Perak · 22 April 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 348 turns · 32,453 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keenam, Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 22 April 2025, jam 9.12 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat dan giliran soalan-soalan lisan. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Ahli Yang Berhormat boleh mendapatkannya melalui imbasan kod QR yang ada di atas meja Ahli Dewan Negeri.
Perkara yang kedua, berkenaan kehadiran semasa persidangan, suka untuk saya ingatkan sekali lagi semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan dikehendaki untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR di atas meja masing-masing. Perkara yang ketiga, berkenaan buku atau siri penerbitan Perak Sejahtera 2030. Untuk makluman, di atas meja Ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan, terdapat koleksi buku dan siri penerbitan yang dibekalkan oleh pihak Institut Darul Ridzuan (IDR) seperti berikut:
1. Celik Tulis-Santuni Murid Orang Asli. 2. Potensi dan Laluan Kerjaya TVET. 3. Sisa Menjadi Sumber-Strategi Ekonomi Kitaran. 4. Bantuan Awal Psikologi-Pengurusan Bencana. 5. Data Raya-Pemangkin Dalam Pembuatan Keputusan. 6. Isu dan Dilema-Ke arah Bandar Mesra OKU. 7. Revolusi Perindustrian 4.0-Pembangunan Kandungan Digital Kreatif dan akhir sekali, Diari IDR.
Perkara yang keempat, berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian terima kasih .
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, saya dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk mengemukakan nombor soalan, silakan.
Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Manong, soalan nombor 1.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manong telah mengajukan pertanyaan mengenai pembangunan bandar Kuala Kangsar. Status rancangan pewujudan Royal Nature Scholar atau RNS dan Pembangunan Ekonomi Pesisir Sungai Perak khususnya di Manong. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Royal Nature Scholar (RNS) merupakan satu cetusan inisiatif pembangunan bandar Kuala Kangsar yang dihasratkan oleh mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar pada tahun 2020 dengan misi mengukuhkan status Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja, memelihara alam semula jadi dan mengekalkan identiti Kuala Kangsar sebagai bandar ilmu yang dirujuk melalui kewujudan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) serta institusi-institusi pendidikan unggul seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan juga Madrasah Idrisiah.
Perancangan projek RNS ini telah disepadukan dalam matlamat Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Kuala Kangsar 2035 yang telah diwartakan secara rasmi pada 16 Mac 2023. Ianya akan menjadi rujukan utama bagi pembangunan dan pemajuan daerah Kuala Kangsar untuk tempoh 10 tahun. RTD ini telah menetapkan visi menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah Warisan Hijau Sejahtera. Pemeliharaan alam semulajadi, pengukuhan status bandar diraja dan pengekalan identiti bandar ilmu terus diberi penekanan dalam perancangan pembangunan projek dan program yang akan dilaksanakan di daerah Kuala Kangsar.
Justeru itu, kesemua elemen RNS ini masih lagi diberi perhatian sesuai dengan karektor, aset dan sumber sedia ada yang ditambah nilai dari masa ke semasa. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat mengenai perancangan pembangunan ekonomi pesisir sungai khususnya di Manong, Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 dan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 telah menetapkan pengukuhan Koridor Pertanian Manong, Beruas dan Parit sebagai strategi utama pembangunan yang memfokuskan pertanian, penternakan dan perikanan berteknologi tinggi. Kelebihan struktur muka bumi dan sumber alam semula jadi yang diperolehi dari Sungai Perak telah menjadikan kawasan Manong sebagai sangat berpotensi dalam sektor pertanian.
Selain itu, beberapa projek telah dirancang untuk pembangunan pekan Manong antaranya yang pertama, menaiktaraf kemudahan di sekitar Dataran Amanjaya Manong dengan memperluaskan kawasan niaga sementara dan tidak kekal seperti ruang trak makanan atau food truck dan juga carbooth sale. Yang kedua, memperkukuhkan pusat perniagaan tempatan sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan terkini dengan sasaran perluasan aktiviti perniagaan di pusat perniagaan tempatan yang sedia ada di pekan Manong seluas 4.83 hektar bagi pembangunan 120 unit bangunan kedai pejabat 2 tingkat dan yang ketiga membangunkan semula kawasan perniagaan usang di pusat perniagaan tempatan terpilih bagi mewujudkan kawasan perniagaan yang berkualiti dengan menjalankan pembangunan semula kawasan perniagaan seluas dua hektar bagi pembangunan 60 unit rumah kedai pejabat dua tingkat dengan ciri senibina tempatan. Terima kasih.
Manong.
Terima kasih Yang Amat Menteri Besar berkaitan dengan penjelasan pembangunan bandar Daerah Kuala Kangsar. Dengan merujuk dokumen yang sama iaitu Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Kuala Kangsar bagi 2035 dengan merujuk di bawah teras yang kedua iaitu ekonomi inklusif. Strategi yang kedua menyebut menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah mesra pelaburan yang dipacu oleh sektor perniagaan dan perindustrian dan dalam dokumen sama dinyatakan bahawa guna tanah keluasan guna tanah semasa bagi tahun 2020 bagi industri 0.17% dan bagi komersial 0.05%, maka jumlah adalah 0.22% sahaja. Makna belum sampai 1% guna tanah untuk sektor industri. Berbanding dengan pertanian daerah Kuala Kangsar telah guna tanah 26.62% Persoalan saya, berapakah sasaran Kerajaan Negeri meletakkan sasaran untuk Daerah Kuala Kangsar, berapakah sasarannya untuk guna tanah bagi daerah Kuala Kangsar bagi tujuan industri? Mungkin daripada 1% daripada 0.22% semasa dinaikkan kepada berapa? Jadi berapakah sasaran Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Manong. Dato' Yang di-Pertua kebiasaannya bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan angka hendaklah diberi notis terlebih dahulu. Sudah pasti saya tak dapat memberi jawapan tepat pada masa ini. Walau bagaimanapun Yang Berhormat boleh merujuk kepada urusetia RTD tersebut kerana dalam buku yang Yang Berhormat sebut itu ada diperincikan. Sudah tentu dia ada berfasa dan dalam tempoh melaksanakannya akan ada pula perubahan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi Yang
Berhormat saya minta maaf kena bagi notis baru saya boleh jawab angka, terima kasih.
Soalan tambahan. Manjoi.
Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Soalan Manjoi ialah apakah ada usaha di peringkat Kerajaan Negeri Perak untuk menjaga ataupun mewujudkan Akta Pembangunan Kampung-Kampung Tradisi di negeri kita bagi memastikan kelestarian kampung-kampung ini terpelihara dan tidak diambil atas nama pembangunan? Contohnya di dalam Dun, saya Dun Manjoi ada Kampung Gugusan Manjoi yang besar itu yang berada di tengah-tengah bandar Ipoh dan kita juga tidak mahu RUU pembangunan semula bandar ataupun URA, URA itu digunakan di negeri kita ini untuk mengambil kampung-kampung tradisi Melayu di negeri Perak. Dimohon ini persoalan kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan, terima kasih.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Manjoi di atas keprihatinan dan kebimbangan itu. Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri yang bertanggung jawab kepada kampung tradisional akan memanggil satu mesyuarat untuk kita perhalusi cadangan yang disebutkan oleh Manjoi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Soalan saya soalan Nombor 1.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Baharu ke atas soalan apakah jenis tanaman dan ternakan yang sedang diusahakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak khasnya bagi meningkatkan saraan diri (SSL) bagi meningkatkan pengeluaran sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri di dalam memastikan keterjaminan makanan mencukupi serta mengurangkan kebergantungan kepada pengimpotan makanan daripada luar.
Untuk makluman Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, tanaman utama yang sedang diusahakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak dalam usaha untuk meningkatkan saraan diri (SSL) ke arah keterjaminan makanan dari luar adalah bawang dan projek ini bertujuan untuk mengurangkan…mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import bawang dengan menyasarkan kadar sara diri (SSL) sebanyak 30% menjelang tahun 2030. Sebagaimana yang sedia maklum, bermula daripada projek rintis penanaman Bawang Bikam, bawang Perak mula dikenali. Sehingga Mac 2025, keluasan penanaman yang telah bertanam dan akan dibangunkan sejumlah 38 hektar yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.64 juta bagi seluruh daerah di negeri Perak. Jabatan Pertanian juga membuka ruang dan peluang kepada agensi atau syarikat untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam projek ini demi keterjaminan makanan negara. Projek ini selaras dengan matlamat Pelan Perak Sejahtera 2030 untuk memperkasakan keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan terhadap import. Strategik dalam memperkukuhkan sektor pertanian negara, mengurangkan kebergantungan terhadap import dan meningkatkan pendapatan petani tempatan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak pula memiliki sebuah pusat latihan ternakan (PLT) atau lebih dikenali sebagai Ladang Info Ternak yang terletak di Sungai Siput Utara. Ladang tersebut yang berfungsi utamanya adalah sebagai pusat latihan industri ternakan bagi penternak seluruh negeri Perak. Selain daripada itu, Ladang Info Ternak juga sebagai pusat pengeluaran baka ternakan ruminan, unggas dan bukan ruminan. Ternakan ini diusahakan sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Ladang Info Ternak Sungai Siput terdiri daripada komoditi berikut. Ternakan ruminan lembu pedaging 80 ekor, kambing pedaging 52 ekor, kambing tenusu 45 ekor, bebiri 72 ekor, rusa Timorensis sebanyak 172 ekor. Bagi ternakan ungags, burung unta Ostrich 44 ekor, puyuh pedaging baka 2,000 ekor. Bagi ternakan non ruminan anak pedaging baka 30 ekor.
Pihak Jabatan Veterinar merupakan agensi yang menyokong pertumbuhan industri ternakan di negeri Perak dengan menyediakan perkhidmatan sokongan utama iaitu kawalan penyakit, penguatkuasaan penyeludupan ternakan, program pembangunan industri ternakan melalui bantuan modal dan juga latihan. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak jabatan secara langsung membantu penternak dan lain-lain pihak yang terlibat dalam industri ternakan, meningkatkan pengeluaran serta meningkatkan tahap sara diri negeri Perak. Maka dengan itu keterjaminan makanan dalam negeri khususnya melibatkan protein dan dari hasil ternakan mudah diakses dan terjamin mencukupi. Berikut pencapaian pengeluaran komoditi ternakan dan tahap sara diri keperluan dalam negeri bagi tahun 2024. Yang pertama telur ayam untuk pengeluaran tahun 2024 sebanyak RM2.044 billion mencapai 198.5% kadar sara diri. Daging ayam untuk pengeluaran tahun 2024 sebanyak 322,612 tan metrik mencapai 233.67% kadar sara diri. Susu segar untuk pengeluaran tahun 2024 sebanyak 9,039 juta liter mencapai 156% kadar sara diri. Daging lembu dan kerbau untuk pengeluaran tahun 2024, sebanyak 3,055 tan metrik mencapai 18% sahaja kadar sara diri. Terima kasih.
Pengkalan Baharu.
Terima kasih YB Exco yang telah memberi penjelasan berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri Perak. Tahniah diucapkan kerana telah menyediakan ataupun menghasilkan tanaman bawang kerana kita malu jugak bawang simple. Kita terpaksa bergantung import kepada negara luar. Soalan tambahan saya ni saya nak menjurus kepada aspek penternakan, memandangkan ramai penternak khususnya penternak lembu, kambing, kerbau di luar sana. Mereka menghadapi masalah dari segi harga untuk menjual ternakan-ternakan mereka. Oleh itu, soalan saya apakah ada insentif di pihak kerajaan untuk membantu penternak-penternak bagi apa nama mengurangkan masalah penjualan lembu dan kerbau yang mereka hadapi sekarang disebabkan oleh faktor harga? Terima kasih.
Terima kasih kepada Pengkalan Baharu di atas keperhatinan beliau berkaitan dengan usahawan tani untuk penglibatan dalam tanaman dan juga ternakan bagi menyumbang kepada ketarjaminan makanan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua serta Ahli Yang
Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha memperkukuhkan sektor agromakanan sebagai antara tunjang kepada keterjaminan makanan-makanan di negeri ini.
Sehubungan itu, pelbagai insentif dan bantuan telah disediakan bagi menggalakkan penyertaan usahawan tani khususnya dalam bidang tanaman makanan dan juga penternakan. Antara bantuan dan insentif yang ditawarkan termasuklah geran dan bantuan kewangan. Petani layak mohon geran di bawah program seperti Skim Bantuan Pertanian, Geran Peningkatan Hasil Tani serta Dana Usahawan Tani yang bertujuan meringankan beban permulaan dan meningkatkan kapasiti pengeluaran. Yang kedua, bimbingan teknikal dan latihan. Pelbagai kursus dan bengkel latihan diadakan secara berkala bagi memberikan pendedahan kepada usahawan tani tentang teknik pertanian moden, Amalan Pertanian Baik (APB) atau GAP - (Good Agricultural Practices) serta inovasi dalam penternakan dan juga tanaman. Yang ketiga, akses kepada tanah dan infrastruktur. Kerajaan Negeri turut menyediakan kemudahan tanah pertanian menerusi skim pajakan serta membangunkan infrastruktur asas seperti jalan ladang, sistem pengairan dan pusat pengumpulan hasil bagi menyokong kelangsungan aktiviti pertanian. Yang keempat, kemudahan pasaran dan promosi bagi memastikan hasil pertanian dan ternakan mendapat pasaran yang luas. Kerajaan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk membantu pemasaran produk tempatan melalui platform fizikal dan digital termasuk penyertaan dalam ekspo dan pasaran tani.
Untuk makluman Yang Berhormat, usaha ini tidak terhenti di sini sahaja. Kerajaan Negeri akan terus menambah baik dasar serta memperkenalkan inisiatif baru sejajar dengan cabaran semasa termasuk perubahan iklim dan krisis geopolitik yang memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan global. Diharapkan dengan sokongan yang berterusan ini, lebih ramai usahawan tani akan tampil ke hadapan dan bersama menjayakan agenda keterjaminan makanan negeri selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Terima kasih.
Soalan tambahan. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Bota untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Assalamualaikum. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. PRK Ayer Kuning semua siap siaga, soalan Bota nombor 3.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bota yang telah kemukakan soalan berkenaan inisiatif MyKiosk. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, MyKiosk merupakan satu inisiatif yang baru di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana inisiatif ini dilaksanakan melalui Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi inisiatif MyKiosk ini disediakan untuk memperkasakan golongan contohnya B40 dan juga usahawan mikro peniaga kecil dengan menyediakan kemudahan perniagaan yang seragam, selamat dan selesa dengan penjenamaan di bawah KPKT. Jadi ini merupakan satu usaha untuk kita bantu bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi komuniti tempatan. Jadi untuk soalan berkenaan, agihan MiKiosk yang telah diadakan di negeri Perak sehingga tahun 2024 mengikut agihan mengikut Kawasan PBT adalah seperti berikut.
Untuk kawasan Majlis Bandaraya Ipoh sebanyak-40 unit, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar-8 unit, Majlis Perbandaran Manjung-60 unit, Majlis Perbandaran Taiping-30 unit, Majlis Perbandaran Teluk Intan-100 unit, Majlis Daerah Gerik-40 unit, Majlis Daerah Kerian-20 unit, Majlis Daerah Batu Gajah-28 unit, Majlis Daerah Kampar-40 unit, Majlis Daerah Pengkalan Hulu-20 unit, Majlis Daerah Perak Tengah-55 unit, Majlis Daerah Selama-51 unit dan Majlis Daerah Tapah-159 unit dan ini membawa kepada jumlah sebanyak 651 unit untuk PBT di seluruh negeri Perak. Jadi agihan kiosk ni memang ia bergantung kepada permohonan.
Jadi PBT akan ambil kira faktor-faktor contohnya sama ada terdapat kawasan yang sesuai untuk diwujudkan. Kawasan yang penempatan MyKiosk ini dan PBT masing-masing akan kemukakan permohonan kepada KPKT untuk dipertimbangkan dan setakat ini, mengikut rekod semua Mykiosk yang diagihkan kepada PBT di kawasan negeri Perak telah dijalankan temuduga dan ditawarkan penyewaan kepada peniaga-peniaga yang kemukakan permohonan. Jadi PBT menyediakan MyKiosk ikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak KPKT dan di mana setakat ni bekalan elektrik dan air tidak dibekalkan. Walaubagaimanapun, MyKiosk memang dia datang dengan panel solar iaitu boleh bekalkan tenaga boleh baharu tenaga solar kepada pengguna dan untuk konsep MyKiosk ni dia memang lebih kepada khusus untuk penjualan makanan yang tidak melibatkan yang hanya melibatkan penyediaan makanan secara minimum di tapak MyKiosk itu sendiri. Jadi, penggunaan elektrik dengan melalui panel solar adalah mencukupi dan walaubagaimanapun pihak majlis tiada halangan sekiranya penyewa dapati ada keperluan untuk mendapatkan bekalan elektrik daripada pihak TNB dan masing-masing boleh kemukakan permohonan dengan tanggungan kos oleh penyewa sendiri. Terima kasih.
Soalan tambahan? Bota sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dan juga YB Exco. Cuma saya ingin mendapatkan penjelasan adakah kerajaan juga memberikan bantuan lah kepada peniaga-peniaga MyKiosk ni sebab seperti mana yang dimaklumkan oleh YB Exco tadi memang tidak disediakan utiliti air dan juga bekalan elektrik ya? Tetapi saya mendapat aduan yang memang khususnya di kawasan saya, bekalan elektrik memang sampai diorang terpaksa mohon sehingga kos mencecah kepada ribuan RM1,000 untuk masukkan bekalan elektrik tu. Jadi adakah kerajaan berhasrat untuk membantu jugalah peniaga-peniaga MyKiosk ini dengan kerjasama di bawah YB Temenggor ke, ya? Mungkin ada satu usaha samalah untuk membantu peniaga-peniaga.
Jadi, saya mohon penjelasanlah bagi membantu peniaga-peniaga kecil kita ini ya, dan kadang-kadang saya juga dapat mendapati tempat yang disediakan untuk MyKiosk tu agak kurang strategik untuk mereka, khususnya kalau kawasan saya tu saya tengok agak terceruk sikitlah jauh daripada akses-akses kepada orang ramai walaupun dia berada di dalam kawasan taman perumahan tetapi tempat tu agak susah untuk pembeli-pembeli untuk mengunjungi MyKiosk tersebut. Jadi, saya harap usaha yang lebih yang lebih wajarlah khususnya bukan sahaja dalam kawasan saya dalam kawasan-kawasan lain pun saya banyak berjalan-jalan ke kawasan daerah-daerah lain, saya tengok MyKiosk tu pun banyak jugak yang masih belum dibuka walaupun sudah melebihi 1 tahun. Kita tengok MyKiosk tu berada di situ, tapi tak ada perniagaan yang dilaksanakan. Jadi saya mohon penjelasan daripada YB Exco. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bota. Beberapa soalan tambahan yang diadakan. Saya cuba jawab setiap satu. Yang pertamanya tentang bantuan. Memang seperti saya sebut tadi penyediaan MyKiosk ni kerajaan cuba bantu untuk dalam dari segi menyediakan tempat untuk berniaga dan dengan fasiliti yang dilengkapi dengan panel solar memang sesuai untuk menjalankan aktiviti perniagaan tetapi ia bersesuaian dengan jenis yang penyediaan minima. Penyediaan makanan dan bukan untuk masak dan semua yang terlalu rumit di kawasan di dalam unit MyKiosk itu. Jadi memang memadai dengan penyediaan untuk panel solar sahaja. Dengan inisiatif MyKiosk ni kita cuba untuk bantu pengusaha usahawan kecil mikro dan juga golongan B40 dengan kita menyediakan satu kadar yang begitu murah sekali iaitu untuk 6 bulan yang pertama memang KPKT dan melalui PBT kita tidak kenakan sebarang sewa dan lepas itu garis panduan daripada KPKT adalah kadar sewa setiap bulan tidak lebih daripada RM300. Jadi bergantung kepada keputusan PBT dan kesesuaian masing-masing.
Jadi kita cuba untuk bantu daripada menyediakan tempat dengan kadar sewa yang murah untuk bagi peluang kepada mereka yang berhasrat untuk jalankan aktiviti tetapi pada masa yang sama jika bagi aktiviti perniagaan yang dijalankan, terdapat Skim Bantuan Geran sedia ada di bawah Sekretariat Usahawan atau mana-mana agensi juga kita memang mengalu-alukan untuk kita buat matching dengan peniaga, dengan penyewa yang berkenaan supaya mereka turut boleh dapat manfaat yang berkenaan. Dan mengenai penempatan kawasan dimana kita tempatkan MyKiosk ni, di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh KPKT memang ada. Secara umumnya, kita sasarkan MyKiosk di tempatkan di tumpuan orang ramai. Contohnya di kawasan dataran, tepi jalan utama, kawasan pelancongan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, setiap PBT keadaan dia berlainan. Jadi kita perlu lihat dan mengimbangi beberapa faktor. Contohnya kita memang nakkan tempat yang jadi tumpuan tepi jalan. Memang di tempat tumpuan tapi pada masa yang sama juga kesesuaian, contohnya dari segi lalu lintas, keselamatan dan sebagainya dan dari masa ke semasa memang setiap tempat tu kita ambil kira dan ambil pendekatan untuk buat perbincangan.
Contohnya melibatkan Ahli Majlis yang menjaga zon tersebut, komuniti setempat. Contohnya persatuan penduduk, KRT, masjid, surau dan sebagainya untuk kita turut dapat pandangan dan cadangan sebelum kita ada satu keputusan dimanakah sesuai kita letak tempat berkenaan dan tentang mungkin ada unit MyKiosk yang kadang kita perhatikan tidak ada jalankan aktiviti perniagaan itu juga sesuatu yang PBT mengambil tindakan untuk buat pemantauan. Sebab kita nak pastikan setiap seorang penyewa yang dapat tawaran ni memang betul-betul jalankan aktiviti perniagaan. Tapi keadaan yang kita hadapi, contohnya dalam beberapa bulan ni ada juga, contohnya peniaga yang memang telah dapat kelulusan untuk menyewa tetapi sebab sempena bulan Ramadan jadi mereka ada perancangan lain. Mungkin ada yang berhasrat untuk sertai pula Bazar Ramadan, jadi mereka kemukakan permohonan untuk menangguh kemasukan sekejap. Masuk lambat sikit mungkin selepas bulan Syawal, selepas bulan Ramadan dan sebagainya. Masing-masing ada perancangan.
Cuma yang penting kita juga akan menjalankan pemantauan untuk pastikan setiap penyewa yang ditawarkan unit MyKiosk memang jalankan aktiviti dengan kerap dengan aktif supaya boleh manfaatkan inisiatif ini dan sebenarnya pihak kerajaan juga kita hadapi sedikit dilema sebab untuk kita galakkan untuk kita bantu golongan penyewa di bawah KPKT disediakan satu tempoh pengecualian yang saya sebut tadi enam bulan dikecualikan bayaran sewa tetapi oleh kerana pengecualian bayaran sewa ini jugalah kadangkala terdapat sesetengah penyewa yang dia juga ambil mudah sebab tak payah bayar sewa, jadi dia pun kurang aktif. Dia tak jalankan aktiviti perniagaan secara sepenuh masa. Jadi itu antara dilema yang dihadapi. Walaubagaimanapun, kita dari masa ke semasa PBT juga akan cuba dapat feedback daripada masyarakat, daripada wakil rakyat dan sebagainya untuk kita pastikan pelaksanaan inisiatif ini dijalankan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Soalan tambahan, Simpang Pulai sila.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua
Simpang Pulai, Simpang Pulai.
Saya nak mohon tanya apakah inisiatif utama tujuan utama atas inisiatif MyKiosk KPKT ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Simpang Pulai atas soalan tambahan yang dikemukakan. Yang pertamanya apabila KPKT mewujudkan initiatif MyKiosk ni, yang pertama memang kita nak cuba untuk memperkasakan ekonomi rakyat melalui aktiviti perniagaan kecil-kecilan supaya golongan B40 ada peluang untuk jalankan aktiviti perniagaan. Ada peluang untuk berniaga dan ini memang sebahagian daripada usaha untuk kita mendokong ekonomi MADANI dan selain daripada itu, MyKiosk ini juga dinampak sebagai satu usaha untuk kita selesai. Contohnya, isu-isu saya percaya di kebanyakan kawasan juga kita hadapi masalah. Kadangkala di tepi jalan ada pihak yang memulakan perniagaan tanpa permohonan, tanpa lesen dan mungkin kadangkala di tempat yang kurang sesuai ataupun menimbulkan isu kesesakan ataupun isu keselamatan. Jadi dengan adanya inisiatif MyKiosk ini, PBT juga cuba untuk menempatkan mana-mana penjaja, peniaga kecil. Kalau sebelum ni didapati berniaga di tempat yang kurang sesuai atau tidak ada tempat yang yang lebih kondusif. Jadi inilah satu tempat yang kita cuba menempat semula mereka supaya nak selesai isu-isu sebelum ini yang melibatkan isu kelulusan dan juga keselamatan dan sebagainya dan dengan adanya unit-unit MyKiosk yang ditempatkan secara berkumpulan, kita juga harap dari segi di kawasan komuniti juga wujud satu kawasan komersial untuk aktiviti yang baru untuk kita bantu aktiviti dan ekonomi tempatan. Terima kasih.
Terima Kasih, Yang Berhormat Exco memberi jawapan yang cukup jelas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Pantai Remis, soalan nombor empat.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pantai Remis yang bertanyakan soalan berkaitan dengan portfolio saya. Izinkan saya berkongsi mengenai usaha Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasa transformasi digital dan mempromosi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana ataupun kita kenali sebagai PKS serta peniaga tradisional di negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat melalui Digital Perak Corporation Holding, Kerajaan
Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik antaranya pengenalan platform pembayaran digital yang dikenali sebagai Clicks@Perak. Platform ini memudahkan urusan pembayaran dalam talian termasuk bayaran cukai, sewaan, pembaharuan lesen serta sumbangan kepada jabatan kerajaan, PBT dan masjid kesemuanya melalui eWallet Clicks@Perak. Inisiatif ini memberi kemudahan kepada rakyat dan usahawan untuk melakukan transaksi secara digital dengan lebih mudah, selamat dan cekap. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan gerbang pembayaran digital bagi menyokong para peniaga dalam menerima bayaran dalam talian. Kempen kesedaran dan sesi latihan turut dijalankan untuk menggalakkan lebih ramai PKS menggunakan sistem ini.
Selain itu, bagi memperkukuh sektor e-Dagang, Kerajaan Negeri melalui Program e-Dagang Smart Niaga@Perak menyediakan laman web perniagaan percuma kepada PKS dan peniaga. Program ini turut menawarkan latihan serta bimbingan merangkumi pengurusan kedai atas talian, pemasaran digital dan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai. Langkah ini membolehkan peniaga mengembangkan capaian pasaran mereka serta mengendalikan perniagaan secara lebih cekap dan juga moden. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga turut memberi sokongan melalui pelaksanaan program masyarakat tanpa tunai ataupun kita dengan izin Cashless Society yang memfokuskan kepada komuniti luar bandar. Salah satu komponen penting ialah Cashless@NADI yang dilaksanakan di 27 pusat sebaran maklumat NADI di seluruh negeri bermula Februari 2025. Program ini memberi pendedahan kepada komuniti terhadap penggunaan kaedah pembayaran digital seperti e-Dompet, Duitnow QR, kad kredit, kad debit dan perbankan mudah alih. Selari dengan Agenda Perak Sejahtera 2030, MCMC turut bekerjasama dengan Digital Perak dalam memperkasa komuniti menerusi penggunaan aplikasi digital sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Projek Bandar Pintar Negeri Perak. Kesemua inisiatif ini adalah langkah penting dalam mempercepatkan transformasi digital negeri, memperluaskan akses kepada peluang ekonomi digital serta meningkatkan kecekapan operasi dan daya saing PKS dan peniaga tempatan khususnya di kawasan luar bandar.
Soalan tambahan? Pantai Remis, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Jadi dalam usaha untuk memperkukuh Agenda Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri kita nampaknya dia terus komited untuk menjadikan digitalisasi sebagai salah satu pemacu utama untuk pembangunan sosio ekonomi di Negeri Perak. Jadi di sini kita juga nampak sebelum ni, dan sekarang ada kita kata portal Perak Digital 2.0 yang dilancarkan oleh Digital Perak Corporation Holdings yang telah ada platform untuk kita ada e-S.M.A.R. T Niaga, semua ini. Jadi saya nak ingin tanya tentang Yang Berhormat apakah penambahbaikan yang ada Portal Digital Perak 2.0 ini sekarang dan sebelum ini? Supaya kita dapat tengok ada perancangan pada jangka panjang untuk kita memastikan bagi pengusaha pekerja kecil dan juga sederhana, mereka boleh kelangsungan digitalisasi di kalangan mereka dapat dijamin selepas kita ada apa-apa program dan juga bantuan dan insentif telah tamat dan rancangan jangka panjang daripada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanyakan tentang portal Perak Digital 2.0. Untuk makluman Yang Berhormat, penambahbaikan utama portal Perak Digital 2.0 ialah pada pengemaskinian paparan grafik yang terkini dan mesra pengguna. Selain itu, terdapat juga penambahan modul-modul baru iaitu e-Derma dan e-Ticketing. Modul e-Derma ini bukan sahaja memudahkan urusan sumbangan malah berfungsi sebagai langkah perlindungan terhadap penipuan siber dengan hanya mengimbas kod QR yang disahkan, penderma dapat menyumbang terus kepada penerima tanpa ragu. Ini adalah manifestasi Kerajaan Negeri dalam mempermudahkan urusan rakyat, menggalakkan literasi digital dan menyantuni Agenda Flagship 11 Ekonomi Digital. Manakala modul e-Ticketing adalah satu kemudahan bagi masyarakat di Negeri Perak untuk memohon permit eko-pelancongan secara atas talian. Dari segi keselamatan, portal ini juga telah menjalani ujian pencerobohan bagi memastikan sistem kekal selamat dan boleh dipercayai dan bagi perancangan akan datang portal Perak 2.0 ini akan menyediakan fungsi pembayaran dalam talian ataupun FPX bagi kemudahan pembayaran melalui portal ini bagi kemudahan e-Tempahan dan juga e-Ticketing. Terima kasih.
Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Pengkalan Hulu, soalan nombor 5. Terima kasih.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Pengkalan Hulu. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perpaduan dan Salam Perak Sejahtera 2030. Menjawab soalan berkaitan dengan pendidikan TVET dan kebolehpasaran graduan, demi meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET, Kerajaan Negeri melalui PASAK telah menjalankan kerjasama strategik bersama institusi latihan kemahiran dan institut tempatan untuk menyediakan latihan kemahiran yang menepati keperluan semasa dan mengikut acuan industri. Program TVET jangka masa pendek ini merangkumi 6 kluster utama iaitu: 1) Program TVET Modular Industri, 2) Program TVET Mahir Kerja, 3) Program TVET OKU, 4) Program TVET Orang Asli, 5) Program TVET Anak Yatim dan 6) Program TVET Warga Emas.
Keenam-enam program TVET ini dijalankan sepanjang tahun 2020 hingga 2024. Pada tahun 2024 sebanyak 151 kursus telah dijalankan dengan jumlah penyertaan seramai 2,835 peserta yang telah menerima manfaat. Statistik menunjukkan seramai 896 orang peserta program TVET ini telah ditempatkan bekerja selepas tamat latihan. Melihat pada keperluan rakyat dalam mendapatkan latihan, Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan pembangunan TVET di negeri Perak kepada sebanyak RM6.5 juta pada tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak RM1 juta berbanding dengan tahun 2024. Ekoran itu, program TVET turut dipertingkatkan kepada 9 kluster utama pada tahun ini seperti yang telah dititahkan oleh Tuanku ketika istiadat pembukaan rasmi pada 15 April lalu di mana 6 kluster yang sedia ada seperti yang telah saya senaraikan tadi akan ditambah dengan 3 kluster baru iaitu Program TVET Desa Mahir, Program TVET Pelancongan dan Program TVET Exchange Programme.
Untuk makluman, bagi fasa pertama iaitu dari Januari ke Jun tahun 2025, sebanyak 90 program TVET telah dan akan berjalan secara berperingkat dengan bukaan kuota sebanyak 1,370 peserta khususnya kepada anak Perak dengan menawarkan pelbagai bidang kemahiran mengikut modul-modul yang berkesan. Ini dapat membentuk tenaga mahir yang kompeten dan menjamin peluang pekerjaan selepas tamat latihan.
Selain itu, bagi memperkasakan TVET dan menarik minat belia di Perak, Kerajaan Negeri juga mengambil langkah dengan menjalankan program latihan kemahiran jangka masa pendek ke peringkat antarabangsa di negara-negara pelopor TVET seperti Negara China. Pada tahun 2024 Kerajaan Negeri melalui PASAK telah menghantar seramai 50 orang belia Perak dalam Jurusan Automotif ke China untuk menjalani latihan kemahiran dalam Autonomous Vehicle atau AV dan Electric Vehicle atau EV di bawah Program Malaysia-China Youth TVET Training. Tidak cukup dengan itu, pendedahan awal telah dijalankan untuk menarik minat belia terhadap TVET.
Kerajaan Negeri melalui PASAK telah menjalankan program-program turun padang ke sekolah menerusi Program Pemetaan Kerjaya. Statistik menunjukkan sebanyak 82 program Pemetaan Kerjaya telah dijalankan sepanjang tahun 2022 hingga 2024 iaitu seramai 9,593 pelajar sekolah telah menerima manfaat daripada inisiatif ini. Program bagi tahun 2022, Pemetaan Kerjaya adalah 16 program dan peserta 1,137 dan bagi tahun 2023 pelajar jumlah pelajar peserta adalah 4,640 dan bagi tahun 2024, 37 program dengan penyertaan sebanyak 3,816 pelajar. Jumlah bagi ketiga-tiga tahun ini dari tahun 2022 hingga 2024 adalah sebanyak 9,593 pelajar. Selain daripada peringkat sekolah, peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) turut diberi pendedahan TVET melalui Program Eksplorasi Kampus. Statistik menunjukkan sebanyak 50 program telah dijalankan sepanjang tahun 2022 hingga 2024 iaitu seramai 2,977 pelajar IPT telah menerima manfaat daripada program ini. Pecahan adalah seperti berikut. Bagi tahun 2022, sebanyak 14 program telah dijalankan meliputi sebanyak 892 pelajar dan bagi tahun 2023, sebanyak 22 program telah dijalankan yang disertakan penyertaan adalah 1,050 pelajar dan bagi tahun 2024, sebanyak 14 program telah dijalankan dengan jumlah pelajar sebanyak 1,035. Jumlah bagi 50 program ini bagi tahun 2022 hingga 2024 adalah sebanyak 2,970 pelajar.
Untuk maklumat, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan jelajah MTVET Zon 1 meliputi Daerah Muallim, Daerah Batang Padang dan Daerah Kampar yang telah dijalankan pada 19 April 2025. Jelajah ini bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap prestasi TVET dan menarik minat belia untuk menceburi TVET melalui perkongsian maklumat, pameran institusi dan industri, penawaran, peluang pendidikan dan kerjaya dan pendedahan projek kepentingan tinggi yang mampu memberi manfaat terhadap pembangunan sosio ekonomi masyarakat. Jelajah ini telah memberi manfaat kepada 1,588 orang pengunjung. Seterusnya untuk memastikan kursus TVET yang ditawarkan adalah selari dengan keperluan industri dan teknologi terkini. Kerajaan Negeri melalui PASAK telah menjalinkan kerjasama strategik bersama pihak institusi kemahiran dan industri dalam mendapatkan input dan menyelaraskan permintaan dan penawaran berkenaan keperluan tenaga mahir di Perak.
Hasilnya, program TVET modular industri dapat dijalankan dengan konsep latihan kemahiran berdasarkan modul yang mengikut acuan industri. Program ini menunjukkan keberhasilan yang tinggi pada tahun 2024, iaitu kadar kebolehpasaran peserta adalah sebanyak 84%. Melihat pada perkembangan revolusi industri keempat IR 4.0, Kerajaan Negeri juga turut mengambil langkah dengan menyediakan program-program kemahiran yang memerlukan kemahiran terhadap pengendalian teknologi terkini. Antaranya ialah Program Malaysia China Youth TVET Training seperti yang telah saya jelaskan pada awal tadi dimana program ini adalah langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam mempersiapkan tenaga mahir dan mampu memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri automobil semasa.
Kerajaan Negeri turut menyedari keperluan tenaga kerja yang semakin meningkat di Perak. Hasil daripada pembangunan projek berimpak tinggi, misalnya pembangunan projek AHTV di Tanjong Malim menjangkakan kira-kira sebanyak 50 ribu peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2030. Oleh itu, Kerajaan Negeri bertindak dengan menjalankan kursus latihan yang mengikut keperluan pasaran kerja semasa. Contohnya, pada tahun 2024, sebanyak 13 program latihan automotif telah dijalankan oleh PASAK dengan penyertaan seramai 244 anak Perak. Sehubungan dengan itu, data menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar diploma dalam jurusan automotif dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang telah berjaya memperolehi peluang pekerjaan di Proton City, Tanjong Malim. Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), menyokong pihak industri dalam penyertaan tenaga mahir melalui pemerkasaan TVET melalui Advanced Technology Mister Program (ATMP) di bawah inisiatif NCER (Technology Innovation Centre). Melalui geran dan peruntukan, menerusi program ATMP, syarikat-syarikat yang berkelayakan berpeluang meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja mereka melalui latihan teknikal, semi high skill and high skill. Modul latihan akan dibangunkan berdasarkan hasil kolaborasi di antara pihak industri dan universiti atau institusi teknikal yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Sistem Latihan Program Bertauliah di bawah Kementerian Sumber Manusia. Modul latihan ini boleh disesuaikan mengikut keperluan syarikat untuk membantu meningkatkan kecekapan operasi syarikat tersebut dan juga mengada pastian teknologi terkini. Program ini dapat membantu penyediaan tenaga kerja mahir melalui pemerkasaan TVET bagi memenuhi permintaan industri elektrik dan elektronik, perubatan, mineral dan lain-lain. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih pada yang bersama EXCO atas jawapan yang cukup baik. Terima kasih. Saya lihat banyak program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui PASAK. Kita dapat lihat pelbagai program, cuma untuk secara umumnyalah penyertaan dalam bidang TVET ini kita nampak masih rendah di kalangan anak muda dan belia terutamanya di negeri kita lah negeri Perak ni kan dan mereka memilih menjadikan pilihan kedua dalam kerjaya dan dalam bidang TVET ni dan bukan itu sahaja, bidang TVET jugak dianggap tidak berpotensi untuk mendapat peluang kerjaya dengan gaji yang rendah. Itu mindset atau pemikiran anak-anak muda belia di luar sana. Jadi saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Exco, apakah program yang berimpak tinggi selain daripada program-program yang sedia ada yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk kita menarik minat lagi anak muda belia di negeri Perak ini supaya mereka ni minat dalam apa bidang TVET ni. Insya Allah. Terima kasih Yang Berhormat Exco.
Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang cukup bermakna dan agak praktikal. Saya setuju yang ada juga masih minda pelajar-pelajar kita bukan sahaja pelajar ibu bapa kepada pelajar-pelajar kita yang masih anggap kursus-kursus TVET ini tidak berpotensi tetapi kalau kita lihat jangkamasa yang panjang daripada tahun 2000, apabila dikenalkan sehingga sekarang. Ada perubahan minda di antara kedua-dua ibu bapa dan juga daripada anak-anak muda kita dan untuk untuk tambah lagi, sekarang PASAK berkolaborasi dan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan saya saat ini ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak kerana memberi kerjasama sepenuhnya untuk mengenalpastikan anak-anak kita yang memang layak untuk menyertai program-program ini dan kepada ibu bapa di luar sana. Mereka harus faham, bahawa mereka tidak seharusnya membelanja untuk anak-anak mereka. Mereka hantar saja kepada program-program TVET dan program-program TVET ini sentiasa di upgrade kan dari masa ke semasa. Modul-modul lama yang tidak lagi diperlukan di pasaran di pasaran luar dia di oleh industri-industri ditarik dan diganti dengan modul-modul baru seperti AI, yang baru-baru ini kita dah tambahkan modul.
Maka dengan itu saya harap adalah tugas Yang Berhormat-Yang Berhormat di kawasan masing-masing untuk kenalpasti kalau ada anak-anak kita bolehlah menyertai program-program yang kita kendalikan ini. Tidak ada apa-apa untuk mereka rugi. Tambah lagi yang berkaitan dengan gaji. Ada dua jenis pelajar. Satu, yang syarikat-syarikat yang memerlu pekerja. Mereka akan temuduga pekerja. Lepas itu, sebelum mula kerja, mereka akan hantar kepada program TVET. Jadi, kita akan bagi program-program yang beliau yang pekerja itu memerlukan. Jadi selepas dapat placing di syarikat yang sama. Bermakna sebelum beliau menyertai syarikat, pekerjaan kelak berada di situ dan gaji minima sekarang adalah RM1,500.00. Kebanyakan syarikat yang berkolabrasi dengan PASAK menawarkan gaji lebih daripada RM1,500.00. Sehingga ada modul yang menawarkan gaji RM2,500.00 untuk seorang anak yang baru tamat SPM. Jadi adalah saya minta kedua-dua pihak, jika ada anak-anak kita, tolonglah hantar kepada PASAK dan kita sedia bagi didikan dan latihan. Terima kasih.
Soalan tambahan? Malim Nawar, sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih YB Exco. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pejabat YB Exco dan agensi pelaksana PASAK kerana sentiasa menjalankan program-program dan sepanjang tahun 2024 telah menjalankan pelbagai program kemahiran latihan kemahiran di daerah Kampar terutamanya di Malim Nawar. Jadi soalan saya, YB Exco, apakah inisiatif yang akan dijalankan di Daerah Kampar terutamanya di sekitar Dun Malim Nawar untuk tahun 2025 ini dalam usaha untuk membangunkan modal insan demi kepentingan menampung keperluan tenaga kerja di kawasan Dun Malim Nawar? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Malim Nawar. Untuk makluman Yang Berhormat Malim Nawar. Sepanjang tahun 2024, pejabat saya melalui agensi pelaksanaan PASAK telah berjaya menjalankan sebanyak 11 kursus TVET yang telah memberi manfaat kepada seramai 218 anak Perak di daerah Kampar. Berdasarkan 11 kursus yang telah dijalankan ini, sebanyak tiga kursus TVET telah dijalankan di kawasan Dun Malim Nawar dan telah membantu seramai 60 orang penduduk Dun Malim Nawar untuk mendapatkan latihan kemahiran. Melihat pada permintaan yang tinggi di seluruh daerah dalam negeri Perak, soal keperluan program latihan kemahiran TVET ini, pejabat saya melalui agensi PASAK akan mempergiatkan lagi program-program latihan TVET pada tahun ini di seluruh daerah dalam negeri Perak termasuk daerah Kampar. Untuk makluman Yang Berhormat Malim Nawar, terdapat satu program TVET mahir kerja iaitu Inovatif Street Food Menu yang sedang berjalan hari ini di kawasan Malim Nawar, Kampung Tanjung Bangkong. Kursus ini berlangsung daripada 20 April hingga 24 April 2025 dengan penyertaan seramai 15 anak Perak yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan ini. Manakala fasa kedua pula akan dibuka pada pertengahan tahun ini. Diharapkan agar kursus ini mampu memberi nilai tambah kepada penduduk di kawasan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Assalamualaikum, selamat pagi. Pangkor, soalan nombor 6.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pangkor. Pelaksanaan caj perkhidmatan tempatan atau CPT untuk kategori hotel di negeri Perak telah pun bermula pada 1 Januari 2025. Caj ini dikenakan kepada semua penginap di negeri Perak mengikut peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Hotel Perak 2024 yang ditetapkan oleh Enakmen Hotel Perak 2023. Kutipan CPT ini boleh dilaksanakan mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh pengusaha penginapan. Sehingga Februari 2025, jumlah kutipan CPT telah mencecah RM1.08 juta dan ini menunjukkan bahawa sebanyak 359,324 malam penginapan telah direkodkan sepanjang tempoh tersebut. Angka ini mencerminkan tahap penginapan yang tinggi dalam kalangan pelancong yang memilih Perak sebagai destinasi percutian utama mereka. Sebagai contoh, ketibaan pelancong ke Pulau Pangkor menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan sejak pelaksanaan caj ini pada 1 Januari 2025. Pada bulan Januari 2025 sahaja seramai 72,303 pelancong telah direkodkan berkunjung ke Pulau Pangkor berbanding dengan hanya 31,038 orang tahun sebelumnya dan juga pada bulan yang sama. Ini merupakan peningkatan sebanyak 133%.
Soalan tambahan. Pangkor, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seperti mana kita tahu tujuan caj perkhidmatan tempatan ini adalah meningkatkan pendapatan PBT, menyokong aktiviti promosi pelancongan iaitu meningkatkan penyelenggaraan dan infrastruktur pelancongan. Soalan saya, bagaimanakah hasil daripada kutipan caj perkhidmatan ini disalurkan kembali kepada pembangunan sektor pelancongan di peringkat daerah terutamanya di daerah Manjung?
Terima kasih Yang Berhormat Pangkor, setahu saya setakat ini belum ada satu keputusan muktamad untuk pembahagian apa yang dikutip daripada caj tersebut. Namun saya setahu saya bahagian pelancongan iaitu bahagian promosi tidak tergolong dalam penerimanya. So, mungkin bahagian SUK atau Kerajaan Tempatan akan menerimanya. Saya tidak ada keputusan muktamad lagi untuk sebab caj ini akan digunakan tahun depan bukan tahun ini. Jadi untuk makluman selebihnya mungkin YB boleh berurusan dengan Pejabat Exco selain dari Pejabat Exco saya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Setiausaha Dewan, sila baca aturan urusan mesyuarat yang seterusnya.
Usul Menyembah Ucapan Tahniah serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion
Perkara Yang Keempat, Usul Menyembah Ucapan Tahniah serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku, patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah mendapat sokongan dan telah pun dibahaskan. Justeru, pihak kerajaan akan membuat penggulungan bagi perbahasan ke atas usul ini. Sesi penggulungan di atas usul ini akan dimulakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat dan diikuti oleh Yang Berhormat dari kawasan Lintang serta diakhiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Masa penggulungan yang diperuntukan kepada Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan adalah selama 45 minit seorang. Manakala masa penggulungan yang diperuntukkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah selama 90 minit. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Ayor Kuning nombor satu. (Bacaan Ayat Al-Quran) Surah Al-Mukminun, ayat ke 18 yang bermaksud “Dan Kami turunkan hujan daripada langit dengan sukatan yang tertentu serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” Al-Mukminun, 18. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat, seluruh kakitangan agensi-agensi kerajaan sama ada peringkat negeri mahupun persekutuan, rakan-rakan media, para-para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Merafak sembah menjunjung kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas Titah DiRaja pada hari Selasa tempoh hari dan di atas perkenan Tuanku merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas.
Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Haji Ishsam Shahruddin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22 Februari yang lalu. Saya baru sahaja berhubung dengan beliau tiga hari sebelum beliau meninggalkan kita semua berkaitan masalah air yang terputus di Tapah tempoh hari. Makna semasa tiga hari sebelum Almarhum meninggalkan kita, dia telah sempat berhubung dengan saya berkenaan dengan masalah air besar terputus di kawasan beliau di Ayer Kuning termasuk kawasan-kawasan yang lain. Sampai begitu, sekali prihatin Allahyarham berkenaan dengan masalah yang dihadapi di Ayer Kuning itu sendiri dan saya harap pengundi di Ayer Kuning boleh kembalikan yang baru ini untuk mewakili Ayer Kuning, Insya Allah. Boleh? Saya mendoakan semoga Allahyarham Haji Ishsam Shahrudin diterima segala amalannya oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama kalangan yang beriman dan yang di kalangan yang soleh.
Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri dengan jayanya bagi merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana berjaya mentadbir negeri Perak dengan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan rakyat negeri Perak. Antaranya Hala Tuju Ekonomi Biru, Bandar Pintar 2040 pemantapan pengurusan sumber air, hasil cukai yang meningkat sehingga mencecah RM1.3 billion serta royalti industri perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif NRREE.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah memperuntukkan peruntukan yang terbesar bagi projek penyaluran air mentah daripada Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah bernilai RM1.7 bilion bagi menyokong projek Kerian Integrated Green Industrial Park atau KIGIP. Di samping itu dengan adanya perancangan tebatan banjir RTB bernilai hampir RM9.41 juta dapatlah pihak JPS Negeri Perak mengatasi masalah banjir yang berlaku setiap tahun di negeri kita ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian terdapat banyak perkara yang telah diajukan sepanjang persidangan kali ini. Antaranya pertama, perkara yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Astaka. Astaka tak ada hari ini ya, berkaitan kejadian banjir di Sitiawan yang mana ianya berpunca daripada hujan yang sangat lebat melebihi 60 milimeter sejam berserta kesan kenaikan paras air laut. Situasi ini menyebabkan aliran air lambat atau terganggu untuk mengalir ke laut dengan sempurna. Pihak Jabatan Air dan Saliran (JPS) akan sentiasa melakukan pemantauan serta selenggaraan pada sistem seliaan JPS. JPS Negeri Perak telah mengemukakan permohonan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam mukim Sitiawan dan juga mukim Lumut.
Melalui kajian ini ianya akan menjadi rujukan serta panduan terutamanya kepada pihak berkuasa tempatan dalam merancang pembangunan masa depan yang sistematik dan mapan. Insya Allah. Bagi pihak Majlis Perbandaran Manjung yang juga telah melaksanakan beberapa projek naiktaraf dengan kos keseluruhan sebanyak RM3.8 juta melibatkan kerja-kerja pembinaan kolam tadahan, pembesaran saiz longkang sedia ada serta kerja-kerja pembersihan longkang yang dijalankan secara berkala. Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama antara agensi kerana melibatkan sistem pengairan air yang merentasi bidang kuasa beberapa pihak. Oleh itu setiap agensi memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kejadian banjir dapat dikawal dan ditangani dengan berkesan Insya Allah. Majlis Perbandaran Manjung juga kekal komited memohon peruntukan projek-projek naik taraf longkang dan perparitan kepada semua pihak terutamanya kepada pihak Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menangani kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir kilat.
Timbalan Yang di-Pertua menjawab persoalan kepada Yang Berhormat Keranji, Keranji ada sini. JPS berpandangan bahawa keadaan semasa Sungai Keranji masih mampu untuk menampung jumlah kapasiti aliran sedia ada serta sewaktu hujan lebat khususnya air yang datang daripada Batu Berangkai tu. Namun hasil siasatan JPS di tapak mendapati berlaku hakisan tebing Sungai Keranji yang serius yang perlu dibaiki semula. Oleh yang demikian JPS Negeri Perak telah mengemukakan permohonan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinji, Sungai Kinta Fasa 3 di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang melibatkan cadangan pelaksanaan kerja-kerja di Sungai Kampar, sungai Keranji termasuk jugaklah di Sungai Keranji ini untuk melaksanakan dalam RMK-13. Pada masa yang sama Jabatan JPS Negeri Perak juga telah mengemukakan permohonan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam atau PISMA daerah Kampar untuk membantu merangka penyelesaian banjir kilat di kawasan pekan Lama Kampar. Status permohonan kedua-dua projek tersebut adalah telah dikemukakan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan untuk diangkat kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi. Untuk rekod JPS Negeri Perak telah melaksanakan kerja-kerja mengorek pulih Sungai Keranji pada tahun 2022 bagi langkah-langkah mitigasi untuk jangka pendek.
Bagi memberi respon kepada isu yang dibangkitkan oleh YB Pangkor. YB Pangkor ada sini ya. Banjir di Pulau Pangkor telah berlaku pada 4 April 2025. Hasil semakan mendapati punca banjir adalah disebabkan hujan lebat luar biasa 190 mm sejam. Antara jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi serta peningkatan paras air laut sehingga menyebabkan aliran air menjadi lambat dan berlakunya banjir di tempat tersebut. JPS Negeri Perak telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan terhadap parit dan sungai di bawah selenggaraan JPS. Selain itu pembinaan rumah pam Pangkor di Kampung Masjid dijangka mampu mengurangkan kejadian banjir apabila ia siap pada akhir April 2025. Selain itu kajian Drainage Masterplan Development for Pulau Pangkor telah siap pada 31 Oktober 2024. Hasil kajian juga telah diedarkan kepada agensi yang berkaitan di mana kajian ini dapat menjadi rujukan serta panduan terutamanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam merancang pembangunan masa depan yang sistematik dan juga mapan. JPS juga turut merancang untuk menaiktaraf Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor secara berperingkat supaya isu banjir dapat diatasi. Insya Allah.
Yang Berhormat Alor Pongsu membawa isu pasir jerlus di kawasan Alor Pongsu. Untuk makluman JPS Perak tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai masalah pasir jerlus di kawasan Alor Pongsu kerana ianya di bawah seliaan Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu IADA Kerian. IADA Kerian bertindak sebagai agensi pakar di dalam pemulihan tanah bagi tujuan pertanian terutamanya di dalam kawasan sawah padi. Isu kandungan asid dalam air di terusan besar. Kami merujuk semula kepada kajian kualiti air yang telah dijalankan pada Mac 2025 di dalam Kolam Bukit Merah yang merupakan sumber air utama kepada terusan besar dan mendapati skala ph level ph itu bagi sampel air di dalam kolam tersebut adalah sekitar ph 6.7 sehingga 7.1 iaitu dalam julat yang neutral ph7. Selain itu sumber air lain yang menyumbang ke terusan besar adalah melalui Rumah Pam Kerian. Sumber air daripada Sungai Kerian ini dikhuatiri mengandungi kandungan ph yang berasid disebabkan aliran pelbagai faktor dan salah satunya adalah dari kesan sisa pelepasan air dari kawasan estet sawit. Makna sukatan ph tu lebih daripada 7. No more acidic, no more alkaline and juga acidic dengan izin. Antara tindakan awal yang telah pun dilakukan adalah pihak JPS telah memaklumkan kepada pengurusan estet supaya mengawal dan merawat terlebih dahulu pelepasan air sisa daripada tanaman sawit supaya tidak meningkatkan kandungan ph di dalam air.
Rentetan dari itu dari isu ini juga Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mewujudkan satu kajian kualiti air di kawasan hotspot yang berpotensi menyebabkan pencemaran sumber air bagi loji-loji LAP di Daerah Kerian. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat mengesahkan dengan lebih lanjut punca pencemaran untuk tindakan selanjutnya. Pihak JPS telah mencadangkan agar pihak estet mempunyai saliran yang khusus ke sungai atau pun membina sistem pam yang dikeluarkan terus ke sungai iaitu perbincangan itu dibuat JPS dengan pihak pengurusan sawit di situ. Dengan itu air yang tercemar tidak akan masuk ke terusan besar yang digunakan untuk tujuan pengairan. Ini akan mencemarkan juga hidupan dalam air dalam sungai tersebut. Kemungkinan keadaan ini telah mempengaruhi kaedah tanah di sawah di mana tidak berada pada tahap yang optimum untuk penanaman dan juga pengeluaran padi yang berkualiti.
Pengkalan Hulu pula membangkitkan isu berkaitan infrastruktur jalan raya. Bagi memastikan infrastruktur jalan raya sentiasa berada di tahap selesa dan selamat kepada pengguna, permohonan peruntukan untuk pembaikan ini telah pun dibuat secara bertulis melalui JKR Ibu Pejabat Malaysia setiap tahun bertujuan mengatasi masalah kerosakan di jalan tersebut. Walau bagaimanapun, penyelenggaraan jalan tersebut dibuat mengikut keutamaan dan peruntukan yang diluluskan sahaja. Kelulusan yang kita perolehi tahun 2024 adalah seperti berikut. Bekalan pavement FT076 sebanyak RM19,185,000.00 Bekalan bukan pavement kepada FT076 laluan federal 076 itu berjumlah RM645 ribu dan FT 077 berjumlah RM42,500.00
Gunung Rapat, Sungai Rapat. Soalan. Kekerapan berlakunya kejadian jambatan runtuh dan roboh di negeri Perak kerap meningkat kebelakangan ini. Persoalan saya ialah apakah usaha atau langkah berjaga-jaga yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan tidak berlaku musibah seperti ini?
Saya celah sikit Dato' Seri. Terima kasih lah atas keprihatian tentang masalah bekalan air LAP dan juga terusan besar tadi. Tapi bila tajuk banjir dah terlepas ni. Saya dengar YB Exco menyebut banjir kilat, banjir kilat, banjir kilat, banjir kilat kebanyakannya. Satu jenis banjir yang di kawasan saya yang saya rasa YB Exco tak sebut. Kawasan saya banjir termenung. Orang lain lima (5) hari, empat (4) hari, tiga (3) hari. Di kawasan saya kalau berlaku banjir, sebulan tiga puluh (30) hari saya ada di PPS Changkat Lobak. Jadi banjir termenung ni saya rasa sebab unik daripada banjir-banjir lain. Pihak Kerajaan Negeri saya rasa kena lebih peka, dah lah benda ni berlaku daripada dulu lagi sampai sekarang. Jadi kebimbangan saya bila KIGIP datang besok adakah KIGIP juga akan menambah lagi ketinggian air tu? Sebab kita dah ada pengalaman bila highway melintasi Alor Pongsu dinaiktaraf, banjir di Alor Pongsu daripada paras pinggang naik ke paras dada. Jadi adakah sejarah lama akan berulang? Jadi saya pohon pada Kerajaan Negeri, apa sudi kiranya duit bajet bawah air tunnel tu kalau dapat kita buat cadangan awal oleh JPS dulu tentang mini dam yang saya sebut pada
Dato' Seri sebelum ini dan satu lagi pasal jalan dah sebut saya celah juga satu lagi. Kawasan jalan terima kasih juga lah JKR berhempas pulas walau pun berkala ada rosak dan sebagainya. Tapi saya kena sebut. Orang Alor Pongsu minta juga saya sebut. Daripada Masjid Sungai Semambu sampai satu rumah dipanggil rumah Pandak Sam. Saya kesian pada JKR. Pagi tampung, petang pecah. Petang tampung, pagi esok pecah. Terlalu kritikal. JKR kawasan tahu berkenaan ini. Terima kasih Dato' Seri. Dua isu.
Terima kasih kepada Alor Pongsu dan juga kepada Jelapang. Ya. Kampong Gajah.
Terima kasih YB Exco. Cuma saya nak responds tentang banjir tadi lah sebelum terlepas, yang saya bangkitkan tentang Lubuk Keli yang dah di jawab oleh YB Exco. Cuma saya nak bagi tahu di sini cara cucian parit itu tidak efisien di sana, tetap berlaku banjir. Baru-baru ini, hari raya baru ni di Lubuk Keli sebagainya depa banjir. Apabila hujan air tak dapat keluar. Jadi dapat kalau dapat yang kita minta untuk adakan tebatan banjir dan kincir air besar tu yang dibangkitkan dalam Dewan ni disegerakan insya Allah.
Terima kasih Kampung Gajah. Saya jawab soalan daripada Jelapang dahulu sebab Jelapang bertanyakan akhir-akhir ini banyak sangat musibah yang mana jambatan-jambatan runtuh di Perak ini memang betul tak nafikan sepanjang saya menjadi Exco sekurang-kurangnya lima (5) kes jambatan bengrotak rebak dan roboh ya. Tapi Alhamdulillah kita berterima kasih kepada pihak JKR sama ada jalan negeri atau persekutuan dapat dibaiki semula dan dihubungkan di antara kampung-kampung yang terputus itu. Misalannya di Ulu Slim, kita dapat bina jambatan bridge dua hala sepanjang tak sampai pun lapan (8) hari. Kemudian kita berlaku juga terputus jalan di Enggor, Sungai Karai tu putus juga pecah, dapat dihubungi, dapat dibaiki dalam tempoh yang telah pun ditetapkan. Kes yang keempat kita berlaku di Simpang Pulai yang mana sungai terputus jambatan dan JKR dapat bina bailey bridge dalam masa empat (4) hari. Tak sedar pun jambatan telah siap semula dan yang kini sekarang ni mereka telah berusaha sedaya upaya nak pastikan jalan yang menghubungi Felda Sungai Kelah Kampung Pisong iaitu di Dun Behrang.
Terima kasih kepada YB Behrang yang telah bersama-sama untuk pastikan bahawa kesemua agensi dapat sediakan jambatan untuk menghubungi pihak Hot Spring Felda Kampung Bayan Emas dan juga Kampung Pisong yang mana mereka terputus sekarang ini. Mereka-mereka menyewa, mereka-mereka yang menyewa Hot Spring Felda tak boleh keluar sekarang. Nak bekerja di Pulau Pinang, nak balik ke Kuala Lumpur, tak boleh terputus hubungan. Kereta tak dapat lalu. Jadi usaha pada JKR untuk pastikan bahawa jambatan tu dapat disediakan pada 29 haribulan April ini. Itu janji pada JKR. Terima kasih pengarah JKR Negeri yang berusaha untuk membina bailey bridge, mereka juga ada stock bridge tersebut dan boleh dilaksanakan secepat mungkin. Terima kasih kepada JKR Muallim dan juga Pengarah JKR Perak. Itu soalan daripada Jelapang.
Yang keduanya berkenaan dengan banjir termenung. Oleh kerana banjir termenung tu lama sebulan, saya berkesempatan melawat banjir termenung itu. Memang airnya berasal jernih dah jadi hitam kerana termenung lama sangat sampai hitam ayor tu. Jadi untuk itu tu pihak JPS Kerian telah melaksanakan beberapa tindakan untuk mengepam air ke Sungai Kurau. Sungai Kurau tu sungai tu buaya pun ada. Jadi kena berhati-hati. Alhamdulillah buat masa ni dapat dikurangkan termenungnya tu tak lama sangat. Cumanya kita akan cari jalan macam mana nak pastikan dengan adanya KIGIP besok, banjir ni tidak berterusan. Dia ada jalan kaedah dapat kita laksanakan usaha-usaha supaya tidak ada lagi banjir kilat dan banjir termenung di Alor Pongsu.
Berkenaan jalan yang biasa berlaku tadi tu, saya akan minta pihak JKR untuk buat kajian dari Kampung Selabu sampai lah ke Kampung Mat Sam, Kampung Haji Mat Sam tu dapat dilaksanakan secepat mungkin. Memang berlaku kemalangan di situ dan juga hari ini turap, esok pecah. Lusa turap, esok pecah. JKR pun tahu kadang-kadang tu digunakan oleh kenderaan luar muatan malam-malam. Maka, akhirnya dia akan punah juga ya dan berkenaan dengan tadi tu Lubuk Keli yang telah dibuat oleh Air Kampung Gajah, memang berlaku sedikit banjir bila telahpun JPS cuci, bila ada hujan lebat dia banjir semula kerana belum lagi sempurna penyucian sungai tu. Proses untuk membersih sungai masih berterusan. Jadi Insya Allah JPS saya akan pastikan mereka laksanakan jalan pencucian sungai tu sempurna, tidak lagi sangkut-sangkut. Terima kasih Kampong Gajah.
Saya difahamkan dia bukan masalah punca sungai sangat. Tempat keluar ayor tu kelubung tu tak cukup besar. Saya kincir air tak cukup besar. Jadi ayor tak boleh pergi jalan dengan lancar lah.
Yang ini setelah dikenalpasti bahawa kelubung tu sendiri renik. Jadi ayor tak boleh lalu kerana kubung tu kecik. Jadi bila hujan lebat, dia melempah. Jadi JPS dah tau benda ni, kita dalam proses untuk membesarkan kelubung tu supaya laluan air itu tidak terhalang iaitu Insya Allah kita akan buat ke buat kerja-kerja yang lebih terperinci. Insya Allah. Terima kasih Kampong Gajah.
Yang Berhormat.
Biar saya teruskan.
Saya ada sikit nak minta pandangan lah. Saya dengar tadi ada cadangan bahawa mana estet-estet besar ni dia kena buat terusan terus pergi di laut lah. Ini maknanya satu cadangan yang baik lah pada saya. Di tempat saya tu ya, antara satu estet yang sangat besar lah yang paling besar. Di tempat saya tu estet ni dia menguruskan air dia cukup baik. Dia mengalirkan dia punya air dia masuk kepada ke dalam Sungai Beruas. Jadi yang jadi masalah sekarang ni di tebing di sebelah estet itu pihak JPS tak boleh masuk. Jadi saya rasa perkara ini perlu dilihat semula lah kerana saya rasa tak mungkin lah estet nya pihak JPS nak masuk mesin, nak masuk cuci pun tak dibenarkan masuk seolah-olah dia berkuasa sepenuhnya di situ. Jadi, saya melihat minta kerajaan melihat perkara ini. Terima kasih.
YB Exco.
Terima kasih Pengkalan Baharu kerana prihatin berkenaan dengan aliran air daripada pengusaha sawit itu sebelum masuk ke Sungai Beruas itu, mereka telah buat, dia buat rawatan. Maknanya air yang dibuang ke sungai itu bukannya air yang memang daripada baja-baja mereka. Terima kasih kepada pengurusan. Saya minta JKR, JPS akan tengok yang masalah baru ini kalau tebing runtuh. Bila tebing tu runtuh, maknanya dia akan menjejaskan aliran air di sungai dan juga daripada longkang-longkang kelapa sawit tersebut. Yang ini saya minta JPS akan kaji macam mana nak pastikan tebing tidak terus rebak dan pecah. Terima kasih YB.
YB Exco minta izin mencelah. Depan ni Sungai Manik.
Ya, boleh Insya Allah Sungai Manik.
Terima kasih YB Exco, Timbalan Speaker. Bila YB sebut pasal kelubung ni saya teringat dah. Ada isu di tempat sayalah. Dulu kalau isu kelubung yang yang memberi aliran air tersekat, pihak JPS ada peruntukan untuk menukar saiz kelubung. Tapi baru ini saya dimaklumkan JPS dah tak ada dah peruntukan itu. So implikasinya kepada penduduk lah tiap kali hujan lebat dan sebagainya. Dulu-dulu ada Dato' Seri semasa saya Exco dulu pun masih ada lagi. Tapi sekarang saya difahamkan JPS kata dah tak ada dah bajet tu. Adakah ianya benar dan kalau benar tolonglah bantulah JPS untuk bantu mengelakkan banjir di kawasan kampung dan sebagainya? Terima kasih.
Terima kasih Sungai Manik. Memang Sungai Manik ini banyak kelubung. Sebab dia tanaman padi jadi kelubung melambak lambak dekat situ dan kelubung-kelubung yang ada itu semuanya renit-renit yang kecil-kecil. Jadi Insya Allah saya akan pastikan JPS Negeri Perak ada peruntukan kelubung untuk dibesarkan di kawasan-kawasan yang khususnya banyak sawah padi, banyak kelubung. Ya Insya Allah kita akan pastikan. Terima kasih Sungai Manik. Saya teruskan.
Dato' Seri, Dato' Seri, Behrang, sikit.
Ya Behrang, sila Behrang.
Pertamanya terima kasih kepada Dato' Seri yang turun segera ke kejadian jambatan runtuh di Sungai Klah baru-baru ini, terima kasih Dato' Seri dan tindakan daripada pihak-pihak berwajib seperti Pejabat Daerah, JKR, Hot Spring sendiri, pengurusan Felda turun membantu dan Insya Allah jambatan ini boleh digunakan, Insya Allah pada hari Rabu, Rabu depan bukan esok, Rabu depan insya-Allah. Terima kasih Dato' Seri atas tindakan pantas dan sebentar tadi pun Timbalan Menteri KKR telah turun melawat kawasan. Cumanya, ada beberapa lagi jambatan dalam Dun Behrang, contohnya di jambatan, di Kampung Rasau yang telah lama juga kita mohon perhatian untuk dibaikilah sebab kemungkinan besar jika berlaku hujan akan runtuh juga lah jambatan tersebut. Ya, dari tahun lepas ya Dun Behrang ini agak terkenal dengan jambatan runtuh. Tahun lepas bulan 10 kita runtuh empat jambatan dan Jumaat baru ini kita runtuh lagi satu jambatan dan kita harapkan pihak berwajib melihatlah ya mana-mana kawasan yang berisiko untuk mengalami jambatan runtuh dan sebagainya kerana jika tidak dibaiki, tidak diperhatikan sungai-sungai ini, jika ada berlaku sekatan-sekatan kayu-kayu macam yang berlaku di Sungai Klah baru-baru ini mungkin akan menyebabkan jambatan-jambatan ini berisiko lah. Terima kasih.
Terima kasih Behrang kerana prihatin. Sebenarnya yang roboh, yang runtuh jambatan di Behrang ini bukannya dua, empat ya. Jadi empat empat itu akan diambil tindakan oleh JKR dan juga oleh PLB. Jadi saya terima kasih juga semasa berlakunya runtuh jambatan di Sungai Klah tersebut, saya terima kasih pada pihak Bomba dan Penyelamat mengeluarkan 85 pelajar-pelajar politeknik keluar mengharungi sungai itu dengan selamat. Yang keduanya, saya terima kasih kepada pihak kesihatan yang mengeluarkan 5 orang ibu mengandung di Kampung Pisong keluar ke pusat pemulihan, pusat sementara di Sungkai dan sama-sama itu juga kita akan pastikan dua orang Kampung Pisong itu yang, buat dialisis hari seminggu. Mereka juga kita akan keluarkan sampai ke pekan Sungkai tersebut. Terima Kasih YB. Untuk itu lagi sekali saya berterima kasih kepada PDRM kerana bila saya nak pergi ke tempat itu, saya sendiri sesat. Dia tak ada GPS, dia tidak ada Waze dekat situ. Jadi saya berterima kasih pada PDRM Bidor dan juga PDRM Sungkai yang bawa saya jelajah ke sungai itu pada malam tersebut. Terima kasih kepada PDRM Sungkai dan Bidor.
Jadi, biar saya teruskan bahawa kos untuk tadi itu di Pengkalan Hulu itu, keseluruhan FT076 dan FT077. Maknanya Gerik ke Pengkalan juga Pengkalan sampai ke Betong itu adalah RM19,830,000.00 ribu dan FT077 adalah RM42,500.00. JKR Negeri Perak telah memohon bagi pembaikan laluan FT076 Gerik ke Pengkalan Hulu dan FT077 Jambatan Jalan Pengkalan Hulu ke Betong sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand. Bagi tahun 2025 melalui surat bertarikh 31 Disember 2024 seperti berikut. Kerja-kerja berkala pavement, kedua-duanya RM58 juta dan FT077 RM45 juta. Bagi kerja-kerja yang bukan pavement untuk FT076, RM4 juta, RM4.78 juta, dan untuk FT077 berjumlah RM2.1 juta. Keseluruhan FT itu, makna dua-dua jalan itu telah pun dilulus, telah pun diluluskan sebanyak RM63,008,000.00 dan FT 077 RM6.6 juta jadi untuk pengetahuan di Pengkalan Hulu. Peruntukan pembaikan bagi tahun 2025 sedang menunggu maklumbalas daripada kementerian. Buat masa ini, haluan FT076 dan FT077 sentiasa dipantau dan diselenggara di bawah peruntukan rutin R01 JKR, patching port hole untuk memastikan laluan ini selamat dilalui oleh semua kenderaan termasuk penoreh-penoreh getah daripada selatan Thailand yang pergi ke Pengkalan Hulu boleh katakan tiap-tiap pagi, tiap-tiap subuh tiap-tiap hari. Terima kasih. Untuk maklumat Yang Berhormat Kenering. Pihak JKR sedia maklum...
Yang Berhormat.
Berkenaan dengan keperluan penyenggaraan jalan mengikut keutamaan tahap kerosakan jalan dan telah mengenalpasti dan memohon peruntukan penyenggaraan jalan persekutuan.
Yang Berhormat.
Ya, Pengkalan Hulu.
Mencelah, mohon izin Yang Berhormat menelah sikit. Okey terima kasih kepada YB Exco atas jawapan dan maklumat peruntukan yang telah diturunkan ke kawasan saya lah Dun Pengkalan Hulu melibatkan FT076 tadi dan FT077. Cuma saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat dan Kerajaan Negeri termasuk agensi berkaitan pihak JKR, di Pengkalan Hulu ini melalui apa, mempunyai laluan yang ekstrem berbukit-bukau dan kawasan tempat kami memang kawasan tempat tinggi. Jadi bila berlaku hujan ekstrem, musim hujan memang akan berlaku tanah runtuh dan tebing runtuh dan jalan mendap. Jadi saya nak ambik perhatian juga Yang Berhormat, ada beberapa lokasi di laluan contohnya FT076 di Gunung Paku yang mana telah lebih kurang dalam 4 bulan berlaku jalan mendap pada sesi persidangan kita pada bulan Disember yang lepas. Saya habis je sidang ini, tak sampai rumah lagi terus pergi ke lokasi jalan mendap tu, sebelum sampai ke rumah. Jadi dah ambik masa yang lama, jadi mohon perhatian lah sebab daripada 3 lorong itu tinggal 1 lorong ja. Merbahayalah kepada pengguna lalu lintas dan semua yang inilah, rakyat di Dun Pengkalan Hulu dan satu lagi Yang Berhormat berlaku jugak 2 insiden jalan mendap dan jalan runtuh di laluan FT077. Ini betul-betul rapat dengan Bukit Berapit. Jadi orang daripada Thailand masuk ke Pengkalan Hulu ke negeri Perak ini lepas je boarder akan jumpa jalan runtuh. Dua, dua lokasi. Jadi saya nak mohon perhatian daripada Yang Berhormat dan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan la supaya masalah ini mungkin tidak, mungkin boleh diatasi dengan segera, Insya Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Pengkalan Hulu agak prihatin FT 077 yang menghubungi Pengkalan Hulu sampai ke Betong di selatan Siam itu. Dan saya akan bersama dengan Pengarah JKR kita ada sini akan buat kepastian supaya cerun-cerun yang berlaku di antara FT077 itu dapat diatasi bersama-sama kerjasama pihak konvensional Belati Wangsa. Jadi saya terima kasih lah kerana di kawasan selepas Betong itu, dia tidak ada cerun yang kuat, tapi sebelum sampai ke Betong itu jalan FT077 ini dia banyak cerun. Jadi sudah pastinya kita minta syarikat konsesi untuk beri perhatian khusus dan masa hujan atau musim-musim hujan. Yang itu Insya Allah saya akan beritahu kepada JKR dan juga syarikat konsesi untuk beri perhatian lebih sebelum sampai ke sempadan antarabangsa tersebut. Terima kasih Pengkalan Hulu.
Untuk maklumat Berhormat YB Kenering ya, JKR sedia maklum berkenaan keperluan penyenggaraan jalan mengikut keutamaan tahap kerosakan jalan. Anggaran penyenggaraan jabatan bagi Jalan Kuala Kangsar - Gerik - Pengkalan Hulu adalah sebanyak RM34.8 juta bagi 2025 dari seksyen 47.8 hingga seksyen 84.5. Ini untuk pengetahuan Kenering. Melibatkan kerja kerja mill dan jugak pave serta kerja-kerja berkaitan yang akan dilaksanakan oleh JKR dengan kerjasama dari pihak syarikat konsesi. Kerja pembaikan jalan akan dilaksanakan sebaik kelulusan peruntukan diterima oleh pihak JKR.
Bagi kawasan Batu Kurau, sebanyak RM470,830.00 ribu telah pun disalurkan kepada JKR bagi memasang lampu jalan, iaitu jumlah RM470 ribu itu khas untuk pencahayaan lampu jalan sahaja. Pelaksanaan kerja pemasangan lampu jalan ini dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Perak seperti berikut. Kerja-kerja yang dibuat itu adalah di laluan A7 Sungai Long sampai Taiping, Perak yang berjumlah RM 100 ribu. Kemudian kita ada pemasangan sistem untuk membina jalan baru Kamunting ke Anak Kurau. Anak Kurau Fasa 2 berjumlah RM370,830.00 ribu. Saya bagitau kepada Batu Kurau yang telahpun, akan dilaksanakan oleh JKR elektrik.
Masalah bekalan elektrik di Kampong Gajah, Kampong Gajah lagi ya, masalah bekalan elektrik Kampong Gajah, pihak TNB telahpun melaksanakan naik taraf bekalan elektrik di kawasan Kampong Gajah...
Dato' Seri, Batu Kurau izin mencelah. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada Dato' Seri Exco. Semalam, saya dapat satu berita jambatan di Kampung Anak Kurau runtuh. Baru lagi semalam hujan lebat. Jadi mohon pada pihak Dato’ Seri memberi sokongan kepada pihak JKR, pihak Pejabat Daerah atau JPS tolong turun ke tempat tersebut untuk mengatasi masalah jambatan runtuh di Kampung Anak Kurau. Terima kasih.
Ya, terima kasih Batu Kurau yang telah pun agak prihatin berkenaan dengan retak atau jambatan di kawasan tu. Saya akan pastikan pihak JPS sama-sama JKR untuk buat kajian teliti berkenaan dengan struktur jambatan yang ada supaya tidak mengalami apa yang kita alami di Behrang sekarang ini, kerana jambatan tu agak lama YB, dah lama sangat jambatan tu. Jadi sampai masanya bila air deras dan laluan tu banyak kenderaan-kenderaan berat, maka jambatan tu barangkali tidak boleh tampung. Jadi, kita akan buat kajian supaya nak pastikan struktur dia masih kuat. Terima kasih YB.
Antara kampung yang terlibat di Kampong Gajah dan telahpun naik taraf bagi memperkukuhkan sistem bekalan elektrik adalah Kampung Geronggong, Kampung Geronggong, ya lepas tu Kampung Kota dan Kampung Kepala Pulau. Tiga kampung itu yang melibatkan kos RM200 ribu dibelanja oleh TNB. Masalah kekurangan voltan di beberapa kawasan Dun Kampong Gajah adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk domestik yang menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik di kawasan-kawasan tersebut semakin bertambah. Ianya seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Yang Berhormat di hujung Kampung Geronggong, Kampung Tersusun Changkat Lada dan Kampung Biak yang ketiga tiga kampung itu. Bagi mengatasi perkara ini, pihak TNB melalui Unit Perancangan Sistem Asset Planning & Performance telah mencadangkan dan mewujudkan cadangan perancangan projek CPP bagi tujuan memperkukuhkan sistem bekalan voltan rendah di kawasan-kawasan tersebut.
Projek memperkukuhkan sistem voltan rendah ini akan dapat membantu mengatasi isu kekurangan voltan di beberapa kawasan dibawah Dun Kampong Gajah ini. Oleh itu, Pelan Tindakan TNB untuk aduan TNB untuk aduan pengguna di Pasir Salak, bagi lokasi hujung Kampung Geronggong, Kampung Changkat Lada dan Kampung Biak akan dibuat penelitian, penelitian dan juga semakan dalam masa terdekat untuk mengenal pasti kawasan berlaku masalah voltan rendah dan cadangan projek memperkukuhkan sistem voltan rendah bagi perancangan jangka pendek dengan merentangkan kabel ABC baru bersaiz 185 mm dari pencawang elektrik yang terdekat.
Bagi perancangan jangka panjang pula, penyediaan pencawang kompak substation unit atau CSU yang baru bagi memastikan bekalan berdaya harap berdaya harap akan dilaksanakan secara berperingkat dan memerlukan pengambilan tanah bagi penyediaan tapak perancangan pencawang kompak substation ini, dia memerlukan pengambilan tanah persendirian YB. Agak lama sikitlah itu jangka panjang. Oleh itu, bagi memastikan projek meningkat bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat dilaksanakan dengan baik, pihak pengurusan TNB memohon agar Ahli Yang Berhormat YB sendiri dan juga pihak yang berkenaan dapat membantu dalam isu kelulusan izin lalu melalui Pejabat Ahli Yang Berhormat Penghulu ataupun pihak yang berkaitan jika diperlukan. Mana kita kena lalu tanah persendirian untuk pastikan kabel besar terpasang Insya Allah. Berkaitan LAP yang diajukan oleh Ahli Berhormat Kubu Gajah…
Laluan daripada Kampong Gajah. Terutama saya ucapkan terima kasihlah dan terima kasih juga kepada TNB. Pagi ni mereka dah turun Kampung Gajah dah buat lawatan tapak dan dah mula pergi tempat yang diadukanlah dan saya dari Kampung Gajah bersedialah kalau ada nanti untuk runding untuk nak dapatkan untuk buat kompak substation nanti. Insya Allah saya akan beri kerjasama untuk berunding dengan orang kampung untuk bagi tanah.
Laluan
Terima kasih ya YB. orang kampung ni, bila ada penglibatan Yang Berhormat tu, dia agak luntur sikit. Tidak dema keras tak tentu pasal YB. Jadi PM PM TNB nak masuk pun memang ada masalah. Tapi kalau ada YB kat situ boleh lunturkan dema pujuk dema akan bagi laluan, Insya Allah, terima kasih banyak.
Yang Berhormat terima kasih. Bertepatan dengan perkara yang disampaikan tadi berkaitan dengan elektrik. Baru-baru ni saya khususkan di Felda Gunung Besout yang besar 1 sehingga 5, berlaku gangguan bekalan elektrik yang terputus sewaktu raya. Sudah pasti sewaktu raya vot dia mungkin tinggi penggunaannya mungkin banyak anak-anak yang berada rumah aircondnya dan sebagainya dan tambahan pula, ramai banyaknya rumah-rumah yang dibina rumah kedua cuma perkara ni berlaku semula selepas seminggu. Jadi di situ penilaian rakyat dia melihat andai kata waktu berlaku waktu raya. Ya kita boleh terima sebab mungkin penggunaannya tinggi. Tapi bila berlaku seminggu selepas itu ada rakyat yang tak boleh terima dan kemungkinan perlu kepada pembaharuan mengurangkan gangguan letrik itu dan saya harapkan dilihat secara khusus mungkin perlu kepada talian yang baru dan sebagainya. Itu mohon perhatian, terima kasih.
Terima kasih Slim. Oleh kerana bila musim perayaan hari tu, boleh katakan ramai anak-anak Kampung Felda tu balik khususnya di Besout dan juga Besout 4. Dalam kajian kami sepuluh rumah di Felda ini, sembilan yang kesemuanya ada aircond. Maknanya orang Felda ni hebat-hebat rumah mereka ada aircond daripada sepuluh, sembilan ada rumah ada aircond. Selepas raya besok selepas raya hari tu dia kurang sikit. Cumanya, saya agak fikir macam mana TNB nak pakai buat kajian semasa load tu ataupun dia punya beban tu tinggi masa raya tidak ada putus bekalan letrik gangguan ok. Tapi selepas perayaan mula voltan tu turun bawah maka gangguan, itu saya akan minta pihak TNB, yang mana hadir hari ni untuk buat kajian kenapa benda tu berlaku? Terima kasih YB.
Biar saya teruskan untuk bagi perancangan jangka panjang di Kampong Gajah ini, kita akan memastikan bekalan berdaya harap akan dilaksanakan secepat mungkin melalui melalui kerjasama dengan pihak YB sendiri supaya laluan izin lalu dapat dibenarkan. Oleh itu, bagi memastikan projek peningkatan ini, kita mintak supaya semua pihak memberikan kerjasama supaya dapat cepat kemasukan kabel TNB bagi melaksanakan jangka panjang di pihak di Kampung Geronggong tersebut.
Pihak LAP yang juga melalui Yang Berhormat Kuala Kubu Gajah dan Kubu Gajah berkenaan dengan LAP. Projek pemasangan paip retikulasi bekalan air untuk rumah-rumah di Kampung Kelian Chini, Sungai Ara telah dilaksanakan dalam senarai Projek Bekalan Air Luar Bandar tahun 2019 oleh KKDW. Lama dah kes ini. Status semasa bagi projek tersebut telah pun selesai termasuk pemasangan paip komunikasi hingga ke dalam rumah dan hanya menunggu permohonan bekalan air baru oleh pihak premis. Berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air Akta 655 di bawah Perkara 38 (1) menyambung sesalur utama awam dengan premis yang hendak dibekalkan air. Menjelaskan bahawa bagi tujuan penyambungan sesalur air utama ke premis yang hendak dibekalkan air, maka kesemua kos yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh pemilik atau penghuni premis. Jadi maknanya YB bertanggung jawab bagitahu kepada penghuni-penghuni rumah tu, maka kena bayar deposit-deposit yang dikenakan melalui akta yang diluluskan oleh pihak SPAN. Mana LAP akan menerima deposit tersebut daripada penghuni-penghuni premis.
Caj bayaran yang dikenakan untuk permohonan bekalan air baru mengikut akta, ini adalah merangkumi deposit berjumlah RM70, caj sambungan berjumlah RM40, duit stem RM10 yang perlu dibayar kepada LAP. Tak banyak mana pihak premis kena tahu bahawa mereka kena bayar pada LAP sebelum bekalan itu disalurkan ke rumah-rumah mereka. Pemilik premis atau rumah perlu melantik tukang paip berdaftar dengan SPAN yang bagi tujuan permohonan bekalan air baharu kepada LAP. Maknanya syarikat yang nak menyalurkan paip…paip tu kena daftar oleh SPAN. Baru depa boleh buat kerja dengan sempurna. Tukang paip akan mengenakan caj bagi proses permohonan dan upah kerja yang berkaitan dan kos adalah bergantung kepada keadaan premis ataupun rumah di tapak-tapak mereka. Kalau jauh paip tu panjang paip tu lebih caj ini kepada syarikat yang akan mengenakan atau kerja-kerja paip tersebut. Sistem perpaipan di Kampung Kelian Chini telah dipasang semua daripada depan ke setiap rumah pada tahun 2024 di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah diserahkan kepada pihak Lembaga Air Perak.
Walau bagaimanapun, penduduk setempat memaklumkan bahawa kos untuk pemasangan meter air adalah terlalu tinggi yang dikenakan oleh pihak LAP. Jadi inilah kos yang dikenakan kepada semua pengguna pengguna domestik di Perak ini. Kena bayar kos yang sama. Sebabnya meter air tak dapat percuma yop. Kita kena beli jugak meter air yang baru tu bukannya murah, ya. Sehubungan dengan itu, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama mencadangkan langkah ataupun pendekatan yang boleh diambil seperti berikut yang pertamanya, pihak mohon boleh membuat permohonan untuk mendapatkan subsidi daripada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Pertimbangan permohonan boleh diutamakan kepada pemohon yang berstatus B40 ataupun miskin tegar. Mana ada kemudahan maka boleh buat permohonan untuk dapat percuma ataupun dapat diskaun. Pihak Adun atau Ahli Parlimen tempatan juga boleh mengambil inisiatif untuk membantu mengemukakan permohonan bantuan yang membawa isu tersebut ke pihak atasan di peringkat LAP. Komuniti setempat boleh bekerjasama dengan mengadakan pemasangan meter air…
YB Exco, YB Exco
Berkumpulan mereka boleh buat kumpulan untuk buat pemasangan meter air berkumpulan. Terima kasih.
Terima kasih dengan penjelasan yang detail daripada Yang Berhormat Exco. Cuma daripada penduduk kampung menjadi persoalan dan anak saya pun dah ada bersembang dengan Pengarah LAP Negeri Perak. Memang bayaran ataupun yg dikenakan pada penduduk yang sepertimana yang YB Exco maklum tadi. Cuma kita berhadapan dengan kontraktor bila berhadapan dengan kontraktor, memang satu rumah kena bayar RM1,400 untuk pemasangan dekat ke jauh ke RM1,400 dan ada penambahan sumbangan kepada LAP maksimum sampai RM700. Itu yang jadi pertikaian daripada penduduk sehinggakan satu rumah kosnya melangkaui RM2,300 seperti mana surat yang saya sampaikan kepada Yang Amat Berhormat…Yang Berhormat Exco. Mungkin itu yang jadi pertikaian penduduk di sana. Majoriti adalah B40 dan saya mohon kemudahan ataupun belas ihsan daripada pejabat Yang Berhormat, Yang Berhormat sendiri pun kalau ada mekanisme yang boleh untuk B40 ini ada sumbangan ataupun derma ataupun apa apa lah yang boleh salur terus bagaimana asnaf ataupun B40 untuk mereka tanpa bayaran. Terima kasih.
Kalau nak buat pemasangan tanpa bayaran tu payahla YB.
YB Exco? Timbalan Speaker sini? Saya nak ingatkan hanya 2 minit sahaja.
Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua, jadi untuk itu kita akan pastikan B40 ni kena bayar caj yang telah ditetapkan. Cuma dia ada insentif yang telahpun dibuat oleh SPAN melalui permohonan online tu kita boleh kirakan supaya B40 dapat keistimewaan sikit. Tapi yang dapat percuma tu payah lah yeop.
Yang sumbangan tu apa komen YB?
Ya?
Sumbangan untuk LAP tu sampai RM700 maksima satu biji rumah.
Yang itu kita kena semak balik dengan LAP di Larut Matang, Selama samada dia boleh diapply kan di situ. Tapi saya pun kena semak juga sama sumbangan LAP tu dapat diteruskan. Wallahualam, terima kasih.
Maksud sumbangan tu tuan rumah yang kena bayar pada LAP RM700 sebagai sumbangan
Yang RM70 tu dia kena bayar.
RM700 maksimum RM700
Yang dicaj oleh kontraktor tu, itu di antara dia dengan kontraktor. Terpulang kepada jauh rumah dia dengan meter tu. Tapi yang dengan sumbangan inisiatif daripada LAP tu, saya akan sahkan sebab kita dapat rasminya bahwa banyak dapat disumbangkan apakah syarat-syaratnya ya Insya Allah terima kasih.
YB Exco Manjoi sikit YB Exco.
Saya tak ada masa dah ni YB Manjoi
Isu besar nampak tak jawab lagi
YB Manjoi sila duduk.
YB Exco bagi kebenaran, Timbalan Speaker minta izin. Isu yang saya rasa mungkin YB Exco
Manjoi…Manjoi…Manjoi. YB Manjoi, sila jelaskan ya.
Mungkin mungkin mungkin ada. Ya…Ya, mungkin ada jawapan mungkin tak sempat. Isu besar saya rasa isu kepentingan dan kebajikan keselamatan rakyat di Perak ni wajib dijaga. Jika di Putra Heights kes isu paip gas pecah. Di Perak isu insiden tanah runtuh di Tapah. Pemaju didakwa ceroboh Tanah Rizab LAP. Di sini, isu paip air mentah pecah. Persoalan saya bila LAP sahkan insiden tanah runtuh di Tapah ni dan pemaju didakwa ceroboh tanah rizab LAP ni menyebabkan 50 ribu akaun pengguna orang kita ni terkesan. Penduduk daerah, daerah di Daerah Batang Padang dan juga Hilir Perak. Soalan saya Yang Berhormat Exco, aApakah tindakan Kerajaan Negeri kepada pemaju ataupun kontraktor yang telah menyebabkan masalah ini dan hingga hari ini? Semakan saya dan semakan kami di sebelah sini pemaju ini lesen KPKT tu masih aktif dan dia masih ada projek-projek di negeri kita sedangkan dia bersalah isu ni. Kita nak tahu apa tindakan kepada pemaju yang telah menyebabkan masalah besar kepada rakyat di negeri kita? Terima kasih kepada YB Exco. Yang menceroboh tanah LAP kita membela LAP…
Manjoi, Manjoi sini sesi penggulungan bukan sesi lisan.
Iaitu kita mintak bahawa LAP akan bekerjasama dengan Majlis Bandaran Tapah untuk cari siapakah tanggungjawab untuk merosakkan paip LAP yang terduduk dalam tanah LAP. Terima kasih YB. Biar saya teruskan.
Bukan YB Exco. Isu ni dah berlarutan daripada bulan dua, bulan dua lagi iaitu LAP dah keluar statement bahawa hasil daripada pencerobohan pemaju terhadap rizab LAP. Jadi apa tindakan kepada pemaju tersebut. Kita check sekarang ni pemaju masih lagi berleluasa melaksanakan projek-projek di sekitar Tapah. Jadi macam takda apa-apa. Jadi takkan kot nak tunggu disebabkan berlaku kehilangan nyawa dan sebagainya barulah nak ambil tindakan dan sebagainya.
YB Exco tinggal seminit saja.
Ya, terima kasih banyak Timbalan Yang di-Pertua, bahawa sebenarnya ia melibatkan banyak lagi maklumat-maklumat berkenaan pemaju-pemaju terdahulu. Sebenarnya tiada pemaju terdahulu telah menambak di atas rezab LAP tersebut dan itu akan dikaji oleh Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Tapah bersama dengan LAP. Terima kasih. Kita akan keluarkan laporan rasmi berkenaan dengan apa sebab kejadian tu. Tapi saya juga terima kasih kepada LAP telah dapat menyelesaikan masalah tu dan berikan balik bekalan air di Loji Rawatan Air Bukit Temoh. Terima kasih.
Berkenaan dengan menggunakan jangka penyumbaian kepada peningkatan trafik penumpang Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah iaitu pihak Exco dalam perindustrian akan pastikan bahawa lapangan terbang itu dapat dioptimumkan supaya banyak penerbangan dari luar akan sampai ke situ. Insya Allah mereka akan melaksanakan kerja-kerja itu. Selanjutnya, saya ingin menyatakan bahawa ada disediakan insentif kepada syarikat penerbangan tempatan menjalankan operasi ke destinasi antarabangsa baru ke ataupun dari mana-mana lapangan terbang antarabangsa di bawah pengurusan MAHB iaitu akan dilaksanakan oleh MAHB bersama dengan YB Exco Pelancongan dan juga Industri.
Jadi akhirnya Timbalan Yang di-Pertua, beri saya seminit lagi berkaitan dengan pengangkutan awam di Kampar pula adalah dimaklumkan bahawa melalui program perkhidmatan bas berhenti-henti yang dibiayai oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia di bawah seliaan Agensi Pengangkutan Awam Darat ataupun APAD, Bas.my juga telah menyediakan laluan Medan Kidd, Gopeng, Kampar yang beroperasi setiap hari sebanyak 24 perjalanan iaitu sedang dijalankan Insya Allah. APAD juga telah mewujudkan satu insentif baru, inisiatif baru Program Interim Stage Bus Support Fund dengan objektif peningkatan kualiti perkhidmatan bas dan juga menggalakkan rakyat untuk menggunakan bas sebagai mod pengangkutan yang berkesan. Insentif ini dapat memberikan lonjakan kepada penggunaan Bas.my itu. Bagi laluan di sekitar Kampar terhadap terdapat dua pengendali bas yang beroperasi di bawah insentif ini. Berikut adalah pengendali bas laluan yang. Bagi saya seminit dua minit lagi YB ya. Pertamanya, syarikat bas Prismas Rismas Holidays Sendirian Berhad menjalankan perkhidmatan ke Kampar ke Tanjung Tualang dan sebaliknya. Kemudian kita ada Combined Bus Service yang menyediakan perkhidmatan. daripada Kampar ke Chenderiang, Tapah, Bas Medan Kid, Terminal Kampar dan sebagainya terutamanya terminal Kampar SKMK Malim Nawar…
Sungai Rapat.
Terminal Kampar, SK Sahom dan juga sebaliknya. Jadi itu sebenarnya Timbalan Yang di-Pertua.
Masa nak abis dah.
Habis dah pun.
Berkaitan dengan LAP yang menaikkan caj kepada Ma'ahad Tahfiz.
Ya yang tu LAP pasal kenakan kadar yang telah ditetapkan oleh SPAN sebenarnya saya tak sempat nak jawab.
Cuma yang isu tu, isu tu Ma'ahad Tahfiz puluh tahun menikmati kos yang rendah ataupun apa tarif air yang rendah berpuluh tahun. Tiba-tiba kenapa kerajaan pada hari ni menaikkan tarif tersebut. lebih kurang dekat dengan 300%, mereka terbeban. Minta Yang Berhormat Sungai Rapat turun melawat tahfiz-tahfiz swasta ni bagi mereka sangat terbeban. Ada dari kalangan mereka dah mula tukar boring tu pun ada sebahagiannya tak mampu kerana kos yang begitu tinggi. Kita harap pertimbangan daripada Kerajaan Negeri agar dapat mempertimbangkan semula bincang dengan Ma'ahad Tahfiz supaya tidak menaikkan dengan begitu mendadak berkaitan tarif air.
Terima kasih YB Selama kerana kebanyakan sekolah-sekolah agama swasta ini belum lagi berdaftar. Kerajaan Negeri ada 100 lebih sekolah tu sebenarnya mereka membayar bil yang awal tu agak murah pada LAP. Tapi dikenakan LAP agak tinggi kerana itu mengikut peraturan SPAN sendiri kerana mereka berdaftar sebagai sekolah agama swasta.
Ada ada 90 lebih yg mendaftar yg saya sebut 100 lebih tu yang sebahagiannya tak mendaftar. Maksud saya yg mendaftar pun menikmati selama ini kos ataupun tarif air yang rendah. Tapi sekarang ni kerajaan pada hari ni menaikkan tarif yang hampir 300% sangat membebankan. Jadi saya rayu lah kepada pihak Dato’ Seri dapat mempertimbangkan supaya dapat memberi sokongan kepada tahfiz ni agar terus. Saya dah sebut tapi banyak banyak jasa kepada Negeri Perak.
Terima kasih banyak YB Selama. Saya akan kita akan buat minta LAP buat kajian sedikit supaya sekolah-sekolah swasta agama ni dapat juga dipertimbangkan dengan kadar yang agak murah sedikit. Terima kasih banyak. Akhir sekali suka sekali isu saya ingin memohon maaf kepada…
Sungai Rapat…Sungai Rapat.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana saya tak sempat menjawab soalan mereka. Saya merakamkan jutaan terima kasih dan menghargai atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yg cakna akan permasalahan salah satu yang dihadapi oleh rakyat masing-masing. Saya akan berusaha yang terbaik bagi membina minimumkan kesulitan dan melibatkan infrastruktur di Negeri Perak.
Sebelah sana semakin pening, Sebab itu tukar bangku, Wahai rakyat di Ayer Kuning, Undilah calon nombor satu ya itu untuk Ayer Kuning.
Yang keduanya,
Ikan senangin si ikan temerloh, Ikan pari dan ikan haruan, Pengundi-pengundi Ayer Kuning sememangnya cerodik, Demi dema akan menghantar doktor Yusri ke Dewan Undangan ini.
Insya Allah. Ya. YB, Taufik Wal Hidayah. Sungai Rapat menyokong. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh. Sekian, terima kasih.
Waalaikumusalam warahmatullahiwabarokatuh terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Sungai Rapat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Exco dari kawasan Lintang untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan. 45 minit.
Bismilahirrohamannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan ayat Al-Quran) firman Allah swt dalam Surah Al-Haj ayat 18 dan 19 yang bermaksud wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok akhirat dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa kepada Allah lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. Naudzubillah.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, rakan-rakan Ahli-ahli rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati dirahmati sekalian. Sebentar tadi, saya telah memulakan sesi penggulungan ini dengan membaca sepotong ayat Al-Quran sebagai peringatan kepada diri saya dan semua yang hadir agar sentiasa bermuhasabah terhadap setiap tindakan dan keputusan yang diambil. Bukan sekadar bekalan menuju akhirat, tetapi demi menjamin kesejahteraan negeri, rakyat dan generasi yang akan datang.
Kita meneladani uswah hasanah Rasulullah SAW yang mentadbir Madinah negara Islam yang pertama dengan penuh kebijaksanaan bil hikmah. Baginda berjaya mengimbangi urusan dunia dan akhirat. Menjunjung prinsip maslahah ammah, kepentingan umum menjaga hak rakyat, melindungi alam sekitar, dan mengurus hasil bumi secara amanah serta bertanggungjawab. Peringatan ini wajar dijadikan pedoman kepada kita semua. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita khususnya dalam menangani cabaran yang berkaitan langsung dalam portfolio saya. Insya Allah.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, izinkan saya menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas titah diraja sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Persidangan Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan tahun 2025 yang begitu bernas, menyeluruh dan penuh hikmah. Menjunjung titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kebimbangan dan penzahiran baginda terhadap benih-benih kebencian, ketegangan agama dan polemik kaum wajar menjadi peringatan buat kita semua.
Sejarah Islam telah membuktikan bahawa perpecahan dalaman seringkali menjadi punca kejatuhan tamadun agung. Kita tidak boleh melupakan kisah kejatuhan Bani Umayyah yang akhirnya runtuh akibat perebutan kuasa, perbezaan pandangan, tohmahan, fitnah dan permusuhan dalam kalangan umat itu sendiri. Tragedi fitnah kubra, peperangan jamal dan siffin selepas kewafatan Rasulullah SAW menjadi bukti bagaimana perbezaan yang tidak diurus dengan hikmah boleh mencetuskan perpecahan bahkan mengalirkan darah sesama umat Islam. Demikian juga dengan keruntuhan Bani Abbasiyah pada tahun 1258 Masihi, perpecahan telah melemahkan pusat perkhidmatan Baghdad lalu membuka laluan kepada serangan Monggol yang meragut jutaan nyawa serta menghancurkan kegemilangan tamadun Islam. Justeru itu, kita wajar mengambil ibrah daripada sejarah ketika masyarakat Arab hidup dalam perpecahan dan permusuhan, Rasulullah SAW membawa penyatuan melalui Piagam Madinah, sebuah dokumen kepemimpinan dan kenegaraan yang menyatukan Muhajirin, Ansar, Yahudi dan Musyrikin. Madinah, piagam ini menundukkan rasa benci, ego dan perdebatan budaya demi keamanan bersama. Maka ingatlah perpaduan bukan satu pilihan tetapi satu kewajipan.
Baru-baru ini, pelancaran dan pelaksanaan halatuju ekonomi biru mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri secara mampan, memperkukuh ekonomi dan pelaburan sambil memastikan kelestarian alam sekitar, pengurusan sumber marin dan ekosistem laut. Namun, kita turut berdepan cabaran seperti penurunan pengeluaran padi daripada 281,955 metrik tan kepada 260,828 metrik tan. Perkara ini amat membimbangkan dan akan diberi perhatian yang serius. Langkah-langkah intervensi sedang dirangka agar isu ini dapat ditangani segera dan berkesan. Patik dan seluruh anggota pentadbiran Kerajaan Negeri menjunjung kasih atas titah Tuanku, Patik insaf berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri, meningkatkan mutu perkhidmatan dan bekerja lebih gigih demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat di bawah naungan kerajaan Tuanku. Menjunjung kasih Tuanku. Ampun Tuanku.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 22 Februari yang lalu, kita kehilangan seorang sahabat dan rakan seperjuangan yang amat kita hormati. Yang Berhormat Allahyarham Ishsam Shahruddin, Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning. Marilah kita membaca Ummul Kitab. Semoga mudah-mudahan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan solehin dan bagi yang bukan Islam boleh bertafakur Al-Fatihah. (Bacaan Ummul Kitab) Pihak kerajaan juga ingin merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas kematangan tanggungjawab dan komitmen sepanjang sesi perbahasan khususnya dalam membangkitkan isu-isu rakyat di kawasan masing-masing. Seramai 15 ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dengan membangkitkan 23 isu yang berkaitan secara langsung di bawah portfolio saya. Kesemua pandangan dan cadangan dan serta teguran telah diambil maklum dan akan diteliti oleh saya serta agensi-agensi yang terlibat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sesi penggulungan saya pada hari ini akan dibahagikan mengikut beberapa kluster isu utama dan isu-isu berkaitan portfolio saya yang lain. Berkaitan dengan isu keterjaminan makanan, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sungai Manik dan Simpang Pulai telah menyentuh berkenaan halatuju dan perancangan Kerajaan Negeri dalam memperluaskan program keterjaminan makanan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai komoditi sedia ada dan komuniti baru di seluruh negeri Perak.
Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan seruan Yang Berhormat Menteri Besar Perak, tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam selebihnya kita jual atau kita boleh bersedekah. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian kekal komited dan proaktif dalam memperkasakan keterlibatan komuniti melalui pelaksanaan projek pertanian bandar sebagai strategi penting, memperkukuhkan sekuriti makanan dan kelestarian bandar. Bagi memastikan agenda ini terus berkembang rancangan telah rancangan teliti telah disusun bagi melibatkan lebih banyak komuniti sedia ada serta menarik komuniti baharu di seluruh negeri. Sebanyak RM0.8 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 melibatkan 793 peserta di 74 lokasi seluruh negeri Perak. Dalam masa yang sama, Perak SADC turut memainkan peranan aktif melalui program seperti Junior Food Security Innovation Challenge memupuk minat pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap bidang pertanian dan kesedaran isu sekuriti makanan. Program ini akan diperluaskan ke 12 daerah di seluruh negeri Perak pada tahun 2025. Selain itu, Program Urban Farming anjuran Perak SADC sejak 2020 telah memberikan manfaat kepada lebih 84,500 orang di seluruh negeri melibatkan komuniti perumahan, masjid, perpustakaan sekolah dan tanah terbiar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.13 juta. Program ini diteruskan dengan RM0.3 juta diperuntukkan untuk sokongan komuniti aktif serta 20 komuniti baru.
Sebagai Exco yang bertanggungjawab Dato’ Yang di-Pertua, saya telah merangka pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan program Jelajah Agro Negeri Perak yang bertujuan memperkasakan sektor pertanian di samping mendekatkan masyarakat dengan aktiviti penanaman, penternakan dan juga perikanan. Turut pelaksanaan Program Jelajah Pertanian Bandar Negeri Perak yang melibatkan 12 daerah di negeri Perak. Pelbagai kumpulan sasaran telah dikenalpasti yang terlibat dalam program ini. Antaranya golongan rentan atau golongan kedua seperti prospek dan penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) kelompok pelajar universiti dan sekolah. Kelompok pelajar universiti dan sekolah pula akan diberikan pendedahan praktikal dan turut berperanan dalam memberikan sokongan kepada komuniti setempat. Golongan warga tua di rumah kebajikan orang tua juga turut terlibat melalui aktiviti harian yang memberi manfaat kepada kesihatan fizikal mereka di samping menjadi sumber makanan dan pendapatan kepada komuniti.
Inisiatif Jelajah Sejahtera Desaku dan Jualan Rahmah pula kini memasuki siri kedua pada tahun 2025 melibatkan 15 kawasan Dewan Negeri sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan dalam social ekonomi kawasan luar bandar. Program Jualan Rahmah pula memastikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah memperolehi makanan pada harga yang lebih berpatutan sambil menyokong petani dan usahawan tempatan dalam memperluaskan pasaran produk mereka.
YB Dato’ Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Simpang Pulai turut mencadangkan lagi agar Kerajaan Negeri memperkukuhkan dasar perlindungan tanah pertanian bagi menjamin pengeluaran makanan. Merancang guna tanah secara seimbang serta mempergiatkan pertanian pintar dan bimbing institusi untuk menarik golongan muda. Untuk maklumat Yang Berhormat, dasar dan langkah perlindungan zon pertanian yang dilaksanakan membuktikan komitmen kerajaan, komitmen Kerajaan Negeri untuk merancang guna tanah secara seimbang dan memastikan sektor pertanian tidak terancam oleh pembangunan tidak terkawal. Sebagai contoh, pada tahun 2021, kerajaan telah meluluskan cadangan Jabatan Pertanian untuk mengezon dan cadangan Jabatan Pertanian untuk mengezon dan mewartakan kawasan penanaman padi melalui Rancangan Tempatan (RT) di mana pembangunan serta pertukaran tanaman padi kepada tanaman lain adalah tidak dibenarkan. Langkah ini menjamin kelestarian tanah sawah dan keselamatan makanan negara.
Selaras dengan agenda pelan Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri turut memperkukuhkan peranan enam Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Perak meliputi kawasan 813 hektar termasuk, TKPM Titi Gantung, TKPM Sungkai, TKPM Lekir, Seri Manjung, TKPM Ulu Slim, TKPM Sungai Siput, TKPM Ulu Tiram dan TKPM Gua Tempurung yang menjadi antara aset strategik negeri dalam menjamin pengeluaran makanan negara. Kerajaan juga giat memajukan sektor pertanian pintar dengan memperkenalkan teknologi moden selari dengan Revolusi Industri 4.0 pada tahun 2025. Jabatan Pertanian melaksanakan Program Industri Sayur-Sayuran dan Briged Muda Petani Moden dengan peruntukan sebanyak RM0.61 juta di samping Program Pertanian Komuniti dan pembangunan sayur-sayuran dibawah Kerajaan Persekutuan sebanyak RM0.96 juta. Ini bertujuan menarik penyertaan golongan muda di bawah 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya masa hadapan.
YB Dato’ Yang di-Pertua, YB Malim Nawar pula mencadangkan agar status tanah pertanian di kawasannya dikekalkan sebagai menyokong hasrat menjadikan Perak sebagai lembah bakul makanan negara dan menjamin sumber rezeki penduduk setempat. Untuk makluman, Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan keterjaminan makanan terus menjadi keutamaan khususnya di kawasan berpotensi seperti daerah Kampar. Kerajaan negeri telah meneruskan Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) di Bukit Pekan, Mukim Kampar melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 1832 pada 21 Oktober 2015. Kawasan seluas 305.81 hektar ataupun bersamaan dengan 866.838 ekar telah diperuntukkan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara dengan lot individu berkeluasan 3 ekar setiap peserta. Pewujudan rezab dan RPB ini diyakini dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran makanan di peringkat daerah dan juga negeri. Di samping memperkukuhkan daya saing pengusaha pertanian tempatan kursus yang ditawarkan di kawasan Dun Malim Nawar.
YB Dato’ Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kubu Gajah turut menyentuh perancangan Kerajaan Negeri dan peranan Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Negeri Perak dalam menangani isu keterjaminan makanan serta ada adakah kawasan ini melibatkan blok pembangkang. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui jabatan pertanian komited memperkukuh sekuriti makanan negeri dengan merangka pelbagai strategi berkesan bagi menghadapi cabaran perubahan iklim dan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan. Pendekatan ini berpandukan kadar sara diri negeri Perak bagi tanaman yang telah melepasi paras SSR. Fokus diberikan kepada penambahbaikan kualiti hasil supaya berdaya saing di peringkat eksport. Manakala tanaman yang masih belum mencapai kadar SSR, usaha dipertingkatkan melalui amalan penanaman moden menggunakan teknologi terkini termasuk penarafan Internet of Things (IOT) selaras dengan Revolusi Industri 4.0. Ini bertujuan meningkatkan kecekapan, produktiviti dan daya tahan pengeluaran makanan negeri.
YB Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manong memohon penjelasan mengenai status pelaksanaan penubuhan Makmal Industri Pertanian USAS UAIL yang diumumkan sejak tahun 2021 termasuk tempoh masa yang diperlukan, peruntukan bagi tempoh lima tahun akan datang serta cadangan agar pelaksanaan dan perancangan UAlL termasuk penyediaan dana awalan bagi projek berskala kecil di selaraskan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030. Untuk makluman Yang Berhormat, Makmal Universiti Pertanian USAS UAlL di Manong dirancang sebagai pusat inkubasi pertanian bagi menyokong agenda seperti makanan di negeri Perak. Projek ini melibatkan penyelidikan, inovasi, teknologi pertanian serta pembangunan usahawan tani dalam sektor agro industri. Pada masa kini, Projek UAlL sedang melalui beberapa fasa penting sebelum pelaksanaan penuh dapat direalisasikan iaitu fasa permohonan kebenaran merancang (AM), fasa permohonan pertukaran status zoning tanah dan dalam peringkat konsultasi dan penyediaan belanjawan. Penubuhan makmal industri pertanian USAS ini menyentuh tiga komponen utama. Yang pertama industri pertanian, yang kedua Pendidikan, yang ketiga pelancongan.
Dato’ Yang di-Pertua, Perak SADC sebagai peneraju sekuriti makanan Negeri Perak sentiasa mendokong inisiatif sekuriti makanan oleh pihak berkepentingan di negeri Perak termasuklah inisiatif Makmal Industri Pertanian USAS UAIL oleh USAS. Dalam hal ini, Perak SADC telah menyumbang dana sebanyak RM500 ribu pada tahun 2023 sebagai dana permulaan dan galakkan kepada inisiatif USAS ini. Selanjutnya bagi menyokong kajian dan program yang akan dilaksanakan, Institut Darul Ridzuan berperanan dalam menyediakan sokongan strategik dalam penyelidikan dasar dan model perniagaan yang mampan untuk UAIL.
Berkaitan dengan isu perladangan dan gangguan lalat, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Behrang mencadangkan agar sistem padang ragut di negeri Perak dirombak supaya lebih inklusif dan berdaya saing bagi mengoptimumkan 77 kawasan sedia ada serta menangani isu haiwan ternakan berkeliaran di kawasan bandar dan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, padang ragut atau rizab haiwan adalah kawasan yang telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Kanun Tanah Negara. Berdasarkan rekod terkini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, terdapat 83 kawasan padang ragut keseluruhannya dengan 77 kawasan telah diwartakan dan 6 kawasan belum diwartakan. Jumlah keluasan keseluruhan adalah sebanyak 11,852 ekar. Setakat ini, padang ragut beroperasi secara berkelompok di kalangan kumpulan penternak setempat.
Terdapat juga beberapa kawasan padang ragut yang telah dikomersialkan dalam bentuk pajakan oleh syarikat GLC & individu. Semua penternak tenusu & fidlot. Bagi mengoptimumkan penggunaan padang ragut dan menjadikannya lebih inklusif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Pejabat Tanah dan Galian telah bersetuju dengan langkah-langkah yang terkandung dalam Surat Pekeliling PTG Bilangan 6/2023. Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, Yang Berhormat Astaka pula memohon penjelasan mengenai langkah jangka panjang kerajaan dan Jabatan Veterinar dalam menangani isu lalat yang berlarutan.
Dato' saya celah sikit sebelum Dato' pergi jauh. Boleh? Bila Dato' sebut tentang bilangan padang ragut tu, saya mintak supaya pihak Dato' check dulu dengan apa kita punya internet ni. Semalam, Sungkai dah kena dah 30 ladang kata Manjoi. EXCO kata 20 ladang babi jadi padang ragut tu minta pihak Dato'lah kalau ada pegawai belakang check make sure sama jangan kelam kabut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat? Tronoh
Yang Berhormat sempat juga saya minum.
Yang Berhormat Exco, Tronoh boleh?
Ya.
Tronoh…Tronoh, belakang sini
Tronoh?
Sini…sini.
Ok
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato'. Cuma saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato' berkenaan dengan padang ragut yang berada di Kampung Piandang, Siputeh di mana sebenarnya di kawasan sana terdapat aduan-aduan atau pun daripada rakyat di kawasan sana mengatakan bahawa padang ragut di kawasan tersebut kurang digunapakai. Jadi, saya ingin memohon jasa baik daripada Yang Berhormat Dato' bersama dengan Veterinar untuk semak semula apakah status atau pun kegunaan padang ragut di sana? Dan juga saya juga mendapat tahu bahawa di padang ragut dekat sana turut terdapat penghuni- penghuni. Ok. yang sudah duduk sana agak lama ok dan sehingga hari ini mereka masih tidak mendapat apa-apa macam TOL ataupun geran daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih YB Tronoh di atas pemakluman dan juga pandangan daripada Yang Berhormat. Insya Allah pihak saya dan Jabatan Pertanian akan mengadakan lawatan dan penyiasatan berkaitan dengan padang ragut tersebut. Bagi mengoptimum penggunaan padang ragut dan menjadikannya lebih inklusif. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Pejabat Tanah dan Galian telah bersetuju dengan langkah- langkah yang terkandung dalam Surat Pekeliling PTG Bilangan 6/2023. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Astaka pula memohon penjelasan mengenai langkah jangka panjang kerajaan dan Jabatan Veterinar dalam menangani isu lalat yang berlarutan termasuk semakan zon ternakan, penguatkuasaan kesihatan dan tindakan terhadap pengusaha reban yang ingkar. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi teknikal telah melaksana pendekatan menyeluruh dan bersepadu bagi menangani isu gangguan lalat yang berpunca daripada aktiviti penternakan ayam khusus di kawasan yang berdekatan dengan penempatan penduduk. Dari segi perundangan dan perancangan fizikal, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak telah menetapkan zon penampan minimum sejauh 200 meter antara ladang ternakan ayam dan kawasan kediaman.
Ketetapan ini dikuatkuasakan melalui Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 serta Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas Lesen 2010. Penetapan jarak ini turut diselaraskan dalam garis panduan Perancangan Ladang Ternakan ayam yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 12 Februari 2025 dan dilaksanakan oleh PLANMalaysia@Perak. Bagi kawasan berisiko tinggi seperti kluster ladang di daerah Manjung, pelaporan aktiviti ladang seperti tarikh kemasukan dan pengeluaran ayam telah diwajibkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Ini membolehkan pemantauan berfokus dilaksanakan dan langkah kawalan lalat digerakkan secara lebih efektif. Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa task force menangani isu lalat yang dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak dan kawasan ini berperanan menyelaras tindakan antara agensi merangka pelan penguatkuasaan menambah baik SOP kawalan serta merancang intervensi jangka panjang yang lestari dan berimpak tinggi.
Bagi isu sawah padi dan beras, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Manik dan Yang Berhormat Manong menyentuh tindakan Kerajaan Negeri bagi menangani penurunan hasil padi serangan perosak, masalah tanah jerlus yang menyukarkan kerja-kerja menuai dan isu sawah padi yang semakin berkurangan akibat ditanam dengan tanaman yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, pertama berkenaan ancaman serangga dan haiwan perosak. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa ia merupakan cabaran yang berterusan yang boleh menjejaskan kualiti dan hasil tuaian padi. Sebagai langkah tangkas dan proaktif Jabatan Pertanian bersama IADA Kerian turut memperkukuhkan sistem pemantauan, memberi khidmat nasihat serta melaksanakan kawalan perosak secara bersepadu. Kajian terkini seperti penggunaan burung Pungguk Jelapang sebagai agen kawalan tikus akan dilaksanakan bersama UPM di Bagan Serai. Manakala penyelidikan berkaitan penyakit bakteria hawar bulir sedang giat dijalankan oleh pelbagai institusi dalam dan luar negara.
Di seluruh negeri lebih 510 titik bancian meliputi kawasan seluas 12,750 hektar sentiasa dipantau bagi memastikan petani menerima amaran awal dan dapat mengambil tindakan kawalan sewajarnya. Kedua, isu tanah jerlus khususnya di kawasan Kerian Laut sememangnya telah menjejaskan operasi mesin padi serta menurunkan kualiti hasil. Sebagai respon kepada cabaran ini, kerajaan melalui IADA
Kerian telah melaksanakan program pengurusan tanah jerlus dengan peruntukan sebanyak RM12 juta di bawah RK5 RMK ke 12.
Antara inisiatif dilaksanakan termasuk pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur petak sawah, penyediaan jentera khas seperti mini harvester dan roller chain traktor. Kajian keupayaan galas tanah bersama MARDI untuk mengenal pasti kawasan berisiko dan mencadangkan mekanisasi yang bersesuaian. Ketiga, berkaitan cadangan Yang Berhormat berhubung isu pengecilan keluasan sawah akibat penanaman tanaman lain. Kerajaan Negeri amat serius dalam memastikan kelestarian kawasan jelapang padi melalui Pejabat Tanah dan Daerah Hilir Perak. Permohonan lesen menduduki sementara yang tidak mematuhi syarat guna tanah sebagai sawah telah ditolak dan surat peringatan telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik yang dikenal pasti melanggar syarat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Baharu menyentuh mengenai keperluan mempercepatkan proses kelulusan lesen Penghasilan Beras di FELCRA Seberang Perak bagi mengelakkan isu kekurangan beras daripada terus berlarutan. Untuk makluman Yang Berhormat, merujuk kepada isu yang dibangkitkan mengenai penghasilan beras di FELCRA Seberang Perak, pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Perak telah menjalankan semakan melalui sistem Lesen Permit Padi dan Beras untuk meneliti status permohonan lesen penghasilan beras. Lesen penghasilan beras hanya boleh diproses setelah pihak pemohon memiliki lesen kilang padi komersial yang sah.
Ini merupakan keperluan utama yang ditetapkan di bawah tatacara pengurusan lesen padi dan beras yang digunapakai di peringkat Nasional. Namun begitu, berdasarkan semakan terkini, tiada sebarang permohonan lesen kilang padi komersial telah diterima daripada pihak Felcra Seberang Perak sehingga kini. Ketiadaan permohonan ini menjadikan kekangan utama kepada sebarang proses permohonan lesen untuk penghasilan beras daripada yang tertentu. Pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Perak sentiasa terbuka dan bersedia untuk memberikan bimbingan serta terperinci kepada FELCRA atau mana-mana pemohon yang ingin mengusahakan pengeluaran beras secara sah dan teratur.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Selinsing mencadangkan pelbagai inisiatif bagi atasi kemerosotan hasil padi termasuk program tanah terbiar, subsidi petani, pusat pengedar beras dan insuran. Untuk makluman Yang Berhormat, tanah terbiar di definasikan sebagai tanah milik darat ataupun sawah berkeluasan minimum 0.4 hektar ke atas tanah, ke atas yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Untuk pembangunan tanah terbiar ini, pihak kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk tanah-tanah milik ini dibangunkan bagi sebarang aktiviti termasuklah aktiviti pertanian. Namun begitu, pihak jabatan sentiasa mengalu-alukan tanah-tanah terbiar Ini dimajukan oleh pemilik-pemilik tanah ataupun disewakan kepada pengusaha-pengusaha yang ingin menjalankan aktiviti pertanian.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan satu program Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) melalui Agrobank. Sejumlah peruntukan telah disediakan bagi membolehkan pesawah menerima faedah pampasan akibat tanaman terkesan bencana termasuk banjir. Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) ini menyediakan bantuan kewangan kepada pesawah berdaftar dibawah Skim Baja Kerajaan Persekutuan (SBPKP) yang mengalami kerosakan atau kehilangan kekal kepada tanaman padi akibat bencana alam, perosak dan juga penyakit. Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian dan Aida sangat menyokong dan mengalu alukan penglibatan pelbagai pihak dalam membangunkan tanah terbiar ini. Berkaitan dengan isu perikanan dan nelayan, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kamunting mencadangkan agar Kerajaan Negeri…
Yang Berhormat Exco, Selinsing.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Cuma sedikit tambahan lah daripada yang disebutkan tadi. Antara faktor juga yang saya rasa kita semua bersetuju, penurunan pengeluaran hasil padi ini, antaranya ialah sistem kelemahan sistem pengairan dan saliran kita terutamanya di daerah Kerian lah. Sistem pengairan dan saliran kita ni dah kalau di daerah Kerian tu dah terlalu lama daripada 1971. Jadi, isu struktural ni kita kena selesaikan dengan segera lah dan saya amat mencadangkan supaya saliran-saliran ini dapat kita tukarlah dengan mengguna, bukan lagi menggunakan parit tanah tapi kita gunakan u-ship supaya isu air hilang tu semakin berkurangan. Begitu juga dengan isu kos penyelenggaraan dapat dikurangkan. Jadi, dia juga sebenarnya dapat mengurangkan isu tanah jerlus yang menyebabkan kita kurang hasil. Begitu juga saya ingin menyebut berkenaan dengan penanaman padi di luar kawasan jelapang. Saya dimaklumkan bajet yang mereka ada terlalu terhad sehingga menyebabkan saliran tidak dapat nak diselenggara. Jadi, saya mohonlah supaya dapat dilihat, mungkin dapat di minta kepada pihak JPS untuk diselenggarakan saliran bagi padi luar jelapang ini. Itu saja, terima kasih.
Satu, Yang Berhormat Exco. Baik, berkaitan juga dengan isu pengeluaran hasil padi. Satu perkara yang perlu juga diberi perhatian adalah mungkin telah ada pun dalam perancangan Kerajaan Negeri iaitu penggunaan berat jenis padi atau variety padi. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menggunakan variety-variety baru yang mungkin melalui kajian variety tersebut boleh menghasilkan hasil yang lebih. Contohnya, varieti yang dikeluarkan Agensi Nuklear Negeri Malaysia iaitu NMR 152. Dinyatakan variety itu boleh menghasilkan hasil padi yang lebih dan lebih tahan lasak. Sejauh manakah penggunaan variety baharu itu dalam konteks penanaman padi di negeri Perak ini, itu sahaja.
Terima kasih kepada beberapa pandangan dan juga cadangan yang berkaitan dengan perparitan dan sebagainya. Sebagaimana yang saya jelaskan tadi, melalui peruntukan RM12 juta termasuklah apa yang diberikan cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat tadi dan Insya Allah pihak agensi IADA dan juga jabatan pertanian dan agensi-agensi yang lain akan memberi perhatian yang sewajarnya di atas pandangan dan juga cadangan Yang Berhormat. Berkaitan dengan pembenihan padi tadi, kita jabatan pertanian sentiasa mengkaji dan meneliti jenis-jenis padi variasi yang baru sebelum kita kenalkan kepada petani-petani. Walaupun banyak pada masa sekarang ni pihak jabatan agensi melahirkan ataupun menghasilkan jenis-jenis padi yang baru, yang boleh mempertingkatkan hasil kepada petani tapi dalam pada ini, soal jabatan pertanian akan menjadi, meneliti dan menilai adakah jenis padi ini tidak mengandungi bakteria dan sebagainya yang akan menyusahkan dan merugikan para petani untuk masa yang akan datang. Jadi, pandangan daripada Manong tadi kita akan bagi perhatian. Terima kasih.
Dato' Yang di-pertua, izinkan saya meneruskan penggulungan ini. Masa banyak lagi tak? 10 minit? Berkaitan dengan isu perikanan dan nelayan, Yang Berhormat Kamunting mencadangkan agar kerajaan Negeri menjalankan kerja-kerja pemetaan lokasi pukat harimau yang terlibat, yang terbiar di laut khususnya di sekitar Pulau Sembilan bagi memudahkan usaha pembersihan oleh sukarelawan dan ataupun NGO, memandangkan ancaman besar pukat ini terhadap terumbu karang dan eko-sistem marin. Untuk makluman Yang Berhormat, penggunaan pukat terlarang termasuk pukat harimau dan pukat hantu merupakan antara ancaman utama terhadap kelestarian eko-sistem marin serta sumber perikanan negara. Aktiviti ini bukan sahaja merosakkan terumbu karang yang menjadi habitat dan pusat pembiakan hidupan laut, malah menyumbang kepada ketidak seimbangan rantaian eko-sistem serta mengancam sekuriti makanan hasil laut.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Perak melalui pangkalan perlindungan perikanan sentiasa melaksanakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala di seluruh perairan negeri bagi membanteras penggunaan peralatan menangkap ikan yang dilarang. Selain langkah penguatkuasaan, inisiatif pemulihan eko-sistem marin turut dirangka termasuk usaha membersihkan pukat hantu yang terbiar di dasar laut dan kawasan pantai. Program ini akan dilaksanakan secara kolaboratif bersama Perbadanan Taman Negeri Perak dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang punyai kepakaran dan komitmen dalam kerja-kerja konservasi marin. Dua siri program pembersihan dijangka dilaksanakan di sekitar Kepulauan Sembilan pada tahun 2025. Inisatif ini diharap dapat menyumbang kepada pemulihan habitat marin yang terjejas sekali gus menyokong pembangunan sektor perikanan secara mampan dan berdaya tahan di negeri Perak.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pantai Remis mencadangkan agar proses pembaharuan lesen bot nelayan dipermudahkan dan dipercepatkan termasuk lanjutan lesen sementara dan penambahan pegawai kelulusan bagi elak gangguan pendapatan nelayan. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perikanan Negeri Perak tidak berkompromi dalam memastikan pematuhan terhadap dasar pelesenan yang ditetapkan di bawah Akta Perikanan 1985. Pematuhan ini adalah amat penting bagi menjamin kelestarian sumber marin, memastikan keselamatan para nelayan semasa menjalankan aktiviti penangkapan ikan serta mempertahankan kedaulatan sektor perikanan negara secara keseluruhan. Pada masa ini, sistem e-Lesen sedia ada telah membolehkan pemilikan lesen untuk mengemukakan permohonan pembaharuan sehingga tiga bulan lebih awal daripada tarikh tamat tempoh lesen. Dalam masa yang sama, jabatan juga sedang dalam peringkat akhir pembangunan sistem e-Lesen 2.0 yang akan memperkenalkan ciri-ciri baharu dan lebih mesra pengguna termasuk pemberitahuan awal tarikh tamat lesen dan pengemaskinian automatik melalui maklumat teknikal vessel Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pangkalan Baru…
Mohon celah Yang Berhormat Exco, Pantai Remis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tadi yang kata untuk pembaharuan lesen ini, memang mereka menghadapi masalah kerana kelewatan dan selalunya hingga sampai nak tarikh luput baru bagitau dokumen mereka tidak mencukupi dan berkaitan tentang enjin. Isu enjin yang kuasa kuda itu melebihi daripada syarat yang telah ditetapkan tetapi pada tahun mungkin sudah lebih 20 tahun yang lalu, enjin ini adalah diluluskan untuk guna selama ini tak ada masalah. Kalau mereka tukar bot baru atau pun enjin sudah rosak, mereka tukar ke enjin baru perlulah mereka ikut dengan syarat-syarat yang ditetapkan tetapi sebelum itu mereka telah guna kuda kuasa yang melebihi dengan syarat itu, tetapi pada masa itu yang telah ditetapkan mereka boleh guna enjin yang kuasa kuda itu tidak di apa kata di bagi pihak Perikanan, mereka tidak tetap kerana tidak lebih faham jelas tentang kuasa kuda yang guna di bot itu.
Dia dua ada perbezaan selepas mereka tetapkan kuasa kuda itu, hadkan limit dia tetapi mereka tak guna walaupun mereka tak lebihi kuasa kuda itu. Jadi pada masa ini kita nak syaratkan dia orang perlu gunakan kuasa kuda yang ditetapkan sekarang. Mereka sudah melebihi, maka mereka tidak diluluskan yang untuk lesen. Jadi di sinilah dengan syarat-syarat yang kita nak kata macam mana kita nak ubah dan kaji semula. Boleh tak kita bagi kelonggaran untuk kumpulan ini semasa kita menunggu kajian ataupun ada keputusan baru untuk kita buat apa apa pindaan? Kerana satu keputusan bagi terus bagi mereka nelayan ok kerana kuasa kuda melebihi jadi tidak diluluskan. Tapi memandang mereka 20 tahun yang dulu mereka boleh guna. Jadi di situlah kita perlu ada satu keimbangan di antara dua-dua ni buka. kita salahkan Perikanan. Mereka pun juga ikut dengan syarat-syarat yang ditentukan tetapi bagaimana kita boleh handle, kita ambil tindakan yang lebih mesra kedua-dua pihak supaya isu ini tak kan kita ikut syarat tetapi hidupan nelayan terjejas. Terima kasih.
Terima kasih Pantai Remis di atas keprihatinan beliau kepada nelayan-nelayan yang menghadapi pelbagai kesukaran dan sebagainya. Untuk makluman, Yang Berhormat memang jadi dasar kerajaan samada kerajaan madani atau Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perikanan sentiasa melihat, sentiasa melihat dan mengkaji kesesuaian dan saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang secara langsung telah memberi perhatian yang telah disuarakan oleh Persatuan Nelayan Negeri Perak baru-baru ini dan perjumpaan itu, saya sendiri hadir dan kita telah pun mendengar, mengamati dan kita akan mengkaji dan melihat kesesuaian apa yang harus kita lakukan khususnya Kerajaan Madani yang ada pada masa sekarang. Insya Allah. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengkalan Baharu mohon agar kelulusan lesen pendudukan sementara (LPS) dipercepatkan bagi memudahkan aktiviti ekonomi biru seperti ternakan kerang dan ikan sangkar yang bergantung kepada LPS untuk mendapatkan lesen Sistem Kultur Laut (SKL) dan mengurangkan risiko kerugian. Untuk makluman, Yang Berhormat, pentadbiran Kerajaan Negeri amat mengambil berat berhubung kelulusan lesen pendudukan sementara (LPS) yang menjadi pra syarat penting bagi pengusaha ternakan kerang dan ikan sangkar menerusi aktiviti ekonomi biru di kawasan pesisir negeri termasuk di Dun Pengkalan Baharu. Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah mengambil langkah dengan penganjuran tiga sesi dialog awam pada tahun 2023 yang melibatkan pengusaha sangkar kerang dan pelantar di Pulau Pangkor, Tanjung Burung dan Bagan Panchor. Dalam sesi ini, penerangan terperinci berkenaan prosedur permohonan dan keperluan dokumen telah disampaikan. Namun masih terdapat segelintir pengusaha yang belum mengemukakan permohonan LPS melalui Sistem eTanah.
Justeru, Pejabat Daerah bersedia untuk melaksanakan lagi sesi penerangan bagi memastikan tiada yang tercicir. Di peringkat dasar Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) memberi keutamaan kepada pembangunan sektor akuakultur selaras dengan Agenda Perak Sejahtera 2030 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025. Oleh itu, setiap permohonan LPS diproses dengan mengambil kira ulangan agensi teknikal berkaitan, ulasan agensi teknikal yang berkaitan bagi menjamin kesesuaian guna tanah dan pematuhan kepada peraturan sedia ada. Kerajaan Negeri akan terus memantau dan menambah baik mekanisma sedia ada demi menjamin kemampanan sektor ekonomi biru negeri Perak.
Bagi isu pembangunan luar bandar dan ehwal Orang Asli, Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kubu Gajah memaklumkan kawasan perumahan PPRT Kampung Sangkut Kecil dan kekurangan kemudahan infra termasuk jalan masuk yang tidak sah dan jambatan senget, senget ya YB. YB Rapat Setia, jambatan senget? Betul. Yang Berhormat mencadangkan agar jabatan berkaitan memberi perhatian kepada isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap isu kemudahan infrastruktur yang dihadapi oleh PPRT Kampung Sangkut terutama berkenaan jalan masuk dan jambatan yang perlu diselenggara. Dalam usaha menyelesaikan masalah ketiadaan kebenaran tuan tanah untuk pembaikan jalan, pentadbiran telah mendapat kelulusan melaksanakan proses pengambilan balik tanah yang melibatkan tiga lot tanah bagi pembinaan jalan baru ke PPRT Kampung Sangkut. Selain pada itu, pada 6 September 2024, pentadbiran daerah bersama pihak JKR Perak telah menjalankan lawatan menyeluruh untuk menilai keadaan jambatan tersebut. Hasil pemeriksaan mendapat struktur jambatan masih kukuh tanpa tanda-tanda keretakan atau kerosakan yang boleh menjejaskan keselamatan. Untuk memastikan keselamatan berterusan, pemantauan dan penyediaan spesikasi teknikal bagi pemuliharan jambatan telah dilaksana dengan teliti. Langkah-langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan yang lebih mampan dan selamat untuk penduduk Kampung Sangkut.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Changkat Jering menyentuhkan pemantauan pelaksanaan peruntukan RM100ribu kepada JPKK bagi memastikan ia tidak disalahgunakan oleh individu berkepentingan dan mencapai matlamat asal. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang dimaksudkan merujuk kepada Program Sejahtera Komuniti MADANI, SejaTi MADANI. Satu inisiatif baru Kerajaan Madani yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024. Program ini bertujuan memperkasakan ekonomi komuniti setempat melalui lima sektor tumpuan. Pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.
SejaTi MADANI menggunakan pendekatan bottom up membolehkan komuniti mengenal pasti keperluan sendiri dan merancang program yang memberi impak terus kepada rakyat. Permohonan dibuat melalui sistem MySejaTi MADANI dan disaring oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan JPKK yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan. Perlu ditegaskan, geran maksimum RM100ribu bukanlah diperuntukkan secara langsung kepada ketua kampung tetapi kepada komuniti secara keseluruhan dengan JPKK bertindak sebagai pemudah cara. Pemantauan projek dilaksanakan secara berterusan oleh Pejabat Daerah dan Penghulu Mukim bagi memastikan pelaksanaan projek berlandaskan matlamat asal dan memberi kesan jangka panjang. Kerajaan negeri percaya jika dilaksanakan dengan baik, SejaTi MADANI mampu menjadi pemacu ekonomi luar bandar dan alat efektif dalam agenda membasmi kemiskinan secara berstruktur dan berterusan.
Bagi Yang Berhormat Chenderiang, Dato' Yang di-Pertua, menyentuh status pelaksanaan projek menaik taraf jalan perhubungan utama di Pos Musuh, Mukim Chenderiang yang sering terjejas akibat kejadian tanah runtuh dan penting bagi akses kesihatan, pendidikan serta pengangkutan hasil hutan penduduk Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, JAKOA Negeri Perak telah memohon peruntukan dan mengemukakan cadangan pembaikan berjumlah RM4.2 juta. Walau bagaimana pun kategori projek ameniti sosial ini peruntukan tidak mencukupi bagi pelaksanaan projek ini. Pihak JAKOA ibu pejabat sedang menunggu kelulusan notis perubahan (NOC) dari Kementerian Ekonomi bagi peningkatan kos siling tahun semasa untuk pelaksanaan projek tersebut. Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Perak juga memaklumkan perancangan asal kerja pembaikan di atas sepatutnya diiklankan pada 27 Februari 2025. Namun begitu, tarikh iklan sebut harga ni akan dianjakkan ke suatu tarikh baru yang akan ditentukan setelah kelulusan notis perubahan diperolehi.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Chenderiang dan Yang Berhormat Behrang juga menyentuh pertimbangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk membangunkan perumahan generasi kedua Orang Asli di negeri Perak termasuk cadangan agar penempatan mereka dimasukkan dalam projek pemajuan kawasan PPK seperti yang dilaksanakan di kampung tradisional luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan sokongan penuh terhadap projek bantuan perumahan orang asli generasi kedua khususnya dalam konteks projek pemajuan kawasan khususnya untuk orang asli. Masyarakat orang asli adalah di antara kelompok yang masih ketinggalan dari segi kemudahan asas termasuklah akses kepada perumahan yang selesa dan selamat. Walau bagaimanapun, pelbagai aktiviti telah dijalankan sebelum ini khususnya bagi generasi kedua yang kini menghadapi tekanan akibat perubahan sosio ekonomi dan pembangunan pesat di kawasan mereka. Projek bantuan ini amat penting dalam memastikan hak dan kesejahteraan masyarakat orang asli sentiasa terpelihara.
Dalam konteks projek-projek kawasan yang lazimnya melibatkan pembangunan tanah adat dan kawasan penempatan tradisional generasi kedua sering menjadi mangsa yang terpinggir. Tanpa perancangan yang inklusif, mereka berisiko kehilangan tempat tinggal dan identiti budaya. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam mesyuarat bersama YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Menteri yang juga merangkap Menteri KKDW, saya ada mencadangkan agar projek pemajuan kawasan orang asal ini dirancang secara menyeluruh. Bukan sekadar menyediakan rumah tetapi turut merangkumi kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan, perhubungan dan akses kepada pendidikan serta kesihatan. Dengan pelaksanaan projek PPK ini secara berhemah dan menyeluruh kita bukan sahaja membela nasib masyarakat orang asli tetapi juga memastikan pembangunan negeri berlaku secara inklusif dan adil. Saya yakin bahawa komitmen kerajaan negeri dalam hal ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam kehidupan generasi muda orang asli. Janganlah mereka menjadi generasi yang terkorban atas nama pembangunan, tetapi jadikan mereka sebagai generasi yang mendapat manfaat daripadanya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan dan memberi pandangan dan cadangan serta teguran terhadap perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dalam penggulungan ini, jawapan tersebut akan dihantar secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya Kerajaan Perpaduan Negeri Perak dan saya sendiri amat terbuka untuk sebarang perbincangan, teguran dan cadangan penambahbaikan dari semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Pintu pejabat saya sentiasa terbuka luas untuk menerima kedatangan Ahli Yang Berhormat agar kita boleh duduk berbincang mencari penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan rakyat di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih juga kepada ketua-ketua jabatan sama ada di peringkat negeri dan persekutuan, pegawai-pegawai agensi yang bertungkus lumus menyediakan ulasan teknikal bagi sesi penggulungan hari ini dan saya sekali lagi menyatakan komitmen saya dan semua agensi di bawah saya untuk bekerja lebih kuat lebih gigih dan memberikan kerjasama yang erat kepada semua pihak merentasi politik demi kesejahteraan rakyat. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Lintang menyokong, menjunjung kasih Tuanku, Ampun Tuanku.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Lintang yang telah menggulung dengan begitu komprehensif sekali dan menepati masanya lebih sikit tu biasalah. Sekarang saya mempersilakan…
Yang di-Pertua Saya mohon nak kemukakan satu perkara yang melibatkan kredibiliti Dewan.
Standing order berapa?
Kalau boleh saya gunakan 40(3A), Kalau boleh saya gunakan sebab ini melibatkan kredibiliti dewan. Satu penyata yang telah diedarkan dalam dewan yang telah dikemukakan di luar dewan dengan keadaan yang tidak benar.
43 berapa?
40(3A).
40(3A). sekejap…sekejap.40(3A). Ok.
Jadi, saya merujuk kepada kenyataan yang terpesong dan lari fakta daripada Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dalam Dewan Negeri ni yang diedar pada 16hb yang semua dapat dan telah setuju dengan kenyataan ini. Jadi, saya merujuk kepada kenyataan yang tidak benar oleh salah satu Ahli Dewan yang telah mengemukan…
Dia buat kenyataan di mana Yang Berhormat?
Dia menyatakan dalam Facebook. Satu kenyataan yang dalam Dewan yang tidak benar dinyatakan di luar. Saya tak mahu benda ni boleh berlaku nanti akan datang. Kalau tidak ditegur, dia akan berleluasa. Orang boleh menggunakan satu fakta yang benar dan membuat kenyataan Dewan tidak benar. Jadi, dalam satu facebook daripada YB, saya rasa nama dia Thulsi Thivani a/p Manogaran iaitu YB Buntong dalam kenyataan respon kepada tuduhan longgar kepada pembangkang Perak, Haji Razman Zakaria terhadap YB Woo Kah Leong. Perkara 2 tu Dato' Speaker, dia menyatakan lebih penting lagi jawatankuasa yang menggantung, jawatankuasa yang menggantung beliau turut dianggotai oleh tiga orang ahli pembangkang termasuk seorang ahli Dewan Negeri daripada PAS, sayalah. Saya sorang saja. Melibatkan saya yang juga menyokong keputusan, maknanya menyokong keputusan menggantung.
Yang Berhormat, boleh saya nyatakan sikit. Saya faham apa pandangan daripada Yang Berhormat itu. Tapi Dewan ini kita kalau kenyataannya ini dibuat di dalam Dewan, kita boleh bangkitkan dalam Dewan. Tapi kalau ahli-ahli yang mengalih kerana saya kita pun faham
Tapi ini adalah…
Sekejap Yang Berhormat, saya cakap dahulu. Bagi saya cakap dulu. Tapi Dewan juga faham bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat semua juga merupakan ahli-ahli politik. Kalau kenyataan ini dibuat di luar Dewan susah kerja speaker ni nanti di pilihan raya kecil ni macam-macam kenyataan yang dibuat di luar. Saya pun macam saya katakan tempoh hari.
Tapi ini kredibiliti Speaker juga.
Saya faham. Tapi kenyataan ini dibuat di luar Dewan. Jadi di luar Dewan ni dia ada peraturan dia, ada undang-undang dia, dia ada pihak penguatkuasa yang lain daripada Speaker. Kalau Speaker jaga semua orang cakap di luar Dewan ni, saya rasa kami tak cukup kakitangan Yang Berhormat dan bukan dalam bidang kuasa kita. Akta, kan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Dato’ Yang di-Pertua, Peraturan tu salah, peraturan ini peraturan-peraturan berbahas hanya tertakluk kepada perbahasan sahaja. So, ini 40(3A) sebenarnya tidak terpakai.
Sebab, dia menyatakan fitnah-fitnah ni kenyataan fitnah.
Ini peraturan berbahas. Yang you sebut tadi bukan perbahasan.
Saya tidak menyokong penggantungan.
Peraturan tetap ini untuk perbahasan sahaja. Jelas dan nyata.
Bagilah Yang di-Pertua, bagi Yang di-Pertua la jawab.
Ok. Begini saya cakap, kalau kenyataan ini dibuat di lapangan di Facebook. Kita jawab di Facebook lah.
Diminta tarik balik la.
Dia bukan bercakap di Dewan. Jadi saya rasa tak berapa kena Yang Berhormat. Tapi saya faham pandangan Yang Berhormat tu. Saya tahu. Tapi kalau nak bawa ke Dewan ini semua yang diucapkan di luar saya tak abis punca saya.
Walaupun kenyataan itu…
Saya faham saya, faham. Tapi kenyataan tu dibuat di luar Dewan dan tak ada kena mengena dalam lapangan, dalam chamber ke, dalam jawatankuasa ke dan sebagainya.
Yang sokong fitnah tepuk tangan ya.
Yang Berhormat, ok la, ok la Yang Berhormat. Saya faham. Tak apa saya faham pandangan Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh tulis terus kepada saya mengenai ini dan saya sentiasa, saya tiada apa-apa halangan. Saya ok, tapi not in this Dewan. Minta Maaf Yang Berhormat. Ok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Auzubillahiminashaitan Nirajeem Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Hirabbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Sayyidilmursalin Waimammilmuttaqin Waalaalihiwaahlibaitihi Wasahbihi Ajmain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak. Ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, saudara saudari yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, mari kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT. Berkat limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya jua kita semua sebagai pemegang amanah rakyat dipertemukan sekali lagi di Dewan yang mulia ini. Medan untuk kita menjunjung semangat demokrasi, menggali hikmah dalam setiap perbezaan mencari kearifan dalam setiap pandangan dan merungkai solusi bagi setiap permasalahan.
Terlebih dahulu saya mewakili seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, ketika mencemar duli merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Kelima Belas di Dewan yang mulia ini pada minggu lepas.
Sesungguhnya titah yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bukan sekadar untaian pedoman tetapi cerminan kepada ketajaman fikiran seorang raja ilmuwan yang berjiwa rakyat. Di sebalik setiap bait titah terserlah keprihatinan Tuanku terhadap keluh kesah rakyat yang mendambakan pembelaan dan memancarkan kebitaraan Tuanku dalam mengungkap solusi kepada pelbagai cabaran negeri dan insan sejagat daripada isu kemiskinan dan pendidikan, pemerkasaan ekonomi hinggalah kepada hal-hal kelestarian alam, keselamatan makanan dan juga kelangsungan pemerintahan yang berintegriti. Sesungguhnya titah Tuanku menyuluh jalan dengan cahaya yang terang. Sebagai ingatan kepada kita semua sebagai pembuat dasar mengenai tanggungjawab besar yang dipikul dalam melunaskan tanggungjawab kepada sekalian rakyat serta menjunjung amanah memelihara kemakmuran negeri dengan keteguhan tekad dan jugak kesungguhan. Mudah mudahan berkat mutiara pemikiran Tuanku yang sentiasa menzahirkan mesej-mesej keamanan dan keharmonian akan menjadi penyuluh pedoman buat kita sekalian wakil rakyat untuk selalu menjaga adab dalam bersiasah. Terbuka hati dalam menyuburkan semangat toleransi, saling bermuafakat memelihara perpaduan dalam masyarakat agar akhirnya kemajuan negeri tercinta ini dapat sama-sama dilatar. Manakala kesejahteraan rakyat dapat sama-sama dirasa.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada 45 orang Ahli Yang Berhormat. Masing-masing 19 dari blok kerajaan dan 26 dari blok pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku. Saya mengikuti topik-topik perbahasan yang menyerlahkan kecaknaan wakil-wakil rakyat dalam mengupas intipati, Titah Paduka Seri Tuanku dari segenap isu.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sepanjang dua hari sesi perbahasan sebanyak 237 isu telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Daripada jumlah itu, 47 adalah berkaitan secara langsung dengan portfolio saya manakala selebihnya sudah disentuh oleh rakan-rakan, Ahli-ahli Exco dalam sesi penggulungan yang telah bermula semalam. Insya Allah saya akan memanfaatkan peluang ini untuk menggulung perbahasan yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan hal ehwal agama Islam, kewangan, keselamatan, tanah, sumber asli, perancangan ekonomi dan GLC.
Saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya ada perkara-perkara yang dibangkitkan tidak sempat disentuh dalam sesi penggulungan ini. Terdapat isu-isu yang dibangkitkan sudahpun pernah disentuh dan dijawab dalam sidang-sidang yang lepas ataupun perkara-perkara itu sudah pun berada dalam tindakan kerajaan. Namun bagi setiap isu yang diutarakan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua pihak akan tetap diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Cuma Yang Berhormat Dato' di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan saya sendiri dan kita semua supaya isi kandungan ucapan dan perbahasan kita mestilah berasaskan kepada fakta. Perlu ada kaji selidik dibuat supaya ada rujukan yang sahih dan berwibawa. Harus diingat, Fasal 40(3)(A) menyebutkan bahawa semua kita bertanggungjawab di atas apa yang kita ucapkan di dalam Dewan ini.
Izinkan saya terlebih dahulu memberi maklum balas terhadap porfolio agama Islam yang menjadi antara perkara yang paling banyak dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat. Sebelum saya terlupa Dato' Yang di-Pertua, saya harapkan Ketua Whip, pihak kerajaan akan mengadakan sesi perbincangan dan penjelasan supaya ahli-ahli kita akan berucap menggunakan fakta dan ikut peraturan dalam Buku Perintah Tetap dan bagi pihak rakan-rakan di sebelah Pembangkang, saya harap Ketua Pembangkang lah. Saya tak pasti siapa dia pemangku Ketua Pembangkang sekarang tetapi pemangku Ketua Pembangkang bertanggungjawab untuk juga mengadakan sesi yang sama supaya kita akan buktikan di luar sana bahawa wakil rakyat yang ada di sini, pembangkang atau kerajaan adalah mereka yang berwibawa.
Yang Berhormat Pengkalan Baharu memohon agar Kerajaan Negeri membantu mempercepatkan permohonan 8 surau di kawasan Yang Berhormat yang belum mendapat sijil pendaftaran daripada Majlis Agama Islam Perak atau MAIPk sehingga menyukarkan mereka mendapat peruntukan pembangunan infrastruktur daripada pihak yang berkaitan. Untuk makluman, Yang Berhormat Pengkalan Baru bagi tujuan permohonan sijil pendaftaran surau, pihak jawatankuasa boleh memohon dengan mengisi borang yang boleh didapati melalui laman sesawang i-Kariah dan dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Bagaimanapun, pihak jawatankuasa surau diminta supaya memastikan tanah surau tersebut sudah selesai status wakafnya sebelum membuat permohonan. Ini kerana selepas Yang Berhormat berucap di sini, hasil semakan Jabatan Agama Islam Negeri Perak mendapati surau-surau yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu tiada di dalam senarai permohonan pendaftaran. Berdasarkan ketiadaan rekod status waqaf tapak surau-surau berkenaan, Yang Berhormat kena minta jawatankuasa berkenaan menulis surat rasmi kepada pihak yang berwajib untuk menguruskan pendaftaran tersebut.
Saya seterusnya memberi maklum balas terhadap beberapa cadangan bernas oleh Yang Berhormat Rungkup untuk memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SMA) termasuk mengesyorkan supaya JAIPk, MAIPk dan Yayasan Perak bekerjasama merealisasikan penubuhan dana khas untuk membantu sekolah-sekolah berkenaan. Untuk makluman, Yang Berhormat Rungkup, ketiga-tiga entiti berkenaan iaitu JAIPk, MAIPk dan Yayasan Perak menyampaikan khabar gembira bahawa mereka bersedia untuk berkolaborasi bagi merealisasikan cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan dana khas bagi pembangunan pendidikan SMA di seluruh negeri Perak. Malah MAIPk memaklumkan bahawa pihaknya telah menyalurkan bantuan tahunan di bawah asnaf Fisabilillah kepada SMA Negeri, Sekolah Agama Rakyat dan juga Tadika Islam yang berdaftar dengan JAIPk.
Mengenai cadangan Yang Berhormat Rungkup supaya guru-guru SMA diberikan elaun tetap atau saguhati, sukacita dimaklumkan bahawa bayaran saguhati sememangnya telah disediakan setiap tahun kepada Pengetua, Guru Besar serta Penolong-Penolong Kanan bagi Sekolah Agama Rakyat. Ia sebagai penghargaan terhadap sumbangan tenaga pengajar di Institusi Agama Rakyat. Selain menyediakan program latihan profesional kepada mereka melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk Institut Darul Ridzuan dan juga JAIPk.
Berhubung penyelarasan pengiktirafan Sijil Lepasan Tahfiz seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rungkup, saya terpanggil untuk menjelaskan bahawa sebelum ini Institusi Tahfiz mengeluarkan Sijil Tahfiz masing-masing. Namun, kaedah penilaian yang digunakan tidak seragam menyebabkan kesahihan sijil tersebut dipersoalkan. Untuk itu, Kerajaan Negeri Perak telah pun memperkenalkan Sijil Tahfiz Negeri Perak atau ringkasnya STNP sejak tahun 2019 sebagai satu kaedah penilaian yang mempunyai standard hafazan al-Quran yg tinggi. STNP kini diiktiraf oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan lain-lain sebagai dokumen akademik yang diterima sebagai syarat kemasukan ke program pengajian berkaitan tahfiz.
Saya juga menghargai sikap prihatin Yang Berhormat Trong dalam isu pemerkasaan Mahkamah Syariah apabila melontarkan beberapa perkara. Namun, saya sedikit keliru apabila rata-rata isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Trong sebenarnya sudah pun diselesaikan atau pun dalam peringkat pelaksanaan. Saya ambil contoh apabila Yang Berhormat Trong mencadangkan pembinaan 2 Mahkamah Syariah iaitu di Gerik dan Teluk Intan kerana dikatakan kedua-duanya sedang menumpang di Pejabat Agama Daerah. Saya tak pasti sama ada Yang Berhormat Trong pernah sampai ke Gerik atau pun tidak. Sebagai orang Daerah Hulu Perak, saya sering berulang Lenggong ke Gerik dan Pengkalan Hulu. Saya nak maklumkan bahawa Mahkamah Syariah Gerik ini sudah lama tersergam, malah telah beroperasi sejak tahun 2003 lagi. Macam mana Yang Berhormat boleh kata menumpang di bangunan Pejabat Agama? Ini di antara benda yang saya sebutkan tadi. Sebelum kita datang berucap, Dato' Yang di-Pertua, pergi buat kajian dulu. Jangan main pakai internet dan Facebook saja. Pergi buat kajian. Tengok betul ke Mahkamah Syariah Gerik ni menumpang di Pejabat Agama Islam? Ni cerita lama 2003. Mahkamah ini tidak menumpang, Yang Berhormat sebaliknya dibina di atas tanah milik Jabatan Agama Islam Perak dan dilengkapi dengan 1 Dewan Mahkamah Rendah dan 1 Dewan Mahkamah Tinggi.
Manakala bagi Mahkamah Syariah Teluk Intan, saya tadi berhubung melalui Whatsapp dengan Pegawai Daerah Teluk Intan. Pihak jabatan telah pun melaksanakan perolehan tapak dan kajian struktur tanah melalui peruntukan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan usaha sedang giat dijalankan untuk mendapatkan Bajet Pembangunan bagi tahun 2026. Maknanya Yang Berhormat sebut itu memang dalam perancangan dan tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri.
Berhubung penambahan jumlah perjawatan dan menaikkan gred Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Trong, sukacita dimaklumkan perkara ini juga sudah dalam tindakan Kerajaan. Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah merujuk kepada model perjawatan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji Jawatan Tingkatan Tertinggi atau JKTT Bilangan 1/2015 yang telah dikemaskini selaras dengan penaiktarafan struktur Mahkamah Syariah Perak daripada 3 tier kepada 4 tier bermula tahun 2018. Memandangkan terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pendaftaran kes, beban tugas dan tahap kompleksiti kes-kes syariah, maka Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan modul perjawatan baru melalui mesyuarat JKTT Bilangan 7 Tahun 2024. Pada masa yang sama, Jabatan Kehakiman Syariah kini dalam proses menyediakan kertas cadangan penstrukturan semula perjawatan bagi pertimbangan selanjutnya.
Berhubung pengisian perjawatan di Mahkamah Rayuan Syariah seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat Trong, kesemua 9 jawatan yang diperuntukkan di bawah subseksyen 11 (1) Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 sebenarnya telah pun diisi sepenuhnya. Terdapat seorang Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah dari jawatan tetap, 4 Panel Hakim dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, 3 orang Panel Hakim dari kalangan Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan juga Mantan Peguamcara Negara, serta seorang Panel Hakim dari kalangan Mantan Ketua Hakim Syarie Perak. Selain itu, melalui kelulusan model JKTT Bilangan 7/2024, pihak jabatan kini sedang menyediakan permohonan untuk mewujudkan Program Mahkamah Rayuan Syariah dan satu jawatan Hakim Gred Utama C.
Mengenai saranan Yang Berhormat Trong juga berkenaan peningkatan bidang kuasa Mahkamah Syariah, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah pun mengambil inisiatif meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak pada tahun 2018 dengan meningkatkan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah daripada RM100ribu kepada RM300ribu. Kes-kes yang melebihi jumlah tersebut tanpa had dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Pada tahun 2021 pula, satu lagi pindaan telah dilakukan untuk menyelaraskan Enakmen tersebut dengan Senarai II Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, selanjutnya saya terpanggil memberi maklum balas terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manjoi mengenai Sekolah Rendah Agama Rakyat As-Sakinah, Taman Chepor Damai yang dikatakan telah wujud sejak tahun 2026. Maaf tahun 2006 tetapi masih lagi menyewa bangunan rumah kedai selain ruang kelas yang semakin sempit kerana jumlah pelajar yang ramai. Untuk makluman Yang Berhormat Manjoi, isu yang dibangkitkan juga sudah pun dalam tindakan Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen Tambun. Dana sejumlah RM500ribu telah pun diluluskan oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) bagi pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan pada tahun lalu. Pihak ICU, Jabatan Perdana Menteri telah menguruskan pelantikan kontraktor bagi pembinaan bangunan sekolah berkenaan dan projek dijangka bermula dalam masa terdekat.
Saya juga terpanggil untuk menanggapi keprihatinan Yang Berhormat Pasir Panjang mengenai ruang pembelajaran di Tadika Islam Perak, FELCRA Gugusan Lekir yang dikatakan semakin sempit sehingga menyebabkan guru dan anak murid sering berasa tidak selesa. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Panjang, masalah yang dihadapi oleh warga tadika berkenaan sebenarnya sudahpun dalam perhatian dan tindakan Kerajaan bagi mengatasi isu kepadatan di tadika tersebut. Pihak FELCRA melalui Jemaah Pengurusan Sekolah atau JPS, Tadika berkenaan telah pun memperuntukkan sebuah surau lama milik FELCRA sebagai bangunan baru tadika. Oleh itu, tadika berkenaan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2026 dengan kos ubah suai dianggarkan sebanyak RM50ribu. Bangunan ini berkeluasan 2,180 meter persegi dan bakal dilengkapi dengan kemudahan 3 buah kelas, bilik guru, bilik memasak atau dapur, 2 unit tandas, setor serta padang dan balai lintang sebagai tempat berkumpul. Pada masa yang sama, pihak Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah memperuntukkan nisbah guru kepada murid adalah 1 : 25 bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan secara kondusif. Setakat ini nisbah tersebut dipatuhi untuk tadika berkenaan.
Yang Berhormat Lubok Merbau dalam sesi perbahasannya bertanyakan status pembinaan Kompleks Islam Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Lubok Merbau, perkara ini juga sudah dalam tindakan Kerajaan Negeri di mana pada tahun ini sejumlah RM10 ribu telah pun disediakan di bawah peruntukan Jabatan Kerja Raya Negeri Perak untuk kerja-kerja awalan dan juga dokumentasi.
Dato' Yang di-Pertua, saya seterusnya menarik perhatian Dewan, Dewan ini kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kurau, yang memohon supaya Kerajaan menyalurkan peruntukan bagi membina tandas baru di Masjid Jamek Pekan, Kuala Kurau yang dikatakan rosak sejak sekian lama. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kurau, isu kerosakan tandas masjid berkenaan sudah dipanjangkan oleh pegawai khas Menteri Besar di kawasan tersebut dan saya sudah meminta agar masalah tersebut diambil perhatian segera. Insya Allah, pembinaan tandas baru di masjid berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat demi menjamin keselesaan para jemaah.
Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan penggulungan dengan memberi maklum balas terhadap isu yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Kampong Gajah yang memohon pembinaan baharu bagi menggantikan Masjid Al-Hidayah yang dikatakan sudah begitu uzur. Untuk makluman Yang Berhormat Kampong Gajah, Pegawai Khas Menteri Besar bagi Dun Kampong Gajah, saudara Azwan Harun juga telah membangkitkan perkara yang sama di dalam suratnya yang bertarikh 10 Februari 2025. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta, bagi pembinaan masjid berkenaan yang dilaporkan akan menelan kos sebanyak RM1.6 juta. Kos selebihnya akan menggunakan dana RM620,000.00 yang telah pun terkumpul hasil sumbangan orang ramai.
Yang Berhormat Lubok Merbau dalam sesi perbahasan ada membangkitkan mengenai pemerkasaan kegiatan dakwah dengan menyentuh peranan lebih besar yang boleh dimainkan oleh para guru takmir. Untuk makluman, Yang Berhormat Lubok Merbau, Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain atau ringkasnya KAFA, merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan matlamat utama untuk membentuk sahsiah murid yang unggul serta melahirkan generasi modal insan berkualiti dalam bidang pendidikan agama Islam. Oleh yang demikian, segala perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan KAFA termasuk kurikulum, perjawatan, peruntukan guru serta bayaran elaun guru adalah di bawah tanggungjawab pihak JAKIM sepenuhnya. Pihak Kerajaan Negeri pula memainkan peranan yang penting dalam menyediakan prasarana asas seperti bangunan sekolah, perabot serta kemudahan untuk murid-murid bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program KAFA di peringkat negeri.
Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM sentiasa komited dalam usaha meningkatkan status perjawatan dan kadar elaun guru KAFA. Pada masa ini, JAKIM memperuntukkan elaun sebanyak RM1,100.00 sebulan kepada setiap guru KAFA, dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri pula telah menyediakan tambahan elaun sebanyak RM200.00 sebulan kepada guru KAFA di negeri Perak. Menjadikan jumlah keseluruhan elaun bulanan yang diterima oleh seseorang guru KAFA di negeri Perak ini ialah sebanyak RM1,300.00 sebulan. Namun begitu, Kerajaan Negeri juga meneliti dan mengkaji secara lebih mendalam cadangan untuk menaikkan kadar elaun tambahan kepada guru KAFA pada masa-masa akan datang, demi kepentingan pendidikan, agama dan usaha melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak dan juga berkualiti di negeri Perak.
Untuk makluman, Dewan ini, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta untuk Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) dengan bayaran RM500.00 seorang kepada 3,117 orang guru KAFA di negeri Perak. Ini diikuti pula dengan pemberian inisiatif BKKA Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM sebanyak RM250.00 seorang. Maka jumlah keseluruhan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diterima oleh setiap guru KAFA di negeri Perak pada tahun ini adalah sebanyak RM750.00. Kesimpulannya, Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak akan terus komited dalam menyokong usaha memperkasakan pendidikan agama Islam serta menjaga kebajikan guru-guru KAFA sejajar dengan hasrat membina negeri Perak yang maju, sejahtera dan juga diberkati.
Exco. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas ucapan tahniah atas keperihatinan pada guru-guru KAFA, guru takmir. Cuma saya kalau dapat sedikit data kemasukan orang bukan Islam atau non muslim kepada Islam. Kita dah dah guru takmir menjalankan peranan dan sebagainya untuk penyebaran agama Islam. Kita nak tahu data kemasukan dan data murtad kalau ada. Terima kasih.
Terima kasih. Saya perlu notis Dato' Yang di-Pertua, tak mungkin dapat saya jawab secara impromptu begitu. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sangat menghargai kecaknaan Yang Berhormat Selama. Yang telah melontarkan beberapa isu yang sangat signifikan. Khususnya yang menyentuh pemerkasaan institusi agama termasuklah peranan penting yang dimainkan sekolah-sekolah agama swasta. Mengenai syor Yang Berhormat Selama supaya Kerajaan Negeri mewujudkan Program Isbat Hafazan. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui JAIPk sedang membangunkan kerangka komprehensif Program Isbat Al-Hafiz bertujuan untuk penjagaan hafazan Al-Quran bagi mereka yang telah khatam menghafaz 30 juz Al-Quran. Pengiktirafan ini juga akan memperuntukkan sagu hati kepada para huffaz, yang melepasi piawaian dalam Isbat Al-Hafiz tersebut. Usaha ini merupakan penambah baik kepada cadangan insentif Isbat yang pernah dibuat sebelum ini. Kerajaan Negeri akan berusaha untuk menambah baik konsep dan cadangan Isbat tersebut agar ia mampu mencapai matlamat yang diharapkan dan menjadi insentif galakkan kepada para huffaz untuk memelihara hafazan mereka sekaligus meningkatkan bilangan para hafiz di negeri ini.
Manakala cadangan program Isbat pula, pihak Kerajaan Negeri melalui JAIPk dan juga JAKIM akan memulakan program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) JAKIM mengikut juzuk mulai tahun 2025 ini. Program rintis ini sedang dilaksanakan oleh pengurusan tahfiz di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) bersama JAKIM dan akan dikembangkan ke pusat tahfiz lain pada tahun-tahun akan datang. Sijil Perakuan Hafazan Bertahap ini akan merangkumi sesi pengukuhan dan penilaian bagi hafazan-hafazan mengikut juz tertentu dan akan diberi pengiktirafan oleh pihak Darul Quran JAKIM.
Berhubung kebimbangan Yang Berhormat Selama mengenai kemungkinan Perak berdepan isu kekurangan guru Al-Quran pada masa hadapan. Sukacita dimaklumkan bahawa MAIPk dan JAIPk sedang memperhalusi pendekatan secara holistik bagi pengambilan guru-guru Al-Quran yang baru. Untuk makluman Yang Berhormat Selama, Kerajaan Negeri melalui MAIPk telah melantik dan membiayai 33 orang guru
Al-Quran dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.8 juta setahun menggunakan peruntukan di bawah dana Zakat Asnaf Fisabilillah.
Saya juga berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Selama terhadap pusat-pusat tahfiz swasta, yang turut sama memainkan peranan membentuk jati diri agama dan sahsiah murni di kalangan para pelajar. Untuk maklumat Yang Berhormat, Sekolah Agama Rakyat termasuk Maahad Tahfiz Swasta merupakan institusi pendidikan tinggi agama, institusi pendidikan agama yang dibangunkan dan diuruskan oleh jawatankuasa jemaah yang ditubuhkan bagi sesuatu kawasan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelangsungan pengoperasian sekolah termasuk aspek kebajikan, guru dan murid. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan prihatin akan kebajikan Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz swasta dengan menyalurkan beberapa bentuk peruntukan iaitu pertama bantuan perkapita di bawah MAIPk dan juga JAIPk. Yang kedua, Bantuan Pembangunan Selenggara dan Naik Taraf Sekolah di bawah Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga JAKIM dan yang ketiga, Bantuan Asas Pembelajaran Sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Sukacita saya maklumkan bahawa jumlah bantuan perkapita di bawah MAIPk dan JAIPk pada tahun 2024 adalah sebanyak RM1.49 juta dan Bantuan Pembangunan Selenggara dan Naik Taraf Sekolah di bawah Pejabat Menteri Besar dan JAKIM pula pada tahun yang sama adalah sebanyak RM4.24 juta. Manakala di buah Kementerian Pelajaran telah menyalurkan Bantuan Asas Pembelajaran Sekolah sebanyak RM62,910.00 pada tahun 2024.
Saya juga berasa terpanggil untuk memberi maklum balas terhadap cadangan Yang Berhormat Selama supaya penjimatan hasil pengambil alihan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) oleh Kerajaan Pusat dibelanjakan untuk pemerkasaan institusi agama Islam yang lainnya. Untuk makluman Yang Berhormat Selama, pengambil alihan SMAN oleh Kerajaan Pusat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan kerajaan negeri. Kerajaan negeri telah berjaya menjimatkan antara RM20 juta hingga RM40 juta setahun bagi maksud ini. Manfaat daripada penjimatan ini membolehkan peruntukan pembangunan negeri diagihkan dengan lebih menyeluruh kepada sektor-sektor berkeutamaan termasuklah pemerkasaan pendidikan Islam. Justeru, JAIPk sebagai jabatan yang bertanggungjawab akan meneliti dan memperhalusi cadangan penambahbaikan dari masa ke semasa bagi memastikan usaha pemerkasaan institusi dan pendidikan Islam dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Titi Serong pula membangkitkan isu penguatkuasaan aktiviti judi yang perlu diberi perhatian kerana mendakwa kegiatan tersebut semakin berleluasa di kawasan termasuk di pasar awam pekan Titi Serong. Berani orang berjudi di tengah pekan ni. Untuk makluman Yang Berhormat, JAIPk pernah menerima aduan berhubung aktiviti judi di pasar berkenaan dan telah pun membuat siasatan di lokasi tersebut. Namun demikian, setelah diteliti tiada sebarang elemen aktiviti perjudian sedang berlangsung pada waktu itu kerana pada waktu itu mereka tidak berada di dalam premis perjudian dan tidak sedang menjalankan aktiviti perjudian. Cuma sesama mereka waktu itu sedang masing-masing menunjukkan slip nombor. Sambil-sambil bersembang siapa menang, siapa kalah. Jadi itu bukannya aktiviti perjudian. Itu aktiviti untuk membandingkan nombor masing-masing. Jadi tak ada evidence yang membolehkan Penguatkuasa Pejabat Agama Islam untuk menangkap mereka dan mendakwa mereka di atas perbuatan berjudi. Disebabkan tiada elemen perjudian yang sedang berlaku, pihak Penguatkuasa JAIPk tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap mereka.
Perkara ini juga sebenarnya telahpun dimaklumkan kepada Yang Berhormat Titi Serong oleh pihak JAIPk bagi daerah Parit Buntar.
Dato’ Yang di-Pertua, perbuatan berjudi ini bukan semestinya di premis. Kalau di premis, kita boleh menangkap sebab ada enakmen yang menghalang orang Islam masuk premis judi. Tapi sekarang ni kalau ada orang berjudi bola, pertama tengok siapa menang, siapa kalah. Yang kedua, menang berapa gol. Siapa score dulu. Semua itu menjadi perkara-perkara yang diperjudikan. Masa saya jadi cikgu dulu Dato Yang di-Pertua, tiba-tiba selepas assembly ada murid menjerit. Saya tanya kenapa menjerit, dia pertikaikan, perjudikan di antara Pengetua dengan Cikgu Saarani, siapa berdiri dulu? So, adalah sukar untuk…kecuali kalau dia betul-betul masuk premis perjudian. Yes, kita boleh tangkap sebab ada enakmen tapi bukan bermakna saya nak menggalakkan orang berjudi cuma nak bagi tahu ia mesti berasaskan kepada ilmu dan iman. Maknanya parents, ibu bapa, cikgu-cikgu termasuk kita YB-YB ni bersyarahlah kepada seluruh rakyat di kawasan kita mengatakan bahawa perjudian itu selain daripada hukumnya haram, dia menimbulkan memberikan implikasi tidak baik kepada masyarakat kita. Sila.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Speaker. Masih respons atas respon yang diberikan tadi. Saya nak cadangkan dan ingatkan sebelum Yang Berhormat pergi ke tajuk yang lain. Tadi Yang Amat Berhormat sentuh berkaitan dengan penguatkuasaan. Juga saya nak bangkitkan sekali lagi selain daripada penguatkuasaan yang sangat-sangat bermasalah lah untuk kita ambil tindakan. Ada satu perkara yang boleh kita buat seperti mana yang saya sebut tadi, kita perlu mainkan peranan bersama-sama. Kita juga perlu mainkan peranan kempen kesedaran. Antara yang saya sebutkan Skuad Rondaan Sukarelawan sekurang-kurang penguatkuasaan ni kalau mereka diberikan ruang yang lebih untuk peronda, orang yang berjudi ni…dia…dia agak takut. Kalau ada kesempatan boleh tangkap terus. Jadi, itu cadangan saya. Mohon dipertimbangkan lah untuk tahun ini.
Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, itu dipanggil penguatkuasaan bagi peristiwa telah berlaku. Kita ada satu undang-undang. Dahulu undang-undang mandatori hukum gantung bagi pengedar dadah yang akhirnya dipinda. Sebab? Pengedar dadah sama juga jumlah dia. Yang kena tangkap sahaja yang didakwa dan dihukum. Adalah lebih baik dan lebih munasabah kalau kita berurusan beramai-ramai secara berjemaah termasuk YB-YB dan MB, kita lebih baik berdakwah kepada orang Perak ini tentang bahaya judi. Kita boleh letak penguatkuasa. Penguatkuasa lalu saja, dia tak peduli dah. Penguatkuasa balik ke rumah, dia berjudi balik. Jadi, yang penting ialah iman dia, ilmu dia. Terima kasih jugalah kepada itu tapi bermakna kena menambah kerja penguatkuasa lah pulak. Tak apalah…
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, mohon mencelah. Terima kasih Dato’ Speaker. Saya nak buat dua. Yang pertama tadi tentang elaun guru-guru KAFA ni. Dia orang kita tahu kontrak. Saya pernah mencadangkan agar guru-guru KAFA yang akan berhenti, yang setelah berkhidmat 10 tahun, yang tak ada apa-apa pun, pencen pun tak ada diberikan sedikit ganjaran kepada guru KAFA yang berhenti, 10 tahun berhenti, yang menamatkan perkhidmatan. Yang keduanya Dato’ Seri, saya mohon kepada Dato’ Seri supaya dapat memberikan sedikit perhatian kepada pihak polis terutamanya yang masalah judi berleluasa. Dia…judi itu haram. Jadi, haram…haram. berleluasa di Batu Kurau, di pekan Batu Kurau ni. Terima kasih Dato’ Seri.
Terima kasih. Cadangan daripada Yang Berhormat itu kita akan pertimbangkan. Kita bincang kerana ia melibatkan kewangan dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat. Sikit lagi. Saya dengar Yang Amat Berhormat sebut berkaitan dengan masing-masing memainkan peranan. Yang tadi Yang Amat Berhormat sebut berkaitan dengan penguatkuasaan juga perlu dipertimbangkan untuk kita fokus perkasakan dari sudut kempen kesedaran. Libat urus bersama dengan kampung, masjid kena mainkan peranan dan sebagainya dan mungkin boleh jadikan Bulan Banteras Judi, lepas tu mungkin next beberapa bulan ada bulan pasal judi, libat urus bersama dengan Sekolah KAFA, bagitahu berkaitan dengan judi, dedahkan sikit game-game yang nak download tu kadang-kadang anak-anak kita download tu rupanya game judi. Kita takut begitu. Terima kasih.
Boleh. Cadangan itu kita terima baik Yang Berhormat. Beban pembanterasan gejala judi ini tidak seharusnya diletakkan di atas bahu Penguatkuasa JAIPk sepenuhnya. Sebaliknya kerjasama masyarakat awam juga adalah penting sebagai mata-mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk melaporkan salah laku yang dikesan. Mengenai cadangan Yang Berhormat Titi Serong supaya peruntukan tambahan diberikan bagi aktiviti pembanterasan judi oleh pihak JAIPk, sukacita saya dimaklumkan bahawa sejumlah peruntukan telah disalurkan bagi tujuan penguatkuasaan pada tahun 2024 iaitu RM3.25 juta dan dinaikkan pada tahun 2025 menjadi RM3.4 juta. Melalui komitmen kewangan tahunan oleh Kerajaan Negeri dan kerjasama bersepadu pelbagai pihak adalah diharapkan JAIPk dapat melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan dengan lebih berkesan ke arah pembentukan masyarakat yang patuh syariah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan penggulungan bagi memberi maklum balas kepada pertanyaan Yang Berhormat Kuala Sepetang mengenai kaedah dan mekanisme kutipan hasil, kutipan hasil premium bagi projek-projek industri dan yang berimpak tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Sepetang kutipan premium tanah merupakan salah satu sumber hasil utama kepada Kerajaan Negeri. Premium ini dikutip melalui pelbagai urusan pelupusan tanah kerajaan sama ada secara individu atau permohonan penggubahan syarat nyata tanah dari kegunaan asal kepada maksud pemajuan yang hendak dilaksanakan. Urusan permohonan tanah ini akan melibatkan peruntukan Seksyen 124, 124A, 204, 197 dan juga 76 Kanun Tanah Negara atau KTN. Di bawah agenda memperkukuhkan tadbir urus projek-projek berkepentingan negeri, Pelan Perak Sejahtera 2030 Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif khas iaitu express lane bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah bagi projek-projek berimpak tinggi. Tempoh pemprosesan permohonan dapat dipendekkan dan kutipan premium tambahan dapat dilaksanakan secara lebih terancang dan efisien sekaligus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sistem penyampaian Kerajaan Negeri.
Mekanisme penentuan dan penilaian premium bagi pemberimilikan tanah kerajaan atau pembangunan tanah milik adalah berdasarkan formula yang ditetapkan di bawah
Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Perak. Berdasarkan formula tersebut nilaian pasaran semasa akan diperolehi daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta atau JPPH Negeri Perak dan disesuaikan dengan formula kelulusan pemberimilikan atau pembangunan. Setelah kadar nilaian ditentukan ia akan diselaraskan dengan keluasan sebenar kawasan pembangunan berdasarkan pelan pita ukur yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan PBT. Langkah ini memastikan kutipan premium dibuat secara telus, adil dan berdasarkan potensi sebenar projek pembangunan tersebut.
Saya juga agak tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chandan yang mendakwa bahawa Belanjawan 2024 yang diumumkan berakhir dengan lebihan atau surplus sepatutnya dilaporkan sebagai defisit. Yang Berhormat Chandan memberi alasan kutipan hasil RM1.33 billion adalah masih kurang berbanding unjuran perbelanjaan iaitu sebanyak RM1.35 bilion. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Sepetang kerajaan negeri pada tahun 2024 telah mengunjurkan belanjawan defisit RM67.5 juta dengan anggaran hasil RM1.24 billion. Walau bagaimana pun sehingga 31 Disember 2024 Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.33 billion iaitu terdiri daripada hasil cukai RM577.7 juta, hasil bukan cukai RM527.4 juta sama nilai dengan 134.48% berbanding dengan unjuran asal dan juga terimaan bukan hasil RM227.1 juta iaitu 117.89% berbanding dengan unjuran asal. Alhamdulillah jumlah kutipan tersebut telah melebihi unjuran sebanyak RM89.7 juta bagi tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 7.22%.
Oleh itu dakwaan Yang Berhormat bahawa perbelanjaan sebenar jauh lebih rendah daripada unjuran peruntukan asal adalah tidak tepat. Belanjawan tahun 2024 mengunjurkan perbelanjaan RM856 juta bagi maksud mengurus. Prestasi sebenar perbelanjaan bagi maksud mengurus sehingga 31 Disember 2024 adalah RM847.6 juta atau lebih kurang 99.02% daripada unjuran sebenar. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan yang disediakan pada tahap maksima. Manakala belanja maksud pembangunan pula mencecah RM461.6 juta iaitu 95.56% daripada unjuran dikemaskini RM483 juta. Secara kesimpulannya surplus yang direkodkan oleh Kerajaan Negeri adalah berasaskan kepada peningkatan kutipan hasil yang berjaya dikutip sepanjang tahun 2024. Kerajaan Negeri juga sentiasa memantau prestasi perbelanjaan dan kutipan hasil bagi memastikan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri dalam keadaan terbaik dan terkawal demi memastikan kesinambungan belanjawan pada tahun-tahun seterusnya.
Yang Berhormat Tronoh mencadangkan supaya kadar bantuan wang ehsan bencana dapat dinaikkan kepada RM500 supaya setara dengan wang khairat kematian kerana kadar sedia ada adalah terlalu rendah. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan ada menyediakan bantuan wang ehsan sebanyak RM1,000.00 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. Bantuan ini terpakai bagi bencana alam utama seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan, gempa bumi dan tsunami atau lain-lain seperti yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berdasarkan kepada tafsiran kejadian bencana arahan NADMA nombor satu.
Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Tronoh agar bantuan wang ehsan bencana yang sekarang ini kita bayar pada kadar RM300.00 satu keluarga Yang Berhormat minta ditambah dinaikkan kepada RM500.00 supaya setara dengan wang khairat kematian. Cadangan ini akan melibatkan implikasi kos yang perlu dikaji oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan kita akan lihat sama ada ia dalam kemampuan kerajaan negeri. Kalau dalam kemampuan kita Insya Allah kita akan naikkan Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua…
Terima kasih pada Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua. Isu bantuan yang diberikan untuk kes-kes bencana ini. Di pihak pusat dia ada kategori-kategori tertentu. Tak semua jenis bencana. Cuma macam yang berlaku baru-baru ni di Kampung Gajah, di Sungai Manik bencana ribut. Isu ini isu yang biasalah. Bencana berlaku mereka perlukan bantuan segera sebab tabung bencana daerah atau pun negeri ni ada proses, nak buat report polis, nak ambil gambar hantar laporan tetapi mereka perlu tinggal esok. Bumbung dah tercabut. Kalau dulu dia ada agensi yang di bawah kerajaan. Contoh macam YBU dia boleh buat dulu untuk bantu. Saya rasa ianya perlu dilihat bagaimana kita nak mempercepatkan sebab mereka-mereka yang tertimpa bencana ni dia tak perlu tunggu sebulan nak tunggu dapat RM500.00 Dia perlukan segera. Kena cari mekanisme untuk memudahkan penyaluran ini kepada mangsa-mangsa bencana.
Dato' Yang di-Pertua, Astaka. Berkenaan dengan definisi bencana tu, kami perhatikan bencana seperti banjir kilat tidak termasuk dalam definisi bencana yang sedia ada tetapi apabila berlakunya banjir kilat sebenarnya barang-barang juga rosak. Kalau dua jam tiga jam ada perabot atau pun elektrikal masih perlu diganti. Oleh itu boleh tak kita cadangkan untuk masukkan banjir kilat juga. Terima kasih.
Sambung sikit YB. Yang Berhormat Slim. Saya sambung sedikit untuk bencana ini. Kalau boleh kita kaji semula sebab bantuan biasanya sekata semua RM300.00 sedangkan risiko kepada mangsa tidak sama. Kalau banjir atau pun ribut dan sebagainya mungkin masalahnya tak sama. Bantuan tu sama jadi tak praktikal lah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Saya ingin menambahlah satu cadangan berkaitan juga dengan tindakan pengurusan bencana. Saya dapati kami daripada Adun Pembangkang tidak dimasukkan di dalam Jawatankuasa Tindakan Pengurusan Bencana di setiap daerah. Jadi saya harap sebagaimana yang dimaklum Yang Amat Berhormat tadi, ya kita semua perlu bekerjasama even dalam program-program dakwah pun berkempen dalam masyarakat, semua pihak harus bekerjasama. Jadi kenapa tidak dalam Jawatankuasa Pengurusan Tindakan Bencana ni, Tindakan Pengurusan Bencana Daerah, semua Adun pembangkang dilibatkan malah katanya nak dilibatkan di masukkan dalam whatsApp group pun, kami tidak dimasukkan. Jadi saya harap selepas ini ada satu tindakan yang positif untuk mengambil kami sebagai Adun Pembangkang juga bekerjasama dalam persoalan ini. Itu saja dari saya. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Ya Alor Pongsu. Kawan-kawan ada sebut tentang bencana banjir dan sebagainya. Saya rasa saya dah puas dah tanya Exco tentang bencana di Dun Alor Pongsu. Saya hanya nak zahirkan ucapan terima kasih atas bencana kepada Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu. Sebab saya pun dah bincang dengan pihak pejabat dengan Dato' Seri dan para pegawai. Terima kasih atas respond pantas lah. Semoga selesai benda ni. Kemudian yang kedua saya nak tahu. Saya terlepas tadi. Status permohonan Sekolah KAFA Taman Serai Permai. Ada 800 pintu lebih rumah anak-anak menumpang di kaki lima masjid dan yang last sekali Dato' Seri, bila kita sebut tentang nombor ekor, judi dan sebagainya ini saya ulang balik lah dulu saya ada sebut. Kita tengok minta penghulu pantau balik Pengerusi-Pengerusi JPKK yang tak pi sembahyang Jumaat langsung, kaki main nombor ekoq. Kena check balik Dato' Seri. Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih di atas respon daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan bantuan kebajikan bencana ini. Saya akan mengambil maklum semua cadangan itu dan ia perlu diselaraskan juga di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan kerana ia melibatkan penggunaan wang awam. Kalau kita tersalah guna tak ikut pekeliling nanti audit akan tegur. Jadi pandangan semua Yang Berhormat tu saya ambil kira termasuk nak menambahkan bilangan atau pun jumlah wang yang perlu dibantu. Insya Allah kita akan mengambil kira pandangan tersebut. Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua. Ada masa sikit lagi kot.
Saya menyanjung tinggi keprihatinan beberapa wakil rakyat yang membangkitkan mengenai insiden letupan paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Selangor, baru-baru ini. Izinkan saya menjawab bersekali isu dan persoalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Bota, Changkat Jering dan juga Chenderiang. Sebelum itu, Dato' Yang di-Pertua, mewakili seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri dan kita semua yang ada di Dewan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa simpati dan keprihatinan yang mendalam terhadap penduduk di Putra Heights dan juga Kampung Sungai Baru, Puchong yang terkesan akibat bencana tersebut. Apatah lagi ia berlaku ketika umat Islam sedang dalam kehangatan meraikan sambutan Aidilfitri. Kerajaan Negeri Perak mendoakan agar semua mangsa dan keluarga yang terlibat diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian besar ini kerana itu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut, maka Kerajaan Negeri meningkatkan usaha memperkukuhkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan utiliti supaya dapat dilaksanakan secara bersepadu dan selain menambah baik proses kerja melibatkan permohonan pembangunan utiliti bawah tanah.
Kerajaan Negeri telah memberi mandat kepada Perak GIS selain peranan oleh Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) untuk membolehkan kerajaan negeri mempunyai pangkalan data utiliti yang akan menjadi sumber rujukan perancangan pembangunan pihak berkuasa yang melulus seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pihak Berkuasa Tempatan. Usaha ini bertujuan menyelaras pembangunan serta memastikan pematuhan kepada standard teknikal dalam pemasangan utiliti bawah tanah dan juga penyedia utiliti. Selanjutnya Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses pembangunan dan pemurnian garis panduan laluan kemudahan utiliti negeri Perak. Ia sebagai panduan dan rujukan utama Pihak Berkuasa Melulus, agensi penyelaras koridor utiliti dan pihak penyedia utiliti agar perancangan dan penyediaan rizab serta penempatan utiliti di negeri Perak selaras dan sistematik. Inisiatif ini diharap akan membolehkan perancangan pembangunan dilaksanakan dengan lebih teratur dan risiko kejadian bencana pada masa hadapan dapat diminimumkan.
Keprihatinan sama juga disuarakan oleh Yang Berhormat Chenderiang yang mengajukan mengenai status permohonan peruntukan oleh Majlis Daerah Tapah bagi melaksanakan kajian khusus berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat Chenderiang, Majlis Daerah Tapah telah mengemukakan surat permohonan peruntukan untuk pelantikan perunding iaitu Jurutera Tanah untuk menjalankan kajian bencana tanah runtuh di kawasan Bunga Raya kepada Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 17 Mac 2025. Kerajaan Negeri akan meneliti permohonan ini untuk tindakan selanjutnya. Saya seterusnya mahu memberi maklum balas terhadap pertanyaan…
Kota Tampan. Terima kasih YB Yang Amat Berhormat. Saya ulang balik pertanyaan berkenaan dengan isu Taman Bunga Raya ini, paip pecah. Saya sangat tertarik kerana isu ini isu saya kira perlu kita cakna. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pemaju atau kontraktor yang telah menyebabkan paip pecah di bawah tanah tu? Dan sehingga hari ni semakan di pihak kita, pemaju tersebut masih aktif dalam senarai KPKT. Jadi dia masih ada projek-projek dalam negeri kita ni sedangkan dia bersalah. Sepatutnya ditangguh atau digantung dulu dia punya lesen tersebut kerana terbukti kesilapan daripada pemaju. Yang jadi isu di bawah adalah orang menyalahkan kerajaan dan kerajaan ambil tindakan yang baik kepada isu ini. Jadi mohon pihak Kerajaan Negeri, kita amik tindakan tegas terhadap isu begini kerana pemaju macam ni tidak boleh dibiarkan kerana mereka mengulangi kesilapan yang membawa masalah yang mudarat besar kepada rakyat di negeri kita. Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua, terima kasih. Tindakan-tindakan hanya diambil setelah ada syak, ada bukti khasnya bukti yang khusus. Kita tak boleh kerana orang tuduh begitu tuduh begini kita ambil tindakan. Kita sebab itu kita perlu praktikkan jurutera perunding ini untuk melihat punca sebenar. Sehingga sekarang LAP belum dapat menemui di mana paip tersebut tertanam dan ia pun bangunan itu dibuat pun dah berpuluh tahun dahulu. Jadi, saya setuju kita mesti mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuai. Tapi untuk waktu ini kita perlu ada bukti khusus bahawa ada orang yang salah. Baru kita ambil tindakan. Insya Allah. Saya seterusnya…
Dato' Seri Kota Tampan. Cumanya berkaitan dengan kenyataan media daripada LAP, punca sebenar dia sebut di situ adalah pencerobohan daripada pemaju dan kawasan itu dibangunkan lebih kurang tahun belas-belas 2017, 2018, 2016 begitulah. Kita pun tak berapa ingat. Tapi adalah kenyataannya yang mana syarikat yang membangun atau pun pemaju tu masih menjalankan banyak kerja-kerja di kawasan itu. Jadi kalau ikutkan statement daripada LAP mengatakan puncanya adalah pencerobohan rizab LAP daripada pemaju tersebut. Jadi kita nak tanya tindakan kerajaan negeri lah kepada pemaju tersebut.
Saya jawab tadi. Tindakan akan diambil setelah terbukti ada orang yang bertanggungjawab. Tak boleh main tembak begitu. LAP pun dia bagi pandangan dia berasaskan kepada dapatan waktu itu. Tapi sampai sekarang, paip air terbenam tu tak jumpa lagi. So, tak boleh kita tiba-tiba menuduh. Saya setuju Yang Berhormat kata kita ambil tindakan. Yes. Tapi mesti berasaskan kepada bukti yang kukuh. Kalau tidak kita berlaku tidak adil kepada orang lain. Sabar ye Yang Berhormat ya. Kita bagi peluang kepada Pejabat DO yang mempengerusikan jawatankuasa itu untuk membuat kajian.
Dato' Yang di-Pertua, saya seterusnya mahu memberi maklum balas terhadap pertanyaan Yang Berhormat Astaka mengenai status sebidang tanah susulan cadangan pembangunan Pusat Latihan Udara (TLDM) di Sitiawan. Untuk makluman Yang Berhormat Astaka, tapak yang dimaksudkan adalah Lot 33262 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung berkeluasan 180 ekar. Perolehan tapak ini dibuat melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1988 bagi tujuan Lapangan Terbang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah seliaan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Tapak ini pada asalnya telah dizonkan sebagai zon pengangkutan sebelum ianya ditukar kepada zon perumahan pada tahun 2017 setelah terdapat cadangan daripada pihak TLDM untuk melaksanakan land swapping bersama pihak pemaju bagi pembangunan Muzium TLDM di Lumut dan juga projek perumahan di tapak ini. Perubahan dari zon pengangkutan kepada zon perumahan dibuat semasa Majlis Perbandaran Manjung menyediakan Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 (Penggantian). Dengan mengambilkira cadangan land swapping ini. Namun cadangan ini tidak diteruskan sehinggalah pihak Kementerian Pertahanan telah memperolehi peruntukan bagi pembangunan Pusat Latihan Udara di atas tapak ini. Sepanjang program publisiti Penggubahan Rancangan Tempatan Daerah Manjung (Penggubahan 5) dilaksanakan, sebanyak 838 maklum balas penggubahan di atas tanah ini telah diterima. Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak telah dilaksanakan bagi mendengar bantahan serta cadangan yang dikemukakan oleh mereka yang berkepentingan. Seterusnya, laporan jawatankuasa ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk makluman dan seterusnya akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri untuk penelitian dan pertimbangan supaya keputusan yang diambil adalah bertepatan dengan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Yang Berhormat Astaka juga ada menyentuh mengenai cadangan supaya proses penukaran syarat tanah dipercepatkan memandangkan proses sedia ada terlalu lama dan boleh menjejaskan usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pelaburan yang berpotensi. Untuk makluman Yang Berhormat Astaka, semua permohonan tukar syarat diproses melalui sistem e-Tanah mulai 2021. Menerusi penggunaan sistem ini, permohonan tukar syarat telah dipermudahkan dan mengambil masa yang lebih singkat berbanding permohonan secara manual. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian juga telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling bagi penambahbaikan proses kerja urusan pembangunan tanah pada tahun 2022. Antara penambahbaikan yang dijelaskan di dalam pekeliling ialah mempercepatkan urusan memproses permohonan dengan penetapan tiada keperluan laporan teknikal dan laporan tanah bagi permohonan tukar syarat jenis tanaman kepada jenis tanaman yang lain serta tiada keperluan pelan pita ukur bagi kebenaran merancang untuk dibawa ke mesyuarat OSC.
Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Astaka iaitu mengenai permohonan tukar syarat perumahan dari kos rendah kepada rumah harga terbuka. Hasil semakan mendapati tiada kes seumpama itu direkodkan di daerah Manjung. Namun demikian, terdapat satu kes yang direkodkan iaitu mengenai permohonan tukar syarat perumahan dari rumah kos rendah kepada rumah harga terbuka di Wilayah Meru Prima, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta. Dasar Perumahan Negeri 2019 dan 2022 telah menetapkan setiap pemaju dikehendaki untuk menyediakan komponen rumah PerakKu 1 iaitu rumah kos rendah, rumah PerakKu 2 iaitu rumah kos sederhana dan rumah PerakKu 3 rumah mampu milik di dalam setiap pembangunan bagi kawasan yang melebihi 20 ekar. Secara umumnya, bagi permohonan tukar syarat tanah bagi rumah kos rendah kepada rumah kos terbuka dalam konteks pembangunan perumahan yang melebihi 20 ekar adalah tidak menepati polisi yang ditetapkan.
Hasrat pelaksanaan polisi adalah bagi memastikan semua lapisan masyarakat mendapat peluang untuk memiliki rumah kediaman. Namun demikian, pihak pemaju masih lagi berpeluang untuk menempatkan semula rumah-rumah kos rendah yang telah mendapat pengecualian di tapak gantian baharu milik pemaju dengan jumlah unit yang sama. Sebarang permohonan yang bercanggah dengan polisi yang ditetapkan adalah sukar untuk dipertimbangkan dan ianya memerlukan tempoh masa sebelum keputusan yang wajar diperakukan. Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat mengenai ada permohonan tukar syarat yang mengambil masa melebihi 2 tahun adalah tidak tepat kerana permohonan yang dikemukakan adalah tidak memenuhi kehendak polisi yang berkuat kuasa.
Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Sepetang dalam sesi perbahasan juga mengajukan mengenai langkah-langkah pencegahan yang dibuat oleh kerajaan bagi menangani isu pencerobohan tanah termasuk di kawasan hutan simpan. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri mengambil pendekatan tegas di dalam menangani aktiviti pencerobohan di dalam kawasan hutan simpan. Bermula tahun 2014 hingga 2024 sebanyak 538 kesalahan hutan telah direkodkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersabit kesalahan pencerobohan hutan dan sebanyak RM6,495,924.02 kompaun dan denda telah dikutip daripada kes kesalahan hutan tersebut. Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri turut melaksanakan tindakan kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasaan. Antaranya ialah Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Polis Diraja Malaysia, Perhilitan, Jabatan Mineral dan Geosains, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain bagi sama-sama membanteras pencerobohan eksploitasi sumber asli secara haram khususnya di dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Perak. Selain itu...
Dato' Seri. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih Dato' Speaker. Lanjutan daripada sesi yang tahun lepas, saya ada menanyakan tentang projek yang berlaku di Bukit Berapit. Walaupun tanah itu tanah RAC, tapi saya tanya, Yang Berhormat jawab dalam siasatan projek yang atas bukit itu. Jadi dalam sesi ini saya nak penjelasan dari Yang Berhormat, projek apakah sebenarnya yang dilaksanakan di situ, dah hampir setahun? Sehingga hari ini masih lagi berjalan. Mengikut perjanjian dalam dengan RAC, projek itu adalah untuk tujuan pertanian dan kem motivasi. Tapi apa yang saya nampak tanda-tanda pertanian dan kem motivasi itu bukan yang sebenarnya. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat, projek apakah yang dilaksanakan di atas bukit tersebut dan yang makluman, yang masalah dia sekarang ini adalah aduan daripada penduduk setempat? Pencemaran berlaku bila hujan lebat setiap kali hujan lebat, aduan-aduan daripada pusat khidmat kami menerima aduan tentang pencemaran air termasuk sungai itu, terima kasih.
Yang Berhormat Kota Tampan, minta maaf. Berkaitan dengan pencerobohan hutan. Saya masih lagi tentang isu tadi, berkaitan dengan laporan akhbar insiden tanah runtuh di Tapah itu, yang mana LAP mendakwa bahawa tanah rezab LAP diceroboh. Itu punca dia. Jadi kita mahu pada hari ini Yang Amat Berhormat menafikan, menafikan laporan ini bahawa tanah rizab LAP itu tidak diceroboh, bukan punca itu. Mungkin dalam siasatan. Mungkin boleh buat penafian la. Dalam yang disebut puncanya adalah tanah rizab LAP diceroboh, sebab itu berlaku tanah runtuh dan juga Yang Amat Berhormat selaku Pengerusi LAP, saya tak pasti, Yang Amat Berhormat selaku Menteri Besar Negeri mungkin boleh buat penafian la supaya tidak, tuduhan yang tidak baiklah kepada Kerajaan Negeri.
Dato' Yang di-Pertua, saya tengok kita tak boleh, mana boleh MB membuat penafian yang surat khabar tulis tu dalam Dewan Negeri. Pasal ini sebutkan tadi yang dibahaskan di sini kita jawab di sini, pertama. Yang kedua, saya katakan tadi beri masa kepada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh DO. Kita dapat keseluruhan dulu, baru kita boleh buat kenyataan sebenar. Betul LAP pada pandangan dia, JPS pandangan dia berbeza pula, Jabatan Hutan berbeza pula. Dia mesti datang dan diputuskan secara bersama dalam jawatankuasa itu baru boleh diambil tindakan. Tak boleh ambil satu begitu. LAP itu tindakan dia begitu dia lapor begitu saja la. Tapi JPS lain pula. So, saya minta Yang Berhormat sabar dan jangan perangkap saya untuk mengikut telunjuk Yang Berhormat untuk jawab dalam Dewan ini.
Tidak YB. Saya nak mintak maknanya demi kebaikan Kerajaan Negeri juga sebenarnya.
Ada niat jahat, ada niat jahat.
Ok tak apa, tak apa, tak apa rileks, rileks. Siapa tadi Yang Berhormat, saya minta maaf, saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat mengenai jawapan soalan itu. Tapi waktu yang sama saya rasa DO ada di sini, mereka akan turun padang untuk melihat apa berlaku di tanah tersebut dan jika ia benar bercanggah dengan syarat atas tanah, maka DO sendiri boleh ambil tindakan yang sewajarnya.
Kalau boleh bertindak cepatlah Dato’ Seri sebab setiap kali hujan lebat ada …
Baik, baik saya rasa DO akan turun padang tengok. Tapi DO tak boleh tahan hujan tu je lah. Ok, terima kasih. Mana tadi ya, oh sini. Selain itu, dalam dalam konteks pemantauan pihak PTG, Pejabat Daerah dan Tanah dan juga Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah meningkatkan penguatkuasaan di lapangan dengan menjalankan aktiviti rondaan dan semakan transit, pemantauan udara menggunakan helikopter penderiaan jauh iaitu remote sensing melalui wallroom dan juga pesawat udara tanpa pemandu atau lebih dikenali sebagai drone secara berkala di titik-titik panas berlakunya pencerobohan tanah. Pihak Berkuasa Negeri juga memperuntukkan sejumlah RM540 ribu kepada PTG dan PDT di seluruh negeri Perak bagi melicinkan pelaksanaan tindakan operasi penguatkuasaan di negeri Perak dan pihak Kerajaan Negeri komited untuk memastikan dengan adanya inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini, tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dan ia sedikit sebanyak akan mengurangkan aktiviti pencerobohan hutan dan juga tanah di negeri Perak.
Seterusnya, saya ingin menanggapi dakwaan Yang Berhormat Kuala Sepetang bahawa wujud penjualan tanah-tanah Kerajaan Negeri antaranya kepada Tenaga Nasional Berhad TNB. Untuk makluman, Yang Berhormat TNB merupakan syarikat utiliti yang memberi perkhidmatan elektrik melalui penyediaan pencawang masuk utama talian rentis, pencawang letrik dan juga tapak hidro elektrik dalam memastikan capaian elektrik dapat disediakan bagi urusan harian semua pihak sama ada rakyat mahupun pemain industri di negara ini bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga elektrik tersebut. Jadi fasiliti-fasiliti TNB terletak di atas tanah kerajaan dan tanah milik yang telah dibuat pengambilan pengambilan oleh TNB dengan bayaran pampasan selari dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 berdasarkan prinsip persetujuan atau rundingan pihak pembeli dan penjual. Manakala kaedah pelupusan tanah kerajaan kepada TNB adalah secara pemberimilikan tanah dan bukannya melalui kaedah penjualan. Dia bukan kita bukan jual tanah. TNB sudah ada di atas tanah itu kita legalize kan supaya mereka memiliki tanah tersebut dan dia dapat bayar. Dia bayar premium kepada kita dan juga akan membayar cukai berulang.
Dato’ Yang di-Pertua sedikit lagi iaitu ada masa ke lagi, ada lagi saya nak sentuh Yang Berhormat Pantai Remis dalam sesi perbahasan membangkitkan mengenai dakwaan berlaku aktiviti perlombongan di pesisiran pantai sehingga menjejaskan nelayan khususnya di muara Sungai Batu. Untuk makluman Yang Berhormat Pantai Remis. Hasil semakan dan maklum balas dari agensi-agensi berkaitan, tiada sebarang aktiviti perlombongan bijih timah dasar laut sedang dijalankan di persisiran pantai atau di muara Sungai Batu. Jabatan Mineral dan Geosains mengesahkan bahawa tiada surat kelulusan skim pengendalian melombong yang telah dikeluarkan untuk aktiviti perlombongan di kawasan tersebut. Sebarang aktiviti perlombongan hanya boleh dijalankan setelah mendapat kelulusan daripada JMG. Walaupun terdapat permohonan yang telah diterima, ianya masih dalam peringkat penilaian di peringkat jawatankuasa JMG di ibu pejabat dan tiada sebarang kelulusan untuk beroperasi telah dikeluarkan. Pada ketika ini Yang Berhormat hanya aktiviti perlombongan pasir silika sahaja yang dijalankan oleh pemaju berdasarkan kepada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar dan juga Laporan Pengurusan Alam Sekitar bertarikh 13 Jun 2023 yang telah diberikan kepada pihak syarikat.
Lokasi aktiviti tersebut terletak sejauh 5 km daripada kawasan pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang. Sementara itu, PTG Negeri Perak memaklumkan bahawa berdasarkan penggubahan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Manjung 2030, kawasan pesisir pantai ini telah dikenal pasti sebagai kategori Kawasan Sensitif Alam Sekitar Pesisiran Pantai (KSAS) Tahap 3 terhadap ekosistem sumber marin dan tidak dibenarkan sebarang bentuk aktiviti perlombongan. Keputusan juga telah dibuat di peringkat Jawatankuasa Teknikal Geospatial Pembangunan Mineral Bilangan 1/2024 pada 7 Oktober 2024 untuk tidak mempertimbangkan sebarang permohonan perlombongan atau pembaharuan lesen di kawasan tersebut selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kepentingan alam sekitar dan juga komuniti nelayan. Jadi Yang Berhormat, jika kelihatan ada sesiapa yang melakukan perlombongan di kawasan tersebut, Yang Berhormat dengan segera dan melaporkan kepada pihak berkuasa yang berwajib supaya tindakan dapat diambil.
Yang Amat Berhormat terima kasih atas berita yang baik. Cuma yang kita juga mohon bagi pihak Kerajaan Negeri supaya kita wartakan tempat itu sebagai tempat perlindungan dan juga sebahagian daripada
Hutan Simpanan Kekal, Segari Melintang, sebahagian dia jadikan taman negeri. Jadi supaya kita boleh dapat memajukan pelancongan di situ dan juga perlindungan penyu di situ. Terima kasih.
Kita ambil kira pandangan itu Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat Buntong membangkitkan mengenai langkah yang diatur Kerajaan Negeri dalam aspek pemuliharaan marin susulan pelaksanaan Dasar Ekonomi Biru. Untuk makluman, Yang Berhormat Buntong, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan penekanan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan marin dalam merencana pembangunan negeri. Komitmen Kerajaan Negeri ini dizahirkan apabila dokumen Hala Tuju Ekonomi Biru Perak Darul Ridzuan yang dilancarkan pada 23 Februari 2025 yang lalu. Berdasarkan dokumen ini, tiga teras strategik telah digariskan bagi memandu pembangunan ekonomi biru secara mampan dan inklusif iaitu pengurusan pemuliharaan, tumpuan sektor utama serta sains, teknologi dan inovasi.
Menjawab kepada persoalan Yang Berhormat di bawah Teras Strategik Pengurusan Pemuliharaan, tiga strategi telah di bergariskan iaitu memperkasa pengurusan biodiversiti dan sumber marin memulihara dan melindungi habitat dan ekosistem dan memperkasa pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti serta alam sekitar. Strategi memperkasa pengurusan biodiversiti dan sumber marin menumpukan kepada aktiviti kajian semula pelan pengurusan polisi dan undang-undang berkaitan biodiversiti marin. Pendekatan holistik dan dinamik turut diperkenalkan bagi memastikan pengurusan sumber marin lebih lestari dan berdaya tahan terhadap cabaran semasa termasuk perubahan iklim.
Dato’ Yang Di-Pertua, Kerajaan Negeri sangat berterima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Alor Pongsu. Mana Alor Pongsu tadi tah. Mengenai perjalanan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa Yang Berhormat adalah satu-satunya wakil rakyat pembangkang yang begitu cakna dan mengambil berat mengenai pelan ini sehingga menyemak sendiri status perkembangannya melalui Dashboard Perak Sejahtera 2030. Syabas dan terima kasih Alor Pongsu. Untuk makluman Yang Berhormat Dashboard Perak Sejahtera yang telah dilancarkan pada 12 Jun 2024 menyediakan visualisasi data dan indikator status kemajuan projek-projek yang dirancang di bawah setiap agenda Pelan Perak Sejahtera 2030.
Data terkini mengenai status pelaksanaan projek yang dipaparkan membolehkan semua pihak berkepentingan memantau prestasi pencapaian sasaran utama Perak Sejahtera 2030. Dashboard ini boleh diakses melalui laman sesawang www.peraksejahtera.com. Status senarai projek di dalam Dashboard Perak Sejahtera 2030 adalah berasaskan tarikh kemaskini pada 31 Disember 2024 bagi memastikan ketepatan data sesi libat urus bersama agensi pelaksana dilaksanakan secara berkala. Merujuk kepada pernyataan Yang Berhormat Alor Pongsu setakat ini, 10 projek bersamaan dengan 16.4 % daripada 61 projek yang didaftarkan di bawah sasaran Sejahtera Ekonomi telah siap sepenuhnya. Manakala 42 projek iaitu 68.9 % berada dalam fasa pelaksanaan. Berdasarkan analisis dapatan State Leadership Retreat 2025 yang diadakan pada 13 Februari 2025. Tempoh pelaksanaan projek-projek yang disenaraikan di bawah Sejahtera Ekonomi adalah di antara 4 hingga 5 tahun baru boleh disiapkan. Jadi, Yang Berhormat terima kasih di atas kepercayaan ikut sekurang-kurangnya Yang Berhormat akan mengingatkan kami bahawa ada orang sedang memantau apa yang sedang kita buat. Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato' Yang di-Pertua…Dato' Yang di-Pertua saya juga terpanggil untuk memberi respon kepada perbahasan oleh Yang Berhormat Selingsing mengenai cadangan penubuhan Unit Tindak Balas Ekonomi. Bagi membolehkan Kerajaan Negeri menilai impak dasar luar ekonomi terhadap sektor pekerjaan dan juga pelaburan negeri. Ini barangkali berkaitan dengan apa yang telah diputuskan oleh Presiden Amerika yang baru tarif Trump. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap kegusaran rakyat berhubung ketidaktentuan perubahan dalam landskap ekonomi global yang tidak menentu dan sudah pasti memberi kesan secara langsung mahupun tidak langsung kepada ekonomi negeri dan juga kesejahteraan rakyat.
Sejajar dengan komitmen untuk memastikan kelangsungan dan kestabilan ekonomi negeri. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah strategik dengan mengaktifkan semula Majlis Tindakan Ekonomi Negeri atau singkatannya M10 Perak sebagai platform konsultasi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkepentingan. Antara fokus perbincangan M10 Perak termasuk yang pertama, memantau perkembangan ekonomi di peringkat nasional mahupun global serta menilai keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di peringkat negeri menerusi mekanisme pengumpulan data dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah penyesuaian dasar ekonomi negeri. Dan yang kedua, menyediakan platform untuk rundingan bersama sektor swasta, badan bukan kerajaan, masyarakat sivil serta pihak-pihak berkepentingan lain untuk merangka serta melaksanakan dasar dan strategi ekonomi negeri yang lebih inklusif dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat. Seterusnya hasil perbincangan di platform M10 Perak ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk dipertimbangkan dan diputuskan sebagai punca kuasa atau mandat untuk dilaksanakan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, akhirnya saya beralih kepada perkara yang telah dibangkit…
Saya minta celahan sikit sebab sebelum ditutup penggulungan. Saya nak balik kepada penjelasan berkaitan dengan sijil pendaftaran surau yang telah saya bangkitkan. Jawapan yang Yang Berhormat bagi tadi seolah-olah pihak MAIPk mengatakan bahawa tidak ada permohonan daripada jawatankuasa surau. Setelah semakan saya buat sememangnya lah MAIPk ni hanya memberi ulasan ataupun sokongan. Sebenarnya masalah yang yang pihak surau yang menghadapi masalah permohonan ke JAIPk, Jabatan Agama Islam jadi sebab kebanyakan surau ni memohon sekitar tahun 2017 dan ada yang tahun 2019. Jadi saya khuatir jugak bila jawapannya tidak ada permohonan sebagaimana yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi sebenarnya permohonan mereka buat melalui JAIPk bukan MAIPk. Terima kasih.
Kita ambil maklumlah di atas apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Dato' Yang di-Pertua, akhir sekali ialah saya suka memberi respon kepada perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan pelantikan 26 orang pegawai khas Menteri Besar. Ada yang bersifat sinikal, ada yang melempiaskan kemarahan, ada pula yang bersikap sedikit prejudis malah ada yang melabel saya sebagai Menteri Besar yang berat sebelah dan tak perform. Ada pula yang menggambarkan saya mahu menginaya sahabat-sahabat saya wakil rakyat pembangkang.
Yang Berhormat Changkat Jong dalam perbahasan yang penuh emosi bertanya dari manakah sumber kewangan untuk membiayai elaun pegawai khas yang berjumlah RM10 ribu sebulan. Yang Berhormat Manjoi kemudiannya tampil membuat kira-kira elaun RM10 ribu sebulan didarab dengan 26 pegawai darab dengan 12 bulan lalu datang dengan kesimpulan seolah-olah RM3.1 juta wang rakyat dibazirkan untuk membiayai elaun pegawai khas. Yang Berhormat, Kalau duit itu digunakan untuk berfoya-foya yes membazir. Tapi kalau wang elaun itu digunakan untuk dia bekerja sebagai wakil Menteri Besar dia tidak membazir. Yang Berhormat Chandan pula dengan nada sinis mengatakan saya sebagai Menteri Besar yang paling ramai pegawai khas. Yang nak menyedapkan pula intipati perbahasan Yang Berhormat Chandan juga bertanya adakah Pegawai Daerah, Ketua Kampung dan Penghulu tidak pandai buat kerja sehingga MB perlu lantik pegawai khas tetapi pada waktu yang sama saya ada sedikit kekeliruan minta maaf. Di dalam Dewan ini Yang Berhormat rata-rata mempertikaikan pelantikan 26 orang pegawai khas tetapi di luar sana di Ayer Kuning penceramah-penceramah daripada Perikatan Nasional menawarkan kepada pengundi Ayer Kuning, kalau pengundi Ayer Kuning memilih pembangkang sebagai wakil rakyat maka akan dapat seorang lagi Pegawai Khas. Eh boleh pulak.
Setuju la tu.
YB ENCIK STEVEN TIW TEE SIANG (TRONOH); Hipokrit terbesar.
Yang mana ni. Tapi saya nak bagi terus terang la, tak apalah itu politik. Tapi saya dah berjalan semua 20 PDM itu semua mereka hendakkan wakil rakyat kerajaan Insya Allah. 26 hari bulan nanti mereka akan mengundi calon daripada Barisan Nasional.
Yang Berhormat Kota Tampan boleh Manjoi mencelah.
Sila.
Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Kota Tampan. Agak menarik bahasan ini dan kita boleh bahas dengan dengan penuh ilmiah dan juga dengan baik supaya semua Ahli Dewan boleh memahami dengan jelas. Isu dibangkit ialah isu bagaimanakah dengan implikasi kewangan Kerajaan Negeri? Sebab seingat saya dan seluruh Ahli Dewan. Isu berkenaan peruntukkan yang hendak diberikan kepada Pegawai Khas MB ini tidak dibentangkan dalam belanjawan tahun ini. Kita tidak tahu, lalu timbullah persoalan di bawah daripada mana peruntukan tersebut. Sebab kita tidak tahu. Kalau beritahu dalam belanjawan kita clear ok. Peruntukan Pegawai Khas MB sekian jumlah. Bila kami timbulkan ita ada hak untuk timbulkan kerana apa kerana ia melibatkan kepentingan negeri. Ia bukan duit peribadi kita untuk kita bayar kepada Pegawai Khas tersebut. Ini duit rakyat dan duit Kerajaan Negeri.
Point saya jika boleh Yang Berhormat Kota Tampan jelaskan di sini berapakah jumlah sebenar elaun ataupun kewangan yang diberikan kepada Pegawai Khas MB ini di setiap Dun ini. Supaya kita maklum. Tidaklah nanti dikatakan kami menimbulkan fitnah. Orang tanya berapa Pegawai Khas MB di Dun sekian sekian kita nak jawab pun tak tahu. Kita dengar jauh ada orang bagitahu kata RM5 ribu ada kata RM10 ribu jadi hari ini kita muktamadkan. MB boleh jelaskan di sini berapa jumlah elaun tersebut dan kita boleh buat kira-kira berapa duit negeri yang digunakan untuk Pegawai Khas Menteri Besar yg paling banyak di negara kita ini? Terima kasih Yang Berhormat Kota Tampan.
Ok, Yang Berhormat Manjoi. Saya nak baca teks senang sikit sat gi panjang. Ok, tidak cukup dengan membahaskannya di sidang Dewan ini, isu pelantikan Pegawai Khas MB ini didendangkan jauh sehingga ke pentas-pentas ceramah di PRK Ayer Kuning. Paling menarik mendengar ceramah oleh Pengerusi Perikatan Nasional Perak yang juga mantan Menteri Besar mantan Adun Chenderiang di mana beliau pun tak ketinggalan meluahkan kemarahan berhubung pelantikan pegawai khas Menteri Besar. Saya dituduh gila kuasa. Saya dituduh menyalahgunakan kuasa untuk membunuh karier politik pembangkang tetapi mungkin Pengerusi Perikatan Nasional tersebut yang baru sahaja menulis surat kepada Dato' Speaker untuk tukar kedudukan dan melantik ketua pembangkang yang belum lagi dilantik Dato' Speaker. Pengerusi Pakatan Nasional dah buat surat dah hantar. Pengerusi Perikatan Nasional ni berucap dia lupa. Saya ada bukti semasa beliau menjadi Menteri Besar pada tahun 2018, dia telah melantik penyelaras-penyelaras Dun di semua kawasan pilihan raya yang tidak dimenangi oleh parti kerajaan pada waktu itu.
Jadi saya pun tak boleh berbohong sebab kalau berbohong nanti ada Yang Berhormat akan usulkan saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dato' Yang di-Pertua, saya nak rujuk kepada keputusan MMK Bilangan 1943 maaf MMK. MMK pada tahun 2018 iaitu MMK Bilangan 1943 pada 27/6, 27 Jun 2018 telah memutuskan. Sorry. Minta maaf saya pulak keliru. Haa ok. 2018. Cadangan pelantikan penyelaras Dun bagi kawasan yang dimenangi oleh pihak pembangkang negeri Perak. 2018. Mesyuarat mengambil maklum permohonan cadangan di atas dan memutuskan seperti berikut. Pertama, bersetuju melantik Penyelaras Dun melalui lantikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada calon kerajaan yang tidak memenangi kerusi Dun Negeri Perak. 2018. Ni orang yang berucap di Ayer |Kuning berdegar-degar mempertikaikan MB sekarang melantik 26 orang pegawai khas. Dia dah buat benda yang sama 2018. Dato' Yang di-Pertua.
Dato' Sri Kota Tampan minta izin. Saya sangat tertarik sebab satu jiwa besar Kota Tampan memberikan ruang kepada saya untuk untuk untuk orang kata berhujah sedikit ketika 2018 ialah ialah kita...kita… kita bincang tentang kerajaan sekarang dan bagi kita ialah benda yang baik kita teruskan kalau benda yang tak baik kenapa kita nak teruskan? Dan itu point pertama. Tidak boleh berhujah benda-benda yang kita rasa tak setuju dulu dan tak betul kita buat sekarang. Ketika itu MB ketika itu bersama dengan rakan-rakan di sebelah sana yang menjadi DAP di sini dan zaman DAP dalam kerajaan perkara tu jadi macam disebut oleh MB hari ni dan zaman hari ini Yang Amat Berhormat dalam kerajaan hari ini bersama dengan DAP mengulangi semula perkara yang pernah berlaku dulu. Itu tidak patut berlaku. Keadilan kepada semua. Di zaman Yang Berhormat Kota Tampan bersama dengan…
Yang Berhormat…
Bagi ruang saya cakap dulu. Tronoh. Tronoh jangan ganggu.
Tronoh. Tronoh. Nak bagi sedikit penjelasan. Boleh?
Tronoh. Tronoh tolong rileks dulu.
Tolong Manjoi, kerana dengan ini saya nak bagi tahu bahawa Tronoh
Tronoh, duduk lah dulu.
bahawa Yang Berhormat
Yang Amat Berhormat tak ganggu saya pun. Tronoh
Saya nak nk bagi sedikit penjelasan
sabar dulu bagi saya jalan lepas ni awak pula
saya nak bagi sedikit penjelasan saya wakil daripada DAP di sini…
Mohon Yang Amat Berhormat
Saya wakil daripada DAP disini nak bagi
DAP jangan DAP jangan takut bila saya sentuh ni DAP, DAP kenapa terusik sabar dulu. Bagi ruang.
Memang. Saya daripada parti DAP saya mengaku saya berani mengaku saya berani mengaku ketika zaman DAP? Saya mengaku saya berani.
YB ENCIK MOHD HAFEZ BIN SABRI (MANJOI) Yang Amat Berhormat Kota Tampan…
Saya berani mengaku…
Zaman DAP zaman DAP benda ni berlaku zaman DAP lah.
Apa apa masalah dia?
YB ENCIK MOHD HAFEZ BIN SABRI (MANJOI) Bagi lah saya berhujah. Saya berhujah belum habis lagi.
Saya tengok Manjoi cakap penuh tertib baik.
Ketika Yang Berhormat Kota Tampan…
Cukup…cukup, duduk tak payah.
Ketika isu tu…
Kalau dulu baik sekarang dia ulang…
Kenapa ulang benda yang tak baik?
Ok ini floor ini floor Menteri Besar bagi Menteri Besar sambung. Ok duduk. Yang lain duduk. Bagi Menteri Besar sambung
Jangan ulangi kesilapan DAP. Nanti…
Yang Berhormat, Yang Berhormat
Disebabkan mantan Chenderiang merupakan pembelot kepada PH, yang itulah kita terpaksa singkirkan beliau.
Ok…ok…ok.
Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh tanya soalan ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan Kelantan.
Hipokrit. Hipokrit PAS.
Boleh? Sebab itu dalam Dewan ini saya pernah tanya kita nak ikut model mana. Model Kedah? Model Selangor? Kelantan? Terengganu? Kita putuskan ikut model Perak. Inilah model Perak. Saya tak lantik. Saya tak lantik penyelaras Dun. Saya lantik pegawai khas Menteri Besar. Ini model Perak. Ya awak boleh tanya…tanya Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan Kelantan. Adakah depa melantik penyelaras Dun atau pun tidak?
Kota Tampan. Terima kasih Kota Tampan. Cuma persoalan Kota Tampan tadi tanya nak ikut model mana. Cuma saya nak bagi pandangan. Semasa zaman Datuk Seri Peja pernah menjadi Menteri Besar, dia bersama dengan Exco yang lain DAP. Begitu juga sekarang ini, Yang Amat Berhormat menjadi Menteri Besar bersama dengan Exco DAP dan lain-lain. Saya nak cadangkan supaya Yang Amat Berhormat mengikut model zaman Dato' Seri menjadi Menteri Besar. Waktu tu ada Exco PAS dalam tu iaitu peruntukan sama rata kepada semua pembangkang, DAP pun terima dan tidak ada penyelaras. Ni saya bagi pandangan ni tadi tadi Yang Berhormat…
Masa tu ada CSA. Sign CSA sekarang. sekarang kalau nak sign CSA. confidence supply…
Kota tampan jangan ikut DAP.
Terima kasih pandangan itu.
Kalau nak sain CSA sokong kita punya Menteri Besar. Kalau nak…
Jangan ikut DAP, DAP teruk…
Berani tak berani sign MOU jangan cakaplah.
DAP koyak.
Yang Berhormat….
Tak berani.
PN koyak.
Menteri Besarnya Cikgu Saarani. Kita ikut Cikgu Saarani.
Datang berunding. Sign MOU, tak berani.
Duduk…duduk. Jangan melenting.
Buntong, you Tarik balik you punya facebook. Tarik balik. Bangun…bangun tarik balik.
Ok, sila Yang Amat Berhormat Menteri Besar lain semua duduk. Tak sudah cukup-cukup.
Baik. Perkara yang saya faham saya Yang Berhormat semua orang politik saya pun paham. Tapi cuma nak bagi tahu soalan Manjoi tadi berapa duit elaun? Mereka hanya dibayar RM10,000 sebulan. All in. Itulah duit dia nak gaji dia. Dia nak bayar gaji pemandunya kalau ada keraninya jika ada nak sewa pejabat, nak sedekah, duit kenduri RM10 ribu saja. Yang Berhormat tak perlu bimbang Yang Berhormat semua dapat duit. Pertama, elaun masing-masing RM11 ribu. Siapa nak nafikan? Haa nafikan plus elaun pemandu plus elaun keraian all in RM14,500.00 Yang Berhormat dibayar RM10 ribu lagi tambahan sebagai elaun pengurusan pusat khidmat. Yang Berhormat ada dapat lebih daripada RM10 ribu. Yang Berhormat takut kepada dia. Come on man come on.
Yang Amat Berhormat be a man. be a man.
Yang Berhormat, kita persoalkan tadi Pegawai Khas Menteri Besar, bukan persoalkan elaun dan gaji wakil rakyat.
Mana ada. Tanya Manjoi.
Pembaziran. Pembaziran wang yang sebenarnya.
Jangan nak tukar topik dah tukar kerusi nak tukar topik pulak tu sebab kantoi.
Kita bincang wang rakyat ni.
Wang rakyat Dato’ Seri.
Betul la.
Kita kita nak umum macam tu? Kita bincang bagi molek sikit.
Ok Yang Berhormat Manjoi
Ni duit rakyat RM3juta lebih.
RM3 juta…RM100 ribu. Yang Berhormat pertikai yang itu wang itu datang daripada wang Kerajaan Negeri di bawah peruntukan Menteri Besar.
Maksudnya banyak jumlah tersebut. Yang Berhormat Menteri Besar banyak duit…duit rakyat boleh digunakan untuk yang lain.
Boleh. Boleh saya bagitau Yang Berhormat. Nak dibandingkan dengan peruntukan yang telah saya diluluskan setakat ini RM43juta kepada pembangunan Kerajaan Negeri bagi kepada orang ramai rakyat di bawah berbanding dengan RM3.1 juta setahun. Saya dah lulus RM43 juta. Boleh saya baca ni saya nak baca supaya Yang Berhormat semua faham ni kena bagi tau kepada seluruh dunia apa Yang Berhormat dapat. Semua dengar eh? Ni bagi Kenering, Yang Berhormat Kenering peruntukan yang telah turun sebanyak RM1,626,825.00. Separuh daripada peruntukan untuk Pegawai Khas Menteri Besar, tu baru Kenering. Baru Kenering sehingga 31 Mac 2025. Ni Selama, RM450,000.00, Kubu Gajah RM228,000.00, Batu Kurau, mana Batu Kurau RM517,500.00, Kuala Sepetang RM782,270.00, Changkat Jering RM409,750.00, Trong RM250,000.00. Ini baru sampai 31 Mac, nak dibanding dengan RM3 juta.
MB mantap MB.
Yang saya hantar kepada pegawai khas kerajaan…
Adil dan saksama.
Pegawai Khas Menteri Besar ni ditugaskan…
Alor Pongsu, Alor Pongsu berapa Dato’ Seri?
Nak Kubu Gajah pulak, Kubu Gajah tunggu.
Saya nak tanya YB, Yang Berhormat. Peruntukan-peruntukan Yang Amat Berhormat sebut tadi sapa jadi kerajaan sapa jadi Menteri Besar pun boleh, tiada masalah. Akan umum projek untuk negeri Perak. Cumanya yang dipertikaikan tadi adalah untuk Pegawai Khas. Walaupun macam saya sebut dalam perbahasan Yang Amat Berhormat akan bagi contoh kepada negeri Kedah dan negeri Kelantan, negeri KPKT kata Pasir Bedamar kan. Tak apalah, Yang Amat Berhormat nak guna negeri Perak punya idea. Takpalah nak guna ni pun. Cumanya kita nak kesamarataan walaupun bukanlah nama keadilan. Sapa jadi Menteri Besar pun peruntukan untuk semua Dun ataupun semua rakyat negeri Perak dia bagi. Cuma apa yang dipertikaikan oleh yang di sini apa yang disebut tulah.
MB bagi MB bukan menyalur melalui pembangkang sahaja.
Astaka, biar MB jawablah Astaka.
Dato’ Yang di-Pertua, ni my floor. Yang Berhormat Kubu Gajah.
Apa pun terima kasih kepada YAB Menteri Besar bagi peruntukan pada masjid.
Yang Berhomat…Kubu Gajah, Yang Berhormat Kubu Gajah, adil ni bukan sama rata.
Itu yang saya sebut. Kalau tak...
Adil ni bukan sama rata. Sesama Exco ni ada 10 Exco bukan dapat peruntukan yang sama ni tau.
Betullah tu. Betullah.
Sebab nak sama rata ni tak boleh sebab saya bagi Kubu Gajah lebih banyak daripada orang lain.
Terima kasih, terima kasih YB. Terima kasih.
Saya bagi pada Canning lebih banyak daripada orang lain. Yang Berhormat hanya sebut adil kalau bagi kepada Yang Berhormat, oh no.
Kita tak pertikai pun yang tu nak bagi banyak mana pun tak ada masalah, bagi.
Terimalah lantikan 26 orang nama tu tak payah pening-pening.
Dengarlah Kubu Gajah, dengar.
Astaka nak jadi MB ke?
Ok, ok yang lain duduk.
Dato’ Yang di-Pertua…
Bagi YAB Menteri Besar cakap. Kalau semua cakap sapa dengar.
Saya faham. Jangan, jangan memang saya faham. Cuma saya nak sebut, janganlah kerana peruntukan RM10 ribu sebulan itu, Yang Berhormat rasa gusar dan gelabah. Saya tahu Yang Berhormat daripada Kamunting, tanya adakah ini calon-calon pilihan raya akan datang. Saya panggil taklimat mereka. Saya bagitau terus terang. Tuan-tuan semua adalah Pegawai Khas Menteri Besar dinilai setiap tahun. Jika tuan-tuan well behave, nama baik Menteri Besar dan nama masing-masing. Tapi kalau you buat perkara silap keburukkannya datang ke Menteri Besar. That's why saya bagi tau mereka perform well.
Yang kedua Yang Amat Berhormat Dato’ Seri…
Biar habis dulu, duduk dulu. Perform well supaya bila dia perform, bagus, berlaku ribut taufan dia turun berlaku banjir dia turun, dia bantu rakyat sana sini saya kata ia tidak ada jaminan mereka menjadi calon kecuali jika tuan-tuan dan puan-puan perform well likeable winnable yes you are the one. Kenapa tuan-tuan takut. Duduk…duduk…duduk. Tuan-tuan tak perlu bimbang…
Nak confirm kat MB mana betul la ni bakal-bakal calonlah.
Yes, kalau dia perform well.
Ini kuota partilah kiranya 18...
Sapa kata kuota parti, saya kata jika mereka perform well, maka tidak mustahil mereka dipilih sebab depa disuka oleh rakyat.
Betullah tu maknanya tu tapak calon.
Apa yang ditakuti tak perlu takut saya ni Yang Berhormat semua ni pejuang. Pejuang tidak takut kepada cabaran. No.
Dato’ Seri, Dato’ Seri saya komen sikit. atas diri sayalah, saya tak berapa gemar perkataan takut tu. Kami ni pejuang jugak. Kami tak pernah takut. Saya lebih bimbang saya sebut Dato’ Seri, saya rasa saya sebut banyak kali dah tentang wajah dan imej Dato’ Seri dibawa oleh orang-orang sebut. Saya bimbang yang itu. Macam tadi saya sebut, ketua kampung dilantik oleh Kerajaan Negeri. Ketua kampung langsung tak sembahyang Jumaat. Ketua kampung suka main judi video tu. Pegawai Khas MB buat pertandingan snuker di pusat snuker haram. Kemudian ada majlis-majlis yang tak sepatut orang Islam hadir, dia bubuh gambar MB kat situ. Saya tak berapa gemar yang tu lah. Saya, saya respect MB.
Terima kasih sebab tu saya terima kasih sebab saya kata kat dia orang kita nilai dia pada setiap hujung tahun. Kalau dia bagus, baik kita sambung dia tahun depan. Kalau tak bagus, kita cari orang lain ganti. YB jangan bimbang, jangan bimbang, jangan takut kepada bayang-bayang. Dia hanya dengan RM10 ribu dia boleh perfom? Tulah duit minyak kereta, itulah duit dia nak bagi duit kenduri orang, itulah duit untuk dia bayar kerana, itulah duit untuk dia bayar bil telefon. RM10 ribu tu saja. YB ada RM14,500.00 dalam tangan, tambah dengan RM10 ribu pusat khidmat, takkan takut kepada Pegawai Khas MB.
Takut lagi.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Ok. Sudah, sudah.
Sikit saja Yang Behormat..
Gempo, saya punya pegangan orang politik macam YB ni, you are pejuang, warrior. Selagi ada cabaran, tunjukkan lah. Kalau Pegawai Khas perform bagus, perform lah lagi bagus. Apa salahnya.
Sikit ya...sikit ya. Kami dapat surat daripada kerajaan, berkenaan dengan projek-projek yang dengan peruntukan yang dibagilah. Adakah pengesahan dalam ni adakah perlu kita rujuk dengan Pegawai Khas MB dulu untuk tandatangan baru kita hantar kepada pihak kerajaan ataupun sekadar daripada pusat khidmat?
Tambahan YAB MB, tambahan. Untuk apa Pegawai Khas ni, dia ada satu kaedah, (Tahsilul Hasil), mengadakan benda yang dah ada. So, kami nak sebut letakkan satu bidang tugas yang khusus. Jadi kalaulah kita sebagai Adun Pembangkang bawa satu isu, so, dia tak perlu bangkitkan isu itu semula. Jadi tak cantik lah. Jadi kalaulah benda tu diberikan bidang tugasnya selesai.
Terima kasihla. Semua hujah tu saya faham belaka. Menarik tu mengadakan benda yang tiada. Saya tambah RM3,000.00 sebulan tu benda yg tiada kepada ada. Nak tarik balik hah. Sebelum ini, sebelum ini
Mengadakan benda yang dah ada. Buat apa. Menghasilkan benda yang dah ada. Jadi, kena asingkan bidang tugas.
Sebelum ini, Yang Berhormat dapat RM7,000.00. RM3,000.00 belum ada saya bagi. Jadi ada nak tarik balik ka? Boleh. Nak tarik balik?
Silakan, tiada masalah.
Dengar DAP setuju untuk tarik tadi. So, DAP banyak pengaruh MB ni.
Silakan tarik untuk Slim.
Saya nak cadang tambah.
Yang ni cadang tambah. Ni apa sesama pembangkang tak sama ni.
MB tak apa, kami setuju bagi tu.
Pecahlah, pecahlah Perikatan Nasional ni.
Sudah…sudah…sudah.
Ok, ok, Ok semua duduklah.
MB minum ayor dulu MB.
Dia memanglah kalau 59 Ahli Dewan ni nak tanya ada pandangan berbeza-beza. Kejap, kejap, jap, saya rasa bagi Menteri Besar cakap. Kalau semua cakap pada waktu yang sama, Kamunting sekejap. Kubu Gajah duduk...duduk…duduk.
Saya faham YB, saya jadi Adun tahun 1999. Elaun Adun ni RM4,000.00 je. Hidup sampai sekarang.
Masa tu kerajaan.
RM4,000.00 je.
Kerajaan.
Tak ada pusat khidmat pun. Tak ada peruntukan pusat khidmat pun nak hidup sampai sekarang.
90 tahun UMNO memerintah.
Kerja lebih kuat.
Insya Allah.
Tak YB, soalan saya tadi. Soalan saya tadi YB.
Dah. Dato’ Yang Di-Pertua, saya faham persidangan ini diadakan di tengah-tengah kehangatan Pilihan Raya Ayer kuning. Saya faham Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana pun orang politik macam saya. Saya juga orang politik. Tetapi apa jua hujah kita, apa jua naratif yang hendak kita bina apa jua tajuk perdebatan yang hendak kita bawa, biarlah bersandarkan niat untuk kita menyatukan kebaikan, bukan perpecahan mahupun permusuhan. Dalam hubungan ini, saya mengajak kita semua untuk mendalami sebaik-baiknya, baik-baik, titah Paduka Seri Tuanku yang menyeru kepada penyuburan siasah yang membawa kebaikan. Apa jua haluan politik yang kita pilih, baik dari blok Kerajaan mahupun blok Pembangkang mestilah berpaksikan nilai kemanusiaan, keikhlasan dan membawa kepada kukuhnya ikatan perpaduan masyarakat. Marilah kita tegakkan politik yang menyemai perpaduan bukan politik yang menyalakan api permusuhan. Pilihlah naratif politik yang meraih kepercayaan dan kejujuran, bukan politik yang mencari keuntungan dalam kebencian. Inilah politik yang memuliakan maruah bangsa, inilah politik yang memperteguh negara, inilah politik yang memelihara kesejahteraan.
Sebelum mengakhiri penggulungan, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan di-Pertua kerana berjaya mengendalikan perjalanan Persidangan Dewan dengan begitu baik. Penghargaan dan terima kasih kepada semua ketua jabatan negeri dan persekutuan dan semua pihak yang bekerjasama memberikan sebaik-baik pencerahan kepada segala isu yang dibangkitkan sepanjang persidangan. Dato' Yang di-Pertua, demikianlah ucapan penggulungan saya. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wa'alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menamatkan penggulungannya sebentar tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi Menyembah Ucapan Tahniah serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. “Ampun Tuanku Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Dhli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan telah disokong, dibahas dan digulung. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Menteri Besar?
Yang Amat Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengusulkan supaya dewan ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Ada sokongan?
Lintang menyokong
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.