri sebab kita…kita bawa, bawa kos yang banyak. Kedua macam mana kita nak…nak… nak mengelakkan pandangan di luar sana melihat STeP hanya mengutamakan usahawan yang sama dan bagaimana peluang untuk orang baru. Sebab saya tengok hampir setahun kita ke London, ke Turki, ke Singapore, ni semua kos besar dan kos-kos duit kerajaan dan…dan bagaimana kita sebenarnya?

YB...YB sebenarnya. Kejap-kejap. Saya part usahawan saya belum pergi lagi. Jadi, nanti saya ulas kepada yang part usahawan.

Kalau part tersebut bagi saya celah. Ada point sikit belum berakhir.

Ok, Dato’ Yang di-Pertua. YB Manjoi, ni baru masuk part pembangunan usahawan. Saya belum masuk YB Manjoi yang begitu cakna dan apa mengambil maklum saya pun tengok YB Manjoi pun ada turun dekat cafe-cafe. Saya ada nampak. Maknanya, terima kasih atas usaha yang dibuat oleh YB Manjoi juga dalam membantu usahawan-usahawan dan izinkan saya, Dato’ Yang di-Pertua beralih kepada portfolio di bawah saya itu Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Sungai Manik atas keprihatinan terhadap cabaran yang sedang dihadapi oleh para usahawan khususnya melibatkan kos operasi yang meningkat, kekangan tenaga kerja serta isu penutupan premis perniagaan yang memberi kesan langsung terhadap kadar pengangguran di negeri ini.

Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak telah mengambil inisiatif memperkenalkan Geran Usahawan Perak (GeRAK) sejak tahun 2023 bagi membantu usahawan mikro termasuk usahawan home based dalam meningkatkan keupayaan perniagaan mereka. Geran ini merupakan bantuan one off sehingga RM2,000 yang boleh dimanfaatkan dalam bentuk pembelian mesin, peningkatan pemasaran, penjenamaan dan pembungkusan dan geran ini terbuka kepada semua kaum yang menjalankan PMKS di negeri Perak dan statistik penerima gerak adalah seperti berikut. Tahun 2023-771, 2024-713 & tahun 2025 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.5 juta dalam program ini seperti yang saya telah baca atau saya telah menjawab dalam sesi ucapan saya persoalan lisan baru-baru ni, permohonan akan disaring melalui sesi temu duga bagi memastikan hanya usahawan yang benar-benar bersedia dan komited menerima bantuan ini.

Proses kelulusan pula dibuat oleh Jawatankuasa Geran Gerak yang dipengerusikan oleh saya sendiri selaku Exco Pembangunan Usahawan bersama Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan turut melibatkan agensi-agensi seperti SME Corp, TEKUN Nasional, Yayasan Perak, Jabatan Pertanian serta AIM dan beberapa agensi yang lain. Yang Berhormat, menjawab soalan yang dibangkitkan. Saya sebenarnya selalu mendengar isu-isu ini dibangkitkan kononnya STeP memilih usahawan yang sama terutamanya dari segi perluasan produk pasaran ke luar negara bagi tujuan perluasan produk pasaran ke luar negara biasanya kita akan membuka tawaran kepada usahawan-usahawan yang berminat dan mereka haruslah memenuhi setidak tidaknya mereka ada Sijil MESTI, H-Cert ataupun yang ada Sijil Halal dan packaging kenalah cantik yang kita boleh menjual produk kita termasuk produk tersebut boleh sustain untuk kita bekalkan dalam tempoh masa yang panjang dan biasanya untuk usahawan-usahawan yang pergi ke luar negara ini akan ada sesi temu duga yang dilakukan dan bagi kos-kos sekiranya kita bawa mereka ke luar negara. Paper diangkat ke MMK untuk tujuan tersebut dan kos untuk usahawan mereka menanggung keseluruhan kos kecuali Kerajaan Negeri menyediakan booth bayaran booth bagi usahawan-usahawan yang kita bawa. Jadi sebenarnya tidaklah benar sekiranya kata hanya usahawan yang sama, kita buka tawaran ini kepada semua dan biasanya kadang kadang kita tak terima respon daripada usahawan.

Saya sekali lagilah saya kena sebut tolonglah usahawan. Follow lah rapat-rapat agensi berkaitan keusahawanan terutamanya kalau agensi negeri ialah Sekretariat Usahawan dan isi maklumat dalam Perak SME D-Base. Perkara ini untuk memudahkan kita kenal pasti produk-produk ataupun syarikat-syarikat yang sesuai saya pun memang selalu membangkitkan isu ini kepada Sekretariat Usahawan sebab saya tak nak nanti orang kata seolah-olah kita bawak hanya kroni-kronilah selalu sebut macam tu kan? Tetapi yakin dan yakin percayalah Yang Berhormat perkara ini kita perhalusi kita tengok kesesuaian dengan satu…satu…satunya ialah mengikut event ya, ada event yang sesuai kita bawa produk makanan dan sebagainya. Jadi perkara ini ada jawatankuasa yang kita temu duga untuk melihat potensi- potensi usahawan sedia ada yang akan kita bawa ke luar negara.

Terima kasih YB Exco dan Dato' Speaker. Cuma saya tambah baik kepada portfolio ini ialah kita…kita tidak mahu melihat ataupun kita tidak mahu dilihat hanya usahawan yang sama sahaja yang dibawa setiap tahun. Sebab point saya ialah memang kalau kita check memang usahawan yang sama team yang sama dibawa. Jadi bila ditanya pada saya, saya jawab mungkin dah buat pilihan dan saya tak tau detail dan sebab itu saya tanya sini dan dan benda tu menjadi persoalan di bawah dan point mungkin banyak pihak menyatakan produk mereka juga patut diangkat sampai ke peringkat antarabangsa. Tapi bila mana hanya orang sama je dapat kat situlah boleh menimbulkan keraguan dan kita kena elak istilah-istilah yang disebutkan tadi dan kita nak nampak ketelusan di situ dan kedua tentang perbelanjaan tadi, saya sangat setuju supaya dia dikawal rapi betul-betul sebab bila kita bawak team ke luar negara ni dalam satu-satu jumlah yang besar kemungkinan kat situ mestilah teliti dan mestilah mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri itu juga kadang sampai kepada kami pihak pembangkang dan saya biar ini sebagai satu semak dan imbang supaya STeP lebih lebih baik dan lebih orang kata telus dalam dalam membangunkan usahawan di negeri Perak. Terima kasih.

Untuk perluasan pasaran, macam saya bagitahu setiap perbelanjaan kita akan angkat ke MMK dan usahawan-usahawan kita akan senaraikan usahawan mana usahawan mana dan mereka hanya kita hanya akan menanggung kos booth sahaja yang lain mereka tanggung dan setengah syarikat mereka boleh claim balik kerana ada program-program di bawah MATRADE dan sebagainya dan saya juga nak maklum kepada Yang Berhormat sekiranya ada isu-isu ini ataupun ada syarikat yang memaklumkan mereka juga layak. Kenapa tak diberi peluang, tolong bagi kepada saya nama syarikat tersebut dan kita akan buat engagement supaya kita nak lebih banyak produk-produk yang ada di negeri Perak ini dapat kita angkat ke peringkat global.

Terima kasih YB. Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Manik juga telah bertanyakan berkaitan penyelarasan fungsi agensi yang membantu usahawan di negeri Perak agar tidak berlaku pertindihan peranan serta persaingan yang tidak produktif antara agensi pelaksanaan dan cadangan untuk memperluaskan pembangunan industri kecil termasuk hab halal di setiap daerah. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak amat menyedari keperluan untuk mengoptimumkan koordinasi antara agensi pembangunan usahawan melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak. Bagi tujuan itu, Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Perak (MPUNP) telah ditubuhkan sebagai platform penyelarasan dasar dan program keusahawanan dengan keanggotaan pelbagai agensi seperti STeP, Yayasan Perak, MARA, SME Corp., MAIPk dan lain-lain agensi yang berkaitan dan majlis ini berperanan menyelaras pelaksanaan program mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi serta membina pangkalan data usahawan yang bersepadu serta memastikan inisiatif pembangunan usahawan dijalankan secara tersusun, bersasar dan selari dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.

Dalam aspek pembangunan industri halal dan penyediaan fasiliti perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memainkan peranan yang amat penting. MARA menyediakan pelbagai bentuk sokongan kepada usahawan termasuk pembiayaan perniagaan dan geran sokongan dan saya yakin dan pasti perkara ini dalam pengetahuan Yang Berhormat Sungai Manik, Exco yang pernah memegang portfolio ini. Fasiliti premis perniagaan dan industri termasuk pemenang MARA Halal Industri Park di Tambun, Perak. Ini antara usaha- usaha yang dibuat termasuk Kerajaan Negeri menyambut baik juga cadangan Yang Berhormat untuk memperluaskan konsep kawalan industri kecil berfokus halal ke daerah lain. Cadangan ini akan diperhalusi bersama agensi berkaitan seperti MARA, Jabatan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK) dan STeP agar rangkaian pengeluaran produk halal dapat dibina secara bersepadu dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Dato' Yang di-Pertua saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Selinsing atas cadangan berkenaan keperluan mewujudkan dana sokongan khusus bagi industri kecil yang terjejas terutamanya pengusaha yang bergantung kepada rangkaian bekalan import dan eksport…

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Minta maaf Dato' Exco Dato' Speaker. Saya sebab pasal industri kecil ni memanglah kita antara cadangan saya supaya kita mewujudkan pusat-pusat Al-Hab di daerah-daerah. Mungkin ianya mengambil masa. Kenapa tidak kita meminta kepada pentadbiran daerah mewujudkan pusat industri kecil sebab ramai usahawan ni dia ada produk nak nak nak proses produk, tapi dia tak ada tempat? Dia tak mampu nak…nak…nak menyediakan tempat. Mungkin boleh difikirkan sebab dulu PKNP ada buat pekan kecil tapi ada tempat-tempat yang tak dimanfaatkan. Mungkin boleh dilihat semula bagaimana kita nak manfaatkan benda yang telah dilakukan oleh PKNP dulu dipertingkatkan lagi.

Terima kasih Sungai Manik atas cadangan yang diberikan. Saya menyambut baik cadangan tersebut. Ya, memang kalau boleh kita nak berfokus kepada daerah-daerah ni supaya mudah. Sebab kita menerima respon daripada usahawan-usahawan. Kalau kita mewujudkan satu pusat halal di katalah di Lekir, kita nak bawa usahawan daripada Gerik pergi ke Lekir. Mereka pun tak nak berpindah dari tempat mereka. Jadi memanglah kalau berfokus itu kita pergi ke daerah-daerah adalah lebih baik dan cadangan itu saya akan percaya dari masa ke semasa kita akan cuba lakukan agar memudahkan usahawan-usahawan terutamanya kita nak membangunkan produk-produk IKS di negeri Perak ini dapat dilakukan secara sistematik dan dapat kita membantu usahawan-usahawan kita mengeluarkan produk yang berkualiti. Terima kasih Sungai Manik di atas cadangan yang diberikan. Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap kesan langsung dan tidak langsung yang ditanggung oleh industri kecil berikutan ketidaktentuan pasaran global, gangguan rantaian bekalan serta peningkatan kos logistik dan pengangkutan.

Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah telah diambil secara bersepadu bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memastikan kelangsungan dan daya tahan industri kecil terus diperkukuh. Inisiatif Pemerkasaan Industri Tempatan melalui Sekretariat Pembangunan Usahawan, Inisiatif Galakan Pemerkasaan Industri Tempatan telah dilaksanakan dan program ini memberi fokus kepada latihan kemahiran praktikal dan teknikal. Kedua pembangunan kapasiti dan pengetahuan pengurusan, strategi pengurangan kebergantungan kepada bekalan import melalui penggunaan bahan mentah tempatan ataupun usahasama domestik. Yang keduanya ialah latihan teknikal, R&D produk dan pemindahan teknologi. Kerajaan Negeri juga menyediakan golongan dalam menyediakan sokongan dalam bentuk latihan teknikal dan teknologi pengeluaran seperti teknologi retot untuk produk tahan lama, pemindahan teknologi daripada institusi pendidikan tinggi dan pusat kemahiran, R&D penyediaan penyelidikan dan pembangunan produk agar menepati piawaian pasaran domestik dan antarabangsa dan usaha ini adalah penting untuk memastikan produk-produk usahawan kecil di Perak mampu bersaing dari segi kualiti dan ketahanan, menepati keperluan eksport dan pensijilan piawaian dan paling utama kurang bergantung kepada komponen bekalan dari luar negara dan sebab itu saya bersetuju dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Sungai Manik sebentar tadi.

Kerajaan Negeri akan terus meneliti cadangan YB Selingsing untuk mewujudkan dana sokongan khas kepada industri kecil yang terkesan dan sebenarnya walaupun walaubagaimanapun, mungkin kita terlepas pandang bantuan sokongan ini telah disediakan melalui Yayasan Perak iaitu kita ada pinjaman mikro kredit. Pinjaman tanpa faedah kepada usahawan untuk mereka membangunkan produk-produk ataupun menjadi usahawan. Jadi ini antara sokongan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan saya yakin dan percaya dari masa ke semasa, kita juga akan cuba mempertimbangkan bantuan-bantuan lain dan sekiranya bersesuaian akan dirangka secara kolaborasi bersama agensi-agensi seperti SME-Corp, SteP, MARA dan MITI untuk memastikan penyampaian bantuan lebih tersasar dan berkesan.

Dato' Yang di-Pertua, di akhir penggulungan ini, izinkan saya untuk mengambil kesempatan sekali lagi bagi menzahirkan ucapan menjunjung kasih sebesar-besar penghargaan serta lafaz penghormatan yang tiada terperinya ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas Titah Diraja yang penuh hikmah di para 18 yang menyentuh berkenaan inisiatif yang memberikan impak positif iaitu 'Program One Stop Center Sejahtera Sosial Negeri Perak' yang telah dilaksanakan dengan jayanya di semua daerah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pegawai-pegawai daerah yang telah memastikan program ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya Titah Tuanku akan menjadi pedoman bahkan menjadi ilham dan dorongan kepada seluruh jentera pentadbiran negeri untuk terus berkhidmat dengan iltizam, keikhlasan dan semangat khidmat bakti demi menjunjung kemakmuran negeri dan menegakkan keadilan sosial untuk seluruh rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak seluruh Ahli Dewan untuk sama-sama kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh anggota pentadbiran agensi pelaksana, jabatan kerajaan, pertubuhan masyarakat dan semua yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan hasrat murni ini. Semoga segala usaha yang digerakkan dengan penuh amanah ini akan terus menyumbang ke arah pembinaan masyarakat Perak yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan berjiwa besar. Kerajaan negeri turut mengambil maklum dan menyambut baik setiap cadangan serta kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua perkara ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya dan dibawa ke peringkat pelaksanaan dasar dengan pendekatan yang lebih inklusif dan strategik. Kita tidak akan bergerak secara silo, sebaliknya akan memastikan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri berkolaborasi erat demi kepentingan rakyat.

Akhir kata, marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat yang jitu dan iltizam yang tidak berbelah bahagi untuk menjadikan negeri Perak sebagai sebuah negeri yang benar-benar rahmah, sejahtera dan membangun dengan adil. Kita tidak mampu bergerak secara sendirian tetapi dengan kesatuan niat, keikhlasan tindakan dan kekuatan perancangan. Insya Allah, kita mampu mengangkat martabat rakyat dan negeri yang kita cintai ini ke tahap yang lebih tinggi. Sekian, Temengor menyokong. Assalamualaikum.

Yang di-Pertua

Walaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Temenggor. Sekarang saya menjemput, mempersilakan Yang Berhormat Exco dari kawasan Jalong untuk menggulung perbahasan 45 minit, silakan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Sebelum memulakan penggulungan, patik ingin memohon ampun Tuanku. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Tuanku Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, mencemar duli menyampaikan Titah Diraja dan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada 15 April 2025 yang lalu.

Dato' Yang di-Pertua, tahun lalu menyaksikan pelaksanaan kempen Tahun Melawat Perak 2024 yang memainkan peranan penting dalam merancakkan industri pelancongan, salah satu penyumbang utama kepada pembangunan sosio-ekonomi dan pertumbuhan negeri. Sebagai contoh, minta maaf sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan budaya sejarah yang unik, keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian produk pelancongan, kempen ini telah menjadi platform strategik untuk mempromosikan perak di peringkat domestik dan antarabangsa berteraskan tema dan semangat promosing Perak, kita berjaya mencetuskan gelombang baru dalam memperkukuh landskap pelancongan negeri. Sepanjang kempen ini, negeri Perak telah mencatatkan pencapaian luar biasa dengan menerima kunjungan 10.2 juta pelancong domestik dan 970,611 pelancong antarabangsa sekaligus melepasi sasaran asal yang telah ditetapkan. Kejayaan ini menjadi manifestasi kepercayaan para pelancong terhadap kekuatan produk pelancongan di negeri Perak serta hasil kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan seluruh komuniti pelancongan dalam memastikan kempen ini mencapai impaknya yang maksimum. Tiga daerah utama yang menjadi penyumbang tertinggi kepada jumlah ketibaan pelancong ialah daerah Kinta dengan 3.72 juta pelawat, daerah Manjung dengan 2.68 juta pelawat dan daerah LMS ataupun Larut Matang dan Selama dengan 1.55 juta pelawat. Ini menunjukkan bahawa pelbagai lokasi dan produk pelancongan kita berjaya menarik perhatian pelancong dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dato' Yang di-Pertua, untuk memajukan sokongan Tahun Melawat Malaysia 2026, setiap Pihak Berkuasa Tempatan juga telah menyediakan peta pelancongan masing-masing sebagai pemandu arah dan secara tidak langsung merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan destinasi tarikan pelancong tempatan dengan lebih kreatif serta mesra pelawat. Inisiatif ini bukan sahaja membantu pelancong untuk mengenali destinasi menarik di kawasan tersebut, malah turut menyokong usahawan tempatan dengan menonjolkan premis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam destinasi tersebut. Peta pelancongan ini telah menjadi antara medium promosi yang efektif dalam merancakkan sektor pelancongan domestik khususnya pasaran bertemakan pelancongan, keluarga dan generasi muda. Pada bulan lalu, Kerajaan Negeri Perak telah mengambil langkah proaktif merancakkan lagi sektor pelancongan negeri dengan mengadakan sesi pertemuan strategik bersama beberapa syarikat penerbangan seperti Scoot, Air Asia dan juga Batik air. Usaha ini menjelas, jelas mencerminkan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam memperluaskan lagi jaringan akses pelancong untuk tiba ke negeri Perak.

Kerajaan Negeri Perak dan syarikat Penerbangan Air Asia telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan terhadap pembukaan laluan penerbangan baharu daripada Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik ini, Air Asia juga akan berkongsi data yang dimiliki oleh mereka bagi membantu Kerajaan Negeri menganalisa, menganalisa serta membuat perancangan berasaskan data. Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak akan terus komited mempromosikan produk pelancongan negeri Perak dengan memanfaatkan sepenuhnya kemajuan digital khususnya melalui penggunaan platform media sosial secara digital bagi memperkukuhkan lagi promosi di pasaran antarabangsa khususnya di pasaran China seperti yang di target atau di khusus oleh MOTAC, Tourism Perak turut mengambil langkah proaktif dengan mendaftarkan akaun rasmi di beberapa platform media sosial utama di negara tersebut seperti Siew Hong Su, Tou Ying, WeChat dan sebagainya.

Platform-platform ini mempunyai jumlah pengguna yang besar dan berpengaruh dalam kalangan masyarakat di China, sekali gus menjadikannya sebagai medium yang strategik untuk menarik lebih ramai pelancong daripada pasaran tersebut ke negeri Perak. Malah, kita diberi.... Kita gembira apabila baru-baru ini cuma beberapa hari lepas kita mendapati bahawa sekarang pelancongan atau travel across dua negara tersebut iaitu Malaysia dan China telah tidak memerlukan visa. Selain itu, penganjuran acara dan program pelancongan juga akan terus dilaksanakan sebagai usaha untuk memeriahkan lagi lokasi pelancongan terpilih yang bukan sahaja dapat menarik kehadiran pelancong, malah membolehkan mereka turut serta menikmati pengalaman budaya dan aktiviti setempat. Suasana sebegini diyakini mampu meninggalkan kenangan manis dan memperkukuh hubungan di antara pelancong dengan komuniti setempat. Untuk pelan jangka panjang pembangunan modal insan setempat turut diberikan perhatian penglibatan inklusif komuniti setempat secara aktif dalam program latihan kursus dan taklimat untuk menerapkan elemen `Think Tourism Act Tourism` bagi memastikan tahap hospitaliti dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelancong adalah tahap yang baik. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kepuasan pelancong, malah berpotensi besar untuk menggalakkan repetitive tourist ke negeri Perak.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat, berkenaan pelancongan tarikan daripada negeri China ini. Alhamdulillah, ok tak ada masalah dan kita mengalu-alukan kedatangan pelancong-pelancong daripada seluruh negara. Cumanya daripada Timur Tengah. Kalau kita tengok di tempat-tempat negeri-negeri lain di Kuala Lumpur sendiri, Pulau Pinang ataupun pergi Langkawi, banyak pelancong-pelancong daripada Timur Tengah yang datang melawat ataupun menjadi pelancong di tempat-tempat di contohnya Langkawi. Tapi di Perak ni ada tak record daripada pelancong-pelancong Timur Tengah, Arab Saudi, Kuwait daripada mana-mana lah Bahrain ke mana-mana Timur Tengah lah khususnya datang ke negeri Perak. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Kubu Gajah. Sememangnya apa yang dikatakan oleh Kubu Gajah itu memang betul. Sekiranya boleh kita nak ke seluruh dunia. Cuma masalahnya di negeri Perak seperti yang dikatakan oleh Manjoi tadi, kita harus menjawab ke atas penggunaan wang kita dan kita jika kita bandingkan penggunaan wang untuk membuat membuka pasaran atau membuat pasaran di pemasaran di Timur Tengah mungkin jauh lebih mahal daripada destinasi-destinasi yang dekat. Jadi oleh itu, untuk buat masa kini kita cuma mengikuti mereka destinasi yang terdekat seperti di China, di Thailand, di Indonesia dan juga di Singapura. Walaupun kita mempunyai jemputan daripada MOTAC ataupun Kementerian Pelancongan untuk ke Eropah dan sebagainya. Sebagai contoh, tahun ini kita tidak ke Berlin yang merupakan salah satu acara tradisi yang dihadiri tetapi dalam kita untuk kita memikirkan kos mana yang akan mendapat lebih banyak pulangan jadi kita perlu melihat kepada mana yang kita mampu terlebih dahulu.

Jadi merujuk kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini merujuk kepada yang dibangkitkan oleh YB Keranji yang berkata mengenai inisiatif pelancongan di Kampar. Jadi untuk makluman Yang Berhormat salah satu usaha berimpak tinggi yang telah dijalankan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke daerah Kampar ialah melalui Pelan Tindakan dan Penjenamaan Wilayah Pelancongan Greater Ipoh yang melibatkan empat pentadbiran pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah. Ianya menjadikan Wilayah Pelancongan Greater Ipoh sebagai kluster pelancongan bertahap antarabangsa yang berdaya saing, inklusif dan mampan melalui pendekatan penjenamaan destinasi ini. Saluran promosi melalui Fun Map daripada pihak Geopark Lembah Kinta turut disediakan untuk Greater Ipoh. Fun Map pelancongan daerah Kampar juga turut disediakan bagi mempromosi keseluruhan eco pelancongan daerah.

Sebagai contoh, Majlis Daerah Kampar adalah penyediaan fridge magnet juga sebagai salah satu cara yang mempunyai informasi berkaitan dengan daerah Kampar sebagai cenderahati atau cenderamata berinformasi yang boleh dikongsi oleh pelancong. Tourism Perak turut membangunkan produk pelancongan menerusi inisiatif Coffee Trail yang mengetengahkan sebanyak lima buah kedai kopi yang menawarkan pelbagai pilihan menu kopi menarik selari dengan trend semasa dalam kalangan penggemar kopi. Inisiatif ini bukan sahaja berpotensi menarik minat pencinta kopi untuk berkunjung ke Kampar, malah turut memberi produk pelancongan baru yang mampu menambah nilai pada daya tarikan pelancongan sedia ada di daerah ini. Antara usaha Majlis Daerah Kampar untuk mempromosi kawasan pelancongan di daerah Kampar adalah seperti berikut. Penyediaan Fun Map malah ada juga video pelancongan daerah Kampar ke peringkat antarabangsa melalui Tourism Promotion Organization ataupun TPO For Global Cities. Perkongsian maklumat bersama pihak pelancongan Pihak Berkuasa Tempatan di Jakarta dan di Batu, Indonesia bagi mempromosi daerah Kampar ke peringkat antarabangsa.

Penyediaan program acara tahun 2025 iaitu cadangan Programme Asia Triathlon Regional Development Cup serta Asia Triathlon Junior Cup Kampar 2025 yang dijangka akan berlangsung pada 17 haribulan Julai 2025 hingga 20 haribulan Julai 2025 di UTAR, Kampar. Pemasangan billboard bertema pelancongan di sekitar daerah Kampar, penjenamaan pelancongan antarabangsa melalui pengiktirafan sebagai daerah perintis International Network of Sustainable Tourism Observation yang diiktiraf oleh United Nations Development Programme dan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Malah, kita juga mempunyai kerjasama dengan agensi-agensi awam, swasta mahupun badan-badan bukan kerajaan untuk memastikan produk-produk pelancongan tersedia dan juga bersedia untuk dipasar serta dipromosikan. Setentunya aktiviti sukan air merupakan salah satu tarikan utama pelancong atau pelancongan di kawasan Gopeng dan juga pihak Majlis telah menyediakan kemudahan aktiviti sungai di Kampung Jahang, Gopeng dengan pembinaan platform ramp di starting checkpoint bagi aktiviti water rafting. Selain itu, selaras dengan pembangunan semula pekan lama, pihak Majlis telah menaik taraf infrastruktur jalan dan juga longkang di lorong belakang Jalan Idris, Pekan Kampar dan mengadakan lukisan mural pada bangunan-bangunan lama serta sistem pencahayaan di sepanjang lorong belakang tersebut. Ini bertujuan bagi menghidupkan semula kawasan pekan lama Kampar.

Merujuk kepada isu yang dibawa oleh Adun Pasir Pinji mengenai promosi pelancongan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, cadangan ini sebenarnya selari dengan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak. Kerjasama antara agensi pelancongan dan PBT sememangnya menjadi fokus utama dalam merancakkan industri pelancongan negeri. Sebagai contoh, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyelaras usaha ini. Antaranya adalah termasuk Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri dan juga Jawatankuasa Cluster Destination Coordination Group yang berfungsi menyelaras pun yang menyelaraskan promosi dan pembangunan destinasi pelancongan mengikut kluster yang dikenalpasti. Kedua-dua jawatankuasa ini keanggotaannya adalah termasuk pihak PBT. Melalui platform-platform ini sebagai pelbagai program dan inisiatif promosi pelancongan dilaksanakan secara kolaboratif melibatkan semua pemegang taruh termasuk agensi kerajaan, pihak swasta serta komuniti tempatan.

Merujuk kepada Yang Berhormat Kenering pula yang membawa isu baik pulih papan tanda atau tugu-tugu di kawasan Lenggong. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, badan pengurusan Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark melalui Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong yang menerajui Jawatankuasa Saintifik & Konservasi telah mengemukakan pelbagai permohonan peruntukan bagi menaik taraf infrastruktur. Membuat kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan di dalam kawasan Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark melalui permohonan kepada Sistem e Belanjawan Negeri Perak pada tahun 2024 dengan nilai keseluruhan permohonan sebanyak RM1.4 juta dan sedang dalam rangka menyediakan permohonan untuk pembangunan fizikal termasuk bagi proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan di kawasan Geopark bagi tahun 2024.

PDT Lenggong juga telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan RMK ke 13 melalui UPEN dengan nilai sebanyak RM10juta bagi maksud pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan. PDT Lenggong juga telah mengemukakan permohonan melalui UPEN kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi mendapatkan peruntukan melalui Ecological Fiscal Transfers (EFT) for Fiodiversity Conservation sebanyak RM8 juta bagi maksud yang sama. Pada tahun 2025, PDT Lenggong telah menerima peruntukan melalui projek infrastruktur pelancongan di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan sebanyak RM100 ribu bagi membangunkan mercu tanda dan juga landskap di kawasan Kampung Chepor, Mukim Temelong, Lenggong yang akan direka bentuk bagi menggambarkan penampakan atau visibility sebagai salah satu kawasan tapak warisan geologi dan tapak warisan budaya di bawah Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark International.

Dalam melaksanakan pengurusan sebagai Jawatankuasa Saintifik & Konservasi tapak-tapak yang telah dibuka kepada lawatan umum sedang dan dalam proses dilaksanakan naik taraf secara berperingkat kerana kos yang diperlukan bagi melaksanakan pembangunan fizikal, pemeliharaan serta pemuliharaan memerlukan kos yang agak tinggi. Pada masa ini, Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark International mempunyai 39 tapak warisan geologi, 8 tapak warisan biologi, 21 tapak warisan budaya dan 11 tapak Geo-Arkeologi yang sedang dalam pemantauan dan juga perancangan untuk dibangunkan, dipelihara dan juga dipulihara. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk membentangkan prestasi pelaburan negeri Perak bagi tahun 2024 serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa ekosistem…

Satu saya nak tanya berapa taman tema yang ada di Perak? Saya tengok yang paling dikunjungi ramai ialah Taman Tema Lost World. Boleh tak saya tahu berapa pendapatan cukai yang diberikan kepada Kerajaan Negeri berbanding dengan taman-taman tema atau Taman Tema Lost World ni Taman Tema di Bukit Merah, di Pangkor, Marina Island dan satu lagi ada. Berapa yang Lost World ni dapat? Sebab saya tengok ramai dan keuntungan saya rasa mungkin besar. Kalau boleh jawapan sekarang, kalau tak ada pun mungkin...

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya tiada jawapan data yang tersedia dan saya akan dapatkan maklumat tersebut. Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan prestasi pelaburan negeri Perak bagi tahun 2024 serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasa ekosistem pelaburan yang komprehensif dan mampan. Bagi tempoh Januari hingga Disember 2024, negeri Perak telah mencatatkan kelulusan sebanyak 335 projek pelaburan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM8.74 bilion. Angka ini bukan sahaja menunjukkan pertumbuhan sebanyak 2.88% berbanding tahun sebelumnya malah mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Perak sebagai destinasi pelaburan strategik.

Daripada jumlah ini, sebanyak 4279 peluang pekerjaan dijangka akan dapat diwujudkan sekaligus memberi impak langsung kepada kesejahteraan ekonomi rakyat. Secara perincian, sektor perkhidmatan mencatatkan sumbangan tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM4.99 billion, manakala sektor pembuatan kekal sebagai penyumbang utama kepada peluang pekerjaan dengan penciptaan 3540 pekerjaan hasil daripada pelaburan bernilai RM3.72 bilion. Sektor utama pula mencatatkan pelaburan sebanyak RM32.7 juta. Dari segi sumber pelaburan, pelaburan domestik mencatatkan peningkatan memberangsangkan sebanyak 31.66% berjumlah RM8.43 bilion membuktikan keyakinan pelabur sedia ada di dalam negeri Perak terhadap negeri ini selaku destinasi pelaburan berterusan.

Oleh itu, amatlah penting bagi Kerajaan Negeri serta agensi-agensinya termasuk agensi persekutuan di negeri ini untuk memberi fasilitasi yang terbaik agar dapat mengekalkan pelabur sedia ada supaya mereka terus melaksanakan pelaburan baru ataupun pembesaran dan kekal berdaya saing di negeri Perak. Kerajaan Negeri berserta agensi- agensi yang berkaitan hendaklah berterusan meningkatkan strategi dan juga usaha untuk memastikan is of doing business kepada para pelabur di dalam negeri ini. Kejayaan tidak akan dicapai tanpa kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai inisiatif antaranya termasuklah penyediaan dana infrastruktur oleh MIDA yang telah digunakan untuk meningkatkan ketersediaan taman perindustrian, perlaksanaan Zon Perdagangan Bebas di Jelapang dan Kinta serta pembangunan projek-projek strategik seperti AHTV di Tanjong Malim dan juga Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Parit Buntar. Tambahan pula, promosi pelaburan secara agresif turut dijalankan oleh agensi seperti MIDA dan juga Invest Perak melalui pelbagai misi pelaburan ke luar negara termasuk ke China, Eropah, Korea Selatan dan negara-negara Asian. Deligasi pelaburan ke Shanghai, Qingdao dan Seoul baru-baru ini telah membuka peluang untuk potensi pelaburan baru dalam sektor logistik hijau dan juga semikonduktor.

Dato' Yang di-Pertua, salah satu inisiatif utama di bawah Perak Sejahtera 2030 ini ialah pembangunan Lumut Maritime Industrial City atau LuMIC hasil kerjasama strategik antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dengan Port of Antwerp-Bruges dengan tujuan untuk meletakkan Perak sebagai hub maritim dan juga pelaburan yang komprehensif dan kompetitif, mampan dan strategik di rantau ini. LuMIC dijangka menjadi pemangkin transformasi ekonomi dengan menarik pelaburan mencecah RM72 bilion secara berperingkat dalam tempoh 25 tahun yang akan datang. Sekaligus mewujudkan lebih 50 ribu peluang pekerjaan merentas pelbagai bidang. Lebih daripada sekadar hub pelaburan, inisiatif ini turut memperkasa perusahaan kecil dan sederhana, memperkukuh ekosistem rangkaian dan rantaian bekalan domestik serta membuka ruang yang luas kepada penerokaan sektor baru yang berdaya saing seperti tenaga hijau dan juga teknologi tinggi yang mampan. Melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri akan terus beriltizam untuk memperkenalkan insentif khas yang akan menarik pelaburan ke daerah berprestasi rendah seperti Sungai Siput, Air Tawar, Chemor, Bota dan Langkap. MARA turut mempergiatkan pembangunan infrastruktur di kawasan perindustrian seperti AHTV dan KIGIP.

Usaha untuk menarik pelaburan bernilai tinggi dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor dan pengilangan pintar juga akan dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi & TVET akan terus memperkukuh malah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Perak sendiri memberi komitmen penuh dalam pembangunan tenaga kerja teknikal dan dengan inisiatif Program Jelajah AIM TVET bersama Cikgu Saarani. Ini bagi memastikan Perak dapat menawarkan tenaga kerja yang berkemahiran dan memenuhi permintaan pelabur.

Manjoi ingin bertanya soalan yang berkaitan dengan pelaburan. Beginilah kita perlu lihat dari sudut anugerah Allah kepada negeri Perak dan negeri di kawasan World Shipping Land ataupun kita berada di kawasan laluan perkapalan dunia. So, Perak ada termasuk dalam laluan tersebut. Perak, Pulau Pinang dan juga Kedah antaranya. Ni saya bagi satu contoh dan sepatutnya pelaburan atau investment yang kita dapat tu lebih tinggi di negeri ini. Kenapa? Kerana kalau kita compare terdengar perbahasan minggu lepas kita compare dengan Kelantan dan Terengganu. Kelantan Terengganu dia punya pelaburan daripada oil and gas. Tak sama dengan Perak. Perak ni memang World Shipping Land. Memang kita ada laluan perkapalan dunia. Namun kalau kita tengok data daripada MIDA, dalam tadi disebut oleh YB Exco, berkenaan pelaburan dalam bidang manufacturing ataupun bidang pembuatan, kita berada di tangga yang kelapan dan Kedah berada di tangga yang pertama. Dia berada laluan sama dengan kita. Laluan Selat Melaka dan Pulau Pinang berada di tangga yang ketiga. Perak di tangga ke 8 jadi Kerajaan Negeri Perak kena lihat benda ni lebih lebih agresif supaya kita boleh menarik pelabur lebih lebih banyak ke negeri kita. Kenapa? Kerana kita laluan yang sama. Sepatutnya Perak boleh buat kerja tersebut.

Satu lagi YB Exco, kalau tengok data dari MIDA juga kita tengok pelaburan keseluruhan Perak juga jatuh di tangga yang ke bawah berbanding Kedah dan juga Pulau Pinang. Kita nak compare biarlah compare 'epal to epal'. Minggu lalu ada Adun compare Perak dengan Kelantan-Terengganu bagi kita tidak adil. Kalau Kelantan, Terengganu juga ada laluan perkapalan dunia, mungkin ekonomi meningkat. Tapi di data MIDA data yang dikeluar oleh kerajaan sendiri, Kedah berada di tangga yang ke-4, Pulau Pinang di tangga ke-5 dan Perak YB Exco di tangga yang ke-8. Jadi ini satu cabaran kepada YB Exco dan juga Kerajaan Negeri dan untuk negeri kita. Saya bukan nak tuding jari tapi saya nak bagitahu kedudukan kita berada di tangga yang ke bawah ketika ini, terima kasih YB Exco.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Saya terima data-data itu tetapi apabila kita berkata mengenai apa yang kita ada di Perak sekarang, kita juga harus melihat apa yang dibelakang kita tetapi ia tidak menjadi seperti ramai yang mengenali saya. Saya tidak suka bercerita mengenai masa lampau tetapi untuk kajian yang ini kita, saya terpaksa menceritakan apa yang berlaku di masa lampau. Di masa lampau kita kena faham pembangunan kawasan-kawasan industri dan sebagainya. Penarikan pelabur-pelabur, banyaknya sebenarnya dirancang oleh Kerajaan Persekutuan dan pada masa itu dan kita lihat kebanyakan saya maksudnya kebanyakan bukan semua. Kebanyakan pelaburan yang berlaku di negeri Kedah adalah lanjutan daripada Greater Penang maknanya Pembangunan E&E ini yang berlaku di Penang. Kemudiannya dia membesar ke arah di sebelah apa kita ada di Semenanjung dan lanjutan itu dia akan bergerak dan kita dapati pelaburan-pelaburan, pembinaan-pembinaan kawasan industri yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa itu dalam lebih kurang 20 tahun ini adalah menjurus ke arah Kulim Hi-Tech Park dan di situlah kita ingin mengatakan saya tidak ingin memperlaga-lagakan bukan hasrat saya untuk memperlaga-lagakan Kerajaan Negeri Perak dengan kerajaan Kedah tetapi hakikatnya pelaburan-pelaburan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa itu menjurus ke arah Kulim dan di situ kita boleh lihat apabila infrastruktur kawasan-kawasan industri yang telah di sediakan oleh Kerajaan Persekutuan yang siap sedia yang cantik berada di Kulim. Sudah tentunya ia menjadi satu tarikan kepada mereka untuk berada di situ dan juga sokongan-sokongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi kita menjurus kepada masa kini.

Pada masa kini, kita juga boleh melihat dengan usaha kerajaan negeri Perak yang telah kita lakukan seperti yang saya katakan semalam. Apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak sekarang di mana kita dalam usaha kita untuk mengadakan hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan. Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan maka kita juga mendapat katakan pantauan dan juga pertolongan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi maka daripada itu kita boleh melihat apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka kita mendapat kawasan Perindustrian KIGIP yang telah dan bakal akan diusahakan di utara Perak. Dalam pada masa itu, apa kita dapat lihat ialah selepas ini apabila siapnya KIGIP kita melihat pembesaran-pembesaran yang natural extension dengan izin daripada kawasan-kawasan industri di Penang dan juga Greater Penang akan turun ke selatan ke kawasan utara Perak dan saya rasa setelah siapnya kawasan perindustrian ini setentunya ia akan menjadi pemangkin kepada kemajuan kawasan-kawasan industri di negeri Perak. Suka saya nak terangkan kan di sini dan saya ulangkan sekali lagi untuk dalam tempoh lebih kurang satu generasi. Perak gagal mendapat pandangan atau pertolongan yang cukup daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi kita lihat sebenarnya apa yang Kerajaan Persekutuan lakukan kepada negeri Perak sekarang. Bantuan yang diberi kepada negeri Perak sememangnya merupakan bantuan yang telah lama tertangguh. Jadi kita berharap dengan kawasan-kawasan yang industri yang disediakan ini dapat membantu ekonomi negeri Perak. Sebenarnya ada banyak kawasan industri yang telah disediakan dalam usaha kita selama dua tahun yang singkat ini. Cumanya saya tidak ingat panjang maksud saya dalam ulasan-ulasan kemudian, maka Yang Berhormat dapat melihat kepada kawasan-kawasan yang kita sebutkan nanti.

Jadi balik kepada ini merujuk kepada Astaka, mengenai pembangunan Projek LuMIC, pembangunan Projek LuMIC perlu menyediakan satu time frame di mana tahap kemajuan perlu diteliti dan nilai bagi semasa ke semasa untuk mengelakkan ia menjadi projek yang tidak membuah membuahkan hasil. Itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Astaka. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat, Pembangunan LuMIC Maritime Industrial City atau LuMIC merangkumi pembangunan kawasan industri di daerah Manjung dan juga daerah Bagan Datuk yang merangkumi tujuh lokasi tapak iaitu LuMIC 1, LuMIC 2, LuMIC 3, LuMIC 4, LuMIC 5, LuMIC 6 dan juga LuMIC 7. Kerangka pelaksanaan Pembangunan LuMIC berdasarkan The Master Developer Model Implementation Framework akan melibatkan tiga peringkat seperti berikut, daripada tahun 2023 hingga 2025: Kajian kebolehlaksanaan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan dan juga embangunan pelan induk antara 2026 hingga 2030 adalah pelaksanaan infrastruktur-infrastruktur dan juga promosi-promosi pelaburan. Seterusnya selepas 2031, kita boleh melihat perindustrian sepenuhnya atau full industrialization dan juga pengembangan berorientasikan eksport.

Jadi berdasarkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun MMK, Bilangan 2160 bertarikh 30 Oktober 2024, komponen pembangunan LuMIC 1 hingga LuMIC 6 adalah seperti berikut. Di LuMIC 1 hinggalah ke LuMIC 5 adalah di Lumut ataupun di Manjung. LuMIC 6, pula berada di Rungkup ataupun Bagan Datuk. Jadi untuk anggaran jangka masa siap untuk LuMIC 1 adalah lebih kurang 2033 hingga 2032. LuMIC 2, 2035 higgan 2039. LuMIC 3, 2037 hingga 2041. LuMIC 4, 2028 hingga 2036. LuMIC 5, 2039 dan LuMIC 6, 2043 hingga 2047 dan diantara fasiliti-fasiliti yang dikendalikan adalah LuMIC 1, fasiliti mengendalikan kontena hub halal, fasiliti membaiki kontena dan juga gudang. Untuk LuMIC 2, fasiliti stor penyimpanan solar hidrogen dan juga transshipment kawasan industri baru. LuMIC 3, pemindahan kapal, kargo pelbagai guna, stor penyimpanan, industri pemprosesan, kawasan industri baru. LuMIC 4, Terminal LuMIC LMT 2 dan juga Greenbelt Cargo, Terminal LMT 3 zon perdagangan dan juga kawasan industri baru. LuMIC 5, Terminal pelayaran pelancongan, fasiliti Marina, Commercial Perdana Outlet Premium dan juga hotel. LuMIC 6, tambahan atau tambakan dan juga jeti pelbagai guna, jana kuasa kawasan pembangunan kompleks industri pelabuhan, kawasan limbungan dan juga pembuatan kapal, manakala LuMIC 7 merujuk kepada penyediaan empat lokasi kemudahan pemindahan kargo kapal ke kapal (STS) atau ship to ship yang terletak di kawasan batas hub pelabuhan Lumut.

Perancangan bagi pembangunan kawasan perindustrian maritim ini dijangka akan mengambil masa selama lebih kurang 25 tahun dan memacu pertumbuhan ekonomi setempat dan bakal menarik pelaburan swasta bernilai kira-kira 72 bilion selain mewujudkan lebih daripada 50 ribu peluang pekerjaan dan seterusnya menyokong agenda utama koridor TVET Malaysia iaitu dengan membawa masuk modal insan berkemahiran tinggi. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerajaan tempatan dan juga kerja-kerja tempatan malah turut membuka ruang kepada pemindahan teknologi di negeri Perak merujuk kepada Yang Amat Berhormat, minta maaf belum lagi tak mungkin juga.

Merujuk kepada Yang Berhormat Astaka untuk makluman Yang Berhormat, insentif di peringkat negeri lebih bersifat sebagai pemudahcara. Apabila ditanya mengenai insentif pelaburan. Ok, bagi urusan pelaburan-pelaburan di negeri ini dan tidak berbentuk monetari namun perkara ini tidak menjadi halangan kepada pelabur untuk terus melabur di negeri ini. Malah dari segi pelaksanaan projek pelaburan yang diluluskan oleh MIDA di negeri ini, kadar implimentasi sejak 2018 hingga Mac 2024 kekal antara yang tertinggi di Malaysia iaitu sekadar 89%. Pendekatan pemudahcaraan ini amat penting bagi mengurangkan kerenah birokrasi serta memastikan keyakinan pelabur terhadap pelaburan di negeri ini sentiasa terpelihara. Dalam erti kata lain, Kerajaan Negeri bukan sahaja menekankan aspek promosi pelaburan dan pembangunan infrastruktur bagi menyokong ekosistem pelaburan, malah turut memberi penekanan kepada aspek perkhidmatan pelanggan ataupun customer service. Layanan yang baik kepada pelabur secara tidak langsung menjadi medium promosi yang positif apabila pelabur berkongsi pengalaman mereka di negara ini kepada pelabur lain di negara ataupun di negeri asal masing-masing.

YB Exco, Manjoi sikit. Saya nak tarik isu pelaburan ni sebab saya rasa agak menarik. Jadi ada satu yang rasa saya kena bercakap di sini dalam jajaran Manjoi, Manjoi dan kawasan Kanthan. Tadi sebut YB Exco, SVTP, Silver Valley Technology Park. Ok, point pertama ialah isu brain drain yang berlaku di Perak. Kita bincang bahas, brain drain ini tetap berlaku dan anak-anak kita yang bijak ini keluar daripada Perak kerana tidak ada peluang pekerjaan, pertama. Kedua isu peluang pekerjaan yang tiada di dalam kawasan kita. SVTP ni sangat-sangat saya sokong dan saya dokong. Cuma saya nak bertanya Pejabat Exco dan Kerajaan Negeri, apakah keadaan terkini SVTP ini? Kerana kalau saya tengok dalam berita tahun lepas sepatutnya telah pun diwujudkan pada tahun lepas 2024. Tapi sehingga hari ini, Silver Valley Technology Park ni masih lagi belum wujud dan belum ada. Kenapa berlaku begitu dan bilakah akan benar-benar berlaku untuk dibangunkan? Kalau YB Exco turun ke sana, boleh kita katakan tidak ada apa-apa lagi perubahan yang berlaku dan Yang Amat Berhormat pun dah umumkan dalam media menyatakan kita akan buka dan orang sedang menunggu. Jadi apa ini saya sebut, pihak pembangkang akan sentiasa monitor dan kita buat semak imbang lah isu tersebut. Mungkin boleh dijawab lah oleh YB Exco.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ok, terima kasih.

Yang Berhormat, Astaka. Tadi separuh cerita Astaka yang berkaitan dengan insentif. Saya beri sikit pencelahan dan saya juga nak…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Belum habis lagi itu?

Ye sebab Manjoi kacau. Dia separuh cerita, dia sudah kacau.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Tunggu saya habiskan ni dulu. Tunggu saya habiskan. Saya pun tak tahu sampai mana dah.

Masa bila pula Manjoi kacau, Astaka?

Kalau diizinkan saya beri sikit pencerahan lah. Sebab tadi Manjoi pun kata kami buat perbandingan yang tidak adil. Sebenarnya, bukan. Kita jangan hidup dalam satu keadaan dengan izin, denial syndrom. Kita memang berbanding kena compete dengan Negeri lain seperti mana yang diceritakan oleh YB EXCO kita sekarang. Kita kena menawarkan insentif ataupun cara-cara kita menarik pelaburan itu sangat penting. Oleh itu, kalau Negeri lain memang secara coincident nya dipimpin oleh parti pembangkang, janganlah rasa terasa sangat. Kita memang kena berbanding.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ok, ok. Jangan gaduh. Duduk. Saya nak cakap. Dah, dah. Dua-dua duduk. Saya penat.

Tapi dia compare antara Perak dan juga Kelantan, Terengganu. Dia kena compare, Astaka kena compare Perak dengan Negeri Kedah.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya tak nak jadi Speaker. Minta duduk.

Kedah punya pelaburan RM44billion. Perak punya pelaburan…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dato' Speaker.

Hanya RM3billion. Jauh ketinggalan dengan Kedah.

Manjoi tak bangkit hari tu. Sebabnya saya sudah sediakan.

Yang di-Pertua

Oklah. Okay lah. Dah Dah. Dah. Dah.

Saya compare apple to apple.

Yang di-Pertua

Astaka dengan Manjoi. Dah, dah. Kita bagi sambung. Exco sambung, ok? Ok. Exco, sila.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Dato' Speaker. Macam saya katakan tadi sememangnya bukan hasrat saya untuk memperlagakan Kerajaan-Kerajaan Negeri tetapi hakikatnya memang begitu. Kedah mendapat sebahagian besar hasil pelaburan daripada Kulim Hi-tech dan Kulim Hi-tech merupakan pelaburan dan juga kemajuan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Itu untuk saya. Saya tidak kata siapa pandai, siapa tak pandai. Nombor 2 juga point yang saya ingin bawa di negeri Perak, sudah berpuluh tahun kita tiada pelaburan daripada Kerajaan Persekutuan yang memudahkan kita mendapatkan kawasan industri supaya memudahkan kita untuk pelabur-pelabur masuk. Jadi, bila pelabur-pelabur masuk datang, mereka datang dan mereka nampak kawasan-kawasan industri penuh dengan hutan, penuh dengan pokok. Sudah tentunya mereka tak masuk Perak. Jadi saya tak nak kata, siapa salah, siapa betul. Semua dah saya dah ulang berapa kali dah. Semua dah jadi Kerajaan. PAS dah jadi Kerajaan. Bersatu dah jadi Kerajaan. UMNO dah jadi Kerajaan. DAP pun dah jadi. So, buanglah retorik itu. Retorik tu jangan kita bazir masa dekat sini. Just let's move on. So, saya jawab balik dengan apa yang dikatakan dengan SVTP tadi. Balik kepada SVTP, kita perlu ada pendekatan yang juga kita katakan, tak terlalu kasar oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi minta maaf. Daripada, Kerajaan Negeri. Jadi apabila kita berkata mengenai SVTP ni, ada yang gembira, ada yang gusar, kan? Ada yang suka menolak, ada yang melawan untuk ditolak.

Jadi seperti untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sebenarnya, PKNPk telah melakukan kerja-kerja di lapangan dan juga masalah dengan petani-petani juga telah selesai tetapi apabila sekarang, apabila PKNPk masuk ke kawasan tanah mereka, mereka juga berdepan dengan beberapa isu lain iaitu petani-petani yang mungkin bukan petani yang keluar, tetapi yang berjiran dengan PKNPk. Tanah PKNPk. Jadi apabila ini berlaku, mungkin ada jalan-jalan keluar masuk, punca air dan sebagainya ini perlu diuruskan. Jadi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggung jawab, kita tidak boleh bull-dozed semua sahaja. Jadi, kita perlu fikirkan juga daripada segi kemanusiaan. Walaupun kita suka duit. Walaupun kita nak duit. Tapi takkan lah Kerajaan nak duit sampai kita nak menganiaya pula pihak-pihak yang mungkin akan terkena tempias-tempias daripada pembangunan ini? Jadi untuk Yang Berhormat, saya sambung daripada tadi. Jadi, Yang Berhormat Astaka, insentif-insentif ini ditawarkan khusus kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran produk atau pun perkhidmatan berteknologi tinggi, berimpak besar serta mempunyai nilai tambah tinggi. Selain itu, bagi memastikan syarikat-syarikat sedia ada terus mengembangkan operasi di Malaysia, kerajaan turut memperkenalkan Insentif Pelaburan Semula atau Re-Investment Insentive di bawah Pelan Induk Perindustrian Baru atau NIMP 2030 menerusi Belanjawan 2024.

Menerusi insentif ini, syarikat boleh dipertimbangkan untuk menerima elaun cukai pelaburan sebanyak 60% atau 100% daripada perbelanjaan modal yang layak dalam tempoh 5 tahun. Yang boleh ditolak sehingga 70% atau sehingga 100% dari pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Dalam usaha menggalakkan syarikat mengadaptasi proses automasi, Kerajaan juga menyediakan Elaun Modal Automasi atau Automation Capital Allowance atau Automation CA bagi merangsang penggunaan automasi dalam kalangan syarikat perkilangan khususnya dalam industri berintensif buruh. Insentif ini membolehkan syarikat mengurangkan jumlah pendapatan yang dicukai berdasarkan perbelanjaan modal yang layak ditolak.

Seiring dengan itu, misi seiring dengan misi ke-3 di bawah NIMP 2030 ke arah mencapai sasaran Net Zero, kerajaan turut memperkenalkan insentif di bawah Inisiatif Ekonomi Hijau. Galakan ini termasuk Elaun Cukai Pelaburan Hijau atau di GITA dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau atau GITE yang telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026. Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif hijau dan amalan mampan dalam industri dari segi insentif bukan fizikal, kerajaan melalui MIDA menawarkan kemudahan pengecualian duti import dan atau pun cukai jualan kepada syarikat pengilangan bagi pengimportan, mesin-mesin, peralatan serta bahan mentah dan komponen yang tidak terdapat atau tidak dapat dihasilkan dalam negara kita. Secara keseluruhannya, insentif-insentif ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menjadikan Malaysia termasuk negeri Perak sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif di rantau ini, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mampan, berimpak tinggi dan berteraskan nilai tambah.

Untuk makluman Yang Berhormat Buntong yang bertanyakan Ekosistem Industri Automotif ataupun AHTV. Secara umumnya, perancangan pembangunan Automotive High-Tech Valley atau AHTV telah diberi perhatian khusus dalam dokumen perancangan fizikal utama negeri iaitu Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 ataupun RSN dan juga Rancangan Tempatan Daerah Muallim 2035. Kedua-dua dokumen ini telah menggariskan strategi pembangunan yang menyokong aspirasi untuk menjadikan Tanjong Malim sebagai hub automotif berteknologi tinggi negara. Dari aspek penyediaan kemudahan masyarakat, perancangan yang teliti telah dilakukan terutama yang berkaitan dengan aspek aksesibiliti dan keselamatan kawasan perindustrian AHTV. Ini termasuk menyediakan 1 unit tapak rizab untuk pembinaan balai bomba serba lengkap seluas 3 ekar yang telah dikenal pasti sebagai komponen penting dalam menyokong keperluan keselamatan industri berasaskan teknologi tinggi seperti EV.

Selain kemudahan bomba, terdapat juga kemudahan klinik kesihatan juga 3 ekar, pondok polis 2 ekar dan masjid 3 ekar. Jumlah keseluruhan kemudahan masyarakat yang diperuntukkan di kawasan ini adalah seluas 11 ekar. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dan pembangunan kemudahan masyarakat ini adalah tertakluk kepada peranan dan tanggungjawab Pihak Berkuasa Perancang Tempatan iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim serta agensi dan jabatan pelaksana yang berkaitan bagi memastikan pembangunan ini dimajukan secara menyeluruh mengikut keperluan semasa serta perancangan jangka panjang di daerah ini. Pelaburan pembangunan AHTV ini mampu dijangka akan membuka kira-kira 50 ribu pekerjaan baru dalam tempoh 25 tahun Pelan Perak Sejahtera 2030 di jalankan. Pemindahan Proton di Tanjong Malim juga telah membawa migrasi masuk tenaga kerja ke negeri Perak.

Bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan AHTV, PASAK telah menyediakan atau menjalankan kerjasama strategik bersama pihak institusi latihan kemahiran dan pemain-pemain industri. Antaranya ialah Industry Academia Collaboration Workshop, Perak Automotive yang telah dijalankan pada tahun 2024. Bengkel IAC ini bertujuan untuk menyelaraskan input penawaran dan juga permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang automotif. Ekoran itu, PASAK juga telah menyediakan program latihan kemahiran dalam bidang automotif secara berperingkat. Usaha ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di Perak dalam bidang automotif di samping meningkatkan daya saing rakyat Perak dalam pasaran kerja semasa.

Berikut adalah jumlah penerima manfaat dan juga jumlah program yang telah dijalankan dalam bidang automotif sepanjang 2022 hingga 2024. Bagi tahun 2022 sebanyak 6 program, 94 peserta. 2023, 13 program, 244 peserta. 2024, 13 program, 244 peserta. Ekoran daripada perkembangan automotif dan juga kenderaan elektrik yang semakin rancak, PASAK juga telah menyediakan kursus latihan kemahiran automotif ke peringkat antarabangsa iaitu Program Malaysia-China Youth TVET Training atau MCYTT pada tahun 2024. MCYTT ini telah membawa seramai 50 belia Perak dalam jurusan automotif ke institusi kemahiran di China untuk menjalani latihan kemahiran jangka pendek dan juga MCYTT ini memfokuskan bidang Electric Vehicle ataupun EV dan juga Autonomous Vehicle ataupun AV.

Untuk menjawab isu kepada yang dibawa oleh Bukit Chandan, Kawasan Perindustrian Kuala Kangsar berdasarkan rekod PKNPK bersama dengan pihak pemaju telah membangunkan Kawasan Perindustrian Kuala Kangsar di Mukim Kota Lama Kiri pada sekitar 1980-an. KPKK melibatkan kawasan seluas 89 ekar yang telah diperuntukkan sebagai tapak perusahaan. Kesemua plot yang dibangunkan di KPKK telah dijual kepada pihak pembeli. PKNP tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan di KPKK untuk menjalankan apa-apa pembangunan. Manakala di IKS Simpang Lawin pula berdasarkan rekod, PKNP tidak terlibat dengan projek IKS Simpang Lawin serta tidak mempunyai data berkaitan projek tersebut.

Kepada menjawab kepada Yang Berhormat Rungkup pula, Kerajaan Negeri amat menghargai pandangan ini iaitu mewujudkan penanda aras dan juga sistem maklumat awal bagi projek baru dan juga projek sedang berjalan untuk rujukan pelabur. Kerajaan Negeri amat menghargai pandangan ini dan sentiasa berusaha mempertingkatkan sistem penyampaian agar lebih efisien, telus dan mesra pelabur. Cadangan untuk mewujudkan penanda aras bagi setiap projek baru yang sedang berjalan adalah sejajar dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan pelaburan. Sebagai langkah ke hadapan, Kerajaan Negeri bekerjasama rapat dengan MIDA melalui System Track atau Tracking of Approve Investment dan juga IFMC iaitu Investment and Facilitation Monitoring Committee bagi memastikan pemantauan implementasi projek pelaburan dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan berkesan. Melalui sistem ini, pelabur juga dapat memperoleh maklumat terkini yang lebih pantas dan tepat. Menjawab kepada isu yang dibangkit oleh Pasir Panjang dan juga yang dibangkit oleh Keranji.

Mengenai tarif Amerika, Jadi untuk makluman Yang Berhormat kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap rantau ini adalah salah adalah satu external factor yang di luar jangkaan ataupun kawalan negeri. Namun, usaha Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut. Pada 2 April 2025 Kerajaan Amerika Syarikat telah mengumumkan dasar tarif menyeluruhnya yang akan memberikan kesan kepada perdagangan seluruh dunia. Mulai 5 April 2025, setiap produk yang dieksport ke Amerika akan dikenakan tarif sekurang-kurangnya 10%. Malaysia adalah antara yang dikenakan kadar tarif pada kadar 24% yang dianggap berada pada kadar sederhana berbanding dengan Cambodia 49%, Laos 48%, dan Vietnam 46%, Myanmar 45 % dan juga Thailand sebanyak 37% serta Indonesia yang juga tinggi daripada kita sebanyak 32%. Namun begitu, pada 9 April 2025, Presiden Trump telah mengumumkan penangguhan selama 90 hari terhadap pelaksanaan dasar tarifnya dan Malaysia turut tersenarai sebagai salah satu daripada lebih 75 negara yang diberi kelonggaran. Kerajaan menyambut baik keputusan ini dan bertekad untuk memanfaatkan sepenuhnya tempoh penangguhan ini bagi mengatur rundingan dan yang konstruktif bersama Kerajaan Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak mengenakan tarif timbal balas terhadap import daripada Amerika Syarikat.

Objektif Kerajaan Madani adalah untuk menurunkan kadar tarif yang telah dikenakan kepada Malaysia dan memperluaskan senarai pengecualian untuk eksport Malaysia supaya impak negatif terhadap ekonomi negara dapat di mitigasi. Kerajaan Madani melalui MITI dan agensi-agensi sedang menjalankan pemantauan secara lebih rapat dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kedudukan strategik Malaysia terlindung. Adalah dimaklumkan bahawa Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagang terpenting untuk Malaysia. Namun, Malaysia mempunyai portfolio perdagangan yang pelbagai dan tidak terlalu bergantung kepada salah satu atau dua pasaran semata-mata. Pada tahun 2024 jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah berada di kedudukan 11.3 %. Ini bermakna Malaysia masih ada lebih kurang ruang sebanyak 88% pasaran yang terbuka untuk di tingkatkan aktiviti perdagangan. Kerajaan akur bahawa tindakan pantas perlu diambil. Namun pada masa yang sama, negara perlu berpendirian anjal dan fleksibel dalam mengadaptasi perkembangan dan perubahan terkini terutamanya dalam memastikan impak jangka pendek, terlindung dan kekuatan ekonomi negara diperkukuh untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Di antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengurangkan kesan penggunaan tarif oleh Amerika Syarikat adalah seperti berikut. Mengaktifkan Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional atau NGCC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kerajaan melalui MITI juga telah menubuhkan satu pasukan petugas atau taskforce bagi mengumpul maklum balas serta daripada semua pihak yang berkepentingan. Mempergiat dan mempercepat pelbagaian pasaran dengan menumpukan kepada pasaran baru dan juga pasaran membangun seperti BRICS, di mana kesatuan ekonomi yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan dan negara-negara Afrika dan juga blog perdagangan Amerika Selatan. Meningkatkan daya saing eksport melalui tiga program utama geran perkembangan pasaran atau Market Development Grant ETA atau Empower Trade Associations dan juga GSP (Global Sourcing Program) di bawah MDG setakat ini, lebih kurang RM20 billion jualan eksport dijana dengan pulangan pelaburan sebanyak RM660.00 bagi setiap RM1 yang dilaburkan di bawah ETA Empower Trade Associations yang menjana RM10 bilion jualan eksport dengan perkongsian industri yang kukuh. Promosi tertumpu dalam pasaran baru seperti Kenya, Afrika Selatan, Poland dan selainnya. Selain daripada itu, GSP…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat banyak lagi? Sikit. Ha sila. Saya bagi 3, 4 minit.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Boleh. Minta. Minta diorang jangan tanya. Jadi ini antara memandangkan Timbalan Speaker dah memberi teguran, jadi ada 2-3 keping lagi saya tak bacalah. Nanti saya bagi kepada Yang Berhormat Astaka dan juga Keranji, jawapan yang diadakan di sini. Begitu juga kepada Yang Berhormat Alor Pongsu, saya akan bagi jawapan secara direct kepada Yang Berhormat Alor Pongsu. Mengenai status pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di negeri Perak dan juga data pelaburan negeri Perak kepada pelabur tetapi untuk mengakhiri Timbalan Speaker, saya ingin membaca titah ucapan Tuanku Sultan. Bermula daripada perenggan ke 34 sebagai pedoman, saya tidak menuju kepada siapa-siapa tetapi sebagai pedoman semua kita di dalam Dewan ini. Bermula di peringkat di perenggan 34. Dukacitanya sebagai sebuah negara kita kini semakin hanyut. Masih terdengar pahat berbunyi susulan pemindahan Kuil Devi Sri Pathra Kaliamman di Kuala Lumpur untuk membolehkan sebuah masjid dibina meskipun kekusutan-kekusutan yang berlarutan lebih 10 tahun berjaya dirungkai melalui persefahaman yang dicapai secara rundingan antara pihak-pihak yang terlibat tetapi masih ada pihak tertentu memilih untuk terus dijadikan bahan sensasi yang dipolemikkan, diperdebatkan dan dipolitikkan ke peringkat menjentik emosi yang meresahkan rakyat. Adakalanya, perkara kecil dan setempat berkaitan agama dan kaum dipilih untuk dieksploitasi sebagai berpontensi mencetuskan letupan besar. Perkara mengenai agama dan kaum semakin disensasikan, semakin ditunggang oleh mereka yang mahu diiktiraf sebagai wira kaum dan wira agama. Meski pun berpotensi mencetuskan kemarahan dan permusuhan sesama warga. Kita sedang berhadapan cabaran mencari serapah ajaib. Resipi berkesan untuk mengendalikan secara adil, saksama dan berkesan. Perselisihan dalam masyarakat yang pelbagai. Kita masih meraba dalam kesamaran mencari formula untuk memahamkan pelbagai pihak agar lebih rasional, bersedia melihat melalui lensa penyatuan dan perpaduan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai keharmonian.

Sangat mendukacitakan politik kebencian dijadikan pilihan dan dikhuatiri negara bakal menghadapi warga yang tidak lagi bersatu, malah membenci dan memusuhi antara satu sama lain. Negara ini semakin disemai benih-benih kebencian secara keterlaluan hingga terhakisnya kompas moral dan gugurnya empati apabila berurusan dengan pihak yang tidak sekata. Kelihatan semakin subur budaya fitnah, semakin sarat budaya yang merestui perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah lawan politik dan semakin luntur nilai-nilai keinsanan dan kemanusiaan. Kebenaran bagaikan tiada lagi mempunyai nilai dan harga. Islam menekankan aspek ehsan dan belas kasihan. Islam menganjurkan ummah untuk melakukan yang baik dan indah. Agama Kristian menekankan elemen rahmat. Sementara agama Hindu dan ajaran Buddha menekankan elemen ‘dharma’ yang mengutamakan kebenaran. Seruan untuk bertindak secara adil berpaksikan belas kasihan. Ternyata semua agama memiliki pedoman yang seiring iaitu jangan lakukan kepada pihak yang lain perkara yang kita tidak mahu orang lakukan kepada kita. Keamanan bukan sesuatu yang mudah dicapai. Keamanan bukannya pipih yang datang melayang. Keamanan ialah hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang berusaha mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara. Rakyat perlu menghargai dan mengamal, saling menghormati dan hidup dalam suasana bertoleransi dengan keinsafan.

Kestabilan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi memerlukan kerjasama seluruh rakyat. Setiap individu ada tanggungjawab bersama dan setiap individu harus peka untuk menyelesaikan masalah secara bijak tanpa kekerasan, tanpa persengketaan dalam semangat yang menghargai pendamaian. Jadikan teladan sikap pemimpin dua institusi agama iaitu pemimpin Masjid Al-Falah, Subang Jaya dan juga pemimpin Kuil Sri Maha Kaliamman, Jalan Putra Harmoni semasa peristiwa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. Pemimpin dua rumah ibadat tersebut membuka pintu rumah ibadat masing-masing kepada mangsa dan petugas tanpa mengira identiti kaum atau agama untuk dijadikan tempat perlindungan, malah dibenarkan umat Islam menunaikan solat dalam premis kuil. Sifat terpuji pemimpin kedua-dua rumah ibadat ini memberikan harapan dan mengubati kebimbangan kita terhadap hubungan kaum di negara ini. Hakikatnya, rakyat biasa diracuni daayah politik memecah belah, boleh hidup secara aman, secara harmoni.

Timbalan Speaker, selama ini saya tidak ingin menuding jari kepada mana-mana politik. Selama ini saya tidak berhasrat untuk memecah belahkan mahupun tadi, saya tidak ingin melaga-lagakan kerajaan-kerajaan negeri yang berada atau dipimpin oleh pihak yang berlawanan tetapi semalam hati saya cukup sedih apabila seorang rakan saya yang tidak dapat mempertahankan dirinya iaitu Menteri KPKT yang didakwa begitu. Saya tak sangguplah nak ulang ayat-ayat tapi didakwa sebagai mungkin musuh agama tertentu dan berniat jahat. Jadi saya nak ulang di sini, sudah-sudahlah dengan retorik politik, sudah-sudahlah dengan menggunakan agama dan sebagainya. Ini adalah satu-satunya peluang untuk kita membina negeri Perak. Negeri Perak yang telah tertidur, yang telah koma selama 30 tahun. Berapa lama lagi kita nak tunggu. Inilah masanya dan kita telah membuktikan Kerajaan Perpaduan mampu melakukannya dalam tempoh dua tahun. Kita telah mendapat pelbagai peruntukan Kerajaan Persekutuan yang dahulunya tidak mampu kita perolehi. Tahun lepas peruntukan pelancongan telah mencecah empat kali ganda atau lebih daripada yang terdahulunya. Peruntukan untuk membina kawasan-kawasan industri.

Di utara Perak kita ada KIGIP, di selatan kita ada AHTV. Di kiri kita ada LuMIC, di tengah kita ada Silver Valley. Malah, dengan ini, dengan kuasa, dengan pandangan, dengan dokongan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan, kita boleh lihat di Seri Iskandar ada syarikat persendirian yang melihat negeri Perak boleh maju. Mereka datang dan membina, membina kawasan industri seluas 3000 ekar. Bukan itu sahaja, di sebelah HDB, kita boleh lihat ada syarikat yang dulunya tanam pokok kelapa sawit. Buat apa susah-susah. Setiap bulan kita boleh angkat, angkat buah sawit. Kenapa nak susah? Tetapi mereka sanggup. Mereka sanggup tebangkan pokok sawit semua tu...so, lebih 1000 ekar lebih untuk dijadikan apa? untuk dijadikan kawasan industri. Pokok sawitnya dah hilang. Apabila kawasan industri tu dijualkan kepada kilang. Syarikat tersebut akan rugi dan kehilangan pendapatan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Speaker. Speaker, tambah lagi 10 minit.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Tetapi…tetapi kita lihat dengan segala usaha walaupun syarikat-syarikat persendirian sanggup…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

berkerja bersama.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada banyak lagi?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Tak ada dah. Itu sahaja.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tambah, tambah lagi masa. Tak puas dengar ni…

Timbalan Yang di-Pertua

Alor Pongsu.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Alor Pongsu, kejap. Saya ingatkan di situ. Udah-udahlah dengan retorik politik. Biar kita bekerjasama. Yang betul, kita cakap betul. Yang salah, kita cakap salah. Jangan kita pilih yang betul itu bila apabila dia berkemampuan membawa satu dua markah untuk parti politik kita. Kita pilih yang itu. Apabila dia…apa…

YB…YB mengelirukan Dewan ni…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

kurang satu dua markah, kita tolak…

YB mengelirukan dewan ni..

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ok.

Tak ada siapa yang halang pembangunan. Tak ada siapa. Jadi…

Jangan kacau.

Memang tak ada kata siapa…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Itulah masalah dia.

YB kalau nak landing...landing la.

YB boleh landing kot YB Exco.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Exco Pelaburan.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Kata bagi empat minit lagi.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Itulah masalah dia. Jangan melompat.

Pembangkang jangan panas.

Tadi dah ok dah. Yang ujung.

Timbalan Yang di-Pertua

Exco. I bagi satu minit. Sila masuk perenggan terakhir. Yang lain semua sila duduk.

Kalau ada apa-apa, Perintah Tetap la.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok. Yang Berhormat Exco, I bagi seminit lagisila masuk perenggan yang terakhir. Yang lain semua sila duduk. YB. Yang Berhormat, sila duduk. Exco, Exco. Sila. Teruskan. Yang lain semua sila duduk. Yang Berhormat, saya cakap sila duduk.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kapal terbang dah landing pun. Tayar dah sentuh landasan. Itu pun kamu nak lawan lagi. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungkai untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Salam Sejahtera. Salam Perpaduan. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, ketua-ketua agensi, para petugas Dewan Negeri, para pemerhati dan rakan-rakan media sekalian. Pertama sekali saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana telah memberi ruang kepada saya pada hari ini bagi sesi penggulungan di bawah Portfolio Kesihatan Sumber Manusia Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India. Tidak dilupakan sekalung penghargaan diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pihak pembangkang kerana telah melontarkan idea-idea yang bernas serta cadangan yang membina demi kepentingan negeri dan rakyat Perak. Pada kesempatan ini saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan merafak sembah maklum titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas.

Bahawasanya pentadbiran saya melalui portfolio kesihatan akan terus komited dalam memastikan keperluan kesihatan rakyat dapat dipenuhi tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan budaya agar kesejahteraan rakyat dapat dilestarikan dengan jayanya. Oleh itu saya mulakan penggulungan saya ini dengan menyentuh beberapa isu yang agak penting dan Timbalan Yang di-Pertua oleh kerana isu penternak khinzir menjadi topik hangat bukan sahaja dalam dan luar dewan negeri sejak akhir ini malah isu ini telah diperbesarkan di media sosial dan baru-baru ini juga di PRK Ayer Kuning. Justeru itu izinkanlah saya membuka penggulungan saya pada petang ini untuk menyentuh berkaitan isu ini. Walau pun soalan ini ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan merupakan portfolio di bawah YB Exco Pertanian tetapi saya diberi tanggungjawab untuk mengulas isu ini kerana awal tahun 2023, saya dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Semula Ladang-Ladang Khinzir di negeri Perak.

Untuk makluman, industri penternak babi di Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dan berakar umbi sejak awal abad ke-20. Pada tahun 1900, penternak babi dimulakan secara kecil-kecilan di kawasan belakang rumah sebagai bentuk akaun simpanan hidup. Dengan hanya menggunakan baka tempatan iaitu Local Chinese Pig menjelang 1929 hingga 1930 baka babi dari luar negara seperti Middle White and Large White mula diimport diikuti dengan baka vecchia dan tamworth menjelang tahun 1930 an. Kemajuan lebih ketara berlaku sekitar tahun 1950 apabila baka seperti Londres, Yorkshire dan Duran, Jersey diperkenalkan. Pada masa yang sama, kilang makanan ternakan dan produk hiliran mula wujud memperkukuhkan struktur rantaian nilai industri ini. Pada tahun 1964 Malaysia berjaya mencapai tahap sara diri bagi keperluan daging babi dan pada tahun 1968 negara mula mengeksport daging babi ke pasaran antarabangsa seperti Singapura.

Namun begitu pengurusan ladang ternakan pada ketika itu masih longgar melalui penternakan secara terbuka serta keluasan tanpa kawal selia dan khusus. Walau pun Malaysia merupakan negara majoriti Muslim, daging babi tetap memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan protein bagi komuniti bukan Muslim. Di negeri Perak sahaja pada tahun 2024 kadar keperluan produk daging babi dianggarkan sebanyak 17,424,000.00 kilogram yang merangkumi 5.75% daripada keseluruhan sumber protein berbanding dengan ayam, telur, daging, daging lembu, kambing dan bebiri. Sekiranya ladang babi dihapuskan sepenuhnya termasuk di negeri Perak, ia akan memberi kesan ketara terhadap keseimbangan bekalan protein. Pengurangan satu lagi sumber utama protein ini boleh meningkatkan tekanan terhadap sumber protein lain seperti ayam dan daging lembu sekali gus menyebabkan lonjakan permintaan dan harga di pasaran. Situasi ini akan memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna air tetapi juga kepada kestabilan rantaian bekalan makanan negara.

Oleh itu kelangsungan industri penternak babi dalam kerangka sistem modern pig farming yang mampan amat penting dalam memastikan keperluan protein rakyat terus dipenuhi tanpa memberi tekanan berlebihan kepada sektor penternakan lain. Sebagai penganut agama Hindu, saya YB Buntong, YB Malim Nawar dan YB Hutan Melintang juga faham di mana di dalam agama kami juga menyatakan menyentuh serta memakan khinzir adalah tidak dibenarkan. Namun begitu saya beranggapan di dalam masyarakat yang majmuk kita tidak boleh menghentikan hak kaum-kaum lain seperti isu khinzir ini selagi ia tidak bertentangan dengan pematuhan undang-undang. Di negeri Perak Enakmen Pengawalan Penternak Babi telah digubal pada tahun 1992 di Dewan yang mulia ini untuk mengawal selia aktiviti penternakan babi secara sistematik. Enakmen digubal bagi memastikan penternakan babi dijalankan dengan mematuhi piawaian kesihatan, alam sekitar dan sensitiviti masyarakat setempat. Bukan sahaja dari segi Enakmen Pengawalan Penternak Babi 1992, kita juga pada tahun 2009 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan kaedah-kaedah pengawalan penternak babi secara berlesen untuk memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap industri penternakan babi. Ini digubal sebagai pelengkap kepada Enakmen Pengawalan Penternak Babi 1992 dengan memfokuskan peningkatan piawaian kebersihan dan biosekuriti, penguatkuasaan lesen dan pemantauan alam sekitar.

Ahli Dewan perlu memahami istilah halal dan haram serta sah atau tidak sah taraf bagi ladang ternakan dalam isu ini kerana bagi Muslim kita sedia maklum bahawa daging babi adalah haram tetapi mengikut peruntukan undang-undang ianya adalah berkaitan dengan isu pelesenan penternakan yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar. Justeru itu adalah kefahaman saya selaku seorang peguam bahawa adalah tidak wajar untuk menggunakan istilah halal dan haram dalam keadaan ini.

Memandangkan isu ini adalah satu isu yang serius maka Jemaah Menteri pada 17 September 2014 telah memutuskan agar sistem penternakan babi moden atau Modern Pig Farming (MPF) dimajukan di semua negeri di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan kelestarian alam sekitar dan keselamatan makanan negara. Kriteria utama MPF atau Modern Pig Farming yang telah dipersetujui merangkumi penggunaan sistem kandang tertutup, amalan Zero discharge atau biochemical oksigen di mana kurang daripada 50 ppm zon penampan minimum 200 meter serta pematuhan kepada Good Animal Husbandry Practice. Kerajaan Negeri Perak pada waktu tersebut telah diarahkan oleh Menteri Pertanian untuk menubuhkan satu jawatankuasa tindakan bagi pemantauan MPF ini peringkat negeri yang pengerusikan oleh mantan Adun Chenderiang iaitu Dato' Mah Hang Soon.

Saya turut dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini bagi membantu perlaksanaan penguatkuasaan ini. Jadi penglibatan saya dalam isu memodenkan ladang khinzir ini mula daripada tahun 2014, bukan baru. Namun begitu, daripada tahun 2014 sehingga 2018, perlaksanaan MPF masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya bukan sahaja di negeri Perak tetapi turut melibatkan negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Melaka. Di atas isu tanah penggunaan modal yang tinggi bagi menukar kaedah penternakan tradisional kepada MPF, tempoh pelaksanaan yang sepatutnya sehingga tahun 2017 telah dilanjutkan beberapa kali. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Semula Ladang-Ladang Khinzir di negeri Perak, saya dengan kerjasama erat daripada Jabatan Vaterinar, Jabatan Kesihatan, Jabatan Daerah, Pejabat Tanah Daerah dan rakan strategik yang lain, jawatankuasa ini telah bertindak dengan lebih agresif dengan data terkini menunjukkan kejayaan ketara mengurangkan ladang khinzir daripada 115 ladang hujung tahun 2022 kepada 85 buah pada masa kini. Maka 30 ladang khinzir telah ditutup di negeri Perak hasil daripada penguatkuasaan undang-undang, wabak penyakit yang melanda babi domestik isu berkaitan pemilikan serta penggunaan tanah, 30 ladang ini telah ditutup sepenuhnya dan tidak lagi dibenarkan beroperasi semula tanpa kompromi. Kenyataan yang mengatakan bahawa terdapat ladang-ladang ternakan haram di negeri Perak secara berleluas adalah tidak benar sama sekali dan sangat tidak bertanggungjawab kerana kesemua 85 ladang-ladang yang sedia beroperasi negeri Perak mempunyai lesen penternakan yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar Negeri Perak. Ingin saya tegaskan di sini, Kerajaan Negeri Perak tidak pernah meluluskan sebarang sebarang pembukaan ladang babi baru di kawasan yang dikenalpastikan sebagai kawasan majoriti penduduk Melayu Islam.

Sebahagian besar ladang-ladang yang wujud pada masa ini adalah warisan operasi sejak beberapa dekad yang lalu dan terletak di atas tanah milik sendiri serta telah beroperasi sebelum pewartaan garis panduan atau dasar penternakan moden diperkenalkan. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Manjoi dan Yang Berhormat Chenderoh berkenaan dengan isu penternakan khinzir di kawasan Batang Padang dan Muallim dan Dun Ayer Kuning, sebanyak 20 buah ladang babi berlesen beroperasi di bawah Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1992 di mana 11 ladang sudah mempunyai kelulusan merancang atau KM bagi pertukaran kepada modern pig farming. Manakala 9 buah ladang masih dalam proses dokumentasi yang dimohon di bawah majlis. Saya juga ingin menyangkal dakwaan yang menyatakan lebih 30 ladang-ladang babi beroperasi di bawah Batang Padang melalui Batang Padang dan Muallim. Melalui kenyataan YB Manjoi dan saya ingin bertanya serta mengesahkan di manakah terletaknya 10 ladang lagi?

YB Exco boleh saya jawab.

Ini adalah hansard. Hansard.

Ok baik.

Ada dalam hansard.

Ok.

Jadi duduk sekejap. Ha nanti Ibagi peluang. Sebab namun dalam daerah Batang Padang, Muallim sahaja ada 30 ladang ternakan babi yang diluluskan dan berlesen oleh Kerajaan Negeri Perak. Namun jika dicampur lagi ladang haram jumlahnya mungkin lebih banyak daripada ini. Ini dari mulut yang Yang Berhormat.

YB Exco boleh saya respon.

Takpe takpe.

YB Exco sebut nama saya.

Nanti ada peluang untuk responds sebab ini…

Sebab sebab saya dituduh dalam dewan ni. Bagi peluang untuk saya responds.

Ini saya petik daripada hansard.

Ya saya nak respon jawab seolah-olah saya menafikan atau pun saya buat kenyataan palsu. Saya juga ingin…terima kasih Timbalan Speaker. YB Exco saya juga nak bertanya YB Exco daripada mana data YB Exco dapat tersebut? Jika data di tangan saya, saya ambil daripada data daripada kerajaan sendiri. YB Exco boleh minta, kalau tak sempat boleh minta Pegawai Khas di pejabat atau rakan-rakan boleh search dalam website sendiri, website Veterinar menyatakan daerah Batang Padang, Muallim jumlah ladang kandang babi yang ada sebanyak 30 kandang babi. Saya ambil dari data ni. Ni data daripada pihak-pihak kerajaan dan saya boleh baca satu-satu. Ni banyak kalau saya nak baca.

Takpe takpe.

Tapi bila YB Exco kata…

Saya ada banyak tu…

Yang seolah-olah tidak betul…

Saya akan jawab soalan tu.

So, daripada mana data YB Exco dapat tersebut?

Saya akan jawab soalan tu.

YB Exco kena tally dengan pihak-pihak kerajaan.

Memang memang memang. Yang…

Ya.

Jawapan ini saya dapat daripada Jabatan Veterinar.

Ya.

Final correction pada pagi ni. Jadi ini adalah corrections.

Kita baru search semalam.

Ini adalah latest.

Semalam masih lagi 30 ladang...

Takpa.

Kandang babi di kawasan Daerah Batang Padang, Muallim.

Ok tahu tak nama-nama ladang? Saya ada nama-nama ladang.

Saya ada.

Ada tak nama nama-nama ladang?

Ada.

Ok kita boleh share kongsi.

Ha saya ada. Tapi bila YB Exco kata saya bagi kenyataan tak betul, saya kena bercakap.

Saya ni dah fikir ini yang betul dan memang ini betul. Jadi…

Ini tak betul. Data Veterinar tak betul.

Itu saya kena check daripada Veterinar.

Sebab tu YB Exco sebelum YB Exco tuduh saya YB Exco kena check betul-betul. Sebagai Exco Kerajaan Negeri yang ada banyak akses kena check…

Saya dah check. Ini ada panjang. Saya akan bagitahu nanti lah.

Manjoi tidak akan bercakap benda tidak betul di dalam Dewan ini dan Manjoi bercakap dengan fakta dan data dari dulu lagi.

Yang Berhormat kata Muallim, Batang Padang dan Muallim.

Ya.

Muallim ada.

Batang Muallim YB Exco.

Mana ada…

Ada YB Exco dah baca ke belum? Tu saya tanya.

Muallim tidak ada satu pun ladang khinzir.

Batang Padang Muallim, Daerah Batang Padang Muallim ada Veterinar YB Exco.

Takpa YB simpan you punya dokumen. Ini saya yang gulung.

Ini dokumen kerajaan…

Jadi kalau ada apa-apa, YB boleh tanya saya.

Saya minta YB Exco tarik balik tuduhan kepada saya.

Saya teruskan.

YB Exco boleh tarik balik tuduhan saya Timbalan Speaker. Saya cakap benda benar. Saya data kerajaan tapi dituduh saya keluar statement tidak betul.

Saya tidak tau dokumen itu. Dokumen ini daripada Veterinar pagi ini.

(MANJOI) Ini daripada Veterinar jugak. Mana yang betul?

Turun sama-sama dengan saya, kita pergi Muallim…

Boleh.

Cari jika ada.

Boleh. YB Exco nak turun dengan saya.

Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat.

Kita boleh turun ke semua ladang khinzir saya cabar YB Exco kita turun dan tengok juga kandang-kandang ladang babi haram yang tidak berlesen boleh?

Kalau-kalau kerja ini dilakukan oleh Gunong Semanggol…

Oi dia hasut divert Gunong Semanggol pulak. Sekarang ni tanggungjawab YB Exco. Sekarang ni tanggungjawab kerajaan yang ada sekarang.

Dia tak buat kerja.

Jangan divert isu YB Exco.

Sahabat ni tak buat kerja.

Tadi ajak saya turun sekali saya sedia turun.

Ok takpa.

Habis sidang Dun kita turun.

Kamu dah cadangkan kita turun padang kita akan turun padang.

Ya kita boleh turun.

Sekarang duduk duduk.

Sekarang ni saya nak nyatakan di sini mana yang betul?

YB Exco bagi tarikhnya nanti.

Timbalan Speaker.

YB Exco buat tuduhan pada... YB Exco boleh tarik balik kot. Tuduhan tak betul. Ni Veterinar punya dokumen. Sebagai seorang Exco, kena professional. Saya profesional. Saya angkat data. Saya bukan main-main. Ni saya belum cakap lagi isu tentang tanah haram…

Timbalan Yang di-Pertua

Ok. ok siap. Ok... YB Exco.

Timbalan Speaker, dia tuduh saya. Minta dia tarik la.

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau Manjoi, kalau ada apa sila hantar surat kepada Pejabat Speaker atau rujukan dalam hansard pada malam ini. Ok? So sila duduk. Manjoi sila duduk.

Cuma janji YB Exco. Jap. Exco janji Exco nak turun dengan saya confirm boleh turun sekali.

Confirm.

Dan turun YB selesaikan masalah rakyat…

Timbalan Yang di-Pertua

Cukuplah. Stop. Kalau tak betul semua…

YB Exco. Saya cakap saya akan turun di kawasan YB apabila dibangkitkan…

YB. YB kata kepada isu ladang-ladang khinzir ini…

Biar saya turun atau saya turun atau tidak…

YB. Fokus pada isu. Saya tanya isu ni…

Sekarang isu ini pun saya akan turun.

Fakta YB tak betul. YB menafikan fakta data kerajaan sendiri. Sebab tu sebelum YB bentang YB kena study dulu.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi Manjoi. YB. Yang Berhormat. Bagi EXCO jawab dulu dia bagi dia bagi penjelasan.

Exco provokasi saya. Bila YB provoke saya, saya akan…

Timbalan Yang di-Pertua

YB Manjoi sekejap. Bagi saya cakap. Sekejap.

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat…

Timbalan Yang di-Pertua

Apa peraturan mesyuarat sebab sekarang EXCO yang pergulungan bagi dia bagi penjelasan dulu.

Bila angkat peraturan mesyuarat kena dengar dulu apa benda.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila baca.

Ok peraturan mesyuarat 40(3) A. Seorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Ok. Jadi YB tadi mendakwa ada 20 sahaja ladang di daerah Batang Padang dan Muallim. Jadi seperti mana yang telah didakwa oleh YB Manjoi, kata 30. Jadi buktikan. Ada keratan dan saya pun baru siap saya tengok. Kalau YB saya nak bagi tengok pun boleh. Ni laman web Veterinar mengatakan bahawa Batang Padang dan daerah Muallim, ladang babi 30. Jadi saya minta YB akur lah benda ini, tarik balik dan teruskan. Kalau tak tarik balik, kita akan bahas la. Sebab YB kata maklumat tak betul.

Saya pun boleh gunakan perintah tetap yang sama, ok.

Jadi apa yang saya dapat ini adalah 20 dan saya ada senarai nama.

Ya ini dia senarai nama.

Itu yang kita dah kata dah.

YB Exco, saya ada senarai nama.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi, Manjoi, Kamunting, bagi EXCO penjelasan dulu

Begini la Timbalan Speaker, saya mohon kepada semua Adun-Adun, YB Exco, kita buka website sekarang. Kita buka search google sekarang. Set, ada nama detail. Saya bukan nak bahas

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi.

Tapi YB Exco saya sangat percaya pada data kerajaan

Timbalan Yang di-Pertua

YB sekejap, bagi saya cakap.

Tuduhan YB Exco tidak profesional.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya minta YB Exco bagi penjelasan. Yang lain duduk dulu, ok.

Ok, tak betul saya akan bangun balik la.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk dulu.

Tapi kita akan turun sama-sama. Saya juga ingin menyangkal dakwaan yang menyatakan lebih 30 kandang babi beroperasi di kawasan Batang Padang, sama. Melalui kenyataan YB Manjoi dan saya ingin tanya dan serta mengesahkan di mana terletaknya 10 lagi kononnya kandang haram yang beroperasi seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Hasil dari tinjauan lapangan YB supaya tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh Jabatan Veterinar dan saya sendiri akan turun padang jika benar seperti kenyataan Yang Berhormat. Saya mengalu-alukan jika Yang Berhormat boleh turun bersama-sama saya serta Jabatan Veterinar. Ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada ladang babi di daerah Muallim. Kita juga mohon Yang Berhormat Manjoi memberi maklum balas berkaitan dengan kenyataan YB di Dewan yang mulia ini. Jika berlaku kesilapan fakta, saya meminta Yang Berhormat untuk menarik semua kenyataan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada Ahli Dewan. Ketika ini hanya kawasan Bidor ada 11 kandang dan Ayer Kuning 9 kandang sahaja yang mempunyai ladang ternakan khinzir di daerah Batang Padang dan mempunyai lesen sah daripada Jabatan Veterinar.

Bagi menjawab respon berkaitan jumlah ladang ternakan khinzir di Ayer Kuning, terdapat 9 ladang ternakan khinzir yang beroperasi di mana 8 daripadanya telah mempunyai kelulusan KM untuk pertukaran kepada modern pig farming dan hanya 1 ladang sahaja masih dalam proses permohonan iaitu Ladang Ternakan Timur. 8 ladang ternakan yang sudah mempunyai KM adalah seperti berikut. Wing Hin

Agricultural Farm Sdn. Bhd., Sun Wing Lee Farm, Tan Ah Chin Agricultural & Farm Sdn. Bhd., Max Mill Sdn. Bhd., French-Malaysian Livestock Industries Sdn.Bhd., Agriculture Channel Sdn. Bhd., Yikar Rubber Estate & Farming Sdn. Bhd., Chan Tin Kwan Farm Malaysia Sdn. Bhd. Ini adalah-ladang yang saya maksudkan.

Untuk makluman juga, daripada 9 ladang ini, tiga buah ladang telah dinaik taraf kepada Modern Pig Farming Fully Close House iaitu Wing Hin Agricultural Farm Sdn. Bhd., Sun Wing Lee Farm, Tan Ah Chin Agricultural & Farm Sdn. Bhd. Enam ladang ternakan dalam proses MPF Fully Close House iaitu Max Mill Sdn. Bhd., iaitu di antara 25 rumah raw stock, mereka telah siap 20 rumah iaitu 80% siap. French-Malaysian Livestock Industries Sdn.Bhd. 84% dah siap. Agriculture Channel Sdn. Bhd. 88%. Yikar Rubber Estate & Farming Sdn. Bhd. 38%, Chan Tin Kwan Farm 50% dan Ladang Ternakan Timur 67% dah siap. Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang dan penambahbaikan kawalan selia, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan kini sedang melaksanakan proses pemutihan dan penstrukturan semula ladang-ladang babi termasuk di daerah Batang Padang yang meliputi kawasan Dun Ayer Kuning termasuk pengesahan status operasi lesen semula lokasi mengikut zon yang dibenarkan serta pematuhan kepada MPM.

YB Exco boleh saya respon?

Terima kasih YB Exco. Saya nak bertanya, saya tertarik bila YB Exco sebut berkenaan dengan nama-nama company, nama-nama company yang menguruskan ladang babi ini, saya turun padang YB Exco, ada sebuah ladang babi berdekatan dengan Kampung Tanjung Keramat iaitu 3 minit daripada Masjid Tanjung Keramat. Kalau YB Exco boleh lihat boleh search dalam google maps nanti, daripada Masjid Tanjung Keramat ini nak ke, pergi ke ladang babi tersebut hanya 3 minit sahaja. Point selepas ini, baru-baru ini ada isu kampung itulah, kampung melayu, majoriti melayu, 68% orang melayu, dan dekat kampung tersebut ada kandang babi. Ini isu yang sensitif bagi orang-orang melayu Islam. Cuma point saya YB Exco, bila saya turun ke padang ialah, ladang babi ini terletak di Jalan Kampar Changkat Jong dan mengikut senarai Jabatan Vaterinar yang YB bacakan tadi dan juga ada kepada saya, tidak ada satu pun ladang berlesen berada di jalan ini. Jadi soalan saya, adakah ladang babi ini berlesen atau pun tidak? Kalau berlesen bagaimana kerajaan boleh luluskan ladang babi tersebut yang sangat dekat dengan kampung orang Melayu yang sangat dekat dengan masjid.

Manjoi, ladang itu baru ke Manjoi.

Kedua,

Manjo, ladang itu baru ke?

Ini floor saya, bagi saya tanya pada Exco.

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka sila duduk.

Bagi saya tanya Exco dan kedua jika ladang itu berada di atas tanah haram tanah kerajaan, apa tindakan kita? Dan saya sebut YB Exco, saya bukan emosi, tapi saya turun ke padang dan saya faham YB Exco nak selesaikan isu ini dan sekarang ini kalau boleh kita tidak mahu tuding jari antara kita. Saya pun tak nak tuduh kerajaan, kerajaan jangan tuduh kami. Tapi point kita nak selesai masalah rakyat. Sebab kalau kita bahas sini panjang-panjang pun, kalau tak selesai di bawah, isu ini akan berlarutan.

Timbalan Speaker, saya

Jadi, itu point saya YB Exco, mungkin YB Exco boleh jelaskan tentang kandang babi yang disebut tadi tidak ada dalam senarai veterinar dan adakah kerana babi itu mendapat lesen ataupun tidak? Kalau kandang itu kandang tidak berlesen, saya fikir kerajaan kena bertindak kerana menjadi bebanan kepada umat Melayu di kampung tersebut.

Yang Berhormat, satu soalan sahaja?

Mohon pencerahan Manjoi. Ladang itu ladang baru sahaja kan, satu tahun dua tahun.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Ramai jadi Exco, biarlah Exco yang jawab.

Tak apa, tak apa

Ok Astaka, ladang itu ada lesen atau tidak ada lesen?

Bukan, ini di bangkit oleh Manjoi. So, soalan saya pencerahan, saya mohon tanya dengan cara yg baik, adakah ladang ini ladang baru?

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Biar lah YB Exco yang jawab.

Adakah ladang ini ladang baru?

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Udah tak sabar nak jadi Exco ke?

Soalan, tolong jawab pencerahan? Tolong bagi sedikit maklumat sebelum kita bahas dalam Dewan ini.

Biar Exco jawab, biar Exco Jawab. biar Exco jawab la.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Biar Exco jawab la, jangan lebih daripada Exco.

Boleh tak bagi sedikti pencerahan. Ada…

Sekarang ini, sekarang ini…

Adakah itu ladang baru? Biar kita semua boleh faham isu.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Biarl a Exco yang jawab.

Boleh, boleh tak Manjoi bagi sikit pencerahan boleh tak?

Biar Exco jawab Astaka.

Tak, kalau Manjoi nak bangkitkan isu ini kami semua dekat sini, kami nak bahas, tapi kami tak faham, tak faham isu itu. So, saya nak pencerahan daripada Manjoi sahaja, adakah ladang itu ladang baru? Itu sahaja? Boleh. Boleh bagi? Tak apa, kita bagi Manjoi.

Manjoi tanya Exco, tunggu la Exco jawab.

Kita bagi Manjoi bagi, bagi laluan kepada Manjoi. Manjoi, Manjoi teruskan.

Yang Berhormat Exco boleh jawab, kita nak dengar penjelasan sahaja.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Exco duduk, Exco duduk biar depa jawab.

Kalau Astaka nak berlawan dengan saya, saya boleh berlawan Astaka, tapi YB Exco bagi ruang atau tidak?

Tak apa, tak apa, duduk.

YB Exco jawab tapi Astaka masuk campur. Saya sebut isu kampung melayu, kampung orang melayu yang duduk dekat kandang babi.

Manjoi boleh bagi pencerahan sikit, baru ke lama?

Tapi kenapa Astaka sensitif?

Baru ke lama ladang itu?

Kenapa Astaka tiba-tiba bangkit. Saya sebut tentang kampung orang melayu, kandang itu dekat dengan masjid, dengan rumah Allah.

Betul, betul.

Kami tidak puas hati kerana dekat dengan rumah Allah.

Memang betul.

Awak dah turun ke belum kawasan tersebut?

Boleh, saya faham dekat dengan kampung melayu. Tapi ladang itu baru ke lama? Jawab sahaja, ladang baru ke lama melayu. Apa yang dilakukan oleh PAS semasa dia jadi Exco Pertanian. Gunong Semanggol buat apa?

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Yang Berhormat, sila duduk. Saya minta Exco bagi penjelasan. Yang lain semua sila duduk.

Saya tengok Yang Berhormat Manjoi tanya...

Isu.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk, Yang Berhormat, sila duduk ok.

Ladang baru atau ladang lama.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Ooo Sungkai ingat Exco bukan Astaka.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang lain.

Isunya ada lesen daripada veterinar atau tidak. Jika tiada lesen daripada veterinar, kita boleh tutup bila-bila masa. Saya akan turun ke padang, biar kita pergi melihat. Saya akan bawa veterinar, saya akan bawa majlis di situ dan kita check saya. Saya bagi aku janji.

Maksud Gunong Semanggol gagal. Ini kerajaan perpaduan boleh kerja.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih YB Exco, terima kasih.

Exco dah jawab, sudah la.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Dah selesai dah pun Astaka, dah selesai. Exco dah jawab dah. Dah selesai.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa menonjolkan profesionalisme serta komitmen tinggi dalam memastikan industri penternak babi di Malaysia kekal mampan, selamat dan diterima masyarakat umum. Komitmen ini zahirkan melalui pelbagai usaha berterusan termasuk memastikan penternak mematuhi peratus peruntukan bahawa Enakmen Pengawalan Penternak Babi 1992 serta pelaksanaan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternak Babi Malaysia 2009 bagi menjamin keselamatan makanan, kesihatan awam dan kelestarian alam sekitar. Sebagai agensi teknikal utama, JPV turut memainkan peranan aktif dalam memantau dan menguatkuasaan pemantauan lading-ladang terhadap syarat lesen sistem pengurusan sisa ternakan dan pengawalan penyakit berjangkit seperti ASF. Afrikaans Spain Fever. Langkah ini penting untuk menjamin rantaian pengeluaran daging babi dan selamat untuk pengguna serta bebas daripada ancaman kesihatan awam. Saya juga ingin membetulkan semula fakta Manjoi yang menyatakan ASF menjangkiti manusia adalah tidak tepat kerana virus ASF ini hanya berjangkit kepada spesis babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia.

YB Exco cepat sungguh update apa ni web? dah tukar dah jadi 20. Cepat sungguh ya. Saya saya screenshot dan saya. Cukup cekap ya

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dah silap mata silap mata. Kita…

Cukup cekap eh

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk ini score ini floor untuk Exco. Sila sambungkan.

Kita kalau 20 kita akan bagi bukti untuk 20. Kalau jadi human error. Kalau jadi human error.

Hidup Exco

Di sana atau sini nak cakap bangunlah hormat Exco.

Profesional memang sabar Gunung Semanggol gagal nak dulu pun Exco Pertanian bawah dia jugak la.

Exco tadi 30 dan saya dah buktikan saya betul 30 dan tadi search 30 dah Exco kata 20 dan mungkin Veterinar dah tukar tadi tak apalah yang penting terbukti jawapan saya benar. Cuma Exco saya sangat tertarik Exco sebut tadi kalau kita turun ke padang. Isu ladang isu kandang babi yang dekat dengan masjid tersebut. Hatta jika kandang tersebut ada…ada lesen lesen sekali pun. Saya mohon jika boleh kerajaan kena fikir bagaimana untuk kita hadapi perkara ini kerana dia dekat dengan kawasan orang Melayu dan kawasan masjid orang-orang Islam kita

Ok. Saya faham, saya faham

Jadi kita kena tolong YB Exco

Saya faham ini adalah satu isu sensitif. Saya dah awal awal bagitau. Saya pun tak boleh sentuh atau makan daging babi. Jadi saya faham kalau ada ladang babi sebelah rumah saya Ya, saya faham. Jadi apa lagi ini adalah masjid

Terima kasih YB Exco

tempat orang buat ibadat. Saya akan turun, saya akan

Saya terima kasih YB Exco, kalau kata kita boleh kita boleh basmi atau kita boleh halang. Ini terbaiklah

kalau macam YB kata terlalu dekat dengan masjid. Ada lesen pun kita akan runding dengan mereka untuk pergi ke tempat lain.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih YB Exco. Ok

Sekarang ok lah. Dalam

Aduhai Alhamdulillah jangan jadi macam Astaka.

Bangunlah cakap.

Terima kasih Exco. Perform lebih perform daripada Gunong Semanggol.

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka.

Terima kasih Exco

Dalam masa yang sama, JPV turut giat menjalankan program kesedaran dan khidmat nasihat teknikal kepada para penternak termasuk melalui pendedahan mengenai amalan penternak babi, baik bangunan, pembangunan sistem bio sekuriti ladang dan penerapan teknologi modern pig farming agar industri ini kekal berdaya saing dan selaras dengan tuntutan piawaian antarabangsa. Bagi kaedah penguatkuasaan pula. Kerajaan Negeri sedang menyelaras dengan lebih tegas dan menyeluruh. Proses pemutihan serta pelesenan semula semua ladang ternakan babi bagi memastikan hanya ladang yang mematuhi piawaian dari segi lokasi, pencemaran dan sensitiviti sosial sahaja dibenarkan beroperasi secara sah dan menjawab respon kepada Yang Berhormat...

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Ha saya Exco. Terima kasih di atas jawapan Exco tadi di atas hal yang dibangkitkan di Tanjung Keramat dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera sebab rata-rata penduduk di situ apa ni terlalulah terbeban, bukannya sebab dekat tu satu, hal bau dia tu lain macam, kemudahan kumbahan yang dimasuk dalam surau dan parit tu menyebabkan hasil ikan di situ pun dema tak beranilah nak ambil makan bagainya. Jadi, saya harap tindakan daripada Exco itu supaya segera turun padang. Kalau boleh makna dalam dalam PRK tak kisah lah keme tu tak kisah janji benda tu dapat diselesaikan dengan cepat segera. Insya Allah, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, Kampong Gajah. Menjawab respon kepada Yang Berhormat Bota, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah merancang dan meneliti Pelan Induk Fasiliti Kesihatan Negeri Perak yang mengambil kira pembangunan fasiliti baru dalam projek Rancangan Malaysia, RMK dan yang akan datang. Ini termasuk pembinaan Hospital Seri Iskandar yang telah siap dibina pada tahun 2025. Klinik kesihatan terdekat dengan Hospital Seri Iskandar adalah Klinik Kesihatan Seri Iskandar dengan jarak 4 kilometer. Pesakit di Jabatan Pesakit Luar Hospital Changkat Melintang telah dipindah kepada klinik kesihatan berdekatan dengan lokasi Hospital Changkat Melintang bagi mendapatkan rawatan yang komprehensif. Terdapat dua buah klinik kesihatan terdekat Hospital Changkat Melintang iaitu Klinik Kesihatan Bota Kiri dengan jarak 7 kilometer dan Klinik Kesihatan Lambor Kiri dengan jarak 9 kilometer dari Hospital Changkat Melintang. Pemindahan pesakit ini adalah selari dengan surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Bilangan 5/2024 mengemaskinikan pengemaskinian dasar pemindahan Jabatan pesakit Luar dari Hospital ke Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 13 Mei 2024. Dalam surat ini merujuk kepada Perkara 4.1 (1), Jabatan Kesihatan Negeri perlu meneliti kapasiti klinik kesihatan sedia ada dalam lingkungan 10 kilometer radius untuk menampung penambahan beban kedatangan pesakit (JPL) yang dipindahkan.

Bagi menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat Bercham merujuk surat arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dengan nombor rujukan KKM.600-1/4/12 Jilid 2 (80) bertarikh 16 Jun 2023. Pelaksanaan saringan kesihatan tahunan bagi Ahli Parlimen boleh dijalankan ahli Parlimen atau Adun boleh dijalankan di Klinik Kesihatan Parlimen atau di mana-mana klinik kesihatan di seluruh Malaysia atau klinik swasta mengikut kesesuaian Ahli Parlimen ataupun Adun. Saringan kesihatan yang dilakukan di klinik kesihatan akan melibatkan pemeriksaan tanda vital, saringan kesihatan mental, saringan intervensi merokok dan kebergantungan kepada alkohol serta saringan khusus bagi wanita iaitu pemeriksaan payudara dan pap smear dan saringan sistem produktif bagi lelaki. Mengikut buku panduan caj kemudahan perubatan edisi kedua tersebut, Yang di-Pertua Dewan Negara atau Dewan Negeri diberikan rawatan pesakit luar secara percuma.

Selain daripada itu, kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian 2.1.1 menetapkan supaya pegawai digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi pelaksanaan saringan kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, kerajaan telah menetapkan pegawai yang berumur 40 tahun dan ke atas adalah digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan komprehensif dari semasa ke semasa. Justeru itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesyorkan agar Ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua jabatan mendapat kemudahan pemeriksaan perubatan di mana fasiliti kesihatan yang sesuai melalui sistem temujanji untuk yang teratur dalam aplikasi MySejahtera.

Bagi menjawab respon daripada Yang Berhormat Bukit Chandan kedatangan pesakit ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh menunjukkan trend yang semakin tinggi. Pada tahun 2024, bilangan kedatangan pesakit ke Kompleks Klinik Pakar meningkat sebanyak 3.78% kepada 457,438 orang. Berbanding dengan tahun 2023 adalah 440,816 orang. Manakala purata kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Trauma dari tahun 2022 hingga 2024 seramai 96,850 orang, 96, 825 orang. Selaras dengan peningkatan ini, permintaan untuk dan parkir di dalam dan di sekitar kawasan HRPB semakin bertambah. Menyedari perkara ini, pihak hospital telah mengambil beberapa inisiatif bagi mengurangkan keadaan kepadatan dan kesesakan pesakit yang berlaku di wad kecemasan seperti berikut. Pertama, penubuhan Bed Management Unit atau BMU dan Discharge Lounge bagi memudahkan kemasukan dan discaj pesakit dari wad-wad. Dua, penambahan bilangan katil baru bagi ED Emergency Department dan wad-wad. Bagi tahun 2023, sebanyak 119 buah katil telah diperoleh dengan perbelanjaan sebanyak RM 778,250.00.

Daripada bilangan ini sebanyak 54 katil bernilai RM 498,500.00 telah diperolehi daripada bajet AS MOF di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Perak di mana sebanyak 5 katil ICU dan 19 katil patient transport trolley telah diagihkan kepada Emergency Department. Bagi tahun 2024, sebanyak RM 1.196 juta telah diperuntukkan bagi pembelian 193 buah katil. Hasil daripada lawatan Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa Majlis Perasmian Kompleks Wanita Kanak-Kanak dan Kardiologi pada 6 Februari 2024. Kesemua katil ini telah diselesai tender dan kini dalam proses penerimaan katil secara berfasa yang dijangka selesai pada tahun akhir pada akhir Mei 2025. Sebagai penyelesaian jangka panjang pihak hospital bersama pihak JKN dan Kementerian sedang dalam proses perancangan untuk membina sebuah blok tambahan perkhidmatan surgical yang akan menempatkan klinik-klinik pakar, wad-wad dan menaik taraf ED sedia ada yang lebih kompetitif serta memenuhi spesifikasi sesebuah ED di hospital serta Triage

Pihak pengurusan hospital juga telah mengambil beberapa inisiatif untuk menambah baik kemudahan parkir kepada pesakit atau waris atau pelawat seperti yang berikut. Pertama, mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadikan kawasan parkir di Velodrom Rakyat sebagai Transit Orang Awam ke HRPB. Pihak hospital telah menyediakan sebanyak 2 buah van bagi perkhidmatan shuttle secara percuma dengan jumlah penumpang maksimum sebanyak 9 orang bagi setiap van. Perkhidmatan shuttle ini bermula jam 7.30 pagi hingga 7 petang. Pada hari berkerja di mana kekerapan perjalanan adalah 30 minit. Anggaran kenderaan yang boleh ditempatkan pada satu masa adalah sebanyak 250 buah kenderaan. Sejak 8 Oktober 2024, pihak Polis Diraja Malaysia daerah Ipoh dengan penyelarasan bersama pejabat saya telah membenarkan semua kenderaan untuk parkir di sepanjang Jalan

Raja Ashman Shah bagi kedua-dua hala berhadapan HRBP bagi mengatasi isu kesesakan dan keselamatan lalu lintas di sekitar hospital.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

YB ada pertanyaan sikit Bercham tentang baru sahaja sebut YB Exco tadi menyebut di Jalan Raja Ashman Shah pihak polis dan JPJ akan mengenakan tindakan undang di mana mereka meletakkan kereta di depan ataupun di seberang jalan tepi jalan asalkan bukan double parking. Jadi baru sebab sebelah tengah hari tadi saya ada kebetulan ada nak beli ubat gastrik. Jadi saya pergi farmasi melalui sana. Saya nampak seorang polis trafik telah mengeluarkan saman kompaun kepada mereka. Bolehkah ataupun mereka sebagai anggota yang baru ataupun mungkinlah anggapan saya mungkin telah ditugaskan ke kawasan tersebut. Bolehkah pihak jasa minta jasa baik pihak Exco untuk memperingati sekali lagi mereka agar mereka tidak mengenakan kompaun sebab pesakit-pesakit atau pelawat-pelawat ke hospital tersebut memang dalam golongan berpendapatan rendah. Terima kasih.

Terima kasih Bercham. Apabila pihak PDRM membenarkan permintaan kita itu tertakluk pada beberapa syarat iaitu tak boleh buat double parking. Kadang-kadang orang yang letak double parking, letak dekat roundabout, ada tempat-tempat yang tak boleh. Tapi kalau single parking tak ada masalah tetapi saya akan bincang sekali lagi dengan CPO baru.

Yang Berhormat Tronoh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco kerana memberi ruang. Jadi saya ingin sebenarnya saya, saya percaya di mana inisiatif yang telah diambil oleh Yang Berhormat Exco sendiri daripada wakil Kerajaan Negeri Perak untuk membenarkan mereka pelawat-pelawat ini untuk memberi memakir kereta di Jalan Raja Ashman Shah ini dan tetapi, namun seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bercham tadi, ada juga saya nampak anggota daripada polis-polis trafik yang mengeluarkan saman. Dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat dan juga Kerajaan Negeri Perak supaya kita menghadkan di manakah sempadan di manakah sempadan untuk memarking parking memarking kereta mereka kerana kadang-kadang apabila saya melawat saya pass by dekat sana, saya melihat ada kereta yang depan tu dia kena saman tapi kereta belakang tu tak kena. So, saya ingin sekiranya boleh mungkin Yang Berhormat Exco boleh berbincang dengan CPO yang baru supaya kawasan tersebut kita memberikan satu sempadan lukiskan sempadan di manakah mereka boleh memakir kereta. Terima kasih.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Boleh saya mencelah sedikit sahaja. Masalah parking ni saya nak mencadangkan ada dua kawasan parking dalam hospital guna untuk staff. Minta pihak hospital minta peruntukkan kementerian buat parking bertingkat. Serupa macam hospital di Taiping. Ini boleh mengurangkan masalah walaupun bukan 100 % kita gunakan parking bertingkat. Terima kasih.

Terima kasih yang pertama. Soalan pertama iaitu buat petak-petak untuk parking ni. Tempat tu memang bukan untuk parking tetapi atas budi bicara pihak PDRM mereka membenarkan kita buat sementara waktu. Not...not forever buat sementara waktu dan kita dalam perbincangan untuk membuat kompleks parking bertingkat, tetapi di Hospital Taiping di hospital seperti Tuanku Bainun, di Manjung, kita ada kapasiti tetapi untuk klinik dan hospital-hospital kecil kita tidak ada kapasiti dan kita kena cari pelabur swasta. Saya dah cari seorang pelabur swasta daripada negeri China. Mula-mula datang bersetuju nak buat lepas tu dia kata dia akan balik tak balik balik jadi nombor satu, Kementerian Kesihatan harus buat kalau tidak kita kena cari partner private partner untuk membina. Jadi kita sedang dalam proses. Terima kasih.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil serius isu berkaitan buli dalam kalangan kakitangan termasuk pegawai perubatan siswazah. Pendekatan zero tolerance diamalkan terhadap perkara negatif tersebut. Beberapa mekanisme diambil bagi memberi kesedaran sebagai langkah pencegahan seperti satu mekanisme pelaporan selamat dan sulit. Saluran pelaporan disediakan seperti Sistem My Help dengan jaminan kerahsiaan dan perlindungan pelapor untuk menggalakkan mangsa tampil ke hadapan. Dua, sokongan psikologi dan kaunseling. Talian krisis kesihatan mental atau dikenali sebagai talian Heal 15555 yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi KKM. 3, Jawatankuasa aduan ditubuhkan di peringkat fasiliti dan negeri untuk menyiasat aduan buli secara adil dan telus dan keempat bagi pegawai perubatan siswazah, sesi engagement bersama pengurusan tertinggi hospital termasuk pengarah hospital dilakukan secara berkala bagi menyediakan platform untuk perbincangan isu termasuk buli.

Garis panduan House Office and Couragement and Reanssurance Thru Sharing and Support turut diperkenalkan. Menjawab respon perbahasan daripada Pengkalan Hulu. Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu dibina mengikut outfit Klinik Kesihatan Jenis 4 yang boleh menampung penduduk berjumlah 20 hingga 40 ribu orang. Sorry, 20 hingga 30 ribu orang. Perkhidmatan kecemasan Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu disediakan tiga buah ambulans pada awalnya dan dua daripadanya telah dipinjamkan ke Klinik Kesihatan Lawin dan Klinik Kesihatan Lenggong mengikut keutamaan dan kepentingan perkhidmatan kecemasan. Keperluan penempatan semula ambulans mengikut beban kerja kes kecemasan masing-masing. Bagi Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu, sebuah ambulans masih berfungsi dengan baik dan penyelenggaraan berkala dan kes kecemasan di kawasan Pengkalan Hulu juga diliputi oleh Hospital Baling, Kedah yang terletak pada jarak 13 kilometer dengan masa perjalanan 15 minit sahaja. Menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat Batu Kurau, Klinik Kesihatan Batu Kurau mempunyai dua buah ambulans yang berusia 11 tahun dan 9 tahun. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan kenderaan gantian daripada fasiliti kesihatan lain apabila diperlukan di Klinik Kesihatan Batu Kurau. Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Perak sedang menunggu pembekalan ambulans baru untuk Klinik Kesihatan Batu Kurau melalui proses perolehan berpusat di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Yang Berhormat. Mohon mencelah Pantai Remis. Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan tentang kenderaan ambulans ini, bagi Klinik Pantai Remis, Ayer Tawar, Sitiawan dan juga Beruas dikatakan kami dimaklumkan ada kenderaan yang baru tetapi boleh tahu tak bila dia akan dibekalkan dan bagaimana tentang situasi berkaitan dengan klinik desa ini atau pun seluruh Manjung dengan keluasan tu boleh kita tambah ada ambulans standby kalau tidak memang akan menghadapi masalah. Pantai Remis dengan Changkat Jering lebih kurang 30 minit dulu ada pernah ada isu berlaku dia sudah pengsan tetapi kerana tak ada ambulans itu waktu keemasan itu terlepas Terima kasih.

Terima kasih Pantai Remis. Saya mohon kepada Yang Berhormat Pantai Remis untuk menghantar surat kepada kepada saya berkaitan kerana tiap-tiap klinik ini. Adakah mereka memiliki ambulans sekarang? Kalau ada ambulans berapa buah ambulans dan apakah keadaan ambulan buat masa ini? Kenapa hendak ambulans? Tolong ya. Bagi menjawab respon soalan daripada Yang Berhormat Malim Nawar, kemudahan ruang khas penyusuan di Klinik Desa Mambang Di Awan telah ditambah baik pada bulan Oktober 2023. Bagi memastikan keselesaan dan privasi kepada para ibu yang hadir ke fasiliti tersebut. Ruang ini terletak di bahagian menunggu pesakit dilengkapi dengan sofa kipas dingin dan langsir untuk menjamin privasi ibu semasa menyusu. Penyediaan ruang ini adalah selaras dengan kriteria klinik mesra ibu dan bayi. Mother and Baby Friendly Clinic. Sebagai yang digariskan dalam garis panduan pelaksanaan Klinik Rakan Bayi di Malaysia.

Bagi respon kepada Yang Berhormat Behrang permohonan projek pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 Tanjong Malim telah dikunci masuk dalam sistem My Projek pada 26 Mac 2025. Projek ini merangkumi bangunan klinik berserta 16 unit kuarters jenis F. Selain termasuk juga keperluan peralatan perubatan dan bukan perubatan serta ambulans. Sekiranya cadangan projek ini dapat diluluskan oleh Kementerian Ekonomi pada penghujung tahun 2025, maka cadangan pelan tindakan ini akan melalui fasa perancangan menjelang tahun 2026. Manakala fasa pembangunan reka bentuk pula dijangka Mac 2026. Projek ini dijangka ditenderkan pada bulan Oktober 2026 dan seterusnya lantikan pihak kontraktor dan tarikh milik tapak dijangka berlaku menjelang Januari 2027. Permulaan bagi kerja-kerja fizikal akan bermula pada Mac 2027.

Seperti yang dititahkan oleh Tuanku ketika Istiadat Pembukaan Rasmi Dewan Negeri pada 15 April lalu berkenaan keperluan melaksanakan program-program peningkatan kemahiran dalam bidang TVET. Pentadbiran saya melalui Pusat Aspirasi Anak Perak akan melipat gandakan usaha dengan melaksanakan sembilan program berkaitan peningkatan kemahiran dalam usaha memenuhi hasrat menjadikan Perak sebagai koridor pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional yang berupaya menghasilkan modal insan yang lebih kompetitif bagi memenuhi kehendak industri dan pelaburan di negeri ini. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Buntong, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sentiasa komited dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama statistik dengan institusi pendidikan lain termasuk Kementerian Pengajian Tinggi melalui Kolej Komuniti khususnya dalam usaha memperluaskan akses kepada pendidikan, kemahiran dan latihan teknikal kepada pelajar dan komuniti setempat. Sebagai contoh, kerjasama antara JPN Perak dan Komuniti Kolej Komuniti Kolej Komuniti Chenderoh untuk mempromosikan dan membantu dalam perlaksanaan kursus seperti Pendidikan Seni Visual yang memberi manfaat kepada murid dan golongan belia luar bandar.

Selari dengan aspirasi pendidikan sepanjang hayat, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan lebih erat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dengan melaksanakan perbincangan bersama agar kursus-kursus yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti dapat memenuhi keperluan semasa berdasarkan jumlah pelajar yang mengikuti subjek mengikut kos utama di sekolah. Menepati minat pakar iaitu kajian oleh guru kaunseling di sekolah, mengikut komuniti setempat serta memenuhi keperluan semasa bidang pekerjaan masa kini. Bagi institusi TVET di bawah MARA seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej

Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA. Beberapa tindakan yang telah dibuat bagi menaik taraf kualiti pelajaran TVET dan antaranya adalah yang pertama, melantik pihak industri sebagai Technical Advisor Committee, Penasihat Teknikal Institusi yang berperanan sebagai penasihat pakar kepada institusi agar sukatan pelajaran TVET sentiasa kekal relevan mengikut kehendak pasaran semasa. Dua, mewujudkan visiting trainers dari industri atau train of train of trainer dari industri yang boleh meningkatkan kecekapan tenaga pengajar institusi TVET. Tiga, memberi peluang kepada pekerja industri bagi mendapatkan pengiktirafan pensijilan industri TVET bagi tujuan meningkatkan kompetensi-kompetensi dan mendapatkan kemahiran baru.

Dengan itu, pihak industri tidak memerlukan kos yang tinggi bagi menghantar pekerjaan bagi tujuan upskilling. Kerajaan negeri amat menitikberatkan pembangunan TVET di negeri Perak demi mencapai matlamat Perak sebagai koridor TVET negara. Kerajaan Negeri melalui PASAK telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan jurang antara pendidik pendidikan TVET dan keperluan industri melalui program TVET sedia ada. Antaranya adalah program TVET Modular Industry yang merupakan kursus latihan kemahiran yang menggunakan pendekatan dan fleksibel tersusun dalam membentuk modul yang mengikut acuan industri dan direka khas untuk memenuhi keperluan industri secara langsung dan cepat di mana para peserta yang berhasil melengkapkan latihan ini akan diserap bekerja secara terus dalam industri tempatan. Program ini dapat membendung isu pengangguran di negeri Perak dalam kalangan pelajar tercicir dan tercicir yang tercicir dalam bidang akademik. Berdasarkan rekod tahunan tahun 2024, PASAK telah menjalankan sebanyak 56 program TVET modul industri secara berperingkat melalui dua fasa. Program ini telah membantu seramai 987 orang peserta yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun di mana program ini menunjukkan keberhasilan yang tinggi apabila seramai 827 orang peserta atau 84 peserta daripadanya telah diserap bekerja selepas tamat latihan.

Kerajaan Negeri melalui Majlis TVET Negeri Perak juga telah menyelaraskan kualiti sukatan pelajaran pelajaran TVET supaya memenuhi kehendak industri dengan menjalankan kolaborasi dan kerjasama strategik antara institusi TVET dan industri dalam memper melaksanakan modul latihan mengikut kehendak industri semasa. Malahan Kerajaan Negeri juga menganjurkan program karnival TVET bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan TVET dengan mengetengahkan gagasan TVET sebagai pilihan kerjaya. Ini bagi membentuk sebuah masyarakat Perak dengan konsep satu warga satu skill bagi menjamin kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. Di samping itu, melihat kepada perkembangan industri di negeri Perak, Kerajaan Negeri telah mengorak langkah yang memandang ke hadapan dengan menyediakan program latihan kemahiran ke peringkat antarabangsa. Program yang dimaksudkan ini adalah program Malaysia Chinese Youth TVET Training di China, Program OSH Birthing, OSH bidang di Jerman. Berdasarkan rekod, Kerajaan Negeri, melalui PASAK telah menghantar seramai 50 orang belia ke China dan 5 orang belia ke Jerman untuk menjalani latihan kemahiran pada tahun 2024. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar TVET di Perak memperoleh latihan daripada negara-negara pelapor TVET seperti China dan Jerman.

Untuk menjawab soalan YB Hutan Melintang dan Pengkalan Baharu, cadangan penubuhan kampus satelit dan pusat latihan baru di Hutan Melintang diperlihatkan sebagai satu visi jangka masa panjang dan juga melibatkan jumlah peruntukan yang besar. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri menerusi agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan meningkatkan kapasiti penyertaan dan pelaksanaan program klinik kerjaya dan program pemetaan kerjaya agar pelajar-pelajar didedahkan dengan peluang dan ruang TVET di Malaysia khususnya tawaran TVET yang disediakan di negeri kita ini.

Menjawab persoalan YB Slim, Kerajaan Negeri dalam usaha mempergiatkan program-program TVET di seluruh negeri Perak untuk memartabatkan dan menjadikan TVET sebagai pilihan utama dalam kerjaya. Oleh itu, Karnival TVET Perak Sejahtera telah dianjurkan pada tahun 2024 melalui kerjasama pihak PASAK dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Menerusi karnival TVET ini, seramai 1,753 orang telah menerima manfaat. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini juga, Kerajaan Negeri telah merancang menjalankan jelajah TVET, Cikgu Saarani telah menjalankan pada 19 April 2025 untuk meningkatkan kesedaran dan, kesedaran dan menarik minat golongan belia di Perak dengan memperlihatkan sebanyak 74 pihak agensi dan jabatan. Jelajah ini telah memberi manfaat kepada 1,588 orang pengunjung. Kerajaan Negeri Perak sedang giat membangunkan projek Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim.

Pembangunan ini memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan Tanjong Malim khususnya dalam peluang pekerjaan. Ekoran itu, daripada memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pembangunan ini, kebanyakan dalam bidang automotive, Kerajaan Negeri negeri melalui PASAK telah pun menyediakan peluang-peluang kursus latihan jangka masa pendek seperti upskilling and reskilling dalam bidang automotive. Berikut adalah jumlah penerimaan manfaat, jumlah program yang telah dijalankan dalam bidang ini sepanjang tahun 2022 hingga 2024. Bagi tahun 2022, enam program dijalankan, bagi tahun 2023, 13 program dan 2024, 13 program. Jumlah peserta bagi tahun 2022 adalah 94 orang,2023 adalah 244 orang dan 2024 adalah 224 orang. Melalui peruntukan TVET yang telah ditingkatkan kepada RM6 juta pada tahun 2025, Kerajaan Negeri melalui agensi PASAK akan mempergiatkan lagi program TVET bagi memberi peluang kepada banyak rakyat Perak untuk menerima manfaat.

Pembangunan AHTV di Tanjong Malim akan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan di kawasan sekitar. Melihat pertumbuhan ini, Kerajaan Negeri dalam usaha mempersiapkan tenaga kerja yang relevan bagi menampung keperluan pasaran kerja di kawasan ini. Antara usaha yang diambil adalah menjalankan perancangan dan kolaborasi strategik antara institusi kemahiran dan institusi tempatan. Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri melalui PASAK telah menjalankan bengkel kerjasama seperti Industry Academia Collaboration Workshop Perak Automatic. Bengkel ini telah memperlihatkan kerjasama antara institusi latihan kemahiran dan industri yang berkepentingan dalam bidang automotif. Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan permintaan dan penawaran terhadap tenaga mahir dalam bidang automotif. Selain itu, bagi membuka peluang kepada penduduk setempat sekitar Tanjong Malim, Kerajaan Negeri telah menjalankan program-program kerjaya yang berkonsepkan temu duga terbuka secara besar-besaran di Tanjong Malim. Dua kali program Moh Kerja Proton telah dijalankan di bawah program PASAK. Program ini telah melayakan penyertaan seramai 74 orang calon yang menerima manfaat.

Ekoran perkembangan automotif di Tanjong Malim, Karnival Kerjaya MyFuture Job telah dijalankan di kawasan Tanjong Malim pada tahun 2023. Karnival kerjaya ini disediakan khas bagi membuka peluang pekerjaan dalam bidang automotif. Karnival kerjaya ini telah memberi manfaat kepada seramai 124 orang dalam urusan mendapatkan pekerjaan. Pada tahun 2024 pula, Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Tanjong Malim telah dijalankan dengan meraih penyertaan seramai 237 orang calon yang telah menerima manfaat daripada program temuduga ini. Pada tahun yang sama, program temu duga bersama Proton juga telah dijalankan dan melibatkan penyertaan seramai 53 orang.

Timbalan YB, Timbalan Speaker, titah ucapan Tuanku ada menekankan supaya semua warga Perak mengamalkan semangat perpaduan yang kukuh dalam segala aspek demi mencapai keamanan dan keharmonian negeri. Pentadbiran saya melalui portfolio integrasi nasional akan terus komited dan memikul tanggungjawab ini dalam memastikan perpaduan kaum stabil, kekal stabil dalam negeri kita. Ini makluman Yang Berhormat Trong, Kerajaan Negeri Perak dan memberi perhatian terhadap perkara ini dalam penubuhan jawatankuasa berhubung rumah ibadat bukan Islam iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Bukan Islam dan Jawatankuasa Pembangunan Jawatan Gua dan Kaki Bukit. Kedua jawatankuasa diwujudkan untuk menjadikan medium bagi membincangkan isu-isu merancang dasar serta garis panduan bagi pembinaan rumah ibadat Hindu dan tokong di negeri Perak termasuk pelaksanaan pemutihan sepenuhnya. Pihak Berkuasa Negeri melalui perjumpaan MMK, bilangan 2086 bertarikh 12 Oktober 2022 telah meluluskan dasar bagi pelupusan rumah ibadat agama Hindu. Kelulusan ini termasuk mewujudkan term of reference bagi Jawatankuasa Rumah Ibadat Hindu Negeri Perak yang menjalankan medium penyelesaian masalah, membincangkan isu untuk pemutihan tapak kuil yang tidak sah dan menjadi platform untuk menyediakan garis panduan bagi pembinaan dan penguatkuasaan rumah ibadat Hindu di seluruh negeri Perak.

Di samping itu, Pihak Berkuasa Negeri dalam kertas yang sama telah meluluskan garis panduan bagi pelupusan tapak kuil. Meluluskan bersyarat khas bagi kuil yang dibina di atas reserve kerajaan dan bersedia, prosedur penguatkuasaan menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi rumah ibadat yang dibina secara tidak sah. Pihak Berkuasa Negeri memutuskan bahawa tiada lagi pembinaan kuil secara tidak sah dan tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan jika berlaku perkara tersebut berkuatkuasa serta merta selaras dengan ketetapan melalui jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Dalam konteks ini juga, Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan garis panduan bagi pelupusan tapak rumah ibadat di kawasan gua dan kaki bukit. Setelah beberapa siri perbincangan, seminar dan persamaan bersama pentadbiran tanah, jabatan teknikal, wakil persatuan atau agama dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik. Adalah diharapkan pendekatan yang diambil membuktikan konsep mesyuarat, musyawarah dan perbincangan adalah intipati kepada kaedah penyelesaian berhemah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, bagi mana-mana pengusaha rumah ibadat bukan Islam sedia ada yang berhasrat mendapat kelulusan dalam mematuhi kesemua syarat dan garis panduan yang ditetapkan, kelulusan adalah tertakluk kepada ulasan jabatan-jabatan teknikal berkaitan serta mengambil kira fakta-fakta keselamatan sebelum dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sebarang pembinaan dan pembangunan rumah ibadat perlu juga untuk mendapat pertimbangan kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa tempatan atau PBT. Berteraskan penyediaan kedua-dua garis panduan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam penyelesaikan, penyelesaian isu-isu terutama berkaitan isu agama bukan Islam melalui penubuhan jawatankuasa khas yang diiktirafkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Pendekatan ini dilihat sebagai platform berpusat untuk penekanan persefahaman melibatkan semua pihak agar tidak dijadikan isu sensitif dikhalayak ramai. Mengakhiri penggulungan saya pada petang ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas kepimpinan yang cemerlang dalam menerajui Pelan Perak Sejahtera 2030. Saya bersama-sama portfolio, saya akan terus komited dalam menjalankan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri dengan sebaik mungkin bagi menjaminkan kemajuan negeri dan kesihatan rakyat yang mampan. Saya juga ingin mengucapkan Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada kedua-dua pihak mahupun kerajaan mahupun Pembangkang yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam setahun ini dan dengan itu sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Exco.Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dan dengan ini maka tamatlah sesi penggulungan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa, 22 April 2025 jam 9.00 pagi.