Perak · 9 September 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 149 turns · 33,594 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Pertama, Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 9 September 2025 jam 9.08 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya. Sebelum saya meneruskan ucapan ingin saya bagi pihak Dewan Negeri mohon maaf pada Ahli-ahli Yang Berhormat dan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua atas kesilapan teknikal salah teknikal pada hari ini. Semalam kita check dah ok dah kan kita ada buat rehearsal sikit. Tapi yelah hal dunia ni macam tulah kadang-kadang kita dah check sampai hujungnya sebelum mesyuarat tengok ada juga kesilapan teknikal yang sedemikian.

Oleh yang demikian, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman. Perkara yang pertama sebelum kita memulakan urusan mesyuarat ingin saya memberi maklum bahawa berdasarkan Perintah Tetap 8(3) Yang Berhormat Ayer Kuning telah pun mengangkat sumpah di hadapan saya dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Timbalan Speaker dari kawasan Canning dan Setiausaha Dewan pada 31 Julai 2025.

Perkara yang kedua, aturan urusan mesyuarat dan soalan-soalan lisan bolehlah dimuat turun dengan mengimbas kod QR yang ada di atas meja masing-masing. Selain itu, Ahli Yang Berhormat dan Ketua Jabatan juga dikehendaki untuk mendaftar kehadiran dengan menggunakan kod QR yang sama.

Perkara yang ketiga berkenaan dengan sesi soalan lisan. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam 30 minit dan 90 minit lah. Maknanya lebih daripada kebiasaannya. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama yang akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal dan seperti kelazimannya dalam sidang-sidang Dewan yang lepas ada kadang-kadang soalan itu merupakan soalan-soalan yang popular atau pun orang kata dia punya, dengan izin season, dia punya yang memang seasonal yang memang yang menjadi kepentingan kepada masyarakat dan juga negeri tertakluk kepada keputusan Speaker, kita boleh benarkan lebih daripada soalan dua dua soalan tambahan.

Perkara yang keempat, berkenaan pas persidangan. Pas ini hendaklah sentiasa dipakai oleh semua yang terlibat semasa persidangan berlangsung. Pihak keselamatan akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan perjalanan persidangan Dewan Negeri berjalan lancar.

Perkara yang kelima, berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuatturun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan, sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada handsard tersebut, pada hansard tersebut ya.

Dewan Negeri juga ingin mengalu alukan 25 orang Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekreteriat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej FELCRA yang turut hadir sebagai pemerhati pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin memaklumkan pada iaitu pada pagi ini, saya telah menerima satu usul daripada Yang Berhormat daripada Sungai Manik dengan izin Chief Wip kepada pihak Perikatan Nasional iaitu satu usul untuk merunding satu urusan awam melibatkan penggantungan Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol di bawah Peraturan Mesyuarat 17(1)(b) dan juga dibaca bersama dengan Standing Order 21(1)(2) dan juga Standing Order 76 (1) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan serta dibaca bersama Perkara 29 dan 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya selain daripada usul yang saya terima itu, saya juga telah mendapat tempat untuk mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat daripada Sungai Manik dan saya juga ingin maklumkan pada isi Dewan yang saya mengambil serius bagi pihak Dewan akan perkara ini dan beri saya sedikit masa untuk meneliti perkara tersebut dan Insha Allah saya akan maklumkan keputusan saya dalam mesyuarat ini juga kemudian nanti. Terima kasih. Setiausaha Dewan.

Membentangkan membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

Setiausaha

Perkara yang ketiga, membentangkan membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari bilangan 06/2025 hingga 20 25/2025 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 27hb Ogos 2025.

Bil. 6/2025 - Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 7/2025 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 8/2025 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Taiping Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 9/2025 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Manjung Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 10/2025 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Teluk Intan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 11/2025 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 12/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Batu Gajah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 13/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kerian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 14/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kampar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 15/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanjong Malim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 16/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Perak Tengah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 17/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Gerik Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 18/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tapah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 19/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Lenggong Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 20/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 21/2025 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Selama Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 22/2025 - Penyata Kewangan Yayasan Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 23/2025 - Penyata Kewangan Lembaga Air Perak dan Kumpulan Tahun 2023

Bil. 24/2025 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Tahun 2025

Bil. 25/2025 - Penyata Jawatankuasa Kebajikan Ahli Tahun 2025

Terima kasih.

Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian, disebabkan oleh masalah teknikal yang kita hadapi ini, saya dengan ini menempohkan Dewan persidangan dewan selama satu jam dan Dewan akan bersidang semula pada pukul 10.30 pagi pada hari ini. Terima kasih.

[PERSIDANGAN DEWAN DITEMPOHKAN SEKETIKA]

___________________________________________________________________ (Sidang Dewan bermula 10.50 pagi)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Dewan bersidang semula.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang keempat, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam 30 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal kecuali sepertimana kalau dibenarkan oleh Speaker. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan nombor soalan.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Dato’ Yang di-Pertua, Dari Tasik Banding ke Pengkalan Hulu, Dari Ayer Kuning, soalan nombor 1.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri Besar, orang baru ni.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani & Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ayer Kuning bertanyakan soalan berkaitan dengan pemulihan tanah terbiar.

Tanah terbiar didefinisikan sebagai tanah milik iaitu tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minimum 0.4 hektar ke atas yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Pembangunan pemulihan tanah terbiar dilihat satu usaha baik ke arah mengoptimumkan penggunaan tanah ke arah menjamin, ketejaminan makanan negara. Bagi tempoh 2022 hingga 2025, seluas 12 hektar atau 29.7 ekar tanah terbiar telah dibangunkan semula sebagai kawasan penanaman padi di Kampung Bukit Sapi, Lenggong dengan penyediaan bantuan dari jabatan dan agensi yang berkaitan. Antara insentif pembangunan yang diterima adalah perataan sawah, pengapuran, pembinaan batas baru dan baik pulih batas. Naiktaraf parit buang dan peralatan serta jentera kecil yang berkaitan.

Melalui Rancangan Struktur Negeri Perak 2040, RSN Perak, Kerajaan Negeri telah menggariskan beberapa tindakan serta perancangan untuk memajukan tanah terbiar. Antaranya pertama ialah strategi pelaksanaan 8.1 atau ringkasnya HP 8.1 menekankan pemerkasaan sektor agro makanan melalui beberapa inisiatif utama seperti berikut, iaitu inisiatif 8.1.1 memastikan kawasan agro makanan strategik dikekalkan sebagai zon pertanian merangkumi jelapang padi di Kerian, Sungai Manik dan Seberang Perak seluas 35,112 hektar. Yang kedua, enam lokasi Zon Tanaman Makanan Sokongan iaitu kawasan TKPM seluas 691.26 hektar. Yang ketiga, ialah 96 padang ragut ternakan sedia ada seluas 13,477 ekar. Keempat kluster akuakultur di Tasik Temengor dan Sungai Perak serta 29 lokasi Zon Industri Akuakultur (ZIA) berkeluasan 19,372 hektar. Inisiatif 8.1.3 memberi tumpuan kepada pemulihan tanah pertanian yang terbiar secara berperingkat melalui aktiviti pertanian, ternakan dan akuakultur secara komersial dan integrasi untuk memaksimumkan hasil pengeluaran. Inisiatif 8.1.11 menekankan peningkatan tahap infrastruktur dan penggunaan teknologi tinggi untuk menambah hasil serta kualiti pengeluaran agro makanan. Inisiatif 8.1.12 memperkukuhkan peranan Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri Perak atau Perak SADC dalam merancang, mengurus dan mengusahakan sektor agro makanan negeri Perak. Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan penglibatan usahawan terutamanya di dewan, di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning untuk bersama-sama menceburi bidang keusahawanan pertanian melalui penglibatan pelbagai program dan kursus yang disediakan oleh jabatan dan agensi bagi membantu melonjakkan prestasi usahawan untuk lebih berdaya saing.

Untuk makluman, Yang Berhormat Ayer Kuning dalam rekod sedia ada di Jabatan Pertanian belum ada usahawan kecil di kawasan Dun Ayer Kuning yang memohon di bawah program tanah terbiar ini. Mudah-mudahan Yang Berhormat akan dapat mempromosikan peluang ini kepada pengundi-pengundi di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ayer Kuning.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas penjelasan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya, adakah perancangan pemulihan tanah terbiar pertanian ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh agensi kerajaan atau kerajaan bercadang untuk turut melibatkan penduduk setempat bagi merancakkan aktiviti ekonomi tempatan? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima Kasih YB Ayer Kuning. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita memang mempunyai beberapa agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk membangunkan tanah tanah terbiar. Contohnya seperti FELCRA, SADC, Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan, Koperasi Pekebun Kecil dan lain-lain entity tetapi ada sedikit masalah yang dihadapi oleh agensi ini kerana tanah-tanah terbiar yang nak dibangunkan itu ada beberapa masalah. Pertama jika tanah tersebut adalah tanah yang kongsi geran, kongsi hak milik, ada lebih daripada seorang tuan punya tanah di situ, jadi nak dibangunkan kena dapat persetujuan daripada semua orang yang namanya ada dalam geran tersebut. Yang kedua, jika tanah terbiar itu adalah merupakan tanah pusaka yang belum lagi selesai bicara kuasa atau faraid, maka ia juga menimbulkan masalah sebab tak dapat persetujuan 100% daripada waris-waris yang berkenaan. Atau yang ketiga, ada juga tanah-tanah yang nak dibangunkan itu terletak di tengah-tengah di mana tak ada jalan masuk, jadi memerlukan pula persetujuan tuan-tuan tanah yang berhampiran sebagai izin lalu untuk membolehkan jentera masuk membangunkan tanah berkenaan.

Jadi mahu tak mahu sama ada agensi kerajaan nak digunakan, kita masih lagi perlu mendapatkan persetujuan daripada komuniti setempat. Ada sebahagiannya dia buat penwastaan terus kepada pihak swasta. Ada sebahagiannya, dia ingin bekerjasama dengan agensi. Jadi yang ini Yang Berhormat kita kena lihat dimana ia boleh membantu menyelesaikan masalah. Tapi agensi-agensi ini ada modal dan ada kemahiran. Insha Allah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Yang di-Pertua

Sungai Manik. Saya tengok Sungai Manik berdiri dulu daripada tadi. Sungai Manik.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak menyambung sikitlah mungkin tadi mengenai tanah terbiar. Tapi ini berkaitan dengan sebab ada sebut Sungai Manik jelapang padi sebagai penyumbang makanan, melibatkan perubahan jenis tanaman daripada syarat-syarat yang sepatutnya. Kawasan bendang dah jadi kawasan sayur, kawasan kelapa sawit. Mereka ini juga terlibat dengan sumbangan kepada penambahan keterjaminan makanan khususnya penanam sayur. Tapi akibat mereka ini menanam di kawasan sawah yang sepatutnya tanam sawit dan tanam sayur mereka tidak mendapat sebarang bantuan. Sebab itu antara syarat khususnya Jabatan Pertanian untuk mendapatkan bantuan dan sebagainya. Mesti tanah yang berstatus mengikut apa yang diperlukan. Banyak dah kawasan-kawasan yang berlaku di Sungai Manik yang tak sampai saliran dan sebagainya. Sebab pembangunan saliran masih berjalan di Sungai Manik. Jadi kawasan-kawasan yang tak sampai air ini mereka kekal menanam sawit dan juga menanam sayur tetapi mereka tidak dapat bantuan khususnya penanam-penanam sayur yang juga menyumbang kepada makanan asas. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Soalan-soalan?

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Itulah soalannya apa tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini? Mereka juga ramai yang tanam sayur di kawasan bendang ini, tapi mereka tak dapat bantuan apa pun daripada agensi dan jabatan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik. Seperti yang kita sedia maklum, ia tertakluk kepada syarat nyata penggunaan tanah. Jadi kalau tanah itu ditulis atas hakmilik atas geran itu adalah syarat nyata bagi penanaman padi, dari segi peraturannya memang tak boleh ditanam dengan benda lain. Maknanya kalau hendak ditanam dengan benda lain, tuan punya tanah kena mohon untuk tukar syarat nyata tanah tetapi harus diingat ia tak semudah itu sebab kita tertakluk pula kepada Akta Sekuriti Makanan. Ya sebab tanah-tanah padi ini adalah tertakluk kepada Akta Sekuriti Makanan. Setiap inci tanah padi yang kita nak tukarnya hajat nyata kena diganti pada hari berkenaan kerana itu adalah akta. Jadi Yang Berhormat sebut tentang tak dapat bantuan ini itu betul sebab jabatan tak boleh bagi bantuan kepada penanam sayur yang tanam di atas tanah padi. Ia menjadi masalah dan salah pulak salah urus tatakelola pulak kepada Jabatan Pertanian dan sebagainya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat ada permintaan untuk tambahan soalan boleh? Ok Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya tak mahu pergi ke sekuriti makanan padi tetapi lebih kepada ekonomi pertanian. Di kawasan saya antara kawasan yang tersubur tanaman kelapa sawit adalah di Changkat Lobak. Dah lebih 20 tahun seronok depa tanam dapat hasil, buat rumah besar dan sebagainya. Tiba-tiba bila datang, sebab saya dulu staf FELCRA. Saya tahu cara nak pulih tanah sama ada bertuan atau tidak. Jadi soalan dia, bila dikeluarkan geran oleh Kerajaan Negeri, dulu datang melintang. Sekarang geran dikeluarkan datang mendatar macam tu. Jadi berterabur, yang tak tanam dapat sawit yang tanam duduk dalam hutan. Jadi bilakah kita nak selesaikan masalah ini di kawasan Changkat Lobak, ekonomi pertanian bukan sekuriti makanan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih, Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Saya pun baru hari ini dengar cerita yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Kalau ia disebutkan lebih awal Tuan Pegawai Daerah Kerian, kita harus meneliti dan mengambil maklum macam mana jadi macam itu kerana ia juga berkaitan dengan

JUPEM dan sebagainya. So, Yang Berhormat kita ambil maklum masalah itu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pantun Good Morning Tuan Yang di-Pertua, Soalan Selinsing Nombor 2.

Yang di-Pertua

Exco sila.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Selamat pagi, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Selinsing yang telah mengemukakan soalan berkaitan dengan strategi jangka sederhana dan panjang yang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kelangsungan sekuriti makanan dalam sektor tanaman dan ternakan menghadapi risiko perubahan geopolitik global. Kerajaan Negeri Perak komited memastikan kelangsungan sekuriti makanan khususnya dalam sektor tanaman dan ternakan sebagai persiapan menghadapi pelbagai risiko yang timbul daripada perubahan geopolitik global kini dan masa depan. Seiring dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak telah merangka beberapa langkah penting. Bagi jangka sederhana pelbagai insentif dan bantuan melibatkan tanaman disediakan untuk menjamin sekuriti makanan dan meningkatkan produktiviti. Khidmat nasihat pakar dan aktiviti pengembangan dipertingkatkan selaras dengan Revolusi Teknologi 4.0 dengan pelaksanaan kursus teknikal secara fizikal dan atas talian bagi memastikan maklumat sampai kepada petani. Bagi jangka panjang, tumpuan diberikan kepada modenisasi sistem tanaman melalui automasi. Varieti tahan iklim, pengembangan kawasan penanaman baru dan spesifikasi tanaman asas seperti jagung dan ubi serta pembangunan infrastruktur pasca tuai dan pertanian mampan berasaskan ekonomi kitaran.

Enam Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Perak turut menyumbang pengeluaran makanan yang berterusan. Kesemua usaha ini sebahagian daripada Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Negeri Perak di bawah kerangka Perak Sejahtera 2030, dengan matlamat mengukuhkan status Perak sebagai pengeluar makanan utama dan mengurangkan kebergantungan import. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) pula telah melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan 2030 pada tahun 2022. Pelan ini fokus mengurangkan kebergantungan kepada makanan import dengan memperbanyakkan sumber dalaman, mempelbagaikan sumber import serta meningkatkan penglibatan swasta dan masyarakat dalam rantaian makanan. Usaha juga menumpukan kepada memastikan makanan yang selamat, harga yang berpatutan, gaya pemakanan sihat dan kesiapsiagaan negeri dalam memastikan jaminan sekuriti makanan.

SADC melaksanakan beberapa projek strategik seperti Projek Pembangunan Halal Industrial Park (HIP), Projek Ladang Sejahtera Nangka Sungai Rui, Projek Penanaman Benih Bawang Perak dan Projek Ternakan Kerang bagi meningkatkan pengeluaran makanan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak (JPV) menumpukan pada sektor ternakan dengan langkah jangka sederhana seperti pemantapan biosekuriti dan pengawalan penyakit ternakan. Semua ladang ayam, pedaging diwajibkan beroperasi dengan modul ladang tertutup untuk mengurangkan risiko penularan penyakit dan pencemaran. Dengan pindaan pindaan Enakmen Perladangan Unggas yang berkuat kuasa menjelang Januari 2027. JPV juga menyediakan latihan berterusan dalam talian dan fizikal untuk memastikan pengusaha ternakan sentiasa dikemaskinikan dengan teknologi dan piawaian yang terkini.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi jangka panjang transformasi model penternakan ini bertujuan memperkukuhkan ketahanan industri terhadap gangguan geopolitik dan wabak selain mengekalkan status bebas penyakit dan kualiti makanan haiwan melalui pemantauan, penguatkuasaan dan latihan yang berterusan. FAMA Perak pula melaksanakan langkah jangka sederhana dengan memperkukuhkan rantaian bekalan domestik melalui pusat pengumpulan Pasar Tani dan e-Dagang untuk mengurangkan kebergantungan import. Dari spesifikasi sumber makanan digalakkan dengan fokus kepada hasil tempatan dan tanaman bernilai tinggi seperti melon, cili, bawang dan juga kelapa. Kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan sektor swasta turut diperkuatkan bagi memperkukuhkan ekosistem makanan.

Dato' Yang di-Pertua, dalam jangka masa yang panjang, sasaran kita ialah meningkatkan pengeluaran Agro-Makanan Negeri kepada 1,200 juta kilogram menjelang 2030 serta memperluaskan kawasan tanaman daripada 4.6% kepada 11% keluasan negeri. Agensi persatuan seperti FAMA juga turut merancang pembangunan hub makanan bersepadu, Agro Food Hub. Pembinaan generasi pelapis agropreneur muda melalui latihan, insentif dan pembiayaan serta transformasi digital dengan pangkalan data makanan lengkap untuk ramalan dan kawalan bekalan pasaran secara efektif. Dengan langkah-langkah ini, saya yakin dengan senergi dan kerjasama erat antara agensi-agensi ini, kita mampu memastikan Perak kekal sebagai negeri pengeluar makanan utama negara, malah berpotensi menjadi pembekal utama makanan negara pada masa hadapan. Kita juga berharap berjaya mengurangkan kebergantungan kepada import sekaligus mengukuhkan keselamatan makanan rakyat di tengah ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Selinsing.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih kepada YB Exco di atas jawapan. Soalan tambahan saya, tapi sebelum itu sedikit sahaja saya nak memohon kepada pihak kerajaanlah sebab tempat saya ini kawasan padi ini ada satu tempat tu compartment H dan juga beberapa compartment lainlah. Dulu masa musim lepas nak ambil padi kena jerlus, habis tak dapat ambil. Bila nak tanam padi pula, dah tanam air pula tak ada. Kering pula padi. Jadi untung tak ada modal habis. Jadi saya mohonlah untuk pihak Kerajaan Negeri, terutamanya MB mohon dapatlah dipertimbangkan. Kalau boleh kita ada one off ke, sedikit bantuan untuk cover modal depa tu pun jadi dah. Itulah kita mohon. Baik, soalan tambahan saya apakah peranan teknologi pertanian pintar, smart farming? Kemudian sistem amaran awal bencana dan juga pembiakan baka tahan cuaca ini dalam strategi adaptasi Negeri Perak terhadap perubahan iklim bagi menjamin pengeluaran makanan yang berterusan dan berdaya saing. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Selinsing di atas keluhan dan juga cadangan daripada YB Selinsing berkaitan dengan penanam padi yang menghadapi masalah di kawasan. Insha Allah, perkara ini akan dibawakan kepada pengetahuan Kerajaan Negeri dan kita akan berbincangkan termasuk kepada Kerajaan Persekutuan sendiri, Insha Allah.

Untuk makluman YB Selinsing, pertama berkaitan dengan teknologi pertanian pintar, smart farming, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian, LPP dan agensi berkaitan sedang menggalakkan penggunaan teknologi pertanian pintar seperti sensor kelembapan tanah, sistem fertigasi automatik, dron pemantauan tanaman dan penggunaan data analitik bagi meramalkan, meramal hasil serta penyakit tanaman. Teknologi ini membolehkan petani menjimatkan penggunaan air dan baja, meningkatkan produktiviti serta menyesuaikan pengeluaran dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Yang kedua, Sistem Amaran Awal Bencana. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan NADMA telah menggiatkan usaha menambah baik sistem ramalan cuaca dan amaran awal banjir serta kemarau. Amaran ini disalurkan terus kepada petani dan pesawah melalui aplikasi mudah alih melalui whatsapp group dan Pusat Kawalan Daerah. Tujuannya ialah agar petani dapat membuat keputusan lebih cepat dan bersedia menghadapi risiko cuaca ekstrem yang menjejaskan tanaman dan juga ternakan. Yang ketiga, pembiakan baka tahan cuaca.

Bagi sektor tanaman, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) sedang giat dijalankan untuk menghasilkan benih padi, jagung dan sayuran yang lebih tahan kemarau, banjir dan juga penyakit. Manakala dalam sektor ternakan, pemilihan baka ayam, lembu dan kambing yang lebih tahan lasak terhadap suhu tinggi juga dipergiatkan. Usaha ini penting untuk memastikan daya tahan pengeluaran makanan negeri Perak lebih kukuh dalam jangka masa yang panjang. Kedua, berhubung permohonan Yang Berhormat Selinsing sebagaimana yang saya maklumkan tadi, Insha Allah Kerajaan Negeri akan berikan perhatian. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan akan membuat pemetaan kerugian (crop loss assessment) di kawasan yang terjejas. Hasil penilaian ini akan dibawa untuk pertimbangan Kerajaan Negeri termasuklah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) agar pesawah yang terbukti terkesan akan diberikan bantuan yang sewajarnya. Kerajaan Negeri juga sedang meneliti penyelesaian jangka panjang termasuk menaik taraf sistem pengairan sawah agar masalah ini tidak berulang sejajar dengan agenda sekuriti makanan negeri Perak.

Tuan Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa kebajikan pesawah sentiasa diberi perhatian kerana mereka adalah tulang belakang dalam menjamin keterjaminan makanan rakyat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Kampong Gajah.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Terima kasih Yang di-Pertua, cuma soalan, sekarang ini yang seperti mana dibangkit oleh Sungai Manik tadi, kawasan bendang-bendang yang ditukar kepada sayur pada sawit antara sebab dia air tak masuk. Kadang yang nak buat padi tu keluar RM8 ribu dapat balik RM4 ribu. Jadi apakah tindakan kerajaan supaya pesawah-pesawah ni depa boleh guna bendang dia untuk tanam padi supaya depa tak beralih. Kalau di Kampong Gajah macam di Kampong Gajah ada satu nama kawasan bendang besar tapi tiada satu bendang dah pun. Oleh kerana itu, jadi apakah tindakan kerajaan untuk nak supaya keterjaminan makanan dapat di dijaga ni?

Yang di-Pertua

Exco.

Terima kasih. Sebenarnya memang menjadi perhatian kerajaan yang berkaitan dengan pesawah-pesawah yang menghadapi masalah banjir, masalah kemarau dan sebagainya dan menggantikannya dengan alternatif tanaman-tanaman yang lain. Ini menjadi keprihatinan Kerajaan Negeri dan juga kementerian untuk melihat apakah kesesuaian yang boleh dibantu kepada petani-petani yang menghadapi masalah seperti Yang, Yang Berhormat kemukakan tadi. Jadi, kami pihak Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan perhatian yang serius berkaitan perkara tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk mengemukakan soalan, sila.

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Manong soalan nombor tiga.

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak sejahtera 2030. Terima Kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih kepada YB Manong atas soalan berkaitan dengan kes buli. Saya juga mohon untuk menjawab bersekali dengan soalan lisan daripada Yang Berhormat Pangkor yang juga berkaitan dengan kes buli ini.

Buli di sekolah ditakrifkan sebagai tingkahlaku agresif yang berlaku berulang kali di mana pembuli menggunakan ketidakseimbangan kuasa sebenar atau dirasakan untuk mendatangkan kemudaratan secara fizikal, mental atau emosi terhadap mangsa. Ia melibatkan niat bermusuhan untuk menyakiti atau menguasai orang lain sama ada melalui kaedah fizikal, lisan, sosial atau siber. Terdapat beberapa kategori buli yang sering berlaku di sekolah iaitu buli fizikal, buli lisan, buli sosial atau memulau, buli siber dan buli seksual. Kita perlu faham dan ketahui bahawa buli bukan hanya sekadar satu insiden tetapi satu corak tingkah laku agresif yang disengajakan dilakukan berulang kali dan melibatkan ketidakseimbangan kuasa untuk mencederakan mangsa dari segi fizikal, mental atau emosi. Gejala buli merupakan isu yang mendapat perhatian masyarakat tambah pula bila berlakunya kes di Sabah pada 16 Julai yang lalu. Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa fokus dan peka terhadap kes buli ini.

Oleh yang demikian, usaha yang sistematik dan terancang telah dan bakal dilaksanakan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta Pejabat Pendidikan Daerah-Daerah yang merangkumi penguatkuasaan dasar dan Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu satu rujukan yang jelas bagi penguatkuasaan dasar dan pekeliling adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2012 iaitu Pelaksanaan Standard Operating Prosedur S.O.P. hari pertama, hari ketiga, hari ke tujuh pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid. Penyediaan Standard Operating Prosedur SOP 1:3:7 ini, laporan isu disiplin murid ini menjadi panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah dalam mematuhi tahap kesegeraan.

Penyampaian maklumat dan laporan berkaitan isu pendidikan khususnya yang berkaitan dengan disiplin murid kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. SOP ini juga digunakan untuk menilai tahap prestasi sesebuah sekolah dengan mengambil kira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani isu disiplin murid. Rujukan kedua yang sangat penting adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 12 Tahun 2023 iaitu pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salahlaku Buli di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya merangkumi asas panduan pengurusan salahlaku buli, perincian definisi, jenis, faktor dan implikasi salahlaku buli, menerangkan peranan Jawatankuasa Pengurusan Salah Laku Buli dan menjelaskan tatacara pengurusan salahlaku, tindakan disiplin dan intervensi pengurusan salahlaku buli.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah pun membuat penataran kepada semua sekolah dengan sasaran utama kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Setiausaha Hal Ehwal Murid, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling di semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri. Semua sentiasa diingatkan secara berkala dan bimbingan berfokus diberikan keutamaan kepada sekolah-sekolah berisiko seperti asrama harian, sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di daerah-daerah. Gerak Khas, Sentuhan Prihatin, Pengurusan Tertinggi JPN dan PPD telah pun dilaksanakan bermula Ogos 2025 ke asrama-asrama sekolah berkenaan bagi melihat dan mengetahui keadaan sebenar dan juga mengekang terus gejala buli di asrama.

Oleh yang demikian, bagi memastikan kawalan tegas ke atas kes buli agar tidak berlaku di sekolah dan asrama. Tindakan berikut juga telah diambil dengan segera. Iaitu yang pertama, pemerkasaan warden. Warden sekolah akan dilantik mengikut norma atau ratio atau nisbah yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu minima 3 orang warden dan tambahan seorang warden bagi setiap 50 orang murid. Pengganti hendaklah segera dilantik sekiranya ada warden yang meletak jawatan, bersara dan bertukar sekolah supaya pengurusan asrama dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Pengurusan asrama perlu kepada menyusun jadual bertugas kepada setiap warden agar setiap waktu keberadaan warden sentiasa ada di asrama. Setiap warden yang bertugas mestilah mengisi buku laporan warden bertugas mengikut format yang ditentukan berkaitan keselamatan, kebersihan dan disiplin.

Yang kedua, pematuhan asrama. Setiap asrama mempunyai peraturan yang dipamerkan di lokasi yang boleh dilihat dan dibaca oleh murid serta sedar dan patuh kepada peraturan asrama. Asrama mestilah mempunyai peti aduan sendiri selain peti aduan yang berada di sekolah. Peti aduan mestilah terletak di tempat yang mudah untuk diakses oleh pelajar dan guru serta perlu diselenggara dan sentiasa disemak oleh warden bertugas agar sebarang aduan segera ditangani dan selesaikan oleh pentadbir atau warden asrama. Ketiga, setiap pergerakan keluar dan masuk murid asrama hendaklah direkodkan supaya dapat mengesan pergerakan semasa murid asrama. Yang keempat, pemeriksaan dan raw call dilaksanakan secara berkala dengan bantuan pengawas bertugas pada waktu pagi dan malam. Penguatkuasaan dan memastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan ke atas hal-hal yang berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Mengadakan mesyuarat dengan warden-warden asrama sekurang-kurangnya 2 bulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukakan kepada pengetua dan guru besar. Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas laporan harian, pengawas asrama dan ketua dorm. Mengadakan perjumpaan mingguan kepada Lembaga Pengawas Asrama dan ketua-ketua dorm.

Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri juga turut menjalankan aktiviti program seperti berikut. Yang pertama, Program Advokasi Jenayah Buli dan Seksual dengan kerjasama Sekreteriat Pembangunan Wanita Negeri Perak kepada sekolah-sekolah berfokus kes di SMK Raja Shahriman, SMK Raja Permaisuri Bainun dan SMK Datuk Wan Ahmad Rashdi. Iaitu pada bulan Jun dan Ogos 2025. Program Advokasi Jenayah Buli & Seksual dengan kerjasama Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam Perak di SMK Tasik Damai, Kolej Vokasional Seri Iskandar, SMK Syeikh Abdul Ghani April-May 2025. Yang Ketiga, Baca Teks Khutbah Jabatan Pendidikan Negeri Perak berkaitan keburukan perlakuan buli dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak pada Mac 2025. Yang keempat, Program Duta Sahsiah iaitu bacaan Kit Duta Sahsiah dalam Perhimpunan Pagi dan Minggu Cegah Buli & Seksual. Yang Kelima, Kem Generasi Madani, Duta Sahsiah Mac 2025.

Selain itu, program-program yang dijalankan merangkumi lawatan mengejut ke sekolah dan asrama secara berkala bagi pematuhan pelaksanaan SOP 1:3:7. Amalan Sekolah Penyayang diteruskan sebagai program pencegahan di peringkat sekolah. Peranan duta sahsiah di sekolah dapat menyampaikan maklumat atau info buli. Kemudian sembang santai PDRM bersama guru-guru bagi sekolah berfokus bagi kes buli yang berlaku.

Bagi menjawab soalan berkaitan dengan budaya kapla atau gangsterism daripada hasil siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan maklumat yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia, tiada budaya kapla atau gangsterism yang wujud di asrama sekolah negeri Perak. Kes-kes buli yang berlaku adalah akibat perasaan tidak puas hati yang timbul serta perselisihan komunikasi antara murid. Dari aspek kesejahteraan emosi, beberapa langkah awalan yang sedang dan telah diambil seperti yang pertama, saringan awal dan intervensi kaunseling. Iaitu melaksanakan saringan minda sihat dan murid yang dikenal pasti berisiko diberi intervensi awal oleh guru bimbingan dan kaunseling. Yang kedua, sokongan emosi berterusan dengan mengadakan sesi kaunseling berkala dan sesi kaunseling krisis kepada mangsa buli dan pelajar yang mengalami tekanan emosi. Yang ketiga, kerjasama strategik dengan agensi sokongan psikologi sosial seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM dan kaunseling untuk menyediakan bantuan intervensi luar bagi kes-kes berat. Sesi kaunseling dengan melibatkan guru bimbingan dan kaunseling yang melaksanakan sesi kaunseling individu atau kelompok kepada murid yang menunjukkan simptom tekanan atau terlibat dengan tingkah laku agresif.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai usaha untuk mencegah daripada kes buli ini berlaku, pengesanan awal juga dilakukan melalui Program Minda Sihat di bawah seliaan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan sosio emosi serta mental yang baik di kalangan murid. Pelaksanaan program minda sihat diwajibkan kepada semua murid sekolah menengah iaitu Kelas Peralihan hingga Tingkatan 6 dan murid Sekolah Rendah tahun 5 dan 6. Guru Bimbingan Kaunseling juga melaksanakan kaunseling berfokus iaitu berfokuskan kepada disiplin, sahsiah, kerjaya dan psikologi sosial murid. Melalui dapatan senarai semak keperluan emosi murid, Guru bimbingan Kaunseling boleh mengesan isu murid dari masalah peribadi, atau kawan atau keluarga atau guru atau sekolah atau kebergantungan internet. Dapatan data tersebut, Guru Bimbingan Kaunseling akan melaksanakan program intervensi yang bertujuan untuk membantu menangani isu-isu murid dan membentuk insan yang cemerlang. Selain daripada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga turut mengadakan kerjasama strategik dengan rakan strategik bagi pengurusan psikososial.

Antara programnya adalah program Garis Panduan Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial atau dikenali sebagai PEERS. Ia adalah program efektif di mana Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) berperanan sebagai PEERS untuk menyampaikan maklumat dan sokongan kepada rakan sebaya. PRS atau Pembimbing Rakan Sebaya juga sebagai mata dan telinga, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada sekolah. Program yang kedua Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL). Program intervensi ini bertujuan meningkatkan daya tahan dan mengurangkan tingkah laku berisiko dalam kalangan murid. Program ini adalah kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui program Sekolah Penyayang iaitu mengalu-alukan kehadiran murid, program mentor-mentee, meraikan hari lahir, Ziarah Cakna, memberi penghargaan dan pengiktirafan serta sapaan mesra adalah bertujuan untuk murid merasai disayangi dan dihargai, meningkatkan semangat seronok untuk ke sekolah dan membentuk karakter yang baik.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pihak Jabatan Pendidikan juga berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar di asrama melalui beberapa kaedah yang bersesuaian. Yang pertama pemantauan murid berisiko dengan menggunakan data daripada saringan minda sihat dan rekod disiplin untuk mengenalpasti murid yang berisiko menjadi pembuli atau mangsa buli. Modul pendidikan kemanusiaan dengan menerapkan nilai-nilai seperti empati, toleransi, hormat-menghormati dan anti kekerasan diserapkan melalui Program Sekolah Penyayang, mentor-mentee dan penghargaan kepada murid. Kesedaran tentang undang-undang dan jenayah dengan mendedahkan para pelajar kepada program kepimpinan jenayah seperti ceramah oleh PDRM iaitu "Program Jom Ke Sekolah" serta Program Pencegahan Jenayah Remaja dan yang kedua penyertaan dalam program luar seperti Program Anti Buli dan Hari Kesedaran Mental. Selain itu, JPN Perak juga turut memperkasakan Program Sistem Keluarga Asrama (SISKA) yang berbentuk kekeluargaan antara guru-guru sekolah, ibu bapa dan guru kaunseling serta perlu dibugarkan semula agar dapat merapatkan lagi hubungan antara sesama murid, guru dan ibu bapa. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Manong sila.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas penjelasan yang saya kira lengkap berkaitan dengan isu ataupun gejala buli yang berlaku di sekolah. Daripada penjelasan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Exco, banyak langkah-langkah yang telah ataupun yang sedang diambil oleh pihak pendidikan, pihak sekolah dan sebagainya. Saya kira langkah-langkah yang telah dinyatakan tadi bukanlah langkah-langkah yang baru. Saya kira langkah-langkah itu memang telah sedia ada dalam SOP di sekolah asrama, di pihak Jabatan Pendidikan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kita melihat bahawa gejala buli ini seolah-olahnya tidak ada noktah. Makin lama ada saja kes yang baru yang timbul walaupun telah ada beberapa prosedur dan sebagainya. So, soalan saya ada ketikanya pelajar-pelajar yang di asrama ini mungkinlah mereka. Walaupun ada SOP aduan, mungkin mereka takut untuk membuat aduan. Mungkin ada ancaman. Mungkin ada perkara-perkara yang menyebabkan mereka takut untuk membuat aduan. Soalannya, adakah mereka pelajar-pelajar ini, murid-murid di asrama ini dilatih secara khusus bagaimana cara nak buat aduan ataupun telah diberi taklimat secara khusus kalau berlaku pra buli kena ambil tindakan segera sebelum buli yang lebih berat. Adakah mereka ini telah dilatih secara khusus taklimat dan sebagainya? Dan juga apakah keberkesanan warden melalui peraturan yang telah digariskan tadi itu? Sebenarnya peraturan itu dah sedia ada tetapi keberkesanan warden dalam melaksanakan semua langkah-langkah yang telah digariskan itu dari sudut kuotanya, dari sudut peraturannya, jadualnya dan sebagainya. Apakah keberkesanan warden dalam konteks peraturan yang telah digariskan itu? Itu sahaja. Terima kasih

Terima kasih Yang Berhormat Manong atas soalan tambahan, yang pertama tadi berkaitan dengan adakah murid ini diberi pendidikan ataupun diberi info berkaitan dengan untuk menangani atau mengelak kes buli ini berlaku terutamanya di sekolah-sekolah menengah. Sebenarnya dari segi panduan dan juga pengurusan yang dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kita ada dua kelab ataupun dua agensi yang berada dalam struktur kokurikulum sekolah yang memberi fokus kepada bimbingan dan asuhan kepada pengurusan pelajar terutamanya melibatkan disiplin dan juga buli. Yang pertama adalah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) itu yang dipilih yang menjadi anggotanya adalah di kalangan para pelajar sendiri dan dibimbing oleh seorang guru dan mereka ini merupakan antara orang kata pembantu kepada penyelesaian kepada isu-isu disiplin khususnya buli itu. Di mana PRS ini berperanan menjadi rakan yang peka, prihatin dan memberi sokongan kepada rakan-rakan yang mungkin ada masalah dari segi disiplin dan juga buli itu peranan PRS yang pertama. Yang keduanya dia juga boleh membantu mengendalikan program-program kesedaran buli ini khususnya dari segi meningkatkan tahap pemahaman apa yang dikatakan buli dan sebagainya itu adalah agensi ataupun kelab yang berada di sekolah yang akan membantu mengurangkan buli kerana mereka di kalangan rakan-rakan. So, usaha untuk mendekati lebih mudah.

Yang kedua, kita ada Kelab Pencegahan Jenayah yang diberi kebenaran oleh Kementerian Pendidikan ditubuhkan bukan setakat untuk menangani kes-kes jenayah tetapi juga sebagai untuk mengelakkan daripada pelajar ini terlibat dengan gejala-gejala negatif terutamanya buli dan sebagainya. So, dengan adanya Kelab Pencegahan Jenayah merupakan salah satu daripada kelab dalam kokurikulum itu, ianya boleh membantu menangani masalah buli. Ini kerana mereka diberi pendedahan, diberi ruang dan juga pelaksanaan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan melibatkan pelajar-pelajar yang berisiko ataupun pelajar-pelajar yang mungkin ada tanda-tanda sebagai mangsa buli dan sebagainya. Itu dua pertubuhan yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjadi ejen, menjadi rakan kepada rakan-rakan yang menjadi mangsa buli. Berkaitan dengan warden asrama tadi, ratio itu memang sudah ditetapkan tetapi ada pihak sekolah mengalami kesukaran untuk lengkapkan jumlah warden itu kerana mungkin bukan semua guru mahu menjadi warden.

Yang keduanya bebanan tugas yang agak besar yang menyebabkan mereka ini merasakan tanggungjawab itu terlalu berat untuk diberi tetapi sebagai garis panduan yang diberikan, sudah pastilah pihak Pengetua, Guru besar ataupun pihak PPD kena pastikan kuota tersebut dipatuhi supaya tidak ada isu. Apabila pelajar berada di asrama, tidak ada pengawasan, tidak ada penyeliaan daripada warden. Tambahan pulak, warden ini kena bertindak sebagai murabbi, sebagai mentor kepada anak-anak di asrama. Kerana siapa yang nak membantu? Siapa yang akan menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak kerjasama kalau bukannya warden? So, peranan warden itu perlu diperkasakan dan saya lihat Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan juga KPM telah mengambil inisiatif untuk memberi taklimat, memberi bimbingan kepada warden-warden ini supaya mereka ini memahami peranan, tugas dan bimbingan yang perlu mereka laksanakan bagi memastikan anak-anak kita yang berada asrama ini merasai diri mereka selamat dan tidak ada sebarang gejala-gejala yang menyebabkan pemantauan dan juga aktiviti yang tidak baik berlaku di asrama.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya, terima kasih YB Speaker. Saya suka bila Exco sebut tentang warden. Ramai orang sebut tentang anak-anak dan buli. Saya pernah jadi warden asrama. Dulu kalau dapat peluang jadi warden berebut. Rumah free, makan free tapi yang saya faham sekarang kekangan JPN nak cari cikgu-cikgu yang jadi warden. Sebab cikgu-cikgu la ni gaji tinggi kot. Jadi saya nak tanya, berapa elaun warden sekarang? Yang itu kena sebut. Itu juga rangsangan. Yang kedua, saya dulu pergi kursus di Institut Aminuddin Baki untuk menjadi warden yang bertauliah. Masih ada ke program itu? Supaya warden tu lebih faham. Anak saya di asrama bagitahu. Saya tanya, ada tak warden bertugas. Ada abah, kata dia handphone. Warden duduk di rumah kat luar, kat taman sana, ada emergency pengawas akan call. Dibenarkan ke benda ni berlaku? Dan kemudian semenjak Justice for Zara. Alhamdulillah, daripada laporan Exco tadi, Perak clear dan saya harap jangan ada benda yang disorokkan dan yang paling baik sekali MRSM MARA menjadi contoh. Tapi malang sekali, pelajar-pelajar yang buli di MARA, dibuang daripada MRSM, dicampak ke sekolah-sekolah kerajaan. Jadi ini beban kepada JPN. Bersediakah kita terima anak-anak ini? Bila dia ada masalah di MARA, datang ke sekolah kerajaan. Kalau di sekolah kerajaan problem, kita nak buang ke mana anak-anak ni? Terima kasih Timbalan Speaker.

Tambahan, Timbalan Speaker. Tambahan soalan tadi. Ada kaitan. Apa yang kita tahu bahawa pelantikan warden ni daripada guru. Jadi guru, siang dengan mengajar. RPH lagi, skrip soalan-jawapan Kokurikulum, malam kena jaga asrama dan terpaksa tinggal di asrama. Ini akan boleh jadi burn out, keletihan mental-fizikal. Jadi saya rasa ini antara faktor utama. Kenapa adakah cadangan untuk melantik khusus warden? Jangan ambil daripada guru. Guru ni terpaksa. Dia terpaksa. Sebab dia ada masalah keluarga dan sebagainya. Malam kena jaga, ada kes lagi. Dia kena berjaga esok nak siapkan kerja sebagai mengajar. Adakah benda ini dilihat satu perkara penting untuk melantik warden khas gaji khas yang sepenuh masa memikirkan soal pelajar? Terima kasih.

Terima kasih Alor Pongsu dan juga Kamunting. Berkaitan dengan warden dan sebagainya. Cuma bab elaun warden tu saya tak dapat butiran lengkap berapa jumlah elaun warden sekarang. Cuma kita faham perlantikan warden ini bagi sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia. Memang kena dalam surat pekeliling itu menetapkan mesti di kalangan warga guru ataupun kakitangan Pendidikan dan tidak ada lagi sebarang cadangan untuk melaksanakan pelantikan di kalangan mereka yang bukan daripada warga Pendidikan dan saya faham seperti kata YB Adun Kamunting tadi, komitmen guru itu mungkin kurang kerana pada sebelah pagi dan petang masih bersama dengan PDP dan sebagainya. Sebelah malam kena bertugas dan sebagainya tetapi perkara itu memang dalam perhatian Kementerian Pendidikan. Mungkin ada cadangan selepas ini untuk pelaksanaan warden di kalangan mereka yang bukan warga pendidik seperti yang telah dimulakan di MRSM dan sebagainya.

Berkaitan dengan kes buang sekolah. Yang pertama, Kita tidak ada hak untuk menghalang pelajar ini daripada mendapat pendidikan. Proses buang sekolah telah dibuat. Apabila proses buang sekolah dibuat, pelajar itu keluar daripada sekolah berkenaan. Tak kiralah dia berada di sekolah MRSM ke berada di sekolah SMKA ke atau SMK ke. Proses pembuangan itu berlaku dengan berdasarkan fakta kes tertentu dan bila proses pembuangan itu telah dilakukan, pelajar ini selepas selesai proses, kita panggil proses senggang antara itu. Mereka ini layak untuk memohon masuk sekolah ke sekolah lain. Terpulanglah kepada pihak sekolah untuk menerima ataupun tidak, setelah mendapat persetujuan daripada Pejabat Pendidikan Daerah. Kerana kita tidak boleh menghalang seorang pelajar daripada mendapat pendidikan. Cuma proses untuk membentuk sahsiah pelajar ini perlu kita perkukuhkan. Mungkin semasa dia berada di sekolah A dulu mungkin ada permasalahan dari segi hubungan dengan rakan sejawat, dengan persekitaran, tetapi apabila dia beralih ke sekolah yang baru ini, dia menjadi seorang pelajar yang baik. Ada pelajar yang apabila kita beri ruang kedua, dia menjadi seorang pelajar yang terbaik dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam.

Berkaitan dengan kes buli tadi. Di Perak ini 2024 tahun 2024, hanya 85 kes dan 2025 hingga Ogos ini kita ada 49 kes dan kes-kes ini bukan kes yang agak berat. Contohnya bagi tahun 2024 kes buli di asrama 23, kes buli luar sekolah 9, manakala kes di sekolah 53. Manakala bagi tahun 2025 di asrama 14, luar sekolah 3 dan sekolah 32. 49. Maksudnya kalau kita lihat adalah proses penurunan bilangan kes yang berlaku buli di Negeri Perak ni. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Nombor 4 daripada Tronoh. Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua saya, awok nak menjawab soalan daripada Tronoh berkenaan peruntukan JKR. Untuk maklumat Yang Berhormat Tronoh. Sebelum tu nak ucapkan Selamat Kemerdekaan, Selamat Malaysia Madani, Selamat Perak Sejahtera 2030, Selamat Kerajaan Perpaduan, Rakyat Disantuni.

Kepada YB Tronoh, bagi memastikan infrastruktur jalan raya sentiasa berada di tahap selesa dan selamat kepada pengguna, permohonan peruntukan untuk pembaikan ini telahpun dibuat secara bertulis melalui JKR Ibu Pejabat Malaysia setiap tahun bertujuan mengatasi masalah kerosakan di jalan-jalan tersebut. Penyelenggaraan jalan tersebut dibuat mengikut peruntukan yang telahpun diluluskan sahaja. Penyelenggaraan jalan tersebut kita laksanakan setelah pun diberikan kelulusan untuk peruntukan repair jalan, merujuk kepada permohonan dan kelulusan tahun semasa adalah seperti berikut. Nombor 1. Perihal Bekalan Berkala Pavement RM601,781 juta. Itu adalah jumlah permohonan. Jumlah yang diluluskan oleh Ibu Pejabat adalah RM173.89 juta. Maknanya tak sampai pun 30%. Bagi perihal Berkala Bukan Pavement, permohonan asal RM127.172 juta, tapi yang diluluskan adalah RM33.28juta sahaja. Maknanya lebih kurang 28%. Keseluruhannya, jumlah peruntukan yang dipohon oleh JKR Negeri Perak adalah RM728.95 juta, tapi keseluruhan itu diluluskan untuk laksanakan kerja RM207.178 juta. Makna tak sampai pun 28%.

Manakala kelulusan peruntukan penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang telah dilaksanakan di Dun Tronoh pula, makna Dun YB Tronoh adalah seperti berikut. Bagi tahun 2025 untuk Jalan Federal, Jalan Persekutuan FT005 Seksyen 673.63 sehingga 701.5 Jalan Jelapang-Ipoh-Air Tawar di Kinta. Yang pertamanya Perihal Berkala Pavement, jumlah kelulusan FT005 Seksyen 673 hingga 701 adalah RM2.69 juta. Manakala perihal Berkala Bukan Pavement, tiada. Jadi, keseluruhan kerja-kerja untuk Pavement sahaja yang telah dilaksanakan di Dun Tronoh adalah RM2.69 juta. Itu bagi tahun 2025. Bagi tahun yang lepas 2024, bagi Jalan FT005 Seksyen 673.63 hingga 701 Jalan Jelapang-Ipoh-Air Tawar di Kinta, kerja-kerja Berkala Pavement adalah RM4.931 juta manakala Berkala Bukan Pavement, tiada. Jadi, keseluruhan kerja-kerja yang telah dilaksanakan di Dun Tronoh sahaja adalah RM4.931 juta. Terdapat juga kelulusan peruntukan penyelenggaraan MARRIS Jalan Negeri yang telah pun dilaksanakan di Dun Tronoh.

Mengikut tahun 2024 dengan tahun 2025 adalah seperti berikut. Pertama, Berkala Pavement Jalan Batu Gajah by pass A108 Seksyen 5.6 hingga 11.2 adalah RM1 juta. Perihal Berkala Bukan Pavement baiki struktur sump Jalan Batu Gajah by pass A108 Seksyen 1.7 adalah RM50 ribu. Bagi perihal yang ketiga Berkala Bukan Pavement mengecat jalan. Jalan Batu Gajah by pass A108 dan juga Jalan Gopeng A8 RM302.35 ribu. Bagi perihal Berkala Bukan Pavement mengecat Jalan A15 Jalan Pusing-Kampong Gajah Seksyen 5 hingga 32 adalah sebanyak RM50 ribu juga dan Berkala Bukan Pavement mengecat Jalan A112, Jalan Tronoh-Tanjung Tualang sebanyak RM50 ribu. Jadi keseluruhan jumlah yang dilaksanakan di Dun Tronoh saja adalah RM1.452 juta. Tahun 2024 tahun lepas di Tronoh Berkala Pavement jalan dan longkang A002 Jalan Lahat-Pusing Lama Seksyen 018 hingga 1.1 adalah sebanyak RM1.235 juta. Manakala Berkala Bukan Pavement, senggara perabot jalan, A002, Jalan Lahat, Pusing Lama, Seksyen 5 hingga 6 adalah sebanyak RM54,789ribu. Jadi keseluruhan tahun lepas, jumlah yang dibelanjakan di Dun Tronoh sahaja untuk pavement dan bukan pavement adalah RM1.29 juta. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Tronoh, sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco kerana telah memberi jawapan yang amat bernas kepada soalan yang diajukan tetapi pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Jurutera Daerah Kinta yang senantiasa bersama untuk mendapatkan ataupun mendapatkan permohonan kepada JKR Persekutuan dan juga di bawah bimbingan Pengarah Negeri Perak yang baru dan yang baru bertugas sejak tahun yang lepas. Beliau juga telah memberi kerjasama yang begitu erat untuk mendapatkan semua permohonan peruntukan bagi Laluan Persekutuan di FT005 dan soalan yang saya ingin ajukan adalah kerana pada masa yang sama di laluan FT005 ini merupakan jalan penghubung yang paling utama bagi penduduk di kawasan Tronoh yang ingin pergi ke pekan Ipoh. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah perancangan dan hasrat Kerajaan bagi menambah pencahayaan di kawasan yang amat yang gelap-gelita di Lebuhraya Ipoh - lumut FT005. Khususnya di Seksyen 688 hingga Seksyen 686 yang berada di dalam kawasan Dun Tronoh. Sekian terima kasih.

Terima kasih YB Tronoh. Berkenaan dengan masalah gelap di seksyen yang dinyatakan tadi tu, maka kita juga membuat permohonan untuk pencahayaan di seksyen yang tertentu bukan hanya di kawasan Tronoh. Tapi di sepanjang FT005 tu mana-mana yang nak masuk ke taman kalau ianya gelap dan boleh mencetuskan kemalangan, maka kita akan cuba di bawah JKR Elektrik untuk pastikan kepercayaan itu mencukupi. Jadi, untuk itu, saya akan dapatkan berapakah jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan untuk pastikan seksyen yang gelap tadi itu dapat kita cahayakan semula supaya kita dapat mengelakkan kemalangan yang berlaku di masa-masa gelap. Terima kasih.

Manjoi.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Hulu

Manjoi. Timbalan Speaker?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Pengkalan Baharu ke Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Pantai Remis.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Hulu.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu sila.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Pantai Remis, tak boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

Satu soalan saja. Pengkalan Hulu sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ok. Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya juga berkenaan dengan peruntukan pembangunan dan projek naiktaraf laluan Persekutuanlah untuk Yang Berhormat Exco. Jadi ada satu soalan. Adakah ada perancangan dalam masa terdekat JKR Negeri supaya laluan FT076, air yang menghubungkan daripada Kuala Kangsar hinggalah ke Baling dan saya nak fokuskan adalah daripada Kampung Pelang, Kampung Lalang, Teluk Intan dan juga Pengkalan Hulu lah. Laluan ini dah lama tidak dinaiktaraf. Dalam keadaan sekarang ini, keadaan teruklah. Ada banyak tampal-tampal seperti mana kain pelekat yang berlaku pada laluan daripada Gerik ke Lenggong. Tapi Alhamdulillah Gerik ke Lenggong nampak cantik dah sekarang ni. Cuma soalan saya adakah ada peruntukan dan perancangan JKR Negeri dalam masa terdekat untuk jalan laluan FT076 yang menghubungkan kepada Kampung Lalang daripada Gerik ke Pengkalan Hulu? Dan adakah ada perancangan untuk naiktaraf setelah sekian lama tidak dinaiktaraf? Terima kasih Yang Berhormat Exco dan Timbalan Speaker.

Pengkalan Hulu berkenaan dengan masa terdekat untuk membuat apa-apa persiapan di 076 itu belum ada lagi. Kita tidak berikan keutamaan kerana apa. Kerana jalan itu masih disenggara di bawah Concession, Company Concession. Jadi buat masa ni belum ada lagi peruntukan ataupun cadangan awal untuk memperkemaskan jalan FT076 itu. Walaubagaimanapun, kalau sekiranya ada aduan kerosakan, maka kita akan beritahu kepada pihak JKR di Pengkalan Hulu, termasuk juga syarikat konsesi untuk mengatasinya secepat mungkin. Tidak dibiarkan begitu sahaja. Jadi, peruntukan untuk meluruskan jalan ataupun buat pavement baru di sepanjang 076 belum ada lagi dalam perancangan kami.

Manjoi. Timbalan Speaker soalan Manjoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, sila duduk. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk mengemukakan soalan. Sila.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebing Tinggi atas soalan yang berhubung isu kenderaan lusuh. Jadi, isu ini seperti yang digambarkan oleh Yang Berhormat dalam soalan memang merupakan satu masalah berlarutan yang memberi kesan langsung terhadap imej bandar, kurangkan kapasiti ruang parking awam dan juga wujudkan risiko keselamatan dan juga kesihatan awam. Malah, isu ini juga boleh menjejas keyakinan pelabur terhadap kawasan perumahan dan juga perniagaan di negeri ini.

Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat di stor sitaan Lahat yang berkeluasan 0.65 ekar, Majlis Bandaraya Ipoh masih mampu menempatkan kenderaan lusuh yang disita, namun kapasitinya agak terhad. Setakat ini, sebanyak 30 buah kenderaan lusuh yang telah disita dan disimpan di situ dan tindakan ini dijalankan di bawah kuasa PBT melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau Akta 171 yang membolehkan PBT menggubal undang-undang kecil bagi menjaga keselamatan, kebersihan dan juga keindahan kawasan pentadbiran masing-masing. Di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 atau Akta 133 juga memberi kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan ke atas isu kenderaan lusuh. Walau bagaimanapun, proses pelupusan turut memerlukan penglibatan agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang beroperasi di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta 333, sebagai pendaftar dan pengawal selia semua kenderaan bermotor. Untuk mengurangkan jumlah kenderaan sitaan yang perlu disimpan, MBI juga mengambil langkah proaktif untuk menampal risalah bersamaan dengan notis alih bagi memaklumkan pemilik bahawa terdapat tiga buah syarikat kitar semula berlesen yang boleh dihubungi untuk pelupusan secara kendiri. Ini turut memberi pilihan kepada pemilik untuk melupuskan kenderaan tanpa menunggu tindakan penguatkuasaan. Di Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk menangani isu ini secara menyeluruh bukan sekadar dari aspek penguatkuasaan tetapi juga penting kita ambil kira sudut dari segi kesedaran, tanggungjawab pemilik kenderaan serta koordinasi antara agensi yang terlibat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Tebing Tinggi, sila.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih daripada YB Exco. Saya fikir perlu juga dikenalpasti sebab-sebab lambakan itu dan sebenarnya apa yang menjadi punca-punca utama isu lambakan kenderaan lusuh dalam kawasan ini. Seperti yang kita maklum, pernah menjadi satu muka depan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa ada lebih kurang 30 juta kenderaan lusuh ini di seluruh negara. Jadi kurangnya kita dapat mengenal pasti apa punca utama di kawasan kita. Terima kasih.

Terima kasih pada Yang Berhormat atas soalan tambahan. Kalau kita daripada pengalaman PBT dikenalpasti punca utama lambakan kenderaan lusuh ini sebenarnya berkait rapat dengan sikap pemilik sendiri yang enggan untuk menanggung kos pelupusan. Realitinya bagi banyak kes, kos untuk melupuskan ataupun membaiki kenderaan yang lama, rosak ataupun terlibat dalam kemalangan jalan raya sebenarnya adalah lebih tinggi daripada nilai pasaran kenderaan itu sendiri. Jadi, pemilik akan sentiasa cuba untuk membuat pertimbangan yang ringkas sebab keadaannya kenderaan itu telah tidak berbaloi untuk diperbaiki tetapi pada masa yang sama, mereka juga tidak sanggup untuk bayar kos tunda ataupun lupus di pusat kitar semula. Jadi jalan yang paling mudah dan murah ialah untuk meninggalkan kenderaan tersebut di tempat parkir awam ataupun tepi jalan sahaja. Jadi bagi pemilik masalah tersebut dianggap selesai tetapi bagi komuniti, kesannya sangat besar. Isu-isu ini yang timbul daripada tingkah laku ini adalah seperti ruang parkir yang terhalang, pemandangan bandar tercemar, kenderaan terbiar menjadi sarang aedes dan akhirnya apabila aduan diterima, Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyiasat, mengeluarkan notis dan juga seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan. Sekiranya pemilik gagal untuk mengalihkan kenderaan dalam tempoh yang ditetapkan, PBT juga perlu menggerakkan aset dan tenaga kerja untuk menunda serta menyimpan kenderaan tersebut. Proses ini melibatkan kos tambahan termasuk untuk pelupusan sekiranya kenderaan tersebut tidak ditebus oleh pemilik.

Jadi, jelas bahawa isu ini bukan sekadar isu teknikal tetapi soal tanggungjawab pemilik. Apabila pemilik melepaskan tangan untuk jimat kos, beban itu dipindah kepada masyarakat dan juga PBT dan agensi kerajaan yang berkenaan. Justeru, Kerajaan Negeri menekankan bahawa sikap inilah yang perlu diubah melalui kempen kesedaran dan juga skim pelupusan yang lebih murah dan mudah supaya pemilik tidak lagi memilih jalan mudah untuk meninggalkan kenderaan mereka di komuniti. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham. Sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya juga berkenaan dengan kenderaan lusuh ini, di mana apa yang dikatakan oleh pihak Exco tadi lebih menjurus kepada kenderaan kereta. Jadi persoalan saya tentang bas, kenderaan yang lebih besar. Katakan bas. Bas sekolah di mana di rumah. berdekatan rumah saya ada dua bas sekolah yang usang diletakkan begitu sahaja di tempat di sebelah Econsave, Ampang. Saya pernah merujuk kepada MBI tetapi MBI tidak ada kereta tunda yang bersaiz besar untuk menunda bas sedemikian. Jadi banyak tempat saya nampak ada juga kenderaan yang terbakar di mana saya tak tahu kenapa ada fenomena ini. Banyak kenderaan dipandu di tengah-tengah jalan, tengah jalan terbakar. Jadi kenderaan terbakar di kawasan Bercham ke, Tambun ke, di Gunung Lang pun saya ada nampak, di mana mereka terbiar sahaja di sana. Orang yang mengumpul barang lusuh ini tak berani ambil sesiapa sebab kenderaan tersebut masih ada pemilikan ataupun sedang urusan untuk claim pihak insurans.

Jadi, saya harap untuk menanda tangani masalah ini, cadangan saya adalah S.O.P untuk penguatkuasa PBT harus dipergiatkan selepas terima aduan daripada orang awam ke, wakil rakyat ke, lebih nampak untuk notis untuk tunda. Bila mereka nampak notis tu, mereka akan buat sesuatu. Kalau biarkan macam tu, saya rasa dua, tiga tahun pun macam tu kekal dan kebanyakannya yang menjurus kepada masalah ni adalah kereta, bengkel-bengkel kereta. Mereka menerima kereta nak buat, nak baiki tetapi pemilik tak mampu. Jadi kereta tu dibiarkan begitu sahaja. Itu adalah fenomena yang tak baik. Kalau lebih baik MBI ataupun PBT lain lebih kerap untuk menampal notis tersebut agar gejala ini tidak menjadi-jadi sebab nampak, semuanya nampak, dia kata mereka takkan datang, akan biar je. Jadi kawan-kawan yang rakan yang lain pun nampak sana boleh letak, mereka semua datang. Itu sahaja cadangan saya. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bercham atas soalan tambahan. Memang betul kita nampak isu kenderaan, lambakan kenderaan lusuh sentiasa menjadi perhatian di peringkat komuniti dan juga banyak aduan berkenaan isu ini yang diterima oleh PBT dan sering juga kami dapat feedback daripada masyarakat mahupun Adun tentang kecekapan dalam menangani isu ini. Suka untuk saya kongsikan beberapa faktor ataupun kekangan yang dihadapi yang seringkali menyebabkan isu ini mengambil masa yang lebih panjang untuk diselesaikan. Saya rasa isu ini boleh dilihat daripada dua sudut. Yang pertamanya dari segi keperluan undang-undang. Kadangkala sesebuah kenderaan mungkin kita nampak di dalam kawasan perumahan, di tempat parking ataupun tepi jalan, walaupun kenderaan itu kelihatan usang tidak bergerak dan seolah-olah telah ditinggalkan untuk bertahun-tahun tetapi apabila dibuat semakan, rupanya ada yang kenderaan yang didapati masih mempunyai cukai jalan yang aktif, masih ada rekod pendaftaran yang sah dan terdapat juga kenderaan yang apabila dibuat semakan sebenarnya terlibat dengan kes mahkamah atau pun dilaporkan hilang.

Jadi ini berkaitan dengan aspek undang-undang yang perlu dikenal pasti. Jadi, pihak PBT sebelum mengambil sebarang tindakan selalu perlu untuk mengesahkan status kenderaan dahulu dengan agensi yang berkaitan seperti JPJ dan juga PDRM supaya sebelum tindakan penundaan dibuat, kita nak pastikan dari segi aspek undang-undang, semakan telah dibuat dan dibuat pengesahan supaya tidak timbul sebarang pertikaian dan proses semakan ini sentiasa, dia sering memerlukan masa dan kadang kala melambatkan tindakan di lapangan dan keduanya juga, suka untuk saya kongsikan dari segi keupayaan operasi PBT memang merupakan kekangan dan cabaran besar yang dihadapi oleh pihak PBT. Contohnya termasuk kekurangan lori tunda. Rata-rata PBT di negeri Perak, kita tidak mempunyai lori yang khas untuk tindakan bagi kita menyita kenderaan lusuh. Jadi, kebanyakan perlu untuk buat sewaan dan sebagainya. Ini melibatkan tenaga kerja dan juga kos tambahan dan juga terkandung kebergantungan kepada operasi berjadual berbanding dengan tindakan segera yang kita dapat buat ikut case by case dengan izin.

Jadi, bagi PBT yang lebih kecil pula, isu ruang simpanan di depo juga menjadi kekangan apabila kenderaan yang disita tidak ditebus semula oleh pemilik dan berlaku lambakan di tempat sitaan. di stor sitaan atau depo PBT sendiri pula. Jadi semua faktor ini turut juga menyumbang kepada kelewatan yang akhirnya menimbulkan persepsi seolah-olah aduan mereka tidak diberikan perhatian yang segera. Sebenarnya di peringkat PBT juga, kita cuba untuk bekerjasama dengan semua agensi yang berkenaan supaya isu ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin dan juga untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang, Kerajaan Negeri juga sedang menelitikan beberapa cadangan penambahbaikan termasuk memperkenalkan Kempen Serah dan Lupus supaya dapat menawarkan saluran yang lebih murah dan juga mudah bagi pemilik supaya dapat lebih menggalakkan mereka untuk melupuskan kenderaan secara sah dengan syarikat kitar semula yang berlesen dan ada juga cadangan untuk wujudkan pusat pelupusan berpusat yang boleh digunakan oleh beberapa PBT yang berdekatan dan penting untuk disokong dengan tindakan JPJ untuk memudahcarakan proses lucut hak supaya kenderaan yang disita dan tidak dituntut dapat dijalankan untuk proses pelupusan seterusnya supaya pusat pelupusan dan juga stor sitaan PBT dapat mempunyai ruang yang secukupnya untuk tindakan penguatkuasaan di lapangan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Exco. Seterusnya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Panjang, soalan nombor 6.

Terima kasih diucapkan kepada Pasir Panjang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang hadir dalam Dewan yang mulia ini. Menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Panjang. Tidak dapat dinafikan wujudnya kecenderungan Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih berpengalaman memohon perletakan jawatan sedia ada dari hospital kerajaan di negeri Perak. Perkara ini sememangnya bukan berlaku di negeri Perak sahaja tetapi menjadi isu kritikal di setiap negeri. Ia berlaku disebabkan faktor tarikan seperti kemudahan bayaran gaji dan emolumen yang lebih menarik di sektor swasta dan luar negara. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa peka dan memberikan perhatian serius agar isu seumpama ini tidak meruncing atau mengganggu perkhidmatan sedia ada di hospital kerajaan. Berikut adalah Jumlah Peletakan Jawatan Pegawai Perubatan Bukan Pakar dan Jururawat Terlatih untuk tempoh 2023 hingga Jun 2025 di semua hospital KKM di negeri Perak. Bagi Pegawai Perubatan Yang Bukan Pakar pada tahun 2023 seramai 103 orang telah meletak jawatan. Bagi tahun 2024, seramai 133 pegawai perubatan bukan pakar telah letak jawatan dan pada tahun ini sehingga Jun seramai 53 telah meletak jawatan. Bagi jururawat terlatih pada tahun 2023 sebanyak 30 jururawat telah letak jawatan, bagi tahun 2024 seramai 31 orang dan pada tahun ini setakat Jun 12 jururawat terlatih telah letak jawatan.

Soalan yang timbul sekarang adalah adakah mutu perkhidmatan perubatan kepada warga Perak merosot akibat daripada peletakan jawatan oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat-jururawat atau adakah kita compromise dengan mutu perkhidmatan perubatan di klinik dan hospital kerajaan dan saya seringkali akan dapat e-mel dan surat daripada orang awam dan saya ingin bacakan satu e-mel yang baru saya terima daripada seorang pesakit. Dengan izin, saya Shanty A/P Vispamohan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada doktor wanita bersama jururawatnya yang bertugas di Klinik Kesihatan Tapah. Klinik Kesihatan Tapah adalah satu klinik yang amat sibuk. Pada 24 Ogos 2025 sekitar jam 8.30 malam hingga 10.00 malam saya hadir bersama suami untuk mendapatkan rawatan berikutan dengan masalah sakit ganglion cyst. Ganglion cyst ini adalah satu penyakit pembengkakkan tisu lembut yang menyebabkan kesakitan kehilangan fungsi dan kelemahan yang memerlukan rawatan.

Jadi selepas dia buat surgery di ibu jari kaki kiri yang amat sakit sehingga menembusi ke bahagian pinggang kiri dan menyukarkan saya untuk berjalan. Sepanjang berada di Klinik Kesihatan Tapah Perak ini saya amat menghargai layanan baik, pantas dan mesra oleh attendant serta jururawat di bahagian pendaftaran walaupun saya dalam keadaan kesakitan. Keutamaan terima kasih kerana rawatan segera yang diberikan oleh doktor wanita bertugas di Emergency Department Klinik Kesihatan Tapah. Beliau membuat pemeriksaan segera memberi suntikan, membersihkan serta merawat luka cyst dengan dressing yang rapi. Hanya dalam masa kira-kira 10 minit selepas rawatan suntikan rasa sakit yang saya tanggung hilang dan saya sudah mampu berjalan tanpa kesakitan. Saya kini meneruskan rawatan susulan dengan ubat-ubatan serta antibiotik yang dipreskripsikan oleh doktor tersebut dan keadaan saya makin baik. Saya amat berterima kasih atas profesionalisme, keprihatinan dan sentuhan empati yang ditunjukkan oleh doktor ini. Semoga segala urusan beliau dan staf-staf di Klinik Kesihatan Tapah Perak beliau dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan serta keberkatan selalu.

Ini kali ketiga saya jadi Exco Kesihatan di Negeri Perak dan saya dah melawat hampir semua hospital, 15 hospital dan juga klinik-klinik kesihatan dan saya tak pernah ada dengar yang pertama bahawa mutu yang disediakan perkhidmatan yang disediakan ini adalah tidak memuaskan. Yang saya akan terima adalah berkaitan dengan tempoh masa seseorang pesakit tunggu untuk mendapat rawatan atau pun berjumpa dengan doktor dan saya percaya perkara ini berlaku di hospital-hospital swasta pun sekarang walaupun kita bayar. Jadi dari sini saya setuju dengan surat kandungan surat ini.

Bagi menjawab soalan kedua pihak kerajaan merancang dan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memastikan pegawai perubatan dan jururawat terlatih masih kekal berkhidmat dalam kerajaan. Berikut adalah kemudahan dan insentif yang diberikan kepada pegawai perubatan dan jururawat terlatih bagi memastikan mereka terus kekal bertugas di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Satu, Pegawai perubatan dan jururawat terlatih lantikan kontrak yang menunjukkan prestasi kerja yang baik akan ditawarkan ke lantikan tetap. Perkara ini penting bagi meningkatkan motivasi kerja pegawai-pegawai berkenaan selain minat untuk terus kekal dalam perkhidmatan awam. Sebagai perubatan dan jururawat terlatih yang bertugas syif diberikan tempoh bekerja yang lebih pendek iaitu 42 jam seminggu berbanding dengan perkhidmatan profesion lain iaitu 45 jam seminggu di bawah Skim Sistem Saraan Perkhidmatan Awam atau SSPA dengan matlamat untuk menjaga kebajikan mereka atas beban tugasan yang besar dan mencabar.

Walaupun isu ini dikritik pada peringkat awal, namun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih mempertahankan keputusan berikut agar kebajikan pegawai-pegawai terlibat terpelihara sepenuhnya. Ketiga pemberian elaun kritikal kepada semua pegawai perubatan agar ia menjadi suntikan input kepada kesungguhan bekerja di perkhidmatan awam selain sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan dan keempat kenaikan pangkat secara time based bagi pegawai perubatan perancangan dan perlaksanaan. Ini penting bagi memberi jaminan laluan kerja yang jelas agar pegawai kerajaan juga menikmati pengiktirafan dan peningkatan taraf dalam perkhidmatan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Pasir Panjang sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Ya terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Exco. Sebenarnya soalan saya tidak menjurus kepada soalan-soalan kualiti. Memang kualiti perkhidmatan doktor yang yang masih berkhidmat itu terbaik kerana yang dipuji dihargai oleh seorang pesakit. Cuma kita melihat apabila berlaku kekurangan ketidakcukupan tenaga kesihatan dan ini maka beban akan menjadi bertambah. Jadi itulah concern saya. Cuma satu soalan yang saya nak tanya saya nak perkecilkan sikit skop soalan saya. Bila saya melawat ke Hospital Seri Manjung selalunya tengok pesakit tu melebihi daripada kapasiti yang boleh diterima oleh pihak hospital. Jadi bila kita tengok ada yang dipindahkan daripada Hospital Seri Iskandar dan juga bangunan baru di Hospital Seri Manjung pun belum beroperasi sepenuhnya. Apakah sekiranya andaian sayalah mungkin dipindahkan pesakit daripada Hospital Seri Iskandar ke Manjung tu disebabkan oleh kekurangan tenaga, pegawai perubatan dan juga jururawat di sana dan boleh tak Yang Berhormat Exco jelaskan kenapa masih bangunan tambahan Hospital Manjung itu belum beroperasi sepenuhnya? Apakah disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Hospital Manjung adalah satu hospital pakar penuh dan Hospital Seri Iskandar pra pakar, bukan seperti Hospital Manjung dan dalam kes-kes kritikal kita akan pindahkan daripada Hospital Seri Iskandar yang baru dibina dan alat-alat semua baru kepada Seri Manjung. Setakat ini saya tidak terima apa-apa rungutan ataupun aduan berkaitan dengan isu ini dan jika saya terima ini kita akan ambil tindakan sewajarnya dan berkaitan dengan hospital lama Hospital Melintang, Hospital Changkat Melintang, yang itu kita dah setuju untuk terus operasi dan outpatient akan diberi layanan di situ. Jadi, pesakit yang melawat Hospital Seri Iskandar akan berkurangan. Begitu juga di Hospital Manjung dan suka tak suka, Hospital Manjung adalah satu hospital yang amat-amat sibuk dan bagi Hospital Manjung, untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan juga telah membelanja sebanyak RM66.277 juta untuk membina satu blok tambahan dan kos yang blok tambahan ini telah di tender semula dan akan disiap pada ia sepatutnya diserahkan pada tahun pada tarikh 27 Ogos 2024, tetapi sekarang telah ditender semula dan kerja-kerja akan bermula. Hospital Iskandar telah diserah pada 28 Oktober 2024. Jadi, kalau ada apa-apa masalah Yang Berhormat boleh kemukakan kepada saya. Terima kasih.

Astaka.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Astaka.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Astaka dulu.

Timbalan Yang di-Pertua

Bukit Chandan sila.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Baik Dato'. Terima kasih Exco. Saya nak bertanya pasal kebajikan doktor-doktor di hospital lah terutama sekali doktor-doktor pelatih. Sebab kebanyakan doktor-doktor di hospital ini, dia bekerja tidak ikut masa. Maksudnya, kalau dia masuk malam, dia sepatut habis kerja pukul 8.00 pagi. Tapi dia orang ini tidak balik pukul 8.00. Dia akan terus bekerja sampai pukul 3.00 petang, 4.00 petang dan ada juga doktor-doktor yang bekerja on-call hari Jumaat, hari Sabtu, hari Ahad. Tiga hari straight bekerja. Jadi kalau kita tengok jabatan-jabatan lain, contohnya kalau ikut Akta Buruh Kerja 8 jam. Lebih 8 jam dikira macam elaun ke dan ada imbuhan lain. Tapi doktor tidak dibayar macam tu. Sedangkan doktor kebanyakannya bekerja melebihi 24 jam dan ada yang 36 jam, ada yang 40 jam pun ada. Jadi kalau kita tak jaga kebajikan doktor ini, kita tak hairanlah ramai doktor-doktor kerajaan ini berpindah ke swasta sebab waktu kerja yang lebih mudah dan juga imbuhan yang lagi baik daripada kerajaan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang berkaitan dengan akta yang digunakan sebagai Akta Buruh 1955 tidak terpakai kepada perkhidmatan awam. Itu yang betulnya. Perkhidmatan awam ada skim sendiri dan saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa Pegawai-pegawai Perubatan kita sepatutnya mereka kena kerja 43 jam, 45 jam. Di swasta, hanya 43 jam selepas pindaan kepada Akta Kerja tetapi kita tahu keadaan di hospital-hospital kita dan buat masa ini JPA sedang mengkaji untuk tindakan susulan. Jadi kalau JPA keluarkan dengan circular baru tentang elaun-elaun mereka dan sebagainya dan kementerian juga dalam proses untuk mengambil lebih ramai Pegawai Perubatan ke dalam perkhidmatan ini dan untuk makluman, jumlah jururawat yang berkhidmat buat masa ini di seluruh Perak adalah seramai 8,010 orang dan jumlah Pegawai Perubatan di negeri Perak bagi Pegawai Perubatan Pakar adalah 609 orang, Pegawai Perubatan tetap adalah 2,755 orang dan Pegawai Perubatan kontrak iaitu EOD Gred UD41 adalah sebanyak 247, UD43 adalah 464 iaitu jumlahnya 711, tak cukup Pegawai Perubatan siswazah iaitu Houseman adalah 711 orang, jumlah Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Perubatan tetap, kontrak dan houseman jumlahnya adalah 4,786 dan di hospital-hospital ke 15 hospital, jumlah adalah 14,863 orang dan di Klinik Kesihatan, jumlah staf adalah 7,099 iaitu 21,962 dan kita masih tidak mencukupi. Jadi, Kementerian Kesihatan akan ambil tindakan susulan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Jelapang nombor tujuh.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima Kasih Yang Berhormat Jelapang yang prihatin terhadap isu alam sekitar yang membangkitkan mengenai pembakaran terbuka, sisa dan pelepasan asap hitam dari kilang-kilang.

Untuk makluman Yang Berhormat Jelapang, berdasarkan rekod penerimaan aduan kes pembakaran terbuka Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, merekodkan aduan pembakaran terbuka sebanyak 185 kes pembakaran terbuka yang diadu pada tahun 2023, 502 kes bagi tahun 2024 dan 473 kes sehingga Ogos 2025 di negeri Perak. Adalah dimaklumkan bahawa sehingga Ogos 2025, jumlah keseluruhan aduan pembakaran terbuka adalah 1,160 kes sepanjang tempoh 2023 hingga Ogos 2025. Sebagai pemakluman juga di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling pindaan 2024 yang baru diwartakan pada 6 Jun 2024, telah ditetapkan hukuman dan denda yang lebih tinggi berbanding sebelum ini bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka di mana kompaun maksimum sehingga RM500 ribu boleh dikenakan. Manakala itu denda tidak kurang daripada RM25 ribu dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, pihak kilang mahu pun industri yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 2014 adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM100 ribu atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya. Selain daripada itu, tindakan tegas seperti penahanan operasi kelengkapan yang melibatkan pengoperasian alat kawalan pencemaran udara boleh dikenakan kepada pihak industri yang gagal memastikan alat kawalan beroperasi dengan baik dan sempurna sehingga menyebabkan pencemaran ke udara. Di samping itu, perintah larangan boleh dikenakan terhadap mana-mana premis oleh Ketua Pengarah di bawah peraturan ini melalui notis secara bertulis mengeluarkan satu perintah larangan jika mendapati pengendalian berterusan mana mana premis atau proses berkenaan tidak patut dibenarkan demi untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam.

Bagi kilang atau industri yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling, aktiviti yang ditetapkan. Kesan kepada alam sekeliling 2015, perlu mengemukakan laporan penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling di bawah Seksyen 34A [Akta Kualiti Alam Sekeliling 974] untuk diluluskan terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu aktiviti yang ditetapkan.

Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam menangani isu ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sentiasa menjalankan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka secara harian termasuk hari cuti umum di lokasi-lokasi yang kerap berlaku pembakaran terbuka. Semasa rondaan mencegah pembakaran terbuka telah diedarkan brochure, pamplet larangan pembakaran terbuka kepada orang ramai sebagai kempen kesedaran.

Untuk makluman Yang Berhormat Jelapang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sentiasa mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam menjalankan pemantauan dan rondaan mencegah pencemaran secara harian yang dilaksanakan. Standard Operating Procedure pemeriksaan juga sentiasa dikemaskini dengan penggunaan alat-alat pemantauan yang terkini seperti penggunaan drone, alat pemantauan udara (Syrex) dan alat pemantauan gas (sniffer). Susulan daripada itu, pihak JAS juga telah menempatkan sebanyak lima stesen pemantauan Udara Automatik di negeri Perak. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Kalau... Sila Jelapang.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Terima kasih jawapan daripada Aulong. Soalan tambahan Jelapang adalah, selain daripada usaha penguatkuasaan yang semakin tegas, adakah kerajaan akan mempertimbangkan alternatif yang lebih berkesan seperti memberikan kepada insentif atau geran untuk menaiktaraf teknologi. Teknologi penapis kilang. So, memandangkan negara kita sekarang sedang memacu ke arah IR-5. Alternatif ini menggerakkan pekilang-pekilang untuk menjarak ke objektif yang ditetapkan oleh kerajaan.

Yang di-Pertua

Exco.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Terima Kasih Yang Berhormat Jelapang atas soalan tambahan. Saya tertarik dengan ayat penguatkuasaan yang semakin tegas. Dalam isu pencemaran, saya rasa langkah pemantauan yang proaktif memainkan peranan yang lebih penting dan konstruktif. Langkah pencegahan yang efektif akan membantu mengekalkan kelestarian alam sekitar. Walaubagaimanapun, penguatkuasaan tegas terpaksa dilakukan setelah sesuatu pencemaran yang tidak diingini senang berlaku. Menjawab soalan tambahan Jelapang mengenai insentif dan grant. Pihak industri dimohon rujuk kepada tax insentif atau tax relief dalam sistem cukai syarikat. Dari segi pelaburan semula untuk terus berdaya saing. Pihak JAS sentiasa sedia membantu dari segi panduan dan kawalan kaedah dalam usaha penaiktarafan sistem kawalan yang lebih efektif dan efisien. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Yang Berhormat baru soalan kedua. 1. Satu sahaja satu.

Yang di-Pertua

Dia soalan tambahan ini masanya sudah tamat tapi pasal Kamunting ini, tak apa saya bagi last soalan Kamunting tambahan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sambung sikit Kubu Gajah, sikit sahaja.

Yang di-Pertua

Last sekali, next one, esok-esok. Ok, Kamunting.

YB Exco baru ini ada kejadian pencemaran habuk hitam di Taman Tekah Permai dan Taman Tekah Jaya. Mungkin ada siasatan telah dibuat dan apa tindakan kepada pihak yang mencemarkan udara ini dan status siasatan?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ok, susulan siasatan yang telah dilakukan di Taman Tekah itu, Laporan telah disediakan tetapi tidak ada tidak bersama dengan saya hari ini dan tindakan yang tegas sedang dijalankan dan tindakan yang susulan itu kita akan umumkan pada masa kelak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco, maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Dengan ini, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang seterusnya, sila.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025Bill

Setiausaha

Perkara yang kelima, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang di-Pertua saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 dibaca bagi kali pertama.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali kedua?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dalam mesyuarat ini juga.

Yang di-Pertua

Sekarang, saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan notis bacaan kali yang kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57 (1).

[EDARAN NOTIS BACAAN KALI YANG KEDUA]

Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen Untuk Mengadakan Peruntukan Berhubung Dengan Kawalan Sekolah Agama Islam Di Negeri Perak dan Perkara Lain Yang Berkaitan Dengannya sekarang dibaca bagi kali yang kedua. Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Dato' Yang di-Pertua, Ayer Kuning menyokong.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. 30 Auzubillah minashaitan nirajeem bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, dimulai kalam dengan mengangkat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhana Wata'ala kerana berkat limpah rahmat dan kasih sayang-Nya jua, kita dapat berkumpul sekali lagi di Dewan yang mulia ini bagi melunaskan tanggungjawab kita sebagai pemegang amanah rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, penghulu sekalian nabi dan rasul yang menjadi rahmat buat sekalian umat. Semoga limpahan keberkatan baginda sentiasa menyinari perjalanan hidup kita, membimbing kita menegakkan kebenaran, menunaikan amanah dengan adil serta berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan negeri yang tercinta. Dengan izin dan kerahmatan Allah subhanahu Wataala jua, marilah kita menzahirkan iltizam bersama untuk menjadikan Dewan yang mulia ini medan perbahasan yang membina, tempat lahirnya keputusan yang bijaksana dan wadah menyampaikan suara rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11, yang bermaksud Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Ayat ini menggambarkan betapa ilmu ibarat mahkota yang mengangkat martabat manusia ke darjat yang lebih mulia. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk memartabatkan institusi-institusi agama demi menegakkan makam ilmu agar generasi pewaris kita berdiri megah sebagai insan beriman, berpengetahuan dan dimuliakan di sisi Allah subhanahu wata'ala. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula pernah bersabda, apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya. Hadis riwayat Muslim. Sabda baginda ini membuka mata kita bahawa ilmu adalah pelita yang sinarnya tidak pernah padam. Walau jasad pemiliknya telah kembali ke alam barzakh. Maka memartabatkan pendidikan agama ibarat menyalakan obor peradaban yang cahayanya bukan sahaja menerangi generasi kini, malah menjadi suluh pedoman yang pahalanya mengalir hingga ke akhirat. Insha Allah.

Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon izin mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang Yang Bernama Suatu Enakmen kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak 2025 dibaca kali yang kedua sekarang). Rang Undang-Undang ini adalah satu langkah penting bagi menggantikan peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996. Enakmen baru ini memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk memperkasa, menyelaras dan memperkemas pentadbiran. Institut Pendidikan Agama Islam di Perak agar lebih teratur, berkesan dan mampu memenuhi cabaran zaman. Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 merupakan undang-undang yang mengawal pendaftaran dan urus tadbir Sekolah-Sekolah Agama Islam di Negeri Perak. Namun, sejak mula berkuat kuasa lebih dua dekad yang lalu, enakmen tersebut tidak pernah dipinda sehingga didapati banyak peruntukan yang kini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dengan realiti semasa. Justeru, pindaan ini menjadi suatu keperluan mendesak agar Kerajaan Negeri merangka dan melaksanakan peruntukan-peruntukan baharu yang lebih komprehensif supaya undang-undang sedia ada dapat diselaraskan dengan cabaran pendidikan masa kini demi memastikan sekolah-sekolah Agama Islam terus relevan, berdaya saing dan mampu memenuhi aspirasi ummah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum dibentangkan di Dewan yang mulia ini, cadangan Rang Undang-Undang ini telah melalui proses penelitian yang rapi dan diperhalusi dalam beberapa siri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penggubalan. Ia kemudiannya diangkat untuk dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah Negeri Perak sebelum akhirnya dibentangkan kepada Persidangan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, MAIPk pada 26 Jun 2025 dan telah diluluskan.

Selanjutnya, Rang Undang-Undang ini telah diangkat dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Bilangan 2190 bertarikh 6 Ogos 2025 bagi membolehkan ianya dibentang untuk dibahas dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak. Dalam Rang Undang-Undang ini, beberapa pindaan dan penambahbaikan telah dibuat berbanding Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 yang sedia ada. Antaranya penambahbaikan pada Seksyen 2 iaitu tafsiran peruntukan ini telah ditambah baik dengan memasukkan beberapa tafsiran perkataan baharu untuk menjelaskan pemakaian perkataan tersebut bagi maksud enakmen ini seperti tafsiran Ketua Pendaftar yang merujuk kepada jawatan utama yang mengetuai organisasi pendaftaran sekolah dan tafsiran premis bagi merangkumi apa-apa bangunan yang digunakan sebagai tempat yang berkaitan dengan sekolah. Penambahbaikan tafsiran sekolah bertujuan untuk memastikan perkataan tersebut merangkumi semua kategori sekolah agama Islam termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Selain itu, terdapat beberapa tafsiran perkataan sedia ada dikeluarkan dan ditambahbaik selaras dengan peruntukan yang dicadangkan.

Selain daripada itu, struktur organisasi pendaftaran ditambahbaik dengan mengemaskini nama jawatan daripada Pendaftar kepada Ketua Pendaftar di samping mewujudkan jawatan baharu Timbalan Ketua Pendaftar dan beberapa orang Pendaftar. Penambahbaikan ini bertujuan membolehkan fungsi dan tugas berhubung kawalan dan pemantauan terhadap tadbir urus sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Peruntukan baharu juga dicadangkan bagi memberi kuasa kepada Timbalan Ketua Pendaftar menjalankan tanggungjawab Ketua Pendaftar sepanjang ketiadaannya tertakluk kepada kawalan dan arahan yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar. Penambahan kuasa dan fungsi Majlis turut diperuntukkan di dalam cadangan Rang Undang-Undang baharu ini dengan memasukkan satu bahagian baharu iaitu Bahagian VII, bagi memberi kuasa kepada Majlis atas syor Ketua Pendaftar untuk menutup mana-mana sekolah yang tidak berdaftar. Selain itu, Majlis juga diberikan kuasa dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk membuat kaedah-kaedah bagi pelaksanaan enakmen yang lebih berkesan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi memastikan kewujudan sekolah lebih terkawal, mana-mana individu yang ingin membuka sekolah hendaklah membuat permohonan penubuhan terlebih dahulu seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 6 iaitu penubuhan, penambahbaikan juga dicadangkan dalam Fasal 8 dengan memasukkan kelayakan ahli jemaah pengurus sekolah dan ketetapan bahawa sumber kewangan sekolah mestilah diperoleh secara sah menurut undang-undang. Bagi memastikan jemaah pengurusan sekolah kekal wujud, kekosongan ahli jemaah pengurusan sekolah hendaklah diisi dalam tempoh yang ditetapkan dalam Sub Fasal 12 (1), sekiranya tidak dapat mengemukakan senarai pengganti dalam tempoh tersebut, jemaah pengurusan sekolah perlu mengemukakan permohonan lanjutan tempoh pelantikan kepada Ketua Pendaftar sepertimana dalam peruntukan terbaharu yang dicadangkan dalam Sub Fasal 12 (2).

Selain itu, dicadangkan juga penetapan suatu tempoh keahlian Jemaah Pengurusan sekolah dengan memasukkan peruntukan baharu Sub Fasal 11 (3) iaitu selama tiga tahun. Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang ini turut menyebabkan pindaan kepada peruntukan undang-undang lain yang bersifat sampingan atau konsekuensal khususnya Seksyen 1/09 dan Sub Seksyen 111 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak 2024). Kedua-dua peruntukan ini akan dikeluarkan daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2024 kerana Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 yang dirujuk tidak terpakai lagi dan termansuh dengan berkuatkuasanya Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 yang baharu. Peruntukan enakmen pentadbiran yang dimansuhkan itu ditambah baik dan dikandungkan menjadi sebahagian daripada peruntukan dalam Rang Undang Undang Kawalan Sekolah yang baharu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 yang dicadangkan ini mengandungi 8 bahagian dan 30 fasal seperti berikut. Bahagian pertama Fasal 1 hingga Fasal 2 memperuntukkan bagi perkara permulaan termasuk tajuk ringkas, permulaan kuatkuasa dan tafsiran perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam enakmen. Bahagian 2, Fasal 3 hingga Fasal 5 memperuntukkan perkara berhubung kuasa Majlis dengan Perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan melantik Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar dan Pendaftar. Bahagian 3, Fasal 6 hingga Fasal 10 memperuntukkan perkara berhubungan dengan penubuhan dan pendaftaran sekolah. Bahagian 4 Fasal 11 hingga Fasal 15, memperuntukkan perkara berhubungan dengan jemaah pengurusan. Bahagian 5, Fasal 16 hingga Fasal 17 memperuntukkan perkara berhubung dengan akaun sekolah. Fasal, bahagian 6 Fasal 18 hingga Fasal 20 memperuntukkan perkara berkaitan Nazir Sekolah. Bahagian 7 Fasal 21 memperuntukkan perkara berkaitan penutupan sekolah. Bahagian 8 Fasal 22 hingga Fasal 30 memperuntukkan perkara pelbagai. Dengan Rang Undang-Undang kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak 2025) yang dicadangkan ini, pentadbiran Institusi Pendidikan Agama Islam di negeri Perak dilihat mampu diurus dengan baik dan efisien selaras dengan peruntukan undang-undang dan dapat memberi manafaat kepada rakyat negeri Perak khususnya yang beragama Islam.

Yang Berhormat Dato' Yang-di-Pertua, kesimpulannya, Rang Undang-Undang kawalan Sekolah Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 ini adalah manifestasi kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memperkukuh sistem pendidikan agama Islam di Perak. Ia bukan sekadar pindaan perundangan tetapi satu ikhtiar besar untuk memastikan Sekolah-Sekolah Agama Islam terus terpelihara terurus dengan baik dan berperanan sebagai medan melahirkan generasi berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Dengan undang undang baharu ini kita bukan sahaja menyesuaikan pentadbiran Sekolah Agama dengan tuntutan zaman tetapi juga meneguhkan kedudukan agama Islam sebagai teras pembinaan masyarakat dan negeri. Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah Subhana Wata'ala dan membawa manafaat yang berkekalan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat Masalahnya sekarang ialah bahawa Rang Undang Undang Yang Bernama Suatu Enakmen Untuk Mengadakan Peruntukan Berhubung Dengan Kawalan Sekolah Agama Islam Di Negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sekarang, masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang adalah selama 15 minit setiap seorang manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 10 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 15 minit.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perak Sejahtera 2030. Alhamdulillahi rabbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Israfil Ambiya Wal Mursalin. Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua Dewan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan tidak dilupakan seluruh masyarakat negeri Perak yang menyaksikan sidang Dewan secara langsung ataupun melalui atas talian khasnya masyarakat Ayer Kuning yang saya kasihi.

Dato' Yang di-Pertua, dengan penuh rasa dedikasi. Saya mengenang pemergian Allahyarham Tuan Haji Hisham Shahruddin, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning yang telah kembali kerahmatullah pada Februari lalu. Jasa bakti dan pengorbanan Allahyarham akan terus menjadi suluh dalam perjuangan yang seterusnya. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk menyambung perjuangan dengan ikhlas, rendah hati dan tekad yang tidak pernah luntur. Saya juga dalam rindu yang bersisa. Izinkan saya merakamkan setinggi penghargaan kepada masyarakat di Dun Ayer Kuning yang telah memilih Kerajaan Perpaduan hari ini untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Perak. Dengan doa yang tidak pernah putus dan sokongan padu yang begitu hebat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memetik kata-kata Imam al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah, beliau menulis bahawa tujuan hukum dan pemerintahan adalah untuk menjaga, menjaga agama agar tidak terpesong dan mengatur urusan dunia agar tersusun. Ini bermaksud undang-undang digubal untuk kestabilan agama dan pentadbiran masyarakat. Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 telah berkuat kuasa lebih dua dekad. Dalam tempoh itu, landskap pendidikan telah berubah dan berevolusi dengan begitu pantas. Pelbagai cabaran baharu muncul dan kompleks sifatnya. Dari isu pentadbiran, kewangan hinggalah kepada cabaran global, teknologi maklumat dan media sosial. Justeru, kita tidak boleh lagi bergantung kepada kerangka undang undang yang lama yang longgar dan terhad. Sebaliknya, kita perlu membina asas perundangan yang kukuh, segar dan relevan agar Sekolah-Sekolah Agama Islam terus terjamin keberkesanannya pentadbirannya dan diyakini oleh masyarakat. Malah, sejak ia dilaksana dan dikuatkuasakan, undang-undang lama ini tidak pernah dipinda. Maka dalam pelbagai sesi libat urus yang dilaksanakan sebelum ini didapati banyak peruntukan di dalamnya sudah tidak lagi sesuai dengan realiti realiti semasa.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, hakikatnya masih ada kelompangan besar dalam kawal selia. Ada Sekolah Agama yang berjalan tanpa pengurusan yang mantap. Ada yang lemah strukturnya sehingga menimbulkan masalah kepada pentadbiran, keberkesanan pembelajaran bahkan mengikis kepercayaan masyarakat. Atas sebab itulah, Rang Undang-Undang baru ini amat diperlukan. Ia bukan sekadar soal teknikal atau pentadbiran. Ia soal masa depan generasi muda kita. Generasi yang menyambung warisan madrasah yang mendidik anak-anak kita dengan ilmu al-Quran, hadis, fiqh, tauhid, akhlak dan nilai-nilai murni dan seperti yang ditegaskan dengan jelas oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pembentangan Rang Undang-Undang ini tidak dilakukan secara tergesa-gesa atau tergopoh-gapah. Sebaliknya ia melalui proses penelitian yang panjang diperhalusi dalam beberapa siri mesyuarat jawatankuasa teknikal kemudian diangkat ke peringkat Jawatankuasa Penggubalan Undang undang Syariah Negeri Perak seterusnya dibawa ke persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebelum akhirnya diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Proses ini membuktikan bahawa setiap fasal dalam Rang Undang-Undang ini dirangka dengan penuh rasa tanggungjawab menimbangkan pandangan pelbagai pihak serta memastikan perlaksanaannya nanti benar-benar praktikal adil dan membawa manfaat kepada rakyat. Keputusan ini tentunya bersandarkan niat agar undang-undang yang digubal bukan sekadar tinta di atas kertas tetapi menjadi suluh yang membimbing generasi mendatang ke jalan ilmu dan kebenaran, kerana saya yakin kita semua berkongsi pengharapan yang sama untuk meletakkan pendidikan agama sebagai teras kekuatan umat dan tonggak kemajuan negeri.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, oleh itu saya menyokong penuh pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa Rang Undang-Undang ini adalah satu ikhtiar besar untuk kita sama sama memperkemaskan pentadbiran Sekolah Agama. Antara yang dilihat penambahbaikan yang sangat signifikan adalah pengukuhan struktur organisasi pendaftaran daripada hanya Pendaftar kini diwujudkan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar dan beberapa orang pendaftar. Ini memastikan sistem pentadbiran yang lebih cekap dengan agihan kuasa dan tanggungjawab yang jelas. Perluasan tafsiran sekolah juga termasuk semua sekolah kategori Sekolah Agama sama ada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau institusi lain yang seumpamanya. Ini mengelakkan ada sekolah yang tercicir dari radar pemantauan. Kelayakan jemaah pengurusan sekolah juga dilihat diperuntukkan dengan jelas bahawa pengurusan sekolah terdiri daripada individu yang berkelayakan dan berwibawa dengan sumber kewangan yang sah menurut undang-undang. Juga dilihat peranan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak diperkukuhkan dengan kuasa baharu termasuk untuk menutup sekolah yang tidak berdaftar serta menggubal kaedah-kaedah pelaksanaan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Semua penambahbaikan ini jelas menunjukkan bahawa Rang Undang-Undang ini tidak sekadar menyusun pentadbiran tetapi menjamin Sekolah-Sekolah Agama Islam di negeri ini terus teguh di landasan yang benar terlindung daripada kelemahan lama dan siap siaga menghadapi cabaran masa hadapan. Sekiranya hujah-hujah ini yang menjadi sandaran, saya yakin Rang Undang-Undang ini akan mendapat sebaik-baik dukungan dari masyarakat khususnya para ibu bapa. Mereka akan lebih senang menghantar anak-anak ke Sekolah Agama kerana diyakini ia diurus dengan sah, tersusun dan berwibawa. Guru-guru akan berasa lebih dihargai kerana berkhidmat dalam sistem yang diiktiraf serta mendapat sokongan kukuh kerajaan. Anak-anak pula akan menikmati pendidikan agama yang bukan sahaja berkualiti tetapi menyeluruh, membentuk fikiran yang tajam, hati yang bersih dan akhirnya membenihkan jiwa yang kukuh dengan nilai-nilai Islam.

Kita juga harus insaf bahawa cabaran generasi muda hari ini jauh lebih getir daripada dahulu. Mereka dihimpit dengan gelombang media sosial yang menggila. Budaya songsang yang menular ajaran songsang yang menyesatkan serta gejala keruntuhan moral yang merisaukan. Justeru, Sekolah Agama mesti tampil sebagai benteng pertahanan utama. Bukan sekadar menyampaikan ilmu tetap tetapi membina akhlak meneguhkan aqidah dan melahirkan masyarakat yang berdisiplin, berintegriti serta berjiwa taqwa. Sesungguhnya Sekolah Agama bukan sekadar medan menghafaz kitab tetapi institusi pembinaan peradaban. Dari rahim sekolah agama lahir imam yang memimpin solat, guru yang mendidik bangsa, Peguam Syarie yang menegakkan keadilan, pentadbiran yang beramanah, bahkan pemimpin masyarakat yang membela rakyat. Maka memperkasa Sekolah Agama bererti kita sedang memperkukuh tiang seri negeri menjamin masa depan Perak yang lebih makmur, beradab dan dirahmati Allah.

Yang Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dalam konteks perbahasan Rang Undang-Undang ini amatlah penting kita mengambil pelajaran daripada pandangan para ulama muktabar yang sejak dahulu lagi telah menegaskan bahawa maqasid syariah mesti menjadi panduan utama dalam setiap penggubalan undang-undang. Seperti yang ditegaskan oleh Al-Imam Ibnul Qayyim, syariah itu seluruhnya adalah keadilan, rahmah kemaslahatan dan hikmah, maka setiap undang-undang yang digubal mesti berpaksikan nilai-nilai tersebut. Sarjana Profesor Muhammad Hashim Kamali turut menegaskan bahawa hukum-hukum syariah berasaskan maslahah dan undang-undangnya dirangka untuk melindungi manfaat itu. Justeru, pembentangan Rang Undang-Undang ini bukan sekadar urusan pentadbiran tetapi suatu ikhtiar besar untuk menzahirkan maqasid syariah dalam konteks pendidikan iaitu menjaga agama, memelihara aqidah, memperkukuhkan ilmu dan melahirkan generasi berakhlak mulia.

Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati bagi mengukuh pasak Rang Undang-Undang ini, Ayer Kuning ingin mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan penambahan perjawatan kakitangan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan enakmen ini dapat dijalankan dengan lebih efisien dan efektif. Ini kerana Rang Undang-Undang ini adalah amanah besar. Ia bukan sekadar dokumen undang-undang tetapi satu ikhtiar untuk memastikan cahaya ilmu agama terus bersinar dengan penuh keberkatan di negeri kita ini. Kita mahu Perak menjadi contoh negeri yang tegas dalam menjaga pendidikan agamanya. Namun, pada masa sama bersikap adil, terbuka dan sentiasa mendengar pandangan masyarakat. Justeru itu, Ayer Kuning menyeru semua Ahli Dewan yang mulia ini. Marilah kita menyokong penuh rang undang-undang ini. Jangan kita biarkan masa hadapan anak-anak kita kabur kerana kelemahan kita dalam membuat keputusan hari ini. Memetik kata-kata Ibnu Khaldun dalam kitabnya, beliau menjelaskan bahawa undang-undang penting untuk mengawal perilaku manusia dan menegakkan keadilan kerana sifat manusia itu cenderung kepada pertelingkahan dan perebutan.

Dato' Yang di-Pertua, bagi mengakhiri perbahasan ini Ayer Kuning menyatakan sokongan penuh kepada Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama (Perak) 2025 yang dibentangkan dan Ayer Kuning yakin dengan izin Allah Subhanawataala, ia akan membawa kebaikan yang berpanjangan kepada Negeri Perak dan umat Islam keseluruhannya. Insha Allah. Sekian Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ayer Kuning mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Ayer Kuning. Perbahasan kalau dengan izin kata saya middle speech yang di dalam Dewan Negeri setelah dilantik dipilih dalam pilihan raya kecil yang lepas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan. 15 minit dipersilakan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ala Israfil Ambiya Mursalin wa ala Alihi wasohbihi Ajmain Amma Ba'd. Allah Subhanahu wa Ta'ala yarofailahhilazzi nak amanu minkum wal lazi nak uttullima derajat (bacaan doa) Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Berhormat Menteri Besar Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang berada di luar saya agak, Yang Berhormat Exco Kerajaan negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, seluruh pegawai Kerajaan Persekutuan, Negeri, petugas media dan seluruh sidang hadirin dalam Dewan dan juga di atas talian yang mengikuti Persidangan Dewan Negeri Perak pada hari ini.

Dato’ Yang di-Pertua izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan mengatakan bahawasanya kami semua tidak sekali menolak hasrat murni kerajaan untuk memperkukuhkan pendidikan Islam di dalam negeri Perak. Malah kami menyokong segala usaha yang benar-benar membawa manfaat kepada ummah. Sebagai Ahli Dewan yang bertanggungjawab adalah kewajipan kami untuk menilai secara kritis setiap cadangan undang-undang yang dibentangkan. Undang-undang yang diluluskan dalam Dewan ini mestilah benar-benar menyelesaikan masalah yang berada di lapangan. Bukan sekadar menambah kuasa birokrasi ataupun menimbulkan beban baharu kepada institusi pendidikan agama khususnya Sekolah Agama Rakyat, pondok, Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta yang serta yang telah sekian lama menjadi benteng pembinaan akhlak serta pusat perkembangan Islam sejak sekian lama di negeri ini.

Dato’ Yang di-Pertua, sejarah pendidikan Islam dalam Negeri Perak sangat panjang dan sarat dengan pengorbanan masyarakat. Institusi pendidikan agama di Perak bermula dengan penubuhan Maahad Ehya Al-Syarif di Gunong Semanggol pada tahun 1918 yang pada asalnya hanyalah sebuah pondok sebelum berkembang menjadi Sekolah Agama pada tahun 1934. Sekolah ini wujud atas hasil permuafakatan masyarakat setempat yang mendambakan ruang pendidikan agama untuk anak-anak mereka. Pada tahun 1941, sekolah ini sudah mempunyai lebih 400 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan serta 270 pondok asrama hasil gotong-royong masyarakat yakni tertulis dalam Sejarah Islam Perak 2017. Selepas itu, perkembangan ini, institusi lain seperti Madrasah Idrisiah 1922, Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah 1924, Sekolah Menengah Agama Al-Falah 1942 serta banyak lagi Sekolah Agama Rakyat dan pondok pengajian. Kajian akademik menunjukkan bahawa sekolah-sekolah agama ini dibangunkan atas inisiatif masyarakat dan sokongan wakaf, derma orang ramai dan keikhlasan tenaga guru sukarela. Dicatat oleh Mohammad Adry Che Noh, 2018. Oleh itu, Rang Undang-Undang ini tidak boleh dilihat semata-mata sebagai dokumen pentadbiran. Ia mesti di menjiwai sejarah dan menghormati akar pendidikan Islam dalam negeri ini. Sekolah Agama telah menjadi institusi sosial yang penting dalam membina modal insan sejak sebelum merdeka lagi.

Dato’ Yang di-Pertua, RUU ini berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 12(2) memberi kuasa kepada negeri untuk menubuhkan serta menyelenggara institusi Islam. Tambahan pula, Perkara 74(2) bersama jadual kesembilan senarai negeri, butiran 1 secara jelas meletakkan hal ehwal agama Islam termasuk pendidikan Islam, zakat dan wakaf dibawah bidang kuasa negeri. Justeru, penggubalan enakmen ini adalah sah menurut undang-undang tertinggi negara. Namun, pelaksanaannya mesti digarap dengan penuh hemah di antara agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan juga kerjasama JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Perak serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bagi menjamin kelestarian sumber dana pendidikan.

Dato’ Yang di-Pertua, hari ini kita mempunyai 1600 institusi pendidikan agama berdaftar di dalam negeri Perak. Daripada jumlah tersebut, hanya 85 sekolah ataupun 8.4% yang mempunyai Kebenaran Merancang (KM) daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai tahap keselamatan bangunan, risiko kebakaran serta kesejahteraan pelajar. Selain daripada itu, terdapat 8,715 kelas KAFA di 659 buah sekolah melibatkan 89,226 murid dengan 3,210 orang guru KAFA. Namun begitu, guru-guru KAFA ini hanya menerima elaun RM200 sebulan manakala elaun kebangsaan diumumkan pada Ogos 2025, iaitu RM1100 sebulan. Jumlah ini masih rendah jika dibandingkan dengan negeri lain seperti Selangor, RM1300 termasuk bantuan negeri dan juga Lembaga Zakat Selangor serta Johor RM1500 diselaraskan oleh Kerajaan Negeri. Perbezaan ketara ini menunjukkan betapa kebajikan guru KAFA masih jauh tertinggal di belakang.

Dari sudut peruntukan, Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM112 juta kepada Jabatan Agama Islam (JAIPK) termasuk RM5 juta untuk pembangunan sekolah agama, RM20 juta setahun untuk 5 buah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan. Walaupun angka ini nampak besar, realitinya masih belum mencukupi jika dirujuk kepada nisbah dan jumlah semasa Sekolah Agama Rakyat di dalam Negeri Perak. Banyak Sekolah Agama Rakyat dan pusat tahfiz beroperasi dalam keadaan yang amat daif. Banyak Sekolah Agama Rakyat dan pusat yang beroperasi dalam keadaan yang daif. Sekolah agama dan prasarana yang tidak mencukupi dan tidak memenuhi piawai keselamatan. Selain daripada itu Kubu Gajah ingin sama-sama memikirkan takrifan asas bagi enakmen ini iaitu kawalan. Kami tidak mahu terma kawalan ini difahami dengan maksud mengongkong dan juga menyekat tetapi lebih tepat adalah menyelia ataupun mengawasi. Jika bermain dengan istilah ataupun terminologi mungkin sesama kita akan mewujudkan perbezaan pendapat. Namun, hakikat yang saya ingin utarakan adalah keperluan untuk kita memahami bahawa kewujudan pusat pengajian Islam adalah perkara yang positif dalam masyarakat. Usaha penubuhan yang tidak bergantung kepada dana kerajaan ini, hakikatnya dapat lompong hole hope, loophole yang tersedia dalam masyarakat. Hasil tangan mereka inilah umat Islam terdidik dengan agama Islam. Namun kewujudan mereka ini hendaklah diawasi supaya penyebaran agama yang menyeleweng daripada unsur-unsur dan juga membawa unsur khurafat, khurafat dapat dibenteras sesuai mengikut syor dan keputusan Jabatan Mufti Negeri Perak melalui pewartaan fatwa.

Dato’ Yang di-Pertua, pada dasarnya, Kubu Gajah bersetuju dengan RUU ini. Namun Kubu gajah berpandangan ada beberapa perkara yang boleh diberi perhatian dan juga penambahbaikan. Yang pertama, berkenaan Seksyen 2 tentang tafsiran sekolah. Terlalu luas apabila merangkumi semua bentuk sekolah juga berkemungkinan termasuk kelas-kelas agama kecil komuniti yang melibatkan 20 orang. Sebagai satu contoh ada masjid dan juga rumah-rumah yang menjalankan aktiviti pengajian Al-Quran secara sukarela dengan sokongan ahli kariah. Pengajian kelas Al-Quran seperti ini berjalan secara mendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Adakah institusi komuniti begini juga kena mendapat dan perlu mendapat izin penubuhan dan pendaftaran daripada pihak pendaftar, sedangkan kelas-kelas sebegini telah bertapak dan membantu masyarakat mengenal agama. Adakah wajar mereka dikenakan tindakan sekiranya tidak berdaftar? Jika tafsiran ini dikuatkuasakan, hampir semua kelas agama komuniti akan tertakluk di bawah enakmen ini. Ianya boleh membebankan institusi kecil yang tidak mempunyai struktur pentadbiran yang kukuh. Kerana itu, Kubu Gajah mencadangkan cadangan pindaan itu mengecualikan institusi komuniti kecil yang menjadi ejen kepada fahaman Islam di dalam negeri ini. Seksyen yang kedua, Seksyen 6 dan 7 mengenai penubuhan sekolah. Mewajibkan Orang Besar Jajahan dan Pentadbir Pegawai Tadbir Agama sebelum Ketua Pendaftar membuat keputusan. Kubu Gajah mengalu-alukan peranan Orang Besar Jajahan sebagai wakil diRaja di dalam hal ini dan mengharapkan proses birokrasi dapat diminimakan. Realitinya, proses sebegini boleh mengambil masa hingga enam hingga setahun.

Cadangan Kubu Gajah iaitu mewujudkan mekanisme pendaftaran sementara atau bersyarat serta manfaatkan sistem legalisasi untuk mempercepatkan proses pendaftaran. Ketiga, Seksyen 8 mengenai pertimbangan Ketua Pendaftar subseksyen (A) mengenai kesihatan dan keselamatan adalah wajar tetapi kerajaan, kerajaan mesti turut membantu fasilitator ataupun memudahkan dengan sesi libat urus dan temu mesra bersama sekolah agar mampu memenuhi piawai Bomba dan juga PBT. Subseksyen D (D) pula menggunakan frasa kepentingan negeri yang terlalu umum. Justeru, Kubu Gajah mencadangkan pindaan agar didefinisikan dengan jelas maksud kepentingan negeri adalah perkara yang wajar menurut pertimbangan agama. Antaranya dengan mengambil kira cadangan atau syor daripada Jabatan Mufti dan Pewartaan Fatwa Negeri Perak sebagai asas pertimbangan di samping berdasarkan Falsafah Pendidikan Negeri Islam.

Pendidikan Islam Negeri bukan tafsiran politik semata-mata. Sebagai satu contoh, kita tidak bersetuju, tidak bersetuju dengan ajaran Ayah Pin dan ajaran Haji Kahar Rasul Melayu tersebar luas di dalam Negeri Perak. Namun, kami juga tidak mahu alasan kepentingan negeri dijadikan senjata pihak-pihak berkepentingan untuk menekan mana-mana pihak yang tertentu. Oleh hal yang demikian, Kubu Gajah mencadangkan frasa kepentingan negeri apabila bersabitan dengan agama mestilah dirujuk terlebih dahulu dengan Jabatan Mufti Negeri Perak ataupun Pewartaan fatwa. Keempat, Seksyen 18 hingga 20 mengenai Nazir Sekolah. Nasir diberi kuasa luas untuk memantau tetapi tanpa garis panduan jelas, ia boleh menekan sekolah kecil. Cadangan Kubu Gajah ialah menstruktur naziran berasaskan penilaian risiko. Sekolah yang konsisten patuh diberi ruang bernafas, manakala sekolah yang bermasalah diberi bimbingan lebih rapat. Borang penilaian mesti seragam. Soal laporan diserah dalam tempoh yang munasabah dan sekolah diberi hak untuk memberi maklum balas. Kelima, Seksyen 21 hingga 24 mengenai kuasa menutup sekolah dan penalti. Kuasa menutup sekolah tidak seharusnya diberi tanpa mekanisme rayuan yang bebas. Penalti pula jangan sampai membebankan sekolah kecil dan rakyat. Cadangan pindaan ialah mewujudkan Jawatankuasa Rayuan Pendidikan Islam, Rayuan Pendidikan Islam Negeri serta menetapkan hukum progresif amaran bagi kesalahan yang pertama, denda bagi kesalahan yang kedua, barulah tindakan yang berat jika bersalahan yang berulang macam ketua pembangkang kita. Kesalahan pertama dah dihukum 6, 6 bulan tak boleh masuk dewan. Sepatutnya kena ada guideline yang yang terbaik. Cadangan penambahan baik, penambah baik.

Berdasarkan isu-isu ini, kami mencadangkan beberapa penambahbaikan. Satu, menubuhkan Yayasan Islam Perak untuk membantu sekolah agama rakyat menaik taraf prasarana dan juga keselamatan. Dua, meningkatkan elaun guru KAFA di peringkat negeri agar penghargaan dan juga kebajikan buat guru-guru KAFA. Tiga, menyediakan sistem pentadbiran sekolah secara digital untuk mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan kelulusan. Empat, memperkenalkan Majlis Penyelarasan Pendidikan Islam Negeri yang dianggotai oleh JAIPk, JPN, NGO Pendidikan Islam dan sekolah agama bagi memastikan pelaksanaan enakmen ini telus dan inklusif. Kelima, menjalankan audit keselamatan berkala dan kerjasama Bomba, PBT dan Jabatan Kesihatan dengan memberi geran khas untuk penambahbaikan infrastruktur. Keenam, Meningkatkan fungsi dan peranan Pertubuhan Pendokong sekolah agama rakyat (PPSR) yang ditubuhkan pada tahun 1954. PPSR menghimpun menghimpunkan 15 buah SAR di Perak dengan ahli terdiri daripada guru-guru dan juga pentadbir. PPSR memperjuangkan kebajikan sekolah agama rakyat, membantu menyelaras kokurikulum dan menjadi suara masyarakat dalam mempertahankan sistem pendidikan Islam. Kerajaan Negeri mesti membina. Kerajaan Negeri mesti membina hubungan baik dengan PPSR dan melibatkan mereka secara rasmi dalam Majlis Penyelarasan Pendidikan Islam Negeri yang dicadangkan agar suara sekolah agama rakyat benar-benar didengar dan juga dalam penggubalan dasar.

Penutup Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pihak pembangkang menyokong dan juga tujuan murni memperkukuhkan pendidikan agama, namun tidak boleh bersetuju dengan sebarang undang-undang yang berpotensi menekan sekolah agama ataupun memberi kuasa yang terlalu luas tanpa mekanisme semak dan imbang. (Bacaan ayat Al-quran) "sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada mereka yang berhak". Maka marilah sama-sama menunaikan amanah ini dengan penuh integriti dan memastikan pendidikan agama terus diperkasakan demi generasi yang akan datang. Sekolah agama warisan berharga, tunas generasi iman dan takwa. Jika undang-undang adil terlaksana, Perak sejahtera ummah terjaga. Sekian Wabillahi taufiq Walhidayah wassalamualaikum Warahmatuwllahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Walaikumsalam WBT, Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah. Sekarang bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 10 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang dijemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu Wassalamu Ya wal Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Robbi Syrah li Sadri. Wayar Sir Li Amri wahlul uddatal mil lisani. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan juga Pembangkang, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak muda yang mengikuti siaran langsung persidangan ini secara atas talian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada Changkat Jong untuk mengikuti sesi perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 dengan penuh hormat dan perhatian. Sebagai peringatan kepada diri saya dan juga sidang Dewan sekalian hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawasanya Rasulullah Alahissalam bersabda, (Bacaan hadis) yang bermaksud menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap orang Muslim.

Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan memperteguh satu fakta agung yang tidak dapat disanggah iaitu Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara tegas meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Bukan sekadar satu frasa dalam undang-undang, tetapi sebagai janji besar kepada rakyat bahawa cahaya Islam dan iman akan terus menyinari kehidupan sejagat di negara kita, Insha Allah dan antara jalan yang paling mulia untuk menjelmakan roh Islam itu ialah melalui sistem pendidikan agama Islam. Pendidikan Islam bukan hanya mengajar anak-anak kita membaca al-Quran tetapi membentuk mereka menjadi insan yang beradab dan berakhlak mulia. Inilah yang disebut oleh para ulama sebagai Takdim iaitu pendidikan yang membina manusia seimbang akal, rohani dan amal. Pendidikan agama bukan hanya soal menghafal surah dan hadis. Ia adalah benteng yang meneguhkan jiwa kita dalam menghadapi arus cabaran moral yang semakin deras. Melaluinya kita tanamkan kejujuran. Melaluinya pendidikan ini kita semaikan amanah dalam setiap hembusan pendidikan itu tersemat nilai integriti supaya anak-anak kita dibentuk bukan sekadar pandai dalam ilmu tetapi mempunyai akhlak yang tinggi. Saya yakin bahawa apabila pendidikan Islam disampaikan dengan penuh dan menyeluruh, ia akan membentuk kita sebagai pejuang moral dalam kehidupan harian. Pendidikan agama ini menjadi pelita yang menerangi hati kita. Ia membimbing kita menjauhi penyelewengan dan godaan yang dibenci dan diharamkan dalam Islam. Ianya juga sebagai pemimpin, kita boleh menunaikan amanah rakyat dengan rasa penuh tanggungjawab.

Saya akui ada sinar positif dalam RUU ini. Ia memfokus kepada kita untuk memperkukuh keselamatan fizikal sekolah, memperhalus struktur tadbir urus dan mempertingkatkan mutu pengajaran serta sistem pentadbiran. Namun begitu, penekanan seterusnya seharusnya diberikan kepada pengembangan sekolah menengah berteraskan agama Islam di seluruh negeri Perak. Kita sudah ada beberapa institusi di bawah pengurusan negeri dan komuniti. Ini menjadi asas untuk membangunkan jaringan yang lebih luas lagi. Pada masa ini, hanya beberapa sekolah tahfiz iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di peringkat negeri telah beroperasi. Saya menggesa agar keutamaan diberikan untuk membuka sekolah-sekolah menengah ini dengan lebih banyak lagi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain khususnya di Pantai Timur. Di negeri Kelantan sahaja, sekolah menengah mempunyai 96 buah sekolah. Di negeri kita bawah 30 bilangan sekolah, sekolah menengah. Jadi kita perlu tingkatkan untuk kita dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia pada masa akan datang. Berdasarkan rekod semasa, lima buah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan telah beroperasi iaitu di Pulau Pangkor, Semanggol, Lenggong, Batang Padang dan juga Tambun.

Pelaksanaan seperti ini bukan sahaja mengerat perpaduan komuniti setempat tetapi turut mencerminkan keadilan dalam menyediakan peluang pendidikan kepada setiap belia Islam. Akses yang setara itu adalah teras kepada pembangunan modal insan berbudi pekerti. Apabila kita melihat kepada demografi ataupun bilangan remaja Islam dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun, jumlah mereka cukup besar dalam dan tersebar merata. Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk kita mewujudkan akses pendidikan agama yang terarah dan menyeluruh di seluruh daerah. Dengan ruang yang dibuka melalui RUU ini untuk memperkemas pengurusan sekolah agama dari pendaftaran, pemantauan hinggalah piawaian. Saya mencadangkan agar langkah seterusnya adalah memastikan setiap daerah di Perak mempunyai Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan. Ini bukan sekadar menambah bilangan sekolah tetapi adalah langkah strategik untuk mengukuh akses pendidikan agama secara adil dan setara bagi remaja Islam di seluruh negeri. Langkah ini juga melengkapkan visi RUU bukan hanya dalam pentadbiran tetapi juga dalam membina sistem pendidikan agama yang lebih inklusif.

Dato' Yang di-Pertua, pindaan dalam Bahagian 3 memperkenalkan proses pendaftaran sekolah agama yang lebih jelas dan sistematik. Langkah ini sebenarnya memudahkan kerana pihak sekolah tidak lagi teraba-raba dengan syarat yang kabur sebelum ini. Dengan garis panduan yang lebih terperinci, sekolah boleh membuat persediaan lebih awal tanpa bimbang terbeban dengan prosedur yang rumit atau tidak menentu. Sebelum ini, mungkin ada sekolah yang keliru dengan dokumen dan syarat yang perlu dipenuhi untuk pendaftaran. Pindaan baharu memberikan garis panduan yang lebih spesifik. Walaupun nampak ketat, ia sebenarnya mengelakkan salah faham dan pengulangan kerja semula. Dengan prosedur yang lebih jelas sekolah tidak lagi terbeban dengan keraguan sebaliknya lebih yakin ketika mengurus pendaftaran pada masa akan datang. Saya juga berharap pindaan ini, pendaftar dapat memberi nasihat dan peluang untuk pihak sekolah atau pemohon memahami kelemahan mereka dan secara tidak langsung dapat memperbaikinya. Saya mengharapkan ia lebih adil, telus dan tidak membebankan dalam proses pendaftaran kerana setiap keputusan perlu disertai penjelasan bukan sekadar penolakan tanpa alasan.

Namun, perhatian juga perlu diberikan kepada sekolah yang mungkin kekurangan sumber dan kemampuan yang mungkin terhad. Justeru, diharapkan dengan pindaan ini akan memberikan ruang dan masa tanpa sebarang tekanan kepada pihak pemohon atau sekolah untuk melengkapkan segala dokumentasi dan syarat yang perlu diserahkan. Dalam masa yang sama pendaftaran sekolah bukan sahaja soal syarat tetapi juga soal keyakinan masyarakat. Oleh itu, dengan pindaan yang telus, orang ramai akan melihat bahawa sekolah agama diurus secara profesional dan bertanggungjawab.

Ketelusan meyakinkan ibu bapa dan komuniti manakala pihak sekolah tidak terbeban kerana tahu proses yang dilalui adalah adil dan jelas. Harapan besar terhadap pindaan ini ialah supaya ia benar-benar berasaskan semangat libat urus. Setiap garis panduan baharu mesti melibatkan pihak berautoriti seperti Ahli Dewan Negeri selain mendapat input guru, ibu bapa dan jawatankuasa sekolah agama. Dengan pendekatan seumpama public hearing ini, sebarang dasar atau peraturan yang digubal tidak akan berat sebelah tetapi sebaliknya lebih inklusif, adil dan mesra semua pihak. Sesungguhnya Rang Undang-Undang ini bukan sekadar helaian pindaan undang-undang tetapi adalah amanah besar untuk kita membentuk masa depan pendidikan Islam di negeri Perak. Biarlah setiap pindaan yang kita luluskan hari ini menjadi saksi bahawa dewan yang mulia ini tidak pernah melahirkan beban kepada rakyatnya, sebaliknya melahirkan peraturan yang adil, mesra dan membimbing. Marilah kita pastikan bahawa institusi pendidikan agama akan terus menjadi taman ilmu yang subur, tempat lahirnya generasi beradab dan berakhlak mulia. Marilah juga kita memastikan bahawa setiap insan yang menggalas amanah pendidikan diberi penghargaan sewajarnya agar usaha mereka kekal menjadi cahaya penerang untuk negeri dan umat.

Changkat Jong menyokong pindaan Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 ini dengan harapan ia akan menjadi tiang seri yang memperkukuh pendidikan Islam dan kebajikan warga pendidik di negeri yang tercinta ini. Sekian wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari Changkat Jong yang telah menamatkan perbahasan beliau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. 10 minit. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu Wassalamu ala Sayyidina Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang saya hormati sekalian. Yang pertama Rang Undang-Undang Enakmen Kawalan Sekolah Agama Islam 2025 ini yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita doakan mudah-mudahan dia selari dengan Al-Quran dan Sunnah dan juga beliau berasaskan juga prinsip di dalam perlembagaan negara kita sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan, iaitu Perkara yang ke 11(3) dan juga Perkara 12(2) yang mana dinyatakan dengan jelas di sini iaitu “tetapi adalah sah bagi persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan dan menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.”

Maka dengan ini jelas bahawa Rang Undang-Undang yang dibentangkan kepada kita hari ini, secara dasarnya kita sokong dan perlu diperhalusi dan ditambah baik perkara-perkara yang bakal saya sebutkan sebentar lagi. Antara perkara yang perlu ditambah baik ialah di dalam kita mendaftarkan sekolah khususnya bagi sekolah-sekolah yang baru ataupun sekolah-sekolah yang sedia ditubuhkan tetapi belum didaftarkan. Maka berdasarkan peruntukan Perlembagaan, pihak kerajaan boleh menyediakan satu insentif bagi menggalakkan sekolah-sekolah ini mendaftar. Kalau kita hanya paksa, kita hanya suruh dan kita ugut dengan tindakan untuk mengarahkan penutupan, dia tidak memberikan kesan positif buat sekolah-sekolah terutamanya sekolah yang sudah beroperasi tetapi belum mendaftar. Kita mengharapkan melalui Rang Undang-Undang ini disediakan satu insentif kepada sekolah agama pondok tahfiz yang sudah berjalan dengan wang dia sendiri dengan sumbangan orang ramai tanpa melalui sumbangan kerajaan. Supaya mereka ini diberikan insentif galakan supaya mereka mendaftarkan sekolah melalui Rang Undang-Undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya ingin sebutkan iaitu dalam Perkara Seksyen 5 (1), kuasa Ketua Pendaftar iaitu Pendaftaran Pengawalan Penyeliaan dan Pembatalan Sekolah-Sekolah Ugama yang mana kita boleh lihat pada Seksyen 10 (1) A sehingga E yang mana adanya sebab-sebab pembatalan pendaftaran. Saya sebutkan soal realiti pada hari ini terdapat sekolah-sekolah KAFA Integrasi yang telah ditutup daripada arahan Pendaftar dan arahan penutupan ini, saya bagi beberapa contoh sekolah-sekolah yang diarahkan tutup di daerah Taiping. Yang pertama, Madrasah Muhammadiah, Kampung Paya. SRAR Nurul Hidayah, Sungai Bemban, Trong. SRAR Darul Ulum Kg. Tengah, Changkat Ibol dan juga beberapa sekolah di Batu Kurau yang mana Sekolah Rendah KAFA ini ditutup dengan alasan bukan alasan yang terdapat di dalam Rang Undang-Undang ini tetapi alasannya pelajar tak cukup bilangan 15 orang berbanding dengan 2 orang guru dan disebutkan bahawa sepatutnya seorang guru kena ada 30 orang pelajar. Sekolah ini ditutup.

Saya berasa amat cemburu kerana kalau sekolah vernakular saya amik contoh kalau di Trong ada sekolah vernakular SJKC Air Terjun, SJKC Pasir Hitam, SJKC Sungai Rotan. Sekolah-sekolah ini hanya ada 5 orang pelajar 5 orang guru. Tapi sekolah ni terus bertahan tidak ditutup. Kenapa kita Kerajaan Negeri Perak tidak mempertahankan sekolah-sekolah KAFA ini supaya jangan ditutup? Dan hari ni sekolah yang ditutup ini hanya tinggal bangunan usang. Sayang…sayang seribu kali sayang. Saya berharap dengan dibentangkan Rang Undang-Undang Enakmen ini supaya diperlihat dan diperbaiki. Jangan ada sekolah KAFA yang mudah ditutup dengan alasan tidak cukup norma pengambilan hendaklah diperhalusi dengan sebaik baiknya dan saya amat berharap sekolah ini dibuka semula kerana kita ada kemampuan untuk menguruskan sekolah tersebut.

Yang di-Pertua dan sidang hadirin sekalian. Perkara seterusnya saya nak bangkitkan tentang persoalan kuasa membatalkan pada Seksyen 21 (1) dan (2) yang mana disebut bahawa kuasa menutup mana-mana premis yang beroperasi sebab yang munasabah yang dipercayai bahawa premis itu digunakan oleh sekolah yang tidak berdaftar. Saya mohon pertimbangan dalam perkara ini iaitu dalam bahagian penubuhan pendaftaran iaitu Seksyen 6 (1) disebutkan mana-mana yang berhasrat untuk menubuhkan sekolah. Sepatutnya saya mencadangkan ditambah frasa bagi sekolah yang sedia ada. Frasa ni untuk sekolah yang belum ada. Saya ambil contoh Enakmen Kawalan Sekolah Negeri Melaka iaitu dalam Seksyen 5 (ii) menyebutkan sekolah- sekolah agama yang ditubuhkan atau disenggarakan sebelum enakmen ini berkuat kuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan enakmen dalam masa 6 bulan selepas enakmen ini dikuatkuasakan atau dalam bentuk mana- mana tempoh yang lama sebagaimana yang dibenarkan oleh pendaftar. Kita dalam Rang Undang-Undang ni kena bagi ruang kepada sekolah yang sedia ada tetapi belum daftar.

Jadi kena ada satu Rang Undang-Undang ni menyebutkan bahawa mereka dialu-alukan. Mereka diberikan insentif. Mereka digalakkan untuk mendaftarkan sekolah dan dibagi masa tempoh yang panjang supaya mereka hadir untuk memohon pendaftaran kerana mereka mempunyai pelajar yang ramai. Mereka mempunyai guru yang cukup. Mereka mempunyai kewangan yang bagus tetapi kita kena bagi laluan dan peluang untuk mereka mendaftar dan pihak kerajaan perlu mengambil berat tentang sekolah yang sedia wujud dan pondok-pondok tahfiz yang ada dalam negeri kita. Perkara yang keempat, saya ingin sebutkan juga ialah berkaitan dengan sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan. Sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya daripada Changkat Jong tadi. Menyentuh isu perjawatan guru Sekolah Menengah Tahfiz, saya amat terharu bahawa sekolah iaitu sekolah yang dulunya sekolah kerajaan negeri, SMAN IZZUDDIN, TA'AYAH dan SARJANA telah dibawa masuk ke bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka perjawatan mereka tetap masih ada. Saya ingin mencadangkan supaya guru-guru dan staf yang sekarang ini di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, mereka memegang jawatan ada yang tetap tapi kebanyakannya mereka Contract of Service dan Contract for Service. Alangkah baiknya perjawatan yang ada di SMTDR ni diserapkan dalam jawatan tetap yang telah dikosongkan oleh guru di Sekolah IZZUDDIN, TA'AYAH dan SARJANA ini supaya masa depan mereka lebih terjamin, bukan hanya memegang jawatan secara kontrak, bahkan mereka sudah memegang jawatan secara tetap dan terus berkhidmat untuk kerajaan negeri yang kita sayangi ini.

Dan akhir sekali, saya ingin menyeru supaya kita sama-sama memperkukuhkan sekolah agama yang sedia ada dalam negeri yang tercinta ini. Sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat saya, Kubu Gajah sebentar tadi, dalam sejarah sekolah ugama, kita ada Ma'had Ehya Assyarif yang melahirkan ramai tokoh-tokoh dan cendekiawan yang hebat. Kita ada Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar yang melahirkan ulama teknokrat dan tokoh- tokoh yang ramai. Kita pernah ada Madrasah Ad-Diniah Islamiah melahirkan tokoh-tokoh. Kita ada sekolah seperti Maahad Yahyawiyah yang mana semua sekolah-sekolah ini memberikan sumbangan, melahirkan generasi yang hebat sebagai umarak dan ulama yang memimpin negeri kita yang kita sayangi ini. Jadi, saya mohon sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua dan seluruh isi Dewan supaya kita secara dasarnya kita menyokong Rang Undang-Undang yang memberi kebaikan tetapi mohon supaya dilihat diperhalusi beberapa perkara yang saya bangkitkan supaya kita dapat menjadikan Rang Undang-Undang ini sebagai satu titik awal untuk membangunkan pembangunan pendidikan Islam secara lebih sempurna dan terbaik di dalam negara kita ini. Sekian, Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Trong yang telah berbahas sebentar tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan 10 minit dipersilakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk memberikan pandangan kepada Rang Undang-Undang ini yang dirasakan sangat penting dalam menangani minat mengaji agama yang begitu jelas ketika ini. Dan saya rasa definisi sekolah dalam Fasal 2 Rang Undang-Undang ini amat baik dan cukup luas untuk menangani fenomena tersebut dan yang paling penting tanpa mengganggu dikotomi bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri dan Persekutuan. Saya menyedari perbahasan oleh rakan-rakan dari kubu Gajah, Changkat Jong dan Trong tadi. Apa pun, saya rasa ada dua perkara yang harus kita sedari dalam membincangkan RUU ini iaitu ia adalah suatu kerangka undang-undang yang harus dilihat dalam konteks kedudukan dan kuasa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku Ketua Agama dan ini semua bukan sekadar lambang atau ceremonial dengan semata-mata.

Sebagai contoh, prosedur pelantikan Ketua Pendaftar yang diperincikan di bawah Fasal 3 dan juga kuasa membuat kaedah di bawah Fasal 28 yang disebut sebagai suatu mekanisme bagi melaksanakan peruntukan Rang Undang-Undang ini. Jadi dengan kata lain masih ada ruang dan ruang ini cukup luas dan saya rasa ini harus dipertimbangkan dalam kita mengemukakan rasa bimbang dan sebagainya yang disebut tadi. Yang kedua, walaupun ini tidak disebut dalam Rang Undang-Undang ini apabila ia diluluskan nanti enakmen ini sebagai sebuah undang-undang awam akan dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada. Khususnya semakan kehakiman, judicial review dengan izin. Di bawah prinsip undang-undang pentadbiran yang sedia ada. Jadi dengan kata lain, persoalan serta andaian mengenai salah guna kuasa dan sebagainya tidak haruslah dibesar-besarkan.

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam RUU ini, sebagaimana disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, ia adalah merupakan satu penambahbaikan kepada undang-undang yang sedia ada dan disebut dalam Fasal 29 iaitu mengenai pemansuhan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 dan dengan jelas adalah satu perkara yang diperlukan kerana selepas hampir 30 tahun, sesuatu yang kemas kini dan lebih selaras dengan perkembangan dan kehendak semasa perlu diwujudkan. Kita mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif ini dan saya berkongsi dengan rakan saya dari Ayer Kuning yang menyebut soal pandangan pentadbiran daripada al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniyyah tadi dan juga saya berasa sukacita kerana beliau turut menyebut pandangan guru saya, Prof Dr Mohammad Hashim Kamali dalam soal pentadbiran ini. Apa pun sebelum pergi. Maaf. Dato’ Yang di-Pertua salah satu perkara yang menarik di sini ialah seperti yang telah disebutkan tadi ialah penglibatan Orang Besar Jajahan (OBJ) dalam Fasal 6 (1).

Sebagai contoh, sebagai wakil ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di peringkat akar umbi, saya rasa OBJ boleh memainkan peranan semak dan imbang yang penting dan kerangka yang ada di bawah Fasal 6 (1) itu. Saya rasa cukup baik kerana di sana ada menyediakan suatu ruang untuk interaksi di antara Orang Besar Jajahan, Pegawai Tadbir Agama (PTA) dan juga Ketua Pendaftar. Ertinya kuasa Ketua Pendaftar yang kelihatan luas di bawah seksyen, di bawah Fasal 5 itu harus dilihat bersama dengan proses di bawah Fasal 6 (1) ini. Di sisi undang-undang, proses yang diperincikan oleh Fasal 6 (1) itu mempunyai significant yang tertentu yang saya fikir tidak boleh diketepikan.

Jadi untuk menangani ataupun mengelakkan salah guna kuasa yang telahpun dibangkitkan itu, ia boleh dibaca sebagai sesuatu yang termesti dan atau mandatori, terutamanya kalau memang jelas telah berlaku, salah guna kuasa dan niat jahat dan sebagainya. Itu belum mengambil kira lagi pelantikan Ketua Pendaftar oleh Majlis Agama Islam yang sebenarnya telah tertakluk kepada perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang dinyatakan oleh Fasal 3 RUU ini. Jadi dengan kata lain, Rang Undang-Undang ini mempunyai mekanisme dalaman yang cukup untuk menangani dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini itu. Dalam RUU ini, jelas juga ada mekanisme semak dan imbang. Sebagai contoh, pembatalan pendaftaran di bawah Fasal 10, jelas bahawa Ketua Pendaftar hanya diberi kuasa untuk memberi syor dan kuasa mutlak adalah di bawah Majlis yang kita tahu tertakluk di bawah kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Kita sendiri telah menyaksikan betapa Kebawah Duli sendiri telah pun mengambil inisiatif tertentu di bawah perlembagaan, kuasa ini adalah satu kuasa yang boleh dilaksanakan tanpa tertakluk kepada nasihat oleh Kerajaan Negeri.

Jadi dengan kata lain begitu banyak cara dan juga mekanisme yang menghalang ataupun yang menyekat berlakunya apa yang dibimbangkan itu dan akhir-akhir ini, hatta di peringkat persekutuan juga telah pun berlaku. Kita telah menyaksikan betapa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja begitu pro-aktif dalam persoalan agama Islam dan kita menyaksikan dalam soal ini MKI, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam telah pun akhirnya diletakkan di bawah kuasa Majlis Raja-Raja dan ini selaras dengan apa yang telah pun disebut dalam Kertas Putih sendiri yang merupakan suatu Adendum, kita katakan dalam Laporan Reid tentang kuasa agama di peringkat persekutuan. Jadi dengan kata lain, apa yang hendak saya tekankan di sini ialah sebenarnya tidak ada ruang di mana kerajaan yang memerintah boleh bertindak sesuka hati atau menyalahgunakan kuasa kita. Kita harus akur bahawa kita berada dalam sebuah sistem yang terbuka dan meskipun saya faham dan prihatin dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Trong tadi, saya rasa perkara tidak akan begitu mudah berlaku dan rasanya pentadbiran yang ada sekarang cukup pertimbang rasa untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku dan sebab itu, saya ingin juga mengambil kesempatan ini bahawa kita harus akur dan berlapang dada dengan inisiatif dan usaha yang diambil oleh pentadbiran sekarang untuk mendaulatkan dan memperbaiki keadaan berhubung dengan agama Islam. Ini suatu perkara yang harus diberikan perhatian dan usaha usaha dan inisiatif yang diambil oleh Yang Berhormat Perdana Menteri dan juga kerajaan MADANI sebagai contoh untuk kebaikan bersama dan ia tidak harus diremehkan apalagi diejek dan diperlekehkan. Dato' Yang di-Pertua Tebing Tinggi mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Tebing Tinggi yang menamatkan perbahasan beliau dalam masa yang telah ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan 10 minit dipersilakan.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Doa). Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Yang Berhormat Ketua Pembangkang walau masih digantung. Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, tuan-tuan puan-puan yang dihormati sekalian. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri di atas usaha yang berterusan dalam memperkukuhkan Pendidikan Islam di negeri Perak khususnya melalui pelaksanaan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 dan menggantikannya melalui Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025.

Tahniah saya ucapkan. Ini bagi memastikan usaha untuk menambah baik pengawalan kualiti guru, kurikulum serta penyelarasan antara sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat supaya lebih tersusun. Kerana kita semua fahamb Bahawa pendidikan asas tentang Islam itu amat penting sepertimana Sabda Nabi s.a.w. "Addibu Auladakum Ala Salasin Hisol,Hubbi Nabiyikum Wahubbi Ahli Baitihi Wa Qiroatil Quran", "Ajarlah, didiklah anak anak kamu dengan 3 perkara iaitu pertama, cintakan Nabi, cintakan ahli keluarga Nabi dan menuntut ilmu al-Quran.

Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Perak 2025, Kampong Gajah ingin melihat kepada 2 perkara sahaja. Yang pertama, merujuk kepada Bahagian pada Fasal 7. Pada Bahagian 7 Fasal yang ke-21, yakni kuasa untuk menutup sekolah. Majlis boleh atas syor Ketua Pendaftar menutup mana-mana premis yang beroperasi sekiranya ia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa premis itu digunakan sebagai sekolah yang tidak berdaftar di bawah enakmen ini. Kampong Gajah, untuk mengambil perhatian dalam perkataan mempunyai sebab yang munasabah. Bukanlah kaitan yang munasabah ini yang berkaitan dengan prasarana. Itu yang diharapkan oleh Kampong Gajah atau polisi birokrasi yang ketat dan menyusahkan kerana kita faham keadaan sekolah-sekolah. Kalau lihat dalam RUU ni yang dimaksudkan sekolah termasuk pondok, tahfiz dan sebagainya. Yang mana sekolah-sekolah swasta ni mereka gunakan duit sendiri, infaq orang ramai, waqaf dan sebagainya.

Jadi, kadang-kadang dari segi prasarana tadi mungkin tidak dapat capai apa yang dikehendaki oleh pihak kerajaan. Jadi benda-benda ini mungkin akan menyebabkan kegagalan untuk pendaftaran sekolah-sekolah atau pondok-pondok terbabit. Jadi bagi saya, kalaulah ditutup dengan sebab-sebab munasabah ini berkaitan dengan prasarana, ini amatlah menyusahkan atau menekan pihak-pihak sekolah swasta tetapi saya bersetuju kalau sebab-sebab munasabah ini kita pergi kepada makna sebab munasabah kepada ajaran-ajaran atau pun fahaman-fahaman yang menyimpang daripada agama Islam yang sebenar, ok. Ini kita akan kita bersetuju sungguh. Kalau bahkan boleh disebutkan secara nyata, makna sekolah-sekolah agama Islam ini mestilah jelas alirannya. Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang diterima dan dibenarkan dan fahaman-fahaman lain tidak dibenarkan. Misalnya tidak dibenarkan untuk disebarkan atau di dalam di sekolah ini tadi, bahkan boleh dikenakan tindakan seperti fahaman-fahaman Wahabiyyah, Syiah dan ajaran yang sesat yang sekarang ini cukup banyak dalam Negara kita.

Jadi penutupan berdasarkan metodologi yang dibawa itu sepatutnya. Bukan disebabkan prasarana semata-mata kerana pendidikan agama Islam ini bukan dilihat pada pembangunan prasarana sahaja tetapi perlu dilihat dari segi roh dan pengisiannya yang membawa kepada kefahaman kepada penuntut tentang agama Islam yang sebenar sehingga membina generasi yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan Negara. Sebagai contoh, kita dapat lihat peranan-peranan yang disebutkan oleh rakan-rakan kita tadi. Lepasan pondok-pondok, mereka berkhidmat dalam masyarakat dari segi dakwahnya, dalam pembentukan akhlak masyarakat, bahkan juga dalam sudut sosioekonomi Islam. Maka saya cadangkan bagi sekolah-sekolah kalau mereka tidak mampu untuk mendaftar atau tidak lulus atau kurang mereka ini dari segi prasarananya, minta peruntukan daripada Kerajaan untuk membantu mereka dari segi pembinaan prasarana bagi meluluskan pendaftaran mereka. Lepas itu barulah pemantauan-pemantauan atau pun kawal selia dilakukan.

Yang di-Pertua, pada Bahagian VI-Nazir Sekolah. Ini perkara yang kedua yang saya nak bawa iaitu Perkara 19-Kewajipan Untuk Mengemukakan Buku Akaun Dan Memberi Segala Bantuan. Perkara ini baik bagi memperkasakan sekolah-sekolah agama Islam di Perak agar lebih sistematik dan lebih ada, lengkap dengan sistem filing dan sebagainya. Namun, kita sedia maklum ada sebilangan sekolah agama yang lemah dan atau kekurangan tenaga mahir dalam menguruskan hal-hal kepejabatan. Maka saya cadangkan pihak Kerajaan memperuntukkan satu peruntukan khusus untuk mengadakan kursus berkala bagi memastikan wujudnya tenaga mahir biar sekolah tersebut bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan. Jadi, saya yakin dengan penambahbaikan enakmen serta peningkatan aspek kokurikulum, guru, prasarana, kewangan, kerjasama komuniti, Pendidikan Agama Islam di Perak akan berkembang dalam suasana harmoni.

Tujuan ditubuhkan Institusi Pendidikan Islam ini adalah melahirkan mereka yang menggalas tugas Rasulullah s.a.w. Janganlah kerana sedikit sahaja kesalahan yang dilakukan, menghalang tujuan utama. Akhir kata, marilah kita sama-sama memastikan sekolah-sekolah agama di Perak terus diperkasakan demi melahirkan generasi Islam, generasi muda Islam yang berilmu, berakhlak dan mampu menjadi seorang pemimpin Ummah pada masa hadapan. Dengan ini, Kampong Gajah menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kampong Gajah yang menamatkan perbahasan dalam tempoh waktu yang telah diperuntukkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. 10 minit. Dipersilakan.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah. "Alhamdulillahil wahidil ahad, alfardis somad, aladzi lam yalid wa lam yuulad, wa lam yakullahu kufuwwan ahad, Asyhadual La ilaha Illallah, wa Asyhadu Anna Muhammadan Abduhu Rasulullah. Allahumma Solli Ala Muhammad wa Ala Ali Muhammad. Qul Allah Ta'ala Fil Quran Al Azim mustahil por lo Jim Kuntum Khaira Ummatin. Uhdratin Linnas tak muru Nabil makruf nahi mungkar waktu minu Nabillah". Maksud firman Allah, "Kamu Wahai Ummah Muhammad adalah sebaik-baik Ummah yang dilahirkan bagi manusia kerana kamu menyuruh kepada yang makruf, melarang daripada yang keji dan kamu beriman kepada Allah s.w.t." Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pengamal media dan seterusnya hadirin sekalian sama ada dalam Dewan ataupun di atas talian.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan pada hari ini. Ayat yang saya bacakan tadi, dia punyai hubungan dengan ayat yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Menteri Besar membaca sepotong ayat yang maksudnya "Allah s.w.t. akan meningkatkan martabat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu di kalangan kamu ke martabat yang tinggi di sisi Allah s.w.t." Ayat yang saya bacakan tadi meletakkan 3 ciri utama ke arah pembentukan Ummah yang terbaik. Khoirul Ummah iaitu yang pertama sekali ialah mereka ini mempunyai sifat menyeru kepada yang makruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah s.w.t. Jadi untuk mewujudkan generasi ummah yang terbaik, kita menyerahkan tanggungjawab ini kepada Institusi agama, sekolah-sekolah agama dalam Negara kita. Tanggungjawab ini sangat berat. Tanggungjawab ini sangat mencabar dan kalau tidak disertakan dengan komitmen yang tinggi dengan kesabaran, ketabahan, maka tidak akan dapat dilaksanakan. Sekolah ataupun institusi pendidikan agama ini. Jadi, ia bagi membantu institusi agama ini melaksanakan amanah yang besar ini. Pasir Panjang mengalu-alukan suatu Rang Undang-Undang yang pada hari ini disebut sebagai Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah Agama Islam (Perak) yang seperti dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi.

Pasir Panjang telah meneliti secara cermat 8 bahagian yang tercatat dalam Rang Undang-Undang yang dibentangkan tadi dan berpandangan bahawa sekiranya dapat dilaksanakan dengan berkesan, ia akan membawa kepada beberapa pencapaian seperti berikut. Yang pertamanya, pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu agama yang lebih terancang, teratur, berfokus, relevan dengan kehendak zaman dan terhindar daripada unsur-unsur yang boleh menyebabkan penyelewengan dan penyesatan di kalangan umat. Yang keduanya, tenaga pengajar yang kompeten akan terlahir tenaga pengajar yang kompeten, berpengetahuan, berpengalaman dan bijaksana. Yang ketiganya, premis pembelajaran yang kondusif, selamat, mesra guru dan pelajar. Yang keempat, kemampuan kewangan yang dapat membiayai apa-apa keperluan yang mendatang.

Dan yang kelima, penubuhan dan pendaftaran sekolah baru yang lancar tanpa kerenah birokrasi yang melambatkan proses pendaftaran dan penubuhan. Kenapa kita begitu yakin? Kenapa Pasir Panjang begitu yakin bahawa kelima-lima pencapaian yang dapat direalisasikan kerana bila kita menengok, tengok kepada suatu badan bertindak yang dicadangkan badan bertindak ini salah satu orang bertindak yang, yang berskala besar yang akan merancang, mengurus, melaksana, memantau segala perkara yang berkaitan dengan penubuhan pendaftaran dan pelaksanaan operasi sekolah. Kita wujudkan, diwujudkan mengikut enakmen ini, seorang Ketua Pendaftar yang tidak ada di dalam enakmen sebelum ini dan kemudian seorang Timbalan Ketua Pendaftar dan kemudian lebih daripada seorang pendaftar. Di sebut beberapa pendaftar dan kemudian kita akan wujudkan Jawatankuasa Pengurusan, Jemaah Pengurusan yang tidak kurang 10 ahlinya, nazir, PTA dan OBJ.

Jadi melihat kepada kekuatan badan bertindak ini, kita yakin apa yang kita hajati itu dapat dilaksanakan. Mengambil kira bahawa mereka ini melaksanakan kewajipan mereka berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan oleh Allah dalam Al-Quran. Mereka ini mereka ini orang-orang yang berkuasa diberi kuasa. Maka orang orang diberi kuasa ini sebut Al-Quran (ayat Al-Quran) Mereka yang kami beri kekuasaan kepada mereka. Mereka menyuruh, mereka mendirikan solat. Mereka menyuruh kepada yang baik. Mereka mencegah kemungkaran dan kepada Allah diserahkan segala urusan. Sekiranya prinsip-prinsip ini diamalkan, dipraktikkan oleh mereka yang berkuasa ini, maka apa yang kita hajati ini dapat dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil sedikit masa untuk melihat kepada realiti sekarang ini yang perlu kepada perubahan segera. Yang pertama sekali kebanyakan premis sekolah, sekolah agama rakyat terutamanya tidak kondusif yang dan berada dalam keadaan yang terlalu daif. Bilik kuliah tidak dapat menampung jumlah pelajar. Sebuah SCR yang saya lawati mereka anak-anak pelajarnya bersolat di dalam khemah. Saya pergi mereka kata, mereka tidak ada khemah yang cukup dan pada ketika saya punyai peruntukan perbekalan dan dan projek pada ketika itu, saya memberi kepada mereka dua khemah dan 2 khemah dijadikan tempat untuk mereka bersolat dan kemudian kantin kecil. Kantin hanya ada sebuah kaunter dan beberapa meja sahaja. Makan di sana, makan di sini dan sebagainya dan kemudian ada bangunan SCR yang saya lawati, pendawaian elektriknya terlalu bahaya. Oleh kerana terlalu lama, wayar-wayar berjuntai di sana sini dan boleh mengakibatkan kecederaan, bahaya dan dengan peruntukan yang diberikan oleh Menteri Besar, saya bantu untuk dibuat pendawaian semula. Jadi kalaulah pada tahun ini kalau Menteri Besar dapat melihat perkara ini memberi semula peruntukan kepada kita, maka banyak perkara yang kita boleh bantu apabila, apabila enakmen ini dilaksanakan, Insha Allah dan akibat daripada ini tidak lulus mereka tidak sebabnya tidak lulus pendaftaran.

Walaupun beroperasi tidak boleh lulus. Sebab apa? Tidak lepas, semakan bomba, tidak lepas semakan Majlis, tidak lepas semakan kesihatan. Tak boleh nak lulus, tapi perlu diteruskan juga sebab pelajar sudah ada dan yang keduanya, saya melihat realiti semasa ialah kebajikan guru-guru yang kurang diberi perhatian. Sepertimana disebut oleh Kubu Gajah tadi. Upah tidak seberapa. Mereka hanya mendapat RM1,100.00 daripada JAKIM dan RM200.00 daripada Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lebih yang lalu. Jadi apalah kiranya kita dapat meningkatkan sedikit dan dalam pada itu, dalam hanya bagi RM200.00 sebulan itu, bila mereka bersalin, dipotong pula elaun tersebut. RM200.00 itu diberi kepada guru ganti. RM200.00 sahaja dan mereka pun tempoh cuti bersalin 6 bulan sahaja 2 bulan sahaja. RM400.00, RM400.00 tu pun mereka tak dapat. Dipotong sebab apa? Sebab nak bagi kepada guru yang, yang menggantikan tempat mereka.

Jadikan pendapatan kurang, anak meningkat. Pampers kena beli. Susu kena beli. Jadi, kita harap ini dapat dilaksanakan. Yang keduanya, anjakan-anjakan yang perlu yang yang perlu dibuat. Kaedah-kaedah pengajaran dan pelajaran harus ditingkatkan. Kompetensi guru perlu di pertingkatkan dari masa ke masa dan premis pembelajaran yang kondusif perlu disediakan dan seterusnya bantuan dan khidmat nasihat diberikan untuk memudahkan penubuhan pendaftaran dan tukarkan penutupan sekolah yang belum mendaftar dan elak daripada menghukum mereka yang ikhlas nak menubuhkan Sekolah Agama Rakyat. Kebiasaannya mereka yang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat ialah mereka yang ikhlas mencari redha Allah Subhanawataala, bukan keuntungan. Jarang dan tidak pernah kita lihat, kita dengar, buka sekolah boleh untung. Buka sekolah agama tidak boleh untung. Itulah sebab mereka terpaksa ke sana kemari mencari peruntukan untuk membiayai operasi-operasi sekolah-sekolah mereka. Jadi, kita harap pihak Kerajaan dapat melihat perkara ini dan memberi bantuan kepada semua sekolah-sekolah yang akan yang sedang beroperasi dan yang akan diberi pendaftaran nanti. Insha Allah. Jadi Pasir Panjang…

Pasir Panjang. Saya tertarik dengan perbahasan Pasir Panjang yang menceritakan bagaimana sekolah yang telah beroperasi sejak sekian lama memohon pendaftaran tapi tak lulus-lulus sehinggalah ke hari ini disebabkan masalah disebutkan tadi. Jadi kita tak mahulah bila lulusnya enakmen ini, kita tak mahu, kita nak elak sangat-sangat. Bila enakmen diluluskan, maka penutupan besar-besaran berlaku pada sekolah agama di Perak. Katalah daripada 500 tinggal 400, daripada 400 tinggal 300. Jadi kita nak supaya konsep Kerajaan Negeri apabila meluluskan enakmen ini adalah konsep yang berdasarkan kepada (ayat Al-Quran) iaitu permudahkan, jangan kamu berpayahkan. Iaitu yang mana yang tak boleh lulus pendaftaran itu, mungkin Kerajaan Negeri boleh bantu untuk ke arah menguruskan dari segi, kalau kata masalah dari prasarana dan sebagainya boleh bantu dari segi prasarana sehinggalah ke arah kelulusan. Kalau guru-guru mungkin tidak ada kemahiran, skill mengajar sebagainya mungkin boleh wujudkan satu skim daripada Kerajaan Negeri atau JAIPk untuk memberi latihan kepada guru-guru daripada sekolah agama swasta ini. Setuju atau tidak. Terima kasih.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Selama dimasukkan ucapan Yang Berhormat dalam ucapan saya. Saya ada menyebut bahawa kompetensi guru perlu dipertingkatkan dari masa ke masa. Guru sepatutnya diberi kursus secara berkala disediakan peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran dan mengikuti kursus-kursus professional dan kemudian saya juga menyebut yang yang penting ialah bantuan kepada sekolah-sekolah yang belum berdaftar. Belum mampu didaftarkan, oleh kerana kerana halangan-halangan yang tertentu seperti tidak lepas semakan bomba, tidak lepas semakan kesihatan. Jadi, khidmat nasihat perlu diberikan dari masa ke semasa sehinggalah tertubuh dan terdaftar di sekolah tersebut. Bukan di beri masa 2 minggu, 3 bulan, sebulan. Kalau tidak kita tutup. Sebab apa mereka ini mereka yang ikhlas untuk untuk menabur bakti membina generasi yang sepertimana yang kita, kita sebutkan tadi dan kemudian kita elakkan daripada menutup sekolah tersebut dan menghukum mereka. Kalau mereka ini datang dengan hati yang yang ikhlas untuk membantu. Untuk membantu melahirkan generasi yang kita yang kita sebut tadi. Generasi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, generasi yang beriman, generasi yang berilmu & generasi yang berakhlak mulia. Jadi kita harap sangat apabila dapat dilaksanakan, dapat dilaksanakan Enakmen Kawalan Kawalan Sekolah Agama Sekolah-Sekolah Agama (Perak) ini. Perkara-perkara itu diberi perhatian dan pastikan sekolah-sekolah ini mendapat pengiktirafan melalui pendaftaran yang akan dibuat ke atas mereka. Pasir Panjang menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pasir Panjang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Terima Kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Di-pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan yang saya muliakan. Seterusnya para hadirin, para pemerhati sekalian. Hari ini, saya berdiri di Dewan yang mulia ini dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membahaskan Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri (Perak) 2025. Ucapan saya bukan sekadar soal undang-undang di atas kertas tetapi soal masa depan anak-anak kita, amanah ibu bapa dan warisan pendidikan agama yang telah menjadi darah daging orang Perak sejak dahulu. Saya teringat kata orang tua-tua kita,

Kalau rosak padi di bendang, Laparlah seisi kampung, Kalau rosak akhlak generasi, Runtuhlah bangsa seluruhnya.

Perak sejak berzaman terkenal dengan pondok dan madrasah. Dari Gunong Semanggol sampai ke Lenggong. Dari Muallim sampai ke Bagan Datuk lahir tokoh-tokoh ulama yang bukan sahaja mengajar agama tetapi membela bangsa dan menasihati Raja-Raja.

Namun hari ini lain cabarannya. Sekolah Agama tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Alhamdulillah, satu nikmat tetapi tanpa kawalan yang jelas ia boleh membawa risiko. Ada sekolah yang ditubuhkan dengan niat yang baik tetapi beroperasi tanpa pendaftaran, tanpa kurikulum yang seragam dan tanpa kawalan keselamatan yang sewajarnya. Anak-anak yang dihantar oleh ibu bapa dengan penuh harapan untuk menjadi insan berilmu dan berakhlak mungkin terdedah kepada bahaya jika tidak ada undang-undang yang mengawal selia. Firman Allah SWT dalam Surah An Nisa ayat 9, “Hendaklah mereka takut kepada Allah, orang-orang yang jika meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatirkan keselamatan mereka.” Ayat ini seolah-olah ditujukan kepada kita hari ini. Janganlah kita tinggalkan generasi kita yang lemah dari segi ilmu mahupun keselamatan.

Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya menegaskan bahawa perbahasan kita hari ini adalah perbahasan tentang masa depan Perak. Ia adalah perbahasan tentang warisan pendidikan agama yang mesti dipertahankan tetapi dalam masa yang sama mesti diperkukuhkan dengan undang-undang yang lebih moden. RUU hari ini hadir sebagai jawapan. Ia bukan bertujuan untuk menyekat pertumbuhan Sekolah Agama tetapi untuk memastikan pertumbuhan itu sihat, teratur dan memberi manafaat kepada semua. Kita tidak mahu Sekolah Agama dilihat sebagai institusi kelas kedua, tidak diiktiraf dan tidak dipantau. Kita mahu Sekolah Agama berdiri teguh, berdiri megah, diiktiraf undang-undang, diselia dan diteliti dengan teliti dan dihormati oleh masyarakat. Salah satu teras utama dalam undang-undang ini adalah kewajipan pendaftaran semua Sekolah Agama di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Peruntukan ini bukan baru bahkan telah digariskan dalam Akta Pendidikan 1996 di peringkat Persekutuan.

Namun pelaksanaannya di peringkat negeri sering longgar menyebabkan banyak Sekolah Agama beroperasi tanpa lesen, tanpa kawalan dan tanpa standard yang jelas. Kenapa perlu pendaftaran? Ada yang bertanya mengapa perlu Sekolah-Sekolah Agama ini berdaftar. Jawapannya mudah supaya kita ada jaminan. Jaminan daripada undang-undang. Sekolah tidak lagi beroperasi secara dalam bayang-bayang. Yang kedua, jaminan kokurikulum. Anak-anak bukan hanya hafaz al-Quran tetapi faham fiqh, aqidah, sejarah, malah ilmu dunia seperti matematik, fizik dan lain-lainnya. Jaminan keselamatan. Kita tidak mahu lagi mendengar berita berita tragis seperti kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Intifadah pada 2017, yang mana telah mengorbankan 23 nyawa. Juga jaminan kewangan. Setiap sen sumbangan yang diberikan oleh kerajaan, pihak zakat mahupun orang-orang perorangan. Bahkan orang-orang masjid sampai kepada murid. Seterusnya jaminan masa depan. Kita mahukan sijil yang sah yang membolehkan mereka ini melangkah ke universiti dan mendapat jaminan kerjaya yang lebih baik. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, hari ini bukan bertujuan untuk menyusahkan pengusaha Sekolah-Sekolah Agama, sebaliknya ia bertujuan untuk membantu. Setakat 2023, tahun 2023. Terdapat 229 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Namun pada Ogos 2025, masih melaporkan banyak sekolah tahfiz yang beroperasi tanpa pendaftaran rasmi. Ini bermakna ada ribuan pelajar yang belajar dalam keadaan tidak wujud di atas kertas undang undang. Tidakkah ini berbahaya.

Saya menegaskan bahawa dengan adanya pendaftaran hak murid. Hak guru lebih terpelihara. Murid-murid mendapat kurikulum yang sah, sijil yang sah, fasiliti yang selamat. Guru-guru pula mendapat status yang lebih jelas termasuk kebajikan, gaji minimum, peluang latihan dan pembangunan profesional tanpa pendaftaran. Guru dan murid terumbang-ambing tanpa pendaftaran bukan soal. Maka pendaftaran bukan sekadar soal borang tetapi juga soal maruah pendidikan Islam. Kita masih ingat tragedi yang mengorbankan 23 nyawa yang saya sebutkan tadi. Ini bukan sekadar berita di akhbar tetapi ia telah meninggalkan luka di dalam hati kita. Di Perak masih ada juga sekolah-sekolah yang masih beroperasi dalam keadaan asrama yang sempit, pendawaian lama dalam keadaan yang tidak selamat. Apakah kita sanggup menunggu tragedi baru kita mahu bertindak. Rang Undang-Uundang yang dibentangkan hari ini dengan niat murni memastikan setiap sekolah yang berdaftar benar-benar selamat untuk anak-anak kita. Antara syarat yang digariskan adalah keperluan audit untuk keselamatan. Daripada Jabatan Bomba, daripada Jabatan Kerja Raya, pelan-pelan kebakaran, evakuasi dan jelasnya, diluluskan oleh Pihak Berkuasa tempatan dan sekurang-kurangnya latihan kebakaran setahun sekali oleh guru dan murid-murid. Selain daripada itu, selain bangunan itu, sebagai jasad, guru juga adalah jantung tetapi ramai guru kita hari ini hidup dalam gaji yang tidak sepadan. Ada yang sepuluh tahun mengajar tetapi dibayar 600 sebulan. Bayangkan anak murid boleh hafaz 30 juzuk Quran, tetapi guru yang membimbing terpaksa mengikat perut.

Saya menyeru agar semua Sekolah Agama Berdaftar mematuhi perintah gaji minimum Malaysia iaitu RM1700 sebulan dan Kerajaan Negeri perlu membantu sekolah-sekolah kecil melalui Skim Kebajikan Guru Agama. Menyediakan tabung kecemasan untuk guru yang ditimpa musibah serta memberi akses kepada Skim Kesihatan dan Perlindungan Sosial. Guru Agama perlu dipandang profesional kerana mereka juga membentuk akhlak bukan sekadar mengajar kitab.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam bajet yang diumumkan oleh kerajaan, kita amat berterima kasih kepada kerajaan Pusat dan negeri yang meluluskan peruntukan jutaan ringgit sebagai sokongan kepada pendidikan Islam. Dalam belanjawan 2024 dan 2025, Behrang ingin menyatakan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang telah meluluskan peruntukan kepada Sekolah-Sekolah Agama dalam Dun Behrang daripada tahun 2023 hingga 2025 sebanyak RM692 ribu. Begitu juga dengan kerajaan Pusat yang telah meluluskan RM2.5 juta untuk pembinaan Sekolah Agama di Kota Malim Prima di Tanjong Malim. Ini menunjukkan sokongan kerajaan dalam pembangunan Sekolah-Sekolah Agama dalam kawasan Behrang mahupun dalam negeri Perak.

Saya percaya dalam kawasan lain juga banyak kelulusan-kelulusan telah diberikan. Langkah ini membuktikan komitmen kerajaan bukan sahaja daripada aspek kawal selia melalui RUU, tetapi juga dari sudut tanggungjawab. Menyediakan dana, kebajikan guru, sokongan langsung kepada murid serta institusi pendidikan Sekolah Agama sejajar dengan Aspirasi Perak Sejahtera 2030 yang menekankan Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu dan akhlak. Saya amat berbangga dengan langkah Yayasan Perak memperkenalkan Diploma TVET Pengurusan Mutawif dan Umrah. Mutawwif Umrah dan Ziarah. Anak-anak Tahfiz bukan sahaja hafaz Al-Quran malah berpeluang menjadi mutawwif profesional, pemandu jemaah dan tenaga mahir. Program Empower Tahfiz pula membuktikan bahawa pelajar agama boleh kekal relevan dengan dunia moden, berilmu agama tetapi juga celik vokasional. Sebagaimana MRSM Ulul Albab berhasrat melahirkan para Hafiz dan Hafizah yang bergelar arkitek, jurutera serta profesional ternama, kita juga mengimpikan perkara yang sama di Negeri Perak. Hari ini Perak mempunyai lebih 6000 pelajar Tahfiz berdaftar. Jika sebahagian daripada mereka diberi peluang mendapat latihan TVET, bayangkan berapa ramai daripada mereka boleh diserap ke dalam peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Malah projek AHTV di Tanjong Malim dijangka membuka lebih 8000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung menjelang 2030. Ini belum termasuk ribuan peluang pekerjaan melalui program KIGIP, LuMIC, Perak HIP dan lain-lain. Inilah wajah baharu Perak yang kita dambakan seimbang ilmu agama, berdaya saing dalam kemahiran dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri.

Langkah ini seiring dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menekankan pembangunan modal insan berkualiti, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta pengukuhan identiti masyarakat berteraskan nilai agama dan nilai-nilai murni. Izinkan saya untuk mengemukakan beberapa cadangan. Pertama saya mohon Kerajaan Negeri menubuhkan dana sokongan Sekolah Agama Rakyat. Banyak sekolah kecil yang penuh semangat mahu mendaftar seperti yang dikatakan tadi tetapi mungkin tidak mampu membeli beberapa peralatan. Contohnya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti membeli peralatan pemadam api, membaiki asrama, menyediakan kelengkapan keselamatan dan sebagainya. Tanpa sokongan syarat-syarat ini begitu berat bagi mereka tetapi dana khusus sekolah ini akan dihargai mereka ya jika kita bantu dan tidaklah orang kata kita risaukan sekolah-sekolah ini ditutup jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat.

Kedua soal pengurusan. Ramai mudir dan pengurus sekolah adalah insan yang ikhlas datang daripada latar belakang beragama tetapi mungkin mereka kurang pengalaman dalam hal-hal pentadbiran. Dengan sedikit bimbingan, latihan-latihan daripada Kerajaan Negeri, mungkin mereka lebih bersedia untuk menguruskan secara profesional dan tersusun. Ketiga kita tidak boleh sesekali mengenepikan kebajikan guru. Guru-guru agama ini akan mendidik anak-anak kita untuk kenal Al-Quran, kenal Allah dan kenal akhlak. Saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri memperkenalkan skim insentif guru agama diberikan secara berperingkat kepada sekolah yang berdaftar dan menjaga tenaga pengajarnya. Seterusnya saya rasa dengan langkah-langkah ini RUU ini tidak lagi dilihat sebagai beban tetapi sebagai bukan sebagai alat kawalan dan beban sebaliknya menjadi tanda kasih sayang kerajaan terhadap sekolah agama dengan satu pakej pembangunan yang mampu membantu mereka bertahan berkembang seterusnya melahirkan generasi anak-anak Perak yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Sebagai penutupnya izinkan saya menegaskan sekali lagi. Isu pendidikan agama ini bukan sekali kali merupakan isu politik kepartian. Ia bukan soal siapa duduk di pihak sana dan siapa duduk di sini tetapi ia soal umat, soal anak-anak kita, soal masa depan negeri yang kita wariskan. Kita mesti berpolitik dengan nilai bukan dengan semangat sempit. Politik nilai bermaksud kita berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan agama adalah hak setiap anak Islam tanpa mengira latar belakang atau kedudukan politik. Politik nilai menuntut kita saling berganding tangan dalam perkara kebaikan meskipun kita datang daripada parti yang berbeza. Allah Subhana wa Ta'ala mengingatkan kita dalam surah al-Maidah ayat 2. "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan". Inilah asas politik nilai dalam urusan pendidikan agama. Kita mesti bersama dan bukan berpecah.

Rang undang-undang ini juga selari dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 yang memberi kepada penekanan pembangunan modal insan, kesejahteraan sosial dan ketahanan masyarakat. Pendidikan agama adalah nadi kepada semua teras ini. Jika anak-anak Perak dapat pendidikan agama yang baik, mereka akan membesar menjadi warganegara yang berakhlak, bertanggungjawab, berjiwa besar dan kembali menyumbang kepada negara ini. RUU ini bukan untuk menekan, jauh sekali untuk menyusahkan. RUU ini datang untuk menyelamatkan agama daripada diseleweng, menyelamatkan akal anak-anak daripada rosak. Menyelamatkan nyawa anak-anak murid dari bahaya dan menyelamatkan maruah guru dengan kebajikan yang sewajarnya. Dengan penuh rendah hati saya berdiri di Dewan ini menyatakan sokongan kepada Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri (Perak) 2025. Semoga dengan kelulusan RUU ini Allah menurunkan keberkatannya kepada Negeri Perak Darul Ridzuan yang kita cintai. Saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun. Undang dibawa demi maslahat, menjaga sekolah aman sejahtera, RUU ini kita sokong muafakat, demi anak-anak warisan negara.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Behrang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruang yang diberikan untuk berucap bagi sesi Dewan kali ini untuk membahaskan Rang Undang-Undang Sekolah-Sekolah Agama 2025 Negeri (Perak). Timbalan Yang di-Pertua saya mohon sedikit masa lebih kurang satu setengah minit untuk mengemukakan sedikit permasalahan di kawasan saya. Pada sesi yang lepas saya telah mengemukakan permasalahan pengurusan Pasar Kamunting yang telah diberi kepada sebuah kelab yang tiada kena mengena dengan pengalaman dalam pengurusan sebuah pasar yang besar. Penjaja telah membuat bantahan dan menyerahkan memorandum kepada pihak Majlis Perbandaran Taiping kepada Ahli Parlimen Taiping dan kepada saya sendiri dan telah berjumpa sendiri dengan YB Exco PBT. Di tapak itu juga menteri telah turun Menteri PBT dan namun begitu permasalahan ini berlanjutan hampir 9 bulan.

Saya mengharapkan pihak kerajaan dengarlah suara dan hasrat penjaja ini. Mereka berniaga hampir setiap masa. Mereka lebih mengetahui hal urusan mereka. Mereka lebih mengetahui siapa yang boleh mereka bergantung harap. Saya tidak mahu ianya berlanjutan lebih lama. Ianya akan menjejaskan perniagaan dan ekonomi mereka. Mereka hanya mahu pengurusan yang mampu untuk mengurus dan menyelia mereka. Sebelum-sebelum ini yang diuruskan dengan cara yang baik dan harmoni. Jangan biarkan ianya berlanjutan. Peniaga ini ada 400 peniaga dan kalau aset terkumpul sesuatu perniagaan itu mungkin agak besar dan mereka memerlukan satu pengurusan yang efisien yang boleh dan juga boleh dipercayai. Saya harap selepas ini PBT uruskanlah tender dengan penuh teliti dan dilihat mampu untuk menguruskan pasar ini dan mohon tindakan YB Exco ataupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, saya kembali kepada perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 2025 Negeri Perak Saya ingin menarik perhatian di Bahagian 1, permulaan dan bab permulaan pada perkara 2 di hujung tafsiran sekolah. Di ayat terakhir dinyatakan tetapi tidaklah termasuk sekolah agama Islam atau institusi pendidikan Islam yang ditubuhkan menurut undang-undang persekutuan. Ada satu jenis sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau pun SABK yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya baru perasan sewaktu libat urus rang undang-undang ini, SABK ini tidak disenaraikan sebagai sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam yang didaftarkan melalui enakmen ini.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, SABK asalnya adalah dari jenis Sekolah Agama Rakyat yang kemudiannya diserahkan oleh pihak Lembaga Pengurusan Sekolah yang kuasanya tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah Agama 1996 Negeri Perak. Penyerahan ini dibuat secara besar-besaran oleh pihak Lembaga Pengurusan Sekolah setelah bantuan dihentikan oleh pihak kerajaan ketika itu sekitar tahun 2003. Di tangan saya ada satu memorandum persefahaman yang tercatat antara jemaah pengurusan sebuah sekolah menengah dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jadi dalam memorandum ini saya dapat, pendaftaran Sekolah Menengah Agama, sekolah sekian-sekian lah sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan antara jemaah pengurusan Sekolah Menengah Agama, makna jemaah pengurusan Sekolah Agama dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Maknanya memorandum persefahaman win-win situation dan pada mula itu dinyatakan jemaah pengurusan sekolah berkenaan, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama 1996 Negeri Perak beralamat sekian-sekian lah dengan kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Maknanya enakmen apa ini persafahaman memorandum ini dibuat di antara Lembaga Pengurusan Sekolah, jemaah pengurusan sekolah. Ok saya nak ringkaskan dalam beberapa perkara berkenaan dengan murid. Maknanya pendaftaran murid. Apa yang dinyatakan pendaftaran murid di sekolah agama ini hendaklah diurus oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama jemaah pengurusan. Dalam bab guru-guru, kedudukan guru di sekolah agama akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran dengan persetujuan bersama jemaah pengurusan.

Dalam bab Enam (6) kakitangan sokongan kedudukan kakitangan sokongan di sekolah agama akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran dengan persetujuan bersama jemaah pengurusan. Tapak dan bangunan dalam perkara tujuh (7), tapak dan bangunan sekolah agama hendaklah kekal di bawah hak milik tuan punya tanah atau jemaah pengurusan dan tidak dengan apa-apa cara jua boleh terletak hak kepada kerajaan. Dalam bab sembilan (9), memorandum persefahaman ini boleh diubah suai atau dipinda pada bila-bila masa dengan persetujuan kedua-dua pihak melalui satu memorandum persefahaman tambahan. Tempoh kuasa, Perkara sebelas (11), memorandum persamaan ini berkuatkuasa mulai tarikh ia ditandatangani oleh jemaah pengurusan dan kerajaan dan akan terus berkuatkuasa sehingga satu tarikh yang ditetapkan kerajaan Persekutuan. Ok. Apa yang saya nak tarik disini ialah ini menunjukkan bahawa peranan Jawatankuasa Jemaah Pengurusan di dalam Sekolah SABK ini masih berfungsi. Pelajar SABK masih mengambil Peperiksaan I'dadi, Thanawi oleh Jabatan Agama Islam Perak.

Sehingga kini, pihak sekolah diminta menghantar Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Penyata Kewangan Jemaah Pengurusan. Pihak Jabatan Agama Islam juga melibatkan SABK dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri, Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia. Pihak JAIPk juga melibatkan SABK dan Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Perak dan Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia. Permasalahan ini permasalahannya ialah bantuan yang selama ini diberikan oleh Jabatan Agama Islam Perak sudah tidak diterima mulai tahun 2023.

Timbalan Yang di-Pertua. Pihak sekolah perlu menguruskan penglibatan pelajar dalam program-program ini dan ianya melibatkan kos yang tinggi. Antara sepertinya yuran peperiksaan, yuran penyertaan, elaun kelas tuisyen Thanawi, elaun perjalanan guru, duit saku pelajar yang terlibat, kos penghantaran pelajar, kos latihan peralatan sukan juga lain-lain perbelanjaan yang berkaitan. Bagaimana pihak sekolah hendak menguruskan perbelanjaan yang besar ini? Apa sumber kewangan yang mereka ada? Saya mengharapkan agar bantuan ini yang diberikan oleh pihak Jabatan Agama Islam diteruskan semula kerana penglibatan Sekolah Agama Rakyat SABK ini dalam program-program Jabatan Agama Islam ini sangat baik dan ia melahirkan pelajar yang cemerlang, pelajar yang baik dari segi kurikulum dan ko-kurikulum. Persoalannya

Timbalan Yang di-Pertua, adakah selepas enakmen ini diluluskan ianya memansuhkan memorandum persefahaman antara Lembaga Pengurusan Sekolah yang telah dibuat dahulu? Ini kerana enakmen yang lalu menyebut dalam MOU ini, jemaah pengurusan sekolah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama 1996 tetapi bila Rang Undang-Undang ini diluluskan dia akan jadi Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama 2025 Negeri Perak. Saya berharap ianya tidak akan berlakulah untuk memansuhkan peranan jawatankuasa ini. Sekarang pun saya lihat seolah-olah telah berlaku pemansuhan atau pun mengenepikan Sekolah Agama Bantuan kerajaan ini sebab dalam libat urus, saya dapati bahawa tidak melibatkan jemaah pengurusan daripada SABK.

Timbalan Yang di-Pertua, SABK tidak boleh dianggap sekolah di bawah Persekutuan semata-mata kerana peranan jemaah pengurusan telah termaktub dalam MOU persefahaman yang saya sebutkan tadi, punca kuasa jemaah pengurusan ini adalah daripada enakmen tersebut yang lalu, SABK adalah sebuah sekolah bersama antara Jabatan Agama Islam dan Kementerian Pendidikan. Saya ingin bertanya adakah pihak Kerajaan Negeri melalui khususnya JAIP menganggap SABK sebanyak 22 buah di negeri Perak ini adalah hak mutlak Kementerian Pendidikan semata-mata. Adakah pihak Kerajaan Negeri khususnya JAIPk tidak menyedari atau pun tidak menyedari kewujudan MOU ini? Atau adakah pihak kerajaan negeri memang mahu melepaskan sepenuhnya SABK ini kepada Kementerian Pelajaran semata-mata. Kalaulah dilepaskan keseluruhannya, bagaimana kuasa jemaah pengurusan? Adakah dia masih ada? Saya masih ingat lagi sewaktu bantuan dihentikan tahun 2023, sebab itu Sekolah Agama Rakyat ditawarkan menjadi SABK, kebimbangan ketika itu daripada pihak jemaah pengurusan ialah mereka takut hilangnya kuasa pegangan mereka kepada sekolah itu.

Antara mereka adalah yang mengasaskan sekolah. Mereka berusaha mewujudkan institusi pendidikan Islam di tempat mereka untuk memenuhi tuntutan masyarakat. Mereka wakafkan tanah, mereka kumpulkan derma orang ramai, korbankan harta mereka untuk memenuhi tuntutan ini. Sewaktu mereka menandatangani MOU, mereka diberi keyakinan dengan isi MOU yang ada iaitu mereka mempunyai hak ke atas tanah, bangunan yang sedia ada dan beberapa perkara yang dinyatakan tadi. Janganlah setelah 20 tahun ianya hilang segala-galanya. Kalaulah SABK semata-mata hak Kementerian Pelajaran, dimana perlunya hak empunya tanah dan bangunan yang asal? Ini persoalan yang perlu pihak kerajaan jelaskan. Saya berharap SABK jangan dikategorikan sekolah persekutuan semata-mata. Ianya adalah hak bersama Jabatan Agama Islam dan Kementerian Pelajaran dan perlu diberikan bantuan dan sumbangan. Akhirnya saya menyokong Rang Undang-Undang ini dengan harapan pihak Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian apa yang saya kemukakan tadi. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Kamunting. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat Adun Kota Tampan, Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Berhormat daripada blok pembangkang dan juga kerajaan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan, rakan-rakan media dan para pemerhati sama ada yang hadir pada hari ini atau pun secara atas talian. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakyat negeri Perak yang menyaksikan sidang Dun kali ini secara atas talian dan tidak lupa juga kepada Ketua Pembangkang daripada Gunong Semanggol yang menyaksikan perbahasan pada hari ini secara atas talian. Alhamdulillah, puji dan syukur saya kepada Allah Subhana Wata'ala dapat bersama-sama pada petang ini untuk sama-sama diberikan peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 2025. Yang Berhormat Timbalan Speaker, pertama kali saya ingin menegaskan bahawa pihak kami menyokong segala usaha memperkasakan pendidikan Islam di negeri ini. Sekolah agama, sekolah swasta atau pun sekolah rakyat adalah benteng utama membina generasi berakhlak, berilmu dan beriman.

Namun begitu, kita perlu berhati-hati apabila hendak meluluskan sesuatu Rang Undang-Undang yang memberi kesan kepada masa depan pendidikan Islam dan masyarakat. Perak telah ramai melahirkan anak anak yang cemerlang hasil daripada pendidikan di aliran sekolah agama. Ramai ibu bapa yang mahu menghantar anak anak belajar di institusi seperti ini, yakni institusi agama dan ini satu perkembangan yang positif dalam menambah baik sistem sosial masyarakat serta perkara ini sangat sangat perlu diraikan. Saya mengambil kesempatan ini menyentuh beberapa perkara berkaitan Rang Undang-Undang 2025 yang akan kita bahaskan pada hari ini. Yang pertamanya, isu-isu birokrasi yang berlaku di mana dalam di dalam RUU ini iaitu Fasal 6 kurungan satu dan Fasal 7 kurungan satu, kita lihat ada proses bertingkat dalam mana apabila seseorang itu hendak mengadakan mana-mana orang yang berhasrat menubuhkan sekolah hendaklah mendapatkan maklum balas daripada Orang Besar Jajahan dan pengesahan daripada Pegawai Tadbir sebelum mengemukakan permohonan. Maknanya apabila seseorang itu berhasrat nak menubuhkan sekolah-sekolah agama, dia perlu mendapatkan maklum balas terlebih dahulu daripada Orang Besar Jajahan dan juga pengesahan daripada Pegawai Tadbir Agama.

Setelah hasrat dia itu dinyatakan diluluskan, hasratnya itu barulah ya. Kalau ikutkan kepada rujuk kepada Fasal 7 kurungan 1 Ya, setelah permohonan penubuhan sekolah diluluskan Jawatankuasa pengurusan hendaklah mendapatkan sokongan lagi sekali daripada Orang besar Jajahan dan pengesahan daripada pegawai PTA sebelum mengemukakan permohonan permohonan pendaftaran kepada Ketua Pendaftar. Dan jika Ketua Pendaftar berpuas hati dengan penemuan tersebut, maka tertakluk pula pada kelulusan majlis. Kita nampak di situ ya permohonan ini. permohonan penubuhan sesuatu sekolah itu bertingkat tingkat jadinya. Itu perkara pertama, yang kedua, kebimbangan terhadap autonomi dan juga kebebasan masyarakat. RUU ini dilihat memberi kuasa yang sangat besar kepada pihak berkuasa negeri untuk mengawal selia meluluskan, malah boleh menutup sekolah-sekolah agama rakyat atau pun persendirian. Saya ingin bertanya adakah kita mahu mengekang peranan masyarakat dalam mendidik anak anak mereka dengan acuan agama? Bukankah Sekolah Agama Rakyat ini lahir daripada semangat gotong royong ibu bapa dan tokoh agama kampung yang telah sekian lama mengisi ruang pendidikan Islam sejak sebelum merdeka. Pagi tadi pun kita mendengar huraian daripada pembahas-pembahas rakan-rakan saya daripada blok pembangkang.

Kita bimbang jika RUU ini disalah guna pada masa hadapan untuk menekan sekolah-sekolah agama yang tidak sehaluan dengan pentadbiran tertentu. Perkara yang ketiga, kualiti ataupun kawalan. Kita setuju kawalan ini penting bagi memastikan tiada ajaran sesat, tiada penyalahgunaan dana, tiada penyebaran fahaman ekstrem yang menyeleweng tetapi kawalan jangan sampai membunuh kreativiti dan perkembangan sekolah agama. Persoalannya, apakah Kerajaan Negeri menyediakan sokongan mencukupi dari segi kewangan, tenaga pengajar dan modul jika mahu mengambil alih kawalan ketat ini. Jika benar Bota sangat mengalu-alukan tetapi jika kawalan diberatkan sokongan dipinggirkan, maka sekolah- sekolah agama akan akan semakin terhimpit. Daripada sekadar kawalan, kerajaan Negeri seharusnya mengiktiraf Sekolah Agama Rakyat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan Islam negeri. Menyediakan dana sokongan tahunan supaya sekolah ini boleh diperkasa. bukan dipinggirkan.

Bota juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan Majlis Permuafakatan Sekolah Agama melibatkan Kerajaan Negeri, pakar pendidikan dan wakil Sekolah Agama Rakyat bagi menyelaraskan kurikulum dan pentadbiran. Bota juga ingin mencadangkan supaya kerajaan memberi ruang autonomi terhad kepada sekolah rakyat untuk menguruskan hal dalaman selagi tidak bercanggah dengan akidah dan syariah. Selain daripada itu, Bota juga ingin mencadangkan kerana tidak dinyatakan langsung dalam RUU ini. Apa salahnya kita memikirkan kerana hari ini kita berada pada zaman internet, Bota ingin mencadangkan, kita juga boleh menggunakan pendaftaran secara digital dan pendekatan pintar. Yang Berhormat Speaker, Negeri Perak harus menjadi perintis dalam memperkenalkan kaedah pendaftaran digital.

Sekolah agama Islam, selari dengan agenda pendigitalan sektor awam. Berikut adalah cadangan kaedah digitalisasi yang praktikal. Yang pertama sistem pendaftaran JAIPk di mana berlaku cadangkan Digital One Stop portal ke satu portal dalam talian yang membolehkan membuat pendaftaran awal dan pemantauan status permohonan di mana pemohon boleh muat naik dokumen digital sama ada pelan bangunan, sijil keselamatan ataupun profil guru-guru yang akan mengajar. Integrasi automatik juga sangatlah diperlukan. Sangatlah diperlukan antara sistem PBT dan juga agensi-agensi yang lain dalam proses meluluskan sesuatu sekolah yang akan ditubuhkan. Satu lagi cadangan ialah integrasi eID di sekolah dan juga QR Code pengesahan. Setiap institusi berdaftar akan diberikan kod pengenalan institusi eID dan sijil digital yang boleh disahkan dengan imbasan QR untuk kegunaan oleh JAIPk, PBT atau pihak keselamatan. Ini antara banyak lagilah antara sokongan-sokongan ataupun cadangan dalam bentuk digital yang mana kita pada hari ini boleh juga menggunakan sistem sokongan 24 jam berasaskan AI ataupun chatbot yang boleh membimbing pengusaha sekolah dalam proses permohonan mengikut jenis sekolah dan lokasi mereka. Ya dan saya juga berharap kerajaan berusaha memberikan latihan digital kepada pengusaha sekolah agar proses permohonan secara digital ini boleh kita lakukan dan kita mahu kemahiran ini juga dapat di dapat dilihat kepada pengusaha-pengusaha sekolah agama, Insha Allah. Kelebihan digitalisasi kepada Kerajaan Negeri dan masyarakat, ia dapat mengurangkan kos operasi dan masa memproses dan juga dia transparent. Ya, proses ini sangat transparent dan kurang ketirisan dan juga akses mudah oleh sekolah luar bandar. Pemantauan berasaskan data masa nyata, kelayakan bantuan lebih cepat disalurkan. Birokrasi harus seiring dengan digitalisasi.

Yang Berhormat Dato' Speaker, kita tidak boleh hanya bergantung pada semangat rakyat untuk mendirikan institusi agama tanpa menyokong mereka dengan sistem pentadbiran yang cekap dan mesra digital. Kita tidak mahu semangat keagamaan yang membara ini malap kerana lemas dalam belenggu birokrasi lapuk. Maka Bota mohon agar Jabatan Agama Islam Perak dan Kerajaan Negeri menilai semula prosedur pendaftaran yang sedia ada. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Pendigitalan Pendaftaran Sekolah Agama. Yang ketiga melaksanakan Pelan Tindakan Digitalisasi Pendidikan Islam Negeri Perak menjelang tahun 2026. Bota berharap agenda ini dapat direalisasikan. Birokrasi yang cekap bukan menghalang tetapi mempermudahkan jalan kebaikan. Penegasan politik Yang Berhormat Tuan Speaker hari ini tidak boleh diluluskan sekadar untuk memberi kuasa mutlak kepada Kerajaan Negeri, sebaliknya ia mesti benar-benar menjamin masa depan pendidikan Islam rakyat Perak. Kami di pihak pembangkang menegaskan bahawa kami bukan menolak kawalan tetapi kami menolak jika kawalan elit kawalan ini, ada tujuan yang tertentu. Mudah-mudahan pindaan yang dibuat ini lebih bersifat pembangunan dan pemerkasaan, bukannya penyekatan dan pemusnahan.

Kesimpulannya, sekolah-sekolah agama adalah aset negeri bukan beban. Jangan kita terlalu ghairah mengawal hingga akhirnya kita mematikan semangat rakyat mendidik anak-anak dengan agama. Sukalah saya saling ingat mengingatkan bahawa kita semua dalam Dewan ini adalah pemimpin. Sistem demokrasi yang ada telah mengasingkan kita antara blok pembangkang dan juga blok blok kerajaan. Di mana pun kita. Saya ingin menarik perhatian semua kepada sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang bermaksud. Ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin. Kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Kami mohon agar Kerajaan Negeri meneliti semula beberapa fasal dalam RUU ini. Memperbaiki mana yang longgar menambah jaminan perlindungan kepada sekolah-sekolah agama Islam dan memastikan ia benar menjadi RUU untuk memperkasa bukan menekan atau menyekat. Memperkasa hal ehwal agama melalui pendidikan adalah satu satunya cabang yang amat penting. Mudah mudahan Allah Subhana Wata'ala mempermudahkan segala urusan kita. Semoga kita sentiasa dalam panduan Ilahi.

Kuntum Kenanga Serikan Tanjak, Di atas Batu Si Bunga Tanjung, Di Mana Bumi Kita Berpijak, Di situlah Islam Dijunjung.

Ayam Serama Tepi Perigi, Itik Angsa Di Tepi Paya, Sekolah Agama Aset Negeri, Ayuh Perkasa dan Martabatkan sebaiknya.

Akhir kata ya Bota menyokong RUU ini dengan sedikit pembaikan. Wallahuallam, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalammualaikum wbt.

Yang di-Pertua

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Bota. Sekarang saya menjemput

Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan 10 minit di Persilakan.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Bismillahirahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat-Yang Berhormat seterusnya, ketua-ketua jabatan daripada pusat dan juga daripada negeri. Para wartawan yang hadir dan seluruh rakyat Negeri Perak yang mengikuti perbahasan ini secara live dan online melalui berbagai-bagai medsos. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Rang Undang-Undang yang hendak kita bahaskan hari ini ialah Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025. Apa yang dimaksudkan dengan sekolah-sekolah agama Islam ini? Nombor satu ialah Sekolah Tadika Islam Perak, nombor dua Tadika Islam Swasta, nombor 3 Sekolah Rendah Agama Rakyat Integrasi KAFA, nombor 4 Sekolah Rendah Agama Rakyat Sepenuh Masa, nombor 5 Sekolah Rendah Agama Rakyat Swasta, nombor 6 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, nombor 7 Sekolah Menengah Agama Rakyat, nombor 8 Maahad Tahfiz dan akhir sekali, sekolah pengajian pondok. Itu yang kita kategorikan termasuk dalam sekolah-sekolah agama Islam di negeri Perak.

Apa yang saya nak bahas hari ini saya ambil dua tajuk sahaja. Yang pertama ialah masalah pendaftaran dan satu lagi ialah masalah kewangan. Sebagaimana yang kita tahu, sekolah agama ini ditubuhkan oleh masyarakat oleh surau-surau, masjid, badan dakwah atau individu persendirian, termasuk juga penceramah-penceramah bebas. Mereka mempunyai sekolah tahfiz sendiri yang diuruskan sendiri dan saya yakin ada di antara sekolah-sekolah tahfiz ini tidak berdaftar. Jadi ada 4 kategori sekolah agama ini. Yang pertama sekolah agama yang berdaftar atau pun sekolah agama yang akan didaftarlah. Nombor 2 sekolah agama yang tidak berdaftar. Maksudnya sekolah ini tak pernah mohon untuk pendaftaran langsung tetapi dia beroperasi. Yang ketiga ialah sekolah agama yang gagal pendaftaran disebabkan masalah-masalah seperti bangunan yang tidak sesuai, tidak mendapat kelulusan bomba atau lalu yang sempit dan tidak sesuai. Saya bagi contoh di sini, Sekolah Rendah Agama Rakyat Suluhiyah Kampung Sayong Tengah telah diisytiharkan tidak selamat. Kini telah tiga tahun menumpang di Surau Sayong Tengah. Sekolah ini masih beroperasi tapi menumpang di surau Sayong Tengah. Permohonan peruntukan telah dipohon peruntukan untuk baik pulih bangunan sekolah yang telah dipohon kepada pelbagai pihak tetapi masih tidak diluluskan.

Mohon Kerajaan Negeri beri perhatian kepada sekolah agama ini dan yang kategori yang tarik ialah sekolah yang menunggu kelulusan permohonan pendaftaran tetapi tiada keputusan gagal atau lulus. Jadi dia mohon nak nak tumpu ke sekolah tapi takde keputusan dan tak tahu lulus ke tak lulus dan makan masa lamalah. Yang menjadi masalah sekarang sekolah agama yang tidak berdaftar ini tetap beroperasi dan ada yang telah beroperasi begitu lama. Ada yang dah bertahun-tahun lamanya tanpa kelulusan dan pemantauan pihak yang berwajib sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Contohnya seperti kebakaran bangunan dan kemalangan lain yang menyebabkan kehilangan nyawa. Kita nak tahu siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan kerana sekolah-sekolah tidak berdaftar ini biasanya tidak ada coverage insuran. Persoalannya, apakah sekolah-sekolah agama yang tidak berdaftar ini dibenarkan terus beroperasi atau perlu ditutup terus. Kerajaan perlu buat satu keputusan kerana ini adalah kepentingan awam dan kepentingan ummah. Saya berpandangan, kerajaan sepatutnya membantu dan mempermudahkan pendaftaran sekolah agama ini. Saya faham sekolah agama ini menjadi satu alternatif lain bagi ibu bapa yang mahukan pendidikan Islam lebih mendalam lebih menekankan pendidikan agama Islam seperti Al-Quran, Feqah, Tauhid, bahasa Arab dan akhlak.

Yang kedua masalah kewangan. Sekolah agama yang berdaftar biasanya dia akan menerima peruntukan dana daripada kerajaan. Mana sekolah yang tidak berdaftar hanya bergantung kepada yuran pelajar atau sumbang orang ramai atau dari NGO-NGO. Saya tidak menafikan ada juga yang mengambil kesempatan dengan menggunakan sekolah agama untuk mengutip derma dan sumbang dari orang ramai dan digunakan untuk kegunaan peribadi. Rata-rata masih banyak lagi sekolah agama yang daif dan kekurangan dana untuk menyelenggara dan menguruskan sekolah ini. Saya berharap pihak kerajaan memandang serius kepada masalah peruntukan ini kerana ini melibatkan kesejahteraan dan keselesaan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar perlu diberi makanan dan minuman yang mencukupi dan disajikan dengan makanan yang berzat untuk pertumbuhan pembesaran yang sihat. Kita bimbang ada masa-masa tertentu. Sekolah ini terputus sumbangan sama ada dalam bentuk dana mahu pun dalam bentuk sumbangan bahan-bahan makanan seperti beras dan sebagainya.

Akhir sekali, sebelum saya menyokong enakmen ini, saya nak minta izin kepada Dato’ Speaker untuk menyentuh sedikit masalah agama di kawasan saya sikit sahaja. Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar ialah Masjid Daerah Kuala Kangsar. Beberapa bulan yang lalu berlaku kecelaruan pentadbiran di masjid ini kerana semua ahli jawatankuasa yang mengurus masjid ini telah dibubarkan. Masjid ini telah menjadi suram di mana pengajian di masjid telah berkurangan. Ramai penceramah-penceramah telah diberhentikan elaun dan gaji petugas dan pegawai masjid tidak dibayar kerana ketiadaan bendahari untuk menguruskan. Kehadiran jemaah telah berkurangan dan tabung sumbangan orang ramai juga telah berkurangan dan tanpa pengurusan yang betul. Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana fungsi mengimarahkan masjid dan pengurusan dan pengurusan pengurusan masjid itu sangat penting. Untuk makluman, pemilihan ahli jawatankuasa baru hanya boleh dibuat pada bulan Jun 2026 iaitu setahun lagi. Jadi dengan ini, Bukit Chandan dengan ini menyokong suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan kawalan Sekolah Agama Islam di Negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya. Terima kasih wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikummussalam terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan 10 minit dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Barisan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan daripada pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media seterusnya yang dikasihi semua rakyat Negeri Perak khususnya daripada Dun Rungkup yang mengikuti sidang Dewan Negeri, Mesyuarat

Kedua, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt atas limpah perkenan dan keizinan-nya jua, saya dapat turut serta dalam membahaskan RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri atas jasa baik memberikan saya peluang membahaskan RUU tersebut. Wajar juga saya merakamkan penghargaan atas daya usaha pihak-pihak yang terbabit dalam penyediaan RUU ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dan sekalian Ahli Dewan yang dihormati. Menjadi tanggungjawab pihak kerajaan mewujudkan sistem pendidikan bagi melahirkan golongan terdidik dalam pelbagai bidang yang mencakupi aspek keilmuan, pembangunan insan, pembentukan nilai-nilai murni dan budaya fikir yang seimbang serta bebas dari anasir-anasir yang tidak diingini. Bagi maksud tersebut, ditubuhkan pelbagai institusi pendidikan termasuk sekolah agama islam sama ada oleh pihak kerajaan ataupun pihak-pihak tertentu. Negeri Perak pada masa kini terdapat 932 buah sekolah agama islam. Pelbagai kategori yang dikawal selia oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Memandangkan jumlahnya yang begitu besar dan berkemungkinan akan bertambah maka timbul keperluan kawal selia yang mencakupi pelbagai aspek tatakelola supaya penubuhan dan pengoperasian sekolah-sekolah agama islam di negeri Perak menepati matlamat penubuhannya tanpa sebarang anasir yang tidak diingini.

Untuk membolehkan pihak Kerajaan Negeri melunaskan tanggungjawab tatakelola yang sempurna, maka disyaratkan setiap Sekolah Agama Islam di negeri ini perlu didaftarkan bagi maksud tersebut diwujudkan jawatan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar dan Pendaftar. Sejajar dengan prinsip tatakelola dan struktur organisasi. Apa yang diusulkan di bahagian II Rang Undang-Undang ini wajar disokong dan diluluskan kerana ia bertepatan dengan soal peri pentingnya sesebuah organisasi diterajui oleh nakhoda yang diberi kuasa Command and Control dengan izin arahan dan kawalan. Maka dibutirkan dengan jelas tugas dan tanggungjawab ketua pendaftar dan pasukannya. Tidak ada sebab yang munasabah untuk menolak apa yang diusulkan dalam Bahagian II RUU ini.

Di bawah RUU ini proses pendaftaran sekolah agama dipermudahkan. Ia bermula dengan mendapatkan maklum balas daripada Orang Besar Jajahan dan pengesahan daripada Pegawai Tadbir Agama sebelum dikemukakan kepada Ketua Pendaftar. Jika Ketua Pendaftar berpuas hati dengan permohonan tersebut, maka kebenaran diberi untuk sekolah tersebut ditubuhkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Walaupun begitu mudah, saya difahamkan masih terdapat beberapa sekolah agama yang beroperasi tanpa pendaftaran. Pada masa kini saya difahamkan terdapat 32 buah sekolah agama yang sedang dalam proses pendaftaran iaitu Sekolah Menengah Agama Rakyat 1, Maahad Tahfiz 21 dan Pengajian Pondok 10. Tidak diketahui berapa jumlah yang belum memohon untuk pendaftaran. Kenapa masih berlaku ketidakpatuhan? Sukar dicari jawapan. Walhal, tujuan pendaftaran adalah jelas bermaksud hendak mengawal selia, tatakelola perjalanan dan pengurusan sekolah supaya menepati matlamat dan tidak ada unsur-unsur yang memudaratkan. Mana-mana pihak atau individu yang mengendalikan sekolah agama tanpa pendaftaran yang sah adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Di bawah peruntukan 7 ini juga, pihak berkuasa Majlis Agama Islam atas syor Ketua Pendaftar boleh menutup mana-mana premis yang digunakan sebagai sekolah agama tidak berdaftar.

Bagi mengatasi masalah ini disyorkan supaya tugas Nazir yang dilantik hendaklah termasuk langkah-langkah pencegahan awal melalui pengawasan dan tinjauan. Kebarangkalian wujudnya pihak-pihak yang berpotensi menubuhkan sekolah agama tanpa pendaftaran. Perkara 15 dalam RUU ini menetapkan jemaah pengurusan sekolah agama hendaklah memastikan sekolah mematuhi kurikulum pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, penggunaan buku teks, program, latihan guru, peperiksaan dan aktiviti lain mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peraturan di bawah Perkara 15 ini mencakupi beberapa aspek yang menjadi teras kepada kecapaian matlamat pendidikan. Justeru, ia melibatkan kawal selia yang rapi dan pematuhan tatakelola. Bukanlah satu perkara yang mengekang malah sebagai panduan supaya matlamat pendidikan tercapai dengan sempurna dan kesucian Islam terpelihara. Ia tidak harus menjadi sebab kerana tidak mendaftar kecuali ada motif yang tersirat. Bagi merungkai masalah yang agak kompleks ini saya ingin melontarkan pendapat yang mungkin boleh dimanfaatkan iaitu tiga aspek penting dalam aspek tatakelola dan pencapaian pencapaian matlamat.

Yang pertama, sense of purpose atau nawaitu iaitu untuk apa sesuatu peraturan dibuat. Kedua, Sense of Importance and Urgency dengan izin iaitu kesedaran peri pentingnya sesuatu peraturan itu dan soal kesegeraan ketika Sense of Achievement dengan izin peri pentingnya orientasi kecapaian matlamat. Nawaitu atau niat penubuhan sebuah sekolah agama Islam perlu jelas tanpa sebarang agenda yang tersirat atau tersorok yang sering menjadi punca masalah dan pemesongan niat ialah kerana wujudnya pihak-pihak berkepentingan menjadikan sekolah agama Islam sebagai instrumen untuk memenuhi agenda yang tersirat. Jika ini yang berlaku bukan sahaja sekolah terbabit terpesong daripada niat sebenar, malah murid atau pelajar menjadi mangsa kerana terhindar dari mendapat pendidikan yang sewajarnya. Kesedaran terhadap peri pentingnya soal pendaftaran dan kesegeraan mematuhinya perlu disuntik seawal mungkin dan secara menyeluruh di kalangan pihak-pihak berkepentingan supaya tidak timbul kelewatan, kecuaian atau sebarang ketidakpatuhan yang boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan. Selain dari itu, jika kecapaian matlamat menjadi keutamaan, orientasi perancangan dan pelan pelaksanaan akan menjurus kepada pematuhan peraturan-peraturan terbabit termasuk pendaftaran.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ramai di kalangan pemimpin tersohor, tokoh korporat dan teknokrat terbilang, warga inteligensia yang bijaksana, para hakim yang arif dan watak-watak yang dihormati adalah terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan awal di sekolah agama Islam. Hakikat tersebut adalah testimoni yang tak boleh disangkal bahawa sekolah agama mampu berperanan sebagai tapak semaian bagi percambahan para ilmuan dan cerdik pandai serta tokoh-tokoh tersohor. Oleh itu, usah kita cuba pertikaikan hasrat murni RUU ini jauh sekali dari beranggapan ianya sebagai unsur kekangan terhadap usaha memartabatkan sekolah agama Islam. Sesungguhnya tidak ada sebarang Rang Undang-Undang yang mutlak daripada sebarang cacat cela. Maka itu sering berlaku dari masa ke masa proses penambahbaikan supaya bersesuaian dengan perubahan yang dinamik. Seolah seeloknya usah kita cuba jadikan sekumin cacat cela sebagai isu besar untuk menolak RUU ini sama sekali. Dewan yang mulia ini adalah medan yang paling sesuai untuk kita menyuarakan sebarang penambahbaikan. Sebarang cubaan untuk mempolemikkan RUU ini pada khalayak umum di luar dewan eloklah dielakkan.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, usaha memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan sering dijadikan modal politik oleh golongan tertentu bagi meraih populariti dalam usaha memancing pengaruh serta sokongan di samping percubaan melabelkan diri dan kelompok masing-masing sebagai juara memperjuangkan Islam. Manakala pihak lawan dianggap sebagai anti Islam sebenarnya apa yang terkandung dalam niat dan peraturan peraturan yang termaktub dalam RUU ini adalah manifestasi dan testimoni kepada usaha pihak kerajaan memartabatkan agama Islam dan memelihara kesuciannya dalam konteks statusnya sebagai agama Persekutuan yang dianuti oleh majoriti rakyat negara ini.

Ini bukan soal siapa yang harus dinobatkan sebagai juara atau siapa yang harus dikutuk sebagai anti-Islam. Saya tidak mahu membuka gelanggang polemik mengenai perkara ini. Memadai sekadar bersandar kepada fakta sejarah bahawa tidak pernah wujud mana-mana kerajaan di negara ini yang anti-Islam dan bahawasanya masing-masing pihak sama ada di sebelah sana atau di sebelah sini pernah menjadi kerajaan. Kewajaran yang perlu dicari bagi mengelakkan sebarang pertembungan pendapat mengenai perkara ini yang jika dibiarkan berlaku hanya ibarat memberi peluru kepada pihak-pihak yang gemar memperlekehkan kesucian dan martabat agama Islam di negara ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Kalau tuan pergi kedai Belikan garam bersama halia Kalau tuan berhati baik Jadikan Islam agama mulia.

Kalau hendak menggoreng halia, Ambil minyak tuang-tuangkan. Kalau hendak Islam dipandang mulia, Sengketa buruk buang-buangkan.

Pergi memburu ke hutan sasar Dapat rusa bertanduk tiada. Jadikan RUU ini tempat bersandar Semoga Islam terus pelihara.

Mesej yang terkandung dalam nukilan tiga rangkap pantun itu menjadi rumusan dan juga menutup perbahasan saya ini. Salah dan silap kemaafan dipinta. Rungkup mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Rungkup dengan hujah-hujah perbahasannya tadi sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan 10 minit. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi taala Wabarakatuh. Alhamdulillah, Salam Ala Rasulillah Syahadat Lailahaillallah Anna

Muhammad Rasulullah waba’. Yang dihormati Yang Berhormat Dato' di-Pertua, Yang Berhormat Kota Tampan kepada seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri daripada kerajaan dan pembangkang kepada seluruh jabatan dan kepada semua para pegawai yang bertugas dan tidak lupa kepada pengamal media yang membuat liputan daripada pagi sampai ke saat ini dan seterusnya kepada seluruh Ahli Dewan dan kepada seluruh rakyat Perak yang melihat secara live di talian dan juga sedang memerhatikan sidang Dewan Negeri kita pada kali ini. Pertama saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker di atas peluang untuk Manjoi mengambil bahagian dalam perbahasan isu Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam bagi negeri Perak 2025 yang akan disebut sebagai RUU selepas ini. Sebelum itu, Manjoi ingin mengambil kesempatan ruang ini untuk mewakili semua Ahli Dewan bagi mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SRAI kepada semua anak-anak kita yang sedang berdepan dengan peperiksaan penting ini. SRAI ini Sijil Rendah Agama Islam Perak yang bermula petang ini yang ada di negeri kita. Mudah-mudahan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan dan cucu-cucu kita berjaya dalam peperiksaan yang penting ini dan ia sangat dekat dengan isu perbahasan kita pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, RUU Sekolah Agama yang dibahaskan ini adalah undang-undang baru yang digubal bagi menggantikan Enakmen Kawalan Sekolah Agama 1996 yang usianya hampir mencecah tiga puluh tahun. Manjoi menyambut baik usaha agensi Agama Islam Negeri Perak khususnya Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan semua agensi kerajaan yang terlibat dengan bertungkus-lumus menggubal RUU Sekolah Agama sehingga berjaya dibentang dan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Sebanyak 30 fasal yang diperuntukkan dalam RUU ini berbanding 26 seksyen dalam Enakmen Kawalan Sekolah Agama Islam 1996 yang sedia ada daripada 30 fasal atau peruntukan RUU ini Manjoi ingin membangkitkan beberapa perkara dalam perbahasan pada kali ini.

Fokus yang diberikan ialah berkenaan dengan pertama tenaga pengajar. Kedua pembangunan prasarana. Berkenaan dengan guru dan kakitangan sekolah agama. Fokus kepada Sekolah Agama Rakyat. Maksudnya selain daripada sekolah bantuan kerajaan atau SBK, Izzuddin, Takyah dan juga seangkatan dengannya dan juga sekolah SMAN Sekolah Menengah Agama Negeri. Saya melihat terdapat sebilangan sekolah agama yang menghadapi masalah kekurangan guru dan kakitangan dan sudah sampai masanya pihak kerajaan memberi perhatian serius tentang perkara ini agar tidak berlarutan dan dibimbangi menjejaskan operasi sekolah tersebut. Sebab apa, sebab saya melihat perkara ini sangat realiti. Manjoi mendapati realiti yang berlaku.

Pertama pihak pengurusan sekolah bila mana mereka dibebani dengan tanggungjawab yang banyak. Sampai waktu kerajaan kena tengok ada sekolah kita yang tidak tidak mampu membayar gaji guru dan juga gaji kakitangan. Maka kalau gaji lewat diberikan atau sekolah tak mampu nak tanggung gaji tersebut tak mustahil cikgu terpaksa berhenti dan cari kerja lain dan lebih parah lagi, pengurusan sekolah tak dapat nak operate sekolah tersebut atau pun tak dapat nak running sekolah tersebut. Sekolah-sekolah itu silap haribulan boleh tutup disebabkan masalah ini. Nasib dan masa depan pelajar terjejas. Kasihan dan simpati kita kepada mereka. Terganggu emosi anak-anak kita dan janganlah sampai anak-anak kita membuat keputusan untuk berhenti dari sekolah agama kerana dibimbangi terjebak dengan gejala lain yang lebih merbahayakan di luar.

Realiti yang ada hari ini saya sebut ini kerana saya juga seorang anak muda seorang pelajar yang datang daripada Sekolah Agama Rakyat. Saya pernah belajar di Sekolah KAFA, Kerajaan Negeri Perak. Kemudian, saya pernah belajar di Sekolah Agama Rakyat Sekolah SAR dan sampailah saya masuk ke sekolah kerajaan di peringkat tertinggi saya belajar di Sekolah Berasrama penuh SBP. Di peringkat menengah tinggi dan saya merasai semua sistem ini. Memang ada perbedaan yang ketara daripada sekolah agama rakyat. Sekolah yang mungkin kurang mendapat bantuan kerajaan dengan sekolah kerajaan. Saya nak beritahu kerana saya antara individu yang lalui perkara ini. Hadirin sekalian. Realiti sebenar pelajar sekolah agama mempunyai daya fikir yang cerdas tapi disebabkan faktor luaran seperti kekurangan prasarana sekolah yang menyebabkan pelajar ini ketinggalan dalam pelajaran akhirnya mengakibatkan keciciran pelajaran. Terdapat sebahagian masyarakat memberi persepsi kurang baik negatif dan mengatakan pelajar sekolah agama ni lemah. Pelajar sekolah agama ni tak kreatif takde daya saing ini antara suara yang diberikan kepada kepada pelajar sekolah agama. Sekolah agama ni dilihat seolah-olah tidak ada kualiti tidak ada standard. Saya mahu buktikan rakan-rakan saya di sini juga ramai dan juga di luar sana. Ramai daripada pelajar Sekolah Agama Rakyat, Sekolah KAFA yang berjaya dan kami juga bersaing macam orang lain mendapat tempat di sekolah asrama penuh. Saya belajar sampai ke peringkat Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sekolah… sekolah antara sekolah yang sangat…sangat premium di negeri negara kita dan saya berbangga dengan sekolah saya. Hari ni pun saya pakai tie sekolah saya tie KISAS nak menyatakan itu kita punya track record yang telah kita lalui. Hadirin sekalian.

Sebab itulah masyarakat tidak memahami masalah yang dihadapi iaitu sekolah kurang prasarana dan kekurangan guru terlatih yang berkemahiran. Jadi, saya tidak berniat untuk merendahkan mana-mana pihak tetapi apa yang nak disampaikan ialah pelajar-pelajar sekolah agama ini mempunyai pemikiran cerdas dan kerajaan kena ambil tanggungjawab untuk membantu sekolah-sekolah ini. Mengambil contoh sekolah-sekolah SBK disebutkan banyak oleh rakan-rakan saya tadi. Di negeri kita ini mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan prasarana yang sangat mencukupi lalu prestasi sekolah itu naik dengan begitu cepat dan mendadak. Ianya juga menaikkan nama negeri kita. Dalam kita merealisasikan dasar Perak Sejahtera 2030, saya mencadangkan pertama, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dan tanggungjawab dengan melantik guru yang terlatih atau berkelayakan termasuk kakitangan untuk ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar dan kakitangan bagi membantu pengurusan sekolah yang dihimpit dengan masalah kewangan.

Kedua, sekiranya dapat direalisasikan keadaan ini membuka peluang pekerjaan serta dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri Perak khususnya graduan atau lepasan institut pengajian tinggi yang berpotensi. Isu yang berlaku di luar sana anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang mengambil bidang pendidikan tetapi tidak mendapat tempat dalam bidang tersebut. Lebih baik kerajaan lantik graduan yang layak daripada mereka bekerja dalam bidang sektor yang berbeza dengan pengajian di IPT. Boleh manfaatkan ilmu yang dipelajari untuk dicurahkan kepada sekolah-sekolah agama kita. Kerugian kepada para graduan akan menghabiskan masa bertahun-tahun di kampus tapi kerja dalam bidang yang bukan dalam skop pengajian mereka. Maka Kerajaan Negeri boleh melihat perkara ini. Kedua selaras dengan penggubalan selaras dengan penggubalan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam yang baharu ini, Kerajaan Negeri perlu memastikan proses penubuhan dan pendaftaran sekolah lebih cepat dan lebih efisyen. Jabatan Agama Islam Negeri disarankan untuk perlu lebih progresif membantu kerajaan bagi urusan penubuhan dan pendaftaran sekolah agama. SOP pelaksanaan proses penubuhan dan pendaftaran sekolah agama ini perlu disediakan yang mengandungi garis ataupun disebut timeline yang jelas yang lengkap agar tidak menyebabkan kelewatan atau penangguhan yang tidak wajar berlaku. sekiranya memerlukan penambahan pegawai atau kakitangan. Saya Manjoi mencadangkan berharap agar pihak kerajaan dapat menambah perjawatan di mana-mana agensi yang menguruskan sekolah agama Islam khususnya dalam Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

Ketiga, dengan adanya undang-undang yang baru ini, Manjoi mencadangkan dan mengharapkan Kerajaan Negeri memberi keutamaan dan sentiasa cakna dengan keperluan dan masalah yang dihadapi oleh sekolah agama agar pengurusan dan perjalanan sekolah agama dapat beroperasi seiring dengan sekolah aliran kebangsaan. Biarlah ia seiring berjalan seia dan sekata kerana sekolah ini juga berada dalam negeri kita. Berdasarkan peruntukan RUU ini Manjoi faham bahawa MAIPk atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan juga Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mempunyai fungsi dan tanggungjawab besar dalam pengurusan dan kawal selia sekolah agama di negeri kita. Keempat, Manjoi juga ingin mencadangkan supaya jumlah sekolah agama ditambah khususnya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Saya bagi contohlah contohnya sekolah KAFA ini realiti berlaku di kawasan Dun Manjoi bagi menampung jumlah kapasiti pelajar atau murid yang semakin bertambah saban tahun.

Saya menerima Manjoi menerima rungutan daripada masyarakat setempat yang mengatakan sekolah agama tidak mencukupi dan ibu bapa terpaksa mencari sekolah agama yang agak jauh demi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama yang baik dan sempurna. Ini menunjukkan permintaan yang sangat tinggi oleh ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah KAFA. Contoh yang Manjoi berikan Manjoi satu kawasan sangat besar di di sini pun mungkin ramai rakan-rakan saya daripada kawasan Klebang, Meru, Chepor, Chemor, Dato' Speaker, ada pelajar kita yang terpaksa merentas taman saya realiti daripada Taman A kena pergi ke taman untuk pergi ke sekolah KAFA disebabkan terlalu padat kawasan, terlalu padat pelajar di sekolah KAFA di taman mereka. Maka mereka merayu untuk dapat. Tapi tak boleh. Kawasan dah penuh. Jadi mereka kena pergi ke sekolah di taman yang lain.

Jadi, dalam keadaan faktor keselamatan yang tidak tidak terjamin, ibu bapa terpaksa mengambil masa yang agak panjang dan lama untuk memastikan anak-anak mereka ni boleh pergi ke sekolah. Point saya kenapa kita tidak memberi keutamaan terhadap pembukaan sekolah-sekolah KAFA yang baru. Hadirin sekalian, mengambil prinsip ekonomi supply and demand, permintaan yang tinggi, maka kerajaan perlu memenuhi permintaan rakyat. Bila ada demand yang tinggi, maka kerajaan kena sediakan prasarana dan infra untuk sekolah ini. Merujuk kepada RUU ini, sekolah agama boleh diwujudkan tanpa disyaratkan mempunyai tanah atau bangunan sendiri. Tafsiran premis dalam RUU menyatakan, saya harap Ahli Dewan tidak kita, tidak hanya melihat nak buka sekolah agama ni perlu ada tanah perlu ada, perlu ada tanah baru kita boleh buka sekolah, tidak.

Kalau dibaca betul-betul dalam RUU yang kita nak luluskan ini, premis ertinya mana-mana bangunan yang digunakan sebagai sekolah dan termasuklah mana-mana bangunan bagi maksud menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain bagi murid, guru dan kakitangan sekolah itu. Ini menunjukkan sekiranya perlu, pihak Kerajaan Negeri boleh membantu mendapatkan premis yang sesuai bagi didirikan sekolah. Contohnya, bagi menampung kelas KAFA yang hari terlalu padat khusus di kawasan-kawasan bandar, macam di Manjoi, di Tambun, di Ipoh, ini terdapat banyak bangunan komersial yang masih kosong yang sedia diduduki walaupun mungkin perlu disewa, asalkan masalah kesesakan sekolah dapat kita atasi. Selain itu, Fasal 6 penubuhan dalam fasal ini tidak menghalang daripada sesebuah sekolah ditubuh atau diwujudkan di mana-mana premis termasuk yang disewa dengan syarat proses penubuhannya dibuat menurut undang-undang.

Dato’ Speaker, saya ingin menarik perhatian semua di kawasan kita ini banyak bangunan-bangunan rumah kedai yang baru dibangunkan, banyak. Apa kata Kerajaan Negeri melihat perkara ini, jika boleh kita memberikan tumpuan, kita tengok di setiap taman ini kalau boleh ada sekolah KAFA, sekolah agama yang boleh kita bangunkan. Tidak perlu tunggu tanah kosong. Ada sahaja bangunan yang boleh kita sewa, bangunan rumah kedai yang baru dinaikkan, maka perlu diisi dengan sekolah-sekolah KAFA. Inilah satu perjuangan yang perlu diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu anak-anak kita dalam konteks sekolah KAFA dan sekolah rendah agama ini.

Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, Manjoi menyatakan satu komitmen untuk mencadangkan ataupun Manjoi mengharapkan agar Kerajaan Negeri memberi perhatian serius dan meletakkan keutamaan kepada pembangunan dan kemajuan sekolah agama demi melahirkan pelajar yang berjaya dunia dan akhirat. Sektor pendidikan boleh diibaratkan sebagai industri yang menghasilkan modal insan yang menentukan hala tuju dan masa depan sesebuah negeri dan negara. Sejarah telah membuktikan negeri Perak telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh besar dalam pelbagai bidang dan sebahagiannya lahir daripada sekolah agama. Ini membuktikan bahwa sekolah agama tidak boleh dipinggirkan dan perlu seiring dengan sekolah aliran kebangsaan. Kita ada tokoh-tokoh besar antaranya Syeikh Idris Al-Marbawi. Antaranya Tan Sri Dr. Harussani Zakaria inilah tokoh-tokoh besar negeri Perak yang lahir daripada aliran sekolah agama di Negeri Perak yang kita cintai ini.

Buat akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, Manjoi menyatakan hasrat dan harapan agar Kerajaan Negeri memberi bantuan dan membantu sekolah-sekolah agama khusus sekolah agama rakyat, sekolah agama yang memerlukan bantuan dari Kerajaan Negeri dan kita sangat memerlukan pelbagai sokongan daripada kerajaan dan memastikan dana yang ingin kita bangunkan itu sampai tepat kepada sekolah-sekolah kita dan dalam masa sama kita mengharapkan mudah-mudahan segala kelompangan yang ada di dalam sekolah agama kita pakat-pakat, kita bantu dan kita tampung. Saya mengharapkan kita semua berlapang dada dan perbahasan hari ini sangat-sangat baik dan sangat-sangat bernas. Ucapan dan perbahasan daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang saling menguatkan dan akhirnya rakyat yang untung, akhirnya anak-anak kita untung, akhirnya masa depan Islam di negara, negeri kita akan dapat dimartabatkan. Insha Allah. Dengan itu, Manjoi menyokong RUU ini.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Warahmatullah Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wa’alaikumsalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Manjoi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan 10 minit dipersilakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih atas ruang yang telah diberikan untuk saya sama-sama berbahas. Tajuk RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga wakil kerajaan, seterusnya rakan-rakan saya dipihak pembangkang. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya tentang RUU ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mengucap takziah dan menziarahi atas kematian Almarhum ayahanda saya dan saya juga suka merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Pengarah JKN, pengarah hospital semua. Kami dah dapat hospital baru. Hospital baru di Parit Buntar cantik sangat. Terima kasih banyak dan saya juga nak menyatakan sebab tadi ada sebut pasal rate rating hospital tu. Since 2015 semenjak kematian Almarhum isteri saya, saya adalah penyokong setia hospital kerajaan. Walaupun saya ada kad untuk hospital swasta dan akhir sekali, ayahanda saya mendapat layanan yang cukup hebat. Terima kasih JKN. Terima kasih pengarah, terima kasih kepada Pengarah Hospital Taiping. Hebat, ketua-ketua jabatan yang ada di sini semuanya hebat-hebat belaka.

Sekarang saya nak terus kepada RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam. Saya tak mahu merujuk sangat tentang enakmen-enakmen ini kerana dah jenuh dengar dah daripada pembahas pertama tadi sampai ke Manjoi tadi semua dah tekan tentang enakmen-enakmen dan sebagainya. Saya beranggapan dan nak ucap tahniah kepada kerajaan yang ada sekarang ni. Proton Saga 1996, pakai, pakai, pakai dah longgar skru habis dah. 2025, ini adalah titik tolak untuk memartabatkan pendidikan agama di negeri Perak ni. Jadi tahniahlah pada semua yang terlibat ni. JAIPk ke siapa saja. Tugas kita adalah untuk ketatkan skru ni supaya Proton Saga 96 ni dapat berjalan dengan lancar dan lebih laju. Saya sebagai seorang yang beragama Islam, bila kita jalan YB Dato’ Speaker di kawasan sayalah, bila kita jalan bangunan sekolah ni cantik, bangunan tu cantik, hujung sana mandom. Bahasa Dun saya mandom.

Bila tanya itu apa, itulah sekolah KAFA. Di kawasan saya Parit Sungai Dungun, Allah, atas sikit pada reban ayam je. Ke bawah sikit, Taman Serai Permai, tempat elit-elit Dun Alor Pongsu duduk, semua kereta 3,4 bijik rumah ada dekat seribu pintu, anak-anak sekolah KAFA kami duduk tepi bilik, tepi jamban, tepi tandas. Saya kesian setiap kali saya masuk dalam tu saya akan pastikan saya dulu bau macamana. Macamana dengan ustaz-ustaz KAFA dan sebagainya. Macamana dengan anak-anak ni. Jadi RUU ini, kalau kita betul-betul dapat perketatkan, kita tak boleh biarkan, JAIPk terutamanya, JAIPk tak boleh pakai senapang patah lagi dah. Zaman senapang patah dah berlalu. Kita mesti bagi mereka senjata yang cukup kuat. Saya difahamkan dalam libat urus hari pertama saya pi. Satu daerah sorang. Macam mana kita nak martabatkan? Ada yang kata jangan risau pejabat agama JAIPk ni ada gred 41, ada gred, gred, gred. Tapi pandangan kita, pandangan awam, mata kita macam mana. Kadang-kadang kita juga salah. Kita downgrade depa. Ustaz tu. Apa dia boleh buat, bila pi kat dia, dia pun kata juga kami tak boleh buat apa. Mana boleh tak buat apa dan saya puji langkah untuk memperkenalkan RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam ni. Ini saya kata titik tolak dia.

Lepas ni kalau jalan di Alor Pongsu, takdak lagi bangunan KAFA mandom dan sebagainya. JAIPk dan siapa saja yang terlibat yang diberi kuasa, MB sebut tadi memberi kawalan yang hebat, memperkasakan, memantapkan. Oi ini semua peluru-peluru hebat tu. Lepas ni saya nak pegawai-pegawai dan saya nak tengok pegawai-pegawai JAIPk ke pegawai apa saja yang mengawal sekolah agama ni bercita-cita besar. Mesti melangkah sama tegak dengan pejabat daerah dan sebagainya. Jangan jalan menunduk je, kami ni jaga bahagian agama, peruntukan sikit. Pernah dengar betul ke tak saya pun tak tau. Tapi saya cemburu jugaklah. Baru-baru ni ada orang hantar ke saya tadi. Kerajaan Negeri peruntukkan RM1.8 juta untuk sekolah-sekolah swasta Cina 9 Sekolah. 1 sekolah RM200 ribu. Tahniah! We share the case. Sekolah swasta cina pun ada hak ambil, no problem. Tapi macam mana dengan sekolah-sekolah KAFA dan sebagainya.

Contoh saya bagi, baru-baru ni saya pergi ke satu pengajian agama. Muazzin azan. Ustaz tanya saya, bila waktu sembahyang macam ni siapa yang dapat pahala paling besar? Saya pun terpinga-pinga juga. Saya bukan ustaz. Saya kata Tok Imam le kot. Boleh dia kata betul la Tok imam pahala besar. Mungkin yang, yang YB yang cina ni boleh dengar la kan? Dia kata yang dapat pahala paling besar adalah muazzin. Setiap kali waktu dia panggil orang sembahyang, panggil orang ke dalam rumah Allah. 20 tahun dah, elaun bilal RM300, Wajar ke? Ni contoh. Wajar ke RM300 elaun. Tok imam yang jadi kepala kita tu, kalau saya salah sebut la RM800 elaun. Kalau RUU ni untuk kawal sekolah agama Islam, saya minta sikitlah tolong la tengok balik masjid ni semua. Bagi la Tok Imam pakai kut sembahyang steady sikit. Muazzin bukan mestinya suara sedap. Muazzin mesti suaranya nyaring. Semua orang tersedar, tengah tidur pun bangun. Macam tu juga kita nak kejutkan apa kawalan sekolah-sekolah agama ni. Kita nak jabatan agama mana Yang di-Pertua. Saya ingat Yang di-Pertua walaupun badan besar tapi saya nak tengok dia melangkah tegap lepas ni. Bila kuasa diberi bagi sama standard. Kalau KPM boleh upgrade Izzudin upgrade semua bagi naik taraf menjadi bawah KPM. Kita tinggal tak banyak mana pun isu-isu agama di negeri Perak ni. Bajet yang pergi ke KPM tu, Sekolah Izzudin apa? Takyah dan sebagainya saya difahamkan ada lebih kurang RM20 juta juga. Bawak mai la tang ni. Bawa duit tu alihkan ke sini, jangan hilangkan. Ya, saya faham YAB Menteri Besar adalah Exco agama, seagama dengan saya.

Semua yang ada ni yang seagama dengan saya mesti ada cita-cita yang macam tu. Kita nak kuatkan supaya anak-anak kita menjadi insan yang soleh. Kita nak pergi macam di Putrajaya. Di Putrajaya, kalau tak silap saya Masjid Besi ke apa tah. Tok imam dia saya tanya dia, sedap bacaan tadi. Al-Hafiz lah muda lagi. Saya kata Full time Tok imam ke? Idak YB, saya siang saya adalah doktor perubatan di Hospital Serdang. Hebat tak? Di mana lahirnya anak ini. Jadi kalau kita dapat cubit sorang sikit sokong RUU ini, saya nak habaq saya sokong ni sat lagi hujung saya habaq lagi sekali. Kalau kita dapat seorang secubit ini, Allahuakbar bekalan akhirat kita Allah akan bagi Insha Allah. Jadi, kita mestilah sama-sama menyokong, menyokong kawalan RUU kawalan sekolah-sekolah Agama Islam ini. Kita mudahkan mereka. Bila sebut tentang Hospital Parit Buntar berbelas tahun daripada mula pacak tiang pertama sampai siap. Masa tiang pertama Menteri Besar Perak rasmi, empat Menteri Besar kalau tak silap saya, saya ada situ. Masa operasi hari pertama saya ada situ. Cuma masa penyerahan hospital depa tak jemput saya. Takpa, itu tak jadi masalah.

Saya cadangkan melalui RUU Kawalan Sekolah Agama Islam ini, JAIPk atau siapa saja yang nak martabatkan sekolah agama wujudkan task force. Orang kata takdak pikiaq sikit-sikit punya. Kalau Sekolah KAFA Parit Sungai Dungun problem, 3 pegawai tolong pikiaq tengok sampai jadi, sampai pendaftarannya, sampai gurunya, sampai bangunan tegak berdiri. Hospital Parit Buntar yang baru ni kalau takdak task force ni, saya ingat 10 menteri besar pun takkan siap. Seorang daripada jurutera yang duduk dalam Task Force JKR. Saya ucap terima kasih pada Task Force JKR. Dia berkampung di Simpang 5. Dia duduk situ. Dia cakap air dah jadi. Dia memahami, bila dia duduk situ, dia memahami apa masalah dan sebagainya. Jadi RUU ni kita bagi kuasa yang penuh supaya segala-galanya dimudahkan. Saya tengok yang kurang sikit sebut ni tentang dana ni. Saya difahamkan yang lepas, collection paling banyak Perak sejarah kita cipta sejarah one billion lebih saya rasa apalah salahnya kita tambahkan sedikit supaya kurang-kurangnya elaun guru KAFA ni samalah dengan gaji minimum RM1700 dekat dah la 1300 kita rodak la macam mana sekalipun guna GLC bagilah depa RM1700 supaya mereka jalan sama tegak dengan cikgu-cikgu sekolah lain. Jadi nampak takdak kepompong dia.

Saya ulang balik, saya tak mau institusi sekolah-sekolah agama di Perak ni mulai sekarang sebab kami nak sokong ni janganlah perkataan mandom keluaq lagi. Sapa yang free mailah parit Sungai Dungun di kawasan Dun saya atas sikit daripada reban ayam. Allahu Akbar! Anak-anak sembahyang atas tikar kat luaq. Tolonglah saya rayu kepada Kerajaan Negeri dengan sokongan yang kami bagi kita perkasakan RUU Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam ini. Kita mantapkan pentadbiran. Kita mantapkan penyaluran dana dan sebagainya. Jadi saya rasa setakat itu saja perbahasan saya pada hari ini. Saya Alor Pongsu dengan besar hati menyokong RUU ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Alor Pongsu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu yang akhir sekali untuk memulakan perbahasan, silakan 10 minit.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Tampan dan seluruh kakitangan Kerajaan Negeri Perak, rakan-rakan Ahli Dewan, semua pemerhati pegawai kerajaan, tuan-puan yang berada di dalam atau di luar dewan ataupun yang mengikuti persidangan ini secara maya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Sebagai pembahas terakhir, sudah pasti Pengkalan Baharu juga terpanggil bagi menyampaikan beberapa hujah untuk memperkasakan RUU Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri (Perak) 2025 sebagaimana yang telah dibentang oleh Kota Tampan dan disokong oleh Ayer Kuning pada pagi tadi. Banyak hujah-hujah bernas yang telah dilontarkan oleh rakan-rakan Adun sehingga agak sukar bagi saya untuk menyampaikan pulak hujah-hujah saya. Apatah lagi ramai Adun-Adun yang telah menyatakan bahawa peruntukan yang amat daif dialami oleh sekolah-sekolah KAFA dan sebagainya.

Saya juga nak memberitahu bahawa di kawasan saya melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun menyampaikan, menyalurkan peruntukan berupa wang tunai dalam bentuk OG kepada Sekolah Agama Rakyat Taman Dinding di tempat saya itu sebanyak RM300 ribu. Ini adalah satu jumlah pada saya yang agak besar kerana di sekolah Taman Dinding di Ayer Tawar itu dia tidak ada bangunan. Dia buat kutipan tabung untuk untuk membina Sekolah Agama Rakyat atas…atas desakan setempat kerana kepadatan pelajar-pelajar di situ, maka Yang Berhormat telah memberi sumbangan sebanyak RM300 ribu. Begitu juga dengan Ma'ahad Tahfiz Al Shariff di Bagan Panchor di Kampung Panchor juga telah diberi peruntukan sebanyak RM140 ribu. Ma'ahad Tahfiz Ad-din di Kampung Changkat Cermin juga mendapat sebanyak sekitar RM140 ke RM160 ribu. Saya nyatakan ini bukanlah bererti semua permohonan ini datang daripada saya yang bawa. Sebenarnya sekolah taman ini pun di luar kawasan Dun saya iaitu di Dun Pantai Remis. Mereka sendiri telah memohon peruntukkan ini kepada Yang Amat Berhormat. Atas keprihatinan terhadap perkembangan ajaran Islam ataupun perkembangan sekolah agama ini, Yang Amat Berhormat memberi kelulusan tanpa mengambil kira siapa yang memohonnya.

Sekarang baru juga amat yakin bahawa setiap pindaan yang dibentangkan dalam RUU ini bukan sekadar pindaan bersifat teknikal semata-mata. Ianya lahir dari keazaman kita bersama untuk mengangkat martabat institut pendidikan, Institusi Pendidikan Islam di negeri Perak kerana Pendidikan Islam adalah merupakan tunjang utama dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Sesuai dengan matlamat negeri Perak untuk menjadi sebuah negeri maju dan berteraskan nilai Islam yang tinggi.

Dato' Yang di-Pertua, RUU mengenai perkara ini kali terakhir dibentangkan pada tahun 1996, yang mana dikenali sebagai Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Tahun 1996. Secara ringkasnya, setakat rekod rasmi yang tersedia, tiada pindaan substantif kepada Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Perak 1996 enakmen 10/1996 selepas ia diwartakan. Maknanya betullah, selepas 1996 sehingga hari ini melebihi 30 tahun. Kalau sudah pasti akan ada lompong-lompong atau perkara-perkara yang perlu dilihat semula. Ya, mungkin sesuatu perkara tersebut sesuai ketika itu namun selepas 30 tahun ianya perlu dikaji dan diperbaiki semula. Umpamalah macam kita dulu guna mancis untuk menyalakan api. Tapi sekarang udah peranan mancis itu dah tak ada kerana ia telah tidak sesuai dengan peredaran zaman. Jadi sudah pasti RUU ini yang mempunyai hasrat untuk memperbaiki mengawal selia supaya perjalanannya akan menjadi lebih baik. Sudah pasti setiap pindaan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menambah baik undang-undang tersebut agar ianya sesuai dengan perkembangan semasa. Sebarang pindaan atau penambahan kepada mana-mana RUU berkaitan agama Islam mestilah bukannya bertujuan untuk menyekat atau menutup perkembangan syiar Islam di negeri Perak ini.

Maka saya lihat apa yang dicadangkan oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini sudah pasti bagi menambah baik RUU ini supaya ianya dapat memudahkan kerajaan bagi mengawal selia RUU ini agar generasi seterusnya yang dilahirkan adalah generasi yang berkualiti seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak bagi memastikan undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri ini seiring dengan peredaran masa kini. Saya amat yakin RUU ini akan lebih memperkasakan institusi pendidikan Islam di negeri Perak agar kita dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif serta mampu meningkatkan kecemerlangan pada guru serta para pelajar.

Dato' Yang di-Pertua, saya amat yakin dan percaya pindaan ini akan memberi penekanan kepada aspek pematuhan, ketelusan, peraturan dan keberkesanan pentadbiran sekolah-sekolah agama di negeri ini kerana kita mahukan setiap sekolah yang telah wujud atau yang bakal ditubuhkan di masa hadapan adalah berdaftar secara sah dan memenuhi undang-undang yang telah digubal bagi memastikan bahawa sekolah-sekolah ini dapat memberikan pembelajaran pendidikan Islam yang berkualiti, kondusif dan bermanafaat kepada anak-anak ataupun generasi yang akan datang. Permohonan penubuhan dan permohonan pendaftaran sekolah di mana proses ini tidak seperti dahulu. Begitu juga dengan kewujudan jawatan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar dan Pendaftar.

Semuanya dibuat bagi memantapkan struktur atau pun memantapkan urusan-urusan yang akan di lalui sebelum kewujudan sekolah-sekolah tersebut. Tapi itu, struktur pentadbiran yang melibatkan OBJ juga kita sedia maklum bahawa ia merupakan wakil pihak istana bagi setiap daerah. Semua permohonan perlu dikenal pasti terlebih dahulu terutama dari sudut sumber kewangannya. Ianya mestilah kukuh dan sah serta mempunyai struktur organisasi yang teratur dan dikawal selia oleh wakil-wakil dari jabatan yang berkaitan. Kita juga perlu memastikan bahawa jemaah pengurusan sekolah-sekolah agama di negeri ini terdiri daripada para pentadbir yang berkelayakan, amanah dan berkaliber untuk menaikkan martabat dan imej sekolah-sekolah agama di negeri Perak yang pada ketika ini mencetuskan keraguan dalam kalangan rakyat. Sekiranya pihak sekolah tersebut memenuhi, gagal memenuhi kriteria-kriteria yang disebut tadilah, ia akan menimbulkan keraguan. Sekiranya sekolah tersebut memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Kerajaan Negeri, maka barulah mereka boleh mendapat kebenaran untuk beroperasi.

Maksudnya setelah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, Insha Allah saya yakin dan percaya bukanlah menjadi satu tujuan untuk pihak kerajaan menjadikan RUU ini untuk menutup ataupun memansuhkan penyebaran ataupun apa nama sekolah-sekolah di peringkat pra sekolah bagi generasi kita di masa akan datang. Kita amat bimbang akan berlaku penyebaran penyebaran fahaman-fahaman yang tidak selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diterapkan dalam minda pada generasi muda. Hal ini amat penting dan wajar diberikan penekanan. Bagi mengelakkan penyebaran ajaran yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman Syiah, aliran Millah Abraham, ajaran AMA iaitu singkatan kepada Allah Muhammad dan Muhammad Allah, Ajaran Sihak dan segala bentuk ajaran lain yang cenderung ke arah keganasan dan ekstrim seperti Isis, Abu Sayyaf dan lain-lain lagi. Kuasa juga diberikan kepada Majlis untuk memantau semua sekolah agama. Kuasa pemantauan juga perlu diberikan kepada badan yang berkelayakan supaya mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan akan diambil tindakan mengikut undang-undang yang telah dibuat dengan selari dengan hasrat kerajaan negeri yang tidak akan berkompromi dalam menjaga integriti dan kualiti pendidikan Islam di negeri kita.

Dato' Yang di-Pertua, saya melihat penambahbaikan ini wajar dilaksanakan bagi memastikan undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri Perak menjadi lebih sistematik dan mampu menjadi panduan yang baik untuk dijadikan contoh kepada negeri-negeri yang lain. Kita juga kita yakin sekiranya hari ini diluluskan, ianya akan melonjak imej negeri Perak sebagai negeri contoh dalam usaha untuk dalam usaha menstruktur dan memperkasakan pendidikan Islam bermula sejak peringkat awal lagi. Kesimpulannya, di sini saya dapat simpulkan bahawa Islam adalah agama yang murni dan sentiasa mengajak umatnya ke arah kebaikan. Maka setiap usaha penambahbaikan elemen ini bukanlah sekadar pembaharuan undang-undang semata-mata tetapi ianya adalah satu ikhtiar dan perjuangan kita untuk meningkatkan kualiti pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Perak.

Pengkalan Baharu sekali lagi ingin menegaskan bahawa tujuan penambahbaikan enakmen ini bukanlah bertujuan untuk menutup atau menyekat mana-mana sekolah agama di negeri ini, bahkan di dalam Fasal 26 RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Islam Negeri (Perak) 2025 ini jelas disebut bahawa Majlis boleh mengecualikan mana-mana sekolah dari mana-mana peruntukan enakmen ini melalui pemberitahuan dalam warta atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya. Jika ia berpuas hati bahawa terdapat kaedah khas untuk berbuat demikian. Jadi yang ini saya percayalah, ia bukan satu bentuk penindasan untuk menutup atau untuk mencari salah dan silap kita, lebih kepada untuk mencari jalan untuk melebih baik membuat menjadikan satu enakmen yang lebih baik. Jadi, saya percaya kebimbangan yang dirasai oleh sebahagian stateholders tidak berbangkit sama sekali. Dengan itu, Pengkalan Baharu mohon untuk menyokong usul ini. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat daripada Pengkalan Baharu yang telah menamatkan perbahasan sebentar tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu, 10 September 2025 jam 9.00 pagi. Terima kasih.