Perak · 11 September 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 162 turns · 14,869 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 11 September 2025 jam 9.03 minit pagi dengan urusan Perkara Yang Pertama iaitu Bacaan Doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, Pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekelian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, ingin saya ingatkan sekali lagi, dipohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat untuk mendaftar kehadiran dengan mengimbas kod QR yang berada di atas meja masing-masing.

Perkara yang kedua, berkenaan dengan sesi soalan lisan. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama 90 minit. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Seperti biasa, kelazimannya ada soalan-soalan yang melibatkan perkara- perkara topik yang popular dan sebagainya. Maka tertakluk kepada keputusan Speaker dan saya akan rujuk kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau pun Exco. Kita tambahlah lagi satu soalan ke, kalau topik itu topik yang…topik umum. Topik popular umum.

Perkara yang ketiga berkenaan dengan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Akhir sekali, suka untuk saya menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat, setelah selesai persidangan pada hari ini, satu sesi libat urus, engagement session berkaitan Akta Perkhidmatan Parlimen (Parliamentary Services Act) dengan izin akan diadakan pada pukul 2.30 petang di Dewan Serbaguna. Sesi tersebut akan disampaikan oleh Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara Yang Ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekali lagi tempoh masa untuk sesi lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, soalan tambahan dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan nombor soalan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pantai Remis bertanyakan soalan berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ke-13 dan manfaatnya kepada negeri Perak. Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang turut menyentuh secara langsung lima projek berimpak tinggi di negeri Perak ketika beliau membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada 31 Julai yang lalu.

Lima projek ialah yang pertama, Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian ataupun Kerian Integrated Green Industrial Park ringkasnya KIGIP iaitu kawasan industri di Wilayah Utara yang berfokus kepada tenaga boleh diperbaharui dan industri rendah karbon. Yang kedua ialah projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi, Automotive High-Tech Valley di Tanjong Malim yang dirancang sebagai hub automotif negara dengan penumpuan terhadap kenderaan elektrik yang menarik pelaburan asing berskala besar. Ketiga ialah Bandar Perindustrian Maritim Lumut atau LuMIC iaitu Kompleks Perindustrian Maritim yang akan merangkumi pembangunan Terminal Pengecasan Semula Ketiga (RGT3) dengan memberi tumpuan kepada kesinambungan bekalan tenaga kepada industri selain mendokong kekuatan sektor logistik maritim negara pada masa hadapan. Yang keempat, Taman Perindustrian Halal Perak atau Perak Halal Industrial Park yang menumpukan kepada usaha memperkukuh rantaian bekalan makanan serta memperluaskan pasaran global bagi produk halal negeri Perak.

Turut disentuh ialah pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) yang akan menonjolkan keupayaan Perak sebagai peneraju industri mineral negara selain memperkuatkan ekosistem dan rantaian nilai industri mineral strategik. Pengumuman kelima-lima projek berkepentingan negeri ini memberi signifikan yang sangat besar kepada negeri Perak kerana menggambarkan kesediaan serta kesungguhan Kerajaan Persekutuan meletakkan projek-projek berkenaan sebagai antara keutamaan untuk dilaksanakan dalam RMK13. Pengumuman itu juga menjadi cerminan bagaimana Gagasan Malaysia Madani dapat dijayakan seiring dengan pelaksanaan agenda yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Pantai Remis turut membangkitkan persoalan mengenai impak pelaksanaan kelima-lima projek berimpak tinggi itu kepada negeri Perak.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kelima-lima projek tersebut dijangka akan menghadirkan limpahan manafaat kepada rakyat dan negeri Perak. Di antaranya yang pertama Perak akan menjadi radar pelaburan negara. Pengumuman projek-projek mega ini telah meletakkan Perak sebagai salah satu destinasi utama pelaburan dalam negara, Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV), Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) serta Taman Perindustrian Halal dan KIGIP menjadi bukti bahawa Perak kini dipandang serius oleh pelabur-pelabur asing dan juga pelabur-pelabur tempatan. Sokongan rasmi Kerajaan Persekutuan melalui RMK-13 menambahkan lagi keyakinan pelabur bahawa projek ini mempunyai jaminan dasar serta kesinambungan politik. Kemasukan pelaburan berskala berbilion ringgit ini akan merancakkan keyakinan pasaran terhadap negeri Perak sebagai negeri yang stabil, berdaya saing dan juga strategik. Yang kedua peluang pekerjaan dan pembangunan insan. Projek-projek ini diunjur mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Lebih penting, ia bukan sekadar pekerjaan biasa tetapi pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang automotif elektrik, teknologi hijau, logistik maritim, halal dan nadir bumi. Hal ini menuntut peningkatan kapasiti tenaga kerja melalui pembangunan TVET, latihan teknikal serta kewujudan pusat kemahiran baharu. Maka rakyat negeri Perak khususnya golongan belia akan menikmati manafaat pembangunan insan yang lebih luas sejajar dengan hasrat menjadikan Perak sebagai koridor TVET negara. Ketiga pengukuhan ekonomi negeri, projek-projek mega ini dijangka akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan negeri yang berkelangsungan dengan limpahan pelaburan dan rantaian bekalan industri sektor PKS akan turut berkembang. Ekonomi negeri tidak lagi hanya bergantung kepada sektor konvensional semata-mata sebaliknya dipelbagaikan kepada industri masa depan seperti EV, tenaga boleh diperbaharui, halal dan sumber mineral strategik. Keadaan ini akan menjadikan Perak lebih berdaya tahan menghadapi cabaran ekonomi global. Yang keempat, kepesatan infrastruktur industri dan rakyat selain membina infrastruktur industri seperti pelabuhan, terminal gas dan taman perindustrian, projek ini juga mencetuskan ekosistem baharu yang lebih menyeluruh.

Kita akan melihat kemunculan pusat penyelidikan dan pembangunan R&D, bandar pintar yang berintegrasi dengan teknologi hijau serta kemudahan awam moden yang meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini bermakna bukan sahaja industri yang berkembang tetapi juga taraf hidup rakyat akan lebih baik dengan akses kepada kemudahan asas, mobiliti dan persekitaran yang mampan. Kelima, kedudukan strategik Perak dalam geopolitik ekonomi. Pembangunan industri nadir bumi (REE) serta hak tenaga dan maritim menjadikan perak pemain penting dalam geopolitik ekonomi global. Unsur nadir bumi adalah komponen kritikal dalam penghasilan bateri, panel solar dan peralatan elektronik manakala RGT di Lumut mengukuhkan jaminan tenaga negara. Kedudukan strategik ini meletakkan Perak pada peta dunia sebagai negeri yang bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi domestik tetapi juga penting kepada kestabilan rantaian bekalan global.

Dato' Yang di-Pertua, kesimpulannya kelima-lima projek berimpak tinggi ini bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi merupakan lonjakan strategik yang akan mengubah wajah ekonomi Perak secara menyeluruh. Ia memperkukuh pelaburan, mencipta peluang pekerjaan, memajukan pembangunan insan, mengukuhkan ekonomi, mempercepatkan infrastruktur serta menempatkan Perak dalam kedudukan strategik di peringkat nasional dan juga global. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Yang Amat Berhormat tentang dalam pelaksanaan RMK-13 ini, Perak akan menikmati manfaat besar seperti pembangunan ekonomi hijau biru, peluang pekerjaan dan juga peningkatan infrastruktur yang seperti yang dikata tadi. Jadi dengan pelaksanaan ini kita selalu menghadapi dengan pelbagai cabaran seperti proses kelulusan yang perlahan mungkin pertindihan kuasa di antara agensi dan juga kekangan peruntukan dan kekurangan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi. Jadi dalam peringkat sini bagaimanakah kerajaan akan adakan satu mekanisme untuk kita betul-betul untuk menangani isu-isu ini supaya dapat kita melaksanakan dengan semua projek ini berkesan supaya rakyat dapat melihat perkembangan hasil yang betul-betul mereka dapat merasai. Seandainya kita hanya berkata kita ada beberapa projek yang besar tetapi bagaimana mereka boleh merasai tentang hasil-hasil yang kita bertungkus lumus untuk menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang lebih maju pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima Kasih Yang Berhormat Pantai Remis. Apabila kita membangunkan negeri dengan projek-projek yang diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan, saya akui apa yang dibimbangi oleh Yang Berhormat ialah jika tidak berlaku penyelarasan atau pun saling berlumba antara satu sama lain Kerana kelima-limanya akan mengejar masa dan masing-masing ingin mencapai KPI. Jadi oleh itu penyelarasan akan dibuat oleh UPEN. Contoh macam pembangunan LuMIC kita ada dua layer. Satu jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh MB, yang kedua jawatankuasa pelaksana yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri. So, dalam mesyuarat-mesyuarat ini kita seboleh mungkin menggunakan sistem (OSC) One Stop Centre supaya semua agensi dan jabatan yang terlibat dapat duduk semeja kita akan cuba meminimakan perbezaan dan pada waktu yang sama kita nak supaya terdapat integrasi integrated di antara jabatan agensi supaya pertama kita dapat berkongsi idea, berkongsi sumber manusia, juga berkongsi bantuan kewangan jika ianya datang daripada Kerajaan Persekutuan.

Di Persekutuan pun ada federal agency dia ada kementerian-kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Ekonomi, MITI. Kementerian-kementerian ini ada peruntukan dan semuanya hendaklah kita selaraskan melalui satu jawatankuasa pelaksana supaya yang kita buat ini akan memberi manafaat yang besar kepada rakyat Negeri Perak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sungai Manik.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kepada Yang Amat Berhormat terima kasih di atas penjelasan tentang 5 projek besar yang berimpak tinggi. Apa yang saya ingin tanya adalah berkaitan dengan kesediaan penawaran melibatkan peluang pekerjaan dan juga modal insan. Sebab kebanyakan projek-projek ini adalah projek-projek yang berteknologi tinggi. Sudah tentu kita memerlukan pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran cukup. Sebab kita tak mahu nanti alasan yang diberikan oleh semua pelabur-pelabur ini sebab tidak ada rakyat negeri Perak ini yang menepati kehendak mereka, mereka terpaksa import pekerja daripada negara mereka sendiri. Jadi yang ini saya rasa perlu diberi penekanan. Berdasarkan taklimat yang diberikan oleh PKNP baru ni tentang LuMIC agak… agak… agak menakutkan jugalah sebab kalau mengikut rancangan mereka dua tahun lagi benda nak take off. Adakah kita dah ready dengan program-program, dengan PASAK. Saya rasa PASAK sendiri pun tak mampu untuk menyelaraskan semua program TVET. Kita kena manfaatkan semua agensi atau pun penyedia-penyedia TVET di negeri Perak ni untuk melihat sesuai dengan lima projek berimpak tinggi ni. Yang keduanya berkaitan dengan nadir bumi ni. Perak dah initiate agak lama dah. Tapi sebabkan dasar pusat yang tak memberi kesempatan pada kita untuk peringkat awal ini nak adakan proses hiliran di sini mungkin ia akan mengambil masa yang panjang. Jadi apakah tindakan lanjut yang kerajaan negeri buat untuk memastikan nadir bumi yang kita dah terokai awal daripada negeri lain ini dapat dijayakan. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri juga menyedari kebimbangan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Manik jika sekiranya peluang pekerjaan yang begitu besar ini tak dapat dipenuhi oleh sumber manusia daripada rakyat negeri Perak. Kerana itu, tahun ini tahun 2025 ini tahun kempen TVET. Saya berterima kasih kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan agensi-agensi berkaitan kerana kita turun padang. Kali ini kita berkempen bukan sahaja kepada pelajar sekolah tetapi juga kepada guru-guru dan juga kepada parents supaya mindset yang selama ini merasakan bahawa Sijil TVET ini adalah second class certificate dapat diubah. Jadi supaya puluhan ribu pelajar-pelajar yang dapat straight A's yang dapat masuk universiti atau tak dapat masuk university. Yang tak dapat masuk universiti ini mereka ada peluang untuk masuk mana-mana Kolej IPT yang menyediakan program TVET.

Di negeri Perak ni kita ada 100 buah IPT, daripada 100 buah itu 62 buah menyediakan program TVET. Ia termasuklah Kolej Komuniti, termasuklah Giat MARA, termasuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA, termasuk Universiti UniKL. Ada 62 buah dan kita memang berkempen berhabis-habisan sekarang untuk memaklumkan kepada orang ramai terutama belia negeri Perak, peluang untuk belia Perak memilih program TVET. Waktu yang sama kita juga berkomunikasi, berkolaborasi dengan penyedia program

TVET ini supaya mereka menyediakan subjek yang bersesuaian dengan tawaran pekerjaan. Contoh bila kita kata di Tanjong Malim, kita ada AHTV berkaitan dengan keperluan untuk ada Sijil TVET yang berkaitan dengan automotif. Jadi kita bincang dengan Kolej Politeknik Behrang, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang supaya mereka dapat menyediakan program yang bersesuaian. Kita bincang dengan UniKL supaya dapat menyediakan program TVET yang bersesuaian dengan program berkaitan dengan keperluan menyediakan sumber manusia dalam bidang maritim. Kita bincang dengan ADTEC Taiping supaya mereka juga dapat menyesuaikan programnya yang menyediakan peluang pekerjaan, peluang pembangunan modal insan kepada orang yang berminat dalam bidang elektrik dan elektronik kerana keperluan di KIGIP ialah dalam bidang itu.

Jadi terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik. Kita memang all out sekarang ini kerana kita pun tak nak pelabur-pelabur akan memperlekehkan usaha yang kita buat ini. Insha Allah kita akan cuba sedaya upaya. Saya mengaku Yang Berhormat sebut tadi kita ada dua projek besar-besaran yang kita kena all out untuk menyediakan pekerja-pekerja yang ada kemahiran welding kerana RGT3 yang dibangunkan oleh Petronas Gas di LuMIC 2, dia nak start bulan Februari tahun depan dia memerlukan 3,000 orang wilders orang yang boleh welding. Sambung daripada itu, jika nanti kerajaan Persekutuan bersetuju dengan satu projek yang juga mega iaitu projek memindahkan air daripada Sungai Perak ke Tasik Merah di Kerian, sekali lagi akan ada keperluan untuk mencari orang yang berkemahiran untuk welding sebab nak membina terowong air. Jadi maknanya kita faham maksud itu dan kita bukan setakat bercerita tentang peluang tapi kita all out supaya orang Perak mengambil peluang di atas program TVET yang sedang kita buat dan kita namakan dalam salah satu daripada agenda Pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Perak sebagai Koridor TVET Malaysia.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, disebutkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning tadi berkaitan dengan sungai sorry-sorry minta maaf, Sungai Manik tadi perkara yang dibangkitkan itu berkaitan dengan nadir bumi. Saya baca surat khabar semalam, Yang Berhormat Menteri telah menjawab di Dewan Negara memaklumkan bahawa SOP telah pun di luluskan 2003. Tapi oleh kerana Kerajaan Persekutuan membuat keputusan tak boleh export raw mentah, so kita kena membuat persiapan untuk terlibat secara langsung. Pertama, industri huluan iaitu industri untuk mengekstrak internet tersebut. Yang kedua industri pertengahan iaitu industri yang melibatkan kemahiran untuk separate mengasingkan nadir bumi itu dan yang ketiga ialah industri yang berkaitan dengan industri hiliran iaitu end product.

Jadi kerana itu Yang Berhormat kita sudah pun ada perancangan yang kita dah buat, kita dah collaborate dengan sebuah syarikat yang ada kepakaran tempatan yang sedang membuktikan bahawa dia mampu untuk mengasingkan nadir bumi itu dan kita sedang berkolaborasi dengan pelabur-pelabur daripada Jepun dan Korea yang ada kemahiran untuk menyiapkan atau pun mengeluarkan menghasilkan end product seperti bateri EV dan sebagainya. Jadi, magnet dan sebagainya. Jadi, kita sedang bekerja keras ke arah itu apatah lagi bila Kerajaan Persekutuan pula sekarang ini telah memberi laluan kepada negeri Perak, kalau dahulu beri kepada perak kepercayaan untuk sebagai pilot projek untuk mengekstrak nadir bumi di luar hutan simpan tapi bila federal buat keputusan now boleh ekstrak dari dalam hutan Simpan kira Perak juga diberi kepercayaan untuk membuktikan bahawa kita ada SOP bagi kita boleh mengeluarkan juga land tanah itu daripada hutan simpan. Jadi Dato' Yang di-Pertua, insha Allah kita akan cuba sedaya upaya untuk menjadi negeri yang menerajui atau pun memimpin dalam industri NREE ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ya terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Menteri Besar, topik ini nampaknya dia cukup diminati ramai. Saya tengok Yang Berhormat Tronoh dah bangkit daripada lama tadi. Boleh kita terima satu soalan tambahan lagi? Ok sila Yang Berhormat Tronoh.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Dato Speaker minta dua boleh tak? Lepas Tronoh bagi saya pula nanti. Urgent...

Yang di-Pertua

Nanti saya tengok nanti. Yang Berhormat Tronoh dulu. Saya kena minta kebenaran daripada Menteri Besar dulu. Dia yang nak jawab. Ok Tronoh.

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua dan juga Yang Amat Berhormat memberi ruang untuk Tronoh membangkitkan soalan tambahan. Jadi apa yang ingin saya tanyakan kepada Yang Amat Berhormat adalah berkenaan dengan apakah perkembangan Ipoh Central sehingga hari ini kerana saya percaya ini merupakan salah satu projek yang sedang dinanti-nantikan oleh rakyat Perak. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Seperti yang kita maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun datang ke Ipoh dua minggu yang lepas untuk meluncurkan projek besar yang dibangunkan oleh MRCB iaitu Ipoh Central. Sepertimana kita ketahui, syarikat yang sama telah juga membangunkan Penang Central, membangunkan KL Central dan PJ Central. Jadi mereka telah diberi, mereka telah memenangi tender untuk menjayakan projek Ipoh Central. Bila projek Ipoh Central ini dapat dijayakan seperti yang kita maklum kawasan yang berkaitan itu kawasan yang akan dibangunkan sejajar dengan MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) sebagai smart city sebagai smart city. Dia akan menghubungkan rangkaian pengangkutan di antara kereta api dengan kenderaan darat dan pelbagai. Jadi untuk soalan tadi apa statusnya, statusnya sekarang telahpun dilancarkan dan kalau ikut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia nak tengok siap sebelum tahun depan dia datang balik dalam tempoh setahun dia nak lihat apa yang dijanjikan itu dapat dijayakan. Jadi saya percaya dengan track record syarikat yang berkaitan insha Allah Ipoh Central akan menjadi kenyataan.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya rasa cukup sampai situ sahaja.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Satu je. Ada soalan bencana sikit penting…

Yang di-Pertua

Takpa takpa takpa. Yang Berhormat sila. Ini masa soalan, bukan masa bahas, tapi, tapi saya nak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sebab itu kita dalam proses berterusan untuk buat reformasi Dewan. Salah satu reformasinya ialah kita perkasakan Jawatankuasa Pilihan Khas. Yang keduanya, petang ini kita ada penerangan lagi daripada Parlimen berkaitan dengan Parliament Service Act dan kita juga berhasrat untuk memperkenalkan seperti di Parlimen, Kamar Khas, Special Chamber. Jadi bila kita ada, kita perkenalkan di Kamar Khas soalan-soalan khusus Yang Berhormat, kita yang sebegini rupa, yang saya percaya, memang Yang Berhormat Yang Berhormat semua memang begitu teruja untuk bertanya mengenai performance dengan izin, pihak Kerajaan Negeri dan juga prospek-prospek yang ada dengan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan kita boleh kemukakan, bukan saja dalam Dewan ini, dalam chamber ini, tetapi juga dalam Kamar Khas nanti yang mana ianya juga sebahagian daripada Dewan. Terima kasih.

Jadi saya terus kepada soalan yang kedua. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kepayang untuk mengemukakan nombor soalan. Silakan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHKepayang

Salam Malaysia Madani Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Exco.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Kerajaan Madani, Salam Kemerdekaan Madani, Rakyat Disantuni dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berterima kasih kepada Kepayang yang juga Menteri KPKT yang hadir pada pagi ini bersama-sama juga sebagai Ahli Parlimen di Teluk Intan yang ambil berat berkenaan dengan beberapa perkembangan kemajuan negeri Perak. Terima kasih Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat Kepayang, perjanjian konsesi bagi pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway ataupun WISE dengan izin telah ditandatangani pada 5 September 2024 setahun yang lepas. Walaubagaimanapun, pembinaan lebuh raya WISE ini yang akan dilaksanakan secara penswastaan, Public Private Partnership (PPP) dengan izin hanya akan dimulakan setelah pihak syarikat konsesi mematuhi condition precedent ataupun CP bagi memenuhi syarat-syarat perjanjian konsesi yang akan dimuktamadkan pada tahun 2026 tahun depan. Untuk makluman, 8 daripada 11 seksyen Lebuh Raya Barat ataupun WCE (West Coast Expressway) seksyen yang telah dibuka yang mana keseluruhan jajaran lebuh raya ini di negeri Perak telah beroperasi sepenuhnya. Makna daripada mula dia masuk sempadan Selangor masuk ke Perak sampailah ke Tol Changkat Jering itu semua telah beroperasi dan dibuka dengan rasminya.

Pembinaan Lebuh Raya WISE dan WCE yang dibina sebagai laluan alternatif ke jajaran Terowong Menora dijangka dapat mengurangkan kesesakan Lebuh Raya Utara Selatan yang boleh merangsangkan pelancongan dan juga nilai hartanah di bandar serta sepanjang jajaran Lebuh Raya WISE dan WCE. Manakala jajaran di negeri Perak bermula di Jalan Persekutuan FT 005 berdekatan Jambatan Sungai Bernam di Hulu Melintang dan berakhir di Plaza Tol Changkat Jering, Lebuh Raya Plus Utara Selatan. Lebuh raya ini menghubungkan sistem pengangkutan secara terus dengan lebuh raya lain seperti SKVE (South Klang Valley Expressway), KESAS ataupun Lebuh Raya Selatan Shah Alam, Lebuh Raya Persekutuan, Grand Sepadu NKVE, New Klang Valley Expressway, Latar, Kuala Lumpur, Kuala Selangor Expressway dan juga PLUS. Jajaran di negeri Perak meliputi Seksyen 8, 9, 10 dan 11 telah siap sepenuhnya pada Mac 2024 tahun lepas.

Kerajaan Negeri telah menubuhkan jawatankuasa pertumbuhan ekonomi di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pesisiran Pantai, Pantai Barat dan dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Perak. Fokus utama jawatankuasa ini yang bersidang secara berkala setiap tahun adalah untuk memantau pertumbuhan ekonomi di sepanjang jajaran Lebuh Raya WCE dari dalam negeri Perak meliputi jajaran sepanjang 139.2 km yang dilaksanakan secara penswastaan di bawah syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Berhad (WCESB) dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya. Makna Jabatan Kerja Raya Negeri Perak menyelia kerja-kerja yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi. Terdapat cadangan pembangunan yang telahpun dan sedang dan akan dilaksanakan khususnya melibatkan lima daerah yang menerima kesan langsung daripada projek Lebuh Raya WCE ini iaitu Daerah Bagan Datuk di Hilir Perak, di kawasan YB Kepayang sebagai Menteri Besar di Teluk Intan, kawasan dia pun terlibat. Daerah Perak Tengah, Daerah Manjung serta Daerah Larut, Matang dan Selama. Makna ada empat lima daerah yang terlibat itu.

Dengan pembinaan Lebuh Raya WCE juga diyakini dapat impak dan potensi pertumbuhan sosioekonomi yang amat besar dan positif di sepanjang jajaran WCE. Menghubungkan daripada Gopeng sampai ke Manong di Kuala Kangsar. Impaknya besar terutamanya melibatkan kepelbagaian aktiviti ekonomi yang akan dirancakkan melalui penyediaan akses ini khususnya melibatkan perkhidmatan logistik dan penghantaran perusahaan-perusahaan kecil serta menggiatkan pemasaran produk-produk agriculture dan juga perikanan termasuk juga la hub halal di Lekir, Manjung. Peningkatan sektor ekonomi dan juga kebolehcapaian akses laluan ini seterusnya akan mencetus kepada pertumbuhan bandar-bandar baru di bawah kerajaan KPKT juga. Lebuh Raya WCE ini juga akan berperanan sebagai pemangkin untuk merancakkan ekonomi-ekonomi pelancongan di negeri Perak. Insha Allah. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Kepayang, sila.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHKepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan yang komprehensif. Dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar pagi ini, 5 projek mega bakal dibangunkan di negeri tercinta ini. Tambahan lagi dengan pelaburan strategik dua lebuh raya penting iaitu WISE dan juga WCE. Soalannya apakah langkah-langkah proaktif yang akan diambil oleh UPEN dan juga SEDC untuk meningkatkan pelaburan dalam negeri khususnya membantu pertumbuhan SME PKS dalam negeri Perak supaya bakat talent anak Perak selepas mereka menerima ijazah graduan akan kembali bekerja dalam negeri kita yang tercinta ini. Ini adalah satu wawasan yang memerlukan dedikasi penting pucuk pimpinan Kerajaan Negeri dan sudah tentunya Kerajaan Persekutuan akan sentiasa berdiri teguh bersama dengan Kerajaan Negeri untuk pastikan Perak kembali gemilang, terbilang dan cemerlang.

Soal saya, apakah langkah proaktif yang bakal diambil oleh UPEN dan juga SEDC mencari peluang meningkatkan pelaburan sepanjang jajaran WISE dan WCE, 2 pelaburan strategik penting untuk pertumbuhan ekonomi negeri? Terima kasih.

Ya terima kasih kepada Kepayang. Sudah tentulah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan PKNPk dan juga UPEN sendiri untuk memastikan sepanjang jajaran bukan hanya highway yang akan dibina di antara Gopeng dan Manong itu, tapi yang sedia ada WCE dan juga di PLUS. Beberapa program-program tertentu misalannya menghubungkan di antara Hutan Melintang sampai ke Changkat Jering itu kita ada program LuMIC ataupun satu mega projek LuMIC yang akan mendapat manafaat sepenuhnya dengan adanya WCE hari ini. Yang itu yang telah pun berjalan dan sedang berjalan, insha Allah. Misalannya juga perjalanan di antara Bagan Datuk dapat dikurangkan kalau dia sampai ke Sejagop itu dikurangkan lebih kurang 40 minit. Kalau dulunya makan masa lama, tapi dengan adanya ganjaran itu memberikan rangsangan kepada perusahaan-pengurusan ekonomi di sepanjang bukan hanya di Bagan Datuk tapi sampailah ke ke Sejagop itu sendiri.

Yang keduanya kita rasakan bahawa dengan adanya WCE nanti atau West Ipoh SPAN Expressway WISE ini, dia akan merancakkan bukan hanya mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dialami sekarang di Menora, tetapi dia akan merancakkan juga industri-industri pengangkutan dan juga industri-industri kurier ini. Jadi kita rasakan bahawa ini termasuk dalam lingkungan agenda yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Pembangunan WCE itu sendiri. Saya merasakan bahawa jika sekiranya berbagai lagi perjalanan tu dapat dipertingkatkan dan dikenakan, maka ia akan merancakkan lagi bangunan-bangunan mega projek yang disebutkan tadi. Bukan hanya di AHTV tapi juga di KIGIP dan juga menjadikan jalanan untuk perjalanan air besok daripada Lenggong sampailah ke Bukit Merah itu dapat dirancakkan semula. Misalannya Kerajaan Negeri telahpun merekodkan kepada Kementerian Kewangan satu cadangan Highway Dual Carriageway daripada AHTV sampailah ke Manjung iaitu adalah yang telahpun dicadangkan oleh kerajaan negeri dan direkodkan di Kementerian Kementerian Kewangan. Jadi, saya rasakan program untuk merancakkan kegiatan ekonomi di sepanjang jajaran WISE dan WCE sedang diperhalusi dan dilaksanakan berperingkat-peringkat dan terus dibincangkan. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pengerusi, Pengerusi Alor Pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Lubok Merbau, sila.

Manong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Lubok Merbau, sila.

Apakah status terkini tentang pengambilan tanah dalam pembinaan lebuhraya WISE khususnya di Daerah Kuala Kangsar. Sebab saya sentiasa didatangi oleh rakyat tempatan penduduk tentang bertanyakan tentang isu pengambilan tanah mereka? Sekian terima kasih.

Saya kurang jelas soalan daripada Lubok Merbau tadi.

Isu pengambilan tanah tentang pembinaan lebuhraya WISE. Isu terkini macam mana? Dah dah tetap ke atau masih lagi belum ada kata putus.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco on mic.

Yang masih lagi isu berkenaan dengan hak milik tanah persendirian dan sebagainya. Masih dalam proses dibincangkan secara muktamad. Belum lagi disempurnakan keseluruhan isu tanah di sepanjang jajaran WISE itu sendiri. Jadi, pihak PTG sendiri sedang berusaha dengan beberapa pejabat-pejabat daerah di setiap daerah kawasan situ untuk memastikan bahawa dipercepatkan sebagaimana diarahkan oleh Kementerian…Kementerian Persekutuan supaya dapat kita laksanakan secepat mungkin. Jadi, masalah itu masih lagi berpanjangan tapi bukan menyeluruhnya di penghujung-penghujungnya. Insha Allah.

Tambahan Timbalan Speaker

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Speaker satu dari Alor Pongsu, Speaker

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Tadi, Pasir Panjang dua kali.

Timbalan Yang di-Pertua

Manong dulu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Boleh Alor Pongsu ya, satu tambahan ya.

Timbalan Yang di-Pertua

Manong…Manong, 10 saat sahaja, sila yang soalan berkaitankan?

Ya Terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Exco berkaitan dengan Lebuh Raya WISE yang difahamkan sepanjang 61 km dari Gopeng sampailah kepada Kuala Kangsar dan sudah pastilah lebuh raya yang sepanjang itu melibatkan kawasan yang luas melibatkan bentuk muka bumi dan topografi yang pelbagai dan difahamkan terdapat pengambilan tanah sebanyak 1600 lot tanah akan diambil untuk menjayakan projek WISE ini dan soalan saya sudah pasti akan berlaku kesan impak terhadap alam sekitar dari sudut tarahan bukit, kestabilan lereng, kemudian kesan kepada habitat flora dan fauna hakisan mungkin berlaku. So, soalan saya apakah hasil analisa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dan juga langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan ataupun bagi mengatasi kesan-kesan terhadap impak alam sekitar yang saya sebutkan tadi? So, apakah hasil kajian dan juga analisa impak sosial yang telah dibuat oleh pihak kerajaan terhadap lebuhraya ini? Wallahualam. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Manong sudah tentulah pembinaan WISE ini memenuhi segala syarat-syarat yang dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Tapi kondisi-kondisi yang lain juga dipenuhi. Oleh kerana kita merasakan laluan dari Gopeng ke Manong tidak memerlukan mana-mana gerakan untuk mengubah apa-apa sahaja di jajaran tersebut. Berbeza dengan pembinaan Lebuhraya Utara Selatan, mereka mencungkil gunung-ganang tersebut semasa pembinaan dahulu. Tapi WISE ini tidak berhadapan dengan suasana sedemikian. Jadi kita memenuhi segala syarat-syarat dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga jabatan-jabatan yang lain termasuk LLM dan KKR sendiri. Jadi, untuk itu, kita tidak akan mengurangkan kesan kepada impak kepada ekosistem itu sendiri iaitu akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama dengan agensi-agensi di Persekutuan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco, Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Bismillahhirrohmannirrohim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Hari ini sidang hari ketiga Pengkalan Hulu soalan nombor tiga. Terima kasih.

Terima kasih. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sebelum saya dapat menjawab soalan ini daripada Pengkalan dulu ingin saya membangkitkan Perintah Tetap 26 (4).

Timbalan Yang di-Pertua

Exco Sila baca.

Seseorang ahli tidak boleh bertanya lebih daripada tiga soalan bagi jawapan lisan dan tidak lebih daripada lima soalan bagi jawapan bertulis dalam mana-mana Mesyuarat Dewan Negeri dan saya hanya minta direktif sebelum saya teruskan dengannya. Jawapan, di sini Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan pertama bagaimana Kerajaan Negeri memastikan penyertaan belia dalam industri TVET menjelang projek berimpak tinggi seperti AHTV dan SVTV. Soalan pertama. Soalan kedua, adakah Kerajaan Negeri mempunyai statistik belia berhijrah ke negeri lain untuk mendapat peluang pekerjaan? Dua soalan berbeza. Ketiga, apakah insentif atau skim pembiayaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan belia menceburi bidang TVET yang sejajar dengan keperluan tenaga kerja bagi projek berimpak tinggi AHTV dan SVTV? Keempat, bagaimanakah Kerajaan Negeri bekerjasama dengan industri automatif dan teknologi hijau untuk merangka kurikulum TVET yang relevan agar graduan belia dapat terus diserap bekerja sebaik sahaja projek AHTV dan SVTV beroperasi? Soalan adalah soalan baik demi kepentingan awam tetapi mengikut saya tidak mematuhi Perintah Tetap 26 (4). Jadi saya pun satu direktif dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Pandangan saya, sebab sini ada empat soalan. So, pandangan saya boleh Exco boleh menjawab dalam secara bertulis, boleh.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput...

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, kalau dia kata boleh ada empat soalan berbeza, jawab satu sudahlah. Baik bagi jawapan pada soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua

Tak boleh YB, sebab Perintah Tetap 26 (4). Sila baca dulu. Seterusnya saya menjemput. Ya YB

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ya…Ya saya sikitlah Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Exco. Dalam soalan yang saya hantar, bukannya ada empat soalanlah. Kalau ikut dua soalan yang asas sepertimana yang diminta dalam sistem. Jadi Yang Berhormat Exco boleh pilih untuk menjawab dua soalan yang asas tadi tu Yang Berhormat Exco bacakan tadi. Yang ketiga yang keempat tu sebab yang pertama, yang kedua adalah tajuk. Ada dua soalan yang diajukan kepada Yang Berhormat Exco dan Yang Berhormat Exco jangan risau saya bukan saya takkan bertanya untuk soalan tambahan soalan yang bukan-bukan. Saya akan tanya berdasarkan apa yang ada dalam Buku Koridor TVET Malaysia dan juga Koridor TVET Negeri Perak. Itu sahaja daripada saya dan saya mohon untuk Yang Berhormat Exco jawab jugaklah soalan bagi pihak kami di pihak pembangkang. Terima kasih.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Timbalan Yang di-Pertua, kalau kita nak tegas, kalau kita tanya soalan

Timbalan Yang di-Pertua

Tadi, tadi saya sudah buat kesimpulan Exco boleh menjawab dalam secara bertulis, boleh Exco. Ok terima kasih saya teruskan (gangguan) yang lain semua duduk, saya sudah buat kesimpulan tadi. Kalau tak faham Perintah Tetap sila baca dulu ok. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Bercham untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ya, Selamat pagi. Soalan saya nombor 4. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan daripada YB Bercham. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan Bercham ingin saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah pimpinan Ahli Dewan Negeri Kepayang sebenarnya melalui Bank Simpanan Nasional BSN ada menawarkan Skim Pembiayaan Kampung Baru Cina, PKBC dan di bawah Skim PKBC sebenarnya terdapat dua jenis. Yang pertama adalah skim Pinjaman Mikro Kewangan dan yang kedua adalah Skim Pinjaman Mikro Kewangan Plus. Untuk makluman semua, Skim Pinjaman Mikro Kewangan sebenarnya menawarkan pinjaman sebanyak RM5 ribu hingga RM100 ribu kepada peniaga-peniaga yang datang daripada Kampung Baru Cina dan sebagainya. Tempoh pinjaman adalah dari enam (6) bulan hingga tujuh (7) tahun dan jenis sektor perniagaan yang dirangkumi termasuklah peruncitan, pemborongan, pembuatan dan perkhidmatan.

Selain itu, bagi peniaga-peniaga yang mempunyai track record dengan izin atau rekod pembayaran balik yang baik. Untuk Skim Pinjaman Mikro Kewangan, mereka sebenarnya layak untuk mohon lagi tapi mohon di bawah Skim Pinjaman Mikro Kewangan Plus dengan pinjaman sehingga maksimum RM150 ribu dan untuk soalan kedua, sebenarnya ini agak tersasar daripada portfolio yang dipegang pejabat saya namun, saya akan mencuba sedaya upaya untuk menjawab. Di peringkat Persekutuan, KPKT adalah bersedia untuk membantu entiti agensi dan NGO yang berkaitan untuk melaksanakan program-program pembangunan sosioekonomi yang merangkumi dan boleh membantu sektor perniagaan, bidang kebudayaan dan juga pelancongan di Kampung Baru. Sebenarnya pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan seperti penganjuran festival budaya, promosi produk komuniti serta latihan teknikal dan keusahawanan bagi meningkatkan nilai tambah ataupun added value dengan izin produk pelancongan. Langkah ini sebenarnya bukan sahaja merancakkan ekonomi setempat, malah turut memperkukuhkan identiti budaya Kampung Baru sebagai destinasi yang unik kepada pelancong tempatan dan juga pelancong antarabangsa.

Untuk pihak Kerajaan Negeri pejabat saya juga telah memanfaatkan dana di bawah portfolio heavy iaitu Hal Ehwal bukan Islam untuk membantu JPKK yang sedia ada untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang berkaitan dengan Kampung Baru. Contohnya, pejabat saya telah menyumbang dana untuk menjayakan Raintree Art Market di Taiping pada tahun 2023 dan tahun 2024 untuk membantu Taiping dalam menarik pelancong untuk melawat Perak pada tahun-tahun yang sebelumnya dan untuk soalan ke 3, sebenarnya apakah bakti-bakti Kampung Baru Cina kepada negeri Perak sejak kerajaan memimpin sebenarnya sejak kerajaan memimpin kita, pejabat saya telah melaksanakan dua inisiatif iaitu Program Pemerkasaan Kampung Baru Cina dan juga Ekspo Kampung Baru Cina Negeri Perak 2025 pada tahun ini dan kedua-dua inisiatif ini sebenarnya kita jalankan bersama dengan komuniti-komuniti setempat di mana kita gunakan pendekatan dari bawah ke atas bottom up dan juga berteraskan konsep place making dengan izin iaitu kita cuba sedaya-upaya untuk menghidupkan semula ruang komuniti yang ada. Konsepnya adalah bahawa kerajaan hanya menyediakan platform. Kerajaan hanya menyediakan sumber tetapi komuniti setempat seperti NGO seperti entiti yang didominasi oleh rakyat setempat, diorang akan menjanakan identiti budaya, sejarah, kraf tradisi, industri baru dan juga merancakkan pelancongan untuk memastikan ekonomi di negeri Perak ini kita dapat di rancakkan sekali gus.

Untuk makluman, Program Pemerkasaan Kampung Baru Cina sebenarnya telah mewujudkan satu platform yang cukup kukuh untuk memacu pembangunan holistik di Kampung Baru dan pihak-pihak yang berjaya memperoleh dana sedemikian pada tahun ini adalah Persatuan Rimba Kuala Sepetang Taiping Perak, Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Timur JPKK Liman Kati, JPKK Matang, JPKK Bercham dan juga JPKK Menglembu. Dana ini sebenarnya merangkumi festival kebudayaan, acara larian, projek mural dan pelbagai inisiatif pelancongan yang meningkatkan keterangkuman sosial, merancakkan pelancongan mikro dan juga menyediakan peluang pekerjaan. Inisiatif kedua yang dilaksanakan pejabat saya adalah Ekspo Kampung Baru Cina Negeri Perak 2025 yang berlangsung dari 6 Jun hingga 8 Jun 2025 yang lalu di mana kita berjaya menarik melebihi 10 ribu pengunjung dan ini ekspo ini sebenarnya berfungsi sebagai satu platform dinamik yang mempamerkan daya saing dan identiti unik Kampung Baru Cina secara komprehensif dan sebenarnya pelaksanaan ekspo ini telah menonjolkan aspek keusahawanan tempatan hasil perniagaan, produk industri kecil yang inovatif serta berfungsi untuk mempromosikan warisan kebudayaan dan sejarah yang menjadi jati diri masyarakat Kampung Baru. Pada masa yang sama, penganjuran ekspo ini juga telah berjaya mengukuhkan keyakinan komuniti khususnya golongan muda.

Bila saya sebut golongan muda, maksudnya golongan muda tidak kira kaum tidak kira agama tidak kira bangsa di mana potensi ekonomi Kampung Baru Cina telah di dorong dan dirancakkan. Sebenarnya ini akan mendorong lebih ramai anak muda tidak kira kaum untuk balik ke kampung untuk berkecimpung dalam ekonomi Kampung Baru Cina dan ekspo sebegini pun tunjukkan soft power dengan izin Negeri Perak. Apabila penggiat pengusaha dan JPKK berganding bahu untuk mempamerkan seni, budaya, sejarah dan kisah setempat, ini tentu akan menyemai minat orang ramai khususnya anak muda untuk turut terlibat dalam usaha-usaha sedemikian untuk mengekalkan identiti masyarakat majmuk Perak kerana kepelbagaian bukan sahaja merupakan tonggak kita sebenarnya pun merupakan salah satu nadi ekonomi Negeri Perak. Kesimpulannya, sejak Kerajaan Perpaduan memimpin sebenarnya bakti-bakti Kampung Baru Cina kepada negeri Perak adalah amat nyata sekali khususnya melalui modal kerjasama antara kerajaan dengan rakyat setempat yang berfokuskan place making dan pendekatan bottom up iaitu dari bawah ke atas, bukannya pihak atasan yang turunkan arahan sahaja. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Bercham sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih diucapkan kepada pihak Exco yang menjelaskan begitu komprehensif dan padat dan soalan tambahan saya adalah di mana Kampung Baru Cina ini dari segi Kerajaan Persekutuan telah menerima banyak bantuan daripada terutama sekali daripada Kementerian KPKT dan juga kepada Kerajaan Negeri dan soalan tambahan saya adalah tentang kalau kita lihat kejayaan yang dicapai oleh Ekspo Kampung Baru Cina yang lalu Jun lepas di jalankan di PALOH 101 di Ipoh. Kita nampak begitu banyak pengunjung-pengunjung serta pengusaha yang muda yang tak tampil untuk menjayakan proses ini sehingga Jalan Sultan Iskandar pun sudah sesak. Jadi adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan ekspo sedemikian untuk menjadi sebagai satu acara tahunan untuk mencungkil lebih banyak pengusaha ataupun pengamal kebudayaan ataupun peniaga-peniaga yang berpotensi untuk di Kampung Baru ini di Perak. Sekian, terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Soalan tambahan daripada YB Bercham. Terlebih dahulu ingin saya ketengahkan di sini. Sebenarnya Kerajaan Persekutuan di bawah Pentadbiran PMX ataupun Kerajaan Negeri di bawah Pentadbiran Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Sebenarnya kita adalah satu kerajaan yang membantu semua. Bukan sahaja Kampung Baru Cina dapat limpahan kampung tradisi Kampung India semua pun dapat limpahan dan yang kedua sama ada ekspo sebegini akan diteruskan. Sebenarnya seperti apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Sungai Manik kalau tak silap saya semalam, di mana acara besar-besaran sedemikian yang berperingkat negeri sebenarnya adalah memanfaat kepada usaha untuk merancakkan ekonomi ataupun pelancongan setempat negeri Perak. Dan itu sebab saya rasa ekspo sedemikian haruslah. Soalan teknikal.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya nampak kerusi kosong yang menjawab sahaja tak nampak YB yang nampak…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Nampak…nampak. Saya rasa saya sambung sahaja berkaitan dengan apa yang disarankan Yang Berhormat Sungai Manik kalau tak silap saya semalam. Di mana Perak memang memerlukan acara besar-besaran untuk kita tarik pelancong tempatan dan juga pelancong antarabangsa dan saya rasa Ekspo Kampung Baru Cina sedemikian yang bukan sahaja menarik kedatangan ataupun kehadiran komuniti Cina sahaja tetapi komuniti pelbagai kaum. Saya rasa Kerajaan Negeri wajib meneruskan acara sedemikian agar memastikan negeri Perak dari bulan Januari sehinggalah bulan Disember, kita sentiasa ada acara besar sedemikian untuk memastikan pelancong itu bila dia orang nak datang dari KL bukan sahaja pergi Penang dan drop by di Ipoh sahaja. Kita nak pastikan mereka kekal di Ipoh. Kita nak pastikan mereka bermalam di Ipoh. Kita nak pastikan mereka belanja di negeri Perak dan itu jawapan daripada saya. Sekian terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Astaka.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Banyak kali bangun dah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Alor Pongsu sila.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok, terima kasih YB Timbalan Speaker. Terima kasih YB Exco ya. 3 tahun dah saya dengar pasal apa Kampung Baru ni. YB Exco Kampung Baru ya. Ada dua tiga benda yang hebatlah dari segi pembangunannya, dari segi perniagaannya, saya respect yang itulah. Kalau dapat buat kat Kampung Baru orang Melayu pun pun cantik tu. Kita lantik Exco baru satu. Ok soalan saya you banyak cerita tentang perniagaan, keuntungan pesta dan sebagainya. Fun fun. Jarang saya dengar tentang daripada Exco Kampung Baru tentang program TVET di Kampung Baru. Soalannya kenapa tak buat dan adakah Exco sedar? Adakah MB sedar? Adakah Menteri Kepayang sedar? 10 September 2025, kerajaan hentikan pembiayaan PTPK ribuan pelajar B40 TVET menderita. Kalau TVET menderita Perak Sejahtera akan menderita. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan daripada Alor Pongsu walaupun tidak berkaitan dengan soalan asal tapi Timbalan Speaker saya akan cuba jawab. Bila kita sembang bola sepak, dia pula sebut bola keranjang tetapi sebenarnya untuk untuk satu kerajaan yang berfungsi baik, setiap orang ada peranan masing-masing itu sebab Exco masing-masing jaga portfolio yang berlainan. Bukan saja Exco Kampung Baru Cina kena bertanggungjawab terhadap TVET terhadap kampung tradisi terjhadap ini dan itu. Itu sebab kita sebagai wakil rakyat, kita kena ada common sense untuk memahami setiap Exco ada peranan masing-masing. Tapi saya menghargai apa yang disarankan oleh YB Alor Pongsu dan saya akan sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bertanggungjawab terhadap perihal TVET. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Kampong Gajah. Soalan nombor 3.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Selamat Pagi, salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kampong Gajah di atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini keluasan kawasan perikanan yang telah diwartakan di negeri Perak adalah lebih kurang 724 hektar. Melalui pewartaan Zon Industri Akuakultur Taman Kekal Pengeluaran Makanan ZIATKPM yang khusus bagi aktiviti tekanan darat seperti ternakan ikan dan juga udang. Pewartaan ini merupakan langkah strategik untuk memastikan pengeluaran akuakultur secara besar-besaran terkawal dan juga mampan. Bagi memperluaskan lagi kawasan perikanan yang diwartakan, kerajaan negeri bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak telah mengenalpasti kawasan pesisir pantai antaranya di Lekir seluas kira-kira 2,000 hektar yang akan diwartakan sebagai ZIATKPM bagi aktiviti ternakan kerang.

Selain itu, kawasan lain seperti di Bagan Datuk, Kerian dan Larut Matang turut sedang dalam peringkat perancangan pewartaan khususnya bagi ternakan kerang dengan tujuan meningkatkan pendapatan nelayan membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan miskin tegar, miskin dan B40 serta mewujudkan peluang pekerjaan baru untuk rakyat. Selain Zon Industri Akuakultur, kawasan perikanan di Perak juga melibatkan Zon Tangkapan Laut yang diurus berdasarkan dasar perikanan negara. Antaranya ialah Zon Konservasi dari 0 hingga 1 batu nautika yang dikhususkan untuk aktiviti akuakultur marin. Pemuliharaan habitat serta nelayan kecil-kecilan. Zon A satu hingga lapan batu nautika Zon B 8 hingga 15 batu nautika dan Zon C sehingga ke Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) pula dikhususkan aktiviti penangkapan ikan mengikut kapasiti vesel nelayan.

Bagi perikanan darat, negeri Perak mempunyai kelebihan dengan kewujudan kawasan bekas lombong, sungai, tasik dan kolam yang diuruskan sebagai sumber penting ternakan dan juga tangkapan. Malah, perancangan pewartaan tambahan di kawasan bekas lombong sedang dipertimbangkan kerana potensinya yang besar dalam menyumbang kepada pengeluaran ikan air tawar. Seiring dengan itu, Kerajaan Negeri juga memberi penekanan terhadap kelestarian ekosistem dan biodiversiti akuatik melalui pembangunan kawasan perlindungan dan pembiakan seperti Santuari Akekchep di Sungai Tiang, Royal Belum yang menjadi habitat sebagai spesies ikan air tawar termasuk spesies yang terancam serta Santuari Ikan Kelisa Emas di Tasik Bukit Merah, Kerian yang berfungsi sebagai pusat pembiakan semulajadi. Beberapa lagi santuari turut sedang dalam pembangunan. Antaranya Santuari D'kayuh di Kampung Tonggang, Kinta serta Santuari Gamat Emas di Teluk Ketapang yang dirancang sebagai Pusat Perlindungan Marin dan Air Tawar. Pembangunan ini bukan sahaja bertujuan melindungi ekosistem semula jadi, melabur potensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi setempat melalui aktiviti pelancongan berasaskan alam semula jadi. Usaha ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri dan Persekutuan memperkukuhkan agenda ekonomi biru yang menekankan pengurusan lestari sumber laut dan perairan negara. Santuari yang diwujudkan berperanan bukan sekadar pusat pemuliharaan, tetapi juga menjadi tarikan pelancongan berimpak tinggi yang mampu menjana pendapatan baru kepada rakyat khususnya komuniti nelayan, pengusaha pelancongan dan kelompok B40 di kawasan yang terlibat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua secara keseluruhannya, pembangunan kawasan perikanan dan santuari ikan ini bukan sahaja menyokong pemeliharaan biodiversiti, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi, pemerkasaan komuniti serta pelestarian warisan semulajadi negeri dan juga negara. Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perikanan akan terus komited, memperluas, memperkukuh dan mengurus kawasan perikanan secara berhemah serta lestari demi menjamin kesinambungan sumber perikanan untuk manfaat generasi yang akan datang di samping memperteguh keterjaminan makanan negara. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM melalui Persatuan Nelayan Kawasan di negeri Perak telah mewartakan pelbagai kawasan perikanan di negeri Perak dengan keluasan yang terperinci mengikut mukim dan kawasan masing-masing.

Pertama di bawah Persatuan Nelayan Kawasan Kerian, kawasan-kawasan yang telah diwartakan adalah seperti berikut. Mukim Kuala Kurau seluas 14,560.45, hektar, Mukim Tanjung Piandang seluas 4,080.46 hektar, Mukim Bagan Tiang dengan keluasan 4,432.62 hektar dan Mukim Selinsing yang mencatat keluasan paling besar iaitu 20,140.18 hektar. Kedua di bawah Persatuan Nelayan Kawasan Matang, Mukim Matang telah diwartakan dengan keluasan sebanyak 2,112.61 hektar. Ketiga, bagi Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Tinggi, Mukim Trong mempunyai keluasan diwartakan seluas 8,527.48 hektar manakala Mukim Sungai Tinggi pula mempunyai keluasan sebanyak 12,958.37 hektar. Keempat di bawah Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Utara Mukim Beruas dengan keluasan 19,160 hektar dan Mukim Pengkalan Baru yang lebih luas iaitu 25,640 hektar telah diwartakan sebagai kawasan perikanan. Kelima Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Selatan mengendalikan kawasan yang telah diwartakan termasuk Mukim Lekir seluas 13,730 hektar. Mukim Setiawan yang mempunyai keluasan 33,150 hektar dan Mukim Lumut dengan keluasan 25,120 hektar. Keenam, bagi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor. Kawasan Mukim Pulau Pangkor pula berkeluasan 2200 hektar telah diwartakan. Ketujuh, di bawah Persatuan Nelayan Kawasan Hilir Perak.

Beberapa mukim telah diwartakan dengan keluasan yang berbeza seperti Mukim Rungkup seluas 10,360 hektar mungkin Hutan Melintang dengan keluasan paling besar iaitu 53,742 hektar. Mukim Teluk Baharu seluas 13,383 hektar, Mukim Bagan Datuk seluas 17,848 hektar, Mukim Durian Sebatang dengan keluasan 35,149 hektar dan Mukim Kota Setia seluas 8,848 hektar. Kesemua kawasan ini merangkumi pelbagai kawasan pesisir dan perairan yang telah diwartakan untuk memastikan pengurusan sumber perikanan yang teratur dan lestari. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti nelayan tempatan tetapi juga memastikan kelestarian sumber perikanan demi generasi akan datang di negeri Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Kampung Gajah sila.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Terima kasih YB Exco atas jawapan kepada soalan saya. Saya kesian dekat kawasan sahabat saya daripada Pengkalan Hulu, soalan dia tak dijawab. Kesian dia. Menung dia. Jadi soalan tambahan saya, saya turun di Sungai Galah di Kampong Gajah. Saya ingat saya dah masuk dalam sidang Dewan untuk perwartaan lombong di Sungai Galah. Jadi rata-rata di sana saya difahamkan ada 60 keluarga, 60 nelayan darat yang berlesen. Maknanya kalau satu keluarga ada dua orang anak, ada empat, mana 240 orang akan terkesan apabila hasil daripada nelayan mereka tadi atau carian ikan ni tadi terjejas. Jadi, kita mengharapkan daripada pihak kerajaan kalau dapat pertama, apakah ada perancangan untuk Kerajaan Negeri mewartakan lombong di Sungai Galah ini. Saya fahamkan lebih kurang dalam 500 ekar sebagai kawasan nelayan darat dan kalau ada bilakah ianya akan dilakukan dan kalau tiada apakah, kalau belum lagilah dirancang, apakah jaminan daripada Kerajaan Negeri, lombong-lombong ini tidak diganggu oleh mana-mana pihak sehingga menjejas kepada nasib nelayan nelayan darat yang cari ikan, cari punca pendapatan di lombong-lombong sekian dan cuba mungkin lari sikit daripada perwartaan ini. Saya nak tanya juga pada pihak kerajaan adakah peruntukan atau bantuan untuk menyuci lombong-lombong ni daripada mikrobit iaitu rumpai laut, rumpai lombong, rumpai air ni yang mengganggu pihak nelayan-nelayan ni untuk nak menjala atau sebagainya dalam mencari ikan ni lah, nelayan darat? Terima kasih.

Terima kasih YB Kampong Gajah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Perak sentiasa mengambil kira potensi sumber perikanan darat termasuk kolam dan lombong tinggal khususnya di kawasan Yang Berhormat di Sungai Galah sebagai salah satu langkah memperkukuhkan sekuriti makanan negeri. Buat masa ini, pihak Jabatan Perikanan Negeri Perak bersama pejabat daerah dan agensi yang berkaitan sedang membuat semakan teknikal serta penilaian menyeluruh daripada aspek keselamatan, kesesuaian tapak, termasuk kualiti air dan kapasiti stok ikan. Yang kedua potensi sosioekonomi khususnya dalam menjana pendapatan nelayan darat setempat. Ketiga, impak terhadap alam sekitar dan komuniti sekitar. Hasil pertanian ini akan menjadi asas kepada cadangan mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan nelayan darat yang diiktiraf. Sekiranya semua syarat dipenuhi, insha Allah kertas cadangan akan dibawa ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (MMK) untuk kelulusan pewartaan.

Dari segi jangka masa, Kerajaan Negeri menjangka proses penilaian teknikal dan konsultasi awam ini dapat diselesaikan sebelum keputusan muktamad pewartaan dapat diumumkan. Ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperluaskan kawasan pengeluaran sumber protein tempatan di samping menyediakan peluang ekonomi baru kepada komuniti nelayan darat di sekitar Sungai Galah.

Bagi soalan yang kedua tadi berkaitan dengan pembersihan kolam yang dipenuhi dengan lumut, rumput dan lain-lain. Ini menjadi tanggungjawab kepada JPS untuk melihat kawasan tersebut sama ada boleh dilaksanakan pembersihan di kawasan Sungai Galah ni di kawasan lombong Sungai Galah dan begitu di Kawasan-kawasan yang lain. InsyaAllah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Pantai Remis sila.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih pada Timbalan Yang di-Pertua berkaitan isu tentang perikanan. Bukan sahaja tempat yang diwartakan sebagai tapak perikanan tapi saya nak tanya di sini adalah berkaitan tentang lesen untuk mereka nelayan-nelayan keluar ke laut. Kebelakangan ini kita menghadapi masalah kerana ramai nelayan, lesen bot mereka tidak dapat diperbaharui peratusan. Jadi, saya nak tanya sama ada pihak Kerajaan Negeri akan selaras dengan Jabatan Perikanan Malaysia untuk mempercepatkan proses kerana bagi pihak Jabatan Perikanan Malaysia telah memberi kelonggaran bagi mereka satu tahun untuk renew lesen mereka. Tapi saya juga terima aduan daripada nelayan sehingga kini ramai mereka belum dapat kelulusan lagi. Saya nak tanya jika kita nak beri kelonggaran kepada mereka sama ada kita boleh lagi cepatkan dan kita senangkan proses untuk permohonan itu. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Pantai Remis. Memang jadi dasar Kerajaan Negeri untuk memberikan apa jua bantuan yang diperlukan oleh nelayan dan berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh YB tadi, kita telah kemukakan kepada pihak kementerian supaya melonggarkan apa jua dari segi syarat-syarat teknikal, dari segi syarat-syarat teknikal supaya nelayan-nelayan ini yang gunakan diesel dan sebagainya dapat memperbaharui lesen mereka dan ini di dalam tindakan Jabatan Perikanan dan LKIM sendiri untuk membolehkan nelayan ini mendapat memperbaharui lesen mereka dengan seberapa segera yang boleh insha Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan. Sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Simpang Pulai nombor enam.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, selamat pagi, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Simpang Pulai kerana tanyakan soalan berkenaan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0. Untuk makluman, Yang Berhormat penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 yang bakal diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri melalui LPHP adalah bersifat lebih inklusif serta seiring dengan keperluan semasa untuk dipraktikkan serta dipatuhi oleh pemain industri perumahan di negeri Perak. Jadi dasar ini memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu dengan izin, availability atau ketersediaan, affordability atau kemampuan dan yang ketiga, accessibility atau kebolehcapaian.

Antara perkara yang akan ditambah baik di bawah teras ketersediaan adalah berkaitan penetapan peratusan Rumah Perakku serta kawalan perancangan perumahan bagi sesuatu skim perumahan. Penambahbaikan ini dijangka sedikit sebanyak akan dapat bantu meningkatkan tawaran rumah dan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk dimiliki oleh rakyat negeri Perak. Manakala daripada dari aspek kemampuan pula, Kerajaan Negeri melalui LPHP akan menambahbaik spesifikasi Rumah Perakku supaya harga yang ditawarkan adalah setara dengan spesifikasi yang disediakan. Langkah ini bukan sahaja menjadikan rumah lebih mampu dimiliki oleh rakyat, malah turut memastikan pemaju berupaya melaksanakan pembinaan tanpa menanggung bebanan kos yang berlebihan.

Di bawah teras kebolehcapaian pula, Kerajaan Negeri melalui LPHP memberi penekanan kepada pelbagai aspek kawalan dan pengurusan perumahan seperti pindahmilik rumah kos rendah dan sederhana, kawalan pemilikan Rumah Perakku serta tapisan ke atas permohonan Program Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS) dan juga Program Residensi Rakyat (PRR) yang dulunya dikenali sebagai PPR. Langkah ini bertujuan untuk memastikan proses pemilikan atau penyewaan adalah lebih telus dan adil seterusnya memperluaskan akses rakyat ke kepada rumah untuk dihuni. Selain itu, penawaran atau pengiklanan Rumah Perakku serta lot kuota bumiputera turut diperkukuh agar capaian maklumat lebih berintegriti.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat di bawah pecahan B yang tanyakan tentang keperluan perumahan bagi warga emas, dasar perumahan sedia ada telah menetapkan bahawa penawaran sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah Rumah Perakku yang dibina khusus untuk golongan sasar dan ini termasuk golongan warga emas. Langkah ini bertujuan untuk memastikan golongan berusia mempunyai akses yang lebih luas kepada perumahan mampu milik yang sesuai dengan keperluan mereka selaras dengan peningkatan kadar penduduk warga emas di negeri Perak.

Untuk makluman juga, dalam penambahbaikan dasar yang akan dilaksanakan, penetapan ini akan tetap kekal dan malah akan ditambahbaik dari masa ke semasa bagi memastikan peluang memiliki rumah di negeri Perak lebih menyeluruh untuk semua golongan termasuk warga emas. Selain itu, kerajaan juga dalam proses kerjasama bersama pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyediakan garis panduan Spesifikasi Rumah Perakku 1 dan Rumah Perakku 2 melalui penyediaan pelan tipikal yang lebih inklusif dan mesra huni termasuk warga emas. Soalan pecahan soalan C bertanyakan tentang keperluan perumahan bagi golongan muda.

Untuk maklumam Yang Berhormat, melalui penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0, Kerajaan Negeri melalui LPHP akan berusaha menambah penawaran rumah Perakku terutamanya bagi pemajuan perumahan di kawasan bandar melalui penetapan peratusan penyediaan Rumah Perakku oleh pemaju swasta. Penambahbaikan ini akan membantu untuk membuka peluang kepada rakyat negeri Perak terutamanya golongan belia untuk memiliki rumah pertama. Selain itu, penetapan penawaran lima peratus Rumah Perakku kepada golongan sasar juga termasuk golongan belia dan ini akan dikekalkan dalam dasar baru dan turut memberi peluang kepada golongan belia untuk memiliki Rumah Perakku bagi sesuatu skim perumahan dan dalam usaha Kerajaan Negeri untuk bantu meningkatkan pemilikan rumah bagi golongan muda dikenalpasti.

Antara cabaran terbesar adalah isu dengan izin bank liability atau kebolehbiayaan. Jadi, Kerajaan Negeri juga turut memberi tumpuan kepada program literasi kewangan supaya untuk bantu memperkukuhkan pengurusan kewangan oleh golongan muda. Selain itu, kita juga bantu golongan sasaran ini untuk manfaatkan daripada skim sedia ada seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk memastikan isu pembiayaan kebolehbiayaan dapat diatasi dan Kerajaan Negeri juga sedang menelitikan cadangan untuk mengadakan skim pinjaman perumahan kepada golongan sasaran untuk bantu selesaikan isu bank liability. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Simpang Pulai, sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Jadi di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK 13), Kerajaan Pusat telah umum akan kaedah bina kemudian jual akan diwajibkan untuk melindungi hak pembeli rumah. Jadi adakah Kerajaan Negeri akan memperkenalkan untuk kaedah bina kemudian jual dan apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap kaedah ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai atas soalan tambahan. Ya, memang Kerajaan Negeri Perak mengambil maklum tentang pengumuman baru-baru ini bahawa di bawah RMK-13 akan mula diwajibkan pelaksanaan kaedah bina kemudian jual atau dikenali sebagai BKJ ataupun build and sell dengan izin. Jadi untuk makluman, ini merupakan, kaedah ini merupakan satu bidang yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui peruntukan akta 118 dan berkenaan dengan cadangan ini, sebenarnya kaedah bina kemudian jual sebenarnya sesuatu kaedah yang agak lama telah dibincangkan, dicadangkan di banyak forum dan sebenarnya dalam dasar perumahan yang sedia ada juga telah disebut, cuma dia tidak diwajibkan, tapi di bawah RMK-13 ini telah mula kita masuk ke fasal yang pihak kerajaan berhasrat untuk mewajibkan.

Jadi, Kerajaan Negeri melalui LPHP berpandangan, kaedah ini memang mempunyai kelebihan yang tersendiri khususnya dalam memberi perlindungan yang lebih baik kepada pembeli serta mengurangkan risiko projek terbengkalai. Namun demikian, Kerajaan Negeri juga berpandangan bahawa terdapat cabaran dari sudut pelaksanaan khususnya melibatkan kos pembangunan dan aliran tunai yang boleh memberi kesan langsung kepada pihak pemaju terutamanya pemaju kecil dan sederhana. Jadi sehubungan itu LPHP berpendapat bahawa kajian yang lebih terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk menilai kesan menyeluruh sebelum kaedah ini dijadikan dasar tetap di bawah Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Buntong sila.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Buntong ingin membangkitkan tentang usaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik peluang memiliki rumah mampu milik yang berkualiti. Di sini, Buntong ingin merekodkan penghargaan setinggi-tinggi kepada kedua-dua Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh yang menyalurkan peruntukan yang secukupnya bagi tahun ini. Sejumlah lebih daripada RM1 juta untuk membaiki bumbung serta pendawaian di rumah pangsa di kawasan Buntong. Saya sangat-sangat, Buntong sangat-sangat menghargai usaha ini. Namun begitu, soalan tambahan saya kepada YB Yang Berhormat Exco adalah berkenaan dengan unit-unit rumah pangsa di kawasan Buntong khasnya Rumah Pangsa Harmoni di mana terdapat banyak unit yang tidak dapat dihuni kerana unit tersebut rosak dan daif. Keadaan unit tersebut sangat daif dan kami difahamkan memang tidak cukup peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan Negeri untuk membantu membaiki rumah-rumah ini supaya kualiti dan juga kuantiti rumah-rumah mampu milik dapat ditingkatkan. Jadi adakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk memohon lebih peruntukan daripada kerajaan pusat untuk membaiki unit-unit ini? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Buntong. Memang kita sedia maklum banyak unit-unit PPR dan juga rumah pangsa selepas sekian lama memang ada banyak cabaran dari segi infrastruktur di mana banyak kerosakan dalam keadaan uzur dan sebagainya. Jadi memang menjadi tumpuan dan perhatian di bawah Kerajaan Negeri melalui LPHP untuk sentiasa memastikan percubaan untuk dapatkan peruntukan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan untuk pastikan semua keperluan ini mendapat perhatian dan sebenarnya kalau kita lihat dalam beberapa tahun ini, memang keperluan perumahan di negeri Perak banyak mendapat sokongan dan juga peruntuk kelulusan peruntukan daripada KPKT yang banyak membantu kita untuk laksanakan pembinaan, untuk kita laksanakan pembaikkan dan juga penambahbaikan untuk menaiktaraf isu-isu yang ada di rumah pangsa dan juga PPR.

Jadi, ini sedikit sebanyak dapat bantu selesaikan isu yang ada tapi Kerajaan Negeri juga faham ini masih tidak sempurna untuk selesai semua masalah dan kita juga harap pihak yang berkenaan dapat terus memainkan peranan. Ini termasuk yang pertama dari segi komuniti setempat sebab kita harapkan persatuan penduduk dapat memainkan peranan yang aktif untuk kerjasama dengan pihak pengurusan supaya isu-isu kerosakan dilaporkan dan isu-isu kesedaran juga dapat ditingkatkan supaya sama-sama kita menjaga prasarana dan juga dari segi isu tunggakan bayaran sewa yang tidak selesai juga sangat-sangat memerlukan kerjasama daripada semua pihak dan pihak Kerajaan Negeri juga mengalu alukan pihak swasta untuk melalui projek CSR bantu untuk kita sama-sama menjadikan sesuatu projek infra contoh untuk dijadikan projek CSR di bawah pihak swasta supaya dapat bantu kerajaan meringan meringankan beban sementara kita menunggu peruntukan daripada kerajaan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Manik sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ada tiga soalan. Pertamanya bagaimanakah Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 ini dalam menangani isu rumah terbengkalai atau projek perumahan yang lewat siap di negeri Perak? Yang keduanya tadi berkait dengan apa yang Buntong maklum tadi ini adalah rumah-rumah PPR yang di bawah kelolaan PBT yang sebenarnya antara projek antara perumahan yang dapat membantu rakyat khususnya di bandar-bandar. Kita perlu memperbanyakkan lagi lah. Justeru itu, mungkin salah satu caranya yang saya lihatlah saya pernah bangkitkan juga perkara ini iaitu mengenai kuarters-kuarters kerajaan yang tidak diduduki. Kuarters rumah guru, kuarters JKR semakin lama semakin ditinggalkan. Sebab pernah terjadi di kuarters rumah guru di Kampong Gajah pernah disewakan kepada satu kolej yang membuat program TVET. Kemudian apabila kolej ini tak beroperasi, dia pun keluar. Maknanya ada mekanisme yang membolehkan kita menggunakan kuaters-kuarters yang tidak digunakan oleh agensi tersebut. Jadi mungkin kerajaan boleh melihat atau mengkaji bagaimana kita dapat manfaatkan. Sebab sayanglah kuarters dah ada 60 unit 50 tapi tak boleh diduduki sebab ada syarat-syarat tertentu yang menghalang. Mungkin hak milik KPTG. Mungkin kena berbincang dengan KPTG dan sebagainya. Saya rasa ini antara langkah-langkah proaktif lah yang mungkin boleh diambil tetapi saya harap dapat diperbanyakkan lagilah rumah PPR ni sebab kalau mungkin kalau boleh diperluaskan kawasan luar kawasan PBT. Kampung-kampung pun dah takde rumah sewa. Rumah sewa very expensive dengan izin. Kalau rumah PPR ini dia murah hundred fifty tapi ada masalah jugaklah. Hundred fifty pun tak bayar jugak kan. Dia datang jumpa YB minta tolong rayuan, rayuan, rayuan kan. Tapi yang itu soal lain lah. Itu mungkin soal kehidupan dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik atas soalan tambahan yang diberikan. Tiga soalan saya harap saya boleh jawab dengan baik dan sempurna. Ok, berkenaan dengan isu projek terbengkalai dan projek sakit melalui dasar perumahan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 ini, kerajaan negeri telah melalui LPHP sedang dalam usaha untuk sediakan satu dashboard perumahan dan ini merupakan satu inisiatif untuk kita pastikan data-data berkenaan projek pembangunan kemajuan di negeri Perak dapat dikumpulkan dan supaya kita boleh ada menguasai keadaan semasa di lapangan dengan lebih baik. Jadi ini akan, dashboard ini akan menjadi satu pangkalan data, pembangunan perumahan dan juga hartanah di negeri Perak di mana data-data yang dikumpul melalui dashboard ini akan merangkumi maklumat kelulusan, bermula kelulusan kebenaran merancang sehingga pemajuan tersebut memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan iaitu CCC. Jadi fungsi dashboard ini adalah supaya menjadi satu data berpusat dan juga supaya status projek dapat dipantau dengan lebih telus supaya kalau berlaku sebarang kelewatan, tindakan awal juga dapat diambil supaya kita dapat mencegah daripada sesuatu projek itu menjadi projek sakit dan seterusnya projek terbengkalai.

Jadi besar harapan kerajaan negeri melalui dashboard ini dapat mengurangkan mencegah terjadinya projek sakit dan terbengkalai dan seperti saya kongsikan tadi apabila pihak Kerajaan Persekutuan mewajibkan kaedah untuk bina dan jual, Kerajaan Negeri berpendapat ini juga satu dengan izin game changer yang dapat melindungi kepentingan pembeli dan mengurangkan terjadinya projek sakit dan juga projek terbengkalai. Keduanya tentang keperluan bagi PPR memang di kebanyakan daerah kita dapat banyak permintaan untuk menyewa PPR kerana ini memang satu projek kerajaan yang menyediakan perumahan dengan kadar sewa yang begitu rendah dan memang keperluan itu sangat tinggi dan pihak Kerajaan Negeri juga dari masa ke semasa sentiasa mengumpul permintaan ini untuk kita mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dalam permohonan untuk melaksanakan PPR yang baru.

Jadi syukur dalam dua tahun ini, 3 projek PPR yang baru telah diluluskan untuk negeri Perak yang telah dapat kelulusan cuma hanya menunggu fasa untuk dilaksanakan pembinaan iaitu PPR di kawasan Lenggong, di Tambun dan juga di Teluk Intan dan selain daripada itu, walaupun ini tiga PPR baru yang telah diluluskan akan dibina, Kerajaan Negeri juga dalam dalam proses untuk memantau dan menilai kawasan-kawasan yang ada keperluan untuk kita memohon PPR baru supaya permohonan itu boleh sampai kepada Kerajaan Persekutuan untuk permohonan yang seterusnya.

Seterusnya untuk isu kuarters, saya rasa cadangan yang pernah dibangkitkan. Oleh Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat lain dalam sidang Dewan untuk cadangan ini, memang pihak kerajaan juga sedang menilai kesesuaian sesuatu tempat yang kuarters telah tidak digunakan untuk dijadikan kegunaan yang lain seperti tukar kepada perumahan dan sebagainya. Cuma kita juga faham dia melibatkan agensi yang berkenaan isu hak milik dan sebagainya dan kesesuaian kos untuk menukarkan daripada kegunaan sekarang kepada keadaan untuk perumahan seterusnya. Walau bagaimanapun, ini memang satu cadangan yang kerajaan ambil maklum untuk di tengok kesesuaian untuk dilaksanakan dan suka juga saya untuk kongsikan baru-baru ini kerajaan negeri melalui LPHP juga ada satu cadangan dan usaha yang baru bagaimana kita manfaatkan lot-lot rumah yang tidak di tinggal, tidak dihuni untuk kegunaan mereka yang memerlukan.

Contohnya di dalam komuniti, taman perumahan dan kampung dan sebagainya seringkali kita lihat terdapat lot-lot yang terbiar tidak dihuni dan kerajaan negeri bercadang untuk kita lihat balik dari segi hakmilik. Jika ada dari segi telah rumah terbiar tidak menepati peraturan, melanggar syarat dan sebagainya kita akan pertimbangkan untuk kita ambil balik rumah-rumah yang telah terbiar dan menyebabkan isu termasuk kacau ganggu pada komuniti dan sebagainya supaya lot-lot ini dapat dibaikpulih dan kemudiannya boleh disewa atau di jual kepada mereka yang memerlukannya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Pinji soalan nombor 7.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Pinji. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, bagi tempoh dua tahun yang akan datang, prospek pembangunan taman-taman perindustrian di negeri Perak adalah sangat positif selaras dengan dasar pelaburan negara yang memberi penekanan kepada pembangunan industri bernilai tambah tinggi, berteknologi canggih dan berasaskan kelestarian. Beberapa projek strategik sedang giat dilaksanakan di negeri Perak yang akan menjadi pemangkin kepada transformasi landskap perindustrian negeri. Antara taman-taman perindustrian yang sedang dibangunkan termasuklah Kerian Integrated Green Industrial Park atau KIGIP di Kerian yang merupakan taman perindustrian neutral karbon pertama di Malaysia, Silver Valley Technology Park atau SVTP di Chemor yang memberi tumpuan kepada industri-industri mineral dan berkaitan, Lumut Maritime Industrial City di Manjung yang berfokuskan kepada sektor maritim, logistik dan downstream kepada Oil & Gas serta Automotive High Valley High Tech Valley atau AHTV di Tanjong Malim. Termasuk juga kita ada Halal Industrial Park di Lekir, minta maaf yang dirangka untuk pembangunan kerajaan negeri Perak.

Selain daripada itu, kita juga mempunyai kerjasama atau permohonan untuk pelaburan daripada syarikat-syarikat swasta di mana mereka nampak potensi pembangunan negeri Perak di dalam kedudukan keseluruhan industri di Malaysia seperti dalam pembangunan Taman Industri di Ipoh Raya, ECK dan juga KLK. Dalam tempoh dua tahun mendatang sekurang-kurangnya 3 hingga 4 taman perindustrian utama dijangka menyiapkan infrastruktur asas mereka meliputi kemudahan jalan, bekalan tenaga, air, gas, telekomunikasi serta sistem sokongan logistik bagi membolehkan pelabur memulakan operasi awal. Walaupun pembangunan penuh kawasan ini akan berlaku secara berfasa sehingga 2026 dan seterusnya kesiapannya dalam tempoh terdekat akan memberi isyarat jelas kepada pelabur bahawa Perak bersedia menyediakan tapak industri yang kompetitif, tersusun dan berdaya tahan.

Pembangunan Taman Industri di negeri Perak dijangka akan memberi impak ekonomi besar khususnya dari aspek pengwujudan peluang pekerjaan baru. Sebagai contoh, projek AHTV di Tanjong Malim dijangka mewujudkan sehingga ribuan peluang pekerjaan dalam pelbagai peringkat daripada pekerjaan berkemahiran tinggi dan juga bidang-bidang penyelidikan, R&D serta kejuruteraan sehinggalah kepada pekerjaan, teknikal dan sokongan dalam kalangan masyarakat setempat. Projek ini akan menarik kehadiran vendor komponen automotif, syarikat perkhidmatan logistik serta pusat-pusat latihan sekaligus meluaskan rantaian bekalan di negeri ini. Bagi KIGIP pula, sebagai taman perindustrian neutral karbon pertama, ia dijangka mewujudkan antara 10,000 hingga 15,000 peluang pekerjaan baru dalam sektor E&E (Tenaga Boleh Diperbaharui) dan industri hijau lain. Pekerjaan ini bukan sahaja memberi ruang kepada graduan berkemahiran tinggi tetapi juga memberi peluang pekerjaan teknikal kepada tenaga kerja tempatan dalam bidang penyelenggaraan, pengeluaran dan operasi kilang. Sementara itu, SVTP dijangka membuka peluang pekerjaan dalam sektor semikonduktor, bahan termaju dan industri logistik bersepadu. Manakala LuMIC pula akan melibatkan pengwujudan pekerjaan dalam bidang maritim, perkapalan, industri, sokongan minyak dan gas serta perkhidmatan logistik antarabangsa.

Dianggarkan antara 3,000 hingga 5,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung akan diwujudkan dalam fasa awal pembangunan ini. Dalam jangka sederhana dan panjang pula apabila SVTP dan LuMIC siap dibangunkan sepenuhnya kedua-dua taman perindustrian ini dijangka berupaya menjana lebih kurang 15,000 hingga 50,000 peluang pekerjaan bergantung pada industri yang bertapak. Secara keseluruhan, taman-taman perindustrian sedia ada dan akan dan sedang dibangunkan di negeri Perak berpotensi mewujudkan ribuan pekerjaan baru dalam tempoh dua hingga lima tahun yang akan datang. Manfaatnya kepada komuniti setempat bukan sahaja melalui peluang pekerjaan langsung tetapi juga limpahan ekonomi melalui penyertaan vendor-vendor PKS, kontraktor-kontraktor tempatan, penyediaan perkhidmatan logistik serta pembangunan perniagaan komuniti setempat. Hal ini akan meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat, mengurangkan penghijrahan tenaga kerja ke luar negeri dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi bandar-bandar kecil di sekitar bandar-bandar industri. Perkembangan pelaburan industri di negeri Perak ketika ini dilihat pada berada pada landasan yang tepat dan mencapai sasaran pertumbuhan sebagaimana digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 di peringkat Persekutuan dan juga serta Perak Sejahtera 2030 di peringkat negeri.

Data pelaburan menunjukkan Perak terus menerima projek pelaburan berimpak tinggi daripada pelabur domestik dan juga asing khususnya dalam sektor elektronik, produk getah, automotif, makanan, teknologi hijau dan sebagainya. Sebagai contoh, pelaburan peribadi di Tanjung Malim dan beberapa projek strategik lain menandakan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap ekosistem industri di negeri Perak. Begitu juga dengan pengembangan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional dalam sektor dalam sektor semikonduktor dan peralatan elektrik di kawasan perindustrian seperti di Kamunting, Chemor dan Ipoh. Ini menunjukkan bahawa strategi negeri Perak menyediakan tapak industri yang tersusun lengkap dengan infrastruktur, tenaga kerja, kemahiran dan insentif pelaburan berjaya menarik pelabur yang berkualiti. Kerajaan negeri yakin dengan fasilitasi berterusan koordinasi erat antara agensi-agensi negeri, pihak berkepentingan serta komitmen kerajaan Persekutuan dalam memastikan kelestarian pembangunan industri Perak akan terus mengekalkan momentum ini. Terima kasih.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco dan dengan ini saya ingin juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak atas segala usaha yang telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini bagi merancakkan sektor perindustrian dan pelaburan yang secara langsung telah meletakkan pembangunan ekonomi negeri ini pada landasan yang betul serta memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri. Sehubungan dengan ini, saya ingin menganjurkan soalan tambahan saya. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi untuk menarik minat pelabur asing dan usaha strategi yang sedang atau akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi cabaran tersebut dan membantu dalam perkembangan taman perindustrian, terutamanya teknologi Park dan Automotive High-Tech Valley? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kalau kita bertanya cabaran nanti sungai balik naik lagi sekali. Ok. Secara keseluruhannya, antara cabaran-cabaran semasa kita mewarisi Kerajaan Negeri Perak daripada pentadbiran yang terdahulu antara salah satu cabaran ialah untuk mendapatkan pelabur-pelabur asing landing atau bertapak di negeri Perak. Salah satu cabarannya adalah ketersediaan kita dalam keadaan kita mempunyai taman-taman industri yang sedia untuk mereka plug and play dengan izin. Jadi dengan itu, dengan menyedari kepentingan apabila pelabur-pelabur datang ke negeri Perak, mereka perlu mempunyai infrastruktur yang tersedia dengan siap. Jadi, dengan itu Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk bukan sahaja kita sendiri yang membuat bukan sahaja negeri sendiri sahaja yang membuat kita juga mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan. Banyak libat urus dilakukan bersama Kerajaan Persekutuan dan juga bukan sahaja antara kerajaan dengan kerajaan kita juga melibatkan pihak-pihak swasta.

Jadi seperti dalam jawapan asal tadi, kita lihat di mana bukan sahaja Kerajaan Negeri membangunkan tempat-tempat sebagai contoh yang dikatakan tadi SVTP di mana PKNP bersama JV Partners dia Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan atau bekerjasama dengan Kerajaan Pusat di mana kita mendapat ilham dan juga dengan sokongan penuh daripada PMX, kita mendapat KIGIP malah pada masa yang sama, kita juga berusaha keras untuk mendapatkan sokongan daripada pemain-pemain swasta di mana mereka telah nampak potensi negeri Perak syarikat-syarikat juga yang datang ke negeri Perak untuk melabur. Sebagai contoh, yang terpaling panas kebelakangan ini adalah KLK yang mempunyai lebih kurang 1600 ekar di sebelah AHTV sahaja. Jadi ini menjadikan negeri Perak sebagai hub automotif (DeFacto) di Semenanjung Malaysia. Di mana di utara kita tahu kita mempunyai KIGIP tapi KIGIP sebenarnya merupakan limpahan daripada sektor E&E dari negeri Pulau Pinang. Mungkin kita kata di Johor ada data centre yang kuat tetapi untuk negeri Perak kita sendiri kita bakal menjadi DeFacto hub automotif di keseluruhan Malaysia. Jadi ini juga menaikkan kemudahan kita dalam kita menarik pelabur-pelabur asing terutamanya dari segi automatif dan berkaitan seperti bateri dan sebagainya. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Soalan tambahan. Pengkalan Hulu.

Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Exco, ada satu soalan tambahan berkenaan dengan projek AHTV dan SVTP. Jadi soalan saya untuk Yang Berhormat Exco bagaimana Kerajaan Negeri Perak memastikan penyertaan belia dan anak muda dalam industri ini menjelang projek yang berimpak tinggi seperti yang saya sebutkan tadi iaitu AHTV dan SVTP. Jadi minta pandangan Yang Berhormat Exco.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ulang.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan penyertaan belia dan anak muda terutamanya lepasan-lepasan daripada pusat-pusat kemahiran seperti TVET dalam industri ini menjelang projek yang berimpak tinggi. Seperti yang disebutkan juga Yang Berhormat tadi AHTV dan SVTP.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi memang merupakan sasaran kita semualah untuk mengekalkan anak-anak muda kita di negeri Perak dan itu juga merupakan tujuan kita. Kenapa kita nak kembangkan ekonomi kita kerana kita dapati secara hampir satu generasi lebih di mana anak-anak muda negeri Perak sering berhijrah ke negeri lain demi mencari rezeki? Jadi dalam kita mengembangkan industri-industri ini salah satu pentingnya adalah seperti yang dikatakan tadi TVET. Ok disebutkan oleh ramai bukan sahaja di sebelah sini juga di sebelah sana. TVET ini sangat penting tetapi kita harus akur dalam kita mengembangkan atau kita mengekalkan anak-anak muda, pekerjaan kepada anak-anak muda.

Ada beberapa faktor penting, nombor satu dalam takat kita sekarang. Perkembangan kita baru nak bermula. Ok, nombor satu perkembangan-perkembangan pelaburan-pelaburan industri-industri yang ada. Mungkin kita tidak berada di tahap di mana kita akan menarik bakat-bakat terkenal, bakat-bakat tinggi, bakat-bakat yang mungkin gaji dia dalam sebulan merupakan gaji average orang dalam setahun untuk datang ke negeri Perak kerana mereka ini berpendapatan tinggi dan berpengaruh tinggi dalam industri masing-masing. Jadi kerja kita sekarang adalah mendapatkan pelaburan supaya yang paling penting anak-anak muda kita tidak perlu keluar dulu itu. Itu level nombor satu sebelum kita level nombor dua di mana apabila ekonomi negeri Perak bergerak rancak, barulah mereka yang berada di luar itu mula kembali ke negeri Perak.

Jadi dalam level nombor satu ini. TVET ini sangat penting kerana sekarang kita dapati ramai yang selepas mereka keluar daripada sekolah menengah, mereka kurang berminat untuk masuk universiti. Ada ramai yang nak masuk tetapi ramai juga yang kurang berminat untuk masuk ke universiti atas pelbagai faktor. Jadi ini merupakan satu shortcut kepada mereka di mana ramai yang anggap ini sebagai sijil yang secondary, sijil yang tidak bernilai tetapi untuk makluman rakan-rakan seisi Dewan ini bahawa TVET ini dapat membantu mereka untuk bekerja sambil itu mempunyai penilaian dan di penghujung mereka akan juga sama mempunyai degree, mempunyai Masters atau PhD. Juga melalui saluran-saluran yang ada tetapi kenalah bermula di TVET dahulu. Jadi ini salah satu. Kenapa saya cakap begitu pada nombor dua tadi, saya kata ada dua benda, nombor satu adalah daripada segi TVET.

Dari segi ini, saya cukup yakin daripada dalam mesyuarat-mesyuarat MMK dan sebagainya. Saya selalu bersembang dengan YB Exco yang menjaga TVET. Saya cukup yakin kita sedang bersedia. Kita sedang bergiat dalam perancangan kita dalam menerima perancangan-perancangan terutamanya PASAK dan sebagainya dalam menerima jangkaan-jangkaan pekerja yang diperlukan apabila industri ini datang, itu nombor satu. Nombor dua kita juga perlu yakin dengan ekosistem di mana apabila kita sebagai wakil rakyat, kita kena jaga sentimen rakyat. Apabila pelabur-pelabur ini datang. Ini saya suka tekankan, saya ingin tekankan apabila pelabur-pelabur datang saya nak cakap pasal pelabur yang berpotensi tinggi. Mereka hampir kesemuanya akan membawa pekerja asing. Hampir kesemuanya akan membawa pekerja asing. Saya harap tiada pihak mana-mana yang akan memainkan isu pekerja asing.

Ini kerana pekerja asing ini diperlukan untuk mereka bertapak di negeri kita. Especially contoh macam saya katakan tadi negeri-negeri, syarikat kenderaan EV terkemuka dunia. Mereka akan membawa pekerja asing. Saya harap tiada mana-mana wakil rakyat ataupun penyokong-penyokong mereka memainkan sentimen-sentimen pekerja asing kerana apabila mereka membawa teknologi baru ini, rakyat kita tidak mampu untuk membuat pekerjaan yang diperlukan rakyat. Kita tiada tahap training atau tiada tahap latihan untuk membuat pekerjaan-pekerjaan tersebut. Jadi, pekerja asing ini perlu masuk ke Malaysia terlebih dahulu tetapi kita perlu yakin dengan Kerajaan Negeri. Kita perlu yakin dengan kerajaan Persekutuan, di mana kita telah meletakkan syarat kepada mereka dalam sekian-sekian masa. Pekerja-pekerja asing ini perlu keluar.

Dalam sekian-sekian masa pekerja-pekerja asing ini perlu mewariskan atau mengajar semua pengetahuan mereka kepada pekerja tempatan. Syarat ini tidak akan lari. Jadi, antara ini kita perlukan sokongan kepada semua. Jangan apabila kita melihat ada pekerja asing kita melompat. Sukacita saya nak bagi satu maklumat berbanding dengan tahun lepas tahun ini, pelaburan kita di negeri Perak dalam enam bulan terdekat telah melonjak sebanyak lebih kurang 224%. Jadi apabila ada pelaburan asing ini masuk semestinya akan ada pekerja asing masuk dan jangan kita mula nak melompat apabila kita nampak ada pekerja asing. Kita tak sukalah mereka di sini dan sebagainya. Ini sangat penting. Jadi ini antara salah satu sebab kita perlukan pekerja asing dan mereka akan mengajar pekerja kita dan selepas itu pekerja asing ini akan keluar daripada negeri Perak. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan tersebut. Terima kasih kepada semua.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang di-Pertua, Perintah Tetap.

Yang di-Pertua

Perintah Tetap berapa?

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

27 (3), alasan penolakan sesuatu soalan oleh Yang di-Pertua hendaklah diberitahu secara bertulis kepada ahli berkenaan oleh Setiausaha. Jadi saya mohon satu inilah jawapan bertulis atas penolakan pertama lah selama tempoh tiga tahun saya mengikuti sidang Dewan dan baru tadi. Hari ini kali pertama lah, hari pertama ditolak dan tidak dijawab secara lisan. Walaupun Yang Berhormat Exco tadi daripada Sungkai menyatakan akan jawab secara bertulis dan berkenaan juga Perintah Tetap Yang di-Pertua, 26 (4) saya amati betul-betul dan saya baca Perintah Tetap 26 (4) yang menyatakan setiap Ahli Dewan berhak untuk bertanya tiga soalan lisan dan tiga pecahan daripada soalan lisan tersebut. Jadi dalam Perintah Tetap ini menyatakan dan berhubung juga dengan apa soalan yang saya hantar dan disebut juga Yang Berhormat dari Sungkai tadi ada empat soalan. Jadi bermakna satu soalan lisan dan tiga pecahan soalan daripada soalan lisan. Jadi ini mengikut Perintah Tetap 26 (4) tadi itu. Jadi, saya mohon kesimpulan daripada Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pengkalan Hulu. Jadi soalan-soalan lisan Yang Berhormat tu akan dijawab secara bertulis nanti dan juga makluman berkaitan dengan pecahan-pecahan soalan lisan itu nanti kita akan bagi tahu juga secara bertulis. Ok. terima kasih.

Speaker.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Speaker, satu lagi teguran saya kepada…

Yang di-Pertua

Ini Standing Order berapa pula nak cakap?

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Standing Order 26(4) juga. Untuk makluman setiap Ahli Dewan 59 Ahli Dewan diberikan notis awal sebulan, notis berhubung pemakluman Mesyuarat Dewan Negeri dan dalam makluman tersebut dinyatakan Perintah Tetap 24(4) jadi di situ ada sedikit kesalahan dalam pemakluman awal, jadi saya minta diperbetulkan tadi. Tak ada kaitan dengan yang saya bangkitkan tadi cuma cuma untuk pembetulan. Untuk notis mesyuarat ke depan itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih Pengkalan Hulu. Kamunting, Standing Order berapa?

Saya nak respon pada YB Amin.

Yang di-Pertua

Tak boleh respon.

Isu besar ni? Soalnya tak jawab soalan.

Yang di-Pertua

Takpe, takpe kita akan jawab…

Soalan yang telah diberikan lebih awal masalah tak jawab soalan lisan. Tak pernah berlaku dalam sejarah Dewan Undangan Negeri Perak.

Yang di-Pertua

Takpe itu, Exco, dia boleh jawab dia kata boleh nak jawab dalam bertulis. Kalau Speaker benarkan…

Boleh bangunkan isu dia, tapi tak pernah berlaku.

Apa YB Amin, dia nak dijawab dalam Dewan.

Yang di-Pertua

Tak apa dia Exco kata dia akan jawab secara bertulis dan Speaker benarkan. Itu kuasa Speaker, Standing Order 94.

Speaker, saya minta perkara ni jangan berulang kembali. Sebab saya ada pengalaman sebagai pegawai khas. Kita dapat lihat soalan-soalan semua dan di situ kita dah tahu dah apa respon kita. Pegawai khas dah tahu, kemudian ada libat urus dengan Speaker sepatutnya tak boleh dibawa dalam Dewan ini. Sebab perkara ni kita nak bincang penting saya minta janganlah ada perkara ini berlaku lagi minta kepada YB Exco agar prihatinlah bersama dengan pegawai khas dia.

Yang di-Pertua

Ok.

Biasanya soalan bertulis ini maksudnya soalan yang diajukan pada hari itu. Kemudian Exco tak ada fakta. Exco perlukan fakta selepas daripada inilah untuk dijawab. Ini soalan lisan sampai lebih awal yang tidak dijawab. Kalau soalan lisan hari ini tak jawab, nak jawab secara bertulis, oklah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil maklum dan…

Sebab tak pernah berlaku.

Yang di-Pertua

Kita akan maklumkan nanti. Ok terima kasih. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat seterusnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2025.

Yang di-Pertua

Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak)(Pindaan) 2025 dibaca bagi kali pertama.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali kedua?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dalam mesyuarat ini juga.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan notis bacaan kali yang kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57 (1).

Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004. Sekarang dibaca bagi kali yang kedua. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Dato' Yang di-Pertua, Ayer Kuning menyokong.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) Pindaan 2025.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani & Salam Perak Sejahtera

2030. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya jua perjalanan Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan yang berlangsung sejak Selasa lalu berjalan dengan begitu lancar dan tertib. Bermula dengan pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 diikuti dengan urusan perbahasan yang berlangsung dalam suasana yang penuh tertib, harmoni dan berhemah sebelum ianya diluluskan. Sekaligus menzahirkan kematangan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memikul amanah rakyat.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sesuai dengan aturan mesyuarat yang seterusnya, saya mohon izin mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak)(Pindaan) 2025 dibaca kali yang kedua sekarang. Rang Undang-Undang ini dicadangkan adalah selaras dengan penggubalan Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Perak 2025 yang baharu diluluskan semalam. Pindaan yang dicadangkan bertujuan memastikan tiada pertindihan peruntukan yang sama berhubung Sekolah Agama Islam dalam dua undang-undang yang berbeza di samping memastikan undang-undang yang lebih selaras serta dapat dilaksanakan tanpa sebarang konflik.

Cadangan pindaan ini telah dibincangkan bersekali dengan Rang Undang-Undang Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penggubalan serta telah diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah Negeri Perak dan telah dibentangkan kepada Persidangan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak pada 26 Jun 2025 dan diluluskan. Ia kemudiannya diangkat dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, bilangan 1366 bertarikh 6 Ogos 2025 bagi membolehkan ia dibentang untuk dibahas dan diluluskan di dalam Dewan Negeri Perak. Dalam Rang Undang-Undang ini, beberapa pindaan telah dibuat kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004. Pindaan berkenaan melibatkan Seksyen 109 dan Sub Seksyen 111(2). Pindaan Rang Undang-Undang pentadbiran ini adalah bersifat pindaan berbangkit atau constitutional amendment dengan dikeluarkan peruntukan berkaitan kuasa majlis mendaftarkan sekolah serta kuasa membuat peraturan-peraturan berhubung pentadbiran sekolah dan aktiviti berkaitan pengajaran agama Islam.

Peruntukan enakmen pentadbiran yang dikeluarkan itu ditambah baik dan dikandungkan menjadi sebahagian daripada peruntukan dalam Rang Undang-Undang kawalan sekolah yang baharu. Kedua-dua peruntukan ini dikeluarkan daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 kerana Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 yang dirujuk tidak terpakai lagi dan termansuh dengan berkuatkuasanya Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 yang baharu.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, cadangan pindaan enakmen ini melibatkan dua seksyen berikut. Seksyen 109 tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 iaitu Enakmen Bilangan 10 Tahun 1966. Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftarkan sekolah-sekolah Agama Islam di negeri Perak Darul Ridzuan. Seksyen 109 ini dipotong. Yang kedua Seksyen 111(2) tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan di bawah Subseksyen 1. Peraturan-peraturan boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan bagi "j", tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996. Pentadbiran sekolah-sekolah agama Islam dan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran agama Islam. Subseksyen 100 111(2) dipinda dengan memotong perenggan "j". Dengan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2025 yang dicadangkan ini, kawal selia terhadap urus tadbir institusi pendidikan agama Islam di negeri dilihat mampu diurus dengan baik dan efisien selaras dengan peruntukan undang-undang dan dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri Perak khususnya yang beragama Islam. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 telah dibaca bagi kali yang kedua memandangkan Rang Undang-Undang tersebut hanya melibatkan pindaan kepada 3 fasal sahaja dan pindaan tersebut mempunyai kesinambungan dengan izin consequential dengan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 dan saya pun telah berbincang dengan chief with dan kedua-dua belah pihak. Sekarang saya menjemput Dewan membuat ketetapan tanpa ada perbahasan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju(setuju) dan yang tidak bersetuju. Sila bersuara tidak. Lebih suara setuju, maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.

Setiausaha

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 telah dibaca bagi kali kedua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 diserahkan kepada jawatankuasa seisi Dewan Negeri untuk menimbangkan Rang Undang-Undang itu dari sefasal ke sefasal.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Dato' Yang di-Pertua, Ayer Kuning menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa seisi Dewan Negeri untuk menimbang Rang Undang-Undang itu dari sefasal ke sefasal. ___________________________________________________________________

[DEWAN NEGERI BERTUKAR MENJADI SEBUAH JAWATANKUASA]

___________________________________________________________________

Setiausaha

Fasal 1 hingga Fasal 3.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa Fasal 1 hingga Fasal 3 di perintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan di jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Pengerusi saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-undang yang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta-merta.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.

___________________________________________________________________

[JAWATANKUASA BERSIDANG SEBAGAI DEWAN NEGERI SEMULA]

___________________________________________________________________

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 telah pun dipertimbangkan dari se fasal ke se fasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan bahawa Rang Undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Setiausaha

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak 2004) telah dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Perkara yang ke lima usul yang telah diberi notis.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk mengemukakan usul.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 79(2), jika seseorang ahli jawatankuasa itu meninggal dunia atau tidak hadir oleh sebab yang tidak dapat dielakkan atau jika jawatannya sebagai ahli itu telah menjadi kosong kerana sebarang sebab yang lain, maka Dewan Negeri hendaklah secepat mungkin memilih seorang ahli lain sebagai gantinya atau jika Dewan Negeri telah ditangguhkan, pelantikan hendaklah dibuat pada perjumpaan yang akan dating dan lantikan ini hendaklah menurut syarat dalam perenggan dalam kurungan 1. Oleh yang demikian, saya mohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning sebagai Ahli Jawatankuasa Kebajikan Ahli. Dato' Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dato' Yang di-Pertua, Pasir Bedamar menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Tualang Sekah dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masalah sekarang ialah usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Tualang Sekah yang berbunyi, bahawa menurut Perintah Tetap 79 (2), jika seseorang ahli jawatankuasa itu meninggal dunia atau tidak hadir oleh sebab yang tidak dapat dielakkan atau jika jawatannya sebagai ahli itu telah menjadi kosong kerana sebarang sebab yang lain, maka Dewan Negeri hendaklah secepat mungkin memilih seorang ahli lain sebagai gantinya atau jika Dewan Negeri telah ditangguhkan, pelantikan hendaklah dibuat pada perjumpaan yang akan dating dan lantikan ini hendaklah menurut syarat dalam Perenggan (1), oleh yang demikian, beliau memohon izin mencadangkan supaya Dewan yang melantik Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning sebagai Ahli Jawatankuasa Kebajikan Ahli. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju. (setuju...) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju. Maka usul ini dipersetujui.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum kita masuk kepada penangguhan Dewan seperti mana saya telah memaklumkan pada hari pertama di dalam ucapan Yang di-Pertua berkaitan satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Sungai Manik yang membawa mengikut ketetapan Perintah Tetap 17 (1)(B), 21(1)(2) dan 76(1) dan dibaca bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, perkara 29 dan 51. Saya telah pun meneliti dengan penuh tekun perkara yang tersebut, dan saya ingin buat ruling seperti yang berikut. Yang pertamanya ialah perintah tetap seperti mana yang kita semua sedia maklum iaitu aturan urusan mesyuarat yang kita jalankan di dalam Dewan ini telah pun kita beri notis dua minggu sebelum mesyuarat ini berlangsung, itu yang pertama.

Yang kedua, semua aturan urusan mesyuarat yang berkaitan dengan Kerajaan mestilah didahulukan. Sebab itu tidak ada usul pun yang minta untuk menggantung aturan urusan mesyuarat ataupun menggantung urusan yang berkaitan dengan Kerajaan. Sebab itu urusan Kerajaan mestilah kita jalankan dan urusan ini hanya kita pertimbangkan di akhir mesyuarat ini. Itu yang kedua. Yang ketiga di bawah Perintah

Tetap 21(1) dan Perintah Tetap 21(2). Dia ada tiga perkara yang mesti dipenuhi oleh usul yang berkenaan iaitu ianya mestilah bersifat spesifik, bersifat khas kepada perkara yang dituntut itu. Yang kedua ia hendaklah disegerakan dan yang ketiga sekali ialah ianya kepentingan awam. Saya telah meneliti semua ketiga-tiga perkara tersebut dan yang pertamanya saya anggap ianya spesifik walaupun ianya agak khusus kepada hal peribadi, hal apa, kedudukan Yang Berhormat daripada Semanggol. Ia tidaklah menidakkan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat. Elaunnya, Adunnya, kuasanya sebagai wakil rakyat masih berjalan seperti biasa. Beliau cuma digantung enam bulan atas kesalahan yang telah yang telah didapati salah oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan telah diperakukan di dalam Dewan ini dan juga hukuman yang dikenakan itu juga merupakan keputusan hukuman yang telah diperakukan dan dipersetujui di dalam Dewan ini. Itu yang pertama.

Yang keduanya iaitu daripada segi yang disegerakan. Ianya ialah perkara yang bersifat akademik semata-mata kerana penggantungan Yang Berhormat daripada Gunong Semanggol itu akan tamat pada bulan Oktober nanti dan Insha Allah beliau akan dapat menghadiri persidangan ini pada bulan November yang akan datang seperti mana yang telah kita persetujui dan dimana jadualnya telah pun diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Jadi perkara yang kedua berkaitan perlu disegerakan itu ianya tidak menepati hasrat kepada usul kepada usul yang telah diberikan kepada saya dan saya anggap sepertimana yang saya nyatakan tadi, ianya lebih bersifat akademik semata-mata. Saya terima usul itu daripada sahabat saya Yang Berhormat daripada Sungai Manik pada hari pertama satu jam yang diterima iaitu mengikut peraturan dan saya telah teliti dengan baik. Maka saya dengan ini telah menimbangkan dengan semasak-masaknya dan selepas kita telah selesai segala urusan Kerajaan seperti mana yang telah ditetapkan pada aturan urusan mesyuarat, maka usul ini saya tolak dengan baik. Sekian terima kasih. Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya ingin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Lintang menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.