Perak · 10 September 2025
15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 120 turns · 17,299 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 10 September 2025, jam 9.07 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, ingin saya ingatkan sekali lagi dipohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat untuk mendaftar keahlian dengan mengimbas kod QR yang berada di atas meja masing-masing.
Yang kedua, berkenaan dengan sesi soalan lisan, sekali lagi tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama 90 minit satu jam setengah. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal sekali lagi. Kadang-kadang soalan tu dia soalan popular seperti mana yang saya maklumkan semalam, maka kita tertakluk kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau yang Exco berkenaan, kita boleh terima soalan tambahan yang berikutnya.
Perkara ketiga berkenaan dengan Rang Undang-Undang. Semalam, kita telah mendengar perbahasan dari 15 orang Ahli Dewan. Pada hari ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan, semalam.
Akhir sekali berkenaan dengan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuaturun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Seperti yang saya nyatakan tadi, soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianyanya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Speaker faham bahawa kadang-kadang sebelum kemukakan soalan tambahan itu ada ada elaboration tapi jangan panjang sangatlah dengan izin. Elaboration ataupun explaination dengan izin mestilah dalam konteks soalan kemudian disusuli dengan soalan. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Changkat Jering. Soalan nombor dua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Changkat Jering mengusulkan soalan berkaitan dengan kes-kes tertunggak di mahkamah syariah. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan rungutan orang ramai berhubung kes tertunggak di mahkamah syariah khususnya kes perceraian yang memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan. Sukacita saya maklumkan bahawa jika ada kelewatan dalam penyelesaian kes di mahkamah syariah, kelewatan ini bukanlah disengajakan atau dirancang untuk menyusahkan rakyat tetapi disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya faktor yang pertama ialah jumlah pendaftaran kes semasa yang sentiasa meningkat dan juga jumlah baki kes dan ia ditambah dengan ketidakcukupan sumber manusia. Prestasi penyelesaian kes dipengaruhi oleh jumlah pendaftaran kes dan jumlah baki kes yang membentuk jumlah kes dalam prosiding tahun semasa serta faktor-faktor ketidakcukupan sumber manusia. Semakin sedikit kes dalam prosiding semakin tinggilah penyelesaian kes. Pertambahan jawatan Pegawai Syariah Kontrak pada tahun 2023 turut membantu penyelesaian kes-kes dalam prosiding dalam tahun semasa.
Faktor yang kedua ialah faktor komitmen pihak-pihak dan atau Peguam Syarie serta saksi-saksi kes untuk mempercepatkan penyelesaian kes. Di mana perjalanan kes-kes mahkamah turut dipengaruhi oleh faktor komitmen pihak-pihak yang bertikai. Peguam Syarie masing-masing serta saksi-saksi dalam prosiding yang sedang berlangsung. Prosiding kes akan terganggu dan ditangguhkan sekiranya mana-mana pihak tidak dapat hadir atau tidak memfailkan apa-apa dokumen mahkamah yang diarahkan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Faktor yang ketiga ialah faktor pengurusan kes yang melibatkan pematuhan prosedur pra bicara seperti penyampaian saman notis dalam negeri Perak ataupun pengendorsan perintah penyampaian di luar negeri Perak dan juga proses melengkapkan pleading kes turut memberi impak terhadap penyelesaian kes. Faktor yang keempat ialah perbicaraan dalam perbicaraan melalui permohonan interlokutori yang melibatkan isu-isu awalan yang bersifat teknikal di antara pihak-pihak seperti bantahan awal dokumen bidang kuasa sebelum atau semasa merit kes didengar.
Dato' Yang di-Pertua walau apa jua keadaan sekali pun, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie dan pasukannya telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini dan memastikan perkhidmatan kehakiman syariah diberikan dengan efisien menurut landasan hukum syarak dan undang-undang. Antara inisiatif yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah dalam memastikan kes-kes yang didaftarkan diselesaikan dalam tempoh masa sewajarnya tanpa kelengahan yang disengajakan. Yang pertama ialah inisiatif penetapan sasaran pencapaian KPI. Penyelesaian kes bagi setiap hakim bicara sesuai dengan beban pendaftaran dan tangguhan kes pada setiap awal tahun. Inisiatif yang kedua, pemantauan oleh Ketua Hakim Syarie dan pengurusan atasan setiap enam bulan bagi prestasi penyelesaian sasaran yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Penilaian KPI Kehakiman. Inisiatif yang ketiga, Naziran pengurusan atau lawatan secara mengejut dibuat secara rawak di mahkamah syariah daerah bagi memastikan pengurusan kes sentiasa dibuat secara teratur. Inisiatif yang keempat, laporan dan analisa prestasi, pematuhan objektif kualiti kehakiman, Sistem Kualiti ISO9001 dan MS1900 sentiasa setiap enam bulan melalui Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan. Inisiatif kelima sentiasa mengambil langkah proaktif menangani setiap aduan berkaitan kelewatan penyelesaian yang diadukan oleh masyarakat atau mana-mana pihak lain yang berkaitan.
Manakala bagi penyelesaian kes berkaitan penceraian pula, inisiatif khusus yang telah dilaksanakan seperti berikut. Pertama, menyenaraikan untuk pemantauan kes-kes berkaitan perceraian yang tidak diselesaikan melebihi dua tahun. Yang kedua, memperkenalkan Unit Penyelesaian Alternatif bagi menguruskan kes perceraian secara talaq melalui kaedah hakam ataupun Majlis Tahkim. Yang ketiga pemantauan pelaksanaan Arahan Amalan Mahkamah Syariah yang telahpun dikeluarkan arahan nombor empat belas (14) tahun 2003 berkaitan penyegeraan pendengaran rayuan kes-kes perceraian hendaklah didengar dan diselesaikan dalam masa enam (6) bulan selepas semua rekod telah disempurnakan di pejabat pendaftaran.
Arahan nombor lapan (8) tahun 2011 berkaitan arahan pendengaran kes lafaz cerai di luar mahkamah di bicarakan pada hari pendaftaran dengan syarat dokumentasi dan tatacara adalah lengkap dan dengan kehadiran kedua-dua belah pihak. Arahan ketiga ialah arahan nombor sembilan (9) tahun 2011 berkaitan arahan pendengaran kes perceraian dengan lafaz talak di bicarakan pada hari pendaftaran dengan syarat dokumentasi dan tatacara adalah lengkap dan dengan kehadiran kedua-dua belah pihak.
Dato' Yang di-Pertua, meskipun jumlah pendaftaran kes sentiasa meningkat saban tahun, namun pihak jabatan sentiasa memastikan kes-kes tersebut diselesaikan mengikut ketetapan undang-undang. Buktinya pada tahun 2023, jumlah pendaftaran kes semasa yang diterima adalah 10,084 kes manakala jumlah baki kes dari tahun 2022 dan juga tahun-tahun sebelumnya sebanyak 2,417 kes menjadikan jumlah kesemuanya dalam prosiding pada tahun 2023 adalah 12,501 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,135 kes telah berjaya diselesaikan dengan peratus penyelesaian keseluruhannya, 81% dan baki yang dibawa ke tahun 2024 berjumlah 2,366 kes. Rekod pada tahun 2024 pula menunjukkan berbekalkan baki sebanyak 2,366 kes yang dibawa daripada tahun 2023 dan jumlah pendaftaran kes semasa sebanyak 11,013 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam prosiding sebanyak 13,733 kes. Ini yang saya sebutkan tadi, pendaftaran kes sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.
Daripada jumlah itu, prestasi penyelesaian kes meningkat kepada 85% pada tahun 2024 dengan jumlah penyelesaian ialah 11,361 kes. Sehubungan itu, baki kes dibawa pada tahun 2025 ini menurun kepada hanya 2,012 kes. Peratusan bagi kes-kes berkaitan perceraian juga sentiasa terkawal. Pada tahun 2023, hanya perpuluhan 2% sahaja kes-kes berkaitan yang tidak selesai dan dipantau KPI penyelesaian dengan jumlah 23 kes daripada keseluruhan 12,501 kes dalam prosiding. Manakala pada tahun 2024, jumlah baki kes berkaitan perceraian dipantau penyelesaiannya menurun kepada 0.01% dengan jumlah hanya 10 kes daripada keseluruhan 13,373 kes dalam prosiding. Manakala pada tahun 2025, sebanyak 36 kes telah disenaraikan dalam KPI pemantauan penyelesaian berkaitan perceraian dan sehingga Jun 2025, 50% daripada jumlah tersebut telah diselesaikan dengan baki 18 kes. Terima kasih.
Terima kasih YAB Menteri Besar. Changkat Jering.
Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas jawapan tadi. Seterusnya soalan tambahan daripada Changkat Jering iaitu apakah Kerajaan Negeri menyedari tentang kebanyakan kakitangan terutama kakitangan sokongan yang masih lagi berkhidmat secara kontrak. Ada yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun. Ini sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi perkhidmatan yang perlu diambil perhatian dan apakah tindakan kerajaan terhadap suami yang tidak hadir beberapa kali apabila dipanggil untuk perbicaraan serta yang tidak kata satu lagi tidak lagi memenuhi nafkah. Biasanya bila dah perbicaraan, nafkah dia culas nak bayaq. Itulah bahasa orang Changkat Jering. Jadi apakah tindakan pihak kerajaan bila nafkah perlu dijelaskan hasil daripada diputuskan oleh mahkamah syariah dan seterusnya adakah mahkamah syariah bersedia untuk menghadapi isu-isu kontemporari seperti transgender dan perceraian digital? Dalam masyarakat moden semua masalah-masalah ini akan menyumbangkan kepada gangguan emosi serta menjejaskan perkhidmatan serta kelewatan satu-satu kes. Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua, kerajaan tak boleh membuat apa-apa arahan. Itu mahkamah yang buat keputusan, Yang Berhormat. Jadi kalau ada mana- mana suami atau bekas suami yang ingkar itu apa nama hukuman seterusnya dibuat oleh mahkamah bukan oleh kerajaan. Yang kedua ialah berkaitan dengan ketidakcukupan ataupun status pegawai yang masih dalam kontrak, ia dalam pengetahuan, kerajaan nanti sentiasa membuat kajian daripada masa ke semasa dan ketiga kita memahami Yang Berhormat sebut tentang kesan emosi kepada mereka-mereka yang terlibat dalam kes perceraian. Sebab itu sebutkan tadi sedaya upaya kita akan cuba untuk menyelesaikannya tapi ada kes-kes tertentu di mana kedua-dua pihak tak dapat datang duduk semeja untuk berbincang. Jadi, kebanyakan kes itu akan tertangguh. Terima kasih.
Behrang.
Yang Berhormat Dato' Seri. Yang Amat Berhormat Dato' Seri, saya ada soalan tambahan. Kebiasaannya, mahkamah syariah ini ataupun institusi agama Islam ini menjadi tempat yang agak menggerunkanlah terutama kepada orang-orang yang bermasalah ya, rumahtangga dan sebagainya kerana isu-isunya agak sensitif. Isu-isu rumah tangga ni agak sensitif, jadi institusi agama Islam ini termasuk mahkamah syariah seharusnya menjadi sebuah institusi yang lebih mesra rakyat, lebih mesra dan juga ada sifat empati kepada pelanggan-pelanggan yang akan datang berurusan. Jadi apakah inisiatif atau langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan dan mendekatkan lagi perkhidmatan kehakiman syariah ini kepada rakyat? Terima kasih.
Dia sah menggerunkan. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Behrang. Dia zaman dulu orang ramai takut kepada polis tapi bila polis buat slogan, "Polis dan rakyat berpisah tiada". Jadi, orang ramai lebih dekat dengan polis. Kalau ada masalah, orang ramai tak takut lagi untuk ke balai polis membuat laporan. Begitu juga dengan mahkamah. Pandangan umum sebelum ini, kata Yang Berhormat tadi menggerunkan. Menjadikan orang merasakan mahkamah syariah itu tidak mesra rakyat dan tidak ramai orang sanggup untuk berkunjung ke mahkamah untuk mendaftar kes apa lagi datang untuk melibatkan diri di dalam perbicaraan. Jadi kerana itu Kerajaan Negeri, kita menyedari hakikat itu. Kita nak jadikan mahkamah syariah ini lebih mesra rakyat supaya orang tak takut untuk mendaftar kes dan orang tak takut untuk hadir ke mahkamah.
Jadi, Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah sentiasa berusaha untuk menyantuni rakyat yang memerlukan perkhidmatan perundangan syariah yang lebih cekap dan pantas. Bagi memastikan rakyat mendapat akses yang lebih mudah terhadap keadilan syariah, setiap bangunan mahkamah syariah di Negeri Perak direka dengan direka bentuk dengan teliti termasuklah menempatkan kedua-dua bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah di bawah satu bumbung. Pendekatan inovatif ini bukan sahaja memudahkan urusan rakyat malah mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan kecekapan pentadbiran kehakiman syariah selain menyediakan kemudahan lengkap seperti pejabat pendaftaran, ruang pejabat, bilik runding cara sulh, bilik sebutan dan dewan bicara untuk ketiga-tiga mahkamah yakni Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan juga Mahkamah Syariah. Pun begitu, inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkasa peranan Mahkamah Syariah tidaklah terhenti setakat menyediakan kemudahan semata-mata. Ia sentiasa ditambah baik di mana keadaan premis mahkamah khususnya melibatkan bangunan lama, kemudahan serta peralatan usang sentiasa diganti supaya lebih praktikal dan sesuai dengan perkembangan teknologi terkini. Ini semua dibuat Dato' Yang di-Pertua, untuk membolehkan orang ramai lebih mesra kepada mahkamah syariah dan yakin kepada urusan Mahkamah Syariah Negeri Perak. Terima kasih.
Terima kasih Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Menglembu soalan yang kedua.
Terima kasih Dato' Speaker. Yang Berhormat Menglembu. Untuk makluman Yang Berhormat Menglembu, saya mulakan dengan perbelanjaanlah atau peruntukan yang kita dapat sepanjang tahun ini. Jadi dalam persediaan kita untuk Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi setakat ini untuk tahun 2025, kita telah memperolehi jumlah untuk RMK ke-12 sebanyak lebih kurang RM30.7 juta. Ok, dalam peruntukan untuk hardware dan juga daripada Kerajaan Negeri kita punya fee pun sebanyak lebih kurang minta maaf dari Persekutuan juga lebih kurang fee pun lebih kurang RM6 juta. Negeri sebanyak lebih kurang RM4 juta. Jadi menjadikan keseluruhannya lebih kurang RM40.88 juta. Yang ini untuk hardware. Hardware bermaksud untuk yelah, bangunan, jalan, longkang, apa-apa keperluan yang diperlukan terutamanya tandas dan sebagainya. Namun, Kerajaan Negeri Perak telah merangka juga pelbagai strategi untuk meningkatkan sektor pelancongan negeri dan menarik lebih ramai pelancong domestik serta antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Antara langkah-langkah utama yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut. Berkenaan Perak Pages, Kerajaan Negeri akan menerbitkan risalah telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sempena Hari Kemerdekaan di ambang hari itu, malam tu, Kerajaan Negeri menerbitkan risalah Perak Pages untuk memuatkan himpunan pakej-pakej pelancongan serta direktori lengkap premis penginapan di seluruh negeri Perak. Penerbitan ini bertujuan untuk menyediakan panduan menyeluruh kepada para pelancong sekaligus memudahkan mereka merancang jadual percutian serta memilih tempat penginapan dengan lebih mudah dan teratur. Sukacita ingin saya maklumkan kalau kita kata tadi adalah direktori lengkap premis penginapan di seluruh negeri Perak. Ia ini cuma untuk mereka yang berdaftar sahaja kerana kita tahu ada juga tempat-tempat penginapan yang sehingga hari ini belum berdaftar terutamanya dengan pelaksanaan undang-undang penginapan atau hotel kita, enakmen hotel kita tetapi belum berdaftar jadi kita tidak dapat untuk meletakkan mereka di dalam Perak Pages tersebut. Jadi, pembangunan industri pelancongan tempatan seperti memperkukuh industri pelancongan tempatan, melalui memperluaskan penglibatan pelbagai pemain industri termasuk pemandu pelancong setempat, JoGuide dan juga Muallim. Usaha ini akan digerakkan melalui penyertaan komuniti dalam kursus-kursus yang berkaitan yang dirangka untuk mempertingkatkan kemahiran serta membuka peluang baharu kepada individu yang berminat menceburi sektor pelancongan.
Kerajaan Negeri turut merancang untuk mengaktifkan semula beberapa pakej pelancongan ikonik melalui penghidupan semula pakej-pakej pelancongan yang popular. Jadi yang pelancongan-pelancongan ikonik ini seperti Jejak Masjid Negeri Perak, Wall Trails dan juga Bikers Trail. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan memperluas pilihan kepada para pelancong, malah menonjolkan pengalaman eksklusif yang hanya dapat dinikmati di Perak. Penganjuran acara antarabangsa juga merupakan salah satu strategi kita di mana acara-acara seperti Lenggong Outdoor Festival, Rimba Raid, Kampar River Festival, Taiping Third Week, Malaysia Ultra Trail, Fiesta Ikan Loma dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti antarabangsa, memberi impak signifikan terhadap peningkatan kehadiran pelancong di negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri komited untuk terus menganjurkan acara-acara bertaraf antarabangsa sebegini. Bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan juga antarabangsa. Namun, di sini pula, Kerajaan Negeri menghadapi kekangan kesediaan pemain-pemain industri. Suka saya bagi satu contoh di mana dalam penganjuran kita antarabangsa yang kerap dilakukan di Lenggong. Kita dapati bahawa pemain-pemain tempatan seperti gerai-gerai makanan dan juga warung-warung tidak bersedia untuk menerima pelancong-pelancong tersebut. Jadi, saya syorkan dan harap bukan sahaja menjadi beban atau tanggungjawab kerajaan untuk menganjurkan atau wakil rakyat tempatan yang sering membantu tetapi pemain-pemain tempatan juga perlu untuk bekerjasama.
Sebagai contoh, apabila ada event-event antarabangsa, salah satu masalah dengan kita di pelbagai kawasan di negeri Perak adalah apabila warung-warung atau kedai-kedai ini, mereka menjual ikut seperti biasa. Mereka tidak menyediakan stok lebihan dan apabila mereka stok yang seperti biasanya dijual dalam 6 jam mereka habis dalam 2 jam, mereka tutup kedai dan mereka tak, tak tambah stok, tak buat lebih. Ataupun mungkin dia dalam dua hari tu dia dah untung, hari ketiga, keempat, dia tutup langsung. Dia dah untung cukup dah. Jadi itu merupakan kekangan kepada kita dalam penganjuran event-event antarabangsa. Jadi kita berharap tanggungjawab atau beban kerja ini tidak terjatuh ke bahu agensi-agensi kerajaan sahaja tetapi pemain-pemain pelancongan atau tempat-tempat kawasan yang kita ingin bangunkan, supaya terutamanya tempat-tempat penyediaan makanan. Biar yang halal ataupun tidak halal kerana kita mempunyai pelancong masing-masing yang mempunyai taste bud masing-masing supaya menyediakan makanan adalah sangat pentinglah. Yang paling penting makanan dan minuman supaya menyediakan stok yang secukupnya. Kalendar pelancongan dan juga maklumat-maklumat acara juga merupakan salah satu inisiatif penting dengan penerbitan kalendar pelancongan Perak. Bagi menyediakan maklumat menyeluruh kepada pelancong usaha ini membolehkan mereka merancang perjalanan dengan lebih sistematik. Selepas itu juga, kita mempunyai program kerjasama dengan Tourism Malaysia dan juga penggiat-penggiat industri. Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia telah mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri dan Pihak Berkuasa Tempatan pada 29 April 2025 dan juga sehingga kinilah. Sesi-sesi ini diteruskan pada penghujung tahun bagi mendapatkan sehingga penghujung tahun bagi mendapatkan maklumbalas serta cadangan daripada pemain industri.
Digitalisasi, panjang ayat dia dan pemasaran digital. Sebagai langkah persediaan, para penggiat industri akan memperkasa dan diperkasa lagi dengan kemahiran digital bagi mempromosikan produk pelancongan mereka secara lebih berkesan. Kursus-kursus pemasaran digital yang sebelum ini dilaksanakan di kluster-kluster terpilih akan diperluas ke kawasan kawasan lain termasuk di Perak Tengah, Manjung atau Lumut, Pulau Pangkor dan sebagainya bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara lebih menyeluruh di negeri ini. Selain daripada itu, pembangunan pemandu pelancong setempat juga kita jangka dapat membantu dalam usaha kita untuk memajukan pelancongan di negeri Perak. Jadi, dengan ini kita bekerja dengan bekerjasama dengan PASAK seperti dalam kursus hos komuniti setempat dan kerjasama ini akan diperluas ke seluruh tempat seluruh negeri seperti di Kuala Kangsar di Taiping dan sebagainya dengan matlamat melahirkan lebih ramai pemandu pelancong setempat.
Tenaga mahir ini bakal memainkan peranan penting sebagai duta pelancongan dan ini juga selaras dengan usaha kita supaya apabila pelancongan aktiviti-aktiviti pelancongan dibawa ke sesuatu kawasan yang tidak tertumpu di kawasan bandar terutamanya di sini atau di luar bandar. Ia dapat menambahkan peluang mencari rezeki mencari duit atau membuat untung dan peluang pekerjaan dan sebagainya di kawasan selain daripada di bandar dan dengan ini memudahkan masyarakat kita supaya tidak perlu berhijrah atau berpusu-pusu ke kawasan bandar. Kerjasama dengan NCER untuk Muallim dan juga lain-lain seperti pemandu bot dan sebagainya. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Utara NCER akan menganjurkan kursus khas untuk Muallim, pemandu bot di Lenggong dan sebagainya. Juga seperti PASAK, kita juga menganjurkan kursus-kursus yang penting untuk itu dengan izin empower, pemain-pemain pelancong terutamanya mereka yang pemain-pemain pelancongan. Minta maaf terutamanya mereka yang terlibat secara terus dalam aktiviti-aktiviti pelancongan. Ini sangat penting kerana apa yang mereka cakap, apa yang mereka lakukan dan apa juga pengetahuan mereka, sangat penting kerana mereka merupakan benteng dan juga mereka merupakan barisan hadapan kita dalam pertemuan pelancong-pelancong dan secara terus menjadikan pengalaman mereka atau menjadikan imej mereka terhadap negeri Perak sama ada 90 markah ataupon 9 markah. Jadi ini sangat penting juga dalam usaha negeri Perak. Dengan pelaksanaan langkah-langkah strategik ini, Kerajaan Negeri Perak yakin dapat memanfaatkan sepenuhnya Tahun Melawat Perak Malaysia pada 2026 bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan juga sektor pelancongan di negeri Perak. Pada masa sama, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak bagi memperkukuh agenda promosi pelancongan melalui pelbagai pihak termasuk juga Pusat-Pusat Khidmat Dun semua yang ada di sini. Terima kasih.
Soalan tambahan, Menglembu, sila.
Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Berdasarkan Laporan Survey Pelancongan Domestik 2024 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Perak mendapat tempat tertinggi dalam pelancong domestik. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain industri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah dan juga pertubuhan bukan kerajaan khususnya peniaga, rakyat biasa yang telah berusaha menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan utama. Soalan tambahan saya, apakah kekangan untuk mendapatkan pelancongan asing ke negeri Perak khususnya Ipoh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yelah, betullah seperti yang saya sebutkan tadi ada, memang ada kekangan. Ada juga usaha-usaha yang baik dan juga kita ada kekangan-kekangan dalam usaha kita memperluaskan aktiviti pelancongan dan juga menjadikan pelancongan sebagai salah satu sumber ekonomi penting kepada negeri Perak. Seperti yang saya selalu katakan, pelancongan merupakan satu ekonomi yang infinit atau tidak kehabisan berbanding dengan mungkin kita kata industri di mana industri kita mempunyai sumber hasil tanah, sumber hasil negeri yang finite, di mana dia akan habis, tak kira berapa bijih timah, berapa minyak, berapa gas yang kita ada dia akan habis tetapi pelancongan selagi ada manusia, manusia itu akan berjalan. Jadi ini merupakan salah satu usaha penting Kerajaan Negeri untuk menjadikan pelancongan sebagai salah satu kepentingan yang sangat penting ekonomi penting negeri Perak. Seperti yang ditanya tadi, antara usaha-usaha kita ada adalah penglibatan kita dengan, sebagai contoh, Kementerian Pengangkutan. Ok, jadi seperti yang kita tahu pelancong masuk ke Malaysia jarang sekali masuk ikut Perak melainkan sempadan kita di Kroh di Pengkalan Hulu. Jadi, kebanyakan mereka yang masuk adalah melalui kapal terbang dan selepas itu mereka akan mengambil pengangkutan darat ke negeri Perak sebagai contoh mereka akan landing di Pulau Pinang mahupun di KLIA. Jadi, ini menyebabkan kita menjadi pilihan kedua kepada mereka.
Jadi, apabila mereka travel secara ke Perak secara melalui darat…itu apa yang kita katakan, kita telah bekerjasama dengan MOT dan MOT telah commited untuk menambahkan jadual-jadual ETS mahupun komuter. Seperti kita dapati komuter telah ditambah ke negeri Perak untuk sampai ke Ipoh. Ok, sebelum ni komuter tak sampai ke Ipoh. Komuter utara tidak sampai ke Ipoh dan sekarang telah sampai ke Ipoh. Walau bagaimanapun, untuk ETS dan sebagainya, kita masih masih menunggu daripada MOT kerana MOT juga sedang menunggu stok-stok yang mereka order. Train-Train yang gerabak-gerabak yang mereka order untuk sampai sebelum penambahan apa yang kita katakan, jadual dapat dilakukan untuk negeri Perak.
Pada masa yang sama juga kekangan yang kita hadapi sebagai contoh, adalah kalau kita tak nak mereka datang daripada negeri-negeri lain melalui darat, kita perlukan mereka untuk landing terus kat Ipoh. Jadi, untuk itu kita telah, Kerajaan Negeri telah cuba untuk berbincang dengan pelbagai pihak penerbangan dan juga sebagai contoh, MOT telah melakukan dengan baiknya tanggungjawab mereka dan komitmen mereka untuk menaik taraf lapangan terbang kita di Ipoh dalam dua peringkat. Peringkat pertama telah diadakan sebanyak RM8 juta dan telah juga dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita tetapi peringkat kedua itu belum sampai. Jadi, untuk salah satu yang menjadi kekangan adalah seperti yang kita tahu, Air Asia telah mengurangkan penerbangan mereka daripada Ipoh ke Singapore dalam beberapa bulan yang lepas tetapi satu kajian semula penerbangan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang lain dan kita jangkakan pada penghujung tahun ini penambahan akan datang balik kepada penerbangan Ipoh-Singapore. Jadi, apabila kekurangan apa yang kita katakan jumlah penumpang di airport tersebut.
Jadi, ia akan menjadikan permasalahan kita untuk meminta kepada pakej kedua daripada untuk peningkatan Lapangan Terbang Ipoh ini daripada Kementerian Pengangkutan tetapi pada masa yang sama juga, kita telah meminta peruntukan, memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri supaya apa kita dapati ialah pemain-pemain atau airline-airline ini tidak sanggup ke Ipoh kerana kita kekurangan insentif kepada mereka. Namun, Kerajaan Negeri telah merancang untuk dalam bajet kita yang akan datang untuk mendapatkan insentif kepada Kerajaan Negeri supaya kita dapat melibatkan airline-airline tersebut untuk mendapatkan insentif dan seterusnya untuk mendarat di Ipoh, dan salah satu kekangan yang lagi satu kita untuk menjadikan Perak sebagai negeri pelancongan yang lebih ulung di dalam kategori…apa kita katakan pelancong asing adalah kebolehan berbahasa kita. Kebolehan berbahasa asing kita. Ia juga merupakan salah satu masalah atau kekangan kepada kita terutamanya apabila mereka sampai atau pegawai-pegawai kita seperti yang saya bacakan jawapan tadi atau saya bagi jawapan tadi. Kita juga banyak melalui promosi-promosi kita ke luar negara.
Jadi, maklumlah apabila kebolehan berbahasa itu sangat penting. Kebolehan berbahasa satu pegawai kita yang berhubung dengan mereka dalam pelbagai bahasa dan juga dalam apabila pelancong-pelancong datang ke Ipoh seterusnya bahasa-bahasa kepada mereka itu di kawasan-kawasan pelancongan merupakan satu kekangan kepada mereka juga. Saya tidak nafikan saya setuju 100% Bahasa Melayu adalah…Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Perlu dimartabatkan, perlu ada di semua papan tanda tetapi pada masa yang sama, penglibatan bahasa-bahasa asing yang mudah dijangka dapat menaikkan lagi pemahaman mereka terhadap tempat-tempat pelancongan kita dan menjadikan…sekaligus menjadikan mereka rasa lebih diterima apa-apa bahasa, terutamanya bahasa-bahasa yang penting di ASEAN untuk dijadikan salah satu… apa yang dikatakan bahasa yang ada dalam signboard mereka. Signboard tidak perlu kita melibatkan semua bahasa tetapi QR code tu sangat penting, QR code supaya mereka dapat scan dan masuk ke dalam digital bahasa-bahasa atau pages-pages digital mereka dengan bahasa-bahasa tertentu. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Astaka.
Sungai Manik. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Agak menarik juga penjelasan dan juga jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco. Saya yakin kita telah…pernah melalui Tahun Melawat Negeri Perak 2024. Tapi banyak Yang Berhormat Exco maklumkan tentang terdapat kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang telah cuba diatasi dan telah dirancang untuk kita pertingkatkan lagi dengan kerjasama agensi-agensi yang lain dalam negeri Perak. Mungkin saya nak bertanyalah walaupun sepatutnya dia perlukan notis iaitu tentang jumlah sumbangan yang diterima menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk Perak setakat ini. Yang keduanya, tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia 2026. MOTAC menyediakan jumlah yang agak besar. Mungkin dalam bajet yang akan diumumkan nanti lebih daripada RM500 juta. So, apakah inisiatif ataupun usaha yang telah dan sedang dilakukan untuk mengambil sebahagian daripada bajet ini bagi meningkatkan pelancongan di negeri Perak dan saya juga tidak berapa setujulah tentang isu bahasa ini?
Di Thailand ni dia orang tak reti langsung Bahasa Inggeris. Ramai je orang yang datang melancong. Jadi, itu bukan satu alasan. Banyak negara-negara yang langsung tak pedulikan Bahasa Inggeris pun. Mungkin kita perlu melihat bagaimana kita nak tapping. Kita faham masalah transportation, masalah airport, masalah train dan sebagainya. Tapi itu semua bukanlah faktor yang menghalang peningkatan kehadiran jumlah pelancong. Perak sentiasa meningkat setiap tahun kan. Jadi sudah tentu kita mahu mereka tinggal lebih lama dan kita perlu ada signature event Negeri Perak every year. Dulu kita pernah ada Royal Belum Drum Festival. Orang tahu dah every year mesti ada kat Belum. Kemudian, kita ada Festival Puisi Pangkor. Every year semua pelancong asing yang datang. Jadi, kita kena ada signature-signature event yang every year akan berlaku di Perak. Jadi, usaha ini perlu difikirkan. Jadi, saya harap Yang Berhormat Exco dapat sama-sama kita identify apakah signature-signature event yang every year akan berlangsung negeri Perak supaya lebih mudah kita nak mempromosikan. Terima kasih.
Terima kasih. Saya setuju dengan apa yang mungkin saya rasa Dato’ Y.B. Y.B Dato’ rasa saya akan keluar berdiri untuk melawan tetapi saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh YB tadi. Kebanyakan apa yang dikatakan tadi adalah benar tetapi tidak benar. Walaupun oleh YB atau kita. Sebagai contoh, bahasa saya tak kata tanpa penggunaan bahasa asing, kita tidak boleh maju tetapi kita tidak boleh nafikan dengan penggunaan bahasa asing. Kita boleh lebih maju. Itu salah satu contoh tetapi dalam kategori lain-lain seperti apa yang kita katakan juga event-event yang ada setiap tahun. Sebagai contoh, kita memang ada. Sebagai contoh, ia juga berkait dengan pemain-pemain pelancongan atau kebudayaan yang terlibat. Yearly event kita juga ada Island Festival di Pangkor yang merupakan antara festival antarabangsa yang datang daripada pelbagai negara termasuk Korea, Taiwan, Indonesia, Thailand dan sebagainya, Vietnam dan sebagainya. Untuk event-event setiap tahun ada seperti kita ada juga Rimba Raid juga di Lenggong dan juga lain-lain festival. Kita ada, ok, tetapi saya tidak kata kita tidak nak lebih. Kalau ada lebih mungkin YB Dato’ nak bekerjasama kita terbuka sahaja selagi kita boleh memajukan pelancongan di negeri Perak. Terima kasih.
Speaker, tambah satu boleh tak? Melancong. Boleh tak Exco?
Tak boleh.
Tak boleh?
Duduk. Sila. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum wbt. Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan Trong no 3.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Kemerdekaan Madani, Rakyat Disantuni. Salam Perak Sejahtera 2030. Saya ingin menjawab soalan daripada Trong yang bertanyakan berkaitan dengan Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Untuk maklumat Yang Berhormat Trong terdapat 10 projek Rancangan Tebatan Banjir di negeri Perak. Empat daripada projek tersebut sedang dalam pelaksanaan iaitu Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Beruas, Rancangan RTB Sungai Trolak Daerah Muallim, Rancangan RTB Sungai Bernam dan Rancangan Tebatan Banjir Gerik Hulu Perak, empat. Berdasarkan sistem My Project tiga daripada projek ini berjalan mengikut jadual manakala RTB Lembangan Sungai Beruas mengalami sedikit kelewatan. Kemajuan pelaksanaan projek tersebut hanya mencapai 19% berbanding jadual asal iaitu 34%. Kelewatan ini berpunca daripada pindaan terhadap keluasan kawasan pengambilan tanah yang memerlukan kerja-kerja penandaan semula oleh pihak juruukur. Selain itu terdapat 3 lot tambahan yang sebelum ini dikategorikan sebagai tanah rizab sungai tetapi kini dikenal pasti mempunyai hakmilik justeru memerlukan proses pengambilan tanah yang baharu.
Baki 6 lagi projek RTB berada di peringkat pra pelaksanaan dan sedang melalui proses rekabentuk serta perolehan. Bagi Rancangan Tebatan Banjir Kinta Fasa II dan Rancangan Tebatan Banjir Zon Teluk Intan Zon A Fasa II pengeluaran surat setuju terima (SST) dijangka akan dibuat pada bulan Oktober tahun ini maknanya bulan depan. Tiga lagi projek RTB iaitu Rancangan Tebatan Banjir Lenggong Fasa 1, Rancangan RTB Kampung Gajah Fasa 2, tempat Kampong Gajah di Daerah Perak Tengah serta Rancangan Tebatan Banjir Sama Gagah masih berada di peringkat design dan reka bentuk. Satu lagi projek iaitu Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk kini ditangguhkan susulan pembatalan tender ekoran bantahan daripada penduduk terhadap pengambilan tanah yang terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Trong pemilihan lokasi projek RTB di kawasan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) tidak mempunyai kaitan langsung dengan kelewatan pelaksanaan projek di sesuatu negeri. Sebaliknya pemilihan lokasi dilaksanakan berdasarkan keutamaan kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta menjadi tumpuan aktiviti ekonomi bagi memastikan manafaat yang maksima dapat dicapai. Status bagi projek-projek di bawah peruntukan negeri adalah seperti berikut. Sebagaimana yang YB tanyakan projek yang telah siap, RTB yang telah siap Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bidor, Changkat Jong Daerah Hilir Perak iaitu yang telah pun disiapkan. Projek peringkat sebutharga dalam proses untuk mencari kontraktornya Rancangan Tebatan Banjir Sungai Lawin Fasa 2 Daerah Kuala Kangsar. Sungai Lawin. Projek-projek sedang dalam rekabentuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pari Fasa 1 di Ipoh. Projek-projek RTB mengambil masa untuk dilaksanakan disebabkan oleh kajian perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum reka bentuk terperinci dapat dibuat oleh pihak perunding. Selain itu pengambilan tanah melibatkan proses yang agak panjang dan melibatkan pelbagai-pelbagai agensi as well, pejabat tanah dan sebagainya. Jabatan Pengairan JPS Negeri Perak sentiasa komited untuk melaksanakan projek-projek RTB dan setiap tahun akan memohon projek-projek RTB dengan memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir sepanjang tahun. Terima kasih.
Soalan tambahan. Trong sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan. Soalan tambahan saya yang pertama berkaitan RTB Sungai Beruas yang dia katakan tadi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi sedang dilaksanakan yang mana Sungai Beruas ini masalah dia, dia memang terletak di Dun Pengkalan Baharu tapi dia 5 tahun sekali. Ini pengalaman sayalah dengan YB Pengkalan Baharu, air ini melimpah. Bila melimpah dan dia berlaku banjir termenung selama hampir 20 hari melibatkan pengundi Dun Trong dan juga Dun Pengkalan Baharu. Jadi saya amat berharap supaya RTB ini disiapkan segera dan banjir pula berlaku bila nak pilihanraya 2018 dia berlaku, tengah pilihanraya dia berlaku. 2022 November dia berlaku lagi banjir selama 20 hari termenung di situ dan berkaitan dengan RTB ini juga YB Yang Berhormat saya nak tahu juga tentang bagaimana RTB
Pekan Kuala Sepetang dan juga RTB Sungai Trong yang juga setahu saya ada dalam perancangan di peringkat Yang Berhormat Exco. Terima Kasih.
Terima kasih YB Trong. Berkenaan dengan kelewatan RTB Sungai Beruas itu yang sebagaimana yang saya jawab tadi dia melibatkan berbagai-bagai aspek. Pertamanya kawasan itu agak berbeza daripada asalnya dahulu telah ada tiga kawasan tambahan. Yang keduanya dia juga melibatkan beberapa tanah-tanah yang telah pun ditinggalkan dan perlu diambil kira oleh pejabat tanah berkenaan. Jadi bermaknanya tebatan banjir ini daripada empat yang telah pun siap sempurna tiga kecuali RTB Beruas. Saya sentiasa berhubung dengan YB Pengkalan Baharu dan dia sentiasa kalau ada Hari Bertemu Pelanggan dia akan bawa isu ini semula dan memang saya hubungi supaya pastikan JPS Negeri Perak berikan tumpuan kepada kepada Sungai Beruas. Bahkan kadang-kadang YB Sungai Beruas juga complaint pada saya sebab kerja-kerja yang dibuat oleh oleh JPS di Manjung itu agak kelebihan, terlebih sangat kerja dia. Nak kata cantik sangat pun dah terlebih. Jadi untuk itu saya beritahu kepada JPS kita tumpukan kepada kawasan-kawasan yang memang selalunya ada ayor termenung. Dekat situ tu diberikan tumpuan oleh JD kawasan tersebut Manjung dan juga kepada JPS Negeri Perak. Insya Allah kita akan berikan tumpuan supaya tidak ada lagi banjir air termenung di Beruas.
Berkenaan dengan Sungai Trong dan Kuala Sepetang, yang tu belum ada lagi perancangan untuk buat RTB tetapi bila berlaku katakan air tambahan daripada limpahan laut tu sendiri, kita berikan kerjasama yang segera oleh JPS di kawasan Larut Matang Selama bagi mengurangkan. Maknanya kawasan di Sungai Kuala Sepetang itu tidak ada RTB yang memang kita laksanakan Sungai Kuala Sepetang tu tapi di Sungai Trong itu kita berikan tumpuan juga. Sebab yang berlaku banjir ni ialah kadang-kadang Sungai Trong. Di Sungai Kuala Sepetang jarang berlaku kecuali dalam pekan Kuala Sepetang sendiri iaitu sebab air pasang daripada laut. Jadi kita pastikan bahawa ianya dapat dikurangkan kesan daripada banjir akibat air pasang daripada laut Kuala Sepetang itu sendiri. Jadi itu yang dapat kita laksanakan dan kalau sekiranya YB sendiri dapat memberikan lokasi yang tepat di mana berlakunya di Sungai Trong dan Kuala Sepetang tu, saya akan minta JPS untuk buat kajian di situ sama ada buat kerja-kerja pembersihan atau pun kerja-kerja pengorekan di kawasan yang terlibat banjir itu. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan. Pengkalan Baharu, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Apa yang disebut oleh Trong tadi saya cuma nak tambah sikit je. Sebenarnya banjir di kawasan yang Trong sebut tadi ianya jika RTB Sungai Beruas ini siap pun nanti saya yakin ianya tetap akan banjir kerana projek yang dibuat ini tidak melibatkan lembangan Sungai Beruas, tidak melibatkan pertembungan antara Sungai Rotan dan Sungai Beruas. Ianya dibuat di hulu Pekan Beruas. Jadi soalan saya, soalan tambahan saya boleh tak projek ini ditangguhkan sebagaimana RTB di Bagan Datoh tadi. Sebab projek ini pun dah terlewat dari jadual asal. Lepas tu tak kena kepada tempat yang sepatutnya. Jadi Insha Allah 5 tahun sekali tu tetap akan banjir juga. Kalau siap pun nanti pada pandangan saya. Jadi soalan saya boleh tak projek ni kita tangguh dan kita cari jajaran baru supaya ianya membawa kesan kepada penduduk khususnya kepada penduduk Kampung Padang Serai, Kampung Mata
Acheh, Kampung Batu Hampar dalam Kampung Padang Serai Dalam? Sekian terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Baharu. Saya akan lihat saranan dan isu daripada YB tadi untuk kita buat penangguhan kerja atau pun buat pindaan. Oleh kerana kita telahpun melantik beberapa orang agensi dan kontraktor untuk melaksanakan kerja itu ikut rekabentuk asal. Tapi kalau sekiranya YB merasakan ada hujah-hujah untuk kita buat sedikit pindaan, maka saya akan tidak teragak-agak ajak JPS dan khususnya JD di kawasan Manjung itu untuk lihat apakah pindaan itu akan melibatkan kos tambahan atau pun akan melewatkan kerja itu balik. Kita pun mengalami kelewatan sedikit di kawasan itu. Tapi kalau kita buat pindaan dia akan menambahkan kelewatan itu yang perlu kita akan beri perhatian juga. Walaumacamanapun, saya akan minta JPS kaji balik sama ada kawasan-kawasan di hulu di hilir Pekan Beruas itu perlu diberi tindakan yang asing. Makna berlainan daripada reka bentuk asal. Yang itu saya akan buat kajian asing pastikan kalau kita nak tambah kerja itu, maka dia akan memberikan kesempurnaan kepada RTB di Beruas. Terima kasih.
Timbalan Speaker. Berkaitan dengan banjir juga ya.
Sepuluh saat.
Ini hot question saya nak tambah untuk banjir memang ada tebatan banjir punya projek semua. Tapi saya nak ambil perhatian Kerajaan Negeri tentang banjir kilat kerana masalah yang dihadapi oleh rakyat sama juga banjir kilat. Di mana dia sama seperti banjir tetapi mungkin enam jam dia akan turun surut dia punya air. Tapi kerugian masih sama lagi. Soalan saya. Banjir kilat di SItiawan masih sangat serius lagi. Sekarang dah masuk musim hujan dan kita pernah berbincang dengan semua agensi. Ada PBT, ada JPS, ada JKR. Antara sebabnya adalah kekangan daripada design reka bentuk yang YB Exco kata tadi. Contohnya, rekabentuk culvert yang sudah tidak muat dengan pengaliran air itu. Soalan saya adakah kerajaan negeri merancang untuk menaiktaraf kekangan reka bentuk culvert yang dihadapi di mana jalan besar dia ada twin culvert pengaliran air tu sangat slow. Ya terima kasih.
Terima kasih YB Astaka yang agak prihatin berkenaan banjir kilat di Pekan Setiawan. Bukan hanya Pekan Sitiawan tapi di bandar-bandar lain dan kita di pihak Exco telahpun buat satu keputusan bahawa bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan, berikan arahan kepada banyak PBT ini yang tidak memberikan perhatian kepada longkang-longkang yang dibuang sampah-sampah oleh oleh warga kawasan itu menyebabkan air mengalir ke sungai itu agak pelan. Kadang-kadang tersangkut. Yang itu kita minta kerjasama daripada seluruh PBT termasuklah di Manjung maka sekiranya ada berlaku banjir yang kilat macam itu, dia berlaku kerana ada halangan kepada aliran daripada keseluruhan longkang-longkang di kawasan tersebut untuk pergi ke sungai berdekatan. Jadi untuk itu, kita di pihak bersama dengan pihak Persekutuan dalam mempastikan mutu air sungai tidak terjejas kerana kekangan daripada longkang-longkang untuk mengalirkan air ke sungai tersebut. Salah satunya adalah di Sitiawan ini kita nak pastikan bahawa Majlis Perbandaran Manjung berikan sedikit tumpuan untuk pastikan longkang-longkang yang mengalir ke sungai dapat aliran yang tanpa halangan. Itu adalah kerja yang dibuat oleh PBT yang kita minta kerjasama supaya tidak menghalang laluan itu. Maka akhirnya akan mengelakkan banjir kilat yang berlaku dalam masa sejam atau dua jam. Yang itu kita sedar masalah itu. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Simpang Pulai nombor empat. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai yang membangkitkan mengenai pemprosesan sisa elektrik dan elektronik iaitu e-waste. Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Pulai, pada tahun 2025 bermula Januari hingga Ogos 2025 sebanyak 11 premis sisa elektrik dan elektronik yang beroperasi secara haram telah dilakukan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Premis-premis tersebut berada dalam daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Batu Gajah di mana penguatkuasaan tersebut mendapat bantuan risikan oleh Pasukan Gerakan Am iaitu PGA. Sebanyak 5,291.15 metrik tan e-waste telah disita dan tindakan penguatkuasaan melibatkan 11 premis dikenakan penahanan operasi kelengkapan, manakala 6 premis dikenakan perintah larangan dan 11 premis disediakan kertas siasatan bagi kesalahan di bawah seksyen 18, seksyen 19, seksyen 34A dan seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Berbanding dengan negeri Johor dan Selangor.
Sebanyak 10 premis haram di Johor dan 23 premis haram di Selangor telah diperiksa oleh JAS Johor dan JAS Selangor bersama PGA. Sehubungan dengan itu, didapati bahawa bilangan premis e-waste haram di Perak setara berbanding negeri-negeri maju lain. Untuk rekod, bilangan premis yang telah dikuatkuasa JAS bersama PGA dalam membanteras aktiviti pemprosesan e-waste haram adalah sebanyak 122 premis di seluruh Malaysia dalam tahun 2025. Adalah ditegaskan bahawa salah satu punca utama pembinaan kilang e-waste haram adalah akibat kemasukan e-waste secara haram dari luar negara ke Malaysia dalam kuantiti yang banyak melalui pelabuhan-pelabuhan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi memastikan aktiviti kilang e-waste haram di Malaysia dan Perak amnya dihentikan, tindakan pemantauan yang ketat harus dilakukan di pelabuhan supaya tiada kemasukan e-waste haram dibawa masuk ke Malaysia. Jika kawalan kemasukan e-waste haram ke Malaysia dapat dikawal, maka secara tidak langsung aktiviti premis proses e-waste haram di Perak akan dapat dibendung. Dalam hal ini, agensi-agensi yang mengawal kemasukan barangan ke dalam negara di pelabuhan dan sempadan negara mohon meningkatkan kawalan di bawah bidang kuasa masing-masing.
Untuk makluman Dewan yang mulia, penghasilan sisa buangan terjadual oleh industri adalah tertakluk kepada pengurusan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjadual 2005 yang mana pelupusan buangan terjadual dari industri hanya dibenarkan di premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Pengoperasian premis-premis yang dilesen untuk memproses dan mengitar semula buangan terjadual adalah tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling premis yang ditetapkan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual 1989 dan perlu mematuhi syarat-syarat perlesenan. Di samping itu juga, bagi premis-premis yang menghasilkan buangan terjadual perlu mengendalikan dan menguruskan buangan terjadual secara teratur mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan garis panduan yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Pulai, pengurusan buangan terjadual adalah mengikut prinsip cradle to cradle dengan izin dan pengendalian buangan terjadual dikendalikan oleh premis dan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar melalui sistem elektronik Schedule Waste Information System. Semua maklumat berkaitan penghasilan buangan terjadual di sesuatu premis, kualiti, inventori, pemprosesan dan pelupusan ke premis yang dilesenkan dipantau melalui sistem elektronik Schedule Waste Information System secara atas talian dengan Jabatan Alam Sekitar. Sebarang pengendalian buangan terjadual yang tidak mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjadual 2005 dan garis panduan berkaitan adalah merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah peraturan tersebut ataupun Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Seterusnya menjawab bahagian C, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menangani pengurusan sisa buangan berjadual dalam jangka masa Panjang?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, langkah pencegahan yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar…Alam Sekitar Negeri Perak dalam menangani operasi kilang haram adalah dengan menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan semua agensi yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pejabat YB Exco, Pejabat Adun dan sebagainya. Status pelaksanaan tindakan setiap agensi yang terlibat ke atas premis-premis haram ini akan dipantau dan dibincang di dalam mesyuarat peringkat negeri. Sekiranya kilang haram berada di luar kawasan perindustrian, maka tindakan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah seperti pelanggaran syarat nyata tanah akan diambil oleh PDT, di samping tindakan tindakan lain yang boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan. Justeru itu, kilang juga akan diarah untuk memberhentikan operasi dan mencari tapak di kawasan industri yang bersesuaian. Premis juga perlu memastikan segala kehendak perundangan dipatuhi sepenuhnya.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengambil tindakan tegas kepada semua pengusaha-pengusaha kilang yang beroperasi secara haram sehingga menimbulkan pencemaran kepada alam sekitar. Tindakan tegas yang telah diambil oleh yang telah diambil adalah dengan menjalankan penahanan operasi kelengkapan serta merta kepada pihak kilang. Bahan-bahan mentah diguna di dalam pemprosesan yang menyalahi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan disita. Sehubungan dengan itu premis haram tersebut juga akan diberi notis arahan supaya mengambil tindakan dan langkah kawalan segera membasmi pencemaran yang terhasil daripada aktiviti yang dijalankan.
Selain daripada itu, setiap kesalahan yang dilakukan oleh premis haram yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan disediakan kertas siasatan untuk pendakwaan di mahkamah. Di samping itu, bagi memastikan aktiviti kilang e-waste haram dapat dibendung dan dikawal secara keseluruhannya perlulah tindakan pemantauan yang lebih ketat di pelabuhan-pelabuhan utama negara bagi mengelakkan kemasukan buangan e-waste secara haram dibawa masuk ke Malaysia oleh agensi agensi-agensi berkaitan. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan, Simpang Pulai sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada kilang haram yang tadi YB Aulong sebut tadi tapi yang kita fahamkan juga yang kilang dapat kelulusan permit untuk memproses yang ini invest. Jadi apakah proses untuk syarat dapat kelulusan untuk permit ini supaya tidak ganggu kehidupan harian untuk kawasan kediaman untuk penduduk-penduduk di sekeliling? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang, terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai atas soalan tambahan. Sebelum premis dibenarkan beroperasi bagi memproses e-waste iaitu SW110. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi. Nombor satu premis perlu mendapatkan kelulusan Laporan Environmental Impact Assessment iaitu EIA di bawah Seksyen 34(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kedua, kelulusan Environmental Management Plan (EMP). Seterusnya menghantar notifikasi alat kawalan pencemaran udara di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 2014 dan keempat, kelulusan kebenaran bertulis di bawah Seksyen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan seterusnya lesen di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Lesen yang akan dikeluarkan adalah bersama Jadual Pematuhan Syarat Lesen di mana premis perlu mematuhi semua syarat lesen tersebut.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia, walaupun pengoperasian e-waste memerlukan memerlukan kelulusan dan kawalan yang ketat, JAS sentiasa JAS Perak sentiasa bersedia untuk membantu dalam proses memperolehi kelulusan. Untuk makluman, Dewan Yang Mulia setakat ini terdapat 12 premis yang dilesenkan untuk memproses e-waste di Negeri Perak. Sekian terima kasih.
Mohon Timbalan Speaker
Manjoi sila
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Timbalan Exco dan soalan saya juga berkaitan ada rentetan daripada Simpang Pulai bila disebut berkaitan dengan isu pencemaran udara atau pencemaran alam. Saya nak bangkitkan pada YB Exco yang berlaku di kawasan Dun Manjoi Dun saya. Pencemaran udara oleh kilang di Taman Chepor Idaman dan Taman dan Taman Chepor Impian yang jelas. Minta maaf pencemaran udara oleh kilang di Taman Chepor Idaman dan Taman Chepor Impian yang menjejaskan kesihatan penduduk. Saya dapat laporan daripada penduduk baru-baru ini, yang saya pun dah turun ke ke padang dan memang kita dah bangkitkan di banyak peringkat namun sehingga hari ni tidak ada tindakan yang drastik diberikan kepada isu ini.
Sebuah kilang berhampiran Taman Chepor Idaman dan Taman Chepor Impian. Isu ini diklasifikasikan sebagai serius kerana pelepasan asap tebal dan berbau busuk berlaku tanpa mengira waktu siang atau malam, sekaligus menjejaskan kesihatan penduduk sekitar terutamanya kanak-kanak dan penduduk setempat. Kilang ini dilepaskan asap kilang ini 24 jam tanpa henti. Dia tidak ada waktu yang ditetapkan. Jadi kita turun ke kawasan tersebut pagi, tengah hari, malam dia terus beroperasi. Isunya penduduk turut mengadu habuk-habuk halus masuk ke dalam rumah mereka dan melekat di lantai. Kanak-kanak juga terdedah kepada risiko kesihatan kerana bermain berhampiran kawasan kilang tersebut dan hasil siasatan awal mendapati syarikat yang dipercayai menjadi punca pencemaran itu saya sebutkan di sini ialah Sin Thow Joo Brick Works Sdn. Bhd ataupun orang sebut kilang Thow Joo di situ. Justeru, mesyuarat atau pun justeru kami di peringkat Pusat Khidmat Dun Manjoi menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan ke atas kilang tersebut, termasuklah mengenalpasti punca sebenar pencemaran jenis bahan yang dilepaskan serta impak terhadap kesihatan awam dan semua juga pihak JAS buat pantauan berkala secara lebih kerap kerana perkara ini menjadi menjadi masalah utama penduduk setempat. Saya mohon bantuan YB Exco yang dihormati untuk menyelesaikan masalah di kawasan kami. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi yang memaklumkan aduan tersebut. Saya akan semak dengan JAS Perak untuk sekiranya laporan telah dibuat dan kita akan pantau dengan lebih ketat lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk sekeliling kita. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan. Sila.
Bismillahhirrohmannirrohhim, Assalamualaikum Warahmatullah dan selamat pagi. Soalan Pengkalan Hulu soalan nombor lima. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih pada Yang Berhormat Pengkalan Hulu yang bertanya berkaitan dengan keciciran murid di sekolah. Untuk maklumat Yang Berhormat dan sidang Dewan sekalian ada tiga ciri ataupun kategori murid cicir yang diklasifikasikan berdasarkan kepada senario dan juga situasi. Yang pertama murid cicir tidak pernah bersekolah iaitu merujuk kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang sepatutnya berada dalam sistem pendidikan tetapi tidak pernah mendaftar di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan. Yang kedua murid cicir ialah keluar daripada sistem pendidikan. Merujuk kepada kanak-kanak yang pernah berada dalam sistem pendidikan tetapi kemudian berhenti tanpa menamatkan pengajian sama ada kerana berhenti disebabkan persekolahan atau tidak mahu meneruskan pengajian di peringkat seterusnya. Yang ketiga, murid berisiko cicir. Golongan ini termasuklah murid yang masih berada di sekolah tetapi menunjukkan tanda-tanda yang boleh menyebabkan mereka berhenti bersekolah seperti masalah disiplin, kehadiran yang tidak menentu atau masalah akademik.
Secara amnya, istilah murid cicir merujuk kepada sesiapa sahaja yang terkeluar daripada laluan pendidikan formal sama ada secara sukarela atau tidak dan tidak lagi mendapat manafaat daripada pengajian. Bagi data berkenaan jumlah keciciran pula ianya adalah seperti berikut, jumlah murid cicir 2025 seramai 743 orang iaitu murid sekolah rendah 72 orang, murid sekolah menengah 565 orang. Kembali ke sekolah 2025 seramai 133 orang iaitu sekolah rendah 17 orang, sekolah menengah 116 orang. Jumlah murid berisiko cicir tahun 2025 ialah 1254 orang iaitu meliputi Sekolah Rendah 231 orang manakala sekolah menengah 1023 orang. Faktor keciciran tertinggi adalah kerana tidak minat seramai 334 orang, buang sekolah 230 orang dan bekerja 86 orang.
Bagi memastikan keciciran ini dapat diatasi atau dicegah Jabatan Pendidikan Negeri telah dan akan melaksanakan beberapa program yang berkaitan, antaranya yang pertama, pengesanan murid berisiko cicir melalui Program Red Flag risiko cicir atau dikenali RFRC. RFRC ini merupakan satu sistem untuk mengesan murid berisiko cicir dengan lebih awal agar program intervensi dapat dijalankan dengan segera bagi mengelakkan murid dari terus tercicir dalam sistem pendidikan. Dengan bantuan dan sokongan dari Yayasan Perak dalam pelaksanaan RFRC ini peratus kehadiran keseluruhan murid di negeri Perak terus meningkat daripada 90.22% pada tahun 2023 meningkat kepada 91.29% pada tahun 2024 dan 92.69 % sehingga akhir Ogos 2025.
Yang kedua adalah dialog Prestasi berfokus kehadiran Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Pejabat Pendidikan Daerah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri bagi PPD yang mempunyai kehadiran rendah dalam usaha mendayakan Pejabat Pendidikan Daerah untuk membantu meningkatkan prestasi kehadiran sekolah. Yang ketiga, Dialog Prestasi berfokus kehadiran JPN dan sekolah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri bagi 5 buah sekolah yang mempunyai peratus kehadiran rendah dalam setiap daerah bagi mengupayakan pengurusan sekolah dalam meningkatkan prestasi kehadiran sekolah. Yang keempat, Kem Red Flag risiko Cicir. Yang kelima, Program Kepimpinan Generasi Madani. Yang keenam, kem berfokus kehadiran murid tingkatan lima dan yang ketujuh outreach murid berisiko cicir menengah dan rendah serta menawarkan penempatan di asrama bagi murid yang mengalami masalah lokasi dan pengangkutan. Yang kelapan, cakna persekolahan dengan kerjasama agensi-agensi kepada murid murid B40 yang mengadap menghadapi isu kehadiran. Yang kesembilan amalan Sekolah Penyayang. Bagi menimbulkan minat murid ke sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menjalankan program-program TVET seperti Waze Kerjaya, Karnival Sukses, Kerjaya bersama FINCO, Kerjaya bersama PERKESO dan Kelab Kerjaya bersama Pusat Aspirasi Anak Perak yang memberi peluang dan pendedahan maklumat berkaitan kerjaya.
Program ini juga menyediakan maklumat berkaitan institusi TVET negeri Perak di mana pelajar yang cicir atau kurang berminat dengan akademik boleh terus mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian di institusi-institusi TVET di negeri Perak mengikut minat masing-masing. Selain itu juga, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan kurikulum persekolahan 2027 untuk meningkatkan kualiti kurikulum pendidikan di Malaysia. Kurikulum persekolahan 2027 akan bermula dengan prasekolah pada tahun 2026. Menambah baik kaedah pengajaran dengan modul ticket to victory untuk setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Modul ini boleh diakses di platform Anjung Ilmu melalui Delima berdasarkan kepada keperluan mengikut aras pencapaian murid iaitu murid lemah, sederhana dan cemerlang. Seterusnya ialah pembelajaran terbeza iaitu bagaimana guru mengajar murid dengan pelbagai aras kemahiran yang dilatih oleh School Improvement Specialist Coaches (SISC+) di setiap daerah.
Dalam segmen pembelajaran terbeza ini, guru menyediakan latihan yang lebih mudah untuk murid yang lemah dan latihan yang lebih mencabar untuk murid yang mahir. Guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai seperti kumpulan fleksibel atau tugasan berperingkat. Kemudiannya menyesuaikan bahan dan aktiviti berdasarkan minat dan profil pembelajaran murid serta mencipta suasana pembelajaran yang inklusif dan sesuai dengan keperluan setiap individu. Dalam pada itu, Program Delima iaitu penyelidikan secara akses kendiri oleh murid kerana setiap murid ada akaun Delima, pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan untuk meningkatkan minat murid untuk belajar. Ibu bapa juga diperuntukkan akaun delima di mana mereka boleh memantau perkembangan murid dan yang terakhirnya ialah inisiatif Propolis 2.0 Perak Sejahtera 2025 sebagai usaha meningkatkan peningkatan penguasaan literasi dan mengurangkan kadar keciciran akademik dalam kalangan murid. Bagi murid yang lemah, literasi dari SJKC dan SJKT Propolis 1.0 yang telah dilancarkan pada tahun lepas menyasarkan pelajar peralihan di peringkat sekolah menengah. Terima kasih.
Soalan tambahan, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Ini jawapan yang baik. Saya ada soalan tambahan. Untuk makluman semualah sidang dan Speaker dan Exco. Tahun lepas, saya ada juga bertanya berkenaan dengan pelajar cicir SPM kan. Jadi untuk tahun 2024 sebab sejumlah 2027 pelajar di dan calon SPM yang tidak mengambil peperiksaan SPM di negeri Perak. Jadi ini satu angka yang besar. Jumlah daripada 27,943, 2027 calon SPM tidak hadir mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2024. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Exco selain daripada keciciran murid ke sekolah dan keciciran murid yang menduduki Sijil Pelajaran SPM pada tahun sebelum-sebelum ini juga dilihat sebagai satu masalah lah bagi sistem pendidikan di negeri Perak ni. Jadi soalan saya, apakah usaha dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi mengatasi perkara ini supaya ianya tidak terus berlaku ataupun kita dapat menangani perkara ni supaya jumlah pelajar cicir ini dapat dikurangkan tahun ke tahun? Soalan tambahan saya terima kasih Yang Berhormat Exco.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Hulu atas soalan tambahan. Cuma berkaitan data tadi saya nak perbetulkan sedikit data yang disebut oleh YB Pengkalan Hulu berkaitan dengan data murid yang tidak hadir ke sekolah, tidak hadir menduduki semua kertas SPM yang dinyatakan tadi 2000 itu mungkin ada pelajar yang mengambil tidak ambil satu paper atau dua paper dan sebagainya tetapi yang tidak hadir semua kertas dalam SPM bagi tahun 2022 -1033 orang. Manakala tahun 2023 - 655 orang dan tahun 2024 ia kurang menjadi 475 orang. Bermakna bilangan murid yang tidak hadir bagi semua kertas SPM ini semakin berkurang kerana kita Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan
Pendidikan Negeri Perak sentiasa mengambil langkah untuk meningkatkan kadar kehadiran pelajar di Sijil Pelajaran Malaysia berjalan dengan baik.
Antara program dan inisiatif yang sering kita laksanakan adalah Program Ziarah Cakna di mana kita melibatkan pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga ada di kalangan pegawai daerah juga telah terlibat dalam program Ziarah Cakna. Ini bagi memastikan calon-calon SPM khususnya SPM 2024 yang lalu hadir untuk mengambil peperiksaan dan InsyaAllah program yang sama kita akan teruskan untuk sesi SPM 2025 nanti yang keduanya adalah pemerkasaan guru bimbingan dan kaunseling kerana guru bimbingan dan kaunseling ini adalah guru yang akan bertanggungjawab berkaitan dengan isu kehadiran isu ponteng dan ada kaedah-kaedah seperti RFRC itu yang diurus oleh pihak guru bimbingan dan kaunseling. Yang ketiganya kita melaksanakan program gempur kehadiran SPM yang ini memberi kesedaran dan juga mencari jalan penyelesaian atau pun pelan intervensi untuk kita memastikan pelajar-pelajar ini hadir ke sekolah.
Seterusnya psikometrik pentaksiran berasaskan sekolah iaitu kaedah psikometrik untuk kita memahami lebih mendalam keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar sekaligus dapat merancang pelan intervensi yang sesuai dengan kehadiran dan juga permasalahan mereka. Yang ketiganya adalah yang keempatnya adalah program minda sihat. Program minda sihat ini adalah untuk menyokong kesihatan mental pelajar kerana kita pun tahu ada di kalangan pelajar kita ini mengalami masalah mental dan sebagainya. Ia juga mungkin menjadi faktor penyumbang kepada ketidakhadiran. Dengan adanya program minda sihat ini ia dapat membantu memastikan kesihatan mental pelajar berada dalam keadaan yang baik dan boleh hadir dalam SPM itu nanti. Kerajaan Negeri Perak bersama dengan JPN dan juga pasak sering mencari kaedah dan teknik untuk memastikan anak-anak kita dapat hadir ke sekolah dan melalui program-program yang kita susun bagi memastikan minat untuk mereka hadir itu bertambah. Terima kasih Dato' Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Behrang sila.
Yang Berhormat tadi Yang Berhormat ada cakap bahawa apa apa Program Red Flag risiko cicir ni merupakan satu mekanisma untuk mengesan keciciran pelajar. Soalan saya adalah apakah petunjuk utama untuk mengenalpasti murid-murid yang berisiko cicir ini dan adakah program ini program RFRC ini memberi impak kepada isu keciciran murid ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Berang atas soalan tambahan berkaitan dengan petunjuk utama atau pun kaedah untuk kenal pasti murid yang berisiko cicir ini. Yang pertama kita lihat dari segi punca petunjuk adalah kehadiran mereka ke sekolah yang tidak memuaskan. Maksudnya mungkin dalam waktu satu minggu ataupun dalam satu bulan itu ada sahaja pelajar ini tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dan munasabah yang tanpa sebab yang munasabah. Dan kita lihat golongan ini adalah golongan yang cukup berisiko untuk melaksanakan cicir dan jumlah kehadiran mereka ini cukup jumlah ketidakhadiran mereka ini cukup tinggi. Kalau hari persekolahan 90 hari mungkin mereka tidak hadir sampai 60 hari dan sebagainya. Itu satu petunjuk untuk kita lihat kaedah murid yang berisiko cicir. Yang keduanya, kita lihat dari segi isu tingkah laku. Ada pelajar yang mungkin berisiko cicir ini dia punya tahap disiplin yang agak kurang memuaskan sering melakukan ketidakakuran, kesalahan disiplin perlu direkodkan dalam sistem salah laku disiplin murid SLDM dan sebagainya. Yang ketiganya kita lihat dari segi prestasi akademik dia yang semakin menurun apabila mereka tidak hadir maknanya mereka tidak dapat mengikuti PDP guru itu dengan baik dan akhirnya prestasi akademik dia akan menurun dan kita lihat mereka juga kurang minat untuk belajar itu di antara seterusnya masalah kesihatan. Ada juga pelajar ini tidak hadir atau pun risiko cicir kerana masalah kesihatan. Mungkin dia ada penyakit yang kronik atau pun ada masalah perubahan penampilan diri dia dan sebagainya. Ini antara KPI yang kita boleh lihat. Kemudian, kita juga kena lihat ada petunjuk daripada luaran. Contohnya, masalah keluarga. Keluarga yang berpisah, keluarga yang sering memberi tekanan dan emosi kepada mereka, faktor sosial, ekonomi, kemiskinan, kurang sumber kewangan dan sebagainya dan yang seterusnya, masalah psikologi dan emosi. Ini di antara petunjuk-petunjuk kepada kaedah ataupun murid-murid yang berisiko cicir.
Berkaitan dengan impak RFRC ini, kita lihat apabila kita laksanakan program ini pada tahun 2023, 2024 dan tahun ini peratus ketidakhadiran bagi setiap sekolah daerah dan juga Jabatan Pendidikan kita semakin kecil kerana kita ada program yang disusun daripada peringkat awal daripada peringkat pertengahan dan peringkat akhir dan yang melibatkan semua agensi dan pihak-pihak tertentu untuk pastikan kita dapat mengambil tindakan sewajarnya berdasar kepada isu dan permasalahan pelajar itu dan RFRC ini merupakan satu mekanisme yang cukup baik dan ia telah mendapat pujian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan menerima anugerah pada tahun lepas atas satu dashboard yang disusun oleh pihak JPM bersama Yayasan Perak untuk kita membantu mengesan awal ketidakhadiran sekolah oleh pelajar-pelajar kita. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Soalan Ayer Kuning nombor 6. Terima kasih.
AauzubillahhiminaiSyaitonirrojim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, Rabbil alamin Wassolatu Wassalamu ala Israfil Anbia Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB daripada Ayer Kuning. Sebelum saya nak menjawab soalan daripada Ayer Kuning saya nak mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan selamat datang tahniah di atas kemenangan yang telah diterima oleh YB atas tiket Barisan Nasional di dalam Kerajaan Perpaduan baru-baru ini. Tahniah saya ucapkan. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Ayer Kuning berkaitan dengan usaha kerajaan dalam menguruskan isu kemiskinan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai program pembasmian kemiskinan telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang menumpukan kepada kelompok miskin dan miskin tegar dan jelas di dalam flagship keenam Pelan Perak Sejahtera 2030 juga kita menyatakan dengan jelas berkaitan dengan membasmi miskin tegar bagi memastikan tiada mana-mana kumpulan rakyat yang terpinggir dari sebarang program pembangunan. Kelompok ini terbahagi kepada dua iaitu kumpulan produktif dan tidak produktif dan bagi kumpulan produktif yang berupaya untuk menjana pendapatan pihak kerajaan menawarkan program-program yang membina upaya mereka seperti program peningkatan pendapatan, pemadanan, peluang pekerjaan, peluang pendidikan dan sebagainya dan bagi kumpulan tidak produktif seperti warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas pesakit terlantar atau pun individu OKU yang tidak berupaya bekerja, bantuan bulanan akan diberikan oleh kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun, bantuan yang diberikan mempunyai tempoh tertentu dan sentiasa dikaji semula mengikut kesesuaian dari masa ke semasa. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan beberapa inisiatif dan tindakan bagi membasmi kemiskinan di negeri Perak. Antara usaha-usaha yang dilakukan di peringkat pentadbiran daerah seperti program-program pemutihan dan juga caknanya kerajaan melalui program-program seperti IPR atau pun program Sejati Madani dan di bawah kerajaan negeri sendiri melalui portfolio saya, kita ada juga satu program yang khusus untuk isu-isu menoktahkan kemiskinan iaitu kita memperkenalkan program One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak yang bermula pada 11 November 2023 di Manjung yang telah dilaksanakan di setiap daerah dan objektif program tersebut ialah pertamanya ingin mengumpulkan lebih daripada 30 buah pelbagai agensi pemberi bantuan di bawah satu bumbung bagi memudahkan akses atau pun capaian perkhidmatan oleh kelompok miskin dan miskin tegar ke atas bantuan yang diperlukan. Pada tahun 2024 sahaja kita telah mencatatkan 10,843 transaksi yang meliputi perkhidmatan berbentuk kebajikan, perlindungan sosial, keusahawanan, khidmat nasihat, pendidikan, kesihatan, pertanian dan perikanan serta peluang pekerjaan dan objektif One Stop Centre juga ialah untuk kita menyelesaikan kes-kes serta pemadanan bantuan yang bersesuaian dan juga pendedahan latihan kemahiran yang bersifat win.
Pada tahun 2025, Program One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak ini telah mengambil pendekatan baru dimana program dengan pendekatan yang sama telah memberi tumpuan intervensi semua agensi kerajaan ke peringkat mukim supaya lebih berfokus dan dekat dengan rakyat. Pada tahun ini juga, pengisian program telah tertumpu kepada generasi ke-2 dan murid tercicir dari segi aspek pembelajaran. Ianya bagi memastikan kemiskinan sebuah keluarga itu tidak diwarisi dan seterusnya berlaku mobiliti sosial ketingkat yang lebih baik bagi keluarga berkenaan. Untuk itu, pelbagai bantuan telah disediakan meliputi bantuan awal kemasukan persekolahan, bantuan one-off kemasukan ke pusat pengajian tinggi, biasiswa pengajian, bantuan pinjaman pelajaran serta pelbagai lagi bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Antara agensi utama yang menyediakan bantuan pendidikan seperti Yayasan Perak, Majlis Agama Islam Perak, Pasak, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat, bahkan dibawah Pejabat YB Exco Pendidikan dan juga bahagian khidmat pengurusan. Tadi kita mendengar jawapan yang berkaitan dengan murid keciciran yang telah dijelaskan oleh YB Exco Pendidikan juga berkaitan dengan bagaimana kita melakukan usaha-usaha untuk menoktahkan kemiskinan.
Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman semua, Kerajaan Negeri juga turut memberi penekanan kepada program peningkatan pendapatan melalui bantuan peralatan perniagaan dan program pemadanan pekerjaan yang dilihat dapat membantu peserta meningkatkan ekonomi kendiri dan keluarga. Program seumpamanya banyak disediakan oleh agensi-agensi seperti bantuan peralatan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), geran gerak melalui Usahawan Negeri Perak (STeP), bantuan peralatan Biznita melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (SPW), padanan pekerjaan melalui Pusat Aspirasi Anak Perak dan sebagainya untuk memastikan pendapatan golongan ini dapat dipertingkatkan dan selain itu, bantuan bulanan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Seketeriat Wanita dan Masyarakat Negeri Perak masih diteruskan kepada kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan.
Secara keseluruhannya, jentera kerajaan samada agensi-agensi Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan di negeri Perak akan terus menggiatkan usaha bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Jawatankuasa taskforce kemiskinan juga telahpun diwujudkan di peringkat daerah dan negeri sejak tahun 2024 yang telah dianggotai oleh agensi-agensi yang berkepentingan telah pun mengadakan mesyuarat secara berkala bulanan agar data KIR miskin dan miskin tegar sentiasa dikemaskini supaya usaha secara sinergi dapat digembleng secara bersama agar hasrat Perak Sejahtera 2030 dapat dirasai oleh rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Ayer Kuning juga bertanyakan berkenaan adakah usaha kerajaan ini menemui kejayaan? Ya. Untuk makluman Yang Berhormat usaha membasmi kemiskinan ini adalah usaha yang tiada noktah. Yang Berhormat, kalau saya nak cakap adakah ia mencapai kejayaan dari segi perubahan data saya akan berikan di sini. Untuk pembasmian kemiskinan adalah usaha yang dilakukan secara berterusan kerana ia tiada noktahnya dan di dalam dewan ini pelbagai langkah dan pendekatan yang diambil negeri iaitu telah berjaya menoktahkan kemiskinan tegar seramai 9686 ketua isi rumah KIR dengan pecahan seramai 8986 KIR pada tahun 2024 dan 700 KIR sehingga 3 September 2025 dan menjadikan angka 0 ketua isi rumah miskin tegar di negeri Perak dan selain itu, sehingga 3 September 2025, kita juga telah berjaya mengeluarkan seramai 5719 KIR dari status ketua isi rumah miskin menjadikan angka terkini KIR miskin di Negeri Perak adalah sebanyak 2064 KIR iaitu berlaku penurunan sebanyak 73.6%. Jadi atas usaha-usaha yang berterusan ini, saya ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas usaha-usaha yang berterusan dilakukan oleh agensi-agensi pelaksana, agensi-agensi yang mengambil tindakan untuk utamanya diperingkat ketua-ketua kampung, penghulu-penghulu mukim dan pentadbiran daerah dan sewajarnya kita memberikan kredit kepada mereka kerana usaha ini dilakukan secara berterusan tanpa hentinya dan dari segi usaha-usaha yang kita lakukan ini yang mungkin kadangkala orang melihat dan memandang sinis.
Adakah itu hanya sekadar retorik tetapi yakin dan percayalah ia bukan sekadar angka, tetapi adalah satu tindakan kolektif yang dilakukan bersama bagi memastikan angka ini turun dan benar-benar dirasai oleh rakyat di negeri Perak dan soalan yang terakhir, adakah usaha-usaha yang dilakukan ini, rakyat di Dun Ayer Kuning mendapat manafaat, jawapan saya dah tentulah. Dalam flagship keenam kita menyatakan bahawa kita nak memastikan usaha menoktahkan kemiskinan ini tiada pihak yang terpinggir. Mana-mana individu yang terpinggir termasuklah di dalam Dun Ayer Kuning ataupun mana-mana Dun yang berada di dalam Negeri Perak. Itu sahaja, terima kasih.
Ayer Kuning.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco di atas ucapan tahniah tadi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco yang telah memberikan penjelasan dengan begitu jelas, baik dan teliti diatas usaha-usaha untuk menoktahkan kemiskinan di dalam negeri Perak. Insha Allah. Jadi soalan tambahan saya, adakah atau apakah pendekatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memperkasakan ibu bapa yang, ibu bapa bagi memastikan kitaran kemiskinan itu tidak diwarisi atau berterusan kepada generasi-generasi yang seterusnya. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan yang diberikan oleh Ayer Kuning. Dato’ Yang di-Pertua, menjawab isu yang dibangkitkan oleh Dun Ayer Kuning seperti yang saya sebut tadi ialah isu menoktahkan kemiskinan, tiada noktahnya. Usaha-usaha yang berterusan dilakukan oleh kerajaan negeri dan kita akan fokus kepada dua kelompok iaitu ketua isi rumah dan ahli isi rumah. Di mana soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning itu berkaitan dengan ketua isi rumah iaitu ibu bapa. Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kita dapat mengekang berkaitan dengan kemiskinan ini tidak diwarisi kepada anak-anak?
Yang pertamanya, kita juga kena faham bahawa usaha menoktahkan kemiskinan ini kepada kumpulan miskin tegar yang mana pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan mereka di bawah RM1084.00 bagi negeri Perak secara puratanya dan mereka juga bukan sahaja terkesan dari segi untuk mendapatkan akses ataupun mendapatkan keperluan-keperluan asas dari segi makanan, soal Pendidikan, soal kesihatan. Sebab itu tadi atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco Pendidikan ada dinyatakan berkaitan dengan apa dapatan yang menyebabkan berlaku keciciran itu ialah antaranya berkaitan dengan soal kemiskinan, soal kesihatan dan juga bagaimana ekonomi ini juga mengganggu untuk mereka dapat keluar daripada kelompok kemiskinan ini.etapi apa juga asasnya, saya percaya bahawa pendidikan ialah merupakan kunci utama bagi memastikan kelompok masyarakat dapat keluar ataupun mobiliti sosial mereka dapat ditingkatkan. Jadi atas faktor itu, beberapa usaha kita lakukan termasuk dari segi program-program pembudayaan, pemberdayaan dan pengupayaan kita tengok mana-mana sama ada di bawah portfolio saya ataupun mana-mana Exco yang berkaitan.
Soal pemberdayaan, pengupayaan ialah berkait rapat untuk memastikan rakyat di Perak ini dapat di sejahterakan. Rakyat itu merujuk kepada sudah tentulah ibu bapa, ketua isi rumah yang terkesan. Jadi dari segi tindakan-tindakan itu, ia antara usaha yang saya telahpun menjawab dalam jawapan saya yang pertama tadi berkaitan soal pengupayaan, kita ada banyak program-program pengupayaan seperti contoh berkaitan dengan bagaimana kita empower mereka berkaitan dengan peningkatan ekonomi. Kita bagi mereka peluang dalam bentuk keusahawanan dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak yang baru-baru ini telah memberi tumpuan kepada program keusahawanan asnaf, golongan asnaf melalui Program Proper A dan Upaya dengan memperuntukkan RM5.5 juta untuk program-program keusahawanan dan hasil daripada dapatan itu, 60 orang peserta tersebut telahpun menunjukkan perubahan dari segi sosial mereka, mobiliti sosial mereka apabila mereka telah dapat menjana pendapatan dari skill yang telah diberikan melalui program MAIPk tersebut dan kita juga memberi fokus dari segi bagaimana anak-anak perlu diberikan akses yang terbaik kepada soal pendidikan.
Jadi kefahaman ibu bapa parenting keibubapaan kita tekankan dan dalam Program One Stop Centre kita masukkan elemen-elemen ini yang mana kita ada model intervensi, modul intervensi utama kita iaitu kita menyusun empat modul yang teras di bawah One Stop Center iaitu modul keibubapaan, membimbing ibu bapa dengan kemahiran asuhan, pengurusan keluarga dan literasi kewangan, modul kerohanian, memperkukuhkan nilai moral, akhlak dan jati diri sebagai asas kesejahteraan keluarga, modul pendidikan memastikan anak-anak isi rumah mendapat akses pendidikan formal, bimbingan akademik dan latihan kemahiran serta mendedahkan mereka tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan juga modul kesihatan. Memberi pendedahan kepada penjagaan kesihatan fizikal dan mental, pemakanan sihat dan seimbang serta sokongan psiko-sosial pengurusan stress dan emosi kepada kumpulan sasar dan kolaborasi bersama antara agensi-agensi dilakukan bagi menjayakan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Ayer Kuning, sebentar tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Memandangkan tak ada soalan, maka tamatlah sesi soalan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Saya menjemput sesi dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat seterusnya.
Rang Undang-undang Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Perak 2025)Bill
Perkara yang keempat, Rang Undang-undang Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Perak 2025).
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah rang undang-undang yang bernama, "Suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan kawalan sekolah agama islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya dibaca bagi kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak sejahtera 2030. Auzubillah Syaitonirrojim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ala sayyidil mursalin wa imam muttaqin wa ala alihi wa ahlil bait wasahbihi Ajmain. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan puan, saudara saudari yang dihormati sekalian. Izinkan saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan memetik firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy-Syura ayat 38 yang bermaksud, "Dan orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang menyahut seruan Tuhannya, mendirikan solat dan urusan mereka diputuskan dengan bermesyuarah sesama mereka. Ayat ini dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya musyawarah atau syura sebagai asas dalam pengurusan umat dan inilah juga asas kepada pembentukan sesuatu undang-undang, yakni berpandukan prinsip syariat, kebijaksanaan akal serta pertimbangan maslahah untuk rakyat. Maka saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana sesi perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama (Perak) 2025 semalam telah berlangsung dengan semangat musyawarah yang begitu konstruktif terbuka dan berteraskan niat ikhlas kita dalam memperkukuhkan institusi pendidikan agama Islam di negeri Perak. Ia mencerminkan kematangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam mengangkat wacana yang besar.
Maknanya, kepada umat Islam di negeri Perak inilah roh syura yang sebenar apabila pandangan yang berbeza dapat disatukan demi maslahah ummah dan kebaikan bersama. Seramai 15 orang wakil rakyat telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang melibatkan kedua-dua pihak di blok kerajaan dan juga di blok pembangkang. Kesemua Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dengan melontarkan hujah-hujah dan pandangan masing-masing mencakupi pelbagai perspektif berhubung rang undang-undang yang telah saya bentangkan. Syukur Alhamdulillah, kesemua pembahas secara umumnya menyokong rang undang-undang ini dengan mengutarakan kupasan dari pelbagai perspektif. Ada yang mengupas rang undang-undang ini dari sudut hukum syarak berdasarkan pandangan para sarjana dan juga ulama muktabar. Begitu juga lontaran pandangan dan pencerahan dengan menghuraikan hujah dari perspektif perundangan sedia ada serta penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan sekolah agama termasuklah institusi agama di kawasan masing-masing. Walaupun terdapat perbezaan pandangan berhubung butiran teknikal dan pelaksanaan, namun asasnya semua pembahas berkongsi hasrat yang sama iaitu memelihara martabat pendidikan Islam dan memperkukuh peranan sekolah agama sebagai medan membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi tujuan sesi penggulungan ini, saya hanya akan memberi maklum balas kepada topik-topik perbahasan yang menjurus atau menyentuh secara langsung kepada ruang lingkup dan kerangka rang undang-undang ini. Saya menekuni beberapa tajuk perbahasan yang membangkitkan isu-isu yang bersifat teknikal khususnya yang berkait dengan soal penafsiran, pelantikan pendaftar dan bidang kuasa pihak berkuasa agama. Yang Berhormat Trong misalnya, membangkitkan soal pendaftaran pengawalan penyeliaan dan pembatalan sekolah-sekolah agama selain menyentuh seksyen-seksyen yang berkaitan perintah penutupan. Yang Berhormat Changkat Jong pula menyentuh mengenai cadangan pemberian tempoh masa secukupnya bagi proses pendaftaran sekolah agama. Begitu juga perkara mengenai tafsiran sekolah dan tafsiran frasa kepentingan umum dalam rang undang-undang ini yang disentuh panjang lebar oleh Yang Berhormat Kubu Gajah.
Tidak ketinggalan, cadangan Yang Berhormat Manjoi mengenai S.O.P bagi pendaftaran untuk memudahkan pelaksanaan rang undang-undang ini kelak. Perbahasan Yang Berhormat Bota pula ada menekankan istilah kawalan dalam Rang Undang-Undang ini yang boleh memberi tafsiran atau konotasi negatif. Saya amat berterima kasih dan menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perkara-perkara ini kerana ia menunjukkan kesungguhan semua pihak untuk memastikan undang-undang yang kita gubal ini benar-benar jelas berkesan dan menepati tujuan asalnya. Hal-hal sebegini adalah lumrah dalam mana-mana penggubalan undang-undang baru kerana setiap butiran memerlukan penjelasan agar tidak menimbulkan keraguan pada peringkat pelaksanaan kelak.
Bagaimanapun, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang yang Insha Allah, akan kita luluskan sebentar nanti hanyalah kerangka asas. Kaedah-kaedah pelaksanaan Rang Undang-Undang ini kelak akan dirangka oleh pihak berkuasa agama negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Dalam proses menggubal kaedah-kaedah, Jabatan Agama Islam Perak akan mengambil tanggungjawab untuk menyediakan kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 setelah ianya diluluskan. Malah sesi libat urus boleh dibuat bersama stakeholder atau pihak yang berkepentingan seperti Jemaah urusan sekolah wakil guru, wakil pentadbir sekolah. Ahli Yang Berhormat juga boleh dilibatkan dalam sesi libat urus bagi memberi pandangan kaedah atau mekanisma yang sesuai untuk dimasukkan dalam kaedah-kaedah yang digubal bagi memastikan kelancaran pelaksanaan undang-undang. Dalam sesi libat urus tersebut Ahli Yang Berhormat boleh mencadangkan tatacara yang difikirkan sesuai seperti syarat-syarat, tempoh masa, penubuhan dan pendaftaran sekolah termasuklah tindakan menutup sekolah yang melanggar undang-undang termasuklah syarat-syarat yang perlu bagi mengawal sekolah daripada diresap atau terlibat dengan fahaman yang menyeleweng fahaman ataupun akidah. Sebagai contoh kebimbangan Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung proses rayuan bagi mana-mana sekolah yang diarahkan menutup operasi sebenarnya boleh dibincangkan secara khusus dan dimasukkan dalam tatacara kaedah-kaedah tersebut.
Dato' Yang di-Pertua, saya penuh yakin semua Ahli Yang Berhormat sama ada yang membahaskan ataupun tidak, kita semua tidak mempunyai apa-apa rasa syak wasangka terhadap niat murni kerajaan negeri untuk membentangkan rang undang-undang ini. Tiada niat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Rang Undang-Undang ini sebagai senjata atau untuk menekan atau akhirnya menutup sekolah-sekolah agama atas faktor-faktor fahaman politik. Saya memberi jaminan di Dewan yang mulia ini undang-undang ini bukanlah senjata politik tetapi payung perlindungan. Tiada niat untuk kita menutup mana-mana sekolah agama, sebaliknya membuka ruang kepada sekolah-sekolah agama untuk beroperasi dengan lebih diyakini oleh masyarakat kerana wujudnya peruntukan undang-undang yang lebih jelas, adil dan telus.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklum balas mengenai persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kamunting mengenai status Sekolah Agama Bantuan (SABK) sekiranya Rang Undang-Undang ini dilaksanakan kelak. Yang Berhormat Kamunting juga bertanya adakah dengan penguatkuasaan rang undang-undang ini, maka MoU di antara jemaah pengurusan sekolah agama dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan terbatal. Untuk makluman Yang Berhormat penguatkuasaan undang-undang baharu ini tidak akan membatalkan MoU sedia ada yang telah dimeterai di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Pengurus Sekolah. Perlu ditegaskan bahawa Kerajaan Negeri sama sekali tidak akan menganaktirikan sekolah agama yang telah mendaftar sebagai SABK. Memandangkan lembaga pengurus sekolah tetap tertakluk kepada undang- undang ini, Kerajaan Negeri tetap berperanan membantu sekolah dan pelajar dalam aktiviti ko kurikulum di peringkat negeri kelolaan Jabatan Agama Islam Perak mahupun JAKIM.
Tafsiran sekolah dalam Rang Undang-Undang ini tidak termasuk sekolah yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan. SABK adalah sekolah yang ditubuhkan di bawah undang-undang negeri sama ada di bawah Enakmen Kawalan Sekolah Agama Islam 1996 ataupun Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 1992 ataupun sebelumnya. SABK hanya berdaftar sebagai sekolah bantuan kerajaan berdasarkan terma yang terkandung dalam MoU dan bukanlah ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan atau Akta Pendidikan 1996. Berbanding dengan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, sekolah agama tidak termasuk sekolah yang di bawah kawalan Kementerian Pendidikan. Keadaan ini menjadikan SABK tidak dapat dikawal oleh negeri kerana SABK berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan. Inilah antara sebab mengapa tafsiran sekolah ditambah baik dalam Rang Undang-Undang ini bagi memastikan semua sekolah agama termasuk SABK dapat dikawal di bawahnya. Dalam hubungan ini, saya juga terpanggil untuk memberi maklum balas terhadap isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Trong berhubung terdapatnya Sekolah KAFA Integrasi yang diarah tutup dengan alasan kekurangan pelajar.
Untuk maklumat Yang Berhormat Trong, tanggapan bahawa Kerajaan negeri tidak mempertahankan penutupan sekolah berkenaan tak sepatutnya timbul jika kita betul-betul memahami realiti dari sudut bidang kuasa pengoperasian sekolah berkenaan. Pelaksanaan program KAFA di Sekolah Rendah Agama Rakyat tertakluk kepada peraturan yang ditentukan oleh JAKIM dan Enakmen Kawalan Sekolah Agama Islam. Di dalam peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain 2022 JAKIM menyatakan penutupan KAFA dilaksanakan di atas sebab bilangan murid kurang daripada 30 orang. Bidang kuasa kerajaan negeri hanya meliputi soal pendaftaran. Dalam kes penutupan sekolah terbabit, kerajaan negeri tidak pernah membatalkan pendaftarannya. Sebaliknya, ia diberi status penutupan sementara, manakala guru lantikan JAKIM dan pelajar sedia ada dipindahkan ke sekolah berhampiran. Sekiranya bilangan murid meningkat kepada 30 orang, maka lembaga pengarah sekolah boleh memohon untuk mengaktifkan semula operasi sekolah berkenaan. Dalam hal ini, jelas bahawa berlakunya ketidakseragaman dari sudut punca kuasa dalam mengelola operasi sekolah agama. Peraturan operasi ditentukan oleh JAKIM manakala bidang kuasa pendaftaran dilakukan oleh JAIPk. Sebab itulah pentingnya kita menggubal rang undang-undang ini supaya penafsiran bagi premis itu dibuat secara jelas agar sekolah-sekolah agama dapat dikawal selia di bawah undang-undang tersebut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tajuk perbahasan yang menjurus kepada Rang Undang-Undang ini, saya begitu tertarik dengan beberapa perbahasan Ahli Yang Berhormat yang melontarkan syor atau cadangan-cadangan yang sangat bernas. Yang Berhormat Kampong Gajah misalnya, mencadangkan supaya kerajaan menyediakan latihan secara berkala kepada tenaga kerja di sekolah agama. Yang Berhormat Bota dan Kubu Gajah pula menyarankan pembudayaan digitalisasi selain kursus digital kepada kakitangan sekolah agama agar memudahkan proses pendaftaran dan permohonan kemasukan pelajar. Begitu juga syor bernas oleh Yang Berhormat Pasir Panjang supaya diadakan kursus profesional untuk melahirkan guru sekolah agama yang lebih kompeten. Yang Berhormat Manjoi mencadangkan penambahan sekolah agama di kawasan yang padat penduduk serta syor supaya guru dan kakitangan terlatih dilantik bagi menampung kekurangan guru di sekolah agama. Tidak lupa juga mengenai syor Yang Berhormat Behrang dan Ayer Kuning supaya latihan khusus diberikan kepada kakitangan sekolah agama agar ia dapat diurus secara lebih profesional.
Kerajaan Negeri amat menyanjung tinggi cadangan yang dilontarkan ini. Syor-syor ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat sekalian terhadap mutu pendidikan agama di negeri Perak, bahkan ia mencerminkan kesatuan hati kita semua untuk melihat generasi anak-anak kita dibimbing dalam suasana yang lebih tersusun dan berwibawa. Setiap saranan itu akan diperhalusi dengan penuh teliti agar dapat diterjemahkan menjadi dasar dan tindakan yang nyata sama ada dari aspek latihan berkala, peningkatan kemahiran digital, penubuhan sekolah baharu di kawasan yang padat penduduk, mahu pun pemerkasaan guru serta kakitangan dengan ilmu profesional semua itu adalah suara yang akan menjadi panduan dalam merangka hala tuju pendidikan agama Islam di negeri ini. Insha Allah.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya juga tertarik untuk memberi maklum balas mengenai isu paling dominan dalam sesi perbahasan semalam iaitu mengenai isu prasarana sekolah-sekolah agama. Yang Berhormat Ayer Kuning, Pasir Panjang, Selama, Behrang, Bukit Chandan, Alor Pongsu, Pengkalan Baharu. Masing-masing berhujah mengenai isu prasarana yang masih menghimpit perjalanan sekolah-sekolah agama di kawasan masing-masing. Antara perkara yang disentuh termasuklah keadaan bangunan yang uzur, kekurangan bilik darjah yang selesa, kemudahan asas yang tidak mencukupi serta keperluan penyelenggaraan berterusan bagi memastikan sekolah-sekolah agama ini dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, isu kebajikan guru-guru sekolah agama juga banyak disentuh oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat antaranya Yang Berhormat Kubu Gajah, Behrang dan Pasir Panjang mencadangkan supaya elaun guru disemak semula kerana wujud jurang perbandingan dengan negeri lain.
Yang Berhormat Trong pula mengesyorkan agar sekolah agama yang belum mendaftar diberikan insentif khusus supaya mereka membuat pendaftaran. Isu kebajikan guru agama terutamanya guru wanita juga disentuh secara mendalam oleh Yang Berhormat Pasir Panjang. Saya mendengar segala luahan-luahan ini dengan penuh perhatian. Sesungguhnya ia mencerminkan realiti sebenar di lapangan yang perlu kita tangani bersama. Maka sudah tentu ia menuntut komitmen dan tindakan sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas Special Task Force yang dipertanggungjawabkan untuk meneliti secara menyeluruh isu-isu yang telah dibangkitkan khususnya berkaitan prasarana sekolah agama serta kebajikan guru dan kakitangannya. Pasukan khas ini akan dianggotai oleh pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk jabatan kerajaan, agensi berkaitan serta wakil masyarakat bagi memastikan setiap permasalahan dapat dikenalpasti ditangani dan diselesaikan dengan cara yang paling praktikal dan berkesan.
Dalam hubungan ini, Dato’ Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Pongsu yang mempersoalkan komitmen kerajaan negeri dalam membela dan membantu sekolah-sekolah agama di negeri ini.
Dalam perbahasannya, sahabat saya, Yang Berhormat Alor Pongsu mengungkit tentang pemberian RM200,000.00 kepada 9 sekolah persendirian Cina atau sekolah SUWA yang keseluruhannya berjumlah RM1.8 juta dan Yang Berhormat Alor Pongsu kemudiannya melontarkan pertanyaan macam mana pula dengan sekolah-sekolah agama. Saya kena ambil peluang ini untuk memberi penjelasan sebab ia dibangkitkan dalam Dewan.
Dato' Yang di-Pertua, bukan RM1.8 juta. Ada RM1 juta lagi untuk sekolah-sekolah Tamil. Bermakna RM2.8 juta. Saya kena sebut secara terang kepada tuan-tuan dan puan-puan ada RM10.0 juta wang yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri untuk diuruskan oleh Menteri Besar yang jaga portfolio agama untuk tujuan khas pendidikan Islam. Saya mengaku RM1.8 juta diberikan kepada sekolah SUWA. RM1 juta kepada sekolah Tamil, RM10 juta untuk pendidikan khas Islam. Kalau saya tak sebut nanti dilihat macam kerajaan pimpinan saya tak ambil peduli kepada sekolah Islam. Jadi, Dato' Yang di-Pertua minta maaf hanya sekadar untuk menyebutkan ini. Contoh saya nak bagi tahu contoh di Parlimen Bagan Serai misalnya di kawasan Yang Berhormat Alor Pongsu sendiri. Parlimen Bagan Serai telah pun dikeluarkan wang RM800,000.00 untuk bantuan sekolah-sekolah agama dalam Parlimen Bagan Serai, RM800,000.00 Sekolah Rendah Agama Al Hidayah di Lahat Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Menglembu, Sekolah Rendah Agama Rakyat As-Sidiq di Bota. Ketiga-tiganya sebelum ini berdepan masalah kekurangan bilik darjah sehingga ada pelajarnya menelaah pelajaran di bawah khemah. Adakah kerajaan berlepas tangan?
Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah membantu dengan menyalurkan peruntukan hampir RM1 juta kepada setiap sekolah berkenaan bagi pembinaan bangunan baharu dan Alhamdulillah blok baru di ketiga-tiga sekolah ini sudah pun siap dibina. Kalau saya nak baca RM10.0 juta ni esok tak habis lagi.
Boleh celah sikit ke Yang Amat Berhormat sebab sebut nama saya tiga kali tadi. Alhamdulillah, sebenarnya saya ucap terima kasihlah sebab semalam saya sebut. Share the cake. Rasa semua orang dengar dan hansard pun tulis. Share the cake. Takda cerita nak ungkit dia dapat berapa dan sebagainya. Saya lebih suka guna ayat kita berkongsi dan mengikut peratusan penduduknya. Tapi satu masalah yang saya tengok tadi sebab inilah kali pertama saya dengar tentang RM10.0 juta tu. Jadi masalah dia bukan bagi duit, tak bagi duit. Masalah di sini adalah komunikasi. Kita ada masalah besar. Di Putrajaya juga disebut begitu. Bila dasar yang baik dibuat di Putrajaya, bila komunikasi ataupun implementation pelaksanaannya tak kemas tak sampai ke bawah. Kalau peringkat saya pun sebagai Adun ni kali pertama saya dengar RM10.0 juta ni ke saya tak baca buku ke tak baca internet dan sebagainya. Jadi saya rasa kita kena perbetulkan tu sikitlah. Apa pun, terima kasih banyaklah Bagan Serai dapat banyak tu. Jadi let share the cake. Terima kasih.
Takpa lah. Terima kasih. Oleh kerana dibangkitkan di sini, saya pun kena jawab di sini lah ya. Jadi supaya kita semua faham. Jangan ada sesiapa di antara kita ini ruang lingkup di mana kita berbicara berkenaan dengan pendidikan Islam. Jadi sebagai kerajaan dan sebagai orang Islam, saya bertanggungjawab. Baru ni saya pergi ke TLDM. Dilaporkan oleh Panglima TLDM kelas tak cukup ada 1,000 orang anak anak TLDM yang tak bersekolah KAFA. Saya tak boleh tidur. Saya balik cari pegawai saya. Cari duit. Kita nak bantu bina bangunan kelas baru untuk membolehkan 1,000 orang anak TLDM yang tak bersekolah KAFA itu hendaklah bersekolah kerana kita akan wujudkan juga bangunan-bangunan itu. Nak bagi tahu itu komitmen kita. Hanya sekadar nak sebut, sekadar nak sebut sat lagi kata kita tak sebut pulak. Contoh saya kata ya. Daripada RM10.0 juta itu, kita nak agihkan kepada seluruh negeri kecuali yang tak minta. Tak minta tak leh, bagilah. Yang minta. Yang minta pun bukan semua boleh bagi sebab berasaskan juga kepada keadaan peruntukan.
Contoh saya bagi contoh Temenggor, RM303,000.00, Kenering, RM442,000.00, Yang Berhormat Ustaz Husairi. Selama, RM156,000.00 lebih. Batu Kurau, RM202,000.00, Dato'. Bagan Serai, saya sebutkan tadi RM800,000.00 iaitu Alor Pongsu, RM50,000.00, Gunong Semanggol, RM700,000.00, Selingsing, RM45,000.00. Trong, Yang Berhormat, RM259,000.00. Di Padang Rengas ni di Chenderoh ada RM1,243,700.00. Ada satu sekolah agama Nurul Kamaliah namanya. Tiba-tiba tuan punya tanah nak balik tanah dia. Budak-budak bertempiaran lari. Saya tak ada jalan lain. Saya luluskan RM1.0 juta pertama untuk mereka siapkan bangunan baru menggantikan tapak baru hanya sekadar nak bagitahu bahawa itu komitmen yang kita buat kerana kita yakin pendidikan Islam ini baik untuk masyarakat kita. Di Tambun, di Manjoi, Yang Berhormat Manjoi, RM435,590.00. Di Tebing Tinggi, RM1,336,277.00. Bukit Chandan, RM206,254.00. Dato' Yang di-Pertua, kalau saya baca esok tak habis. Hanya sekadar nak gambarkan, ia duit RM10.0 juta itu kena belanja kalau tak belanja ia menunjukkan tak cekapnya kita menguruskan kewangan. Saya belanja dan sudah pun habis diluluskan.
YAB Menteri Besar, saya mencelah sikit ya. Terima kasih. Alor Pongsu dapat RM50,000.00 tapi salah bukan RM50,000.00. Baru-baru ni dapat RM750,000.00. Tepuk la sikit. Banyak tu. Tapi sampai cerucuk dah masuk dalam tanah, saya sembahyang Masjid Matang Jelutong hari-hari. Saya langsung tak diberitahu. Itu yang saya kata komunikasi tadi. Saya rasa tak betul ni. Walaupun saya Adun pembangkang, sekurang-kurangnya saya dimaklumkanlah. Bagi hint…hint kat telinga pun jadilah. Saya sembahyang Masjid Matang Jelutong tu almost every single day. Terima kasih banyak. Bukan RM50,000.00, RM750,000.00 ke RM780,000.00 banyak tu. Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Terima kasihlah sebab menceritakan jumlah sebenar. Saya tunggu juga, minta Dato' Seri scroll semula list tu, ada tak bantuan pada Pasir Panjang? Kalau tidak ada, kami nak mula mohonlah. Terima kasih banyak Dato' Seri.
Kalau saya sebut ni jadi panjang pula senarai saya kena sebut. Dia mesti ada sebab saya tengok tadi, Pangkor saya ada baca tadi. Pasir Panjang, RM80,450.00 Pangkor, YB RM766,155.00 Tak apalah, whatever cuma nak gambarkan bahawa kalau ada tohmahan di mana mana yang sebutkan kononnya kerana saya bagi peruntukan kepada wang SUWA, maka seolah-olah saya telah menganak tirikan orang Islam. It is not true. Sila...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Slim juga tak disebut tadi kita bangun. Untuk maklumat Yang Amat Berhormat, baru-baru ini viral di sekolah KAFA Changkat Sulaiman berkaitan dengan pelajar ambil peperiksaan di bawah khemah kemudian dipindahkan dalam dewan dan kita telah membuat permohonan sebelum ini tapi perubahan peruntukan itu tidak diberikan kepada Adun pembangkang. Maka kita usaha untuk daripada penghulu untuk Yang Berhormat Menteri Besar. Jadi, saya rasa perlu diberi perhatian dan pagi tadi saya tanya lagi guru berkenaan tidak ada apa-apa tindakan dan kita memerlukan kepada bangunan yang baharu kerana pelajar tidak mencukupi kelas.
Yang kedua isu yang sekolah KAFA Trolak Selatan telah lama kita bawa bangunan yang uzur kekudanya pun dah patah dan bangunan itu tidak selamat sebenarnya dan rasanya peruntukan itu kita dah. PLB selepas kita maklum dia turun dah, dah tengok. Tapi sampai hari ini tidak ada apa-apa tindakan dan rasa rasanya perlu kepada perhatian. Terima kasih.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Slim. Slim, RM113,480. Sekolah yang sebutkan itu adalah sekolah yang viral kata ada pelajar mengambil peperiksaan di bawah khemah. Saya dah semak. Rupanya sudah ada permohonan peruntukan kepada KKDW. Jadi saya tak nak nanti kalau saya lulus, jadi dua kali lulus. Saya kata kena check. Kalau KKDW tak lulus, maka kita akan luluskan. Cuma kepada mana-mana permohonan yang belum dapat diluluskan, dia kena mohon balik untuk tahun depan. Tahun ini peruntukan sudah pun habis. Minta maaf, saya tak dapat nak bagi semua sama rata sebab ada sekolah besar dan sekolah kecil. Ada orang mohon awal. Ada mohon kemudian. Jadi, kerana itu kita mengambil kira semua permohonan. Tapi sedaya upaya saya, saya katakan tadi duit RM10 juta itu kita kena belanjakan untuk tujuan itu. Kalau tak cukup duit tahun ni tahun depan YB kena mohon semula. Terima kasih.
MB, cadangan saya oleh kerana kalau kata RM10 juta bahagi dengan kita ada lebih kurang dalam 900 lebih sekolah, institusi pendidikan sekolah agama. Kalau KAFA saja pun 640 lebih. Saya rasa tak cukup. Lebih kurang dapat RM10 ribu sorang kalau bagi sama rata. Cadangan saya tahun depan tambah dua kali ganda lagi peruntukan untuk sekolah-sekolah ini dan satu lagi cadangan untuk peruntukan bagi sekolah-sekolah yang mendaftar. Yang mendaftar kadang-kadang dia ditolak sebab masalah-masalah fizikal tak cukup. Jadi kita ada satu peruntukan untuk membantu dia. Kalau tangga tak cukup kita tambahkan duit untuk tangga. Kalau jambatan tak cukup besar, kita bagi peruntukan untuk jambatan bagi cukup besar supaya dia boleh didaftarkan. Terima kasih.
Sekolah yang tidak berdaftar tu maksudnya? Maksud YB tu sekolah yang tidak mendaftar tapi berusaha untuk mendaftar beberapa kali tapi ditolak permohonan. Rasanya macam tu kot suruh bantu.
Saya pula nak celah tu, sebab apa saya nak bagi teguran sikit ni. Teguran atau cadangan bukan mengungkit YB. Dua sekolah di Dun saya dalam keadaan tak cukup kelas, tak ada bangunan, daif dan sebagainya. Tapi tiba-tiba pihak kerajaan bagi kepada kawasan yang tak ada sekolah. Tak ada murid, tak ada cikgu. Kosong. Depa ni selama ini betul la tak jauh sangat ada sekolah KAFA dekat-dekat dia orang tapi masih kosong. Tak ada cikgu, tak ada murid bagi sampai RM750,000. Bagus, tapi saya rasa yang lebih perlu yang, yang dua ni. Yang budak-budak sembahyang atas tikar getah kat luar sekolah dengan Taman Serai Permai tu, yang duduk tepi jamban. Saya hantar video dekat YB tu. Saya rasa kita utamakan yang itu dulu. Yang sekolah yang kosong ni lebih kita bagi nanti. Terima kasih.
Panjang pulak. Takpe la, yang disebut oleh Alor Pongsu tu, saya sebutkan tadi memang terdapat aduan daripada ramai parents kerana anak dia tidak pergi ke sekolah KAFA. Sebab takda bangunan ataupun takda sekolah KAFA yang berdekatan. Jadi kes itu ada kampung-kampung berdekatan datang jumpa saya minta ditubuhkan sebuah sekolah baru untuk membolehkan anak mereka yang belum pun bersekolah masuk sekolah itu. Jadi, saya pun kena bagi priority. Yang sekolah reput tu sekurang-kurang sekolah dah ada budak pun belajar. Ini sekolah yang budak tak belajar kerana takda sekolah untuk dia masuk. Prioritynya situ. So, Yang Berhormat…
YB saya celah satu lagi, itulah pentingnya komunikasi kita. Kami yang di bawah. Kami boleh tolong bagi input perlu atau tidak. Terima kasih
Baik, yang kedua tadi pasal pendaftaran tadi. Bila kita nak belanjakan duit kerajaan. Pihak pejabat saya terlebih dahulu akan berhubung dengan sekolah berkenaan minta sijil pendaftaran. Sebab kalau tidak ada sijil pendaftaran, kita tak boleh belanjakan duit kerajaan. Sebab itu sijil pendaftaran itu penting. Dato Yang di-Pertua, saya rasa kita dah tersasar jauh ke situ hanya sekadar untuk sekali lagi. Saya nak nak simpulkan semua kita tak kira pembangkang atau kerajaan. To be fair to me, to be fair to the kerajaan. Kita sedaya upaya untuk memberi keadilan kepada semua. Melayu, Cina, India Orang Asli, Orang Punjabi, Orang Siam, orang Melayu, orang Islam dan sebagainya. So, adil ini tak semestinya sama banyak. Adil ni tak semestinya sama banyak. Ada orang kalau isteri lebih kepada satu. Kalau pergi sama banyak wang dia isteri yang besar, perlu duit banyak lagi sebab nak beli baju besar. Dia tak boleh bagi sama banyak. Jadi berasaskan kepada apa yang anda peruntukkan seboleh mungkin kita akan menunaikan permintaan dan kita cuba akan melayani keperluan dan kehendak.
Dato' Yang di-Pertua. Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyatakan sokongan terhadap Rang Undang Undang Kawalan Sekolah Agama Islam (Perak) 2025. Penghargaan juga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Inilah keindahan musyawarah yang sebenar ketika perbezaan pandangan di lontarkan dengan hikmah dan akhirnya dihimpun menjadi mutiara-mutiara berharga yang memperkukuhkan dasar kerajaan. Dengan perbahasan sebegini, saya percaya usaha kita untuk memartabatkan sekolah-sekolah agama akan menjadi lebih gagah lebih tersusun dan lebih dihormati. Insya-Allah. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Demikianlah ucapan penggulungan saya. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. (jawab salam) Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang
Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan Kawalan Sekolah Agama Islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju…). Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.
Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan Kawalan Sekolah Agama Islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali kedua.
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan Kawalan Sekolah Agama Islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya diserahkan kepada Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbang rang undang undang itu dari sefasal ke sefasal.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Ayer Kuning menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bertukar diri menjadi sebuah Jawatankuasa seisi Dewan Negeri untuk menimbang Rang Undang- Undang itu dari sefasal ke sefasal.
___________________________________________________________________
[DEWAN DIRI BERTUKAR MENJADI SEBUAH JAWATANKUASA]
___________________________________________________________________
Fasal 1 dan Fasal 2.
Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 diperintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. (setuju). Dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu di persetujui.
Fasal 3 hingga Fasal 5.
Masalahnya bahawa Fasal 3 hingga Fasal 5 diperintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju). Dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 6 hingga Fasal 10.
Masalahnya bahawa Fasal 6 hingga Fasal 10 diperintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Selinsing. Sila Selinsing.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Selinsing ingin menarik perhatian kepada Fasal No.8, Aturan pertimbangan Ketua Pendaftar. No 8(b).
8(b) ya.
Bagi maksud mempertimbangkan permohonan dibawah Seksyen 7, Ketua Pendaftar hendaklah mengambil kira perkara berikut iaitu (b), sumber kewangan yang mencukupi dan diperoleh secara sah menurut undang-undang bagi tujuan pengurusan dan pembangunan. Baik. Kalau kita lihat kepada Enakmen yang terdahulu 1996, perkara ini dia di bawah Seksyen 7(b), iaitu sumber perkataannya ialah sumber kewangan untuk menyenggarakan sekolah. Cuma yang ini diperbaharui disebut sebagai sumber kewangan yang mencukupi. Jadi, saya ingin menarik perhatian perkataan mencukupi ini ialah pada saya, pada pandangan sayalah dia agak subjektif. Kadang-kadang bila nak mendaftarkan sekolah, kita kata sekolah kata kewangannya mencukupi tapi pihak Ketua Pendaftar kata belum. Jadi ini mungkin menimbulkan satu isulah untuk nak membuat pendaftaran kerana pada saya pendaftaran ini penting sebab macam yang dah disebut oleh yang Amat Berhormat MB tadi pendaftaran itu kena ada bila nak dapatkan peruntukan ataupun bantuan-bantuan lain.
Saya bagi contoh kalau sekolah KAFA yang tadi. Kalau tadi di Alor Pongsu ada di bawah, di bawah dekat dengan jamban. Saya ada juga sebuah di Kuala Gula juga dalam keadaan begitu menumpang di sebuah masjid. Menumpang di sebuah masjid. Kalaulah kita kata nak dapat kewangan yang mencukupi sahih tak cukuplah tu, kan? Dan kalau kita tak terima pendaftaran dia pada ketika itu, maka dia tak akan dapat peruntukan. Dia tak akan dapat perkapita murid. Maka bagaimana kita nak bantu? Betul tak? Jadi saya ingat kalau kita boleh tukar kepada mempunyai sumber kewangan yang sah. Cukup. Tak payah letak mencukupi tu. Ini cadangan sayalah. Mungkin bila nak buat pertimbangan, Ketua Pendaftar boleh letakkan minta untuk mereka letakkan apa perancangan kewangan ataupun projection dia untuk dapatkan kewangan. Kita jangan letak mencukupi tu kalau tidak sampai lambatlah baru dia boleh nak mendaftar tu. Kemudian kalau kita lihat sejarah pun Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ini, bahkan kalau yang hebat macam Maahad Ihya As-Syarif sendiri pun asal mula dengan pondok. Pondok Ar-Rahmaniah ini. Jadi pada ketika itu memang kewangan tak cukup juga.
Jadi sampai satu ketika 1934 kalau tak salah saya baru boleh dapat didirikan madrasah tu. Itu pun dengan bantuan orang ramai termasuklah kalau tak salah saya Permaisuri Negeri Perak pun bagi duit. Jadi kalaulah sampai ke tahap tu baru boleh nak didaftarkan, mungkin satu perkara yang yang agak sukarlah ya. Jadi saya mencadangkanlah supaya perkataan kewangan yang mencukupi itu kita mungkin boleh ubahlah supaya kita patah balik kepada yang lama sumber kewangan yang diperolehi secara sah menurut undang-undang. Itu yang saya cadangkan. Ok, terima kasih.
Terima kasih, Selinsing. Kejap. Ada nak bangkitkan lagi antara Fasal 6 dan Fasal 10 sebab ada yang nak bangkitkan lagi perkara-perkara lain antara Fasal 6 dan Fasal 10 yang lain-lain. Ahli Berhormat yang lain.
Yang lain saya tak ada lah yang tu je.
Tak, tak. Yang lain. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Ada tak yang nak bangkitkan lagi? Ok, sekejap. Yang Amat Berhormat Menteri Besar nak nak dengar satu-satu dulu ke atau nak tanya, jawab. Pasal kita di peringkat jawatankuasa semua dulu, ya. Ok sila, Manong.
Yang Berhormat Dato' Speaker dan seluruh Ahli Dewan Negeri.
Pengerusi. Pengerusi Jawatankuasa.
Pengerusi, maaf. Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin menarik juga tentang Fasal yang ke-6 dan ke-7 iaitu penubuhan dan juga pendaftaran. Kalau kita lihat Enakmen yang lama, hanya ada satu sahaja iaitu pendaftaran. Saya mencadangkan yang pertamanya mengekalkan peranan OBJ di situ tetapi dalam masa yang sama diwujudkan satu saja prosedur iaitu pendaftaran sahaja supaya tidak menambah birokrasi. Kalau tengok di sini di bawah penubuhan mungkin ditolak, mungkin diterima. Satu proses di situ dan di situ mungkin makan telah mengambil masa 3-4 bulan dan sebagainya dan ketika pendaftaran juga mungkin ditolak dan mungkin diterima. Ada satu lagi proses penilaian di situ. Maka di situ di bawah penubuhan dan pendaftaran mungkin birokrasinya agak panjang dan melambatkan proses pendaftaran sesebuah sekolah. Oleh itu, saya mencadangkan penubuhan dan pendaftaran hanya satu sahaja seperti yang asal tetapi dikekalkan peranan OBJ sebagai untuk mendapat maklum balas dan juga sokongan. Itu sahaja, pengerusi.
Terima Kasih. Ada lagi yang nak bangkitkan? Kalau tak ada, saya minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab ataupun kalau Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam peringkat jawatankuasa ini di bawah Undang-Undang Tubuh Fasal 48(1) dan fasal 48(2) kalau nak jemput ada pegawai yang untuk menjawab dari segi teknikal, teknikaliti pun boleh ikut Undang-Undang Tubuh.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, seperti saya sebutkan dalam ucapan penggulungan tadi yang kita bahaskan semalam, yang kita putuskan hari ini adalah kerangka dasar kepada RUU ini tentang pelaksanaan dia. Contoh kata Yang Berhormat Selinsing saya nak letak berapa duit itu kena dibincang dalam Jawatankuasa Pelaksana. Kalau kita mentioned dia kata RM1 juta, RM1 juta sekarang mungkin besar tapi akan datang jadi kecil. Sebab itu tiap-tiap kali nak tukar kena bawa ke Dewan. Jadi hat tentang itu akan dibincangkan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana ya tapi kita kekalkan syarat supaya sumber kewangan yang mencukupi. Mencukupi ini pun subjektif. Ada sekolah kecil RM 100,000 cukup. Sekolah besar RM700,000. So, sebab itu dia kena dibincangkan ditetapkan dalam Jawatankuasa Pelaksana. Bukan diputuskan di sini. Kita hanya dasar bersetuju. Ada duitlah nak buat itu. Jadi pendaftar ada duit ke, ada duit ke ustaz nak buat ni? Dia kata ada. Berapa cukup tak cukup itu diputuskan oleh Jawatankuasa pelaksana sebab kalau nak dibahaskan, bahas ni panjang.
Ada orang faham itu ada orang faham macam ni. Termasuk juga tadi Perkara 6 tadi kita dah bersetuju bahawa mana-mana orang yang berhasrat menubuhkan sekolah hendaklah mendapatkan maklum balas daripada Orang Besar Jajahan dan pengesahan daripada Pegawai Tadbir Agama sebelum mengemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar dan jika berpuas hati dengan permohonan tersebut, Ketua Pendaftar boleh memberi kebenaran untuk sekolah berkenaan ditubuhkan dengan syarat dan dengan syarat yang ditetapkan. Jadi maksud dia Yang Berhormat, dia kalau kita baca sekaligus ni gambarannya seolah-olah ada beberapa layer. Kena pergi jumpa OBJ, pastu keluar pejabat OBJ pergi jumpa pejabat PTA. Bukan macam tu. Kita antara contoh pelaksanaan kita akan buat dasar permohonan, e-permohonan. Contoh dia sekarang dah pakai digital kan? Kita pun cadang pakai digital mohon secara online. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh OBJ sebagai wakil Sultan dalam daerah masing-masing. Masa mesyuarat itulah One Stop Centre jadi PTA pun ada dalam Jawatankuasa itu. Satu ketika itu diluluskan. One Stop Centre. Bukan berkali-kali. Jadi kita tak perlu bimbang tentang beberapa layer sebab sekali saja. Dipengerusikan oleh OBJ. Ok.
Terima kasih Menteri Besar. Ada lagi? Ok. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju. Sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 11 hingga Fasal 16, 15.
Masalahnya bahawa Fasal 11 hingga Fasal 15 di perintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan di jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 16 dan Fasal 17.
Masalahnya bahawa Fasal 16 dan Fasal 17 di perintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan di jemput ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju dan tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju. Maka usul itu dipersetujui.
Fasal 18 hingga Fasal 21.
Masalahnya bahawa Fasal 18 hingga Fasal 21 di perintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan di jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 22 hingga Fasal 30.
Masalahnya bahawa Fasal 22 hingga Fasal 30 di perintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan di jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan kawalan sekolah Agama Islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan pada Dewan dengan serta-merta.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan kawalan sekolah Agama Islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini, dimaklumkan kepada Dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
___________________________________________________________________
[JAWATANKUASA BERSIDANG SEBAGAI DEWAN NEGERI SEMULA]
___________________________________________________________________
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan kawalan sekolah Agama Islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya telahpun dipertimbangkan dari se fasal ke se fasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan kawalan Sekolah Agama Islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya. Dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan kawalan sekolah Agama Islam di negeri Perak dan perkara lain yang berkaitan dengannya dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis, 11hb September 2025 jam 9.00 pagi. Terima kasih.